Pahang · 17 April 2019

14th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 362 turns · 34,187 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang Keempat Belas di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari Ketiga (Rabu) : 17 April 2019

Bersamaan

: 11 Syaaban 1447 Hijriah

Masa

: 9.30 pagi

DOA

Perkara Pertama : Doa

Yang di-Pertua (Speaker)

Al-Fatihah. [Bacaan Al-Quran]. [Ayat al-Quran]. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa ,aman, makmur, limpah kebahagian meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri meyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin Ya Rabbal A’lamin.

Pertanyaan Dan JawapanQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua : Pertanyaan dan jawapan.

Yang di-Pertua (Speaker)

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera dan Selamat Pagi. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan pada pagi ini dan untuk meneruskan aturan mesyuarat pada kali ini. Sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat mengemukakan soalan, saya ingin memaklumkan bahawa 8 orang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Krau ada bersama-sama dengan kita sebagai pemerhati (Ahli Dewan menepuk meja).

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya menjemput ADUN Beserah.

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan saya yang pertama. Terima kasih.

[Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) diberi tanggungjawab untuk memacu pembangunan pertanian seluruh negeri, sila nyatakan;

a) Bidang-bidang pertanian yang telah diceburi oleh PKPP serta status pembangunan pertanian setiap bidang tersebut di seluruh negeri Pahang?

b) Apakah Indeks Pencapaian yang telah ditetapkan kepada PKPP dan sejauh mana er...mereka mencapai Indeks yang ditetapkan dari tahun 2013 hingga 2018?

c) Apakah perancangan PKPP untuk menjadi agensi pemacu pembangunan pertanian negeri.]

Assalamualaikum WBT. Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada ADUN Kawasan Beserah yang bertanyakan soalan berkenaan dengan PKPP. Ada 3 soalan yang ditanya.

Yang pertama Yang Berhormat dari Beserah menanyakan bidang-bidang pertanian yang diceburi oleh PKPP ataupun Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Beserah dan Ahli-ahli Dewan terdapat 9 bidang yang diceburi oleh PKPP. Yang pertama sekali sudah tentulah perladangan kelapa sawit yang melibatkan sebanyak empat anak syarikat iaitu PKPP sendiri, LKPP Corporation, PKPP Plantation dan PKPP Agro.

Dan yang bidang kedua adalah penternakan lembu tenusu yang melibatkan er...102 ekor lembu dengan penghasilan sebanyak 44,728 liter susu segar setahun. Bidang yang ketiga adalah penternakan udang laut. Yang ini er... melalui anak syarikat Makmur Akuakultur Sdn Bhd er... buat masa ini... buat pada masa ini terdapat 274 buah kolam udang dengan keluasan 220 hektar dengan penghasilan 1,296 tan metrik udang setahun.

Bidang keempat ialah perladangan padi komersial. Yang ini er... di... dilaksanakan oleh PKPP AGRO Sdn. Bhd. Setakat ini kita sudah ada 618 hektar kawasan bertanam dengan penghasilan kasar 2,595 tan metrik padi setahun. Bidang yang kelima ialah penanaman kelapa melalui anak syarikat oleh PKPP AGRO Sdn. Bhd. Kita sudah ada 400 ekar ladang kelapa. Bidang yang keenam adalah tanaman herba melalui PKPP AGRO Sdn. Bhd. Setakat ini er... yang telah ditanam seluas 44 ekar dan dijangka siap, boleh mendapatkan hasil menjelang tahun 2020.

Yang ketujuh adalah peng... pengilangan minyak sawit mentah er... di Lepar dan anak syarikatnya Dominian Square Sdn. Bhd. Yang kelapan, pengeluaran baja organik dan yang kesembilan ialah agro pelancongan. Itulah 9 bidang yang diceburi oleh PKPP.

Manakala soalan yang kedua yang ditanyakan ialah, apakah Indeks Pencapaian yang telah ditetapkan kepada PKPP dan sejauh mana er... mereka mencapai indeks yang ditetapkan dari tahun 2013 hingga 2018. Untuk makluman Yang Berhormat Andansura, pada tahun 2013 telah mencatat PKPP mencatat keuntungan sebanyak RM79 juta, 2014 RM116 juta, 2015 RM41 juta, 2016 RM63 juta, dua... 2017, RM125 juta, pada tahun lepas RM94 juta. Menjadikan jumlah semua sekali melebihi... setengah... melebihi RM520 juta.

Manakala yang ketiga ialah apakah perancangan PKPP untuk menjadi agensi pemacu pembangunan pertanian negeri? Untuk makluman Yang Berhormat daripada Beserah, banyak perancangan strategik yang akan dilaksanakan. Antaranya ialah pembangunan ladang baru dan program tanam semula ladang kepala sawit. Yang kedua adalah akuakultur dan industri berasaskan akuakultur. Yang ketiga ialah er... harta... hartanah yang mana kita cuba meningkatkan pegangan aset. Yang keempat perhotelan dan pelancongan. Yang kelima ialah penternakan. Itulah antara 3 soalan yang dikemukakan oleh ADUN Beserah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Terima kasih Yang Amat Berhormat er... Menteri Besar di atas penjelasan dan jawapan yang diberikan. Memang kali ini saya er... memberikan tumpuan sedikit kepada GLC dan juga pertanian kerana saya melihat potensi yang ada er... untuk negeri Pahang ini. Cuma soalan tambahan saya adalah, dari sudut er... bidang yang... yang diberikan er... yang diberikan tumpuan adalah dari sudut er... penternakan ikan air tawar. Yang mana kalau kita lihat kepada perangkaan yang ada yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik er... penternakan ikan menyumbang sebanyak 10.5% daripada kegiatan ekonomi pertanian negara kita.

Dan Pahang kita lihat mempunyai potensi besar kerana kita mempunyai jajaran sungai yang dan er... juga kawasan er... penternakan yang sesuai yang banyak dengan jenis-jenis ikan yang... yang begitu mendapat perhatian dan permintaan tinggi. Jadi er... adakah penternakan ikan ini akan menjadi salah satu daripada aktiviti utama yang akan diberikan penumpuan oleh PKPP untuk masa... masa terdekat ini? Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada ADUN Beserah yang bertanyakan soalan yang sangat baik untuk masa depan negeri kita dan juga PKPP. Buat pada masa ini PKPP belum lagi bercadang untuk menceburkan diri di dalam bidang penternakan ikan. Kerana setakat ini kita sudah ada er... 9 bidang yang telah diceburi dan er... yang pertama sekali buat pada masa ini, kita sedang menumpukan atau mengemaskinikan bidang-bidang yang diceburi ini kerana ada lagi di antara anak-anak syarikat yang... yang menceburi bidang-bidang ini belum sampai kepada tahap yang kita fikirkan memuaskan.

Walaubagaimana... walau bagaimanapun cadangan tersebut ada... adalah sangat baik. Oleh yang demikian er... di dalam PKPP kita ada... baru saja ditubuhkan iaitu

jawatankuasa pengurusan risiko. Maknanya setiap cadangan akan melalui jawatankuasa risiko dan jawatankuasa risiko akan membawa kepada Lembaga Pengarah. Lembaga Pengarah akan membuat keputusan. Jadi insya-Allah perkara ini akan saya bawa dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah PKPP, dan kita akan er… cuba kaji, cuba perhalusi sekiranya ada tempat yang sesuai dan boleh mendatangkan keuntungan kepada negeri, kepada PKPP insya-Allah perkara ini akan dilaksanakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat ADUN Ketari.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya bertanyakan soalan nombor 2.

[Apakah maklumat terkini langkah penstrukturan hutang kerajaan negeri. Adakah hutang-hutang ini akan dilupus terus atau ditukar kepada pajakan terutamanya yang berkait dengan aset bekalan air.]

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada ADUN Kawasan Ketari yang bertanyakan soalan er… berhubung dengan maklumat terkini langkah penstrukturan hutang Kerajaan Negeri dan adakah hutang-hutang ini akan dilupus terus atau ditukar kepada pajakan, terutamanya yang berkait dengan aset bekalan air.

Untuk makluman Yang Berhormat daripada Ketari, hutang bekalan air Kerajaan Negeri akan distrukturkan semula melalui penstrukturan semua industri perkhidmatan bekalan air negeri Pahang sejajar dengan kehendak Akta Industri Perkhidmatan Air (IPA) 2006. Kaedah penstrukturan ini adalah tertakluk kepada terma-terma tawaran daripada Kerajaan Persekutuan serta rundingan bersama. Akan tetapi Kerajaan Negeri masih belum menerima tawaran ini daripada Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri telah mengemukakan permohonan untuk hapus kira pinjaman bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar sebanyak 60% daripada jumlah pinjaman semasa kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui surat bertarikh 25 Oktober 2018. Baki pinjaman Kerajaan Negeri yang tidak dihapus kira akan diambil alih oleh Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB). Sebagai balasannya, Kerajaan Negeri perlu memindah milik aset tak alih yang nilainya bersamaan dengan jumlah pinjaman yang diambil alih oleh PAAB bagi tempoh 45 tahun.

Soalan tambahan.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Boleh soalan tambahan pengerusi?

Okay, soalan tambahan. Er… apakah kebaikan dan faedah kepada Kerajaan Negeri apabila hutang-hutang ini dapat distruktur semula dan adakah sebarang jawatankuasa khas yang diwujudkan untuk mengkaji dan memantau langkah penstrukturan ini?

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Buat pada masa ini kita ada 15,000 paip di negeri Pahang ni dan NRW, dengan izin, non-revenue water. Sekarang ini saya difahamkan dulu 40%, sekarang ini sudah melebihi daripada 40%. Jadi dengan kata lain, kita tidak ada pilihan. Maknanya kalau kita meneruskan keadaan sebegini NRW akan meningkat dan er… oleh itu, usaha-usaha untuk menghapuskan kira hutang ini dengan Kerajaan Persekutuan kemungkinan juga kita laksanakan.

Untuk maklumam Yang Berhormat, setakat ini kita… kita berhutang dengan… dengan Persekutuan ialah sebanyak RM3.172 bilion, hutang air sahaja ialah sebanyak RM2.085 bilion, dan yang kita cadangkan, Kerajaan Negeri cadangkan untuk dihapus kira ialah 60% daripada jumlah hutang air RM1.251 bilion dan kita ada… Kerajaan Persekutuan ada berhutang dengan Kerajaan Negeri, penganjuran SUKMA RM200 juta dan banjir, bencana banjir pada tahun 2000… 2014 iaitu sebanyak RM43 juta. Jadi jumlah yang dicadangkan untuk dihapus kira ialah RM1.494 bilion. Manakala baki selepas cadangan hapus kira ialah sebanyak RM1.678 bilion.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Pulau Manis.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mendapati bahawa Kerajaan Negeri Pahang kita ini, banyak melakukan pengorbanan terhadap terutama sekali kawasan-kawasan tanah kitalah. Di antaranya kita terpaksa menyediakan hutan simpan yang begitu luas. Kita terpaksa menyediakan kawasan tadahan hujan er… tadahan air untuk pembekalan air. Jadi itu dinyatakan sebagai pengorbanan Kerajaan Negeri kepada negara kita.

Dan yang keduanya pula, kita terpaksa memberikan berbagai-bagai kemudahan kepada TNB contohnya, membina empangan untuk menjana elektrik. Jadi sekarang ini saya nak bertanya kepada Kerajaan, adakah pihak Kerajaan rasa kita er… perlu membuat ataupun menuntut pampasan yang tertentu daripada pengorbanan yang telah kita lakukan selama ini. Bagi menyelesaikan masalah hutang kita. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Satu soalan yang sangat baiklah. Dan sekarang ni pihak Kerajaan Negeri memang bercadang untuk mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Pusat untuk membuat tuntutan pampasan. Bagi kawasan hutan simpan dan hutang… dan hutan rizab kehidupan liar yang digunakan sebagai tadahan air, iaitu seluas hampir 1 juta hektar. Sebab ini adalah kos melepas bagi Kerajaan Negeri Pahang dan begitu juga bagi kawasan Empangan Klau yang mana Kerajaan Negeri Pahang kerugian daripada segi hasil pembalakan, mineral, premium tanah sawit dan cukai tanah lebih kurang 33,000 hektar.

Untuk makluman Yang Berhormat daripada Ketari, saya ingin jelaskan di sini bahawa kawasan hutan simpan dan hutan rizab kehidupan liar yang digunakan sebagai kawasan tadahan air, kos melepas bagi Kerajaan Negeri Pahang ialah sebanyak RM16.4 bilion, RM16.4 bilion bukan juta, Ringgit Malaysia. Manakala bagi kawasan Empangan Klau, kos melepas bagi Kerajaan Negeri ialah sebanyak RM692 juta. Jadi jumlah keseluruhan ialah sebanyak RM17.1 bilion. Ini kos melepas yang terpaksa Kerajaan Negeri lepaskan demi untuk mensejahterakan rakyat di luar daripada negeri Pahang. Keluasannya ialah sebanyak 1 hektar.

Jadi yang ini, mungkin… bukan mungkinlah, kita akan berjumpa dengan Kerajaan Persekutuan kita akan minta supaya RM17 billion ini akan er… ditolak daripada hutang sebanyak RM3.17 bilion itu tadi. Dan dengan kata lain sebenarnya Kerajaan Pusat berhutang dengan Kerajaan Negeri dan belum lagi dikira tunggakan. Kalau kita kirakan tunggakan ataupun faedahnya mungkin lebih er… daripada angka yang saya sebutkan tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya jemput Yang Berhormat Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, difahamkan dari 2014 hingga hari ini hutang RM432.7 bilion kepada Tenaga Nasional Berhad… million, bukan bilion, milion. Saya ingin bertanya, macam mana kita nak bayar balik kepada TNB? terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kita akan bayar cash kalau sekiranya Kerajaan Persekutuan bayarkan kita RM17.1 bilion. (Ahli Dewan ketawa).

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay, cukup-cukup, dah tiga dah. Saya jemput Yang Berhormat Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 3.

[Teluk Cempedak merupakan tempat tumpuan utama untuk pelancongan orang ramai di Kuantan, Pahang.

a) Apakah pihak kerajaan bercadang untuk memajukan Teluk Cempedak 2 (Teluk Tongkang) sebagai tempat pelancongan baru di Kuantan?

b) Adakah pihak kerajaan bercadang untuk membuat jalan baru sampai ke Teluk Tongkang?

i) Jika ya: Berapakah kos untuk membuat jalan raya baru bagi kawasan tersebut?

ii) Jika tidak: Mengapakah tidak mahu memajukan kawasan tersebut? c) Berapakah jumlah pendapatan bagi sewa kedai, cukai tanah dan cukai pintu yang telah dikutip oleh Kerajaan Negeri Pahang di kawasan Teluk Cempedak pada tahun 2016, 2017 dan 2018?]

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Kalau Kerajaan Pusat bagi semua hutang-hutang ni semua tak ada dah ni, bayar balik ya, RM14 billion dan er… ini ada… dan juga saya sudah pasti bahawa er… peruntukan yang yang diterima oleh kita semua ni bukannya setakat berganda, berganda-ganda insya-Allah, termasuklah kerajaan dan pembangkang. Yang Amat Berhormat Menter Besar ya. Ha… Yang Amat Berhormat Menter Besar bersetuju. Jadi kita semua, kita kena bersama-sama Yang Amat Berhormat Menter Besar dan kita yakinkan orang di luar sana bahawa kita kerugian oksigen, air dan lain-lain lagi, dan… dan juga kerugian dari segi pendapatan kita kerana pengorbanan kita untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Jawapan untuk er… soalan 2 daripada ADUN daripada Teruntum er… Kerajaan sebenarnya memang bercadang dan telah pun membuat apa yang kita katakan sedikit pembangunan di kawasan iaitu Teluk Cempedak 2 ataupun Teluk Tokong. Kita telah pun membina boardwalk dan er… yang keduanya untuk jalan baru, kita telah mencadangkan kepada Kementerian Pelancongan tetapi setelah kajian dibuat bahawa kita er… kita mengambil keputusan supaya kita tidak membina jalan kerana kalau sekiranya membina jalan, satunya dari segi caring capacity. Orang akan ramai di situ dan yang keduanya tidak ada thrill lagi. Tidak ada lagi excitement dengan izin, tidak ada lagi adventurous. Sebab tujuan kita pergi ke Tanjung Tokong itu adalah supaya kita akan er… menaiki boardwalk yang ada. Dan yang keduanya kita pun telah pun memohon kepada kerajaan er… kepada kementerian untuk kita membaik pulih boardwalk yang ada sebanyak er… RM7juta.

