Pahang · 25 July 2018

14th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 393 turns · 32,187 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Ke-2 Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Perundangan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari Ketiga (Rabu) : 25 Julai 2018

Bersamaan

: 12 Zulkaedah 1439 Hijriah

Masa

: 9.00 pagi

DOA

Perkara Pertama : Doa

Yang di-Pertua (Speaker)

[Bacaan dalam Bahasa Arab] Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Mengasihani. Kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri, bagi mentadbir masalahah masyarakat pergaulan. Mudah-mudahan sentosa, aman, makmur limpah kebahagiaan meliputi penduduk di negeri Pahang ini.

Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikmu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin, Ya Rabbal A’lamin.

Pertanyaan Dan JawapanQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua: Pertanyaan dan Jawapan.

Yang di-Pertua (Speaker)

[Bacaan dalam Bahasa Arab]. Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera dan Selamat Pagi. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan pada hari ini. Sebelum saya menjemput Ahli-Ahli Yang Berhormat mengemukakan soalan, saya ingin mengambil kesempatan di Dewan Yang Mulia ini, untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada mantan Menteri Besar Yang Berhormat Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob yang telah memilih saya sebagai Calon N.27 Jenderak Kali Keenam PRU Ke-14.

Dan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Pahang sekarang, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail telah melantik saya sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pahang atas perkenan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang dan semua Ahli Dewan yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk membantu Yang Berhormat Yang di-Pertua mengelola Dewan Yang Mulia ini. Saya cuba sedaya upaya memberikan khidmat bakti sehabis baik dan adil dalam menunaikan amanah dan mandat ini. Dengan rasa rendah diri saya mohon kerjasama dan toleransi daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang telah pastinya kita berjaya membuahkan natijah terbaik untuk semua pihak.

Baiklah Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya jemput ADUN Yang Berhormat, ADUN Triang. Sila.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin mengemukakan soalan 1.

[Apakah perancangan kerajaan untuk membangunkan tanah persekutuan terbiar di daerah Bera?]

Assalamualaikum WBT, selamat pagi, salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Kawasan Triang kerana bertanya soalan apakah perancangan kerajaan untuk membangunkan tanah persekutuan terbiar di daerah Bera. Untuk makluman er… Yang Berhormat daripada Triang, di daerah Bera ada 156…156.70 hektar tanah er… persekutuan yang terbiar. Jadi daripada segi perancangannya, pihak kerajaan er… ingin merancang di atas tanah tersebut terutama sekali untuk membina pondok polis Tembegau, Landasan Terbang Kerayong, ini perancangan ya Yang Berhormat daripada Triang. Kemudian er… Mahkamah Baru Bera, Klinik Desa Durian Tawar, Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang. Tapi malangnya apa yang dirancang ini tidak dapat dilaksanakan kerana ada masalah er… kewangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah. Sila Padang Tengku.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Soalan tambahan, ni kebetulan soalan semalam pun saya dalam… Tuan Yang di-Pertua, Dato’ Yang di-Pertua semalam pun saya ada bincang ataupun saya sebut dalam ucapan saya, mengenai tanah persekutuan ini. Apa yang saya nak bangkitkan daripada rekod yang saya ada di seluruh negeri Pahang ni ada sebanyak 90 Lot, yang melibatkan 321 hektar tanah kerajaan yang diberi… lupuskan kepada er… kerajaan persekutuan tetapi tidak dilaksanakan dan ada 6 apa nama jabatan ataupun kementerian yang tinggi er… jumlah yang dilupuskan iaitu, MINDEF, er... Kementerian Dalam Negeri, Kementerian KPN, KKM, KPT, JPM, di jabatan-jabatan yang tinggilah.

Persoalan yang saya nak er… timbulkan di sini, Dato’ Sri, adakah kerajaan er… bercadang untuk mengambil balik semula tanah-tanah ini dan ada kaedah-kaedah tertentu supaya er… isu pembangunan yang tidak dibina di kawasan-kawasan ni, tidak lagi er... didengari dan juga er… kita dapat tanah tu semula untuk er… pembangunan-pembangunan yang lain yang diperlukan lantaran kita sekarang ni kekurangan tanah-tanah yang strategik. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada sahabat saya daripada ADUN Pulau Tengku. Persoalannya sama ada tanah ini boleh diambil semula atau tidak? Jawapannya boleh. Tanah rizab ni boleh diambil balik dan er… tetapi proses pengambilan balik tu tidaklah maknanya dibuat secara ad hoc ataupun secara serta-merta, tapi ada proses-proses tertentu yang perlu kita kemukakan dan ada justifikasi tertentu yang boleh kita kemukakan kepada er… pihak persekutuan. Maknanya kalau sekiranya kita bagi tanah untuk persekutuan bangunkan, tetapi tidak dibangunkan, kemudian Kerajaan Negeri ada asas-asas tertentu yang dapat, Kerajaan Negeri boleh ambil balik setelah kita berbincang balik dengan er… pihak persekutuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan tambahan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, memandangkan terdapat lebih 100 hektar tanah persekutuan terbiar di daerah Bera yang belum dibangunkan. Adakah kerajaan merancang untuk memindahkan pembangunan di Bandar 34 ke tanah terbiar ini supaya tanaman-tanaman yang masih mengeluarkan hasil tidak terjejas.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, setakat ini tiada perancangan untuk dipindahkan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah.

Soalan tambahan. Boleh? Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya kepada pihak kerajaan. Satu yang telah dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi, er… sekiranya tanah persekutuan telah diberikan oleh Kerajaan Negeri tidak dibangunkan maknanya dibolehkan untuk ditarik balik.

Soalan saya, apakah pendirian kerajaan negeri sekiranya tanah telah diberikan kepada… kepada satu agensi persatuan yang mana ada peserta ni mungkin tapi dia gagal menjaga kebajikan peserta-pesertanya maknanya dia gagal membayar dividen? Contohnya gagal membayar sara hidup, contohnya di tanah-tanah kerajaan di negeri Pahang kita ni boleh tak apa… apa… apakah pandangan oleh kerajaan negeri supaya kita boleh menamatkan… macam mana… bila maknanya boleh… boleh tarik balik tak maksud saya tu.

Contoh lagi contohlah senang cerita, FELDA contohnya, kalau sekiranya FELDA maknanya kita berikan amanah kepada FELDA untuk menguruskan tanah-tanah kerajaan kita yang ada dan peserta-peserta tu adalah er... adalah er… rakyat negeri kita sedangkan FELDA misal contohnya, kalau gagal menjaga kebajikan peserta-

peserta jadi itu antara antara soalan sayalah itulah contoh RISDA, FELCRA misal katanya. Maknanya agensi ini gagal untuk menjaga kebajikan rakyat Negeri Pahang. Apakah perancangan daripada pihak kerajaan negeri sama ada boleh dipert… dipertimbangkan untuk ditarik balik untuk diuruskan sendiri ataupun sebaliknya.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada DUN Kemayan yang begitu prihatin apabila kerajaan negeri memberikan tanah kepada kerajaan persekutuan dan apakah pulangan yang diperolehi oleh kerajaan negeri. Sebenarnya dalam keadaan begini pihak er… kerajaan negeri terpaksa mengkaji sebagai contohnya tanah yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan FELDA yang disebutkan tadi untuk mendapatkan hasil memakan masa 3 tahun 4 tahun dan sebagainya. Jadi dalam tempoh tersebut, sudah tentulah kerajaan negeri tidak akan membuat apa-apa, tetapi dalam jangka masa yang sepatutnya, setelah kita bincang, kaji, er… pihak FELDA, er… contohnya er…terpaksa dan memang patut wajar membayar dividen kepada peserta. Maka kerajaan negeri boleh er… berbincang dan tanya, mengkaji dan untuk mengambil tindakan selanjutnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah, kita pergi kepada soalan yang kedua, dijemput Yang Berhormat ADUN Tanjung Lumpur.

Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya memohon jawapan dengan merujuk kepada soalan nombor 2.

[Kegiatan judi online semakin menjadi-jadi termasuklah di kawasan Tanjung Lumpur. Di samping itu juga di kenal pasti ada kedai-kedai runcit dan lain-lain yang menjual nombor ekor, toto, magnum secara terbuka tanpa lesen, apakah tindakan kerajaan terhadap gejala ini.]

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua (berdehem),

ADUN Kawasan Tanjung Lumpur bertanyakan er… berkisar berkenaan dengan kegiatan judi online di kawasan Yang Berhormat di Tanjung Lumpur. Semalam pun kita bincang banyak juga dan Yang Berhormat pun banyak juga bercakap pasal Tanjung Lumpur ni. Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat daripada Tanjung Lumpur, selama sepanjang tahun 2018 ni sebanyak (berdehem) 5 serbuan telah dijalankan dan er… oleh pihak berkuasa Polis DiRaja Malaysia dan ada beberapa tangkapan dibuat dan juga ada rampasan wang tunai. Dan setakat ini kegiatan judi haram tersebut telah boleh dikawal dan kalau sekiranya ada lagi, Yang Berhormat Tanjung Lumpur bolehlah buat laporan lagi. Insya-Allah, pihak berkuasa PDRM khususnya akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Beserah.

Haji Andansura bin RabuPAS · PNBeserah

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya ingin membuat sedikit soalan tambahan kepada apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tanjung Lumpur. Er… adakah cadangan daripada pihak kerajaan untuk memberi kuasa kepada pihak-pihak yang tertentu contohnya kepada er… JKK ataupun RELA kerana judi haram dan judi online ini beroperasi di kawasan-kawasan yang di luar daripada bandar dan beroperasi dengan masa-masa yang tertentu sekiranya kita bergantung harap hanya kepada penguatkuasaan daripada pihak PDRM semata-mata, dibimbangi ia akan memberikan beban yang besar kepada PDRM tetapi tidak dapat menghapuskan gejala tersebut. Maka pihak kerajaan negeri er… saya cadangkan supaya beri sedikit authority kepada mana-mana pihak di akar umbi di peringkat bawahan supaya boleh mengambil tindakan bagi membanteras er… kejadian ini. Terima kasih.

Yang Berhormat… Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua,

Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Beserah. Penurunan kuasa ini bukanlah satu perkara yang mudah ataupun perkara yang boleh kita turunkan dengan sewenang-wenangnya kerana er… kita bimbang kemungkinan ada berlakunya penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ada alternatif lain sebagai contohnya kita boleh menggerakkan gerakan bersepadu di kawasan yang berkaitan ataupun er… pihak setempat, pemimpin setempat boleh menyalurkan aduan kepada secara, secara terus kepada pegawai-pegawai yang berkaitan. Cara itu mungkin boleh tetapi penurun… penuruna… penurunan kuasa ni untuk dibuat dalam masa yang singkat dan sebagainya er… saya fikir agak sukar sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Yang Berhormat. Ambil nombor.

Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Er… tadi saya menyentuh sikit er… mungkin tangkapan yang dibuat er… pusat perjudian yang ada mesin judi dan sebagainya tetapi er… seperkara lagi ada kedai-kedai runcit er… kedai jual CD dan sebagainya, lesen perniagaan mereka lain tapi mereka menjual toto, nombor ekor er… secara haram. Jadi, yang begini saya kira sukar untuk polis tangkap kerana lesen dia lain yang dan yang ini hanya orang kampung jer boleh tahu. Jadi sebab itulah saya menyokong cadangan daripada sahabat saya tadi supaya er… ada sedikit authority daripada imam masjid ke JKK

dan sebagainya supaya mereka dapat apa perkara nilah, dapat mencegah perkara ni. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kita kerajaan negeri akan mengambil maklumlah ya tapi sekiranya ADUN daripada Tanjung Lumpur ada maklumat kedai runcit boleh jual nombor ekor secara haram, maknanya mungkin ada kaedah-kaedah tertentu yang boleh kita buat untuk menangkap er… mungkin Yang Berhormat menyamar ke beli ekor ke atau [Ahli Dewan ketawa] tujuan menyamar tapi niat dia untuk menangkap. Bukan kata nak betul-betul nak beli ataupun gunakan apa sajalah yang pentingnya yang menjual ekor yang melaksanakan er… program sebegini buat kerja begini kita akan dapat tangkap, boleh. Ada banyak kaedah-kaedah dia selain daripada yang, yang dikuatkuasakan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia.

Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Saya bimbang bila menyamar, ambil ambil kena nombor 1 [Ahli Dewan Ketawa] hak tu bimbang sekali.

Tuan Yang di-Pertua,

Sebab tu saya kata tadi, YB daripada Tanjung Lumpur jangan beli. Cuma ada peringkat-peringkat tertentu transaction tersebut disaksikan oleh pihak 3, 4 orang pihak polis dan sebagainya arr masa tu kita tangkap. Tapi kalau Yang Berhormat beli nombor tu ambil simpan dalam poket pula dapat nombor 1 pula, hah [Ahli Dewan ketawa] jadi tak eloklah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Semambu, sila.

Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Terima kasih. Selamat pagi dan salam sejahtera. Saya ingin kemukan soalan tambahan yang berkenaan dengan isu er… machine apa tu judi online yang mana saya dapati barangkali Lesen Hiburan Keluarga yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan er… mungkin disalahgunakan. Er… saya pernah berdialog dengan pihak polis dan terima kasih atas usaha mereka untuk membanteras kegiatan judi online ni tapi kalau ikut feedback mereka adalah Lesen Hiburan Keluarga itu dikeluarkan dan agak sukar bagi mereka untuk membuat serbuan dan juga membuat er… pemeriksaan dalaman. Jadi, pohon pandangan dan jugak tindakan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada Ahli ADIN… ADUN Semambu. ADUN Semambu mengatakan kemungkinan, kemungkinan adanya berlaku unsur perjudian er…secara online. Oleh sebab ianya cuma kemungkinan, cuma anggapan er… perkara ini perlu dikaji lebih teliti sebelum kita kerajaan negeri membuat keputusan. Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua.

Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat ADUN Mentakab.

Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 3.

[Daerah Temerloh mempunyai persekitaran alam yang indah seperti Sungai Pahang. Adakah kerajaan Pahang berniat menggalakkan sektor pelancongan di Temerloh? Apakah langkah-langkah yang akan diambil?]

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada ADUN Mentakab walaupun saya boleh menjawab soalan tu bila kita balik ke Temerloh nantilah. Soalan yang baik. Yang Berhormat Yang di-Pertua, kalau mengikut er… statistik yang kita terima er… dari segi kedatangan pelancong ke Temerloh ya, daripada suku tahun pertama iaitu daripada Januari ke Mac telah er… peningkatan er… sebanyak 7.5% iaitu 76,482 nak dibandingkan dengan tahun lepas apabila kita mengadakan Tahun Melawat Pahang.

Kehadiran pelancong adalah seramai 201,000 seperti yang saya nyatakan bahawa kehadiran pelancong yang kita, yang kita kira atau yang kita jumlahkan ini adalah ianya adalah bergantung ataupun kepada mereka yang bermalam, yang tidak bermalam dengan izin, day trippers ni kita tak kira. Kalau nak kira Yang Berhormat Yang di-Pertua di Temerloh tu kalau sekiranya hari Sabtu atau hari minggu tentu ramai sangat ramailah rakan-rakan daripada Kuala Lumpur datang, mereka nak memandu bagai bermacam-macam kelab, kelab BMW, kelab motosikal dan lain-lain datang untuk menikmati iaitu makanan kegemaran mereka iaitu ikan patin. Kita sebenarnya, sememangnya mengambil kesempatan dari segi jarak Kuala Lumpur dengan Temerloh er… Kuala Lumpur dengan Temerloh dan juga Kuantan dengan Temerloh. Saya nak maklumkan bahawa kita juga sekarang ini sedang er… membangunkan Temerloh dengan kita membina satu monumen yang kita sebut sebagai monumen (TTS) Titik Tengah Semenanjung yang terletaknya di Paya Siput.

Kita juga tahu bahawa konservasi ataupun penjinakan pemeliharaan gajah ini, satu-satunya yang… yang terawal di Malaysia adalah di Kuala Gandah dan kita juga sedang er… menaik taraf dari masa ke semasa kerana kalau orang di Kuala Lumpur, begitu juga orang-orang di Kuantan ini, kalau nak tengok gajah liar ini tak pernah tengok pun, semuanya tengok dalam surat khabar, dalam tv ataupun di majalah-majalah, yang real dengan izin, yang sebenarnya hanya boleh datang ke Kuala Gandah.

Yang Hormat Yang di-Pertua,

Sememangnya kita mengambil kesempatan daripada er… kedudukan Temerloh itu sendiri dan Temerloh juga adalah merupakan pintu masuk ke Taman Negara dan sememangnya satu kajian eko-pelancongan yang dibuat Temerloh ke Taman Negara supaya apa? Supaya kawasan-kawasan yang melalui dari Temerloh ke Taman Negara di Jerantut itu dapat dibangunkan.

Yang Hormat Yang di-Pertua,

Saya juga nak maklumkan selain daripada Kuala Gandah, kita juga akan menjadikan Gunung Senyum sebagai pusat er… rekreasi sukan lasak iaitu rock climbing er… kerana struktur Gunung Senyum itu sendiri adalah merupakan er… yang sangat sesuai untuk sukan tersebut. Selain daripada itu juga kita mempunyai acara ataupun event-event tahunan yang kita buat seperti mountain bike dan sebagainya.

Begitu juga dengan perkara-perkara seperti promosi makanan, buah-buahan dan lain-lain lagi. Ini… usaha ini dibuat supaya apa? Supaya kita dapat menambahkan lagi kehadiran pelancong dan dalam masa yang sama juga kita dapat me… meningkatkan lagi iaitu pengusaha-pengusaha kecil-kecilan ini yang disebut sebagai inap desa ataupun homestay. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah. Dijemput soalan seterusnya, Yang Berhormat ADUN Semambu.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Terima kasih kepada Dato’ Speaker. Saya ingin kemukakan soalan nombor 4.

[Apakah kemajuan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lanchang sekarang? Berapakah hasil pengeluaran sekarang dan berapakah projek yang berjaya dan gagal?]

Assalamualaikum WBT. Tuan Yang di-Pertua,

Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lanchang ini adalah antara salah satu daripada TKPM di negeri Pahang iaitu kesemuanya ada 18 dan ianya telah pun beroperasi daripada tahun 2005 dan TKPM Lanchang ini telah dibangunkan dengan keluasan penanaman seluas 1,676.60 hektar sehingga akhir tahun 2017 dan er… telah diusahakan oleh seramai… maknanya sebanyak atau seramai sebanyak 89 er… pengusaha yang mana terdiri daripada 46 usahawan dan 43 buah syarikat swasta.

Dari semenjak tahun 2005 hingga ke akhir 2017, sebanyak 44,849.00 metrik tan hasil telah pun dikeluarkan daripada TKPM Lanchang yang nilaiannya berjumlah lebih kurang RM74 juta ataupun RM74,492,421 dan hasilnya ialah buah-buahan utama seperti nangka, pelbagai jenis limau, pisang, tembikai, jambu batu dan kelapa. Dan er… sebanyak 6 syarikat telah berjaya mengeksport hasil nangka yang jumlahnya 163.50 metrik tan dalam tahun 2017 dan negara-negara yang dieksport ini termasuk di England, di Singapura er… Jerman serta Republik Czech.

Buat masa ni pihak kerajaan pusat seluruh Pahang sedang er… berurusan untuk er… membolehkan hasil daripada TKPM ataupun hasil pertanian kita ini dieksport ke negara Republik China, dan er… daripada 89 yang mengusahakan TKPM ini, terkini… maknanya 3 syarikat telah pun ditamatkan ataupun dibatalkan er… perjanjiannya iaitu PSK Vega Vantage Sdn. Bhd yang jumlah terlibat ialah 515 hektar, Nuoro Dagangan Sdn. Bhd melibatkan 40 hektar dan Sidha Herba Sdn. Bhd melibatkan 40 hektar.

Manakala er… sebuah syarikat lagi iaitu Syarikat MAFC yang mengusahakan 160 hektar ini sebenarnya er… kita sedang meneliti semula. Sepatutnya kita er… menamatkan perjanjiannya tetapi er… syarikat ini aktif semula, aktif semula dia… dan kini telah merancang er… beberapa projek termasuk apa yang dipanggil sebagai CPPC iaitu Collecting Processing and Packaging Centre dengan izin yang akan er… dimanfaatkan untuk memproses hasil daripada produk limau iaitu limau kasturi dan juga limau nipis dan er… ianya akan melibatkan usaha sama dengan satu konsortium ya, konsortium yang dinamakan sebagai Transformer Venture melibatkan er... empat (4) peserta projek TKPM ini. Dia ada empat (4) peserta iaitu Radikal Mutiara Sdn. Bhd., Panel Harvest Sdn. Bhd., Sinaran Salju Sdn. Bhd dan Midland City Sdn. Bhd.

Jadi er… kemudahan ini akan dimanfaatkan oleh peserta-peserta di situ dan dijangkakan fasiliti ini ataupun kemudahan ini akan diaktifkan semula dalam bulan Ogos 2018 ini insya-Allah. Dan er… justeru itu er… saya juga ingin er… menzahirkan di sini iaitu dari segi usahawan ya, dari segi usahawan, peserta usahawan sekarang ini capaian dia maknanya 100% sasaran, tidak ada lagi lot-lot kosong. Hanya bilangan peserta TKPM swasta tadi oleh kerana 3 syarikat telah dibatalkan maknanya kita masih er… mempunyai lot-lot yang boleh dimanfaatkan.

Dan er… untuk maklumanlah, kalau sekiranya sebagai makluman tambahan di sini dari segi er… pesertanya, secara umumnya daripada usahawan ini iaitu 46 peserta semuanya, 36 merupakan usahawan tempatan dan 10 itu daripada luar Pahang, manakala swasta pula er… terdiri daripada 19 daripada Pahang dan 22 lagi er… merupakan peserta daripada luar Pahang. Jadi, itu yang dapat saya jelaskan. Terima kasih.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Terima kasih. Saya ingin bertanyakan bahawa, kita dapati sekurang-kurangnya lebih 500 dekat 600 hektar yang telah dibebaskan tanahnya kerana terdapat syarikat yang telah ditamatkan er… kontrak mereka. Jadi saya ingin tahu apakah langkah dan apakah er… perancangan kerajaan untuk er… memanafaatkan tanah yang kosong ini adakah ianya boleh dimanfaatkan untuk lebih ramai petani ataupun er… peladang ataupun yang ingin melibatkan diri dalam penanaman? Terima kasih.

Jumlah yang sebenarnya yang telah dibebaskan daripada ikatan ini ialah 595 hektar dan pihak kerajaan sebenarnya memang ingin memanfaatkan, kerana apa? dari segi

kos ya, pembangunan keseluruhan di TKPM Lanchang ni melibatkan lebih kurang 30.8 juta, maknanya kerajaan menyediakan infra dan sudah tentunya kita ingin mengoptimakan penggunaan atau utilisasi kawasan insya-Allah maknanya pihak Kerajaan Negeri bersedia menerima cadangan daripada mana-mana pihak untuk memaju dan membangunkan kawasan yang terlibat dan insya-Allah melalui pengalaman yang kita lalui ini maka sudah tentu penelitian kepada pemilihan calon ataupun peserta ni akan dibuat menggunakan kriteria yang lebih ketat lagi, insya-Allah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat ADUN Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 5.

[Difahamkan klinik kesihatan mengenakan caj RM100 ke atas orang dewasa dan RM40 bagi kanak-kanak yang melakukan pemeriksaan kesihatan untuk memohon kad OKU. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk mengurangkan beban ke atas golongan seperti ini?]

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada Teruntum yang menanyakan tentang caj yang dikenakan kepada OKU untuk membuat kad OKU bagi mendapatkan rawatan di hospital. Sememangnya perkara ini menurut Perintah Fi (Perubatan) 1982, pihak OKU sama ada dewasa ataupun kanak-kanak yang ingin mendapatkan kad bagi memudahkan urusan rawatan percuma beliau di hospital, kad itu terpaksa mereka ambil daripada JKM dan dikenakan caj sebanyak RM100 dan RM40 bagi kanak-kanak.

Dan mengenai persoalan yang kedua, adakah pihak kerajaan tidak bercadang mengurangkan beban? Sebenarnya perkara ini memang di dalam tindakan kerajaan dan apa namanya… pemohon-pemohon kad OKU seandainya mereka tidak berkemampuan dan tidak berupaya untuk membayar caj itu, mereka layak dan boleh untuk mendapatkan pengurangan caj bayaran tetapi mereka perlulah mengemukakan bukti sama ada beliau sendiri tu memiliki kad daripada JKM sebagai seorang OKU ataupun pengakuan daripada kepimpinan setempat, Tok Empat, Tok Penghulu ataupun Wakil Rakyat dan sebagainya yang mengesahkan dia ni boleh dibantu dan diberikan pengurangan.

Sebenarnya kerajaan memang apa… sentiasa membantu bukan saja orang OKU bahkan orang tak OKU pun jika sekira mereka tak mampu kita tolong, Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih banyak-banyak.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik soalan seterusnya, sila jemput Yang Berhormat ADUN Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.

[Touch ‘n Go dan Smart Tag yang terbaru memperkenalkan sistem RFID (Radio-Frequency Identification) untuk mempercepatkan laluan kepada kenderaan. Berapakah kad Touch ‘n Go/mesin Smart Tag dan RFID tag yang telah dijual pada tahun 2015, 2016 dan 2017? Apakah punca berlakunya ‘out of order’ bagi kad Smart Tag pada September 2017-Disember 2017 di Tol Karak?]

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana membenarkan saya menjawab soalan daripada ADUN Teruntum yang bertanyakan soal kelancaran proses laluan kereta di plaza-plaza tol. Soalan Teruntum berbunyi Touch ‘n Go dan Smart Tag yang terbaru memperkenalkan RFID, saya mungkin boleh rephrase balik dengan izin soalan itu sebenarnya Yang Berhormat, RFID ataupun Radio-Frequency Identification ni bukannya daripada syarikat Touch ‘n Go tapi ini adalah satu inisiatif kerajaan untuk melancarkan lagi laluan kenderaan dan Yang Berhormat bertanyakan berapakah kad Touch ‘n Go dan Smart Tag yang telah dijual dalam 3 tahun sebelum ini dan punca berlakunya kehabisan stok pada pada September hingga Disember tahun yang lalu?

Yang Berhormat Teruntum dan Sidang Dewan yang dihormati sekalian, sebenarnya sistem ini merupakan satu inisiatif kerajaan sebagai satu lagi pilihan untuk kita laksanakan Sistem Pembayaran Digital terbaru yang menggunakan Elektronic Tool Collection dan kali ini ianya berasaskan Radio-Frequency bagi menggantikan sistem kutipan tol secara manual yang sedia ada. Dua sistem sebelum ini Touch ‘n Go dan Smart Tag menggunakan… Touch ‘n Go menggunakan sistem teknologi waive dan Smart Tag menggunakan teknologi infrared. Di sini kita gunakan teknologi frequency radio dan sistem ini di… dikaji akan mungkin memberikan lebih kecekapan dalam proses laluan untuk mereka… untuk pengguna-pengguna mem… menggunakan ataupun melalui plaza-plaza tol ini. Walau bagaimanapun sistem ini masih lagi dalam peringkat percubaan yang akan berjalan sehingga Mac tahun hadapan.

Soalan kedua Yang Berhormat berkaitan dengan jualan Smart Tag sepanjang tiga tahun yang lalu pada tahun 2015, 8,638 unit telah dijual, 2016, 7,329 unit terjual, 2017 hanya 135 unit. Jadi dari… dari segi trend jualan Yang Berhormat, jelas menunjukkan penurunan. Ini bukanlah bermakna pihak Smart Tag ini tidak mampu mengeluarkan decoder-decoder ini tapi ini adalah dengan apa ni… niat sebenarnya untuk melaksanakan proses transition proses peralihan daripada penggunaan Smart Tag dan Touch ‘n Go ini kepada satu sistem yang kerajaan rasa lebih cekap.

Soalan Yang Berhormat yang seterusnya kenapakah berlakunya kehabisan stok Smart Tag di Plaza Tol Karak ya? Jadi sepertimana yang saya katakan tadi kita pihak kerajaan ya, melalui pembekal ini kita tak mahu mewujudkan satu lambakan ataupun Smart-Smart Tag yang dibeli oleh pengguna dan akhirnya tidak boleh digunakan apabila pada tahun hadapan, bermula daripada tahun Mac 2019 kita akan gunakan Radio-Frequency ID ni untuk semua laluan jadi pada ketika itu kita tak nak pembaziran di kalangan rakyat. Itu saja Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan tambahan sila.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih dari Wakil Kerajaan tapi saya tidak puas hati bila kita pergi ke Tol Karak, saya sendiri yang pergi ya, saya sampai Mac atau April saya pergi lagi tanya dengan Smart Tag tapi dia tak bagi macam tu, dia cakap itu out of order. Bagi kita, kita nak senang kata itu kad kita nak beli bukan free. Kalau boleh kerajaan bila nak tukar nak tukar kepada FRID, F.R.I.D. boleh tukar kepada Smart Tag bila Smart Tag dah telah nak mansuhkan atau di… di… digantikan… kita boleh ganti dengan itu kad tapi bila kita beli, beli bukan free, beli. Itu sebab bukan senang untuk kita nak… nak sampai Kuala Lumpur nak guna Smart Tag ini memang cukup susah. So, minta pihak Kerajaanlah pandai-pandailah untuk bela hak rakyat. Kita beli bukan free. Terima kasih.

Terima kasih di atas keprihatinan Wakil Teruntum di atas kepayahan rakyat untuk membeli apa… decoder Smart Tag ini. Saya ulang semula ini adalah satu proses perubahan daripada sistem yang lama kepada sistem yang baru. Kita tak nak memberikan kemudahan yang berterusan pada hari ini, tiba-tiba satu masa selepas Mac nanti semua orang susah, rugi, tak nak jual pun tak ada harga Yang Berhormat.

Jadi apabila di Plaza Tol Karak ini kita katakan stoknya semakin berkurangan dan sebahagian besarnya mungkin dah tak jual lagi. Maksud saya Touch ‘n Go dan… dan Smart Tag ini sudah mula dikurangkan apa… penjualan di Plaza Tol tapi ianya masih boleh diperolehi ataupun dibeli di hub Touch ‘n Go ataupun di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur dan sekarang ni Yang Berhormat, Yang Berhormat garu kepala, saya sebenarnya kesian juga Yang Berhormat, bukan saya Yang Berhormat garu kepala, orang kampung pun garu kepala juga.

