Pahang · 24 July 2018
14th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 373 turns · 31,072 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Ke-2 Penggal Pertama Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari Kedua (Selasa) : 24 Julai 2018
Bersamaan
: 11 Zulkaedah 1439 Hijriah
DOA Perkara Pertama: Doa.
Al-Fatihah. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin, Amin Ya Rabbal A’lamin.
Pertanyaan Dan JawapanQuestions
Perkara Kedua: Pertanyaan dan jawapan.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana pada pagi ini kita dapat meneruskan persidangan pada pagi yang mulia ini. Di kesempatan ini, marilah kita bersama-sama merakamkan rasa menjunjung kasih di atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berangkat menyempurnakan Perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Negeri Pahang Ke-14 pada hari semalam, Isnin, 23 Julai 2018 dan seterusnya menyempurnakan Titah DiRaja.
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya lihat Ahli-ahli Yang Berhormat nampaknya sihat, segak dan bersedia untuk kita meneruskan tanggungjawab kita pada pagi ini. Sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat untuk bertanya,
sukacita saya memaklumkan bahawa saya akan membenarkan tiga soalan tambahan sahaja sekiranya ada dan soalan-soalan tersebut mestilah ada kaitan, hubung kait dengan soalan asal yang ditanya.
Baiklah, untuk soalan pertama pagi ini, saya menjemput wakil daripada Bilut.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin mengemukakan soalan nombor 1.
[Apakah tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang untuk menurunkan kes jenayah negeri Pahang.]
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Bilut kerana bertanyakan soalan berkenaan dengan jenayah di negeri Pahang. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat sembilan tindakan yang telah dibuat dilaksanakan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia. Antaranya ialah mengadakan program-program pencegahan jenayah yang dirancang secara berkala.
Yang kedua, melaksanakan Community Oriented Policing dan Smart Partnership. Ketiga, mempertingkatkan delivery system agar masyarakat mendapat manfaat dan kepuasan bila berurusan dengan pihak polis. Yang keempat ialah melaksanakan program pegawai perhubungan sekolah. Yang kelima, memantau sekolah hot spot dalam Kontinjen Pahang.
Sekolah hot spot ini untuk makluman Tuan Yang di-Pertua bermaksud sekolah yang ada masalah disiplin dan ada masalah dadah dan juga mengadakan program Back to School supaya pelajar-pelajar yang berjaya di sekolah tersebut datang ke sekolah dan berkongsi pengalaman kejayaan mereka dan juga mengadakan program Remaja Berwawasan dan juga mengadakan Program Pegawai Perhubungan Masjid. Yang akhir sekali meningkatkan pendaftaran keahlian Volunteer Smartphone Patrol ataupun (VSP). Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Triang, sila.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, jadi…emm… setakat ini, sejauh manakah keberkesanan emm… usaha-usaha ini yang kita boleh nampak di negeri Pahang?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, keberkesanannya ialah penurunan antara 16-7…16% ke 17% kadar jenayah di negeri Pahang berbanding dengan tahun sebelumnya.
Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Ada lagi Triang?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Apakah usaha kerajaan untuk mengalep... menggalang... untuk menggalakkan mangsa-mangsa er... kes jenayah untuk membuat laporan polis sebab apa yang kita nampak adalah selalunya mangsa dia pilih untuk tidak membuat laporan polis atas er... kepelbagaian sekatan. Jadi bagaimanakah kerajaan menggalakkan mereka membuat laporan polis supaya statistik yang diterjemahkan boleh menggambarkan keadaan sebenar?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kita ada Balai Polis dua puluh empat jam yang sedia menerima laporan polis dan simangsa adalah menjadi tanggungjawab simangsa untuk membuat laporan. Kalau simangsa menjadi mangsa keadaan, kita pun tak tahu dia jadi mangsa macam mana kita nak galakkan dia. Maksudnya, kita kena bagi kesedaran dan itulah 9 program yang dibuat oleh pihak PDRM tadi antaranya. Tapi kalau Yang Berhormat daripada Triang ada cadangan lagi daripada 9 program yang dicadangkan ini untuk nak tambah satu dua lagi, pihak ker…kerajaan negeri alu-alukan.Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Baiklah...
Soalan tambahan.
Bilut.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya amat tertarik bahawa er...perkara yang diberitahu Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi adalah sekolah hot spot. Bagaimana er... pihak kerajaan untuk mengkaji ataupun er... memilih er... me... certified kan sekolah itu adalah sekolah hot spot? Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya telah beritahu pada awal tadi, sekolah hot spot ni ialah sekolah yang terdapat banyak masalah disiplin dan juga masalah dadah dan sekolah hot spot senarai sekolah hot spot yang ada pada saya ialah 37 buah sekolah hot spot. Di mana 30 buah sekolah mempunyai masalah disiplin dan 7 buah sekolah mempunyai masalah disiplin dan dadah. Makna ada sekolah yang ada disiplin sahaja ada sekolah yang mengalami masalah disiplin dan dadah. Yang kita kenal pasti apabila kita mendapat laporanlah. Pihak sekolah menghantar laporan. Kita ada Pegawai Perhubungan Sekolah tadi, sepertimana yang saya katakan tadi dan er… pihak yang bertanggungjawab, PDRM, akan pergi berbincang dengan sekolah dan mengambil tindakan selanjutnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, cukup tiga soalan. Saya jemput wakil dari Tanah Rata.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan pertanyaan kedua.
[Bilakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan Sistem Permohonan dan Semakan Permohonan Pembaharuan LPS serta Permit secara online (e-LPS) di Cameron Highlands? Kenapa e-LPS masih tidak dapat dilaksanakan untuk mempermudahkan proses pembaharuan LPS?]
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Kawasan Tanah Rata yang begitu prihatin bertanyakan berkenaan dengan soalan e-LPS ataupun elektronik Lesen Pendudukan Sementara di Cameron Highlands.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah memperkenalkan LPS elektronik ini dengan menjadikan Cameron Highlands sebagai pilot project ataupun projek perintis dan ianya bermula pada tahun 2016. Tujuan kita mengadakan e-LPS ini adalah supaya er… kita dapat mempercepatkan proses kelulusan LPS.
Walau bagaimanapun, e-LPS ini ditangguhkan untuk kerja-kerja pembersihan data dan kemas kini dan kemasukan data-data terkini dan insya-Allah e-LPS ini akan
dilaksanakan sepenuhnya sebaik sahaja sistem e-Tanah dilancarkan untuk negeri Pahang pada tahun 2019.
Soalan tambahan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua…
Haa sila.
Saya ingin menanyakan bahawa, saya terbaca e-LPS ini sejak tahun 2014 dan bolehkah saya tahu di dewan yang mulia ini bahawa, bilakah boleh tak bagi satu tempoh masa yang bilakah e-LPS ini akan dilaksanakan?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Setakat hari ini, kerajaan negeri Pejabat Daerah Cameron Highlands ialah kita akan kemaskinikan sistem e-Tanah kerana e-LPS ini termasuk dalam sistem e-Tanah dan apabila ianya dikemaskinikan pada 2019 kita akan lancar sepenuhnya. Untuk makluman er… Tuan Yang di-Pertua juga dan Ahli Yang Berhormat daripada Tanah Rata, kita ada 2,400 LPS di Tanah Rata sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Wakil dari Tahan.
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Yang di-Pertua, pertanyaan saya nombor 3.
[Selepas adanya jalan darat ke Taman Negara, aktiviti di Pekan Kuala Tembeling telah menjadi suram.
Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan bagi mengembalikan Kuala Tembeling sebagai hub pelancongan?]
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Tidak dapat dinafikan bahawa selepas er… negeri Pahang mengalami banjir pada tahun 2014 er… kita er… kita tidak dapat nafikan bahawa Kuala Tahan ya, Kuala Tahan adalah di antara kawasan yang sangat teruk dan banyak kemusnahan sama ada ianya infrastruktur biasa ataupun er… ianya er… kawasan-kawasan ataupun er… motel-motel ataupun er… homestay-homestay ataupun resort yang dimiliki oleh pihak persendirian.
Walau bagaimanapun Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita sangat maklum bahawa ada sedikit penurunan dari segi kehadiran pelancong. Kita sebenarnya ada… dia ada
dua perkara iaitu jangka pendeknya, kita akan memperbanyakkan lagi acara-acara yang melibatkan seperti contohnya bird race ataupun er… peminat-peminat burung yang mencari burung ataupun perlumbaan bot, sebagai contohnya acara-acara yang boleh ataupun pendakian dan sebagainya yang boleh menarik pelancong datang.
Dan yang keduanya, kita juga boleh mempromosi produk-produk tempatan seperti sebagai contohnya er… produk Orang Asli dan sebagainya. Tapi untuk jangka masa panjang, sememangnya kerajaan negeri ya, insya-Allah kita akan er… pertamanya kita nak pastikan bahawa infrastruktur yang ada ini ianya baik dan bertaraf er… bertaraf er… maksudnya bertaraf seperti yang kita perlukan. Dan yang keduanya juga insya-Allah kita akan er… menjemput travel agent dan juga… travel agent dan juga apa yang kita katakan sebagai er… penulis blog untuk pelancongan untuk datang untuk mereka melakukan promosi. Kerana Yang Berhormat Yang di-Pertua, tempat ini, pelancongan ini ia… ia mesti kita sentiasa promosi jika tidak orang akan lupa pada tempat tersebut sebab itulah Yang Berhormat Yang di-Pertua untuk jangka masa panjangnya, kita tahu bahawa kawasan Kuala Tembeling ini adalah merupakan kawasan yang sangat potensi ianya adalah pintu masuk sebelah er… timur ke er… ini Taman Negara kerana itulah insya-Allah kerajaan akan meneruskan usaha kita untuk kita mempromosikan kawasan ini. Terima kasih.
Wakil Beserah.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Daripada apa yang dinyatakan oleh Wakil Kerajaan sebentar tadi, saya ingin er… sedikit penjelasan ada tak sebarang langkah er… kajian ataupun survey daripada kepuasan… tahap kepuasan pelancong-pelancong datang ke kawasan-kawasan tersebut terutama sekali dan maklum balas-maklum balas yang perlu diambil tindakan supaya mereka boleh kembali. Biasanya pelancong-pelancong ini bila dia ada good experience, dengan izin, dalam er… apa ni bila mereka er… hadir di satu tempat mereka akan cuba untuk nak mempromosikan dengan rakan-rakan mereka ataupun mereka sendiri akan kembali. Ada tak survey atau kajian dibuat oleh pihak kerajaan terhadap pusat-pusat pelancongan sebegini? Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
[Berdehem] Dia ada dua kaedah [berdehem]. Satunya [berdehem] kita boleh buat survey sendiri ya… survey yang kita buat, yang itu kita belum buat lagi [berdehem]. Tetapi oleh kerana kita sekarang ini berada di dalam apa yang dikatakan sebagai er… digital world kita dapati bahawa er… kalau kita mengambil er… apa namanya komen yang dikeluarkan oleh pihak-pihak er… terutama sekali mereka yang membuat booking hotel, tempat dan sebagainya. Kerana setiap apa selalunya setiap pelancong ini pelancong yang mereka apabila mereka pergi ke sesuatu tempat mereka akan membuat komen. Sebagai contoh ke Taman Negara. Sebagai… kita boleh check dalam travel advisor, kerana itu lebih bertaraf… bertaraf er… dunia sebab kita pun tahu bahawa pelancong yang datang ke Taman Negara ini adalah sebahagian besar merupakan mereka yang cintakan alam sekitar dan sebahagian besarnya adalah datang dari Europe, daripada Germany dan juga daripada Holland dan juga…
Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kita sentiasa memantau komen-komen seperti ini kerana komen-komen ini ianya adalah lebih ikhlas lagi dan ianya boleh kita ambil sebagai salah satu daripada kaedah kita untuk kita memperbaiki lagi tempat tersebut. Jadi terima kasih kepada Wakil daripada Beserah dan insya-Allah kemungkinan selepas ini er… setiap kali kita mungkin ada questionnaire sebagai contohnya di tempat-tempat tertentu supaya bagaimanakah komen-komen yang akan di er… sampaikan oleh pelancong yang datang ke situ supaya ianya boleh menjadi er… sukatan ataupun benchmark untuk kita perbaiki lagi er… service kita di tempat tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat…
Soalan tambahan…
Ya, sila.
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT.
Er… Yang Berhormat Yang di-Pertua dan tuan-tuan dirahmati Allah sekalian. Saya ingin merujuk kepada soalan, pertama ialah berkaitan dengan er… Kuala Tembeling sebenarnya. Jadi apa yang dibangkitkan oleh er… rakan saya tadi ialah berkenaan dengan Pekan Kuala Tembeling ya, sebab selepas daripada wujudnya jalan raya yang alhamdullilah begitu selesa. Namun demikian Pekan Kuala Tembeling yang sebenarnya, sebelum ini menjadi pintu masuk ke Taman Negara melalui jalan air er… sudah hampir mati dan banyak kedai-kedai er… masyarakat kampung yang sudah ditutup dan begitu juga tak silap saya pusat pelancongan pun bila saya pergi pun, er… sudah tidak berfungsi.
Jadi soalan saya, apakah langkah-langkah supaya menjadikan Pekan Kuala Tembeling ini kembali, kalau tak seperti asal pun, menjadi meriah kembali terutamanya pekan sehari pun saya rasa dalam masa sejam atau dua jam sahaja. Semakin kecil dari sudut pertumbuhan ekonominya. Er… kemudian yang keduanya apakah langkah-langkah di samping er… projek-projek pelancongan yang kita uar-uarkan sudah pasti ramai pelancong yang datang. Jadi apa langkah-langkah untuk menghindari aktiviti-aktiviti yang tidak sihat yang mungkin tercetus hasil daripada aktiviti pelancongan ini kerana apa, kerana kita bukan sahaja ingin menggamit pelancong tetapi supaya suasana itu mendatangkan keberkatan kepada penduduk insya-Allah. Wallahualam.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya minta Wakil daripada Damak nyatakan apakah aktiviti-aktiviti yang tidak sihat itu. Jadi kita nak tahu juga aktiviti yang tidak sihat itu, minta tolong.
Boleh Damak?
Terima kasih. Saya er… tidak menyatakan secara spesifik, cuma saya menganggarkan bila berlakunya aktiviti pelancongan kemungkinan, kemungkinan Ini wujud dan apa langkah-langkah? Contohnya di Masjid Kuala Tahan sendiri yang… apa aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk dimanfaatkan kepada pelancong-pelancong ini ya… khususnya pelancong-pelancong daripada dalam tanah air sendiri dan juga di… di… negara Arab yang mungkin hadir, jadi apa program yang boleh kita buat di samping kita boleh bangunkan pelancongan dan mungkin kita terapkan juga program-program dakwah kepada pelancong ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Pertamanya saya nak ucap tahniahlah kepada wakil Tahan sebab sekarang ni wakil Tahan adalah mewakili Parti Islam SeMalaysia. Jadi sememangnya kita tahu bahawa perlembagaan dan sebagainya adalah berteraskan kepada Islam, dan ini adalah merupakan satu cabaranlah kepada ADUN er... wakil Tahan untuk melakukan dakwah dan sebagainya.
Walau bagaimanapun Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita di peringkat Kerajaan Negeri, kerajaan adalah merupakan dengan izin facilitate dan promote. Kita memberikan kemudahan apa yang perlu kepada agensi pelancongan, kepada travel agent, kepada pengusaha-pengusaha rumah penginapan sebagai contoh. Kita hanya melakukan faci… kita facilitate iaitu kita pastikan bahawa infrastrukturnya baik dan juga kita melakukan promosi di peringkat negeri dan juga di peringkat luar negeri. Yang lainnya adalah merupakan tanggungjawab ya… tanggungjawab iaitu tanggungjawab er… pihak-pihak pengusaha pelancong tersebut.
Walau bagaimanapun kita sentiasa dari masa ke semasa berbincang bagaimanakah kaedah dan caranya untuk kita mempastikan bahawa pusat pelancongan ini akan terus dikunjungi oleh pelancong-pelancong yang ada. Kerana apa Yang Hormat Yang di-Pertua, kita ada beberapa roadshow yang kita buat dan sememangnya kita tidak pernah lupa ya… er... Taman Negara dan juga kawasan Kuala Tembeling.
Walau bagai… saya juga nak maklumkan bahawa soal apabila ada jalan pelancong tidak lagi menaiki bot air, ini adalah pilihan. Jadi kita tak boleh nak paksa pelancong tapi kalau kita lakukan sedikit promosi, insya-Allah iaitu bagaimanakah er... adventurenya… bagaimanakah er... ini… er... ini… hebatnya untuk naik bot air, kemungkinan itu juga boleh menarik pelancongan. Jadi bagaimanakah caranya kita untuk membuat promosi? Tentang perkara-perkara yang kurang sihat setakat ini kita tak dengar lagi, yang dakwah tu mungkin lepas ini kita serahkan kepada ADUN apa… wakil daripada Tahan lah untuk buat.
Yang Berhormat, ADUN daripada Damak tadi, Damak.
Tahan… Tahan dan Damak.
Tahan dan Damak. Dua- dua sekali.
Dua sekali daripada Jerantut ya... dan dibantu oleh ADUN er... ini… Pulau Tawar. Insya-Allah bolehlah berdakwah. Insya-Allah selepas ini. Setakat ini Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita tidak menerima apa-apa perkara yang negatif, cumanya saya nak ingin… nak berkongsi apabila berlaku banjir besar 2014, seram… seramai 116 orang pelancong daripada luar negara yang terputus hubungan, yang duduk di… yang mereka tinggal di Mutiara, seberang dan mereka tak boleh nak keluar.
Akhirnya, pihak Bomba telah mengangkut satu-satu. Saya arahkan, saya maklumkan kepada pihak Bomba kita pastikan there’s no casualty, dengan izin, tidak ada satupun apa-apa kemalangan, no accident casualty dan sebagainya. Alhamdulillah, semuanya dapat dipindahkan daripada Taman Negara ke… ketika itu di Mutiara ke Jerantut dengan selamatnya. Jadi ini adalah sebahagian daripada saya rasa track record yang ada bagaimana caranya kita mengendalikan perkara-perkara yang tidak diingini yang melibatkan pelancong-pelancong. Terima kasih.
Baiklah, Yang Berhormat. Saya ingat kita berpindah kepada soalan berikutnya.
Yang di-Pertua, soalan tambahan, habis?
Tiga soalan je. Saya jemput Wakil daripada Chenor.
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.
[Mohon penjelasan dari pihak kerajaan jumlah kos pembinaan Akademi Usahawan Tani Kampung Awah, kos baik pulih dan tindakan kerajaan terhadap kontraktor yang telah gagal membina kompleks berkenaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Objektif pembinaan Akademi Usahawan Tani di Kampung Awah ini adalah bertujuan untuk melahirkan usahawan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan progresif bagi membawa industri pertanian lebih maju dan berdaya saing, dan dia dimanfaatkan untuk er... memberi latihan kepada usahawan-usahawan dan bakal-bakal usahawan
tani. Dan er... untuk makluman dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM21,456,248.84, keseluruhannya dan pembinaan ini dia melibatkan 2 fasa iaitu fasa pertama melibatkan pembinaan bangunan pentadbiran, bilik kuliah, bengkel pemprosesan makanan er... kemudahan padang permainan, bangunan asrama dan kantin. Dan er... fasa kedua pula merangkumi bangunan tambahan asrama, surau dan kuarters untuk kakitangan. Terima kasih.
Sila Chenor.
Saya ingin bertanya berkenaan dengan bilakah pengambilan pelajar untuk Akademi ini dan apakah jenis-jenis kursus yang ditawarkan dan berapa masa yang diambil untuk satu-satu kursus itu? Terima kasih.
Alhamdulillah, sebenarnya pihak Jabatan Pertanian akan mengadakan kursus-kursus seperti fertigasi, kursus landskap, penggunaan peralatan pemprosesan makanan dan sebagainya, selain daripada kursus-kursus asas tani. Dan program latihan ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian setelah semua sistem yang ada ataupun yang ada di Akademi Usahawan Tani di Kampung Awah ini dapat diperlengkapkan. Sekarang ini kita Jabatan Pertanian sedang melalui proses untuk memperkemaskan termasuk er... dipanggil bengkel, bengkel pemprosesan makanan ini dalam peringkat percubaan dan apabila pegawai-pegawai yang akan ditempatkan di situ dapat dilengkapkan nanti insya-Allah kursus ini akan dimulakan, ya… ini tujuan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya Tanjung Lumpur.
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya setelah di er... pelajar-pelajar daripada Akademi Usahawan ini dah habis belajar, maka dia ingin mengusahakan apa yang dia belajar. Adakah pihak kerajaan menyediakan bantuan, pinjaman dan sebagainya bagi membantu mereka untuk membangunkan usaha mereka? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua,
Dia dari segi pembangunan usahawan ini memang pihak kerajaan mempunyai er... program yang tertentu. Dan dalam konteks ini usahawan ini terbahagi kepada pelbagai industrilah termasuk pertanian. Ada usahawan-usahawan yang melibatkan sektor di luar daripada pertanian. Namun di bawah program kerajaan, khususnya di bawah
Kerajaan Pusat, Kerajaan Persekutuan, lazimnya akan disediakan er... modal awalan termasuk ni… Skim Tekun, bantuan-bantuan yang disediakan ada melalui Amanah Ikhtiar Malaysia dan sebagainya. Sebenarnya ini memang pengupayaan setelah ia adakan kursus maka program-program susulan termasuk er… pembiayaan dan permodalan ini ada disediakan oleh agensi-agensi di bawah er… Kerajaan Pusat. Insya-Allah, perkara ini akan er… diteliti dan antara aspek-aspek yang kita bangkitkan ini kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat er… ini… amat… amat ini orang kata, amat pentinglah berkaitan dalam aspek untuk membangunkan usahawan yang er… lebih er… baik. Insya-Allah.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita beralih ke soalan berikutnya, saya jemput wakil dari Teruntum.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 5.
[Bagi mereka yang memohon JKM kebiasaannya adalah dari golongan warga emas, OKU, miskin dan lain-lain. Adakah pihak JKM boleh mengambil inisiatif dengan keluar mencari rumah untuk mendaftarkan golongan di atas bagi membantu mereka?]
Dato’ Yang di-Pertua,
Untuk menjawab [berdehem]… soalan daripada Teruntum, er… Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang sentiasa mencari jalan untuk membantu kumpulan sasaran jabatan yang terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya, golongan miskin dan lain-lain. JKM sentiasa mengambil inisiatif dengan keluar mencari er… mereka yang berpotensi menjadi kumpulan sasar jabatan. JKM juga telah melaksanakan Program Cari dan Bantu dan satu program Kembara Kebajikan 1Malaysia untuk membantu kumpulan sasar juga telahpun dijalankan sejak tahun 2009?
Dan kita juga mendapatkan maklumat sebenarnya daripada er… masyarakat sendiri daripada NGO daripada Wakil-Wakil Rakyat ya, dan juga daripada aduan-aduan dibuat di media sosial er… juga kita ambil perhatian dan kita akan hantar pegawai-pegawai JKM untuk membuat siasatan dan membantu mereka yang diadukan tersebut.
Soalan tambahan.
Er… terima kasih sebab er… pihak er… jawapan dari Wakil Kerajaan. Er… boleh saya tahu berapa kes telah dilakukan er… oleh JKM dalam cari bantuan sejak 2009.
Dato’ Yang di-Pertua,
Kerana statistik yang diminta dan saya akan buat jawapan bertulis kepada wakil daripada Teruntum. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’… Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Semambu, sila.
Semambu. Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Soalan tambahan saya adalah, saya mendapati bahawa golongan gelandangan makin bertambah di… khususnya bandar Kuantan. Jadi saya ingin tahu juga apakah inisiatif JKM yang boleh membantu mereka bukan sahaja dari segi memberikan makanan tetapi juga menetapkan mereka untuk jangka masa panjang. Terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Er… soal gelandangan ini adalah satu perkara yang subjektif sebenarnya. Dan kebanyakannya setelah kita siasat, daripada laporan-laporan yang diterima gelandangan ini kebanyakannya bukan daripada kalangan er… penduduk tempatan dan bukan juga daripada kalangan er… rakyat negeri Pahang sendiri. Ramai di antaranya adalah daripada negeri lain ya. Dan er… kita bekerjasama dengan er… JKM, bekerjasama juga dengan NGO-NGO untuk membantu mereka dan ada juga yang kita hubungi er… pihak Kerajaan Negeri yang berkaitan untuk mereka membantu er… rakyat mereka ini.
Jadi er… dari semasa ke semasa kita akan cuba membantu khususnya sekiranya ramai kita dapati itu yang mendapatkan rawatan perubatan di hospital, di HTAA dan sebagainya. Dan ada disediakan juga er… tempat tinggal sementara untuk mereka ini.
Okay Yang Berhormat. Kita beralih kepada soalan berikutnya, saya jemput wakil dari Cheka.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk kemukakan soalan ke-6.
[Hospital Kuala Lipis merupakan hospital pakar ketiga selain Hospital Kuantan dan Hospital Temerloh.
Apakah klinik pakar yang sedang memberi perkhidmatan kepada pesakit?
Apakah klinik pakar yang sedang diusahakan dan akan memberi perkhidmatan dalam tahun 2018?
Apakah klinik pakar yang sedang dirancang dan akan direalisasikan pada masa hadapan?]
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada Cheka yang mengemukakan soalan berkenaan dengan Hospital Kuala Lipis er... mengenai klinik pakar yang sedang diusahakan dan yang akan diusahakan di Hospital Kuala Lipis. Kita bersyukur ke hadrat Illahi, di Pahang mempunyai hospital-hospital yang telah dibina oleh kementerian sama ada di peringkat negeri dan hospital di peringkat daerah dan juga dikenali dengan major dan juga minor. Ada tiga buah hospital temasuklah Hospital Kuala Lipis. Dan mereka telah disediakan dengan pelbagai bidang dan pakar kepakaran bagi memastikan er.. rakyat-rakyat dapat diberikan perkhidmatan dengan sebaiknya dan diberikan service sebagaimana sewajarnya.
Di antara jabatan-jabatan kepakaran yang diadakan di Kuala Lipis termasuklah er... kecemasan dan trauma er... juga bahagian penyakit kanak-kanak, sakit puan, er... gangguan mental, mata dan penyakitnya, pembedahan dan sistem saraf. Semuanya ada 12 jabatan kepakaran, Dato’ Yang di-Pertua. Dan ini melepasi daripada had ataupun er... ketentuan bagi hospital minor seharusnya ada lim... 8 kepakaran yang perlu diwujudkan di hospital berkenaan. Mudah-mudahan dengan kelengkapan dan kepakaran yang telah disediakan ini dapat membantu er... rakyat kita di Kuala Lipis. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Sila Bukit Ibam.
Saya nak bertanya berhubung dengan hospital pakar ini iaitu tidak adakah rancangan untuk menambah hospital pakar di tempat lain er… terutamanya sebagai contoh ialah di Muadzam Shah. Ia meliputi Hospital Muadzam Shah itu er… sewajarnya di upgrade kerana ia meliputi dua DUN dan laluan dengan jumlah penduduk yang begitu besar dan dia juga merupakan laluan utama daripada er… selatan ke timur ke utara… ke bahagian pantai timur. Dan terutama apabila musim perayaan ia meliputi kemalangan yang banyak. Kita tidak ada doktor-doktor pakar di situ. Terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Ini cadangan yang sangat baik. Kalau boleh bukan sahaja di daerah-daerah, bahkan di kampung-kampung juga kita nak adakan kepakaran. Walaubagaimanapun, pengurusan hospital dia er… akan aturkan yang terbaik dan cadangan ini saya rasa cadangan yang baik. Walaubagaimanapun, setakat ini usaha yang murni dilaksanakan
melalui sistem-sistem yang diatur seperti doktor pakar melawat ke hospital-hospital berkenaan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Yang Berhormat,
Saya jemput wakil dari Padang Tengku.
Assalamualaikum WBT. Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 7.
[Minta kerajaan menjelaskan:
i. Jumlah kadar kemalangan dan kemalangan maut yang telah berlaku di laluan Seberang Jelai, Kubang Rusa ke Merapoh Projek Central Spine Road (CSR) Lipis, sejak ianya mula dibuka kepada pengguna jalan raya bermula dua tahun yang lalu.
ii. Selain daripada faktor kecuaian pengguna, apakah faktor-faktor lain yang menjadi penyumbang kepada berlakunya kemalangan tersebut. Mohon nyatakan kawasan-kawasan `Hot Spot’ kemalangan dan jelaskan langkah-langkah pencegahan yang telah diambil dan yang akan dibuat bagi menangani serta mengurangkan kadar kemalangan.]
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Dan terima kasih juga kepada wakil daripada Padang Tengku yang bertanyakan soalan berkaitan dengan jalan persekutuan FT 34 ataupun yang selalu kita sebut Central Spine Road (CSR). Wakil daripada Padang Tengku minta pihak kerajaan menjelaskan kadar kemalangan dan kemalangan maut yang berlaku di jalan tersebut dan keduanya, apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada jumlah kemalangan terbabit.
