Negeri Sembilan · 9 December 2025
15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting (Budget) · 147 turns · 30,918 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Bacaan Doa
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan. Susunan mesyuarat, perkara pertama bacaan doa.
[Setiausaha Dewan telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]
Perutusan Yang Dipertua Dewan
Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam Sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahhirabbil'alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula. Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W Ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun Menteri Besar Negeri Sembilan. Tahniah Yang Amat Berhormat menerima cucu yang pertama semalam. Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke sidang mesyuarat bagi Persidangan Ketiga Belanjawan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan Yang Ke-15. Hari ini 9 Disember 2025 merupakan hari ketiga persidangan. Hadirin sekalian sebagai mana maklum sesi perbahasan akan disambungkan pada hari ini. Saya amat berharap semua ahli-ahli Yang Berhormat dapat mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan dan memberikan input-input yang dapat meningkatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat Negeri Sembilan. Hadirin sekalian sebagai mana biasa saya ingin menyeru pada semua hadirin agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan dan perintah-perintah tetap
dewan serta tata kelakuan dan etika sebagai Ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna sekian terima kasih selamat bersidang.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehandakkan Jawapan Lisan (Hari Ketiga)Questions
Perkara ketiga, pertanyaan-pertanyaan. Pertanyaan-pertanyaan yang berkehendakkan jawapan lisan hari ketiga.
Saya menjemput Yang Berhormat Jeram Padang.
Jeram Padang soalan nombor satu.
Yang Berhormat Datuk Seri Speaker sebelum saya jawab soalan ini, saya nak minta izin untuk nyatakan sesuatu di dalam dewan pada pagi ini. Sempena dengan menyambutkan kelahiran cucu sulung kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, saya dengan ini menjemput Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Ahli-ahli Exco, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan dan juga para pegawai untuk menikmati buah-buahan dalam Program Jom Makan Buah-Buah Tempatan yang akan diadakan, yang akan diadakan pada hari ini, Dewan Serbaguna, waktu 1.00 tengahari, tempat Dewan Serbaguna, dan antara jenis buah-buahan yang ada pada hari ini. Speaker, boleh saya baca Speaker? Pasal ni jarang berlaku ni Speaker. Tahun lepas buah sikit, tahun ini saya letak banyak lagi. Durian untuk mereka yang tidak batuk.
Ni siapa yang dapat cucu ni?
Ni makna YB PKN tak boleh lah makan durian.
Yang Berhormat Pertang, Yang Berhormat Pertang, siapa yang dapat cucu ni?
aaa?
siapa yang dapat cucu ni?
ini sempena meraikan cucu kepada Dato’ Speaker
Durian, Jambu Batu, Melon, Buah Naga, Rambutan untuk yang tak batuk. Pisang, Cempedak dan Nangka. Buah-buahan ini disediakan
oleh semua Jabatan Pertanian yang dibawa daripada semua daerah daripada Negeri Sembilan. Jadi saya jemput semualah. Tapi saya ingatkan supaya jaga Kesihatan. Jangan makan banyak-banyak sangat nanti batuk dan susah kita nak rawat. Dato’ Yang Dipertua, saya nak ucapkan terima kasih kepada ADUN Jeram Padang kerana terus-menerus membangkitkan isu laluan RAC di Jeram Padang ni. Dan dah banyak kali pihak kerajaan jawab berkaitan perkara dengan laluan di perkampungan orang asli di Kampung Jeram Padang ni. Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kepada Jeram Padang kerana konsisten Yang Berhormat memperjuangkan masalah yang berkaitan dengan masyarakat orang asli dan perjuangan yang dibawa oleh ADUN Jeram Padang ini, untuk makluman ahli dewan mendapat perhatian daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada bulan Oktober yang lalu, ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM155 juta yang diperuntukkan untuk menambah baik jalan-jalan kampung orang asli. Dan yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika mengumumkan peruntukan itu hanya kampung orang asli Batu Peti dan kampung orang asli Pancor yang mana ianya dua-duanya di dalam kawasan DUN Jeram Padang. Tahniah DUN Jeram Padang ya. Di atas perjuangan untuk membela Masyarakat orang asli ini.
Terima kasih, terima kasih.
Balik kepada soalan, kepada Yang Berhormat Jeram Padang ni, yang dia nak tahu pasal keutamaan jalan luar bandar khususnya penduduk asli kawasan luar bandar pendalaman yang tinggal berhampiran rel keretapi ni. Keutamaan yang diberikan bagi memastikan mereka Mempunyai akses keluar masuk yang selamat Praktikal dan mematuhi piawaian operasi rel yang ditetapkan oleh pihak berkuasa RAC. Untuk maklumat dewan yang mulia cadangan asal pembinaan LRA, Lintasan Rata Awam di kilometer 27.5 dan sebelum ini untuk maklumat Yang Berhormat ADUN Jeram Padang dan Yang Berhormat ADUN Jeram Padang pun faham ianya tak boleh lulus kerana di kilometer 27.5 ini jarak penglihatan 27.5 ni dia dekat corner ya, bila dekat corner ni jarak penglihatan terhad dan yang paling tidak selamat kedudukan permohonan yang diminta oleh ADUN Jeram Padang dan penduduk disitu di kawasan selekoh, tak selamat lebih-lebih lagi di kawasan itu pula, berhampiran itu ada Lintasan Rata Swasta (LRS) di bawah, di bawah seliaan Ladang Senama. So yang itu tak lulus. Dan untuk makluman ADUN, ADUN bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif RAC dan juga JAKOA termasuk KTMB telah lawat kawasan pada bulan Oktober 2025. Apa keputusan yang dibuat dalam lawatan itu? Keputusannya ialah pihak KTMB, pihak RAC dah bersetuju untuk engsotkan sikit, engsot tu maknanya dianjakkan laluan itu ke hadapan sikit, di kilometer 27.75, dianjakkan. Tapi malangnya pula Dato’ Yang Dipertua, bila kita anjak ke dopan, laluan itu kena betul-betul dekat LRS Laluan Rata Swasta di bawah Ladang Senama. Dia kena ke situ pulak. Laluan lain tak ada jadi pandangan saya supaya ADUN bersama-
sama dengan RAC Bersama-sama dengan JAKOA bincang dengan Ladang Senama gunakan laluan ini secara bersama. LRA, LRS ni gunalah sama, buat apa kita nak buat dua laluan dalam tempoh yang sama? Itu pertama.
Yang keduanya syarat dan juga pembinaan rel ini ditetapkan oleh keretapi KTMB Keretapi Tanah Melayu Berhad. Jadi kerana itu apabila semuanya itu telah diselesaikan, maka Pihak RAC akan menyelaraskan satu kerjasama ataupun libat urus bersama kesemua kementerian, yang boleh diatur oleh ADUN kawasan Jeram Padang yakni Yang Berhormat ADUN Jeram Padang supaya satu keputusan once for all dengan izin Dato’ Yang Dipertua, boleh kita buat. Maknanya kalau semuanya dah setuju bermakna laluan LRA ini Laluan Rentas Awam ini boleh kita samakan dengan LRS bersama dengan Ladang Senama, supaya perkara yang berkaitan dengan laluan dan akses bagi masyarakat orang asli di kawasan berkenaan dapat kita selesaikan. Dan satu lagi Dato’ Yang Dipertua, kita buat semua ini kerana faktor keselamatan masyarakat orang asli. Saya faham apa yang diperjuangkan Oleh ADUN, apa yang diperjuangkan oleh masyarakat tempatan itu Untuk memberi kemudahan kepada masyarakat tetapi pihak kerajaan perlu berhati-hati dan meneliti secara telus supaya apa yang kita buat keputusan ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat terutama dalam soal keselamatan kita tak boleh kompromi Dato’ Yang Dipertua, dalam soal keselamatan tak boleh kompromi dalam soal masa depan anak-anak yang menggunakan kemudahan tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Soalan tambahan ya. Terima kasih YB Exco. Soalan saya Sekiranya lulus Pelan tindakan ini di antara RAC dan Sime Darby, Adakah pihak KKDW sedia meluluskan peruntukan untuk merealisasikan impian penduduk orang asli di tiga kampung ini yang telah menunggu tiga puluh tahun. Saya mahu tahu jawapannya ya atau tidak. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, saya hari ini jadi Exco Kanan yang menjaga hal ehwal berkaitan dengan Desa dan Wilayah. Saya bukan menteri lagi. Kalau saya menteri, hari ini saya beri jawapan. Berapa yang…
Saya doakan, saya doakan.
Berapa Yang Berhormat nak kelulusan untuk buat laluan ini. Jadi yang, maknanya soalan Yang Berhormat itu saya tak boleh jawab. Tapi sebagai Exco yang bertanggungjawab hal ehwal yang berkaitan dengan Desa dan Wilayah dan JAKOA, saya akan perjuangkan supaya peruntukan dapat kita laksanakan bagi kemudahan masyarakat di DUN Jeram Padang ni insyaAllah. Terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Sri Tanjung.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Sri Tanjung soalan nombor satu.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih pada Sri Tanjung kerana mengemukakan soalan berkenaan dengan pelancongan sukan ataupun sport tourism. Soalan Sri Tanjung adalah apakah program sport tourism yang telah diusahakan dan dalam perancangan oleh kerajaan negeri dan apakah usaha dalam dan luar negara untuk meningkatkan potensi sport tourism khususnya di Port Dickson. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa memberikan tumpuan terhadap pembangunan sektor pelancongan sukan sebagai salah satu pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri serta usaha memperkukuh promosi imej Negeri Sembilan di peringkat nasional dan antarabangsa. Sepanjang tahun 2025 pelbagai program dan acara sukan berimpak tinggi telah dilaksanakan di seluruh negeri termasuk di Port Dickson. Sebagai persediaan menjelang Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 antara program yang telah dianjurkan ialah Negeri Sembilan Forest Orienteering Cup 2025 di PD Forest@Sungai Menyala Port Dickson, yang berjaya menarik penyertaan antarabangsa melibatkan 100 lebih peserta daripada 9 buah negara. Selain itu kita juga adakan Angsi Forest Challenge. Lebih kurang ribuan peserta yang telah terlibat yang datang daripada 12 negara seluruh dunia. Selain daripada itu Negeri Sembilan Surveillance Challenge 2.0, 2025 turut dianjurkan sebagai Program Larian Denai atau pendakian di beberapa lokasi baru dan juga yang lama, dengan penyertaan setiap acara 1500 peserta, yang dihadiri oleh rakyat Negeri Sembilan dan juga di seluruh Malaysia. Program ini bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat malah memperkenalkan destinasi pelancongan baru di negeri kita ini.
Seterusnya kejohanan Lawan Pedang Negeri Sembilan NSYC 2025 di Seremban yang melibatkan lebih 50 peserta daripada 39 pasukan tempatan dan antarabangsa telah membuka peluang baru menjadikan Negeri Sembilan sebagai hub sukan lawan pedang di rantau ini. Bagi kawasan Port Dickson secara khususnya pula, pelbagai acara pelancongan telah dilaksanakan di antaranya PD 2km OWS Klasik, Port Dickson Triathlon 2025, Fun Run 13km, Sungai Menyala Forest Trail, BWF Asia Pacific Badminton Championship, Cabaran Ombak dan Eksplorasi Port Dickson, Third Nation National and Merdeka Fest Open Water Swimming Championship, PD Golf ASEAN dan juga Petronas Le Tour D Langkawi 2025. Jadi itulah di antara yang telah dilaksanakan dan ada lagi beberapa program yang dalam perancangan seperti Port Dickson Amphibian Race, Larian Army Half Marathon dan juga Port Dickson Surfcasting 2025. Penganjuran acara-acara ini bukan saja meningkatkan penyertaan atlet dan pelancongan sukan malah menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi setempat. Melalui peningkatan kehadiran pelancong. Penggunaan kemudahan pelancongan dan penglibatan komuniti dalam keusahawanan
serta perkhidmatan sokongan. Kerajaan Negeri turut menyalurkan peruntukan khas bagi projek pelancongan dan warisan bagi menyokong pelaksanaan program sukan berimpak tinggi serta komited memperkukuh pembangunan pelancongan sukan secara berterusan agar Port Dickson terus muncul sebagai destinasi Sport Tourism utama di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Selain daripada itu, usaha dalam dan luar negara untuk meningkatkan potensi Sport Tourism di Port Dickson, MPPD turut melaksanakan pelbagai usaha strategik dalam dan luar negara bagi memperkukuh potensi pelancongan sukan di Port Dickson. Di antaranya, yang pertama penyediaan kalendar acara sukan tahunan berfokus Pantai. Yang kedua, penambahbaikan infrastruktur dan fasiliti sukan pantai dan yang ketiga, pembangunan komuniti dan tenaga kerja tempatan yang memberikan latihan kepada sukarelawan, jurulatih dan pengusaha tempatan dalam bidang sukan serta pelancongan bagi memastikan manfaat ekonomi diagihkan secara inklusif pada masyarakat setempat.
Selain itu, usaha luar negara juga ialah Program tarikan acara sukan antarabangsa iaitu mengadaptasi model kejayaan Gold Coast dengan menarik penganjur dan pasukan antarabangsa Untuk menjadikan Port Dickson sebagai destinasi pilihan bagi kejohanan dan latihan pra-musim. Dan keduanya, kerjasama, promosi dan jaringan luar negara iaitu menjalin hubungan strategik bersama badan sukan antarabangsa bagi membawa masuk untuk lebih banyak acara berimpak tinggi ke Port Dickson, serta memperluas capaian promosi destinasi sukan di peringkat negeri kita. Itu sahaja Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, boleh saya bertanya soalan tambahan?
Sri Tanjung dulu.
Terima kasih YB Dato’ Exco yang selalu bantu kita untuk memajukan mutu sukan di kawasan kita. Tiada soalan tambahan.
Dato’ Speakar, boleh saya bagi soalan tambahan? Dato’ Exco, Jumaat lepas, Menteri Belia dan Sukan mengumumkan penganjuran Sukan Sea 2027 akan diadakan di empat negeri iaitu, Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur. Cuma, acara basikal akan diadakan di Velodrom Nasional Nilai. Kenapa Negeri kita tidak disebut sebagai salah satu venue untuk kejohanan untuk Sukan Sea 2027 nanti Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, nampaknya Gemas agak, apa kata tadi? Kecewa sebab Negeri Sembilan tak disebut. Tapi sebenarnya, betul kata Gemas tadi Velodrom kita memang termasuk dalam acara Sukan Sea, cumanya barangkali mungkin satu acara saja, sebab tu mungkin tak disebut
lah tapi tak apa Gemas, saya akan minta Menteri, betulkan balik kenyataan dia supaya masukkan Negeri Sembilan juga sebagai negeri yang terlibat dalam acara Sukan Sea terima kasih.
Yang Berhormat Seri Menanti.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Soalan Seri Menanti nombor satu.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua dan terima kasih juga Kepada YB Seri Menanti di atas soalan. Berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk bantuan perolehan alat implan ortopedik dan bagaimanakah cara penyaluran bantuan ini kepada rakyat? Dato’ Yang Dipertua, jumlah penerima atau permohonan yang telah diluluskan di bawah inisiatif implan otopedik Negeri Sembilan 2025 setakat bulan Oktober Adalah seramai 56 orang dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM297,918.60, daripada jumlah peruntukan asal sebanyak RM500,000. Pesakit yang layak untuk menerima bantuan ini akan ditapis oleh doktor pakar ortopedik di tiga buah hospital di Negeri Sembilan iaitu Hospital Tuanku Jafar Seremban, Hospital Tengku Ampuan Najihah Kuala Pilah, dan Hospital Port Dickson. Pihak hospital akan mengesahkan keperluan implan yang berkenaan dan seterusnya memanjangkan permohonan tersebut serta sebut harga implan ortopedik yang diperlukan kepada Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan. Pejabat Menteri Besar akan mengeluarkan surat atau email kelulusan kepada pihak hospital supaya pembedahan boleh dijalankan dengan segera. Pihak pembekal implan seterusnya akan mengemukakan dokumen tuntutan pembayaran kepada Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan bersama-sama dengan pengesahan doktor pakar bahawa pembedahan telah dijalankan. Terima kasih Yang Dipertua.
Saya menjemput YB Rahang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan nombor satu.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih ADUN Rahang. Pelaburan asing apakah lima pelaburan asing terbesar yang sedang dalam perancangan untuk masuk ke Negeri Sembilan pada tahun 2026 serta sektor mana yang akan menerima manfaat utamanya. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam usaha menarik pelabur, melonjakkan ekonomi Negeri dengan pelbagai usaha melibatkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak. Bagi mengekalkan momentum yang telah dibina sejak 2018, suka saya memaklumkan dalam dewan yang mulia ini
bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri sememangnya giat merealisasikan capaian pelaburan pada tahun mendatang.
Untuk itu bagi menjawab persoalan Yang Berhormat ADUN Rahang lima pelabur asing terbesar yang telah dikenalpasti bagi kemasukan pelaburan dalam perancangan ke Negeri Sembilan pada tahun 2026 adalah seperti berikut; Pertamanya projek gudang sejuk beku pintar bertingkat dari Jepun yang akan menjalankan operasi di Tech Park 2 Enstek dengan nilai pelaburan sebanyak RM300 juta. Operasi syarikat ini adalah dalam klasifikasi perkhidmatan logistiK. Kedua projek peralatan perubatan juga dari Jepun yang akan Beroperasi di Sendayan Tech Valley dengan nilai pelaburan RM280 juta yang berada dalam sektor pembuatan. Ketiga projek ENI Semikonduktor dari Belanda yang akan beroperasi di Senawang dengan nilai pelaburan lingkungan keseluruhannya RM2 bilion ringgit. Fasa pertama bagi projek ini dianggarkan dengan nilai pelaburan kos RM300 juta ringgit ataupun RM0.3 bilion. Projek ini juga adalah merupakan sektor pembuatan. Seterusnya bagi projek Kampus Data AI dari Amerika Syarikat yang telah dikenalpasti untuk dibangunkan di Bandar Spring Hill, Lukut. Nilai pelaburan bagi pembangunan Kampus Data AI ini dianggarkan mencecah RM5 bilion ringgit dan diklasifikasikan dalam sektor perkhidmatan digital. Dan yang terakhir Dato’ Yang Dipertua, juga saya dalam sektor perkhidmatan digital yang mana suka saya nyatakan bahawa Dewan yang mulia ini bahawa usaha dan gerak kerja di peringkat agensi berkaitan pelaburan dan juga teknikal dipergiatkan bagi memastikan perkara ini dapat direalisasikan ialah merupakan satu pelaburan daripada Australia bagi membangunkan projek Data AI berjumlah RM20 bilion ringgit Dan bagi keseluruhannya. Fasa pertama dijangka mencecah rekod pelaburan sebanyak RM10 bilion ringgit dan sekiranya berjaya insyaAllah bakal ditempatkan di Pembangunan NSSV Parcel F MVV 2.0. Kelima-lima projek strategi ini bertumpu di daerah Seremban dan Port Dickson yang terletak di wilayah MVV 2.0. Kawasan pertumbuhan utama yang kini menjadi pemangkin kepada pembangunan industri berimpak tinggi di Negeri Sembilan. Melihat kepada momentum semasa Kerajaan Negeri menjangkakan bahawa pelaburan baru khususnya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan akan terus berkembang dengan lebih pesat pada masa akan datang. Pertumbuan ini dijangka rancak dalam tempoh 5 tahun seterusnya didorong oleh pembukaan kawasan-kawasan industri baru yang bukan sahaja strategik tapi turut dilengkapi dengan jaringan jalan raya yang baik, infrastruktur moden serta ekosistem sokongan yang komprehensif. Dengan hala tuju pembangunan yang jelas, perancangan yang berpandangan jauh serta komitmen menyeluruh semua pihak. Negeri Sembilan berada pada kedudukan optimum untuk muncul sebagai hub pelaburan serantau yang dinamik. Sekian terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya menjemput Yang Berhormat Paroi.
Assalamualaikum WBT. aaa… soalan nombor satu ya.
Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat ADUN Paroi yang bertanyakan tentang statistik 5 tahun kemalangan yang melibatkan kecedaraan dan juga kematian di sekolah-sekolah. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, mengikut rekod pelaporan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan terdapat 22 kes kemalangan yang mengakibatkan Kecederaan dalam kawasan Sekolah sepanjang tempoh tahun 2023 hingga tahun 2025.
Sebelum daripada itu kita semua tahu kita di bawah Perintah Kawalan Pergerakan PKP, jadi pergerakan di sekolah banyak tak buka dan sebagainya tak ada rekod lah Kemalangan ketika itu. Jadi Dato’ Yang Dipertua, hari ini Unit Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan sedang, sedang menambah baik kaedah pengumpulan data sebab dari segi kemalangan ni Dato’ Yang Dipertua, kemalangan di sekolah ni ada yang kecil, ada kemalangan bermain bola, kemalangan main netball, semua tak direkodkan sebenarnya, kecuali kemalangan itu dianggap kemalangan yang besarlah. Kalau ikut kemalangan di sekolah ni, boleh kata tiap hari ya, budak-budak main kan? Pertandingan-pertandingan memang adalah seliuh lah itulah sebagainya. Jadi tak ada kita rekodkan yang itu. Yang kita rekodkan ni kemalangan yang agak besar mungkin yang terpaksa dirawat di hospital dan sebagainya.
Walaubagaimanapun dari segi pelaporan ni kita sedang menambah baik ya kaedah pengumpulan data supaya Mungkin di masa akan datang kita lebih dapat lagi mengumpulkan segala bentuk kemalangan melibatkan anak sekolah. Bagi memastikan tahap keselamatan sekolah sentiasa berada pada tahap memuaskan dan rasa terjamin, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah memperkenalkan satu mekanisme penarafan, penarafan sekolah yang seragam dikenali sebagai Piawaian Keselamatan Sekolah PKS, untuk digunapakai di semua institusi pendidikan. Pelaksanaan piawaian ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 khususnya Subseksyen 2N yang memperincikan keperluan piawaian keselamatan di institusi Pendidikan. Jadi Berdasarkan data penarafan kendiri Sistem Penarafan Dan Keselamatan Sekolah SPKS yang dilaksanakan oleh semua sekolah di bawah KPM didapati bahawa keseluruhan sekolah berada dalam keadaan selamat. Pihak sekolah turut diingatkan agar terus melaksanakan langkah-langkah proaktif dan pencegahan Bagi memastikan persekitaran sekolah kekal terpelihara pada setiap masa. Jadi Dato’ Yang Dipertua, kita pun sedang memperkokohkan sistem ataupun kaedah 3K yang kita pernah war-warkan dulu iaitu Keselamatan Kebersihan dan juga Kesihatan di sekolah-sekolah. Walaubagaimanapun Dato’ Yang Dipertua, bagi Negeri Sembilan kita dukacita sikit kerana pada tahun 2025 ini terdapat 2 kes kematian murid yang dilaporkan berlaku di sekolah iaitu Sekolah Datuk Kelana Putra
Lenggeng dan juga Sekolah Taman Tuanku Jaafar 2. Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.
Soalan tambahan. Apabila berlaku insiden lebih-lebih lagi melibatkan kematian, agensi manakah yang terlibat dalam membuat siasatan di sekolah? Itu pertamalah, dan apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan sekolah mematuhi Piawaian Keselamatan dalam OSHA 1994 Pindaan tahun 2022 lah sebab saya rasa itu Akta yang digunapakai untuk negara kita lah. Dua soalan.
Terima kasih Yang Berhormat Paroi. Sepertimana kita sedia maklum, kalau kes itu kecederaan itu melibatkan kecederaan yang teruk ataupun melibatkan kematian sudah tentulah pihak PDRM akan kita panggil untuk menjalankan siasatan disamping siasatan dalaman yang dibuat oleh pihak sekolah dan juga oleh pihak jabatan. Dalam masa yang sama, seperti yang saya sebutkan di awal penjelasan saya tadi, kita sedang memperkasakan semula, dulu kita pernah perkatakan tentang konsep 3K iaitu sekolah-sekolah mestilah menitikberatkan soal keselamatan, soal kebersihan soal kesihatan murid-murid, tapi hari ini bila berlaku ini, kita perkasakan lagi soal keselamatan ini dan kita senantiasa memantau dari masa ke semasa tentang persekitaran sekolah, sama ada sekolah di sekitar tu selamat atau tidak dan begitu juga tentang kemudahan-kemudahan, memperbaiki kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah, selenggaraan sekolah kerana kadangkala kemalangan berlaku sebab kurangnya selenggaraan dan mungkin dah ada yang dah rosak dan sebagainya. Murid-murid, kita faham murid-murid ni mereka kadang-kadang susah kita nak jaga. Khususnya sekolah-sekolah rendah ni. jadi kita sentiasa pantau dari segi selenggaraan sekolah supaya sekolah berada dalam keadaan selamat dan begitu juga kita melihat kepada soal keselamatan secara keseluruhannya Dato’ Yang Dipertua.
YB minta soalan tambahan satu. Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Tadi berkenan dengan kematian seorang kanak-kanak di sekolah di kawasan saya iaitu DUN Lenggeng, umum mengetahui bahawa kanak-kanak itu terjatuh ke dalam tangki septik di sekolah baru di belakang bangunan yang baru. Jadi apabila saya merujuk kepada pihak JKR bahawa mereka mengatakan bahawa penutup tangki septik itu mengikut SOP, mengikut piawai yang diluluskan oleh JKR. Saya ingin bertanyakan soalan, yang saya faham, yang dulu tangki septik yang lama, Dia dibuat daripada tembaga ataupun besi, tapi yang baru ini yang diluluskan oleh pihak JKR adalah dari segi fiber, dan apabila saya bertanyakan oleh pelajar-pelajar, guru, cuma fiber itu dia mudah bergerak. Jadi bila mudah bergerak, pelajar pijak, tu pelajar terus terjatuh ke bawah. Soalan saya adalah adakah selepas kejadian yang mendukacitakan ini berlaku, adakah pihak kerajaan negeri ingin mengubah ataupun mencadangkan ubah SOP ini dari seluruh sekolah
ataupun apakah tindakan susulan daripada kejadian yang telah berlaku yang akan diambil oleh pihak kerajaan negeri. Sekian terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Lenggeng. Khusus kepada Yang Berhormat Lenggeng, kerana terlibat secara langsung dalam insiden anak kita yang meninggal di sekolah Lenggeng ni, terima kasih kerana beliau sendiri dilihat bersama ketika itu. Walaubagaimanapun, seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Lenggeng tadi, betullah hari ini JKR memperkenalkan sistem penggunaan fiber ya, pada penutup-penutup in.
Sebenarnya dari segi ni, dari segi keselamatannya memang terjamin. Kuat, boleh menahan kekuatan, saya tak ingat berapa kilolah, makna takda masalahlah. Makna kuatlah, macam besi juga kekuatannya. Tinggal lagi dia ringan. Tinggal lagi dalam keadaan tertentu seperti mana saya setuju dengan Yang Berhormat Lenggeng apabila menyatakan bahawa bila dia ringan, jadi budak-budak ni, budak sekolah rendah dia boleh cungkil, itu masalahnya. Dia sendiri ni, dia anak-anak kita ni dia suka ambil tahu kan, suka explore, jadi kalau besi dulu dia tak terangkat. Bila dia di segi fiber ni, budak-budak boleh gunakan jari ataupun kalau gunakan kayu sebagainya boleh cungkil dan bila benda itu boleh terangkat dan sebagainya.
Jadi oleh yang demikian, saya dah memberitahu, maklumkan pada sekolah-sekolah dimana ada penggunaan penutup fiber seperti ini sewajarnya kawasan itu kita buat sedikit pagarlah. Kita pagar sikit sekeliling itu supaya menghalang anak-anak daripada masuk kawasan itu. Kalau dilihat di kacamata biasa, kawasan ini tak ada yang tak selamat, memang selamat. Sebab khususnya di Sekolah Kebangsaan Dato’ Klana Putra, sebenarnya saya pun hadir sewaktu penyerahan bangunan baru oleh JKR sebab dia ada bangunan tambahan baru dan ini lubang yang berkaitan itu adalah sebahagian daripada proses penambahbaikan dan bangunan baru tu. Tinggal lagi kita mungkin terlepas pandang, kita tak memagar kawasan itu dan kita tak tahu pula yang penutup fiber ni ringan dan boleh, boleh boleh di apa? boleh bergerak, sekiranya kita, kita tekan dan sebagainya. Jadi itu Dato’ Yang Dipertua, kita dah ada tindakanlah, kita minta mereka pagar sekeliling itulah.
Maksudnya adakah sekolah itu saja ataupun semua sekolah di Negeri Sembilan?
Kita minta dari segi ni, kita secara keseluruhan kita minta semua sekolah mengambil tindakan proaktif sekiranya ada kawasan-kawasan berlubang atau penggunaan penutup yang ringan seperti ini kita minta mereka mengambil langkah seterusnya untuk memagar kawasan yang berkaitan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Celahan. Dato’ Speaker. Jadi kalau daripada jawapan yang diberikan oleh Exco tadi itu jelas menunjukkan penutup tadi itu tidak selamat digunakan sebab Exco memberitahu meminta sekolah untuk membuat pagar, jadi sepatutnya pihak JKR bila berlaku macam itu, ada daripada segi ketahanan mungkin sama, tetapi dari segi keberatan itu tidak sama. Jadi saya agak terkejut jugalah sebab perkara-perkara seperti ini sepatutnya kalau dibawa ke sekolah sudah tentu kalau nak tukar kepada satu perkara yang lebih baik mengambil kira kesemua faktor. Jadi saya mohon, saya rasa bukan satu cadangan yang baik untuk minta sekolah pagar dah tentu itu, apa? ada kos tambahan yang lain. Saya rasa lebih baik tukar saja kepada yang asal lebih berat sebab ini melibatkan keselamatan anak-anak sekolah. Kalau semua spek baru adalah serupa bagi saya lebih baik tukar saja dan saya rasa tindakan segera patut diambil. Kita tidak boleh mempertaruhkan nyawa semua anak-anak kepada cadangan-cadangan ataupun material baru yang digunakan oleh pihak JKR yang tidak selamat. Terima kasih. Saya rasa Exco wajib mengambil tindakan segera.
