Negeri Sembilan · 4 August 2025

15th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · 182 turns · 14,315 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Bacaan Doa

Setiausaha Dewan

Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang ke-15. Susunan mesyuarat, perkara pertama, membaca doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Gemencheh.

[YB ADUN Gemencheh telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan salam Sejahtera. Alhamdulillahhirabbil'alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Alam, Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. ahli keluarga dan para sahabat Baginda. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.

Hadirin sekalian, Alhamdulillah, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke Sidang Mesyuarat bagi Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri , Negeri Sembilan Yang Ke-15. Saya juga ingin mengalukan kedatangan Yang Berhormat Dato' Masri bin Haji Razali yang hadir buat kali pertama, pertama kali di Persidangan ini sebagai Pegawai Kewangan Negeri, Negeri Sembilan. Tahniah, selamat datang diucapkan.

Hadirin sekalian, pada persidangan kali ini terdapat dua Rang Undang-Undang yang akan dibentangkan iaitu Enakmen Perbekalan Tambahan 2025 dan Enakmen Perhutanan Negara Pemakaian 2025. Saya juga ingin

memaklumkan bahawa ada pada persidangan kali ini akan ada pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan dan juga pencalonan Senator.

Hadirin sekalian di dalam meraikan Kemerdekaan ke-68, Malaysia sekali lagi memilih tema yang penuh bermakna untuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 iaitu “Malaysia Madani Rakyat Disantuni”. Pemilihan tema ini bukanlah slogan semata-mata tapi mencerminkan keutamaan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani yang menjunjung nilai perpaduan, keadilan dan kesejahteraan untuk semua. Justeru, saya ingin menyeru hadirin sekalian untuk sama-sama menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Pejabat Negeri Sembilan akan membuka kaunter aduan di Aras G, Bangunan Dewan Undangan Negeri pada persidangan kali ini. Ini bagi membolehkan Yang Berhormat ADUN menyalurkan isu-isu capaian serta rangkaian kemudahan jalur lebar di kawasan DUN masing-masing. Saya berharap semua ahli Yang Berhormat dapat mengambil bahagian untuk membangkitkan isu-isu capaian kemudahan jalur lebar di kawasan DUN ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Sebagai biasa, saya ingin menyeru kepada semua hadirin agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan dan perintah-perintah tetap Dewan serta tata kelakuan dan etika sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan, dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekian, terima kasih, selamat bersidang.

Mengesahkan Peringatan Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga, mengesahkan Peringatan Mesyuarat. Mengesahkan Peringatan Mesyuarat Kali Pertama (Perasmian) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15 yang telah diadakan pada 24 April, dan 28 hingga 30 April 2025.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Peringatan Mesyuarat Kali Pertama (Perasmian) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15 yang telah diadakan pada 24 April, dan 28 hingga 30 April 2025 telah pun diedarkan salinannya. Oleh itu ada apa-apa teguran? Sekiranya tiada, diharap seorang ahli mencadang dan seorang ahli menyokong supaya disahkan.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin mencadangkan supaya Peringatan Mesyuarat tersebut disahkan.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullhi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Peringatan Mesyuarat disahkan, sila angkat tangan. Yang berkecuali? Yang tidak bersetuju? Peringatan Mesyuarat ini disahkan tanpa pindaan.

[Keputusan undian: semua 33 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. ADUN Rantau, ADUN Chennah dan ADUN Chembong tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan].

[Peringatan Mesyuarat Kali Pertama (Perasmian) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15 yang telah diadakan pada 24 April, dan 28 hingga 30 April 2025 disahkan tanpa pindaan dan YB Yang Dipertua Dewan menandatangani Peringatan Mesyuarat tersebut]

Membentangkan Kertas Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Membentangkan Kertas Dewan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua saya mohon izin membentangkan Kertas Dewan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian iaitu:

4.1 Kertas Dewan Bil.1/2025 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan 2025.

4.2 Kertas Dewan Bil.2/2025 Cadangan Penerimaan Pemakaian Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Akta A1667).

4.3 Kertas Dewan Bil.3/2025 Pemilihan Ahli Dewan Negara melalui Dewan Undangan Negeri.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Kertas Dewan Bilangan 1 Tahun 2025 hingga Bilangan 3 Tahun 2025 adalah dibentangkan.

Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan

Setiausaha Dewan

Perkara kelima, Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, tiada Laporan dan Penyata Kewangan untuk dibentangkan di persidangan kali ini.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Pertama)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara keenam, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Pertama).

Yang Dipertua Dewan

Saya mempersilakan wakil untuk bawa soalan daripada Rantau.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Terima kasih Dato' Yang Pertua, saya mewakili Rantau untuk bertanyakan soalan nombor 1.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Terima kasih ADUN Rantau. Soalan hasil ataupun cukai baru yang bersifat progresif. Adakah kerajaan negeri ada perancangan dan nyatakan butiran berkenaan dengan hasil baru ataupun semakan semula cukai yang bersifat lebih tersasar dan progresif bagi membantu golongan B40 yang memerlukan sokongan.

Dato' Yang Dipertua berdasarkan kepada dapatan jadual input-output Negeri Sembilan dan daerah negeri, Negeri Sembilan perjalanan hasil kerajaan negeri kepada komponen hasil bukan cukai perlu dipertingkatkan bagi mengimbangi kutipan daripada hasil cukai. Terdapat beberapa bidang berpotensi meningkatkan kutipan hasil cukai antaranya transformasi komuniti air serta pengenalan cas perkhidmatan yang menjurus ke arah kelestarian ekonomi. Badan Kawal Selia Air (BKSA) telah melaksanakan beberapa inisiatif penambahbaikan sejajar dengan komitmen untuk memperkukuhkan pengurusan sumber air negeri secara mampan serta menetapkan kadar cas yang berpadanan dengan tahap kegunaan dan

kepentingan sumber air. Antara inisiatif utama ialah pelarasan kadar cas air laut dan pengenalan cas baru ke atas struktur binaan dan di badan perairan. Setelah menjalani proses semakan semula yang komprehensif pihak berkuasa negeri telah meluluskan kenaikan kadar cas air laut daripada 1 sen per meter padu kepada 3 sen per meter padu berkuatkuasa mulai 2024. Hasil kutipan sebenar cas air laut yang direkodkan sehingga Disember 2024 adalah sebanyak RM36,673,011.12 sen.

Di samping itu BKSA telah memperkenalkan satu mekanisme cas baru iaitu cas struktur atas badan perairan yang mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2024. Cas ini dikenakan ke atas struktur-struktur kekal yang didirikan di atas merentasi ataupun di dalam badan air serta sebarang binaan berkaitan aktiviti industri dan infrastruktur. Tujuan pelaksanaan cas ini adalah bagi memastikan aktiviti pembangunan di kawasan badan air dikawal selia secara lebih sistematik di samping menjana hasil untuk menyokong inisiatif pemuliharaan dan pemantauan sumber air melalui pengenalan cas baru ini hasil tambahan tahunan dianggarkan sebanyak RM61,014.96. Penjanaan hasil melalui kedua-dua pendekatan ini bukan saja menyumbang kepada pendapatan negeri tetapi juga menyokong inisiatif pengurusan sumber air secara less tarif. Selain itu pelbagai bentuk cas baru yang menjurus kepada kelestarian pembangunan ekonomi boleh diperkenalkan kepada sektor ekonomi bagi memastikan penggunaan sumber yang cekap. Oleh itu transformasi kepada kualiti perkhidmatan berkenaan alam sekitar juga akan ditambah baik secara menyeluruh dan menyokong usaha melestarikan alam sekitar. Selaras dengan peruntukan Seksyen 32 Akta Perancang Bandar Desa 1976 (Akta 172), Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan pada 18 Oktober Januari 2024 di peringkat PBT Negeri Sembilan, mesyuarat telah bersetuju agar 20% daripada hasil kutipan cas pemajuan yang diterima oleh PBT, dicarum kepada Kumpulan Wang Pembangunan, KWP Negeri. Cas pemajuan ini akan dibelanjakan oleh PBT bagi tujuan pembangunan infrastruktur dan kemudahan masyarakat. Kutipan cas pemajuan dan levi ini secara tidak langsung akan mengimbangi peruntukan pembangunan negeri dan juga peruntukan yang disalur kepada PBT di Negeri Sembilan untuk tahun-tahun perancangan berikutnya.

Walaupun walaubagaimanapun, selaras dengan para 5, kaedah-kaedah cas pemajuan Negeri Sembilan, kerajaan negeri mengecualikan cas pemajuan bagi maksud pemajuan Kebajikan, pemajuan untuk tujuan projek Kerajaan, pemajuan bagi kegunaan awam, pemajuan projek terbengkalai, pemajuan rumah ibadat, dan lain-lain pemajuan yang bukan untuk mengaut keuntungan. Kerajaan negeri melalui Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Sembilan, Plan Malaysia Negeri Sembilan, mengambil inisiatif dengan memindah kaedah-kaedah cas pemajuan Negeri Sembilan Pindaan 2025 yang telah diwartakan pada 29 Mei 2025 dengan penambahbaikan seperti berikut. Pertamanya bayaran ansuran cas pemajuan sebanyak 4 kali berbanding

sebelumnya 3 kali. Pemansuhan kadar faedah 8%. Ketiga perubahan peratusan bayaran berperingkat iaitu 15% bayaran pertama dan kedua, 20% bayaran ketiga dan 50% bayaran terakhir. Tempoh ansuran bayaran adalah tertakluk kepada pertimbangan PBT. Pindaan ini bagi memastikan cas pemajuan yang dikenakan tidak tidak melibatkan implikasi kewangan yang ketara kepada pemaju, responsif serta mesra pelabur dalam menjana pertambahan pendapatan hasil baru kerajaan negeri, Jabatan Perhutanan telah sedang mengkaji telah mengkaji semula kaedah-kaedah hutan berkaitan ekopelancongan dan telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk mengenakan cas bayaran fi konservasi serta kemasukan ke taman eko-rimba terpilih dengan kadar RM3 bagi warga negara, RM6 bukan warga negara serta dikecualikan bagi bayaran kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya. 3 peringkat fasa pelaksanaan cas bayaran fi konservasi yang didahului dengan kawasan yang telah lengkap kemudahan asas ke taman eko-rimba, Ulu Bendul dan lokasi fasa pertama. Secara dasarnya pelaksanaan fi konservasi yang dijangka tidak membebankan golongan B40 atas pertimbangan kadar fi yang rendah dan munasabah serta jauh lebih murah berbanding kos aktiviti rekreasi komersial lain dan masih dalam kemampuan kebanyakan rakyat. Tambahan pula pengecualian bayaran kepada kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya dapat menggalak dan membantu golongan B40 untuk beriadah secara berkeluarga di taman eko-rimba dengan selesa. Di samping itu fi ini juga disalur kembali kepada kerajaan negeri kepada aktiviti pemuliharaan hutan dan penyelenggaraan fasiliti awam di taman eko-rimba. Perkara ini akan memberi impak yang lebih positif kepada semua pihak termasuk golongan B40 rakyat Negeri Sembilan sendiri mahupun rakyat dari negeri lain dengan persekitaran yang lebih selamat, selesa semasa melaksanakan aktiviti riadah di Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, kerajaan Negeri Sembilan komited dalam memastikan sistem cukai tanah yang adil, progresif dan inklusif bagi menjamin kesejahteraan rakyat khususnya golongan B40 atau yang memerlukan sokongan. Dalam hal ini kerajaan negeri sedang meneliti pelaksanaan hasil baru dan semakan semula struktur cukai sedia ada bagi memastikan ia lebih tersasar, progresif dan tidak membebankan rakyat berpendapatan rendah seperti berikut. Pertama hasil baru Rare Earth Elements yang telah dikenalpasti di beberapa daerah seperti Kuala Pilah dan Jelebu yang dijangka bakal memberi sumbangan besar kepada hasil negeri mulai tahun 2027. Kerajaan negeri menjangkakan anggaran kutipan hasil melalui dua lesen el… ten.. lesen tene… elemen mineral yang telah diluluskan dengan anggaran kutipan hasil sebanyak 18 juta. Pindaan cukai kedua, pindaan cukai tanah pct atau kadar cukai petak mengikut Kanun Tanah Negara Akta Hak Milik Serata setiap 10 tahun dengan peningkatan hasil cukai tanah dengan anggaran sebanyak 400 juta dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2029. Ketiga, penyemakan semula kadar dan pengenaan levi bagi urusan-urusan niaga

bukan urusan niaga dan pelupusan tanah terhadap warga negara asing. Keempat, penyemakan kadar lesen pendudukan sementara dan pajakan tanah rezab. Kelima, penyemakan kadar fi mencabut mengangkut dan mengambil bahan batuan yang melibatkan jangkaan peningkatan hasil sebanyak 36%. Keenam, penyemakan kadar kos perampasan melibatkan kategori industri dan bangunan perniagaan. Pihak kerajaan negeri sentiasa memastikan kebajikan semua golongan rakyat dijaga dengan menyediakan pelbagai inisiatif yang boleh memberi manfaat kepada rakyat. Belanjawan secara holistik yang disediakan pada setiap tahun dirangka bagi memastikan semua golongan rakyat tanpa mengira umur, agama, jantina dan latar belakang. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, saya ADUN Rantau tadi aaa… yang sebenar soalan dia soalan nombor 1 tu, tapi dijawab soalan nombor 2 yang saya dengar tadi.

Yang Dipertua Dewan

Yang kemuka… DUN Kota.

