Pahang · 23 November 2018
14th Assembly, 1st session, 3rd meeting · 428 turns · 42,330 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Pahang Keempat Belas di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan
Hari Keempat (Jumaat) : 23 November 2018
Bersamaan
: 15 RabiulAwal 1440 Hijriah
Masa
: 9.30 pagi
DOA
Perkara Pertama: Doa
Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan taufik-Mu dipohonkan menyuluh, memandukan kepada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Aamiin Ya Rabbal A’lamin.
Pertanyaan Dan JawapanQuestions
Perkara kedua: Pertanyaan dan Jawapan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera dan Selamat Pagi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan pada hari ini dan untuk meneruskan aturan mesyuarat pada kali ini, saya dengan ini menjemput Yang Berhormat ADUN Tanah Rata. Sila.
Selamat pagi Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya di sini mohon izin kemukakan soalan nombor 1.
[Apakah langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang akan
dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri untuk menangani masalah kesesakan
lalu lintas di kawasan Cameron Highlands terutamanya semasa hari cuti?]
Assalamualaikum WBT. Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. [Batuk]
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
ADUN Kawasan Tanah Rata bertanyakan berkenaan kesesakan lalu lintas di Tanah Rata dan er… ini memang tidak dapat dinafikan kerana untuk kita pergi ke Tanah Rata terdapat empat laluan iaitu daripada Raub–Koyan, er… Brinchang–Ringlet, kemudian daripada Gua Musang seterusnya daripada Simpang Pulai, Perak dan juga daripada Tapah dan ini menimbulkan dengan izin, bottle neck apabila kita sampai di Cameron Highlands.
Namun begitu kesesakan ini biasanya berlaku di waktu-waktu tertentu iaitu musim perayaan dan juga cuti sekolah. Dalam keadaan biasa tidak berlaku. Er… oleh sebab keadaan er… kesesakan ini boleh dikatakan agak er… serius. Setakat ini Kerajaan Negeri telah er… mengemukakan dua cadangan kertas kerja melalui JKR. Yang pertama ialah untuk er… menaik taraf jalan dari jalan kembar dua lorong kepada jalan kembar tiga lorong di Seksyen 66.90-hingga ke 68.50, Laluan Persekutuan FT059, Tapah ke Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur.
Cadangan projek ini melibatkan kerja pelebaran di lokasi Kea Farm, iaitu dari arah Hotel Copthorne dan S’Corner menuju ke Kea Farm. Untuk makluman Yang Berhormat, kertas kerja telah pun dikemukakan pada bulan Julai yang lalu ke Ibu Pejabat JKR Malaysia dan JKR Pahang oleh JKR Daerah Cameron Highlands bagi tujuan untuk diangkat ke peringkat Pengurusan Nilai serta dibuat pertimbangan kelulusan sebagai projek baru di bawah RMKe-11 hingga RMKe-12.
Manakala cadangan kedua ialah naik taraf jalan untuk melancarkan trafik di Seksyen 59.94-60.05, iaitu laluan Tapah-Cameron Highlands dengan simpang-simpang Jalan Langgak Mercu, Jalan Tengkolok, Jalan Persiaran Dayang Endah dan Jalan Masjid di Tanah Rata.
Cadangan projek-projek ini melibatkan kerja-kerja naik taraf simpang-simpang yang terlibat di Laluan Persekutuan, kawasan Tanah Rata melalui langkah-langkah seperti cadangan menutupi simpang yang kurang pengguna serta membina laluan baru untuk akses pengguna ke simpang lain yang sedia ada. Kertas kerja telah pun dikemukakan pada awal Oktober 2018 ke Ibu Pejabat JKR Malaysia dan JKR Pahang oleh JKR Daerah Cameron Highlands sebagai tujuan untuk diangkat ke peringkat Pengurusan Nilai serta dibuat pertimbangan kelulusan sebagai projek baru di bawah RMKe-11 hingga ke RMKe-12.
Untuk makluman er… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua juga, bagi melancarkan kesesakan lalu lintas ini, pihak PDRM khususnya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik er… juga mengambil serius permasalahan ini. Tindakan jangka masa pendek yang sentiasa dilaksanakan oleh pihak PDRM dengan mengadakan kawalan lalu lintas sewaktu puncak.
Langkah-langkah lain ialah er… menggerakkan pegawai dan anggota dari semua Cawangan IPD Cameron Highlands untuk membantu tugas melancarkan lalu lintas
dan yang lebih er… pentingnya ialah melaksanakan penguatkuasaan secara dengan izin, total enforcement and zero tolerance dalam penguatkuasaan undang-undang lalu lintas.
Di samping itu juga pihak RELA dan Penguatkuasa Majlis Daerah Cameron Highlands turut membantu untuk er… mengurangkan kesesakan lalu lintas ni dan er… pihak Majlis Daerah Cameron Highlands juga telah pun mengambil tindakan untuk membina tempat letak kereta di Golden Hill untuk pasar malam di kawasan tersebut.
Jadi saya percaya dengan tindakan-tindakan ini akan dapat er… mengurangkan sedikit kesesakan lalu lintas di Tanah Rata. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Er… salah satu sebab menjadikan Cameron Highlands di Tanah Rata ada bottle neck pada musim cuti adalah disebabkan kekurangan… kekurangan tempat letak kereta. Jadi adakah pihak kerajaan sedia ataupun er… adakah apa-apa cadangan untuk membina bangunan letak kereta ataupun membina lebih banyak… menyediakan lebih banyak tempat letak kereta di kawasan Tanah Rata. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sememangnya Kerajaan Negeri khususnya Majlis Daerah Tanah Rata akan er… berusaha sedaya upaya untuk mencari tempat untuk letak kereta dan buat pada masa ini er… tempat letak kereta yang dikenal pasti adalah di Golden Hill, Pasar Malam telah pun dibuat dan untuk akan datang sekiranya ada lagi tapak yang sesuai, yang difikirkan sesuai untuk mengatasi kesesakan lalu lintas ini, er… kita akan er… buat cadangan dan akan bina tempat letak kereta.
Soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat ADUN Muadzam Shah.
Terima kasih er… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya kemukakan soalan nombor 2.
[Sejauh manakah usaha kerajaan negeri menyokong pertumbuhan
kawasan perindustrian di kawasan Bandar Muadzam Shah?]
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada ADUN kawasan Muadzam yang bertanyakan usaha Kerajaan Negeri menyokong pertumbuhan kawasan perindustrian di kawasan Bandar Muadzam Shah. Untuk makluman er… Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong apa jua pembangunan yang akan dilaksanakan, asalkan ianya memberikan manfaat kepada penduduk dan rakyat di negeri ini.
Bagi kawasan bandar Muadzam Shah er… Kerajaan negeri telah meluluskan dua projek pembangunan perindustrian di kawasan Bandar Muadzam Shah seluas 26.29 ekar yang membawa masuk pelaburan berjumlah RM40 juta pada tahun 2018, pada tahun inilah. Projek ini dijangka dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan di Muadzam Shah dan dapat meningkatkan ekonomi setempat.
Kerajaan Negeri juga melalui Pelan Strategik dan Program Transformasi Ekonomi Negeri Pahang 2016-2020, menggariskan strategi memperkukuhkan sektor pembuatan dengan pelbagai program serta aktiviti seperti memudahcara projek-projek pelaburan domestik dan asing, mempertingkatkan peranan Agensi Hentian Setempat dalam sektor perkilangan negeri, memperkasakan kawasan-kawasan perindustrian dan menggalakkan pertumbuhan kawasan perindustrian. Ianya melibatkan kerjasama agensi-agensi pelaksana seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
Untuk makluman Yang Berhormat, er... pecahan daripada RM40 juta tadi ialah dua projek yang saya maksudkan ialah cadangan Pembangunan Industri di Muadzam Shah RM21 juta. Komponennya ialah 14 unit industri berkembar dan 54 unit industri teres yang melibatkan 11.17 ekar. Yang kedua adalah cadangan pembangunan perindustrian di Muadzam Shah, Mukim Bebar, daerah Rompin yang melibatkan RM19.7 juta. Komponennya ialah 20 unit industri sesebuah, 8 unit industri berkembar dan 20 unit industri melibatkan kawasan seluas 15.24 ekar.
Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat ADUN Ketari.
Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon kemukakan soalan nombor 5, eh! nombor 3. [ketawa]
[Adakah kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk menjalankan Program Pendidikan Eko (Eco Education Program) supaya rakyat Pahang tahu kepentingan menjaga alam semulajadi?]
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sememangnya pendidikan merupakan elemen yang penting di dalam kita membina peribadi individu terutama sekali di generasi akan datang. Memahami antara dengan izin, the do and the don’t’s adalah merupakan perkara yang wajib. Kerana disitu sahaja individu tersebut yang kita didik, terutama sekali daripada sekolah akan tahu, apa yang disebut sebagai the border line yang betul dengan izin, yang betul dan yang salah.
Er… Program Pendidikan Eco ataupun (Eco Education Program) adalah program yang baik dan perlu diterajui oleh Kerajaan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar sentiasa boleh memberikan kerjasama kepada Kerajaan Negeri terhadap program yang dianjurkan kelak.
Kita juga nak maklumkan bahawa kita mempunyai SASET ataupun Sultan Ahmad Shah Environmental Trust, yang sememangnya di antara lain adalah untuk kita mengumpul, kemudian kita mengadakan program dan kemudian dalam masa yang sama juga kita mendidik untuk kita mencintai alam sekitar. Dan insya-Allah er... Jawatankuasa Alam Sekitar er... kita akan mengadakan seminar, insya-Allah dan kemudian insya-Allah, kita akan nak pastikan supaya di dalam seminar tersebut kita mengariskan hala tuju, bagaimanalah caranya, kerana alam sekitar ni, dia bukan sahaja setakat di alam semula jadi tetapi juga di bandar-bandar, di kampung-kampung semuanya, rupanya kita hendakkan alam sekitar yang baik.
Dan er... insya-Allah, kita akan pastikan bahawa er... alam sekitar kita ini dijaga dan saya cukup percaya bahawa antaranya adalah dengan kita mendidik kerana sebahagian besar daripada er... negeri kita ini terutama sekali dari segi produk pelancongan adalah merupakan eco tourism, dengan izin. Terima kasih.
Dan seterusnya saya jemput Yang Berhormat ADUN Beserah.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullah dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 4.
[Projek Tenusu yang diusahakan oleh First Dairy Farm di atas tanah kerajaan, sila nyatakan
a) Status terkini projek tersebut, adakah masih berjalan atau telah berhenti?
b) Bagaimanakah dengan status tanah yang diberikan kepada syarikat tersebut?
c) Adakah kerajaan negeri ada menanggung apa-apa tanggungan dengan mana-mana institusi kewangan berkaitan projek tersebut?]
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Pertamanya bagi menjawab er… soalan pertama yang dikemukakan oleh ADUN Beserah berkaitan dengan Projek Tenusu yang membabitkan syarikat First Dairy Farm iaitu status terkini projek tersebut. Adakah masih berjalan atau telah berhenti? Jawapannya telah pun berhenti, tidak beroperasi lagi.
Yang keduanya, status tanah yang diberikan kepada syarikat tersebut. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, sebenarnya er… pihak kerajaan telah meluluskan er... tanah seluas 446 ekar pada tahun… 2002 ya… tahun 2002, 446 ekar dan er… selepas itu, pihak syarikat telah membuat permohonan tambahan sejumlah 1,800 ekar iaitu dalam tahun 2009 dan er… oleh kerana dalam er… tahun 2002 bila diluluskan, pihak syarikat iaitu selepas diluluskan dalam tahun 2007 telah mohon supaya tanah er… 446 ekar ini dapat dicagarkan ke bank iaitu er… bagi membiayai projek tersebut. Ini tahun 2007 ya, dan er… pihak kerajaan er… pada ketika itu telah meluluskan maka tanah ini telah pun dicagarkan kepada Bank Pertanian atau kini dipanggil sebagai
AGRO Bank dan er… oleh kerana permasalahan yang dialami oleh First Dairy Farm ini, maka tanah yang dicagar ini telah di er… pohon oleh pihak bank untuk di foreclosure lah maknanya di er… dijual ataupun diambil tindakan untuk er… mendapatkan semula hutang First Dairy ini sebanyak RM31 juta. Jadi yang itu, pihak Kerajaan Negeri er… telah pun er… ya lah terpaksa memberi kelulusan iaitu sekiranya di foreclosure kan, pertama sekali, hutang-hutang kerajaan ni mesti dilupuskan dulu oleh er… pihak bank dan bank telah pun bersetuju.
Manakala kelulusan bagi 1,800 ekar, ini telah pun dibatalkan er… oleh pihak kerajaan walhal pihak MMK ataupun Majlis Mesyuarat Kerajaan telah memutuskan untuk membatalkan projek yang er… dikendalikan oleh First Dairy Farm ini dan er… tanah 1,800 ekar yang telah pun diluluskan ini dibatalkan. Itu status kedudukan tanah.
Adakah?... Yang ketiganya adakah pihak Kerajaan Negeri ada menanggung apa-apa tanggungan dengan mana-mana institusi kewangan berkaitan projek ini? Pada dasarnya tidak ada, hanya pajakan pada tanah 446 ekar itu sahaja jadi sandarannya dan er… liabilitinya tertakluk kepada situ. Terima kasih.
Saoalan tambahan ya, Tuan Yang di-Pertua,
Baik er... terima kasih pihak kerajaan di atas penjelasan tersebut. Kemudian saya ingin kaitkan er… jawapan tersebut dengan er… perancangan pihak kerajaan dalam bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Isnin yang lalu, iaitu kerajaan bercadang untuk mewujudkan er… satu sumber kekayaan baru negeri Pahang dengan mewujudkan Pahang Dairy Valley yang meliputi Rompin, Pekan dan Kuantan untuk menjadikan ianya sebagai projek tenusu er… namun er… daripada projek yang lepas, kita dapati ada kegagalan.
Er… saya ingin penjelasan pihak kerajaan, apakah punca kegagalan tersebut dan apakah perbezaan antara projek yang telah dilaksanakan pada tahun 2002 yang gagal tersebut dengan projek yang bakal dilaksanakan? Sekiranya sama je dari segi konsep ataupun dari segi perjalanannya, dikhuatiri akan menemui jalan yang sama iaitu kegagalan.
Jadi apakah yang akan membezakan projek er… Pahang Dairy Valley ini dengan projek tenusu yang telah dijalankan pada 2002 yang lalu? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua,
Dia perniagaan ini, walaupun mempunyai persamaan tapi sebenarnya ada kelainannya. Ada pengusaha yang mengusahakan er… misal contohnya er… perniagaan nasi lemak ya… nasi lemak, semua ramai beratus, beribu kadang yang mengusahakan nasi lemak ini. Tapi er… dalam proses itu ada yang gagal, ada yang berjaya. Malahan ada yang nasi lemak yang menjadi begitu hebat sekali hingga tak menang tangan misal contohnya pelbagai nasi lemak lah ya. Ada… Yang Berhormat er… ADUN Lanchang menyatakan nasi lemak Kampung Baru, nasi lemak antarabangsa.
Tapi ada nasi lemak yang er… di Kelab Sultan Sulaiman tu yang berjaya, ada nasi lemak di er… village di… di Janda Baik pun boleh tahan juga nasi lemak [ketawa]. Dan
ini… ini mengikut maklumat daripada ADUN Lanchang. Begitu juga pulut, kadang tu ada yang berjaya er… mempromosi pulut. Salah satu pulut yang hebat ya, di Lipis, pulut Jamil, yang memang menjadi kegemaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Pahang. Dia er… santap pulut tu dia berbeza dengan pulut-pulut yang lain. Malahan semalam saya di MAHA dapati bahawasanya er… makanan Pahang tu, boleh dipromosikan iaitu er… gulai tempoyak patin dan sebagai sebagainya.
Jadi, begitu juga di er… berkaitan dengan perusahaan tenusu ini. Ada yang berjaya. Di Muadzam tu Holstein ya er… syarikat yang merupakan pengusaha yang hebat di Muadzam yang telah mengusahakan ini… industri tenusu ini. Menjadi kebanggaan bukan sahaja kepada masyarakat di Muadzam tetapi juga di Pahang kita ni dan melihat perbandingan antara kedua-dua syarikat ini, kita dapati banyak perkara yang kita boleh ambil iktibar. Bagaimana pelaksanaannya dibuat dengan begitu teliti perancangannya. Pengusaha itu sendiri, tuan punya pemegang saham tu sendiri terlibat er… dalam perusahaan itu.
Sebab itu bersandarkan kepada pengalaman yang dialami oleh First Dairy Farm dan juga kejayaan yang dikecapi oleh er… Holstein dan juga er… Makmur Dairy ini Yang Berhormat, maka pihak Kerajaan Negeri yakin kalau sekiranya kita mempunyai pengusaha ataupun pelabur yang tepat, yang er… sesuai, insya-Allah er… dairy valley ini boleh kita majukan insya-Allah. Dan ianya er… telah pun dilawati oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar sendiri dalam siri lawatan kerja dan kita yakin er… melalui operasi dan juga pengalaman yang dilalui oleh Holstein er… Syarikat Holstein di Muadzam ni er… insya-Allah er… impian untuk menjadikan dairy valley ini sebagai satu kenyataan amat er… memberangsangkan. Terima kasih.
Sila.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Er… satu lagi soalan tambahan daripada saya berkaitan dengan perkara ini. Er… dijangkakan er… daripada tahun 2025, Pahang akan mengeluarkan 40 juta lita… liter susu setahun er… berdasarkan kepada projek Pahang dairy… valley ini. Cuma kita, penjelasan diberikan pihak kerajaan sebentar tadi er… kita bimbang kegagalan daripada projek First Dairy Farm ini er… kita pernah didedahkan tentang bagaimana pengusaha ini mencurahkan susu tersebut ke dalam longkang, kerana tidak mampu untuk hendak dapat pasaran dan juga tidak ekonomik untuk meneruskan projek tersebut.
Jadi 40 juta lita… liter susu ini, jaminan yang boleh kita beri kepada er… projek ini agar tidak berulang perkara tersebut dan memberikan pulangan sepertimana yang kita harapkan. Pendapatan pengusaha RM10,000 sebulan, hah jadi, kita harap ianya akan ada satu langkah yang berbeza daripada sebelum ini dan lebih holistik, lebih menyeluruh supaya dia tidak akan menjadi seperti mana sebelum ini. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Setiap produk yang kita hasilkan ini mesti mencapai standard dengan izin, piawai ataupun mutu kualiti. Dan er… ini adalah merupakan di antara kriteria yang paling penting. Apa jua yang kita hasilkan baik makanan, baik produk-produk makanan yang kita jana atau kita hasilkan ini, mesti mencapai kualiti yang er… di… boleh mematuhi standard yang paling tinggi. Sebab itu dalam konteks ini, apabila pengusaha tidak dapat memenuhi kriteria ini, sudah tentu pihak pembeli tidak akan mahu membeli er… hasil produk kita.
Ini… ini bukan semata-mata tenusu sahaja, semua sekali, baik sawit, baik pertanian, baik waima makanan sekali pun, sebab itu kita sarankan, misal contohnya pengalaman yang kita lalui iaitu saya bagi contoh lagi Holstein ni sendiri, dia mempunyai satu standard yang tinggi dan juga mempelbagaikan produk tu bukan semata-mata membekalkan susu tetapi mestilah juga mewujudkan produk-produk hiliran, dipanggil industri asas tani. Maknanya selain daripada susu tu dia ada pulak produk-produk lain yang boleh dimanfaatkan, insya-Allah.
Sebab tu dalam perancangan yang dibuat oleh pihak kerajaan, kita mensasarkan di masa hadapan kolaborasi dengan industri yang er… memang er… berpengaruh dalam industri tenusu ini akan dibuat, bukan semata-mata kita lepas sahaja. Makna pengalaman kita sekarang ni, pihak Kerajaan Negeri akan terlibat sama dan kalau perlu, misal contohnya, insya-Allah kalau perlu mungkin er… antara er… syarikat berkaitan kerajaan, GLC akan campur tangan dalam aspek ini, insya-Allah.
Jadi dalam konteks ini mungkin er… kita juga mempelawa Yang Berhormat ya rakan-rakan daripada sebelah sana untuk turut memberi input kerana ini adalah demi kepentingan Pahang. Nothing political dengan izin tetapi demi kejayaan negeri yang kita cintai ini. Insya-Allah, terima kasih. Dan terima kasih atas pandangan...
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
… daripada ni ADUN Beserah. Terima kasih.
Kemayan… Kemayan.
Er… saya kalau tak silap saya, pengalaman saya, tentang 2 kategori antara First Dairy Farm tu dan juga Holstein ni, dia dalam kaedah penternakan atau per… perindustri tenusu yang agak berbeza, suasana yang berbeza. Yang mana yang saya fahamkan, yang First Dairy Farm dia lebih open grazing, dia ragut sendiri masuk dalam satu kawasan yang luas. Tapi di Holstein ni, dia punya kaedah dia lebih pada… lebih pada er… feedlotting ya, feedlot. Jadi adakah pihak kerajaan pernah membuat satu kajian khusus tentang keupayaan, sama ada free grazing dengan izin, free grazing lebih baik
ke ataupun punca kegagalan kena free grazing ataupun Holstein itu berjaya kerana feedlotting. Itu soalan pertama saya.
Yang keduanya, Dato’ Yang di-Pertua, budaya minum susu ini kalangan masyarakat Malaysia ni amat rendah ya, kalau kita nak bandingkan dengan masyarakat India di Malaysia tu pun, di negeri India sendiri. Jadi saya tengok di sini, pertama kita boleh persoalkan dari segi budaya meminum susu dan keduanya bila budaya minum susu tak minat oleh masyarakat orang Malaysia, dah tentulah penternakan lembu tenusu pun kurang minat, tapi potensi itu ada.
Adakah pihak kerajaan bercadang untuk mengadakan promosi minum susu untuk di negeri Pahang dan juga memberikan input-input ilmu yang berguna kepada penternak-penternak susu. Sekian, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Tuan yang di-Pertua,
Perbezaan antara feedlot dengan er… open grazing, dia konsep dia ni sebab pemakanan. Dia yang pentingnya dia er… ini, ternakan kita ini dapat makan. Jadi kalau kita, misal contohnya mempunyai kawasan yang agak terhad, yang pentingnya kita er… bekal dengan satu sistem pengurusan yang mana memanfaatkan, mengoptimakan er… ini kawasan itu dan sudah tentunya dengan feedlotting ini, dia ada kaedah dia di mana kita, bagi makan secara teratur kepada er… tenakan kita lembu ke atau pun kerbau ter… kambing dan sebagainya.
Manakala bagi open grazing ini... open grazing ni, kita nak wujudkan suasana er… semula jadi. Jadi cattle atau ternakan tu dia akan makan sendiri er… rumput yang er… ada di situ. Kalau gersangnya, maknanya tanah tu mungkin er… makanannya kurang. Jadi ini akan memberi kesan. Sebab itu er… dalam konteks er… sebegini er… ada juga pihak-pihak yang er… mencadangkan apabila diluluskan er… dia tanam er… ni rumput seperti napier yang er… menjadi er… sumber makanan kepada er… ternakan ini. Manakala dalam konteks feedlot itu sama ada kita bagi er… ini silage yang diproses ataupun er… makanan-makanan yang telah pun er… di’stir’kan atau dikeluarkan oleh pihak syarikat ya, yang bersesuaian mengikut keperluan er… ternakan masing-masing.
Tapi ada yang berfikiran dia ada dua school of thoughts, dia ada yang…yang kata er… biarkan dia open grazing jadi dia… daging dia lebih enak dan sebagainya. Dia macam ayam kampung dengan ayam… ayam… ayam terkurung tulah ayam bandar, ya kan. Yang dibuat dan er… saya rasa yang ni insya-Allah. Er… sebenarnya sepertimana yang rakan saya dari Kemayan iaitu bekas Pengerusi MARDI ya, mempunyai pengalaman yang begitu luas er… memikirkan er… dia tengok pada kesesuaian kalau sekiranya er… kedua-dua sistem ni mempunyai kekuatan masing-masing dan kita er… sesuaikan dengan kaedah yang akan diperkenalkan nanti insya-Allah.
Yang keduanya, berkenaan dengan inilah tendency ini, ini kecenderungan orang-orang er… penduduk di er… Malaysia er… untuk minum susu. Memang kita rasa… YB. minat susu ataupun tidak? [Bertanya YB. Kemayan]. Minat. [Ahli Dewan Ketawa]. Ada yang minat macam-macam minum cara, kaedah pun berbeza ada yang minum gitu ada yang… yelah minum ada yang… macam-macam susulah yang ada di sini ya. Er… ya dia macam fertigasi juga, ada fertigasi gantung, ada fertigasi bawah dan sebagainya ya. Jadi nampak kaedah susu ni pun ada kaedah-kaedah dia.
Tapi sebenarnya selain daripada susu ini, produk susu ni dia boleh dipelbagaikan. Iaitu kita boleh buat keju. Kita boleh er… misal contohnya kita boleh hasilkan yogurt, dengan izin er… apa nama yogurt dalam Bahasa Arab (rujuk Ahli Dewan) labadi er… Bahasa Arabnya labadi. Er…labad bahasa ya, tapi yogurtlah boleh juga. Semalam saya dapati promosi susu ini dia bagi ais krim. Ais krim dibuat daripada susu. Jadi maknanya kita boleh pelbagaikan Dato’… Dato’… Dato’ Sri. Er… ya dadih, dadih, er… dadih.
Jadi er… insya-Allah promosi inilah ya yang sebenarnya kadang-kadang kita tak sedar banyak makanan yang dihasilkan berasaskan daripada susu dan ini er… boleh er… dimanfaatkan er… dengan melihat kepada bagaimana begitu banyaknya susu yang terpaksa diimport daripada luar negara. Jadi kita jangkakan insya-Allah er… perkara ni dapat di er… tangani dan memenuhi pasaran yang memangnya memerlukan banyak juga sumber-sumber pengeluaran er… daripada industri tenusu ini, insya-Allah.
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat ADUN Kawasan Semantan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya ingin mengemu… mengemukakan soalan nombor 5.
[Perancangan masa hadapan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kebolehsaingan institusi pendidikan milik Kerajaan Negeri dalam persaingan pendidikan?]
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada rakan saya ADUN Semantan… Kuala Semantan yang bertanyakan tentang er… perancangan masa hadapan kerajaan bagi mempertingkatkan kebolehsaingan institusi pendidikan milik Kerajaan Negeri. Kita bersyukur ke hadrat Ilahi, Kerajaan Negeri sangat menitikberat soal ilmu dan pendidikan. Sudah tentulah hal ini mempunyai hala tuju dan matlamat yang diatur rapi.
Jadi sehubungan dengan itu, kita ada beberapa agensi yang bertanggungjawab di dalam soal pendi…pendidikan. Yang pertamanya Jabatan Agama Islam Pahang. Kita memiliki sebanyak 18 buah Sekolah Agama Kerajaan Negeri yang di dalam sekolah itu bukan sahaja memberi pendidikan agama yang kurikulumnya berdasarkan kepada Buuth Al-Azhar tetapi juga dia mempunyai er… kurikulum yang er… sesuai dengan arus semasa iaitu KBSM, KSS… KSSM.
Dia mengambil peperiksaan PT3 dan juga SPM dan juga STAM. Kita bersyukur juga ke hadrat Ilahi melalui Jabatan Agama kita mempunyai Kuliah Sultan Abu Bakar yang mana pelajar-pelajar lepasan Kuliah Sultan Abu Bakar layak untuk mela… er… menja… Kuliah ini menjadi gerbang kepada Universiti dan layak untuk menyambung pengajian mereka ke mana-mana universiti di dalam negara ataupun di luar negara. Dalam pada itu, kita juga memiliki satu institusi pengajian tinggi yang asalnya dulu dikenali dengan KIPSAS, Kolej Islam Sultan Haji Ahmad Shah dan baru-baru ini er… Kolej Islam telah dinaik taraf kepada Kolej Universiti.
Pengiktirafan ini diberi di atas er… perancangan-perancangan kerajaan yang rapi diatur melalui KIPSAS untuk menawarkan pengajian-pengajian yang lebih berpro… berproduktiviti melahirkan generasi-generasi pelajar yang lebih matang dan berilmu. Kemudian itu, kita juga mempunyai beberapa pusat pengajian di… melalui Yayasan Pahang iaitu Maahad Tahfiz Kerajaan Negeri.
Maahad ini bersifat profesional. Selain mereka diberikan pendidikan bagaimana untuk menghafal al-Quran, mereka juga diberikan ruang untuk mengambil pengajian dan pembelajaran er… profesional di dalam perubatan dan sebagainya. Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita juga mempunyai er… UCYP iaitu er… sebuah institusi pengajian tinggi yang dikelolakan oleh Yayasan Pahang yang menawarkan pelbagai bidang er… termasuk teknikal, keagamaan dan juga kemahiran.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Dalam waktu yang sama, kita juga mempunyai er… PSDC iaitu Pahang… Pahang Skills yang mana bertanggungjawab untuk menawarkan pelbagai bentuk pengajian teknikal dan juga er… kepakaran, kemahiran di dalam pelbagai bidang ilmu. Semua ini ber… adalah perancangan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Kerajaan Barisan Nasional yang berusaha untuk memastikan anak bangsa di negeri Pahang ini sentiasa terbela pendidikannya dan mempunyai tuju arah yang teratur. Sekian, terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, saya bercadang untuk bertanya dua er… dua soalan. Pertama, soalan saya adakah perancangan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk menggabungkan semua kolej-kolej atau universiti yang ada di apa kolej-kolej universiti GLC di negeri Pahang ini di bawah satu pentadbiran. Itu pertama. Yang keduanya ialah yalah yang pertama saya ulas sikit. Soalan pertama saya tadi, penggabungan lepas tu dan kalau boleh pengga… apabila penggabungan ini dilakukan, kita juga ingin bertanya pada pihak Kerajaan Negeri adakah bercadang untuk memberikan tenaga-tenaga profesional ya yang bijak pandai dalam…dalam instisi… institusi pendidikan untuk menerajui penggabungan ini, itu kedua.
Dan yang ketiganya, soalan saya kebanyakan kolej-kolej universiti GLC di negeri Pahang ni, adakah dia dalam bentuk profit oriented ataupun CSR? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Yang ketiga tadi apa? Dengan yang kedua?
Sama ada bermotifkan keuntungan ataupun CSR. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Er… mengaut untung.
Yang di-Pertua,
Nak gabungkan ini, jadikan satu institusi masih belum di… masih belum dikajikanlah. Tetapi kita alhamdulillah, apabila kita mempunyai banyak pusat pengajian itu, makna banyak tawaran yang kita boleh buatkan kepada rakyat kita, tetapi jika sekiranya penggabungan itu satu perkara yang boleh membawa positif, dan juga kebaikan kepada rakyat negeri Pahang, tidak ada salahnya kerajaan akan mengkaji, menilai dan meneliti melalui agensinya.
Ada pun er… soal kebajikan, sudah tentulah Kerajaan Negeri buat pusat pengajian ini terutama sekali untuk mengembangkan ilmu supaya melahirkan masyarakat berilmu. Itu kebajikan yang paling besar sekali. Bukan nak mengaut keuntungan, nak mencari apa duit dan sebagainya kerana apa namanya mene…menyampaikan ilmu itu satu kewajipan, tetapi di dalam waktu yang sama, zaman dulu pun orang nak mengaji kena angkut air di perigi Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih banyak-banyak.
Baiklah, soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat ADUN Kemayan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 6.
[Jalan dari Gambang ke Segamat, ingin mengetahui berkenaan:
a) Berapakah peratus kesiapan kerja?
b) Bilakah jangka masa siap (tahun)?
c) Berapakah jumlah pampasan yang dibayar?
d) Berapakah jumlah penduduk yang terlibat?]
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Wakil dari pe… daripada Kemayan bertanyakan soalan berkaitan dengan Jalan FR 12 yang menghubungkan er… Gambang ke Segamat untuk Fasa 1. Jalan ini untuk makluman Sidang Dewan Yang dimuliakan, membabitkan tiga kawasan Parlimen iaitu Paya Besar, Pekan dan Rompin, dan membabitkan tiga DUN. DUN Pulau Manis, DUN Bebar dan Muadzam bagi fasa pertama ini.
Menjawab soalan Yang Berhormat, peratus siap sebenar pada hari ini adalah 78.2% berbanding dengan jadual 79.53. Dalam erti kata lain er… lebih cepat daripada yang dijadualkan setelah mengambil kira EOT yang diberikan. Jangkaan siap projek ini adalah er… 18 Mei 2019. Selepas lanjutan tempoh masa kali pertama diberikan. Jumlah pampasan yang dibayar adalah sejumlah RM981,000 lot penduduk yang terbiar… terbabit adalah 14. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya. Dato’ Yang di-Pertua,
Sebenarnya saya mohon maaflah pada Pulau Manis, Lepar, Muadzam. Bukan nak campur. Sebenarnya soalan utama saya, saya tanyakan itu hari Temerloh ke Bera, tapi sambil-sambil itu tanya sekali, tersentuh sekali pasal soal jalan daripada Muadzam ke… er… ke Segamat. Kekhuatiran kita, kita khuatirkan sejak perubahan kerajaan pimpinan pusat ini, kita khuatirkan projek-projek yang tengah berjalan, projek-projek besar kita yang pen… yang semua berkepentingan rakyat dibatalkan. Dan baru-baru ini saya berkesempatan lalu kat laluan tersebut, jalan tersebut saya tengok kerja-kerjanya terlalu perlahan dan kadang-kadang itu banyak kerja yang jalan pun dah rosak tapi tak ada orang buat. Jadi, adakah pihak kerajaan yakin projek ini akan diteruskan dan disiapkan? Pertama.
Yang kedua, saya ambil kesempatan di sini sekiranya pihak kerajaan boleh menjawab boleh bagi sedikit maklumat tentang jalan daripada Temerloh ke Bera. Apa kisahnya apa jadinya. Saya tengok sekarang ini begitu jugalah, lagi slow, dalam keadaan sekarang ini musim hujan, jalan berlopak-lopak, berlubang-lubang dan kita tak nampak ada arah untuk membaikinya.
Begitu juga yang ketiga ini saya ambil kesempatan sekalilah Dato’ Sri Yang di-Pertua ya. Saya nak bercakap semalam saya… saya demam. Saya tahu, maknanya Triang pun tahu. Wakil Triang pun tahu, kalau di Bera itu kita tengok setiap tahun dan setiap masa jalan yang rosak ini adalah di Simpang Menteri. Kuala Menteri depan Marrybrown. Jalan itu dari dulu sampai sekarang, Triang tahu jalan itu? Tahu? Hah, dia mungkin tak perasan. Dia selalu check kawasan orang. Jadi kalau boleh disertakan sekali jawapan dia adalah lagi baik. Sekian Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Untuk jalan di Bera ini secara details nya kita boleh bermesyuarat di Bera. Saya Guai, Kemayan, dan Triang insya-Allah. Tapi menjawab soalan Yang Berhormat di Dewan ini, er… untuk jalan daripada Temerloh ke Bera mengikut jadual sepatutnya 39.7% dan er… kemajuan sebenar adalah 48.48%. Saya percaya Yang Berhormat akan tanya saya. Eh, nampaknya macam dah lama tapi kenapa baru 48%. Sebenarnya Yang Berhormat Yang di-Pertua, er… ada beberapa EOT telah diberikan kepada apa kontraktor ini untuk menyiapkan kerana beberapa masalah timbul berkaitan dengan pengambilan balik tanah er… yang membabitkan bukan sahaja Pejabat Tanah Daerah tetapi juga JKPTG.
Maklumlah Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita mengambil tanah milik apa ini individu-individu, yang ini bukan tumpang tanah kerajaan seperti mana yang apa Triang selalu bangkitkan, itu tanah kerajaan tapi kita terpaksa ambil untuk kepentingan awam. Ini tanah yang telah diberi milik ya, dan di samping itu juga mungkin kemajuan apa… pesat ekonomi Pahang dalam penggal yang lalu, itu menyebabkan kita banyak mendapat projek persekutuan. Jadi saya rasa itu juga memberi sedikit gangguan dari segi penjadualan tugas-tugas di pejabat tanah. Berkaitan dengan jalan di er… Bukit Menteri Yang Berhormat ya. Sebenarnya itu juga dalam cadangan er… keseluruhannya untuk menaik taraf daripada Temerloh hinggalah ke er… Serting er… tetapi itu dalam cadangan Fasa 2, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Soalan seterusnya sila.
