Pahang · 16 April 2019
14th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 322 turns · 31,261 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang Yang Keempat Belas di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari Kedua (Selasa) : 16 April 2019 (Selasa)
Bersamaan
: 10 Syaaban 1447 Hijriah
Masa
: 10.30 pagi
DOA
Perkara Pertama: Doa.
Al-Fatihah [bacaan dalam bahasa Arab]. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepadaNya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang telah diamanahkan, yang terutamanya bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin Ya Rabbal A’lamin.
PERTANYAAN DAN JAWAPAN
Perkara kedua: Pertanyaan dan Jawapan
[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sukacita saya memaklumkan bahawa persidangan kita pada hari ini sedikit terlewat kerana Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan saya mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong pada pagi ini di Istana Abdulaziz dan seterusnya memuliakan keberangkatan tuanku pulang ke Kuala Lumpur.
Pertama sekali marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur pada Allah SWT atas nikmat kesihatan, keamanan dan kebahagiaan hidup sehingga kita sama-sama dapat berada dalam Dewan ini bagi memikul amanah rakyat dan meneruskan persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang Keempat Belas.
Di kesempatan ini juga sukacita saya merakamkan rasa menjunjung kasih yang tidak terhingga atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang berangkat menyempurnakan perasmian istiadat pembukaan pada hari semalam, Isnin 15 April 2019 dan seterusnya menyempurnakan Titah Diraja. Adalah tidak terlewat juga untuk kita sama-sama merakamkan sembah tahniah sempena pelantikan tuanku sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Pahang pada tanggal 29 Januari 2019 di Istana Abu Bakar, Pekan.
Sesungguhnya Kebawah Duli Tuanku telah pun menampakkan kewibawaan dan keyakinan yang cukup hebat dalam usia yang muda… dalam usia yang muda dan ini adalah merupakan… merupakan ucapan baginda yang ulung sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Kita berdoa semoga tuanku akan terus diberi kekuatan untuk bersama-sama memayungi rakyat jelata dan membawa Pahang ke arah yang lebih maju lagi. Baiklah untuk kita meneruskan urusan mesyuarat kita pada kali ini, saya menjemput Yang Berhormat Wakil daripada Padang Tengku untuk mengemukakan pertanyaan yang pertama.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Assalamualaikum WBT, pembuka bicara soalan no.1 soalan saya kepada Dato’ Sri MB ditujukan ia semoga jawapan merungkai segala. Sila.
[Sepanjang tempoh lebih 10 bulan YAB Menteri Besar Pahang menerajui Kerajaan Negeri Pahang, apakah pencapaian dan inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri?]
Assalamualaikum WBT, selamat pagi salam sejahtera. Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih kepada ADUN Padang Tengku kerana bertanyakan soalan pencapaian saya selama 10 bulan dengan takdir Allahnya sebagai Menteri Besar. Untuk makluman Yang Berhormat Padang Tengku, hari ini genap 11 bulan, 15 haribulan 5 angkat sumpah (Ahli Dewan menepuk meja) 15… 11 bulan. Sepanjang tempoh 10 bulan ini, saya dapat dengan kerjasama rakan-rakan daripada Exco telah memperkenalkan 8 perkara baru untuk… antaranya untuk kita meningkatkan hasil, memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat.
Yang pertama sekali ialah berkaitan dengan penurunan kuasa kelulusan kebenaran pindah milik dan gadaian tanah. Daripada pemberian kasih sayang insya-Allah dalam masa 1 atau 2 hari boleh diselesaikan. Manakala untuk er… pemberian daripada Melayu ke Melayu mengambil masa tidak lebih daripada 10 hari. Manakala daripada Melayu ke bukan Melayu masih lagi perlu dibawa kepada Menteri Besar.
Untuk makluman Yang Berhormat setakat ini sebanyak 1,145 permohonan consent kasih sayang telah diberi kelulusan dalam tempoh 1 hingga 2 hari bekerja. Sejak diperkenalkan sehingga hari ini sebanyak 1,145 permohonan yang telah pun diluluskan. Manakala sebanyak 3,223 permohonan consent jual beli daripada Melayu ke Melayu telah pun diberi kelulusan dalam tempoh 10 hari. Maknanya cepat lah daripada biasa.
Yang kedua, Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan saluran aduan rakyat terus kepada Menteri Besar melalui aduan.wanrosdy.com. Saya telah menerima aduan secara terus kepada saya sebanyak 69 aduan dan telah pun diselesaikan 50. Manakala 19 lagi dalam tindakan. Dan semenjak ianya diperkenalkan sehingga 31 Mac ini, sebanyak 627 aduan telah diterima melalui saluran aduan rakyat. Daripada keseluruhan 627 aduan tersebut, 263 aduan telah diselesaikan, 25 aduan dalam tindakan penyelesaian, 98 aduan belum dijawab, 172 aduan diklasifikasikan sebagai tidak relevan dan baki 69 aduan adalah merupakan aduan terus kepada Menteri Besar, 50 telah disesaikan dan 19 dalam tindakan.
Yang ketiga ialah kesinambungan projek PR1MA Pahang dan Rumah Makmur, di mana sehingga hari ini sebanyak 14 projek Rumah Makmur telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri yang melibatkan 5,680 unit rumah. Manakala sebanyak 122 projek PR1MA Pahang telah diluluskan melibatkan 36,659 unit rumah. Daripada jumlah tersebut sebanyak 2,770 unit rumah PR1MA Pahang telah berjaya disiapkan dan telah pun diduduki. Rumah Makmur ini adalah kesinambungan daripada PR1MA Pahang kerana PR1MA Pahang harganya RM150,000 diskaun 10% untuk pegawai kerajaan. Namun begitu ada lagi di kalangan rakyat negeri Pahang yang tidak mampu membeli rumah dengan harga RM150,000. 1,000 kaki kawasan binaan, keluasannya ialah 2,400 kaki. Ada yang tidak dapat pinjaman bank dan sebagainya.
Oleh kerana Kerajaan Negeri Pahang adalah kerajaan yang sangat prihatin kepada rakyat dan Kerajaan Negeri Pahang telah memperkenalkan Rumah Makmur yang harganya RM80,000 sahaja tetapi keluasannya kecik sedikit. Dan target Kerajaan Negeri Pahang ialah sebanyak 10,000 tetapi sekarang ini kita telah membina sebanyak 5,680 unit yang telah diluluskan, itu yang ketiga.
Yang keempat ialah penetapan sasaran kutipan hasil tanah sebanyak 90%. Bagi tahun 2019 saya menetapkan KPI ataupun Key Performance Indicator kepada kutipan hasil tanah perlu mencapai sekurang-kurangnya 90% dan er... setakat ini er... saya amat berterima kasih kepada pegawai-pegawai kerajaan khusunya daripada pejabat tanah kerana mereka sedang giat berusaha dan ada nampak sedikit peningkatan berbanding dengan tahun sebelumnya.
Yang kelima saya juga er… me… memperkenalkan saluran cadangan.wanrosdy.com , yang ini ialah mengambil kira bahawa semua rakyat negeri Pahang berpeluang untuk mengemukakan cadangan tetapi tidak semestinya cadangan tersebut diterima tetapi setiap cadangan dikemukakan, Kerajaan Negeri Pahang akan meneliti dan memperhalusinya dan sekiranya ianya mendatangkan faedah kepada rakyat, insya-Allah Kerajaan Negeri Pahang akan laksanakan.
Yang keenam ialah memperkasakan syarikat berkaitan kerajaan negeri ataupun state GLC. Pada tahun 2017, syarikat berkaitan Kerajaan Negeri telah mencatat pendapatan sebanyak RM2.6 bilion dengan keuntungan dicatatkan sebanyak RM565 juta. Kerajaan Negeri telah menetapkan pada tahun ini, sebahagian daripada keuntungan tersebut akan dibincangkan dengan syarikat berkenaan untuk dapat diserah kembali kepada rakyat daripada segi keuntungannya. Berapa peratus, berapa peratus akan difikirkan kemudian. Supaya wang tersebut, Kerajaan Negeri akan dapat serah kembali kepada rakyat. Seterusnya ialah penubuhan Pahang Corporation.
Untuk makluman Ahli-ahli… Ahli-ahli Dewan, penubuhan Pahang Corporation terlewat sedikit kerana pada asalnya kita menamakan Pahang Investment Corporation tetapi kita mendapat jawapan yang sangat lewat daripada pihak
Kementerian Kewangan, memerlukan banyak penjelasan, kita jelas, dia tanya lagi, kita jelas, er... tanya lagi dan akhirnya Kerajaan Negeri telah membuat keputusan kita buangkan perkataan investment, kita tubuhkan Pahang Corporation tapi fungsinya adalah sama dan sekarang ini telah pun er… ditubuhkan dan er... ianya adalah bertujuan er... merupakan satu langkah strategik untuk penstrukturan dan mengawal selia prestasi serta perkembangan state GLC. Dengan meletakkan state GLC ni dibawah satu bumbung, ia dapat memudahkan kerajaan negeri memantau performance berdasarkan KPI yang ditetapkan disamping memberi khidmat nasihat kepada state GLC untuk membuat pelaburan yang betul dengan pulangan yang menjanjikan keuntungan.
Seterusnya ialah penubuhan Pahang Go. Penubuhan ini ialah supaya negeri kita tidak ketinggalan dalam perkembangan ICT terutama dalam era revolusi perindustrian keempat. Selaras dengan itu, Pahang Go ditubuhkan bagi meneroka bidang baru dalam perkembangan ekonomi digital dan aplikasi dalam talian terutama dalam perkhidmatan kerajaan. Pahang Go berperanan sebagai one stop centre kepada aplikasi perkhidmatan digital dan online seperti sistem e-pakir, aplikasi pembayaran hasil kerajaan secara online, pembayaran kompaun, kutipan cas utiliti, sistem aduan rakyat dan sebagainya. Itulah di antara lapan perkara yang sempat saya bersama dengan rakan-rakan Exco er… perkenalkan untuk bagi tujuan meningkatkan hasil dan memakmurkan negeri Pahang untuk kesejahteraan rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Ahli dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar. Padang tengku.
Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kepada Dato’ Sri dan rakan-rakan er… dalam Exco Kerajaan Negeri Pahang kerana kita sedia maklum bahawa sebelum ini saya dengar khabar er… ape nama MB ataupun Kerajaan Negeri Pahang diberikan tempoh tiga bulan je daripada tarikh er... apa ni… membentuk kerajaan kemudian bankraplah. Tapi alhamdulillah, kita nampak er... kejayaan yang telah dibawa. Jadi saya nak ucapkan tahniah. Saya tertarik dengan ape nama er… target yang dicadangkan er… disasarkan oleh kerajaan negeri Pahang iaitu mengutip cukai hasil tanah sehingga 90%. Jadi persoalan saya disini apakah er.. kutipan yang telah dibuat sehingga setakat ini dan juga apa ni er… bidang-bidang ataupun langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk mencapai target tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat [batuk] daripada Padang Tengku. Satu soalan tambahan yang menarik dan er... memang benar, saya telah dimaklumkan oleh salah seorang yang berjawatan daripada sebelah sana, Persekutuan, yang memberi tempoh kepada saya 3 bulan saja sebagai Menteri Besar dan dia telah meminta rakyat menyokong, kerana dia kata Kerajaan Negeri akan bankrap dalam masa tempoh tiga bulan kerana tidak mampu membayar gaji. Tapi alhamdulillah setakat ini, dengan izin Allah, dengan berkat sokongan kawan-kawan, tuan-tuan dan pegawai-pegawai kerajaan, negeri Pahang bukan saja akan bankrap, malah kita telah berjaya meningkatkan hasil untuk negeri Pahang. Syabas tahniah saya ucapkan. [Ahli dewan menepuk meja].
Dan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, angka tidak pernah berbohong. Saya ingin jelaskan di sini, hasil tanah, hasil kutipan cukai kita ialah daripada tanah, hutan, air dan lain-lain lah. Dan untuk makluman Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat daripada Padang Tengku, secara perbandingan pada tahun 2018, hasil tanah daripada Januari hingga Mac, kita hanya mampu kutip RM65,885,435. Bagi tahun ini untuk makluman Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Pahang telah mampu mengutip sebanyak RM73,011,603. Berlaku peningkatan sebanyak RM7,126,000. [Ahli Dewan menepuk meja]. Manakala hasil hutan, kita banding aper to aper, er… handicap sama. Maknanya kalau Tuan Yang di-Pertua main handicap 10, saya handicap 10. Baru boleh compare.
Maknanya tak ada stroke ya.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Hasil hutan pada tahun 2018 sehingga Mac kita hanya mampu mengutip sebanyak RM11,962,436. Manakala bagi tahun ini, kita mampu mengutip… Januari hingga Mac juga sebanyak RM19,988,166, berlaku peningkatan sebanyak RM8 juta perpuluhan dua er… RM8.025 juta. Saya ucapkan syabas tahniah kepada pejabat hutan. Hasil air, ada berlaku sedikit peningkatan Januari-Mac 2018, kita mampu kutip sebanyak RM219,633 tetapi bagi tahun ini, Januari-Mac kita mampu kutip sebanyak RM625,466 iaitu berlaku peningkatan sebanyak RM405,000 dan begitu juga hasil-hasil lain seperti kompaun, penjualan borang dan sebagainya.
Pada tahun lepas kita mampu kutip RM10,046 tetapi pada tahun ini kita mampu kutip RM14.334 juta berlaku peningkatan sebanyak RM3.388 juta. Jadi jumlah keseluruhannya ialah kalau berbanding pada tahun lepas, Januari-Mac yang dikutip sebanyak RM12,286,530 tetapi bagi tahun ini, bukan… bukan. Minta maaf. Bagi Januari Mac 2018, kita mampu kutip RM101 juta sepertimana yang dalam titah Pemangku Raja, RM101,300,839. Tetapi pada tahun ini kita mampu kutip sebanyak RM120,402,189. Maknanya berlaku peningkatan sebanyak RM19,101,350. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Beserah. Sila.
Soalan tambahan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertu, er... saya ambil kesempatan ini ucap tahniah lah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas inisiatif yang telah dilancarkan er... dan saya rasa ianya adalah inisiatif yang baik untuk kita nak lihat er... perkembangan tadbir urus yang lebih er... baik, telus dan juga dalam masa yang sama lebih efektif, lebih cekap. Cuma saya ingin tanya pihak kerajaan, ada tak satu usaha ataupun inisiatif lain yang boleh kita berikan er… penumpuan terutama sekali di dalam rejuvenated er... rejuvenation ini memulih, menyegarkan semula kelestarian alam yang telah banyak musnah di negeri Pahang ini.
Baru-baru ini kita… kita dikejutkan dengan Tasik Bera yang… yang di… diwartakan sebagai kawasan er... apa? paya yang er… paya er… yang dia panggil ramsar yang er… terancam. Jadi kalau ada satu inisiatif yang icon er... nature negeri Pahang ini dengan izin, icon semulajadi negeri Pahang ini perlu ada satu inisiatif daripada pihak kerajaan dengan segera supaya dia boleh mampu memulihkan balik imej negeri Pahang dari sudut menjaga kelestarian alam sekitar ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua,
Terima kasih rakan saya daripada Beserah. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bagi Tasik Chini kita telah wartakan serta-merta sebagai hutan simpan, tindakan serta-merta dan yang kedua, saya juga ingin nyatakan bahawa di dalam Mesyuarat Exco baru-baru ini, saya telah pun meminta rakan saya, Exco Alam Sekitar, supaya membuat satu blue print untuk memastikan les… kelestarian alam sekitar negeri Pahang ini dapat dijaga dengan baik dan dalam masa yang sama juga Kerajaan Negeri daripada semasa ke semasa sentiasa memantau kegiatan-kegiatan haram… penerokaan haram dan sebagainya dan insya-Allah er… perkara ini akan diambil berat dan saya amat terima kasih walaupun telah pun ada dalam tindakan Kerajaan Negeri Pahang, saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Beserah kerana mengingatkan Kerajaan Negeri Pahang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Baiklah. Yang Berhormat.
Soalan tambahan. Atas inisiatif Kerajaan Pahang yang baru-baru ini, kami nampak kesungguhan Kerajaan Pahang untuk mendengar suara rakyat. Antaranya cadangan rakyat ini, saya ingin tahu apakah cadangan yang telah diterima dan digunapakai oleh Kerajaan Pahang. Terima kasih.
Cadangan daripada rakyat ini sebenarnya bukan semua yang kita terima pakai, ada yang kita terima ada yang tak terima. Tetapi setiap cadangan yang dicadangkan, kita akan terima. Sebagai contohnya ialah cadangan berkenaan dengan penerokaan haram di negeri Pahang, khususnya di Rompin dan lain-lain. Nak sebut cara spesifik sebab ada kawasan yang apa… mendapat court injunction tapi kita semua tahu kan, semua tahu kawasan mana. Dan er… cadangan tersebut setakat ini er… banyak kita memberi penjelasanlah sebagai contohnya mereka minta supaya dinaiktarafkan jalan daripada Mersing ke Rompin dan sebagainya. Jadi kita bagitahu Kerajaan Negeri tidak dapat membuat demikian, kerana jalan tersebut di bawah Kerajaan Persekutuan. Walaupun dicadang suruh kita naik taraf tetapi kita tidak boleh sebab di bawah Kerajaan Persekutuan. Itulah antara beberapa perkara dan banyak lagilah. Kalau YB. nak, saya boleh senaraikan dan saya harap YB. akan dapat baca satu satu, terima kasih YB.
Baiklah. Terima kasih Yang Berhormat. Kita beralih ke soalan yang berikutnya. Saya jemput Wakil dari Pulau Manis.
[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Soalan saya, ialah berkenaan dengan negeri Pahang yang dikenali sebagai destinasi pelancongan sepanjang tahun.
Yang Berhormat…
Saya nak tanya apakah bentuk kemudahan… saya baca soalan kali ni… sebab saya rasa dengan menyebut er… ataupun membaca soalan ini lagi jelas kepada semua pihak…
Takpe Yang Berhormat…
… apakah bentuk kemudahan…
Yang Berhormat Pulau Manis, saya kira Yang Berhormat elok sebut nombor soalan saja.
Sebut nombor soalan sahaja?
Nombor soalan saja. Pihak kerajaan akan mengulas ini nanti.
Okay. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Yang di-Pertua, saya mengemukakan soalan nombor 2. Terima kasih.
[Pahang adalah negeri yang dikenali sebagai destinasi pelancongan sepanjang tahun. Apakah bentuk kemudahan dan perkhidmatan sokongan akan dipertingkatkan untuk kemudahan pelancongan. Apakah KDNK sektor pelancongan berjumlah 7.8 bilion pada tahun 2020 akan tercapai?]
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Soalan nombor 2 yang ditanya oleh Wakil daripada Adun er… Wakil daripada kawasan Pulau Manis, kerajaan akan terus menyokong dan menyediakan latihan promosi dan menstruktur secara berterusan pada penggiat industri bagi mempastikan er… sektor pelancongan berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada… antara penyumbang utama kepada ekonomi negeri. Sasaran KDNK negeri er… sektor pelancongan telah mencapai… mencapai melebihi RM8 billion ya, bermula daripada tahun 2016 er… RM8.5 billion, 2017, RM13.2 billion dan 2018, RM12.8 billion dan dijangka akan terus kekal hingga pada tahun 2020.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya ingin penjelasan sedikit KDNK ini adalah bagaimana kita mengukur ekonomi er… nasional sesebuah negara, ataupun sesebuah negeri. Cuma saya nak maklumkan bahawa er… sebagai contohnya tahun 2018, RM12.8 billion ini adalah perbelanjaan pelancong, pelancong yang berbelanja di negeri Pahang yang seramai 13.8 juta perbelanjaan. Apabila pelancong ramai berbelanja maka kerajaan… dari segi pulangan kepada kerajaan adalah pemain-pemain industri tersebut akan membayar cukai, quit rent dan sebagainya. Ini adalah di antara bagaimana kerajaan akan mendapat alih. Kerajaan tidak akan mendapat direct… direct income dari segi pelancongan ini tetapi ianya akan memberi direct income kepada, dengan izin grassroots ataupun pemain-pemain industri, Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan ya. Sila.
Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya soalan tambahan?
Selepas ini Yang Behormat, sila Tanjung Lumpur tadi, saya sebut Tanjung Lumpur dulu…
Tanjung Lumpur dulu?
Tanjung Lumpur, sila.
Terima kasih kepada Yang di-Pertua, jadi soalan saya berdasar kepada jawapan… apa jawapan daripada Exco tadi, er… industri pelancongan telah menyumbang dari sudut ekonomi kepada Kerajaan Negeri Pahang. Jadi soalannya, er… di kedudukan ke berapakah sumbangan daripada industri pelancongan ini terhadap ekonomi negeri Pahang?
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya telah maklumkan tadi bahawa dari segi sumbangan kepada Kerajaan Negeri ianya adalah hasil daripada pemain-pemain industri yang akan membayar cukai pintu, cukai tanah dan sebagainya, hotel sebagai contoh, kita akan membayar cukai pintu sebagai contoh, ataupun restoran. Ianya tidak akan dapat direct kepada Kerajaan Negeri, tetapi ianya akan terus pergi kepada sebagai contoh retail, sebagai contohnya er… stesen minyak sebagai contohnya. Ini… ini adalah tempat-tempat pemain er… di mana pemain-pemain industri pelancongan yang terlibat di dalam industri pelancongan ini akan mendapat income ataupun mendapat pendapatan dan kemudian mereka akan membayar cukai GS… GST bukan … SST sebagai contohnya. Mereka pergi ke restoran mereka akan membayar SST.
Ianya juga akan memberikan pendapatan kepada negara, negeri dan juga… kepada negara sebagai contoh. Ini… tapi dari segi specifically, dengan izin, pendapatan kepada Kerajaan Negeri itu, kecuali sebagai contohnya mungkin kita memberikan list ataupun sewaan kepada taman negeri ataupun kepada hutan lipur. Ini akan... ianya akan pergi kepada sebagai contohnya kerana hutan lipur adalah di bawah jagaan ataupun stakeholdersnya adalah Jabatan Hutan, maka pendapatan tersebut akan pergi ke Jabatan Hutan. Walaubagaimanapun saya ucap terima kasih kepada Wakil daripada Tanjung Lumpur, Insya-Allah kita akan cuba spesifikkan lagi dari segi pendapatan sumbangan tersebut. Terima kasih.
Pulau Manis.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua,
Yang pertama sekali, saya merakamkan ucapan tahniah kepada Jabatan Pelancongan Negeri kerana telah berjaya meningkatkan pendapatan hasil pelancongan kita daripada target ataupun sasaran, RM7.8 billion untuk tahun 2020 tapi sebenarnya dah melepasi target pada tahun 2017 lagi. Tahniah.
Yang kedua, soalan tambahan saya ialah kita mendapati bahawa para pelancong yang er… menghadiri ke pusat… ke pusat pelancongan ataupun destinasi pelancongan melalui jalan-jalan yang telah pun ada di dalam peta dan sebagainya. Saya mengambil contoh er… untuk ke Tasik Chini, kita menggunakan jalan yang
telah ditanda ataupun digazetkan ialah Simpang Sri Jaya. Ada tanda lambang pelancongan situ. Tetapi apabila para pelancong melalui jalan tersebut, dia akan memasuki Kampung Sri Makmur, jadi saya nak beritahu di dalam Dewan ni, bahawa pihak ECERDC er… telah menjana pelancongan untuk Kampung Belimbing dengan membekalkan 15 buah bot yang memang menjadi satu hasrat apa ni… kita untuk memajukan bukan sahaja Tasik Chini tetapi mengembalikan semula er… Kampung Belimbing sebagai destinasi permulaan untuk melancong ke Tasik Chini tapi malangnya… malangnya dengan aplikasi sekarang, iaitu GPS yang boleh menunjuk arah dan tuju, jalan laluan kita dia tak boleh pergi ke Belimbing, dia akan pergi ke kampung Pelak dan keluar semula ke simpang besar jalan untuk masuk melalui jalan. Jadi sekarang ni saya nak tanya, bagaimanakah cara bagi pihak pelancongan untuk… untuk kita nak alih dia punya GPS tadi memang dah diberitahu kita ke kampung Pelak, jadi bagaimana cara lain yang boleh menyebabkan dengan satu kaedah Kampung Belimbing boleh dimajukan, Tasik Chini pun boleh dimajukan. Okay, terima kasih.
Yang di-Pertua, er… insya-Allah Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kampung Belimbing ada keistimewaannya, kemudian er… ini Tasik Chini ada keistimewaannya. Sebenarnya dia banyak cara Yang Berhormat Yang di-Pertua, bukan setakat kita er… pakai GPS, kita boleh pakai Waze, kita boleh pakai Google dan lain-lain aplikasi yang ada dan yang terbaik sekali adalah untuk kita sebagai contohnya untuk kita apa nama dapatkan perkhidmatan daripada apa yang kita katakan pemandu pelancong. Walau bagaimanapun ya Yang Berhormat Yang di-Pertua kita akan tengok, kita akan ambil ini sebagai satu perhatian nak memastikan bahawa setiap pelancong yang datang ke negeri Pahang ini er… ianya er… akan tahu ataupun mereka tidak akan sesat, dia akan tahu destinasi, di mana destinasinya. Kita telah menyediakan apa ini wanrosdy.com ya, antara satu aduan. Jadi, kalau boleh er… perkara seperti ini dia tanya je, hantar je situ ke wanrosdy.com dan kita akan jawab dari itu, maknanya tak perlu tunggu Dewanlah er… lama. Terima kasih.
Sila Ketari.
Yang Berhormat, terima kasih. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya, soalan tambahan.
Apakah inisiatif dan bentuk bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri er…untuk memajukan sektor pelancongan terutamanya kepada SME ataupun er… pelan usahawan kecil untuk homestay, chalet dan sebagainya. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya juga nak maklumkan bahawa setakat ini kita tidak mempunyai apa-apa inisiatif kerana segala cukai dipungut oleh Kerajaan Pusat, jadi kita tidak ada apa nama inisiatif yang tertentu. Walau bagaimanapun kita nak ucap terima kasih kepada
Kerajaan Pusat kerana mereka telah pun membayar cukai pelancongan kepada setiap Kerajaan Negeri. Kita pun telah pun menerimanya tetapi jumlahnya tidaklah besar tapi cukuplah untuk kita memastikan bahawa kita boleh terus mengekalkan kedatangan pelancong seramai 3… 12 ke 13 juta ini untuk target kita seperti yang dinyatakan oleh soalan wakil daripada Pulau Manis untuk memastikan bahawa menjelang tahun 2020 kita boleh capai target kita yang ada, tetapi walau bagaimanapun Kerajaan Negeri akan sentiasa membantu dari segi er…permohonan tanah dan sebagainya untuk pusat-pusat pelancongan dan bolehlah sebagai contohnya jika sekiranya antara kita yang berminat untuk membina chalet ataupun hotel ataupun apa bentuk sahaja perkara yang terlibat dalam pelancongan, mereka boleh membuat permohonan yang ianya di dalam kuasa Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, tanah sebagai contoh. Lokasi tersebut sebagai contoh jika ianya di bawah er… kawalan Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk kita memberikan galakan kepada pemaju-pemaju pelancongan. Terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Tras, okay.
Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya tahu berapa cukai pelancongan yang dibayar balik oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Pahang?
Untuk 6 bulan pertama er… kaedahnya adalah begini Yang Berhormat Yang di-Pertua, 50-50. Kerajaan Negeri akan mendapat 50% dan Kerajaan Pusat akan mendapat 50% dan untuk 6 bulan pertama ini bayarannya adalah sebanyak kita memperolehi sebanyak RM7.8 juta untuk 6 bulan pertama dan mungkin 6 bulan kedua kita mungkin lebih lagi tetapi untuk kita meningkatkan lagi ya er… pendapatan kita dari segi cukai ini kita sama-sama mempromosi negeri Pahang ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan berikut. Saya jemput wakil daripada Tahan.
Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 3.
[Negeri Pahang merupakan destinasi pelancongan yang mendapat tempat di hati pelancong dari dalam dan luar negara. Antara tarikan ialah keistimewaan makanannya seperti Ikan Patin Masak Tempoyak. Oleh kerana itu;
Berapakah jumlah sebenar penternak ikan air tawar seperti patin dan tilapia di negeri Pahang mengikut daerah?
Apakah bentuk sokongan atau insentif yang telah dan akan diberikan kepada penternak ini?
Apakah perancangan bagi menangani masalah harga makanan ikan yang tinggi pada ketika ini dan ianya membebankan para penternak?]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Nampaknya isu ataupun topik pelancongan ini begitu popular sekali hingga ke soalan yang berikutnya pun ada kaitan dengan dengan pelancongan. Terima kasih er… Yang Berhormat er… sahabat saya daripada Tahan yang menanyakan soalan iaitu Pahang kini menjadi satu destinasi pelancongan yang menarik khususnya bagi pelancong-pelancong yang inginkan menikmati makanan Pahang yang berasaskan masakan tempoyak err… ikan patin dan juga ikan daripada ikan air tawar, jenis ikan air tawar.