Jadi ini juga kita akan rundingkan. Perkara ini dalam proses peralihan Yang Berhormat, sabar dan sebahagian daripada cara yang sebenarnya mudah yang kita tak dapat lari adalah melalui teknologi kerana untuk kita membeli Smart Tag ini ianya juga dibekalkan melalui secara online melalui aplikasi er… Lazada, ya. Jadi kita google Lazada jadi kita boleh er… buat tempahan di situ. Jadi kalau Yang Berhormat kata teknologi susah saya faham jugalah orang kampung Ulu Tembeling tapi ini suatu perkara yang datang menghampiri kita dan kita tak boleh lari. Kalau kerajaan terus dengan cara lama Yang Berhormat, nanti Yang Berhormat juga cakap kerajaan kita tak mengikut trend semasa. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Soalan… soalan tambahan. Saya nak bertanya kepada pihak kerajaan, er… memandangkan kita ni di bawah pemerintahan kerajaan baru, Malaysia baru, Kerajaan Pakatan Harapan, saya mencadangkan supaya jangan kita heboh pasal sebab Smart Tags lah, pasal kad itu lah kad inilah, kad free. Memang tol patut free. Jadi saya minta kepada Kerajaan Negeri Pahang, minta tol semua free. [Ahli Dewan menepuk meja]. Boleh tak Teruntum?

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Er… saya di sini berdiri selaku Wakil Kerajaan, walaupun apa kita semangat kita sebenarnya er… walaupun bukan semangat yang baru, semangat lama tetapi

semangat lama kita itulah yang dipinjam oleh Pakatan Harapan itu. Kita pun nak bawa kebaikan juga tetapi disebabkan kita kurang memberikan janji-janji kepada pengundi, maka kerajaan memilih… rakyat memilih untuk memberikan… meletakkan kita sebagai pembangkang. Jadi soal membawa cadangan ini kepada kerajaan persekutuan bukan sebab Yang Berhormat je, sebel… sebelum ini semua Yang Berhormat kita tukar ini sama sahaja Yang Berhormat. Semangat baru kita ini semangat yang diperbaharui ya. Kita akan terus beri kerjasama kepada kerajaan persekutuan selagi ianya berasaskan kepentingan rakyat Dato’ Sri Yang di-Pertua. [Ahli Dewan menepuk meja].

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah, soalan yang berikutnya saya jemput Yang Berhormat ADUN Sungai Lembing.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya kemukakan soalan nombor 7.

[Bilakah Kerajaan Negeri Pahang dapat memberikan kelulusan dan seterusnya melaksanakan semua kerja-kerja melebarkan jalan raya di jalan Kuantan-Sungai Lembing berikutan jalan sedia ada kini agak sempit dan sibuk terutama menjelang musim perayaan.]

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Soalan wakil daripada Sungai Lembing er… berkaitan dengan Jalan Kuantan-Sungai Lembing ataupun er… kalau kita tengok dalam sistem JKR ianya adalah Jalan Persekutuan FT 231. Apabila kita bercakap tentang Jalan Sungai Lembing, sebenarnya jalan itu bukan sahaja Yang Berhormat er… Sungai Lembing yang guna, sebahagian besar daripada kita guna kerana ianya adalah jalan yang bermula daripada flyover er… Bukit Ubi… Jalan Bukit Ubi sehinggalah ke pintu gerbang di Sungai Lembing. Jadi jalan ini sememangnya Yang Berhormat, kita sentiasa naik taraf daripada semasa ke semasa.

Dan menjawab soalan Yang Berhormat ini, jalan sepanjang 39… 39.6 kilometer ini memang er… telah dan akan dinaik taraf. Fasa pertama telah pun kita er… naik taraf daripada Persimpangan Cengkih sehingga ke Kampung Padang dan untuk seterusnya cadangan naik taraf jalan ini akan dilaksanakan dalam Rolling Plan Ke-4 daripada Kampung Padang ke simpang er… LPT yang dijangkakan akan memakan kos 126 juta. Jadi untuk yang seterusnya daripada persimpangan Tol LPT sampai ke er… pintu gerbang Sungai Lembing itu Yang Berhormat, kita jangka boleh kita laksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan tambahan, sila.

Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada pihak kerajaan. Er… hanya di Jalan Kuantan-Sungai Lembing itu lepas daripada simpang LPT, yang pertamanya Sungai Riau yang itu kita kena tinggikan, yang keduanya er… persimpangan Atong, ni nak pergi ke FELDA Panching itu dua apa ada dua lagi fasa, ataupun ada dua lagi tempat yang kita kena tinggikan. Mudah-mudahan kalau hujan lebat nanti kuranglah risiko banjir.

Satu lagi saya mohon bertanya kepada pihak kerajaan. Jambatan Sungai Mabuk er… di FELDA… kawasan FELDA Bukit Goh. Saya terbaca er… apa, ini er… dalam er… surat khabar semalam, Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahli Parlimen Temerloh ya. Er… ada maklumkan Jambatan Sungai mabuk pun er… akan dilaksanakan. Dulu memanglah bekas Perdana Menteri dah luluskan, jadi tertangguh bila kita kalah dalam pilihan raya ini. Jadi saya nak tanya pihak kerajaan sekarang. [Ahli Dewan ketawa].

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Er… berkaitan dengan kebimbangan Yang Berhormat Sungai Lembing berkaitan dengan soal aras jalan ya di antara er… di laluan di antara point simpang LPT ke pintu gerbang itu. Pastinya Yang Berhormat bukan sahaja di Jalan Kuantan-Sungai Lembing tetapi dalam proses penaiktarafan jalan di er… seluruh negeri, seluruh negara, pihak Jabatan Kerja Raya sememangnya mengambil kira pelbagai factor… faktor pelbagai masalah untuk diselesaikan secara sekali gus.

Jadi er… saya tak berani nak menjanjikan secara khusus tapi saya mempersilakanlah Yang Berhormat untuk ke JKR. Kita boleh beri pandangan secara teknikal untuk memastikan ianya memenuhi apa yang dihajatkan ataupun keperluan yang disebut itu tadi.

Berkaitan dengan projek-projek yang telah diluluskan er… sehingga sekarang pihak kerajaan negeri tidak mendapat sebarang notifikasi tentang pembatalan-pembatalan projek yang telahpun diluluskan oleh kerajaan yang lalu. Tapi soal er… kajian semula er… berapa lama akan dikaji semula dan bila ianya diteruskan, itu kita akan er… tengok case to case, dengan izin, Yang Berhormat Tuan di-Pertua. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah, soalan yang berikutnya saya jemput Yang Berhormat Ketari.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin kemukakan soalan nombor 8.

[Apakah status Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kampung-kampung di negeri Pahang selepas Pilihanraya Umum ke-14? Adakah JKKK ini semua akan dirombak?]

Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Bagi pertanyaan nombor 8, kedudukan JKK di kampung-kampung selepas Pilihan Raya yang Ke-14 berjalan seperti biasa. Maksudnya sama sahajalah sebelum dan selepas. Ini adalah kerana institusi ini terletak di bawah pentadbiran kerajaan negeri. Sebarang

keputusan merombak ataupun mengekalkan Ahli-ahli Jawatankuasa ini adalah tertakluk sepenuhnya kepada pertimbangan ini… kerajaan negeri … negeri Pahang. Ianya termasuklah dari segi pelantikan ini Ahli-ahli JKK dan juga ini penamatan Ahli-ahli JKK dalam negeri Pahang ini. Terima kasih.

Soalan tambahan. Er… terima kasih di atas jawapan. Er... buat masa ini, apakah bentuk peruntukan dan imbuhan yang diberikan kepada JKK di setiap kampung-kampung?

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Semalam saya ada bertanya kepada Ahli daripada Ketari menyatakan beliau ini tinggal di… di Janda Baik. Tak boleh tidak ini YB daripada Ketari ini memberitahu asal usul nama Janda Baik. Macam mana jadi Janda Baik hah kampung ini.

Panjang cerita dia. Saya tahulah asal usul dia daripada Orang Asli sana. Terima kasih.

Encik Chong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Soalan tambahan. Soalan tambahan.

Jawab dulu jawapan saya. Terima kasih.

Tak, rakan-rakan di dewan ini nak tahu juga Janda Baik ini. Er… mengenai kedudukan kemudahan yang disediakan kepada ini Ahli JKK. Pertamanya dari segi elaunlah kan. Elaun kepada Ahli-ahli JKK ini masih di bawah peruntukan ini kerajaan persekutuan dan setakat hari ni tak banyak ni perubahan. Cuma mungkin dari segi elaun itu di…dikurangkan ni sikit. Kemudahan-kemudahan lain ianya tertakluklah kepada ini kemudahan ni peruntukan-peruntukan di bawah kerajaan persekutuan dan juga di bawah pentadbiran kerajaan negeri. Saya pun er… baru mendapat panggilan daripada er… Kementerian Kemajuan Luar Bandar ni iaitu akan bermesyuarat pada 30 haribulan ni iaitu hari Isnin. Jadi mungkin perkembangan selanjutnya dari segi pentadbiran ini akan diselaraslah di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Semantan…

Yang Berhormat…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Tahan, sila.

Assalamualaikum WBT, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua saya nak buat satu soalan tambahan. Tadi Wakil Kerajaan menyebut bahawa tugas JKKK berjalan macam biasa cumanya di tempat saya er… dalam bulan lepas er… ada rakyat yang datang jumpa saya untuk mendapatkan tandatangan. Apabila saya tanya kenapa tak jumpa Ketua Kampung, Tok Empat sedangkan tidak ada ruang untuk saya tandatangan borang itu contohnya borang nikah kahwin. Jadi dia kata Tok Empat tak nak sign sebab Tok Empat kata Tok Empat tak ada kuasa, jadi saya nak tahu sejauh mana er… bagi asas yang dikatakan bahawa er… tugas itu berjalan seperti biasa sedangkan di pihak Tok Empat sendiri kata tak nak sign borang kerana tidak ada kuasa, adakah ianya berkaitan dengan ada tunggakan elaun yang menyebabkan Tok Empat tak semangat buat kerja? Terima kasih.

Terima kasih wakil daripada Tahan. Sebenarnya kedudukan JKKK selepas pada pilihan raya yang ke-14 ni Yang Amat Dato’ Pengerusi… Yang Berhormat Tuan Pengerusi, ianya agak dipanggil pane kejap, pane. Dia bukan hanya JKKK je banyak agensi-agensi pun kalau kita tengok dia tak berapa berjalan dengan begitu lancar. Begitu juga dari segi ini JKKK sebenarnya ianya berjalan seperti biasa cuma ianya tersekat sikit dari segi elaun aje… elaun saja tapi dari segi kuasa tu masih kita kekal ianya sebagai Ketua Kampung tu, JKKK cuma tak ada elaun je. Hah mungkin… mungkin itu sajalah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Soalan tambahan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Bagi peluang pada Yang Amat Berhormat untuk menjawab soalan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

Saya ingin menjelaskan sedikit kenapa berlaku keadaan Pengerusi JKKK yang nampak agak tidak jelas tetapi untuk makluman Ahli-ahli Dewan, Kerajaan Negeri sebenarnya sedang menunggu dan melihat apakah perkembangan di peringkat pusat, sebabnya sebagai contoh sebaik saja berlaku perubahan kerajaan, pihak kerajaan pusat telah menamatkan pekerja kontrak Pegawai JASA, dan kerajaan negeri telahpun cuba untuk membantu pegawai-pegawai yang terlibat tetapi tiga empat hari yang lepas, pihak Kerajaan Pakatan Harapan melalui menterinya telah mengumumkan semula, akan mengkaji semula supaya pegawai kontrak ini akan diambil dan sebagainya dikaji semula. Begitu juga dengan JKKK, kerajaan negeri sebenarnya kita telah bincang kita telah mengadakan beberapa rancangan sekiranya kerajaan pusat menamatkan perkhidmatan JKKK kerajaan negeri akan membuat sesuatu, tapi hari ni saya tak boleh sebutlah sebab kita hanya menunggu Kerajaan Pusat sebab yang terkini mengatakan

kerajaan pusat akan kaji semula kedudukan JKKK akan dilantik. Dan difahamkan pula perlantikan JKKK itu akan dibuat oleh pihak negeri tetapi tidak ada hitam putih. Jadi kedudukan beginilah yang menjadi keadaan agak kurang jelas er… pane di mana kata apa ni YB. Wakil Kerajaan Batu Talam tadi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada…

Jadi itulah…

Yang di-Pertua (Speaker)

Perkataan lain selain pane…

dan berbalik kepada…

Yang di-Pertua (Speaker)

Tu pane… pane…

Pane ni dia maknanya macam gelaplah. Gelap… [Ahli Dewan ketawa] tapi saya tak pernah pane. Saya tak tahu macam mana tapi lepas ni Wakil Kerajaan daripada Batu Talam boleh jumpa dengan ADUN daripada Ketari, tunjuk pane itu macam mana. Hah… [Ahli Dewan ketawa] dan berbalik kepada soalan daripada Wakil Kerajaan tadi Janda Baik tadi betullah dia ada cerita sikit berkait dengan Orang Asli ingat mantan Dato’ Sri DiRaja kita pernah bercakap, boleh saya bercerita sikit Tuan Yang di-Pertua, mungkin Ahli-Ahli Dewan ini tak berapa tahu ya.

Dia sebenarnya begini di Janda Baik tu pada satu ketika Orang Asli ni dia berkahwin, dia berkahwin dia duduk suami dan isteri. Kemudian dia bercerai YB. Ketari ya, dia berpisah jadi si isteri ni pergilah er… merantau ke mana apa semua tapi suaminya masih tinggal di kampung tersebut.

Tapi entah macam mana isteri ni teringat balik ke suami dia tu, dia merantau berapa lama dia teringat balik tak tahulah sebab mende dia ingat. Adalah mende-mende tertentu kadang dia sepi ke apa ke kita tak tahu, Allahu’alam. Jadi dia balik semula ke kampung tersebut berjumpa dengan suami yang dia berpisah ni. Jadi bila dia balik semula, yang si suami tadi pun tak kahwin, si isteri tadi pun tak kahwin, bekas isteri tak kahwin dia balik semula dan mereka duduk semula dalam satu rumah kira macam rujuk semula. Hah itu yang dipanggil Janda Baik tu. Sebenarnya Janda Balik… Janda Balik tapi nak bagi sedap sikit disebut Janda Baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima Yang Amat Berhormat Menteri Besar, baiklah kita pada soalan yang seterusnya,

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Soalan tambahan…

Timbalan Yang di-Pertua

Saya jemput Yang Berhormat ADUN Peramu Jaya.

Saya tergelak dengar cerita Janda Baik. Baik, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Pagi-pagi mengail tenggalan, Saya kemukakan soalan nombor sembilan.

[Memandangkan keperluan dan penggunaan teknologi komputer merupakan asas dalam pembangunan teknologi masa kini, dengan itu adalah wajar diperbanyakkan pusat latihan bercirikan pembangunan media teknologi.

Apakah langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh pihak kerajaan bagi memperbanyakkan pusat prasarana bagi meningkatkan penguasaan teknologi berteraskan komputer bagi memantapkan pengetahuan generasi kini dan akan datang selaras dengan pembangunan dunia global.]

Terima kasih Yang Amat Yang di-Pertua,

[Bacaan Bahasa Arab] Assalamualaikum WBT, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Peramu Jaya rakan sejawatan saya daripada parlimen yang sama yang telah mengemukakan soalan berkaitan dengan komunikasi dan multimedia. Jadi dia sama macam Tanjung Lumpur dengan Panching semalam, naik satu kereta tapi soalan baru nak tanya. Jadi nak tanya Peramu Jaya ini nak jawab dalam dewan ke ataupun nak jawab masa jumpa dalam kawasan ataupun dalam kereta?

Lawak juga Wakil Kerajaan ni, jemput jawab segeralah. [Ahli Dewan ketawa]

Terima kasih Peramu Jaya. Inilah masalah komunikasi dan multimedia ya tok… Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Peramu Jaya serta Sidang Dewan, kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan penguasaan masyarakat dalam perkara-perkara yang berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi dan kerajaan mewujudkan pusat internet 1Malaysia. Di mana pusat ini menyediakan segala kelengkapan peralatan IT termasuk capaian internet jalur lebar yang berkelajuan tinggi 2 megabytes sesaat dan di Peramu Jaya saja ada dua contohnya di Peramu Jaya Tiga dan juga di Kampung Beruas.

Dan pusat internet ini adalah objektif dia kita buat sebagai pusat komuni… komuniti berpengetahuan atau knowledge community center dengan izin Yang di-Pertua dengan menyediakan kelas-kelas dan juga latihan-latihan ICT kepada komuniti sekitar dengan secara percuma dan untuk makluman dewan bahawa sehingga hari ini

sebanyak 108 buah pusat internet 1Malaysia telah dilaksanakan dan beroperasi sepenuhnya di semua daerah di negeri Pahang.

Selain daripada itu juga di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia ataupun Jabatan Pelajaran Negeri telah melaksanakan projek-projek makmal berkomputer dan hingga hari ini terdapat lebih kurang 737 buah bilik dan makmal komputer di sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Sekolah menengah sebanyak 197 buah dan sekolah rendah sebanyak 540 buah. Sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Dato’ Yang di-Pertua,

Soalan tambahan. Sebenarnya di Pekan ini khususnya di kawasan saya Peramu Jaya ianya merupakan satu kawasan yang bandaran sikit kemudian luar bandar sedikit, yang menjadi persoalannya ialah berhampiran lebih kurang dua kilometer lebih kepada bandar Pekan itu, kalau kita panggilkan pinggir bandarlah. Masalah ini ialah ketidakdapatan ruang untuk talian telco ini dicap… dicapaikan.

Jadi, saya minta jasa baiklah pihak ADUN Peramu Jaya ni agar kemudahan ini dapat kita pertingkatkan agar telco-telco ini dapat memainkan peranan agar kemudahan ini dapat capaian internet dengan mudah. Saya dah bangkitkan perkara ni di penggal yang lepas-lepas. Jadi, saya minta jasa baik walaupun kerajaan berbeza, pandangan berbeza, pemikiran berbeza tetapi keperluan rakyat ini perlu kita beri perhatian sewajarnya. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kita pergi ke soalan…

Soalan tambahan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan tambahan, silakan.

Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya nak bertanya er…. soalan tambahan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Bagi, bagi peluang Bukit Ibam.

Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Muadzam.

Yang di-Pertua (Speaker)

Muadzam, maaf.

Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Er... berkaitan dengan… terima kasih Yang di-Pertua. Berkaitan dengan teknologi maklumat juga ya. Saya nak bertanya kepada Bebar, apakah akan dilaksanakan laluan kabel optik daripada tanah besar ke Pulau Tioman?

Terima kasih daripada Muadzam Shah. Untuk makluman Sidang Dewan, bahawa pelaksanaan kabel optik daripada Kuala Rompin… pelaksanaan kabel optik daripada Kuala Rompin dan juga Pulau Tioman adalah untuk memastikan kemudahan komunikasi iaitu ataupun capaian jalur lebar ini dapat dipertingkatkan dan berkaitan dengan soalan daripada Muadzam Shah bahawa projek kabel optik ni sedang dijalankan dan dijangka siap pada suku keempat tahun 2018. Sekian.

Soalan tambahan saya er… saya nak bertanya kepada pihak kerajaan, sebelum saya nak tanya tu saya nak terang sikit Dato’ Yang di-Pertua, tentang Pusat Internet 1Malaysia ni yang bagi saya di kawasan saya dia amat sangat di… orang kata digunakan secara meluasnya dan digunakan sepenuhnya baik siang dan malam ya…. Ini adalah antara usaha-usaha yang telah dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk manfaat untuk digunakan dimanfaatkan oleh rakyat tempatan dan juga rakyat di seluruh Malaysia dan bagi saya benda-benda yang bagus ini, yang baik, yang ada manfaat untuk rakyat harus diteruskan.

Maka jangan ada sifat berdengki oleh kerajaan baru ke atas apa benda, apa-apa sahajalah yang kebaikan demi kebaikan untuk rakyat. Maknanya yang baik teruskanlah tapi soalan saya kepada pihak kerajaan ini, pertamanya bila kita dah tahu dia banyak berjasa, banyak manfaatnya kepada rakyat, kepada orang ramai. Soalan pertama saya adakah di bawah kerajaan baru, kerajaan baru pemerintahan Malaysia baru sekarang ni, pusat-pusat internet ni adakah dicadang untuk ditambahkan lagi ataupun soalan saya yang kedua sama ada ditutup atas perasaan dengki? Terima kasih.

Terima kasih kepada sahabat saya daripada Kemayan. Kerajaan sentiasa membuat kajian dan membuat penyelidikan tentang keperluan untuk menambah pusat-pusat internet di kawasan-kawasan yang didapati kawasan luar bandar yang memerlukan akses kepada jalur lebar. Kita dapati bahawa Pusat Internet 1Malaysia ini ialah satu projek yang begitu berkesan yang dilaksanakan oleh kerajaan kerana dia dapat menyediakan kemudahan atau akses jalur lebar dan mendidik masyarakat di kawasan persekitaran supaya lebih kenal tentang teknologi maklumat dan juga ICT. Dan merujuk kepada soalan Kemayan, projek ini akan sentiasa diberikan perhatian dan akan dilaksanakan jika keperluan-keperluan yang didapati sesuai dan mendesak untuk dilaksanakan untuk memastikan kehidupan rakyat ni dan kesejahteraan rakyat itu dapat diberikan dengan sebaik mungkin oleh kerajaan dan untuk makluman Peramu Jaya juga, kemudahan untuk telekomunikasi, telco dan kerajaan juga

merancang dan mengkaji untuk menambah bilangan pencawang-pencawang supaya capaian ataupun kepada untuk telekomunikasi ini dapat dipertingkatkan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah, kita pergi ke soalan yang terakhir pada pagi ini. Saya jemput yang berhormat ADUN Tanah Rata.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya di sini ingin kemukakan soalan kesepuluh.

[Bilakah Pembinaan Pusat Perniagaan di Mukim Tanah Rata, Cameron Highlands akan siap dibina? Berapakah jumlah gerai atau unit kedai dalam Pusat Perniagaan tersebut?]

Assalamualaikum WBT, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi, Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tanah Rata atas soalan nombor sepuluh. Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan, kerajaan Pahang adalah sebuah kerajaan yang prihatin terutamanya untuk peniaga-peniaga khasnya di Cameron Highlands. Pusat perniagaan di Mukim Tanah Rata, Cameron Highlands telah diberi milik tapak untuk dilaksanakan pada 3 November 2017 dan ikut perancangannya tarikh siap adalah pada 22 November 2019. Untuk jawapan kepada soalan ini, sebanyak 288 unit gerai perancangan yang dibina untuk peniaga-peniaga dan 6 unit food truck disediakan untuk kawasan berkenaan. Sekian terima kasih.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Soalan tambahan. Difahamkan selama ini yang, setahu saya pusat perniagaan ini itu ialah penggantian pasar malam, pasar malam yang sangat popular di Cameron Highlands akan pindah ke pusat perniagaan tersebut dan difahamkan selama ini pemberian lesen menjaja selalunya mendatangkan pelbagai kritikan daripada kalangan penjaja sebab dalam keadaan yang tidak telus sebab kadangkala ada orang tengah ataupun mereka tidak tahu siapa yang layak mendapat lesen menjaja. Jadi, di sini saya ingin memohon adakah di Dewan Yang Mulia ini mencadangkan supaya pada masa yang akan datang, pemberian lesen ini diuruskan ataupun dikerjasamakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan iaitu majlis dengan persatuan-persatuan penjaja di Cameron Highlands?

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Sebagai kerajaan yang prihatin sebagaimana yang saya telah terangkan tadi er… sebenarnya tapak yang dibina ini ialah tapak pemindahan pasar malam yang sedia ada di satu lokasi yang sesuai dan kemudahan yang lebih selesa berbanding pada keadaan sebelum pada ini. Mengikut pada perancangannya, keutamaan peniaga-peniaga adalah daripada tapak pasar yang malam yang sedia ada keutamaan daripada 288 unit dan lebihan itu akan diiklankan mengikut prosedur yang biasa dan mana-mana peniaga boleh memohon untuk berniaga dan akan diproses mengikut proses yang biasa dengan ketelusan yang layak sahaja akan diberikanlah. Memang

kita tak ada pilih kasih dah ni, kita ikut prosedur yang telah ditetapkan sebagaimana yang telah disyaratkan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita selesai membincangkan sepuluh pertanyaan dan jawapan. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan pada pagi ini untuk minum pagi dan persidangan disambung semula pukul 11.10 pagi. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan]

[Persidangan disambung semula]

Sambungan perbahasan Usul menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Mulia Pemangku Raja PahangMotion

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Sambungan perbahasan Usul menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Mulia Pemangku Raja Pahang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, di hadapan majlis ialah suatu Usul yang berbunyi

“Bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Mulia Pemangku Raja Pahang berangkat menyempurnakan Titah Diraja kepada Dewan Negeri.”

Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan telah pun mendapat sokongan. Sekarang saya kemukakan semula Usul tersebut kepada perbahasan. Sungai Lembing, sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, [Bacaan Ayat Al-Quran] Tuan Yang di-Pertua,

Pertamanya saya merakamkan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Mulia Pemangku Raja Pahang di atas Titah Ucapan er… Kebawah Duli Yang Maha Mulia baginda pada hari Isnin baru-baru ini dan juga perasmian. Dalam hal ini pertamanya saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakyat negeri Pahang khususnya rakyat di kawasan DUN Sungai Lembing dan juga di kawasan Parlimen Paya Besar sebab memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional walaupun kita tahu bermacam-macam masalah, bermacam-macam tohmah, bermacam-macam fitnah yang menyebabkan kita kehilangan banyak negeri-negeri. Apa pun Tuan Yang di-Pertua, amanah yang diberikan, kepercayaan yang diberikan oleh rakyat, amanah yang diberikan oleh Allah SWT adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan sumbangan ataupun khidmat yang terbaik kepada rakyat, kepada kawasan dan juga kepada negeri dan negara kita yang tercinta ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Sejak akhir-akhir ini kita tengok di Kuantan khususnya dan mungkin juga di negeri Pahang masalah air nampaknya menjadi-jadi. Rakyat mengeluh air tak sampai ke kawasan bukit. Rakyat mengeluh air keruh, air merah, kalau di Sungai Lembing itu air menjadi merah Tuan Yang di-Pertua sebab air daripada Empangan Chereh tu maklumlah walaupun takungan air tapi takungan semulajadi kita tak konkrit, tak simen bawah dia. Jadi semua sekali turun, jadi air jadi merah menyebabkan pihak PAIP terpaksa berbelanja lebih untuk pastikan air itu bersih, sebab kalau sekiranya kita buat kajian mungkin Jabatan Kesihatan boleh buat kajian, banyak unsur-unsur mineral terutama sekali manganese, ferum er… dalam air tersebut.

Tuan Yang di-Pertua,

Pembinaan Empangan Remen Chereh pada asalnya adalah untuk mempastikan bekalan air di daerah Kuantan ini cukup bagi tempoh 30 tahun. Malangnya kalau kita

tengok perkembangan yang ada pada masa sekarang ini, bila pihak yang berkaitan melepaskan air daripada Empangan Remen Chereh, yang kita hairannya macam mana air tak berapa sampai pulak ert… ke… ke… empangan yang seterusnya di Kuantan ini, Empangan Kobat. Jadi dalam hal ini saya mintaklah kita kena pastikan sebab bila kita lepaskan air daripada Empangan Remen Chereh itu kita kena pastikan air itu mesti sampai ke Empangan Kobat, kalau air itu tak sampai ke Empangan Kobat macam mana kita nak bantu membekalkan air ke daerah Kuantan ni.

Jadi kita kena dalam hal ini kita mintak pihak kerajaan mengemukakan peruntukan tambahan bukannya sebab apa Tuan Yang di-Pertua, air bila kita… apa pihak yang berkaitan melepaskan daripada Empangan Kobat itu dia akan pergi ke lain dulu, menjalar sana menjalar sini tak sampai ke Empangan Kobat. Itu yang pertama, yang keduanya masalah air keruh itu kita kena er… cari jalan mengatasi perkara tersebut.

Selain daripada tu juga er… saya difahamkan kita di Pahang… di Kuantan dan juga di Pahang nanti mungkin akan menghadapi musim kemarau bulan 9, bulan 10. Sepatutnya hari dah hujan dan jugak mungkin musim kemarau. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT dalam masa sehari dua ni nampaknya hujan turun. Jadi kita mohon untuk mengelakkan Pahang ditimpa kemarau. Di bandar-bandar besar di kawasan-kawasan industri tak ada air, kita juga mintak supaya semua sekali masjid dan surau bagi yang beragama Islam dan juga tempat-tempat ibadat yang lain mengadakan sembahyang hajat ataupun upacara khas bagi mintak hujan.

Kalau sekiranya bagi masyarakat Tionghoa dia orang tu ada sembahyang mintak hujan kan, dia sembahyang, sembahyang hujan turun. Kita jugak buat, adakan upacara khas bagi mintak hujan mengelakkan negeri kita yang kita tercinta ini daripada ditimpa kemarau. Susah orang kampung, tak ada api tahan lagi, tak ada air, marah betul dia orang ini. Tunggu tanker maklumlah keperluan tu banyak kadang-kadang lambat sampai.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang keduanya, isu bauksit di FELDA Bukit Goh. Hari semalam ke dua hari lepas, keluar dalam tv, penduduk FELDA di kawasan Bukit Goh merayu-rayu kepada pihak berkuasa, kepada pihak kerajaan negeri, kepada pihak kerajaan pusat supaya dibenarkan mereka meneruskan aktiviti bauksit itu dengan kawalan yang ketat sebab minta maaf saya tak dapat memberikan detailnya beberapa orang peneroka kebun dah tak ada, hasil dah tak ada, harap kepada bantuan anak-anak mereka.

Walaupun kita tahu harga bauksit er… jatuh sikit tapi mereka mintak jugak kepada pihak kerajaan negeri supaya memberikan kebenaran kepada kontraktor er… ataupun pemaju-pemajulah. Jadi dalam hal ini, saya juga berharap janganlah kita hadkan kepada pemaju yang tertentu tetapi mereka-mereka yang sebelum ini er… ada membuat permohonan jugak kita bagi dia peluang untuk er… memastikan peneroka-peneroka yang ada bauksit di kawasan masing-masing itu dapat kita teruskan tapi dengan syarat yang ketat.

