Negeri Sembilan · 8 December 2025

15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting (Budget) · 151 turns · 28,657 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Bacaan Doa

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat Dato’ Yang DiPertua Dewan. Susunan Mesyuarat Perkara Pertama, Bacaan Doa.

[Setiausaha Dewan telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum WBT. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahhirabbil'alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Alam Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW Ahli keluarga dan para sahabat baginda. Yang Amat berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan, dan Puan-Puan, Hadirin yang dihormati sekalian. Alhamdulillah saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke sidang mesyuarat bagi Persidangan Ketiga (Belanjawan), Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang ke-15.

Hari ini 8 Disember 2025 merupakan hari kedua persidangan. Di sini, saya ingin memaklumkan berkenaan ketidakhadiran Yang Berhormat ADUN Rantau tidak dapat hadir pada hari ini 8 Disember 2025 kerana perlu menghadiri mesyuarat isu pertikaian sempadan di Cambodia, persempadanan Cambodia-Thailand. Saya juga ingin memaklumkan bawah pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Pejabat Negeri Sembilan akan membuka kaunter aduan di Aras G, Bangunan Dewan Undangan Negeri selama dua hari pada 8-9 Disember ini, bagi membolehkan

Yang Berhormat ADUN menyalurkan isu-isu capaian serta rangkaian kemudahan jalur lebar di kawasan DUN masing-masing. Saya harap semua Ahli Yang Berhormat dapat mengambil bahagian untuk membangkit isu-isu capaian kemudahan jalur lebar di kawasan DUN masing-masing Ahli Yang Berhormat sekalian. Sebagaimana maklum, sesi perbahasan akan dimulakan pada hari ini. Saya amat berharap semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan dan seterusnya memberi pendapat-pendapat yang dapat meningkatkan mutu penyampaian kerajaan kepada rakyat Negeri Sembilan khususnya.

Hadirin sekalian, sebagaimana biasa saya ingin menyeru kepada semua hadirin agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tata kelakuan dan etika sebagai Ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekian terima kasih. Selamat bersidang.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga, pertanyaan-pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan yang Berkehendakkan Jawapan Lisan Hari Kedua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput sesiapa bagi mengemukakan soalan bagi Rantau.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Mohon izin Dato’ Yang Dipertua, mewakili Rantau bertanyakan soalan nombor 1.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih ADUN Rantau dan terima kasih ADUN Kota yang mewakili Yang Berhormat ADUN Rantau. Soalan daripada ADUN Rantau Apakah perancangan dan strategi Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap rakyat Negeri Sembilan dapat mengimbangi kos sara hidup harian mereka dan senaraikan mengikut kluster tertentu termasuk makanan asas, pendapatan, pendidikan, kesihatan, perumahan dan utiliti awam.

Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri mengambil cakna akan suara keluh resah rakyat berkaitan kos sara hidup di samping perancangan dan strategi yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negari dan Kos Sara Hidup untuk mengimbangi harga barangan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat akibat kos barangan perkhidmatan yang tinggi.

Kerajaan Negeri melalui belanjawan 2025 yang dibentangkan pada 20 November 2024 juga turut memberikan tumpuan kepada inisiatif-inisiatif yang diyakini dapat menyeimbangkan antara keperluan sara hidup dan pengukuhan ekonomi supaya terus berdaya tahan dan resilience.

Dalam belanjawan saya telah menyatakan bahawa kos kenaikan harga barangan kita adalah terkawal. Antara bantuan dan inisiatif yang telah diumumkan oleh kerajaan negeri dalam belanjawan 2025, bagi membantu mengatasi kenaikan kos sara hidup kluster tertentu, termasuk makanan asas pendapatan, pendidikan, Kesihatan, perumahan dan utiliti awam adalah seperti berikut; Pertamanya, kluster makanan asas bermula 2022 kerajaan negeri mengumumkan peruntukan sebanyak 5 juta bagi menjayakan inisiatif jualan nismilan prihatin, iaitu jualan barang-barang keperluan asas seperti ayam, telur, minyak masak, sayur-sayuran dan daging pada harga murah sehingga 30% lebih rendah dari harga pasaran. Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di seluruh kawasan DUN setiap minggu. Untuk itu sebanyak 2 juta telah diperuntukkan pada tahun 2025 bagi meneruskan jualan nismilan prihatin. Bagi kluster pendapatan, Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000 yang disasarkan kepada penjaja dan peniaga kecil di Negeri Sembilan. Objektif utama penubuhan TUNS adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini dapat diwujudkan melalui inisiatif ini. Di samping itu juga diharapkan agar bantuan dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar dapat melonjak ke satu tahap yang lebih baik daripada sebelumnya. TUNS juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi. Dari tahun 2019 hingga 2024 Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan sebanyak 19 juta bagi inisiatif yang telah dimanfaatkan oleh seramai 6,459 penjaja dan peniaga kecil di Negeri Sembilan. Melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2025 yang bertemakan “Bersama Membina Negeri Madani” Kerajaan Negeri bersetuju untuk meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun ke-7 pada tahun ini dengan peruntukan RM3 juta.

Program pemerkasaan usahawan Negeri Sembilan NS Choice NS adalah merupakan program pemerkasaan usahawan ke arah peningkatan kualiti produk, penjenamaan, pensijilan, dan pembungkusan. Sebanyak 30 syarikat Perusahaan mikro, dan mikro kecil dan sederhana PMKS, merangkumi pelbagai produk usahawan telah dipilih sebagai peserta peringkat fasa pertama NS Choice. Antara produk perniagaan makanan dan yang siap dibungkus, pakaian, minyak wangi dan juga produk Kesihatan. Usahawan-usahawan yang telah mendapat bimbingan dan peningkatan produk ini akan diketengahkan sebagai produk ikonik di bawah nama NS Choice. NS Choice merupakan label dan simbol yang mengiktiraf produk berkualiti dari Negeri Sembilan. Program pemerkasaan usahawan Negeri Sembilan NS Choice ini

dikekalkan pada tahun 2025 dengan peruntukan sebanyak RM500,000. Inisiatif “Halal Cottage” diteruskan pada tahun 2025 dengan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi mendaya upaya “empower” usahawan-usahawan mikro dalam mematuhi prinsip halalan toyyiban yang melepasi piawaian pensijilan halal yang ditetapkan oleh kerajaan seperti kebersihan premis, kualiti alatan dan perkakasan yang digunakan. Usaha ini telah berupaya mengembangkan pasaran perniagaan masing-masing dengan lebih luas lagi. Jumlah usahawan yang telah menerima inisiatif ini adalah seperti berikut; pada tahun 2022 sebanyak 102 penerima, 2023, 101 penerima, dan 2024, 103 penerima.

Yang keempat adalah sumbangan keceriaan sebanyak RM200 ringgit kepada warga emas berusia 70 tahun. Warga emas telah dibantu melalui sumbangan keceriaan sebanyak RM200 ringgit seorang, kepada warga emas yang berusia 70 tahun ke atas dengan anggaran peruntukan RM14.8 juta. Sumbangan “one-off” sebanyak RM200 seorang bagi golongan ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM2,000 ringgit sebulan. Golongan ibu tunggal berpendapatan RM2,000 sebulan menerima sumbangan “one-off” sebanyak RM200 ringgit seorang menerusi peruntukan berjumlah RM1.2 juta. Bagi kluster Pendidikan, pertamanya Inisiatif bantuan anak. Bas… N9Bas. Inisiatif bantuan N9Bas adalah bantuan tunai sebanyak RM50 ringgit sebulan kepada anak-anak Kumpulan B40 yang telah mula dilaksanakan sejak tahun 2019. Untuk itu, hanya diteruskan pada tahun 2025 dengan peruntukan sebanyak, ianya diteruskan pada tahun 2025 dengan peruntukan RM1 juta ringgit, yang bakal memberi manfaat kepada 1,800 orang murid.

Kedua, Inisiatif Bantuan Anak Negeri, Bantuan Sekolah Tahfiz, SJKT, SJKT dan Swasta. Bagi menyuburkan program pembudayaan ilmu, dua inisiatif diteruskan pada tahun 2025, iaitu Inisiatif Bantuan Anak Negeri (N9BAN) dengan peruntukan RM800,000 ringgit dan Bantuan sekolah Tahfis, SJK(C), SJK(T) dan sekolah Swasta dengan peruntukan sebanyak RM2 juta ringgit. Bantuan peranti mudah alih, yang ketiga bantuan peranti mudah alih bagi pelajar tingkatan enam dan ke atas, sebanyak RM3.35 juta diperuntukkan bagi bantuan peranti mudah alih bagi sekolah tingkatan 6 ke atas jumlah penerima bantuan peranti mudah alih sehingga 2024 adalah seperti berikut; IPTA, komputer riba sebanyak 510 unit. Tingkatan 6, tablet, 500 unit, dan insyaAllah tahun depan kita tukar, untuk tingkatan 6, kita juga bagi komputer riba. Di samping itu juga kita sediakan “SIM Card” kepada semua pelajar tingkatan 6 di seluruh Negeri Sembilan.

Keempat, Skim Dermasiswa Sara Hidup untuk IPTA, sebanyak RM3.6 juta diperuntukkan bagi Skim Dermasiswa Sara Hidup untuk pelajar IPTA. Kelima, inisiatif khas galakan kecemerlangan SPM, STPM dan STAM, sebanyak RM100,000 ringgit diperuntukkan untuk inisiatif khas SPM, STPM dan STAM. Keenam, pinjaman pendidikan tanpa faedah kepada pelajar Sarjana dan PhD di IPTA, dan sebanyak RM1 juta disediakan bagi pinjaman pendidikan tanpa faedah kepada pelajar peringkat Sarjana dan PhD di IPTA. Ketujuh, inisiatif bantuan pelajar TVET-KYNS, sebanyak RM5.25 juta diperuntukkan bagi inisiatif bantuan TVET-KYNS.

Kelapan, Asrama Sekolah Menengah Agama Chuah. Kerajaan Negeri amat prihatin dengan kekangan yang dihadapi oleh pengurusan Sekolah Menengah Agama Chuah, Port Dickson yang tidak mampu menampung kemasukan pelajar baharu yang sentiasa meningkat saban tahun berbanding kapasiti yang hanya boleh menampung seramai 50 orang pelajar sahaja. Justeru Kerajaan negeri bersetuju memperuntukkan RM7 juta bagi pembinaan dua blok Asrama, satu bilik dewan makan dan satu blok kantin di Sekolah Menengah Agama Chuah. Dengan tempoh pelaksanaan dua tahun. Sehubungan itu, sebanyak RM100,000 diperuntukkan pada 2025 bagi pelaksanaan kerja-kerja awalan. Inisiatif ini juga bertujuan membantu institusi keluarga bagi mengurangkan kos sara hidup melibatkan 24 pelajar yang terpaksa berulang alik ke sekolah setiap hari dari rumah yang jauh jaraknya.

Kluster kesihatan bantuan perolehan implan ortopedik. Peruntukan sebanyak RM500,000 ringgit telah disediakan bagi tahun 2025. Dan yang kedua, bantuan rawatan pembedahan AB Fistula bagi rawatan hemodialisis, peruntukan RM500,000 ringgit juga telah disediakan bagi tahun 2025.

Bagi kluster perumahan dan utiliti awam, penyelenggaraan rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah swasta di seluruh Negeri Sembilan, Kerajaan negeri memberi fokus bagi usaha memastikan setiap rumah pangsa didiami dalam keadaan yang baik dan selamat untuk dihuni. Kerajaan negeri amat prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh Jabatan Pengurusan Bersama (JMB), di rumah pangsa swasta terutamanya isu penyelenggaraan, kebersihan, keselamatan, dan infrastruktur yang tidak mencukupi. Oleh itu, tumpuan diberikan dalam menyantuni keperluan ini dengan menyediakan peruntukan yang diperlukan bagi memperbaiki kemudahan dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Inisiatif ini diteruskan pada tahun 2025 dengan peruntukan sebanyak RM2 juta ringgit. Program Rumah Harapan bagi memenuhi dan memberi lebih banyak peluang kepada rakyat untuk memiliki kediaman, Kerajaan telah memperkenalkan Program Rumah Harapan Rakyat pada tahun 2021. Skim ini menyediakan kemudahan pinjaman tanpa faedah bagi rumah bernilai

RM75,000 ringgit kepada golongan B40 yang masih belum memiliki rumah dan ingin membina 31 rumah banglo setingkat di atas tanah milik sendiri. Sejak tahun 2021 hingga 2023, sebanyak 167 buah rumah telah siap dibina dan diserahkan kepada peserta, manakala 41 telah diluluskan bagi tahun 2024. Inisiatif Rumah Harapan Rakyat diteruskan bagi tahun 2025 dengan peruntukan RM5 juta ringgit.

Ketiga, kerja-kerja menaik taraf dan menyelenggara kawasan perusahaan di Seremban, Port Dickson, Jelebu, dan Tampin bagi menggalakkan lagi pembangunan industri perusahaan kecil dan sederhana (IKS), sebanyak RM1 juta ringgit diperuntukkan bagi kerja menaiktaraf dan menyelenggara kawasan perusahaan di Seremban, Port Dickson, Jelebu, dan Tampin. Keempat, kerja-kerja menaiktaraf kemudahan sukan, prasarana awam, dataran usahawan yang memberikan impak langsung kepada komuniti. Kerajaan telah memperuntukkan RM510,000 untuk projek-projek kecil melibatkan kerja menaiktaraf kemudahan sukan, prasarana awam dan dataran usahawan yang memberikan impak langsung kepada komuniti.

Bantuan dan inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan negeri di bawah belanjawan 2025 ini adalah merupakan antara usaha dan komitmen berterusan Kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf hidup golongan yang memerlukan agar dapat menikmati kehidupan yang lebih baik serta berkualiti dan seterusnya menjadikan golongan tersebut golongan yang lebih berdaya maju dan produktif. Dalam masa sama, kerajaan negeri melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Negeri Sembilan (KPDNNS) melaksanakan pelbagai program bagi mengatasi beban kos sara hidup rakyat. Di bawah kluster makanan asas, KPDN melaksanakan program Jualan Rahmah Madani yang menawarkan barangan keperluan asas dengan diskaun 10% hingga 30% lebih rendah daripada harga pasaran.

Inisiatif ini melibatkan beberapa mekanisme pelaksanaan seperti PJRM bergerak, PJRM premium, PJRM@premis, PJRM@pasar, PJRM@kampus, dan PJRM@kampung orang asli. Kaedah pelaksanaannya berjaya meluaskan capaian inisiatif ke segenap lapisan masyarakat meliputi rakyat di bandar dan luar bandar. Sebagai contoh, pelaksanaan PJRM@pasar dilaksanakan dengan Kerjasama strategik pihak berkuasa tempatan dan para peniaga pasar. Sehingga 25 Oktober 2025 sebanyak lima pasar telah terlibat dalam pelaksanaan PJRM iaitu Pasar Ampangan, Pasar Besar Port Dickson, Pasar Pekan Rantau, Pasar Awam Baru Kuala Pilah, dan Pasar Besar Tampin. Pelaksanaan PJRM@pasar telah melibatkan 51 peniaga dengan bayaran subsidi RM58,071.06. Selain daripada PJRM@kampus, ia juga merupakan inisiatif untuk membawa barangan keperluan harian kepada pelajar universiti awam dengan kerjasama peniaga koperasi sedia ada di kampus ataupun rakan strategik yang mempunyai kapasiti menyediakan barangan yang bersesuaian dengan keperluan pelajar. Sehingga Oktober 2025,

sebanyak RM130,797.37 dibelanjakan bagi bayaran subsidi di 11 program PJRM@kampus yang melibatkan 8 universiti awam, iaitu UiTM Seremban 3 sebanyak 2 pelaksanaan, @TechJTM Kampus Pedas iaitu ILP Pedas, Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau, Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Universiti Sains Islam Malaysia, Politeknik Nilai sebanyak 3 pelaksanaan, UiTM Kampus Cawangan Kuala Pilah dan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.

PJRM@Premis telah dilaksanakan sebanyak 271 kali melibatkan 82 sehingga 2025. Inisiatif ini telah membawa purata 35 hingga 40 jenis barangan dengan nilai perbelanjaan subsidi sebanyak RM2.571 juta. Pelaksanaan PJRM telah membantu meringankan kos sara hidup rakyat dan memberi manfaat kepada 1.3 juta rakyat di Negeri Sembilan dengan menggunakan peruntukan subsidi sebanyak RM28.9 juta yang ditawarkan oleh kerajaan.

Dato’ Yang Dipertua, selain daripada PJRM, inisiatif lain oleh KPDNNS adalah menangani isu kos sara hidup dengan melaksanakan inisiatif Menu Rahmah yang menggalakkan peniaga menyediakan makanan seimbang pada harga RM5 ringgit bagi menyokong inisiatif ini. KPDN Negeri Sembilan menyediakan kad diskaun Menu Rahmah yang dapat membantu peniaga menu rahmah mendapat bahan mentah dan barang keperluan masakan di PJRM dalam kuantiti yang lebih tinggi. Para peniaga yang berhasrat mendapatkan kad diskaun Menu Rahmah boleh berhubung dengan KPDN Negeri Sembilan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Di samping itu juga, KPDN Negeri Sembilan telah melaksanakan Skim Harga Maksimum musim perayaan bagi 4 perayaan utama iaitu Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Krismas. Melalui pelaksanaan skim ini, penentuan harga maksimum yang dibuat ke atas barangan keperluan utama musim perayaan bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan tinggi yang tidak munasabah. KPDN Negeri Sembilan juga dapat memastikan bekalan barangan ditentu sahkan dalam operasi harian mereka.

Peniaga turut diwajibkan mempamer tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal sepanjang skim berlangsung. Sementelah itu, pelaksanaan program patuh pula merupakan langkah strategik bagi memperkukuhkan budaya pematuhan dalam kalangan entiti perniagaan di negara ini. Melalui program ini, KPDN Negeri Sembilan berhasrat memastikan setiap pemain industri beroperasi mengikut undang-undang, standard dan garis panduan yang ditetapkan.

Bagi tahun pertama pelaksanaan, dua inisiatif utama diperkenalkan bagi Projek Perintis iaitu Zon Persinggahan Patuh (ZPP) dan Pasar Patuh. Bagi Zon Persinggahan Patuh di Negeri Sembilan, terdapat empat lokasi yang terlibat iaitu Kawasan Rehat & Rawat, R&R Plus Seremban bagi kedua-dua arah utara

dan selatan dan Hentian Sebelah Nilai bagi kedua-dua arah utara dan Selatan, manakala Pasar Ampangan pula telah dipilih sebagai lokasi pertama Pasar Patuh bagi Negeri Sembilan. Pemantauan yang berterusan akan dilaksanakan ke atas premis-premis yang terlibat memastikan tahap pematuhan peniaga berada pada tahap yang baik dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif di samping melindungi kepentingan pengguna khususnya.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) memainkan peranan utama dalam memastikan semua majikan mematuhi Perintah Gaji Minimum yang ditetapkan oleh Kerajaan. Pelaksanaan dan Pematuhan Gaji Minimum ini membantu memastikan pekerja menerima pendapatan asas yang mencukupi, selaras dengan peningkatan kos sara hidup. Sementara JTK turut melaksanakan pemantauan melalui pemeriksaan tempat pekerjaan, Pendidikan, kesedaran hak pekerja dan tanggungjawab majikan bagi menjamin kesejahteraan, kestabilan pendapatan rakyat. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Dato’ Yang Dipertua, boleh saya bertanya? aaa… tambah soalan? Yang Amat Berhormat, saya mohon bantuan Yang Amat Berhormat Sikamat dan Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat di luar bandar atau yang warga emas di mana sekarang KPDNKK memperkenalkan satu aplikasi yang dinamakan E-Cost untuk pembelian minyak masak. Langkah ini langkah yang baik cuma Yang Amat Berhormat, warga emas atau rakyat luar bandar perlu ada telefon pintar dan alamat e-mail untuk mendaftar. Jadi ia agak sukar. Jadi, kalau Yang Amat Berhormat boleh aaa…. di parlimen mohon menteri untuk mempertimbangkan gunakan IC pun cukuplah. Ini yang salah satu kesukaran untuk warga emas dan rakyat di luar bandar. Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Gemas. Insya-Allah kita akan panjangkan perkara ini dan kita akan maklumkan kepada pihak yang terbabit. Terima kasih, Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Klawang.

Assalamualaikum WBT. Terima kasih, Dato’ Yang Dipertua. Klawang mengemukakan soalan nombor 1.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, isu bekalan air di Klawang, ini merupakan satu isu yang, ya…. Isu yang belum dapat diselesaikan secara tuntas dan insya-Allah. kita telah melihat beberapa perkara. Dato’ Yang Dipertua, masalah ganguan bekalan air semasa atau selepas hujan di kawasan Klawang berpunca daripada peningkatan kadar kekeruhan sumber air mentah yang tinggi di Loji Air Kuala Klawang. Dia daripada bukit tu, banyak sekarang mereka memajukan tanah-tanah

pertanian mereka dan apabila hujan, air termasuk daripada kebun-kebun turun ke sungai dan menyebabkan kekeruhan yang tinggi di kawasan Sungai tersebut. Terutama apabila hujan lebat berlaku di kawasan tadahan iaitu Muka Sauk, Ulu Kemin. Kadar kekeruhan yang optimum menyebabkan operasi rawatan air terpaksa dihentikan, dan baru-baru ini juga berlaku di Linggi.

Apabila hujan lebat di Seremban, kita terpaksa hentikan di LRA Linggi. Bagi memastikan kualiti air terawat yang dibekalkan kepada pengguna kekal mematuhi piawaian ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebagai langkah penyelesaian jangka masa pendek, SAINS telah melaksanakan beberapa tindakan seperti berikut; Pertama, bagi memastikan kolam LRA Kuala Klawang sentiasa berada pada paras tinggi, bagi menyediakan bekalan air dalam jangka masa selama enam jam dari bermulanya gangguan bekalan air mentah di Muka Sauk, Kemin.

Kedua, meningkatkan sistem pam air rawatan LRA Kuala Klawang daripada 250 meter padu sejam kepada 500 meter padu sejam untuk mempercepatkan tempoh pengisian kolam LRA Kuala Klawang selepas kualiti air kembali normal. Bagi tindakan jangka panjang, Kerajaan Negeri melalui SAINS telah mengenal pasti, dan kini dalam proses pertimbangan serta kelulusan pihak agensi persekutuan negeri, dan negeri bagi melaksanakan pelan menyeluruh termasuklah kerja-kerja penambahbaikan LRA Kuala Kelawang daripada 6 juta liter sehari kepada 8 juta liter sehari melalui peruntukan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Status permohonan adalah dalam proses kelulusan oleh pihak PAAB. Yang keduanya, cadangan bagi menyambung sistem agihan bekalan air dari LRA TiTi ke sebahagian sistem agihan air LRA Kuala Kelawang. Ia dapat mengurangkan beban kepada LRA Kuala Klawang akibat daripada kualiti sumber air mentah di Muka Sauk, Ulu Kemin.

Dan yang ketiga, permohonan daripada Badan Kawal Selia Air (BKSA) untuk mempertimbangkan untuk mengadakan Empangan Sabo bagi Muka Sauk di Ulu Kemin. Kerajaan negeri yakin bahawa melalui pelaksanaan langkah-langkah ini, masalah bagi gangguan air semasa dan selepas hujan di kawasan Kuala Klawang dapat dikurangkan secara berperingkat. Seterusnya ditangani secara menyeluruh dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Insya-Allah., terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Okay YB Sikamat. Dato’ Yang Dipertua, isu ini saya kira telah berlarutan begitu berpanjangan. Kita ada Empangan Sungai Triang yang besar dan dan ia menyalurkan air ke Empangan Sungai Trip, LRA Sungai Trip, bosa paip eh, ni apa Yang Dipertua, tetapi ianya tidak langsung memberikan apa-apa faedah kepada rakyat di Kuala Klawang. Paip tu lalu ke Kuala Klawang, kito tengok yo. Jadi saya kira, sekiranya adalah, apa nama ni, proses untuk kita menaik taraf LRA Kuala Klawang itu, supaya boleh menggunakan

air daripada empangan ini. Sebab sekiranya upgrade apa nama ni, LRA Kuala Klawang yang ada sekarang, dan masih lagi menggunakan Sauk di Ulu Kemin itu, makanya masalah ini tidak akan dapat diselesaikan dengan tuntas Dato’ Yang Dipertua.

Saya harap, apa nama ni, perancangan yang lebih tuntas perlu kita buat, untuk memastikan kita dapat menoktahkan keadaan ini sebab dua minggu lepas, 28 haribulan begitulah, keadaannya. Pagi itu kita mengalami yang agak kuat ataupun hujan yang agak lebat pada paginya, petang tu bila orang nak membersihkan rumah, paip air dah terputus, air daripada paip SAINS dah terputus. Jadi saya kira Dato’ Yang Dipertua, dapat kita menyelesaikan, kerajaan negeri dapat menyelesaikan keadaan ini yang sudah berlarutan begitu lama. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya akan melihat cadangan tersebut dan saya rasa kalau kita dapat persegerakan apa yang kita cadangkan terutamanya dalam mengagihkan air daripada Muka Sauk Titi ke Kuala Klawang juga akan mengurangkan kesan segera kepada penduduk di Kuala Klawang. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Chembong.

Tanya salah, tak tanya pun salah. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan nombor 1 saya iaitu soalan tentang perihal guru-guru. Khususnya guru-guru yang bertugas di Daerah Rembau Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat Chembong di atas pertanyaan yang berkaitan dengan kekurangan guru-guru di Daerah Rembau. Untuk makluman Dato’ Yang Dipertua, di Daerah Rembau ketika ini terdapat secara keseluruhannya 842 orang guru ya, di mana 549 adalah merupakan guru di sekolah rendah yang bersamaan dengan 96.83% dan 293 orang guru di sekolah menengah, yang bersamaan dengan 97.0%. Memang diakui bahawa ketika ini masih terdapat kekurangan, di mana di sekolah rendah terdapat kekurangan 18 orang guru sekolah rendah masih berkurangan yang melibatkan 13 buah sekolah dan di sekolah menengah pula terdapat 9 orang guru yang melibatkan 5 buah sekolah yang masih berkurangan Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya bertanya satu, dua soalan tambahan. Tujuan saya tanya ni Dato’ Yang Dipertua, kami nak taulah, apa tindakan daripada pihak yang berkenaan Dato’ Yang Dipertua, satu. Di atas kekurangan yang berlaku sekarang. Keduanya Dato’ Yang Dipertua, soalan saya ini kalaulah boleh diperlambangkan terutamanya kepada kepada guru-guru khususnya Daerah Rembau yang sedang menyaksikan siaran

langsung ni Dato’ Yang Dipertua. Perlambangan bahawasanya saya mengambil berat keprihatinan yang tinggi terhadap nasib guru-guru di Daerah Rembau Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, saya nak bertanya sedikit adakah berlaku polisi tentang sedikit ketidaksamaan iaitu saya dimaklumkan tentang elaun ‘cola’ Dato’ Yang Dipertua. Elaun ‘cola’ ni diberikan kepada guru-guru secara berlainan kadarnya diantara daerah-daerah, terutamanya di Daerah Rembau Dato’ Yang Dipertua. Kenapakah ini berlaku? dan sekiranya kelainan perbezaan ini berlaku, saya harap ianya diberikan perhatian supaya ianya menampakkan keadilan untuk semua guru di daerah-daerah Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Berkaitan dengan usaha kita untuk melengkapkan jumlah guru di sekolah-sekolah ni, sepertimana yang kita sedia maklum, kita bergantung kepada waran perjawatan dan kalau ada guru-guru baru, barulah kita dapat mengisi, tapi jumlah yang sebenarnya ni tak begitu kritikal sebenarnya di Daerah Rembau ni. Berkenaan dengan cola tu di luar, setakat yang saya maklum tidak ada dalam maklumat saya Yang Berhormat. Tentang perbezaan dari segi jumlah itu. Jadi saya minta maaf tak dapat jawab sekarang ni. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, saya mohon jawapan semasa sesi penggulungan Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih, insya-Allah. saya akan jawab sewaktu penggulungan.