Rantau pun takda, tapi apa tadi soalan nombor, soalan nombor 1 tu Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Dato’ Yang Dipertua, takpe kita tanya 1 soalan kita dapat 2 jawapan Dato’ Yang Dipertua. Kalau boleh jawab untuk soalan nombor 2 sama. Soalan nombor 1.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Nak jawab…

Yang Dipertua Dewan

Nak jawab soalan nombor 2. Mungkin aaa… dikemukakan… apa… maksudnya soalan nombor 2 lah… ADUN Kota, ok…

aaa… kena jawablah. Ana rasa kena jawab tu, Artificial Intelligence tu…

Yang Dipertua Dewan

Satu kali 1 soalan lah.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Saya baca soalan tadi takda siapa tegur, dah habis baru togor. Okey lah saya jawab lah.

Yang Dipertua Dewan

Yang Amat Berhormat…. Yang Amat Berhormat, Boleh nak jawab besok tak?

Tak nak potong tengah jalan…

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Saya baco soalan tadi tu, kalau saya tak baca soalan tadi tak apa. Ok, tak apalah saya jawab lagi sekali. Ok Aplikasi kecerdasan buatan

Artificial Intelligence AI dalam urus takbir Kerajaan. Apakah perancangan dan strategi kerajaan negeri bagi aplikasi kecerdasan minda dalam usaha kerajaan dalam masa sama terus mengekalkan peranan dan fungsi anggota perkhidmatan awam pada masa kini dan masa hadapan.

Dato’ Yang Dipertua, kerajaan negeri sentiasa proaktif dalam meneroka dan melaksanakan teknologi terkini termasuk elemen kecerdasan buatan Artificial Intelligence AI, ia bukan sahaja sebagai wacana teknologi tetapi merupakan enjin penggerak yang akan mentakrifkan semula kecekapan dan keberkesan urus tadbir pada masa hadapan. Sehubungan itu kerajaan negeri sedang merangka strategi yang teliti bagi pengguna pakai AI secara berperingkat, tanggungjawab dan beretika. Falsafah utama kerajaan negeri Dalam pelaksanaan AI jelas. AI adalah alat untuk memperkasa manusia bukan untuk menggantikannya. Strategi ini dibangunkan berdasarkan prinsip sinergi antara kehebatan teknologi AI dengan kebijaksanaan empati dan fikir kritis yang dimiliki oleh anggota perkhidmatan awam. Perancangan dan strategi kerajaan negeri terbahagi kepada 2 paksi utama iaitu aplikasi AI dalam tadbir urus dan evolusi peranan penjawat awam bagi paksi strategi aplikasi AI dalam tadbir urus.

Kerajaan negeri menggariskan 3 bidang tumpuan utama iaitu demi manfaat rakyat dan negeri. Pertamanya meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam pembantu maya ataupun chatbot melaksanakan pembantu maya di portal agensi utama yang berurusan dengan rakyat seperti pihak berkuasa tempatan untuk menjawab pertanyaan lazim rakyat 24 jam sehari 7 hari seminggu. Ini membolehkan rakyat mendapat maklumat dengan pantas seperti prosedur permohonan lesen pembayaran cukai taksiran atau status aduan. Inisiatif ini akan diberi penumpuan dalam Rancangan Malaysia ke-13. Yang keduanya memperkasakan penjawat awam dan meningkatkan kecekapan operasi. Otomasi data AI digunakan bagi mengotomasikan kerja-kerja pentadbiran rutin yang memakan masa seperti kemasukan data, penyediaan minit mesyuarat, penyediaan slaid pembentangan video pendek dan penjanaan laporan bekalan ini dapat menjimatkan masa penjawat awam daripada melaksanakan tugasan yang repetative. Yang kedua bantuan pencapaian maklumat menyediakan platform sistem carian pintar yang membolehkan penjawat awam mengakses maklumat spesifik dari ribuan rujukan dokumen enakmen dan pekeliling negeri dengan pantas.

AI bertindak sebagai pembantu penyelidik yang cekap mempercepatkan penyediaan kertas kerja dan laporan. Ketiga menyokong pembuatan dasar berasaskan bukti evident based policy making, analytic analytic analytic predictive menggunakan AI akan menganalisis data yang diurus bagi mengenal pasti pola dan trend. Contohnya data kutipan cukai negeri untuk meramal hasil negeri pada masa akan datang, atau data tamburan hujan untuk ramal kemungkinan kejadian banjir yang mungkin berlaku. Ini

membolehkan kerajaan negeri membuat dasar yang lebih proaktif dan berkesan. Bagi paksi kedua iaitu evolusi peranan penjawat awam kerajaan negeri menegaskan bahawa strategi penerapan AI bukanlah sebuah laluan untuk mengurangkan jumlah penjawat awam sebaliknya ia adalah satu plan untuk meningkatkan nilai dan evolusi peranan mereka dengan otomasi pintar dalam menangani tugas-tugas rutin, peranan penjawat awam akan beralih kepada fungsi yang memerlukan sentuhan manusia yang tidak boleh diganti dengan mesin, ini termasuklah pertamanya pemikiran kritis dan penyelesaian masalah kompleks. Keduanya empati dan interaktif dengan pelanggan dalam memberi khidmat nasihat. Ketiga, kreativiti dan inovasi dalam merangka dasar baru dan keempat tadbir urus dan pengawasan etika untuk memastikan sistem AI berfungsi dengan adil dan saksama.

Kerajaan negeri terut melaksanakan program peningkatan kemahiran reskilling dan upskilling secara berterusan untuk melengkapkan penjawat awam dengan kemahiran digital yang relevan. Latihan ini merangkumi literasi data, penggunaan tools alat AI untuk memudahkan kerja harian seperti Canva Graphic Editor, Google Gemini AI, Suno AI Music Maker serta penerapan etika digital. Matlamatnya bukan untuk menjadikan setiap penjawat awam sebagai pakar AI tetapi pengguna teknologi yang bijak dan efisien dalam melaksanakan tugas harian. Fungsi teras perkhidmatan awam seperti penggubalan dasar, penguatkuasaan undang-undang dan perubahan perhubungan diplomatik akan terus diterajui oleh manusia. AI hanya akan bertindak sebagai alat bantu untuk menyediakan analisis dan sokongan data, manakala keputusan akhir dan accountability kekal terletak sebagai penjawat awam dan kepimpinan Kerajaan. Perancangan kerajaan negeri adalah untuk mengguna pakai AI sebagai rakan strategik dalam tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan Visi kerajaan adalah untuk mewujudkan perkhidmatan awam Negeri Sembilan yang efisien mengurangkan kerenah birokrasi dan berasaskan data di mana semua penjawat awam dapat memberi tumpuan kepada tugas bernilai tinggi yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat. Kerajaan negeri committed untuk menjadikan transformasi ini sebagai satu perjalanan evolusi jangka panjang yang dilaksanakan secara terancang inklusif dan beretika terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Klawang.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan nombor satu.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih ADUN Klawang koordinasi projek Pembangunan. Soalan dia berbunyi banyak berlaku di mana pelaksanaan projek-projek pembangunan oleh agensi persekutuan tidak dimaklumkan kepada local authority termasuk kepada

pihak JPKK, penghulu, malah pejabat daerah. Dalam keadaan tertentu pihak local authority hanya dihubungi untuk tandatangan menerima projek yang telah siap, inilah suatu situasi yang kurang sihat apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri untuk menangani isu ini supaya tidak berlarutan.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih ADUN Klawang, untuk makluman ahli Yang Berhormat, secara umumnya koordinasi antara agensi persekutuan dan kerajaan negeri termasuk Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah serta wakil-wakil komuniti seperti penghulu, dan JPKK telah berjalan dengan baik dan teratur. Setakat ini tiada isu besar yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan yang dilaporkan secara rasmi. Kebanyakan projek yang dilaksanakan oleh agensi persekutuan turut mendapat kerjasama dari pihak negeri dan tempatan sama ada melalui pelaporan awal dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah JTPD atau libat urus bersama dengan pejabat daerah dan PBT. Walau bagaimanapun kerajaan negeri sentiasa mengambil pendekatan proaktif dalam memastikan pelarasan ini terus ditingkatkan dari masa ke semasa. Kita tidak mengambil mudah perkara ini kerana penyelarasan yang mantap amat penting bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan projek ini serta bagi memastikan kebajikan dan keperluan komuniti tempatan sentiasa diberi perhatian. Justeru kerajaan negeri akan terus memainkan peranan aktif dan memantau pelaksanaan projek-projek di peringkat daerah dan akar umbi seterus memperkukuh hubungan kerja dengan semua agensi berkaitan demi memastikan setiap pembangunan yang dirancang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat Negeri Sembilan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Dato’ Yang Dipertua, pengalaman peribadi dimana terdapatnya pembinaan monsoon drain dengan izin yang mana pembinaan itu yang di hiliran dia kocik berbanding dengan huluan dia yang mana yang huluan itu dah lama dah ada, jadi perkara-perkara beginilah saya timbulkan di dewan yang mulia ini supaya keadaan ini tidak berulang di masa ke semasa. Amat penting ya, bukan hanya semasa pelaksanaan projek, tetapi semasa perancangan lagi. Ini yang saya dapati di DUN Klawang mungkin di tempat-tempat lain tak ada, keadaan-keadaan ini mungkin keadaan-keadaan yang terpencil mungkin.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, betul saya maklum perkara tersebut dan Alhamdulillah sebenarnya saya pagi tadi pun mendapat satu mesej daripada Selia mereka nak turap jalan, kalau dulu mereka nak turap jalan dia tak beritahu kita nak turap di mana, tetapi hari ini Selia nak turap di depan Site C, Sekolah Kebangsaan Site C, sepanjang jalan tersebut dia maklum. Sebelum itu pun ada beberapa projek dan saya maklum tentang longkang tersebut mungkin dia tak maklum awal, tapi Alhamdulillah hari ini Selia telah mula memaklumkan kepada ahli majlis ataupun kepada pihak

yang berkaitan dan sampai kepada saya. Saya harap bahawa ini dapat diteruskan dapat memberi manfaat kepada kita semua kerana setiap projek itu pastinya memberikan satu kesan kepada masyarakat setempat. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih pandangan Klawang.

Yang Dipertua Dewan

Saya persilakan Yang Berhormat Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih. DUN Seremban Jaya mengemukakan soalan nombor dua. Terima kasih Dato’ Speaker.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Seremban Jaya. Seremban Jaya bertanyakan mengenai SUKNES, kejayaan SUKNES dan adakah kerajaan, negeri bercadang menambah peruntukan SUKNES. Dato’ Yang Dipertua, kerajaan Negeri Sembilan sentiasa komited untuk menjadikan pelaburan dalam bidang sukan sebagai strategi penting dalam usaha membangunkan modal insan yang berkualiti, memperkukuhkan perpaduan rakyat serta meningkatkan imej dan pencapaian Negeri Sembilan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Penganjuran Sukan Negeri Sembilan ataupun SUKNES bagi tahun 2025 yang telah pun berlangsung dari 30 Mei hingga 1 Jun menyaksikan pertambahan acara sukan pada 8 jenis berbanding edisi sebelumnya pada tahun 2024 iaitu hanya 4 jenis. Seiring dengan peningkatan ini kerajaan negeri telah memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM500 ribu berbanding 2024 menjadikannya RM1 juta dalam belanjawan 2025, bagi memastikan kelancaran penganjuran serta memperkukuh impak program terhadap pembangunan sukan negeri dan suka juga saya maklumkan dalam dewan hasil ataupun pencapaian SUKNES 2025, di mana daripada 36 Dewan Undangan Negeri kita telah melihat munculnya satu juara baru iaitu DUN Paroi dengan membawa pulang 3 pingat emas dan 2 pingat gangsa dan membawa pulang hadiah bernilai RM20 ribu, haaa….. tu yang senyum je YDP, Yang Dipertua tu.

Yang Dipertua Dewan

Ucap tahniah la sikit.

Aaa…tahniah Paroi. Untuk makluman dewan juga sebanyak 20 DUN yang telah membawa pulang pingat sekurang-kurangnya satu pingat, kalau boleh saya sebutkan dalam dewan ini selain daripada Paroi yang mendapat 3 pingat emas, Bagan Pinang juga mendapat 1 pingat emas, Nilai dapat 1 pingat emas, Bukit Kepayang mendapat 1 pingat emas, Serting mendapat 1 pingat emas dan Ampangan 1 pingat emas. Ini yang dapat pingat emas. Kemudian hanya pingat perak, pingat perak dan satu gangsa Chembong, Kota dan Pilah mendapat perak dan gangsa. Kita beri tepukan kepada mereka. Manakala ada 3 lagi, 4 lagi DUN yang hanya mendapat perak sahaja iaitu Rantau, Lukut, Gemencheh dan Sikamat mendapat perak.

Rantau…..Ngam-ngam Rantau masuk. Kemudian ada juga beberapa DUN yang berjaya mendapat gangsa sahaja iaitu Bahau, 2 pingat gangsa, Johol, Chuah, Sungai Lui, Repah, Lenggeng dan Palong, ini yang berjaya, mana 20 DUN yang berjaya membawa pulang pingat. Manakala 16 lagi masih lagi sedang berusaha untuk mempertingkatkan prestasi. Seremban Jaya dalam rekod belum ada pingat lagi, tetapi komitmen Seremban Jaya sangat bagus, cemerlang kita doakan supaya akan datang akan berjaya. Lenggeng tak ada lagi lah. Lenggeng pun tak ada. Ada juga Dewan Undangan Negeri untuk pengetahuan Dato’ Yang Dipertua, yang telah pun membelanja besar tetapi belum dapat membawa pulang sebarang pingat. Jadi kita doakan ya.