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih er… Wakil Kemayan membangkitkan isu ini. Bagi saya setiap tahun saya kena pakai jalan ini dua kali. Balik ke kampung saya, Batu Pahat. Saya faham dah keadaan macam mana di kawasan ini. Jalan ini sudah empat tahun di… membuat er… jalan raya ini. Saya ingin nak tanya sini. Saya… selalu saya jalan melalui jalan ini saya nampak banyak kemalangan yang berlaku, sebab er… jalan ini raya tidak er… keselamatan tidak teratur. Soalan saya adalah, berapakah kemalangan telah berlaku selepas projek ini dimulakan? Dan berapa kes melibatkan kematian selepas projek ini dimulakan? Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Rupanya orang Batu Pahat mewakili Teruntum. Jadi soalan berkaitan dengan kemalangan Yang Berhormat, insya – Allah saya cuba berikan secara bertulis, tetapi kalau kira lalu Yang Berhormat dua kali setahun. Saya, Yang Berhormat Yang di-Pertua hampir setiap bulan melalui jalan itu kerana saya memasuki kawasan DUN Guai, Felda Mayam melalui Terapai, jalan itu jugalah. Jadi soal keselamatan ini kita akui memang ada banyak aduan, ada banyak apa kemalangan. Walaupun jumlahnya saya tidak pasti, tapi langkah-langkah er… apa ini penguatkuasaan telah diambil.
Er… kalau boleh saya sebutkan secara ringkas di sini. Er… sebanyak 16 surat amaran telah diberikan apa berkaitan dengan er… niat er… apa untuk penamatan apa kontrak ini, tetapi setelah diberikan penjelasan dan menilai apa maklumat-maklumat er… mengenai masalah yang daripada kontraktor, pihak kerajaan pihak er… kemen… Kementerian Kerja Raya ya, telah memberikan kebenaran untuk lewat tempoh ini. Walau bagaimanapun dari segi er… menambah baik aspek keselamatan pada bulan Oktober yang lalu, beberapa tindakan segera telah diambil dengan penambahan apa… papan-papan tanda keselamatan dan pembaikan sementara di mana perlu. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat Chenor.
Assalamualaikum WBT. Assalamualaikum. Er… Tuan Yang di-Pertua,
Saya mengemukakan soalan nombor 7.
[Apakah kerajaan negeri bersedia untuk mengiktiraf sukan memanah tradisional yang semakin popular dan ada pemanah yang turut menyertai pertandingan di luar negara dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.]
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada er… ADUN Chenor ya, yang begitu prihatin er… tentang perkembangan er… sukan tradisional iaitu soalannya yang berkitar kepada adakah kerajaan mengiktiraf sukan memanah tradisional yang semakin popular dan ada pemanah yang turut menyertai pertandingan di luar negara serta mampu bersaing di peringkat dunia. Sebelum er… saya pergi lebih lanjut pada soalan er… jawapan ini er… pada soalan ini saya ingin menyatakan bahawa di Pahang ini kita ada beberapa persatuan.
Ada yang rasmi dan ada yang tidak rasmi, kerana ada masalah pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara atas status sukan dan sebagainya, dan di Pahang ini kita ada er… Persatuan Memanah er… Pekan, Anak Pekan dan kita ada Persatuan Memanah er… Pahang yang kalau di peringkat er… kebangsaan ataupun Malaysia, kita mempunyai Persatuan Memanah Tradisional (PEMANTAP) dan er… beberapa er… kelab lagi yang me… berkaitan dengan er… memanah tradisional ini.
Untuk makluman Sidang Dewan juga, sukan memanah tradisional ini merupakan bukan satu sukan memanah yang agak baru di er… Negeri Pahang. Tetapi ia telah dikesan er… sekian lama di Peringkat Malaysia ya. Dan kalau kita tengok tokoh-tokoh pemanah dunia Islam pada suatu ketika dahulu seperti er… Sa’ad Al Waqqash dan Talhah, Suhaib Ar Rumi… hah ini semua tokoh-tokoh. Bila di kalangan sahabat itu bertanyakan kepada Nabi Muhammad SAW tentang er… kekuatan memanah ini setiap kali diajukan soalan dia akan sebut memanah, memanah, memanah. Menunjukkan bahawa er… sukan memanah itu ada satu sunnah kepada umat Islam.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Berbalik kepada er… pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri Pahang ini, er… bahawa kerajaan tiada halangan untuk menyokong aktiviti sukan tradisional seperti sukan memanah tradisional ini bahkan sukan memanah ini dilihat boleh menarik minat golongan belia dan dewasa negeri ini untuk sama-sama terlibat dalam aktiviti sukan seterusnya dapat diketengahkan bakat-bakat mereka di peringkat lebih tinggi.
Uniknya er… sukan tradisional ini, kalau kita tengok dia punya bilah er… panah itu dia buat dari buluh, dari kayu, dari karbon, aluminium dan fiber glass. Ini adalah keunikan yang mana er… pemanah-pemanah tradisional ini bukan sahaja memanah secara berdiri bahkan mereka ini memanah secara berkuda sebagaimana telah diadakan di ekuestrian er… Yayasan Pahang ya pada tahun yang lalu.
Begitu juga sukan-sukan yang melibatkan memanah tradisional ini, banyak telah melibatkan daerah-daerah seperti di Chini, di er… Taman Air Leleh kemudian di er… Rompin, di Kuantan, di Chenor. Hah, ini membuktikan bahawa sukan memanah tradisional ini mempunyai peminat yang ramai dan saya difahamkan persatuan-persatuan ini telah menghantar dengan duit sendiri ya, sehingga mereka pergi ke Hungary ya, dan telah menyertai beberapa kejohanan, dan ada yang telah mencapai kejohanan tertentu dalam sukan memanah tradisional ini. Untuk makluman juga pemain-pemain ataupun permainan-permainan tradisional seperti memanah tradisional tidak termasuk di dalam Dasar Pembangunan Sukan Negara. Hah ni, yang perlu kita jelas kepada soalan tersebut.
Di mana Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia selaku badan yang bertanggungjawab untuk mendaftar persatuan-persatuan sukan sehingga kini masih lagi tidak mendaftar persatuan sukan berbentuk tradisional ini ya. Sehubungan itu, kemudahan sukan ini er… lebih cenderung kepada aktiviti kesenian, maka sukar untuk diketengahkan melalui pengurusan sukan berprestasi tinggi yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negeri mahupun Majlis Sukan Negara. Dan dia lebih bentuk kesenian dan kebudayaan.
Namun begitu, kita yakin dalam beberapa siri perjumpaan, kita akan terus memajukan usaha untuk mendaftarkan supaya mereka ini lebih tersusun dan sistematik perancangan dan juga peruntukan yang mereka boleh perolehi daripada Kerajaan Persekutuan, mahu pun Kerajaan Negeri untuk terus memastikan pembangunan sukan memanah tradisional ini sentiasa relevan dan lestari pada peminat-peminat sukan memanah tradisional ini. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih kepada pihak kerajaan yang menerangkan berkenaan dengan sukan memanah ini. Jadi saya nak bertanya berkenaan apakah kerajaan negeri Pahang bersedia ataupun boleh untuk memberi insentif kepada pemanah-pemanah yang berbakat dalam bentuk kewangan supaya mereka menjadi pemanah yang dapat mengharumkan nama negeri dan juga negara.
Di samping itu juga apakah kerajaan bersedia untuk membuat lapang sasar seperti mana menembak pun ada lapang sasar, memanah ini juga mereka berharap ada lapang sasar untuk mereka memanah di samping menjaga keselamatan, dan juga apakah Kerajaan Negeri hendak melaksana atau menganjurkan pertandingan ataupun kejohanan memanah peringkat negeri. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kepada ADUN Chenor. Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan dan er… sebelum ini pun mana-mana pertubuhan ataupun persatuan sukan sentiasa kita er… memantau khususnya dari segi bantuan diperlukan sama ada peruntukan untuk pengurusan dan pentadbiran mahupun peruntukan untuk menganjurkan sesuatu program ataupun kejohanan itu. Berhubung dengan penyediaan er… lapang sasar dan sebagainya, kita menyambut baik semangat dan juga cadangan tersebut, dan sekiranya pihak persatuan er… memanah tradisional ini mempunyai cadangan kawasan mana-mana yang sesuai untuk kita bangunkan ataupun dimajukan.
Kita akan tengok dan kita akan bincang perkara ini lebih lanjut dan pada ketika ini, kita menempatkan melalui Majlis Sukan Pahang, kita boleh bantu. Kalau ikut pemanah-pemanah sebelum ini, yang pemanah biasa yang saya katakan tadi, mungkin mereka boleh menggunakan lapang sasar yang sedia ada ataupun di sekolah-sekolah ataupun di tempat-tempat yang telah dikhaskan, yang sesuai dan menjamin keselamatan pemanah-pemanah dan juga orang ramai yang melihat er… latihan atau pertandingan tersebut.
Dan Insya-Allah sekiranya perkara ini boleh kita bincang lebih lanjut, tak salah dan mungkin kita boleh er… majukan kepada pihak portfolio berkenaan untuk memohon peruntukan-peruntukan tertentu dan saya yakin setakat inilah, mana-mana surat oleh barisan pihak kerajaan hari ini yang dimohon sama ada oleh pihak orang ramai, rakyat di negeri Pahang, mahupun persatuan-persatuan serta di kalangan YB-YB juga, sama
ada dikalangan kerajaan mahupun di sebelah sana, setakat ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang saya sendiri tengok er… dari segi kelulusan ataupun pertimbangan peruntukan itu tak lokek. Hah itulah kelebihan kerajaan negeri Pahang sehingga dapat er… berjaya sehingga hari ini mengurus dan mentadbir Kerajaan Negeri Pahang. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Tuan Yang di-Pertua,
Sebelum ini kita telah ketahui bahawa silat juga merupakan antara er… tradisional yang orang Melayu dan sekarang telah diiktiraf sebagai sukan, dan kita mendapat pingat emas dalam Sukan SEA. Jadi soalan saya adakah Majlis Sukan Pahang bercadang untuk mendaftarkan er… sukan memanah tradisional ini sebagai… untuk dijadikan sebagai satu acara dalam pertandingan. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sebagaimana yang saya sebutkan dalam jawapan saya tadi. Setakat ini sukan memanah tradisional ini bukanlah merupakan satu sukan teras yang digazetkan oleh Majlis Sukan Negara mahupun Majlis Sukan Negeri kerana sukan memanah yang sedia ada ini adalah yang merupakan sukan teras di seluruh dunia ya, mengiktiraf perkara tersebut. Bahkan inilah yang diperjuangkan oleh rakan kita dari ADUN Chenor menyatakan bolehkah didaftarkan supaya digazetkan, dan dalam masa yang sama akan mendapat peruntukan-peruntukan tertentu sehinggalah boleh kita hantar ke mana-mana sahaja untuk pertandingan dibantu dengan peruntukan oleh Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan.
Dan dalam hal ini er… silat ya, saya nak sebutkan silat bukan sahaja di Sukan SEA dan sebagainya tetapi dalam minggu ini atau minggu depan, satu pasukan silat ya, yang telah bertemu dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dua tiga hari yang lalu diterajui oleh Wakil dari Sungai Lembing, Yang Berhormat Dato’ Suhaimi menghantar pasukan silat dari negeri Pahang ke Kyrgyzstan, Kyrgyzstan yang mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah meluluskan hampir RM29 ribu untuk membantu meringankan beban er… pasukan-pasukan silat ini menyertai kejohanan di Kyrgyzstan.
Maka er… sebagaimana yang saya sebutkan tadi setakat ini kita akan cuba berbincang dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan kerana apa, kerana dalam memanah tradisional ataupun silat ini kita boleh masukkan sementara waktu ini, dalam sukan untuk semua, lisus dan sebagainya. Kerana apa, kerana tidak ada peruntukan khas di peringkat kementerian yang mana sukan silat ini er… memanah tradisional ini digazetkan sebagai sukan teras. Macam silat memang ada hah jadi tidak ada masalah perkara ini. Dan kita memang hari ini kalau pergi SUKMA, Sukan SEA memanglah
silat antara penyumbang terbesar pingat emas bagi Kerajaan Negeri Pahang dalam SUKMA Malaysia. Terima kasih. Diharap dapat menjawab soalan tersebut.
Saya jemput Yang Berhormat ADUN Tras.
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 8.
[Sila nyatakan bilangan kes aduan yang diterima melalui portal SisPAA dari tahun 2017 hingga 2018 mengikut pecahan PBT/jabatan.]
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum WBT.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada ADUN Tras kerana telah mengemukakan soalan yang sangat baik. SISPAA ataupun singkatnya adalah Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan sistem ini telah dibangunkan oleh Biro Pengaduan Awam sebagai usaha kerajaan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan penyampaian dari masa ke semasa yang telah dimudahcarakan oleh teknologi yang terkini. SISPAA ini telah diguna pakai oleh Kerajaan Pahang pada 1 haribulan April 2017, dan sehingga kini Oktober 2018 sebanyak 2,062 aduan telah diterima dan SISPAA ini er… kemudahan SISPAA ini telah melibatkan er… 11 Pejabat Daerah dan Tanah, 11 Pihak Berkuasa Tempatan dan juga Pejabat SUK Pahang er… 14 bahagian dan unit. Er… okay.
Soalan tambahan. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk buat satu apps, bagi itu SISPAA untuk orang lebih senang untuk buat itu complaint.
Yang sebenarnya er… Tuan Yang di-Pertua sejak diperkenalkan pada 2017 er… jumlah aduan diterima adalah sebanyak 885 dan er… pada 2018 jumlah aduan yang diterima adalah sebanyak 2062. Saya nak tanya ADUN Tras, makna ADUN Tras pernah guna sistem SISPAA?
Ya. Memang pernah.
Sistem SISPAA ini adalah satu sistem yang sangat mudah. Ya, betul dan dia adalah sangat mudah digunakan dan er… apa yang penting adalah kaedah ataupun tempoh untuk kita menangani masalah. Apa yang dijanjikan ataupun KPI dalam sistem SISPAA ini adalah 15 hari tetapi kadang-kadang biasalah, kadang-kadang permohonan tanah ada yang lebih daripada 15 hari. Ya. Dia bergantung pada aduan
yang kita terima dan buat masa ini kita tidak bercadanglah untuk menambahkan lagi sistem apps kerana takut pening kepala. [Ketawa]
Jadi dah banyak benda yang kita pening kepala. Kita jangan tambah lagi pening kepala kerana sistem inilah sistem yang sangat baik dan mudah untuk digunakan. Cuma masyarakat perlu peka tentang kemudahan yang sedia ada ini dan Wakil Rakyat bolehlah beritahu tapi janganlah adu yang pelik-pelik. Eer… jadi contohnya saya yang nak beritahu sikit er… aduan yang paling banyak sekali kita terima adalah berkenaan haiwan serangga hah… itu paling banyak sekalilah. Jadi itu semua telah ditangani. Okay, sekian terima kasih.
Soalan seterus.
Soalan tambahan. Boleh?
Boleh.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Er… saya juga guna SISPAA. Lepas tu di kawasan Tanah Rata, saya… saya tahu er… bahawa SISPAA ni hanya follow-up pada kes kepada Majlis Daerah dan juga Pejabat Daerah tetapi er… untuk aduan kepada JKR, JPS dan PAIP dan Agensi kerajaan lain yang lain tidak. Oleh itu, adakah SISPAA ni pada masa yang akan datang melibatkan lebih banyak agensi kerajaan? Terima kasih.
Yang Berhormat ADUN Tanah Rata guna SISPAA juga ya? Tak guna dah aduan.wanrosdy.com.
Ada juga guna.
Kalau boleh guna juga er… makna kalau tak boleh kat situ guna Yang Berhormat Menteri Besar, aduan.wanrosdy.com. Jangan merepek tak tentu arah. [Ketawa]. Jadi er… sahabat saya daripada ADUN Tanah Rata, kalau kita pergi sistem SISPAA di Pahang dia bahagikan untuk Pejabat Daerah dan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan dan juga pejabat SUK. Tetapi kalau kita masuk sistem SISPAA, dia boleh pergi kepada Kementerian, Kementerian Kesihatan. Kalau mana ada JKR tu, adulah kat JKR Kementerian Kerja Raya terus dalam SISPAA Kerja Raya. Jadi sistem ni memang sangat baiklah dan memudah cara ya. Itu je jawapan. Selamat menggunakan SISPAA.
Boleh soalan tambahan, Yang di-Pertua, boleh?
Boleh, yang terakhir.
Terima kasih Yang di-Pertua.
Dah 3 dah, saya beri tu.
SISPAA ni adalah satu saluran untuk pertanyaan dan bila pertanyaan dibuat, kita dah tentulah masyarakat nak kan satu jawapan, yang kalau tak 100% tepat pun, hampir tepat ya. Jadi saya tengok, saya… soalan saya pada pihak kerajaan untuk memastikan sistem penyampaian kita ni, segala maklumat, data-data yang kita berikan setepat yang mungkin. Adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan satu sistem big data. Big data maknanya memang betul kita selalu cerita database tapi ni big… big data. Semua sekali maklumat disimpan dalam satu sistem ya. Saya, Dato’ di-Pertua mohon maaflah, saya baru ini saya mohon sekian sikit maklumat. Saya tanyakan minta maaf er… ini cerita… cerita tak ada tuju sesiapa, tidak.
Saya perlukan sikit maklumat tentang keluasan tanah-tanah kelapa sawit oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri Pahang, dan soalan kedua saya minta maklumat lagi, berapakah kilang-kilang sawit yang milik GLC Pahang ni, wujud di Pahang. Jadi saya tak dapat maklumat sebenar. Jadi sebagai satu kerajaan bagi saya, saya nampak, satu kerajaan untuk memastikan satu keputusan yang tepat, dia memerlukan maklumat yang tepat. Bila kita tersasar maklumat kita, dah tentulah kita akan memberikan satu jawapan yang kurang tepat dan mungkin ini akan menyebabkan masyarakat tak puashati. Hah… jadi saya rasakan saya bertanya pada pihak kerajaan adakah bercadang untuk mewujudkan satu sistem big data dalam sistem pentadbiran negeri Pahang. Terima kasih.
Terima kasihlah kepada ADUN Kemayan kerana telah meng…
Yang Berhormat.
Boleh. Yang Berhormat Tuan di-Pertua,
Terima kasih kepada ADUN Kemayan yang mencadangkan kepada kita supaya kita membuat satu lagi database yang besar, tetapi buat pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk membuatnya kerana kita telah ada er… banyak er…. saluran-
saluran yang difikirkan boleh disampaikan oleh er…. Rakyat di negeri Pahang ini. Antaranya adalah aduan rakyat dan juga aduan-aduan awam yang dibuat oleh er…. pihak kerajaan. Sebab er…. setelah pelancaran aduan rakyat ini, saya dapati er…. aduan yang dikemukakan adalah benar-benar aduan kerana ia… ianya dibuat oleh rakyat yang betul-betul ada masalah seperti mana yang saya katakan.
Pertama sekali, kena nyatakan nama, nombor kad pengenalan dan nombor handphone dan er…. segala aduan yang dibuat oleh rakyat melalui aduan rakyat wanrosdy ini kita ada follow-up dan ada follow through dan ada yang berulang dan kita akan hubungi mereka, dan ada juga aduan-aduan yang tidak ada kena mengena dan sebagainya dan yang pentingnya kita jawab, dan setakat ini telah dilancarkan 3, 4 bulan ni kita dapati cuma ada 411 sahaja aduan yang dikemukakan dan er…. kebanyakan kita telah… telah jawab dan er…. saya dapati juga melalui aduan ni boleh dikatakan rakyat berpuas hati sebabnya kita ada follow-up, ada follow-through berbanding dengan aduan yang dikemukakan dalam facebook yang kebanyakan fake account, dengan izin.
Jadi er…. berhubung dengan maklumat-maklumat yang diminta itu saya tidak nafikan bahawa ada agensi-agensi kerajaan er…. merasakan er… maklumat itu perlu disimpan, dirahsiakan dan mungkin ada juga yang tidak boleh dikeluarkan. Jadi kalau semua er… data-data er… maklumat agensi kerajaan kita berikan walaupun Yang Berhormat ni daripada Kemayan adalah sebahagian daripada kerajaan juga, tetapi kemungkinan-kemungkinan tertentu er… pihak agensi kerajaan ini merahsiakan maklumat itu, perlu juga.
Jadi kita kadang-kadang kita tak boleh tunjuk semua, ada benda yang kita simpan. Macam kita dengan isteri kitalah Yang Berhormat. Ada benda kita boleh cerita, ada benda yang tak boleh cerita. Hah… kalau rumah kita tu contohnya ada hantu dan sebagainya. Orang kata cerita kat isteri kita, padang golf pun isteri kita ikut sebab dia takut tinggal seorang. Jadi kerajaan pun macam tu juga, ada benda yang kita boleh bagitahu, ada benda yang tidak boleh bagi tahu. Saya ingat tak ada benda yang 100% transparent dalam dunia ni. Terima kasih Tuan yang di-Pertua.
Baiklah. Kita pergi kepada soalan seterusnya. Sila Yang Berhormat Tanjung Lumpur.
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan soalan nombor 9.
[Berkaitan Amanah Ikhtiar dan TEKUN. Mohon penjelasan pihak kerajaan, berapakah jumlah pinjaman yang telah diberikan kepada rakyat melalui Amanah Ikhtiar dan TEKUN dan berapa jumlah yang dibayar. Berapa jumlah yang masih belum membayarnya dan apakah tindakan yang dilakukan kepada yang tidak membayarnya. Siapa yang melantik pengurus pinjaman tersebut di kampung-kampung dan apakah kriteria yang diperlukan untuk menjawat jawatan tersebut.]
Terima kasih kepada ADUN Tanjung Lumpur. Walaupun mimpi… walaupun tidur lain-lain bantal tapi mimpi sama malam ini. Baju saya pun sama dengan baju Melayu Yang
Berhormat Tanjung Lumpur. Yang Berhormat Tanjung Lumpur ingin penjelasan daripada kerajaan, berkenaan dengan Ikti… er… Amanah Ikhtiar dan TEKUN. Berapa jumlah pinjaman oleh Amanah Ikhtiar dan TEKUN. Berapa jumlah yang dibayar. Berapa jumlah yang masih belum dibayar dan apakah tindakan. Nampak gaya Yang Berhormat ADUN Tanjung Lumpur memikirkan tentang usahawan-usahawan bumiputera, Melayu. TEKUN Nasional peranan sebagai sebuah institusi kewangan yang menyalurkan pinjaman kepada usahawan-usahawan kecil Bumiputera. Sebagai tambahan modal atau memulakan perniagaan dengan syarat yang begitu mudah. Dengan... bagi Kerajaan Negeri Pahang, pembiayaan TEKUN untuk bumiputera dari tahun 1998 hingga 31 Ogos 2018 sebanyak RM394,772,500, dengan jumlah usahawan berjumlah 30,458 orang.
Kedudukan NPF TEKUN jumlah yang masih belum dibayar sebanyak 39.31%. Dan tindakan yang diambil terhadap usahawan-usahawan dengan tindakan undang-undang kepada peminjam yang tegar untuk membayar balik pinjaman TEKUN. TEKUN juga mengamalkan sharing data dengan RAMCI bagi peminjam untuk bayar balik. TEKUN juga membuat panggilan kepada peminjam bagi membuat tuntutan bayaran. Pegawai TEKUN akan membuat kutipan ke premis-premis untuk mendapatkan bayaran.
TEKUN akan melantik pegawai-pegawai di peringkat daerah, kelulusan minima ialah SPM Gred 2, dan dia memilih pegawai-pegawai yang amanah serta prestasi yang baik. Kerana terdapat baru-baru setahun, dua tahun ini ada pegawai-pegawai TEKUN yang collect duit daripada peminjam tetapi tak hantar ke peringkat pusat. Jadi itulah, sekarang makna prestasi yang baik, amanah diutamakan dalam pemilihan pegawai-pegawai TEKUN di peringkat daerah.
Bagi Amanah Ikhtiar pula, RM57,542 juta telah di… diberi kepada semua peminjam-peminjam Amanah Ikhtiar di negeri Pahang, terutamanya di Pahang Barat dan juga Pahang Timur. Dan pembayaran bagi Amanah Ikhtiar, 100%, kerana peminjam-peminjam Amanah Ikhtiar di kalangan wanita-wanita sahaja, dan banyak… Amanah Ikhtiar ni banyak er… dia punya skim-skim yang saya tidak… saya akan jelaskan sebentar lagi dalam ucapan penggulunggan saya. Sekian, terima kasih.
Baiklah soalan kita yang terakhir pada pagi ini.
Soalan tambahan boleh? Ya… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Er… saya benarkan. Sila.
Boleh? Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ya, untuk rumah… Rumah Makmur ini. Projek Rumah Makmur ni, er… saya ada satu soalan iaitu bagaimanakah kerajaan boleh er…
Tanah… saya bercerita hal TEKUN. [Ahli Dewan ketawa]
Dah lari tajuk hah. Yang Berhormat, okaylah. Saya terus kepada soalan seterusnya. Saya Jemput Yang Berhormat ADUN Bukit Ibam.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan soalan nombor 10. [Bagi pembinaan Projek Rumah Makmur di negeri Pahang, iaitu rumah teres yang bernilai RM80,000.00, Bagaimanakah proses pinjaman perumahan tersebut bagi pemohon yang jumlah pendapatan seisi rumah kurang dari RM5,000.00 sebulan serta tidak mempunyai penyata gaji?
[Ayat al-Quran] Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan. Merujuk kepada pertanyaan daripada Bukit Ibam. Terima kasih Bukit Ibam. Berkenaan dengan kelayakan untuk mohon pinjaman apa ni, projek perumahan Rumah Makmur Pahang ya. Rumah Makmur khusus kepada mereka yang berpendapatan isi rumah RM5,000.00 ke bawah.
Untuk makluman er... Ibam, untuk mereka yang tidak mempunyai pendapatan ataupun tidak ada penggajian. Tidak ada slip gaji er…boleh buat permohonan er… pengesahan kepada pejabat Tok Penghulu mukim masing-masinglah, untuk dikemukakan bersama. Yang ada masalah penyata gaji terus boleh buat pemohonan. Er... manakala untuk, kita ada sedikit masalah di mana syarat untuk peminjam-peminjam yang sama ada yang ada penggajian, ataupun yang tidak ada penggajian disahkan ni, er... pihak kewangan er... ataupun agensi kewangan dia akan merujuk kepada syarat-syarat tertentu. Walaupun jika pendapatan dia tinggi, tetapi jika komitmennya tinggi juga menyebabkan kesukaran untuk bayaran balik. Ini menyebabkan pihak kewangan tidak meluluskan dan itu di luar bidang kuasa kamilah di bahagian perumahan. Itu jawapannya.
Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Er… kita sedia maklum bahawa, er… pemohon yang jumlah pendapatan isi rumah dia kurang daripada RM5,000 dan tanpa penyata kewangan, bagi mereka yang mampu memohon pinjaman dan er… mereka akan menghadapi masalah membayar dua, er… dua bayaran iaitu bayaran ke bank sebagai meminjam untuk rumah ni, dan kedua ialah membayar sewa rumah mereka. Jadi soalan tambahan saya, berapa lamakah tempoh masa yang diberikan kepada pemaju yang telah menerima tawaran untuk memulakan kerja-kerja pembinaan mereka dan apakah tindakan yang di ambil atau telah di ambil sekiranya pemaju gagal memulakan kerja-kerja dalam tempoh tersebut dan berapakah jumlahnya? Terima kasih.
Merujuk kepada soalan tambahan yang dikemukakan oleh Ibam. Er… sebenarnya ini Projek PR1MA atau Projek Makmur? Rumah Makmur ya. Untuk rumah Makmur ni, er… sama juga rumah PR1MA kita ada time frame dengan izin, untuk membina rumah dalam tempoh tiga hingga lima tahun, sebab dia melibatkan juga dari segi penyediaan tapak dan sebagainya. Dan mana-mana syarikat, yang… yang dah dibenarkan untuk membuat projek ni, tetapi tidak… ataupun menghadapi masalah, kita akan mengambil mereka ke Pejabat SUK untuk berbincang dan memberi kata nasihatlah supaya… setakat ni tak ada lagi projek yang… yang terlewat daripada tempoh yang kita telah tetapkanlah.
Soalan tambahan. Terlebih dahulu saya mohon maaflah daripada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua sebab tadi terburu-buru nak tanya soalan ni. Ya… tersilap pula. Mohon maaf Tuan Yang di-Pertua. Ya. Untuk rumah Makmur ni, bagaima… apakah langkah-langkah yang akan dilakukan oleh kerajaan supaya jasa baik kerajaan ini tidak disalahgunakan oleh orang awam supaya er… untuk tidak, mereka tidak menjadikan rumah makmur ini menjadi rumah tumpangan ataupun perniagaan homestay. Terima kasih.
Untuk makluman Ahli-ahli Dewan sekalian, sebenarnya Rumah Makmur ni dalam proses pembinaan. Belum lagi di dalam proses penyerahan kepada pemohon-pemohon.
Er… rumah PR1MA juga. Termasuk juga.
Untuk rumah PR1MA kita dah ada yang telah di… telah dibuat serahan. Ada beberapa kawasan, termasuk di kawasan saya di Gambang, Lepar dan syaratnya seorang pemohon cuma boleh dibenarkan satu rumah sahaja. Kita ada rekod di Bahagian SUK Perumahan. Memastikan tidak ada orang yang sama memohon lebih daripada satu rumah, dan ini adalah… kelulusan juga tertakluk kepada er… kewangan juga yang meluluskan pinjaman. Dan setakat pada ini, kita tidak…tidak menerima apa-apa aduan berkaitan dengan er… rumah yang… homestay yang diberi pemilik kepada pemilik ini untuk er… membuat homestay dan sebagainyalah.
Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah selesai membincangkan 10 pertanyaan dan jawapan. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan ini untuk minum pagi, dan saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menepati masa yang ditetapkan iaitu masuk balik pada 11.15 minit pagi.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa selepas minum pagi, pihak kerajaan akan memberikan jawapan dan pandangan-pandangan. Insya-Allah, kita akan cuba habiskan sekurang-kurangnya untuk sebelah minum pagi ni. Selepas
minum pagi seramai 4 orang Ahli Exco akan memberikan jawapan-jawapan. Saya harap Yang Berhormat menepati masa sebagaimana yang telah saya tetapkan iaitu pukul 11.15 minit pagi. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan pada pukul 10.50 pagi]
[Persidangan disambung semula]
Menimbang Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) 2018Bill
Perkara Ketiga: Menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2019) 2018
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-undang Perbekalan (2019) 2018 telah dibentang dan dibahas pada 19, 21 dan 22 November 2018 dan seramai 25 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian di dalam perbahasan tersebut. Ahli-ahli Yang Berhormat, pada hari ini pihak kerajaan akan menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan yang lepas.
Sukacita saya ingat… ingin mengingatkan bagi pihak kerajaan masa diberikan antara 15 minit ke 20 minit dan saya berharap tidak ramailah daripada Ahli-ahli Yang Berhormat mencelah memandangkan pada hari ini, hari Jumaat dan kita bercadang sekurang-kurangnya 4 Ahli Yang Berhormat pihak kerajaan memberikan jawapan sebelum saya tempohkan kerana hari ini pada… adalah hari Jumaat, dan kita bercadang dewan ini, insya-Allah akan ditempohkan, ditamatkan pada sebelah petang ini insya-Allah. Jadi saya dengan sukacitanya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, silakan.
Bismillahirahmanirrahim. Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dan Ahli Berhor… Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negeri sekalian. Syukur alhamdullilah ke hadrat Allah SWT kerana di atas pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Pahang (2019) 2018 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari pertama persidangan. Dengan meletakkan tagline, dengan izin, ‘Maju Terus Pahang’ Kerajaan Pahang pada hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab memastikan kemakmuran dan kesejahteraan pada rakyatnya, dan kita sama sekali menolak er… SST ya. Kita sama sekali menolak SST bukannya er... Sales Service Tax tetapi apa ni… perbelanjaan ataupun kerajaan yang bersikap Suka Suka Tipu ya… SST ni, Suka Suka Tipu. Itu kita menolak sama sekali er… perkara berkenaan.
Pertamanya saya memanjatkan syukur terhadap Allah kerana dengan izin dan kurniaNya dapat saya menggulung perbahasan pada persidangan kali ini. Ingin saya mengucapkan er… berbanyak terima kasih pada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh tentang port… portfolio saya iaitu berkaitan Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang. Daripada soalan-soalan yang dikemukakan sama ada secara lisan mahupun soalan bertulis serta semasa sesi perbahasan. Saya dapati, saya dapat melihat bahawa perlaksanaan projek dan inisiatif perumahan mampu milik untuk rakyat terus menarik minat dan menjadi tumpuan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Segmen penggulungan saya merujuk kepada dua segmen iaitu segmen perumahan dan satu lagi segmen Kerajaan Tempatan.
Pertama segmen perumahan. Daripada soalan-soalan yang dikemukakan sama ada secara lisan ataupun bertulis dan semasa sesi perbahasan er… tumpuan er… Yang
Berhormat sekalian lebih kepada rumah PR1MA Pahang mahupun Rumah Makmur. Itu kedua-dua projek perumahan yang menjadi nadi utama kepada Kerajaan Negeri pada masa ini. Adakah perumahan mampu milik akan terus menjadi agenda utama Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang? Kerajaan Negeri akan terus komited dalam memastikan projek-projek yang telah diluluskan akan berjalan lancar dan seterusnya mencapai objektif penyediaan rumah mampu milik pada rakyat negeri Pahang. Dalam ucapan Bajet 2019 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang. Teras yang tidak pernah dilupakan adalah ke arah mensejahterakan kehidupan rakyat. Teras ini memberi tumpuan terhadap meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh. Salah satu komponen terpenting dalam usaha meningkatkan kualiti dan kesejahteraan rakyat adalah aspek perumahan.
Kerajaan Negeri terus komited untuk menyediakan rumah-rumah mampu milik kepada semua kategori rakyat sama ada yang berpendapatan rendah, sederhana dan berpendapatan er… sederhana ya. Er… kita tidak memfokuskan pembangunan kepada rumah mampu lihat… rumah mampu lihat saja ya, atau mampu tengok kerana pelaksanaan Rumah Rakyat 1Malaysia Negeri Pahang ini adalah projek perumahan pendapatan bagi mereka yang berpendapatan sederhana, rendah dan sederhana rendah dan sederhana yang er… yang merujuk kepada punca pendapatan isi rumah. Bagi rumah Projek Rumah PR1MA er… lebih memfokus ke… kepada mereka yang berpendapatan RM10,000 ke bawah sebulan dan er… Kerajaan Negeri telah melaksanakan Projek Rumah PR1MA seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Sehingga November 2018, sebanyak 118 Projek PR1MA Pahang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada pemaju swasta di seluruh negeri Pahang. Dengan jumlah projek yang telah diluluskan tersebut, Kerajaan Negeri menganggarkan dapat menyediakan sebanyak 37,389 unit rumah mampu milik kepada rakyat negeri ini. Pada masa ini pelaksanaan 118 projek tersebut terdapat dalam pelbagai peringkat pelaksanaan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 11 projek dengan 2,982 unit rumah telah berjaya disiapkan dan perakuan penyiapan dengan pematuhan ataupun dikenali sebagai CCC. Sebanyak 18 projek dengan 4,051 unit rumah dalam peringkat kerja-kerja pembinaan di tapak. Manakala sebanyak 35 projek dengan 976 unit rumah telah diluluskan untuk… dalam peringkat Kebenaran Merancang ataupun KM. Sebanyak 28 projek dengan 10,445 unit rumah dalam peringkat kelulusan kebenaran merancang dan dalam proses untuk dokumentasi. Manakala yang selebihnya 49 projek dengan jumlah 11,935 unit rumah adalah merupakan projek-projek yang baru diluluskan.
Sehingga kini, sebanyak 17,996 pemohon telah memohon projek berkenaan di mana purata umur mereka usia di bawah 40 tahun. Yang kedua, pelaksanaan Rumah Makmur yang berharga RM80,000. Kalau tadi rumah PR1MA keluasan dia anggaran 1,000 kaki persegi, manakala Rumah Makmur anggaran keluasan adalah sebanyak 800 kaki persegi. Sebagai penambahbaikan kepada Projek PR1MA Pahang sedia ada, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Rumah Makmur bagi memenuhi keperluan golongan sasaran yang berpendapatan sederhana rendah iaitu yang mereka er… berpendapatan isi rumah sebanyak RM5,000 ke bawah ya.
Sehingga kini Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak 14 projek dengan jumlah rumah yang bakal dibina sebanyak 5,506 unit rumah. Rumah ini diberikan khusus kepada mereka yang berpendapatan rendah sebagaimana yang saya sebutkan tadi pendapatan RM5,000 ke bawah isi rumah ya, dan rumah yang ini adalah selesa untuk didiami oleh… kerana tiga bilik juga, mengandungi tiga bilik. Tidak seperti rumah-rumah murah sebelum ni mengandungi cuma dua bilik sahaja ya. Pada tahun 2019, disasarkan dua projek akan memulakan kerja-kerja tapak itu di Kuantan.
Perkara yang ketiga berkaitan pelaksanaan Tabung Perumahan Rakyat Pahang. Kerajaan Negeri sesungguhnya amat… sesungguhnya berusaha untuk memenuhi keperluan semua rakyat negeri Pahang. Er… bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah ya. Tadi yang RM10,000 ke bawah PR1MA, RM5,000 ke bawah er… Makmur dan yang terbaru mereka pelaksanaan Tabung Perumahan Rakyat Pahang untuk mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. Kerana RM3,000 ke bawah ini adalah menyukarkan mereka untuk membuat permohonan kedua-dua projek berkenaan sama ada PR1MA ataupun Rumah Makmur ya.