Yang Dipertua Dewan

Saya ingin menjemput Yang Berhormat Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Seremban Jaya mengemukakan soalan nombor tiga. Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih juga kepada ADUN Seremban Jaya yang bertanyakan soalan berkaitan dengan pembinaan rumah pekerja ladang. Saya nak ucapkan terima kasih juga kepada ADUN Seremban Jaya atas keprihatinan dan juga peka terhadap isu pekerja ladang.

Dato’ Yang Dipertua, kenyataan mengenai peruntukan Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk pembinaan rumah pekerja ladang adalah merujuk kepada inisiatif seperti Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estet yang juga dikenali juga dengan SKRE. SKRE adalah

inisiatif pembiayaan perumahan yang bersubsidi dan diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Manusia, dengan dana disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional. Tujuan utama skim ini adalah untuk membolehkan pekerja ladang ataupun estet dan bekas pekerja ladang tempatan yang berpendapatan rendah iaitu isi rumah di bawah RM4,000 ke bawah, memiliki rumah pertama mereka sendiri melalui kemudahan pinjaman dengan kadar faedah tetap yang sangat rendah iaitu 2% setahun dan tempoh pembayaran balik juga adalah Panjang. Sebagai jaminan kepada kebajikan sosial. Namun begitu, ketiadaan peruntukan, tiada peruntukan yang diterima oleh Kerajaan Negeri Sembilan melalui program tersebut. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Sembilan telah menunjukkan usaha proaktif yang memanfaatkan mekanisme perumahan negeri iaitu untuk membantu nasib pekerja ladang, terutamanya bekas pekerja ladang.

Iaitu pertamanya, menawarkan Rumah Mampu Milik Type A bersubsidi, di mana Kerajaan Negeri pernah menawarkan Rumah Mampu Milik Jenis A Taman Kirby Labu, secara bersubsidi kepada bekas pekerja ladang seperti yang berlaku kepada bekas pekerja Ladang Sime Darby Plantation di Labu. Yang keduanya, subsidi ini termasuk menurunkan harga jualan rumah mampu milik, contohnya dari RM40,000 kepada RM36000 dan menyediakn subsidi sewa tambahan sementara menunggu rumah siap. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3.3 juta ringgit meliputi RM2.8 juta untuk pembelian 36 unit rumah yang berharga RM80,000 dan RM484,200 ringgit sebagai kos pentadbiran dan pengurusan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan.

Bagi tujuan pembelian 36 unit rumah mampu milik Type A Taman Kirby Labu, seterusnya dijual dengan harga subsidi sebanyak RM36,000 kepada 36 bekas pekerja ladang Sime Darby Plantation di Labu. Untuk makluman juga, penyediaan rumah rakyat ataupun PPR terdapat usaha membina projek perumahan rakyat di kawasan yang mempunyai populasi pekerja ladang yang tinggi, seperti di PPR Rantau Seremban, PPR Taman Seliau Jaya, Port Dickson, dan PPR Ladang Tanah Merah Port Dickson, bagi memastikan mereka mempunyai tempat tinggal yang kondusif. Perincian maklumat adalah seperti berikut; Di mana di PPR Rantau Seremban terdapat sebanyak 100 unit, PPR Taman Seliau Jaya Port Dickson 150 unit, dan PPR Ladang Tanah Merah Port Dickson 100 unit. Kesemuanya berjumlah 350 unit telah siap dibina dan diserahkan. Terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih EXCO Repah, Jawapan jelas, terima kasih. Tetapi soalan saya, bukan soalanlah. Ada satu peruntukan kira RM50 juta di Sumber Manusia, sudah lama, sudah lama saya ingat 20, 25 atau 30 tahun lah itu wang sudah ada sana, itu Bank Simpanan. Adakah rancangan akan datang, Kerajaan Negeri selalu, rumah mampu milik type A, ada satu developer mereka buat, kita minta Type A punya rumah, dulu RM80 ribu

sekarang tada salah RM120,000. Kerajaan kita negeri, kira Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan, Exco-Exco ada pengalaman, Exco Kanan, dan Dato’ SS, Dato’ Kewangan, Datuk Bandar. Adakah boleh rancangan kita MBI? Kita kira minta-minta cadangan, kira dalam 10 kilometer untuk Ladang Kombok. Bolehkah Pusat Sumber Manusia beri satu tapak lebih kurang 200 unit rumah mampu milik? Kita sendiri Kerajaan boleh buat, itu wang sudah ada sana, pusat. Bila kita Kerajaan negeri sendiri buat rumah itu, kita boleh beri banyak orang. Bila undi, 50 rumah, ada 100, 150 orang mari tunggu. Tapi baru dapat 50 orang. Tapi kerajaan negeri satu rancangan yang baik. Kita sendiri kita buat ada untung, ke MBI ada untung Kerajaan, nanti satu hari rakyat pun ada senang. Adakah rancangan jumpa Menteri Sumber Manusia bincang ini hal? Pasal itu wang guna di Negeri Perak, ada satu tempat diorang ada buat masih Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia YB Kula. Sekarang adakah boleh bincang? Itulah soalah saya. Terima kasih.

Terima kasih kepada Seremban Jaya atas pertanyaan soalan tambahan tadi, dan saya mengalu-alukan cadangan daripada ADUN Seremban Jaya dan kita akan bawa perkara ini dan berbincang supaya kita pastikan pekerja-pekerja ladang ni dapat satu rumah yang kondusif untuk mereka dan kita akan berbincang di peringkat Kementerian Sumber Manusia dan juga akan mendapatkan kerjasama daripada Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Dato’ Speaker, boleh soalan tambahan? pada Repah?

Yang Dipertua Dewan

Ni apa ni? soalan tambahan?

Ya, satu boleh? Berkenaan soalan, Yang Berhormat Exco, berkenaan pekerja-pekerja ladang ni yang tadi sebut di Labu, ada pekerja ladang mereka dah lama memohon rumah ni dan bila tiba masa nak dapat mereka ni dah habis kontrak ataupun kerja di ladang yang berkenaan tetapi mereka dinafikan hak, saya rasa ada beberapa penduduk di sana ada datang jumpa dengan mereka bagitau ada datang jumpa dengan Exco YB Arul, tapi mereka tidak dipertimbangkan. Bayangkan mereka dah memohon sejak lama dan mereka tahu ladang ni, mereka akan tamat pekerjaan mereka. Tetapi dalam tempoh beberapa tahun, mereka telah tidak lagi berkhidmat, tetapi bila Kerajaan selesai berunding dengan pihak-pihak tertentu, untuk memberi rumah, mereka dinafikan hak. Jadi, saya rasa di pihak Kerajaan Negeri ataupun Exco perlu mempertimbangkan sebab mereka adalah juga pekerja yang lama telah berjuang tapi sampai masa dinafikan hak sebab tidak bekerja lagi. Terima kasih.

Terima kasih kepada Labu, atas pertanyaan soalan tadi. Ini adalah satu maklumat yang baru untuk saya, saya akan kaji dan maklumkan semasa penggulungan nanti. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Labu.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya bangun bertanya soalan nombor satu.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, soalan Labu mengenai rizab jalan JKR. Dato’ Yang Dipertua, rizab jalan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak dibenarkan untuk kegunaan awam atau mana-mana pihak tanpa kelulusan bertulis daripada Kementerian Kerja Raya (KKR). Perkara ini adalah selaras dengan seksyen 3 dan 4 Akta Jalan Persekutuan 1959, Akta 376 serta Seksyen 84 dalam Seksyen 85A Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta 333.

Sebarang aktiviti seperti pembinaan gerai tepi jalan, penyimpanan bahan ataupun barangan, serta pembuangan sisa binaan adalah dilarang, kerana ia boleh menyebabkan kacau ganggu keselamatan serta mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya. Walau bagaimanapun, pemasangan utiliti adalah dibenarkan tertakluk kepada pemohon rasmi dan dan kelulusan serta pematuhan kepada syarat teknikal dan keselamatan yang ditetapkan oleh JKR. Terima kasih, Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya ingin menjemput Yang Berhormat Lukut.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Lukut mengemukakan soalan nombor satu.

Terima kasih Yang Dipertua, terima kasih YB Lukut. Soalannya ialah, soalan nombor 1, Adakah Kerajaan negeri bercadang membina hospital baharu di Daerah Port Dickson bagi mengurangkan kebergantungan kepada hospital di Seremban? Dato’ Yang Dipertua, ini jawapan saya. Buat masa ini, tiada perancangan bagi pembinaan hospital kerajaan baharu di Daerah Port Dickson. Walau bagaimanapun, bagi menampung keperluan perkhidmatan di daerah tersebut, Hospital Port Dickson telah menerima kelulusan peruntukan sebanyak RM177 juta ringgit Malaysia di bawah Projek Rancangan Malaysia Ke-10 Bagi pembinaan blok pakar Hospital Port Dickson.

Skop projek meliputi tambahan 140 buah katil, 4 dewan bedah, klinik pakar, serta komponen klinikal dan sokongan klinikal yang lain. Buat masa ini, projek sedang dalam proses awal pembinaan. Itu sahaja, Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Soalan tambahan. Dato’ Yang Dipertua, selain kos kontrak tadi yang disebutkan, RM177 juta tadi, untuk rekabentuk dan bina, apakah anggaran kos tambahan untuk peralatan, perubatan, ICT dan penyediaan

operasi? Dan berapakah jumlah penjawatan baharu yang telah dipohon kepada JPA ataupun KKM bagi memastikan hospital ini dapat beroperasi dengan sempurna? terima kasih.

Terima kasih YB Lukut atas soalan tersebut. Saya akan menjawab soalan tersebut secara bertulis. Buat masa sekarang, saya tiada data jawapan tersebut. Terima kasih YB, terima kasih Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Lukut.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Lobak. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Lobak mengemukakan soalan nombor satu. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Berkenaan paip air. Dato’ Yang Dipertua, jumlah keseluruhan kes paip air pecah yang telah direkodkan melalui sistem pendaftaran aduan SAINS bagi tahun 2021-2025 adalah sebanyak 27,279 kes di seluruh Negeri Sembilan. Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut; Seremban 11,059 kes, Port Dickson 2,554, Jempol 3,050 kes, Tampin 2,913 kes, Kuala Pilah 3,928 kes, Rembau 1,528 kes, Jelebu 2,247 kes. Tahap kerosakan paip melibatkan kategori kecil, yakni minor leak, sederhana, join failure dan besar main burst bergantung kepada lokasi dan tekanan saluran. Bagi kerja-kerja pembaikan, jenis bahan yang digunakan termasuklah paip jenis mild steel dan paip UPVC mengikut saiz serta tekanan air di lokasi yang terlibat. Jumlah kes perbelanjaan keseluruhan bagi tempoh tersebut dianggarkan sebanyak RM147 juta yang meliputi kes kerja-kerja pembaikan, penggantian paip serta pemulihan permukaan jalan. Bagi setiap kes pecah paip, tindakan segera telah diambil dengan penutupan sementara bekalan air melaksanakan kerja pembaikan dan pemulihan bekalan air secara berperingkat bagi memastikan gangguan bekalan air kepada pengguna diminimumkan.

Pertama, bagi menangani isu paip yang pecah, yang sering yang menimbulkan kesulitan kepada rakyat, kerajaan negeri melalui SAINS, telah merangka pelan jangka panjang untuk pengursan aset bekalan air yang dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negari. Buat masa ini, sebanyak 68 lokasi dan melibatkan paip sepanjang 243 kilometer telah dikenal pasti bagi penukaran paip melalui kolaborasi kerjasama antara PETRA, Pengurusan Aset Air Berhad, dan SAINS. Bagi penggantian paip melalui peruntukan SAINS, ia melibatkan 12 lokasi iaitu 2 lokasi di Seremban, 1 lokasi di Port Dickson, 1 lokasi di Jempol, dan 2 lokasi di Tampin, 3 lokasi di Kuala Pilah, 1 lokasi di Rembau, dan 2 lokasi di Jelebu, penggantian paip ini melibatkan jumlah sepanjang 14.2 kilometer. Bagi penggantian paip melalui peruntukan PAAB, ia melibatkan 16 lokasi iaitu 4 di Seremban, 3 lokasi di Port Dickson, 1 lokasi di Jempol, 2 lokasi di Tampin, dan 2 lokasi di Kuala Pilah, 2 lokasi di Rembau dan 2 lokasi di Jelebu. Penggantian paip ini

melibatkan jumlah 60.8 km. Bagi penggantian paip peruntukan PETRA, ia melibatkan 40 lokasi, 8 lokasi di Seremban, 7 lokasi di Port Dickson, 2 lokasi di Jempol, 12 lokasi di Tampin, 2 lokasi di Kuala Pilah, 4 lokasi di Rembau dan 5 lokasi di Jelebu. Penggantian paip ini melibatkan jumlah sepanjang 168 km.

Kedua, bagi memperkukuhkan sistem bekalan air negeri, projek menaik taraf infrastruktur utama telah dan sedang dilaksanakan termasuk pembinaan loji rawatan air baru, tangki imbangan, serta peningkatan kapasiti, sistem pengepaman dan paip agihan utama. Akhir sekali, aspek berkesan, pengurusan dan penyelenggaraan turut dipertingkatkan melalui penambahan pasukan rondaan teknikal, peningkatan keupayaan logistik serta latihan berterusan kepada kakitangan bagi memastikan tindak balas yang lebih cepat dan efisien terhadap sebarang aduan kebocoran. Dengan pelaksanaan pelan jangka panjang ini, kerajaan negeri yakin kadar insiden paip pecah dapat dikurangkan secara significant dalam tempoh beberapa tahun dan akan datang, sekaligus memastikan bekalan air yang lebih stabil berkualiti mampan untuk kesejahteraan rakyat di Negeri Sembilan dan insya-Allah pelaksanaannya akan bermula pada awal tahun hadapan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih, Dato’ Yang Dipertua. Jawapan yang paling jelas sekali dari Sikamat, dan kami ucapkan di dewan yang mulia ini tahniah dan syabas kerana SAINS bawah bimbingan Sikamat bekalan air di Negeri Sembilan tu memang bertambah baik. Itulah satu i think usaha yang tadi team SAINS sekali saya pun di dewan yang mulia ini ucapkan terima kasih kepada SAINS, bahawa di Taman Bukit Berlian, dulu saya telah suarakan di Dewan yang mulia ini, satu bulan empat ke lima kali paip bocor, so saya ucap terima kasihlah, dengan utama sekali Sikamat, dengan ahli-ahli SAINS bahawa yang 200 meter tu sudah tukar paip baru. Jadi, yang paip bocor ni tak ulang lagi, terima kasih. Lagipun, saya pun nak tanya dengan SAINS dengan kerjasama dengan penduduk, as bila ada aduan paip SAINS, saya ada berhubung dengan pegawai tu dia dalam 4 jam selesaikan masalah. So dah janjikan bekalan air, tapi soalan tambahan saya ialah NRW tambahan saya nak tanya, NRW statusnya yang terkini, lagipun bil kehutangan air, apa statutnya? Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan NRW, insyaa allah saya pastikan saya jawab secara panggulungan ataupun secara bertulis nanti, dan NRW kita agak tinggi sekarang, kerana kita berusaha untuk tukarkan paip-paip lama kepada paip baru dengan dengan kerjasama daripada PETRA, daripada PAAB, daripada SAINS sendiri, dan kita akan keluarkan peruntukan masing-masing bagi memastikan bahawa apa yang kita lakukan, laksanakan ini dapat mengurangkan NRW kita hanya sekitar 33%, insya-Allah., terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, skit, celahan sikit, nak bertanya tentang isu SAINS, berkanaan aaa…. saya nak tanya sikit ni, rakyat bertanya ni, berkenaan dengan tangki, baru-baru ini ada kita aaa… takda air 3 hari, dan ada di kalangan taman-taman yang ada tangki, tetapi tidak beroperasi. Contohnya, Taman Exora, Taman Senawang Perdana dan apa status tangki-tangki yang tidak beroperasi? Ya, saya nakkan sedikit data, mungkin boleh penangguhan lah dan sebab apa bend ani berlaku? sekarang? Saya ingin mendapatkan beberapa data tentang ini Mengapa ini berlaku? sebab kita tidak ada air, kalau, kalau, kalau.. kita gunakan tangki yang tidak beroperasi, lebih baik lah.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih, Dato’ Yang Dipertua, Exora baru selesai, dah lama, saya rasa dah enam bulan kita selesai tangki baru, kita tukar tangki lama kepada yang baru. Senawang Perdana, saya akan semak sebab taman tu taman baru lagi, dan saya akan semak status dan apa yang kita buat sekarang adalah kita sedang membuat kajian ke setiap tangki-tangki yang sedia ada di taman-taman untuk kita selesaikan masalah ini, kita telah selesaikan di sebahagian Lukut, sebab tempohari kita ada masalah di Lukut, kita telah ganti lebih kurang enam, enam…. Enam tangka air yang lama kepada yang baru kita ganti pam semua sekali, dan untuk itu, kita terus untuk kajian dan di…. kita juga tanti di Kuala Pilah, di Batu Kikir ya, Batu Kikir untuk satu tangka baru lepas tu kita sedang buat kajian ke beberapa yang sesuai untuk kita Ganti dari masa ke semasa. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Aaa… sikit bukan Taman Senawang Perdana ya, Taman Pinggiran Senawang eh… tangki dia, yang lama

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih, saya akan semak Taman Pinggiran Senawang, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Yang Dipertua, tadi mungkin takut nak tinggalkan soalan tambahan, ialah bil kehutangan dari pengguna. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Ada soalan tambahan lagi sekali ya, sebenarnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Negeri Sembilan kerana kesedaran mereka memastikan bahawa bil-bil yang kita bilkan kepada mereka, mereka bayar daripada semasa ke semasa dan buat masa ini, Alhamdulillah prestasi bayaran bil kita sekitar 98%. Ini merupakan satu perkara yang amat baik dan saya juga berharap bahawa mereka terus memberikan sokongan bagi SAINS meningkatkan prestasi kita di seluruh negeri, bagi memastikan kemudahan yang lebih baik, pengurusan air kita lebih baik, dan mereka mendapat air yang, yang cukup sihat untuk kegunaan semua, insya-Allah.. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat aaaa….. Sungai Lui

Dato’ Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertu, saya kemukakan soalan pertama.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ADUN Lui kerana mengemukakan soalan yang berkaitan dengan pertanian. Dalam soalan DUN Lui ni, terdapat dua segmen, yang pertama berkaitan dengan produk pertanian dan yang kedua berkaitan dengan pembangunan pertanian komuniti. Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, Program Touch Point buah-buahan dan sayur-sayuran, merupakan salah satu inisiatif di bawah Kerajaan Negeri Sembilan yang dilaksanakan melalui Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, ni semua sedia maklum. Program ini tujuan kita ialah untuk memanfaatkan tanah bagi pengeluaran tanaman buah-buahan yang bernilai tinggi dan sayur-sayuran segar. Di samping meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar serta menyokong agenda security makanan negeri yang yang selalu saya sebut di dalam dewan dan juga majlis-majlis yang berkaitan. Sehingga kini, untuk makluman dewan, program Touchpoint buah-buahan telah dilaksanakan di 65 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung yakni JPKK ya, 65, di seluruh Negeri Sembilan dengan penyertaan lebih daripada 1,800 peserta yang terdiri daripada penduduk tempatan. Program ini melibatkan pemberian anak benih pokok buah-buahan berkualiti seperti durian, cempedak, kelapa dan juga input pertanian sepanjang tempoh itu.

Manakala program Touchpoint sayur-sayuran, 1,600 peserta telah pun menerima kit pertanian. Yang terbaru, semua Pengerusi dan Setiausaha JPKK di seluruh Negeri Sembilan telah pun diberikan kit pertanian yang merangkumi bahan tanaman, biji benih, dan peralatan asas. Sebahagian daripada agendanya adalah supaya untuk menanam minat kepada agenda dan aktiviti pertanian di peringkat kepimpinan kampung sampai lah ke peringkat akar umbi. Program ini dilaksanakan sebagainya selain daripada perkara yang saya sebut ialah untuk memberi manfaat kepada penduduk bandar dan luar bandar. Program Pembangunan Pertanian Komuniti bertujuan untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti penanaman serta menambah pendapatan individu dan isi rumah. Maka dengan itu Dato’ Yang Dipertua, program pertanian secara komuniti ini, turut dilaksanakan di bawah Insentif Muafakat Tani, yang pun kita jalankan pada sejak berapa lama dahulu, dalam bentuk program atau pun projek pertanian berskala kecil. Melalui inisatif ini, pelbagai bentuk bantuan disalurkan termasuk sistem fertigasi berteknologi moden kepada kumpulan komuniti bagi meningkatkan hasil pengeluaran dan kecekapan urus tanaman.

Untuk makluman dewan, sehingga kini sebanyak 30 komuniti…35 komuniti telah menerima manfaat daripada pelaksanaan program ini dan sekaligus

membuktikan keberkesanan usaha Kerajaan Negeri di dalam memperkukuhkan sektor pertanian, komuniti dan memperluaskan penyertaan rakyat dalam agenda security makanan negeri.

Untuk makluman Yang Berhormat dan ahli-ahli dewan juga, dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2026, pada hari Jumaat yang lepas, Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat telah pun mengumumkan Program Anak Pokok Harapan Satu Desa Satu Tanaman dengan peruntukan sebanyak RM250,000. Ini adalah merupakan satu lagi inisiatif baru yang akan diselaraskan bersama dengan Jabatan Pertanian dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Untuk ini, Kerajaan Negeri komited untuk memperluaskan program ini di seluruh kampung mengikut peringkat demi peringkat. Tujuan Kerajaan Negeri mengadakan program ini adalah untuk memberikan satu lagi suntikan supaya lebih ramai penduduk kampung terlibat dalam aktiviti penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran dan sekaligus menjadikan sektor pertanian ini sebagai satu pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi negeri, dan melalui pesanan ini Dato’ Yang Dipertua, suka saya menyatakan bahawa daripada RM250,000 ini kita mampu untuk melaksanakan di 14 sekurang-kurangnya kawasan Dewan Undangan Negeri dengan penyertaan satu atau dua kampung untuk kita jadikan sebagai projek permulaan kepada satu kampung, satu produk ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Juasseh.

Dato’ Yang Dipertua saya kemukakan soalan nombor satu.

Terima kasih. Terima kasih YB ADUN Juasseh, di atas soalan berkaitan dengan laluan TVET kepada pelajar-pelajar anak orang asli ya. Untuk pengetahuan Dewan, buat setakat ini, tidak ada data khas ya, yang menyatakan dari segi jumlah pelajar-pelajar anak orang asli yang mengikuti kursus TVET di negara kita. Tinggal lagi di peringkat nasional, terdapat peningkatan, ada data menunjukkan bahawa lebih daripada 500 pelajar orang asli telah mendaftar ke universiti dan juga kolej pada tahun 2025. Ini merupakan satu yang, berita yang baik ya, tapi data untuk khusus menyatakan berapa ramai yang mengambil kursus TVET ni belum ada Yang Berhormat ya.

Walaubagaimanapun, kita menghadapi sedikit kekangan dari segi membawa pelajar-pelajar orang asli, anak orang asli ni ke kursus TVET kerana masalah utamanya ialah soal drop out, soal keciciran pelajar-pelajar orang asli di peringkat persekolahan dan ini menjadi menjejaskan kesinambungan aliran daripada SPM ke TVET. Walaubagaimanapun Dato’ Yang Dipertua, saya mencadangkan salah satu usaha kita yang kita perlu buat harini ialah kalau

kita nak memperluaskan TVET ini kepada pengetahuan masyarakat anak orang asli, ialah melalui roadshow, saya cadangkan roadshowlah. Roadshow cara yang paling baik yang melibatkan JAKOA, kemudian institusi TVET yang ada di dalam negara kita khususnya di Negeri Sembilan, kita buat roadshow dari perkampungan ke perkampungan. Ini mungkin akan memberikan maklumat kerana mereka ni kurang maklumat ya, seperti kata saya tadi, mereka ni banyak yang cicir dalam persekolahan dan mana yang berjaya tu sebenarnya mereka masuk ke pusat pengajian tinggi, tapi dari segi data TVET tu takda. Jadi oleh itu, saya cadangkan kita buat satu roadshow, kita boleh duduk sekali dengan institusi TVET dan juga JAKOA ni baru kita boleh mengenalpastilah tentang minat anak-anak orang asli dalam kursus-kursus TVET Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Serting.

Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor satu. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Serting ya. Soalan Serting ni special sikit. Pertama dia kata sejauh mana usaha serius Kerajaan negeri bagi menyediakan rumah generasi kedua Felda yang sering dikatakan Ketika hendak berlangsungnya Pilihanraya Umum. Okay lagi. Yang soalan nombor dua tu Yang Berhormat. Adakah sekadar ia dijadikan isu atau gula-gula politik kepada generasi kedua Felda? Yang Berhormat slow down sikit Yang Berhormat, Saya dah sebut soal rumah generasi kedua ni Yang Berhormat, sejak saya angkat sumpah, sama ada sebagai ahli parlimen dan juga sebagai EXCO. Lambat lagi pilihanraya Yang Berhormat, 5 tahun lagi, ini bukan soal gula-gula politik. Ini adalah untuk kita menyelesaikan masalah generasi kedua Felda yang telah berlaku sejak zaman berzaman Yang Berhormat.

Jadi, saya nak terangkan pada hari ini Yang Berhormat, untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat ya, saya nak imbau balik tahun 2019, peruntukan dana Pre-Prihatin dalam Kerajaan PH 1.0. Waktu itu, aaa… kalau tak silap saya Yang Berhormat Menteri daripada parti Yang Berhormat telah memperuntukan dana pada masa itu saya tidak di dalam Tabung PHRIHATIN. silap anda menteri dari parti anda telah memperuntukkan dana menyiapkan rumah 2,546 unit rumah generasi kedua Felda dalam pembentangan kertas putih di Dewan Rakyat. Dan waktu itu apa keputusan kerajaan? Keputusan kerajaan mengambil keputusan yakni, mana-mana tapak rumah generasi kedua Felda yang menyentuh 70 ke atas per…. aaa… apa ni? aaa…..proses penyiapannya 70 ke atas diteruskan projek itu dan 70 ke bawah, dihentikan.

Di Negeri Sembilan, bagi Wilayah Raja Alias, PGBF yang terlibat adalah PGBF Palong 8 (300 unit), PGBF Pasoh 2 (70 unit), dalam Daerah Jempol yakni DUN

Serting ni, manakala PGBF Bukit Jalur 239 dan PGBF Bukit Rokan Utara 300 di Daerah Tampin yang in total dengan izin 909. Ini termasuk dalam kertas putih ya, yang telah pun dibentangkan oleh menteri pada waktu itu. Kemudian dia akan berjalan seperti biasa, Yang Berhormat, isu kelewatan projek siap, lantik kontraktor, lepas itu kontraktor itu failed, gagal, terminate, kemudian lantik kontraktor baru dan sebagainya, sampailah ke hari ini, daripada 909 unit ini, tidak ada satu pun unit yang siap diselesaikan oleh Felda. Selain daripada 909 unit ini, yang berada dalam proses pemulihan dan penyiapan ini Yang Berhormat, Mesyuarat Lembaga Felda Bilangan 449 kali pertama 2024 pada bulan Januari 2024 telah luluskan lagi 3 projek. Bukan luluskan, projek terbengkalai jugak.