Untuk makluman Sidang Dewan khususnya wakil daripada Padang Tengku, berdasarkan laporan yang kita perolehi daripada pihak polis secara keseluruhannya sepanjang tempoh daripada awal pembukaan jalan terbabit sehingga ke awal Januari ini sebanyak 284 kemalangan telah berlaku dan daripada jumlah ini ada 13 kemalangan yang membabitkan kemalangan maut dan membabitkan 15 kematian. Antara faktor-faktor yang memberikan ataupun menyumbang kepada masalah kemalangan ini adalah er… selain daripada faktor sikap, kita ada faktor er… faktor-faktor yang kita rasa er… membabitkan soal persekitaran contohnya jalan yang berkabus ya, dan juga atas sifat jalan itu masih lagi dalam status pembinaan. Ya, maksudnya yang siap.
Untuk makluman Sidang Dewan yang dihormati sekalian, CSR ini dilaksanakan dalam 6 pakej dan soalan Yang Berhormat Padang Tengku ini merujuk kepada pakej 3. Daripada er… Relong ke… ke… Merapoh ya. Jadi er… apa yang telah dibuat di atas masalah ini yang kita kenal pasti 3 hot spot berlakunya kemalangan iaitu di susur keluar Kubang Rusa kemudian susur keluar Merapoh serta Simpang Tiga, Ladang
Selborne. Antara tindakan yang utama telah diambil adalah pihak kerajaan telah menutup jalan susur keluar masuk ke Merapoh iaitu daripada CSR4/34 ke FT08 ini langkah ini diambil hasil daripada cadangan yang dibuat oleh Bahagian Forensik, Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia. Walau bagaimanapun, alternatif jalan disediakan untuk mengatasi masalah kesan daripada penutupan itu.
Ya, sila Padang Tengku.
Mohon mencelah. Pertamanya saya nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya Kerajaan Barisan Nasional dulu dan inilah satu-satu jalan tanpa tol yang wujud di Malaysia ini dan khususnya ini kawasan di… kami di Pahang Barat ini. Saya ada dua persoalan yang saya nak timbulkan Tuan Yang Di-Pertua, yang pertamanya jalan ini… rekod yang ada pada saya ni agak berbeza, mungkin rekod saya ni polis baru bagilah er… baru bagi. Angka kemalangan sehingga 16 haribulan Julai… 16 haribulan Julai tadi… bulan…
Januari.
Bulan Januari dah meningkat kepada 16, mati 19, keseluruhannya tiga ratus… 358 kes. Maknanya kalau kita tengok pada kes ini agak besar dan membimbangkan dan saya akan suarakan dalam beberapa apa nama ni… apa nama… er… Majlis yang ada di antaranya Majlis Tindakan Daerah dan sebagainya. Dan er… pihak Pejabat Daerah bersama-sama dengan apa nama ni… CSR sama-sama ni… ECER, sama dengan JKR pergi datang melawat polis, semua datang pergi melawat terutamanya di Simpang 3 Selborne yang disebutkan tadi. Kawasan yang paling er… yang paling apa nama ni… er… kuat ataupun banyak berlaku kemalangan.
Soalan saya yang nak saya timbulkan di sini adalah er… kita telah ajukan beberapa cadangan terutamanya dengan memasang lampu, dengan membanyakkan signboard er… tentang kemalangan di situ tetapi nampaknya… dan jugak lampu isyarat yang… yang agak mengelirukan. Jadi persoalan yang kita nak ditimbulkan di sini supaya er… kita wujudkan lampu isyarat dan sebagainya. Tetapi nampaknya kerajaan pada ketika tu tak… tak berhasrat dengan alasan bahawa jalan itu akan dibuat segera iaitu penyambungan daripada… daripada apa nama ni… Ladang Selborne tu ke… ke Relong dan jugak ke Raub akan dibuat segera tapi dengan keadaan kerajaan yang berubah sekarang ni, saya nak tanya status sama ada dia akan buat segera atau tidak? Saya katakan buat segera ni masa lawatan er… Perdana Menteri ketika itu er… memberitahu bahawa jalan itu akan dibina dengan segera. Ini diberitahukan oleh pegawai ECER yang jumpa dengan saya pada majlis itu. Itu soalan pertama yang saya nak tahu bila statusnya.
Yang keduanya ialah kita dapati kes hot spot yang disebutkan tadi ialah kawasan-kawasan di persimpangan er… Ladang Selborne, kawasan di Aur Gading… simpang Aur Gading, kawasan di persimpangan Kubang Rusa. Ini kawasan-kawasan yang sering berlaku kemalangan di situ. Kita ada lampu sebenarnya… lampu tetapi tak berfungsi. Lampu hiasan je, jadi saya dah tanya banyak kali supaya lampu itu
dihiduplah, dinyalakan tapi tak dapat. Disebut di situ bahawa JKR katanya tak bayar, JKR tak bayar bukannya lampu tu rosak tapi JKR tak bayar. Jadi persoalan saya di sini [ketawa] betul tak betul isu ni dan kalau kerajaan tak bayar. Cari jalanlah. Salah satu penyumbang kepada apa nama… kemalangan itu ialah itulah gelap, kawasan itu gelap. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri di-Pertua,
Ini betullah Wakil Rakyat. Nampaknya Wakil Padang Tengku tahu benar keadaan di persekitaran dengan memandang rekod kita, laporan disampaikan kepada pihak jawatankuasa juga Wakil Padang Tengku ini turun sendiri ke lapangan bersama jabatan-jabatan terbabit. Tetapi atas apa er… persoalan yang dibawakan Yang Berhormat tadi insya-Allah apa ni… kita akan dapat maklumat yang terperinci, pertamanya mengenai status progressnya er… bila ianya akan diteruskan, time linenya jangka… apa… jangka masa yang diambil dan soal lampu ni mungkin hari ni kita pasang, Yang Berhormat, esok tengah malam kang dia padam balik, mungkin. Tapi walau apa pun kita akan beri perhatian.
Cuma satu perkara saya nak menarik perhatian Sidang Dewan tentang jalan ini. Jalan ini adalah sebenarnya bukanlah satu highway ataupun lebuh raya ya… jadi kadang-kadang kita pengguna ni kita er… begitu terpengaruh dengan persepsi, biasanya bila kita daripada jalan biasa, jalan Persekutuan dan jalan Negeri, bila kita masuk ke highway ke lebuh raya Dato’ Sri di-Pertua, kita dalam pemikiran ni… agaknya inilah masa kita nak tekan lebih sikit dan kita mengharapkan satu keadaan yang selesa.
Sebenarnya CSR ini hanyalah satu er… jalan Persekutuan dan cadangan asalnya ianya hanyalah dua lorong dua hala tapi atas inisiatif Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang lalu bersama Exco Kemudahan Asas yang lepas, kita… alhamdulillah demi kesejahteraan pengguna di Pahang ni kita dapat naik taraf jalan itu daripada dua lorong dua hala kepada 4 lorong 4 hala jadi ini jugak saya fikir er… banyak memberikan apa… mempengaruhi sikap pemanduan. Oleh itu walau bagaimanapun, saya mengambil maklum dan amat menghargai keprihatinan Yang Berhormat jadi kita akan buat kajian yang mendalam er… bagaimana sebenarnya nak tengok kadar kemalangan di kawasan itu dengan keseluruhan kemalangan di seluruh negara. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Sila Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Ya, Pulau Manis.
Saya sebenarnya ingin mengajukan soalan tapi tak berkaitan dengan Padang Tengkulah tapi menumpang soalan, berkaitan dengan kemalangan ini. Pertamanya
memang berterima kasihlah kepada Kerajaan Barisan Nasional yang telah membina lebuh raya Pekan-Kuantan yang merupakan saya rasa satu daripada lebuh raya yang begitu cepat siap dia dan begitu banyak penggunaan dia. Tetapi apa yang saya ingin ajukan di sini ialah permohonan saya berkenaan dengan pembinaan traffic light di Kampung Ubai, di mana kita memang tahu…
Yang Berhormat, itu…
…sebelum sampai ke Kampung Ubai ataupun…
Soalan tambahan Yang Berhormat tadi tidak berkaitan dengan CSR…
Tak, ini berkaitan dengan jalan… kemalangan…
Tahu, ini berkaitan jalan juga tapi jalan Ubai, ini jalan Lipis.
Tak, saya menumpang tadi saya kabor…
Menumpang?
Jadi saya mohon pihak kerajaan yang telahpun menjawab…
Soalan menumpanglah ni…
Ha... soalan menumpang, iaitu berkenaan dengan kajian… dia kata ingin membuat kajian. Jadi sampai ke hari ini kita tak dapat jawapan lagi tentang keperluan traffic light tersebut dibina. Pada saya sebenarnya memang sangat wajarlah traffic light dekat dengan nasi dagang itu kita bina bagi mengatasi kemalangan maut juga yang saya tak bolehlah bagikan dia punya figure dia, jumlah yang telah berlaku tapi sebenarnya bila berlaku kemalangan, akan berlakulah kematian. Terima kasih.
Dato’ Sri Yang Di-Pertua,
Saya pun tumpang jawablah soalan… atas soalan tumpang ini. Jadi er… soal kemalangan ini, hasil kajian yang dibuat oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia er… menunjukkan bahawa yang menyumbang kepada kemalangan ini 80.6% adalah disebabkan sikap, 13.2% adalah masalah keadaan jalan dan 6.2% Yang di-Pertua, disebabkan masalah kenderaan. Jadi kita… soal siapa yang berjanji untuk buat traffic light ini er… saya tak pasti. Nanti Yang Berhormat tolong berikan saya maklumat tersebut dan sekiranya kita rasakan perlu kita akan buat kajian. Tapi walau bagaimanapun, kalau kita ada lampu isyarat pun sebenarnya ada banyak tempat yang ada lampu isyarat, salah satu contohnya ini persimpangan Selborne ini ada… ada lampu isyarat juga ya… mengelirukan…
Ya.
Jadi maksudnya mungkin bagi orang lain tidak mengelirukan, bagi kita mengelirukan tapi maksudnya mengadakan lampu isyarat ini bukanlah jalan penyelesaian yang mutlak. Kalau kita tengok tabiat kita di persimpangan yang ada lampu isyarat ini pun, kita tengok masa lampu kuning tu sebenarnya bukan kita memperlahankan kita tekan habis-habisan. Ha... jadi kena pulak ada satu pihak lain yang cuai dia merasakan ha… ini giliran dia, dia pun ambil sikap er… sambil lewa dan ini jugak menjejaskan kepada kemalangan. Ini bukan saya yang cakap Dato’ Sri di-Pertua, ini hasil kajian. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih, kita beralih ke soalan berikutnya, saya jemput Wakil dari Luit.
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera terima kasih Dato Sri Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang saya kemukakan seperti pertanyaan nombor 8. Terima kasih.
[Apakah peranan kerajaan negeri/pusat kepada atlet yang berjasa kepada negara terutamanya dalam urusan membuka peluang pekerjaan khusus kepada mereka yang masih menganggur?]
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Sebelum saya menjawab soalan dari Luit ni, ingin saya rakamkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Daerah Rompin kerana pada pagi, lewat petang semalam kita telah menghadapi satu bencana alam melibatkan 35 buah rumah dilanda ribut dan di kesempatan ini juga saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana telah bersetuju untuk memberi bantuan awal segera kepada mangsa-mangsa.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan sangat menghargai sumbangan atlet-atlet yang sememangnya telah banyak berjasa kepada negara. Kerajaan telah banyak membantu kehidupan atlet atau bekas atlet khususnya dari segi peluang pekerjaan mereka. Sebagai contoh, di negeri Pahang ini ada beberapa bekas atlet seperti
saudara Faizal Baharom yang juara angkat berat di Sukan Komanwel London, England 1998 suatu ketika dahulu sekarang ini bekerja di Hospital Muadzam, Rompin.
Begitu juga saudara Roslan Hussin yang juga merupakan atlet angkat berat yang bekerja di Penjara Penor, begitu juga saudara Amirul Hamizan, johan juara angkat berat di Komanwel di England juga sekarang merupakan kontraktor yang berjaya dan kita di negeri Pahang ini sentiasa mengambil tahu tentang keberadaan atlet-atlet ini dan melalui Majlis Olimpik Malaysia sebagai contoh, juga ada mengadakan bengkel hala tuju dan persiapan kepada atlet-atlet yang akan bersara untuk menyambung kesinambungan kehidupan mereka selepas bersara. Ini antara alternatif yang disumbangkan oleh pihak Majlis Olimpik Malaysia.
Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menubuhkan Yayasan Kebajikan Atlet ataupun singkatannya YAKEB untuk membantu bekas-bekas atlet. Antara peranannya adalah membantu atlet-atlet untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dengan mereka setelah bersara daripada kerjaya mereka.
Di samping itu, untuk makluman ADUN Luit juga dalam Sidang Dewan bagi meluaskan peluang kerjaya bagi atlet-atlet, kerajaan telah mewujudkan biasiswa bagi mereka. Bertujuan untuk para atlet melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi seperti Biasiswa Sukan Persekutuan, Kementerian Belia dan Sukan dan Biasiswa Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi (Atlet Cemerlang IPT) kepada mereka yang layak dan beberapa contoh yang lain sekiranya ADUN Luit ingin detail, kami boleh bagi dalam bentuk bertulis. Terima kasih.
Soalan tambahan. Baru-baru ini…
Pulau Manis… minta Luit, sila…
Baru-baru ni kita dapati bahawa negeri Pahang telah berjaya menjadi johan… Piala FA. Saya nak bertanya adakah pihak Kerajaan juga bercadang untuk membagi insentif kepada pasukan yang telah mencipta nama untuk negeri Pahang?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Terima kasih Dato’ Jo bagi laluan. Memanglah Kerajaan Negeri bercadang kerana sehari sebelum perlawanan tersebut, saya telah berjumpa dengan pemain-pemain daripada Pahang, setelah mendapat izin daripada Presiden FAM Pahang, Persatuan Bola Sepak Pahang. Cuma saya mengatakan bahawa yang pertama tadi kita dapat johan dulu, yang kedua Kerajaan Negeri bercadang akan memberi sedikit bantuan mengikut kadar kewangan yang ada bermakna seadanya dan bantuan ini insya-Allah akan kita uruskan sebelum akhir tahun ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Saya minta laluan…
Luit, soalan tambahan tadi…
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, er… soalan tambahan saya ini… di mana kita bimbang juga sebenarnya kita ada di Maran tu ada di Luit ni ada 3 orang atlet bertaraf kebangsaan mewakili negara di Sukan SEA dan masih belum mendapat sebarang pekerjaan ataupun mendapat pembelaan. Mungkin atlet daripada Rompin dia untunglah ya… er… sebab wakil rakyat dia ada di sana. Untuk di Luit ini kita ada 3 orang seperti Norfazlina Abdullah Sani, Siti Farah Hanim dan Mohd Taqiyuddin, mereka mewakili Malaysia dulu dalam Sukan SEA dalam sukan silat dan jadi kita ambil kesempatan di sinilah memohon kalau dapat diberi perhatian kepada 3 atlet ini ya. Sekian, terima kasih.
Ni, saya nak tanya apa ni daripada Luit ni…
Ya, ya.
Wakil-wakil yang disebutkan tadi adakah pemenang-pemenang pingat dalam kejohanan atau wakil je?
Dia mewakili Malaysia, Tuan Yang di-Pertua. Dia sebenarnya gini, kita nak mengelak daripada persepsi orang ramai yang pihak kerajaan tidak cakna, bukan sahaja kepada belia, kepada yang mewakili negara pun tidak cakna. Jadi, saya rasa ini satu… satu kesedihan la kepada kita ya.
Okay Yang Berhormat.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua,
Kita mengambil maklum perkara ini dan untuk makluman ADUN Luit, atlet-atlet yang telah bersara ini, kita tidak mampu untuk memberi ruang dan peluang pekerjaan kepada keseluruhannya. Namun, dalam masa yang sama, kita sentiasa memberi ruang kepada mereka juga sama ada merujuk kepada kita ataupun badan-badan, pihak-pihak yang dikatakan tadi seperti Majlis Olimpik Malaysia untuk mengambil ruang dalam bidang taklimat persediaan ke arah kehidupan selepas bersara sebagai
satu contoh dan kita juga ada kursus-kursus keusahawanan dan sebagainya. Ini boleh memberi ruang juga dan kita sentiasa boleh untuk membantu dan kepada ADUN Luit boleh memberi nama-nama tersebut untuk kita buat rujukan ya… dan masalah Rompin tak Rompin tu saya ingat sebelum saya jadi Exco lagi dah bekerja dah ya.
Jadi, saya nak sentuh sikit tentang imbuhan-imbuhan tadi. Saya amat berterima kasih kepada kerajaan negeri khususnya Yang Berhormat Menteri Besar Pahang bukan sahaja untuk kemenangan bola sepak Pahang FA sahaja bahkan sebelum ini dan sebelum ini dan sebelum ini maknanya lama dah kita memberi ganjaran yang lumayan jugalah kepada atlet-atlet sebagai contoh Syed Al-Jufferi yang telah mengharumkan nama negeri Pahang bahkan negara Malaysia yang mana telah menjuarai kejuaraan silat dunia 3 tahun berturut-turut, Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Bukan senang… susah. Saya tengok sendiri di Naypyidaw er… Myanmar sana dan di Jakarta, di Singapura memang kalau tengok cara berdepan dengan lawan ni sangat teruja, dengan sebab itulah bila mencapai kejayaan 3 kali juara dunia berturut-turut. Kerajaan Negeri telah memberi satu imbuhan iaitu mengerjakan umrah dan juga lot ataupun satu unit perumahan kepada beliau. Sekian, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Yang Berhormat, kita beralih ke soalan berikutnya. Saya jemput Wakil daripada Ketari.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin mengemukakan soalan nombor 9.
[Lampu jalan bukan sahaja penting untuk memudahkan pergerakan penduduk namun merupakan satu keperluan untuk keselamatan pengguna jalan terutamanya jalan-jalan kecil di kampung. Apakah usaha kerajaan negeri untuk memastikan kemudahan lampu jalan ini mencukupi dan diselenggara dengan baik?]
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Terima kasih kerana memberi laluan untuk menjawab wakil daripada Ketari. Program Lampu Jalan Kampung ataupun LJK telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Di bawah program ini, setiap kampung akan mendapat ketetapan kuota iaitu sebanyak 40 unit lampu jalan kampung. Sejumlah 37,221 unit lampu jalan kampung telah diluluskan bagi negeri Pahang mengikut fasa daripada 1 hingga 9. Bagi penyelenggaraan projek lampu jalan kampung termasuk bayaran bil-bil elektrik, pembersihan penutup serta penggantian mentol lampu yang telah rosak ianya telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan kepada TNB.
Dan TNB merupakan agensi pelaksana dalam projek lampu jalan er… lampu jalan kampung ni, di mana penetapan lokasi lampu-lampu adalah dari Pejabat Daerah dan kemudiannya dimajukan kepada Kementerian Kemajuan Luar ni Luar Bandar ini. Bagi memastikan lampu-lampu dipasang, diselenggara dengan baik, dan tindakan diambil segera, pengguna boleh menelefon talian TNB iaitu 15454, jika terdapat kerosakan
pada lampu ini. TNB mensasarkan tindakan akan diambil dalam masa 24 jam. Selain daripada itu rondaan berkala juga dilakukan oleh TNB bagi mengenal pasti lampu-lampu yang rosak dan tindakan pembetulan akan diambil serta merta oleh TNB. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Er… berapakah peruntukan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk infrastruktur seperti lampu jalan ini pada tahun 2018 dan berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan? Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Terima kasihlah ini kepada wakil Ketari yang… yang prihatin tentang ini…ini pemasangan lampu jalan di…di kampung. Saya sebelum itu nak tahu jugaklah, ini wakil dari Ketari ini duduk di kampung mana?
Janda Baik, Bukit Tinggi.
Janda Baik ya.
Dok, tujuan ini boleh...boleh TNB apa, tengok sikitlah apa Kampung Janda Baik ini supaya terang. Sebagaimana yang dimaklumkan program ini dia berjalan ikut fasa dan peruntukan pada tahun 2017. Kerajaan persekutuan telah meluluskan sebanyak 7548 unit lampu jalan di kampung-kampung. Maknanya dibahagikan 40 buah bagi satu kampung daripada tahun 2017 dengan ini telah diluluskan sebanyak 7548 unit dengan nilai RM6,000,450,812. Ianya terdiri daripada dua jenis. Dulu satu jenis, yang biasa atau pun LED tapi sekarang ini ada dua jenis iaitu yang biasa dan juga yang LED. Dan untuk tahun 2018, sebanyak 2915 unit telah diluluskan dengan nilai sebanyak RM4,000,699,520. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Tahan sila.
Er… saya nak dapatkan penjelasan berkenaan dengan lampu jalan ni sebagaimana yang disebut oleh wakil kerajaan tadi penyelenggaraannya er… diserahkan kepada TNB, namun ada aduan yang saya dapat daripada penduduk apabila berlaku er… lampu-lampu jalan ini tidak hidup maka pihak penduduk menelefon kepada nombor aduan TNB tadi. Lalu operator yang bercakap bertanya lampu tu lampu besi ke, tiang
besi ke, tiang simen? Kalau tiang besi dia kata er… di bawah Majlis Daerah lah, kalau tiang simen di bawah er… dipanggil TNB dan er… disebut juga er… di bawah lampu tu apa tulis JKR ke, tulis TNB ke er… ini saya mohon penjelasan.
Terima kasih wakil daripada Tahan. Untuk makluman, lampu jalan ini biasanya dikategori sebagai… er… di kampung-kampung yang berhampiran dengan bandar, dikategorikan sebagai er... lampu jalan atau lampu dikawal selia oleh Majlis Daerah Raub, Majlis Daerah bukan Majlis Daerah Raub, [Ahli Dewan ketawa]. Jerantut, hah.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, pasal Wakil Kerajaan ni EXCO baru, jadi dia tersasul-sasul er… terbawa ke Raub.
Dia ingat Raub je.
Dak memang… memang terdapat kekeliruan dalam masalah ini… masalah lampu ini, yang mana masyarakat menganggap ini, lampu ini makna dipasang kepada setiap kampung ataupun kawasan kampung atau kawasan bandar. Cuma bezanya lampu di kawasan bandar dibiayai oleh Majlis Daerah dan lampu di kawasan kampung ini dibiayai oleh kerajaan secara percuma, percuma sahaja. Tinggal lagi masalah kerosakan ini kadang-kadang kita bertanya juga dengan TNB, kita pun tak tahu bila lampu ini nak rosak.
Ini maksudnya kalau adalah lampu yang rosak sebagaimana yang saya sebutkan tadi, silalah maklum ataupun memberi maklumat itu kepada pihak TNB dengan detail. Kalau dia cakap lampu tu rosak di sekian-sekian tempat. Jadi nak mencari lampu tu bukan senang, banyak hah kan. Tulis betul, itulah maksudnya tadi, nombor pada tiang lampu itu tadi. Hah, kalau tak diberi nombor tiang lampu, memang tak terdapat lampu yang rosak tu tadi. Itu untuk makluman, terima kasih.
Kita pergi kepada soalan berikutnya dan soalan terakhir pada pagi ini. Saya jemput wakil dari Sungai Lembing.
Tuan Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 10.
[Isu pembinaan rumah generasi ke 2 Felda di Felda Bukit Sagu telah menjadi kerisauan dan kemarahan kepada warga Felda. Oleh itu, sewajarnya pihak Felda mempercepatkan pembinaan semula rumah terbabit yang telah terbengkalai sejak sekian lama. Mohon pihak Felda untuk kemukakan sebab dan alasan kelewatan pembinaan semula rumah-rumah terbabit agar perkara ini dapat diterangkan dengan lebih jelas kepada warga Felda yang terlibat.]
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana dilantik semula sebagai Speaker, tidak kelewatan kepada saya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Suhaimi, ADUN Sungai Lembing. Perumahan FELDA terbahagi kepada dua, pertama perumahan generasi baru FELDA. Nombor dua Perumahan Sentuhan Kasih FELDA. Pagi ini saya menjawab soalan tentang perumahan PGBF Bukit Sagu yang merupakan salah satu daripada sebelas projek terbengkalai PGBF, di mana sebab utamanya terbengkalai adalah kerana kontraktor yang dilantik telah declare kan, dengan izin, bankrap oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 13 Februari 2015.
Konsep pembinaan rumah PGBF ini adalah konsep design and build, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, iaitu perlantikan kontraktor di mana kontraktor terpaksa melantik sendiri perunding-perundingnya untuk melaksanakan kerja-kerja er… kebenaran daripada pihak MPK, kelulusan daripada pihak berkuasa MPK, plan kerja-kerja tanah dan juga kelulusan plan pembangunan. Dalam pada itu terdapat juga empat Bukit Sagu iaitu kontraktor tertunggak bayaran fees kepada kerajaan PBT dan MPK.
Menurut Mesyuarat Lembaga FELDA pada 25 Januari telah meluluskan satu perlantikan semula perunding-perunding asal untuk pembangunan atau memohon kepada MPK untuk bina semula kawasan yang terbengkalai, projek yang terbengkalai. Pihak pemohon, pihak perunding telah melantik dan diproses menghantar permohonan kepada MPK dan kelulusan dalam masa 12 hari. Sebaik sahaja kelulusan KM atau Kebenaran Merancang diperolehi, proses kelulusan bangunan akan dijalankan dalam tempoh 12 minggu. Sorry tadi bukan 12 hari, 12 minggu ya oleh MPK serta pelan kerja-kerja tanah.
Pihak pengurusan FELDA dalam proses penyediaan atau melantik kontraktor penyelamat atau kontraktor penyiap bagi projek Bukit Sagu. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan
Ibam.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan. Er…berapakah keseluruhan perumahan yang telah siap seratus er… generasi kedua FELDA yang telah siap seratus peratus dan perumahan, saya nak tahu juga berhubung dengan perumahan Selendang Dua, saya dimaklumkan telah ditemuduga pada 28 haribulan April. Jadi er… bilakah keputusannya akan dikeluarkan sebab kita tahulah ini menjadi satu er… tekanan yang er… sangat hebat bagi ADUN-ADUN kawasan kerana anak-anak muda ini menaruh harapan tinggi untuk mereka er... duduk di rumah baru. Dan seterusnya adalah Perumahan Gen-2, er… Selancar 4 dan 5 iaitu er… sebanyak 480 buah rumah dan saya juga er... dimaklumkan bahawa er… perumahan ini sebenarnya meliputi 2 DUN iaitu DUN Muadzam Shah dan juga DUN Bukit Ibam.
Er… ia adalah telah ditemuduga sebahagian sahaja, jadi saya nak tahu berapakah yang telah ditemuduga dan keputusannya bila dan juga bilakah tarikh temuduga untuk yang sebahagian lagi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Datin Samsiah Arshad.
Ibam Yang Berhormat, Wakil Ibam.
Ya Ibam. Perumahan generasi kedua yang telah siap berjumlah seratus… 1,154 unit. Detailnya terdapat di Jerantut, FELDA Padang Piol - 26 unit sahaja; FELDA Koyan 1B - 24 unit; Selancar 4 dan 5 - 480 unit; FELDA Selendang 2 - 360 unit; Keratong 4 - 264 unit. Lebih kurang 1,124 atau 1,200 lah.
Berkenaan dengan FELDA Selendang 2 yang telah temuduga pada tak silap saya April sebelum pilihan raya. Keputusannya belum lagi keluar kerana dalam proses pilihanraya ketika itu dan juga berlaku dari segi perubahan landskap politik Kerajaan Barisan Nasional ditukar oleh Kerajaan PH dan FELDA di bawah pemerintahan Kerajaan PH. Maka tertunggaklah er… yang dipanggil temuduga tu … telah di hold buat sementara.
FELDA Selancar 5, separuh temuduga, separuh belum dipanggil temuduga. Sebenarnya yang… permohonan banyak. Untuk temuduga Perumahan Generasi Kedua FELDA tapi yang layak sahaja dipanggil, yang tak layak tak dipanggil. Makna yang dipanggil yang layak tu, dalam proses Kerajaan Pakatan akan membuat arahan kepada FELDA untuk membuat er… penyerahan kunci yang layak. Yang tak layak tu, yang tak panggil tu maknanya tak layak lah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Tanjung Lumpur, Tanjung Lumpur.
Ya, ya.
Wakil Tanjung Lumpur, soalan berkaitan dengan FELDA atau soalan tumpang?
FELDA. Berkaitan dengan FELDA...
Saya tak akan izinkan lagi soalan tumpang. Haa… sila.
Insya-Allah. Jagi Yang Berhormat Yang di-Pertua, er... penjelasan daripada Wakil Kerajaan tadi er… sebelas lebih kurang, projek Perumahan Generasi Kedua yang gagal dibina oleh kontraktor. Jadi soalannya, apakah tindakan pada pihak Kerajaan terhadap kontraktor-kontraktor tersebut sebab memandangkan kos er… pembinaan ini tinggi er… jadi er… mohon penjelasan.
Kerajaan dalam mesyuarat FELDA yang saya nyatakan tadi telah diterminatekan. Projek yang er... FELDA ada 3 projek. 1 projek yang dah siap; 1 projek sak... terbengkalai dan 1 projek sakit. Bukit Sagu ni termasuk projek sakit dan juga projek yang sakit ni telah diterminatekan oleh pihak FELDA. Oo… bukan projek sakit, projek terbengkalai. Projek sakit yang telah diterminatekan. Maka dia, kontraktor tersebut telah di L.A.D kan dan telah di… dan tamat dia punya kontrak maka FELDA akan lantik kontraktor baru untuk… sebagai kontraktor penyelamat projek terutama projek Bukit Sagu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Kita telah selesai membincangkan soalan-soalan dan jawapan pada pagi ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dan juga pihak Kerajaan yang telah dapat mengikuti arahan-arahan yang sewajarnya dan saya bercadang untuk menempohkan Sidang kita pada pagi ini untuk kita bersama-sama minum pagi dan persidangan akan disambung semula pada jam 11.15 pagi dan jangan lambat masuk. Terima kasih.