Menyedari hakikat ini Kerajaan Negeri telah tampil dengan inisiatif yang dikenali sebagai Tabung Perumahan Rakyat Pahang. Dasar sedia ada bagi projek pembangunan bercampur telah dipinda yang mana, setiap pemaju akan dikenakan syarat pembinaan 30% Rumah Kos Sederhana Rendah ataupun RKSR bagi setiap pembangunan melebihi 3 ekar. Bagi pemaju yang memilih untuk pengecualian pembinaan rumah kos sederhana rendah, mereka dikehendaki untuk mencarum kepada Tabung Perumahan Rakyat Pahang ini.
Pemaju akan mencarum sebanyak 35,000 unit… RM35,000 bagi setiap rumah yang tidak dibina di kawasan Majlis Perbandaran atau RM30,000 dalam kawasan Majlis Daerah. Bermakna dalam kawasan Majlis Perbandaran jika mereka tidak mahu membina rumah kos sederhana rendah, pemaju boleh menggantikan dengan bayaran berdasarkan jumlah RM35,000 bagi kawasan perbandaran dan RM30,000 bagi kawasan Majlis Daerah. Bayar kepada Tabung Pembangunan er… Perumahan Rakyat Pahang.
Dana tabung ini akan digunakan untuk membina rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah. Manakala mekanisme pelaksanaan akan diperhalusi untuk memastikan pelaksanaan dapat memenuhi golongan yang disasarkan yang pendapatan lebih daripada RM3,000 kebawah ya. Sikit pantun ya.
Mari mendaki gunung daik Membekal…membawa bekal pisang sesikat PR1MA Pahang produk terbaik Moh pakat membantu rakyat
Hal itu saya rasa segmen er… penggulungan saya berkaitan dengan perumahan. Manakala untuk segmen kedua berkaitan dengan kerajaan tempatan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian, er… Kerajaan Persekutuan melalui jabatan Kerajaan Tempatan ataupun JKT. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dulu dikenali sebagai Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tapi ini balik asal semula KPKT iaitu Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM19.23 juta di bawah peruntukan projek baru ataupun dikenali sebagai BP1 ya er… bagi semua PBT di negeri Pahang. Jumlah tersebut merupakan jumlah untuk pelaksanaan sebanyak 502 buah projek bagi kesemua 11 buah aktiviti di negeri Pahang.
Di antara Projek-projek Kemudahan Awam ini untuk kemudahan rakyat yang difokuskan pada tahun 2018 adalah seperti berikut; infrastruktur berjumlah RM5.7 juta, ini termasuk laluan perjalan kaki, lorong, sistem saliran, lampu jalan, jalan dan longkang serta papan tanda. Papan tanda kita ni masih lagi berbahasa Melayu ya, tiada bahasa lain. Insya-Allah lepas ini akan dikemukakan dengan cadangan dalam Bahasa Jawi. Yang kedua; kemudahan awam berjumlah RM11.72 juta iaitu pembinaan gelanggang sukan, terminal dan perhentian pengangkutan awam,
membina dan menaiktaraf dewan serta balai raya serta menaiktaraf dataran jam. Yang ketiga projek sosio ekonomi berjumlah RM1.8 juta peruntukan dilulus… digunakan untuk bagi membantu peniaga-peniaga termasuk menyediakan ruang niaga, medan selera, pasar dan tapak penjaja.
Manakala pada sehingga kini… sehingga pada 31 Oktober 2018, sebanyak RM21.7 juta telah dibelanjakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan negeri Pahang melalui agihan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri Pahang ataupun MARRIS untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya, bandaran dan jalan kawasan perumahan bagi tahun 2018 ke arah menjamin kesejahteraan rakyat. Program pembas… pembasmian kemiskinan bandar.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Ahli-ahli Dewan Yang dimuliakan, Kerajaan Negeri juga komited serta fokus dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan purata pendapatan isi rumah golongan berpendapatan rendah. Untuk itu Kerajaan Negeri melalui Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan KPKT telah menyalurkan peruntukkan sebanyak RM1.143 juta bagi pelaksanaan program pembasmian kemiskinan bandar ataupun dikenali sebagai PPKB. Daripada jumlah tersebut RM220,000 telah diperuntukkan bagi pelaksanaan projek kiosk penjaja bandar berkuasa solar fasa 1 tahun 2018. Ianya melibatkan sebanyak 11 keluarga isi rumah dengan kadar bagi setiap isi rumah diperuntukkan sebanyak RM20,000. Manakala baki sebanyak RM923,000 adalah diperuntukkan bagi pelaksanaan projek bantuan baik pulih rumah daif di bandar… fasa 30 tahun 2018 yang melibatkan sebanyak 71 keluarga isi rumah dengan kadar bagi setiap sebuah rumah diperuntukkan sebanyak RM13,000. 7 PBT terlibat dalam pelaksanaan kedua-dua projek tersebut seluruh negeri Pahang.
Untuk makluman Ahli-ahli Dewan sekalian, kesemua 71 buah rumah tersebut telah siap dibina dibaik pulih sepenuhnya yang dijangka dapat memberi manafaat kepada golongan yang telah disasarkan itu kumpulan dalam program er… pembasmian kemiskinan bandar. Ini kerana projek tesebut membantu kumpulan miskin di bandar meningkatkan kualiti hidup disamping mengurangkan beban keluarga yang merupakan bukti jelas keprihatinan Kerajaan Negeri dengan masalah rakyat. Projek pembangunan di kawasan tinggalan DARA dan LKWJ. Kerajaan Negeri telah menurut… turut mengambil inisiatif untuk mendapatkan peruntukan khusus er… DARA, LKWJ melalui Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur ataupun ECR… ECERDC melibatkan 6 buah daerah kawasan bekas DARA, LKWJ iaitu Temerloh, Bera, Maran, Jerantut, Pekan dan Rompin.
Sehingga kini, Kerajaan Negeri hanya menerima kelulusan bagi 3 buah daerah sahaja dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM19.8 juta bagi 61 buah projek pembangunan. Antara projek-projek tersebut termasuklah menaiktaraf kemudahan-kemudahan awam seperti masjid, dewan, gelanggang sukan dan sistem perparitan serta membaik pulih jalan dan longkang dan membina kemudahan awam tempat letak kereta dan juga pembangunan-pembangunan kampung.
Kempen hari tanpa beg plastik. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kempen hari tanpa beg plastik di negeri Pahang telah dilaksanakan pada 25 Oktober 2010 oleh Exco Kerajaan Tempatan pada ketika itu dimana telah menetapkan bahawa setiap hari Sabtu, semua pasar raya-pasar raya tidak lagi membekalkan beg plastik ataupun dipanggil SUP single use plastic kepada pembeli-pembeli yang membeli di
pasar raya-pasar raya berkenaan. Sebanyak 20 sen dikenakan bagi setiap beg plastik yang dikeluarkan. Pernah pada masa pelaksanaan berkenaan er… saya sendiri mendapat aduan pada ketika itu bertugas di Majlis, ramai yang tak puas hati tentang cas sebanyak 20 sen dikenakan. Tapi Alhamdulillah sehingga kini perkara ini tidak berbangkit lagi kecuali tahun lepas di negeri Selangor lah yang difahamkan dan kita khususkan sebanyak setiap hari Sabtu di mana pada ketika ini ramai yang membeli yang keluar beli barangan di pasar raya yang memerlukan plastik.
Jadi plastik ini satu er… bahan, bahan kimia daripada sumber minyak yang diproses yang apabila dilupuskan er…di… untuk dilupuskan dimana-mana tempat saya rasa mengambil masa hingga ratusan tahun ya… ini boleh menyebabkan masalah kepada alam sekitar. Beg-beg plastik yang diperolehi di premis-premis perniagaan untuk memburus… untuk membungkus barangan dan makanan adalah penyumbang terbesar kepada pencemaran di tapak-tapak pelupusan. Walau bagaimanapun plastik ini boleh dikitar semula dan er… satu aktiviti perniagaan kitar semula saya rasa boleh memberi pendapatan kepada mereka yang er… mengumpul-ngumpul plastik ini untuk menambah punca pendapatan. Er… pada masa yang sama, Pihak Berkuasa Tempatan memperuntukkan jumlah yang tinggi saban tahun bagi mengurus tapak-tapak perusahan… tapak-tapak pelupusan, sisa-sisa domestik dan sisa-sisa di tapak-tapak pelupusan sampah yang sedia ada.
Er… untuk makluman Ahli-ahli Dewan sekalian, sebenarnya er… plastik-plastik ini boleh menyumbang kepada masalah er… green house effect iaitu kesan rumah hijau dengan izin akibat daripada penghasilan gas metana yang dihasilkan oleh pereputan sisa-sisa pepejal termasuk plastik di tapak-tapak pelupusan. Justeru amatlah penting untuk kita memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat berhubung kesan penggunaan beg-beg plastik kepada alam sekitar dalam usaha kita memelihara kebersihan dan keindahan alam yang kita diami ini. Sebagai langkah…
Minta laluan, Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Boleh saya dapatkan statistik jumlah cas yang dikutip oleh kerajaan er… dengan penggunaan beg plastik pada hari Sabtu sejak pelancarannya.
Terima kasih Yang Berhormat Triang.
Sehingga kini er… sejak dilaksanakan pada 2010, peringkat awal saya pernah dapat kompelin ada sebuah pasar raya tu telah diugut untuk dibakar kerana cas sebanyak 20 sen sahaja ya… yang dapat kami terima aduanlah. Walau bagaimanapun inilah persoalannya tentang cas 20 sen yang dikenakan. Diperingkat awal kalau ikut komitmen yang telah kita declare ataupun kita bersetuju bersama er… sumbangan sebanyak 20 sen ini akan disumbangkan kepada tabung-tabung kebajikan. Tetapi seingat sehingga kini kita pun tidak tahu manalah sumbangan telah disapu sama ada masuk poket pasar raya ataupun masuk disumbangkan kepada tabung-tabung kebajikan.
Sebagai langkah permulaan, kempen hari tanpa beg plastik akan diperkenalkan semula melibatkan semua pasar raya di seluruh negeri Pahang yang perlu menyediakan alternatif lain kepada pengguna selain beg plastik. Pengusaha pasar raya digalakkan untuk menggunakan pembungkus dari kertas atau mengenakan caj
lain atau mekanisme yang diiktiraf wajar tidak membebankan pengguna. Saya mencadangkan supaya caj sebanyak 20 sen ini kita mansuhkan kerana sebenarnya tidak memberi manfaat kepada pengguna orang ramai. Walau bagaimanapun, penggunaan plastik ini, larangan mesti diteruskan. Ada alternatif lain yang boleh dilaksanakan dengan menggantikannya dengan beg kertas dan sebagainya.
Mohon pencerahan. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua,
Saya nak... saya amat bersetuju jika plastik ini kita kurang penggunaannya kerana ianya tidak merupakan satu perkara yang sesuailah dari segi alam sekitar. Saya cuma nak sentuh satu, ini apa yang saya lihat, tempat lain wallahualamlah. Saya nak sentuh di Pekan. Saya lihat Alam Flora, Alam Flora membersihkan kawasan-kawasan longkang dan kawasan-kawasan perumahan dengan menggunakan plastik-plastik besar. Kaedah itu memang bagus. Saya bukan tidak bersetuju dengan kaedah itu ya.
Maksudnya dia ambil sampah masuk dalam plastik, letak tepi jalan, dia susun kemudian dia angkut menggunakan lori. Soalnya sekarang adalah penggunaan plastik tu begitu banyak. Hari, hari, hari, hari dan saya fikirkan, kalau ini berterusan, sampah yang dipungut itu satu bab, yang pentingnya plastik itu, lagi banyak.
Jadi saya mohon pencerahanlah daripada Wakil Kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Peramu Jaya. Sebenarnya plastik ini yang pentingnya dia boleh direcycle, pusing di mana dikitar semulalah, dengan izin. Harga di pasaran pun saya rasa kalau tak silap saya masa ketika ini ialah 80 sen sekilolah ya. Plastik ini sebenarnya boleh di... direcycle menjadi resin balik. Saya pernah melawat satu tapak pelupusan di Pulau Pinang di mana plastik-plastik yang single use plastik ini. Plastik yang bisinglah ya, plastik yang kita pegang bunyi bising ini dan mana-mana plastik pun diproses balik menjadi resin dan ini boleh dibuat sebagai satu bahan tambahan bagi biodiesel ya, biodiesel. Sekarang ini saya difahamkan Eurofive ya, menggunakan sebahagian daripada kitar semula bahan-bahan plastik.
Soalnya sekarang ini adakah di Pekan, sebagai contohnya recycle ini menjalani proses itu? Maksud saya, kalau benda ini terkumpul hari-hari dia menjadi banyak tetapi kalau diproses menjadikan resin itu saya boleh terimalah. Tapi soalnya di Pekan ini adakah usaha ini dijalankan?
Sebab itu saya ingat pihak SWCorp, as corporation telah menjalankan kempen kepada rakyat supaya... dia ada hari-hari tertentu di mana bahan-bahan yang kitar semula ini perlu letakkan depan rumah dan bahan-bahan ini akan diproses balik, dihantar di pusat-pusat kitar semula untuk kita proses supaya... memang plastik ini adalah satu bahan yang murah sebenarnya berbanding bahan yang lain ya. Tapi ada alternatifnya iaitu pihak... baru-baru ini saya telah hadir satu seminar dikendalikan oleh Kementerian Tenaga, energy... Tenaga, Teknologi dan juga Perubahan Iklim mensasarkan... dia ada road map dia, untuk mensasarkan pada 2020, bermula pada tahun depan semua SUP-SUP, single use plastic ini akan diharamkan ya dan digantikan dengan plastik
yang mudah lupus, yang biodegradable dengan izin, yang mana plastik ini tempoh hayat dia lebih, lebih rendah dan lebih mudah untuk dilupuskan ya.
Jadi kita negeri Pahang ini bersetuju dengan cadangan ini kerana ini memberi kesan yang baik kepada alam sekitar kita.
Dato’ Yang di-Pertua, minta mencelah.
Berbalik kepada cadangan untuk membatalkan caj 20 sen untuk plastik, saya berpendapat bahawa memandangkan dasar ini telah dilaksanakan beberapa tahun dan sebaiknya kita menggunakan pendekatan bahawa dikaji semula. Ada yang memberikan pandangan bahawa sebab 20 sen itu tidak dikembalikan, tidak tahu ke mana, ada yang kata masuk dalam tabung kebajikan, ada yang katanya tidak mungkin masuk dalam poket pengusaha tapi kita boleh ada idea baru.
Saya bagi contoh, kerajaan sebenarnya boleh membekalkan plastik kepada... menjualkan plastik kepada hypermarket ataupun supermarket dan ini berlaku di negara lain contohnya di Taiwan, yang mana beg plastik mereka perlu beli daripada kerajaan tempatan dan itu dengan kos yang lebih tinggi. Jadi pada masa yang sama ini menggalakkan mereka mengurangkan penggunaan plastik dan pada masa yang sama kerajaan juga mendapat sumber daripada dasar tersebut.
Jadi saya minta dikaji semula pendekatan untuk mengurangkan penggunaan plastik. Terima kasih.
Terima kasih Semambu. Ini satu cadangan yang baik dan perkara ini telah dibincangkan dalam seminar berkenaan dan dalam tindakan pihak kementerian untuk melaksanakan perkara ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Mohon mencelah, rakan saya daripada Lepar. Er... tak silap saya, ini arahan untuk menggunakan atau mengecajkan 20 sen untuk plastik ini dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat iaitu pada hari Sabtu ya, pada hari Sabtu. Pada hari Sabtu, seluruh negara dikenakan kadar seumpama itu tetapi berbeza dengan negeri lain er... seperti Selangor dan sebagainya. Pahang tidak mengenakan caj plastik untuk hari-hari lain selain daripada hari Sabtu ya. Macam di Selangor dia buat hari-hari, daripada Isnin sampai ke... tak ada, tak ada hari pengecualian tapi di Pahang ini hari Sabtu tu kerana arahan daripada Kerajaan Pusat.
Jadi perkara ini kena bawa ke Kerajaan Pusat untuk ditangani tapi untuk penjelasan tak silap saya, kita negeri Pahang tidak mengenakan caj untuk apa nama... penggunaan beg plastik pada hari-hari yang selain daripada hari Sabtu. Terima kasih.
Panjang lagi Yang Berhormat?
Er... sikit lagi.
Sila.
Berkaitan dengan er... penggunaan tulisan jawi pada papan tanda tunjuk arah, papan iklan premis perniagaan dan papan tanda bangunan dan papan tanda jalan serta lorong. Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, Kerajaan Negeri melalui PBT negeri Pahang akan mula menguatkuasakan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda tunjuk arah, papan iklan premis perniagaan, papan tanda bangunan dan papan tanda jalan, lorong dalam kawasan majlis secara keseluruhannya.
Penggunaan tulisan jawi telah mula dilaksanakan oleh Majlis Daerah Pekan yang mana telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat, yang er... Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang dalam 2 minggu lalu. Bagi menyediakan, penyediaan papan-papan tanda di kawasan perumahan dan juga melibatkan kawasan-kawasan bandar yang menunjukkan semakin peningkatan sejak pada tahun 2005 sehingga pada 2018 yang lalu. Pelaksanaan penggunaan tulisan jawi akan diperluaskan dan disusuli oleh semua PBT-PBT di negeri Pahang selepas pada ini.
Dan seterusnya yang terakhir berkaitan dengan bandar lestari dan bersih. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan dimuliakan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang juga telah bertitah untuk memastikan masalah persekitaran dan kebersihan bandar. Sebagai pemimpin yang sentiasa mengambil berat tentang kebersihan, pihak er... Exco saya telah merangka satu pelan ya, satu hala tuju PBT untuk memastikan semua bandar-bandar di negeri Pahang ini dalam keadaan yang bersih termasuklah bukan sahaja kebersihan dari segi sisa sampah dan sebagainya, ia juga melibatkan kebersihan dari segi premis makanan dan juga tandas-tandas awam, ya.
Baru-baru ini pihak Kerajaan Negeri telah melantik Ahli-ahli Majlis PBT ya, di mana ahli-ahli yang dilantik inilah mereka yang berperanan sebagai perantara ataupun mereka ini adalah yang juga memantau, perlu memantau kebersihan-kebersihan bandar termasuk kedai makan, tandas-tandas untuk memastikan semua kemudahan-kemudahan awam yang disediakan ini adalah keadaan yang baik dan boleh memberikan kesejahteraan kepada kita semua ya dan satu task force telah ditubuhkan untuk memastikan kebersihan, masalah kebersihan ini dapat dilaksanakan dan dikuat kuasakan di masa-masa akan datang bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Kerana bandar yang bersih ini adalah memberi imej sebenarnya kepada masyarakat yang berada di bandar berkenaan. Contohnya kalau kita pergi ke Jepun, bandar itu memang bersih ya, tapi bila pergi ke Malaysia ini walaupun fasilitinya adalah first class tapi dari segi mentalitinya, masih belum lagi mencapai tahap yang di... ditetapkan.
Akhir sekali, saya bagi pihak er... exc... apa ni... Kerajaan Negeri yang memegang portfolio Kerajaan Tempatan dan Perumahan, menjadi harapan untuk kita sama dapat melaksanakan projek yang dapat memberi faedah secara langsung kepada masyarakat terutamanya bandar. Sehubungan itu pelbagai perancangan dan projek
telah dikenal pasti untuk dilaksanakan bagi mencapai hasrat tersebut. Kerajaan negeri mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan persekutuan yang telah meneruskan kelulusan projek selepas penangguhan dibuat seketika baru-baru ini. Bagi projek-projek yang telah diluluskan, adalah menjadi harapan kerajaan negeri agar ianya dapat dilaksanakan oleh PBT negeri Pahang dengan berkesan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
PBT negeri Pahang juga adalah diseru supaya menghayati hasrat kerajaan ini dalam menyampaikan semua jenis perkhidmatan kepada rakyat, di mana pihak berkuasa tempatan hendaklah sentiasa peka di dalam menjayakan transformasi pengurusan pentadbiran secara lestari dan mampan kearah perkhidmatan perbandaran bertaraf dunia. Exco selalunya ada tag line ye… iaitu kita ada tag line, dengan izin, untuk PBT Pahang ini, “Meningkatkan Hasil dan Memberi Perkhidmatan Terbaik Kepada Rakyat”. Itulah tag line kita dengan peningkatan hasil sebagaimana yang telah diumumkan baru ini, cukai telah dinaikkan sebanyak 0.5% bagi lot-lot kosong, 1% bagi kediaman, 1.5% bagi perdagangan dan 2% bagi industri akan menambahkan pendapatan PBT dan hasil yang dikutip ini akan dipulangkan balik kepada rakyat untuk memberikan er… perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Manakala soalan-soalan yang telah dibangkitkan, isu-isu tambahan ini saya akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan ini. Akhir sekali sebelum mengakhiri ucapan penggulungan ini, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu berkaitan dengan portfolio saya er…. dan er… berkaitan dengan kerajaan tempatan dan juga perumahan.
Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan di mana ianya akan memberi manafaat kepada rakyat dan negeri Pahang keseluruhannya. Akhir sekali saya dengan menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Pahang 2019/2018 yang telah dikemukakan. Sekian, assalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat, seterusnya saya jemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang.
Bismilahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana berjaya membentangkan Bajet 2019 walaupun dalam keadaan perubahan ekonomi yang tidak menentu. Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga membentang ba… merangkumi membentang bajet dengan merangkumi transformasi perkhidmatan (tidak jelas) pembangunan negeri Pahang untuk menjana pendapatan dan memakmurkan kehidupan rakyat Pahang. Saya dengan ini menyokong usul Bajet 2019 dengan satu rangkap pantun,
Bijak kancil di dalam hutan, Pandai ikan dalam berenang,
Keperluan rakyat didahulukan, Jangan dilupa jasa kerajaan Pahang untuk dikenang.
Dalam perbahasan Bajet 2019 wakil rakyat-wakil rakyat daripada Jengka, Kemayan, Sungai Lembing, Ibam dan Padang Tengku serta Muadzam telah membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan saya punya portfolio. Portfolio saya, saya akan menjawab portfolio FELDA. FELDA pada hari ini turut terkesan dengan isu penurunan harga Minyak Sawit Mentah, CPO dan harga Buah Tandan Segar, BTS. Faktor utama menyumbang kepada kejatuhan harga CPO di pasaran ketika ini adalah disebabkan oleh kelemahan harga Minyak Soya, SPO di pasaran dunia. Yang berpunca daripada perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan juga Kerajaan Negeri China. Kerajaan China telah mengenakan cukai import yang tinggi sebanyak 25% ke atas import kacang soya dari USA.
Kesan daripada tindak balas USA terhadap negeri China yang tinggi menyebabkan er… kesan SPO telah merosot ke paras yang terendah. Oleh kerana harga CPO dan SPO bergerak seiring di pasaran dunia, maka kejatuhan harga SPO ini telah menyebabkan harga CPO turut mengalami penurunan. Jadi, itu perkara pertama. Perkara kedua kerana dasar-dasar kerajaan parti Malaysia baru sekarang, kerajaan… dasar kerajaan baru yang menangguhkan banyak projek-projek daripada negeri China yang menyebabkan harga…. China tidak mengimport minyak sawit daripada Malaysia dan mengimport sawit dan minyak sawit daripada Indonesia. Jadi itu salah satu punca kejatuhan harga sawit, harga sawit dan minyak sawit. Kementerian Industri Utama sememangnya peka dan prihatin akan isu kemerosotan harga sawit malah telah merangka strategi jangka panjang jangka pendek untuk pemulihan harga komoditi tersebut.
Strategi jangka pendek yang dijalankan oleh MPI ialah dengan pendekatan mesra pelabur, mesra peniaga dengan mengadakan perbincangan, lawatan terus ke negara-negara pengimport utama minyak sawit Malaysia. Sementara strategi jangka pan… jangka panjang iaitu memperkukuhkan harga sawit memperkuku… memperkukuhkan pasaran sawit yang sedia ada, serta menerusi pasaran-pasaran baru keluar negara. Meningkatkan produktiviti harga sawit dengan mengadakan penyelidikan dan pembangunan R&D, dengan izin, skim persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia, MSPO yang akan dijadikan mandatori pada Januari 2020. Ini satu langkah mewujudkan sistem kemampuan… kemampanan yang diterima secara global dan menjenamakan minyak sawit Malaysia ke serata dunia. FELDA adalah satu agensi yang dipertanggungjawabkan di bawah Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Kenyataan akhbar bertarikh 21 Januari… 21 November baru-baru ini menyatakan akan memberi jaminan bahawa masalah peneroka FELDA akan diselesaikan dan turut menyatakan dasar akan datang pada peneroka seminima RM1000 sebulan. Dan saya harap ianya akan menjadi kenyataan bagi peneroka-peneroka FELDA. Dan selari dengan visi FELDA baru sekarang, menjadi pemacu pembangunan pendapatan negara yang progresif serta misinya menambah nilai untuk perniagaan peneroka-peneroka FELDA yang sentiasa mempastikan keseje… kesejahteraan warga FELDA dan kepentingan peneroka-peneroka. Menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Sungai Lembing iaitu isu perumahan generasi baru FELDA Bukit Sagu, dalam proses tawaran semula dan FELDA telah melantik konsultan untuk penilaian semula pembangunan rumah tersebut dan termasuk kebenaran merancang dan juga penyediaan dokumen tender.
Berkenaan dengan Loji Air Bukit Sagu yang dibangkitkan oleh ADUN Sungai Lembing juga yang melibatkan kerja-kerja pembaikan panel, pam yang rosak serta juga
melibatkan kos tambahan kepada penyelenggaraan loji tersebut dan ianya dalam proses er… permohonan kelulusan kos tambahan dan juga saya merayu kepada pihak FELDA untuk tidak menangguhkan beberapa projek, beberapa projek yang telah diluluskan oleh kerajaan dahulu seperti turapan jalan di kawasan-kawasan FELDA sebanyak 115 skim FELDA berjumlah RM230 juta sudah disediakan wangnya.. duitnya. Di Jengka 3, Jengka 5, Bukit Goh dan Bukit Sagu telah ditender tapi sampai sekarang tender tersebut tidak di... dikeluarkan.
Begitu juga Projek Kolam Takungan Chini berjumlah lebih kurang RM10 juta untuk Loji Air Kampung Dusun. Kalau ianya terlaksana maka ia dapat menyelesaikan masalah air di 8 skim FELDA gugusan Chini serta kampung-kampung sekitarnya. Begitu juga peruntukan telah diperuntukkan untuk pembinaan baru masjid Lepar Hilir berjumlah RM4 juta. Jadi juga… saya beberapa perkara ini saya merayu kepada kerajaan pusat terutamanya FELDA, untuk meneruskan projek-projek tersebut.
Di dalam perbahasan Bajet 2019, ADUN Padang Tengku dan juga Bukit Ibam serta Muadzam telah membangkitkan er… tentang memperka… bagaimana kerajaan negeri memperkasakan usahawan-usahawan terutama belia-belia yang bergiat untuk berniaga. Melalui Pelan Strategi Pembangunan Transformasi Ekonomi Pahang 2016-2020. Antara strategi membangunkan usahawan yang dinamik adalah memperbanyakkan program-program memperkasakan usahawan-usahawan untuk belia-belia negeri Pahang.
Antara indikator strategi tersebut adalah seperti berikut, kemudahan perniagaan kepada PKS dapat disediakan dengan mensasarkan sebanyak 5% peningkatan usahawan setahun. Dua, penglibatan golongan belia dalam bidang keusahawanan dengan mensasarkan 3% penglibatan belia mencebur dalam bidang usahawan setiap tahun. Peningkatan nilai-nilai pengeluaran produk disasarkan meningkat 3% setahun.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah melibatkan usahawan-usahawan negeri Pahang yang terlibat untuk menyertai Program Himpunan Usahawan Belia er… Bumiputera di Bukit Jalil pada 31 Mac 2018 baru-baru ini. Program Hari… Hari Kraf Kebangsaan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada April 2018, Pameran Halal Antarabangsa di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur dan juga, Kerajaan Negeri juga mengadakan ruang-ruang perniagaan kepada usahawan-usahawan kecil di daerah-daerah.
Pada tahun 2… pada tahun 2019, saya dan bagi pihak Kerajaan Negeri telah mencadangkan satu karnival usahawan kecil di beberapa daerah negeri Pahang pada awal Januari atau Februari 2019 selepas musim banjir. Saya juga menyeru kepada Kerajaan Pusat yang ada hari ini, supaya geran-geran kewangan TEKUN, IUM dan MARA diteruskan dan akan diperbanyakkan, sebab baru-baru ini peruntukan untuk Amanah Ikhtiar Malaysia, kalau 2018 kerajaan ketika itu menyediakan RM500 juta setahun, tapi baru-baru ini dalam Bajet 2018… 2019 baru ini hanya ada RM100 juta setahun untuk dikongsi kepada 14 negeri.
Tadi saya berjanji dengan ADUN Tanjung Lumpur, iaitu untuk menyatakan skim-skim Amanah Ikhtiar Malaysia iaitu satu Amanah… satu skimnya, i-Rezeki, pinjaman antara RM10,000 hingga RM30,000 iaitu untuk aktiviti harian penternak… berternak, nelayan, madu kelulut, lebah dan sebagainya. Dan satu yang saya tertarik, walaupun skim ini untuk wanita, tapi ada juga skim untuk membeli beruk… beruk. Makna wanita pinjam, suami dia dulu pernah panjat kelapa, pernah… dah tua-tua tak sanggup panjat kelapa, boleh beli beruk untuk kutip kelapa. Hah… itu saya tertarik dengan skim Amanah AIM er… Yang Berhormat Tanjung Lumpur.
Dan satu lagi, saya tertarik dengan skim... skim Sejahteraan dalam er… yang dia bagi pada AIM ini iaitu pinjaman antara RM1000 hingga RM10,000. Bagi modal ini untuk pelbagai guna buat re… repair rumah boleh, masuk air api, repair longkang boleh dan juga boleh nikah dua. Hah… ini saya tertarik jugak. Skim ini isteri pinjam, pinjam duit daripada AIM, lepas itu boleh pinjam kepada suami untuk kahwin buat kenduri, nikah dua. Saya mengalu-alukan bahawa skim ini diteruskan buat masa dari semasa ke semasa. [Ahli Dewan ketawa]
Soalan tambahan, pengerusi. Er… saya mohon mencelah. Bukan soal kahwin dua itu, er… cuma saya kira, apa sahaja skim yang diberikan oleh pihak kerajaan perlu pada mobilisasilah agar rakyat dia semua tahu dan kita cadangkan supaya semua er… brochure ke, dan sebagainya itu dibekalkan kepada Pejabat ADUN-ADUN kawasan sebab senang rakyat ini dia akan datang Pejabat ADUN. Jadi dapat kita bagilah. Yang nikah dua itu, kita serah ke…apa itu Pulau Tawarlah, insya-Allah.
Insya-Allah, cadangan itu… cadangan ADUN Tanjung Lumpur saya akan ambil pandangan dan beritahu kepada kerajaan, pihak-pihak yang berwajib, insya-Allah. Di sini juga saya mengambil kesempatan menyokong menolak cadangan ratifikasi ICERD…
Laluan.
… yang mengugat keharmonian dan perpaduan masyarakat di negara kita.
Dato’ Sri Speaker,
Saya minta laluan sekejap. Saya ada bangkitkan er… masalah usahawan yang dikeluarkan, yang ditaja oleh Amanah Ikhtiar, TEKUN, er… AZAM ini apa… Skim AZAM er… 1AZAM, 1AZAM. Kalau kita lihat, memang terlalu banyak dah usahawan-usahawan yang mendapat tajaan daripada skim-skim ini. Dalam ucapan saya, saya ada sebut er… satu-satu kampung yang meminjam Amanah Ikhtiar sahaja sampai 30, 40 satu pasukan. Jadi er… masalah sekarang, kita ada skim TEKUN, kita ada Skim Amanah Ikhtiar, kita ada Skim 1AZAM, yang 1AZAM ini suatu ketika dulu berlori-lori er… barang dihantar. Tiap-tiap orang yang dapat itu, dia terpaksa bawa lori er… itu menunjukkan cukup hebatnya. Kalau itu keadaannya, sudah pasti kita nampak di kampung itu meriah dengan usahawan-usahawan ini. Tapi kalau kita pergi ke kampung kita tak nampak ini, dia tersembunyi di mana-mana. Macam mana?
Soalan saya kepada Speaker er… pada apa ini Kerajaan Negeri iaitu ialah… bagaimana kita nak memupuk budaya ini supaya kita Nampak. Kalau sebut sambal hitam di Lipis, sambal hitam tapi kalau orang datang nak cari mana sambal hitam tak jumpa. Dia terpaksa cari dekat kat… kat rumah orang ini, tak ada satu tempat pun yang menunjukkan er… usahawan-usahawan ini ada, lahir tak macam saya sebutkan
di Terengganu ataupun di Kelantan. Ini soalan saya di sini ialah er… bagaimana kita hendak membentuk budaya niaga di kalangan orang-orang Pahang ini. Kalau kita tengok orang Pahang kadang di belah Lipis, belah Jerantut dan sebagainya memang orang Kelantanlah yang banyak berniaga. Di kalangan orang Pahang ini tak nampak pun. Er… itu sahaja. Terima kasih.
Yang di-Pertua,
Tadi saya menyebutkan bahawa pada 2019, Januari dan Februari, saya akan mengadakan karnival tiap-tiap daerah dan saya akan mulakan dengan daerah Kuala Lipis, terutamanya kawasan Padang Tengku, Insya-Allah. Supaya Padang Tengku nampak di mana sambal hitam, di mana jual… orang jual tempoyak dan juga ikan… ikan salai, insya-Allah. Di akhir…
Dato’ Sri, boleh mencelah sikit. Pasal saya tertarik pada cadangan daripada pihak kerajaan tadi, pasal penggunaan beruk untuk memanjat pokok kelapa. Pasal ini salah satu juga usaha untuk kita meringankan beban peneroka ya, dan saya pernah dulu suatu ketika mencadangkan yang aktiviti beruk panjat kelapa ini dan sekali tempat training centre dia, dengan izin, tempat latihan dia sekali dan saya rasa dengan cara ini juga boleh merancak juga industri pelancongan kita ya. Saya setuju sangat.
Dan satu perkara saya nak tanya dengan pihak kerajaan, macam manakah istilahnya beruk dapat bunga. [Ahli Dewan ketawa] Bagi saya sekarang ini Dato’ Yang di-Pertua, saya tengok perumpamaan beruk dapat bunga ini, beruk itu dia dah excited sangat. Dia seronok sangat, bila dapat bunga pun dia…
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya bukan apalah. Rakan kita daripada Kemayan ini dia tanya, dia jawab. [Ketawa] Ini satu benda yang menarik ini. [Ketawa].
Dak begini, itu saya tak habis lagi. [Ahli Dewan ketawa] Beruk dapat bunga ini kadang-kadang saya terfikir Dato’ Yang di-Pertua, saya terfikir balik, tengok betul tak perumpamaan orang tua-tua dulu. Memang pandai pun perumpamaan orang tua-tua dulu. Bila dia istilah beruk dapat bunga, saya istilahkan seolah-olah macam Kerajaan Pakatan Harapan yang dapat macam… beruk dapat bunga. [Ahli Dewan ketawa]
Bila dapat memerintah dia tak reti, tak tentu hala, berkejar sana, berkejar ini, buat itu, buat ini macam rusa masuk kampung. Er… kerajaan tahu rusa masuk kampung? Rusa masuk kampung tahu? Berlompat-lompat masuk kampung, last-last sekali tanya orang kampung… “Awak YB ke saya YB?” Jadi tak tentu arah, jadi saya minta komen dari pihak kerajaanlah, pihak Exco FELDA lebih tahu ini.
Dua persoalan yang dipersoalkan oleh Kemayan. Satu centre untuk latihan beruk, saya nak maklumkan pada ADUN Kemayan di Kampung Sungai Putat, Gajah Mati di Jerantut ada tempat orang bela beruk dan ajar beruk panjat kelapa. Saya… saya minta ADUN Kemayan telefon saya, saya boleh bawa ke kampung tersebut. Nombor dua soalannya…
Er…. Yang di-Pertua…
Macam mana beruk dapat bunga… Saya tak bagi laluan kejap, sebab ini sahabat saya, tak apa. Kita bincang di Jerantut [Ahli Dewan ketawa].
Beruk dapat bunga, istilahnya sangat luas definisinya. Kerajaan sudah memberi mandat er… rakyat telah memberi mandat kepada Parti Harapan. Saya faham soalan ADUN Kemayan. Jadi buat lah kerja untuk mempastikan rakyat… sejahtera rakyat. Kerajaan pada hari ini yang telah diberi mandat, saya berharap dan semua Ahli Dewan berharap supaya buat kerja betul-betul. Apa yang amanahkan oleh rakyat dalam Pilihan Raya baru-baru ini dan masuk kampung, buat kerja-kerja betul-betul, pastikan rakyat aman damai.
