Negeri Sembilan · 5 August 2025

15th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · 234 turns · 19,612 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Bacaan Doa

Setiausaha Dewan

Susunan mesyuarat, perkara pertama Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Jeram Padang.

[YB ADUN Jeram Padang telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan salam Sejahtera. Alhamdulillahhirabbil'alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula.

Alhamdulillah Segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Alam Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW Ahli keluarga dan para sahabat baginda Yang amat berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan, Puan-Puan, Hadirin yang dihormati sekalian. Hadirin sekalian Alhamdulillah saya mengambil kesempatan ini Untuk mengucapkan selamat datang ke sidang mesyuarat bagi Persidangan Kedua, Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang ke-15. Saya seterusnya ingin memaklumkan kepada Dewan Yang Mulia Ini berkenaan kehadiran Semalam 4 Ogos 2025 Yang Berhormat ADUN Chennah turut hadir dan mengikuti persidangan di Bilik Jempol. Manakala pada hari ini Yang Berhormat ADUN Rantau tidak dapat hadir kerana urusan Parlimen.

Hadirin sekalian, sebagaimana biasa saya ingin menyeru kepada semua hadirin agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan dan perintah-perintah tetap dewan serta tata kelakuan dan etika sebagai Ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dipohon kerjasama semua hadirin untuk

memastikan persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekian terima kasih. Selamat bersidang.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga, pertanyaan-pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan Hari Kedua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput ADUN Johol.

Terima kasih Dato' Speaker. Saya Johol Soalan nombor 1.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato'… Yang Berhormat Dato' Speaker. Yang berhormat… Yang Berhormat Adun Johol. Terima kasih atas soalan berkenaan dengan masjid. Apakah perancangan dan cadangan Kerajaan negeri untuk memastikan keperluan imam dan siak mencukupi di semua masjid terutama di kawasan Johol.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato' Yang Dipertua, pelantikan pegawai masjid merangkumi Imam, Bilal, Siak Dan Pembantu Am Wanita adalah berdasarkan kepada garis panduan pelantikan pegawai masjid bagi memastikan pegawai yang dilantik memenuhi kelayakan yang ditetapkan. Berakhlak, mahir fardhu Ain dan kifayah serta mampu mengurus tadbir masjid dengan baik. Untuk makluman Negeri Sembilan mempunyai 312 buah masjid yang memerlukan 624 orang imam, 312 bilal, 312 siak, dan 312 pembantu am wanita mengikut garis panduan pelantikan pegawai masjid. Setakat ini kekosongan bagi jawatan imam hanya 14 orang dan siak 11 orang sahaja, iaitu kurang 4% daripada jumlah keseluruhan. Bagi 18 buah masjid dalam kawasan Johol hanya terdapat 2 kekosongan jawatan imam iaitu Masjid Kariah Dingkir dan Masjid Kariah Kepis Baru, manakala semua jawatan siak di DUN Johol telah diisi dan diisi sepenuhnya. Lazimnya jawatankuasa kariah berperanan memanjangkan pencalonan individu yang berkelayakan mengisi kekosongan jawatan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan bagi proses penilaian dan pelantikan.

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah melaksanakan satu siri temuduga pegawai masjid pada bulan Julai lalu termasuk calon-calon yang akan mengisi kekosongan jawatan-jawatan tersebut. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam komited untuk mencari imam pelapis terutama dalam kalangan generasi muda melalui program-program dilaksanakan di peringkat daerah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat atas jawapan soalan saya tadi kan. Seperkara yang saya nak tambah disini, Yang Amat Berhormat Sikamat, Adalah berkaitan dengan keperluan siak masjid semua, saya banyak terima kasih kerana maklumat yang disampaikan tadi berkaitan dengan jumlah imam, siak kan dengan peratusan yang agak baik, tapi apa yang saya nak highlightkan disini ialah sebenarnya apa yang saya tengok imam-imam lebih-lebih lagi imam-imam muda yang nak bertugas di masjid-masjid ini, mereka agak mengambil tugas ini tanggungjawab ini dengan jangka masa yang pendek. Maksudnya mungkin 2-3 bulan lepas itu berpindah ini disebabkan satu perkara Dato’ Yang Pertua, iaitu saya nak mencadangkan supaya elaun imam ini sebenarnya diambil kira. Sebabnya dengan keadaan kesukaran ataupun mereka membezakan imbuhan ataupun elaun imam berbanding dengan guru-guru KAFA yang 3 hari apa 3 kali seminggu saja dengan mereka yang terpaksa hari-hari berada di masjid, supaya kerajaan negeri ataupun pihak Jabatan Agama Islam melihat sedikit kebajikan imam dan juga siak ini. Saya agak kurang berpuas hati bila saya tengok lebih-lebih lagi Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan yang sepatutnya pegawai-pegawai tengok kebajikan imam-imam ini supaya dapat kita mengekalkan imam-imam ini supaya mereka dapat bertugas dengan satu suasana ataupun imbuhan yang mereka terima itu kalau muda terpaksa saya difahamkan dia terpaksa keluar pergi berceramah ke mana-mana, sebab untuk memenuhi keperluan kehidupan mereka terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih soalan daripada soalan tambahan daripada Johol. Kita sedia maklum bahawa ini merupakan elaun bukannya gaji dan kita sedia maklum sebahagian daripada imam muda sebahagiannya mengajar guru KAFA, menjadi guru KAFA jadi mereka ada dua elaun dan malam mereka juga dibenarkan untuk mengajar di kelas takmir dan mereka juga boleh dapat ketiga-tiga elaun ini dan saya berharap bahawa kadang-kadang mereka lebih seronok menjadi penceramah bebas ataupun penceramah, penceramah di masjid-masjid atas jemputan dan saya ingin memastikan bahawa memang ya, kita lihat bahawa kita benarkan mereka untuk mendapatkan pendapatan yang lain, sama ada sebagai guru KAFA ataupun sebagai guru takmir dan perkara ini saya rasa harus diambil peluang kerana ketiga-tiga itu mempunyai elaun yang saya rasa boleh membantu mereka dan jika di kawasan bandar ini kita juga melihat bahawa kadang-kadang ada empat imam dilantik oleh pihak masjid, imam tambahan sebanyak tiga imam tambahan, sekurang-kurangnya ada dua lagi imam tambahan dan saya nampak bahawa jadual mereka tidaklah terlalu ketat dan mungkin kalau di masjid di kawasan kariah kampung mungkin agak ya tak ramai tetapi kalau untuk di bandar ini kita melihat bahawa peluang mereka untuk untuk bekerja itu, mereka boleh jadualkan mungkin seminggu dalam tiga hari juga mereka bertugas di masjid. Jadi ini antara yang berlaku dan kita mungkin boleh melihat perkara ini semula dan kita mungkin boleh

menambah baik sistem ataupun elaun mereka bagi memastikan kecenderungan mereka untuk berada di masjid insya-Allah. Jadi itu cadangan yang baik dan insya-Allah kita akan lihat semula bagi memastikan bahawa bilangan imam mencukupi di Negeri Sembilan insya-Allah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan nombor 2, terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Ini Mambau, dia pergi, ok. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan ADUN Mambau, Jalan Seremban-Kuala Pilah. Saya tak tau berapa kali dia lalu jalan ni. Apakah perancangan dan usaha kerajaan negeri untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas atas Jalan Seremban-Kuala Pilah terutamanya pada hujung minggu. Keduanya apakah... adakah pihak kerajaan negeri berhasrat untuk membina lebuhraya dari sepanjang Kuala Pilah dan Jempol bagi membangunkan ekonomi di bahagian timur Negeri Sembilan. Terima kasih Yang Berhormat ADUN Mambau.

Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman di bawah Rolling Plan ke-5, RMKe-12 Kementerian Kerja Raya telah meluluskan projek cadangan jalan Kuala Pilah Bypass daripada Tanjung Ipoh ke Kampung Gelam Tengah, Kuala Pilah. Kerja awalan rekabentuk dan pengambilan tanah dan projek dalam proses pelantikan perunding. Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan juga telah mengangkat permohonan di Bawah Rolling Plan Pertama RP1 di Rancangan Malaysia ke-13 bagi tajuk Projek Membina Jalan Baru Dari Ulu Bendul Ke Tanjung Ipoh Daerah Kuala Pilah Negeri Sembilan daerah Darul Khusus. Kerja awalan rekabentuk dan pengambilan tanah kepada Kementerian Kerja Raya dan kerja-kerja akan dilaksanakan selepas peruntukan diluluskan. Selain daripada itu, di bawah Rolling Plan Kelima, RP5 Rancangan Malaysia Ke-12, Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah telah meluluskan projek membina jalan menghubungkan Melang dengan Senaling Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kerja…neg… Kerajaan negeri telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan projek menaik taraf Tanjung Ipoh-Ranjau Hantu, N101 Daerah Kuala Pilah iaitu melebarkan jalan sedia ada bagi meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya yang melalui jalan ini.

Status semasa projek ini adalah dalam peringkat perolehan. Selain daripada itu, Kerajaan negeri juga telah membuat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan satu kajian jalan alternatif Seremban-Kuala Pilah. Dalam projek ini sedang dalam peringkat pelaksanaan fasa pertama di bawah Rancangan Malaysia ke-12, RM12 Rolling Plan 5. Dalam masa yang sama juga, bagi mengatasi dan mengurangkan kesesakan lalulintas yang berlaku di Jalan Seremban-Kuala Pilah, PDRM Kontinjen

Negeri Sembilan, khususnya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Negeri Sembilan telah mengambil tindakan dan inisiatif dengan melancarkan dan menubuhkan pasukan khas, jammed squad pada 9 Ogos 2024 dan tujuan utama pasukan khas diwujudkan adalah untuk mengurangkan trafik serta mengurangkan kesesakan lalulintas yang berlaku di Jalan Seremban-Kuala Pilah terutama pada waktu puncak dan hujung minggu. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Sri Tanjung.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Sri Tanjung mengemukakan soalan nombor 2. Eh..Soalan nombor 1.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada YB Sri Tanjung, Soalan dia ialah hospital-hospital di Negeri Sembilan berhadapan dengan situasi kekurangan doktor, jururawat. Apa rancangan Kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan untuk atasi masalah ini. Soalan nombor dua, menurut laporan tahunan KKM 2023, Projek Virtual Klinik telah dilaksanakan di beberapa fasiliti kesihatan di Negeri Sembilan. Boleh terangkan bilangan klinik, hospital yang terlibat? Impak penggunaan virtual klinik terhadap keberkesanan penjagaan pesakit, serta sama ada terdapat perancangan untuk memperluas capaian ini ke daerah pedalaman.

Dato’ Yang Dipertua, ini jawapan dia, bagi menangani situasi kekurangan doktor, pendekatan KKM adalah gabungan strategi segera iaitu penambahan lantikan kontrak dan perancangan jangka panjang, kemasukan pelajar lebih tinggi, insentif luar bandar, reformasi, sistem kesihatan. Walaupun cabarannya kompleks, usaha-usaha ini sedang dijalankan selaras dasar Kementerian untuk memastikan akses kesihatan tidak terganggu. Pengarah Hospital juga telah melaksanakan langkah-langkah bagi memastikan penyampaian perkhidamtan rawatan kesihatan sedia tidak terjejas, seperti membuat perancangan dan pemetaan semula serta menempatkan pegawai perubatan dari unit atau jabatan yang kurang kritikal terutamanya dari jabatan pengurusan ke unit atau jabatan yang lebih kritikal. Bagi mengatasi masalah kekurangan jururawat, langkah yang telah diambil ialah mobilisasi secara berperingkat bagi jururawat yang bertugas di klinik ke wad-wad.

Jawapan nombor 2, perkhidmatan konsultasi secara maya. Merujuk kepada sesi konsultasi kepada pesakit yang dijalankan secara atas talian melaui platform digital. Perkhidmatan ini telah mula dilaksanakan di Negeri Sembilan bermula tahun 2023 yang melibatkan 25 klinik kesihatan meliputi kesemua daerah. Pada tahun 2025, perluasan perkhidmatan kepada 19 klinik kesihatan yang lain telah dilaksanakan menjadikan keseluruhan klinik kesihatan yang telah melaksanakan perkhidmatan konsultasi secara maya dalam Negeri Sembilan sehingga kini adalah 44 daripada 52 klinik Kesihatan

iaitu sebanyak 84.6%. Bilangan klinik Kesihatan yang melaksanakan perkhidmatan ini mengikut daerah adalah seperti jadual.

Daerah Sembilan ada 14 klinik, maya 13. Port Dickson ada 6 klinik, 5 maya. Kuala Pilah ada 8 klinik, 8 maya. Jelebu 6, maya 3. Jempol ada 8 klinik maya ada 7. Tampin ada 6, maya 5. Rembau 4 klinik, maya ada 3. Jumlah keseluruhnya 52 yang maya adalah 44. Perkhidmatan konsultasi secara maya memberi kemudahan kepada pesakit bagi temu janji susulan yang boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja selagi pesakit mempunyai akses internet. Terutamanya kepada pesakit yang mempunyai kekekangan dari segi mobiliti ataupun jauh dari klinik kesihatan. Selain itu juga perkhidmatan ini mengurangkan keperluan masa perjalanan dan masa menunggu di klinik kesihatan. Oleh itu secara keseluruhan kepatuhan pesakit kepada temu janji susulan dapat dipertingkatkan atas flexibility yang ditawarkan oleh perkhidmatan ini. Memandangkan perkhidmatan ini telah pun meliputi 84.6% daripada keseluruhan klinik kesihatan di Negeri Sembilan. Perancangan perluasan akan dilaksanakan kepada semua klinik kesihatan di masa akan datang. Sehingga kini hospital-hospital kerajaan di Negeri Sembilan belum melaksanakan projek virtual clinic walau bagaimanapun dalam perancangan di masa akan datang, insya allah.

Senarai klinik kesihatan yang melaksanakan perkhidmatan konsultasi secara maya di Negeri Sembilan 2025 adalah Daerah Seremban, Klinik Ampangan, Klinik Mantin, Klinik Nilai, Klinik Kesihatan Kuarters KLIA, Klinik Kesihatan Senawang, Desa Rhu, Rantau, Seremban, Seremban 2, Sikamat, Sendayan, Lenggeng, LBJ. Daerah Port Dickson, Klinik Kesihatan Lukut, Klinik Pasir Panjang, Bukit Pelanduk, Klinik Kesihatan Port Dickson, Linggi, Juasseh, Senaling, eh itu Port Dickson sahaja, ada 4. Daerah Kuala Pilah ialah Kesihatan Linggi, eh ni apa ni? Linggi termasuk 5. Port Dickson, Daerah Port Dickson, maaf, maaf. Di Kuala Pilah ada Juasseh, Senaling, Terachi, Seri Menanti, Johol, Kuala Pilah, Gunung Pasir, Padang Lebar. Di Jelebu Klinik Kesihatan Jelebu, Pertang, Titi, Jempol, Kesihatan Bahau, Klinik Kesihatan Palong 4, 5 dan 6, 9, 10, 11. Klinik Kesihatan Bandar Seri Jempol, Klinik Kesihatan Lui Muda, Klinik Kesihatan Serting Hilir, Klinik Kesihatan Palong 7 dan 8. Daerah Tampin, Gemencheh, Gemas, Jelai, Klinik Kesihatan Air Kuning Selatan, Klinik Kesihatan Tampin. Di Rembau Astana Raja Rembau, Klinik Kesihatan Rembau dan juga Klinik Kesihatan Pedas. Itu saja Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.

Terima kasih YB EXCO, ini soalan tambahan berkaitan kesihatan juga, produk vape dijual tanpa label amaran Kesihatan. Tanggapan salah dalam kalangan pengguna muda, vape lebih selamat berbanding dengan rokok adakah kerajaan negeri mempunyai mekanisme pemantauan khusus untuk memastikan semua produk vape yang dijual di pasaran mematuhi

peraturan pelabelan amaran kesihatan seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Terima kasih YB Sri Tanjung mengenai rokok vape ini saya harap Gemencheh akan ada soalan ini, saya harap jawapan ini dapat dijawab apa oleh Yang Amat Berhormat terima kasih sebab vape ini dia sangat sensitif jadi saya harap Gemencheh, boleh ya? terima kasih.

Jeram Padang nak tanya. Apa ni…. mengenai klinik kesihatan ini ada klinik kesihatan desa contoh macam rompin telah tidak digunapakai sebabnya dah ada klinik rompin yang baru. Jadi saya nak tanya kepada YB EXCO adakah klinik kesihatan desa yang lama ini masih digunakan? kalau tak digunakan boleh tak? pihak contohnya saya nak buat sewaan lah untuk dijadikan pusat khidmat daripada kita bazirkan facilities yang sedia ada itu dimakan anai-anai apakah boleh? ataupun tidak? mohon jawapan.

Terima kasih YB Jeram Padang. Dato’ YB. Soalan YB itu saya akan berbincang dengan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan. Insya allah kalau ada apa-apa nanti saya akan beritahu Dato’ lah, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Rahang.

Tuan Siau Meow KongDAP · PHRahang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan nombor 3.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih juga kepada YB Rahang yang mengemukakan soalan berkenaan dengan pembangunan destinasi pelancongan baru. Bagi memastikan impak promosi sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 terus berada pada tahap positif, pembangunan produk pelancongan baru menjadi keutamaan dalam menarik pelancong berbagai segmen dan minat. Ini termasuk memperkenalkan tarikan unik berasaskan budaya, alam semula jadi, agro dan eko pelancongan, aktiviti yang berkonsepkan pengalaman. Contoh seperti di inap desa di mana mereka diberi pengalaman membuat kacau dodol membuat gula anau memasak rendang dan juga jelajah warisan. Jelajah warisan sudah ada satu peta untuk jelajah warisan di mana ada 20 tempat yang menarik di Bandaraya Seremban. Pakej kembara berbasikal, motosikal, kenderaan pelancongan pendidikan baru-baru ini saya baru balik dari Urumqi, Xinjiang dan juga Lanzhou, Ganzhou di mana ada sambutan yang begitu hangat terhadap pelancongan pendidikan. Pelancongan kesihatan penceritaan gastronomi. Saya bagi contoh seperti rendang maman, kami boleh bawa pelancong pergi ke ladang maman lepas itu beri pengalaman masak rendang maman, bihun itik, apam johol atau untuk masyarakat cina

ada budaya Lou Sang dan juga pelbagai jenis makanan di mana mereka bukan saja diberi satu peluang peluang untuk memakan juadah yang enak, tapi dia ada penceritaan di sebalik juadah tersebut. Apakah macam apam johol, daun rambai yang digunakan so ini semua kita akan selitkan ke dalam pengalaman tersebut. Pengalaman penceritaan gastronomi dan juga beberapa destinasi produk pelancongan baharu yang telah diperkenalkan menjelang Tahun Melawat Negeri Sembilan.