Jadi bagi menjawab soalan pertama berapakah jumlah sebenar penternak ikan air tawar seperti patin dan tilapia di negeri Pahang mengikut daerah? Jadi jawapannya sehingga kini jumlah penternak ikan air tawar yang didaftarkan di bawah Jabatan Perikanan Negeri Pahang adalah semuanya berjumlah 1509 penternak iaitu pecahannya mengikut daerah. Pertama Bentong ada 27 orang, Bera 172 orang, er… Jerantut 221 orang, Lipis 77 penternak, Kuantan 39, Maran 53, Pekan 408, Raub 55, Rompin 9 orang dan Temerloh 448. Semuanya jumlahnya 1509 penternak.
Bagi menjawab soalan yang ke-2, apakah bentuk sokongan atau insentif yang telah dan akan diberikan kepada penternak ini? Bentuk insentifnya ialah penternak ini akan diberikan dalam 2 bentuk iaitu satu bantuan input seperti makanan ikan, benih ikan,peralatan sangkar dan juga sangkar melalui Sistem Khidmat Sokongan Akuakultur ataupun SPeKS (SPeKS) ringkas dan er… dalam tahun 2018 sebanyak RM689,170 telah disalurkan yang melibatkan 40 orang penternak yang menerima bantuan tersebut. Manakala yang keduanya bantuan-bantuan lain ialah dari segi bantuan khidmat nasihat dan latihan di situ yang akan dijalankan oleh pihak jabatan kepada penternak-penternak dan yang ketiganya apakah perancangan bagi menangani masalah harga makanan ikan yang tinggi pada ketika ini yang membebankan penternak?
Sebenarnya dia makanan ikan ini dia ada 2 kategori, 2 jenis. Satu untuk yang er… dinamakan sebagai starter. Starter ini untuk anak ikan yang kecik tu antara er… kurang daripada 2 bulan kita panggil starter, dia bagi makanan itu untuk dia hidup dan yang keduanya ialah grower daripada 3 bulan ke 7 bulan untuk dia membesar dan asasnya dia menggunakan sumber makanan utama penternakan, ini berasaskan daripada sumber-sumber haiwan. Dia protein, maknanya kita jenis protein.
Jadi sekarang ini memang masalah kerana apa sumber-sumber ini dia mahal daripada er… dia ambil daripada haiwan, maksudnya ikan… ikan-ikan yang tiada commercial value (ikan baja) semua sebagainya digunakan jadi kosnya tinggi dan antara langkah-langkah yang diambil untuk maklumanlah kalau sekiranya harga makanan ini untuk grower ini… untuk dipanggil starter sahaja RM78.00 satu beg
yang 20 kg, 20 kilo ya RM78.00. Untuk yang grower ini kosnya lebih kurang dalam RM75.00 er… untuk beg yang 20 kilo bagi yang grower dan er… antara kajian yang telah dibuat oleh pihak penyelidik ialah untuk mencari alternatif, sumber alternatif menggunakan tumbuh-tumbuhan macam hampas soya er… dan lain-lainlah. So, setakat ini masih lagi iaitu makanan er… yang dibuat secara pallet berasaskan kepada er… sumber haiwan ini masih merupakan makanan yang menjadi er… sumber utama kepada pertumbuhan er… ikan-ikan ini.
Jadi er… usahanya sedang dibuat insya-Allah maknanya dan kita mengharapkan ada pihak-pihak berwajib iaitu Kerajaan Pusat oleh kementerian dan juga institusi-institusi er… pendidikan dan penyelidikan akan membantu untuk er… menangani isu ini. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya, Tahan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya nak bertanya adakah Kerajaan Negeri ada bercadang untuk er… menjadikan negeri Pahang sebagai hub pengeluaran er… pengeluar makanan ikan dengan kita, orang panggil menubuhkan kilang pemprosesan makanan ikan yang mungkin kita boleh libatkan mana-mana GLC yang ingin melabur ataupun pelabur-pelabur luar yang bukan setakat kita boleh er… memberi er… orang panggil harga murah kepada penternak yang telah ada di dalam negeri kita, mungkin juga boleh kita jadikan sebagai tambahan kepada hasil negeri. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Alhamdulillah er… soalan tambahan daripada YB Tahan tadi amat er… baik dan bernas dan ianya selaras dengan er… titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang pada hari semalam iaitu er… menyarankan Tuanku menitahkan supaya Pahang ini dapat dijadikan sebagai hub sektor pertanian ya, bagi menjadikan ia er… sebagai hub dan sudah tentu er… antara aspek-aspek yang perlu kita teliti ialah apakah sebenarnya peluang-peluang yang wujud?
Alhamdulillah yang sebenarnya untuk makluman baru-baru ini Yang Amat Berhormat Dato’ Sri, er… Menteri Besar, er.. isteri saya dan juga rombongan telah membuat lawatan teknikal ya, ke negara Belanda dan Belgium untuk meneliti peluang-peluang bagaimana er… benchmarking negara yang er… saiznya besar sikit daripada Pahang, besar sikit daripada Pahang kita. Er… Belanda ini besar sikit daripada Pahang tetapi er… dia punya hasil, revenue yang diperolehi daripada sektor pertanian berjumlah lebih kurang dalam USD320 billion. Maknanya USD320 bilion American er… Dollar sedangkan saiznya besar sikit pada Pahang nombor 2 di bawah sikit… ataupun di bawah pada Amerika la. Amerika masih lagi merupakan negara yang ulung, yang er… mempunyai pulangan ataupun hasil pertanian yang
paling tinggi dalam dunia. Jadi banyak kaedah-kaedah, sistem-sistem yang kita pelajari, kita lihat, kita teliti dan peluangnya ada, insya-Allah.
Sebab itu dalam konteks ini atau saranan er… Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kita juga akan melibatkan kemungkinan pelabur-pelabur yang berminat beserta dengan syarikat-syarikat kerajaan jadi er… Yang Berhormat sebutkan pasal Pahang Corporation ini kita teliti bagaimana kita nak optimakan peluang-peluang ini kerana yang menariknya di Belanda ini ialah dia tidak pernah menyalahkan ini orang kata keadaan la, nature. Dia kata, dia er… satu pertiga daripada negara dia bawah paras laut. Jadi er… kalau air pasang je sebahagian besar daripada negara dia banjir la malahan er… kejadian banjir yang berlaku menyebabkan lebih daripada berapa ribu orang mati. Dia tengah tidur malam sekali air pasang besar er… ramai yang terkorban.
Susulan daripada itu, mereka telah merancang dikatakan nothing is impossible. Dia akan atasi sebarang halangan jadi insya-Allah dengan semangat itu er… saya yakin dengan er… input-input daripada rakan-rakan Ahli Dewan Yang Mulia ini di kawasan masing-masing kita tengok, kita gabungkan nanti, kita akan rangka dan di antaranya ialah memang makanan bukan sahaja ikan, haiwan, makanan haiwan, makanan ikan yang buat masa ini tidak dapat, dia tidak ada kawalan. Ini akan merupakan peluang-peluang baru yang boleh kita terokai insya-Allah er… saranan daripada rakan saya daripada ADUN Tahan yang tadi sebenarnya memang dalam er… antara dalam perancangan blueprint kita yang kita akan er… rangkakan insya-Allah untuk dilaksanakan demi untuk er… kemakmuran negeri Pahang dan insya-Allah juga, negara Malaysia yang tercinta ini. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya, Yang Berhormat Cheka. Ya, Cheka ya. Saya nampak Yang Berhormat angkat tangan, ingat nak… Yang Berhormat berdiri cukup tadi, tak payah angkat tangan la, Yang Berhormat. [ketawa]
Boleh kemukakan soalan tambahan?
Boleh oh… boleh. Sila.
Terima kasih. Ikan air tawar memang satu keistimewaan pada negeri Pahang tapi apabila kita makan masakan ikan air tawar itu kita rasa kualitinya berbeza. Jadi soalan saya, ada tak pihak berkuasa mengadakan satu sistem atau ka… satu kaedah untuk mengawal mutu er… ikan air tawar itu supaya mutunya terjamin dan apabila kita sebut je ikan air tawar dari Pahang itu memang mutunya terjamin. Terima kasih.
Terima kasih er… Yang Berhormat Yang di-Pertua. Ini… ini satu cadangan yang cukup bernas daripada sahabat saya daripada Cheka. Saya mengakui bahawasanya standard er… makanan ini adalah satu perkara yang er… amat sukar untuk kita tetapkan kerana disebutkan misal contohnya sambal hitam, sambal Pahang.
Kalau sambal Pahang daripada misal contohnya daripada Pekan ada buat eh, daripada Rompin akan berbeza dengan sambal ini… sambal hitam kita daripada Chenor kan, daripada… misal contoh Budu, Benta ataupun daripada er… apa nama Tanjung Gahai, waima daripada Kampung Bintang jadi dia berbeza tetapi inilah keistimewaannya. Kita er… sedang nak menetapkan supaya ianya ada standard yang tidak terlalu jauh misal contohnya ini YB ya, er… kita lihat misal contohnya ini apa nama masakan tempoyak. Sekarang ini Alhamdulillah Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita lihat dulu kita tak pernah terfikir tempoyak yang dimakan di kampung-kampung, sekarang ini sudah jadi satu hidangan yang mempunyai commercial value yang tinggi. Kalau dulu dia tengok… sebut ini… ini.. ini… tempoyak ini orang Pekan tak makan. Contoh la… contoh la… dulu la kan ini dulu dulu. Er… Ikan patin pun tak makan mana tak makan ikan… ikan sungai ikan orang ulu ini dia kata.
Tapi sekarang ini yang menjadi rebutan Dato’ Sri Yang di-Pertua, orang Kuala Lumpur. Orang duduk di Kuala Lumpur, orang Kepong berduyun-duyun pergi ke Patin House di apa nama Jalan Yap Kwan Seng di Kuala Lumpur ataupun er… di di apa nama Gobang di er… bukan di Temerloh sahaja di… Temerloh.. ni main Kuala Lumpur. (ahli Dewan ketawa). Temerloh tu iya la tu er… Rampai, Sri Rampai, Sri Rampai. Ini Ana Ikan Patin di er… Mutiara ini Damansara er… Mutiara. Haa… er… ya, Bandar Baru Bangi, Ana Ikan Bakar. Jadi Dato’ Sri, masalah dia ada yang pergi makan itu dia tengok, eh dia ni berbeza dengan apa yang dia makan di restoran yang ada di… di misal contoh di Lipis, di Chenor, di Temerloh, di Jerantut kan, di Padang Tengku, di Gua, di Relong contoh la kan.
Jadi kita insya-Allah saya rasa Dato’ Sri, dengan kerjasama daripada ini er… sahabat saya er… daripada Pulau Tawar, jadi kita ini kita panggil usahawan-usahawan ini dengan pelancongnya, sahabat saya ini Exco Pelancongan yang sampai ke Kazakhstan, Rusia… rata ini esok. Kita akan promosikan sampai ke… mungkin Denmark, Norway sebab sana ada ikan Salmon. Ikan-ikan yang anu… kita kabor masuk tempoyak. Bila dia makan nanti, dia akan terkejut bila ada je Scandinavian ataupun negara-negara Scandinavia, Dato’ Sri yang akan buat dia panggil tempoyak. This is a special durian dia kata… the king fruit. Alhamdulillah, jadi ini yang kita nak…
Mohon mencelah, mohon mencelah.
Kemayan minta mencelah. Sila.
Boleh?
Insya-Allah, okay.
Saya tertarik pasal ikan patin tempoyak nak dieksport ke luar negara. Pernah tak pihak kerajaan jumpa er… salmon masak tempoyak di Belanda (ahli dewan ketawa).
Dia baru ini… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua… terima kasih ni… rakan daripada Kemayan. FAMA baru ni dia datang dia buat courtesy call, dengan izin ya, saya dan menunjukkan produk-produk FAMA. Antara produk FAMA yang dibotolkan ialah tempoyak yang telah pun dilumatkan di… apa nama… dia dah blend semua sekali dah taruk apa nama ni… lada dan sebagainya dia dah siap dah, umpamanya kalau kita ambil tu, kita nak buat terus masakan, dia boleh terus digunakan untuk masakan Dato’ Sri. Jadi… dan dia botolkan, botolkan dengan botol, penampilan brandingnya dengan packaging dengan yang cukup menarik dan saya yakin ianya boleh dipasarkan kerana apa? Baru-baru ini satu sorang chef telah menggunakan… sila.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada rakan saya daripada ADUN Benta, saya nak cakap sikit je pasal tempoyak ni. Di dalam Mesyuarat ECER dua bulan yang lepas, pihak ECER telah membuat budu… pede, budu ini kalau nak tau asal nama dia boleh jumpa saya dalam kamar, bu tu dari mana, du daripada mana, pede pun boleh juga dan budu ini telah dieksport ke luar negara dan mendapat permintaan yang cukup tinggi.
Jadinya di dalam mesyuarat tersebut saya telah minta ECER kaji buat kajian, kaji selidik dan sebagainya bagaimana nak buat tempoyak ni, mungkin dia buat dalam bentuk dia colgate… dalam bentuk colgate, budu dia buat dalam bentuk colgate, jadi bila dia tekan dia perah keluar macam budu betul, rasanya sama je dengan yang kalau kita beli di Kelantan. Jadi tempoyak ini pun saya minta ECER buat kajian dan insya-Allah kalau sekiranya berjalan dengan elok mungkin tempoyak ini kita pun akan eksport ke luar negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Yang Berhormat.
Saya nampak kemungkinan ada… sebab apa di Amsterdam baru ni Yang Amat Berhormat Dato’ Sri, saya maklum, di sana ada restoran yang diusahakan oleh seorang pengusaha daripada Sungai Lembing. Dia ada kedai dia… Sungai Lembing dia er… dia… dulu berhijrah ke Amsterdam mengikut abang dia dan dia mengusahakan restoran, restoran Malaysia, dia tulis di situ Restoran Malaysia tunjuk semua sekali, ada tanda halal, ada halal certification dia buat. Dia seorang ni… ni... pemuda cina dia… nama dia, dia panggil Buddha, nama dia. Jumpa dia dan dia buat masakan dan saya kata “you ni nanti boleh masak semua ni?” Dia kata boleh. Kalau sekiranya macam dibotolkan masalah dia kalau nak bawa tempoyak dalam bentuk anu tu kus semangat. Er… saya sebab saya teringat dulu masa saya belajar ni mak saya dia bekalkan yang tempoyak hat ni semua dengan er… kicap dan sebagainya dengan ikan kering. Jadi bila bawa dalam beg tu, naik keretapi, dia punya bau tu… kita tak bau, tapi orang putih dia hidu bau tu, dia tengok tu dia terkejut. Dia cari dalam tu, dia tengok muka saya dengan… dia tengok, saya pun akhir sekali saya berpakat kata moh la, kita tinggal beg di sini kita cari ni… coach lain. Duduk sebelah.
Jadi maknanya masalahnya ialah untuk membawa kita punya sumber-sumber, bahan-bahan ni. Kalau sekiranya dia diisi dalam misal contoh bekas yang tidak er… ni yang tidak kuat tutup dia akan berbau tetapi saya yakin bila dia botolkan tu, dia kemaskan, ianya boleh dihantar ke mana-mana merata mungkin Donald Trump, Presiden Amerika pun satu hari dia makan what is this?…this is very good, sebab kalau dia boleh makan mayonis, boleh makan ini apa nama… sos-sos yang lain macam Yang Amat Berhormat Dato’ Sri sebutkan tadi budu yang masuk dalam pes dia macam colgate tu ya, Dato Sri dia pes tu, ada, even dekat Sunderland, saya tengok budu dalam botol ada. Jadi ianya tidak mustahil rakan saya… saya mohon rakan saya Exco Pelancongan tolong buat promosi.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Cuma sedikit je saya nak bagitau tentang er… tempoyak ni Pahang berjayalah kita buat branding kita, iaitu tempoyak antara makanan kemudian sambal hitam dan juga dan satu lagi Musang King. Ini di antara produk yang bila orang sebut je produk tu orang akan ingat Pahang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kalau orang tanya ini ikan tempoyak daripada Perak, orang tak makan, ikan tempoyak daripada Kelantan tak makan. Saya ada sekali Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua pergi ke pilihanraya kecil di Gua Musang, singgah ada tempoyak, kita pun nak rasalah orang makan ikan tempoyak orang Kelantan. Tanya ini tempoyak mana? Ini tempoyak Pahe, maknanya dia pun cakap ikan tempoyak Pahang juga.[ketawa]
Pahang sedap lagi.
Ya Pahang juga, maknanya ini antara branding yang cukup berjaya untuk kita apa namanya… kita ketengahkan dan kita harap supaya apa tu… Jawatankuasa Pertanian akan buat inovasi-inovasi yang baru Yang Berhormat Yang di-Pertua. Ini
untuk makluman semualah, sebab itu sekarang ni tempoyak ini er… apa, patin tempoyak ini dah jadi satu fenomena baru dalam pemakanan di Malaysia ini.
Soalan tambahan.
Ya, sila Yang Berhormat.
Apabila sebut tentang memajukan penternakan ikan air tawar itu, kita harapkan, bukan sahaja kita meningkatkan permintaan pasaran tempatan, malah kita ada wujudnya permintaan pasaran luar negeri. Jadi saya ingin tahu ada tak kita adanya permintaan dari luar negeri tentang ikan air tawar kita?
Dato Sri,
Ikan patin… kira ikan patin biasa je sekarang ni RM17, RM18 sekilo, ini pekan sehari ni. Jadi… itupun kalau lambat sikit je pergi, tak cukup. Patin buah… patin buah yang dalam sangkar saya ingat dia pergi menjangkau sampai RM60 sekilo,tinggi. Talapia pun atas sikitlah, kalau kiranya patin dalam RM17, talapia mungkin dalam RM20 dan permintaan di peringkat er… ni tempatan ni memang tinggi, sebab tu tak sempat kita orang kata nak mengeksport. Kita… misal contoh kawasan saya di Benta kan mengimport ini ikan patin daripada Temerloh ha… makna Temerloh mengeksport ikan patin luar daripada daerah tu.
Kalau tengok Pekan pun begitu juga. Tapi dalam kontek ni er…sebenarnya inilah maksudnya demand permintaannya tinggi, hinggakan kita tidak dapat menampung permintaan dalaman dan ianya er… menjadi satu er… peluang yang cukup baik bagi agroprenuer-agroprenuer muda kita. Sebab itu dalam kontek ini insya-Allah, Kerajaan Negeri akan terus menganjurkan program-program dengan kerjasama daripada semua pihak termasuk daripada pihak Kementerian yang menyediakan geran-geran dari bantuan-bantuan yang er… khusus untuk er… mempastikan food security kita ni khususnya sumber protein ya, ikan ni ialah sumber protein yang baik dapat disediakan kepada rakyat jelata, Insya-Allah.
Dalam kontek ini saya sekali lagi menyeru kepada rakan-rakan Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini supaya dapat kita bersama ya, kita tampilkan, kita tonjolkan satu blue print masterplan untuk kita jadikan Negeri Pahang ni seperti saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang dalam Titah pembukaan Dewan semalam jadikan Pahang ni sebagai hak utama. Insya-Allah di negara kita Malaysia ini dan kalau kita boleh kembangkan er… di peringkat ni… rantau, Tenggara Asia dan Asia, insya-Allah. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat, kita pergi ke soalan berikutnya, saya jemput Wakil dari Sabai.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya soalan yang ke-4.
[Adakah Kerajaan Negeri memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah di negeri Pahang? Jika ya,
1.1 Berapakah nilai peruntukan yang akan diberikan kepada:
a. Sekolah Kebangsaan. b. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. c. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil?]
Ya, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan jawab soalan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mewakili bagi pihak wakil Kerajaan menjawab soalan 4.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Untuk menjawab soalan ini sememangnya Kerajaan Negeri tidak memberi apa-apa peruntukan khas kepada sekolah-sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kerana er... peruntukan pentadbiran dan penyelenggaraan sekolah-sekolah ini adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Namun begitu Dato’ Sri Yang di-Pertua, banyak sekali sumbangan-sumbangan telah diberikan oleh Kerajaan Negeri melalui bukan sahaja Yayasan Pahang, tetapi peruntukan khas yang Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Dewan Undangan daripada Kerajaan Barisan Nasional Negeri Pahang ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Walaupun mutakhirnya akhir-akhir ini banyak sekolah agak takut nak menjemput wakil-wakil Kerajaan Negeri kita ni untuk datang ke sekolah tetapi kita masih lagi berani untuk menyalurkan sumbangan khususnya untuk program-program dan aktiviti-aktiviti kepada anak-anak sekolah kita. Terima kasih Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, kita pergi kepada soalan berikutnya. Saya jemput…
Soalan tambahan…
Ya.
Soalan tambahan, boleh?
Saya ingat oleh kerana Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pelajaran dan Kesihatan…
Kalau tak boleh soalan tambahan, saya nak tanya kalau boleh ulas daripada Sabai. Saya tanya kepada Sabai, boleh?
Saya ingat tak perlu Yang Berhormat… Tak perlu tanya Yang Berhormat…
Boleh?
Dia pun tak tahu tu saya ingat…Mungkin…
Tak… saya, saya… senang je Dato’, Dato’ di-Pertua,
Ya, ya.
Dato’ di-Pertua,
Ya.
Saya rasakan Sekolah Kebangsaan Cina, Sekolah Kebangsaan Tamil adalah sekolah bantuan modal, ya. Jadi, saya rasakan peruntukan yang kita salurkan, kerajaan salurkan kepada sekolah-sekolah Cina dan India terutama sekolah Cina, bagi saya… kita seolah-olah kita menghalang perpaduan. Saya setuju kalau pihak kerajaan tak boleh ulas, minta tolong pandangan daripada Sabai. Pasal saya tengok, sejauh ini 60 tahun kita dah merdeka, boleh katakan hampir 90% pelajar-pelajar daripada sekolah cina tak fasih bahasa melayu, ya. Sedangkan dia orang menganggapkan dia orang ni sebahagian warganegara Malaysia tapi masih lagi kita tengok macam seolah-olah berkelakuan seperti pendatang. Minta maaf cerita ya, minta maaf. Jadi, saya rasakan kalau lebih banyak peruntukan disalurkan, lebih
kuatlah kita menghalang perpaduan. Itu maknanya… kalau boleh minta Sabai pandangan Sabai, silakan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Yang Berhormat, Yang Berhormat, sila duduk, duduk Yang Berhormat, duduk. Kita dalam sesi soalan dan jawapan. Soalan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat backbencher, jawapan daripada pihak kerajaan. Jadi, kalau pihak backbencher bertanya kepada backbencher juga, saya ingat ini tak ada maknanya dalam Dewan Yang Mulia ini. Tidak ada yang tahu barangkali tentang portfolio hal-hal yang berkaitan dengan bidang masing-masing. Jadi, saya kira soalan ini tak perlu dijawab dan tak perlu ditanya.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, kalau tak tetapi apa yang…
Yang Berhormat Bilut… Yang Berhormat Bilut sila duduk. Sila duduk, sila duduk.
Dibangkit oleh oleh ahli daripada…
Yang Berhormat Bilut… sila duduk. Saya tahu saya tahu, boleh duduk. Saya kira tadi tak perlu penjelasan kerana Yang Berhormat bersama Yang Berhormat bertanya. Kita di sini dalam sesi menjawab dan bertanya daripada pihak backbencher kepada pihak kerajaan…
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Ini sudah berlawanan dengan aturan mesyuarat kita. Sabai duduk Sabai. Jadi, untuk meneruskan… saya pun dah rasa lapar sekarang ni, jadi saya kira pertanyaan tadi bukannya tak betul dan tak boleh tapi tak sesuai dengan aturan urusan mesyuarat kita. Jadi, saya beredar kepada soalan berikutnya. Sila ADUN dari Triang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon kemukakan soalan ke-5.
[Adakah kerajaan merancang untuk membina jalan bypass atau jalan alternatif dari bandar Bera ke bandar Triang?]
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua dan terima kasih juga Wakil daripada Triang yang bertanyakan soalan berkaitan dengan jalan alternatif daripada bandar Bera ke bandar Triang.
Untuk makluman Sidang Dewan yang dihormati sekalian, Pejabat Jurutera Daerah JKR Bera telah memohon untuk kerja ini dalam Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu bagi membina jalan alternatif daripada bandar Bera ke Triang dengan projek yang dinamakan cadangan jalan dari Hospital Bera ke Jalan Bukit Menteri. Ianya menjadi alternatif bagi mengurangkan kesesakan di bandar Kerayong. Walau bagaimanapun, sehingga kini, peruntukan tersebut belum diluluskan dan pihak JKR akan terus memohon bagi mendapatkan peruntukan ini dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Sila.
Soalan tambahan.
Tambahan ya.
Untuk cadangan jalan alternatif dari Hospital Bera melalui Menteri ke bandar Triang, apakah anggaran jumlah peruntukan yang diperlukan dan sekiranya ini tidak diluluskan, adakah ada cadangan lain daripada pihak kerajaan supaya dapat menyelesaikan kesesakan yang semakin serius? Terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Pihak JKR menganggarkan projek ini akan memakan kos lebih kurang RM22 juta untuk jalan sepanjang 3 kilometer. Berbalik kepada soalan kedua Yang Berhormat Triang, selain daripada jalan ini, pihak JKR juga mencadangkan untuk membina satu lagi jalan daripada Kampung Kerayong Selatan ke Triang Sentral sebagai alternatif kepada jalan yang sedia ada. Projek ini dijangka memakan kos RM15 juta untuk jarak perjalanan 4 kilometer, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan berikutnya. Wakil Damak.
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.
[Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi mengekang budaya ‘rempit’ di kalangan belia pada hari ini?]
Dato’ Pengerusi Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada ADUN Damak. Kerajaan Negeri sangat prihatin melalui pihak PDRM sentiasa menjalankan penguatkuasaan secara berterusan bagi membendung gejala samseng jalanan ataupun rempit menerusi operasi dan kempen kesedaran yang dijalankan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta di sekolah-sekolah termasuk juga kempen-kempen di dalam mukim-mukim di dalam daerah serta penglibatan JKKK untuk kesedaran tersebut. Dan untuk makluman Sidang Dewan juga, jumlah saman atau operasi samseng jalanan oleh pihak Polis Diraja Malaysia melibatkan antaranya ialah lesen ya, kalau tengok pada tahun 2018, sebanyak 2,196 kesalahan memandu tanpa lesen.
Begitu juga cukai jalan ya, pada 2018 melibatkan 1,420 penunggang bawah umur. Kita ambil tahun 2018, seramai 21 orang tidak menampal sticker L seramai 68 orang, tidak mengenakan ataupun menggunakan topi keledar sebanyak 1,257 orang, ekzos yang diubah suai sebanyak atau seramai 1,172 orang, nombor plat sebanyak 2,571, cermin sisi sebanyak 1,228 dan lain-lain sebanyak 2,397 kesalahan yang telah direkodkan. Dan jumlah kempen kesedaran yang dilaksanakan oleh pihak PDRM merujuk kepada bulan Januari sehingga Disember 2018, di sekolah sebanyak 85 kempen kesedaran, IPTA/swasta 12, jabatan kerajaan 8, syarikat swasta 4, kilang 6 dan tempat awam 38.
Untuk makluman Sidang Dewan juga, pihak PDRM antara lainnya juga melaksanakan policing community di daerah-daerah dan perkara ini sangat berkesan di mana hubungan antara pihak polis dan juga masyarakat bekerjasama menjadi mata kepala kepada pihak polis untuk melaporkan bukan sahaja jenayah tetapi juga bersabit dengan rempit ini.
Saya teringat baru-baru ini, sebagai contoh saya pergi ke Jengka ya, merasmikan sukan ataupun Fun Ride dan Fun Run ya, pihak polis di Jengka sebagai contoh mengadakan operasi menahan mat-mat rempit ini terutama sekali di depan UiTM, di depan Hospital Jengka. Er… ini antara operasi-operasi yang diadakan di dalam daerah-daerah di seluruh negeri Pahang.
Begitu juga dengan operasi yang dijalankan oleh pihak JKJR, kempen keselamatan jalan raya juga memberi satu kesedaran kepada pihak penunggang motosikal khususnya juga kepada kesedaran oleh mat-mat rempit ini dan saya dalam Sidang Dewan Yang Mulia ini juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak swasta, NGO yang mengadakan kempen-kempen kesedaran dengan kerjasama pihak polis dan sebagainya. Sebagai contoh di Jerantut… mengadakan Jerantut Bike Week ya, err.. .meletakkan tag line no rempit go green.
Err… begitu juga err… dalam sambutan Hari Belia Negara Negeri Pahang ya, beberapa taklimat juga telah kita mohon untuk diberikan oleh pihak PDRM, dan
termasuklah perempit-perempit ini ya, kita jadikan dia sebagai icon untuk memberi ceramah kepada anak-anak muda mat rempit yang telah ditahan oleh pihak polis. Pendek katanya bahawa, PDRM sentiasa membuat penguatkuasaan dan juga memastikan bahawa gejala mat rempit ini di bawah kawalan supaya tidak err… menyusahkan lalu-lintas dan membahayakan nyawa anak-anak muda ini.