Saya menolak cadangan pengiktirafan ICERD dengan satu rangkap pantun,
Petang hari pergi ke Pekan, Pulang membawa sebungkus laksa, Hidup muhibah perlu diamalkan, Di negara Malaysia berbilang bangsa.
Di akhir kata, saya menyeru sekali lagi, kerajaan yang ada pada hari ini menjalankan dasar-dasar mesra rakyat, dasar-dasar untuk tidak menekan rakyat supaya dan juga dasar-dasar mesra pelabur supaya komuniti kita, pendapatan negara bertambah dan memakmurkan rakyat jelata. Dengan itu wabilahi taufik wal hidayah assalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya kira seorang Ahli Yang Berhormat Wakil Kerajaan lagi. Berapa minit Yang Berhormat? Lebih kurang 20 minit saya benarkan. Sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk turut sama membahaskan Usul Bajet yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar… Dato’ Sri Menteri Besar Pahang pada Isnin lepas, bersamaan 19 haribulan November 2018. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah inayah-Nya, kita dapat hadir ke Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas pada kali ini.
Sebelum saya menggulung beberapa persoalan mengenai portfolio saya, izinkan saya juga untuk merafak sembah serta menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Mu’adzam Shah sempena Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan baru-baru ini. Di bawah pemerintahan Kebawah Mulia Tuanku Sultan selama ini telah memberi banyak manfaat dan faedah kepada semua lapisan rakyat tanpa mengira batas kaum dan agama. Dirgahayu Tuanku.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua pihak agar menjaga keharmonian kaum, kemakmuran dan kemajuan negeri dan negara yang telah dibina sekian lama kerana semuanya akan lenyap sekelip mata. Sebagaimana yang telah berlaku di negara Timur Tengah seperti Mesir, Syria, Libya, Iraq dan lain-lain lagi.
Firma Allah SWT, ayat 13 Surah Al-Hujurat yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu saling kenal mengenalan… kenal-mengenal, beramah mesra antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah SWT ialah orang yang lebih baik dan lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mendalam pengetahuannya”.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin menyampaikan sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana telah membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2019 yang bertemakan “Maju Terus Pahang: Transformasi Perkhidmatan, Menjana Pendapatan, Memakmurkan Kehidupan”. Bajet surplus, sederhana dan penuh berhemah.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kerana sejak dilantik sebagai Menteri Besar Pahang, sentiasa meluangkan masa untuk mengunjungi segenap daerah dalam negeri Pahang, mendengar, menyelami dan merasai denyut nadi rakyat.
Bagi merupat… bagi merapatkan lagi jurang komunikasi bersama masyarakat setempat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan portal aduan.wanrosdy.com sebagai portal aduan rasmi agar setiap aduan yang benar dan tepat sahaja berkenaan permasalahan rakyat dapat disampaikan kepada agensi-agensi atau jabatan yang terlibat. Setiap aduan daripada masyarakat berkaitan urusan harian terhadap sektor kerajaan, badan berkanun dan swasta bolehlah disalurkan kepada aduan.wanrosdy.com.
Sebagaimana yang kita semua maklum, di dalam pembentangan bajet baru-baru ini sehingga Oktober 2018, 96 aduan telah dijawab, 48 baru diterima, 20 aduan tidak relevan, 111 aduan dalam proses maklum balas daripada 275 aduan yang diterima. Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di dalam menangani masalah berkenaan rakyat. Ini semua menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar begitu komited dan serius dalam memakmurkan kehidupan dan mentransformasikan perkhidmatan.
Selain daripada portal yang ditubuhkan oleh Pejabat Menteri Besar, Kerajaan Negeri juga telah menggunakan portal SISPAA yang telah dibangunkan oleh Biro Pengaduan Awam Malaysia, sebagaimana yang saya jelaskan dalam menjawab soalan daripada Dewan sebentar tadi. Ianya merupakan sebahagian daripada usaha-usaha yang berterusan kerajaan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan penyampaian dari masa ke semasa yang telah dimudahcarakan oleh teknologi jalur lebar terkini.
Pejabat SUK Pahang telah menggunakan SISPAA sejak 1 haribulan April 2017 dan penggunaan SISPAA ini melibatkan 11 Pejabat Daerah dan Tanah, 11 Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat SUK Pahang 14 bahagian dan unit. Sehingga 2018 sebanyak 2,048 aduan telah diterima.
2,016 aduan adalah daripada Pihak Berkuasa… kepada Pihak Berkuasa Tempatan, 17 aduan kepada Pejabat Daerah dan Tanah, manakala 15 aduan kepada Pejabat SUK Pahang. Daripada 2,048 aduan diterima, 509 masih dalam tindakan manakala 1,539 aduan telah diselesaikan oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang berkaitan. Kalau mengikut pecahan peratusan aduan yang tertinggi adalah haiwan yang berkaitan dengan serangga 17%, kebersihan awam 12%, harta PBT 10%, jalan 9%, pokok 8%, kejiranan 7%, taman permainan 7%.
Sesungguhnya Kerajaan Negeri amat prihatin dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dengan memperuntukkan RM1.83 juta untuk tahun 2019 bagi meneruskan program pembangunan teknologi maklumat dan kesediaan Kerajaan Negeri untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0 atau kita panggil IR 4.0. Untuk makluman Sidang DUN, pada tahun 2016 bermula lah Revolusi Industri ke-4 industri IR 4.0 iaitu kesinambungan generasi ke-3 dalam peningkatan automasi beserta rangkaian internet dan proses-proses fizikal lain dan muncul pula satu sistem bentuk cyber physical.
Macam drone tu, drone tu untuk makluman daripada Tanjung Lumpur, drone tu cyber physical lah, maknanya generasi ke-3. Industri 4.0 adalah tentang penemuan pelbagai teknologi baru atau lain untuk menggunakan automasi, analisis dan big data. Simulasi integrasi sistem, penggunaan robotic crowd internet of things dengan izin, Yang Berhormat Yang di-Pertua dan perkara yang seumpamanya. Revolusi ini menandakan kemuncukan… kemunculan sistem fizikal siber melibatkan keupayaan baru sepenuhnya bagi manusia, mesin dan kaedah baru teknologi.
Semua ini menuntut keupayaan Kerajaan Negeri dalam memberi respon segera kepada pelbagai teknologi yang mengkacau ganggu atau bersifat destructive dan bersedia dengan pendekatan yang lebih baik khususnya dalam penggubalan dasar dan polisi, perubahan transformasi digital keraian negeri ke arah customer centric dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua, konsolidasi perkhidmatan digital pendidikan ekonomi serta teknologi pintar. Kerajaan negeri telah… akan mengadakan beberapa inisiatif sama ada secara langsung atau tidak langsung berhubung dengan IR 4.0 ini.
Satunya pentadbiran ICT yang dinamik dan kolaboratif, iaitu mewujudkan pelan strategik teknologi maklumat 2017 hingga 2020 dan juga meningkatkan mutu-mutu perkhidmatan awam secara digital dengan menjalankan program-program keselamatan siber, menguatkuasakan penggunaan sistem web Pahang dan juga 1Pahang net. Pematuhan kepada standard keselamatan dan memantapkan pasukan keselamatan siber peringkat negeri Pahang er… Pahang dan konsolidasi perkhidmatan digital juga diwujudkan sistem Single Sign On untuk memudahkan
pengguna mengakses semua sistem di bawah kerajaan negeri dari satu laman utama. Mewujudkan sumber manusia yang profesional dan berkebolehan, menghantar kakitangan ke latihan-latihan bersijil dan berantara… bertaraf antarabangsa, ke forum-forum dan seminar-seminar bagi mengi… mengikuti perkembangan teknologi yang terkini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman sidang DUN, dari asket… aspek keselamatan siber, untuk saya maklumkan dalam dewan ini yang mulia ini. Di dalam era IR 4.0 ini, saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkaitan statistik berkaitan kes jenayah siber di negeri Pahang bagi tempoh Januari hingga Oktober 2018 dan daripada sumber Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Kontinjen Pahang. Statistik menunjukkan bahawa kes penipuan siber yang tertinggi berkaitan dengan pinjaman tidak wujud atau membawa maksud memperdayakan dengan menawarkan pinjaman yang tidak wujud melalui whatsapp, facebook, panggilan telefon sebanyak 243 kes yang melibatkan kerugian berjumlah RM1.9 juta di negeri Pahang.
Manakala statistik kes penipuan siber kedua tertinggi adalah jual beli melalui laman web atau membawa maksud memperdaya mangsa dengan menawarkan penjualan barang melalui laman web mudah.com, facebook dengan harga yang murah sebanyak 170 kes yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM1.3 juta. Begitu juga less scam atau African scam yang membawa maksud memperdaya dan menyatakan telah menghantar satu bungkusan mengandungi hadiah berharga dan wang tunai USD. Mangsa dikehendaki membayar cukai bagi melepaskan barang dan wang USD tersebut terdapat 90 kes dicatatkan dan mengakibatkan kerugian sebanyak RM1.5 juta. Kerajaan negeri memandang serius tentang perkara ini dan yang mana telah saya sebutkan sebentar tadi di antara program-program yang telah dilaksanakan juga akan dirancang pada tahun 2019 bagi menangani masalah ini. Adalah amat penting kesedaran di kalangan rakyat agar tidak terus ditipu dan terpedaya dengan penjenayah siber.
Di samping itu juga, penyalahgunaan media sosial dengan menghalalkan cara untuk mencapai matlamat telah berlaku dengan berleluasa dalam masyarakat kita. Penyebaran berita-berita palsu, fitnah dan kepada Institusi Diraja, mencaci maki kaum-kaum tertentu boleh memudaratkan kemakmuran dan keharmonian sesama kita. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Anti Berita Palsu 2017 telah diwujudkan bagi menangani masalah-masalah yang saya sebutkan tadi.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya ingin menyentuh sikit er… pertanyaan YB ADUN Kawasan Beserah berkaitan perkhidmatan internet jalur lebar. Maknanya untuk pengetahuan dalam dewan, keseluruhan negeri Pahang bahawa kadar penembusan jalur lebar adalah 90.5% bagi setiap 100 orang penduduk. Maknanya kalau kita ada 100 orang, 10 orang masih lagi tidak mempunyai akses jalur lebar. Manakala Bilut kata tempat dia ada seorang tak er… tak terima pun makna munasabah lagi. Makna kalau kita 90.5% adalah kadar penembusan akses jalur lebar dalam negeri Pahang. Dari segi pengguna pula, daripada 2016 sebanyak 1.19 juta, 2017, 1.4 juta dan 2018, 1.54 juta peningkatan pengguna akses jalur lebar.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Pihak kerajaan dan er… SKMM telah dan akan melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar untuk meningkatkan lagi kadar penembusan jalur lebar ini dan di antara inisiatif-inisiatif adalah daripada pihak kerajaan dan juga pihak SKMM. Kerajaan negeri telah memperuntukkan… akan memperuntukkan sejumlah RM79.4 juta bagi memperkasakan capaian telekomunikasi, penambahbaikan perkhidmatan telekomunikasi dan jalur lebar negeri Pahang. Bagi meningkatkan lagi mutu jalur lebar ber… kuasa tinggi di kawasan terbabit dan sekitarnya. RM8.4 juta untuk projek jalur lebar luar bandar di Bukit Mendi, Benta, Chini dan Jengka 6, Kuala Krau dan Jengka 12. RM11 juta untuk kawasan Lepar Utara dan Kuala Tahan. Karak dan Triang juga tidak ketinggalan apabila RM2 juta ringgit untuk meningkatkan mutu jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan tersebut.
RM40 juta untuk Pulau Tioman. RM10 juta untuk kawasan sekitar daerah Kuantan. RM8 juta untuk kawasan Bukit Fraser dan Seberang Guai. Hampir 90% sumber kewangan adalah daripada tabung pemberian perkhidmatan sejagat ataupun universal service provider fund di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SKMM dan 10% adalah dari Telekom Malaysia. Inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh pihak SKMM, saya nak berikan penjelasan pada sidang dewan kita, terdapat tiga.
Maknanya pertamanya untuk perluasan perkhidmatan liputan selular di kawasan luar bandar ada tiga akan dilaksanakan. Pertamanya time tree. Time tree ini adalah untuk menambah menara saliran daripada 321 yang dibina sehingga 2017, 190… 31 lagi akan dibina, sedang dibina dan dijangka beroperasi pada awal 2019. Ini menjadikan keseluruhan pembinaan menara selular oleh SKMM di negeri Pahang pada 2019 nanti adalah sebanyak 362 menara dan saya berharap pembinaan menara-menara ini sebagaimana yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu iaitu 1,000 menara akan dapat terus dilaksanakan dari semasa ke semasa jika didapati sesuai.
Keduanya, projek perluasan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar iaitu menaiktaraf liputan internet jalur lebar. Maknanya kalau kita daripada 2G, kita pergi kepada 3G. 3G pergi kepada 4G yakni adalah projek yang kedua adalah untuk meningkat dan menaik tarafkan lagi liputan internet jalur lebar tanpa wayar di 470 lokasi. Di mana 192 lokasi akan dinaik tarafkan kepada teknologi 4G dan LTE dan akan menjadikan seluruh lokasi yang mempunyai 3G, 4G dan LTE ni sebanyak 662 lokasi.
Yang ketiganya, adalah projek rangkaian jalur lebar tetap fix rural broadband dimana projek ini bermula sejak 2016 dan melibatkan er… kerja naik taraf di tiap… di 51 lokasi dalam negeri Pahang dengan penambahan kapasiti sebanyak 6,844 untuk premis yang ingin menggunakan perkhidmatan jalur lebar. Sebagaimana yang Bilut tanya, maknanya kalau di Bentong, pada Bilut sekarang ini adalah mendapat liputan 60% iaitu liputan Unifi dan hanya dilanggan sebanyak 36%.
Masih ada 64% lagi yang belum dilanggan oleh penduduk-penduduk di kawasan Bentong dan peruntukan untuk membuat Unifi adalah peruntukan… memerlukan peruntukan yang sangat besar dan turut melubuk… melibatkan peruntukan khas daripada SKMM dan juga kerajaan bagi meluaskan lagi perkhidmatan Unifi di kawasan luar bandar. Dan disamping itu juga saya menyeru Ahli-ahli Dewan Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan yang ingin menyuarakan isu keperluan atau perkhidmatan telekomunikasi di kawasan masing-masing, bolehlah ditujukan kepada saya atau boleh juga ditujukan juga kepada agensi-agensi yang bertanggungjawab seperti pihak SKMM, agar tindakan susulan dapat diambil dengan berkesan.
Menjawab soalan YB Beserah juga lagi, berkaitan dengan kos penyediaan prasarana capaian jalur lebar ditanggung oleh Kerajaan, pihak penyedia perkhidmatan telco ataupun Kerajaan Persekutuan. Bagi menjelaskan perkara ini, kos penyediaan prasarana capaian jalur lebar di jabatan-jabatan atau agensi-agensi yang berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri adalah ditanggung oleh Kerajaan Negeri Pahang.
Sekiranya projek penyediaan prasarana capaian jalur lebar kepada rakyat tersebut adalah salah satu projek daripada Kerajaan Persekutuan, maka ia adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan yang akan disalurkan melalui badan-badan berkaitan seperti SKMM. Contohnya seperti Projek Perluasan Liputan Selular Kawasan Luar Bandar Time 3, Projek Perluasan Perkhidmatan Jalur Lebar Tanpa Wayar (Broadband) serta Projek Rangkaian Jalur Lebar Tetap (Fixed Rural Broadband).
Bagi projek-projek penyediaan prasarana jalur lebar di kawasan-kawasan kediaman seperti Streamyx, Unifi, TIME, Maxis Home dan seumpamanya, ia adalah ditanggung oleh pihak penyedia perkhidmatan telco dengan izin, Yang Berhormat Yang di-Pertua, seperti TM One, Celcom, TIME, Maxis dan lain-lain. Dengan segala tindakan dan perancangan yang akan dilaksanakan nanti, sudah tentu akan dapat menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dan memaju serta memakmurkan lagi negeri Pahang, insya-Allah.
Jadi, saya berharap pihak Dewan dapat memahami dengan lebih jelas tentang pembangunan apa... jalur lebar di negeri Pahang dan insya-Allah kita berharap Kerajaan Negeri akan lebih maju, akan lebih makmur pada masa akan datang dan kita berharap juga Kerajaan Persekutuan dapat memberikan lebih banyak lagi peruntukan untuk memastikan pencapaian internet jalur lebar negeri Pahang akan lebih pesat lagi pada masa akan datang. Sesuai dengan Titah Pemangku Diraja Pahang di Persidangan Dewan Mesyuarat Penggal Pertama er... Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pahang Yang Keempat Belas, insya-Allah Pahang akan jadi lebih maju.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Rakan-rakan ADUN yang telah membangkitkan persoalan berkaitan dengan portfolio saya ini. Insya-Allah kita sama-sama berdoa agar negeri kita akan lebih makmur, diberkati dan dikasihi oleh Allah SWT. Dengan ini, saya mohon menyokong Usul Bajet yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bercadang untuk menempohkan sidang kita di sebelah pagi ini dan persidangan kita akan disambung semula pada jam 2.45 petang… jam 2.45 petang. Persidangan ditempohkan. Terima kasih.
[Persidangan ditempohkan pada jam 12.33 tengah hari]
[Persidangan disambung semula]
SAMBUNGAN MENIMBANG RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2019) 2018
Sambungan Menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2019) 2018Bill
Perkara Ketiga: Sambungan Menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2019) 2018.
Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan selamat petang. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, kita akan… masih lagi dalam perkara Menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2019) 2018, dan pada petang ini pihak kerajaan akan menyambung, menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Dipersilakan Yang Berhormat.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi laluan kepada saya bagi turut sama untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (2019) 2018 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 19 haribulan yang lepas. Sebelum saya meneruskan… membahaskan ucapan, saya ingin menarik perhatian kepada beberapa pertanyaan soalan semasa ini… Sidang Dewan. Pertamanya mengenai masalah air yang melibatkan 4 kawasan di Padang Tengku, Bukit Ibam, Tahan dan Muadzam Shah. Saya telah berbincang dengan Pengerusi Kemudahan Asas, yang mana kita tak berhasrat untuk menulis surat jawapan bertulis tapi akan bersama turun ke lapangan, ke padang untuk pastikan supaya masalah-masalah ini dapat diringan ataupun dibantu.
Keduanya mengenai MPKK. Tahan menanyakan adakah garis panduan disediakan oleh kerajaan bagi keanggotaan Majlis Perbandaran, MPKK. Yang keduanya mencadangkan agar imam juga dimasukkan di dalam sebagai anggota MPKK. Antara kriteria keanggotaan MPKK ini, memanglah melantik sebahagian daripada kumpulan-kumpulan yang ada di kampung itu. Tetapi ianya tidak semestinya melantik ini… imam ataupun ini… pengerusi, yang mana contohnya kalau masjid ini dia ada 2, satu jawatankuasa masjid, yang kedua pegawai masjid. Jadi mungkin salah seorang daripada mereka tu akan duduklah mewakili jawatankuasa tersebut. Begitulah lebih kurang dengan badan-badan yang lain tadi.
Mengenai elaun ataupun token kepada bekas JKK. Ini memang dalam pengetahuan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya kira… sekiranya selesai pelantikan ni yang dicadang… yang telah… dalam proses, yang mana kita di peringkat kerajaan telah bersetuju er… melantik bermula daripada 1 haribulan 11 er… tinggal lagi proses itulah yang ada sedikit sebanyak lagi untuk nak diselesaikan. Insya-Allah maknanya ada dalam kepala… ada dalam pemikiran bukan kepala… dalam pemikiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Saya nak pergi kepada Orang Asli. Soalan tambahan daripada ni… Tanah Rata mengenai cadangan kepada agensi kerajaan seperti JAKOA, Pejabat Daerah dan Tanah menyelaraskan agihan bantuan membaiki rumah kepada rakyat yang betul-betul ni… menerima. Kategori bantuan perumahan yang dilaksanakan oleh JAKOA iaitu bina baru rumah atau baik pulih rumah di bawah program PPRT. Dalam memastikan bantuan perumahan seperti baik pulih rumah diterima oleh masyarakat Orang Asli yang betul-betul layak. JAKOA membuat penyelarasan agihan bantuan bersama agensi-agensi lain berkaitan seperti Pejabat Tanah dan Daerah, GiatMara, RISDA, FELCRA dan lain-lain melalui jawatankuasa di peringkat daerah.
Tinggal lagi untuk nak memberi kepuasan ataupun memberi… memberi puas hati kepada setiap pemohon itu mungkin tak dapatlah kerana kalau kita tengok contoh dalam bajet ini tambahan daripada peringkat negeri kita, hanya memperuntukkan sebanyak 18 buah untuk dibina baru dan 50 untuk nak dibaiki sedangkan kampung ada 262. Jadi kalau siapa-siapa jadi ketua pun memang kena marah. Bila beri je dia kabolah kita beri ke sedara kita, kita beri ke anak kita, itulah ayat biasanya sebabnya kita hanya boleh kadang-kadang memberi satu je bagi satu kampung ni. Jadi ianya kita serahlah kepada jabatan ataupun agensi berkenaan untuk nak membantu ataupun nak memberi rumah-rumah yang telah kita sediakan.
Berkenaan dengan bajet yang dikemukakan oleh Tanah Rata iaitu bajet di peringkat Persekutuan, berapakah peruntukan bajet yang diterima oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli daripada peringkat Persekutuan? Sehingga kini peringkat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Pahang belum menerima agihan sebanyak RM111 juta yang diperuntukkan semasa pembentangan Bajet Kerajaan Persekutuan yang lalu. Jadi ditanya lagi, apakah perancangan JAKOA Negeri Pahang terhadap peruntukan bajet yang diterima? Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang akan membuat perancangan setelah menerima bajet ataupun peruntukan daripada ini… Kementerian ataupun ibu pejabat. Setakat ni kita di peringkat JAKOA belum lagi merancang, dah dapat duit esok, baru kita nak merancang.
Daripada Tanah Rata juga, mengenai pentadbiran JAKOA Persekutuan dipindah kepada Kementerian Luar Bandar kepada Jabatan Perdana Menteri. Jadi pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang menerima perubahan selaras dengan keputusan JAKOA ini… Malaysia. Itulah sedikit sebanyak mengenai perkara yang dibangkitkan dan saya ingin meneruskan untuk pemakluman dewan tentang er… Dasar Pembangunan Luar Bandar Negara bagi Tahun 2030 ataupun DPLB 2030 yang mana bertujuan untuk mencapai masyarakat luar bandar yang sejahtera, inklusif dan mampan iaitu melahirkan masyarakat luar bandar yang sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah sosio ekonomi, budaya dan persekitaran. Jadi inilah di antara ini… matlamat kita bagi mencapai DPLB 2030.
Terdapat 11 kelas utama yang telah digariskan dalam DPLB 2030 iaitu ekonomi berdaya saing yang mampan, keusahawanan pemacu pembangunan ekonomi, modal insan berkualiti, prasarana lengkap dan canggih, kumpulan generasi luar bandar, wanita luar bandar yang agresif, akses kepada perumahan berkualiti, kehidupan sihat, selamat dan sejahtera, yang kesembilan sistem penyampaian dan tadbir urus berkesan, yang kesepuluh biodiversiti dan alam sekitar mampan, yang akhirnya teras… yang terakhir teras… yang terakhir pembangunan wilayah dan petempatan desa bersepadu.
Saya nampak dengan adanya sokongan daripada tema Kerajaan Negeri Pahang iaitu “Maju Terus Pahang: Dan Transformasi Perkhidmatan Serta Menjanakan Pendapatan Dan Memakmurkan Kehidupan Rakyat” maka kita akan dapatlah membantu
menyampai dasar ni dan memperkuatkan lagi dan secara langsung dapat kita mengurangkan ketirisan pengurusan, dapat kita er… sedikit sebanyak memperuntukkan yang tidak mengabaikan kebajikan rakyat dan juga kita jagat… kita juga dapat menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat dengan lebih ini… berkesan. Jadi dengan tema serta dasar yang dibuat saya… kita mengharapkanlah supaya segala perancangan usaha kita dapat hasil dengan lebih berkesan. Pasarana luar bandar yang berkualiti dan mencukupi adalah amat penting bagi menyokong pembangunan ekonomi dan keusahawanan luar bandar serta mendapat kewujudan persekitaran kehidupan yang menarik dan kondusif.
Oleh yang demikian tahun 2018 Kerajaan Negeri telah memperuntukan peruntukan sebanyak dua ratus Kerajaan Negeri telah menerima ha bukan memperuntukkan, telah menerima peruntukan sebanyak RM236.61 juta di bawah Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri iaitu MARRIS bagi tujuan penyediaan jaringan jalan raya yang baik dan berkualiti. Sebahagian besar peruntukan ini digunakan untuk ini… kawasan luar bandar.
Selain itu, terdapat beberapa projek luar bandar bagi tahun 2017 dan 2018 yang telah dan masih dalam pelaksanaan di negeri Pahang oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar seperti projek bekalan air (BALB) di bawah RMKe-11 sebanyak lima projek yang bernilai RM17.25 juta, bekalan elektrik (BELB) sebanyak 11 projek bernilai RM20 juta, pembinaan rumah PPRT sebanyak 226 unit bernilai RM12.6 juta dan baik pulih rumah PPRT sebanyak 1,355 unit yang bernilai RM17.6 juta.
Ini di antara projek-projek yang masih dalam proses lagi yang masih belum habis lagi bajet. Insya-Allah, patutnya dia tak hilanglah ataupun tak… tak lari daripada ni… radar ini. Sekarang ni Kapal Terbang banyak sangat lari daripada radar kan. Jadi bajet kita yang telah pun disediakan, kita harap tidak larilah daripada ni radar ni. Projek-projek lain pula ialah projek jalan perhubungan desa sebanyak 316 projek yang bernilai RM21 juta, lampu jalan kampung sebanyak 10,463 unit bernilai sebanyak RM11.16 juta, program komuniti sosial sebanyak 223 projek yang bernilai RM9.7 juta dan Jalan Luar Bandar (JLB) menggunakan siling RMKe-11 sebanyak 10 projek bernilai RM660 juta yang merangkumi jaringan jalan sepanjang 110 ini… kilometer. Jadi ni lah sambungan daripada pojek-projek 2017 dan 2018.
Tuan Yang di-Pertua,
Liputan air bersih negeri Pahang khususnya kawasan luar bandar telah mencapai 96% dan bekalan air bersih kerajaan Negeri commit untuk mencapai tahap 100% bagi ni bekalan air bersih. Jadi inilah walaupun ada sedikit sebanyak lagi er… dia masalah ini paip tu ada, tapi air itu tak ada ha kan, jadi inilah yang nak dibetulkan macam mana nak mengeluarkan air itu.
Kerajaan Negeri juga tidak mengabaikan kepada pembangunan sosial rakyat terutamanya kepada penduduk luar bandar. Ini terbukti apabila melalui Belanjawan 2019 sebanyak RM17.55 juta diperuntuk untuk pembangunan membasmi kemiskinan dan… dan juga projek kecil, projek kerja kampung dan projek khas ini… negeri. Bagi memperkasakan ini… projek-projek yang dikhususkan sebanyak RM17.55 juta.
Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri turut memberi perhatian serius terhadap pembangunan Orang Asli Negeri Pahang melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang merupakan agen pembangunan yang khusus bagi membangun… bagi membangunkan masyarakat
Orang Asli di negeri Pahang terlibat secara langsung dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan berkaitan masyarakat Orang Asli secara menyeluruh. JAKOA Negeri Pahang membangunkan aspek-aspek kehidupan Orang Asli dengan melaksanakan program-program pembangunan infrastruktur asas, peningkatan intelek serta pendidikan dan keupayaan ekonomi kepada semua lapisan masyarakat.
Untuk itu Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.3 juta sebagai peruntukan untuk pembangunan infrasosial masyarakat Orang Asli Negeri Pahang. Peruntukan ini merangkumi program pembinaan rumah PBR sebanyak 18 unit, hah, ini yang saya sebutkan tadi, di bawah peruntukan Kerajaan Negeri dan 50 unit bagi baik pulih rumah. Peruntukan yang disalurkan ini bertujuan untuk memastikan masyarakat Orang Asli dapat bersama menikmati arus pembangunan yang sedang dikecapi oleh seluruh rakyat Malaysia ketika ini.
Usaha meningkatkan tahap pendidikan ini dikalangan pelajar Orang Asli masih menjadi agenda utama Kerajaan. Unit Pembangunan Sosioekonomi JAKOA Negeri Pahang bertanggungjawab dalam mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli Negeri Pahang. Melalui program-program keupayaan ekonomi dan keusahawanan, peruntukan terbesar bagi unit Pembangunan Sosio Ekonomi adalah untuk Program Pembangunan Ekonomi (PPE) iaitu sebanyak RM1.2 juta. Item-item yang telah dilaksanakan di bawah peruntukan Program Pembangunan Ekonomi (PPE) meliputi program ladang masyarakat dan program usahawan yang melibatkan er… perniagaan secara er… komersil.
Di samping itu sebanyak RM20 ribu telah diperuntuk kepada Program Peningkatan Penempatan iaitu PPP. Melalui program ini peruntukan disalurkan kepada golongan miskin tegar Orang Asli dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan ekonomi mereka. Antara bantuan yang telah disalur termasuklah bantuan bot, bantuan peralatan kedai dan bantuan ternakan ayam kampung dan lembu.
Kerajaan Negeri dan JAKOA akan terus membantu pelajar Orang Asli dengan program pembangunan pendidikan yang telah dirangka oleh er… negeri dan juga JAKOA. Bantuan seperti kemudahan pengangkutan, wang saku pelajar dan bantuan makanan ke sekolah akan diteruskan. Peruntukan sebanyak RM9.8 juta bagi tahun 2019 untuk pembangungan modal insan dan kebajikan disalurkan demi memastikan kelancaran pengurusan dan bantuan kepada masyarakat Orang Asli. Jadi bersama-samalah supaya masyarakat Orang Asli juga tidak ketinggalan dari segi ini pendidikan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Itulah sedikit sebanyak pembentangan daripada portfolio saya dan dengan ini saya menyokong er… Bajet Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 yang dibentangkan oleh…
Boleh mencelah sikit.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 19.11.2019. Hah sila, sila. Boleh.
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya nak tanyalah, dalam kes contohlah ada satu kampung itu, 15 rumah je ataupun 15 akaun tak ada kemudahan paip air, loji pula jauh 5, 6 kilometer. Jadi persoalan saya itulah, pihak Kerajaan mana lebih penting? untung rugi business air tu ataupun kebajikan kepada… kepada kampung tadi? Sebab apa yang saya sebut tadi memang memang merugikan lah kalau nak kekalkan air tu, hah di situ ada… ada… ada kerja yang Allah suka dekat situ. Pilihlah salah satu. Terima kasih.
Kampung Orang Asli ke kampung biasa, orang Melayu?
Kira kampung secara umumlah, Tuan Exco.
Er… sebenarnya di bawah KKW ataupun KPAW er… untuk satu akaun itu, Kerajaan memperuntukan sebanyak ini RM120,000. Maknanya kalau 20 akaun tu kali dengan RM120,000. Itulah limit KPAW dan selebih daripada itu kita terpaksa mengangkat ke Kementerian yang lain iaitu KeTTHA ha, untuk nak membantu bagi menyelesaikan masalah. Jadi kalau bawah RM120,000, itu di bawah ini… penyeliaan KPAW lagi.
Terima kasih Yang Berhormat. Baiklah kita beralih kepada Exco Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. Er… sila Yang Berhormat.
Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada saya untuk sama-sama menyertai perbahasan dan juga penggulungan bajet yang telah dibentangkan oleh er… Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada 19 November. Allah… [deringan telefon] Minta maaf Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan syabas dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana telah berjaya membentang satu bajet yang seimbang serta memperlihatkan sangat caknanya Kerajaan Negeri terhadap rakyat Negeri Pahang Darul Makmur ini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Dalam sesi pembentangan bajet tersebut menyentuh banyak aspek-aspek yang berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran, pengurusan serta pembangunan kepada rakyat negeri Pahang ini. Ini jelas apabila aspek-aspek pendidikan, pertanian, pembangunan infra dan masa depan anak-anak muda, belia, remaja muda-mudi, agama, pelancongan, pendidikan dan sebagainya turut ditekankan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, Pahang masih lagi diperintah oleh Barisan Nasional sekaligus memperlihatkan kesungguhan dan pengorbanan Kerajaan Negeri Pahang berpuluh tahun selama ini sehingga kini masih lagi dipimpin oleh sebuah kerajaan, di
mana usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini sangatlah berbaloi kerana disaat negeri-negeri lain melalui satu keadaan yang sukar, Kerajaan Negeri Pahang masih mampu berbelanja dalam aspek memakmurkan kehidupan rakyat seluruhnya.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Berbalik kepada Bajet 2019 Pahang Darul Makmur. Ketika Yang Amat Berhormat membentang Rang Undang-undang Perbekalan (2019) 2018 di Dewan Undangan Yang Mulia ini dengan tema ‘’Belanjawan Negeri: Maju Terus Pahang, Transformasi Perkhidmatan, Menjana Pendapatan, Memakmurkan Kehidupan’’.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sehingga 15 November 2018, Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM568.5 juta berbanding sasaran ditetapkan sebanyak RM700.64 juta, iaitu pencapaian sebanyak 81.2%. Dalam tempoh yang sama, Kerajaan Negeri telah pun membelanjakan sejumlah RM505.03 juta berbanding sasaran yang ditetapkan sebanyak RM700.04 juta iaitu pencapaian sebanyak 72.1% untuk perbelanjaan mengurus dan sejumlah RM30.1 juta bagi perbelanjaan pembangunan berbanding dengan sasaran RM5.8.... RM5.5 juta bersamaan dengan pencapaian prestasi iaitu 51.5%.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat, Belanjawan 2019 menyediakan peruntukan berjumlah RM679.46 juta bagi perbelanjaan mengurus dan 94.05 bagi perbelanjaan pembangunan, daripada itu RM98.05 juta tersebut sejumlah RM63.75 juta akan menggunakan pembiayaan secara langsung manakala baki RM34.30...RM34.30 juta adalah daripada pinjaman Kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek bekalan air. Tumpuan peruntukan ini dikhususkan untuk projek-projek sambungan dan program-program sedia ada.
Dalam bajet tersebut telah dibangkitkan 5 teras utama, antara lain yang telah dibangkitkan bagi menjayakan serta merealisasikan hasrat murni kerajaan dalam belanjawan bajet kali ini. Beberapa teras utama melibatkan transformasi perkhidmatan bagi menjelaskan serta menstrukturkan semula kepada bekalan air, Projek Rumah Makmur, proj... Program PR1MA Pahang, di mana ini sahaja melibatkan hampir 140 ribu orang berdasarkan statistik pembangunan perumahan sebanyak 37,380 buah rumah jika melibatkan hampir 2,707... 70 buah keluarga. Kalau kita darab anggaran ataupun andaian 5 orang 1 keluarga. Yang mendapat manfaat secara langsung dari pelaksanaan Projek PR1MA di seluruh negeri Pahang, insya-Allah. Dan langkah berani yang diambil oleh kerajaan dengan cadangan mewujudkan Tabung Perumahan rakyat Pahang. Sekaligus dilihat sebagai alternatif bagi mengambil peduli, slogan rakyat yang kurang mampu memiliki rumah khususnya yang memiliki pendapatan rendah.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Seterusnya Pihak Berkuasa Negeri dilihat ketika mana mengeluarkan kuasa atau memberi kuasa kepada pentadbiran tanah juga dilihat satu langkah yang sangat baik bagi kebenaran pindah milik dan gadaian. Ini termasuklah juga permohonan kebenaran dan rayuan pindah milik gadaian serta pajakan tanah kepada PTG dalam
masa yang singkat. Rakyat melihat pembaharuan ini adalah sangat mesra rakyat dan mesra pelanggan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga pada ketika ini mengambil peluang dan peluang. Amat tertarik apabila Kerajaan Negeri melakukan transformasi dengan meluluskan penubuhan Perbadanan Pelaburan Pahang atau Pahang Investment Coporation sebagai langkah strategik untuk pengstrukturan dan meningkatkan prestasi anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri. Fungsi atau singkatan PIC adalah mengenal pasti sektor-sektor baharu untuk dibangunkan. Memastikan tiada pertindihan fokus perniagaan sertapun core business, dengan izin, antara anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri melalui pengasingan perniagaan dan memastikan setiap anak-anak syarikat milik kerajaan ini berdaya saing untuk menjana pendapatan yang kukuh serta berterusan kepada Kerajaan Negeri dan seterusnya menjadi pen...pendokong kepada Kerajaan Negeri itu sendiri.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Antara lainnya juga menjana pendapatan antara sektor-sektor seperti sektor pertanian, sektor perikanan, sektor pelancongan, sektor perhutanan dan sektor pelaburan termasuklah sumber mineral. Teras yang seterusnya memakmurkan kehidupan, antaranya kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat, jaringan infrastruktur jalan raya, program pembangunan sosial seperti pembang… pembasmian kemiskinan, projek kecil kampung dan projek khas negeri.