Bagi soalan seterusnya iaitu tentang cukai er… dan sewaan. Saya nak maklumkan bahawa er… bagi sewa kedai pada tahun 2016, pendapatan kita adalah 40 perpuluhan er… 40,700… 700, 2017 RM40,700 dan 2018 RM40,950. Bagi cukai pintu, er… tahun 2016 RM42,270 dan er… saya tidak memperolehi…memperolehi er… angka untuk 2017, saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat Teruntum dan 2018 RM81,071. Bagi cukai pintu, pendapatan er… keseluruhannya premis ya perniagaan pada tahun 2016 RM209,195, 2017 RM454,780 dan 2018 RM449,000…449,000 di mana ada RM16,000 tunggakan. Terima kasih.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang… Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Nampaknya TC selalu dipenuh dengan pelancong dan orang Kuantan yang pergi ke er… Teluk Cempedak. Soalan adalah say… er… soalan adalah saya er… kalau er… ini boleh menjadi tempat pelancong yang menarik begitu ramai orang ke sana, kenapa kita tak mahu majukan Teluk Tongkang yang dikatakan T…Teluk Cempedak 2, sebab kita boleh buat satu tempat yang lebih er… lebih er… rab… er… ada rancangan yang lebih untuk menarik lagi ramai ke Kuantan, sebab pantai er… Teluk Cempedak merupakan… pernah menjadi pantai yang paling bersih di Malaysia dan paling cantik di Malaysia.

Saya harap kerajaan dapat memperdengarkan dan kita memajukan Teluk Tongkang 2 dan membuka satu jalan ke sebelah sana dan saya ingin er… saya harap dapat mendapatkan ramai pelancong. Mungkin sekarang kita boleh muat 3 ribu orang. Kalau kita buka kepada er… TC no 2 mungkin kita boleh buat kawasan lebih besar dan boleh menampung sampai 5 er… sampai er… 5 sampai 6 ribu orang. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Jawapan saya tadi untuk… untuk apa namanya pandangan daripada Kementerian Pelancongan bahawa mereka tidak setuju kerana mereka bimbangkan tentang kepadatan er… dan juga akan menjejaskan alam sekitar. Walau bagaimanapun kita telah memohon ya peruntukan iaitu er… jalan er… jalan Teluk Cempedak ke Beserah lagi… ke Beserah iaitu costal, dengan izin, costal road. Pada er… RMK-9 tetapi ianya tidak diluluskan. Kita mohon semula er… pada RMK-12 kerana difahamkan bahawa Kerajaan Pusat selalunya, mereka hanya akan memberikan peruntukan kepada er… peruntukan kepada priority dan keutamaan projek-projek. Walau bagaimanapun kita akan berusaha dan saya juga bersetuju dengan er… Wakil daripada Teruntum bahawa kita mesti memperbanyakkan lagi kawasan rekreasi seperti ini supaya orang akan terus… pelancong akan terus datang ke Teluk Cempedak, ke Teluk Tokong dan juga ke Kuantan untuk menikmati er… keindahan pantai er… seluas 2 ribu er… 210 kilometer daripada sempadan Terengganu ke sempadan Johor. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, tambahan sikit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Luit.

Saya sebetulnya tak minat nak pergi ke Teluk Cempedak 2 tu sebab pihak kerajaan kata tadi Teluk Tokong. Saya dengar daripada…daripada Teruntum kata Teluk Tongkang. Jadi kalau Teluk Tongkang saya pergi, kalau Teluk Tokong saya payah sikit nak pergilah. [Ketawa]

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya teringat ke Tanjung Tokong sebenarnya [Ketawa] di Pulau Pinang [Ketawa]. Minta maaf, Teluk Tongkang. Sorry, sorry [Ketawa], Teluk bukan Teluk Tokong, Teluk Tongkang. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah, soalan seterusnya er… yang dijemput. Saya jemput Yang Berhormat ADUN Jengka.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, er… soalan saya nombor 4.

[Penutupan kelas sains tulen di sekolah menengah agama Kerajaan Negeri merugikan masa depan pelajar, negeri dan negara di masa hadapan. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menangani situasi tersebut?]

[Ketawa]Assalamualaikum WBT, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua er… [Ketawa].

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Minta maaf. Kami bertiga ni senyum sinis sikit pasal Yang Berhormat Dato’ Soffi ini, sekarang ini telah menjawab soalan jawatankuasa er… Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan. Bukan kurang yakin, pasal dia first time menjawab. [Ketawa].

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak apa, dia serba boleh. Sila.

Terima kasih er… kepada sahabat saya daripada Jengka yang telah membangkitkan satu soalan yang cukup baik demi untuk kepentingan masa depan negeri, negara dan juga generasi kita, generasi muda kita insya-Allah.

Sebenarnya Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Pahang ataupun JAIP tidak berhasrat langsung untuk menutup kelas aliran sains tulen di Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri dan masih terdapat 4 buah Sekolah Menengah Agama yang kekal menawarkan kelas sains tulen (pure science) iaitu Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh…Al-Khairiah Temerloh, Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah Padang Tengku, Lipis, Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan, Kuantan dan Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan. Apa yang berlaku sebenarnya ialah di Maahad As-Sultan Ahmad Addini, Jengka adalah merupakan penangguhan pengambilan pelajar Tingkatan 4 aliran sains tulen. Er… manakala Tingkatan 5 masih kekal dan akan mengambil peperiksaan pada tahun ini.

Ini berlaku kerana sambutan daripada para pelajar di kawasan tersebut dalam tahun 2019 hanya terdapat 4 orang saja yang mohon untuk masuk sekolah ataupun aliran sains tulen dan er… untuk er… mengoptimakan sumber, maka Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menawarkan er… tempat kepada pelajar-pelajar ini di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh dengan er… dengan asrama sekali, sebab kalau sekiranya daripada Jengka tu, dia tak wajar untuk dia berulang. Jadi kita tawarkan tempat di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh dengan asrama sekali, dan er… Kerajaan tidak bermaksud menutup peluang para pelajar yang berpotensi ini kerana untuk menjamin peluang tersebut terus diperolehi oleh pelajar, er… JAIP akan membuka semula atau menambahkan bilangan kelas di Sekolah Menengah Agama A- Khairiah, Temerloh, Sekolah Menengah Agama Al Ihsan, Kuantan dan Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan.

Er… Penangguhan ini dapat mengurangkan bebanan pada guru-guru dan mereka berpeluang lebih fokus kepada bidang tertentu. Di samping itu, penjimatan kos penyelenggaraan, pembelian peralatan dan er… serta pengoptimaan tenaga dapat dihasilkan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Jengka.

Soalan tambahan, Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Yang pertama kita doakan semoga Exco Agama cepat sihat, insyaAllah ya. Er… yang keduanya dalam soalan tambahan saya ialah er… apa yang dinyatakan tadi oleh Exco iaitu kerana kekurangan pelajar memohon untuk masuk dalam er… aliran sains tulen. Er… saya difahamkan oleh pihak pentadbir er… bukan itu masalahnya ya, masalahnya ialah er… sebab tutup ialah kerana tidak ada guru berkelayakan er… berkelulusan di bidang sains tulen. Jadi sejauh mana kebenaran itu, tidak dapat dipastikanlah ya. Cuma sekiranya er… dakwaan itu betul, makna kena ada satu tindakan daripada pihak Jabatan Agama Islam untuk memberikan kursus ataupun melantik guru yang er… ada kemahiran tentang sains tulen untuk mengajar di seko… di SMAN ini ya.

Yang kedua saya tambah sikit ialah kita ada guru-guru yang sudah er… ada Ijazah Pendidikan tetapi masih taraf guru kontrak er… tidak diserapkan sebagai guru tetap di SMAN ini. Mohon penjelasan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Sebenarnya dakwaan mengatakan bahawasanya tidak ada guru yang berkelayakan ini, er… disangkal oleh pihak Kerajaan. Ini kerana sepertimana yang saya telah perjelaskan tadi, kita merangka suatu perancangan di mana penggunaan sumber atau guru-guru yang kita ada ni, kita optimakan. Saya masih teringat lagi, contohnya saya daripada Lipis er… pada ketika itu, kita tau sekolah-sekolah di daerah-daerah tertentu ni tidak mempunyai cukup guru. Namun apa yang terjadi ialah pemfokusan kepada setengah-setengah sekolah di mana sekolah tu memang er… telah terbukti rekodnya er… pencapaian dalam bidang misal contoh aliran sains, memang kiranya hebat pada ketika itu. Maka pelajar-pelajar daerah-daerah lain ini ditempatkan di sekolah tersebut.

Saya berkebetulan masa tu di Lipis Clifford dan er… di SABS, Sekolah Abu Bakar… Sultan Abu Bakar School… itu… Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar. Di situ er… kekuatannya ada iaitu antara lainnya ialah aliran sainsnya merupakan er… aliran yang mantap. Maka pelajar-pelajar daripada daerah lain tu dimobilisasikan, dikumpulkan di situ dan terbukti berjaya. Begitu juga dengan sekolah-sekolah menengah ataupun sekolah-sekolah agama di negeri ini. Kita ada empat sekolah yang boleh menampung er… bilangan pelajar untuk meneruskan pengajian di sekolah-sekolah ini ya, khususnya dalam bidang sains tulen.

Pada masa yang sama, kita ada Maahad Tahfiz di bawah Yayasan Pahang yang memang er… mempunyai er… kepakaran dan tenaga pengajar yang er… terbukti dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang yang selepas itu, er… melanjut… dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara, UK, Europe dan juga di Amerika. Alhamdulillah. Jadi, er… pertamanya, ialah dari segi er… kekurangan dakwaan ataupun tanggapan bahawasanya kekurangan tenaga pengajar yang mahir

dalam bidang sains tulen ini er… adalah tidak benarlah, dan insyaAllah perkara ini akan er… sebenarnya sentiasa dalam pemerhatian pihak Kerajaan Negeri.

Yang keduanya berkaitan dengan er… perkhidmatan guru-guru yang masih lagi dalam er… yang status kontrak ya, walaupun telah berkhidmat er… begitu lama dengan Jabatan Agama Islam. Perkara ini sedang ditangani oleh pihak kerajaan perkara ini telah pun dibangkitkan oleh sahabat saya Exco er… ni Hal Ehwal Islam, Pelajaran dan Kesihatan, dan er… kita sedang meneliti perkara ini dan insyaAllah er… saya yakin er… pertimbangan akan diberikan dengan sewajarnya bagi guru-guru yang telah lama berkhidmat yang masih lagi kekal er… tarafnya sebagai guru kontrak. Ini akan ditangani secara berperingkat-peringkat, insya-Allah ya. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay, Sungai Lembing… Sungai Lembing.

Tuan Yang di-Pertua,

Soalan tambahan. Er… adakah pihak kerajaan mencadang menaikkan er… yuran asrama sekolah agama tu, sekarang ni RM18 er… sebulan ataupun nak bagi percuma, terima kasih.

Sebenarnya ini yang uniknya ya, yuran… yuran sekolah menengah agama ni RM18 je. Jadi… RM18 sebulan ya, dia memang er… sebenarnya satu angka yang begitu rendahlah. Inilah keperihatinan Kerajaan Negeri, yang selama ni, er… mengutamakan kepentingan rakyat er… khususnya dalam bidang pendidikanlah. Namun er… oleh kerana perubahan semasa, maka er… belum ada keputusan lagi ya, rakan saya daripada Sungai Lembing, kita belum memutuskan lagi. Kita meneliti dan melihat apakah implikasinya. Tetapi setakat ni masih lagi kita kekalkan RM18 er… sebulan bagi pelajar-pelajar dan er… sudah tentu dalam sebarang keputusan yang akan diambil kita akan mengambil kira kepentingan err… pelajar er… yang belajar di institusi-institusi atau sekolah-sekolah menengah agama di negeri ini. Insya-Allah.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Saya nak merujuk kepada kenyataan yang dijawab oleh Wakil Kerajaan tadi tentang status kontrak kepada guru agama ini yang saya fahamkan er… dia bukan kontrak tetapi dia hanya diambil dan dibayar secara… secara saguhati oleh ASPA. Kalau kontrak ini dia mesti ada… dia layak dapat kenaikan gaji dalam tempoh kontrak tu dua tahun biasanya dan juga KWSP dicarum oleh pihak majikan dan juga kemudahan perubatan. Tapi perkara ini tak berlaku kepada guru-guru ASPA yang mengajar di sekolah-sekolah agama ini.

Sebab itu kita pernah mencadangkan dan saya pun beberapa kali mencadangkan supaya kita melihat balik semula apa kaedah yang sesuai untuk memastikan bahawa guru-guru ASPA yang bertugas begitu lama dan mempunyai kelayakan akademik

dan kelayakan ikhtisas untuk diangkat sebagai guru-guru tetap di sekolah agama dan jadi isunya sekarang ni memang ada perjawatan yang agak kurang dan er… tak dapat di… diisi bagi semua guru-guru yang ada ini, tapi berilah keutamaan pada guru-guru yang dah lama mengajar ni, supaya mereka dapat pembelaan sedikit. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Banyak pula soalan tambahan. Sebenarnya, sebenarnya gini… dari segi perkhidmatan ni, dia ada kaitan juga dengan er… ini… syarat-syarat ini… tawaran ya. Kalau kita serapkan, bukan sahaja semata-mata er… semasa perkhidmatan ini, kita kena mengambil kira er… ni kemudahan-kemudahan lain termasuk pencen. So dalam konteks ni tadi, kita kena selaraskan juga dengan JPA, Jabatan Perkhidmatan Awam ya. Kalau ikut logiknya, misal contohnya guru-guru ini tak boleh kita ambil er… sebab kita kena tunggu perjawatan daripada apa ni… Jabatan Perkhidmatan Awam.

Oleh kerana kita merasakan, kita perlu mengambil langkah pro aktif, maka kita telah mengambil pendekatan untuk melantik ataupun menawarkan suatu konsep ini… ini apa nama… er… perkhidmatannya yang mempunyai fleksibiliti. Kalau ikutkan kita tak boleh… kita tak boleh.. nak melantik ni guru-guru ini kerana kita kena perlu ada kelulusan daripada JPA. Namun demikian, terima kasih kepada agensi kerajaan seperti ASPA yang prihatin. Maka mereka telah sanggup katakan, okay kita akan biayai saraan maknanya gaji, pengajian dan lain-lain. Dan kita masih lagi berurusan dengan pihak ini JPA ya untuk er… memperakui bahawasa perkhidmatan mereka ini penting demi untuk membentuk generasi er… yang pelajar yang orang kata er… terpelajar.

Jadi insya-Allah, perkara ini memang benar sepertimana yang sahabat saya sebutkan tadi ada yang dalam skim yang sebegini. Bukan kontrak tapi dibayar secara er… imbuhan oleh pihak ASPA ya institusi kerajaan ataupun dibayar oleh pihak Kerajaan Negeri melalui agensinya. Jadi insya-Allah perkara ini memang telah pun di er… diperbahaskan dan diteliti mungkin er… kita akan melihat bagaimana kaedah yang terbaik untuk pastikan jasa dan khidmat guru-guru yang telah er... berkhidmat sekian lama ini dapat diambil kira dan diberi ganjaran yang sewajarnya, kita doa la insya-Allah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat ADUN Tras.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan lima.

[Adakah kerajaan negeri merancang untuk membina loji air baru di daerah Raub memandangkan Loji Sungai Bilut mengalami pencemaran air sungai yang begitu kerap dan menyebabkan gangguan air yang serius terhadap penduduk-penduduk di daerah Raub.]

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Daerah Raub sedang mengalami pembangunan yang pesat dan bandar Raub serta sekitarnya sendiri diunjurkan akan memerlukan tambahan bekalan air terawat sebanyak RM40.9 juta liter sehari menjelang tahun 2035 berbanding dengan kapasiti sedia ada Loji Rawatan Air Sungai Bilut pada hari ini sebanyak RM5.45 juta liter sehari. Pembinaan sebuah loji rawatan air baru telah dipohon kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dalam Rolling Plan Kelima er… maksudnya tahun hadapan, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan er… kita percaya bahawa dengan pembinaan loji rawatan air yang baru ini juga akan dapat mengatasi gangguan bekalan air akibat penutupan Loji Rawatan Air Sungai Bilut yang selalu mengganggu perkhidmatan kita ini, yang mana apabila berlakunya er… gangguan ini ataupun pencemaran air-air ini yang melebihi 1000 NTU, menyebabkan loji yang sedia ada ni tidak dapat berfungsi. Kita percaya insya-Allah, tahun depan kalau diluluskan oleh KATS, projek ini boleh dilaksanakan Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya, saya jemput Yang Berhormat ADUN Tanah Rata.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin kemukakan soalan nombor 6.