Dan saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PDRM kerana err… sepanjang pemeriksaan atau pun err… operasi yang dijalankan, di… sama ada di jalan persekutuan ataupun jalan luar bandar, serta mukim-mukim ini, telah mendapat respond yang baik dan err… saya juga ingin berkongsi pengalaman dengan ADUN Damak. Saya sendiri pun pernah mengumpulkan anak-anak muda rempit ini dan saya tubuhkan whatsapp group di kalangan mat-mat rempit ini. Dan saya tengok dia orang ni, 24 jam tak tidur, ya. Semua berbual, semua mat rempit punyak cerita. Jadi alhamdulillah, kita ni tidaklah dapat mengawal seluruhnya, tetapi kita boleh bagi sedikit sebanyak nasihat err… kepada mereka, dan kadang-kadang kita buat jamuan BBQ. Ini sentuhan di kalangan Wakil-wakil Rakyat atau pemimpin setempat ya, untuk makluman err… ADUN Damak dan Sidang Dewan Yang Mulia. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih.
Ketari.
Yang Berhormat Tuan Yang diPertua.
Okay. Ada tak inisiatif daripada Kerajaan Negeri untuk membuat litar lumba yang lebih selamat? Kerana kalau kita lihat, ini mungkin lebih baiklah untuk inisiatif sukan bermotor, dan juga sekarang, saya rasa sekarang ini banyak err… banyak kejadian apa… basikal lajak. Apakah inisiatif atau pun pihak Kerajaan Negeri mungkin boleh lakukan sesuatu tentang sukan basikal lajak berleluasa di kalangan budak sekolah rendah lagi. Ini amat membimbangkan kerana basikal tu tak ada handbrake, jadi mereka kadang-kadang sehingga tengah malam dan sebagainya kita boleh nampak di jalan raya. Dan tentang inisiatif litar lumba yang lebih selamat ini, kerana di kawasan Mempaga err... FELDA Mempaga anak-anak muda di situ, mereka err… pernah memohon untuk membuat err… memohon untuk membuat litar lumba yang lebih selamatlah untuk kawasan mereka sendiri. Jadi mungkin ada pandangan daripada pihak Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab err… pertanyaan oleh ADUN Ketari ni, saya nak tanya ADUN Ketari, apa tu, ADUN Ketari pernah tengok tak mat rempit ni dia punya gaya semasa dia merempit? Boleh cerita pada kami sekejap? Silakan.
Err… ya. Selalu tengok err… gaya Superman dan sebagainya. Banyak gaya yang
dilakukan oleh pihak mat rempit ni dan sebagainya, dan basikal lajak pun mereka banyak gaya juga yang membahayakan.
Yang Berhormat Yang diPertua,
Makna betul lah Rara ni err… apa ni… ADUN Ketari ni, dia memerhati tentang masalah rempit ini. Dia bukan setakat jadi superman dan juga batman dan sebagainya, tetapi yang… yang orang kata, kita tengok sendiri pun bagaimana dia orang masuk brake motor guna tangan. Ha, ini suatu perbuatan yang cukup merbahayalah. Saya ingat di Temerloh pun baru ini, kita adakan Cub Prix ya, adalah salah satu untuk menangani masalah mat rempit ini. Begitu juga, saya ucap terima kasih kepada rakan saya yang datang merasmikan Cub Prix PETRONAS ya, dan berbalik kepada soalan err… ADUN Ketari. Kita di negeri Pahang ni, sebenarnya telah ada kelulusan hampir RM40 juta iaitu Litar Lumba di Jengka 23. Untuk makluman ADUN Ketari ya, dan baru-baru ini kita telah dimaklumkan bahawa projek yang telah diluluskan sebanyak RM40 juta itu, di negeri Pahang err… telah ditangguhkan. Dan baru-baru ini juga, saya difahamkan telah dipindahkan ke negeri Kedah.
Jadi bagi saya, ini satu perkara yang mengecewakan kitalah dan kita berharap Kerajaan Pusat sepatutnya meneruskan er… usaha untuk membangunkan litar lumba ini, kerana sepertimana kita sebutkan tadilah, sekurang-kurangnya mereka ini ada litar lumba untuk berlumba, untuk menghabiskan hobi mereka di situ, dan sebagainya, dalam keadaan yang terjamin dan lebih selamat ya, dan saya mengharapkanlah mudah-mudahan dengan kepimpinan baru Kerajaan PH ini, supaya kalau boleh dapat melihat kembali tuntutan err… di Kerajaan Negeri ini, bahawa memang kita di negeri Pahang ini memang terkenal dengan sukan pemotoran ya.
Sebab itu, bila kita buat sesuatu event pemotoran ni, sehingga sepuluh ribu crowd datang, untuk makluman pihak Yang di-Pertua dan berbalik kepada basikal lajak dan sebagainya, saya sudah bertanya kepada pihak polis bahawa err… basikal lajak ini tidak memenuhi kriteria ata pun kita katakan syarat-syarat untuk digunakan di jalan raya dan sebagainya. Sebab itu, kita lihat basikal lajak ni banyak di pekan-pekan, dan juga di kampung-kampung memang penggunaannya kurang selamat ya. Dan kita mengharapkan supaya kepimpinan dan juga pihak Polis Diraja Malaysia akan terus meneruskan operasi bagi mengawal, dan kita di pihak kepimpinan baik Wakil Rakyatnya, baik pimpinan setempat akan terus memberi err… orang kata khidmat nasihat dan juga tunjuk ajar kepada anak- anak kita ini. Terima kasih Yang diPertua.
Soalan Tambahan.
Ha. Teruntum.
Terima kasih Wakil dari Kerajaan kerana memberi jawapan terhadap masalah mat rempit. Saya juga, terdapat juga mat rempit di LPT. Selalu pada hari Jumaat, Sabtu,
Ahad dan semasa cuti umum. Gaya dia, ha… tak payah tanya, saya Tanya dia dulu. Gaya dia macam spiderman. So, mohon ambil terhadap mat rempit seperti ini yang cukup membahayakan err… yang pengguna LPT yang lain. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang diPertua,
Ya.
Izinkan saya berkongsi sedikit maklumat mewakili Exco belia, kerana perkara ini juga berkaitan dengan kemudahan jalan raya dan juga soal keselamatan di jalan raya. Tadi kita berbincang tentang psikologi remaja, ataupun belia yang menggalakkan mereka ini mengambil cabaran dengan merempit. Di sudut yang lain Dato’ Sri, kita melihat sekarang ini, remaja ini begitu terdedah dengan mudah mendapatkan motorsikal-motorsikal walaupun pada usia yang tidak melayakkan mereka mendapat lesen.
Daripada pemerhatian kita Dato’ Sri Yang di-Pertua, antara masalah utama kemudahan asas di negeri Pahang ini adalah pengangkutan awam di luar bandar. Kalau kita biasa dengar, selalu nasihatkan kepada ibu-bapa supaya tidak membenarkan anak-anak menunggang motorsikal sebagai contoh. Tetapi apa yang berlaku hari ini Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita lihat di kawasan luar-luar bandar, kemudahan pengangkutan awam amat terhad. Ini err… memaksa ibu bapa ini secara tidak dapat tidak membenarkan anak-anak yang peringkat sekolah ini lagi, menggunakan motorsikal untuk ke sekolah dan akhirnya sebab dah biasa pegang motor, maka mereka terdorong untuk melakukan akiviti-aktiviti lain berasaskan motorsikal.
Sebagai langkah Kerajaan Negeri untuk membantu membendung masalah ini, secara tidak langsungnya kita telah mengusulkan kepada Kementerian Pengangkutan melalui Majlis Pengangkutan Negara untuk membuat satu kajian err… sejauh manakah keberkesanan, kecekapan pengangkutan awam di luar bandar. Kerana sebenarnya kerajaan memberikan satu jumlah subsidi yang besar untuk pengangkutan awam. Tetapi malangnya, kita tengok di kawasan luar bandar sekarang ini, susah kita nak dapat bas awam, susah kita nak tengok teksi-teksi beroperasi. Dan selaras dengan itu juga Dato’ Sri Yang diPertua, di peringkat Kerajaan Negeri kita dalam cadangan untuk mewujudkan Majlis Pengangkutan Awam Peringkat Negeri Pahang untuk melihat masalah ni secara bersama. Terima kasih Dato’ Sri Yang diPertua.
Yang Berhormat Yang diPertua.
Ya.
Saya tertarik tadi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun bertanya pada saya, ni, Wakil daripada Teruntum ni, saya nak tanya apa beza dia, dia cakap tadi Wakil daripada, ni sahabat saya daripada Tioman dia cakap pasal batman, superman. Dia cakap Spiderman ni, macam mana spiderman ni? Macamana cara, bentuk spiderman atau motorsikal ke macam mana? Ataupun ini, superman, ha… dia spiderman tu macamana? Boleh tak Wakil daripada Teruntum terangkan bentuk aksi dia tu macam mana?
Er… Terima kasih Wakil daripada Kerajaan. Dia sentuh tangan dengan tangan. Dua orang dia bersaing, dia sentuh tangan, sentuh tangan. Touch sini, touch situ. Depan mata saya.
Itu bukan shaolin ke? [Ahli Dewan ketawa]
Yang Berhormat, ada apa-apa? Yang Berhormat Exco Belia.
Yang Di-Pertua, yang sentuh tangan touching-touching tu saya tak tengok lagi yang tu. Nanti saya akan tengok malam-malam nanti pulak.
Itu berlaku di Teruntum.
Yang Di-Pertua,
Saya mengambil maklum tentang kebimbangan er… ADUN Teruntum dan kita pihak Kerajaan Negeri sentiasa ya perihatin dan terus perihatin melalui PDRM dan pihak-pihak IPTA, IPTS er… dengan er… mengadakan booth-booth kempen kesedaran kepada mat-mat rempit ini dan er… kita perhatikan juga bukan sahaja pihak kerajaan tetapi tengok pihak swasta, NGO-NGO apabila mana buat er… perjumpaan buat booth-booth pameran er… saya melihat tak pernah lah maksud kata PDRM ini sentiasa bersama dengan masyarakat untuk er… mengadakan kempen-kempen keselamatan ini dan tahniah dan syabas kepada PDRM dan saya mendoakan dengan kepimpinan baru KP er… Pahang ya, Ketua Polis Pahang yang baru melapor ke negeri Pahang ini, akan beri suntikan yang terbaik untuk er… perkara berhubung kait dengan operasi penguatkuasaan er… untuk menjaga keselamatan nyawa anak-anak muda kita ini dan juga pengguna jalan raya umumnya. Terima kasih Yang Di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan berikut. Jemput Wakil dari
Tanah Rata.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk kemukakan soalan nombor… nombor 7.
[Sejauh manakah proses penjenamaan semula Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dijalankan? Apakah peranan dan tanggungjawab baru MPKK? Bagaimanakah proses pemilihan dan pelantikan pengerusinya dijalankan?]
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan mengucap banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua yang memberi laluan kepada saya bagi menjawab pertanyaan daripada Tanah Rata. Pertanyaan pertama ialah mengenai proses penjenamaan semula ini JKKK dan juga MPKK. Penjenamaan semula Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung iaitu JKKK kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung MPKK, telah dilaksana dan dipersetujui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun 2018 dan kita bagi pihak Kerajaan Negeri pun er… telah bersetuju dengan cadangan penjenamaan ataupun perubahan nama ni dan untuk makluman sebanyak 542 JKKK dalam negeri Pahang ini telah bertukar kepada nama MPKK.
Soalan yang kedua ialah mengenai peranan dan tanggungjawab baru MPKK. MPKK kini bukan sahaja berfungsi sebagai satu entiti ataupun badan yang merancang dan melaksanakan pelan pembangunan kampung untuk mewujudkan kampung yang maju dan sejahtera, malah MPKK juga berperanan untuk menumpukan aspek kesejahteraan penduduk kampung melalui program-program yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri.
Untuk makluman Dewan, baru-baru ini pun pada 25 Mac 2018, saya dijemput er… iaitu mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kerana pada ketika itu Yang Amat Berhormat Menteri Besar berada di Belanda kalau tak silap saya, untuk merasmikan satu kursus infra yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan dalam program tersebut er… Kementerian dan juga Kerajaan Negeri telah berusaha untuk mengemaskini jentera JKKK di peringkat kampung-kampung dan bagi memperkasakan program ini… kesejahteraan tadi melalui program er… imuniti social, Kerajaan Persekutuan telah pun memberi sebanyak er… RM10,000 kepada tiap JKKK di dalam negeri Pahang ini. Jadi inilah di antara peranan dan tanggungjawab baru MPKK.
Soalan yang ketiga ialah proses pemilihan MPKK. Proses pemilihan dan pelantikan telah ditetapkan bahawa ianya adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bagi negeri Pahang, Pihak Berkuasa melantik untuk Pengerusi MPKK adalah Yang Amat Berhormat Menteri Besar manakala Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa adalah di peringkat Pegawai Daerah di peringkat daerah. Pemilihan saringan untuk jawatan Pengerusi MPKK hendaklah dibuat menerusi Jawatankuasa Pemilihan MPKK Peringkat Daerah dan kelulusan pelantikan perlu diperolehi daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Bagi jawatan Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa MPKK, Pejabat Daerah dan…
Pejabat Daerah akan mengenal pasti dan memperakui calon-calon yang berkelayakan seterusnya meluluskan ini pelantikan. Ini er… sedikit sebanyak panduan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Pahang. Bagi peringkat perlaksanaan di daerah-daerah, proses penjenamaan sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Dari segi peranan dan tanggungjawab baru MPKK, pihak daerah juga telah melaksanakan pelan pembangunan kampung dengan melibatkan komuniti setempat ke arah mewujudkan kampung yang maju dan sejahtera, memastikan buku profil kampung sentiasa dikemaskini, melaporkan isu-isu kampung kepada pihak berkaitan dan melaporkan kepada Pejabat Tanah jika terdapat pencerobohan tanah-tanah kerajaan di dalam kampung serta melaksanakan aktiviti-aktiviti sosial dan kemasyarakatan di kampung. Er… ni di antara peranan JKKK di kampung-kampung yang diselaraskan oleh Pejabat Daerah.
Beberapa penambahan baru iaitu mewujudkan er… pengerusi-pengerusi di peringkat kampung er… dari segi barisan jawatankuasa MPKK di kampung-kampung. Pertamanya Pengerusi, kedua Setiausaha dan ada 11 biro. Biro Pembangunan Pasarana, Biro Ekonomi dan Keusahawanan, Biro Kesejahteraan dan Keceriaan, Biro Belia Sukan dan NGO, Biro Keselamatan dan Kesihatan, Biro Pengurusan Kewangan, Biro Pendidikan dan Inovasi, Biro Pemantauan Spiritual, Biro Kebajikan dan Kesukarelaan, Biro Infrastruktur dan Komunikasi dan Biro Hal Ehwal Wanita dan Keluarga. Inilah di antara er… sedikit sebanyak peranan dan tanggungjawab JKKK di peringkat kampung-kampung dan proses pemilihan pelantikan Pengerusi er… di peringkat daerah ianya bermula daripada Pihak Berkuasa melantik PBN mengumumkan kekosongan jawatan kepada penduduk setempat beserta borang permohonan dan selepas itu calon yang berminat perlu mengisi borang yang disediakan bersama dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
Pemilihan calon dilaksanakan melalui kaedah temuduga, saringan atau lain-lain kaedah yang sesuai oleh Jawatankuasa Pemilihan MPKK peringkat daerah dan selepas pelantikan diluluskan Pihak Berkuasa Melantik perlu menyediakan dan menyerahkan watikah pelantikan kepada pengerusi yang berjaya. Senarai lengkap Pengerusi MPKK yang telah diluluskan dan dimuktamadkan oleh PBN perlu dikemukakan kepada KPLB oleh ini… Kerajaan Negeri. Er… inilah di antara proses-proses yang dijalankan er… di peringkat daerah-daerah. Itu sahaja Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua.
Soalan tambahan.
Tanah Rata.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua,
Memandangkan ada sesetengah tempat masih belum ada lagi pelantikan dan pemilihan untuk pengerusi MPKK, jadi adakah pihak kerajaan… pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan pemilihan terus ataupun kita katanya Pilihanraya Kerajaan Tempatan supaya Pengerusi dan Setiausaha MPKK ini boleh dipilih terus oleh rakyat tempatan? Terima kasih.
Pertamanya mengenai JKKK lah ataupun MPKK yang masih belum diluluskan oleh pihak ni kerajaan. Mungkin maksud daripada Tanah Rata adalah daerah Cameron Highlands. Sebenarnya di daerah Cameron Highlands ni masih tak ada lagi ini JKKK ataupun MPKK. Ada satu cadangan daripada Taman Sedia sebenarnya. Jadi bagi pihak kerajaan menganggap taman tu bukan kampung. Jadi sebenarnya taman tu adalah kampung. Cerita taman ni Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, cerita orang dulu-dulu la. Saya pun suka juga mendengar cerita, kan dulu cerita di Janda Baik oleh Ketari kan, hari ni saya bercerita pulak mengenai taman di Cameron Highlands.
Sebenarnya Kampung Sedia ni, pada peringkat awal ni, ianya ada satu taman yang telah tersedia, yang telah digunakan. Mungkinlah oleh ini… Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar ya, orang…makhluk haluslah. Ha, taman tu cantik. Jadi sebab itulah, kampung tu dipanggil Taman Sedia, taman dah sedia, yang digunakan oleh ini… mungkin makhluk haluslah, orang bunian dan sebagainya.
Jadi pihak Daerah mengangkat, mencadangkan nama JKK tu adalah JKK Taman Sedia. Jadi pihak kerajaan ni ingatkan taman, sebenarnya bukan taman ialah Kampung Taman Sedia. Jadi saya telah minta kepada Pejabat Daerah Cameron Highlands untuk mengemukakan semula permohonan ini bagi pertimbangan Kerajaan Negeri bagi mewujudkan JKK. Dan keduanya dari segi pemilihan ni MPKK ni. Ini telah dipersetujui oleh Jemaah err… Jemaah Menteri Kerajaan Pusat, Kerajaan Federal yang mana pelantikan ni er… telah dibuat sebagaimana saya sebutkan tadi. Makna tidak ada... tidak ada pemilihan. Maknanya Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun, ini Jemaah Menteri, telah bersetuju melantik MPKK sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Maknanya tidak ada pemilihan MPKK. Sekian, terima kasih.
Tahan, Sila. Ya, bagi. Ya, sila.
Saya ingat yang…
Sebentar Tahan, pihak Kerajaan nak…
Masalah yang timbul ni, macam Kampung Taman Sedia ni err… dia boleh memberi konotasi yang berbeza tapi kalau sekiranya pihak Kementerian turun, saya ingat dia boleh menyelesaikan masalah. Macam kita makananlah, kita ada cucur udang, memang cucur udang boleh makan. Kalau cucur badak? Boleh makan dak? Dia tanya cucur badak, macam mana boleh makan badak. Dia kata tak boleh. Tapi bila dia turun dia tengok cucur udang tu begini, cucur badak tu begini. Maknanya boleh makan. Jadi kalau tiap-tiap kementerian, nasihatkan tiap-tiap Kementerian Luar Bandar, pegi tengok taman tu. Maknanya ianya merupakan sebuah perkampungan.
Kalau badak… badak apa ni badak… ber...ber...berendam macam mana?
[Ketawa] Hah… yang tu kita err… Jadi maknanya Yang Berhormat Dato’ Sri hanya perkara ni minta supaya er… MPKK ni penting. Saya ingat perkara-perkara macam inilah yang boleh kalau kita baca. Misal contoh nama, kalau nama hamba Allah tu katalah dia gelaran yang dianugerahkan Tun. Tun anugerah gelaran oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong tapi ada juga ibu bapa yang namakan anak dia Tun terus. Terus bagi je Tun, jadi dia bernama. Eh... dia ni bila dapatnya tapi umur kecik lagi, umur belum masuk sekolah tapi nama dah Tun dah. Jadi begitu Dato’ Sri. Jadi maknanya kalau boleh tu untuk menyelesaikan masalah ni, dia kena turun padang, tengok betul. Nama ni kadang boleh mengelirukan. Janda Baik misal contohnya Urdu, Tanjung Put… sorry Tanjung Putus ni kan, Genting hah. Jadi, Dato’ Sri ya. Terima kasih.
Tahan tadi. Sila, Tahan…Tahan.
Dato’ Sri Yang Di-Pertua,
Soalan tambahan. Saya nak tanya dua perkara kepada kerajaan. Pertama sekali err… selepas daripada diperkenalkan MPKK, err… berapakah elaun yang dibayar kepada Pengerusi MPKK dan yang keduanya apakah elaun itu ada juga tambahan daripada Kerajaan Negeri?
Yang Kedua err… saya difahamkan err… Jawatankuasa MPKK yang dibentuk ada beberapa kerusi ataupun ada beberapa jawatan ataupun kita katakan kerusilah yang perlu diisi oleh Wakil daripada Kerajaan Pemerintahan daripada Persekutuanlah, daripada Kerajaan PH. Soalan saya setakat 11 bulan ini err…. berapakah jumlah MPKK seluruh negeri Pahang yang telah menyelesaikan maknanya kerusi-kerusi ataupun orang panggil AJK-AJK yang perlu diletak mewakili err… penyokong Kerajaan PH? Terima kasih.
Yang Berhormat Yang DiPertua,
Pertamanya mengenai elaun. Setakat ini Kerajaan Persekutuan telah membayar sebanyak RM500 sebulan kepada Pengerusi MPKK dan pihak Kerajaan Negeri masih menimbanglahkan untuk menambah. Bagi penggal yang lepas tu memang kita menambah tapi untuk ni kita masih menimbang untuk menambah ni elaun kepada Pengerusi MPKK.
Keduanya mengenai pelantikan 5 ahli tambahan MPKK oleh Kerajaan Persekutuan ni, ini terpulanglah kepada ini MPKK yang berkenaan. Ada setengah tu ada penambahan 5 tu, ada setengah tu tak ada lagi kerana penambahan 5 orang ni kalau mengikut daripada pekeliling, ianya hendaklah dilantik oleh Menteri. KPLB sebagai Kementerian yang bertanggungjawab akan menghantar senarai nama-nama ahli
yang telah dipersetujui di peringkat Kementerian kepada Kerajaan Negeri. Hah, maknanya kita menunggu nama daripada KPLB dan ada setengah MPKK tu, ada… ada 5 orang tu ada, setengah tu tak ada tapi walau bagaimanapun, ada tak de ke, MPKK di kampung tu tetap mengadakan kerja dia ataupun menjalankan mesyuarat. Terima kasih.
Baiklah.
Soalan tambahan.
Ada lagi?
Bila disebut bahawa 5 kekosongan itu akan dihantar nama oleh Menteri atau Kerajaan Persekutuan bagi menyempurnakan Jawatankuasa MPKK. Saya khuatir dan juga melahirkan sedikit kebimbangan jika sekiranya nama-nama yang dihantar ataupun orang-orang yang memenuhi kuota 5 itu adalah mungkin bukan daripada penduduk kampung tersebut yang tidak memahami situasi dan juga tabiat kampung itu sendiri yang akhirnya saya rasa akan menyusahkan perjalanan dan juga pengurusan MPKK itu sendiri. Wallahu a’alam.
Sebagaimana yang saya maklum, pelantikan Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa sedikit sebanyak adalah dibawah Pejabat Daerah, Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa. Jadi nama-nama tu mungkin disaringlah oleh ini Pejabat Daerah untuk berbincang bagi memutuskan 5 orang itu. Setakat ini, tidak ada masalahlah dengan MPKK-MPKK yang telah dipersetujui sebagaimana yang kita terima tadi kerana ini berpandu kepada Mesyuarat Jemaah Menteri juga, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Oktober 2018 telah bersetuju mengenai pertambahan 5 anggota MPKK yang telah dilantik oleh KPLB. Hah, ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah. Jadi kita ikut je. Yang pentingnya bagi pihak Kerajaan Negeri kuasa melantik dan menamat Pengerusi itu je dibawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar, hak itu. Hak lain tu tambahlah, nak tambah. Kita ngikut je. Itu je Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan seterusnya. Saya jemput Wakil dari Sungai Lembing.
Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua, saya mengemukakan soalan nombor 8.
[Seperti yang kita sedia maklum, KDYMM Al-Sultan Abdullah telah ditabalkan menjadi Sultan Pahang Ke-VI. Rata-rata orang awam telah memuat naik ke
dalam alam maya, facebook, whatsapp dan sebagainya mengenai isu yang agak sensitif serta menghina ke atas KDYMM Al-Sultan Abdullah. Apakah tindakan yang sewajarnya oleh pihak media khususnya pihak kementerian multimedia dalam menangani isu yang berkaitan.]
[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi keizinan kepada saya untuk menjawab soalan nombor 8 dan juga terima kasih kepada rakan saya daripada ADUN Kawasan Sungai Lembing kerana telah mengemukakan soalan ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sistem yang diamalkan dalam negara ini adalah Sistem Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Manakala Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara dengan 13 jadual. Bagi setiap perkara terdapat beberapa fasal yang dijelaskan dengan terperinci bagi garis panduan perundangan dan kepentingan rakyat. Di dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas juga mengandungi beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan. Yang pertamanya, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, yang keduanya kedudukan keistimewaan Raja-raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak, yang keempat kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, yang ketiga, maaf. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan keempat adalah soal kerakyatan.
Yang Di-Pertuan Agong adalah pemimpin tertinggi negara yang memberikan keizinan pembentukan sesebuah kerajaan yang sah, sama ada kerajaan atau pembangkang, dahulu ataupun sekarang, tertakluk kepada perlembagaan ini. Justeru itu, tindakan segelintir rakyat sejak-sejak mutakhir ini, telah banyak begitu menular di bidang sosial, penghinaan terhadap Yang Di-Pertuan Agong adalah sangat membimbangkan kita semua.
Sejak-sejak mutakhir ini begitu banyak laporan-laporan polis telah diadukan dan kita berharap tindakan yang segera dapat diambil oleh pihak Kerajaan. Tindakan oleh rakyat yang menghina Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dengan apa cara dan di mana sekali dilakukan adalah perbuatan dan kelakuan yang buruk yang tidak boleh dimaafkan dan perlukan tindakan yang tegas dan hukuman yang keras kerana ianya telah melanggar Peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan 1948, Kanun Kesiksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah instrumen perundangan yang diguna pakai oleh pihak Kerajaan dalam mengawal selia dan menangani kesalahan di media sosial terutamanya bagi penyalahgunaan yang berupa provokasi, penghinaan atau hasutan untuk menanamkan kebencian terhadap Institusi Diraja.
Secara khusus, penyalahgunaan media sosial melibatkan penghinaan terhadap Institusi Beraja adalah tertakluk di bawah Akta Hasutan 1948, di bawah bidangkuasa pihak PDRM. Bagi Kesalahan di bawah peruntukan undang-undang tersebut, jalinan kerjasama antara pihak PDRM dan SKMM juga telah sedia terjalin termasuk dalam
aspek bantuan teknikal berhubung siasatan forensik digital serta penyelarasan siasatan. Kertas siasatan yang dibuka mengikut Akta Hasutan ini dan segala rumusan atau dapatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut sama ada boleh didakwa ataupun tidak.
Selain daripada itu, tindakan boleh turut disusuli oleh pihak SKMM di bawah Seksyen 233 bagi kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian berasaskan aduan yang diterima daripada masyarakat awam serta pihak yang terkesan, jika disabitkan kesalahan, pihak yang terbabit boleh didenda tidak melebihi RM50,000 dan… atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.
Soalan tambahan.
Sila Pulau Manis.
Dato’ Yang Di-Pertua,
Sehubungan dengan penjelasan tersebut tadi, saya ingin tahu apakah tindakan yang telah atau sedang diambil terhadap peristiwa err… facebook Sabah, Sarawak yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Err… sehingga kini maklumat yang saya terima, untuk Sabah Sarawak ini adalah satu penghinaan terhadap Yang Di-Pertuan Agong di mana ditukar baju sampai jadi singlet dan berbagai-bagai lagi.
Terdapat 209 laporan dan kertas siasatan yang akan dibuka, sebagaimana saya katakan tadi, kertas siasatan akan dibuka dengan kerjasama SKMM akan dibuat. Dan jika terdapat dapatan ataupun rumusan yang membabitkan kesalahan tersebut akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk diambil tindakan lanjut sama ada boleh ataupun tidak. Semuanya bergantung kepada Timbalan Pendakwa Raya. Kalau dia rasa perkara ini amat penting kepada negara, sudah tentu dia akan mengambil tindakan yang cepat dan segera bagi membendung perkara ini daripada berlaku, tapi kalau dia rasa benda ini tak penting kepada Kerajaan ataupun rakyat kerana ia boleh boleh menjejaskan perpaduan rakyat, dia boleh kata ‘kes ini, tidak ada kes’ macam itulah. Maknanya, semuanya terletak pada Kerajaan pada hari ini untuk memastikan sama ada kes ini adalah kes yang penting kepada rakyat ataupun tidak. Terima kasih.
Ya, jemput Sungai Lembing. Err… [berdehem] sila Sungai Lembing.
Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Er… penjelasan daripada pihak Kerajaan tadi er… dapat kita bagi penjelasan kepada masyarakat umum di luar sana yang selama ini menyalahkan err… pihak polis terhadap apa sahaja penghinaan kepada Raja ke, kepada agama Islam ke, kepada bangsa Melayu dan lain-lain.
Jadi kita faham bahawa polis ni menyiasat dan membuat laporan. Lepas siasat, buat laporan, laporan itu akan diangkat ke atas. Jadi dalam hal ini, Tuan Yang di-Pertua, saya mintak kepada Kerajaan yang ada pada masa sekarang ni, Kerajaan PH supaya mengambil tindakan tegas, sebab ini semua akan mencetuskan perkara-perkara yang diluar jangkaan kita pada masa yang akan datang.