Manakala perkara yang berkaitan dengan sektor kesihatan dan pendidikan. Bagaimana Kerajaan Negeri telah menyatakan dalam bajet tersebut. Sebelas hospital Kerajaan Negeri yang memberi perkhidmatan rawatan, menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri untuk melihat rakyat hidup dalam suasana yang sihat tubuh badan dan sebagainya. Dan langkah oleh Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan untuk melihat keperluan kenaikan tarif air adalah dialu-alukan selain jaminan meningkatkan kualiti dan kapasiti pengurusan air yang sedia ada dalam negeri Pahang untuk yang lebih baik pada masa akan datang.
Selain itu juga, sambungan kepada sektor pendidikan. Yayasan Pahang, UCYP antaranya sebagai peneraju yang sinonim dengan negeri Pahang telah diberi amanah untuk membantu menjayakan inspirasi anak-anak negeri Pahang ini untuk terus mendapat faedah pembelajaran serta ruang dan peluang bagi menampung biasiswa, pinjaman kepada mereka yang layak dengan sebaiknya dari semasa ke semasa pada masa akan datang. Dan begitu juga dengan pendidikan agama terus diperkukuhkan institusi tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Melayi... melalui Pahang Skills juga latihan demi latihan serta kursus terus diberikan perhatian yang telah dimanfaatkan oleh hampir 50 hingga 50 ribu orang dalam pelbagai bidang dan aspek pelajaran. Persijilan kemahiran dalam pelbagai bidang yang akan menyumbang kepada pasaran swasta dan juga kerajaan. Kerajaan Negeri juga tidak lupa kepada pembangunan masyarakat Orang Asli, pembangunan sukan, pembangunan belia dengan pelbagai insentif dan alternatif serta intensif dari pelbagai pihak kepada aspek ini secara komprehensif.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih saya ucapkan sekali lagi kerana diberi peluang untuk sama-sama dalam sesi penggulungan ini. Saya juga ingin menarik perhatian untuk sedikit sebanyak menyentuh portfolio saya er... khususnya yang berhubungkait dengan belia dan sukan, NGO dan juga sumber manusia.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kita telah menyediakan pelbagai program dan kemudahan sukan untuk dinikmati oleh golongan tersebut. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan amat komited dan sentiasa memberi perhatian terhadap minat dan keperluan golongan tersebut. Dengan tersedianya kemudahan-kemudahan tersebut diharap dapat menarik minat masyarakat untuk terus menjadikan sukan sebagai satu amalan harian. Sekaligus memberi keselesaan kepada mereka untuk terus bersukan demi menyemarakkan lagi kecintaan mereka dalam bidang tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kita sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada golongan tersebut dengan menyediakan peruntukan latihan dan kemahiran kepada mereka. Khususnya golongan belia ini untuk memilih menyertai pelbagai kemudahan dan pertandingan mengikut bakat dan minat mereka. Kita sedar bahawa meraka merupakan golongan majoriti dalam negara. Oleh yang demikian, kita sentiasa peka dan sentiasa mendengar segala masalah dan keluh kesah mereka. Ini terbukti dengan projek sambungan Rolling Plan 4, dalam Rancangan Malaysia Yang Ke-11 2019. Terdapat 5 buah projek sambungan yang sedang giat dijalankan iaitu merancang, membina dan menyiapkan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang di Tanjung Lumpur, menaik taraf Kompleks Pembangunan Belia dan Sukan Daerah Jerantut serta menaik taraf dan membaik pulih Rakan Muda Bera, Maran dan Raub.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kerajaan juga sentiasa menyediakan pelbagai program berbentuk kesihatan dan kecergasan seperti Fit Malaysia dan Hari Sukan Negara, malah kejayaan penganjuran Hari Sukan Negara baru-baru ini berjaya menarik minat lebih 33,000 orang di seluruh negeri Pahang. Selain itu, di bawah Jabatan Belia dan Sukan terdapat pelbagai lagi program sukan yang telah dianjurkan. Untuk makluman sidang dewan iaitu pembangunan jenis sesuatu Malaysia Variasi Cergas 1Malaysia, Inspire 1challenge, Klinik Cup Prix KBS dan bagainya lagi, dengan penyertaan hampir 86,300 peserta.
Kita tidak nafikan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bahawa pertumbuhan belia dan sukan amat penting kepada kita. Sebagai satu wadah platform penyampaian maklumat kepada kepimpinan negara daripada golongan belia khususnya. Kerajaan juga amat menggalakkan belia-belia berpersatuan untuk sama-sama berkumpul untuk merealisasikan minat terhadap aktiviti yang sama.
Sehingga hari ini, persatuan belia yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Belia bagi negeri Pahang adalah berjumlah kira-kira 671 persatuan. Di mana anggaran ahlinya berjumlah 13,420 ahli di seluruh negeri Pahang. Manakala bagi badan-badan sukan di seluruh Pahang adalah berjumlah 513 buah, dan ahlinya yang dianggarkan berjumlah 7,695 orang. Dengan jumlah tersebut secara keseluruhan kita sentiasa berusaha untuk terus memperkasakan pertubuhan belia dan sukan agar ia terus berfungsi dan aktif. Dan kita sentiasa memantau dan mengambil tahu dan sentiasa
berhubung dengan pihak Jabatan Pendaftaran supaya mereka ini sentiasa mematuhi dan membuat… er… melaksanakan mesyuarat-mesyuarat agar tidak er… apa ni er… agar tidak er… ditamatkan persatuan tersebut.
Maka sebagai memenuhi hasrat tersebut, kita wujudkan kursus dan bengkel seperti bengkel pengurusan, pertubuhan belia, kursus kepimpinan belia, penarafan lima bintang kepada belia yang berdaftar dan pengiktirafan pertubuhan kepimpinan belia melalui Anugerah Belia Perdana Negeri Pahang, Belia Diraja. Anugerah-anugerah ini diwujudkan bagi diberi pengiktirafan kepada golongan belia yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Jabatan Belia dan Sukan tidak melupakan minat belia-belia dalam bidang kemahiran dan keusahawanan bagaimana rakan saya Exco FELDA juga…
Er… minta laluan sikit. Baju serupa. Dato’ Sri Speaker, tadi di sebut tentang…di sebut tentang..apa nama ni.. belia..bilangan belia..dan bilangan persatuan... itu belia yang berpersatuan. Saya nak tau belia yang tidak berpersatuan ni..macam mana kaedah nak tackle er… supaya mereka masuk dalam persatuan ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Kita di dalam negeri Pahang ini, ada yang berdaftar dan ada tidak berdaftar. Dan ada juga yang tidak berpersatuan. Jadi, dalam hal ini kita telah bersama-sama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang serta Majlis Belia Negeri Pahang dan badan-badan gabungan, kita mengadakan bengkel-bengkel, kursus-kursus dan juga program-program pendaftaran belia baik dan juga er… memberi maklumat serta tarikan minat mereka-mereka ini untuk mengambil tahu tentang kewujudan belia dan mana yang belum wujud atau mana yang belum berdaftar supaya mendaftar dan dari aktiviti-aktiviti inilah ataupun aktiviti hiliran inilah, yang kita dapat merapatkan jurang anak-anak muda supaya peka terhadap pembangunan belia dan sukan negeri Pahang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Izinkan saya meneruskan sedikit lagi penggulungan ini manakala di bawah program why career iaitu kursus jangka pendek pula diadakan setiap hujung minggu di Kompleks Belia dan Sukan. Program Felo Perdana 2018 Road Tour pula telah berjaya seramai 550 orang peserta dan Program Pembangunan Komuniti Ahli Parlimen Belia pula telah melibatkan penyertaan seramai 950 orang yang dijalankan di lokasi-lokasi terpilih seluruh negeri Pahang ini.
Antara aktiviti yang dianjurkan Sembang Santai Belia, Dialog Bicara Ekonomi, Rangkaian Usahawan Muda, Klinik dan Kejohanan Bola Jaring serta sebagainya. Ianya juga melibatkan jumlah peserta seramai 2,050 orang. Manakala bagi Program Rakan Muda pula hanya terdapat 3 buah program sahaja yang telah dilaksanakan pada tahun ini iaitu Rakan Muda Ramadan suka… Kesukarelawan, MyCorp dan pengurusan aktiviti Anugerah Remaja Perdana.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Sekali lagi Jabatan Belia sering digandingkan dengan jabatan-jabatan kerajaan dan juga agensi-agensi kerajaan apabila berlakunya pasca ataupun pasca bencana banjir. Jabatan Belia dan Sukan juga telah diperuntukkan dana khas untuk pasca bencana banjir sebagai persediaan untuk kegunaan membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Sebagai kesimpulannya, kita akan terus menjaga kebajikan dan keperluan golongan belia ini dan sentiasa mendengar suara dan kehendak mereka.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Izinkan saya sedikit sahaja untuk menyentuh Majlis Sukan Pahang. Keberkesanan setiap program pembangunan sukan yang dilaksanakan adalah terletak kepada pengukuran pencapaian atlet-atlet negeri ini kejohanan-kejohanan yang disertai termasuklah kejohanan Sukan Malaysia, SUKMA yang merupakan sukan yang paling berprestij di negara ini.
Seterusnya, atlet-atlet yang menunjukkan kecemerlangan di dalam sukan masing-masing akan dinilai bagi melayakkan diri mereka mewakili negara ke kejohanan-kejohanan yang bertaraf antarabangsa seperti Sukan SEA, Sukan Komanwel, Sukan Asean dan juga Sukan Olimpik.
Pada hari ini saya ingin mengulangi kembali tokoh-tokoh walaupun acap kali di ulangi dalam Dewan Yang Mulia ini, namun saya fikir ada eloknya juga kita sentiasa mengingatkan ikonik ataupun tokoh-tokoh sukan negeri Pahang yang telah mencapai kejayaan untuk renungan dan semangat kepada anak-anak muda yang ingin menjadi seorang atlet yang berjaya pada satu hari kelak. Negeri Pahang telah pun memiliki ramai yang kini bergelar olimpian. Bermula dengan saudara Amirul Hamizan Ibrahim, acara angkat berat pada Olimpik Beijing 2008. Saudara Mohd Faizal Baharom, acara angkat berat pada Olimpik London 2012. Saudari Micheal Koh, acara golf wanita di Olimpik Rio 2016 dan saudari Nur Shazlin Mohd Latif, acara sukan pelayaran pada Olimpik Rio 2016.
Turut mencatat sejarah adalah saudara Mohd Shamil Md Saad acara Heavy Lifting Sukan Paralimpik Rio 2016 di mana rakan-rakan yang telah menjuarai emas mendapat ganjaran RM1 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Pencapaian ini sememangnya menjadi inspirasi dan motivasi kepada atlet-atlet muda di negeri Pahang dan sedang bekerja keras bagi mencapai kejayaan sebagaimana kejayaan yang telah dicapai oleh atlet-atlet ternama lain.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Hasil dari keberkesanan program-program pembangunan sukan negeri ini pada tahun 2018, menyaksikan 19 orang atlet, dan 2 orang pegawai dari negeri Pahang telah terpilih mengetuai kontinjen Negara dalam temasya Sukan Asia 2018 Jakarta, Palembang di Indonesia. Pada kejohanan ini juga, atlet negeri Pahang turut membantu menyumbang pingat antaranya saudara Jufferi Jamari merupakan er… pesilat yang telah menjuarai Silat Dunia sebanyak 3 tahun berturut-turut.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Ingin saya sebutkan juga bagaimana Kerajaan Negeri banyak membantu Majlis Sukan Pahang untuk mencapai matlamat dan objektif pembangunan sukan di kalangan atlet-atlet negeri Pahang ini untuk melahirkan lebih ramai atlet negeri Pahang bertaraf dunia, maka Majlis Sukan Pahang telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta pada tahun 2017 dan RM3.4 juta pada tahun 2018 untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan program seperti bantuan kejohanan, penganjuran sukan, kursus kejurulatihan, dan kem latihan, ubat-ubatan dan pemakanan, pembiayaan bagi latihan pusat insentif dan program sukan dan ini termasuklah apa yang dibangkitkan oleh ADUN Bilut tentang ganjaran-ganjaran, insentif yang telah diperuntukkan kepada mereka yang johan mendapat pingat emas, perak, gangsa dan sebagainya.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Tumpuan tahun 2019, keadaan Sukan Malaysia yang ke-19 Perak 2018, yang mana dua tiga hari lepas baru sahaja melepaskan kontinjen para SUKMA di kalangan atlet-atlet OKU yang akan ber… temasya Sukan SUKMA di Perak… minggu depan, telah memberikan isyarat yang jelas bahawa prestasi kebanyakan negeri-negeri dari seluruh negara semakin meningkat. Ini dapat diperhatikan pada carta kedudukan kontinjen yang menunjukkkan agihan pingat emas gold medal distribution semakin rapat dan sengit. Tiada lagi monopoli pingat oleh satu atau dua buah negeri seperti mana Sukan Malaysia SUKMA yang terdahulu. Ini menunjukkan bahawa walaupun negeri Pahang duduk tempat yang nombor 5 ataupun 6 tapi target kita sampai. Hah, dan tidak lagi dimonopoli oleh Wilayah ataupun Terengganu pada ketika ini.
Ini menunjukkan bahawa pembangunan sukan di Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang sendiri, semakin meningkat dan semakin baik. Ada sedikit lagi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Boleh menggulung sedikit lagi.
Keadaan ini menunjukkan bahawa peluang untuk memenangi lebih banyak pingat, semakin terbuka luas kepada semua atlet atau pasukan. Ini juga menunjukkan bahawa kebanyakan negeri semakin serius dan bersungguh-sungguh mempersiapkan kontinjen mereka untuk bersaing bagi mendapatkan kedudukan terbaik.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Justeru itu, Majlis Sukan juga pada ketika ini membuat beberapa usaha seperti pencarian atlet baru untuk mengisi kekosongan yang ada kerana kita hampir 40% akan kehilangan atlet-atlet yang berwibawa apabila mereka telah melangkaui umur tertentu. Melantik jurulatih sepenuh masa dan atlet yang baru sebagaimana yang dibangkitkan setengah Ahli Dewan yang menyatakan untuk mengekalkan jurulatih, kita terpaksa buat penawaran yang baru dan tinggi. Begitu juga meningkatkan kemahiran jurulatih yang sedia ada, memberi penekanan kepada aspek sains sukan, melihat potensi sukan-sukan lain untuk kita sama-sama membuat sasaran emas pada masa akan datang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Saya kira setakat itu dulu penggulungan saya pada ketika ini, dan kepada ADUN-ADUN yang telah membangkitkan soalan-soalan. Antaranya er… Padang Tengku, Bilut, er… Damak, Chenor, dan juga Tanah Rata. Dan mungkin Tanah Rata saya jawab sikitlah sebab dia ada satu hah, jauh. Sebab tak sempat nak jawab dalam sidang kerana masa kita suntuk iaitu berhubung dengan soalannya penduduk di Lembah Bertam, Cameron Highlands telah kehilangan pusat sukan dan rekreasi. Apabila gelanggang bola keranjang mereka dirobohkan untuk menjalankan Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Bertam tahun 2014. Apakah rancangan kerajaan untuk mewujudkan ruang sukan di kawasan tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Ingin saya maklumkan di sini kepada Yang Berhormat Tanah Rata, syukur alhamdulillah ketika itu saya pun ada di sana, Yang Amat Berhormat Menteri dan juga Exco-Exco, serta ADUN berkaitan masa kerajaan yang lalu atau yang lepas di mana keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Pahang yang cakna terhadap musibah yang menimpa penduduk di Lembah Bertam, Cameron Highlands telah meninjau kawasan tersebut. Dan memang betul kehilangan er… dewan atau gelanggang bola keranjang kerana membuat tebatan banjir.
Dan hasil permohonan dari Kerajaan Negeri, dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan pada ketika itu, untuk makluman ADUN Tanah Rata, penggantian dewan telah pun dilaksanakan tetapi ianya dikelolakan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands. Ini dalam makluman ADUN Tanah Rata, dan sebarang permohonan penggunaan hendaklah dikemukakan kepada Majlis Daerah Cameron Highlands. Pada 23 Oktober 2018, Majlis Daerah Cameron Highlands akan mengadakan gotong-royong membina track jogging di sepanjang Sungai Bertam.
Dan Projek Rancangan Tebatan Banjir atau ringkas… singkatannya RTB Sungai Bertam di Lembah Bertam merupakan projek di bawah kawal selia Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan serta Saliran Malaysia. Projek ini bernilai hamper, kalau ikut rekod saya ini 95 juta. Er… ADUN Tanah Rata boleh buat rujukan ya.. juta… sebanyak 1.9 kilometer Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, bermula dari Empangan Sultan Abu Bakar melalui sepanjang Sungai Bertam sehingga penghujung Lembah Bertam bertujuan mencegah kejadian banjir daripada berulang dan menjamin keselamatan penduduk di kawasan tersebut. Projek ini turut melibatkan penggantian semula Dewan Serbaguna Lembah Bertam yang kini telah pun siap ya, yang kini telah pun siap dan boleh digunakan oleh orang ramai sebagai kemudahan sukan rekreasi dan masyarakat awam.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Dengan kata-kata itu, saya dengan ini menyokong bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar…
Er… Minta laluan boleh Yang Berhormat…
Tanah rata, saya ingat saya tak bagi peluang mencelah.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Ini kenyataan akhbar Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya nak berkongsi kerana disebut di sini untuk siaran segera. Konvensyen Antarabangsa mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum, International Convention on the Elimination of All Form of Racial Discrimination (ICERD). Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Pembebasan Diskriminasi Kaum. Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua kaum semasa pembentukan negara ini. Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya 23 November 2019, itu er… 2018. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Yang Berhormat ya. Terima kasihlah. Baik, saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Negeri Pahang. Dalam masa yang 15 ke 20 minit Yang Berhormat.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan menyokong Usul Bajet 2019 yang dibawakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dalam masa yang diberikan ini, insya-Allah saya akan cuba memberikan gambaran secara menyeluruh tentang er… perkembangan pembangunan dan perancangan kemudahan asas negeri Pahang. Dan jika ada kesempatan saya cuba untuk memberikan respons tentang persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan sebelum ini. Dan kalau tak sempat insya-Allah kita akan jawab secara bertulis ataupun kita jawab secara bersemuka.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya daripada kejutan kemelesetan sejak beberapa tahun yang lalu. Negeri Pahang juga pastinya tidak terkecuali daripada menerima impak tersebut. Sungguhpun demikian, ekonomi Malaysia dan juga negeri Pahang kini nampaknya sedang er… kembali untuk berada dalam proses pemulihan dan keputusan yang diambil oleh kerajaan, sektor swasta yang dinamik telah membantu untuk mewujudkan asas pembangunan ekonomi negeri Pahang ke tahap yang lebih tinggi seterusnya. Aktiviti-aktiviti swasta yang positif, amatlah menggalakkan dengan pelaburan asing, nampaknya kembali masuk ke negeri Pahang khususnya, dan Bajet 2019 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang bersifat surplus baru-baru ini, jelas menunjukkan bahawa langkah-langkah atas dasar polisi yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pahang pada landasan yang betul.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri sentiasa memberi tumpuan dan penekanan terhadap kemudahan asas untuk rakyat serta komitmen kerajaan untuk terus memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi negeri bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pelbagai projek kemudahan infrastruktur awam seperti jalan raya, lebuh raya, landasan kereta api, pengangkutan dan lain-lain kemudahan awam yang dilaksanakan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan juga khususnya Kerajaan Negeri. Sektor pembinaan dan pembuatan negeri Pahang telah memberikan
sumbangan yang besar dan amat signifikan dalam memacu ekonomi negeri. Ini kerana industri pembinaan mempunyai faktor kesan pengganda dan rantaian yang luas di mana ia menjadi er… peranan untuk menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor-sektor ekonomi yang lain.
Walaupun negara sedang menghadapi situasi ekonomi yang kurang menentu, prestasi ekonomi negeri agak baik didoreng… didorong oleh kerancakan pelaksanaan pelbagai projek kerajaan yang dirancang sebelum ini dan sedang dilaksanakan khususnya projek-projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11 dan program transformasi ekonomi seperti Projek Jalan Raya Central Spine Road, Projek Terminal Laut Dalam Pelabuhan Kuantan, Projek Industri MCKIP Gebeng, dan pelaksanaan projek-projek baru seperti Projek Jambatan Kedua Kuantan, Projek Menaik taraf Jalan-jalan Raya, seperti Projek Menaik taraf Jalan Persekutuan dari Tol Chenor ke Bandar Jengka, Bandar Tun Razak Maran, juga projek mega seperti pembinaan Lapangan Terbang Tioman yang sedang dalam pertimbangan Kerajaan Persekutuan walaupun Kerajaan Negeri sebenarnya er… seiring dengan Persekutuan memberikan kerjasama untuk melaksanakan er… cadangan ini.
Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha untuk memberikan keselesaan dan kesejahteraan rakyat dengan menyediakan peruntukan yang lebih besar dengan meningkatkan kapasiti utiliti khususnya bekalan air dan elektrik.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Cadangan jalan raya merupakan pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Ianya bukan sahaja menyokong pembangunan kawasan-kawasan perindustrian di negeri Pahang, tetapi juga merupakan nadi kepada peningkatan sosioekonomi rakyat. Dengan adanya jalan raya yang lebih baik, akan mewujudkan suasana ekonomi yang lebih sihat, progresif dan berdaya maju serta pelabur-pelabur lebih berminat untuk dapat melabur di negeri ini.
Pahang merupakan pintu masuk utama ke negeri pantai timur melalui jalan darat. Projek Central Spine Road umpamanya merupakan salah satu projek berimpak tinggi dan pelaksanaan yang berperanan sebagai penghubung di antara negeri dan daerah-daerah utama di negeri Pahang. Di samping menggerak ekonomi dan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas. Cadangan jalan raya dengan spesifikasi empat lorong dua hala sejauh 360 kilometer ini menghubungkan Kuala Krai di Kelantan dengan Simpang Pelangai di Pahang apabila siap sepenuhnya pada tahun 2019 nanti.
Sehingga kini, jajaran jalan daripada FELDA Chegar Perah di Kampung Kechur yang merupakan sebahagian pakej tiga dari Gua Musang ke Kampung Relong, Lipis telah pun dibuka untuk laluan kenderaan orang ramai. Bagi tahun 2018 Rancangan Malaysia ke-11 pula pakej lima yang melibatkan jajaran pintas Raub ataupun Raub by-pass dan pintasan Bentong atau Bentong by-pass telah diluluskan peruntukan jumlah peruntukan masing-masing sebanyak RM66 juta dan RM122 juta sedang dilaksanakan. Manakala bagi pakej enam yang melibatkan jajaran Bentong ke Simpang Pelangai kini masih dalam proses kelulusan untuk pelaksanaan.
Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan peruntukan bagi meneruskan pelaksanaan projek-projek jalan raya berimpak tinggi yang lain seperti jalan Benta, jalan Maran, jalan bandar Pekan, kampung Sungai Miang, Pekan, jalan Pekan-Nenasi-Endau, Rompin dan beberapa projek lain. Projek-projek ini dijangka akan mewujudkan jaringan perhubungan di antara daerah-daerah utama dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Satu lagi projek perhubungan yang akan memberi impak positif kepada rakyat adalah projek pembinaan jambatan baru merentasi Sungai Kuantan yang menghubungkan bandar Kuantan dengan Bandar Putra, Tanjung Lumpur. Projek yang bernilai RM161.5 juta ini sedang giat dilaksanakan, dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2019.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Pelabuhan Kuantan merupakan salah satu pintu masuk utama ke negeri Pahang. Justeru itu, peningkatan infrastruktur pelabuhan Kuantan sedang giat dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan pihak-pihak swasta. Pelabuhan Kuantan sedang dinaik taraf sebagai hab industri dan logistik utama di pantai timur melalui usaha sama Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutan serta pihak-pihak swasta. Projek peluasan pelabuhan Kuantan sedang giat dijalankan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur ataupun ECERDC melibatkan kos berjumlah RM1 bilion dan Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd melibatkan sejumlah RM3.3 bilion.
Pelaksanaan projek terbahagi kepada dua komponen iaitu komponen pelaksanaan kerajaan yang dilaksanakan ECERDC dan keduanya komponen pelaksanaan swasta yang dilaksanakan oleh KPC Sdn. Bhd. Pembinaan pemecah ombak sepanjang 4.4 kilometer dan pembinaan dermaga sepanjang 2 kilometer yang dilaksanakan oleh KPC.
Selain itu, usaha berperingkat juga sedang dilaksanakan bagi menjadikan Pelabuhan Kuantan sebagai pada zon bebas cukai yang akan meningkatkan daya saingnya setanding dengan pelabuhan-pelabuhan utama yang lain. Bagi meningkatkan kemudahsampaian antara kawasan-kawasan industri di sekitar Pelabuhan Kuantan, khususnya MCKIP projek Port Linked Road sedang dilaksanakan secara berperingkat oleh ECERDC. Sehingga kini kerja-kerja pembinaan ke persimpangan bertingkat ke MCKIP serta kerja-kerja naik taraf ke persimpangan Sungai Ular telah siap dilaksanakan.
Kesemua projek-projek tersebut tadi seperti CSR serta jaringan jalan raya yang lain diwujudkan untuk mengukuhkan lagi jaringan antara bandar-bandar khususnya di Pahang di… di Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Kemaman dan East Coast Economic Region (ECER) sebagai special economic zone serta kawasan-kawasan pertumbuhan baru.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kerajaan negeri sama sekali tidak mengabaikan kemudahan asas rakyat iaitu air yang sering mendapat perhatian dewan ini juga bekalan elektrik. Dalam masa kita sedang bersedia untuk menyelesaikan perjanjian er… penstrukturan semula industri bekalan air dengan KATS ataupun Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, kita juga tidak mengabaikan perkara-perkara lain yang boleh meningkatkan kecekapan perkhidmatan perbekalan air kita di bawah PAIP.
Program untuk mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil atau non revenue water negeri Pahang dilaksanakan bagi semua daerah selaras dengan langkah-langkah Kerajaan Persekutuan yang mengharapkan kita meningkatkan kecekapan kita dan kementerian juga telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk menjadikan non revenue water sebagai punca hasil. Selain penyelesaian secara holistik melalui peruntukan NRW di bawah rancangan Malaysia, Kerajaan Negeri juga
melalui Pengurusan Air Pahang telah mengambil beberapa langkah jangka pendek bagi mengatasi masalah kehilangan air tersebut.
Antara langkah yang telah dilaksanakan adalah, mengawal paras air dalam tangki secara automatik agar tidak berlaku limpahan, mengawal tekanan air ke paras optimum di kawasan bertekanan tinggi dan memastikan aduan kebocoran paip utama diselesaikan dalam masa 24 jam. Beberapa Ahli Dewan mengharapkan agar perjanjian penstrukturan semula air ini dapat dilaksanakan segera tetapi ingin saya tegaskan di sini untuk makluman Ahli-ahli Dewan Yang dimuliakan, er… sekarang ini, kita sebenarnya seperti mana yang diharapkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita sedang berusaha untuk menyelesaikan sebelum berakhirnya tahun ini tetapi nampaknya pihak persekutuan er… mengambil sedikit masa dan kemungkinan boleh dimuktamadkan dalam sukuan pertama.
Walau bagaimanapun, sehingga hari ini kita masih belum menerima surat tawaran yang rasmi dengan terma-terma yang baru dan juga kita belum menerima draf perjanjian yang dimaksudkan Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Seterusnya, bagi meningkatkan kapasiti bekalan elektrik, Kerajaan Negeri telah meluluskan kawasan tada… kawasan kepada Tenaga Nasional Berhad ataupun TNB bagi melaksanakan projek-projek hidroelektrik berkapasiti tinggi di peringkat er… pelaksanaan dan perancangan projek elektrik di Hulu Jelai yang telah dilaksanakan menjana 372 megawatt.
Kerajaan Negeri juga mengalu-alukan mana-mana pihak swasta yang ingin melabur dalam mini-hidro di mana-mana tempat yang berpotensi sama ada di sungai ataupun di bukit negeri Pahang.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Seterusnya, perkara yang mendapat perhatian er... dewan dan juga sentiasa menjadi keutamaan kerajaan adalah soal er… berhadapan dengan risiko banjir. Bagi menyelesaikan masalah banjir di negeri Pahang secara umumnya pelbagai langkah telah diambil. Banjir sebenarnya bukan sahaja kita bercakap tentang soal keselamatan nyawa, tetapi dalam tidak sedar sebenarnya banjir yang melanda tiap tahun di negeri Pahang ini memberikan impak yang sangat besar kepada er… pembangunan ekonomi negeri khususnya di bidang er… pertanian ya, bidang perikanan dan juga sudah tidak kurang kesannya yang kita kurang beri perhatian adalah kerosakan harta benda yang bukan sahaja terpaksa ditanggung oleh individu, keluarga dan masyarakat tetapi memberikan kesan yang besar kepada kos pengurusan er… penyenggaraan aset-aset kerajaan itu sendiri.
Walau bagaimanapun, kerajaan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah ini iaitu melalui Jabatan Pengairan dan Saliran, pihak kerajaan melaksanakan dua program utama iaitu Rancangan Tebatan Banjir dan juga Projek Lembangan Sungai Bersepadu. Khusus bagi daerah Kuantan, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kuantan, fasa 2 sedang dalam proses dilaksanakan dengan perbelanjaan berjumlah RM701.5 juta.
Antara komponen yang terlibat adalah peningkatan kedalaman dan aliran Sungai Kuantan, pembinaan ban pencegah banjir Sungai Pandan, menaik taraf ban sedia ada di Sungai Isap, pembinaan tidal barrage di Sungai Galing Besar dan meningkatkan kapasiti aliran perparitan dalaman sejauh 40 kilometer. Rancangan Tebatan Banjir daerah Pekan juga dalam pelaksanaan. Selain itu kerja-kerja memperelok tebing serta
mendalamkan sungai turut dilaksanakan di seluruh negeri sebagai persediaan menghadapi bencana banjir yang mungkin melaksana… melanda Pahang tidak lama lagi.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kesimpulannya Kerajaan Negeri tidak boleh lagi bergantung hanya kepada beberapa sektor untuk memacu pertumbuhan, jadi kita mengambil pelbagai langkah secara conceptual, secara bersepadu, khususnya kita sentiasa meningkatkan kemudahan-kemudahan asas negeri Pahang supaya ianya akan memudahkan segala aktiviti-aktiviti pembangunan sosio ekonomi di negeri Pahang ini. Kerajaan sentiasa sedar akan tanggungjawab bagi meningkatkan sistem jaringan pengangkutan awam dan kemudahan asas ini supaya ianya efektif untuk pembangunan atau pun kesejahteraan semua pihak. Itu sahajalah yang ingin saya er… sampaikan dalam kesempatan yang ada ini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Dalam kesempatan ini, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Pahang mohon untuk menyokong Usul Bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada minggu ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. [Ahli Dewan menepuk meja]. Saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang.
[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Puji syukur kita panjatkan ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan inayah-Nya. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, maka kita dapat melangsungkan musyawarah kita, persidangan DUN kita pada kali ini dengan penuh taufik dan inayah daripada Allah SWT dan mudah-mudahan dengan adanya syura ini kita sentiasa diberkati oleh Allah SWT sesuai dengan apa yang difirmankan oleh Allah [Bacaan dalam Bahasa Arab] “berundinglah dalam urusan kerja kamu dan apabila kamu berazam, bertawakallah kamu kepada Allah SWT”.
Saya ingin juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker bersama dengan urus setia telah berjaya menyusun dan mengendalikan dewan ini dengan penuh jayanya. Sekalung tahniah daripada saya. Saya ingin mengambil kesempatan ini bukan sahaja untuk menyokong atas pembentangan Bajet yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dengan tema “Maju Terus Pahang”. Mudah-mudahan Allah SWT dengan pembentangan ini memberkati rezeki kita apa yang seadanya dan apa yang selebihnya, dan dengan keberkatan itu insya-Allah kita dapat melaksanakan segala tugas-tugasan kerja kita melalui perancangan bajet yang telah kita sama-sama er… dengar daripada pembentangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Sekalung tahniah juga daripada saya.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kerana er… banyak di dalam er… pembentangan bajet itu tadi mengambil berat tentang soal pendidikan, soal keagamaan dan juga kesihatan yang telah juga disebut oleh rakan saya daripada Tioman di dalam penggulungan beliau. Mudah-mudahan dengan peringatan dan juga er… peruntukan yang disediakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapatlah kita sama-sama menikmatinya dan mengecapinya melalui Jabatan Agama Islam dan juga urus setia-urus setia jabatan-jabatan yang berkenaan dengan portfolio kami.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga sebagaimana rakan-rakan yang lain dikemukakan oleh rakan-rakan DUN beberapa persoalan yang berbangkit di kawasan masing-masing. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan Ahli Dewan yang telah mengemukakan soalan, dan saya cuba sedaya mungkin untuk memberikan maklumat dan menjawab persoalan dan, seandainya jika ada terdapat er… perkara yang tidak sempat saya jawabkan insya-Allah mungkin kita boleh rundingkan dan membincangkan serta jawab secara bertulis.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan oleh sahabat saya daripada Padang Tengku mengenai er… Sekolah Agama di Al-Maidah di Padang Tengku, mengenai peruntukan yang telah diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Permohonan ini sebenarnya telah mendapat Titah daripada Kebawah Duli Tuanku Pemangku Raja, tetapi setelah diminta oleh Pihak Berkuasa supaya Pentadbir Daerah pergi menyemak dan meneliti keperluan sekolah berkenaan, namun Allah SWT telah menentukan kerajaan kita diuji dengan kekalahan, dan akhirnya sekarang ini kita memperolehi kerajaan yang baru.
Kita berdoa ke hadrat Ilahi semoga kerajaan yang baharu bersimpati kepada keperluan kita. Bukan sahaja di Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Padang Tengku, bahkan seluruh sekolah-sekolah yang ada di negeri Pahang ini. Saya juga telah merujuk kepada pihak yang berwajib, hal ini insya-Allah pihak sekolah perlulah er… sama-sama dengan Kerajaan Negeri kita akan menyusul. Mudah-mudahan perkara ini dapat di er… apa laksanakan dengan sebaiknya.
Mengenai penyerapan guru-guru ASPA yang dikemukakan oleh rakan saya Padang Tengku. Guru-guru ASPA ini adalah usaha murni Kerajaan Negeri melalui ASPA, apabila adanya lepasan-lepasan universiti daripada pelajar-pelajar kita, anak-anak kita yang telah berjaya, tetapi mereka tidak memperolehi peluang kerja. Maka kita telah berunding dengan ASPA, untuk menolong dan membantu anak-anak ini yang telah menjadi dasar perjuangan Barisan Nasional yang sentiasa mengambil berat nasib-nasib mereka, maka anak-anak ini seramai 197 orang telah dibantu oleh ASPA untuk diberikan elaun mereka mengajar di sekolah-sekolah agama di negeri Pahang.
Tanpa memberi janji, mereka ini akan diserapkan ataupun ditetapkan dengan jawatan-jawatan yang tertentu, dalam waktu yang sama Kerajaan Negeri tidak berlepas tangan, memberikan nasihat, pandangan supaya mereka mengambil cakna jika ada jawatan-jawatan yang kosong yang telah ditawarkan oleh JPA ataupun SPA melalui internet ataupun sebaliknya, untuk memohon jawatan-jawatan berkenaan dan juga mungkin dipertimbangkan oleh pihak apa SPA ataupun JPA dalam waktu itu.
Minta laluan sikit. Nak… nak… nak tanya sikit er… saya faham yang...yang… er… peranan ASPA dengan Kerajaan Negeri itu, tapi soalan saya ialah ada yang telah ditemuduga er… dalam kes er… Padang Tengku ini, ada 12 orang ditemuduga tetapi yang ditawarkan er… jawatan tu ada… hanyalah satu. Jadi inilah ke… kita tengok nisbah tu terlalu rendah.
Terima kasih pada Padang Tengku menyoal kita. Ini masa suntuk, ni sampai sekejap lagi ni karang. Dengar dulu. [Ahli Dewan ketawa] Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Yang Berhormat.
…apa nama kita ada 197 orang...
Jadi Yang Berhormat….
…lebih kurang…
…elok… sebentar.
Ya.
