Negeri Sembilan · 30 April 2025

15th Assembly, 3rd session, 1st meeting (Opening) · 226 turns · 49,967 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Bacaan Doa

Setiausaha Dewan

Susunan mesyuarat, perkara pertama Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Gemencheh.

[YB ADUN Gemencheh telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Alhamdulillahhirabbil' alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin, wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula. Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan pencipta alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Ahli keluarga dan para sahabat baginda. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama, Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Yang Berhormat, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian. Alhamdulillah saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke sidang mesyuarat bagi Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15. Hari ini 30 April 2025 merupakan hari ke-4 persidangan. Di sini saya ingin memaklumkan berkenaan ketidakhadiran Yang Berhormat ADUN Chennah tidak dapat hadir pada hari ini kerana beliau perlu menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri. Hadirin sekalian, sebagaimana maklum sesi perbahasan akan disambung pada hari ini. Saya amat berharap semua ahli-ahli Yang Berhormat dapat mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan. Perbahasan usul menjunjung kasih kepada titah ucapan DiRaja dan memberikan input-input yang dapat meningkatkan perkhidmatan kerajaan pada rakyat Negeri Sembilan.

Hadirin sekalian, sebagaimana biasa saya ingin menyeru kepada semua hadirin agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan dan perintah-

perintah tetap dewan serta tata kelakuan dan etika sebagai ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekian terima kasih. Selamat bersidang.

Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Keempat).

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Jeram Padang.

Jeram Padang soalan nombor satu tapi ada pembetulan tu persimpangan Felda Palong Dua ya, bukan tiga, soalan tu. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Jeram Padang atas soalan isu menaik taraf persimpangan Felda Palong Dua dan Felda Bukit Rokan, Barat. Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman, persimpangan masuk ke Felda Palong Dua terletak di laluan Persekutuan FT044 jalan utama Palong, JKR telah melaksanakan pemasangan tambahan enam belas lampu jalan di FT044 dengan jumlah RM200,000 pada tahun 2024. Selain daripada itu, JKR telah mengangkat permohonan menaik taraf jalan di di laluan FT044 ini bagi tajuk projek menaik taraf jalan utama Palong FT044 dari Seksyen 10 hingga Seksyen 25, serta menaik taraf persimpangan Palong tujuh lapan Daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus pada Rolling Plan ke sat Pertama Rancangan Malaysia Tiga Belas kepada Kementerian Kerja Raya untuk kelulusan kelak.

Bagi persimpangan masuk ke Felda Bukit Rokan, Barat pula. Persimpangan tersebut berada di laluan FT1278. Jalan Bukit Rokan Barat, pihak JKR akan melaksanakan siasatan terperinci di tapak terlebih dahulu, Akan keperluan untuk menaik taraf simpang tersebut. JKR Negeri Sembilan sentiasa proaktif dan sentiasa memantau keadaan struktur jalan dan keselamatan jalan di bawah seliaan Jabatan. Umum diketahui semasa awal pembangunan tanah rancangan Felda jalan-jalan utama dalam kawasan Felda hampir keseluruhannya dibina dengan reka bentuk piawaian standard JKR R2 dan tiada bahu jalan yang berturap serta susur masuk persimpangan yang minimum. Berbangkit daripada isu ini satu sesi lawatan tapak ke daerah Jempol oleh Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar dan Pembangunan Kementerian Kerja Raya

telah diadakan pada Jun 2024 yang lalu bagi memantau serta melihat sendiri isu dan permasalahan serta keadaan fizikal jalan persekutuan yang berada di daerah Jempol terutama di Kawasan Felda untuk tindakan penyelesaian selanjutnya. Selain daripada itu kelulusan permohonan juga telah diberikan bagi tajuk projek menaik taraf laluan FT011, Jalan Bahau Keratong Seksyen 32-40 Daerah Jempol, Negeri Sembilan oleh Kementerian Kerja Raya semasa permohonan pada Rolling Plan kelima Rancangan Malaysia Kedua Belas yang lalu. Taklimat tender bagi melantik juruukur dan perunding awam dan struktur telah dilaksanakan pada 27 Mac 2025 yang lalu. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Sri Tanjung.

Sri Tanjung mengemukakan soalan nombor dua.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih ADUN Sri Tanjung, haiwan liar. Masalah monyet dan anjing banyak kali dibangkitkan tetapi tiada tindakan berkesan. Dato’ Yang Dipertua, Jabatan Perlindungan Haiwan Liar, Hidupan liar, dan Taman Negara PERHILITAN adalah sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam menguruskan masalah konflik manusia, hidupan liar di semenanjung Malaysia. Merujuk kepada Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, Akta 716 (Hidupan Liar) merujuk kepada hidupan liar yang dilindungi atau tidak atau juga dilindungi sepenuhnya sama ada matang atau tidak matang dan senarai semua spesies yang dilindungi ataupun dilindungi sepenuhnya adalah merujuk kepada jadual pertama dan jadual kedua bagi haiwan seperti monyet atau dalam daftar spesies Akta 716 dipanggil dengan nama kera atau nama saintifiknya Macaca fasciculata dikategorikan adalah spesies jadual pertama manakala bagi anjing pula dikawal di bawah Akta Binatang 1953 bukan hidupan liar. Konflik berlaku disebabkan oleh beberapa faktor di mana kehilangan habitat merupakan faktor penyumbang utama, kehilangan habitat telah menyebabkan hidupan liar berkeliaran dan mencari makanan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Seperti di ladang-ladang pertanian dan kawasan penempatan manusia.

Apabila berlakunya pertembungan kepentingan sama ada secara telus ataupun dasar kepentingan masing-masing ianya telah menimbulkan konflik yang kadangkala menyebabkan kehilangan nyawa. Kecederaan, kemusnahan tanaman, kematian ternakan dan juga kemusnahan harta benda. Di samping itu, hidupan liar juga akan menghadapi risiko untuk dibunuh sama ada secara haram atau secara sah di sisi undang-undang. Dalam perkara itu, risiko dan kerugian yang dihadapi oleh orang ramai

telah mengubah persepsi Masyarakat terhadap persepsi hidupan liar tertentu yang menjurus kepada tanggapan bahawa hidupan liar tersebut sebagai haiwan perosak. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab besar Jabatan PERHILITAN bagi mengatasi dan mengurangkan masalah ini dengan menjalankan pengurusan konflik antara manusia kehidupan manusia liar yang lestari. Tujuan utama pengurusan konflik ialah untuk menyelamatkan hidupan liar yang terbabit daripada kemusnahan dan juga menghalang daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini, Terhadap manusia dan juga harta benda. Binatang ternakan dan juga hasil tanaman mereka. Adalah jelas di sini, peranan Jabatan PERHILITAN sebagai pengimbang kepada kehendak manusia yang inginkan pembangunan dan kesejahteraan hidup serta keperluan hidup untuk terus hidup dan dipelihara kemandiriannya. Pengurusan konflik yang lestari adalah diperlukan bagi memenuhi kehendak kedua-dua belah pihak ini. Sebagaimana tugasan rasmi yang lain, tugas pengurusan kera memerlukan etika dan prinsip yang tertentu yang perlu difahami dengan jelas. Dengan itu tugas pengurusan akan dapat dijalankan dengan penuh beretika bertanggungjawab yakni menjamin agar tugas dapat dijalankan secara teratur dan sistematik. Etika pengurusan konflik manusia kera bermasalah ialah pertama setiap aduan mengenai gangguan kera mestilah diambil secara serius. Kedua selaras dengan piagam pelanggan Jabatan PERHILITAN setiap aduan gangguan kera perlu diambil tindakan selewat-lewatnya tiga hari waktu bekerja. Ketiga dalam operasi tangkap pindah kera-kera yang sudah ditangkap perlu dipindah dengan segera dan diberikan perlindungan daripada panas dan hujan semasa dalam perjalanan.

Keempat, jika halangan semasa proses pemindahan. Bekalan makanan air perlu dibekalkan secukupnya kepada kera-kera tersebut sementara menunggu masa ia dipindahkan. Kelima, jika operasi tembak mati hendaklah dijalankan hanya kera jantan dan betina dewasa sahaja yang perlu ditembak dan tidak melibatkan kera betina, yang bunting, yang menyusukan anak, Junavic, Juvanal atau anak kera. Keenam selepas operasi tembak mati, bangkai-bangkai kera tersebut perlu dikumpulkan dan ditanam sekurang-kurangnya 0.5 meter ke dalaman lubangnya. Pelupusan menggunakan mesin incinerator juga boleh digunakan di negeri yang mempunyai kemudahan ini. Berikut adalah proses kerja yang terlibat dalam pengurusan konflik. Proses siasatan sebaik sahaja aduan gangguan kera diterima, siasatan akan dibuat bagi menentukan jenis tindakan yang paling sesuai yang sesuai dijalankan disabit menentukan sama ada aduan tersebut berasas atau tidak. Siasatan akan dijalankan dengan cara meninjau ke kawasan kejadian dan melihat apakah perlu memasang perangkap, menembak halau ataupun menembak mati kera-kera terbabit.

Adakalanya siasatan mendapati kes yang dilaporkan adalah serius dan tindakan tembak mati perlu dijalankan segera bagi mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh kera-kera tersebut. Jika semasa siasatan dijalankan dan pengadu tiada di rumah atau tidak dapat dihubungi. Surat tanda kehadiran bersampul perlu diletakkan dalam peti surat mereka. Ini untuk memastikan agar mereka mengetahui bahawa kakitangan Jabatan Perhilitan sudah menjalankan siasatan berkenaan aduan mereka. Proses khidmat nasihat ada ketikanya tindakan tidak apat diambil dengan segera disebabkan oleh beberapa faktor masalah kekurangan perangkap dan kekurangan kakitangan. Dalam kes-kes sebegini khidmat nasihat diberikan kepada pengadu sementara menunggu tindakan yang selanjutnya. Antara isi kandungan khidmat nasihat tersebut ialah menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelak dan mengurangkan risiko gangguan keras seperti menutup tingkap pintu gril dan menghalang kanak-kanak bermain di luar berseorangan. Kedua menerangkan status pemeliharaan kera kepada pengadu dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh Jabatan Perhilitan mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar. Yang ketiga meminta pengadu segera menghubungi Jabatan Perhilitan. Yang keempat jangan membenarkan kanak-kanak memberi makanan kepada kera-kera tersebut dan yang kelima meminta bantuan mereka menasihati jiran-jiran yang lain supaya tidak memberi makanan kepada kera-kera. Proses tembak halau kera, tembak halau merupakan tindakan kawalan biasa yang dijalankan, apabila kawasan gangguan berhampiran dengan kawasan hutan. Ini memberi peluang kepada kera-kera melarikan diri jauh dalam hutan dan tidak akan datang mengganggu lagi. Kebiasaan senjata api digunakan bagi menakutkan kera-kera ini kerana keupayaannya menghasilkan bunyi tembakan yang kuat. Jika tembak mati kera terpaksa dijalankan ianya harus atas niat pengurusan lestari spesies ini dan bukan atas dasar berseronok-seronok atau tanpa tujuan yang jelas. Proses tembak mati ini selari dengan dan termaktub di bawah Akta 716 melalui Seksyen 52 Akta Pemulihan Hidupan Liar 2010 Kurungan Akta 716 yang menyatakan bahawa pegawai boleh memburu hidupan liar jika hidupan itu berbahaya kepada nyawa dan harta benda manusia.

Pemasangan perangkap, pemasangan perangkap kera akan dilakukan sekiranya terdapat keperluan dan kesesuaian tapak. Terdapat tiga jenis perangkap yang akan digunakan iaitu perangkap jebak, perangkap corong dan perangkap lapan kali lapan kali sembilan. Penggiliran akan diguna pakai bagi memastikan semua aduan dapat ditangani dengan baik. Proses tangkap pindah kera tujuan tangkap pindah kera dijalankan ialah untuk mengurangkan jumlah populasi kera yang bermasalah dari satu Kawasan yang bermasalah dengan cara menangkap dan memindahkan ke habitat yang baru yang lebih sesuai hutan simpan

kekal rizab hidupan liar ataupun Taman Negara. Sebarang aduan gangguan hidupan liar boleh disalurkan terus kepada Jabatan Perhilitan. Sama ada melalui talian hotline dan talian rasmi Jabatan Perhilitan. Aduan juga boleh disalurkan melalui e-mel rasmi Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan. Atau kepada email rasmi Ketua Perhilitan Daerah Seremban pengadu juga boleh hadir sendiri ke pejabat Perhilitan yang terhampir atau menghantar surat dari Jabatan. Berikut adalah statistik penangkapan hidupan liar di Port Dickson secara menyeluruh bagi tahun 2024 sebanyak 225 hasil tangkapan dan pada tahun 2023 sebanyak 321 tangkapan.

Dato’ Yang Dipertua isu anjing, saya berharap bahawa pihak pihak-pihak yang terlibat di dalam dewan ini, aduan, semua aduan saya Nampak dengar dan saya berharap bahawa kita bersetuju bahawa aa bilangan yang terlalu banyak dan kita harus mengurangkan bilangan anjing-anjing tersebut untuk dilupuskan. Dato’ Yang Dipertua kalau semua ahli dewan bersetuju eh kalau ahli dewan bersetuju kerana kita lihat bahawa aa ada masalah kita dengan NGO yang sayang, yang kita faham tetapi dalam masa yang sama bilangannya terlalu banyak. Dan khususnya di kawasan-kawasan yang sensitif iaitu ramai kawasan-kawasan Melayu dan saya berharap dalam dewan ini setiap kali persidangan kita ada masalah mengenai masalah anjing. Ya. Dan aa menyebabkan kemalangan eh menyebabkan eh untuk mereka susah nak ke surau dan masjid. Jadi kalau semua bersetuju dalam dewan ini, saya rasa kita perlu lupuskan sebahagian ya bukan kita nak lupuskan semua sebahagian, kalau setuju, kalau tak setuju takda masalah.

Dato’ Yang Dipertua boleh saya celah? Aa sebenarnya tangkap lupus aa anjing ini aa memang sudah di aa amalkan ataupun diambil aa tindakan oleh aa aa apa nama ini? Majlis Daerah-Majlis Daerah tertentu. Memang sudah ada.

Mencelah sikit. Dato’ Speaker, kami di pihak aa Perikatan Nasional juga menyokong aa supaya isu anjing ni ada penyelesaian dan saya setuju dengan Yang Berhormat Sikamat agar satu tindakan lebih tegas diambil. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya tanya dulu. Setuju angkat tangan. Berkecuali?

Aminuddin Bin HarunPKR · PHSikamat

Jadi kita kita fahamlah. Ini hanya kita tumpukan di kawasan majoriti Muslim. Melayu. Eh. Supaya tidak mengganggu urusan untuk beribadat pun susah. Anak sekolah pun susah. Sebab kita jarang orang Melayu bagi makan kepada aa anjing-anjing ini di Kawasan Melayu. Yang akhirnya dia lapar dan mengganggu ah kehidupan

kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Itu tujuan dia. Dan kita juga meneruskan mengenai apa? Aa aa nama dia memandulkan anjing-anjing tersebut kita teruskan. Tak ada masalah. Tetapi kita lihat di kawasan Melayu nampak tak terkawal. Dan akhirnya setiap kali sidang DUN, perkara tersebut dibentangkan dan seolah-olah kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan. Jadi saya mohon hari ini dapatnya persetujuan majoriti dan sebelum itu saya serah YB Guna untuk..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Aa terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan. Saya setuju ADUN Sikamat aa masjid, surau atau orang Melayu yang banyak. Tempat itu, kira kasi hapus takpa. Tapi ada tempat aa saya ingat nanti jadi masalah pula. Aa tempat aa orang Cina ataupun orang India kita boleh tengoklah. Itu anjing ganggu pun. Aa kacau atau kejar motor aa tempat itu boleh angkat tindakan takda masalah. Aa ini sensitif. Kita mahu hati-hati. Aa itulah saya punya pandangan. Lagi satu itu mandul aa bila orang mahu angkat license anjing aa PBT yang cakap terpaksa mandul anjing. Aa itu tak patutlah. Nanti satu hari aa kalau di aa sepuluh tahun lima belas tahun dua puluh tahun dan di Anjing memang mahu nak nampak pun susah. Memang kita ada orang banyak sayang. Bukan cakap India bukan cakap Cina. Orang Melayu pun ada sayang. Itu ada satu sekuriti. Sebab itu saya rayu dewan yang mulia. Tengoklah tempat aa masjid, surau ada orang Melayu yang banyak punya tempat. Aa itu kita bolehlah, boleh sokong. Tapi tempat lain aa hati-hati. Aa terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.

Aa Dato’ Yang Dipertua, sikit pencelahan, semalam aa saya sebenarnya isu anjing ni saya keluarkan aa semalam tapi saya berpandangan macam inilah, ikutlah kod amalan kebajikan haiwan eh, aktiviti pelupusan haiwan. Ini penting eh Akta Kebajikan Haiwan 2015 aa ikut prosedurlah, ya. Saya bersetuju dengan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat eh. Semalam saya dah hujah panjang ni tentang kod etika ni. Dia Jabatan Veterinar kena kena ambil untuk aa kebaikan rakyat Negeri Sembilan. Terima kasih.

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

Mencelah Dato’ Speaker. Saya rasa kalau isu di penempatan aa aa kaum lain saya rasa tak ada isu di Gemencheh yang banyak buat aduan kaum Chinese lah. Di Gemencheh ni pasal anjing ni. Bukan kaum Melayu itu. Kaum Chinese yang selalu buat aduan kepada saya. Kerana mereka pagi-pagi nak jogging, kena kejar, kena gigit, kan? Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat…

Tuan Yew Boon LyePKR · PHChuah

aa mau mencelah Dato’ Seri aa Yang Berhormat semua. Dia sebenarnya bukan di kawasan aa Melayu sahaja. Ya, di kawasan Cina pun banyak masalah juga. So, saya haraplah, dia akan jalan juga. Bukan saja aa di, di kawasan Melayu. Keseluruhanlah. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Eh kita dengar sendiri pandangan, patut jadi usul ni kan. Tapi tak apalah kita ialah kita, kita nak cari penyelesaian isu anjing tak selesai isu aa kera pun tak selesai. Jadi hari ni kita telah dapat keputusan supaya kita mula di kawasan Melayu supaya sensitiviti itu dapat kita kurangkan dan kemudian itu barulah kita lihat di kawasan-kawasan yang sensitif aa so contohnya di tempat-tempat jogging, tempat-tempat awam yang perlu diberi perhatian. Jadi saya rasa pihak PBT boleh menjalankan tanggungjawab dan saya maklum bahawa akan ada bantahan daripada NGO-NGO dan mereka perlu faham ada yang kemalangan-kemalangan yang berlaku disebabkan perkara ini dan ia melibatkan nyawa melibatkan aa keselamatan eh individu-individu tersebut dan saya harap bahawa kita kena memahami bukan kita nak lupuskan semuanya kita hanya sebahagian yang memberi ancaman kepada penduduk setempat. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Aa aa Dato’ Speaker. Celah sikit, aa Dato’ Speaker, Lobak nak celah sikit. Terima kasih yang aa suara dari Sikamat tapi untuk aa semua pihak saya cadangkan kasi tempoh yang ruang itu bagi yang aa NGO yang suka anjing itu kasi ada masa itu sekurang-kurang tu maklumkan mereka dulu sebelum lupus. Kami harap ada orang yang aa suka anjing aa tolonglah aa angkat balik aa kasi aa kerana setiap rumah boleh membela dua ekor. Kalau mereka memang suka anjing kasi itu chance ya secara aa politik. Kami jangan jadikan isu. Kalau dia kami maklumkan kasi satu bulan mereka anjing di kawasan ni siapa nak angkat balik? Bela dia license dua dua ekor serumah maklumkan semua dulu sebelum lupus. Itu cadangan saya. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Jadi dewan telah setuju eh aa sebulat suara tadi. Jadi cara dan perinciannya kita serah pada aa EXCO lah. Aa jadi sebagaimana mungkin perlu berbincang dengan ADUN-ADUN semuanya. Okey jadi saya teruskan dengan soalan pada Seri Menanti.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Saya nak pantun sikit pagi ni. Panas sangat.

Makan roti di hari Sabtu, Kenyang sampai hari minggu, Sesungguhnya Seri Menanti ingin mengadu Pada soalan yang bernombor satu. Mohon balas EXCO.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Sabar nak jawab pantun pagi-pagi ni saya belum boleh lagi. Terima kasih pantun tersebut. Terima kasih Seri Menanti. Dato’ Yang Dipertua, terima kasih. Ya untuk makluman ahli yang Berhormat, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia, MCMC sedang giat melaksanakan Pelan Jalinan Digital Negara, Pelan JENDELA dalam usaha untuk menambah baik tahap kesinap kesalinghubungan dan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Sembilan termasuk di Kawasan DUN Seri Menanti. Setakat 31 Januari 2025, liputan internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk di Negeri Sembilan telah mencapai 99.9% melalui insentif Pelan JENDELA bagi kawasan DUN Seri Menanti.

Sebanyak empat daripada lima menara komunikasi baru telah siap dibina dan berbaki satu tapak yang dirancang bagi meningkatkan liputan komunikasi di sekitar Kampung Purun, Tanjung Ipoh. Selain itu sebanyak dua puluh daripada dua puluh dua stesen pemancar sedia ada telah siap dinaiki taraf bagi perlaksanaan perkhidmatan gentian optik sebanyak enam ratus empat puluh lima daripada seribu tujuh ratus dua puluh sembilan premis telah dilengkapi dengan kesinambungan perkhidmatan gentian optik yang berkeupayaan gigabait aa bagi inisiatif yang sedang dalam perlaksanaan dijangka siap secara berperingkat bagi tahun 2025.

MCMC telah melaksanakan ujian perkhidmatan selular di sekitar Kuala Pilah dan terdapat lima ketidakpatuhan pada standard yang ditetapkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Akta 588 dan Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan MSQ QOS dalam DUN Seri Menanti dan penambahbaikan perkhidmatan telah dilaksanakan oleh pihak pemberi perkhidmatan. Arahan Suruhanjaya akan dikeluarkan terhadap mana-mana pemberi perkhidmatan yang gagal mematuhi standard mandatori pemberi perkhidmatan wajib mematuhi arahan Suruhanjaya tersebut dengan menambah baik kualiti perkhidmatan di Kawasan terbabit. Ketidakpatuhan arahan Suruhanjaya merupakan satu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Akta 588 dan tindakan penguatkuasaan undang-undang boleh diambil terhadap pemberi perkhidmatan. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, inisiatif penambah baik jaringan komunikasi di Jalan Bukit Putus, Seremban - Kuala Pilah juga telah dilaksanakan melalui pembinaan dua struktur komunikasi baru dan ia telah beroperasi pada bulan Disember 2024. Bagi tahun 2025, MCMC menyasarkan untuk memperluaskan lagi audit liputan melalui tiga ujian perkhidmatan selular di beberapa jalan utama di tujuh audit pengukuran kualiti liputan di sekitar kawasan Dun Seri Menanti. Ahli Yang Berhormat dan ahli dan orang ramai di kawasan DUN Seri Menanti yang mempunyai sebarang masalah perkhidmatan adalah

dialu-alukan untuk mengemukakan aduan kepada pemberi perkhidmatan dan juga MCMC menerusi pautan aduan mcmc.gov.my bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil. Pihak MCMC juga bersedia untuk menjalankan tinjauan kawasan bersama ahli Yang Berhormat bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan kawasan yang bermasalah di kawasan Dun Seri Menanti. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua aa aa soalan aa DUN Rahang mereka ada masih Hospital Pantai di KL aa mereka ada tanya satu soalan minta tolong tanyalah. ADUN Seremban juga aa boleh tak Datuk Speaker?

Yang Dipertua Dewan

Kuat-kuat sikit. DUN Rahang.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Boleh ah? Okey. Ah soalan pertama.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana mengizinkan wakil ADUN Rahang untuk mengemukakan soalan bertajuk Pembangunan Hospital baru. Aa Kerajaan Negeri Sembilan telah mengangkat lokasi projek pembinaan Hospital Tuanku Jaafar Dua di bawah senarai sepuluh projek wishlist RP Satu, Rancangan Malaysia ke-13 Negeri Sembilan melalui Kementerian Ekonomi untuk dipertimbangkan. Cadangan Lokasi tanah bagi tujuan pembinaan adalah tanah rizab Hospital Tuanku Jaafar yang kami rasa luas dan dan sesuai untuk pembinaan aa hospital baru ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Serting.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera. Soalan nombor satu Tuan Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, pertamanya saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Serting kerana telah bertanyakan tentang yang berkaitan dengan pemegang amanah aa Tanah Felda aa ini adalah satu soalan yang baik dan penting untuk dijelaskan kepada aa dewan terutamanya kepada golongan generasi kedua, ketiga dan keempat Felda dalam soal yang berkaitan dengan wujud sekatan perundangan yang menghalang kerana seringkali perbalahan antara adik-beradik merebut siapa yang berhak menjadi pemegang amanah kepada harta ataupun peninggalan golongan peneroka Felda. Soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat DUN Serting adakah perkara ini benar ataupun apakah resolusi pihak Felda yang boleh aa dimanfaatkan tanah peninggalan ibu bapa mereka apabila mereka tidak lagi aa aa apabila mereka telah meninggal dunia.

Untuk makluman dewan yang mulia aa Dato’ Yang Dipertua sebenarnya tidak ada sebarang sekatan dalam soal perundangan yang menghalang pemilikan oleh generasi baru atas tanah Felda, peninggalan ibu bapa yakni peneroka asal. Walau bagaimanapun, urusan perwarisan bagi tanah peneroka ini adalah tertakluk kepada Akta Tanah yakni aa kawasan penempatan berkelompok GSA aa GSA stand for aa apa? Group Settlement Act 1960 tak silap mana 65. No, no. 1960. Akta GSA 1960 yang membenarkan tapak rumah dan ladang diberi milik dan dipegang bersama tak lebih daripada dua pemegang dan mesti penerima yang sama. Maksudnya apa? Pada tahun 2004, pada awalnya peneroka asal satu nama je Yang Berhormat. Lepas itu tahun 2004, Kerajaan sudah buat satu aa orang kata penambahbaik kepada akta ini yakni boleh dua nama, boleh dilantik aa isteri sebagai penama kedua.

Kemudian apabila aa persetujuan antara waris yakni muafakat ya Dato’ Yang Dipertua, kalau anak lapan, lapan orang mesti muafakat. Kalau anak satu no problem, kalau anak tiga kena pakat tiga orang, kerana pewaris kepada harta pusaka ini adalah seorang. Kalau dulu Kemudian kalau ada dua penama, dua nama, isteri menamakan seorang, suami menamakan seorang. Kalau lebih isteri itu saya akan explain kementerian. Kalau ada lebih isterilah. Persetujuan waris ni adalah kunci utama pada kesepakatan dalam isu pewarisan. Penamaan waris sebagai pentadbir pentadbir ya, ataupun pemilik tanah Felda adalah mengikut hukum faraid atau kesepakatan waris di samping perlu mematuhi akta GSA 1960.

Walau bagaimanapun Dato’ Yang di-Pertua, suka saya jelaskan di dewan yang mulia ini akta GSA 1960 ini sedang dalam penambahbaikan. Yakni Felda dan juga pihak yang berkaitan sedang melakukan sesi libat urus yang sedang dilaksanakan bersama dengan pemegang taruh. Ini adalah kerana secara aa peribadinya sebagai ahli parlimen pada tahun lepas saya telah membawa isu ini berkali-kali untuk membangkitkan tentang perlunya Akta GSA 1960 ini dirombak ataupun dibuat penambahbaikan kerana aktanya sudah melebihi 45 tahun. No. 2025, 1960, 65 tahun. Dan waktu akta ini digubal 65 tahun dahulu mengikut keadaan dan suasana aa waktu itu. Kemudian berkaitan dengan kepentingan pewaris Dato’ Yang Dipertua, oleh kerana kita Felda ada anak yang ramai ada, nak sepuluh ada, nak dua belas dan sebagainya, dia dah tak sesuai sekarang. Jadi oleh kerana itu, saya nak ambil kesempatan ini untuk meminta semua peneroka memberikan kerjasama terhadap sesi libat urus ini yang bakal diadakan oleh Felda dan sekarang dah mula berjalan supaya kita dapat mengenal pasti setiap permasalahan yang timbul akibat sesi pewarisan ini. Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman adun-adun dan juga aa ahli-ahli Yang Berhormat yang mempunyai Kawasan Felda,

program kerajaan negeri sekarang ni kita nak buat program Karnival Sejati Madani di lapan zon Felda. Dalam,dalam program ni sebahagian pengisiannya ialah kita ada Justice On Wheel Apa dia Justice On Wheel? Justice On Wheel tu kita ada satu kelompok para lawyer, peguam untuk bantu para peneroka bagi menyelesaikan masalah isu perwarisan. Bukan bukan menyelesaikan tetapi bagi penjelasan kepada isu perwarisan ini kerana masalah yang dihadapi oleh peneroka sekarang ialah apabila meninggalnya aa seorang aa bapa umpamanya. Ataupun meninggalnya aa peneroka asal keputusan dalam keluarga itu tak boleh dibuat.

Kerana apabila keputusan dibuat hanya seorang saja boleh jadi pentadbir. Dan dialah yang mengurus tadbir hasil, dialah mengurus tadbir aa segala perkara yang diperolehi daripada sepuluh ekar tanah dan juga suku ekar rumah dan sebagainya, dan dia juga mempunyai tanggungjawab untuk mengagihkan hasil ini kepada adik-beradik mengikut hukum faraid. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini ada yang tidak berlaku seperti itu. Ini yang jadi pergaduhan kerana muafakatnya tadi tak ada. Dia dia jadi pergaduhan. Jadi kerana itu penjelasan dan juga muafakat ataupun ikatan kekeluargaan ini mesti ditanam sebaik mungkin di dalam keluarga mereka kerana apabila kata sepakat ini tidak wujud, maka berlakulah perbalahan. Saya harap aa akta ataupun penambahbaikan kepada akta GSA 1960 ni dapat kita bawa ke parlimen secepat mungkin tetapi dalam aa untuk kita bawa akta ni Dato’ Yang Dipertua, kita tak boleh selesai sebulan dua. Kemungkinan dalam setahun, kemungkinan dua tahun dan itu adalah dalam tindakan aa pihak kerajaan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, Datuk Seri ada soalan tambahan okey sepertimana yang disebutkan tadi memang benarlah kalau dalam Islam itu ada istilah faraid ataupun hibah ataupun sebagainya. Apabila ibu ataupun bapa yang sebelum itu sebagai pemegang apa ni pemilik maka ia akan dibahagi-bahagikan satu sistem biasalah. Tapi sepertimana yang Datuk Seri sebutkan tadi tertakluk dengan GSA dan sebagainya. Cumanya aa pertanyaan saya adakah di sana di peringkat Felda ataupun federal lah eh federal itu adanya panel syariah yang membincangkan tentang perkara-perkara yang sepertimana yang disebutkan oleh Datuk Seri tadi tentang yalah bila sebut tentang hal berkaitan dengan harta pusaka dia bukan harta pusakalah ni. Harta memang akan berlaku perkara-perkara ni. Dan inilah yang berlaku di tempat saya lah. Selalu adik-beradik tak bertegur sapa, pecah dan sebagainya. Akibat apa? Akibat apabila ada penama, penama ni abang yang sulung contohnya kan. Dia tidak memberikan hak daripada sepuluh ekar yang sepatutnya dibagi bersama. Tak dibagi eh lepas tu pula dia duduk dekat suku ekar rumah dan sebagainya. Itu yang berlaku lah. Terima kasih.

Yang Berhormat, saya dah jelaskan ya, ini juga adalah bagi menjawab Yang Berhormat ADUN Sungai Lui di dalam perbahasan titah Tuanku semalam yang menyebut soal pewarisan jadi nak menjimatkan waktu penggulungan, saya sebut sekali ya. Jadi penggulungan saya tak gulung dah aa YB Lui. Kalau ada soalan tambahan, tanya sekarang. Yang Berhormat, saya nak sebut dia dalam isu perwarisan ini, walaupun kita ada soal yang berkaitan dengan soal faraid bergantung dan terikat kepada hukum-hakam syariah. Aa Yang Berhormat ya. Kita tak lari daripada itu. Cumanya Yang Berhormat, kita terikat dengan peneroka asal. Felda ni 112,654 peneroka asal. Asal dulu dan generasi kedua, ketiga keempat bukan peneroka. Bukan peneroka asal. Ia adalah merupakan keluarga ataupun generasi aa daripada aa peneroka yang awal itu tadi. Di Negeri Sembilan berapa peneroka kita? Ada 8,600. Daripada 8,600 ni Yang Berhormat, yang, yang dah meninggal saja. No, no sorry. Negeri Sembilan kita ada 16,432 peneroka. Yang dah meninggal dia, peneroka daripada 16,000 ni, 8,162 dah meninggal.

Kita ada 50% daripada peneroka asal saja dan daripada kes ini Yang Berhormat mengikut data kita 6,000 ribu lebih sedang dalam aa aa mahkamah dan telah selesai bicara kuasa dan selebihnya belum selesai lagi. Kenapa tak selesai bicara kuasa? Ini adalah bergantung kepada soal yang berkaitan dengan pengagihan dan persefahaman keluarga. Bila dah selesai, dia bawa kepada akta ataupun bawa kepada pengurusan FELDA, baru dia boleh letak seorang penama. Itu pun bukan pemilik, ya. Bukan bukan pemilik. Ia adalah pentadbir, untuk menguruskan harta ini. Dan itu adalah termaktub dalam akta GSA, akta GSA 1960. Kerana itu penambahbaikan kepada akta ini kita nak lakukan supaya perkara itu boleh mengatasi masalah perbalahan keluarga. Saya yakin Yang Berhormat ya, bukan kawasan Serting saja, kawasan aa Pasoh, umpamanya. Kawasan Lui umpamanya. Dan di semua kawasan Felda masalah ni timbul sekarang. Dan inilah antara perjuangan yang dibawa oleh generasi kedua, ketiga dan keempat Felda.

Saya nak maklumkan di dewan yang mulia ini, saya nak ambil kesempatan dewan yang mulia. Dia kata kerajaan tak melakukan apa-apa untuk pembelaan generasi kedua dan Felda. Aa dan ketiga, keempat dan kelima Felda. Kerajaan tidak buat pembelaan kepada mereka. Saya nak bagi tahu kepada anak-anak dan adik-adik dan sanak-saudara kita di kawasan Felda. Generasi kedua, ketiga di Felda. Kerajaan mempunyai hala tuju aa pembelaan kepada keseluruhan generasi Felda. Kerajaan mempunyai perancangan jangka panjang untuk kepentingan masyarakat dan golongan peneroka Felda kerana itu dalam kita menganalisa dan juga kita mendetailkan segala pendekatan dan perubahan dan dalam soal akta dalam soal hak memerlukan masa dan

penelitian yang bersungguh-sungguh kerana kita terpaksa memikirkan kepentingan semua. Saya nak bawa satu aa perkara aa Dato’ Yang Dipertua di satu kawasan saya tak perlu sebut tapi dalam kawasan parlimen saya apa yang berlaku dia ada enam orang adik-beradik. Dan satu ni dia taiko dengan izin. Taiko itu maknanya dia gangster dalam keluarga. Dan dia boleh tendang lima orang lagi adik-beradik untuk tidak menerima apa-apa kepentingan dan sekarang ini rumah itu dijadikan hak untuk taiko itu. Dengan izin. Jadi lima orang sudah terkeluar daripada mempunyai hak dan sehingga boleh memutuskan hubungan silaturahim dan ukhuwah dalam keluarga itu. Dan inilah perkara-perkara yang menjadi kepentingan kepada pihak Kerajaan dan Felda untuk kita atasi dan kita cuba untuk membuat satu pendekatan dan juga dalam soal perundangan secara lebih teliti untuk kepentingan semua masyarakat dan keluarga Felda. Terima kasih.

Dato’ Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Yang Berhormat Datuk Seri biar saya tambah sikit ya. Aa boleh tak ada ada tak kita Felda statistik yang yang telah ada. Di Felda itu sendiri aa yang menyatakan bahawa berapa kes pewarisan yang telah berjaya diselesaikan dan ada tak satu aa mekanisme di mana bila pencapaian ataupun aa muafakat adik-beradik ni tak dapat dicapai dan akhir ada di kalangan rumah-rumah aa lama rumah pusaka ni aa yang tinggal begitu sahaja dan sebagainya dan akhirnya menjadi satu masalah pula ya rumah tinggal ni macam-macam masalah yang berlaku di kawasan Felda ni.

Yang Berhormat minta statistik negara atau Negeri Sembilan aa Negeri Sembilan saya ada negara Negeri Sembilan saya dah sebut tadi agak yang Berhormat pun tak berapa nak pasal dah hari keempatkan jadi tak berapa nak dengar. Secara detailnya Yang Berhormat di Negeri Sembilan kita ada 16,432 golongan peneroka. Daripada 16,432 bilangan peneroka yang hidup yang masih selamat sekarang. Eh no no sorry yang masih aa hiduplah. 8,236 peneroka yang hidup. Peneroka yang telah meninggalkan dunia 8,196 Yang Berhormat ya. Kemudian yang telah bawa kes ke mahkamah selesai bicara kes bicara kuasa dan sebagainya, 6,354 Yang Berhormat. Yang sudah mohon untuk bicara kuasa dalam kes aa bicara kuasa 1,332 yang tidak buat apa-apa 510. Jelas Yang Berhormat? Aa okey terima kasih. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat kota.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Aa Kota mengemukakan soalan nombor satu.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan daripada ADUN Kota ialah berkenaan dengan usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam memastikan program-program yang dilaksanakan di peringkat daerah betul-betul mendapat manfaat kepada penduduk daerah tersebut ya dan bukan hanya tertumpu kepada IPTA, IPTS dan juga aa institusi yang lain. Jadi untuk menjawab soalan daripada Kota antara usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan ya KBS melalui melalui JBS ya memastikan untuk program-program peringkat daerah selain tertumpu kepada IPTA, IPTS dan juga institusi kemahiran ialah yang pertama aa menjalinkan kerjasama dalam perlaksanaan program-program Bersama kepimpinan setempat seperti JPKK dan penghulu di peringkat aa mukim-mukim. Yang keduanya program dilaksanakan juga melibatkan kerjasama rakan strategik belia dari Persatuan Belia dan Persatuan Sukan di daerah bersama rakan strategi daripada agensi dan jabatan di daerah dan kerjasama daripada pemimpin-pemimpin setempat.

Aa perkara yang ketiga, kaedah yang ketiga ialah selain daripada platform sosial media untuk mempromosikan program, pejabat belia sukan di daerah juga turut bersama-sama terlibat dalam mempromosikan program dan menyantuni belia-belia khususnya di kampung-kampung dan taman-taman perumahan. Dan kaedah keempat aa inilah kaedah kerajaan negeri pula. Yang tadi ialah tiga kaedah, yang dibuat oleh Jabatan Belia dan Sukan melalui pejabat belia dan sukan daerah dan kerajaan negeri juga tidak ketinggalan dalam memastikan supaya program-program belia diperkasakan di peringkat seluruh negeri khususnya di Kawasan daerah-daerah dan kampung-kampung. Yang pertamanya yang kita buat di peringkat negeri ialah aa kita juga adakan kolaborasi dengan beberapa aa lokasi untuk program jati diri dan kepimpinan di kalangan belia. Kita buat kolaborasi dengan contohnya dengan PDS Training Camp di Port Dickson dengan Kem Pusaka di Sungai Jelutong dengan Gua Batu Maloi di Johol laa Kem Akademik Kenegaraan di Ulusepri dan juga di D’Kok Eco Camp di Kuala Pilah. Jadi apa yang kita buat ialah kita war-warkan program belia ini program kepimpinan ini, projek jati diri ini, pada golongan belia di seluruh Negeri Sembilan aa khususnya kita buat melalui Majlis Belia Negeri Sembilan, yang ada rangkaiannya di setiap daerah untuk mereka war-warkan di setiap daerah dan keduanya ialah melalui aa Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Dari Kolej Tingkatan Enam aa di seluruh Negeri Sembilan untuk mereka pilih sekiranya mereka nakkan aa challenging yang berbentuk aa berkayak dan sebagainya, mereka boleh pergi ke PDS Training Camp di Port Dickson. Sekiranya mereka minat dengan eksplorasi gua, mereka boleh pergi ke Gua Batu Maloi, Gua Batu Maloi adalah merupakan gua

batu granit yang terpanjang di Malaysia berada di Johol. Kemudian sekiranya mereka berminat dengan aa D’Kok Eco Camp yang menyediakan program bersantai ala kampung, mereka juga boleh pergi, boleh pilih. Dan kita kerajaan negeri akan menyediakan dana untuk memberikan untuk membayar sebahagian daripada kos untuk mereka berkursus sehari dua malam yang mana kita ambil peluang untuk kita menyampaikan mesej supaya anak-anak Negeri Sembilan ni sayangkan negeri mereka. Ya ada yang terdiri yang baik kepimpinan yang baik dan itulah dasar yang kita bawa di peringkat negeri. Itu yang pertama. Selain daripada itu juga kita buat SUKNES, Sukan Negeri Sembilan yang melibatkan seluruh aa Dewan Undangan Negeri seluruh Negeri Sembilan di mana anak-anak muda belia boleh terlibat sama. Dan selain daripada itu juga Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge, kita juga buat di peringkat daerah-daerah untuk membolehkan belia-belia di peringkat daerah mengambil bahagian program yang disediakan oleh kerajaan negeri. Sekian terima kasih.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Terima kasih aa Yang Berhormat EXCO aa Dato’ Yang Dipertua, aa terima kasih atas aa penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO aa berkenaan dengan jalinan kerjasama yang amat baik antara JPKK, penghulu dan juga Pejabat Belia dan Sukan Daerah-daerah. Aa cuma aa Dato’ Yang Dipertua, belia ni dia ada jentera dia sendiri. Ya. Dia ada Persatuan Belia dia sendiri yang mana yang menguruskan, yang aa menjalankan aktiviti-aktiviti untuk belia-belia dalam Kawasan mereka dalam kampung mereka terutamanya di peringkat akar umbi. Cuma aa apakah usaha adakah aa ada usaha yang berterusan yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan terutamanya di peringkat akar umbi ya untuk aa menghidupkan atau mengaktifkan aa kembali persatuan-persatuan belia di kampung-kampung terutamanya agar belia-belia di peringkat akar umbi ini tidak keciciran daripada melibatkan diri dengan program-program yang disebutkan oleh Yang Berhormat EXCO sebentar tadi. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua menjawab pada soalan tambahan daripada Kota tadi, ada beberapa kaedah yang dilaksanakan oleh JBS. Yang pertamanya ialah dengan aa memanggil semua institusi tersebut untuk diberikan pendedahan khusus program-program untuk memberikan kesedaran supaya aa belia-belia ini dia tidak dia tidak begitu sajalah ya, supaya dia terus bergerak, aktif. Dan sebab itu kita di peringkat negeri kita offer apa yang mereka hendak. Kita tak bagi mereka satu option, malah kita jadikan beberapa option mengikut cita rasa mereka. Tapi namun demikian saya setuju dengan pandangan Kota tapi masih lagi ada belia-belia yang tidak nak move ke mana-manalah. Mungkin ini juga berpunca daripada aa leadership quality lah ya kualiti kepimpinan yang ada. Maka dengan itu saya telah pun syorkan kepada

JBS untuk kita perbanyakkan kursus-kursus kepimpinan untuk kita memberikan kesedaran ya kepada belia-belia di kampung supaya mereka boleh keluar daripada kepompong mereka dan menyediakan pelbagai program untuk kita mantapkan lagi aa gerakan belia di kawasan-kawasan kita. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Chuah.

Tuan Yew Boon LyePKR · PHChuah

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Aa Chuah mengemukakan soalan nombor satu.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih ADUN Chuah atas soalanlebuh raya pantai barat. Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman sidang dewan sekalian, laluan Lebuhraya Pantai Barat WCE telah dimasukkan dalam perancangan projek Highway Network Development Plan 2030 ataupun HNDP 2030 yang diterbitkan oleh Kementerian Kerja Raya. Cadangan Jajaran Laluan Lebuhraya WCE ini juga melibatkan negeri-negeri di selatan termasuk Negeri Sembilan akan tetapi ianya masih di peringkat perancangan oleh bahagian perancang jalan, Kementerian Kerja Raya. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat juga inisiatif Pembangunan Kluster Industri Wilayah Tengah yang dianggotai oleh Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan penyelarasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri telah mengemukakan cadangan infrastruktur bagi menyokong inisiatif tersebut. Antara wishlist yang dikemukakan turut melibatkan Lebuhraya West Coast Expressway WCE yang menghubungkan Banting di Selangor merentasi Negeri Sembilan dan Melaka hingga ke Gelang Patah di Johor. Jajaran WCE Selatan dari Banting Selangor merentasi Negeri Sembilan dan Melaka hingga ke Gelang Patah dianggarkan sepanjang 311 kilometer dengan kos kira-kira 63 billion yang sepertimana projek lebuhraya lain akan melibatkan pihak swasta secara konsesi. Projek ini sekiranya direalisasikan pada sepanjang pantai Port Dickson akan memberi limpahan ekonomi dan pembangunan kepada rakyat di Negeri Sembilan. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Lenggeng.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan nombor dua.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Lenggeng. Soalan yang nombor dua ialah berkenaan dengan jaringan jalur lebar yang terhad di kawasan DUN Lenggeng. Untuk makluman ahli Yang Berhormat,

kerajaan negeri melalui Suruhanjaya Komunikasi dan juga Multimedia Malaysia, MCMC sedang giat melaksanakan Pelan Jalinan Digital Negara ataupun kita panggil JENDELA. Eh dalam usaha untuk mengembangkan tahap kesalinghubungan dan juga infrastruktur, telekomunikasi di Negeri Sembilan termasuk di dalam Kawasan DUN Lenggeng. Setakat 31 Januari 2025. Status capaian liputan internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk di Negeri Sembilan telah mencapai sebanyak 99.0% peratus. Melalui perlaksanaan Pelan Jendela di dalam DUN Lenggeng sebanyak empat daripada lima menara telekomunikasi baharu telah siap dibina dan berbaki satu tapak yang dirancangkan bagi meningkatkan liputan komunikasi di awasan kampung Orang Asli Lumut iaitu di Lenggeng. Selain daripada itu sebanyak 43 daripada 45 stesen pemancar sedia ada telah siap dinaik taraf. Bagi perlaksanaan perkhidmatan gentian optik sebanyak 9,009 daripada 9,108 premis telah pun dilengkapi dengan kesalinghubungan perkhidmatan gentian optik berkeupayaan gigabait. Baki inisiatif yang sedang dalam perlaksanaan dijangka siap secara berperingkat pada penghujung tahun 2025. Bagi memperbaiki kualiti infrastruktur jalur lebar yang lebih stabil. MCMC sentiasa menjalankan audit kualiti. Ya perkhidmatan dari semasa ke semasa untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh pemberi perkhidmatan memenuhi standard yang telah pun ditetapkan di bawah Akta Komunikasi dan juga Multimedia 1998 (Akta 588) dan juga standard mandatori kualiti perkhidmatan. Arahan Suruhanjaya akan dikeluarkan terhadap mana-mana pemberi perkhidmatan yang gagal mematuhi standard mandatori ini. Pemberi perkhidmatan wajib mematuhi arahan Suruhanjaya tersebut dengan menambah baik kualiti perkhidmatan di Kawasan yang terbaik yang terbabit. Ketidakpatuhan arahan Suruhanjaya merupakan satu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan juga Multimedia 1998 dan tindakan penguatkuasaan undang-undang boleh diambil terhadap pemberi perkhidmatan. Pada tahun 2024, MCMC telah melaksanakan audit pengukuran kualiti perkhidmatan di sekitar kawasan Kampung Sungai Jai, dan mendapati tidak mematuhi piawaian seperti yang telah pun kita tetapkan. Sehubungan itu, MCMC telah pun merancang bagi pembangunan satu menara komunikasi yang baru di kawasan tersebut melalui inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat ataupun PPS dan dijangka siap pada penghujung tahun 2025. Setakat 20 Mac 2025, MCMC telah pun melaksanakan audit pengukuran kualiti perkhidmatan bagi Kawasan Kampung Raya dan juga Kampung Tengah, Lenggeng. Hasil daripada perlaksanaan audit tersebut juga mendapati kedua-dua lokasi tersebut tidak mematuhi piawaian standard yang telah pun kita tetapkan dan notis penambahbaikan kualiti liputan telah dikeluarkan oleh pihak MCMC kepada pemberi perkhidmatan. Sekiranya ahli-ahli Yang Berhormat dan juga orang ramai terutamanya di kawasan DUN Lenggeng yang mempunyai sebarang permasalahan perkhidmatan

adalah dialu-alukan untuk mengemukakan aduan kepada pemberi perkhidmatan dan juga kepada MCMC bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil. Pihak MCMC juga bersedia untuk menjalankan tinjauan aa tinjauan ke kawasan bersama dengan ahli Yang Berhormat bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan kawasan yang bermasalahan di kawasan DUN Lenggeng. Sekian terima kasih.