Untuk sektor hiburan dan rekreasi kami ada SnowLim Wonderland di Seremban, di mana baru-baru ini telah menerima satu anugerah snow world paling besar di Malaysia oleh Malaysia Book Of Records dengan izin. Ia merupakan taman salji dalaman terbesar di Malaysia terletak di Pusat Komersial Okland, Seremban dan menempatkan kawasan seluas 32,000 kaki persegi pada suhu sekitar minus 15 hingga minus 25 celsius. Salji yang dihasilkan menggunakan teknologi khas sendiri direka oleh jurutera. Manakala ukiran ais dibuat oleh pasukan yang diimport dari Harbin, China. Antara tarikan dan aktiviti adalah gelongsor ais, snow tubing dengan izin ice bowling, curling snow, merry-go-round, salji buatan pertarungan bola salji, bina manusia salji, kawasan ukiran ais dan tema istana serta hutan salji ala Harbin, cafe musim. Lokasi ini juga mampu menampung sehingga 250 orang pengunjung dalam satu masa. Terkini SnowLim Wonderland telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records sebagai taman tema salji terbesar di Malaysia dan sambutan mengenai hebahan ini telah diadakan pada 15 Julai 2025 yang lalu.

Satu lagi produk yang baru rekreasi yang baru iaitu Pedas Wet World di Rembau. Wet World Pedas di Rembau telah dibuka semula pada 26 Januari 2025 menerusi konsep adventure park. Menampilkan lebih daripada 16 elemen permainan seperti gelongsor darat tube and tobogun, trampoline, memanjat batu tali, bouncing clouds dengan izin dan banyak lagi bagi pengalaman interaktif seisi keluarga. Terletak di taman di tapak taman air panas pedas yang terkenal, taman ini direka bukan sahaja untuk hiburan tetapi juga mencipta peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Ia menyediakan kemudahan lengkap seperti cafe dengan pilihan nasi lemak hot pot, hot corn dog, waffles dan surau serta kemudahan asas seperti tandas surau dan tempat letak kenderaan. Konsepnya yang mesra keluarga dan berpatutan menjadikan Wet World Pedas pilihan ideal untuk hari penuh keseronokan. Manakala fasa seterusnya bakal akan diadakan onsen, air panas semula jadi iaitu tempat mandi onsen air panas di mana ada untuk seisi keluarga private onsen yang lebih peribadi kepada ahli keluarga dan juga satu resort dengan satu dewan dan hotel. Itu akan mungkin akan saya difahamkan akan disiap pada bulan Oktober tahun ini.

Produk agro pelancongan penjara di Jelebu juga sangat menarik di mana ada inisiatif One Stop Center di Penjara Pulih Jelebu, menawarkan pengalaman pelancongan agro produksi seperti anyaman rotan, ukiran kayu, madu kelulut, penternakan ikan dan ladang nenas madu. Produk hasil penjara ini dipromosikan sebagai tarikan unik pelancongan. Ada juga untuk mereka yang suka eko pelancongan atau hiking, Transnaning Banjaran Titiwangsa Eco Trail. Transnaning Ultra NS, laluan mendaki 21km yang merentasi Banjaran Titiwangsa dari Tampin ke Gunung Datuk kini dikembangkan sebagai produk eko pelancongan yang unggul, di mana kami menerima penyertaan daripada peserta dari merata-rata dunia.

Juga ada pelancongan beli belah di mana kita ada Laman Khadijah, Laman Khadijah di Nilai Impian. Ia adalah satu syarikat kilang yang dibina mesra pelancong. Di mana dia ada tempat best bistro ada galeri ada juga satu tempat untuk pengalaman jahitan serta satu tempat untuk beli belah. Ada UNIQLO baru-baru ini di S2 dan juga Aeon Nilai. Kerajaan negeri telah menarik jenama antarabangsa Uniqlo membuka gedung besar seluas 12,000 kaki persegi di S2 ini bukan sekadar memberi alternatif beli belah kepada penduduk setempat, tetapi membuka peluang kepada pelancong membeli belah setaraf pusat bandar besar seperti KL. Laman Siti Khadijah di Nilai Impian bukan sahaja terkenal sebagai pusat pengeluaran telekung berkualiti malah menjadi destinasi mesra pelancong di Negeri Sembilan. Pengunjung boleh melihat sendiri proses pembuatan telekung dari awal hingga siap, serta melawat galeri sejarah yang memaparkan perjalanan jenama kisah pengasas dan inovasi produk. Lawatan disempurnakan dengan pengalaman membeli belah di butik yang menawarkan pelbagai koleksi telekung dan produk muslimah tempatan.

Juga ada satu hotel yang baru di Pasir Panjang yang berada di tapak AI port kami yang dinamakan Midport Hotel dan juga Millennia Village yang terletak di Galena. Millennia Village adalah satu konsep yang baru dimana dia memberikan satu tempat dengan izin healing kepada penginap-penginap di situ. Dia juga adalah dimulakan sebagai satu konsep penuaan, tapi sekarang kerana ada banyak permintaan dia diperluaskan menjadi satu tempat untuk kegiatan-kegiatan wellness atau healing dengan izin. Juga ada kami ada Chagee dan juga Family Mart pandu lalu yang pertama di Malaysia di S2. Mengenai acara dan festival baru dalam takwim kerajaan negeri adalah seperti Port Dickson Festival 2025, NS Forest Orientering Cup 2025, PD Golf Untuk Asean 2025, Visit N9 Amazing Race Food Festival dengan pempengaruh dan produk-produk acara baru ini bukan sahaja menambah kepelbagaian tawaran malah berpotensi menjadi pemangkin ekonomi tempatan dan memperkukuh jenama Negeri Sembilan sebagai destinasi pelancongan berdaya saing di peringkat serantau. Terima kasih.

YB. Dato’ Yang Dipertua. Pertanyaan kepada YB EXCO, dalam pembentangan tadi saya ucapkan tahniahlah kepada YB EXCO, tapi saya rasa kita tertinggal dalam negeri sembilan ini kampung orang asli sebanyak 69 perkampungan orang asli, saya nampak produk untuk mempromosikan kampung orang asli tidak ada dalam senarai Yang Berhormat, sebab kalau kawasan saya Jempol pun ada lebih kurang 17 kampung orang asli. Orang asli juga pengundi kita dan perlukan diberi perhatian kerana kalau kita buat pelancongan ini boleh menambah baik ekonomi dikalangan masyarakat kampung orang asli terutamanya di kawasan saya Jeram Padang dan Jempol. Terima kasih. YB EXCO mohon pencerahan.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Jeram Padang atas pandangan dan saya terlepas pandang sebenarnya saya sudah buat notasi berkenaan dengan festival orang asli dan ini saya akan janji untuk dimasukkan ke dalam takwim pelancongan Negeri Sembilan terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, mohon mencelah Dato’, Labu. Yang Berhormat Bukit Kepayang, tadi saya dengar begitu banyak kawasan pelancongan baru termasuk ada pandu lalu pun dikira sebagai pelancongan. Tapi saya nak bertanya secara realitinya kita ni berdekatan dengan airport kalau daripada Nilai tu lebih kurang dalam 10 minit perjalanan sahaja. Tapi saya tengok susah kita nak tengok pelancong warga asing, dia ada 2 pelancong warga asing dengan pekerja asing. Jangan di Negeri Sembilan ni kalau di Port Dickson tu ramai yang datang di pantai tu dikira sebagai pelancong asing, tapi sebenarnya tu pekerja asing. Saya tengah bertanya berkenaan pelancong asing. Kalau di Nilai susah kita nak tengok pelancong warga barat ni, mat salleh ni berada di kawasan Nilai walaupun Nilai ni lebih kurang dalam lingkungan 10 ke 15 minit perjalanan ke airport. Mengapa tidak diadakan negeri ni negeri beradat, di kawasan Nilai sebelum orang nak balik ke negara masing-masing, di kawasan Nilai ni diadakan satu tempat pelancongan berkenaan semua perkara di Negeri Sembilan ni, mungkin apa disebut oleh Jeram Padang tadi, orang asli tu tadi cakap rendang maman lah apa semua di kawasan ni, kita tak nak mereka turun dan mereka hanya bertumpu di Kuala Lumpur ataupun kalau pergi di Melaka kita boleh tengok ramai pelancong asing mat salleh ni. Jadi saya nak tanya hampir 2 tahun mengapa begitu kurang pelancong warga asing terutamanya daripada Europe. Terima kasih.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih atas Labu, atas pandangan tapi persepsi dan pandangan tu dia berlainan sikit dengan statistik. Izinkan saya beri sedikit statistik tentang pencapaian dari segi pelancong. Untuk pelancong asing bilangan pelancong asing ke Negeri Sembilan ini bukan daripada saya tau ini daripada MOTAC dan daripada badan bertauliah ya. Sudah naik 35.1% dari tahun 2023 ke 2024. So ini saya tak boleh kita semua

tak boleh nafikan ini statistik. Kalau kamu ingin lihat lebih ramai pelancong Eropah, saya rasa ini memakan masa kerana dari segi direct flight mereka ingin direct flight. Itu sebabnya dari segi pelancongan kami lebih menyasarkan negara-negara yang ada direct flight dengan izin. Dia tak akan ambil masa satu hari untuk datang ke Malaysia kecuali dia ada dia ada sesuatu yang dia ingin buat seperti conference atau apa-apa tapi secara lazimnya pelancong misal kata anda, anda semua, kami semua adakah anda mahu bazir satu hari untuk melancong. Kalau dibandingkan dia ada direct flight 8 jam. So itu adalah usaha yang sedang dijalankan oleh MOTAC, di mana kami sudah saya telah pergi bersama-sama dengan MOTAC ke negara-negara Eropah seperti ke Jerman, ke UK, ke Perancis untuk kita dapatkan daripada direct flight daripada mereka. Itu adalah itu juga adalah satu permintaan daripada syarikat-syarikat pelancongan mereka supaya ada direct flight kita akan usulkan bersama dengan airlines tempatan dan juga airlines negara asing. terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, sebentar. Tadi Yang Berhormat memberitahu di Negeri Sembilan ini hampir serata dunia datang. Jadi alasan direct flight ini saya rasa bukan satu alasan yang munasabah. Kalau ikut daripada Europe ni, mereka ini lebih kewangan mereka lebih kuat daripada kita. Jadi sebut saja kita gagal. Mudah sebab ini dah hampir, ini kita dah zaman-zaman bila ini kita cerita pasal direct flight ini kalau orang nak melancong dia datang 15 jam pun dia tak kisah sebab dia nak melancong. dia bukan datang melancong 2 hari. Dia melancong mungkin sebulan. jadi saya rasa kita kena betul. Kalau kita berpandukan pada perkara ini mungkin lagi 10 tahun pun kita akan gagal, untuk menarik pelancong-pelancong daripada Europe ni.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Ya, itu sebabnya saya katakan kami selalu guna statistik, so sudah ada peningkatan 35.1%. Itu peningkatan yang agak ketara. Kalau pandangan anda dianggapkan betul, dibandingkan dengan statistik, saya pun susah nak cakap lah, susah nak jawab. Anda boleh, ini hak anda untuk memberi pandangan, tapi saya guna statistik untuk menentang pandangan anda. Itu saja.

Yang Dipertua Dewan

Ok…

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan boleh? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan, soalan tambahan saya adalah di mana kerajaan negeri pada bulan lepas telah mengumumkan bahawa larangan minum arak di lokasi-lokasi tertentu di Negeri Sembilan. Di taman rekreasi, pantai awam, taman permainan kanak-kanak dan padang awam. Di mana saya rasa kita setuju bahawa taman rekreasi, padang awam, taman permainan kanak-kanak kita boleh terima bahawa kita sering menerima aduan bahawa ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan

kacau ganguan di lokasi-lokasi ini dan menyebabkan penduduk-penduduk tidak senang hati. Tetapi cumanya di pantai awam di mana ia merupakan tempat pelancongan dan banyak warga asing, pelancong-pelancong asing datang ke pantai awam di Port Dickson, di Negeri Sembilan dan pengusaha-pengusaha hotel mereka yang berkepentingan juga menyuarakan pandangan mereka. Jadi saya nak tahu adakah kerajaan negeri akan mengkaji semula tentang larangan ini di pantai awam. Kalau tidak bagaimana SOP pelaksanaan dasar ini supaya tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa ataupun tidak menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat terutama di masyarakat Cina ataupun pengusaha-pengusaha hotel ini dan supaya satu win-win situation perlu dicapai di antara kerajaan, di antara masyarakat setempat dan pengusaha-pengusaha hotel ini. Sekian, terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

terima kasih Dato’ Yang Dipertua saya mewakili EXCO untuk jawapan agak sensitif ini. Kita sedia maklum bahawa kita telah melarang untuk masyarakat awam mengambil alkohol di padang awam, tempat awam, supaya kita saling hormat menghormati. Termasuklah di pantai apa yang berlaku di pantai kalau kita selalu datang ke pantai mereka minum dan memecahkan botol. Mereka pecahkan botol, mereka, ialah masa mereka buat itu mereka mungkin tak tak sedar dalam keadaan mabuk, pecahkan botol baling dekat batu, pecah batu dan ini amat berbahaya kepada pengguna, itu antara perkara yang harus kita beri perhatian dan kita rasa bahawa tak ramai pun seperti kita sedia maklum tak ramai pun orang yang minum di pantai, dan kami rasa bahawa sokongan daripada semua masyarakat amat ramai. Usaha masyarakat Melayu, masyarakat Cina, eh masyarakat India menyokong cuma ada sedikit masyarakat yang rasa bahawa hak mereka terganggu. Tetapi bagi kita bahawa mereka dibenarkan untuk mereka minum di kawasan-kawasan tertentu. Jadi kita tak menghalang, tetapi dalam masa yang sama kita kena jaga sensitiviti rakan-rakan kita kadang-kadang tak ada pun tak ramai pun, mereka kadang-kadang di sudut-sudut tertentu saja mereka minum, cuma kita nak halang supaya berlakunya, mereka baling botol, mereka campak botol di kawasan-kawasan yang awam ini akan mengganggu akan mengganggu keselamatan bukan sahaja keselamatan tetapi juga akan memastikan bahawa perkara itu tidak harus berlaku di kawasan-kawasan awam, yang mana kita beramai di kawasan tersebut yang harus jaga sensitiviti Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Paroi.

soalan nombor 1.

Dato’ Yang Dipertua, ini berkaitan dengan MyKiosk, semalam saya sudah jawab, saya jawab sekali lagi secara ringkas, berapa MyKiosk di seluruh Negeri Sembilan, 426 unit berapa yang telahpun dimanfaatkan yang kita telahpun isi, 394. Sebahagiannya masih belum diisi kerana kita

dalam proses memindahkan beberapa tempat yang tidak sesuai dan daripada 394 unit yang telahpun diisi, terdapat juga beberapa unit yang masih belum dioperasikan oleh peniaga-peniaga tersebut itu sendiri, terima kasih.

Terima kasih EXCO. Soalan saya daripada 426 unit yang telah berada di lapangan, telah dibooking 394, betul? Diguna

Telah diisi ataupun dibooking?

Diisi… diisi...

kalau saya lihat di lapangan, misalnya di Paroi, saya melihat tidak sampai 30% pun macam telah digunakan. Saya minta boleh mana MyKiosk ni, buat balik kajian, apa yang penting soalan saya semalam, soalan saya tak dijawab tu. Adakah kerajaan bersedia untuk mengemukakan laporan status fizikal bagi MyKiosk di Negeri Sembilan. Kalau saya tengok, MyKiosk kita dah dekat 2 tahun. Kalau kita letak saja lagi 2 tahun, dengan kerosakan, karatnya dan ini memerlukan maintenance untuk long term dan kita tak nak besok kita biarkan macam itu dan saya faham yang 90% yang telah dibooking itu sebenarnya, kalau kita tengok di lapangan saya katakan balik, mana tak sampai 30% pun digunakan oleh peniaga kita. Wallahualam.

Okey berkaitan dengan ini daripada 426 unit ini 394 unit telah pun majlis telah bagi surat tawaran. 394 selepas mereka mohon interview dan majlis PBT telah pun memberikan surat tawaran. Daripada 394 ini sebahagiannya belum lagi beroperasi, kerana kita telah pun tawarkan kepada mereka tetapi sebilangan peniaga ini, mereka yang datang mohon, mereka yang datang interview, selepas dapat surat tawaran tunggu 2-3 bulan untuk beroperasi. Sebab itu kita kata untuk peniaga-peniaga seperti itu kita bagi dalam tempoh 1 bulan kalau tak beroperasi, kita tarik balik, dan berkaitan dengan pengoperasian tadi, memang itu yang saya kata memang ada sebahagiannya, belum lagi beroperasi dan di Paroi, ada satu kawasan yang memang pada awalnya di Taman Tuanku Jaafar, hampir 15 MyKiosk ini diletakkan di tempat yang tidak sesuai. Itu kita mengaku tempat yang tidak sesuai, dan kesemua MyKiosk ini kita telah pun pindahkan ke Taman Senawang Perdana dan kita dalam proses pembaikan dalam masa terdekat kita akan mengisikan dan satu lagi perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Paroi berkaitan dengan pokok-pokok dan juga najis daripada burung-burung yang ada di sini, kita akan lihat balik untuk kita tambah baik, terima kasih.

Status maintenance…

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat….Yang Berhormat…. kita dah bahas semalam ni…

Jawapan tak jawab

Yang Dipertua Dewan

Jadi…

Status maintenance tu…

Yang Dipertua Dewan

Jawapan pun saya tengok sama jugak….semalam pun sama jugak…

Status maintenance tu…

Berkaitan dengan maintenance itu kita akan kita akan memperbaiki masa ke semasa, memang akan berlaku kerosakan, sebab dia terletak di kawasan terbuka, memang akan ada kerosakan dan kita akan cuba membaiki masa ke semasa

YB EXCO mintak…mintak sikit

ok terima kasih.