Saya nak memaklumkan kepada Ahli-ahli Backbencher, semasa Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan menjawab, sebaik-baiknya kita memberi peluang untuk beliau menerangkan jawapan dan sebagainya. Oleh kerana masa yang kita bagi pun sama 20 minit. Jadi sudah tentulah, kalau banyak sangat persoalan-persoalan yang timbul, saya percaya mereka tidak dapat menjawab dengan lancar dan sebagainya. Jadi elok Yang Berhormat mendengar dan mungkin boleh mengambil beberapa point, fakta dan dipersoalkan dalam dewan yang akan datang. Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua dan saya faham rakan saya daripada Padang Tengku amat simpati kepada anak-anak kita seramai 197 orang ini. Sebab itu Kerajaan Negeri telah er… menawarkan mereka melalui SPA dan seramai 135 orang telah mengisi borang memohon jawatan. Bukan 12 orang, Dato’ Sri Yang di-Pertua, dan seramai 135 orang dengan itu kita hanya ada 12 jawatan kosong yang disediakan oleh
SPA yang boleh dipenuhi. Oleh yang demikian, kerana ramainya yang memohon terpaksalah mereka ditemuduga dan seramai 12 orang daripada mereka itu termasuklah er… Padang Tengku tadi di Sekolah Al-Maidah telah ditemudugakan dan diterima gred DG41 seramai 4 orang, gred DG29 seramai 8 orang, gred DG41 seramai 4 orang, gred DG32 seramai 5 orang dan gred DG29 seramai 12 orang.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Berkaitan dengan permohonan Geran Bantuan Pelajar ke IPT Yayasan Pahang. Sebenarnya bolehlah dibuat permohonan melalui secara talian online er… web Yayasan Pahang. Hal ini telah ditawarkan semenjak 2014 lagi dan mengenai kenaikan elaun daripada RM500 ke RM750, pihak Yayasan Pahang kita akan minta kepada mereka cuba mengkaji dan jika ada keupayaan kemampuan tidak mustahil perkara ini menjadi kenyataan. Penambahan guru-guru akademik oleh Kementerian Pendidikan melalui JPM ke sekolah-sekolah agama.
Isu ini seringkali dibangkitkan di Majlis Mesyuarat Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri dengan kehadiran pihak JPA dan JAKIM. Jabatan Agama Islam juga selaku urus setia kepada Kerajaan Negeri telah menyalurkan permohonan-permohonan untuk menambahkan guru-guru akademik kepada pihak SUK dan juga kepada pihak SPA. Begitu juga di dalam Mesyuarat Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam yang dihadiri oleh pengerusi er… Jawatankuasa Agama Seluruh Malaysia, telah dikemukakan perkara yang sama. Namun realitinya di akhir mesyuarat, Januari yang lalu perkara ini telah dipersetujui oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Jamil Khir selaku Menteri Agama. Apakan daya, malangnya beliau sendiri telah apa, tamat jawatannya Dato’ Sri Yang di-Pertua. Er… dan apa, hancurlah harapan kita, mudah-mudahan harapan ini dapat dipenuhi oleh Pakatan Harapan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Cadangan pembinaan masjid-masjid yang ditangguhkan. Ini pun satu hal yang sama juga. Sebagaimana yang diterangkan er… walaupun pernah diluluskan, tetapi sekarang telah ditangguhkan sementara waktu dan jawapannya, keputusannya akan diberikan oleh apa pihak berkuasa… berwajib sama ada diteruskan atau pun ditangguh untuk sementara waktu. Yang Berhormat ADUN Padang Tengku juga dan Damak ada membangkitkan soal penambahan sekolah-sekolah tahfiz profesional. Bahkan Yang Berhormat ADUN Damak mencadangkan dibuat mengikut zon. Cadangan ini sangat baik dan sememangnya menjadi keutamaan Kerajaan Negeri termasuklah menambah bilangan Sekolah Menengah Agama Negeri.
Namun sudah pasti, ianya perlu berlandaskan kepada keupayaan bajet yang ada di tangan kita. Saya bagi pihak Kerajaan Negeri sudah pasti tidak akan melepaskan peluang ini, untuk menyarankan kepada pihak kerajaan seumpama ketika kita mengadakan Taklimat Rancangan Struktur Negeri jabat… oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa. Kita sendiri menyuarakan bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang supaya pembinaan er… sekolah-sekolah agama dan tahfiz juga diberikan pandangan yang serius oleh pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Mudah-mudahan cadangan dan pandangan ini mendapat pandangan yang serius daripada mereka.
Yang Berhormat ADUN Tanjung Lumpur ada juga membangkitkan kes penceraian. Pada tahun 2018 dan banyak lagi kes-kes yang belum selesai di mahkamah. Walaupun banyak usaha, kursus dan sebagainya yang dilaksanakan, penceraian
terus meningkat, perlunya dipertingkatkan kesedaran, hal ini er… perlunya dipertingkatkan kesedaran. Sebenarnya hal ini, sebagaimana yang kita fahami serta pihak YB ADUN Tanjung Lumpur sendiri telah menjadi… telah memahami, ia menjadi tugas asasi kepada Bahagian Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Islam Pahang bagi memberi kaunseling. Sama ada sebelum mendirikan rumah tangga, ataupun ketika berlaku pertelagahan antara dua pihak.
Namun hal ini tidak boleh semata-mata dipangku oleh pihak berwajib. Semua pihak perlulah bekerjasama untuk membangkitkan semangat “Baiti Jannati, Rumahku Syurgaku”. Rasulullah SAW sendiri, di dalam siri pendidikan baginda untuk memastikan ummahnya membina… membina rumahtangga yang bahagia, pelbagai saranan telah diberikan seumpama kata, sabda baginda, kepada golongan lelaki, [Bahasa Arab] “Pandailah kamu meletakkan benih keturunan kamu kerana ia sangat sensitif melahirkan zuriat”.
Begitu juga dikatakan kepada kaum wanita. [Bahasa Arab] “Kalau adalah orang datang meminang anak kamu, sedang agama mengatakan lelaki itu wajar dijadikan suami, maka terimalah pinangan itu”. Begitu juga apabila mereka telah membina rumahtangga, si lelaki sebagai suami dan si isteri, si perempuan sebagai isteri, masing-masing mempunyai tanggungjawab yang perlu mereka faham dan laksanakan sebaik-baiknya. Namun apakan daya, banyak faktor yang menyumbang kepada isu penceraian. Er… masalah komunikasi, kewangan di antara mereka, mengambil jalan keluar yang mudah tanpa berfikir panjang. Maka sudah tentulah timbul er…er… faktor ini dan menyebabkan mereka mengambil tindakan yang er… boleh menyebabkan mereka berpecah dan ataupun bercerai di dalam urusan rumahtangga mereka.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Hal ini telah diusaha juga melalui JAKIM untuk memperkenalkan modul yang baru, dan insya-Allah pada tahun 2019 pihak JAKIM akan mengedarkan modul-modul ini ke semua jabatan-jabatan agama di seluruh Malaysia bagi membantu. Mudah-mudahan dengan modul ini sedikit sebanyak dapat memberikan didikan kepada bakal-bakal yang mendirikan rumah tangga. Yang Berhormat ADUN Tanjung Lumpur juga membangkitkan isu elaun guru takmir. Sebenarnya isu elaun guru takmir ini, setiap tahun, saban tahun pihak JAKIM akan menundakan dan menangguhkan pengajian-pengajian di bulan Disember er… bagi penutupan urusan penutupan akaun.
Perkara ini bukanlah baru tahun ini, dan setiap tahun begitulah sehingga pada tahun ini. Cuma pada tahun ini kita dikejutkan oleh pihak JAKIM, dua bulan bukan sahaja Disember, tetapi melibatkan November dan Disember. Saranan pihak er… YB. Tanjung Lumpur bagaimana kita nak membantu guru-guru takmir ini, sudah pasti kita tidak menegah ataupun melarang pihak-pihak masjid untuk meneruskan pengajian-pengajian fardhu ainnya dan pihak masjid untuk menampung dan menanggung apa namanya bayaran elaun kepada guru-guru takmir yang berkenaan.
Ada pun untuk memastikan Kerajaan Negeri sentiasa memberikan sumbangan kepada mereka, perkara ini perlu diteliti dan dikaji. Sebagaimana yang saya sebutkan di dalam jawapan saya yang lalu. Merujuk kepada soalan Yang Berhormat ADUN Tanjung Lumpur juga mengenai minuman keras. Berdasarkan kepada peruntukan subseksyen 27(i) dan 27(ii), yang meminum dan yang menjual adalah dilarang dan boleh ditangkap dan dikenakan apa namanya… denda. Namun demikian, er… kita bagi pihak kerajaan meminta pihak berkuasa sama ada Jabatan Agama atau pun Kerajaan Tempatan, selain daripada mengutamakan penangkapan dan mengenakan denda kepada mereka yang berkenaan, kita juga wajar mengambil langkah-langkah
berbincang, berunding, menasihat dan jika sekiranya mereka masih lagi berdegil, sudah tentulah wajar orang-orang berkenaan diambil tindakan kerana telah mencanggahi Enakmen Undang-undang yang telah kita sama-sama persetujui di Dewan Yang Mulia ini.
Merujuk kepada persoalan Yang Berhormat Tanjung Lumpur juga, berkaitan dengan penyamaran yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu, yang kononnya beliau sebagai penguatkuasa. Sebenarnya melalui edaran dan arahan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, setiap individu penguatkuasa yang telah dilantikkan dan autoritikan untuk bertugas menguatkuasa, mestilah menunjukkan kad penguatkuasaan kepada orang-orang yang mereka serbu ataupun mereka lakukan penangkapan di dalam kes-kes yang ditentukan.
Yang Berhormat ADUN Beserah juga mencadangkan supaya pelantikan Ahli Jawatankuasa Masjid dikembalikan kepada khariah. Kaedah pemilihan Ahli Jawatankuasa Masjid berasaskan kepada peruntukan dalam Enakman Pentadbiran Undang-undang Islam 1991 iaitu Kaedah-kaedah Masjid berdasarkan prosedur semasa. Cadangan nama AJK adalah hasil cadangan peringkat masjid iaitu Ahli Khariah yang berunding dengan Pejabat Agama Islam Daerah dan juga Penghulu serta Jabatan Agama Islam untuk dikemukakan cadangan kepada Majlis Ugama Islam Pahang. Maka pihak Majlis Ugama Islam Pahang bertanggungjawab untuk mempertimbangkan apa yang telah dicadangkan oleh Pejabat Agama, dan Jabatan Agama bersama dengan Ahli Khariah. Sekiranya ada cadangan untuk proses pemilihan hanya melibatkan pihak masjid semata-mata. Ini sudah tentu melibatkan kepada penggubalan enakmen yang telah kita persetujui di dalam Dewan Yang Mulia ini.
Yang Berhormat ADUN Tanah Rata mencadangkan supaya ada Sekolah Vokasional untuk Orang Asli diwujudkan di negeri Pahang. Kolej Vokasional adalah di bawah kawal selia Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia. Dasar pengambilan pelajar untuk memasuki Kolej Vokasional adalah terbuka kepada semua kaum dan etnik untuk mengikut jenis kursus yang diminati oleh… di semua Kolej Vokasional di seluruh Malaysia. Berdasarkan kepada kelulusan dan syarat yang ditetapkan dan di… di… er…kekosongan tempat. Malah Murid Asli di Mukim Bertau, Lipis, merupakan Sekolah Model Khas, Sekolah K9, yang mempunyai Kursus Pendidikan Asas Vokasional Tingkatan 1 hingga 3. Kursus Penyediaan Makanan yang ditawarkan, untuk mengikuti kursus lanjutan ke Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, Lipis dan Kolej Vokasional Puteri, Temerloh bagi mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Bilangan murid yang sedang mengikuti Kursus Program Asas Vokasional 9 PAV di SK Betau Lipis adalah seperti berikut; Tingkatan 1 bilangan murid lelaki 4 perempuan 6, Tingkatan 2 bilangan murid lelaki 8 dan perempuan 9, Tingkatan 3 bilangan murid perempuan 14 orang lelaki tiada, jumlah keseluruhan, lelaki 12 dan perempuan 29 orang.
Ada pun menyentuh soal kesihatan, YB. ADUN Cheka mencadangkan agar disegerakan pembinaan Klinik Kesihatan Kelas 3 yang telah dirancang untuk dibina di Bandar Baru Kuala Lipis. Bagi menyokong dan menambahbaik kemudahan perkhidmatan Hospital Kuala Lipis, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memasukkan cadangan pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 3 Kuala Lipis dan ianya telah diluluskan di dalam Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-11 serta Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana. Pembinaan klinik ini dijangka dapat meningkatkan akses penjagaan kesihatan di kawasan sekitar serta dapat mengurangkan beban tugas hospital sedia ada. Antara perkhid… perkhidmatan yang ditawarkan adalah perkhidmatan ibu dan anak, pesakit luar, farmasi, kecemasan,
makmal dan perkhidmatan dio…dio... diagnosis untuk status terkini, projek ini adalah dalam tindakan penilaian tender di peringkat Ibu Pejabat JKR.
YB ADUN Teruntum bertanyakan berkaitan tindakan pencegahan oleh Pejabat Kesihatan Daerah ke atas aduan yang dibuat berkenaan kes denggi. Setiap aduan yang diterima akan dibuat semakan dan tindakan susulan pihak Pejabat Kesihatan Daerah dimana aduan tersebut ditujukan akan menjalankan siasatan bagi kesahihan maklumat aduan berasas atau sebaliknya. Jika aduan itu berasas seperti adanya tempat pembiakan nyamuk aedes, tindakan kawalan seperti penghapusan tempat pembiakan nyamuk aedes, semburan ruang… ruang terma khususnya sekiranya indeks aedes melebihi 1%, premis positif aedes berbanding premis yang diperiksa, dan tindakan pencegahan lain yang bersesuaian akan dilaksanakan seperti mana prosedur. Bagi kawasan-kawasan yang mempunyai kes demam denggi, tindakan-tindakan seperti berikut penghapusan tempat pembiakan nyamuk aedes, tempat bertelur, semburan ruang terma pertama dan ulangan, pengesahan kes secara aktif dan tindakan pencegahan lain yang bersesuaian dilaksanakan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Demikianlah sedikit sebanyak jawapan yang dapat saya er… bagikan kepada persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan Ahli Dewan. Saya selaku ADUN Kerdau dan juga Pengerusi Jawatankuasa Agama, Kesihatan dan Pelajaran mohon menyokong Usul Bajet yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat. Baiklah sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Sila Yang Berhormat.
[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk er… menggulung perbahasan bagi pihak er… portfolio yang dipegang oleh saya. Saya juga akan cuba untuk tidak akan mengambil masa yang panjang dan, tapi sebelum itu saya ingin mengucapkan syabas, tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang atas pembentangan bajet yang boleh kita sifatkan sebagai bajet yang inklusif tetapi berhemah. [Ahli Dewan menepuk meja].
Kita… dan saya kira bajet ini juga tidak mengenepikan er… pelbagai aspek dalam portfolio yang dipegang oleh saya walaupun tidak er… ada perkataan spe… spesifik ataupun khas berkenaan dengan kebudayaan, tetapi insya-Allah, Kerajaan Negeri Pahang tidak akan meminggirkan aktiviti-aktiviti kebudayaan yang sebenarnya menjadi teras kepada akar umbi di negeri Pahang ini, dan insya-Allah juga sebarang bentuk aktiviti-aktiviti yang melibatkan kaum wanita sudah pastinya akan sentiasa kita bekerjasama dengan rakan-rakan Ahli-ahli Wakil Kerajaan yang lain untuk kita memastikan martabat kaum wanita di negeri Pahang ini terus diangkat dan menjadi wanita yang cemerlang.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kita di Pahang ini sungguh bertuah kerana kita mempunyai seorang ikon wanita yang sangat hebat iaitu Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang sendiri, yang sentiasa mengangkat bukan sahaja dari segi budaya negeri Pahang, bukan sahaja dari segi warisan kita iaitu Tenun Pahang, tetapi juga makanan-makanan tradisional dan Kerajaan Negeri ingin mengucapkan setinggi-tinggi sembah tahniah kepada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan atas pelancaran buku Masakan Air Tangan Tengku Puan Pahang, dan saya kira ianya akan menjadi satu rujukan kepada bukan sahaja kaum wanita di negeri Pahang, tetapi kepada kaum wanita di seluruh negara untuk kita mewariskan resepi-resepi ini kepada generasi yang akan datang.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kita juga akan sentiasa menitikberatkan supaya masyarakat di negeri Pahang ini mempunyai masyarakat yang berdaya saing dan mempunyai kehidupan yang lebih sejahtera. Saya ucap terima kasih kepada Wakil daripada Semambu yang membangkitkan tentang apakah usaha dan langkah yang telah di ambil oleh pihak kerajaan dalam mena… menangani isu penyalahgunaan dadah. Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita di negeri Pahang sentiasa berusaha untuk memerangi dadah dan kita telah pun bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan di bawah Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, dalam kita melaksanakan Kempen Program Perangi Dadah Habis-habisan yang dilancarkan pada 28 Februari 2016.
Kempen ini akan membanteras ya, mahu membanteras gejala penyalahgunaan dan penagihan dadah daripada menjadi epidemik serta melindungi generasi muda dan memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara, dan kita juga mempunyai beberapa strategi untuk menangani iaitu strategi pencegahan, strategi penguatkuasaan, strategi rawatan dan pemulihan dan juga kita menggerakkan Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) yang telah ditubuhkan pada tahun 2014. Jadi insya-Allah, sama-sama kita semua berusaha untuk memastikan ya, musuh nombor satu negara ini akan dapat kita tumpaskan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga ingin menyentuh sedikit tentang sikap kita sebagai pemimpin. Saya kira kita Ahli-ahli Wakil Rakyat dalam dewan ini, mempunyai pelbagai program di kawasan ya. Saya minta kita semua dapat prihatin sedikit kepada PDK-PDK ataupun Pusat Dalam Komuniti Pemulihan Dalam Komuniti yang ada di seluruh negeri Pahang ini. Jadi Ahli-ahli Wakil Rakyat, saya minta bantuan daripada mereka semua untuk selepas ini, balik kawasan kalau belum ada yang melawat PDK masing-masing lawatlah, kerana di seluruh negeri Pahang kita ada lebih 51 PDK yang mana kita melatih anak-anak Orang Kurang Upaya kita untuk mereka hidup berdikari dan hari ini Dato’ Sri Yang di-Pertua saya menghadiahkan. Dato’ Sri Yang di-Pertua, tengok sikit… ini adalah…
Saya ada satu.
…produk er… Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya dah bagi kepada semua Ahli Dewan…
PDK Keratong ya?
Sebagai tanda sokongan kepada PDK Insan Murni daripada Keratong Rompin [Ahli Dewan menepuk meja]. Ini adalah usaha hasil tangan daripada anak-anak PDK, peserta PDK kita, dan ke semua er… Keratong 3. Minta maaf, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Hah… ini ADUN Bukit Ibam, tokey dia.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Jadi saya mohon bila kita ni sebagai pemimpin, kita nak membeli cenderamata dan sebagainya. Kita bagilah sokongan dan kita belilah produk-produk daripada PDK ini, selain daripada kita membeli produk-produk daripada luar negara terutamanya.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Ramai juga rakan-rakan Ahli Dewan… Dato’ Sri Yang di-Pertua ramai juga Ahli-ahli Dewan bertanya tentang er… kebajikan ya, yang mana khususnya di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kita Kerajaan Negeri tiada masalah ya, walaupun Jabatan Kebajikan Masyarakat ini juga di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga tetapi kita di negeri Pahang bekerjasama dan kita tetap menyalurkan peruntukan Bantuan Am di bawah Kerajaan Negeri Pahang.
Wakil daripada Ketari ada membangkitkan ya, kenapa dia kata er… berkurangan peruntukan yang disalurkan, ya. Sebenarnya er… di samping peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Pahang menyalurkan peruntukan sebanyak… tahun ini dalam bajet yang dibentangkan RM13.48 juta, ya. Peruntukan ini berkurangan sedikit daripada tahun 2018 ya. Sebenarnya bilangan penerima Skim Bantuan Am Negeri sehingga November 2018 semakin berkurangan, ya. Oleh kerana penerima bantuan kita semakin berkurangan, jadi oleh kerana kita nak belanja berhemah, jadi kita memberikan peruntukan yang berkurangan. Bukannya maksud bila kurang itu, maksud kita tak prihatin dan kita tidak akan menyalurkan bantuan ya. Dari masa ke semasa kita akan sentiasa membuat tambahan dan memastikan mereka yang benar-benar memerlukan bantuan ini akan kita berikan bantuan.
Dan Ketari juga bertanya tentang er… apakah bentuk er… golongan miskin, miskin tegar apa yang kita nak bantu, macam saya kata banyak sekali, apa yang telah disebut oleh rakan-rakan saya tadi pun bercerita tentang bagaimana kita nak mengatasi kemiskinan tegar er… di negeri Pahang ini ya, antaranya ialah kita melatih, macam tadi kita melatih Orang Kurang Upaya, kita melatih ibu tunggal kita, untuk mereka ini berdikari dan dapat menjana pendapatan mereka, dan keluar daripada garis kemiskinan. Er… Pulau Manis pula membangkitkan tentang pusat pemindahan banjir di Pulau Manis dalam er… perbahasan baru-baru ini. Sebenarnya pusat pemindahan banjir adalah lokasi ditentukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Lokasi ini juga perlulah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas yang lain. Berdasarkan kepada arahan Majlis Keselamatan Negara, Nombor 20, Semakan Semula Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Kebajikan
Masyarakat mempunyai 4 peranan dan tanggungjawab utama, sewaktu berlakunya bencana banjir iaitu; menyelenggara pusat pemindahan mangsa bencana yang telah disahkan tadi, dan kedua menyedia dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan asas kepada mangsa bencana, menjalankan pendaftaran mangsa-mangsa bencana bagi maksud pemulihan dan memberi bimbingan nasihat kauseling kepada mangsa-mangsa bencana.
Jadi er… sehingga kini, Teruntum pula ada membangkitkan, sahabat saya daripada Teruntum ada membangkitkan ada tak peralatan dapur diberi ya, kepada pusat-pusat pemindahan. Sebenarnya, sebelum ini sekiranya berlaku banjir er… di pusat pemindahan ini, kita berkongsi kemudahan peralatan dapur daripada JKKK daripada Persatuan Bulan Sabit Merah, NGO dan sebagainya. Dan setakat ini, kita dimaklumkan NADMA ya, mungkin akan menghantar bantuan peralatan dapur sekiranya berlaku bencana banjir di masa akan datang, dan saya juga ingin menarik perhatian Ahli-ahli Dewan supaya kita semua yang mempunyai smart phone ya, android, bolehlah download, dengan izin Dato’ Sri Yang di-Pertua, aplikasi Info Bencana JKM. Kalau dulu dinamakan info banjir ya, tapi telah pun dikemaskini diupdate menjadi info bencana JKM, yang bukan saja memberi info er… tentang bencana banjir tetapi bencana-bencana alam yang lain juga daripada seluruh negara. Jadi saya harap kita semua dapat updatekan aplikasi dalam telefon pintar kita masing-masing.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya rasa saya telah menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan oleh rakan-rakan dalam dewan dan sekiranya ada, mungkin kita boleh buat jawapan bertulis. Sebelum saya mengundur diri, Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya tadi tertarik dengan sahabat saya daripada Kemayan dia cakap, jangan kita jadi macam beruk dapat bunga ya. Bila dia sebut cerita beruk dapat bunga Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya teringat saya pernah baca satu cerita tentang bunga Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya nak kongsi kerana cerita bunga ini memang saya kira banyak pengajaran dia. Bunga… kisah bunganya begini berkenaan dengan tiga bunga ya, bunga ros, sabarlah nak cerita ni. Bunga ros ataupun dipanggil bunga mawar ya, bunga daisy atau pun kalau Bahasa Melayu saya rasa kekwa ya er… dahlia ke kekwa… kekwa, kekwa… Teruntum cakap kekwa sebab dia pencinta wanita saya percaya. Bunga kekwa, dan yang ketiganya bunga matahari ya.
Jadi mereka ni duduk dalam satu taman, Dato’ Sri Yang di-Pertua dan mereka ni saling suka banding-membanding sapa lagi cantik, sapa lagi wangi ya dan satu hari tu sedang dia er… apa ni bertengkarlah dalam taman tu, dia kata… ros kata eh... akulah yang paling cantik sebab apa, aku yang mula-mula sekali tumbuh dalam taman ini, tengok warna aku, menarik ya, sweet bak kata orang sekarang, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Menarik, semua orang datang nak cium bau aku. Tapi daisy pula kata ataupun kekwa ni kata eh… akulah, tengok aku tumbuh dengan cantik je, sama aje, serupa je bunga dia katakan. Jadi semua orang pandang aku, aman je rasa ya, tapi bunga matahari kata mana boleh, akulah yang paling cantik sebab aku yang paling tinggi ya, aku… semua orang nampak aku dari jauh, menyinar seperti matahari, kata bunga matahari ya, dan tiba-tiba dia tengah berbanding-banding ni, lalulah tukang kebun.
Okay dia kata, “Senyap. Sekarang ni kita tengok, tukang kebun ni nak cakap, sapa paling cantik. Kita tengok” dia kata ya. Macam tukang kebun tu dengar benda dia borak tu ya. Jadi tukang kebun ini pun pergi kat bunga ros, dia pun tengok bunga ros, dia buang mana yang tak elok, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Dia pun potong bunga ros. Bunga ros kata, “eh… tengok tukang kebun ni ambil aku dulu”. Dia katakan, “tengok
ni sebab akulah paling cantik”. Bunga daisy tadi dengar, dia pun ketawa. “Tak de, kau tengoklah dia akan ambil juga aku”. Betul ya, tukang kebun pun ambil juga dia ya. Bunga matahari kata “ala confirm, dia ambil juga aku, sebab kalau tak ada aku nanti tak berseri, tak cantik”, dan tukang kebun pun ambil, bawa balik ketiga-tiganya digubah menjadi satu jambangan yang sangat cantik dan sangat menarik.
Dan tukang kebun menyatakan bahawa “tanpa ketiga-tiga bunga ini, tak mungkin aku dapat menyaksikan begitu cantiknya jambangan”. Ini adalah lambang Dato’ Sri Yang di-Pertua, kehidupan, keharmonian dan perpaduan kaum yang sentiasa kita semai selama ini. Sejak kita merdeka lagi ya, sejak adanya kontrak sosial antara nenek moyang kita dulu. Jadi saya harap kita selaku pemimpin dalam negara kita, dalam negeri kita ini, kita pertahankan keunikan, keharmonian dan perpaduan negara kita ini. Dengan kata kita, dengan kata-kata itu Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya menyokong Bajet 2019 dan semoga Maju Terus Pahang. Sekian. Wabilahi taufik wal hidayah wassalmualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat. Seronok cerita bunga tu ya. Baiklah, saya jemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Bioteknologi Negeri Pahang. Yang Berhormat saya silakan dalam masa yang sama juga Yang Berhormat seperti Ahli-ahli Exco yang lain. Sila.
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, terutama sekali saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana telah memberikan keizinan kepada saya untuk turut serta dalam er… menggulung bagi pihak kerajaan berkaitan dengan Usul yang telah di bawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar berkaitan dengan Bajet Negeri Pahang Tahun 2019. Berdirinya saya di sini ialah untuk memberikan penghargaan juga, tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kerana telah membentangkan Bajet Negeri yang cukup komprehensif dan menunjukkan surplus.
Er… dan ini memberikan satu petunjuk bahawasanya insya-Allah Kerajaan Pahang akan terus mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam mempastikan supaya dalam pengurusan bajet dan juga merangka perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan, ianya akan dilaksanakan secara berhemah. Saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kerana telah juga memperuntukkan er… bajet ataupun peruntukan untuk sektor pertanian yang sudah tentunya dapat membantu merancakkan lagi sektor pertanian dan akan menjadikan Pahang sebuah negeri yang tidak akan ketinggalan dalam mempastikan masa depan negeri dan negara kita yang tercinta ini, akan terus berada di dalam landasan yang kukuh. Sebagaimana yang kita sedia maklum pada saat ini, kita ada MAHA 2018 iaitu Malaysian Agricultural dan Agro Tourism Show 2018, dengan izin, yang bertemakan “Our Food, Our Future” maknanya Makanan Kita, Masa Depan Kita.
Dan sepertimana yang kita sedia maklum mengikut unjuran yang telah dibuat iaitu dalam tahun 2040, penduduk atau rakyat Malaysia ini akan mencecah anggaran bilangannya 41.2 juta, dan dengan pertambahan penduduk ini sudah tentu, permintaan untuk makanan ini akan meningkat. Malahan, ini akan menjadikan isu penting iaitu isu yang dinamakan sebagai food security, dengan izin iaitu keselamatan
makanan kerana amat penting bagi kita untuk tidak hanya bergantung kepada, atau tidak semata-matanya bergantung kepada bekalan yang terpaksa diimport dari luar.
Kalau kita lihat misal contohnya mengikut statistik yang telah dibentangkan iaitu sektor agro makanan. Dalam tahun 2017 telah mencecah jumlahnya, nilaiannya sejumlah RM37.4 bilion dan sudah tentulah ini menunjukkan bahawasanya potensi sektor pertanian ini atau sektor agro adalah begitu besar sekali. Lantaran itu, Kerajaan Pahang khususnya akan terus memperkasa dan juga merangka strategi-strategi dan pelan pelaksanaan yang mantap bagi memastikan kita akan juga dapat meraih dan juga menikmati peluang-peluang dan juga kemakmuran yang ada dalam sektor pertanian.
Namun sepertimana yang kita sedia maklum, kita tidak boleh lagi mengamalkan pelaksanaan projek-projek agro ini secara conventional, dengan izin. Kita mestilah mendakapi ataupun to embrace teknologi terbaru dengan izin, dan memperkenalkan inovasi dalam mempastikan agar sektor pertanian ini akan terus menjadi relevan bukan sahaja masa sekarang, ini tetapi pada masa-masa yang akan datang insya-Allah.
Jadi dalam konteks ini, saya merasakan bahawasanya, sekiranya Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan juga rakan-rakan Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini berkesempatan ya, berpeluang melapangkan masa, saya ingin mengesyorkan supaya kita semua dapat pergi untuk melawat pertama sekali, MAHA 2018 ini di Serdang, MAEPS Serdang dan saya juga ingin mempelawalah, memanjangkan pelawaan jemputan supaya Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini termasuk Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dapat juga berkunjung ke Pavilion Pahang iaitu Rumah Pahang di mana kita membuat showcasing ataupun mempamerkan produk-produk, antara produk-produk Pahang yang boleh kita ketengahkan.
Dan sudah tentu saya mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pertanian khususnya di bawah sektor petani yang telah bertungkus lumus menyiapkan Pavilion, Pavilion Pahang ini dan juga terima kasih yang tidak terhingga daripada Jabatan Pertanian, daripada Perikanan... Jabatan Perikanan, daripada Jabatan Veterinar, daripada LKIM, daripada Kraftangan, malahan Kraftangan sebab agro-tourism, kraftangannya er... juga tidak ketinggalan BPEN ya, BPEN dan juga lain-lain agensi seperti MARDI dan tidak terkecuali juga pengusaha-pengusaha yang datang daripada seluruh daerah, dari Temerloh, Rompin, Kuantan, Lipis, Jerantut dan semualah daerah yang tak dapat saya sebut satu-satu termasuk Cameron Highlands.
Dan kita di sini mempamerkan produk-produk kita dan di situ juga kita dapat melihat teknologi-teknologi baru yang diperkenalkan. Saya difahamkan dalam tempoh apa yang panggil sebagai Trade Day ya dengan izin, iaitu Hari Perniagaan ya ataupun perdagangan ini, sejumlah ataupun nilaian MoU yang telah pun ditandatangani dengan kerjasama bukan saja daripada dalam negara tetapi dengan negara-negara luar berjumlah RM1.4 bilion dan kita mengharapkan insya-Allah dengan kerjasama yang telah pun terjalin ini, maka harapan kita supaya pelbagai cabaran dan isu-isu yang didepani oleh... atau dihadapi oleh pengusaha-pengusaha atau petani-petani, peladang, penternak dan nelayan ini akan dapat ditangani iaitu antara lainnya ialah pemasaran (marketing). Marketing ini penting.
Sebab itu, dalam konteks ini saya merasakan bahawasanya MAHA 2018 ini adalah satu usaha yang cukup baik yang telah diasaskan ataupun dimulakan oleh kerajaan sebelum ini dan diteruskan oleh kerajaan sekarang. Jadi seharusnya usaha-usaha
sebaik ini dapat terus diperkasakan demi kepentingan golongan-golongan ataupun rakyat jelata yang terbabit dalam industri ini khususnya dalam konteks kita ini, agro ini iaitu petani, peladang, nelayan, penternak dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi penghargaan kepada rakan-rakan yang telah pun menyentuh dalam perbahasan mereka berkaitan dengan isu-isu yang di bawah portfolio saya dan antara Yang Berhormat yang telah membangkitkan sama ada dalam soalan-soalan dewan ialah YB Peramu Jaya, YB Pulau Manis, YB Beserah, YB Tanah Rata, YB Bilut, YB Ketari, YB Tras, YB Kuala Semantan, YB Padang Tengku dan rakan-rakan yang lain.
Jadi saya ingin untuk menjawab sedikit sebanyak apa yang telah pun dibangkitkan oleh rakan-rakan dalam Dewan Yang Mulia ini. Pertama sekali, YB Ketari. Yelah bukan makna kerana... tapi YB Ketari yang ini apa ni, yang lain telah pun dijawab tapi YB Ketari membangkitkan tentang soal ini... tanaman buah tin ya, buah tin, fig... F.I.G dengan izin, yang mempunyai katanya mempunyai potensi besar sebagai high value farming yang akan memberi pulangan yang tinggi kepada petani-petani.
Saya tahu bahawasanya fig farming ini, ya fig bukan P.I.G ya, makna F.I.G jadikan er... saya nak sebut... hah! oh fake, it is not fake, no bukan F.A.K.E, bukan fake farming, this is a fig farming, F.I.G err... dia kalau fig dengan anu tu... Fig farming ini iaitu tanaman buah tin. Memang di Janda Baik ini, dia ada fenomena yang di mana tanaman fig ini menjadi satu pilihan yang agak popular yang telah diusahakan oleh ramai juga pengusaha-pengusaha. Namun tak ramai, lebih daripada 3 ini YB Ketari, lebih. Kita tahu ni err... fig tu err... Dato’ Syed Kamarudin Syed, er... Dato’ Sri Syed lepas tu Dato’ Rosmah dan sebagai, sebagai. Ini bukan Dato’ Rosmah Mansor tapi Dato’ Rosmah yang er... Dato’ Rosmah lain.
Jadi er... namun kita dapati di Janda Baik ini masalahnya ialah kerana tanah ya. Saya kadang-kadang itu apabila cadangan yang dibuat oleh YB Ketari ini, saya merasakan er... kata orang putih taking that with a pinch of salt, dengan izin ya, maknanya kena hati-hati juga. Sebab apa, bila kita nak usahakan aktiviti pertanian di Janda Baik, oleh kerana kekangan dari segi tanah, kita terpaksa melihat kepada tanah-tanah kerajaan ya. Bila tidak ada tanah kerajaan maka tumpuannya kita terpaksa melihat kepada mungkin tanah-tanah yang terletak di bawah hutan simpan.
Jadi kalau sekiranya terpaksa dimajukan maka hutan-hutan simpan ini terpaksa digazetkan di... di... di... dikeluarkan daripada warta. Jadi masalahnya apabila berlaku begitu nanti, timbul pula ada satu gerakan di mana memprotes tindakan kerajaan yang tulus ini untuk membantu petani. Sebab itu...
Saya mencelah sekejap.
Er... ya.
Sekejap je. Tak... tak lama. Sekejap je ya Tuan Yang di-Pertua.
10 saat.
[Ketawa] Sebenarnya cadangan saya bukan di... setakat di Janda Baik tetapi di tempat-tempat lain kerana buah tin ini boleh ditanam di mana-mana sahaja asalkan ada greenhouse dan dia sebenarnya sekarang ini harga dia kalau satu kilo er... satu kilo RM60.00. Jadi dia sangat kalau kita kira dia.. er… buat masa ini memang harga dia sangat mahal seperti durian Musang King. Jadi sebenarnya, dia boleh ditanam di mana-mana asalkan mendapat panas yang mencukupi selama 8 jam. Jadi tak semestinya di Janda Baik sahajalah, di tempat lain pun boleh.
Okay, terima kasih Yang Berhormat.
Sebab itu dalam konteks ini kita telah minta supaya jabatan er…jabatan di bawah agensi Kementerian Pertanian ini untuk mengkaji bukan sahaja tentang pertanian tetapi juga MARDI untuk meneliti potensi ini er… penanaman buah fig ini secara besar-besaran. Sememangnya kita tahu bahawa potensinya ada namun sepertimana yang kita sedia maklum, kita juga kena melihat tentang sustainability, kemampanan dia dengan izin, iaitu kalau sekiranya kita tidak dapat memasarkan atau mendapat… tidak mendapat pasaran yang… yang er… terjamin pelaburan dalam er… tanaman buah tin ini agak tinggi kerana kita terpaksa mengeluarkan er… er… dia punya perbelanjaan modal atau pakai tax, dengan izin yang agak tinggi. Sebab itu dalam er… er... pendekatan jabatan, pihak jabatan masih lagi membuat kajian namun pada masa yang sama bagi mana-mana petani atau peladang yang ingin untuk menanam er… tanaman tin ini memang sebenarnya tidak ada halangan, insya-Allah.