Yang Dipertua, soalan tambahan ya saya ingin bertanyakan kepada YB EXCO. Aa sekiranya ada kawasan yang bermasalah, berapa masa berapa lamakah masa yang diambil oleh pihak MCMC bagi mengatasi masalah tersebut contohnya seperti perlu membina pemancar atau dan sebagainya lah. Jadi saya nak tahu dia punya time frame untuk atasi masalah aduan satu-satu kawasan. Terima kasih.

Okey terima kasih Yang Berhormat ADUN Lenggeng. Setiap masalah yang kita terima dan pihak MCMC diperingkat negeri akan segera turun ke kawasan terutamanya untuk untuk aa untuk membuat eh kerja-kerja audit. Dan daripada kerja-kerja audit, laporan tersebut, kita akan hantar ke peringkat pusat dan mereka juga akan mula menilai dan juga kalau kalau terpaksa ataupun perlu membina menara yang baru, kita akan laksanakan di bawah kawasan jendela. Terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar, perkhidmatan telco ni dia tak dia tak berminat eh masuk kerana kurangnya daripada segi ekonominya itu. Jadi bila kita berurusan ataupun untuk menggunakan peruntukan kerajaan, ia akan mengambil masa eh mengambil masa mungkin dalam enam bulan ke setahun. Jadi soal tentang liputan yang kurang jelas yang sedia ada. Aa itu kita akan bagi tahu seperti jawapan saya tadi. Kita akan maklumkan supaya segera ditambah baik mengikut piawaian ataupun standard yang telah pun ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya aa Komunikasi. Okey, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Gemencheh.

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Gemencheh soalan nombor satu.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih aa Dato’ Yang Dipertua. Soalan ADUN Gemencheh paip air lama, kerap pecah di Gemencheh. Pelan tindakan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui pihak SAINS adalah melaksanakan beberapa projek penggantian paip lama yang melibatkan satu projek melalui peruntukan pengurusan Aset Air Berhad, PAAB, satu projek melalui peruntukan CAPEX SAINS serta sembilan projek melalui permohonan peruntukan daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan

Transformasi Air PETRA. Projek-projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut peruntukan dan kelulusan antara cadangan projek penggantian paip di Gemencheh adalah seperti berikut. Pertama, cadangan di bawah projek Pengurusan Aset Air Berhad, PAAB projek penggantian paip bersaiz tiga ratus meter sepanjang sepuluh perpuluhan lima kilometer dari Kolam imbangan Dangi ke Kolam Ulu Rokan melalui peruntukan daripada Pengurusan Aset Air Berhad, PAAB, status projek ialah dalam proses tender bagi pelantikkan Juru Perunding. Yang kedua cadangan projek di bawah peruntukan CAPEX SAINS projek penggantian paip berukur bersaiz seratus milimeter sepanjang lima ratus meter di Kampung Ulu Air Kuning Gemencheh melalui peruntukan CAPEX SAINS.

Status projek ialah sedang dijalankan dan dijangka siap pada Jun 2025. Cadangan projek di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi PETRA semua cadangan projek ini masih dalam proses permohonan untuk kelulusan PETRA. Pertama, projek penggantian paip bersaiz 200 meter sepanjang 3.4 kilometer dari Dewan Gemencheh ke Kuari Gemencheh kedua projek penggantian paip bersaiz 150 meter sepanjang 800 meter air masuk ke kolam Felda Bukit Rokan. Projek ketiga, projek penggantian paip bersaiz 100 meter sepanjang 2.2 kilometer di Kampung Paya Lebar. Ke empat, projek penggantian paip bersaiz 100 meter sepanjang satu kilometer di Felda Bukit Rokan, peringkat tiga. Ke lima, projek penggantian paip bersaiz 100 meter 100 milimeter sepanjang satu kilometer di Felda Bukit Rokan peringkat empat. Keenam projek penggantian paip bersaiz 100 milimeter sepanjang 300 meter di Felda Bukit Rokan. Ketujuh projek penggantian paip bersaiz 100 milimeter sepanjang 700 meter di Felda Bukit Rokan Utara. Kelapan, projek penggantian paip bersaiz 100 milimeter sepanjang 900 meter di Felda Bukit Jalur Blok C dan yang kesembilan projek penggantian paip bersaiz 250 milimeter sepanjang 500 meter di Balai Polis Gemencheh ke sepanjang Pekan Gemencheh. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Paroi.

Assalamualaikum WBT. Soalan nombor dua ya.

Dato’ Yang Dipertua, berkaitan landskap di sekitar Senawang dan juga di kawasan Majlis Bandaraya Seremban. Jabatan Taman dan Landskap Majlis Bandaraya Seremban telah mohon kebenaran. Ini antara projek yang sedang berada dalam perancangan Majlis Bandaraya Seremban dalam aspek landskap untuk kita menaik taraf dan juga melaksanakan beberapa projek baru di bawah landskap. Di mana sebahagian tanah reserve tapak Muzium Negeri Sembilan di

bawah kawalan SUK SUKNS bagi projek peningkatan kemudahan Negeri Sembilan di bawah Rolling Plan Ke Lima Rancangan Malaysia Kedua Kedua Belas yang bernilai kos sebanyak RM2.3 juta.

Lepas tu menaik taraf landskap serta kerja-kerja berkaitan di Persimpangan Lampu Isyarat Persiaran Pusat Bandar Tol Nilai menaik taraf landskap serta kerja-kerja berkaitan di bulatan dan juga simpang empat Persiaran Perbandaran Bandar Baru Nilai menaik taraf landskap di pintu masuk serta kerja-kerja berkaitan di pintu masuk Mukim Lenggeng, pintu masuk Mukim Pantai selain itu, Jabatan Taman dan Landskap MBS juga memohon peruntukan melalui Vot Pembangunan bagi tahun 2026 bagi projek pengindahan landskap di kerja menaik taraf landskap serta kerja berkaitan di Dataran Rantau, Pekan Rantau kedua cadangan menaik taraf landskap serta kerja-kerja berkaitan di dalam Majlis Bandaraya Seremban di tol Seremban, jejambat dan sehingga ke flyover Bukit Kepayang. Ketiga, menaik taraf di persimpangan lampu isyarat tol Nilai.

Keempat, kerja-kerja naik taraf landskap dan juga pembaikan kemudahan awam di Taman Orkid. Yang kelima, kerja-kerja menaik taraf landskap dan juga pembaikan kemudahan awam di taman awam, Taman Bandar Senawang. Selain daripada itu, beberapa tindakan aa daripada pihak yang tidak bertanggungjawab, tidak bertanggungjawab juga seperti menaikkan banner, bunting, bendera yang lusuh juga menyebabkan permandangan landskap ini terjejas dan majlis akan mengambil tindakan yang secara berterusan untuk menurunkan semua bunting, banner bendera yang lusuh dan juga terbiar termasuk termasuk merobohkan struktur-struktur gerai-gerai usang yang terbiar. Ada tempat masih gerai-gerai ini digunakan tetapi ada juga banyak gerai-gerai yang dibina di tepi jalan di kawasan yang sepatutnya dibuat landskap itu dijadikan sebagai gerai yang tidak digunakan. So itu semua akan diambil tindakan untuk kita memastikan landskap di kawasan Majlis Bandaraya Seremban ini dapat dipertingkatkan dan juga memberikan permandangan yang lebih lebih baik dan dan juga cantik. Terima kasih.

Soalan tambahan. Aa YB EXCO saya mencadangkan ya aa untuk landskap ni aa aa saya mencadangkan aa aa pertama mempunyai ruang hijau awam yang luas ya dan terancang mempunyai laluan pejalan kaki atau basikal yang mesra alam mempunyai pokok teduh di sepanjang jalanlah yang mengurangkan kesan haba. Adakah pihak kerajaan bersetuju Cadangan ini aa dijadikan eh pelan jangka masa panjang. Dalam mengubah landskap sekitar bandar raya Seremban. Dan kalau hari ni kita tengok eh aa kalau kita pergi Seremban aa nak tak nak kita kena tengok pokok-pokok ditebang setengah. Dah itu

pokok-pokok itu tebang setengah dia menghala ke jalan. Itu landskap kita. Contohnya nak pergi ke Majlis Bandaraya Seremban. Setengah ya. Dan ini saya rasa pemandangan yang kurang kurang enak di sekitar Seremban lah. Kita Tahun Melawat Malaysia tahun depan je. Maknanya aa kena diberi perhatian. Aa mudah-mudahan aa kebaikan pada bandaraya kita.

Saya setuju dengan pandangan tetapi kawasan-kawasan lapang ini memang setiap dalam projek pembangunan perumahan ataupun apa saja projek Pembangunan kita sudah pun mensyaratkan supaya kawasan-kawasan lapang ataupun kawasan-kawasan hijau itu mesti di disediakan. Itu kita tidak akan berkompromi dan keduanya adalah berkaitan dengan aa pokok-pokok di tepi-tepi jalan. Saya masih ingat beberapa aa bulan lepas pokok-pokok inilah sebahagian pokok yang bahaya ini yang menyebabkan aa apa ni kemalangan maut ataupun jatuh di atas aa jalan dan terkena beberapa pengguna jalan dan juga beberapa kes kematian berlaku di Senawang ataupun di kawasan Senawang juga. Sebab itu Majlis Bandaraya Seremban dan juga JKR dan juga kerajaan negeri menyalurkan peruntukan untuk membolehkan beberapa pokok ini ditebang ataupun dicantas untuk memastikan keselamatan pengguna jalan ini sentiasa dijamin dan juga untuk mengelakkan sebarang insiden yang berlaku setahun ataupun setahun lebih itu berulang. Tetapi kita akan melihat kaedah yang terbaik dan juga beberapa tempat terpaksa kita menggunakan cara tersebut kerana pokok-pokok itu adalah sangat bahaya. Dan bukan sahaja apa ni potong separuh, tapi ada juga beberapa tempat kita terpaksa menebang pokok secara keseluruhan kerana kedudukan dan juga keadaan pokok di tepi-tepi jalan di kawasan-kawasan tertentu itu adalah sangat bahaya. Dan kita tidak tahu sekarang apa ni keadaan cuaca dan juga sebarang aa ribut dan juga aa apa saja boleh berlaku kerana perubahan iklim. Sebab itu kita mengambil tindakan yang lebih aa proaktif untuk memastikan terutamanya di kawasan tepi-tepi jalan ini adalah selamat untuk semua pengguna jalan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput aa wakil untuk bawa soalan bagi Rantau.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bagi pihak Yang Berhormat DUN Rantau mengemukakan soalan nombor satu. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih wakil ADUN Rantau daripada Chembong. Dato’ Yang Dipertua, status masa projek pembangunan perbelanjaan yang telah diluluskan bagi tahun kewangan 2025 bagi suku pertama tahun pertama iaitu mulai

Januari hingga Mac 2025 adalah sebanyak 15.45%. Iaitu RM20,854,778.24 daripada kelulusan peruntukan sebanyak RM135,000,000 juta. Prestasi perbelanjaan tiga vot tertinggi yang dicatatkan bagi suku tahun pertama tahun kewangan 2025 berdasarkan vot pembangunan adalah Vot P40 Menteri Besar dengan peratus perbelanjaan sebanyak RM17,684,165 iaitu sebanyak 39.3% diikuti oleh vot P54 Jabatan Pengairan dan Saliran satu perpuluhan RM1.207 juta dengan perbelanjaan sebanyak 11.34% dan seterusnya vot P59 bangunan-bangunan kerajaan RM664,312.40 dengan peratus perbelanjaan sebanyak 5.11%. Jumlah projek yang dicatatkan sehingga suku tahun pertama tahun kewangan 2025 berdasarkan vot Pembangunan adalah sebanyak 368 projek di mana status fizikal projek-projek tersebut adalah pertama 37 projek dalam kategori belum mula iaitu 10.05%. Dua yang kedua 172 projek dalam kategori pra perlaksanaan iaitu 46.74% peratus ketiga, 148 projek dalam kategori dalam perlaksanaan iaitu 40.22% peratus, dan 11 projek dalam kategori siap iaitu 2.99%. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

YB Yang Dipertua Dewan:. Saya menjemput Yang Berhormat Klawang.

Terima kasih aa Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan yang pertama.

Dato’ Yang Dipertua, ini berkaitan dengan lesen dron. Pihak berkuasa penerbangan awam Malaysia, CAAM menyatakan bahawa semua aktiviti penerbangan sistem kapal udara tanpa pemandu. UA UAS atau lebih dikenali sebagai drone adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan penerbangan awam 2016, MCAR 2016 peraturan 140. Untuk sama ada untuk tujuan komersial ataupun rekreasi, semua pengoperasian dron ini perlu mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka dan apa yang diminta oleh Yang Berhormat Klawang adalah aa membebankan kerana perlu memohon untuk setiap aktiviti yang hendak dijalankan. Penggunaan dron ini ya ini adalah sebagai satu untuk kegunaan rekreasi dan juga sebagai hobi kepada beberapa orang tetapi pada masa yang sama juga, penggunaan dron ini juga membawa beberapa isu dan juga aa perkara yang tidak diingini. Kalau kita lihat di Negeri Sembilan juga ada satu kes di mana satu kumpulan penjenayah menggunakan dron bagi apa ni melihat beberapa Kawasan untuk membuat rompakan dan ini menjadi modus operandi yang digunakan oleh mereka dan ini berlaku di Taman Merpati Seremban beberapa tahun lalu. Sebab itu kita mahukan penggunaan dron ini dilakukan dengan lebih tertib dan juga lebih baik dengan adanya aa lesen ataupun aa lesen untuk menggunakan dron ini untuk apa saja kegunaan. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua aa dron ini adalah satu salah satu hobi moden sekarang ni dan mungkin di masa depan ianya menjadi satu sukan ya seperti aa sukan-sukan yang lain aa sebelum ini ianya menjadi sebagai hobi tetapi patut menjadi sukan aa ianya perlu kita santuni juga ya atas dasar rekreasi dan aa mungkin latihan aa saya mencadangkan aa supaya aa pihak berkuasa tempatan mungkin menyediakan satu tempat ya untuk Latihan ke, ataupun untuk apa? Aa penggemar-penggemar drone ini aa supaya apabila untuk ke rekreasi dan latihan aa mereka menggunakan kawasan itu. Dan tak perlu aa memohon lesen. Di luar kawasan itu, yes. Aa perlu. Jadi saya kira ada usaha sebegitu supaya aa hobi ini berkembang dan aa ianya juga aa akan aa mendatangkan aa commercial value di di apa aa di masa hadapan terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, cadangan ini kita akan aa pertimbangkan tetapi apa saja yang aa dilakukan di bawah aa penggunaan dron ini adalah tertakluk kepada aa pihak berkuasa penerbangan awam CAAM dan kita akan cadangkan supaya aa cadangan ini dapat dipertimbangkan untuk kegunaan rekreasi dan juga sukan. Tetapi pada masa yang sama, walaupun untuk rekreasi dan juga sukan, ia juga boleh disalahgunakan pada bila-bila masa. Tetapi cadangan untuk beberapa tempat itu, kita akan aa lihat balik dengan juga keberkesanan dialah. Terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Aa Dato’ Yang Dipertua, terima kasih. Beri peluang. Aa ADUN Seremban Jaya mengemukakan soalan nombor dua.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih ADUN Seremban Jaya status hutang antara Kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Dato’ Yang Dipertua, sepertimana negeri-negeri lain negara ini termasuk Sabah dan Sarawak, Negeri Sembilan tidak terkecuali. Ada mempunyai hutang dengan Kerajaan persekutuan. Namun begitu sejak tahun 2016, Kerajaan Negeri Sembilan tidak mempunyai sebarang pinjaman atau hutang baru dengan Kerajaan Persekutuan. Untuk makluman dewan, setiap tahun, kerajaan negeri tanpa gagal berusaha melunaskan hutang ini mengikut kemampuan atau kedudukan kewangan kerajaan negeri di mana jumlah baki semasa pinjaman sehingga 31 Disember 2024 adalah sebanyak RM937,788,903.29 manakala peruntukan bayaran hutang telah pun dinaikkan daripada 1 juta kepada 3 juta pada tahun 2025 di bawah Vot tanggungan T04 bayaran hutang kerajaan. Bayaran sebanyak tiga juta tersebut telah pun dibuat pada 27 Februari 2025 yang baru lalu. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua jawapan jelas aa DUN Sikamat. Terima kasih. Apakah kadar faedah serta tempoh bayaran balik yang dikenakan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas soalan tambalan tambahan ADUN Seremban Jaya. Soalan dia Berapakah kadar faedah? Tak ada kadar faedah. Dan tiada tempoh untuk bayaran balik. Itu boleh dibincang selalu. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih aa Dato’ Yang Dipertua. Takda kadar kalu, lagi lebih boleh pinjam. Saya cadangkan. Terima kasih Dato’.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih saya jemput aa Yang Berhormat Lukut.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

aa Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Lukut kemukakan soalan nombor tiga.

Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan kempen mengurangkan kepenggunaan beg plastik. Kerajaan negeri telah bersetuju berkenaan dengan larangan penggunaan beg plastik sekali guna. Polesterina serta penggunaan penyedut minuman atas permintaan di seluruh negeri sejak 5 Oktober 2022. Setiap PBT telah diarahkan untuk mengadakan kempen dan juga memasukkan larangan ini dalam syarat lesen dan juga penguatkuasaan hendaklah bermula pada 1 Mei 2023. Justeru status perlaksanaan kempen tersebut yang telah dilaksanakan oleh PBT di Negeri Sembilan adalah seperti berikut. Penyampaian mengenai kesedaran dan juga kesan negatif penggunaan beg plastik melalui pelbagai saluran termasuk media sosial dan juga media cetak.

Yang kedua aa kita juga telah minta PBT untuk mengadakan sesi libat urus bersama pelesen premis makanan, pasar raya dan juga lain-lain lain-lain premis perniagaan. Mengenai produk beg bio degradasi dan alternatif bagi menggantikan beg plastik. Bekas makanan polesterina dan juga penyedut minuman plastik. Yang ketiga, serahan dasar kempen bebas beg plastik serta kempen Jom Guna produk biodegradasi. Dan juga syarat-syarat lesen perniagaan terkini yang mengandungi larangan penggunaan beg plastik kepada para pelesen melalui operasi bersepadu. Ke empat mewajibkan penggunaan beg plastik bio di biodegredasi kepada setiap pelesen peniaga, penjaja yang berlesen. Kelima, mengemas kini syarat-syarat perniagaan dengan semua jenis perniagaan termasuk kategori penjaja dengan menyatakan larangan penggunaan beg plastik jenis Oxo-Degradable dan Photo-Degradable. PBT, keenam PBT mengambil inisiatif menjual beg plastik biodegradasi

dari pembekal yang berkelulusan SIRIM. Penjual ini adalah untuk penjualan ini adalah untuk membantu golongan penjaja mendapatkan bekalan beg plastik, biodegradasi sebelum penguatkuasaan dijalankan. Ketujuh, kita juga telah memberi pendedahan berkenaan larangan penggunaan penggunaan beg plastik jenis Oxo dan Photo kepada peniaga-peniaga kedai. Apabila kita melaksanakan larangan ini ramai peniaga telah pun beralih kepada Oxo Degradable dan juga Photo-Degradable degradable di mana kedua-dua jenis ini juga adalah dilarang. dan kalau kita lihat dari segi saintifiknya, Oxo dengan Photo ini adalah lagi berbahaya daripada beg yang biasa. Kerana Oxo dan juga Photo-Degradable ini dia akan lerai tetapi dia akan jadi mikro plastik. Di mana mikro plastik ini boleh berada di mana-mana dan ini juga telah dibuktikan berada di juga di dalam aa berbagai jenis makanan yang kita makan termasuk ikan. So ini boleh masuk ke dalam badan kita dan ini lebih berbahaya daripada plastik-plastik biasa.

So kita memohon supaya sesiapa yang telahpun aa aa pindah ataupun menggunakan Oxo dan juga Photo kita mohon supaya mereka juga dilarang menggunakan jenis tersebut dan juga menggunakan jenis Biodegradable. Yang kelapan mengambil peluang untuk menjalankan kempen larangan beg plastik ini melalui program-program agensi di peringkat daerah. Kempen ini turut diperluaskan kepada peniaga bazar Ramadan yang terakhir seterusnya teguran lisan telah dilakukan kepada premis yang masih menggunakan beg plastik lama sekali guna. Hanya beg plastik biodegradable yang dibenarkan sahaja boleh digunakan. Notis peringatan telah diedarkan sekali lagi kepada premis-premis pada Ogos 2024 dan pemantauan diteruskan sehingga kini. Tetapi apabila untuk tiga tahun kita tidak melaksanakan apa sahaja penguatkuasaan keberkesanan kempen larangan ini tidak mencapai matlamat. Walaupun pelbagai cara pelbagai usaha pelbagai usaha telah pun dilaksanakan dan yang paling penting adalah larangan tersebut juga adalah salah satu syarat yang telah pun dimasukkan dalam pengeluaran lesen oleh semua PBT maka kalau kita sudah sampai ke tahap tersebut masih tidak dapat diikuti dan saya aa bukan saya kerajaan negeri telah pun membuat keputusan untuk kita melaksanakan aa penguatkuasaan bermula tahun ini. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya Jemput Yang Berhormat aa Bagan Pinang.

Assalamualaikum WBT. Bagan Pinang mengemukakan soalan nombor dua.

Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan letak kereta berbayar Ooh parking. Letak kereta berbayar di Port Dickson. Di bawah

perintah pengangkutan jalan peruntukan tempat letak kereta. MPPD 2010. Kadar caj tempat letak kereta yang dikenakan adalah sebanyak empat puluh sen sejam. Caj ini di terpakai untuk semua Kawasan Port Dickson untuk setiap hari Isnin sehingga Jumaat. Bagi Kawasan pantai pula caj dikenakan sehingga hari Sabtu dengan kadar yang sama dimaklumkan juga bahawa keadaan ini adalah antara keadaan yang paling rendah di antara pihak-pihak tempatan lain di seluruh Malaysia. Terima kasih.

Soalan tambahan. adakah pihak berkuasa tempatan akan mengkaji semula waktu operasi sebab sekarang waktu operasi bermula jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang. Rasanya kalau 8:00 pagi itu golongan-golongan tertentu, ada yang pergi sarapan, golongan tertentu ada yang pergi. Pasar, dan ada golongan tertentu, menghantar anak ke sekolah. Jadi waktu 8:00 pagi tu rasa tidak bersesuaian. Yang kedua, operasi 8:00 hingga 5:00 petang melibatkan sembilan jam. Adakah waktu operasi tu dipendekkan sedikit pada 9:00 ke 5:00 ataupun sebagainya. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Buat setakat ni, kita tidak ada apa-apa cadangan untuk kita pendekkan aa tempoh masa tersebut kerana semua tempat pun kita menggunakan 8:00 sampai 5:00 dan ini bukan satu perkara yang baru tapi di semua kawasan memerlukan tempoh masa tersebut. Tapi saya difahamkan di beberapa Kawasan tertentu Aa contohnya di pasar, di beberapa di pasar awam, pada tempoh masa itu kita telah pun aa bermula bukan bermula pukul 8:00 pagi. Ia bermula pukul 10:00 pagi. Kerana kita tahu aa kawasan pasar itu pada waktu pagi ramai yang datang daripada pelbagai golongan dan ini adalah antara cara yang kita telah pun ambil untuk kita mengurangkan beban itu kepada penduduk di di sesuatu kawasan. Setakat ini kita ada kita telah pun laksanakan untuk kawasan pasar. dan untuk beberapa kawasan lain kita akan pertimbangkan kemudianlah. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih ya Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor satu.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Lobak bertanyakan soal vape eh aa penggunaan vape di kalangan murid-murid sekolah. Saya nak nyatakan sini bahawa pada tahun dua ribu dua puluh dua, seramai enam puluh orang pelajar yang direkodkanlah ya, menghisap vape. Manakala pada tahun dua ribu dua puluh tiga dan dua ribu dua puluh empat, masing-masing seramai tujuh ratus tujuh puluh tiga orang dan juga seribu seratus dua puluh dua orang pelajar.

Maknanya terdapat aa peningkatan yang tinggilah, mendadak ya. Di kalangan murid sekolah. Bilangan murid sekolah yang menghisap mengikut daerah jantina, kaum umur yang sepertimana Yang Berhormat minta ni, saya akan kemukakan aa di luar dewan lah ya. Banyak ni nak baca ni. Di masa yang sama juga apakah langkah-langkah kerajaan negeri. Khususnya Jabatan Pendidikan ya. Jadi Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengambil beberapa langkah yang komited untuk membasmi kegiatan penggunaan vape di dalam kawasan sekolah. Kalau di luar sekolah itu tak dapatlah buat apa YB ya. Walaupun dia budak sekolah. Antara langkah yang diambil adalah seperti berikut. Memperkasakan penggunaan modul sahsiah di dalam sistem bersepadu KPM Kementerian Pelajaran Malaysia di mana modul ini dapat merekod dan memantau perkembangan sahsiah murid menggantikan sistem sahsiah diri murid. Aa penilaian sahsiah murid juga dapat dijana secara automatik oleh guru berdasarkan aa penilaian yang standard lah. Yang kedua mata pelajar pendidikan kesihatan melalui mata pelajar pendidikan kesihatan guru dapat menyalurkan bahaya penggunaan vape di kalangan murid. Yang ketiga penggunaan media sosial iaitu pihak sekolah menyebar luas, informasi bahaya dan kesan penggunaan vape di kalangan murid melalui website, Telegram dan juga WhatsApp sekolah dan juga bilik-bilik darjah. Seterusnya sekolah juga mengadakan kaunseling dan sokongan sekolah menyediakan perkhidmatan kaunseling dan sokongan kepada murid yang terlibat dengan vape. Ini membantu mereka mengatasi ketagihan dan memberikan sokongan emosi yang diperlukan. Seterusnya pemerkasaan duta sahsiah. Ni satu lagi konsep sekolah memperkasakan aktiviti duta sahsiah yang telah dilantik. Dan yang terakhir kerjasama dengan ibu bapa dan komuniti. Menggalakkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam usaha membendung penggunaan vape. Ibu bapa boleh diberi maklumat dan panduan untuk membantu mereka berbincang dengan anak-anak mereka tentang isu ini. Program peranan PIBG, PIBKS dan Kesihatan PDRM melalui mesyuarat permuafakatan peringkat sekolah, daerah semua ini diadakan bagi menerangkan tentang bahaya vape kepada anak-anak sekolah. Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Yang DiPertua, dari Senaling. Memang vape ni aktiviti di sekolah. Dari angka yang figure itu dengan izin-Nya yang dimaklumkan berkali ganda, berkali ganda di sekolah. So selain dari Jabatan Pendidikan memantau atau kasi tunjuk ajar atau kaunseling. Saya pun nak tahu apa tindakan dari aa pihak PDRM, ataupun yang kes-kes yang terlibat dengan murid itu adalah aa Apa tindakan? Atas murid-murid yang terlibat. Atau mungkin ada murid-murid antara mereka itu ada satu aa macam dalam cakap ini taiko dia. Dia beraktif sekolah. Apa tindakan diadakan oleh sekolah? Kerana vape itu nak masuk sekolah bukan senang. Dia mungkin ada kaunter di luar

sekolah. Ini kena memantau juga saya punya harap bukan aa Jabatan Pendidikan saya atau aa PPD kena pantau bahawa gerai-gerai sementara atau gerai license tak ada license kena pantau balik, jikalau di aa dapat maklum dia ada berkaitan dengan aktiviti vape kenalah ada tindakan. So ini bukan sahaja yang Jabatan Pendidikan. Aa pendidikan, PBT, PDRM, semua terlibat kerana anak-anak ni generasi kita di tengok berapa tadi tahun 2022, 60. Dua puluh tiga lebih seribu. Lepas itu dua puluh empat seribu lebih. Tahun ini berapa lagi? So ini harap semua pihak yang tertentu kena ambil tindakan lah. Terima kasih.

Terima kasih YB atas pandangan memang benarlah di peringkat sekolah memang ada tindakan. Sekiranya mereka ditangkap bawa vape dan sebagainya yang pertama sekali vape aa alat vape itu akan dirampaslah. Dan kemudian akan diberi amaran, mungkin kaunseling dan sebagainya. Tetapi di luar ni aa dia lebih kepada tugasan masyarakat lah. Masyarakat, saya rasa PDRM pun tak boleh tangkap orang beli vape ni. Sebab vape ni memang dijual secara sah di kedai-kedai. Jadi yang boleh yang yang boleh dilakukan ialah aa khidmat nasihat aa dan juga pemantauan melalui Persatuan Ibu Bapa err penyebaran maklumat dan juga kesedaran lah ya kempen kesedaran atau tentang bahayanya menghisap vape di kalangan err masyarakat. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Aa Dato’ Yang Dipertua. Tambah sikit bahawa vape ni memang kami masih tak dapat berkawan dengan rapat sekali. Tapi di sekolah tu baru saja aa di St. Paul. Yang vape tu dia campur. Macam yang rakan yang cakap tu terus campur dadah. Sampai murid yang St. Paul itu, budak itu masuk GH so kami kena beri perhatian dari ah yang mula start itu kena beri perhatianlah lepas itu yang luar itu mereka campur lagi. So takkan korban anak kita ni. So kami harap mungkin kerjasama antara pendidikan atau PBT atau aa PDIM kena ada satu touch spot, kurangkan anggaran ni berganda tambah. So kami harap kena call out taskforce meeting bahawa tindakan diadakan kabinet nak tahu sekolah mana yang paling hot spot sekarang ni?? Yang mana sekolah yang paling angka aa yang aa anggaran itu yang paling tinggi? Sekolah mana? Itu pun kena statistik yang yang yang teliti itu dapatlah kami kawal. Terima kasih.

Saya dan kita akan aa bawa dalam perbincangan di peringkat aa pendidikan Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.

Saya nak mencelah sikit boleh tak tentang isu vape?

Yang Dipertua Dewan

Okey saya…

Dato’ Yang Dipertua boleh mencelah sikit tentang isu vape? Okey aa tentang isu vape ni di aa kalau tengok daripada semalam diperbincangkan hangat, saya mintalah aa jasa Exco akan dibincang dengan secara detail lah isu-isu kalau di Terengganu dah dah diharamkan dalam apalah ya. Saya rasa benda ni benda yang saya rasa untuk kebaikan masyarakat kita. Saya rasa dia diperbincangkan dan secara peribadinya isu vape ni aa adalah isu nasional eh yang perlu diambil perhatian ya oleh Kerajaan Negeri Sembilan ya. Dan saya difahamkan Terengganu, Kedah dah ambil aa tindakan yang jelas ya. Wallahualam.

Dato’ Yang Dipertua, kita tidak ada larangan penjualan vape ni, alat vape ni, yang menjadi masalah ialah aa sekarang ni ialah aa dia punya liquid tu, dia punya cecairnya tu. Aa di mana cecair yang sebenarnya yang yang aa bercampur dengan dadah ni sebenarnya, dia tak dipamerkan di kedai-kedai vape tu. Dia dijual secara haram. Kalau kita pergi pun buat rate di kedai jual vape ni, kita takkan jumpa liquid yang apa ni, yang, yang dikatakan bercampur dengan dadah ni. Mushroom yang sebut mushroom dan ada dalam satu dua nama lagi lah. Ya dan ini memang bahaya kita maklum dan saya maklum beberapa rakan ahli dewan dah bincang. Sebenarnya vape ni aa lebih bahaya daripada rokok sebenarnya. Ya. Jadi itu jadi penguatkuasaan tu aa banyak pihak yang kena bertanggungjawab. Pihak polis, pihak jabatan kesihatan dan yang lain-lain kena sama-sama membantulah ya. Jadi pihak Jabatan Pendidikan kita hanya menguatkuasakan aa bukan sahaja yang ada liquid dadah atau tidak ni di sekolah tapi bawa aja peralatan tu kita dah anggap satu kesalahan dan memang kita ambil tindakan. Tapi di luar sekolah Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, kita di luar bidang kuasa kitalah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli yang Berhormat sekalian masa bagi Pertanyaan Lisan (Hari Keempat) telah pun tamat. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan secara bertulis.

UsulMotion

Yang Dipertua Dewan

Sambungan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja.

Setiausaha Dewan

Perkara keempat Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli yang Berhormat sekalian, kita masih lagi dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja, saya mempersilakan Yang Berhormat Serting.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan Undangan Yang Amat Berhormat aa Menteri Besar EXCO-EXCO, seterusnya kepada Ahli-Ahli Yang berhormat di dalam dewan yang mulia ini dan tidak dilupakan kepada pengarah-pengarah dan juga pegawai-pegawai jabatan-jabatan yang turut hadir, seterusnya kepada mereka yang yang di luar sana yang mengikuti secara langsung akan persidangan selama berapa hari, empat hari, bermula daripada perasmian pada 24 hari bulan yang lalu sehinggalah hari ini. Ingin saya aa mengambil kesempatan di sini mengucapkan terima kasih di atas aa peluang yang diberikan oleh Tuan Speaker ataupun Tuan Yang Dipertua sebelum saya meneruskan aa ucapan ataupun bersama-sama untuk aa perbahasan iaitu merakamkan ucapan ingin saya merakamkan ucapan menjunjung setinggi kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir pada standard perasmian Dewan Undangan Negeri Sembilan yang berlangsung pada 24 April yang lalu. Saya berdoa ke hadrat Allah SWT semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Permaisuri serta seluruh kerabat diraja dilanjutkan usia sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat. Agar dapat terus melindungi rakyat Negeri Sembilan sekaliannya.

Saya ingin mengambil bahagian berbahas ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Dengan itu sebelum itu saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan Negeri Sembilan di atas pencapaian negeri ini. Pada tahun dua kosong dua empat dua lima di mana ianya meninggalkan kita satu inspirasi yang natijahnya agak baik bagi mewadahi cetusan hati sanubari pelbagai eh lapisan rakyat. Dalam mencakupi keperluan pembangunan berterusan negeri. Dan juga memastikan benteng-benteng ekonomi yang ampuh. Menghadapi kemungkinan persekitaran global. Bila mana ributnya membadai pasaran negara kita.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih atas perubahan Dewan Undangan Negeri di dalam persidangan kali ini dengan adanya kerusi yang baru yang sedikit kecil, sedikit kecil lah tetapi selesa. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Paroi atas cadangan menukar kerusi sebelum ini bukan sekadar faktor keselesaan semata. Tapi apa yang lebih penting ianya adalah berkaitan faktor kesihatan dan keselamatan. Semoga ianya memberikan kebaikan kepada kita semua terutama kepada seluruh Ahli Yang Berhormat di dalam setiap persidangan selepas ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan ahli-ahli Yang Berhormat kali ini kita telah pun membuat sedikit perubahan yang memulakan persidangan dengan membaca ikrar Rukun Negara di dalam dewan yang mulia ini paling tidak ianya memberi gambaran penting bahawa kita selaku kepimpinan yang dilantik oleh rakyat apatah lagi rakyat Malaysia amnya. Kena menghayati dan mengetahui siapa kita sebenarnya berada di negara tercinta ini. Sekarang ini sudah ada rancangan daripada pihak tertentu yang cuba menggugat keharmonian keharmonian negara dengan sengaja mencipta pelbagai persepsi dan tindakan yang kita lihat seolah dirancang dengan tersusun. Bagi saya bukan kebetulan tetapi ianya bertindak dengan tersusun. Sekiranya tidak dibendung ianya akan membarah. Contoh yang boleh kita lihat di sini berkaitan dengan bendera Malaysia dihilangkan bulan sabit yang disiarkan baru-baru ini oleh satu akhbar yang berbahasa Cina, Sin Chew Daily kita lihat ianya suatu yang serius. Mana mungkin syarikat akhbar yang bertapak di Malaysia sudah lama terkhilaf. Mengenai Jalur Gemilang ataupun bendera yang menjadi mercu tanda kepada negara kita. Ada pihak berkata ianya satu kesilapan teknikal. Tetapi bagi saya ianya satu perkara yang perlu ditangani dengan serius. Sekiranya kita melihat sebelum itu review ataupun patah balik ke belakang. Terutama sebelum PRU -14 yang lalu iaitu pada sekitar 2018, 2017 kita melihat ada segelintir, segelintir rakyat Malaysia yang menterbalikkan bendera Malaysia dalam acara-acara rasmi dan juga acara-acara yang tertentu bahkan ada juga kes sebelum itu Lambang Bintang pada bendera tidak seperti biasa. Empat belas bucu. Bahkan dikurang menjadi bintang lima bucu. Apa yang paling menyedihkan ketika pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan keputusan SPM baru-baru ini terdapat gambar kedudukan di dalam kelas yang mana terdapat bendera Malaysia yang terlekat di dinding kelas yang tidak cukup sifatnya. Ada dua Bintang dan juga ada lapan jalur merah dan juga jalur putih. Bukannya empat belas. Sekira perkara basic ataupun asas ini menjadi kekhilafan, bagi saya ini satu yang mustahil berlaku selaku rakyat Malaysia. Ini belum lagi penghinaan kepada tiga R oleh individu dan perkumpulan tertentu yang kita lihat saban hari semakin banyak bahkan tindakan-tindakan yang diambil terlalu ringan yang mana berbanding dengan kes-kes yang ada seolah-olah ianya sepertimana double standard yang berlaku. Saranan saya walaupun kita berada di Negeri Sembilan tapi biarlah ianya sebagai umum pihak kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas dalam hal sebegini. Dan bukan sekadar pergi berbincang dan memberi nasihat seperti yang dilakukan oleh Kementerian Komunikasi baru-baru ini. Bincang dan nasihat ada. Ada ada hal ataupun yang ni tetapi tindakan adalah kena tegas. Bahkan juga hal berkaitan Jalur Gemilang ianya ada terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan yang sabit dengan undang-undang negara. Bahkan pada pada saya hal

yang berkaitan ini adalah satu daripada banyak kita kena lihat juga perkara-perkara yang lain. Bersangkutan dengan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Begitu juga dengan Bahasa Melayu ataupun Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara kita dan juga yang lain-lain.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengambil perhatian dewan yang mulia ini berkaitan masalah vape yang menjadi ancaman kepada generasi mendatang. Katanya dan pada persidangan kita yang hari yang kedua pada hari Isnin hari itu pun YB Labu telah pun membahaskannya. Begitu juga semalam dikatakan dan hari ni pun yang dijawab oleh EXCO Pendidikan sebentar tadi perkara ini telah ia semuanya saya ingin menambah sedikit sebagai rasa keprihatinan kita selaku rakyat Malaysia yang sayangkan generasi yang akan datang. Apa yang saya tahu baru-baru ini Negeri Terengganu telah mengisytiharkan pengharam vape bahkan dimaklumkan akan menyusul negeri-negeri lain antaranya negeri Kedah, Perlis dan Kelantan yang akan turut mengharamkan vape. Sepertimana yang disebutkan juga saya mengambil juga akan jawapan yang sampaikan oleh Exco Pendidikan sebentar tadi bahawa vape ini lebih banyak bahaya daripada daripada lebih bahaya daripada rokok. Maknanya iaitu mafsadahnya lebih banyak daripada maslahah kefasatan ataupun perkara-perkara yang membawa kepada tidak baik lebih banyak daripada benda yang baik. Saya ingin menarik perhatian kepada apa yang disebut saya mengharapkanlah agar perkara ini terealisasi bukan kerana kita mengikut negeri Terengganu. Tetapi kita Melihat kepada permasalahan yang berlaku pada hari ini. Bahkan tadi disebutkan oleh EXCO Pendidikan berapa ramai pelajar-pelajar yang terlibat kalau 2023(773), 2024(1122),iaitu pertambahan yang, yang ramai pelajar-pelajar bahkan saya ada dimaklumkan oleh salah seorang pada guru besar sekolah yang berada di Kuala Pilah bahawasanya ramai jugak anak-anak ataupun murid-murid kalau pelajar-pelajar ni ke ataslah. Kalau enam darjah satu darjah enam ni kita panggil murid-murid yang terlibat secara tidak langsung iaitu menghisap vape ini di sekolah-sekolah rendah. Bahkan darjah satu pun terlibat. Anak tujuh tahun tuan-tuan. Mana mungkin anak-anak ni tahu mana mungkin anak-anak ni terlibat melainkan mereka menyaksikan orang yang menghisapnya itu sama ada bukan kita nak menuduh tapi mungkin ada kalangan ahli keluarga yang terlibat ataupun siapa-siapa sahaja yang terlibat yang mana mereka mengikut bahkan tak tahu mana dia dapat anak-anak ni boleh dapat benda tu. Bukan menghisap di rumah. Tapi menghisap di sekolah.

Saya ingin menarik juga perhatian iaitu Yang Amat Berhormat Sikamat pernah dalam satu sidang DUN aa satu sidang DUN pulak. Dalam satu apa dia? Harian Metro bertarikh 20 November 2024 iaitu yang bertajuk Negeri Sembilan semak semula aktiviti penjualan vape dan tayangan

tersebut bahawasanya Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkata pihaknya akan mengkaji dan menyemak semula peraturan penjualan bahan berkenaan. Begitu juga saya ingin menarik Harian Metro bertarikh 15 Oktober dengan tajuk Negeri Sembilan tolak vape. Kerana Negeri Sembilan bersetuju mengenai cadangan larangan sepenuhnya bagi vape atau rokok elektronik di negara ini. Itu antara yang saya sebutkan sebagai aa sebagai apa dia? Bukti bahawasanya harapan yang kita harapkan iaitu Negeri Sembilan yang diketuai oleh Menteri Besar Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat mengambil perkara ini dengan sebaik mungkin. Ada pun perkara-perkara yang bersangkutan dengan mafsadah ataupun perkara buruk maslahah wallahuaklam mafsadah banyak. Bahkan disebutkan juga iaitu sisa vape ancaman terbaru kepada pantai. Bahan buangan sisa buang elektronik, elektrik dan elektronik termasuk peranti dan aksesori vape menjadi ancaman terbaru kepada pantai di daerah ini iaitu di Port Dickson. Apabila sisa ini semakin banyak. Ini antara yang diluahkan oleh aa aktivis alam sekitar Timbalan Pengerusi Kelab Bangsa Prihatin Negeri Sembilan, Norfazli Shah dia berkata pada 21 September yang lalu. Saya yakin tidak akan tidak ada yang akan mengatakan bahawa vape dan model bisnes yang membawa banyak kebaikan. Jika ada satu kebaikan saja pun terlalu banyak keburukan berbanding dengan kebaikannya.

Dalam ingin saya membacakan sepotong ayat al-Quran [melafazkan bacaan], suratul Baqarah ayat 219; Yang bermaksud katakanlah wahai Muhammad pada kedua-duanya arak dan judi itu mempunyai dosa iaitu keburukan yang besar dan ada manfaat kepada manusia akan tetapi dosa iaitu keburukan kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya.

Tuan yang yang aa Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan Rak dalam perkara ini saya mengharapkan ada satu Tindakan yang tegas daripada kerajaan negeri selaras dengan Akta 852 Peraturan Dan Perintah di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 pihak kerajaan negeri perlu memainkan peranan menggerakkan pihak berkuasa tempatan agar tindakan penguatkuasaan bagi akta tersebut dipatuhi. Ia sebagai langkah awal ke arah larangan penjualan vape secara total. Walaupun ada yang menyatakan bahawa vape tidak termasuk di dalam akta ini maka adalah menjadi satu apa dia kemuafakatan bersama iaitu kita yang berada di dalam dewan yang mulia ini begitu juga dengan pihak kerajaan untuk melaksanakannya agar kita dapat ambil keputusan yang bersama iaitu melihat kepada maslahah dan juga mafsadah atau vape ini tapi kita melihat minta maaf iaitu keburukan lebih banyak daripada kebaikannya. Mudah-mudahan ia menjadi aa satu perkara yang ni mungkin hari ni bukanlah dijadikan satu keputusan namun kita berharap kepada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dapat mengambil Keputusan yang baik.

Tuan-tuan Yang Berhormat Dato’ Tuan Speaker seterusnya saya ingin mengambil satu apa dia menyentuh tentang kawasan saya baru-baru ni ataupun dalam dua ataupun tiga bulan ini banyak berlakunya ketiadaan air sama ada di kawasan Serting, itu juga termasuklah belah Batu Kikir dan juga perkampungan-perkampungan tradisional bukan sehari tapi masuk dua hari ketiga hari apatah lagi suasana ataupun keadaan yang hampir dengan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Banyak complaint daripada ni daripada apa dia? Rakyat sama ada di Serting ataupun di sebelah-sebelah itu yang saya sebutkan tadi. Harapan saya dan apa kita usulkan perkara itu kepada pihak berkenaan jawapan yang samalah seperti dulu iaitu paip masalah paip dan sebagainya. Bahkan ada juga individu-individu tertentu masukkan di dalam media sosial iaitu menyentuh tentang apa dia persidangan pada hari ini, dia kata apa wakil-wakil rakyat seronok bersidang aa mendapat elaun itu antaralah yang saya sebutkan, minta maaflah kan tetapi kami di sini air setitik pun tak ada, sampai macam itu kan? Itu antara yang disebut.

Namun harapan sayalah kan agar satu inisiatif perlu diambil untuk menggantikan paip-paip air yang telah lama, yang lebih daripada tiga puluh ke empat puluh tahun, yang hari ini kita lihat kawasan-kawasan walaupun luar bandar tetapi luar bandar pun dah banyak penempatan-penempatan baru. Taman-taman baru seperti di Batu Kikir itu walaupun kampung, Kampung Lonek, Kampung Tengah ataupun Kampung Bukit Kelulut, tapi tamannya telah pun bertambah bahkan bukan hanya lima tapi lebih daripada itu taman-taman yang bertambah semestinya paip-paip ini hendaklah diupgradekan ataupun diganti baru kerana tidak mungkin paip yang berusia lebih daripada tiga puluh tahun yang lalu digunakan dalam keadaan dapat apa dia? Dapat menampung keadaan dan persekitaran sepertimana yang disebutkan tadi taman-taman baru yang wujud begitu juga dengan ni dan keluhan tersebut bukan hanya orang-orang yang berada di taman tetapi orang-orang yang berada ataupun masyarakat yang berada di persekitaran kampung. Kesian acik-acik itu jadi antara resolusilah. Antara sebutkan ada tak tangki? Ada tangki. Tapi kalau dua hari habislah katakan. Ha itu antaranya. Anak ramai dan sebagainya. Itu antaranya.

Dato’ Tuan Yang Dipertua dan juga sidang aa ahli-ahli Berhormat sekalian. Saya komited dan juga saya berwawasannya bahawasanya pendidikan perlu di upgrade dan juga dilipat kali gandakan khususnya di Negeri Sembilan ini antaranya dulu pernah saya nyatakan dalam dewan yang mulia ini untuk dibanyakkan sekolah-sekolah begitu juga sekolah-sekolah agama ataupun tahfiz-tahfiz hari ini kalau di negeri-negeri yang lain adanya tahfiz yang di bawah negeri masing-masing. Hari

ni tahfiz yang khusus tidak ada kalau dulu adalah kan ITQAN, tapi telah pun di upgradekan di iaitu jadi diploma dan sebagainya. Dulu Maahad Ahmadi ada khusus kepada tahfiz tapi sekarang ni dikatakan khusus kepada perkara yang bersangkutan dengan dengan aa Sanawi. Tidak ada dah. Bahkan ada generasi pun mungkin generasi yang sudah pun naik ke atas dan lepas yang baru tidak diambil. Maka cadangan saya, agar institusi-institusi pengajian tahfiz ataupun sekolah-sekolah agama ni diperbanyakkan. Ini memandangkan keadaan fizikal tempat kita yang mana Negeri Sembilan masih lagi. Tempat ada dicadangkan sebelum ini, antaranya belah Jempol dan sebagainya. Dan saya dapat maklumat bahawa pernah satu ketika dan juga ada surat yang menyatakan tentang tanah yang digazetkan untuk sekolah agama. Iaitu di mukim Serting Ulu khususnya terletak di FELCRA Ayer Hitam. Yang diberikan kepada Jabatan Agama iaitu daripada tiga puluh enam ataupun tiga puluh lapan ekar tu sepuluh ekar diberikan kepada Jabatan Agama untuk membuat sekolah agama. Ada pun sekolah agama tu, tahfiz ataupun sebagai itu saya tak ingat. Cumanya ada. Cumanya apa yang berlaku?