Betul-betul Dato’ Yang Dipertua, kaedah yang lama pun ada masalah juga, kaedah yang lama dulu dia pecah, mudah pecah, dia berkarat dan sebagainya. Tu sebabnya mungkin kementerian inovatif untuk buat satu kaedah baru dan ini sebagai satu perkara yang baru dan kita terima baik pandangan itu, tinggal lagi saya rasa pihak sekolahlah yang perlu mengambil tanggungjawab ini untuk memastikan kawasan-kawasan yang sedemikian itu kita buat langkah-langkah yang lebih, keselamatan yang lebih, seperti memagar dan sebagainya. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Sedikit pandangan ya. Apabila berlaku saja, sedikit pandangan Exco ya, apabila berlaku saja kematian, soalan saya tadi agensi manakah yang bertanggungjawab membuat siasatan. Saya rasa apabila berlaku itu pihak Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan sebenarnya, dan ana rasa siasatan tu akan merumuskan tindakan penambahbaikan yang akan dilakukanlah.
Soalan-soalan daripada Lenggeng, saya rasa adakah disebabkan oleh kualiti bahan, ataupun disebabkan oleh position, position main hole tu, itu melibatkan isu safety, keselamatan. Dan soalan saya tadi ialah agensi yang perlu membuat siasatan tersebut. Polis hanya melibatkan jenayah, tapi melibatkan keselamatan ni Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan. Saya rasa benda itu mesti dirujuk pada beliau kerana beliau lebih pakar untuk menentukan bahan itu selamat atau tidak. Itu sedikit jawapan daripada sayalah.
Terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat Kota.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Kota bertanyakan soalan nombor satu.
Dato Yang Dipertua, Yang Berhormat Kota berkaitan dengan perumahan terbengkalai di jalan masuk ke Rumah Rakyat Lubok China. Berkaitan dengan projek-projek perumahan yang terbengkalai ini, kebiasaannya kerajaan negeri bersama dengan pihak-pihak berkuasa tempatan dan juga KPKT akan mengambil beberapa tindakan untuk memastikan projek-projek terbengkalai ini dapat dilaksanakan, dapat diteruskan ataupun disiapkan dengan sebaik mungkin.
Dalam isu perumahan terbengkalai di jalan masuk ke Rumah Rakyat Lubok China ini, Majlis Daerah Rembau telah pun mengambil beberapa inisiatif untuk projek ini yang melibatkan pemaju PDS Properties untuk mengambil beberapa tindakan yang sewajarnya. Dalam kes ini PDS Properties telah pun mengembalikan semua deposit kepada pembeli rumah dan PDS Properties juga bercadang untuk membangunkan semula projek tersebut. Majlis Daerah Rembau juga menekankan bahawa semua projek-projek terbengkalai ini, walaupun terbengkalai tetapi pemaju ataupun pemilik tanah tersebut mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kawasan tersebut dibersihkan dan juga diselenggara sehingga sebarang pembangunan baru dijalankan. Pada masa yang sama, pemaju juga sedang mencari pihak yang berminat untuk mengambil alih pembangunan semula projek ini, dan langkah-langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan, kebersihan dan juga kesesuaian kawasan untuk pembangunan seterusnya dipastikan oleh Majlis Daerah Rembau, dan kita akan mengikuti beberapa perkembangan dalam projek ini bersama dengan Majlis Daerah Rembau dan juga KPKT. Terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat Chuah.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Chuah mengemukakan soalan nombor satu.
Dato’ Yang Dipertua berkaitan dengan penjaja buah di Jalan Sepang-Lukut pada masa ini memang ada sepanjang jalan daripada Sepang ke Lukut ini ada beberapa penjaja buah di sepanjang jalan tersebut. dan Majlis Perbandaran Port Dickson, MPPD dalam proses mewujudkan ataupun melaksanakan pusat penjaja di kawasan di Ambang Kota dan di Kawasan Perindustrian Perdana Bukit Palong. Di mana pusat penjaja ini akan mempunyai sembilan unit tapak penjaja dan beberapa tempat penjaja yang berada di dalam kawasan yang berbahaya ini dapat kita pindahkan ke pusat penjaja yang akan disiapkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson. MPPD juga mengambil perhatian, pandangan, pembinaan pusat penjualan berpusat yang dikemukakan supaya semua peniaga-peniaga ini dapat dikumpulkan.
Tetapi masih dalam proses mengambil mendengar pandangan adakah ia ada sesuatu yang sangat sesuai kerana melibatkan beberapa peniaga ataupun penjaja namun kesesuaian itu adalah bergantung kepada kesesuaian lokasi yang sesuai dan juga strategik. Kita tidak mahu sesuatu pusat penjaja ini kita buat tetapi ia tidak mendapat apa ni dapat memasukkan penjaja-penjaja di tepi jalan ini di sesuatu kawasan yang mungkin kepada penjaja-penjaja kecil ini akan menunjukkan satu persaingan yang ini dan mungkin merugikan mereka. Tapi kita akan dengar lagi pandangan sebelum kita membuat sesuatu pusat penjaja pusat jualan berpusat di sana. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua. Ini ada sikit tambahan. Sebenarnya saya ada pernah cadangkan kepada pihak MPPD di mana di Harapan Kampung Baru Tanah Merah Site A ada satu bidang tanah, kawasan lapang di bawah penyelenggaraan MPPD di mana saya nampak tempat itu lebih sesuai sebab memandangkan ini penjaja-penjaja di tepi jalan ini lebih kebanyakan mereka adalah daripada Kampung Baru Site A. Dan I rasa tempat itu juga mempunyai tempat parking yang cukup lah. so saya berharap kita juga dapat ambil kira lokasi yang saya cadangkan tersebutlah. Sebab kalau ikut ke Bukit Palong itu agak jauh daripada tempat hasil buah tu kan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Chuah, seperti mana yang tadi saya katakan di Ambang Kota itu adalah salah satu cadangan salah satu tempat yang telahpun diambil tindakan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson. Tetapi bukan itu sahaja tempat seperti mana yang tadi dikatakan oleh Yang Berhormat Chuah, di Site A, kita akan melihat balik kalau tempat itu sesuai dan mungkin tempat itu pun, sebab saya tahu ramai peniaga, penjaja di tepi-tepi jalan tersebut. Tetapi keselamatan mereka pun kita perlu mengambil kira dan di Site A itu, kalau tempat itu sesuai, kita akan mempertimbangkan untuk mewujudkan satu lagi tempat seperti di Ambang Kota untuk penjaja-penjaja, mungkin sebahagian kawasan di tepi jalan di kawasan tersebut. Terima kasih.
Dijemput Yang Berhormat Gemencheh.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Gemencheh soalan nombor satu.
Terima kasih Gemencheh. Soalan nombor satu Gemencheh adalah mengenai bantuan anak sekolah dan bantuan anak negeri. Bagaimanakah proses pemilihan pelajar yang mendapat bantuan anak negeri serta bantuan anak sekolah oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan kerana semasa penyampaian bantuan anak negeri dan sekolah di DUN Gemencheh ada penerima bantuan daripada keluarga T20 yang mendapat bantuan tersebut.
Dato’ Yang Dipertua, data Aplikasi Pengurusan Data Murid, APDM telah dikunci oleh Bahagian Data KPM. Telah di verifikasi secara kasar bagi murid yang telah ditakrifkan sebagai B40, miskin tegar. Data tersebut telah diturunkan ke Pejabat Pendidikan Daerah PPD di Negeri Sembilan dan PPD telah menurunkan data tapisan kasar ke sekolah untuk tapisan halus. Setelah data berkenaan dikembalikan semula kepada PPD, untuk dipanjangkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Pada 13 Mei 2025, JPN telah memanjangkan data yang telah disahkan oleh sekolah untuk dipanjangkan ke SUK secara email.
Data APDM yang digunakan telah diambil dan dikunci bertarikh 31 Mac 2025. Sebarang perubahan data selepas tarikh berkenaan adalah diluar jangkaan. Data asal juga adalah dari data APDM yang mana pendapatan dikemaskini oleh ibu bapa penjaga sendiri. Pihak Ahli Yang Berhormat adalah dialu-alukan untuk mengemukakan laporan ataupun aduan mengenai perkara ini kepada Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan sekiranya didapati ada ibu bapa atau penjaga yang secara sengaja tidak mengisytiharkan secara jujur jumlah sebenar pendapatan isi rumah bagi mendapatkan bantuan yang tidak layak untuk mereka dan anak-anak mereka. Ini kita lihat bahawa seharusnya ada berlaku kejujuran di sini. Tapi, ada kebiasaan ibu bapa yang tidak bertanggungjawab sanggup meletakkan pendapatan yang lebih rendah bagi mendapatkan bantuan untuk anak-anak mereka. Jadi, ini mengambil hak orang lain, jadi kita berharap ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya menjemput seorang Ahli Yang Berhormat mewakili Rantau membacakan soalan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker insya-Allah. ADUN Rantau sampai tak lama lagi. Tapi saya mewakili ADUN Rantau bertanyakan soalan beliau nombor satu. Tentang sektor utama yang boleh memberi kesan langsung di ekonomi negeri kita. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan ADUN Rantau semalam dan hari ini ada sedikit persamaan, namun saya jawab secara umum Sahaja. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri Sembilan telah melaksanakan berbagai tindakan bagi membantu golongan B40 yang memerlukan. Selain bantuan dan inisiatif yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri dalam Belanjawan 2025, bagi membantu mengatasi kenaikan kos sara hidup termasuk makanan asas, perdapatan, Pendidikan, Kesihatan, perumahan dan utiliti awam. Berikut merupakan Inisiatif yang merangkumi sektor kewangan, perdagangan, perkilangan, pembinaan dan pelancongan.
Kita sedia maklum mengenai kewangan, kita ada tabung TUNS. Kita juga memberi sumbangan keceriaan RM200 ringgit kepada warga emas. Kita juga
memberi sumbangan one off RM200 ringgit kepada ibu tunggal. Keempat kita adakan inisiatif bantuan anak sekolah N9BAS. Kelima kita ada bantuan anak negeri N9BAN. Keenam kita ada Bantuan Peranti Muda Ahli Pelajar Tingkatan Enam dan Pelajar IPTA. Ketujuh kita ada Skim Derma Siswa Sara Hidup untuk IPTA. Kelapan kita ada inisiatif khas galakan kecemerlangan SPM, STPM, STAM. Kesembilan kita ada pinjaman pendidikan tanpa faedah. Kesepuluh inisiatif bantuan pelajar TVET KYNS ini sekali menjawab soalan semalam daripada Gemas sebenarnya. Dia kata peruntukan tak sampai kepada rakyat, kita lihat kalau disini pun untuk bantuan peranti sahaja kita pun belanja RM3.5 juta. Peranti sahaja, Gemas. Ini yang lain tu sejuta, sejuta. Perdagangan dan runcit Nismilan Prihatin RM5 juta.
Perkilangan dan industri kita sedia maklum ini antara kita memberikan galakan pelaburan, pembukaan kawasan industri baru, kita ada lebih kurang 10 kawasan industri baru, SPD Tech Valley, kawasan industri Hamilton, Tech Park 3, Vision Business Park Labu, MVV City di Labu, Eco World Business Park 7 di Bukit Pelandok, NS Semiconductor Valley di Sungai Gadut, NS Smart Park di Labu, EKA Smart Industrial Park di Bandar Enstek, Spring Hill Industrial Park Fasa 3 di Port Dickson. Lepas tu kita juga menaik taraf kawasan perindustrian sedia ada, sokongan logistik dan digital industri dan banyak lagi. Dan bagi kita juga menyediakan inisiatif usahawan kepada untuk Halal Kotej, Program Pemerkasaan Usahawan di Negeri Sembilan, NS Choice.
Bagi hartanah, memperkukuhkan jaringan infrastruktur (NLE), kita sambung semula, walaupun haritu ada masalah. Penyelenggaraan rumah kos pangsa rendah, sederhana, swasta, ini juga melibatkan RM2 juta ringgit tahun 2025. Ini nak cerita repair rumah Kerajaan negeri, rumah kuaters kerajaan bawah RM900 ribu kita repair. Penyelenggaraan kos rumah pangsa rendah, sederhana, RM2 juta. Jangan kata tak ada. Rumah harapan rakyat RM5 juta, tahun depan RM10 juta. Kempen Tahun Melawat Negeri Sembilan untuk memperkasakan Tahun Kempen Melawat Negeri Sembilan. Penyasaran destinasi utama Port Dickson, Jelebu, Kuala Pilah dan semua daerah. Kita ada eko-pelancongan, kita ada pantai, kita ada eko-pelancongan dan warisan budaya adat juga kita ada. Peningkatan nilai komuniti. Komuniti pelancongan tempatan kraftangan, pembangunan kapasiti rakyat, latihan persijilan, pembangunan kapasiti bagi sektor hospitaliti dan pemandu pelancong dijalankan. Komitmen Kewangan Rancangan Malaysia ke-12, semua inisiatif pelancong didukung oleh komitmen kewangan yang kukuh melalui peruntukan pembangunan di bawah vot P62 Pelancongan Kerajaan Negeri. Jadi itu antara perkara yang boleh mengangkat golongan B40 bersama-sama dalam memastikan mereka menerima manfaat daripada bajet yang kita sediakan. Itu untuk tahun 2025 dan pastinya meningkat pada tahun 2026. Terima kasih Dato' Yang Dipertua.
Saya menjemput Yang Berhormat Bagan Pinang.
Assalamualaikum Dato' Yang Dipertua, soalan saya nombor 1. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, soalan ADUN Bagan Pinang adalah status Projek Bekalan Air. Apakah perkembangan semasa projek-projek bekalan air utama di Negeri Sembilan khususnya di Port Dickson yang sedang dibangunkan untuk memenuhi keperluan penduduk. Dato' Yang Dipertua, pelbagai usaha telah kita laksanakan dan sedang laksanakan oleh Kerajaan Negeri, melalui pihak SAINS yang memenuhi keperluan penduduk di Daerah Port Dickson. Antara projek yang sedang dijalankan adalah cadangan merekabentuk dan membina 1 unit Rumah Pam berserta sistem pengepaman dan kerja-kerja berkaitan di kolam Telok Kemang, Daerah Port Dickson Negeri Sembilan, dengan kemajuan fizikal menunjukkan 80%, 81% siap.
Kerja-kerja pemasangan paip jenis mild steel bersaiz 200mm dari kolam Chuah ke Kolam Bukit Pelandok serta sistem pam penggalak dan kerja-kerja berkaitan daerah Port Dickson Negeri Sembilan. Kemajuan terkini adalah dalam semakan reka bentuk dan juru perunding daripada PAAB. Ketiga, pemasangan paip baru daripada Loji Rawatan Air LRA Sawah Raja ke Kolam Telok Kemang, Port Dickson bersaiz 800mm sepanjang 44km. Kemajuan terkini adalah dalam proses reka bentuk dan juru perunding daripada PAAB. Keempat, meroboh dan membina tangki baru Bukit Permata berkapasiti 5 juta gelen sehari. Kemajuan terkini adalah dalam proses reka bentuk dan juru perunding. Kelima, kerja-kerja penggantian paip di beberapa kawasan sekitar Port Dickson melalui peruntukan daripada SAINS, Pengurusan Aset Air Berhad, PAAB dan Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air, PETRA. Senarai projek adalah seperti berikut; Senarai projek penggantian paip di Port Dickson. Terdapat satu projek melalui peruntukan SAINS telah siap sepenuhnya dan diperakuan siap CPC pada 15 Oktober 2025. Kerja-kerja penggantian paip bersaiz 100mm asbestos cement AC kepada 100mm paip UPVC sepanjang 1300 meter di Ladang Tarzan, Port Dickson Negeri Sembilan Darul Khusus.
Terdapat tiga projek melalui peruntukan PAAB di mana pemajuan kini adalah dalam proses reka bentuk dan juru perunding. Senarai projek adalah seperti berikut; Kerja penggantian paip saiz 375mm asbestos cement AC kepada 400mm mild steel sepanjang 5200 meter Jajaran Kolam Si Rusa ke Kolam Sunggala Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kedua kerja-kerja pemasangan penggantian paip bersaiz 375mm asbestos cement AC kepada 400mm mild steel sepanjang 5000 meter Jajaran Kolam Si Rusa 2 ke PD Utama Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus. Ketiga projek penggantian paip bersaiz 450mm AC kepada 450mm mild steel sepanjang 5000 meter Jajaran Kolam Si Rusa ke PD Utama Port Dickson.
Terdapat tujuh projek melalui peruntukan PETRA dan kelulusan peruntukan adalah diperolehi daripada Makmal Penilaian Nilai VA. Senarai projek adalah seperti berikut kerja penggantian paip bersaiz 300mm AC kepada 600mm ductile iron di sepanjang 1700 meter di Teluk Kemang Port Dickson. Kerja-kerja penggantian paip bersaiz 300mm AC kepada 300mm DI sepanjang 3000 meter di Jalan Pantai Batu 9 hingga Batu 10. Ketiga kerja-kerja penggantian paip bersaiz 150mm high density polyethylene kepada 150mm mild steel sepanjang 3500 meter di Kampung Sawah Sunggala. Keempat kerja-kerja penggantian paip bersaiz 300mm Asbestos Cement AC kepada 350mm DI Sepanjang 5600 meter Jajaran Outlet Tangki Bukit Kuau Lama Port Dickson. Kelima kerja-kerja penggantian paip bersaiz 150mm AC Kepada 150mm MS Sepanjang 8000 meter di Bandar Sunggala. Keenam kerja-kerja penggantian paip bersaiz 100mm AC Kepada 100mm Unplasticized Polyvinyl Chloride UPVC Sepanjang 1300 meter di Taman Happy, Port Dickson. Ketujuh kerja-kerja penggantian paip bersaiz 100mm AC kepada 150mm UPVC sepanjang 800 meter di sekitar Jalan Shellgate, Port Dickson. Jadi itu antara yang akan kita laksanakan insya Allah pada tahun hadapan Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.
Ada tambahan ya. Yang Amat Berhormat, pada sidang 2024 menyatakan bahawa Kolam Takung Air di Teluk Kemang dijangka siap pada Julai 2025. Tapi apakah masalah sehingga sekarang masih belum disiapkan Terima kasih.
TAPS, TAPS, TAPS Barisan Nasional ya, Kampung Barisan Nasional, Kampung Barisan. Minta maaf, dia kena golak kot tak dia semua, serius. TAPS di Kampung Barisan insya Allah kita mula tahun ini Itu semua kelulusan daripada pihak pusat di bawah PAAB dan SYABAS dan kita telah dapat kelulusan insya Allah, saya dimaklumkan kontraktor itu telah dilantik untuk mula pada tahun hadapan. Awal tahun hadapan insya Allah, terima kasih.
Kolam takung air di Teluk Kemang dijangka bila Dato’ Seri? Sebab…
Kolam takungan air di Teluk Kemang itu tengah nak siap 81% yang saya katakan tadi.
Tapi kalau ikut Dato’ Seri pada Julai 2025.
Yalah biasalah dalam kita buat itu ada masalah.
Ok, terima kasih.
Jadi kita selesaikan masalah itu InsyaAllah Dah 81% kita tunggu PAM sebenarnya Sebenarnya PAM je PAM tak sampai lagi.
Dibimbangi proses yang lama mungkin ganggu penduduk di sekitar bawah tu..
Dia isu air pun masalah juga di LRA Linggi ini apabila air hujan lebat di Seremban kita tak dapat proses sebab kekeruhan terlalu tinggi. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Dato’.
Saya menjemput Yang Berhormat Klawang.
Assalamualaikum WBT Klawang mengemukakan soalan nombor satu.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Klawang. Yang Berhormat Klawang bertanyakan sama ada benar atau tidak ada murid-murid yang masuk ke sekolah menengah yang tidak boleh menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Jawapannya ialah benar. Memang ada Dato’ Yang Dipertua, pelajar kita yang lepasan sekolah rendah masuk sekolah menengah tidak menguasai 3M ini memang ada. Tak boleh baca, atau boleh baca tapi tak memahami, dan tak boleh mengira ni memang ada dan untuk ini, seperti mana kita tahu sekarang ini, kita tidak ada sistem peperiksaan, semua boleh naik. Baca, tak boleh baca, tak boleh ngira, tak boleh menulis semua masuk Form 1, Form 2, Form 3 sampai Form 5. Jadi kita hadapi masalah lah ya, kerana kita nak mereka ni menduduki SPM dengan bersiap sedia boleh membaca, mengira, menulis. Oleh itu, bila mereka masuk sekolah menengah Dato’ Yang Dipertua, memang ada kelas-kelas intervensi yang kita buat yang dijalankan oleh jabatan seperti contohnya Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah mengadakan program peningkatan penguasaan literasi murid membaca dan menulis sekolah menengah, bermula tahun 2023 dulu sehingga sekarang. Masih berjalan program ini dan dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang berpengalaman, Pegawai School Improvement Specialist Coaches SISC Plus ni, yang ada sekarang ini ditempatkan bersama dengan Guru Bahasa di PPD, Pegawai Pemulihan Khas dan guru-guru Bahasa Melayu. Ini kita lakukan dari 2023 sampai sekarang. Di masa yang sama Unit Sains dan Matematik juga telah mengadakan pelbagai program Peningkatan Kaedah Pengajaran Numerasi kepada guru matematik untuk supaya guru Matematik menggunakan kaedah yang lebih berkesan kepada murid-murid yang tak boleh mengira ini, ini masalah kita, jadi kita train cikgu pun kita train supaya kaedah yang sesuai digunakan kepada murid-murid yang tak boleh mengira ni, tak reti mengira dan sebagainya jadi ada special special courses untuk guru-guru Supaya keupayaan guru ni meningkat dalam menyampaikan pengajaran kemahiran asas nombor, penaklukan logik dan penyelesaian masalah dengan lebih berkesan. Itu adalah antara usaha-usaha yang
dijalankan oleh jabatan untuk memberikan bimbingan kepada anak-anak kita yang masuk ke sekolah menengah tetapi tidak menguasai 3M Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, kalau kita hanya berharapkan kepada intervensi ianya sudah membebani pihak SMK itu sendiri. Saya mencadangkan puncanya perlu diperhalusi dan langkah pencegahan di peringkat awal perlu dilaksanakan. Kalau tidak seperti yang Exco sebut tadi Sampai SPM nanti pun mereka ini tidak dapat ke tahap yang kita harapkan jadi saya mengharapkan adanya usaha-usaha yang lebih awal di peringkat sekolah rendah itu sendiri ataupun mungkin sistem penilaian di peringkat sekolah rendah itu tidak, tidak dilaksanakan mengikut standard. Itu saya punya komen. Adakah soalan saya adakah pecahan ataupun statistik murid-murid ini berapa bilangan daripada sekolah dan apa nama ni, mengikut daerah. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Klawang. Saya tak ada statistik sekarang, saya akan cuba dapatkan kalau boleh saya jawab sewaktu penggulungan, saya jawab. Kalau tidak saya akan beri jawapan secara bertulislah. Apapun memang kita memberikan penekanan Dato’ Yang Dipertua, di peringkat anak-anak di sekolah kebangsaan sekolah rendah ni memang penekanan kita ialah untuk mereka menguasai 3M. Ini tak ada kompromi sebenarnya peringkat sekolah rendah memang itulah sebenarnya yang mesti kita pastikan Supaya anak-anak yang melangkah keluar, habis sekolah rendah ni, mesti mereka menguasai 3M ini Kalau tidak memang sukar bagi mereka Untuk meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi Dato’ Yang Dipertua. Jadi saya harap ini menjadi satu perkara yang diambil berat yang memang ditumpukan oleh guru-guru khususnya di peringkat sekolah rendah. Bagi tujuan tadi yang apa disebut tadi? statistik ini nanti saya jawab di penggulungan ataupun jawapan secara bertulis Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.
Dato’ Speaker, jiran saya Chembong yang baik, dia emergency sudah pergi tandas. Boleh buka itu soalan?
Seremban Jaya, sila-sila
Okay, soalan nombor satu.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih ADUN Seremban Jaya mewakili Chembong ya. Selalu gaduh pun harini wakil ya. Dato’ Yang Dipertua, Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan PKNNS sedang menjalankan projek yang memberikan impak kepada masyarakat di daerah Rembau iaitu pembinaan 619 unit rumah yang terdiri daripada 135 unit rumah mampu milik Type A, 424 rumah Type B, 60 unit rumah mampu milik
Type C di Taman Desa PKNNS Chembong. Kedua, 22 projek di bawah Program Inisiatif Kemudahan Rakyat IKR yang merangkumi kerja-kerja pembaik, pulih dan menaik taraf infrastruktur kecil awam yang melibatkan masjid, surau, balai raya, tanah perkuburan Islam, gelanggang futsal dan jalan perhubungan di kampung. Dan ketiga, pembinaan 5 unit Rumah Harapan Rakyat RHR.
Dalam masa yang sama, pihak Yayasan Negeri Sembilan telah melaksanakan beberapa projek di daerah Rembau seperti kerja-kerja penyelenggaraan sungai tanpa melibatkan kos ataupun peruntukan kerajaan negeri dengan kaedah timbal balik hasil daripada mengeluarkan pengalih dan mengangkat batuan pasir sungai di Sungai Pedas sepanjang 10km dan di Sungai Rembau sepanjang 5km. Di antara skop kerja bagi projek ini adalah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sungai secara berkala di bawah pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan. Kerja-kerja penyelenggaraan sungai yang perlu dilaksanakan dalam mengeluarkan halangan-halangan di dalam sungai seperti sampah sarap, batang-batang pokok yang hanyut di dalam sungai dan memastikan aliran sungai dalam keadaan lancar. Selain itu juga, jika terdapat sebarang aduan daripada penduduk kampung, aduan sebut perlu diambil tindakan segera. Aduan tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah bagi mendapatkan khidmat nasihat daripada jurutera daerah berkaitan kaedah pembaikan yang bersesuaian dengan aduan yang diterima.
Di samping itu juga, dalam projek ini turut dilaksanakan kerja perkhidmatan masyarakat komuniti setempat menganjurkan program gotong-royong di Masjid Kariah Kampung Pedas Tengah. Di dalam program tersebut, kerja-kerja membaik-pulih serta mengecat semula bangunan masjid telah dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, daripada projek yang telah dilaksanakan oleh YNS Management, segala manfaat dan kesan baik telah dinikmati oleh penduduk kampung dan dengan berkurangnya kejadian banjir kilat di kawasan-kawasan berisiko sebelum ini. Penduduk kampung terpaksa berhadapan dengan bercana alam saban tahun. Selain itu, limpah rezeki telah dinikmati oleh penduduk kampung yang menjadikan kawasan sungai sebagai sumber mata pencarian mereka. Perkara ini adalah kerana apabila kawasan sungai telah disenggara dengan baik ia akan membaik-pulih ekosistem hidupan air sekaligus menyokong proses pembiakan spesis ikan air tawar seperti ikan seberau, ikan tengas dan ikan talapia serta ikan lampam.
Bagi MBI pula, setakat ini projek MBI yang diusahakan syarikat swasta sedang dilaksanakan di daerah Rembau adalah sebanyak 4 projek. Pertama, tanaman tembikai Jepun di Lot 2002 20,002 seluas 15.57 ekar. Projek pengoperasian ladang kelapa sawit di Lot 413 seluas 514 ekar. Projek ternakan lembu tenusu di Lot 385 seluas 20 ekar dan projek tenaga lembu
tenusu di Lot 17688 seluas 69.8 ekar. Pelaksanaan projek tersebut dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat. Antaranya dapat mengurangkan peratusan kawasan terbiar di daerah Rembau, selain projek tersebut juga menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar khususnya sektor pertanian dan peladangan sawit. Meskipun begitu, MBI komited untuk memperluaskan pelaksanaan projek-projek baru di atas tanah MBI di daerah Rembau untuk kebaikan dan manfaat kepada kerajaan negeri khususnya dan penduduk di Negeri Sembilan. Terima kasih, Dato’ Yang Dipertua.
Seremban Jaya.
Dato’ Speaker, DUN Seremban Jaya mengemukakan soalan nombor tiga.
Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Seremban Jaya, yang bertanyakan sebuah air terjun dekat Kampung Batu dan adakah Kerajaan negeri mempunyai rancangan untuk menaiktaraf kawasan tersebut. Air terjun yang dimaksudkan adalah Jeram Papan yang terletak berhampiran dengan Kampung Batu, di laluan menuju ke Dangi, Daerah Kuala Pilah. Kawasan ini merupakan lokasi semula jadi yang sering dikunjungi oleh penduduk tempatan bagi aktiviti riadah ringan, serta rekreasi keluarga.
Namun, kemudahan asas di kawasan tersebut masih terhad dan memerlukan penambahbaikan agar lebih teratur, selamat dan mesra pengunjung. LPNS atau Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan bersama-sama dengan agensi berkaitan seperti Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah serta Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah mengadakan sesi lawatan turun padang bagi meninjau kawasan tersebut dan hasil daripada lawatan tersebut beberapa cadangan penambahbaikan kemudahan telah dikenal pasti bagi meningkatkan keselesaan, keselamatan serta daya tarikan pelancongan di kawasan Jeram Papan.
Cadangan penambahbaikan merangkumi pembangunan laluan pejalan kaki atau denai, kawasan rehat yang selamat, pemasangan papan tanda maklumat dan keselamatan, penyediaan kemudahan asas seperti tandas, tempat letak kenderaan dan juga wakaf rehat, peningkatan kebersihan serta pengurusan sisa pepejal dan pemuliharaan kawasan hijau serta sumber air semula jadi bagi memastikan keselesaan pengunjung serta kelestarian ekosistem. Secara keseluruhannya kawasan Jeram Papan dilihat mempunyai potensi yang amat tinggi untuk dibangunkan sebagai satu kawasan eko-pelancongan, satu tarikan pelancongan berasaskan alam semula jadi di Daerah Kuala Pilah. Kerajaan negeri komited untuk menilai potensi ini secara menyeluruh bagi memastikan usaha pembangunan pelancongan dilaksana secara terancang,
selamat dan lestari Selaras dengan maklumat menjadikan Negeri Sembilan sebagai destinasi pelancongan alam semula jadi yang menarik dan berdaya saing terima kasih.