Tuan Yang di-Pertua,

Er… kalau di pekan Sungai Lembing saya ingat lagi masa mula-mula saya jadi Wakil Rakyat dulu. Sungai Lembing ni dah nak menjadi pekan cowboy tapi dalam pekan cowboy pun baru ini ada 2 filem er… dibuat pengambaran di pekan Sungai Lembing. Artis daripada Indonesia pun ada. Jadi kira glamour jugaklah Sungai Lembing itu. Sungai Lembing er… sebagai pekan yang lama… paip itu banyak paip-paip yang

lama. Jadi jabatan yang berkaitan terus telahpun membuat kajian peruntukan lebih kurang 12 juta lebih kurang. Kita mintaklah daripada jabatan berkaitan tu untuk kita menggantikan paip-paip lama sebab kalau paip-paip lama ni tak ganti bila pihak jabatan teknikal ataupun PAIP nak melepaskan air kuat sangat, tak boleh. Pecah habis lagi teruk.

Jadi kita perlu gantikan paip-paip lama di kawasan pekan Sungai Lembing. Kalau paip-paip lama tu dapat digantikan, saya percayalah ada 54 buah hotel ke, ataupun rumah tumpangan di Sungai Lembing itu, banyak masalah yang dapat diselesaikan. Baru-baru ini saya bersama-sama dengan anggota PAIP kita pergi melihat kawasan intake air di Kuala Kenau dan juga kita melihat kawasan untuk pihak jabatan berkaitan memasang booster bagi memastikan bekalan air paip di kawasan Sungai Lembing nanti akan berjalan dengan licin dan lancar.

Begitulah juga di kawasan bukit-bukit semuanya ada masalah air. Bukit Kuin, kawasan ka… kalau FELDA semua bukit, Bukit Goh, Bukit Sagu, Bukit Sagu ni gugusan dan juga Bukit Kuantan. Bagi Bukit Sagu er… keadaan yang dihadapi oleh pihak PAIP pada masa sekarang ni masalah er… enjin pam air kadang-kadang selalu rosak. Bila enjin pam air selalu rosak lepas tu paras sungai pun sekarang ni semakin rendah. Jadi nak sedut air pun payah. Ha… itu antara perkara-perkara, masalah-masalah. Bukannya mereka tak bekerja kuat, mereka tu bertungkus lumus bekerja kuat bagi mempastikan er… penduduk-penduduk mendapat bekalan air yang cukup.

Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya juga dipahamkan, bukan yang dipahamkan lah ha... itu pihak FELDA sebenarnya telahpun membina loji air dan juga telaga tube well di Bukit Sagu. Jadi kalau senya loji air dan juga telaga tube well tu berjalan dengan lancar dan sempurna, sudah tentulah kawasan Gugusan Sagu tak de masalah air. Kalau salur paip untuk sedut air apa ni tak dapat menyedut air sungai sebab paras sungai semakin turun. Tube well FELDA akan dapat berjalan. Jadi saya mohonlah er… pihak Felda pastikan er… loji air FELDA dan juga tube well yang sekarang ni macam jadi projek gajah putih tu, dapat berjalan dengan lancar dan sempurna seperti biasa.

Begitulah juga di kawasan-kawasan lain er… di kawasan Bukit Goh, alhamdulillah dapat peruntukan ya. Banyak perkara kita dah selesaikan. Air daripada loji Semambu disalurkan terus er… ke FELDA Bukit Goh. Hanya di Bukit Kuin saya mintak di mana-mana yang boleh kita kena bina semula tangki air besar untuk di kawasan Bukit Kuin sebab kawasan-kawasan yang tinggi kadang-kadang air tak sampai. Pukul 2 pukul 3 pagi baru air naik orang dah tidur dah.

Tuan Yang di-Pertua,

Selain daripada itu saya juga er… merakamkan ucapan syabas dan tahniahlah kepada er… Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana pendekatan-pendekatan untuk memudahkan er… iaitu masalah-masalah rakyat terutamanya er… masalah hakmilik ke, orang melayu nak jual tanah kepada orang Melayu ke, er... dan juga beberapa perkara yang lain kita perlu percepatkan. Selain daripada itu saya juga mohon er… pihak kerajaan negeri mempertimbangkan mana-mana permohonan daripada rakyat, daripada usahawan, kontra yang ingin er…menjalankan projek ataupun pembangunan negeri Pahang ni kita dapatlah dipercepatkan sebab tu mereka tu biasanya er… terikat dengan er… pihak-pihak yang tertentu.

Saya juga Tuan Yang di-Pertua,

Er… dalam hal ini meminta er… supaya satu lagi geran lot FELDA di Bukit Sagu. Geran lot FELDA di Bukit Sagu ni dah lama sangat pun jadi isu besar pada pilihan raya baru-baru ni saya dapat er… saya harap dapatlah er… disegerakan. Begitulah juga er… pembinaan rumah generasi kedua yang saya difahamkan er… mungkin akan siap sebelum Pilihan Raya yang Ke-15 yang akan datang. Kalau tak penuh pun separuh pun tak pe Tuan Yang di-Pertua, janji kita membuktikan kepada anak-anak FELDA dan juga kepada orang muda. Orang muda sekarang ni dia nak bukti tapi yang susahnya er... dia mudah sangat dengar fitnah. Hari-hari kita fitnah, beribu-ribu kali akhirnya termasuk juga dalam kepala rakyat. Ha... ini yang menjadi masalah kita, bukannya masalah pada masa sekarang daripada zaman dulu lagi daripada segi fitnah ni. Jadi saya berharap dalam hal ini kita dapat er... menyelesaikan perkara tersebut.

Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, di kawasan Sungai Lembing ni ter… terkenal er… dengan alam flora dan fauna yang semula jadi, ada air terjun, ada sungai, ada hutan ya. Ada kawasan misteri dan macam-macam lagi yang ada di Sungai Lembing, tapi janda baik tak ada dekat Sungai Lembing. Orang baik ada, janda baik tak da. Ha... janda ada tapi tak ada nama janda baik. Sekarang dah tau er… [Ahli Dewan ketawa].

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini er… saya juga mintak er… pihak kerajaan terutamanya kalau sungai kita nak mengadakan er… projek-projek pembangunan ke apa ke, kalau di Sungai Lembing ni moleklah kita adakan juga satu jawatankuasalah, jawatankuasa yang bersepadu supaya jangan timbul masalah-masalah berbangkit. Ni bila kita lulus saja satu projek pembangunan, Orang Asli complaint. Orang Asli sekarang ni di samping bekalan air paip dia orang ada juga bekalan air bukit. Jadi dia orang komplenlah supaya bekalan air bukit dia jangan terganggu. Ha... di Sungai Lembing ada beberapa kawasan yang ada er… bekalan air bukit tu kita kekalkan bekalan air bukit tu, sebab itu tanda kita jaga er… alam sekitar dan kita pastikan air yang jernih yang bersih di samping air paip tu. Orang kampung yang tak mampu untuk er… air paip masih lagi boleh er… mendapatkan bekalan air bukit.

Ada beberapa kawasan jadi saya pun sebenarnya dah maklumkan kepada jabatan yang berkaitan dalam perkara-perkara yang tu. Jadi saya berharap kita pastikan kalau kita dah bersetuju bahawa kawasan ni tak diusik macam manapun jangan usik kawasan tu sebab kita sayang kepada generasi yang akan datang ni. Dia nak tengok macam mana hutan tu cantik tak cantik, comel tak comel hutan. Ha... kita kena pastikan jangan disentuh kawasan tu. Ha... itu yang saya maksudkan. Di samping itu, Tuan Yang di-Pertua, masalah jalan memang saya mintaklah jalan daripada Kuantan ke Sungai Lembing, ada beberapa jalan lagi ya. Fasa dua, fasa tu kita naik taraf, kita tinggikan supaya dalam keadaan-keadaan yang biasa er… masih boleh dilalui, walaupun kampung-kampung dilanda banjir.

Di samping itu juga, Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap pihak kerajaan dapat me… me… mengemukakan permohonan masjid baru ya Kampung Batu 6 di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja dah beberapa tahun yang lepas, tiga ke empat tahun yang lepas dah lulus dah tu, tapi sampai sekarang belum dapat lagi peruntukan. Jadi saya mohon er… pihak kerajaan mengajukan permohonanlah dengan Majlis Agama pun boleh, dengan kerajaan negeri dan pihak kerajaan pusat.

Selain daripada tu, saya juga mengucapkan terima kasih tadi pihak kerajaan telah meluluskan ert… projek 126 juta ya daripada er… lingkungan Cengkih sampai ke simpang LPT. Jadi saya berharaplah seterusnya daripada LPT tu Sungai Riau, Atong dan seterusnya ke Sungai Lembing, pun pihak kerajaan akan dapat meluluskan. Jadi saya berharap dalam hal ni suka ke tak suka, kita juga mesti mempunyai hubungan yang baik dengan Kerajaan Pakatan Harapan. Walaupun dia dah janji dekat 100 hari

banyak janji-janji dia yang tak tunai er… kita juga berharap supaya masalah-masalah rakyat ni apa cerita parti manapun kita kena selesaikan.

Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, saya er… pertamanya mengucapkan syabas dan tahniahlah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, mudah-mudahan kita berdoa kita akan beri kerjasama supaya dapat menjalankan tugas dengan baik dan saksama bagi kita menjaga rakyat negeri Pahang ini. Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Sri DiRaja er… mantan Menteri Besar Pahang, ADUN Pelangai di atas khidmat bakti, sumbangan dan jasa dan baik budi beliau selama ini kepada rakyat dan juga kepada negeri Pahang Darul Makmur. Jadi Tuan Yang di-Pertua, itulah saja ucapan saya, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sila Tras, Tras.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua untuk memberi saya peluang mengambil debat ini. Er… beberapa isu yang saya nak bangkitkan. Isu pertama adalah masalah gangguan air di Raub. Masalah gangguan air di daerah Raub bukanlah sesuatu yang baru namun itu terus berlarutan meskipun telah banyak kali dilaporkan dan didedahkan di media dan di Dewan Yang Mulia ini. Penduduk kawasan sekitar Raub terpaksa sentiasa berhadapan dengan ketiadaan air sehingga menyebabkan mereka terpaksa menggunakan air hujan akibat ketiadaan air.

Masalah itu berlaku akibat penutupan loji rawatan Sungai Bilut akibat kekeruhan air mentah yang tinggi daripada 1,000 NTU khususnya selepas hujan lebat setiap kali. Pada hujung bulan Mei pernah kekeruhan air pernah mencecah 7,000 NTU. Ini telah menunjukkan betapa serius masalah gangguan air ini. Saya mencadangkan supaya ada 2 pendekatan diwujudkan iaitu untuk jangka masa pendek dan panjang. Penyelesaian jangka masa pendek dapat dilakukan dengan menambah dan menyediakan lori tangki khususnya di kawasan kritikal supaya penduduk memperolehi bekalan air yang secukupnya.

Berdasarkan Pengurusan Air Pahang (PAIP), Daerah Raub hanya mempunyai 2 lori tangki. Manakala setiap kali penutupan loji rawatan Sungai Bilut akan menyebabkan gangguan air kepada lebih daripada 7,600 akaun. Oleh itu 2 lori tangki memang tidak mencukupi untuk menyelesaikan gangguan air penduduk Raub. Saya harap PAIP boleh tambah lori tangki atau pinjam lori tangki dari daerah lain semasa menghadapi penutupan loji air.

Bagi penyelesaian jangka panjang, saya harap sabo dam yang telah belanja kos RM5 juta yang hampir siap bina boleh beroperasi dengan secepat mungkin supaya dapat mengurangkan masalah kekeruhan air mentah Sungai Bilut. NTU tinggi juga disebabkan oleh pembalakan, penerokaan tanah tidak terkawal dan aktiviti haram di Ulu Sungai yang menyebabkan NTU cepat meningkat apabila hujan turun. Kempen kesedaran juga perlu dijalankan kepada petani-petani Ulu Sungai supaya mereka ikut SOP seperti tanaman mereka mesti ada satu jarak buffer zone dengan sungai. Aktiviti-aktiviti haram perlu diambil tindakan oleh PBT supaya punca air penduduk Raub boleh dilindungi dan bukan dikorbankan kerana kepentingan segelintir orang.

Isu kedua, yang saya nak bangkitkan adalah cadangan aduan whatsapp bagi PBT. Memandangkan smartphone merupakan alat keperluan harian kepada setiap orang pada zaman ini, saya rasa Kerajaan Pahang boleh mengambil kesempatan ini untuk menggunakan teknologi baru ini meningkat mutu perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan.

Oleh itu saya menyeru Kerajaan Pahang dapat melancarkan sistem aplikasi aduan pengguna dan whatsapp bagi memudahkan orang ramai menyalurkan pelbagai aduan. Sistem aduan whatsapp ini merupakan medium yang mudah dalam proses penyampaian dengan teks, foto dan juga lokasi. Saya percaya dengan pelancaran sistem aduan whatsapp bukan sahaja memudahkan orang awam untuk membuat aduan, ia juga akan memudahkan PBT kenal pasti isu-isu tempatan dengan berkesan.

Isu yang ketiga, saya nak sentuh adalah isu ECRL. Saya sokong Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang bertitah bahawa baginda menyambut baik keputusan Kerajaan Pusat untuk mengkaji semula kos pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur iaitu ECRL. East Coast Rail Link merupakan projek yang kos bernilai RM5.5 bilion dengan sepanjang 600 km berdasar perancangan asal.

Sekiranya perancangan asal dijalankan tanpa pengubahan, ia merupakan satu mega projek yang membawa kesan negatif kepada kedudukan kewangan negara dengan setiap km dikira bernilai hampir RM100 million secara purata. Oleh itu, langkah yang diambil oleh kerajaan pusat untuk kaji semula dan runding semula pada projek ECRL adalah bijak supaya projek ini dapat dijalankan dalam kos yang berpatutan.

Isu keempat, yang saya nak sentuhkan adalah, di sini saya nak sentuh sedikit ucapan Ahli dari kawan saya Tanjung Lumpur semalam berkenaan dengan cadangan untuk menetapkan…

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Minta laluan.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Ya.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Saya nak minta ADUN daripada Tras. Cuba semak balik perkataan yang disebut tadi. RM 55 bilion ke RM 5.5 bilion? Sebab apa, jangan jadikan masalah ini satu perkara yang mengelirukan pulak ya.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Minta maaf, RM55 bilion. Okay. Terima kasih. Isu yang tadi, yang saya nak sentuh adalah ucapan Ahli dari Tanjung Lumpur, semalam berkenaan dengan cadangan untuk menetapkan Jumaat ganti hari Ahad sebagai cuti mingguan supaya muslimin tidak tergesa-gesa menunaikan solat Jumaat kerana tidak lagi terkejar-kejar untuk menyambung kerja dan menjadikan Islam yang teras di negeri Pahang.

Saya tidak setuju dengan cadangan tersebut kerana alasan seperti berikut. Pahang terdiri daripada masyarakat majmuk. Pelbagai kaum mengamalkan pelbagai budaya, pelbagai agama masing-masing dengan aman. Kita saling hormat menghormati satu

sama lain sepanjang masa ini. Penukaran cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu akan memberi kesan kepada kepelbagaian negeri Pahang. Ini akan dinampak negeri Pahang letak Islam sebagai urusan priority daripada urusan lain.

Sebenarnya sektor awam dan swasta sekarang telah memberi ruang dan masa untuk muslimin menunai solat Jumaat. Kekalkan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad, tidak akan menjejaskan kedudukan Islam di negeri Pahang, manakala ia dapat menunjukkan Kerajaan Pahang menghargai masyarakat majmuk dengan sikap inclusive. Dari aspek ekonomi di Pahang, ekoran usaha kerajaan negeri, Pahang berjaya meningkatkan nilai pelaburan sebanyak 25% pada tahun 2016.

Sekiranya pertukaran cuti ambil tempat, pelbagai pertukaran urusan juga perlu dilaksanakan. Jangan lupa, kita Pahang masih bersaing dengan negeri lain untuk menarik pelaburan dari negara asing. Selain itu, sektor swasta perlu diambil kira juga…

Mohon pencerahan.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

…sebagai contoh…

Tras laluan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Saya dululah. Er… tak, saya tak faham tadi, cepat sangat Tras ni bercakap. You nak ubah cuti ke atau nak kekalkan cuti Sabtu Ahad ataupun you nak sembahyang Jumaat tu hari Sabtu? Saya tak paham. Cuba cakap betul-betul. Kalau Sabtu Ahad serupa biasalah. Tak ada masalahlah. Dan satu perkara lagi saya nak bantu sikit kawan saya, dia tersilap tadi. Kata kerajaan Pakatan Harapan ni bijak ya. Minta kaji balik ECRL. Kalau dulu kerajaan Barisan Nasional kata kos untuk bina ECRL RM50 bilion er… RM55 bilion tapi bila sampai Pakatan Harapan kata dah buat kajian, kos tu meningkat jadi 90. Agak-agak 80 dengan 55 tu mana satu mahal, mana satu murah? Bijak ke Pakatan Harapan?

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Okay. Dua, yang pertama saya adalah tegaskan kami nak kekalkan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad. Yang kedua Pakatan Harapan yang kaji semula yang kos bagi ECRL adalah RM55 bilion tapi selepas kaji semula sebenarnya kos itu kemungkinan besar akan tingkat ke RM70 bilion. Oleh itu nak kaji semula dan runding semula. Oleh itu saya rasa ini sangat tegas, sangat clear. Okay.

Tak clear, tak clear. Kalau dah keputusan asal RM55 bilion, tiba you buat kajian kos tu meningkat makna you orang tak cekap. Kerajaan Barisan Nasional dulu lebih cekap, dengan kos RM55 bilion you siap… siap eh! Nanti dulu…

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Dato’ Sri, minta mencelah.

Nanti dulu, saya belum habis cakap.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Okay.

RM55 bilion, kerajaan dulu buat costing RM55 bilion complete. You buat kajian nak complete nak siapkan tu RM70 bilion. Tambah lagi. Mana datang cekap.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Minta izin nak celah sikit. Kalau boleh jelaskan. Untuk menilai semula ertinya kita buka buku untuk semak. Adakah mungkin sebelum ini Dato’ Sri Speaker, kos sebenar adalah mencecah RM70 bilion tapi bila diumumkan kata RM55 bilion. Jadi kita bukak buku, kita semak maka kita dapati kos yang akhirnya mungkin mencecah RM70 bilion. Jadi siapa yang bijak, siapa tak bijak saya nampak kita sedia maklum bahawa kosnya sangat-sangat tinggi dan wajar dinilai semula. Adakah Kemayan tidak setuju ini dinilai semula?

Tidak setujulah. Pasal apa bila you buat revise balik, kos tu melambung. Kalau kerajaan dulu…

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Kemayan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Tras, sila teruskan.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Kemayan, okay, saya nak jelaskan. Selepas kaji semula…

Mohon laluan.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Kami baru tahu, kerajaan pusat baru-baru tahu ECRL sebenarnya kos bukan RM55 bilion tapi mencecah RM70 bilion oleh kerajaan Barisan Nasional. Oleh itu, kami nak kaji semula dan runding semula dengan pihak China. Ini sangat jelas…

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Ini… Dato’ Yang di-Pertua. Saya mohon mencelah sekali lagi.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Dato’, saya nak teruskan. Sorry,

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Saya yang mulakan tadi…

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Pulau Manis. Speaker…

Yang di-Pertua (Speaker)

YB Pulau Manis.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Saya, saya nak teruskan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau Tras tak bagi mencelah…

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Tapi masalah sekarang ini…

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Saya sudah jelas.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

… dia mengelirukan…

Yang di-Pertua (Speaker)

YB duduk YB.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Er... saya teruskan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya minta… saya mintak Tras teruskan.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Okay. Sekarang…

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ni orang tua mencelah. Minta izin. Sebenarnya, dalam pelaksanaan sesuatu projek, mula-mula kita buat costing (anggaran) keseluruhan. Katalah saya nak buat jalan raya 10 kilo, 10 juta iaitu costing tetapi dalam costing ni kadang-kadang kita tak masuk land equation, consultancy fees apa lagi. Pengarah JKR banyak contingency fees tak masuk ha… ha… ini masalah kita ni yang terlibat mula-mula tu yang saya tahu adalah mengenai kos projek sahaja tapi tak terlibat pengambilan balik tanah dan sebagainya. Apabila dicampur balik berbagai-bagai kos itu yang meningkat jadinya, itulah yang saya tahulah lebih kurang orang tua bercakap.Terima kasih.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Okay. Bagi projek ECRL saya nak jelaskan lagi sikit yang pada perancangan asal ECRL adalah er… anggaran kos RM30 billion tapi selepas er… perancangan lagi itu kos sampai ke RM55 billion dan er… ada be…berdasarkan report dari The Edge arr… itu kos untuk bina ECRL mungkin mencecah kepada RM70 billion. Oleh itu kerajaan baru… baru nak mengkaji semula dan runding semula dengan PR China kerana ini kos terlalu tinggi dan akan membawa kesan negatif kepada kedudukan kewangan negara.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua…

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Mohon laluan.

Kalau sayalah jadi kerajaan er… Pakatan Harapan saya suka kos tu tinggi. Bila kos tinggi saya akan kata hutang kerajaan sekian banyak… projek-projek mega diumumkan sekian banyak, dengan yang demikian kita tak dapat melaksanakan tol free, PTPN free, kalau saya jadi kerajaan Pakatan Harapanlah saya suka… saya suka benda ni berlaku jadi alasan… alasan untuk saya tidak dapat menunaikan manifesto. Itu aje. Terima kasih.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Yang masalah paling besar ECRL adalah kerana ini terlibat skandal 1MDB. Hal ini adalah berdasarkan er… report dari BH. Oleh itu er… kerajaan baru, baru nak kaji semula dan runding semula arr… bukan kami nak batalkan seluruh projek tapi kami nak rancang semula. Okay.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Beserah. Silakan.

Yang Berhormat, sikit lagi…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Bercakap tentang 1MDB ni saya… I don't want to commit myself because I don’t know head and tail. Okay. I don’t have the details. Kita tunggu hasil siasatan. Kita dapat tahu Perdana Menteri mengatakan belum ada lagi bukti untuk nak mendakwa bekas Perdana Menteri di mahkamah. Kalau kita gunakan akal fikiran yang kita ada, dia… 3 orang sahaja yang penting dalam 1MDB Jho Low, Nik Faisal and Suboh. Jadi, selagi mereka ni tidak dapat ditangkap dan diambil statement kita tidak boleh kata apa-apa lagi tapi Suboh telahpun di… ditangkap telahpun dapat buat statement dan Suboh sekarang ni di bawah witness protection punya… punya skim. Mana ke mana dia pergi pun ada orang ikut dia.

Saya tidak berani cakap takut kalau-kalau besok detail yang dia tu mendedahkan ada salah laku di pihak Perdana Menteri, bekas Perdana Menteri dan juga kerajaan tapi saya tidak berani juga mengatakan kita mentelah melakukan salah guna laku Perdana Menteri dulu silap sebab belum ada lagi keterangan dari Jho Low, Nik Faisal dan orang-orang lain. So I reserve my comment, I don't want to commit myself still open it can be other way. Satu… satu masa nanti akan terbukti sama ada bekas Perdana Menteri betul ataupun bekas Perdana Menteri tidak betul. Terpulang kepada proses penyiasatan dan juga mungkin pendakwaan yang akan datang. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Terima kasih er… Pelangai, yang bagi 1MDB saya rasa bagi pihak SPRM untuk siasat dan ta… tadi saya nak betulkan er… yang menurut laporan bukan The Edge adalah menurut laporan Sarawak Report. Okay dan selain itu… er… Beserah. Okay.

Yang di-Pertua,

Terima kasih Tras. Saya nak respond tentang apa yang er… di… dibentangkan oleh Tras sebentar tadi berkaitan dengan er… bantahan atau tidak bersetujunya beliau cadangan yang dibuat oleh sahabat saya daripada Yang Berhormat Tanjung Lumpur untuk mencadangkan supaya cuti hari Ahad diganti kepada hari Jumaat untuk

kemudahan orang Islam. Sebenarnya apa yang er… dinyatakan oleh Tras tadi beliau tidak bersetuju di atas dasar diversity kepelbagaian produktiviti dan juga er… satu ruang yang diberikan cukup untuk orang Islam sembahyang tu, saya rasa Tras perlu tengok balik bahawa ini bukan benda baharu er…

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Di Malaysia ini selain daripada Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah juga telah er… apa ni er… mengadakan cuti pada hari Jumaat. Bermakna kalau kita cerita pasal masalah kepelbagaian, masalah hak dan sebagainya keempat-empat negeri ni telah melaksanakannya dengan jayanya tidak timbul isu produktiviti, tidak timbul isu kepelbagaian yang tidak… tidak sensitif dengan kepelbagaian dan sebagainya cuma saya nak nyatakan di sini kita bercakap berdasarkan kepada data dan fakta.

Saya browse sekejap tadi, berdasarkan populasi penduduk Johor contohnya ni data 2010 mungkin tapi tak banyak, mempunyai penduduk berjumlah 3.07 juta. Daripada 3.07 juta itu yang ber… berbangsa Melayu Islam adalah seramai 1.7 juta, Cina 1.034 juta, India 217,000 bermakna hampir 50, 50 komposisi kaum dia. Mereka masih boleh menerima hari Jumaat sebagai cuti umum. Pahang… daripada data sini 2010, 1.4 juta penduduk, sekarang ni mungkin jadi 1.5 atau 1.6. Daripada 1.4 juta, penduduk Melayu Islam 1.052 juta, penduduk Cina 230,000 dan India 63,000. Maknanya kalau ikut komposisi kepelbagaian Johor lebih komplek berbandingkan dengan Pahang kerana kepelbagaian kaum mereka lebih rencam jika dibandingkan dengan Pahang.

Pahang majoriti 75% adalah orang Melayu Islam maka di sinilah kalau kita mengamalkan konsep demokrasi dan juga merit perkauman… merit perkauman. Saya bukan bercakap… cakap isu perkauman merit perkauman orang hak orang Melayu perlulah diberikan keistimewaan dan… dan juga keutamaan namun begitu kita ambil kira apa yang disampaikan, apa yang dibincangkan di sini kalau kita ambil contoh dan juga kita ambil dari pandangan dari sudut itu bermakna kita tidak mampu untuk nak menggabungkan semua sekali.

Yang Ke-2 untuk maklumat er… Yang Berhormat Tras, waktu solat ini berubah-ubah, waktu solat waktu zohor terutama waktu Jumaat ada masanya dia lewat, waktu bekerja tetap, waktu bekerja ni pukul 8 akan balik pukul 4.00, 8.30 balik 5.30. Sekiranya waktu Jumaat itu lewat, pekerja terpaksa tergesa-gesa untuk kembali bekerja kerana waktu bekerja telah ditetapkan, dia tak boleh ubah waktu bekerja yang berubah adalah waktu solat ini maka ini juga perlu kefahaman orang yang bukan Islam kena faham apa kekangan yang dialami oleh orang Islam. Pekerja-pekerja Islam di waktu hari Jumaat dan bila kita bercakap soal produktiviti, hari Jumaat adalah hari yang paling tak produktif itu kita kena terima.

Hari Jumaat kerana pada masa itu pukul 12.30 orang sedang sibuk untuk bersiap ke masjid, makan dan sebagainya bila waktu sembahyang lewat mereka tak sempat maka waktu mereka berkhidmat dan menyampaikan perkhidmatan adalah terlalu singkat jika dibandingkan dengan waktu-waktu lain, sebab itulah atas asas itu kita minta supaya beri er… pertimbangan kerajaan terutama sekali beri pertimbangan untuk jadikan hari Jumaat ini sebagai hari cuti umum. Kita ambil semangat Pantai Timurlah Kelantan, Terengganu dan Pahang kita jadikan dia satu jalur. This is Pantai Timur er… Kelantan, Terengganu, Pahang supaya kita er… mengamalkan satu rumpun dan juga kerukunan yang sama dan kita mudah untuk berurusan.

Kalau sudut berekonomi, orang Kuala Lumpur boleh datang sini hari Jumaat tak ada masalah kita cuti, dia cuti hari Ahad, kita bekerja hari… hari Ahad maka mereka dapat

berjalan dan urus niaga biasa seperti mana yang kita ada pada hari ini. Itu saya… saya harap saya perbetulkan sedikit dari segi hujah yang diberikan oleh sahabat daripada Tras tadi. Terima kasih.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Minta laluan… minta laluan

Yang Berhormat Tuan di-Pertua,

Minta izin Tras, minta izin sikit you are my son lets your father have a chance. Thank you. [Ahli Dewan ketawa]. Ayah dia anak murid saya [Ahli Dewan ketawa]

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya tertarik hatilah dengan apa yang disebut oleh ahli dari Tras dan juga ahli dari Beserah. Sepatutnya dia orang ni dua-dua berada dalam barisan Exco sepatutnya. Cerdik dia orang ni. Pertama beginilah, pertama sekali sembahyang ni bukan pada cuti. Kita tahu juga waktu kelepasan panjang hari cuti pun tiga, empat hari masjid kosong juga. Maknanya sembahyang bukan terletak pada waktu cuti sebagainya. Perkara kedua tadi mengenai waktu sembahyang berubah, ini betul.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman ahli dari Tras kadang-kadang dia cepat kadang-kadang dia lambat. Jadi, saya mencadangkan di sini… kalau jabatan kerajaan mudah, Setiausaha Kerajaan pun sebahagian daripada dewan. Kita adjust lah waktu pejabat tu. Bila waktu tu cepat, kita cepat sikit cutinya. Bila lambat, lambatlah. Ini tak ada masalah pada saya. Saya berpandangan walaupun seorang Islam, kalau boleh jangan cuti. Tak ada cuti pun, maknanya kita tak buang masa. Bekerja je, sebab kita ini manusia ini rugi sebab dek masa.