Sudah mana saya tengok ataupun bertanyakan tengok penduduk pergi ke tempat aa sekitar tu dikatakan ingin dibuat apa tu motocross tapak motocross dan sebagainya. Jadinya, saya tak tahu apa akan terjadi kepada sepuluh ekar yang katanya di di apa? Digazetkan untuk dijadikan tapak untuk sekolah agama yang berada di situ. Alangkah indah dan baiknya kalau sekolah agama tu bila buat di situ dan keadaan yang mana bersekitar dengan masyarakat dan juga dekat dengan masjid yang jadi sub center kepada orang-orang Islam di situ dan insya-Allah tempat itu akan jadi sejuklah dengan hafazan al-Quran, dengan anak-anak yang menceriakan suasana dan keadaan di situ. Begitu juga akan membangunnya apa dia? Aa struktur, struktur pembangunan perumahan dan sebagainya kerana guru-guru yang akan duduk di situ dan sebagainya. Dan harapan saya agar perkara ini tidak dimatikan begitu saja terutama kepada aa Datuk Seri aa Pertang yang kawasan itu bawah dia agar perkara ini ataupun impian ini dapat dapat dilaksanakan ataupun kalau boleh dapat disegerakan dengan sebaik mungkin.

Tuan-tuan yang Berhormat Dato’ Speaker jadi satu perkara yang terakhir rasanya iaitu tentang pekeliling yang ahli politik tidak boleh menggunakan prasarana masjid atau surau sama ada mengajar berucap dan sebagainya pada bulan Ramadan dulu dan kalau ikutkan saya pernah juga mengajar yang terakhirnya awal bulan Ramadanlah. Bila keluarnya surat pekeliling tersebut maka tak adalah. Cumanya saya mengucapkan terima kasih kepada surau ataupun masjid yang sebelum ini pernah kita sama-sama menyumbangkan sedikit ilmulah bersama-sama dengan ahli kariah di sana. Cumanya apabila berlakunya itu aa banyak pulalah program-program yang bersifat memanggil ahli politik

pun banyak juga. Kan? Ha kita tak boleh dia orang boleh. Itulah antara benda yang saya rasakan perlu juga dikoreksi bersama sepertimana soalan yang dikemukakan sebelum ini tentang prasarana awam, balai raya aa apa benda lagi? Aa padang dan juga dewan dan sebagainya. Itu antara benda yang selalu kita ni. Rasanya kita tak ada masalah. Tak dapek kita cari yang lain. Itulah kita punya pembangkang itu kita faham akan situasi. Dan terima kasih juga kepada YB Seremban Jaya yang mengatakan yalah di masa dia jadi pembangkang dulu pun dia pun tak dapat juga kan? Aa semasa kerajaan yang sebelum itu. Cumanya apabila hari ini aa dia buat kek kita pula. Patutnya kita kena transformasi ataupun reformasi.

Reformasi yang ditransformasi. Reformasi yang dilaungkan dulu hendaklah ditransformasikan pada masa sekarang dan keadaan kita memberikan seluas-luasnya kelayakan kebaikan kepada mereka kepada ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang. Yang tak ramai pun. Dalam lima orang je. Dalam Dewan Undangan Negeri ini. Cumanya itulah antara perkara yang saya ingin sebutkan bahawasanya harapan pada masa akan datang kita buat yang terbaik insya-Allah. Itu yang saya tanyakan soalan yang mengenai yang hari, hari yang kedua itu adakah relevan sekiranya lepas ni kerajaan yang ada sekarang ni mungkin tak jadi kerajaan akan datang kerajaan baru pula buat benda yang sama adakah relevan itu antara benda yang saya tanyakan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar tapi itulah jawapannya biasalah aa biasalah kan itulah yang berlaku. Harapan saya agar kita sama-sama menterjemahkan tentang keadilan, kebaikan untuk semua agar kita ni sama-sama menjadi orang yang terbaik dalam zaman pemerintah kita. Hari ni kita berada di puncak akan datang kemungkinan orang lain pula yang akan menggantikan tempat kita.

Cumanya akan orang akan mengingat kita sama ada kita adakah kita mengamalkan apa yang kita sebutkan sebelumnya ataupun kita ni macam biasa macam dulu juga kan orang kampung sebut kan. Kita tak nak macam itu. Biarlah kalau kita mengamalkan kita memperjuangkan keadilan keadilan itulah kita pegang. Daripada bila? Pada kita memperjuangkan dulu sehinggalah kita naik sehinggalah kita turun nanti orang akan ingat ini MB yang terbaik. Ini Exco yang terbaik. Inilah yang disebut dulu dan itulah yang dibuat. Wallahuaklam. Mohon ampun dan maaf atas salah dan silap dalam tutur kata. Jadi dengan ini saya mewakili ADUN Serting, DUN Serting, itu menyokong akan titah ucapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan juga saya aa terima kasih. Assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Serting. Ahli-ahli yang Berhormat sekalian, kita telah pun mendengar perbahasan

oleh ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Seterusnya saya persilakan pihak kerajaan untuk menjawab. Yang Berhormat Ampangan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum salam Negeri Sembilan Bersih Muafakat Sejahtera, salam perpaduan dan salam Malaysia Madani Jiwa Merdeka. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin kepada semua ahli dewan serta hadirin hadirat sama ada di dewan atau yang mengikuti secara maya. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan. Terima kasih ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan, Titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. Banyak perkara yang disentuh oleh rakan-rakan Yang Berhormat bagi memastikan Negeri Sembilan terus membangun seiring dengan hasrat Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh masyarakat di negeri yang bertuah ini.

Dato’ Yang Dipertua, ahli-ahli Yang Berhormat terlebih dahulu di dewan yang mulia ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada yang Berbahagia Dato’ Doktor Harlina atas perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang beliau menjadi Pengarah Jabatan Kesihatan di negeri ini. Untuk makluman, untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, beliau telah bersara pada 26 Mac 2025 yang lalu. Saya juga ingin mengalu-alukan Yang Berbahagia Doktor Zuraidah binti Mohamad selaku pengarah yang baru di Jabatan Kesihatan Negeri. Semoga mutu perkhidmatan Jabatan Kesihatan dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa. Insya-Allah.

Sudah menjadi tanggungjawab kami bagi memastikan masyarakat di Negeri Sembilan kekal sihat dan cergas. Saya ingin mengwar-warkan bahawa kita Jabatan Kesihatan Negeri bersama-sama rakan-rakan strategik akan mengadakan Program Agenda Nasional Malaysia Sihat peringkat Negeri Sembilan pada 17 dan 18 Mei 2025 yang akan berlangsung di Kompleks Belia Sukan, Paroi KOMBES Paroi. Saya mohon jasa baik ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan agensi dan seluruh masyarakat untuk menyebar luaskan program yang kita anjurkan serta hadir Bersama memeriahkan untuk mengambil manfaat dari program tersebut. Pada hari tersebut juga akan berlangsung hari belia negara peringkat Negeri Sembilan, Yang Berhormat, adinda saya, Palong, dan saya akan berada di sana, insya-Allah.

Dato’ Yang Dipertua, ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang telah memberi perhatian khusus terhadap cadangan, Pembangunan Hospital Tuanku

Jaafar 2di Seremban bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat. Sebelum saya terlupa ucapan tahniah kepada kerajaan perpaduan atas mandat yang telah diberikan di PRK Air Kuning.

Dato’ Yang Dipertua ahli-ahli Yang Berhormat dikesempatan ini saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh pelajar SPM tahun 2024 serta sahabat saya Exco Pendidikan atas Keputusan cemerlang tempoh hari. Jutaan terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua dan seluruh ahli-ahli Yang Berhormat atas bacaan lafaz ikrar rukun negara pada sidang hari kedua. Lafaz Ikrar Rukun Negara yang kita bacakan penuh intibati, intipati dalam membentuk masyarakat kita. Rukun negara menjadi kompas nilai kepada kepada rakyat terutamanya generasi muda dalam membuat keputusan dan bertindak dalam kehidupan harian agar setiap tindakan berlandaskan nilai murni dan menjunjung prinsip keadilan. Dato’ Yang Dipertua ahli-ahli Yang Berhormat dalam kerangka membangun sebuah negeri yang harmoni, suka saya nak ingatkan kepada semua pihak untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu gugat perpaduan dan keharmonian antara kaum di negeri dan negara ini. Daripada Saidina Abu Hurairah Radhiah Allahuanhu maksudnya sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat hari akhirat hendaklah dia berkata baik atau diam. Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya ingin menjawab persoalan-persoalan yang diajukan sewaktu sesi perbahasan berkaitan dengan portfolio di bawah saya. Soalan yang dibangkit oleh ADUN Labu mengenai aa kerajaan negeri perlu mengambil tindakan tegas ke atas isu vaping di kalangan rakyat Negeri Sembilan. Khususnya belia dan pelajar sekolah. Ini boleh menjadi punca kepada pelbagai masalah sosial, pengambilan jenis dadah yang dikenal dikenali sebagai mushroom dan syabu juga semakin menular di kalangan belia. Yang Yang DiPertua, di bawah Seksyen tiga belas dua, Akta 852 secara tegas melarang pembelian produk merokok oleh orang belum dewasa. Di bawah Seksyen 17 akta 852 melarang orang belum dewasa daripada merokok.

Ketetapan ini diambil bagi melindungi golongan muda daripada bahaya yang menimbulkan oleh penggunaan produk merokok termasuk vape. Sebagai langkah penguatkuasaan, mana-mana orang belum dewasa yang melanggar ini akan dikenakan denda yang telah ditetapkan di bawah akta ini atau diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat. Hukuman khidmat masyarakat ini akan dijalankan mengikut peruntukan yang ditetapkan di bawah kanun Tatacara nejayah, Jenayah atau akta kanak-kanak 2001. Denda dan Perintah Khidmat Masyarakat ini bukan sahaja bertujuan untuk mendidik orang belum dewasa tentang risiko kesihatan yang berkaitan dengan merokok tetapi juga untuk

menegaskan bahawa penggunaan produk merokok adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima dan berpotensi membawa kesan negatif kepada kesejahteraan mereka. Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menyediakan pelan advokasi lima tahun bagi melindungi golongan bukan perokok terutamanya kanak-kanak dan remaja. Agar tidak memulakan tabiat merokok dan kekal tidak merokok sepanjang hayat mereka. Asal ini dapat dicapai dengan kerjasama daripada berbagai agensi Kerajaan, badan bukan kerajaan mahupun pihak swasta. Melalui prinsip whole of nation approach. Di bawah peraturan 2 peraturan-peraturan kawalan produk merokok demi kesihatan awam. Pendaftaran produk, produk tembakau, bahan merokok dan produk pengganti tembakau dua, 2024 iaitu berkaitan permohonan bagi pendaftaran. Semua produk merokok yang ingin didaftarkan hendaklah disertakan bersama laporan analisis makmal yang dijalankan oleh makmal yang yang diluluskan. Produk merokok yang mengandungi sebarang bahan terlarang yang terka yang dikawal di bawah akta racun 1952 termasuk psikolosibin iaitu bahan kimia aktif dalam magic mushroom tidak akan diluluskan pendaftaran dan tidak boleh diedarkan di Malaysia. Agensi Anti Dadah Kebangsaan,

Boleh celahan sikit tak? Boleh celahan?

Boleh celahan? Aa tentang vape ni, aa sebagai EXCO Kesihatan, adakah bersetuju bahawa vape ini perlu di apalah, dihapuskan di Negeri Sembilan. Adakah aa EXCO bersetuju sebab saya tengok banyak EXCO yang, yang merokok jugalah, ya.

Aa aa aa Memang saya pun memang tak suka orang merokok pun tapi emm terpulang pada, pada saya terpulang pada diri masing-masing. Aa pasal itu kesihatan untuk masing-masing kepada saya memang saya tak suka pun orang merokok ni. Aa memang saya tak suka. Saya pernah berbincang dengan Menteri Kesihatan. aa mengenai vape semua kan tapi dia kata aa jawapannya itu terpulang pada diri masing-masinglah.

Pendirian EXCO maknanya perlu dihapuskanlah. Di Negeri Sembilan.

Memang saya perlu dihapuskan.

Okey, terima kasih.

Untuk kesihatan, untuk masa, untuk kanak-kanak, untuk Masyarakat dan masa hadapanlah.

Untuk Masyarakat dan Negeri Sembilan. Terima kasih, terima kasih.

Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sembilan aa sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dalam melaksanakan program dan aktiviti berkaitan pendidikan, pencegahan dadah kepada pelajar-pelajar di sekolah. Antara program-program yang dilaksanakan adalah program intelek, Aswan Rohani, pintar. Khusus kepada pelajar sekolah rendah berisiko. Kem sayangi hidup elak derita selamanya khusus kepada pelajar sekolah, menengah berisiko seminar Great teacher organization untuk guru-guru kaunselor sekolah, ceramah antidadah pameran, kempen kesedaran dan sebagainya. Perlaksanaannya program tomorrows leader turut dilaksanakan kepada golongan belia dan pelajar IPT di setiap daerah. AADK juga setiap tahun turut melaksanakan ujian saringan air kencing kepada pelajar-pelajar sekolah menengah berisiko yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Mahupun masalah pelancongan sosial. Ini perlu dibendung kerana isu-isu inilah merupakan manifestasi kepada penglibatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar di sekolah. Berkaitan dengan penggunaan vape dan cecair perisa magic mushroom yang semakin menular penggunaannya dalam kalangan pelajar sekolah dan remaja buat masa ini AADK tidak mempunyai kuasa untuk menahan pelajar-pelajar yang terlibat dengan penggunaan vape dan cecair tersebut. Alat ujian air kencir kencing yang digunakan kini masih tidak dapat mengesan penggunaan bahan iaitu new psiko aktif substance NPS khususnya magic mushroom. Ini kerana ujian saringan air kencing ke atas pelajar yang mengaku menggunakan cecair magic mushroom adalah negatif. Namun tindakan intervensi awalan tetap dilaksanakan ke atas pelajar tersebut. Berdasarkan laporan perlaksanaan ujian saringan air kencing bagi tahun 2024 ke atas 84 buah sekolah menengah daripada 126 buah sekolah menengah di Negeri Sembilan melibatkan seramai 2,562 orang pelajar, hanya terdapat seorang pelajar sekolah positif saringan air kencing berumur enam belas tahun dengan dadah jenis canabis. Rumusan yang boleh dilucurkan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap kawalan pembekalan dan penggunaan vape dalam kalangan pelajar dan remaja di Negeri Sembilan.

Bagi aa aa ADUN Sungai Lui, YB Sungai Lui aa mengenai adakah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional melaksanakan program perpaduan yang dirancang yang melibatkan muda aa generasi muda seperti pelajar sekolah. Jabatan komited dan bertanggungjawab dalam

melaksanakan aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, perkara ini turut perluaskan kepada kepada pelbagai peringkat umur dan sasaran yang menyeluruh termasuk untuk institusi pendidikan tinggi murid-murid sekolah dan sebagainya. Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di sekolah-sekolah bagi melaksanakan pelbagai program yang berteraskan kepada pengkukuhan pengetahuan pemahaman penghayatan dan pengamalan 4B rukun negara di kalangan murid, perkara ini termasuklah menyasarkan kepelbagaian jenis sekolah menengah, rendah dan dilaksanakan penyertaan murid-murid secara kerjasama melibatkan pelbagai kaum. Matlamat utama perlaksanaan program KRN adalah untuk mengukuhkan semangat perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan murid pelbagai kaum. Bagi mencapai matlamat ini, program Kelab Rukun Negara yang yang dirangka dan di dan dilaksanakan berlandaskan kepada lima prinsip Rukun Negara. Untuk makluman, Negeri Sembilan mempunyai 338 penubuhan Kelab Rukun Negara. 221 daripadanya adalah Kelab Rukun Negara daripada sekolah rendah dan 127 untuk sekolah menengah.

Lagi satu aa daripada ADUN Sungai Lui bagaimana keberkesanan program rukun tetangga dinilai dalam menyatukan masyarakat majmuk. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional mempunyai beberapa mekanisme penilaian bagi menilai keberkesanan terhadap perlaksanaan program perpaduan. Di antaranya indeks perpaduan nasional adalah inisiatif Kerajaan bertujuan untuk mengukur pencapaian tahap perpaduan semasa. IPNAS dibangunkan oleh Kementerian Perbadanan Negara dan UKM dilantik sebagai pakar runding untuk kajian ini. Kajian terdahulu pada tahun 2022 menunjukkan indeks perpaduan negara ITNAS meningkat daripada 0.567 kepada 0.62 0.629. 0.75 dan satu adalah skala tertinggi. Menjadi petunjuk bahawa perpaduan rakyat Malaysia berada pada tahap terbaik. Semasa ini jabatan sedang terlibat dalam kajian terbaru untuk IBNAS 2025.

Soal yang dibangkit oleh ADUN Seri Tanjung mengenai aa penjualan ubat-ubatan tradisional dan suplimen yang di yang yang tidak berkelulusan tidak berdaftar dan dan diragui kandungannya dipromosikan dan dijual secara terbuka di kedai runcit dan kedai makan. Perkara ini boleh mengancam kesihatan awam pesakit sekiranya ubat-ubatan ini tidak diluluskan tiada kelulusan daripada pihak berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia. Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih tegas daripada kerjasama antara pihak berkuasa tempatan, KKM dan yang KKM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri perlu dilakukan bagi menangani isu jualan ubat tanpa kelulusan. Dalam masa yang sama Kempen kesedaran kepada orang

ramai berkenaan bahayanya ubat tidak sah dan tidak berdaftar perlu diper diperkasakan.

Kelulusannya ialah pihak penguatkuasaan farmasi KKM bersama dengan cawangan penguatkuasaan farmasi di setiap negeri. Berperanan untuk memastikan semua produk pharmaceutical, tradisional dan domestik dalam pasaran adalah sah dari segi pendaftaran dan notifikasi. Bahagian ini juga berperanan memastikan penjualan pembekalan pengiklanan dan pemilikan substance produk dan kosmetik mematuhi peruntukan undang-undang yang yang dikuatkuasakan. Usaha ini dilakukan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pencegahan kawal selia melalui pelesenan aktiviti pemantauan dan juga aktiviti kesedaran pengguna. Aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan dijalankan secara berterusan dan dan kerjasama antara agensi penguatkuasaan yang lain juga dilaksanakan untuk tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan. Tindakan undang-undang turut diambil untuk individu suspek yang melanggar akta dan peraturan yang yang dikuatkuasakan oleh bahagian ini. Pada tahun 2024, cawangan penguatkuasaan farmasi Negeri Sembilan telah menjalankan sebanyak 841 pemeriksaan premis, 1050 saringan, iklan ubat dan perkhidmatan di premis dan dan di atas talian bagi memastikan pengendalian ubat-ubatan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sebanyak 475 lesen racun telah dikeluarkan kepada individu yang mengendalikan racun meliputi kedai farmasi dan kilang yang tertentu.

Daripada aktiviti pemeriksaan dan saringan yang dilaksanakan 51 serbuan dilakukan ke atas premis yang dikenal pasti melanggar akta peraturan yang dikuatkuasakan dan sebanyak 63 kertas yang disiasatan telah diselesaikan untuk tindakan pendakwaan di Mahkamah. Bahagian ini amat prihatin dan komited untuk meningkatkan lagi usaha dan inisiatif untuk memperluaskan pemantauan dan memperkasakan tindakan penguatkuasaan untuk memastikan orang awam mendapat akses kepada ubat-ubatan yang selamat di pasaran untuk menurunkan permintaan masyarakat terhadap produk yang tidak selamat atau membahayakan. Sebanyak 87 aktiviti kesedaran secara bersemuka telah dilaksanakan sepanjang tahun 2024. Yang yang terkini kempen Tolak Ubat Tidak Sah. Nama singkatannya TOBaTS. TOBaTS aa antara inisiatif baru bahagian penguatkuasaan farmasi. Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memerangi isu pembekalan dan penjualan ubat-ubatan yang menyalahi undang-undang di Malaysia. Kempen ini telah dilancarkan di seluruh negara pada tahun 2024 dan akan diperluaskan secara selaras dengan pelan tindakan bahagian penguatkuasaan, farmasi iaitu pemerkasaan aktiviti kesedaran dan pencegahan bagi meningkatkan penge pengupayaan empowerment awam. Tunggu kejap.

Aa Ada soalan yang dibangkit oleh ADUN Sri Tanjung mengenai aa aa tekanan kerja di kalangan petugas kesihatan. Aa kian hari meningkat disebabkan kesibukan Jabatan Kecemasan dan Jabatan Perubatan Am. Masa menunggu pemeriksaan dan kemasukan ke wad boleh mencegah mencecah antara enam hingga dua puluh tiga jam terutamanya di Hospital Tuanku Jaafar. Bergantung kepada kes dan kekosongan katil. Keadaan ini bukan sahaja memberi tekanan kepada pesakit dan keluarga pesakit mereka malah memberi kesan yang besar kepada kesihatan mental dan kesihatan fizik juga kepada petugas kesihatan. Mencadangkan supaya kerajaan persekutuan dan Kerajaan negeri mencepatkan perancangan naik taraf dan pembinaan blok tambahan bangunan di HTJ menambahkan bilangan kakitangan secara tetap dan bukannya secara kontrak. Okey ulasan dia ialah Hospital Tuanku Jaafar HTJ merupakan sebuah hospital negeri yang menjadi rujukan dari seluruh Negeri Sembilan dan negeri berhampiran bagi perkhidmatan kepakaran dan sub kepakaran yang kompleks. Seperti yang semua sedia maklum HTJ sedang dalam kerja naik taraf sistem bekalan gas perubatan, pendingin hawa hawa berpusat, pencegahan kebakaran dan pendawaian elektrik. Pihak jabatan sedang merancang bagi pembinaan blok tambahan HTJ 2 di tapak rizab HTJ pihak hospital sedang dalam proses penyediaan skop perkhidmatan bagi blok tersebut dan seterusnya memohon akan diangkat ke pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, alternatif lain yang dilaksanakan adalah dengan memperkukuhkan inisiatif kluster hospital di antara Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Hospital Port Dickson, Hospital Rembau dan Hospital Jelebu. Dalam inisiatif kluster ini perkhidmatan, kepakaran dapat diberikan di hospital pakar atau tanpa pakar yang berdekatan dengan pesakit. Oleh itu, pesakit tidak perlu dirujuk ke HTJ dan ini secara tidak langsung mengurangkan masalah kesesakan di HTJ. Bagi lantikan pegawai perubatan tetap biasanya mereka yang tamat housemanship, latihan siswazah di hospital kerajaan akan dipertimbangkan untuk lantikan tetap setelah memenuhi syarat-syarat tertentu. Seperti tamat latihan siswazah dengan laporan prestasi yang memuaskan mendapat pengesahan kelulusan Lembaga Perubatan Malaysia, melepasi proses temuduga yang telah diwajibkan bermula pada beberapa tahun kebelakangan ini. Permohonan lantikan tetap dibuka melalui sistem SPA9 di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, SPA.

Soalan daripada aa yang diberikan oleh ADUN Gemencheh mengenai PERKESO. Lembaga Perubatan PERKESO Penubuhan Keselamatan Sosial Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia ditubuhkan untuk menilai tahap kecacatan atau hilang upaya seseorang pekerja akibat kemalanan kemalangan pekerjaan atau penyakit pekerjaan bagi tujuan pampasan. Penyediaan laporan perubatan untuk PERKESO, secara amnya disediakan oleh profesional kesihatan yang bertauliah

yang terlibat dalam rawatan pesakit dan berdasarkan pemeriksaan rasmi oleh pegawai, pakar tersebut sama ada dari hospital kerajaan atau swasta. Lembaga Perubatan PERKESO yang akan menentukan tahap ketidakupayaan berdasarkan laporan perubatan bagi memastikan keputusan yang telus dan berasaskan fakta perubatan fakta perubatan. Keputusan Penilaian juga adalah berlandaskan garis panduan penilaian ketidakupayaan yang dikeluarkan oleh PERKESO dan diguna pakai di di seluruh Malaysia. ADUN aa YB ADUN Gemencheh yang membangkitkan soalan kekurangan ambulans di Kawasan Gemencheh ialah jawapannya aa untuk makluman apa YB Gemencheh pihak jabatan telah menghantar senarai keperluan ambulans di Negeri Sembilan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia di mana terdapat sebuah ambulans baru yang dipohon oleh kawasan Gemencheh. Dato’ Yang Dipertua ahli-ahli Yang Berhormat aa sebelum mengakhiri ucapan saya, izinkan saya membacakan serangkap pantun.

Daun pandan wangi baunya, Boleh dibuat bunga rampai; Kasih mengasihi sesama keluarga, Hubungan erat ukhuwah tercapai.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, Assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumussalam, terima kasih Yang Berhormat Ampangan. Dipersilakan Yang Berhormat Linggi.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Assalamualaikum WBT dan juga salam sejahtera. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat berkumpul dalam majlis yang penuh bermakna aa bermakna ini. Saya dengan sukacitanya ingin aa mengumumkan satu inisiatif penting yang bertujuan untuk kita memperkasakan komuniti di Negeri Sembilan melalui perlaksanaan program program Pembangunan berteraskan kecerdasan buatan ataupun Artificial Intelligence yang kita kenali sebagai AI inisiatif generasi Celik AI ini merupakan salah satu langkah proaktif kerajaan negeri dalam menyemarakkan aa penggunaan teknologi dan juga inovasi di peringkat akar umbi. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan akan memberi bantuan dalam bentuk dana secara bayaran penuh selepas projek ataupun program ataupun aktiviti yang telah pun dilaksanakan. Melalui kaedah tuntutan bayaran balik ataupun re-investment.

Bantuan ini kita terbuka bagi penganjuran projek, program ataupun aktiviti yang dijalankan di peringkat komuniti seperti di peringkat

negeri, daerah Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Kampung dan juga seumpamanya. Dan tempoh perlaksanaan ini adalah sehingga bulan Disember 2025. Siapa yang boleh memohon untuk menganjurkan program ini? Kerana permohonan ini bagi inisiatif ini terbuka eh kepada jabatan Kerajaan ataupun penjawat awam di Negeri Sembilan, syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat SSM, persatuan ataupun kelab pertubuhan, yayasan dan juga badan berkanun yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia ataupun ROS ataupun Suruhanjaya yang berkaitan. Seterusnya ialah pihak sekolah, Kolej, Universiti dan juga Politeknik yang bertempat di dalam Negeri Sembilan. Sehubungan dengan itu, satu program besar success story dari sumbangan dana yang diamanahkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan akan dirancang supaya ianya membuka mata semua pihak untuk melihat hasil sumbangan dana yang telah pun dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri.

Cadangan juga menekankan mana-mana pihak untuk bekerjasama dalam sebarang penganjuran serta menekankan penglibatan pusat kegiatan guru di peringkat jabatan sekolah ataupun perpustakaan serta menekankan pengisian sains dan juga teknologi dan juga matematik atau dikenali lebih aa iaitu kita panggil STEM. Dan sehubungan dengan itu juga, penglibatan NADI juga harus dipertimbangkan bagi tujuan aktiviti di peringkat komuniti ataupun DUN kerana hari ini kita telah pun mempunyai 62 NADI eh yang telah pun beroperasi dengan kelengkapan seperti internet dan juga komputer yang mencukupi di Negeri Sembilan. Saya juga amat berharap inisiatif ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh organisasi-organisasi yang layak demi kemajuan rakyat Negeri Sembilan khususnya dalam bidang teknologi dan juga pembangunan bakat di masa depan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya percaya ini adalah langkah seterusnya dalam pendekatan yang strategik. Bagi memastikan teknologi ini tidak hanya menjadi pemangkin kemajuan ekonomi tetapi juga menjadi alat untuk kesejahteraan rakyat. Akhir kata marilah kita sama-sama berganding bahu menjayakan generasi celik AI ke arah Negeri Sembilan yang lebih berdaya saing, berteknologi dan juga inklusif.

Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin aa menjawab aa perkara-perkara yang telah pun dibangkitkan semasa di dalam bahas Titah Tuanku. Yang pertama ialah daripada ADUN Kota iaitu soal tentang influencer ataupun pempengaruh. Ya seperti yang sedia maklum bahawa pempengaruh membantu untuk mempromosikan sesuatu produk ataupun perkhidmatan. Dan ianya boleh menjana pendapatan yang agak tinggi. Jadi YB Kota dia menyarankan supaya pekerjaan ini perlu diiktiraf sebagai bentuk kerjaya yang dapat menjana ekonomi negeri. Untuk makluman semua industri kreatif digital boleh mewujudkan peluang

kerjaya dan industri ini sedang berkembang dengan amat pesat sekali di Malaysia. Di mana ianya boleh menjana pendapatan dan juga eksport serta menarik pelaburan dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negeri. Secara umumnya kerjaya memperpengaruh. Ini merupakan salah satu pekerjaan berkaitan industri kreatif digital pada masa kini yang memainkan peranan penting dalam mempromosi produk dan juga perkhidmatan serta berkemampuan mencetuskan trend pembelian yang memberi impak yang langsung kepada ekonomi. Oleh yang demikian, wujudnya potensi besar untuk kerjaya ini diiktiraf sebagai satu bentuk kerjaya yang sah, yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan juga negara. Di peringkat kerajaan persekutuan, proses pengiktirafan sedang dilaksanakan oleh pihak digital bersama Kementerian Sumber Manusia.

Seterusnya ialah isu yang dibangkitkan oleh ADUN Seri Menanti iaitu berkaitan dengan kajian semula berkenaan elaun Datuk Lembaga, Buapak, Ibu Soko. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Seri Menanti kerajaan negeri telah pun membuat semakan berkenaan kenaikan elaun Datuk Lembaga Adat, Buapak dan juga Ibu Soko. Semakan tersebut telah pun mendapat kelulusan pada tahun kewangan 2019 dengan kenaikan sebanyak 20%. Seterusnya perkara yang perkara yang dibangkitkan juga oleh ADUN Seri Menanti iaitu tentang capaian Internet eh di mana terdapat rungutan masyarakat berkenaan masih ada lagi liputan yang tidak menyeluruh di kawasan Kampung Kuala Talang, Kampung Tengah menuju ke Seri Menanti dan juga Kampung Bukit Perah. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan negeri dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC sentiasa memantau isu liputan. Perkhidmatan internet dan akan mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan rakyat Negeri Sembilan termasuklah di kawasan luar bandar dan pedalaman mendapat perkhidmatan internet yang berkualiti. Masalah utama bagi penerimaan liputan mudah alih yang tidak menyeluruh di sesuatu kawasan adalah disebabkan isu kelompongan liputan ataupun dengan izin network blind spot di mana penerimaan rangkaian liputan dari Menara Telekomunikasi tidak mencapai kualiti yang terbaik yang disebabkan oleh faktor kedudukan lokasi menara telekomunikasi yang berjauhan dan juga terminologi muka bumi serta bukit bukau. Berhubung aduan liputan capaian internet yang tidak menyeluruh di kawasan Kuala Talang, Kuala Kampung Tengah menuju ke Seri Menanti dan juga Kampung Bukit Perah. MCMC telah mengambil maklum berkenaan aduan yang dinyatakan dan akan berhubung dengan Ahli Yang Berhormat bagi mendapatkan butiran serta lokasi kawasan aduan bagi penilaian teknikal oleh MCMC bersama pihak pemberi perkhidmatan. Pihak MCMC juga bersedia untuk menjalankan tinjauan bersama Ahli Yang

Berhormat bagi memastikan maklumat-maklumat berkaitan kawasan yang bermasalah di Kawasan DUN Seri Menanti.

Seterusnya perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Gemencheh dan itu ramai ibu bapa di kawasan luar bandar. Kawasan luar bandar menyuarakan kebimbangan, kekurangan fasiliti pendidikan termasuk keadaan bangunan sekolah yang uzur serta kekurangan akses kepada teknologi moden seperti internet berkelajuan tinggi dan jadi benda ni saya jawab untuk isu berkaitan dengan internet lah eh. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi memastikan sektor pendidikan tidak ketinggalan dalam menerima kualiti perkhidmatan jalur lebar internet yang lebih berkesan, pihak kementerian, komunikasi sedang melaksanakan perluasan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi di sekolah-sekolah menerusi pembinaan rangkaian hub gentian optik, point of presence ataupun kita panggil POP, POP, di seluruh negara termasuk Negeri Sembilan. Perlaksanaan POP ini bertujuan untuk menyediakan infrastruktur gentian optik di kawasan sekitar sekolah dan kawasan perindustrian. Jarak liputan POP akan diperluaskan dalam radius sehingga 2.5 kilometer bagi setiap kawasan yang terpilih yang turut memberi manfaat kepada kawasan kediaman dan juga premis perniagaan termasuk komersial. Sebanyak 225, lima 250 sekolah telah dikenal pasti bagi perlaksanaan Projek POP di Negeri Sembilan dan turut meliputi dua puluh buah sekolah bagi DUN Gemencheh dan setakat 31 Januari 2025, 12 daripada 20 sekolah telah siap dibangunkan dengan gentian optik POP Berkelajuan Tinggi. Manakala baki 8 buah sekolah sedang dalam perlaksanaan yang dijangka selesai secara berperingkat menjelang akhir tahun 2025.

Hasil daripada projek ini dijangka mampu meningkatkan kesalinghubungan digital yang berteraskan rangkaian gentian optik sekaligus menyokong fasiliti pendidikan dan juga memperluaskan akses internet yang berkualiti di kawasan sekolah. Saya juga mohon untuk jabatan-jabatan Kerajaan yang berkaitan dapat membantu eh membantu POP ini kita laksanakan ataupun kita siapkan segera demi kepentingan anak-anak kita kerana soal digital dan juga teknologi ini, dia dia punya masa dia agak pantas kalau kita lewat siap, kalau kita tertangguh, akhirnya kita akan terus ketinggalan, ketinggalan dan sebab itu saya harapkan jabatan-jabatan yang berkaitan dapat membantu eh membantu syarikat dalam menyegerakan aa POP ini diselesaikan.

Seterusnya daripada ADUN Juasseh iaitu capaian internet berkelajuan tinggi masih lagi rendah. Terutamanya di kawasan kampung, tradisi dan juga pedalaman. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, kerajaan Negeri Sembilan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan juga Multimedia, MCMC sedang giat melaksanakan Pelan Jalinan Digital Negara ataupun

JENDELA dalam usaha untuk mengembangkan tahap kesalinghubungan dan juga infrastruktur telekomunikasi di Negeri Sembilan termasuk di Kawasan DUN Juasseh. Hmm. Setakat 28 Februari 2025, status capaian liputan internet dan juga komunikasi di Kawasan berpenduduk di Negeri Sembilan telah mencapai sebanyak Sembilan puluh 99.9% melalui perlaksanaan plan jendela di DUN Juasseh sebanyak dua menara telekomunikasi baharu telah dirancangkan bagi meningkatkan liputan komunikasi di kawasan Taman Ridani dan juga Jemapoh seperti aduan yang telah dibangkitkan ahli Yang Berhormat sebelum ini. Selain daripada itu, sebanyak 28 daripada 30 stesen pemancar sedia ada telah siap dinaik taraf bagi meningkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih di DUN Juasseh. Bagi perlaksanaan perkhidmatan gentian optik, sebanyak 2822 daripada 3942 premis telah pun dilengkapi dengan kesalinghubungan perkhidmatan gentian optik berkeupayaan gigabite termasuk di Kampung Orang Asli Guntur, Kuala Pilah. Bagi inisiatif baki inisiatif yang sedang dalam perlaksanaan dijangka siap secara berperingkat pada penghujung tahun 2025.

Pihak kerajaan negeri dan MCMC sentiasa memantau isu liputan perkhidmatan Internet dan akan mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan rakyat Negeri Sembilan termasuklah di kawasan bandar di luar bandar dan juga pedalaman mendapat perkhidmatan internet yang berkualiti. Bagi aduan jalur lebar mudah alih yang tidak memuaskan di Kampung Orang Asli Chergun Kuala Pilah, MCMC akan menjalankan audit kualiti perkhidmatan di Kawasan tersebut untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh pemberi perkhidmatan memenuhi standard yang telah pun ditetapkan di bawah Akta Komunikasi dan juga Multimedia 1998 (Akta 588) dan juga Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan. Untuk makluman ahli Yang Berhormat juga MCMC telah menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan juga kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar menerusi pusat sebaran maklumat nasional ataupun NADI. Selain kemudahan capaian internet pelbagai kursus literasi digital dan juga latihan berasaskan teknologi maklumat dan juga komunikasi ataupun kita panggil ICT keusahawanan dan juga program advokasi turut disediakan di NADI yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kendiri serta memperkasakan pembangunan sosioekonomi setempat. Pada 25 pada 25 dan juga 26 Januari 2025, pihak Kerajaan negeri menerusi MCMC telah pun melaksanakan program MCMC Microsoft AIT iaitu skill of AI Enable Ekonomi yang melibatkan 62 buah NADI di seluruh Negeri Sembilan termasuk di dalam termasuklah di DUN Juasseh. Program ini bertujuan untuk membangunkan dan juga meningkatkan kemahiran pendigitalan komuniti terutamanya komuniti sekitar NADI serta golongan yang terpinggir seperti B40, B40, wanita serta orang kurang, orang kurang Upaya dengan menyediakan kemahiran praktikal

dalam bidang AI, kesihatan, kerjaya dan juga pembangunan peribadi dan profesional yang bertujuan meningkatkan kebolehpasaran kumpulan sasaran ini. Sebanyak 365 peserta telah pun mengikuti program ini di seluruh Negeri Sembilan yang turut melibatkan sebanyak 8 yang menyertai di NADI kawasan DUN Chedas DUN Juasseh iaitu di NADI Kampung Gentam dan juga NADI Kampung Jemapoh. Sekian terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Saya ucapkan ribuan terima kasih. Mesyuarat Dewan kita tahu akan berehat sekejaplah. Okey saya nak panjangkan aa jemputan daripada Pejabat Menteri Besar, pada semua ahli-ahli dewan dan juga para semua ketua-ketua jabatan, aa jamuan aa di Pejabat Menteri Besar. Muatkah itu? Tak tahu jamuan apalah. Jamuan raya pun boleh juga. Jadi aa kita sambung balik pada pukul 2.15. Dewan Mesyuarat Dewan ni tangguhlah.

[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 12.49 tengahari]

[Persidangan disambung semula pada jam 2.27 petang]

Setiausaha Dewan mengumumkan ketibaan YB Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekarang Kita masih lagi dalam sesi jawapan daripada pihak kerajaan kepada Dewan ini Jadi saya menjemput Yang Berhormat Repah. Yang berhormat Bukit Kepayang.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua dan Dewan yang Mulia ini. Bersempena dengan titah ucapan Duli Yang Mahal Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul khusus yang menekankan kepentingan untuk kerajaan negeri berusaha memperkenalkan negeri ini dengan lebih meluas dan memberi impak positif terhadap ekonomi masyarakat setempat sukacita saya menggulungkan perbahasan kali ini. Tadi, the keyword dengan izin atau kata-kata kunci adalah merakyatkan pelancongan Saya akan mengembangkan konsep merakyatkan pelancongan ini sebentar lagi. Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Yang memberi kepercayaan kepada saya dengan melantik saya sebagai EXCO Pelancongan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan. Kewibawaan semangat dan inisiatif beliau semasa beliau memegang EXCO Pelancongan telah membuahkan banyak hasil Sehingga bilangan pelancong domestik dan tempatan Mengikut DOSM Ia adalah seperti berikut 2018 ada 12.8 juta pelancong. 2019 ia merudum kerana COVID 13.3 juta dan terus merudum pada 2020 7.9

juta dan pada 2021 dalam keadaan yang paling teruk 5.5 juta dan ia meningkat semula pada 2022 di mana kami menerima 11.5 juta pelancong dan meningkat lagi pada 2023 ke 15 juta. Walaupun kami belum menerima perangkaan yang terkini untuk 2024 tapi kami boleh membuat unjuran bahawa untuk tahun 2024 kami boleh menerima 20 juta pelancong. Apakah hala tuju LPNS dan portfolio EXCO Pelancongan Kami sedia maklum bahawa GM tersayang saya Puan Is baru dilantik pada bulan 2 tahun ini dan beliau perlu satu masa untuk penyesuaian diri dan menerima taklimat dan saya percaya dan ada penuh keyakinan bahawa beliau akan menerajui hala tuju sektor pelancongan kami melalui jawatan sebagai Ketua Sekretariat Tahun Melawat Negeri Sembilan dan selepas raya nanti beliau akan mengadakan mesyuarat yang akan merangka atau melakar hala tuju sektor pelancongan di Negeri Sembilan.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

YB EXCO, boleh saya mencelah?

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Boleh

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

ok, dari jawapan YB Exco tadi mengatakan pegawai ini akan bersiap sedia diberikan tempoh lepas lantikan dan kemungkinan selepas Raya, Raya dah habis dah ni? Bila? Berikan tahu bila? Sebab Tahun Melawat Negeri Sembilan cuma tinggal 8 bulan sahaja lagi.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Sabar, sabar. Saya rasa jikalau Gemas baru dilantik pun perlu masa untuk menyesuaikan diri Takpe, takpe. Sabar, sabar dulu, biar saya jawab dan beliau akan merangka dari segi pelancaran tu dia akan dibuat dari segi logo dari segi mascot slogan beliau akan melancarkan pelbagai benda ini setiap bulan untuk memastikan setiap bulan tu ada perkembangan dari segi program pelancaran lagu pelancaran socmed Sehingga Tahun Melawat Negeri Sembilan dan juga kami juga akan berkerjasama dengan ERAT dengan MOTEC dan juga Tourism Malaysia dan kerana di bawah MOTEC ada geran pelancongan di bawah GSSP dan juga geran kebudayaan di bawah GSSK dan kami akan merangka that means kami yang mengenal pasti Apakah program atau takwim tahunan setiap tahun dari sekarang sehingga tahun melawat setiap bulan apakah program kami akan kerjasama dengan ERAT Dengan pihak MOTEC Dan juga kami akan teruskan dengan promosi misi jualan ke luar negara di mana kami akan mengikut rombongan MOTEC untuk membuat promosi melalui misi jualan dan juga expo misi jualan kami gunakan untuk saling kenal, berkenalan dengan pemegang-pemegang taruh dan memberi keyakinan kepada mereka bahawa Kerajaan Negeri Sembilan amat komited dan serius untuk mempromosikan sektor pelancongan dan kami akan

memastikan kerajaan negeri itu nampak dengan izin visible dalam setiap misi jualan yang kami menyertai dan selepas misi jualan, misi jualan itu bukan pada akhirannya, kami harap harus buat tindakan susulan langkah-langkah susulan seperti menganjurkan femtrip untuk menjemput agensi-agensi pelancongan yang paling hebat daripada negeri-negeri yang kami adakan misi jualan tersebut, lebih kurang 30 agen pelancongan akan dibawa untuk mendalami produk-produk di negeri sembilan kami ada lebih kurang 200 produk kami akan bawa mereka untuk menikmati dan mengenali dan mendalami produk pelancongan tersebut, untuk menjimatkan kos pihak kerajaan negeri juga bekerjasama dengan negeri lain seperti Selangor, Pahang dan juga Perak supaya kos itu dapat dikurangkan dan kita guna pendekatan tak kenal maka tak cinta untuk supaya agensi pelancongan itu dia memahami produk lepas tu memasukkan ke dalam itinerary pelancongan mereka.

Baru-baru ini kami telah dapat satu berita baik iaitu ada satu perjanjian management agreement dengan izin di antara Syarikat MITA dengan JW MARRIOTT untuk sebuah hotel yang bertaraf empat bintang ke atas yang bakal siap pada bulan 11 di terminal 1 di antara terminal 1 shopping dengan izin terminal 1 bus station nama hotel tersebut adalah ALOFT perjanjian itu sudah dimeterai pada 23 hari bulan April dan hotel itu ada 173 bilik dan juga Lexis Hibiscus merupakan produk yang paling berjaya apabila saya menyertai misi jualan di luar negara mereka mengenali Lexis Hibiscus sangat popular cuma sekarang misi saya adalah dan pasukan saya untuk memastikan selain daripada Lexis Hibiscus yang dibina pada 2017 kami ada option lain kepada mereka untuk ada pengisian lain sekarang Lexis Hibiscus akan sudah mula membina fasa kedua mereka satu lagi bunga hibiscus di sebelah fasa 1 dan ada produk yang menerima ramai pengunjung seperti Snow Lim World. Snow Lim World merupakan snow world yang paling besar di Malaysia dan paling sejuk dan tempat ini memang menjadi kunjungan ramai setiap kali saya pergi tengok keadaan dan saya interview orang-orang di situ saya mendapati pengunjung-pengunjung yang datang dari Johor, Penang, Perak Selangor dan selepas snow world mereka akan menggunakan inisiatif sendiri untuk jalan-jalan di persekitaran Seremban dan mereka juga ada pergi Lorong Seni dan ini adalah tempias daripada Produk seperti Snow Lim World dan Pedas Wet World. Pedas Wet World sebenarnya Ceritanya OWG mengambil alih projek itu pada 1999 kerana COVID, projek itu tergendala atau tidak aktif dan selepas beberapa mesyuarat dengan Pihak OWG, OWG adalah Syarikat yang mengendalikan Sunway, Lagoon Theme Park Genting Theme Park, The Top Penang Theme Park dan juga Universal Theme Park dan syarikat ini memang mempunyai banyak pengalaman dari segi Theme Park dan selepas beberapa perjumpaan dan saya masih ingat pada bulan

September Tan Sri Richard Koh iaitu salah seorang MD kepada Chairman kepada OWG, beliau kata boleh kerana saya nampak sangat Kerajaan Negeri Sembilan terutamanya Yang Amat Berhormat, Menteri Besar begitu komited dan beliau ada keyakinan untuk melabur 4 juta untuk fasa satu iaitu satu fun park, sekarang sudah sangat viral di tiktok saya percaya Chembong boleh setuju tempat itu menarik kan? fasa satu menerima ramai pengunjung dan sekarang dalam proses untuk KM fasa kedua fasa kedua lagi menarik fasa Kedua ada hotel dan juga chalet di mana setiap chalet ada onsen sendiri dan air panas akan disalurkan ke dalam chalet tersebut fasa kedua Difahamkan boleh siap pada bulan September Tahun ini dan juga Siti Khadijah Kilang telekung Siti Khadijah yang paling besar di Malaysia berada di Nilai dan kilang ini mesra pelancong Kilang ini bukan seperti kilang lain Saya dijemput untuk melawat kilang tersebut memang apabila bas menurunkan pengunjung mereka akan dibawa melalui galeri dan satu tempat jahitan dan juga bistro sebelum keluar untuk beli produk-produk itu pun satu produk yang menarik di Negeri Sembilan, selain daripada itu Corus Hotel sudah akan diberi wajah baru dan pemilik yang baru iaitu Exim Group telah membelanjakan 40 juta untuk memberi wajah baru kepada Corus Hotel penjenamaan baru dan bakal siap juga tahun ini, hujung tahun ini, itu adalah beberapa produk yang menarik dan baru yang bakal wujud di Negeri Sembilan dan konsep merakyatkan pelancongan ini kami mengambil pendekatan ini dimana Lexis Hibiscus telah memberi peluang pekerjaan kepada ramai orang tempatan begitu juga dengan Hotel Pedas Wet World juga dari segi gerai-gerai mereka mengambil orang-orang tempatan, ini adalah apa yang dimaksudkan merakyatkan pelancongan. Saya telah meneliti isu-isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli yang berhormat sepanjang tempoh perbahasan dan terdapat beberapa isu yang menyentuh tugas dan fungsi Portfolio Pelancongan Kesenian Dan Kebudayaan Negeri Sembilan.