Kalau Thailand, orang menghina Raja, 20 tahun kalau tak silap saya, kena hukuman. Mengapa kita, saya nak tahu pihak Kerajaan, setakat sekarang ini apakah tindakan ataupun hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah kepada penghina-penghina Raja ni? Terima kasih.
Err… Tuan Yang di-Pertua,
Err… sebagaimana yang dikatakan oleh rakan saya daripada Sungai Lembing tadi, contohnya di Thailand dinamakan Law Majestic dipanggil kalau… dengan izin Yang di-Pertua. Maknanya hukuman dia, 3 hingga 15 tahun, maknanya kalau kes itu serius boleh pergi kepada 60 tahun. Pada 2017 dahulu, pernah berlaku 60 tahun dipenjarakan dan di sini juga, sebagaimana ada satu kes sebelum ini yang berlaku yang melibatkan nama dia Shamsiah Shamsuddin, makna dijatuhkan hukuman 8 bulan kerana didapati bersalah menghina Yang Di-Pertuan Agong. Antara tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pihak pihak Kerajaan.
Jadi, apa yang kita penting pada hari ini adalah untuk meminta semua pihak, khususnya pihak Kerajaan Pakatan Harapan, supaya dapat memastikan bahawa penghinaan kepada Yang Di-Pertuan Agong ini adalah perkara yang amat serius dan perlu diberikan perhatian oleh semua pihak bahawa kalau kita tidak jaga perpaduan dan keamanan yang kita ada pada hari ini, sudah tentu perkara-perkara yang tidak kita ingini akan berlaku.
Sebagai contohnya, apa yang berlaku pada 13 Mei dahulu. Sejak selepas berlakunya 13 Mei, Kerajaan telah mewujudkan ‘Rukun Negara’. Makna dalam Rukun Negara dia kata, yang pertamanya mesti kita ‘percaya kepada Tuhan’, yang keduanya mesti ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’, dan ketiga ‘Keluhuran Perlembagaan’, keempat ‘Kedaulatan Undang-undang’ dan kelima ‘Kesopanan dan Kesusilaan’.
Adalah semuanya dirumus oleh pemimpin terdahulu untuk memastikan perpaduan dan keamanan ini dapat kita bangunkan semula kerana kerosakan yang telah kita alami akibat 13hb Mei. Makna dalam rukun ini, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita sembahyang ada 13 rukun. Makna kalau kita, satu rukun… kalau satu rukun kita tak laksanakan, makna terbatal ataupun tidak sah sembahyang kita. Begitu juga dalam Rukun Negara, makna kita mesti menghayati dan mengamalkan rukun-rukun ini, kalau tidak, maknanya tidak sah kita, jadi rakyat negara ini. Ha… itu kita penting
kepada kita untuk menghayati dan mengamalkan setiap Rukun Negara yang ada pada… di negara kita pada hari ini. Sekian.
Dato’ Sri Yang di-Pertua… Soalan Tambahan
Soalan tambahan.
Beserah ya.
Terima kasih Yang Berhormat. Dato’ Sri Yang di-Pertua…
Beserah, Beserah.
Saya ingin err… bertanya pihak Kerajaan, adakah semua yang berlaku pada masa ini adalah akibat daripada kelemahan dasar dan polisi Kerajaan yang ada pada hari ini. Kita lihat undang-undang bukan penyelesai masalah, sebab ia semakin ketara pada hari ini, walaupun kita ambil tindakan, laporan Polis dibuat dan sebagainya. Peristiwa dan kejadian ini terus berlaku. Malahan bila dijatuhkan hukuman, baru ni dijatuhkan hukuman ke atas penghinaan kepada Nabi 10 bulan penjara, err… 10 tahun penjara, juga telah dikritik oleh anggota Kerajaan sendiri, kononnya terlalu berat hukuman yang dikenakan. Dan hukuman 10 tahun itu, yang kita berikan juga tidak memberikan kesedaran dan menyelesaikan masalah ini. Maka, masalah yang perlu kita lihat secara total adalah secara menyeluruh adalah dasar dan polisi Kerajaan itu sendiri.
Jadi kalau kita melihat dasar keterbukaan yang melampau ataupun atas asas, atau atas nama hak asasi manusia sehingga menyentuh sensitiviti dan keharmonian sebegini, ianya harus dilihat sebagai satu perkara yang sangat serius dan tidak boleh di…di… ditoleransi err… bukan setakat tindakan undang-undang perlu ada satu mekanisme lain supaya ianya boleh memberikan kesedaran kepada semua rakyat. Kelemahan yang ada adalah kelemahan dasar dan polisi yang dipegang oleh kerajaan pada hari ini. Minta pandangan Kerajaan Negeri.
Tuan Yang di-Pertua,
Kita dapati bahawa apa yang telah kita laksanakan sebelum ini, garis-garis dalam Perlembagaan Persekutuan telah mencukupi untuk kita menjalankan atau menguatkuasakan setiap daripada apa kesalahan yang dilakukan oleh rakyat. Tapi malangnya pada hari ini tindakan-tindakan yang kelemahan yang diambil oleh pihak kerajaan pada hari ini telah membuktikan bahawa rakyat lebih berani untuk
menyuarakan pandangan dan kebebasan bersuara ini tanpa had, jadi telah menyebabkan bahawa kadang-kadang pandangan-pandangan yang diberi itu telah menyentuh akan perlembagaan atau sensitiviti antara perpaduan antara kaum dan juga agama.
Dan sebagaimana yang saya katakan tadi bahawa dalam Perlembagaan setiap rakyat daripada kita patut faham makna setiap Perlembagaan dan juga Rukun Negara, bahawa dalam Perlembagaan telah kita maklumkan atau telah kita nyatakan beberapa perkara ni tidak boleh disentuhkan sama sekali maknanya pertamanya agama Islam. Keduanya kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan juga bumiputera di Sabah dan Sarawak. Perkara-perkara ini adalah perkara yang tidak boleh disentuh sama sekali kerana ia telah dirumuskan sebegitu rupa apabila kita mencapai kemerdekaan.
Jadi sebagaimana yang dinyatakan oleh rakan saya tadi bahawa dasar-dasar yang dilaksanakan pada hari ini oleh Kerajaan Pakatan Harapan adalah sangat lemah, bahawa sampai 200, sampai 300 ada yang dah diberikan kepada Timbalan Pendakwa Raya tidak dapat diambil tindakan dengan wajarnya dan ada kes-kes tertentu kerana kadang-kadang kes itu dibuang sebegitu rupa sahaja. Jadi saya harapkan perkara-perkara ini bahawa kerajaan pada hari ini mengambil serius tentang perkara yang berlaku ini supaya mengambil tindakan sebagaimana yang dilaporkan itu dan mengambil siasatan dan dibawa ke mahkamah untuk diadili dengan sebaik mungkin. Terima kasih.
Ya. Yang Berhormat. Ya Semambu. Satu soalan yang terakhir.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih. Er… saya setuju bahawa er… kalau apa itu tindakan ataupun satu er… keputusan yang tegas perlu diambil terhadap semua-semua kata-kata yang telah melampau, melangkaui batas jadi kita nampak memang ada pemenjaraan 10 tahun yang cukup berat er… yang dihukum kepada mereka yang keluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Tapi malangnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya nampak dalam Dewan ini nampak kita turut ada kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab dalam Dewan ini er… yang sebagai Wakil Rakyat sepatutnya kita mengambil satu tauladan yang lebih baik tapi kita nampak istilah pendatang, kita nampak istilah yang tidak Rukun Negara, tidak memenuhi kriteria Rukun Negara kesopanan dan kesusilaan, ya… kita tidak juga menghormati perpaduan negara jadi minta pandangan Exco dalam kes ini bagaimana kita boleh menjadi tauladan kepada rakyat anak Pahang sedangkan Wakil Rakyat tidak memainkan peranan ini. Terima kasih.
Tuan di-Pertua,
Perkara-perkara seperti pendatang ini perkara biasalah, di mana-mana negara pun kalau kita pergi negara-negara manapun kita juga disebut pendatang. Jadi itu adalah sebagaimana yang kita cakap.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya rasa itu bukan perkara biasa sebab dalam kontek disebut itu pendatang itu apa takrifan itu apa definisi pendatang itu, sebab pendatang itu kita ada pendatang er… dari Myanmar, ada pendatang dari Bangladesh.
Duduk… duduk.
Ya.
Jadi minta laluan dululah oleh Yang Di-Pertua. Kesopanan dan kesusilaan maknanya kita ini sebenarnya rakyat Malaysia ini, orang-orang Melayu kita sebenarnya penuh sopan dan kesusilaan kadang-kadang kita mengikut undang-undang. Contohnya kalau kita ambil kita ada laporan berkenaan dengan Yang Di-Pertuan Agong kita buat laporan, kita tak ambil tindakan dengan turun jalanan, bakar kedai dan sebagainya, kita mengikut kesopanan dan kesusilaan, kita mengikut undang-undang sebagaimana yang telah ditakrifkan dalam perlembagaan kita.
Jadi saya apa yang saya harapkan adalah perkara-perkara di sini tidak kita mengambilnya sebagai satu kita tengoknya daripada aspek yang lain, kesopanan dan kesusilaan makna kita ini sekarang ini mengambil hidup dalam keadaan harmoni, kita jaga keharmonian kita supaya kita tidak mengambil tindakan itu dalam tangan kita sendiri undang-undang, itu yang kita maksudkan Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.
Baiklah kita pergi kepada soalan berikutnya. Saya ingin jemput Wakil dari Jengka.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 9.
[Memandangkan nasib peneroka FELDA masih belum terbela dan Kerajaan Pusat hari ini seolah-olah membiarkan masalah yang dihadapi. Maka apakah usaha yang boleh dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk meringankan beban para peneroka?]
Dato’ Yang di-Pertua,
Memandangkan FELDA dia… saya menjawab solan nombor 9, memandangkan FELDA di bawah Pentadbiran Kerajaan Pusat. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri sentiasa memberi bantuan, sokongan terhadap usaha-usaha yang dilakukan
oleh agensi tersebut. Sebagai contohnya menyelaraskan program-program keusahawanan yang melibatkan peneroka-peneroka FELDA dalam karnival usahawan desa. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga sentiasa membantu usahawan-usahawan di negeri Pahang tanpa membezakan usahawan-usahawan FELDA dan usahawan-usahawan Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Ya. Sila.
Soalan tambahan Dato’ Sri. Er… saya tertarik dengan jawapan daripada Exco iaitu er… Kerajaan Negeri membantu usahawan-usahawan khususnya generasi kedua er… FELDA. Apa yang menjadi masalah hari ini ialah antaranya ialah ada usahawan anak peneroka generasi kedua khususnya mereka ini er… berniaga di kadang-kadang di tanah ladang, di tepi jalan dan sebagainya. Problemnya ialah sehingga hari ini mereka tidak ada bekalan elektrik yang tidak selesai sejak daripada dulu.
Saya ingat masa Dato’ Sri Adnan Yaakob menjadi Menteri Besar dan saya di pejabat itu ada seorang usahawan dia datang ke pejabat saya dengan bawa fail-fail yang berkenaan dan saya tengok ada sain daripada Menteri Besar lama untuk menyokong dia mendapatkan bekalan elektrik namun tak dapat juga. Jadi dia sampai rembas fail itu, hempas fail depan pejabat saya, jadi untuk dan… dan isu ini telah pun disebut dalam Parlimen baru ini oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man er… walau pun HQ FELDA ini telah mengeluarkan er… arahan 2015 kepada pengurus-pengurus FELDA supaya tidak sain mana-mana permohonan untuk mendapatkan elektrik sehingga sekarang Pengurus FELDA tidak berani untuk sain.
Jadi benda itu tersangkut di HQ. Jadi apakah usaha Kerajaan Negeri adakah hendak membiarkan begitu sahaja tanpa ada bekalan letrik kepada usahawan-usahawan peneroka FELDA ini atau Kerajaan Negeri kena berusaha bertindak menolong mereka ini untuk mendapatkan bekalan elektrik yang tidak selesai sehingga hari ini? Sekian.
Yang di-Pertua,
Saya pun mendapat rungutan ramai usahawan-usahawan FELDA yang berniaga ditepi-tepi jalan. Pertama sekali berniaga di kawasan ladang, di kawasan-kawasan FELDA. Kawasan ladang ini Seksyen 4, Akta GSA hanya untuk khas untuk ladang. Tidak dibenarkan untuk berniaga di dalam kawasan-kawasan ladang begitu juga ramai usahawan-usahawan FELDA, anak-anak muda FELDA berniaga di tepi jalan berhampiran dengan ladang sawit FELDA, berhampiran tepi jalan, juga kawasan reserve JKR. JKR tidak juga membenarkan untuk berniaga di kawasan reserve. Pertama di segi bahayanya berada di tepi jalan. Namun begitu ramai mereka datang berjumpa dengan saya terutama kawasan… area kawasan DUN Jengka Ulu Jempol, ada jumpa saya kawasan FELDA Jengka 3 jumpa saya.
Mereka ini berniaga ditempat yang tidak sepatutnya mereka berniaga. Saya merayu kepada mereka, bukan dia merayu kepada saya, saya merayu kepada mereka supaya berniagalah ditempat-tempat yang telah diperuntukkan. Jangan berada di kawasan ladang, jangan berniaga di kawasan ladang, jangan berniaga di kawasan
reserve JKR tapi walau bagaimanapun mereka saya kata pergilah berjumpa sama penjawat… pegawai-pegawai daerah tertentu,daerah-daerah tertentu untuk mendapat bekalan er… air dan juga bekalan elektrik. Sesungguhnya FELDA tidak menyokong, JKR pun tidak menyokong kedudukan premis perniagaan di kawasan-kawasn reserve JKR. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Tambahan.
Kemayan.
Er… antara faktor untuk meringankan er… cara-cara kaedah untuk membaik pulih dan er… bebanan di kalangan para peneroka dah tentulah usaha kerajaan untuk memastikan harga komoditi terutamanya harga sawit, getah berada dikedudukan yang tinggi dan juga saya rasakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Pusat dalam kaedah untuk mengu…berusaha untuk mem…mem…membantu meringankan beban er… beban para peneroka ni termasuklah kempen-kempen telah dijalankan ya.
Pertamanya, penukaran er… minyak sawit kepada biodiesel, ya. Kemudian ada keduanya contohnya kempen minum sesudu minyak sawit sehari. Seterusnya, kempen er… tanam buluh sebagai pendapatan alter… alternatif kepada peneroka. Soalan saya kepada pihak kerajaan, adakah Kerajaan Negeri menyahut seruan Kerajaan Pusat agar kempen-kempen ini dilaksanakan di dan di…di orang kata diperluaskan di negeri kita di Pahang? Sekian, terima kasih.
Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi terlibat untuk er…mena…mena…menangani kelapa sawit er…harga kelapa sawit yang begitu meruncing sekarang. dengan itu menjurus dengan menjurus kepada kursus-kursus er… jahitan dan makanan er… tidak kepada penanaman buluh.
Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi terutamanya TEKUN, Amanah Ikhtiar dan juga institusi kewangan untuk meringankan bebanan peneroka-peneroka hari ini kerana kemerosotan harga sawit dengan pengendalian makanan apa nama bul…er…bimbing er… belimbing buluh untuk pembuatan sambal hitam negeri Pahang. Tap… untuk (tak jelas) industri sambal hitam tidak kepada penanaman buluh dan juga perkara-perkara yang tidak boleh kita makan.
Kursus… dan juga diadakan kursus-kursus untuk proses hiliran madu kelulut dan juga er…madu lebah tualang. Itu saja Tuan, itu saja Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya ada satu lagi soalan.
Baiklah kita pergi kepada soalan terakhir pagi ini. Saya jemput wakil dari Teruntum.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor…nombor 10.
[Perumahan Rancangan PR1MA di seluruh negeri Pahang.
a) Sila senaraikan kesemua tempat projek perumahan Rancangan PR1MA dan juga unit perumahan yang telah dibina oleh pihak kerajaan di negeri Pahang?
b) Sila senaraikan harga bagi sebuah rumah bagi perumahan Rancangan PR1MA dan nyatakan berapakah jumlah yang telah terjual kepada rakyat negeri Pahang?]
Yang di-Pertua Ahli-ahli Dewan sekalian, tengah hari ni dah rasa lapar sikit, jadi soalan ringkas dan jawapan pun ringkas ya, Teruntum. Kaitan dengan projek er…Perumahan Rakyat PR1MA Pahang, sehingga kini sebagaimana yang telah di…dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar dalam soalan pertama tadi, sebanyak se…122 projek rumah PR1MA Pahang dengan 36,659 unit. Manakala 14 projek er… Rumah Makmur er…dengan 2770 unit.
Untuk makluman er…Teruntum, er…setakat ini er…Kuantan mencatat sebanyak 52 projek dengan 14,338 unit, Bera sebanyak 92,682 unit, Cameron Highlands 73,115 unit, Rompin 12 projek dengan 3,361 unit, Bentong 7 projek dengan 1,224 unit, Pekan 5 projek dengan 2,150, Raub 5 projek dengan 1,540, Temerloh 9 projek dengan 2,659, Maran 6 projek dengan 1,824, Lipis 3 projek dengan 954 manakala Jerantut 7 projek dengan 2,800 unit rumah PR1MA Pahang.
Er…dari segi harga pula, er…rum…keluasan rumah PR1MA Pahang ni seluas 1000 kaki persegi, tiga bilik air, tiga bilik tidur dua bilik air er…dengan harga RM150,000 ni adalah harga satu harga yang amat murah jika dibandingkan dengah harga pasaran dianggarkan sebanyak tiga…RM250 hingga RM300,000 seunit, manakala bagi kakitangan kerajaan kita bagi diskaun sebanyak 10% daripada harga berkenaan.
Manakala bagi er…rumah PR1MA pula… rumah Makmur kita ada er…berkeluasan 800 kaki persegi berharga RM80,000 unit dan inilah harga yang sangat-sangat er...mampu milik oleh rakyat Pahang yang kita beri kemudahan kepada semua rakyat er…tanpa mengira bangsa, kaum dan sebagainya. Itu sahaja, sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat, ya, satu soalan. Sila.
Er…Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan er… selalu meluluskan kepada pemohon dan er… selepas tu pemohon meminta pinjaman dari bank tapi kebanyakan ditolak. Apakah langkah Kerajaan agar membantu pemohon ni er mey…melalui bank atau macam mana atau ditolak sahaja. Kenapa Kerajaan bila dia mohon, kenapa Kerajaan tak disertakan statement dan er…kita beri kepada yang berhak yang mendapat er…permohonan ni… meluluskan permohonan tu. Terima kasih.
Yang di-Pertua,
Kita dapat banyak er…pemohon-pemohon ni yang kita telah luluskan tetapi ditolak pinjaman oleh pihak bank. Er…kita tidak boleh memberi jaminan bank kerana pihak bank ada kriteria tertentu untuk memilih kepada peminjam-peminjam. Pertama, pendapatan tetap yang ada penggajian, ada gaji. Ada juga yang memohon, yang tiada pendapatan tetap, ya.
Kita urusan pinjaman dengan pihak bank adalah urusan individu. Kalau mereka tidak layak, terpulang kepada bank berkenaan. Kita tak boleh membantu dari segi er…menyokong pihak pemohon.
Tambahan.
Sila
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingin menambah sikit ja berkenaan dengan soalan tambahan daripada Teruntum tadi. Oleh sebab kita dapati banyak pembeli-pembeli perumah, perumahan PR1MA Pahang ni harga RM150,000, RM135,000 ada yang tidak mendapat kelulusan daripada bank. Kita tak boleh paksa bank sebab bank dia kena protect principle dia.
Jadi antara langkah yang kita bantu pembeli-pembeli ini, oleh sebab harga rumah tersebut RM150,000 sebab tu kita buat Rumah Makmur. Jadi Rumah Makmur RM80,000 berkel…berkeluasan 800 kaki persegi. Jadi pemohon yang tidak dapat kelulusan untuk beli PR1MA Pahang, mereka boleh beli Rumah Makmur. Ini adalah antara langkah-langkah yang Kerajaan buat supaya rakyat negeri Pahang yang tidak mendapat kelulusan bank membeli rumah RM150,000 ni, mereka boleh beli Rumah
Makmur dengan harga RM80,000. Itu antara salah satu yang kita bantu. Untuk bantu memaksa bank bagi pinjaman tak boleh. Itu luar pada bidang kuasa kita. Saya ingat YB. pun tahu, saja YB. tanya ja ni. Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun bertanya dan pihak Kerajaan telah pun menjawab sebanyak soalan 10 soalan sebentar tadi. Saya ingin menyambung sedikit lagi masa dan kita akan teruskan dengan aturan urusan mesyuarat yang seterusnya.
Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion
Perkara ketiga, Usul Menjunjung Kasih Atas Titah DiRaja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya mohon izin untuk membawa satu usul di Dewan Yang Mulia ini yang berbunyi
“bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berangkat menyempurnakan Titah DiRaja kepada Dewan Negeri”.
Saya berharap usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan Yang Mulia ini.
Ya, sila Sungai Lembing.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong usul yang telah dibawa oleh YAB. Menteri Besar Pahang.
Yang Berhormat Sungai Lembing, saya, Yang Berhormat ya. Saya oleh kerana Yang Berhormat Sungai Lembing telah pun menyokong usul ini dan saya bersetuju Yang Berhormat er…bahaskan titah ucapan tersebut, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin er…untuk meneruskan
er…dengan er…ucapan er…menyokong saya di atas er…titah perasmian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Pertamanya, kita menjunjung kasih di atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang bagi pembukaan perasmian er… penggal Sidang Dewan yang berlangsung pada hari semala. Di atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebagai wakil generasi muda menjadi er… Tengku Mahkota Pemangku Raja Pahang, saya berharap er… boleh dijadikan sebagai satu ikon kepada generasi muda yang akan dapat merapatkan jurang ruang antara er… keluarga Diraja dengan masyarakat terutamanya di kalangan generasi muda yang ada pada masa sekarang ni yang kita tengok pelbagai bagai isu yang timbul isu LGBT, isu menghina Raja, isu menghina Nabi, menghina kedudukan Agama Islam, orang Melayu dan lain-lain lagi.
Tuan Yang di-Pertua,
Er… di antara kandungan Titah Perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang pada hari semalam itu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang mengingatkan kita terutama sekali kakitangan-kakitangan kerajaan, pegawai-pegawai yang berkaitan berkenaan dengan integriti, ketulusan dan juga kita berusaha bersungguh-sungguh menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh er… rakyat kepada kita.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya menyampaikan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang selaku Ketua Pentadbir negeri Pahang di atas usaha-usaha 8 inisiatif yang dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri. Pertamanya kita memperkasakan Pentadbiran Kerajaan Negeri. Yang kedua, kita memperkasakan perolehan Kerajaan Negeri walaupun kita dibebani dengan pelbagai bagai masalah. Saya berharap usaha-usaha yang dijalankan er… oleh pihak Kerajaan Negeri nanti er… akan er… merintis kerajaan yang lebih besar lagi.
Tuan Yang di-Pertua,
Di samping itu juga, er… saya difahamkan bahawa pihak Kerajaan Pusat telah pun meluluskan RM600 juta er… Projek Bekalan Air… meningkatkan Projek Bekalan Air di negeri Pahang. Jadi dalam hal ini saya juga berharap pihak kerajaan dapat er… mempertimbangkan er… berkenaan dengan isu-isu semasa contohnya kalau di kawasan saya itu, menukar mengganti paip-paip lama di kawasan Pekan Sungai Lembing, RM12 juta lebih. Sebab… sebab Pekan Sungai Lembing dah 100 tahun lebih… 100 ke 200 tahun jadi paip-paip lama boleh dikatakan saban minggu setiap minggu ada saja er… masalah bekalan air, masalah bekalan elektrik kan… bila masalah bekalan elektrik ber… berkait dengan masalah bekalan air, di mana salah satu pendapatan utama di pekan Sungai Lembing ini adalah pelancongan.
Jadi kalau selalu berlaku er… isu air paip ni sedikit sebanyaknya akan menjejaskan kedatangan pelancong-pelancong ke Bandar Sungai Lembing. Isu er… tukar paip-paip lama kemudian er… isu loji air FELDA dan juga tube well yang dibina oleh pihak FELDA di Bukit Sagu cuba sekali terus jammed. Jadi inilah projek er… RM25 juta yang sepatutnya dapat er… memanfaatkan kepada 5,000 orang keluarga-keluarga peneroka ataupun 5,000 hingga 8,000 mungkin lebih lagi keluarga-keluarga peneroka yang ada sekarang ni menjadi Projek Gajah Putih. Ha… yang ini yang kita er… ralat dan juga kesal macam mana perkara ini boleh berlaku. Jadi kita minta juga kalau masalah bajet er… menjadi masalah er… peruntukan RM600 juta ini dapat kita er… menggunakan ataupun agihkan bagi Usul-usul yang tersebut, di samping kita
faham bahawa pihak Kerajaan Pusat meluluskan er… projek adalah untuk bekalan air di MCKIP kalau tak silap saya.
Tuan Yang di-Pertua,
Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, isu er… bauksit di Bukit Goh, Bukit Kuantan er… Sungai Karang ya… isu di Bandar Kuantan lah. Isu bauksit ada baru-baru ni diadakan telah diadakan er… hearing pendengaran er… di Dewan Jubli Sultan Ahmad Shah nampaknya dari segi respons rakyat bukan peneroka saja yang datang, pensyarah-pensyarah, pengkaji-pengkaji, saintis pun ada yang turun turut sama memberikan pandangan-pandangan dan juga ulasan berkenaan dengan isu bauksit.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, peneroka sekarang ini dah ada RM50 sebulan pendapatan, nasib baik anak tolong. Antara yang terlibat dengan bauksit. Jadi er… isu bauksit ini walaupun kita tahu sebut bauksit ‘debu merah’ berleluasa sama ada di kawasan er… lombong Bukit Goh ataupun di er… kawasan pelabuhan. Jadi er… dalam hal ini SOP yang ketat mesti kita… bukan adakan… ada dah ada dah… 174 muka surat laporan ataupun cadangan yang dikemukakan tapi mesti dari segi penguatkuasaan mesti ketat. Selain daripada itu, kita juga berharap supaya pihak Kerajaan Negeri kita mendesak er… Kerajaan Pusat mempercepatkan er… bagi kita melombong semula bauksit ini.
Kalau sekiranya bauksit di Bukit Goh er… tak dilombong macam mana er… pihak FELDA nak tanam semula ladang-ladang yang ada di kawasan Bukit Goh dan juga Bukit Kuantan. Jadi usaha ini mesti kita selesaikan er… isu bauksit tersebut. Kandungan bauksit yang ada di Kuantan er… dalam perkiraan ya… lebih kurang 2.5 billion daripada segi er… harga dia kemudian er… menjana pendapatan kepada Kerajaan Negeri mungkin lebih kurang er… antara RM200 ke RM300 juta menambahkan lagi pendapatan kalau bauksit ini diteruskan. Jadi saya menyeru kepada pihak Kerajaan Pusat Kementerian Sumber ya… supaya dipercepatkan er… bauksit ini, peneroka dah tak sabar lagi dah. Merayu-rayu daripada hari itu… wakil-wakil peneroka, anak-anak peneroka generasi kedua generasi ketiga supaya bauksit ini dapat diteruskan.
Tuan Yang di-Pertua,
Er… di samping itu juga, masalah jalan raya dan jalan-jalan. Saya juga menyeru supaya pihak roadcare yang berkaitan dengan isu-isu er… jalan ya… baik pulih jalan, menampal jalan er… dijalan-jalan yang ditetapkan. Ada roadcare punya kawasan, ada YP Maintenance punya kawasan jadi supaya cepat er… keluarkan apa… senarai kerja dan juga menyenaraikan kontraktor-kontraktor. Sampai sekarang tak selesai lagi ini senarai-senarai jalan yang ditetapkan oleh roadcare. Yang saya dengar pula er… daripada segi kelulusan pemilihan kontraktor oleh roadcare ini kalau dulu cepat pada masa sekarang ini kena hantar ke MOP… MOF dulu ha… untuk… untuk pemilihan kontraktor jadi itu yang jadi lambat Tuan Yang di-Pertua.
Hantar ke Putrajaya?
Er… hantar ke Putrajaya dulu, jalan-jalan kecil Putrajaya, dah macam mana kita nak mempercepatkan er… apa ini… projek untuk kebajikan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua,
Di samping itu juga, er… bagi Projek Perumahan PR1MA tadi. Projek er… Perumahan PR1MA, Projek Perumahan Makmur satu inisiatif yang sangat baik untuk kita memberi peluang kepada mereka-mereka yang tidak er… mempunyai rumah supaya dapat membeli rumah. Hari ini saya nak bertanya kepada pihak kerajaan berapa banyak Projek-Projek PR1MA yang tak berjalan ataupun gagal ataupun belum bermula pada masa sekarang di negeri Pahang ini? Er… dah lulus tapi tak mula lagi ataupun tak jalan atau terbengkalai kita nak tahu, berapa banyak er… projek-projek itu di negeri Pahang yang terbengkalai itu. Di samping itu juga, dengan adanya er… Projek Perumahan Makmur, syabaslah pada pihak Kerajaan Negeri kita dapat bantu. Kalau di Sungai Lembing ni RM130 ribu RM150 ribu ke atas mungkin tak ramai orang boleh beli tapi bila adanya projek perumahan RM80 ribu ke bawah ke ataupun ke atas ke mungkin er… ramai anak-anak ataupun orang-orang muda, pasangan-pasangan di er… apa… di… di Sungai Lembing ataupun di Pahang ini dapat membeli rumah.