Dato’ Speaker, soalan tambahan. Kira Kampung Batu ada satu Sungai. Bukit tengah-tengah sungai itu banyak cantik air serupa cermin itu batu semua cantik-cantik tapi itu tempat itu tangga tada berapa baik, tapi ada serupa hutan sikit, kasih bersih, nanti pelancongan atau anak negeri pun boleh pergi tempat itu enjoy sikit lah. Tempat itu memang cantik itulah.
Terima kasih Yang Berhormat ADUN Jaya atas soalan tambahan. Memang itu menjadi salah satu perancangan dekat Jeram Papan dimana kami akan juga lihat untuk potensi untuk water rafting kerana tempat itu agak sesuai untuk water rafting kami akan juga buat penambahbaikan seperti tadi saya sebut denai dan kawasan rehat. Ini termasuk dalam merangkumi sungai tersebut terima kasih.
Dato’ Speaker, tadi kenapa Senawang Jaya wakil saya, saya tak suruh dia Dato’ Speaker. Saya pergi ke tandas sebentar, bukannya balik.
Tadi saya jangkakan dia nak langkau, tapi kemudian dia kata nak wakilkan.
Dato Speaker sendiri tengok, Dato’ Speaker…
Mungkin ada, saya tak tau apa ada perjanjian sama, tapi ada soalan tambahan? takda tambah kan? Dah terlepas.
Ah ya. Tolong, saya tolong sama dia, dia marah pulak. Ini Dato’, ini Dato’, ini YB Chembong baru dia sombong.
Lain kali kalau dia minta tolong, tolonglah.
Saya benarkan Dato’ Speaker.
Saya jemput Lukut. Yang Berhormat Lukut.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Lukut kemukakan soalan nombor tiga.
Terima kasih Datuk Yang Dipertua. terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Lukut berkenaan usaha kerajaan negeri dalam menarik pelabur ke kawasan perindustrian di Lukut terutamanya dalam
sektor teknologi hijau dan industri halal. Datuk Yang Dipertua, Lukut dalam daerah Port Dickson akan menerima banyak limpahan kepada pembangunan Malaysia Vision Valley 2.0 dengan penetapan tiga parcel pembangunan utama di bawah MVV 2.0 yang melibatkan yang pertama Parcel C, di Chuah yang dikenali sebagai Integrated Industrial Hub menekankan kepada perancangan menyeluruh yang mengabungkan sektor perindustrian berteknologi tinggi dan hub logistic. Yang kedua Parcel D, sebagai Integrated Maritime Hub dan Waterfront Corridor di persisir pantai Port Dickson, bagi menggalakkan dan mempergiatkan aktiviti industri perkapalan, pelabuhan dan logistik di Port Dickson. Dan yang ketiga Parcel E, sebagai pelabuhan kontainer AI dan PD Free Zone di Pasir Panjang bagi melengkapkan ekosistem perindustrian negeri ini dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan daya tarikan pelaburan ke Negeri Sembilan.
Dato’ Yang Dipertua, secara umumnya kita akui bahawa kebanyakan kawasan industri sedia ada di Lukut adalah tertumpu kepada industri ringan dan sederhana. Walau bagaimanapun kerajaan negeri komited untuk menggalakkan industri berasaskan teknologi hijau ditempatkan di daerah ini supaya tidak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar yang mengurangkan daya tarikan pelabur dan juga pelancong ke Port Dickson. Dato’ Yang Dipertua, untuk itu suka saya nyatakan dalam dewan yang mulia ini kawasan industri Spring Hill yang bersebelahan dengan Pekan Lukut, kini menjadi pusat penempatan industri berteknologi tinggi. Kemasukan projek-projek utama seperti Antmed (Malaysia) Sdn. Bhd., yang merupakan pemain industri peralatan perubatan dan Pharmaceutical dari China bernilai RM700 juta serta penempatan campus pusat data Gamuda Google yang bernilai RM5 bilion ringgit pada fasa pertama memberi impak tinggi khususnya dalam menjana peluang pekerjaan, berkualiti kepada penduduk di Lukut sekaligus menaik taraf ekonomi masyarakat setempat. Terima kasih.
Terima kasih jawapan daripada Bahau. Lukut ingin mengemukakan soalan tambahan. Apakah insentif khusus contohnya macam potongan premium tanah, rebate utilities cukai ataupun geran yang ditawarkan oleh kerajaan negeri untuk pelabur teknologi hijau dan pengeluar halal yang mahu beroperasi di kawasan perindustrian Lukut dan bagaimanakah mekanisma One Stop Center diperkemaskan untuk mempercepatkan kelulusan pemohonan pelaburan berteknologi hijau ataupun halal dan berapakah purata tempoh kelulusan sekarang. Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Lukut, soalan yang cukup baik sekali. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada semua ahli Dewan, sebenarnya kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama semua PBT, kita telahpun wujudkan fast lane di peringkat Negeri Sembilan. Kalau
pada masa dahulu mungkin kelulusan dia mengambil sedikit masa, tetapi kerajaan negeri kita telahpun memutuskan bahawa segala industri ataupun segala pelaburan yang berskala besar yang akan memberi impak yang tinggi kepada Negeri Sembilan, kerajaan negeri kita ada KPI kita di mana kita nak pastikan sekiranya pelaburan tersebut telahpun mengenal pasti, telahpun beli tanah, kita akan pastikan kilang tersebut akan dapat operasi dalam setahun.
Saya ingin ambil contoh, salah satu contoh yang paling baik adalah kilang Antmed yang saya sebut tadi, satu kilang Pharmaceutical dari China pelaburannya lebih kurang dalam RM700 juta ringgit. Saya rasa kilangnya, saya rasa tak sampai setahun telahpun siap dan akan dapat beroperasi tak lama lagi. Jadi ini salah satu kekuatan Negeri Sembilan di mana kerajaan negeri dengan semua agensi, kita akan memastikan segala pelaburan yang masuk itu, pelabur itu akan dijaga dengan cukup baik, di mana Invest Negeri Sembilan, termasuk MIDA kita akan pastikan bukan sahaja ketika mereka nak menunjukkan minat mereka, tetapi dalam proses mereka membuat permohonan dan selepas mereka mendapat kelulusan dan seterusnya, after sales service kita, kita nak memastikan bahawa semua industri park kita kemudahan awam itu dijaga dengan baik.
Jadi saya rasa itu merupakan salah satu daya tarikan utama kerajaan negeri, kerana kita dilihat sebagai satu kerajaan yang sangat business friendly, kerana bagi kerajaan negeri, yang penting adalah kalau kita dapat memastikan setiap pelaburan itu, dia dapat pemula di Negeri Sembilan dengan cepat, sebab tentunya dia akan mendatangkan hasil kepada kerajaan negeri dan pada masa yang sama, dia akan juga mengenerate ataupun memwujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat kita. Dan selain daripada itu ada kebiasaannya setiap pelabur yang masuk kita akan bersama Invest Negeri Sembilan dan juga MIDA kita akan wujudkan satu jawatankuasa khas untuk memastikan bahawa kita maklumkan pelabur-pelabur kita apakah insentif jikalau mereka melabur di Negeri Sembilan, dan di Negeri Sembilan seperti apa yang saya kata tadi, kita ada fast lane kita, selain daripada itu, dari segi premium kebiasaannya, kerajaan negeri kita akan memberi diskaun sebanyak 10% jikalau mereka membayar dalam masa sebulan. Itu sedikit sebanyak yang sedang diusahakan oleh kerajaan negeri untuk kita nak pastikan pelabur mempunyai keyakinan kepada kita dan bagi saya, yang paling penting yang telah pun disebutkan oleh Yang Berhormat Chennah pada semalam, kekuatan kerajaan negeri kerana kerajaan perpaduan adanya kerjasama diantara Pakatan Harapan dan juga Barisan Nasional.
Dia salah satu faktor di mana pelabur-pelabur besar ini dia memilih di Negeri Sembilan contohnya kita ada Google punya data centre di Lukut, di Springhill sama juga Antmed yang kita sebut tadi dan pelbagai MMC, Multinational Company, mereka memilih untuk melabur di Enstek dan juga di semua
industri park di Negeri Sembilan. Jadi saya rasa itu sesuatu yang kita perlu pertahankan dan sesuatu yang kita perlu kerjasama supaya kita nak pastikan, bukan sahaja pelabur dapat masuk dari luar ataupun dalam negeri dapat masuk, yang penting kita nak menjana ekonomi kita nak wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat kita. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dijemput Yang Berhormat Gemas.
Terima kasih Dato Speaker. Gemas bertanya soalan nombor satu.
Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan pengurusan dan juga inisiatif kerajaan terhadap Muzium Kereta Api di Gemas. Muzium Kereta Api Gemas merupakan salah satu ikon sejarah penting di daerah Tampin serta antara destinasi warisan pelancongan utama di Negeri Sembilan. Di mana stesen yang lama ini tidak lagi digunakan selepas satu stesen baru telah pun dibina. Dan untuk memastikan penyelenggaran, pengoperasian dan juga daya tarikan muzium ini dapat dikekalkan secara berterusan dan juga lebih berdaya saing.
Majlis Daerah Tampin telah pun meluluskan pelaksanaan pengurusan secara usaha sama dengan sebuah operator swasta yang berpengalaman iaitu syarikat Jemari Jaya untuk menguruskan serta menyelenggara dan juga pengoperasian di bangunan ataupun stesen kereta api gemas ini yang lama. Melalui model usaha sama ini, kerajaan negeri ingin memastikan muzium yang ada di sana juga terus dipelihara dengan baik, menawarkan pengalaman pelawat yang lebih berkualiti , serta kekal menjadi satu tarikan pelancongan yang mesra rakyat. Sehubungan itu, kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan oleh operator untuk galeri sahaja, untuk galeri di stesen kereta api bagi warga negara, dewasa RM5 kanak-kanak RM3 pelajar sekolah beruniform dan juga warga emas serta OKU adalah RM1. Berkaitan dengan soalan daripada Yang Berhormat Gemas bagi perkhidmatan penggambaran pasangan pengantin di kawasan itu kadar bayaran yang ditetapkan oleh operator adalah RM150. Kita tahu stesen-stesen lama kereta api ini mempunyai satu daya tarikan dan juga beberapa tempat seperti struktur-struktur lama lokomotif dan juga landasan kereta api sendiri menjadi salah satu tempat untuk penggambaran. Penggambaran ini untuk pengantin adalah melalui beberapa syarikat ataupun yang membuat penggambaran secara profesional bukan yang pergi ambil gambar dengan sendiri. Sebab mereka mengenakan bayaran beribu-ribu ringgit mungkin RM3,000, RM5,000, RM6,000 so pihak operator kenakan bayaran untuk tujuan itu sahaja iaitu sebanyak RM150. Terima kasih.
Soalan tambahan, dalam jawapan YB Exco tadi dua kali kod sebagai muzium, cuma baru-baru ini apabila EXCO Pelancongan mengatakan telah membuat satu video mengatakan disebabkan kos telah menukar kepada nama galeri dan papan tanda untuk sebelum ini memang ada di tempat yang sedia ada itu nama diletakkan muzium, sekarang ini dah tak ada dah, dah ditanggalkan dah dinamakan stesen kereta api lama. Jadi adakah muzium ini masih wujud sebab tahun lepas dalam bajet saya menyatakan soalan ini apa perancangan kerajaan negeri. Tuan Exco sendiri turun, tapi dalam masa setahun dalam masa dua bulan ini dah dibuat dalam bentuk video mengatakan muzium dah ditiadakan. Harap jawapan daripada EXCO.
Dekat Stesen Kereta Api Gemas ini ada satu kawasan dimana kawasan itu akan dijadikan sebagai galeri. Saya dimaklumkan sebagai galeri yang akan diletakkan beberapa peralatan ataupun barangan yang berkaitan dengan sejarah Stesen Kereta Api Gemas ini. So apa yang saya dimaklumkan galeri stesen kereta api ini sahaja yang akan dikenakan charge ataupun akan dikenakan bayaran, seperti mana yang saya nyatakan tadi tetapi untuk penggambaran ia melibatkan satu kawasan keseluruhan stesen kereta api tetapi untuk tujuan penggambaran untuk tujuan komersial, tetapi muzium ini sekarang dinamakan sebagai Galeri Stesen Kereta Api.
ok terima kasih Dato’. Muka dia je kasi lulus saya untuk keluarkan soalan nombor satu. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, saya nak ucapkan terima kasih kepada Lobak kerana bertanyakan soalan berkaitan dengan harga ladang Nismilan Prihatin. Jawapan ni saya nak jawab bersama dengan soalan Yang Berhormat ADUN Sungai Lui yakni soalan yang berkaitan dengan Progrm Jualan Nismilan Prihatin oleh kerana kedua-duanya adalah berkaitan. Progrm Jualan Nismilan Prihatin ni Dato’ Yang Dipertua, seperti kita semua maklum adalah inisiatif daripada kerajaan Negeri Sembilan dalam membantu meringankan beban rakyat untuk menampung ataupun sedikit sebanyak menampung kos sara hidup yang semakin tinggi, khususnya dalam aspek keperluan makanan asas harian.
Program ini telah kita telah mulakan sejak tahun 2022 sehingga sekarang dan pendekatan turun pandang ke kawasan komiti dengan menawarkan harga keperluan barangan pada harga diskaun yang lebih rendah berbanding dengan harga pasaran. Dia rendah kadang-kadang sampai ke 30 ke 40% daripada market price yang kita edarkan kepada semua kawasan mengikut DUN. Ini membuktikan Dato’ Yang Dipertua, bahawa intervensi kerajaan melalui konsep harga ladang terus ke pengguna ini mampu menyekat dan mengurangkan peranan orang tengah di dalam menaikkan harga barangan tempatan secara berleluasa. Kerana itu untuk makluman Dewan Yang Mulia, sehingga Oktober 2025 program ni telah mencatatkan program yang sangat
memberansangkan. Untuk rekod dewan ini, Dato’ Yang Dipertua, saya baca sejak mula dilaksanakan pada bulan September 2022 sebanyak 1052 siri program telah pun dijalankan dengan jumlah keseluruhan yang menerima manfaat daripada jualan nismilan prihatin ini seramai 252,600 orang bagi seluruh masyarakat di Negeri Sembilan.
Dalam soal peruntukan pula, Kerajaan Negeri Sembilan telah pun memperuntukkan RM7.5 juta yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri manakala jumlah kesemua hasil jualan di sepanjang tempoh jualan Nismilan Prihatin ini telah berjaya mencecah sehingga RM10.1 juta ringgit. Daripada bulan Januari sehingga Oktober 2025 jumlah jualan yang dicatatkan adalah seperti yang saya nak nyatakan untuk rekod Dewan. Minyak masak lebih daripada 160 ribu peket, ikan kembung lebih daripada 1500 kilo, telur daripada hampir mencecah ke 50 ribu papan, ayam 60 ribu ekor beras tempatan hampir ke 17 ribu beg.
Bagi memperkasakan antara soalan ataupun yang dikemukakan oleh ADUN Lobak ini, apakah langkah Kerajaan untuk memperkasa dan menambah keberkesanan program pada masa nak hadapan maka Kerajaan Negeri telah pun meneliti pelbagai pendekatan untuk menambah baik sistem jualan Nismilan Prihatin ini. Pertama ialah untuk menambah jenis barangan keperluan harian bagi program Nismilan Prihatin, tetapi untuk makluman dewan, kita juga mempunyai jualan Agro Madani, kita juga ada Jualan Rahmah dan pelbagai pendekatan jualan harga rakyat untuk menampung keperluan dan juga mengurangkan kos sara hidup bagi rakyat keseluruhannya. Dan yang kedua juga di samping program Jualan Nismilan Prihatan, Agro Madani dan sebagainya pelbagai pendekatan kolaborasi strategik bersama dengan daerah dan jabatan yang sekarang ini terus-menerus dijalankan oleh Jabatan Pertanian terutamanya di dalam kita kolaborasi dengan program Agrofest, Mantai Raya Kembara Merdeka dan pelbagai program yang boleh kita lebar-luaskan lagi pendekatan Nismilan Prihatin untuk kita libatkan kesemua usahawan koperasi dan juga pelbagai pihak agensi pengeluar bahan makanan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih, yang jelas sekali dari Pertang. Tapi saya nak suarakan di Dewan Yang Mulia ini memang ini program yang dua tahun lebih memang bermanfaat untuk golongan yang tertentu tapi ada sikit kena dipandang dengan serius sekali kerana sudah dua tahun lebih nampak, tapi cadangan dari Pertang itu ada nampak item, kerana di kawasan saya berbanding dengan Jualan Rahmah, berbanding dengan Jualan Madani, memang satu perjuangan yang hebat sekali untuk golongan yang khasnya B40. Jadi kami pun ada prihatian bahawa ada segolongan kicik mungkin dia salah guna jadi kami harap kerajaan kerana berjutaan wang itu dua tahun lebih ini, soal belanja di program prihatian ini kami takut, takut ada sebahagian kicik, salah guna so kami harap adalah kerajaan memantau
belanjaan ini dikeluarkan dengan ada audit atau apa cara dia memantau bahawa wang yang jutaan wang itu tak ada di salah, atau beli barang tu contohnya, dia ada segolongan dia datang, dia sapu barang ataupun sebahagian itu, barang itu yang balance itu, tally tak tally, saya kena harap sebelum bertimbulkan masalah, harap kerajaan dengan audit sekali terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, soalan Lobak ini, saya ucap terima kasih kerana keprihatinan supaya tidak berlaku ketirisan dalam kita menggunakan dana kerajaan negeri. Tiap-tiap tahun, Dato’ Yang Dipertua, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah kewangan yang besar, terutamanya kepada program kesejahteraan rakyat, seperti tahun 2026, kita ada penambahan dalam soal Nismilan Prihatin Agro Madani, apatah lagi Jualan Rahmah yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dan setiap dana kerajaan ini, untuk makluman ahli Dewan penggunaannya melalui audit dan juga tatakelola yang ditentukan oleh tatacara perolehan kewangan. Maknanya setiap faktor dan item yang kita keluarkan dalam Nismilan Prihatin, Agro Madani dan sebagainya ini, melalui item yang dikeluar dan dijual, dan ini mempunyai rekod di peringkat jabatan, yang tentunya melalui proses-proses kewangan yang tertentu. Sebelum saya tutup jawapan saya pada hari ini, Dato’ Yang Dipertua, saya ambil kesempatan ini, untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat ADUN Rantau selaku Menteri Luar kerana telah berjaya membawa balik rakyat Malaysia daripada Mae Sot, yang ada di persempadanan Mae Sot, kerana kesalahan pemerdagangan manusia, ini memberikan satu tanda, ataupun sebagai simbol bahawa rakyat Malaysia ini jangan terlalu mudah terpengaruh dengan janji-janji kosong yang ditawarkan oleh pihak luar. Tahniah kepada Yang Berhormat ADUN Rantau. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi pertanyaan lisan telah pun tamat. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan secara bertulis.
Rang Undang-UndangBill
[sambungan Rang Undang-Undang perbekalan (2026) 2025
Perkara keempat, Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita masih lagi di dalam sesi perbahasan Usul Anggaran Belanja Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2026 dan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025. Saya persilakan jika ada… saya persilakan Yang Berhormat Rantau.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Warahmatullahi Wabarakatuh.
Lama sudah tidak berkuda, Berkuda di Batu Hampar, Lama juga kita tak berjumpa, Dato’ Speaker apa khabar?
Dato’ Speaker, terima kasih memberikan saya peluang untuk saya memberikan pandangan dan juga memberikan ulasan berkenaan dengan Belanjawan 2026 Negeri Sembilan yang telah pun dibentangkan dengan baiknya oleh Yang Amat Berhormat Sikamat pada hari Jumaat lepas. Saya minta maaf sebab semalam sepatutnya saya datang tetapi disebabkan oleh ada keadaan tidak baik yang berlaku di sempadan Cambodia dan juga Thailand saya terpaksa tidak dapat hadir semalam dan terpaksa menguruskan ketegangan yang berlaku yang menyebabkan banyak kehilangan nyawa di kedua-dua pihak di antara Cambodia dan juga Thailand. Keadaan di situ tidak baik sangat hari ini pagi tadi pun saya bercakap dengan rakan sejawat kedua-dua negara supaya balik semula kepada kita punya perjanjian The Kuala Lumpur Accord yang mana Artikel 7 menyatakan bahawa jika ada pertempuran yang sengaja ataupun tidak disengajakan, kedua-dua pihak mesti kembali semula ke meja rundingan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah pun menelefon kedua-dua rakan sejawat beliau, kita berharap supayanya tidak berlarutan kerana ia tidak baik kepada rantau Asia Tenggara ini.
Dato’ Yang Dipertua, saya ucapkan mengambil kesempatan mengucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat kerana telah dapat dan berjaya membentangkan bajet 2026 dengan anggaran perbelanjaan kita sebanyak RM640 juta dan anggaran pendapatan kita RM610 juta. Maka bajet tahun depan merupakan bajet yang difisit RM30 juta. Nanti saya nak beritahu bagaimana kita nak buat berimbang Yang Amat Berhormat. Kita mesti bentangkan bajet yang baik pada masa kita tidak menghadapi masalah, melainkan semasa kita menghadapi Covid dulu ataupun krisis ekonomi, kita mesti stimulate the economy dan kita mesti buat pump prime, kerajaan mesti menjadi sebagai pendukung kepada mengurus ekonomi. Tapi dalam keadaan baik ini seperti yang disebut oleh daripada Bahau tadi kita memudah carakan untuk kita pelabur-pelabur datang dan kita urus dengan baik supaya mereka dapat mengurus dan mereka mendirikan industri di Negeri Sembilan dan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak Negeri Sembilan dengan jayanya.
Tahniah kita ucapkan saya ucapkan juga pada tahun 2024 Negeri Sembilan telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik iaitu sebanyak 4.6% dengan jumlah keluaran negara kasar sebanyak RM54.6 bilion, kalau tak
salah saya kalau saya ingat lagi ini satu pertumbuhan yang amat baik dan negara kita pula Dato’ Yang Dipertua pada tahun ini, kita amat sukacita dan kita berusaha dan usaha kita telah dapat mendatangkan hasil yang baik bertentangan dengan apa yang diberitahu oleh orang ataupun orang bercakap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri cuma bercakap saja tapi tak nampak kesan. Kita keluar negeri, saya bersama sahabat saya, Menteri MITI mengiringi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri keluar negara bukan nak makan angin Dato’ Yang Dipertua, kita keluar negara untuk kita mengokohkan lagi hubungan dua hala, mengokohkan lagi hubungan berbagai hala di atas platform antarabangsa dalam masa yang sama kita menjual negara kita untuk lebih ramai lagi pelabur-pelabur yang datang dan mereka amat tertarik dengan negara kita, negara kita sebuah negara di Rantau Asia Tenggara ini yang kerajaannya dah menjadi sebuah kerajaan yang stabil. Ini merupakan kriteria pertama yang dilihat oleh pelabur-pelabur. Tidak ada mana pelabur yang akan datang membawa pelaburan mereka di negara yang tidak ada kestabilan. Kita dah capai kestabilan.
Di Parlimen kita dah ada lebih 2 pertiga. Ini satu keadaan yang baik itu sebabnya kita dapat banyak pelaburan diluluskan dan sebagai tanda awal kepada kesan daripada kedatangan pelaburan ini ringgit kita mengokoh, ringgit kita kalau kita lihat pada awal tahun ramai yang akan katakan ringgit kita akan menjadi RM5 kepada 1 Dolar Amerika. Pada ketika itu, bulan Mac juga ringgit kita didagangkan RM4.47, RM4.475, RM4.47 1 Dolar Amerika. Tetapi setakat semalam ringgit kita didagangkan RM4.112, RM4.112 ringgit to a Dollar. 40 lebih sen Dato’ Yang Dipertua, ringgit kita telah mengokoh selama 8 bulan. Ini satu keadaan yang jelas menunjukkan bahawa ramai orang datang membeli ringgit kita, kerana dalam teori ekonomi, basic economic theory oleh kalau kita ingat dulu siapa ambil ekonomi? Harcharan Singh Khera kita tingkatan 6 ekonomi kita economy is all about demand and supply. Banyak permintaan untuk ringgit kerana orang datang nak melabur di sini dengan membawa US Dollar, mereka mesti membeli ringgit untuk mereka melabur di Malaysia. Maka permintaan untuk ringgit banyak. Oleh sebab itu juga untuk pertama kalinya selepas 2014 rezab antarabangsa kita melanjak naik menjadi RM124, RM124.1 bilion US Dollar. reserve antarabangsa kita, kita punya foreign reserve suatu jumlah yang amat besar Dato’ Yang Dipertua. Ini satu kekuatan ekonomi, bila orang datang nak melabur, bila orang datang untuk melabur di negara kita terutamanya pengurus-pengurus dana, dia melihat betapa kuatnya kita punya kita punya international reserve ataupun foreign reserve kita. kita boleh mampu untuk menampung 48 bulan import kita dan kita boleh mengurus, kita boleh orang kata we can we have the capacity to oblige obligation kita terhadap hutang jangka pendek yang satu tahun ke bawah. Ini satu kekuatan yang kuat. Jadi saya nak minta Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Sikamat dan juga rakan-rakan pentadbiran ambil peluang ini, peluang ini peluang yang mana pedagang-pedagang datang pelabur-pelabur
datang ke negara kita. Dan mereka nak melabur maka permudahkan, ada tempat-tempat yang mana kita bawa pelabur-pelabur Dato’ Yang Dipertua, tetapi mereka kecewa, satu tahun kadang-kadang isu tanah tak selesai-selesai. Jadi saya harap supaya kita Negeri Sembilan tadi Bahau mengatakan bahawa ada kita punya fast track apa semua everything, lakukan dengan terbaik kerana di peringkat persekutuan kita membawa pelabur, tetapi persekutuan mereka datang pelabur dia pilih pula kita nak pilih ke mana negeri. Sekarang ini kita tubuhkan Johor-Singapura Special Economic Zone, kerana kita nak supaya apa orang kata gandingan Singapura-Johor ini kita jangan menjadi sebagai satu masalah, tapi satu kekuatan. Maka berpuluh bilion sekarang telahpun datang dan melabur di Johor dengan data center dan macam-macam. Negeri Sembilan tidak terkecuali kerana kedudukan kita amat strategik. Kita dah masuk dalam The Greater Klang Valley dalam Kuala Lumpur Conglomeration Area. Maka sebagai kerajaan negeri kita mesti menjadi sebagai conduit sebagai pemudah cara ataupun kita mesti mengadakan dasar-dasar yang merangsang pertumbuhan ekonomi. Ekonomi tak tumbuh dengan sendiri, ekonomi mesti dirangsang Dato’ Yang Dipertua, tetapi sebagai kerajaan negeri bagaimana kita nak merangsang ekonomi maka itu sebabnya saya katakan bahawa perlu disegerakan kerana apabila kita bercakap di Federal kita lihat tak ada tempat nak dibawa pelabur di sini.
Boleh bertanya dengan rakan. Saya bersama dengan sahabat daripada Negeri Sembilan, saudara Loke kami sentiasa saja, asik-asik kita bawa kan kadang-kadang pergi ke Kedah, itu sebabnya Kedah kata wah dia bagus semua tapi dia punya kawasan peindustrian dia besar. Kawasan perindustrian dia Gurun, Kulimnya memang dah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan, tetapi dia cari dapat nama pertumbuhan ekonomi Kedah bagus dan macam-macam lagi. Padahal siapa yang bawa pelabur? kita yang bawa pelabur, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Perpaduan Persekutuan. Jadi di Negeri Sembilan ini sayang saya pernah sebut, jangan tak nampak Negeri Sembilan saya katakan dalam kabinet, Negeri Sembilan dekat, pelabur lebih mudah datang melabur di Negeri Sembilan. Tetapi kita mesti wujudkan segera kawasan yang sesuai untuk pelabur datang melabur mendirikan industri-industri mereka industri yang strategik. Buat kluster-kluster dia kluster yang mana kelas A, kelas B, kelas C. Macam dulu kita buat dekat Enstek itu kluster A yang mana dia punya discharge equivalent to BOD 20. Drinkable punya kualiti. Itu sebabnya syarikat Amerika, dia mereka mahu melabur ataupun mendirikan industri di kawasan kelas A macam tu. Kita ada kawasan yang mana kita ada buat macam-macam dulu kerana kita tak boleh mencampur adukkan Dato’ Yang Dipertua, kilang papan bersebelah dengan kilang makanan bersebelah dengan kilang elektronik, tak mahu begitu. Kalau nak buat kilang-kilang yang banyak pencemaran ini buat di hiliran.
Ini dah buat dah Dato’ Yang Dipertua, kita kena rangsang itu sebabnya pada tahun 2015 saya nak cakap sejarah sikit lah 2015, kerajaan Negeri Sembilan
ketika itu kita telah pun buat satu Dasar Pembangunan Negeri Sembilan 30 tahun, 2015-2045. Macam mana kita nak menjayakan Dasar Pembangunan Moden Negeri Sembilan pada ketika itu kita rancang iaitu apa yang dipanggil sebagai The Malaysian Vision Valley. Malaysia Vision Valley pada ketika itu yang berada di atas kawasan yang amat luas 153 ribu hektar. Konsepnya Dato’ Yang Dipertua adalah from the mountain to the sea iaitu daripada Bukit Mantin ke Port Dickson. Jadi ini China pun suka sebab dia pelabur negara China berlumba-lumba nak datang kerana dia punya feng shui kuat. Belakangnya gunung dan di depannya air. Mereka suka itu sebabnya kita kata kluster perindustrian mesti berada di Lukut, bukan saya nak sokong YB Lukut tapi industri jangan diletak di kawasan huluan Dato’ Yang Dipertua.