Untuk menjawab YB Lukut berkenaan dengan Intangible Asset UNESCO memang itu menjadi satu misi kami untuk mendaftarkan Adat Perpatih sebagai salah satu Intangible Asset Di bawah UNESCO Mengapa kita boleh buat demikian kerana Adat Perpatih tidak wujud di tempat lain. Adat Perpatih adalah dimana Minangkabau datang berasimilasi dengan orang asal di Negeri Sembilan dan terwujudnya Adat Perpatih. Konsep Adat Perpatih Amalan Adat Perpatih memang saya rasa layak untuk didaftarkan di bawah Intangible Asset dan kami akan wujudkan satu mesyuarat penyelarasan bersama-sama dengan pakar-pakar seperti universiti dan juga muzium untuk kita selaraskan perkara itu di mana selain daripada Adat Perpatih kami juga akan Membengkelkan 8 identiti yang lain seperti Seni Bina Atap Panjang, Makanan Tradisional Gulai Kuning, Bunga Lado, Tarian Piring Lambung, Muzik Cak Lempong, Busana Kebaya Setengah Tiang, Permainan Dersyid Tradisional Dam

Harimau ataupun Gasing Negeri Sembilan dan Lagu Identiti Negeri Sembilan. Perlaksanaan program hujung minggu di Kompleks JKKNS setiap hari Sabtu merupakan sebuah program pembelajaran kepada generasi muda secara percuma dalam bidang Tarian Asas dan Tarian Piring Lambung, Muzik Cak Lempong dan Teater. Hasil daripada Pembelajaran ini, peserta akan melaksanakan persembahan merangkumi ketiga-tiga bidang tersebut, kami juga akan melaksanakan pertandingan Busana Kebaya Setengah Tiang dan bertelepuk Dalam program-program yang dilaksanakan Oleh JKKNNS. Untuk makluman, Tarian Piring Lambung Dan juga Busana Kebaya Setengah Tiang juga boleh dicadangkan diangkat ke UNESCO Intangible Asset kerana setiap seni budaya ini sangat penting bagi identiti dan kesinambungan masyarakat di Negeri Sembilan oleh yang demikian kerajaan Negeri Sembilan menyambut baik cadangan untuk membawa dan meneliti berkaitan UNESCO Intangible Cultural Heritage bagi tujuan mempelawa pelancong melawat Negeri Sembilan.

Untuk soalan Sungai Lui supaya kawasan luar bandar yang kaya dengan keunikan budaya, adat pepatih dijadikan sebagian daripada destinasi saya cuma boleh bagi dua contoh di mana Di Luak Gunung Pasir di sana ada satu amalan yang unik di mana mereka ada masak kari kepala kambing dengan kawah proses masak kari kepala kambing sangat unik ini boleh dijadikan salah satu pengisian dan akan melibatkan orang-orang tempatan di luar bandar dan juga di Londah ada Bangka Hulu. Benda-benda ini kita akan gunakan untuk menjana ekonomi setempat.

Untuk soalan ADUN Gemas, aaa ADUN Gemas ada dua berkenaan dengan Tahun Melawat Negeri Sembilan tadi saya sudah beritahu Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan selaku urus setia Sekretariat Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 Sedang menyusun Gerak Gempur Promosi Tahun Melawat Negeri Sembilan yang bermula Jun 2025 ini. So sabar menanti, sabar akan dilaksanakan kerajaan negeri menyambut baik dan akan mempertimbangkan cadangan meletakkan laman informasi berkenaan dengan pelancongan Negeri Sembilan dihentian rehat dan rawat dan ianya bergantung kepada potensi dan kesesuaian lokasi tersebut. Melihat kepada potensi hebahan promosi melalui media sosial Negeri Sembilan mengadakan kerjasama strategik dengan Tourism Malaysia bagi memanfaatkan kelebihan dan populariti pempengaruh dalam usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia Dan juga Tahun Melawat Sembilan. Kerjasama ini merangkumi promosi dalam platform digital dan media sosial serta penghasilan bahan promosi kreatif yang menampilkan keunikan kebudayaan dan warisan Negeri Sembilan. Gemas juga bertanyakan tentang pelan dan tindakan menyeluruh LPNS menghadapi Tahun Melawat Negeri Sembilan.

LPNS telah menyusun Gerak Kerja Tahun Melawat Negeri Sembilan di mana Mesyarat Jawatankuasa Induk Tahun Melawat Negeri Sembilan bagi Tahun 2025 dijadualkan pada bulan Mei. Perancangan gerak kerja promosi Bagi Tahun Melawat Negeri Sembilan juga telah disusun secara berperingkat Sepanjang Tahun 2025 bermula Jun 2025 Melibatkan semua daerah Ia dimulai Dengan siri pertama Pra Pelancaran Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 yang dijadualkan pada bulan Jun Dan berakhir dengan Majlis Pelancaran Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 pada bulan Disember yang bertempat di Port Dickson. Bagi menarik lebih ramai Pelancong luar negeri ke Negeri Sembilan Sempena kempen Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 pelbagai inisiatif strategik telah dirancang seperti mempergiatkan promosi antarabangsa melalui penyertaan pameran pelancongan dan misi jualan ke luar negara platform digital serta kerjasama dengan agen pelancongan dalam dan luar negara. Selain daripada itu penganjuran Fam Trip yang melibatkan agen-agen pelancongan daripada luar negara Juga dilihat antara usaha yang sedang dilaksanakan oleh pelbagai pihak dapat membantu mempromosikan Negeri Sembilan dan seterusnya menjadikan Negeri Sembilan antara destinasi wajib. Melihat kepada potensi Hebahan promosi melalui media sosial Negeri Sembilan mengadakan kerjasama strategik dengan Tourism Malaysia bagi memanfaatkan kelebihan Dan populariti pempengaruh dalam usaha mempromosikan Tahun Melawat Negeri Sembilan. Serta Tahun Melawat Malaysia. Kerjasama ini merangkumi promosi dalam platform digital, media sosial serta penghasilan bahan promosi kreatif yang menampilkan keunikan budaya dan warisan, selain daripada itu acara-acara telah disusun dalam kalender events atau Kalender Acara Pelancongan Negeri Sembilan 2025 termasuk acara yang bertaraf antarabangsa seperti PD Triathlon, Trail Running Challenge, Transnaning Ultra, Port Dickson Golf ASEAN, Angsi Forest Challenge, Pesta Bola Ngoca, Powerboat International Championship. Bagi tujuan memperkasa produk pelancongan Negeri Sembilan pula, kerajaan negeri telah memperuntukkan 6.5 juta melalui peruntukan P62 pelancongan bagi tahun 2025 ini melibatkan sebanyak 22 projek yang merangkumi kerja-kerja pembangunan infrastruktur naik taraf dan kerja-kerja penyelenggaraan produk pelancongan.

Saya memberi penghargaan kepada semua ADUN yang berbahas dalam sesi menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, semua warga LPNS yang bekerja keras untuk mempromosikan pelancongan Negeri Sembilan termasuk GM tersayang saya Puan Isnizawati termasuk semua jabatan dan agensi serta semua penjawat awam yang secara langsung dan tidak langsung membantu saya melaksanakan tugas saya sebagai EXCO Pelancongan Kebudayaan dan Kesenian. Sebelum saya mengakhiri dengan serangkap pantun:

Nyanyi burung riang bersama, Merdu suara burung kenari; Bercuti rehat bersama keluarga, Tempat menarik dalam Negeri.

Dengan iringan Ucapan Selamat Hari Raya, saya memohon kemaafan di atas segala kesilapan semoga kita semua dirahmati dan diberkati. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Kepayang. Yang Berhormat Repah.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih juga Saya ucapkan kepada Semua ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini dan banyak pandangan dan juga idea-idea yang telah dilontarkan dalam dewan ini saya menyambut baik dan ada juga ADUN-ADUN yang bertanyakan semasa bertanyakan soalan lisan, soalan tambahan itu tak kena dengan tajuk asal yang ditanya walau bagaimanapun ia boleh diperbaikilah pada masa hadapan, dan saya ucapkan tahniahlah kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini dan ada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh berkenaan portfolio saya dan saya akan jawab kepada isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat.

ADUN Gemenceh, isu yang dibangkitkan adalah Doktor yang memberi laporan PERKESO amat tidak membantu pesakit, terdapat pesakit yang perlu menjalani dialisis 4 jam sekali tetapi doktor memberikan laporan pesakit tersebut masih boleh bekerja, hal ini membebankan pesakit, sehubungan itu setiap dimohon agar satu garis panduan disediakan untuk para doktor berkenaan perkara ini bagi membolehkan para doktor membantu masyarakat, untuk makluman ahli-ahli yang berahmat kerajaan negeri mengambil berat akan keluhan permasalahan ini, walau bagaimanapun Kerajaan Negeri dengan Kementerian Sumber Manusia, KESUMA melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO, ada mengadakan sesi libat urus bersama dalam memberikan cadangan penambahbaikan proses-proses tuntutan, terutamanya yang telibatkan proses jemaah doktor dan juga jemaah doktor rayuan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat jemaah doktor dan jemaah doktor rayuan ini dilantik oleh doktor di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Segala keputusan laporan penilaian diputuskan oleh jemaah doktor dan jemaah doktor rayuan.

Dan ADUN Gemas membangkitkan isu berkaitan dengan tempat pembuangan sampah terbuka di kampung Bangka Hulu. Gemas memaklumkan bahawa di kampung Bangka Hulu Gemas aktiviti pembuangan sampah dan pembakaran sampah secara terbuka masih berlaku. Lebih mengejutkan Pihak Southern Waste Management membuang sampah di tempat yang sama. ADUN Gemas juga mencadangkan agar pemantauan dilaksanakan dengan lebih ketat di kawasan pembuangan tersebut. Sekiranya mendapat keizinan atau kelulusan, mohon untuk dipagar dan ditandakan agar kawasan tersebut tidak dimasuki sesuka hati. Namun sekiranya tiada kelulusan mohon untuk ditutup kawasan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat Gemas berdasarkan semakan oleh pentadbiran ini status tanah bagi tempat pembuangan sampah yang dimaksudkan adalah merupakan tanah kerajaan iaitu di lot 12427 Mukim Gemas dan merupakan kawasan landasan kereta api serta bersempadan dengan rizab jalan JKR. Untuk makluman, tapak pembuangan sampah tersebut pernah ditutup selamat oleh Jabatan Kerja Raya, namun aktiviti pembuangan sampah masih berulang dan pentadbiran ini juga akan meletakkan papan tanda dan papan tanda larangan menceroboh ke tanah kerajaan di atas tanah tersebut sebagai langkah kawalan.

Seterusnya Bagan Pinang membangkitkan isu berkenaan dengan model dan kaedah pelaksanaan program Jualan Rahmah Madani PJRM di Negeri Sembilan. Untuk makluman Yang Berhormat Bagan Pinang, Jualan Rahmah Madani adalah konsep jualan murah yang diperkenalkan oleh kerajaan Di bawah inisiatif payung rahmah khususnya untuk golongan berpendapatan rendah di kalangan B40. Jualan ini melibatkan barangan keperluan harian dengan penjimatan harga sehingga 10% hingga 30% lebih murah daripada harga pasaran. Untuk makluman juga sehingga 29 April 2025 sebanyak 466 program Jualan Rahmah Madani telah dilaksanakan di seluruh 36 DUN di Negeri Sembilan.

Program ini melibatkan 185 model pelaksanaan dalam premis, 5 pelaksanaan jualan terbuka 275 jualan bergerak dan 1 jualan di pasar. Anggaran jumlah sebanyak RM9,288,025.79 telah diperuntukkan bagi pelaksanaan PJRM dengan nilai jualan mencecah RM35,939,715.99 dan seramai 713,420 jumlah penduduk di Negeri Sembilan telah menerima manfaat melalui program ini. PJRM di Negeri Sembilan dilaksanakan pada setiap minggu Bermula Isnin hingga Ahad termasuk pada hari cuti umum. Tiada ketetapan khusus bagi kaedah pelaksanaan PJRM dilaksanakan dan tidak tertaluk pada hari bekerja ataupun hujung minggu sahaja. Model pelaksanaan PJRM di Negeri Sembilan telah dipelbagaikan merangkumi PJRM Premis, PJRM Bergerak, PJRM Terbuka Premium yang dilaksanakan di seluruh Negeri Sembilan.

Penggiliran model pelaksanaan adalah bertujuan untuk melibatkan lebih ramai pemain industri dalam menyokong usaha kerajaan di samping, memastikan Rakyat di kawasan bandar dan luar bandar di seluruh Negeri Sembilan mempunyai kemudahan untuk mendapatkan barang keperluan asas. Hebahan pelaksanaan PJRM Di Negeri Sembilan akan dimuat naik di semua aplikasi media sosial Rasmi KPDN Negeri Sembilan iaitu Facebook X, Instagram dan juga TikTok pada setiap hari Rabu sebagai inisiatif bagi memudahkan pengunjung untuk mendapatkan butiran lokasi dan tarikh Program. KPDN Negeri Sembilan juga menerima permohonan pelaksanaan PJRM daripada agensi kerajaan ataupun bukan kerajaan di semua lokaliti di seluruh Negeri Sembilan. Penyelarasan selanjutnya dibuat mengikut ketetapan tarikh dan lokasi oleh pengajur program dan turut mengambil mengambil kira ketersediaan operator PJRM.

Seterusnya YB Lukut membangkitkan persoalan berkenaan pencemaran minyak Sungai Linggi pada 13 April 2025 dan juga 24 April 2025. Sebagai maklum balas pertamanya rentetan kes pencemaran Sungai Linggi pada 13 April 2025 dan 24 April 2025, baru-baru ini Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan bersama-sama dengan agensi lain seperti Agensi Sains, Badan Kawal Selia Air, Polis Diraja Malaysia, dan juga Majlis Bandaraya Seremban telah menjalankan siasatan dan hasil siasatan tersebut didapati sebuah premis telah disyaki melakukan pencemaran terhadap Sungai Linggi dan tindakan tegas akan diambil di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan yang keduanya untuk makluman Yang Berhormat juga satu Taskforce telah dibentuk yang dipengerusikan oleh saya sendiri sebagai selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan Sumber Manusia Perubahan Iklim Kooperasi dan Kepenggunaan untuk memantau operasi ini secara bersepadu Dan agensi yang terlibat ialah Jabatan Alam Sekitar, BKSA Sains dan juga Majlis Bandaraya Seremban dan untuk tambahan juga kita akan panggil Special Branch bersama-sama kita dalam operasi ini untuk memberikan maklumat berkenaan dengan kilang-kilang haram yang ada kalanya membuat pencemaran ke sungai dan untuk mengenal pastikan punca air di sungai ini Sungai Linggi ini dapat diatasi dengan lebih baik lagi.

Juasseh, persoalan yang dibangkitkan adalah industri kecil dan sederhana di Negeri Sembilan adalah penting untuk meningkatkan daya saing dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada komuniti setempat seperti Tabung-tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan yang sangat membantu peniaga kecil untuk memulakan perniagaan. Adakah terdapat garis panduan dalam pemilihan usahawan yang ingin membuat permohonan menerusi TUNS agar dana tersebut digunakan dengan betul dengan pemilihan usahawan yang berpotensi

dan berdaya saing. Untuk maklumat Yang Berhormat, Tabung tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan merupakan bantuan pembiayaan Dalam bentuk geran berjumlah sehingga RM3,000 yang disasarkan kepada penjaja dan peniaga kecil di Negeri Sembilan dalam memastikan inisiatif ini mencapai objektif dan maknanya sampai kepada kumpulan sasaran, satu garis panduan khusus telah dirangka, dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah PKNNS sejak tahun 2019 dan sentiasa dikemaskinikan dari masa ke semasa. Di dalam garis panduan TUNS telah jelas menyatakan mana-mana usahawan yang ingin memohon man mendapatkan pembiayaan inisiatif TUNS perlu mematuhi ataupun memenuhi syarat-syarat asas permohonan. Sebelum permohonan mereka dibentang untuk dipertimbangkan di peringkat Jawatankuasa Kelulusan.

Syarat-syarat permohonan TUNS pertamanya adalah mereka adalah perlu daripada warganegara Malaysia. Kedua, anak Negeri Sembilan ataupun pengundi Negeri Sembilan. Ketiga, peniagaan berdaftar Di bawah Akta Syarikat 2016 Akta 777 ataupun Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 atau Akta Pendaftaran Perniaga 1956 Akta 197 dan masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah didaftar serta beroperasi selama tempoh tiga bulan sebelum permohonan dibuat. Yang keempat, alamat perniagaan didaftar di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan. Kelima, penjaja ataupun peniaga kecil yang mencatatkan jualan tahunan mestilah kurang daripada seratus ribu. Keenam, mempunyai akaun perniagaan yang sah dan aktif dalam tempoh masa tiga bulan tersebut. Ketujuh, pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa. Kelapan, pemohon tidak berstatus muflis dan yang akhir adalah tidak pernah menerima TUNS sebelum ini Jenis perniagaan jenis perniagaan yang layak memohon Minuman dan makanan bakery, pastri dan juga kuih-muih khidmat jahitan pertanian, penternakan, perikanan salun kecantikan dan gunting rambut, kraftangan dan cenderamata, peruncitan, fotografi dan lain-lain perkhidmatan selain insurans, institusi kewangan ataupun pembekalan tenaga kerja. Jenis perniagaan yang tidak layak memohon perniagaan perkhidmatan profesional homestay, jual-beli barangan buangan seperti besi dan plastik lusuh ejen jualan produk dropship dan multi-level marketing, mesin layan diri, dobi layan diri, kontraktor sewaan jentera dan kenderaan penumpang maupun perkhidmatan logistik, perniagaan yang salah di sisi undang-undang. Perniagaan yang memudaratkan kesihatan serta tidak memenuhi ataupun mematuhi nilai-nilai moral Masyarakat seperti rokok, rokok elektronik, ejen nombor ramalan, minuman keras dan lain-lain. Untuk maklumat Dewan ini juga usahawan yang telah memenuhi syarat-syarat asas ini boleh memohon TUNS melalui laman sesawang www.tuns.my dengan mengisi maklumat serta memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.

Permohonan yang lengkap dan menepati kriteria akan dibentangkan kepada Panel Jawatankuasa Kelulusan yang dipengerusikan oleh YB EXCO Keusahawanan dan juga diwakili oleh wakil-wakil daripada jabatan dan agensi keusahawanan di Negeri Sembilan yang bertanggungjawab untuk menilai serta mempertimbangkan kelulusan permohonan secara telus dan saksama. Antara aspek utama yang dinilai dalam permohonan TUNS ialah memastikan jenis perniagaan yang dijalankan sama ada berpotensi ataupun berdaya saing. keaktifan permohon dalam menjalankan perniagaan yang sama ada secara sepenuh masa ataupun separuh masa dan juga rekod transaksi jualan perniagaan. Selain daripada itu barangan yang dimohon melalui bantuan ini juga akan dinilai dari segi kesesuaian dan juga impaknya kepada perniagaan dalam meningkatkan kapasiti pengeluaran produk usahawan tersebut. Sebagai langkah kawalan dan pemantauan setiap penerima bantuan TUNS diwajibkan mengemukakan resit pembelian bagi barangan yang telah diluluskan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNNS) dalam tempoh satu bulan selepas menerima dana tersebut, Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan termasuk penyenaraian hitam daripada menerima sebarang bantuan kerajaan pada masa akan datang.

Seterusnya Klawang membangkitkan isu berkenaan seramai 6,459 usahawan telah dibantu melalui TUNS Tabung Usahawan Negeri Sembilan, Berapakah bilangan usahawan yang telah dibantu menerusi TUNS serta bilangan usahawan yang berjaya mahupun terkandas yang telah dibantu menerusi TUNS. Untuk makluman Yang Berhormat berdasarkan kajian yang dibuat oleh Kumpulan Akademi KAYNS pada tahun 2022 yang bertajuk Kajian Penilaian Outcome Inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan, soal selidik telah dibuat ke atas sebahagian sampel daripada keseluruhan 4,147 penerima tahun pada tahun 2019 sehingga 2021 mendapati pertamanya 83% responden berjaya meningkatkan pendapatan peniagaan mereka selepas menerima bantuan TUNS. Yang keduanya 77.2% responden dapat mengembangkan perniagaan mereka selepas menerima Bantuan TUNS dan yang ketiga 82.8% responden bersetuju dengan Bantuan TUNS telah membolehkan perusahaan mereka untuk membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Seterusnya Chembong membangkitkan isu berkenaan dengan perihal pekerja asing. Pertamanya apakah Dasar ataupun polisi kerajaan mengenai mereka, yang kedua berapakah bilangan pekerja asing yang berada di Negeri Sembilan Untuk makluman Yang Berhormat easar semasa pengambilan pekerja asing adalah seperti berikut. Pertamanya bekerja dalam sektor yang dibenarkan iaitu perkilangan pembinaan, pertanian, perladangan dan juga perkhidmatan. Yang kedua

permohonan pekerja asing oleh majikan atau syarikat adalah tertaluk kepada kelulusan kuota dari Pusat Kelulusan OSC Kementerian Sumber Manusia. Yang ketiganya pekerja asing tersebut berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada masa permohonan tersebut. Keempat disahkan sehat oleh Pusat Pemeriksaan Kesihatan di negara sumber. Yang kelima bakal pekerja tidak termasuk dalam senarai individu asing yang dilarang mengikut Seksyen 803 Akta Imigresen 1959 ataupun 1963 dan keenam pekerja asing hendaklah di kalangan negara sumber yang dibenarkan iaitu Indonesia Nepal, India, Filipina, Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, Pakistan, Sri Lanka Myanmar Uzbekistan, Kazakhstan dan juga Turkmenistan. Untuk maklumat Kerajaan telah membekukan pengambilan pekerja asing baru bermula pada Mac 2023 sehingga kini.

Walau bagaimanapun, dasar dan polisi asing ditentukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia hanya melaksanakan dasar dan polisi tersebut. Hasil semakan dari sistem Jabatan Imigresen Malaysia mendapati bahawa jumlah pemegang pas lawatan ataupun kerja sementara di Negeri Sembilan bagi tahun 2024 adalah seramai 158,905 orang dan bagi tahun 2025 sehingga 31 Mac seramai 1,844 orang pekerja asing telah dikeluarkan pas lawatan kerja yang baru. Untuk makluman juga pada asasnya, Kerajaan Negeri juga menggalakkan majikan-majikan di negeri sembilan supaya mengurangkan dalam penggajian pekerja asing dan memberi peluang lebih kepada pekerja tempatan. Sebab itu, kita di peringkat negeri kita membenarkan majikan-majikan untuk mengambil pekerja-pekerja seperti orang yang di bawah selia dan juga dari kalangan OKU yang diberikan skill untuk kerja-kerja yang tertentu, jadi ini adalah peluang untuk pekerja tempatan untuk menggunakan peluang untuk mendapatkan kerja dengan mendapat sijil-sijil TVET sebab kalau ada sijil TVET ni memang peluang pekerjaan mereka adalah terbuka dengan luas dan mereka mendapat pekerjaan dengan lebih baik dengan gaji yang lebih baiklah, dan baru-baru ini kita ada program misi di Negeri Sembilan.

Semalam saya merasmikan program training di Rasah di mana seramai 26 orang di kalangan yang menerima latihan tersebut telah menerima pekerjaan di McDonald. Jadi ini adalah antara perkara-perkara yang kita lakukan di Negeri Sembilan jadi kita akan teruskan usaha ini untuk membantu sebanyak mungkin rakyat kita untuk mendapatkan pekerjaan yang baik dan juga pendapatan yang lebih lumayan terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat. Saya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Palong.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT, Salam sejahtera, terima kasih Dato’ Yang Dipertua, sebagai menjawab soalan yang dibangkitkan oleh dalam perbahasan saya mulakan dengan Gemenceh iaitu berkenaan dengan pasukan kriket pada Temasya Sukan Malaysia Sarawak 2024. Pada penyertaan di Temasya Sukan Malaysia ke-21 di Sarawak Tahun 2024. Kontigen Negeri Sembilan tidak menghantar pasukan kriket laki dan wanita ke temasya kali ini kerana pasukan yang disediakan oleh pesatuan tidak melepasi had kelayakan yang telah ditetapkan bagi sukan-sukan itu Pasukan kriket Negeri Sembilan gagal menyediakan pasukan untuk melepasi had kelayakan minima yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Negeri Negeri Sembilan bagi tujuan penyertaan ke temasya sukan. Pasukan kriket untuk makluman Yang Berhormat Gemencheh, pasukan kriket Negeri Sembilan setakat hari ini tidak menjadi masalah berkaitan dengan pendaftaran pertubuhan di Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Pasukan kriket merupakan salah sebuah pasatuan yang sah, berdaftar dan aktif. Bagi penyertaan di Temasya Sukan Malaysia Ke-22 di Selangor pada tahun 2026, suka saya maklumkan setakat ini sukan kriket tidak disenaraikan dalam 28 sukan utama.

Bagi senarai sukan pilihan tuan rumah biasanya akan menyenaraikan sukan pilihan ini dalam tempoh setahun sebelum tarikh temasya bermula. jadi maknanya dalam bulan 8 kita akan maklum kita akan tahu sama ada kriket ini tersenarai sebagai sukan tambahan yang akan dipilih di Sukan Malaysia di Selangor nanti. Persatuan Kriket Negeri Sembilan tidak akan dipinggirkan. Insya-Allah dari segi bantuan untuk penyertaan ke kejohanan, pertandingan serta bantuan peralatan asas latihan. Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Sembilan sentiasa memberikan sokongan di atas permohonan yang dikemukakan serta menyalurkan geran bantuan bagi memastikan bakat-bakat dalam sukan ini tidak tercicir. Menjawab soalan yang dibangkitkan oleh ADUN Gemas yakni berkenaan dengan projek Kompleks Sukan Gemas yang 60 ke 70% siap sebelum ini untuk makluman Gemas, seperti yang saya maklumkan sebelum ini Projek Pembinaan Kompleks Sukan Mini Gemas ini telah pun mengalami kelewatan seperti mana kita semua maklum dan saya sendiri pun telah menghantar surat kepada KBS setahun lebih yang lalu untuk syorkan supaya kontrak ini ditamatkan namun demikian dia masih diteruskan dan maklumat yang terkini yang saya peroleh pagi tadi ya Yang Berhormat Gemas, bahawa kontraktor ini telah pun ditamatkan dan tender semula akan ditender semula dijangka pada September 2025. Ini maklumat yang terkini yang saya peroleh. Seterusnya adalah soalan berkaitan dengan ADUN Chembong yakni berkaitan dengan penjelasan berkenaan status penyiapan Kompleks Sukan Chembong serta bilakah ia boleh digunakan. Saya bacakan dulu

jawapan yang disediakan, yang pertamanya projek Kompleks Sukan Chembong dalam fasa pembinaan dan tarikh siap semasa adalah 19 Jun 2025. Berdasarkan mesyuarat tapak pada 16 April 2025 pemaju memaklumkan terdapat beberapa kerja berkaitan Electrical dan Civil dan juga isu pengalihan kabel TNB yang memerlukan pelanjutan tempoh masa untuk disiapkan. Maknanya tarikh 19 Jun ini akan berganjak lagi, untuk maklumat Chembong, Chembong telah dengan tegas menyuarakan dalam perbahasan bahawa kita dimaklumkan akan siap pada bulan Jun, tetapi sekarang dimaklumkan bahawa diperlukan pelan EOT lagi. Jadi maknanya akan dipanjangkan lagi tempohnya. Saya mewakili Kerajaan Negeri ingin memaklumkan pada KBS supaya perlu diambil langkah-langkah yang lebih drastik dan lebih agresif. Kalau sepatut kalau perlu wakil Kementerian turun mesyuarat bukan lagi sebulan sekali dah, sepatutnya mesyuarat setiap minggu untuk pastikan bahawa sedikit lagi masalah, masalah ni, TNB saya dengar dah banyak kali dah pasal TNB ni. Saya ingat dalam tempoh 6 bulan ni isunya masih TNB dan TNB. Jadi kalau boleh mereka turun secara drastik, lebih agresif, turun setiap minggu pantau insya-Allah kita mengalu-alukan dan kompleks ini boleh disiapkan dengan segera untuk kebaikan dan digunakan oleh rakyat kita di Chembong khususnya.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, boleh saya mohon sedikit pencerahan? Saya dimaklumkan juga, saban kali masalahnya dikatakan oleh isu teknikal. Saya mohon penjelasan sebenar-benarnya. Saya tak yakin isu teknikal ni boleh melanjutkan terlalu lama projek ni Dato’ Yang Dipertua. Sebenarnya isu teknikal ke atau isu kewangan Dato’ Speaker? Mohon pencerahan.

Yang Berhormat Chembong, maklumat kerana projek ini di bawah KBS ya, kita Kerajaan negeri tidak ada maklumat yang lebih daripada itu. Dalam mesyuarat peringkat negeri pun kita dimaklumkan isunya adalah isu teknikal, jadi saya hanya boleh jawab apa maklumat yang ada pada saya, namun demikian saya akan dapatkan lebih lagi maklumat, mungkin saya akan turun padang untuk melihat sendiri dan dapatkan penjelasan lebih tuntas, supaya kita tau what is the real issue ya, apa isu yang sebenarnya yang menyebabkan dalam tempoh 6 bulan isu yang sama, TNB, TNB, dan TNB seolah tidak ada penyelesaian. Insya-Allah kita berikan perhatian yang serius kepada aduan ataupun pandangan daripada Yang Berhormat Chembong.

Dato’ Yang Dipertua, sebagai maklumat tambahan suka saya maklumkan bahawa Sukan Negeri Sembilan atau SUKNES 2025 akan bermula mulai 1 Mei sehingga 14 Mei yang akan dijalankan di setiap Dewan Undangan Negeri Seluruh Negeri Sembilan di mana setiap DUN, tarikh untuk melaksanakan sukan ini adalah di antara tempoh 1 hingga 14 Jun dan

manakala setelah selesai di peringkat DUN semua DUN ini akan menghantar pasukan masing-masing, ada 8 jenis sukan yang akan dipertandingkan di peringkat negeri pula bermula pada 30 Mei, 31 Mei dan 1 Jun pada hujung bulan 6 ini, di mana 31 hari bulan akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan penutupnya adalah pada 1 Jun jam 2 petang itu yang pertama, yang keduanya maklumat tambahan ialah Negeri Sembilan 7 Wonders Challenge.

minta pencelahan sikit., minta mencelah boleh?

Ya, sila.

Terima kasih YB EXCO, berkenaan dengan sukan SUKNES saya mencadangkan satu sukan tambahan bolehkah? itu sukan silat terima kasih.

Cukup, baik itu tak termasuklah SUKNES la yaa. SUKNES ini kita ada 8, tahun lepas kita hanya ada 4 sukan, jadi tahun ini kerajaan telah bersetuju untuk naikkan 4 lagi sukan jadi 8 keseluruhannya, kita selesaikan 8 ini dulu, kalau perlu silat itu dibuat secara berasingan, insya-Allah kita akan timbangkan, kita akan fikirkan. Saya tahu sebab di Lenggeng dia ada team silat dia, itu yang dia beria nak ajak silat itu ya. Dato’ Yang Dipertua, berkenaan dengan Negeri Sembilan 7 Wonders Challenge pula, satu lagi program di bawah Kerajaan Negeri, bagi menggalakkan budaya sukan di kalangan rakyat untuk maklumat Dato’ Yang Dipertua, program pertama telah pun berlangsung pada 19 April yang lalu, bertempat di Jempol di Bukit Bosa Bayai dan yang keduanya adalah pada bulan 5 pada 10 hari bulan 5 bertempat di Gunung Berembun Seremban. Di mana Pejabat Daerah Seremban menjadi tuan rumah jadi saya mengalu-alukan semua rakan-rakan pimpinan kerajaan moh kita turun bersonam Moh kita bersukan supaya ia menjadi salah satu kaedah untuk kita berkempen supaya rakyat kita terus bersukan dan kita jadi sihat dan akhir sekali Dato’ Yang Dipertua, bulan Syawal telahpun habis, telahpun tamat namun raya belum habis lagi Ya, jadi Palong akan mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya pada besok 1 hari bulan 5 bertempat di Felda Palong 3, Maka saya dengan rendah diri menjemput Semua ahli-ahli Dewan, Yang Amat Berhormat, Dato' SS dan seluruh rakan-rakan pimpinan termasuk Ketua-Ketua jabatan bersama-sama hadir ke Felda Palong 3 yang akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri sebagai tetamu kehormat kita. Sekian, terima kasih, Assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Palong. Saya suka dengar tu, Yang Berhormat Palong, Syawal dah habis, raya belum habis. Yang Berhormat Bahau.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan, khususnya menyentuh isu-isu ataupun cadangan berkaitan dengan portfolio Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam. Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman Yang Berhormat Chennah sebab Yang Berhormat Chennah ada mencadangkan supaya Kerajaan negeri mempercepatkan proses kelulusan pelaburan terutamanya industry semiconductor agar pembangunan sektor ini dapat lebih diperkasa dan selain daripada itu Yang Berhormat Chennah juga mencadangkan agar Negeri Sembilan Fast Lane dapat dilaksanakan dan seterusnya Yang Berhormat Chennah juga mencadangkan mengambil peluang kerjasama dengan Kerajaan China agar Twin Industry Parks dapat dilaksanakan di daerah Seremban.

Untuk makluman Yang Berhormat Chennah dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam usaha untuk mempercepatkan kelulusan projek bukan sahaja industry semiconductor malah untuk industri pembuatan yang lain membawa nilai tambahan yang tinggi kepada Kerajaan Negeri. Bagi memudahcara setiap projek pelaburan baru Kerajaan Negeri melalui Invest NS bagi membantu pelabur memahami keseluruhan prosedur permohonan memberi perkhidmatan khidmat nasihat perihal lokasi tapak cadangan, mengadakan siri mesyuarat pra teknikal bersama pihak PBT dan pelbagai jabatan agensi teknikal berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat, SAINS, TNB, Jabatan Kerja Raya, Indah Water Konsortium dan lain-lain lagi. Menerusi kaedah ini, pihak pelabur akan lebih yakin danjelas mengenai setiap prosedur jabatan-jabatan teknikal dan memudahkan kelancaran urusan permohonan kebenaran merancang projek di peringkat OAC PBT. Kerajaan negeri juga sedang dalam proses melaksanakan NS Fast Lane yang merupakan proses pemajuan yang dilaksanakn secara pantas dan tangkas bermula daripada sebelum kelulusan pelan hingga bangunan siap ditapak seterusnya kebenaran beroperasi dalam masa yang singkat melalui gabungan proses di peringkat kelulusan pelan, sijil perakuan siap dan pematuhan CCC dan lesen pengoperasian. Gerak kerja awalan telah dimulakan di bawah Majlis Bandaraya Seremban di mana kriteria projek adalah seperti berikut.

Kawasan terancang, perihal tanah yang telah selesai, ketiga kesediaan tapak untuk mendirikan bangunan, yang keempat telah lengkap dengan infrastruktur dan yang kelima laporan EIA, TIA dan RSA yang telah diluluskan. Manakala untuk kategori projek pula adalah seperti berikut, kilang, bengkel, gudang, kemudahan swasta, contohnya sekolah, hospital, stesen pam minyak dan serbaneka atau restoran atau pam

minyak sahaja. Antara pemohonan awal yang telah diproses melalui inisiatif ini adalah, pertama, projek pembangunan kilang Tetuan T. Hasegawa Flavors Malaysia Sendirian Berhad dari Jepun di Tech Park 2 Enstek. Yang kedua, projek pembangunan Batik Air In-Flight Catering oleh Tetuan Malindo Airways Sendirian Berhad di Tech Park 1 Enstek. Yang ketiga, projek pembangunan Kompleks Hospital Pakar Swasta oleh Tetuan S2 Specialist Hospital Sendirian Berhad di bawah Sena Group. Yang keempat, projek pembangunan kilang Tetuan Seiko Precisions Sendirian Berhad di Sendayan Tech Valley. Pelaksanaan inisiatif Fastlane ini amat berpotensi untuk meningkatkan daya saing dan mempercepatkan proses pemajuan industri. Kerajaan negeri melalui UPEN, MBS dan semua jabatan agensi teknikal berkaitan sedang giat di dalam proses memperhalusi SOP agar segala urusan berjalan lancar dengan kerjasama Malaysia Productivity Corporation (MPC). Diharap usaha ini akan dikembangkan secara menyeluruh di Negeri Sembilan supaya dapat memperkukuh ekosistem pelaburan yang kondusif, efisien dan mesra pelabur selaras dengan objektif jangka masa panjang Negeri Sembilan untuk menjadi hub pelaburan dan pembangunan mampan. Umumnya, sebarang cadangan-cadangan yang baik yang memberi impak positif kepada Negeri Sembilan serta berdasarkan kepada lunas perundangan kerajaan Malaysia akan diberi perhatian untuk diteroka lanjut. Oleh itu, cadangan berkaitan seperti Twin Industry Park dan Sister City akan diteliti lanjut bagi memastikan ia memberi kebaikan kepada pembangunan di negeri ini.

Untuk menjawab Yang Berhormat Lukut dan Yang Berhormat Chuah yang telah pun mengutarakan cadangan mereka mengenai kekurangan atau masalah tanah perkuburan di kawasan Taman PD Utama atau di Kawasan di bawah daerah Port Dickson. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak pengurusan perkuburan atau pihak persatuan hendaklah mengenai pasti kawasan bagi perkuburan bukan Islam yang baru dan seterusnya permohonan pengambilan tanah bagi tujuan tersebut perlu dikemukakan kepada PDT Port Dickson dan akan diproses mengikut tata cara pemohonan yang berkuatkuasa. Dan paling akhir sekali untuk menjawab Yang Berhormat Paroi. Untuk makluman Yang Berhormat Paroi, pentadbiran tanah Negeri Sembilan sentiasa komited dalam memenuhi keperluan umat Islam dan bukan Islam berkaitan pembinaan rumah ibadat. Bagi tujuan tersebut, Garis Panduan Kebenaran Merancang oleh pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Plan Malaysia Negeri Sembilan telah memperuntukkan keperluan agar pemaju yang membangunkan kawasan perumahan menyerahkan sebahagian tanah kepada kerajaan bagi maksud pewartaan rumah ibadat.

Tanah yang diperuntukkan bagi rumah ibadat Islam seperti surau dan masjid akan dirizabkan di bawah kawalan Pengarah Jabatan Agama Islam sebagai pegawai pengawal, manakala bagi rumah ibadat bukan Islam, tanah akan dirizabkan di bawah kawalan Pegawai Daerah masing-masing berdasarkan pertimbangan lokasi, jumlah penduduk dan keperluan semasa. Sekiranya didapati berlaku pencerobohan ataupun pendudukan secara tidak sah atas tanah kerajaan, tindakan penguatkuasaan di bawah subseksyen 426A kurungan 1 Kanun Tanah Negara boleh dijalankan. Walau bagaimanapun, untuk penguatkuasaan yang melibatkan rumah ibadat, rumah ibadat bukan Islam akan dirujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Bukan Islam untuk penelitian, semakan dan rundingan penyelesaian secara harmoni. Antaranya pendekatan yang telah dilaksanakan adalah dengan melihat secara khusus bagi setiap kes melalui pelaksanaan sesi libat urus bersama wakil rumah ibadat yang terlibat dan agensi berkaitan. Menawarkan tapak sedia ada yang telah diwartakan bagi tujuan rumah ibadat bukan Islam, bagi tujuan penggantian binaan rumah ibadat yang sedia ada. Itu saja pengumuman saya Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.

Minta celahan sikit, Dato’ Yang Dipertua. Soalan saya berapa jumlah kes pencerobohan yang masih belum diselesaikan di Negeri Sembilan?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Dato’ Yang Dipertua, untuk maklumat Yang Berhormat Paroi, kalau kita nak rujuk kepada berapa kes yang belum diselesaikan, saya ingin nak sebut di dalam Dewan Yang Mulia ini. Sebenarnya sepanjang masa ini, pelbagai perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Paroi, kita telahpun cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan. Dan bagi saya, saya rasa yang paling penting apa yang kita perlu lihat ataupun fokus adalah perpaduan di antara rakyat kita. Jadi bagi saya, khususnya untuk penyelesaian isu-isu yang berkaitan dengan rumah ibadat, dia perlu diselesaikan dengan secara harmoni. Dan sudah tentunya, saya cukup bangga sekali. Saya rasa sepanjang masa ini, di Negeri Sembilan, kita amat bersyukur dengan di bawah pimpinannya Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya boleh katakan, tak ada banyak isu yang berlaku di negeri kita. Kerana di negeri kita, semua kita, saya rasa termasuk daripada pembangkang, memberi kerjasama yang cukup baik kepada pihak kerajaan negeri. Dan jikalau berlakunya, adanya, wujudnya isu yang perlu diselesaikan itu, saya rasa yang paling penting adalah kerjasama di antara pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang.

Dan saya rasa kalau dia melibatkan isu sensitif, contohnya kalau melibatkan rumah ibadat, saya rasa itu perlu ditangani dengan berhati-hati. Kerana bagi saya, yang paling penting tanggungjawab kerajaan negeri adalah untuk memastikan keharmonian itu kita perlu

pertahankan. Dan saya rasa kami semua sebagai wakil rakyat, tanggungjawab kami adalah untuk memastikan bahawa kita bukan saja kita nak pastikan rakyat kita sejahtera, dan kita juga perlu pertahankan keamanan perpaduan yang telahpun terjalin sekian lama ini. Saya rasa itu yang kita perlu laksanakan. Jadi, untuk maklumat Yang Berhormat Paroi, saya rasa mungkin banyak perkara kita boleh bincang selepas Dewan ini. Saya rasa kalau apa-apa isu yang melibatkan kepentingan rakyat itu, saya rasa tak ada masalah untuk diri sendiri saya ataupun pihak kerajaan negeri, untuk kita sama-sama, untuk kita menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Saya rasa selepas ini mungkin kita boleh, mungkin kalau ada apa-apa isu kita boleh turun bersama dan kita boleh selesaikan masalah rakyat bersama. Saya rasa itu yang saya ingin jawab kepada Yang Berhormat Paroi.

Ok, terima kasih. Sebab satu tahun lepas YB EXCO ada bercakap sedemikian untuk berbincang dengan saya tentang isu Taman Senawang Perdana, tapi sampai sekarang tak ada, tak dipanggil dan saya note perkataan daripada Yang Berhormat kalau ada perbincangan sebab ada 2 isu. Satu, Taman Tuanku Ja'afar, laporan daripada penduduk kepada saya dan dihantar kepada, dan memorandum, penduduk dah diberi kepada Majlis Bandaraya Seremban tapi tak ada tindakan. Begitu juga dengan Taman Senawang Perdana. Sehingga kini tindakan tidak diambil apa-apalah. Tapi isu yang saya nak ketengahkan ini ialah pencerobohan itu melibatkan undang-undang. Itu yang saya nak ketengahkan ikut undang-undang.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Yang Berhormat Paroi. Kami mengambil maklum cadangan dan juga pandangan Yang Berhormat Paroi. Dan selepas ini saya rasa mungkin kita boleh duduk bersama untuk kita lihat macam mana kita nak selesaikan isu ataupun masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Yang Berhormat Paroi. Terima kasih Yang Berhormat Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput YB Senaling.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih beri saya peluang untuk menjawab beberapa perkara yang ditimbulkan oleh rakan-rakan yang berhormat yang berkaitan dengan portfolio saya. Seperti bidang pendidikan. Yang pertamanya saya nak menjawab persoalan-persoalan daripada yang berhormat Sri Tanjung yang membangkitkan soal isu pendawaian elektrik tidak selamat di SJK Tamil Port Dickson. Dan ini mungkin kali kedua Yang Berhormat, tak silap saya membangkitkan isu ini. Dan sebenarnya Yang Berhormat, isu pendawaian elektrik di SJK Tamil Port Dickson ini telah pun dimasukkan dalam laporan Facility Condition Assessment, FCA, bagi kategori sekolah-

sekolah yang melebihi usia 70 tahun dengan anggaran kos banyak RM1.125 juta. Dan permohonan tersebut telahpun dikemukakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ke Bahagian Pembangunan Aset Kementerian Pendidikan Malaysia. Walaupun demikian Yang Berhormat, sekiranya kos pendawaian ini, kerana saya ada maklumkan semalam di luar dewan oleh Yang Berhormat bahawa ia hanya melibatkan kelas tadika. Kelas tadika yang bersambung dengan bilik darjah, jadi kita tengok kalau kita minta PPD Port Dickson tengok kalau kos pendawan untuk bilik tadika ini tidaklah banyak mungkin kita boleh salurkan juga peruntukan. Kalau ia merupakan peruntukan yang orang kata peruntukan kecil kita boleh sambung, kita boleh uruskanlah perkara ni. Nanti kita minta PPD Port Dickson tolong tengok sikit la ya.

Yang keduanya, saya ingin menjawab YB ADUN Jeram Padang yang membangkitkan isu pertambahan populasi di kawasan Jeram Padang dan terdapat keperluan sebuah sekolah baharu di kawasan Jeram Padang. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan sentiasa membantu dan memberi perhatian terhadap perkembangan dan pertambahan bilangan penduduk, khususnya bilangan anak-anak yang bersekolah. Kita juga turut memberi tumpuan terhadap pembukaan taman-taman baru dalam kawasan Bahau dan diakui terdapat pertambahan bilangan anak-anak yang akan dan sedang bersekolah. Sehubungan dengan itu JPNS telah menyenaraikan cadangan pembinaan sebuah sekolah baru di bandar IOI Bahau dalam rancangan Malaysia yang ke-13. Itu jawapan pada YB Jeram Padang.

Seterusnya YB ADUN Gemencheh membangkitkan isu kebimbangan ibu bapa luar bandar terhadap kekurangan fasiliti pendidikan di luar bandar termasuk keadaan bangunan sekolah yang uzur serta kekurangan akses teknologi moden. Untuk teknologi moden tadi YB Linggi dah jawab rasa saya, tapi untuk fasiliti bangunan ini saya pun dah jawab dalam soalan Lisan. Apapun kita sentiasa mengambil serius berkaitan isu-isu keselamatan fizikal bangunan sekolah dengan memastikan langkah dan tindakan segera diambil sekiranya terdapat isu-isu bangunan uzur dan tidak selamat digunakan. Untuk rekod, sebanyak 17 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah dalam kawasan DUN Gemencheh dan tiada di antara sekolah tersebut dikategorikan sebagai sekolah uzur dan daif YB. Memang kita nampak mungkin tak berapa cantik sekolah ini tapi dari segi pemantauannya ataupun laporan forensiknya kita dapatkan sekolah ini tidak ada sekolah dalam kawasan DUN YB yang dikategorikan sebagai sekolah uzur dan daif. Namun begitu tidak dinafikan terdapat beberapa bilik darjah yang tidak digunakan dalam proses untuk dibaik-pulih bagi memastikan ianya selamat digunakan. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan bersama-sama dengan PPD Tampin sentiasa memastikan setiap sekolah memberikan laporan bagi setiap

kerosakan fizikal bangunan dengan kadar segera serta bagi tujuan baik-pulih dan memastikan keselamatan warga sekolah khususnya anak-anak kita yang belajar di sekolah itulah. Semua 20 buah sekolah dalam kawasan DUN Gemencheh mempunyai jaringan internet.

Seterusnya tentang soalan daripada YB ADUN Klawang, yang mencadangkan agar program Fast Track SPM lepasan Tafiz diperluaskan dengan STEM dan TVET agar dapat melahirkan tenaga mahir hufaz. Ini pun dah disentuh oleh Kebawah Duli Tuanku dalam titah beliau yang menyentuh secara langsung tentang Fast Track SPM, Tahfiz dan juga subjek STEM dan juga TVET ini. Untuk maklumat yang bermakna, Kerajaan Negeri memang meneruskan program Fast Track Sijil Pelajaran Malaysia lepasan Tahfiz Negeri Sembilan pada tahun 2025 ini dengan peruntukan sebanyak RM500,000. Ia merupakan inisiatif kerajaan negeri bertujuan meningkatkan keberhasilan pendidikan kumpulan Tahfiz melalui formalisasi pendidikan sejak tahun 2021 yang lalu. Tahun 2025 ini merupakan tahun kelima pelaksanaannya dan seramai 171 orang murid lepasan Tahfiz telah menerima Sijil SPM melalui program ini. Bagi pelajar aliran pengajian Islam, tempoh persediaan sebelum menduduki SPM adalah 1 tahun dan bagi aliran STEM selama 2 tahun. Pengambilan kohort pertama aliran STEM bagi program Fast Track SPM lepasan Tahfiz ini adalah pada tahun 2022 yang lalu yang melibatkan seramai 22 pelajar dan telah pun berjaya. Mereka ini melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Manakala pengambilan kohort kedua pada tahun 2025 tahun ini, seramai 10 pelajar sedang mengikuti program Fast Track SPM aliran STEM. Aliran STEM ini dia susah sikit sebab dia pure science, dia tak sama macam aliran agama. Jadi pengambilannya kosnya pun lebih tinggi daripada aliran agama. Jadi tak ramai yang anak-anak Tahfiz ini yang betul-betul yakin boleh menduduki selama 2 tahun itu daripada Tahfiz terus menduduki SPM dalam aliran sains. Jadi itu sebab jumlahnya tak ramai macam persediaan pengajian Islam.