[Persidangan ditempohkan jam 10.48 pagi]
[Persidangan disambung semula]
Usul menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion
Perkara Ketiga. Usul menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk membawa satu Usul di Dewan Yang Mulia ini yang berbunyi;
“Bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju menjunjung kasih atas limpah berkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berangkat menyempurnakan Titah Diraja kepada Dewan Negeri.”
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya kita dapat bersama-sama hadir pada hari kedua Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Keempat Belas yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang pagi semalam. Kita juga bersyukur serta menjunjung kasih ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja atas perkenan Kebawah Duli Tuanku menyempurnakan perasmian Istiadat Pembukaan Dewan Negeri ini.
Mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam menyempurnakan ialah paduka anakanda Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Titah Diraja oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada istiadat ini amat disanjungi dan akan terus mendapat panduan, pedoman dan hala tuju kerajaan negeri dalam menjalankan kewajipan dengan berkesan, insya-Allah.
Sukacita saya mengambil kesempatan berada dalam Dewan Negeri… dalam Dewan Negeri Yang Mulia ini untuk merakamkan ucapan junjungan kasih tidak terhingga ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku melantik saya sebagai Menteri Besar pada Istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar Pekan pada 15 Mei yang lalu. [Ahli Dewan menepuk meja]
Perlantikan ini sesungguhnya merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu digalas. Pahang ialah negeri yang luas. Dengan keluasan 3.6 juta hektar, ia lebih luas daripada gabungan 3 buah negeri. Kelantan 1.4 juta hektar, Terengganu 1.2 juta hektar dan Selangor 796,000 hektar. Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pula adalah merupakan yang bersifat dengan izin, hands-on serta tersangat dekat dengan kehidupan seharian rakyat baginda. Menambah kukuhkan lagi ialah slogan serta amalan yang sudah disebatikan dengan pemerintahan iaitu ‘Raja Rakyat Sehati Sejiwa, Raja Rakyat Berpisah Tiada’.
Oleh itu, dalam apa juga keadaan yang rakyat jelata alami sama ada yang baik apatah lagi yang buruk, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku tentu sahaja akan berada bersama-sama rakyat baginda untuk berkongsi. Misalnya pada waktu-waktu rakyat baginda mengalami bencana, tiada pihaklah yang dapat menandingi kecepatan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ke lapangan untuk menziarahi, menanya khabar serta menitahkan langkah-langkah seterusnya bagi membetulkan kembali keadaan. Ini semua menjadikan tugas dan tanggungjawab seorang Menteri Besar lebih mencabar demi untuk mencapai tahap tinggi tentang sikap mengambil beratnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terhadap rakyat jelata. Hanya dengan tunjuk ajar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku adalah dijangkakan tugas dan tanggungjawab ini dapat ditunaikan dengan sebaik-baiknya, insya-Allah.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Mengambil kesempatan ini juga, saya juga berterima kasih ke atas jasa dan perkhidmatan yang telah dicurahkan oleh Yang Berhormat kawasan Pelangai, Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob selama kerajaan negeri di bawah pentadbirannya hampir 19 tahun. Sejak dilantik menjadi Menteri Besar pada 25 Mei 1999, kerajaan negeri telah digerakkan dengan berkesan dan jayanya. Kejayaan paling ketara ialah dalam sektor pendidikan termasuklah dengan kenaikan taraf Kolej IKIP kepada Kolej Universiti Yayasan Pahang serta penubuhan dan kejayaan yang sentiasa diraih oleh Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Oleh kerana kepimpinan Yang Berhormatlah, Yayasan Pahang yang pada asalnya cuma dengan bajet tahunan kira-kira RM1.8 juta pada tahun 1983 telah melonjak kepada kira-kira RM132 juta setahun sejak Yang Berhormat menjadi pengerusinya pada tahun 1999.
Sejak 1983 hingga kini juga Yayasan Pahang telah membelanjakan kira-kira RM1149 juta yang sebahagian besarnya kira-kira RM899 juta ialah untuk pembiayaan biasiswa dan pinjaman pendidikan. Selebihnya kira-kira RM250 juta ialah untuk program-program pendidikan, sukan, kebudayaan dan kemasyarakatan. Bilangan mereka dalam kalangan pelajar yang mendapat manfaat dari perbelanjaan ini ialah kira-kira 1.38 juta orang. Bukti keberkesanan kepimpinan Yang Berhormat ialah pada setiap kali pilihan raya umum atau pun pilihan raya kecil diadakan, Barisan Nasional di bawah kepimpinan Yang Berhormat Dato’ Sri DiRaja tidak pernah gagal [Ahli Dewan menepuk meja].
Pada PRU Ke-14 yang lepas, tatkala negeri-negeri pimpinan Barisan Nasional yang lain, jatuh satu persatu kepada Pakatan Harapan, Pahang antara 2 negeri saja yang kekal pemerintahannya di bawah Barisan Nasional [Ahli Dewan menepuk meja]. Banyak yang telah saya pelajari daripada kepimpinan Yang Berhormat ADUN Pelangai terutamanya semasa saya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan di bawah kemudi Yang Berhormat selama 2 penggal yang lepas. Dengan ini saya berharap saya juga dapat memberikan perkhidmatan terbaik pula sebagai Menteri Besar demi memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat jelata.
Sukacita juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada bekas-bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan juga bekas-bekas Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan perkhidmatan yang terbaik sebelum ini [Ahli Dewan menepuk meja]. Dalam apa juga kedudukan sekarang saya doakan agar dikurniakan oleh Allah SWT kesihatan yang baik dan terus berbahagia di samping keluarga.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sukacita juga saya ucapkan tahniah terutamanya kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Ishak, Yang di-Pertua Dewan Negeri Pahang kerana terpilih sekali lagi seterusnya mengangkat sumpah jawatan selaku Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Yang Mulia ini [Ahli Dewan menepuk meja]. Pemilihan ini kepada saya adalah amatlah bertepatan. Ini tentunya berdasarkan rekod cemerlang yang telah dibuktikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri sepanjang menduduki jawatan yang sama dalam tempoh Dewan Negeri Ketiga Belas yang lalu. Oleh kerana itulah pada setiap kali sesi persidangan berlangsung dalam tempoh Dewan Negeri Ketiga Belas, ia sentiasa lancar sungguhpun ada kalanya berlangsung perdebatan yang hangat antara wakil-wakil kerajaan dengan pembangkang.
Pada setiap kali juga, oleh kerana peranan yang berkesan yang dimainkan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri dengan sikap tidak memihak, kemuliaan Dewan Negeri Yang Mulia ini sentiasa terpelihara. Yang Berhormat Dato’ Sri telah sekali lagi terpilih dan dilantik untuk kali ke-2 sebagai Yang di-Pertua Dewan Negeri Keempat Belas. Saya percaya seperti mana cemerlangnya kepimpinan Yang Berhormat Dato’ Sri mengendalikan sesi persidangan sempena Dewan Negeri Ketiga Belas, begitulah juga dijangkakan pada kali ini [Ahli Dewan menepuk meja]. Malah dengan pengalaman Yang Berhormat Dato’ Sri yang semakin bertambah, saya yakin kecemerlangan yang ditunjukkan sebelum ini akan dapat diulang dan ditingkatkan lagi, insya-Allah.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Mengambil kesempatan ini, sukacita juga saya ucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Yang Berhormat sebelum ini. Yang Berhormat berada di dalam Dewan Negeri Ke-14 ini ialah ekoran kejayaan Ahli-ahli Yang Berhormat memenangi di kawasan masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang berlangsung pada 9 Mei yang lepas. Oleh kerana kejayaan Ahli-ahli Yang Berhormat itu saya juga ucapkan tahniah dan ucapan tahniah ini me…meliputi kesemua 42 Ahli Yang Berhormat tanpa mengira latar belakang parti yang diwakili. Sesungguhnya rakyat atau pengundi telah membuat pilihan mereka. Oleh itu semua pihak perlu hormat dan akur dengan pilihan. Saya sebagai Menteri Besar yang mewakili kerajaan yang memerintah di negeri ini sangat sedar dan akur dengan apa yang telah menjadi pilihan rakyat. Semoga dengan ini sesi persidangan kita dapat diteruskan dalam penuh adab khususnya dengan mematuhi segala peraturan mesyuarat yang telah ditetapkan.
Yang Berhormat Tuan di-Pertua,
Memang tidak dapat dinafikan struktur dan komposisi Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan Negeri ini telah banyak berubah berbanding yang lepas-lepas susulan daripada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14. Jika berdasarkan keputusan pilihan raya umum, Ahli-ahli Yang Berhormat yang mewakili Barisan Nasional ialah seramai 25 orang manakala yang mewakili parti pembangkang ialah seramai 17 orang iaitu Ahli-ahli Yang Berhormat daripada PAS seramai 8 orang, daripada DAP 7 orang dan daripada parti PKR seramai 2 orang [Ahli Dewan menepuk meja] dengan ini menjadikan Ahli-ahli Yang Berhormat dari Barisan Nasional selaku parti pemerintah seramai 25 orang hanya kurang 3 orang untuk memperolehi majoriti 2/3.
Oleh kerana perimbangan yang se…yang sedemikian saya berharap perbahasan-perbahasan yang dilakukan pada sesi-sesi persidangan Dewan Negeri kali ini dapat diadakan dalam suasana yang sewajarnya. Paling asas apabila mengemukakan hujah
biarlah bersandarkan kepada fakta yang sahih bukan setakat dikutip daripada dengan izin, ear say, apatah lagi yang berunsurkan fitnah. Sebaik-baiknya jadilah juga seorang yang budiman ataupun gentleman jika sesuatu itu putih katakan putih, jika hitam katakan hitam ataupun apabila terlanjur dan sedar diri tersilap tak perlulah bertindak seperti hendak menegak benang yang basah yang akhirnya mengundang peristiwa bertikam lidah antara Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Sehubungan itu, sukacita saya menyarankan Ahli-ahli Yang Berhormat terutamanya yang baharu pertama kali menjejak kaki ke Dewan Negeri Yang Mulia ini agar menyemak dan fahamilah sebaik-baiknya segala peraturan mesyuarat yang telah ditetapkan. Sudah tentulah apa-apa percakapan, perbahasan serta perlakuan yang tidak menurut peraturan mesyuarat sangat tidak dialu-alukan. Apa lagi jika ia dilakukan semasa sesi-sesi persidangan Dewan Negeri mempunyai tetamu sebagai pemerhati termasuklah dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah ataupun daripada sekolah rendah.
Jika kita selalu ditekankan supaya sebagai pemimpin kita hendaklah dengan izin, lead by example ataupun kepimpinan melalui tauladan. Inilah masa yang sepatutnya kita tunjukkan tauladan tersebut. Samping itu saya turut mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kedua-dua belah sama ada parti memerintah ataupun pembangkang supaya dapat kita bersama-sama memainkan peranan dalam membawa pembangunan dan kemakmuran negeri demi memelihara kesejahteraan rakyat jelata. Kita harus sedar bahawa rakyat memlih dan mengundi kita agar kita turut bertanggungjawab serta melakukan pembelaan untuk mereka. Pertanggung… pertanggungjawaban ini akan diperhatikan dan dinilai oleh rakyat dan bagi yang beragama Islam pertanggungjawaban ini turut dipersoalkan di akhirat kelak.
Yang Berhormat Tuan di-Pertua,
Eloklah juga kita merenung kembali kata-kata hikmah Pendeta Za’ba dalam syairnya seperti berikut
Buatlah baik ayuhan rakan, Kalau tidak dikenal insan, Ke dalam laut kita dicampakkan, Jika tidak dikenal ikan, Tuhan tahu iakah bukan
Yang Berhormat Tuan di-Pertua,
Pengajaran daripada syair ini ialah kalaupun segala perbuatan baik kita tidak disedari atau dihargai orang tetapi Allah maha mengetahuinya. Jika kita sebagai Ahli Yang Berhormat boleh pula nanti kita mengotakan apa yang dikata, menepati apa yang dijanji, saya pasti rakyat akan membalasnya dengan sokongan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Oleh itu saya suka berpesan agar manafaatkanlah ruang dan peluang Ahli-ahli Yang Berhormat berada dalam Dewan Yang Mulia ini untuk mengangkat dan memperjuangkan kebajikan rakyat. Berbaktilah untuk rakyat, berkhidmatlah kepada rakyat dan berjuanglah demi rakyat.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sekian sahajalah ucapan ringkas saya untuk majlis kita pada pagi ini. Saya berharap usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan Yang Mulia ini. Wabillahi taufik
wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja].
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon izin untuk menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar sebentar tadi.
Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Dihadapan majlis adalah satu usul yang berbunyi,
“bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Mulia Pemangku Raja Pahang berangkat menyempurnakan Titah Diraja kepada Dewan Negeri”.
Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebentar tadi dan telahpun mendapat sokongan.
Sekarang saya kemukakan semula usul tersebut kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk perbahasan. Sebelum saya membuka gelanggang, sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berjaya mendapat mandat dan amanah daripada rakyat dalam PRU Ke-14 pada 9 Mei yang lalu. Hari ini… 76 hari kah berlalu? Gelanggang telahpun dibuka pemain telahpun diputuskan dan sepertimana Titah Kebawah Duli Pemangku Raja Pahang, jadikan dewan ini tempat berkongsi kebijaksanaan bukan untuk beradu kekuatan.
Saya berharap Ahli-ahli Dewan akan beraksi mengikut Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat atau dengan izin, Standing Orders dan mewujudkan demokrasi aras tinggi dan berbahas dengan penuh kematangan di dewan ini. Saranan dan ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebentar tadi untuk berbahas dengan penuh adab dan tertib adalah menjadi kunci besar untuk kita bersama-sama menjaga kemuliaan dan keharmonian dalam Dewan Yang Mulia ini. Saya akan membenarkan Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas usul ini selama 15 minit dan ditambah 3 minit untuk membuat penggulungan ringkas bagi membenarkan dan membolehkan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain untuk mengambil bahagian.
Baiklah. Saya buka pada Ahli- Yang Berhormat untuk memulakan perbahasan. Ya… sila Yang Berhormat Bilut.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Yang Berhormat-Yang Berhormat, Pegawai-Pegawai Kerajaan, salam sejahtera. Terutamanya saya ingin merakamkan ucapan menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Hari ini saya ingin menyentuh beberapa isu penting ber… berkenaan kawasan Bilut Bentong.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Pertama, terdapat banyak kuari pasir yang sedang beroperasi di dalam kawasan Parlimen Bentong khususnya Sungai Perting. Aktiviti kuari pasir ini akan mencemarkan sungai dan isu ini pernah saya mem… bangkitkan di Dewan Undangan Negeri Yang Mulia ini. Pencemaran akan menjejaskan sumber air kawasan Bentong dan saya berpendapat bahawa kerajaan negeri perlu lebih memandang berat kepada kuari pasir yang masih beroperasi. Saya mencadangkan bahawa penilaian alam sekitar yang telus perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum memberi kelulusan kepada permit kuari pasir.
Kerajaan perlu memastikan bahawa lokasi kuari pasir yang diluluskan bukan berdekatan dengan sumber air mentah dan pegawai perlu dihantar ke kuari pasir untuk membuat semakan secara berkala untuk memastikan operasi harian mematuhi membuat er… prosedur operasi standard SOP, dengan izin. Kerajaan juga perlu tidak teragak-agak untuk membatalkan permit kuari pasir tersebut sekiranya mendapati bahawa berlaku pelanggaran prosedur operasi standard. Kami tidak membantah kerajaan meluluskan permit kuari pasir yang diberi manfaat kepada rakyat Pahang tetapi kami memohon kepada kerajaan agar memastikan kepentingan alam sekitar dijaga sebelum memberi kelulusan. Hal ini dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar dan situasi menang-menang dapat diwujudkan.
Kedua, Medan Selera Bentong mempunyai sejarah yang lebih daripada 30 tahun dan ia merupakan kenangan bersama rakyat Bentong. Terdapat ramai penjaja yang masih membuat berniaga di dalam medan selera tersebut sehingga kini. Medan selera tersebut kini dalam keadaan yang usang dan rosak. Keadaannya menjadi semakin buruk apabila bumbung dan atap pecah dan air hujan bertakung. Selain itu, kemudahan dan kebersihan di medan selera tersebut turut dalam keadaan yang kurang memuaskan. Oleh itu, saya mencadangkan kepada kerajaan negeri agar menjalankan kerja menaik taraf medan selera tersebut agar kepentingan penjaja dan pengguna dijaga. Sekiranya permohonan kerja naik taraf medan selera tersebut diluluskan, penjaja yang sedia ada perlukan ditempatkan dengan baik setelah kerja penambahbaikan disiapkan, mereka perlu diberi keutamaan untuk menjaja di medan selera tersebut sebelum dibuka kepada orang ramai.
Ketiga, pada 30 haribulan Mei jam sekitar 1.00 pagi, satu kebakaran telah berlaku di Kampung Baru Repas. Empat buah rumah telah terlibat dalam kebakaran tersebut dan kebakaran ini telah membawa maut kepada seorang nenek dan cucunya. Untuk pengetahuan kalian, ini merupakan kes maut pertama akibat daripada kebakaran yang berlaku di Bentong. Kita telah melancarkan tabung bencana selepas kemalangan tersebut dan berjaya mengumpulkan RM120,000. Jumlah tersebut telah diagihkan kepada mangsa dan kerja pembinaan semula sedang dijalankan. Saya berharap kerajaan negeri boleh memberi sokongan…
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Nak tanya mangsa tadi. Apa nama mangsa? Nama... Nama. Kalau ada. Nama… nama mangsa kebakaran yang… yang meninggal dunia.
Saya nak check balik er… rekod saya.
Dia dari keluarga apa? Melayu? Cina? India? Tanya.
Keluarga Cina.
Terima kasih.
Saya berharap Kerajaan Negeri boleh memberi sokongan sepenuhnya kepada pembinaan semula dan mempermudahkan segala urusan dan saya juga mengambil kesempatan ini mengucap ribuan terima kasih kepada semua agensi-agensi kerajaan terutamanya pihak bomba kerana membantu mereka dalam kebakaran tersebut.
Keempat, Bentong merupakan satu kawasan pelancongan yang berpotensi untuk dimajukan yang mempunyai kelebihan dari segi lokasi geografik dan juga lokasi pemandangan. Kesemua kebolehan… kelebihan ini dapat membantu Bentong menjadi antara salah satu kawasan pelancongan yang terkenal di Malaysia. Lokasi Bentong berdekatan dengan Kuala Lumpur dan ia menjadi pilihan utama pelancong dari Kuala Lumpur semasa hari rehat terutamanya musim durian. Walaupun Bentong berpotensi untuk menjadi kawasan pelancongan yang terkenal di Malaysia, tetapi tiada perancangan yang baik dibuat sehingga kini. Hal ini akan menjejaskan pengalaman pelancong dan menyebabkan kehilangan pelancong.
Oleh hal yang demikian, saya mencadangkan agar satu perancangan yang menyeluruh boleh diusahakan secara bersama antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Kerajaan boleh menyusunkan semula kawasan pemandangan di Bentong yang berpotensi untuk memajukan dan membuat perancangan yang lebih mesra pelancong. Hal ini dapat memajukan pelancongan Bentong Raya dan menolong dalam kemajuan ekonomi tempatan sejurusnya menambah pendapatan kerajaan negeri.
Kelima, buat pertama kali pertukaran kerajaan berlaku di Malaysia setelah Pilihan Raya Umum kali ke-14. Kerajaan pusat diambil alih oleh Kerajaan Pakatan Harapan dengan aman. Pelbagai jenis dasar telah diumumkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dan antaranya ia memberi peruntukan kepada pusat perkhidmatan dan kawasan pembangkang. Kesemua Ahli Parlimen tidak mengira kerajaan ataupun pembangkang layak untuk mendapat peruntukan sebanyak RM200,000 setahun untuk kegunaan pusat perkhidmatan. Kebanyakannya negeri seperti Johor, negeri Perak, negeri Kelantan dan sebagainya telah mengumumkan bahawa mereka akan mencontohi kerajaan pusat dan memberi peruntukan kepada pusat perkhidmatan tanpa mengira kerajaan ataupun pembangkang.
Ia merupakan dasar yang baik dan memberi manfaat kepada semua yang tidak pernah dilaksanakan oleh sesiapa sebelum ini.
Yang Berhormat Bilut, Menteri Besar minta laluan.
Yang Berhormat Tuan di-Pertua,
Tadi ADUN Bilut ada mengatakan kerajaan-kerajaan negeri lain di bawah Pakatan Harapan akan turut mengikuti jejak langkah kerajaan persekutuan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan. Er… sehingga kini saya nak tahu negeri manakah yang telahpun memberi peruntukan kepada pembangkang dan berapakah jumlahnya? Terima kasih Tuan di-Pertua.
Apa yang saya er… maklum, negeri Johor telah memberi RM50,000 setahun kepada semua wakil rakyat tidak kira pembangkang atau pun er… kerajaan. Negeri er… Kedah memberi RM7000 sebulan untuk semua wakil rakyat dan juga Kelantan telah pun mengumumkan bahawa er… wakil rakyat tidak kira pembangkang atau pun kerajaan boleh dapat RM100,000 setahun. Dan yang lain tidak ada informasi lagi tetapi apa yang saya faham negeri Perak dan negeri Sembilan juga akan mengikuti peraturan-peraturan er… apa itu tersebut. Okay.
ADUN boleh menggunakan peruntukan tersebut untuk membayar gaji penolong pusat perkhidmatan dan menyelidik dasar. Hal ini dapat meringankan beban ADUN dan memastikan segala urusan dijalankan dengan lebih cekap. Kerajaan pusat Pakatan Harapan dan kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Kerajaan PAS atau pun Pakatan Harapan telah melaksanakan dasar ini. Oleh itu, saya berharap agar kerajaan Pahang boleh mencontohi mereka dan memberi peruntukan pusat perkhidmatan kepada ADUN pembangkang untuk manfaat rakyat Pahang. Sebelum ini… Selain itu, kerajaan pusat Pakatan Harapan telah mengumumkan bahawa akan memberi peruntukan sebanyak RM200,000 kepada semua… kepada ahli Parlimen pembangkang agar peruntukan ini boleh digunakan dalam kawasan Parlimen untuk kepentingan rakyat.
Ini merupakan dasar yang tidak pernah dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu. Kami pernah membangkitkan isu ini di dewan yang mulia ini pada sesi mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang sebelum ini. Namun ia tidak diterima oleh kerajaan negeri masa tersebut. Oleh itu, memandangkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri lain telah melaksanakan dasar ini dengan memberi peruntukan kepada pembangkang. Saya harap agar kerajaan negeri boleh bersikap adil dalam memberi peruntukan kepada pembangkang agar kebajikan rakyat negeri Pahang tidak diabaikan. Itu sahaja ucapan pada pagi ini. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Bilut. Ya, sila Beserah.
[Ayat Al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberi izin kepada saya untuk berdiri dan sama-sama mengambil bahagian di dalam membahaskan serta menyokong menjunjung kasih di atas Titah Diraja yang telah dilafazkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja Pahang pada hari Isnin, semalam. Di kesempatan ini juga saya ingin er…
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang baru, yang telah diberikan amanah untuk er… mengepalai dan juga memandu negeri Pahang ini ke arah yang lebih baik di masa akan datang dan kita juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan terhadap mantan er… Menteri Besar, dalam tempoh 19 tahun berkhidmat, sudah pasti banyak jasa-jasa beliau yang ditinggalkan demi kebaikan rakyat Pahang ini secara khususnya. Semoga Allah memberikan balasan yang setimpal terhadap jasa yang telah diberikan oleh beliau.
Saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua sekali lagi dipilih untuk duduk di kerusi Yang di-Pertua. Sudah pasti ini adalah indicator er… prestasi yang baik yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Yang di-Pertua sepanjang tempoh mengendalikan Persidangan Dewan... mesyuarat dewan kita pada penggal yang lepas. Tahniah kepada Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Saya ingin mengambil kesempatan, di kesempatan ini untuk nak mengucapkan er… dan menjunjung kasih terhadap Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia khususnya dalam beberapa perkara. Apa yang telah dititahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja pada hari Isnin yang lalu, banyak telah menekankan aspek-aspek penting yang perlu kita merenung sejauh mana kita mampu terutama sekali sebagai Ahli Dewan Yang Mulia ini untuk sama–sama kita memanfaatkan segala ruang yang ada dan kesempatan yang kita miliki mempastikan bahawa rakyat negeri Pahang ini berada di dalam keadaan yang lebih baik, sejahtera dan selesa di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.
Ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh yang pertama sekali, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah menyentuh tentang perkembangan projek-projek berimpak tinggi dan pertumbuhan industri yang telah memberikan pulangan dan meningkatkan hasil negeri dan juga baginda menyentuh bagaimana projek pembinaan MCKIP, Malaysian China Kuantan Industrial Park yang berada di dalam kawasan saya bakal mewujudkan kira-kira 4000 peluang pekerjaan baru.
Kita menyambut baik segala usaha menarik pelabur dan juga sebarang perkara yang boleh memberikan peluang pekerjaan dan ekonomi yang boleh dijana oleh penduduk tempatan. Namun begitu, kita perlu melihat dan menilai kesan ataupun impak yang boleh diberikan terutama sekali terhadap sosio budaya kawasan setempat.
Saya ingin menarik perhatian dewan, pada minggu lepas telah tular sebuah video yang berlaku di kawasan MCKIP, satu pergaduhan berlaku walaupun dalam tular video yang ditularkan itu menyatakan bahawa ada perbalahan dari segi perkauman namun ianya tidak benar. Sebenarnya apa yang berlaku bila kita siasat, kita dapati ada pertembungan budaya dari segi kefahaman, cara hidup, cara bertindak dan berfikir yang bertembung antara rakyat negara kita dengan rakyat pekerja-pekerja daripada luar.
Di sini saya ingin menyarankan supaya kita mengambil tindakan segera terutama sekali mengadakan orientasi daripada mana-mana syarikat pelabur yang ingin membawa pekerja-pekerja luar untuk menjalankan perniagaan di sini dan akan
bertemu dengan pekerja-pekerja tempatan perlu ada silang budaya yang dilakukan supaya mereka bukan sahaja memahami antara satu sama lain dari segi kehendak dan budaya, mereka juga boleh memahami bagaimana ingin berdiplomasi antara kedua-dua pihak.
Apa yang berlaku di MCKIP memang kita hargai, bakal mewujudkan 4000 peluang pekerjaan tapi buat masa kini maklumat yang ada pada saya, terdapat 5000 pekerja luar, kebanyakannya daripada China, Bangladesh dan juga Nepal. Dan lebih mendukacitakan kita, pekerja-pekerja yang ada tersebut bukan pekerja-pekerja yang berpengetahuan dan juga mempunyai pengalaman yang tinggi, mereka hanya sebagai pekerja am, buruh kasar, pengawal keselamatan juga diambil daripada orang luar.
Apa yang berlaku kerana budaya yang tidak sama ini, terutama sekali dari segi komunikasi, apabila mereka tidak boleh berhubung…
Beserah mohon pencerahan.
Sila, sila Kemayan.
Dato’ Yang di-Pertua,
Saya mohon daripada Beserah. Boleh tak dijelaskan dalam dewan ini, berapakah pecahan-pecahan pekerja tersebut? Maknanya daripada negara China berapa? Daripada Nepal berapa? Bangla berapa? Kalau ada, dan pekerja tempatan begitu juga. Melayu berapa? Cina berapa? India berapa? Terima kasih.
Saya tidak ada detail pecahan secara menyeluruh dari segi level, berapa orang pengurusan pekerja asing, berapa orang pengurusan pekerja tempatan. Namun apa yang saya dapat di sini kita… pekerja tempatan kebanyakannya hampir 80% adalah merupakan er… buruh kasar ataupun pekerja bawahan. 80% daripada 2000...
Mohon, Beserah, Beserah… Beserah. Minta maaf. Saya tak berapa faham tadi. Maksud saya tadi, mungkin Beserah tak berapa faham. Kalau dari segi pengamatan Beserah, okaylah kita tak payah ikut pecahan kepada ikut negara, sekarang kita tengok berapa percent pekerja luar? Berapa percent pekerja tempatan? Lebih mana lebih ramai?
Terima kasih Kemayan. Untuk penjelasan setakat hari ini ada 5,000 pekerja luar, ada 2,500 pekerja tempatan. Maknanya separuh daripada pekerja luar tu pekerja tempatan, separuh sahaja dan 80% daripada 2,500 pekerja tempatan adalah pekerja buruh kasar ataupun pekerja am. Menunjukkan rakyat negara kita yang du… yang
berkhidmat di kawasan tersebut kebanyakannya adalah pekerja rendahan yang tidak diberi peluang untuk nak… nak… er… bersama-sama di dalam membuat keputusan.