Dato’ Yang Dipertua, bagi acara-acara sukan lain yang tidak dipertandingkan, kita lihat kita hanya bertandingkan 8 acara sukan namun banyak permintaan supaya sukan-sukan lain juga dipertandingkan. Jadi untuk itu kerajaan negeri telah bersetuju untuk kita adakan, buat pertama kalinya kita akan libatkan sukan untuk pasukan badan beruniform. Ya, buat pertama kalinya kita akan adakan sempena semangat SUKNES 2025, SUKNES untuk pasukan badan beruniform yang akan melibatkan PDRM, ATM, Bomba, Imigresen, Kastam, JPJ, KPDN, PENJARA Maritim, SPRM, APMM dan RELA. Insya-Allah akan diadakan pada hujung bulan Oktober. Kemudian kita juga akan adakan sempena SUKNES ini ialah pertandingan Bola Keranjang Peringkat Negeri Sembilan. Sebab bola keranjang tidak termasuk dalam senarai SUKNES kita, dan satu lagi ialah liga bola sepak, Liga Premier Negeri Sembilan. Ini antara tiga acara yang akan kita buat selain daripada 8 sukan yang telahpun kita adakan.

Boleh mencelah Dato’ Yang Dipertua?

Ya, sila.

Saya nak mencelah sikit lah, nak mintakan penjelasan, tadi kata DUN Paroi champion itu memang ADUN Paroi buat ke?, daripada Barisan Nasional Paroi?

Untuk makluman Rantau, yang menyebabkan Paroi itu champion adalah Dato’ Yang Dipertua, aaaa…. bersama dengan rakan-rakan Barisan Nasional.

okey, sikit celahan, kenapa menggunakan nama DUN Paroi? tidak di nama Penyelaras DUN Paroi?

eh, nama DUN memang Paroi.

DUN Paroi, tapi saya tidak dilibatkan, Pembangkang tidak dilibatkan, kenapa?.

Tidak dilibatkan?

Sebab bukan daripada Kerajaan, kita gurau-gurau ya.

Okey, apapun tahniahlah di atas kebersamaan Paroi ya, dan Paroi juga adalah di antara DUN yang paling ramai pengundi dan itu dia dapat menyediakan team yang bagus dan telah membawa satu kejayaan yang gemilang. Kita bagi tepukan lagi sekali untuk kedua-dua.

Dato’ Yang Dipertua, berkenaan dengan penambahan peruntukan tadi disebut, ditanya oleh Seremban Jaya, insya-Allah akan kita pertimbangkan akan kita bincang akan saya bawa berbincang dengan Majlis Sukan Negeri, dan untuk pengetahuan Seremban Jaya, tahun depan kita tidak ada SUKNES, sebab tahun depan kita akan tumpu pada SUKMA 2026. Jadi untuk 2027 kita akan bincangkan semula, kita akan kumpulkan maklumat daripada rakan-rakan ADUN dan saya akan bincangkan dengan MSN sebelum saya bentang kepada pihak kerajaan untuk dapat kelulusan sebarang dana tambahan. Sekian, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Speaker, ini soalan tambahan, mohon pertimbangan, bolehkah YB Haji Mustafa berkongsi maklumat mengenai Sukan NS yang telah disampaikan pada 24 tujuh, 2025 lalu untuk makluman bersama di pengetahuan semua YB-YB hari itu Dato’ Seri Rantau pun tadak, Dato’ Seri Rantau pun boleh tahu apa umum, hari itu Dato’ Seri tidak ada di dewan, hari-hari boleh kawan-kawan lama, kawan lama sebab itu dulu banyak rapat masih berbangkang pun rapat, tapi sekarang sudah berkongsi Madani ok, terima kasih.

Sebelum dijawab, saya nak mencelah. Dato’ gelaran Dato’ itu Anugerah Tuanku Negeri Sembilan, tadi Yang Berhormat tak sebut pun dia Dato’. Apakah Yang Berhormat tak iktiraf Datukship daripada Negeri Sembilan?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Seri Utama sorry, saya mohon minta maaf.

Sorry sama Yang Dipertua.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua dan Dato’, Dato’, Dato, Dato, ok.

Dato’ Yang Dipertua ini berkenaan dengan soalan tambahan berkenaan dengan saluran bantuan kepada persatuan belia ya, ok untuk makluman Dato’ Yang Dipertua, pada 24 haribulan lepas Yang Amat Berhormat telah pun bersetuju untuk kita salurkan dana pentadbiran ia buat pertama kalinya dana pentadbiran kepada persatuan-persatuan belia seluruh Negeri Sembilan daripada umbi yang telah pun dinamakan oleh ADUN-ADUN kita. Jadi saya ingat 50, 50 persatuan sukan yang telah pun kita berikan dana pentadbiran RM1500 ringgit setiap persatuan ya, yang bernilai lebih kurang RM70 lebih ribu. Kemudian pada masa yang sama juga kita telah salurkan juga dana pentadbiran kepada 39 persatuan sukan di peringkat negeri ya, sebanyak RM2 ribu setiap presatuan. Kemudian Majlis Belia Negeri Sembilan RM20 ribu dana pentadbiran dan Majlis Belia Daerah lebih kurang RM2 ribu setiap daerah, menjadikan jumlah keseluruhan hampir RM190 ribu ringgit ya. Cuma kelainannya kali ini ialah kita telah sentuh lebih kurang 50 persatuan belia daripada akar umbi, tujuan kita ialah untuk kita rapatkan persatuan belia di bawah ini dengan kita di peringkat kerajaan kita. Dan apa yang kita dapat lihat banyak persatuan yang aktif ni, sebenarnya ni yang telah dikenal pasti oleh ADUN-ADUN ni, tetapi mereka tak dapat memenuhi keperluan oleh oleh KBS ataupun ROY ya, ROY ini Registry Of Youth, sebab ada dokumen-dokumen mereka tak hantar. Jadi apa kita buat ialah daripada data yang kita dapat ini, kita jadikan mereka ini sebagai persatuan angkat pada setiap pejabat belia sukan daerah-daerah untuk mereka pantau untuk mereka berikan nasihat dan mereka bimbing sehingga mereka ini boleh jadi persatuan yang boleh kita ketengahkan di peringkat negeri dan juga di peringkat negara insya-Allah terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Lukut.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Lukut kemukakan soalan nombor 1.

Terima kasih Yang Dipertua, terima kasih YB Lukut atas soalan nombor 1. Sila nyatakan bantuan-bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan negeri untuk menggalakkan badan bukan kerajaan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti masyarakat. Dato’ Yang Dipertua, kerajaan negeri amat menghargai sumbangan dan komitmen badan bukan kerajaan atau NGO dalam menyantuni masyarakat serta menjayakan berbagai agenda pembangunan sosial, Pendidikan, kesihatan dan Kebajikan.

Sebagai tanda sokongan, berbagai bentuk bantuan telah dan sedang disalurkan bagi menggalakkan NGO yang berdaftar dan aktif untuk terus memainkan peranan mereka secara berkesan. Antara bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri adalah seperti berikut, pertama bantuan dala bentuk geran one-off yang boleh dipohon oleh NGO bagi tujuan perlaksanaan

program seperti kebajikan Masyarakat, pembangunan belia dan wanita pemerkasaan OKU, pendidikan komuniti serta pemeliharaan alam sekitar. setiap permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat, serta selaras dengan inisiatif dan dasar kerajaan boleh dipertimbangkan untuk kelulusan. Tertakluk kepada keupayaan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan negeri. Pihak badan bukan kerajaan atau NGO boleh merancang dan menyediakan kertas kerja yang berkaitan dengan mana-mana inisiatif semasa kerajaan negeri dan selanjutnya memanjangkan kertas kerja berkenaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Bertindak inisiatif berkenaan untuk dipertimbangkan. Kedua sokongan dari segi logistik dan kemudahan fizikal seperti penggunaan dewan orang ramai peralatan tapak program dan bantuan teknikal daripada pihak berkuasa tempatan PBT atau Pejabat Daerah turut disediakan berdasarkan keperluan program dan ketersediaan kemudahan. Pihak NGO boleh merujuk kepada agensi kerajaan yang berkaitan bagi mendapatkan khidmat nasihat serta keperluan logistik yang boleh didapati secara sewaan pada harga yang minimal, mengikut tata cara serta undang-undang yang telah ditetapkan. Ketiga NGO juga berpeluang mengikuti berbagai program bimbingan dan latihan pengurusan organisasi termasuk berkaitan tadbir urus pematuhan undang-undang dan kecekapan pelaporan kewangan melalui kerjasama agensi negeri dan persekutuan seperti Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan INSKEN. Pihak badan bukan kerajaan boleh juga merujuk kepada institusi kerajaan yang telah tersedia bagi mendapatkan bimbingan seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga, Institut Sosial Malaysia, MARA dan juga Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Keempat kerajaan negeri juga amat menggalakkan kerjasama pintar smart partnership antara NGO dan Pusat Khidmat DUN atau mana-mana agensi kerajaan mahupun institusi keagamaan dalam perlaksanaan Program Bersifat Intervensi Sosial (CSR) dan program pembangunan komuniti. Pihak NGO boleh memohon untuk melaksanakan program atau aktiviti dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN melalui inisiatif-inisiatif semasa kerajaan negeri seperti ERAT@Negeri Sembilan yang berkaitan perpaduan, inisiatif Wanita Madani atau lebih dikenali dengan WADANI, bagi program-program berkaitan pembangunan wanita dan masyarakat. Inisiatif berkaitan hal-ehwal bukan Islam seperti pemohonan dana perayaan, serta pembaikan rumah ibadat serta juga NGO berkaitan agensi kerajaan pendidikan mahupun perwakilan komuniti atau kesatuan sekerja.

Kerajaan negeri ingin menegaskan bahawa bantuan kepada NGO adalah satu bentuk pelaburan sosial. Namun bagi itu kelulusan permohonan sentiasa bergantung kepada kepatuhan kepada syarat, kejelasan objektif program serta kemampuan kewangan semasa kerajaan negeri. Kerajaan amat terbuka untuk terus memperkasakan kerjasama dengan NGO dalam membina masyarakat yang inklusif, prihatin dan progresif. Dan dalam masa yang sama juga, kerajaan negeri menyeru kepada semua NGO agar membuka dan

mencambah minda dan mencari peluang serta tajaan daripada industri tempatan dalam meneruskan usaha-usaha muni yang sedang dijalankan. Pihak industri serta swasta juga diseru agar menjalinkan hubungan positif dan timbal balik dalam pelaburan sosial ini, bagi mendapatkan imbuhan maksima dalam pembangunan sosial negara. Terima kasih Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Labu.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Labu bertanya soalan nombor 1.

Dato’ yang Dipertua, ini berkaitan dengan MyKiosk. Bagi tahun 2023 dan 2024 jumlah MyKiosk yang diterima peruntukan daripada KPKT adalah sebanyak 426 unit untuk Seremban, Majlis Bandaraya Seremban 130, untuk Port Dickson 35, Jempol 50, Tampin 58, Kuala Pilah 68, Rembau 47, dan Jelebu 38. Kalau untuk sewaan, Seremban maksimum RM100 ringgit, Port Dickson, Port Dickson antara RM200 ringgit sehingga RM400 ringgit, Jempol maksimum RM100 ringgit, Tampin RM100 ringgit, Kuala Pilah RM80 ringgit sehingga RM100 ringgit, Rembau RM50 ringgit, Jelebu RM100 ringgit ini adalah untuk sewa dan kos untuk harga seunit MyKiosk adalah diantara RM15,000 ringgit sehingga RM25,000 ringgit ini bergantung kepada spesifikasi dan juga kemudahan ataupun beberapa kelengkapan yang disediakan terhadap kepada MyKiosk ini. Termasuk adalah untuk penyediaan tapak untuk meletakkan MyKiosk tersebut. Untuk pengetahuan juga KPKT telahpun menyediakan peruntukan untuk sehingga maksimum RM25,000 ringgit dan setiap PBT akan mohon kepada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan mengikut permohonan tersebut KPKT akan meluluskan peruntukan. Selepas KPKT setiap PBT menerima peruntukan, pemilihan tapak itu akan dilaksanakan oleh PBT itu sendiri. Selepas itu, penyediaan sebut harga dan juga pelantikan pembekal ataupun kontraktor sehinggalah pemilihan peniaga pun akan dilaksanakan oleh PBT itu sendiri dan bukannya semua kiosk itu akan disediakan oleh KPKT. Dan di dalam PBT itu sendiri pun bukan satu kontraktor ataupun pembekal yang menyediakan untuk kesemua MyKiosk di PBT itu sendiri. Penyediaan di sesuatu MyKiosk di sesuatu kawasan itu adalah mengikut kawasan itu sendiri. Contohnya 10 MyKiosk di satu kawasan itu dibekalkan oleh seorang kontraktor di kawasan yang lain adalah kontraktor yang lain. Kalau di MBS ada 130 MyKiosk bukan 130 MyKiosk ini pun disediakan oleh seorang pembekal ataupun seorang kontraktor, ia terpulang kepada kawasan tertentu dan contohnya seperti di Mantin 10 MyKiosk disediakan oleh satu pembekal ataupun satu kontraktor. Di Nilai ada 10 lagi MyKiosk, 10 MyKiosk itu disediakan oleh satu lagi kontraktor melalui prosedur yang telah pun ditentukan oleh PBT itu sendiri. Dan selain daripada itu daripada 426 MyKiosk sebanyak 394 MyKiosk ini telah pun diisi berbanding dengan 32 yang masih belum diisi dan antaranya adalah pada awalnya pemilihan tempat

adalah tidak sesuai dan disebab itu saya dan juga Yang Amat Berhormat Sikamat pun telah pun meminta kepada setiap PBT untuk kita memindahkan MyKiosk-MyKiosk yang tempatnya tidak sesuai kepada tempat yang lebih sesuai, supaya kemudahan itu dapat digunakan oleh peniaga-peniaga di kawasan tersebut dan saya juga telah minta supaya selepas kita nak pindah itu jangan letakkan secara berkelompok, lebih baik kita memilih peniaga-peniaga yang sedia ada di tepi-tepi jalan yang menggunakan payung, kita tawarkan terus kepada mereka. Kalau tempat itu selesai, eh sesuai tempat itu selamat tidak mengganggu aliran trafik kita tawar terus kepada mereka adalah satu pilihan yang lebih baik daripada kita meletakkan beberapa kiosk 5 atau 6 ataupun 10 MyKiosk ini di sesuatu kawasan yang tertentu dan ini akan menyebabkan ada peniaga tidak dapat bersaing antara secara beramai di satu tempat yang menyebabkan beberapa tempat ini, MyKiosk ini masih kosong, dan selain daripada itu daripada 394 MyKiosk yang telah pun diisi tetapi ada juga beberapa peniaga yang masih belum memulakan perniagaan walaupun mereka yang mohon mereka yang datang interview selepas kita tawar pun, ada sebahagian kecilnya yang masih belum berniaga dan itu kita telah minta kepada setiap PBT kalau dalam satu tempoh masa sebulan mereka masih belum start berniaga, kita tarik balik dan kita bagi kepada peniaga-peniaga yang mahukan MyKiosk ini untuk mereka berniaga dan untuk mereka mendapatkan sedikit sumber pendapatan daripada MyKiosk ini. Terima kasih.