Yang seterusnya, YB ADUN Kota mengemukakan agar dapat memastikan pembangunan modal insan yang berkemahiran tinggi dan selaras dengan program TVET yang mana 2 Jun merupakan sambutan Hari TVET Negara. Okay Yang Berhormat di pihak Negeri Sembilan, JPNS sentiasa menjalinkan kolaborasi bersama-sama rakan strategik termasuk pihak UPEN ke arah memastikan aspek pembangunan modal insan di peringkat awal persekolahan dan sekolah menengah diberikan tumpuan sewajarnya. Di antara langkah awal dalam memperkasa modal insan berkemahiran tinggi dan bidang TVET, saya nak maklumkan di sini bahawa 1 Karnival TVET dirancang insya-Allah akan dilaksanakan pada bulan Ogos ini dengan penglibatan pelbagai agensi dan institusi TVET. Sasaran karnival ni adalah untuk anak-anak sekolah kita lah, sekolah

rendah dan sekolah menengah yang akan menumpukan kepada pendedahan untuk menjadikan TVET sebagai pilihan pengajian dan kerjaya mereka.

Seterusnya, YB ADUN Kota juga mensyorkan kerajaan negeri dapat menyalurkan peruntukan lebih bagi membolehkan golongan tahfiz dapat masuk ke bidang TVET. Untuk maklumat Yang Berhormat, Kolej Yasan Negeri Sembilan, KYNS menjalankan program TVET di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran JPK dalam kursus otomotif, elektrik, kulinari, pastri, pentadbiran pejabat dan juga rekaan fesyen bermula daripada peringkat sijil sehinggalah ke peringkat diploma. Anak Negeri Sembilan lepasan institusi tahfiz juga ditawarkan dan berpeluang untuk mengikuti pengajian kursus di KYNS. Pada tahun 2024, terdapat 5 orang di lepasan tahfiz telah mengikuti pengajian TVETdi KYNS iaitu 2 pelajar mengikuti kursus otomotif dan 2 pelajar lagi mengikuti kursus elektrik dan 1 pelajar mengikuti kursus kulinari. Ini di Gentam, di KYNS Gentam. Buat masa ini KYNS juga menawarkan kursus pengajian tahfiz sama ada peringkat sijil mahupun diploma dan juga ijazah. Jadi ini di Kuala Pilah.

Akhir sekali yang seterusnya ialah YB ADUN Sungai Lui bertanya mengenai usaha Jabatan Pendidikan untuk memastikan perpaduan dapat diterapkan secara berkesan dalam aktiviti sekolah. Ya, ini memang salah satu daripada perkara yang kita utamakan dalam sistem pendidikan hari ini ialah untuk menerapkan nilai-nilai perpaduan di kalangan generasi muda kita dalam sebuah negara yang berbilang kaum, berbilang agama seperti yang disebut oleh YB Bahau tadi. Jadi untuk itu, kita berhasrat. Apa hasrat kita bukan sahaja di sekolah melahirkan orang yang cerdik pandai, yang lulus SPM terbaik dan sebagainya tapi juga untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi sahsiah, keperibadian termasuklah nilai-nilai perpaduan yang ada dalam diri anak-anak kita. Selaras dengan hasrat ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan konsep generasi madani sebagai satu usaha holistik untuk memperkukuh pembinaan karakter murid yang berteraskan nilai murni dan adab melalui aktiviti kurikulum, hal awal murid dan ko-kurikulum. Konsep generasi madani terarah kepada dua komponen utama iaitu rekayasa minda dan rekayasa sikap.

Rekayasa minda menekankan pembangunan intelek murid melalui aspek pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta pembelajaran sepanjang hayat. Manakala rekayasa sikap memberi fokus kepada pembentukan dalaman murid melalui integriti, ihsan dan keseimbangan diri yang merangkumi kesihatan, fizikal, kesejahteraan, emosi dan juga rohani. Nilai perpaduan sejagat, kesejahteraan dan keharmonian terangkum dalam elemen yang diterapkan secara tuntas menerusi pelbagai program dan aktiviti di peringkat sekolah melibatkan semua

kategori murid. Contohnya sambutan Hari Perpaduan Negara di mana kita libatkan juga murid-murid kita dan juga satu program ataupun satu konsep silang budaya yang sekarang ini kita lihat popular di sekolah-sekolah di mana kalau ada persembahan oleh murid-murid dan sebagainya, kita libatkan semua persembahan daripada semua kaum. Supaya kita nampak maknanya budak-budak Melayu, budak-budak Cina, budak India dan kaum-kaum yang lain juga boleh mempersembahkan budaya kaum yang lain. Ini kita katakan silang budaya. Terima kasih Yang Dipertua. Ada satu lagi, satu lagi, minta maaf. YB Chembong.

Selalu kena tinggal.

Tak, YB Chembong, dia tak masuk dalam skrip, saya jawab sendiri la YB. YB Chembong dia banyak cakap, tak tau mana satu kita nak pick up.

Saya bantah.

Tapi terima kasih YB Chembong, rata-rata YB Chembong ucap tahniah kepada pencapaian pendidikan kita di Negeri Sembilan khususnya dalam SPM yang lalu. Kita pun tahu bahawa SPM satu-satunya peperiksaan awam yang ada di kalangan anak-anak kita. Terima kasih YB Chembong, beliau YB Chembong dia lebih fokus sikit pada pencapaian Daerah Rembau. Memang betullah saya setuju, Daerah Rembau mengekalkan daerah terbaik dalam pencapaian SPM sejak 8 tahun yang lalu YB. Itu dah dah jawab? Tapi saya nak maklumkan di sini Yang Berhormat, untuk tahun 2024 bukan sahaja Daerah Rembau yang meningkat. Semua daerah meningkat sebenarnya. Suka cita saya nak bacakan sikit lah. Rembau, dia gred purata dia naik daripada 3.34 daripada dulu 2023-3.69. Ini YB dah sebut, daerah Kuala Pilah pun tak kurang. Naik menjadi 3.87 daripada 4.11. Banyak naik tu, ni lonjakan juga ni.

Tahniah Dato’ EXCO.

Tempat kedua ya, tak saya sebut tempat lah, yang seterusnya Seremban, daerah Seremban gred purata 4.14 daripada 2023-4.26 pun meningkat. Daerah Tampin pun meningkat 4.39 daripada

4.55. Dia GPS ni lagi rendah lagi meningkat, dia terbalik sikit. Jempol pun meningkat 4.43 daripada 4.56 pun melonjak. Dan akhir sekali Port Dickson pun meningkat juga mendapat 4.65 daripada 5.00. Jadi semua daerah meningkat. Tinggal lagi Rembau tu dia mengekalkan dia yang terbaik lah. Itu saya akuilah. Tahniahlah Rembau. Jadi yang lain-lain itu Alhamdulillah kita seperti mana saya sebutkan, Negeri Sembilan gred purata negeri kita pun baik. 4.18 meningkat daripada 4.33. Tinggal lagi

Kementerian tak nak galakkan kita kategorikan Negeri Sembilan nombor berapa, Johor berapa, dia tak galakkan. Dia tak nak kita kategorikan macam itu. Tapi kita tahulah kita tetap yang top 2 atau top 3.

YB Dato’ Speaker, Yang Berhormat, Jelebu tak sebut tadi. Jelebu tak sebut eh tadi Terima kasih YB. Saya sebut tadi sebab Jelebu ni dia sebut Jempol/Jelebu itu masalahnya. PPD dia combine Jempol/Jelebu. Jempol/Jelebu meningkat 4.43 daripada 4.56. Kita ucap tahniah kepada semua PPD lah, semua kerja kuat. Kerana mereka tahu bahawa ini satu-satunya peperiksaan awam kepada anak kita. Daripada mereka mula masuk tadika dulu, tak ada peperiksaan lain. Kecuali peperiksaan dalaman, inilah satu-satunya peperiksaan awam yang amat penting bagi masa depan anak-anak kita. Jadi semua kerja kuat, bukan sahaja PPD, bukan sahaja jabatan, tapi guru-guru, pimpinan guru-guru di sekolah, pengetua-pengetua, guru-guru, termasuklah persatuan-pesatuan ibu bapa, serta persatuan-persatuan lain yang menyokong dasar pendidikan negara kita.

Akhir sekali Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, itu soal YB Serting. YB Serting pun takda dalam skrip, saya jawab sajalah. YB Serting, antara lain beliau menyebut soal Jalur Gemilang. Bagi pihak kementerian dah jawab pun, minta maaf ada kesilapan sikit tentang sewaktu Yang Berhormat Menteri mengumumkan keputusan ada nampak Jalur Gemilang itu tak mengikut reka bentuk yang sepatutnya dan minta maaf dalam perkara ini dalam siasatan sebenarnya. Semua pihak ambil berat dalam perkara ini, termasuk saya tengok statement daripada KSN pun menunggu laporan siasatan tentang perkara ini. Apapun yang berhormat, kita di peringkat pendidikan, kita telah pun melancarkan baru-baru ini simbolik pemakaian lencana Jalur Gemilang kepada semua anak-anak sekolah di bawah kementerian pendidikan. Yang Amat Berhormat pun saya tengok ada di Sekolah Seremban, saya sendiri pun dan mungkin YB-YB lain pun. Ini simbolik sekarang ini anak-anak sekolah kita yang di bawah kementerian semua pakai lencana baru. Lencana sekolah belah kanan, lencana Jalur Gemilang di sebelah kiri. Ini program kementerian semata-mata tujuannya ialah untuk memberikan satu kefahaman, satu semangat patriotik, satu semangat sayangkan negara kepada generasi muda kita, khususnya anak-anak kita yang belajar di sekolah. Bukan setakat itu saya galakkan sebenarnya kepada semua PPD, semua guru-guru supaya bukan sahaja memakaikan anak-anak kita dengan Jalur Gemilang di sebelah kiri baju mereka, baju sekolah mereka, tetapi juga mesti terangkan apa maknanya empat belas line ni, apa maknanya bulan sabit ni, kenapa warnanya kuning, kenapa warnanya biru. Barulah saya yakin dan percaya kalau ini dapat kita kembalikan semula soal-soal asas ini

kepada anak-anak kita, insya-Allah rasa saya generasi anak-anak kita akan lebih memahami, akan lebih menghormati, bukan sahaja mengenali Jalur Gemilang tapi ada rohnya yang mereka rasakan kenapa mereka bentuk Jalur Gemilang sedemikian rupa. Jadi itu jawapan saya, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Terima kasih di atas peluang yang diberikan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon sedikit pencerahan daripada Yang Berhormat Senaling. Semalam Dato’ Yang Dipertua, saya ada bangkitkan perkara ataupun isu ketidakcukupan asrama lelaki yang serius bagi saya, di Sekolah Menengah Agama Haji Ibrahim Rembau. Saya nak bertanya sama ada ini dijawab oleh Yang Berhormat Senaling ataupun daripada EXCO-EXCO yang lain Dato’ Yang Dipertua. Saya takut nanti tertinggal untuk dijawab Dato’ Yang Dipertua.

Terima kasih. Terima kasih, saya mencatitkan Yang Berhormat, tapi saya catitan saya ini Yang Berhormat mencadangkan pihak MAINS, JHEAINS untuk bina asrama ini bukannya melalui Jabatan Pendidikan.

Maksud saya, mungkin saya tersilap mana agensi yang lebih berketepatan tapi bagi saya ianya masih lagi di bawah aspek pendidikan. Tak kisahlah mana jawapan yang... jadi sama ada siapa yang akan menjawab, Dato’ Yang Dipertua.

Jadi, catitan saya YB minta dengan JHEAINS tapi saya ingatkan Yang Amat Berhormat boleh jawab lepas inilah. Terima kasih, Yang Berhormat.

Yang Amat Berhormat jawab lagi power. Terima kasih, Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

YB Nilai.

Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan beberapa isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Yang Berhormat, beberapa perkara telahpun dijawab dalam sesi lisan tadi. Jadi, saya tidak akan menyentuh dan saya akan nyatakan yang beberapa lain sahajalah. Yang pertama, saya mulakan dengan projek PRIMA Rantau. Projek ini bermula pada tahun 2015, iaitu hampir 10 tahun. Melibatkan 766 unit dan semua unit telah dijual. Dan projek ini bukan isu dia pada hari ini, isu dia dari awal pun. Dan kontraktor asal telahpun ditamatkan pada awal tahun 2020. Dan September 2020, kontraktor penyelamat telahpun dilantik untuk

meneruskan projek tersebut. Setakat Februari 2025, semua kerja fizikal telah siap.

Dan kelewatan yang berhadapan dengan isu ini adalah berkaitan dengan beberapa kerja ataupun tindakan yang perlu diambil untuk pembaikan kecacatan dan juga pembersihan. Kerana projek ini telahpun mengambil masa hampir 10 tahun dan banyak bangunan yang telahpun dibuat itu telahpun mengalami kerosakan. Maka selepas Februari 2025, kerja-kerja tertumpu kepada pembaikan kecacatan dan juga pembersihan. Selain daripada itu, setelah semua kerja siap pada bulan Februari 2025, pihak kontraktor dan juga PR1MA telahpun mengambil tindakan untuk mendapatkan surat sokongan daripada pelbagai agensi yang membolehkan CCC dapat diperolehi untuk projek ini. Dan surat sokongan daripada semua agensi kerajaan ini adalah sangat penting untuk memastikan projek ini dilaksanakan melalui spesifikasi dan juga piawaian yang telahpun ditetapkan.

Dan di sini saya ingin menyatakan bahawa setelah semua proses telah melalui dan juga mendapat surat sokongan daripada semua agensi kerajaan pada 25 April 2025, pada hari Jumaat lepas, projek PR1MA Rantau telahpun menerima CCC dan pihak PR1MA telah merancang untuk melaksanakan penyerahan kunci pada bulan Mei, iaitu pada bulan hadapan. Dan ini adalah satu projek yang telahpun mengambil lebih 10 tahun dan akhirnya ia telah diselesaikan dan CCC telahpun diterima pada hari Jumaat lepas. Selain daripada itu, bagi mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi pembeli, PR1MA telah membuat inisiatif pembayaran awal sebahagian ganti rugi tertentu dan ditetapkan iaitu LAD kepada pemilih rumah-rumah yang terkesan. Setakat ini PR1MA telah membuat pembayaran PLAD yang ketujuh kepada 707 pembeli yang melibatkan pembayaran berperingkat sejumlah RM48.6 juta yang merangkumi 70% daripada jumlah keseluruhan jumlah LAD yang terkumpul sehingga 28 Februari 2025.

Pembayaran LAD seterusnya kepada pembeli-pembeli akan dilakukan pada masa yang sewajarnya mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan buat masa ini PR1MA akan memberikan keutamaan dalam penyerahan kunci dan kita tahu projek yang sepuluh tahun ini ramai pembeli terpaksa memikul bebanan yang begitu tinggi kerana pada masa mereka menyewa rumah sehingga projek ini siap mereka juga terpaksa membayar ansuran bulanan 100% dan ini usaha yang kita ambil supaya projek ini mendapat CCC dan penyerahan kunci ini dapat dilakukan dengan cepat. Untuk makluman juga di Negeri Sembilan dalam dua tahun ini tiga projek PR1MA iaitu PR1MA Seremban Sentral sebanyak 1,504 unit PR1MA Port Dickson sebanyak 659 unit dan PR1MA Rantau sebanyak 766 secara keseluruhannya 2,929 unit rumah melalui

Projek PR1MA telahpun diselesaikan dalam dua tahun ini. Seterusnya berkaitan dengan ADUN Mambau.

YB minta sikit pencerahan. Saya dimaklumkan CCC YB telah memaklumkan kepada penduduk bahawa telah diluluskan tapi sehingga maklumat yang saya terima semalam pembeli masih belum menerima sebarang maklum balas dan tarikh serahan kunci daripada pihak PR1MA jadi saya harap telah diberitahu di sidang DUN ini dapat memberi maklumat yang tepat kepada pembeli. Terima kasih.

Itu yang saya nyatakan. CCC diterima pada 25 April 2025 pada hari Jumaat lepas dan semalam saya telahpun hubungi Pengerusi PR1MA dan beliau berjanji kepada saya sebelum dalam bulan Mei ini iaitu bulan depan penyerahan kunci akan dilaksanakan dalam kadar segera yang seberapa boleh. Seterusnya berkaitan dengan Mambau. Ini penutupan jalan pintas ke Taman Arowana Indah Seremban 2 ke Kampung Kayu Ara. Untuk makluman Yang Berhormat Mambau, di sini saya ingin menyatakan bahawa keputusan tutup jalan itu bukan daripada saya ataupun daripada Bukit Kepayang. Keputusan ini diambil dalam mesyuarat di Majlis Bandaraya Seremban setelah mengambil kira semua aspek. Dan untuk maklumat Yang Berhormat Mambau juga, jalan pintas ini bukan hanya digunakan oleh penduduk di Taman Kerisi Indah ataupun beberapa taman itu saja. Tetapi jalan pintas itu digunakan oleh banyak kenderaan daripada Jalan Kayu Ara Mambau ke Seremban 2. Dan seperti mana yang kita tahu, jalan-jalan di Taman Perumahan ini adalah design untuk penggunaan kawasan taman. Bukan untuk laluan awam yang menyebabkan banyak trailer, bas. Saya ada gambar yang masuk ke taman tersebut dan ini menyebabkan keretakan di banyak rumah-rumah di laluan tersebut. Itu nombor satu. Keduanya, ia menyebabkan gangguan.

Apabila trailer masuk ke taman yang ada 40 kaki antara dinding ke dinding di Taman Perumahan, ia mengganggu penduduk dekat sana. Ini yang berlaku. Dan selepas itu, pelbagai gangguan. Kereta dilanggar. Ada orang awam juga dilanggar. Ada beberapa kes report police dilaksanakan. Dan sebab itu, untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk, Majlis Bandaraya Seremban membuat keputusan ini. Dan bukan kita, saya ataupun Yang Berhormat Bukit Kepayang mempunyai kuasa untuk kita tutup dengan sewenang-wenangnya. Dan untuk penyelesaiannya, kita lihat balik bagaimana kita dapat mengatasi masalah ini. Antara cadangan adalah yang diberikan oleh Yang Berhormat Mambau. Pasang palang. Ya, ini sesuatu yang sangat senang. Tetapi pemasangan palang di sebelah Taman Kerisi Indah dan juga di sebelah Arowana Indah, ia akan menghalang kenderaan-kenderaan

berat masuk. Tetapi kita juga perlu faham, itu hanya adalah dua laluan yang boleh masuk ke taman. Bukan dua taman, yang boleh masuk ke empat atau lima taman dekat sana. Kalau jalan ini dipasang dengan palang, lori sampah tidak boleh masuk. Kalau berlaku kebakaran, bomba pun tak boleh masuk. So, ini adalah satu keputusan yang tidak boleh dilaksanakan di kawasan perumahan berkenan. Cadangan jangka masa panjang.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Saya celah sikit.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Sabar, sabar, sabar. Kita bincang. Jadi, Dato’ Yang Dipertua, maksud saya tadi, EXCO nilai menyatakan tak sesuai memasang palang. Kerana bomba tak boleh la ke, lori sampah tak boleh lalu. Tapi sekarang tutup sepenuhnya. Macam mana mereka nak lalu?

Saya jawab, saya jawab. Kalau lori sampah, dia tak perlu ikut jalan pintas. Dia boleh pergi jalan depan. Kalau bomba pun, takkan bomba dah pakai jalan kecil, jalan sempit untuk nak masuk? Sebab itu kita tutup dekat tempat sana. Dan kalau berlaku kebakaran, bomba boleh menggunakan jalan depan. Tak perlu ikut lalu itu.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Tadi EXCO Nilai menyatakan bomba tak boleh lalu. Hah? Tadi EXCO Nilai menyatakan bomba tak boleh lalu.

Kalau daripada Taman Arowana Indah, kita tutup dengan palang. Dan juga sebelah sana, Taman Kerisi Indah pun kita tutup dengan palang. Taman itu tidak ada apa-apa akses untuk masuk ke taman tersebut oleh bomba ataupun lori sampah. Tetapi apa yang kita tutup dekat tengah itu, ia tidak menghalang untuk lori sampah masuk ke Taman Arowana melalui pintu jalan utama mereka. Dan juga bomba ataupun lori sampah juga tak ada halang untuk masuk melalui Taman Kerisi Indah. Apa masalah? Ada isu apa sekarang? Okay, so seterusnya, untuk cadangannya. Untuk cadangannya, kita ini ada cadangan untuk menyelesaikan masalah ini.

Kita tidak ada apa-apa masalah dengan penduduk di Taman Kerisi Indah untuk gunakan jalan di Taman Arowana Indah. Dan pada masa yang sama, penduduk di Taman Arowana Indah pun tidak ada apa-apa halangan untuk gunakan jalan Kerisi Indah. Isunya sekarang adalah penduduk luar, orang luar. Itu isu dia. Sebab itu kita ada satu cadangan. Cadangan jangka masa panjang yang boleh disyorkan adalah melaksanakan skim pengawasan perumahan Taman Arowana Indah secara gated and guarded. Kaedah ini secara tidak langsung dapat

menyelesaikan isu kenderaan berat dan luar untuk melalui jalan pintas ini. Ini nombor satu. Yang keduanya, bagi tindakan jangka masa panjang, pihak majlis akan mensyaratkan kepada pihak pemaju untuk membina jalan yang akan menghubungkan jalan dari Jalan Persiaran S2/E sehingga ke Taman Arowana Indah dan Taman Kerisi Indah bagi membantu mengurangkan trafik yang semakin bertambah. Sudah tentu apabila ini disyaratkan, jalan ini tidak akan melalui depan rumah. Jalan ini adalah jalan yang lebih luas. Dan kenderaan-kenderaan berat boleh digunakan. Ini adalah perancangan jangka masa panjang.

Dato’ Yang Di-Pertua seterusnya berkaitan dengan Yang Berhormat Bagan Pinang. Berkaitan dengan, sorry Gemencheh. Yang berkaitan dengan pembangunan perumahan di dalam kawasan Gemencheh. Kerajaan Negeri sentiasa memberi komitmen penuh dalam memastikan rakyat dapat menikmati manfaat pembangunan perumahan di Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri telah mengemukakan cadangan Tapak Kampung Punggor Mukim Air Kuning Tampin sebagai cadangan program perumahan rakyat PPR di bawah Rolling Plan 4 RP4 tahun 2024. Rancangan Malaysia ke-12 kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selain daripada itu, untuk mewujudkan perumahan, dasar perumahan negeri kita telah pun mensyaratkan Type A, B, C dan juga D. Di mana harganya berbeza daripada RM110,000, RM250,000, RM450,000. Dan setiap projek swasta pun disyaratkan. Dan ini akan mewujudkan lagi rumah-rumah mampu milik di setiap kawasan.

Seterusnya berkaitan dengan yang berhormat Bagan Pinang. Syarat permohonan Type A dikaji semula. Dan juga penyediaan pinjaman mudah. Untuk ini, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin. Dan syarat yang kita tetapkan itu adalah sesuatu syarat yang boleh diterima oleh semua pihak. Kita tidak mahu syarat itu dilonggarkan yang akan menyebabkan yang mempunyai pendapatan yang lebih tinggi juga akan memiliki rumah type A ini. Dan Kerajaan Negeri juga sedang memuktamadkan satu skim pembiayaan perumahan khas bersama pihak Bank Simpanan Nasional dalam menawarkan pembiayaan perumahan kepada kumpulan sasar dengan memberi fokus kepada terma yang fleksibel, berdaya saing dan juga kompetitif.

Seterusnya berkaitan dengan Lobak. Kenapa berlaku tanah runtuh yang berulang kali di Taman Bangawan Seremban? Untuk makluman, tanah runtuh yang berlaku di Taman Bangawan disebabkan oleh isu monsoon drain jenis rubble pitching. Sepanjang lokasi monsoon drain tersebut, kerosakan berlaku di pelbagai lokasi di sepanjang laluan monsoon drain. Pembaikian dibuat berdasarkan aduan-aduan yang diterima dan tiada kejadian berulang di tempat yang sama. Kejadian baru berlaku di tempat yang berbeza. Kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di kawasan

berkenaan sukar dilaksanakan kerana banyak struktur tambahan rumah yang telah dibina sehingga ke atas tebing monsoon drain di sepanjang Taman berkenan. Kalau kita nak ambil tindakan boleh dan semua struktur yang ditambah itu kita cuba bincang untuk dirobohkan dan kita boleh laksanakan kerja tersebut. Seterusnya berkaitan dengan ADUN Gemencheh kewujudan kiosk judi online. Majlis Daerah Tampin mengambil maklum berkaitan judi online yang semakin banyak terutamanya di kawasan Felda. Majlis Daerah Tampin sedang dalam tindakan meluaskan penguatkuasaan undang-undang ke keseluruhan kawasan Daerah Tampin selepas warta peluasan kawasan MDT diperolehi pada bulan September 2024. Program pemutihan sedang dijalankan sehingga hujung tahun 2025 merangkumi pemakaian Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan Parit dan Bangunan, Akta Perancangan Bandar dan Desa, Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 serta undang-undang kecil yang berkaitan. Majlis Daerah Tampin akan melaksanakan penyusunan semula kawasan rondaan penguatkuasaan sehingga ke kawasan Felda dan tindakan akan diambil terhadap premis-premis yang menjalankan judi online ini.

Seterusnya yang berkaitan dengan ADUN Mambau juga berhubung kebakaran di Pasar Awam Rasah. Untuk maklumat, pentadbiran MBS akan membuat lawatan tapak pada awal bulan Mei bersama Yang Berhormat dan juga ahli majlis kawasan untuk kita mengenalpasti satu tapak yang sesuai dalam kawasan sebelahan dengan pasar tersebut. Untuk makluman, sementara mendapatkan peruntukan untuk membaiki kerja-kerja membaiki kerosakan akibat kebakaran, pentadbiran majlis akan memasang khemah sementara untuk menempatkan perniagaan yang terjejas berniaga dalam masa yang terdekat dan juga menggunakan peruntukan majlis selewat-lewatnya pada akhir minggu hadapan iaitu pada 9 Mei 2025. Seterusnya berkaitan dengan ADUN Chembong, PPR Chembong jumlah permohonan projek perumahan rakyat PPR Rembau di Mukim Chembong yang berjaya setakat ini adalah seramai 167 individu daripada keseluruhan 452 unit rumah yang ditawarkan. Jabatan Perumahan Negara KPKT selaku agensi yang menguruskan permohonan dan juga pemilihan peserta PPR tersebut akan menetapkan satu tarikh yang baru untuk permohonan bagi mengisi baki 285 unit yang masih belum ditawarkan. Seterusnya berkaitan dengan Temiang.

Dato’ Yang Dipertua, Tentang PPR Chembong tadi. Terima kasih Yang Berhormat Nilai. Saya mohon sangat jasa baik, mohon sangat pertimbangan kerjasama terutamanya daripada Yang Berhormat EXCO Perumahan. PPR ni banyak lagi lebih. Di kawasan Dewan Undangan Negeri Chembong Dato’ Yang Dipertua, ada saya pernah sebut

dalam dewan ni, saya tak tahu istilahnya apa. Ada beberapa buah rumah, lebih kurang 10 ke 15 buah rumah. Penduduknya tinggal di rumah dulunya dibuat di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT yang kini sangat daif, berada di tapak tanah kerajaan. Nak panggil setinggan pun tak boleh sebab dibina oleh kerajaan. Tapi keadaannya yang sangat daif dan kedudukannya sekarang ini dihimpit Pembangunan Dato’ Yang Dipertua. 7-8 buah rumah di sekitar kawasan projek, tapak projek Sukan Rembau dan 3-4 buah lagi benar-benar bersebelahan dengan Balai Polis Pedas. Saya mohon Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat EXCO ataupun Yang Berhormat Nilai dapat memberikan keutamaan yang setinggi-tingginya kepada mereka-mereka ini Dato’ Yang Dipertua. Dan kebanyakan mereka adalah daripada kaum Melayu dan India. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, kita akan lihat balik sebelum ini kita pun telah pun mengadakan perjumpaan dengan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara dan beberapa cadangan kita telah pun panjangkan antaranya kita memberikan keutamaan kepada beberapa keluarga yang tidak mempunyai rumah sendiri ataupun menduduki di tanah kerajaan. Dan satu lagi juga adalah kita juga telah pun meminta supaya sebelum ini permohonan secara online dan kita telah meminta permohonan secara fizikal dilaksanakan untuk beberapa hari di tapak projek PPR tersebut. Dan pada masa itu kita akan maklumkan kepada Yang Berhormat supaya mereka juga boleh mengambil peluang tersebut untuk mendaftarkan di situ.

Seterusnya berkaitan dengan proses kerja MBS penurapan jalan berlubang oleh ADUN Temiang. Untuk makluman, mulai Februari 2025, Jabatan Penyelenggaraan MBS melalui Negeri Roadstone Sendirian Berhad telah memulakan operasi menampal melalui kaedah Jetpatcher dan finishing menggunakan Road Guard dalam kawasan MBS melalui saluran aduan rasmi. Jika menggunakan teknologi Jetpatcher di bawah kontrak Negeri Roadstone kontraktor akan sembur angin untuk membersihkan kawasan yang rosak kemudian sembur emulsion di kawasan yang hendak dibaiki. Dan melalui kerja ini, dua kaedah yang telah pun kita laksanakan tampalan sementara guna cold mix, pentadbiran majlis tidak akan korek kawasan yang rosak pentadbiran majlis akan membersihkan dari kotoran dan menuang cold mix kemudian akan padatkan menggunakan compactor. Keduanya, menggunakan hot mix di mana pentadbiran majlis akan membuat korekan sedikit di kawasan yang rosak dengan menggunakan tambahan crusherun untuk memadatkan dan terus menampalkan hot mix serta padatkan guna compactor. Ini antara kaedah yang digunakan bermula 6 Februari 2025 melalui kerjasama antara MBS dan Negeri Roadstone .

Seterusnya, ADUN Temiang daripada Kerajaan Negeri berupa kegagalan pemaju artana menyiapkan projek dan menjaga kepentingan pembeli. Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap isu kegagalan pemaju hartanah menyiapkan projek perumahan yang menjejaskan kepentingan pembeli. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan bagi memantau dan mengambil tindakan ke atas projek perumahan yang terbengkalai antaranya menyenaraikan pemaju bermasalah dalam senarai pemantauan kedua, menggalakan pelantikan pemaju penyelamat melalui rundingan bersama pembeli dan pihak berkepentingan yang ketiganya memastikan projek-projek baru yang diluluskan mempunyai rekod pemaju yang baik serta pemantauan ketat terhadap kemajuan fizikal. Selain itu, pembeli digalakan untuk merujuk kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri LPHS atau Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah untuk sebarang aduan ataupun tuntutan. Seterusnya berkaitan

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Speaker, boleh mohon mencelah untuk isu ini? YB EXCO isu yang saya bangkitkan adalah Taman Bukit Zamrud di Ulu Temiang.

ok, berkaitan dengan Taman Bukit Zamrud, projek Taman Bukit Zamrud terletak di kawasan Temiang mempunyai satu jumlah 270 unit yang terdiri daripada 22 unit type A, 22 unit type B, 167 unit type C dan 59 unit type D. Daripada jumlah tersebut sebanyak 211 unit rumah telah siap dibina kecuali 59 unit rumah type D. Projek ini telah dikeluarkan daripada senarai projek terbengkalai dalam pemantauan Jabatan Perumahan Negara pada tahun 2012. Pemaju bertindak untuk memulangkan kembali bayaran deposit 10% kepada 31 orang pembeli sebagai penyelesaian ke atas kegagalan pembinaan 59 unit type D. Seterusnya, pemaju telah lantik syarikat lain untuk menguruskan pemulangan bayaran deposit kepada pembeli tersebut. Namun begitu terdapat sebahagian daripada 31 pembeli tidak bersetuju untuk kaedah pemulangan deposit dan menuntut supaya rumah tersebut disiapkan.

Kerajaan Negeri melalui bahagian Perumahan telah pun mengadakan dua sesi mesyuarat pada 14 Jun 2024 dan 9 Julai 2024 bersama pihak pemaju bagi mencari jalan penyelesaian ke atas 59 unit rumah type D yang masih belum disiapkan tersebut. Hasil daripada perbincangan kedua-dua sesi mesyuarat tersebut, pemaju bersama pemilik tanah iaitu Koperasi National Land Finance Cooperative Society bersetuju untuk berunding dan membincangkan tindakan selanjutnya bagi memastikan pembangunan 59 unit rumah type D disiapkan. Kedua-dua pihak akan memaklumkan semula keputusan dan minggu depan kita akan adakan satu mesyuarat dengan koperasi dan juga pemaju pemaju perumahan

tersebut untuk kita mendapatkan maklum balas terkini berkaitan dengan penyiapan projek terbangkalai tersebut.

Seterusnya, Yang Berhormat Temiang juga mohon penjelasan berkaitan dengan kaedah pengeluaran permit. Pentadbiran MBS Jabatan Perlesenan Pembangunan Usahawan tiada halangan untuk kita melonggarkan permohonan lesen permis yang telah membuat binaan seperti awning. Sementara menunggu dokumen sokongan daripada agensi berkaitan pemohon telah diberikan kemudahan seperti berikut Yang pertama, akuan operasi untuk menjalankan perniagaan selepas mendaftar permohonan lesen di kaunter MBS untuk tempoh 45 hari. Kedua, permit sementara diberikan kepada pemohon yang masih belum memenuhi syarat-syarat kelulusan lesen untuk tempoh 3 bulan dan diperbaharui dalam 1 tahun. Pentadbiran MBS tiada halangan untuk permohonan-permohonan yang ada tambahan diberikan lesen sementara bagi memberi masa untuk permohon mendapatkan kelulusan.

Seterusnya, Yang Berhormat Paroi ini berkaitan dengan isu tanah runtuh di Taman Alamanda, Taman Kemuning, Taman Senawang Jaya, Taman Desa Orchid, Taman Desa Melur. Dalam tahun 2025, MBS menyediakan peruntukan sebanyak RM540,000 untuk bencana alam. Walaubagaimanapun agak sukar untuk kita menganggarkan kos pembaikan bencana alam. Apabila berlaku bencana alam, MBS akan memohon peruntukan daripada Marris jika runtuhan berlaku di lokasi yang mempunyai ID Marris Atau menyediakan anggaran tambahan setelah kos pembaikan diperolehi. MBS juga akan melaksanakan pemantauan dan juga penguatkuasaan ke atas struktur-struktur haram dan pokok buah-buahan yang ditanam di lereng cerun di taman-taman berkenaan menjadi salah satu faktor struktur tanah cerun terganggu yang boleh membawa kepada kejadian tanah runtuh. Dan untuk beberapa kes itu, Majlis MBS dalam proses untuk mendapatkan peruntukan dan juga untuk pembaikan.

Seterusnya Yang Berhormat Paroi berkaitan dengan penjaja untuk mengetahui di Uptown Senawang kerana tidak mendapat sambutan. Uptown Senawang di bawah pengurusan oleh Encik Sabri bin Ahmad tidak beroperasi dan tidak diperbaharui permit kerana tuan tanah tidak lagi memberi kebenaran sewaan tanah tersebut. Bagi pelan pembangunan penjaja, pihak Majlis juga telah menyediakan tapak penjaja setempat di kawasan Dataran Senawang. Di tapak penjaja setempat Dataran Senawang, Senawang, Pagar Giant, di depan Pagar Giant-41 petak di berdekatan dengan IWK-21 petak, di stesen teksi-18 petak, tapak penjaja setempat Dataran Senawang, tepi arked jualan barangan kering sebanyak 31 petak. Ini antara usaha yang diambil oleh

MBS untuk memastikan penjaja-penjaja yang dijual di merata tempat kita kumpulkan di satu tempat dan tempat itu dijadikan sebagai pusat penjaja setempat. Seterusnya, Paroi, Billboard Iklan tidak menggunakan tulisan bahasa Melayu. Kelulusan papan iklan Majlis Bandaraya Seremban antara syarat adalah yang pertama, iklan untuk premis hendaklah di dalam bahasa Malaysia di samping bahasa-bahasa lain kecuali menggunakan nama Syarikat. Kedua, penulisan bahasa lain hendaklah berukuran lebih kecil iaitu tidak lebih besar daripada kadar setengah tulisan dalam bahasa Melayu. Ketiga, iklan perlu ditunjukkan dengan cara yang lebih mudah dilihat. Keempat, visual iklan minuman keras, bir, rokok dan eksploitasi wanita tidak dibenarkan dipamerkan di semua papan iklan perniagaan. Kelima, perlu mendapatkan pengesahan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka DBP. Berkaitan dengan billboard yang dimaklumkan oleh Yang Behormat Paroi, pentadbiran majlis telahpun mengarahkan pemaju untuk menukar paparan billboard tersebut mengikut garis panduan yang tadi saya nyatakan. Seterusnya berkaitan dengan…

Celahan sikit, ada dua soalan iaitu tanah runtuh di Alamanda, maknanya di bawah speaker juga ini, penyelaras DUN kan, saya nak tahu sikit tentang isu ini dia teruk, tindakan nampaknya dia hanya lambat, tindakan daripada MBS lambat saya tengok, tapi saya rasa punca utamanya adalah penyelenggaraan longkang atau sungai yang menyebabkan pergerakan tanah, tapi sekarang ni kalau kita lambat lagi, hujan lebat, saya rasa pergerakan tanah akan menyebabkan penduduk di situ rasa tak selesa. Saya rasa kena ambil tindakan proaktif lah di pelbagai agensi lah, mana kita kena ambil perhatian, sebab dia satu aliran tu, Taman Alamanda, Taman Kemuning dan Taman Senawang itu saya mohon sangat-sangat diambil tindakan dan tentang isu papan iklan ni, saya rasa kena ambil perhatian MBS kena ambil perhatian, benda-benda yang saya rasa benda-benda besar ni, billboard dan insya-Allah saya rasa di peringkat Negeri Sembilan kita kena ambil lah, bahasa Melayu adalah bahasa yang perlu diambil, diletakkan dalam billboard lah.

Ok, beberapa cadangan ni kita akan ambil maklum dan kita akan cuba selesaikan dalam masa yang segera supaya tiada insiden yang lebih besar berlaku untuk kawasan beberapa hakisan tanah yang telah berlaku dan berkaitan dengan isu papan iklan kita ada syarat dia, kita akan pastikan semua mematuhi syarat-syarat tersebut. Seterusnya Yang Berhormat Paroi juga, bersebelahan dengan pembangunan bersebelahan laluan paip gas. Pembangunan baru yang bersempadan dengan laluan paip gas perlu menyediakan anjakan pembangunan sebanyak 66 kaki daripada sempadan reserve paip gas ke bangunan terdekat. Setakat ni tiada garis panduan khusus berkaitan dengan

pembangunan bersebelahan reserve paip gas di MBS. Kerajaan Negeri sentiasa mengambil serius aspek keselamatan dalam sebarang pembangunan yang melibatkan kawasan bersebelahan dengan laluan paip gas. Sehubungan itu langkah-langkah mitigasi yang telah pun dilaksanakan termasuk pemeriksaan dan juga kelulusan awal setiap plan pembangunan perlu melalui semakan teknikal oleh jabatan berkaitan termasuk jabatan perancang dan pembangunan abatan Kejuruteraan, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pemilik utiliti sebelum kelulusan diberikan. Kedua pengawasan tapak, ketiga pematuhan kepada garis panduan keselamatan dan juga beberapa kaedah yang kita telah pun diletakkan. Dan garis panduan ini adalah garis panduan yang lama dan memang semua pembangunan ini mematuhi garis panduan ini Dan kalau tidak ada mana-mana pemaju ataupun pembangunan mematuhi garis panduan ini, kita akan mengambil tindakan Dan Kerajaan Negeri juga akan mengadakan satu perbincangan untuk kita mendapatkan maklumat yang lebih lengkap dan juga perancangan masa hadapan berkaitan dengan laluan-laluan paip gas di Negeri Sembilan ini bersama dengan Petronas Malaysia dan juga Gas Malaysia pada minggu hadapan dan kita akan cuba untuk menambah baik setiap kelulusan ataupun syarat-syarat dikenakan supaya tidak ada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku disebabkan oleh pencerobohan di dalam laluan-laluan paip gas ini.

Seterusnya Yang Berhormat Labu, mesin judi Majlis Bandaraya Seremban memaklumkan bahawa isu aktiviti penjudian adalah di bawah bidang kuasa Polis Di Raja Malaysia. Selaras dengan peruntukan Akta Rumah Judi terbuka 1953 MBS sebagai pihak berkuasa tempatan hanya mempunyai kuasa mengambil tindakan berkaitan perlesenan perniagaan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Trade, Perniagaan dan Perindustrian 1996. Berdasarkan punca kuasa yang ada, premis yang disyaki terlibat menjalankan perniagaan tanpa lesen MBS akan mengeluarkan notis kesalahan dengan tawaran kompaun kerana menjalankan perniagaan tanpa kebenaran. Dan bagi premis berlesen, notis peringatan akan dikeluarkan untuk pencegahan kepada aktiviti perjudian. Semua maklumat tindakan penguatkuasaan ke atas premis ini yang disyaki turut disalurkan kepada PDRM Daerah Seremban, PDRM Daerah Nilai, dan juga Ketua Polis Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya. Dan kita juga tahu kalau tidak ada lesen, Majlis Bandaraya Seremban akan mengambil tindakan dengan terus. Tetapi ada juga beberapa aktiviti perniagaan seperti perjudian dijalankan di premis yang mempunyai lesen ataupun mempunyai kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan dan kita akan lihat kalau mereka melanggar syarat tersebut, kita juga akan mengambil untuk tindakan pembatalan lesen perniagaan tersebut. Mulai Januari

2024 sehingga April 2025, sebanyak 41 premis yang berusaha perjudian telah diambil tindakan termasuk 37 tindakan sitaan dan 29 kompaun yang telah dikenakan kepada pemilik premis. Seterusnya Yang Berhormat Labu juga berkaitan dengan vape, apakah tindakan, saya ingat ini sudah dijawab tadi. Seterusnya berkaitan dengan kemudahan riadah Yang Berhormat Chennah, kita MBS telah pun menyediakan peruntukan untuk tahun ini Untuk kita menaik taraf…

Yang Berhormat sikit berkenaan, semalam ada isu sentuh berkenaan jalan sesak di Labu antara Kota Serimas dan juga di Taman Cempaka di Kampung Kubang dan juga lagi satu daripada Jalan Lama Labu ke Persimpangan Tiga Nilai, Labu. Jadi Yang Berhormat, saya tahu mungkin Kerajaan dalam tempoh ini ada kekangan sikit kalau kita dengan penambahan kenderaan yang mendadak dalam tempoh setahun kebelakangan ini. Tapi boleh tak bantu di waktu-waktu puncak di persimpangan ini, dua persimpangan ini Meminta bantuan daripada pihak PDRM agar dapat meletakkan anggota mereka supaya dapat membantu seperti Yang Berhormat mungkin lakukan di sebelah Kampung Pajam sana, terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, jalan yang dimaksudkan itu adalah berada di bawah jalan persekutuan di bawah JKR tetapi jika kita akan lihat balik, kalau memang kita perlukan kita akan berbincang dengan pihak polis untuk kita mengawal lalu lintas supaya kesesakan di beberapa tempat di jalan Nilai ke Salak ini dapat diatasi dengan lebih baik lagilah. Terima kasih seterusnya berkaitan dengan Yang Berhormat Chennah, Pihak Pentadbiran MBS menyediakan peruntukan pada tahun ini untuk menaik taraf kawasan riadah bagi Taman Tasik Seremban, Taman Awam Tasik Jaya, Taman Awam Nilai dan juga kawasan Taman Bandar Baru Senawang. Jangkaan keluar sebut harga pada bulan Jun 2025 dan tarikh siap pada bulan September 2025 dan beberapa kawasan lain juga kita telah pun mengenal pasti kalau yang Ahli-ahli Yang Berhormat mempunyai cadangan untuk membangunkan kawasan-kawasan riadah yang kecil boleh panjangkan kepada pihak-pihak berkuasa tempatan dan kita boleh cuba untuk mendapatkan peruntukan daripada PBT sendiri ataupun Kerajaan Negeri mahupun daripada KPKT. Seterusnya berkaitan dengan pembuangan sampah haram oleh Yang Berhormat Seremban Jaya. MBS bersama dengan SWCorp. mengambil tindakan bersepadu dalam menangani isu sampah haram Tindakan melibatkan pemantauan berkala, penguatkuasaan undang-undang, pembersihan segera di kawasan pembuangan haram pemasangan papan tanda amaran serta penggunaan kamera pemantauan. Ini antara yang kita telah pun laksanakan dan sedang dilaksanakan. Selain itu program kesedaran awam turut dilaksanakan bagi menggalakan pembuangan sampah secara teratur. Dan inilah yang

menyebabkan kesedaran itu tidak ada sehingga laluan paip gas itu pun di beberapa tempat dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah.

Mereka tahu ada signboard depan laluan paip gas tetapi masih bukan saja membuang sampah tetapi bakar sampah tersebut di situ. Ini adalah antara kesedaran yang kita perlu dibawa, dipertingkatkan di kalangan masyarakat kita supaya pembuangan sampah ini bukan saja di beberapa tempat tetapi di beberapa tempat yang berbahaya ini pun dapat kita elakkan. Dan bagi penguatkuasaan kita mengambil tindakan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pejal dan Pembersihan Awam Akta 672 yang memperuntukkan denda sehingga RM100 ribu atau penjara tidak melebihi 5 tahun dan kedua-duanya sekali Dan pada masa ini juga pihak KPKT sedang membawa satu undang-undang untuk individu yang membuang sampah Iaitu untuk mengenakan tindakan terhadap individu-individu yang membuang sampah.

Seterusnya berkaitan dengan ADUN Johol Pembangunan Kemudahan Dewan Terbuka dan juga Kemudahan Komuniti. Pemakaian Manual Garis Panduan Piawaian Perancangan Negeri versi 1.0 yang telah diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 1 Julai 2021 telah mengambil kira penyediaan kemudahan masyarakat, pusat komuniti berdasarkan tadahan penduduk sesuatu pembangunan. Bagi tadahan penduduk 1,000 hingga 5,000 orang perlu menyediakan tapak balai komuniti seluas 0.5 ekar tadahan penduduk 5,001 hingga 10,000 orang perlu menyediakan tapak Dewan Orang Ramai berkeluasan 1 ekar dan tadahan penduduk 10,001 dan ke atas perlu menyediakan tapak serbaguna 1.5 ekar Keperluan penyediaan kemudahan riadah adalah mengikut syarat penyediaan 10% Daripada keluasan Pembangunan. Reka bentuk kemudahan riadah adalah mengikut pelan landskap yang dikemukakan Dan jika ada tanah, kita boleh mohon kepada PBT Untuk kita membangunkan dewan-dewan ataupun pusat komuniti di tanah-tanah yang telahpun disediakan. Seterusnya yang berkaitan dengan ADUN Lukut, sisa makanan yang dijana oleh penjaja Bagi tahun 2024, purata sisa pepejal yang diantar ke tapak pelupusan di Ladang Tanah Merah adalah sebanyak 923 tan hampir 1,000 tan sehari. Berdasarkan kajian komposisi sisa pada 14 Mac 2025. Sisa makanan yang dihantar ke tanah pelupusan di Ladang Tanah Merah adalah sebanyak 31%. Daripada keseluruhan sisa bermaksud setiap bulan, setiap hari, 300 tan adalah sisa makanan. Daripada jumlah tersebut, 14.23% adalah yang masih boleh dimakan dan 16.88% adalah sisa-sisa makanan yang tidak boleh dimakan. Kesemua jenis sisa pepejal terkawal yang dijana di permis yang diberikan perkhidmatan oleh syarikat konsesi dan syarikat swasta perlu dihantar ke tapak pelupusan sisa pepejal yang diluluskan oleh JPSPN. Sepertimana syarat ditetapkan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

Usaha bagi mengurangkan penghantaran sisa makanan ke tapak pelupusan sisa pepejal merupakan suatu usaha yang sangat baik bagi memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan itu sendiri. Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh SWCorp berkaitan mencegah pembaziran makanan seperti kempen value food no waste yang dijalankan di premis makanan, hotel, industri dan sebagainya sepanjang tahun. Selain itu ceramah, bengkel dan juga pelbagai kerjasama dan kerjasama membuat baja kompos dengan menggunakan sisa makanan turut dilaksanakan di peringkat komuniti sekolah, hotel, institusi dan juga sebagainya. Selain itu juga satu teknologi iaitu Anaerobic Digester juga merupakan salah satu teknologi pengurusan sisa pepejal yang mengguna pakai konsep treatment exhaust, dan juga menyokong ke arah ekonomi kitaran. Di mana sisa boleh dirawat seperti sisa makanan dan sisa sayuran akan diproses bagi menghasilkan produk akhir seperti cecair baja kompos dan biogas. Mesin ini telah ditempatkan di Pusat Semaian Depo MPPD dan boleh menerima sehingga 500kg sisa makanan sehari.