Tuan Yang di-Pertua,
Di samping itu juga, tadi er… berkenaan dengan isu menghina Nabi, isu menghina Raja dan agama Islam dan macam-macam isu. Er…inilah dia antara petunjuk er…yang kita tengok pada Pilihanraya Kecil (PRK) yang berlaku tiga ke empat baru-baru ini, PH kalah. Sebab rakyat dah marah dengan keadaan yang berlaku ini. (Ahli Dewan tepuk meja) Orang Melayu dah semakin panas dengan keadaan yang belaku pada masa sekarang ini. Jadi saya menyeru dalam Dewan Yang Mulia ini kepada Kerajaan PH, kepada Wakil-wakil Rakyat PH jaga sensitiviti orang Melayu, jaga sensitiviti berkenaan raja-raja Melayu dan juga jangan sekali menghina Nabi kami sebab bila Nabi kami dihina kami semua esok akan marah. Orang memhina Nabi ini hukum bunuh. Hukumannya bukan main-main.
Jadi saya berharap benar Tuan di-Pertua, dalam hal ini kalau kita sayangkan negara kita, kita sayangkan Malaysia ini. Kita semua bertanggungjawab dan jaga keharmonian, perpaduan di negara kita Malaysia yang tercinta ini. Tuan di-Pertua, itulah sahaja ucapan saya sekianlah Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh. Saya mohon menyokong (Ahli Dewan tepuk meja).
Baiklah terima kasih Yang Berhormat. Saya bercadang untuk menempohkan mesyuarat ini pada sesi petang dan kita akan meneruskan sesi perbahasan Titah Diraja. Oleh demikian saya akan menempohkan persidangan ini sekarang dan akan disambung semula pada pukul 2 setengah... pada pukul 2 setengah petang, 2.30 petang. Mesyuarat ditempohkan. Terima kasih.
(Mesyuarat ditempohkan jam 1.21 Tengah hari)
[Persidangan disambung semula]
Sambungan perbahasan Usul menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja.
Assalamualaikum WBT dan selamat petang. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kita masih lagi di atas Usul yang berbunyi bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berangkat menyempurnakan Titah Diraja pada Dewan Negeri. Usul ini telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan telah pun disokong oleh Wakil daripada Sungai Lembing. Sukalah saya mengingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bagi memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat mengambil bahagian dalam perbahasan. Dua perkara penting… dua perkara penting yang perlu dijadikan panduan diharap dapat dipatuhi dan difahami.
Pertama, masa yang diperuntukan sebanyak 20 minit. Saya harap 20 minit sudah cukup digunakan dengan sebak-baiknya. Dan yang kedua mematuhi peraturan-peraturan mesyuarat sepenuhnya. Saya yakin Ahli-ahli Yang Berhormat telah sedia maklum dan memahami akan isi kandungan Standing Oders yang telah kita sama-sama hayati.
Baiklah untuk meneruskan perbahasan, saya silakan Wakil daripada er… ya, Cheka. Sila.
Terima kasih, salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk menyokong Usul menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.
Pertama sekali, dalam Titah Diraja, Raja kita berpuas hati dan mengucapkan tahniah dan syabas atas penerajuan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang. Ini kerana Kerajaan Pahang telah mempunyai asas yang kukuh di bawah pentadbiran mantan Menteri Besar dan disambungkan oleh Menteri Besar sekarang. Tahniah dan syabas dan saya harap selari dengan cogan kata kita ini “Pahang Terus Maju” tetap akan tercapai.
Tuan Yang di-Pertua,
Dalam Titah Diraja, Kerajaan Negeri dikehendaki untuk memajukan teknologi maklumat dan komunikasi ICT supaya selari dengan revolusi perindustrian keempat. Dalam konteks ini, saya ingin menarik perhatian Kerajaan terhadap portal rasmi Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur yang merupakan laman web utama untuk orang awam memperoleh maklumat. Portal rasmi ini memang sangat berguna dan mengandungi banyak maklumat yang berguna kepada orang awam dan rakyat.
Salah satu sub-topic kandungan dalam portal rasmi ini ialah topik hangat. Orang ramai dibekalkan maklumat mengenai Yang Amat Berhormat Menteri Besar, senarai
Majlis Mesyuarat Kerajaan, Projek Rumah Makmur, senarai Ahli Dewan Negeri dan senarai Ahli Dewan. Yang sangat menarik perhatian saya ialah dalam topik hangat itu, saya cuba cari isu-isu panas, isu-isu hangat yang kemaskini yang kami sebagai ADUN ingin mengetahui dan khasnya orang awam juga ingin mengetahui maklumat yang sebenarnya.
Misalnya, apabila isu kenaikan kadar cukai taksiran yang dikutip oleh sebelas Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Pahang, saya dapati isu ini telah diperalatkan oleh media untuk agenda tertentu. Sebenarnya apabila hal yang sebenar di mana usaha Kerajaan sebenarnya sudah sekian lama tidak menaikkan kadar cukai taksiran itu, sementara negeri-negeri lain di semenanjung ini telah berkali-kali menaikkan kadar cukai ini.
Apabila hal ini dimaklumkan kepada orang ramai, maka saya rasa mereka akan faham bahawa Kerajaan memang prihatin terhadap rakyat dan tidak menganiaya para rakyat. Oleh itu, apabila pagi ini saya mendengar Kerajaan Pahang di bawah pimpinan Menteri Besar yang baru telah melakukan lapan inisiatif yang begitu baik untuk negeri Pahang, saya rasa kalau kita muat naik ke dalam portal rasmi ini, saya rasa sesuai dan memadai bahawa topik hangat ini memang betul-betul hangat dan boleh diikuti setiap masa oleh para pengguna.
Tuan Yang di-Pertua,
Sebagai ADUN Kerajaan yang tunggal untuk mewakili masyarakat Cina, terpaksa saya membawa masuk suara rakyat khasnya mengenai permintaan masyarakat Cina. Kita… terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana MPKK atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung untuk 500 ke dan atas… kampung-kampung Melayu telah tertubuh sejak bulan Ogos yang lalu. Tetapi, dalam negeri Pahang ada 62 kampung Cina ataupun Kampung Baru Cina. Sejak bulan Ogos yang lalu, pelantikan Pengerusi dan juga JKKK telah tamat. Buat sekarang mereka itu tidak tau siapakah yang boleh mengesahkan, memperakukan ataupun memainkan peranan sebagai agen perantaraan di antara rakyat dengan Kerajaan.
Jadi kami faham bahawa ini adalah kuasa Kerajaan Persekutuan tetapi sekiranya Kerajaan Negeri juga berusaha, saya berharap hal ini boleh dipercepatkan supaya perkembangan pembangunan, kemajuan dan urusan seharian untuk perkampungan Cina baru itu juga dapat dilaksanakan dengan baik, kerana selama ini JKKK Kampung Baru Cina merupakan aset kepada Kerajaan Negeri Pahang.
Tuan Yang di-Pertua,
Satu lagi permintaan saya kepada Kerajaan Negeri ialah, saya rujuk pada Pilihan Raya Kecil Rantau yang baru lepas. Calon yang merupakan mantan Menteri Besar Negeri Pahang, dalam kempen pilihan raya itu pernah dituduh bahawa tidak menjaga Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan atau Sekolah Menengah Persendirian Cina. Yang pelik ialah yang jawab bukannya calon itu, tetapi ialah Lembaga Pengurus sekolah yang berkenaan. Lembaga Pengurus Sekolah Menengah Port Dickson memberitahu bahawa sekolah itu telah menerima RM400,000 daripada Kerajaan Negeri Pahang er… Negeri Sembilan pada masa itu. Sekolah persendirian Cina yang satu-satunya di Negeri Sembilan iaitu Sekolah Menengah Chung Hwa Seremban.
Juga Pengerusi Lembaga Pengelola sekolah itu memberitahu orang awam bahawa mereka sebenarnya telah menerima bantuan RM500,000 daripada Kerajaan Negeri
Pah… er… Sembilan pada masa itu. Oleh itu, apabila keputusan Pilhan Raya Kecil itu diumumkan para analisis mengatakan bahawa ini merupakan satu kredit kepada calon itu kerana calon itu memang berlaku adil kepada semua jenis pendidikan.
Dari Negeri Sembilan balik ke Negeri Pahang, Sekolah Menengah Chung Hwa Kuantan, merupakan sekolah persendirian menengah yang satu-satunya wujud di negeri Pahang. Anak muridnya juga datang dari Pahang. Oleh itu, saya bukan berhasrat untuk menyinggung mana-mana pihak tetapi dengan ikhlas saya memohon agar Kerajaan Negeri Pahang juga menghulurkan bantuan kepada sekolah itu kerana ini memang merupakan satu kredit kepada Kerajaan Negeri Pahang.
Tuan Yang di-Pertua,
Negeri Pahang dari segi pembangunan tetap memperoleh peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek pembangunan. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat kerana loji rawatan air di Sungai Jelai telah bermula dan dijangka siap dan tamat pada akhir tahun ini. Projek ini pastinya akan membantu menyelesaikan masalah air bekalan air bersih disekitar bandar Kuala Lipis. Tetapi walau bagaimanapun, di Kampung Mukim Cheka 1 dan Cheka 2, Loji Air Mela dan Kechau masih perlu dinaik taraf. Walaupun masih lagi dalam peringkat kaji semula oleh Kerajaan Pusat, saya berharap Kerajaan Negeri akan mengutamakan dua-dua projek ini kerana sekiranya kemudahan bekalan air bersih itu terganggu memang kehidupan seharian itu tetap terganggu, kesian kepada orang kampung saya.
Tuan Yang di-Pertua,
Apabila sebut tentang kemudahan asas tak lupa saya tentang jambatan konkrit di Kampung Kuala Kechau sudah diluluskan tapi belum terlaksana. Saya berharap projek itu boleh diutamakan. Begitu juga untuk jambatan konkrit di Kampung Binjai, setiap kali banjir orang kampung risau tentang keselamatan orang kampung yang terpaksa menyeberangi sungai itu dengan sampan, perahu yang begitu tidak menjamin keselamatannya.
Tuan Yang di-Pertua,
Dukacita dimaklumkan bahawa Klinik 1Malaysia, kini disebut sebagai Klinik Komuniti di bandar Kuala Lipis kini telah tamat perkhidmatannya. Tetapi klinik kesihatan kelas tiga di bandar baru Kuala Lipis akan dibina. Oleh itu demi menjaga kesihatan dan meningkat mutu perkhidmatan kesihatan untuk kawasan saya ini, saya berharap klinik kesihatan kelas tiga itu boleh dibina dengan kadar yang secepat mungkin.
Tuan Yang di-Pertua,
Penduduk kampung saya itu… rumah atau projek PR1MA Pahang merupakan projek atau rumah yang mereka mampu milik. Projek PR1MA Kuala Lanar frasa 1 sudah 7% siap. Ramai penduduk di daerah Lipis ini berharap agar pihak kerajaan mengeluarkan surat tawaran dengan kadar yang cepat untuk fasa yang kedua kerana saya difahami bahawa pemaju sudah bersedia dan pemohon yang layak, mereka juga bersedia untuk menunggu tawaran daripada pihak kerajaan. Di samping itu, ramai juga pengundi saya mengatakan bahawa mereka hanya mampu untuk membeli Rumah Makmur. Saya berharap projek itu juga boleh terlaksana dengan kadar yang cepat.
Tuan Yang di-Pertua,
Kami begitu sedih kerana East Coast Rail Link, ECRL itu telah dipindah oleh Kerajaan Pusat sekarang di mana bandar Bentong telah tidak termasuk dalam projek itu. Kami kecewa terhadap hal ini, tetapi apabila kita lihat pada Kerajaan Negeri Selangor telah memberitahu bahawa mereka sudah bersiap sedia dengan pelan pembangunan di kawasan sekitar sepanjang lintasan ECRL ini. Oleh itu saya berharap Kerajaan Negeri Pahang juga sudah bersiap sedia dengan pelan pembangunan dan projek-projek di mana selari dengan pelaksanaannya projek itu kita juga tidak terlepas daripada peluang untuk membangunkan di negeri Pahang ini. Akhir kata Tuan Yang di-Pertua saya menyokong Usul ini dan saya ucapkan terima kasih. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Cheka. Sila Berserah.
[Ayat al-Quran]. Assalamamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, kerana memberikan kebenaran dan izin kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian di dalam perbahasan menjunjung kasih dan juga sembah tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang di atas penyempurnaan Titah Diraja di dalam pembukaan Sidang Dewan kita kali ini pada hari semalam.
Ada beberapa perkara yang telah disentuh oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang berkaitan dengan perkembangan dan juga kedudukan terkini Kerajaan Negeri Pahang. Dalam keadaan kita pada hari ini berdepan dengan cabaran yang sangat getir terutama sekali di dalam mempastikan kehidupan dan juga corak gaya hidup rakyat dalam negeri ini tidak terganggu atau pun tergugat oleh perkara-perkara yang tidak dapat kita atasi bersama. Ada tiga perkara yang ingin saya sentuh berkaitan dengan Titah Diraja yang telah disempurnakan semalam.
Yang pertama sekali adalah berkaitan dengan sumber kekayaan baharu dan pemuliharaan alam sekitar. Kita dapat maklum bahawa Kerajaan Persekutuan telah menarik balik moratorium untuk bauksit dan dijangka akan mula beroperasi di dalam bulan Mei atau pun dalam Jun. Kita ambil maklum atas keperluan yang mendesak daripada sahabat kita, sahabat saya di Sungai Lembing, err… peneroka-peneroka di Bukit Goh yang terkesan dengan tempoh 3 tahun moratorium tersebut dilaksanakan sehingga ke pada masa ini. Cuma kita tidak menghalang sebarang pembangunan, kita tidak pernah menyekat sebarang bentuk perkara yang baik yang mendatangkan manafaat kepada rakyat dan juga kepada negeri namun kita perlu lihat pemuliharaan alam sekitar seperti mana yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia semalam juga perlu kita berikan penekanan.
Selain daripada itu, kita dimaklumkan bahawa pada 2015 Kerajaan Negeri telah kehilangan RM63 juta daripada bauksit kerana seharusnya kita mengutip royalti sebanyak RM163 juta tetapi kita hanya mendapat RM100 juta sahaja pada tahun 2015. Bermakna industri bauksit boleh menjana pendapatan yang besar untuk Kerajaan Negeri. Namum satu proses pemantauan yang berterusan perlulah diwujudkan atau pun dilaksanakan. Langkah pihak kerajaan negeri melantik PKNP sebagai satu agensi yang menjadi one stop centre di dalam mengendali dan menguruskan operasi bauksit ini sangat baik.
Namun kita berharap bahawa PKNP juga mengambil langkah pro-aktif supaya mencegah sebarang bentuk ketirisan yang boleh merugikan bukan sekadar merugikan negeri, tetapi dalam masa yang sama boleh merugikan perkembangan alam sekitar di persekitaran tersebut. Langkah segera perlu diambil untuk membaik pulih semua fasiliti, semua infrastruktur yang musnah yang telah rosak akibat daripada bauksit yang berleluasa sebelum ini. Sebelum kita benarkan operasi bauksit ini bermula, kerana kita bimbang sekiranya fasiliti atau pun infrastruktur ini tidak dibaiki, dibaik pulih sepertimana sedia kala, dengan adanya operasi bauksit berjalan selepas ini, dia akan memberikan satu kemusnahan lebih lebih besar daripada keadaan sekarang.
Tuan Yang di-Pertua,
Begitu juga dalam masa yang sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah menyentuh bagaimana kita patut memberikan keutamaan kepada sektor pertanian di dalam menjadi teras pembangunan ekonomi di negeri Pahang. Untuk makluman Dewan, di dalam perangkaan yang ada di tangan saya yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik. Pada tahun 2017, pertumbuhan pertanian negara telah meningkat sebanyak 12% dan telah menyumbangkan pendapatan kepada petani-petani. Sebanyak RM91.2 billion, meningkat 12% dan dalam masa yang sama sektor pertanian telah memberikan impak yang besar kepada industri sokongan. Peningkatan sebanyak 6% melibatkan nilai RM36.3 billion.
Sektor industri juga telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini sebanyak 835,974 peluang pekerjaan yang boleh memberikan sumbangan jumlah gaji dan upah kepada mereka yang terlibat di dalam sektor pertanian sebanyak RM10.4 billion. Jika kita ukur secara purata, setiap mereka yang terlibat di dalam sektor pertanian menerima gaji dan upah ganjaran sebanyak purata RM1,519 sebulan. Bermakna kita tidak boleh mengatakan sektor pertanian kali ini adalah sektor yang tidak menarik, kita tidak boleh mengatakan bahawa sektor pertanian tidak boleh membawakan pulangan yang baik kepada peserta-peserta pertanian, kerana jelas mereka mampu membawa pulang RM1,519 sebulan dengan menyertai sektor pertanian. Malahan RM1,500 telah melepasi tahap gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan sebanyak RM1,100.
Walaupun ada janji nak tetapkan RM1,500, tapi tak mampu untuk nak letakkan RM1,500, hanya sekadar RM1100. Tetapi statistik yang ada kita dapati bahawa mereka yang terlibat sektor pertanian yang baik mereka mampu membawa pulangan sebanyak RM1500 sebulan. Ini bermakna sektor pertanian boleh dan juga seharusnya menjadi satu sektor yang perlu kita lihat keutamaan di dalam mencari sumber baharu kekayaan negeri Pahang itu secara langsung. Kita juga melihat potensi yang ada pada negeri Pahang untuk keluar sebagai sebuah negeri pertanian yang maju dalam negara ini apabila kita dapati keluasan negeri Pahang adalah sebanyak… seluas 3.6 juta hektar, daripada 3.6 juta hektar itu di dapati bahawa 2 juta hektar adalah sesuai untuk pertanian.
Hanya 1.6 juta saja yang tidak sesuai untuk pertanian. Justeru itu, saya ingin menyarankan kepada pihak kerajaan supaya memandang serius terhadap perkembangan sektor pertanian dan menjadikan ianya sebagai fokus utama untuk kita mendapat sumber ekonomi dan menjana pendapatan negeri yang mampan untuk masa… untuk jangkamasa panjang.
Oleh itu, saya menyarankan supaya diwujudkan satu dasar atau polisi pertanian negeri Pahang. Spesifik, khusus untuk dasar pembangunan pertanian negeri Pahang
ini difokuskan kepada Pahang sebagai pengeluar utama dalam pengeluaran menjamin food security, dengan izin, jaminan masak er… makanan yang… yang keselamatan yang kekal dan juga yang boleh memberikan er… keselamatan kepada er… kepada rakyat.
Yang Berhormat, Menteri Besar minta…
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada ADUN Beserah. Saya cuma ingin berkongsi sedikit semasa lawatan saya bersama-sama dengan Exco Pertanian baru-baru ini ke Amsterdam dan Belgium. Semasa er… kami bertukar-tukar pandangan dan pendapat dengan pihak kerajaan di sana, pihak pengusaha pertanian dan juga pihak duta, mereka mengatakan bahawa sebenarnya negara-negara maju ini mempunyai bekalan makanan yang mencukupi paling-paling tidak pun untuk 3 bulan sekiranya berlaku bencana alam. Boleh dikatakan semua negara maju macam tu dan kita ini sebenarnya kita dah buat lama tetapi amalannya setakat ini kita tidak bertahan.
Sebagai contohnya, satu ketika dulu BERNAS menyediakan 3 bulan beras di dalam gudang sekiranya berlaku bencana alam tetapi sekarang ini saya nampak dah tidak berlaku sepertimana yang er… dikehendaki oleh kerajaan kerana beras adalah makanan keselamatan dan er… saya juga dimaklumkan bahawa kita Pahang… di Malaysia ini kita mengimport 80% daging daripada luar negara, dan kita juga mengimport beras sebanyak 60%.
Jadi dengan kata lain saya sangat menyokonglah cadangan yang dikemukakan oleh ADUN Beserah tadi dan ini sebenarnya memang dalam perancangan er… saya dengan yang berhormat daripada Benta, Exco Pertanian… bagaimana kita er… untuk memastikan sekurang-kurangnya kita mempunyai bekalan yang cukup bukan saja untuk negeri Pahang tapi mungkin untuk kita eksport ke luar dan sesuai pula dengan kita mempunyai keluasan tanah yang begitu luas dan pihak er… apa ni… Belanda, mereka keluasan mereka lebih kurang sama dengan Pahang tapi kita tahu bahawa mereka ini perlu survive, negara mereka di bawah paras laut dan mereka sentiasa memikirkan bagaimana untuk meningkatkan hasil mereka.
Dan lagi saya nak tambah sikit lagi dan kita lihat bagaimana… saya melawat er… kilang memproses ayam halal. Mereka mengeluarkan beribu ekor sehari tetapi tenaga manusia cuma ada 15 orang. Bermakna daripada mula dia er… sembelih ayam itu sehingga lah dipacking ada lebih kurang 15 orang tenaga kerja dan yang saya nak bawa sini ialah teknologinya begitu canggih sekali. Maknanya ayam tersebut er… dicelup sekejap bagi dia pening-pening sikit baru sembelih dan selepas tu diasingkan peha, dada, kaki dan yang paling unik sekali bila dia nak ambik organ dalam ayam tersebut, dia korek tu, seolah-olah tangan manusia yang mengorek organ tersebut. Kemudian dia asingkan pula jantung di mana, hati di mana dan sebagainya.
Jadi teknologi kita saya tengok masih jauh ke depan dan kita masih… kita kena perlu kerja kuatlah kalau kita benar-benar untuk memastikan negeri Pahang ini akan menjadi er… pengeksport untuk pertanian di masa akan datang. Itu je Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih YB bagi laluan.
Terima kasih Yang Amat Berhormat er… Menteri Besar di atas er… penjelasan dan juga penerangan bagaimana teknologi di negara luar digunakan untuk memajukan sektor pertanian negara mereka dan menjadi sumber utama negara tersebut. Jadi tidak mustahil negeri Pahang boleh kita jadikan sebagai negeri model pertanian untuk negara Malaysia kerana keluasan kita daripada 2 juta hektar yang saya sebutkan tadi sesuai untuk pertanian. Setakat hari ini kita hanya baru menggunakan sebanyak 839 ribu hektar. Kita ada lebih kurang 1 juta hektar lagi tanah yang boleh kita bangunkan untuk tujuan pertanian ini. Dan daripada 800 ribu hektar itu tadi…
Beserah, laluan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Er… terima kasih Wakil Beserah kerana bagi er… saya begitu… Wakil Beserah begitu optimistik lah. Kalau… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kalau sekiranya semua tanah-tanah tu kita bangunkan untuk pertanian, tidak ada hutan simpan dan sebagainya, macam mana lah kita nak menghidu oksigen dan kita sekarang ni Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita juga nak minta negeri-negeri ni, negeri negeri macam Pulau Pinang, Melaka, yang hutan simpan, yang hutan dia sikit je. Yang mana kita sekarang ni kita punya 55% dan 55% ini er… hutan yang ada di negeri Pahang ini dan kita adalah merupakan pengeluar utama oksigen kepada negara ini dan juga kepada dunia.
Sebab itu kita minta… kalau Pulau Pinang dia nak maju, dia sodok semua hutan-hutan dia, dia tinggal mungkin 10%, kita pun macam itu juga. Kalau ikut Wakil daripada Beserah, 1 perpuluhan berapa juta… er… 1.2. Cuba kita bayangkan kalau kita, kita pun nak bangun juga. Jadi saya ingat kita ini kita kena fikirlah supaya negeri-negeri ni dia kena bayar macam carbon credit kepada negeri Pahang. Terima kasih.
Saya setuju kalau sekiranya ada persefahaman dari sudut menuntut carbon credit daripada er… daripada negeri-negeri lain yang mengambil keuntungan daripada keberadaan Pahang ini memberikan mereka keselesaan, maka kita perlu dibayar kos untuk er… menikmati keselesaan tersebut. Negeri lain perlu juga bersama berkongsi dan kita juga melihat sepertimana yang dinyatakan oleh Wakil Kerajaan er… daripada er… Lanchang sebentar tadi. Bukan bermakna bila kita nak kata ada 2 juta hektar yang sesuai pertanian, kita nak tebang semua hutan.
Apa yang saya nak maksudkan, kita perlu ada dasar dan polisi selain daripada kita nak mengeluar jadi pengeluar pertanian utama negeri, kita perlu memberikan perhatian kepada pertanian berasaskan teknologi dan Menteri Besar dah sebut sebentar tadi. Bila kita kata berasaskan teknologi, dia tak perlukan kawasan luas untuk menghasilkan production ataupun pengeluaran yang besar. Bila kita kata berasaskan teknologi, kita boleh mengeluarkan hasil yang besar dengan kawasan yang kecil. Dengan er… tidak perlu kita mengorbankan keseluruhannya untuk membina ataupun mengusahakan pertanian tetapi perlu kita melabur dari sudut
membangunkan teknologi dan juga bagaimana kita boleh mengambil er… peluang daripada teknologi tersebut mengembangkan guna tenaga kita, sumber kita dalam negeri Pahang ini.
Jadi dasar pertanian ini juga perlu mengambil kira bahawa, sektor pertanian mampu memberikan pulangan dan pendapatan yang boleh menjamin er… kehidupan peserta-peserta ataupun mereka yang terlibat dengan pertanian tersebut. Kerana cabaran utama yang bakal kita hadapi adalah untuk nak menarik orang ramai terlibat secara aktif dan bersungguh-sungguh dalam sektor pertanian ini kerana mereka tidak nampak sektor pertanian ini boleh memberikan pulangan ataupun jaminan yang baik kepada mereka terutama sekali generasi muda pada hari ini.
Oleh itu, kita perlu menarik generasi muda melalui insentif-insentif yang boleh bersesuaian dengan mereka, termasuklah kita memperkenalkan negeri Pahang sendiri secara berani memperkenalkan gaji minima mereka yang bekerja dengan sektor pertanian kita letakkan RM1,500 melepasi gaji minima yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan. Dan ini bakal memberikan satu imej yang baik kepada negeri Pahang dan juga memberikan semangat kepada mereka untuk menyertai sektor pertanian. Jadi saya sarankan… saya sarankan di sini supaya kita semak balik dan tengok balik dan wujudkan satu dasar pertanian, pembangunan pertanian untuk negeri Pahang itu.
Tuan Yang di-Pertua,
perkara kedu… ketiga yang ingin saya sentuh adalah berkaitan dengan pelancongan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga ada menyentuh bahawa kita perlu melihat er… mencari sumber baharu dalam… dalam pendapatan dan ekonomi negara kita dengan melihat sumbangan yang boleh kita ambil daripada khazanah yang ada dalam negeri Pahang ini. Saya melihat daripada er… jawapan pihak kerajaan, kita memiliki 25 hutan lipur yang sekarang ini kita kenali sebagai taman eko rimba. 25 er… hutan lipur ini, sebanyak 17 telah diwartakan, 8 lagi er… sedang dalam proses dan hanya 2 taman eko rimba yang telah diserahkan kepada pihak swasta untuk di er… operasikan mereka er… kita berikan er… operasinya kepada pihak swasta.
Mereka er… saya cuma tak pasti berapa bayaran yang dikenakan kepada pihak swasta ini, pulangan kepada Kerajaan Negeri, pihak swasta ini boleh mengutip fee untuk masuk. Sedangkan kita ada lagi er… 23 hutan lipur yang boleh kita gunakan untuk me … selain daripada membantu penduduk setempat… setempat untuk mendapat spin of effect daripada pelancongan eco tourism ini, dia juga mampu memberikan pulangan yang besar kepada kerajaan negeri melalui kutita… kutipan fee masuk tersebut. Untuk tahun 2018, Januari hingga September, kita kerajaan negeri mengutip RM134,629.00 melalui 6 eko rimba sedangkan kita ada 23 lagi eko rimba yang… yang perlu kita bangunkan. Namun nak membangunkan eko rimba, kita faham memerlukan modal yang besar.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kita… Yang Berhormat Menteri Besar telah minta supaya kita mengkaji semula tentang er… polisi kita, terutama sekali er… kawasan-kawasan pelancongan seperti eko rimba dan sebagainya. Sememangnya sekarang ini kita dalam usaha untuk menyerahkan ataupun menswastakan hutan eko rimba ini, kepada pihak-pihak
swasta yang mempunyai daya saing yang hebat dan mempunyai pemikiran bahawa mereka itu, think tourism, dengan izin, kerana kita dapati bahawa ada juga er… eko rimba ini apa nama… hutan lipur ini sebenarnya diuruskan oleh pihak Jabatan Hutan sendiri dan kita faham tentang kekangan yang ada, kerana itu sekarang ini adalah masa sebenarnya kita sedang apa namanya… telah er… apa namanya membuat er… interview dan juga bebe… mengkaji setiap proposal atau cadangan-cadangan yang dibuat oleh mereka. Dan sebenarnya ada beberapa yang telah pun kita er… award ataupun telah pun kita… kita persetujui untuk memberikan… untuk supaya apa… supaya hutan lipur ini tadi, eko rimba itu tadi, pertamanya ia akan memberi pulangan kepada Kerajaan Negeri, satu.