Mintak pencerahan sikit YB EXCO, berbalik dari semalam punya jawapan, jadi ada yang feedback daripada saya, di kawasan saya itu, memang dia ada booking dan dia dah.. tapi dia masih tak beroperasi, jadi saya tanya kenapa tak beroperasi disebabkan jarak antara terlalu dekat semalam, tapi YB EXCO semalam dia beritahu yang akan datang, itu yang akan datang, maksudnya yang sekarang ni, current ni dia orang macam sukar untuk masuk tu sebab jarak tu, bila saya tanya jabatan, macam mana kita nak tukar, boleh tak saya alih kan, dia kata nak alih tu pakai kren, jadi adakah kalau YB EXCO setuju, saya boleh buat permohonan selepas habis sidang dewan ni untuk untuk menjarakkan lah supaya peniaga-peniaga di kawasan saya dapat berniaga dengan seperti yang sebelum ni, terima kasih.

Saya ingat beberapa penambahbaikan itu kita dapat dilaksanakan, dan saya harap selepas ini untuk kawasan Lenggeng tersebut yang dikatakan tidak mahu berniaga sebab sangat dekat itu, kita akan pertimbangkan, kita akan berbincang dengan Majlis Bandaraya Seremban, untuk kita mencari satu kaedah yang terbaik, untuk kita membolehkan peniaga-peniaga dekat sana dapat memulakan perniagaan dengan segeralah, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Kota

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Kota kemuka soalan nombor 1.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Kota menanyakan soalan berkenaan dengan belia dan Anugerah Perdana Belia. Dato’ Yang Dipertua, Anugerah Perdana Belia Negara bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi perhargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia di Malaysia. Anugerah ini juga adalah untuk meraikan dan menghargai belia yang memperoleh pencapaian membanggakan negara dalam pelbagai bidang. Pengiktirafan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menyuntik semangat dan motivasi kepada belia-belia yang lain. Kategori-kategori yang dipertandingkan di peringkat negeri adalah seperti kategori pertubuhan belia, kategori individu lelaki dan kategori individu Wanita. Manakala anugerah ini juga melibatkan beberapa kriteria penilaian antaranya pertama pentadbiran dan pengurusan am, yang kedua, pengurusan kewangan, yang ketiga, pengurusan aktiviti, dan yang keempat keberkesanan kepimpinan. Di Negeri Sembilan, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan melalui kerjasama erat antara Jabatan Belia Dan Sukan Negeri, Majlis Belia Negeri Sembilan, Pejabat EXCO Pembangunan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, serta pertubuhan belia di peringkat daerah dan akar umbi. Antaranya yang pertama adalah program latihan kepimpinan belia bagi melahirkan barisan pemimpin muda yang berkemahiran. Di peringkat negeri, kita perkenalkan Madani Youth Leadership Camp ataupun ringkasnya kita panggil sebagai MyLead Negeri Sembilan. Di mana kita telah pilih beberapa lokasi di Negeri Sembilan untuk kita berkolaborasi di antaranya di Uitm Seremban Tiga, yang kedua di D’kok Eco Camp, PD Sanctuary Camp di Port Dickson, Camp Pusako di Kuala Pilah, dan juga di Gua Batu Maloi. Kita perkenalkan eksplorasi Gua Batu Maloi untuk mencapai matlamat kepimpinan belia. Alhamdulillah setakat ini dalam banyak-banyak pakej yang kita tawarkan, Gua Batu Maloi menjadi pilihan yang paling tinggi dan saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Johol yang menjadi rakan kolaborasi kita yang akan menyantuni apabila belia-belia ini hadir ke Gua Batu Maloi, untuk program dua malam, tiga hari, mereka akan disantuni oleh YB ADUN Johol bukan sahaja memberikan motivasi, tapi belanja makan sekali. Terima kasih ADUN Johol.

Seterusnya Dato' Yang Dipertua, selain daripada itu, bimbingan keusahawanan dan kemahiran digital yang menyokong belia dalam sektor ekonomi gig dan perniagaan kecil. Kemudian kita ada geran aktiviti persatuan belia yang membolehkan pertubuhan belia menjalankan program bermanfaat di komuniti masing-masing dan inisiatif kesukarelawan belia seperti Sukarelawan Anak Malaysia atau SATRIA yang meningkatkan

penglibatan sosial dan kemasyarakatan belia. Antara kekangan yang dihadapi oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan khususnya adalah untuk mendapatkan penyertaan sama ada persatuan belia mahupun individu. Hasil daripada program-program ini terdapat peningkatan penyertaan belia dalam aktiviti komuniti, peningkatan daya saing dalam pasaran kerja serta kemunculan pemimpin muda yang aktif. Malah beberapa Persatuan Belia Negeri malah beberapa Persatuan Belia Negeri Sembilan telah dijemput untuk berkongsi amalan terbaik di peringkat zon dan juga antarabangsa. Namun begitu, kementerian mengambil maklum bahawa pada tahun ini tiada persatuan atau individu dari Negeri Sembilan yang berjaya ke peringkat kebangsaan dalam Anugerah Perdana Belia Negara. Sebagai langkah kehadapan KBS sedang memperkemas proses bimbingan dan saringan awal dari peringkat negeri bagi memastikan pencalonan yang dihantar benar-benar menepati piawaian kebangsaan. Ini termasuklah kita adakan klinik penyediaan pencalonan APBN, kita adakan latihan pemantapan dokumentasi dan penilaian impak dan kita buat pemilihan persatuan berprestasi tinggi untuk diberikan bimbingan intensif secara berterusan. Manakala di peringkat negeri juga seperti yang saya sebut semalam kita telah adakan usaha iaitu kita telah mengenalpasti hampir 50 persatuan belia yang telah pun kita berikan dana pentadbiran pada bulan 7 yang lepas dan 50 persatuan belia ini akan kita klusterkan mengikut daerah-daerah, 7 daerah yang ada dan setiap persatuan belia dalam daerah masing-masing akan dijadikan persatuan angkat oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah untuk mereka bimbing, mendidik, mengajar dan disediakan mereka untuk mereka dicalonkan dalam Program Anugerah Belia pada masa-masa yang akan datang. Justeru Kementerian yakin dengan sokongan berterusan kerajaan negeri dan peningkatan tahap profesionalisme persatuan-persatuan belia Negeri Sembilan ini akan mampu kembali menyerlahkan belia-belia kita dalam anugerah perdana pada masa-masa yang akan datang. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Chuah.

Tuan Yew Boon LyePKR · PHChuah

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan Chuah nombor 1.

Dato’ Yang Dipertua, pertama saya ucap terima kasih kepada Chuah di atas soalan yang berkaitan dengan sektor penternakan ayam 3 segmen yang Chuah memerlukan penjelasan tentang perkara yang berkaitan dengan enforcement yang kita kenakan kepada semua penternak ayam di Chuah khususnya dan halatuju kerajaan negeri yang berkaitan dengan industri berkaitan dengan industri ayam ini dan juga tentang perkara yang berkaitan dengan perancangan pihak veterinar ya.

Dato’ Yang Dipertua, pertamanya ialah sebahagian pengusaha ladang ternakan ayam di Chuah dan di semua kawasan di Negeri Sembilan, hampir 177 lesen yang kita dah keluarkan untuk penternakan unggas ini, dan

kesemuanya itu untuk tidak dapat memperbaharui lesen ternakan dan sering dikenakan kompaun oleh Jabatan Veterinar, kerana mereka telah melakukan kesalahan dan mendatangkan kacau ganggu kepada masyarakat dan penduduk tempatan. Apa pendirian kerajaan negeri? pendirian kerajaan negeri ialah segala perkara yang berkaitan dengan pengusaha dan juga kepentingan rakyat, maka kerajaan negeri akan meletakkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat itu sebagai priority Dato’ Yang Dipertua, kerana itu kita tidak boleh kompromi dalam soal yang berkaitan dengan penternakan ayam ini apabila mereka melanggar sebarang perkara yang melanggar Akta Lesen Unggas ini, maka kita akan kenakan tindakan. Bagi di Chuah ni, untuk makluman ahli dewan aduan daripada masyarakat setempat apabila telah disiasat maka aduan itu adalah berasas. Sebagaimana termaktub dibawah Enakmen Kawalan Dan Pelesenan Penternakan Unggas Dan Aktiviti Yang Berkaitan Dengan Penternakan Unggas Pindaan Tahun 2024, ladang-ladang yang menimbulkan kacau ganggu akan di kompaun bergantung kepada kesalahan yang dilakukan. Dasar dan halatuju kerajaan Negeri, sebelum itu Dato’ Yang Dipertua, saya nak bagitahu ya, ADUN Chuah ya, di Chuah saja kita ada 5 kilang yang mempunyai hotspot. Chuah, sorry sini. 5 kilang hotspot ADUN Chuah, yang pertama Lai Kiang Kut, yang kedua Indang Kulah binti Nasal, yang ketiga See Siew Kong, yang keempat Hui Sing Ang dan yang kelima Lai Poh Leong. Semua adalah ladang hotspot yang telah mendatangkan aduan dan rasa tidak selesa di kalangan rakyat.

Yang kedua apa halatuju kerajaan negeri berkaitan dengan industri pertanian ayam. Halatuju kita ya. Bagi daerah Jempol, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau dan Tampin, dibenarkan untuk menjalankan aktiviti penternakan ayam komersial dengan menggunakan sistem reban tertutup sepenuhnya. Itu sahaja. No open, reban terbuka tak boleh dah. Manakala bagi daerah Seremban dan Port Dickson, tiada lagi permohonan ladang ayam baru yang dibenarkan. Tidak ada lesen baru. Stop. Bermula pada tahun 2016 semua permohonan ladang baru diwajibkan menggunakan sistem reban tertutup sepenuhnya dan terlebih dahulu mesti mendapat kelulusan kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tempatan. Tetapi namun walaupun itu adalah merupakan dasar kita, 2016 mesti ladang tertutup, tetapi ladang-ladang yang sedia ada yang beroperasi dengan menggunakan sistem reban terbuka, masih dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan syarat tidak boleh mendatangkan kacau-ganggu lalat, bau, pencemaran ke sungai.

Yang Berhormat ADUN Chuah ya, ada tempat saya dapat laporan daripada ahli-ahli Yang Berhormat, bila dia berucap, lalat masuk dalam mulut dia. You want this sweet moment happen to you YB? dengan izin. Saya faham Yang Berhormat mendapatkan complain daripada operator kenapa kerajaan negeri very strict dan sebagainya. Tapi adakah itu keadaan dan suasana itu mesti dibiarkan berlaku dalam Negeri Sembilan? Itu yang penting untuk kita faham ya. Saya nak bawa keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada

20 Februari.. 21 Februari 2024, sebarang aktiviti penternakan unggas selepas arahan penutupan operasi mestilah mendapat kelulusan dan kebenaran Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terlebih dahulu dan beroperasi secara reban tertutup sepenuhnya. Bila kita dah stop lesen, tidak boleh lagi kita luluskan lesen terbuka, tetapi mesti reban itu secara tertutup. Ini membawa maksud Yang Berhormat, sekiranya pengusaha ini ingin meneruskan aktiviti penternakan, mereka hendaklah menukar pengurusan dengan menggunakan sistem reban tertutup sepenuhnya sahaja dan mendapat kebenaran daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Dato’ Yang Dipertua, tentang SSR ya, ayam di Negeri Sembilan ni Dato’ Yang Dipertua sudah cukup, mencukupi. Di Port Dickson kalau kita kenakan penutupan kilang yang telah melanggar dan sebagainya ni, kekurangan bekalan ayam yang akan memberi kesan kepada Kerajaan Negeri ialah sebanyak 783 ribu ekor iaitu bersamaan dengan 1,000,324 tan metrik daging ayam setahun. Tetapi untuk makluman dewan, bekalan ayam di Negeri Sembilan melebih kadar saradiri SSR. Ketika ini kadar SSR bagi daging ayam untuk rakyat Negeri Sembilan bagi tahun 2024 adalah 357.64%. Oleh hal yang demikian, tindakan penutupan ladang ini tidak menjejaskan bekalan ayam di Negeri Sembilan, walaupun itu adalah merupakan satu statistik yang membanggakan bagi kerajaan negeri, tetapi kerajaan negeri tidak bermaksud untuk menghalang dan juga menutup sebarang aktiviti penternakan ayam. Cumanya kerajaan negeri mengambil keputusan sebarang keputusan yang mendatangkan kacau ganggu yang mendatangkan bau yang melampau dan pemprosesan tinja yang tidak diurus dengan baik yang boleh memberikan kesan sampingan kepada rakyat, itu kita tak boleh kompromi. Saya nak bagi contoh di DUN Gemencheh, satu kawasan yang telahpun dibina bangunan yang menelan kos RM1.2 juta tetapi tidak menepati komposisi dan kehendak yang diberi oleh Kerajaan, spesifikasi untuk kilang menternak ayam ini pun kita tak luluskan dan apabila kita diimbal balik tentang pertanyaan kepada pengusaha, yang telah mengeluarkan kos yang begitu besar, maka kerajaan tidak boleh kompromi. Kalau you nak bela ayam, then you have to fulfill our development order dengan izin, kehendak dan juga spek dan baru kita boleh luluskan. Kita tak nak nanti bila kita bagi kelulusan dan apabila walaupun reban ni di tengah hutan banar tu, jauh daripada masyarakat, tetapi lalat ni dia boleh terbang hampir 6km daripada tempat penternakan ayam ni Dato’ Speaker. Ini memang kajian dia buat lalat boleh terbang 6km Dato’ Speaker, kita dah kaji ya. Ok. Terima kasih Dato’ Speaker.

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

boleh, boleh mohon mencelah? yang saya tak tahu Kerajaan Negeri Sembilan telah menetapkan jarak kandang tu kepada 300 meter tak silap saya. 300 meter, tapi yang sebelum ni 500 meter, akta yang baru tak silap dia tahun 2023, ada satu akta dikurangkan lagi jarak tu kepada 300 meter dan kita mohon jarak tu lebih, orang cakap lebih jauh lagi lah. Macam Dato’ kita punya EXCO Kanan kita menyebut tadi lalat boleh terbang

6km tapi jarak kita antara perumahan tu, jarak kilang dan perumahan cuma 300m. Rasanya tak patut di Gemencheh mempunyai masalah yang teruk tentang lalat dan bau dan kalau kita boleh kembalikan akta tu lebih kepada 500 meter ke atas lagi, lebih baiklah insya-Allah. dan saya mengharapkan kerajaan negeri mempertimbangkanlah jarak antara kilang dan perumahan yang ada sekarang ni. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas pandangan itu. Walaupun itu dasar kerajaan, kita 300 meter tetapi apabila kita nak buat keputusan untuk memberi kelulusan lesen kajian daripada semua aspek akan diambil kira. Bukan sahaja 300 meter, tetapi perkara yang berkaitan dengan populasi rakyat di kawasan yang berkaitan dan populasi ayam ni juga kita ambil kira, Dato’ Yang Dipertua. Maksudnya kalau ada lambakan dan lebihan yang melampau, kali ni kita tidak akan beri sebarang lesen-lesen baru yang dimohon insya-Allah. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Lenggeng.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya soalan nombor 1.

Dato’ Yang Dipertua, ini berkaitan dengan tebing runtuh di Jalan Tok Dagang sejak Ogos 2024. Kerja-kerja pembaikan tebing runtuh di Jalan Tok Dagang telah dimasukkan sekali dalam tender bagi projek pelebaran jambatan di lokasi yang sama. Tender tersebut telah diiklankan dan ditutup pada 26 Mei 2025. Pada masa ini tender berkenaan dalam proses penilaian oleh Unit Ukur Bahan Dan Perolehan sebelum dibentangkan dalam pertimbangan dan juga kelulusan oleh Lembaga Perolehan Negeri. Terima kasih.

Soalan tambahan YB, saya sekadar ingin tahu sebab ini salah satu contoh tebing runtuh yang kena di kawasan saya dan mengambil masa yang agak lama dan ada kemalangan yang berlaku selepas itu, tetapi masih lagi tidak diambil Tindakan, disebabkan jawapan itulah jawapan masuk dalam tender. Tetapi saya ingin tahu bagaimanakah untuk kita yang akan datang masa akan datang, supaya sekiranya berlaku bencana macam ini kita masuk dalam tabung bencana untuk permohonan di bawah tabung bencana, sebab kalau yang saya sedia maklum, kalau tabung bencana ini dia terus buat, dia tidak masuk dalam tender, tu pengetahuan saya. Terima kasih.

Ini ada beberapa tempat kalau ini adalah melibatkan tanah kerajaan, kita boleh ambil tindakan segera, tetapi ada juga beberapa tebing runtuh ataupun hakisan tanah juga berlaku di kawasan persendirian. Walaupun di kawasan persendirian, tetapi kita jika ia memberikan kesan kepada jalan ataupun infrastruktur Kerajaan, kita akan ambil tindakan juga.

Tetapi berkaitan juga dengan kes di mana account ataupun tabung bencana walaupun kita ada tabung bencana tetapi beberapa kes melibatkan tanah runtuh yang lebih serius ini kita memerlukan kajian. Pelbagai kajian dari segi, banyak kajian lah itu kita perlu laksanakan dan juga perlu ada design yang boleh diketengahkan supaya selepas dibina ia tidak mendatangkan sebarang masalah kepada pengguna jalan ataupun kepada masyarakat. So, memang akan mengambil sedikit masa, tetapi dalam tempoh tersebut majlis ataupun pihak berkuasa tempatan akan melaksanakan beberapa kerja ataupun tindakan untuk mengelakkan kejadian yang lebih teruk berlaku, termasuk juga dari segi keselamatan kepada pengguna-pengguna jalan yang masih menggunakan jalan tersebut. Terima kasih

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Gemencheh.

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Gemencheh soalan nombor 1.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. terima kasih ADUN Gemencheh, isu rokok elektronik vape. Soalan dia produk ini sering sekali dipasarkan sebagai selamat tetapi sebenarnya mengandungi bahan yang boleh menyebabkan halunisasi gangguan mental dan kesan sampingan serius. Dalam masa yang sama ramai pengusaha vape menjalankan perniagaan secara sah dan tidak terlibat dalam penjualan produk yang dimanipulasi dengan dadah sintetik. Apakah langkah kerajaan negeri dalam membenteras penyalahgunaan vape yang dicampur dengan bahan terlarang seperti magic mushroom yang semakin membimbangkan kerana kandungan dadah sintetik yang berbahaya serta bagaimana kerajaan negeri memastikan penguatkuasaan yang lebih spesifik agar penguasa vape sah tidak terjejas oleh dasar yang terlalu umum.