Usaha pelbagai pihak berkaitan industri baja kompos dan Black Soldier Fly (BSF) sangat digalakan Industri berkaitan sisa makanan yang diproses menjadi satu produk yang boleh menghasilkan keuntungan sangat dialukan oleh Kerajaan. Ini bermakna usaha bagi mengurangkan sisa makanan bukan saja bergantung pada pihak kerajaan dan syarikat konsesi semata-mata malah ianya adalah tanggungjawab semua pihak bermula daripada pengasingan sisa pepejal di rumah, kedai, restoran, hotel, industri dan institusi dan sebagainya dan kita juga menggalakan pelbagai pihak untuk mengambil bahagian dan kita juga mengkaji kerjasama dengan beberapa syarikat untuk boleh melaksanakan dan sebagai pulangan mereka boleh menghasilkan baja kompos dan ini boleh dipasarkan dan ini adalah satu keadaan win-win situation antara semua pihak.

Seterusnya Yang Berhormat Gemas berkaitan dengan MBS, apa rasional MBS mengambil tindakan buka pintu di rumah PPR. MBS sentiasa memberi peluang dan membantu penyewa dengan menyediakan pelbagai kaedah supaya penyewa dapat menjelaskan tunggakan sewa. Dengan kadar sewa RM150 saja sebulan, tindakan dan usaha dilaksanakan oleh MBS adalah seperti berikut. Kita telah pun memberikan cara pelbagai medium untuk membuat bayaran online, auto debit, kaunter dikutipan bergerak, penyerahan bil sewa secara serahan tangan kepada penyewa setiap bulan. Keempat mengeluarkan notis tunggakan secara berkala setiap 3 bulan. Kelima klinik tunggakan sewa bersama kakitangan dengan Ahli Majlis MBS Keenam bersemuka dengan penyewa. Ketujuh menampal notis. Kelapan kita juga menawarkan bayaran tunggakan secara ansuran. Selain daripada semua usaha ini,

ruang untuk berbincang mengadakan sesi rundingan bersama Pihak MBS berkaitan dengan tunggakan sewa rumah adalah dibuka sepanjang tahun. Namun tiada sebarang maklum balas yang positif daripada pihak penyewa berkenan. Sehubungan dengan itu, mulai awal tahun 2024, MBS telah mengambil inisitif dengan adil ke premis sewaan untuk bersemuka dan menawarkan bayaran secara ansuran dan amaun ansuran dicadangkan sendiri oleh pihak penyewa.

Namun sebahagian besar daripada mereka masih gagal untuk membuat bayaran pada setiap bulan. Saya ingat ini adalah antara yang telah pun kita nyatakan dan kita telah laksanakan dan kita telah pun memberikan ruang dan juga peluang yang cukup besar untuk mereka memastikan, menyelesaikan tunggakan tersebut. Tetapi masih mereka ingkar Oleh itu, MBS telah mengeluarkan notis peringatan kepada penyewa yang gagal membayar tunggakan. Selepas itu, notis penamatan sewa pula dikeluarkan. Peringatan melalui telefon pun dibuat. Notis pengosongan dikeluarkan sebelum notis membuka semua pintu di permis sewaan tersebut diberikan kepada penyewa yang terlibat. Sebelum sesuatu operasi dijalankan, Pihak MBS telah mempertimbangkan dari pelbagai sudut. Bagi melihat rasional, sesuatu tindakan akan diambil, kesemua penyewa yang diambil tindakan adalah tidak termasuk dalam kategori miskin. Berdasarkan semakan daripada portal pembasmian kemiskinan e-Kasih. Konsep awal penyewaan adalah untuk tempoh tertentu saja. Sementara menunggu kewangan penyewa menjadi lebih stabil dan ianya bukanlah untuk diwarisi dari generasi ke generasi yang lain. Sepatutnya penyewa sediada, kebanyakan daripada mereka telah mendiami permis perkenaan melebihi 20 tahun. Dengan rela hati menamatkan perjanjian sewaan bagi memberi peluang kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan tempat tinggal. Sebagai rujukan, dari Januari 2024 hingga kini Pihak MBS telah menerima jumlah permohonan yang tinggi Namun setelah tapisan dibuat, terdapat hampir 100 permohonan yang boleh dipertimbangkan untuk dipanggil temuduga dan dimasukkan ke dalam senarai menunggu pada masa ini. Tiada unit yang kosong yang boleh disewakan. Tidak timbul isu kelewatan di dalam mengambil tindakan ke atas penyewa kerana kita telah pun melaksanakan semua prosedurnya. Setelah pelbagai cara dilaksanakan Pihak MBS melaksanakan operasi di PPR Paroi pada 12 Disember 2024 Sebanyak 4 rumah terlibat dalam operasi berkenaan yang mempunyai tunggakan antara RM15,000 sehingga RM22,000. Ini saya ingat hampir berpuluh tahun. Dengan jumlah tunggakan sebanyak RM69,226. Manakala untuk PPRT Lobak pada 27 Februari 2025, 6 rumah terlibat yang mempunyai tunggakan antara RM17,000 sehingga RM34,000 yang terkumpul sebanyak RM145,000. Daripada 10 penyewa yang terlibat dengan operasi tersebut, hanya 3 daripada mereka dapat meneruskan sewaan dengan pihak MBS apabila berjaya membuat bayaran, disamping perlu

mematuhi beberapa perkara yang dipersetujui bersama dengan pihak MBS. 5 unit daripadanya telah diduduki oleh mereka yang tidak berdaftar dengan MBS. Manakala 1 unit pula memang dalam pemerhatian MBS dan telah dikunci kerana tidak lagi dapat dihubungi. Baki 1 unit lagi, penyewa didapati adalah berkemampuan untuk membayar sewa RM150 kerana rumah berkenaan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang lebih daripada kemampuan mereka. Walaupun telah dinasihatkan supaya menjelaskan tunggakan, 6 daripada mereka telah berpindah keluar, setelah beberapa hari operasi dilakukan, tanpa membuat sebarang bayaran kepada MBS. Kalau kita tidak melaksanakan operasi buka pintu ini 6 orang ini masih akan duduk di sana, tetapi apabila kita melaksanakan operasi ini 6 keluarga ini telah pun keluar daripada rumah tersebut dan ini bermaksud mereka mempunyai kemampuan dan inilah peluang untuk kita menggunakan lebih 100 orang yang layak yang boleh kita pertimbangkan itu boleh diisi di rumah-rumah tersebut. Bagi penduduk yang bukan penyewa asal selain daripada surat yang dihantar pihak MBS berjumpa beberapa kali secara bersemuka dengan penduduk berkenan dan telah menasihatkan supaya membuat permohonan secara rasmi kepada MBS. Berdasarkan rekod kutipan yang patut diterima dan kutipan sebenar yang diterima untuk tempoh Disember 2024 sehingga 31 Mac 2025 sebanyak RM52,406 tunggakan sewa telah dibayar kepada pihak MBS. Jumlah ini membuktikan bahawa operasi kutipan tunggakan sewa yang dilaksanakan oleh pihak MBS telah memberi kesan yang positif dan ia akan wajar diteruskan secara berkala dari semasa ke semasa kepada beberapa kes yang mempunyai tunggakan yang berpuluh ribu.

Seterusnya Yang Berhormat Gemas. Ini isu longkang di TF Value Mart, Majlis Daerah Tampin dan SWM telah bekerjasama untuk menangani isu banjir berlaku namun dalam keadaan musim hujan yang kerap. Kejadian ini tempat tidak dapat dikawal. Tetapi tindakan secara berterusan akan diambil. Kedua, MDT dan SWM akan bekerjasama dalam melaksanakan kerja-kerja pembersihan yang lebih kerap terutamanya lokasi-lokasi banjir kilat dan yang ketiga, MDT akan menggunakan peruntukan Tabung Amanah caj kemajuan caj pemajuan bagi menaik taraf longkang dan perparitan di kawasan berkenan. Lampu pencahayaan pintu gerbang Gemas tidak menyala oleh Yang Berhormat Gemas Projek menaik taraf pintu gerbang gemas selesai siap kerja pada 19 Mac 2025 dan masih dalam tempoh waranti kejadian trip sering berlaku ketika waktu hujan pihak kontraktor telah diminta untuk membuat semakan kerosakan ditapak dan pembaikan perlu dibuat dalam kadar yang segera.

Dato’ Yang Dipertua ada lagi dua tiga sahaja, ini berkaitan dengan kebersihan di hadapan di persimpangan Kem Syed Sirajudin. Untuk

kerja pemotongan rumput dan penyelenggaran kawasan landskap telah dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan, kekerapan hujan dan juga beberapa faktor lain menyebabkan rumput tersebut naik dengan lebih cepat daripada kekerapan yang kita membuat pembersihan. Pihak MDT akan melaksanakan kerja-kerja pemotongan dengan lebih kerap lagi MDT telah memohon bantuan SWM untuk kita membuang ranting atau pokok kayu kering di kawasan berkenan dalam masa terdekat. Berkaitan dengan keadaan Taman Rekreasi Gemas. Majlis Daerah Tampin telah mewujudkan pasukan khas yang akan memantau dan juga menjalankan pembersihan di kawasan Taman Rekreasi Gemas. Kerajaan negeri juga telah meluluskan permohonan peruntukan bagi menyelenggara Taman Rekreasi Gemas. Majlis Daerah Tampin juga telah menyediakan butiran projek dan telah diserahkan kepada Bahagian Kerajaan Tempatan bagi tujuan penyelarasan. Yang terakhir, aktiviti pembuangan dan pembakaran sampah terbuka di Kampung Bangka Hulu. MDT mencadangkan agar pihak SWM menjalankan pemantauan di kawasan tersebut bersama dengan SWCorp untuk tindakan undang-undang diambil untuk memastikan isu pembuangan sampah dan juga pembakaran sampah haram ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Itu saja, sekian terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua. Sorry, sorry, sorry.. Dato’ Yang Dipertua saya ingat bukan terlepas, saya minta rayu kepada PBT, EXCO saudara Arul Kumar dekat tanah runtuh, South East Garden pada 16 April 25. Itu memang warga tua husband 90 tahun, wife 88 tahun. Mereka sangat takut, saya ingat last week, mereka ada nangis kepada saya minta tolonglah, cepat dan segera saya rayu dewan yang mulia dan saudara Arul, thank you very much.

Dato’ Yang Dipertua untuk beberapa kawasan yang memang mengadapi beberapa isu berkaitan dengan hakisan tanah, tanah runtuh di kawasan DUN Seremban Jaya, saya bersama dengan Majlis Bandaraya Seremban kita akan mengadakan lawatan bersama dengan Yang Berhormat Seremban Jaya dalam minggu hadapan untuk kita cari jalan penyelesaian supaya beberapa isu ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, YB EXCO tentang hari itu, isu anjing ok. Lembu liar, lembu liar itu saya keluarkan dalam ASTRO. Keluar dalam ASTRO bahawa lembu liar di Taman Senawang Perdana, Taman Pinggiran, dia dah masuk dalam SISPA pada tahun 2023 dan dah masuk dalam ASTRO pun minggu lepas dan memalukan Seremban juga lah.

Isu berkaitan dengan lembu-lembu ini, terutamanya di kawasan Taman Senawang Perdana, kita MBS telah pun

melaksanakan beberapa tangkapan sebelum ini. Dan selepas itu beberapa cubaan tangkapan itu dilaksanakan, tetapi ia tidak dapat berjaya untuk menangkap lembu di kawasan tersebut. Tetapi saya juga dimaklumkan penangkapan itu akan dilaksanakan secara berterusanlah dan memang beberapa kali saya pun dimaklumkan, ada dilakukan tetapi terlepas jugalah daripada ditangkap. Tapi usaha ini kita akan teruskanlah. Terutamanya di Taman Senawang Perdana yang memang ada banyak lembu dekat sana.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Tolong Dato’ Yang Dipertua sedikit saja, secara ringkas.

Yang Dipertua Dewan

YB Nilai sudah hampir satu jam tau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Saya ucapkan terima kasihlah kepada EXCO Nilai kerana ada cadangan membuka balik itu jalan tersebut, tadi ada cadangan menyatakan itu tanah reserve dibuka semula. Jadi kalau Guarded House minta izin, itu mustahil lah itu.

Dato’ Yang Dipertua, yang tadi saya maksudkan ini bukan tanah reserve yang sedia ada, kalau kita buka tanah reserve yang sedia ada itu sekarang, satu jalan masuk ke taman ini lepas itu dua jalan pula masuk ke taman ini, yang saya nyatakan tadi adalah dalam pembangunan yang akan datang di kawasan bersebelahan, Majlis Bandaraya Seremban akan mensyaratkan supaya ada satu jalan akses yang lebih luas, yang lebih besar daripada Jalan Kayu Ara Mambau ke Jalan Persiaran S2/E. Itu yang saya nyatakan tadi. Kalau kita buka kawasan reserve yang bersebelahan dengan tangki air itu, akan menyebabkan lagi banyak isu. Tetapi apapun, kita akan lihat mana satu tindakan, keputusan yang lebih baik supaya ia tidak membebankan mana-mana pihak dalam isu ini. Kita buat satu keputusan, ia membebankan satu pihak lagi. Keputusan lain pula, ia membebankan penduduk di sini. Dalam isu ini, kita akan lihat, kita akan berbincang dan kita akan cari satu jalan penyelesaian yang lebih baik. Tetapi untuk jangka panjang, isunya adalah kita akan syaratkan kepada pemaju supaya satu jalan akses yang tidak melalui di hadapan rumah itu dapat dibangunkan di antara Jalan Kayu Ara Mambau dan juga jalan persiaran S2/E. Terima kasih.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Asalkan jangan tutup selama-lamanya, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Boleh tanya luar la nanti. Ok, YB Pilah.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kesemua Ahli Yang Berhormat yang memberi komitmen dalam

sesi perbahasan. Perbahasan yang bernas daripada Ahli Yang Berhormat semua. Ini mencerminkan kesungguhan kita bersama dalam memastikan dasar dan inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan benar-benar menyantuni rakyat. Izinkan saya juga merakamkan setinggi-tinggi junjungan kasih kehadapan Yang Amat Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan atas titah ucapan Tuanku Sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri ini. Titah baginda penuh dengan hikmah menjadi panduan kepada kita semua agar terus berpegang kepada prinsip integriti mendahulukan rakyat serta memelihara Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Saya menjunjung titah tersebut sebagai amanat utama dalam menjalankan tugas saya sebagai wakil rakyat. Dato' Yang Dipertua peruntukan yang disalurkan kepada Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga Dan Masyarakat ini akan dimanfaatkan secara strategik melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif dengan kerjasama agensi-agensi pelaksana-pelaksana seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat LPPKN Dan Jabatan Pembangunan Wanita JPW. Dato' Yang Dipertua kita sedar bahawa isu wanita, keluarga dan masyarakat ini tidak boleh diselesaikan secara solo. Justeru pendekatan bersepadu di antara agensi pertubuhan bukan kerajaan iaitu NGO dan komuniti masyarakat setempat adalah kunci kejayaan pelaksanaan dasar dan program yang lebih inklusif dan berimpak tinggi. saya memberi jaminan bahawa semua peruntukan yang diterima akan diurus secara telus dan bertanggungjawab dengan keberhasilan yang jelas sejajar dengan aspirasi Negeri Sembilan Madani.

Dato' Yang Dipertua menjawab isu yang dibangkitkan oleh YB ADUN Juasseh mengenai pemerkasaan wanita dan kanak-kanak dalam pembangunan negeri kluster ekonomi merupakan salah satu empat bidang keutamaan dalam dasar wanita negara yang telah diluncurkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia semasa sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 pada 8 Mac yang lalu. Seiring dengan itu kerajaan sentiasa mengutamakan program-program pemerkasaan wanita di Negeri Sembilan yang dapat membantu untuk pembangunan negara. Antara program yang sedang dijalankan adalah melalui Jabatan Pembangunan Wanita di peringkat Negeri Sembilan iaitu telah mengadakan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Zon Tengah yang merangkumi Negeri Sembilan dan Selangor di Seremban pada 25 Februari 2025 dengan tema Bina Pendapatan Gapai Impian yang memberi fokus kepada keusahawanan.

Selain itu jelajah Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Zon Tengah ini memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkasa wanita dalam aspek penjanaan pendapatan dan peluang pekerjaan yang bukan sahaja berjaya menyara diri dan keluarga tetapi turut menjadi inspirasi dan

sumber ekonomi kepada komuniti sekeliling. Dalam program ini juga usahawan wanita yang berjaya telah berkongsi idea dan pengalaman dalam mengharungi dunia perniagaan sehingga berjaya mencapai kejayaan, program ini turut memberi peluang kepada usahawan wanita dan tempatan untuk mempamerkan serta menjual produk mereka. Kedua iaitu program kesedaran generatif AI dan keselamatan cyber untuk usahawan wanita dalam memastikan pemerkasaan wanita sentiasa kekal relevan dengan peredaran masa maka program berkaitan kecergasan Buatan atau AI mula diutamakan. Satu program kesedaran generatif AI Dan keselamatan cyber akan diadakan Secara dalam talian Pada 2 Mei 2025 Ini boleh lihat di muka buku saya facebook bahasa orang ramai facebook ada saya sharekan maklumat program jadi boleh berdaftar secara online dan akan dilaksanakan pada 2 Mei secara dalam talian. Jadi bagi usahawan wanita yang berminat untuk menginovasi perniagaan mereka program ini adalah satu kerjasama Pertubuhan Persekutuan Wanita Antarabangsa Dan Industri Perdagangan Malaysia iaitu IWFCIM Dan Microsoft. Program susulan akan diteruskan kepada usahawan wanita yang berminat untuk mendalami ilmu AI Dengan kerjasama IWFCIM Seterusnya Dato’ Yang Dipertua, Program e-usahawan wanita di bawah bantuan khas Perbendaharaan. Jabatan Pembangunan Wanita juga melalui geran bantuan khas Perbendaharaan telah memperkasakan badan-badan bukan kerajaan atau NGO untuk terlibat secara langsung dalam menjalankan Program-program pemerdayaan wanita ini. Salah satu program yang dijalankan dalam masa terdekat ini Program e-usahawan Jana pendapatan online pada 16 hingga 18 Mei 2025 program ini akan memberi peluang kepada wanita-wanita untuk mempelajari teknik-teknik perniagaan dalam talian seperti tiktok, pemasaran digital dan pengiklanan yang berkesan.

Selain itu Di bawah JPW juga telah mengadakan program penjanaan pendapatan iaitu weJana setiap tahun sejak 2022 program ini merupakan program bimbingan kepada wanita yang ingin menjana pendapatan melalui keusahawanan dan ingin memantapkan pengetahuan dalam menjalankan perniagaan ia merupakan program pembangunan kapasiti yang meliputi elemen kemahiran melalui bimbingan dan latihan serta pemantauan selama tiga bulan selepas menamatkan Latihan. Sehingga kini seramai 80 wanita telah dilatih melalui program ini. Kerajaan akan terus melaksanakan agenda pemerkasaan wanita dengan memastikan setiap individu berpeluang menunjukkan potensi terbaik mereka dan tidak ketinggalan daripada pembangunan arus perdana. Merujuk pada soalan Yang Berhormat Juasseh mengenai bagi kanak-kanak program pendidikan yang komprehensif dan berkualiti harus disediakan mengenai pendidikan seks atau pendidikan kesihatan khususnya kepada kanak-kanak jadi disini saya menjawab melalui Lembaga Penduduk Dan Pembangunan

Keluarga Negara LPPKN Negeri Sembilan Agensi yang menyediakan Perkhidmatan ini untuk remaja di Negeri Sembilan Contohnya di LPPKN terdapat Pusat Remaja Cafeteen yang terletak di Seremban 2 berfungsi sebagai pusat serba moden dan mesra remaja Cafeteen Seremban 2 ditubuhkan untuk membantu remaja berumur 12 hingga 24 tahun menghadapi alam remaja dengan lebih selesa dan yakin. Berbagai program perkhidmatan dijalankan disini memberi manfaat kepada golongan remaja khususnya di Negeri Sembilan. Antaranya menjalankan perkhidmatan pendidikan dan pembangunan kemahiran iaitu PPK dan promosi penerangan di sekolah dan juga institusi pendidikan di sekitar Negeri Sembilan seramai 23,080 pelajar yang telah mendapat manfaat daripada Perkhidmatan PPK manakala seramai 20,072 pelajar juga mendapat perkhidmatan ini secara fizikal. Manakala bagi memastikan remaja di Negeri Sembilan turut mendapat pengetahuan tentang kesihatan reproduktif ini secara talian sebanyak 827 bahan telah dimuat naik menggunakan pelbagai medium seperti Facebook, Instagram dan juga TikTok. Kesemua data ini diambil bermula tahun 2020 sehingga 2024. Selain itu LPPKN juga menyediakan perkhidmatan kaunseling remaja secara percuma kepada semua remaja yang berusia antara 13 hingga 24 tahun. Seramai 1,057 pelajar yang telah menerima perkhidmatan ini bagi tahun 2020 sehingga 2024. Manakala bagi perkhidmatan kesihatan reproduktif remaja pula seramai 531 pelajar telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini.

Dato’ Yang Dipertua, bagi memastikan lebih ramai remaja terutamanya di Negeri Sembilan mendapat pengetahuan ini kesedaran tentang kesihatan seksual dari reproduktif remaja, LPPKN turut menyediakan program-program yang berkolaborasi dengan pihak sekolah, Institusi dan juga Pusat Nadi iaitu Pusat Sebaran Maklumat Nasional. Antara pelaksanaan program Kelab KafeTEEN di sekolah seramai 155 pelajar telah dilatih dan diberikan Training of Trainer oleh Pusat Remaja KafeTEEN bagi mendapat manfaat daripada program ini. Ini bertujuan melatih mereka sebagai Ejen KafeTEEN di sekolah. Kemudian bagi program KafeTEEN atau NADI seramai 689 remaja yang telah mengikuti program ini bermula 2021 sehingga 2024. Selain itu bagi memastikan remaja Negeri Sembilan mempunyai pengetahuan dan Kesedaran tentang kepentingan kesihatan reproduktif ini LPPKN menjalankan Program Jom Chill Out dengan membawa Perkhidmatan KafeTEEN secara mobil dengan menggunakan Trak KafeTEEN bergerak. Seramai 1,611 pelajar telah menyertai program ini. LPPKN menjalankan Program Kasih yang bertujuan menyampaikan pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan tip penjagaan kesihatan ketika haid khususnya kepada remaja di sekolah institusi dan juga kawasan komuniti di Negeri Sembilan Seramai 3,421 pelajar yang telah mendapat manfaat daripada program ini. Antara modul yang digunapakai dalam

mendidik remaja berkaitan kesihatan reproduktif adalah modul pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial iaitu PEKERTI dan ACE .

Modul PEKERTI ini telah dibangunkan dengan kerjasama dan diperuntukkan daripada UNPFA Program PEKERTI mula dilaksanakan bermula Tahun 2011 dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi, Kerajaan, swasta, NGO serta pemimpin masyarakat. Antara objektif program PEKERTI adalah untuk memberi pendidikan kemahiran kepada remaja dalam membina jati diri, membina kemahiran mengatakan tidak kepada hubungan seks sebelum kahwin dan membina kemahiran untuk mengenal pasti situasi berisiko yang menyebabkan berlakunya hubungan seks sebelum kahwin dan meningkatkan kesedaran tentang gender dan hidup tanpa keganasan. Secara keseluruhannya LPPKN banyak menawarkan dan menjalankan program-program yang melibatkan remaja yang berusia sekitar 13 hingga 24 tahun bagi menyampaikan pengetahuan kepada remaja. Tujuannya adalah untuk memastikan remaja menjalani alam remaja dengan positif dan penuh keyakinan dalam aspek kesihatan, sosial dan pembangunan peribadi mereka. Dato’ Yang Dipertua, melalui agensi jabatan kebajikan masyarakat pula berikut merupakan program yang dianjurkan bagi tujuan perlindungan, pemulihan pencegahan pembangunan serta perintegrasian kanak-kanak iaitu Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak iaitu KASIH Kanak-kanak. Pada tahun 2024 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melaksanakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak, KASIH Kanak-kanak sebagai platform utama dalam meningkatkan masyarakat kesedaran masyarakat terhadap hak perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Program ini menggariskan kepentingan hak kelangsungan hidup perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak di samping memperkasa pelaksanaan program advokasi adalah usaha jabatan dalam membangunkan pontesi diri mereka. bagi menangani isu pendidikan kesihatan dan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak. Program advokasi ini melibatkan penyertaan di 300 buah sekolah di seluruh Malaysia di Negeri Sembilan, program ini telah berjaya dilaksanakan di 30 buah sekolah terpilih di semua daerah yang melibatkan penyertaan seramai 10,495 orang peserta terdiri daripada guru ibubapa dan komuniti setempat. Pelaksanaan program ini adalah melalui kerjasama strategik Jabatan Kebajikan Masyarakat Dan Jabatan Agensi NGO dan komuniti Setempat. Turut terlibat adalah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Polis Diraja Malaysia, LPPKN, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Penjara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, PPKK iaitu Pusat Perlindungan

Kanak-Kanak, Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak, Majlis Perwakilan Kanak-Kanak, serta Persatuan Ibubapa dan Guru Serta agensi-agensi yang berkaitan.

Dato’ Yang Dipertua, objektif utama program ini untuk menggerakkan seluruh anggota masyarakat serta kanak-kanak itu sendiri bagi memastikan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak sentiasa dipelihara. Program ini menekankan hak kanak-kanak itu sendiri iaitu dilindungi, meneruskan kehidupan dalam suasana yang selamat, suara mereka didengari dan membangunkan potensi diri sebagai pelapis kepimpinan negara. Program ini dilaksanakan dengan empat hak kanak-kanak seperti dalam termaktub dalam konvensyen mengenai hak kanak-kanak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat ada empat hak kanak-kanak yang perlu kita maklum di sini iaitu kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan. Saya harap menjawab isu yang dibangkitkan oleh YB ADUN Juasseh. Terima kasih.

Seterusnya Dato’ Yang Di-Pertua, isu yang dibangkitkan oleh YB ADUN Gemas iaitu Kerajaan Negeri perlu menyediakan semua keperluan kemudahan yang YB maklum menerima surat PPDK menerima surat ucapan terima kasih tidak terhingga kepada YB Gemas atas keprihatinan dan kecaknaan terhadap pemasalahan rakyat yang diutarakan. PPDK merupakan satu kaedah dalam membangun komuniti untuk golongan oku menjalani pemulihan dalam keluarga dan komuniti setempat program ini memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. Program ini dikendalikan oleh pertubuhan yang oelah berdaftar di bawah Jabatan Pendaftar Tubuh Malaysia pada tahun 2018. PPDK Ini merupakan dianggotai dan dikendalikan oleh ahli jawatankuasa yang terdiri daripada masyarakat setempat dan beroperasi berasaskan kepada matlamat dan objektif perlembagaan pertubuhan masing-masing. Kerajaan Negeri melalui JKM telah menyalurkan peruntukan setiap tahun kepada PPDK bagi menampung kos pengoperasian pertubuhan. Di sini Dato’ Yang Dipertua saya nyatakan perincian bantuan kewangan yang disalurkan kepada PPDK diseluruh Negeri Sembilan. Perinciannya adalah seperti berikut Saguhati penyelia sebanyak RM1,500 sebulan, Caruman KWSP dan Perkeso merangkumi RM220.35 sebulan, saguhati petugas sebanyak RM1,200 sebulan, Caruman KWSP dan Perkeso sebanyak RM176.15, Elaun pelatih OKU sebanyak RM300 sebulan. Ini kita harus ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah menaikkan elaun pelatih OKU ini daripada RM150 kepada RM300 yang akan menerima RM300 sebulan. Sewaan premis maksimum sebanyak RM300, seterusnya Utiliti Bil elektrik dan air maksimum sebanyak RM500.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

YB EXCO, boleh saya mencelah.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Yang saya tanya tempo hari begini, daripada unit sewaan tu RM300 dengan keadaan sekarang, milikan swasta, tak dapat RM300 dan apabila dikeluarkan garis panduan mesti ada CCTV, tangga keselamatan, yang kemampuan pihak pengurusan minta untuk diperincikan, kalau setakat RM300 tak cukup untuk menampung bayaran sewaan bangunan tersebut.

ok, ok saya menjawab di sini ya, terima kasih YB Gemas. Pada tahun 2025 Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Telah menyalurkan RM8,589,149.40 kepada seluruh 44 PPDK Negeri Sembilan. Berdasarkan Akta Pusat Jagaan 1993, semua pusat yang menjalankan aktiviti jagaan pemulihan pengawasan dan latihan hendaklah berdaftar sebagai pusat jagaan di bawah Seksyen 2 Akta Pusat Jagaan 1993. PPDK telah memenuhi tafsiran sebagai pusat jagaan harian dan dikehendaki berdaftar. Yang baru-baru ini Yang amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan semasa pembentangan belanjawan Negeri Sembilan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM220,000 bagi 44 PPDK Negeri Sembilan. Jadi Pemberian Bantuan Kewangan Kepada PPDK ini adalah di bawah inisiatif Sentuhan Prihatin OKU Negeri Sembilan. Jadi ia diberi secara one-off sebanyak RM5,000 di setiap PPDK. Jadi berperanan PPDK ini berperanan Menggunakan inisiatif ini sebaik mungkin untuk keperluan PPDK. Jadi kalau ada isu YB Gemas kata tak cukup itu Kita boleh rujuk di pihak JKM Saya dah maklum pada pengarah untuk isu-isu ini dan mengenai CCTV. Pemasangan CCTV, prosedur ke arah Pendaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 Perlulah mendapatkan sokongan Dan kelulusan Daripada tiga agensi teknikal iaitu pihak berkuasa tempatan iaitu PBT, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kesihatan Malaysia dan juga memenuhi keperluan yang dinyatakan di dalam Akta berkenaan. Sokongan dan kelulusan daripada agensi teknikal jabatan dan operasi diperolehi apabila keperluan-keperluan oleh agensi-agensi berkenaan dipenuhi seperti pemasangan kamera litar tertutup iaitu CCTV, alat pemadam api, tangga keselamatan dan sebagainya, ini bagi memastikan tahap keselamatan kebajikan dan kesejahteraan penghuni terpelihara. Kita nak mengelak dari berlakunya penderaan di pusat-pusat PPDK itulah pihak PBT…

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

YB EXCO, boleh saya celah sikit je…permintaan saya, supaya sebelum JKM serahkan kepada operator, atau pengendali ni, JKM menyediakan ni semua, barulah pengendali ni meneruskan. Sekarang ni, pengendali kena siapkan mengikut garis panduan pengurusan

keselamatan, jadi mana mungkin kesian kami ni nak menampung. Saya rasa YB EXCO pun mendapat surat yang sama, sumbangan untuk menyelesaikan kos CCTV, tangga keselamatan, pemadam api, isunya kita berbincang di sini supaya JKM siapkan semua dulu serahkan pada rumah yang dah nak disewa ni, barulah pengendali, operator atau pengendali pusat ni boleh meneruskan menjaga ni, dan pengendali ini bukan dapat keuntungan pun, sebab mereka adalah ibu bapa yang dilantik seperti mesyuarat PIBG je, mohon YB Exco untuk bincang dengan JKM, bantu sebab ini adalah tempat anak-anak syurga. Terima kasih.

ok, terima kasih YB Gemas, tapi saya belum terimalah sebarang surat yang mengenai CCTV tu, untuk bantuan ke, apa belum, nanti saya maklum rujuk kepada pengarah JKM lah isu-isu ini, untuk saya lihat bagaimana keperluan sebab dinyatakan di sini Akta dalam pertubuhan pusat jagaan mesti dilengkapi dengan keperluan CCTV dan sebagainya. Saya mengambil maklum isu ini ya YB Gemas, baik.

Seterusnya saya menjawab isu yang dibangkitkan oleh YB ADUN Lukut mengenai golongan pesakit gangguan sawan tidak dipertimbangkan bantuan daripada pihak JKM. Di sini jawapannya kepada YB. Terima kasih atas keprihatinan perkhidmatan bantuan kebajikan disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM menyediakan perkhidmatan bantuan dan sokongan kewangan kepada golongan yang bekeperluan untuk mencegah pemulihan, perlindungan, pembangunan dan pengintegrasian yang dilaksanakan melalui kerja sosial. Golongan pesakit gangguan sawan akan dipertimbangkan bantuan daripada pihak JKM sekiranya pesakit mengalami gangguan sawan secara kerap dan mengganggu kefungsian mereka. Walau bagaimanapun berdasarkan data JKM ada dalam kalangan pesakit ini telah diluluskan seperti bantuan warga emas, bantuan am, ataupun bantuan oku tidak berupaya bekerja, serta bantuan kewangan bulanan yang disyorkan adalah berdasarkan kepada beberapa faktor seperti umur, pendapatan dan taraf kesihatan yang perlu mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan. Jadi isu yang ini nanti YB ADUN boleh maklum kepada daerah JKM Daerah untuk melihat permohonan penama ini iaitu pesakit gangguan sawan bagaimana permohonannya tidak diluluskan, boleh berhubung dengan JKM Kawasan, selain itu isu yang dibangkitkan oleh ADUN Lukut mengenai golongan pengemis berkeliaran di kawasan food court kawasan lukut, jadi melalui pihak jabatan kebajikan masyarakat yang mengambil maklum aduan pengemis berkeliaran di kawasan food court iaitu kawasan Lukut JKM melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah iaitu Port Dickson menjalankan tindakan pemantauan secara berjadual

berkala setiap bulan dalam menangani aduan yang dipanjangkan kepada pihak Jabatan.

Dalam Jadual di setiap Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah telah ada jadual berkala setahun jadi sepanjang Januari hingga bulan Februari ini terdapat 2 kes yang dilaporkan di Port Dickson. Jadi kes ini saya ingin maklumkan kepada dalam Dewan ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat mengambil pendekatan yang berhemah dalam menangani isu pengemisan khususnya bagi dua kes yang dilaporkan dari bulan Januari hingga April di kawasan Lukut dan PD. Tindakan awal yang diambil adalah melalui pemberian amaran kepada individu terbabit supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut namun begitu apabila JKM menerima maklumat berkaitan aktiviti pengemisan yang disyaki mempunyai unsur eksplotasi bahagian penguatkuasaan akan segera menjalankan siasatan dan tindakan pemantauan. Kita dapati bahawa dalam beberapa kes individu terbabit bertindak melarikan diri apabila didekati sekaligus menimbulkan kebimbangan adanya pihak ketiga yang eksploitasi mereka perlu saya jelaskan disini bahawa JKM melalui Kuasa tidak mempunyai kuasa untuk membuat tangkapan di bawah Akta Orang-orang Papa 1977. Kuasa yang ada hanyalah untuk menjalankan usaha menyelamat dan pemulihan terhadap golongan ini. Justeru kerjasama antara agensi penguatkuasaan amat diperlukan bagi memastikan tindakan lebih berkesan dapat diambil terhadap pihak yang mengeksploitasikan golongan rentan ini.

Dato’ Yang Dipertua, menjawab isu yang dibangkitkan oleh YB ADUN Seri Menanti mengenai penerima bantuan warga emas yang tidak dimaklumkan penamatan bantuan yang diterima. Ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada YB ADUN Seri Menanti atas keprihatinan dan kecaknaan terhadap permasalahan rakyat yang diutarakan. Berdasarkan semakan rekod penamatan Bantuan warga emas Bagi YB Seri Menanti pada tahun 2024, sejumlah 11 penerima warga emas ditamatkan atas sebab berikut. Pertama meninggal dunia seramai 4 orang. Pindah luar daerah seramai 6 orang pendapatan melebihi PJK dan mempunyai anak dewasa memberi sumbangan sebanyak 1 orang. Bagi rekod penamatan warga emas bagi DUN Seri Menanti pada tahun 2025 sejumlah 4 penerima warga emas ditamatkan atas sebab-sebab berikut iaitu meninggal dunia 2 orang. Pindah luar daerah 2 orang jadi pemakluman penamatan bagi yang berpindah keluar daerah adalah melalui panggilan telefon setelah kajian semula melalui lawatan ke rumah dan kaedah-kaedah lain yang telah dilakukan oleh pegawai kes dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh akhir kaji semula tahunan. surat pemakluman penapatan penamatan juga dipos ke alamat yang didaftarkan dalam sistem. Penama adalah disarankan untuk

membuat permohonan baru di daerah baru yang diduduki sekiranya masih bekeperluan. Bagi menyantuni permohonan…

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Yang Dipertua Dewan

Boleh pendekkan tak?

Pendekkan ya…

Yang Dipertua Dewan

Pasal apa, bundarkan ke dia punya jawapan, satu-satu ni, kita dah, masa tu..

ok, ok, terima kasih Dato’ Yang Dipertua, mana saya nak pendekkan ya. Ok, dia dah tanya soalan ni Dato’ Yang Dipertua, kena jawab, karang saya tak jawab sepenuhnya ditanya balik kan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, sikit je lagi Dato’ Yang Dipertua, ok bagi menyantuni permohonan dan isu berkenaan dengan perkhidmatan bantuan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah pelaksanaan penugasan Hari bertemu pelanggan di Pejabat ADUN yang dilaksanakan sebulan sekali, Ada yang permintaan YB-YB Yang Berhormat meminta pegawai JKM sebulan dua kali pun ada, Jadi permohonan JKM itu dari YB yang kami luluskan, jadi apa-apa aduan mengenai permohonan isu-isu berkaitan sumbangan daripada JKM boleh merujuk kepada pegawai yang bertugas si pusat khidmat pada bulan-bulan dan tarikh tertentu.

Terima kasih Dato' Yang Dipertua, satu lagi soalan isu yang dibangkitkan mengenai daripada ADUN Lenggeng iaitu memudahkan kaedah permohonan bantuan kewangan bulanan bagi kes yang memerlukan pembuktian dan pengesahan dari agensi. Jadi Jabatan Kebajikan Masyarakat semua sedia maklumlah kumpulan sasar yang memerlukan supaya meneruskan kehidupan dengan sempurna, secara prinsipnya skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan pembangunan dan pengintegrasian yang merupakan satu kaedah sosial, jadi di sini seperti yang dinyatakan sini jika permohonan ditolak boleh merujuk kepada JKM semula Dato' Yang Dipertua jadi dokumen-dokumen itu perlulah diberikan secukupnya, banyak di sini jadi Dato’ Yang Dipertua, nak pendekkan jadi Yang Berhormat boleh merujuk kepada pejabat JKM daerah dan pegawai yang bertugas setiap bulan di pejabat YB jadi saya harap jawapan saya terjawab semuanya, sedikit sebelum saya mengakhiri penggulungan saya ini, Dato’ Yang Dipertua, sedikit makluman Dato’ bagi menyokong dan mengiktiraf sistem sokongan keluarga yang membantu ke arah pembangunan negara sejahtera dan

pembinaan daya tahan negara November setiap tahun diisytiharkan sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan. Mula diperkenalkan Sejak 2012 kini menjadi acara tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Jadi melalui agensi LPPKN sambutan BKK ini bukan sahaja untuk meraikan ahli keluarga terdekat tetapi juga peluang untuk mengiktiraf masyarakat yang lebih luas kumpulan sokongan keluarga yang merangkumi setiap individu, kaum dan agama. Objektif itu pelasanaan BKK ini Bulan Keluarga Kebangsaan ini wajar diberi perhatian dan disambut oleh semua pihak khususnya agensi kerajaan kerana usaha yang holistik serta berterusan amat diperlukan. Jadi saya ingin menyarankan agar sambutan ini dijalankan di peringkat DUN masing-masing sepanjang bulan November tahun ini bagi meraikan institusi keluarga terutamanya di Negeri Sembilan. Jadi sekian, terima kasih Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih, saya jemput Yang Dipertua, eh Yang Berhormat Pertang.

Saya akan pastikan saya tidak ambil kerusi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, insya-Allah. Tapi saya sangat simpati dengan Dato’ Yang Dipertua ni, dah lewat petang. Dato’ Yang Dipertua, saya ingat sampai masa untuk kita lantik Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri. Dato’ Yang Dipertua, saya akan ambil masa maksimum setengah sahaja dan saya minta maaf kepada Yang Berhormat , kalau mana yang tak terjawab, saya akan jawab secara bertulis, kerana Dato’ Yang Dipertua, waktunya dah terlalu panjang dan kita bagi masa kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Menteri Besar untuk membuat penggulungan yang lebih detail. Dato’ Yang Dipertua, pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasihlah kepada semua yang telah mengemukakan pertanyaan dan memberikan pandangan terhadap beberapa perkara di bawah bidang kuasa, di bawah jabatan dan juga portfolio saya dan semua pandangan ini Dato’ Yang Dipertua, 17 kesemuanya yang telah pun memberikan dan membangkitkan pelbagai isu yang berkaitan dengan portfolio saya dan antaranya adalah Johol, Seremban Jaya, Jeram Padang, Juasseh, Sri Tanjung, Gemas, Sungai Lui, Kota, Seri Menanti, Lenggeng, Chuah, Bagan Pinang, Lobak, Gemencheh, Mambau, Paroi, dan juga Chembong. Mana-mana ADUN yang tidak ada di dalam dewan tentunya saya tidak akan menjawab dan saya akan menghantar secara bertulis. Semua Yang Berhormat ADUN telah membangkitkan pelbagai isu, ada isu yang sama dan ada isu yang berbeza dan saya kumpulkan semua dan saya concludekan 33 isu yang berkaitan dengan kedua-dua ataupun yang berkaitan dengan portfolio saya.

Dato’ Yang Dipertua, saya sedar bahawa isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ini sangat penting kerana ia menjurus kepada untuk memakmurkan Negeri Sembilan ini dalam kita mencapai hasrat Kerajaan Negeri untuk sama membina negeri madani ni. Dato’ Yang Dipertua, Johol ada? Johol membangkitkan berkenaan dengan transformasi digital untuk meneroka bidang baru dalam teknologi pembangunan aplikasi tempatan sistem tempahan digital pasar tani dan perkhidmatan tempahan logistik bagi membina ataupun bagi meningkatkan daya saing negeri. Untuk makluman Yang Berhormat, bermula tahun 2024 lembaga pemasaran ataupun FAMA melalui program pasar tani telah melaksanakan kerjasama strategik bersama dengan pihak GRAB, salah satu platform e-dagang terkemuka di Malaysia. Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan pasar tani kekal relevan dalam era digital seiring dengan perubahan gaya hidup pengguna yang kini lebih cenderung di dalam membuat pembelian atas talian.

Selain itu kerjasama ini juga bertujuan untuk memperluaskan lagi peluang pasaran bagi para usahawantani sekaligus membantu mereka meningkatkan hasil jualan melalui saluran pemasaran digital yang lebih meluas dan berkesan. Melalui platform GRAB usahawan pasar tani kini dapat menawarkan pelbagai produk mereka secara dalam talian kepada pengguna dengan lebih ramai tanpa terhad dan juga kepada pelanggan fizikal di tapak pasar malam ataupun di mana-mana tapak pasar. Selain itu Dato’ Yang Dipertua, FAMA sedang giat memperkasakan usahawan ke arah pendigitalan ini melalui platform Agrobazar Online. Semua tahu bahawa peserta pasar tani digalakkan untuk mendaftar sebagai usahawan Agrobazar Online melalui aplikasi Agrobazar Online dan pengguna boleh membuat pembelian secara atas talian.

Yang penting Dato’ Yang Dipertua, YB Johol membangkitkan berkenaan dengan isu dasar dan pengurusan tanah-tanah terbiar di Negeri Sembilan yang boleh digunakan untuk tujuan pertanian, geran subsidi, atau teknikal untuk membantu menampung kos operasi sekaligus secara tidak langsung meningkatkan sekuriti makanan. Isu yang lebih kurang sama dibangkitkan oleh Chuah, Mambau, Seremban Jaya, Gemencheh. Jadi saya jawab secara bersekali. Kerajaan Negeri komited dalam usaha memaksimakan penggunaan tanah-tanah terbiar sejak dulu dan secara tidak langsung meningkat taraf SSL iaitu tahap sara diri makanan negeri. Ianya selaras dengan aspirasi Rancangan Pembangunan Negeri 2021-2025 di bawah strategi A1. Rujuk kepada RPNS ya Yang Berhormat. Fokus utama dasar ini melibatkan pengoptimuman tanah pertanian sedia ada termasuk tanah milik individu, tanah rizab padang ragut dan tanah kerajaan yang belum dimanfaatkan. Sehingga kini mengikut data, sebanyak 967 hektar tanah telah pun dibangunkan dengan peruntukan

RM5.14 juta sepanjang tempoh RMK12 dan sebanyak 134 hektar lagi dirancang untuk dibangunkan bagi tahun 2025 agihan tambahan RM0.5juta melalui insentif kawasan tumpuan pembangunan pertanian. Antara usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dalam memperkukuh sektor pertanian serta menjamin keterjaminan makanan dan peningkatan pendapatan tani, termasuklah insentif sekuriti makanan yang bertujuan untuk menyokong pengeluaran tanaman makanan. Melalui insentif ini peserta menerima bantuan secara sumbangan dalam bentuk barangan in kind contribution yang merangkumi naik taraf infrastruktur ladang, pemasangan sistem pengairan dan penyediaan input pertanian seperti baja, racun, benih tanaman, dan insentif ini telah pun menyerap sehingga 20% daripada kos operasi ladang. Yang penting saya nak sebut dalam dewan pada petang ini ialah sepanjang tempoh RMK12, pelaksanaan insentif ini telah melibatkan pembangunan seluas 1,041 hektar di Jelebu, Kos RM3.3juta, 726 hektar di Tampin-RM5.2juta, 567 hektar di Kuala Pilah-RM4.4juta, 525 hektar di Jempol- RM2.92juta, 477 hektar di Seremban peruntukan RM3.1juta, 399 hektar di Port Dickson peruntukan RM2.54juta dan 269 hektar di Rembau dengan peruntukan RM2.43juta. Usaha ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Sembilan, komitmen yang berterusan dalam memperkasakan agro makanan dan menggalakkan lebih ramai anak Negeri Sembilan menceburi bidang pertanian secara lebih serius dan berdaya saing, insya-Allah.

Dato’ Yang Dipertua, pendekatan ini mencerminkan selain daripada mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Sembilan untuk melibatkan belia untuk melibatkan masyarakat pemerkasaan petani untuk menjdikan Negeri Sembilan antara peneraju keterjaminan makanan negeri pada tahun-tahun yang akan datang, insya-Allah. Dari sudut perundangan Dato’ Yang Dipertua dan pematuhan tanah, yang ni kena clear ya. Dari sudut perundangan dan pematuhan tanah, Kerajaan negeri juga mengambila kira pelbagai kategori pemilikan tanah, bagi tanah pertanian milik individu yang tidak dibangunkan mengikut syarat nyata tindakan boleh diambil di bawah seksyen 127 Kanun Tanah Negara. Ini kena clear kena jelas ya.

Manakala bagi tanah adat enakmen pemegangan tanah adat 2022 enakmen 20, memberi kelonggaran kepada pemilik untuk menyewakan tanah mereka bagi tujuan yang dibenarkan. Bagi tanah kerajaan pula, penggunaannya boleh diluluskan melalui lesen pendudukan sementara seksyen 65 Kanun Tanah Negara atau pajakan tanah rizab seksyen 63 Kanun Tanah Negara dan Kerajaan negeri turut membuka ruang peluang kepada agensi dan badan berkanun negeri untuk mohon tanah-tanah bagi pembangunan pertanian dan keterjaminan makanan yang disebut oleh ADUN Seremban Jaya dalam perbahasan beliau. Usaha merangka

dasar ini memerlukan pertimbangan rapi dan penyelarasan antara semua pihak. Oleh itu adalah penting memberikan ruang secukupnya agar dasar dan strategi yang digubal ini dapat diperhalusi dengan sebaiknya demi menjaga manfaat jangka panjang rakyat dan negeri.