Yang keduanya, kita juga akan selaraskan dari segi kemasukan er… pelancong ke dalam hutan eko rimba ini. Dan kutipan tersebut sebahagiannya akan juga merupakan hasil kepada Kerajaan Negeri untuk kita bangunkan infrastruktur-infrastruktur yang lain. Sememangnya kita sebenarnya Kerajaan Negeri agak agresif jugalah dalam usaha untuk membangunkan er… tempat-tempat baru untuk sektor pelancongan. Terima kasih.
Terima kasih Wakil Kerajaan, dan kita ucap tahniah di atas kesungguhan dan semangat untuk nak agresif di dalam ini kerana ini penting er… Tuan Yang di-Pertua ini penting untuk menjamin, kita ada satu asas pendapatan yang ataupun menjana ekonomi yang baik dan sustainable untuk negeri itu sendiri untuk jangkamasa panjang kerana kita tahu Pahang kita boleh jadikan sebagai center pusat untuk pelancongan kerana eco tourism, kerana ada laut, kita ada macam-macam yang disebutkan sebelum ini.
Maka kita perlu ambil ini sebagai peluang yang besar dan apatah lagi apabila Kerajaan Persekutuan. Kita ucap terima kasih kerana setuju mengembalikan 50% cukai pelancongan kepada negeri dan kita er… 6 bulan kita mengutip RM7.8 juta seperti yang dinyatakan tadi. Dan kita perlu ada sasaran bahawa untuk tahun… 6 bulan akan datang kita set mungkin jadi 10 juta dan supaya tahun er… 5 tahun daripada sekarang kita set target bahawa pelancongan akan menyumbang pendapatan kepada kerajaan negeri, berapa jumlahnya ... berapa jumlah, berapa juta yang kita boleh sumbangkan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kutipan cukai pelancong ini hanya kepada er… pelancong-pelancong luar negara sahaja setakat ini dan kerana itu, Yang Berhormat Yang di-Pertua, Exco Pelancongan terpaksa banyak lagilah pergi mempromosi ke negara-negara yang tak pernah kita pergi, supaya lagi ramai pelancong kerana kita menyahut seruan daripada rakan kita daripada Beserah, nak sampai RM10 juta RM20 juta dan sebagainya. Terima kasih.
Saya…
Mungkin kita boleh jemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar cakap, mungkin sekali-sekala kita boleh jemput ADUN daripada Beserah untuk turut serta dalam er… ini, rombongan kita Insya-Allah.
Janganlah sekali-sekala, selalu bawak [Ahli Dewan ketawa] baru dia ada semangat lain macam ya, baik.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya teruskan, sedikit lagi. Sebelum saya mengakhiri contohnya di tempat saya, di Cherating itu ada satu pengusaha individu dia mencipta rekod dunia. Menerima sijil pengiktirafan Guinness World Book Of Record, the longest beaded art in the world er… hujung tahun lepas. Er… tapi ianya diusahakan oleh individu tetapi kita tidak mengambil peluang ini untuk nak exploite uniqueness yang ada pada individu ini dalam usaha dia itu, diiktiraf sebagai satu rekod dunia.
Tapi ianya tidak diketahui oleh umum dan tidak mendapat tarikan untuk orang nak… nak pergi melihat dan belajar ataupun kita gunakan kesempatan itu sebagai satu lokasi er… pelancongan dunia kerana ingin melihat individu yang ada inisiatif begini er… untuk untuk menaikkan nama… nama negara kita. Akhir sekali er… Tuan Yang di-Pertua, saya juga tertarik dengan apa yang disebut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia tempoh hari tentang memelihara…
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Ini kerana Beserah ni dia suka pasal pelancongan ni, saya nak maklumkan bahawa pada tahun 2017, er… kehadiran pelancong ya, di Beserah adalah seramai 298,566 dan pada tahun ini, 355,000 er… 335,374 orang maknanya peningkatan yang ini sebab art tadilah tadi, yang art tadi tu yang meningkat 60,000.
Begini Dato’ Yang di-Pertua, kalau… betullah kita tahu dia ada… dia ada peningkatan dan sebagainya, cuma kita nak lihat satu benda yang boleh. Kadang-kadang bila satu perkara itu dia menarik perhatian orang, dia akan datang boleh kata setahun, tiga kali empat kali. Tak datang sekali pastu balik, tak datang dah. Er… itu berbeza sebab nak tahu je. Tapi kita nak… nak… nak tarik sebegini supaya lokasi itu, menjadi tumpuan, menjadi seolah-olah dalam ertikata lain lokasi wajib untuk dilawati sepanjang tahun contoh. Kita nak jadikan keadaan begitu supaya dia sustained dia berterusan bukan bermusim ataupun dia ada, ada berdasarkan kempen dan sebagainya.
Saya kembali akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua,
Sila Beserah.
Saya ingin menyentuh apa yang disebut Kebawah Duli Yang Maha Mulia tentang, memelihara kesucian agama er… dan juga Perlembagaan. Kita ambil maklum negara kita ini, negara yang majmuk, pelbagai kefahaman latar belakang dan juga kepercayaan. Namun kita berpegang kepada teras yang telah kita er… bina bersama berasaskan Rukun Negara yang disebutkan dalam Dewan ini pagi tadi. Maka saya berharap dan kami juga berharap bahawa kita peliharalah kesucian agama ini, jangan disentuh ataupun jangan diusik sebarang er… jangan dibuat sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh er… hati dan nurani terutama sekali orang-orang Islam kerana apabila mereka tersentuh, mereka mengambil tindakbalas reciprocal action. Tindakan tindakbalas ini, maka tindakan tindakbalas inilah kadang-kadang kita tidak mahu ianya melampaui perkara-perkara yang seharusnya kita perlihara bersama.
Keharmonian ini adalah tanggungjawab kita bersama dan juga kemakmuran negara dan negeri ini juga adalah merupakan perkara, peranan penting yang perlu kita main dan kita pelihara bersama. Oleh itu, kita kena junjung konsep yang er… telah kita pegang selama ini, perpaduan dan juga kontrak sosial yang telah kita sama-sama persetujui untuk mempastikan kita boleh maju, kita boleh ke depan dan boleh bersaing dengan negara dan juga negeri-negeri lain. Dengan itu, sekali lagi saya ucap terima kasih dan saya mohon menyokong.
Terima kasih Beserah. Baik, sila, sila Wakil dari Bilut.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan, salam sejahtera. Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Hari ini saya ingin menyentuh beberapa isu penting dalam Dewan Yang Mulia ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Pahang telah mengecualikan premium tanah yang tempoh pajakan telah dilanjutkan dari 60 tahun sehingga 99 tahun di Kampung Baru dalam seluruh Pahang. Polisi ini merupakan usaha yang murni kerana ia membantu er… meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah. Polisi ini juga menyelesaikan masalah kegagalan rakyat negeri Pahang untuk membayar premium tanah yang tinggi dalam beber... beberapa tahun ini.
Walau bagaimanapun, saya telah menerima aduan dari penduduk Kampung Baru bahawa Pejabat Tanah telah bermula mengecaj premium tanah terhadap mereka yang memohon untuk melanjutan tempoh pajakan. Untuk makluman Dewan, cukai tanah yang dicaj, amaun yang amat tinggi telah membebankan penduduk Kampung Baru dan sekiranya mereka tidak dapat menjelaskan premium tanah yang begitu tinggi, mereka akan menghadapi err... masalah err... mereka akan menghadapi masalah kegagalan untuk premium tanah dikemaskini. Mereka telah tinggal di
Kampung Baru sejak generasi nenek moyang mereka dan sekarang menghadapi masalah kegagalan pembayaran cukai tanah ini. Saya amat berharap Kerajaan Negeri akan memahami kesusahan yang dihadapi oleh penduduk Kampong Baru dan meneruskan polisi perlanjutan tempoh pajakan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2012 supaya memfaedahkan penduduk Kampung Baru dengan polisi mengecualikan premium tanah. Polisi ini akan membawa kemasla... err... kemaslahatan kepada penduduk kampung dan rakyat negeri Pahang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Pihak Kerajaan Negeri Pahang telah melantik Ahli Majlis Perbandaran dan Daerah pada 12hb Disember 2018 demi membolehkan Majlis Perbandaran dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih efisien dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk tempatan. Saya berpendapat bahawa perlantikan Ahli Majlis Perbandaran haruslah merangkumi wakil dari semua semua bangsa dan ini akan membantu meningkatkan tahap komunikasi antara penduduk tempatan dan Majlis Perbandaran serta menyelesaikan masalah tempatan dengan efection. Biar kita ambil Majlis Perbandaran Bentong sebagai contoh.
Bentong mempunyai peratus penduduk Cina yang lebih tinggi daripada kawasan lain tetapi pihak Kerajaan Negeri tidak melantik seorang pun Ahli Majlis Perbandaran yang berbangsa Cina. Ini telah menyebabkan banyak warga emas yang tidak fasih dalam Bahasa Malaysia, gagal untuk membawa isu yang dihadapi kepada Majlis Perbandaran. Saya memahami pengurusan ini disebabkan oleh salah satu parti komponen kerajaan gagal menamakan calon kepada Kerajaan Negeri tetapi saya percaya bahawa banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan izin, dan wakil tempatan Cina berkebolehan untuk dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran. Oleh itu, saya cadang, saya mencadangkan bahawa Kerajaan Negeri harus mengambil kira pemimpin ataupun wakil tempatan yang berbangsa Cina dan India semasa melantik Ahli Majlis Perbandaran pada masa hadapan. Cara ini bukan sahaja membantu meningkatkan taraf perkhidmatan Majlis Perbandaran, ia juga... ia juga menjadi portfolio untuk masyarakat Cina berkomunikasi dengan Majlis Perbandaran.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman semua, tempoh perlantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru (JKKKB) dalam seluruh Pahang telah tamat pada Ogos 2018 tetapi Kerajaan Negeri Pahang masih belum melantik ahli JKKKB yang baharu. Ini telah membawa banyak masalah kepada penduduk tempatan kerana ketika mereka menghadapi isu-isu, mereka tidak mempunyai saluran untuk melaporkan. Mereka juga tidak dapat mendapat surat pengesahan dari Ketua Kampung ketika memerlukan. Oleh itu saya berpendapat bahawa negeri Kerajaan Pahang sepatutnya menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin agar agar membolehkan semua JKKKB dalam negeri Pahang boleh ditubuhkan dan melaksanakan tanggungjawab mereka demi kemudahan penduduk tempatan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri Pahang telah meningkatkan peratus industri valuation, dengan izin pada tahun lepas. Untuk makluman Dewan peratus kenaikan untuk perumahan adalah 1%, kedai rumah adalah 1.5% dan kawa... kawasan perindustrian adalah 2%. Jumlah kenaikan yang berpuluh-puluh ringgit sehingga beratus-ratus ringgit. Saya memahami bahawa Kerajaan Negeri memerlukan modal yang lebih banyak untuk menjalankan tanggungjawab dan cara kenaikan cukai dapat menambahkan
pendapatan kerajaan. Namun ekonomi dalam negeri Pahang sekarang berada dalam situasi yang tegang dan semua jenis perniagaan juga menghadapi pelbagai masalah ekonomi. Kenaikan seperti ini jelas akan membebankan rakyat. Oleh itu, saya berharap Kerajaan Negeri Pahang dapat memahami kesusahan kehidupan rakyat dan melewatkan pelaksanaan kenaikan cukai pintu atau menurunkan peratus kenaikan supaya dapat meringankan beban rakyat negeri Pahang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Tentang isu rumah mampu milik. Kawasan Bentong masih mempunyai banyak keluarga yang miskin dan tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri dan kebanyakan dari golongan mereka terpaksa menyewa rumah dan segelintir kecil perlu tumpang tinggal di rumah orang lain. Faktor yang terpenting ialah kekurangan modal untuk membeli rumah. Saya memahami bahawa banyak penduduk Bentong yang memohon untuk membeli rumah mampu milik tetapi Kerajaan Negeri Pahang hanya membina rumah mampu milik dalam jumlah yang kecil dan jumlah ini memang tidak dapat err... menam.. menampang, menampung permohonan yang tinggi dari penduduk Bentong.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Oleh itu saya amat berharap Kerajaan Negeri Pahang dapat...
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, minta laluan.
Sila Yang Berhormat.
Untuk makluman Yang Berhormat daripada Bilut, di Bentong kita ada buat 7 projek yang melibatkan seramai 1,224 orang yang boleh duduk yang untuk rumah PRIMA lah ya. Jadi err... permohonan setakat ini ada berapa yang kata ramai tadi? Boleh YB beritahu tak lebih kurang?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Ang... ang...angggaran itu saya tak dapat satu err... satu jumlah yang... yang tepat tetapi bolehkah saya tanya pihak kerajaan bilakah er... rumah-rumah mampu milik ini akan dilaksanakan dan berapa sudah dilaksanakan?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Tadi rakan saya daripada Exco Perumahan telah pun jawab. Yang kita lulus 37,000 unit yang melibatkan 120 projek pelbagai peringkat. Jadi itu kelulusan. Peringkat ini dia sehingga mendapat CF, dia mengambil masa sedikitlah tetapi yang pentingnya pokok pangkalnya kerajaan telah menyediakan ruang tapak untuk membuat rumah
mampu milik. Macam di Bentong ini kita dah bagi 7 projek. Masa siap itu bergantung kepada keadaanlah. Kadang-kadang kalau nasib baik, boleh siap seperti mana yang ditetapkan. Kalau nasib kurang baik kerja tanah banyak, kontraktor lari dah jadi lambat pulak dan sebagainya. Itu satu tapi usaha kerajaan untuk membantu rakyat dah ada ya.
Yang ke-2 tadi, saya... masa saya di luar tadi saya dengar Yang Berhormat minta Kerajaan Negeri melantik cepat Ahli Majlis. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kerajaan memang telah pun minta nama daripada apa ni... parti-parti yang di dalam Barisan Nasional untuk mengemukakan nama tetapi malangnya sehingga ke hari ini mereka belum mengemukakan nama dan ada sedikit apa ni penolakan dan sebagainya perbincangan. Jadi sebab itu kita tak boleh nak lantik. Jadi kita tunggulah. Kalau sekiranya pihak parti komponen hantar nama, Kerajaan Negeri lantik, tiada masalah. Itulah Yang Berhormat untuk penjelasan kepada ADUN Bilut.
Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat tentang penjelasan tentang rumah mampu milik. Saya didapati juga ada beberapa projek akan dijalan di kawasan Bentong tetapi beberapa tahun lepas saya telah pun dengar berita tentang kita di kawasan Bentong ini Kerajaan Negeri telah pun meluluskan projek di kawasan Bentong ini tetapi hingga ke hari ini kita hanya nampaknya tanah sahaja tapi satu... satu batang err... satu batang tiang pun kita tidak nampak. Oleh sebab itu saya membawakan isu er... ke Dewan Yang Mulia ini tetapi saya yakin kepada Kerajaan Negeri kerana masih ada masa lagi tetapi saya harap Kerajaan Negeri mempe... mempercepatkan err... apa tu, masa ini untuk membina er... rumah mampu milik ini kerana setiap er... lebih kurang setiap bulan ada banyak juga er... pengundi-pengundi ataupun penduduk di kawasan Bentong ini datang ke pejabat saya.
Saya minta mereka pergi ke Pejabat Tanah untuk isi borang supaya mereka boleh er... menamakan dalam senarai yang sedia ada di pejabat tanah itu. Er… akhir sekali saya amat berharap Kerajaan Negeri Pahang dapat melaksanakan polisi semua memiliki rumah dan membina lebih banyak rumah mampu milik di kawasan Bentong supaya semua keluarga dapat memiliki rumah sendiri dan tinggal dengan lebih selesa. Itu sahaja, sekian terima kasih Yang Hormat, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Baik Yang Berhormat. Baik, saya jemput wakil dari Teruntum.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Izinkan saya menjunjung kasih atas titah Kebawah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang sempena Pembukaan Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang kali ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Isu masalah tikus di Pasar Besar Kuantan dan saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada Dato' Hajah Hamiza binti Hamzah iaitu Setiausaha MPK yang telah sudi turun padang bersama saya untuk meninjau sendiri masalah yang berlaku tempoh hari di pasar besar tersebut. Difahamkan juga sepanjang tahun, pihak majlis telah menjalankan operasi kawalan menangkap tikus sebanyak 2 kali seminggu iaitu setiap hari Selasa dan Jumaat. Operasi ini juga telah dijalankan oleh 10 hingga 20 anggota Unit Vektor Bahagian Kesihatan Persekitaran, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran.
Selain itu difahamkan memang bukan mudah untuk menangkap tikus di pasar tersebut. Malahan saya juga turut serta dan merasai sendiri bagaimana cara menangkap tikus tersebut. Di sini saya ingin memohon pihak kerajaan agar dapat memberi lebih lagi peruntukan untuk pasukan ini agar dapat menjalankan operasi kawalan menangkap tikus dengan kerap sekali.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa semua orang tahu bahawa Menara Teruntum sedang dibina di kawasan bandar Kuantan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua…
Ya.
Saya mohon bertanya kepada ADUN Teruntum. Sekali operasi itu berapa ekor tikus dapat dan lepas itu tikus itu buat apa?
21 ekor. (Ahli Dewan ketawa) Buang la. Saya sambung ya.
Sambung.
Menara Teruntum tersebut setinggi 180 meter, dibina di tebing Sungai Kuantan. Jika Menara Teruntum siap dibina kemungkinan Menara Teruntum dijangka akan dapat menarik lebih ramai pelancong seperti pelancong dari luar negara. Ini akan menyebabkan nama Kuantan dikenali ramai dan menarik lagi ramai pelancong yang ingin melancong di er… di bandar Kuantan. Soalan saya, apakah perancang pihak kerajaan untuk membangunkan tempat di sekitar sebagai tempat pelancongan untuk menarik minat lebih ramai pelancong yang memberi lebih peluang perniagaan untuk warga Kuantan seperti…
Yang Berhormat… Yang Berhormat, Yang Berhormat Teruntum…
… menjual kraftangan Malaysia.
Yang Berhormat Teruntum, ini bukan sesi soal dan jawapan. Tadi Yang Berhormat kata soalan saya tadi. Maksud saya, Yang Berhormat membahaskan titah ucapan. Maknanya Yang Berhormat boleh memberi cadangan, pandangan dalam sesuatu isu itu. Yang Berhormat nak bertanya tadi nak tanya siapa? Ini masa Yang Berhormat untuk memberi pandangan dan juga idea-idea dalam isu-isu semasa. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Kedua, er… mana nak letak parking kalau 10 bas datang ke tempat ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Isu anjing liar di Kuantan. Saya difahamkan Majlis Perbandaran Kuantan dikatakan setiap hari menerima sebanyak 5 ke 20 kes aduan mengenai kes anjing liar. Anjing liar sangat merbahaya kerana mengancam orang ramai yang berada berdekatan dengan haiwan tersebut. Saya juga mencadang kepada pihak kerajaan agar dapat membeli sebidang tanah sebanyak keluasan 5 ekar di kawasan Kuantan kepada pihak NGO seperti CARE atau yang lain kerana tempat mereka menjaga er… menjaga lebih 300 ekor anjing liar sekarang. Didapati kebanyakan anjing setiap hari semakin bertambah. Sekiranya pihak kerajaan dapat memberi tempat yang bersesuaian untuk penempatan anjing liar, ini juga akan dapat mengatasi masalah anjing liar di kawasan Kuantan. Saya berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan perkara ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Kadar kenaikan lesen burung walid yang semakin mendadak dari RM240 ke RM1000. Pihak kerajaan juga telah menetapkan kadar seragam bagi lesen perusahan sarang burung di negeri Pahang sebanyak RM1000 bagi seorang pengusaha. Kenaikan ini agak melampau kerana di luar… di negeri lain contohnya di negeri Kelantan hanya satu… RM240, Perak RM240. Di sini saya ingin mensuarakan untuk pengusaha burung walid. Saya harap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan semula perkara ini dan mengekalkan dengan harga yang sama seperti negeri-negeri yang lain.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
MPK telah melancarkan program Kuantan Santai Sihat Lestari sempena Hari Tanpa Kenderaan bermula 23 Mac 2019. Penutupan jalan tersebut sangat memberi kesan kepada pengguna jalan raya dan juga peniaga-peniaga pemilik kedai di kawasan tersebut. Difahamkan pekerja di kawasan tersebut terpaksa meletakkan kenderaan terlalu jauh dan terpaksa berjalan kaki dan mengambil masa yang lama sampai ke tempat kerja. Selain itu, aktiviti tersebut juga menyebabkan bandar Kuantan menjadi
jammed teruk. Agak, ada setengah kedai terpaksa beroperasi tidak mengikut masa yang ditetapkan. Penutupan jalan tersebut juga menyebabkan kesesakan lalu lintas di jalan-jalan masuk keluar seperti Jalan Wong Ah Jang dan Jalan Tun Ismail yang juga pencemaran udara akibat dari kesesakan lalu lintas.
Kenapa pihak MPK tidak menjalankan aktiviti tersebut pada hari Ahad dan kerana pada hari Sabtu kebanyakan kedai masih beroperasi dan yang ada masih bekerja di hari tersebut. Saya mencadangkan supaya mencari jalan alternatif yang lain tak… supaya tidak menimbulkan sebarang masalah dan mengadakan aktiviti yang lebih menarik kepada orang ramai supaya dapat sambutan yang lebih menggalakkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Di… di jalan besar Kuantan mempunyai pandangan yang paling unik di atas penghalang pagar kerana dipenuhi dengan corak berwarna hitam putih iaitu seni lukis tahi burung. Saya harap pihak Majlis Perbandaran Kuantan ambil serius dalam perkara ini kerana kelihatan agak kotor dari segi penglihatan kerana tahi burung sentiasa ber… atas pagar tersebut. Ini juga er… boleh menyebabkan dan menjatuhkan imej MPK kerana tidak mengambil peduli tentang perkara tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Isu nama Jalan Penjara. Saya pernah bangkit perkara ini dalam sidang yang Dewan Mulia ini. Nama Jalan Penjara tidak lagi sesuai untuk digunakan di bandar Kuantan. Saya pernah mencadangkan di dalam sidang Yang Mulia ini untuk menukarkan nama tersebut kepada Jalan Dato’ Sri Adnan Yaakob. Jika pihak kerajaan tidak bersetuju dengan nama jalan saya yang cadangkan, saya memohon pihak kerajaan untuk menukar kepada nama yang lain lebih sesuai dan saya berharap perkara ini dapat dipertimbangkan semula.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Pada setiap musim perayaan, Stadium Darul Makmur telah menyediakan tapak untuk meniaga yang disewa oleh orang ramai. Didapati bahawa tapak-tapak tersebut disewa melalui tender syarikat lain dan sebagai orang tengah. Difahamkan sebuah syarikat telah menjadi sebagai orang tengah dan mengambil kesempatan untuk menaikkan kos kadar sewa tapak mengira tersebut er… meniaga tersebut dan menyewa dengan harga yang tinggi er… dan mahal. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan suda… supaya tidak mengeluarkan tender kepada orang tengah dan sebaliknya pihak stadium sendiri harus menyewa terus kepada orang ramai. Ini dengan izin, win win situation bagi 2 pihak antara pihak kerajaan dan orang ramai dan tidak perlu melalui er… sebuah syarikat untuk dijadikan sebagai orang tengah. Saya berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan perkara ini yang saya bangkitkan
Yang Berhormat, Yang Hormat Dato’ Yang di-Pertua,
Strata title Kompleks Teruntum. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar dan juga Exco Perumahan atas tindakan telah diambil setelah masalah strata titl, strata title Kompleks Teruntum yang pernah saya bangkitkan pada sidang yang lepas. Saya dimaklumkan oleh pemilik lot kedai bahawa strata title akan dikeluarkan pada bulan Oktober 2019 yang akan datang. Jika benar, saya sekali lagi ingin mengucap ribuan terima kasih kepada Menteri Besar dan pihak Kerajaan Pahang Kerana masalah ini dapat diselesaikan selepas hampir 40 tahun.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Bulan lalu kita digemparkan dengan isu pembuangan sisa bahan kimia di dalam Sungai Kim-Kim, Johor yang telah memberikan satu pengajaran kepada rakyat Malaysia. Difahamkan sekolah dan kawasan berdekatan diarahkan untuk menutup dan mengosongkan kawasan tersebut supaya terhindar pada masalah terhidu bahan kimia tersebut. Apa-apa... apakah langkah pihak kerajaan untuk mengawal bahan kimia seperti dan mencegah dari bencana seperti berlaku di sungai tempatan iaitu Sungai Galing yang mengalami pencemaran yang mengakibatkan sungai bertukar menjadi warna hitam dan berbau busuk. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan untuk mengatasi pencemaran tersebut?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua
Saya telah difahamkan bahawa Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) mempunyai tunggakan hutang mulai tahun 2014 hingga 2019 April sebanyak lebih kurang RM432 bilion kepada Tenaga Nasional Berhad. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan apakah tindakan atau cara-cara membayar balik kepada pihak TNB. Saya juga ingin bertanya kenapa hutang tersebut begitu banyak dan masih tertunggak sehingga kini?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Lebuhraya Pantai Timur perlu dinaikkan taraf atas masalah kesesakan hari minggu, musim perayaan dan musim cuti sekolah. Hampir kesemua kawasan tol penuh dengan kenderaan yang menyebabkan kesesakan yang ambil masa hampir 2 jam. Saya menerima jawapan dari pihak LPT bahawa antara sebab yang telah dikenal pasti menyebabkan kesesakan Lebuhraya KL-Karak adalah disebabkan keadaan bentuk bumi yang berbukit dan berselekoh, cuaca, hujan kemalangan juga menyebabkan kenderaan bergerak perlahan. Bagi mengurangkan isu kesesakan berlaku di plaza tol, pihak LPT telah melaksanakan tindakan penyelesaian seperti memastikan semua lorong plaza tol dibuka secara maksimum dan mendapat... menambah kakitangan operasi tol bagi membantu pengguna yang mempunyai masalah di lorong tol.
Minta laluan.
Ya, Pulau Manis.
Yang pertama sekali, berkenaan dengan kesesakan jalan di LPT Pantai Timur. Kita tahu bahawa jalan raya ni ada tanggungjawab, ada jalan Kerajaan Negeri, ada jalan Kerajaan Persekutuan. Jadi lebuh raya ni di bawah jalan Kerajaan Persekutuan. Patutnya perkara ini dibangkitkan oleh ADUN kepada rakan dia, rakan Ahli Parlimen dia, itu yang pertama. Yang kedua, satu perkara yang disebutkan kesesakan ini disebabkan oleh tol. Dulu dah berjanji tak payah buka tol, tol… semua lubang tol, buang saja sebab itu janji, senang cerita, janji itu tunaikan dulu laksanakan janji dalam manifesto. Terima kasih.
Sila Teruntum.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Mulai awal tahun 2009, saya telah menerima banyak aduan mengenai isu saman ke atas kereta seperti hilux 4x4 dan kereta persendirian kerana membawa barang-barang persendirian. Saman tersebut yang mencecah sehingga RM1,000 dan ke atas. Saman yang dikeluarkan tersebut di atas kesalahan pengguna kenderaan yang meletak barangan pekerja di dalam kereta. Saya tidak memahami kerana perkara ini hanya berlaku di Kuantan dan tidak di seluruh Pahang. Adakah perkara seperti ini juga berlaku di seluruh Malaysia, kita tak tau. Saya berharap satu SOP yang jelas perlu diberitahu kepada orang ramai tentang perkara ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Saya ingin mencadangkan penambahan destinasi penerbangan di Kuantan perlu dipertingkatkan lagi untuk pelancong yang semakin bertambah di Kuantan. Penambahan penerbangan utama dari Lapangan er... Sultan Ahmad Shah ke negara lain seperti contoh tersebut. Kuala Lumpur ke Bangkok sehari, Isnin sampai Jumaat 9 kali, pada hari Sabtu 11 kali penerbangan ya, ini AirAsia. Malaysia Airlines, Isnin ke Jumaat, 6 ke 10 kali. Pada hari Sabtu, 7 ke 9 kali. Nombor 2, Kuala Lumpur ke Jakarta Isnin hingga ke Jumaat, 10 kali perjalanan satu hari dan pada hari Sabtu 11 kali. Ha ini AirAsia. MAS Isnin ke Sabtu 7 kali perjalanan dan pada hari Ahad 4 kali.
Ini sebagai contoh pengalaman berlaku di er... KLIA dan saya minta kenapa pihak kerajaan tidak membuat satu penambahan dari Kuantan ke… macam Bangkok atau Jakarta yang begitu banyak sekali dalam satu hari, kalau tidak kita mencadangkan mungkin dua hari sekali dan bukan biar Kuantan Airport kosong saja. Saya harap pihak kerajaan dapat menambah lagi penerbanan untuk mendapatkan pelancong di Pantai Timur.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Pada dua bulan yang lepas, terdapat dua atau tiga ekor buaya yang sentiasa berada di dalam longkang Kampung Jawa. Buaya tersebut berada di dalam keadaan longkang persimpangan masuk Kampung Baru yang jauhnya 3 kilometer dari tebing Sungai Kuantan. Jikalau buaya tersebut naik ke darat, bukan buaya darat ya, naik ke darat, untuk menjemur di tengah panas. Ini cukup merbahaya kepada penduduk-penduduk yang berada di sekitar tersebut. Saya berharap pihak kerajaan dapat memasang dengan izin, track, di tebing sungai supaya binatang seperti buaya ini tidak dapat masuk ke kawasan longkang tersebut dan sebelum perkara tidak diingini berlaku. Sekian saya ini ucapan saya, saya mohon sokong.