Dato’ Yang Dipertua, di bawah seksyen 3 Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 Akta 852 iaitu kehendak bagi pendaftaran produk tembakau dan sebagainya, semua produk merokok yang ingin diimport, dikilang atau diedarkan dalam pasaran Malaysia, hendaklah didaftarkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dahulu. Manakala di bawah peraturan 2, peraturan-peraturan kawalan produk merokok demi kesihatan awam yakni pendaftaran produk tembakau bahan merokok dan produk pengganti tembakau 2024 iaitu berkaitan permohonan bagi mendaftarkan semua produk merokok yang ingin didaftarkan, hendaklah disertakan bersama laporan analisis makmal yang dijalankan oleh makmal yang diluluskan. Produk merokok yang mengandungi sebarang bahan terlarang yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 termasuk psilocybin iaitu bahan kimia aktif dalam magic mushroom tidak akan diluluskan dan pendaftaran tidak boleh diedarkan di Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia turut bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia dalam menjalankan penguatkuasaan bagi isu penjualan produk merokok yang mengandungi dadah berbahaya. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Soalan tambahan Yang Dipertua. Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sedikit soalan tambahan berkenaan mushroom sebab saya banyak pergi ke sekolah-sekolah dan dapat banyak aduan. Kita sedia maklum jualan rokok ni dia ada brand dia, Malboro, Dunhill dan kita tau brand-brand ni tidak ada perisa-perisa yang mengkhayalkan dan sebagainya. Tapi untuk perisa-perisa vape ni, saya pun tak tau brand apa yang boleh, brand apa yang tak boleh, sebab dia jual, kerana dia kata ini perisa strawberry, ni perisa…itu sajelah takda brand. Jadi adakah kerajaan bercadang untuk haramkan terus penjualan vape ni ataupun kita membenarkan dengan brand-brand yang di SIRIMkan ataupun sebagainya lah supaya kita tau bahawa sekiranya kita ambil atau sesiapa yang ambil, dia tidak memudaratkan. Dia tidak campuran mushroom seperti Yang Amat Berhormat beritahu. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, kita sedia maklum bahawa isu dia sekarang ni adalah mushroom yang merupakan dadah terlarang ataupun dadah berbahaya dan mereka tertakluk kepada Akta Dadah Berbahaya dan saya juga bermohon kepada pihak anggota keselamatan dan pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan supaya melipat-gandakan penguatkuasaan bagi memastikan bahawa benda ini tidak tidak terus berada dalam pasaran dan dalam perbincangan-perbincangan yang telah dijalankan memang kita bersetuju bahawa vape akan diharapkan. Tetapi penguatkuasaan adalah lebih penting dan kita sedang menunggu bagaimana penguatkuasaan akan dilaksanakan walaupun kita haram, tetapi tiada penguatkuasaan, dia juga boleh dijual secara online, secara… secara sorok-sorok dan akhirnya sama juga akhirnya, yang mana akan lebih memudaratkan dan akhirnya dalam perbincangan tersebut kita bersetuju bahawa ini kita serahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuat satu peraturan, mengadakan satu bagaimana penguatkuasaan itu dapat dijalankan pada masa akan datang, sebelum kita sebelum negara mengisytiharkan bahawa vape itu diharamkan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Mohon mencelah Dato’ Yang Dipertua. Memandangkan PDRM di Melaka di Selangor telah keluarkan kenyataan bahawa memohon kerajaan kalau boleh haramkan terus vape ini. Isunya bukan, saya bersetuju sahabat saya dalam Sidang DUN lepas mengatakan masalah bukan pada vape masalah pada mushroom tapi mungkin saya betulkan sikit. Lepas hisap mushroom ini dia memang jadi lemah, tapi lepas dia ketagih, ketagih itu yang jadi bahaya. Jadi saya mohon kalau seperti isu anjing kita sepakat, kalau kita

boleh dapatkan satu taklimat daripada pihak PDRM dan juga Jabatan Kesihatan untuk brief kita Yang Berhormat tentang bahayanya keadaan vape ni sekarang. Kalau kita nak tunggu persekutuan, saya rasa itu akan jadi lambat. Kita boleh follow beberapa negeri yang lain untuk menjaga rakyat dan juga penduduk anak-anak kita di Negeri Sembilan ni di peringkat kerajaan negeri. Kita ada satu tindakan membanteras. Bagi saya, minta maaf saya panjang sikit Dato’ Yang Dipertua. Saya berhubung dengan doktor, ada keluarga saya ada masalah kesihatan dan masuk ke hospital. Ada dua perkara dia beritahu, yang pertama adalah slimming. Ubat-ubat slimming ni menyebabkan ramai anak-anak muda kita kena kanser usus. Itu antara perkara yang tidak, tapi di hospital itu yang dinyatakan oleh doktor. Yang keduanya adalah vape. Berapa kali ganda bahaya. Dia beritahu kalau boleh hisaplah rokok daripada hisap vape. Sebab itu memberi kesan. Ini kenyataan daripada doktor. Itu memberi kesan kepada dia punya paru-paru. Sebab bahan yang digunakan, minta maaf, sabar. Bahan yang digunakan tu adalah racun. Jadi kita kena sedar pada semua sahabat-sahabat Yang Berhormat, kita kena sedar mereka di luar tu dulu, mereka ni adalah sindiket yang mengaut keuntungan dengan menjual dadah. Tapi bila mereka dah tahu, bila jual dadah ni mereka boleh tindakan undang-undang yang ketat, mereka ubah. Mereka mendapat keuntungan dengan jual vape sebab tak ada akta. Jadi kalau di peringkat Negeri Sembilan, kita boleh buat satu kesepakatan. Saya sebagai ketua pembangkang bersama sahabat saya akan menyokong. Di peringkat Negeri Sembilan kita ambil tindakan dulu baru insya-Allah. kalau semua negeri dah ikut, saya rasa tak ada masalah untuk pusat turut sama. Terima kasih.

Saya mencelah. Minta pengesahan, wakil rakyat kita ada doktor seorang betul ke kenyataan Labu tadi tu? rokok lebih baik daripada vape.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Tanyalah EXCO Kesihatan tu…

dua-duanya pun baik untuk kesihatan.

Saya bantah Yang Dipertua, dua-duanya tak baik Dato’ Yang Dipertua.

tapi sebab rokok ni dia dijual secara mendapat cukai kepada kerajaan, kira baik sikit lah.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Kita nak jawapan daripada EXCO Kesihatan.

Rokok dah difatwakan haram, banyak tempat dah.

Yang Dipertua Dewan

….. nak iklan rokok.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay, terima kasih. Rokok pun haram, vape pun haram. Membahayakan kesihatan. Hukum dia tu ya. Tetapi kita ada undang-undang yang kita sedia maklum bahawa memang semua setuju pada dasarnya dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja, semua Raja-Raja Melayu bersetuju bahawa vape itu ingin diharamkan. Tetapi apakah yang boleh kita lakukan selepas pengharaman tersebut? Tanpa ada peraturan, tanpa ada penguatkuasaan. Hak macam mana untuk kita melaksanakan pengharaman tersebut itu penting. Kita tak nak esok dia masuk secara yang saya katakan tadi, boleh jual secara online, boleh jual secara menyorok-nyorok yang tak ada satu peraturan ataupun undang-undang yang boleh menguatkuasakan, yang akhirnya pengharaman itu tidak bermakna. Ini bukan kempen. Kalau kita kempen kita kata haram apa semua kita boleh sebut. Tetapi tanpa penguatkuasaan, tanpa ada peraturan dan undang-undang saya nampak bahawa ia terlalu longgar yang akhirnya ia lebih memberbahayakan. Dan kita kena ingat bahawa kita terus berkempen pastikan bahawa vape ini tidak digunakan. Mushroom harus diambil tindakan sebagai akta dadah merbahaya dan saya berharap juga bahawa kempen di sekolah itu harus dipertambah baikkan dan kita mohon supaya pihak persekutuan mungkin menggunakan pihak, mungkin dengan akta polis, akta dadah, akta apapun, akta baru yang akan dibuat akan memberikan kebaikan kepada pelaksanaan vape haram ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Bagan Pinang.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor 2.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Isu korek pasir untuk mendalamkan pantai. ADUN Bagan Pinang, soalannya memandangkan nelayan pantai Bagan Pinang di Port Dickson menghadapi kesukaran membawa bot masuk ke pantai ataupun pengkaran semasa air surut, apakah langkah kerajaan negeri untuk melaksanakan kerja-kerja pengorekan pasir secara berkala serta mewujudkan peruntukan khas bagi tujuan tersebut. Dato’ Yang Dipertua, kerajaan negeri melalui JPS Negeri Sembilan telah mengenal pasti berlakunya isu mendapan pasir di lagun pengkalan nelayan Bagan Pinang, Pantai Bagan Pinang yang menyebabkan kesukaran bagi nelayan keluar dan masuk di pengkalan ketika air surut. Bagi mengatasi isu mendapan, pihak JPS telah mengambil langkah awal untuk membantu komuniti nelayan untuk melaksanakan kerja-kerja pengorekan bagi mendalamkan kawasan pengkalan menggunakan peruntukan mengurus tahunan yang sedia ada secara one-off dengan jumlah kos RM20,000 pada tahun 2020. Siasatan tapak yang dinyatakan terdapat banyak lokasi yang berkenaan bukan kawasan pantai yang ditetapkan untuk membawa bot masuk ke pantai kerana telah disedia pengkalan bagi para nelayan untuk tujuan ini. Kawasan yang dinyatakan dianggap tidak sesuai untuk para

nelayan membawa masuk bot kerana faktor permukaan muka bumi dan kedalaman pantai yang tidak sesuai. Kerajaan negeri mengesyorkan agar para nelayan menggunakan pengkalan yang telah disediakan dan akan melihat semula lokasi yang lebih sesuai bagi tujuan ini pada masa akan datang. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, di Port Dickson ada seramai 611 nelayan. Pada tahun Jun lepas Yang Amat Berhormat Sikamat telah memberi pampasan sebanyak RM1,000 kepada 31 nelayan yang terjejas akibat daripada projek pembangunan Hibiscus ke-2. Adakah pampasan tersebut dipanjangkan kepada nelayan-nelayan? terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Kita sedia maklum bahawa pampasan tersebut diberi kepada nelayan yang terhimpit dengan situasi semasa kalau dia tidak terlibat, maka kita tidak akan bagi. Kalau Lexis Hibiscus itu hanya kawasan Lexis Hibiscus lah. Jadi kawasan yang tidak berkenaan, kita tidak akan tidak beri bantuan dan apabila ada AI Port pada masa yang akan datang kita akan kaji lagi kawasan mana yang akan terlibat, nelayan mana yang akan kena, dan itu yang akan kita beri bantuan kepada mereka. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, pampasan semuanya setakat 12 tahun adakah selepas itu nelayan tersebut akan menerima lagi ataupun kajian semula akan dibuat? terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

2 soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan tambahan mengatakan bahawa 12 tahun. Perjanjian kita adalah sehingga projek itu siap. Projek itu siap, kita tak akan lagi bagi bantuan, dia selesai dah tanggungjawab mereka, selepas itu kita nelayan boleh seperti biasa menjalankan aktiviti mereka. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Ahli Yang Berhormat untuk mewakili Rantau.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Dato’ Yang Dipertua, mohon izin untuk mewakili ADUN Rantau bertanyakan soalan nombor 1.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan Yang Berhormat ADUN Rantau adalah pelaburan asing di Negeri Sembilan. Adakah sebarang dasar dan polisi baru diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengatasi kesan langsung daripada polisi dasar ekonomi Amerika Syarikat ke atas kestabilan mata wang dan pelaburan asing khususnya dalam konteks ketidaktentuan geopolitik dan pasaran global semasa.

Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa peka terhadap perkembangan semasa dasar ekonomi global dalam konteks ketidaktentuan geopolitik dan pasaran global yang berpanjangan. Kerajaan negeri telah mengadakan beberapa inisiatif bagi mengurangkan impak negatif kepada ekonomi negara khususnya di Negeri Sembilan ini. Bagi mengurangkan kebergantungan terhadap mana-mana blok ekonomi, kerajaan negeri tidak hanya fokus kepada sebarang perdagangan dan pelaburan daripada mana-mana negara, sebaliknya kerajaan negeri mengamalkan dasar terbuka dengan semua pihak, serta memperluaskan jaringan kerjasama serantau,

Dato’ Yang Dipertua, umum mengetahui bahawa dasar ekonomi ataupun polisi baru yang telah diperkenalkan, Amerika Syarikat pada April 2025 menjejaskan sektor perdagangan dunia. Pada 9 April 2025, pentadbiran Amerika Syarikat mengumumkan penangguhan 90 hari tarif timbal balik bagi kebanyakan negara sambil mengekalkan tarif asal sebanyak 10% ke atas Malaysia oleh itu, tarif timbal balik 24% ke atas import Malaysia ke Amerika Syarikat ditangguhkan dalam tempoh 90 hari iaitu bermula 9 April 2025 sehingga 9 Julai 2025. Walaubagaimanapun, Amerika Syarikat menghidupkan semula perang perdagangan dengan mengancam untuk mengenakan tarif lebih tinggi dengan kadar 25% pada tarif baru akhir baru pada 1 Ogos yang lalu. Bagi pelaksanaan tarif tersebut, dan Alhamdulillah, tarif baru diumumkan adalah sebanyak 19%. Sehubungan dengan itu, berdasarkan maklumat daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia ataupun MIDA, Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan dan berhasrat untuk mencapai solusi untuk mengerahkan akses pasaran menarik pelaburan asing yang berterusan dan menyokong kesejahteraan pekerja dan perniagaan Malaysia. Kita tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan timbal balas terhadap dasar ekonomi baru Amerika Syarikat tersebut. Kerajaan juga telah mengumumkan bahawa pertumbuhan KDNK 2025 adalah sebanyak 4.5% hingga 5.5% dan akan dikaji semula berpandukan situasi ekonomi semasa. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelaburan Perdagangan Industri MITI telah dan sedang mengambil dasar dan langkah proaktif dalam menangani impak tarif ini dengan usaha seperti Pusat Tindakan Geoekonomi Nasional yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah pun diaktifkan. MITI sedang membuat kajian impak kepada sektor-sektor eksport utama ke Amerika Syarikat dan NGCC akan mempertimbangkan dapatan daripada kajian tersebut daripada masa ke semasa.

MITI telah membentuk, keduanya, MITI telah membentuk pasukan petugas ataupun taskforce bagi mengumpul maklumat dan dari semua pihak berkepentingan terdiri daripada kementerian dan agensi-agensi berkaitan seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Bank Negara Malaysia, MIDA, MATRADE, DOSM dan sebagainya. Ketiga, melalui kerjasama Asean yang membincangkan hala tuju bagi menangani dan mengurangkan

potensi gangguan kepada perdagangan serantau, rangkaian rantaian bekalan dan aliran pelaburan ke rantau ini. Keempat, perjanjian rangka kerja, perdagangan dan pelaburan Malaysia-Amerika Syarikat (TIFA) akan dimanfaatkan. MITI juga turut mempertimbangkan untuk menggandakan perjanjian perlindungan teknologi untuk melindungi eksport semi-konduktor dan aeroangkasa Malaysia. Kelima, meneroka pasaran eksport baru dan meluaskan pasaran eksport Malaysia. Ini termasuk di pasaran timur-tengah melalui MIHAS Afrika dan Amerika Selatan.

Keli.. keenam, meningkatkan gangguan ke semua perjanjian perdagangan bebas FTA seperti berikut, perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif, CEPA dan UAE, FTA bersama Persatuan Eropah EU, FTA dan Korea Selatan. Menarik taraf perjanjian perdagangan barangan Asean, ATIGA dan pelbagai perjanjian FTA lain di tahap Asean, termasuk dengan China dan India, serta rundingan Malaysia, European Free Trade Association EFTA Iceland, Norway dan Switzerland Economic Partnership Agreement. Sememangnya dasar tarif Amerika Syarikat ini sedikit sebanyak akan memberikan impak langsung kepada pertumbuhan KDNK Malaysia pada tahun ini dan mungkin tahun-tahun akan datang. Sebagai satu rakan dagangan terbesar Amerika Syarikat di Asean dan juga satu destinasi utama pelaburan asing dari Amerika Syarikat pelaksanaan tarif ini akan memberi kesan jangka pertengahan hingga jangka panjang pada ekonomi Malaysia. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Klawang.

Terima kasih Dato' Yang Dipertua, Klawang mengemukakan soalan nombor satu.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan Klawang Projek Tebatan Banjir Sungai Cempedak Jelebu. Penduduk Taman Pekan Baru di laluan Sungai Cempedak Jelebu sering mengalami banjir kilat setiap tahun. Terima kasih kepada Jabatan Parit dan Salir Air di atas inisiatif projek tempatan banjir berkaitan walaupun pada awalnya dimaklumkan projek terlibat dijangka dimulakan Mac 2024 tetapi sehingga sekarang masih belum dimulakan. Bilakah projek berkenaan dijadualkan hendak dimulakan dan dijangka disiapkan.

Dato' Yang Dipertua tender Projek Rancangan Tebatan Banjir RTB Sungai Cempedak Daerah Jelebu telah dibawa untuk pertimbangan Lembaga Perolehan pada 24 Jun 2025. Surat setuju terima SST dikeluarkan pada 7 Julai 2025 dengan tempoh pelaksanaan kontrak selama 3 tahun ataupun 36 bulan. Skop kerja fizikal projek ini merangkumi:

1. Pembinaan ban bertanah;

2. Pembinaan struktur penstabilan tebing sungai termasuk pembinaan flood wall dan di kawasan Taman Pekan Baru; dan yang

3. (ketiga) Kerja-kerja menaik taraf sebanyak 7 buah struktur jambatan yang terlibat dalam jajaran projek. Terima kasih Dato' Yang Dipertua.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama dan terima kasih kepada Jabatan Saliran dan Pengairan. Untuk makluman, kawasan ini Dato’ Yang Dipertua, memang prune area dengan izin, dia tak payah sampai 2 jam hujan, 40 minit, 45 minit pun dah cukup, ia akan menyebabkan banjir kilat. Oleh yang demikian, saya amat mengharapkan dan memohon pelaksanaan projek ini mengikut timelinenya supaya risiko ke.. banjir di kawasan ini di masa hadapan dapat dielakkan terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Itu harapan, doa, saya pun begitu jugak, berharap bahawa projek ini dapat disiapkan mengikut masa dan mendapat tumpuan utama. Terima kasih Dato' Yang Dipertua.