Saya tengok Perdana Menteri Tun Mahathir, dia rasakan, dia masa tak cukup kalau boleh 36 jam, 36 jam dia kerja. Dia nampak macam dengan izinlah ‘man in hurry’, semua nak cepat. Kalau dapat jumpa dia 5 minit pun bertuah. Patut tak payah cuti. Ini kalau nak cuti tak kiralah hari apa. Pada sayalah hari Jumaat ke, hari Ahad, kita dah selesa dah hari Ahad, hari Sabtu. Saya ingat tak ada sebab ditukar pada hari Jumaat, buat hari Jumaat itu cuti. Kita buatlah survey nanti. Hari Jumaat itu cuti, kita tengok masjid, penuh tidak mungkin lebih kurang pada ini. Biasa, sebab orang duduk rumah je, rehat. Terima kasih Yang di-Pertua.

Er… boleh saya mencelah?

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Halo, ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Tras teruskan. Panjang lagi tak?

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Saya bagi…

Yang di-Pertua (Speaker)

Bagi chance? Okay. Baik.

Okay, saya sebenarnya er… bersama dengan Yang Berhormat Tras juga. Bagi saya kalau tadi mengambil er… contoh negeri Johor yang baru sahaja er… mereka menggunakan cuti Sabtu, Jumaat dan Sabtu kalau dilihat pada hari ini ramai rakyatnya yang complaint kerana bagi mereka yang bekerja dengan swasta dan ibu yang bekerja dengan kerajaan ayah yang bekerja dengan swasta mereka tidak mendapat cuti yang sama dan ini memberi masalah kepada produktiviti keluarga dan juga kepada anak-anak yang bersekolah.

Mereka hanya dapat berjumpa satu hari bersama dengan pihak… dengan ibu bapa mereka dan juga kalau kita lihat kenduri-kendara kita sering adakan pada hari Sabtu dan Ahad apabila cuti pada Jumaat dan Sabtu kita hanya emm… mempunyai hari Sabtu sahaja untuk melakukan segala aktiviti-aktiviti yang ada untuk masyarakat. Dan saya kira er… bagi saya berpendapatan… berpendapat yang sama seperti er… Yang Berhormat Pelangai bahawa tidak kira apa hari pun kita bekerja atau bercuti kita sebagai…

Mestilah sama Yang Berhormat Yang di-Pertua, mesti sama Pak Long dia. [Ahli Dewan ketawa] Baik dengan pak sedara dia. Terima kasih.

Dan bagi saya er… tak kira apa hari kita bekerja atau bercuti bagi umat Islam menunaikan tanggungjawab adalah wajib dan er… saya berharap perkara ini difikirkan oleh pihak kerajaan negeri. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Tras?

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Kalau boleh saya tambah sedikit? Okay er…

Yang Berhormat Tuan di-Pertua…

Yang di-Pertua (Speaker)

Menteri Besar minta… Yang Berhormat, Yang Berhormat…

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Bagi saya habiskan dahulu.

Sekejap sahaja. Sedikit je.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Okay, MB.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kalau kita terus panjangkan isu cuti hari Jumaat ini, sebab ada pelbagai pendapat. Yang belah sana Pakatan Harapan dengan ini pun nampak tidak sehaluan dan pihak kerajaan ataupun pihak backbenchers pun ada pandangan tersendiri. Jadi hari ini, sebaik-baiknya kita dengar. Semalam PAS pun dah bercakap apa kebaikan dia cuti hari Jumaat, kaedah dia dan sebagainya. Hari ini pun pihak Pakatan Harapan bercakap, selepas itu kerajaan dengar dan kerajaan akan kaji dan buat keputusan. Kalau bagi semua orang bercakap lewat habis kita ni sebab benda ini very subjective. Ada… ada hujah masing-masing. Jadi elok er… saya syorkan Tras teruskan boleh kita bagi peluang Ahli Yang Berhormat lain bercakap pula. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, ya sila… sila Tras.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Terima kasih. Saya akan teruskan dan saya nak kata saya adalah kali pertama setuju dengan er… Pelangai apa yang beliau kata. [ketawa] Okay saya nak… saya nak habiskan yang er… bagi cuti pada hari Jumaat dan sebagai contoh urusan import eksport banyak melibatkan kedua-dua pihak swasta dan kerajaan misalnya Jabatan Kastam. Pertukaran cuti akan mengurangkan hari berurusan kedua-dua pihak dari 5 ke 4 hari sahaja. Pengurangan ini tentu akan memberi impak kepada efficiency kerja.

Dari aspek keluarga, penukaran cuti dari Ahad ke Jumaat akan mengurangkan aktiviti keluarga yang mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak kerana anak yang bersekolah cuti pada Jumaat tapi bapa yang kerja swasta cuti pada Ahad, hanya tinggal Sabtu sebagai hari cuti yang dapat bersama anak. Oleh demikian, saya tidak setuju cadangan Tanjung Lumpur yang menukar cuti minggu dari Ahad ke Jumaat.

Yang… isu yang akhir yang saya nak bangkitkan adalah Jawatankuasa Kira-Kira. Berdasar berita terbaru bahawa Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming telah mengesahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan diketuai oleh Ahli Parlimen pembangkang. Ahli pembangkang mengetuai PAC akan membolehkannya memainkan peranan lebih berkesan untuk semak, imbang kuasa eksekutif. PAC ialah jawatankuasa di dewan yang bertanggungjawab memantau perbelanjaan tahunan agensi, kerajaan dan badan berkanun lain serta mengeluarkan laporan berhubung hasil siasatan mereka. Oleh itu, saya menyeru Dewan Yang Mulia ini boleh

menjalankan pembaharuan yang sama iaitu melantik ahli pembangkang mengetuai PAC. Sekian, ini sahaja. Terima kasih Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila… ada? Damak er… Damak, Damak.

[Ayat Al-Quran] Assalamualaikum WBT [Bacaan dalam Bahasa Arab] Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua Speaker, Yang Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dan seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat serta para pegawai kerajaan yang dirahmati Allah sekalian. Di kesempatan ini saya ingin menjunjung kasih kepada Yang Teramat Mulia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja Pahang di atas titah baginda dalam perasmian DUN Pahang Yang Ke-14. Suatu titah yang begitu lengkap, menyeluruh dan merangkumi semua kepentingan rakyat jelata yang menggambarkan betapa prihatinnya baginda Tuanku terhadap rakyat di seluruh negeri Pahang. Semoga Allah SWT merahmati Tuanku dan memelihara institusi beraja sebagai tonggak kepimpinan di negeri Pahang Darul Makmur ini. Allah SWT berfirman [bacaan dalam Bahasa Arab]:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara dosa dan permusuhan”.

Merujuk kepada titah Tuanku, yang menekankan soal pembangunan infrastruktur bagi memberi kemudahan rakyat ya, sukacita saya ingin membangkitkan beberapa isu yang berkaitan dengan DUN Damak yang saya wakili. Pertama, seperti mana biasa dan saya rasa isu ini er… berlaku di seluruh ataupun majoriti DUN-DUN di negeri Pahang ini ialah isu yang berkaitan dengan bekalan air. Saya dimaklumkan oleh penduduk-penduduk di kawasan kampung di dalam DUN Damak bahawa isu air ini berlanjutan yang sudah sekian lama dan dibangkitkan berulang kali ya, malah kepada ADUN yang lepas pun isu ini sering dibangkitkan dan saya rasa telah dibawa kat dalam sidang Dewan Yang Mulia ini. Di DUN Damak ini antara kampung-kampung yang terjejas yang berkaitan dengan isu air ini ialah di Kampung Baru, Kampung Som, Kampung Damak, Kampung Belukar, Batu Balai, Ulu Cheka, Perlok dan kampung-kampung sekitar.

Keadaan ini seperti mana biasa semakin kritikal apabila berlakunya ataupun er… bila tibanya musim perayaan dan kami sebagai ADUN ini adalah menjadi tempat aduan ya dan dulu saya ini banyak ceramah di masjid je cerita hal fiqah, hal tauhid, aqidah sekarang ini isu air pun saya kena ambil berat juga. Isu paip bocor pun kena turun padang juga tapi alhamdulillah kami telah mengambil inisiatif dan berbincang bertemu dengan pihak pengurusan PAIP dan er… sebagaimana yang kita maklum bahawa isu ini adalah berkaitan dengan loji air di Kampung Batu Balai yang mana loji air ini perlu dinaik taraf, sekiranya tidak dinaik taraf maka ia persoalan atau permasalahan ini akan berterusan dan alhamdulillah ya, bagi menangani masalah ini buat sementara kami juga telah mencadangkan, saya mencadangkan kepada penduduk agar membuat kolah ya dan pada pihak PAIP agar menyediakan tangki-tangki air sementara. Namun penyelesaian ini adalah sementara dan ia akan berulang kali selepas ini. Jadi saya sekali lagi menyeru pihak kerajaan…

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Mohon mencelah. Terima kasih Damak bagi peluang kepada saya. Sebenarnya isu air ini dia berlaku masa air banjir pun dia berlaku, masa air kering macam sekarang pun dia berlaku. Apabila masa banjir air tidak boleh dipamkan kerana muka sauk yang tenggelam dan kemudian dipenuhi dengan lumpur maka berlakulah takungan lumpur tadi naik ke dalam tangki-tangki penapis. Masa air kering pun tak boleh juga kita mengepam kerana muka sauknya tergantung, jadi saya nak maklumkan dalam dewan ini di Pulau Manis, kita telah mendapat satu kelulusan projek yang bernilai RM 7 juta, yang merupakan satu projek, kita panggil canggihlah, kerana muka sauk yang boleh berubah, yang boleh bergerak mengikut musim, kalau air kering dia boleh pergi meg… diarah dan dialihkan ke tempat-tempat yang ada air. Kalau air terlalu besar atau banjir dia boleh dinaik dan ditingkatkan ke tempat yang tidak orang kata menyebabkan lumpur masuk, tetapi malangnya ha!… ini malang saya nak bagitahu, dalam keadaan projek yang telah diluluskan, menunggu masa dan ketikanya sahaja nak dilaksanakan, tiba-tiba Pakatan Harapan yang merintah pada hari ini boleh menyekat, boleh membatalkan projek tersebut.

Ha… inilah keadaan yang kita… kata, itu sebab saya sebut tadi kalau Tras sebut tadi saya rasa nak marah, sebabnya ialah perkara yang dilakukan pada hari ini langsung tidak memikirkan kepada apakah yang rakyat kehendaki, apakah yang rakyat sebenarnya dah perjuangkan yerk… yang orang ada… haa… ni kang melaratlah saya bercakap. Minta maaflah, tapi saya nak maklumkan begitulah lebih kurang kepada Damak, ya. Bahawa maknanya selain daripada kita yang telah berusaha ni tadi, Kerajaan Pakatan Harapan ni sebenarnya pada… memang betul-betul mengacau, satu keadaan yang sebenarnya dah menjadi satu hak kepada rakyat. Ini berlaku di Sri Makmur. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pulau Manis di atas tambahan dan penjelasan itu, dan Isu ini juga sama juga berlaku di kawasan DUN Damak kerana saya dimaklumkan bahawa projek ini telah di submit kepada Kerajaan Pusat, namun disebabkan berlaku perubahan kuasa ini, maka projek ini tergendala. Namun demikian, saya sangat mengharap kepada pihak Kerajaan Pahang agar berbincang dengan baiklah dengan Pakatan Harapan kerana apa yang penting ialah kita dapat menyelesaikan masalah rakyat kita.

Kemudian Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Perkara kedua ialah berkaitan dengan isu banjir kilat. Bandar Jerantut yang terletak dalam DUN Damak ini berhadapan dengan risiko banjir, terutamanya banjir kilat iaitu apabila berlakunya hujan mendadak dan jumlah hujan yang banyak. Jadi tragedi ataupun kes yang terbaru ialah berlaku pada 31 Mei 2018 yang lalu, beberapa buah taman perumahan telah dinaiki air banj… air, air… air akibat hujan yang lebat dan hujan tu dalam masa sejam hingga 2 jam sahaja.

Akibatnya beberapa buah taman perumahan seperti Taman Wira, Perumahan Awam Kos Rendah, Kampung Batu Satu, Taman Inderapura dan Sungai Jan yang dinaiki air dan kesannya mengakibatkan kerugian di kalangan penduduk yang malah ada di kalangan penduduk ini yang membuat perniagaan dan seumpamanya di rumah, maka telah menyebabkan kerugian besar dan… ini adalah berpunca daripada peningkatan

jumlah projek perumahan kawasan industri serta pembukaan kawasan pertanian yang menyebabkan air masuk ke dalam sungai dan terutamanya sungai yang… yang… yang ada di… di bandar Jerantut ini ialah Sungai Betong yang cetek dan sempit.

Untuk makluman, sungai ini adalah merupakan laluan utama yang melepaskan air daripada Bandar Jerantut ke Sungai Pahang. Keadaan sungai ini yang berdepan dengan hakisan turut membahayakan dan memberikan risiko tinggi kepada Sekolah Menengah Jerantut yang berada di tepi sungai ini.

Er… saya telah merujuk isu ini kepada Pihak Pengurusan JPS Daerah dan telah dimaklumkan bahawa ancaman banjir di Jerantut dan kawasan sekitarnya, insya-Allah akan boleh diatasi sekiranya Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang melibatkan Sungai Betong berhampiran dengan Sekolah Menengah Jerantut hingga ke Sungai Pahang dapat disempurnakan dan saya dimaklumkan fasa pertama dan kedua telah dilaksanakan cuma fasa ketiga masih terbantut. Oleh itu saya sangat berharap ya, pihak kerajaan supaya dapat memberikan perhatian kepada perkara ini agar risiko banjir yang… yang mungkin lebih besar akan berlaku dapat kita elakkan insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Yang ketiga, yang ingin saya utarakan dalam Dewan Mulia ini ialah, untuk makluman ya, semua Ahli-Ahli Yang Berhormat terdapat penduduk kampung di dalam kawasan DUN Damak ini yang mengusahakan tanaman sawah padi khususnya di Kampung Gintong, yang mana mereka ini melaksanakan sawah ni lebih kurang kawasan seluas 50 ekar keluasannya. Saya pada hari ini ingin menyuarakan sa… er… masalah ataupun permohonan daripada penduduklah yang mana mereka telah whatsapp, message kan kepada pada saya yang mana ya, penduduk memohon agar pihak kerajaan dapat menyediakan peruntukan bagi menaik taraf pagar di kawasan sawah ini bagi menjaga keselamatan tanaman mereka.

Penduduk juga memohon disediakan satu kren, sebab saya pergi ke kawasan Kampung Gintong ini, jadi er… tapak pengumpulan padi itu ada tapi krennya tak ada. Jadi menyebabkan urusan me… me… mengumpul hasil tanaman padi ini agak terbeban kepada penduduk kampung.

Jadi mereka meminta supaya disediakan satu kren dan di samping itu mereka mengadu kos yang tinggi kerana menyewa jentera dari luar untuk tujuan pembajakan. Justeru itu, para penduduk mencadangkan agar dinaikan subsidi padi yang kini hanya RM240 pertan. Juga mereka mengesyorkan agar diluaskan kawasan sawah padi merangkumi tanah terbiar yang dianggarkan seluas 20 ekar yang terletak berhampiran tapak sawah padi yang sedia ada.

Saya berharap perkara ini mendapat perhatian daripada pihak kerajaan negeri selari dengan hasrat Tuanku Pemangku Raja Pahang yang telah mentitahkan ya, supaya Pahang menjadi salah sebuah negeri penyumbang kepada sumber makanan utama negara kita.

Perkara yang keempat, yang saya ingin utarakan dalam Dewan Yang Mulia ini ialah, untuk makluman YDP dan seluruh Ahli Dewan terhadap… ialah sekarang berlaku satu isu wabak di dalam DUN Damak ini iaitu wabak HFMD iaitu Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut. Tempat yang paling teruk terjejas ialah di dalam kawasan Damak ini iaitu di Sekolah Kebangsaan Damak yang melibatkan pelajar-pelajar daripada pelajar pra sampai darjah enam dan saya dimaklumkan wabak ini mula dikesan pada 16 haribulan Julai 2018 dan hingga kini lebih kurang 53 pelajar telah disahkan dijangkiti wabak ini

dan Sekolah Kebangsaan Damak telah diarahkan tutup bermula daripada 23 Julai hingga jumaat ini.

Jadi saya ingin, dalam Dewan Mulia ini saya ingin mengucapkan terima kasih ya kepada pihak kerajaan yang telah memberikan perhatian serius terhadap isu ini dan saya dimaklumkan pihak Jabatan Kesihatan telah mengambil tindakan segera dan saya memohon ya kepada semua Ahli Dewan agar berdoa supaya wabak ini dapat ditangani dengan segera.

Perkara yang terakhir, saya rasa pada hari ini ialah sekali lagi saya ingin menyokong apa yang disebut oleh ADUN Tanjung Lumpur agar hari Jumaat ini dijadikan sebagai hari cuti ya mudah-mudahan niat dan hasrat kita untuk memelihara kebesaran syiar Agama Islam ini juga akan dapat membantu kita menyelesaikan masalah-masalah lain. Kerana bagi saya, saya yakin selagi mana kita menjaga hak agama, menjaga hak Allah SWT, insya-Allah, Allah Ta’ala akan bantu kita, mudah-mudahan insya-Allah. Dan akhirnya saya sekali lagi menyeru dan mengajak tuan-tuan supaya marilah kita sama-sama hayati Firman Allah SWT [Bacaan Ayat Al-Quran].

Akhirnya, saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Sri Speaker kerana memberikan laluan untuk saya berucap buat pertama kalinya dalam Dewan Yang Mulia ini, dalam dada ni masih bergetar lagi ni, tapi alhamdulillah tidak ada apa… ganguan er… daripada saya menunggu er… Dato Sharkar ya, saya bimbang mengganggu tapi alhamdulillah nampaknya dia tengah sibuk menyediakan jawapan untuk soalan-soalan kita. Jadi alhamdulillah dan saya juga ingin… ada juga [ketawa].

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Bukan saya tak nak ganggu, pasal saya tengok imej wakil daripada Damak ni taqwa orangnya [Ahli Dewan ketawa].

Terima kasih dan saya juga mengambilkan… mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah ya, kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang ya, dan seluruh barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang yang saya lihat mereka begitu prihatin dan proaktif dalam menyelesaikan masalah rakyat serta membangunkan negeri Pahang ini dan mudah-mudahan insya-Allah, kami di pihak pembangkang tidak ada masalah, perkara yang baik kami akan sokong, perkara yang memberi manfaat kepada negeri Pahang ini kami akan turut sama-sama ya turun padang untuk membantunya insya-Allah.

Semoga Allah Ta’ala limpahi rahmat kepada kita semua dan akhir sekali saya ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi-pengundi di DUN Damak kerana memberikan kepercayaan kepada saya dan juga kepada seluruh pegawai kerajaan di Daerah Jerantut yang sehingga setakat ini ya, sangat terbuka dan memberikan kerjasama yang baik kepada saya. Jazakamullahkhairan. Assalamualaikum WBT.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih YB. Saya jemput

Dato’ Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Semantan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Kuala Semantan. Sila.

Dato’ Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, orang baru, kecut juga perut ni. [Ayat Al-Quran] Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Barisan Ahli Exco, serta seluruh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai kerajaan, Ketua-ketua Jabatan. Alhamdulillah. Pertamanya saya memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT berkesempatan untuk menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Kalau dulu penggal yang lalu, Wakil Semantan ni duduk di barisan belakang. Nakal agaknya. Jadi cikgu suruh dia duduk di belakang. Agaknyalah. Alhamdulillah, pada kali ini, saya mewakili DUN Kuala Semantan.

Mohon pencelahan Dato’ Yang di-Pertua. Setahu saya lepas-lepas.

Dato’ Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Baru mula. Bagi saya bercakap dulu.

Mencelah sikit-sikit je.

Dato’ Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Okay… okay.

Awak kata awak baru, bagilah peluang orang lama. [Ahli Dewan Ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat.

Saya tahu yang lepas-lepas dulu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Kemayan, cuba gunakan bahasa yang beradab.

Ya… ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jangan gunakan bahasa awak.

Gurau… gurau.

Yang di-Pertua (Speaker)

Panggil bahasa Kuala Semantan.

Ha… minta maaf, minta maaf Semantan. Minta laluan Semantan. Tak, saya… saya nak mengulas dan tertarik tadi. Dia kata dulu kalau masa kat sekolah hak nakal-nakal duk belakang. Hak yang baik-baik duduk depan, tapi rasa saya terbalik. Hak selalunya nakal-nakal duduk depan. Pasal apa senang nak ngawas dia… kan. Terima kasih. Tu jer lah. Sorry, Semantan.

Dato’ Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Terima kasih Kemayan. Syukur alhamdulillah. Saya pada hari ini bagaikan bermimpi, berada di dalam dewan pada hari ini. Sebelum saya meneruskan ucapan saya, saya ingin menzahirkan beberapa ucapan tahniah.

Tahniah pertama saya untuk Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan Yang Berhormat Dato’ Sri Timbalan Speaker, kerana terus dilantik semula sebagai Speaker, insya-Allah saya cukup yakin dan percaya Yang Berhormat Dato’ Sri berdua akan dapat mengemudi perjalanan dewan ini dengan baik. Insya-Allah.

Ucapan tahniah kedua saya untuk Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, di atas amanah sebagai Menteri Besar Pahang. Tahniah ketiga saya kepada rakan-rakan Exco kerana telah dilantik sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang. Saya tidak lupa juga untuk mengucapkan merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Sri DiRaja, Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan Yaakob, mantan Menteri Besar Pahang atas jasa beliau mengemudi Kerajaan Negeri Pahang selama 11… 19 tahun, yang merasakan bahawa beliau merupakan seorang legenda, seorang sifu yang harus kita hormati. Insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya ingin mengingatkan diri saya dan seluruh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat untuk menginsafi bahawa duduk dan berbahas kita dalam Dewan Yang Mulia ini, adalah merupakan satu amanah yang dilihat oleh Allah SWT, mewakili suara rakyat di kawasan setelah diberi mandat di dalam pilihan raya yang lepas. Walau pun

perubahan berlaku di peringkat pusat tetapi saya percaya rakan-rakan Yang Berhormat akan duduk dan berdiri bersama demi amanah rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Saya melihat keseriusan Yang Berhormat Menteri Besar, memikul amanah sebagai Ketua Kerajaan apabila mengambil tindakan yang berani demi kepentingan rakyat. Membuat ketetapan kuasa meluluskan consent ataupun pindah milik tanah kepada Pegawai Daerah untuk memendekkan masa. Saya merasakan bahawa dengan ketetapan ini, kami Yang Berhormat-Yang Berhormat lebih mudah untuk mendepani masalah-masalah rakyat berkaitan pemilikan tanah dan pembangunan tanah di kawasan-kawasan kami.

Sebagai contohnya, kalau dulu permohonan untuk mendapatkan consent dia melibatkan tempoh masa yang agak panjang, mungkin satu tahun, mungkin dua tahun jadi insya-Allah dengan ketetapan baru ini saya yakin masalah-masalah ini tidak akan timbul lagi. Walau bagaimanapun isu berkaitan tunggakan permohonan tanah yang masih belum selesai sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat DUN sebelum ini perlu dipandang serius, untuk menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar menyelami denyut nadi rakyat. Mungkin data-data dari Pejabat Tanah di daerah-daerah dikumpulkan diambil tindakan segera selepas ini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk meningkatkan pemantauan daripada hasil bumi negeri, untuk mengelakkan ketirisan berlaku dan kehilangan… kehilangan pendapatan kepada kerajaan. Kerajaan perlu mencari mekanisme yang terbaik untuk menjadikan pendapatan dari hasil bumi ini dapat diperolehi secara maximum. Ini kerana hasil bumi yang diperolehi oleh negeri adalah merupakan antara sumber-sumber pendapatan terbesar untuk negeri Pahang.

Sebagai contoh, Allah SWT telah memberikan rezeki kepada negeri Pahang, dengan kita mempunyai kawasan hutan yang luas, yang mengeluarkan hasil balak, yang mengeluarkan bauxite, yang mengeluarkan emas, yang mengeluarkan tanah liat untuk dijadikan batu-bata, yang mengeluarkan batu bukit untuk dijadikan kuari, yang mengeluarkan sungai-sungai yang mengeluarkan pasir, yang saya merasakan bahawa seandainya kita menguruskan perkara-perkara ini dengan baik, dengan penuh tanggungjawab, dengan penuh integriti, saya merasakan ia boleh menjana pendapatan yang tinggi untuk kerajaan. Insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Negeri Pahang tidak ketandusan anak-anak muda yang berpendidikan serta berjaya di dalam bidang profesional dan juga bidang perniagaan. Untuk lebih menyegarkan anak-anak syarikat kerajaan negeri sesuai dengan persaingan masa kini, saya mencadangkan agar golongan ini dilantik ke dalam anak syarikat kerajaan berdasarkan kriteria dan pemilihan tertentu. Kerajaan boleh mewujudkan gather anak Pahang contohnya. Satu mekanisme pemilihan untuk anak-anak Pahang yang berjaya dan berkebolehan, yang mempunyai talent di dalam dan di luar Pahang, menabur jasa memajukan Pahang. Seterusnya menjana pendapatan negeri menerusi anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Yang Berhormat Dato’ Sri,

Gather anak Pahang ini, kita lakukan sepertimana program tv “Dai”, contohnya. Kita iklankan kepada seluruh anak-anak Pahang yang berada dalam negeri dan juga yang berada di luar negeri yang kita kumpul, yang kita pilih, yang kita nilai dengan er… yang kita nilai dengan baik dan akhirnya kita pilih yang terbaik di kalangan yang baik untuk kita lantik menduduki, mengetuai syarikat-syarikat Kerajaan Negeri Pahang, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya pada hari ini untuk bersama membahaskan Usul Titah Diraja dan saya er… menyokong Usul ini. Sekian, Waabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Panching.

Assalamualaikum WBT [Ayat Al-Quran]. Yang dimuliakan Yang di-Pertua Dewan, yang saya muliakan juga Yang Berhormat er… Dato’ Sri Wan Rosdy seterusnya Ahli-ahli Dewan sekalian. Terutamanya marilah kita sama-sama merafakkan syukur di atas kurniaan Allah SWT dan nikmat Allah SWT kurniakan kepada kita. Dan saya mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk sama-sama memberikan Ucapan Menjunjung Kasih… Ucapan er… Perasmian Dewan Undangan Negeri Pahang Darul Makmur Kali Yang Keempat Belas.

Insya-Allah pada tengahari ini saya akan menyentuh berkenaan dengan beberapa peringatan-peringatan penting yang disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang. Antaranya ialah berkenaan dengan memperkasakan pendidikan agama yang disebut sebagai pendidikan agama juga adalah… adalah juga tidak kurang pentingnya dan saya melihat di Pahang, alhamdulillah, Kerajaan Negeri Pahang telahpun memberikan er… perhatian dan kepada institusi Islam terutamanya institusi agama. Dan Alhamdulillah kita melihat bagaimana munculnya sekolah-sekolah agama yang cemerlang, yang hebat di negeri Pahang. Antaranya sekolah-sekolah agama negeri dan tidak ketinggalan juga er… sekolah ataupun Mahaad Tahfiz Negeri Pahang yang menjadi kebanggaan kita semua.

Oleh yang demikian beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian yang ingin saya kongsikan kepada tengahari ini, yang pertamanya ialah walaupun kita telah berjaya mewujudkan institusi Islam iaitu sekolah-sekolah agama, Mahaad Tahfiz Negeri Pahang tetapi di sana juga kita perlu memperkasakan pengurusan-pengurusan sekolah agama di negeri Pahang. Seandainya kita melihat statistik er… guru… guru di negeri… guru-guru sekolah agama SMAN di negeri Pahang. Maka kita akan lihat di sana ada pembahagian kategori guru-guru. Antaranya ialah guru JAIP, guru ASPA, guru MUIP, guru KPM dan juga guru UAE yang memiliki er… pen… yang memiliki tawaran gaji yang berbeza bagi setiap kategori tersebut.

Kalau saya boleh kongsikan di sini jumlah bilangan guru-guru JAIP, guru-guru SMAN mengikut kategori. JAIP iaitu sebanyak 458 orang, ASPA seramai 183 orang, MUIP seramai 25 orang, KPM seramai 120 orang, UAE seramai 12 orang. Dan guru-guru ASPA dan MUIP ini merupakan guru yang boleh kita katakan seperti guru kontrak yang

ditawarkan gaji pada kadar RM1,500 dan kalau tidak salah saya maksimumnya sebanyak RM1,800. Sedangkan bilangan guru ASPA dan guru MUIP ini er... dia juga tidak dikira sebagai guru tetap dan bilangan mereka ramai.

Kalau kita tambah jumlah guru ASPA dan guru MUIP maka jumlahnya melebihi 200 orang. Satu jumlah yang agak besar dan mereka merupakan aset untuk pembangunan sekolah-sekolah SMAN, sekolah-sekolah agama negeri yang mesti juga diberikan peluang yang baik untuk masa depan insitusi sekolah-sekolah agama di negeri Pahang.

Saranan saya ialah supaya guru-guru ASPA, guru-guru MUIP dapat diserapkan ke jawatan tetap tidak hanya dibayarkan elaun sebagaimana yang ada pada hari ini dan mereka ini adalah merupakan guru-guru yang memiliki kelebihan bukan sahaja memiliki ijazah dalam bidang pendidikan tetapi juga mereka memiliki kelayakan ikthisas yang melayakkan mereka sebenarnya untuk diserapkan ke jawatan tetap.

Maklumat yang saya dapati daripada Bahagian Pendidikan JAIP, seandainya mengikut ratio atau proportion er… kadar bilangan pelajar dengan guru, maka sekolah-sekolah menengah agama negeri Pahang masih lagi kekurangan 54 hingga 74 bilangan er… guru yang mesti diserapkan untuk dikemaskinikan lagi perjalanan sekolah-sekolah agama di negeri Pahang. Kekurangan guru menyebabkan kurangnya tawaran yang dapat kita tawarkan kepada masyarakat sedangkan permintaan pada hari ini kepada sekolah-sekolah agama di negeri Pahang begitu tinggi.

Tuan Yang Di-Pertua,

Seandainya kita melihat pada hari ini masyarakat Islam di negeri Pahang begitu teruja dan begitu berminat untuk menghantarkan anak-anak mereka ke sekolah-sekolah agama di negeri Pahang. Ini mungkin kerana keca… kejayaan dan kecemerlangan kerajaan atau bahagian pendidikan sekolah-sekolah agama negeri dalam menawarkan pendidikan yang terbaik dan menjadikan Pendikan Islam sebagai teras benteng untuk anak-anak mereka menerajui kehidupan pada masa kini.