Okay, Yang Berhormat Teruntum. Ya sila, saya nampak Yang Berhormat daripada Tanah Rata tadi.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih kepada rakan-rakan sekalian dalam Dewan Yang Mulia ini. Salam sejahtera dan salam harapan. Terima kasih terlebih dahulu kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk menyertai Perbahasan Menjunjung Kasih Titah DiRaja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Pertamanya yakni berkenaan dengan tindakan penguatkuasaan terhadap tanah kebun yang telah, sedang dan bakal dijalankan di Cameron Highlands. Terlebih dahulu saya... saya.
Yang Berhormat Tanah Rata, apa Yang Berhormat sebutkan tadi?
Ya?
Tolong ulang sekali lagi, saya kurang jelas tadi.
Oh… yang perenggan pertama.
Ya.
Pertamanya saya ingin menyentuh berkenaan dengan tindakan penguatkuasaan terhadap tanah kebun yang sedang dan bakal dijalankan di Cameron Highlands.
Yang Berhormat Menteri Besar nak.
Minta laluan.
Oh! cepatnya minta laluan.
Dak ini penting bukan main-main tau dak.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Perkara ini telah dibawa ke mahkamah dan pihak pekebun telah pun mendapat perintah mahkamah supaya tindakan penguatkuasaan diberhentikan sementara dan pihak kerajaan akan buat rayuan. Jadi perkara yang telah dibawa ke mahkamah dan telah mendapat perintah mahkamah, tak perlu dibincangkan lagi. Yang Berhormat kena tau benda ini, ini perkara asas. Sebab itu dalam ucapan saya, saya cuma sebut tanah haram di peringkat negeri. Titah Tuanku pun penguatkuasaan tanah haram di negeri tak sebut Cameron Highlands pun. Jadi Yang Berhormat daripada Tanah Rata sebut Cameron Highlands dan perkara ini tidak boleh dibincangkan secara terbuka. Yang ini Yang Berhormat kena faham. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Tanah Rata.
Ya, terima kasih peringatan daripada Menteri Besar.
Jadi perkara itu tidak perlu disebut.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya bukan ni sekadar nak bincangkan kes ini di sini. Saya tidak bincangkan kes ini di sini. Saya cuma…
Yang Berhormat, Yang Berhormat…
Saya cuma nak memberikan pandangan dan cadangan sahaja.
Yang Berhormat Tanah Rata, sepertimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri Besar…
Ya.
Isu ini telah pun dibawa ke mahkamah. Mengikut peraturan mesyuarat, duduk Yang Berhormat, duduk. Perkara 36(2)… 36(2), tidak boleh disebut apa-apa perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah kerana kita perlu tunggu dan menghormati keputusan mahkamah. Jadi, saya kira Yang Berhormat tak perlu membincangkan isu
itu di dalam Dewan ini. Yang Berhormat boleh terus kepada tajuk yang lain.
Baiklah Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak bincang kes yang telah dibawa ke mahkamah itu. Saya tidak bincang tetapi saya juga difahamkan pada masa yang akan datang, juga ada banyak tindakan penguatkuasaan terhadap tanah-tanah kebun ini. Saya di sini saya tidak menyentuh dan membincang bagaimana tindakan penguatkuasaan tetapi saya di sini hanya nak cuba mencadangkan bagaimana kita boleh selesaikan masalah ini kepada Dewan Yang Mulia ini.
Yang Berhormat…
Ya, bolehkah?
Yang Berhormat Tanah Rata, pada pandangan saya, saya tidak, saya masih lagi menganggap bahawa Yang Berhormat mempunyai niat yang sama. Jadi, perlu pergi kepada tajuk yang lain.
Tidak.
Bukan isu tanah atau undang-undang penghukuman di Tanah Rata.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya bukan sentuh yang kes yang dibawa ke mahkamah tu tetapi ini kes yang seluruh… menyeluruh.
Ini berlaku di Cameron Highlands?
Ya, berlaku di Cameron Highlands tapi kes yang dibawa ke mahkamah itu ialah kes yang lain, yang saya yang sebut ini adalah kes yang seluruh. Saya cuma nak memberikan cadangan sahaja kepada Dewan Yang Mulia ini. Adakah ini juga melanggar peraturan ataupun undang-undang? Saya rasanya tidak.
Pemahaman saya bahawa itu adalah perkara yang ada kait-mengait yang ada kaitan, yang kain-mengait, kait-mengait ataupun ada hubung kait tentang isu yang sama di Tanah Rata. Jadi, saya minta kerjasama Yang Berhormat supaya membawa
tajuk yang lain, isu yang lain di Cameron Highlands juga, bukan isu tanah.
Baiklah, saya sentuh yang lainlah, bukannya tindakan penguatkuasaan tetapi cadangan untuk membuat penempatan semula. Dengan ini, saya nak mencadangkan satu projek, Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan di daerah Cameron Highlands ini. Sebab saya nak mencadangkan projek ini projek yang dengan singkatan ini ialah TKPM, projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan. TKPM ini adalah satu kaedah untuk mewujudkan satu zon kekal bagi pengeluaran tanaman makanan secara lestari, mesra alam dan berteknologi tinggi untuk menjamin pengeluaran makanan negara yang mencukupi, berkualiti dan mapan. Cadangan ini saya juga sudah memaklumkan kepada YB. Timbalan Perdana Menteri dan juga YB. Menteri Pertanian dan sekiranya Kerajaan Negeri sedia menawarkan langkah penempatan semula ini, Kerajaan Pusat sedia memberikan bantuan yang sepenuhnya untuk menjayakan projek TKPM ini.
Dan saya juga difahamkan oleh Jabatan Pertanian Negeri, bahawa cadangan ini pernah dibangkitkan oleh Jabatan Pertanian Negeri pada tahun 2015 tetapi pada masa tu sebab mereka bagi alasan ialah disebabkan kesuntukan bajet. Oleh itu, cadangan ini telah ditolak. Oleh itu, pada masa yang sekarang, saya ingin mencadangkan sekali lagi supaya pihak Kerajaan Negeri boleh membangkitkan semula Usul ini supaya kita boleh apa katanya… dalam menetapkan lebih banyak usaha untuk melestarikan memelihara dan memulihara Cameron Highlands dan saya sentuhlah perkara yang kedua, itu yang…
Minta laluan, Pengerusi Yang di-Pertua,
Ya Pulau Manis, boleh.
Saya nak mohon pengesahan daripada Tanah Rata. Benar atau tidak kebanyakan daripada produk-produk makanan jagung, keledek dan juga petai sebenarnya bukan daripada Cameron Highlands? Ia datang dari luar. Jadi, barang-barang luar tu dia tumpang meniaga atas populariti Cameron Highlands. Benarkah atau tidak perkara ini berlaku di Cameron Highlands?
Saya tidak menafikan, ya. Oleh itu, hari itu Timbalan Menteri Pertanian datang ke Cameron Highlands. Beliau juga menyarankan supaya kita mewujudkan satu jenama Cameron Highlands untuk buah-buahan dan tanaman di situ untuk mengelakkan kekeliruan dan juga ciptaan dan juga barangan palsu yang bukan asalnya dari Cameron Highlands. Ini saya tidak menafikan, betul. Oleh itu, kita perlu menjayakan dan juga membangunkan jenama Cameron Highlands.
Dan untuk perkara yang kedua, ya ni… tahniah juga kepada Kerajaan Negeri atas peningkatan hasil melalui inisiatif-inisiatif yang baharu. Namun demikian, saya di sini juga ingin merayu kepada Kerajaan Negeri supaya juga boleh mengkaji semula
pelaksanaan kutipan hasil bayaran lesen perniagaan kedai dan penjaja di… oleh Majlis Daerah Cameron Highlands. Sebab saya difahamkan bahawa di Cameron Highlands, kadar bayaran untuk lesen perniagaan telah mengalami satu kenaikan kadar yang mendadak sehingga 100… 200%... 100 sehingga 200% kenaikan dia. Yang sebab utama kenapa ada kenaikan kadar bayaran lesen yang begitu mendadak adalah disebabkan penambahan kategori perniagaan di premis dan juga tapak penjaja.
Katanya, ada kedai yang jenis perniagaan dia adalah menjual barangan runcit sahaja. Oleh itu, kategori dia adalah kedai runcit. Tetapi kalau dia ada jual pakaian, ada jual alat tulis, ada jual kosmetik, dia akan juga dikenakan cukai penambahan… ditambahkan cukai aktiviti tersebut. Oleh itu, keseluruhannya lesen dia bertambah. Hal sedemikian menjadikan kadar bayaran bertambah naik dengan kadar 100% mahupun 200% dan seterusnya menambah berat beban kehidupan pekedai-pekedai di Cameron Highlands.
Oleh itu, para peke… saya ingin er… Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa para pekedai ini sekadar menjalankan perniagaan yang kecil. Mereka turut menghadapi persaingan dan juga penjaja-penjaja pasar mini berantai seperti Speed Mart 99 dan juga pasar raya. Mereka tu buka kedai runcit kecil sahaja. Saya merayu pihak Kerajaan Negeri supaya boleh mengkaji semula dasar ini khususnya kepada peniaga-peniaga kecil ini pada suasana ekonomi yang genting ini.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Perkara ketiga yang ingin saya bangkitkan adalah mengenai pembinaan infrastruktur di perkampungan Orang Asli di negeri Pahang ini. Saya difahamkan oleh pihak… bahawa pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), singkatan dia, telah dilantik sebagai agen pelaksanaan bagi Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di perkampungan Orang Asli Jong tidak jelas di Pekan, Kampung Orang Asli Kelebet Batu di Bera, Kampung Orang Asli Rening dan Terakit di Cameron Highlands, Kampung Orang Asli Kuala Atok di Jerantut, Kampung Orang Asli Bukit Ngeri di Temerloh. Projek bekalan elektrik ini adalah kerjasama antara TNB dengan pihak Kerajaan Negeri. Namun demikian, kos tanah untuk pembinaan tiang elektrik dan juga kabel bawah tanah 11kw ini dan kos sewaan tanah untuk pencawang TNB untuk menyambung ke perkampungan Orang Asli itu telah diperkenalkan. Kos itu sejumlah RM249,600, lebih kurang RM250,000 dan kos ini tiada dalam perancangan awam.
Saya juga difahamkan bahawa rayuan untuk pengecualian bayaran tersebut oleh pihak TNB telah ditolak. Oleh itu, saya di sini memandangkan projek ini merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial CSR, TNB dan juga Kerajaan Negeri bagi membantu meningkatkan infrastruktur dan pembangunan di kawasan luar bandar dengan memberi manfaat kepada lebih 150 buah keluarga di dalam kawasan perkampungan Orang Asli yang terlibat. Saya di sini saya berharap Kerajaan Negeri di Dewan Yang Mulia ini supaya kita boleh… supaya Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan semula untuk rayuan pengecualian bayaran tersebut sebab untuk pihak TNB, mereka membuat projek sambungan elektrik, bekalan elektrik kepada kampung Orang Asli itu, mereka tidak dapat menjana apa-apa pendapatan.
Tetapi mereka hanya bayar duit sahaja. Mereka terpaksa menanggungkan kos pembinaan dan dari segi mereka sekarang terpaksa menanggung kos untuk mengambil alih tanah dan juga menyewa tanah pada masa yang akan datang. Oleh itu, ini kiranya satu tanggungan yang agak berat bagi pihak TNB. Saya mengharapkan Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan rayuan untuk
pengecualian bayaran tersebut untuk kebaikan perkampungan Orang Asli di negeri Pahang ini. Dan akhirnya saya juga berharap Kerajaan Negeri supaya boleh membangkit satu cadangan untuk mewujudkan satu Kampus Pertanian Tinggi, Pertanian di Cameron Highlands bagi pembangunan dan juga transformasi pertanian setempat. Ini sahaja ucapan saya pada hari ni, dan saya mohon sokong Usul Junjung Titah Diraja Pemangku Raja Pahang. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Terima kasih Tanah Rata. Seterusnya saya sila Wakil dari Semantan.
Dato’ Yang di-Pertua,
[Ayat Quran] Assalamualaikum WBT, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, rakan-rakan barisan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat Sidang Dewan yang saya kasihi sekalian. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja Yang Amat Mulia Pemangku Raja Pahang.
Dato’ Yang di-Pertua,
Pada hari ini duduk dan berdirinya kita para Ahli Dewan, sama ada di pihak kerajaan ataupun pembangkang dalam Dewan Yang Mulia ini, merupakan tanggungjawab kita kepada rakyat dan negeri Pahang yang kita kasihi. Moga-moga pandangan yang diberikan, dengan cara yang berhemah dan bertata susila akan membantu meningkatkan prestasi negeri Pahang, insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Di dalam suasana mutakhir ini, penghinaan kepada institusi raja semakin berleluasa. Walaupun ia tidak sepatutnya berlaku bagi sebuah negara yang mengamalkan Sistem Raja Berpelembagaan, yang meletakkan raja sebagai kuasa yang tertinggi khususnya dalam hal ehwal agama islam. Saya cukup yakin dan percaya, semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang sentiasa setia teguh berpayung di bawah Sistem Raja Berpelembagaan, dan menolak tindakan penghinaan yang tidak bertamadun ini.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada BN, Barisan Nasional yang telah melakar kemenangan hattrick dalam pilihan raya kecil baru-baru ini. Bermula di Parlimen Cameron Highlands, DUN Semenyih dan yang terkini di DUN Rantau. BN memulakan langkah di Cameron Highlands sebagai calon underdog di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai Jeneral perang. Yang hanya berslogan ‘Tiada Janji, Lihat Bukti’. Walaupun ia bukan bermakna menjanjikan bulan dan bintang, tetapi hasil kerja kuat dan kesepakatan perpaduan ummah kita telah menang dengan penuh bergaya.
Marilah kita menyorot sirah Perjanjian Hudaibiyah yang menyaksikan kesabaran Rasulullah SAW mengeluarkan slogan Muhammad Rasulullah dan hanya digantikan dengan Muhammad bin Abdullah, pada lembaran perjanjian tersebut. Tindakan ini telah menyebabkan para sahabat merasa begitu marah, sedih, tercabar dan kecewa. Yang seolah-olah islam bakal menimpa kekalahan. Tetapi tindakan yang berjiwa besar yang dilakukan oleh Muhammad bin Abdullah telah mengukir kejayaan kepada tamadun islam hingga dapat diwarisi kepada kita pada hari ini. Tahniah! BN, Tahniah! Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, terima kasih PAS. [ Ahli Dewan menepuk meja]
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Peningkatan pertumbuhan ekonomi negeri Pahang terus mencatat kepada aras positif. Dengan kadar 7.8 % berbanding tahun sebelumnya. Ini jelas menunjukkan keseriusan kepimpinan negeri dalam membangunkan dan memajukan negeri dengan dasar-dasar baru yang diperkenalkan. Prestasi yang boleh diteruskan oleh kerajaan melalui GLC-GLC melihat segala peluang sama ada baharu atau pun yang sedia ada. Misalnya, saya ingin memberi contoh, Kuari Kampung Awah contohnya, yang merupakan satu-satunya kuari milik Kerajaan Negeri yang masih ada, yang mempunyai kualiti bitumen yang cukup berkualiti, tetapi operasinya ‘hidup segan mati tak mahu’.
Saya mencadangkan agar GLC-GLC milik Kerajaan Negeri mengambil alih kuari tersebut dengan menambah baik operasi dan diperlengkapan dengan peralatan yang canggih yang mampu untuk memberi saingan kepada kuari-kuari milik swasta. Kerajaan boleh mengenakan syarat kepada syarikat konsesi seperti Muhibbah Bina, YP Maintenance serta kontraktor-kontraktor kerja-kerja sebut harga untuk membeli bekalan kuari-kuari milik kerajaan ini. Ianya akan mendatangkan hasil dan pendapatan kepada Kerajaan Negeri. Kalau kuari swasta, yang memberi kemudahan dengan deed of assignment kepada kontraktor, mana mungkin kita tak boleh belikan kemudahan begitu kepada kontraktor. Inilah konsep left pocket to right pocket yang boleh digunakan oleh pihak Kerajaan Negeri.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Negeri Pahang adalah sebuah negeri yang mempunyai kekayaan semulajadi yang banyak. Pada 2018, ia telah menjana pendapatan sebanyak RM22 juta melalui kutipan royalti sahaja, yang saya yakin dan percaya melalui dasar baru yang diperkenalkan oleh kerajaan dan kawalan yang terperinci jumlah tersebut akan dapat ditambah lagi. Jika dahulu sumber mineral pernah menjadi isu di negeri ini, tetapi yakinlah dengan kecekapan pengurusan dan dasar baru ini, ia akan menjadi pendapatan yang lumayan kepada Kerajaan Negeri seterusnya kepada rakyat untuk diberikan manfaat.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Saya juga secara peribadi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepimpinan Negeri Pahang, khasnya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kerana sentiasa prihatian kepada rakyat, khasnya di kawasan saya di DUN Kuala Semantan. Banyak bantuan dan kelulusan yang telah diberikan kepada rakyat. Antaranya ialah kelulusan peruntukan khas MB untuk kerja-kerja penambahbaikan masjid di Kampung Paya Luas.
Yang kedua, menaik taraf tandas Masjid Abu Bakar yang telah dibina 40 tahun yang
lalu tidak pernah dinaikkan taraf. Itu pun, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri lulus peruntukan khas Menteri Besar. Baik pulih rumah di kawasan saya, terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Sri. Saya telah mendapat hampir 7 buah unit untuk dibaik pulih. Begitu juga sumbangan kepada PIBG dan juga sekolah. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar selalu mengingatkan saya, kita memang daripada dulu rapat dengan pihak sekolah, dengan PIBG. Walaupun kita kalah tetapi disebabkan perhubungan yang cukup-cukup akrab mereka ini, sentiasa datang menziarahi berjumpa dengan kami Yang Berhormat-berhormat Barisan Nasional. Walaupun begitu dengan bermurah hati Yang Amat Berhormat Menteri Besar bantu juga dan meluluskan beberapa sekolah di dalam kawasan saya.
Selain daripada itu saya juga terharu apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Yang Hormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri yang turun ke bawah apabila berlakunya kebakaran kedai Bukit Angin. Saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar walaupun gerai itu terpaksa diroboh kerana laluan jambatan… jambatan kedua er… jambatan kedua Temerloh kerana kita… saya dengan Yang Berhormat Lanchang berbincang kerana kita tidak yakin bahawa projek itu akan di… di… dibangunkan segera. Kita berbincang balik sama Yang Berhormat Dun Lanchang, Yang Berhormat Dun Lanchang berbincang dengan Yang Berhormat Yang Berhormat Menteri Besar dengan bermurah hati Yang Berhormat Menteri Besar lulus untuk kita baik pulih sementara kerana inilah sebenarnya tempat orang kampung mencari makan. Kalau kita lihat di Bukit Angin ini merupakan trade mark bukan sahaja dalam negeri Pahang bahkan di seluruh negeri-negeri dalam Malaysia apabila sebut Temerloh dia akan kata di mana? Di Bukit Angin terus orang tahu inilah di Malaysia di dunia mungkin…
Di dunia dia panggil blue roof, atap biru.
Ya. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar kerana saya juga sering menemui Yang Berhormat Menteri Besar mengadu juga, sering datang mengadu hal tetapi inilah kerja buat yang boleh saya lakukan kerana er… setelah kita orang Semantan tak mendapat dua penggal Wakil Rakyat apabila saya menjadi Wakil Rakyat saya merupakan tempat mereka-mereka ini mengadu, terima kasih kerana Yang Amat Berhormat Menteri Besar memahami situasi saya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Akhir kata semoga persidangan kita pada kali ini menatijahkan kebaikan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada negeri Pahang ini insya-Allah. Saya mohon menyokong. Sekian terima kasih. (Ahli Dewan menepuk meja).
Terima kasih Kuala Semantan. Baik ya, sila Wakil Mentakab.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Izinkan saya memulakan ucapan saya dengan merafak
sembah menzahirkan ucapan tahniah yang setingginya di atas perlantikan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah menaiki takhta sebagai Sultan Pahang dan seterusnya menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong. Sesungguhnya pertabalan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sebagai Yang di-Pertuan Agong mendatangkan perasaan sukacita dan bangga kepada sekalian rakyat negeri Pahang Darul Makmur yang dikasihi.
Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua,
Sesungguhnya Dewan Yang Mulia ini adalah forum yang terbaik bagi kesemua pihak sama ada ADUN di pihak Kerajaan dan juga bukan Kerajaan menzahirkan pandangan, bertukar fikiran dan seterusnya membuahkan idea bernas bagi memaju dan mensejahterakan rakyat di negeri Pahang. Di atas premis ini, izinkan saya membawa beberapa isu yang berkaitan dengan permasalahan para pengundi atau rakyat yang saya wakili di DUN Mentakab. Saya percaya ramai mengetahui bahawa kawasan Terminal Bas Mentakab yang asalnya milik Majlis Perbandaran Temerloh telah dijual dan dipindah milik kepada syarikat swasta.
Untuk pengetahuan semua di Terminal Bas Mentakab tersebut, terdapat sejumlah gerai-gerai yang menjual makanan dan lain-lain. Peniaga-peniaga telah menjalankan perniagaan di tempat tersebut sejak sekian lama. Tentulah apabila Terminal Bas dijual kepada pihak swasta, maka pihak swasta tersebut bercadang untuk memajukan kawasan tesebut sedigit kepada pusat komersil. Yang menjadi persoalan ialah nasib para peniaga kecil di sana kerana mereka telah menerima notis untuk mengosongkan premis perniagaan mereka menjelang hujung bulan April tahun ini, iaitu bulan ini. Hanya beberapa hari yang lepas peniaga-peniaga di situ menerima surat daripada pemaju yang menyatakan mereka akan dikenakan sewa untuk kedai-kedai mereka.
Isunya di sini ialah bukan sahaja lokasi terbaru Terminal Bas Mentakab masih lagi menjadi tanda tanya, malah nasib para peniaga juga masih lagi tidak menentu. Saya telah menulis surat kepada MPT mengenai tapak baru Terminal Bas Mentakab serta menanyakan adakah para peniaga akan ditempatkan ke lokasi baru. Dalam surat yang sama juga saya meminta bolehkah MPT membekalkan salinan kontrak jual dan beli atau sale and purchase agreement, dengan izin, untuk disemak dan adakah hak para peniaga dijaga masa transaksi itu.
Saya mencadangkan sementara kita memahukan pembangunan yang tentunya akan menjanakan ekonomi setempat namun begitu kepentingan utama harus diberikan kepada para peniaga khususnya untuk mencari rezeki dan juga sebagai stake holder penting untuk negeri. Kita bercakap mengenai kepentingan golongan peniaga kecil kerana mereka juga menyumbang kepada ekonomi dan membayar cukai kepada MPT. Di samping yang lebih utama supaya periuk nasi mereka tidak terjejas maka saya memohon supaya MPT dapat melakukan sesuatu.
Saya masih lagi bercakap mengenai gerai MPT dan juga gelagat peniaga-peniaga yang mahu mengaut keuntungan segera. Izinkanlah saya menzahirkan rasa kesal dengan tindak tanduk segelintir peniaga yang telah memberi sewa kepada orang lain gerai-gerai MPT tersebut dengan harga yang lebih mahal. Gelagat mereka iaitu sewaan diberikan oleh MPT di atas nama mereka tetapi mereka tidak meniaga di gerai yang telah diluluskan oleh MPT kerana mereka ini bukanlah peniaga yang genuine tetapi meyalahgunakan hak sewaan tersebut. Premis atau gerai itu kemudianya disewakan pula kepada pihak lain yang menjalankan perniagaan di situ
sedangkan mereka hanyalah bertindak mengutip wang sewaan di atas gerai milik MPT.
Saya mencadangkan supaya pemilihan dan kelulusan sewaan gerai MPT dibuat dengan lebih ketat. Hanya mereka yang benar-benar ingin berniaga sahaja diluluskan penyewaan dan sekiranya peniaga ini gagal menjalankan perniagaan mereka dalam tempoh 3 atau 6 bulan gerai-gerai tersebut wajar dikembalikan kepada MPT dan sewaan mereka ditamatkan. Ini bertujuan bagi mengeratkan penyalahgunaan serta kecenderungan segelintir peniaga membuat untung atas angin sedangkan mereka bukanlah peniaga yang genuine. Begitu juga dengan peniaga-peniaga pasar pagi dan pasar malam. Ada segelintir peniaga yang menyewakan lesen mereka kepada warga negara asing bagi menjalankan perniagaan. Tentunya perbuataan seumpama ini adalah sangat dikesalkan. Saya memohon supaya pihak berkenaan dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas perkara ini.
Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua,
Saya menerima terlalu banyak keluhan dan rungutan daripada masyarakat berhubung kenaikan cukai pintu atau taksiran untuk tahun ini. Saya difahamkan ada sehingga 18% kenaikan khususnya untuk premis industri. Alasan yang diberikan adalah kenaikan ini kononnya cukai taksiran sudah terlalu lama tidak dinaikkan. Saya memahami keperluan dan kekangan kewangan pihak Kerajaan Tempatan. Akan tetapi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu seperti hari ini, saya berpandangan bahawa kenaikan cukai taksiran menambah lagi beban sedia ada kepada rakyat dan golongan peniaga. Tambahan pula terdapat rungutan yang servis dikembalikan kepada rakyat tidak setara atau mencerminkan dengan jumlah kenaikan cukai taksiran.
Ini bermaksud rungutan rakyat bahawa perkhidmatan seperti kutipan sampah, kebersihan, keceriaan dan lanskap masih jauh dari memuaskan. Rakyat mengharapkan cukai yang mereka bayar diberi imbalan dengan perkhidmatan yang terbaik. Dari itu saya menyarankan agar Dewan ini dapat bersetuju untuk menangguhkan penguatkuasaan kadar baru cukai taksiran khususnya sehingga ekonomi pulih. Pada masa yang sama Kerajaan Tempatan disarankan mengambil langkah berjimat cermat dan mengoptimumkan aset serta keupayaan sedia ada.
Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua,
Di dalam perbahasan-perbahasan yang saya terdahulu, saya sentiasa menyebut mengenai bekalan air. Akan tetapi sehingga hari ini, masalah gangguan bekalan air bukan bertambah berkurangan sebaliknya sering berlaku di kawasan saya. Memang salah satu daripada puncanya ialah paip yang telah usang dan lapuk yang menyebabkan lebih mudah mengalami kerosakan atau kebocoran. Keadaan ini bukan sahaja merugikan kepada… merugikan daripada se… daripada segi kewangan khususnya kepada PAIP tetapi juga menyebabkan kesusahan kepada para pengguna. Sebagai contoh, paip di Jalan Pekeliling Mentakab, yang saya lihat sering mengalami kebocoran. Bayangkanlah 6 atau 7 hari tiada bekalan air. Kalau berlaku sahaja paip pecah lebih kurang 10,000 bilangan akaun yang akan terjejas. Justeru itu, saya mencadangkan paip lama harus digantikan demi untuk kesejahteraan rakyat.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Pembangunan Negeri Pahang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana
Menteri (ICU) kerana mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah di mana banyak isu-isu tempatan dapat dibangkitkan, dibincang dan harap boleh diselesaikan.
Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua,
Dalam persepsi kita bahawa permainan komputer adalah membazirkan masa dan memudaratkan kesihatan kanak-kanak kita. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh abaikan bahawa e-Sport sudah menjadi trend remaja hari ini. Ia merupakan satu sukan yang baru selain sukan yang biasa kita dengar seperti bola sepak, badminton, renang dan lain-lain lagi. Kebanyakkan remaja hari ini mempunyai smartphone. Kerajaan harus menyediakan satu platform untuk mereka supaya bakat mereka dapat dicungkilkan. Sebenarnya e-Sport boleh menjana atau merancakkan ekonomi terutama dalam bidang komputer dan digital. Kita boleh menjalankan pertandingan e-Sport seperti pertandingan Dota 2, PUBG dan Mobile Legend dalam negeri Pahang.
Selain itu, terdapat beberapa pasukan e-Sport yang terkenal di Malaysia seperti Fanatic yang merupakan pasukan Dota 2 yang mewakili Malaysia bertanding di Amerika Syarikat. Mereka telah berjaya mengharumkan nama mereka dengan mendapat kedudukan keempat di dunia pada tahun 2016. Malaysia juga mempunyai atlet-atlet e-Sport yang hebat dan menjadi juara antarabangsa tetapi tidak ramai di tanah air kita yang tahu akan hakikat ini.
Bagi seorang pemain e-Sport profesional pendapatan mereka tidak kurang hebatnya. Kalau muncul juara dalam pertandingan antarabangsa, berjuta-juta mereka akan dapat. Justeru itu, saya menyarankan pihak Kerajaan dapat mempromosikan sukan ini seluas-luasnya. Sekian, terima kasih. Mohon sokong.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Mentakab. Ya, sila Wakil dari Luit.