Yang Dipertua, saya di kesempatan ni nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita dan agensi Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Jempol kerana telah melaksanakan 3 jambatan 4 jambatan baru di kawasan DUN Jeram Padang, akhirnya di kawasan Felda Palong 1 ni, di PPS kita baru-baru ni jumlah mangsa banjir itu semakin berkurangan. Terima kasih saya ucapkan terutamanya kepada Pembantu Teknik Doktor Aina, Cik Aina, Cik Aina daripada JPS Jempol. Terima kasih terima kasih Dato' Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Saya mengemukakan soalan nombor 1. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, ADUN Seremban Jaya soalan pertama. Cadangan naik taraf laluan Jalan Tuanku Antah ke Lingkaran Tengah bagi menggunakan kesesakan. Adakah kerajaan negeri bercadang membesarkan laluan Jalan Tuanku Antah ke Jalan Lingkaran Tengah yang menghala Seremban 2, khususnya di bawah jambatan berhampiran Taman Bidara yang sering mengalami kesesakan lalu lintas.

Dato' Yang Dipertua, terima kasih soalan YB ADUN Seremban Jaya. Jabatan Kerja Raya telah mengangkat permohonan di bawah Rolling Plan Pertama RP1 RMK13 bagi tujuan menaik taraf persimpangan Jalan Tampin-Beranang Seksyen 313 Jalan Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus berhampiran

Taman Bidara kepada Kementerian Kerja Raya dengan anggaran kos banyak RM14.69 juta. Kerja-kerja ini akan dapat kita dilaksanakan selepas peruntukan diluluskan kita sedang mohon peruntukan ini dan insya-Allah kita sama-sama berharap bahawa permohonan ini dapat diluluskan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan. Satu masalah banyak lama, sekarang sudah dekat, boleh nampak, 1 hari boleh buat. Tapi sebelum itu, aaa… saya mau mintak rayu dari dewan yang mulia ni, itu Forest Heights, masa dulu diorang booking, ini zaman lama, booking masa itu, aaa…. Seremban tu ke arah Tampin. Aaa… kira itu traffic light satu ada. Tapi sekarang, diorang 2 tahun dulu, sudah kira, bukan traffic light, tu jalan sudah tutup. Tapi Forest Heights banyak orang percaya itu jalan jugak. Bila senang masuk Forest Heights. Tapi itu jalan sekarang sudah tutup. Saya mintak rayu, pasal banyak orang mintak Forest Heights pasal sana tingkatan 6 Kolej Tuanku Mukhriz, banyak orang gunakan jalan itu saya minta rayu dewan yang mulia ini, bolehkah satu roundabout, tempat ada sesuai, tempat yang besar, buat satu roundabout, roundabout, saya ingat takda masalah. Aaa… tada ganggu, itu traffic light pun tada masalah. Pasal sini pun lebih kurang sudah ok. Lepas tu, itu jammed boleh settle. Aaa… saya minta rayu kepada Yang Amat Berhormat. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih YB Seremban Jaya, atas cadangan, pandangan, dan kita sedia maklum, kalau kita buat roundabout, jarak kita antara persimpangan tadi, di apa nama dia, di Taman Bidara terlalu dekat dengan situ, jadi kalau kita apa, dia akan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Dan kita sedia maklum bahawa kajian telah dibuat, dan kita nampak harini, apabila jalan itu ditutup, mengurangkan kemalangan yang paling penting mengurangkan kemalangan, keduanya mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut, kerana jarak antara persimpangan aaa… Lavendar Heights dengan… Forest Heights sorry, Forest Heights dengan apa terlalu dekat. Eh… tak sampai beberapa kilometer. Jadi akan mengganggu laluan dan adanya, adanya bulatan ini juga sebenarnya banyak kemalangan boleh berlaku ya… jadi kita lihat dalam keadaan suasana harini mereka memandu dengan tanpa perasaan. Ya, apabila memandu tanpa perasaan ini, yang cukup menakutkan kita pada hari ini. Ya, ada traffic light pun mereka langgar traffic light, apa yang berlaku di Senawang. Ini antara yang kita perlu lihat. Harini isu dia adalah isu pengguna jalan raya yang apabila dia bawak kereta dia lupa diri dia. Ya, dia nak cepat, nak segera, saya pun tak tau kalau kita tengok video-video, adalah disebabkan oleh keserakahan ketika memandu. Jadi kita kena buat kempen panduan yang berhemah dan ini kena bermula daripada kecil lagi. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Yang Dipertua, saya terima. Terima kasih, thank you very much.

Yang Dipertua Dewan

Terima Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi Pertanyaa Lisan (Hari Kedua) telah pun tamat. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan secara bertulis.

Rang Undang-UndangBill

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Rang Undang-Undang Kedua. Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 2025. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 2025, dibacakan bagi kali pertama.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang-Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang pertama.

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 2025.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya membentangkan supaya Rang Undang-Undang Cadangan Penerimaan Pemakaian Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022, Kurungan (Akta A1667) ini dibacakan bagi kali kedua. Izinkan saya memberikan penerangan mengenai tujuan dan sebab pindaan ini dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini. Dato’ Yang Dipertua, Rang Undang-Undang Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022, (Akta A1667) menjadi Enakmen Perhutanan Negara (Penerima Pakaian) 2025. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan ahli-ahli Dewan Yang Mulia, Rang Undang-Undang yang bakal dibentangkan pada hari ini adalah Rang Undang-Undang Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022, (Akta A1667).

Sebelum itu, terlebih dahulu saya ingin berkongsi mengenai sejarah pengwujudan dan pindaan Rang Undang-Undang ini. Berdasarkan rekod sejarah, asas undang-undang hutan di negara ini adalah berdasarkan North Burma Forest Act 1898. Perundangan yang pertama telah digubal di negara ini untuk dilaksanakan di Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan

Singapura). Melalui Forest Ordinance 1907 yang kemudiannya dipinda di bawah Forest Ordinance No. 22 tahun 1908. Bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan). Undang-Undang Hutan telah diwujudkan pada tahun 1914 dan dipinda melalui Enakmen No. 3 tahun 1918. Enakmen ini telah dipinda sekali lagi melalui Enakmen No. 4, Enakmen No. 5 dan Enakmen No. 6 pada tahun 1934.

Bagi menyeragamkan perundangan hutan, perhutanan di semua negeri di semenanjung Malaysia, Akta Perhutanan Negara 1984, (Akta 313) telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1984 dan menerima pakainya adalah tertakluk kepada kekuasaan badan perundangan negeri. Akta Perhutanan Negara 1984, (Akta 313) telah diwartakan pada 31 Disember 1984 dan kemudian diterima pakai oleh semua negeri di Semenanjung Malaysia, termasuk di Negeri Sembilan melalui Enakmen No. 5 pada 31 Julai 1986 yang dikenali sebagai Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1986. Seterusnya Enakmen ini telah dipinda, dibuat pindaan pada tahun 1994 melalui Enakmen No. 1 menjadi Enakmen Perhutanan Negara yakni (Pemakaian) 1994.

Dato’ Yang Dipertua, Dewan Rakyat yang bersidang pada 18 Julai 2022 dan Dewan Negara yang bersidang pada 8 Ogos 2022 telah memuktamadkan bagi meluluskan RUU Perhutanan Negara (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Perhutanan Negara telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan telah disiar warta sebagai Akta Perhutanan Negara Pindaan (Pindaan) 2022 (Akta A1967) pada tarikh 20 September 2022.

Bagi Negeri Sembilan pada dasarnya cadangan penerimaan pemakaian Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Akta A1667) telah dipersetujui dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri MMKN pada 15 Mei 2024 dengan pengecualian bagi Seksyen 3A, 19A dan 70A. Namun pada 4 Oktober 2024 cadangan penerimaan pemakaian Akta A1667 sekali lagi diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri MMKN bagi mendapatkan persetujuan untuk menerima pakai keseluruhan atas penerangan dan khidmat nasihat oleh pihak Bahagian Perundangan dan Pendawaan (Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia). Sehubungan dengan itu, MMKN telah membuat keputusan supaya kertas cadangan ini dibentangkan dan diperhalusi terlebih dahulu di dalam Mesyuarat Lembaga Perhutanan Negeri Sembilan, LPNS sebelum diangkat ke MMKN semula untuk diluluskan sebelum dibahaskan di Persidangan Dewan Undangan Negeri sebelum diterima pakai dan berkuatkuasa di Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Akta A1667) adalah bertujuan bagi menambah baik dan menetapkan pengurusan Kawasan Hutan Simpan Kekal HSK di kuala..di Semenanjung Malaysia meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan hutan serta mengukuhkan pembangunan sektor perhutanan seiring dengan perkembangan semasa. Secara umumnya, Pindaan Akta APN, (Pindaan) 2022 (Akta A1667) ini memberikan penekanan kepada aspek-aspek berikut. Pertamanya, memperketatkan proses pewartaan keluar, masuk dan penggantian hutan simpan kekal. Kedua, meningkatkan kadar denda dan hukuman serta penalti tambahan bagi membendung kesalahan hutan yang merosakkan alam sekitar. Ketiga, menetapkan penguatkuasaan perhutanan sehingga ke peringkat Pembangunan. Keempat, mengatasi isu kekaburan dan kuasa tidak jelas dalam pelaksanaan penguatkuasaan dan operasi perhutanan. Kelima, menjelaskan takrifan dalam peruntukan akta. Keenam, menjelaskan pengurusan pentadbiran dalam peruntukan akta an yang ketujuh, menambah baik jadual-jadual.

Dato’ Yang Dipertua, penjelasan berkaitan isu kekaburan dan kuasa tidak jelas pihak berkuasa negeri, pengarah dan pegawai hutan dalam perihal pengoperasian perhutanan seperti pelaksanaan kutipan pengurangan, pelepasan atau pengecualian ses pembangunan hutan Akta A167 ini memberi kuasa kepada pengarah untuk melucut hak wang deposit lesen-lesen pemindah, lesen-lesen kecil, permit penggunaan dan permit jalan, sekiranya pelesen ataupun permit atau perkhidmat atau ejen yang melanggar peraturan akta ini. Pemantapan penguatkuasaan memberi penekanan kepada peningkatan kadar denda dan hukuman serta penalti tambahan memantapkan penguatkuasaan perhutanan sehingga ke peringkat pengkompaunan dan pendakwaan kesalahan hutan serta pemantapan prosedur serta penguatkuasaan perhutanan. Aktiviti penguatkuasaan yang merangkumi kuasa menangkap, menggeledah, menyita dan menyiasat suatu kesalahan hutan dan kuasa membuat sekatan jalan bagi pemeriksaan pengangkut yang membawa hasil hutan.

Secara ringkasnya, pindaan ini melibatkan 8 daripada 10 bahagian, 62 fasal yang mengandungi 62 seksyen daripada 117 seksyen. Jumlah bilangan seksyen yang dibuat pindaan adalah berjumlah 43 seksyen termasuk 2 jadual. Pengwujudan seksyen baru dengan 12 seksyen, penggantian seksyen sedia ada iaitu 6 seksyen dan satu seksyen dipotong, dikeluarkan daripada 117 jumlah seksyen yang terdapat dalam Akta Perhutanan Negara, Akta 313 1984. Maka selepas dibuat pindaan jumlah keseluruhan seksyen adalah meningkat menjadi 128 manakala bilangan bahagian fasal dan jadual adalah masih yang sama. Akta Perhutanan Negara Pindaan 2022 ini juga melibatkan peningkatan kadar denda dan hukuman serta penalti tambahan ke atas kesalahan hutan, kenaikan kadar hukuman denda maksimum kesalahan RM500 ribu kepada RM5 juta manakala hukuman penjara maksimum dari 1

tahun sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan yang diadakan pada 19 Jun 2025 telah bersetuju dan membuat kesan menerima pakai keseluruhan Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Akta A1667) dengan pengecualian Seksyen 11 dan Seksyen 12 di dalam Akta 313 sahaja dengan ulasan berikut.

Pertama Seksyen 11, Kerajaan Negeri berpendapat pelaksanaan kaedah penyiasatan awam bagi pewartaan keluar hutan simpan kekal tidak dilaksanakan pada masa kini kerana pihak Kerajaan Negeri tidak mahu penglibatan pihak ketiga orang luar dalam membuat sebarang keputusan bagi penentuan guna tanah yang dikendaki sebagaimana dalam rancangan struktur fizikal negeri dan rancangan tempatan daerah yang jurus kepada perancangan pembangunan guna tanah bagi Negeri Sembilan. Oleh yang demikian, penyiasatan awam tidak akan dilaksanakan di Negeri Sembilan. Keduanya Seksyen 12, Kerajaan Negeri Sembilan mempunyai kekangan dalam mematuhi kehenndak akta bagi penggantian kawasan HSK yang telah diwarta keluar memandangkan kekurangan kawasan tanah kerajaan untuk diganti semula menjadi hutan simpan kekal. Bagi projek pembangunan yang berteraskan kepada kepentingan awam, contohnya jalan raya dan infrastruktur asas awam yang lain yang khusus bagi kegunaan masyarakat awam ianya akan diberikan permit penggunaan tanpa diwarta keluar oleh HSK. Kaedah ini diguna untuk mengelakkan pengurangan kawasan HSK. Kaedah ini diguna bagi mengelakkan pengurangan keluasan HSK manakala bagi projek selain pembangunan untuk kepentingan awam maka penggantian HSK akan dilaksanakan. Penerima pakaian Rang Undang-Undang ini tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada peruntukan kerajaan Negeri Sembilan. Namun impaknya adalah untuk menambah baik dan memantapkan pengurusan kawasan-kawasan hutan simpan kekal (HSK). Pengkelasan kelestarian sumber alam ekosistem dan kepelbagaian biodiversiti meningkatkan dan memantapkan keberkesanan penguatkuasaan hutan, pengukuhan pembangunan sektor perhutanan seiring dengan perkembangan semasa serta sekaligus meningkatkan hasil pendapatan negeri dan negara sekiranya terdapat denda dan kompaun dikenakan terhadap pelanggaran ke atas akta yang akan dikuatkuasakan nanti.

Dato’ Yang Dipertua, saya mencadangkan bahawa Rang Undang-Undang Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (A167) ini dibaca buat kali kedua untuk pertimbangan dan kelulusan Dewan Undangan Negeri seterusnya menjadi Enakmen Perhutanan Negara (Penerima Pakaian) 2025. Sekian, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 2025 telah dicadang untuk dibacakan bagi kali yang kedua dan telah disokong. Oleh itu, seterusnya saya kemukakan perkara untuk perbahasan pada dasarnya sahaja.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih ucapan sokongan Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pemakaian) 2025.

Yang Dipertua Dewan

Ini sambung dari semalam?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Bukan, semalam salah rumah masuk, hari ini rumah yang betul. Semalam dua-dua, sudah satu kali campur, tapi hari ini satu rumah, satu pintu. Dato’ Yang Dipertua, saya menyatakan sokongan penuh terhadap Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pemakaian) 2025 yang menerima pakai Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (A1667) bagi Negeri Sembilan. Saya yakin dan percaya bahawa akta ini diterima pakai demi kebaikan negeri, Negeri Sembilan. Setakat ini, Negeri Sembilan telah menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam melindungi hutan-hutan simpanan dan kawasan hijau. Tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan negeri sangat berhati-hati dan bertanggungjawab dalam setiap keputusan berkaitan perhutanan. Dewan Yang Mulia ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan, sebab bila 2018 Pakatan Harapan perintah masa itu, sampai hari ini, satu biji atau satu tapak tanah pun tidak diberikan kepada potong kayu balak. Ada lain negeri tada beri kepada potong kayu balak. Ada lain negeri, suma ada beri, potong kayu balak. Itu saya mau ucapan ribuan terima kasih aaa… Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan dan EXCO-EXCO. Sekarang Madani punya EXCO-EXCO pun sama terima kasih ya, terima kasih, terima kasih. Sekarang kita semua kawan baik rapat. Sejak tahun 2018 hingga hari ini saya ingin menegaskan bahawa tidak sebarang kelulusan untuk pembalakan atau mempotongkan kayu balak diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan. Ini membuktikan komitmen dan beliau sedar akan kepentingan hutan sebagai warisan negeri, bukan sahaja untuk generasi sekarang, malah untuk masa depan rakyat Negeri Sembilan. Saya juga ingin mencadangkan supaya kawasan sekitar 400 ekar hutan di daerah Port Dickson dikekalkan sebagai kawasan hutan simpanan.

Celah sikit boleh YB Guna, celah sikit boleh?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Haa?...

Celah sikit…

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Boleh…boleh….boleh…

YB Guna, saya cuma nak tahu lah YB Guna, apa keburukannya jika kita keluarkan balak dari Negeri Sembilan ni, sebab tadi YB Guna kata sejak daripada 2018. Sebab kita tengok negeri-negeri lain dalam Malaysia ni banyak jer keluarkan balak. Tapi balak yang terkawal bukan yang tidak dikawal seperti negeri-negeri pembangkang. Sebab negeri-negeri kerajaan pun sampai hari ini masih lagi keluarkan balak. Sekian, Terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Ok, terima kasih Timbalan Speaker baru, tahniah. Pasal ini hutan satu benda yang penting. Negeri-negeri jual hutan itu nanti MB boleh jawab. Satu keterangan besar, tapi saya boleh cakap sikitlah, hutan itu semestinya penting pasal hujan, panas, semua penting. Sekarang kita punya negeri haa.. lain benda sudah ada. Sekarang ini Menteri Besar Negeri Sembilan, EXCO Kanan, dan EXCO-EXCO semua ada pengalaman. Dia bukan cakap melalui hutan mau cari wang, mau simpan negeri, mau pakai. Bukan.