Cumanya permintaan yang tinggi pada hari ini melebihi penawaran. Yang kalau boleh saya bagi contoh Sekolah Agama Al-Ihsan yang sentiasa menerima permintaan tinggi. Setiap kali temuduga yang memohon melebihi 1,000 orang dan yang ingin diambil tidak melebihi 200 orang.

Begitu juga dengan Maahad Tahfiz Negeri Pahang, yang membanggakan kita dan kejayaannya dalam akademik dalam keadaan pelajar-pelajar juga dapat menghafaz Quran dengan baik, juga menerima permintaan yang tinggi tetapi tawaran yang diberikan hanyalah sedikit sahaja.

Seandai kita melihat populasi penduduk di daerah Kuantan, maka kita melihat penduduk di daerah Kuantan ini melebihi 500,000 orang dan hanya 1 sekolah sahaja sekolah agama yang ditawarkan dalam keadaan jumlah penduduk terutamanya masyarakat Melayu yang tinggi.

Oleh demikian, saya cadangkan untuk diwujudkan sekolah agama negeri tambahan terutamanya bagi kawasan bandar di daerah Kuantan dan seandainya kerajaan negeri mempunyai masalah kewangan maka bolehlah kita mewujudkan sekolah yang hanya diberikan geran. Contohnya, 50% geran daripada kerajaan dan 50% lagi adalah merupakan pengurusan atau dana yang dikutip daripada pengurusan sekolah.

Seandai kita melihat kejayaan sebahagian daripada sekolah-sekolah swasta di negeri Pahang, walaupun mereka menawarkan yuran yang agak tinggi tetapi masyarakat masih lagi mampu untuk menghantarnya dan perkara ini bolehlah diambil peluang. Dan saya pasti bagi Kerajaan Negeri pasti lebih baik dan lebih kemas penyediaannya ya, ke pembinaan sekolah agama berbanding dengan sekolah-sekolah agama swasta.

Tuan Yang Di-Pertua,

Sesungguhnya kewujudan sekolah-sekolah agama negeri pada hari ini adalah menjadi benteng akidah anak-anak kita. Dalam keadaan berkembangnya fahaman liberal dengan keadaan berkembangnya fahaman-fahaman yang memesongkan masyarakat daripada agama kita, maka kita perlu memberikan perhatian yang serius terhadap pembinaan pembangunan, kemudahan, Sekolah-sekolah Agama di negeri Pahang. Contoh yang boleh saya ambil disini ialah pembinaan surau di Sekolah Agama Al-Ehsan, ya dalam dewan ini, kalau tidak silap saya ada dua orang er… YB. ex Ehsan, er… ni saya dan juga YB. Inderapura, takde dah. KPP Pejabat Agama pun, juga dari… Dato’ Badlishah juga ex Ehsan.

Pernah menjadi antara sekolah yang terbaik er… tetapi kita melihat dalam isu pembinaan surau di sekolah Islam, di Sekolah Ehsan er… terpaksa ditangguhkan pembinaannya kerana kurangnya atau memiliki masalah kewangan tergendala dan terpaksa diuruskan dulu kutipan dana dan derma er… semata-mata untuk mewujudkan surau yang mana Sekolah Menengah Agama ini juga merupakan imej bagi Kerajaan Negeri Pahang.

Juga di sana terdapat sekolah yang terpaksa mengutip derma untuk pembelian bas dan sebagainya. Ada sekolah yang tidak memiliki kuarters guru dan sebagainya. Saya kira perkara ini perlu diberikan perhatian kerana masyarakat begitu ingin untuk memiliki anak-anak mereka yang memiliki latar belakang pendidikan agama, memiliki sahsiah, er… akhlak yang baik serta hebat dalam akademiknya dan perkara ini telah dapat kita buktikan sekolah-sekolah agama negeri kita, telah berjaya melahirkan bukan sahaja ustaz-ustaz yang hebat tetapi juga profesional-profesional yang hebat.

Mohon mencelah. Sampai situ. Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Panching. Saya tengok dalam apa ni… dunia pengurusan moden, semua perkara semua program kita boleh ukur, dengan izin measurable. Jadi saya menyarankan kepada agensi-agensi agama yang terlibat dalam negeri ini, kalau boleh adakan er… impact evaluation dengan izin ya, supaya maklumat-maklumat ini akan menjadi asas kita membuat keputusan berapa banyak lagi nak bina, institusi Islam ke… ya, dan er… data-data inilah sangat penting macam kita nak beli beras kat dapur rumah kita ya, sebelum kita beli tu kita tengok dulu banyak mana ada kat dapur ya.

Jadi sama juga bila berbica... membicarakan tentang jumlah sekolah, jumlah pelajar, jumlah kursus, sebagainya kita kena ada tengok juga keberkesanan, hari-hari kursus kalau tak gi sembahyang tak ada makna jugalah. Jadi kita kena… kena carilah satu kaedah er… untuk… kalau perlu ada Unit Tarbiah, saya tak tahu di Jabatan Agama ada Unit Tarbiah dak… guna. Jangan ingat PAS jer ada tarbiah ya. Sepatutnya Jabatan Agama pun ada, Unit Tarbiah, perkasakan unit-unit begini. Okay. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua,

Di Pahang juga terdapat wu… wujudnya sekolah-sekolah swasta er… terutamanya di daerah Kuantan dan sekolah-sekolah rendah swasta yang diwujudkan dan saya kira sekolah-sekolah rendah swasta ini… agama swasta ini diwujudkan bukan semata-mata kerana keuntungan tetapi kerana keperluan dan juga kewajipan dalam menyediakan pedidikan agama pada peringkat rendah. Oleh yang demikian, saya memohon kepada kerajaan negeri untuk juga memberikan perhatian dan juga keprihatinan kepada sekolah-sekolah swasta yang sebahagian daripada mereka ini bergantung kepada yuran semata-mata.

Oleh yang demikian, perlulah juga untuk kita melihat sejauh manakah kemampuan kita dalam mewujudkan hubungan walaupun mereka sekolah swasta, tetapi mereka berada dalam negara , dalam negeri kita, mestilah juga adanya hubungan jalinan yang erat untuk mewu… untuk menunjukkan kebersamaan, keprihatinan kerajaan negeri dengan sekolah-sekolah agama swasta terutamanya di daerah Kuantan ini.

Di daerah Kuantan dan negeri Pahang, saya, saya… rasa sekolah-sekolah rendah Islam hanya diwujudkan oleh er… hanya yang ada, hanya sekolah-sekolah swasta sahaja dan mereka terpaksa mengenakan charge atau yuran yang agak tinggi RM250, RM280 dan tidak semua mampu, tidak semua masyarakat mampu untuk menghantarkannya er… dan andai kata kerajaan negeri juga memiliki perancangan untuk mewujudkan sekolah rendah Islam, saya yakin dan pasti… pasti ia dapat memberi peluang kepada lebih masyarakat untuk memiliki, mempunyai peluang pendidikan peringkat rendah yang terbaik.

Oleh yang demikian, saya juga mencadangkan supaya pihak kerajaan mencadangkan kepada pihak sekolah-sekolah swasta ini diwujudkan persatuan untuk mudah bagi menyalurkan bantuan dan sebagainya, ataupun dapat diwujudkan juga program-program, skim-skim bantuan contohnya mengadakan kursus-kursus sebagainya, pembangunan kemahiran skill kepada pengusaha-pengusaha sekolah tersebut.

Yang di-Per… Tuan Yang di-Pertua,

Dalam memperkasakan institusi Islam di negeri Pahang, sebagaimana yang dititahkan oleh Yang Mulia Tuanku saya melihat antara perkara penting juga ialah memperkasakan institusi pentadbiran agama kerana dengan menyediakan institusi, fasiliti pejabat yang baik, dia dapat juga menyediakan perkhidmatan yang baik. Antara yang boleh saya sebutkan di sini ialah Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan yang masih lagi berada di bangunan Pejabat Tanah Daerah Kuantan yang miliki ruang yang sempit sedangkan pelanggan-pelanggan semakin ramai, juga miliki ruang parking yang agak kurang dan menyebabkan sukar dan susah er… sebahagian daripada masyarakat untuk mendapatkan khidmat mereka.

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi memastikan kemantapan… bagi memastikan kemantapan dalam pembinaan institusi Islam, saya mencadangkan juga supaya diwujudkan Pusat Latihan Dakwah di negeri Pahang. Kita melihat sebahagian daripada negeri-negeri, negeri Pahang telah lebih awal mewujudkan Pusat Latihan Dakwah untuk memastikan proses dakwah sampai kepada masyarakat dan dengan ini dapat membina masyarakat yang lebih baik agama mereka serta dapat memberi kefahaman agama kepada mereka.

Di Negeri Sembilan contohnya telah wujudkan… telah diwujudkan Pusat Latihan Dakwah di Paroi dan begitulah juga di tempat-tempat lain dan saya kira kita juga perlu mengambil peluang ini antaranya adalah untuk menyemarakkan lagi Program Dakwah Islamiah di negeri Pahang.

Tuan Yang di-Pertua,

Pada kesempatan yang ada ini juga, saya ingin mencadangkan supaya Pejabat ataupun Jabatan Agama Islam Negeri Pahang atau Majlis Agama Islam Negeri Pahang untuk memberi ruang kepada jabatan-jabatan, agensi-agensi kerajaan bila mana tibanya hari-hari er… bagi mereka contohnya Hari Polis, Hari Bomba, Hari Tentera dan sebagainya, memberi peluang kepada mereka untuk berada di mimbar-mimbar khutbah, membina kesedaran dalam masyarakat untuk menyintai institusi-institusi yang merupakan penguatkuasa dalam kerajaan. Hari ni kita melihat bila mana Hari Polis contohnya, maka yang berkhutbah di mimbar itu hanyalah Ustaz-ustaz, hanyalah imam-imam seandainya yang berkhutbah di mimbar itu ialah daripada kalangan pegawai-pegawai polis dengan pakaian seragam mereka, dengan pangkat mereka, pasti lebih menarik minat jemaah untuk mendengarkannya serta lebih terkesan untuk memberi kefahaman dan kecintaan mereka serta kebersamaan mereka dengan agensi tersebut. Dalam kesempatan yang ada juga, suka untuk saya berkongsi isu-isu di dalam er… DUN saya.

Tuan Yang di-Pertua,

Di antara perkara yang diperintahkan oleh Islam untuk mendatangkan keberkatan dalam pemerintahan ialah dengan mengutamakan golongan-golongan yang fakir dan miskin, golongan dhuafa dan antara perkara yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri ialah mewujudkan perumahan-perumahan Kos Rendah yang pastinya menyediakan kemudahan yang pastinya memberikan peluang dan juga er… kemudahan yang memang dinanti-nantikan terutamanya bagi golongan yang memerlukan.

Cuma di sana ada beberapa kelemahan yang mesti dibaiki. Antaranya Perumahan Kos Rendah Sungai Pandan atau Perumahan Kos Rendah Bukit Rangin di kawasan saya er… memiliki yang dibina dalam keadaan yang sebahagian pembinaannya agak mendukacitakan. Keadaan longkang yang tidak mengikuti spesifikasi, bila mana hujan berterusan 2 hingga 3 jam, maka akan berlakulah sekatan air kerana keadaan longkang yang tidak betul dan menyebabkan air masuk ke dalam rumah-rumah penghuni penduduk taman tersebut. Begitu juga keadaan lantai yang dibina tidak rata, keadaan bumbung yang dibina dalam keadaan yang tidak baik.

Perkara ini, saya harap dapat diberikan perhatian oleh pihak kerajaan kerana golongan yang susah dan diuji oleh Allah ini, sepatutnya kita menyediakan kemudahan yang terbaik bagi mereka kerana mereka telahpun dicuba dan diuji oleh Allah dengan kepayahan, sepatutnya kita sediakan kemudahan terutamanya perumahan ini dalam keadaan yang baik dan selesa kepada mereka.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga suka untuk menarik perhatian dewan, ada satu kes di dalam DUN saya iaitu satu taman yang telahpun berpenghuni tetapi belum lagi mendapat kelulusan untuk menduduki yang mana perumahan ini telah dibina di atas tanah Koperasi Perumahan Anggota Tentera dan kita melihat yang me… memilikinya atau mendapat tawaran juga adalah bekas ataupun masih lagi menganggotai anggota tentera dan sebagainya. Jadi

keadaan ini menyebabkan tiada jaminan bagi mereka untuk memiliki satu perumahan yang jelas selamat kerana belum memiliki er… kelulusan menjun… menduduki yang dikeluarkan oleh… oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga pada hari ini membawa er… aduan daripada masyarakat di dalam DUN saya sebagaimana juga YB-YB yang lain berkenaan dengan isu air terutamanya di Taman Tas ya, yang memang saya sedar merupakan di antara taman yang padat yang bukan mudah untuk dilakukan perubahan tetapi keadaan ini berterusan dan kita mengharapkan ada penyelesaian daripada pihak kerajaan. Oleh yang demikian, saya dengan ini menyokong Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Kita bercadang untuk menyambung persidangan kita di sebelah petang dan saya berharap beberapa orang Ahli Yang Berhormat lagi akan mengambil bahagian.

Sebelum saya menempohkan persidangan pada sebelah pagi ini, sukacita saya nak mengingatkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat ya, Peraturan Mesyuarat 41(e), masa seseorang Ahli itu bercakap, semua Ahli-ahli lain hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan cara kurang adab.

Yang Berhormat sekalian, saya bercadang menempohkan persidangan kita dan persidangan kita akan disambung semula pada jam 2.45 petang.

[Persidangan ditempohkan jam 1.01 tengah hari]

[Persidangan disambung semula]

Sambungan perbahasan Usul menjunjung kasih di atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mullia Pemangku Raja PahangMotion

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Sambungan perbahasan Usul menjunjung kasih di atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mullia Pemangku Raja Pahang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamualaikum WBT dan selamat petang. Persidangan kita disambung semula. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kita masih lagi di atas perkara Usul yang berbunyi:-

“Bahawa Dewan Negeri Pahang Yang Bersidang Pada Hari Ini, Bersetuju Menjunjung Kasih Atas Limpah Berkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Berangkat Menyempurnakan Titah Diraja kepada Dewan Negeri pada hari Isnin 23 Julai 2018 yang lalu.”

Maka pada petang ini saya akan memberi peluang lagi kepada beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian di atas perbahasan Usul tersebut. Ya, saya jemput wakil dari Triang.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mullia Pemangku Raja Pahang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Di Semenanjung Malaysia, negeri Pahang berada dalam keadaan yang istimewa. Di DUN Pahang terdapat tiga (3) kuasa yang lebih seimbang dan mempunyai kekuatan masing-masing. Barisan Nasional memerintah negeri, Pakatan Harapan memerintah Persekutuan. Di Zon Pantai Timur, PAS merupakan kuasa politik yang terbesar. Saya percaya seluruh Malaysia akan memerhatikan negeri Pahang bagaimanakah tiga (3) kuasa ini bekerjasama untuk berkhidmat kepada rakyat, sudah tentu kita bertiga akan bersaing untuk menawan Wisma Sri Pahang pada PRU akan datang, cumanya saya berharap dalam tempoh lima (5) tahun ini kita saling menghormati dalam Sidang Dewan. Kita boleh berdebat atas dasar dan polisi kerajaan bukannya serangan peribadi, bukannya membangkitkan isu-isu yang melibatkan sensitiviti agama atau perkauman. Ini juga selaras dengan Titah Diraja supaya keharmonian negeri tidak dijejaskan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kita boleh bekerjasama untuk mema… memaparkan politik matang dan terbuka. Sebagai contoh melaksanakan perbaharuan dewan dengan mengiktiraf kedudukan Ketua Pembangkang. Saya tidak nafi bahawa Ketua Pembangkang tidak termaktub dalam Undang-Undang Negeri Pahang dan saya merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kerana tidak tutup peluang ini sebegitu sahaja dalam perjumpaan yang lalu. Undang-

undang bukan kekal, wujud kekal, bersifat kekal tanpa boleh dipinda untuk mencapai kemajuan, pastinya wujud had di mana keperluan tambahan diperlukan. Maka saya berharap kerajaan boleh mengambil inisiatif untuk mengkaji bagaimanakah kita boleh merealisasikan pengiktirafan Ketua Pembangkang di negeri Pahang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Dalam lima (5) tahun yang lepas, banyak isu berhubung dengan Kawasan Triang telah dibawa. Ada sebahagian telah diselesaikan, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan sebelum ini tetapi ada juga banyak isu yang masih lagi kekal dan pada hari ini saya ingin membangkitkan beberapa isu yang lebih kritikal untuk pemerhatian dan tindakan kerajaan. Pertama masalah bekalan air.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Loji Rawatan Air Triang merupakan loji utama di Daerah Bera yang menanggung sejumlah 18 ribu akaun premis pengguna iaitu lebih daripada 70% akaun pengguna di daerah Bera bergantung kepada Loji Air Triang untuk memperolehi bekalan… bekalan air dengan pembangunan pesat di daerah Bera, khasnya bandar Triang dan bandar Bera. Loji Triang tidak lagi mampu untuk membe… membekalkan air mengikut keperluan semasa. Permintaan yang semakin meningkat melebihi kapasiti pengeluaran air bersih dari loji. Dalam keadaan ini gangguan bekalan air sering berlaku di bandar Triang dan bandar Bera, penduduk kian lama runsing dengan tekanan air rendah, sebagai contoh Taman Melur Impian Triang, Pusat Niaga Bandar Triang, Taman Meranti Indah Kerayong dan sebagainya.

Cuba bayangkan suri rumahtangga perlu bangun pada pukul 3.00 pagi untuk simpan air, kerja-kerja rumah seperti cuci baju dan memasak menjadi amat sukar dengan masalah tekanan air rendah, tambahan di FELDA Bukit Mendi dan FELDA Bukit Puchong. Masa hari raya air putus. Suasana untuk menyambut raya terjejas dengan masalah air, kerajaan perlu ambil langkah sepanjang masa untuk menyelesaikan masalah air di Triang. Semenjak loji Triang beroperasi, belum lagi ada kerja naik taraf dilaksanakan. Maka saya berharap peruntukan untuk menaik taraf loji Triang boleh diluluskan seawal mungkin.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kecurian buah kelapa sawit telah lama dijadikan isu jenayah di daerah Bera khasnya berlaku di bandar 34. Walaupun report polis telah dibuat berulang kali, walaupun polis telah bertindak, namun begitu kecurian masih berlaku sehingga sebahagian pekebun kecil telah bosan untuk membuat laporan polis.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya percaya kecurian ini berpunca daripada penyalahgunaan dadah, penagih yang terlibat perlukan wang mereka mencuri, yang paling mudah mereka mencuri buah kelapa sawit kerana pekebun kecil bukannya akan berada di kebun 24 jam sehari.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Selagi masalah dadah tidak diselesaikan atau dikurangkan, saya percaya kes kecurian akan berterusan. Oleh itu, tindakan membanteras dadah seharusnya dijadikan agenda utama untuk pihak polis. Punca kedua yang menyebabkan kecurian buah kelapa sawit yang berterusan di bandar 34 adalah sebab tanah haram. Ada orang tertentu yang

berniat jahat. Mereka cemburu orang lain yang rajin mengusahakan tanah haram. Mereka anggap tanaman haram ini bukannya milik pekebun kecil yang mengusahakannya, mereka curi buah sawit hanya seolah-olah berkongsi hasil haram.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kami kena faham bahawa tanah haram ini bukan bermula sekarang, ianya telah bermula berpuluh-puluh tahun dahulu, daripada nenek moyang sehingga generasi muda, mereka cuma sambung usaha untuk mencari rezeki. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya mohon jasa kerajaan negeri supaya tanah haram di bandar 34 dapat diluluskan hak milik. Sekiranya mereka dapat status hak tanah yang sah, saya percaya orang lain tidak akan mencari kesempatan untuk curi hasil buah kelapa sawit.

Saya tidak menafikan memang ada tanah hak milik persendirian yang berhampiran dengan bandar 34, juga dicuri tetapi kebanyakannya melibatkan tanah haram di bandar 34. Sekiranya kerajaan rasa sukar untuk memberikan kelulusan hak milik, saya bercadang sekurang-kurangnya kerajaan boleh meluluskan pajakan tanah selama 30 tahun untuk tujuan pertanian kepada pekebun-pekebun kecil ini. Dengan ini kerajaan negeri dapat hasil dan pekebun kecil juga dapat terus mengusahakan tanah daripada jaminan daripada kerajaan negeri.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Banjir kilat yang sering melanda menjadi mimpi ngeri kepada penduduk di bandar Bera dan bandar Triang. Sebelum pelun… pelan induk saliran mesra alam diluluskan peruntukan, apa yang boleh dilakukan oleh Majlis Daerah Bera adalah di mana ada aduan mereka buat baik pulih longkang dulu. Saya difahamkan bahawa peruntukan negeri kepada Majlis Daerah Bera telah berkurang separuh pada tahun ini. Dengan kekangan kewangan ini projek-projek naik taraf di Bera akan terjejas. Demi mengurangkan kesukaran rakyat, saya berharap kerajaan negeri menambahkan peruntukan kepada Majlis Daerah Bera pada tahun ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua…

Saya tertarik dengan Titah DiRaja tentang perkhidmatan ambulan di seluruh negeri telah ditingkatkan melalui penyediaan sebanyak 19 buah ambulan baru. Saya tidak pasti bagaimanakah agihan 19 buah ambulan ini tetapi memandangkan penduduk Triang padat ramai dan memandangkan Hospital Bera belum siap lagi saya berharap bahawa sekurang-kurangnya satu ambulan baru dapat diagihkan ke daerah Bera khasnya Klinik Kesihatan Triang. Itu sahaja ucapan saya pada hari ini, sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Triang. Saya nampak YB daripada Wakil Luit sila menyampaikan ucapan.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua [Ayat Al-Quran]. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua

Jabatan, pemerhati tuan-tuan, puan-puan, assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera.

Pertama-tamanya saya nak mengucapkan ucapan menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang atas titah baginda pada 23 Julai yang lalu sempena perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pahang. Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan ucapan terima kasih juga kepada pengundi-pengundi di tempat saya di DUN Luit yang meletakkan saya ke dalam Dewan Undangan Negeri ini di mana saya percaya Dewan Undangan Negeri adalah tempat suara-suara mereka ya, untuk saya kemukakan. Dalam titah baginda baru-baru ini ada dua perkara yang menarik perhatian saya. Yang pertamanya baginda menyatakan kesyukuran bahawa PRU 14 telah selesai dengan sempurna. Jadi dengan kegem… kegembiraan itu kita pun turut bergembira dengan apa yang diutarakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Kalau kita katakan politik ini maknanya jaga kampung ya, politik ni makna jaga kampong, maka tepatlah daripada apa yang kita bincangkan yang dibahaskan semalam dan hari ini. Kerana kampung itu maknanya orang tua-tua kita bagitahu, kampung tu maknanya tanah, air, api, angin. Maknanya kita bertugas menjaga, menjaga tanah kita, menjaga air kita, menjaga api dan menjaga langit kita. Dan jelas dari perbahasan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan semua bercerita pasal tanah, geran tanah, tanah tak dapat, permohonan bertahun-tahun, bercerita pasal air, air paip, air sungai, air mineral, semua ada, air mata pun ada ya, api, tiang elektrik, sahabat daripada mana cerita pasal tiang elektrik ya, api gas, api sebagainyalah api rokok semua. Dan juga macam sahabat daripada DUN Tanjung Lumpur cerita pasal internet, jalur lebar, talian telefon, judi online dan sebagainya.

Jadi ini perkara-perkara sebenarnya kita matlamat kita sama daripada apa-apa parti sekalipun memang tugas kita menjaga kampung dan sampai peringkat orang ramai mengangkat kita ke dalam dewan bermakna kita kena jaga negeri. Jadi insya-Allah kita sepakat bersama-sama akan mencari jalan dan kaedah terbaik untuk menjaga negeri yang kita sayangi ini. Untuk itu bila dah diangkat menjadi Ahli Dewan Undangan ni saya juga bercita-cita menjadi orang baik dan saya percaya yang saya sekarang berada dalam di kalangan orang-orang yang baik kerana Nabi Muhammad, junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dia ajar kita, orang baik ni ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain. Kepada ADUN-ADUN DAP ya, boleh tengoklah boleh semak balik apa yang Nabi Muhammad kata begitu ya, orang baik maknanya dia buat baik kepada orang.

Jadi saya percaya inilah cita-cita saya juga dan cita-cita semua Ahli-ahli Dewan. Insya-Allah sepanjang 5 tahun ini kita akan cuba menjadi orang baik, belaka-belaka ya. Belaka-belaka ni maknanya semua partilah ya. Jadi untuk itu untuk memperkukuhkan lagi ya, usaha ini saya nak baca satu ayat Quran [Ayat Al-Quran]:

‘Tidak aku, yakni Allah SWT jadikan jin dan manusia’

Dia jadikan kita ni untuk dua perkara, yang pertama Tuan Yang di-Pertua, dia minta kita sembah dia dan yang kedua beribadat kepada dia. Cuma saya nak sebut di sini perkataan beribadat tu saya suka sangat perkataan ni untuk kita kongsi dalam Dewan Yang Mulia ini. Beribadat ni kalau ikut Tuan Guru, Almarhum Nik Abdul Aziz dia kata, ibadat maknanya buat kerja yang Allah suka dan saya percaya kalau itu maksud yang kita pakai, ibadat maknanya buat kerja yang Allah suka saya percaya Ahli-ahli Dewan

Undangan Negeri yang menjadi Kerajaan Negeri Pahang ni adalah orang-orang yang kuat ibadat.

Sebab ramai di kalangan mereka yang saya kenal memang buat kerja yang baik-baik belaka, ya, macam semalam ajak beriadah bersama-sama tu kerja yang baik dan jadi ibadat. Maknanya semalam kita sama-samalah beribadat ya. Jadi saya percaya tiga-tiga faktor ni kefahaman kita tentang politik secara asasnya kemudian kita bercita-cita menjadi orang yang baik dan diperkukuhkan lagi dengan firman Allah Ta’ala tadi insya-Allah kita boleh bekerjasama boleh menggerakkan untuk membangun menjaga negeri Pahang Darul Makmur ini. Dan perkara kedua yang menarik perhatian saya dalam titah baginda pada hari itu di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia berasa sukacita melihat pertumbuhan positif ekonomi negeri Pahang yang disumbangkan sebahagian besarnya daripada iklim ekonomi negara yang memberangsangkan, ya.

Maknanya kalau negara, ekonomi negara dah baik dah elok dan memberi impak kepada negeri Pahang, kita di daerah Maran, DUN Luit juga menunggu-nunggu ya, impak limpahan pembangunan ekonomi itu kepada DUN kita, ya. Sebab berdasarkan kedudukan DUN Luit di dalamnya ada bandar Maran yang agak central di dalam negeri Pahang ini dan bersempadan pula dengan 6 daerah negeri Pahang ini.

Jadi sepatutnya kita ada kita panggil spillover effect tu, dengan izin, Dato’ Sri Yang di-Pertua, patut ada spillover effect tu kepada DUN Luit khususnya selepas pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur ya, kalau ikut kepada er… kajian laporan pemeriksaan rancangan struktur Majlis Daerah Maran sepatutnya Maran telah menerima limpahan daripada lebuh raya itu sejak dulu lagi. Ini bukan kata limpahan, Dato’ Sri Yang di-Pertua, meleleh, meleleh pun tak ada. Sikit-sikit pun tak ada. Dah lama menunggu ya. Jadi kita semua (tak jelas) di DUN Luit pun digerakkan oleh keupayaan masyarakat itu sendiri ya. Jadi kita masih menunggulah limpahan-limpahan yang telah dijanjikan, yang telah dianalisa yang dikaji oleh pihak-pihak perancangan negeri sebelum ini.

Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua,

Sesungguhnya DUN Luit ini seperti DUN-DUN lain juga ya, kita ada satu kawasan yang berpotensi untuk dimajukan dan sama je dengan daerah-daerah lain, itu pun ada kalau sektor pelancongan, kita pun ada air terjun, ada hutan hijau yang cantik, ada kesenian dan kebudayaan, yang itu mungkin lebih sikit daripada daerah lain, ya. Saya nak mempopularkan apa ni… budaya kesenian Maran ni untuk peringkat negeri Pahang. Ada nilai-nilai sejarah juga dan boleh juga dikembangkan di kawasan Luit ni, perdagangan dan perindustrian ya. Contoh kalau kita kayu banyak ya, industri perabut pun boleh buat, industri perabut untuk makluman Ahli-ahli Dewan ya, purata urus niaga pun 10 bilion setahun, 10 bilion Ringgit Malaysia. Lapan tujuh lapan bilion dieksport manakala dua tiga bilion tu domestik ya.

Sayang ya, negeri Pahang ni ada banyak sumber-sumber ni tidak dimanfaatkan ke dalam industri-industri yang… yang berimpak besar, berimpak besar kepada masyarakat. Namun demikian Tuan Yang di-Pertua, saya lebih suka nak menumpukan perhatian saya kepada permasalahan setempat ya. Merujuk kepada aduan-aduan rakyat kepada saya. Seperti Ahli-ahli Dewan yang lain-lain juga, masalah tanah ya. Sama juga. Kita ada permohonan tanah yang terlalu lama, lama sangat. Saya pun tak boleh cerita panjang sebab sama je dengan… dengan Ahli-ahli Dewan yang lain yang bercerita pasal permohonan tanah yang lama ini. Dan daripada nenek tok nenek sampai ke anak sampai cucu. Cuma satu kes di Ulu Luit, Maran. Tanah di… di tengah-tengah dikelilingi sa… sa... sahabat-sahabat dia, saudara-mara dia, yang lain semua ada geran. Dia… dia sorang tak ada geran. Dah berbelas saya ingat berpuluh tahun

dia menunggu geran ya, untuk tanah itu. Dan mereka telah… telahpun mengusahakan tanah itu. Jadi saya mohon sangat jasa baik pihak terutama Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ha dalam kes-kes yang pelik sikit begini ya. Sebab mereka sama-sama membangunkan kawasan itu tapi akhirnya sorang tertinggal ya. Di tengah-tengah kelompok-kelompok tanah yang diusahakan itu.

Yang Berhormat…

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Yang Berhormat.

Minta laluan jap.