Minta celah sikit.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Er… saya terima kasih er… Beserah telah bangkit isu MCKIP. Er… dua minggu lepas saya dijemput ke MCKIP, saya ingat apa yang dibangkit oleh Beserah adalah tidak betul. Er… Apa yang berlaku yang dalam klip video itu, apa yang sebenarnya kita tanya apa yang berlaku pada masa itu adalah seorang budak bukan pekerja MCKIP ingin masuk ke dalam ambil wang, pakai ATM machine. So maknanya security tak benar dia masuk, itu jadi isu kecoh. Itu yang berlaku pada video klip itu lepas tu dia cari budak dan pergi buat kacau. Itu… yang tadi er… Beserah bangkitkan 5,000 orang…
Dato’ Yang di-Pertua, saya celah sikit. Tak ke Beserah tak ada rasa kecil hati ke? Teruntum ni sibuk pasal orang kenapa? Kalau saya jadi Beserah, dari tadi saya lanyak dah. Terima kasih.
Yang Berhormat Kemayan.
Sebenarnya macam ini, kita telah di… di… diberitahu oleh MCKIP, sekarang yang pekerja yang ada ambil yang biasa dia tahu control machine yang sedang… yang ada. Yang akan ajar kepada orang Malaysia. Itulah sebab bukan dia tak nak… orang Malaysia kita tak boleh handle machine-machine yang baru ni. Saya ingat SS kita pun pernah pergi ke kilang dan telah tahu er… sebab saya nampak gambar dia di sana, so saya ingat SS lagi tahu apa yang sedang berlaku di dalam MCKIP. Saya ingat tuduhan-tuduhan yang tidak betul, tidak benar, tidak adil pada satu… sebuah kilang yang melabur di Malaysia. Terima kasih.
Okay terima kasih Teruntum. Sebenarnya gini, saya rasa Teruntum salah faham. Apa yang saya nak sampaikan di sini adalah berlaku pertembungan budaya. Budaya kerja, budaya berfikir dan bertindak antara pekerja luar dengan pekerja tempatan yang sebenarnya punca ini lama hangat dia, dia lama duduk dalam er… orang kata menggelegak dan meletus yang diakibatkan oleh sedikit spark, sedikit er… suntikan sahaja yang menjadi viral itu. Sebenarnya isu asas dia adalah…
Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasihlah…
Sila.
… Beserah bagi laluan. (ketawa).
Yang Behormat Yang di-Pertua,
Saya nak bagi tahu kepada wakil daripada Beserah, Kerajaan Pakatan Harapan ini belum 100 hari lagi, bagi dia peluang 100 hari, lepas ni dia buat macam-macam Yang Behormat Yang di Pertua. Minyak turun, PTPTN tak payah bayar, tunggu dulu er… wakil daripada Beserah, kita sabar dulu tak lama dah, 100 hari akan menjelma sekejap masa lagi dan kita nak tengok janji malah bukan sahaja, bukan sahaja… pertembungan budaya itu dapat diselesaikan lebih daripada itu termasuklah ikan kembung murah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Behormat daripada Lanchang. Saya tak rasa hati pun tak rasa terkilan mana-mana Wakil Rakyat, ADUN yang ingin datang ke tempat saya ataupun cerita tempat saya dan sebagainya sila. Saya alu-alukan, tapi mestilah jumpa saya atau cerita dengan saya, bagi salam lah sikit, itu je. Walaupun kita ada kuasa, kita faham, kita ada kuasa kita boleh pergi Pelabuhan Kuantan boleh masuk, Gebeng boleh minta masuk semua tapi bagi salamlah sikit. Saya mohon supaya kita ada adab di dalam kita berpolitik, berpolitik juga, tapi hal rakyat, hal masyarakat, kita kena ketepikan kepentingan politik tersebut.
Yang Berhormat Yang di Pertua, saya ingin meneruskan. Yang perkara… yang kedua, yang disentuh oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia adalah tentang bagaimana kerajaan perlu mencari jalan terbaik untuk mencari sumber baru bagi menjana hasil dan pendapatan negeri Pahang dengan lebih serius. Tidak dapat dinafikan, kita negeri Pahang terutama sekali bergantung kepada tiga sumber hasil tradisi, iaitu hasil daripada tanah, galian dan juga daripada hutan, daripada pembalakan. Dan kita perlu menginsafi kegagalan kita untuk nak mengeksploit atau pun mengambil peluang semaksima mungkin sumber-sumber ekonomi yang ada, yang Allah kurniakan dalam negeri Pahang ini, selain daripada bergantung kepada hutan dan galian serta tanah.
Kita seharusnya perlu melihat dalam bentuk yang lebih besar dan menyeluruh seperti mana disarankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, bahawa er... perkara-perkara yang berkaitan projek-projek ataupun sumber-sumber yang berdasarkan kepada industri pembuatan, pertanian, agrobioteknologi dan sebagainya perlu kita ambil serius untuk nak memastikan bahawa bakal menjana pendapatan yang baik dan juga mampan untuk negeri Pahang.
Kita juga mengharap agar segala usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan di dalam nak menjana dan mencari sumber yang baru ini, haruslah tidak menjejaskan dari segi kesan terhadap alam sekitar. Begitu juga telah dititahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada Titah Diraja pada hari Isnin yang lalu. Jadi di kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah, terima kasih kepada Jabatan Hutan
Negeri Pahang khususnya yang telah mengadakan banyak operasi-operasi mencegah pembalakan haram, dan minggu lepas saya terbaca mencegah lombong haram di kawasan er… Rompin, maka usaha-usaha sebegini adalah merupakan usaha yang perlu dilaksanakan secara berterusan dan perlukan er…penglibatan bersepadu daripada semua pihak.
Kita tidak boleh menyerahkan hanya semata-mata satu pihak sahaja yang menjalankan er… kerja-kerja penguatkuasaan tetapi pihak-pihak yang lain tidak dapat nak memberikan er… apa yang disebut sebagai bantuan atau sokongan terhadap usaha tersebut. Penggunaan teknologi yang seperti dinyatakan remote sensing, geographic information system mapping, unmanned aerial vehicle juga perlu difikirkan sebagai satu kaedah terbaik untuk kita nak memastikan penguatkuasaan kita berterusan dan tidak mengikut masa.
Kita tahu, mereka yang terlibat dengan kes-kes pembalakan, perlombongan haram ini, mereka juga ada teknologi mereka. Mereka tahu juga bila kita nak bertindak. Mereka juga tahu bagaimana nak melepaskan diri semasa kita bertindak. Maka apa yang berlaku segala usaha yang dilakukan, usaha baik yang dibuat oleh jabatan hanya akan menjadi sia-sia sekiranya kita tidak me… tidak sama level ataupun tahap teknologi yang digunakan oleh mereka dengan teknologi yang ada pada pihak kita. Jadi, saya harap pihak kerajaan boleh mempertimbangkan usaha untuk memperolehi teknologi-teknologi ini supaya er… usaha-usaha penguatkuasaan ini dapat kita teruskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana baru-baru ini telah menurunkan kuasa kelulusan pindah milik tanah dan juga gadaian yang melibatkan waris-waris terdekat dalam tempoh yang… yang singkat. Sebenarnya er… mengikut Kanun Tanah Negara Seksyen ke 12, kuasa ini boleh digunakan lama dulu dah... er… lama dah, sepatutnya Pahang ini sebuah negeri yang besar, luas tanah dia. Menteri Besar seorang tak mampu nak uruskan semua permohonan, pemilikan, pindah tanah dan juga gadaian ini. Maka penurunan kuasa kepada Pentadbir Tanah dan Daerah adalah merupakan satu tindakan yang sangat baik.
Cuma saya berharap, dan kami sangat-sangat ingin menuntut bahawa kuasa yang diturunkan ini perlulah datang dengan kebertanggungjawaban. Terutama sekali apabila melibatkan tanah-tanah pemilikan bumiputera dan rezab Melayu. Maka kita perlu melihat, kepentingan-kepentingan lain selain daripada kita ingin melaksanakan er… kemudahan kepada rakyat. Dan saya juga…
Beserah, Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Sila Yang Berhormat
Minta laluan Beserah. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Dalam isu pemberian consent ini, penurunan daripada Melayu ke bukan Melayu masih lagi perlu dibawa kepada Menteri Besar. Yang ini lebih kepada pemberian kasih-sayang, er… Melayu ke Melayu, ataupun bukan Melayu kepada bukan Melayu. Secara detail... secara lengkapnya kita akan bagitahu dan er… proses-proses tertentu seperti mewartakannya juga perlu dipatuhi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat di atas penjelasan. Saya… saya rasa kita… kita faham. Makna ada beberapa perkara yang perlu kita… kita… syarat-syarat, prasyarat yang perlu kita patuhi sebelum diturunkan kuasa. Dan kini penting, walaupun masih lagi dalam kuasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tapi proses itu perlulah dipercepatkan. Sebenarnya birokrasi dalam proses-proses begini dia membebankan rakyat. Contohnya, saya nak jual rumah, contoh. Yang ada sekatan, perlukan consent daripada Menteri Besar, 18 bulan. Ini… ini respond yang saya dapat daripada rakyat. Nak pecah tanah, pecah lot, nak buat er… apa ni… pecah lot, lebih daripada 6 bulan, 7 bulan termasuklah nak tukar syarat. Tempoh masa ini sekiranya terlalu panjang, dia akan merugikan Kerajaan Negeri juga kerana apa saja proses penukaran syarat, pecah lot tanah dan sebagainya akan beri hasil kepada negeri. Sila.
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Beserah. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Atas kesedaran inilah, denyut nadi rakyat bahawasanya pertukaran nama, pembelian dan sebagainya mengambil masa yang begitu panjang, Kerajaan Negeri di dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri telah bersetuju untuk menurunkan kuasa Menteri Besar kepada Pegawai-pegawai Daerah, atas apa yang ADUN Beserah cakap tadi. Jadi selepas ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingat perkara ini tak timbul lagi. Malahan ada perkara-perkara tertentu yang kita bincangkan, yang boleh diselesaikan dalam masa satu hari sahaja. Insya-Allah.
Terima kasih.Kita sangat-sangat menghargai er… kefahaman pihak kerajaan terhadap masalah rakyat. Di atas hasrat itu juga, saya ingin menyampaikan hasrat rakyat Beserah ni, di tangan saya ni ada resit tanah, Pejabat Tanah bertarikh November 1, 1977… 1 November 1977. Nama pemohon Kasim bin Abdullah. Kemudian pemohon ini…
Beserah, mohon… mohon laluan.
Sila.
Resit tu warna apa tadi?
Warna hijau asalnya.
Saya, Dato’ di-Pertua,
Saya selalunya saya mengadap warna kuning. Jadi saya tak tahulah kot… dari segi etika berpakaian membolehkan berpakaian secara warna kuning, yang tanpa gelap, saya tak tahu… saya tak pasti ya… dan saya pun tak ada niat nak berdengki dengan Sabai, tidak. Saya tadi pun saya tegur dia, sebagai kawan-kawan kan. You pakailah cari kot sikit supaya tak nampak lain daripada orang lainkan. Daripada tengok asyik kuning, saya nampak tulisan sampai kertas yang ditunjuk pun warna kuning. [Ahli Dewan ketawa] Jadi saya serah pada Yang diPertualah macam mana gayanya, Sabai ni boleh ke tidak.
Dia ikut… ikut partilah. Parti lain warna lain. [Ahli Dewan ketawa]
Dato’ Yang di-Pertua,
Tu belum 100 hari. Kalau lepas 100 hari, saya ingat kalau tak dikawal daripada awal, dia orang ni, Pakatan Harapan ni, perangainya sokmo gitu. Dia akan cuba, dia akan test, kita ni, tolak ansur ke tidak. Bila kita tolak ansur, dia akan pijak kepala. Ha… itu perangai orang PH. Macam… cerita Teruntum tadi. Ha… dulu pun, dulu Mentakab. Dulu Mentakab tu sibuk nak masuk kawasan saya, mencari isu di kawasan saya. Teruntum sibuk mencari isu di kawasan Beserah. Jadi tak lari tu… jadi maknanya…
Yang di-Pertua, saya rasa…
Kemayan.
Kemayan, tak apa. Terima kasih. [ketawa]
Okay… okay.
Terima kasih. Saya ingat dia tanya saya warna resit ni, warna asal dia, tuan dia pegang tu hijau dah. Warna tu hijau dah kelabu dahlah. Saya fotostat. Saya minta dia fotostat.
Taka pa Beserah. Teruskan.
Bertarikh November 1977. Nama pemohon Kasim bin Abdullah, Sungai Ular, Kampung Darat, Sungai Ular dan Kasim bin Abdullah telah meninggal dunia pada tahun 1999… telah meninggal dunia pada tahun 1999. Maknanya dia mohon tanah 1977, 20 tahun selepas itu meninggal. Tanah masih belum dapat kelulusan dan anak beliau bernama Mahmud bin Kassim telah memohon sekali lagi atas er… atas asas yang sama sebab ayahnya telah meninggal. Jadi dia duduklah rumah itu daripada kecil. Dia duduk, dia duduk rumah itu daripada kecil sampai sekarang umurnya dah 65 tahun. Masih lagi tidak dapat kelulusan hak milik. Ini satu kes di Sungai Ular.
Saya ada bundle yang hantar kepada saya ini. Tuan Yang Berhormat Yang di-Pertua, semua kes yang melebihi daripada 15 tahun permohonan hak milik tanah dan keluasan tanah yang… yang ini dipohon hanyalah seluas 1 ekar paling luas 5 ekar untuk tujuan pertanian dan juga untuk tujuan dusun serta tempat tinggal.
Jadi saya ingin bertanya dan juga mohon kerjasama pihak kerajaan. Ada satu lagi kes klasik. Nama pemohon dia hantar… dia hantar juga ini. Yang ini warna hijau ini nampak hijau dia. Er… nama pemohon Zaini binti Mahmud. Mohon pada tahun 1988 Kampung Sempadan Chendor. Masih lagi sampai hari ini ada 12 orang anak, duduk dalam satu rumah kerana tidak ada hak milik untuk nak… nak bina rumah bersebelahan pun, tak berani kerana dibimbangi akan diambil semula tanah itu oleh pihak kerajaan. Maka ini akan merugikan mereka.
Jadi saya berharap perkara-perkara pemilikan tanah. Saya yakin di kawasan-kawasan lain pun ada banyak kes mohon tanah, sama ada tanah pertanian, tanah tempat tinggal dan sebagainya tapak rumah. Masih lagi tidak di… di… diproses atau diluluskan untuk 20… 30 tahun. Ini satu perkara kita harus ambil serius kerana ini adalah hak dan kesejahteraan rakyat. Kita kena tengok genuine case, kita faham ada juga yang mana dia… dia ada dah tanah lepas itu dimohon tanah yang lain kerana tamak tanah ataupun sebagainya.
Ada seorang dua yang begitu tapi takkanlah kerana 1 atau 2 tingkah laku sebegitu. Kita menghukum seluruh kampung itu berbuat demikian kerana ada genuine case yang perlukan perhatian dan tindakan kita segera. Tak perlulah tunggu sampai orang itu mati, baru kita nak proses. Sila.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kita, dasar tanah kerajaan negeri kalau kita tengok bahawa kita mem… menjalankan melaksanakan dasar yang terbuka. Kita bukan macam negeri-negeri yang lain. Negeri-negeri yang lain kalau kita tidaklah lahir di negeri tersebut. Kita tidak ada hak untuk minta tanah. Tapi di Pahang, kalau kita boleh memberikan bukti bahawa kita
telah tinggal lebih dari 10 tahun, maka kita layak untuk memohon tanah dan permohonan tanah kita ini terbuka dan permohonan tanah ini dia ada, dia punya proses-proses dia, wakil daripada Beserah.
Satunya tanah tersebut, jika tanah tersebut tanah berperancangan, maka kerajaan akan tolak ringkas. Dia ada kriteria-kriteria dia dan er… kemudian jika tanah lepas sebagai contoh. Satu kawasan, 600 ekar sebagai contoh, kosong. Tiba-tiba kita nak mohon situ je, 2 ekar, itu pun kita tolak. Dia banyak kategori-kategori.
Saya sangat simpati dengan apa yang disebut oleh wakil daripada Beserah tadi. Jadi insya-Allah kita nak tengok, kita nak check dan selama 20 tahun takkanlah pemohon tersebut tidak pergi ke pejabat tanah. Tanya-bertanya dan er… kalau sekiranya Wakil Rakyat sebelum itu, maknanya Wakil Rakyat itu teruk sangatlah. Makna tak langsung, tak ambil peduli tentang perkara permena… permohonan tersebut.
Bukan… bukan… bukan Beserah. Beserah bagai… baru… baru apa baru… baru penggal ke-2, yang itu sebab dia menang itu, agaknyalah.
Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, insya Allah sebab setiap permohonan itu. Kita ada kita masukkan kategori. Malah Yang Berhormat Yang di-Pertua, pejabat tanah kita ini, kita tidak melarang mana-mana orang untuk mereka pergi untuk memohon. Malah Yang Berhormat Yang di-Pertua, ada tempat-tempat permohonan itu kadang-kadang bukan setakat rumah dah ada, pejabat kerajaan pun dah ada dah.
Pasal dia tengok situ tak ada geran. Pejabat kerajaan mana ada geran. Dia tak ada geran kita hanya ada chatting sahaja bagi tahu bahawa ini kawasan, ini kawasan checating…minta maaf charting. Jadi, Yang Berhormat Yang di-Pertua, charting.
Yang Berhormat.
Okay, bukan dating ya. Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, kadang-kadang permohonan tersebut, mungkin dia memohon di tempat yang telah pun ada, apa namanya, perancangan dan sebagainya. Jadi itu kita boleh er… kita boleh check balik, semak semula.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya sambung sikit.
Sila Beserah.
Kita faham setiap permohonan, dia ada proses, dia ada prosedur. Tapi kita tak faham kalau sampai empat puluh tahun tak selesai. Yang pertama.
Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Sekejap, Yang Berhormat Lanchang.
Sekejap, sekejap, sekejap nak jawab itu. Nanti terlupa. Sepatutnya yang memohon ini sama ada dia boleh pergi ke pejabat tanah ataupun dirujuk kepada Wakil Rakyat di kawasan tersebut. Selalunya kita setiap bulan, kita mempunyai mesyuarat. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelesaian Tanah dan selalunya pemohon-pemohon yang nak yang memohon tanah. Sama ada permohonan awal dan sebagainya, sama ada TOL dan sebagainya.
Dia akan datang pada kita dan dia akan bawa salinan dan kita akan check status dia dan kita akan jawab. Saya dah minta di Temerloh, kita dah minta Pejabat Daerah Temerloh untuk menjawab, apakah status tersebut. Jadi ini 40 tahun ini, saya ini classical case jugaklah. Jadi ini satu kes tadi yang baiklah untuk kita kaji. Terima kasih Yang Berhormat.
Ya, sila Beserah.
Jadi saya… saya tidak berhasrat untuk menunding jari kepada mana-mana pihak.
Mohon YB. Beserah.
Tapi.
Beserah, kerajaan minta laluan, boleh.
Dato Yang di-Pertua,
Saya… saya percaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan menyentuh mengenai perkara ini dalam penggulungan dan juga er… jawapan-jawapan er…bagi pihak kerajaan tapi saya hanya ingin melontar sedikit er… ini maklumat. Sebenarnya er…kerajaan negeri pernah membuat pemutihan. Pemutihan mana dasar kita sebab pemutihan iaitu bagi mereka yang mendiami loka… tempat tersebut. Khususnya kediaman-kediaman lebih dari 10 tahun. Kita buat pemutihan makna kita mengutamakan memang telahpun didasarkan begitu.
Jadi kemungkinan di Beserah ini terlepas pandang kerana saya yakin pentadbir tanah daerah akan mengambil tindakan dan kita telah membuat pemutihan sebenarnya atas dasar keprihatinan kerajaan negeri. Kita telah membuat dasar iaitu mana-mana pihak telah mendiami tempat tersebut dan ianya tidak bercanggah misal contoh bukannya rizab-rizab atau bukan rizab-rizab yang tidak boleh kita luluskan. Kalau sekiranya tidak ada halangan lain memang telahpun diluluskan. Jadi perkara ini hanya untuk makluman pihak kerajaan negeri telahpun er… menangani isu ini tak silap saya awal er… ya, 2013 saya ingat lebih kurang begitu.
Er… tapi saya yakin Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar akan menyentuh perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih, saya harap.
Beserah.
Saya harap sangat. Perkara ini soal kepentingan dan juga kesejahteraan rakyat ini kita berikan perhatian tanpa perlu kita tuding jadi kepada mana-mana pihak. Soal memang kata, saya tak nak… tak nak sebutlah di sini mereka ini sebenarnya dah pergi 3, 4 kali pejabat tanah, daerah dan sebagainya. Jawapannya amat mendukacitakan. Jadi saya harap kita semua faham senario yang… yang, saya yang kita bawa di sini adalah untuk tujuan kita selesai.
Tak apa Beserah, saya ingat
Sekejap.
Pihak kerajaan telah maklum. Elok.
Saya dapat ya .
Kita ke tajuk yang lain kerana masa Yang Berhormat telahpun hampir.
Masa dia orang ambil. [Ahli Dewan ketawa]
Ya, saya bagi… saya bagi masa tambahan tiga minit. Ya.
Ya, okay. Terima kasih Yang Berhormat di-Pertua, saya pergi kepada perkara lain. Sekali lagi saya mengucap terima kasih terutamanya kepada saya nak rakamkan ini er… penghargaan terima kasih dalam Dewan Yang Mulia ini kepada Ketua Balai dan anggota Balai Polis Cherating yang telah bertindak secara yang responsive kepada aduan rakyat dan masyarakat terhadap gejala judi haram di kawasan sekitar Chendor dan Cherating.
Namun saya bersimpati dengan semua kakitangan dan anggota penguatkuasa ini. Walaupun mereka responsive mengambil tindakan segera atas aduan daripada rakyat. Tetapi tidak dapat membanteras kejadian itu 100% sehingga tamat. Bermakna semua anggota penguatkuasa yang bertindak tidak dapat nak mengatasi masalah tersebut. Esok datang balik. Masalah yang sama, saya ada rekod di sini yang dibuat oleh Balai Polis Cherating. Mereka telah menyerbu pada 25hb Mei 2018 pukul 1.00 pagi di Lot A39, Lorong Chendor Perdana, telah membuat tangkapan, 1 lelaki Cina… 2 lelaki Cina. Kemudian di tempat yang sama pada 2 Julai, beroperasi sekali lagi. Tingkat… tangkapan telah dibuat, satu lelaki Cina, 22 lelaki Melayu, 5 lelaki Bangladesh. Selang da… dua hari selepas itu, di tempat yang sama juga telah dilakukan er… pemeriksaan dan didapati merampas mesin-mesin perjudian berkomputer. Sehari selepas itu, di tempat yang sama, 5 Julai,10 lelaki Melayu, 2 lelaki Cina telah ditangkap.
Maka apa yang sebenarnya sedang berlaku? Apa sebenarnya yang sedang kita lakukan kepada perkara-perkara begini? Apabila kita mengharapkan sudah pasti penduduk apabila berdepan dengan gejala sebegini, mereka akan buat aduan dan pihak yang menerima aduan akan mengambil tindakan. Apa perasaan kita sekiranya selepas kita mengambil tindakan perkara sama berlaku balik. Adakah ini satu tindakan yang baik? Adakah ini satu yang harus kita biarkan ataupun adakah ini perkara yang kita harus pejamkan mata semata-mata? Gejala judi haram saya yakin bukan setakat di Beserah, di tempat lain pun ada berlaku. Terutama sekarang ni dipanggil mesin ikan, saya pun baru tahu, bukan mesin kuda dah ikan, lebih sophisticated, lebih payah kita faham. Lebih payah untuk nak detect gambling er... nak nak buktikan berjudi tu lebih payah berbandingkan dengan mesin kuda itu ikut laporan daripada laporan pihak polis.
Jadi saya harap kes-kes sebegini namun apabila diberi satu lagi perkara yang menarik apabila ditanya mereka ada lessen. Lesen beroperasi sebagai lesen hiburan tapi menga… tapi sefahaman say… mengikut kefahaman saya, lesen hiburan keluarga hanya dikeluarkan di kawasan bandar, kawasan kampung atau kawasan pinggir bandar tidak keluar lesen hiburan keluarga ini. Bagaimana mereka boleh dapat lesen hiburan keluarga di kawasan–kawasan yang luar daripada bandar dan mereka boleh beroperasi secara berani, secara terbuka?
Malang sekali apabila tidak er… tidak dapat kita nak mengekang masalah ini sehingga menyebabkan masalah perpecahan keluarga dan sebagainya di dalam masyarakat kita. Perkara ini sangat-sangat memalukan dan dalam masa yang sama sangat-sangat perlukan perhatian dan kita rasa simpati dengan anggota-anggota polis dan anggota penguatkuasa lain yang telah begitu responsif kepada aduan rakyat tetapi tidak dapat nak menyelesaikan masalah itu secara menyeluruh masih lagi kembali masalah yang
sama. Saya harap perha… kita dapat perhatian daripada pihak-pihak kerajaan, pihak negeri di dalam menyelesaikan masalah ini.
Akhir sekali Yang di-Pertua, berkaitan dengan infrastruktur di kawasan saya sekali lagi, saya ucap terima kasih kepada pihak Pengurusan Air Pahang (PAIP) yang er… itu hari saya ada pergi jumpa, kita telah berbincang sedikit dan er.. dapat mengatasi masalah tu dengan segera tapi masalah dia, ada juga masalah dia. Dapat baca masalah tapi dua minggu je lepas tu balik…jadi balik. Jadi saya harap kita dapat… dapat tengok balik keadaan ni, aduan pun kita buat dan sebagainya tetapi tidak dapat menyelesaikan secara… secara total, once and for all, dan ini sebenarnya adalah merupakan er…
Sekejap, sementara ingat Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, takut saya terlupa. Saya sangat er… menarik perhatian berhubung dengan permohonan tanah tadi, jadi saya harap selepas ini Yang Berhormat daripada ADUN Beserah, bagikan semua dokumen-dokumen berkaitan nombor-nombor fail, serah kepada saya dan insya-Allah kita ambil tindakan yang sepatutnya. Itu je Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat, insya-Allah saya pun memang berhasrat untuk nak bertemu dengan semua pihak yang berkaitan dengan perkara ini insya-Allah. Akhir sekali…
Ni akhir dua kali akhir Yang Berhormat.
Sebagai kesimpulan, Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih di atas er… segala bantuan dan sokongan telah diberikan kepada saya sepanjang 5 tahun lalu, insya-Allah saya mengharapkan sokongan yang sama dan bantuan yang sama untuk saya meneruskan er… khidmat saya di penggal ini. Saya dengan ini er… mohon untuk menyo... menyokong Usul Titah Diraja, sekian. Wabilahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Beserah. Ya… Padang Tengku dah berdiri. Sila… sila… silakan
Dia tak nampak berdiri ya…Tuan Yang di-Pertua
Kurang nampak sikit.
Bismillahirrahmanirrahim, (Ayat Al-Quran) Tuan Yang di-Pertua,
Pertamanya saya nak ucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk saya sama-sama berbahas er… membahaskan titah er… Tuanku yang telah dilafazkan pada hari semalam. Saya nak juga nak ucapkan tahniah kepada er… Dato’ Speaker, Dato’ Sri Speaker kerana dilantik sekali lagi di atas kecemerlangan yang lampau. Er… di kesempatan ini saya juga ingin merakamkan er… selamat datang kepada rakan-rakan yang baru dan juga semoga dengan kehadiran er… tenaga–tenaga baru dan idea–idea baru yang bernas insya-Allah kita gandingkan dengan er… orang-orang lama untuk kita sama-sama memacu er… negeri Pahang sebagaimana yang diharapkan oleh er… baginda Tuanku dalam titahnya.
Di kesempatan ini juga saya nak ingin merakamkan jutaan tahniah terima kasih penghargaan yang setinggi–tingginya kepada er… bekas Menteri Besar kita, Dato’ Sri DiRaja yang telah memimpin negeri Pahang dan saya sebagai er… orang yang telah bekerja dengan beliau selama 15 tahun, MB lepas 19 tahun, 15 tahun saya bersama-sama dengan Dato’ Sri, jadi saya sebenarnya cukup berterima kasih di atas perkhidmatan beliau dan juga mungkin er… bantuan-bantuan yang telah beliau terhadap diri saya khususnya.
Saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat… Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang baru, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang kebetulan jiran saya dan saya harap dengan er… terpilihnya beliau menjadi Menteri Besar, saya yakin bukan sahaja daerah Lipis, Parlimen Lipis, Parlimen Cameron Highlands akan mendapat limpahan daripada kehadiran beliau sebagai Menteri Besar tetapi sudah pasti dengan sokongan dan dokongan yang kita seharus bersama-sama berikan, insya-Allah negeri Pahang akan terus macu dan menghadapi cabaran yang pasti akan lebih mencabar pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua,
Alhamdulillah saya rasa terharu dan terima kasih dan ingin mengucapkan penghargaan setinggi-tingginya khususnya kepada pengundi-pengundi di kawasan saya, rakan–rakan saya yang membantu sehingga saya dipilih sekali lagi untuk berada di dalam Dewan Mulia ini. Bukan… bukan senang untuk… untuk kali ini, sebab kita tahu semua banyak rakan–rakan kita yang dulu hari ini… dulu ada di sini, hari ni tak ada tapi saya di antara yang terselamat. Jadi saya ucapkan terima kasih yang… (Ahli Dewan ketawa) saya ucapkan terima kasih er… setinggi-tingginya. Namun saya insaf, kehadiran saya kali ini pasti amat berbeza kerana ujian lebih besar berikutan dengan perubahan landskap politik negara yang lebih mencabar khususnya kedudukan orang-orang Melayu er… kerana selama ini orang Melayu merupakan induk kepada pemerintahan negara namun kita reda dan kita harap kita akan segera bangkit bermuhasabah memperbaiki segala amalan yang mungkin tidak selaras dengan tuntutan politik semasa ketika kita berada di kemuncak.