Soalan tambahan untuk Dipertua, aaa…kenapa tidak diselaraskan kadar sewaan MyKiosk ini di keseluruhan Negeri Sembilan? Terima kasih.

Mykiosk ini adalah mengikut, ditentukan oleh PBT itu sendiri. Ada tempat memang ada permintaan macam di Port Dickson, ada tempat di tepi-tepi pantai memang ada banyak peniaga yang mula nak nakkan berniaga di tepi-tepi pantai ini, maka PBT di Port Dickson MPPD telah pun melaksanakan kaedah di mana yang lebih bayar yang lebih dengan bayaran yang lebih ditawarkan, dan juga ada di tempat yang lebih sesuai tempat yang strategik dan daripada kita memberikan pembayaran yang lebih rendah, kita lebih baik kita menggunakan kaedah ini supaya kos tersebut juga dapat digunakan untuk kita menyelenggara ataupun membaiki sebarang kerosakan yang berlaku di MyKiosk-MyKiosk tersebut. Terima kasih

Minta celahan Dato’, minta celahan sikit, okay berdasarkan tinjauan saya sendiri di beberapa kawasan termasuk di pintu masuk Gunung Angsi, Bukit Putus, ada MyKiosk, itu satu lagi Taman Senawang Perdana ada 13 MyKiosk yang baru dihantar bulan Jun yang lepas. Bila kita tengok dah berkarat dan letakkan di tempat kadang-kadang di tempat burung yang burung yang membuang najis. Dari segi hygienenya memang tak bagus dan juga masih terdapat MyKiosk banyak yang kosong saya tak tahu data itu betul

tak betul yang dibagi dan tidak beroperasi dan dan ditinggal yang lama, ya jadi apakah kerajaan bersedia mengumpulkan laporan status fizikal terkini ya, tentang status MyKiosk tersebut. Saya tengok dia er.. penyelenggaraan itu tak ada, yang dah berkarat apa semua dan itulah saya rasa kalau untuk long term, ya, untuk jangka masa panjang dia akan menyebabkan saya rasa jadi sampah lah…. Wallahualam…

Dato’ Speaker, sebelum EXCO jawab saya nak mencelah sedikit. Saya mencadangkan MyKiosk ini, reka bentuk MyKiosk ini bagi saya seharusnya beridentitikan tempatan, bukan beridentitikan satu uniform. apa standard design yang dibuat oleh pihak KPKT kerana keadaan kata tu, mungkin di Kuala Pilah ada identiti-identiti yang bagi saya peniaga pun satu kebanggan bila mereka dapat berniaga satu kiosk yang beridentitikan setempat ataupun kita ambil identiti Negeri Sembilan pun saya rasa itu cukup baik. Terima kasih.

Ok Dato’ Yang Dipertua, yang berkaitan dengan di Senawang Perdana MyKiosk 13 MyKiosk Senawang Perdana ini baru dipindahkan daripada Taman Tunku Jaafar kerana memang seperti mana yang tadi saya katakan memang pada awalnya beberapa pemilihan tempat itu memang tidak sesuai, sebab itu kita telah minta untuk dipindahkan dan di Senawang Perdana ini adalah atas permintaan daripada Persatuan Penduduk Taman Senawang Perdana dan mereka telah pun memberikan senerai nama beberapa senarai nama peniaga yang sedang berniaga di Taman Senawang Perdana ini untuk ditawarkan MyKiosk ini. Berkaitan dengan isu pokok-pokok yang berada di tu kita akan minta pihak Majlis Bandaraya Seremban untuk lihat dan kita harap kita boleh mengambil tindakan yang sewajarnya. Dan berkaitan dengan beberapa MyKiosk dalam keadaan yang rosak itu kita akan membaiki dan juga menyelenggara dan Yang Berhormat Johol untuk tahun lepas dan tahun ini, kita telah, tahun lepas dan 2023 dan 2024 kita telah pun menggunapakai satu standard di seluruh negara dan jika ada pada masa akan datang kita akan menimbangkan cadangan tersebut iaitu mengikut identiti kawasan ataupun mengubah sedikit design tersebut ia boleh mencerminkan identiti negeri ataupun identiti sesuatu kawasan tertentu di Negeri Sembilan. Terima kasih.

Boleh minta soalan tambahan? EXCO boleh? boleh? Boleh YB, boleh tak kalau ini ramai yang tanyalah sebab jarak antara MyKiosk dengan MyKiosk itu dia terlalu hampir kadang-kadang dia nak masak, ataupun sebab dalam itu tidak dibenarkan masak, jadi kalau kita minta supaya adjust sikit dia punya jarak tu boleh? terima kasih.

ya… Yang Berhormat Lenggeng, memang ini adalah antara satu penambahbaikan yang kita dapat dilaksanakan di mana pada awalnya beberapa tempat, jarak antara MyKiosk dengan MyKiosk yang lain tak sampai

dalam 5 kaki saja ataupun 6 kaki, tetapi di beberapa tempat selepas kita lihat ada keperluan walaupun MyKiosk ini pada awalnya bukan untuk dimasak di tempat tersebut, tetapi ya lah, ada juga peniaga mahukan memasak secara beberapa masakan di situ dan kita lihat dan beberapa tempat kita telahpun tambah baik. Antara MyKiosk kita telahpun ada jarak lebih daripada 10 kaki, bukan saja untuk masak, tetapi kita juga membenarkan untuk peniaga tersebut memasang satu khemah yang boleh dibuka ataupun disimpan supaya customer ataupun pelanggan mereka boleh duduk boleh makan dekat sana dan ia juga akan menarik lebih ramai pengunjung ataupun pelanggan datang ke MyKiosk mereka. So ini adalah antara cadangan yang kita akan tambah baik pada masa-masa akan datang. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Lobak berkemukakan soalan nombor 1.

Terima kasih Lobak. Soalan Lobak ini ialah berkaitan dengan isu disiplin guru. Ingin dimaklumkan bahawa terdapat 168 kes yang melibatkan isu disiplin orang pendidikan ataupun guru di Negeri Sembilan bagi tempoh 2021 sehingga 2025. Dan senarai pecahnya seperti mana saya nak baca selepas ni, jenis-jenis kesalahan disiplin guru-guru ialah yang pertama yang keduanya tak hadir bertugas, yang keduanya pemalsuan dokumen, yang ketiga penyelewengan kewangan, yang keempat penyataan awam, yang kelima kebankrapan, yang keenam gangguan seksual, yang ketujuh masalah disiplin, yang seterusnya ialah ingkar perintah, jenayah, yang seterusnya ialah keterlibatan dalam politik. Mencederakan murid pun ada juga, hubungan sulit, keluar negara tanpa kebenaran, kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan dan juga SPRM. Dan pecahan mengikut daerah Dato’ Yang Dipertua, ialah di daerah Seremban lapan, 89 kes, Port Dickson 11 kes, Jempol Jelebu 36 kes, Rembau 8 kes, Kuala Pilah 11 kes, dan Tampin 13 kes. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Yang Dipertua, Soalan tambahan, nampak yang disiplin untuk guru-guru tu, berapa kategori ada, tapi saya nak tanya, apa kerajaan supaya mengambil berat khasnya yang guru yang kurang disiplin itu atas murid atau murid macam seksual, atau yang berkaitan dengan murid itu. Apa tindakan jabatan pendidikan atau pandangan kerajaan kita ini terhadap guru yang kurang disiplin atas kes-kes berkaitan dengan murid. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan ini sebenarnya kesalahan disiplin dia pelbagai, sepertimana yang saya sebut tadi, dan tindakan pun pelbagai dan segala tindakan dia ada di bawah semuanya di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Kelakuan Dan Tatatertib 1993, ada peraturannya. Dan macam-macam lah dia punya bergantung

kepada jenis kesalahan itulah. Ada yang kalau kesalahan itu kesalahan yang ringan, dia mungkin akan dikenakan tindakan disiplin seperti di… dipindahkan ke jabatan contohnya, jadi tak ada di sekolah lagi ataupun saya boleh tengok ya, kalau kesalahan-kesalahan berat, ada yang terpaksa kita ambil berhentikan pun ada. Dia dasar bergantung kepada kesalahan YB. Jadi memang termaktub kalau ada kesalahan jenayah itu terpulang kepada mahkamah lah. Macam kesalahan seksual itu pun sama juga. Jadi bagi pihak jabatan kita ada peraturannya dan semuanya bergantung kepada jenis kesalahan berat ataupun ringan lah. Tak kira dia melibatkan murid ataupun melibatkan pihak ketiga dengan guru lain ke dan sebagainya tapi memang ada peraturannya. Jadi semuanya terangkum YB. Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Yang Dipertua, saya buat celahan bahawa yang disiplin itu berikut tahunan dia berterkawal ke atau dia bertambah teruk? Kalau nampak ni 168 kes ni saya tak nampak dia bilangan setiap tahun tu. Kami nak ikut tahun tu kerana kes macam ni mesti diutamakan. Kami akan kawal supaya kes ni dikurangkan ikut setahun. Tapi kes ni tak nampak status dia macam mana. Sejak tahun 2021 hingga 2025 tapi jumlah dia dia semakin turun ke atau dia bertambah. Terima kasih.

Sebenarnya Dato’ Yang Dipertua, dia ini jumlah keseluruhan yang saya beritahu tadi. Tapi dari segi penambahan tu ada… ada kes-kes yang meningkat dan ada yang menurun. Untuk tu, saya akan maklum pada YB lah… Ya, terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua,saya nak mencelah. Saya nak tanyalah YB EXCO mengenai isu di sekolah SJKC di Port Dickson yang memasang bendera terbalik. Apakah tindakan daripada YB EXCO Pendidikan? Adakah itu salah pihak sekolah ataupun pihak sekolah melantik kontraktor untuk memasang bendera? Sebab perkara ini kalau berlaku di luar Negeri Sembilan tak ada masalah, tapi di dalam Negeri Sembilan kita kena suarakan lah sebab apa kerap kali sampainya Hari Kemerdekaan, hari yang kita cintai negara, sering berlaku perkara-perkara begini. Lebih-lebih lagi sekali memalukan melibatkan sekolah. Sepatutnya sekolah ni tempat yang baik untuk kita. Tapi ia mencontoh yang tidak baiklah, yang simple sekali memasang bendera terbalik dah viral lah di media sosial. Saya mohon tindakan daripada, apakah tindakan daripada pejabat EXCO Pendidikan? Terima kasih.

Terima kasih Yang Di Pertua, perkara ni benda yang dah viral sebenarnya ya, dan jabatan memang maklum untuk perkara ni dan kalau kita lihat semalam pun Yang Berhormat Menteri Pendidikan pun dah jawab secara terbuka bahawa perkara ni sedang dalam siasatan masih menunggu laporan sepertimana yang YB tanya tadi, siapa yang buat dan sebagainya kontraktor ke ataupun budak ke ataupun cikgu ke, kita tak pasti dan menteri

cakap YB Menteri beritahu dia dah dapat sedang dalam proses mendapatkan laporan dan tindakan tegas akan diambil lah kepada sesiapa yang terlibat. Sebab ni di premis sekolah. Terima kasih YB.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Mohon pencelahan Dato’ Yang Dipertua. Sikit, sikit boleh? Dato’ Yang Dipertua, saya yang turun sendiri pada hari tersebut ketika berlaku. Saya yang menyelaras antara Ahli Lembaga bersama dengan pihak sekolah dan hal ini berlaku sebab pihak guru besar dia pesan seorang apa pekerja yang yang pekerja ni OKU akal. Mental dia kurang, kurang sikit lah. Dia OKU, dia yang pergi pasang dekat sekitar sekolah sana dan selepas tahu dia pakai bendera yang lama untuk dia pasang. Dia pasang dia pun balik saja. So selepas dimaklum pada orang public, dalam dua jam saja bendera tu dah diturunkan ha benda dia itu dah diturunkan. Dia bukan disengajakan, jangan diviralkan hal sebegini yang katakan sekolah tak, tak cintakan negara. Saya rasa ini satu kesilapan yang yang sikit, yang rasa saya rasa boleh dimaafkan. Dato Yang Dipertua, saya harap hal ini isu ini tidak diviral lagi, sebab saya sendiri yang turun pergi selaraskan isu ini. okay Dato Yang Dipertua thank you, terima kasih.