Yang Berhormat Johol juga membangkitkan isu yang berkaitan dengan peluang kerjaya bagi anak-anak Orang Asli. YB Johol ya, Orang Asli ni kita jaga cukup baik dah. Saya jaga semua Orang Asli dan saya pastikan masyarakat Orang Asli mendapat manfaat dan perjuangan Kerajaan seperti juga kampung-kampung tradisional yang lain. Bagi makluman pekerjaan dalam soal peluang pekerjaan ini kita buka peluang pekerjaan kepada belia dan beliawanis Orang Asli. Untuk makluman dewan, antara agensi yang terlibat ialah Malaysian Aviation Growth ataupun MAG memberi peluang pekerjaan kepada belia dan beliawanis Orang Asli yang berkelayakan, yang berminat untuk menceburi pekerjaan sebagai cabin crew. Suka juga saya kongsikan di dewan yang mulia ni, pada hari ni, setakat hari ni, buat pertama kalinya seramai 6 orang pramugari telah pun dilantik di kalangan beliawanis Orang Asli.

Selain itu, 6 orang pramugari ya, kalau Yang Berhormat belum jumpa, kerapkan naik kapal terbang, dan jumpa ada 6 orang, Orang Asli sebagai pramugari. Maknanya level dan standard status pekerjaan di kalangan Orang Asli sudah setanding dengan masyarakat yang lain. Selain itu ya, JAKOA juga telah bekerjasama dengan PERKESO untuk mengadakan program Job Matching yakni melalui program anjuran JAKOA dan PERKESO di perkampungan Orang Asli untuk mencari belia dan beliawanis yang berkelayakan untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan minat mereka. Di sektor awam pula, JAKOA menjalin kerjasama yang baik dengan PDRM untuk pengambilan Konstabel Polis Orang Asli Gred Y1 yakni anggota Senoi Praaq ini kita ucapkan terima kasih kepada JAKOA yang telah berusaha dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Orang Asli. Tentang Pembangunan fasiliti perkampungan Orang Asli pula, sememangnya Kerajaan Negeri sentiasa memberi fokus sama ada negeri dan juga pusat, fokus dan keutamaan untuk pastikan Orang Asli dapat kemudahan yang terbaik, dalam soal rumahnya, dalam soal pembaikan rumahnya dan soal fasiliti pembaikan jalan, longkang, rumah dan juga balairaya. Semalam 2 hari lepas saya rasmikan balairaya di Kampung Chergun, Guntur dan itu sebahagian daripada balairaya yang telah kita bina di perkampungan Orang Asli di seluruh Negeri Sembilan. Rumah pun kita dah buat dan semuanya kita dah buat, tetapi walaubagaimanapun, itu bergantung kepada kekangan peruntukan, ada lagi permohonan yang belum kita tunaikan dan insya-Allah dalam perjalanan untuk mengukuhkan masyarakat Orang Asli ini, semuanya dapat kita selesaikan dalam tempoh-tempoh tertentu, insya-Allah.

ADUN Seremban Jaya ada? ADUN Seremban Jaya ya, membangkitkan berkaitan dengan dasar yang lebih jelas untuk belia dan siswazah dalam pertanian dan penyediaan latihan kepada petani termasuk golongan belia. Kerajaan negeri sentiasa beri keutamaan kepada penglibatan belia dan siswazah dalam sektor pertanian. Sebagai Langkah strategik untuk menjamin kelangsungan sektor ini dalam jangka masa panjang. Sepanjang tempoh RMK12 Yang Berhormat ya, kita ada 408 orang belia telah terlibat dengan jumlah peruntukan RM3.87juta menerusi program seperti Insistnine, petani muda, sejahtera tani dan agroprenuer muda. Perancangan penglibatan belia muda ni akan terus diperkukuhkan dalam RMK13 dengan matlamat memperkukuhkan keterjaminan makanan. Jabatan Pertanian Negeri Sembilan menyediakan kursus teknikal merangkumi pengurusan tanaman, makanan, teknologi ladang moden, amalan pertanian yang baik ataupun GAP dan juga pengairan termasuk pemprosesan hasil tani, dan yang penting bagi kita ialah mereka yang berminat untuk menyambung pengajian secara formal dalam bidang pertanian ini, program sijil pertanian turut ditawarkan melalui Institut Pertanian Malaysia yang sentiasa mengambil pelajar-pelajar pada setiap tahun, untuk makluman Yang Berhormat. Yang Berhormat membangkitkan berkenaan proses permohonan dan penyediaan tanah bagi tujuan penternakan dan pertanian yang memakan masa ya. Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan aktiviti pertanian dan penternakan yang melibatkan penggunaan tanah milik dan tanah Kerajaan.

Saya nak sebut, bagi yang mengusahakan tanah Kerajaan untuk tujuan pertanian dan penternakan, dia jangan masuk secara haram ya Yang Berhormat, kita tak benarkan penggunaan tanah secara haram di Negeri Sembilan. Permohonan mohon dulu, permohonan penggunaan tanah boleh dikemukakan melalui permohonan ada dua kaedah. Kaedah pertama apa dia, LPS – Lesen Pendudukan Sementara yang dah saya sebut di bawah seksyen 65 Kanun Tanah Negara. Yang Kedua apa, permohonan pajakan tanah rizab, seksyen 63 Akta Kanun Tanah Negara ataupun apa ni Akta 828. Ataupun last sekali melalui RFP-Request for Proposal di bawah seksyen 63 melibatkan tanah rizab di bawah kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri. Proses pendudukan tanah melibatkan beberapa proses, antaranya semakan dan ulasan daripada jabatan teknikal yang berkaitan untuk mempertimbangkan permohonan yang lekat dan memenuhi keperluan jabatan teknikal terutamanya dalam soal lokasi, jenis permohonan dan yang bersesuaian. Ada complaint daripada Ahli Yang Berhormat, dia minta guna tanah tak dapat, kita minta nk guna pajak tak dapat, minta LPS tak lulus, kenapa tak lulus? Dia minta tanah rizab Sungai, rizab jalan, tanah hutan, tu tak boleh Yang Berhormat, dia dah langgar akta kita, kerana itu kita tak boleh meluluskan permohonan

tanah LPS dan tanah pajakan secara sembrono kerana itu akan mengakibatkan masalah kepada Kerajaan untuk tahun-tahun yang akan datang, kerana itu Yang Berhormat ADUN Seremban Jaya, Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi penyelesaian terhadap permohonan yang dijangka boleh membawa pembukaan tanah untuk bagi manfaat kepada pengusaha-pengusaha terutamanya dalam soal yang berkaitan dengan pertanian.

YB, YB EXCO minta mencelah.

Terima kasih Dato’ Speaker, saya nak tanya soalan, sekiranya ada…apa kita panggil ya… mereka-mereka yang telah masuk dulu tanpa kebenaran, adakah permohonan mereka diberi keutamaan ataupun sebagainya, sebab ada yang telah buat dulu tanpa memohon. Terima kasih.

Kena mohon, Yang Berhormat saya dah sebut dia mengikut akta kita.

Maksud saya adakah diberi…diberi…

Kena mohon walaupun dah diusahakan, kena mohon kalau mengikut akta yang dibenarkan, kita akan bagi kelulusan kepada aktiviti pertanian ya. Kalau tak kita tak bagi kelulusan dan penguatkuasaan akan dijalankan kepada pengusaha-pengusaha yang mengusahakan tanah tanpa kebenaran.

YB Seri Menanti, YB Bagan Pinang dan juga YB Seremban Jaya turut menyebut tentang peningkatan bekalan beras pepatih sewaktu jualan Nismilan Prihatin, yang ni saya setuju beras pepatih masih lagi kurang di pasaran melalui jualan Nismilan Prihatin dan insya-Allah daripada masa ke semasa kita akan tambah bekalan kerana untuk makluman Yang Berhormat saya dah sebut di dewan ini hanya 48 tan setiap bulan yang dibekalkan kepada Kerajaan untuk dipasarkan bagi keperluan pasaran untuk masyarakat di kawasan Negeri Sembilan. Sedangkan keperluan asas yang diperlukan adalah 80 tan metrik, kita ada 48 tan, kita shortage about 32% jadi itu membuatkan setiap kali jualan prihatin ni kita akan mengalami shortage. ADUN Jeram Padang ada? Jeram Padang takda, saya langkau dan saya akan hantar jawapan secara bertulis. ADUN Juasseh ada? ADUN Juasseh ada. ADUN Juasseh ni memberikan cadangan agar peruntukan bagi penganjuran program mantai raya ditambah sekaligus meluaskan capaian dan bilangan rakyat memperolehi manfaat melalui program ini. Saya nak ucap terima kasih

kepada Jabatan Veterinar, kepada Pengarah Veterinar ada petang Pengarah Veterinar? Saya nak ucap tahniah dan terima kasih kepada Pengarah Veterinar dan kakitangan kerana telah mengepalai penganjuran mantai raya di semua DUN di Negeri Sembilan pada tahun 2025 dan program ini telah mendapat dan memberikan manfaat kepada seluruh rakyat di Negeri Sembilan dan saya dapati ianya berjaya. Pandangan Yang Berhormat ADUN Juasseh supaya peruntukan itu ditambah, saya pun sokong sebagai EXCO yang terlibat dan saya serahkanlah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memberikan kelulusan bagi tahun 2026, insya-Allah. Aaa itu karang biar dia Menteri Besar jawab ya.

ADUN Sri Tanjung ada? Ada, ADUN Sri Tanjung menyentuh peranan JPKK yang perlu komprehensif dan bukan hanya menjadi penghantar bakul makanan. Isu JPKK ni Yang Berhormat, saya dah jawab dalam jawapan lisan, dan saya dah bagitau JPKK sekarang bukan macam JPKK dulu, JPKK sekarang terpaksa melalui kursus kemahiran pengurusan akaun, JPKK sekarang terpaksa melalui kursus yang berkaitan dengan tatakelola, organisasi dan masyarakat. JPKK sekarang juga terdedah kepada penelitian dalam soal perundangan. Saya nak sebut di dalam dewan yang mulia ni beberapa fungsi JPKK setakat ini yang telah kita gantung tugas malah telah pun kita tamatkan perkhidmatan kerana melanggar tatakelola kewangan JPKK dan juga yang telah tidak melepasi soal yang berkaitan dengan disiplin dan juga tindakan undang-undang. Itu makluman Yang Berhormat ya. Jadi JPKK di Negeri Sembilan ini, insya-Allah kita mempunyai tapisan, kita mempunyai calon dan juga fungsi JPKK yang sangat berkaliber sekarang ini yang boleh mengurus dan juga menjalankan program-program terutamanya Program Sejati Madani dan saya juga nak minta ahli-ahli Yang Berhormat tolong teliti program-program sejati madani di bawah DUN Ahli-ahli Yang Berhormat supaya tidak disalahguna dan yang penting sekali ialah boleh memberikan manfaat kepada masyarakat di kampung itu. Yang Berhormat tak tepuk pun, kerana itu membantu Yang Berhormat. Itu bantu Yang Berhormat tu, tak payah keluar duit. Jadi saya bagi duit RM100,000 setiap kampung oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lah, kita bagi supaya Yang Berhormat tidak pening kepala, jaga kawasan baik-baik, fungsi JPKK sekarang ni tak mintak duit kepada Ahli Yang Berhormat. Kalau yang mintak duit tu maknanya perniagaannya merugikan.

YB Gemas ya, ada YB Gemas? YB Gemas takda saya langkau ya, YB Gemas dan juga YB Lui sebut yang berkaitan dengan isu yang berlaku dalam soal banjir di Felda Pasoh 2. Felda Pasoh 2 ni Parlimen saya. Bila YB Gemas wujudkan semalam, tanya tu saya tau ada Tiktok yang dinaikkan di dalam media sosial oleh boleh saya katakan, oleh pihak parti BERSATU.

Saya minta maaf ya, apabila pihak BERSATU ini jangan ambik skor markah atau skor menjadi juara rakyat kepada isu yang tidak tau asal usul. Saya nak tau, saya nak bagitau, isu Felda Pasoh 2 ni, saya nak bagitau adalah forte saya. Felda Pasoh 2 daripada tapak itu kita korek, sampailah kepada pembinaan rumah, di bawah pengawasan dan pemantauan saya, tetapi apa boleh buat, oleh kerana kawasan yang dirizabkan untuk rumah generasi kedua di Felda Pasoh 2 itu mengalami keadaan banjir yang sekarang ini, dulu kawasan itu bukan kawasan banjir, tetapi apabila perumahan Felda Generasi ke-2 Felda dah dibuat di Felda Pasoh 2 dan ketika waktu semua peserta rumah ini telah pun kita lantik, telah pun berjaya melepasi tapisan kewangan dan berjaya mendapatkan kemudahan kewangan.

Cuma belum masuk lagi, kita belum serah kunci Dato’ Yang Dipertua, berlaku hujan yang luar biasa baru-baru ni, banjir, dan banjir tu dua tiga kali berlaku, saya tahan saya bagitau pengurusan Felda jangan bagi kunci dulu. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dah bagi tarikh untuk serah kunci, saya kata no, hold on dulu dengan izin, tangguh dulu, kerana saya tak mau bila dia masuk, rumah itu mempunyai masalah dalam soal banjir, kerana itu saya dah minta pihak Felda dan juga agensi yang berkaitan supaya buat penelitian semula, di mana punca banjir sebenar, atas asas itu Felda melalui peruntukan Felda RM183,000 kita telah luluskan untuk buat longkang di kawasan-kawasan tertentu, dan apabila longkang ini siap, dan banjir kalau berlaku lagi, dan kita akan tengok pula di mana salah silap yang berlaku. Kita buat untuk menyelesaikan masalah. Dato’ Yang Dipertua, saya minta maaf ya kepada pihak yang berkaitan, kalau kita nak membela rakyat nak membela kesejahteraan rakyat, kita mesti memberikan formula, solusi kepada penyelesaian masalah, bukan kita kata bahawa inilah kerja kerajaan, inilah yang dilaksanakan oleh Felda, inilah yang diperjuangkan oleh wakil rakyat, apabila banjir rumah semua tenggelam sedangkan rumah kawasan baru. Saya nak bagitau, bagi saya formula, bagi saya formula bagaimana saya nak selesaikan. Mereka tahu tidak bahawa sebagai Ahli Yang Berhormat, termasuk Yang Berhormat daripada pembangkang, apa yang ada termaktub dalam kepala kita? Kita nak serve rakyat semaksima mungkin, mana masalah kita selesai, kerana itu Labu, Serting, Paroi, Gemas, Bagan Pinang sebut dalam dewan ini untuk beri khidmat semaksima mungkin kepada rakyat. Kita nak solve the problem, jadi kerana itu tuan-tuan dan puan-puan kita jangan terpengaruh dengan Tiktok-Tiktok ni, kadang dia merepek je tuan-tuan, saya bagitau kepada mereka yang upload dalam Tiktok tu, datang jumpa saya, bagi saya formula, bagaimana saya nak selesaikan masalah banjir. Kalau boleh selesai dengan formula yang dibagi kepada saya, saya lantik dia jadi pegawai khas saya Dato’ Yang Dipertua, ha macam tu sekali, this is not politic tetapi ini untuk Kebajikan masyarakat Dato’ Yang Dipertua,

saya minta maaf pasal level stress ni kena turunkan sedikit kerana apabila stress ni tinggi, EXCO Pertanian dia lebih bahaya daripada merokok. Saya ada 10 minit lagi Dato’ Yang Dipertua, saya akan pegang janji, insya-Allah don’t worry.

ADUN Sungai Lui bangkit soal pewarisan, saya dah jawab, bangkit soal Felcra pun saya dah jawab ya, yang tu saya tak payah jawab lagi, kita lompat lagi ya, aaa yang ni penting, Lot Generasi ke-2 Felda, lot generasi sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum pemberian lot generasi Felda Palong 12 dan 13 adalah merupakan projek perintis bagi skim pemberian lot kediaman generasi baru di Negeri Sembilan. Melalui pihak Felda sekarang ni, melalui pejabat SUK Negeri dan Bahagian Kawal Selia Felda, serta agensi teknikal yang lain telah mengadakan siri libat urus secara bersama untuk mengeluarkan satu garis panduan terma rujukan dan pelaksanaan lot generasi ke-2 Felda di Negeri Sembilan. Dan untuk makluman dewan, sehingga kini penetapan kaedah dan konsep pelaksanaan pemberian lot generasi ke-2 Felda ni masih belum dimuktamadkan oleh Kerajaan Negeri dan juga agensi yang berkaitan. Kita ada 500 setakat ini ya, kita ada 530 lot tersepit, lot tersepit tu maknanya kita tak perlu buat infra, kita tak perlu buat jalan, kita cuma bagi dia lot, lepas tu kita tap api, tap air dan dia boleh bina rumah dah. Walaubagaimanapun pemberian lot tersepit kepada generasi ke-2 Felda ni perlu diperhalusi walaupun saya bagitau kita akan serah lot generasi ke-2 Felda perlu diperhalusi, Wilayah Raja Alias ada 530 lot setakat ini. Kita ada generasi ke-2, ke-3, ke-4, Felda ada lebih 5,000 peserta, macam mana saya nak pilih, jadi kerana itu kita harus gariskan tentang penilaian secara teliti kepada mereka yang benar-benar layak untuk kita berikan lot generasi ke-2 Felda ini.

ADUN Kota, membangkitkan berkaitan usaha untuk membantu para nelayan, ini pun penting saya nak sebut dalam dewan ya, Kota ada? ADUN Kota pertamanya nelayan separuh masa dan aspek perlesenan dan insuran kemalangan di tengah lautan bagi membantu para nelayan meningkatkan ekonomi setempat. Saya fikir ADUN Kota ni timbulkan nelayan ni, di Kota ada nelayan ke Yang Berhormat? Ada Sungai Timun ya, ooo ada laut kat Kota? Dia yang dimaksudkan oleh ADUN Kota ni, kita ada 480 lesen, kita di Negeri Sembilan ni Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita ada kuota. Negeri Sembilan kita ada 480 kuota lesen nelayan apa, nelayan laut, betul tak? Dalam 480 ni Yang Berhormat Speaker dengan ADUN, kita tak boleh suka-suka tambah, katalah 480, kita ada que 1,000 lagi permohonan, dia kena tunggu 480 dia kosong. Maknanya kalau ada kekosongan melalui kemeninggalan dunia, ataupun tidak berada lagi di dunia 10, kita boleh isi 10 sahaja. Itupun 10 terpaksa melalui proses interview dan sebagainya. Proses tambah kuota ni di peringkat Kementerian, ini diluar bidang kuasa negeri. Jadi kerana itu, apabila 480

ni dah ada, kita tak boleh nak tambah dah. Tetapi yang diperjuangkan, yang disebut oleh apa ni, oleh Yang Berhormat ADUN Kota ini adalah mereka nelayan di pinggir Pantai ni, yang nelayan balik rumah petang, dia naik bot dia, pasang enjin dia, dia pergi memancing, dia pergi tangkap ikan untuk menampung keperluan mereka pada hari itu. Ini pun kita setuju, tetapi kita tak boleh bagi lesen, kerana lesen tidak membolehkan, ataupun syarat lesen tidak membolehkan kita beri seperti itu. Jadi dia tidak boleh dapat subsidi, tak boleh dapat subsidi minyak, tak dapat duit bulanan ni, tak dapat. Kerana itu Yang Berhormat apa yang kita buat, Kerajaan negeri buat adalah, Kerajaan buat dalam soal yang berkaitan penambahan ekonomi melalui ikan laut apa? Agro? Aqua, aquaculture. Aquaculture dia apa dia? Buat tanam ikan dalam tong, buat tanam ikan dalam sangkar, ataupun dalam di kolam-kolam, macam saya sendiri, saya tanam ikan, kat kolam saya, bela, bela ikan bukan tanam ikan, saya bela ikan di kolam saya, di kebun saya. Kalau untuk pengarah pertanian saya dah panggil suruh datang tengok, pengarah perikanan datang check, ikan saya Dato’ Yang Dipertua within 3 months, confirm boleh harvest saya nak buktikan sebagai EXCO Pertanian, bahawa aktiviti menambah pendapatan melalui penternakan ikan ni, boleh memberikan hasil, Dato’ Yang Dipertua. Kerana itu saya tak sibuk minta naik gaji. Pasal pendapatan saya pada jualan ikan keli, baung, patin, semua ada, kalau Dato’ Yang Dipertua tak percaya, lepas ni besok saya bawa ke dusun saya, tengok ikan yang saya bela confirm ikan ini melalui proses ternakan ikan sangkar yang kita buat di Jelebu, di Kampung Sungai Muntoh.

Yang Dipertua Dewan

Saya bawa 4 wheel boleh?

Yang Dipertua Dewan

Saya bawa 4 wheel

Eh, kebun saya tak payah 4 wheel Dato’ Yang Dipertua. Bawak kereta Dato’ Yang Dipertua yang Mercedes tu pun boleh sampai, insya-Allah, kerana kita buat kebun yang baik.

Yang Berhormat Yang Dipertua, saya mohon mencelah daripada YB Pertang.

Wah, ni jarang berlaku EXCO mencelah ni.

Ini kita mencelah ni pasal rakyat. Sepertimana yang disebut tadi, betul lah, YB Kota ni dia banyak kepada isu nelayan darat. Macam saya di Kawasan Linggi ni kita mempunyai nelayan, nelayan laut lah, dan kebanyakan yang bertanya kepada saya mereka ini adalah yang tak layak untuk memohon lesen. Sebab ada yang bekerja, tetapi mereka ni

bukanlah bekerja yang bergaji besar. Cuma mereka ini hanyalah untuk menambah pendapatan, dan juga mereka ini adalah asalnya daripada kecik memang tinggal di kawasan pesisir pantai. Jadi apabila mereka ni dah hidup, kehidupan dia dalam dunia laut ni, bila mereka dah besar mereka nak ke laut, tetapi mereka ni dihalang oleh apabila ada penguatkuasaan daripada APMM ataupun marin. Apabila mereka ni kena tangkap, mereka ni didenda dan barang keperluan mereka semuanya disita. Jadi ini yang mereka harapkan, mereka bukannya nak subsidi yang diperuntukan kepada nelayan, mereka ni hanya untuk kebenaran sahaja. Dia bukannya nak pegi jauh, hanya di pesisir pantai je. Ha tu yang saya mintak tolong lah, Yang Berhormat Pertang.

Yang berhormat, kalau saya selaku EXCO yang terlibat, kalau ada kuasa, harini saya luluskan lesen ni, Yang Berhormat, tapi punca kuasa tu takda pada Kerajaan Negeri, kalau ada pada Kerajaan Negeri, kalau EXCO tak luluskan biar saya merayu dalam EXCO untuk diluluskan bagi kepentingan pengundi Yang Berhormat. Apalagi pengundi Yang Berhormat dalam Kawasan Parlimen Port Dickson, lagi saya luluskan Yang Berhormat. Tapi punca kuasa tu takda, punca kuasa tu takda, dia kena bawak ke Kementerian kerana dia melalui peraturan dan sebagainya. Jadi sekarang ni saya dah mintak Jabatan Perikanan supaya buat pemutihan. Tengok mana kekosongan yang layak dan kita bagi. Tetapi asas kita no one left behind dengan izin. Maknanya tiada ada orang tertinggal belakang, kerana itu kita ada program penambahan pendapatan melalui beberapa perkara yang melibatkan aktiviti perikanan. Yang Berhormat kalau boleh, kumpulkan semua itu dan kita akan buat pendekatan baru supaya mereka mendapat pendapatan tambahan melalui aktiviti penternakan perikanan. Bukan penanaman ikan ya. Penternakan. ADUN Lenggeng, last ADUN Lenggeng ya, saya ada 10 minit lagi, 5 minit lagi, so ADUN Lenggeng ni dia soal projek PPRS. Saya dah bagitau ADUN Lenggeng, Lenggeng antara kawasan DUN yang paling banyak dapat projek bina baru rumah dan juga baik pulih rumah PPRS. Lenggeng paling banyak saya bagi ya. Bukan saya bagi, kerajaan bagi. Pasal apa kita bagi pada Lenggeng kerana keperluan di Lenggeng banyak yang memerlukan. Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 21 projek bina rumah baru, dan 142 projek baik pulih rumah telah pun diluluskan bagi pelaksanaan PPRS atau PPRT bagi tahun 2024 di Lenggeng ya. Bagi projek bina baru 15 rumah dah selesai buat, 1 masih dalam peringkat pelaksanaan, 5 lagi memerlukan penggantian nama, pasal apa nak ganti nama Yang Berhormat, pasal nama yang diproses pada awal tu mungkin sudah tidak lagi layak, ataupun sudah meninggal dan sebagainya. Jadi Yang Berhormat boleh la cari kepada calon-calon yang baru ya. Saya nak umumkan dalam dewan ini, rumah PPRT atau PPRS yang kita kenal pasti sudah naik harga Yang Berhormat. Dulu RM63,000 sekarang ni RM79,000 dan bina, aaaa baik pulih rumah, dulu

RM13,000 dah naik RM20,000 dan ini adalah kita ucapkan tahniah juga dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Menteri Desa dan Wilayah, kerana telahpun memberikan kenaikan kepada proses ataupun kos bina baru dan juga baikpulih rumah yang boleh dinikmati oleh masyarakat di Negeri Sembilan ini. Insya-Allah.

Dato’ Yang Dipertua, akhir sekali, akhir sekali Dato’ Yang Dipertua, yang berkaitan dengan isu bekalan air yang ditimbulkan oleh ADUN Lobak. Ada Lobak? ADUN Lobak, ADUN Lobak kata 21 kawasan Orang Asli takda bekalan air bersih. Saya nak maklum kepada Yang Berhormat ADUN Lobak, kita ada peruntukan bekalan air luar bandar. Dan bekalan air luar bandar ni untuk makluman Yang Berhormat, kita masuk ke setiap kampung, apatah lagi kampung Orang Asli kita bagi bekalan air bersih. Libat urus yang saya buat, yang jabatan kita buat, ada di kalangan masyarakat perkampungan Orang Asli tidak orang kata apa? Tidak bagitu happy dengan bekalan air yang kita hantar, kerana mereka lebih suka dengan bekalan air, apa kita panggil, air bukit ataupun air gunung ya. Air gunung, itu lebih selamat, maknanya EXCO kesihatan suka la tu, pasal dia lebih selamat, air ni kadang-kadang lebih berbahaya daripada rokok. Gurau-gurau, pasal dah petang EXCO kesihatan jangan marah.

Saya nak melebarluaskan tahap kesihatan orang haa…air bukit, Yang Berhormat pun minum air bukit? Aaa… Yang Berhormat EXCO pun minum air bukit patutlah nampak muda, walaupun aaa… ok takpa saya pun… (ketawa) Yang Berhormat Lobak ya, kita balik-balik kepada situ ya… tapi walaubagaimanapun Yang Berhormat kita sedang teliti 21 kawasan ni yang berhormat, mana-mana kawasan yang memerlukan keperluan bekalan air bersih yang orang kata apa tidak mempunyai bekalan yang cukup daripada air bukit dan sebagainya kita akan bekalkan dan bekalan air bukit ini pun bukan dia simply boleh dapat Yang Berhormat, kita akan tapkan paip dia kita akan sediakan segala kemudahan yang berkaitan dengan untuk mendapatkan ataupun nak nak orang kata apa nak tarik bekalan air itu kepada premis-premis masyarakat Orang Asli. Saya nak sebut dalam dewan yang mulia ini untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa perjuangan kita untuk membela generasi Felda untuk membela generasi masyarakat Orang Asli tidak pernah kurang dalam perancangan dan perbincangan kita. Yang Berhormat saya sebut dalam Dewan Rakyat saya sebut dalam Dewan Negeri dan dalam mesyuarat MMT pun kita bawa beberapa perkara untuk memastikan masyarakat kita no one left behind dengan izin tidak ada masyarakat yang tertinggal kebelakang dalam urus tadbir kerajaan madani di Negeri Sembilan ini insya-Allah, kerana kita mempunyai kewangan yang mencukupi kita mempunyai pegawai yang berkaliber dan kita juga mempunyai sistem urus tadbir kerajaan negeri

yang sangat baik untuk rakyat dan masyarakat. Jadi saya minta maaf kepada yang lain saya akan hantar secara bertulis secara detail kerana kita harus memberikan laluan sepenuhnya dan juga kita kena simpati kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, kerana berada seorang diri, tapi saya akan perjuangkan supaya Dato’ Yang Dipertua mendapat timbalan pada sesi yang akan datang insya-Allah. Mohon maaf daripada saya wabillahi taufik wal hidayah, Assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum, apa ni… terima kasih Yang Berhormat Pertang. Sekarang saya persila kan Yang Amat Berhormat Sikamat untuk mengulung perbahasan.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Bismillahirrahmanirrahim Dato’ Yang Dipertua, saya terus jawablah Dato’ Yang Dipertua ya, terima kasih kepada semua ADUN yang menyampaikan Titah menyokong titah ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Saya terus ke Johol, isu dibangkitkan kemudahan dewan terbuka kemudahan komuniti. Dato’ Yang Dipertua, saya melihat bahawa memang ada keperluan di setengah-setengah kawasan dan apa yang paling penting ada permohonan dan saya harap dapat diselaraskan dan di pihak PBT dan Pejabat Daerah supaya melihat apabila dewan-dewan dan pusat-pusat komuniti ini dibina untuk kita melihat supaya kerja-kerja membaik pulih memastikan bahawa dewan itu dapat dalam keadaan yang baik dapat kita selaraskan setiap masa apabila kita bina banyak kemudahan tetapi tidak ada maintenance akan menyebabkan ia menjadikan satu perkara yang amat buruk di kawasan-kawasan kita.

Dato’ Yang Dipertua, itu daripada Johol saya harap bahawa jika ada permohonan boleh terus dikemukakan untuk kita pastikan bahawa jika ada jika, ada jika ada kemampuan baik pulih kerajaan bagi untuk kita meneruskan ataupun daripada KPKT ataupun daripada jabatan ataupun kementerian-kementerian yang lain. Soalan ADUN Johol mengenai pasukan atau jawatan khas pelaburan Negeri Sembilan bagi tujuan pelaburan alternatif terutama bagi tujuan teknologi hijau dan teknologi pintar, dalam kita menilai sebarang bentuk pelaburan pembangunan di negeri ini berbagai platform yang dilalui bagi pertimbangan sebelum sebarang keputusan dibuat. Jawatankuasa diwujudkan juga bagi semakan prestasi semasa kerajaan negeri, dari segi pelaburan kemajuan semasa projek-projek utama dalam menyokong pembangunan dan pelaburan di Negeri Sembilan untuk maklumat yang Berhormat ADUN Johol pada masa ini tidak telah wujud jawatankuasa bertindak pelaburan dan perindustrian yang dipengerusikan bersama saya dan YB EXCO perindustrian selain keanggotaan daripada wakil-wakil daripada kerajaan negeri, persekutuan dan swasta, YB EXCO dan YB ADUN juga turut terlibat sama iaitu YB EXCO Kerajaan Tempatan Perumahan

Pengangkutan YB ADUN Chuah, YB ADUN Lenggeng. Selain daripada itu juga terdapat dua Jawatankuasa Koordinasi Perlaksanaan Dan Halatuju Pembangunan Malaysian Vision Valley 2.0 yang meneliti cadangan-cadangan projek pemangkin dalam kawasan MVV 2.0 Platform ini turut melibatkan pihak Kementerian yang berkaitan serta pemaju bagi semakan sebarang cadangan pembangunan dalam rangka kawasan MVV2.0. Dalam masa yang sama sebarang cadangan pelaburan yang diterima akan diperhalusi agensi berkaitan pelaburan negeri bagi memastikan keabsahan usul tersebut.

Oleh itu berkenaan cadangan mewujudkan Jawatankuasa Khas Pelaburan Negeri Sembilan bagi tujuan pelaburan alternatif terutamanya berkaitan teknologi hijau dan pintar dirasakan tiada keperluan buat masa ini tetapi kita tidak menolak untuk menerima cadangan-cadangan tersebut untuk dikemukakan pada jawatankuasa sedia ada. Penubuhan satu pasukan jawatankuasa tadi saya telah jawab GLCIS. Sehingga kini terdapat 5 badan berkanun negeri yang ditubuhkan di bawah enakmen untuk melaksanakan fungsi dan ojektif penubuhan masing-masing, pemilihan calon pengarah tersebut adalah daripada kalangan tokoh-tokoh yang mempunyai pengalaman kompetensi yang tinggi dalam bidang-bidang yang telah dikenalpasti. Walau bagaimanapun kerajaan negeri bersedia untuk mempertimbangkan keanggotaan tambahan di kalangan ADUN yang difikirkan bersesuaian tertaluk kepada kuota ALP Ahli Lembaga Pengarah yang masih belum diisi. Itu ADUN Johol mengenai kutipan MAINS kita sedia maklum bahagian kutipan kita ucap tahniah kepada MAINS pada tahun lepas mereka telah meningkatkan kutipan bahagian zakat bahagian kutipan zakat inisiatif kutipan zakat dan program pembangunan dan pendidikan asnaf kita ada bahagian kutipan melalui amil masjid, kedua, menyediakan kemudahan bayaran zakat secara online ketiga, melantik agen kutipan zakat online keempat, menyediakan aplikasi pembayaran zakat kelima, sistem e-majikan keenam sinergi perkasakan zakat perniagaan bersama sektor awam dan swasta ketujuh, skim wakalah kelapan, cadangan skim kafalah muzakki yang telah dilaksanakan.

Bahagian agihan zakat pula, ialah MAINS menyediakan bantuan pendidikan asnaf fakir miskin, miskin, mu'alaf dan fisabilillah bagi pelbagai peringkat pengajian bermula dari prasekolah hingga ke doktoran PHD sebagai kemudahan pendidikan yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan setiap anak asnaf selain daripada bantuan Pendidikan, MAINS juga melaksanakan program pembangunan pendidikan dan pembangunan kerohanian asnaf dan anak-anak asnaf seperti berikut. Pertama, bantuan secara online seiring era digitalisasi. Kedua, kelas halakah ilmu dan talaki kerohanian. Ketiga, tusyen anak asnaf MAINS. Keempat, program keterjaminan pekerjaan dan kursus

pendek latihan pembantu jurawat melibatkan peruntukan sebanyak RM160,000 sijil pemasangan perancah yang melibatkan peruntukan RM89,000 program pengurusan belajar motivasi diri untuk anak asnaf dan keenam, hala tuju pendidikan dan kerjaya lepasan SPM bagi anak-anak asnaf MAINS. Selain bantuan dan program pendidikan asnaf MAINS juga mengadakan program pembangunan keusahawanan asnaf MAINS bagi meningkatkan pendapatan dan ekonomi keluarga asnaf.

Di antara pembangunan yang dilaksanakan adalah seperti berikut. Penternakan madu lebah kelulut seramai 20 orang yang melibatkan perbelanjaan RM142,300. Program penternakan ayam kampung kacuk selamai 15 orang melibatkan perbelanjaan RM149,500. Program pembungkusan produk asnaf dengan kerjasama SIRIM seramai 20 orang melibatkan perbelanjaan RM120,000. Keempat, program pembenihan anak udang galah dengan kerjasama Agrobank seramai 2 orang program perkhidmatan urutan tradisional MyBidan seramai 15 orang melibatkan perbelanjaan RM84,000. Kursus pembuatan pastri dan kerjasama dengan akademi kemahiran USIM seramai 15 orang melibatkan perbelanjaan RM10,000 dan program pembuatan produk frozen keropok lekor dan bebola ikan dengan kerjasama Kolej Komuniti Tampin seramai 5 orang melibatkan perbelanjaan RM20,000. Chennah berkenaan bajet tambahan bagi belanjawan tambahan bantuan touchpoint kepada rakyat. Terima Chennah atas pengiktirafan dan skor A+ yang diberikan kepada urus tadbir kewangan Negeri Sembilan. Kejayaan ini turut dikongsi bersama seluruh jentera perkhidmatan awam Negeri Sembilan, di mana penambahbaikan dan pengurusan dan tadbir urus kewangan terus diperkasa melalui pelan pengurusan kewangan MADANI.

Kerajaan Negeri mengambil perhatian dengan cadangan YB DUN Chennah berkenaan bajet tambahan bagi tujuan tambahan bantuan touchpoint kepada rakyat sebelum daripada belanjawan surplus pada tahun 2024 sukacita saya ingin merakamkan seperti semua sedia maklum belanjawan 2024 merupakan pencapaian terbaik dalam sejarah kita, kedudukan rizab kerajaan negeri juga semakin mengukuh di mana berakhir 31 disember 2024 menunjukkan peningkatan yang signifikan iaitu RM724.74 juta berbanding RM599.5 juta pada tahun 2023 yang lalu. Kerajaan negeri bersedia untuk mempertimbangkan cadangan ini khusus untuk bantuan kesejahteraan rakyat yang bersifat touchpoint dan quick win namun cadangan bajet tambahan perlu diteliti di mana implikasi kewangan yang terbabit perlu diselaraskan menggunakan penjimatan diperuntukan sedia ada terlebih dahulu dan tambahan akan dibuat mengikut keperluan, langkah ini bagi memastikan tambahan peruntukan yang dibuat dapat dibelanjakan dengan optimum selaras dengan perbelanjaan berhemah.

ADUN Chennah isu yang dibangkitkan mencadangkan agar pihak berkuasa negeri mempercepatkan urusan kebenaran merancang KM bagi pembangunan AI container, pemberian tanah bagi pembinaan jeti pelabuhan ai port telah diluluskan pada 19 Mac 2025 dan keseluruhan ini melibatkan tanah dasar laut. Sehubungan dengan itu kawasan yang diluluskan tersebut perlu diwartakan bagi maksud perluasan daerah dan mukim terlebih dahulu bagi membolehkan hak milik didaftarkan. Pada masa ini sijil pembebasan upah ukur telah diluluskan oleh Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Sembilan dan seterusnya Pejabat Daerah Tanah Port Dickson dalam tindakan mengemukakan permintaan ukur kepada jabatan ukur dan pemetaan JUPEM Negeri Sembilan untuk menyediakan draf warta bagi perluasan daerah dan mukim sebelum surat kelusan dan Notis 5A dapat dikeluarkan.

Labu isu berbangkit satu premis asrama pekerja CIDB penggunaan bahan binaan yang tidak diperakukan oleh CIDB. Tapak projek yang dimaksudkan sudah berada dalam pemantauan dan siasatan CIDB sejak awal tahun ini berdasarkan siasatan setakat ini wujud ketidakpatuhan kontraktor ke atas undang-undang yang sedang berkuatkuasa Akta 520 selaras dengan bidang kuasa dan peruntukan Akta 520 CIDB telah dan sedang mengambil tindakan seperti berikut. Pertama mengarahkan pemberhentian penggunaan bahan binaan yang tidak kedua, memberhentikan kerja-kerja pembinaan sehinggalah ketidakpatuhan diperbetulkan dan keselamatan dijamin oleh kontraktor, ketiga memulakan tindakan perundangan dengan penawaran kompaun, keempat mengarahkan keseluruhan pekerja yang terlibat diaktridasi kompetensinya dan lain-lain tindakan selaras dengan Akta 520. Lantikan AJK masjid kawasan Labu berstatus bankrup.

Yang Berhormat, Yang Berhormat, boleh…Yang Berhormat, sedikit berkenaan projek tu.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Saya rasa dah jawab semua dah.

Boleh? Minta izin Yang Berhormat, ni saya rasa untuk kepentingan awam jugak. Sedikit.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHSikamat

Saya dah jawab dah. Sekarang bawah CIDB lagi ya, dalam siasatan lagi. Berdasarkan aduan daripada pelbagai pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah membuat siasatan secara menyuruh bagi setiap isu yang dibangkitkan bagi tujuan pengesahan segala maklumat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah memanggil Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari masjid berkenaan pada 27 Mac 2025 dan 7 April 2025, hasil daripada pertemuan-pertemuan sebut maka didapati Setiausaha

masjid berkenaan muflis dan terdapat konflik serius dalam kalangan ahli jawatankuasa hingga menjejaskan pentadbiran masjid. Sehubungan dengan itu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam mengeluarkan surat penggantungan jawatankuasa masjid tersebut yang berkuatkuasa pada 21 April 2025.

Yang Berhormat, minta maaf, yang berkenaan CIDB tadi tu, saya perlu mohon sedikit masa, Baik Yang Berhormat, saya ada sedikit laluan, aaa yelah nasihat mungkin, saya gunakan nasihat daripada Pertang, memberi pandangan kepada Kerajaan Negeri. Melalui carian dalam kontraktor Yang Berhormat, syarikat cina kontraktor ni, dia sejak 2018 telah melakukan sekurang-kurangnya, beberapa kesalahan sejak 2018, yang kedua syarikat Syarikat China State Construction Engineering ni merupakan antara 14 syarikat terbesar di dunia dengan capitalnya 320 US billion. Jadi Yang Berhormat saya mohon sebab tindakan diambil oleh CIDB ini pada sejak bulan Februari 2025 dah hampir dekat 2 bulan 3 bulan sehingga hari ni masih lagi tidak selesai dan projek ni akan selesai pada bulan kalau tak silap saya dalam bulan 5 ke bulan 6, jadi saya mohon kepada Yang Berhormat jika dalam tempoh satu minggu ni mereka gagal menyelesaikan apa requirement daripada CIDB projek ni harus diberhentikan balik dalam minggu depan, kalau tidak lepas mereka siap bermaksud tak ada tindakan daripada Kerajaan Negeri yang paling mustahak satu syarikat yang 14 antara syarikat mega di dunia ni seolah-olah memandang negara dunia ketiga ni boleh dia punya sistem perundangan itu boleh di kotak-katikkan. Jadi itu menjadi satu penghinaan kepada kita, sebab bila projek ni siap adakah keselamatan disebabkan bahan binaan ni bahan binaan ni mengikut spek yang telah ditetapkan kalau mereka gagal kita jangan keluarkan CCC mengikut kuasa yang ada oleh PBT terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Ok, terima kasih. Apa juga binaan ada di bawah CIDB dia punya apa? dia punya bahan binaan ataupun cara pembinaan itu di bawah CIDB. Kita di bawah PBT mengikut peraturan kita luluskan apa spek yang mereka hantar kepada Kita. kita tak ada kuasa tentang bahan binaan, kita tidak ada kuasa untuk apa juga mengenai Akta 520 ini hanya boleh dilaksanakan oleh CIDB. CIDB dalam ini dah menyatakan bahawa apa tindakan yang telah diambil. Jadi saya rasa kita kena akur dengan CIDB sebagai pihak pelaksana dan saya harap bahawa kita patuh kepada perkara tersebut dan biarkan CIDB meneruskan kawalan terhadap syarikat ini.

Dato’ Yang Dipertua, saya teruskan tadi dengan Labu mengenai jalan-jalan Labu yang semakin sesak. Beberapa tindakan sedang diambil oleh JKR Negeri Sembilan berhubung dengan perkara ini. Pertamanya di bawah Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12, Kementerian

Kerja Raya telah meluluskan projek menaik taraf FT362 dari Sekyen 0.4 kepada Seksyen 3.1 lingkaran tengah membina jejambat merentasi lebuhraya dengan kos RM194 juta. Tarikh milik tapak dari 9 April 2025 JKR juga melaksanakan projek membina jalan baru Nilai Labu Bandar Enstek dengan kos sebanyak RM225 juta tarikh milik tapak 23 Julai 2024 dan tarikh siap 20 Julai 2026. JKR Negeri Sembilan juga mengangkat permohonan di Bawah Rolling Plan Pertama RP1 Rancangan Malaysia Ke-13, menaik taraf jalan Pajam Nilai Salak daripada seksyen 4 hingga seksyen 7.6 Daerah Seremban. Kementerian Kerja Raya bagi mengatasi masalah kesesakan lalu-lintas laluan tersebut kerja-kerja dilaksanakan selepas peruntukan diluluskan. Seremban Jaya, masalah air bertakung di atas jalan jalan di hadapan JPJ Kampung Baru Rahang, Jalan Batu 4½ Jalan Tampin, Jalan Taman Tuanku Jaafar. Lokasi tersebut dengan isu banjir kilat adalah dalam laluan persekutuan Jalan Tampin Seremban untuk makluman lokasi memerlukan kerja-kerja naik taraf longkang bersaiz yang lebih kecil kerana saiz yang ada sekarang kecil dan tidak dapat menampung jumlah air hujan yang banyak serta kebanyakannya tidak dapat diakses disebabkan longkang bertutup dan dihalang oleh binaan kekal. kerja menaik taraf longkang di dalam bandar juga sukar dilaksanakan kerana rezab jalan yang terlalu sempit.

Sebagai langkah alternatif pihak konsesi telah melaksanakan kerja pembersihan dan tindakan awalan untuk memecah keep walkway dan pembinaan scaperdrain di lokasi tersebut bagi membolehkan aliran air berjalan dengan lancar. ADUN Seremban Jaya berhubung tanah runtuh Taman Seremban Garden, pihak majlis telah memohon peruntukan MARRIS bagi kerja pembaikan cerun di kawasan sebut pada bulan April 2025 dengan kos anggaran RM200,000 dijangka iklan sebut harga akan dikeluarkan pada 15 Mei 2025. ADUN Seremban Jaya, PDRM isu keselamatan kawasan perumahan perlu diberi perhatian serius mesyuarat pencegahan telah dibuat setiap bulan oleh PDRM bagi kawasan hotspot yang berlaku jenayah samun, jenayah harta benda yang lain seperti pecah rumah, curi kenderaan dan lain-lain kes PDRM telah mengadakan operasi bersepadu setiap hujung minggu melibatkan elemen dari balai di daerah, Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik. Secara keseluruhan terdapat penurunan Kes bagi semua kategori jenayah Samun bagi tempoh 1 Januari 2024 sehingga 28 April 2024. Sebanyak 59 kes dilaporkan berbanding tempoh sama tahun 2025. Di mana 26 kes sahaja dilaporkan. Ini menunjukkan penurunan sehingga 33 kes yakni 55.9% Sebanyak 9 kes samun dalam rumah dilaporkan dalam tempoh kajian 1 Januari 2025 sehingga 27 April 2025. Walau bagaimanapun tindakan telah diambil ke atas kes semua kes telah mencapai penyelesaian Kes 100% serta 2 kes telah dituduh di mahkamah. Walaupun ada dakwaan kes meningkat tapi hakikatnya berdasarkan statistik kontinjen Negeri Sembilan masih

menyatakan penurunan 19% bagi tempoh 1 Januari 2025 sehingga 27 April 2025 berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Tindakan pencegahan telah dijalankan dan akan diteruskan meningkatkan kerondaan di kawasan perumahan bagi mengekang kejadian samun berlaku.

Jeram Padang, kemudahan pelaburan infrastruktur utiliti kemudahan awam, kemudahan jalan raya amat penting untuk menyokong perkembangan industri dan pelaburan di seluruh negeri Sembilan apakah status pembinaan Lebuhraya Madani, penyelenggaraan jalan melalui Kuala Pilah, isu kesesakan semakin kritikal, khusus semasa musim perayaan. Penyelenggaraan jalan perlu diberi perhatian serius di kawasan perkampungan Orang Asli Kampung Pancor, penyelenggaraan infrastruktur di kawasan Felda, JKR perlu memantau lebih berkesan kerja-kerja pembaikan jalan kerana berlaku kualiti turapan. Untuk makluman Di Bawah Rolling Plan Ke-5 RMK Ke-12, Kementerian Kerja Raya telah meluluskan projek cadangan jalan raya Kuala Pilah by pass dari Tanjung Ipoh ke Kampung Gentam Daerah Kuala Pilah, projek dalam proses lantikan juru perunding dan Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia. JKR Negeri Sembilan juga telah mengangkat permohonan di bawah Rolling Plan Pertama RP-1 RMK Ke-13 bagi tajuk membina jalan baru dari Ulu Bendul Ke Tanjung Ipoh Daerah Kuala Pilah Negeri Sembilan Darul Khusus. Kerja awalan reka bentuk dan pengambilan tanah Kementerian Kerja Raya kerja-kerja akan dilaksanakan selepas peruntukan diluluskan.

Pihak JKR Jempol akan memasang papan tanda had penyelenggaraan JKR melalui peruntukan khas Jurutera daerah fasa II sekiranya peruntukan tersebut diluluskan jalan persekutuan terlibat adalah FT10 dan FT11. Kerosakan sering berlaku disebabkan trafik yang melebih had berat melalui jalan tersebut iaitu lori-lori dari kilang, simen dan kuari berhampiran CIMA, Cement. Pada tahun 2020 sehingga 2025 JKR Daerah Jempol telah menggunakan peruntukan sebanyak RM4.7 juta untuk penyelenggaraan jalan di laluan kilang simen, iaitu Jalan Jelai, Rompin, Jalan Batu Kikir Pertang N17 kelulusan peruntukan adalah bagi jalan N20 dan dari tahun 2025 adalah sebanyak 4.7 juta mengikut tahun dan tahun lepas saja 550 ribu pada masa ini, JKR Negeri Sembilan telah menyediakan kertas pemohonan peruntukan penyelenggaraan jalan negeri MARRIS dengan menggunakan kaedah reconstruction di Jalan Jelai, Rompin N20 dan Batu Kikir Pertang N17 yang terjejas. Bagi memastikan isu kerosakan jalan dapat diselesaikan. Pihak JKR Negeri Sembilan turut bercadang untuk melantik perunding bagi mengkaji keseluruhan kawasan yang terlibat memandangkan kewujudan kuari bersebelahan jalan serta terdapat cadangan pembesaran kuari sedia ada

pada kiri dan kanan jalan N20 akan mewujudkan risiko lubang benam sinkhole yang akan berlaku pada masa hadapan.