Mencelah sikit, tapi YB Guna, contohnya, sekiranya kita nak keluarkan balak seribu hektarlah contohkan, kita kena cari tanah yang lain seribu hektar untuk ganti hutan itu maksudnya bukan kita ambil toreh, tak ganti, kita ganti. Kalau kita nampak sekiranya kawasan itu mempunyai potensi dan memberi income kepada negeri, why not kita keluarkan, tapi yang terkawal yang dibenarkan buat EIA report semua. Dia bukan sekadar potong dan tidak diganti, itu pandangan saya untuk mencelah.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Tapi memang ada penting mau pakai, mesti Dato’ MB Yang Amat Berhormat Menteri Besar…

Bukan, saya bukan tanya MB saya tanya YB Guna, sebab dia kata macam keluar balak ni macam rosak sangat hutan ni, sebab negeri lain negeri jiran ada keluarkan, itu sahaja.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Tada, kadang-kadang kita mahu jawab mahu pandai-pandai tak boleh sebut, nanti ini mahu jawab pandai-pandai pasal ada kita punya kira ada.. ada.. terma diorang boleh jaga, tada masalah, ok. Timbalan Speaker thank you. Saya tak boleh lawan sama you nanti lawan, lain kali takda peluang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker nak mencelah sikit boleh?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Boleh, boleh…

Tadi, tadi YB bagitahu sejak daripada kerajaan PH 2018 tidak ada hutan kayu balak dikeluarkan ataupun lesen baru dikeluarkan, tapi saya tak tahulah baru-baru ni orang asli di Kampung Tekir ya, dia cakap ada kebenaran, tapi akhirnya bila mereka buat mogok, tak dikeluarkan, yang pertama. Ataupun memang dah tak ada kayu balak dah dikeluarkan, sebab tadi YB, insya-Allah lepas ni akan akan jadi Timbalan, dia bagitahu di tempat-tempat kerajaan eh tempat-tempat pembangkang dia keluar. Sekarang ni tak boleh keluar sebab masa Barisan Nasional diorang dah habis keluarkan kayu balak ni. Sebab tu sebab ni dah tak boleh nak keluar.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

ok, ok, ok sudah faham, sudah faham, ini kira hutan kita sebenarnya cakap dulu…

Negeri, negeri tu tak pernah, rasanya dah lama tak ditadbir oleh Barisan Nasional lah negeri yang saya maksudkan tu, 20 tahun tu, memang negeri pembangkang.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Ok, ok, ok…terima kasih…

Yang Dipertua Dewan

Seremban, boleh teruskan…

Berkenaan dengan hutan ni ha… tapi tak tahulah kalau ada yang lulus keluar tu, tapi bagi saya kalau diluluskan…

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Seremban Jaya teruskan…

tidak ada masalah selagi dibuat mengikuti tatakelola.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Tapi hutan ada 2 jenis 1 anak dara 1 janda tapi kita ada lagi anak dara, banyak ada. Ok, jangan risau ok, ok, ok, sambung balik kawasan sekitar 400 ekar hutan di daerah Port Dickson dikekalkan sebagai kawasan hutan simpanan. Sekiranya ia memberi manfaat kepada negeri kita selain itu kita boleh mengambil contoh daripada Johor, Johor Bahru yang punyai hutan bandar dan taman hutan yang boleh dijadikan destinasi rekreasi pendidikan alam sekitar dan aktiviti eko-pelancongan rakyat. ok ini saya mau cadangan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama kawasan saya lebih kurang bandar. Boleh kalau ada tempat taman hutan saya ada ternampak satu tempat saya ingat itu kerajaan punya tempat. Kira itu taman hutan, kira buat sana memang tempat yang cantik. Saya rayu DUN Seremban Jaya ada satu tempat, nanti saya tempat itu saya angkat gambar saya hantar pejabat daerah melalui prosedur macam mana, kasi tau, nanti saya buat tempat itu banyak cantik lagi kita punya Datuk Bandar sudah ada sini, Yang Dipertua Majlis Bandar Raya Datuk Bandar pun sudah ada sini. OK dua-dua itu satu, lagi satu kira dengan penuh keyakinan dan kepercayaan terhadap

kepimpinan Yang Amat Berhormat MB saya menyokong sepenuhnya pemakaian RUU ini demi kesejahteraan alam sekitar dan rakyat Negeri Sembilan. Saya sokong, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Klawang..

Assalamualaikum.. ohh.. (memberi laluan kepada Johol)

Yang Dipertua Dewan

Johol..

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang terus komited dalam memelihara alam sekitar khususnya kawasan hutan simpan kita dengan membentangkan Rang Undang-Undang Perhutanan Negara iaitu (Pemakaian) Tahun 2025 pada sidang kali ini. Saya berdiri di Dewan Yang Mulia ini untuk menyatakan sokongan terhadap RUU ini dan mengangkat kepentingan sumber hutan sebagai teras pembangunan mampan di negeri kita.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita sedar kita semua sedar bahawa isu kelestarian alam sekitar bukanlah satu retorik yang kosong dalam dunia yang semakin mencabar hari ini, keteguhan sesebuah Kerajaan dalam mengurus dan memelihara sumber aslinya adalah petunjuk kepada keprihatinan serta kebertanggungjawaban kepada generasi yang akan datang. Dalam hal ini seperti yang dinyatakan dalam dokumen yang diberikan Rang Undang-Undang ini adalah bagi menerima pakai Akta Perhutanan Negara Pindaan Tahun 2022 sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal 3 Pekara 76 Perlembagaan Persekutuan. Usaha ini walaupun bersifat teknikal memberi isyarat bahawa Negeri Sembilan bukan sahaja menghormati kehendak persekutuan dalam menyalaraskan dasar-dasar utama seperti pengurusan hutan malah kita bersedia untuk melaksanakannya dengan acuan dan keperluan negeri kita namun begitulah Dato’ Speaker, saya ingin mengajak Dewan ini untuk merenung sejenak apakah maknanya sebuah hutan kepada kita. Apakah maknanya kepada masa depan Negeri. Bagi saya hutan bukan sekadar kawasan hijau yang luas, ia adalah paru-paru negeri kita, ia melindungi ekosistem, menjadi habitat kehidupan liar, mengawal perubahan iklim dan menyumbang kepada kesejahteraan manusia secara langsung dan tidak langsung. Ia juga merupakan sumber ekonomi seperti hasil hutan, produk eko-pelancongan, serta sumber ilmu dan penyelidikan dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Oleh itu adalah menjadi kewajiban kita untuk memelihara warisan ini dengan bersungguh-sungguh justru saya menyokong penuh pemakaian akta ini ke atas Negeri Sembilan, walaupun dengan pengecualian Seksyen 11 dan 12

yang pastinya telah dibuat mengambil kira dan struktur petadbiran negeri kita. Yang Berhormat Dato’ Speaker, RUU ini pada asasnya memberi kuasa kepada Negeri Sembilan untuk memperkukuh tadbir urus hutan melalui beberapa perkara. Pertama pengukuhan terhadap pewartaan kawasan hutan simpan kekal. Kedua pemberian kuasa yang lebih jelas dan menyeluruh kepada penguatkuasa hutan dalam menjalankan operasi penguatkuasaan termasuk ke atas pembalak haram dan pencerobohan hutan. Dan yang ketiga peluasan skop hukuman terhadap pelaku jenayah hutan serta peningkatan penalti bagi kesalahan yang berkaitan. Namun sebagaimana pentingnya dasar, lebih penting adalah pelaksanaan dan penguatkuasaannya. Ini adalah isu yang ingin saya tekankan di dalam Dewan yang mulia ini, kita tidak boleh leka jangan kita indah dari segi perundangan, tetapi kita pincang dari segi pelaksanaan. Apa gunanya undang-undang yang kita kukuhkan jika di lapangan penguatkuasa kita lemah terhad dan tidak cukup dibekalkan dengan sumber yang diperlukan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam konteks ini saya menyambut baik langkah Jabatan Hutan Negeri Sembilan yang sejak beberapa tahun lalu telah menggandakan operasi penguatkuasaan termasuk melalui penggunaan teknologi seperti drone dalam sistem pemantauan bersepadu. Saya difahamkan bahawa pada tahun lalu sebanyak 98% daripada kawasan hutan simpan kekal di Negeri Sembilan masih berada dalam keadaan terpelihara dan tidak diganggu. Namun tidak memadai dengan angka yang baik ini semata-mata. Kejayaan hari ini tidak menjamin kejayaan esok. Kita mesti terus berwaspada, isu pembalakan haram, aktiviti pertanian tidak sah di kawasan hutan serta pembakaran terbuka yang memberi kesan kepada biodiversiti dan kualiti udara semua ini perlu ditangani secara berterusan tanpa kompromi. Maka saya mencadangkan agar kerajaan negeri meneroka kerjasama yang lebih strategik dengan agensi penguatkuasaan seperti PDRM, Jabatan Alam Sekitar, RELA dan setiap pihak berkuasa tempatan. Di samping itu penglibatan masyarakat setempat dalam pemantauan pemeliharaan kawasan hutan perlu digalakkan melalui program seperti “Hutan Kita, Tanggungjawab Kita”, yang boleh digerakkan di peringkat kampung dan ataupun kawasan pinggir hutan.

Yang berhormat Dato' Speaker, RUU ini juga selari dengan agenda pembangunan mampan negeri seperti yang telah digariskan dalam rancangan struktur Negeri Sembilan tahun 2045. Serta pelan tindakan alam sekitar negeri. Kita tidak boleh bercakap tentang pembangunan tanpa mengambil kira kelestarian Kalau tidak we are sawing off the branch we are sitting on dengan izin. Dengan pemakaian akta ini kita sekaligus turut menyatakan bahawa Negeri Sembilan menolak ssekeras-kerasnya aktiviti yang menjejaskan kepentingan awam demi keuntungan jangka pendek. Kita menyokong pertumbuhan ekonomi di mana yang dikatakan oleh Lenggeng tadi, tetapi bukan atas kerutuhan alam semula jadi. Saya ingin menekankan

bahawa kelestarian alam bukan hanya soal pokok dan haiwan tetapi soal keadilan antara generasi. Kalau kita gagal bertindak sekarang, maka anak cucu kita yang akan menanggung akibatnya. Oleh itu Rang Undang-Undang ini harus dilihat sebagai commitment kita bersama bukan sahaja sebagai wakil rakyat tetapi sebagai penjaga amanah bumi.

Yang Yerhormat Dato' Speaker sebelum saya mengakhiri perbahasan ini saya ingin menegaskan sekali lagi beberapa perkara, pertama Akta ini perlu diterima pakai secara strategik dan holistik. Kedua penguasaan harus undang-undang haruslah diperkasakan bukan sahaja dari segi aspek fizikal tetapi juga moral dan etika penjawat awam. Ketiga masyarakat mesti dididik dan digalakkan untuk menjadi rakan kongsi dalam pemeliharaan hutan negeri ini. Kerajaan perlu meletakkan usaha pemeliharaan hutan sebagai pelaburan jangka panjang bukan liabiliti. Kita perlu sedar bahawa hutan bukan sahaja menjana oksigen tetapi menjana harapan untuk masa depan yang lebih jauh, masa depan yang lebih hijau lebih bersih dan lebih Sejahtera. Akhir kata, Dato’ Speaker izinkan saya memetik satu pepatah Inggeris yang sangat bermakna iaitu “The best time to plant a tree was 20 years ago the second best time is now”, maka marilah kita tanam pokok harapan ini agar negeri Sembilan terus menghijau esok dan selama-lamanya. Sekian saya menyokong. Terima kasih.

Assalamualaikum WBT Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Audzubillahiminasyaitonirrojim Bismillahirrohmanirrohim. (Bacaan dari petikan ayat Al-Quran) yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan kepada sebahagian mereka balasan perbuatan buruk yang telah mereka lakukan supaya mereka kembali”.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih memberi saya peluang untuk berbahas RUU untuk menerima pakai Perhutanan Negara Pindaan 2022 seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Johol tadi ianya memang satu keperluan dan disebabkan kesempatan ini, saya ucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Utama MB dan juga Jabatan Perhutanan yang telah mengambil inisiatif ini memelihara kawasan hutan kita yang dicipta oleh Allah SWT supaya tidak tercemar oleh anasia-anasia ataupun unsur-unsur yang tidak bertanggungjawab. Greenland negara kita ini dengan izin Dato’ Yang Dipertua, tidak tenilai yang perlu kita pelihara untuk kita wariskan kepada anak cucu kita di masa hadapan. Kok dah habih kono tarah, habih disalahgunakan, apo laie yang tinggal nanti untuk kita wariskan kepada mereka Dato’ Yang Dipertua.

Walaupun begitu, Dato’ Yang Dipertua, saya amat setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Johol tadi walaupun kita ada undang-undang tetapi pemantauan dan penguatkuasaan mesti dilaksanakan dengan berkesan terutamanya dalam senarai kesalahan-kesalahan dalam bahagian

7. Saya mendapati ni semasa aktiviti hiking saya lah Dato’ Yang Dipertua, adanya unsur-unsur yang tidak sihat yang dilakukan dalam kawasan hutan ini terutamanya kawasan-kawasan hutan lipur yang mana sampah yang tidak terurus malah ada yang dijadikan tempat minum arak. Ini adalah satu keadaan yang tidak sihat dilakukan di tempat awam. Mungkin terpencil tetapi kalau dibiarkan ini akan menjadi besar dan barah di masa hadapan. Saya mohon jabatan supaya memantau aktiviti pengunjung terutamanya di hujung minggu malah mensyaratkan mungkin pengunjung-pengunjung ini supaya membawa keluar balik dia punya sampah-sampah yang mereka bawa ke dalam untuk aktiviti mereka ini, seperti yang dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN di Taman Negara Kuala Tahan. Tidak sehelai plastik pun boleh ditinggalkan, malah kalau kasut yang rosak pun bawa balik tidak mahu ditinggalkan di dalam di dalam hutan sana. saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan Yang Mulia ini Dato’ Yang Dipertua adanya terdapat pencurian kayu kayan kita di hutan kita. Saya mohon jabatan membuat operasi bersepadu untuk mencegah aktiviti ini dan mencegah ketirisan pendapatan negeri.

Dato’ Yang Dipertua dengan kata-kata itu saya dengan ini menyokong penuh RUU untuk menerima pakai Akta Perhutanan Negara Pindaan 2022. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya mempersilakan pihak kerajaan untuk menjawab.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas perbahasan yang diberikan daripada Seremban Jaya, Johol dan Klawang. Terima kasih atas peringatan, atas kebersamaan dalam kita memastikan bahawa hutan ini adalah harta yang amat bernilai bagi kita semua. Seremban Jaya, tanah 400 ekar di Port Dickson, hutan simpan pastinya akan kita kekalkan. Lenggeng mencelah berhubung dengan pembalakan, saya rasa memang perlu ada pembalakan terpilih, tetapi buat masa ini kita belum keluarkan lagi, biarlah dia lebih matang lagi, supaya pada masa akan datang akan memberikan manfaat kepada golongan yang akan datang. Seremban Jaya, Taman Hutan saya tak nampak dekat Seremban Jaya ada Taman Hutan. Yang saya nampak taman batu ada banyak, perumahan taman perumahan. Nanti kita tengok balik kalau itu sesuai kita laksanakan dengan PBT. Labu mencelah isu di Gala. Ini isu dia adalah laluan dimana orang asli tidak benarkan dan kita sedia maklum bahawa ini adalah konsesi yang telah lama, tapi dia baru nak balak lepas itu oleh kerana itu kita terpaksa cari tanah ganti kepada kawasan baru untuk ganti kawasan balak tersebut. Kita tak boleh

batal sebab dia dah bayar lama dah, dulu lagi dia dah bayar. Jadi apabila dia lambat masuk jadi kita terpaksa cari tanah baru untuk ganti. Jadi ini antara beberapa isu. Ada beberapa isu yang timbul sekarang apabila konsesi yang diberikan kepada mereka ataupun permit yang diberikan kepada mereka dahulu mereka tak mula. Apabila mereka mula, ada bantahan terpaksa kita lihat keperluan daripada masa ke semasa untuk mencari tapak-tapak baru dan yang bersesuaian dengan nilai yang mereka telah bayar. Jadi ini antara yang hari ini terpaksa kita sama-sama mencari dan itu tanggungjawab pihak hutan untuk mencari tanah ganti kepada mereka. Johol menyatakan tentang penguatkuasaan yang tegas. Ini merupakan satu perkara yang sepatutnya kita laksanakan. Apa jua bidang penguatkuasaan di negeri ini harus tegas, harus, harus berani supaya kita tidak dapat melaksanakan peraturan undang-undang itu dengan tepat sekali. Pandangan Johol akan diberikan perhatian. Kita sedia maklum bahawa kesan-kesan ataupun peranan hutan itu amat besar kepada kita. Klawang mencadangkan kebersihan hutan untuk kita pelihara. Kita hari ini kita sedar bahawa tumpuan kita hari ini adalah menggalakkan pelancongan eko-rimba yang mana memberikan satu pulangan yang agak besar kepada negeri dan bertumbuh setiap tahun, meningkat setiap tahun, hasil yang kita kutip dari pelancongan eko-rimba ini dan memberikan pendapatan baru kepada pihak Jabatan Hutan Kalau dulu kita hanya berharap kepada hasil tebangan ataupun hasil royalti daripada penebangan hutan, tetapi hari ini hasil utama kita adalah kita utamakan kepada pelancongan eko-rimba ini, dan apabila kawasan eko-rimba ini dijadikan kawasan pelancongan keutamaan adalah kebersihan di kawasan tersebut dan saya menyeru kepada masyarakat supaya memastikan bahawa kebersihan taman-taman hutan ini dapat ditingkatkan dan saya juga mohon penguatkuasa di Jabatan Hutan untuk melihat dan mengambil tindakan. Jabatan Hutan mengambil tindakan untuk membersihkan kawasan-kawasan hutan kita yang ada masalah kebersihan ini. Jadi itu saja Dato' Yang Dipertua, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Perbahasan Rang Undang-Undang ini telah diberi maklum balas oleh pihak Kerajaan. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, sila angkat tangan. Yang tidak setuju? Yang berkecuali? Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua.

[Keputusan undian: 28 orang ahli Yang Berhormat bersetuju. YB ADUN Palong, YB ADUN Nilai, YB ADUN Chembong, YB ADUN Jeram Padang, YB ADUN Seri Menanti, YB ADUN Kota, YB ADUN Gemencheh tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan. YB ADUN Rantau tidak hadir]

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang Bernama Suatu Enakmen Perhutanan Negara Pemakaian 2025.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya dewan bersidang secara jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian yang bersetuju Dewan bersidang secara jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal sila angkat tangan. Yang tidak setuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang secara jawatankuasa.

[Keputusan undian: 29 orang ahli Yang Berhormat bersetuju. YB ADUN Nilai, YB ADUN Chembong, YB ADUN Jeram Padang, YB ADUN Seri Menanti, YB ADUN Kota, YB ADUN Gemencheh tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan. YB ADUN Rantau tidak hadir].

[Cokmar Diturunkan]

[Dewan bersidang secara Jawatankuasa]

Setiausaha

Fasal Satu.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian ada apa-apa bantahan? jika tiada Fasal Satu adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal Dua.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian ada apa-apa bantahan? Jika tiada Fasal Dua adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato' Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.

Yang Berhormat Dato' Pengerusi saya bangun menyokong cadangan itu.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan. Yang tidak setuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang semula.