[Apakah perancangan kerajaan mengenai pembangunan belia luar bandar dan pedalaman di negeri Pahang khususnya Cameron Highlands dan adakah kerajaan mempunyai polisi baru bagi mengurangkan jurang pembangunan antara belia bandar dan luar bandar serta apakah pendirian kerajaan mengenai pembangunan belia di masyarakat Orang Asli?]

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada ADUN kawasan Tanah Rata ya. Kerajaan melalui er… Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang merujuk kepada soalan yang dibangkitkan terhadap pembangunan belia di Cameron Highlands. Kerja-kerja pembangunan belia sama ada luar bandar mahupun bandar sentiasa diberikan perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri. Dalam melaksanakan kerja-kerja pembangunan belia, kerajaan tidak pernah meletakkan jurang perbezaan di antara belia luar bandar dan bandar. Kesemua golongan belia sentiasa diberi keutamaan, pihak kerajaan amat mengalu-alukan penyertaan dari pelbagai kaum dan bangsa untuk menyertai pelbagai program pembangunan belia.

Tiada jurang diwujudkan bagi penyertaan dari belia Orang Asli malah kerajaan amat menggalakkan penyertaan dari kaum tersebut. Di antara program-program yang dijalankan oleh pihak kerajaan antaranya Kursus Kepimpinan Organisasi dan pada 29 er… maaf Dato’ Yang di-Pertua, Kursus Kepimpinan Tahap I pernah diadakan seperti kepimpinan, pengucapan awam, penulisan dokumentasi dan pengurusan kewangan di kalangan belia di Cameron Highlands.

Begitu juga program-program keusahawanan dan program-program sukan dan pelbagai lagi program yang kebanyakannya penyertaan adalah menjadi tanggungjawab semua untuk sama-sama menggalakkan golongan ini untuk merebut peluang yang ada bagi pembangunan golongan ini dan seterusnya pembangunan negara dari negeri Pahang khususnya. Dan untuk makluman juga kepada er… ADUN kawasan Tanah Rata, Kerajaan Negeri tidak sekali-kalinya meminggir er… belia masyarakat Orang Asli ini, bahkan kalau dilihat dalam pembangunan sukan ada mereka yang er… terlibat dengan sukan takraw sebagai contoh ya. Kita lihat taburan belia-belia sebagai contohnya di dalam negeri Pahang ini, kalau lihat di Bera. Kebanyakan belia Orang Aslinya suka main bola sepak, bola er… futsal.

Kalau di Rompin, mereka Orang Asli ini suka main bola sepak. Kalau di Cameron Highlands, mereka ini lebih cenderung kepada takraw dan mereka ini mencapai kejayaan-kejayaan dalam bidang masing-masing setakat ini. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan juga sidang Dewan Yang Dirahmati sekalian, Kerajaan Negeri sentiasa peka dengan pembangunan sukan dan juga er… belia-belia di Cameron Highlands ini dengan mewujudkan pelbagai kemudahan termasuklah kita mengadakan program-program serta majlis perundingan peringkat er… Cameron Highlands yang membincang isu-isu semasa di kalangan belia di Cameron Highlands ini. Jadi tidak timbul dan tidak dinafikan bahawa program serta er… kursus-kursus banyak diadakan di Cameron Highlands.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Bagi membantu belia Orang Asli bersaing dengan belia lain khasnya di bandar, Jabatan Kemajuan Orang Asli di Malaysia melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Pahang telah menubuhkan satu unit khas iaitu Unit Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Orang Asli atau ringkasnya KKBSOA. Walau bagaimanapun, JAKOA masih memerlukan bantuan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang agar dapat membantu JAKOA bagi mempastikan belia Orang Asli tidak tercicir dalam arus perdana bersama masyarakat lain. Dan kita er… berbangga di negeri Pahang ini, satu-satunya sekolah intelek yang ditubuhkan ini berada di daerah Rompin dan er… untuk makluman sidang Dewan, kita membangunkan belia ini bukanlah di peringkat belia itu kita baru nak bangunkan, kita kena sediakan prasarana daripada awal lagi, daripada peringkat sekolah awal lagi.

Sebab itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana baru-baru ini, melalui Majlis Belia Negeri, telah menyampaikan beberapa sumbangan kepada anak-anak muda ini yang mendapat er… keputusan yang cemerlang dalam SPM dan sebagainya. Sebagai contoh, Fatin Solehah binti Isa untuk makluman semua, mendapat 10A baru-baru ini dan terdapat juga di kalangan masyarakat Orang Asli yang mendapat 8, er… 8A seramai 3 orang. Kemudian, ada yang mendapat 9A seramai 4 orang, 7A 4 orang, 6A 16 orang.

Ini menunjukkan bahawa pembangunan yang dilakukan di negeri Pahang ini agak menyeluruh dan kita tidak pernah meminggirkan dan insya-Allah saya yakin dan percaya slogan apa ini terus maju apa er… terus maju Pahang ini akan terus kita perkasakan dan kita akan lihat sama-sama bahawa masyarakat Orang Asli hari ini insya-Allah mudah-mudahan sama… duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, dan untuk makluman juga ADUN Tanah Rata, kita hari ini anak-anak muda di kalangan masyarakat Orang Asli ini ada yang menjadi pramugari ya, dan ada yang menjadi engineer, ada yang doktor dan ada yang programmer di MIMOS ya. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang punya aset di kalangan Orang Asli. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Ketua Pengarah Orang Asli Malaysia adalah daripada Pos er… Betau. Er... daripada Kuala Koyan iaitu orang Pahang iaitu Datuk Ajis Sitin, Orang Asli, dan sekolah di teknik…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Ketari.

Dan juga ahli Parlimen yang mengalahkan calon DAP (Ahli Dewan ketawa) juga Orang Asli. Terima kasih.

Terima kasih. Okay, soalan tambahan. Isu pembangunan belia patut mengambil kira tentang golongan-golongan belia yang terpinggir, yang terjebak jauh dari er… disebabkan gejala sosial seperti rempit dan dadah yang terus dipinggirkan disebabkan persepsi negatif masyarakat kepada mereka. Jadi apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mendekati dan membawa mereka pulang ke jalan yang benar? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Er… soalan daripada ADUN Ketari ya. Begitu juga masalah er… gejala-gejala sosial yang melibatkan anak-anak muda ini. Kita Kerajaan Negeri tidak pernah juga meminggirkan dan masalah tetap ada ya. Kalau kita tengok bukan sahaja belia, YB-YB pun ada masalah juga dan kita pemimpin-pemimpin pun ada masalah tersendiri. Jadi sejauh mana kita mengambil pendekatan untuk mengatasi masalah tersebut. Kita mempunyai jabatan yang banyak dalam negeri Pahang ini……dan saya berbangga dengan kerjasama Jabatan Belianya dengan Majlis Sukan Pahangnya dengan Stadiumnya.

Walaupun mereka ini lebih memfokuskan sukan tapi dalam masa yang sama kadang kala melihat kepada anak-anak muda ini dengan kerjasama Jabatan Agama Islam dengan MUIP dengan JKM untuk mengenalpasti mereka ini yang terlibat dan juga pihak PDRM memberi maklumat kepada kita dan kita bawa pendakwah-pendakwah, bawa motivator-motivator untuk menangani, memberi nasihat khidmat kaunseling dan sebagainya pada mereka ini dan kita perlu tahu juga bahawa kerjasama dengan pihak jabatan sama ada persekutuan dengan negeri hari ini adalah disambut dengan baik oleh pihak jabatan-jabatan berikut seperti JKM.

JKM ada unit kaunselor dia, jadi kita boleh guna er…unit-unit ini termasuklah di Yayasan Pahang sendiri ya, kita menggembleng tenaga bersama untuk menangani

masalah sama ada rempitnya dan rempit pula untuk makluman ADUN Ketari, kita ambil yang kaki rempit itu sendiri ya…yang kata macam spiderman semua tu tuh tangan tu er… kita ambil bagi contoh supaya dia beri ceramah pula kepada Mat Rempit ni. Bahayanya rempit dan sebagainya. Begitu juga yang dadah-dadah ini yang hisap dadah tu dah elok kita ambil dia sebagai motivator pula kepada mereka yang hisap dadah. Jadi dengan tindakan dan juga inisiatif yang kita ambil ini ialah tak banyak sikit memberi kesan kepada masyarakat anak-anak muda ini. Terima kasih Yang Di-Pertua

Yang di-Pertua (Speaker)

Beserah.

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Ha…saya ingin minta penjelasan pihak kerajaan baru-baru ini kita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Belia dan Sukan akan melepaskan tanggungjawab mereka mengendalikan dan menguruskan kemudahan-kemudahan asas er…sukan er…dan rekreasi di kampung-kampung, di taman-taman dan sebagainya mereka tidak mahu bertanggungjawab lagi untuk nak menguruskannya, akan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan ataupun kepada komuniti setempat untuk mengurus dan mengendalikannya.

Persoalan saya, adakah kajian telah dibuat kemampuan er… penduduk setempat atau taman ini mengendali dan menguruskan terutama sekali dalam soal er… penyelenggaraan er… infrastruktur sukan yang telah dibina dengan kos yang begitu tinggi dan kita bimbang ianya akan hanya membazirkan usaha yang telah dibuat sebelum ini, terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua

Terima kasih kepada ADUN Beserah yang selalu cakna tentang er… infrastruktur khususnya dalam er… arena belia dan sukan ini ya. Kami er… telah mendapat beberapa pandangan oleh pihak kementerian berhubung dengan isu penyerahan er… venue-venue ataupun komplek-komplek sukan seperti Dewan Angkat Berat di Rompin dan ISN sebagai contohnya dan termasuklah apa yang dibangkitkan oleh ADUN Beserah sebentar tadi.

Namun beberapa siri perbincangan telah kita adakan dengan pihak tertinggi Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya dan saya setakat ini mendapat maklumbalas yang cukup positif dan kita pun telah memaklumkan kepada pengetahuan er…apa dalam Mesyuarat Exco pun kita maklum khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, kerana bukan suatu perkara yang mudah untuk kita mengambil er…alih tugas penyelenggaraan dan penyeliaan bangunan-bangunan ini kerana kosnya sangat tinggi. Jadi kita telah merayu kepada pihak kementerian KBS sebagai contoh kita ambil er… Dewan Angkat Berat di Rompin ya.

Kita telah nyatakan bahawa er… kita setakat ini tidak mampu mengurus er… dan menyelenggara dengan kos sebanyak RM600 hingga RM700 ribu setahun sedangkan keperluan untuk melihat kompleks ini terus er… gagah bertapak di situ

kerana apa? Kerana Pahang ini melahirkan setiap tahun badang-badang angkat berat yang menjadi ke juara dalam beberapa siri SUKMA yang lalu dengan melahirkan juga jaguh-jaguh dunia di peringkat Komanwel, diperingkat Gold Coast, er… seperti contohnya di Australia baru ini dan kita ada Amirul Amizan yang lahir di situ, kita ada Faizal yang lahir di situ, semua jaguh-jaguh Komanwel ini.

Jadi er… berilah kami peluang supaya ditadbir urus seterusnya oleh pihak KBS dan alhamdulillah jawapannya pada hari ini saya dah dapati bahawa mereka akan meneruskan kelangsungan untuk er… mengekalkan pengurusan kepada KBS. Cuma yang lain-lain itu, setakat ini ISN sahaja ditutup dan dikecilkan. Dikecilkan sebab er…staf pun tak ramai, beberapa orang sahaja diserapkan kepada Majlis Sukan Pahang. Jadi kita Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk mengambil tanggungjawab staf-staf yang terpaksa er… beralih tempat ini, kita tempatkan mereka di Majlis Sukan Pahang dan Majlis Sukan Pahang bayar elaun serta gaji mereka. Sebagaimana pihak Kerajaan Negeri tidak sanggup melihat pegawai-pegawai JASA kita sebelum ini yang orang kata nak dibuang sebagainya, tetapi Kerajaan Negeri mengambil alih untuk mengambil tanggungjawab pada mereka. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dijemput Yang Berhormat Pulau Manis soalan seterusnya.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan soalan nombor 7

[Kerajaan Negeri Pahang sentiasa prihatin terhadap masalah rakyat terutamanya isu kenaikan harga barang di pasaran. Apakah langkah-langkah kerajaan di dalam membantu meringankan beban yang dialami.]

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih juga kepada ADUN Pulau Manis yang sentiasa prihatin terhadap masalah rakyat terutama isu kenaikan harga barang di pasaran sekarang. Kerajaan Pahang melalui KPNDHEP telah mengadakan 5 langkah untuk menangani isu kenaikan harga barang dipasaran. Langkah pertama penguatkuasaan Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu mengawal harga barang seperti gula, susu, susu pekat, susu cair dan susu tepung, garam, tepung, minyak masak, petrol, diesel dan gas dan semua jenis roti, roti lembut atau roti keras, ayam, ikan dan juga daging. Barang-barang ini diberi subsidi oleh kerajaan… disedia oleh kerajaan terutama Kerajaan Barisan Nasional dahulu.

Langkah kedua, Penguatkuasaan Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 201…2011 iaitu mempastikan keuntungan yang munasabah terhadap barang-barang makanan, barang-barang isi rumah bagi mengurangkan kesan perbelanjaan isi rumah dan meringankan kos sara hidup rakyat. Langkah ketiga iaitu Sistem Skim Kawalan Harga Barang Musim Perayaan 2011 iaitu menetapkan harga barang-barangan tertentu di peringkat pengeluar, pemborong dan juga peruncit.

Skim ini bertujuan melindungi pengguna-pengguna daripada peniaga-peniaga yang mengaut keuntungan yang berlebihan. Perayaan pera… skim perayaan ini termasuk Perayaan Hari Raya Puasa, Perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Pesta Keamatan dan Hari Gawai. Langkah keempat, inisiatif Kedai Ekonomi Pengguna (i-KEEP) iaitu bermula pada 29 November 2018. Tujuan memberi pilihan kepada pengguna-pengguna untuk berbelanja di premis-premis perniagaan yang ditetapkan dengan harga yang menjimatkan. 6 syarikat yang menjadi rakan strategik AIKIPnya iaitu Tunas Manja, KK Supermarket dan Supermarket Stor Sdn.Bhd. Pasaraya Segi Fresh, Koperasi Perbadanan Perak… FELDA sorry, Malaysia Berhad D’Mart, Koperasi Orang Melayu Pesara. Di Pahang kita ada Tunas Manja 28 outlet, D’Mart 87 outlet.

Langkah kelima iaitu kaedah Food Bank, Bank Makanan. Di Malaysia kita ada 15 tan lebihan makanan setiap hari. Daripada lebihan tersebut, dianggarkan 3000 tan lebihan makanan masih elok dan selamat dimakan dan dapat menampung lebih kurang 2 juta orang. Tujuan Food Bank ini adalah untuk meringankan… untuk mengurangkan pembaziran makanan dan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat yang kurang bernasib baik atau kumpulan B40. Aktiviti pengumpulan lebihan makanan halal ini di hotel-hotel dan di restoran-restoran serta premis-premis makanan, barang yang tidak mudah rosak seperti kek, makanan dan makanan dalam tin, makanan mentah segar dari pasar-pasar basah dan pasar-pasar borong kering.

Lebihan makanan ini akan disumbangkan kepada keluarga yang miskin tegar dengan menghantar ke rumah-rumah mereka atau rumah-rumah kebajikan, madrasah-madrasah yang berdekatan. Di Pahang, Yayasan Pahang dengan kerjasama NGO-NGO yang berdaftar, Pejabat Kesihatan, Majlis Perbandaran Kuantan, Kolej Komuniti Yayasan Pahang menjayakan pelaksanaan Food Bank di negeri Pahang. Sekian, Yang di-Pertua.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Soalan tambahan. Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ada 3 soalan tambahan ni. Saya rangkumkan sekali.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila… sila.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Yang pertama, saya nak bertanya kepada pihak Kerajaan, adakah inisitif-inisiatif yang telah dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan sekarang hasil yang dicipta oleh Kerajaan PH ataupun memang turutan daripada Kerajaan BN yang lalu?