Klawang, Negeri Sembilan Fastlane, bagi meningkatkan jumlah pelaburan masuk dan merancakkan ekonomi Majlis Daerah Jelebu telah mulai melaksanakan langkah-langkah memudahcara berikut menyelaras dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan pembangunan tanah yang meliputi permohonan kebenaran merancang pelan pembangunan dan pelan-pelan keperluan teknikal yang lain kedua, memendekkan norma masa yang memudahkan cara proses permohonan kebenaran merancang pelan pembangunan dan perakuan permohonan pembangunan hartanah. Jadi ini antara yang dilakukan di Majlis, Majlis Daerah Jelebu. ADUN Klawang selekoh-selekoh merbahaya di Jalan Klawang Seremban. Perancang yang keduanya serangan binatang liar. Jalan yang terlibatlah jalan Seremban Kuala Klawang Simpang Pertang FT086 berkenaan dengan selekoh-selekoh merbahaya di Jalan Seremban Kuala Klawang Simpang Pertang Jalan Bukit Tangga seksyen 19 hingga 23 untuk menambahbaik keadaan dan perabot jalan pihak JKR telah memohon peruntukan dalam penswastaan penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan semenanjung Malaysia zon selatan. Untuk makluman juga, peruntukan bagi memperelok lokasi kerap berlaku kemalangan black spot yang telah dilaksanakan bagi tahun 2021 sebanyak RM308,000 dan tahun 2023 sebanyak RM349,000. Kerja pemasangan lampu jalan juga sedang dilaksanakan pada tahun 2025 sebanyak RM100,000. Sebanyak 8 bilangan yang dijangka siap pada 29 Mei 2025. Pihak JKR Negeri Sembilan juga sedang merancang untuk memasang papan tanda amaran keselamatan yang akan diselaraskan bersama Pejabat Perhilitan berkenaan lokasi-lokasi yang sesuai untuk memasang papan tanda tersebut JKR telah memohon peruntukan Daripada Cawangan Selenggara Fasiliti. Jalan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur pada 12 November 2024 berjumlah RM200,000 bagi peruntukan pemasangan perabot jalan yang bersesuaian di jalan Persekutuan namun masih belum mendapat kelusuan. Tindakan pemasangan perabot jalan akan diambil selepas mendapat peruntukan.

ADUN Klawang, Pelabuhan Container Port Dickson, pembangunan projek Smart AI Kontainer Port Dickson membabitkan kawasan seluas 584 ekar dari keseluruhan kawasan tersebut kawasan tanah seluas 404 ekar adalah milik tanah pemaju projek manakala selebihnya membabitkan tanah kerajaan yang dipohon pemberi milikan oleh MBI Negeri Sembilan. Projek ini telah mendapat Kelulusan Maritime Risk Assessment (MRA), daripada Jabatan Laut Dan pada 30 September 2024. Selain cadangan turut telah dibentangkan diluluskan oleh Mesyuarat Pembangunan Fizikal Negara yang bersidang pada 24 April 2025. Meskipun begitu kerja-kerja tanah dan pembangunan di atas tapak

tersebut hanya akan bermula setelah kelulusan yang berkaitan diperolehi daripada pihak berkuasa tempatan. Bekalan air nanti saya akan jawab seluruh ni untuk bekalan air.

Jabatan Perhilitan, serangan haiwan liar, ini tadi kita sedia maklum bahawa Jabatan Hidupan Liar telah saya jawab siang pagi tadi. Cadangan untuk menaik elaun bulanan kepada Pengerusi Setiausaha dan Bendahari Masjid. Kita memang belum ada rancangan untuk menyediakan secara bulanan diberikan kepada jawatan kuasa utama Pengerusi Setiausaha dan Bendahari Masjid walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan telah menyalurkan bentuk saguhati secara one-off kepada jawatan kuasa kariah masjid seluruh Negeri Sembilan pada setiap tahun bagi tahun ini, kita telah sampaikan RM777,000. Pada tahun 2024, RM624,000. Pada tahun 2023 RM608,000 dan pada tahun 2022 sebanyak RM599,940.

ADUN Juasseh menaikkan Elaun Guru KAFA. Cadangan menaikkan elaun Imam Bilal dan Siak, cadangan membaik pulih Masjid Warisan, cadangan Penyelarasan pelantikan AJK Surau. Program untuk golongan muda belia di masjid meningkatkan syiar islam. Cadangan menaikkan elaun Kerajaan Persekutuan telah menaikkan Elaun Guru KAFA Sebanyak RM100 bermula Januari 2023 Melalui Belanjawan Malaysia Madani 2023. Selain itu, Kerajaan Negeri turut mengambil Inisiatif memberi penambahan sebanyak RM150 iaitu RM50 daripada Kerajaan. Manakala RM100 daripada MAINS menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,420. Selain itu, Guru KAFA Tulen di Negeri Sembilan turut menerima sumbangan bantuan khas kewangan setiap tahun sekurang-kurangnya RM500. Sejak tahun 2010. Kedua, cadangan menaikkan elaun Imam, Bilal, Siak dan Pembantu Am Wanita. Elaun sedia ada diterima oleh Imam-imam Masjid Seluruh Negeri Sembilan berjumlah RM850. Bantuan kewangan secara one off dua kali setiap tahun. Terdapat juga imam-imam yang menerima elaun tambahan yang dibayar oleh pihak masjid sendiri. Selain daripada itu ada di kalangan imam-imam yang menerima pendapatan tambahan hasil daripada Guru Takmir sebanyak RM800 sebulan dan Guru KAFA sebanyak RM1,450 sebulan. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan ini dan akan diperhalusi dari pada masa ke semasa. Melalui inisiatif baru di bawah peruntukan Kerajaan Negeri 2025 caruman SOCSO kepada Bilal, Siak dan Pembantu Am Wanita iaitu skim perlindungan sosial diteruskan melibatkan selamai 1,532 orang dengan jumlah peruntukan RM560,000.

Cadangan membaik-pulih Masjid Warisan Kampung Terusan yang berpotensi menjadi tumpuan pelancong telah dibaik pulih pada tahun 2019 oleh Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dengan peruntukan

RM150,000. Cadangan penyelarasan pelantikan AJK Surau. Pelantikan AJK Surau seluruh Negeri Sembilan sedia ada adalah berdasarkan kaedah Jawatankuasa Surau Negeri Sembilan pada tahun 2002 di mana pelantikan adalah berdasarkan Mesyurat Agong. Walaubagaimanapun, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam sedang menyemak semula peraturan masjid dan surau Negeri Sembilan termasuk tatacara pelantikan AJK surau supaya lebih sesuai dengan kehendak semasa. Program golongan muda belia di masjid untuk meningkatkan syiar Islam. Sememangnya menjadi tumpuan Jabatan Agama Negeri Sembilan untuk disantuni dari tahun 2020 hingga 2024, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan telah menyantuni sebanyak 73,073 orang remaja belia di Negeri Sembilan dalam pelbagai bentuk program yang sesuai minat golongan terbabit antaranya pertandingan sukan, hiking, Fun run, kelas tuition percuma E-sport dan kelas kemahiran. Dalam setiap program tersebut dimasukkan elemen-elemen pendidikan dan pengajaran islam seperti bersuci, solat berjemaah solat musafir dan juga pendidikan dari aspek pengukuhan akidah dan akhlak.

Seri Tanjung, banyak lagi ya, risiko berlakunya insiden profil tinggi seperti boiling liquid, expanding vapor explosion, patronal hrc adalah merupakan instalasi yang sensitif yang sentiasa dipantau tahap keselamatan secara keseluruhannya sebagai ketetapan Arahan Keselamatan yang telah dikeluarkan oleh Jemaah Menteri pada tahun 1993. Satu jawatankuasa dibentuk merangkumi pelbagai agensi Keselamatan seperti Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan diselaraskan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan CGSO, Jabatan Perdana Menteri Negeri Sembilan bagi memantau keselamatan fizikal instalasi tersebut jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Gemas, Kesesakan Lalulintas Jalan Kuala Pilah. Pentadbiran Daerah Kuala Pilah pernah merancang mengadakan libat urus tadi pun saya dah jawab sebahagian kita ambil maklum dan kita juga sedang berurusan untuk memastikan lebuhraya madani akan menjadi kenyataan. Gemas, jejambat untuk makluman jalan dan jambatan sedia ada telah pun didaftarkan sebagai jalan negeri iaitu Jalan Gemas KTMB N85 Dan telah didaftarkan dalam sistem Marris Online pada Februari 2025. Peruntukan untuk Penyelenggara laluan ini telah mendapat Kelulusan di bawah peruntukan Marris pada 14 Februari 2025 Sebanyak RM200,000 Dengan skop kerja penyelenggaraan Turapan Jalan, Perabot Jalan dan Longkang. Program ini Masih dalam proses penilaian sebut harga. Kerja fizikal dijangka akan bermula dilaksanakan pada Mei 2025. Tindakan jangka masa pendek telah pun dilaksanakan oleh JKR Daerah Tampin

seperti membaiki turapan yang berlubang Dan juga mendap serta penyelenggaraan bahu jalan. ADUN Gemas, Pelombongan pasir Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, bertarikh 16 Disember 2020 dan 1 Mac 2023 Telah membuat keputusan antara lainnya agar Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemuliharaan sungai dengan kaedah timbal balik untuk makluman kerja-kerja pengeluaran dan mengalihkan dan mengangkat bahan bantuan pasir secara timbal balik hasil di sungai Muar, Gemas telah bermula sejak 2023 di bawah pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan. Pada masa kini terdapat sebanyak 5 Permit diluluskan oleh Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan dengan jumlah keseluruhan hasil yang disumbangkan melalui kutipan bayaran royalti pada tahun 2023 dan 2024 berjumlah RM384,000 seperti perincian berikut. Dia ada 5 tempat dan telah dapat RM384,000. Berdasarkan keputusan MMKNS bertarikh 16 Disember 2020 dan MMK 1 Mac 2023 JPS Negeri Sembilan telah diminta memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemuliharaan sungai atau kolam disempurnakan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pengeluaran penjualan pasir dilaksanakan oleh pemegang konsesi. Oleh itu pentadbiran ini tiada maklumat mengenai anggaran kos pemuliharaan sungai di Sungai Muar Gemas.

Sungai Lui, menaik taraf infrastruktur baru yang diumumkan amat diperlukan. Pejabat Daerah Tanah Jempol telah melaksanakan 5 projek pembinaan baru serta naik taraf longkang dan pembentung dengan kos peruntukan RM270,000 di sepanjang tahun 2024 hingga Mac 2025. Dua kerja rutin pemotongan rumput dan pembersihan longkang serta saliran dengan jumlah kontrak RM400,000 telah dilaksanakan di kawasan kritikal banjir di sekitar Sungai Lui. Usaha ini mengurangkan risiko banjir di kawasan kritikal kecuali berlaku hujan lebih, hujan lebat luar jangka. Forum Jawatankuasa Bertindak Pembangunan daerah JTPD telah dijadikan platform cadangan pembangunan oleh masyarakat setempat melaui kawasan dan perbincangan dengan agensi kerajaan yang strategik yang merupakan ahli tetap mesyuarat tersebut beberapa isu setempat cadangan projek infrastruktur baru telah menggunakan platform JTPD mendapat tempat dalam pelaksanaan projek persekutuan seperti Kompleks Sukan Mini Batu Kikir serta Projek Naik Taraf Jalan Utama Bahau Keratung.

ADUN Sungai Lui, berapakah keluasan tanah kerajaan yang diceroboh sejak tahun 2023 hingga 2024 berapakah bilangan operasi tindakan penguatkuasaan pembukaan tanah haram, dan ketiga berapa banyak tanah telah berjaya dipulihkan. Jawapan pertama pada tahun 2024 seluas 422.71 hektar tanah kerajaan melibatkan 237 kes pencerobohan melibatkan seluruh daerah di Negeri Sembilan telah diduduki tanpa sah

di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara. Jawapan kedua, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memastikan tanah kerajaan dilindungi daripada sebarang bentuk pencerobohan dan pemantauan berterusan penguatkuasaan undang-undang secara berkala serta pelaksanaan tindakan segera terhadap sebarang aktiviti pencerobohan. Sepanjang tahun 2023-2024 sebanyak 97 operasi tindakan penguatkuasaan dilaksanakan dan jawapan yang ketiga sebagai langkah tegas membendung pencerobohan tanah kerajaan Negeri Sembilan, pejabat daerah tanah telah melaksanakan tindakan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara yang membolehkan arahan pemberhentian kerja-kerja pembersihan yang atau pendudukan tanpa sah di atas tanah yang telah diteroka secara haram. Tindakan ini merangkumi tindakan mengeluarkan notis hingga tindakan pembersihan dan pemulangan tanah ke dalam keadaan asal agar ia boleh digunakan semula untuk tujuan yang sah dan dirancang. Penguatkuasaan ada 237 luas 422 hektar, bilangan operasi sebanyak 97 operasi. Sungai Lui bagi menjaga kebajikan guru KAFA tadi saya dah jawab.

Lukut, berkaitan kes-kes kemalangan libatkan langgar lembu saya rasa juga telah dijawab, mengenai aduan kehadiran buaya di perairan Port Dickson, perangkap buaya telah dipasang dan terpaksa dibuka memandangkan keadaan laut tidak sesuai untuk pemasangan perangkap dan tindakan seterusnya adalah pemantauan berterusan dijalankan oleh Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan bagi mengurangkan kebimbangan orang ramai berhubung kehadiran buaya tersebut. Dia ada masa-masa tertentu. Pencemaran Sungai Linggi bagi tujuan mengurangkan risiko dan kekerapan berlakunya kejadian pencemaran, kita telah bersetuju supaya Jawatankuasa Kecil Kualiti dan Tindakan Bencana Pencemaran Sumber Air Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 2024 dimana Yang Amat Berhormat Menteri Besar bertindak sebagai Pengerusi kepada jawatankuasa ini manakala Pengarah Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan bertindak sebagai Pengarah Operasi dan pengarah Jabatan Air Alam Sekitar Negeri Sembilan sebagai Timbalan Pengarah Operasi. Jawatankuasa ini ditubuhkan sebagai penggerak dan platform utama kepada semua jabatan utama yang berada di Negeri Sembilan untuk beroperasi secara bersepadu mengelakkan bertindak secara silo di dalam membendung kes pencemaran air mentah di Negeri Sembilan. Jawatankuasa ini menerusi jawatankuasa ini rondaan pemantauan secara 24 jam setiap hari pada setiap hujung minggu telah dibuat melibatkan pelbagai jabatan, seperti Jabatan Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Majlis Bandaraya Negeri Sembilan, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Pejabat Pengarah dan Tanah Galian Negeri Sembilan. Risiko pencemaran Sungai Linggi tetap ada walaupun operasi bersepadu telah diadakan disebabkan terdapat banyak kawasan yang sukar untuk

diakses oleh pihak penguatkuasa ketika rondaan. Justeru Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan bercadang untuk melantik perunding ukur untuk melaksanakan kerja ukur di sepanjang sungai utama yang berisiko tinggi bagi menandakan pembinaan-pembinaan dan sistem saliran supaya membolehkan rondaan dan pemantauan dilaksanakan dengan lebih efisien. Isu pengemis tadi sudah dijawab. Penguatkuasaan MPPD cara mengendalikan perlu dilaksanakan secara harmoni, kita sedia maklum isu ini telah selesai lama dan telah diharmonikan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson.

Saya ucap tahniah dan ADUN Kawasan ketika itu. Letupan di Putra Heights berdasarkan tapak pagar telah dibuat bagi kawasan paip yang berada di atas permukaan tanah dan bagi paip yang ditanam tiada pagar disediakan dan terdapat papan-papan tanda sepanjang laluan dan saya harap pihak MPPD dapat memantau laluan paip tersebut dan memastikan papan-papan tanda yang boleh dilihat oleh orang ramai. Dan apa yang paling penting adalah pemeriksaan secara berkala oleh Jawatankuasa Penting Negeri Sembilan Sasaran Penting Negeri Sembilan turut dilaksanakan oleh jabatan berkaitan. Seri Menanti, Ulu Bendul Kuala Pilah tadi saya sudah jawab masalah air nanti akan saya jawab, isu pembangunan infrastruktur berkaitan banjir kilat terdapat pelaksanaan projek PPN (Pejabat Pembangunan Negeri) di kawasan Kampung Buyau, Kampung Tanjung, untuk maklumat Yang Berhormat orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa, seperti mana Hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan melalui Pejabat Pembangunan Negeri Sembilan cakna sentiasa bekerjasama dengan Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Pilah membantu keperluan menyegerakan pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur awam di daerah Kuala Pilah. Pejabat Pembangunan Negeri Sembilan mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan di semua Pejabat Daerah Tanah Negeri bagi perancangan pembangunan kemudahan infrastruktur berdasarkan semakan RM50,000 telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi projek penyelenggaraan jalan dan longkang serta yang berkaitan di Kampung Buyau Dan penyelenggaraan jalan dan longkang serta yang berkaitan di JPKK Tanjung Ipoh. Kedua-dua projek ini telah adalah permohonan yang dikemukakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah hasil dari sesi libat urus antara PPNS dan Pejabat Daerah Tanah Kuala Pilah. Isu banjir kawasan kerap dilanda banjir kilat yang terjejas baru-baru ini berlaku di Hari Raya Adilfitri. Untuk maklumat Yang Berhormat pada 2 April 2025 telah berlaku kejadian banjir di Kampung Sikai, Mukim Seri Menanti melibatkan dua buah rumah penduduk banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan di kawasan tadahan di bahagian hulu yang seterusnya menyebabkan peningkatan paras air di Sungai Gunung Pasir. Kelajuan aliran sungai yang deras serta bentuk aliran berliku telah menyebabkan

hakisan berlaku di bawah struktur tembok penahan tebing yang sedia ada. Keadaan ini telah mengakibatkan air memasuki kawasan kediaman rendah melalui bahagian tembok yang telah terhakis. Jajaran aliran semula jadi sungai tersebut melalui lot-lot kediaman individu yang terlibat dan tembok-tembok penahan konkrit di lokasi berkenaan telah dibina oleh pemilik rumah lebih kurang 30 tahun yang lalu. Sehubungan dengan itu, pihak jabatan perlu melaksanakan siasatan lebih menyeluruh bagi menentukan keadaan penyelesaian yang lebih sesuai memandangkan terdapat keretakan serius pada struktur tembok berkenaan. Struktur sedia ada juga berkemungkinan telah mengalami kelemahan dari segi kekuatan dan kestabilan.

Masjid Kariah Tengah dan Masjid Kariah Ibol. Permohonan baik pulih tembok dan pagar Masjid Kariah Kampung Talang, Tengah Tanjung Ipoh Kuala Pilah dengan kos sebanyak RM150,000 telah dimasukkan dalam permohonan Rancangan Malaysia Ke-13. Permohonan roboh bina baru Masjid Kariah Kampung Ibol, Kuala Pilah dengan kos RM8,000,000 juta telah dimasukkan juga Dalam permohonan Rancangan Malaysia ke-13.

Lenggeng, terdapat masalah berkaitan harimau bintang di kawasan Lenggeng yang mengganggu ternakan kambing lembu, terdapat aduan daripada penduduk ini saya rasa sedia maklum ya. Pembinaan Surau Al-Fateh, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam akan memberikan tiada peruntukan pada tahun semasa berikutan komited komitmen dengan projek-projek sedia ada di samping projek pembinaan surau telah siap sepenuhnya dan mula digunakan 28 Februari insya-Allah ini kita boleh bantu sedikit, tapi baki dia banyak lagi tu. Masalah kelewatan menyiapkan Masjid Bandar Tasik Senangin. Pentadbiran Negeri Sembilan secara dasarnya tiada halangan sekiranya wujud keperluan mendapatkan sumbangan peruntukan daripada badan-badan berkanun, syarikat ni Surau Al-Fateh.

Kawasan hutan lipur Lenggeng mempunyai sungai yang cetek perlu dikeluarkan pasir pemohonan keluar pasir dibawah oleh KYNS dan mohon status permohonan. Permohonan KYNS dibawa telah dipertimbangkan dalam mesyuarat Lembaga Perhutanan Bilangan 1/2025 dan akan datang satu sesi lawatan di lapangan Bersama Yang Berhormat Lenggeng, Pengarah Jabatan Pengairan Pesaliran Dan Jabatan Perhutanan akan diadakan pada bulan Mei 2025 untuk meninjau kesesuaian kapasiti kuantiti kebolehlaksanaan dan impak kepada alam sekitar memandangkan kawasan T.E.R Lenggeng adalah T.E.R Lenggeng adalah termasuk dalam pengelasan hutan pelindungan. Pihak JKR menjanjikan menyiapkan baki kerja membina Masjid Taman Senangin. Iklan semula tender telah dilaksanakan pada 8 April 2025 dan tarikh tutup tender ditetapkan pada 13 Mei 2025. Projek ini dijangka

dimuktamadkan dengan pengeluaran surat setuju terima pada bulan Jun 2025.

ADUN Lobak, Jalan Tun Dr Ismail, lokasi yang terlibat dengan isu banjir kilat adalah laluan Persekutuan, Jalan Tampin Seremban yang tadi kita telah jawab, eh Tampin-Seremban-Beranang ya, minta maaf. Bagi tahun 2025 JKR Negeri Sembilan telah mengangkat permohonan sejumlah RM800,000 kepada Kerajaan Persekutuan untuk kerja-kerja menaiktaraf longkang di Kawasan tersebut. Kerja-kerja menaiktaraf akan dilaksanakan sebaik peruntukan diperolehi.

Bagan Pinang, kebenaran solat jumaat diberikan semula kepada Pusat Islam Politeknik. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil.2/2025 yang bersidang pada 20 Mac 2025 telah menangguhkan keputusan terhadap permohonan ini bagi membolehkan penelitian lanjut dan siasatan di lapangan. Siasatan lapangan oleh Pihak Jabatan Mufti ke Pusat Islam Politeknik Port Dickson telah pun diadakan pada 18 April 2025 lalu, perkara ini telah dibawa semula ke Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan untuk diputuskan. Belum ada keputusan. Chuah, Jalan Sepang Lukut merupakan laluan sempit, gelap, cerun runtuh. Jalan Sepang Lukut, JKR Negeri Sembilan minta untuk dapatkan maklumat terperinci status lengkap laluan utama yang dimaksudkan adalah FT005 untuk makluman JKR telah mengangkat permohonan di Bawah Rolling Plan ke-4 RMK-12 dengan tajuk Menaiktaraf Jalan Sepang Lukut laluan FT005 daerah Port Dickson, Negeri Sembilan kepada Kementerian bagi mengatasi masalah jalan yang sempit. Walaubagaimanapun buat masa ini, masih belum mendapat kelulusan. Kerja memperelok lokasi fasa 1 kerap berlaku kemalangan di fasa 1 sedang dilaksanakan dengan peruntukan RM350,000 dijangka siap pada 4 Ogos 2025. Pada tahun 2024, kerja pembaikan cerun menggunakan kaedah tile back wall di laluan FT005 seksyen 340.3 Jalan Sepang Lubok China, Daerah Port Dickson telah siap dilaksanakan dengan kos RM1.1 juta. Untuk makluman, status terkini projek menyiapkan baki menaiktaraf jalan D48 dari simpang 3 Jenderam ke Pekan Sepang Lama, Pakej A Kemajuan Fizikal 41% berbanding 40% sebenar lewat 7 hari projek ini dijangka siap pada 18 Mac 2026.

Gemencheh, antara soalan yang ditanya adalah mengenai kadar pajakan tanah rizab yang dikenakan mahal, 1,500 hektar dan membebankan penternak dan pengusaha tanah pertanian. Bayaran pajakan tanah rizab adalah merupakan salah satu hasil tanah yang menjadi punca penyumbang terbesar kepada hasil Kerajaan Negeri melalui Pekeliling Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Bil.6/2014 Kanun Tanah Negara dan bayaran pajakan tanah rizab ditetapkan berdasarkan 100% daripada nilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian. Namun dalam usaha Kerajaan

Negeri untuk menarik minat pengusaha dan penternak, Kerajaan Negeri telah menurunkan kadar bayaran pajakan rizab pada kadar 1,500 sehektar setahun melalui arahan Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Sembilan Bil.7/2022. Ini adalah kadar yang wajar dan relevan jika dibandingkan dengan pengenaan kadar bayaran yang dikenakan sebelum ini.

ADUN Gemencheh, masalah pembentung di Felda Bukit Rokan. Pembentung yang rosak telah dibaiki oleh JKR Negeri Sembilan, sedang menyediakan kertas kerja permohonan bagi mengganti pembentung sedia ada kepada jambatan baru di bawah Rolling Plan Ke-2 RMK-13 untuk dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya. Untuk makluman, peruntukan berkala payment telah diterima dan sedang dilaksana sebanyak RM1.2 juta di jalan utama Felda Bukit Rokan FT1276 iaitu kerja parcel reconstruction overlay dan lain-lain kerja berkaitan.

Peluang pekerjaan berkualiti dan terus disediakan kepada semua rakyat termasuk golongan belia program TUNS dan projek pelaburan mega F&N AgriValley. Kerajaan negeri menyambut baik cadangan untuk memperluas pembangunan projek pelaburan seperti F&N AgriValley di Gemas, Tampin supaya lebih ramai rakyat negeri ini menikmati manfaat khususnya penduduk setempat dan yang berhampiran termasuk Gemencheh. Pembangunan Projek F&N AgriValley ini adalah sangat besar dan berimpak tinggi di mana ladang tenusu yang berkeluasan 2,726 hektar akan menempatkan sebanyak 20,000 ekor lembu susu yang akan menghasilkan 200 juta liter susu segar setahun. Melalui projek ini Negeri Sembilan bakal menjadi pengeluar susu segar terbesar di Malaysia dan secara tidak langsung mencipta banyak peluang pekerjaan dan potensi pekerjaan yang baik kepada penduduk di sekitar Tampin. Sebanyak 400 hingga 600 peluang pekerjaan akan ditawarkan oleh syarikat terutamanya pemilihan kakitangan adalah khusus kepada warga tempatan.

Judi Online, pemerkasaan penguatkuasaan dan program pencegahan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan sering berkerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia dalam pembasmian judi online, terutama melibatkan umat Islam di Negeri Sembilan melalui operasi bersepadu dan perkongsian maklumat. Dari tahun 2011 hingga 2017 sebanyak 56 premis perjudian siber telah diambil tindakan dan sebanyak 522 tangkapan dan tindakan telah diambil oleh terhadap orang Islam. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam menjalankan peranan penguatkuasaan berdasarkan peruntukan Undang-Undang Syariah di atas individu muslim yang terlibat. Dari aspek program pencegahan dalam tempoh 5 tahun, Jabatan Agama Islam telah melaksanakan 227 program advokasi kesedaran jenayah syariah dan pengukuhan akhlak

melalui siri taklimat ke institusi pendidikan, pameran dan edaran pamplet selain menggunakan platform media sosial rasmi jabatan sejak tahun 2020 hingga tahun 2024.

Mambau, kesesakan lebuhraya Port Dickson iaitu tol Mambau ke Jalan Rasah perlu ditempuh untuk pergi balik, penutupan jalan pintas, tadi dah jawab. Pihak JKR Negeri Sembilan dalam proses lantikan perunding bagi melaksanakan kajian trafik di lebuhraya Seremban Port Dickson terutama dari Tol Mambau ke Jalan Rasah. Paroi, mohon penjelasan mengenai cadangan pelan mitergasi keselamatan khusus untuk laluan paip gas. Laluan paip gas merupakan sasaran terdedah, ia adalah diluar bidang kuasa Jawatankuasa Khas yang diurusetiakan CGSO. Pelan mitergasi yang melibatkan laluan paip ini adalah di bawah tanggungjawab pemilik yang berkaitan dan tertakluk kepada Akta Petroleum, Langkah-langkah keselamatan 1984 Akta 302 yang dipantau oleh beberapa jabatan serta agensi seperti Jabatan Keselamatan Pekerjaan, Suruhanjaya Tenaga, Pihak Berkuasa Tempatan, dan beberapa agensi keselamatan yang lain. Walaubagaimanapun, CGSO melalui Jawatankuasa Keselamatan memberi khidmat nasihat yang berkaitan keselamatan fizikal kepada pemilik termasuk pemantauan laluan paip gas yang berkaitan.

Paroi, status pelantikan Yang Teramat Mulia Undang Rembau yang ke-

22. Status pelantikan Yang Teramat Mulia Undang Rembau yang ke-22 masih belum diisi secara rasmi, Pejabat Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang telah menerima 2 pemakluman secara rasmi oleh surat berhubung calon Undang Luak Rembau ke-22. Pemakluman tersebut telah dibawa ke Sidang Mesyuarat Dewan Keadilan dan Undang kali ke-3 Tahun 2024. Mesyuarat memutuskan supaya Kerajaan Negeri mengadakan perjumpaan untuk mengesahkan Kerajaan Negeri dalam tindakan untuk menentukan keabsahan calon yang dikemukakan dan perlu dikemukakan semula dalam Mesyuarat Dewan Keadilan dan Undang yang akan diadakan.

Pencegahan tanah seperti di Raub, pencerobohan dan pendudukan secara tidak sah ke atas mana-mana tanah kerajaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara. Tindakan penguatkuasaan pencerobohan dan pendudukan tidak sah atas tanah kerajaan di bawah Seksyen 426A Kanun Tanah Negara, ini merupakan satu tatacara yang serupa digunapakai di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia, sekiranya disabit bersalah pelaku boleh dikenakan tidak melebih RM500,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun. Bagi memastikan insiden pencerobohan tanah seperti yang berlaku di Raub tidak berlaku di Negeri Sembilan Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan dan Pejabat Daerah dan Tanah telah

melaksanakan berbagai langkah pencegahan dan pemantauan, selain itu semakan hak milik dan status tanah turut dilaksanakan melalui sistem pendaftaran tanah berkomputer dan Sistem E-PTGNS bagi memastikan ketepatan data dan pengesahan awal sebarang perubahan penggunaan tanah.

Yang Dipertua Dewan

Yang Amat Berhormat…Yang Amat Berhormat… Yang Amat Berhormat…

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Sikit je lagi.

Yang Dipertua Dewan

Saya Tangguh lah.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Sikit je lagi, ok? Nak…nak sekejap, 5 minit ok…

Yang Dipertua Dewan

Boleh? 5 minit.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

5 minit lah? Nk keluar?

Yang Dipertua Dewan

Saya tangguhkan, saya bawa cokmar keluar..

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Ooo…

Yang Dipertua Dewan

Makna dia saya nak solat. 10 minit

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

10 minit? Ok

Yang Dipertua Dewan

Nak keluar 10 minit, ok…Dewan Mesyuarat Tangguh 10 minit. [Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 6.58 petang]

[Persidangan disambung semula pada jam 7.15 petang]

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Sila duduk. Yang Aamat Berhormat Sikamat, sila sambung.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih. Saya sambung Dato’ Yang Dipertua, saya sambung, tinggal sikit je lagi Dato’ Yang Dipertua. Terus ke DUN Paroi tadi, mengenai lantikan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri. Ini saya akan bincang dalam masa terdekat, insya-Allah bersama dengan EXCO kanan dan beberapa rakan EXCO yang lain. Insya-Allah. ADUN Temiang, pihak JKR dipohon untuk menyatakan status permohonan beliau berhubung tindakan penyelesaian masalah banjir kilat di Jalan Tun Dr Ismail dan Jalan Temiang Bypass. Bagi Tahun 2025, JKR Negeri Sembilan telah mengangkat permohonan dengan jumlah RM800,000 kepada Kerajaan Pusat untuk kerja-kerja menaiktaraf longkang di kawasan tersebut. Kerja menaiktaraf akan dilaksanakan setelah peruntukan diperolehi. Untuk makluman, Pihak Kejuruteraan Cawangan Elektrik JKR Negeri Sembilan telah mengangkat permohonan kerja pemasangan lampu solar ataupun LED termasuk kerja-kerja berkaitan di FT366 daerah Seremban kepada Kementerian Kerja Raya pada Disember 2024 untuk pelaksanaan pada Tahun 2025. Kita sedang menunggu untuk kelulusan projek tersebut.

Status permohonan cadangan menaiktaraf keseluruhan sistem perparitan di Taman Tun Dr Ismail dan kawasan sekitar SK Temiang. Untuk makluman Yang Berhormat, longkang di sekitar SK Temiang merupakan Sungai Temiang dan ianya dalam perancangan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berkala secara tahunan, pihak jabatan akan melaksanakan kerja pengeluaran mendapan pasir dalam Sungai Temiang pada Bulan Jun 2025. Untuk perancangan jangka panjang pihak JPS Negeri Sembilan akan membuat permohonan peruntukan melalui akaun Amanah Caruman Saliran Negeri Sembilan bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf Sungai Temiang yang di Kawasan tersebut. Selain daripada itu, projek RTB Sungai Temiang yang telah sempurna pelaksanaan di bahagian hilir daripada Kawasan ni telah memberi impak dalam mengurangkan masalah banjir di sekitar kawasan Sekolah Kebangsaan Temiang tersebut.

Chembong, FT001 jajaran dari Sungai Gadut hingga Pedas, Rembau. Untuk makluman, projek menaiktaraf FT001 Jalan Pedas ke Sungai Gadut Seksyen 296 hingga 305, kerja awalan, rekabentuk dan pengambilan tanah telah diluluskan oleh Kementerian Kerja Raya dengan anggaran kos RM215 juta. Status terkini, projek adalah dalam peringkat perolehan bagi lantikan perunding, kerja ukur tanah dan perunding kejuruteraan awam. Untuk makluman, projek pemasangan paip gas dilaksanakan oleh pihak Gas Malaysia bagi kegunaan Nestle Manufacturing Malaysia di Kawasan Perindustrian Chembong, yang mana ianya akan menjana impak ekonomi terhadap Negeri Sembilan. Tarikh dijangka siap adalah pada September 2025 dengan jajaran paip sepanjang 7 kilometer. Pihak Gas Malaysia telah memberi akujanji, sekiranya terdapat pelebaran jalan pada masa akan datang, pengalihan paip akan dilaksanakan oleh pihak Gas Malaysia tanpa kos dikenakan kepada pihak kerajaan. Pihak Gas Malaysia juga telah mematuhi piawaian yang dikehendaki JKR Daerah Seremban dan Rembau, sentiasa

membuat pemantauan daripada masa ke semasa berdasarkan kelulusan Traffic Management Plan (TMP) projek.

ADUN Chembong, kenaikan bonus penjawat awam negeri kepada 2.5 bulan, Elaun Pengerusi, Setiausaha JPKK, Peruntukan P56 kepada RM500,000 bagi setiap Kawasan DUN. Kerajaan negeri sentiasa bersyukur dengan kejayaan tiga tahun berturut-turut mengubah Belanjawan Negeri daripada defisit kepada surplus. Kita juga syukur apabila buat julung kalinya dapat memberikan sedikit Bantuan Khas Kewangan kepada 55,840 orang penjawat awam persekutuan dengan implikasi kewangan sebanyak RM11.17 juta. Walaubagaimanapun dalam masa kita mensyukuri nikmat tersebut, kita hendaklah sentiasa mengingati petikan surah ayat 47 surat Yusuf yang mafhumnya hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh 7 tahun berturut-turut kemudian apa yang kamu tuai biar ia dari tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makanan. Ibrah dari ayat ini adalah supaya kita sentiasa mengurus kewangan dengan baik dan membuat tabungan secukupnya supaya rizab negeri sentiasa kukuh bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti yang kita alami semasa pandemik covid yang lepas.

Bantuan bina baru rumah asnaf muallaf Orang Asli Ulu Chembong, MAINS telah bersetuju menghulurkan bantuan bina baru kediaman Encik Anis bin Elam, seorang asnaf muallaf berdaftar di bawah skim bina baru asnaf muallaf yang MAINS sedang membuat tindakan perolehan pelantikan kontraktor berkelayakan. MAINS akan menggerakkan gerak kerja membina kediaman asnaf berkenaan dijangka bermula pada Mei 2025.

Pembangunan syiar Islam daripada Chembong. Masjid baru menggantikan Masjid Tanah Kariah Air Hitam, dan Masjid Baru Kampung Kundur Hulu. Kebenaran kutipan derma baikpulih surau Haji Leman Kampung Chuai dan Desa Permai, Mampong. Dan ketiga bina bangunan tambahan asrama lelaki SMA Haji Ibrahim Pekan Rembau. Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan mengambil maklum berkenaan membangunkan syiar Islam di Kawasan DUN Chembong, cadangan pembangunan beberapa buah masjid dan sekolah agama seperti dibangkitkan oleh ADUN Chembong, telah dimasukkan dalam RMK-13. Kerajaan Negeri akan melaksanakan pembinaan dan penyelenggaraan infra agama mengikut keutamaan dan kemampuan kewangan semasa Kerajaan Negeri. ADUN Chembong, persempadanan kawasan rayau antara rizab Orang Asli dan tanah berhampiran, saya rasa dah dijawab Yang Berhormat EXCO Kanan.

Institusi pengajian tahfiz pendidikan agama Islam oleh ADUN Serting, akhirnya seperti thanawi diperbanyakkan, status tanah 10 ekar, di Serting digazetkan di bawah Jabatan Agama Islam untuk pembangunan sekolah agama. Ketiga Pekeliling Larangan Ahli Politik Menggunakan Infra, agama koreksi. Selain daripada institusi tahfiz Al-Quran, Negeri Sembilan ITQAN, terdapat 6 SABK yang menjalankan kurikulum bersepadu tahfiz, dan 59 institusi tahfiz swasta yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwa Agama Islam Negeri Sembilan. Jumlah institusi ini dapat memenuhi permintaan kelas-kelas tahfiz pada masa ini. Tanah seluas 10 ekar lot 7976 Ayer Hitam, Mukim Serting Ulu Daerah Jempol, diluluskan perizaban bagi tujuan tapak sekolah agama di bawah kawalan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam pada 4 Julai 2022. Cadangan Tarikh pembinaan sekolah berkenaan belum dimuktamadkan, bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan. Kita letakkan 10 ekar tu, sebagai apa, sebagai rizab, bukan kata rizab kita nak buat masa tu jugak. Banyak rizah-rizab sekolah agama yang kita ada sekarang, Cuma kita menunggu kalau ada kewangan yang mencukupi kita akan bina dan ada keperluan mendesak kerana di Jempol sekarang pun sedang dibina sekolah agama. Pekeliling larangan penggunaan masjid dan surau bagi menjalankan program ceramah berunsur fitnah, perkauman dan kepentingan politik, adalah berdasarkan titah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni almarhum Tuanku Munawir pada 14 Februari, 2025. Baginda amat menitikberatkan tentang perpaduan, persaudaraan ummah umat islam agar sentiasa hidup dalam suasana harmoni saling menghormati antara satu sama lain. Baginda amat mementingkan usaha-usaha ke arah memelihara kesucian agama Islam agar tidak dicemari oleh mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan peribadi. Ini bukan sahaja kepada pihak pembangkang, tetapi juga ditujukan kepada pihak kerajaan.

Dan yang terakhir adalah mengenai isu SAINS ataupun air. Pihak kerajaan Negeri Sembilan bersama pihak SAINS mengambil maklum mengenai masalah paip yang berusia menyebabkan kekerapan paip pecah dan saiz paip yang tidak mampu menampung permintaan yang tinggi terutama pada musim perayaan. Bagi mengatasi ini, pihak SAINS telah merancang penggantian paip secara berperingkat mengikut peruntukan sedia ada. Buat masa ini terdapat 3 peruntukan yang dicadangkan bagi program penggantian paip melalui peruntukan CAPEX SAINS, ini kita sedia maklum memperuntukan RM10.0 juta setahun, peruntukan CAPEX Pengurusan Aset Air Berhad, ini bergantung kepada PAAB dan peruntukan perolehan tenaga dan transformasi air (PETRA). Program penggantian paip ini meliputi semua daerah dan mencakupi 127 kawasan dengan jumlah anggaran kos RM279.0 juta, cadangan ini melibatkan penggantian paip sepanjang 445 kilometer di mana ia hanyalah 4% dari keseluruhan panjang paip di seluruh Negeri Sembilan.

Iaitu 10,063 kilometer. Ini 4% RM279.0 juta. Kalau kita ganti 100% tuan-tuan boleh bayangkan berapa peruntukan yang diperlukan. Program penggantian paip melalui peruntukan CAPEX SAINS melibatkan 19 kawasan dengan panjang paip 17.8 kilometer serta dengan anggaran kos RM4.6 juta. Status projek ini sebahagiannya dalam pembinaan dan sebahagiannya lagi dalam proses perolehan. Program penggantian melalui peruntukan CAPEX PAAB, melibatkan 16 kawasan, dengan panjang paip 60 kilometer serta anggaran kos RM30.0 juta, status pelaksanaan projek ini dalam proses pelantikan juru perunding dan dijangka dilaksanakan dalam tempoh tahun 2027 hingga 2029. Program penggantian paip melalui peruntukan PETRA saya mencadangkan penglibatan, melibatkan 92 kawasan dengan panjang paip 368 kilometer serta anggaran kos sebanyak RM243.0 juta, status pelaksanaan projek ini adalah dalam proses permohonan kelulusan dari PETRA di bawah projek NRW.

ADUN Lenggeng, masalah Kawasan Pantai, Kampung Mayor, Kampung Gayam dan Kampung Guntoh. Pihak SAINS, masalah air di Kawasan ini adalah disebabkan penutupan sementara kerja-kerja pembaikan paip pecah di Kampung Baru Pantai yang menggunakan sistem retukulasi yang sama. Masalah paip pecah di Kampung Baru Pantai adalah disebabkan paip yang jenis asbestos simen, bagi mengatasi masalah ini pihak SAINS telah memohon peruntukan daripada Kementerian Perolehan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi penggantian sepanjang 4.5 kilometer di Kampung Baru Pantai. Status permohonan ini masih menunggu kelulusan dari pihak PETRA.

ADUN Gemencheh masalah pembentung di Felda Bukit Rokan masih belum dinaik taraf. Ini tadi saya dah jawab saya rasa. ADUN Sungai Lui, pihak Kerajaan Negeri Sembilan melalui SAINS mengambil maklum mengenai program penggantian paip di Kawasan FELDA di mana buat masa ini terdapat 11 projek penggantian paip di Kawasan Felda di Negeri Sembilan yang telah dirancang melalui peruntukan pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Penggantian paip ini meliputi paip sepanjang 31.5 kilometer dengan anggaran kos RM21.5 juta. Status pelaksanaan projek penggantian paip di bawah PAAB ianya dalam proses pelantikan juru perunding manakala bagi projek penggntian paip di bawah PETRA, masih dalam proses kelulusan peruntukan. Masalah bekalan air Felda juga perlu diberi tanggungjawab kepada pihak Felda bagi menaik taraf sistem bekalan air di kawasan tersebut kerana ianya telah berusia lebih 30 tahun. Juasseh bekalan air, masalah ketiadaan air di kampung-kampung terutama semasa musim perayaan. Masalah ketiadaan air di kampung dalam DUN Juasseh seperti Pasir Ambor, disebabkan kerosakan yang berlaku pada tangki sedutan Bukit Sempit. Pihak SAINS

dalam proses bagi menggantikan tangki yang rosak dengan tangki poli yang dijangka siap pada hujung tahun 2025. Bagi masalah Kampung Jelutong dan Kampung Gentam, perancangan bagi menggantikan sebahagian daripada paip air di kawasan tersebut telah pun dirancang oleh pihak SAINS di mana terdapat 2 projek dalam proses perolehan dan dijangka dilaksanakan pada September 2025. Iaitu penggantian paip dari jenis asbestos simen bersaiz 100mm kepada paip Q PVC bersaiz 150mm sepanjang 2 kilometer di Jalan Kampung Pelangai ke Juasseh Tengah. Dan kedua penggantian paip jenis Q PVC bersaiz 250mm sepanjang 1 kilometer di Kampung Terentang ke Kampung Sg. Jelutong. Program penggantian paip akan diteruskan secara berperingkat bergantung kepada kemampuan kewangan pihak SAINS dan sumber peruntukan daripada PETRA.

Bekalan air DUN Klawang sering terputus terutama ketika hujan lebat. Klawang, bekalan air di DUN Klawang daripada loji rawatan air Kuala Klawang dengan mendapat sumber air mentah dari sungai ulu kemin, pada musim hujan muka Sauk Ulu Kemin akan mengalami masalah tersumbat dengan pasir yang banyak, di mana ia menyebabkan loji rawatan air kuala klawang tidak dapat merawat air mentah berkenaan mengikut spesifikasi piawaian air minuman kebangsaan. Untuk jangkamasa panjang, bagi mengatasi masalah ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam perancangan pembinaan Empangan Sabo di Hulu Sungai Ulu Kemin. Dengan adanya Empangan Sabo, ia dapat membantu mengurangkan kekeruhan air mentah dan juga mengatasi masalah pasir tersumbat semasa hujan lebat. Selain pertukaran bahan kimia juga telah dilaksanakan oleh pihak SAINS bagi memastikan kualiti air bersih mematuhi spesifikasi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia bagi parameter kekruhan, pihak SAINS juga alam proses kajian bagi memanjangkan bekalan air dari loji rawatan air lain ke loji rawatan air titi sebagai bekalan air alternatif kepada kawasan Kuala Klawang.

ADUN Serting, gangguan bekalan air yang sering berlaku, memohon penggantian paip 20 atau 30 tahun digunakan, mohon bina Menara tangki air tambahan. Projek penggantian paip dilaksanakan secara berperingkat menggunakan peruntukan yang ada buat masa ini untuk Kawasan serting, pihak SAINS telah mencadangkan penggantian paip di Felda Serting Hilir, yang akan melibatkan paip sepanjang 2.5 kilometer. Program penggantian akan dilaksanakan di Kawasan-kawasan lain secara berterusan mengikut kemampuan semasa. Untuk makluman pembinaan menara tangki Pekan Batu Kikir yang berkapasiti 990 ribu gelen kini sedang dalam kerja pembinaan dan dijangka siap pada hujung tahun 2025. ADUN Seri Menanti, Kampung Gedang, Ulu Bendul, masalah bekalan di Kawasan Ulu Bendul hingga ke Kampung Gedang adalah disebabkan paip yang telah berusia. Bagi penyelesaian jangka masa

Panjang pihak SAINS telah merancang bagi penggantian paip secara berperingkat melalui peruntukan dari PETRA yang mana sedang dalam tindakan pihak PETRA. Status permohonan masih menunggu kelulusan pihak PETRA. Buat masa ini SAINS telah mengambil tindakan dengan melaksanakan program kawalan tekanan menggunakan sistem kawalan tekanan automatik bagi mengurangkan kekerapan kebocoran.

ADUN Lobak, tadi telah dijawab oleh Yang Berhormat EXCO Kanan. Jadi itu sahaja Dato’ Yang Dipertua, penggulungan saya pada hari ini. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ahli-ahli yang berhormat sekalian, usul menjunjung kasih, titah ucapan DiRaja telah pun dicadang, disokong, dibahas dan telah pun dijawab oleh pihak kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan usul ini sila angkat tangan. Yang tidak setuju? Yang berkecuali? Usul ini diluluskan sebulat suara.

[Keputusan undian: semua 24 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. Pertang, Palong, Chembong, Lukut, Juasseh, Jeram Padang, Kota, Lenggeng dan Labu tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan].

Penangguhan PersidanganAdjournment

Setiausaha Dewan

Perkara kelima, Penangguhan Persidangan.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana telah berjaya mengendalikan Persidangan Dewan.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian cadangan untuk menangguhkan Persidangan Dewan telah pun dibuat dan mendapat sokongan. Saya ada menerima permohonan dari beberapa ADUN , dari Paroi, Seremban Jaya, Chembong, dan Klawang untuk melafazkan ucapan penangguhan di persidangan kali ini. Tapi, memandangkan masa telah lewat, saya akan tangguhkan persidangan ini, tanpa ucapan penangguhan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menangguhkan persidangan kali ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, media masa dan urus setia persidangan yang telah sama-sama menjayakan persidangan kita pada kali ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Persidangan Dewan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dewan ditangguhkan. [Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 7.28 malam]