Kita ada 909 projek terbengkalai yang saya sebutkan tadi. Itu diserah kepada Felda di bawah kertas putih. Kemudian kita ada lima lagi kawasan, ada tiga lagi kawasan yang merangkumi 510 unit. Di mana 510 unit ni? Satu Pasoh 3 (150), Palong 12 (150), kemudian Palong 16 (210). 510 unit ni di bawah 70% yang termasuk dalam kertas putih yang dibentangkan di Dewan Rakyat. Kemudian daripada 510 unit ni, Felda pada yang saya sebut tadi, pada bulan Januari 2024 dah setuju serah kepada kerajaan negeri untuk ambil alih, to execute dengan izin, untuk execute projek ini melalui usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan negeri. Apa kerajaan negeri buat? Saya dah terang dalam dewan yang lepas, pada kerajaan negeri bila dah serah pada kerajaan negeri, kerajaan negeri melalui PKNNS, PKNNS melakukan RFP – Request for Proposal untuk memilih syarikat mana yang terbaik bagi menyiapkan projek yang terbengkalai ini. daripada yang dah keluar, yang aaa… ahli Yang Berhormat, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bila kita dah keluarkan RFP, sebanyak 4 syarikat yang mengemukakan RFP.

Daripada 4 syarikat yang mohon untuk mengemukakan RFP cuma 3 syarikat sahaja yang commit untuk tendered dia punya interest bagi melaksanakan projek ini. Daripada 3 projek ini Yang Berhormat, tidak ada satu pun syarikat yang mengemukakan RFP ini, setelah diadakan aaa… apa dia, program libat urus dan temuduga dan sebagainya, tidak ada satu syarikat pun yang sanggup untuk melaksanakan bagi melaksanakan projek 510 unit ini. Maka apabila tidak ada satu yang sanggup, maka projek itu masih lagi pending di peringkat tindakan PKNNS dan UPEN, bagaimana untuk kita meneruskan projek ini. Kerana daripada 510 unit rumah ini, kos infra sahaja, kos infra untuk apa ni, untuk execute, dengan izin ya, Dato’ Yang Dipertua ya, untuk melaksanakan projek, program ini memerlukan hampir RM35 juta ringgit. RM35 juta saya kemukakan kepada Kementerian Desa dan Wilayah, setakat ni belum mendapat feedback ataupun kelulusan dana RM35 juta ini. Kita nak minta pula letakkan di bawah RFP syarikat untuk menanggung kos RM35 juta ini, maka harga rumah ini tidak mampu dimiliki oleh golongan generasi kedua Felda, apabila kos ini dimasukkan dalam kos penyiapan keseluruhan, minta maaf, itu masalah kita, tapi daripada tiga projek ini, yakni daripada Pasoh 3,

Palong 12 dan Palong 16 ini, Pasoh 3 dan Palong 12 sudah mendapat status GSA yang telahpun dibatalkan, dan sekarang ini pihak UPEN sedang merangka way forward bagaimana kita nak selesaikan 2 projek ini dahulu supaya dapat 510 Pasoh 3 dan Palong 12 ini dapat kita selesaikan dalam tempoh-tempoh yang tertentu.

Dan akhirnya Yang Berhormat, saya juga nak kemukakan dalam projek 909 ini, ada kawasan Bukit Rokan dan Felda Yang Berhormat Razi ni, Felda Pasoh 3, Felda Pasoh 3 telah pun mencapai tahap yang sampai ke border sekarang, mana dah boleh release dah. Pasoh 3 kita tak release kerana haritu dia banjir. Bila banjir, CCC tak keluar daripada Majlis Perbandaran Jempol. Apabila Felda dan pihak Kerajaan telah mengambil tindakan untuk mengatasi masalah banjir yang sekarang ni kita dah kenal pasti almost done, so insya-Allah. aaa… saya harap supaya tidak lagi berlaku kelewatan, insya-Allah. dalam bulan Januari nanti, akan disampaikan penyerahan kunci kepada pemilik-pemilik yang berjaya, pada masyarakat ataupun penerima di Felda Pasoh 3 dan yang di Bukit Rokan juga sedang dalam tindakan sekarang, kerana ada sedikit masalah yang berkaitan dengan SAINS dan juga Tenaga Nasional, dan segala urusan sedang dilakukan sekarang ini, dan aaa… saya yakin ini juga dapat kita laksanakan sebahagian daripada 300 unit rumah di Bukit Rokan ini, insya-Allah.. Terima kasih Dato' Yang Dipertua.

aaa… soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua, semuanya terima kasih di atas penerangan yang telah diberikan oleh Dato' Seri, cumanya saya nak tanya, masalah kepada harga yang mana, seperti mana yang disebutkan oleh Dato' Seri tadi, antaranya permasalahan harga, yang mana tak mampu milik oleh anak-anak peneroka ni, ataupun generasi, generasi peneroka ini. Adakah di sana ada satu cara ataupun proses yang membolehkan anak-anak peneroka ini mampu milik. Saya dimaklumkan, anak peneroka ini kebanyakan yang kerja, yang ada slip gaji tu takda masalah, kalau sekiranya mereka ingin membeli rumah, mana-mana rumah bukan hanya rumah yang ni, tapi benda lain, makna mampu untuk mereka buat pinjaman di bank. Adapun yang tidak ada slip gaji contohnya kerja sendiri dan sebagainya, adakah di sana ada komitmen yang lain yang boleh diusahakan. Sebab anak-anak ni pun kesian, duduk di rumah mak bapak diorang, ramai pulak tu, beranak pinak di sana, tu ya… terima kasih.

Soalan yang baik Yang Berhormat ya, saya terima banyak feedback daripada aaa…. anak-anak generasi kedua Felda ni yang tag saya personal yang bawak melalui ADUN-ADUN, yang mengemukakan masalah ketidakmampuan mereka untuk mendapatkan end financial ataupun aaa…. apa ni, kemudahan kewangan daripada institusi kewangan kerana tidak ada payslip, tidak ada pendapatan tetap, dan sebagainya. Aaa… saya nak maklumkan kepada dewan bahawa ada dua kaedah yang akan kita laksanakan.

Yang pertama rumah ni kita tak boleh jual dengan harga seperti awal, RM90 ribu tak boleh lagi dah, tak boleh, apa cara pun kita dah tak boleh buat, kerana kos untuk kita bina dan juga siapkan rumah ni sudah melangkaui daripada harga yang sewajarnya. RM90 ribu dulu kerajaan subsidi hampir RM60 ribu setiap unit. Sekarang ini, dengan subsidi yang disediakan rupa tak boleh jual dah dengan harga RM90 ribu. Maka rumah di Felda Pasoh 3, kita jual RM110 ribu mengikut harga standard rumah mampu milik di bawah kerajaan negeri. RM110 ribu eh… untuk corner lot dia ada lebih sikit lah. Kemudian daripada RM110 ni, untuk makluman Ahli Yang Berhormat kita ada special aaa… bukan special treat tetapi ada keistimewaan sikit, mana-mana peneroka generasi kedua Felda yang tidak mempunyai payslip, yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membolehkan dia mendapatkan kemudahan kewangan, kita uruskan dengan beberapa institusi kewangan seperti Bank Simpanan Nasional, Bank Pertanian Malaysia, dan beberapa institusi kewangan untuk meringankan sedikit syarat-syarat kelulusan bagi mendapatkan kemudahan kewangan bagi menampung pembelian mereka bagi rumah berkenaan. Ini telahpun dilaksanakan di Felda Pasoh 3 di kawasan DUN Lui sebanyak 77 unit rumah telah pun diluluskan bantuan kewangan bagi pembeli-pembeli bagi golongan Generasi Kedua Felda di kawasan yang berkenaan. Itupun dah kita jalankan ya.

Kemudian yang kedua, saya sedang menyediakan beberapa paper dasar untuk kelulusan di peringkat Felda, supaya kita bagi lagi satu keistimewaan iaitu RTO Rent To Own. Mana-mana rumah generasi kedua Felda yang telah pun berjaya diperolehi oleh golongan kedua Felda ini mendapat kemudahan RTO-Rent To Own maknanya dia sewa, dia masuk dia bayar duit api air terus dapat kunci, dan dia bayar sewa RM300 sebulan. Dalam RM300 sebulan ini, selepas 5 tahun, dia akan kira balik berapa engkau dah bayar? RM300 sebulan maknanya setahun RM3,600 5 tahun berapa? Dan 5 tahun ini dijadikan sebagai bayaran deposit bagi pemilikan rumah itu. Kemudian baru diusahakan untuk medapatkan End Financial, kemudahan kewangan. Kita buat macam tu, cumanya Yang Berhormat, ini dah kita buat di Felda Pasoh 1. 132 unit kita guna konsep yang sama, cumanya ada golongan kedua, generasi kedua Felda yang berjaya mendapatkan kemudahan ini, dia tak bayar sewa. Sampai setahun tak bayar, dua tahun tak bayar, dia tak bayar sewa. Bila tak bayar sewa, suka atau tidak, Felda kena ambil tindakan untuk menamatkan perjanjian ini. Ini masalah dia.

Jadi maknanya, kalau ada generasi kedua Felda datang mengadu rumah saya nak kena tarik kek Felda, Felda tak mau bagi chance, kat kita, kita bagi peluang, RM300 sebulan, you tak bayar, sampai 5 tahun kita tak bayar, macam mana kita nak selesaikan masalah kewangan ini yang berkait yang terkait dengan pemilikan rumah ini? Jadi suka tak suka, Felda terpaksa ambil satu tindakan untuk menamatkan perjanjian ini. Jadi maknanya, sekarang ni

proses tu sedang berjalan dan kemudahan itu akan dilanjutkan kepada mana-mana projek PGDBF yang akan kita laksanakan di bawah Kerajaan Negeri Yang Berhormat. Dan akhir sekali suka juga saya sebut untuk Bukit Rokan, Felda Pasoh 3, masih ada kekosongan, lepas tu di mana-mana kawasan yang, dalam proses yang kita jangka akan kita lulus dan berikan pemilikan pada bulan 1 nanti, bulan 2, maka proses pemilihan peserta di kalangan generasi kedua Felda sedang berjalan. Yang ni saya dah minta supaya IGM melalui Pengurus Felda dan juga aaa… apa ni? Ketua-ketua peneroka melaksanakan satu warga layak untuk memohon satu rumah. Kalau kata di Pasoh 3, kita ada 560 ketua isi rumah, rumah ada 150, semua keluarga boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan rumah ini. Kemudian pihak jawatankuasa akan menapis kesemuanya dan apabila didapati lebih kelayakan daripada jumlah rumah yang ada, maka proses pengundian akan dilaksanakan secara adil dan adil telus. Makna semua yang layak kita akan undi secara telus. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput aaa… Yang Berhormat Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya kemukakan soalan pertama.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Temiang mengenai tanah perkuburan Cina. Untuk makluman Yang Berhormat Temiang, berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui sistem pendaftaran tanah berkomputer SPTB terdapat sebanyak 22 hakmilik yang berdaftar bagi tanah-tanah perkuburan Cina yang ada di Negeri Sembilan dengan jumlah keluasan 191.9493 hektar dan nilai cukai tahunan yang dibayar adalah sebanyak RM40,463 ringgit. Mengenai makluman yang terperinci nanti saya akan berkongsi dengan Yang Berhormat Temiang dan untuk makluman semua, sebenarnya tanah-tanah yang berdaftar ini, kebanyakan adalah merupakan tanah perkuburan swasta. Contohnya Nilai Memorial Park, Bahau Memorial Park, Melody Park, CL Memorial Park, The Titula Roman Catolic Bishop of KL dan Xiao En Land Berhad. Terima kasih.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan dan YB Exco dalam memberikan jawapan. Ini Soalan tambahan saya ialah berkenaan tanah-tanah perkuburan yang diusahakan oleh Persatuan-Persatuan Cina lah. Di mana, saya nak tanya adakah adakah kerajaan negeri akan menkenakan had bayaran maksimum ah kepada persatuan-persatuan ini kerana pada masa sekarang, mereka telah mengenakan bayaran yang amat tinggi kepada kita masyarakat Cina lah, untuk urusan pengebumian ini. Dan ada yang harga berlain-lain mengikut tanah ataupun kedudukan tanah tersebut. Jadi ini amat membebankan masyarakat Cina untuk urusan ini. Dan tanah-tanah mereka tidak diberikan oleh Kerajaan negeri untuk membantu

dan mengusahakan hal ini. Jadi saya rasa kita kena memandang serius supaya tiada apa-apa penyelewengan berlaku.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ok, terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Temiang. Soalan tambahan Yang Berhormat Temiang itu memang satu soalan yang cukup baik sekali. Saya rasa kita semua sedia maklum untuk tapak perkuburan ini, bagi saya dia, walaupun ada pihak yang cuba mengatakan tak mencukupi, tetapi apa yang sedang kerajaan laksanakan sepanjang masa ini adalah kita sentiasa nak memastikan tapak perkuburan ini dia mencukupi. Cuma masalah yang dihadapi oleh saya rasa semua masyarakat, tak kiralah masyarakat Cina, India atau pun yang beragama Islam, saya rasa masalah kita adalah kos untuk kita mengendalikan pengebumian itu, ia agak tinggi. Dan ada kalanya yang mengadu bahawa charge-charge tersebut adalah agak membebankan. Jadi dalam perkara ini, sebenarnya Kerajaan negeri walaupun kita takda dasar untuk mengawal harga yang dikenakan, cuma apa yang saya ingin maklumkan, di dewan yang mulia ini, bahawa untuk perkuburan yang diuruskan oleh Majlis Bandaraya Seremban, saya boleh katakan charge pengebumian itu adalah sangat munasabah.

Dan pada masa yang sama, untuk perkuburan ini, dia tak seperti macam dasar perumahan. Kita boleh menghadkan, kita boleh adanya polisi di mana kita adanya Rumah Mampu Milik Type A RM80,000 ringgit, RM110,000 ringgit, tetapi kita tak boleh, takda kuasa untuk menghadkan harga tersebut. Jadi dalam perkara tersebut, saya juga ingin nak maklumkan dalam dewan yang mulia ini bahawa sebenarnya Kerajaan negeri, kita sentiasa mendengar, sentiasa meneliti pandangan-pandangan daripada persatuan yang menguruskan perkuburan Cina ini.

Dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini bahawa ada beberapa persatuan perkuburan Cina telah pun memohon untuk mereka membina ni apa…rumah simpan abu, untuk mereka memastikan bahawa mereka mempunyai tapak yang mencukupi untuk menguruskan pengebumian. Itu sesuatu yang sedang diusahakan dan sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Dan bagi saya, yang penting kita perlu pastikan bahawa untuk NGO ataupun persatuan yang menguruskan perkuburan ini perlu memastikan bahawa segala harga ataupun segala nilai yang mereka tawarkan itu perlulah berpatutan dan perlulah memastikan bahawa rakyat kita yang menghadapi isu ataupun menghadapi masalah itu dapat diselesaikan. Itu sedikit sebanyak pandangan saya. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Johol, Yang Berhormat Johol

Terima kasih, Dato’ Speaker, Johol soalan nombor dua.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih, Dato Yang Dipertua. Terima kasih, Johol. Mengenai tajuk agama. Dato’ Yang Dipertua, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sembilan JHEAINS di bawah Rancangan Malaysia ke-13 telah mengambil inisiatif kuntuk merancang pembangunan yang memberi fokus utama kepada penyelenggaraan dan menaik taraf masjid-masjid sedia ada di Negeri Sembilan, dengan melihat keperluan dari masa ke semasa berdasarkan keutamaan dan peruntukan yang diterima. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah mengangkat kertas cadangan untuk menaiktaraf dua buah masjid yang berada di Kawasan Johol seperti berikut. Pertama, kerja-kerja menaiktaraf tandas dan dewan terbuka Masjid Kariah Kepis Baru, dan yang kedua kerja-kerja menaiktaraf bilik jenazah dan pagar Masjid Kariah Dingkir.

Walaubagaimanapun, berdasarkan perbelanjaan tahun 2023 hingga 2025 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1,770,000.00 bagi penyelenggaraan dan naik taraf kemudahan-kemudahan asas seperti masjid, surau, baikpulih tanah perkuburan Islam dan sekolah agama di kawasan Johol. Kerja- kerja ini adalah tertakluk kepada keperluan penyelenggaran mengikut keutamaan projek dari masa ke semasa dan peruntukan yang diterima, dan Alhamdulillah untuk 2026 insya-Allah. kalau diluluskan kita juga ada peruntukan untuk kerja-kerja menaiktaraf masjid. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih, Dato' Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan pertama.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih, ADUN Mambau. Permohonan perlanjutan tempoh pajakan 99 tahun. Sila nyatakan secara terperinci jumlah permohonan yang telah diterima dan ditolak oleh Pejabat Daerah Seremban dan beberapa jangka masa yang diambil dalam proses mendapatkan kelulusan permohonan lanjutan temoh 99 tahun.

Terima kasih, Dato' Yang Dipertua. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan PTGNS telah menambah baik proses permohonan tanah melalui arahan yang dikeluarkan oleh PTGNS iaitu Arahan PTGNS Bil.17(2022) iaitu senarai semak dan proses kerja bagi permohonan pembangunan tanah di bawah Seksyen 124(1), 124A, 204D dan 197 dan 76 Kanun Tanah Negara Akta 828. Secara keseluruhan, tempoh masa yang digariskan untuk memproses satu permohonan pembangunan tanah yang lengkap bermula di Pejabat Tanah adalah selama 4 hingga 5 bulan untuk diangkat kepada pihak Berkuasa Negeri, PTGNS juga mengguna pakai pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2 tahun 2024 mengenai Perlanjutan Tempoh Pegangan hakmilik berstatus pajakan

Negeri dan Pajakan Mukim di bawah Seksyen 90A Kanun Tanah Negara. Secara purata, jangka masa bagi memproses permohonan tempoh pajakan 99 tahun adalah selama 12 bulan. Jumlah yang telah diterima dan ditolak oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban daripada tahun 2020 hingga 2025 adalah seperti berikut; Permohonan diterima sebanyak 1,770, permohonan diluluskan adalah 1,243, permohonan ditolak adalah 69 dan permohonan dalam proses adalah 458 sahaja lagi. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi pertanyaan lisan telah pun tamat. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan secara bertulis.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan BertulisQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-pertanyaan yang berkehendakkan jawapan bertulis. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun membentangkan jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis yang telah diberitahu terlebih dahulu seperti yang di hadapan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, jawapan bagi pertanyaan bertulis adalah dibentangkan.

Rang Undang-Perbekalan (2026) 2025Bill

Yang Dipertua Dewan

[sambungan urusan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025 ]

Setiausaha Dewan

Perkara Keempat, Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025 telah dicadang untuk dibacakan bagi kali yang kedua dan telah disokong. Sepertimana yang telah dipersetujui, pada hari Jumaat yang lepas Usul Anggaran Belanja Pembangunan Negeri Sembilan tahun 2026 akan dibincang dan dibahaskan bersekali dengan rang undang-undang ini. Oleh itu seterusnya saya kemukakan kedua-dua perkara ini untuk perbahasan pada dasarnya sahaja. Bagi….. bagi memulakan…. bagi memulakan perbahasan ini saya dengan hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Chennah. Ooh… Johol.

Bismillahirrahmanirrahim, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan, Sikamat,

Yang Berhormat Dato’ Seri Exco Kanan, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan ahli dewan yang saya hormat sekalian. Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya kita dapat berhimpun pada hari ini untuk membahaskan Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2026, yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Jumaat lalu, dengan penuh komitmen, kejelasan strategi serta wawasan untuk membawa Negeri Sembilan ke tahap yang lebih tinggi. Pertama sekali izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Sikamat serta seluruh jentera pentadbiran negeri atas penyediaan sebuah belanjawan yang bukan sahaja komprehensif tetapi sangat berpaksikan kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi dan kesinambungan pembangunan negeri. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya memulakan ucapan ini dengan kata-kata Imam Al-Ghazali, kata beliau, sesebuah negari itu tidak akan makmur melainkan dengan dua perkara; pemerintah yang amanah dan rakyat yang bermaruah. Kata-kata ini walaupun ditulis lebih seribu tahun dahulu, tetapi relevan sehingga hari ini. Ia mengingatkan kita bahawa sesebuah kerajaan yang baik mesti perlu mengimbangi antara dasar yang bersifat material dan penyuburan insan yang merdeka, berminda dan beretika. Inilah nilai yang saya lihat terserlah dalam Belanjawan 2026 Negeri Sembilan kali ini. Ia memberi penekanan kepada pendidikan, pembangunan insan, kebajikan, pertumbuhan ekonomi dan reformasi pelaburan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menyentuh perkara pertama iaitu mengenai prestasi dan ekonomi pelaburan Negeri Sembilan seperti yang dibentangkan. Negeri Sembilan mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang stabil dan dijangka berkembang pada kadar 3.7% hingga 4% pada tahun 2026. Ini adalah angka yang selari dengan ramalan pertumbuhan ekonomi negara dan menunjukkan bahawa Negeri kita berada pada landasan kukuh meskipun berhadapan ketidaktentuan ekonomi global. Kadar pengangguran juga berjaya dikekalkan pada paras rendah iaitu sekitar 2.9%, manakala inflasi terkawal sekitar 1.7%. Ini bukan sahaja memberi keyakinan kepada pelabur, bahkan memberi kelegaan kepada rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah. Bagi saya, ini mencerminkan kekuatan asas ekonomi Negeri Sembilan yang disokong oleh sektor pembuatan, pertanian moden, pelancongan serta peningkatan produktiviti dalam kalangan tenaga kerja. Namun, saya ingin menegaskan bahawa kejayaan-kejayaan ini tidak seharusnya membuatkan kita terlalu selesa kerana dunia hari ini bergerak terlalu pantas, teknologi berubah setiap hari dan persaingan ekonomi semakin sengit. Maka Negeri Sembilan mesti sentiasa ke hadapan dan tidak boleh hanya berada di zon selesa.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, perkara kedua yang ingin saya perincikan ialah mengenai pelaburan. Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan Negeri Sembilan kerana telah berjaya menarik pelaburan sebanyak

RM7.2 bilion pada 2024 dan RM6.2 bilion sehingga suku ketiga 2025 dengan unjuran RM8 bilion pada 2026. Ini adalah pencapaian yang bukan kecil. Malah memberi kesan langsung kepada peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi negeri. Akan tetapi, saya berpandangan bahawa negari kita mempunyai potensi pelaburan yang jauh lebih baik daripada apa yang kita kecapi hari ini. Cumanya strategi pelaburan kita hendaklah diubah dengan menjadikannya lebih berstruktur dan tidak keterlaluan saya katakan bahawa sudah tiba masanya Negeri Sembilan mengambil pendekatan yang lebih jauh lebih liberal, progresif dan fleksibel dalam penawaran pakej pelaburan kita. Kita tidak boleh lagi kekal terlalu regit, terlalu konservatif atau terlalu terikat kepada kerangka yang lama. Dalam pelaburan hari ini, memerlukan kerajaan negeri bersifat lebih agresif dan responsif dalam meluluskan permohonan serta menawarkan insentif.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita perlu ambil contoh daripada negeri lain di sekeliling kita. Misalnya negeri Johor, kita bergerak sangat pantas sebagai hab digital dan pusat data. Mereka menawarkan kelulusan fast track dan skim insentif pelaburan yang sangat kompetitif. Selangor pula terus mendominasi kawasan Lembah Klang dengan ekosistem start-up dan teknologi yang mesra pelabur. Perak dan Melaka juga semakin mempelbagaikan tawaran insentif bagi menarik pelaburan bernilai tinggi ke negeri mereka. Ini bermakna kita juga perlu agresif. Jika kita tidak melakukan perubahan atau strategi pelaburan jangka masa panjang yang berstruktur, saya bimbang yang negeri kita akan ketinggalan. Pelabur akan membawa modal mereka ke tempat lain. Oleh itu, saya mencadangkan agar struktur insentif pelaburan Negeri Sembilan perlu dikaji semula secara komprehensif. Kita perlu menyediakan pakej yang lebih fleksibel, memperluaskan skim potongan premium tanah, memperkenalkan kelulusan cepat untuk industri strategik, dan memberi tawaran setara dengan negeri jiran. Hanya dengan cara ini Negeri Sembilan boleh kekal kompetitif dalam landskap pelaburan serantau. Dalam pada itu, suka saya kaitkan hal ini dengan kawasan DUN Johol yang saya wakili. Johol mempunyai potensi besar dalam sektor agro makanan moden, industri desa, teknologi pertanian dan pelancongan luar bandar. Sebagai ahli yang mewakili penduduk di kawasan Johol, saya mengimpikan bahawa akan ada satu pelaburan berstatus mega dengan nilai ratusan juta atau bilion ringgit malaysia dapat ditarik masuk ke kawasan saya. Pelaburan seperti ini bukan sahaja akan merancakkan ekonomi setempat, tetapi mampu membuka peluang pekerjaan baharu yang lebih bermakna untuk anak muda di kawasan lain seperti Kuala Pilah, Jelebu dan Jempol. Bukan sekadar pekerjaan berkemahiran asas, tetapi peluang pekerjaan berkualiti tinggi atau high quality job dengan izin yang membolehkan anak-anak Johol membina kerjaya profesional tanpa perlu berhijrah ke bandar-bandar besar. Sudah sampai masanya Negeri Sembilan melihat kawasan-kawasan ini lebih daripada sebuah kawasan luar bandar.

Pandang dan lihatlah daerah-daerah lain juga sebagai kawasan dengan potensi besar untuk menerima pelaburan yang mampu mengubah landskap sosio-ekonomi masyarakatnya. Dengan adanya pelbagai kemudahan asas dan connectivity sedia ada di kawasan-kawasan ini, saya percaya Kuala Pilah, Jelebu dan Jempol juga sepatutnya menjadi lokasi pilihan untuk kerajaan negeri mempertimbangkan supaya dijadikan sebagai kawasan berpotensi bagi pelabur baik dari dalam mahupun luar negara. Dan tidak hanya tertumpu kepada kawasan-kawasan sedia ada, seperti Nilai, Seremban dan Port Dickson semata-mata. Maka bukalah pintu pelaburan seluas-uasnya supaya kawasan luar bandar juga memperolehi limpahan pelaburan ini sekaligus berpeluang menjadi hub pertumbuhan baru dan tidak hanya sekadar bergantung kepada bandar-bandar utama sahaja.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, perkara ketiga yang saya ingin sentuh mengenai keseimbangan antara kebajikan dan pembangunan insan. Saya amat menghargai usaha kerajaan negeri memperuntukkan bantuan tunai, skim sokongan rakyat, bantuan pendidikan, dan pelbagai bentuk perlindungan sosial. Segala bantuan ini memang diperlukan, sama juga seperti pengumuman bonus selama dua bulan untuk kakitangan kerajaan negeri disamping satu bulan bonus prestasi. Dan saya menyokong sepenuhnya. Namun saya ingin memberi ingatan bahawa fokus kebajikan tidak boleh menjadi terlalu dominan. Seiring dengan itu, kebajikan harus dilihat secara menyeluruh termasuk melalui pembangunan kesejahteraan rakyat dengan memastikan kemudahan infrastruktur di luar bandar sentiasa lengkap dan teratur. Tidak cukup dengan itu, perbelanjaan kepada kebajikan juga tidak seharusnya menenggelamkan kepentingan pembangunan insan, pendidikan, dan pembinaan kapasiti rakyat. Seperti kata Ibnu Khaldun dalam karya al-muqaddimah, kemajuan sesebuah tamadun tidak terletak pada harta benda semata-mata, tetapi pada ilmu, latihan, dan pembinaan insan.