Semalam saya pergi, bukan semalam lah hari Ahad saya mengadakan pergi di kawasan Senawang. Saya tengok bukit dah ditarah, kawasan tinggi ditarah. Saya tanya dengan Pengerusi KRT di situ nak buat apa tu, dengar khabar nak buat kawasan perindustrian. Yang Amat Berhormat Sikamat, saya nak bagi nasihat sebagai yang saya rasa saya yang paling senior dalam Dewan ni. I think I'm the most senior in this Dewan. Jangan buat industri di kawasan lebih tinggi daripada kawasan perumahan. Pencemaran nanti susah sebab kita susah. Di kawasan hiliran banyak kawasan tadahan air Sungai Linggi tu merupakan sungai yang tempat kita memberi minum orang Port Dickson dan juga orang di Seremban. Yang Amat Berhormat Sikamat itu sebab badan dia besar sikit, sebab dia banyak minum air Sungai Linggi. Tercemar Sungai Linggi tercemarlah air untuk minuman orang di Linggi orang Port Dickson dan orang Seremban Dato’ Yang Dipertua. Elok letakkan industri di kawasan hiliran. Kalaupun ada pencemaran, dia akan terus pergi ke laut. Jadi Dato’ Yang Dipertua, saya harap supaya Negeri Sembilan, Yang Amat Berhormat Sikamat kan, saya pernah cakap dengan beliau segerakan, segerakan buat rancangan meransang ekonomi, kerana ekonomi baik sekarang. Walaupun ekonomi dunia sekarang ni kelam kabut kerana politik dunia tak menentu. Ekilibrium politik dunia telah pun dipecahkan oleh kita tahu siapalah ya. Seorang ketua negara yang tidak mengikut norma-norma hubungan antarabangsa biasa. Biasanya hubungan antarabangsa hubungan dua hala, hubungan berbagai hala. Bilateral and multilateral. Tapi sekarang dia tak kisah bilateral, dia tak kisah multilateral dia kisah dia sahaja. Dia gunakan tarif sebagai senjata untuk mengugut negara-negara supaya akur dengan apa yang beliau mahu. Jadi Dato’ Yang Dipertua, saya harap supaya Negeri Sembilan buat elok-elok. Kita berada di kawasan yang amat strategik kawasan dalam KL Cornovation Area, dalam kawasan The Greater Klang Valley. The facilities kita tak perlu airport, airport dekat dengan kita tak perlu pelabuhan, pelabuhan dekat dengan kita. Kita ada, kita punya Inland Port di Nilai macam-macam. Jadi gunakan kelebihan kita ini untuk kita membangunkan ekonomi negara.
Ekonomi negara Alhamdulillah 3rd quarter GDP kita tumbuh dengan baik 5.2%. Ini merupakan suatu di luar jangka. Ekonomi negara kita pada 3rd quarter Dato’ Yang Dipertua, tumbuh pada 5.2%. Ini sesuatu yang masyarakat antarabangsa pun melihat begitu hairan. Bagaimana Malaysia boleh melonjak dalam keadaan ekonomi yang serba tak menentu sekarang. Tetapi kita boleh melonjak. Kerana apa? Ramai yang datang melabur. Negara jiran banyak tidak ketentuan. Banyak ketidaktentuan di negara jiran. Jadi di mana mereka nak datang? Mereka datang ke Malaysia. Di Malaysia di mana? Di sini Negeri Sembilan perlu mengambil tempat dengan segera kerana kita boleh bawa mereka datang ke Negeri Sembilan. Insya-Allah saya akan jual Negeri Sembilan sebagai anak Negeri Sembilan. Saya mahu melihat negeri saya membangun. Saya nak lihat supaya negeri Sembilan tumbuh ekonomi dengan baik dan kita sama-sama menikmati pertumbuhan ekonomi dan juga kejayaan yang dicapai oleh kerajaan Negeri Sembilan. Insya-Allah. Tetapi terpulanglah kepada rakan-rakan pentadbir untuk melihat dan juga menentukannya.
Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya duduk Dato’ Yang Dipertua, saya nak beritahu satu. Di sini kita, kita everything is the truth but the truth. Nothing is the truth but the truth. Kita membentangkan, perbahaskan kita buat undang-undang kita buat dasar. Di sini kita bersetuju. Kita mesti orang tua-tua kata kalau kerbau kita pedgang pada talinya, kalau ada manusia pegang pada janji. Saya nak tanya satu, Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua ada dalam Al-Quran mengatakan (ya aiyuhallazi), bukan surahlah ayat (dibaca dalam Bahasa Arab) Dato’ Yang Dipertua apa maknanya Dato’ Yang Dipertua? Saya nak terjemahkan “Wahai orang-orang yang beriman tunaikanlah janji-janji kamu.” Ukut itu akad. Akad itu janjilah. Apa saja kita janji, tunaikan. Supaya rakyat tidak merasa kecewa. Jadi saya harap supaya apa yang kita janjikan, apa yang kita cakapkan, kotakan. Kerana manusia dipegang pada janji. Janji, janji kita mesti ditepati. Saya nak menegur satulah sebagai wakil daripada rakan yang menubuhkan kerajaan Negeri Sembilan ini. Saya merasa kecewa, Dato’ Yang Dipertua. Kerana kita berjanji di peringkat Persekutuan. Kita berjanji bersama untuk mengurus negara. Negara mesti diutamakan. Negeri Sembilan pun begitu. Kita bersama untuk urus negeri. Dan kita mesti bagi-bagi sama-sama. Itu sebabnya pembahagian jawatan di peringkat Kabinet, Dato’ Yang Dipertua, kalau KPT-PH, Luar Bandar-Barisan Nasional. Kalau KPM-PH, KPTnya Barisan Nasional. Jika KDNnya-PH, KLNnya-Barisan Nasional. Dato’ Yang Dipertua. Tetapi dalam masa di Negeri Sembilan baru-baru ini, keputusan dibuat, dia tak begitu pula. Patutnya satu untuk kau, satu untuk aku, satu untuk aku, satu untuk kau. Ini dua untuk aku, kosong untuk kau. Tak maulah macam itu. Saya tak maulah kerana di luar sana kita ada tahap kita boleh mengekang perasaan. Kami seboleh mungkin kami nak bersama-sama untuk kita mengurus negeri. Mengurus negara. Tetapi kita juga ada isu yang orang kadang-kadang bertanya kepada kita yang kita susah nak jawab. Bukankah ada baiknya itu pembahagian senator, satu untuk PH,
satu untuk Barisan Nasional? Kan begitu? Speakernya PH, timbalan speakernya BN. Jadi ini tak betul. Saya tak mahu perkara ini berlaku lagi. Hormatkanlah rakan kerjasama kita. Kerana bak kata di dalam ucapan Yang Amat Berhormat Sikamat, labo sama dapek. Cicir sama rugi. Ini labo tak sama dapet. Labo seorang yang dapek. Yang cicir kami. Dan boleh dikatakan juga bahawa dalam itu gagahnya gunung dek tanah. Ingat itu. Gagahnya gunung dek tanah. Jangan tanah nanti lombik, gunung runtuh. Kita tak mahu itu jadi.
Jadi itulah pandangan saya Dato’ Yang Dipertua. Tahniah sekali lagi kepada Yang Berhormat. Tapi bajet defisit RM30 juta itu Yang Amat Berhormat. Dia defisit itu kerana saya nak cadangkan. Kalau dalam keadaan situasi memerlukan perbelanjaan di luar jangka itu. Saya dulu yang menyokong. Saya juga yang disebut disokong oleh YB Loke. Supaya P50 peruntukan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita bagi RM50 juta. Kalau tidak Dato’ Yang Dipertua, saya 2 penggal RM5 juta saja. Penggal ketiga RM10 juta. 50 juta ini kalau dipotong 30 juta kita dah jadi balance bajet, bajet berimbang. Tinggal RM26 juta lagi. Banyak tu, RM26 juta. Kalau perlu nanti untuk buat-buat kerja kebajikan belanjalah. Kita bentang dalam peruntukan tambahan. Jadi cantik nampaknya. Negeri-negeri lain cantik bajetnya. Tapi kita dalam keadaan baik ekonomi yang baik, kita masih lagi membentangkan bajet yang defisit. Tak cantik Dato’ Yang Dipertua. Optik dia tak elok. Negeri Sembilan membentangkan bajet yang defisit. Maka saya cadangkan. Saya menyokong bajet yang dibentangkan oleh Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat tetapi dengan pindaan. Supaya P50 dipotong RM30 juta, jadilah bajet kita bajet yang berimbang RM610 juta. Sekian terima kasih. Assalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau.
Pohon korma jatuh tertimpa, Jatuh menimpa di tanah rata, Saya di sini sehat sejahtera, Moga Yang Berhormat Rantau begitu juga.
Saya dengan Tok Mat sama umur. Okay saya jemput Yang Berhormat Lenggeng.
Yang Berhormat, saya mohon sebab saya nak apa ada video conferencing dengan Cambodia dengan juga US dan juga dengan Thailand. Terima kasih.
Terima kasih YB Menteri Luar. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana memberi laluan kepada Lenggeng untuk berbahas bersama-sama berbahas dalam Belanjawan 2025 bagi 2026. Saya
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dua perkara. Satu kerana berjaya membentangkan Belanjawan bagi 2026 dan yang kedua menerima berita gembira semalam menyambut cucu begitu juga tahniah saya kepada semua, kepada Exco Kanan, Exco-Exco dan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang bersama-sama bertungkus lumus bagi membentangkan Bajet 2026.
Saya melihat, saya memuji barisan Kerajaan yang diketuai oleh Dato’ SS, dan Pegawai Kewangan yang baru kerana berjaya surplus membuat collection surplus RM8.307 juta pada tahun 2025 pada tahun ini. Walaupun begitu kita melihat pelaburan Negeri Sembilan pada tahun 2025 sebanyak RM6.2 bilion berbanding tahun lepas RM7.2 bilion dimana ada penurunan sebanyak 1 bilion. Penurunan ini takut-takut akan menjadi trend pada tahun-tahun yang akan mendatang, kerana kita faham dan kita sudah maklum yang dibahas oleh Yang Berhormat Rantau panjang lebar tadi berapa begitu pentingnya pelaburan untuk negeri kita. Walaupun bagaimanapun saya juga melihat Kerajaan meletakkan target sebanyak RM8 bilion bagi tahun 2026. Jadi bagi mencapai target sebanyak RM8 bilion ini kita berharap seluruh jentera Kerajaan mempunyai satu misi yang sama satu fikiran yang sama yakni mencapai sasaran RM8 bilion pada tahun 2026.
Dato Yang Dipertua, mari kita melihat contoh negeri-negeri yang jauh lebih besar pada Negeri Sembilan. Contohnya seperti negeri Johor bukan saya nak memuji Johor dengan baju pada kita, tak sebab Johor dialah satu negeri yang besar dan satu negeri yang sedang pesat membangun. Apa yang telah dibuat oleh Johor itu pada 1 Jun, pada 1 Januari 2023, Johor telah membuat satu satu program yang dipanggil Johor Fastlane. Johor Fastlane ialah satu proses pembangunan bagi merancakkan pelaburan bagi negeri Johor, yakni mereka melaksanakan proses daripada untuk mendapatkan kebenaran merancang, kebenaran building plan pembinaan sijil siap, sehinggalah CCC dapat tercapai. Inilah satu idea yang sangat bernas yang telah dibuat di Johor dan kita melihat apa kesan dia mengikut daripada pemaju pemaju-pemaju yang masuk ke dalam negeri Johor melalui Johor Fastlane masa urusan yang biasa-biasa yang dulu ambil hingga 12 bulan, boleh disingkat bagi setengah projek urusan boleh siap dalam kira-kira empat bulan. Maksudnya apabila telah dilaksanakan program Johor Fastlane daripada setahun contoh setahun, boleh jimat sebanyak enam bulan, mungkin ada sehingga dua tahun, boleh jimat hingga setahun. Jadi ini sangat menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit dan kita boleh melihat pelabur-pelabur gembira masuk ke negeri Johor. Ini terbukti dari apabila pada tahun 2023 sebelum Johor melaksanakan Johor Fastlane pelaburan di negeri Johor hanyalah RM43 bilion setahun, tetapi apabila melaksanakan Johor Fastlane, pada tahun 2024, 48 Johor telah meningkat pelaburan daripada RM43 bilion kepada RM48.5 bilion, tapi pada tahun 2025 sebab pada tahun 2023, Johor Fastlane baru saja dilaksanakan kemudian masuk 2024 mungkin 2025 seluruh jentera kerajaan telah faham
dan telah berjaya laksanakan Johor Fastlane ni Fast track dan kelulusan merancang diluluskan sehingga CCC ini, mereka telah berjaya menjana pelaburan lebih RM90 bilion pada tahun 2026. Maksudnya dalam pada tahun 2023 sahaja Johor telah meningkat pelaburan berganda-ganda hebatnya mungkin kesan daripada dan semestinya kesan daripada Johor Fastlane ini dan juga kesan seperti YB Rantau bagitahu tadi, mereka bersama dengan PMX dan rakan-rakan keluar mencari pelabur-pelabur masuk ke dalam negeri masing-masing. Program ini saya melihat saya melihat program ini satu program yang sangat bagus, iaitu satu tindakan yang optimum, menghasilkan impak yang maksimum.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana dalam ucapan Belanjawan Negeri Sembilan yang baru ini, Negeri Sembilan juga telah menubuhkan Fastlane, mungkin kita lebih panggil N9 Fastlane untuk memacu pelaburan negeri, sebab kita tahu halangan kepada pelaburan-pelaburan yang masuk adalah karenah birokrasi, kadang-kadang untuk mengambil, untuk tukar status tanah daripada zoning perumahan ke zoning perindustrian mengambil masa yang lama mungkin, jadi mungkin dengan dan bukan mungkin dalam kaedah Fastlane yang telah diwujudkan Negeri Sembilan pada tahun ini, saya begitu yakin bahawa Negeri Sembilan akan mampu memacu pelaburan dan mampu mencapai target sehingga RM8 bilion yang disasarkan pada tahun ini. Ini juga saya, tahniah kepada saya rasa dan saya diberi maklum bahawa Fastlane ini telah dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Seremban yang menjadi pertama jadi saya mengharapkan PBT-PBT lain di seluruh daerah juga melaksanakan Fastlane diikutilah semua PBT-PBT seperti yang ditegur oleh ADUN Chennah baru-baru ini berkenaan dengan AI Port yang mungkin lewat dilaksanakan. Sesungguhnya kelewatan bagi kelulusan di peringkat PBT saya bercakap ini tidak mahu menyalahkan mana-mana agensi, cuma mungkin kita nak naik taraf cara-cara untuk meluluskan sesuatu keadah…
saya mohon untuk betulkan sikit mengenai AI Port 8 haribulan 12 baru dihantar KM dan 12 haribulan 12, insya-Allah kita akan ada mesyuarat jawatankuasa, bermakna dalam 4 hari ni insya-Allah kita, kita cuba selesaikan. Jumaat minggu lepas baru dihantar ke MPPD hantar dokumen dia untuk KM insya-Allah 12 haribulan 12 kita mesyuarat.
Baik Alhamdulillah, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi mungkin kita melihat kita tidak boleh salahkan dengan jawapan daripada Menteri Besar ni kita boleh lihat bahawa kadangkala bukan salah agensi kadangkala salah konsultan syarikat tersebut. Jadi kita kena lihat keseluruhan faktor mungkin juga agensi-agensi kerajaan boleh memberi nasihat kepada pelabur-pelabur supaya memilih konsultan-konsultan yang diiktiraf sahaja. Jadi kita lihat kenapa pelaburan ni sangat penting yang Dato’
Yang Dipertua, kita lihat pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, projek F&N di Gemas telah memberi peluang pekerjaan, meningkat fasa demi fasa, Gemas dan Tampin ada ADUN Gemas dan Tampin, dapat limpahan pelaburan dengan tersedia peluang pekerjaan hampir seribu peluang pekerjaan. Bukan itu sahaja kita dapat juga premium tanah, cukai-cukai syarikat pelaburan dan mampu memberi pendapatan kepada kerajaan Negeri Sembilan. Saya yakin dengan perlaksanaan Negeri Sembilan Fastlane pada tahun ini pada tahun akan datang pelaburan Negeri Sembilan akan rancak seperti mana-mana Johor yang mendadak naik ke RM91 bilion berbanding sebelum Johor Fastlane dilaksanakan hanya RM43 bilion hanya 43 bilion. Maka demi mencapai tadbir urus yang baik pelaburan yang baik mencapai sasaran pelaburan yang baik saya menyokong bonus minimum 2 bulan dan tambah 1 bulan bagi yang cemerlang. Saya yakin setiap ketua jabatan akan mula bermesyuarat dan akan set KPI bagi staf masing-masing.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih juga kepada Pegawai Kewangan Negeri serta JKR kerana mendengar keluhan saya berkenan dengan masjid di Bandar Tasik Senangin yang hampir 2 tahun telah terbengkalai. Kini masjid di kawasan saya sedang rancak dibangunkan, sejurus saja masjid beroperasi pembangunan berjalan semula saya telah memanggil 15 persatuan penduduk yang resah disebabkan masjid mereka terbengkalai lebih 2 tahun. Diantara perbincangan adalah mereka begitu gembira dengan pelaksanaan semula masjid ini dan yang kedua adalah penubuhan semula jawatankuasa penaja masjid yang baru bagi menyelesaikan isu-isu lama jawatankuasa penaja yang dulu dan menjadi penubuhan ini penting bagi menjadi mata dan telinga rakyat di sebelah sana terhadap kerajaan bagi pembangunan yang sedang dijalankan ketika ini. Dan saya berharap dan saya telah berjumpa dengan pengarah Jabatan Agama Islam, saya berharap pembentukan jawatankuasa ini dapat dilaksanakan.
Dato’ Yang Dipertua terima kasih juga kepada PMX Perdana Menteri kita yang telah menubuhkan dalam membangun satu Projek Sejati Madani yang memberi impak kepada JPKK di seluruh Negeri Sembilan. Juga kepada persatuan-persatuan penduduk pelaksanaan ini telah dibuat di bawah pejabat PPN Negeri. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengarah PPN Negeri kerana kelulusan setiap permohonan begitu laju dan hampir semua JPKK di bawah Lenggeng lulus dan duit masuk dalam masa tak sampai 3 bulan. Inilah salah satu contoh yang terbaik and very efficient yang memberi impak kepada JPKK-JPKK saya. Hari ini setiap JPKK saya mampu menghasilkan pendapatan masing-masing dan mereka banyak membantu masyarakat kampung dengan duit hasil daripada program sejati madani seperti bakul makanan, duit-duit belanja, duit orang sakit dan adakalanya mereka melaksanakan gotong-royong kampung, semua menggunakan duit hasil daripada program sejati madani, dan saya berharap sejati madani bagi tahun 2026 dapat diteruskan lagi dengan pakej-pakej yang
lebih menarik dan terbaik. PPN Negeri juga dibawah PPN Negeri juga begitu pantas membantu apabila berlaku bencana di kawasan-kawasan saya contohnya. Ada satu kisah malam baru-baru ini berlaku ribut di kawasan saya pukul 7 malam, pukul 10 malam saya call pengarah PPN Negeri untuk menyatakan perkara bencana yang berlaku di kawasan saya, 7.30 pagi keesokannya pengarah telah sampai, kelam kabut saya bangun untuk sama-sama kerana saya telah minta tolong dia seawal pagi dia telah respon. Jadi Dato’ Yang Dipertua inilah pujian kepada agensi-agensi kerajaan. Kami YB-YB kawasan bekerja siang dan malam tidak mengenal penat lelah dan tidak mengenal waktu. Adakala kami bekerja sehingga 12 malam sekiranya berlaku sesuatu bencana jadi saya nak ucapkan semua kepada agensi kerajaan kerana begitu pantas dan tangkas respon contohnya kepada Dato’ SS. Kadangkala perlukan kelulusan daripada Dato’ SS. dan beliau terus respon walaupun pada hari Ahad.
Jadi kita harap semua agensi-agensi kerajaan faham kalau kita kacau Sabtu Ahad itu jangan marah, tapi buat masa ini semua tak marah. DO kawasan saya semua baru, PTG semua sangat memberi respon walaupun di luar waktu pejabat. Dato’ Yang Dipertua, masih tidak terlambat saya ucapkan selamat bertugas kepada Datuk Bandar Seremban baru yang dilantik sekitar Ogos. Saya melihat dan saya ikuti Facebook dan TikTok Majlis Bandaraya Seremban. Mereka melakukan lawatan-lawatan ke gerai-gerai sama ada yang mempunyai lesen atau tiada lessen. Lawatan beliau bukan untuk menghukum, tetapi untuk membantu malah MBS ini memudahkan gerai-gerai di kawasan saya amnya untuk diberi lessen. Terutama di kawasan-kawasan kampung. Gerai penjaja yang baru juga sedang dibangunkan di Lenggeng. Ini adalah respon yang pantas atas permohonan saya bagi menjana income dan pendapatan kepada rakyat-rakyat di kawasan Lenggeng. Ini dapat memberi peluang kepada anak-anak muda supaya dapat berniaga. Tahniah dan teruskan usaha ini kerana ini mengangkat imej kerajaan di mata rakyat. Saya cadangkan MBS turut membuat fastlane bagi permohonan lesen. Kerana ada juga di kalangan rakyat datang mengadu kepada saya mereka berulang alik ke MBS hanya untuk mendapatkan lesen dan ada kalinya sehingga 6 kali terpaksa ulang alik ke MBS. Jadi daripada Lenggeng ke majlis itu ataupun ke nilai jarak dia ada kadang menggunakan belanja yang banyak untuk orang-orang kampung kalau satu kali pergi RM50 itu banyak. Kalau sampai 6 kali pergi untuk dapatkan 1 lesen, akhirnya mereka buat keputuasan untuk berniaga secara illegal. Jadi cadangan untuk fastlane untuk permohonan lesen ini sangat dialuh-alukan.
Dato’ Yang Dipertua, saya masuk menyentuh program Fast Track SPM. Satu program yang sangat baik. Fast Track tahfiz. Program ini sudah masuk penggal kedua dan rata-rata seluruh pelajar tahfiz di Negeri Sembilan mula memberi fokus kepada program kerajaan negeri, Fast Track Tahfiz ini. Pelajar-pelajar tahfiz dan ibu bapa mula berlumba-lumba ingin bersama-
sama dalam program ini. Saya cadangkan agar bajet RM500 ribu yang dibentangkan pada tahun ini dinaikkan kepada satu angka yang difikirkan relevan. Begitu juga dengan bantuan anak negeri dan bantuan anak sekolah yang berjumlah RM2.2 juta yang saban tahun kami ADUN salurkan kepada mereka-mereka yang telah terpilih. Bantuan anak negeri sebanyak RM550 dan bantuan anak sekolah sebanyak RM600. Tetapi ada kalanya nama-nama yang diberi adalah kepada pelajar yang bukan daripada anak negeri. Contohnya di kawasan Lenggeng, ada sekolah yang sempadan Selangor. Sekolah-sekolah di Lenggeng ada yang bersebelahan dengan Negeri Selangor dan ada anak Negeri Selangor yang bersekolah di kawasan Lenggeng. Dan nama-nama mereka apabila saya lihat, saya sampaikan duit, saya melihat mereka adalah rakyat Selangor. Tapi disebabkan nama mereka telah sampai, saya tetap sampaikan juga.
Jadi saya menyeru memohon agar pada tahun ini daripada Exco Pendidikan, agar nama-nama yang diberikan untuk bantuan anak negeri, bantuan anak sekolah ini dirujuk kepada pusat khidmat. Supaya kita dapat saluran kepada mereka sasaran kita yang sebenar. Kita tak nak lagi bagi duit anak negeri kepada anak Selangor ataupun anak negeri kepada anak Melaka. Malah ada anak Melaka pun saya bagi juga. Di belah-belah sini. Dia duduk di sini, mengundi di sini. Tetapi sekolah di sini dan dia dapat bantuan anak sekolah, bantuan anak negeri. Jadi untuk tahun ini, saya berharap dapat kita rujuk kepada pusat khdimat dan juga ada di kalangan mereka yang sepatutnya ada yang lebih layak dapat berbanding daripada mereka yang dapat. Saya rujuk kepada YB-YB kawasan lain, dia kata kadang-kadang mereka pun tidak boleh jawab apabila ada anak yang lebih susah tak dapat. Tetapi ada anak yang lebih senang dapat daripada program BAN dan BAS ini.
Dato’ Yang Dipertua, rumah mampu milik adalah menjadi satu dasar kerajaan negeri pada hari ini. Ini adalah satu dasar yang terbaik bagi memudahkan bagi kepada semua rakyat untuk memiliki rumah, amnya kepada golongan muda. Kita ada kerajaan telah mensasarkan, menetapkan mana-mana tanah yang ingin dibangunkan lebih daripada 10 ekar, mestilah melaksanakan type A berharga RM110,000 dan type B berharga dengan berharga RM250,000. Jadi inilah satu rumah yang boleh dikatakan satu CSR oleh pemaju kepada anak-anak Negeri Sembilan. Dengan harga yang RM110,000 dimana saya maklumkan dengan harga yang RM110,000 saya rasa ramai pemuda belia yang sangat-sangat berminat untuk dapatkan. Saya maklumkan di kawasan Lenggeng di kawasan saya, Taman Arowana. Masih ada lagi 30 kekosongan bagi rumah type A. Kekosongan ini berlaku disebabkan apabila pengundian telah dilaksanakan, berlaku kerana loan-loan bank ataupun sebagainya telah ditolak kerana CCRIS dan sebagainya. Jadi dalam masa yang sama, ramai datang berjumpa dengan saya untuk mohon apabila tahu ada lagi kekosongan berlaku di Taman Arowana. Cuma saya ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan, permohonan-permohonan dan rayuan ini bilakah garis masa yang
diperlukan untuk diproses supaya mudah saya sampaikan kepada rakyat kawasan saya bila rayuan itu boleh dijawab. Kerana ada di kalangan mereka saya pun tak tahu entah betul atau tidak sebab dia tidak tunjuk dokumen pada saya.. Kata dah mohon 3 bulan, dah mohon 2 bulan. Tapi dokumen tak ada. Tapi saya perlukan garis masa untuk saya jawab kepada mereka.
Saya... Dato’ Yang Dipertua, saya juga memuji belanjawan ini atas inisiatif baru di mana kerajaan menyediakan rumah sewa beli kepada rakyat yang sukar lulus pinjam mereka. Tadi kita yang dah reject, tadi kerajaan telah menyediakan satu belanjawan khas kepada mereka yang gagal memiliki rumah sendiri tapi satu peluang untuk sewa beli. Ramai orang muda yang laksanakan pinjaman, namun pinjaman mereka yang ditolak. Maka dengan inisiatif ini, mereka mempunyai peluang untuk memiliki rumah sendiri. Cuma saya mohon kerana kita tu dia agak terhad. Bukan semua orang boleh. Sebab ini tahun pertama. Mungkin tahun kedua mungkin boleh diangkat bajet yang lebih besar. Jadi saya mohon agar setiap DUN diberi kuota untuk program ini. Contoh Lenggeng bagi 10. Juasseh 5. Ya 10 kan. Dato’ Yang Dipertua, saya menyentuh program Perikanan Rakyat, Program Kolam Rakyat. Saya melihat program ini boleh dibuat projek ini boleh dibuat bersama-sama dengan pemuda ataupun JPKK-JPKK kampung yang terlibat. Supaya sama-sama dalam program rintis ini. Dengan ilmu dan pengalaman yang bakal diterima sekiranya mereka bersama-sama dengan kerajaan dalam program ini. Pemuda mampu belajar dapatkan ilmu pengalaman supaya satu hari nanti mereka boleh berniaga sini. Kita ambil contoh sekiranya satu kawasan dapat 3,000 ekor ikan. Kadar survival ikan seharusnya 80%. Kalau daripada 3,000, 2,400 ikan akan membesar. Saiz jualan 200 gram lebih kurang ambil masa 2-3 bulan. Harga pasaran dengan harga pasaran RM6, RM8, kita ambil ikan keli, ikan yang paling tahan lasak. Campak-campak jadi. Campak-campak jadi. Kalau ikan lain, campak-campak mati. Jadi pendapatan boleh dijana setiap 3 bulan hampir RM4,800. Jadi dengan Projek Rintis daripada Exco, Exco Kanan ini kita bukan sahaja dapat touch point kepada rakyat. Bukan sahaja dapat memberi impak kepada kampung-kampung yang terlibat. Tetapi dapat sebarkan ilmu bagaimana untuk menternak ikan. Jadikan itulah peluang pendapatan kepada rakyat-rakyat kawasan saya. Jadi Dato’ Yang Dipertua, akhir sekali saya mengucapkan syabas kepada semua jentera-jentera kerajaan yang bersama-sama menjayakan Belanjawan 2026. Dengan ini, Lenggeng menyokong Belanjawan 2026. Wabillahi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum WBT.
Waalaikumsalam WBT. Terima kasih Yang Berhormat Lenggeng. Yang Berhormat Temiang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, kerana memberi peluang kepada saya megambil bahagian dalam sesi perbahasan berkaitan dengan Belanjawan Negeri Sembilan tahun 2026. Dato’ Yang Dipertua, saya
menyambut baik semua inisiatif yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada tahun 2026.
Secara ringkasnya, terdapat 69 inisiatif dengan jumlah RM112.8 juta di dalam sembilan bidang tumpuan. Terdapat 46 inisiatif yang sedia ada dalam dengan RM70 juta dan 23 inisiatif dengan RM42.8 juta. Belanjawan tahun depan merupakan Belanjawan yang paling tinggi dalam sejarah Negeri Sembilan iaitu sehingga RM640 juta. Memandangkan Belanjawan tersebut atau defisit dalam angka yang tidak tinggi, saya amat yakin bahawa kekurangan hasil ini dapat dikutip daripada hasil-hasil yang lain. Saya juga ingin mengambil peluang ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat MB, YB EXCO Kanan, Barisan ahli-ahli MMK, ADUN-ADUN Kerajaan dan semua penjawat awam kerana telah rajin berusaha menjalankan tugas dengan baik sekali. Maka saya yakin pada tahun 2026, ekonomi Negeri Sembilan akan terus meningkat dan rakyat boleh hidup dengan lebih selesa. Dato’ Yang Dipertua Dewan, rakyat Negeri Sembilan amat menanti-nantikan sesi Belanjawan ini. Mereka memang berharap kerajaan negeri akan melaksanakan inisiatif yang bakal dilaksanakan untuk meringankan kos beban kehidupan mereka. Di samping itu, rakyat juga berharap kerajaan negeri boleh menyalurkan lebih banyak kewangan melalui perbelanjaan pembangunan negeri. Seperti yang kita ambil maklum, pembangunan negeri tidaklah boleh tertakluk semata-mata daripada pihak swasta sahaja. Kerajaan negeri perlu memainkan peranan penting dan perlu membelanjakan kewangan yang banyak melalui pelaksanaan projek-projek infrastruktur.