Soalan saya yang kedua, berapakah jumlah penguatkuasa kepada premis-premis perniagaan yang melanggar akta-akta dan berapakah jumlah kompaun yang telah dikenakan kepada peniaga-peniaga yang didapati bersalah tadi?

Dan yang ketiganya, berapakah jumlah kompaun yang dikenakan kepada peniaga-peniaga perseorangan dan juga syarikat-syarikat perniagaan? Terima kasih.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Yang di-Pertua,

Terima kasih Pulau Manis mengutarakan satu soalan tapi 3 dalam 1. Dalam 5 langkah-langkah inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan Pahang bersama dengan KPDNHEP, 3 adalah dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Sebab itu akta-akta tersebut bermula daripada 2011 dan 2 dijalankan oleh Kerajaan PH iaitu Food Bank dan juga Kedai Ekonomi Pengguna… Inisiatif Kedai Ekonomi Pengguna. Maksudnya, Kerajaan PH hari ni melaksanakan 3 skim inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan Barisan Nasional dulu dan hanya 2 sahaja yang di yang di… diutarakan oleh Kerajaan PH iaitu Food Bank dan juga Kedai Inisiatif 1Malaysia er… inisiatif i-Keep.

Soalan nombor 2 berkenaan dengan penguatkuasaan. Jumlah pemeriksaan yang dijalankan pada tahun setakat 2018 iaitu 49,461 kedai premis pemeriksaan dijalankan dan kes ditemui sebanyak 356 kes, notis sebanyak 103 notis dikeluarkan kepada peniaga-peniaga yang melanggar peraturan dengan nilai denda sebanyak RM108,058 dengan… setiap kes dibayar kompaun sebanyak RM50,600.

Berkenaan dengan soalan nombor 3 iaitu setiap kesalahan yang dilakukan oleh premis-premis perniagaan yang melanggar peraturan akta-akta tersebut… akta-akta yang saya nyatakan tadi, kesalahan pertama denda RM100,000 dengan 3 tahun penjara, kesalahan kedua denda RM250,000 dengan 5 tahun penjara dan jika… kesalahan itu bagi perniagaan-perniagaan perseorangan. Jika kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat besar atau perbadanan, denda tahun itu… kesalahan pertama RM500,000 dengan denda 3 tahun penjara dan kesalahan kedua meningkat kepada RM1 juta hingga 5 tahun penjara. Sekian, Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Beserah.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya sebenarnya ada satu lagi er… inisiatif baru yang dibuat iaitu tukar nama. KPDNKK kepada KP… KPDNHEP, ha… barulah nak belajar sebut KPDNKK tukar nama. Itu inisiatif baru juga yang telah dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan kepada kita. Namun, saya nak soalan tambahan saya adalah, dalam inisiatif Food Bank ini, berapakah jumlah er…

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

BR1M tukar BASAH (Ahli Dewan ketawa). Daripada BR1M, B.R.1.M tukar B.A.S.A.H, BASAH.

Cuma satu soalan saya pasal inisiatif Food Bank ini, berapa ramai rakyat Pahang yang telah menerima manfaat daripada inisiatif er… pelaksanaan inisiatif Food Bank ini. Terima kasih.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Oleh kerana Food Bank ini baru dilaksanakan di negeri Pahang atas inisiatif Kerajaan Parti Harapan, maka jumlah keterlibatan rakyat yang susah di negeri Pahang akan saya nyatakan secara bertulis. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak sentuh sikit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Luit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dalam perkara 5 yang dinyatakan oleh Pulau Tawar tadi, saya tak dengar perkataan Pasaraya Darul Makmur. Sedangkan pasar raya itu saya rasa inisiatif Kerajaan Negeri sendiri tu. Makna dia sebut-sebut nama Pasar Raya Tunas Manja, KK 99 ya, terima kasih. Saya nak bertanya itu je.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Seperti saya nyatakan tadi, bahawa inisiatif yang keempat adalah inisiatif Kerajaan Parti Harapan. Maka, dia tak termasuk sebagai rakan strategik Pasaraya Darul Makmur dalam i-Keep apa ni er… inisiatif kedai ekonomi pengguna, dia tak masuk senarai tersebut, dia hanya masuk senarai 6 syarikat utama sahaja tetapi saya akan merayu kepada Kerajaan Parti Harapan supaya masukkan Pasa Raya Darul Makmur untuk negeri Pahang. Terima kasih cadangan tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah, soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat ADUN Mentakab.

Encik Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 8.

[Taman Tasik Chatin merupakan taman rekreasi yang dikunjungi oleh penduduk-penduduk. Adakah kerajaan bersedia menaik taraf kemudahan di Taman Tasik Chatin?]

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Terima kasih soalan daripada Mentakab. Untuk makluman Mentakab, Taman Tasik Chatin ni kita telah memohon peruntukan daripada Jabatan Landskap Negara tapi saya mintalah supaya pihak rakan-rakan saya di sebelah sana, kita telah mohon dengan KPKT cuma setakat ini tidak dapat apa-apa maklum balaslah supaya kalau dapat peruntukan ni, kita akan naik taraf Taman Tasik Chatin ni. Mohon rakan-rakan daripada Pakatan untuk membantu kami.

Encik Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Soalan tambahan. Peruntukan berapa yang diminta?

Tak banyak Mentakab, RM700,000 sahaja, tak banyak RM700,000. Sebenarnya kita pihak Kerajaan Tempatan Pahang telah memohon tahun lepas sebanyak RM25 juta peruntukan untuk kemudahan-kemudahan awam, termasuklah untuk menaik taraf tasik-tasik dan taman-taman rekreasi tetapi diluluskan sebanyak RM10 juta sahaja tahun lepas. Kita masih lagi ada RM15 juta yang masih belum ditunaikan oleh pihak KPKT dan selepas kekalahan 19 Mei ni seolah-olah kita ni tidak diberi layananlah ya. Mungkin berbeza kerajaan tapi rakan-rakan daripada Pakatan Harapan, kita minta membantu untuk Majlis Daerah Temerloh untuk menaiktarafkan ini. Saya mohon.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan terakhir pada pagi ini, saya jemput Yang Berhormat ADUN Semambu.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya kemukakan soalan 9.

[Berapakah jumlah peruntukan diberikan kepada kerajaan negeri dalam pengendalian dan penjagaan pokok-pokok tanaman MPK, pokok-pokok warisan dan kawasan hijau di dalam daerah Kuantan ini?]

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Terima kasih soalan daripada Semambu. Sebenarnya untuk makluman Semambu, pihak penyelenggaraan pokok-pokok di kawasan perbandaran ni melibatkan ada 2 agensilah, pertama daripada Majlis Perbandaran dan juga daripada pihak JKR sendiri melibatkan jalan-jalan utama.

Untuk makluman Semambu, penyelenggaran pokok-pokok ameniti ini, pokok-pokok peneduh seperti pokok khya, K.H.Y.A… bukan pokok kaya ya, yang merimbun lebat tu. Satu lagi pokok angsana, pokok jati dan pokok sentang. Ini adalah pokok-pokok yang ditanam di… sebagai street, dengan izin, apa ni… street tree ataupun pokok peneduh bertujuan untuk menyejukkan ya, menyejukkan terutama di kawasan-kawasan bandar dan juga untuk hiasan.

Contohnya kalau pokok-pokok seperti pokok angsana yang di depan Medan Square ya, Mahkota Square. Kita tengok pokok tu dah berusia hampir kalau tak silap sayalah hampir usia saya dah 50 lebih ni, masa saya kecik-kecik pokok tu dah besar tu, mungkin pokok ni berusia lebih daripada 100 tahun ya, yang kita maintain sebagai

pokok warisan, yang boleh menyejukkan mata memandang dan juga memberikan oksigen kepada penduduk-penduduk di bandar dan dia boleh absorb carbon dioxide yang dihasilkan daripada aktiviti pembakaran kenderaan dan juga aktiviti manusia lah. Jadi, memang pihak Majlis Perbandaran Kuantan pun sendiri menyelenggara pokok-pokok ni dan juga satu lagi yang nak perlu tekankan pokok buluh.

Kalau Menteri Perdagangan Utama mengatakan tanam pokok buluh kita dah tanam di tengah bandar Kuantan ni pokok buluh. Stesen Bas Pokok Buluh berusia saya ingat mungkinlah Ustaz Mizi masa tu kecil lagi saya rasa er… ADUN daripada Panching, sampai sekarang masih ada pokok buluh. Kita masih kekalkan lagi pokok buluh ni, dah ada tanam dah tak perlulah dah nak tanam sawit… mengganti pokok-pokok sawit ya.

Jadi sebanyak RM1.2 juta telah diperuntukkan oleh MARRIS untuk pemeliharaan pokok-pokok er… ameniti ini pada tahun lepas dan pada tahun ni cuma sebanyak RM500,000 sahaja ya. Rakan-rakan saya di pihak sana, bantulah Majlis Perbandaran Kuantan untuk mendapatkan peruntukan. Kalau 2018 kita dapat hampir RM1.2 juta, tahun ni cuma RM500,000 ya. Saya tak tahu lah duit ni ada ke tak ada ke daripada pihak Jabatan Landskap Negara di bawah KPKT yang menyukarkan kami untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pokok-pokok.

Begitu juga dengan penyelengaraan pokok-pokok renek yang di bawah Majlis Perbandaran Kuantan sendiri er… peruntukan sebanyak RM1.4 juta diluluskan. Yang ini dikeluarkan oleh MPK sendiri untuk menyelenggarakan pokok-pokok ini untuk memberi hiasan terutamanya kepada pengunjung-pengunjung yang datang ke Bandar Kuantan ini, masuk Bandar Kuantan ni dah ada dah. Kebanyakannya adalah pokok bunga kertas ataupun bougainvilla dan er… saya haraplah supaya pihak rakan-rakan dapat membantu Majlis Perbandaran ni untuk mendapatkan peruntukan supaya bandar ini kita lebih cantik dan lebih ceria lagi. Sekian, Yang di-Pertua.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Soalan tambahan. Terima kasih atas makluman. Sebuah pokok yang bersejarah dan cantik di Padang Taman Aman, Bukit Sekilau telah ditebang bulan lepas. Sejurus itu saya menerima sepucuk surat amaran daripada NGO yang tanya mengapa pokok itu ditebang? Dengan izin dalam surat tu disebut “the tree was large and healthy, attracted a lot of birds, in fact it was a most beautiful trees at the taman”. Saya tidak dapat memberikan penjelasan yang baik maka saya bawa soalan itu ke sini. Apakah SOP kita er… dari segi pemangkasan ataupun penebangan pokok di bandar? Adakah tagging dibuat ke atas pokok-pokok? Dan adakah pokok tu sekiranya tidak ada tagging maka ianya akan ditebang?

Saya nampak er… kita perlukan lebih er… lebih teliti dari segi SOP menjaga pokok-pokok kita er… ada kontraktor yang nampaknya tidak ada kemahiran untuk er… membuat pamangkasan pokok ataupun mencantas ranting-ranting sehingga pokok tu tidak er… bertumbuh dengan baik dan er… minta pandangan pihak kerajaan tentang isu ini dan er… bagaimana kita boleh mengelakkan pokok yang bersejarah, pokok yang memang lama dan baik er… ditebang. Terima kasih.

Yang di-Pertua,

kontraktor yang dilantik oleh pihak Majlis, terutamanya Majlis Perbandaran Kuantan adalah mereka yang competent dengan tugas-tugas mereka dan telah mengikuti kursus averish penyelengaraan pokok, bukannya kontraktor yang sebarangan. Kemungkinanlah pokok di… di Taman Aman ni mungkin menghadapi masalah usia, macam orang tualah ya, sakit dan sebagainya, yang memerlukan kalau boleh pemangkasan ni untuk rawatan untuk… untuk menjaga keselamatan dan juga untuk memberi kesuburan kepada pokok. Tetapi pokok-pokok yang tidak dapat diselenggarakan yang boleh menyumbang kepada masalah keselamatan, pihak PBT terutamanya akan melakukan kerja-kerja penebangan supaya tidak menganggu ataupun menimbulkan masalah kepada masyarakat. Itu sahaja. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Soalan tambahan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya tanya apakah… kerana pejabat saya juga mendapat er… aduan tentang pokok-pokok yang besar dan membahayakan orang awam tetapi kita buat surat kepada Majlis Perbandaran er… mereka tidak ambil tindakan. Dalam fail menebang pokok itu di pejabat saya sudah tebal macam buku… buku yang… yang tebal sangatlah. Jadi, apakah SOP ataupun apakah cara untuk kita membuat aduan tentang kita menebangkan pokok? Bukan kita nak menebang pokok semua tetapi sebahagian pokok yang membahayakan orang awam telah pun er… lama tidak pernah dijaga oleh sebab itu saya nak tanya kepada pihak kerajaan, bahawa apakah SOP ataupun apakah cara untuk kita membuat aduan kepada Majlis supaya mereka boleh menjalankan tugas dengan secepat mungkin. Sekian.

Yang Berhormat Yang di-Pertua

Untuk penyelenggaraan pokok-pokok di bawah PBT ini, dia ada SOP masing-masing. Er… kita tengok juga lokasi pokok, kalau pokok tu ditanam dalam kawasan rumah minta ditebang contohnya pokok mempelam dah besar ya. Kadang keselamatan sebenarnya penyelengaraan pokok-pokok di kawasan Majlis ini sebenarnya di kawasan-kawasan awam sahaja tidak melibatkan kawasan persendirian. Itu adalah tanggungjawab pemilik untuk menyelengarakan pokok masing-masing lah. Cuma di kawasan-kawasan awam adalah di bawah tanggungjawab PBT. Kalau Jalan Persekutuan tu di bawah er… Jabatan Kerja Raya ataupun Road Care Sdn. Bhd. Sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita selesai membincangkan 9 pertanyaan dan jawapan, saya bercadang untuk menempohkan persidangan pada pagi ini untuk minum pagi dan persidangan disambung semula pukul 11.15 pagi. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan pada jam 10.44 pagi]

Sambungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Sambungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Di hadapan Majlis ialah satu usul berbunyi:

“Bahawa Dewan Negeri Pahang Yang Bersidang Pada Hari Ini, Bersetuju Menjunjung Kasih Atas Limpah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Berangkat Menyempurnakan Titah Diraja Kepada Dewan Negeri.”

Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan telah pun mendapat sokongan. Sekarang saya kemukakan semula usul tersebut kepada perbahasan. Saya jemput Kemayan.

[Ayat Al Quran] Assalamualaikum WBT dan salam perpaduan ummah. Penyatuan Ummah. Yang Dihormati Dato’ Timbalan Yang di-Pertuan, er… Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan, kepada Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Persekutuan dan Negeri, seterusnya Ahli-ahli Wakil Rakyat yang dihormati sekalian,

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan di Dewan Yang Mulia ini, ingin merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, kerana memberi kesempatan kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian di dalam membahaskan Titah Diraja bagi sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang kali, pada kali ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah serta menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang telah menyampaikan Titah Diraja yang amat besar ertinya kepada Ahli-ahli Dewan semuanya dan kepada seluruh rakyat negeri Pahang Darul Makmur.

Selain itu juga, saya ingin mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah serta menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, atas pel… pelantikan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-XVI. Sesungguhnya, Titah Diraja ini mencakupi pelbagai aspek pandangan, nasihat, teguran, cadangan dan lain-lain lagi yang bertujuan tidak lain tidak bukan untuk kemajuan dan memantapkan lagi pem… pembangunan negeri Pahang yang tercinta ini. Sesungguhnya tidak dinafikan bahawa Tuanku, Duli Tuanku merupakan seorang raja yang amat prihatin tentang pembangunan negeri Pahang, masalah rakyat jelata, khususnya sewaktu ditimpa berbagai kesusahan dan kemalangan, seperti keadaan banjir, ribut dan lain-lain lagi.

Ke laut dalam, ke laut dalam memancing ikan,

Turun berlabuh di bulan puasa, Dirgahayu Tuanku patik ucapkan, Semoga sejahtera sepanjang masa.