Kenyataan ini disokong pula dengan ungkapan popular daripada tokoh Amerika Syarikat, Benjamin Franklin, iaitu an investment is knowledge pays the best interest. Kata-kata daripada dua tokoh tadi sangat bertepatan dengan konteks kita hari ini. Negeri Sembilan tidak boleh hanya memberi ikan, tetapi mesti mengajar rakyat kita cara memancing. Jika rakyat diberi ilmu dan kemahiran, mereka akan berdiri lebih berdikari dan mampu meningkatkan taraf hidup mereka. Justeru, saya mengalu-alukan peruntukan sebanyak RM28.81 juta untuk pendidikan, termasuk program generasi celik AI, Fast-Track Tahfiz SPM, penyediaan laptop, dan bantuan dermasiswa. Tetapi, saya juga berharap agar program pembangunan kapasiti rakyat diperluaskan terutama dalam bidang TVET, kemahiran digital, keusahawanan desa, latihan pertanian moden, dan inkubator perniagaan.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, di Johol sendiri, anak muda memiliki potensi besar untuk memerlukan, tetapi memerlukan pendedahan dan kemudahan untuk meningkatkan pendapatan. Saya sendiri di Johol sangat memberikan perhatian kepada pembangunan pendidikan untuk orang Johol. Pelbagai aktiviti yang kami usahakan termasuk program tuisyen kepada anak-anak Johol yang dianjurkan sejak dari tahun 2019 sehingga ke hari ini. Tidak cukup dengan itu, program kepimpinan pelajar dan anak-anak Johol juga telah dianjurkan. Ini adalah dengan cara menjemput anak-anak tempatan merupakan graduan daripada Imperial College United Kingdom yang merupakan antara universiti antarabangsa terbaik di dunia untuk memberi inspirasi kepada anak-anak Johol agar mereka juga terus cemerlang dalam pendidikan masing-masing. Ini semua hanyalah usaha kecil kami di Johol. Di peringkat dasar, untuk pembangunan insaniah, kita perlu bekerjasama menyeluruh daripada pelbagai pihak. Maka, diharapkan aspek pendidikan ini akan terus diperkukuhkan oleh kerajaan negeri pada tahun-tahun mendatang. Untuk kami di Johol, selain kebajikan kami dipelihara, kami juga menjadi penyumbang aktif kepada ekonomi negeri.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, perkara keempat adalah mengenai input berkaitan projek pembangunan di sekitar kawasan Johol. Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas kelulusan pembinaan tambahan bangunan Sekolah Menengah Agama Johol dengan peruntukan RM3 juta ringgit. Keadaan sekolah ini sememangnya memerlukan penambahan infrastruktur kerana bilangan pelajar semakin meningkat dan kemudahan yang ada sudah tidak mencukupi. Keduanya, saya memohon agar program seperti Inisiatif Anak Pokok Harapan, Inisiatif Kolam Rakyat, serta Projek Agro-Makanan berskala kecil diperluaskan ke kawasan Johol. Kawasan kami mempunyai tanah-tanah yang subur dan masyarakat yang rajin dan saya percaya program-program ini boleh menjadikan Johol sebagai model pembangunan luar bandar.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, perkara kelima suka juga untuk saya memberi sedikit pandangan atau komen mengenai pentadbiran kerajaan negeri. Sebab sebagai Pengerusi Back Benchers, saya ingin menyuarakan bahawa wakil rakyat di dewan ini khususnya daripada pihak kerajaan sentiasa bersedia memberikan pandangan, cadangan, dan input berkualiti kepada pentadbiran negeri. Namun, apa yang saya mahukan adalah polisi dan dasar pelaksanaan pentadbiran kerajaan negeri tidak hanya didominasi oleh anggota pentadbiran semata-mata, tanpa melibatkan libat urus dengan kami sebagai wakil rakyat kerajaan negeri. Sebagai contoh melibatkan isu-isu berkaitan caj-caj yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan kepada rakyat. Ini sedikit sebanyak menyukarkan kami kerana ada juga keputusan-keputusan itu yang akhirnya memerlukan kami untuk memberi penjelasan dan menerangkan kepada rakyat mengenai apa yang sedang dilaksanakan. Oleh itu, pada saya pejabat SUK perlu lebih inklusif dan melibatkan wakil

rakyat terutama dalam peringkat awal penggubalan polisi dan perancangan pembangunan. Ingatlah bahawa kami bukan sekadar pembentang isu, tetapi kami adalah jambatan antara rakyat dan kerajaan negeri. Bagi tujuan itu, suka untuk saya cadangkan agar sesi libat urus dwi-bulanan diantara Pejabat SUK dan ADUN kerajaan supaya kita dapat bersama-sama menyumbang untuk rakyat di negeri ini, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, di penghujung perbahasan saya ini, saya menyambut baik rekod pentadbiran kerajaan negeri ini. Dengan usia kerajaan perpaduan telah berusia lebih dua tahun. Rekod pentadbiran negeri dilihat begitu meyakinkan. Oleh kerana itulah saya memberikan komitmen yang penuh, bahawa kami akan terus berdiri teguh di belakang kepimpinan Yang Amat Berhormat Sikamat dan Yang Berhormat Pertang demi kesinambungan pembangunan negeri yang kita sama-sama sayangi ini. Percayalah, jika kerajaan negeri ini meneruskan prestasi cemerlang seperti ini, kami akan terus menjadikan benteng kestabilan politik dan menyokong dasar baik yang hendak diperkenalkan insya-Allah. Akhir kata, akhir sekali saya akhiri perbahasan saya ini dengan membaca sepotong doa yang diriwayatkan oleh Musnad Ahmad. (Bacaan dalam Bahasa Arab) yang bermaksud “Ya Allah, jadikan segala urusan kami berakhir dengan baik dan lindungilah kami dari bencana dunia dan azab akhirat”. Maka untuk itu, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, saya dengan ini menyokong Belanjawan Negeri Sembilan tahun 2026. Sekian wabillahitaufik walhidayah, Assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Johol. Saya menjemput Yang Berhormat Chennah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan syabas kepada Yang Amat Berhormat Sikamat dan seluruh pimpinan kerajaan negeri, kerana sekali lagi berjaya membentangkan satu belanjawan yang baik dan menampakkan hasil kerajaan negeri kita semakin meningkat. Dalam trend 2 tahun yang lalu ini, walaupun di peringkat sini di Dewan Undangan Negeri, pada tahun 2024, 2023 kita meluluskan belanjawan defisit untuk 2024 dan pada 2024 kita meneruskan belanjawan berimbang. Namun begitu dalam 2 tahun lalu ini kita menampakkan bahawa pungutan dan kutipan hasil sebenar lebih tinggi daripada apa yang diunjurkan ataupun dianggarkan. Dan memberikan impak positif kepada kedudukan keadaan kewangan kerajaan negeri, di mana ada lebihan lebihan belanjawan sebenarnya. Dan ini, sudah tentu dapat memperkukuhkan kedudukan kewangan kerajaan negeri dalam tempoh dua tiga tahun yang lalu ini.

Dan saya merasakan bahawa ini adalah satu kesan positif dan satu impak secara langsung daripada satu kestabilan politik yang kita ada di Negeri Sembilan. Khususnya selepas pilihan raya negeri yang lalu, pada tahun 2023, kita telah membentuk sebuah kerajaan perpaduan yang utuh, yang stabil, yang kuat dan yang paling penting bahawa kerajaan Negeri Sembilan, di bawah model kerajaan perpaduan ini telah menunjukkan satu semangat kerjasama yang cukup tinggi. Dan dalam negeri, kita tidak bermain politik. Kita memberikan fokus sepenuhnya sepenuhnya kepada pembangunan negeri. Jadi saya rasa dalam perkara ini saya ingin merakamkan tahniah kepada seluruh pimpinan kerajaan negeri, baik pimpinan daripada Pakatan Harapan mahupun daripada pimpinan Barisan Nasional. Kerana inilah yang bagi saya sesuatu yang paling penting. Bahawa fokus sebenar kita mestilah kepada pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat. Supaya negeri kita stabil, negeri kita makmur. Dan ini memberikan keyakinan kepada pelabur untuk terus melabur di Negeri Sembilan. Dan hasilnya kita Nampak begitu jelas sekali. Dua tahun ini, kita lihat hasil kita meningkat. Mengapa hasil kita meningkat? Bukannya kerana kita menaikkan cukai. Bukannya kita menaikkan kadar cukai tanah. Tetapi oleh kerana ada pembangunan dan pelaburan yang berterusan yang masuk ke Negeri Sembilan.

Ada pembinaan kilang-kilang baru, ada pembelian tanah-tanah baru yang sudah tentunya memberikan kesan positif kepada pungutan premium-premium tanah oleh kerajaan negeri. Ini amat jelas sekali dari segi hasil bukan cukai kita, unjuran untuk tahun 2026 hasil bukan cukai kita ialah RM372 juta. Sebahagian besarnya daripada premium-premium tanah. Begitu juga dalam dua tahun yang lalu ini. Jadi ini adalah satu petanda bahawa untuk kita meneruskan pungutan hasil yang tinggi ini dan sasaran kerajaan negeri untuk mencapai pungutan hasil sebanyak RM1 bilion ringgit menjelang tahun 2030 bukannya mustahil. Tetapi kita mesti memastikan bahawa iklim pelaburan pada Negeri Sembilan ini mesti kekal positif. Dan mesti kita dapat menarik minat pelabur-pelabur untuk terus melabur di Negeri Sembilan. Baru kita boleh mencapai status hasil cukai yang lebih tinggi. Dan ini juga saya ingin nyatakan bahawa kedudukan kita ini, kedudukan kewangan kita ni, walaupun ia baik sekarang, tetapi kita mesti berhati-hati. Kita mesti berwaspada, dan kita mesti sedar bahawa kedudukan kewangan yang kuat ini bukannya sesuatu yang given. Dia mesti ada usaha berterusan untuk memastikan kita terus mampu untuk berbelanja. Khususnya dari segi bantuan-bantuan kewangan kepada rakyat, bantuan kebajikan kepada rakyat termasuk juga kepada penjawat-penjawat awam di peringkat negeri. Di Negeri Sembilan ini telah pun mencapai rekod kita meluluskan, dan membentangkan, Yang Amat Berhormat membentangkan dan mencadangkan bonus ataupun bantuan khas kewangan minima dua bulan kepada semua penjawat awam negeri. Dan tambahan pula, 1 bulan tambahan sekiranya prestasi yang baik, menjadikan kita negeri yang antara yang tertinggi . Jadi, perkara ini mungkin negeri-negeri berlainan juga sekarang ini

berlumba-lumba nak lihat mana negeri yang mampu bayar lebih banyak bonus. Sarawak pun hanya bayar 2 bulan, Negeri Sembilan cadangkan 3 bulan. Jadi ini Yang Amat Berhormat Sikamat ni jaguh sikitlah. Bonus lebih tinggi dari Selangor dan Sarawak.

Namun begitu kita mesti sedar dan saya harap juga para penjawat awam sedar dalam perkara ini. Saya tiada masalah untuk memberikan bonus yang tinggi kepada penjawat awam. Kalau hasil dan prestasi kerajaan negeri kita baik. Namun begitu, semua pihak mesti juga sedar bahawa kedudukan ini atau bayaran bonus yang lebih tinggi juga mesti diikuti dengan produktiviti yang lebih tinggi. Dan kita mesti berusaha sekeras mungkin membantu merealisasikan aspek visi dan juga apa yang diharapkan oleh kerajaan negeri. Kalau kita nak berterusan seperti ini, tiap-tiap tahun ada bantuan khas kewangan 2 bulan, 3 bulan. Kita perlu memastikan hasil kena berterusan. Saya nak ingatkan bahawa hasil yang kita terima pada hari ini bukannya sesuatu yang kekal. Dia mesti atas usaha berterusan. Kerana kalau kita lihat struktur anggaran hasil kita, hasil cukai hanya 28%. Terimaan bukan hasil 10%. Dan kebanyakan hasil kita ini disumbangkan oleh hasil bukan cukai. Dan hasil bukan cukai ini boleh berubah-ubah tiap-tiap tahun. Ia bukannya kekal. Ia tidak sama dengan cukai tanah. Hasil cukai, cukai tanah adalah kekal. Tiap-tiap tahun kena bayar cukai tanah.

Tetapi, daripada hasil bukan cukai, premium tanah dan sebagainya, dan juga permit untuk galian dan sebagainya, itu amat bergantung kepada iklim ekonomi dalam negeri kita. Kalau pelaburan tak masuk, takda syarikat-syarikat baru nak datang membina kilang, membuat pelaburan, jadi premium tanah akan berkurangan. Dan kalau takda pembangunan, maka permintaan terhadap hasil-hasil galian seperti pasir, batu, dan sebagainya, juga akan berkurangan. Jadi, semua ini adalah satu kitaran ekonomi yang perlu kita fahami. Bahawa kalau kita nak baik, kita nak makmur, kita nak tiap-tiap tahun ada bonus, mesti kita sama-sama berusaha memastikan pertumbuhan ini berterusan, dan pembangunan ini mesti berterusan.

Jadi, saya nak mengatakan bahawa saya mengharapkan seluruh jentera Kerajaan negeri, mesti bersama-sama baik dalam dewan yang mulia ini, mahupun jentera pentadbiran kerajaan negeri, mesti berusaha dan memberikan sokongan sepenuhnya kepada pimpinan kerajaan negeri untuk merealisasikan segala perancangan dan memastikan kestabilan dalam negeri kita ni berterusan, supaya Pembangunan akan dapat diteruskan dan pelaburan tetap masuk dalam Negeri Sembilan.

Sukacita saya nak berkongsi dalam dewan yang mulia ini, satu projek yang saya telah hadiri pada hari Sabtu yang lepas. Di mana saya sebagai Menteri Pengangkutan telah dijemput untuk merasmikan majlis pecah tanah kerana projek itu ada hubungkait dengan Kementerian Pengangkutan yang

berlangsung ataupun projek itu di Seremban. 2 tahun lalu, saya telah pun mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan Kumpulan Sunway, Pengasas Kumpulan Sunway Tan Sri Jeffry Chia untuk menjemput beliau untuk melihat potensi di Negeri Sembilan kerana di bawah agensi Kementerian Pengangkutan, Railway Assets Corporation ada sebidang tanah 20 ekar di belakang stesen kereta api Seremban.

Kita sudah tentu melalui proses RFP (Request For Proposal), tender dan sebagainya, dan memastikan pihak yang ingin memajukan tanah tersebut memberikan pulangan yang tertinggi kepada kerajaan. Selepas proses hampir lebih setahun ini, akhirnya pada bulan Mei yang lalu, pihak RAC telah pun menandatangani satu perjanjian usahasama dengan Kumpulan Sunway pada bulan Mei yang lalu. Tak sampai 7 bulan, sukacita saya nak berkongsi pada dewan yang mulia ini, bahawa majlis pecah tanah telah pun disempurnakan pada hari Sabtu yang lepas di belakang Stesen Keretapi Seremban. Dimana projek ialah dinamakan sebagai Projek Seremban Sentral. Di mana kita nak berusahasama dengan pihak swasta, dalam kes ini Kumpulan Sunway, untuk membangunkan satu projek Transit Oriented Development. Pihak Kementerian Pengangkutan sedang membangunakan semula Stesen Keretapi Seremban, akan menjadikan stesen itu lebih moden, lebih baik dengan kemudahan yang lebih lengkap.

Tetapi, ia tidak cukup kalau tidak ada unsur TOD ataupun Transit Oriented Development. Jadi selepas RFP, pihak RAC telah pun memilih Kumpulan Sunway sebagai rakan usahasama untuk memajukan Projek Seremban Sentral ini. Komponen-komponen yang dibawa oleh Kumpulan Sunway ini adalah membangunkan pertamanya dalam fasa pertama, satu hospital swasta ataupun satu pusat perubatan swasta medical centre yang kita tau bahawa dalam negara kita ini ada pusat-pusat perubatan swasta di merata tempat terutamanya di bandaraya-bandaraya yang besar. Di Lembah Klang kita ada banyak, di Melaka, di Johor Bahru, di Pulau Pinang, memang ada banyak pusat-pusat perubatan swasta ini. Malah di Seremban juga ada 2,3 pusat perubatan swasta sebelum ini, tetapi skalanya belum cukup besar.

Jadi, Kumpulan Sunway telah pun bersetuju dan melabur untuk membina satu pusat perubatan swasta dengan 250 katil di Projek Seremban Sentral tersebut. Ditambah pula, bukan sahaja pusat perubatan swasta, akan ada projek pembangunan integrasi, ada pusat membeli belah, ada pusat komersial, ada ruang pejabat, dan juga dalam fasa kedua akan dibina projek-projek perumahan. Jadi, keseluruhan projek ini akan memberikan impak yang sangat besar kepada, khususnya kepada Seremban. Dan di mana Pusat Bandaraya Seremban kita, satu pusat bandar yang lama, yang tidak nampak banyak pembangunan-pembangunan baru, kerana banyak pembangunan berlaku ataupun berlangsung di luar pusat bandar lama kita. Terutamanya di Seremban 2, di Seremban 3, di kawasan Senawang dan sebagainya. Tetapi

di kawasan pusat bandar lama kita ni, sudah agak lama tidak ada pembangunan semula, dan ini bukannya pembangunan semula, ini satu projek pembangunan baru, di satu tapak yang terbiar selama ini. 20 ekar, kerana selama ini ia merupakan tanah reserved oleh Railway Asset Corporation.

Di mana kita sekarang ini menggunakan ataupun aaa…. menggunakan tanah ini untuk dibangunkan, untuk menjadikan tempat tersebut sebagai satu hab pengangkutan awam yang penting untuk Seremban. Dan saya rasa bahawa ini akan memberikan satu catalyst yang besar kepada pembangunan Bandaraya Seremban, dan mengubah wajah Bandaraya Seremban yang lebih moden. Kerana harapan saya ialah supaya ia akan membawa kepada pembangunan sektor medical tourism di Seremban. Kerana hospital tersebut dan projek tersebut bersebelahan dan akan diintegrasikan dengan Stesen Keretapi Seremban. Stesen Kereta Api Seremban ini akan bakal menjadi satu stesen yang sangat penting. Kerana yang pertamanya, kita akan bina satu stesen baru.

Yang kedua, ETS Selatan akan melalui stesen Seremban ini setiap hari, berulang kali. Kerana untuk makluman, Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada Jumaat akan datang, 12 Disember, bermulalah satu sejarah baru dalam negara kita. Di mana perkhidmatan ETS Selatan akan bermula dari KL Sentral menuju ke Johor Bahru. Trek tersebut telah siap sepenuhnya, pada hari Khamis akan datang, 11 Disember, projek itu akan dirasmikan secara rasminya oleh Pemangku Sultan Johor dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Johor Bahru. Dan pada hari Jumaat, akan bermulalah perkhidmatan ETS dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru, dan juga Johor Bahru menuju ke Utara. Jadi, setiap perjalanan ini akan melalui Seremban. Kerana Seremban adalah stesen yang mesti dilalui oleh ETS Selatan sebelum sampai ke Kuala Lumpur, ataupun sebelum dari Utara sebelum sampai ke Selatan. Jadi, sudah tentu kita merupakan satu stesen yang sangat penting dalam laluan ini. Dan kita mengharapkan bahawa dengan adanya perkhidmatan ETS ini, ia akan menggalakkan dan membawa lebih ramai orang. Penumpang, pelancong dan sebagainya dan pelawat untuk datang ke Seremban, menggunakan ETS. Dan dengan ETS ini juga, apabila dah siap dalam tempoh 5 tahun, projek TOD ini, ada hospital swasta, ada pusat membeli-belah dan sebagainya, ia juga boleh membantu untuk memangkinkan dan menggalakkan pertumbuhan medical tourism di Seremban. Iaitu membawa pelawat-pelawat ataupun pesakit-pesakit yang ingin mendapatkan rawatan di hospital tersebut, menggunakan ETS datang ke Seremban dan boleh diintegrasikan dalam hospital dengan mudah.

Jadi, selain ETS, sudah tentu kerajaan pusat juga sedang membaik pulih dan membangunkan semula landasan berkembar di antara Seremban ke Kuala Lumpur. Dan projek ini dijangka siap dalam masa 1,2 tahun. Dan apabila siap

kelak, perkhidmatan KTM komuter antara Seremban ke Kuala Lumpur akan menjadi lebih kerap. Saya tahu rungutan daripada orang ramai khususnya orang-orang yang duduk di Seremban dan bekerja di Kuala Lumpur, rungutan mereka bahawa sekarang ini perkhidmatan KTM komuter ini tidak begitu baik. Kerana dulu boleh sampai ke Kuala Lumpur dalam tempoh 70 minit, 75 minit. Sekarang ini, tiap-tiap hari mengambil masa mungkin lebih 100 minit ataupun hampir 2 jam dari Seremban sampai ke Kuala Lumpur. Perkara ini memang saya faham, rungutan daripada orang ramai kerana sekarang ini, ada landasan-landasan yang sedang dibaikpulih menyebabkan bahawa kita tak boleh menggunakan dan mengoptimumkan secara sepenuhnya landasan berkembar dalam sektor di antara Seremban ke Kuala Lumpur.

Namun begitu, projek sedang dijalankan. Dan kita harap projek ini dapat diselesaikan dalam kadar yang lebih segera dan mengembalikan landasan berkembar itu seperti sebelum ini. Dan apabila siap nanti, landasan itu lebih elok, lebih selamat, lebih baik dan dan sudah tentu kelajuan train akan dapat ditambah baik. Begitu juga dengan train set atau rolling stock, yang sebelum ini, kita menghadapi pelbagai masalah teknikal. Kerajaan pusat juga sedang merangka satu kerangka baharu untuk mendapatkan train yang lebih banyak dengan melalui program leasing. Supaya train set-train set ini dapat diselenggara dengan lebih baik dan dengan jumlah yang lebih banyak, bilangannya lebih banyak, kita dapat menambah kekerapan bilangan trip di antara sektor-sektor utama ini. Dan sudah tentu antara Seremban ke Kuala Lumpur jarak itu dan masa yang digunakan akan dapat dipendekkan. Menjadikan kemudahan train ini akan dapat lebih selesa, lebih cepat, dan sudah tentu akan menjadi minat dan kegemaran kepada pengguna-pengguna. Dan semua ini akan dapat memberikan satu impak positif. Dan juga galakan kepada orang ramai menggunakan pengangkutan awam, menggunakan rel, untuk berulang-alik antara Seremban dan Kuala Lumpur. Dan dapat menjana lebih banyak pertumbuhan di Seremban. Khususnya warga Seremban, yang berulang-alik dengan Kuala Lumpur dan juga tempat-tempat lain. Saya harap dengan sokongan Kerajaan persekutuan, membangunkan sektor pengangkutan awam, membangunkan sektor rel ini akan menjadi satu lonjakan pertumbuhan kepada ekonomi Negeri Sembilan.

Jadi Dato’ Yang Dipertua, Tuan Yang Dipertua, dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya mengharapkan bahawa ini dapat direalisasikan dan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Begitu juga di Seremban, selain daripada projek TOD ni, saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri, supaya kita sama-sama melihat dan merangka strategi untuk menaikkan sektor perkhidmatan kita. Apa yang saya maksudkan sektor perkhidmatan ialah, dari segi kedudukan Seremban yang dekat dengan Lembah Klang, dekat dengan Kuala Lumpur, tambahan pula dengan rangkaian pengangkutan awam, yang akan ditingkatkan dan lebih baik, maka kita salah satu sektor yang boleh kita tarik minat daripada syarikat-syarikat besar iaitu Syarikat-syarikat MMC, ialah

relocate mereka punya operasi back-end, back-end office mereka, ke Seremban.

Ini merupakan satu trend yang kita lihat di bandaraya-bandaraya besar. Umpamanya operasi-operasi seperti accounting, HR dan sebagainya, dia tak semestinya perlu dilaksanakan di ibu kota, tak semestinya perlu dijalankan di pejabat di downtown bandar Kuala Lumpur.

Call Center umpamanya, ia boleh relocate ke tempat yang lebih murah. Dan Seremban akan menjadi pilihan kepada, kepada syarikat-syarikat ini. Kalau kita ada kemudahan yang lengkap, kalau kita ada rangkaian pengangkutan yang baik, maka kita juga dapat mendekatkan jarak ini dan menarik minat syarikat-syarikat untuk relocate. Dan sudah tentu ini, akan dapat kita melonjakkan permintaan kepada ruang-ruang pejabat di Seremban, yang sudah tentunya kadar sewa lebih murah. Dan saya yakin bahawa apabila kita dapat menaikkan sektor ini, akan dapat kita tarik lebih banyak syarikat-syarikat swasta untuk melabur, untuk membina bangunan-bangunan ruang pejabat di Seremban. Yang rata-rata kita lihat bahawa ruang pejabat di Seremban sekarang ini dia permintaannya tidak begitu tinggi. Dan menyebabkan ada over supply dan sebagainya. Jadi kita mesti merangka satu kaedah, satu strategi, bagaimana menarik minat syarikat-syarikat besar ini, atau syarikat-syarikat MMC ini untuk melihat, meletakkan sebahagian operasi mereka.

Kita tahu kebanyakan syarikat kalau mereka nak letak ibu pejabat, sudah tentu mereka nak letak di ibu kota di Kuala Lumpur ataupun di Lembah Klang. Tetapi banyak operasi sebenarnya boleh dilaksanakan di tempat-tempat seperti Seremban, yang tidak begitu jauh daripada Kuala Lumpur, dan menawarkan value proposition yang lebih tinggi kepada syarikat-syarikat ini, khususnya dari segi kadar sewa dan sebagainya. Jadi, sektor perkhidmatan ini memainkan peranan yang penting kepada ekonomi Negeri Sembilan. Namun begitu kita tahu bahawa kita tak boleh bergantung kepada satu-satu sektor sahaja. Ekonomi Negeri Sembilan banyak bergantung kepada twins engine, ataupun dua enjin ini, sektor perkhidmatan dan sektor perindustrian. Kerana kedua-dua sektor ini menawarkan peluang pekerjaan yang paling besar kepada rakyat Negeri Sembilan, kepada anak-anak tempatan. Jadi, kita mesti bergerak seiring. Kita nak menaikkan sektor perkhidmatan, kita juga nak majukan sektor perindustrian kita. Dan sektor perindustrian sekali lagi Negeri Sembilan semakin menjadi tumpuan. Ada laporan-laporan dalam sosial media menyatakan bahawa Negeri Sembilan sekarang ini sudah mula dikenalpasti apa yang dikatakan sebagai hidden gem. Selama ini, orang tak tengok dari segi pelaburan dan perindustrian di Negeri Sembilan. Banyak diperkatakan di Selangor, di Johor, di Pulau Pinang. Tetapi kebelakangan ini, Negeri Sembilan semakin menjadi tumpuan. Semakin menjadi perhatian daripada syarikat-syarikat besar termasuk perindustrian-perindustrian baru

yang ingin melihat kepada pelaburan dan pembukaan kilang-kilang ini di Negeri Sembilan. Kerana kita menawarkan pelbagai kelebihan, dari segi geografi, dari segi tanah, dari segi kos. Semua ini adalah faktor-faktor positif yang boleh menjadikan Negeri Sembilan antara pilihan utama kepada pelabur-pelabur asing, dan juga pelabur-pelabur tempatan. Jadi, dalam perkara ini, mesti kita teruskan usaha. Exco perindustrian perlu memainkan peranan yang lebih aktif. Sudah tentu, Yang Berhormat Bahau selaku Exco perindustrian, telah pun memberikan usaha ataupun memberikan usaha terbaik untuk menarik lebih banyak pelaburan dan perindustrian. Jadi, ini mesti diteruskan. Kerana ini sesuatu yang penting kepada pembangunan ekonomi Negeri Sembilan.

Namun begitu saya rasa, seperti yang pernah saya nyatakan dalam dewan yang mulia ini, kalau kita nak terus menaikkan sektor perindustrian Negeri Sembilan, salah satu projek ataupun salah satu faktor yang penting ialah kita mesti menaikkan kemudahan logistik dalam negeri kita. Negeri Sembilan takda lapangan terbang. Sebab kita punya lapangan terbang, tak perlu lapangan terbang di Negeri Sembilan. Kerana kita begitu dekat dengan KLIA. Jadi tidak timbul soal kita memerlukan satu lapangan terbang. Lapangan terbang KLIA cukup dekat dengan Negeri Sembilan. Kita hanya berjiran sahaja. Keluar sahaja daripada Nilai, kita sudah sampai ke KLIA. Jadi kita takda soal keperluan untuk sebuah lapangan terbang khusus untuk Negeri Sembilan. Permintaan itu atau syarat itu tidak timbul. Namun begitu, seperti yang saya nyatakan, kita juga walaupun ada pesisir Pantai, ada Port Dickson, kita ada jeti, tetapi kita tidak ada satu pelabuhan kontena di Negeri Sembilan. Jadi, sudah ada pelaburan swasta yang ingin melabur satu pelabuhan kontena di Port Dickson dan telahpun diluluskan. Kementerian Pengangkutan telahpun memberikan kelulusan secara prinsip untuk memberikan lesen operasi kepada pelabuhan ini sebagai pelabuhan swasta. Bukannya melalui konsesi, kerana tanah bukan milik Kerajaan persekutuan. Mereka milik swasta. Jadi, kita menggunakan model pelaburan swasta. Memberikan lesen kepada mereka. Namun begitu, pembinaan pelabuhan itu mesti dibiayai sepenuhnya oleh syarikat swasta tersebut. Dan dalam perkara ini, memang sudah diluluskan projek pembinaan AI Port di Port Dickson. Cuma saya difahamkan projek pembinaan belum dapat dimulakan kerana masih menunggu kelulusan merancang daripada pihak berkuasa tempatan.