Untuk tahun 2026, perbelanjaan pembangunan negeri adalah sebanyak RM150 juta. Angka ini, walaupun telah bertambah sebanyak RM15 juta, berbanding dengan RM135 juta pada tahun ini, tapi saya rasanya amat sedikit kerana kerajaan negeri mempunyai kewangan yang kukuh dan tinggi. Maka saya berharap kerajaan negeri boleh menambahkan perbelanjaan pembangunan ini memandangkan kita mempunyai rizab yang tinggi. Contohnya, untuk P56, projek-projek kecil di kawasan DUN, walaupun pada tahun depan peruntukan telah bertambah kepada RM7 juta, tetapi kalau dibahagikan untuk 36 DUN, setiap kawasan DUN hanya dapat lebih kurang RM195 ribu sahaja, tak sampai pun RM200 ribu. Dengan harga kos bahan yang tinggi, harga prun yang tinggi, dengan harga maksimum setiap projek mungkin lebih kurang RM30 ribu, maka kita hanya mampu menjalankan 6 projek kecil-kecil di sesuatu kawasan sahaja. Jadi ini adalah amat kecil. Dan jika kita menerima banyak permohonan daripada rakyat jelata di kawasan kita. P56 ini adalah amat penting untuk kita kerana impaknya amat besar sekali. Ia dapat menyelesaikan masalah rakyat seperti bumbung rosak, jalan rosak, ataupun longkang yang rosak dan sebagainya dalam masa yang singkat. Rakyat nampak impaknya dan usaha kerajaan negeri untuk membantu mereka. Jadi saya berharap setiap kawasan DUN sekurang-
kurangnya diberikan peruntukan RM200 ribu melalui P56 untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, perkara seterusnya adalah berkenaan dengan masalah perumahan Taman Bukit Zamrud, Temiang di mana masalah ini telah membawa banyak kali setiap persidangan di mana mereka-mereka ada membeli rumah jenis 2 tingkat tersebut. Rumah jenis 1 tingkat telah disiapkan tetapi rumah-rumah jenis 2 tingkat masih belum dibina oleh pemaju iaitu Dhaya Maju Infrastructure Asia di mana pembeli-pembeli telah tua, mereka tidak lagi mempunyai sumber pendapatan, tetapi masih perlu membayar pinjaman perumahan kepada bank, tetapi tidak dapat memiliki rumah tersebut. Jadi walaupun pihak EXCO telah mengadakan mesyuarat bersama dengan pemilik tanah dan pemaju, tetapi sehingga hari ini tiada penyelesaian. Pembeli-pembeli tunggu sahaja. Dan saya selalu ditanya-tanya macam mana perkembangan. Jadi mereka amat berharap kerajaan negeri menolong mereka. Saya nak tahu apakah status tanah tersebut. Sama ada masih dipegang oleh pemilik tanah ataupun telah dipindah milik kepada pembina perumahan tersebut iaitu Dhaya Maju Infrastructure Asia. Kalau sekiranya tanah tersebut tiada siapa pemilik, saya cadangkan kerajaan negeri supaya mengambil alih projek perumahan tersebut melalui PKNNS dan membina rumah tersebut kepada pembeli-pembeli rumah tersebut. Seperti yang telah dilakukan kepada pembeli-pembeli Taman Perpaduan Heights di Kuala Pilah.
Perkara ketiga adalah berkenaan dan cadangan saya untuk menaiktaraf keseluruhan saluran longkang di Jalan Tun Dr Ismail. Pada tahun ini, saya telah hantar surat kepada JKR iaitu bermula daripada Stesen Petrol Shell sehingga ke Kedai Jin Jang Lee Frozen Food. Saluran longkang tersebut telah tersumbat dan rosak. Setiap kali hujan, berlakunya banjir kilat di kawasan tersebut. Air akan melimpah ke permukaan jalan. Maka, kita telah menghantar surat permohonan. Jadi, saya nak tahu apakah status permohonan pelaksanaan kerja tersebut daripada JKR.
Perkara seterusnya adalah berkenaan dengan Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan. Untuk konteks ini, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri kerana setiap tahun, mereka yang mendapat keputusan kelas pertama telah diberikan anugerah sumbangan ini. Maka, sekali lagi, saya ingin mengambil peluang ini merayu dan bercadang kepada kerajaan negeri agar dapat memberikan sumbangan anugerah Siswazah Cemerlang ini kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan kelas pertama daripada Universiti Pengurusan dan Teknologi Tengku Abdul Rahman. Di mana universiti ini merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi yang bukan berkeuntungan. Saya menerima banyak permohonan daripada pelajar-pelajar universiti ini di mana mereka telah mendapat keputusan kelas pertama tetapi dimaklumkan universiti ini tiada dalam senarai IPTA
Anugerah Cemerlang daripada Yayasan Negeri Sembilan. Maka permohonan mereka pun ditolak. Ini amat mengecewakan mereka kerana mereka juga merupakan anak jati Negeri Sembilan dan daripada golongan yang berpendapatan rendah. Mereka telah rajin belajar sehingga memperoleh keputusan yang cemerlang. Jadi saya berharap kerajaan negeri menerima cadangan ini dan memberikan semangat kepada mereka.
Perkara seterusnya adalah berkenaan dengan perlombongan NRE di Negeri Sembilan. Saya ingin tahu berapakah lesen perlombongan ini telah diluluskan oleh kerajaan negeri di manakah lokasinya. Saya juga ingin tahu bagaimana pembinaan kilang-kilang perlombongan ini. Saya berharap kerajaan negeri mesti tegas dan memandang serius dalam isu ini. Saya juga ingin tahu bagaimana kaedah pembahagian keuntungan oleh kerajaan negeri dan pengusaha-pengusaha perlombongan ini. Begitu juga berapa lamakah tempoh lesen perlombongan ini adakah ia selama-lama ataupun ada had tempohnya. Saya berpandangan kerajaan negeri mesti memastikan semua kerja pembinaan, fasiliti dan peralatan perlu disediakan dengan peralatan-peralatan yang moden. Kita jangan kita khuatir kerana ia akan mendatangkan mudarat kepada penduduk-penduduk di negeri ini sekiranya pembinaannya tidak mengikut undang-undang.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya juga mengambil peluang ini, ingin tanya berapakah ganjaran kerajaan negeri terhadap atlet-atlet sukan yang telah berjaya mendapat johan di peringkat antarabangsa seperti Chin Tan Jie yang telah menjuarai kejohanan badminton bergu campuran dunia pada tahun ini. Begitu juga pemain-pemain wushu yang selalu mencapai johan di peringkat antarabangsa ataupun atlet-atlet sukan yang lain. Di mana mereka telah berusaha menghrumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Jadi saya rasa kerajaan negeri perlu memberikan ganjaran yang sewajarnya kepada mereka. Malah ada negeri-negeri yang telah mengurniakan mereka pingat-pingat tertentu. Untuk sukan ini saya suka bercadang kepada kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri di mana veteran-veteran bermain sukan boleh menggaji mereka di mana untuk mencungkil bakat-bakat muda atau dari segi dari muda lagi. Contohnya untuk Pusat Khidmat saya, saya telah bekerja bersama dengan seorang veteran bermain ping-pong di mana beliau telah memenangi banyak pingat dan juara di Malaysia dan sekarang saya berusaha dengan beliau untuk mengadakan latihan ping-pong untuk murid-murid sekolah rendah. Jadi dia sangat gembira di mana kita masih menghargai jasa beliau.
Jadi saya rasa usaha ini boleh diteruskan di mana ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka melakukan latihan sukan kos yuran bulanannya amat tinggi. Jadi saya mengkenakan yuran yang amat rendah veteran tersebut amat gembira dan bolehlah mencungkil mereka yang minat dalam sukan. Maka secara tidak langsungnya dapat meringankan beban ibu bapa dan dapat
melahirkan anak muda yang minat dalam bidang sukan masing-masing. Jadi saya rasa veteran-veteran sukan ini, mereka rela bekerjasama dengan pihak MSN, demi dapat membangunkan sukan di negeri ini. Permintaan mereka juga tidak tinggi, kerana mereka amat minat dalam sukan.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, perkara seterusnya berkenaan dengan jenis-jenis penutup mainhole yang kita selalu nampak di jalan saya pun selalu keliru kerana dulu penutup-penutup mainhole dia ada labelkan siapakan agensi, contohnya MBS, Indah Water ataupun Telco masing-masing. Tetapi sekarang langsung tak ada apa-apa label. Kita pun tak tahu kepunyaan pemilik itu siapa. Tetapi apabila berlaku penutup longkang terbuka ataupun rosak, kita pun marah tu kalau MBS sajalah. Tetapi kadang-kadang bukan semua MBS. Jadi saya rasa pihak berkuasa tempatan kena mengaturkan syarat ataupun mengenakan syarat tertentu supaya kita kenal pasti dari segi bulat ke kebenaran siapa, segi empat ke kebenaran siapa. Supaya kita boleh menyenangkan kerja-kerja kita apabila berlaku sesuatu kerosakan pada penutup main hole tersebut.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, perkara seterusnya berkenaan dengan perkhidmatan SWM Environment Sdn Bhd. Saya melihat perkhidmatan mereka masih ok tetapi dengan cara yang lama iaitu banyak menggunakan tenaga orang. Di mana untuk kerja-kerja pembersihan longkang di mana di fahamkan ada saiz longkang yang kecil, orang pun tak boleh masuk. Tetapi telah tersumbat dan menyebabkan banjir kilat berlaku di suatu kawasan. Jadi saya rasa mereka perlu meningkatkan, menukar cara perkhidmatan mereka dan menggunakan alat-alat yang moden, contohnya mereka memotong rumput. Rumput dipotong dan disimpan dalam beg. Tetapi beg pasir tu bungkusan beg pasir tu diambil selepas tiga hari kemudian. Jadi orang ramai akan mempertikai kenapa begitu lama jadi cara-cara ini saya berharap pihak PBT kena menyesuaikan syarat-syarat tertentu, syarat-syarat baru supaya orang nampak ada nampak penambahbaikan dan meningkatkan kecekapan pekerjaan mereka. Dato’ Yang Dipertua, inilah beberapa cadangan saya. Maka akhirnya saya menyokong Usul Belanjawan. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Temiang. Yang Berhormat Juasseh.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Negeri Sembilan bersih, muafakat sejahtera. Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya terlebih dahulu merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Sikamat atas pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan tahun 2026 yang bertemakan Belanjawan Madani Rakyat Harmoni. Negeri Sembilan bukanlah sebuah negeri yang besar dan berpendapatan negeri dan pendapatan negeri pun agak sederhana seperti di dalam
Belanjawan yang dibentangkan. Namun kerajaan negeri dapat membangunkan negeri di samping melaksanakan pembangunan infra dan modal insan kepada rakyat seperti dalam Inspirasi 2025 Warga Emas, Belia Berkahwin, Pelajar-pelajar IPT dan ini amat membanggakan kita. Tahniah sekali lagi daripada saya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Datuk Sri Exco Kanan, Ahli-Ahli Exco, Pegawai-pegawai Kerajaan, pelaksana-pelaksana termasuk pemimpin-pemimpin Akar Umbi di seluruh Negeri Sembilan. Juasseh melihat Belanjawan tahun ini sebagai satu perancangan yang bukan sahaja memberi fokus kepada pembangunan negeri secara fizikal tetapi lebih penting ia menyentuh dan menyantuni keperluan rakyat Negeri Sembilan dari segi pendidikan, digital, komuniti serta masa depan anak negeri.
Dato’ Yang Dipertua, pertama sekali Juasseh saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah meneliti isu infrastruktur yang dibangkitkan dan sedang diselenggara untuk kesejahteraan rakyat. Ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberi perhatian kepada komuniti felda kampung tradisi, masyarakat orang asli serta memperkasakan komuniti. Isu infrastruktur luar bandar tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan ataupun infrastruktur ialah asas untuk rakyat asas ekonomi kecil dan asas peluang sosial di mana mereka tinggal. Di Juasseh sendiri saya ingin menyentuh beberapa perkara iaitu jalan kampung seperti di Juasseh Tengah ke Pelangai, harap dapat disegerakan naik tarafnya kerana ini jalan ulang alik masyarakat kampung dan sangat perlu dibaik pulih. Selain daripada isu perparitan dan cahaya penerangan jalan adalah juga antara isu infra yang sering dibangkitkan. Juaseh juga hari ini ingin membangkitkan semula jalan Seremban-Kuala Pilah. Saya berharap agar kerajaan negeri dapat memainkan peranan yang lebih efektif untuk mensegerakan jalan tersebut bersama kerajaan pusat, kerana isunya hari ini keadaan itu semakin teruk ,trafik itu daripada Juaseh sampai ke Pekan Kuala Pilah dan terus ke Bukit Putus dan kemalangan-kemalangan juga kerap berlaku. Saya berharap agar kerajaan negeri dapat mendesak kerajaan pusat untuk segerakan dan kita juga semua faham jalan itu bukan saja kegunaan masyarakat Kuala Pilah tetapi juga orang-orang Jempol dan juga mahu pun ke Jelebu malah jalan-jalan ini juga adalah penyambung kepada negeri-negeri di luar Negeri Sembilan.
Dato' Yang Dipertua, Juasseh juga ingin memohon agar pihak SAINS mengambil tindakan bagi memperbaiki isu bekalan air yang bukan sekadar keselesaan tetapi keperluan asas rakyat. Masalah ini telahpun Juasseh bangkitkan pada sidang Dewan yang lalu. Isu bekalan air terputus dari kampung Terentang ke Pasir Ambo terutamanya di Pasir Ambo ianya kerap berlaku terutamanya pada ketika-ketika musim perayaan kenduri-kenduri kahwin. Saya berharap ianya dapat dilaksanakan dengan kadar yang segera melalui inisiatif infra dalam Belanjawan 2026.
Dato’ Yang Dipertua, saya ingin sekali lagi menegaskan kita tidak mampu bercakap mengenai ekonomi masa hadapan, pendidikan berkualiti atau transformasi digital sekiranya internet di luar bandar masih belum stabil dan tidak berkualiti. Juasseh mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat khususnya MCMC atas usaha menaik taraf liputan internet untuk beberapa kawasan di Juasseh seperti di Jemapoh dan Taman Ridani dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Digital yang telah pun datang membina satu lagi pencawang di kawasan Orang Asli di DUN Juasseh. Namun ada satu je lagi Yang Berhormat EXCO, kawasan ini sangat memerlukan bantuan segera iaitu Taman Desa Putera Juasseh yang mempunyai liputan internet yang lemah dan ini memberi kesan langsung kepada pelajar sekolah terutamanya pelajar-pelajar SPM, komuniti wanita yang berniaga dari rumah serta anak muda yang mahu mencari peluang ekonomi digital di kawasan itu.
Dato’ Yang Dipertua, belanjawan kali ini memberikan perhatian besar kepada pendidikan dan TVET dengan jumlah belanjawan sebanyak RM28.81 juta untuk pendidikan dan Juasseh amat menyokong hal ini kerana dunia pekerjaan hari ini tidak lagi bergantung kepada ijazah semata-mata, tetapi kepada kemahiran teknologi dan teknikal. Juasseh juga ingin mengusulkan kepada Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan untuk mewujudkan TVET MicroHub di Juasseh sebagai pilot model di Negeri Sembilan. MicroHub ini berfungsi sebagai model pusat latihan kecil berasaskan komuniti yang menyediakan latihan teknikal dan vokasional secara lebih fleksibel dekat dengan masyarakat dan kosnya rendah terutamanya di luar bandar. Ia berfungsi sebagai mini learning lab atau mini training center dengan izin yang memberikan akses awal kepada latihan kemahiran, pusat otomasi ataupun pertanian malah pusat pemasaran digital juga untuk sokongan pertanian moden dan lain-lain tanpa memerlukan kampus yang besar.
Jika kita menyediakan, tidak menyediakan anak luar bandar dengan kemahiran yang baru ini, maka mereka sendiri akan menjadi masyarakat yang tertinggal di dalam Negeri yang sedang membangun. MikroHub ini juga boleh menyasarkan wanita luar bandar, belia lepasan SPM, komuniti orang asli, serta golongan yang ingin menambah kompetisi digital. Saya sangat berharap agar TVET MikroHub ini dimulakan di Juasseh sebagai projek perintis negeri, di samping itu dapat juga memperkasakan institusi yang ada di Juasseh iaitu dua kolej yang boleh dinaik taraf iaitu Kolej Yayasan di Gentam dan Kolej Vokasional di Pekan Juasseh.
Dato’ Yang Dipertua, Juasseh menyambut baik komitmen kerajaan dalam memperbaikkan masjid, tambahan Elaun Imam, Guru Kafa, urusan pentabiran agama dan naik taraf kemudahan masjid. Di Juasseh, masjid bukan sekadar tempat ibadah tetapi juga pusat kebajikan, saluran pendidikan dan juga komuniti terutama dalam mengembangkan Syiar Islam. Juasseh
memohon agar beberapa masjid dan surau di Juasseh diberi perhatian segera termasuk penyelenggaraan elektrik, kebocoran, kemudahan OKU dan keselamatan masjid. Di samping itu, saya juga berharap pentabiran surau-surau yang berdaftar di seluruh Negeri Sembilan diselaraskan seperti penyelarasan pentabiran masjid yang lalu. Oleh yang demikian, pengurusan masjid dan surau di dalam kariah tersebut dapat kita selaraskan dengan baik dan kerjasama yang baik itu akan lebih mantap berlaku di DUN masing-masing.
Dato' Yang Dipertua, Juasseh juga menegaskan bahawa isu wanita, warga emas dan kanak-kanak adalah isu pembangunan negara, bukan isu sampingan. Didapati dalam belanjawan ini juga banyak perkara menyentuh untuk wanita dan kanak-kanak. Juasseh juga ingin mencadangkan program kesedaran keselamatan kanak-kanak, terutamanya seperti membenteras isu buli, pendidikan kesihatan reproduktif seperti yang telah saya cadangkan dahulu, pencegahan, penderaan juga perlu dirancakkan. Tambahan lagi, Negeri Sembilan sedang menuju ke negeri menua dengan 28, dengan 12.8% penduduk dalam berusia 60 tahun ke atas. Dan keadaan ini memberi kesan yang besar kepada wanita kerana beban penjagaan warga emas biasanya dipikul oleh mereka. Kajian menunjukkan 65% warga emas menghadapi 2 penyakit tidak berjangkit. Maka perkhidmatan kesihatan pemulihan dan penjagaan di rumah perlu diperkukuhkan termasuklah di DUN Juasseh. Pada masa yang sama, penuaan penduduk memberi peluang silver economy dengan izin dalam sektor penjagaan dan kesihatan yang boleh memanfaatkan wanita sebagai penyedia perkhidmatan. Justeru, sistem sokongan sosial untuk warga emas, wanita bekerja dan kanak-kanak perlu diperkasakan secara menyeluruh oleh kerajaan negeri terutamanya dalam belanjawan ini.
Dato’ Yang Dipertua, Juasseh berdiri menyokong penuh belanjawan ini kerana ia memihak kepada rakyat. Memihak kepada masa depan negeri, memihak kepada pembangunan luar bandar dan memihak kepada komuniti akar umbi. Sokongan ini juga datang bersama cadangan dari saya iaitu memperluaskan akses pendidikan luar bandar, memperkasakan TVET melalui inisiatif MicroHub TVET, memperkukuhkan infrastruktur digital luar bandar, meningkatkan penyelesaian infra dan juga memberikan fokus dan sokongan sosial kepada wanita, kanak-kanak dan warga emas. Dengan cadangan itu, Juasseh percaya belanjawan Negeri Sembilan 2026 akan lebih efektif dan benar-benar menyentuh kehidupan rakyat dari bandar ke kampung. Sekian wabillahitaufik walhidayah, Assalamualaikum WBT.
Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Juasseh. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita berhenti berehat. Nanti kita sambung perbahasan pada jam 2.30. Dewan Mesyuarat Dewan ditangguhkan.
[Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.55 tengahari]
[Mesyuarat disambung semula pada jam 2.40 petang]
Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua Dewan.
Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita sambung perbahasan Saya menjemput Yang Berhormat Lobak.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Dato’ MK, baru makan tengah hari, pertang tawarkan durian MK, nampak semua makan durian MK, saya ingat Dato’ petang takda, tapi Dato’ MK dekat Dato’ Speaker yang hebat sekali bersama kita, tapi lain mungkin semua makan MK sudah pergi rehat lah tu. Takpa Dato’ YB Speaker, terima kasih beri peluang saya untuk berbahas dalam Belanjawan peringkat yang ketiga Tahun 2026.
Dato’ Speaker, Belanjawan Negeri Sembilan 2026 khususnya berkaitan peruntukan Pendidikan, satu elemen penting dalam membentukkan masa depan generasi kita, merentasi semua kaum. Dato’ Speaker, saya sambungkan pantun yang berikut:
Gunung tinggi tempat beradu, Rembang hijau tempat bersemi, Anak bangsa hadapan kita selalu, Pendidikan kukuh negeri dihormati.
Dato’ Speaker, peningkatan peruntukan bantuan sekolah satu langkah positif, tetapi pandangan saya belum mencukupi lagi. Ha bila cakap ni ha Senaling pandang saya kerana pendidikan memang peruntukan bantuan sekolah tu belum cukup. Saya mengucapkan penghargaan kepada kerajaan kerana terus bersalurkan bantuan kepada sekolah-sekolah. Tak salah saya lebih kurang 7 buah sekolah tahfiz di Negeri Sembilan ini 80 lebih sekolah SRJKC, 60 lebih sekolah jenis kebangsaan tamil dan 2 buah sekolah swasta di Negeri Sembilan ini. Peruntukan meningkat dari RM2 juta tahun 2025 kepada RM2.5 juta tahun 2026. Inilah ada satu perkembangan positif, namun jika dibanding dengan jumlah keseluruhan peruntukan pendidikan sebanyak RM28 juta jumlah RM2.5 juta ini kurang dari 10% kurang dari 10%. Setengah sekolah-sekolah tersebut mengandungi berbagai keperluan berbangunan dan persediaan yang semakin mendesak. Dato’ Speaker, realiti di sekolah-sekolah berkenaan, kos semakin meningkat, banyak sekolah menghadapi kritikal. Khasnya kos pembinaan bangunan yang semakin tinggi, bumbung bocor, sistem elektrik usang, kelas kekurangan kipas atau tandas masalah tandas
dan lampu dan lain-lain. Semua ini memperlukan tindakan segera demi keselamatan murid.
Yang kedua kelas yang bertambah atau kelas yang kena upgrade. Bukan sahaja di tahfiz sekolah SRJKC atau SRJKT sama kena diutamakan. Yang hanya sekolah tahfiz banyak sekolah tahfiz beroperasi di bangunan sewa mempunyai risiko keselamatan dan memerlukan bantuan naik taraf yang lebih stabil. Sama juga di sekolah tamil di sekolah china juga SRJKC lagipun sekolah yang menengah persendirian, seperti Sekolah Chung Hua Templer kawasan saya atau di PD Sekolah Chung Hua PD, swasta sebagai sekolah komuniti mereka tidak menerima bantuan penuh kerajaan Persekutuan. Sokongan negeri sangat penting walaupun kesahihan dari Sikamat, Sekolah Chung Hua dapat RM30 ratus ribu tapi bila dia bagi tu orang akan pandangan lain. Tapi saya sini akan menghighlightkan isu pendidikan bukan isu kaum, kami kena bertimbang dengan seimbang dia. So kami harap menjagakan keadilan untuk semua kaum pendidikan sebagai pelaburan negeri. Saya ingat menggesakan disini bahawa isu pendidikan bukan isu kaum anak Malaysia anak Melayu anak Cina orang India semua adalah anak Negeri Sembilan. Pewaris masa depan negeri. Inilah semangat Madani. Peruntukan pendidikan bukanlah perbelanjaan. dia bukan perbelanjaan, dia merupakan satu pelaburan jangka panjang untuk mengurangkan kemiskinan kerana Sikamat utamakan mengkurangkan kemiskinan di Negeri Sembilan ni. Syabas dan taniah dapatlah sifar tapi pendidikan sama kena diutamakan. Jadi kami harap, harap yang peruntukan ini memastikan setiap sistem sekolah sama ada tahfiz, SJKC, SJKT atau sekolah swasta berikan sokongan yang cukupi dan adil. Inilah kalau tak salah saya inilah janjian kerajaan perpaduan kita. Ataupun janjian Pakatan Harapan atau Kerajaan Berpaduan. So kami harap perjanjian ini kena ditunaikan kena ditunaikan. Tak akan sampai Tahun Pilihanraya, kami baru cakap nak tunai atau nak utamakan. Kami kena consistenly dengan izin dia menyokong sekolah tahfiz, sekolah tamil dan sekolah cina di negeri kita ini khasnya yang dewan kita ini, kami utamakan pendidikan generasi kita.
Dato’ Speaker cadangan untuk belanjawan jikalau boleh walaupun telah dibentangkan oleh Sikamat tapi haraplah tahun jikalau tak boleh berjaya tahun 2027 bolehlah bergandakan, bergandakan bahawa sekolah tahfiz, sekolah tamil, sekolah cina sama-sama dijaga dengan baik sekali. Tak akan anak kita ini dalam tempat yang belajar dengan risiko yang tinggi atau dalam tempat yang kurang baik dalam sistem pendidikan kita ini. Dato’ YB Speaker, kami pun walaupun kami faham dalam belanjawan kali ini ada tabung penyelenggaraan sekolah, tapi RM1 juta ni tak cukup kerana selain itu kami faham di SK pun kena ada tanah untuk penyelenggaraan tapi kalau yang terpakai itu macam mana sekolah tahfiz macam mana sekolah cina macam mana sekolah tamil. Jikalau tak salah saya, jikalau saluran ini saya harap dapat jaga dengan seimbangnya. Kerana anak melayu ada anak saya anak
india pun anak saya orang cina pun anak kita ini. Kami sama-sama kena diutamakan.
Dato’ YB Speaker kami pun harap kerana kerajaan kami beradakan digital sekolah-sekolah yang tadi saya sebutkan ini sekolah tahfiz ke sekolah tamil, sekolah cina pun kena upgrade dengan sistem digital. So perbelanjaan memang tinggi so kami harap kerajaan ni jikalau boleh bagi tahun akan datang 20 bajet 2027 boleh meningkatkan bantuan sekolah ini dan dengan isu pendidikan ni saya dengan pantun bertutup macam ni;
Pohon rendah tempat berlindung, Akar kuat tak mudah koyak, Peruntukan adil kita tunjuk, Agar semua anak maju dan berjaya.
Inilah padangan saya kami harap kerajaan perpaduan ni mengutamakan yang saya suarakan di dewan yang mulia ini.
Dato’ YB Speaker, tadi cakap yang program tegar miskin kerajaan bercapai dengan sifar, saya sini nak ber highlight izinnya bahawa keluarga miskin di Negeri Sembilan ini kami harap diutamakan. Dengan makluman Negeri Sembilan telah mencapai sifar miskin, dalam sejak Februari 2025, berdasar BGK Negeri Sembilan 2022 yang itu RM2,402 sebulan. Serta sifar miskin tegar sehingga 15 Oktober 2025. Namun terdapat 2,969 ketua isi rumah mudah miskin juga yang masih berisiko jatuh miskin kembali ke dalam kemiskinan terutamanya isi rumah dengan pendapatan perkapita sehingga RM500. So inilah cabaran yang paling utama sekali kerana pendapatan tidak stabil bagi KIR produktif. Kami harap yang isi keluargannya boleh consistently dengan izinnya berterusan betul-betul mengeluarkan miskin tegar. So apa cara dia untuk menolong mereka keluar dari miskin tegar kerana kos sara hidup sekarang ini meningkat, khususnya makanan, utiliti dan penjaga anak. Lepas tu kekurangan kemahiran. Kekurangan ni dia miskin yang utama sekali mereka kurang kemahiran. So lagipun apalah kita boleh bantu mereka tadi kemahiran, yang ini utama. Aset terhadap modal kecil dan tolonglah mereka dalam perniagaan atau yang lain tengok yang utama sekali bagi peluang kerja untuk yang golongan miskin tegat ni, janji mereka dapat kerja dengan maksima gaji yang ada memang lah dia akan keluar dari miskin tegar. Kalau tidak kami secara bantuan saja bila dia bantuan nampak dia sifar miskin tegar lepas tu bulan yang depan tu apa tetapi mungkin dia menghadapi masalah yang sama. Masuk balik ke miskin tegar. So kami harap kerajaan memantau atau mengutamakan kemungkinan yang mungkin akan ulang lagi bagi yang golongan miskin tegar ni.
So Dato’ Yang Dipertua, kami berharap kerajaan boleh melalui latihan kemahiran menempatkan kerja. Inilah macam Giat MARA atau HRD
Corporate Kolej Vokasional dan industri tempatan bahawa HR bolehlah buat satu point untuk jalan point, khasnya macam di kawasan saya kawasan Lobak yang PPRT tu paling ramai orang miskin. Kami harap dan menaruhkan kedatangan ah Jabatan Hal Ehwal Kemanusiaan masuk ke tempat ni beri bagi peluang kerja biarkan mereka ada kerja sampaikan tak akan mereka jadikan golongan miskin. Inilah satu cara satu contoh yang di, yang boleh diadakan. Dato’ Yang Dipertua, yang ini tentang kemiskinan.