Terima kasih YB, saya rasa YB Lukut dah beri penjelasan ha memang tak ada niat nak viralkan, tapi benda ni dah viralkan dan kita harap jangan diviralkan lagilah, seperti kata YB Lukut, ni bukan disengajakan tinggal lagi mungkin kita tengok baliklah siapa yang orang yang tak betul mental ni tak boleh tak boleh lah suruh dia pasang benda-benda macam ni kan, takut dia buat kesilapan sekali lagi, jadi kita pun malu nanti. Okay YB. Terima kasih YB.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato Yang Dipertua, ha ini soalan saya, saya nak tambah sikit kerana memang pasang benda ni mesti hati-hati, tapi sebagai manusia kerana kes ini bukan tahun ni saja, dia berulang-ulang saya sokong Jeram Padang, saya pun sokong Lukut, tapi kami kena buat secara kemanusiaan. Tengok yang tadi ada maklumkan aaa… dia yang mental atau sakit OKU kalau tak bagi kerja dia pergi mana, guru besar atau macam saya saya pakai di aaa… Lobak saya, saya pun hati-hati, tapi mungkin manusia lah kadang-kadang ada kesilapan, tapi kami pun nak umumkan Jabatan Pendidikan pun ada kesilapan dia. Kami pun difaham, kami pun faham keadaan bukan sengaja, so kami harap satu relevan kerajaan kena berpatut la tu, jikalau macam Lobak sengaja kasi salahkan sampai penjara tak ada masalah, tapi seorang tu tak sengaja, kami secara kemanusiaan, kena beri sikit ha rasa lah. Lagipun sekolah dengan lembaga ahli dia pun sudah minta maaf tentang kes yang terjadi tu so sebagai kemanusiaan kami harap lah sama-sama usaha sama-sama utamakan bila memasang bendera, bukan seorang. Kami harap kerajaan beri jasa baik tentang kes ini saja terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Yang Berhormat Lui, Sungai Lui

Dato’ Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nomor 2.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, pertamanya saya nak ucapkan terima kasih kepada ADUN Lui di atas soalan yang berkaitan dengan peruntukan pembangunan masyarakat orang asli. Dua soalan yang dikemukakan oleh ADUN Lui ialah yang pertamanya berkaitan dengan peruntukan masyarakat orang asli secara keseluruhannya di Negeri Sembilan bagi tahun 2025, dan yang keduanya ialah tentang perkara yang berkaitan dengan akses berapa peratus akses kepada keperluan asas bekalan air dan elektrik di kawasan masyarakat orang asli di seluruh Negeri Sembilan.

Yang Berhormat Dato’ Yang DiPertua, ingin saya rekodkan di dewan yang mulia ini bahawa jumlah peruntukan pembangunan yang telahpun disalurkan oleh JAKOA Negeri Sembilan adalah sebanyak RM4,017,560 ringgit. Peruntukan ini adalah bagi maksud melaksanakan 6 projek pembangunan seperti yang nak saya sebut satu persatu. Pertama ialah projek bekalan air terawat sebanyak RM420,000 ringgit, yang kedua projek infra dan ameniti sosial RM2,069,713 ringgit. Projek jalan perhubungan RM666,443 ringgit. Projek bantuan bina baru dan baik pulih rumah, yang ni penting, Dato’ Yang Dipertua ya, maknanya bagi bina baru dan baik pulih rumah bagi keseluruhan perkampungan 69 perkampungan masyarakat orang asli di Negeri Sembilan, Kerajaan, JAKOA telah membelanjakan sebanyak RM792,420 ringgit sepanjang tahun 2025 setakat ini ya. Program Modenisasi Pertanian Orang Asli RM60,434 ringgit dan akhir sekali Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar sebanyak RM8,550 ringgit. Daripada keseluruhan jumlah peruntukan yang diterima sehingga kini JAKOA telah pun menanggung dan membelanjakan sebanyak RM3,576,639.80 daripada keseluruhan peruntukan yang telah diperuntukkan sebanyak 4 juta tadi maknanya JAKOA telah membelanjakan mengikut jumlah yang telah saya nyatakan untuk pembangunan masyarakat orang asli di Negeri Sembilan manakala baki peruntukan sebanyak RM440,920 ringgit ini sedang menunggu kelulusan daripada pihak Kementerian. Bagi kampung yang telah diiktiraf oleh JAKOA Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman ahli dewan, sebanyak 90% daripadanya semuanya telah pun memperoleh akses kemudahan dan keperluan asas bekalan air dan elektrik. Baki yang 10% ini Dato’ Yang Dipertua, adalah merupakan kampung tambahan yang tidak berstatus rizab orang asli dan masih belum mendapat akses sepenuhnya kepada kemudahan asas tersebut. Tetapi saya juga telah dijelaskan di dewan yang mulia ini pada tempoh yang lalu, bahawa ada di kawasan-kawasan yang pun telah pun ditawarkan dengan kemudahan asas ini tetapi ada setengah sesebahagian segelintir kawasan yang tidak sangat bersetuju tentang kemudahan asas ini kerana mereka tidak mahu terlibat dengan komitmen bil ataupun bayaran kepada pihak SAINS

dan pihak Kerajaan. Mereka lebih berminat menggunakan air bukit sebagai bekalan untuk urusan harian mereka. Kerjasama ataupun dalam soal yang berkaitan dengan pembangunan masyarakat orang asli ini. Dato’ Yang Dipertua, kita tidak ada kompromi dan ini adalah merupakan satu perkara yang menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan negeri, malah kerajaan pusat. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Saya nak mencelah Yang Dipertua, untuk makluman Yang Berhormat EXCO kerajaan negeri bawah Kementerian Luar Bandar di kawasan saya ini ada dulunya diumumkan Projek Bekalan Air Luar Bandar sebanyak RM5.5 juta selepas pilihan raya negeri sehingga hari ini dah menjelang 2 tahun saya dapati tak ada perkembangan pun sebab masyarakat kampung orang asli asyik bertanyakan saya, saya dah siasat pihak kementerian luar bandar sudah melantik perunding, perundingnya bernama Unity Consultant berpejabat di Taman Tasik Jaya. Takkanlah nak merancang untuk kampung-kampung orang asli ni mengambil masa sehingga 2 tahun tapi tak selesai-selesai. Saya bagi pandangan lah, kalau konsultan tidak bijak mengurus, merangka, merekabentuk eloknya dilantik konsultan yang lebih bertauliah dan mahir, dan saya mendapat tahu saya selaku ADUN Jeram Padang pun tidak dipanggil. Apakah perancangan dari pihak perunding. Tak ada langsung. Dan keduanya sebelum ini ada juga diumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta jambatan menghubungkan Kampung Orang Asli Batu Peti dan Kampung Orang Asli Panchor. Dan sehingga hari ini saya pun tidak dapat maklumat dari pihak Kementerian Luar Bandar dan saya tak boleh jawab dengan masyarakat saya di kampung orang asli. Cuma saya nampak ada lawatan bersama Ahli Parlimen tapi saya tidak dijemput selaku ADUN Kawasan. Jadi, tiada keputusan, dah tertangguh selama 2 tahun, saya bagi pihak masyarakat Jerang Padang tidak berpuas hatilah. Apakah perancangannya selepas ini? Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya nak ucap terima kasih pada ADUN Jeram Padang di atas keprihatinan terhadap pembangunan masyarakat orang asli. Runding baik-baik dengan ahli parlimen, bila pergi lawat kawasan turun semua sebagai satu team dan pasukan. Dato’ Yang Dipertua, perkara ini juga saya setuju dengan ADUN Jeram Padang, peruntukan BALB ataupun Bekalan Air Luar Bandar ataupun BELB Bekalan Electrik Luar Bandar yang telah diperuntukkan dengan sejumlah peruntukan yang agak besar sejak tahun 2022, 2023, dan 2024 sehingga ini belum lagi dilaksanakan ataupun di-execute dengan izin melalui perkara-perkara yang telahpun diperuntukkan. Dan untuk maluman dewan yang mulia, saya telahpun mengumpul dan saya telah jelajah satu perkampungan orang asli dengan perkampungan orang asli yang lain dengan mengumpul data-data yang berkaitan dengan projek yang telahpun diperuntukkan dengan peruntukkan daripada KKDW tetapi masih dilaksanakan masih dalam progres dan masih dalam kajian konsultan yang telahpun dilantik melalui

tatakelola perolehan daripada pihak kementerian dan kesemua list ataupun senarai ini telahpun saya bentang dan kemukakan dalam Mesyuarat Maxclub, yakni Mesyuarat Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan luar bandar, bersama dengan Yang Amat Berhormat Menteri KKDW untuk dilaksana dan diambil tindakan dan diberi perhatian oleh pihak Kementerian KKDW secepat mungkin. Setakat ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang boleh saya katakan bahawa semua projek-projek yang telah diluluskan masih ada yang masih dalam kajian konsultan, ada yang masih lagi dalam pelaksanaan untuk memilih konsultan, melalui kaedah tender terbuka dan sebagainya dan ada juga projek-projek yang telah pun dilaksanakan dan dalam proses pelaksanaan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, saya ada soalan tambahan. Saya ucap ribuan terima kasih kepada EXCO Kanan kerana mengambil berat tentang masyarakat orang asli termasuklah di kawasan saya. Soalan tambahan saya, adakah perancangan kerajaan negeri untuk membuat satu program ataupun satu karnival yang bersifat touchpoint di Negeri Sembilan ini untuk kita ketengahkan produk-produk ataupun cara hidup orang asli? Terima kasih Dato' Speaker.

Pandangan yang baik Dato’ Yang Dipertua, sebelum itu Dato’ Yang Dipertua ya, macam mana kita nak mengatakan bahawa pihak kerajaan negeri dan juga kerajaan melalui KKDW dan JAKOA ya. Kita memberikan perhatian dan penumpuan kepada kepentingan masyarakat orang asli. Minggu lepas saya telah kemukakan soalan di dewan rakyat untuk dijawab oleh Yang Berhormat Menteri tentang keadaan dan kedudukan Akta kita, Akta Masyarakat Orang Asli, Akta 1954 ataupun Akta 134 yang selama 71 tahun tidak diusik dan tidak dikaji semula maka soalan yang dibawa oleh Negeri Sembilan, saya telah kemukakan, dijawab oleh menteri dan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan apa ni pembentangan RMK13 pada minggu lepas yang Akta 134 Masyarakat Orang Asli di bawah 1954 ni akan dibuat kajian semula. Apa kajian yang akan dibuat? Tentang soal pemilikan hartanah. Tentang soal pendidikan. Tentang soal infrastruktur. Kenapa saya nyatakan di dewan yang mulia ni supaya untuk makluman ahli-ahli dewan bahawa kepentingan masyarakat orang asli ni sentiasa diberi perhatian oleh pihak kerajaan negeri dan juga pihak kerajaan pusat. Berkaitan dengan cadangan ADUN Juasseh tadi bahawa adakah kita merancang beberapa perkara dan pendekatan yang berkaitan dengan untuk membangkitkan perkara yang berkaitan dengan hasil dengan perkara-perkara yang success story yang dikemukakan oleh masyarakat orang asli di Negeri Sembilan oleh kerajaan negeri? saya nak kemukakan untuk makluman dewan bahawa sememangnya di dalam radar dan perancangan saya mula pada tahun 2026 untuk kita buat karnival. Karnival masyarakat orang asli yang kita akan namakan kita akan buat new branding dengan izin untuk masyarakat orang asli karnival untuk kita

mengupayakan semua hasil dan juga success story yang berkaitan dengan masyarakat orang asli di seluruh Negeri Sembilan untuk diteliti dan juga diberi pengupayaan dan pengiktirafan kalaupun tidak peringkat antarabangsa tetapi diperingkat negeri dan negara. Insya-Allah saya akan kemukakan perkara dan anggaran belanjawan untuk karnival ini dalam konsultasi bajet yang akan kita jalankan pada bulan hadapan dan insya-Allah kalau mendapat kelulusan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, maka karnival ini akan kita laksanakan seawal tahun 2026 terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Juasseh.