Suka saya nak bertanya kepada pihak kerajaan negeri khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar, apakah status kebenaran merancang daripada PBT? Kerana ini bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan. Kementerian Pengangkutan dari segi lesen operasi, bawah Kementerian Pengangkutan. Dari segi kajian-kajian teknikal, laporan hidrografi, laporan dia punya marine risk assessment dan sebagainya, itu memang di bawah Jabatan Laut. Tetapi untuk membina kemudahan Pelabuhan itu secara fizikal, itu memerlukan kelulusan KM ataupun kebenaran merancang daripada

pihak berkuasa tempatan dan juga kerajaan negeri. Saya faham bahawa ini adalah satu projek usahasama antara pihak kerajaan negeri dengan pihak . Jadi, ada isu-isu tanah telah pun diselesaikan. Cuma sekarang ini tertangguh hanya kebenaran merancang sebelum pembinaan fizikal dapat dimulakan. Saya mengharapkan supaya pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kerajaan negeri memberikan perhatian yang lebih besar kepada perkara ini. Dan saya harap kebenaran merancang ini dapat diluluskan secepat mungkin supaya pembinaan secara fizikal dapat dimulakan. Kerana orang tak percaya sehingga mereka lihat. Saya tahu bahawa ada juga pihak-pihak yang meragui sama ada betul atau tidak. Banyak dah cakap. Saya dah cakap banyak kali. MB pun dah cakap banyak kali. Ada pelabuhan ini. Tetapi belum nampak ada projek pembinaan. Maka keyakinan itu belum ada sepenuhnya. Walaupun mereka lihat potensi begitu besar kalau dibina satu pelabuhan dekat Port Dickson, maka sudah tentu kawasan-kawasan perindustrian dapat dinaikkan di sekitar Port Dickson. Tambahan pula dengan perancangan daripada kerajaan negeri yang telah pun diluluskan oleh MPFN untuk menjadikan kawasan itu tersebut sebagai satu zon perindustrian dan satu zon logistik utama di bawah rancangan pembangunan Negeri Sembilan di bawah MVV

2.0. Jadi, ini semuanya memerlukan orang lihat secara fizikal, kerana saya faham psikologi ramai orang ni. Kalau mereka belum lihat projek itu bermula, maka keyakinan itu belum ada. Namun begitu apabila projek bermula, sudah minat dan keyakinan itu akan datang.

Ini sangat jelas. Pengalaman saya dalam Kementerian Pengangkutan, kita cakap pasal projek RTS di Johor Bahru. Semasa kita bincang projek itu, orang tak begitu berminat. Orang tak tahu sebab dia masih samar-samar, belum lihat. Tetapi apabila projek itu mula dibina, Nampak wire path dia, nampak jabatan dia, merentasi Selat Tebrau, maka banyak pihak swasta berpusu-pusu, berlumba-lumba untuk masuk melabur di kawasan Johor Bahru. Dan menyebabkan satu lonjakan yang besar. Kerana mereka lihat bahawa projek itu bukannya cakap omong-omong kosong. Itu adalah sesuatu yang reality, sesuatu yang benar yang di commit oleh kerajaan. Jadi, dalam perkara ini, saya rasa sama juga pertimbangannya. Kalau projek ini dapat dimulakan secepat mungkin, ia akan menjana satu minat yang lebih besar kepada sektor perindustrian di Negeri Sembilan, dan sudah tentu dapat memberikan keyakinan yang lebih besar kepada para pelabur asing. Saya harap ini dapat diberikan perhatian dan dapat dimulakan dalam kadar yang segera. Seboleh-bolehnya dalam suku pertama atau suku kedua tahun 2026, projek pembinaan secara fizikal dapat dimulakan dengan rasminya.

Yang terakhir Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin menyentuh sedikit berkenaan sektor perlombongan. Saya nak membahaskan perkara ini dari sudut keselamatan. Umum diketahui, saya telah pun nyatakan di parlimen dan di dewan rakyat, bahawa Kementerian Pengangkutan memang memandang serius isu keselamatan pengguna terutamanya dari segi

kemalangan-kemalangan yang berlaku akibat daripada kenderaan-kenderaan berat yang membawa muatan yang melebihi. Itu sebabnya, di bawah Kementerian Pengangkutan, kita telah melaksanakan satu kempen besar-besaran, perang terhadap over loading ataupun had melebihan muatan. Perkara ini banyak berkisar juga dengan sektor perlombongan, kerana antara punca ataupun antara sektor atau subsektor yang banyak over loading ini ataupun membawa had lebih muatan ini. Ialah sector kuari, lori-lori pasir, lori-lori batu, lori-lori yang membawa mineral. Jadi, dalam perkara ini, memang kita menjalankan operasi penguatkuasaan secara berterusan. Banyak juga telah pun dilaksanakan di Negeri Sembilan, banyak juga dikuatkuasakan. Ada juga lori-lori yang telah pun disaman, disita dan sebagainya di Negeri Sembilan.

Jadi saya mengharapkan dan saya memohon kerjasama daripada pihak kerajaan negeri. Saya tahu bahawa permit untuk kuari dan sebagainya, itu di bawah kerajaan negeri. Kerana hasil royalti dan sebagainya itu dibayar kepada kerajaan negeri. Jadi, permit mesti dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri. Saya mengharapkan bahawa pihak-pihak berkuasa negeri melalui Jabatan Tanah dan Galian, dan juga Pejabat-Pejabat Tanah dan Daerah melihat balik supaya mengetatkan syarat-syarat kepada kuari-kuari ini. Supaya mereka juga ada aaa… ada tanggungjawab untuk memastikan bahan-bahan galian ataupun bahan-bahan mineral yang keluar dari kuari mereka tidak melebihi had yang dibenarkan. Kerana perkara ini kalau kita nak memerangi isu had melebihi muatan ini yang saya yakin semua Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju dengan saya, bahawa ini perlu diperangi. Yang Berhormat Labu sebelum ini, pernah mengadu dalam dewan yang mulia ini, berkenaan dengan lori-lori pasir, saya terus mengarahkan JPJ kuatkuasa dan sebagainya. Tetapi, perkara itu kita tak boleh melihat pada satu sudut sahaja. Kerana penguatkuasaan memang ada pemandu-pemandu lori yang tidak berpuas hati. Syarikat-syarikat pengangkutan ada yang tak berpuas hati. Tetapi tanggungjawab itu tak boleh diletakkan kepada satu atau dua pihak sahaja. Bukan sahaja kepada pemandu lori. Pemandu dia hanya membawa lori. Dia diminta bawa lori itu kerana muatan itu ataupun produk yang dibawa bukan bawah dia. Dia kadang-kadang digaji atau dia diupah untuk membawa barangan, membawa kargo tersebut. Jadi apa yang dibawa itu, had dan sebagainya kadang-kadang di luar kawalan dia. Jadi pemandu ada tanggungjawab. Syarikat pengangkutan ada tanggungjawab. Tetapi kita juga nak meletakkan tanggungjawab itu kepada consignor dan consignee iaitu pemilik kargo dan juga kepada mereka yang memunggah kargo itu. Dalam kes ini, dalam hal ini, ialah umpamanya pihak kuari, kuari operator, mereka nak keluarkan satu lori pasir, mereka tahu bahawa, ia mesti, lori pasir itu sama ada melebihi had muatau atau tidak. Jadi jika melebihi had muatan, dan pemilik kuari itu membenarkan lori itu keluar dari kuari mereka, maka mereka juga perlu dipertanggungjawabkan. Dalam perkara ini, kita di peringkat Kementerian Pengangkutan masih melihat bagaimana kerangka

undang-undang ini dapat digubal supaya meletakkan tanggungjawab itu juga kepada pemilik kargo. Tetapi saya memerlukan, Kementerian Pengangkutan memerlukan kerjasama daripada kerajaan-kerajaan negeri khususnya dari segi syarat permit kepada kuari. Dan juga tanggungjawab kepada pemilik-pemilik kuari. Dan ini saya rasa perlu dipastikan. Kerana saya juga tahu bahawa perkara-perkara ini kalau kita dapat tangani bersama, ini juga membawa kebaikan kepada kerajaan negeri, supaya doket-doket dan juga dia punya aaa…. premium dan sebagainya yang dibayar kepada kerajaan negeri itu lebih transparent. Lebih melambangkan jumlah yang sebenarnya.

Saya bukan nak kata ada pihak yang cuba tipu dan sebagainya. Tetapi kalau semua ini dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, saya rasa kita akan ada industri yang lebih transparent yang lebih baik dan supaya apa yang kita laksanakan ini, bukannya kita nak menutup lombong-lombong ini. Kita tahu bahawa sumber-sumber asli seperti pasir, tanah dan sebagainya, silika penting untuk perindustrian, penting untuk pembangunan. Kalau tanpa bahan-bahan ini, projek pembangunan tak boleh dilaksanakan. Kita memerlukan batu, kita memerlukan pasir. Ada kilang-kilang perindustrian kita yang membuat kaca memerlukan silika dan sebagainya. Tetapi semua ini perlu kita mengubah dengan cara pengendalian yang lebih selamat dan lebih transparent. Dan kita berharap bahawa kerajaan negeri dapat memberikan kerjasama dan memberikan bantuan kepada Kementerian Pengangkutan untuk memastikan kita mempunyai industri yang lebih selamat.

Mohon mencelah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Kerana ini adalah perkara yang baik.

YB boleh saya mohon mencelah sebentar?

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Kena bangun dulu.

Ah… ok…

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Baik

Baik…terima kasih. Yang Berhormat Chennah, aaa… sebenarnya memang saya ada bangkitkan berkenaan isu-isu lori-lori berat. Dan terima kasih kepada Yang Berhormat Chennah kerana mengambil tindakan segera. Baru-baru ini pun kita lihat banyak driver lori yang buat mogok eh… Cuma perkara yang saya nak tanya kepada kepada Yang Berhormat Chennah. Kita sedia maklum bila ada penguatkuasaan yang cukup ketat, itu adalah satu perkara yang cukup baik kepada masyarakat dan kita lihat baru-baru ni pun banyak kemalangan yang berlaku. Tapi bagaimana kita nak mengatasi kenaikan kos transport yang sangat tinggi pada masa ini?

Kalau kita lihat baru-baru ni saya lihat harga YTL, harga konkrit, tak silap saya kalau gred 25 naik dari RM220 ke RM354. naik hampir RM100. Kalau dari zaman MADANI memerintah daripada tahun 2022 kenaikannya hampir RM180. Ini akhirnya memberi kesan beban kepada rakyat. Kalau kita lihat harga-harga kos rumah sekarang ni meningkat mendadak, salah satunya adalah transport yang adalah sangat tinggi. Yang Kedua, adakah kerajaan negeri bersedia memberi ruang jugak kepada pengusaha-pengusaha mineral ni termasuk konkrit ataupun pasir dengan mengurangkan kadar loket yang dikenakan. Saya dimaklumkan kadar loket bertambah daripada mungkin dulu meter cube daripada RM2.70 sekarang ni dah hamper 1 tan RM4.00. Kalau kita dapat bekerjasama, saya rasa akhirnya kita dapat satu solusi yang baik. Kalau tidak, kesan akan terbebannya adalah kepada masyarakat jugak akhirnya. Terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Yang Berhormat, kita kena lihat perkara ini. Hujahan seperti ini saya dah dengar banyak kali dah termasuk di dewan rakyat. Kalau kita tak membuat penguatkuasaan secara ketat, Ahli Yang Berhormat pembangkang juga akan menyalahkan kerajaan. Apabila kemalangan berlaku, aaa… ini Menteri Pengangkutan tidak bekerja. Kementerian tak buat kerja. JPJ tak melaksanakan penguatkuasaan. Menyebabkan pelbagai kemalangan. Jadi apabila kita mengambil satu tindakan tegas untuk menguatkuasakan, Ahli Yang Berhormat pulak kata, aaa… ini akan menyebabkan kos naik. Kita kena ingat kalau dia kos naik sebab pengangkutan, sebab dia kata, saya sekarang ini buat penguatkuasaan. Adakah sebelum ini, mereka membuat kiraan kos berdasarkan kepada had yang melebihi muatan? Jadi yang pertamanya, saya telah berbincang dalam Kabinet dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri. KPDN akan masuk. KPDN memang telah masuk pun, untuk menyiasat. Kalau mana-mana pihak yang cuba mengambil peluang, mengambil aaa… kononnya bahawa kos pengangkutan menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga, itu sudah tentu adalah profiteering, yang perlu diambil tindakan oleh KPDN dan KPDN sudah tentu akan masuk.

Dan saya tahu bahawa dalam 2,3 minggu pertama, memang ada reject reaction. Dia naikkan harga sebab dia kata takda orang nak bawa. Penguatkuasaan yang tinggi yang kuat dan sebagainya. Tetapi saya difahamkan Syarikat-syarikat besar juga telah pun adjust rate kepada pemandu-pemandu dan syarikat pengangkutan. Kalau dari segi harga simen dan sebagainya naik, KPDN akan masuk, untuk memastikan bahawa mereka tidak boleh profiteering. Dia taklah masuk akal katakana dia naik harga kalau betullah yang dikatakan olah Yang Berhormat Labu, naik sehingga RM100 ringgit, 50-60%. Takkanlah kos pengangkutan 50% daripada bahan tersebut. Itu tidak masuk akal. Jadi ini sesuatu yang kadangkala pihak industry mengambil peluang. Saya tahu sekarang ini, jalan mudah, excuse mudah industri naik harga ialah Menteri Pengangkutan. Ni Menteri Pengangkutan

lah. Jahat ini, nak menguatkuasakan undang-undang ketat, kacau kita. Nak minta JPJ tiap-tiap hari tangkap. Menyebabkan kos pengangkutan naik. Dia menggunakan alasan itu untuk menaikkan harga. Ini adalah profiteering. Jadi kalau ahli Yang Berhormat pembangkang yang bertanggungjawab dalam perkara ini, mengambil satu sikap bertanggungjawab, sama-sama kita perangi.

Betul ada pemandu-pemandu mogok dan sebagainya. Mereka tak faham, sebenarnya apa yang kita buat ini baik untuk pemandu. Patutnya mereka jangan mogok, mereka sokong. Tetapi mereka di instigate oleh Kumpulan-kumpulan kecil untuk mogok. Datang parlimen dan sebagainya. Adakah kita berpaling tadah? Adakah kita berlembut dalam perkara ini? Tidak. Saya tidak akan tunduk kepada permintaan-permintaan untuk kita bend the rules ataupun kita tak menguatkuasakan undang-undang. Tidak, sebab untuk pemandu sebenarnya, merekalah, kalau katakana mereka pemilik kenderaan, pemilik lori. Kalau kita kuatkuasakan ini dengan tegas, dapat mengubah industri ini untuk jangka masa sederhana dan panjang, adalah lebih baik kepada mereka.

Yang pertamanya, pemandu lori akan mendapat kadar upah yang lebih tinggi yang sepatutnya. Mereka diminta untuk bawa over loading. Jadi kadar itu ditekan oleh syarikat-syarikat besar, oleh industri-industri besar. Sebenarnya, industri-industri besar perlu memberikan peruntukan untuk kadar sewa, kadar upah yang setimpal kepada pemandu-pemandu lori dan syarikat-syarikat pengangkutan. Tetapi oleh kerana semua pihak over loading, dan kita takda penguatkuasaan yang tegas sebelum ini, maka semua pihak berlumba-lumba untuk over load. Over load maka kadar untuk pengangkutan itu lebih rendah, untuk syarikat-syarikat besar, tetapi yang menjadi mangsa ialah syarikat-syarikat pengangkutan. Pemandu-pemandu lori individu. Yang pertamanya, apabila over load, kalau dikuatkuasakan ataupun dikenakan penguatkuasaan, mereka kena bayar saman.

Yang kedua, tak selamat kepada mereka. Pemandu bawa over load, Apabila berlaku kemalangan, pemandu juga ada risiko mati. Bukan sahaja kematian orang lain, pemandu itu juga ada risiko yang tinggi.

Yang ketiga, untuk kenderaan mereka, apabila mereka dipaksa membawa over load, ataupun had lebih muatan, axle mereka, komponen mereka, lebih cepat rosak. Lori itu tidak boleh bertahan. Kerana sudah tentu ada teknikal-teknikal requirement yang kita tahu bahawa yang berapa load lori itu boleh bawa. Apabila dibawa lebih muatan dan, Ahli Yang Berhormat, lebihan muatan ini bukannya 10%, 20%, kalau 10% atau 20% itu bagi kita, kita masih boleh kata ini bukan sesuatu yang serius. Tetapi ada lebihan muatan sampai 80%, sampai 100%. Ini sesuatu yang begitu berleluasa sebelum ini. Terutama lori-lori tipper, lori-lori pasir, lori -lori batu. Dia punya muatan, dia ubah dia

punya paras tu, naikkan paras, load sampai penuh, kadang-kadang dia tak cukup lagi, kat bawah dia tukar lagi, bawah tukar, atas tukar, bawah dia dalamkan, atas dia tinggikan, jadi load dia sampai 80% hingga 100% lebihan muatan.

Jadi saya terpaksa mengambil satu tindakan yang tegas. Saya tau saya popular di kalangan pemain industri, di kalangan pemandu, ada ni macam-macam pemandu, tiap-tiap hari dia nak ugut mogok. Ada satu orang dia dalam sosial media, hentam saya tiap-tiap hari dan sebagainya. Tetapi bagi saya, saya perlu melaksanakan sesuatu yang betul. Bagi saya, keselamatan orang ramai lebih penting daripada segala-galanya. Dan jangan lupa, baru Yang Amat Berhormat haritu kata, kita bentangkan berapa peruntukan MARRIS kita gunakan di Negeri Sembilan. Perkara ini saya ucapkan syabas kepada Negeri Sembilan. Memang Negeri Sembilan antara negeri yang perform paling baik dari segi peruntukan MARRIS. Kita membelanjakan peruntukan MARRIS menyelenggara jalan-jalan kita dan nampak jelas jalan-jalan negeri di dalam kawasan Negeri Sembilan adalah lebih baik kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Saya taknak bandingkan dengan negeri mana lah. Tapi Negeri Sembilan jauh lebih baik dari segi penyelenggaraan jalannya. Dan kita mengamalkan satu sistem yang cukup transparent. Ada undian macam cabutan bertuah. Pakai bola ping pong untuk pilih kontraktor. Supaya banyak kontraktor ada peluang. Jadi banyak yang telah kita belanjakan untuk menyelenggara jalan. Tetapi kalau kita tak tackle isu over loading ini, tiap-tiap tahun kita, penyelenggaraan pun tak cukup. Sepatutnya apabila satu-satu jalan itu telah diselenggarakan, 5 tahun tak payah tengok jalan tu. Tetapi mengapa kita punya jalan begitu cepat rosak, banyak lubang. Antara puncanya ialah over loading. Jadi perkara ini saya harpa harap Ahli-Ahli Yang Berhormat mesti memahami keseriusan dan juga impaknya kepada masyarakat. Impaknya begitu besar kepada faktor-faktor lain. Keselamatan satu, kerosakan jalan satu. Kita sering dengar ada budak, ada penunggang-penunggang motosikal kadang-kadang anak-anak muda pelajar sekolah, kena lubang sahaja, ada lubang tak nampak kalau malam, kawasan tu gelap, dia melalui lubang, jatuh mungkin mati. Cedera parah. Jadi, mengapa ada lubang-lubang itu? Begitu mudah kita punya jalan, walaupun diselenggara. Antara isu, antara faktor, saya bukan kata satu-satunya faktor, tetapi antara faktor penyumbangnya ialah over loading yang berleluasa. Jadi ini sesuatu yang mesti kita tackle.

Ahli Yang Berhormat, enam bulan lalu berlaku satu kemalangan yang menyebabkan kematian 9 orang FRU, 9 anggota FRU di Teluk Intan. Mengapa mereka mati? Trak itu berjalan dengan satu konvoi lebih 10 kenderaan. Dalam arah bertentangan, satu lori membawa batu over load 70% terbabas, melanggar arah bertentangan, kena trak FRU tu. FRU trak itupun terbalik. Apabila terbalik, oleh kerana trak FRU ini dia takda tali pinggang, ada berpuluh anggota FRU dalam kenderaan itu terbalik maka terpijak lah dan

sebagainya dan ada yang tercampak keluar. 9 anggota FRU maut, meninggal dunia. Sebab satu kelalaian daripada sebuah lori yang mengambil muatan yang berlebihan terbabas. Jadi perkara ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita. Mengapa saya saya tegas dalam perkara ini? Dua perkara saya tegas. Satu over loading. Yang kedua speeding. Mengapa speeding kita mengambil tindakan tegas? Nak mewajibkan semua memasang speed meter device? Bas UPSI 15 saya…aaa lebih 10 pelajar mati, mengapa? Sebab pemandu itu turun bukit, memandu dengan laju, memandu dengan laju, dia terbabas dan terkena dengan penghadang jalan. Banyak pelajar-pelajar UPSI meninggal dalam kes tersebut. Jadi perkara seperti ini adalah faktor manusia. Jadi, kita mesti bersama-sama mengambil iktibar, mengambil pengajaran, saya taknak, kita taknak lihat, saya yakin semua kita semua rakyat taknak mendengar ada insiden-insiden seperti ini. Ada anggota FRU meninggal, ada pelajar IPTA meninggal disebabkan kemalangan.

Jadi, perkara-perkara seperti ini, mesti kita membuat perubahan. Kadangkala betul dia akan ada impak yang lain, ada kesan yang lain. Tetapi apa yang lebih penting daripada nyawa manusia? Ini persoalan saya. Apa yang lebih penting daripada nyawa manusia? Jadi, kita mesti bersama-sama memberikan kerjasama. Saya berharap ahli-ahli Yang Berhormat baik Kerajaan, baik pembangkang sama-sama memberikan pendedahan ini dan juga kesedaran ini kepada semua pihak termasuk pemandu lori. Termasuk pengusaha-pengusaha pengangkutan. Sama-sama berusaha, sama-sama memberikan kerjasama. Dan saya harap perkara ini dapat kita tangani bersama. Walaupun ada pelbagai tentangan. Ada pelbagai tekanan. Tetapi saya yakin kalau kita berani buat perkara yang betul, kita dapat tunjuk result bahawa ini dapat meningkatkan keselamatan jalan raya dan orang ramai, saya yakin, majoriti orang ramai akan memberikan sokongan kepada tindakan oleh kerajaan. Jadi mesej saya mudah, saya tidak akan tunduk kepada tindakan-tindakan ini, biar pelbagai persatuan, pelbagai industri nak jumpa saya, saya jumpa, saya boleh jumpa mereka. Ada persatuan-persatuan tetapi bukannya cara-cara yang samseng lah. Dia nak ugut, nak jumpa kata you mesti batalkan saman, you mesti lepaskan mana-mana kenderaan yang disita, itu cara samseng. Cara ugutan. Kerajaan tak boleh diugut. Kita hanya melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang. Ini negara hukum. Kita ada rukun negara, Kedaulatan undang-undang. Undang-undang itu supreme. Jadi, mesti kita mengangkat sebagai anggota pentadbiran, sebagai kerajaan, kita mesti sama-sama memperkasakan undang-undang kita. Kita mesti melaksanakan undang-undang kita. Jadi, undang-undang ini bukannya dikuatkuasakan dengan tidak berhemah.

Ada orang kata, ini polisi baru, tak bagi masa. Ini bukannya dasar baru. Ini undang-undang berpuluh tahun dah. Akta Pengangkutan Jalan digubal di Parlimen tahun 1987. Masa saya hanya 10 tahun. Sekarang saya dah berumur 48 tahun dah. Dato’ Yang Dipertua, sudah 38 tahun Akta itu digubal

di Parlimen. Akta JPJ, Akta Pengangkutan Jalan, Akta 333, 1987. Tahun ini masuk ke tahun 38. Ini bukannya akta baru. Bukannya peraturan baru. Over loading ini isu lama, isu legasi. Berpuluh tahun, tetapi tak pernah di tackle ataupun ditangani secara bersepadu. Sekarang ni kita nak sama-sama memerangi. Cukuplah dengan kematian dengan keselamatan yang telah pun disebabkan oleh isu ini. Jadi, saya berharap Kerajaan negeri juga dapat memberikan kerjasama. Saya pohon kalau adakan sesi libat urus dengan Kerajaan negeri, saya pohon Kerajaan negeri memberikan kerjasama kepada Kementerian Pengangkutan untuk sama-sama kita melihat bagaimana memerangi isu ini dengan lebih baik.

Jadi, Dato’ Yang Dipertua, saya mohon maaf, saya mengambil masa yang agak panjang dalam perbahasan ini. Saya yakin kerajaan negeri juga memperuntukkan tiga hari untuk membahas, Jadi ramai ada peluang lagi untuk membahas, dengan panjang lebar. Dengan kata-kata ini, saya memohon menyokong Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2026) 2025 dan juga usul Pembangunan untuk tahun depan. Saya menyokong Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Chennah. Mesyuarat kita rehat sekejap. Nanti kita sambung balik pada pukul 2.15 eh

2.30. Kita sambung balik 2.30 ya. Jadi mesyuarat dewan ditangguhkan.

[Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.48 tengahari]

[Mesyuarat disambung semula pada jam 2.35 petang]

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat Datuk Timbalan Yang Dipertua Dewan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Tenang, tenang. Bismillahirrahmanirrahim innahu duwana rasulillah hil kareem. Saya mula dengan pantun eh…

Pohon meranti tegak berjajar, Tumbuh megah di tepi perairan, Perbahasan ini kita selesai segar, Pembangunan bangsa terus jadi keutamaan.

Air tenang jangan disangka, Dalamnya menyimpan rahsia tersirat, Perbekalan negara, negeri terus dibawa berbicara, Moga keputusan menjadi manfaat.

Dengan itu kita teruskan perbahasan Pembangunan dan Undang-Undang Perbekalan. Dipersilakan ADUN Labu.

Terima kasih Datuk Yang Dipertua Timbalan Speaker. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam hormat kepada Datuk Timbalan Speaker dan ahli-ahli dewan yang saya muliakan. Saya bangun pada hari ini sebagai ADUN, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Labu mewakili suara penduduk saya, suara Labu, dan juga suara masyarakat di Negeri Sembilan yang turut berkongsi masalah yang sama. Saya berdiri bukan sekadar membawa keluhan, tetapi membawa amanah, membawa tanggungjawab, dan membawa kebenaran yang rakyat mahu kita suarakan di dalam Dewan yang mulia ini.

Datuk Yang Dipertua Timbalan Speaker, Alhamdulillah, baru-baru ini Yang Amat Berhormat telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak tiga bulan iaitu bayaran pertama pada bulan Januari, bayaran kedua pada bulan Mac, iaitu sebelum hari raya Aidilfitri, dan bayaran ketiga pada bulan Jun 2026, dengan syarat berdasarkan prestasi kerja. Kami di pihak pembangkang Alhamdulillah bersyukur dengan bantuan khas kewangan yang diberi, dapat memberi dan menghargai jasa kepada penjawat awam. Di sini timbul hanya satu permasalahan yang ingin saya bangkitkan. Apakah sebenarnya Adakah kriteria penilaian prestasi kerja yang menentukan kelayakan bayaran BKK ketiga pada bulan Jun? Kita bukan bercakap soal bonus korporat, kita bercakap tentang penjawat awam negeri tulang belakang pentadbiran. Maka, adalah tidak masuk akal untuk kerajaan mengumumkan syarat berdasarkan prestasi. Tetapi sehingga kini tidak memperincikan apa nilai yang dinilai, bagaimana dinilai dan oleh siapa penilaian itu dibuat.