Tsunami politik er… 9 Mei 2018 telah menukar persepsi yang selama ini dibawa oleh pihak-pihak tertentu, yang mendakwa bahawa proses pilihan raya di Malaysia adalah kotor dan tidak telus tetapi kini, ianya telah berubah serta-merta apabila Kerajaan Barisan Nasional yang telah berkuasa sejak er… 60 tahun yang lalu er… telah dapat ditewaskan. Tahniah kepada rakan-rakan daripada Pakatan Harapan, buatlah yang terbaik sesungguhnya rakyat akan membuat penilaian untuk tempoh 5 tahun ini. Perlu diingat bahawa kekalahan Barisan Nasional bukanlah disebabkan oleh prestasi dan pencapaian Barisan Nasional yang buruk tetapi ia lebih kepada propaganda… pe… persepsi negatif dan juga terpesona dengan janji-janji manis dan manifesto gula-gulaan yang dibuat oleh pihak lawan. Malah ketika ini pun rakyat di luar sana…
Minta laluan… minta laluan
Sila.
Tuan Yang di-Pertua,
Bolehkah saya tanya Padang Tengku, adakah propaganda ini hanya dibuat oleh Pakatan Harapan dan tidak pernah dibuat oleh Barisan Nasional di RTM–RTM dan TV3?
Terima kasih kepada…
Tras.
Tras… oh dulu Bilut ye. Tras ya. Sebenarnya er… memanglah sebagai parti politik bila kita nak itu apa nama ni… kita membuat propaganda, kita membuat janji tetapi janji tu perlu ditunai. Dia berbeza dengan Barisan Nasional. Barisan Nasional membuat janji-janji yang kita mampu tunai tetapi dalam Pakatan Harapan…
Padang Tengku, Padang Tengku, bolehkah saya tahu apa-apa janji yang Barisan er… Pakatan Harapan yang belum tunai? Yang janji pertama adalah mansuhkan GST, kita telah tunaikan pada 1 haribulan Jun.
Saya ingat saya tak perlu jawab sat… apa janji. Semua orang tahu. Satunya yang ditunai tu pun belum lagi lapan er… bulan 9 esok baru GST mula… mula dihapuskan. Sekarang kosong. Tapi banyak lagilah, kalau saya nak sebut satu per satu, tapi rakyat di sana menilai…
Ya, Padang Tengku.
Yang Berhormat…
Padang Tengku belum sampai 100 hari. Bagi sedikit masa…
Takpelah, kita bagi peluanglah…
Pakatan Harapan. Terima kasih, thank you.
Pakatan Harapan, tapi di sini maksud saya rakyat menanti.
Yang Berhormat, janji yang kedua PTPTN telahpun ditarik balik.
Yelah, PTPTN pun kena bayar, kalau tidak bankraplah kita ya. Takpalah saya… saya tak nak ni sangat, tapi saya nak sebut di sini, janji kena ditepati, janji kena ditepati. Jangan kita mencari seribu
Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Tengku.
alasan untuk…
Saya ingat, kita…
ada lagi…
Padang Tengku…
Mana?
Kita…
Ha… Dato’ Speaker.
Padang Tengku, boleh?
Ya. [Ahli Dewan ketawa]
Kita tak bercadang…
Sorry, sorry.
Padang Tengku.
Ya.
Padang Tengku, kita tak bercadang nak buat debat BN-PH, jadi…
Saya nak mengalih ke tempat lain dah.
Ya, teruskanlah.
Yang tadi terganggu, kalau dia tak ganggu tak berdebat. Insya-Allah ya. Jadi kita… rakyat sekarang sedang meneliti, insya-Allah kita…kita tunaikanlah janjinya. Kalau kita tak tunai janji, rakyat akan rasa tertipu dan rakyat akan rasa diperbodoh dan bodohkan dan akan menghukum bila tiba masanya.
Tuan Yang di-Pertua,
Er…sebenarnya peringatan yang saya berikan tadi bukan sekadar untuk Pakatan Rakyat tetapi juga kepada er…apa nama, kita yang memerintah di negeri Pahang. Satu-satunya negeri yang masih dikuasai kerajaan Barisan Nasional dan kita insaf bahawa ini merupakan tanggungjawab dan amanah yang amat berat.
Tuan Yang di-Pertua,
Alhamdulillah, er… kerana kita diberi peluang untuk terus berkuasa dan saya ingin menjelaskan bahawa sekarang adalah tanggungjawab kita untuk menunaikan tanggungjawab kita sebaik yang mungkin. Berkhidmat dengan baik, jujur, amanah, bersungguh-sungguh, prihatin dan juga mengamalkan nilai-nilai mahmudah. Satu lagi cabaran selain daripada kita apa nama ni… menangani er…memberi khidmat sebab sekarang ni tempoh untuk kita berkhidmat mungkin Yang Berhormat pun dah tak sesuai, perkataan Yang Berhormat ni. Say… mungkin er…yang lebih sesuai Yang Berkhidmatlah. Rakyat nakkan khidmat kita, insya-Allah.
Jadi yang lain ni, saya nak sebut pada tuan-tuan selain daripada perkhidmatan-perkhidmatan yang kita nak ketengahkan ialah isu-isu yang berlegar pada masyarakat yang perlu kita selesaikan. Er…sebab saya nak maklumkan pada tadi, saya sebenarnya er… bersetuju juga er…dengan yang dinyatakan oleh Beserah. Ini bukan bermakna saya tidak bersetuju dengan kerajaan tapi isu-isu itu ada kebenarannya.
Kes tanah tadi, isu yang pertama yang saya nak bawa sekarang ialah isu pemberian hak milik sebagai aset kepada rakyat. Ini saya ada senaraikan sekurang-kurangnya 12 benda yang berkaitan dengan tanah. Pertama, proses permohonan tanah yang lambat, lama dan berkarenah. Ini sesuatu yang tak boleh kita nafikan dan saya yakin bahawa dengan jawapan yang diberikan oleh kerajaan tadi, kerajaan sekarang akan bertindak dengan lebih er…proaktif untuk memastikan isu-isu ini tidak lagi menjadi isu rakyat.
Yang keduanya, permohonan yang bertindih. Maknanya tuan-tuan puan, saudari saudari, Dato’ Pengerusi er…Tuan Speaker, ada permohonan yang dibuat kemudian ditindih oleh orang lain, kemudian orang yang baru dapat. Jadi, orang lama ini akan er…merasakan, satu mereka ni teraniaya dan sebagainya. Saya rasa, isu ini perlu ditangani juga.
Kemudian fail hilang. Berbagai-bagai jawapan diberikan di antaranya pindah pejabatlah, pindah biliklah, pegawai-pegawai bertukarlah dan sebagainya. Isu ini perlu juga ditangani. Yang keempat, generasi muda sukar dapat tanah. Tanah dilonggokkan kepada orang-orang yang tertentu ya sebab orang yang selalu pergi pejabat tanah, orang yang tahu dan sebagainya dia juga selalunya akan er…lebih mendapat er…peluang untuk dapat tanah. Justeru itu, usaha kerajaan untuk menambah RPK adalah sesuatu yang perlu kita galakkan.
Kemudian premium yang terlalu tinggi. Premium tanah yang terlalu tinggi umpamanya tapak rumah. Tapak rumah er… sekitar er… keluasan er… 5400 apa nama perkaki persegi untuk satu rumah, kita di tengah kawasan-kawasan sampai kena bayar RM15000. Di kawasan-kawasan perkampungan er… sampai RM7000 dan er… menyebabkan orang-orang muda yang tiada tanah, duduk di luar bandar, kerja yang er… mungkin pendapatannya tak seberapa, mereka menghadapi masalah untuk membayar. Akhirnya, mereka akan mencari orang-orang tertentu maka dijual dengan cara yang… yang… yang mungkin tidak… tidak… tidak sahlah. Dia cari di mana-mana peringkat awalnya tidak sahlah. Dia cari mana-mana orang yang berkemampuan, tolong beli dan orang tu beli. Jadi akhirnya, tujuan kita bagi tanah untuk er… mengatasi masalah tanah pada golongan muda ini tidak dapat kita, kita laksanakan.
Tuan Yang di-Pertua…
Begitu juga, ya.
Tuan Yang di-Pertua,
Sebenarnya di antara sumber pendapatan hasil negeri ialah daripada cukai tanah, premium dan sebagainya. Ini… ini dan ada sebenarnya keluasan tapak rumah, saya ada bukti seluas ri… 5000 ek…5000 kaki persegi. Nilaian pasaran dia lebih kurang RM150,000. Ada setengah tempat tu, lebih kurang 6000 kaki persegi, harga yang ditawarkan RM180,000. Sebenarnya yang… yang ini kita kena tengok perbandingan. Maksud saya tu gini, saya tidak mahu digambarkan seolah-olah mana kita tidak mahu digambarkan bahawasanya pihak kerajaan ini tidak prihatin.
Sebenarnya dasar, saya yakin Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar akan menyentuh perkara ini. Pahang di antara negeri yang cukup er… prihatin mengenai permasalahan ini. Premiumnya munasabah dan kalau sekiranya premiumnya tinggi, pihak yang er… diluluskan er… tanah ni boleh mengemukakan rayuan ke Jawatankuasa er… apa nama rayuan premium yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat er… Dato’ Pegawai Kewangan Negeri dan er… perkara itu di… diteliti dan diangkat semula ke dalam ataupun diangkat ke… ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Exco untuk pertimbangan.
Sebab itu, er… untuk makluman je, saya tidak berhajat untuk mencelah ataupun er… memberi jawapan bagi pihak ini Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar tetapi sebenarnya premium ni sebenarnya selalu memberi gambaran yang seolah-olah er… premium yang dikenakan tinggi sebenarnya er… nilaian tanah tu jauh lebih tinggi dari segi pasarannya. Kalau kita kenakan misal contohnya RM15,000, sebenarnya dari segi pasarannya, nilaiannya dibuat oleh Jabatan, nilaian dibuat oleh jangan kata Jabatan, hasil daripada jual beli telahpun er… disempurnakan mencecah lebih pada RM100,000 untuk itu. Terima kasih.
Terima kasih tentang daripada pencerahan yang dikemukakan oleh pihak kerajaan. Saya… saya setuju dan saya faham bahawa memang er… nilai tanah ini memang er… harganya tinggi terutama di kawasan bandar kalau kita nak bandingkan kita dengan Selangor, Kuala Lumpur dan sebagainya memang kita agak… agak rendah. Tapi saya nak buat perbandingan tadi tentang keupayaan kumpulan-kumpulan yang berpendapatan rendah khususnya di luar bandar yang saya maksudkan itu tapi di waktu yang lain pula kita tengok premium tanah pertanian terlalu rendah. Hah, ini makna macam tak balance. Pertanian hanya RM300-400 seekar, jadi saya nak syorkan supaya pertanian di up sikit, naik sikit. Mungkin yang perumahan tadi turun sikit di tempat-tempat yang tertentu. Hah, maksudnya di kawasan-kawasan luar bandar untuk menangani masalah golongan muda yang tak, tidak punyai tanah ni.
Isu yang lainnya yang saya nak sebut berkaitan dengan isu tanah terbiar di mana tuan tanah tak dapat dikesan dan sebagainya. Saya tak nak ulas yang ini. Yang kelapan isu TOL, tanah TOL. Tanah TOL ni saya nampak ada kecenderungan orang er… apa cop tanah, apa cop… cop… cop tanah. Kemudian dengan alasan untuk er…memohon kemudiannya dan tidak diusahakan dengan cara yang berkesan. Jadi, saya ingat perlu satu tindakan tegas kalau ada pihak-pihak yang menanam secara banyak yang saya temui dan er…di complaint oleh penduduk-penduduk, dia… dia… dia sepatutnya
tanam kontan tapi dia tanam dengan tanaman-tanaman yang…yang kekal. Tanam kelapa sawit, tanam getah dan sebagainya. Jadi er…saya kira perkara ini perlu pihak kerajaan tangani dengan baik.
Kemudian tanah yang dilupuskan kepada kerajaan Persekutuan. Banyak saya… saya kenal pasti tanah-tanah persekutuan tapi tidak di… di usahakan sampai 10 tahun, 20 tahun tidak dimajukan. Saya tidak tahu mungkin ada kaedah di mana kerajaan boleh mengambil balik sebab kons…apa nama masalah kita sekarang ialah masalah kekurangan tanah kerajaan untuk tujuan-tujuan pembangunan seumpamanya. Jadi kalau kerajaan ada… ada apa nama er… klausa-klausa tertentu yang boleh kita mengambil balik tanah-tanah berkenaan, saya ingat er… perkara ini perlu kita… kita, apa nama… ambil kira. Kemudian tanah yang dilupuskan kepada Agensi-agensi Kerajaan (GLC) yang tidak dimajukan. Saya buat contoh misalnya sampai sekarang, Pusat Pertumbuhan Desa di Kampung Berchang umpamanya, tidak… tidak… tidak dimajukan. Dah masuk angka usianya dah masuk 20 tahun tapi tidak dimajukan, itu sebagai contoh yang saya boleh berikan.
Kemudian kelewatan Lembaga Tatatertib er… memberikan kelulusan kepada penjawat-penjawat awam, Lembaga Tatatertib, majikan-majikan. Ini suara daripada penjawat-penjawat awam ini, banyak mereka dapat kelulusan tanah seronok tetapi nak menunggu kelulusan daripada Pihak Berkuasa er… cukup lewat, cukup lambat, jadi saya nak syorkan kalau boleh… kalau boleh mungkin perkara ini juga kalau di peringkat Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi er… buat penurunan kuasa er… kelulusan ini kepada er… tanah pemberian kasih sayang kepada pihak daerah, saya nak syorkan mungkin er… D.O er… boleh mengambil peranan ini. Maknanya kelulusan itu…
Yang Berhormat…
… tidak perlu…
Padang Tengku, Tahan minta laluan.
Terima kasih er… Padang Tengku. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua,
Saya nak tanya Padang Tengkulah. Kita bercakap berkenaan dengan pemilikan tanah er… rakyat, kita nak bagi tanah. Er… ada tak kemungkinan er… rakyat dah mohon tanah, kemudian mungkin Pejabat-pejabat Tanah dah keluarkan, ada tak kemungkinan birokrasi setempat. Contohnya Notis 5A telah dikeluarkan tapi tidak diserahkan kepada penama yang… yang terbabit. Adakah wujud birokrasi seperti itu yang akhirnya memberikan kerugian kepada pendapatan negeri? Terima kasih.
Okay, isu-isu yang macam Borang 5A ini saya minta er… Yang Berhormat Tahan boleh rujuk kepada penguasa tanah yang berkenaan lah sebab saya yakin dengan
er… apa namanya hubung baik di antara kita, kita boleh selesaikan birokrasi ini. Kemudian saya nak beralihkan tadi, saya sebut tentang er… tatatertib tadi, saya nak minta er… penurunan kuasa supaya dipercepatkan. Sian kepada pegawai-pegawai kerajaan ni mula-mula dapat tanah itu seronok je dapat, tapi tak dapat Borang 5A dan sebagainya kerana er… mereka tak dapat apa-apa kelulusan daripada Lembaga Tatatertib ini.
Dan isu yang kedua belas ialah saya nak bangkitkan tentang er… kegiatan mencari emas di tanah-tanah persendirian ini. Baru-baru ini saya, Tuan… Dato’ Yang di-Pertua, saya ada bertemu dengan lebih 41 orang peneroka ataupun er… nak sebut apa ya, pencari-pencari emas di tanah-tanah persendirian ini. Mereka mendakwa mereka telah bekerja atau mencari emas ini sejak turun temurun lagi tetapi hari ini mereka dalam ketakutan dan sebagainya dan er… ada pula datang pelombong-pelombong ataupun pengusaha-pengusaha daripada lain yang er… melombong dengan mengguna nak, nak… lesen, nak bayar lesen sampai dua, dua… RM200,000 mereka tak mampu. Justeru itu, mereka membuat di tanah-tanah mereka sendiri.
Justeru itu, kita… kita difahamkan er… ada apa… peluang untuk mereka melalui lesen mendulang ya… mendulang yang dikeluarkan oleh er… Jabatan Mineral Galian er… dan Mineral tapi er… kita tanya di Pejabat Daerah pun, Pejabat Tanah mereka tidak ada maklumat ini. Jadi saya minta kalau boleh dipermudahkan kepada kumpulan ini supaya mereka er… boleh mengusahakan tanah-tanah apa di… persendirian mereka untuk mereka mencari makan er… di situ.
Er… ini isu yang besarlah kalau di Lipis saya ingat, itu baru satu mukim tu, 41 tu… boleh kata semua mukim di Daerah Lipis ini semua ada emas. Kita bayanglah dulu satu ketika tanah itu terbiar kosong dan ge… ge… getah jatuh, kelapa sawit jatuh, kemudian tanah terbiar kelap… apa nama ni, kela… apa… sawah pun tak boleh buat lagi tiba-tiba ada emas mereka sudah pastilah mengambil peluang itu. Jadi saya nak minta supaya pihak er… kalau boleh pihak Kerajaan Negeri er… mengambil tindakan untuk memberi peluang cara macam mana kepada pengusaha-pengusaha er… kecil-kecilan yang dilakukan oleh orang-orang kampung di tanah-tanah persendirian ini.
Isu yang kedua, yang saya nak sentuh ialah pengurusan hutan yang mampan melalui pemuliharaan er… aset hutan yang produktif dan mengekalkan ekologi er… apa… alam sekitar sebagai yang dititahkan oleh Tuanku. Kerajaan Negeri perlu mencari pendekatan yang berkesan sebagaimana yang disarankan oleh Tuanku bagi mengekal apa nama er… penerokaan tanah haram dan juga er… tanah haram di Tanah Kerajaan dan juga tanah haram di apa… Tanah Hutan Simpan yang berselindung dibalik permohonan-permohonan tanah hak milik dan juga membaiki, membaik pulih kawasan hutan yang telah diteroka secara haram.
Cadangannya supaya kerajaan er… ber… ambil tindakan tegas kepada pengusaha-pengusaha haram ini jangan kita beri muka, biar kita tidak popular tetapi anak cucu kita er… masih ada harta untuk mereka masa akan datang.
Saya nak bagi contoh di… di Jerkoh. Kita difahamkan tanah diceroboh sudah hampir ke sempadan kampung tradisional. Jadi kampung tradisional ini ambil tindak balas, tindak balas mereka… mereka juga menceroboh tanah akhirnya pertembungan berlaku. Haa... kampung tradisional kalau di… di sebelah Jerkoh ini akan bertembung dengan orang Kampung Relong, orang Kampung er… Lubuk Kulit, akan bertembung dengan orang Kampung Ulu Teris, Bapong, ini… ini sedang berlaku.
Jadi bila kita er… menyatakan kenapa orang kita membuka tanah haram, dia mendakwa bahawa untuk menampan er… apa nama pencerobohan yang berlaku daripada kawasan yang lain. Jadi akhirnya perkara ini tak sudah-sudah akan menjadi masalah dan juga kita nak minta kepada kerajaan bertegas tentang kegiatan membalak dan perlombongan yang tidak terkawal. Saya nak buat contoh kualiti air, saya dah suarakan perkara ini dulu iaitu contoh di Sungai Temau er… memang boleh kata setiap bulan ada saja apa nama… masalah er… gangguan bekalan air akibat daripada kekeruhan NTU yang terlalu tinggi sehingga lebih daripada 1,000 NTU.
Jadi kita minta… katanya Jabatan Alam Sekitar dah pergi ke kawasan ini dah tengok er… jabatan apa nama ni…Unit Selia Air, Jabatan Hutan, Mineral semua dah pergi tengok tapi rakyat masih menunggu apakah keputusan yang, yang er… sewajarnya apa… tentang perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya nak menyentuh tentang tunggakan er… dan juga memperkukuhkan hasil negeri termasuk tunggakan hasil dan juga mengeluarkan sumber-sumber yang baru. Antara perkara yang sering menjadi topik perbincangan ialah kedudukan kewangan negeri Pahang yang terhad. Saya teringat sebuah lagu yang dinyanyikan oleh P.Ramlee, lirik lagu Joget Pahang;
Negeri Pahang aman sentosa,
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan.
Itu memang benarlah, pada masa… pada zaman tahun 50an er… P.Ramlee itu tetapi tuan-tuan dan puan-puan, kita tahu bahawa setakat ini er… hasil tumbuhan makin berkurangan dan begitu juga dengan bahan-bahan mineral yang lain tapi sementara sumber-sumber ini ada, kita minta bahawa kerajaan negeri er… melihat betul, saya sebenarnya orang di Lipis ni tertanya-tanya apa kedudukan dan apa sumbangan yang diberikan oleh apa nama ni er… misalannya Penjom Gold Mine dan juga apa nama ni er… Selingsing Gold Mine yang kita anggap sebagai satu perlombongan yang terbesar tetapi sumbangannya er… sebenarnya bagi penduduk di Daerah Lipis kita tak nampak.
Justeru itu, kita mahu kerajaan mendedahkan, melihat perkara ini adakah faedah yang besar dapat sebab dengar-dengarnya sales yang disebutkan oleh apa nama… MB tadi, kita tak mahu dengar yang sales tapi kita dengar daripada bawah ini dia menyatakan bahawa kerajaan negeri mendapat sumbangan yang terlalu kecil sedangkan faedahnya lebih besar dapat di… di… di… apa nama ini er… pihak-pihak yang lain. Jadi kita minta… ya…
Terima kasih ADUN Padang Tengku.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya tidak menafikanlah apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat daripada Padang Tengku tadi. Ada anak-anak syarikat yang memberi sumbangan yang kecil tapi dalam masa yang sama ada juga anak-anak syarikat yang beri sumbangan yang besar kepada pihak kerajaan negeri.
Walau bagaimanapun, saya telah mempengerusikan tiga mesyuarat anak syarikat setakat ini yang mana by enakmen er… atas jawatan Menteri Besar sebagai Pengerusi. Perkara pertama yang saya tekankan ialah saya telah meminta supaya anak syarikat membayar dividen kepada kerajaan negeri antara perkara yang saya tekankan kepada anak syarikat. Yang keduanya, saya minta anak-anak syarikat kerajaan supaya menekankan corporate governance di dalam urusan tadbir urus. Contohnya er… andainya ada anak-anak syarikat parent dengan subsidiary companies ada subsidiari anak syarikat berkenaan contohnya PKNP ataupun PKPP ada anak syarikat dan sekiranya anak syarikat tersebut tidak menunjukkan keuntungan, tidak mampu membuat keuntungan saya telah meminta CEO ataupun Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan mengesyorkan kepada Lembaga Pengarah sama ada anak syarikat itu perlu ditutup ataupun diteruskan.
Sekiranya perlu diteruskan saya dengan Lembaga Pengarah yang lain telah membuat ketetapan, tahun pertama dia mesti turn around by er… 20% dia mesti menunjukkan pres… prestasi yang meningkat, dengan izin turn around. Tahun yang kedua 50% berlaku peningkatan. Tahun yang ketiga dia mesti break even. Kalau tidak CEO kena syorkan tutup. Jadi perkara-perkara ini macam ini supaya dapat kita mencipta keuntungan yang lebih dan kita dapat kembalikan kepada rakyat. Itu antara beberapa perkara yang telah kita putuskan dan insya-Allah dalam masa terdekat ini banyak lagi yang perlu kita perhalusi.
Untuk makluman Yang Berhormat daripada Padang Tengku terdapat lebih kurang 42 anak syarikat di Negeri Pahang ini yang besar dan yang kecil yang perlu kita lihat satu demi satu dan insya-Allah perkara ini akan saya teliti dan kita akan perkemaskan. Kerana kalau sekiranya anak syarikat membuat keuntungan mencipta keuntungan yang mendapat faedahnya ialah kerajaan negeri dan kerajaan negeri akan salur balik peruntukan yang ada yang dapat kepada NGO ataupun kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih atas pencerahan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya nak mengalih kepada satu lagi tentang sumber hutan ini. Semua kita tahu kayu kayan merupakan sumber, namun saya nampak ada satu bendalah bila benda biasanya kita nampak kayu jati, kayu merbau dan sebagainya. Satu bahan yang sumber kayu kayan ni buluh yang begitu banyak tetapi tidak di… dieksploitasi dengan, dengan baik. Jadi saya nak syorkan bahawa kalau boleh buluh ini juga diambil perhatian sebagai satu hasil negeri yang boleh er… ditingkatkan. Mengikut kajian lebih daripada 1000 spesies buluh yang ada di belantara Malaysia, er… kajian yang dibuat oleh FRIM menyatakan sekurang-kurangnya ada 12 spesies buluh yang mempunyai nilai komersial.
Antaranya Buluh Duri, Buluh Minyak, Buluh Betong, Buluh Tali, Buluh Batu, Buluh Beting, Buluh Semantan, ada juga Buluh Semantan, Buluh Betong, Buluh Madu, Buluh Tumpat, Buluh Aur. Semua buluh-buluh ini kalau kita tengok, baru ini saya ikut rombongan lawatan Pemangku Raja ke Merapoh, jadi saya nampak bahan buluh ni dibuang di tepi jalan, di di tepi-tepi sungai ni dan sebagainya, jadi saya nak minta supaya kalau boleh bila... bila tender dikeluar kita kena masuk buluh ni sebagai satu daripada apa sumber yang hasil daripada negeri itu.
Yang Hormat Yang di-Pertua,
Memang, sememangnya kita ada bagi lesen untuk orang mencari buluh ini, memang sememangnya kita ada bagi lesen kepada mereka pencari-pencari buluh ni di tempat masing-masing. Jadi mungkinlah ada lebihan lagi dari segi buluh ni dan malah kita pun ada kilang yang buat buluh iaitu untuk dijadikan parquet atau untuk dijadikan lantai dan sebagainya di FELDA.. apa yang FELDA… kat Bentong ni, bukan ha.. Mempaga, sebenarnya. Cuma terserah kepada kita bagaimana untuk kita mempromosikan. Insya-Allahlah kerajaan negeri akan cuba mempromosi pula, ataupun kita akan eksport ke Jepun, sebab orang-orang Jepun ni dia suka buluh. Terima kasih. Saya cuma nak tanya nama Buluh Perindu tak ada ya?
Buluh Perindu ingat pelancong kena tengoklah.
Buluh Lemang banyak tak?
Hah... Buluh Lemang ada. Kita setakat ini pikir lemang, itulah dia, yang dan sebagainya, rebung dan sebagainya. Tapi sebenarnya buluh ini banyak potensi industri asas apa IKS pada buluh. Kita boleh buat perabut, rumah tradisional, kalau kita pergi luar negeri ini di Indonesia dan sebagainya banyak rumah-rumah yang menarik pelancong ni dibuat daripada buluh tetapi agak kekurangan di... di tempat kita ni. Buat kertas, cenderamata, kraftangan, satu lagi industri hiasan daripada buluh. Saya ingat ni pun perlu dipertingkatkan. Rebung…
Masa, Yang Berhormat.
Ok, ni takpe, nak... nak... nak... nak habis dah ni. Rebung ni saya satu juga satu industri yang perlu kita ambil kiralah. Saya ada peluang pergi jumpa pelajar di Dublin di jumpa pelajar perubatan. Jadi pelajar perubatan tu bawak pergi tengok tempat makanan, er… Dublin, Dublin. Apa nama ni dia ajak pergi tempat apa nama membekalkan makanan Asia ni, jadi dia tunjuk satu makanan salah satunya rebung dalam tin tapi Made in Singapore, maknanya kita pun pelik juga, Made in Singapore, pelik juga kan Singapore mana ada buluh. Sudah pasti buluh ni diambil daripada Malaysia atau Thailand dan sebagainya dan saya yakin kita pun boleh mengembangkan nursery supaya… supaya mungkin besok datang daripada kampung-kampung di… di tempat kita. Itu satu perkara yang sebab dan akhirnya…
Yang Hormat Yang di-Pertua, kita akan buat trip ke Dublin selepas ini, pelancongan.
Terima kasih atas prihatin Exco Pelancongan. Yang akhirnya saya nak menyentuh tentang satu perkara yang telah dibangkitkan oleh Kerajaan Negeri tentang tunggakan negeri Pahang yang dikatakan berjumlah 151 juta selama 48 tahun…
Padang Tengku, mohon laluan.
Ya.
Janganlah akhir lagi. Kisah gua dah selesai belum? [Ahli Dewan ketawa]
Yang Berhormat, tak perlu risau.
Saya ingat gua tak payahlah, sebab saya dah bawa habis dah, yang tak pergi lagi Exco Kemayan je, apa nama Exco pulak. [Ahli Dewan ketawa] YB. Kemayan. Orang lain semua dah bawak gua di Merapoh, insya-Allah ya. Akan datang besok insya-Allah.
Sila teruskan.
Okay, saya nak sentuh tentang… tentang, apa nama perkara hutang tertunggak tadi. Saya mengalu-alukan tindakan Kerajaan Negeri untuk menguatkuasakan serta-merta bagi mengutip semula hutang tertunggak tetapi kita juga kena mengambil kira kemampuan orang yang membayar hutang. Kita perlu mencari kaedah untuk mendorong mereka membayar hutang. Undang-undang mungkin boleh dipaksakan ke atas mereka tetapi kalau mereka memang tidak mampu untuk membayar hutang, dia orang tidak akan bayar juga.