Saya kemukakan soalan nombor satu.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Juasseh. Soalan berkenaan dengan menambah baik berkenaan peruntukan bagi program SUKNES. Saya telah jawab tadi cuma saya ringkaskan untuk makluman Yang Berhormat Juasseh, insyaa allah apa saja pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat dan juga rakan-rakan yang lain akan saya kumpulkan akan kita kaji, akan kita bincangkan dan akan kita angkat untuk kelulusan tahun 2027. SUKNES 2027 untuk kita kaji sama ada ia perlu ditambah dana dan sebagainya insya-Allah akan kita ambil perhatian. Soalan seterusnya apakah alasan kerajaan mengurangkan peruntukan belia dari RM3,000 kepada RM1,000? Baik, Yang Berhormat Juasseh, kerajaan negeri yakin dan percaya bahawa aktiviti dan program bercorak kesukanan adalah lebih dekat dan merupakan touch point pada golongan belia. Bagi tahun 2025 sebahagian peruntukan asal iaitu RM3,000 pada setiap JPKK sebab ada yang dapat ada yang tak rapat kerana ini bergantung pada bilangan JPKK yang berada dalam DUN masing-masing. RM3,000 pada setiap JPKK Negeri Sembilan telah diselaraskan semula bagi menjayakan Program Sukan Negeri Sembilan atau sinonim dengan jenama SUKNES. Peruntukan bagi belia-beliawanis telah diselaraskan semula kepada RM1,000 setiap JPKK. Berdasarkan berdasarkan keperluan dan permintaan di peringkat akar umbi jumlah sukan yang dipertandingkan telah pun kita angkat pada 8 jenis seperti yang saya maklumkan tadi ya. Sehubungan dengan itu, peruntukan khusus melalui JPKK tadi sebanyak RM1,000 boleh dimohon dan telahpun rasanya disalurkan pada setiap JPKK melalui Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri masing-masing. Secara keseluruhannya untuk makluman Yang Berhormat, selain daripada peruntukan khusus tadi, banyak lagi dana-dana yang boleh kita mohon melalui Persatuan, Pejabat Belia Sukan Negeri, melalui JBS dan juga melalui Pejabat Belia Sukan untuk kita terus memperkasakan aktiviti-aktiviti belia di peringkat kawasan masing-masing. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Dato’ Dewan. Saya kemukakan soalan pertama.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Bismillahirrahmanirrahim terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih ADUN Temiang. Sungai Linggi sila senaraikan pengusaha-pengusaha berlesen dan pengusaha haram yang ada di sepanjang Sungai Linggi. Dato’ Yang Dipertua, pemegang permit bagi pengusaha berlesen di sepanjang sungai linggi adalah Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS). Walau bagaimanapun pihak Kumpulan Yayasan Negeri Sembilan telah melantik Syarikat GY Resources Malaysia Sdn Bhd, untuk melaksanakan kerja-kerja berkaitan di sepanjang kawasan tersebut, melalui surat setuju terima bertarikh 10 Februari 2025 bagi tempoh 24 bulan. Berdasarkan pemantauan dan penguatkuasaan bersepadu yang telah dijalankan terdapat 2 pengusaha haram yang ada di sepanjang Sungai Linggi iaitu berhampiran dengan Taman Angsa Mas satu pengusaha haram telah dikenakan kompaun dan selebihnya dalam tindakan penyediaan kertas siasatan oleh pihak Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Sembilan PTGNS. Pejabat Daerah Dan Tanah kawasan berkenaan sentiasa menjalankan operasi pemantauan dan penguasaan bagi mengelakkan ketirisan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih jawapan daripada Yang Amat Berhormat Sikamat. Jadi Dato’ Yang Dipertua Dewan dan seperti yang kita ambil maklum Sungai Linggi ini amat penting untuk negeri kita terutama penduduk-penduduk Daerah Seremban. di mana ia merupakan sumber air yang amat penting untuk penduduk-penduduk di sini. Jadi sungai ini banyak berlaku pencemaran minyak hitam lah. Minyak enjin di mana dituangkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawablah dan juga terdapat pengusaha-pengusaha yang menjalankan ini minyak enjin ini untuk kitar semula di berhampiran Sungai Linggi ini. Jadi saya nak tahu apakah statistik ataupun data-data berkaitan dengan pengusaha-pengusaha yang menjalankan kitar semula minyak hitam ini, minyak enjin ini yang dekat dengan sungai ini Sungai Linggi.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih. Soalan tambahan daripada DUN Temiang. Sebenarnya kita mengadakan operasi bersepadu berskala dan Alhamdulillah kita telah mengenalpasti beberapa lokasi jumlah data, detail akan saya jawab dalam soalan aaa…. secara bertulis Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.

Celahan sedikit, Dato’ Yang Dipertua. Boleh? Dato’ Yang Dipertua, berkenaan pencemaran sungai ni, saya rasa dah sampai satu masa kerajaan negeri kita perlu mengetatkan satu tindakan undang-undang yang cukup ketat agar mereka yang tidak bertanggungjawab ini mula risau. Kalau tidak perkara ni dah terlampau lama ya. Saya baru-baru ini pun saya tengok

Yang Berhormat Sikamat ada ke Lenggeng ya, dengan masalah yang sama juga. Saya rasa kita tak boleh benarkan, hampir dah berpuluh tahun masalah ini masih berlaku. Jadi saya mohon kerajaan negeri ada satu tindakan undang-undang yang lebih ketat supaya jika mereka nak melakukan kesalahan ini selepas daripada ini mereka akan risau dan takut. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, kita sedia maklum bahawa perkara ini telah diambil tindakan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar. Hari ini kes untuk mereka yang merosakkan alam sekitar khususnya di sungai boleh dikenakan denda maksimum yang tinggi. Jutaan ringgit, (sepuluh juta), sepuluh juta ringgit dan saya berharap bahawa dengan denda sepuluh juta ringgit ini memberikan ingatan kepada semua pengusaha khususnya yang mereka yang berhampiran, beroperasi berhampiran dengan tebing sungai supaya memastikan bahawa mereka tidak dikenakan tindakan yang tinggi ini, dan mereka juga boleh dipenjarakan di samping sepuluh juta ringgit denda, mereka juga kedua-dua sekali penjara dan denda maksimum sepuluh juta ringgit dan penjara. Jadi saya berharap dengan adanya undang-undang ini kita dapat sentiasa memastikan bahawa isu pencemaran ini dapat kita elakkan terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Yang Berhormat Serting.

Assalamualaikum. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor satu.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada YB Serting. Soalan yang pertama daripada YB ialah berapakah bilangan doktor pakar, pegawai perubatan dan jururawat berdaftar di Hospital Jempol. Soalan nombor dua berapa lama tempoh pesakit menunggu untuk mendapatkan perawatan segera kena ada aduan mengatakan tempoh urusan pesakit mendapat rawatan di Hospital Jempol mengambil masa yang lama. Jadi, Dato’ Yang Dipertua, ini jawapan dia. Jawapan nombor satu bilangan doktor pakar, pegawai perubatan dan jururawat berdaftar di Hospital Jempol setakat 30 Jun 2025 adalah 4 pegawai perubatan pakar sepenuh masa. Perubatan 2, Bius 1, Pembedahan Am 1, 39 pegawai perubatan dan 108 jururawat. Jawapan nombor dua berdasarkan bilangan pelanggan Hospital Jempol keutamaan, keutamaan diberikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan Dan Trauma dan masa menunggu adalah seperti berikut; kes kritikal zon merah dirawat dengan serta-merta. Antara contoh kes-kes dikategori kritikal adalah seperti berikut; nombor satu serangan jantun, jantung, pendarahan otak, kemalangan yang melibatkan kecederaan parah dan pendarahan dalam badan, sesak nafas, akibat kegagalan jantung dan peparu dalam keadaan septik, kejutan septik, komplikasi jangkitan kuman. Kes separa kritikal zon kuning, dirawat dalam masa 30 minit antara contoh kes dikategori separa kritikal adalah seperti

berikut; jangkitan kuman dalam peparu, dehidrasi akibat cirit-birit yang berterusan, demam denggi, keradangan appendiks. Kes zon hijau akan dilihat mengikut keutamaan pesakit dalam masa 90 minit. Antara contoh kes yang dirawat di zon hijau adalah seperti berikut; demam biasa; batuk; selsema; saki sakit kaki; sakit perut akibat gastritis; sakit kepala; luka-luka kecil, lenguh badan, dan sakit pinggang. Itu saja Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Dijemput Yang Berhormat, ada soalan?

Soalan tambahan boleh?

Yang Dipertua Dewan

Okay.

Boleh? ya terima kasih. Kepada EXCO. Okay saya ingin menarik perhatian baru-baru ni ada keluar dalam Kosmo tentang seorang yang bernama siapa ni Wan Takaful menceritakan dalam tiktok hal berkenaan dengan mak dia yang telahpun apa dia dirawat mengambil masa yang lama hampir 3 ke 4 jam dalam keadaan mak dia kritikal lah. Begitu juga dengan yang lain saya search dalam ni antaranya pada tahun 2023 dulu 10 jam menunggu dalam keadaan serius, terkoyak tangan dia tapi menunggu sehingga mana, kering dia punya luka. Begitu juga dengan yang lain-lain lah, dan pengalaman saya pun antaranyalah. Hantar pesakit-pesakit yang ada di DUN Serting begitu juga keluarga saya pun seperti mana yang disebutkan tadi iaitu kuning, merah dan hijau tu, hijau tu bukan hanya 10-90 minit bahkan lebih daripada tu, iaitu 3 jam dan sebagainya ini yang berlaku dan itulah yang complaint yang saya dapat, harapan saya agar diperbaiki ataupun dikemaskinikan sebab ramai orang kata takut nak datang ke Hospital Jempol. Pergi sana mati. Bukannya takut mati tapi di segi apa dia penyelenggaraan itu yang mungkin kurang menyenangkan kepada penduduk yang ada di sekitar situ, maka tanggapan-tanggapan begitu mungkin berlaku. Jadi saya harap agar perkara ini dapat diambil perhatian lah terima kasih

Terima kasih YB Serting di atas soalan tersebut soalan tambahan saya akan beri jawapan bertulis kepada YB Serting terima kasih.

Yang Dipertua, saya mencelah. Saya bawa aduan daripada Klinik Baru Rompin lah, yang yang baru dibina tu, ada kuarters guru yang eh kuarters guru, kuarters staff untuk klinik tu cantik lah. Cumanya beliau berminat lah staff-staff ni nak tinggal di sana. Cuma dia punya coverage untuk line telefon semua tak ada. Jadi saying, jadi doktor dan semua staff akhirnya duduk di luar. Jadi saya mohon daripada YB EXCO panjangkan kepada YB EXCO Inovasi Dan Digital supaya ditambah coverage supaya duit rakyat yang membina kuarters guru tu tidak sia-sia terima kasih. Kuaters…kuarters klinik.

Sebelum EXCO jawab saya sedikit lagi soalan tambahan kaitan dengan service lah. Jadi rasanya Serting cakap soal service di hospital kan, dia juga melibatkan service di klinik kesihatan, klinik desa dan sebagainya kan. Jadi di kawasan saya ada klinik desa yang baru kita rasmikan dan apa yang saya lihat adalah peralatan di klinik desa ini terlalu uzur ya. Ada bangku yang saya rasa seusia saya pun ada. Jadi saya rasa ini amat tidak memberikan suasana yang kondusif kepada apa ni, dipanggil orang yang datang. Dan satu lagi untuk Dato’ Yang Dipertua, saya nak cakap soal pelantikan panel kesihatan ini. Sebabnya panel kesihatan ini satu, apa dia panggil senarai yang telah kita bagi daripada ADUN kan kepada pihak yang berkaitan berkenaan, yang melibatkan satu kita dah pilih satu kelompok ataupun satu kumpulan yang kita yakin akan dapat membantu klinik itu sendiri. Tetapi apa yang mendukacitakan ialah bila keluar sahaja senarai panel klinik kesihatan dan mungkin hospital sebab kawasan saya tak ada hospital. Tengok senarai itu kita ADUN sendiri pun tak kenal siapa senarainya ada-ada orang Johol saya dengar cerita dilantik di Seri Menanti. Jadi benda-benda sini saya harap EXCO tolong tengok ataupun beri keutamaan kepada apa senarai yang telah dihantar oleh ADUN untuk kebaikan sebenarnya klinik kesihatan itu sendiri. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, saya pasal klinik, pasal kesihatan ini, saya pun ingin menumpang bertanya, semasa ucapan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun, tahun lepas ke tahun 23 rasanya tahun 2023, ada diumumkan bahawa pembinaan Klinik Kesihatan Rantau. Dah 2 tahun, tapi tak ada apa-apa nampaknya kawasan pun kita tak tahu kat mana, saya nak minta tanya EXCO Kesihatan apakah Klinik Kesihatan Rantau itu akan diterjemahkan ataupun masih lagi di peringkat mana. Terima kasih.

Terima kasih kepada YB Johol, mengenai klinik desa yang telah uzur. Jadi insya-Allah saya akan berbincang dengan pihak Hospital HTJ mengenai klinik desa ini, dan juga klinik Kesihatan, Ahli Lembaga Kesihatan Hospital, yang sebenarnya saya dah bagi kepada semua ADUN-ADUN dan juga EXCO-EXCO supaya memberi nama-nama untuk diangkat sebagai Ahli Lembaga Klinik Hospital untuk kuasa masing-masing. Jadi memang saya tak kenal pun, pasal apa, pasal apa ramai nama-nama tersebut. Jadi saya minta semua ADUN-ADUN yang bagi nama-nama tersebut yang saya serahkan kepada Pejabat Kementerian Kesihatan. Jadi Kementerian Kesihatan yang meluluskan nama-nama tersebut. Kalau nama-nama yang tak dipilih itu itu bukan kuasa saya, pasal apa nama-nama yang yang dipilih yang terbaru ini telah-telah diminitkan, jadi walau apapun saya sedang berusaha untuk mendapatkan nama-nama yang baru untuk dihantar kepada Pejabat Menteri Kesihatan insya-Allah dalam masa terdekat. Klinik mengenai Klinik Kesihatan Rantau, saya tidak pasti mengenai ini, jadi saya akan bertanyalah kepada Kementerian Kesihatan, insya-Allah terima kasih Dato'.