Datuk Yang Dipertua Timbalan Speaker, apabila kerajaan menetapkan syarat prestasi tanpa garis panduan yang jelas, ia membuka ruang persepsi bahawa keputusan boleh menjadi kabur subjektif dan berpotensi dipengaruhi oleh faktor bukan kerja. Justifikasi berdasarkan prestasi tidak boleh dibiarkan kabur. Kalau benar ingin menilai secara adil, maka kerajaan perlu tampil mengemukakan perkara-perkara berikut dengan jelas.

Yang pertama, apakah indikator prestasi utama KPI sebenar? Adakah melibatkan keberhasilan jabatan, kecekapan penyampaian, disiplin, atau sekadar laporan dalaman tanpa ukuran objektif. Siapakah yang menilai? Adakah ketua jabatan, panel khusus, atau adakah mekanisme pemantauan bebas untuk memastikan integriti penilaian? Yang ketiga, apakah standard untuk menentukan seseorang layak atau tidak? Adakah 80% pencapaian? Adakah markah tertentu atau keputusan dibuat secara budi bicara tanpa garis panduan penulisan? Panduan bertulis. Apakah plan ini membezakan jabatan terbeban tugasan dengan jabatan yang ringan kerja? atau semua

diletakkan di bawah satu garis ukur yang sama? Apakah ruang rayuan bagi penjawat awam yang merasakan mereka dinilai secara tidak adil?

Tuan Datuk Timbalan Speaker, kita ingin memastikan bahawa bayaran BKK ini tidak menjadi umpan bergantung kepada budi bicara politik atau bonus bersyarat yang masih kabur. Sebaliknya sebuah ganjaran yang jelas, adil, berdasarkan merit sebenar, bukan persepsi atau kesukaan pihak-pihak tertentu. Kalau benar kerajaan menghargai penjawat awam, seperti apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, bahawa bantuan ataupn jasa penjawat awam di Negeri Sembilan ini amat besar. Sepatutnya saya merasakan bahawa harus terus memberi tiga bulan tanpa mengira berdasarkan merit ataupun berdasarkan prestasi kerja pada bulan Jun nanti.

Dato’ Yang Dipertua, bayaran BKK ketiga pada bulan Jun 2026 ini bukan isu wang semata-mata. Ia melibatkan ketulusan, kebertanggungjawaban, dan integriti pentadbiran. Maka saya mohon kerajaan menjelaskan secara terperinci apakah asas, indicator dan kaedah penilaian yang digunakan untuk menentukan bayaran BKK bulan Jun itu. Supaya penjawat awam tahu mereka dinilai atas kerja dan bukan atas faktor lain. Datuk Timbalan Speaker, saya menyokong sekiranya pihak kerajaan dapat terus memberi tiga bulan takda bezanya pada bulan Jun nanti ada segelintir dapat, segelintir tak dapat. Jadi itu tidaklah seperti apa yang dimaksudkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa pembayaran ini adalah berdasarkan usaha yang telah dilakukan penjawat awam. Jadi kami di peringkat pembangkang, bersetujulah sekiranya Menteri Besar dapat mempertimbangkan bayaran pada bulan Jun ini adalah atas merit, tidak perlulah berdasarkan atas faktor prestasi kerja.

Datuk Yang Dipertua Timbalan Speaker, saya terus ke kawasan saya kawasan Labu. Dato’ Tmbalan Speaker, saya ingin membawa dewan yang mulia ini berkenaan satu isu keselamatan iaitu Jalan Enstek sehingga ke taman, sorry dari Taman Gadung Jaya ke Bandar Enstek. Satu laluan yang gelap dan baru-baru ini dan dalam tempoh tiga hingga empat bulan, banyak kemalangan jiwa yang dah berlaku. Jadi, saya mohon bila saya pergi ke kawasan itu baru-baru ini, baru dua hari lepas, di simpang LBJ kemalangan motosikal, satu budak meninggal dilanggar oleh treler disebabkan oleh faktor-faktor infrastruktur jalanraya yang bagi saya tidak begitu selamat, memandangkan laluan di kawasan Gadung dan Enstek ni menuju ke airport. Banyak kenderaan-kenderaan kargo yang lalu dan ia berdekatan dengan kampung. Jadi, bila saya berjumpa dengan penduduk kawasan, YB jalan terlalu gelap, gelap sampai orang kata nak lalu pun nak kena baca doa panjang, bukan sekali dua kemalangan berlaku tetapi sudah berulang kali termasuk kemalangan meragut nyawa. Ini bukan isu kecil, Datuk Timbalan Speaker, ini isu nyawa manusia, saya nak tanya dalam dewan ini sampai bila jalan ni nak dibiarkan gelap? Sampai bila kita nak tunggu laporan kematian berikutnya. Sampai bila

JKR nak kata dalam perancangan, dalam tindakan, tapi tiada perubahan di lapangan. Saya mendesak JKR. Pertama memasang lampu jalan di sepanjang Taman Gadung Jaya-Bandar Enstek. Jangan separuh-separuh. Jangan tunggu bajet tambahan selama bertahun-tahun. Kedua, pastikan Langkah-langkah keselamatan lain diberi perhatian. Garisan jalan yang jelas, pemantulan cahaya bahu jalan yang sempit dan yang tidak rata. Naik taraf lampu isyarat di simpang-simpang kritikal untuk kurangkan kesesakan dan punca pelanggaran. Sistem amaran kelajuan di kawasan yang berisiko tinggi.

Saya ucapkan terima kasih kepada JKR. Baru-baru ni dalam sidang DUN yang lepas, saya ada bangkitkan isu traffic light di Taman Gadung selepas 10 tahun. Alhamdulillah kini telah berfungsi. Tapi saya mohon, Labu juga adalah sempadan antara Sepang dan jugak Negeri Sembilan. Tetapi kalau saya lihat pembangunan hanya di kawasan nilai, di Enstek dinafikan. Walaupun kita berdekatan dengan airport, hanya jarak 10 minit. Jadi janganlah kalau ada peruntukan MARRIS tu hanya dibawa dalam kawasan Nilai Sahaja. Kalau boleh bawak dalam kawasan Labu. Ini adalah isu keselamatan. Jalan Gadung, saya yakin kepada ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Exco-Exco yang pernah melalui jalan ni, Jalan Gadung ke Enstek ni cukup bahaya. Jadi, saya mohon kepada JKR khasnya memberi perhatian serius kepada hal ini.

Satu perkara lagi jugak berkenaan JKR jugak. Saya tak faham. Banyak, tadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar dah jawab, tapi saya taknak buat soalan tambahan, saya nak bercakap dalam saya punya ruang ni. Jalan-jalan rizab JKR. Banyak jalan-jalan rizab JKR sekarang tidak dibenarkan disewa. Sebagai contoh di kawasan Labu Jaya, dia ada dua jalan. Pertama adalah satu jalan baru. Jalan kedua jalan JKR yang lama tidak digunakan. Di sebelah kiri dan jugak di sebelah kanan telah terputus. Dan ramai penduduk LBJ menggunakan kawasan itu sejak dulu lagi dah, sejak hampir 20-30 tahun berniaga. Dan mereka mempunyai lesen perniagaan daripada PBT. Tetapi kini, bila mereka memohon untuk mendapatkan lesen perniagaan, tidak diluluskan. Disebabkan tidak ada kelulusan daripada pihak JKR. Jadi, saya rasa perkara ini memang tak patut. Bagi saya, Datuk Timbalan Speaker, saya ingin tegaskan di sini JKR dan jugak agensi bukan sekadar pemegang amanah. Mereka bukan sekadar pemegang tanah. Mereka adalah pemegang amanah. Dan amanah itu termasuk menggunakan budi bicara membantu rakyat dan bukan menyusahkan rakyat. Saya minta JKR dan agensi yang lain kenal pasti tanah rizab yang selamat digunakan dan buka untuk kegunaan komuniti, wujudkan garis panduan yang fleksibel. Bukan satu garis panduan yang membunuh peluang. Bekerjasama dengan Majlis Daerah untuk memberi lesen sementara atau permit komuniti. Jadi, saya mohon jika ada pegawai JKR yang hadir pada hari ini, pertimbangkan balik janganlah tolak bulat-bulat. Kan sekarang ni, rakyat susah, saya rasa ini bukan berlaku di kawasan Labu sahaja. Baru-baru ni, ada sahabat daripada Kuala Pilah pun hubungi. Mereka pun mendapat perkara yang sama. Mereka dah berniaga lama. Kalau tepi

jalan, jalan selekoh kita faham. Tapi kalau mereka berniaga di kawasan-kawasan yang agak selamat, benarkanlah. Itu pun jugak satu pendapat kepada Kerajaan negeri. Mungkin tahun depan boleh tambah jadi 4 bulan bonus, insya-Allah..

Datuk Timbalan Speaker , satu lagi perkara yang saya rasa telah dibangkitkan pada sidang DUN yang lepas, dan telah dijawab jugak oleh Exco. Saya ingin masuk kepada isu MyKiosk Madani. Saya rasa sudah hampir setahun lebih kita harus membincangkannya dengan serius. Negeri Sembilan mempunyai banyak kiosk. Tapi persoalan rakyat ialah kenapa begitu banyak MyKiosk yang tidak digunakan. Ada kiosk ditinggalkan kosong hingga setahun, rosak berlumut dan akhirnya Kerajaan perlu berbelanja lagi dibaiki. Apa perancangan Kerajaan negeri adakah ini satu pembaziran? Apakah MyKiosk Madani ini satu kejayaan? Ia melibatkan satu, MyKiosk tu bukan murah, satu MyKiosk tu melibatkan RM25,000 ringgit. Tak taulah siapa yang luluskan dulu. Atau, kalau takda jalan, perlu fikirkan mekanisme lain mungkin digunakan oleh sesuai digunakan untuk perkara-perkara perniagaan yang lain. Kita tak boleh biarkan begitu. Di Labu ada 5 MyKiosk diletakkan di Kampung Jerangkang. Saya mintaklah pada Exco lalu kawasan Labu Kampung Jerangkang daripada Nilai toleh sebelah kanan. Ada 5 dah setahun lebih. Siapa nak berniaga kat situ? Kalau boleh pindahkan. Pindahkan ke Lokasi yang lebih hidup, lebih aktif. lebih peluang kepada rakyat. Insyaallah rakyat nak berniaga.

Dan yang kedua, ubah sikit. Kalau boleh benarkan mereka memasak dalam tu. Kalau mereka tak boleh masak, akhirnya saya rasa lagi dua tahun akan ada tender dibuka untuk besi buruk kepada kiosk-kiosk ini. Nilai bukan sikit Dato’ Yang Dipertua. hampir RM25,000 untuk satu kiosk. Kalau 100 kiosk, dah RM2.5 juta. Takkan duit rakyat kita nak biarkan begitu sahaja? Jadi saya minta kepada semua ADUN-ADUN yang hadir pada hari ini, lihat dalam kawasan masing-masing. Sama-sama kita cari jalan, kita bantu rakyat. Sudahlan orang nak berniaga tepi jalan tak dibenarkan. Kiosk yang diletak pun tak boleh nak berniaga. Diletak di kawasan-kawasan yang tidak berpotensi. Jadi saya harap perkara ini dapat kita ambik berat dan dapat kita selesaikan. Semoga dalam sidang DUN akan datang, sekurang-kurangnya ada jawapan yang bernas daripada Exco, insya-Allah..

Datuk Timbalan Speaker, satu perkara lagi, baru-baru ni saya didatangi oleh rakyat di kawasan saya, meminta tandatangan untuk borang pengesahan kepada Jabatan Kebajikan. Selepas daripada tu, beliau datang berjumpa dengan saya balik, mengatakan YB, kenapa tandatangan YB tak diterima? Mereka suruh dapatkan tandatangan penyelaras. Tandatangan ADUN kawasan tidak terima. Saya terus pergi ke Jabatan Kebajikan Seremban 2. Rujuk kepada pegawai yang terbabit. Saya tanya kat dia dua soalan. Yang pertama, betul atau tidak? Kalau betul siapa? Dan beliau menjawab, minta

maaf YB, saya menjalankan arahan. Arahan datang daripada Exco. Saya nak bertanya kepada Exco yang terbabit.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Boleh celah? Celah sikit. Boleh?

Boleh.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

aaa… ADUN Labu, masalah tandatangan ni aaa… saya 2008 hingga 2018 kami masa itu ada 10 DUN, kita pun kerajaan punya borang, tak boleh tandatangani. Peringkat negeri. Ini memang benar dan sah. Terima kasih.

Yang Berhormat Seremban Jaya, kalau Yang Berhormat ingat lagi Yang Berhormat punya janji-janji pilihanraya, 2014 kalau menang, Yang Berhormat takkan ulang balik apa-apa yang dibuat oleh kerajaan terdahulu. Jadi saya rasa Yang Berhormat jawab dulu Yang Berhormat semasa jadi pembangkang, kena benda yang sama, berapa kita nak ulang? Ini bukan peruntukan. Ini Yang Berhormat dah bersama. Dah kosong-kosong dah. Kami ni berapa lama nak ulang? Rakyat yang datang ke kawasan saya tu orang susah B40. Datang dekat 20km, datang tandatangan, pergi Seremban 2. Bila serah, balik cakap tak boleh. Jadi saya mohon lah, saya setujulah. Yang Berhormat kalau betul itu masih diamalkan oleh kerajaan….

Boleh saya mencelah? Dia bukan tak boleh, boleh… YB Labu. Dia mintak pengesahan Penyelaras DUN saja. Bukan tak boleh, boleh. Betulkan balik statement tu. Ok?

Yang Berhormat Jeram Padang, sebab tu saya cakap dengar baik-baik. Kan saya cakap tandatangan YB Labu tidak boleh. Yang boleh ialah penyelaras…

Ya saya cakap, saya cakap tadi, dia hanya bukan tak boleh. Dia mintak pengesahan penyelaras DUN. Sebab tu sistem dalam Kerajaan Negeri Sembilan. Kalau YB Labu nak persoalkan, dulu di Kerajaan Negeri Terengganu, bawah kerajaan PAS, kita nak bagi dividen FELCRA dalam masjid pun dia tak bagi. Halau tepi pantai boleh pulak.

Yang Berhormat saya….

Cuba jawab isu tu boleh?

Saya tak pernah jadi ADUN kat Terengganu dohh…

Tak isu dia.

Yang saya tengah cerita pasal Negeri Sembilan.

aaa….Negeri Sembilan la ni….

….. follow lah…

Tak, awak pembangkang, terima la keaadan eh… ikut la peraturan Kerajaan Negeri Sembilan.

Saya… itu jelas

Itu isu dia.

Sidang DUN ni, Sidang DUN yang mulia ini, column YB di borang-borang di kawasan pembangkang jangan lotak, lotak je penyelaras.

Awak tu YB Pembangkang, YB Pembangkang.

Saya tak bagi ruang lagi. Jadi Dato’ Speaker, kalau tak boleh, borang tu di kawasan pembangkang ni, jangan letak lagi. Letak penyelaras, dalam kawasan Labu tak boleh. Saya cabar Yang Berhormat Sikamat ataupun daripada Kerajaan cakap dalam Sidang DUN ni biar rakyat dengar, lain kali tak payah la mereka datang di Pejabat ADUN pembangkang. Jadi tadi kita boleh ambik kira lah yang bermaksud di pihak Kerajaan ya, ni wakil Jeram Padang bersetuju ADUN-ADUN Kerajaan ni tak boleh tandatangan borang.

Setuju… (suara perlahan).

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya nak aaa… tahun 2026, telah diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Negeri Sembilan. Satu detik penting untuk mengangkat martabat negeri, merancakkan ekonomi pelancongan, dan menunjukkan kepada seluruh negara bahawa Negeri Sembilan bukan sekadar persinggahan, tetapi destinasi. Namun persoalannya kali ini, kalau ini tahun yang penting, kenapa laluan masuk ke Negeri Sembilan masih kosong, sunyi, dan tak berwajah? Di mercu, di mana mercu tanda kita? Di mana papan tanda megah yang mengalu-alukan pelawat? Di mana identity negeri yang sepatutnya berdiri tegak di sempadan memaklumkan kepada sesiapa yang masuk, selamat datang, ini Tahun Melawat Negeri Sembilan pada tahun 2026. Apa yang ada sekarang hanya jalan masuk yang kelihatan seperti laluan biasa. Seolah-olah negeri ini tidak bersedia, tidak bersemangat, dan lebih malang, tidak menghormati pengorbanan besar yang dibuat oleh Kerajaan Negeri sendiri.

Dato, Yang Dipertua Timbalan Speaker, Tahun Melawat Negeri Sembilan bukan slogan kosong. Ia adalah strategi ekonomi dan pelaburan masa depan. Ia peluang menarik pelabur, peniaga, pelancong, dan meningkatkan imej negeri. Tetapi bagaimana dunia nak percaya kita serius, kalau pintu masuk

rumah kita pun tidak dijaga? Rumah yang menyambut tetamu dengan pagar terbiar, laman tak berlampu, dan pintu tak berganti cat? Adakah itu gambaran negeri yang bersedia menerima kunjungan? Kerajaan negeri harus menjawab, adakah tahun Melawat Negeri Sembilan ini sekadar acara atau kertas atau agenda sebenar untuk rakyat? Kalau serius, tunjukkan keseriusan itu. Mercu tanda bukan sekadar batu atau besi. Ia adalah simbol komitmen. Negeri lain pasang mercu tanda sebelum pengumuman pun dibuat. Kita pula tahun melawat sudah di depan mata.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, dua minit lagi Yang Berhormat.

Baik. Mercu tanda pun masih dalam perancangan. Ini bukan soal domestik, ini soal imej, maruah, dan konsistensi kerajaan. Kalau Tahun Melawat Negeri Sembilan mahu berjaya, biarlah dunia Nampak kita benar bersedia. Bukan hanya melalui plan atas kertas, tetapi dengan mercu tanda yang dilihat, disentuh dan dibanggakan sebagai pintu masuk ke negeri kita. Jangan sampai Tahun Melawat Negeri Sembilan dikenang bukan kerana kejayaannya, tetapi kerana pintu masuknya sendiri tidak pernah mencerminkan apa-apa. Yang saya cuba maksudkan kepada sini, kepada YB Exco, saya harap ada satu tindakan segera supaya nampaklah Negeri Sembilan ni daripada pintu masuknya, orang tau tahun 2026 ni adalah Tahun Melawat Negeri Sembilan. Jangan mereka masuk dan lalu begitu sahaja. Patutnya sejak awal lagi dah pasang. 2025 dah nak habis, 2026 kan daripada airport kebanyakan lalu daripada Nilai nanti lalu kawasan ADUN Nilai tak singgah. Mereka tak tau apa pun. Jadi saya rasa perkara-perkara sebegini sepatutnya dapat diselesaikan lebih awal insya-Allah..

Jadi Datuk Timbalan Speaker , hari ni saya berdiri pada semua sahabat bukan nak bersilat kata tetapi untuk menegakkan hak rakyat Negeri Sembilan. Hak sebagai ADUN Pembangkang. Kalau tak boleh dapat semua dapat sikit pun jadilah. Kalau dulu diulang-ulang, kalau boleh kita berhenti. Kita berhenti buat. Sebab kita berkhidmat untuk rakyat. Saya bukan nak berdebat, tapi bagi saya adalah satu tindakan yang tidak wajar kalau surat sokongan…

aaa… Ketua Pembangkang, saya nak tambah sikit eh..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

masa dah habis dah ni….

saya rasa….aaa… sikit je. 1 minit je… saya nak penjelasan sikit lah, tentang sign tadi tu. Sebab saya di pejabat tu, kalau JKM, rakyat datang dia suruh sign memang kami sign memang sampai hari ni pun ada mintak nak sign.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

tu juga tak laku…

Nak sikit penjelasan adakah sign kami ni tak laku. Kalau tidak, kalau tak laku, kalau pergi menyusahkan mereka. Lebih baik pergi pada Penyelaras DUN. Itu benda yang inginkan penjelasan jugak lah, ya

Jadi itulah yang saya maksudkan, Dato’ hampir 2 tahun lebih jadi YB, baru saya tahu tandatangan saya tak boleh, kan? Baru saya tahu tandatangan tak boleh. Tu yang kita tanya kat Dewan yang mulia ini. Inilah tempat yang kita boleh dapat jawapan. Kalau tak boleh takpa bagitau, senang kita nak jawab kepada kita punya pengundi. Insya-Allah.. Yang Berhormat Dato’ Speaker, rakyat tidak perlukan alasan, tidak perlukan borang yang sia-sia dan tidak perlukan simbolik kosong. Mereka perlukan tindakan nyata, bukan birokrasi politik. Jangan terlalu menafikan pembangkang. Jangan biarkan rakyat terus dibebani dengan prosedur berat sebelah. Hari ini saya tegaskan jika Kerajaan negeri gagal bertindak, rakyat tidak akan lupa. Sejarah akan mencatat siapa yang benar-benar berkhidmat untuk mereka dan siapa sekadar bermain politik. Rakyat Negeri Sembilan telah menunggu terlalu lama dan kami ADUN pembangkang akan terus berdiri memastikan hak mereka dipertahankan sepenuhnya.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, bukan kata manis, bukan janji kosong, tetapi suara rakyat yang tidak boleh dibungkam. Dan percayalah, kerajaan negeri akan sentiasa dipantau oleh rakyat. Setiap kertas, setiap borang, setiap tandatangan dan setiap janji, insya-Allah.. Terima kasih Datuk Timbalan Speaker. Assalamualaikum WBT.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Waalaikumussalam..terima kasih. Saya jemput YB Seremban Jaya untuk terus perbahasan.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Datuk Timbalan Speaker , terima kasih. Saya tahniah, saya puji kepada Longgeng, YB Dato’ pasal hari ini sejarah, sudah duduk kerusi itu, saya memang tahniah.

Baru dua kali cakap.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Okay….aaa terima kasih kerana memberi ruangan kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang ke-15. Dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan, Belanjawan 25, 26. Memang tahniah dan puji. Aaa… kira, sehubungan itu, Kerajaan negeri mencadangkan kepada dewan yang mulia ini, belanjawan tahun 2026 dengan peruntukan anggaran belanja mengurus sebanyak RM640 juta ringgit. Berbanding anggaran hasil sebanyak RM610 juta ringgit peruntukan bagi anggaran belanja pembangunan pula adalah sebanyak 150 juta ringgit. Belanjawan

tahun 2026 yang dicadangkan ini merupakan belanjawan defisit sebanyak RM30 juta ringgit. aaa….. aaa…. aaa…

Timbalan Datuk, jiran saya selalu lambat. Mau mintak maaf lah. Okay. Tapi Chembong tarak sombong manyak baik punya orang. Bila kita turun Pedas, Chembong dia punya orang belanja teh tarik. Terima kasih. Okay. aaa… Timbalan Datuk, yang mulia ini, kira dewan yang mulia ini, kira 2018 belanjawan RM412 juta. 7 juta ada naik sebelum itu, 2019 RM430 juta, 18 juta ada naik. 2020 RM457 juta naik 27 juta. 2021 RM560 juta naik 103 juta, tapi 2022 masalah pandemik covid memang 1 dunia ada masalah masa itu RM520 juta 40 juta ada turunlah. Tapi 2023 RM550 juta 30 juta ada naik. 2024 RM555 juta 5 juta ada naik. 2025 RM590 juta kira 35 juta ada naik. Memang naik. Kira kita punya Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Exco Kanan, Exco-Exco, Dato’ SS, Dato’ Kewangan, Dato’ Undang dan kakitangan Kerajaan, pegawai-pegawai Kerajaan saya mau tahniah, saya mau terima kasih. Sorry-sorry, selalu salah, ini itu selalu dalam dewan sebut itu selalu salah. aaa… Pegawai Undang-Undang. Ini hari saya tukar. Bukan tukar, cakap benar punya, Pegawai Undang-Undang. Okay, okay, okay, Dato’, terima kasih. Okay, 2026, 2026 kira satu belanjawan yang besar di Negeri Sembilan memang saya ucapan ribuan terima kasih tahniah Kerajaan negeri RM640 juta 50 juta ada naik. Memang saya mahu terima kasih, saya mau tahniah.

Kira Kerajaan Negeri tahun-tahun memang ada bukti dasar ekonomi dan peruntukan-peruntukan rakyat Negeri Sembilan apa kita janji, sebelum 2018, sebelum pilihanraya, manifesto semua sudah tunai. Sekarang warga emas mereka pun boleh dapat RM200, 70 tahun ke atas. Hari jadi 70, mereka boleh dapat. Waktu Chinese New Year, kita beri kepada Chinese. Waktu raya, kita beri kepada orang Melayu. Waktu Deepavali dan Krismas, satu kaligus kita beri kepada India sama Kristian. Kali ini DUN Seremban Jaya saya mau ucapan ribuan terima kasih kepada Dato’ SS, mereka sudi turun DUN Seremban Jaya, warga emas mereka panggil beliau duduk, kita kasi makanan kira kita taruk daun, kita kasi makan, mereka semua banyak happy. Itu saya mau terima kasih Kerajaan negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan, Exco-Exco, Dato’ SS, aaa… serupa jugak aaa… Dato’ Kewangan, semua Pegawai Undang-Undang. Okay, terima kasih Penasihat, Penasihat Undang-Undang itu kita terima kasih lah. Lagipun kakitangan Kerajaan pun kita terima kasih.

Okay sekarang kira masalah DUN saya lah. Masalah DUN saya memang sebelum DUN saya ada 2 perkara, kira 1 luar negara, 1 luar district. Saya ingin merakamkan tadi sudah cakap tahniah, last minute dapat …. Sikit. Dato’ Yang Dipertua, Timbalan Datuk Yang Dipertua, saya juga ingin menarik perhatian tentang pembinaan pelaburan baru di Port Dickson. Baru tadi pun Menteri Pengangkutan ADUN Chennah ada beritau aaa…. pelaburan ini akan membuka banyak peluang pekerja dan menarik banyak syarikat untuk

melabur di kawasan tersebut. Oleh itu saya mencadangkan supaya kerajaan negeri melalui MBI ini saya punya cadangan aa..atau saya punya pandangan, boleh tak boleh, ada akta, ada undang saya tak tau. Tapi saya punya cadangan, dewan yang mulia hari ini, baru-baru kita punya timbalan speaker ada duduk, saya mau cakap. Kira MBI membeli tanah di ladang-ladang seluruh port sana atau Jalan Rantau, Rantau to Linggi. Ada estate punya tanah, boleh beli itu tanah, kita sekarang simpan. Itu tanah beli pun takda rugi, pasal itu ada hasil, sekarang ada hasil, kelapa sawit ada. Kasi baik punya kontraktor, memang ada dapat hasil punya. Terutamanya tanah Sime Darby Guthrie, pembelian boleh dibuat melalui pinjaman bank, MBI boleh ka tak boleh saya tak tau, bank atau cara pembiayaan lain jika tanah ini dimiliki lebih awal, kita oleh bangunkan kilang, gudang, atau rumah mampu milik untuk pekerja apabila pelaburan nanti beroperasi. Saya juga ingin tekanan bahawa hanya kilang yang tidak mencemarkan alam sekitar. Perlu dibenarkan kita patut memberi keutamaan kepada kilang elektrik, elektronik dan industri yang bersih dan tidak membenarkan kilang yang melibatkan bahan kimia berbahaya. Ini penting untuk menjaga kesihatan rakyat dan alam sekitar. Langkah ini akan, okay, dua menarik lebih ramai pekerja dan pelabur. Pembangunkan ekonomi Port Dickson itu kita punya Yang Amat Berhormat punya kawasan sudah masuk. Kita punya Yang Amat Berhormat banyak baik, cakap nama dia sudah ada dalam. Itulah tuhan memang baik. Memang baik punya orang. Nanti saya mau pergi negeri India boleh pinjam sikit.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Tenang, bertenang, bertenang, kita minta YB Seremban Jaya teruskan, yang lain bertenang ya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Okay, okay, okay…. kasi warning sama Chembong. Yang membantu negeri mencapai sasaran belanjawan. Satu hari selalu MB punya ingatan, fikiran, siang malam, ingat ni Yang Amat Berhormat dewan yang mulia ini satu hari satu billion ringgit belanjawan. aaa… ini memang Dato’ Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Utama punya ingatan, memang aaa… itu kira saya punya pandangan saya yakin dengan langkah-langkah ini Negeri Sembilan akan terus maju dan berkembang. Okay.