[Keputusan undian: 29 orang ahli Yang Berhormat bersetuju. YB ADUN Nilai, YB ADUN Chembong, YB ADUN Jeram Padang, YB ADUN Seri Menanti, YB ADUN Kota, YB ADUN Gemencheh tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan. YB ADUN Rantau tidak hadir].

[Cokmar dinaikkan]

[Dewan bersidang semula]

[Bacaan kali ketiga]

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Bernama Satu Enakman Perhutanan Negara (Pemakaian) 2025 telah ditimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan sila angkat tangan. Yang tidak setuju? Yang berkecuali? Rang Undang-Undang ini akan dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

[Keputusan undian: 30 orang ahli Yang Berhormat bersetuju. YB ADUN Nilai, YB ADUN Chembong, YB ADUN Jeram Padang, YB ADUN Seri Menanti, YB ADUN Kota, tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan, YB ADUN Rantau tidak hadir].

Setiausaha Dewan

Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 2025 dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri

Yang Dipertua Dewan

Memandangkan kita masih ada masa lagi, saya mencadangkan agar agenda pada hari ketiga diteruskan pada hari ini. Mohon pandangan dewan juga.

Semua Ahli Dewan: Setuju

Yang Dipertua Dewan

Saya mohon setiausaha untuk meneruskan agenda berikutnya.

Pemilihan Ahli Dewan Negara Melalui Dewan Undangan Negeri (Kertas Dewan BIL.3/2025

Setiausaha Dewan

Perkara Kelima, Pemilihan Ahli Dewan Negara melalui Dewan Undangan Negeri.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, perkara kelima adalah Pemilihan Ahli Dewan Negera. Mengikut Fasal 1(2) dalam Jadual Yang Ketujuh Perlembagaan Persekutuan setiap kali berlaku kekosongan di kalangan Ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Negeri, Yang Dipertuan Agong hendaklah memberi notis pada Raja atau Yang Dipertua Negeri bagi Negeri itu bahawa Ahli Dewan Negara dikendaki dipilih dan Raja atau Yang Dipertua Negeri itu hendaklah menghendaki Dewan Undangan memilih seorang Ahli Dewan Negara dengan seberapa segera yang boleh. Satu perkara yang bertajuk Pemilihan Ahli Dewan Negara telah pun dimasukkan dalam susunan mesyuarat dan Dewan ini dikehendaki memilih Ahli Dewan Negara. Oleh itu saya mempersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHSikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dimaklumkan bahawa Dewan ini telah menerima permakluman berhubung tempoh perkhidmatan bagi Dewan Negara yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri seperti berikut. Pertama, Yang Berhormat Senator Dato’ Kesavadas a/l Achyutan Nair telah tamat tempoh perkhidmatan pada 24 April 2025. Keduanya Yang Berhormat Senator Dato’ Doktor Ahmad Azam bin Hamzah akan tamat tempoh perkhidmatan baliau pada 14 Ogos 2025. Oleh itu saya bangun mencadangkan agar pemilihan Ahli Dewan Negara dilaksanakan melalui Dewan Undangan Negeri ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat telah pun mencadangkan supaya pemilihan Ahli Dewan Negara dilaksanakan dan cadangan itu telah pun mendapat sokongan. Cadangan ini saya kemukakan untuk dibahaskan jika ada.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, kerana memberi saya berbahas sekali lagi. Ini adalah kali ketiga saya berdiri untuk berbahas pada sesi sidang kali ini sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan

Nasional di Dewan Yang Mulia ini. Saya terpanggil membahaskan mengenai pelantikan Ahli Dewan Negara ini kerana kepentingan jawatan ini untuk membawa suara kita di negeri ini ke peringkat nasional iaitu di Dewan Negara. Pelantikan ini mencerminkan asas utama politik di negeri ini menerusi pendekatan terhadap politik perpaduan yang matang, progresif dan inklusif.

Yang Berhormat Dato’ Speaker izinkan saya memulakan dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada sahabat kita Yang Berhormat Lenggeng, atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri yang baru. Tugas sebagai Timbalan Speaker memerlukan bukan sekadar pemahaman yang mendalam terhadap peraturan mesyuarat, tetapi juga memerlukan keupayaan untuk mengemudi perbahasan secara tertib, adil berhemah dan saya yakin keupayaan ini dimiliki oleh sahabat saya Yang Berhormat Lenggeng.

Yang berhormat Dato’ Speaker dalam konteks yang lebih besar pelantikan ini ada simbol bahawa Barisan Nasional di Negeri Sembilan bukan hanya menjadi rakan sekutu tetapi ada rakan yang sejajar dalam membina kekuatan politik bersama-sama Pakatan Harapan. Kita tidak sekadar berkongsi kuasa secara angka, tetapi kita berkongsi prinsip visi, misi, yang sama untuk memakmurkan negeri ini this is essence of a true unity government, not in word, but in action pelantikan Timbalan Speaker daripada Barisan Nasional ini juga menunjukkan bahawa kita benar-benar menghormati semangat kebersamaan dan saling percaya yang telah menjadi tunjang kepada kestabilan politik Negeri Sembilan yang sejak penggal yang lalu. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam nafas yang sama saya ingin menyatakan sokongan penuh terhadap dua usul pelantikan Ahli Dewan Negara yang mewakili Negeri Sembilan masing-masing daripada ahli-ahli yang telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat. Saya percaya bahawa kedua-dua calon ini telah melalui pertimbangan yang teliti oleh Kerajaan Negeri dan mereka mewakili aspirasi rakyat pelbagai lapisan di Negeri Sembilan. Walaupun sebenarnya saya yakin Barisan Nasional juga mempunyai calon pemimpin akar umbi untuk diangkat sebagai Ahli Dewan Negara, tetapi atas semangat kompromi dan kerjasama, kami di Barisan Nasional menyokong pelantikan ini yang melibatkan calon daripada parti kerajaan perpaduan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekali lagi kita melihat bahawa semangat kerajaan perpaduan diterjemahkan dalam bentuk pelantikan yang seimbang dan inklusif. Tidak ada dominasi atau satu pihak, sebaliknya yang wujud ialah perkongsian amanah dan tanggungjawab. Ini bukan perkara kecil dalam landscape politik Malaysia hari ini yang sering kita terperangkap dalam permainan persepsi dan perpecahan. Negeri Sembilan muncul sebagai model sebenar sebagaimana Kerajaan pelbagai parti boleh berfungsi secara

harmoni dan berkesan. Unity is a strength when there is a teamwork and collaboration, wonderful things can be achieved. Kata pepatah Inggeris ini benar-benar hidup dalam amalan pentadbiran kita di negeri ini. Dewan Negara seperti yang kita sedia maklum, bukan sahaja menjadi platform semak dan imbang tapi juga ruang untuk memperjuangkan kepentingan negeri-negeri. Maka pelantikan ini harus mencerminkan semangat Negeri Sembilan yang progresif dan berpandangan jauh. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dalam apa jua Kerajaan Campuran, cabaran utama adalah membina dan mengekalkan kepercayaan. Tapi di Negeri Sembilan kita telah menunjukkan bahawa kepercayaan itu bukan sekadar boleh dibina tetapi ia boleh berkembang menjadi kekuatan bersama. Di sini saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan bukan gabungan yang dipaksa-paksa. Ini adalah hasil kesepakatan jujur dan kompromi antara rakan-rakan politik yang bersedia meletakkan kepentingan rakyat mengatasi agenda politik. Itulah yang membezakan kita dan saya percaya pelantikan yang kita buat hari ini iaitu sama ada Timbalan Speaker atau Ahli Dewan Negara membuktikan bahawa politik nilai masih hidup di negeri kita.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menyentuh sedikit mengenai betapa pentingnya pelantikan ini kepada legitiminasi dan kekuatan Kerajaan Perpaduan di Peringkat Persekutuan. Dengan menghantar dua wakil yang berwibawa ke Dewan Negara, Negeri Sembilan menghantar mesej bahawa kita bukan sahaja menyokong Kerajaan Perpaduan dengan slogan, tetapi kita komited untuk menyumbang secara aktif kepada kestabilan dan dasar negara. Kita mahu suara Negeri Sembilan didengar dalam pembentukan dasar di Peringkat Nasional dan juga kita mahu suara itu datang dari pemimpin yang difahami dan dihormati oleh rakyat negeri sendiri. Maka Yang Berhormat Dato’ Speaker, maka apa yang kita lakukan hari ini ia membawa mesej bahawa Negeri Sembilan adalah tanah perpaduan kematangan dan tanggungjawab sama. Saya menyeru agar semangat ini terus dikekalkan dan ditanam dalam setiap dasar pelantikan dan keputusan Kerajaan Negeri. Inilah Negeri Sembilan yang kita banggakan. Bukan sahaja stabil tetapi bersatu. Bukan sahaja makmur tetapi adil. Bukan sahaja cemerlang tetapi inklusif. Saya dengan ini menyokong sepenuhnya kedua-dua pelantikan ini. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong ini.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Terima kasih, Dato’ Yang Dipertua. Saya terpanggil untuk memberikan sepatah dua kata untuk menyambut apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat Johol, mewakili Backbenchers Club ataupun Kelab Penyokong Kerajaan. Ucapan yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Johol itu cukup baik, cukup tepat sekali. Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan juga kepada rakan-

rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat, khususnya daripada Backbenchers, daripada Barisan Nasional dan juga Pakatan Harapan kerana sama-sama menyokong cadangan pelantikan kedua-dua calon Ahli Dewan Negara yang kita akan putuskan pada hari ini.

Saya tertarik dengan apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat Johol, bahawa cara pengendalian ataupun cara berpolitik kita di Negeri Sembilan ini mengambil kira faktor-faktor inklusif dan perpaduan, dan ini diterjemahkan dari cara pelantikan-pelantikan yang telah kita buat termasuklah semalam pelantikan Yang Berhormat Lenggeng sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Lenggeng, juga di bawah Parlimen Seremban, saya ucap tahniah. Itu melambangkan bahawa dalam konteks kerjasama politik kita di Negeri Sembilan, ini melambangkan satu model kerajaan perpaduan, kerajaan campuran yang cukup baik kerana tidak seperti yang dikatakan tidak ada mana-mana satu pihak mendominasi apa-apa jawatan. Ini saya rasa cukup terbukti di Negeri Sembilan ini bahawa inilah semangat kerjasama yang kita nak bawa, tak ada mana-mana pihak mendominasi tetapi kita bekerjasama dalam satu pasukan kita bekerjasama dalam satu kerajaan campuran dan kerajaan perpaduan demi untuk kita memajukan dan membawa kesejahteraan kepada rakyat. Ini jauh berbeza dengan cara berpolitik di negeri-negeri lain.

Kalau kita lihat model-model dekat lain, dia sebenarnya didominasi oleh satu pihak sahaja tetapi di Negeri Sembilan, dalam konteks kita ini tidak. Kita mengamalkan semangat kerjasama yang cukup baik dan dari segi perjawatan-perjawatan dan sebagainya memang kita berunding, kita berbincang dan kita membawa satu semangat untuk bersama-sama, bersatu padu dan saya rasa dengan semangat ini kita akan membawa Negeri Sembilan jauh ke hadapan dan maju lagi dan saya yakin bahawa model kerjasama ini ataupun cara kita berpolitik di Negeri Sembilan ini menjadi contoh di seluruh negara. Menjadi contoh malah kepada peringkat pusat dan saya yakin bahawa ini sesuatu model politik yang akan menjamin bukan sahaja kestabilan politik tetapi juga akan membawa lebih banyak pembangunan dan kemajuan kepada rakyat dan juga kepada negeri kita. Jadi saya berharap bahawa berdua calon yang akan diputuskan nanti berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa aspirasi dan juga membawa suara Negeri Sembilan ke peringkat Dewan Negara, ke peringkat Senat dan kita mesti ingat bahawa walaupun kita di datang daripada parti yang berbeza tetapi yang paling penting ialah kepentingan Negeri Sembilan mesti diutamakan, kepentingan Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri dan sebagai rakyat Negeri Sembilan mesti dipentingkan dan diutamakan dalam apa sahaja kita laksanakan sebagai Ahli Dewan Negara. Dan saya nak rakamkan ucapan tahniah kepada Saudara Jufitri bin Joha yang dicalonkan ah belum lantik, yang dicalonkan, dicalonkan, yang dicalonkan, yang menjadi calon ini

seorang tokoh akademik, tokoh belia yang dicalonkan oleh Dewan Undangan Negeri pada hari ini, dan yang keduanya Saudara Wu juga seorang pemimpin akar umbi yang lama, yang berpengalaman dan saya harap ini mendapat sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya berharap bahawa pencalonan-pencalonan ini yang telahpun dibawa oleh pihak Kerajaan Negeri ke Dewan yang Mulia pada hari ini mendapat restu, mendapat sokongan daripada semua ahli Yang Berhormat. Dengan kata-kata itu saya menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya persilakan Yang Amat Berhormat.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Johol yang menyatakan bahawa Kerajaan Perpaduan yang baik, kompromi, politik matang, ini antara perkara yang setiap kita tekankan dan Chennah tadi menyatakan tentang hubungan baik, kerjasama menjadikan contoh pada negeri-negeri lain. Negeri ini merupakan satu contoh yang kita dapat laksanakan dalam keadaan yang baik. Terima kasih kepada pimpinan, pimpinan Barisan Nasional daripada EXCO Kanan kita, daripada Yang Berhormat Chennah dan semua kepimpinan yang ada di dalam Dewan ini.

Burung merbah hingga di dahan, Terbang bersama di waktu petang. Kerajaan Perpaduan jadi sandaran. Membina negeri aman gemilang. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul pemilihan Ahli Dewan Negara telah pun dicadang, disokong, dibahas serta telah dijawab oleh pihak kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat Yang bersetuju dengan usul ini sila angkat tangan. Yang berkecuali? Ada 5 ya.

[Keputusan undian: 26 orang ahli Yang Berhormat bersetuju. 5 orang ahli Yang Berhormat berkecuali. YB ADUN Chembong, YB ADUN Jeram Padang, YB ADUN Seri Menanti, YB ADUN Kota, tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Usul ini diluluskan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan telah menerima satu pencalonan untuk mengisi setiap kekosongan yang telah dinyatakan sebentar tadi. Satu, bagi mengisi kekosongan Yang Berhormat Dato’ Senator Kesavadas a/l Achyutan Nair. Saya mempersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mencadangkan bahawa Doktor Jufitri bin Johar adalah dicalonkan sebagai Ahli Dewan Negara, juga mencadangkan Dewan menetapkan tarikh kuatkuasa pelantikan adalah mulai tarikh calon mengangkat sumpah di Dewan Negara.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Doktor Jufitri bin Johar telah dicadang, telah dicadangkan dan telah disokong sebagai calon Ahli Dewan Negara. Memandangkan seorang sahaja yang dicalonkan dan telah disokong, saya dengan ini memasyhurkan Doktor Jufitri bin Johar dipilih sebagai calon ahli Dewan Negara dan Dewan ini menetapkan cadangan tarikh kuatkuasa pelantikan beliau adalah mulai tarikh beliau mengangkat sumpah di Dewan Negara. Saya jemput Doktor Jufitri bin Johar untuk berdiri sebentar. Tahniah diucapkan.

Keduanya, bagi mengisi jawatan yang bakal dikosongkan oleh Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Ahmad Azam bin Hamzah. Saya mempersilakan Yang berhormat, Yang Berhormat ADUN Sikamat.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya mencadangkan bahawa Dato' Wu Him Ven yang dicalonkan sebagai Ahli Dewan Negara. Saya mencadangkan Dewan menetapkan tarikh kuatkuasa pelantikan adalah mulai tarikh calon mengangkat sumpah di Dewan Negara.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong pencalonan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Dato' Wu Him Ven telah dicadang, telah dicadangkan dan telah disokong sebagai calon ahli Dewan Negara. Memandangkan seorang sahaja yang dicalonkan dan telah disokong, saya dengan ini memasyhurkan Dato' Wu Him Ven dipilih sebagai calon ahli Dewan Negara dan Dewan ini menetapkan cadangan tarikh kuatkuasa pelantikan beliau adalah mula tarikh beliau mengangkat sumpah di Dewan Negara. Saya jemput Dato' Wu Him Ven untuk berdiri sebentar. Tahniah diucapkan.

Penangguhan PersidanganAdjournment

Setiausaha Dewan

Perkara keenam, Penangguhan Persidangan.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana telah berjaya mengendalikan Persidangan Dewan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan untuk menangguhkan Persidangan Dewan telahpun dibuat dan mendapat sokongan. Sementara itu, saya menerima sebanyak 9 permohonan daripada Yang Berhormat berikut. Yang Berhormat ADUN Seremban Jaya, Yang Berhormat ADUN Chembung, Yang Berhormat ADUN Juasseh, Yang Berhormat ADUN Johol, Yang Berhormat ADUN Seri Menanti, Yang Berhormat ADUN Sungai Lui, Yang Berhormat ADUN Lenggeng, Yang Berhormat ADUN Paroi, dan Yang Berhormat ADUN Gemencheh. Berdasarkan Peraturan-Peraturan 29, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri, adalah ditetapkan hanya 5 orang yang akan menyampaikan ucapan di dalam sidang kali ini. Yang Berhormat Sungai dan Yang Berhormat Juasseh telah menarik diri dari menyampaikan ucapan penangguhan. Dengan ini, saya menjemput…

Johol pun tarik diri.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato' Speaker,

Dato’ Speaker, saya Johol pun tarik diri.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato' Speaker, mohon minta maaf, saya pun tarik diri.

Saya pun tarik diri.

Yang Dipertua Dewan

Tarik diri. Jadi, Johol dan Seremban Jaya.

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

Gemencheh pun tarik diri, Dato' Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Okay. Chembung tak ada. Jadi, saya persilakan Yang Berhormat ADUN Paroi.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Menteri Besar. Sahabat-sahabat Ahli Dewan Undangan Negeri yang saya hormati. Assalamualaikum sekali lagi dan salam sejahtera pada semua. Saya mulakan ucapan ini dengan menzahirkan rasa kesyukuran

kehadrat Allah SWT kerana kita telah berjaya menyempurnakan Persidangan Dewan Undangan Negeri ini dengan tertib insya-Allah, ya. Dalam dua hari. Patutnya tiga hari, hari ini jadi dua hari. Tak macam tahun lepas lah. Daripada tiga hari jadi tiga jam. Alhamdulillah kerana tahun ini bagus. Setiap tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak pentadbiran DUN, petugas keselamatan dan semua pihak yang menjayakan perjalanan persidangan kali ini.