Dato’ Yang di-Pertua,

Saya ingin mengulaskan tentang beberapa perkara. Yang pertamanya adalah berkenaan dengan hutang negeri Pahang. Setelah semakan hutang Pahang dibuat dan telah dipolitikkan oleh Menteri-menteri Pakatan Harapan. Dalam laporan Ketua Audit Negara, rupa-rupanya sebahagian besar iaitu 70% daripada jumlah hutang negeri Pahang itu, adalah melibatkan perbekalan air. Ini juga, kaedah sama hutang, berhutang, keberhutangan Kerajaan Pusat, Kerajaan Pulau Pinang kepada Kerajaan Pusat. Yang mana akhirnya Menteri Kewangan sekarang, telah membuat satu keputusan dan Kerajaan Pakatan Harapan telah membuat keputusan untuk menghapuskan hutang-hutang Kerajaan Pulau Pinang kepada negeri… kepada Kerajaan Pusat. Dan kita berharapkan, semoga keadaan tersebut juga berlaku di negeri Pahang, yang mana pembangunan perbekalan air untuk negeri-negeri ini haruslah dipikul bersama, di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang er… Kerajaan Negeri.

Sehingga akhir tahun 2018, Kerajaan Negeri Pahang masih lagi dalam proses rundingan bersama Kerajaan Persekutuan, bagi melaksanakan penstrukturan Syarikat Bekalan Air di negeri Pahang. Sehingga kini penstrukturan semula ini, masih belum lagi dimuktamadkan. Menteri… kepada Menteri Kewangan kita, kita berharapkan supaya janganlah buat lupa, bagaimana Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinannya pada tahun 2012, turut telah menghapuskan hutang iaitu sebanyak RM655 juta daripada Kerajaan Persekutuan menerusi cara dan kaedah yang sama. Apa yang pasti kenyataan… kenyataan yang dibuat oleh Menteri Lim Guan Eng ini adalah jelas bermotifkan politik bersempena pada ketika itu, kita sedang berkempen untuk pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Minta celah. Ya, Kemayan bolehkah saya tanya yang hutang negeri Pulau Pinang diselesaikan sebelum PRU Ke-14 atau selepas PRU Ke-14?.

Tadi saya dah sebut, bermaknanya selepas PRUlah. Selepas PRU, dia dah dapat kuasa, ya, masa tulah dia usahakan supaya hutang tu dihapuskan. Terutama tambah-tambah lagi pada ketika itu, kita sedang berkempen untuk Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands. Di sinilah point kalau boleh untuk menarikkan menarik simpati orang ramai, ya, menunjukkan yang Pakatan… Pakatan Harapan ni… berfungsi ya. Terbaik untuk, untuk rakyat.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya tertarik juga dengan Titah Diraja, dalam sektor pertanian yang mana dalam titah Duli Yang Maha Mulia Pemangku… Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Pemangku Raja Pahang, berkenaan dengan sektor pertanian, dan dikhabarkan Pahang bakal menjadi pengeluar makanan ternakan yang utama di Malaysia. Dan juga potensi untuk kita, untuk negeri Pahang melibatkan diri dalam industri pengeluaran makanan ternakan juga besar iaitu, iaitu hampir RM1.5 billion. Jadi Dato’ Yang di-Pertua, saya juga…

Dato’ Yang di-Pertua,

Industri penternakan terutama ruminan bagi saya, kita perlu kembangkan bagi menjamin bekalan sumber daging mencukupi untuk dalam… untuk bekalan negara dan juga tanpa bergantung kepada import daging. Setakat ini Dato’ Yang di-Pertua, permintaan daging meningkat setiap tahun. Permintaan makanan meningkat setiap tahun. Pada tahun 2010, permintaan untuk bekalan daging adalah sebanyak RM1.4 juta metrik tan, manakala dijangkakan pada tahun 2020 ini, permintaan makin meningkat kepada RM1.8 juta metrik tan. Iaitu peningkatan dari segi permintaan sebanyak 2.4%. Bagi telur, telur ayam tahun 2010 permintaannya sebanyak RM468,000.00 metrik tan, dan dijangkakan pada tahun 2020, permintaan meningkat kepada RM649,000.00 metrik tan.

Di sini, kenaikan, peratusan kenaikan adalah sebanyak 3.3.%, dan bagi susu, permintaan bagi susu pada tahun 2010 adalah sebanyak 1.4 billion liter dan pada tahun 2020 permintaan setinggi 3.2% iaitu 1.9 billion liter dijangkakan meningkat. Namun yang kita perlu ketahui di sini, cabaran utama bagi industri ini ialah tentang harga makanan ternakan yang terlalu tinggi di pasaran. Jadi bagi saya, bagi mengatasi masalah ini golongan penternak haruslah digalakkan untuk menghasilkan sumber makanan ternakan sendiri dan sekaligus dapat mengurangkan kos serta kebergantungan terhadap makanan ternakan import.

Sehingga kini kerajaan kita telah pun Kerajaan Malaysia telah pun membelanjakan sebanyak RM5 billion untuk mengimport bijirin dan jagung dan bagi saya juga kita mencadangkan kalau sekiranya Kerajaan Negeri Pahang bercadang dan berminat untuk mengembangkan industri bekalan makanan ternakan di negeri kita beberapa perkara yang harus diberi titik beratkan adalah contohnya dari segi ilmu teknikal ya, kemudian kepakaran dan kita tak nafikan di negeri kita… di negara kita juga kepakaran dan ilmu teknikal tu tadi dah ada cumanya ia perlu diperluaskan lagi dan di… diperluaskan lagi dan juga minat oleh golongan-golongan penternak ini untuk menerimanya… untuk mengusahakan.

Dato’ Yang Di-Pertua,

Sebenarnya dalam perniagaan ternakan, 75% daripada kos keseluruhan pengeluaran ternakan tersebut 75% adalah melibatkan bekalan makanan. Kos-kos pengeluaran adalah 75% adalah melibatkan bekalan makanan. Cuba kita bayangkan kalau sekiranya semua sumber barang… semua sumber… semuanya sumber bekalan makan ini kita import. Memang kos pengeluaran ini akan meningkat terlalu tinggi dan ini menyebabkan ramai pengusaha-pengusaha, penternak-penternak kita kecewa akhirnya.

Saya juga mencadangkan selain mungkin idea-idea tentang bahan-bahan yang perlu kita sediakan dalam proses untuk menyediakan makanan ternakan saya boleh bagi contoh… sebagai contoh sahaja, mungkin ada idea yang lain ya. Contohnya kita boleh libatkan diri dalam penanaman jagung bijirin dan juga High Bio-Convertion Grass iaitu mungkin bentuk dalam bentuk napier lah ya. Ini adalah dua perkara yang asas yang cukup baik kalau kita ceburi dalam bekalan makanan ternakan.

Saya juga mencadangkan supaya negeri kita dijadikan juga sebagai pengeluar benih pertanian terbesar kalau boleh di Malaysia dan kalau boleh di peringkat international bukan setakat di Malaysia sahaja di peringkat antarabangsa. Kita jadikan negeri kita ini sebagai sumber pengeluar benih pertanian yang terbaik dan berkualiti dan dipercayai dan perkara ini… dalam dalam er… menyentuh tentang pengeluar benih pertanian ini, kita boleh bahagi kepada dua bahagian. Yang pertamanya industri pengeluaran benih tanaman industri, tanaman industri iaitu tanaman komoditi

contohnya getah, sawit, koko, tembakau, kenaf jadi kita classifykan sebagai tanaman komoditi… industri komoditi dan bagi ini dalam kluster ini kita boleh anggapkan ia sudahpun stabil ya, pengeluaran benih ini dah stabil pasal dia melibatkan usahawan-usahawan dan melibatkan secara komersil, usahawan swasta, ada juga GLC ya, dan kita tengok juga dalam industri pengeluaran benih komoditi ini, jabatan-jabatan dan kementerian-kementerian yang telah diamanahkan berfungsi baik dan kita tidak ada masalah dari segi pengeluaran benih komoditi.

Yang hendak kita tekankan di sini, kalau boleh kita cuba lebih kepada industri pengeluaran benih tanaman makanan ya, pasal industri ini masih lagi tidak diceburi secara serius dan kalau ikutkan potensi untuk industri ini tertalu besar di negara kita. Bagi dunia sebenarnya, nilai industri pengeluaran benih dunia ni adalah sebanyak RM98 billion setahun. Itu satu nilai yang besar. Cuma di Malaysia ini, kita baru bernilai RM30 juta setahun. Jadi penglibatan usahawan-usahawan dan juga penglibatan kerajaan dalam memajukan mengembangkan industri pengeluaran benih tanaman makanan ni adalah terlalu kurang dan potensi itu adalah besar untuk kita ceburi.

Setakat ini negara-negara maju seperti Amerika, Jepun, Jerman yang telah melibatkan diri secara besar-besaran dan juga diaorang dah terkenal sebagai pengeluar-pengeluar utama benih-benih… benih-benih ini… tanaman. Syarikat antara syarikat yang mencebur diri pula adalah terdiri daripada Monsanto, DuPont, Syngenta, SAKATA, TAKII dan berbagai-bagai lagi. Jadi bagi saya, benih juga penting ya sebagai keselamatan food security, keselamatan makanan di negara kita.

Ini adalah proxy yang dipegang oleh negara maju di mana bagi diaorang menjadikan satu phylosophy menjadikan satu asas iaitu pengeluaran benih ini juga dijadikan satu perdagangan berkait dengan monopoli dan keselamatan dunia. Bagi diaorang bermaksud negara maju ni maksud negara yang mengawal benih juga ditakrif mampu mengawal dunia selain daripada senjata peperangan. Punya pentingnya kita ni cukup… kecukupan benih dan juga sumber makanan di dunia.

Bagi saya setakat ni industri padi telah pun berjaya ya, kita boleh dapati banyak variety-variety padi telah dikeluarkan, tidak ada masalah. Begitu juga dalam dari segi pisang ya pengeluaran er… pengeluaran benih pisang secara tisu didik juga hebat.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Mohon mencelah. Er… Dato’ Yang Di-Pertua, er… selain daripada cadangan oleh pihak Kemayan tadi benih-benih pokok yang kita jadikan makanan, saya nak tanya pandangan daripada Kemayan bagaimana pula dengan tanaman buluh dan daun ketum yang telah dicadangkan oleh PH baru-baru ini dulu. Adakah itu merupakan juga satu daripada apa ni… perkara yang er… pihak Kemayan mungkin bersetuju ke atau bagaimana?

Dato’ Yang Di-Pertua,

Sebenarnya kita tak boleh juga perlekehkan kempen yang telah dijalankan oleh pihak Kerajaan Pusat tentang kempen untuk tanam buluh dan juga ada cadangan untuk tanam ketum ya. Pasal ini juga industri, ini juga industri yang perlu difikirkan bersama. Contohnya buluh, buluh ini banyak kegunaan. Dari zaman tok nenek moyang kita dulu memang menghormati buluh ya. Kita sampai buat cerita kisah

Anak Buluh Betung. Ini kisah daripada buluh. Kita makan rebung juga buluh. Tadi cerita ni Exco daripada Lepar cerita tadi, tengah bandar Kuantan pun ada stesen buluh, stesen buluh ya? Ha… stesen buluh, Stesen Bas… Stesen Bas Buluh.

Jadi maknanya tak dinafikan buluh tu juga penting dalam kehidupan kita dan boleh di ketengahkanlah ya. Cuma pasal ketum ni kita serah kepada pihak Kerajaanlah. Kalau dirasakan molek, sebenarnya ketum ni begitu juga dengan dengan minta maaf ya, macam ganja contohnya. Sebenarnya fungsi dia elok. Ini adalah anugerah Allah pada umatnya di muka bumi. Ini adalah tumbuhan yang telah dijadikan, bukan ciptaan manusia. Allah Taala dah jadikan tumbuhan, setiap tumbuhan yang ada, tumbuh di…

Minta laluan Kemayan. Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua, tadi Yang Berhormat Kemayan ada sebut pasal ganja. Saya kebetulan baru balik daripada Amsterdam bersama dengan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri. Di Holland, ganja ni dihalalkan, dihalalkan tetapi ada syarat-syarat tertentulah, dan berbalik kepada ketum tadi. Ketum ini pun sebenarnya kalau tidak disalahgunakan memang… memang ada khasiatnya tetapi masalahnya disalahgunakan. Dicampur dengan ubat batuk dan sebagainya, sebab tu ianya diharamkan.

Okay yang itu, saya pun ada nak bertanya soalan juga ni. Tadi YB. Kemayan ada menyebut pasal padi, mengatakan padi ni hasilnya baik, yieldnya cukup baik. Saya dah tinggal industri padi beras ni dah hampir 20 tahun. Yield yang terbaik sekali ialah di Kedah, Perlis boleh mencecah 8 tan per hektar dan ada yang boleh sampai 12 tan per hektar. Di Sekinchan lebih kurang 7- 8 tan dan yang paling teruk sekali, paling rendah sekali yieldnya ialah di Rompin. Jadi keadaan dia sekarang ni macam mana? Adakah masih macam itu juga dan sebagainya? Sebab penghasilan padi ini dia bergantung kepada benihnya.

Kalau di Kedah, batang padinya kena rendah sebab dia tepi laut. Maknanya MR... kalau tak silap sayalah, saya tak ingat dah, MR84 gitulah. Jadi sebab ada angin, jadi padi tak tumbang. Kalau di Selangor, batang padinya tinggi. Dia kena er… dia kena tinggi, kecil pun tak apa. Tapi saya ingat di Rompin ni, batang dia tu, saya tak tau sama ada kena jenis besar Kedah ke [Ketawa] Ni ada yang otak kuning ni, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat YB. Kemayan boleh buat kajian sebab YB. pernah duduk dalam MARDI. Sama ada batang padi di Rompin ini perlu besar macam batang padi di Kedah ataupun perlu tinggi macam di Sekinchan, Selangor dan sebagainya. Baru penghasilan padi tu dapat kita hasilkan tetapi saya ingin kongsi di sini bahawa penghasilan padi di Negeri Pahang ini masih rendah berbanding dengan tempat-tempat lain. Mungkin dari segi benihnya tidak sesuai dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Kemayan …

Ya, teruskan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya cuma nak mengingatkan, masa untuk Yang Berhormat cuma tinggal 5 minit sahaja lagi.

Alamak hai…

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya bagi masa 20 minit.

Tapi kalau tak jawab, Dato’ di-Pertua, tak jawab Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tak sedap pula ya jadi jawab sikitlah. Biasanya Pahang ni, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, biasa Pahang ni semua yang hebat, yang besar, yang panjang. Semua di Pahang. Memang terkenal, kita pegi mana-mana orang sebut Pahang. Wah! hebat. Ha…, jadi insya-Allah. Saya rasakan, saya tak penah pegi yang di Rompin tu, jelapang padi kita dan perkara ini juga pernah dihighlightkan oleh Raja Perlis. Pasal Raja Perlis pernah meninggalkan nama, beri nama, atas nama padi, satu jenis padi tu, benih padi atas nama baginda untuk ditanam di jelapang er… jelapang Pahang lah, tapi saya tak boleh menjawabnya sebab tak pernah pergi tempat tu.

Yang Di-Pertua, mohon laluan sekejap. Untuk makluman aje kepada ADUN Kemayan, setakat ini direkodkan pencapaian tertinggi di Rompin tu 7 - 8 tan, yang terbaru.

Dato’ Yang Di-Pertua,

Insya-Allah sebenarnya Allah Taala telah jadikan sumber alam tu sesuai dengan makhluk yang nak duduk… duduk nak… nak duduk atas dia. Jadi saya rasakan dalam industri pertanian sebenarnya istilah tanah tak sesuai tu tak timbul ya pasal dalam teknologi pertanian yang ada sekarang ni, tanah yang tak subur pun, kita boleh suburkan. Orang kata tak ekonomik, tak ekonomik daripada tak sesuai untuk tanam tumbuh-tumbuhan pun, kita boleh sesuaikan. Banyak kaedah yang boleh di itu. Sebenarnya saya… terima kasihlah daripada Tioman, menolong saya menjawab ni soalan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Saya teruslah Yang Di-Pertua ya, ada lagi ni. Saya pantas-pantaslah. Kita tadi cerita pasal benih pisang pun dah hebat ya. Kebanyakan sekarang ni menggunakan tisu didik, tisu kultur ya. Bagi saya juga Kerajaan Negeri Pahang harus menceburkan diri juga dalam kaedah pengeluaran benih secara tisu kultur. Pasal tisu kultur tidak mahal sebenarnya, kaedah tisu kultur juga boleh buat belakang rumah tapi kena tau

kaedah dia, kena tau cara-cara dia. Bukan semestinya kita mendirikan satu lab yang besar. Tidak tapi dengan tisu kultur ni benih-benih kita ni terbaiklah yang dapat kita hasilkan ya dia dari segi keseragaman dia, dari segi apa dia daripada rintangan penyakitnya. Jadi ramai orang menuju ke arah pengeluaran secara tisu kultur.