Dato' Speaker, saya sikit saja nak, untuk berkenaan dengan panel kesihatan di klinik-klinik kesihatan saya minta EXCO untuk menambah baik menambah baik senarai ini, kerana ada senarai yang kita senaraikan masih lagi ada nama-nama lama yang disenaraikan semula dan juga pertindihan, contohnya di kawasan saya, dua klinik ni, dua-dua nama adalah nama yang sama, nama yang kami hantar tak ada, dan juga ada di kalangan yang dicalonkan ini bukannya datang daripada ADUN, kita faham daripada Kementerian Kesihatan ke, daripada EXCO ke, daripada mana-mana ni, tapi kalau boleh rujuk semula yang dah diluluskan ini kepada kami selaku ADUN ke ataupun siapa-siapa yang untuk dirujuk. Supaya tidak berlaku pemanggilan mesyuarat ini sama ada orang itu ada atau tiada. Ada juga yang dah tak ada lagi, dicalonkan dalam panel ini. Itu saja terima kasih.

Terima kasih YB Juasseh. Insya-Allah saya akan tengok, teliti semula nama-nama tersebut terima kasih.

Jeram Padang soalan tak jawab tadi. YB EXCO tak jawab soalan saya tadi. Rompin, Klinik Rompin saya minta diadakan.

Mengenai kuarters Klinik Rompin tu, pasal dah siap. Digital, saya harap YB, YB Digital EXCO digital tolong jawab. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi pertanyaan lisan hari pertama telahpun tamat, semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberi jawapan secara bertulis.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan BertulisQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan yang berkehendakkan jawapan bertulis. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun membentangkan jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis yang telah diberitahu terlebih dahulu, seperti yang dibentangkan dihadapan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis adalah dibentangkan.

Pemilihan Dan Pelantikan Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara ketujuh, pemilihan dan pelantikan Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, menurut Peraturan 2 Aturan 1(1), Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri, Negeri Sembilan menyatakan bahawa:

“Dewan Negeri juga hendaklah memilih seorang Timbalan Yang Dipertua dalam mesyuarat yang mula-mula sekali diadakan selepas Pilihanraya; atau pada permulaan urusan mesyuarat dalam mesyuarat yang mula-mula sekali diadakan selepas daripada Jawatan Timbalan Yang Dipertua itu dikosongkan”

Yang Dipertua Dewan

Saya telah menerima satu pencalonan untuk Jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan. Dengan ini, saya menjemput Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat untuk mencadangkan calon Timbalan Yang Dipertua Dewan tersebut. Dengan hormatnya dipersilakan.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mencadangkan “Bahawa YB Datuk Mohd Asna bin Amin, ADUN Lenggeng adalah dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana seorang sahaja yang dicadangkan, dan telah disokong menjadi Timbalan Yang Dipertua, maka dengan ini saya memasyhurkan bahawa YB Datuk Haji Mohd Asna bin Amin, ADUN Lenggeng dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15.

Terima kasih Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Tahniah Yang Berhormat.

Rang Undang-UndangBill

Setiausaha Dewan

Perkara kelapan, Rang Undang-Undang Pertama. Rang Undang-Undang Bernama suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang disatukan Negeri untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud yang tertentu bagi tahun itu. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Rang Undang-Undang Bernama Satu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud yang tertentu bagi tahun itu, dibacakan bagi kali pertama.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali pertama.

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud yang tertentu bagi tahun itu.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2025 ini dibacakan bagi kali kedua izinkan saya memberikan penerangan mengenai tujuan dan sebab pindaan ini dibentangkan di dewan yang mulia ini. Rang undang-undang ini bertujuan mengadakan peruntukan bagi mengeluarkan wang sebanyak RM10,300,000.00 ringgit daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita diberi peluang berkumpul di dewan yang mulia ini. Untuk untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua penutup tahun 2024 menyaksikan kerajaan negeri selama 3 tahun berturut-turut iaitu bermula tahun 2022 hingga tahun 2024 telah mencapai surplus ataupun lebihan sebenar berbanding anggaran belanjawan defisit. Pada tahun 2024 kita berjaya mencapai surplus sebanyak RM83.07 juta berbanding anggaran defisit sebanyak RM46.9 juta semasa anggaran

belanjawan tahun berkenaan. Lebihan sebenar tersebut berjaya dicapai apabila kutipan hasil pada tahun 2024 adalah sebanyak RM636.17 juta ringgit Malaysia, atau 122.34% berbanding sasaran hasil sebanyak RM520 juta. Kutipan hasil 2024 tersebut beberapa rekod terbaik dalam sejarah pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan.

Jika dilihat dari segi peratusan sumbangan kepada hasil negeri secara keseluruhannya hasil bukan cukai merupakan penyumbang terbesar iaitu 64.84% ataupun RM412.51 juta berbanding dengan RM325.05 juta pada tahun 2023 diikuti hasil cukai sebanyak 23.99% peratus ataupun RM152.59 juta ringgit. Berbanding dengan RM152.38 juta pada tahun 2023 dan terimaan bukan hasil sebanyak 11.17% ataupun RM71.07 juta berbanding RM54 juta yang berjaya dikutip pada tahun 2023. Antara penyumbang utama kepada hasil bukan cukai pada tahun 2024 adalah bayaran premium tanah iaitu sebanyak RM185.83 juta berbanding RM161.55 juta pada tahun 2023. Peningkatan ini antaranya adalah disebabkan oleh pelaksanaan dasar fast lane approval bagi projek-projek bernilai tinggi yang telah mula dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2024. Dengan tema Bersama Membina Negeri Madani, kerajaan Negeri Sembilan menyediakan belanjawan berimbang pada tahun 2025 dengan anggaran kutipan sebanyak RM590 juta ringgit. Anggaran ini, anggaran belanja mengurus sebanyak RM590 juta termasuk anggaran belanja pembangunan sebanyak RM135 juta. Fokus belanja 2025 adalah memberikan tumpuan kepada inisiatif yang diyakini dapat mengimbangkan antara keperluan sara hidup dan pengukuhan ekonomi supaya terus berdaya tahan yakni risili risili risili risili risili resilience ke kendati pun begitu, terdapat keperluan untuk menyelaraskan semula keperluan belanjawan tahun 2025, dan dengan ini saya mohon izin untuk membentangkan anggaran perbelanjaan mengurus tambahan 2025 sebanyak RM10,300,000.00 ringgit.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, “Bulat air kerana pembuluh bulat manusia kerana muafakat. Faham sesuai, benar seukur, bulat segolek, pipih Selayang, rundingan jelak jangan selisih, muafakat jangan bercanggah, tuah pada sekata, berani pada seia”, seperti maksud teromba tadi, pada dasarnya peruntukan tambahan ini dibuat berdasarkan perubahan atau penambahbaikan dasar kerajaan negeri yang telah lama yang telah sama-sama dipersetujui. Kerajaan negeri komited untuk memberikan tumpuan kepada peningkatan takbir urus yang cekap serta menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di samping menzahirkan penghargaan kepada perkhidmatan, jasa-jasa serta pengorbanan yang telah diberikan oleh pesara anggota pentadbiran kerajaan negeri, kepada kemakmuran dan kesejahteraan negeri tercinta yang kita nikmati pada hari ini. Secara khususnya peruntukan tambahan ini perlu dibuat bagi menampung ketidakcukupan bayaran bantuan khas kewangan BKK 2025 termasuk pemberian BKK Aidilfitri sebanyak 2 bulan gaji serta ketidakcukupan

bayaran pencen selaras dengan penyelarasan Saraan Anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN dibawah Enakmen Anggota Pentadbiran Ahli Dewan Undangan Negeri Saraan 1980. Justeru kerajaan negeri bersetuju membuat tambahan peruntukan berjumlah RM10,300,000.00 ringgit bersamaan 1.75% dari peruntukan asal Belanjawan tahun 2025 yang berjumlah RM590 juta ringgit. Peruntukan tambahan ini juga menjadikan peruntukan keseluruhan tahun 2025 adalah sebanyak RM600,300,000.00 ringgit dengan anggaran defisit sebanyak RM10.3 juta.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebanyak 17 vot bekalan melibatkan jabatan-jabatan yang memerlukan tambahan peruntukan sebanyak RM7,740,000.00 ringgit dan 1 vot tanggungan yang memerlukan tambahan peruntukan RM2,560,000.00 ringgit dengan jumlah peruntukan sebanyak RM10,300,000.00 merangkumi peruntukan untuk pertamanya emolumen sebanyak RM7,740,000.00 ringgit dan keduanya pemberian kenaan bayaran tetap bekalan sebanyak RM2,560,000.00 ringgit.

Yang Berhormat Dato’ Yang dipertua, sekian pembentangan saya dan dengan ini saya mencadangkan agar Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2025 dibacakan untuk kali kedua. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Rang-Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Tahun 2025 telah dicadang untuk dibicarakan bagi kali yang kedua dan telah disokong. Oleh itu, seterusnya saya persilakan untuk perbahasan pada dasarnya sahaja.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya kita dapat berhimpun di dewan yang mulia ini, bagi membahaskan hal ehwal negeri khususnya dalam soal pembekalan tambahan bagi tahun 2025. Sidang ini bukan sahaja memberikan kita ruang untuk menilai kembali keperluan pentadbiran dan pembangunan, tetapi juga peluang untuk kita sama-sama mencorak hala tuju negeri yang sama-sama kita cintai ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Dato’ Yang Dipertua, mengurus perbendaharaan negeri bukan sekadar soal angka. Ini adalah seni mentadbir keutamaan iaitu priority. Ia memerlukan kebijaksanaan dalam menimbang antara kehendak dan keperluan serta keberanian dalam membuat keputusan yang tidak selalu

popular tetapi penting untuk masa depan. Bak kata pepatah Inggeris “A decision made not for plus but for posterity”.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dalam dunia yang semakin kompleks, kita tidak boleh lagi bergantung kepada pendekatan lama yang besifat rutin kita memerlukan pendekatan yang strategik dan fleksibel. Sesuai dengan realiti ekonomi sosial dan pesekitaran semasa, sebarang bentuk perbelanjaan mesti disandarkan kepada hasil yang jelas bukan hanya pada kertas kira-kira, tetapi juga ke dalam kehidupan seharian rakyat. Saya percaya atas semangat itulah, Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan Tahun 2025 ini dibentangkan. Ini adalah cerminan kepekaan kerajaan negeri terhadap situasi semasa yang berubah-ubah. Dan sebagai Ketua Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Johol saya tampil hari ini bukan hanya untuk menyatakan sokongan terhadap rang undang-undang ini, tetapi juga membawa suara rakyat luar bandar yang berharap agar setiap sen yang diperuntukkan benar-benar memberi makna kepada kehidupan mereka.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, semua telah sedia maklum bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan ini memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM10.3 juta. Dan ia untuk diagihkan kepada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri. Secara dasarnya saya melihat jumlah peruntukan ini bukanlah merupakan satu pemintaan berlebih-lebihan, sebaliknya ia adalah pelarasan besifat realistik bagi menampung keperluan kewangan sebenar ketika ini. Ini selari dengan prinsip adaptive dalam belanjawan, ia membawa maksud kerajaan harus cekap menyesuaikan bajet mengikut cabaran dan perubahan semasa. Bayangkan jika sesebuah Pejabat Daerah di kawasan luar bandar tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk urusan pentadbirannya, sudah pasti ia akan membantutkan operasi kerajaan negeri untuk menabur bakti kepada rakyat. Pada saya pembekalan tambahan ini adalah satu keperluan bagi kelansungan pentadbiran dan Pembangunan

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, belanja berhemah tidak bermaksud kita mengikat diri sehingga kita tidak mampu berfungsi. Ia bermaksud mengoptimumkan setiap sen yang dibelanjakan. Memastikan bahawa setiap pembelanjaan memberi pulangan yang nyata kepada rakyat dan pembangunan negeri dan dalam soal pengurusan fiskal, kita perlu tekankan mengenai kepentingan kerajaan mengurus hasil dan perbelanjaan secara berhemah. Ini termasuk mengelakkan hutang yang tidak perlu, memastikan pelaburan memberikan hasil dan menjaga keseimbangan fiskal jangka panjang. Dengan kata lain walaupun saya bersetuju dengan peruntukan tambahan ini, tetapi sebagai penjaga kewangan, Pegawai Kewangan Negeri yang baru hendaklah memastikan ia tidak dibelanjakan secara melulu. Bahkan perbelanjaan tambahan seperti yang kita bentangkan hari ini mesti

diasaskan kepada keperluan sebenar. Keberkesanan program serta impak langsung kepada rakyat. Prinsip inilah yang perlu menjadikan teras kepada semua peruntukan tambahan yang bakal kita luluskan di dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebagai wakil kepada perduduk di Kawasan, saya ingin mengingatkan bahawa rakyat di kawasan luar bandar juga mempunyai hak terhadap pembangunan yang seimbang dan inklusif. Dengan peruntukan tambahan kepada beberapa jabatan daerah, pejabat daerah terutamanya di Kuala Pilah dan Jempol, Jelebu saya berharap sebahagiannya dapat disalurkan kepada usaha menaik taraf kepada jalan-jalan kampung yang menjadi nadi pengangkutan hasil tani, sistem peparitan, saliran tanah tinggi, pembinaan pasar tani kekal, terutamanya di kawasan saya dan juga pusat pembelajaran digital untuk belia dan pelajar luar bandar. Saya percaya jika potensi luar bandar digilap dengan prasarana yang bersesuaian, maka kawasan seperti kawasan saya bukan sahaja boleh berkembang dari segi ekonomi tempatan malah menjadi destinasi pelaburan kecil, sederhana berasaskan pertanian eko-pelancongan dan budaya. Kita perlu keluar dari kerangka melihat desa sebagai beban, sebaliknya kita harus mula melihat desa sebagai aset negeri yang jika dijaga dan dibangunkan dengan strategi yang betul boleh menjadi penyumbang kepada pertumbuhan mampan Negeri Sembilan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, jumlah sebanyak RM10.3 juta ini adalah wang rakyat, maka amanahnya mesti dijaga, ia adalah tanggungjawab kita untuk pastikan setiap sen dana ini dibelanjakan dengan baik. Oleh itu saya mencadangkan beberapa perkara iaitu pertama setiap jabatan menyediakan laporan impak perbelanjaan tambahan menjelang akhir tahun ini. Laporan ini dibentangkan secara ringkas kepada dewan serta disiarkan secara umum dilaman web kerajaan negeri. Saya juga mencadangkan pengukuhan fungsi audit dalaman dan PAC Negeri dengan kerjasama bebas daripada institusi akademi.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengingatkan bahawa ketika perbelanjaan kita semakin meningkat, kerajaan negeri harus menambahkan usaha untuk meningkatkan lagi pendapatan negeri ini. Sedikit sebanyak saya mencadangkan beberapa perkara iaitu yang pertama perlu ada usaha untuk mempeluaskan hasil negeri secara berintegriti termasuk menerokai hasil bukan cukai, pajakan tanah negeri secara telus, serta konsesi hutan secara lestari. Kedua tarikan pelabur keluar ke daerah-daerah terpencil atau luar bandar seperti Johol, Jelebu, Tampin, melalui zon ekonomi khas luar bandar yakni Rural Investment Cluster dan yang ketiga pelaburan dalam pelancongan agro dan pelancongan warisan.