Ini luar negara, ini bukan Malaysia, ini luar negara. Tapi luar negara, ada masuk negeri. Malaysia negeri, ada nanti, saya ingin mengambil peluang ini untuk berbahas sedikit tentang cadangan pembangunan pelancongan di Jambatan Bukit Putus. Jambatan kedua tertinggi di Malaysia tapi banyak orang tak tau, pasal sana, kereta tak boleh diri ada signboard. 1 signboard boleh nampak. Seremban ke arah Kuala Pilah, boleh nampak itu signboard, tapi tak boleh baca kereta laju. Pasal Malaysia kenderaan tarak slow punya. Speed, sudah laju tak boleh baca. Righten side, kira Kuala Pilah ke arah Seremban, itu tak boleh baca. Pasal kita punya saudara Arul pun tarak, mau kasi tau sama dia. Ini, itu pokok semua sudah tak boleh nampak. Itu signboard ada, tulisan tak boleh nampak. Itu kasi tau MBS lah, tolong-tolong aaa….

tolong-tolong. JKR juga…. aaa macam itu JKR tolong lah JKR. Okay, okay, okay, okay……

Datuk Timbalan Speaker, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengucap beberapa minggu lalu saya telah mengikut lawatan kerja ke China, bersama, bersama Exco Pelancongan, Saudari YB Nicole Tan Exco. Salah satu tempat penting yang kami lawati ialah Shanghai, sebuah kawasan yang kini terkenal sebagai aaa….destinasi pelancong antarabangsa. Namun apa yang ramai tidak tahu ialah Shanghai pada asalnya hanya sebuah perkampung kecil nelayan. aaa… bila ada satu orang kira dia orang kaya, dia tengok melawat, tempat itu kampung. Tapi itu kampung itu rumah semua kira 200 meter 500 meter atas bukit, mereka sudah tengok, ok dia planning, planning dia panggil itu kampung punya orang duduk, bincang saya mahu buat satu rancangan yang baik, you orang daripada bukit mau turun bawah, anak mau pergi sekolah susah, mau pergi kedai susah, mau makan susah, mahu pergi makan kedai pun susah, mau beli barang pun susah, ini semua saya kasi settle. Dia panggil itu orang semua, satu tempat saya buat rumah, you orang tinggal sini. Saya buat sini tradisional jugak tempat, cantik. Cantik saya buat. Okay, 60% setuju, 40% tarak setuju. Kemudian bincang-bincang, dia pun itu rumah sudah siap, 40% pun sudah setuju. Semua 100%. Sekarang orang itu kaya mewah. Tempat itu cantik. Ratus-ratus ribu orang melawat itu tempat. Aaa… Serupa macam itu saya minta ini jambatan, itu jambatan, itu tempat saya ingat tempat kira kerajaan negeri punya tempat. Bila kita atas, dalam Malaysia, jambatan yang nombor dua tertinggi, orang tak tau, banyak orang tak tau. Banyak orang tak tau. Saya ingat aaa…. itu jalan selalu pakai punya kita punya ADUN-ADUN lebih kurang tau lah. Pasal selalu nampak. Tapi atas juga, bawah takda nampak. Sebab itu, kita itu tempat kita buat cantik-cantik, buat jalan, sana itu kedai makanan punya. Okay makanan, kedai orang Melayu, tradisional punya. Makanan Chinese satu tempat. Makanan India satu tempat. Makanan Indonesia satu tempat. Kita semua buat sana. Itu boleh kalu tapi dulu saya ada cakap Yang Amat Berhormat punya dekat, itu haiwan-haiwan, dia cakap tarak sesuai la… Tapi itu tempat saya ingat ada sesuai sikit. Itu haiwan ular ka, dulu pun tu ular semua ada, ular anaconda, anaconda, anaconda ada lepas sana. Tapi sekarang tarak, itu ular sudah tak tau mana. Anaconda aaa…. anaconda. Anaconda ka, apa conda ka tak tau lah. Tapi, kita tengok macam mana, itu tempat nanti ramai orang. Seluruh Malaysia punya orang, boleh turun sana. Diorang boleh melawat tourism punya tempat. Boleh buat, saya punya ingat, saya punya pandangan, saya punya cadangan, saya ingat Dato SS atau jabatan hutan turun tengok itu tempat boleh ka. Sekarang kita tak payah turun, itu dron ada bukan? Itupun boleh kita nampak. Aaa… tapi itu tempat kita boleh buat satu tempat tourism yang cantik. Aaa… itu satu.

Lagi ini aaa.. ini serius sikit tapi saya mau terima kasih PBT, Majlis Bandaraya Seremban, sekaran mereka banyak masalah sudah settle, saya terima kasih lah. Tapi sekarang selalu ini masalah kawasan saya, penutup mainhole TM sering dibuka pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan kecurian kabel. Selalu ini masalah saya punya kawasan, sebab itu saya minta ini jaga keselamatan aaa… Majlis Bandaraya atau itu TM tolong selalu pasal apa saya takut satu hari jalan itu sapa guna, diorang sudah motor ka, apa-apa sudah berlaku. Tarak ingat punya benda sudah jadi, itu satu masalah yang besar atau kakitangan ada cedera nanti diorang sue siapa? Mesti diorang sue MBS, masa tu kita kena pulak. Diorang sue MBS. Masa itu MBS mau bayar pampasan. Kita punya Yang Amat Berhormat susah-susah cari wang nanti satu hari ini wang semua hilang macam itu. Saya ingat itu mau serius sikit lah. Saudara Arul nanti saya kasi tau sama dia. Ini masalah ada. Memang saya itulah saya punya ucapan. Lagi belanjawan tadi saya baca punya 2018 hingga 2026 MB takda, lagi satu kali boleh baca ka? Tak payah aaa? Tadi MB takda, MB pun gembira bukan? Okay, aaa… mic sudah merah, kawan baik kita rapat.

Yang Berhormat, saya minta tolong satu boleh?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Boleh…boleh.

Tadi cakap suma betul, saya mohon tarik balik tadi cakap ADUN Chembong selalu lambat. Itu tadak betul.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Okay…okay…boleh…boleh.

Tolong tarik boleh?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Okay…okay….okay…terima kasih.

Tarik balik la….

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Nanti…nanti duduk dulu, tarak boleh. Ini kita, saya punya jiran memang orang bagus lah. Dulu kita berbangkang pun aaa… dia okay, tapi masa itu dia satu orang jugak naik tempreture. Lain semua okay. Dia sampai bangun ini macam, dia sama Temiang. Tapi sekarang banyak baik, tapi tadi patut saya cakap dia lambat, tapi dia lambat bukan banyak lambat, sikit-sikit ada la, takpa itu takpa. Cakap la sikit, sikit-sikit ada, tapi dia cakap punya pasal, selalu bila turun kawasan Pedas, Chembong ada teh tarik, nanti saya tarik balik. Lagi satu, saya sokong belanjawan 2026 satu belanjawan yang baik saya ucapan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan. Terima kasih…xie xie ni, nanri, vanakam. Okay.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Seremban Jaya. Kita jemput Yang Berhormat Klawang.

Assalamualaikum WBT. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wa abihi nasta'in, wa salatu wa salamu ala ashrafi anbiya wal mursalin, wa ala alihi wa sahbihi ajma'in.

[melafazkan bacaan ayat 25-28 Surah Taha]

A'udhu billahi minash shaitanir rajim, wa anfiquhu fissabilillah, berinfaqlah ke jalan Allah, wa la tulqu biaidikum ilattahlukah, yang kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan, wa ahsinu berbuat baiklah kamu, innallaha yuhibbul muhsinin. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

Qa'la Rasulullahi sallallahu alaihi wa sallam, ya ayyuhan nas, wahai manusia, afsus salam, sebarkalah salam, wasilul arham, dan sambunglah silatul rahim, waat imutta'am, dan berilah makan, wasallu bil-lail wannaasu niyam, bersolatlah malam ketika manusia tidur, tadkhulul jannah bissalam, maka kamu masuklah ke dalam syurga dengan selamat.

Pertamanya, tahniah kepada Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih saya ucapkan memberi saya peluang berbahas di dalam Persidangan Ketiga Belanjawan Penggal Ketiga DUN Ke-15 Negeri Sembilan. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Yang Berhormat Datuk Seri Haji Jalaluddin, Haji Alias Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan. Saf kepimpinan Yang Berhormat- Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, Ahli-Ahli Yang Berhormat sama ada daripada barisan kerajaan dan pembangkang, semua ketua jabatan ketua jabatan di peringkat negeri dan persekutuan, hadirin hadirat, sama ada berada di dalam dewan yang mulia ini, mahupun mengikuti persidangan ini di luar sana melalui media massa kontemporari.

Datuk Timbalan Yang Dipertua, di kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Menteri Besar kita, sudah tentulah dengan nasihat dan kerja keras team Dato’ Pegawai Kewangan Negeri yang baru kita, Dato’ Masri bin Haji Razali, mengunjurkan pendapatan negeri bagi tahun 2026 kepada RM610 juta, meningkat sebanyak RM50 juta seperti yang disebut oleh Seremban Jaya tadi, dari tahun yang lalu. Ini juga yang tertinggi setakat ini dalam perbelanjaan kita dan tahun hadapan perbelanjaan defisit negeri kita, kepada perbelanjaan berjumlah RM640 juta. Mari kita berusaha dan berdoa supaya ianya menjadi belanjawan surplas seperti yang telah berlaku tahun-tahun yang sebelum ini insyaAllah. Datuk Timbalan Yang Dipertua, saya ucapkan syabas dan selamat berjaya juga. Target pendapatan negeri tahun 2030 nanti telah ditargetkan ke RM1 bilion, satu angka yang saya kira boleh dicapai tetapi perlu perancangan dan perlaksanaan yang tuntas. Saya rasa ini satu target yang berani dan berjiwa besar. Saya mengharapkan semua pihak berusaha keras mencapai target ini

dan kesannya nanti sudah tentulah ianya akan dirasai terus dan kembali kepada rakyat Negeri Sembilan.

Datuk Timbalan Yang Dipertua, peruntukkan keseluruhan bagi Jabatan Agama Islam Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada tahun 2026 adalah RM55.35 juta yang tertinggi diantara jabatan-jabatan di kerajaan Negeri Sembilan. Ianya juga mencerminkan betapa kerajaan negeri, kerajaan perpaduan ini mengutamakan kemajuan dan perkembangan agama Islam di negeri ini. Dan ini saya kira bercanggah dengan dakwaan pembangkang di luar sana semasa era pemerintahan kerajaan perpaduan ini agama Islam terpinggir. Dato’ Yang Dipertua, malah bukan hanya itu saja. Ada yang mendakwa agama Islam ini terancam di negara ini. Ini merupakan satu dakyah malah fitnah yang tidak berasas dan saya menyeru kepada semua yang terlibat menghentikan usaha-usaha mengelirukan dan menyesatkan rakyat dengan isu-isu yang sensitif ini. Kalau diperhatikan bidang tumpuan kerohanian dan agama, kerajaan telah memperuntukkan RM7.5 juta untuk inisiatif baru agama dan kerohanian iaitu melibatkan naik taraf masjid negeri, bantuan guaman syarie, jilid Al-Quran, elaun tambahan imam-imam, lambaian baitullah dan bantuan one off dengan izin bagi pembantu am wanita masjid. Tahniah saya ucapkan.

Tetapi Datuk Timbalan Yang Dipertua, dari sudut keagamaan ini, mencegah lebih banyak baiknya daripada mengubati. Apabila terkait dengan ajaran sesat seperti yang terlibat di dalam Arqam pada satu ketika dulu, sehingga sekarang kesannya masih ada kes DISB sebagai contoh. Oleh itu saya menyarankan usaha yang berterusan memantau, mencegah dan penguatkuasaan hendaklah dilaksanakan terutamanya ada guru-guru yang mengajar di tempat-tempat yang terpencil dan tidak di tempat-tempat awam ataupun umum. Ini pengalaman saya baru ini Datuk Timbalan Yang Dipertua. Ada pendapat oleh pendakwah terkenal dan figura rancangan TV, menyatakan eddah isteri yang kematian suami bermula apabila mayat suami itu masuk liang lahad. First time saya dengar, tak tahulah ahli dewan di sini pernah dengar sebelum ini ataupun orang-orang yang di luar sana. Masalahnya Datuk Timbalan Yang Dipertua, bila bercakap dengan orang kampung dan figuranya ini memang terkenal pula, dia tak cek lagi dah, terus diamal. Maka isterinya pun keluar melihat bagaimana suaminya disenggarakan, mayat suaminya disenggarakan di masjid. Saya kira ini Tok Mufti lah kot, kena menengok keadaan ini dan kok lah ada dia punya dalil wallahualam. Inilah kadang-kadang Dato’ Yang DiPertua, di mana perkara-perkara yang sebegini keluar apabila tempat-tempat pengajian itu tersorok, tidak di tempat-tempat umum. Saya nak tanya kepada figura ini, sekiranya mayat suami itu tertangguh seminggu, makanya seminggu lagi itu isteri yang kematian suami ini boleh buat seperti biasa lah.

Datuk Timbalan Yang Dipertua, seperti tahun lalu, saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran ini, terutama JPS Jelebu yang banyak membantu saya menyelesaikan masalah yang timbul berdekatan aliran sungai dan manda yang tersekat, serta tebing sungai yang runtuh. Daripada rang undang-undang perbekalan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Jumaat yang lalu, JPS akan menerima peruntukan sebanyak RM22.4 juta pada tahun akan datang. Ianya pertambahan hampir 80% dari peruntukan tahun semasa. Ini menunjukkan keperhatian Kerajaan Negeri Sembilan berkaitan infra serta kebajikan rakyat di negara ini. Usaha mendalamkan dasar sungai yang pernah saya sebut di dewan yang mulia ini harus diteruskan untuk mengelakkan kawasan-kawasan tertentu supaya tidak terlibat dengan masalah banjir kilat. Sungai Klawang contohnya Dato’ Yang Dipertua walaupun 4 tempat yang cuba diusahakan tetapi malangnya oleh kekangan-kekangan tertentu hanya 2 tempat yang berjaya diusahakan dan terbukti banjir…situasi 2 minggu yang lepas tempat dimana kita dapat mengeluarkan pasir ini sehingga kedalaman yang asal tidak berlaku sebarang banjir tetapi di 2 kawasan lagi 5 banjir dinaikkan air. Saya tegaskan sekali lagi BAU - Bisnes As Usual dengan izin Datuk Timbalan Yang Dipertua perlu dikaji semula apabila nak mendalamkan sungai-sungai ini dengan meletakkan pasir itu di tebing sungai sebab apabila hujan datang pasir itu akan masuk semula ke dalam sungai dan ianya akan mendengkatkan semula sungai itu.

Datuk Timbalan Yang Dipertua sungai-sungai ini pada pandangan saya ianya adalah ciptaan Allah dan DIA yang design. Sekiranya kita mengekalkan dasar sungai asal ini bermakna kita mengekalkan ciptaanNya moga-moga dia tidak menurunkan ujian yang berlebihan mengakibatkan banjir kilat di satu-satu tempat. Dato’ Yang Dipertua izinkan saya menyentuh infra jalan raya termasuk jalan ladang. Meneliti peruntukan kepada JKR RM46.18 juta kedua tertinggi berbanding jabatan-jabatan lain ianya juga mencerminkan keperhatian kerajaan perpaduan ini terhadap pembangunan infrastruktur untuk rakyat. Tetapi pembangunan infra jalan-jalan ladang harus juga diberi perhatian dan dipertingkatkan kemudahan untuk rakyat ini mengeluarkan hasil tanaman mereka. Saya mencadangkan supaya diwujudkan peruntukan khas ataupun bentuk-bentuk yang bersesuaian untuk menangani jalan-jalan yang rosak, jalan-jalan ladang ini yang rosak apabila musim tengkujuh dan banyak jalan-jalan ladang ini dikawasan Jelebu dan DUN Klawang khasnya terjejas termasuk peristiwa hujan lebat dua minggu yang lepas ini.

Datuk Timbalan Yang Dipertua sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026. Dapatlah kiranya pembangunan Jabatan Pembangunan Negeri memperuntukkan kos biaya membina anjung tinjau di Taman Rekreasi Bukit Tajali berhampiran Masjid Jamek Klawang. Dia sudah beberapa kali saya utarakan setakat ini belum lagi berhasil lah ya. Oleh itu saya minta jabatan-jabatan tertentu untuk melihat supaya projek ini dapat dijalankan dan

pengunjung-pengunjung ke taman rekreasi ini boleh naik ke anjung tinjau itu dan meninjau Pekan Kuala Klawang seolah-olah berada di Cameron Highland pada pada waktu yang tertentu. Taman rekreasi ini diharap menjadi tumpuan untuk beriadah, boleh hiking di sana dan juga menjadi tarikan pelancongan. Dato’ Yang Dipertua saya ingin menarik perhatian kepada isu anjing liar. Ianya satu isu saya kira tidak berkesudahan. Mungkin di dalam kawasan perbandaran boleh dikatakan selesai di tatacaranya dari sudut performannya masih boleh lagi dipertikaikan. Tetapi bagaimana pula isu anjing liar ini di kawasan perkampungan yang selalu bila diadukan kepada pihak-pihak tertentu ianya tidak ada authority dan kadang-kadang tidak ada bajet. Penyelesaian yang tuntas juga dari sudut ini perlu perhatian dewan yang mulia ini Datuk Timbalan Yang Dipertua. NGO-NGO berkaitan perlu menilai keutamaan kebajikan binatang berbanding kemanusiaan. Apabila anjing-anjing terbiar ini menyerang manusia.

Datuk Timbalan Yang Dipertua, kita nak memasuki Tahun Melawat Negeri Sembilan, tetapi isu kenderaan terbiar dan tersadai di tempat-tempat awam, di tepi jalan raya, saya juga mohon untuk perhatian Dewan Yang Mulia ini. Sebagai contoh, kereta yang terbakar di tepi jalan raya Pantai Temiang, saya kira bangkai kereta itu dah lebih 2 tahun kot, tersadai di sana dan tiada tindakan. Yang Berhormat Lenggeng pun saya kira nampak benda itu kan. Jadi saya mengharapkan adanya tindakan-tindakan yang berkesan apabila keadaan ini dilihat di mana-mana.

Datuk Timbalan Yang Dipertua, satu lagi isu yang saya temui yang agak juga tidak masuk akal terjadi, tetapi ia terjadi. Reka bentuk rumah PPRT, di mana saya jumpai mungkin ianya kes terpencil atau tidak, saya tidak tahu, tetapi kes yang saya jumpai ini air kumbahannya dan limbahannya masuk ke dalam septic tank yang sama. Copek la ponoh eh Dato’ Yang Dipertua, dan terpaksa disedut setiap 6 bulan kena sedut. Sedangkan perkara itu sekiranya ini masalah design atau masalah perlaksanaan, saya kira perlu penyelesaian yang mendalam. Datuk Timbalan Yang Dipertua, di kesempatan ini saya ingin menyentuh rancangan perlombongan RRE di Jelebu yang perlu dilaksanakan dengan penuh berhemah supaya tidak mendatangkan kesan yang negatif kepada semua pihak, terutamanya rakyat Jelebu. Saya ingin bertanya apakah manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat Jelebu secara amnya? Berapa peluang pekerjaan yang akan wujud dengan perlombongan ini? Setakat ini tiada pihak saya belum diberi sebarang penerangan terperinci apa sebenarnya yang akan kita laksanakan di sana. Rakyat di luar sana bertanya dengan kegusaran sebab kes-kes yang sebelum ini dan perlu jawapan daripada pihak kerajaan. Dato’ Yang Dipertua sebagai penutup, saya mengucapkan tahniah sekali lagi kepada semua yang telah bertungkus-lumus mengadakan, merancang bajet ini. InsyaAllah kita akan dapat melaksanakannya bersama dengan usaha yang gigih di antara kita semua.

Sekian, Wabillahi Taufiq wal Hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wa barakatuh.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih, Yang Berhormat Klawang. Seterusnya, kita jemput Yang Berhormat Sungai Lui meneruskan perbahasan.

Dato’ Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT Yang Berhormat Datuk Timbalan Yang Dipertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026 yang bertemakan Belanjawan Madani Rakyat Harmoni. Pertama-tama sekali, izinkan saya merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan Belanjawan yang bersifat progresif, praktikal dan juga berpaksikan kepada rakyat. Belanjawan 2026 ini memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi, kebajikan rakyat serta kelestarian pembangunan negeri. Belanjawan kali ini memberi fokus kepada 9 bidang tumpuan dan 69 inisiatif berfokuskan kepada rakyat. 23 inisiatif baru diperkenalkan dan 46 inisiatif sedia ada dikekalkan.

Saya tertarik kepada agenda pengukuhan pasukan penguatkuasaan bagi membanteras sebarang bentuk pencerobohan tanah kerajaan serta sumber alam yang sedia ada. Hasil negeri boleh dipertingkatkan tanpa menaikkan cukai tetapi dengan meningkatkan pematuhan dan juga memperkukuhkan penguatkuasaan yang cekap di kalangan agensi penguatkuasaan. Yang Berhormat, Datuk Timbalan Yang Dipertua. DUN Sungai Lui, terdapat 8 penempatan Felda, 4 perkampungan orang asli, 2 kampung baru Cina dan juga 3 kampung tradisi di DUN Sungai Lui. Hal yang berkaitan dengan infrastruktur sering menjadi perbualan utama rakyat. Kawasan-kawasan ini masih ada lagi masalah longkang, masalah jalan yang menuntut penyelesaian secara berterusan daripada pihak kerajaan negeri mahupun persatuan. Kemudahan awam yang lain seperti Balai Raya, Dewan, Gelanggang Sukan selain sekolah tabika, sekolah menengah juga sekolah rendah, serta lampu jalan juga perlu diberi perhatian. Penambahan lampu jalan setiap kampung dan juga lokasi-lokasi tertentu membantu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya dan juga aktiviti jenayah ringan. Lampu jalan bukan saja soal keselamatan tetapi juga asas kemudahan asas yang menyumbang kepada kualiti hidup yang mana dapat memberi peluang kepada penduduk melakukan aktiviti malam komuniti tanpa rasa takut. Rakaman setinggi penghargaan kepada pihak kerajaan negeri serta jawatan berkaitan di atas kelulusan kerja-kerja menukar paip usang di Kampung Asli Sungai Sampo dan juga Feda Lui Selatan 1 dan 2. Di Kampung Sungai Sampo, kerja-kerja sedang dilaksanakan oleh pihak SAINS, manakala di Lui Selatan 1 dan 2 sedang dalam peringkat juru ukur perunding oleh PAAB - Perbadanan Aset Air Berhad.

Kelulusan ini bukan sekadar projek kecil tetapi adalah tanda keprihatinan kerajaan terhadap denyut nadi rakyat luar bandar yang telah saya bawa dalam Dewan ini dulu. Selama bertahun-tahun, penduduk di kawasan ini berdepan dengan masalah bekalan air yang kerap terganggu akibat paip lama yang bocor dan juga rosak. Kini, dengan kelulusan ini masyarakat di kawasan tersebut boleh menarik nafas lega kerana mereka bakal menikmati bekalan air yang lebih stabil dan juga selamat. Sesungguhnya, inilah bukti suara rakyat DUN Sungai Lui didengari dan juga kawasan luar bandar tidak dipinggirkan. Saya berharap kejayaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak projek Infrastruktur yang sepatutnya di Sungai Lui agar kesejahteraan rakyat terus terjamin. Dalam belanjawan ini juga, dinyatakan berkenaan program pencahayaan kampung dan juga kampung orang asli dimana ianya amat penting bagi menyokong agenda pembangunan inklusif.

Penganjuran KORAN 2026, Karnival Orang Asli Negeri Sembilan, bukan sekadar acara kebudayaan tetapi satu platform strategik untuk memperkasakan masyarakat orang asli melalui ekonomi, sosial dan juga budaya. Karnival ini membuka peluang kepada masyarakat orang asli untuk memasarkan segala produk yang dihasilkan oleh mereka di samping memperkukuhkan hubungan masyarakat umum serta mengurangkan jurang sosial dan juga mempertingkatkan kefahaman. Karnival ini bukan saja acara hiburan tetapi simbol komitmen kerajaan negeri dan juga pusat yang membawa impak menyeluruh ekonomi berkembang sosial terjalin, budaya terpelihara, pembangunan masyarakat orang asli diperkukuhkan. Masyarakat orang asli mesti terus diberi peluang dan juga peluang di dalam arus pembangunan negeri.

Datuk Timbalan Yang Dipertua, rumah adalah asas kesejahteraan rakyat. Tanpa rumah yang selesa dan juga rumah yang mampu milik rakyat akan terus bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi. Generasi baru Felda di DUN Sungai Lui berdepan dengan kesukaran untuk memiliki rumah sendiri. Ramai anak-anak peneroka masih tinggal bersama ibu bapa serta menyewa di kawasan-kawasan berhampiran. Harga rumah di pasaran terlalu tinggi dan skim perumahan khusus untuk generasi baru Felda masih belum nampak jalan penyelesaian. Cadangan untuk memperkenalkan pocket land dalam Felda di DUN Sungai Lui adalah langkah strategik untuk memastikan generasi baru tidak terpinggir. Felda juga pentabiran tanah serta pentabiran daerah dan juga tanah seharusnya mengambil langkah awal dan juga segera. Jadi, cadangan untuk usaha ini sebenarnya dapat direalisasikan untuk penempatan ekonomi komuniti generasi baru akan lebih kekal di kampung halaman mereka, membina masa depan yang lebih cerah dan menjadi pelapis kepada peneroka terdahulu. Untuk makluman, di kebanyakan kawasan-kawasan Felda telah ada penempatan-penempatan yang telah didirikan terdahulu kawasan perniagaan dan sebagainya dan kita mohon supaya kawasan-kawasan penempatan yang didirikan yang menjadi satu ketika dulu

kawasan lot kedai dan juga penempatan-penempatan yang telah didirikan ini, supaya dapat kita putihkan untuk membolehkan mereka memiliki rumah sendiri.

Dalam pada itu, rancangan bagi menambah bilangan perumahan awam harga rendah perlu diperhalusi dan dijadikan agenda utama dalam sesi pembentangan belanjawan pada masa-masa akan datang. Yang Berhormat Datuk Timbalan Yang Dipertua, isu kebajikan dan juga kos sara hidup tidak dapat dielakkan khususnya dalam kawasan desa seperti DUN Sungai Lui. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan negeri atas pengekalan skim Insentif Warga Emas. Bantuan Warga Emas (BWE) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri khususnya adalah penting bagi membantu golongan berusia khususnya di kawasan luar bandar. Bantuan Anak Sekolah (BAS), Biasiswa Anak Negeri (BAN) juga banyak memberi manfaat kepada masyarakat tetapi kaedah penyenaraian penerima sering menjadi perbualan di kalangan ibu bapa. Diharap keadaan penyenarai penerima dapat ditambah baik dan diperjelaskan kepada pihak pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah agar ianya tidak menjadi polemik di kalangan masyarakat.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, keterjaminan makanan bukan lagi isu dasar kecil dan ianya menjadi faktor keselamatan dan juga kesejahteraan kepada rakyat. Sungai Lui sebagai sebuah DUN yang mempunyai kombinasi kawasan felda, kampung tradisi, serta tanah pertanian yang berada dalam kedudukan yang strategik untuk menjadi penyumbang kepada rantaian makanan bagi Negeri Sembilan. Kita perlu mengubah persepsi bahawa pertanian adalah pekerjaan kelas kedua. Sudah tiba masanya felda diberi mandat baru sebagai hub agro-makanan yang merangkumi ternakan agro-teknologi dan juga pemprosesan makanan asas. Namun, hampir separuh petani berumur 60 tahun ke atas, sedangkan hanya 22% saja golongan muda yang berada dalam sektor pertanian. Kita sedang berhadapan dengan risiko krisis generasi dalam sektor makanan dan juga kajian menunjukkan golongan muda tidak menolak pertanian tetapi mereka menolak sistem yang tidak menyokong mereka seperti tiada tanah, modal, teknologi mahal dan juga status kerjaya yang dipandang rendah. Kita perlu memecahkan persepsi negatif terhadap pekerjaan pertanian dan menaikkan status kerjaya petani muda agar sektor ini dilihat setara dengan kerjaya professional yang lain.