Lagi yang ketiga saya nak highlight ini ialah SAINS. Kerana hari pertama saya tanya SAINS dengan keadaan paip, tapi yang untuk bahas ini saya akan cadangkan skim bantuan tarif air untuk keluarga rentan di Negeri Sembilan ini. Kerana kita nampak SAINS bawa bimbingan team SAINS sekali tadi yang kerugian sampai sekarang sudah untung. Syabaslah kepada ADUN Sikamat Yang Amat Berhormat kerana sudah beruntung kami harap mungkin mungkin boleh buat sikit bantuan tarif air untuk B40. Saya cadangkan sekarang bukan semualah kerana sekarang bantuan air memang ada subsidi air 20 meterpadu daripada yang golongan yang bawa list e-kasih bukan semua B40. So kami harap harap yang SAINS boleh dari data dia bantulah semua golongan B40. Inilah yang satu-satu cara untuk mengurangkan beban subsidi atau beban untuk bayar bil air dari golongan yang B40 ini. Dato’ Yang Dipertua, kerana ini adalah satu peluang untuk SAINS buat CSR bahawa SAINS sudah untung dia boleh buat baik untuk CSR rakyat ha mungkin ha Dato’ Yang Amat Mulia boleh berunding percadangan ini.
Dato’ Yang Dipertua, saya nak highlight lagi satu bertambah baik yang tapak kubur cina kerana hari itu Temiang ada bersuarakan bahawa kubur tanah kubur cina, saya sini nak buat penjelasan bahawa dulu saya Hal Ehwal Bukan Islam, saya ada buat kajian kerana di Negeri Sembilan ini ada sebanyak 77 tapak kubur cina, dan kubur cina ini 40% tinggi tak ada tak ada orang yang berkeluarga dia, tak ada pengurus. So jadi yang tapak kubur ini menjadi macam semak-semut. Dia pun ada ada komplain tadi kesihatan tempat untuk denggi, nyamuk denggi. So kami harap harap jikalau boleh jikalau boleh kerajaan mensalurkan tanah perniagaan supaya membantu yang tanah-tanah kubur ini, yang dapat yang pendapatan kekurangan atau yang kekurangan itu boleh dapat tanah untuk menaik taraf jadikan tapak kubur cina ini tak akan nampak semak-semut atau terbiar saja. Inilah maklumat jikalau salah saya inilah maklumat kerajaan perpaduan kita ini. Dato’ Yang Dipertua, saya pun ingin angkat peluang ini memohon agar kerajaan Negeri Sembilan meningkat tradisional yang tak ada operasi itu mencarikan satu operasi untuk menguruskan kerja-kerja di kubur cina. Lepas itu kami pun berharap kerajaan boleh bagi pulang yang kubur cina yang sedia ada menambahkan kemudahan termasuk pembinaan kolumbarium dan rumah abu kerana kematian sekarang lama tak ada. Sekarang tu kasi pulang mereka membina rumah abu bahawa rumah abu ini dia ataupun tapak pengkebumian hijau, green barrier atau eco-barrier dengan izinnya. Ruang ini
menyebabkan abu secara tanaman memory inilah pernah berlaku di Nilai. Nampak diterima oleh masyarakat cina ha tapi dengan cara ini dia menjimatkan tanah, kerana kami selalu di, ada suara tadi masyarakat cina bahawa tanah kubur kurang. So kami dengan cara rumah abu ini atau dia e-barrier itu dengan masuk abu dalam tanah, dia menjimatkan tanah. So nampak kerajaan kita ini dapat ha membantu masyarakat cina tentang yang tanah kubur. So yang tanah abu, rumah abu dia dapat mengurangkan beban kos rendah. Kos untuk rakyat kerana ramai orang cina pun ada ramai orang M40, B40 kerana di kubur swasta memang harga dia berbeza sebab banyak tinggi. Sudah jadi satu simptom yang tak baik di masyarakat cina. Saya boleh cakap ikhlas sekali, dulu saya pernah suara di sini nak mati tak ada wang pun tak boleh mati. So kami harap kerajaan yang ber yang susah nak bukanlah dia banyak kos, tak ada kos mati itu dia tradisional itu dia kena bayar kos yang tinggi. So kami harap kerajaan ini boleh bantu masyarakat cina bahawa kami sokong dengan rumah abu dengan itu eco-barrier, pengebumian yang hijau. Inilah dapat membantu bukan sahaja menjimatkan tanah, dia pun membantu orang-orang yang miskin orang-orang yang kurang upaya untuk menselesaikan bila dia, atau ahli keluarganya dapat membantu mereka menyelesaikan lepas mati mengkebumi di tanah itu.
Dato’ YB Speaker, kami pun harap kerana 77 kubur cina ini kami susah buat survey jalan pun tak ada kadang-kadang dia jalan pagar pun dirosak, sampai lembu masuk. So ini satu tanda yang tak baik untuk orang yang mati di tapak kubur cina ini. So kami harap kerana kerajaan kita ini memang berutamakan kubur-kubur, nampak kubur melayu dengan kubur kristian dia jaga baik oleh PBT. Dengan baik sekali, rumput panjang tak ada, rumput lalang pun tak ada. So kami harap walaupun ini kubur cina ni yang tradisional ni selama sebelum merdeka mereka pun sudah jaga. Tapi nampak saya minta maaf cakap sikitlah kerana kekurangan income tadi yang pengurusan yang di khasnya di luar bandar mereka tak mampu nak jaga dengan tapak kubur cina ini. Sampai nak potong rumput ni mereka pun tak mampu. Dia hanya spraykan itu ubat sahaja jadikan nampak tak tak senonoh, yang sebetulnya di tapak kubur cina. Tapi tapak kubur orang islam atau tapak kubur kristian nampak dia susun baik sekali. Tapi tak nampak rumput lalang, lagipun selenggaraan pun nampak dengah cara yang patut sekali. So kami harap kerajaan kalau boleh bantulah ha kubur cina yang tradition ini sampai dia sampai setaraf macam kubur melayu, kubur islam atau kubur kristian. Inilah satu tanda untuk kehormatan orang yang meninggal dunia.
Dato’ Yang Dipertua, saya pun menyokong saudara Lenggeng bahawa BAN dengan BAS. Saya faham BAN dengan BAS dia ikut senarai e-kasih, tapi sama juga saya dengan saudara Lenggeng memang kawasan kita ni mungkin kekurangan atau data yang kekurangan tu tak cover 100%. Yang budak-budak yang rumah atau ahli keluarga yang kurang income atau yang masih di bawah e-kasih atau belum daftar di e-kasih. So kami harap saya cadangkan
yang penuh cinta kasih itu sama beri kasi kuasa ke ADUN, 10 orang cukup kerana dia tertinggal tak ramai, mungkin 10 orang, kami cadangkan dan bagi kuasa ADUN cadangkan nama dia dan wang itu sampai keluarga yang betul-betul miskin. Itulah pandangan saya. Saya harap perkara ni kerana kalau tak salah saya bukan kali pertama bersuara di dewan yang mulia ni. Harap kali inilah boleh ditunaikan kerana di e-kasih saya maklumkan memang e-kasih list betul, tapi mungkin dia ada kekurangan tak cover 100%. Saya hanya minta 10 orang 36 DUN sini pun hanya 360 orang sahaja. Tadi sudah kira tak sampai 15% tadi tanah tu. So kami harap wang yang sepatut sampai orang yang memang-memang susah tu berilah kuasa untuk setiap DUN. Kami akan pantau dengah sekali i think buat report ke laporan ke boleh buat detail. Takda masalah. Tapi dapat bantuan dengan bersama rakyat.
Dato’ YB Speaker, yang itulah sampai dah dari Lobak, saya ucap tahniah kerana Sikamat membentangkan satu bajet yang paling baik sekali. Berdekat dengan rakyat, kami harap tadi nampak yang tu bantuan warga emas walaupun tak ada dalam risalah ni tapi kami baca tadi skrip tu memang ada kerana bantuan warga emas ni dapat sokongan yang paling hebat sekali, kerana orang tua ni dua berturut-turut tahun dapat bantuan. Orang tu sampai pejabat saya, khidmat saya, pusat khidmat saya memang walaupun RM200 ada sebahagian orang dia tahu dua ratus dia derma untuk pusat. Dia pun tak mau wang itu, tapi dia berasa kerajaan perpaduan tu prihatin mereka, so kami tahniahlah berterusan dengan insentif warga emas ni. Sekian lagi terima kasih dan tahniah dan saya sokong Bajet 2026 ni. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lobak. Saya jemput Yang Berhormat Jeram Padang.
Terima kasih Yang Dipertua kerana memberi ruang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini. Di sini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Utama Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan atas kejayaan Pembentangan Belanjawan 2026 Negeri Sembilan pada hari Jumaat yang lalu. Ibarat nakhoda yang bijaksana mengemudi bahtera. Saya yakin dengan kekuatan kerajaan perpaduan setiap agenda yang dirangka ini yang dirangka ini dapat direalisasikan hasil kerjasama erat di antara pimpinan dan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Saya ingin memulakan perbahasan ini dengan menyatakan sokongan saya terhadap bidang tumpuan 4 terutamanya berkaitan inisiatif pencahayaan kampung dan kampung orang asli dengan peruntukan satu juta.
Tuan Yang Dipertua, DUN Jeram Padang terdapat sebelas buah kampung orang asli yang sangat memerlukan kemudahan pencahayaan. Biar kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. Kerana inisiatif ini memenuhi keperluan asas dan menyentuh aspek keselamatan rakyat yang kita perjuangkan.
Pencahayaan yang baik bukan saja membantu anak-anak orang asli bergerak ke sekolah dalam keadaan selamat malah dapat mengurangkan risiko kemalangan, salah laku dan ancaman keselamatan. Bak kata pepatah terang itu membawa selamat, gelap itu mengundang mudarat. Saya percaya melalui pemantauan rapi dan pelaksanaan menyeluruh inisiatif ini akan menjadi salah satu langkah sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Dalam memperbaiki kesejahteraan komuniti orang asli. Dengan sokongan kerajaan negeri serta jabatan teknikal saya yakin agenda ini akan dapat direalisasikan dengan jayanya. Tuan Yang Dipertua, saya turut menyambut baik peruntukan RM100 ribu untuk menjayakan Karnival Orang Asli Negeri Sembilan, kerana ini merupakan buat kali pertamanyalah diadakan karnival untuk masyarakat orang asli. Karnival ini adalah platform penting untuk mempromosikan budaya warisan orang asli, tak kenal maka tak cinta. Maka usaha ini membuka ruang rakyat untuk mengenali adat seni dan identiti masyarakat orang asli. Namun tuan yang dipertua, saya mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan peruntukan tambahan bagi membangunkan sebuah pelancongan perkampungan orang asli dengan izin living cultural village sebagai produk pelancongan termasuk rumah tradisional orang asli, peralatan adat dan budaya, demonstrasi seni dan kraf, pameran dokumentasi komuniti, tapak demonstrasi aktiviti tradisi. Konsep ini mampu menjadi tarikan pelancongan utama sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Maka warisan orang asli wajar dijunjung sebagai aset negeri. Saya turut mencadangkan penubuhan homestay bertemakan rumah orang asli diadakan. Ini akan memupuk dan menjemput pengunjung-pengunjung benar-benar dapat merasai dunia dan kehidupan komuniti orang asli. Ia membuka peluang ekonomi dan memberi manfaat langsung kepada keluarga orang asli sendiri. Usaha ini bukan sahaja memelihara budaya bahkan sambil menyelam minum air kita memacu ekonomi setempat melalui pelancongan komuniti. Namun Yang Dipertua di tempat saya ini di Kampung Orang Asli Kelebang, saya mendapat aduan yang tidak putus-putus kerana Kampung Orang Asli Kelebang ini telah dijadikan tempat pengumpulan anjing liar yang telah ditaja oleh NGO yang tidak bertanggungjawab. Jadi saya mohon pihak berkuasa perlu bertanggungjawab dan bertindak kerana telah mendapat banyak aduan daripada masyarakat kampung orang asli di sini. Jadi kalau kita tidak ambil tindakan seterusnya ia akan mengundang bahaya terutamanya keselamatan anak-anak dan kesihatan sekitar kampung tersebut.
Tuan Yang Dipertua, saya juga ingin menyentuh peruntukan RM750,000 bagi naik taraf pasarana awam dan pembaikan infrastruktur Felda di Negeri Sembilan. Sebagai ADUN bagi kawasan yang mempunyai beberapa gugusan Felda, saya menyambut baik peruntukan ini, namun kemana tumpahnya ke kuah kalau tidak ke nasi. Felda tetap memerlukan perhatian khusus kerana peranannya dalam peranannya yang besar dalam penggunaan luar bandar antara keperluan mendesak Felda yang pertamanya ialah penggantian paip
air yang telah uzur. Paip yang digunakan sejak puluhan tahun menyebabkan kebocoran dan gangguan bekalan air. Ini semua kawasan Felda mendapat masalah yang samalah Tuan Yang Dipertua. Keduanya pembinaan tangki simpanan air tambahan bagi kestabilan bekalan terutamanya pada waktu puncak. Contohnya pada hari perayaan di Felda ini rata-ratanya masyarakat orang Melayu. Maknanya pada hari raya akan berduyun-duyun WhatsApp mengatakan masalah gangguan air contohnya di Felda Palong 2 dulu ada pembinaan tangki air yang telah dibina oleh pihak Felda, setahu saya, tapi hari ini menjadi projek gajah putih kerana telah ditamatkan kontraknya. Jadi tangki air itu telah tidak tak turus dan terbiar begitu saja alangkah ruginya duit rakyat apabila kita membiarkan saja projek yang hanya tinggal 10% untuk disiapkan. Saya mohon pihak yang bertanggungjawab terutamanya Felda harap dapat selesaikan dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan masalah tersebut. Yang ketiga baik pulih rumah peneroka uzur. Rumah generasi pertama Felda yang mengalami kerosakan struktur yang memerlukan bantuan Kerajaan. Yang keempat bantuan rumah peneroka terkesan bencana seperti ribut, banjir dan kebakaran yang telah berlaku di kawasan Felda khususnya di Jeram Padang. Ini ditambah lagi Negeri Sembilan mempunyai 49 tanah rancangan Felda yang paling banyak di dalam Malaysia. Maka peruntukan ini wajar ditambah bagi memastikan semua kawasan menerima manfaat yang adil dan seimbang.
Tuan Yang Dipertua, sebagai tambahan dalam perbahasan petang ini, saya ingin menarik perhatian dewan kepada satu isu yang semakin mendapat rungutan dalam kalangan perniaga kecil di daerah Jempol, khususnya berhubung charge pembaharuan permit dan lesen perniagaan di bawah Majlis Perbandaran Jempol. Baru-baru ini beberapa perniaga telah mengemukakan kepada saya bil bayaran yang menunjukkan peningkatan charge atau charge tambahan yang dirasakan membebankan seperti charge berkaitan pemasangan awning, pemasangan papan iklan, ubah suai pejabat, ubah suai kedai, sehingga jumlah keseluruhan mencecah ratusan ringgit. Tuan Yang Dipertua, peniaga kecil adalah nadi kepada ekonomi setempat, maka beroperasi dalam margin keuntungan yang kecil dan sebarang peningkatan kos walaupun sedikit boleh memberi kesan besar terhadap kelansungan perniagaan mereka. Bak kata perpatah yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing. Maka kita perlu memastikan dasar dan charge yang dikenakan tidak menambah tekanan kepada mereka. Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan agar MPJL menjalankan kajian semula terhadap struktur charge pembaharuan lesen ini. Dengan mengambil kira pertamanya kemampuan peniagaan kecil, khususnya di pekan-pekan kecil seperti Rompin, Bahau dan kawasan luar bandar. Keduanya kesesuaian kadar charge dengan keadaan ekonomi semasa dan kos sara hidup rakyat. Ketiga penyelarasan semula charge yang tidak munasabah atau tidak jelas justifikasinya. Keempat meneliti mekanisme pengecualian atau diskaun bagi perniagaan mereka yang terkesan. Ini isunya sebelum ni peniaga kecil ni
bayar setiap tahun RM135 sebagai contohlah. Selepas ada pembaharuan permit ni semalam dia whatsapp saya bil yang dikenakan oleh peniaga ni oleh MPJL cecah RM850, yang perlu dibayar setiap tahun, bukannya sekali. Charge pasang awning, ubah suai partition dalam pejabat, ubah suai saya rasa tak masuk akal lah kalau kita nak charge pun sekali takpelah, ni setiap tahun, setiap nak renew lesen, saya rasa tak patutlah Yang Dipertua, saya harap MPJL kaji semula supaya jangan menimbulkan imarah rakyat kepada kerajaan negeri. Ni saya merayu sebab aduan ni dah banyak yang saya terima semalam. Kita tidak mahu charge ni menjadi punca kegusaran peniaga sehingga menjejaskan perniagaan mereka, jika terlalu membebankan ada yang mungkin memilih untuk berhenti berniaga, sedangkan kerajaan negeri menggalakkan usaha memperkasakan ekonomi rakyat. Contohnya membagi sumbangan TUNS yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang amat Berhormat Dato’ Seri Utama. Jadi kalau kita teruskan juga maknanya kita punya agenda ataupun dasar kerajaan Negeri Sembilan tidak sampai. Tuan Yang Dipertua, saya percaya bahawa dengan semakan semula charge ini kita dapat membantu memastikan kesinambungan peniaga-peniaga kecil seterusnya mengukuhkan ekonomi tempatan seiring dengan semangat Belanjawan Madani yang menitik beratkan kesejahteraan rakyat.
Dan semalam saya ada dengar perbahasan daripada DUN Gemas ada membuat aduan mengenai jalan berlubang di Persimpangan Pasir Besar. Jadi saya mohon pihak JKR mengambil tindakan kerana ia telah mengganggu kelancaran pengguna jalan raya di kawasan tersebut, dan kawasan persimpangan itu merupakan kawasan yang sering berlaku kemalangan. Jadi saya nak menyampaikan hasrat saya dan Gemas sama ni sebab kami ni DUN sebelah-sebelah dan saya juga mohon kepada pihak JKR daripada jalan daripada Rompin ke Pasir Besar jalannya telah diturap dengan cantik, terima kasih. Cumanya perabot jalan seperti gag rail ada infrastruktur jalan seperti rubber wall longkangnya telah rosak. Jadi kita mohon supaya diperbaiki dan kalau boleh diletaklah pencahayaan lampu, sebab di kawasan itu kawasan jalan lurus, semua kereta laju yang sering berlaku kemalangan di persimpangan sebab tak sempat nak brake tiada amaran dan selalu orang akan membuat pusingan ‘U’ di depan kedai tomyam tu. Itu yang selalu berlaku. Jadi saya harap pihak JKR kaji dan mengenalpasti punca-punca kemalangan berlakunya ketidakpuashatian daripada pengguna jalan raya.
Tuan Yang Dipertua, sebagai wakil rakyat Jeram Padang, saya berdiri di sini dengan amanah untuk menyuarakan keperluan kampung-kampung tradisi Felda, taman perumahan dan 11 kampung orang asli. Segala cadangan ini bukanlah untuk mencari nama tetapi demi kepentingan rakyat. Biar putih tulang, jangan putih mata. Saya mohon kerajaan negeri meneliti dan mempertimbangkan segala perkara yang telah saya bangkitkan, demi memastikan Belanjawan 2026 benar-benar menyentuh denyutan nadi
rakyat. Jeram Padang akan terus menyokong setiap dasar yang memberi manfaat kepada rakyat dan akan terus bersuara apabila perlu demi memastikan tiada komuniti yang tertinggal. Dengan penuh hormat saya sudahi perbahasan ini dengan serangkap pantun.
Padi menguning di hujung bendang, Angin bertiup membawa harapan, Suara rakyat Jeram Padang, Menjadi amanah saya perjuangkan.
Sekian Jeram Padang menyokong Belanjawan Madani Rakyat Harmoni. Terima kasih Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Jeram Padang. Yang Berhormat Lukut.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kerana memberi ruang saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lukut untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 serta usul Anggaran Belanja Pembangunan Tahun 2026 Negeri Sembilan. Saya menyokong usaha kerajaan negeri menyediakan belanjawan yang berhemat, berfokus dan berpaksikan kesejahteraan rakyat. Namun demikian terdapat beberapa perkara yang wajar diberikan perhatian agar peruntukan yang kita luluskan benar-benar memberi impak terhadap pembangunan inklusif dan mampan. Yang pertama berkenaan dengan pembangunan ekonomi setempat. Lukut merupakan kawasan yang berkembang pesat dengan aktiviti perdagangan pelancongan dan perumahan. Justeru itu saya mengaluk-alukan peruntukan yang berfokuskan pemerkasaan perindustrian kecil dan sederhana. Peningkatan ekosistem pelaburan serta penambahbaikan infrastruktur sokongan ekonomi. Namun saya ingin menegaskan pentingnya strategi pembangunan yang lebih tersusun. Khususnya dalam memperkukuhkan sektor pelancongan warisan dan budaya di sekitar Port Dickson, Lukut. Pembangunan ini bukan sahaja menambahkan nilai ekonomi malah mengukuhkan identiti tempatan. Saya berharap jabatan dan agensi berkaitan dapat memastikan peruntukan yang disediakan benar-benar sampai kepada pemain industri kecil dan komuniti setempat.
Yang kedua aspek infrastruktur dan kemudahan asas yang terus menjadi keutamaan bagi rakyat Lukut. Saya menyambut baik usaha kerajaan menaik taraf jalan sistem saliran dan kemudahan awam. Namun saya ingin menyarankan supaya perancangan pembangunan mengambil kira keperluan untuk jangka panjang yang terutama sekali bagi kawasan yang mengalami pertumbuhan pesat penduduk. Masalah banjir kilat, kesesakan lalu lintas dan kekurangan kemudahan komuniti yang tidak boleh lagi ditangani secara
reaktif. Dengan adanya peruntukan pembangunan 2026 saya berharap pendekatan holistik yang melibatkan kajian kejuruteraan, perancangan bandar dan penyertaan rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik. Dan yang ketiga saya ingin menyentuh berkenaan isu kesejahteraan sosial, khususnya yang melibatkan Pendidikan, kesihatan dan keselamatan komuniti. Lukut mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan kita memerlukan pengukuhan perkhidmatan awam di peringkat tempatan. Saya memohon agar perhatian diberikan terhadap keperluan menambahkan baik fasiliti sekolah, klinik kesihatan serta program-program intervensi sosial terutamanya bagi golongan rentan dan belia. Perbelanjaan pembangunan harusnya selari dengan matlamat meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan jurang sosio ekonomi.
Dato Yang Dipertua, Lukut ingin membangkitkan beberapa isu dalam dewan yang mulia ini, berkenaan di kawasan Lukut. Yang pertama saya ingin membangkitkan isu yang sangat membimbangkan masyarakat iaitu isu ketiadaan guru, ketidakberadaan guru dalam kelas semasa waktu pengajaran dan pembelajaran, yang semakin kerap dilaporkan oleh ibu bapa dan pentadbir sekolah di kawasan Lukut dan Port Dickson. Dato Yang Dipertua, murid hadir ke sekolah dengan harapan mendapat bimbingan yang sepatutnya tetapi apabila guru tiada dalam kelas sama ada kerana dipanggil untuk menghadiri mesyuarat, diarahkan untuk menjalankan tugas pentadbiran atau itu pun terlibat dalam kursus yang dijadualkan pada waktu sekolah dan murid dibiarkan tanpa halatuju. Ada kelas yang terbiar 20 hingga 40 minit tanpa pengawasan dan situasi ini bukan sahaja menjejaskan disiplin malah menyebabkan kehilangan jam pembelajaran. Sesuatu yang saya rasa kita tidak boleh mengkompromikan. Saya ingin menegaskan bahawa guru bukanlah punca masalah. Mereka sering ataupun mereka sendiri sering mengadu bahawa beban kerja pentadbiran semakin meningkat. Sehingga menjejaskan fokus mereka terhadap pengajaran. Dan kekurangan guru ganti juga, jadual kursus yang tidak sistematik serta arahan last minute dengan izin daripada pihak atasan adalah faktor sebenar yang menekan sistem Pendidikan.
Oleh itu saya mencadangkan beberapa langkah segera. Yang pertama mengurangkan mesyuarat dan kursus pada waktu puncak PDP dengan garis panduan yang lebih ketat daripada Kementerian. Yang kedua menambahkan peruntukan untuk guru ganti di sekolah yang mempunyai saiz murid besar. Yang ketiga mewajibkan rekod kelas tanpa guru dilaporkan kepada PPD untuk pemantauan terus. Yang keempat membenarkan PIBG mengambil guru pengantian semasa ketiada beradaan guru tertakluk situasi kewangan pihak PIBG dan mengurangkan tugasan pentadbiran guru dengan menempatkan pembantu tadbir tambahan di sekolah. Dato’ Yang Dipertua, anak-anak kita hanya melalui zaman persekolahan sekali dalam hidup mereka. Jam pembelajaran mereka yang hilang tidak akan kembali. Saya
mendesak agar kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan melihat isu ini sebagai satu keperluan mendesak dan bukan sekadar aduan rutin.
Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk membahas tentang isu berkaitan dengan ketidakseimbangan komposisi kaum dalam perkhidmatan penjawat awam di Negeri Sembilan. Isu ini bukan bertujuan untuk mepersoalkan mana-mana kaum tetapi untuk memastikan pentadbiran kerajaan negeri benar-benar mencerminkan masyarakat majmuk yang kita wakili. Seterusnya mmeperkukuhkan keberkesanan dan penyampaian perkhidmatan kepada semua rakyat. Berdasarkan data rasmi yang saya dapat jumlah keseluruhan penjawat awam negeri ialah 5,499 orang daripada jumlah ini 5,273 adalah Melayu iaitu bersamaan dengan 95.89%. Manakala hanya 10 orang sahaja Cina iaitu 0.1%, 201 orang India 3.66% dan 15 orang daripada kaum-kaum lain iaitu 0.27%. Saya rasa peratusan ini menunjukkan wujudnya jurang yang sangat ketara. Khususnya dalam penyertaan masyarakat Cina dan kaum-kaum lain dalam sektor perkhidmatan awam negeri. Jika kita perincikan lagi mengikut kategori jabatan perkhidmatan awam negeri mempunyai 3,573 Melayu tetapi hanya 9 Cina 89 India dan 13 lain-lain kaum. Pihak berkuasa tempatan PBT pula terdiri daripada 1,499 Melayu, 1 Cina dan 111 orang India dan badan berkanun negeri pula mempunyai 201 Melayu, tiada Cina dan hanya 1 India dan tiada dari kaum-kaum lain. Dato’ Yang Dipertua, angka-angka ini menimbulkan persoalan adakah wujudnya halangan penyertaan dari segi akses maklumat jawatan. Persepsi umum terhadap sektor awam, tatacara pengambilan atau kurangnya usaha promosi dan libat urus dengan komuniti bukan Melayu.
Dalam sesebuah negeri yang berkomposisi penduduknya majmuk, ketidakseimbangan setinggi ini tidak boleh diambil ringan. Kepelbagaian dalam organisasi kerajaan bukan sahaja soal representasi tetapi soal kualiti dan keberkesanan dasar. Apabila penjawat awam datang dengan latar budaya dan bahasa yang berbagai, keupayaan kerajaan memahami keperluan semua komuniti akan lebih kuat dan ini juga memberi mesej bahawa sektor awam mempunyai keperluan kesefahaman pelbagai kaum. Sehubungan dengan itu saya ingin mencadangkan dalam sidang dewan ini audit menyeluruh terhadap proses pengambilan kakitangan, kedua kempen kesedaran dan libat urus dengan komuniti bukan Melayu, untuk mengalakkan penyertaan dan yang ketiga biasiswa latihan dan program laluan kerjaya khusus bagi menarik minat golongan muda bukan Melayu memasuki sektor awam. Dan yang keempat pelaporan berkala kepada dewan berkenaan kemajuan usaha pembaikan komposisi kaum. Dan Dato Yang Dipertua, kepelbagaian bukan ancaman, ia adalah kekuatan. Saya berharap kerajaan negeri dapat mengambil tindakan proaktif demi memastikan pentadbiran Negeri Sembilan benar-benar inklusif dan mencerminkan wajah rakyatnya.
Dato Yang Dipertua, isu yang seterusnya saya ingin membawa dalam sidang dewan ini berkenaan dengan isu homestay. Port Dickson yang telah lama dikenali sebagai antara destinasi pelancongan pantai yang paling popular di Semenanjung Malaysia dengan kedudukannya yang strategik berhampiran dengan Lembah Klang serta kemudahan akses Lebuhraya, daerah ini menerima kedatangan pelancong yang konsisten sepanjang tahun. Keadaan ini terus mendorong kepada pertumbuhan pesat sektor penginapan alternatif seperti homestay, inap desa dan kediaman sewaan jangka pendek. Walaupun perkembangan ini memberi banyak peluang ekonomi kepada penduduk setempat, ianya juga membuka ruang kepada cabaran kawal selia yang semakin ketara dari setahun ke tahun. Homestay yang kini menjadi pilihan utama pelancong kerana harga yang lebih fleksibel ruang yang lebih besar dan kemudahan memasak yang tidak terdapat di hotel konvensional. Namun peningkatan jumlah homestay yang telah dibuka tanpa garis panduan jelas telah menimbulkan pelbagai komplikasi. Banyak kawasan perumahan mendapati ketenteraman hari yang terganggu apabila rumah-rumah yang sepatutnya dihuni keluarga tempatan telah bertukar menjadi unit penginapan sementara.
Situasi ini menyebabkan penduduk berdepan dengan masalah seperti kebisingan pada lewat malam, pergaduhan kecil, penggunaan kawasan parkir secara tidak terkawal, serta pergerakan tetamu yang keluar masuk secara berterusan. Aduan berkenaan isu keselamatan juga semakin meningkat apabila rumah kediaman berubah fungsi menjadi lokasi penginapan sementara. Pihak keselamatan suka memantau persekitaran kerana identiti tetamu berubah hampir setiap hari. Tanpa pendaftaran rasmi ataupun rekod tetamu yang betul, sebarang insiden yang melibatkan jenayah ataupun kerosakan harta benda sukar untuk disiasat dengan cepat. Ini telah mencetuskan rasa tidak selamat dalam kalangan penduduk yang sebelum ini hidup dalam komuniti yang stabil.