Yang di-Pertua (Speaker)

Luit sila duduk. Sebentar. Bagi laluan kepada…

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Bagi kes yang Yang Berhormat Luit katakan tadi yang pelik-pelik ini kan. Yang terpencil, orang lain semua dapat geran, dia sorang tak dapat geran. Elok Yang Berhormat datang jumpa dengan saya bawa semua er… maklumat-maklumat yang berkaitan, dokumen-dokumen sokongan untuk kita ambil tindakan selanjutnya. Sebab saya pun Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya pun nak tahu juga. Sebab kalau ada dalam 10 sesuatu tempat itu, 9 ada geran 1 takde geran. Sama ada dia seorang yang pelik pun boleh jadi juga. Ha jadi kita nak tahu.

Jadi insya-Allah kalau sekiranya benda itu apa ini… ada dokumen, ada sokongan er… bukan berlapis dan sebagainya, Kerajaan Negeri akan pertimbangkan, takde masalah perkara-perkara macam ini. Dan saya juga berharap supaya kalau boleh perkara-perkara sebegini jangan tunggu bawa ke dewan ini. Bukan saya menghalang, tidak. Tapi dewan ini dia perlu bersidang er… paling… paling tidak pun sekali dalam tempoh 6 bulan.

Maknanya kalau benda itu boleh dibawakan dengan segera, kalau tak dapat berjumpa dengan saya pun, bagi tahu… bagi tahu sebab dia, rasional dia, macam YB Luit cakap tadi, kita akan ambil tindakan pantas dan kita akan jawab ha sebab-sebab diluluskan diberi kalau tidak diluluskan kita bagi tahu juga. Ha, itulah Tuan Yang di-Pertua. Saya nasihatkan supaya kalau bawa dalam dewan ini 4 bulan, 5 bulan kita bersidang baru bangkit, itu kita nak ambil tindakan lambat. Jadi ada isu yang pelik-pelik ini datang jumpa. Begitu juga yang lain-lainlah kalau ada yang pelik-pelik lain ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Ya Luit.

Dato’ Sri Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada lagi yang pelik-pelik?

Satu je. Er… terima kasih atas maklum balas daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Saya sangat menghargai atas er… maklum balas tadi. Juga isu tanah lagi. Er… ada permohonan tanah-tanah lain ya, ada satu tanah kubur di satu dua kampung di tempat saya seperti kampung Orang Asli tu ya, sampai Tok Batin tu kata orang kampung dia tu pun takut nak mati dah. Takut tanah kubur tak ada ya. Jadi akan saya bawalah ke… ke er… pejabat tanah nanti. Begitu juga dengan tanah kubur di Pekan Tajau.

Seterusnya kita ada juga dapat permohonan daripada er… penduduk-penduduk iaitu mohon tanah RTK ya. Pada saya ini ada tiga empat tiga permohonan daripada er… kampung Serengkam, Kampung Sri Jaya dan Kampung Berkat. Kemudian kita ada juga permohonan untuk jalan kampung. Ha ini pun sedih juga bila kita tengok kawasan itu, ada lebih kurang 40… 50… orang kanak-kanak berulang ke sekolah dalam jarak 5 kilometer berjalan dalam saya kata dalam hutan jugalah ya, jalan kecil. Dan kita mohon ya kalau dapat diberi kemudahan dan jalan tar ya sepanjang 5 kilometer di Kampung Ulu Luit juga.

Kemudian, satu lagi jalan pertanian, untuk mengeluarkan barang-barang pertanian di kampung Orang Asli Kampung Ambus. Juga, cadangan jalan rentas Kampung Senggora ke bandar Maran. Dan Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan sebut sahajalah beberapa perkara yang nak disebutkan pada hari ini mewakili aduan orang kampung saya. Rumah-rumah terbengkalai di FELDA Bukit Tajau, ya rumah generasi kedua, yang memang betul-betul terbengkalailah dan Klinik Kampung Sentosa yang dulu ada pastu jadi takde. Ha, jadi kita nak minta tolong tengok juga dari klinik di Kampung Sentosa.

Dan satu isu yang besar di kawasan Maran kita ini ialah pembinaan Hospital Besar Maran. Untuk maklumat tuan-tuan er… Ahli-Ahli Yang Berhormat, permohonan mendapatkan hospital di Maran ini telah dimulakan pada tahun 36 eh… tahun… minta maaf, 36 tahun yang lalu. Dimohon oleh Yang Berhormat ADUN bandar Maran, er… Yang Berhormat arwah Abd Jalil Mohd Seh iaitu ayahanda saya sendiri. Dia sebut sampailah habis mesyuarat bersidang dia pun meninggal. Tak sempat… tak sempat tengok tapak pun tak sempat.

Jadi selepas 36 tahun permohonan tu, adalah baru-baru ini dapat tapak Hospital Baru Maran. Akhirnya tapak itu jadi tinggal tapak sahaja dan berpindah kepada tapak baru sebelum pilihan raya baru ini dan kita dapat dua tapak hospital. Tapak perasmian bukan tapak hospital, tapak perasmian hospital. Saya rasa memang saya sedihlah ya. Sangat sedih. Er… kita nak minta hospital, tapak je dia bagi. Dapat tapak perasmian dia bagi. Yang itu satu perkara juga minta dapat juga perhatian. Dan saya mohon sangat-sangatlah kalau dapat pihak er… kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar masukkan dalam bajet kita untuk negeri Pahang ya, untuk tahun ini. Sesungguhnya itulah hasrat besar kami.

Yang keduanya satu lagi kes yang besar di… bandar Maran ini, projek bukan rumah terbengkalai, bandar terbengkalai. Dekat bandar Maran tu ada satu hutan, cantik hutan itu. Tapi dalam tu ada bangunan. Jadi, Ahli-Ahli Yang Berhormat jangan tanya saya, sebab saya takde maklumat. Sebab tak berani masuk dalam hutan itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ini pelik Yang Berhormat.

Ha… ha ya pelik berdualah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ha pelik. Dalam bandar ada hutan ya. Dalam hutan ada bandar.

Betul, dalam hutan itu ada bandar, bandar lama. Kita nak isytihar bandar purba tak boleh sebab dia dibina untuk tahun 94. Jadi tahun belum boleh jadi purba lagi. Jadi saya harap benda ini kita boleh selesaikanlah. Sebab apa boleh selesai, saya lihat syarikat yang bina itupun dah mati dah syarikat itu. Saya ingat pengurus syarikat pun dah nak mati. Yang jaga syarikat tu, yang jaga bangunan semua takde. Jadi apa kita takut. Buat aje lah ya. Jadi, minta… minta betul jasa baik Yang Berhormat Menteri Besar tengoklah bandar Maran itu. Saya kalau dapat kita usik-usik tempat itu, saya tak minta peruntukan besar lagi setakat ini. Saya nak minta ada perhatian daripada kerajaan negeri untuk kita tengoklah apa-apa rancangan yang boleh kita-kita bangunkan kawasan itu. Saya rasa tempat itu memang cantik dan strategik ya. Bolehlah kita fikir bersama.

Ha kemudian isu-isu lain saya rasa isu-isu semasa yang sama juga dengan ADUN-ADUN kawasan lain. Kita berhadapan dengan masalah perjudian, penagihan dadah dan sebagainya ya. Isu banjir bandar Maran. Saya tak boleh nak angkat je sungai tu. Kalau boleh angkat, saya nak alih sungai tu. Jadi selesai masalah banjir ya. Ha atau tak boleh nak angkat sungai kita angkat orang je. Tengoklah macam mana. Saya yang ni memang tiap-tiap tahun jadi cerita ya. Jadi kadang-kadang itulah main dengan orang kampung ya Dato’ Sri Yang di-Pertua. Ini dah jadi satu musim tiap-tiap tahun kena ada berdepan dengan… dengan apa ni banjir ini.

Dan selain daripada itu juga isu-isu kemiskinan di mana saya berkesempatan dalam DUN saya 60 hari 60 hari lebih ini saya sempatlah naik ya 496 rumah orang-orang miskin ya. Orang miskin ini pun kita kena ambil kira juga ha ya. Walaupun dia dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pun setiap bulan cucuk bank ada duit, cucuk dalam bank ada duit. Saya cadangkan kita bagi dia masuk bank dua kali je. Yang pertama yang kedua ambil kat bank bulan ketiga kita bagi cash. Kita kumpul kat dewan. Apa ayat sedap sikit ya. Campur marah sikit ini. Ha, kita tarbiah la ye. Sampai-sampai biar dia rasa malu nak ambil duit itu. Dia kena faham sikit, duit itu dalam RM300 sebulan itu ada duit orang lain sebenarnya. Ha, Ini memang saya rasa kita boleh kita… kita laksanakan jugalah. Kurang-kurang kerajaan boleh jimat sikit ya. Dapat 30… 40 orang sebulan angkat tangan surender tak nak ambil duit ha okaylah. Ha banyak juga untung itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Orang kerajaan …

Saya nak mencelah sikit. Maknanya baguslah wakil… wakil daripada…

Yang di-Pertua (Speaker)

Luit…

Ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, makna dia begini. Dalam apa, peraturan dewan ini kalau seorang berdiri seorang kena duduk. Kalau berdiri dua-dua Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pelik. (Ahli-ahli Dewan ketawa).

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya ucap tahniahlah kepada wakil daripada Luit ini. Maknanya dia mentarbiah orang supaya orang tu berdikari. Kalau boleh memanglah kita nak semua macam ini. Dia sepatutnya apabila mereka sudah tidak layak lagi menerima 300 itu bagi peluang ke orang yang layak. Tapi masalahnya kalau ada orang yang macam ini, orang yang pelik Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Luit.

Ya. Terima kasih Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Dato’ Sri daripada Lanchang. Dato’ Sri Lanchang sebenarnya dia tak tahu saya sebut tarbiah tu sebenarnya saya nak mempopularkan program PAS ini. Insya-Allah esok semua orang miskin ikut tarbiah kita…

Yang Berhormat Yang di-Pertua, kami memang dah biasa dah Yang Berhormat Yang di-Pertua [Bacaan dalam Bahasa Arab] biasa Yang di-Pertua.

Alhamdulillah bagus terima kasih. Jadi saya sebenarnya dah… dah di hujung dah cerita ucapan perbahasan saya pada petang ini dan saya juga Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua, yang terakhirnya saya nak menyambung lagi perbahasan daripada sahabat-sahabat saya di mana kami memohon pihak kerajaan negeri memberi ruang dan

peluang kepada kami pada Wakil Rakyat PAS ini meletakkan wakil-wakil kami dalam pentadbiran-pentadbiran daerah supaya maklumat-maklumat yang er… yang boleh dikemas kini dapat kami perolehi, ya.

Jadi di akhirnya saya menyatakan sokonganlah di atas Titah Diraja oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang pada 23 haribulan hari itu dan saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Dewan. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih ADUN Luit. Ya, saya lihat wakil daripada Ketari tadi ingin menyampaikan… sila Ketari.

Terima kasih. [Ayat Al-Quran] Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Yang Berhormat, Pegawai-pegawai kerajaan dan pemerhati-pemerhati. Terlebih dahulu saya ucapkan er… merakam… merakamkan ucapan menjujung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Terima kasih juga kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya untuk membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Dan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah sekali lagi terpilih sebagai Speaker Dewan kali ini. Dan juga saya mengucapkan tahniah kepada semua Ahli-ahli Dewan yang mewakili kawasan masing-masing dan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional Negeri Pahang kerana berjaya membentuk kerajaan negeri untuk kali ke-14.

Tuan Yang di-Pertua,

Ada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan untuk ucapan pertama saya di Dewan yang Mulia ini. Pertamanya adalah perihal kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Kerajaan Pahang yang mahu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bekerjasama tanpa perbezaan fahaman politik. Adalah tepat jika ia juga diterapkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan pihak Wakil Rakyat Pakatan Harapan serta PAS. Kerana akhirnya semuanya demi kemakmuran negeri dan kepentingan rakyat negeri Pahang.

Antara satu aspek kerajaan yang penting kita harapkan adalah kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu PBT. Walaupun ketika ini ada ahli majlis yang dilantik untuk menjalankan tugas-tugas mendengar dan mengutip isu-isu masalah rak… tempatan yang berkait dengan PBT, saya rasa jika ada kerjasama yang lebih baik di antara pihak Ahli Majlis, PBT dan ADUN lebih banyak manfaat perkhidmatan yang akan dirasai oleh rakyat.

Kebanyakan masa ADUN banyak mengisi ruang-ruang perkhidmatan yang terlepas pandang daripada Ahli Majlis. Saya mencadangkan supaya ADUN daripada Pakatan Harapan dan juga PAS dijemput untuk menghadiri Majlis er… Mesyuarat Penuh PBT. Sekurang-kurangnya sebagai pemerhati supaya kita dapat mengetahui status isu-isu dan permasalahan yang terima oleh masyarakat setempat kita. Kalau kerjasama ini dapat kita dibenarkan dalam Kerajaan Negeri Pahang adalah tidak mustahil bagi Wakil-wakil Pakatan Harapan dan juga PAS memberi sokongan dan menjadi jambatan kepada penyelesaian dan penstrukturan semula hutang kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan, bersamalah kita tolong menolong.

Tuan Yang di-Pertua,

Perkara kedua adalah melibatkan kadar kemiskinan negeri. Di dalam Titah Diraja ada disebut tentang penurunan kadar kemiskinan negeri daripada 0.7% pada tahun 2014 kepada 0.2% pada tahun 2016. Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri dan Menteri Besar yang… yang terdahulu kerana berjaya menurunkan kadar kemiskinan ini hampir kepada 0%. Namun saya berharap kadar kemiskinan er… namun saya harap segala kerja-kerja er… usaha kebajikan untuk membantu golongan rakyat miskin akan diteruskan. Saya fikir sudah masanya untuk kita er… menukar er… mengkaji semula definisi kadar kemiskinan tersebut.

Ketika ini Pendapatan Garis Kemiskinan iaitu PGK bagi isi rumah yang ditetapkan pada kadar RM940 yang untuk miskin dan RM580 untuk miskin tegar dan kelayakan menerima bantuan am kebajikan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah berdasarkan PGK ini. Ini juga termasuk bentuk er… termasuk bentuk-bentuk bantuan yang lain. Walaupun makin kurang orang yang miskin namun makin ramai orang yang susah. Dan juga saya harap kadar kemiskinan yang rendah ini tidak menutup ruang polisi dan juga bantuan kepada golongan yang masih benar-benar memerlukan walaupun mereka sudah terkeluar daripada garis kemiskinan ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang ketiga ialah isu yang agak panas er… yang berlaku di kawasan saya di Janda Baik. Saya yakin er… Exco kita sudah tahu mengenai… mengenai masalah ini. Perkara ketiga ini iaitu isu projek pem… pembinaan talian penghantaran Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bentong South ke Lenggeng. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri terutamanya Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bio-Teknologi iaitu er… Yang Berhormat Lanchang serta Jabatan Perhutanan Pahang kerana telah mengambil tindakan terhadap surat yang dihantar oleh saya untuk memberhentikan kerja-kerja pembinaan projek… projek tersebut iaitu kerja pembalakan serta merta dan telah mengarahkan pihak TNB untuk segera melakukan langkah-langkah nigitasi bagi kawasan yang telah terlibat dalam kerosakan dan pencemaran.

Untuk maklumat dewan, projek ini berlaku di kawasan Janda Baik dan melibatkan kawasan hutan dara Janda Baik, ada Janda Baik dan ada da… hutan dara dan beberapa sungai utama di kawasan Janda Baik. Saya dan pihak penduduk yang membantah faham projek ini adalah penting dan berdasarkan agenda nasional dan di sebalik langkah yang telah diambil selepas aduan dibuat saya ingin menyatakan bahawa terdapat beberapa perkara mengenai projek ini yang perlu saya bangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini. Ini adalah demi suara penduduk Janda Baik.

Pertama, tentang tempoh kelulusan yang telah diberikan kepada er… kontraktor yang terlibat dalam kerja pembukaan jalan ataupun pembalakan. Di sini er… pada saya dan penduduk kampung masuk pada 10 haribulan 7, 2018 kami melihat tarikh untuk er… untuk kongsi kontraktor pembalakan untuk membuka jalan tamat pada 28 haribulan 2, 2018 bermula pada 1 haribulan 9, 2017 tamat 2000… 28 haribulan Februari 2018.

Namun begitu selepas saya membuat aduan kepada pihak Jabatan Perhutanan mengenai saya bertanyakan sama ada benar atau tidak er… sama ada lesen sudah tamat tetapi kenapa berlaku kerja-kerja er… pem… pembukaan jalan dan pembalakan kerana ada beberapa pokok saya terlihat telah banyak dipotong. Er… selepas teguran dibuat kami masuk semula pada 16 haribulan 7 dan 26… 20 haribulan 7 bersama Timbalan Menteri, Tengku Zulpuri iaitu Timbalan Menteri Sumber Asli er… tarikh telah

ditukar menggunakan tangan iaitu 1 hari… 1 September 2018 hingga ke 31 Disember 2018.

Dan kalau… ini adalah tarikh baru iaitu lesen baru untuk pembalakan ataupun pembukaan jalan oleh kontraktor pembalakan bermakna telah berlaku pembalakan haram mungkin er… boleh perbetulkan saya kerana apa yang kami masuk dan lihat sebelum tarikh dibetulkan telah berlaku pemotongan pokok yang agak besar iaitu lebih kurang tinggi 180 kaki dan lebarnya lebih kurang lima enam pemeluk dan ia semasa kami masuk bersama penduduk tidak ada langsung pangkah.

Tanda pangkah ini harus diletakkan dahulu sebelum pemotongan. Dan bila kami masuk kali kedua baru tanda pangkah telah dibuat dan saya rasa perkara ini er… sangat musykil dan penduduk sangat marah dan saya perlukan penjelasan dan bila kita tengok kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor pembalakan untuk membuka jalan sahaja ini baru kerja-kerja pembukaan jalan dan telah berlaku kerosakan yang agak teruk di mana pokok-pokok ini telah mas… ditolak terus masuk ke dalam sungai dan untuk fahaman Dewan Yang Mulia ini sungai-sungai ini adalah sungai yang digunakan oleh penduduk Janda Baik untuk mereka minum mereka pakai harian dan juga untuk pelancongan.

Janda Baik adalah satu sebuah kawasan pelancongan yang saya kira kalau berlaku masalah tidak kita menjaga alam sekitar seperti perhutanan sungai kita dan sebagainya, maka rosaklah eko-pelancongan Janda Baik dan rosaklah sistem-sistem yang ada. Dan ini semuanya gambar-gambar bila kami masuk kali kedua gambar-gambar yang sama tetap er… keadaan yang sama tetap masih seperti itu dan saya harap… saya berharap dari setiap jabatan dan juga kepada jabatan perhutanan supaya melihat kerja-kerja yang telah dilakukan oleh pihak pembalakan ini supaya mereka mematuhi kerja-kerja mereka mengikut SOP yang di er… SOP yang telah ditetapkan dalam pelaksanaan projek ini secepat yang mungkin kerana apa yang kita lihat aktiviti-aktiviti pemantauan perlulah dilakukan dengan ketat dan segera. Kita tidak mahu perkara yang berlaku pada 2016 di Lentang berulang semula di Janda Baik. Saya yakin semua orang mahu mengelak perkara yang sama berlaku dan semua orang tidak akan mahu akan bertanggungjawab dan tidak akan menyalahkan orang lain.

Jadi, saya berharap setiap daripada kita semua mengambil iktibar apa yang berlaku di Lentang dan tidak berulang di Kampung Janda Baik iaitu kampung yang sangat istimewa bagi er… saya kira di Bentong ini Kampung Janda Baik ialah kampung yang istimewa kerana ia adalah satu kampung tradisi yang masih lagi mengekalkan er… apa ni… aktiviti-aktiviti mereka. Dan saya juga tidak mahu sungai-sungai ini terjejas di kawasan ini kerana ia merupakan sumber air penting yang bersih untuk penduduk Janda Baik.

Walaupun cuba diketepikan, saya rasa sesi penerangan dan engagement dengan izin, perlu dilakukan buat kali terakhir ataupun perlu dilakukan dengan segera kepada penduduk kampung kerana sehingga hari ini penduduk kampung telah membantah projek ini dan mereka tidak mahu meneruskan walaupun projek ini adalah sangat penting untuk er… penduduk di Lembah Klang kerana mereka tidak jelas apa sebenarnya laluannya dan sebagainya. Mereka mahukan orang kata explanation dengan izin kepada orang-orang kampung. Saya berharap perkara ini diambil serius oleh pihak er… Exco, pihak Menteri Besar, pihak Jabatan Perhutanan dan segala-segala pihak yang terlibat untuk mengambil maklum tentang masalah yang dihadapi di Janda Baik ini.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, perkara yang keempat iaitu isu paip di Ketari. Saya yakin masalah air di Pahang ini agak serius kerana dari dalam 2 hari ini saya lihat setiap ADUN-ADUN yang berdiri bercakap mereka meng… mengutarakan masalah air di setiap tempat masing-masing dan begitu juga di kawasan Ketari. Saya di sini mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana telah berjaya meningkatkan liputan air bersih 98% di luar kawasan… di luar bandar dan 100% di bandar. Saya kira apabila liputan bersih ini hampir mencecah kepada 100%, fokus seterusnya adalah untuk mempercepatkan projek-projek menaik taraf sistem yang sedia ada.

Jadi, kalau kita lihat di Kampung Baru Perting, setiap hari saya akan menerima aduan paip pecah, ini kerana paip lama dan juga kerana er… paip-paip ini sudah tidak, dah lamalah dah berpuluh-puluh tahun tidak dinaik taraf dan ia menjejaskan kehidupan orang kampung kerana Kampung Perting ini adalah ramai warga emas yang tinggal di sana. Dan baru-baru ini di Mempaga 2, paip pecah juga dua, tiga hari air tak ada dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB) pun terlibat juga. Ini orang kata menjejaskanlah pelajar-pelajar yang tinggal di asrama. Jadi, saya harap er… kerajaan negeri ada pendekatan untuk menukar paip-paip lama ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang terakhir dari saya er… ini adalah er… perkara yang terakhir ini adalah tentang polemik berkaitan dengan perkahwinan kanak-kanak di bawah umur. Menjadi antara wakil wanita di dalam dewan ini, saya terpanggil untuk menyuarakan tentang isu demi kebajikan dan nasib adik-adik saya di luar sana. Baru-baru ini kita digemparkan dengan perkahwinan seorang gadis yang berusia 11 tahun bersama seorang lelaki yang berusia 41 tahun. Sepanjang tahun 2010 hingga 2015, terdapat 9,000 permohonan perkahwinan kanak-kanak bawah umur di Malaysia. 6,246 permohonan adalah beragama Islam manakala 2,775 permohonan yang bukan Islam.

Mengikut undang-undang, umur minima untuk berkahwin untuk yang beragama Islam adalah 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan dan untuk bagi perkahwinan kanak-kanak yang dimaksudkan bagi lelaki bukan Islam adalah 18 tahun ke atas. Bagi kes yang beragama Islam, Hakim Syarie boleh membenarkan perkahwinan bagi kanak-kanak dengan memberi kebenaran bertulis. Namun banyak kali peruntukan undang-undang ini seakan disalahgunakan dalam membenarkan perkahwinan kanak-kanak. Banyak kesan buruk yang kita boleh, yang boleh diakibatkan dari perkahwinan kanak-kanak terutamanya terhadap kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak serta terdedah kepada risiko terhadap penderaan domestik dan seksual.

Kenyataan ini disokong oleh Majlis Fatwa Kebangsaan melalui muzakarah mereka pada tahun 2014. Perkahwinan kanak-kanak juga seringkali menidakkan hak kanak-kanak untuk pendidikan yang sempurna dan masa depan yang lebih baik. Melalui tulisan Bayan Linnas Siri Ke-141 oleh Mufti Wilayah Datuk Sri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, perkahwinan kanak-kanak kecil dari sudut hukum syarak jika menepati syarat dan rukun yang telah ditetapkan adalah sah berdasarkan nas al-Quran dan sunnah tetapi dengan…

Minta laluan…

Yang di-Pertua (Speaker)

YB. Ketari duduk…

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya amat gembira jugalah dengan ADUN Ketari ni kerana membangkitkan hal er… bab kahwin bawah umur dan beberapa hal lain tadilah. Insya-Allah saya akan jawab masa penggulungan tapi yang kahwin bawah umur ni berlaku di mana? Di Pahang ada dak? Boleh bagi maklumat sikit di Pahang di mana, bila, ramai ke ataupun kes pelik ke er… terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Ketari.

Sekejap ya. Okay, er… mengikut pada tahun statistik kes nikah bawah umur di Malaysia bagi tahun 2007 hingga 2017, saya baca yang 2017 sahaja ya, Pahang mempunyai kes sebanyak 34 kes bagi tahun 2017. Kalau daripada 2007 hingga 2017, er… total dia sebanyak jumlah dia sebanyak 779 kes. Jadi, er… Pahang di antara negeri yang keenam atau ketujuh dalam kesemua negeri-negeri. Yang pertama adalah Kelantan, Sabah dan er… kemudian Sabah, Sarawak, kemudian diikuti negeri-negeri lain. Okay saya sambung ya.

Dato’ Sri Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, sila. Ketari, sebentar.

Apa masalahnya jika berkahwin bawah umur ni? Apa akibatnya jika dibandingkan dengan kita membenarkan pasangan itu menggunakan kondom untuk berhubung?

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat ya, apa sebutan tu, biar betul sikit.

Sarung tulah. [Ahli Dewan ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Ha…

Yang Berhormat Kerdau…

Makna, bukan buah kundang.

Okay, er… kalau kita lihat kes yang terbaru ialah kanak-kanak berusia 11 tahun dan bersama seorang lelaki 41 tahun yang sudah mempunyai 2 orang isteri dan ini bermakna isteri yang ketiga. Dan adakah dari segi logik akal kita membenarkan anak-anak mungkin Yang Berhormat yang mempunyai anak perempuan yang berusia 11 tahun membenarkan dikahwinkan dengan seorang lelaki yang berusia 41 tahun yang sudah mempunyai 2 orang isteri dan mungkin tidak mampu untuk menanggung keluarga dia. Ini harus difikirkan secara akallah…

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, ya… Ketari ya… pihak kerajaan.

Er… itu mungkin. Kalau tak mungkin, bagaimana? Sebab tadi sebut mungkin. Kalau tak mungkin, bagaimana?

Maksud Yang Berhormat? Tak mungkin?

Tadi katakan kalau dia kahwin bawah umur, mungkin YB kata tadi dia tak apa? Tak boleh bertanggungjawab, kalau tak mungkin macam mana? Maksudnya kalau dia boleh bertanggungjawab?

Yang Berhormat… 11 tahun adalah usia yang sangat muda bagi seorang wani… seorang anak perempuan untuk berkahwin.

Yang Berhormat…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ketari…

Daripada dia buat tak senonoh…

11 tahun saya tak yakinlah buat perkara yang tidak... 11 tahun masih lagi bermain-main, masih lagi menonton kartun…

Bermain-main tulah [Ahli Dewan ketawa].

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Mencelah…

Jadi saya tak… [Ahli-ahli Dewan ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Ketari sila guna, guna er…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon…

Yang di-Pertua (Speaker)

Laluan?

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Mohon laluan. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa isu ini amat serius dan bukan kita boleh bergurau dalam dewan ini. Er… tadi Wakil Ketari ada menanyakan sebagai ibu bapa adakah sesiapa di sini boleh bersetuju dan membenarkan anak perempuan sendiri berumur 11 tahun untuk berkahwin? Adakah wakil dari Kerdau akan membenarkan?

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Orang, bila sampai masa dia nak kahwin, apa pasal kita nak larangkan? Walaupun dia umur 11 tahun dan apa salah kita izinkan dia daripada kita berbahas dan mengizinkan dia orang mengadakan perhubungan yang tidak berkahwin sehingga terpaksa pakai benda tadi? Ha… kondominium. [Ahli-ahli Dewan ketawa]

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Makna…

Saya bukan bergurau. Bukan bergurau dan bukan untuk mempersendakan, daripada dia mengadakan perhubungan, orang yang umur 40 tahun tadi dengan budak yang

umur 11 tahun tadi tanpa berkahwin, lebih baik kita benarkan dia berkahwin dan dia duduk secara halal. Itu… itu yang…

Yang di-Pertua (Speaker)

Sabar, sabar duduk dulu…

…cara nak memelihara perkahwinan ini…

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya tahu semua nak respond belaka ni.

Tujuan perkahwinan adalah nak memelihara daripada berlaku zina.

Tapi kalau kes 11 tahun itu tidak ada berlakunya tentang masalah itu dia… apa yang dimahukan lelaki 41 tahun itu kononnya mahu er… dah berkenan dari usia 7 tahun. Boleh ke Yang Berhormat-Yang Berhormat menerima dari segi akal fikiran yang anak Yang Berhormat diminati oleh seorang pada usia 7 tahun? Saya kira, saya kira perkara ini tidak harus berlaku dan kalau kita lihat keharusan perkahwinan perlu dilihat kepada kes-kes yang tertentu…

Yang Berhormat Yang di-Pertua, boleh?

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila. Tak… dia boleh bagi?

Saya tak bagi laluan. [Ketawa]

Pasal tadi wakil daripada Ketari sebut nama saya. [Ketawa]

Ha… okay, harap jawab yang isu lainlah.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Jadi saya pun nak tanya wakil daripada Ketari, sekarang ni saya nak bertanya soal kahwin tu tadi, wakil dari Ketari ada disebut LGBT. Saya nak tanya wakil dari Ketari sekiranya wakil dari Ketari ada anak lelaki lepas tu tiba-tiba balik ke rumah anak lelaki wakil dari Ketari hendak pulak inilah isteri saya seorang lelaki, boleh terima ke tak boleh terima, ini soalan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Macam mana Ketari?

Yang Berhormat Lanchang saya bercakap mengenai soal perkahwinan di bawah umur tiada kaitan dengan LGBT dan sebagainya…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat…

… dan saya nak teruskan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ketari, makna tak perlu jawablah ya?

Ya, tak perlu jawab. Terima kasih. Dan mengenai persoalan Yang Berhormat Kerdau contohnya kalau dalam kes perkahwinan remaja yang sudah terlanjur ataupun khuatir akan melahirkan anak luar nikah er… akan ternafi nasibnya, saya kira ini adalah kes-kes yang tertentu dan namun begitu kebenaran oleh hakim syarie perlu ada ketegasan prosedur yang jelas. Tetapi saya yakin tak semua kes-kes yang melalui tentang er… terlanjur dan sebagainya. Kita lihat yang kes terbaru ini pun tak ada masalah selain kerana nak keluarkan daripada kepompong kemiskinan dan sebagainya. Sedangkan dia sendiri tak mampu tanggung hidup dia. Dan Yang Berhormat Kerdau boleh saya teruskan?