Keduanya, er… YB Beserah ada membangkitkan tentang saranan er… iaitu sama ada pihak kerajaan, khusus Kerajaan Negeri sanggup untuk menyediakan peruntukan yang besar bagi memfokuskan dalam bidang pertanian termasuk ter… ternakan, tanaman dan sebagainya. Untuk menjawab soalan itu, sepertimana yang telah saya zahirkan tadi iaitu Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar telah pun er… menyediakan peruntukan er… sejumlah er… RM8.4 juta tak kurang untuk er… merancakkan lagi… RM8.3 juta untuk er… memperkasa dan merancakkan lagi er… sektor pertanian sepertimana yang kita sedia maklum kita perlukan juga dalam bajet yang telah dibentangkan oleh Kerajaan Pusat er… bajet untuk sektor pertanian sahaja melebihi menjangkau RM4 billion lebih.
Kita mengharapkan supaya Kerajaan Pusat akan dapat menyalurkan er… kepada Kerajaan Negeri khususnya berkaitan dengan infrastruktur misal contohnya dalam Projek PKPL, iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Kita perlukan er… bajet ataupun belanjawan untuk menyediakan infrastruktur iaitu seperti jalan, sistem saliran dan juga menyediakan tapak-tapak untuk diusahakan oleh pengusaha-pengusaha. Er… insya-Allah, kalau sekiranya pada masa-masa yang lalu, Kerajaan Pusat sentiasa bersimpati dengan Kerajaan Negeri dan menyalurkan peruntukan-peruntukan untuk menangani isu-isu ini dan kita mengharapkan supaya kerajaan baru yang sedia ada sekarang ini dapat juga meneruskan agenda-agenda baik ini demi er… untuk
memakmurkan rakyat jelata dan juga er… golongan-golongan yang memerlukan ya, termasuk golongan-golongan agropreneur yang ada dalam negara kita, insya-Allah.
Jadi dalam konteks ini saya melihat er… perkara ini penting kerana yang dizahirkan pada waktu semalam dalam perasmian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan bahawasanya makanan ini penting, makanan er… our food is our future. Makna makanan kita adalah masa depan kita dan kita tidak boleh bergantung harap pada import daripada luar dan kita mesti menjadi pemain utama khususnya dalam pengeluaran makanan. Lantaran itu, saya melihat isyaratnya ialah sudah tentu Kerajaan Pusat tidak akan er… hanya menguar-uarkan slogan ini tanpa memperkasa atau melaksanakan dengan er… tindakan-tindakan yang er… kon… konkrit khususnya dalam memperkasakan sektor pertanian, insya-Allah.
Kemudian er… YB Beserah… YB Beserah… YB Beserah ada membangkitkan sama ada pihak kerajaan perlu mewujudkan koperasi atau perbadanan yang khusus untuk menyelesaikan masalah pemasaran untuk pengusaha-pengusaha kecil bagi memasarkan hasil tanaman dan pertanian mereka. Ini adalah isu yang penting, kerana pemasaran ini adalah satu isu yang cukup mencabar. Dalam apa jua ini… perusahaan yang pentingnya adalah pemasaran.
Sebab itu dalam konteks ini, buat masa ini pihak Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mewujudkan satu agensi kerana agensi pemasaran telah pun ada di bawah er… Kementerian Pertanian khususnya kalau FAMA itulah er… ini apa nama kita ada er… FAMA yang merupakan er… agensi yang bertanggungjawab untuk memasarkan produk-produk bukan sahaja produk er… pertanian tetapi industri asas tani, hiliran yang dikeluarkan ataupun dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha, insya-Allah.
Dalam konteks ini, er… kita akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi pusat bagi mempastikan kita dapat membantu pengusaha-pengusaha ini dalam memasarkan pasaran kita. Tapi pada masa yang sama, ia tidak menghalang pihak Kerajaan Negeri untuk er… mengadakan usaha-usaha secara er… berasingan bagi mempastikan wujudnya rangkaian pemasaran yang dapat membantu pengusaha-pengusaha kita. Insya-Allah, saya yakin Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar akan er… turut mengadakan er… misi-misi pelaburan ya yang sudah tentunya akan juga er… er… mempelawa pengusaha-pengusaha daripada er… negeri Pahang ini untuk meninjau pasaran-pasaran bukan sahaja dalam negara tetapi di luar negara.
Untuk makluman, sepertimana yang kita sedia maklum, saya bagi contoh iaitu er… buah durian Musang King. Buah durian Musang King sekarang ini er… tumpuannya er… kerana kita dapati terdapat 4000 hektar lebih kurang kawasan keluasan tanah yang telah pun di… er…. ataupun projek yang telah pun diluluskan ataupun telah dirangka dan dirancang oleh pengusaha untuk menanam durian Musang King. Di manakah pasarannya, tidak lain dan tidak bukan pasaran utamanya ialah Republik Rakyat China.
Dalam konteks ini kita dapati bahawasanya er… pihak kerajaan er… sedang mengusahakan er… melalui Kementerian Pertanian untuk mempastikan supaya er… buah durian Musang King kita ini dapat dipasarkan ke negara China er… dan kita berada di peringkat yang terakhir sekarang ini untuk mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa China untuk mengeksport buah durian yang biji je, bukannya pulp and paste je, buah durian yang biji dan kita mengharapkan dengan kerjasama yang baik, mudah-mudahan kita dapat nanti mengeksport buah durian yang biji ini ke negara China.
Tetapi pada masa yang sama, pihak Kerajaan Negeri juga sedang er… bekerjasama dengan Persatuan Pekebun-Pekebun Buah-Buahan Pahang, kita membuat usaha sendiri. Ada yang dibuat melalui usaha daripada rakan-rakan sebagai contohnya rakan saya daripada Batu Talam sendiri telah pun er… membuat ini… satu usaha, inisiatif bersama dengan persatuan er… pengeluar buah-buahan ini negeri Pahang untuk er… membantu mempercepatkan lagi proses er… supaya buah-buah kita dapat dipasarkan. Antara usaha yang telah dibuat adalah dengan kerjasama agensi pelancongan ialah dengan mempelawa pelancong-pelancong daripada negeri China untuk datang ke Pahang, ke Raub, ke Bentong dan menikmati buah durian ini di dalam dusun sendiri. So, bila dia dah makan itu dia rasa cukup enak, dia menggesa kita supaya mengeksport kepada buah-buahan ini ke negeri China.
Jadi bagi kita, kita sebut we are ever ready tetapinya ialah kita perlu mendapatkan izin atau kebenaran daripada negara China. Jadi, kita mohon supaya mereka juga mengambil inisiatif untuk membantu dalam proses ini. Ini beberapa pendekatan yang kita ambil. Insya-Allah, saya yakin kita juga dalam rangka er… perancangan yang kita buat untuk membolehkan pemasaran produk-produk kita er… sudah tentu Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar akan er… merangka perancangan er… mengetuai misi-misi pelaburan untuk kita dapat pasarkan contohnya bukan sahaja buah durian, buah durian, nangka, er… buah nenas MD2 dan produk-produk yang ada di negeri Pahang Darul Makmur ini, insya-Allah perkara ini akan ditangani dan telah masuk ada dalam perancangan kita dan mudah-mudahan usaha ini juga akan dapat terus er… diperkasakan.
Ada juga er… ADUN ya Yang Berhormat ADUN dari Tras membangkitkan…
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sedikit soalan lanjutan tentang durian. Persoalan saya adalah er… adakah lebih baik sekiranya durian dapat dieksport secara sebiji-sebiji? Ataupun keadaan er… apa tu er… peraturan sekarang lebih…lebih sesuai yang mana durian harus dipek dalam bentuk vakum baru eksport? Sebab saya bimbang jikalau durian ni boleh dieksport secara biji. [Ketawa]. Ya, adakah kita akan… kita terpaksa… kita akan eksport ke semua durian ke luar negara? Dan tidak… orang tempatan tidak dapat menikmati durian, pertama.
Kedua, kita tidak dapat menerokai industri tambahan er… industri hiliran untuk proses durian, untuk menarik pelancong datang ke Malaysia untuk menikmati durian yang er… yang segar. Jadi minta pandangan dan adakah ianya akan menjejaskan pelancongan? Memandangkan pelancong dari China boleh terus menikmati durian di sana, tak perlu datang ke sini. Terima kasih.
Dia sebenarnya Yang Berhormat Yang di-Pertua, uniknya negeri China ini, dia ada almost about 1.4 bilion iaitu 1400 juta. Saya rasa kita lihat di sini kita mengikut unjurannya kalau sekiranya kita tanam durian. Seluruh atau separuh daripada Semenanjung Malaysia ini ataupun Malaysia ini sendiri jika ditanam dengan durian kalau dieksport ke negeri China, kalau semua penduduk di situ makan durian dia masih lagi er… tidak mencukupi. Jadi er… sebab itu dalam konteks ini kita melihat er… bahawasanya er… perusahaan durian ni adalah satu perusahaan yang mempunyai potensi yang tinggi. Bukan sahaja durian, maknanya duriannya dengan
buah-buahannya yang lain nangka, er… nenas dan sebagainya. Sebab itu dalam konteks ini saya er… dapat er… meneliti apa nama kegusaran er… YB Semambu tadi tentang beberapa pendekatan.
Kita tahu bahawasanya bila kita eksport durian dengan biji ya, ada tidak kemungkinan nanti biji ni akan di...di… di… apa nama diselidiki dan akhirnya akan menghasilkan klon-klon yang mungkin jauh lebih er… hebat ataupun lebih baik, cemerlang daripada er… biji ataupun benih-benih yang sedia. Ini semua ada… ada risikonya. Tapi pada masa yang sama er… kita lihat bahawasanya dalam industri pertanian yang saya lihat dia punya dinamik tu, dinamik tu. Dulu kita ada durian er… pelbagai durian, dia ada durian D24.
Kita ingat durian D24 ni antara yang terbaik masa itu. Kita rasa inilah hebat sekali, semua orang tanam durian sebahagian besar daripada petani tanam durian D24. Masa itu belum ada Musang King kemudian timbul ada yang IOI, ada yang akhir sekali ada Musang King, dan Musang King sekarang menjadi satu spesies ataupun jenis durian yang memang er… cukup hebat, walaupun ada disebutkan durian Black Torn er… duri hitam tapi masih Musang King dianggap sebagai yang terbaik setakat ini.
Jadi saya melihatkan kedepan ni, kemungkinan akan ada lagi spesies ataupun jenis durian yang jauh lebih hebat daripada Musang King. Saya rasa dengan fenomena yang ada ini, insya-Allah dan ini semua dicipta oleh ataupun dikesan… di dapat… ditemui oleh petani-petani kita di Malaysia. Sebab ini er… Musang King ni tak ada di… tak ada di Siam, tak ada di Thailand tapi ada hanya di… di… di apa nama di Malaysia sahaja.
Kalau kita lihat Musang King sebenarnya saya difahamkan ianya daripada er… daripada ni mungkin Gua Musang ke apa, tapi telah er… dikembangkan tapi sekarang ni yang hebatnya ada 2 daerah iaitu di Bentong dan di er… Raub, dan malahan ada yang di Bentong tu yang dijadikan sebagai organik er… orchard maknanya er… ni er… ladang organik yang juga menarik perhatian. Tapi er… saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ADUN Semambu yang membangkitkan, ini perkara ni saya rasa perlu kita teliti. Kita perlu hadapi bahawasanya kerana er… ini strategi ataupun satu pelan er… keselamatan mesti ada supaya membolehkan kita sentiasa er…. mendepani berbanding dengan er… pihak-pihak lain yang juga ingin mengetahui apakah rahsia pada kehebatan kita khususnya dalam industri buah-buahan ini.
Er… berkait dengan perkara yang dibangkit oleh ADUN Tras ya, berhubung dengan keluasan Projek Penanaman Durian di Hulu Sempah. Sebenarnya untuk makluman ianya telah pun diluluskan oleh pihak MMK melalui kriteria-kriteria er… penilaian cukup ketat, dan pajakan… perjanjian pajakan diantara PSK dan juga pihak syarikat itu telah pun ditandatangani pada er… ni Mac 2018 lagi, dan apabila diberi kelulusan ianya juga melalui satu proses yang telah pun dinilai oleh Jabatan Alam Sekitar iaitu ada EIA Report yang telah pun dikemukakan dan apabila dilaksanakan, pemantauan dibuat oleh pihak JAS di lapangan dan beberapa teguran telah pun dibuat iaitu teguran-teguran terhadap beberapa ketidakpatuhan kepada syarat-syarat tersebut dan pihak syarikat telah pun di er… maklumkan dan er…diminta untuk mengambil tindakan-tindakan bagi er… memperbaiki ataupun er… memperbetulkan er… keadaan yang berlaku di lapangan. Insya-Allah. Jadi er…
Minta laluan? Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya tanya pihak kerajaan bahawa adakah Kerajaan Negeri akan kaji semula? Kerana tempat itu bukan sahaja Kawasan
Tadahan Air dan juga satu kawasan habitat Harimau Malaya yang hanya ketinggalan 300 ekor sahaja. Thank you.
Saya tengok dari segi pembangunan ni, sebenarnya er... dia adalah satu cabaran yang cukup hebat kerana apa? Kita lihat misal contohnya negara-negara yang maju ya, negara yang maju. Apabila dia dah maju dia akan er… menetapkan syarat-syarat tertentu supaya kita, negara-negara yang sedang membangun ni akan mematuhi segala kriteria yang berkaitan dengan alam sekitar. Tetapi persoalan pertama timbul, apabila… bagaimana mereka sampai ke tahap kemajuan itu? Sekiranya mereka tidak melaksanakan pembangunan termasuk er… menebang, tebas kawasan-kawasan yang dahulunya dijadikan ataupun asalnya mempunyai ciri-ciri perhutanan yang cukup er… orang kata ni ideal ya, sebab itu dalam konteks ini, pertama sekali er… kita melihat dia ada beberapa isu.
Isu… katakanlah isu alam sekitar, isu alam sekitar ni kita telah maklumkan iaitu dia ada beberapa kawasan yang tidak boleh dibangunkan. Terutama sekali di kawasan yang cerunnya melebihi 35 degree ataupun 35 darjah. Kemudian apabila dibuat, kita unjurkan supaya di buat terrace, dibuat er… ni pembangunan secara terrace. Selepas dibuat secara terrace, kita dapati bahawasanya langkah yang berikutnya adalah menanam cover crop, dengan izin, iaitu er… menanam er… ni tumbuhan-tumbuhan yang dapat menutupi bumi, yang ini dilaksanakan dan perkara seumpama ini dapat di apa nama di… diterima oleh pihak pemaju.
Yang keduanya ialah kerana dikatakan tadi er… merupakan kawasan habitat. Ini kawasan habitat ini adalah satu perkara yang relative. Saya ingin maklumkan, apabila kita nak melaksanakan CSR, Central Spine Road yang menghubungkan Pahang dengan misal contoh Laluan 8 ya. Central Spine Road daripada Kuala Lumpur pergi ke Pahang, Pahang ke Kelantan. Ia terpaksa melalui hutan simpan. Hutan Simpan Hulu Jelai di situ, Hutan Simpan Hulu Jelai ya? Dan apabila sampai ke situ, pihak kementerian, Kementerian er… Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menetapkan bahawasanya itu laluan gajah dan harimau.
Sedangkan penduduk berkehendakkan supaya dibina satu rangkaian jalan yang boleh menghubungkan, mempercepatkan perjalanan daripada masyarakat yang ada di Kelantan hingga ke Kuala Lumpur, dan wajar dibina. Jadi akhir sekali komprominyalah, pihak Kementerian Kerja Raya telah membina central spine road tadi dengan mengambil kira faktor hidupan liar, dengan membina eco bridge dengan izin, yang nilai eco bridgenya RM80 juta supaya gajah, rimau dan lain-lain hidupan liar tu dapat melintas di bawah ini… apa nama ni… jalan… jalan raya tersebut. Makna kos nya cukup tinggi terpaksa kita imbangi sama ada kita nak ambil kira yang hidupan liar tu tadi berbanding dengan pembangunan yang diperlukan oleh masyarakat.
Sebab itu dalam konteks ini sebenarnya kita er… sentiasa berurusan dengan Jabatan Perhilitan memikirkan sama ada Hutan Hulu Sempam ini hendak terus dikekalkan sebagai habitat er… hidupan liar termasuk yang spesies harimau yang mungkin er… er… ni… er… apa nama…yang… yang… yang… er… yang nak terhapus sebenarnya ni… ya. Atau pun usaha yang bila kita buat ialah untuk bekerjasama dengan pihak Perhilitan untuk mengenal pasti seperti gajah juga supaya suatu sanctuary sebelah tu iaitu ini er… Yang Berhormat… er… dia ada Hutan Simpan Hulu Sempam yang masih belum lagi di… yang masih belum lagi di apa nama disentuh di sebelah tu.
Jadi kalau harimau ini, kalau ada pun harimau ni, maka kita mohon supaya pihak Perhilitan untuk mengambil usaha untuk er… er… bukan kata menghalau tapi kiranya memandu arah supaya rimau ni tadi duduk dalam kawasan dia. Kalau tidak… bukan apa Yang Berhormat, kalau rimau ni kalau dia nak keluar, dia boleh keluar bukan saja ke Hulu Sempam boleh terus pergi ke Sempam er… masuk ke kawasan ceruk misalnya contoh er… kan… er… misal contoh. Tapi kita tahu dalam pembangunan kita yang cukup mampan ni kita terpaksa juga menzonkan sesetengah-sesetengah bahagian ni mengikut pelan struktur negeri sebagai kawasan pembangunan ada sesetengah tu yang kita kekalkan sebagai hutan simpan dan ini amat perlu sekali insya-Allah tapi saya harap er…
Mencelah sikit…
…isu ini kita akan dapat tangani dengan sebaik mungkin kerana… kerana er… sekiranya ianya tidak dibenarkan untuk dia diteruskan, misalnya contoh pembangunan ni dah buat, kalau kita tiba-tiba kita berhenti, kita batalkan, ianya akan menjadi suatu situasi yang lebih dahsyat lagi maknanya kita paksa uruskan sedemikian rupa supaya pembangunan di situ dapat disempurnakan dan yang faktor-faktor mitigation dengan izin yang lain tu dapat kita er… laksanakan secara bersepadu nanti. Jadi er…
Sedikit pertanyaan… bahawa saya nak tanya, berapa luas kawasan yang sebenarnya er… menanam itu Musang King oleh anak syarikat kerajaan negeri ini?
Dia sebenarnya kelulusannya 1,000 ekar. Tapi kita tetapkan 1,000 ekar ini iaitu setengah-setengah kawasan yang boleh dibangunkan dan ada setengah yang tak boleh bangun. Sebab Yang Berhormat, kena faham. Bila kita luluskan tanah ini, Allah SWT telah menjadikan dia tanah ni, dia berbukit bukau dan bukannya semuanya flat gitu. Jadi kita dah ada makna er… ada setengah tanah tu, dia cerun dia kalau lebih pada 35 er ni… degree atau darjah kecerunannya, kita telah maklumkan, jangan dibangunkan. Faham tak?
Dia kena cari tempat yang… mana yang tinggi tu dibiarkan begitu kemudian dia pergi kepada tempat-tempat lain yang apa nama… ini… ini… dia… tempat lain yang… yang terpaksa ditanamkan. Dia bukan makna kalau 1,000 ekar, semua sekali di… dibangunkan. Ada setengah tu diluluskan 1,000 ekar tapi yang mana yang kawasan yang cerun dia tu tidak ini…dibenarkan maka pemaju tak sepatutnya er… memajukan ya. Sebab itu kita memohon agensi-agensi er… yang terbabit tu memantau dan memandu dan juga membantu pihak kerajaan negeri dalam pelaksanaan projek ini.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya er… mohon izin kalau sekiranya boleh rakan-rakan ya sebab apa kita er… sudah sampai ke er… pukul 5 dah… saya er… nampaknya ada beberapa perkara yang tak dapat saya nak jawab ya… dalam Dewan Yang Mulia ini. Saya mohon izin kalau sekiranya dibenarkan supaya dapat saya memberi penjelasannya dalam bentuk bertulis kepada rakan-rakan Yang Berhormat yang er… saya tidak dapat respons kepada persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan tetapi er… pada dasarnya saya merakam setinggi penghargaan kepada semua rakan-rakan
ahli-ahli er… Yang Berhormat yang mulia dalam Dewan Yang Mulia ini kerana telah er… membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya dan insya-Allah sebenarnya bukan er… kita hanya boleh membuat engagement atau interaksi dalam Dewan Yang Mulia ini, kita selepas ini kita boleh terus er… berhubung dan juga ber… menggalas tanggungjawab bersama bagi menangani isu-isu yang telah dibangkitkan.
Jadi, akhir kata saya juga er… menyokong sepenuhnya bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar er… yang menyentuh semua aspek yang begitu komprehensif dan sewajarnya. Marilah sama-sama kita er… memberikan er… kerjasama yang sebaik mungkin untuk er… merealisasikan hasrat er… kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri untuk er… melaksanakan perancangan di bawah Bajet 2019. Saya dengan ini mohon menyokong.
Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]. Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Terima kasih YB. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk menjawab bagi pihak kerajaan.
Pertamanya saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kerana telah mem… memberikan pembentangan bajet yang begitu baik, komprehensif, menyeluruh dan kita tahu kekangan yang ada tetapi kita nak pastikan setiap spectrum struktur itu… setiap structure, setiap er… sektor itu dapat kita er… dap… ianya masing-masing dapat er… bajet ataupun belanjawan untuk tahun hadapan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya juga seperti rakan saya, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, saya pun tidak ingin untuk berucap… bercakap panjang kerana apa… kerana kalau saya cakap panjang, kemudian kita terpaksa tangguh, kita kena tunggu hari Isnin. Jadi, kita kalau boleh, kita nak habiskan hari ini. Kalau lepas ni saya duduk terus setuju atau tidak setuju? [Ahli Dewan ketawa].
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya ingin menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh rakan-rakan ADUN er… semasa er… perbahasan kerana kita tahu bahawa soalan yang dikeluarkan itu adalah hasil daripada pemikiran tuan-tuan… er… rakan-rakan sekalian dan kerana itulah kita kena raikan kesungguhan rakan-rakan untuk mengeluarkan pendapat dan pandangan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Er… cadangan cukai kepala kepada setiap pelancong bagi peningkatan hasil di sektor pelancongan. Er… rakan daripada Peramu Jaya dan juga rakan daripada Ketari er…
Ketari menyatakan mengenakan cukai katil dan ada kata cukai kepala. Dua-dua pun ok. Ha… makna, tapi kalau dia duduk satu katil macam mana tu, dua kepala.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sememangnya kerajaan negeri sedang… sedang mengkaji dari segi undang-undang dan juga apakah kita boleh mengutip cukai tersebut terutama sekali cukai… cukai katil, cukai bilik kerana apa kita mempunyai 32 ribu hotel, motel yang berdaftar di negeri Pahang. Cuba kita bayangkan kalau sekiranya 50% occupancy atau er… yang er… yang er… yang di… dihuni, kita cuba bayangkan kita menjangkakan pendapatan RM14… 15 juta. Jadi Exco Pelancongan terpaksa banyak lagi pergi membuat promosi merata dunia nak pastikan lebih banyak lagi pelancong.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Er… soalan seterusnya daripada Pulau Manis, rakan saya daripada Pulau Manis soal CO… CPO iaitu harga kelapa sawit. Saya rasa telah dijawab oleh rakan saya Exco FELDA tadi.
Er… saya juga ingin menjawab er… rakan daripada Bilut yang menyatakan bahawa yang mencadangkan supaya kerajaan mengambil tindakan serius terhadap pembalakan haram kerana ianya boleh memberi kesan yang serius kepada alam sekitar. Sememangnya, melalui Jabatan er… Perhutanan Negeri, kita komited. Saya nak maklumkan juga bahawa sehingga Oktober er… 2018 sebanyak 41 kes kesalahan hutan telah dikesan. 35 kertas er… siasatan atau IP (Investigation Paper) telah dibuka dengan 7 IP telah selesai, 2 daripada IP berkenaan telah dikenakan tindakan mahkamah. Dan selain daripada itu, terdapat 1 kes kesalahan hutan yang akan dibicarakan pada bulan Disember 2018.
Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, er… sahabat saya daripada Bilut tu boleh lah pergi ke Mahkamah ya, hendak tengok macam mana dia bicara.
Yang berhormat yang di-Pertua,
Antara kaedah yang kita kawal hutan ini, iaitu nak pastikan alam sekitar terjaga, satunya kita menggunakan drone. Drone di setiap zon er… Pejabat Hutan Daerah bagi tujuan pemantauan di lapangan er… kita bukan saja…
Yang Berhormat Wakil Kerajaan, izinkan saya mencelah sebentar.
Er… Okay.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana kita menunggu ucapan penggulungan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita masih lagi ada masa dan Ahli-ahli Yang Berhormat pihak Kerajaan telah menjawab dengan masa yang secukupnya yang telah dihadkan. Jadi, saya benarkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menunaikan solat Asar dan boleh juga bergilir-gilir untuk kita membasahi tekak kerana kita boleh menamatkan, menempohkan Persidangan kita pada hari ini juga.
Jadi, saya harap Ahli Yang Berhormat jangan lari, jangan balik dan kita tunggu sehingga Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberi penggulungan. Terima kasih. Sila, Yang Berhormat Lanchang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kita juga menggunakan forest monitoring using remote sensing dan juga unit penguasaan hutan ini di antara perkara yang er… kaedah yang kita gunakan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya juga ingin menjawab soalan daripada Teruntum. Jika Lapangan Terbang Mersing berjaya, apakah ianya akan memberi kesan kepada tarikan orang ramai, pelancong terhadap Lapangan Terbang Tioman. Pertamanya, dua-dua tak ada lagi.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya telah dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semasa Mesyuarat East Coast Economic Region (ECER) yang dipengerusikan oleh yang… yang membabitkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Kelantan, Johor dan Pahang. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memaklumkan tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan Lapangan Terbang Mersing, sebaliknya mengekalkan lapangan terbang di Tioman. Oleh yang demikian, tiada sebarang isu mengenai perkara tersebut.
Saya juga ingin menyentuh tentang daripada Ketari. Suka betul dia tanya soal alam sekitar. Yang Berhormat Yang di-Pertua, apakah usaha untuk yang… usaha yang menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri ke arah mempastikan kelestarian alam sekitar Tioman tidak terjejas dengan pembinaan lapangan terbang baru di pulau tersebut. Cadangan pembinaan lapangan terbang baru Pulau Tioman telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan akan memberikan limpahan ekonomi.
Walau bagaimanapun, sebelum pembinaan tersebut dimulakan, kerajaan menetapkan syarat-syarat kepada projek ini er… dan mestilah mendapat kelulusan daripada Majlis Perancangan Fizikal Negara dalam tempoh 2 tahun dari tarikh projek ini. Projek ini juga perlu mendapat kelulusan Detailed Environment Impact Assessment iaitu DEIA yang juga melibatkan kajian impak sosial dan impak hidraulik bagi mempastikan projek ini benar-benar dapat menjaga keseimbangan ekosistem dan alam sekitar di er… di Pulau Tioman.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sememangnya, kita akan pastikan bahawa ianya mengikut apa yang telah ditetapkan, piawaian yang telah ditetapkan oleh semua jabatan, JAS, EIA dan sebagainya supaya kita nak pastikan bahawa pembinaan lapangan terbang tersebut tidak akan… mungkin, sedikit tetapi tidak akan merosakkan seluruh ekosistem yang ada di situ dan jika sekiranya kita tidak dapat membina lapangan kapal terbang di Langkawi di… di Tioman, sudah pastilah Tioman akan ketinggalan, kerana apa? Kerana kita tidak mampu membawa lebih banyak pelancong.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Er… dari Teruntum memohon Kerajaan Negeri mengadakan er… negeri mengadakan semula penerbangan pergi balik dari Kuantan ke Pulau Pinang. Kita tak ada kapal terbang, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Walau bagaimanapun, insya-Allah kita akan berbincang dengan Firefly yang merupakan syarikat yang dulunya memberikan perkhidmatan ke Pulau Pinang-Kuantan untuk meneruskan ataupun er… syarikat kapal terbang yang lain.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Er… rakan daripada Bukit Ibam… Ibam… Ibam ya, dia macam abang, bukan ibang, ibang orang Terengganu… Ibam, bukan abam… abang. Yang Berhormat Yang di-Pertua, mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk menjadikan Bukit Ibam sebagai kawasan pelancongan baru yang tidak hanya menumpukan kawasan pelancongan yang telah terkenal di negeri Pahang. Kerajaan Negeri Pahang sedang mengumpul maklumat untuk menjadikan kawasan ladang dan Bukit Ibam, Rompin sebagai kawasan baru melalui pelancongan kerana saya telah hadir di Majlis Penutup Seminar dan Bengkel Pembangunan Pelancongan Daerah Rompin yang telah diadakan pada 15 November yang baru-baru ini dan termasuk Timbalan Pengerusi. Sementara itu Seminar dan Bengkel Perladangan Negeri Pahang pulak, kita nak adakan seminar kita dan bengkel yang akan diadakan awal 2019. Sememangnya kalau kita nak tengok satu resort yang sememangnya cantik yang ada di dalam ladang adalah Mangala. Boleh cek. Tidur, bayar sendiri.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Wakil daripada Pelangai, Yang Berhormat mantan kita bertanya, cadangkan Kerajaan Negeri untuk melibatkan tenaga pakar dari luar negeri bagi penerokaan bidang hiliran biodiesel. Saya ingat ini telah kita jawab, bila harga kalau sekiranya harga diesel, kalau sekiranya harga kelapa sawit turun, maka ianya adalah viable untuk digunakan untuk diesel atau sebaliknya. Kalau sekiranya harga kelapa sawit tinggi, maka ianya tidak viable.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Rakan saya daripada Muadzam mencadangkan Kerajaan Negeri menjadikan Hutan Simpan Menchali… Menchali sebagai tempat destinasi komersil yang baru. Yang Berhormat Yang di-Pertua, sememangnya kita sangat bersetuju dengan cadangan tersebut er… dan walaupun ianya terlibat dengan kebakaran ya, sedikit kebakaran iaitu seluas 12.45 ekar lebih kurang, insya-Allah kita akan cuba baik pulihkan tempat tersebut dan kita jadikan ianya tarikan yang baik.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, mencadangkan agar kerajaan dapat menyediakan mesin ATM dan pengurup wang, money changer di Taman Negara bagi kegunaan pelancong tempatan dan juga asing serta memberi faedah kepada penduduk setempat. Ini Wakil dari Tahan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kita sekarang ni e-banking Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita nak pastikan er… rakan saya Exco er… Multimedia ya, nak pastikan bahawa broadband kita dan juga 3G, 4G, 5G kita lebih kuat lagi, maka kita tak perlu lagi… kita boleh transfer je duit tu ke mana kita nak transfer. Jadi, untuk mengadakan ATM machine ataupun pengurup
wang, saya… insya-Allah kita boleh, kita boleh cadangkan kepada bank tetapi kerana sekarang ni semua orang, kebanyakan kita telah menggunakan e-banking.
Wakil dari Triang, dia pun dah lari dah… mencadangkan [ketawa] … Yang Berhormat Yang di-Pertua baru cakap jangan lari, dia lari… mencadangkan…
Yang Berhormat, dia keluar sekejap, baju ada lagi tu… baju ada Dato’ Sri…
Betul Yang Berhormat Yang di-Pertua, mencadangkan Tasik Bera dimasukkan dalam promosi pelancongan negeri Pahang bagi menjana lebih pendapatan bagi daerah Bera. Sememangnya Yang Berhormat Yang di-Pertua, Tasik Bera memang terkenal sebagai… sebagai tasik ini diiktiraf sebagai oleh RAMSAR Convention sebagai tanah lembab berkepentingan… berkepentingan antarabangsa merupakan antara salah satu daripada destinasi eko-pelancongan utama negeri Pahang. Insya-Allah, kalau dulu Yang Berhormat Yang di-Pertua, resort tersebut dalam proses pembaik pulih, sekarang ini kita er… saya difahamkan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan telah pun melantik pengusaha untuk mengendalikan resort ini. Jadi, insya-Allah lah selepas ni, kita akan masukkan pada tahun 2019.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Wakil dari Jengka bertanya mengapa Yayasan Pahang tidak membina kilang sawit walaupun Yayasan Pahang mempunyai 40,000 ekar tanaman sawit di Rompin dan tanah untuk membina kilang sawit telah pun disediakan. Er... insya-Allah, Jawatankuasa Perladangan akan mengkaji perkara ini dan insya-Allah kita akan buat kajian yang lebih detail sedikit. Jika sekiranya ianya er… viable, insya-Allah dengan izin, kita akan cadangkan kepada pihak yayasan, kita akan cadangkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Pengerusi Yayasan Pahang untuk kita membina kilang kelapa sawit.
Mencadangkan… Wakil daripada Jengka juga mencadangkan agar wujudkan satu anak syarikat negeri yang khusus bagi bidang mineral. Ini jawapan untuk soalan… untuk Menteri Besar, bukan saya.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Yang terakhir ya, dari rakan-rakan adalah daripada Semambu. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menarik pelancong luar dengan, dengan bertambahnya syarikat penerbangan iaitu Air Asia dan Scoot yang beroperasi, Scoot tu daripada Singapura. Er… dia… warna dia macam Digi, warna kuning dan sebenarnya saya er… er… kita telah dijemput untuk menerima er… untuk er… kita menjadi penumpang pertama turun daripada Singapura ke… ke Kuantan yang beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah.
Kerajaan Negeri dengan Tourism Pahang telah mengambil langkah untuk mengadakan pelbagai program. Sebagai contoh ya, sememangnya setiap tahun kita… pelancong dari Singapura adalah merupakan pelancong yang teramai sekali, pelancong antarabangsa dan setiap tahun sememangnya kita akan konvoi naik bas SUK dengan semua all the industrial players dengan izin. kita akan ada er… ini… apa yang kita sebut sebagai er… seminar kita sendiri untuk kita bertemu dengan all the
industrial players dengan izin, di Singapura dan untuk kita er… menyiapkan pakej-pakej er… untuk negeri Pahang ini.
Yang terakhir Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mohon status terkini Merapoh Geopark.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Setakat ini belum ada permohonan daripada mana-mana agensi, walau bagaimanapun, ianya telah termasuk di dalam er… di dalam draf rancangan khas kawasan Merapoh, Pahang dan insya-Allah kita akan berusaha kerana Merapoh ini apabila siap central spine, kita pasti bahawa Merapoh akan menjadi satu kawasan yang sangat menarik.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Untuk perladangan dan alam sekitar er… kerana tidak ada soalan tetapi walau bagaimanapun, kita akan terus memantau, kita akan terus mempastikan… alam sekitar ni, Yang Berhormat Yang di-Pertua, dia bukan hanya untuk bandar saja… untuk luar bandar saja… untuk hutan saja. Untuk bandar pun, alam sekitar juga. Kita juga akan mengadakan seminar untuk menentukan, untuk mempastikan bahawa ada tujuan jelas er… kepada alam sekitar.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang telah menanyakan soalan. Terima kasih kepada er… rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan er… yang telah memberikan sokongan kepada portfolio saya. Walau bagaimanapun, saya ada 2 minit lagi bahawa walau ada… bagaimanapun saya ada 3 minit sebenarnya tadi saya mula ko… kosong… 5.01.
Walau bagaimanapun, kita jagalah harmoni ini, keharmonian Malaysia ini, kerana struktur pemerintahan yang ada ini dan juga… dan juga apa yang kita katakan oleh er… er… Perlembagaan yang kita ada dan juga persetujuan awal iaitu social contract yang telah kita buat yang telah dilaksanakan, yang telah dibuat oleh pemimpin masa… masa yang lepas ketika kita ingin… men… kita mendraf iaitu selepas 13 Mei, kita dapati bahawa ianya sangat… sangat bertepatan. Kerana apa? Pesanan daripada antara orang yang terlibat, Tan Sri Aziz.
4 perkara je yang akan kita sebut. Kerana perkara ini perkara sensitif. Iaitu satu, Kedudukan Raja-raja; yang kedua, bahasa kebangsaan; yang ketiga, agama rasmi kemudian special… special right kepada hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Yang ketiga, soal kewarganegaraan. Yang ni kita jangan sebut. Kalau kita, tidak sebut benda yang sensitif, Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita hidup aman damai. Jadi, kalau kita biarkan mereka yang hanya memikirkan, yang mempunyai gambar kecik dalam kepala mereka, dia tidak melihat gambar besar, the bigger picture untuk mentadbir negara, tak kiralah siapa yang mentadbir 61 tahun…
Masa… masa dah cukup Yang Berhormat.
Belum lagi Yang Berhormat, saya ada seminit lagi… saya ada 5.01 tadi, 20 minit Yang Berhormat Yang di-Pertua. Jam Yang Berhormat Yang di-Pertua jam mahal… jam murah.
Jam saya jam…
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Insya-Allah kita boleh bina negara ini dan kita nakkan supaya Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju kerana kemajmukan dan juga keunikan tak ada dalam dunia ini negara seperti Malaysia ini yang mempunyai masyarakat yang berbagai kaum.
Dengan kata-kata ini, saya membawa Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar er… Bajet 2019. Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja] Tepat pada masanya.