Saya ingin maklum dalam dewan ini, tiga hari lepas ada seorang kanak-kanak yang berumur empat tahun telah lemas dalam sebuah homestay dekat Port Dickson. Ini yang mencetuskan kebimbangan saya dalam dewan ini. Dalam masa yang sama, pemain industri pelancong yang berdaftar seperti hotel, resort, chalet dia merasakan wujudnya ketidakseimbangan persaingan. Mereka wajib mematuhi pelbagai peraturan seperti lesen operasi, audit keselamatan kebakaran, kawal selia bangunan, syarat-syarat kebersihan, cukai pelancongan serta pelbagai piawaian yang lain. Namun sebahagian daripada pengusaha homestay beroperasi tanpa sebarang bentuk pelesenan dengan kos operasi yang jauh lebih rendah. Mereka mampu menawarkan harga lebih murah dan akhirnya menjejaskan keseimbangan ekosistem pelancongan di Port Dickson.
Oleh itu, langkah kawal selia yang lebih sistematik sangat diperlukan. Antara cadangan utama memastikan semua penginapan jangka pendek didaftarkan secara rasmi dengan pihak berkuasa tempatan dan pendaftaran ini wajib ini bukan bertujuan untuk menyukarkan pengusaha tapi bagi memastikan semua operasi yang dijalankan mengikut piawaian minimum yang melibatkan keselamatan, kesihatan dan keselesaan tetamu serta penduduk setempat. Proses pelesenan yang telus dapat membantu pihak berkuasa bagi mengenalpasti unit yang aktif untuk memantau trend pelancongan dan merangka dasar pembangunan masa hadapan dengan lebih berkesan.
Selain itu perlu diwujudkan garis panduan khusus bagi operasi homestay dan garis panduan tersebut boleh merangkumi had jumlah tetamu maksimum berdasarkan keluasan rumah. Pemasangan sistem keselamatan seperti alat pemadam api dan pengesan asap dan peraturan kebisingan selepas waktu tertentu serta keperluan untuk mengekalkan jumlah lot parking minimum untuk penduduk asal. Saya rasa pengurusan sisa juga perlu diberi perhatian. Memandangkan peningkatan jumlah pelancong yang sering membawa peningkatan sampah domestik.
Untuk menyeimbangkan kepentingan penduduk pengusaha dan pelancong saya rasa satu mekanisme aduan yang lebih responsif wajar diwujudkan. Sebagai contoh sistem laporan digital yang membolehkan penduduk tempat membuat aduan secara terus kepada pihak majlis sekaligus membantu untuk mempercepatkan tindakan penguatkuasaan. Bagi pengusaha pula platform ini boleh menjadikan saluran untuk memberi maklum balas ataupun memohon bantuan sekiranya menghadapi isu operasi.
Dato’ Yang Dipertua, penggunaan teknologi ini juga boleh memainkan peranan besar dalam memastikan kawal selia berjalan lancar. Portal pendaftaran dalam talian, sistem pengesanan cukai pelancongan, pengkalan data homestay yang berlesen serta integrasi dengan aplikasi pelancongan tempatan akan juga membantu Port Dickson lebih moden dan lebih mesra pelawat. Secara keseluruhannya isu kawalan homestay bukan sekadar masalah perumahan ataupun pelancongan tetapi ia melibatkan keseimbangan sosial, ekonomi dan keselamatan komuniti dengan pendekatan holistik yang menggabungkan peraturan jelas, kerjasama komuniti dan penggunaan teknologi pertubuhan homestay di Port Dickson boleh diurus dengan lebih mampan dan memberi manfaat kepada semua pihak.
Dato’ Yang Dipertua, isu yang keempat saya ingin bawa dalam dewan ini adalah satu isu yang amat serius iaitu keselamatan jalan raya di Seremban-Port Dickson, highway SPDH. Pada 28 oktober 2025, satu kemalangan laut maut telah meragut nyawa sepasang suami isteri di laluan ini. Kejadian ini adalah peringatan pahit bagi nyawa rakyat yang tidak boleh diambil mudah.
SPDH adalah laluan utama yang digunakan untuk ribuan kenderaan setiap hari termasuk kenderaan berat dan pelancong. Namun pencahayaan jalan yang terhad, menjadikannya berisiko tinggi terutamanya pada waktu malam dan ketika hujan. Kelajuan pemandu yang tidak terkawal dan selekoh yang malap telah semakin menambah risiko dan fakta ini jelas tanpa tindakan yang segera tragedi yang serupa akan berulang. Oleh itu saya menyeru dalam dewan yang mulia ini supaya Syarikat PLUS, SPDH mempertimbangkan untuk pemasangan lampu jalan menyeluruh di sepanjang SPDH. Lampu jalan bukan sekadar memudahkan pandangan, tetapi menyelamatkan nyawa. Kajian menunjukkan jalan yang bercahaya dengan baik mampu mengurangkan kemalangan malam sehingga 30%. Dan ini bukan cadangan semata-mata tapi langkah praktikal yang mampu menyelamatkan nyawa rakyat.
Dato’ Yang Dipertua, nyawa rakyat adalah amanah yang kita harus lindungi. Kemalangan baru-baru ini adalah peringatan bahawa keselamatan jalan raya bukan perkara kecil, saya menyeru agar dewan ini mengambil tindakan segera menyeru PLUS SPDH untuk memasang lampu jalan sepanjang SPDH demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin membangkitkan isu berkenaan dengan isu mat rempit dan keselamatan jalan raya juga. Yang semakin membimbangkan rakyat di Negeri Sembilan. Kegiatan lumba haram, aksi merbahaya macam superman dengan izinnya dan pengubahsuaian motosikal tanpa kelulusan bukan sahaja mengundang risiko kemalangan maut tetapi turut menjejaskan keteteraman awam, khususnya di kawasan bandar dan pinggir bandar. Statistik kemalangan motosikal di negara kita kekal tinggi sejak bertahun-tahun dan sebahagian insiden ini melibatkan remaja yang terjebak dalam budaya mat rempit. Ibu bapa bimbang masyarakat tertekan dan pihak berkuasa sering perlu menggerakkan operasi besar bagi mengawal keadaan. Dan isu ini bukan sekadar masalah penguatkuasaan, tetapi turut melibatkan faktor sosial seperti pengangguran, kurangnya aktiviti berfaedah untuk belia, serta pengaruh rakan sebaya. Dan saya ingin menggesa kerajaan negeri supaya memperkukuhkan kerjasama dengan PDRM dengan JPJ dan PBT bagi memastikan operasi penguatkuasaan dijalankan, dilaksanakan secara berterusan. Bukan bermusim, tetapi pada masa yang sama pendekatan panitif dengan izinnya sahaja tidak mencukupi. Kita perlu memberi tumpuan kepada pendidikan keselamatan jalanraya di sekolah. Program pembangunan sahsia belia serta menyediakan lebih banyak ruang rekreasi sukan pemotoran yang sah. Dan aktiviti komuniti untuk mengalihkan minat golongan muda daripada perlumbaan haram.
Selain itu kerajaan negeri juga boleh menilaikan keperluan menaik taraf pencahayaan negeri. Pencahayaan jalan, memasang kamera pengawasan di lokasi yang berisiko serta mempertingkatkan kempen kesedaran awam secara berterusan. Dan saya menyeru kepada semua pihak kerajaan,
keluarga, komuniti dan agensi penguatkuasaan sama-sama kita memainkan peranan bersama untuk mengekang budaya merempit demi menjaminkan keselamatan dan masa depan belia kita. Keselamatan jalan raya bukan tanggungjawab individu tapi tanggungjawab Bersama.
Dato’ Yang Dipertua, isu yang saya nak bangkitkan seterus ini adalah berkenaan dengan cas kemajuan oleh PBT khususnya dari segi kutipan sebenar tahap penyertaan pemaju serta penggunaan dana hasil cas tersebut. walaupun dasar cas kemajuan development charge dengan izin telah diperkenalkan sebagai instrumen penting di bawah Town And Country Planning Act 1976 (Akta 172) bagi membiayai pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam yang seiring dengan penambahan nilai tanah dan pembangunan. Tetapi sehingga kini timbulnya beberapa persoalan yang serius berkenaan dengan ketelusan, keberkesanan dan impaknya terhadap keyakinan pelabur. Sehingga hari ini saya belum lagi menemui sebarang data awam rasmi yang menerangkan jumlah keseluruhan cas pemajuan yang telah dikutip sejak permulaan pelaksanaannya di semua PBT ataupun bilangan pemaju yang telah membayar cas tersebut. Laman rasmi PBT, mana-mana PBT saya Nampak hanya menyediakan borang-borang dan panduan pelaksanaan cas pemajuan seperti borang pengesahan cas pemajuan dan senarai semak di penilaian bagi tujuan cas pemajuan, tetapi saya tidak jumpai mana-mana laporan tahunan ataupun kenyataan akaun khas ataupun data statistik yang memaparkan jumlah kutipan, baki tabung ataupun ringkasan projek yang dibiayai dari cas pemajuan ini. Dan seperti yang idealnya yang perlu ada dalam rangka tadbir urus telus kajian terhadap pelaksanaan cas pemajuan di samping pihak berkuasa tempatan di Malaysia menunjukkan bahawa kebanyakan PBT tidak konsisten dalam cara penggunaan cas kutipan pemajuan. Dan ada yang menyimpan dalam akaun khas tabung cas pemajuan tetapi ada juga yang terus memasukkannya ke dalam dana operasi biasa, consolidated fund. Dan tanpa data yang terbuka, tanpa data yang dikemaskini, sukar bagi wakil rakyat dan masyarakat untuk menilai sama ada kutipan cas ini memberi pulangan yang wajar kepada komuniti setempat ataupun sekadar menjadi beban kepada pemaju tanpa manfaat yang nyata.
Dato Yang Dipertua dalam amalan yang baik best practice dengan izin, Pembangunan, pemaju perlu adanya keyakinan bahawa apabila mereka membayar cas pemajuan, dana tersebut akan digunakan untuk membangunkan infrastruktur asas kemudahan awam, jalan, utiliti dan lain-lain kemudahan sokongan supaya projek mereka dalam kawasan sekitarnya mampan dan berpotensi tarik pelaburan. Dan ini juga adalah matlamat asal cas pemajuan di bawah Akta 172. Namun apabila tiada bukti bahawa dana telah digunakan untuk tujuan tersebut dan munculnya aduan bahawa sesetengah projek sudah membayar cas pemajuan tetapi kelulusan kebenaran merancang KM ataupun bangunan infrastruktur masih belum diperolehi lebih daripada satu tahun. Ini telah menjejaskan keyakinan
pelabur dan mereka mungkin merasa risiko terlalu besar dan menyebabkan minat untuk pelaburan merosot. Ataupun pemaju dia rela memilih lokasi lain dengan proses yang lebih jelas yang lebih konsisten. Ini bukan isu kecil jika pelaburan swasta melambat, ia boleh menjejaskan matlamat pembangunan mampan, pemajuan bandar serta penjanaan pekerjaan dan pelaburan di Negeri Sembilan.
Dato’ Yang Dipertua, oleh itu saya mengemukakan beberapa cadangan konkrit yang perlu dipertimbangkan oleh PBT ataupun kerajaan negeri, agar dasar cas kemajuan ini dapat memenuhi matlamat asalnya ataupun mengembalikan keyakinan pelabur. Yang pertama penyediaan laporan tahunan cas pemajuan. PBT perlu menerbitkan setiap tahun laporan yang menyatakan jumlah keseluruhan cas pemajuan yang telah dikutip sejak pelaksanaan, berapa jumlah wang yang telah dibelanjakan, berapa baki tabungnya, serta senarai projek mahupun dalam perumahan ke, komersial ke, industry ke, infrastruktur yang telah dibiayai dengan menggunakan dana tersebut. Yang kedua, penubuhan akaun khas iaitu tabung cas pemajuan sebagaimana yang ditunjukkan dalam literal dana cas pemajuan yang idealnya disimpan dalam akaun khas dan digunakan hanya untuk kemudahan awam ataupun infrastruktur berkaitan dengan projek dan bukannya masuk dalam dana operasi biasa. Akaun khas ini perlu diaudit dan dipantau secara terus.
Yang ketiga mekanisme pemantauan dan penilaian projek. Setiap projek yang membayar cas pemajuan perlu dimasukkan ke dalam sistem pemantauan. Status kelulusan kebenaran merancang dan bangunan dan perlaksanaan infrastruktur, jangka masa penyelesaiannya bila. Dan dana ini wajar dibuka dekat mana-mana, contohnya dekat atas talian. Kita boleh semak bila-bila masa. Yang keempat komitmen masa dan tanggungjawab yang jelas. Jika cas yang telah dibayar tetapi pemaju masih belum mendapat kelulusan ataupun pelaksanaan infrastruktur yang tertangguh lebih daripada tempoh tertentu, contohnya satu tahun. Pihak berkuasa perlu menjelaskan sebab dan menetapkan garis masa timeline supaya projek ini tidak tertanggung. Dan yang kelima penglibatan wakil rakyat dan komuniti setempat. Sebagai wakil rakyat, saya menekankan bahawa wakil rakyat tempatan dan komuniti sekeliling perlu dikemasukkan dalam proses pemantauan supaya manfaat pembangunan benar-benar dirasai oleh orang ramai dan penduduk setempat.
Dato’ Yang Dipertua, saya percaya cas kemajuan ini pemajuan ini adalah satu instrumen yang penting untuk merancakkan pembangunan secara adil yang asalkan dilaksanakan dengan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan kebertanggungjawaban. Tetapi tanpa data yang jelas dan pengurangan dana yang boleh dipantau, cas ini boleh berpotensi menjadi beban ataupun merosakkan keyakinan pemaju dan bukan yang merangsang pelaburan. Oleh
itu saya mencadangkan agar kerajaan negeri melalui PBT dan jabatan berkaitan mengambil serius keperluan pelaporan terbuka dan akaun khas bagi cas pemajuan. Serta menyediakan roadmap pelaksanaan ataupun pemantauan yang jelas dan hanya dengan itu kita boleh memastikan bahawa pelaburan swasta terus boleh masuk dan pembangunan mampan tercapai dan kepercayaan pelabur serta rakyat setempat dapat dipelihara.
Dato’ Yang Di-Pertua, saya ingin juga membagi satu isu yang saban tahun menjadi perhatian penduduk dan…
YB Yang Dipertua Dewan:Yang Berhormat-Yang Berhormat…
dan pelancong yang datang melawat ke Lukut dan Port Dickson
YB Yang DipertuaYang Berhormat-Yang Berhormat…
Ya? Dato’ Yang Di-Pertua, saya pinjam ada YB yang kurang masa, saya semua pinjam boleh?
Ringkaskan sikit ya… boleh?
Saya cepatkan, saya ingin membangkit satu isu yang berkaitan saban tahun yang menjadi perhatian penduduk dan pelancong yang datang melawat ke Lukut dan Port Dickson iaitu berkaitan dengan lampu hiasan perayaan yang disediakan oleh PBT setiap kali tahun musim perayaan sama ada Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali mahupun Krismas. Lampu hiasan ini bukan sahaja menambah seri landscape bandar tetapi ia juga menjadi simbol perpaduan serta identiti masyarakat majmuk di Lukut dan Port Dickson. Namun ramai orang yang meluahkan bahawa jadual pemasangan, kualiti serta kuantiti dan lokasi pemasangan lampu ini masih boleh dipertingkatkan. Saya ingin mencadangkan agar MPPD boleh meneliti keperluan untuk meningkatkan peruntukan tahunan bagi menyediakan dan menyelenggarakan lampu hiasan perayaan di kawasan Lukut dan seluruh pentadbiran MPPD. Dan setiap tahun lampu hiasan yang memainkan peranan penting dan menyerikan suasana bandar sempena perayaan utama negara selain menjadi tarikan pelancong dan pemangkin aktiviti ekonomi setempat.
Dato’ Yang Dipertua, 2 lagi. Saya juga ingin mengalih perhatian dewan yang mulia ini kepada satu isu keselamatan yang semakin membimbangkan iaitu aktiviti penjualan produk jeruk di persimpangan jalan utama khususnya di kawasan-kawasan tumpuan trafik dan ini bukan kali pertama saya sebut dalam dewan yang mulia ini. Dato’ Yang Dipertua, walaupun kita menghargai usaha anak-anak muda ataupun peniaga kecil yang menjadi rezeki dengan cara kreatif, namun aktiviti menjaja di persimpangan jalan menimbulkan
risiko keselamatan yang sangat serius. Peniaga yang bergerak antara kenderaan berhenti yang memegang bekas jeruk di tengah-tengah jalan kesibukan trafik, bukannya sahaja mendedahkan diri mereka kepada bahaya malah turun membahayakan pemandu lain. Satu brake yang mengejut ataupun kenderaan yang cuba mengelak boleh menyebabkan kemalangan yang membawa kecederaan. Selain itu aktiviti ini juga mengganggu kelancaran trafik ketika lampu isyarat merah pemandu mungkin rasa tertekan ataupun terganggu dengan kehadiran penjual. Manakala kenderaan yang telah berhenti lebih lama boleh menyebabkan kesesakan tambahan. Justera itu saya ingin mencadangkan agar kerajaan negeri melalui PBT mengambil beberapa tindakan yang segera, untuk yang pertama, penguatkuasaan larangan menjaja di persimpangan jalan secara lebih tegas selaras dengan undang-undang yang sedia ada, yang kedua menyediakan lokasi alternatif yang lebih selamat seperti lot gerai sementara ataupun ruang niaga mikro yang juga membantu golongan yang lebih yang ingin mencari rezeki tanpa menjejaskan keselamatan. Yang ketiga, melaksanakan kempen kesedaran kepada peniaga pengguna jalan raya yang mengenai risk of activity.
Dato’ Speaker, boleh saya mencelah? untuk isu ini saya nak tanya, adakah PBT memberi sebarang lesen peniagaan kepada pengusaha-pengusaha ini?
nanti Nilai akan jawab. Dato’ Yang Dipertua, keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab kita Bersama. Kita perlu memastikan bahawa usaha untuk mencari pendapatan yang tidak mengorbankan nyawa. Semoga kerajaan negeri mengambil tindakan segera demi keselamatan rakyat. Dato’ Yang Dipertua, last, last yang ni…
Jangan ulas lama-lama sangat….benda point satu ulas lama…
boleh, boleh, terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya ingin membagikan sekali satu kali lagi mengenai isu jalan masuk yang sempit ke Sekolah Kebangsaan Jimah Baru. Dan satu masalah yang telah berlarutan sekian lama dan memberi kesan langsung kepada keselamatan murid-murid, guru-guru dan ibu bapa. Dan laluan yang sedia ada bukan sahaja terlalu sempit malah tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang meningkat terutamanya pada waktu puncak, dan keadaan ini telah mengundangkan risiko kemalangan serta kesesakan yang serius setiap hari. Saya ingin mengetahui status terkini cadangan pelebaran pembinaan jalan baru ini yang menuju ke Sekolah Jimah Baru ini yang sebelum ini pernah saya bangkitkan, adakah kajian teknikal telah siap dibuat, adakah keputusan JKR dan Pihak Berkuasa Tempatan berhubung pelaksanaan projek ini telah siap? so saya amat berharap Kerajaan negeri dapat memberi komitmen yang jelas untuk
menyelesaikan isu ini demi menjamin keselamatan pelajar serta kelancaran pergerakan trafik. Dan jika terdapat kekangan peruntukan saya mohon agar projek ini dapat diberi keutamaan memandangkan ia melibatkan keselamatan kanak-kanak dan komuniti setempat dan saya menantikan penjelasan pihak kerajaan mengenai berkenaan garis masa dan peruntukan serta tindakan susulan yang telah diputuskan.
Okay, Dato’ Yang Dipertua, akhir sekali saya ingin menegaskan pentingnya ketelusan, kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan. Apa jua bentuk peruntukan yang diluluskan tidak akan membawa makna jikanya pelaksanaannya tidak dipantau dengan rapi justeru saya menyeru agar kerajaan negeri memperkukukan mekanisme pemantauan projek. Memastikan proses perolehan yang telus serta melibatkan wakil rakyat dalam pemantauan pembangunan di kawasan masing-masing. Dato’ Yang Dipertua, Belanjawan 2026 haruslah menjadi instrumen yang benar-benar menggerakkan ekonomi negeri, meninggikan kesejahteraan rakyat dan memperkukuhkan daya tahan kita terhadap cara masa depan. Dengan iltizam yang bersama, saya yakin Negeri Sembilan mampu melangkah lebih jauh sebagai negeri yang berdaya saing dan inklusif. Dengan ini Lukut menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 serta Usul Anggaran Belanja Pembangunan Tahun 2026 Negeri Sembilan. Sekian terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Lukut. Saya menjemput Yang Berhormat Gemencheh.
Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih diberi ruang dan peluang bersama dalam ucapan perbahasan pada hari ini. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, YB EXCO, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi. Pertama kalinya, marilah kita bersama-sama merafakkan rasa syukur dan kehadrat Allah SWT di atas limpah dan kurnianya sehingga kita dapat berkumpul dalam sidang dewan yang mula ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan ilitzam, saya ingin menyampaikan beberapa perkara yang menjadi keutamaan demi kemajuan negeri kita serta di DUN Gemencheh khususnya.
Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong penuh Belanjawan Negeri Sembilan 2026 dengan tema Belanjawan Medani Rakyat Harmoni, dengan mengekalkan 46 inisiatif sedia ada dan 26 inisiatif baru yang diperkenalkan dan menerapkan 9 bidang tumpuan sebanyak RM112.80 juta diperuntukkan untuk dinikmati oleh rakyat Negeri Sembilan. Saya juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Kerajaan Negeri Sembilan yang sentiasa komited mengumpulkan hasil sehingga RM610 juta. Sebanyak RM640 juta
diperuntukkan bagi pembelanjaan mengurus serta peruntukan pembangunan sebanyak RM150 juta termasuk belanjawan defisit RM30 juta.
Dato’ Yang Dipertua, dalam usaha membangunkan Negeri Sembilan, adalah menjadi amanah besar kita kepada pemimpin untuk memastikan setiap langkah yang diambil mencerminkan keperihatinan terhadap keperluan rakyat. Kita telah menyaksikan pencapaian yang membanggakan dalam aspek ekonomi, sosial dan pembangunan infrastruktur di bawah kemimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama EXCO Kerajaan Negeri Sembilan serta pasukan Kerajaan Negeri Sembilan. Dengan itu, saya menyeru semua pihak untuk terus bekerjasama secara kolektif agar kesinambungan pencapaian ini dapat diteruskan. Sebagai wakil rakyat, fokus utama saya adalah memastikan bahawa segala dasar dan projek yang diluluskan oleh kerajaan negeri memberi impak positif kepada kehidupan rakyat DUN Gemencheh dan kita perlu meningkatkan usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui program-program yang inklusif, memacu ketumbuhan ekonomi yang lestari serta memfokuskan bidang pendidikan. Memelihara dan memperkukuhkan agama, warisan budaya dan adat yang menjadi identiti negeri kita.
Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengupas sikit isu kesejahteraan penduduk iaitu kos sara hidup terus menjadi cabaran utama bagi kebanyakan rakyat kita. Harga makanan asas yang meningkat dan perumahan mampu milik yang perlu terus menjadi keutamaan dalam perancangan dasar negeri. Terima kasih kerajaan negeri di atas peruntukan sebanyak RM5.76 juta bagi bidang tumpuan keterjaminan makanan. Saya juga ingin menyentuh isu kacau ganggu lalat dan bau dari industri ternakan ayam di Gemencheh yang setakat ini 36 kawasan reban ayam di Gemencheh yang saya anggap pembinaan yang tidak terkawal, kerana pemain industri ini kebanyakan membina dahulu kandang ayam tanpa memohon kebenaran, kebenaran merancang. Saya mencadangkan supaya pasukan task force ditubuhkan bagi memantau sepenuhnya masalah kacau ganggu lalat ini. Saya juga mencadangkan agar pasukan task force ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah anjing liar yang tidak terkawal khususnya di DUN Gemencheh. Serangan anjing liar kerap berlaku kebelakangan ini yang mencederakan orang dewasa, kanak-kanak serta binatang tenakan. Perkara ini adalah amat membimbangkan masyarakat di DUN Gemencheh khususnya.
Dato' Yang Dipertua, bagi menyentuh kelestarian alam sekitar dan infrastruktur asas. Masalah banjir kilat yang sering berlaku di beberapa kawasan perlu diberikan perhatian segera. Selain itu kempen kelestarian alam sekitar perlu terus diperkuat termasuk pengurusan sisa dan inisiatif hijau yang menangani isu perubahan iklim yang semakin meruncing. Saya mengucapkan terima kasih kepada PMX serta kerajaan negeri atas peruntukan RM150 juta yang diumumkan dalam RMK13 bagi Projek
Tempatan Banjir Lembangan Sungai Gemencheh. Saya memohon agar projek ini disegerakan bagi menyelesaikan isu banjir di Gemencheh yang sangat meruncing. Dato’ Yang Dipertua, saya memohon, saya memohon Exco Perumahan serta KKW membangunkan projek perusahaan kampung dan rumah kos rendah atau sederhana di kawasan Gemencheh. Kita juga telah mengenal pasti tanah yang boleh dibangunkan projek ini untuk masyarakat di Gemencheh dan saya juga ingin menyatakan adakah ada perancangan dari pihak kerajaan negeri untuk membangunkan projek perumahan atau perusahaan kampung di kawasan DUN Gemencheh?
Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang bidang tumpuan yang kelima iaitu korahanian dan agama. Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM16.05 juta untuk memperkasakan bidang tumpuan kelima ini saya juga mendapat rintihan dari pengerusi-pengerusi masjid yang memohon dipertimbangkan sedikit inisiatif bagi elaun bagi pengurusan masjid. Yang keduanya, tempoh hari saya telah hadir ke Pejabat Agama Islam Gemas bagi menyantuni Pejabat Agama Wilayah Gemas bagi menyantuni pasangan bernikah di sana. Saya mendapati ruang pejabat tersebut sangatlah sempit jika menjalani majlis pernikahan dan persandingan. Justeru itu, saya mencadangkan Pejabat Agama Islam Wilayah Gemas perlu dipindahkan ke bangunan yang lebih sesuai dan selesa.
Seterusnya Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas bidang tumpuan yang ke-9 iaitu kebajikan dan kesihatan dengan peruntukan RM2.34 juta diperuntukkan untuk dinikmati oleh rakyat yang memerlukan. Saya ingin cadangkan kepada kerajaan negeri jika boleh ditambah jika boleh ditambah skim bantuan mesra lampin pakai buang dewasa dan bantuan mesra susu orang telantar. Bantuan ini sebagai bantuan yang amat bermanfaat bagi penerima pesakit atau OKU telantar. Kos susu lebih daripada RM100 satu tin yang cuma boleh pakai 3-4 hari itu adalah kos yang tinggi untuk pesakit telantar atau OKU telantar. Untuk rekod sebanyak 1,243 penerima pasukan, bantuan pesakit telantar dikendalikan oleh JKM dengan peruntukan sebanyak RM5.9 juta. Di kesempatan ini saya ingin ucapkan jutaan tahniah kepada pasukan JKM yang sentiasa menyantuni dan menyantuni penerima bantuan serta sentiasa cakna jika berlaku bencana banjir dan sebagainya. Tahniah juga saya ucapkan kepada pasukan Baitulmal MAINS yang sentiasa cakna dan menyantuni masyarakat di DUN Gemencheh.
Seterusnya Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menyentuh sedikit isu Felda. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pengumuman baru iaitu menaik taraf prasarana awam atau pembaikan infrastruktur Felda. Dengan peruntukan sebanyak RM750 ribu. Terima kasih juga saya ucapkan kepada YB EXCO Kanaan kerana secara konsisten dan tidak pernah putus asa sentiasa memperjuangkan hak nasib dan kebajikan peneroka Felda dan generasi baru. Sebab itu saya ingin bersetuju, sebab itu
saya tidak bersetuju jika sesengah pandangan yang mengatakan bahawa pembelaan inisiatif terhadap keluarga besar Felda ini sebagai gula-gula politik atau pilihanraya. Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sejak dahulu lagi menjadi antara pembela utama masyarakat Felda, sebab Felda ini begitu dekat di hati kami. Kebetulan sebelum ini Felda juga susah untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan negeri kerana ia berada di bawah bidang kuasa kerajaan pusat. Dan terdapat juga beberapa kekangan berokrasi seperti Akta GSA dan sebagainya. Peruntukan pembaikan infra sebanyak 750 ribu yang diperjuangkan oleh EXCO Kanan ini saya lihat sebagai satu permulaan yang baik dan turning point dengan izin kepada hubungan yang lebih rapat di antara peneroka Felda dan juga kerajaan negeri. Saya faham inisiatif yang diumumkan ini adalah inisiatif baru dan belum ada kaedah pelaksanaan dan pembahagian peruntukan ini. Tapi saya yakin kebijaksanaan YB EXCO Kanan peruntukan ini akan disalurkan dengan seadil-adilnya. Tambahan pula saya maklum awal-awal di DUN Gemencheh ini banyak infra dan fasiliti yang dirancangan Felda yang perlu ditambah baik. Contohnya perparitan, pencahayaan, infrastruktur asas dan sebagainya. Keutamaan pemilihan lokasi pembaikan ini harus mengambil kira penilaian infrastruktur berdasarkan tahap risiko keselamatan, keperluan mendesak dan impak kepada komuniti. Saya berharap Akta GSA tidak akan menjadi masalah atau penghalang dalam melaksanakan program-program pembaikan yang dirancang. Bercakap soal Akta GSA ini kita semua sudah maklum bahawa kerajaan persekutuan ada menyebut di dalam Parlimen bahawa pindaan terhadap Akta GSA ini akan dilakukan bagi memastikan ia relevan dengan situasi yang situasi dan keperluan semasa. Saya difahamkan sekarang ini pihak Felda sedang melakukan proses libat urus bersama pihak pemegang taruh dan peneroka bagi mendapatkan pandangan sebenar pindaan dan bagaimana diperlukan bagi Akta GSA ini. Saya ingin bertanyakan pada pihak Felda setakat ini berapakah jumlah sesi libat urus berkaitan Akta GSA ini telah dilakukan dan siapakah yang dilibatkan? Apa pula dapatan awal yang diterima oleh pihak Felda berkaitan perkara ini? Saya ingin memohon dan mencadangkan kepada pihak Felda libat urus ada ADUN yang berkenaan dalam apa jua sesi libat urus yang diadakan. Ini kerana, kami ada, ini kerana kami ADUN ini yang sering mendengar masalah yang menjadi kaunter aduan oleh rakyat oleh rakyat yang jadi sedikit sebanyak kami faham dan cakna dengan keperluan rakyat di kawasan kami. Felda jangan salah anggap wakil rakyat hendaklah dilibatkan bukan kerana hendak campur tangan dalam urusan jabatan atau ingin mengarah-arah kami hanya ingin mahukan yang terbaik untuk keluarga peneroka dan generasi baru di rancangan Felda. Helen Keeler pernah menyebut dalam buku tulisannya alone we can do so little together we can do so much dengan izin. Gandingkan semua kepakaran gandingkan semua kepakaran semua kepimpinan sama ada di peringkat akar umbi hingga kepimpinan tertinggi untuk kita cari satu solusi dan pendekatan yang terbaik agar Felda ini kita boleh kembalikan kegemilangannya dan kita bawa Felda ini di satu dimensi yang lebih baru dan lebih segar.