Boleh saya mencelah? Dato Sri’ Yang di-Pertua,

Kita bukanlah nak membuat kempen supaya kahwin umur muda, kita nak kalau boleh budak-budak tu dia belajar, dia sempurna, dia dapat apa… kedudukan, dia boleh berhidup itu sebaik-baiknya. Tetapi bila ada kes-kes yang terpencil macam yang disebutkan oleh Ketari ini tadi jadi takkan kita, maknanya awak janganlah kahwin menangis air mata kedarah dan awak pakailah alat ini dulu, tak boleh Dato Yang di-Pertua. Kita mesti mempertimbangkan di waktu-waktu yang tertentu supaya dapat memelihara daripada berlakunya perkara yang lebih mudarat daripada apa yang disangkakan tadi mudarat. Ada benda yang lebih mudarat, lebih menyusahkan budak itu sendiri, keluarga itu sendiri, masyarakat itu sendiri, maka ada kes-kes tertentu kita harus pertimbangkan untuk kita tengok bagaimana keluarga itu dapat dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat tinggal lagi Ketari ni pelik sahaja macam mana budak boleh kahwin.

Betul. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya. Sila.

Baiklah dan saya berharap er… okay saya berhenti tadi di mana Dato Sri’ Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri mengatakan perkahwinan kanak-kanak kecil dari sudut hukum syarak jika menepati syarat dan rukun yang telah ditetapkan adalah sah berdasarkan Al-Quran dan sunnah tetapi dengan merenung matlamat dan matlamat perkahwinan tersebut. Maka jelas menunjukkan sewajarnya kanak-kanak yang dikahwini dalam usia yang mampu menanggung hubungan kelamin dan memahami kesan-kesan yang berlaku selepasnya seperti perceraian, mengandung, nafkah dan lain-lain.

Kerajaan berkuasa untuk menetapkan polisi menghadkan umur minimum perkahwinan bagi menegakkan keadilan dan bukanlah bertujuan untuk mengharamkan apa yang Allah SWT halalkan. Kaedah ini menjadi asas dan sudah menjadi polisi beberapa negara seperti Jordan, Syria dan termasuk negeri-negeri di Malaysia. Namun sekiranya hakim mengesahkannya maka perkahwinan kanak-kanak telah menepati syarat-syarat dan rukunnya adalah sah. Namun jika undang-undang menetapkan had umur tertentu bagi seorang untuk berkahwin maka hal ini adalah wajib dipatuhi dan mengingkarinya boleh memberikan kuasa kepada hakim untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pelakunya.

Melihat kepada kebenaran perkahwinan kanak-kanak yang diluluskan pada kadar yang tinggi iaitu 81% pada tahun 2015, 74% pada tahun 2014, 87.7% pada tahun 2012 dan 86.1% pada tahun 2011. Jelas menunjukkan bahawa kebenaran hakim syarie menjadi sekadar proses prosedur semata-mata. Saya meminta bahawa prosedur proses kebenaran ini ditetapkan dengan prosedur yang jelas. Dan saya juga mencadangkan supaya umur minima bagi perkahwinan… bagi perempuan Islam dinaikkan daripada 18 tahun kepada 16 tahun. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Masa pun dah cukup er… masa pun dah cukup er… Teruntum… Teruntum. Masa 20 minit Teruntum ya. Teruntum, masa 20 minit.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Salam hormat dan salam sejahtera, izinkan saya menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Pemangku Pahang sempena pembukaan sidang ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Teruntum saya er… untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Maaf.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ulang Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Izin saya menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja…

Yang di-Pertua (Speaker)

Pemangku.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Pemangku.

Yang di-Pertua (Speaker)

Raja.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Raja Pahang sempena pembukaan sidang ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Pasar Besar Kuantan merupakan tempat tumpuan penduduk bandar Kuantan untuk mendapatkan keperluan harian. Tinjauan yang dibuat baru-baru ini mendapati Pasar Besar Kuantan dan persekitarannya memerlukan perubahan dan perlu dinaikkan taraf. Saya pernah bangkitkan isu ini tapi malangnya sampai hari ini tiada tindakan diambil. Dengan ini saya sekali lagi meminta pihak Kerajaan Negeri akan mengambil perhatian tentang isu berkenaan. Longkang yang tidak diselenggara dengan baik dan tersumbat yang telah mengakibatkan bau busuk. Tikus-tikus liar yang sering berkeliaran dalam pasar tersebut dan dikhuatiri jangkitan air kencing tikus sekira dibiarkan tanpa kawalan. Lantai-lantai pecah termasuk dengan izin plate lantai besi yang rosak dan perlu dibaiki di sekitar pasar besar tersebut yang membahayakan orang ramai.

Tandas awam pula ditutup pada hari cuti umum dan semua orang awam termasuk peniaga tiada tempat untuk membuang air kecil dan membuang air di merata tempat dan di sekitar kawasan pasar. Apakah tindakan pihak Kerajaan Negeri Pahang supaya isu pasar besar ini dapat diselesaikan? Adakah pihak Kerajaan Pahang bercadang untuk membaik pulih atau menukar sistem pembentungan sedia ada menjadi lebih teratur di kawasan terbabit? Berapakah peruntukan yang disediakan untuk pihak Kerajaan Pahang untuk membaik pulih dan menyelenggarakan tempat tersebut?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Status perkembangan terkini berkenaan kes menaikkan taraf dan ubah suai rumah di alamat no. 61, Lorong Pelindung 101. Kes ini sejak tahun 2015 lagi dan ia tidak mengikut plan induk kelulusan MPK dan boleh mengakibatkan bahaya kepada rumah jiran sebelah. Pihak MPK menyatakan bahawa tempoh pemantauan syarat juga telah pun tamat dan kertas siasatan sedang disediakan untuk tindakan mahkamah. Namun hingga kini masih belum ada perkembangan mengenai kes ini. Apakah tindakan pihak kerajaan dalam mengatasi masalah ini?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Kesesakan kereta selepas pukul 5 di bandar Kuantan perlu dirancang semula, keadaan ini amat menyusahkan semua pengguna jalan raya yang terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas setiap hari. Adakah pihak Kerajaan Negeri Pahang akan mengambil inisiatif untuk merancang semula kaedah yang boleh mengatasi perkara ini di bandar Kuantan?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya telah membuat tinjauan di Mini Zoo Teruntum dan didapati daya tarikan pelancong semakin berkurangan kerana jumlah haiwan-haiwan yang semakin berkurangan di Mini Zoo tersebut jika dibandingkan dengan 5 tahun dahulu. Yang tinggalnya hanya berapa jenis dan spesies haiwan sahaja, yang membuat saya lebih terperanjat apabila melihat sangkar ular terbuka dan tiada seekor ular pun di dalam sangkar berkenaan. Yang tinggalnya hanya tulisan ular sahaja. [Ahli Dewan ketawa] Saya ingatkan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Teruntum, ular keluar cari makan tu.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Ya, yang tinggal hanyalah tulis er… saya ingatkan hanya orang saja yang lari tapi rupa-rupanya ular pun tak boleh duduk diam-diam dan tetap lari dari sangkar. Sebenarnya ke mana perginya ular-ular ini? [Ahli Dewan ketawa] Saya juga ada menghantar surat bertarikh 25 Jun 2018 kepada MPK berkenaan hal ini. Tetapi kami masih belum mendapat terima apa-apa maklumbalas. Saya juga dimaklumkan mula 1 Julai 2018 pihak MPK telah mendapatkan syarat untuk mengenakan charge ke atas pengunjung untuk tiket masuk ke Mini Zoo Teruntum yang mana bagi orang dewasa dikenakan sebanyak RM2 dan kanak-kanak sebanyak RM1.

Sejak 30 tahun Mini Zoo Teruntum dibuka, tidak pernah dikenakan sebarang caj kepada pengunjung. Keadaan ini dirasakan tidak wajar kerana keadaan mini zoo ketika tidak dikena caj pun masih tidak dapat menarik pelancong dan berkunjung apatah lagi jika dikena caj ke atas pengunjung. Soalan saya nak tanya di sini berapakah peruntukan yang disediakan oleh pihak MPK kepada Mini Zoo Taman Teruntum untuk keseragaman dari segi semua perkhidmatan yang disediakan oleh mini zoo tersebut? Berapakah bilangan haiwan yang apakah nama bagi spesies haiwan yang masih ada di… masih ada di Mini Zoo Taman Teruntum?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Kita sedia… kita sedia maklum bahawa bangunan Kompleks Teruntum adalah di bawah jagaan PKNP selama 39 tahun. Apakah punca utama yang menghalang bangunan tersebut untuk mendapatkan strata title dengan izin dan adakah pihak Kerajaan Negeri Pahang menghadapi masalah dalaman sehingga gagal memperolehi strata title? Apakah punca sebenar ia tidak dapat dilaksanakan? Saya memohon pihak Kerajaan Negeri agar dapat memberi penjelasan berkenaan hal ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Terdapat satu kes rumah kedai retak teruk di A2, Lorong Lengkok Kanan 22, Perumahan Tanah Putih Baru. Kes ini sejak tahun 2014 yang mana rumah kedai ini tidak selamat untuk diduduki berikutan terdapat lebih kurang 100 kesan keretakan di merata-rata tempat sekeliling bangunan tersebut. Kedai tersebut dibeli dengan harga lebih kurang RM1.13juta untuk menjalankan perniagaan. Di lantai dan dinding sudah banyak retak manakala di tepi bangunan pun sudah senget sedikit. Pihak bertanggungjawab iaitu Pasdec Sdn Bhd telah menjalankan siasatan sebelum, selepas pem… pihak pembeli membuat aduan pada 17 haribulan Ogos 2015. Namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan yang wajar dilakukan oleh pihak berkenaan berhubung kes ini. Apakah tindakan pihak kerajaan dalam menangani kes ini?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Kes berkenaan cukai taksiran yang naik tinggi secara mendadak. Ramai penduduk Kuantan menerima pernyataan pembayaran cukai tanah dari Pejabat Tanah dan Galian yang dinaikkan sekitar 650% awal tahun ini. Sebagai contoh sebelum ni cukai taksiran tanah hanya perlu dibayar sebanyak RM60 setahun tetapi tahun ini cukai taksiran naik sehingga RM450. Jika diikut… diikutkan kenaikan taksiran ini tidak munasabah, seharusnya penjelasan diberikan berhubung perkara ini selain memastikan sebarang kadar kenaikan adalah selaras. Soalan saya, di atas dasar apakah kenaikan cukai tanah ini? Adakah pihak kerajaan akan mengkaji semula kadar taksiran cukai ini, yang… yang dinaikkan secara mendadak awal tahun ini sewaktu pemerintahan masih di bawah Kerajaan Barisan Nasional? Mohon agar pihak kerajaan dapat meneliti semula berkenaan hal ini.

Yang Berhormat Dato’ di-Pertua,

Fasa pertama projek menaikkan taraf Lebuhraya Kuantan - Segamat daripada 2 lorong kepada 4 lorong telah dimulakan sejak September 2015. Laluan adalah sejauh 47 kilometer dari Gambang ke Paloh Hinai di Pekan dengan kos kira-kira RM300 juta yang sepatutnya dijangka siap sepenuh dalam tempoh 360 bulan. Fasa kedua projek menaikkan taraf laluan sama sejauh100 kilometer dari Paloh Hinai ke Muadzam Shah, Rompin hingga ke Semagat… Segamat, Johor dengan kira dengan kos kiraan RM1.2 bilion yang juga sepatutnya dilaksanakan.

Jalan ini sememangnya bahaya kerana sering menjadi lokasi kemalangan dan telah banyak meragutkan nyawa. Apakah usaha pihak kerajaan negeri supaya dapat menyiapkan projek lebuh raya ini yang masih belum siap sehingga kini? Berapa lamakah tempoh yang telah ditetapkan untuk menyiapkan projek ini? Mohon pihak kerajaan berikan satu tarikh yang tetap agar apabila projek berkenaan siap kelak dapat melancarkan pejalannya.

Yang Hormat Dato’ Yang di-Pertua,

Baru-baru ini saya melawat ke Panching, Kuantan. Ternyata pekan kecil ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri di mana saya telah berjumpa sebatang pokok durian di Kampung Machang, Panching, Jalan Sungai Lembing, Kuantan yang dipercayai dan dianggarkan sudah berusia hampir 200 tahun. Pokok durian berkenaan adalah milik Encik Rahman bin Musa yang merupakan pemilik dusun durian yang tinggal di Lot 13 Kampong Machang, Panching, Jalan Sungai Lembing, Kuantan.

Sekiranya di Thailand, pokok durian yang usia hanya 100 tahun pun sudah diwar-warkan dalam akhbar antarabangsa apatah lagi di Pahang pokok durian ini dipercayai dianggarkan sudah berusia 200 tahun. Jika diambil kira dari segi usianya, pokok durian ini mungkin sudah menjadi satu sejarah rekod Malaysia. Di sini tidak salah sekiranya saya mencadangkan agar pihak Jabatan Pertanian Negeri Pahang membuat lawatan dan tinjauan supaya dapat mengesahkan usia sebenar pokok tersebut. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk menjadi ia satu tempat dayakan tarikan pelancongan yang di tempat baru ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya pernah bertanya dalam jawapan bertulis kepada er… berkenaan Sungai Galing er… ke Sidang Yang Mulia ini. Soalan saya apakah yang menyebabkan sungai air Sungai Galing berbau busuk sejak berpuluh-puluh tahun dahulu lagi? Apakah tindakan pihak Kerajaan Negeri Pahang dalam mengatasi masalah ini? Adakah pihak kerajaan Pahang akan mengorek pasir di Sungai Galing supaya dapat mengelakkan banjir seluruh bandar pada hujung tahun ini?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Terdapat isu berkenaan perkhidmatan ambulan di HTAA yang telah menerima kritikan daripada orang ramai kerana ambulan didakwa sering lewat tiba ke lokasi. Pemandu ambulan dan pasukan paramedik dipersalahkan apabila mangsa lewat diberi rawatan kecemasan serta lambat tiba di hospital. Baru-baru ini saya juga terdapat satu kes yang mana pihak pengurusan ambulan tidak dapat mengenal pasti lokasi rumah pesakit dan membiarkan pesakit menunggu lama sehingga tidak dapat meneruskan lawatan di hospital dengan kadar yang segera.

Tidak sepatutnya keadaan sebegini berlaku kerana pihak pengurusan ambulan ini sememangnya sudah terlatih dan mahir mengenai selok belok setiap lokasi sekitar Kuantan untuk menangani kes-kes kecemasan atau sebagai cara alternatif pemandu juga boleh menggunakan GPS atau google maps dengan izin, supaya satu kes kecemasan dapat berjalan dengan lancar.

Selain dari itu masalah lif di HTAA juga mengambil masa terlalu lama untuk membaiki kerana sudah lebih 6 bulan dalam proses membaik pulih namun masih belum siap sepenuhnya. Apakah tindakan atau inisiatif yang akan diambil oleh pihak kerajaan Pahang dan HTAA dalam mengatasi masalah ini?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Terdapat kenderaan-kenderaan bekas yang berlaku kemalangan yang rosak dan terbakar diparkir di bahagian belakang kawasan perumahan di Lorong Mat Kilau 25 yang berhadapan dengan Balai Polis Trafik Kuantan. Ianya telah menyebabkan kawasan perumahan tersebut sangat kotor dan keadaan ini berlarutan sudah hampir 10 tahun. Disebabkan hal ini ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan dengan membuang sampah ke dalam kereta-kereta

berkenaan. Terdapat juga bunyi bising daripada kereta tunda pada waktu malam yang telah mengganggu penduduk di kawasan perumahan tersebut. Adakah pihak kerajaan Pahang akan mengambil tindakan yang sewajarnya berkenaan isu ini dan akan memindahkan kenderaan-kenderaan ini ke tempat lain?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Isu berkenaan kegiatan menunggang er… penunggang motosikal lumba haram di Kuantan semakin kronik. Apa yang dibimbangkan ada keadaan ini akan meningkat lagi kadar kemalangan di jalan raya dan membahayakan orang awam. Apakah cadangan pihak kerajaan Pahang supaya dapat mengurangkan kes-kes sebegini?

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Di negeri Pahang terdapat banyak… banyak kes anak-anak yang mempunyai masalah kerakyatan atau status kewarganegaraan seperti bawah perkara Seksyen 13. Kebanyakan daripada mereka adalah buta huruf kerana tidak mempunyai dokumen yang lengkap bagi melayakkan mereka untuk terus belajar di sekolah. Apabila anak-anak ini semakin meningkat umur maka mereka tidak mempunyai kelayakan untuk bekerja di mana tempat… di mana-mana tempat kerana tidak mempunyai sijil akademik, yang menyedihkan lagi kerana nasib mereka ini akan terus terbiar begitu sahaja.

Soalan saya adakah pihak Kerajaan Negeri Pahang akan mewujudkan satu tempat perlindungan sementara dengan izin, homeless hud untuk golongan ini supaya mereka dapat belajar, boleh membaca, mendapatkan ilmu pengetahuan tanpa perlu mengambil peperiksaan seperti UPSR, PT3 dan SPM, namun masih dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Bukit Ibam.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya mohon untuk mencelah. Saya nak bertanya. Anak-anak yang katakan dilahir tidak ada dokumen tu, status ibu bapa dia bagaimana? Dan bila ibu bapa dia duduk di sini, lahir di sini? Dalam keadaan tahun inilah saya… sesuatu yang sangat tidak munasabah kalau mereka dilahirkan di sini, dengan ibu bapanya warganegara Malaysia dan anak-anak yang baru lahir ini tidak ada dokumen. Sebab kita lahir… kalau lahir di hospital, kita akan isi borang untuk mendapatkan surat beranak. Ini adalah sesuatu yang pelik bagi saya. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Saya tak payah jawab ya. Bukan saya, untuk saya beri jawab.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Baru-baru ini, saya berkunjung ke terowong Sungai Lembing membawa kawan… rakan-rakan dari luar negeri untuk melancong ke sekitar Kuantan. Yang mengejutkan saya adalah kerana video klip yang ditayangkan dalam terowong Sungai Lembing yang bertajuk bernama Lubang Sejuta yang ditayangkan untuk tontonan orang ramai sepanjang melalui terowong berkenaan. Ianya berkisar tentang satu kegiatan kecurian perlombongan haram bijih timah yang dilakukan oleh 20 orang pada tahun 1987. Bagi saya video berkenaan lebih kepada unsur negatif yang menunjukkan keburukan orang yang melakukan kegiatan perlombongan haram dan ia bukannya satu sejarah yang membanggakan penduduk Sungai Lembing dan anak jati Pahang.

Sepatutnya, cerita yang ditayangkan kepada umum mestilah yang berunsur perkara-perkara positif seperti berkenaan lombong bijih timah di Sungai Lembing yang merupakan yang terbesar di dunia bermula pada tahun 1888 hingga ke 1978. Pelancong yang datang juga pasti akan teruja jika ia melibatkan perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan.

Yang Berhormat mintak laluan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat…

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Saya…hah!

Yang di-Pertua (Speaker)

Teruntum bagi laluan?

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Ya saya.

Teruntum bagi laluan ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. ADUN Teruntum ni patutnya jadi calon Parlimen, dia rajin berjalan sangat. Lain kali bertanding Parlimen.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan masalah penduduk di Sungai Lembing ini kita tahu er… ambil besi ke, ambil apa… melombong sikit-sikit. Dia mahu cari makan. Saya baru-baru ini dapat sokongan orang Cina 2.4% sahaja, jadi ADUN Teruntum pun suka berjalan kat Sungai Lembing juga. Kita tolong semua orang tapi orang tak mahu tolong sama kita. Terima kasih. [Ahli Dewan ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak apa Yang Berhormat, ADUN Sungai Lembing dia melancong tadi.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Saya pergi melancong, melancong pun tak boleh ke? Tak welcome saya ke? [Ahli Dewan ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Yang Berhormat. [ketawa]

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Pelancong yang datang juga pasti akan teruja jika melibatkan perkara-perkara mendatangkan kebaikan. Saya cadangkan video klip yang bersifat lebih positif dan membanggakan penduduk di Sungai Lembing yang dapat menggantikan video klip yang sebelum ini untuk tontonan pelancong.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, panjang lagi?

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Last.

Yang di-Pertua (Speaker)

Akhir ya. Last, okay sila.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Pelaksanaan perkhidmatan bas percuma di negeri Pahang seperti kerajaan Selangor yang memperkenalkan bus smart Selangor sejak Julai 2015 ternyata mendapat sambutan yang hangat. Selain itu pihak kerajaan Pulau Pinang juga telah memperkasakan lagi perkhidmatan bas percuma dengan izin, Congestion Alleviation Transport (CAT) dengan tambahan 52 buah bas yang beroperasi sejak April 2018.

Jika dibandingkan dengan perkhidmatan bus rapid Kuantan yang juga telah mengalami kerugian yang besar pada tahun 2017. Soalan saya, adakah pihak kerajaan bercadang mencontohi negeri-negeri yang telah melaksanakan perkhidmatan bas percuma ini untuk dilaksanakan di negeri Pahang? Dengan kata-kata di atas, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Teruntum. Ya, saya jemput Sabai. Okay Sabai.

Terima kasih Yang di-Pertua,

Saya rasa gembira kerana diberi peluang untuk berbahas dalam Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang sempena Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pahang yang Keempat Belas.

Tuan yang di-Pertua,

Seperti biasa saya ingin membawa beberapa isu daripada kawasan saya iaitu DUN Sabai. Yang pertamanya, dalam 5 tahun yang lepas, telah berlaku beberapa kebakaran di DUN Sabai. Ada yang besar, ada yang kecil. Baru-baru ini 28 haribulan 6 telah berlaku satu kebakaran yang amat dahsyat sekali di pekan Karak, yang mengakibatkan satu kedai telah hancur semuanya.

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih saya kepada pihak bomba yang telah datang ke tempat dan bertungkus lumus untuk memadamkan api tetapi tekanan air tidaklah begitu baik sekali pada masa itu dan saya beritahu supaya panggil Jabatan Air untuk meningkatkan lagi er… tekanan air. Namun saya pun telah panggil er… Jabatan Air supaya er… tingkatkan er… tekanan air dan kami juga terpaksa tunggu untuk er… bomba daripada Perting, Kampung Perting er… untuk datang membantu kami dalam pengurusan memadamkan api.

Bila bomba daripada Perting datang kita tengok arus air sangat baik, baharulah saya tahu bahawa bukannya masalah tekanan air tetapi machineries daripada bomba dengan izin adalah kurang memuaskan. Saya ingin merakamkan di sini bahawa sekarang adalah musim panas, mungkin akan berlaku beberapa kebakaran lagi. Kita tidak boleh er… sangka tidak akan berlaku, so saya minta pihak kerajaan supaya bekerjasama dengan Kerajaan Pusat supaya tingkatkan lagi er… bomba di kawasan DUN Sabai. Saya membawa beberapa fail di sini yang telah compile dengan er… nama-nama yang datang ke pejabat saya untuk mendapatkan hak milik tanah. Setiap Wakil Rakyat yang berdiri berucap er…sejak semalam telah mengatakan tentang hak milik tanah.

Saya begitu hairan sekali ada yang masih buat permohonan selama 60 tahun. 60 tahun adalah satu jangka masa yang sangat-sangat panjang mungkin itulah sebabnya saya menang sekali lagi di Sabai. So saya dengan izin saya er… sangat-sangat minta supaya permohonan mereka akan er… dipantau, mungkin jangan biarkan mereka tunggu lama lagi. Saya juga ingin er… mendapatkan satu appointment dengan Menteri Besar supaya kami boleh sama-sama duduk bincang tentang hal-hal ini. Pada masa er… yang sama, saya juga ingin er… merakamkan bahawa inilah kali pertama saya ingin menyentuh satu masalah bukan tentang kawasan saya tetapi kawasan DUN Guai bukan saya yang pergi seperti yang Teruntum suka melancong. Saya tak melancong ke Guai tetapi mereka datang ke pejabat saya [ketawa].

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya rasa elok juga kita er… buat satu sesi khas untuk kita sama-sama memikirkan apakah sebenarnya fungsi dewan kita ini, yang kita katakan Dewan Undangan Negeri. Saya fikir kalau segala perkara kita nak membawa ke sini persidangan 3 kali setahun, kalau bersidang sampai sebulan pun kita tak mampu urus dengan baik. Sebenarnya wakil daripada Sabai semalam ada membawakan kepada saya kompilasi beberapa permohonan tanah yang lama sungguh Dato’ Sri Yang di-Pertua, lama apa Dato’ Sri Sabbaruddin Chik dengan izin minta maaf surat sokongan dulu pun bekas Ahli Parlimen Temerloh, maksudnya ketika Guai di bawah Temerloh pun dibawa. Jadi persoalan saya sebaik-baiknya perkara yang nak kita bawa dalam dewan ni biarlah perkara yang membabitkan soal perundangan yang tidak diperatuh… dipatuhi, proses kerja yang tidak dipatuhi maksudnya apabila sistem penyampaian kita tu tidak berjalan dengan baik.

Jadi dalam hal untuk urusan tanah Guai ini perkara pertama, mereka yang mengadu tu sebaiknya pergilah kepada kaunter-kaunter urusan Pejabat Tanah Daerah Bera. Sekiranya perkara itu tak boleh diuruskan bawalah kepada Wakil Rakyat yang terbabit. Berjumpa dengan saya er… jadi kalau apa ni saya pun tidak menolak Yang Berhormatnya boleh er… taklah pula salah nak mengadu di sini, tapi saya tengok menjadi satu trend kalaulah perkara yang dibincangkan ini dipetik salah konteks oleh pihak-pihak luar seolah-olah segala perkara yang diuruskan di pejabat-pejabat kerajaan ni nampak semua benda tak betul.

Jadi kita menghargai keprihatinan wakil daripada Sabai bawa masalah tu kepada saya, dan sebaiknya kalau Wakil Rakyat apa daripada Sabai pun nak menolong tunjukkan dia jalan ni Pejabat Tanah Daerah Bera, ini kaunter yang terbabit, ini pegawai yang bertugas wakil daerah… apa Tuan Pegawai Daerah Bera pun ada di sini er… apabila kita rasa apa ni pegawai yang bertugas Dato’ Pegawai Daerah tidak berfungsi dengan sempurna, ADUN Guai pun tidak bekerja dengan sepatutnya eloklah kita bincang di sini kalau dak panjang benar persidangan kita untuk Yang di-Pertua. Kita rasa eloklah kita gunakan sidang kita ni untuk perkara-perkara yang lebih manfaat. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Guai. Ya Sabai sila.

Terima kasih Yang Berhormat Guai. Saya memang faham apa yang telah diberitahu er… Yang Berhormat Guai tetapi er… selepas tengok apa yang mereka bagi saya, mereka sudah pergi ke semua tempat. This is the last result dengan izin bukan mereka tak pergi terus datang kepada saya mereka sudah jumpa dengan semua er… dari pihak kerajaan tak jadi. So, mereka terpaksa datang kepada saya. Saya sebagai Wakil Rakyat er… di kawasan er… walaupun di Sabai sahaja tetapi negeri Pahang saya hanyalah jadi er… wakil sahaja untuk bawa perkara ini ke dewan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Kalau dia kata dah berjumpa saya, Wakil Kerajaan pada tarikh, masa, tempat tolong nyatakan saya rasa apa Dato’ Pegawai Daerah Bera pun ada di atas sana, saya insya-Allah. Boleh bukan saja boleh bercakap. Tak kedekut surat sokongan untuk minta beri perhatian tak kisah saya tak pernah tanya kalau orang belah Bera tu, tak kisahlah dari dia tu mengundi jawatankuasa PAS ke, Keadilan ke, Harapan ke apa semua. Bila ada masalah saya akan buat sikit nota kepada er…Tuan Pegawai Daerah tolong er… sokongan untuk menyemak status sebagai contoh tapi saya akan masukkan di bawah tu mengikut terma dan syarat-syarat sedia ada. Jadi pegawai yang bertugas tahu bahawa saya memberi perhatian terhadap aduan itu. Jadi tolong proses ikut jadi, sekurang-kurangnya adillah kepada saya, Wakil-wakil Kerajaan sebab Yang Berhormat tadi pun sebut kata seolah-olah dah jumpa saya. Jadi saya berjumpa dengan orang ni, ramai sungguh tapi daripada senarai Yang Berhormat tunjuk kepada saya tu kesnya ya… memang lama sungguh dan saya rasa saya tidak pernah berurusan dalam kes itu. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak apa Yang Berhormat, kita bagi peluang Sabai.

Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sabai untuk meneruskan perbahasan.

Terima kasih. Guai. Saya lebih suka adil kepada warga Pahang [ketawa] Okay, er… seperti yang er… Guai katakan tadi saya akan serahkan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya minta maaf sejak bila pula Kerajaan Barisan Nasional, ADUN-ADUN ni tak pernah be… berlaku tidak adil kepada er… DUN-DUN lain. Tak pernah ya. Jadi apa ini bukan soal di sini orang lain yang tidak… tidak apa ni membincangkan kawasan DUN lain tu, tidak adil kepada Pahang tapi kalau…kalau begitulah caranya maknanya kalau kita tak nak menggunakan sistem pros… apa sistem yang sedia ada, proses penyampaian sedia ada susah jugalah. Bukan sahaja Wakil Rakyat ni kita masuk semua pintu tak ada pengagihan nanti Pegawai Daerah pun terpaksa urus semua daerah-daerah lain.

Saya rasa kita ni ikut… ikut sistem pendidikan mana pun ikut ajaran agama mana pun kita hendaklah kita bermuafakat untuk menguruskan urusan-urusan ni dan kita kena hormat pada peraturan proses yang sedia ada bukannya melanggar sangat tu tetapi saya saya bercakap tadi bukan saja merujuk Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua kepada kes ini sahaja. Saya tengok kadang-kadang kita bukannya lama sangat bersidang tapi kita bawa kepada sidang dewan ini perkara-perkara yang boleh membina, menambah baik sistem penyampaian awam.