Mungkin kita ambil tindakan-tindakan tertentu tetapi saya kira dalam keadaan ekonomi dunia yang menyulitkan er…yang terkesan dengan kos sara hidup, saya kira kerajaan sebagai kerajaan yang prihatin, saya ingin mencadangkan bahawa cukai-cukai tanah, cukai pintu, sewa perumahan rumah awam kos rendah ini diberikan diskaun di antara 30 ke 40% dalam tempoh-tempoh tertentu untuk menggalakkan mereka ini membayar hutang. Saya ingat itu saja Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong. Terima kasih.
Terima kasih, terima kasih wakil daripada Padang Tengku. Masa pun dah sampai 1.01 minit. Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian pada sesi pagi, Wakil daripada Bilut, daripada Beserah dan Padang Tengku. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan ini ke sebelah petang yang akan disambung semula pada jam 2.45 petang dan saya berharap Yang Berhormat jangan ponteng ya. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditangguhkan jam 1.01 tengahari]
[Persidangan disambung semula]
Sambungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah DiRaja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion
Perkara Keempat: Sambungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah DiRaja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang
Assalam… Assalamualaikum WBT dan selamat petang. Persidangan kita disambung semula. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kita masih lagi di atas Usul Membahaskan Titah Ucapan Titah DiRaja yang dibawa oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Pada petang ini saya akan memberi peluang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian dalam perbahasan usul ini. Ya, saya buka. Sila, Cheka.
Terima kasih. Salam sejahtera kepada Yang Berhormat er… Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap pada petang ini. Saya menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang atas Titah DiRaja di Dewan Yang Mulia ini. Saya yakin dengan adanya kerjasama dan sokongan daripada Kerajaan Negeri khasnya di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya dapat menjalankan tugas saya dengan cara yang terbaik.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Pemangku Raja Pahang merasa sukacita dengan kelulusan projek infrastruktur di negeri Pahang oleh Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Maka, apabila saya lihat pada kawasan DUN Cheka ini saya amat simpati terhadap nasib penduduk di kawasan DUN Cheka ini. Di bandar Kuala Lipis, loji air Sg. Jelai itu perlu dinaik taraf. Di Mukim Kechau 1, Kechau 2 dan juga di Bandar Baru Kuala Lipis untuk perhatian Yang Amat Berhormat Menteri Besar, bekalan air itu sering terputus dan kita amat simpati. Sampai penduduk memberitahu saya mereka telah melaporkan kepada pihak PAIP tetapi pihak PAIP itu apabila saya berjumpa dengan mereka, mereka hanya berkata, masalahnya ialah peruntukan.
Oleh itu, mana yang kuat bising, beritahulah siapa yang bising. Jadi selesailah masalah orang yang kuat bising. Yang lain itu, yang diam itu tetap menderita. Sehingga penduduk kampung memberitahu bahawa anak cucu mereka enggan balik ke kampung semasa bulan puasa atapun semasa raya kerana bekalan air sering terputus. Kita sering faham bahawa bekalan air… pihak air ini kalau terputus kehidupan harian kita ini memang terganggu. Oleh itu saya berharap Kerajaan Negeri mengutamakan projek untuk loji air, tak naik taraf Loji Air Sg. Jelai, Projek Sistem Retikulasi di Loji Air Mela, dan Projek Retikulasi di Loji Air Kechau.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Raja kita sangat bangga atas pelaksanaan Program Rumah Mampu Milik di bawah PR1MA Pahang yang telah diilhamkan oleh m antan Menteri Besar sejak tahun 2013 lagi. Di kawasan Dun Cheka, Projek PR1MA Kuala Lanar telah dan sedang di dalam
proses pembinaan. Projek itulah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semasa menjadi EXCO pada penggal yang lalu. Apabila saya melawat tempat itu, saya tahu bahawa pemaju sudah bersiap sedia untuk memulakan fasa yang kedua. Tetapi diberitahu bahawa pihak SUK masih belum keluarkan surat kelulusan bagi mereka yang layak bagi fasa yang kedua. Oleh itu saya berharap DUN Cheka ini berhampiran dengan Parlimen Cameron Highlands dan juga dekat dengan kawasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Saya harap projek PR1MA ini kalau telah dilancarkan sejak 2013, sudah 5 tahun dah. Jadi sekiranya projek PR1MA Kuala Lanar ini boleh dijadikan satu penanda aras ataupun dengan izin, benchmark, oleh Kerajaan Negeri maka saya berharap dalam penggal inilah, dalam masa lima tahun inilah Projek PR1MA Kuala Lanar ini boleh siap dan sesuai untuk diduduk oleh penduduk di kawasan DUN Cheka ini kerana saya telah menerima banyak permintaan daripada penduduk sekitar dan setempat kerana rumah inilah yang mereka mampu milik dan mereka memang banyak memerlukannya.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Menyentuh tentang aspek kesihatan rakyat yang sangat penting, saya pernah melawat Hospital Kuala Lipis. Saya bangga kerana Hospital Kuala Lipis telah dinaik taraf menjadi hospital pakar selain Hospital Kuantan, dan juga Hospital Temerloh. Saya telah berbincang dengan Pengarah Hospital Kuala Lipis dan saya mendapati bahawa beliau memang sangat komited. Salah satu usahanya ialah untuk mengubah suai blok yang lama supaya boleh dijadikan bilik-bilik rawatan oleh pakar-pakar memandangkan bahawa Hospital Kuala Lipis ini telah mula untuk mengambil doktor pelatih houseman. Ataupun mela… menjalankan housemanship melalui mulai Julai tahun ini.
Oleh itu saya berharap kemudahan asas yang paling asas untuk Hospital Kuala Lipis ini dapat disempurnakan supaya kemudahan yang paling asas ini boleh diperoleh oleh Hospital Kuala Lipis dan seterusnya menjamin bahawa doktor pelatih kita ini yang mula melalui tempoh latihan di sana boleh dijamin tentang kualiti perkhidmatan mereka.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Banyak kali saya menerima aduan. Aduan itu adalah mengenai kemudahan asas dan juga perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Daerah ataupun Kerajaan Tempatan. Saya sendiri melawat tempat-tempat itu, menulis surat, berjumpa dengan pegawai berkenaan dan sendiri telah berjumpa dengan Yang Di-Pertua Majlis Daerah Lipis. Saya dapati bahawa Yang Di-Pertua Majlis Daerah Lipis ini memang prihatin dan komited dan sendiri turun ke padang untuk melihat keadaannya. Dan akhirnya saya diberitahu bahawa kekangan utama ada dua. Satu, Majlis Daerah Lipis ini jawatan Setiausaha itu kosong. Oleh itu sedikit sebanyak, sebenarnya banyak proses pengurusan majlis daerah itu terganggu.
Yang kedua, kekangan peruntukan. Oleh itu, hanya perkara-perkara yang kritikal sahaja yang membahayakan pelanggan boleh dijalankan. Oleh itu, saya dapati melalui pengalaman saya iaitu aduan yang paling banyak saya terima sejak saya dilantik ini ialah tentang majlis daerah. Oleh itu saya berharap Kerajaan Negeri memberi peluang atau utamakan peruntukan atau permintaan daripada Majlis Daerah khasnya jawatan Setiausaha yang kosong itu.
Seterusnya, Yang Berhormat Tuan yang di-Pertua,
Saya orang baru Wakil MCA yang satu-satunya di dewan ini. Kali pertama menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penyelesaian Tanah dan bukannya saya cerewet. Tapi saya dapati impression pertama ini sangat penting. Oleh itu, apabila pengalaman saya menghadiri Mesyuarat JKPT ini, saya dapati pada pagi itu saya sengaja datang awal untuk melihat semua data dan semua fail. Masa itulah saya dapati sebenarnya, kalau Ahli Yang Berhormat ADUN diberitahu dan dibekalkan maklumat tentang permohonan tanah itu lebih awal ataupun sama seperti Penghulu, maka bolehlah kami menjalani siasatan atau kajian. Maka semasa Jawatankuasa Penyelesaian Tanah itu bermesyuarat, tak payahlah kami tanya Penghulu apa pendapat dan pandangan kamu.
Jadi sehingga maklumat yang tak lengkap itu kami terpaksa tangguhkan permohonan itu. Kami sedar dan kami simpati terhadap pengusaha tanah yang sekian lama bersusah payah bercucuk tanam. Akhirnya fail itu boleh diangkat ke JKPT tapi kami terpaksa tangguhkan permohonan itu kerana kami masih lagi mahu menyiasat. Oleh itu saya tak tau ini akan ganggu atau canggah dengan polisi kerajaan. Saya berharap kami YB juga diberi maklumat itu sedikit lebih awal, supaya kami boleh melancarkan lagi perjalanan Mesyuarat JKPT ini.
Seterusnya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, apabila saya melawat kampung-kampung di kawasan saya, saya tahu bahawa 23 kampung, JKKK kampung tradisional dan satu JKKK Kampung Baru Cina. Sekarang perlantikan untuk pengerusi dan juga Ahli JKKK itu telah tamat tempoh. Mereka sering tanya pada saya macam mana kedudukan mereka? Nak buat kerja, segan. Tak buat kerja, lagi malu. Oleh itu, saya berharap Kerajaan Negeri dengan kadar yang cepat mungkin memberitahu JKKK, apakah peranan dan kedudukan mereka supaya mereka boleh berfungsi dengan cepat. Oleh itu, saya rasa ucapan saya yang ringkas tetapi padat itu cukuplah untuk petang ini. [Ahli Dewan Ketawa]. Terima kasihlah kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Bagus Yang Berhormat pendek dan padat. Sila Tanjung Lumpur.
Assalamualaikum WBT. Bismillahirrahmanirrahim (Bahasa Arab). Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, muslimin dan muslimat yang dikasihi dan yang dirahmati oleh Allah SWT. Pertama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT di atas kurniaan nikmat iman dan juga nikmat Islam dan seterusnya kita juga bersyukur kerana kita semua dapat bertemu sekali lagi pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang kali yang ke empat belas di penggal yang pertama ni, dan alhamdulillah mudah-mudahan kita yang telah dipilih ini dapat melaksanakan tanggungjawab kita sebagai Ahli Yang Berhormat dan juga sebagai pemimpin kepada masyarakat.
Pertama saya mengucapkan terima kasih di atas Ucapan Menjunjung Kasih Titah Tuanku, Titah Duli Yang Amat Mulia Pemangku Raja, yang saya kira beliau telah menyentuh segala sudut aspek pemerintahan dan juga kepimpinan. Lalu di sana di antara petikan ucapan beliau, yang telah membaca sepotong ayat Al-Quran (Bahasa Arab) “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepada kamu sedang kamu mengetahui”. (Bahasa Arab) Ayat ini menggambarkan betapa besarnya amanah-amanah yang telah diletakkan ke atas bahu kita semua
sebagai Wakil Rakyat dan sekali gus pemimpin bagi sebuah Negeri Pahang Darul Makmur. Oleh kerana itu, kita mengharapkan mudah-mudahan sepotong ayat yang telah dibacakan tersebut menjadikan kita manusia yang sentiasa bermuhasabah terhadap tugasan kita sebagai Wakil Rakyat.
Suka saya merujuk beberapa perkara yang telah disentuh oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku di antaranya beliau telah menyentuh bagaimana, betapa perlunya ditingkatkan dan juga memperkasakan Mahkamah Syariah dan pentadbiran undang-undang Islam negeri bagi mencapai satu hasrat yang mana sebelum daripada itu beliau telah menyebut supaya kita semua menjadi insan yang menjadikan Islam itu sebagai cara hidup. Lalu hasrat untuk memperkasakan Mahkamah Syariah itu, juga sebagai salah di antara perkara yang dapat mempertingkatkan cara hidup kita untuk lebih hampir kepada Islam.
Oleh kerana itu, pihak kami, saya mencadangkan daripada apa yang telah disebut oleh Baginda Sultan supaya pihak kerajaan mengumpulkan semua cendekiawan-cendekiawan Islam yang dijemput pada pihak-pihak terbabit yang berkemampuan untuk sama-sama kita menyusun ataupun kita memperkasakan Mahkamah Syariah kepada suatu tahap yang lebih baik dan yang lebih hampir dan terlebih baik apabila ia menepati, dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT. Dengan penuh keyakinan bahawa undang-undang ciptaan Allah SWT bahawa undang-undang yang paling adil dan segala sistem yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis adalah bersifat hikmah yakni bijaksana kerana ia diturunkan oleh Allah (Bahasa Arab) Yang Maha Bijaksana. Oleh kerana itu kita mengharapkan bahawa setiap daripada masa…. kita mengharapkan pihak kerajaan mengambil er… mengambil pandangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku ni untuk supaya Mahkamah Syariah dapat diperkasakan lagi.
Dan yang keduanya Islam sebagai cara hidup yang telah disentuh oleh Baginda Sultan bagaimana di antaranya kita semua mengetahui bahawa agama Persekutuan, agama rasmi Malaysia adalah Islam dan majoriti penduduk Malaysia adalah Islam, termasuklah di negeri Pahang, penduduk negeri Pahang lebih kurang 1.5 juta dan majoritinya adalah Islam. Maka di sana kita melihat bagaimana umat Islam kita sebagai umat Islam, kita ada kewajipan untuk menunaikan solat Jumaat, yang mana hari Jumaat adalah hari yang cukup istimewa bagi umat Islam. Hari yang Allah SWT gandakan pahala-pahala ibadah kita maka saya mencadangkan supaya pihak kerajaan menjadikan hari Jumaat itu sebagai hari cuti er… cuti bagi seluruh negeri Pahang. Kita mengharapkan cadangan ini mendapat perhatian dan seterusnya dapat dilaksanakan, dan seterusnya saya menyebut sedikit…
YB…
Berkaitan… ya saya…
Panching, beri laluan.
Assalamualaikum WBT Yang di-Pertua, terima kasih YB Tanjung Lumpur kerana memberi laluan dan saya ingin memohon penjelasan dan juga sokongan daripada Yang Berhormat berkenaan dengan cadangan untuk menjadikan Jumaat sebagai cuti bagi Kerajaan Negeri Pahang kerana kita melihat sebahagian daripada masalah-masalah yang timbul er… contohnya masalah menyebabkan er… pemilik-pemilik premis bukan Islam dengan pekerja-pekerja Islam, ada kekangan dari sudut mengizinkan dan membenarkan mereka untuk mendirikan solat Jumaat dan juga di sana kita melihat bagaimana berkembangnya fikrah atau fahaman liberal yang mana dengan adanya cuti hari Jumaat ini maka kita dapat meningkatkan lagi budaya ilmu mewujudkan medan ilmu dan secara tidak langsung dapat juga membanteras ataupun mengekang fikrah fahaman liberal ini. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Baik terima kasih er… sahabat Panching dalam kereta boleh tanya [Ahli Dewan ketawa] dia naik kereta dengan saya tapi…
Yang Berhormat, Yang Berhormat Tanjung Lumpur.
Tapi… ya saya…
Saya ingat Yang Berhormat jawap dalam keretalah [Ahli Dewan ketawa]
Cuma saya menyambung sedikit bahawa soal kekangan daripada umat Islam yang bekerja dengan bukan Islam sebenarnya pada hari Jumaat biasanya masa kerja hanya ada dalam tempoh 6 jam sahaja berbeza dengan hari biasa dia jadi lapan jam. Maka untuk bukan sahaja kelebihan tu kepada umat Islam tapi juga kelebihan kepada pemilik-pemilik, pengusaha-pengusaha yang pekerja dia bukan Islam. Maka dari sudut ekonomi pun lebih menguntungkan kalau sekiranya cuti itu dia berlaku pada hari, pada hari Jumaat, itu dari sudut itulah.
Jadi, seterusnya saya nak bawa sedikit isu tempatan. Yang pertamanya berkaitan dengan jejantas ataupun jambatan lintasan yang mana saya pada dua, tiga tahun lepas dah pernah pergi ke JKR dan kemudian pihak JKR memaklumkan bahawa jejantas ataupun lintasan di hadapan Sekolah Menengah Tanjung Lumpur tu yang mana projek tu diluluskan, cuma kekangannya tidak ada peruntukan. Untuk makluman Yang di-Pertua, bahawa laluan tu adalah laluan yang lurus dan murid Sekolah Tanjung Lumpur tu ada 1,000 lebih… ramai dan yang melintas pagi, pada jalan tersebut lebih kurang ratusanlah sama ada ibu bapa dan juga murid dengan motosikal.
Jadi mereka terpaksa melintas jalan disebabkan kerana kalau mereka nak ambil u-turn daripada Sungai Deraka tu, terpaksa u-turn ke depan Yayasan Pahang. Terlalu jauh, terlalu jauh. Minyak dahlah mahal, jadi u-turn jauh tu, ha parok sikitlah. Dan
pernah juga berlaku beberapa kemalangan di situ disebabkan kerana jalan tu memang jalan lurus dan memang laju… [Bacaan dalam Bahasa Arab] [ketawa] jenis lurus.
Jadi, kita minta sungguh-sungguh sebab situ pun orang kampung. Orang kampung ni orang Kampung Tanjung Lumpur faham je lah. Topi keledar pun tak pakai, dia punya motosikal tu kusyen tu ada separuh je. Signal pun tak ada, memang dia akan pecahkan divider tu, memang dia akan lalu. Ada juga cadangan supaya di situ diletakkan traffic light untuk pejalan kaki. Di sini kami saya menyebut bahawa kita tak setuju kerana kalau diletakkan traffic light untuk pejalan kaki, kita percaya akan berlaku kesesakan jalan rayalah kerana pada waktu perdana terutama waktu pagi dan petang, kereta boleh dikatakan ribuanlah disebabkan kerana pertumbuhan pembangunan yang banyak di sebelah Kempadang, Kempadang Makmur dan sebagainya, jadi kereta terlalu banyak. Kalau letak lampu untuk pelintas pejalan kaki, kita percaya ia akan berlaku kesesakan jalan raya. Jadi, sememangnya perlu kepada jejantas yang bukan sahaja untuk pejalan kaki tetapi boleh naik motosikal.
Kemudian yang keduanya saya juga nak menyentuh soal Serambi Teruntum. Serambi Teruntum adalah projek yang telah dibina oleh Wilayah Ekonomi Pantai Timur ecr (ECER) yang bernilai RM18 juta, lebih kurang gitulah yang mana di dalamnya ada lebih kurang dalam 89 kedai dengan kadar sewa lebih kurang RM300 - RM400 sebulan. Untuk makluman Yang di-Pertua, bahawa saya beberapa kali masuk dan temu ramahlah kepada peniaga-peniaga. Apa yang saya boleh sebutkan bahawa hasrat pembinaan Serambi Teruntum itu yang dikatakan kalau boleh Serambi Teruntum ni nak jadi seperti Pasar Payang di Terengganu dan Pasar Siti Khadijah di Kelantan.
Itu hasrat ya hasrat pembinaan tetapi malangnya setakat ini apa yang saya lihat ianya tidak berjaya sehingga peniaga sangat keluh kesah. Ada yang bila saya pergi waktu tengah hari, ada yang RM20 je dapat sehari. Saya kira pihak kerajaan perlu kepada satu tindakan kerana kalau keadaan ini berterusan, kita bimbang peniaga pun tak nak meniaga dah. Siapa dia nak meniaga kalau pendapatan tak sampai RM50 sehari… nak bayar sewa lagi, nak bayar api air dan kemudian nak tanggung keluarga lagi, mereka memang tak boleh nak bertahan.
Maka, promosi yang proaktif yang sungguh-sungguh mesti dilaksanakan. Tindakan-tindakan iaitu bagi saya, saya lebih mencadangkan supaya Serambi Teruntum tu dijadikan sebagai pusat perniagaan yang mampu menarik orang ramai bukan sahaja pelancong luar, pelancong domestik pun boleh dikatakan tak datanglah untuk membeli belah di situ, terlalu sedikit yang hadir sehingga ada kedai yang langsung tak dapat pendapatan seharian kerana memang sikit, lengang je. Masuk boleh tidur dalam tu, mengantuk je rasa sebab tak berapa ada orang. Jadi, kita mencadangkan supaya kalau boleh pihak kerajaan fikirkan satu produk yang mampu menarik minat orang ramai.
Kalau saya lihat di Pasar Payang tu di antara kelebihan-kelebihan yang ada mereka ada produk dia sendiri… batik Terengganu misalnya dijual dengan harga murah dan kemudian produk-produk laut dia sebab dia duk tepi laut jadikan orang ramai nak datang, begitu juga di Kelantan dan sebagainya. Jadi, kita di Tanjung Lumpur ni kita ada Tanjung Lumpur sebagai pusat nelayan, ada Kampung Cempaka, kita ada Kempadang dan sebagainya dan kemudian bolehlah kita fikir. Dan saya bagi sayalah, saya lebih minat kalau sekiranya Serambi Teruntum tu dijadikan sebagai pasar bebas cukai yang saya kira lebih ramai orang boleh datang, suka datang sebab trend orang kita ni suka beli barang-barang murah, pesen dia dah, nak buat macam mana.
Jadi, itu adalah perkara yang kedua dan kemudian yang terakhir ada satu lagi, ada dua lagi. Sikit saya nak sentuh pasal judi haram yang telah disebut oleh YB. Andan tadi. Tanjung Lumpur pun tak boleh nak elak daripada berlakunya perjudian haram yang sekarang ni bukan setakat judi kuda tu, judi internet, ha ni pun pening sebab judi internet ni kedai-kedai biasa pun ada, kedai runcit, kedai tayar, kedai jual cd pun. Ha ni kita faham susah nak tangkap sebab tauke dia tu internet, tauke dia tu. Cuma fikirlah kerajaan, fikirlah macam mana sebab implikasi dia sama je dengan judi, judi tu… dengan judi biasa ni. Implikasi dia sama, kesan dia adalah sama. Jadi, minta kerajaan fikir.
Yang ketiganya yang terakhirnya Flat Pak Mahat. Setiap kali berucap tu sebut sokmolah Flat Pak Mahat ni sebab kawasan kita kawasan miskin. Namun pengundi Tanjung Lumpur ada 100 lebih je di situ. Ramai pengundi Semambu dan Inderapura dan Teruntum… pengundi Tanjung Lumpur ada 100 lebih je, tak banyak tapi sebab Wakil Rakyat dia Wakil Rakyat Tanjung Lumpur, memang pening kepalalah.
Saya nak sebut er… sikitlah di antara keluhan masyarakat di situ ialah pada awal perasmian dan saya ada simpanlah sikit keratan akhbar Perasmian Flat Pak Mahat masa tu apa Tun Abdullah lah yang merasmikan. Mana asal dia Flat Pak Mahat tu dikatakan sebagai sewa beli tetapi sekarang ni masih berstatus sewalah masih berstatus sewa. Jadi, kita mengharapkanlah dari pihak kerajaan boleh tukarlah status tu kepada status sewa supaya rakyat tu ada hak milik, ada hak milik… insya-Allah itu harapan, mengadulah tu. Mudah-mudahan dapat diambil tindakan dengan sebaik-baiknya. Jadi, saya kira sekadar itulah ucapan ringkas. Petang-petang ni orang mengantuk belaka. Jadi, insya-Allah mudah-mudahan. Assalamualaikum WBT.
Terima Kasih Yang Berhormat. Saya tengok tak ada yang mengantuk Yang Berhormat. Semua buka mata belaka. Ya, sila Mentakab. Lepas ni Chenor ya… Mentakab dulu. Silalah Mentakab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
Saya ingin merakamkan Ucapan Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Salam sejahtera Yang berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan, rakan-rakan sejawat Yang Berhormat Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan PAS. Saya mengucapkan terima kasih di atas peluang buat julung kalinya berucap di Dewan Yang Mulia ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di DUN Mentakab yang telah memberikan mandat dan kepercayaan kepada Pakatan Harapan sebagai ADUN yang mana telah berjaya menggagalkan cita-cita Barisan Nasional menawan DUN Mentakab di bawah projek 4-0.
Akan tetapi memandangkan iklim politik telah berubah di mana Barisan Nasional hanya menguasai negeri Pahang dan Perlis, itupun berada di dalam keadaan kucar kacir sedangkan di peringkat persekutuan Pakatan Harapan yang menjadi kerajaan, saya amat bersukacita sekiranya Kerajaan Negeri Pahang dan pembangkang dapat bekerjasama bagi membangunkan dan memajukan negeri yang kita kasihi ini.
Mintak laluan Mentakab, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Mentakab ada menyebut kucar kacir. Yang ini Mentakab rujuk pada negeri mana ni.
Itu khasnya negeri Perlis. (Ahli Dewan ketawa).
Yang mana Yang Berhormat, negeri mana Yang Berhormat
Negeri Perlis.
Patut tak boleh cakap, ini negeri Pahang, negeri Perlis cakap di negeri Perlis Yang Berhormat
Kita berada di Dewan Yang Mulia ini dengan membawa mandat rakyat dan berkhidmat untuk rakyat, tidak kira parti apa pun. Kerana itu saya memohon supaya DUN yang tidak dikuasai oleh Barisan Nasional tidak dianaktirikan seperti mana amalan sebelum ini. Walaupun saya menyedari bahawa di bawah pemerintahan Barisan Nasional di negeri Pahang mempunyai hutang yang besar dan kedudukan kewangan yang..
Yang Berhormat Yang di-Pertua…Yang Berhormat Yang di-Pertua
Pihak kerajaan ingin bertanya
Saya nak mencelah sedikit apa yang dinyatakan oleh ADUN Mentakab itu adalah tidak benar. Kita menganaktirikan. Kalau kita tengok sendiri pembangunan ataupun apa-apa sahaja infrastruktur contohnya di Temerloh kerana wakil ini wakil daripada Mentakab, kita dapati ini sama je, tidak ada satu pun yang kita tinggalkan. Kalau sekiranya lampu jalan semua dapat, kalau sekiranya repair jalan di Mentakab pun dapat, di Lanchang pun dapat. Dan dulunya bukan wakil daripada kerajaan Kuala Semantan pun dapat, jadi tak ada timbul sebenarnya anak tiri ini. Mungkin ADUN tu ataupun wakil pembangkang tu dia rasa dia dianaktirikan biasa la Yang Berhormat Yang di-Pertua kita pun rasa dianaktirikan sekarang ni apabila kita tak lagi Kerajaan Pusat dah bukan lagi Kerajaan Barisan Nasional, ini biasa. Tetapi dari segi rakyat sebagai contoh, rebut. Tak pernah pun kita menganaktirikan, tapi tak apalah, mungkin belum lagi 100 hari lagi kita boleh maafkan. Insya-Allah kita nanti Yang Berhormat wakil daripada Mentakab boleh tengok bagaimana cara Barisan Nasional bekerja.
Namun sekali lagi saya mengulangai mari kita sama-sama bekerja untuk negeri yang kita kasihi ini. Di DUN Mentakab dan daerah Temerloh masalah bekalan air bersih masih lagi menghantaui rakyat. Saya tidak faham walaupun telah lebih 60 tahun merdeka dan di bawah Barisan Nasional, dan lebih-lebih lagi penghampiran sungai yang terpanjang di semenanjung Malaysia, Sungai Pahang, masalah air tidak dapat diselesaikan. Bekalan air bersih di DUN Mentakab dan Temerloh dan saya juga percaya di daerah-daerah lain di negeri Pahang memang menjadi masalah utama yang menyebabkan gangguan kepada kehidupan rakyat. Adalah menjadi tanggungjawab kepada kerajaan Pahang pada hari ini dengan segera mencari jalan penyelesaian dan menyelesaikan masalah ini sehingga ke akar umbinya.
Jika ada keperluan untuk menukar paip-paip air, maka saya berharap kerajaan dapat melakukannya dengan segera. Di samping itu saya mendapati juga lori-lori tangki perlu ditambah bilangannya bagi mengurangkan beban kepada pengguna. Selain daripada itu saya mendapati bahawa beberapa kawasan di DUN Mentakab sangat terdedah kepada risiko tanah runtuh terutamanya di kawasan bukit. Beberapa tempat seperti Industi Park, Taman KSN, Taman KSN Height dan Taman Tan Ju Tong berisiko tinggi untuk mengalami tanah runtuh yang mendatangkan risiko tinggi kepada penduduk.
Saya merasakan pemantauan yang lebih kerap perlu dilakukan oleh pihak berwajib, bagi memastikan cerun-cerun berada di dalam yang keadaan selamat di samping perlunya peraturan yang lebih ketat dikuatkuasakan. Semua pihak berwajib lebih proaktif bagi mengelakkan malapetaka berlaku yang akan menyebabkan risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Saya memahami bahawa di bawah Barisan Nasional Kerajaan Pahang mengalami masalah kewangan kritikal kerana itulah Kementerian Kewangan mengumumkan diawal tahun ini, KDNK Pahang berada di tempat terendah selama 10 tahun pada angka 2.2% sahaja.
Masalah yang saya lihat ialah Kerajaan Barisan Nasional hanya berupaya untuk membangunkan sumber yang sedia ada termasuk industri pelancongan dan tidak mempunyai kreativiti untuk membangunkan sumber-sumber baru yang dapat mendatangkan industri kewangan serta membantu menaikkan ekonomi negeri.