Saya juga ingin menyentuh tentang projek perumahan generasi kedua Felda di Bukit Jalur dan Felda Bukit Rokan Utara yang kini hampir siap yang dianggarkan 90% hingga 95% cuma saya ingin memohon kepada pihak SAINS, TNB dan agensi yang terlibat membantu menyelesaikan beberapa masalah dan kekurangan yang saya mohon kurangkan birokrasi. Saya harapkan pemohon-pemohon ini dapat memiliki rumah tersebut sebelum raya aidilfitri yang akan datang. Pihak Felda sedang menapis pemohon-pemohon dan saya rasa sekarang telah siap sepenuhnya untuk kita boleh kita serahkan rumah ini kepada pemohon-pemohon yang layak.
Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya ingin menyentuh rumah harapan rakyat. Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan ucapan pembentangan belanjawan ada menyebut tentang rumah harapan rakyat yang dinaikkan peruntukannya kepada RM5 juta pada tahun 2025 kepada RM10 juta pada tahun 2026. Kenaikan sebanyak 100% ini sudah pastinya membolehkan kerajaan negeri membantu lebih ramai golongan B40 terutamanya golongan muda untuk mempunyai kediaman mereka sendiri. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan setakat ini apakah status dan pencapaian bagi program rumah harapan rakyat ini. Berapakah jumlah pemohonan yang diterima bagi inisiatif ini sepanjang tahun 2025 dan berapakah pula jumlah sebenar individu yang telah diluluskan oleh permohonannya, apa pula sebab utama yang dikenal pasti menjadi punca permohonan rumah harapan rakyat ini tidak diluluskan. Mohon juga pihak kerajaan membuat penerangan terperinci tentang jumlah kelulusan rumah harapan rakyat ini mengikut DUN. Program ini baik seperti ini perlu dipastikan manfaatnya sampai ke seluruh pelusuk negeri dan tidak hanya tertumpu di setengah kawasan sahaja.
Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin menyentuh rumah mampu milik Negeri Sembilan. Satu lagi inisiatif menarik yang saya lihat dalam belanjawan ini adalah rumah mampu milik Negeri Sembilan. Inisiatif ini sudah semestinya satu berita gembira kepada anak muda di Negeri Sembilan kerana ianya salah satu lagi pilihan yang dapat membantu mereka memiliki rumah mereka sendiri. Inisiatif ini adalah skim sewa beli rumah mampu milik bagi Type A yang diwujudkan bagi membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki kediamaan sendiri. Khususnya mereka yang gagal memperoleh pinjaman daripada institusi kewangan komersial disebabkan kekangan kelayakan atau pendapatan tidak tetap. Inisiatif ini menawarkan pembiayaan mudah untuk pemohon yang layak. Saya ingin menjelaskan kepada pihak kerajaan apakah syarat dan kriteria ditetapkan bagi pemohonan rumah mampu milik ini adakah pihak kerajaan negeri akan mengambil kira laporan daripada CTOS atau CCRIS sebagai salah satu kriteria untuk meluluskan pinjaman. Berapa pula jumlah maksima pinjaman yang boleh yang dibolehkan kerana dengan peruntukan hanya RM5 juta jika seorang individu boleh memohon sehingga
RM100 ribu hanya 50 orang sahaja individu yang boleh kita bantu. Mohon penjelasan berkenaan perkara ini.
Dato’ Yang Dipertua, akhir kata adalah kita semua sebagai pemimpin berbahas dan membuat keputusan dengan penuh hikmah dan bijaksana, mendahulukan kesejahteraan rakyat serta menghayati prinsip perpaduan dan kesatuan yang menjadi asas kekuatan negeri ini. Semoga usaha kita diberkati dan negeri kita terus makmur serta Sejahtera. Dato’ Yang Dipertua, saya dengan ini menyokong sepenuhnya Belanjawan Negeri Sembilan 2026. Belanjawan Madani Rakyat Harmoni. Sekian wabillahitaufiq walhidayah, Assalamualaikum WBT.
Waalaikumussalam WBT. Terima kasih Yang Berhormat Gemencheh. Saya dengan hormatnya menjemput Yang Berhormat Bagan Pinang.
YB ADUN Bagan Pinang. Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada Dato' Speaker. Yang Berhormat Sikamat. Alhamdulillah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sikamat di atas pembentangan Belanjawan 2026 pada hari Jumaat yang lepas. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, memberi ruang dan peluang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2026. Dato’ Yang Dipertua, terima kasih juga kepada kakitangan kerajaan negeri yang bertungkus lumus melunaskan belanjawan 2025 dan insyaallah mereka juga akan bertungkus lumus untuk melunaskan belanjawan 2026. Alangkah indahnya jika Belanjawan 2026 ini memasukkan peruntukan kepada kami pembangkang.
Dato’ Yang Dipertua, Pantai dan rakyat bukan untuk komersial semata-mata. Saya ingin menegaskan bahawa pantai adalah aset awam bukan untuk dimonopoli oleh pihak tertentu. Kini kita melihat trend yang membimbangkan di mana hotel-hotel dan projek swasta dibina betul-betul di pesisiran pantai sehingga menutup akses rakyat ke kawasan tersebut. Keadaan ini bukan sahaja mencemarkan imej semulajadi pantai malah menghalang rakyat untuk menikmati ruang awam yang sepatutnya menjadi hak mereka. Saya ingin menegaskan bahawa kita tidak menolak pembangunan dan kemajuan namun, pembangunan hotel dan projek komersial di kawasan persisir pantai haruslah diperindahkan ke kualiti yang sesuai seperti di seberang jalan dari pantai dan bukannya di pesisir Pantai. Tindakan membina terus di persisiran pantai bukan sahaja menjelaskan keindahan semula jadi malah mengganggu akses rakyat untuk menggunakan pantai sebagai ruang rekreasi dan komuniti.
Dato’ Yang Dipertua, sehubungan dengan itu, saya mendesak kerajaan agar menghentikan kelulusan seberang pembinaan hotel baru di persisiran pantai malah kerajaan perlu meneliti semula dan juga perlu mengambil semula atau
mengurus tanah-tanah yang telah menjadi milik individu atau pihak swasta. Kita meletakkan status pantai sebagai harta awam yang diwartakan. Dengan langkah ini, pembangunan boleh diteruskan tanpa menjejaskan hak rakyat atau keindahan semula jadi. Tuan Yang Dipertua, marilah kita sama-sama memastikan pantai tetap untuk rakyat bukan untuk kepentingan komersial semata-mata supaya warisan semula jadi ini terus menjadi kebanggaan dan hak milik rakyat Negeri Sembilan.
Dato’ Yang Dipertua, isu pampasan dan masa depan nelayan di Port Dickson. Saya ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini kepada kebimbangan besar dalam kalangan para nelayan yang terjejas akibat pelaksanaan Projek Hibiscus II. Pada masa ini imbuhan atau pampasan hanya diberikan sepanjang tempoh projek berjalan. Sedangkan hakikatnya kawasan tangkapan ikan mereka telah mengecil secara kekal. Pengurangan kawasan ini bukan sahaja menjejaskan pendapatan harian mereka malah turut mengancam kelangsungan sumber rezeki mereka dalam jangka masa yang panjang. Persoalannya apakah perancangan kerajaan negeri bagi memastikan mata pencarian nelayan terus terjamin setelah projek ini selesai. Nelayan telah menyuarakan kebimbangan bahawa mereka tidak lagi menerima imbuhan sebaik sahaja projek itu tamat. Sedangkan implikasi terhadap kawasan tangkapan adalah berpanjangan. Situasi ini tidak adil kepada mereka sejak turun-menurun bergantung kepada hasil laut untuk menyara keluarga. Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menjelaskan bahawa bantuan kepada nelayan tidak seharusnya bermaksud memaksa mereka beralih kepada pekerjaan lain yang tidak berkaitan dengan perikanan. Nelayan ini kekal sebagai nelayan itulah kemahiran itulah kepakaran dan itulah identiti mereka. Justeru, seharusnya kerajaan negeri mempertingkatkan bentuk sokongan yang benar-benar dapat memperkukuhkan industri perikanan ini sebagai satu penyelesaian iaitu menyediakan peralatan moden, mempertingkatkan infrastruktur jeti, serta kemudahan menyimpan, menyusun semula peralatan, penangkapan atau mengurus semula kawasan perairan supaya mereka mempunyai ruang dan ruang yang cukup untuk menguruskan aktiviti penangkapan ikan. Dengan langkah-langkah ini kelak semoga hidup nelayan dapat dipelihara, dan mereka tidak tersisih akibat pembangunan yang berlaku di kawasan perairan mereka sendiri. Saya berharap isu ini diberi perhatian serius untuk memastikan kesejahteraan komoditi nelayan terus terjamin untuk masa depan mereka.
Dato’ Yang Dipertua, isu kelas fardhu ain. Tuan Yang Dipertua, saya ingin menarik perhatian dewan bahawa isu ini telah saya bangkitkan pada sidang yang lalu. Kelas fardhu ain semakin besar pemintaan rakyat terhadap pendidikan fardhu ain semakin meningkat namun kemudahan serta kapasiti ruang sekolah masih tidak memadai. Banyak sekolah beraksi dengan ruang yang terhad sehingga menimbulkan keperluan mendesak untuk penambahan
kelas-kelas baru. Bagi menampung jumlah pelajar. Pada masa yang sama, kekurangan tenaga pengajar juga menjejaskan mutu pelajaran. Menyebabkan guru-guru fardhu ain terpaksa mengendalikan kelas yang melebihi kapasiti ideal. Sehubungan itu saya memohon supaya kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dapat meneliti serta memberi kemudahan, serta menambah baikkan infrastruktur, menyediakan kelas tambahan serta menambah bilangan guru fardhu ain. Agar permintaan tinggi daripada ibu bapa dapat dipenuhi dan mutu pendidikan agama anak-anak terus terjamin. Menurut data murid pada sesi 2023 jumlah keseluruhan murid adalah 83,202 orang yang mengikuti kelas kafa dan juga staf seramai 57,206 orang iaitu sebanyak 69% yang tidak mengikuti kelas fardhu ain seramai 25,992 orang yakni 31%.
Dato’ Yang Dipertua, keperluan pembinaan sekolah rendah di Taman Desa PD. Saya ingin mengangkat perhatian dewan bahawa keperluan untuk mewujudkan sekolah rendah baharu di kawasan Taman Desa PD pada masa ini kerana penduduknya terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah yang agak jauh iaitu di Sekolah Kebangsaan Rantau terletak 10km dari Taman Desa PD manakala Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Sirusa 14km. Jarak yang begitu jauh ini memberi tekanan kepada ibu bapa terutamanya mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri selain menambah kos pengangkutan dan masa perjalanan belajar tiap-tiap hari agak meletihkan mereka. Dato’ Yang Dipertua, pembinaan sebuah sekolah rendah di Taman Desa PD bukan saja memberi manfaat kepada penduduk taman itu saja malah akan turut memberi dan menampung keperluan pendidikan anak-anak di persekitaran yang berhampiran seperti Kampung Barisan serta anak-anak pekerja ladang di Ladang Sua Betong. Dengan pertumbuhan polisasi dan pembangunan perumahan di kawasan tersebut, kemudahan sekolah rendah yang lebih dekat akan mudah diakses adalah keperluan asas yang wajar diberi keutamaan. Saya mohon agar kerajaan negeri dan Kementerian Pendidikan mempertimbangkan sebuah sekolah rendah baharu di Taman Desa PD bagi memastikan akses pendidikan yang lebih selamat mudah mampan untuk generasi muda pada asasnya.
Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengangkatkan satu keperluan tetap bagi penduduk di Taman Vista Jaya serta sekitarnya khususnya Taman Bayu Indah pada masa ini di kawasan tersebut terpaksa menulaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Springhill yang bukan sahaja agak jauh tapi juga tidak mampu menampung jemaah yang semakin meningkat. Setiap minggu masjid itu penuh sesak sehingga ada terpaksa solat di luar ruang utama. Sehubungan itu, saya mohon agar surau Taman Vista Jaya dipertimbangkan untuk dinaiktaraf sebagai sebuah Surau Jumaat. Surau ini juga mampu menjadi pusat ibadah yang lebih dekat dan selesa sekaligus menampung keperluan jemaah termasuk Taman Bayu Indah yang turut berdepan cabaran jarak dan kapasiti penduduk. Saya berharap pihak berkuasa akan dapat memberi
penilaian segera dan memberikan kelulusan yang sewajarnya demi kemudahan serta kesejahteraan umat islam.
Dato’ Yang Dipertua, saya juga bersetuju dengan Lukut, isu pencahayaan di Seremban Port Dickson Highway. Ingin saya menarik perhatian, isu keselamatan jalan raya kekurangan pencahayaan di Lebuh Raya Seremban Port Dickson. Lebuhraya ini sepanjang 23km menghubungi Mambau, Seremban dan Port Dickson dan digunakan oleh ribuan pengguna pada siang hari. Termasuk kenderaan-kenderaan persendirian, lori dan kenderaan berat. Pada pelbagai waktu terutama pada waktu malam dan ketika cuaca buruk keadaan ini menjadi tidak selesa kerana pencahayaan ataupun kekurangan lampu jalan ini menjadikan risiko untuk kemalangan itulah lebih tinggi. Dato’ Yang Dipertua, pencahayaan di tanah perkuburan Taman Intan Perdana. Saya ingin menarik perhatian dewan isu pencahayaan di Tanah Perkuburan Taman Intan Perdana yang memerlukan tindakan segera kawasan perkuburan tersebut berada dalam keadaan gelap pada waktu malam walhal terdapat urusan perkuburan yang perlu dilaksanakan pada waktu malam apabila berlaku kelewatan atau sebelah petang. Keadaan pencahayaan tidak memadai keadaan pencahayaan yang tidak memadai menyukarkan pertugas melaksanakan tugas pengurusan jenazah secara teratur selamat dan penuh beradab. Ingin saya maklumkan bahawa pihak pengurusan kubur tersebut terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan membeli lampu solar bagi menampung keperluan asas pencahayaan. Namun begitu, pencahayaan tersebut masih tidak cukup dan tidak konsisten untuk menyokong kerja-kerja pengurusan jenazah pada waktu malam. Laluan jalan berhampiran kawasan perkuburan turut berada dalam keadaan gelap dan boleh menimbulkan risiko keselamatan kepada pengguna dan merayu pada pihak berkuasa berkaitan meneliti keperluan lampu pencahayaan yang sesuai dan berkesan sama ada secara konvensional atau lampu solar demi memastikan keselamatan serta kelancaran dalam penghormatan pengguna jenazah di tanah perkuburan itu.
Dato’ Yang Dipertua, sebagai wakil rakyat saya ingin menekankan bahawa isu penting yang perlu diberi perhatian agar perbelanjaan ini dapat menerima manafaat maksimum kepada seluruh Negeri Sembilan khususnya di kawasan luar bandar dan komuniti yang lebih memerlukan. Pertama berkaitan dengan pengagihan bantuan dan pelaksanaan projek. Saya ingin bertanya bagaimana kerajaan negeri memastikan penyaluran bantuan dan projek ini sampai ke kawasan luar bandar dan kawasan pelancongan yang bukan bandar seperti Port Dickson, Jelebu dan daerah luar bandar yang lain. Adakah terdapat mekanisme khusus supaya pembangunan ini tidak tertumpu di bandar sahaja. Kedua berkaitan dengan ketelusan pelaksanaan dengan 69 inisiatif yang dirancang, saya ingin menegaskan kepentingan mekanisme pemantauan dan pelaporan yang jelas bagaimana kerajaan negeri memastikan rakyat dapat melihat perkembangan projek, status peruntukan
dan keberkesanan setiap inisiatif. Tanpa pemantauan yang telus, risiko kelewatan dan ketidakadilan dalam pengagihan pasti akan wujud. Ketiga berkaitan dengan defisit Bajet Belanjawan 2026 mencatatkan defisit sebanyak RM30 juta ringgit. Saya ingin bertanya apakah langkah jangka panjang kerajaan untuk memulihkan keseimbangan bajet dan adakah terdapat rancangan untuk menjana semula, menjana semua pendapatan tambahan supaya defisit tidak memberi tekanan kepada pelaksanaan-pelaksanaan projek kepada rakyat. Keempat berkaitan bantuan Kesihatan. Kerajaan negeri telah menyediakan bantuan untuk pesakit kanser, dialisis dan rawatan kesihatan kritikal. Bagaimana kerajaan memastikan dana tambahan disediakan sekiranya bilangan penerima itu meningkat? Ini penting supaya rakyat yang benar-benar memerlukan tidak terlepas daripada manfaat bantuan yang telah diumumkan oleh pihak Kerajaan. Kelima berkaitan pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan. Saya ingin juga menekankan bahawa perbelanjaan ini harus memberi impak langsung kepada peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi tempatan khususnya untuk golongan belia komuniti miskin B40. Apakah strategi kerajaan untuk memastikan projek pembangunan projek pelancongan dan inisiatif ekonomi dapat membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, secara keseluruhannya Belanjawan Negeri Sembilan 2026 menunjukkan niat baik kerajaan untuk menyentuh pelbagai aset kebajikan rakyat, namun keberkesanan ini bajet ini bergantung kepada pelaksanaan, ketelusan dan pemantauan yang berkesan. Saya berharap kerajaan negeri dapat menjawab dan memberi penjelasan yang komprehensif bagi memastikan setiap ringgit dibelanjakan memberi manfaat maksimum kepada rakyat Negeri Sembilan. Bagan Pinang menyokong Belanjawan 2026 dengan pindaan. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum WBT.
Walaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Pinang. Saya dengan hormatnya menjemput Yang Berhormat Chuah.
Salam Sejahtera, salam Negeri Sembilan bersih, muafakat Sejahtera. Salam Malaysia Madani. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026 di dewan yang mulia ni. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya ingin memulakan perbahasan saya dengan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan atas pembentangan Belanjawan 2026 yang bertemakan Belanjawan Madani, Rakyat Harmoni. Tema ni jelas menggambarkan pendekatan yang menyeluruh berpaksikan
rakyat serta menumpukan kepada 9 bidang utama yang mencerminkan keprihatian kerajaan negeri terhadap kesejahteraan rakyat. Namun tema yang baik mesti disokong dengan pelaksanaan yang tegas, pantas dan berkesan di akar umbi. Saya juga ingin merakamkan ucapan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta seluruh jentera kerajaan negeri atas kejayaan menukarkan kedudukan kewangan negeri daripada defisit pada belanjawan tahun 2025 kepada lebihan pada ketika ini. Pencapaian ini membuktikan kecekapan tadbir urus serta pengurusan kewangan yang berhemah. Ini satu pencapaian yang wajar dihargai namun saya ingin menegaskan bahawa lebihan kewangan ini mestilah dirasai secara terus oleh rakyat dan bukan sekadar angka di atas kertas sahaja.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dengan pelaksanaan Projek Malaysia Vision Valley 2.0 ataupun lebih dikenali MVV2.0 saya yakin ia akan terus memacu pembangunan ekonomi Negeri Sembilan dan menyumbang kepada transformasi negeri ke arah negeri berpendapatan tinggi. Sebagai wakil rakyat Chuah saya ingin mengetengahkan beberapa isu penting di kawasan saya.
Dato’ Yang Dipertua, isu pertama yang saya nak bawa adalah berkenaan dengan kawalan lembu berkeliaran. Berdasarkan statistik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson sepanjang tempoh 1 Januari 2025 hingga 30 November 2025 sebanyak 21 kes kemalangan melibatkan haiwan telah direkodkan di kawasan Chuah. Dan antaranya 15 adalah melibatkan lembu yang berkeliaran dan angka ini hanya merujuk kepada kes yang telah dilaporkan kepada pihak polis Sahaja. Dan saya yakin banyak lagi yang tidak membuat laporan polis. Kewujudan lembu ternakan yang berkeliaran ini bukan sahaja membahayakan nyawa pengguna jalan raya malah turut menjejaskan kebersihan persekitaran terutamanya di laluan pelancong masuk ke Negeri Sembilan. Keadaan sebegini tentu akan memberikan satu pandangan yang kurang baik kepada mereka dan saya difahamkan terdapat dua peruntukan undang-undang utama yang digunapakai untuk mengawal ternakan lembu di Negeri Sembilan iaitu satu Enakmen 8 tahun 1971, enakmen menghalang kerbau dan lembu dalam kawasan-kawasan larangan di bawah Seksyen 5 (1) dan yang kedua adalah Undang-Undang Kecil Kawalan Lembu Dan Kerbau Majlis Daerah Port Dickson 1983, UUK 11. Walaupun peruntukan undang-undang ini wujud, saya berpandangan bahawa penguatkuasaan masih perlu diperkasakan dan saya menyeru kepada Jabatan Veterinar untuk memantau dan memastikan lembu ternakan hanya dibenarkan berada di kawasan yang dilesenkan sahaja, dan mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap penternak-penternak yang tidak mematuhi syarat. Kalau ada keperluan undang-undang sedia ada dipinda atau enakmen baru perlu ditambah, mohon buat kajian segera dan pelaksanaan segera. Dan saya berharap Jabatan Veterinar memandang serius terhadap perkara ini dan mengambil
tindakan yang tegas supaya kejadian kemalangan jalan raya akibat haiwan terutamanya lembu berkeliaran dapat dinoktahkan.
Dato’ Yang Dipertua, perkara kedua adalah tentang kekurangan di Jalan Sepang- Lukut. Sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 Port Dickson dijangka menerima pertambahan pelancong yang ketara. Saya merakamkan penghargaan kepada Majlis Perbandaran Port Dickson atas inisiatif menaiktaraf landskap di pintu masuk dari Jambatan Sepang Ke Port Dickson. Namun dengan peningkatan pelancong sudah tentu akan berlaku pertambahan kenderaan terutamanya di Laluan Sepang-Lukut yang sememangnya sibuk pada hujung minggu dan hari cuti. Pada masa ini masih lagi terdapat banyak kekurangan di laluan ini seperti permukaan jalan rosak, berlubang, selekoh-selekoh berbahaya, kekurangan pencahayaan pada waktu malam dan beberapa lokasi berisiko berlaku tanah runtuh. Dan saya telah mengadakan lawatan tapak bersama jurutera JKR Daerah Port Dickson dan lokasi-lokasi kritikal telah dikenal pasti untuk kerja-kerja pencahayaan, pelebaran jalan dan pengukuhan cerun. Sehubungan itu, saya berharap Kementerian Kerja Raya dapat memberi perhatian khusus dan meluluskan peruntukan segera demi keselamatan pengguna jalan raya dan memastikan jalan tersebut sentiasa dalam keadaan lancar dan selamat.
Dato’ Yang Dipertua, isu ketiga adalah tentang kemudahan asas di Pig Farm Area ataupun PFA. Saya ingin menyentuh sekali kembali isu berkaitan kawasan Pig Farm Area yang pernah saya bangkitkan dalam sidang dewan sebelum ini. Untuk maklumat dewan yang mulia ini, pada peringkat awal perancangan, kawasan PFA telah dilengkapi dengan kemudahan asas seperti jalan, parit dan lampu jalan. Namun setelah sekian lama, kesemua kemudahan tersebut telah mengalami kerosakan dan tidak diselenggara. Walaupun 374 pemilik lot dalam PFA telah membayar cukai tanah selama 26 tahun tanpa gagal. Tetapi sehingga kini tiada satu agensi yang bertanggungjawab menjaga kawasan ini. Ini bukan isu teknikal semata-mata. Ini isu keadilan kepada pembayar cukai. Sehubungan itu, saya mencadangkan agar sebuah agensi khusus dilantik bagi tujuan pemantauan dan kawal selia kawasan ini dan satu tabung pemulihan infrastruktur PFA ditubuhkan bagi membolehkan kemudahan asas di kawasan ini dibaikpulih. Jika rakyat wajib bayar cukai klien juga, kerajaan juga wajib memulangkan perkhidmatan yang setimpal. Langkah ini penting bagi mengembalikan keyakinan pembayar cukai terhadap kerajaan negeri.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, isu yang keempat adalah tentang isu pengalihan meter air SAINS. Baru-baru ini, saya telah menerima aduan daripada penduduk-penduduk mengenai pengalihan meter air oleh pihak SAINS bagi kediaman di atas tanah lot di mana meter mereka akan dialihkan ke hadapan lot berhampiran paip utama. Saya faham langkah ini bertujuan memudahkan kerja penyelenggaraan. Pengalihan meter air oleh SAINS
mungkin baik dari sudut teknikal, tetapi kesannya kepada rakyat miskin. Ada antara rumah yang terpaksa menanggung risiko paip bocor hingga 200 meter selepas meter air apani SAINS. Saya berharap perkara ini tidak dilihat sebagai isu prosedur semata-mata tetapi sebagai isu keadilan sosial. Saya memohon agar pihak SAINS melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat bersasar supaya risiko kos tambahan tidak dipindahkan kepada rakyat miskin demi menjamin kesejahteraan serta kualiti hidup komuniti setempat.
Yang Berhormat Dato’ Dipertua, isu kelima adalah tentang isu ladang ternakan ayam tanpa lesen. Awal tahun ini isu pencemaran sungai dan serangan lalat daripada ladang ternakan ayam di kawasan Chuah telah menyebabkan Jabatan Veterinar mengambil tindakan tegas termasuk pembatalan lesen ternakan pengusaha terlibat. Namun masih terdapat pengusaha yang meneruskan operasi kerana ia merupakan satu-satunya sumber pendapatan mereka. Saya ingin membawa satu kes di Bukit Pelandok. Ia melibatkan seorang wanita, beliau terpaksa meneruskan operasi ladang suami dia walaupun tanpa lesen kerana beliau perlu menanggung kos rawatan suaminya yang telah mengidap kanser, serta menyara anaknya yang masih bersekolah. Kes ini mengingatkan kita kepada kes viral pakcik petai dengan penguatkuasa MPPD yang berlaku pada Mac tahun ini. Tujuannya hampir sama yang mana beliau berniaga tanpa lesen untuk mengumpul duit bagi pembedahan mata isterinya, dan kes ini akhirnya telah diselesaikan secara baik dengan pihak Majlis Perbandaran Port Dickson telah memberikan lesen sementara kepada beliau untuk berniaga. Ini mencerminkan bahawa kita adalah kerajaan prihatin menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Sehubungan itu, saya juga berharap kerajaan negeri dan agensi berkaitan dapat mempertimbangkan pemberian lesen sementara atau bantuan bersesuaian pada pengusaha tersebut agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa mengabaikan aspek penguatkuasaan.
Yang Berhormat Dato’ Dipertua perkara enam adalah berkenaan dengan kemudahan laluan di jalan kampung di kawasan Chuah. Saya menghargai usaha Pejabat Tanah Dan Daerah Port Dickson dalam usaha menaik taraf sebahagian jalan kampung di kawasan Chuah. Namun saya ingin memaklumkan dengan jelas bahawa masih terdapat rizab jalan yang wujud atas pelan tetapi masih tidak dibina di lapangan. Sebagai contoh saya telah menerima permintaan daripada sebuah rumah ibadat di atas lot 174 Bukit Pelanduk. Penganut dan penduduk jiran lot tersebut masih menggunakan laluan atas jalan hakmilik persendirian di lot 20241 sebagai akses keluar masuk. Ini bukan sahaja menimbulkan ketegangan dengan pemilik tanah malah mencemarkan imej pentadbiran apabila reserve wujud tetapi rakyat masih terputus akses. Saya berharap perkara ini tidak lagi berlarutan dan saya memohon kepada Pejabat Tanah Dan Daerah Port Dickson segera
menyemak rizab-rizab jalan kampung yang masih belum sempurna dan membina segera jalan rizab mengikut keperluan penduduk setempat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebagai penutup Chuah dengan ini menyatakan sokongan penuh terhadap Belanjawan Negeri Sembilan 2026 dengan serangkap pantun;
Burung enggang tebang sekawan, Hinggap bertelur atas jerami, Chuah menyokong cadangan belanjawan, Demi rakyat terus harmoni.
Sekian terima kasih.
Penangguhan MesyuaratAdjournment
Terima kasih Yang Berhormat Chuah. Saya tak berapa pandai berpantun. Saya tau dua tiga kucing berlari je. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar lagi saya akan menangguhkan mesyuarat dewan. Sesi perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul ini akan disambung semula pada hari Rabu, esok Rabu 10 Disember 2025 bersamaan 9 Jamadil Akhir 1447 Hijrah. Mesyuarat Dewan ditangguhkan.
[Mesyuarat Dewan ditangguhkan pada jam 4.50 petang.]