Dato' Yang Dipertua, izinkan saya menyampaikan ucapan penangguhan persidangan kali ini dengan mengangkat satu tema yang menjadi tulang belakang kepada sistem demokrasi berparlimen kita iaitu semak dan imbang pentadbiran kerajaan negeri. Semak dan imbang tidak sewajarnya dilihat daripada demokrasi perbezaan dan penentangan tetapi sebaiknya dilihat sebagai pelengkap dan mengasah mekanisma, aplikasi demokrasi bagi memastikan segala dasar perancangan dan perlaksanaan kerajaan sentiasa berada dalam ruang amanah dan ketelusan. Tanpa peranan ini, suara rakyat akan tenggelam dan kebertanggungjawaban akan luntur sedikit demi sedikit. Dalam konteks ini, saya ingin menegaskan bahawa kami 5 orang Ahli Dewan Undangan Negeri di Blok Pemangkang adalah sebuah institusi semak dan imbang yang sah, diiktiraf perundangan dan wajib dihormati semua pihak. Kami adalah wakil rakyat yang dipilih secara sah oleh 219,303 pengundi yang sah dan kehadiran kami di sini adalah tanggungjawab untuk menyampaikan suara rakyat. Namun malangnya, peranan ini tidak dihormati, seringkali dinafikan atau disekat baik secara halus maupun terang-terangan. Antaranya, penglibatan ADUN pembangkang dalam mesyuarat kerajaan tempatan dan juga daerah. Saya terpanggil untuk memberi respon kepada satu artikel dan Akhbar Negeri Kita edisi 3, 2025 muka surat 3 bertajuk pembuat polisi yang disibukkan dengan urusan PBT. Ini isu anjing ni yang ditulis oleh kedua ketua editornya Saudara Ahmad Syahir Muhammad Syah, Setiausaha Akhbar Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, sebagai contoh saya sebagai ADUN Paroi yang mana sebahagian kawasannya terletak dalam pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban tidak dijemput atau dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Bandaraya Seremban. Bagaimana saya ingin menyalurkan pandangan rakyat dalam DUN saya jika suara dan juga pandangan saya disekat, walaupun isu yang dibincangkan melibatkan kawasan saya sendiri seperti pembangunan, infrastruktur pengurusan sampah, pengurusan bencana, lesen penjaja dan hal ehwal Masyarakat.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Paroi…

Yang Dipertua Dewan

Ini ucapan penangguhan, dia bukan kita menggulungkan perbahasan Dewan ni daripada mula sampai habis.

Sekejap, sikit je…

Yang Dipertua Dewan

Sini hanya kita memberi kata-kata penangguhan, macam selamat bersidang, begitu sahajalah…

Ya lah, saya…

Yang Dipertua Dewan

Jangan kita nak kumpulkan balik semua isu-isu di sini dalam satu ucapan tu.

Oklah, ok, begitu juga dengan mesyuarat jawatankuasa, ini untuk kebaikan masyarakat, jawatankuasa pembangunan daerah yang merupakan…

Yang Dipertua Dewan

Ada tempat dia, Yang Berhormat, dia ada ruang dia tapi kali ini ruang penangguhan saja.

Ok, dan akhir sekali kami memandang, ini sikit pandangan yang serius tentang isu pelantikan kewangan negeri yang dalam masa, ini semak dan imbang ya, memangku jawatan Datuk Bandar Datuk Bandar Seremban. Ini menimbulkan konflik kepentingan yang jelas, saya mohon supaya semak dan imbang yang tinggal ini jika satu ini menguasai kedua-dua posisi strategik dalam pentadbiran dan pelaksanaan. Bagaimanapun proses penilaian dan kelulusan kewangan dapat berlaku dengan bebas. Ini pandangan kami dan ini boleh menjejaskan prinsip pentadbiran yang sihat dan harus diambil tindakan segera oleh kerajaan negeri dan kita tidak boleh benarkan sebarang susunan pentadbiran yang membuka ruang kepada risiko penyalahgunaan kuasa dan kekaburan. Maknanya Pegawai Kewangan Negeri dan juga memangku jawatan Datuk Bandar mesti Datuk Bandar itu jawatannya diisi dengan secepat yang mungkin itu untuk kebaikan pentadbiran negeri.

Dato’ Yang Dipertua, akhir kata, marilah kita menginsafi bahawa politik bukan sekadar gelanggang menang dan kalah, tetapi amanah untuk memelihara harapan rakyat. Kembalikan ia kepada prinsip, bukan dendam, kepada nilai, bukan nafsu kuasa, percayalah dengan mendekat prinsip semak, semak dan imbang yang telus dan ikhlas tidak melemahkan kerajaan, malah memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap kematangan sistem demokrasi kita. Izin saya tinggalkan dua rangkap pantun sebagai penutup bicara.

Dato’ Yang Dipertua, saya tujukan kepada Penyelaras ADUN Paroi, yang menang SUKNES semalam. Mudah-mudahan. Maknanya Keringat rakyat menabur bakti, Usaha dibuat tidak dipandang, Yang berjuang diketepi, Yang tak dipilih ligat menayang. Pantun kedua: Tugas siapa biar bererti Amanah rakyat bukan mainan Kalau gatal nak jadi YB Elok bertanding pilihanraya depan Untuk kebaikan bersama dan ini saya akhiri ucapan ini, terima kasih Dato’ Yang Dipertua, mudahan kebaikan kepada kita sebagai semak, semak dan imbang. Sekian, wabillahi taufik walhidayah, Assalamualaikum WBT

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Berhormat Paroi, saya minta perkataan tu tarik balik.

Yang mana tu?

Yang Dipertua Dewan

Sindiran yang macam tu tak boleh di dalam dewan. Yang Berhormat. Tarik balik, Tarik balik (suara ahli dewan)

Yang mana tarik tu.

Yang Dipertua Dewan

Yang kata gatal tu, apa perkataan tu di dalam dewan.

Insya-Allah saya kata.

Yang Dipertua Dewan

Bangun tarik balik.

Insya-Allah saya doakan jadi YB yang akan datang.

Yang Dipertua Dewan

Kalau jemput kata boleh tu semua orang dibuka pada semua orang untuk bertanding, tapi jangan kata jangan perli-perli dalam dewan.

Tak, yang menjadi isu sekarang ini nama ADUN Paroi.

Yang Dipertua Dewan

Tak ada.

Dan juga Penyelaras ADUN Paroi tu perlulah…

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat

Saya celah Dato’ Speaker, semalam dia kata DUN Paroi sebenarnya, bukan ADUN Paroi, DUN Paroi.

Yang Dipertua Dewan

takda sebut perkataan tu Yang Berhormat.

Dato’ Mat kata ADUN Paroi

DUN Paroi

Dato’ Mat kata ADUN Paroi semalam

Okey lah ya mana saya tarik yang ini, tapi secara jelasnya Penyelaras ADUN Paroi dan juga ADUN Paroi tu dua entiti yang berbeza. Wabillahi Taufik, Assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Sebelum saya serahkan kepada kerajaan untuk menjawab, saya dengan ini memberi peluang kepada Yang Berhormat ADUN Lenggeng, Timbalan Speaker yang baru untuk menyampaikan ucapan penangguhan dengan hormatnya dipersilakan. Ini ucap terima kasih je ya, jangan ucap lain-lain.

Sikit boleh? sikit je sentuh kawasan..

YB Yang Dipertua Dewan:, jangan ungkit-ungkit Lenggeng dengan apa lah…

Bismillahirrahmanirrahim, Terima kasih Dato’ Speaker. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera, saya dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucap ucapan terima kasih yang tidak berbelah bagi atas cadangan saya daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai Timbalan Speaker dan disokong oleh EXCO Kanan dan juga disokong oleh semua rakan-rakan ADUN. Insya-Allah ini seperti kata ADUN Chennah dan ADUN Johol, menunjukkan kerajaan perpaduan pada hari ini bukan sekadar satu formula tetapi telah menunjukkan satu kerajaan yang berteraskan dan mengutamakan rakyat. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan taniah terhadap Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekali lagi di atas pengumuman Perdana Menteri. Selepas pengumuman berkenaan dengan RMK13 Perdana Menteri memasukkan salah satu kebaikan untuk rakyat Negeri Sembilan iaitu Hospital HTJ 2. Dalam pengumuman itu Perdana Menteri telah mengumumkan RM40 Bilion untuk sektor kesihatan dan

Negeri Sembilan dapat tempias di atas di atas dapat tempias di atas pembinaan hospital baru yang kita tahu dan kita bahas mempunyai pelbagai implikasi kepada rakyat-rakyat kita disebabkan masalah-masalah kekangan hospital yang semakin mengecil tapi rakyat yang semakin membesar, dan saya ingin menyentuh juga daripada YB Chennah berkenaan dengan kerajaan perpaduan yang ada pada hari ini. Saya selalu dipanggil untuk program bersama Parlimen Seremban dan dalam program itu walaupun program itu ramai kaum-kaum Cina dan kaum India segelintir kaum Melayu tapi saya diberi penghormatan oleh YB Chennah untuk membaca doa walaupun tidak ada dalam agenda tapi bila YB Chennah nampak saya datang dia suruh stop dulu kita minta dia baca doa. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan yang ada pada hari ini sangat menghormati Islam sebagai agama rasmi. Jadi berkenaan dengan kata-kata bahawa Kerajaan ini ditunggang oleh ditunggang oleh di antara ni adalah mitos semata-mata.

Baru-baru ini juga kita diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri berkenaan dengan isu Felda dimana Felda telah mula ingin mengambil alih FGV di dalam bursa. Jadi perancangan ini telah dibuat sejak tahun 2020 untuk menyenah untuk menyenah untuk ambil balik saham-saham FGV supaya ditadbir oleh Felda dan perancangan ini telah dibuat sejak tahun 2020. Dan Alhamdulillah tahniah sebab baru-baru ini telah diumumkan kita berjaya bermula pada Ogos, semua share-share yang berada di pasaran akan diambil alih oleh Felda. Jadi ini saya minta supaya EXCO Kanan yang menerajui Felda dalam Negeri Sembilan, mula membuat kaji selidik berkenaan kebaikan dan kelebihan Felda ini diambil alih, FGV ini diambil alih oleh Felda supaya kita dapat memfokuskan matlamat sebenar pembelian Felda pada masa dahulu.

Mungkin rakyat ramai tak faham apa maksud menyenah-senaraikan daripada Bursa. Kenapa perlu perbelanjaan yang sangat besar sehingga billion untuk mengambil alih FGV ini. Dan kita tahu hari ini banyak masalah-masalah rakyat Felda menolak kerajaan memberi undi kepada pembangkang kerana isu FGV. FGV ini ketika disenaraikan berharga lebih kurang RM4.55 kemudian saham ini makin lama makin jatuh menjunam. Jadi kita lihat mereka orang kampung yang tidak faham sangat bermain dalam isu saham ini melihat mereka punya share makin lama makin jatuh dan merugikan mereka. Jadi dengan pengambil alih ini saya harap kerajaan dapat mengembalikan balik kepercayaan kepada Felda dan insya-Allah bila kita masuk pilihan raya akan datang, mereka akan kembali kepada Kerajaan. Tapi perlulah usaha sama dengan kerajaan negeri kalau federal sahaja mengumumkan tapi tidak diambil serius oleh kerajaan negeri dia tidak akan memainkan sebarang peranan dan saya ingin mengambil, mengambil kesempatan ini juga menyentuh sedikit kawasan, saya sedikit sahaja lagi, terima kasih kepada saya di kawasan saya ada satu surau yang telah mohon lama peruntukan lebih 5 tahun peruntukan, tapi setelah mengadu…

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Lenggeng…

Ya, ya, ya…

Yang Dipertua Dewan

Timbalan Speaker takda pengulungan.

Tadi kata penangguhan, jadi saya ucapkanlah, saya pendekkanlah, saya ucapkan semua terima kasih kepada jabatan-jabatan yang banyak membantu kawasan seperti ICU, JPS, SAINS dan JKR yang baru-baru ini banyak membantu saya untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat. Sebenarnya banyak lagi saya nak sentuh tapi sebab tuan Speaker dah bagi saya signal jadi saya mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat, kepada EXCO, kepada Dato' Speaker sendiri kepada YB-YB lain. Wabillahitaufik walhidayah, Assalamualaikum WBT

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mengambil kesempatan ini untuk membuat sedikit perkara-perkara untuk memberikan penjelasan dalam penggulungan bagi pihak kerajaan sebelum Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat. Pertamanya ialah saya nak menggunakan point of order, Peruntukan Dewan Persidangan. Saya minta maaf kepada Dewan kerana tidak membawa buku Peraturan Dewan, tetapi Perkara 21 (B), setiap ahli Dewan dilarang menggunakan perkataan yang boleh mendatangkan rasa sakit hati dan membuat sebarang perkara yang tidak berkaitan kepada ahli yang lain. Saya minta kepada ADUN Paroi untuk tarik balik penggunaan perkataan “gatal nak jadi YB”. Pemahaman saya sebagai ahli EXCO ialah perkara itu ditujukan kepada individu Penyelaras DUN Paroi dan digunakan secara kebetulan kepada Yang Dipertua Dewan, kerana perkara ini tidak harus dibenarkan digunakan dan dibiarkan berlanjutan ketika Sidang Dewan Undangan Negeri. Saya mohon Peraturan 21 (5) diguna pakai dan saya mohon supaya ADUN Paroi untuk menarik balik perkataan yang berkenaan.

Tadi kan saya dah tarik tadi kan? Dato’ Yang Dipertua, tadi kan saya dah tarik. Saya jelas untuk yang… apa.. lain yang saya jawab tadi, saya jelas.

Terima kasih. ADUN Paroi saya minta maaf kerana kita dalam keadaan persidangan yang sedemikian rupa perkara-perkara sedemikian rupa kita tak boleh biarkan berlaku, kerana kita tahu bahawa dalam setiap Persidangan Dewan kita berlainan pandangan dan sebagainya tetapi saya juga pegang kepada pandangan kepada Yang Berhormat ADUN

Paroi supaya semua perkara yang berlainan pandangan dan sebagainya adalah menjurus kepada kekuatan dan kesejahteraan rakyat.

Dato’ Speaker, pertamanya saya nak rakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat terutamanya Yang Berhormat ADUN yang telah mengemukakan pertanyaan lisan dan melibatkan diri dalam sidang kali ini, dan walaupun sidang kali ini agak pendek, tetapi ianya telah diisi dengan perbincangan dan penjelasan yang baik, khususnya yang berkaitan dengan soal kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Kita dapat lihat dalam sidang Dewan kali ini walaupun kita mempunyai ataupun Ahli Dewan mempunyai perbezaan parti, tetapi ia bukan satu batu penghalang kepada semua Ahli Dewan untuk kita mencari satu titik persamaan dalam Dewan di bawah payung kerajaan perpaduan. Kerana itu itu Dato’ Yang Dipertua, saya mengambil kesempatan akhir ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah bagi pihak kerajaan khususnya kepada Yang Berhormat ADUN Lenggeng, yang telahpun dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri tanpa sebarang pertikaian dan disokong oleh semua Ahli Dewan. Yang keduanya Dato’ Yang Dipertua, saya juga mengucapkan, mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Dewan Negara yang telahpun dicadangkan untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Negara. Pertamanya daripada Yang Berbahagia Dr. Jufri, yang keduanya Saudara Wu untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.

Dato’ Yang Dipertua, walaupun saya kita telahpun mendapat pandangan daripada pelbagai pandangan daripada Ahli Dewan, gis Dato’ Yang Dipertua, dengan izinnya ini adalah merupakan persefahaman dan understanding dengan izin antara kerjasama parti-parti yang berada di dalam kerajaan perpaduan yang telahpun diterajui dan didokong oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga dibawa dan didokong oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan mendapat sokongan daripada semua Ahli Dewan. Cumanya yang penting pada saya ialah persefahaman dan understanding ini mesti dirasai dan dinikmati juga oleh ahli-ahli di peringkat akar umbi, terutamanya rakyat kerana urus tadbir kerajaan negeri di bawah kerajaan perpaduan Negeri Sembilan ini menjadi teropong dan di bawah radar setiap kepimpinan parti dan masyarakat terutamanya untuk kepentingan rakyat. Maknanya apa Dato’ Yang Dipertua, maknanya setiap kepimpinan di dalam kerajaan sama ada pegawai tinggi kerajaan, sama ada pegawai-pegawai kerajaan di peringkat akar umbi termasuk kepimpinan kita di peringkat akar umbi dan rakyat dapat merasai nadi kerjasama dan understanding ini supaya kerajaan negeri dapat menjuruskan hala tuju dan naratif pentadbiran ini untuk kepentingan rakyat kita pada waktu dan masa yang akan datang. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, tahniah kepada Dato’ Yang Dipertua, kerana mendapat timbalan pada sidang yang akan datang dan saya fikir ini

adalah merupakan satu perkara yang boleh memberikan nilai tambah kepada reformasi Dewan Undangan Negeri. Insya-Allah. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih ADUN Paroi atas ucapan penangguhan berkenaan dengan pelantikan Datuk Bandar sebagai Pegawai Kewangan, itu adalah yang telah diluluskan oleh pihak KSN. Pegawai Kewangan Negeri hanya melaksanakan tugas-tugas di Majlis Bandaraya Seremban mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dan juga mendapat persetujuan daripada Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Tan Sri KSN, dan itu harus kita hormati dan Insya-Allah pada 8 hari bulan 8, 8 hari bulan 8, ataupun 8 hari bulan Ogos ini angkat sumpah kepada oleh Datuk Bandar yang baru akan mengangkat sumpah pada hari tersebu.t Kita telah cuba sedaya upaya untuk segerakan tetapi hanya pada 8 hari bulan 8 dapat kelulusan. Istilah Penyelaras DUN memang istilah dia adalah Penyelaras DUN, di tempat, bukannya ADUN bukan Penyelaras ADUN, tetapi istilah dia adalah Penyelaras DUN, itu yang termaktub. Lenggeng saya ucapkan tahniah atas pelantikan sebagai Timbalan Speaker dan saya ucapkan sekali lagi tahniah kepada semua, kedua Ahli Dewan Negara yang dilantik dan terima kasih kepada Dato’ Speaker yang dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh baik pada persidangan kali ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat dan Yang Berhormat Pertang yang mengambil bahagian saya menetapkan soalan lisan hari ketiga dijawab cara bertulis. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian sebelum saya tangguhkan persidangan kali ini saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, media massa, dan urusetia persidangan yang telah sama-sama menjayakan persidangan kita pada kali ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Persidangan Dewan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 1.10 petang]