Atas dasar ini saya ingin mencadangkan bandar Mentakab khususnya Jalan Mok Khi Kian dibangunkan sebagai satu destinasi pelancongan yang baru dan berdaya maju. Saya suka mengingatkan bahawa bandar Mentakab merupakan bandar pertama yang mendapat perkhidmatan keretapi daripada sudut sejarahnya yang boleh dijadikan aset pelancongan yang bukan sahaja mampu menarik pengunjung domestik tetapi juga antarabangsa.
Seperti Pekan Sari Temerloh, yang seharusnya telah lama dimodenkan, saya cukup percaya Jalan Mok Hee Kian boleh dinaik taraf sebagai destinasi pelancongan dengan kepe… kepelbagaian budaya dan pilihan makanan misalnya. Jika Petaling Street di Kuala Lumpur menjadi destinasi pelancongan wajib, seperti dinyatakan dalam majalah pelancongan antarabangsa Lonely Planet, dengan izin, kenapa tidak kita majukan Jalan Mok Hee Kian di bandar Mentakab sebagai destinasi pelancongan?
Tambahan pula produk-produk sedia ada seperti Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah, agro pelancongan seperti ikan patin, malah Taman Negara Jerantut berada dalam jarak yang tidak terlalu jauh dari bandar Mentakab. Saya juga amat tertarik dengan inisiatif yang ditawarkan dalam manifesto Barisan Nasional untuk Parlimen
Temerloh dengan tema “Moh! Hebatkan Temerloh” yang diwar-warkan dengan penuh gembira oleh rakan saya Yang Berhormat Lanchang.
Jika saya boleh sebut sebahagian daripada…
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Ini kena jawab. Itu… Yang Berhormat Yang di-Pertua, kalau sekiranya kita memerintah Malaysia, sekarang kita dah tak memerintah Malaysia lagi tak ada lah. Ini kena faham tu, saya bercakap ketika itu sebagai calon parlimen tetapi oleh kerana kita sudah tidak lagi memerintah negeri Malaysia, maka sekarang ini kita menuntut supaya kita tunggu sahajalah manifesto daripada Pakatan Harapan untuk tunaikan.
Jika saya boleh sebutkan sebahagian daripadanya seperti menjadikan Temerloh sebagai hub ikan air tawar dan memperbanyakkan projek perumahan rakyat serta membangunkan projek perumahan belia India. Inisiatif dalam manifesto Barisan Nasional ini saya sangat yakin boleh dilaksanakan dan berkemampuan untuk dilaksanakan dengan sepenuhnya tanpa perlu bantuan kerajaan pusat. Jadi saya memohon dan meminta dengan sesungguh-sungguhnya bagi pengundi saya di DUN Mentakab dan Parlimen Temerloh untuk Barisan Nasional tanpa berlengah lagi dengan segera melaksanakan projek ini.
Dan terakhirnya saya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, menyedari bahawa sistem pemerintahan ini secara federalisma, saya menasihatkan agar kerajaan BN dapat membina hubungan yang baik dan erat dengan kerajaan persekutuan bagi memastikan kelancaran pentadbiran serta menjaga kebajikan rakyat. Ketirisan dan salah guna kuasa harus dihentikan di samping mengelakkan pembaziran di dalam mengendalikan wang rakyat. Sekian terima kasih.
Terima kasih wakil daripada Mentakab. Sila wakil daripada Jengka ya. Sila Jengka.
Assalamualaikum WBT (Bacaan dalam Bahasa Arab). Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Dengan izin saya mengajak Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk merenung satu janji daripada Allah [Bacaan dalam Bahasa Arab]. “Kalaulah sebuah penduduk… sebuah negeri itu beriman dan bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan buka rezeki daripada langit dan daripada bumi.”
Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional Pahang yang berjaya mengekalkan pemerintahan di negeri Pahang walaupun tidak berjaya mencapai 2/3 kemenangan, namun mereka berjaya. Tahniah ya. Saya menjunjung kasih ucapan Titah Diraja semalam. Antara yang disebut oleh baginda iaitu pertumbuhan ekonomi Pahang yang sangat memberangsangkan dan berjaya meluluskan 300 projek yang bernilai RM2.2 billion pada tahun 2017. Tahniah ya.
Dan saya berharap kerajaan dibawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Rosdy berjaya meletakkan Pahang berada di kedudukan tertinggi dalam pertumbuhan
ekonomi, ekonomi negeri mengatasi negeri-negeri lain dan saya mengharapkan tidak mengulangi rekod buruk tahun 2016, berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia bahawa pertumbuhan ekonomi Pahang pada ketika itu hanyalah 2.0% berbanding Selangor dan Kelantan 4.8%.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya sebagai ADUN Jengka dikelilingi oleh FELDA, bahkan Pahang adalah negeri yang mempunyai tanah rancangan FELDA yang paling besar di Malaysia iaitu seluas 319,145 hektar dan ada 115 rancangan dan penduduk penerokanya, 43,124 orang. Dalam PRU14 yang lalu er… kira-kira 200 ribu lebih pengundi terbesar datang daripada komuniti FELDA termasuk generasi kedua dan ketiga. Oleh itu saya melihat ini adalah suatu masyarakat yang sangat penting kepada Pahang dari sudut ekonomi dan budaya hidup.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin menarik perhatian dewan kepada beberapa isu yang menyelubungi ataupun boleh dikatakan menghantui masyarakat FELDA. Antaranya yang pertama, kedudukan harga sawit dan getah yang rendah sekarang. Ia memberi impak kepada kehidupan harian mereka dengan kos hidup yang tidak pernah menurun kecuali harga komoditi yang mereka usahakan yang selalu menurun.
Yang kedua, masalah gelaja sosial, perjudian, jenayah sederhana seperti mencuri, banyak berlaku di kawasan FELDA. Dan berbetulan saya baru-baru ini er… sebelum PRU yang ke-14 lagi, satu perjudian saya dapat bila saya jadi Yang Berhormat, er… beberapa orang daripada FELDA datang mengadu ada pusat judi di Jengka 14. Jadi saya ambil satu inisiatif bertemu dengan Jabatan Agama, bertemu dengan polis, Jabatan Polis dan kita pergi buat serbuan. Alhamdulillah, dengan pertolongan daripada orang ramai dan agensi-agensi kerajaan, pusat judi di Jengka 14 telah pun ditutup, alhamdulillah. Tapi ia masih ada di kawasan-kawasan sebagaimana yang disebut oleh Tanjung Lumpur tadi, sekarang ni orang judi main judi ikut internet dan macam-macam, benda yang mungkin kita boleh fikirkan bersama bagaimana untuk menyekat perkara tersebut.
Yang ketiga, kita harus… Kerajaan Negeri harus berusaha memperbaiki pendidikan kepada golongan tua dan muda kepada masyarakat FELDA yang sangat perlu bagi mengatasi gejala yang tidak sihat. Baru-baru ni saya menyampaikan kuliah di FELDA Jengka 3, kawasan Dato’ Shah kita. Saya di… tengah saya duduk, Imam bangun mengumumkan dia kata, “kita sedih sekarang ramai yang tak datang sembahyang Jumaat”. Ini sesuatu yang serius.
Kalau di kawasan bandar mungkin kita boleh ambil kira bahawa mereka kadang-kadang terikat dengan majikan, mungkinlah saya sebut ini. Tapi di kawasan FELDA mereka sudah jadi bos. Tidak terikat dengan cuti boleh datang, tapi ia berlaku juga. Ada yang tak datang sembahyang Jumaat. Maknanya er… mungkin ada beberapa faktor, mungkin keuzuran dan mungkin kejahilan. Oleh itu menyemarakkan majlis ilmu adalah sangat penting. Kami ADUN PAS er… dalam 8 orang ini, 6 daripadanya adalah kelulusan agama. Ada daripada Pakistan’s say dengan izin, Ustaz Mujik ni [Bacaan dalam Bahasa Hindi] jadi dia boleh ya, [ketawa] dari Jordan ya, jadi…
Apa makna ustaz tadi ubu… ujub… [Ahli Dewan ketawa] saya tak… ha.
Baik. Jadi maknanya…
Ada makna?
Ha?
Apa maknanya tadi?
Pakistan say daripada Pakistan.
Oh… Pakistan say.
Baik. Maknanya menyemarakkan majlis ilmu oleh kita yang ada ilmu serba sedikit ini adalah sangat pentinglah. Yang keempat, masalah perumahan bagi generasi kedua FELDA walaupun sudah disentuh sikit tadi saya sentuh sikit lagi, kelihatan masih berhadapan dengan boleh dikatakan jalan buntu. Belum siap contoh di Jengka 11 di… yang sangat lama dan Jengka 19 yang masih belum berpenghuni sepenuhnya. Ini yang sedang berlaku sebagaimana yang disebut tadi daripada Muadzam Shah ya. Makna bendanya sangat penting sebab orang nak kepada rumah, tempat tinggal yang sempurna itu sangat pentinglah.
Oleh itu, Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mengharapkan supaya kerajaan baru, Exco-Exco yang ada ini, yang dipilih supaya melihat kepada perkara-perkara berikut. Yang pertama, ada usaha-usaha di peringkat kerajaan negeri untuk berusaha menyumbang bagaimana menyumbang maksud saya kalau kadang-kadang mungkin di bawah kuasa Federal, yang sekarang dikuasai oleh Pakatan Harapan tapi di peringkat negeri mungkin kita boleh berusaha untuk bertemu dan berbincang dengan mereka yang lebih atas ha… daripada kita.
Yang kedua, membuat perancangan dalam usaha-usaha untuk menjadikan Pahang sebuah negeri yang benar-benar aman makmur daripada gejala-gejala kerosakan manusia yang menyebabkan masyarakat tidak harmoni di FELDA khasnya di seluruh Pahang.
Yang ketiga, membantu generasi kedua FELDA dan ketiga khususnya di kawasan er… kawasan sayalah er…yang kebanyakannya daripada anak-anak peneroka, bekerja sendiri, ada yang membina rumah di kawasan tanah ayah mereka. Mereka tak pergi ke Lembah Kelang. Mereka bina rumah, ayahpun dah uzur misalannya tapi masih ada. Sebahagian tak boleh duduk dengan ayah tapi kena jaga ayah mak lalu mereka bina rumah di tanah ayah-ayah mereka.
Ada yang membina kedai di tanah ayah mereka. Namun problem yang utama mereka tak mintak duit dengan kita tetapi mereka minta supaya dimasukkan elektrik. Ada beberapa kes yang datang kepada saya dia dah jumpa dengan semua agensi-agensi yang berkenaan. Jumpa dengan TNB, berjumpa dengan Pejabat Tanah, ada yang jumpa dengan saya, dia bentang, dia kata sampai sekarang dah bertahun rumah dia tidak ada api. Bahkan kami di Jengka, DUN Jengka ni ada 2 institusi pendidikan agama yang er… di Jengka 15 ada Tahfiz Al-Hakim dan di Jengka 11 ada Tahfiz Al-Banna. Sekolah Rendah Islam pun tidak ada elektrik. Tanya TNB, TNB kata kena pergi Pejabat Tanah. Pejabat Tanah kata ini tanah pertanian.
Jadi saya harap cuba kita fikirkan bagaimana untuk selesaikan masalah ini kerana mereka hanya minta elektrik kerana sebahagian daripada mereka sudah ada elektrik. Mereka akan persoalkan kenapa yang lain dapat tetapi mereka tak dapat. Jadi saya harap pihak kerajaan dapat memudahkan pengurusan ini supaya anak bangsa generasi kedua dan ketiga peneroka ini dapat hidup dengan lebih selesa.
Wakil Jengka, pihak kerajaan minta laluan.
Terima kasih Yang Berhormat Jengka. Yang di-Pertua, berkenaan dengan rumah tadi tu, YB dah pergi dah rumah yang mereka bina tu? Adakah di kawasan perumahan yang disediakan ataupun dibina di tempat lain?
Di tanah ayah mereka, di kawasan tanah ayah merekalah.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sebab semasa saya menjadi Exco Perumahan dulu ada juga perkara ini dibangkitkan. Tapi semasa… pada masa itu bila kita siasat, rumah tersebut dibina dalam ladang. Itu yang TNB tak bagi bekalan. Tapi kalau dibina dalam kawasan perumahan itu, saya rasa TNB mungkin akan pertimbangkanlah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dia… persoalannya Yang di-Pertua, ada yang dapat masuk elektrik, ada yang tak dapat. Jadi apa yang membezakannya. Adakah kasta atau bagaimana? Itu persoalannya. Jadi saya susah nak jawab, sebab saya bukan YB yang memerintah ya. Jadi ada yang dapat, ada yang tak dapat. Itu isunya. Jadi di mana kesalahan mereka? Haa…di situ.
Saya teruskan ucapan saya. Er… yang ke-4 ini sebagai sama ada pihak kerajaan sudah ada maklumat ini ataupun belum. Jika ada, dia sebagai sesuatu yang boleh memberikan kebaikan kepada Kerajaan Negeri Pahang iaitu hari ini saya dimaklumkan ada satu Seminar Falak di Maran. Seorang pakar falak daripada Johor, Tuan Haji Hanafiah Abdul Razak. Beliau pernah bekerja di Jabatan Mufti Negeri Johor. Selepas pencen, beliau memang pakar falak. Rupanya kemahiran beliau ini bukan sekadar dalam ilmu falak menentukan er… bila puasa, bila raya. Rupanya Petronas
sering memanggil beliau untuk datang dan mengukur kedalaman laut dan segala perkara yang berkait untuk galian minyak-minyak ini.
Jadi beliau sebut dalam kursus falak hari ini, beliau telah pergi ke 38 pelantar minyak dan beliau dapati Pahang mempunyai pelantar minyak yang sangat banyak. Sepatutnya Pahanglah yang lebih banyak dapat royalti 20%. Ini maklumat yang disampaikan oleh beliau. Sejauh mana benarnya, makna itu pihak kerajaan boleh er… buatlah pertemuan dan sebagainya. Sekiranya kita juga Pahang dapat royalti 20% ini, saya ingat hutang Pahang yang hampir RM3 bilion itu kita dapat bayar sedikit demi sedikit, insya-Allah di bawah kepimpinan Dato’ Sri.
Akhir sekali saya mengharapkan kita semua dapat bekerjasama dalam meningkatkan ekonomi negeri, menyelesaikan masalah setempat dengan melibatkan Ahli Yang Berhormat menganggotai mesyuarat Majlis Daerah. Baru kita boleh salur dan ambil maklumat tersebut. Kalau tidak, orang… dia tak akan adu masalah ke Majlis Daerah secara direct tetapi dia akan berjumpa dengan YB tapi YB tak ada connection, tak dipanggil mesyuarat dan sebagainya. Saya ingat ini suatu yang kita kena ada perubahan. Jangan berpegang dengan polisi lama sehingga akhirnya kami YB dianak tirikan. Sekian, dengan itu saya mohon menyokong Titah Diraja. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Jengka. Baik saya jemput Bukit Ibam. Sila Wakil Bukit Ibam.
[Bacaan dalam Bahasa Arab] Assalamualaikum WBT. Yang dihormati Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita. Saya mohon maaflah agak… kalau agak gementar sikit (ketawa) jadi sebab kalau tadi tu menanya soalan tetapi ini untuk membentangkan dan ini macam-macam dah hantar jangan lupa itu, jangan lupa ini, jangan lupa semua, jangan lupa jadi saya takut terlupa sebenarnya.
Dan sayalah antara mungkin kalau ingat semua mantan kita Yang Berhormat Dato’ Sri DiRaja Adnan khabar, inilah dia manusia apabila diumumkan sebagai calon, pucat lesi toreh tak berdarah. Sebenarnya untuk pengetahuan semua, saya pada hari itu hadir sebagai kononnya sebagai wakil calon er… (ketawa) Wakil calon DUN Muadzam Shah tetapi itulah ketentuan Allah SWT dan saya berdiri di sini sebagai ADUN Bukit Ibam.
Jadi… Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih atas titah ucapan Yang Teramat Mulia Pemangku Raja Pahang semasa pembukaan dewan hari itu, semalam dan saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengundi Bukit Ibam yang telah memilih saya selaku ADUN nya dan saya sangat gembira kalau daripada Mentakab tadi dia berjaya mendeny dengan izin, menafikan 4-0 bagi BN tetapi saya bersyukur kerana berjaya mempertahankan N.40 DUN Bukit Ibam.
Berhubung dengan titah ucapan Yang Teramat Mulia, saya ingin memulakan dengan perkara yang pertama yang rakan-rakan saya semua sedari bahawa itu adalah antara yang sangat penting dan perlu terutama bagi DUN-DUN mereka yang mempunyai FELDA-FELDA sebagai tunggak bagi pengundi-pengundi mereka. Begitu juga dengan saya DUN Ibam, saya di DUN Ibam ini mengandungi 7 FELDA dan masalahnya, sebenarnya sama sahaja iaitu perumahan generasi kedua.
Jadi saya… sebahagiannya telah saya soalkan pagi tadi tetapi ada juga beberapa iaitu antaranya ialah perumahan di FELDA Keratong 6,7. Kita dapati ia telah kalau mengikutkan tarikhnya ia akan diserahkan pada bulan 11 ini tetapi hingga hari ini saya tengok baru-baru ini saya pergi er… tak ada kerja langsung. Jadi saya tak tahulah dan ditanya kata ada masalah kepada pekerja dan kontraktornya.
Jadi masalah yang paling menghantui saya, ketika saya… apabila saya mengambil alih sebagai Ahli ADUN di Bukit Ibam ini ialah perumahan Gen 2 Keratong 5. Perumahan ini kalau kita semua ingat, saya ingat Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita pun tahu ya, perumahan Gen 2 Keratong 5 ini pada tahun 2016nya telah dirasmikan oleh…mantan er… Pengerusi FELDA kita Tan Sri er… Shahrir Samad dan ketika itu mantan er… MB kita pun ada bersama. Ia adalah er… tanah yang diambil daripada Tanah FELDA yang… yang kosong, yang telah er… di… diambil er… inisiatif oleh anak-anak muda kita Gen-2 kita di FELDA Keratong 5 tu dan juga sekitarnya mereka ukur sendiri, bayar sendiri er… bayar sendiri premiumnya pun bayar sendiri semua dengan donation maknanya tiap-tiap bulan mereka mendonate untuk mendapatkan kawasan ini dan saya dimaklumkan bahawa ianya telah er… selesai semua tetapi hingga hari ini saya dapati ia tidak juga selesai.
Jadi saya mohonlah er…dilihat di manakah er… sebab-sebabnya, sebab mereka ini tidak er… minta daripada kewang… sumber kewangan daripada mana-mana tetapi dengan inisiatif anak-anak muda itu sendiri. Jadi saya sangat mengharap kerana mereka ini er…sebahagian besarnya menumpang di rumah-rumah ibubapa sendiri ataupun menyewa di...di premis-premis yang lain dengan kadar yang sangat tinggi dan mereka ini terdiri dari mereka yang bekerja er… kampung aje, kerja rencam. Jadi harapan besar mereka adalah er…ianya dapat dilaksanakan dengan seberapa segera.
Yang seterusnya ialah saya ingin er… me… me… melihat me… mem… memper… memperjelaskan tentang infrastructure er… di DUN Bukit Ibam ini iaitu er… kita dalam melihat er… tempat-tempat lain umpamanya, kemudian ke bandar-bandar, kawasan perumahan dan juga lain-lain, kita dapati infrastructurenya sangat baik terutamanya di FELDA-FELDA juga tetapi di kawasan-kawasan er… perkampungan ini terutamanya perkampungan Orang Asli dan er… saya er… yang paling er… banyaknya perkampungan Orang Asli ini er… yang er… da…Tuan Yang di-Pertua, iaitu terutamanya… terutamanya di Kampung Jubau… Jubau, Buluh Nipis, Ganoh. Kawasan-kawasan ini saya ingat Yang Amat Berhormat er… Menteri Besar kita pernah sampai masa saya tau Yang Amat Berhormat ada 10 hari masa tu di sana er… di kawasan Orang Asli dan er… tau tempat-tempat ini.
Sehingga hari ini untuk pengetahuan semua kalau Kampung Jubau tu sebenarnya dalam hutan rimba betul dan saya amat faham er… kekangan er… kos untuk membina er… jalan sebab dia memang menghadapi kalau musim hujan memang dia er… surrendered dengan izin tidak dapat dilalui kawasan itu tetapi er… begitu juga Buluh Nipis er… dan juga er… Ganoh. Ganoh ni kalau yang pernah pergi tu dia macam kata orang kerusi Osim tu. Kerusi urut Osim tu er… dia akan gegar gitukan jalan dia, jadi jalan-jalan balak. Dan saya… er… rasa ini, saya berpendapat mungkin dia… kosnya tinggi tapi sebenarnya kita boleh mengambil inisiatif ini dengan meminta di sekitar, ladang-ladang di sekitar tu yang membawa er… dia punya er… dia punya kelapa sawit, mereka keluar iaitu antaranyalah Ladang CENTEK untuk bekerjasama dengan kita er… membaiki jalan tersebut.
Jadi itu harapan saya dan yang kedu… yang seterusnya ialah berhubung dengan jalan er… jalan Bahau-Keratong, jalan Bahau-Keratong ni er… kalau er… mengikut er…
perkiraannya daripada Bahau ke Keratong dan dulu kalau saya tidak silap dia pernah… dia telah diluluskan bersama-sama dengan jalan er… jalan Lebuhraya Tun Razak. Lebuhraya Tun Razak… Lebuhraya Tun Razak tu ada yang bertanya kepada saya Tuan Yang di-Pertua, er… dan juga rakan-rakan ADUN mana satu…
Yang Berhormat Bukit Ibam,
Mana satu jalan Tun Razak?
Yang Berhormat Bukit Ibam, sebentar. Saya nak memaklumkan di dewan ini tentu terasa panas ya… oleh kerana masalah teknikal sedikit telah berlaku. Jadi bersabarlah duduk dalam keadaan suasana panas [Ahli Dewan ketawa] dan saya lagi panas ya. Sila teruskan YB.
Ke suruh saya ringkaskan ke [ketawa]. Jadi Lebuhraya Tun Razak ni adalah yang sebenarnya Le... er… jalan antara simpang Gambang ke… tu… Segamat er… mungkin pada yang tak tau itu lah Lebuhraya Tun Razak sebab dulunya mula-mula itulah jalan paling besar er… sekarang ni bila dah ada LPT kita dia jadi kenit dah pula jalan tu. Jadi jalan itu saya ingat er… sampai sekarang ni alhamdulillah ada perubahan sikit tapi saya dimaklumkan dulu er… dia akan dibuat er… dua… double carriage dengan izin Yang di-Pertua, jadi er… sehingga hari ini saya tak tahulah sama ada dia sampai ke mana, adakah sampai ke… terus ke Segamat melalui rakan saya DUN Muadzam Shah dan juga saya di DUN Bukit Ibam.
Jadi jalan tu er… saya ingat er… apa ni… jalan tu sangat merbahaya begitu juga dengan jalan er… Keratong-Bahau ni yang diang… dikirakan er… saya kira Dato’ Roslan ketika itu jadi er… apa ni er…Pegawa Daerah er… kita bercerita tentang ini er… jadi saya nak minta lah jalan ini diperbaiki sebab dia merupakan jalan yang alternatif, yang sangat er… sangat sesak terutamanya ketika perayaan dan mengundang kemalangan jiwa yang sangat tinggi dan er… saya rasa Lebuhraya Tun Razak kami ni er… antara yang paling tinggi kemalangannya selepas Jalan Meripoh kalau saya tidak silap ya?
Kemudiannya er… berhubung dengan ekonomi ni er… Yang er… Tuan Yang di-Pertua, saya cukup er… yakin dan percaya er… ekonomi ni perlu di er… sibarkan er… di segenap tempat dalam negeri Pahang ini. Dan hari ini kalau saya pergi ke er… kalau rakan-rakan ADUN pergi ke Bandar Tun Razak, Bandar Tun Razak ini dulunya selain daripada bandar FELDA di dalam juga bercampur dengan er… dulunya adalah atas nama er…DARA ya, di bawah pembangunan DARA. Jadi DARA itu kemudian diambil alih oleh Teras DARA Konsortium. Dari situ jadi pembangunan ini er… sepatutnya berterusan tetapi hari ini kalau kita tengok er… masuk ke dalam bandar Tun Razak tu er… dia dilihat seakan-akan macam Pekan Cowboy. Minta maaf er… jadi cuma saya dah ketika itu berbincang dengan Dato’ er… DO saya Dato’ Zul sebab kita ada setengah sebahagian dari tanah dalam Bandar Tun Razak tu adalah milik Teras DARA Konsortium.
Jadi saya mengharapkan supaya er… Kerajaan Negeri dapat melihat er… tanah-tanah yang di bawah Kerajaan Negeri ataupun sama ada bawah FELDA yang boleh dibangunkan er… sesuatu er… untuk menjadi… menjadikan satu sumber ekonomi bagi generasi muda kita di situ. Saya bagi contoh er… ia boleh dilaksanakan kerana di keliling ini adalah er… ladang- ladang kelapa sawit kesemuanya. Sebahagian besarnya ladang kelapa sawit. Jadi saya melihat di situ ada produk hiliran yang boleh kita manfaatkan Kerajaan Negeri sama ada melalui agensi-agensi yang ada dalam negeri kita atau yang lain, swasta yang lain. Ia boleh dijadikan produk hiliran daripada mendapan kilang kelapa sawit itu sebagai er… baja. Kalau kita boleh mendirikan ia sebagai kilang baja di situ, akan menjana ekonomi kepada 22,806 orang pengundi saya yang sebahagian besarnya adalah pengundi-pengundi muda yang mereka bekerja rencam. Dan ia meliputi er… di situ kampung-kampung tradisional seperti Kampung Meripoh, Kota Shahbandar, Bandar Melati dan er… Rekoh er… di situ Lubuk Batu termasuk juga Kampung Aur.
Dan di kesempatan ini juga saya nak bertanyakan tentang kedudukan Jambatan Lubuk Batu. Jambatan Lubuk Batu ini er… telah dibawa oleh mantan er…YB ADUN Bukit Ibam er… Yang Hormat Dato’ Wan Kadri Wan Mahusin pada tahun 2013. Jadi er… kalau tak silap sayalah dan saya mohon er… dilihat bagaimanakah kedudukannya sekarang sebab ia juga menjadi sesuatu yang begitu lama dinanti-nantikan oleh penduduk-penduduk di Lubuk Batu khususnya yang akan pergi ke Bandar Tun Razak, sebab dia jalan… jambatan tu betul-betul paras er… paras sungai. Jadi kalau banjir tu tak usah, tak nunggu banjir la, hujan lebat sahaja dia akan… kereta akan lalu di situ dalam keadaan sangat merbahaya. Dan ia juga memberi mudarat bagi penduduk-penduduk er… Meripoh, er… Kam… Lubuk Batu dan juga Kota Bahagia untuk pergi ke Bandar Tun Razak di situ.
Seterusnya saya nak er… bertanya tentang er… usul pendidikan ini iaitu berhubung dengan Yayasan Pahang iaitu antaranya biasiswa yang diberikan kepada anak-anak kita er… yang sekolah rendah. Jadi apakah satu garis panduan yang… adakah garis panduan yang khusus untuk mereka-mereka yang er… dapat, sebab saya banyak dapat pengaduan dari sebelum ini saya… saya dimaklumkan borang-borang Yayasan Pahang biasiswa itu diserahkan kepada sekolah-sekolah er… betul itu? Di sekolah-sekolah dan yang memilihnya adalah er… guru-guru di sekolah tersebut, tetapi rungutan yang saya dapati adalah er… ia ada yang layak dapat tetapi tak dapat. Ada yang tak layak dapat tetapi dapat.
Jadi apakah garis panduan er… yang sebenarnya untuk mereka mendapat biasiswa ini? Itu perlu diperjelaskan dan kalaulah boleh er… hantarlah borang tu ke pejabat, pejabat ADUN kita. Itu saya mencadangkan er… kepada kita semua.
Jadi berhubung dengan er… Titah yang er… Teramat Mulia Pemangku Raja kita semalam berhubung dengan er… berhubung dengan er… penjagaan… penjagaan sungai, penjagaan er… hutan. Jadi saya juga sangat terpanggil dengan er… saranan ini, iaitu kenapa tidak kita adakan satu pe… selepas kita tebang hutan tu saya faham hutan tu adalah antara sumber ekonomi bagi kerajaan Negeri tetapi kita perlu jaga juga untuk masa depan dan tak bolehkah kalau kita er… dalam bahasa kampungnya, saya ni biasa disebut kita sulam semula iaitu selepas kita tebang dan kita tanam semula supaya ia 40, 50 tahun akan datang masih ada hutan terutamanya simpanlah hutan, hutan simpanan kita tu ia memenuhi er… kata orang er… fauna yang sangat cantik.
Dan keadaan ini juga sebenarnya kalau tidak dijaga, jadilah seperti apa yang berlaku di Bukit Ibam hari ini. Di Bukit Ibam itu satu ketika dulu ada satu tasik yang dinamakan
Tasik Biru. Pada tahun 1985, er… saya mula sebagai orang dalam politiklah ketika itu dan sering membawa anak saya berkelah di Tasik Biru di Bukit Ibam. Dia memang betul airnya biru, biru sungguh-sungguh biru tetapi jangan carilah hari ini kerana airnya dah kering. Airnya dah kering kerana er… perlombongan er… perlombongan [ketawa] perlombongan bijih besi dan saya utarakan ini kerana ini jadi satu iktibar bagi kita. Jadi kita jagalah ini untuk masa depan akan datang. Kita khuatir kiranya kita dalam keadaan yang lupa er… dalam keadaan yang terlupa tentang penjagaan ini, kita akan merosakkan alam sekitar kita.