Contohnya di… contoh dalam industri pisang dan kita tak guna sulur lagi dah sekarang ni pasal dia banyak penyakit ya. Tambah-tambah kalau benih pisang daripada Selatan tanah air, cukup banyak penyakit ya, Pengarah Pertanian ya, betul ya. Dia ada penyakit pokok reput, hah dia adalah patogen yang merosakkan tu. Patogen tu nama dia Ralstonia SPP ya. Kemudian tisu didik juga kos pengeluaran dia tak mahal, rendah dan jualan pun cukup baik, permintaan cukup tinggi dan saya pernah syorkan kepada kerajaan, pada… pernah sekali saya syorkan kepada PKPP untuk menceburkan diri dengan teknologi tisu kultur.

Pasal tisu kultur ni semua tanaman boleh dikeluarkan tisu kultur dan orang kampung pun dan orang di luar sana amat yakin dengan pengeluaran benih tisu kultur. Jadi kenapa kita tidak menceburkan diri. Kalau boleh di Pahang ni, aktiviti yang hendak kita cebur dalam bidang pertanian ni mula daripada A sampai Z. Semua kita control. Mana keluaran benih kita control, kita hasil benih yang terbaik dan lebih percaya.

Saya ambik contoh satu, Dato’ Yang Di-Pertua, kita tengok tapak semaian-tapak semaian yang luar sana, yang kadang-kadang, entah tak diiktiraf pun, tapi betul-betul making money, betul-betul beruntung ya betul-betul untung. Kebanyakan dia kaya-raya, padahal tak diiktirafpun. Inikan pulak kita Kerajaan Negeri dan diceburi oleh GLC-GLC Kerajaan Negeri. Kalau kita buat satu benda tu bercara dok orang ya. Kita kepakaran pun ada ya. Maknanya kalau dari segi tenaga kerja tidak dinafikan ramai graduate-graduate kita yang telah pun belajar dan akhirnya sekarang ni tengah mencari kerja. Jadi kita boleh wujudkan satu peluang kerja baru dalam rantaian pengeluaran pertanian di negara… di negeri kita.

Kita boleh libatkan diri dalam proses pengeluaran benih, kita libatkan diri dalam proses input pertanian, kita buat baja kita sendiri, proses baja kita sendiri, paling tidak pun packaging pun jadilah, repack balik. Ambil asas daripada luar, kita repack balik. Kita keluarkan racun kita sendiri ya dan kita ada tenaga kerja kita sendiri. Kita gemblengkan semua, kita konsortiumkan semua GLC-GLC di Pahang ini supaya kita ada satu kekuatan ya, satu gabungan yang besar yang boleh kita manfaatkan bersama.

Dato’ Yang Di-Pertua,

Seterusnya, saya ringkas-ringkas ya, Dato’ Yang Di-Pertua, benih sayuran dah sudah. Jadi strategi yang harus kita rangkakan supaya kita tidak bergantung 100% pada import benih-benih ni antaranya… tapi Dato’ Yang Di-Pertua, saya pun dah… nota saya… nota tunggang-langgang dah ni. Walaupun ia ambil masa yang lama ya, ambil masa yang lama, kos dia tinggi permulaan ni…

Yang Berhormat Yang di-Pertua, er... dah tunggang-langgang tu bukan sebabnya kerana menyebut ketum dan ganjalah, saya harapkan. (Ketawa)

(Ketawa) Kita, Dato’ Yang di-Pertua, kita di Pahang mempunyai cuaca dan tanah yang baik untuk kita melibatkan diri dalam pertanian ya. Tanah kita subur dan kalau tengok merata di Pahang ini hijau aje tambah-tambah kalau datang ke Bera, tengok hijau tapi sejak kebelakangan ni, gondol ya. Itu karang kita masuk sikit bab tu karang. Maknanya tanah kita subur. Jadi cuma yang kita perlu er… rangkakan untuk kita mencapai hasrat kita ini, makna kita kena lahirkan ramai pakar-pakar biak baka ya, pastu kita ada satu maklumat kemahiran, berpengetahuan tentang teknologi penyimpanan jana plus Gene Bank ya, yang ini juga penting. Pasal Gene Bank ni kita boleh simpan semua variety-variety, baka-baka lama dalam satu tempat yang… yang membolehkan dia simpan lama, tak rosak ya. Kita ada baka berterusan, baka yang dulu-dulu pun, kita boleh ambil sebagai asas untuk kita buat, keluarkan variety baru. Itu tempat namanya “gene bank”.

Dato’ Yang di-Pertua,

Saya juga… saya juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang di atas usaha yang telah dijalankan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dengan tertubuhnya Pahang Corp. iaitu sebagai penggerak kepada penjanaan ekonomi negeri dan kalau boleh digabungkan semua GLC, jadikan satu konsortium dan dilantik CEO yang betul-betul layak. Kita keluar modal sikit tak apa ya, kita keluar modal besar pun tak apa tapi owner layak dan kalau boleh jangan ada penglibatan politik di dalamnya.

Kalau politik ada macam Yang Amat Berhormat Menteri Besar jadi Pengerusi, okay lah begitu ya, tapi dalam keadaan menguruskan, menguruskan GLC ini, konsortium ni, haruslah diuruskan oleh betul-betul profesional. Kita bayar gaji besar tak apa. Kita tengok, JCorp, contoh ya di negeri… negeri Johor, JCorp terkenal. Pada permulaan pun begini juga, dia merangkak-rangkak juga, tengah tercari-cari, akhirnya bila dia… dia melantik, meletak seorang CEO betul-betul berkelayakan, dia punya… JCorp tu sekarang ini terkenal seluruh dunia. Terkenal. Banyak sangat aset dia di dunia.

Dato’ Yang di-Pertua,

Saya juga… kaedah-kaedah itu juga haruslah berlaku dalam sektor perladangan, yang ini konsortium ya, konsortium bukan dalam sektor perladangan di Pahang kita, GLC-GLC yang terlibat dengan perladangan dikonsortiumkan, diintegratekan, begitu juga dengan pendidikan ya, kalau boleh dikonsortiumkan, disatukan tak mahu dah kecil-kecil ini. Kadang-kadang kecil-kecil ni dia bersaing sesama sendiri. Dia bersaing sesama sendiri, ada yang… akhirnya ada yang kalah, ada yang lemah sikit tu kalah tapi kalau dikonsortiumkan dia bergerak lebih mantap lagi secara bersama dan idea pun lebih baik idea ramai daripada idea seorang-seorang.

Dato’ Yang di-Pertua,

Begitu juga saya berasa hairan jugalah sedangkan jumlah… jumlah perladangan, ladang kita agak luas kalau dikumpulkan semua GLC-GLC ni, luas. Keluasan ladang kita itu luas, ladang sawit tapi malangnya kita tak ada kilang sawit. Kita tidak ada langsung kilang sawit. Kita berharapkan kilang orang lain yang kita tidak ada pegangan dan kita tidak ada kuasa dan bagi saya Dato’ Yang di-Pertua, bila kaedah pengurusan yang terbaik, tidak ada sebab kilang tersebut berop… beroperasi dalam keadaan merugikan.

Pasal apa, dia kena tahu ya… setiap, hasil setiap buah yang hantar ke kilang dia dah siap dah kos proses kena bayar. Kita dah bayar kepada kilang kos proses tu. Jadi apa menda yang kita perlu takutkan, kenapa, tak ada sebab yang kilang itu boleh rugi. Kalau rugi pun kerana kelemahan pentadbiran ha, atau benda-benda lain yang berlakulah tapi sebenarnya kalau ikutkan dari segi asas dia phylosophy dia, tak ada sebab kilang sawit itu rugi.

Jadi fikirkan semula, saya harapkan Kerajaan Negeri fikirkan semula dan kalau boleh kita gemblengkan tenaga kita, kita buatlah sesuatu, kalau boleh A to Z, kalau boleh kita semua dalam… Kerajaan Negeri yang jalankan ya, kalau boleh.

Dato’ Yang di-Pertua,

Seterusnya, saya juga mencadangkan tanah perladangan kita agak luas jumlahnya ya. Perladangan kita ini terdiri daripada pekebun kecil, ada terdiri daripada 100 ekar ke atas kita bagi mini estet ya, 1,000 ekar ke atas tu kita panggil estet, estet yang besar. Jadi saya mencadangkan sangatlah dalam keadaan Kerajaan Negeri tidak mendapat sokongan dari segi sumber kewangan daripada Kerajaan Pusat ya, katanya Kerajaan Pusat itu hampir muflis, jadi tak dapatlah membantu negeri-negeri, jadi kita kena bergerak sendiri.

Kita kena bergerak sendiri dan saya mencadangkan, dah sampai masa rasanya kita buat revise balik, revise balik, ulang… ulang kaji balik tentang cukai-cukai tanah ya. Mungkin er… pihak negeri boleh kadarkan, bagi kadaran. Maknanya 50 ekar ke bawah sekian harga dia, 50 ekar ke 100 ekar sekian harga dia, 100 ekar ke 500 ekar sekian harga dia ya, 1,000 ekar ke 5,000 ekar sekian harga dia. Itu mula naik, naik, naiklah tu, yang 5,000 ekar ke atas ha… sekian bagi maksimum.

Dan kalau saya tengok daripada congakan sayalah, saya pun tak dapat figure sebenar. Di sini sahaja kita boleh menjanakan hasil sehingga RM300 juta setahun. Kita boleh jana hasil RM300 juta, itu untuk andaian saya. Ha… pihak negeri lagi fahamlah. Tapi maknanya sampai masa kita… pasal apa yang ladang-ladang yang luas ini dia orang enjoy, dia orang enjoy sebenarnya. Tauke-taukenya enjoy, ada setengah… saya tahu ada 9 ladang di… di Kemayan tempat saya. Ada 9 buah ladang dan kebanyakan tauke-tauke ni, tauke-tauke ladang ini, owner-owner ladang ni duduk di Australia, duduk di US, main golf hari-hari. Dia orang enjoy, dia orang dah lama dah enjoy dia, jadi sampai masalah, maknanya pihak-pihak ladang, pihak-pihak swasta ni beri sikit caruman pulak kepada pihak Kerajaan Negeri supaya kita dapat membantu dan juga membangunkan negeri kita dan membantu rakyat jelata.

Dato’ Yang di-Pertua,

Begitu juga dengan kawasan tadahan air, di kawasan saya juga ada kawasan RAMSAR yang luas dia hampir jugaklah beratus… 70 Dato’…, 70, 80 ribu ekar juga, hampir-hampir 100,000 ekar jugalah luas tetapi kita tidak boleh menjana hasil daripada RAMSAR ni, kawasan RAMSAR ni. Kerajaan Negeri tidak dapat hasil pun dan kita cadangkan supaya Kerajaan Negeri menuntut hak kita. Macam mana, macam apa perkataan tu… besar betul perkataan tu yang kita dapat royalti tu… royalti kalau kita simpan pokok sawit kita, ha… pokok ni… pokok-pokok kita…

Carbon Credit, dengan izin.

Terima kasih Lanchang. Carbon Credit. Yang ini kita fight pasal kita makna Kerajaan Negeri Pahang berkorban ya… berkorban untuk menyediakan tanah ini yang tak boleh keluarkan hasil tanpa apa-apa, ya. Jadi sampai masa kita kena push menda tu memandangkan kita tak dapat… tak dapat dana, tak dapat dana lain lagi dah. Jadi kenalah kita berusaha juga untuk dapatkan hasil.

Dan seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, saya nak bercerita sedikit tentang penggunaan tanah oleh Kerajaan Persekutuan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat… Yang Berhormat Kemayan masa [berdeham] diberikan dah…

Hah!...

Yang di-Pertua (Speaker)

Er… melebihi 20 minit, 30 minit dah untuk Yang Berhormat sahaja

Sikit lagi Dato’…

Yang di-Pertua (Speaker)

Kita… untuk mengelakkan daripada masa ya… kita nak bagi rakan-rakan yang lain berucap…

Banyak lagi ni…

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya… elok…

Tak apalah…saya cerita

Timbalan Yang di-Pertua

Kalau nak bercerita tu lama Yang Berhormat…

Ya lah, ya lah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jelaskan.

Saya cerita sikit pasal penggunaan tanah oleh Kerajaan Persekutuan. Bagi saya, saya mencadangkan yang mana bila ada permohonan tanah daripada pihak Persekutuan, pihak Federal kita pastikan dia orang dah ada duit, dah ada peruntukan dilulus baru kita kasi tanah dan kita selepas dikasi tanah, kita luluskan tanah, kita fikir pula keluasan yang bersesuaian.

Saya bagi contoh, saya bagi contoh; pertikaian di kawasan saya. Triang tahu ye. Kita bagi sekali lump sum 250 ekar untuk dijadikan kem tentera. Sehingga kini dia baru bangunkan 70 ekar. Contohnya baru 70 ekar dan itu 70 ekar pun dah maksimum. Jadi kalau boleh kelulusan daripad… permintaan daripada Kerajaan Pusat, kalau boleh kita bagi peringkat-peringkat. Ha… ‘bagi 50 ekar dulu, awak buat’, ‘betul buat?’ Ha…betul buat ‘tak cukup, tambah lagi 10 ekar’, tambah lagi. Maknanya kalau kita bagi one short, akhirnya kalau ada, kalau dia tak bangun… dia bangunkan kawasan itu secara lambat ya.

Sekarang ni 70 ekar, makna kita ada balance lagi 180 ekar yang tak dimajukan. Ini yang jadi pertikaian. Tambah-tambah pula kalau di atas tanah tu telah ada hasilnya, telah ada pokok tanaman oleh pengusaha-pengusaha sebelum itu, jadi ini jadi pertikaian, jadi pergaduhan, sedangkan tanah itu dah milik Kementerian. Kementerian dah bayar premium tapi petani-petani bergaduh kerana apa, er… Kementerian telah keluarkan satu kelulusan kepada satu syarikat untuk mengeluarkan hasil ‘tapping right’ pada syarikat lain, ‘tapping right’. Sedangkan pengusaha-pengusaha tak dapat nak usahakan tanah dan tak dapat keluarkan hasil tanah dia, jadi bergaduh, bertempur ha…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan. Terima kasih YB. Kemayan kerana bawa isu ni di Sidang Dewan ini. Jadi saya ingin dapatkan pandangan Yang Berhormat Kemayan tentang er… pemberian sewaan kepada pihak ketiga yang tiada berkaitan langsung dengan tanah ini. Apakah pandangan YB. Kemayan?

Saya Dato’ di-Pertua, bila tanah tu dah jadi milik saya, terpulang pada saya nak kasi siapa. Jadi sebenarnya pengusaha yang… yang mengusahakan tu adalah minta maaf ya, pengusaha yang illegal. Tanah tu diteroka haram sebelum ini. Jadi bila tanah tersebut telah diluluskan ke atas Kementerian, Kementerian Pertahanan berterus teranglah ya, Kementerian Pertahanan dah pun bayar premium, jadi tanah tu milik Kementerian Pertahanan dan ada… bila ada permohonan untuk mengeluarkan hasil daripada Kementerian Pertahanan, terpulang kepada Kementerian Pertahanan nak kasi pada siapa.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Jadi dengan kata lain YB. Kemayan menyokong penyewaan tanah kepada syarikat yang tidak berkaitan ke atas tanah itu. Bukannya keutamaan diberikan kepada pekebun kecil yang mengusahakan tanah selama 50 tahun untuk menyara hidup sekeluarga?

Saya faham kesedihan awak tu er… kesedihan Triang tu. Sorry, sorry, sorry, awak tak boleh pakaikan? Minta maaf, minta maaf. Saya tarik balik. Sekarang ni kena tarik sahaja, ni kejap lagi kena tarik lah ni. Kes saya semalam, karang saya jelaskan minta Yang di-Pertua ya. Jadi sebenarnya begini, bukan kata tak kesian tapi apa kata kalau tanah tu saya punya, saya kasi Triang uruskanlah sebaik mungkin. Kita kongsi sama-sama. Tapi bukan tanah saya, tanah tu masalahnya tanah dah, dah jadi hak milik orang. Ikut di atas hak orang tu lah nak kasi pada siapa.