[Ayat al-Quran]. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Diraja pada petang ini. Pertamanya saya merakamkan ucapan Menjunjung Kasih atas Titah Diraja oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang semalam dan saya juga ingin merakamkan ucapan syukur ke hadrat Allah SWT dan mengucapkan setinggi-tinggi sembah tahniah ke atas pemahsyuran Sultan Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Al-Haj Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Must’ain Billah dan seterusnya beliau diangkat juga lebih tinggi oleh Allah SWT menjadi Yang Di-Pertuan Agong Yang Ke-16. Daulat Tuanku.
Juga tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Al-Haj Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas pertabalan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan seterusnya Pemangku Raja Pahang. Juga tak lupa juga saya ucapkan tahniah kepada gandingan Yang Amat Berhormat ADUN Jelai dengan Yang Berhormat ADUN Tanjung Lumpur dalam usahasama politik sehingga berjaya menawan Parlimen Cameron Highlands dalam PRK baru-baru ini [Ahli Dewan menepuk meja], dan terakhir juga saya nak ucapkan tahniah jugalah kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Sallehuddin Ishak atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang baru.
Dato’ Sri Tuan Yang Di-Pertua,
Sudah lama dilambung ombak, Dihempas badai hingga ke pantai, Titah Diraja sudahlah nampak, Berbahas saya mohon dipakai.
Yang pertama dalam Titah Diraja pada semalam iaitu tajuk prestasi ekonomi dan permohonan negeri. Alhamdullilah dan syabas kepada Kerajaan Negeri dalam data ada menunjukkan perkembangan-perkembangan ekonomi, tetapi pada petang ini saya suka nak membawa sikit isu pembangunan usahawan sama ada peringkat negeri atau peringkat kebangsaan. Di mana kita lihat pembangunan usahawan, kejayaan pembangunan usahawan sangat kecil. Ketinggalan jauh daripada arus perdana ekonomi negara kita. Sama ada industri makanan, industri pembuatan, elektrik, pertanian, fesyen pakaian dan sebagainya. Industri plastik.
Jadi suka saya nak merujuk, kalau kita rujuk kepada industri perabot contohnya, untuk saya jadikan sebagai bench mark, dengan izin, iaitu penanda aras bahawasanya penguasaan bumiputera dalam industri perabot cuma sekadar 2-3% atau RM200 - RM300 juta berbanding dengan purata urusniaga perabot negara dalam RM10 bilion setahun. Purata tahun 2000, saya ingat 2003, awal-awal tahun 2000 sampai 10 tahun tu, purata dia RM10 bilion. Penguasaan bumiputera dalam industri cuma 2-3 peratus. Jadi kita rasa sangat sedihlah ya, dan kita percaya kerajaan telah membelanjakan banyak dana dan banyak wang dihabiskan dalam program pembangunan usahawan ini, yang pastinya perbelanjaan-perbelanjaan yang digunakan untuk program latihan ke, lawatan-lawatan, perniagaan, pameran-pameran luar negara, dalam negara, susulan dana-dana untuk pembiayaan infra, program bimbingan dan sebagainya.
Jadi banyak wang telah dihabiskan tapi akhirnya kita melihat usahawan-usahawan kita buat kerepek ubi juga, jual kerepok lekor, bersila atas gerai. Ini sahajalah setakat yang kita nampak. Memang ada yang berjaya, yang 2-3% tu berjayalah ya. Tapi kebanyakan yang lainnya kita kira sebagai gagal lah dalam apa usaha yang telah kita lakukan ini. Termasuklah perniagaan tempoyak tadi Ikan patin. Punya lama berbincang tapi semuanya 2% tulah ya. Seharusnya esok kita bincang besar lagi lah ya, yang menyumbang kepada Kerajaan Negeri 20%, 30%.
Walau bagaimanapun, kita mengucap syabas dan tahniah jugak kepada pihak kerajaan, itu makna dia bukanlah tak buat kerja ya, kita tahu pihak kerajaan memang bertungkus lumus berusaha bermacam-macam program diatur, bermacam-macam agensi yang ada untuk membantu pembangunan keusahawanan kita. Namun demikian, Tuan Yang di-Pertua, suka juga saya nak apply, nak guna pakai kaedah dalam industri lah. Kaedah industri pembuatan di kilang. Kita mahu semua orang tahu ada 4 ‘M’ tu, dengan ada 4 ‘M’ tu maka produk boleh dibuat sehingga siap.
‘M’ yang pertama tu ‘Material’ - bahan. Jadi kalau kita guna kaedah bahan ini untuk pembangunan usahawan, sudah pasti kita melihat bahan mentah. Saya rasa ini faktor paling penting. Kenapa usahawan kita agak tidak dapat bersaing dalam industri terutama dalam penentuan harga er… persaingan dalam pasaran kerana faktor bahan mentah. Saya rasa ini perkara pokok, kalau dapat pihak kerajaan tengok. Contohnya, kalau kita nak buat perabut, sudah tentulah kayu, chipboard, skru, ensel pintu dan sebagainya, mesti kita menguasai. Sebab barang-barang ini, kita beli daripada orang lain, dan menjadikan harga produk kita lebih mahal untuk kita bersaing dalam pasaran.
Ha… begitu juga kalau kita nak buat kuih, dengan tepung, gula, semuanya kita terpaksa beli dengan orang lain dan kita terpaksa bergantung dengan pembekal-pembekal lain yang akhirnya kita tidak dapat bersaing dalam industri ini.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang saya kasihi sekalian, kita mencadangkan agar pihak Kerajaan dapat mewujudkan satu supply change atau rantaian nilai di kalangan bumiputera bermula daripada raw material ini. Saya rasa inilah perkara asas dalam program pembangunan usahawan yang kita masih tidak dapat menangani isu ini.
Dan perkara kedua dalam industri pembuatan ini, dia ada ‘M’ yang kedua iaitu M, Men, Men – ada orang yang kena buat dan dalam program pembangunan usahawan kita ada Men jugalah. Asal masuklah orang politik ke, pegawai pembangunan industri usahawan, usahawan itu sendiri, pelatih-pelatih sebagainya dan kita tengok baliklah peranan ‘M’ manusia ni, kena review balik dan kadang-kadang ada juga perkara-perkara yang tidak membantu program.
Contohnya, peserta-peserta latihan keusahawanan. Kadang-kadang tu kita nak 20 orang pelatih yang betul-betul, yang benar-benar berkualiti dalam 5 orang, yang lain tu main tangkap muat. Ini yang jenis kursus buat perabot, balik jadi Jaga. Kursus buat kek, balik-balik kita tengok jadi nelayan tangkap ikan. Jadi ini satu faktor kemanusian, faktor manusia yang kita kena jaga, beri perhatian dalam pembangunan usahawan tu ya.
‘M’ yang keempat ini Machine. Machine ini, saya tak nampak kritikal sangat ya, sebabnya er… walau bagaimanapun faktor mesin ini dari segi maksud machine ini ialah proses kita nak melahirkan usahawan tadi, satunya dia kena ada kemudahan infra. Ha… macam kami di Luit, Simpang Jengka, Pekan Tajau. Mereka minta sangat kalau dapat buat susur keluar LPT ya di Pekan Tajau dan kita jangka itulah er… faktor, err… faktor yang akan meningkatkan keupayaan pasaran baru yang ada di simpang susur keluar er… di apa ni… er… di LPT di kawasan Pekan Tajau dalam DUN Luit tu. Hah… ini permintaan ini, permohonan ini memang telah lama disebut-sebut oleh er… penduduk-penduduk kawasan sekitar tu ataupun pemohon di gerai-gerai seperti di Kampung Senggora ada yang minta gerai, gerai jualan untuk menjual produk-produk mereka ya dan juga er… lesen-lesen perniagaan. Ini antara elemen-elemen yang boleh membantu program keusahawanan.
Kemudian ‘Method’. Method ini sudah tentulah… saya nak ambik kesem… saya dah dapat kebenaran dengan IKM Alor Setar. Saya nak beri kepujian, kredit kepada IKM Alor Setar di mana dia buat satu Program Techno-usahawan yang mana keputusan peperiksaan er… anak-anak pelatih-pelatih ni diukur melalui jualan RM48,000 dalam 2 tahun, bukan lagi keputusan periksa kertas… kertas peperiksaan Tuan Yang di-Pertua.
Jadi dapat, jualan RM48,000 dia akan dikira tamat pengajian err… Techno-usahawan yang setaraf dengan SKM 5 atau setaraf dengan Diploma. Ha… dan kursus yang dibuat, Kursus Pembuatan Kitchen Cabinet dan produk sofa. Insya-Allah akan keluar bacth pertama bulan 6 ini dan kita akan sambut mereka dan kalau ada er… Yang Berhormat-Yang Berhormat berminat nak bawa balik ke tempat masing-masing boleh panggil, buka bengkel tempat masing-masing.
Er… dan 4 ‘M’ tadi rasa-rasa boleh kita guna pakai balik rewe er… review balik untuk kita tengok program pembangunan keusahawanan.
Tuan Yang di-Pertua…
Ini… Dato’ Yang di-Pertua…
Sila.
Dia… 4 ‘M’ sahaja?.
Ya, saya dengar tadi, ada banyak ‘M’.
Material, Machine, Method dan satu lagi… Man. Dia ‘M’ yang paling penting sekali ‘M’ juga iaitu Money. Hah… kalau tak ada ‘M’ yang kelima yang saya sebut money tadi tak ada menda boleh buat juga. Jadi dia kena masuk, tambah satu lagi.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
kalau ikut teori tu makna woman tak boleh lah ‘W’. Woman tak ada Men je. ‘M’ aja women tak ada.
Terima kasih. Betul dia ada 4 ‘M’ dan 5 ‘M’. Saya tak sebut ‘M’ yang kelima sebab saya percaya Kerajaan sudah habis duit berbilion-bilion dah ya, jadi tak payah nak sebut duit tu pun dah tak ada.
Jadi tajuk yang seterusnya, yang dititahkan dalam Titah Diraja, Sektor Pertanian. Saya nak sentuh sikit aja sektor pertanian ini di mana berkaitan dengan tanah ya. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga bertitah bahawa sektor pertanian mesti diutamakan dan diteruskan.
Untuk makluman Yang di-Pertua, penduduk tradisional di DUN Luit ini masih lagi dua, tiga kampung yang masih menghadapi hak milik, menunggu-nunggu hak milik tanah, walaupun katanya telah ada diukur sebagainya terutama di tebing sungai Pahang seperti Kampung Mentenang, Senggora, Kampung Serengkam. Juga kita mendapat rungutan daripada anak-anak muda yang mahu memiliki er… memiliki tanah juga.
Izinkan saya Yang di-Pertua baca satu rangkap whatsApp daripada anak muda ni. Dia tulis dalam telefon, saya dah tulis dalam buku:
“Pemohon 06, mak bapak 06, kalau tok nenek moyang masih ada IC juga 06.
Dari zaman buku daftar saiz gergasi sampai dalam pangkalan data super computer, nak mengabor ke dia orang Pahang lah ni. Apalah salah kami 06 ni, ini bukan takdir, tapi ada di sana urusan pentadbiran yang kami tidak boleh tahu. Harap tanah kubor jer yang tak perlu isi borang.”
Allahu Akhbar, inilah mesej luahan anak-anak muda orang Pahang yang mengeluh tidak ada peluang untuk mendapat faedah daripada tanah yang luas dalam negeri Pahang ini,
Tuan Yang di-Pertua,
Saya ada satu, dua lagi. Permohonan yang seimbang er… tajuk yang kelima dalam Titah Diraja, cuma saya sebut terus ajelah. Permohonan ini, terutama yang dihadapi di Luit, masih ada lagi kampung-kampung yang tidak ada padang bola, dah ada padang bola kena timbus ya, seperti di Kampung Ulu Luit, er… kemudian kompleks sukan di bandar Maran juga nampak uzur dan usang dan kita perlukan lampu-lampu untuk main di waktu malam, hah… track dan astaka yang perlu kita tambah nilai.
Juga perkhidmatan hospital, walaupun mesyuarat-mesyuarat yang lepas saya selalu menyebut memerlukan hospital tapi mesyuarat kali ini saya rendahkan sikit lah, naik taraf Klinik Kesihatan Maran dah cukup baik untuk kami di Maran ini terutamanya meningkatkan khidmat Pusat Dialisis di bandar Maran. Dan juga saya nak mencadangkan juga kepada pihak Kerajaan kalau buat rumah PR1MA tu masih ada yang tak mampu, mohonlah Kerajaan membuat Rumah Makmur dan masih ada lagi yang tidak mampu jadi saya cadangkan kalau ada lagi cadangan, saya cadangkan buat flat lah. Sebab macam kita di pinggir-pinggir bandar masih ada ya, orang kampung yang kerja macam jaga semua, memang tak mampu untuk beli rumah berpuluh-puluh ribu ini.
Dan yang terakhirnya Tuan Yang di-Pertua, tajuk yang Ke-7 dalam Titah Diraja ialah kesucian agama Islam. Kesucian agama Islam sudah tentu berkaitan rapat dengan pembinaan masjid. Kami di DUN Luit ini memang ada 2, 3 kampung ada 1 kampung di Lubuk Paku itu memang telah dijanjikan untuk diberi masjid baru dan kita Wakil Rakyat pun kita sedia maklumlah dengan kekangan kewangan Kerajaan Negeri kalau dapat kita mohon kalau tak dapat masjid baru pun dapat buat penambahbaikan er… pada masjid-masjid seperti di Lubuk Paku.
Di kampung Berkat pun masjid lama boleh dibangunkan menjadi sebuah masjid baru er… di Ulu Luit dan sebagainya dan Dato’ Yang di-Pertua, saya nak sentuh isu hangat ini er… ini hangat sungguh ini. Isu penghinaan, penghinaan itu bukan sahaja kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan iaitu Agong tetapi Sultan-Sultan, Raja-Raja Melayu semua. Ini tak boleh kita kalau cerita tentang hina Raja ni, memang saya kalau dapat izin panjat meja saya nak panjat je meja ni er… tunjuk sikit tapi nampaknya Yang di-Pertua tak bagilah, sebab kita memang diajar bahawasanya kita ni orang Melayu, orang Melayu ni ada puak yang beraja. Ini antara puak yang ada atas muka bumi ini yang ada Raja. Jadi kita kena jaga er… ni bukan membodek ni memang bukan bodek tapi terdidik begitu ar… kita memang puak beraja. Kita kena jaga Raja dan orang-orang jangan nak usik Raja kita.
Kemudian disentuh di… tentang junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Ini satu juga Nabi Muhammad ini Ya Allah ya, Tuan Yang di-Pertua, pemulih keimanan monos… monoteistik ajaran nabi-nabi dahulu. Jadi nabi dahulu dah macam-macam kitab dah turun akhirnya Nabi Muhammad SAW itulah pemulih keimanan dia yang terakhir er… kepada umat Islam ini. Jadi memang kita… saya ingat bersedialah
cuma kadang-kadang kita tak boleh nak marah juga orang Islam ni dia tak boleh… nak marah er… perkara-perkara macam ni kita kena ambil pendekatan yang berbeza mungkin kita perlu pendekatan dakwah kita. Mereka-mereka ni mungkin tak faham siapa dia nabi.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, boleh sekali lagi minta laluan.
Pulau Manis nak laluan.
Ya.
Saya sebenarnya tadi dah waktu Semantan tadi menyebut tentang ni saya dengar dan tiada diputus begitu aje dibangkitnya masalah. Sekarang ni saya dengar daripada rakan kita daripada Luit, pun menceritakan perkara yang sama, dan saya sebenarnya tidak bercadang untuk berucap hari ini. Tapi oleh kerana rakan-rakan pernah menyebut saya nak beri pandangan er… adakah er… Luit bersetuju… bahawa bagi mereka-mereka yang menghina Kesultanan Agong, agama ni jika kita menjatuhkan hukuman er… 8 bulan, jel, dia marah. Kita… Sabah tu hari jatuhkan hukuman 10 tahun dia protes jadi sekarang ni kita jatuhkan hukuman yang tiada masuk jel, tiada apa-apa tapi kita lucutkan kerakyatan, lucutkan kerakyatan dia dan dia duduk di dalam negara kita tanpa kerakyatan dan kemudian apabila dia bunyi lagi er… dia keluar daripada negara kita, berambus dia ke mana dia nak gi… er… itu sahaja saya cadangkan. Setuju tak dengan pandangan saya?
Ya. Terima kasih Yang Berhormat Pulau Manis. Setuju memang setuju, ya tapi kita buat kerja kita dulu sampaikan mesej Islam kita kat dia, sampaikan dakwah kita ke dia, kalau dia ‘babil’ juga bukan saja pecat kerakyatan, lempar ke laut er… dapat 2 undang-undang tu. Ya tapi kita kena khabar dulu ke dia, kena ajar dia benda Islam, apa dia Nabi Muhammad, apa dia Quran dan sebagainya.
Jadi Tuan… Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sekadar tu dulu kalau tengahari tadi lapar pening, petang nak balik dah [Ahli Dewan ketawa] Jadi saya mengambil kesempatan di sini untuk menyokong Titah Diraja yang telah dibentangkan pada hari semalam. Sekian terima kasih.
Baik. Terima kasih Luit. Baiklah, kita ada sikit lagi masa, saya bagi seorang lagi Wakil. Sila Wakil daripada Jengka sebagai pengakhir pada petang ini. Sila Jengka.
[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan salam perpaduan ummah. Kalau Cameron tadi dia sebut salam harapan [Ahli Dewan ketawa] jadi saya
tukar kepada salam perpaduan ummah [Ahli Dewan menepuk meja].
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sebagaimana pembahas yang lain saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana berjaya meningkatkan kutipan hasil negeri bagi suku tahun pertama sebanyak RM120 juta berbanding RM101 juta ertinya ini menunjukkan er… peningkatan pendapatan hasil sebanyak lebih kurang RM19 juta. Tahniah. Semoga dengan peningkatan hasil ini dan apa yang disebut dalam Titah Tuanku semalam iaitu Pahang diperuntukkan RM1.8 bilion oleh Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan 291 projek. Jadi dengan peningkatan hasil suku pertama dan seterusnya dengan peruntukkan RM1.8 billion maka saya mengharapkan supaya ia dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin untuk memberikan manafaat kepada rakyat dalam negeri Pahang secara khusus insya-Allah ya.
Apa yang menariknya disentuh oleh Pemangku Raja Pahang ialah, beliau baginda melahirkan kerisauan berhubung dengan keadaan pekebun kecil er… dalam Malaysia dan khususnya dalam negeri Pahang kerana Pahang antara yang besar lah pekebun kecil khususnya peneroka FELDA ya, iaitu mereka ini kebanyakannya bergantung pendapatan mereka, hasil mereka daripada pertanian daripada sawit. Tetapi apa yang berlaku hari ini dengan er… kejatuhan-kejatuhan harga buah dan er… hasil yang lambat dibayar oleh pihak FELDA dengan harga barang yang semakin meningkat tinggi, maka ia sudah tentu membebankan para pekebun kecil ini.
Justeru apa yang disebut oleh Pemangku Raja Pahang, baginda mengharapkan supaya ada satu kerjasama yang kuat dan erat daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat ya, untuk membantu para peneroka yang dalam keadaan sempit hari ini. Kita menyedari bahawa Kerajaan Persekutuan telah pun membentangkan kertas putih baru-baru ini di Parlimen, yang bertujuan untuk er… menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh peneroka khususnya FELDA ini dengan memperuntukkan RM6.23 bilion.
Isunya, apakah pelan bertindak di pihak kerajaan itu dapat memastikan dan dapat merungkai masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka FELDA? Kerana dalam pengamatan saya dan saya difahamkan bahawa RM6.23 bilion itu adalah untuk menyelesaikan beberapa perkara seperti penghapusan faedah hutang kebun peneroka er… program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baru, pinjaman sara hidup, penstrukturan semula pinjaman dan er… penyiapan projek terbengkalai PGBF, Perumahan Generasi Baru FELDA. Apa yang membimbangkan saya ialah saya bimbang peruntukan itu tidak dapat menyelesaikan isu-isu utama yang dihadapi oleh peneroka FELDA hari ini ya. Sebagai contoh ialah Perumahan Baru Generasi FELDA.
Kalau 2017 saya ingat dalam Dewan ini, YB. Beserah pernah bertanya kepada Pengerusi Hal Ehwal Felda yang ketika itu Dato’ Sri Harun, Da…Dato’ Abu Bakar Harun ya, yang menjawab tentang isu perumahan generasi baru FELDA ya, berhubung dengan er…bahawa penghujung 2018 ada lebih kurang 2300 unit rumah projek perumahan generasi baharu ini akan siap di penghujung 2018. Jadi, adakah sudah siap atau bagaimana ya? Sebab dalam pengamatan saya ada beberapa tempat khususnya di kawasan Jengka sendiri ada yang terbengkalai dan tidak siap ya.
Jadi harapnya dengan kertas putih yang dibentang oleh er…Kerajaan Pusat baru-baru ini dan ada peruntukan untuk PGBF ini, jadi harap Kerajaan Negeri dapat bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk memantau supaya ia tidak, orang panggil pergi ke lain, dan beri tumpuan kepada untuk mempersiapkan perumahan generasi baru FELDA ini.
Isu utama yang sedang dihadapi oleh peneroka FELDA hari ini ialah, pertama ialah pembayaran hasil yang lambat. Kadang-kadang sebulan, kadang-kadang sebulan lebih. Dalam keadaan mereka er…tidak ada hasil yang lain. Dia bergantung kepada sawit sahaja. Tetapi peruntukan RM6.2 bilion itu, saya ingat tidak ada kepada penyelesaian pembayaran hasil yang kalau boleh kembali kepada dua minggu sekali atau sebulan sekali tepat pun takpe dah. Tapi kadang-kadang dia pergi kepada sebulan setengah.
Saya, seminggu sekali balik rumah ayah saya. Ayah saya orang Jengka 3. Kebetulan saya ada seminggu sekali ada kuliah mingguan di masjid Jengka 3. Balik dia akan cerita er…dia bercakap Perak la sikit, er…tak dapat lagi duit gaji ni dia kata. Dah sebulan lebih dia kata. Ertinya, isu ini, isu utama kepada peneroka FELDA tetapi belum dapat diselesaikan oleh pihak Persekutuan. Yang perlu diambil kira government to government ke boleh bincang, bagaimana untuk kita er…kalau boleh percepatkan bayaran hasil itu dalam keadaan ekonomi yang tidak cantik, harga barang yang…yang meningkat tinggi hari ini.
(Berdehem) Yang kedua ialah isu yang penting yang perlu kita beri perhatian ialah potongan tabung tanam semula yang terlalu tinggi ya. Saya difahamkan, saya tidak dapat data yang tepat, tetapi bila peneroka datang ke pejabat saya dan mengadu, dia kata ish... er… potongan tabung tanam semula hari ini terlalu tinggi iaitu sebanyak RM400.00 dikenakan. Mereka ini dipotong RM400.00 tanpa mereka mengetahui bilakah akan dipulangkan er… hasil tabungan tersebut.
Apa yang mereka tahu, mereka dikenakan syarat apabila nak dapat balik hasil tabung tanam semula ini, mereka mestilah menebang pokok lama dan menanam pokok baru, baru dapat er… duit tabung tanam semula. Jadi orang menabung ini, dia nak guna waktu nak tanamlah, tapi waktu nak tanam tu dia tak dapat lagi. Dia mesti buktikan tanam dulu. Err... Ayah saya dulu memanglah, dia tanam dulu sebab ayah saya dia tak serah FELDA, dia buat sendiri. Dia, dia tanam dulu dan memang dia dapat selepas itu.
Bagi mereka yang ada duit, mereka boleh tanam dulu dengan guna duit mereka sendiri. Tapi bagi mereka yang kesuntukan, yang takde duit ini, jadi dia sangat perlu kepada duit tabungan yang mereka tabung ini. Jadi, isunya ialah terlalu tinggi potongan yang dibuat. Kalau potong duit tanam semula, potong duit pertanian, potong duit kebersihan, potong-potong tu yang ada sebahagian dar… daripada peneroka yang defisit. Dapat RM1500.00, potong sana, potong sini akhirnya tiada balance, defisit. Anak masih ada yang nak sekolah, yang nak kahwin dan sebagainya.
Jadi ini yang sedang dihadapi oleh peneroka-peneroka FELDA yang saya melihat peruntukan RM6.23 bilion itu macam tidak menjadikan ia satu penyelesaian kepada apa yang dihadapi oleh peneroka FELDA hari ini.
Yang ketiga, saya sudah sebut tadi. Walaupun dijawab oleh Exco bahawa isu elektrik itu ini isu er… tanah pertanian er... tanah JKR, walaupun ladang itu ladang er… mereka… ayah mereka sendiri, mereka buat kedai di situ er… cuma mereka
tidak dapat elektrik kerana itu tanah pertanian. Kalau nak dapatkan elektrik dia kena ubah kepada er… status tanah kepada pembangunan.
Peneroka ini, dia bukan berdalilkan yang itu. Dia datang dia rembas fail depan saya, dia kata kenapa orang dulu dapat, saya tak dapat dia kata. Ini pilih kasih, jadi saya pun ternganga juga nak jawab tu. Hah saya kata yang dulu dulu, yang sekarang ni kita cuba er… insya-Allah lah cuba buat. Sebab kita tak boleh nak tekan juga Pengurus FELDA ini mereka bekerja ada lagi yang atas mereka dan saya sebut tadi mereka pun sudah dapat Surat Pekeliling yang tidak membenarkan Pengurus FELDA untuk sign ya, jadi dia sangkut di situ sahaja ya.
Jadi yang ni macam mana yang perlu difikirkan, saya harap Exco yang smart ni boleh insya-Allah boleh selesaikan insya-Allah. Kemudian tadi sudah disentuh tentang er… perumahan, jadi lot tapak rumah er… itu Kerajaan Negeri lebih maklumlah bagaimana untuk selesaikan ya. Cuma saya nak sentuh sikit sini lagi iaitu di kawasan saya, saya pernah sebut er… pada Sidang Dewan Pertama saya masuk bulan tujuh tahun lepas tak silap saya, saya sebut tentang padang awam di Bandar Pusat yang dibuat stadium FELDA tahun 2011.
FELDA buat stadium, sepatutnya sebelum buat stadium Kerajaan dia kena dia bincang dengan Kerajaan Negeri. Sepatutnya sudah ada tapak untuk buat menggantikan padang awam. Tapi stadium sudah naik, padang awam sampai sekarang tiada ya. Saya difahamkan akan dibuat di belakang Balora Mastika tapi saya difahamkan di Bandar Pusat ini, dia banyak apa ni tanah di bawah Akta GSA yang perlu kepada kelulusan daripada er…federal ya. Jadi saya harap Kerajaan Negeri, kita sebagai sebuah Kerajaan, selesaikan isu ini dengan cepat dan saya jumpa juga dengan Pengurus Besar FELDA Wilayah. Dia kata dulu nak buat…nak FELDA dah ada duit 2016, tapi tanah belum selesai. Sekarang tanah nak selesai, FELDA pula tiada duit. Gedebak gedebak gedebuk, tak selesai. Jadi sekarang sudah lima enam tahun, padang awam tidak ada di er… tidak digantikan di Bandar Pusat Jengka ya.
Yang terakhir, yang ter…yang keenam, tadi sudah disentuh tentang masalah sosial dan keselamatan dikhususnya di FELDA ini. FELDA ini ialah disamping kita bercakap tentang isu pendapatan peneroka, kita tidak lupa dengan isu er… kebejatan gejala sosial er yang berlaku di FELDA-FELDA ya. Er... anak luar nikahnya er… berlakunya dia panggil er… gejala dadah dan sebagainya yang perlu diambil perta… perhatian oleh pihak yang berwajib.
Akhir sekali, akhir sekali ini, ini soalan cepumaslah, mungkin boleh diulas oleh Exco er… benarkah FELDA Global Ventures akan keluar daripada FELDA? Makna Felda Global Ventures tu, F tu tak jadi FELDA dah. Saya tak pasti jadi apa ya dan dia akan keluar dengan membawa FELDA Plantation sebagai aset. Jika benar, maka ini sangat menyedihkan kita kerana FELDA Plantation adalah usaha daripada FELDA sendiri. Jadi, saya menyokong ucapan Titah er… Pemangku Sultan. Sekian, assalamualaikum WBT.
Terima kasih Wakil daripada Jengka. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kita telah sampai ke penghujung untuk hari ini, seramai sebelas Wakil telah mengambil bahagian dan telah memberikan hujah pandangan yang cukup baik dan bernas sekali ya. Dalam tempoh dua jam sahaja, saya lihat Ahli-ahli Yang Berhormat telah pun menyampaikan mesej ini, di mana telah menepati masa yang saya peruntukkan,
memahami dan mengikuti peraturan mesyuarat standing orders dan yang paling penting saya lihat kebijaksanaan dan kehebatan Ahli-ahli Yang Berhormat amat terserlah sekali pada petang ini.
Baiklah, untuk itu saya bercadang untuk er… menempohkan persidangan kita dan kita akan menyambung semula persidangan pada hari esok, Rabu 17 April bermula pada jam 9.00 pagi, persidangan ditempohkan. Assalamualaikum WBT.
[Persidangan ditempohkan jam 5.12 petang]