Ini julung-julung kalinya dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diwujudkan portfolio ini. Kalau nak ikutkan running code bidang kerja saya. Dato’ Sri Yang di-Pertua, semua ni apabila penyampai-penyampai aduan tidak dilayan ni semua maksudnya akhir-akhirnya jawatankuasa saya kena memantau Dato’ Sri Yang di-Pertua. Minta maaf Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Sabai.

Statement saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kita buka perkara lainlah.

Saya lebih adil kepada warga Pahang bukan bermakna saya kata yang ADUN-ADUN lain tidak adil er… minta maaf kalau saya telah mensakitkan hati Guai [ketawa] sorry menyakitkan hati Guai. [ketawa] Okay.

Yang di-Pertua (Speaker)

Guai teruskan er… Sabai.

Seterusnya ada sebuah pusat PDK di Karak, Taman Indah, Karak er… telah dijalankan sejak tahun 2002 mereka bermula dengan 5 orang kanak-kanak istimewa kita semua tahu masalah kanak-kanak istimewa. Sekarang mereka ada 30 orang kanak-kanak istimewa dari umur 3 tahun hingga er… 26 tahun er… saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada er… Jabatan Kemasyarakatan sebab telah memberi geran kepada er… persatuan ini untuk menjalankan pusat er… pemulihan untuk kanak-kanak istimewa tetapi malangnya rumah yang mereka sedang sewa er… telah er… telah di classified untuk dijual er… tuan punya rumah hendak jual rumah tersebut dan er… persatuan ini sedang er… they are going through tough times er… dapatkan satu rumah baru untuk menjalankan aktiviti pemulihan kanak-kanak istimewa.

Mereka juga telah buat satu permohonan untuk mendapatkan sebidang tanah untuk membina bengkel dan juga rumah er… PDK untuk kanak-kanak istimewa mungkin Pejabat Tanah Bentong sudah mendapat permohonan ini saya ingin mengambil kesempatan ini supaya er… Pejabat Tanah dan Daerah akan er… take this as very important issue for the public in Sabai dengan izin, minta maaf ya sebab kita sudah tahu untuk menjadi sebuah… seorang kanak-kanak istimewa bukan senang, untuk menjadi ibu bapa kepada kanak-kanak istimewa juga bukan senang. Mereka telah dipilih untuk menjadi ibu bapa kepada kanak-kanak istimewa dan juga untuk menjadi guru dan pengasuh kanak-kanak istimewa juga satu perkara yang sangat-sangat mulia.

So, untuk perkara yang begitu mulia sekali saya berharap sebidang tanah akan diberikan kepada mereka supaya mereka boleh membina rumah dan juga bengkel untuk kanak-kanak ini er… untuk masa akan er… masa depan mereka er… dalam bengkel yang mereka sedia ada sekarang mereka telah banyak er… memberi pengajaran kepada budak-budak ini sampai mereka boleh melukis, mereka boleh menari er… walaupun rumah itu sangat sempit, mereka telah buat sesuatu yang bila kita tengok we feel so proud to have those children yang er… semakin lama semakin pintar.

Perkara yang seterusnya adalah longkang sumbat dan longkang pecah di sekitar kawasan DUN Sabai. Setiap hari ada juga aduan yang mengatakan longkang di sekitar rumah penduduk di Taman er… Taman Permai dan Taman Makmur Karak semakin hari semakin pecah longkang-longkang tersebut sudah banyak kali kita buat aduan kepada Majlis Perbandaran. Jawapan yang kami terima adalah masih dalam proses, tunggu dana. Saya faham kita tak cukup dana tetapi perkara-perkara sebegini er… saya percaya terpaksa er… mengambil tindakan yang er… dengan secepat mungkin.

Klinik Kesihatan Karak satu klinik yang sedang dalam pembinaan. Saya pernah membawa isu ambulans Klinik Kesihatan Karak 2 tahun lepas, saya juga telah rasa sangat gembira 1 daripada 19 ambulans telah dihantar kepada Klinik Kesihatan Karak tetapi malangnya telah diganti dengan yang lama. Apa yang kami minta adalah satu lagi ambulans supaya boleh kita terpaksa hendak satu ambulans untuk spare tetapi yang berlaku adalah yang lama telah dilupuskan. Masih ada masalah kekurangan ambulans di Klinik Kesihatan Karak. Saya juga ingin merakamkan di sini bahawa Klinik Kesihatan Karak masih memerlukan sebuah ambulans.

Remaja di DUN Sabai. Saya selalu tengok budak-budak lelaki especially tidak bekerja di DUN Sabai. Ramai. Mereka sedang menganggur. Kita juga selalu cakap tentang pertanian. Saya masih ingat apa yang er… Perdana Menteri yang lalu bukan Dato’ Sri Najib tetapi Dato’ Sri Badawi telah berkata bahawa per…

Yang di-Pertua (Speaker)

Nama tu Yang Berhormat Sabai.

Ya, Dato’ Sri Abdullah Badawi. Dia telah berkata, beliau telah berkata bahawa pertanian adalah perniagaan so saya ingin er… menyeru di sini kita boleh menggunakan kegiatan pertanian ini ke er… dan er… mengajar remaja-remaja kita supaya mereka boleh bertani supaya mendapatkan rezeki masing-masing. Selain daripada mengatakan mereka tak dapat kerja, tak ada kilang di Karak, tak ada kilang di Bentong tetapi kita ada banyak tanah.

Mungkin tanah-tanah negeri Pahang ini boleh digunakan untuk urusan pertanian. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada saudari saya Rara yang telah membawa isu perkahwinan er… budak kecil. 11 tahun adalah umur untuk bermain dan belajar. Walaupun kita berlainan ugama tetapi kita adalah bangsa Malaysia, saya amat sokong apa yang telah dibawa oleh saudari Rara supaya kita sebagai bangsa Malaysia…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Sabai, dalam Dewan Yang Mulia ini kita menggunakan nama kawasan je, Yang Berhormat Ketari.

Minta maaf.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bukan nama.

Kebiasaan yang kami gunakan. Saya menyokong 100% apa yang dibawa oleh Ketari supaya er… satu undang-undang baru yang mengatakan umur er… minimum untuk berkahwin adalah 16 tahun. Walaupun er… bangsa ugama lain kita mesti, janganlah bagi orang budak kecil berkahwin sebab saya sebagai ibu kepada seorang anak perempuan yang sudah 24 tahun masih belum berkahwin lagi, belum cari jodoh juga

sebab saya rasa dia masih baby, masih budak kecil. So, very… so bila dengar ada budak 11 tahun sudah nak kahwin I will… sebagai seorang ibu sakit…

Dato’ Sri Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, sila Kerdau.

Tak elok sangat ke kahwin ni? Kahwin ni… Kahwin ini tak elok sangat ke?

Kahwin memang seronok tapi kahwin umur muda. [Ahli Dewan ketawa] Tak seronok, tak baik.

Apa sebab kahwin umur muda tak baik jika dibandingkan bersekedudukan di umur muda tanpa kahwin?

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Kahwin… kahwin ini bukan untuk keseronokan, kahwin ini ialah satu tanggungjawab makanya kita perlu menghadkan umur.

Yang jawab seronok tadi Sabai, bukan saya. [Ahli Dewan ketawa]

Kita bukan kahwin untuk keseronokan, kahwin memang adalah tanggungjawab. So 11 tahun itu tak boleh… tak boleh terima langsung, tak dapat nak terima langsung.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua…

Ada… adakah? Sorry.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bagi laluan.

Minta laluan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya cuma nak bagi pandangan sikit je nie. ADUN Sabai mengatakan kahwin itu tanggungjawab bukan untuk keseronokan, saya rasa tak betul. Yang betulnya tanggungjawab dan keseronokan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dua-dua Yang Berhormat ya.

Budak 11 tahun tak tahu apa itu tanggungjawab dan juga keseronokan, dia ikut sahaja. Tapi bila kita fikirkan balik…

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya tak sebut umur 11 tahun saya sebut kahwin je. [Ahli Dewan ketawa] Saya tak sebut 11 tahun. Jangan confuse.

Terima kasih. Tapi kita sedang cakap tentang perkahwinan bawah umur. Dengan itu…

Dato’ Sri, minta maaflah sekali lagi. Kita memang tidak menggalakkan kahwin umur yang muda seumpama 11, 12 tahun tetapi jika ada berlaku kes-kes terpencil seperti yang disebutkan oleh Ketari tadi kenapa kita sampai memaksakan diri kita untuk berbahas di dalam dewan ini supaya melarang mereka berkahwin dan mungkin menimbulkan perkara-perkara yang menyebabkan mereka melakukan perhubungan sedang mereka tidak berkahwin. Lebih baik kita mendidik mereka dengan nilai-nilai murni sedangkan mereka berkahwin daripada mereka tidak mempunyai nilai-nilai murni dan mereka mempunyai perhubungan yang tidak berkahwin.

Terima kasih. Ya, satu pandangan yang bagus, yang bernas. I accept it, thank you so much. Nilai-nilai murni er… nilai-nilai murni apakah yang telah er… aplikasi apakah yang telah digunakan oleh seorang lelaki yang 41 tahun yang telah tampil untuk berkahwin dengan budak seumur 11 tahun itu?

Kahwin? Nilai-nilai murni berkahwin daripada nilai-nilai yang tidak berkahwin. Bukan ke kita dah bersetuju tadi berkahwin itu seronok dan baik, bertanggungjawab. Bagaimana pula kita nak menegakkan tidak berkahwin itu nilai-nilai yang baik?

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya tak bercadang nak menjadikan ini polemik pembahasan pembangkang dalam soal kahwin 11 tahun ini. Jadi mungkin masa yang lain boleh kita polemikkan. Saya ingat Sabai…

Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Elok Sabai…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, soal kahwin lagi?

Ya, ya saya akan teruskan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Teruskan. Masa dah tinggal 2, 3 minit lagi, Sabai.

Satu sahaja lagi. Saya sedang cari.

Yang di-Pertua (Speaker)

Duduk dulu la.

Dengan itu, saya lagi sekali ingin mengucapkan terima kasih kerana beri peluang untuk berbahas dalam er… perbahasan hari ini dan saya harap walaupun er… dulu kami jadi pembangkang senang sangat untuk memberitahu orang ramai bahawa kami masih pembangkang sekarang oleh kerana rakyat Malaysia sangat pandai, meraka kata kami sudah ada kerajaan, setiap kali datang ke pejabat untuk minta bantuan, bantuan seperti kewangan untuk er… rawatan mereka tetapi kami masih memberitahu mereka kami masih… yang kami adalah pembangkang di negeri Pahang. Er… saya berharap er… Dato’ Sri Menteri Besar akan terima pandangan kami supaya kami sebagai Wakil Rakyat Negeri Pahang akan menerima peruntukan at least untuk menjalankan tugas-tugasan kami di pejabat.

Dulu kita tidak banyak buat photostat tapi sekarang kerja-kerja photostat pun satu bulan mungkin sudah mencecah banyaklah sekarang. So untuk kebaikan rakyat Pahang er… saya er… ingin menegaskan di sini walaupun kami masih pembangkang tetapi kami pun seperti ADUN-ADUN Barisan Nasional membantu rakyat Pahang so kita juga ada hak untuk mendapatkan dana daripada kerajaan untuk membantu er… pengundi-pengundi kami. Dengan itu er… terima kasih untuk peluang ini dan er… thank you.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Sabai. Ya. Saya memanggil… menjemput Semambu dan selepas itu Chenor, ya. Boleh? Boleh… boleh terima? Semambu dan Chenor boleh kita. Okay, boleh ya?

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Terima kasih. Terima kasih kepada Dato’ Sri Yang… Yang di-Pertua memandangkan masa tidak begitu mengizinkan jadi saya ringkaskan er… ucapan menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang ini. Er… saya hanya ingin bawa tiga perkara sahaja. Er… terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya dalam perbahasan ini. Er… saya menyokong penuh saranan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang dalam ucapan Titah Diraja yang menyarankan supaya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu bekerjasama membangunkan Negeri Tok Gajah tanpa mengira fahaman politik.

Beras segantang sudah disukat, Lalu disimpan di atas para, Seeloknya kita bermuafakat, Negara damai, rakyat sejahtera.

Kita semua sedia maklum bahawa Pahang kaya dengan sumber asli dan kawasan tarikan pelancongan. Saya yakin sekiranya sumber yang banyak ini digunakan secara strategik dengan pengurusan yang cemerlang Pahang mampu menjadi negeri antara terkaya di Malaysia. Selari dengan semangat bersama memakmurkan Pahang, saya ingin mengemukakan tiga cadangan.

Yang pertama, mengamalkan amalan tender terbuka untuk kuota pembalakan di samping mengurangkan kuota pembalakan untuk memaksimakan nilai harga hutan balak kita yang kian kurang akibat daripada pembalakan yang berleluasa sebelum ini. Anggaran saya dengan izin, dengan menggunakan kuota pembalakan… dengan mengurangkan kuota pembalakan sebanyak 20% ataupun daripada 83,000 ekar kepada 66,000 ekar kita masih mampu menjana hasil tambahan lebih daripada RM200 juta setiap tahun. Saya turut menyokong sepenuhnya cadangan Pemangku Raja kepada Jabatan Perhutanan supaya menguatkuasakan amalan hutan secara berkekalan ataupun sustainable forest management.

Yang kedua, menguruskan ekonomi Pahang supaya lebih makmur. Untuk menarik pelaburan swasta dalam sektor pembuatan industri asas tani mahupun teknologi, agensi Kerajaan ataupun anak syarikat negeri memainkan peranan yang penting untuk memacu ekonomi dan menjadi perintis dalam perancangan dasar industri. PKNP, PKPP, PSK, Yayasan Pahang dan PASDEC dan lain-lainnya harus diberikan peranan spesifik dalam bidang masing-masing di samping tidak ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam segala bentuk penyelewengan. GLC adalah senjata sesebuah kerajaan tetapi jika disalahgunakan ianya akan menembak sendiri.

Kelmarin, saya tertarik dengan perkembangan sebuah GLC yang bernama PASDEC. Pada 4 Julai, Dato’ Sri Tew Kim Tin, Pengarah Eksekutif telah melancarkan tawaran membeli semua saham PASDEC melalui conditional mandatory take over offer. Semasa tawaran ini dibuat, Tew Kim Tin telah menguasai 38.6% saham PASDEC. PASDEC merupakan entiti perniagaan Kerajaan Negeri yang mana PKNP menguasai 26.57% bahagian dalam PASDEC. Sekarang pegangan saham satu-satu pihak telah melebihi bahagian PKNP dan PASDEC bakal diswastakan sekiranya tawaran ini diterima oleh majoriti pemegang saham.

Persoalan saya adalah Dato’ Sri Yang di-Pertua, mengapakah kerajaan negeri boleh mengizinkan pemilikan saham satu pihak lain mengatasi PKNP berlaku? Apakah peranan PASDEC sekarang? Entiti komersial kerajaan negeri ataupun tidak berkaitan

langsung dengan sebarang dasar negeri? Saya memandang serious tentang perkara ini kerana PASDEC seperti nama PASDEC ini Pahang State Development Cooperation ya, melibatkan nama negeri ya, kerana jika tidak dipandang serious, objektif yang keliru lagi mengelirukan ini akan diambil kesempatan oleh pihak demi kepentingan diri.

Ketiga, projek pembangunan bukan sahaja harus membawa impak positif kepada ekonomi negeri tetapi juga harus mengambil kira kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan generasi akan dating. Saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini tentang projek penggondolan Bukit Sekilau. Untuk makluman semua, sebahagian Bukit Sekilau kini telah digondolkan tanpa sebarang kajian impak alam sekitar. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan bahawa bagaimana projek ini bukan sahaja diluluskan tetapi dijual dengan harga yang tidak berpatutan kepada pemaju swasta dan apakah langkah terkini kerajaan mengenai kes ini?

Tiga isu saya telah lontarkan tadi er… izinkan saya er… membawa sedikit isu er… tempatan…

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Mohon laluan.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Silakan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Beserah ya.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Terima kasih. Terima kasih er… Semambu, terima kasih er… Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang di… di… er…dinyatakan oleh Yang Berhormat Semambu. Er… entiti PASDEC hampir er…dilupuskan daripada pegangan PKNP, satu perkara yang serious yang perlu kita lihat kepentingan kerajaan negeri di dalam memelihara kepentingan negeri dan juga rakyat negeri Pahang dalam aspek er… apa ni pemilikan syarikat-syarikat begini.

Dalam masa yang sama saya terfikir er… kalau sekiranya pertanian kita ada PKPP er… kita ada dalam pembalakan kita ada er… ASPA dan sebaginya. Sekiranya boleh untuk kita nak mempertingkatkan perolehan negeri dalam sumber mineral ini, kita ada sebuah syarikat perlombongan… pertubuhan entiti perlombongan khusus untuk milikan negeri Pahang supaya segala bahan lombong mineral-mineral ini juga dikuasai oleh syarikat pemilikan. Contohnya daripada Yang Behormat Sungai Lembing nak memulakan bauksit semula, er… seharusnya bauksit ini dimiliki oleh syarikat milikan kerajaan negeri.

Kita ada satu perbadanan, permodalan yang berasaskan mineral dan lombong supaya dia seimbang, kita ada syarikat yang berasaskan pembalakan, syarikat berasaskan pertanian kita juga perlu ada syarikat yang berasaskan perlombongan dan mineral. Ini saya rasa boleh membantu untuk nak menambah dan meningkatkan perolehan kerajaan negeri di samping membantu negeri… er… rakyat negeri Pahang. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik Yang Berhormat.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Terima kasih atas cadangan tersebut. Er… tapi masa tidak begitu mengizinkan jadi er… saya ingin teruskan dengan isu er… tempatan.

Yang pertama adalah tentang peneroka-peneroka di RTP Bukit Goh yang mana untuk makluman Dewan Yang Mulia ini peneroka fasa kedua dan fasa ketiga sehingga kini masih gagal mendapat geran tanah kerana ketidakmampuan untuk membayar premium geran tanah yang mencecah RM20,000 bagi setiap lot tanah rumah. Berbanding dengan fasa pertama yang diberi geran secara percuma. Peneroka-peneroka fasa kedua dan ketiga dikenakan kadar premium yang tinggi.

Mengapakah keadaan ini berlaku? Saya memohon agar pihak Kerajaan Negeri Pahang boleh bertimbang rasa dan memberi geran tanah secara percuma kepada peneroka tanah RTP Bukit Goh fasa kedua dan ketiga sejajar dengan semangat er… penghargaan kepada mereka yang berjasa untuk meneroka hutan dan membuka ladang 50 tahun lepas… 45 tahun lepas.

Terakhir saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini berkenaan dengan pemindahan SRJKC Panching ya, dari Panching ke KOTA SAS. Pemindahan adalah wajar kerana sekolah tersebut hanya mempunyai 39 orang murid buat masa ini sahaja. Tanah di KOTA SAS telah disediakan dan proses pemindahan tengah berjalan. Saya turut dimaklumkan bahawa pemindahan tersebut melibatkan pembayaran cukai tanah sebanyak RM460,000.

Memandangkan pendidikan adalah asas kepada pembangunan negara, di sini saya ingin memohon kepada kerajaan negeri agar mengecualikan cukai tanah tersebut. Er… saya ada beberapa isu tempatan tetapi saya rasa eloknya saya bawa untuk jumpa dengan agensi-agensi berkaitan untuk dibincangkan kemudian dan itu sahaja ucapan saya pada petang ini. Sekian terima kasih, er… tidak lupa ucapkan tahniah kepada Menteri Besar baru, Yang Amat Berhormat dari Jelai dan juga kepada Dato’ Sri Speaker yang kekal menjadi Yang di-Pertua untuk penggal ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, terima kasih Semambu. Ya, sila wakil daripada Chenor.

[Ayat Al-Quran] Assalamualaikum WBT. [Ayat Al-Quran].

Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih diucapkan kerana memberi peluang kepada saya untuk menjunjung kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat, dan seluruh yang terpilih Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan yang hadir pada petang ini.

Alhamdulillah, er… saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengundi daerah Chenor yang memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa suara mereka ke Dewan Yang Mulia ini. Chenor merupakan sebahagian daripada bandar yang lama dan sejarahnya banyak. Chenor ni, dua kalimah. Che Nor nama seorang gadis yang sangat cantik pada waktu itu, dan ia merupakan er… kegilaan remaja pada waktu itu.

Jadi, oleh kerana itu, er… dalam dewan ni, kita ada Kuala Sentul ni, orang Chenor ni. Baik, jadi Chenor ini merupakan ada 4 FELDA, Sungai Nerek, Kampung Awah, Jengka 6 dan juga Jengka 7. Kemudian mempunyai kampung-kampung tradisional di mana sebahagian besarnya berada di tepian sungai Pahang. Jadi saya nak menarik perhatian kepa… dewan ini, bahawa masalah banjir yang berlaku er… di sekitar Chenor kerana Chenor ini menerima limpahan air yang begitu banyak daripada Tembeling, Sungai Semantan dan juga Sungai Bera, yang mengakibatkan perubahan-perubahan landskap sungai Pahang sehinggakan pasir-pasir dan juga tanah yang begitu banyak menjadikan ceteknya sungai di daerah Chenor. Lebih-lebih lagi di bahagian Kertau yang menyebabkan aliran sungai itu menjadi sempit. Jadi air yang sempit itu dia deras menyebabkan dia menerjah tebing dan menyebabkan hakisan dan runtuhnya er… tebing dan sebahagian besarnya jalan yang menjadi penghubung bagi Bera dan sekitarnya sehingga ke Chenor.

Jadi oleh kerana itu, saya mengharapkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang seperti mana yang disiarkan oleh BERNAMA pada 16 November tak silap saya, 2016 di mana Kerajaan Negeri Pahang ada usaha memperdalamkan sungai di Pahang, dengan melantik Syarikat Gegaran Alam Sdn. Bhd., yang dikatakan bekerjasama dengan China, Malaysia (Pahang) yakni projek Management Company Limited daripada Beijing, China dalam aspek menggunakan teknologi canggih yang boleh digunakan untuk kerja mengorek sungai.

Fasa pertama projek itu melibatkan jangka masa 15 tahun bagi menangani masalah banjir di negeri Pahang ini dan mengambil masa dalam tempoh 40 tahun ya, untuk… untuk disiapkan dikatakan bermula pada tahun 2017. Persoalannya adakah projek ini telah berjalan? Sejauh mana perkembangannya sekarang?

Kemudian melalui MOU tersebut, dikatakan fasa pertama kerja mengorek sungai itu akan melibatkan kawasan hulu Sungai Pahang, Sungai Jelai, Sungai Lipis, Sungai Kenau dan sebahagian Sungai Kuantan sepanjang 272 kilometer. Persoalannya untuk fasa kedua dan seterusnya adakah ia melibatkan Sungai Pahang sendiri yang menjadi nadi bekalan air bersih kepada penduduk negeri Pahang ini? Penduduk negeri Pahang khususnya Chenor.

Saya sangat mengharapkan Chenor menjadi tumpuan utama kerja-kerja pendalaman ini. Runtuhan sering berlaku sekitar Loji Air Bukit Kertau, Kampung Telok, er… dan baru-baru ini runtuhan jalan berlaku di tepi Kampung Teluk, Tebing Tembah, Nyok Sentang dan seumpama, itu nama-nama yang berada di Chenor. Baik.

Tuan Yang di-Pertua,

Pembangunan, isu yang kedua yakni pembangunan Pekan Awah. Sekitar tahun 80-an, Pekan Awah dahulu dikenali dengan nama Pekan Sawmil adalah di antara pekan ataupun bandar kecil yang maju dan ia juga sibuk dengan kedudukan yang strategik yang menjadikan penghubungan er… perhubungan di antara bandar Temerloh, Maran, Jengka dan juga dia disebut sebagai segi tiga.

Wujudnya pelbagai jenis perniagaan menjadikan seolah-olah er... bus stand kepada syarikat bas mengambil penumpang. Nama-nama besar yang pada waktu itu yang berniaga er… di… di Pekan Awah seperti mana Syarikat Teck Seong dan seumpamanya yang akhirnya meninggalkan Pekan Awah dan pergi ke Temerloh. Sekarang bandar baru, sekarang ni bandar Pekan Awah ibarat Pekan yang kehilangan daya saing. Pada tahun 2008 telah ada usaha yang dilakukan oleh Majlis Daerah Maran untuk memajukan Pekan Awah dan juga Matau yakni di bandar Jengka. Saya menyokong penuh cadangan pembangunan semula tanah di Pekan Awah yang melibatkan kawasan seluas 20.2 ekar. Manakala bagi Matau bandar Jengka, adalah seluas 26.2 ekar.

Bagi merealisasikan hasrat ini, pemaju telah dipertanggungjawabkan iaitu bagi projek di Pekan Awah ia dilaksanakan oleh Syarikat Tuah Tetangga Sdn. Bhd. Sementara bagi projek di Matau bandar Jengka, pemaju yang diberikan kepercayaan adalah Mentiga Corporation Bdn. Usaha pengurusan pembangunan tanah di Matau, Jengka adalah hasil Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Yang Ke-34 pada tahun 2006 yang bersidang pada 18 Oktober 2006. Manakala cadangan pembangunan tanah di Pekan Awah adalah sebahagian menuruti keputusan MMK Yang ke-14 pada tahun 2007, ia bersidang pada 16 Mei tahun lalu. Er… tahun sebelum…selepasnya.

Persoalannya pembangunan di Matau, er… bandar Jengka sedang berjalan sebaiknya dan di Pekan Awah masih belum ada tanda-tanda pembangunan akan dibuat. Apakah syarikat yang dipertanggungjawabkan gagal untuk melaksanakan perjanjian tersebut? Saya mengharapkan usaha membangunkan semula bandar Pekan Awah perlu diteruskan memandangkan kedudukannya yang strategik dan berpotensi.

Kemudian isu yang ketiga, rumah generasi yang kedua yang masih terbengkalai di FELDA Awah, dan juga Jengka 6. Saya ringkaskan Yang di-Pertua, kerana masa mencemburui kita. Begitulah juga isu yang keempat, yakni berkenaan perjudian haram yang berlaku di kawasan Pekan Awah, Kampung Raja Chenor, Seberang Chenor. Ini juga merupakan sebahagian daripada perkara yang disebut oleh ADUN-ADUN yang lain.

Kemudian berkenaan dengan Perumahan Awam Kos Rendah yang berada di Taman Jaya Diri Chenor, yang begitu lama terbengkalai sehingga hampir 20 tahun yang mana rumahnya dilihat dan saya juga pergi ke tempat tersebut dan melihat bagaimana sepatutnya rumah ini tidaklah banyak kosnya lagi tetapi bila ditinggalkan hampir 20 tahun, mengakibatkan struktur dan juga rumah-rumah yang menjadi rosak. Oleh kerana itu, saya minta supaya kerajaan negeri dapat melihat keadaan dan bagaimana dapat dibangunkan rumah ini.

Kemudian yang akhirnya, saya kira oleh kerana masa yang singkat yakni berkenaan dengan Pekan Sehari Chenor, yang merupakan destinasi tumpuan bagi masyarakat khususnya Temerloh, Jengka, Maran dan juga sekitar orang-orang yang lain yang ingin melihat Pekan Sehari Chenor yang merupakan satu di antara Pekan Sehari yang tua dalam negeri Pahang ni, kerana ianya merupakan sebahagian tempat untuk manusia ataupun orang-orang ramai mencari kuih-kuih tradisional dan seumpamanya. Jadi oleh kerana itu, saya mengharapkan Pekan Sehari ini juga perlu dipelihara dan baru-baru ni saya banyak menerima aduan-aduan yang terkait dengan pencemaran daripada najis kerbau dan seumpamanya kerana Pekan Sehari tersebut tidak dipagar yang menyebabkan haiwan-haiwan berkeliaran yang akhirnya Pekan Sehari ini di… penuh dengan najis-najis. Kalaulah ada bajet dan seumpamanya yang dapat digunakan untuk memelihara kawasan-kawasan ini. Ini menjadi daya… daya tarikan

er… kepada ha… masyarakat-masyarakat dan juga mereka datang dalam keadaan yang gembira.

Kemudian ha… Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kerdau yang datang ketika berlakunya tangki pecah di Sekolah Menengah Agama Chenor. Walaupun saya tak bertemu, saya awal lagi tapi oleh kerana tidak dapat, dia pukul 11.00, saya 6.30 sampai dah.

Jadi oleh kerana itu, saya minta maaflah tak dapat menyambut, saya gembira kerana keprihatinan kerajaan negeri dalam er… dalam usaha menjaga keselamatan. Dan Alhamdulillah tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku. Walaupun begitu alhamdulillah juga kita mengharapkan supaya bukan hanya sekadar peristiwa itu er… berlaku di Chenor dan kita mengharapkan juga supaya tangki-tangki yang begitu… sebegitu lama perlu dilihatlah supaya ia tidak membabitkan untuk kejadian yang seterusnya.

Kemudian, akhir ha… banyak kali dah akhir. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada semuanya dan saya menyokong Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang dan saya menyokong sepenuhnya. [Bacaan ayat Al-Quran] Assalamualaikum WBT. [Semua Ahli Dewan tepuk meja].

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat ada masa 2 minit lagi tadi. Baiklah Ahli-ahli Berhormat sekalian, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyampaikan ucapan dan titah, perbahasan pada hari ini. Dimaklumkan bahawa seramai 11 wakil-wakil… ADUN-ADUN… wakil-wakil yang telahpun menyampaikan perbahasan dan saya lihat er… Ahli-ahli Berhormat telah mematuhi beberapa arahan, menepati masa, menyampaikan hujah-hujah dengan baik, jelas dan sempurna.

Dan ini menandakan bahawa Ahli-ahli Berhormat walaupun baru berada di Dewan Yang Mulia ini tetapi telah menunjukkan satu sikap er… satu model yang baik dan inilah sebenarnya contoh yang nak kita bawa dan ketengahkan dalam Dewan Undangan Pahang Yang Mulia ini. Baiklah Ahli-ahli Berhormat sekalian, saya… kita akan menyambung semula perbahasan pada hari esok 26 Julai 2018 bersamaan hari Khamis bermula jam 9.30pagi.

Untuk makluman saya juga ingin memaklumkan dan mengingatkan kemungkinan Wakil-wakil Kerajaan akan membuat penggulungan juga pada hari esok, pada hari yang sama. Terima kasih persidangan ditempohkan. Assalamulaikum WBT.

[Persidangan ditangguhkan jam 5.00 petang]