Tapi pada dasarnya, sepatutnya pekebun-pekebun ni cepatlah buat rayuan, cepat buat pakatan ramai-ramai pergi cepat jumpa Kementerian, berbincang dan pasti saya rasa Kementerian pun ada juga perasaan kesian itu. Makna sepatutnya kementerian tu kasi pada peneroka-peneroka ni berbanding pada jawapan saya lah tu. Maknanya saya setuju sepatutnya bagi pada peneroka tidak pada syarikat, dak?

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Okay, terima kasih kepada YB. Kemayan yang berkongsi pandangan sama dengan Triang. Jadi saya berharap kita sama-sama bekerjasama tidak kira di peringkat negeri atau pun peringkat persekutuan, tanah dipatut… patutnya disewa diberi keutamaan kepada pekebun kecil yang mengusahakan tanah. Terima kasih YB. Kemayan.

Masuk perangkap, masuk perangkap, okay tak pe. Maknanya, okay terima kasih Triang ya, dan khususnya saya juga mencadangkan pada pihak Kerajaan Negeri supaya… saya tak pasti saya tak… tak cekap dari segi perundangan tanah dari segi prosedur tanah, ada tak satu clause sekiranya tanah yang kita telah serah kepada Kerajaan Pusat tersebut, sekiranya tidak dibangunkan, kita rampas balik dan tidak perlu membayar semula ganti rugi ataupun tidak perlu memulangkan balik premium dan kita tengok kejadian ini banyak berlaku.

Saya tak lama lagi saya kira kalau… kalau keadaan ini kita tidak atasi, kita akan nampak se... selepas ni Kerajaan Pusat lebih banyak tanah dari Kerajaan Negeri. Akhirnya kita menumpang Pusat, menumpang Kerajaan Pusat pasal tiada tanah. Selama ini kita bangga bila sebut DUN je wah! DUN ada tanah ya. Bila sebut DUN, nampak dah situ, sedangkan Parlimen tiada tanah pasal dalam mesyuarat di peringkat daerah, pasal DUN sahaja mesyuarat pasal tanah, Parlimen tak bermesyuarat, kan?. Makna bila diaorang kata Parlimen, makna kita di awang-awangan tiada tempat bertapak tapi kalau DUN ada tempat tapak.

Ha… DUN Kemayan situ tapak dia, ha situ. DUN Triang situ tempatnya, makna ada tanah dan begitulah kekhuatiran saya. Kalau kita tak hati-hati dalam bab ni, Kerajaan Pusat akan memiliki tanah lebih luas daripada Kerajaan Negeri dan kalau boleh kita apa? adakan satu, satu certain clause boleh kita rampas balik tanpa bayar premium ganti rugi apa-apa dan seterusnya boleh lagi Dato’ Yang di-Pertua?

Yang di-Pertua (Speaker)

Elok gulunglah.

Gulunglah, alamak.

Yang di-Pertua (Speaker)

Lebih daripada 40 minit

Kejap Dato’. Mana ni tadi? (Ahli Dewan ketawa). Saya Dato’ Yang di-Pertua, sebenarnya banyak lagi tapi dah tak pe lah. Saya nak pergi ke acara yang penting pada isu yang penting, yang berlaku pada semalam hingga ke hari ini dan ianya pun telah diviralkan, diviralkan. Beria sangat. Memang saya pun dah tengok dah hansard tadi apa percakapan saya tadi saya pun dah tengok dan dalam handsard saya tu. Sebenar ginilah cerita dia. Saya berdiri semalam untuk mencelah Sabai tapi berdiri saya untuk mencelah Sabai tu tak kena pada tempatnya. Jadi Speaker suruh saya duduk, ini bukan sesi per… perbahasan, ini sesi soal jawab soalan. Jadi di dalam saya mengutarakan pandangan ataupun minta pandangan daripada Sabai, saya ada menceritakan tentang peruntukan ke sekolah Cina, sekolah Tamil, sekolah kebanggsaan saya ada sentuh sikit.

Dan sebenarnya saya tak sempat nak ulas sebenarnya itu adalah petikan daripada surat khabar, ya. Saya ambil petikan daripada suratkhabar iaitu daripada FMT ini apa? Free Malaysian Today ya. Petikan daripada Free Malaysian Today News pada 8 Februari 2019, pukul 8.30 pagi er… pagi yang dikeluarkan statement itu oleh Profesor Teo Kok Siong. Profesor orang Cina, orang Cina sendiri yang komen, saya saya beri ulasan berdasarkan statement ni, bukan statement saya maknanya saya ulaskan statement Profesor Teo ni.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Mencelah.

Takyah, takyah, takyah.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Tapi semalam kamu tiada cakap pun dari siapa.

Tak de, tak de. Jadi bagi saya cakap dulu. Tujuan saya berdiri ni juga saya nak pastikan yang media-media ni lapor betul-betul. Jangan diputar belitkan fakta. Dia panjang lagi cerita dia. Saya dah tengok hansard tadi. Saya pergi bilik speaker saya tengok hansard saya. Petikan daripada media yang ada, saya tak nak sebut media mana, yang terdiri daripada yang ada dalam sini saya tak pasti dia quote yang ayat yang boleh jadikan isu perkauman.

Dalam hansard saya ada cerita maaf, ada perkataan saya mohon maaf dulu sebelum saya cakap. Saya mohon maaf dulu seolah-olahnya, seolah-olahnya. Satu seolah-olahnya. Yang keduanya, saya ambil petikan suratkhabar orang bukan, bukan statement saya. Jadi tolong media tu betulkan balik. Jadi ni satu viral satu, satu, satu Malaysia dah menghentam saya dan kesian pada Wakil daripada Cheka, dia kena hentam dek bos dia.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Minta laluan. Yang Berhormat Kemayan, semalam saya ingin minta penjelasan daripada YB. tapi tak sempat. Jadi apabila saya dengar penjelasan tadi barulah saya faham bahawa sebenarnya YB. Kemayan itu quote apa yang dikatakan oleh Profesor Teo yang mengatakan sekolah Cina, sekolah Tamil itu budaknya tak fasih Bahasa Melayu. Wujudnya sekolah Tamil, sekolah Cina itu penghalang pada perpaduan seolah-olah pendatang yang tak fasih Bahasa Melayu itu, itu ialah pandangan YB. Kemayan ke hanya nak quote pandangan Profesor Teo ini?

Saya cakap tadi maknanya bila saya cuba nak quote, saya telah diarahkan supaya duduk. Saya nak bangun lagi, Dato’ di-Pertua tak bagi saya bangun. Dia kata tak usah, ramai nak bangun masa tu. Saya nak bangun saya nak bagi tahu saya quote daripada statement suratkhabar dan ramai lagi nak bangun. Tras juga nak bangun, Tanah Rata juga nak bangun, Bilut juga nak bangun, ramai nak bangun tapi Dato’ Speaker suruh semua duduk. Ini bukan masa perbahasan. Ini masa menjawab soalan. Jadi saya tak boleh nak, nak jelaskan yang mana saya quote daripada suratkhabar.

Makna saya tunggulah saya berucap nanti barulah saya nak jelaskan. Boleh check ya, benda ni exactly bulat-bulat,sebutir-sebutir perkataan saya semalam tu adalah quote daripada statement suratkabar oleh Profesor Teo Kok Siong di dalam Free Malaysian Today News (FMT News) yang dikeluarkan pada 8 Februari 2019. Catit, catit. 8 Februari 2019, pukul 8.30 pagi. Catit, media luar pun catit, kemudian tengok betul tak statement tu? Benda apa saya cakap semalam sebiji-sebiji Dato’ di-Pertua, sebutir-sebutir daripada statement ini.

Cuma saya tak dapat jelaskan saya quote pasal kita tak dibenarkan bangun, dia suruh duduk terus. Ha… itu di situ maknanya sekarang ini media tu pun kalau betul berniat baik, tidak bersangka buruk atas saya, dia check dengan saya dahulu, betul ke YB. cakap benda ini contohnya. Saya boleh jelaskan, saya tak sempat nak jelaskan dalam, dalam Dewan semalam, pasal kita terpaksa duduk. Maknanya giliran saya untuk berucap hari ini bukan semalam. Jadi sabarlah patutnya. Jadi saya ber… beranggapan yang media tersebut ada bersangkaan buruk pada saya dan bersangkaan buruk pada Barisan Nasional terutamanya UMNO ya, pasalnya ni surat

khabar Cina yang keluarkan tak betullah tu… tak adil bagi saya ya dan tak adil jugak bagi pihak ni… Cheka…

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Semalam Kemayan semasa nyatakan ulasan itu ambil… ambil satu… satu minit kenapa tak cakap ini you ada er… quote er… dari Professor Teo?

Faham tak saya cakap saya tak dibenarkan bangun.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Semasa Kemayan ulas… semasa Kemayan ulas betul-betul er… mengenai tidak bawa itu quote dari Professor Teo.

Tak boleh… tak sempat nak di…

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

kenapa tak sempat?

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat… Yang Berhormat…

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

ada masa… kenapa tak sempat?

Timbalan Yang di-Pertua

Er… semua Yang Berhormat jemput duduk Yang Berhormat. Dua-dua Yang Berhormat, saya minta habiskanlah ucapan Yang Berhormat Kemayan.

Yang tadi itu jelas Dato’ Yang di-Pertua ya?

Timbalan Yang di-Pertua

Jelas… jelas.

Jelas ya maknanya boleh diterima pakai Dato’ di-Pertua, boleh ya?

Yang di-Pertua (Speaker)

Nak bagi peluang yang lain…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan…

Tak yah laluan lagi…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan satu soalan sahaja.

Tak yah lah… tak yah lah…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Satu soalan saja.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Kemayan. Jadi apabila kita quote satu sumber, maknanya kite berkongsi pandangan yang sama dengan quote itu jadi saya kena ingin semak dengan YB. Kemayan, adakah YB. berkongsi pandangan yang sama dengan Profesor Teo?

Itu pasalnya semalam saya tak kata apa-apa. Cuma saya minta ulasan daripada Sabai. Saya tak keluar pendapat saya tak tahu mana satu saya nak ikut kan… dah… dah… cukuplah… saya minta ulasan…

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Dato’ Yang di-Pertua…

…pihak Sabai ataupun pihak kerajaan. Ulaslah. Sebab saya minta pandangan. Saya tak kata itu statement saya. Jadi Dato’ di-Pertua, dah lah… dah lah… nanti kita panjang cerita pula, kat luar tu lapor lagi teruk. Dia orang bukan faham Bahasa. Kalau dia faham bahasa takpe. Ha… jenis kalau kita cakap banyak di luar itu lapor lain, lagi kecoh. Kita ni… Sabai, Cheka siapa lagi… semualah yang mana yang… yang Wakil Rakyat yang bukan daripada Melayu, maknanya saya tengok semua berbahas… berbahasa cantik…

Yang di-Pertua (Speaker)

ADUN Kemayan…

Semua molek… berbahasa…

Yang di-Pertua (Speaker)

YB. Kemayan menyokong dan terima kasihlah…

Okaylah. Jadi, itu je. Jadi saya tengok sebenarnya banyak sebenarnya. Tak apalah kalau gitu maknanya saya tutup cerita media luar tu betulkan balik statement saya dan dengan ini saya menyokong perbahasan saya… sokong Usul. (Ahli Dewan menepuk meja)

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Peramu… Peramu Jaya.

[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang dan kesempatan untuk saya sama-sama mengambil bahagian dengan rakan-rakan yang lain untuk membahaskan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang pada 15 April 2019.

Sesungguhnya Titah tersebut sarat dengan inti pati bernas mencakupi aspek-aspek ekonomi, pertanian, pelaburan, alam sekitar sehinggalah kepada kesucian Agama Islam dijunjung dan Perlembagaan disanjung. Insya-Allah Timbalan Yang di-Pertua, saya mengambil masa secukupnya untuk saya membentangkan satu dua perkara yang penting untuk saya sampaikan pada tengah hari ini.

Pertama sekali, saya ingin er… merujuk kepada tanah-tanah terbiar yang wujud di negeri Pahang ini kerana tanah-tanah terbiar ini seandainya kita usahakan dengan cara yang baik insya-Allah negeri Pahang boleh mampu menjadi pengeluar makanan yang terbesar di negara ini. Tanah terbiar yang saya maksudkan ialah tanah rizab padang ragut yang banyak terdapat… khususnya di daerah-daerah di negeri Pahang ini dan saya mengambil contoh ringkas di Pekan. Rizab Jabatan Haiwan ini ataupun rizab padang ragut ini begitu luas sedangkan padang ragut ini tidak digunakan dengan sebaik yang mungkin yang boleh untuk menjana produktiviti ataupun untuk diusahakan dengan cara yang lebih baik untuk membuahkan hasil bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian negara.

Sebagai contoh, di Pekan kita ada Kampung Sri Makmur misalnya 137.1 hektar, Kampung Tebat 120.2 hektar, Kampung Telok 118.8 hektar, Kampung Permatang Pauh 124.4 hektar dan banyak lagi. Apa yang saya cuba nak sampaikan ialah pada masa sekarang, tanah-tanah rizab ini banyak tidak digunakan dengan sebaik mungkin yang boleh kerana penternak-penternak ini lebih suka menternak ternakan mereka di kawasan kampung tradisional mereka sendiri kerana mereka risau kalau ber… berternak di kawasan padang ragut ini haiwan mereka juga akan hilang dan

haiwan mereka juga menjadi di luar kawalan kerana kawasan ini sendiri pun tidak berpagar.

Selain daripada itu, kita sekarang dalam kaedah permodenan. Permodenan ini maksudnya dahulu padang ragut memang sinonim dengan kampung. Sekarang kita dah ada sistem pit-lot dan penggunaan padang ragut ini juga tidak menarik minat golongan-golongan muda untuk mengusahakan ternakan. Dan yang ada di kawasan-kawasan FELDA ternakan ini dijalankan di dalam ladang kelapa sawit itu sendiri. Maksud saya yang mudah ialah kita sewajarnya menggunakan tanah ini walaupun di bawah rizab Jabatan Veterinar ataupun Jabatan Haiwan, kita sepatutnya menggalakkan penduduk-penduduk kita khususnya di kampung-kampung untuk menanam tanaman kontan ataupun yang terbaik sekali ialah untuk tidak menimbulkan kegagalan ialah kita mengalakkan syarikat-syarikat tertentu untuk kita beri pajakan kepada tanah ini agar tanah ini boleh digunakan secara optima untuk menghasilkan tanaman bagi pengeluaran pertanian khususnya makanan untuk negeri Pahang.

Yang keduanya saya ingin sentuh ialah tentang jelapang padi di negara ini dan salah satu jelapang padi yang ada ialah Pekan dan Rompin dan jelapang padi ini sewajarnya dan sepatutnya menghasilkan hasil yang lebih baik kerana ini adalah sumber makanan yang penting untuk penduduk negara ini. Malangnya, di kawasan saya khususnya pesawah dan petani tidak dapat menanam padi kerana masalah air masin masuk ke dalam sawah ataupun bendang dengan bacaan ph nya menjangkau 5.5 hingga 7.5 bacaan ph nya. Jadi oleh sebab itu kawasan ini tidak boleh ditanam dengan tanaman padi selagi masalah bekalan air yang betul-betul bersih dan tidak bercampur dengan air masin ini dapat diatasi. Saya ambil contoh ya, kawasan yang terlibat ini 3. Pulau Tambun 61 hektar melibatkan 47 petani, Pulau Jawa melibatkan 4.5 hektar melibatkan 36 petani, Serandu 61.3 hektar melibatkan 113 petani. Keseluruhan kawasan terlibat ialah 126.8 hektar yang melibatkan petani seramai 196 orang.

Sebab utamanya ialah pertama kebocoran pintu air, yang sewajarnya kita boleh atasi ataupun pihak tertentu boleh atasi. Keduanya pam rosak, ini adalah satu perkara yang bagi saya penting yelah nak merayu pun nak merayu kerana ini bawah er… IADA dan IADA dan JPS ini pun di bawah pusat, tapi saya cuma menyuarakan sajalah dari segi ini harap-harap mendapat simpati dan mendapat bantuan daripada pihak yang berwajib. Oleh sebab itu kita berharap bahawa dapatlah pihak IADA membantu perkara ini agar penanaman padi dapat diteruskan.