Seterusnya saya er… nak memaklumkan berhubung tentang tanah FELDA ini, baru dapat yang ini Dato’ Yang di-Pertua, yang… Tuan Yang di-Pertua iaitu tanah FELDA kita ini er… 99 tahun ya, 99 tahun. Jadi adalah cadangan er… anak buah saya tulis, ‘ini cadangan baik bonda’ dia kata. Cadangan baik dia kata boleh tak er… cadangkan ia menjadi hak milik kekal, hak milik kekal dan satu lagi kita perlulah menjaga supaya tanah-tanah ini tidak dijual atas… dijual beli di… dijual atas, jual gitu ya dijual dengan orang lain ada yang melaksanakan ini, itu perlu dilihat er… ianya supaya ia tidak berlaku begitu dan kekalkan lah ia supaya ia menjadi hak milik kekal dan kalau boleh saya mencadangkan ia di… diwartakan sebagai rizab Melayu.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya juga ingin er… memaklumkan di sini iaitu kita melihat bahawa ada beberapa tanah terutamanya tanah-tanah terbiar er… di kampung-kampung ini cukup banyak sebenarnya. Jadi boleh tak kalau kita cadangkan tanah-tanah ini er… dimajukan oleh er… Yayasan Pahang ke supaya ia tidak terbiar begitu dan jadikanlah ia sebagai saham bagi er… merek… tuan-tuan tanah.
Jadi er… saya dengan ini mohon ampun dan maaf sesungguhnya yang baik, yang buruk, yang lahir daripada lidah saya pada petang ini, saya beranggapan adalah semata-mata dengan izin Allah SWT kerana tanpa izin-Nya tak mungkin saya berada di sini dan dengan itu saya mohon menyokong. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih wakil daripada Ibam. Ada lagi Ahli Yang Berhormat? Ya… ya Tanah Rata, ya. Kita ada masa lagi saya ingat boleh kita sambung sikit lagi. Sila, Tanah Rata.
Ya, okay. Salam sejahtera dan terima kasih pada Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ahli-ahli yang terpilih dalam Dewan Yang Mulia ini dan juga kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua dan juga barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang. Saya di sini ingin mengambil kesempatan ini untuk merumuskan masalah-masalah sedikit di Tanah Tinggi, Cameron.
Cameron Highlands ini merupakan pusat pelancongan dan pertanian tanah tinggi yang popular di negara ini dan makanya terdapat empat masalah utama yang berpunca daripada pelancongan dan pertanian iaitu yang pertamanya isu tanah pertanian, isu pencemaran alam sekitar, isu penerokaan melampau dan isu kesesakan lalu lintas.
Dan di daerah Cameron Highlands guna tanah untuk tujuan pertanian adalah 7,508.28 hektar ataupun 10.54% daripada keseluruhan keluasan daerah berkenaan. Dan di daerah Cameron Highlands terdapatnya 47.6% guna tenaga terlibat dalam industri
pertanian. Ini bermakna hampir separuhnya daripada penduduk di Cameron Highlands terlibat dalam kegiatan pertanian. Maka di kebanyakan tanaman di Cameron Highlands ini adalah untuk pasaran dan tempat… untuk pasaran tempatan dan sebahagiannya untuk pasaran eksport seperti ke Singapura, Jepun, Thailand, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan sebagainya. Ini menjadikan Cameron Highlands sebagai pengeksport utama tanaman pertanian di Malaysia dan menyumbangkan banyak kepada ekonomi di Malaysia dan juga negeri Pahang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Polisi tanah yang sekarang tidak terjamin, telah membawa pelbagai masalah kepada pekebun tempatan dan juga menggalakkan pekebun mengamalkan aktiviti-aktiviti pertanian yang tidak mampan dan seterusnya mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada alam sekitar. Yang kita tahu kebanyakan tanah kebun di Cameron Highlands adalah berstatus Lesen Pendudukan Sementara (LPS) ataupun lebih dikenali sebagai T.O.L. Er… apa yang kita tahu ialah pemegang lesen ini mengalami banyak sekatan dalam pembangunan industri pertanian. Contohnya mereka susah memohon pinjaman bank untuk menggunakan teknologi yang canggih dan maju dan juga mesra alam dan juga er… dalam baru-baru ini mereka dengan T.O.L sahaja juga susah memohon pekerja asing dan sebagainya.
Selain itu menurut Seksyen 32… Seksyen 32 Kaedah-kaedah Tanah Pahang 1992, ia menyatakan bahawa bayaran T.O.L ini akan dikenakan kepada pemegang license secara tahunan mengikut kadar yang lebih… yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun permohonan dan kelulusan untuk pembaharuan TOL ini adalah amat tidak memuaskan kerana dia mengambil tempoh yang panjang. Saya er… pejabat di Tanah Rata telah menerima banyak aduan dan juga laporan er… aduan daripada pekebun-pekebun bahawa mereka… kebanyakan mereka tidak dapat memperbaharui license mereka adanya yang selama 3 ataupun sehingga 5 tahun. Hal sedemikan menimbulkan pelbagai masalah kepada pekebun-pekebun kerana license mereka tidak diiktirafkan sebagai license yang sah dari segi undang-undang.
Yang… Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya difahamkan bahawa terdapat beberapa sebabnya berlakunya kelewatan untuk memproses er… pembaharuan TOL ini er… contohnya bilangan permohonan pembaharuan TOL ini yang banyak terima pada setiap bulan menyebabkan tempoh masa yang lama diambil untuk memproses dan juga kekurangan kakitangan dan bebanan tugas oleh Pejabat Daerah untuk memproses fail-fail dan permohonan tersebut, dan juga kekurangan pegawai dan kenderaan untuk menjalankan kerja-kerja di luar kawasan. Secara tidak langsung kelewatan permohonan pembaharuan TOL ini juga menjejaskan Kerajaan Negeri mendapatkan kutipan hasil yang terbaik dan seterusnya menjejaskan pendapatan dan kedudukan kewangan negeri. Oleh itu, saya di Dewan Yang Mulia ini mencadangkan dua pendekatan yang berlainan untuk mengatasi isu tersebut.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Yang pertama, sekiranya pihak Kerajaan Negeri nak meneruskan sistem TOL ini di Cameron Highlands, Kerajaan Negeri, saya mencadangkan perlu wujudnya sistem berdaftar rekod dan dokumen TOL secara elektronik ataupun yang dikenali sebagai e-LPS yang sepertimana yang dijawab balas oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada pagi ini. Jadi, di sini saya amat mengharapkan bahawa sistem e-LPS ini boleh dijalankan dan dilaksanakan secepat mungkin dan kedua, kerajaan negeri juga boleh
menyusun semula strategi dan polisi tanah yang lebih teliti untuk pertanian di Cameron Highlands. Kerajaan Negeri boleh memberikan pajakan sewa tanah kepada pekebun-pekebun tempatan dalam tempoh 10 ataupun 20 tahun sahaja. Ini khususnya untuk petani-petani ataupun pekebun-pekebun yang telah mengusahakan kegiatan pertanian di Cameron Highlands yang melebihi 30 tahun, khusus untuk mereka sahaja dan polisi tersebut saya pastinya boleh membolehkan Kerajaan Negeri mendapat kutipan hasil yang terbaik dan seterusnya memperkukuhkan kedudukan kewangan Negeri Pahang.
Yang Berhormat Yang di Pertua,
Seperti mana yang disebutkan tadi, polisi tanah yang tidak terjamin pada masa sekarang telahpun menggalakkan pekebun mengamalkan aktiviti pertanian yang tidak mampan dan seterusnya mendatangkan pelbagai kesan buruk untuk alam sekitar. Hal sedemikian kerana pekebun-pekebun yang hanya memegang TOL sahaja, mereka tidak mampu dan tidak berani membuat pelaburan yang besar untuk membawa teknologi yang canggih dan mesra alam dan maju dalam kegiatan pertanian… dalam kegiatan pertanian mereka dan sekiranya Kerajaan Negeri menyusun semula strategi dan polisi tanah, pastinya kita boleh menggalakkan kegiatan pertanian lestari yang berdasarkan kepada kod agriculture practice di kalangan petani demi memelihara alam sekitar.
Ini juga selaras, seiring dengan Titah Baginda yang menyeru untuk mewujudkan sustainable management dengan wujudnya polisi tanah yang terjamin, pihak Kerajaan Negeri juga boleh bertindak tegas terhadap penggunaan tanah yang tidak mematuhi undang-undang tanpa perlu membimbangkan petani-petani di Cameron Highlands. Pendekatan carrot and stick ini saya pastinya boleh mempastikan pertanian lestari diwujudkan di Cameron Highlands. Saya di sini juga memohon jasa baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memberi pertimbangan yang secukupnya kepada cadangan tersebut yang… dan saya di sini saya sudi memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak Kerajaan Negeri untuk menyempurnakan misi yang penting ini demi pembangunan mampan di Cameron Highlands dan juganya di Negeri Pahang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Dimaklumkan bahawa hasil dan perbelanjaan Pihak Berkuasa Tempatan di Cameron Highlands telah bertambah akibat daripada limpahan pembangunan yang begitu pesat terutamanya daripada segi pelancongan. Namun begitu, dalam kawasan Cameron Highlands, di kawasan ini hanya mempunyai satu jalan utama sahaja yang menyambung dari Ladang Blue Valley hingga ke Pekan Ringlet tanpa jalan pintas. Kalau berlakunya kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands, ia bermakna seluruh pengguna jalan raya di Cameron Highlands tidak dapat mengelakkan diri daripada masalah lalu lintas. Hal sedemikan jelas dilihat pada setiap hujung minggu di sekitar kawasan Kea Farm di Cameron Highlands. Oleh itu, kita perlu adanya rancangan pembangunan yang menyeluruh dan teliti.
Pada 10 tahun yang lalu kegiatan pelancongan dan perniagaan terlalu tertumpu di kawasan Kea Farm, Cameron Highlands. Dimaklumkan bahawa terdapat dua lagi projek pembangunan pusat perniagaan akan wujud di sekitar kawasan Kea Farm. Masalah lalu lintas di Cameron Highlands ni pastinya bertambah serious jika rancangan pembangunan tidak dirancang dengan rapi dan teliti. Hal sedemikian pastinya memberikan pengalaman yang tidak bagus dan tidak baik kepada para pelancong dan menjejaskan nama baik Cameron Highlands sebagai pusat peranginan dan pusat pelancongan. Oleh yang demikian, saya mengharapkan Pihak Berkuasa
Negeri dan tempat boleh berusaha menyediakan infra asas seperti jalan pintasan, tempat letak kereta bertingkat, pengangkutan awam yang lebih banyak terlebih dahulu sebelum menjalankan projek pembangunan perniagaan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Akhir sekali saya ingin membangkitkan masalah masyarakat Orang Asli. Walaupun Orang Asli merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat Malaysia dan negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak 61 tahun dahulu, namun begitu masyarakat Orang Asli masih belum dapat merasa nikmat kemajuan yang telah dicapai oleh Malaysia. Begitu juga dengan masyarakat Orang Asli di Cameron Highlands yang penduduknya di mana telah mencecah 7000 orang. Isu utama Orang Asli adalah isu tanah adat, isu ini sudah lama berlakunya dalam masyarakat Orang Asli sejak kemerdekaan. Masalah yang wujud ini sebenarnya telahpun menyusahkan usaha untuk membangunkan dan memajukan sosial ekonomi masyarakat Orang Asli kerana aspek-aspek kehidupan Orang Asli ini dia amat berkait rapat dengan tanah dan ekologi persekitaran mereka.
Pembangunan yang dijalankan oleh pihak kerajaan dan swasta di kawasan tanah adat mereka telahpun menimbulkan konflik di antara pihak pemaju dan masyarakat setempat. Keadaan ini telahpun menyebabkan Orang Asli yang terlibat telah kehilangan tempat tinggal dan kawasan pencarian hasil dan sumber hutan bagi menyara hidup mereka. Seperti mana yang dibangkitkan oleh er… yang dibangkitkan oleh Pemangku Raja Pahang Duli Yang Maha Mulia dalam Titah Baginda, diharapkan usaha dan langkah mewartakan tanah rezab Orang Asli ini dapat dipercepatkan oleh… dipercepatkan oleh kerajaan negeri dan Konvensyen 107, Organisasi Buruh Antarabangsa ILO ini mengenai Orang Asli telah menggalakkan setiap kerajaan untuk melibatkan Orang Asli di dalam projek pembangunan dan telah menyediakan panduan mengenai perlindungan Orang Asli. Kepentingan Orang Asli tidak harus diabaikan dalam arus pembangunan oleh Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat dan disininya saya semoga Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan Yang Mulia ini kita sama-sama boleh bekerjasama membawa kesejahteraan dan kepentingan kepada rakyat dan negeri Pahang sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ada sesiapa lagi Ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian pada petang? Ada ya. Saya benarkan seorang lagi. Sila Tahan. Okay, Tahan ya.
Ya. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. [Bacaan Bahasa Arab]. Yang saya muliakan Dato’ Sri Yang di-Pertua, yang saya hormati Dato’ Sri Menteri Besar, seluruh rakan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para pegawai dan para pemerhati sekalian.
Saya pertama sekali mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Sri Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk turut bersama menjunjung kasih di atas Titah Diraja yang telah dilafazkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang pada hari semalam. Saya suka er… menyebut ataupun mengajak kita semua untuk memberikan perhatian kepada apa yang telah dilafazkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja dalam Titah Dirajanya pada hari semalam. Di antaranya Tuanku, memperingatkan kepada seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat yang
telah diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat itu, dan tidak mempersendakan dan mengabaikan tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat kepada kita semua.
Kerana soalnya bukanlah kerana kita takut untuk berhadapan dengan rakyat semata-mata, jika sekiranya kita tidak melaksanakan tanggungjawab kita, namun apa yang lebih besar kepada kita orang islam khususnya, setiap amanah akan ditanya oleh Allah SWT dan Nabi SAW juga memberi satu amaran keras. Dalam satu hadis Nabi SAW, yang nabi menyebut
“mana-mana orang yang diberikan kuasa untuk memerintah untuk menjaga rakyat, tetapi dia mati dalam keadaan menipu rakyat melalui janji-janji, melalui manifesto, melalui apa sahaja, lalu kalau dia mati dalam keadaan itu, maka Allah SWT akan mengharamkan syurga untuknya”.
Sebab itulah kejujuran adalah modal yang sangat besar dalam kepimpinan. Tanpa kejujuran ibarat bangunan yang tidak ada foundation, tak ada asas kukuh, yang nampak cantik di luar, tetapi rapuh akan akhirnya akan roboh. Dan kejujuran ini, bukan hanya di kalangan kita sebagai Wakil-wakil Rakyat juga menyeluruh kepada semua pegawai-pegawai, staf-staf yang terlibat untuk membangunkan Negeri Pahang Darul Makmur ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja ada menyentuh berkaitan dengan bekalan air bersih yang Alhamdulillah, 90% liputannya telah sampai ke kawasan luar bandar. Namun saya hendak mengambil perhatian di Dewan Yang Mulia ini, berkenaan lagi 2% ataupun dua peratus yang saya kira belum melengkapkan capaian 100%. Dan saya juga mengambil kira 2% itu, mungkin melibatkan kawasan dalam DUN saya, DUN Tahan.
Dalam DUN Tahan masih ada beberapa kawasan kampung yang masih belum mendapat bekalan air bersih, kampung-kampung yang masih lagi bergantung kepada air bukit, melalui projek bekalan air masyarakat di bawah seliaan Kementerian Kesihatan, Gravity Feed System. Kampung-kampung seperti kampung Bukit Mat Daling di Ulu Tembeling, Kampung Kuala Sat di Ulu Tembeling, Kampung Pagi di Kuala… di Ulu Tembeling dan juga kampung yang paling hampir dengan bandar Jerantut iaitu Kampung Batu Balak juga masih belum mendapat bekalan air bersih, masih bergantung kepada air… air bukit.
Untuk makluman Dewan Yang Mulia, Kampung Batu Balak sebagai contoh. Jarak Kampung Batu Balak ni dia berhampiran dengan pekan Kuala Tembeling. Jarak di antara Kampung Batu Balak er… dengan pekan Kuala Tembeling menaiki bot 10 minit, menaiki bot. Namun bukan setakat menaiki bot, kena pulak… panjat bukit pulak, kena berjalan kaki baru sampai ke rumah. Kalau ikut darat, dia ambil masa 20 minit… ke 20 minit kerana jalan yang ada tu, jalan yang kita kata jalan yang tidak berturap. Jalan yang hanya boleh dilalui oleh pacuan 4 roda sahaja.
Jadi projek air bersih di Kampung Batu Balak ini telah bermula sejak tahun 2000 melalui kerja gotong-royong penduduk kampung bersama dengan Kementerian Kesihatan dan juga dengan Pejabat Daerah. Saya dimaklumkan oleh penduduk kampung Batu Balak, mereka terpaksa berkampung dalam hutan selama 21 hari untuk menyiapkan… orang panggil projek tersebut. Dibuat secara gotong-royong. Bawa belaka, anak isteri bawak. Orang perempuan bahagian memasak, orang lelaki buat
kerja untuk menyiapkan projek, orang panggil pemasangan paip sehingga masuk ke kampung mereka.
Namun, kita semua perlu menyedari bahawa bekalan air masyarakat ini ataupun air bukit ini, tidak akan kekal selama-lamanya. Sekarang ini pun, telah berlaku orang panggil masalah-masalah terputus bekalan air. Dengan beberapa faktor antaranya air jadi kurang dengan sebab faktor penebangan hutan, pembalakan.
Pada bulan puasa yang lalu, di awal puasa penduduk kampung telefon saya, beritahu ustaz, deme panggil saya ustaz, tak panggil YB, dia panggil ustaz, ‘ustaz, tolonglah kome ni tak ada air, dia kabor’. Awal puasa dan berlarutan sampai satu minggu tak ada air.
Dan untuk makluman Dewan Yang Mulia, penduduk yang mendiami Kampung Batu Balak ni ada dalam 50 keluarga. Kira-kira dalam 70 orang. 70 keluarga ni… 70 orang ni di kalangan orang-orang tua, emak ayah dan anak-anak perantau yang berada di luar Kampung Batu Balak sekitar 80 keluarga… sekitar dalam 200 orang, 200 orang sekitar… orang panggil anak-anak perantau. Masalah yang berlarutan sehingga hari raya.
Sehingga hari raya… saya dimaklumkan pada hari raya pertama tu, mereka sebahagian besar anak perantau yang balik ke kampung, tidak mendirikan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri kerana terpaksa menjejaki kenapa air terputus lebih daripada seminggu. Kerana apa? Ayah-ayah yang duduk di kampung tak mampu, kerana apa? Jarak daripada kampung nak pergi ke punca air tersebut, memakan masa 1 jam dengan menaiki bot. Naik bot tu satu jam. Lepas pada tu, naik tebing pulak. Anak-anak muda yang orang panggil, pergi mencari akhirnya jumpa punca. Beberapa puncalah. Antaranya punca tersumbat dengan sebab punca er… orang panggil berlakunya hujan lebat, tersumbat.
Kalau tak ada anak-anak muda yang balik, akhirnya mungkin kita kata tak ada airlah. Emak ayah tak ada air di kampung. Hanya mengharapkan air hujan. Terpaksa ambil air sungai. Air sungai pulak, kalau pernah pergi Kampung Batu Balak ni, dia tebing tinggi. Tebing dia tinggi sangat. Nak turun ke bawah tu, hai… orang tua nak mengangkut air secebok tak larat saya rasa. Usahkan nak ambil sebaldi kemudian nak tarik pulak sampai ke rumah tu. Ini masalah yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Batu Balak tempat saya. Jadi saya mohon pihak Kerajaan Negeri memberikan perhatian kepada isu ini.
Untuk makluman Dewan yang mulia, penduduk kampung sebenarnya, melalui badan bertindak Persatuan Air Bersih Kampung Batu Balak, mereka pernah mengangkat permohonan, orang panggil bekalan air bersih. Dan saya dibekalkan ataupun diberi oleh penduduk kampung satu surat yang direspond oleh Setiausaha Sulit Kanan Kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tuan-tuan, orang kampung ni kalau dia pergi jumpa pejabat-pejabat, dia tak telus, dia tak lepas, dia naik ke atas selalu. Ha… dia kira begitu je. Poh kepada Perdana Menteri.
Jadi Setiausaha Sulit Kanan Kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu telah mengeluarkan satu surat yang bertarikh 6 Oktober 2015 kepada er… Setiausaha Sulit Kanan Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air untuk mengambil perhatian dan pertimbangan terhadap permohonan yang dibuat oleh penduduk Kampung Batu Balak. Namun sehingga hari ini, er… penduduk Kampung Batu Balak masih lagi tidak mendapat bekalan air yang bersih. Sebab itu saya ah… harap orang
panggil pihak er… kerajaan negeri dapat memberikan orang panggil respond yang er… serius kepada isu air ini.
Dan ia juga bukan setakat Batu Balak. Di Kampung Pagi, di awal puasa yang lalu air yang masuk ke…ke rumah penduduk keruh macam teh…macam air teh. Saya diberitahu oleh mereka, jadi saya orang panggil ambil… ambil keputusan bersama orang kampung dan juga melibatkan Pegawai Hutan Daerah dengan agensi perhi…perhilitan, kesihatan masuk untuk cuba menjejaki apa punca. Kami berjalan kaki bulan puasa.
Walaupun tak sampai habislah sebab Pegawai Hutan Daerah kata, jauh ustaz dia khabar, puasa kita ini. Saya khabar saya ikut cakap Pegawai Hutanlah khabar ah… saya pun tak larat juga sebenarnya juga khabar. Tapi bila itu, pakat orang kampung tak apa kita setakat ini kita pergi ke, orang panggil Sungai Betong.
Wakil daripada Tahan nak tanya jauh ke berjalan itu.
Berjalan kaki itu, apa itu kita kalau pergi ke punca itu betul 2,3,4 jam.
Berapa jauh itu? Lebih kurang jaraknya berapa, berapa kilometer, berapa batu.
Kilometer saya tak pasti iaitu Dato’ Sri.
Tak, kalau lebih daripada 2 marhalah boleh buka. [Ahli Dewan ketawa]
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Er… sebab itu saya orang panggil juga nak mengaitkan masalah er… tadahan air ini. Juga dengan aktiviti pembalakan sebab itulah er… saya sendiri sebenarnya telah bertemu dengan pihak er… jabatan per… apa itu Pegawai Daerah, Pegawai Hutan, Perhutanan Daerah dah berbincang dan saya sendiri telah mengangkat memorandum daripada penduduk Kampung Pagi khususnya apabila isu air keruh, air yang masuk ke dalam rumah-rumah mereka yang menyebabkan meraka tidak boleh merungut… apa… apa itu menguruskan kehidupan mereka dengan… dengan sempurna.
Satu lagi isu yang berkaitan dengan Kampung Batu Balak, baik er…Kampung Mat Daling, Kuala Sat iaitu masalah er… kalau saya, saya mulakan dulu dengan Kampung Batu Balak. Kampung Batu Balak selain daripada tidak menerima bekalan air bersih. Kampung Batu Balak juga tidak ada kemudahan perhubungan, tidak ada jalan tar, jalan berturap tak ada. Tak ada jalan berturap. Yang saya sebut daripada Kuala Tembeling, pekan Kuala Tembeling masuk ke Kampung Batu Balak makan masa 20 hingga 25 minit tadi dengan menggunakan pacuan empat roda.
Melalui Jambatan Gemunchur di Loji Mela, Loji Mela, Mela ke Mela… Mela ah…Mela. Kalau Mela itu, orang luarlah itu. Kita Orang Pahang kata Mela. Melalui orang panggil er… Jambatan Gemunchur jadi sebenarnya keperluan kepada jalan berturap ini kepada penduduk-penduduk kampung di Batu Balak ini antaranya adalah untuk memudahkan urusan harian mereka.
Yang kedua, untuk makluman Dewan Yang Mulia sehingga hari ini anak-anak perantau yang duduk diluar er… penduduk anak-anak… penduduk Kampung Batu Balak yang duduk diluar di Kuala Lumpur. Bila mereka balik untuk berhari raya mereka akan tinggalkan kereta mereka di Pekan Kuala Tembeling kerana apa jalan yang tidak boleh dilalui.
Boleh lalu tapi punahlah. Lalu boleh punahlah takut apa itu, tercabut bumper ke apa, semua sekalikan. Jadi mereka tinggal di Pekan Kuala Tembeling. Bila…bila tinggal Pek…Pekan tinggal kenderaan di Pekan Kuala Tembeling. Dia berhdapan dengan risiko. Pernah terjadi kereta dipecahkan, tayar dibocorkan. Budak-budak nakal ini isu yang berlaku.
Kemudian bila naik bot, walaupun 10 minit jarak dia tapi dia juga mengambil kira faktor keselamatan anak-anak. Walaupun sehingga hari ini tragedi karam belum berlaku tapi tak kan kita nak tunggu karam dulu baru nak buat sesuatu. Jadi saya rasa kalau awak panggil orang Kerajaan Negeri perlu mengambil perhatian juga untuk masalah untuk orang menghantar pesakit apabila saya nak maklum… maklum sebagaimana saya maklum tadi.
Yang ramai duduk di Kampung Batuk Balak adalah orang tua. Kalau berlaku orang panggil sakit terutama sekali astma, lelah. Lelah, ah…memang lelah sungguh ini. Nak turun bukit, naik tebing. Orang panggil angkat naik bot itu pulak.
Sila Pulau Tawar.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya nak tanya Wakil Rakyat DUN Tahan. Bilakah Jambantan Gemunchur itu siap? Antara menghubungkan antara Tanah Besar ke Pulau Batu Balak. Dia seakan macam pulau Yang Berhormat. Ya, jauh dan bagaimana caranya… selama ini JBA ataupun PAIP yang buat line paip ke Batu Balak kerana jambatan belum siap ketika itu. Kenapa tuhan buat dunia ini 6 masa, tuhan tak buat sekelip mata [Ahli Dewan ketawa]. Sekian.
Yang Berhormat saya nak mencelah sikit. Yang ini Yang di-Pertua, minta maaf ya. Wakil Tahan terima kasihlah wakil daripada apa namanya, Pulau Tawar. Kalau tadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, tanya dalam kereta jawab dalam kereta. Ini jawab kat Jerantut jelah [Ahli Dewan ketawa].
Jurang sangat. Kampung ya boleh.
Er… Dato Sri Yang di-Pertua,
Saya sebenarnya tak dapat makluman. Saya tak…tak tahu tahun sebenar orang panggil er…Jambatan Gemunchur itu siap namun saya kira lama dah siap Jambatan Gemunchur itu. Jambatan Gemunchur itu lama dah siapnya, Jambatan Gemunchur. Er… cumanya saya terus nak menyebut orang panggil...
Tuan Yang di-Pertua,
Setahu saya Jambatan Gemunchur akhir tahun sudah dah siap. Akhir tahun sudah ataupun pertengahan tahun sudah, 2017. Dan kalau tak betul ingat JKR boleh membetulkan keadaan. Sekian.
Terima kasih atas er… makluman
Yang Berhormat Tahan dah pergi Kampung Gemunchur?
Saya pernah pergi. Saya…
Tentu dah tahu dah siap ke belum jambatan.
Sudah siap.
Ah… dah siap.
Sekarang ini jambatan dah siap. Tahun lepas dah siap. Hujung tahun lepas dah siap jambatan itu. Saya pernah masuk. Saya lebih suka menggunakan jalan darat. Sebab kita nak tengok kesusahan rakyat itu. Walaupun kita kata, ikut sungai boleh tapi kita nak tahu macam mana rakyat nak jalan itu punca dia apa.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Er… saya rasa er… se… sekadar itu saja. Sekadar itu sahaja er... apa yang saya nak orang panggil bangkitkan er… pada er… pada sesi ini. Sebelum terlupa saya juga ingin selain daripada er… Jalan Batu Balak. Saya juga er… mohon perhatian daripada pihak kerajaan berkenaan dengan jalan yang menghubungkan er… penduduk er… di
Kampung Kuala Sat yang saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah menyiapkan hampir menyiapkan jalan daripada Kula Tahan hingga ke er… Hulu Tembeling, Kampung Bantal namun ia hanya jalan luar sahaja.
Cuma jalan er…dalam daripada kampung di simpang luar jalan tar masuk Kampung Kuala Sat daripada simpang er… Kampung Bantal daripada Kampung Bantal nak masuk sampai ke Kampung Bukit Mat Daling masih lagi belum berturap yang bila musim hujan. Bila orang panggil berlumpur dan kenderaan lekat di situ saya mohon er… perhatian daripada pihak kerajaan negeri. Terima kasih.
Terima kasih wakil daripada Tahan. Baiklah Ahli-ahli Berhormat sekalian. Pada hari ini seramai 7 Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam membahas Titah Ucapan Diraja dan saya bercadang untuk… saya mengucapkan terima kasih dan saya bercadang untuk menempohkan dewan ini pada hari esok Rabu 25 Julai 2018 bermula jam 9.00 pagi. Persidangan ditempohkan. Assalamualaikum WBT.
[Persidangan ditangguhkan jam 4.41 petang]