Terima kasih Yang Berhormat.
Tahniah lah Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Dak… lebih sikit takdak tepat… lebih masa. Terima kasih Yang Berhormat dari Lanchang, Wakil Kerajaan. Baiklah, saya dengan ini menjemput ya, marilah kita sama-sama mendengar ucapan penggulungan jawapan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah dan Sumber Asli Negeri Pahang dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Perindustrian dan Ekonomi Negeri Pahang. Dengan segala hormatnya saya mempersilakan Yang Berhormat.
Assalamualaikum WBT. Selamat petang dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Tuan di-Pertua,
Saya sepertimana rakan-rakan lain mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menggulung pada petang ini walaupun telah agak lewat pukul 5… hampir 5.30, saya cuba ringkaskan dan er… akan menjawab er… mana-mana yang penting yang perlu saya jawab di Dewan Yang Mulia ini.
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah menyertai sesi perbahasan
selama 3 hari yang bermula daripada 19 er… November sehinggalah pada hari ini dan insya-Allah kita akan dapat er… selesaikan mesyuarat kita pada hari ini. Dan saya er… dapati bahawa mutu-mutu perbahasan yang disampaikan adalah agak tinggi dan yang lebih pentingnya ialah kita semua dapat menjaga kemuliaan Dewan kita Yang Mulia ini. Dan saya sangat berharap agar perbahasan seperti ini akan dapat kita teruskan untuk di… mesyuarat kita pada masa yang akan datang.
Yang Berhormat Tuan di-Pertua,
Er… saya akan jawab… menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan dan sekiranya saya tidak sempat menjawab insya-Allah saya akan membuat jawapan bertulis.
Yang Berhormat daripada Beserah bertanyakan er… menyarankan agar sebuah syarikat berkaitan Kerajaan, GLC diwujudkan yang akan memfokuskan kepada sektor perlombongan dan mineral. Dan soalan yang sama juga dikemukakan oleh Yang Berhormat daripada Jengka.
Saya sangat menghargai cadangan ini dan sukacita saya ingin maklumkan bahawa Kerajaan Negeri sudah pun ada YP Mining Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Yayasan Pahang yang telah kita tubuhkan. Peranannya ialah dalam bidang perlombongan dan mineral.
Untuk makluman Yang Berhormat daripada Beserah dan Jengka, YP Mining Sdn. Bhd. sedang buat kajian serta tinjauan, usaha-usaha untuk menyertai secara aktif dan berkesan dalam kedua-dua sektor perlombongan dan mineral ini. Dan ada… dan adalah juga diharapkan menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan lebih giat lagi ia dapat menyumbang sumber pendapatan yang sewajarnya kepada syarikat seterusnya Yayasan Pahang dan juga kepada Kerajaan Negeri Pahang.
Untuk makluman er… Yang Berhormat juga, dengan adanya YP Mining ini, insya-Allah dia akan menjadi satu contoh terbaik sebuah syarikat perlombongan yang akan menjalankan aktiviti yang mesra alam sekitar.
Seterusnya Yang Berhormat daripada Cheka mencadangkan agar menyegerakan pelantikan semula pega… pegawai JASA. Untuk makluman er… Yang Berhormat, kita telah pun membuat lantikan seramai 44 orang kepada semua pegawai JASA yang telah ditamatkan perkhidmatannya oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Kita… Kerajaan Negeri melantik mereka ni atas dasar ihsan kerana purata usia mereka dalam 48 ke 52. Rata-ratanya masih ada anak yang bersekolah dan ada yang masih membuat pinjaman kereta, rumah yang tidak dapat dibayar. Jadi apabila mereka ditamatkan perkhidmatan, pendapatan mereka kosong. Jadi Kerajaan Negeri walaupun menghadapi masalah kekangan kewangan tetapi kita fikir boleh tanggung lagi. Kerajaan Negeri telah menyerapkan mereka dan kita akan tempatkan mereka ni di semua pejabat ADUN di seluruh negeri Pahang.
Kemudian er… Yang Berhormat daripada Bilut berharap agar pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung… Kampung Baru dapat dipercepatkan.
Untuk makluman Yang Berhormat er… daripada Bilut, Kerajaan Negeri tidak boleh buat apa-apa sebab ini di bawah Kerajaan Persekutuan. Sehingga hari ini kita tidak mendapat apa-apa maklum balas daripada Kerajaan Persekutuan. Er… begitu juga dengan pelantikan er… Bilut juga mencadangkan Kerajaan Negeri mengadakan
Pilihan Raya untuk jawatan Ketua Kampung. Sekarang ni dia bukan panggil Ketua Kampung dah, dia panggil Pengerusi Komuniti MKKP ya dan hah… MPKK Majlis Perundingan Komuniti Pengurusan… tak apalah dia ada K K, dia ada M kira okaylah, tapi dia ibarat Tok Empat jugalah Pengerusi juga.
Untuk makluman Yang Berhormat er… hasil daripada rundingan secara bersama dengan Kerajaan Pusat, Kerajaan Pusat telah bersetuju er… Kerajaan Negeri Pahang melantik er… beberapa orang termasuk Pengerusi dan er… mereka juga akan menempatkan beberapa orang er… sebagai anggota di dalam er… MPKK tersebut dan sekarang ni pun, kita dah hantar nama ke persekutuan, dan insya-Allah akan mendapat jawapan dalam masa yang terdekat.
Bilut, Pulau Tioman tadi telah dijawab oleh sahabat saya daripada Lanchang tetapi saya ingin menambah sedikit, iaitu er… apabila kerja-kerja pembinaan fasa pembangunan, ada tujuh… tidak kurang daripada tujuh jabatan termasuk Jabatan Alam Sekitar melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling yang terlibat untuk memastikan supaya er… tidak er… berlaku pencemaran alam sekitar. Antaranya ialah Pihak Berkuasa Tempatan yang akan er… memberi kebenaran untuk meluluskan kebenaran merancang, Jabatan Taman Laut melalui Akta Perikanan 1985, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui Kumpulan Kajian Hidrolik, PLANMalaysia er… berkenaan dengan rancangan kawasan khas Pulau Tioman dan Bahagian Kawal Selia Air, Pejabat SUK melalui Enakmen Sumber Air Negeri Pahang 2007 dan juga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melalui Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004.
Maknanya ada tidak kurang daripada 7 Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, yang akan memantau er… apabila… er… apabila Airport Tioman ni akan dilaksanakan dan er… Yang Berhormat daripada Ketari, Ketari lagi DUN Benta (Ahli Dewan ketawa) turut mencadangkan negeri… Kerajaan Negeri menyertai industri berkaitan pembuangan sisa industri. Bagi menjawab soalan ini sudah tentulah satu kajian mendalam seharusnya dilakukan untuk melihat kesesuaianya. Sehingga kini sudah ada beberapa syarikat yang mengendalikan urusan berkaitan dengan pembuangan sisa industri dengan pernyataan Kerajaan Negeri menerusi anak-anak syarikat yang ditubuhkan, mungkin memberi persaingan yang tidak sihat pula kepada syarikat-syarikat yang sedia ada.
Seterusnya, Yang Berhormat daripada Tanah Rata mengharapkan Kerajaan Negeri dapat meningkatkan lagi kerja-kerja pemantauan terhadap gejala penerokaan tanah secara haram terutamanya yang dilakukan oleh pekebun-pekebun berskala besar. Untuk menjawab soalan ini, untuk makluman Yang Berhormat, memanglah Kerajaan Negeri selama ini er… daripada dulu sampai sekarang, kita sentiasa tegas berkenaan dengan penerokaan tanah haram ini.
Walau bagaimanapun, sebagai Kerajaan yang mengambil berat tentang kebajikan rakyat Kerajaan Negeri juga bertolak ansur er… terhadap pekebun-pekebun kecil yang er… matlamat mereka untuk mencari nafkah untuk menanggung kehidupan keluarga masing-masing.
Jadi saya ingin katakan bahawa Kerajaan Persekutuan, saya ingin memaklumkan di Dewan Yang Mulia ini Kerajaan Persekutuan telah pun bersetuju menempatkan semula er… dan meneruskan kembali ‘Ops Gading’ bagi membanteras gejala pencerobohan tanah serta kehadiran pekerja-pekerja dalam kalangan pendatang tanpa izin. ‘Ops Gading’ telah pun kembali dilaksanakan walaupun dulu berhenti sekejap dan er… sejak 1 November yang lepas, penempatan Tentera dan Pasukan Gerakan Am telah pun ditetapkan… ditempatkan di Tanah Rata. Penempatan ini
bertujuan untuk meningkatkan pemantauan serta bagi menegaskan tentang aspek dengan keizinan, show of presence oleh Pasukan-pasukan Keselamatan di Tanah Rata.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, pemantauan dilakukan secara berterusan termasuk hari cuti umum sekalipun. Selain itu Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands telah mendapat kerjasama Agensi Remote Sensing Malaysia dalam meningkat dan mengemaskinikan lagi kerja-kerja pemantauan. Adalah diharapkan supaya ARSM ini dapat memantau dan ianya telah dibangunkan bagi mengesan sebarang bentuk gejala penerokaan tanah dan sistem ini dapat diakses secara terus oleh pegawai-pegawai di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.
Er… minta laluan Menteri Besar, boleh ke? Ya… adakah ‘Ops Gading’ kali ini diterajui oleh Majlis Keselamatan Negeri… Negara MKN?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya tidak mendapat er… maklumat er… secara lengkap detail mengenai ‘Ops Gading’ pada kali ini, tetapi saya difahamkan mungkin ada sedikit perubahan sama ada penglibatan Majlis Keselamatan Negara atau tidak saya belum pasti. Jadi kita akan semak kemudianlah Yang Berhormat ya. Tapi yang pentingnya kerja adalah sama seperti dulu juga, kalau ada ubah pun, ada perubahan sedikit sahaja. Tujuan matlamat yang sama supaya tidak ada penerokaan tanah secara haram secara besar-besaran.
Yang Berhormat juga membangkitkan sebuah Sekolah Vokasional, yang ini telah pun ditegur oleh sahabat saya daripada DUN Benta menyatakan bahawa ianya adalah di bawah pengetahuan dan pengurusan Kerajaan Persekutuan.
Seterusnya Yang Berhormat er… bekas Menteri Besar, DUN Pelangai telah meminta saya menjalinkan hubungan peribadi dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan er…saya rasa ini satu cadangan yang baik dan setakat er… sehingga hari ini setelah enam bulan lebih, dengan takdir Allahnya menjadi Menteri Besar ini, tiga mesyuarat bersama dengan er… Perdana Menteri er… tidak ada apa-apa masalahlah sebagai contohnya, apabila Kerajaan Negeri membentangkan Dasar Fizikal Negeri Pahang sehingga tahun 2050, semuanya telah dipersetujui yang di bentangkan oleh Kerajaan Negeri Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja]
Dan begitu juga er… mesyuarat kedua apabila Mesyuarat ECER di mana ADUN Lanchang membangkitkan tadi, apabila Menteri Besar Johor mencadangkan supaya buat di Mersing dan apabila saya mencelah bahawa Kerajaan Negeri Pahang ada cadangan untuk buat di Tioman, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun bersetuju dengan cadangan daripada Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja].
Dan begitu juga mesyuarat yang berkaitan dengan Kewangan Negara er… Yang Amat Berhormat Tun juga mengatakan bahawa negeri Pahang, Kelantan, Kedah akan terus dibantu daripada segi kewangan. [Ahli Dewan menepuk meja].
Jadi, ini merupakan satu petanda yang baik dan beliau juga menyatakan bahawa negeri-negeri yang kaya seperti Penang, Selangor mungkin dikurangkan dan kita bagi
peruntukan yang lebih kepada negeri-negeri yang miskin. Ini mesyuarat fizikal er… Mesyuarat Kewangan Negara yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat er… Pegawai Kewangan Negeri.
Seterusnya, penubuhan PIC dibangkitkan oleh ADUN dari Semambu. Saya ingin memaklumkan bahawa PIC yang bakal ditubuhkan merupakan sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri. Penubuhannya adalah menurut peruntukan di bawah Akta Syarikat 2016, Seksyen 3 yang antara lain mendefinisikan corporation sebagai sebuah syarikat Sendirian Berhad bukannya sebuah Perbadanan yang perlu kepada kelulusan Dewan Negeri serta termaktub kepada keperluan untuk melaporkan prestasinya kepada Dewan Negeri.
PIC ini hanya berkewajipan dan tertakluk membuat laporan kepada pemegang saham iaitu Kerajaan Negeri Pahang. Selaras dengan peruntukan Akta Syarikat 2016 Seksyen 252 sehingga 259 yang berkenaan, dengan izin, financial statement and report, PIC akan perlu mematuhi keperluan pengauditan serta penyerahan laporan audit tahunan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia ataupun SSM. Sebahagian maklumat daripada laporan ini boleh diperolehi oleh pihak-pihak berkepentingan melalui sistem carian SSM sedia ada. Sebagai sebuah syarikat berkaitan Kerajaan, PIC juga bakal tertakluk dan boleh diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Atas dasar itu Kerajaan Negeri akan memastikan perjalanan operasi PIC adalah terkawal serta mengikut amalan urus tadbir korporat yang baik.
Seterusnya sahabat saya daripada Padang Tengku, telah membangkitkan soalan tentang Bertam Reserve Oil dan saya telah pun mencelah dengan memberikan penjelasan terhadapnya. Walau bagaimanapun, saya ingin juga memaklumkan bahawa er… Exco telah pun diberi taklimat mengenai PETRONAS dan taklimat yang sama juga telah pun diperolehi daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia untuk mendapat gambaran lebih jelas tentangnya. Dalam pada itu sukacita saya maklumkan bahawa kedudukan Bertam Reserve Oil ini akan dapat ditentukan selepas sempadan Maritim antara Pahang dan Terengganu dimuktamadkan.
Sehingga kini Kerajaan Negeri Pahang dan Terengganu masih dalam peringkat perundingan dan menentukan sempadan tersebut. Seterusnya Yang Berhormat daripada Triang membangkitkan kejadian-kejadian jenayah dikatakan semakin kerap berlaku di Triang. Sukacita saya maklumkan bahawa perkara mendapat perhatian oleh pasukan keselamatan kita dan insya-Allah usaha-usaha menjaga keselamatan terutamanya rakyat jelata tidak kira dimana akan terus menjadi keutamaan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk er... menyentuh sikit er... serta merayu dan menyarankan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah supaya berusaha lebih gigih dalam meningkatkan Kutipan Cukai Semasa dan Tunggakan di daerah masing-masing. Matlamat dan sasaran Kerajaan Negeri bagi tahun hadapan ialah supaya segala kutipan cukai ini mestilah mencapai ke tahap melebihi 90%. Oleh sebab pada tahun 2018, kita cuma mendapat 80% lebih. Saya tidak fikir akan dapat melebihi 90%, jadi sasaran ataupun KPI Kerajaan Negeri supaya kutipan cukai dan tunggakan dapat dikutip melebihi daripada 90%. Saya amat berharap rayuan dan saranan saya ini dapat diambil secara serius oleh semua, dengan ini insya-Allah dengan kutipan yang semakin banyak, Kerajaan Negeri dapat gunakannya untuk memakmurkan lagi negeri dan mensejahterakan rakyat jelata.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya ingat, itu saja yang saya dapat saya sampaikan. Sekiranya ada mana-mana pertanyaan ataupun pasal yang saya terlepas pandang untuk menjawabnya. Saya akan membuat jawapan secara bertulis. Sekianlah saja ucapan penggulungan saya . Terima kasih, Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh [Ahli Dewan menepuk meja].
Terima kasih. Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah pun mendengar Ucapan Penggulungan daripada semua Wakil-wakil Kerajaan dan juga YAB. Menteri Besar. Sekarang Majlis bermesyuarat dalam jawatankuasa.
Dewan Negeri bermesyuarat dalam jawatankuasa.
[Cokmar diturunkan]
Dalam Jawatankuasa
Jadual B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.01 – Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM8,728,236.00. Untuk Kepala B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.02 – Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM87,900,599.00. Untuk Kepala B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM74,174,536.00. Untuk Kepala B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.03 Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM859,741.00. Untuk Kepala B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.05 - Dewan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.05 -Dewan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM12,165,120.00. Untuk Kepala B.05 - Dewan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.05 - Dewan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM61,983,377.00. Untuk Kepala B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM35,509,044.00. Untuk Kepala B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM11,535,721.00. Untuk Kepala B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.”
Jadual B.09 - Jabatan Pertanian Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.09 - Jabatan Pertanian Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM26,313,785.00. Untuk Kepala B.09 - Jabatan Pertanian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. B.09 - Jabatan Pertanian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.”
Jadual B.10 - Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri .
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.10 - Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah
RM23,087,082.00. Untuk Kepala B.10 - Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.10 - Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.”
Jadual B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.11 – Pejabat Daerah dan Tanah Bentong dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM6,318,660.00. Untuk Kepala B.11 – Pejabat Daerah dan Tanah Bentong menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. B.11 – Pejabat Daerah dan Tanah Bentong menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM5,683,023.00. Untuk Kepala B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,Kepala Bekalan B.13- Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM7,273,539.00. Untuk Kepala B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.14 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.14 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM9,173,481.00. Untuk Kepala B.14 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-Ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.14 – Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis.
Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, Kepala Bekalan B.15 – Pejabat Daerah dan Tanah Lipis dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM7,128,052.00. Untuk Kepala B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM8,103,253.00. Untuk Kepala B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.17 - Pejabat Daerah dan Tanah Raub.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.17 – Pejabat Daerah dan Tanah Raub dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya Bahawa Wang Sejumlah RM6,396,302.00. Untuk Kepala B.17 – Pejabat Daerah dan Tanah Raub menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.17 – Pejabat Daerah dan Tanah Raub menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.18 - Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.18 – Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya Bahawa Wang Sejumlah RM9,153,777.00. Untuk Kepala B.18 – Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.18 – Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadua B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.19 – Pejabat Daerah dan Tanah Rompin dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM6,073,196.00. Untuk Kepala B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.20 – Pejabat Daerah dan Tanah Maran dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya Bahawa Wang Sejumlah RM6,821,339.00. Untuk Kepala B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan tidak. Tiada. Kepala B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.21 – Pejabat Daerah dan Tanah Bera dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya Bahawa Wang Sejumlah RM5,614,519.00. Untuk Kepala B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera menjadi sebahagian daripada jadual.
Jadual B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.22 – Pejabat Tanah dan Galian Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM10,391,318.00. Untuk Kepala B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.23 – Jabatan Mineral dan Geosains Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM331,883.00. Untuk Kepala B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.23 - Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.24 – Jabatan Agama Islam Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM116,444,381.00. Untuk Kepala B.24 – Jabatan Agama Islam Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.25 – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM4,222,092.00. Untuk Kepala B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.25 - Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM18,392,839.00. Untuk Kepala B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.28 - Jabatan Mufti Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.28 – Jabatan Mufti Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM2,981,520.00. Untuk Kepala B.28 - Jabatan Mufti Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.28 - Jabatan Mufti Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.29 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah
RM6,138,125.00. Untuk Kepala B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.31 – Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM1,720,266.00. Untuk Kepala B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Fasal 1(1); Fasal 1(2); Fasal 2(1); dan Fasal 2(2).
Fasal 1(1); Fasal 1(2); Fasal 2(1); dan Fasal 2(2); menjadi sebahagian daripada undang-undang.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) 2018 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Cokmar dinaikkan semula]
Bacaan Kali Ketiga
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa
“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2019 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud tertentu telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan“
Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) 2018 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan (2019) 2018, disifatkan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2019, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.
Sambungan Menimbang Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Dan Perbekalan Air Tahun 2019Motion
Perkara Keempat: Menimbang Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Dan Perbekalan Air Tahun 2019.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2019 telah dibentang, disokong dan dibahas pada 19, 21 dan 22 November 2018. Seramai 25 orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut. Soalannya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Usul tersebut telah diluluskan.
Kertas-Kertas Yang Dibentangkan
Perkara Kelima: Kertas-kertas Yang Dibentangkan.
Bilangan 10 Tahun 2018 Rang Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan) 2018
Bilangan 11 Tahun 2018 Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan) 2016 (Pindaan) 2018
Bilangan 12 Tahun 2018 Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Pindaan) 2018
Bilangan 13 Tahun 2018 Penyata Kewangan Negeri Pahang Tahun 2017
Bilangan 14 Tahun 2018 Penyata Kewangan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang Tahun 2016
Bilangan 15 Tahun 2018 Penyata Kewangan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang Tahun 2017
Bilangan 16 Tahun 2018 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 Siri 1: Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang
Bilangan 17 Tahun 2018 Laporan Tahunan 2017 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang
Bilangan 18 Tahun 2018 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2017 Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang
Bilangan 19 Tahun 2018 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2017 Yayasan Pahang
Bilangan 20 Tahun 2018 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2017 Perbadanan Stadium Darul Makmur
Bilangan 21 Tahun 2018 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2017 Lembaga Pembangunan Tioman
Bilangan 22 Tahun 2018 Laporan Tahunan 2016 Lembaga Pembangunan Tioman
Bilangan 23 Tahun 2018 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2016 Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
Bilangan 24 Tahun 2018 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2017 Majlis Sukan Pahang
Rang Undang-UndangBill
Perkara Keenam: Rang Undang-undang Rang Undang-undang bernama Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan) 2018
Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang akan membawa cadangan.
Bacaan Kali Pertama
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang bernama Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan) 2018.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2005”
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Bacaan Kali Kedua
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan) 2018, dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin mencadangkan iaitu Rang Undang-undang bernama:
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2005”
dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Majlis ialah:
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2005”
Dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas. Tiada. Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.
Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2005.
Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.
[Cokmar diturunkan]
Dalam Jawatankuasa
Fasal 1 hingga Fasal 11.
Fasal 1 hingga Fasal 11. Dibuka untuk perbahasan sekarang.
Masalahnya bahawa Fasal 1 hingga Fasal 11; menjadi sebahagian daripada Undang-undang hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Fasal 1; Fasal 2; Fasal 3; Fasal 4; Fasal 5; Fasal 6;
Fasal 7; Fasal 8; Fasal 9; Fasal 10; Dan Fasal 11; menjadi sebahagian daripada Undang-undang.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan) 2018 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Cokmar dinaikkan semula]
Bacaan Kali Ketiga
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa:
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2005” telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan“
Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang bernama Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan) 2018 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan) 2018, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.
Rang Undang-UndangBill
Perkara Keenam: (ii) Rang Undang-undang Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan) 2016 (Pindaan) 2018.
YB. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang akan membawa cadangan.
Bacaan Kali Pertama
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan) 2016 (Pindaan) 2018.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan) 2016‘‘
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Bacaan Kali Kedua
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan) 2016 (Pindaan) 2018, dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan) 2016”
Dibacakan bagi kali kedua sekarang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Majlis ialah:
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan) 2016”
dibacakan kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya sekarang ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.
Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan) 2016 (Pindaan) 2018.
Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.
[Cokmar diturunkan]
Dalam Jawatankuasa
Fasal 1; Dan Fasal 2.
Fasal 1; Dan Fasal 2.
Dibuka untuk perbahasan sekarang. Tiada.
Fasal 1; Dan Fasal 2; menjadi sebahagian daripada Undang-undang hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada
Fasal 1; Dan Fasal 2; Menjadi sebahagian daripada Undang-undang.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan) 2016 (Pindaan) 2018 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Cokmar dinaikkan semula]
Bacaan Kali Ketiga
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan) 2016” telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan‘‘
Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalahnya ialah bahawa
“Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan) 2016 (Pindaan) 2018‘‘
Dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan) 2016 (Pindaan) 2018, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.
Rang Undang-UndangBill
Perkara Keenam: (iii) Rang Undang-undang Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Pindaan) 2018.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Bacaan Kali Pertama
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Pindaan) 2018.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1991”
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Bacaan Kali Kedua
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Pindaan) 2018, dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1991”
dibacakan bagi kali kedua sekarang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalah di hadapan Majlis ialah
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1991”
Dibacakan kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas. Tiada. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Yang tidak bersetuju nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.
Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1991.
Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.
[Cokmar diturunkan]
Dalam Jawatankuasa
Fasal 1 hingga Fasal 13.
Fasal 1 hingga Fasal 13. Dibuka untuk perbahasan sekarang. Tiada Perbahasan.
Fasal 1 hingga Fasal 13; menjadi sebahagian daripada Undang-undang hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada.
Fasal 1; Fasal 2; Fasal 3; Fasal 4; Fasal 5; Fasal 6; Fasal 7; Fasal 8; Fasal 9; Fasal 10; Fasal 11; Fasal 12; Dan Fasal 13; menjadi sebahagian daripada Undang-undang.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Pindaan) 2018 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat
[Cokmar dinaikkan]
Bacaan Kali Ketiga
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa:
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1991”
telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang”
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Pindaan) 2018 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Pindaan) 2018 bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.
USUL
UsulMotion
Perkara Ketujuh: Usul.
Usul Penubuhan Kumpulan Wang Amanah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Negeri Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sukacita saya memaklumkan bahawa Usul ini telah pun ditarik balik mengikut Peraturan 29, Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negeri. Ini adalah kerana Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah pun memutuskan baru-baru ini, agar penyaluran peruntukan dan pembayaran elaun Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diuruskan oleh pihak MARA Negeri dan bukan oleh Kerajaan Negeri.
PENANGGUHAN
PenangguhanAdjournment
Perkara Kelapan: Penangguhan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya ingin membawa cadangan bahawa dewan ini akan ditangguhkan tetapi sebelum ditangguhkan saya ada beberapa perkara yang ingin saya sampaikanlah. Yang pertama sekali, sudah pastilah saya rasa bersyukur kerana dewan ini telah er… bermula dan berakhir dengan jayanya, tidak ada apa-apa masalah dan kita telah bersidang selama empat hari iaitu bermula daripada hari Isnin dan kita rehat sekejap hari Selasa Maulidur Rasul dan disambung sehingga pada hari ini.
Saya er… berharap semoga persidangan kita ini akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT untuk kita melaksanakan tugas kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat. Insya-Allah, saya tidak akan bercakap panjang, cuma saya ingin menyatakan disini bahawa er… bahawa saya ingin menyatakan disini, bahawa banyak perkara-perkara telah dapat diluahkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan dapat juga beberapa perkara yang Pihak Kerajaan menjawab dan memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan ianya dapat disampaikan secara terus.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Di Dewan Yang Mulia ini juga saya amat menghargai ucapan terima kasih dari Ahli-ahli Yang Berhormat daripada PAS, PKR dan DAP kerana er… amat menghargai peruntukan Kerajaan Negeri yang tidak seberapanya. [Ahli Dewan menepuk meja] dan insya-Allah jika kedudukan kewangan negeri bertambah baik tidak mustahil peruntukan ini akan ditambahkan sedikit lagilah, insya-Allah. Cuma harapan saya agar peruntukan ini dapat digunakan sebaik mungkin demi kepentingan rakyat di negeri kita.
Yang Berhormat Tuan di-Pertua,
Keharmonian kita berbahas adalah satu perkara penting yang menjadi asas dalam mengemukakan idea dan pandangan. Perkara ini telah mampu difahami oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Ketidak setujuan dinyatakan dengan tertib, kesefahaman disertakan dengan fakta yang jelas dan tiada permasalahan dan salah faham yang timbul selama kita bersidang. Memang tidak dapat dinafikan wujud perbezaan pandangan dan ianya berlaku kerana kita dari pelbagai latar belakang tetapi kita harus ingat, suara kita adalah mewakili rakyat dan tujuan kita sama iaitu untuk kepentingan rakyat.
Suasana yang baik ini dapat dirasai, sungguhpun pada mesyuarat kali ini pihak kerajaan telah membawa perkara yang hangat diperkatakan ketika ini iaitu mengenai ICERD… tapi tadi sahabat saya telah memaklumkan bahawa er… kenyataan beliau er… telah dikeluarkan oleh pejabat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan menandatangani er… ICERD ini.
Jadi, walau bagaimanapun, masa kita berbahas tempoh hari, kita tidak tahu lagi keputusan yang dibuatkan pada hari ini. Semasa Pihak Kerajaan membawa Usul ini dan semasa kita berbahas, saya dapati er… seolah-olah wujud er… persepakatan yang belum pernah terjadi sebelum ini. Apabila Usul pihak Kerajaan telah mendapat sokongan kuat daripada semua Ahli-ahli Dewan dan ini saya dapat simpulkan bahawa wujud satu suasana kekeluargaan semasa kita membahaskan Usul tersebut.
Sesungguhnya Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan sekalian telah mempamerkan kematangan berhujah, kebijaksanaan memberi pendapat, bernas dan bijak. Ini tidak kiralah sama ada daripada pihak Kerajaan atau Pembangkang, sehingga saya merasakan bahawa tiada Pembangkang dalam Dewan Negeri ini, kerana apa juga yang diutarakan merupakan hujah-hujah yang bernas demi kabaikan rakyat di negeri ini. Saya percaya suasana yang menyenangkan ini, dalam tempoh empat hari ini, pada persidangan kita pada kali ini, tidaklah terhenti setakat ini sahaja. Ianya hendaklah diteruskan pada persidangan-persidangan yang akan datang dengan ini sahajalah akan dapat terus menjamin natijah dan kesan yang baik sesama kita berada di Dewan Yang Mulia ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Mengambil kesempatan pada penghujung persidangan kita kali ini, sukacita saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan dan Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan sehinggalah kepada Yang Hormat Setiausaha Dewan serta kakitangan-kakitangan di bawahnya [Ahli Dewan menepuk meja] atas komitmen tinggi dan kerja keras. Atas komitmen dan kerja keras merekalah dan sehingga ada yang bekerja sehingga malam selepas tamat setiap hari persidangan, persidangan dewan ini dapat berjalan dengan lancar.
Ucapan terima kasih juga kepada Yang Hormat Ketua-ketua Jabatan Kerajaan serta Agensi Kerajaan yang telah hadir setiap hari serta menyediakan butiran yang diperlukan kepada Pihak Kerajaan untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dibangkitkan. Saya juga ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan terima kasih kepada Anggota-anggota Majlis… kepada Anggota-anggota Polis Diraja Malaysia yang memberikan khidmat keselamatan serta krew kesihatan dengan sebuah ambulans standby [Ahli Dewan menepuk meja] demi menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada yang memerlukan.
Sudah tentulah ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya juruskan kepada Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri sekalian yang secara berhemah dan budiman berbahas dan terlibat aktif dalam sesi soal jawab. Yang Berhormat sekalian telah menggunakan ruang dan peluang yang ada dengan sebaik mungkin dengan memberikan idea-idea yang bernas dan boleh digunapakai untuk kepentingan rakyat dan negeri kita yang tercinta ini.
Yang Berhormat Tuan di-Pertua,
Masa itu adalah emas dan anugerah yang tidak ternilai kerana ia tidak boleh diundur dan dikembalikan dalam apa jua cara pun. Saya dapat lihat Ahli-ahli Dewan majoritinya… majoritinya sangat menghormati masa dan menghargainya serta mampu hadir tepat pada waktunya, [Ahli Dewan menepuk meja] dengan sikap hemah dan budiman inilah, jadual asal kita yang sepatutnya dewan ini akan habis pada hari Isnin tapi telah berjaya ditamatkan pada hari ini iaitu empat hari sahaja. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat [Ahli Dewan menepuk meja].
Yang Berhormat Tuan di-Pertua,
Kita juga bersyukur pada Allah SWT kerana negeri kita ini aman dan makmur. Dari segi Belanjawan 2019, kita mencatatkan Bajet lebihan sebanyak RM24.34 juta. Negeri ini tidak dibangunkan oleh seorang individu. Ia adalah mustahil dan tidak mampu dilakukan. Ianya digerakkan oleh banyak pihak, dan semua memainkan peranan
masing-masing dalam memastikan urus tadbir negeri berjalan dengan lancar dan berjaya.
Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menyeru lagi sekali supaya mengadakan kempen-kempen kesedaran secara berterusan di kalangan rakyat. Ini adalah sangat penting supaya rakyat sedarkan tanggungjawab mereka untuk membayar cukai, dan saya yakin jika kesedaran dalam kalangan masyarakat meningkat ianya juga akan memberi kesan yang baik kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Oleh kerana masa yang agak singkat ini, saya berdoa supaya kita akan dapat berjumpa lagi di dalam Sidang Dewan yang akan datang, dan saya harap kepada persidangan yang akan datang, suasananya pun lebih kurang macam Sidang Dewan pada kali ini juga. Jadi sebelum saya menangguhkan Sidang Dewan ini, pada kali ini saya suka menghadiah pantun kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Dulu saya hadiahkan satu pantun Sidang Dewan yang lalu. Kali ini saya hadiahkan dua pantun supaya boleh bawa bekal untuk Ahli-ahli Yang Berhormat balik ke kawasan masing-masing.
“Apa yang ada di atas para, Tersusun rapi pinggan dan cawan, Tidaklah rugi amalan mesra, Banyaklah kawan dari lawan.
[Ahli Dewan menepuk meja]
Dari tanah balik ke tanah, Dari tunas bercambah dahan, Mari kita jalankan amanah, Demi negeri kerana tuhan.”
[Ahli Dewan menepuk meja]
Kepada Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menghadiahkan serangkap pantun. Kepada Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua kerana telah berjaya menjalankan tugas dengan baik dan lancar dan dapat tidak ada apa-apa perkara-perkara tidak diingin berlaku.
“Teh manis di dalam cawan, Cawan boleh dibuat hiasan, Tahniah kepada YDP dan Timbalan YDP Dewan, Bijak laksana kendali perbahasan.”
[Ahli Dewan menepuk meja]
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua kerana menjayakan persidangan kita pada kali ini. Dengan ini saya mencadangkan supaya Persidangan Dewan Undangan Negeri Keempat Belas Bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama ini ditangguhkan. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya mohon menyokong Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Alhamdulillah, saya juga bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan izin-Nya kita telah sampai ke akhir persidangan. Sebelum saya menangguhkan persidangan ini, izinkan saya dan Timbalan saya, Yang Berhormat Dato’ Sri Mohamad bin Jaafar mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Dewan, Ketua-ketua Jabatan, pemerhati dan media yang telah memberikan sokongan dan kerjasama yang amat baik.
Apa yang lebih penting dan rasa teruja seperti mana kata-kata Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahil-ahli Yang Berhormat telah dapat menepati masa yang... menepati masa. Saya cukup gembira kerana menguruskan masa dengan penuh berhemah, boleh melancarkan lagi tugas-tugas seharian kita. Segala perancangan boleh berjalan dengan sempurna, kerana semua pihak menepati janji dan masa yang telah ditetapkan. Bangsa yang menepati masa, adalah bangsa yang berjaya dan bangsa yang cemerlang.
Marilah kita jadikan budaya menepati masa sebagai budaya yang…yang murni dan dipraktiskan selamanya. Walaupun persidangan kita pada hari ini agak lewat, sehingga saat ini saya lihat semua Ahli-ahli Yang Berhormat masih lagi berada di kerusi masing-masing. Begitu juga dengan ketua-ketua jabatan yang tidak berganjak sehingga ke penghujung. Ini bermakna semua Ahli Yang Berhormat begitu komited sekali dengan dewan ini.
Baiklah Ahli Yang Berhormat, kita amat bertuah dan sentiasa memiliki seorang nahkoda yang berhemah, bertimbang rasa, prihatin dan memahami denyut nadi rakyat. Sebagai bukti yang jelas, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tanpa mengira fahaman politik telah memberi peruntukan kepada ADUN Pembangkang, untuk sama-sama bekerja bagi membantu rakyat. Ini jelas mencerminkan hati budi dan jiwa besar Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk melihat rakyat hidup dengan aman, harmoni dan sejahtera, selaras dengan tag linenya, “Maju Terus Pahang, Transformasi Perkhidmatan, Menjana Pendapatan, Memakmurkan Kehidupan”.
Baiklah Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan selamat pulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, teruskan tugas dan amanah untuk rakyat. Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa diperhati, ditelek, dicari oleh rakyat, malah dinilai dan dihukum apabila tiba masanya. Berkhidmatlah dengan jujur, amanah dan jagalah keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan rakyat dan negara yang tercinta ini. Insya-Allah, saya akan umumkan pada tarikh, masa persidangan yang akan datang.
Sebelum itu, ingin saya memaklumkan pada hari esok, kita akan mengadakan sedikit sukan, mengadakan sukan sebagai satu platform yang cukup efektif untuk perpaduan kaum dan kemesraan sesama kita. Setelah empat hari kita bersama-sama memecahkan fikiran di dalam dewan ini. Maka pada hari esok, jam 7.30pagi, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat bersama-sama berada di Taman Bandar, Indera Mahkota, bagi acara berjalan santai. Berjalan saja bukan berlari ya, dan ada hadiah
istimewa akan disediakan dan dimaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan bersama-sama kita pada pukul 7.45 pagi.
Baiklah, marilah sama-sama kita membaca surah Al-Asr, mudah-mudahan mendapat restu dan rahmat daripada Allah SWT. [Bacaaan Ayat al-Quran]. Persidangan kita ditangguhkan tepat pada jam 6.33 petang. Sekian, terima kasih. Wabillahi taufik wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Persidangan ditangguhkan pada jam 6.33 petang]