Datuk Timbalan Yang Dipertua, di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri di atas penyelesaian permohonan pemilikan tanah Lot Dusun peserta Felcra Air Hitam peringkat satu seramai 37 orang yang mana mereka telah menanti selama 60 tahun untuk mencari jalan penyelesaian. Kebanyakan daripada mereka merupakan waris yang tinggal dan sesungguhnya mereka semua bersyukur atas apa yang telah Kerajaan

laksanakan bagi penyelesaian ini. Semoga kurniaan tanah ini dapat dimanfaatkan bagi kegunaan tanah untuk kebaikan dan juga pembangunan keluarga mereka.

Saya di sini mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Tanah dan Daerah Jempol dan semua pihak MMK yang telah bersetuju dan telah meluluskan permohonan daripada para peneroka ini. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen Kerajaan Negeri terhadap penyelesaian permasalahan tanah GETCO dengan segera seberapa segera mungkin. Saya menyokong penuh langkah penyelesaian yang telah dibuat oleh Kerajaan dan berharap ianya dapat segera dinoktahkan.

Dalam komposisi kawasan yang sama dan juga berdekatan Kerajaan melalui Felda perlu mengambil tindakan tuntas iaitu jalan licin di jalan kilang sawit Serting dan juga kilang sawit Pasoh bukan perkara kecil yang boleh dipandang enteng. Keadaan ini boleh bukan saja menimbulkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya malah turut memberi kesan kepada kesempatan pekerja kilang penduduk setempat juga para pelawat. Kenderaan mudah terbabas ketika terutamanya ketika hujan dan pihak pengurusan kilang perlu dipertanggungjawabkan kerana operasi mereka menyumbang kepada keadaan jalan yang licin akibat daripada tumpahan minyak ataupun sisa minyak di jalan raya. Langkah segera oleh pihak pengurusan kilang melalui penyelenggaraan berkala pemasangan sistem pembersihan jalan atau pihak Kerajaan melalui Penguatkuasaan Undang-Undang yang lebih tegas demi menjamin keselamatan rakyat dan juga kelancaran ekonomi negeri.

Datuk Timbalan Yang Dipertua, sebagai rumusan kepada perbahasan saya izinkan saya menegaskan bahawa Belanjawan Negeri Sembilan 2026 yang berjumlah RM640 juta dengan tema Belanjawan Madani Rakyat Harmoni adalah satu dokumen yang mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk membangunkan rakyat secara menyeluruh. Namun dalam semangat keadilan sosial saya ingin menekankan pembangunan mesti benar-benar menyentuh denyut nadi rakyat luar bandar khususnya juga di DUN Sungai Lui. Isu-isu yang dibangkitkan semuanya adalah cabaran nyata yang dihadapi oleh masyarakat. Tanpa perhatian serius jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar akan terus melebar. Belanjawan ini mesti menjadi wadah kepada perubahan nyata dengan sokongan kerajaan negeri dan juga saya yakin rakyat akan menikmati kehidupan yang lebih baik dan negeri akan benar-benar menjadi negeri mandani yang harmoni.

Akhir kata DUN Sungai Lui mohon menyokong usul belanjawan yang telah dibentangkan. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Lui. Dengan ini saya menjemput Yang Berhormat Gemas untuk meneruskan perbahasan.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Assalamualaikum WBT. Terima kasih Datuk Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih kerana mengizinkan saya untuk bersama dalam perbahasan Belanjawan 2026. Yang saya hormati kekanda Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat, Barisan Exco-Exco, Pegawai-pegawai Kerajaan, Barisan ADUN-ADUN, DUN Negeri Sembilan. Pertama sekali tahniah diucapkan atas peningkatan anggaran hasil Negeri Sembilan daripada RM590 juta tahun lepas kepada RM610 juta pada tahun 2026. Hasil negeri ini meningkat sebanyak 20 juta tapi masih jauh lagi daripada sasaran 1 bilion yang disasarkan pada tahun 2030. Namun, disebalik angka yang di kelihatan positif ini timbul satu persoalan dalam saya membaca menilik buku ini dalam buku Belanjawan Anggaran terima bukan hasil bagi tahun 2026 iaitu berjumlah RM64,757 juta tapi angka yang diumumkan hanyalah 60 juta, wujud perbezaan hampir RM4.75 juta ini adalah dokumen yang diaudit angka yang sepatutnya ditulis dengan jelas, tepat dan tulus. Perbezaan ini juta ini tidak boleh dipandang ringan karena memberi ruang yang salah faham serta menimbulkan persoalan terhadap ketelitian penyediaan terimaan bukan hasil ini.

Yang kedua seterusnya apabila kita merujuk pada anggaran belanja pembangunan negeri tahun 2026 kita dimaklumkan anggaran hasil negeri pada tahun 2026 adalah berjumlah RM610 juta namun belanja mengurus dianggarkan sebanyak RM640 juta ini bermakna kita sudah pun memulakan tahun hadapan dengan defisit sebanyak RM30 juta. Lebih mengecewakan belanja mengurus ini meningkat hampir 50 juta berbanding tahun sebelumnya, tetapi peningkatan tersebut tidak mengalir kepada sektor yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat khususnya masyarakat luar bandar dan kumpulan berpendapatan rendah. Ini saya petik di mana pertama saya ingin persoalkan peruntukan pembangunan 2026 berbanding 2025, di mana peruntukkan Pejabat Menteri Besar meningkat mendadak daripada RM45 juta kepada RM56 juta kenaikan sebanyak RM11 juta yang hampir 24.44%. Peruntukkan ini merangkumi pembangunan sosial program sumbangan dan aktiviti kemasyarakatan yang dituliskan dalam buku ini. Mengapa peruntukkan sebesar ini dipusatkan hanya di bawah satu pejabat sedangkan pada masa yang sama peruntukan untuk sektor penting seperti pertanian, pengairan dan saliran, pelancongan pula dipotong. Kenaikan seupama ini menimbulkan tanda tanya sama ada kerajaan benar-benar memfokus kepada rakyat atau menumpukan kepada pengukuhan imej pentadbiran program berpusat di Pejabat Menteri Besar. Di mana jabatan pertanian pada tahun lepas mendapat RM11 juta. Sektor pertanian sepatutnya menjadi tulang belakang kekuatan negeri memandangkan ia merupakan punca pendapatan penting dan melibatkan ramai rakyat di luar

bandar. Pekebun kecil, penternak, pesawah dan peladang. Namun peruntukkan sektor pertanian dipotong daripada 11 juta kepada turun RM7.25 juta iaitu pengurangan sebanyak 30.91 pada tahun akan datang. Bagaimana kita mahu memperkukuhkan rantaian makanan, meningkatkan hasil tani, membantu keluarga peladang, petani jika peruntukkan pun semakin dikurangkan. Dalam keadaan harga barang semakin naik, kos input tani, peningkatan harga semua pengurangan ini adalah tidak wajar. Seterusnya Jabatan Parit Dan Saliran, sedangkan rakyat berdepan kerosakan saya ambil ucapan utama Yang Amat Berhormat pada mula-mula masa membentangkan keadaan negara ini cukup aman walaupun negara luar dilanda banjir, tapi kerosakan harta benda akibat banjir kilat di kawasan, memang sering menjadi tumpuan pada rakyat. Bagaimana peruntukan pengairan dan saliran dipotong daripada RM10.65 juta menjadi kepada RM6.89 juta pengurangan sebanyak 35.3%. Kerajaan mahu mengurangkan risiko banjir, jika peruntukkan asal untuk saliran pun dikurangkan, rakyat menghadapi banjir setiap tahun tetapi peruntukkan semakin mengecil untuk tahun hadapan.

Keempat, sektor pelancongan. Tahun 2026 seperti semua kita maklum diisytiharkan sebagai tahun melawat Negeri Sembilan. Namun peruntukkan pelancongan dipotong daripada RM6.2 juta kepada hanya RM2.5 juta bersamaan hampir 60% penurunan ini dalam bajet suku yang tinggal untuk melaksanakan program promosi menaikkan imej negeri semuanya memerlukan dana mencukupi. Bajet RM6.2 juta untuk tahun 2025 pun tidak nampak apa yang digambarkan, inikan pula bajet dikurangkan kepada RM2.5 juta. Sektor pengubah sektor perumahan rakyat yang diperuntukkan sebanyak RM3 juta. Dalam sektor perumahan rakyat seluruh Negeri Sembilan dijangka menerima RM3 juta dalam urusan untuk penambahbaikan. Dalam masa yang sama, untuk kerja-kerja pengubah suaian Rumah Rasmi Menteri Besar, Rumah Tetamu, Rumah Rehat, kerajaan memperuntukkan RM0.9 juta bandingkan rakyat hanya dapat 3 juta sedangkan yang diatas tadi mendapat RM0.9 juta. Ini menunjukkan ketidakseimbangan tidak munasabah dan memberi gambaran bahawa keutamaan kerajaan agak tersasar. Jika kita meneliti keseluruhan belanjawan kali ini banyak peruntukan meningkat tapi tertumpu kepada bahagian pengurusan Pejabat Menteri Besar dan menaiktaraf sistem komputer kerajaan negeri bukan kepada sektor membantu seperti pertanian, pengairan dan saliran, pelancongan dan perumahan. Maka apa sebenarnya yang hendak kita dendangkan kepada rakyat untuk belanjawan 2026 ini, kerajaan perlu ingat bahawa belanjawan bukan sekadar angka seperti yang dikatakan oleh ADUN Pertang, ia merupakan cerminan keutamaan. Hari ini kita berhujah bersama-sama untuk kepentingan rakyat Negeri Sembilan jangan kita dendangkan pemberian bonus 3 bulan ini tapi. Kami bersyukur dengan apa yang dibentangkan Yang Amat Berhormat tempoh hari cuma permintaan kami juga cuba fikir-fikirkan untuk kakitangan pusat yang bertugas. Tahun lepas diberikan pemberian

RM200 ringgit kepada kakitangan yang bertugas di Negeri Sembilan yang bekerja di pusat.

Seterusnya saya ingin menyentuh tentang isu-isu di DUN Gemas. Saya ada menghantar surat kalau ikutkan kalau laporan kepada SISPAA itu sudah sering kali. saya pun melihat ada pertanyaan lisan daripada ADUN-ADUN kerajaan yang bertanya tentang fungsi SISPAA ini dan saya pun ada menulis surat aduan terus kepada Pejabat Menteri Besar pada bulan 8 untuk mengetengahkan beberapa isu. Saya tidak mempersoalkan kenapa ia lambat tapi dengarkanlah antara perkara-perkara yang berlaku di DUN Gemas yang hampir sampai sekarang tidak selesai.

Yang pertama isu Muzium Kereta Api Gemas yang telah ditukar nama kepada Galeri Kereta Api Gemas. Untuk makluman Gemas ingin bawa perhatian Dewan kepada sebuah projek yang bukan saja penting untuk sejarah dan identiti Gemas. Gemas bukan sekadar pekan biasa tapi merupakan persimpangan yang seperti dimaklumkan oleh Chennah tadi, apabila kereta api ETS ini daripada KL Sentral ke Johor Baharu mereka akan berhenti di Gemas untuk bertukar, interchange yang mau ke pantai timur pula. Hari ini kita ada satu kawasan Projek Muzium Kereta Api Gemas yang telah dimasukkan dalam Rancangan Kawasan Khas (RKK) Gemas melalui tiga fasa. Fasa 1 - 2019 hingga 2023, fasa 2 - 2023 hingga 2027, fasa 3 - 2027 hingga 2030. Merujuk kenyataan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada sidang sesi yang lepas pada 2022 selaku Exco menjawab persoalan daripada ADUN yang lama, MOTAC telah menyerahkan sebanyak RM490,000 kepada Pejabat Daerah Kecil Gemas pada tahun 2021 untuk tujuan pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf stesen kereta api lama Gemas untuk dijadikan muzium. Kerja-kerja tersebut diteruskan pada 2021. Seterusnya perancangan diserahkan kepada tindakan Majlis Daerah Tampin. Tahun lepas pada belanjawan yang sama saya bertanyakan soalan ini dan saya ingat lagi pada 3 Disember datanglah tiga..dua orang Exco, seorang ADUN ke Gemas untuk melihat aduan tersebut. Dimana tanpa sedar muzium ini dalam masa setahun ini telah bertukar menjadi Galeri Gemas. Namun begitu fasa satu telahpun disiapkan tapi tiada pameran telah disediakan. Lebih membimbangkan secara tiba-tiba projek ini ditukar nama kepada galeri kereta api lama dengan alasan…

Timbalan Yang Dipertua Dewan

YB, minta landing YB ya, masa dah habis.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Seterusnya Timbalan Speaker, saya bawakan dua tiga isu lagi yang pendek saya ambil masa dua minit saja, saya faham. Isu pembuangan sampah haram yang saya telah nyatakan dan rujuk dalam sistem SISPAA yang cukup lama. Isu ini telah berlaku di tanah Pejabat Tanah Taman Rekreasi Gemas. Hanya pejabat daerah hanya memasangkan tali

untuk untuk memastikan kawasan ini tidak diceroboh. Tapi gambar yang kami ambil pada baru-baru ini masih kekal pembuangan haram tetap dilakukan di Tanah Rekrasi Gemas ini.

Seterusnya isu melibatkan kontraktor meletakkan bahan binaan yang cukup lama di persimpangan Pasir Besar. Dimana persimpangan lampu isyarat ini mempunyai bahan-bahan binaan daripada kontraktor. Jika rakyat atau orang biasa berniaga tepi jalan cepat saja tindakan diambil, cuma kontraktor ini kalau dilihat kalau Tuan Tuan Speaker datang ke persimpangan Gemas nak ke Palong akan melihat sendiri longgokkan sampah atau bahan binaan diletakkan di hadapan stesen minyak BHP itu.

Seterusnya isu Jabatan Parit dan Saliran. Isu kerosakan jalan sawah Kampung Londah kesan daripada penggunaan jentera berat bagi kerja-kerja menyelenggara Parit dan Saliran. Alhamdulillah selesai satu isu Parit dan Saliran tapi kontraktor buat kerja dengan menggunakan jentera berat jalan yang digunakan telah rosak sebenarnya. Kawasan ini sering dijadikan tempat lawatan untuk pelancong tempatan melihat sawah padi, tapi jika digambarkan hari ini cukup dibiarkan jalan ini berlubang baru-baru ini dalam kejohanan larian terpaksa diletakkan crusher run saja. Tapi tidak dibiarkan, saya mengharapkan JPS dan Pejabat Tanah Dan Kecil Daerah Gemas mengambil tindakan sewajarnya. Seterusnya kerja Jabatan Kerja Raya. Aduan telah dibuat begitu lama iaitu persimpangan traffic light Pasir Besar dan Pekan Gemas. Sudah dua tahun papan tanda yang disiapkan oleh pihak Selia Selenggara. Saya setiap kali sidang dewan saya membawakan isu ini takkanlah jalan yang begitu hanya dibiarkan hanya dengan meletakkan papan tanda awas jalan rosak sepanjang dua tahun ini. Saya sudahi dengan isu yang terakhir iaitu saya mohon bantuan Dato' Jalal selaku Exco selaku Dato' Exco Kanan tahun lepas pada sesi yang sama saya membawakan isu banjir di Taman PGBF Felda Pasir Besar Dato’, hingga hari ini semasa jawapan Dato' ada mengatakan pihak Felda akan melantik konsultan sehingga hari ini Dato', makluman saja kepada Dato' sehingga hari ini tiada sebarang tindakan daripada pihak Felda dan rakyat penduduk di kawasan itu tertanya-tanya juga adakah jawapan ini selari dengan tindakan Felda. Saya tidak menyalahkan Dato' cuma mohon dipanjangkan kepada pihak Felda keadaan ini. Yang terakhir minta maaf Dato' Speaker, Timbalan Speaker, isu air di Gemas sama juga di Sungai Lui, Gemas ingin menarik perhatian tentang kita ambil satu situasi di Pasir Besar satu tahun ini telah berlaku aduan sebanyak 23 laporan paip pecah di kawasan ini dan hingga hari ini yang sering menjadi, saya pun tak tahulah isu ini berlarutan agak lama mungkin kita kena fikirkan bersama bagaimana ini bukan melibatkan Gemas saja.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Okay YB, minta landing terus YB.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Saya landing Dato' Speaker, Datuk Timbalan Speaker jadi saya harap dengan waktu yang singkat ini saya dapat suarakan isu-isu di peringkat Gemas dan peringkat belanjawan tadi. Dengan ini saya mohon maaf jika segala percakapan saya tadi ada tutur kata yang menyinggung perasaan. Saya mohon maaf dengan saya menyokong untuk belanjawan ini terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Gemas kita jemput Yang Berhormat Seri Tanjung untuk teruskan perbahasan.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker saya ucapkan tahniah. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian dalam sesi perbahasan di dewan yang mulia ini. Sidang Dewan ini bukan sekadar menjadi medan untuk kita membincangkan dasar-dasar dan halatuju pembangunan negara atau negeri bahkan lebih utama ia adalah tanggungjawab untuk kita menyuarakan denyut nadi rintihan harapan serta aspirasi rakyat yang telah memberi mandat dan kepercayaan kepada kita. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan atas komitmen berterusan dalam mentabir urus negeri secara berprinsip dan berteraskan nilai-nilai teras, bersih, mufakat dan sejahtera. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sembilan atas kecemerlangan yang menakjubkan apabila Negeri Sembilan telah diiktiraf sebagai negeri paling progresif di Malaysia untuk tahun 2024, melalui anugerah The International Business Review Asian Award 2025. Pengiktirafan ini membuktikan kebijakan strategik yang dilaksanakan menerusi rancangan struktur Negeri Sembilan 2045 dan Malaysian Vision Valley 2.0 yang menyasarkan pembangunan jangka panjang pelaburan berkualiti serta peningkatan ekonomi negeri secara mampan. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim atas pelbagai insentif berani dan pro-rakyat serta melalui pelaksanaan projek flagship industry semiconduktor high value high technology dengan sasaran untuk meningkatkan nilai eksport produk E&E sehingga menghampiri RM1 trilion menjelang 2030. Dengan pengukuhan dasar-dasar ini dibawah kerangka RMK-13 saya yakin Malaysia akan terus berada di landasan ekonomi yang berdaya tahan, inklusif dan mampan. Sambil memastikan agenda Negeri Sembilan sebagai negeri progresif dapat terus dilestarikan dengan arus pembangunan nasional.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, izinkan saya memulakan perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026 dengan sedikit pantun sebagai pembuka bicara;

Pergi ke Dusun mencari halia, Halia dipilih yang paling wangi, Belanjawan Madani jadi pembela, Demi rakyat Negeri Sembilan harmoni.

Pertamanya saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Aminuddin Harun atas pembentangan Belanjawan yang bertemakan Belanjawan Madani Rakyat Harmoni. Belanjawan ini memperincikan sejumlah 69 inisiatif termasuk 23 inisiatif baru dan 40 inisiatif sedia ada yang ditambah baik. Sejak tahun 2019 hingga 2025 sebanyak 214 inisiatif telah berjaya dilaksanakan. Kejayaan ini lebih bermakna apabila Negeri Sembilan mencatat rekod surplus selama 4 tahun berturut-turut bermula tahun 2022 hingga 2025 sekaligus membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan mengamalkan pengurusan fizikal yang berhemah dan penuh disiplin. Belanjawan Negeri Sembilan 2026 dibentangkan secara berhemat dengan anggaran hasil sebanyak RM610 juta. Anggaran belanjawan mengurus sebanyak RM640 juta dan turut merangkumi anggaran belanjawan pembangunan sebanyak RM150 juta. Saya juga menyambut baik kesinambungan skim sejatera rakyat SSR dengan peruntukan sebanyak RM29.75 juta yang memberi manfaat kepada rakyat dari bayi sehingga warga emas. Keberhasilan skim ini tidak akan tercapai tanpa komitmen seluruh adun kerajaan berpaduan yang sentiasa turun ke akar umbi untuk memastikan bantuan sampai kepada penerima yang layak.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker saya ingin menarik perhatian dewan kepada isu Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan (RMMNS). Walaupun harga rumah yang ditawarkan adalah munasabah ramai rakyat tidak dapat memiliki rumah kerana pinjaman bank tidak diluluskan. Golongan bekerja sendiri peniaga kecil dan individu yang tidak mempunyai slip gaji atau rekod kewangan yang kukuh sering gagal dalam permulaan pinjaman meskipun mereka sebenarnya mampu membayar. Justeru itu saya mencadangkan agar kerajaan negeri mempertimbangkan pelaksanaan skim sewa beli untuk membantu golongan ini memiliki rumah pertama mereka. Skim sebegini bukan sahaja membuka laluan pemilikan rumah kepada mereka yang terpinggir daripada sistem pinjaman bank, tetapi turut menyokong agenda negeri dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas peluang untuk saya menghadiri sebuah forum antarabangsa di Athens, Greece yang membincangkan kepentingan kecerdasan buatan AI dalam sistem demokrasi moden. Antara perkara penting yang ditegaskan dalam forum tersebut ialah bagaimana berita palsu dan maklumat tidak benar boleh mencetuskan

kegelisahan awam, rusuhan serta mengugat kestabilan ekonomi sebuah negara. Generasi muda hari ini amat terdedah kepada maklumat digital yang tidak ditapis. Oleh itu saya mencadangkan agar aspek literasi digital, pendidikan sivik digital, kesederhanan terhadap berita palsu serta etika pembangunan teknologi dan AI dimasukkan sebagai model tambahan dalam ko-kurikulum sekolah. Pendidikan awal adalah kunci untuk melahirkan generasi berpengetuhan, berfakta dan tidak mudah dipengaruhi oleh sentimen yang tidak benar.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, izinkan saya membawa perhatian Dewan kepada beberapa isu infrastruktur pendidikan dan kemudahan awam di Seri Tanjung. Keadaan dewan sekolah SDASA kini tidak selamat digunakan kerana sebahagian strukturnya telah runtuh dan memerlukan tindakan segera. Ribut Senyar juga telah menyebabkan kerosakan serius kepada Sekolah Tinggi Port Dickson STPD khususnya pada bahagian bumbung struktur bangunan dan sistem loji kumbahan sekolah. Kolej Vokasional Port Dickson pula berdepan masalah asrama serta kemudahan yang uzur dan memerlukan pembaikan segera. Saya memohon agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan penggunaan peruntukan di bawah tabung amanah penyelenggaraan sekolah bagi menyegerakan kerja-kerja pembaikan ini demi keselamatan dan keselesaan para pelajar. Ribut Senyar turut mengakibatkan kerosakan teruk pada jeti penumpang Port Dickson sehingga feri tidak dapat berlabuh. Keadaan ini memberi kesan besar kepada operasi pintu masuk pelancongan serta menjejaskan pendapatan pemandu teksi dan peniaga tempatan. Saya memohon agar pembaikan jeti ini diberi keutaman kerana ia melibatkan kepentingan ekonomi daerah serta imej negeri sebagai destinasi pelancongan utama. Ribut Senyar juga mengakibatkan kerosakan infrastruktur di salah satu gereja Port Dickson. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Ahli Parlimen Port Dickson atas bantuan membaik pulih sebelum sambutan Hari Natal. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada PBT, pejabat tanah atas usaha mereka yang tidak mengenal penat lelah dalam menyemak dokumen dan menyelesaikan masalah pembaikan rumah yang terjejas dalam ribut tersebut.

Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, sempena persediaan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) atas pelbagai inisiatif menceriakan Daerah Port Dickson termasuk pemasangan lampu hiasan, mural, pencahayaan landskap dan elemen estetika yang mengindahkan kawasan tumpuan pelancong. Usaha ini wajar dipuji kerana berjaya mewujudkan suasana yang lebih hidup serta menarik minat pengunjung. Namun begitu. saya memohon kerjasama dan sokongan Exco Pelancongan dan Budaya untuk membantu pihak PBT khususnya MPPD untuk menambah baik aspek pencahayaan hiasan. Khususnya menjelang

perayaan-perayaan utama. Pelita hiasan masih belum mencukupi untuk memberi impak visual yang lebih meriah serta setara dengan imej Port Dickson sebagai destinasi pelancongan negara. Justeru saya mencadangkan agar pemasangan pelita hiasan dipertingkatkan dengan jumlah pelita yang lebih banyak pada setiap tiang bagi meraikan kepelbagaian budaya dan menarik perhatian pelancongan melalui pencahayaan lebih terang, kreatif dan berskala besar.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan kerana meluluskan cadangan Seri Tanjung iaitu penemuan perpustakan komuniti di flat Seri Bandar di Seri Tanjung. Datuk Timbalan Speaker, perpustakan komuniti ini merupakan perpustakan komuniti yang pertama di Negeri Sembilan. Saya berharap agar model perpustakan komuniti ini dapat diperluaskan ke kawasan-kawasan flat lain di sekitar Negeri Sembilan dan lebih ramai anak-anak memperoleh akses kepada bahan pendidikan dan pembelajaran. Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker, Belanjawan Negeri Sembilan 2026 merupakan sebuah belanjawan yang inklusif, realistik serta berpaksikan kebajikan rakyat. Ia mencerminkan kesungguhan kerajaan perpaduan untuk memastikan pembangunan negeri berlaku secara seimbang dan mampan. Dengan penuh rasa tanggungjawab saya menyatakan sokongan padu terhadap Belanjawan Negeri Sembilan 2026 dan berharap agar segala cadangan dan keperluan rakyat yang saya bangkitkan mendapat perhatian sewajarnya. Datuk Timbalan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Dewan yang saya hormati. Izinkan saya membuka perbahasan penutup ini dengan sebuah karya sastera dalam bahasa Tamil. Izin ya ha? [Sastera Bahasa Tamil] Thirukkural ini menegaskan bahawa pemerintah atau Kerajaan yang hebat bukan sekadar mengumpul hasil, tetapi bijak mengurus, melindungi dan akhirnya mengagihkan kembali kepada rakyat dengan penuh keadilan. Selaras dengan visi Kerajaan Negeri Sembilan, kerajaan cemerlang, kerajaan yang dikatakan cemerlang atau hebat, bukanlah kerajaan yang berhenti pada angka pendapatan semata-mata. Kerajaan yang benar-benar unggul ialah kerajaan yang bijak menjana pendapatan, mengurus kewangan dengan telus dan berhemat, melindungi aset dan hasil negeri dan akhirnya menyalurkan kembali manfaat itu kepada rakyat secara adil dan saksama. Inilah ciri pentadiran yang menjadi tonggak Kerajaan Negeri Sembilan, memastikan setiap ringgit diurus untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat,memperkukuh ekonomi negeri serta memastikan tiada kelompok masyarakat yang tercicir. Sekian Terima kasih.

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Seri Tanjung. Alhamdulillah, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar lagi saya akan menangguhkan Mesyuarat Dewan. Sesi perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul ini akan disambung semula pada hari Selasa, 9 Disember 2025. Kita tutup dengan subhanakallahumma, wabihamdika ashhaduallaailahailla anta astaghfiruka waatubuilaik. Mesyuarat dewan ditangguhkan.

[Mesyuarat Dewan ditangguhkan pada jam 4.23 petang.]