Penutupnya belanjawan tambahan ini bukan sekadar pindahan angka dalam dokument kewangan, ia adalah refleksi bahawa kerajaan negeri ini bersedia untuk belajar mendengar dan menyesuaikan diri mengikut keperluan semasa. Ia juga menandakan bahawa kita sebagai satu pasukan di dalam dewan yang mulia ini baik kerajaan dan pembangkang, bersedia untuk mengangkat martabat rakyat dan negeri secara bersama. Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, saya percaya bahawa kebijaksanaan kebijak kebijakan bukan diukur pada kepetahan ucapan tetapi pada keikhlasan dan keberanian untuk kita bertindak. Justeru kita harus bergerak dalam satu tekad untuk memastikan setiap peruntukan memberikan kesan yang nyata dan bermakna kepada rakyat terutama mereka yang paling memerlukan. Akhir sekali saya menyokong penuh Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan Tahun 2025 ini dengan harapan ia menjadi pemangkin kepada pentadbiran yang telus, berani dan progresif demi rakyat dan negeri ini, insya-Allah sekian, Assalamualaikum WBT.

Minta celahan sikit. Assalamualaikum WBT Dato' Yang Dipertua, saya ingin sikit mohon pencerahanlah dalam warta kerajaan yang terbit ini Perbelanjaan Tambahan bagi tahun 2025 ini RM7,740,000.00 sebagainya yang katakan tadi ada tambahan RM10.3 juta lah, kenapa tak dimasukkan sekali dalam warta ni? Itu yang pertama lah, dan sikit-sikit nak tahu kenapa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ni dia punya perbelanjaan terlalu mungkin terlalu tinggi berbanding dengan jabatan-jabatan lain. Wallahualam.

Yang Dipertua Dewan

Ada perbahasan lagi? kalau tak saya tutup untuk penggulungan.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato' lagi Yang Berhormat Dato' saya terima kasih beri peluang ucapan sokongan penuh kepada RUU Perbekalan tambahan 2025 dan RUU Berhutanan Negara Memakaian 2025. Saya berdiri di dewan yang mulia ini untuk menyatakan sokongan penuh kepada kedua-dua rang undang-undang yang telah dibentangkan iaitu Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan 2025, Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 2025.

Yang Dipertua Dewan

Itu belum bentang lagi.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

ha? boleh? belum lagi? tak?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

tadi tadi Yang Amat Berhormat Dato' Seri, dua-dua belum belum baca? okay okay okay sorry okay saya ingat dua, okay minta maaf. Saya menyokong sepenuhnya peruntukan tambahan sebanyak 7.740

daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri seperti yang dinyatakan dalam RUU Berbekalan Tambahan 2025. Saya percaya dan yakin bahawa kerajaan Negeri Sembilan dibawah pemimpinan pemimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Aminuddin Harun selaku Menteri Besar. Okay nanti, nanti jangan kacaulah, selaku menteri besar telah mentadbir negeri ini dengan sangat sangat sangat sangat cemerlangan dan saya mahu terima kasih EXCO kanan dan EXCO-EXCO dan Dato’ SS dan Dato' Nasihat Undang-Undang dan Dato' Kewangan yang baharu. Memang ada pengalaman sudah lama Datuk Bandar, sudah lama kakitangan kerajaan di negeri. Mereka ada pengalaman lah. Terima kasih. Perlaksanaan dasar-dasar negeri serta pendekatan yang tulus inkulasi dan beratian membutikan keperluan kepada berbelanjaan tambahan ini, bagi melaksanakan perkhidmatan awam yang lebih cekap dan berkesan. Lebih penting peruntukan ini diagihkan dengan teratur dan berhemah, meliputi belah bagai jabatan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan Dan Saliran, Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah Dan Tanah serta Jabatan Hal Ewal Agama Islam meng menggambarkan komitmen kerajaan negeri untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat tanpa mengira latar belakang.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menarik beratian dewan bahawa pada pilihan rakyat umum ke-15 PRU-15 lebih 85 atau 90% pengundi bukan Islam telah memberikan sokongan kepada kita. Maka menjadi tanggungjawab moral dan strategi kita untuk memastikan Hal Ehwal Bukan Islam turut diberi beratian yang wajar. Saya memuji usaha EXCO Hal Ehwal Bukan Islam Saudara Teo Kok Sang, yang giat berjuangkan tempat-tempat ibadat seperti tokong, kuil, kerja dan guruwada. Namun masih ada rungutan dalam kalangan penerima peruntukan yang ada kadang-kadang kecil 2,000, 3,000, 5,000, 10,000, 15,000, sampai 20,000. Saya mahu ucapkan ribuan terima kasih kerjaan Pakatan Harapan Madani ini lepas 2018 baru kita satu peruntukan yang asing beri Hal Ehwal Bukan Islam. Itu saya mahu ucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, memang saya ini tak boleh lupa. Lagi satu saya mahu beritahu sini itu peruntukan mereka bila mohon kadang-kadang itu kuil dalam ladang, bila dalam ladang, itu ada syarikat memang tak kasi surat kebenaran bukan kebenaran, tak beri satu surat tapak kuil itu. Itu kuil semua saya ingat itu peruntukan tak dapat lah. Saya minta rayu dewan yang mulia Yang Amat Berhormat dan EXCO saudara Teo Kok Sang, boleh kita tengok macam mana pasal mereka pun sokongan sama kita. Itu satulah bagi Hal Ehwa Bukan Islam ditingkatkan bagi memastikan keperluan semua komuniti dapat dipenuhi secara adil dan berkesan, sekaligus membina keyakinan pengundi menjelang PRU 16.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Kedua saya terus menyokong penuh Ruu Perhutanan…

eh belum lagi lah…

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

itu belum lagi lah itu surat tulis siang-siang itu surat tulis sebab itu kita follow okay sorry sorry. itu Akta Perhutanan belum lagi lah. Tapi sekarang saya tak boleh cakap?

tak boleh lah…

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

ada advance-advance boleh cakap advance pun tak boleh…

tak boleh…

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

okay saya yakin pelaksanaan undang-undang ini adalah tepat pada masanya dan selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk memelihara dan melindungi gasahan hutang Negeri Sembilan. aaa…belum lagi ah…

itu belum lagi lah…

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

okay…

okay kita percaya

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

okay secara lestari setakat ini kita telah melihat bagaimana kerjaan negeri tidak sewenang-wenangnya meluluskan sebarang pem…

belum itu, itu hutan

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

ini pun belum lah saya banyak oh banyak pun okay okay-okay itulah… next okay sorry…lagi satu boleh cakap DUN masalah saya sikit…

belum lagi …

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

pun belum lagi…

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

okay macam itu saya sokong rang undang-undang RM7.740 juta okay thank you.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih, Yang Berhormat Seremban Jaya. Ahli-ahli Berhormat sekalian, sesi perbahasan Rang Undang-Undang ini telah pun tamat. Terima kasih pada semua ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Sekarang saya persilakan Yang Amat Berhormat Sikamat untuk memberikan maklum balas dan menggulung perbahasan.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih ADUN Johol, ADUN Paroi, ADUN Seremban Jaya mengenai Rang Undang-Undang Perbelanjaan Perbelanjaan Tambahan 2025. Kita sedia maklum bahawa Rang Undang-Undang Perbelanjaan Tambahan ini terpaksa kita, kita bawa kesini kerana dia tidak tidak sama dengan peruntukan yang kita sediakan ketika kita menyediakan bajet bagi tahun 2025, dan tambahan ini adalah disebabkan oleh perbelanjaan untuk kita membayar kita membayar, BKK Aidilfitri sepanjang 2 bulan gaji serta ketidakcukupan bayaran pencen selaras dengan pelaksanaan Saraan Anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri yang kerajaan negeri termasuk Yang Dipertua Dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dibawa Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri Saraan 1980. Kita sedia maklum bahawa pada awal tahun ini ada kenaikan kepada gaji-gaji penjawat awam dan juga elaun kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri bagi tujuan tersebut. Bayaran saraan untuk mereka juga telah meningkat dan ini tidak termasuk dalam bajet kita pada bulan, tahun lalu untuk bajet tahun 2025. Kerana itulah bajet hari ini kita sediakan untuk makluman semua sebanyak RM10.3, RM10,300,000.00 disediakan untuk dua perkara iaitu emolemen dan pemberian dan kenaan bayaran, bayaran tetap bekalan. Ini merupakan satu perkara yang harus kita laksanakan. Terima kasih Dato' Yang Dipertua.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, perbahasan dalam undang-undang ini telah diberikan maklum balas oleh pihak kerajaan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju rang undang-undang ini dibaca bagi kali kedua sila angkat tangan. Yang tidak setuju? Yang berkecuali? dua ke tiga? satu, dua, tiga, empat eh… Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua.

[Keputusan undian: 25 orang ahli Yang Berhormat bersetuju. 5 orang ahli Yang Berhormat Berkecuali (YB ADUN Labu, YB ADUN Serting, YB ADUN Paroi, YB ADUN Bagan Pinang dan YB ADUN Gemas). YB ADUN Nilai, YB ADUN Rantau, YB ADUN Chennah, YB ADUN Chembong, YB ADUN Mambau dan YB ADUN Kota tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri Untuk Perbelanjaan Tambahan Bagi Perkhidmatan Tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud yang tertentu bagi tahun itu.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua saya bangun mencadangkan supaya dewan bersidang secara jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbang sefasal demi sefasal.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju dewan bersidang secara jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal sila angkat tangan. Yang tidak setuju? Timbalan Speaker tak setuju? Yang berkecuali? Lima, jadi dewan bersidang secara jawatankuasa.

[Keputusan undian: 25 orang ahli Yang Berhormat bersetuju. 5 orang ahli Yang Berhormat Berkecuali (YB ADUN Labu, YB ADUN Serting, YB ADUN Paroi, YB ADUN Bagan Pinang dan YB ADUN Gemas). YB ADUN Nilai, YB ADUN Rantau, YB ADUN Chennah, YB ADUN Chembong, YB ADUN Mambau dan YB ADUN Kota tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

[COKMAR DITURUNKAN]

Setiausaha

Fasal satu.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal dua.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 2 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Jadual adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada dewan.

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi saya bangun menyokong cadangan itu.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju? Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang semula.

[Keputusan undian: 29 orang ahli Yang Berhormat bersetuju. 4 orang ahli Yang Berhormat Berkecuali (YB ADUN Labu, YB ADUN Serting, YB ADUN Paroi, dan YB ADUN Gemas). YB ADUN Rantau, YB ADUN Chennah dan YB ADUN Gemencheh tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

[COKMAR DINAIKKAN SEMULA]

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Tahun 2025 telah dibentangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju rang undang-undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Rang undang-undang ini akan dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

[Keputusan undian: 28 orang ahli Yang Berhormat bersetuju. 5 orang ahli Yang Berhormat Berkecuali (YB ADUN Labu, YB ADUN Serting, YB ADUN Paroi, YB ADUN Bagan Pinang dan YB ADUN Gemas). YB ADUN Rantau, YB ADUN Chennah dan YB ADUN Gemencheh tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Setiausaha Dewan

Enakmen Perbekalan Tambahan Tahun 2025 dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri.

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Setiausaha Dewan

Perkara kesembilan penangguhan mesyuarat.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar lagi saya akan menangguhkan mesyuarat dewan. mesyuarat akan disambungkan semula pada hari selasa 5 ogos 2025 persamaan 11 safar 1447 hijrah mulai jam 10 pagi mesyuarat dewan ditangguhkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.28 tengahari.