Selain pada itu, Timbalan Yang di-Petua, saya nak membangkitkan satu lagi masalah alam sekitar… persekitaran iaitu masalahnya ialah apabila pembangunan begitu pesat. Maka wujudlah masalah antara kesan pembangunan kepada haiwan liar itu sendiri. Di kawasan saya terlibat perkara ini ialah yang melibatkan monyet-monyet terlalu banyak di kawasan-kawasan tertentu yang mengakibatkan gangguan ini mengganggu penduduk-penduduk.

Dan sat… pada satu kes yang berlaku wanita ini baru melahirkan anak. Biasa rumah di kampung dia buka tingkap dan anak itu dibaringkan di dalam rumah itu dengan tingkapnya terbuka. Dia tak sedar bahawa ketika itu monyet, seekor monyet masuk. Masuk nasib baik sentuh saja anak dia. Dia ingat mungkin anak… anak tiri dia kot. Dia sentuh sahaja. Kalau berlaku dia gigit atau sebagainya, bayangkanlah kesannya. Jadi saya mengambil langkah saya mintalah Pengerusi MP… MPKK mengira monyet ini, sebab tak ada orang nak kira. Saya panggil pengerusi MPKK tolong kira. Apa kaedah dia kira, wallahu ’alam bissawab…tapi apa yang saya dapat ialah dia kata ini

4 kampung yang banyak monyet. Dia kira, pengerusi MPKK kira, Pulau Jawa dia kata 80 ekor. Macam mana dia kira wallahu ’alam. Syahbandar 93 ekor, Kuala Pahang 37 ekor, Pulau Serai 14 ekor.

Walaupun ini isu remeh yang tidak sepatutnya dibawa dalam Dewan, tetapi ini adalah penting demi keselamatan penduduk yang terdapat di kawasan-kawasan ini. Jadi saya berharap agar Jabatan Perhilitan dapat memainkan peranan untuk menangkap monyet-monyet ini untuk dihantar ke tempat lain. Khususnya di kawasan saya pembangunan begitu pesat, kawasan begitu kurang terutama kawasan hutan dan saya sarankan agar perkara ini dapatlah diambil tindakan sewajarnya kerana saya nak bangkit Mesyuarat Tindakan Daerah, dah tak ada dah.

Jadi saya nak perlu bangkit dalam Dewan agar boleh diambil tindakan. Ini bukan soalan fahaman politik ini… ini bukan soal fahaman yang berbeza, tapi ini adalah fahaman yang paling penting untuk kita menjaga kesejahteraan rakyat walaupun isunya cuma isu monyet yang kita perlu ambil berat.

Seterusnya ini isu lagi besar yang saya nak bangkitkan pada tengahari ini iaitu masalah yang wujud di Pekan khususnya di pulau jadian. Ini bukan Pulau Bunian, pulau jadian di hulu Jambatan Sultan Abu Bakar. Kita tahu bahawa Jambatan Sultan Abu Bakar ini ialah satu jalan utama yang paling penting bagi penduduk bandar Pekan kerana itulah salah satu jambatan menghubungkan Pekan ke Kuantan selain daripada ada satu lagi Jambatan Paloh Hinai. Tetapi masalah pulau jadian ini di hulu sungai seluas lebih kurang 4 hektar dan pemendapan yang berlaku itu sebanyak lebih kurang 3.28 juta metrik tan tanah di pulau itu. Akibat daripada wujudnya pulau tersebut laluan air ke laut tidak lancar.

Keduanya, kawasan di bawah Jambatan Sultan Sultan Abu Bakar itu sendiri menjadi cetek dan ukuran yang telah saya buat daripada permukaan jambat… daripada atas jambatan ke bawah cuma 5 hingga 6 meter sahaja. Maksudnya, sekarang ialah berlakunya hakisan yang begitu hebat di bawah jambatan itu sendiri. Apa yang kita risaukan ialah pada musim tengkujuh. Pada musim tengkujuh kita tahu Kuala Pahang ini yang terakhir ataupun pekan yang terakhir mengalami banjir kerana air pada hulu semua turun ke kuala.

Ketika air ini turun, ianya turut membawa sampah sarap dan sebagainya. Kalau mengikut teori fizik, apabila sesuatu jisim tekanan itu terlalu berat maka jisim yang bertahan itu akan infiniti. Maksudnya X melebihi Y sama juga infiniti, kalau itu teori fizik. Maksudnya apabila air telah cetek, sampah terlampau banyak, tekanan air dan sampah itu telah menekan struktur jambatan memaksa jambatan itu akan runtuh. Inilah saya cukup risaukan.

Dan itu sebabnya saya dah minta minta jasa baik JPS membantu kerana kita tidak mahu perkara yang sama belaku di negara kita, kes yang sama juga berlaku di Pekan. Saya ambil contoh jambatan konkrit Pulau Setelu Sungai Neggiri Kuala… Gua Musang bukan Kuala Musang ya, Gua Musang pada 14.3.2015, runtuh kerana masalah yang saya sebutkan tadi tekanan sampah terlalu kuat, sungai cetek dan akhirnya jambatan konkrit ini runtuh.

Kita ambil contoh lagi Jambatan Kodundungan di Sabah runtuh pada 14.8.2017 kaedah yang sama juga dan jambatan di Kampung Sejarah, Gerik 30.9, ini baru 2018 runtuh akibat ini. Jadi apa yang saya nak sarankan ialah agar JPS dapat memainkan peranan yang penting agar kerana dari segi teorinya dikatakan jambatan ini di hulunya 1 kilometer tidak boleh dikorek, di bawahnya 1 kilometer tidak boleh

dikorek. Akhirnya pulau itu menjadi lagi besar, bila pulau ini menjadi besar, kesannya seperti saya sebutkan tadi dan masalahnya pula ialah apabila hendak dijalankan pengorekan, difahamkan bahawa gegaran ataupun dengan izin, vibration, mengakibatkan struktur jambatan itu menjadi rosak. Ini yang dikhuatirkan. Tetapi saya ingin mencadangkan agar kita sekarang di dunia yang serba canggih kita ada berbagai teknologi.

Saya cuba lihat beberapa teknologi yang sesuai untuk digunakan iaitu kita ada Grab, teknologi Grab, ataupun Clamshell Dredger boleh digunakan yang mengurangkan getaran. Bed Leveler Pla boleh digunakan. Dismountable Cutter Suction Dredger boleh digunakan dan sebagainya.

Tetapi apa saya cuba nak sampaikan ialah kita berharap, kita berikhtiarlah sehingga masalah ini dapat kita atasi dan masalah ini tidak kita biarkan begitu sahaja…

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Minta laluan Tuan Yang di-Pertua.

…kerana apabila kita biarkan masalah itu berterusan…

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Tuan Yang di-Pertua, boleh minta laluan sikit.

Ya, boleh-boleh.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Saya tertarik dengan penceritaan daripada Peramu Jaya berkaitan pulau jadian di sebelah hulu Jambatan Sungai Pahang. Saya nak cuba membayangkan daripada segi geografi. Daripada segi geografinya, kalau ada sesuatu di hadapan maksudnya pulau itu di belakang air mengalir daripada depan ke belakang. Jadi di hadapan itu dah ada pulau tumbuh. Maka apabila pulau itu tumbuh daripada geografinya pulau itu akan menyebabkan yang pertama, mendapan tanah akan membantu kepada padatnya lagi tiang, tiang kepada jambatan.

Yang kedua, daripada segi geografi juga, bahawa pulau jadian itu tadi akan menahan, akan menahan sampah sarap dan juga kayu kayan. Sekarang ni kayu balak dah tak ada dah, ada kayu-kayu kayan saja sikit, yang hanyut tetapi tidak tersadai kepada tiang, tiang jambatan kerana ditahan terlebih dahulu oleh pulau dan kalau pun… kalau pun kayu, apabila air makin besar, kayu tadi akan hanyut tetapi kelajuan hanyutnya mungkin menjadi perlahan kerana banyak pokok-pokok di atas pulau yang menjerat dia untuk bergerak laju. Kalau kosong saja tak ada pulau itu memang laju tekanan dia ha… iaitu geografi iaitu Peramu Jaya. Terima kasih.

Tak apa iaitu dari segi teori geografi. Saya bercerita tadi teori fizik, jadi tak kiralah kita nak pakai teori geografi ke, teori fizik ke, tetapi dari segi realitinya apabila

pelaksanaan struktur kita melibatkan fizik, teori fizik yang menentukan, tapi tak apalah saya pun terima kasihlah pandangan geografi pun ada. Jadi alhamdulilahlah baguslah, sahabat kena sokong juga. Jadi untuk itu, saya dah mengambil sedikit masa saya lagi sekali lah, merakamkan penghargaan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang tadi. Dan er… dengan itu saya mohon er… menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Peramu Jaya, kerana menepati masa. Sila Tras.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Perbahasan hari ini saya nak bangkitkan beberapa isu. Yang, isu pertama adalah peruntukan kawasan bagi ADUN pembangkang. Selepas PRU 14 kami boleh nampak peralihan kuasa di peringkat Persekutuan dan beberapa negeri dan suasana politik pun mengalami perubahan yang besar. Ini telah membawa beberapa pembaharuan yang agak mengalakkan.

Salah satu pembaharuan adalah Kerajaan Persekutuan juga memberi peruntukan kepada Ahli Pembangkang supaya Ahli Parlimen Pembangkang pun dapat menyumbang kepada masyarakat tempatan. Dan apa yang dibanggakan adalah Kerajaan Negeri Pahang dibawah Menteri Besar baru pun juga mengamalkan prinsip demokrasi ini dengan memberi peruntukan kawasan sebanyak RM30,000 kepada Ahli-ahli Pembangkang di negeri Pahang pada tahun 2018 bagi kali pertama dalam sejarah. Ini juga perlu dilihat sebagai satu pencapaian dibawah pimpinan Menteri Besar baru.

Oleh itu saya harap Kerajaan Negeri Pahang juga akan tetap meneruskan dasar tahun lepas iaitu memberi peruntukan kawasan kepada Ahli-ahli Pembangkang untuk menunjukkan Kerajaan Negeri Pahang tetap mengamalkan prinsip demokrasi dan juga menjaga kebajikan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, tak kira ahli kerajaan dan juga ahli bukan kerajaan.

Dan isu yang kedua. Saya menerima banyak aduan daripada peniaga di daerah Raub bahawa bayaran papan iklan sinar kedai mereka dinaik daripada RM110 ke RM270. Kenaikan ini adalah melebihi sebanyak 100%. Selain daripada kenaikan cukai taksiran, saya rasa kenaikan papan iklan sinar ini juga akan membebankan peniaga-peniaga. Oleh itu, saya harap pihak PBT Raub dapat kaji semula kenaikan bayaran papan iklan ini dan menurun harga bayaran ini kepada harga yang berpatutan.

Isu yang ketiga saya nak bangkitkan adalah krisis air di daerah Raub. Bekalan air bersih bagi daerah Raub diperolehi dari 8 buah loji rawatan air dengan jumlah kapasiti reka bentuk 60,153 meter bersepadu sehari. Manakala kapasiti pengeluaran telah pun mencapai 54,599 meter bersepadu sehari. Rizab kapasiti semasa berada pada tahap 9.23%. Bagi memenuhi keperluan pembangunan yang sedang pesat dan juga yang berada dalam perancangan, rizab kapasiti bekalan air semasa tidaklah lagi mampu untuk menyediakan bekalan yang selesa. Daripada kajian awal unjuran bekalan didapati bahawa kawasan bandar Raub memerlukan tambahan pengeluaran sehingga 40,000 meter bersepadu sehari menjelang tahun 2025.

Pada masa sementara dengan pembukaan tanah kebun yang begitu pesat, kualiti air mentah menjadi keruh dan menyebabkan Loji Sungai Bilut sentiasa ditutup kerana

ketidakupayaan untuk merawat apabila melebihi 1,000 NTU terutamanya selepas hujan. Berdasarkan statistik, Loji Air Sungai Bilut ditutup sebanyak 85 kali pada tahun 2018. Manakala Loji Air Sungai Klau ditutup sebanyak 42 kali pada tahun 2018. Setiap kali Loji Air Sungai Bilut ditutup, akan menyebabkan lebih 7,500 akaun mengalami krisis air merangkumi lebih 50,000 penduduk. Dan semasa loji air dibuka semula, kawasan-kawasan perumahan yang berada di tapak tinggi memerlukan beberapa hari untuk mendapat air balik kerana tekanan air yang rendah.

Pembinaan loji air baharu adalah langkah jangka masa panjang untuk selesai krisis air di Raub. Manakala pada masa sementara kekurangan infrastruktur seperti pam penggalak dengan izin, booster pump, dan tangki simpanan yang mencukupi di kawasan…

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua boleh saya mencelah. Minta izin.

Yang Berhormat Tras, saya ingat Yang Berhormat Tras pun tau masalah sebenarnya Loji Bilut ini keruh. Keruh kerana petani-petani mengusahakan tanah-tanah sepanjang sungai. Kita dah bagi nasihat kepada mereka dan panggil tetapi er… petani-petani yang terlibat masih lagi berdegil. Itu punca utamanya. Nak buat loji baharu ini memakan masa ya. Dan loji yang ada ini kalau di… kalau sepanjang sungai itu, tidak dibangunkan secara besar-besaran bila hujan, air keruh dan NTU yang tinggi. Dan saya yakin pihak kerajaan melalui Dato’ SS dan juga Pejabat Daerah Raub akan mengambil tindakan yang bersepadu dengan semua agensi kerajaan untuk menyelesaikan petani-petani yang membangunkan tanah yang mengakibatkan air keruh khasnya diwaktu air cheroh…er… air keroh.

Satu lagi yang mengecewakan agak er… sedih sikit lah, Yang Berhormat tau bila bercakap dengan kita, dia sokong kerajaan, bila kita hendak ambil tindakan, dia pusing pulak petani-petani dia kata kerajaan zalim. Yang ini harus kita betulkan pendirian, untuk kepentingan masyarakat yang 7,500 akaun itu tadi. Terima kasih.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Saya rasa nasihat kepada pekebun-pekebun mesti diteruskan tetapi saya tidak setuju ambil tindakan terhadap mereka, kerana saya rasa teknologi masa sekarang masih boleh merawat air er… lebih daripada 1,000 NTU er… Nephelometric Turbidity Unit

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi…

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Ini adalah satu, salah satu teknologi boleh diselesaikan. Bagi saya habiskan dahulu.

Boleh izin sikit… sikit je. Sebab Yang Berhormat DUN Tras pun saya baik dengan dia. Ya. Saya ingat er… saya cadangkan apabila pihak Pejabat Daerah dan juga pasukan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan turun nanti, elok juga dicadangkan libatkan DUN Tras supaya Yang Berhormat DUN Tras juga boleh menasihatkan

petani-petani secara terbuka berdepan. Dia tak boleh mengelirukan keadaan untuk kepentingan hampir 8,000 akaun yang menggunakan Loji Bilut. Terima kasih.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Saya pun telah turun semasa ada er… briefing, semasa kami ada memberi nasihat kepada pekebun-pekebun tetapi saya rasa pada masa setakat ini kami tidak boleh ambil tindakan terhadap mereka kerana kami masih ada pendekatan lain untuk selesaikan masalah ini. Oleh itu salah satu adalah infrastruktur seperti booster pump dan juga tangki simpanan yang mencukupi di kawasan-kawasan perumahan penduduk-penduduk Raub. Seb..seb.. yang terutamanya di kawasan tapak tinggi. Oleh itu, demi kemudahan orang Raub saya harap Kerajaan Negeri dapat memasang…

Terima kasih Tras... terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Tras menyebutkan soal teknologi, soal booster pump dan macam-macam kaedah lain, tapi bukankah itu juga membabitkan kos yang besar dan er… itulah sebenarnya kalau dihimpunkan di seluruh negeri Pahang ini dalam tempoh 30 tahun yang lalu yang telah menjumlahkan hutang kita lebih RM2 billion Yang Berhormat. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Tapi ini memang kesusahan yang dihadapi oleh orang Raub, penduduk Raub. Oleh itu infrastruktur yang paling minimum mungkin boleh dibuat untuk selesaikan masalah krisis air di Raub. Oleh itu yang saya kemukakan adalah yang bajet yang paling er… kurang iaitu menggunakan booster pump dan juga tangki untuk selesaikan masalah pada..

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua..

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

… dalam jangka masa yang pendek ini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon.

Sebenarnya saya amat bersetuju dengan er… cadangan daripada sahabat saya daripada Dong. Iaitu punca utama kita hendak menyelesaikan masalah, kita tengok punca utama. Punca utamanya Loji Bilut ini ditutup kerana kekeruhan yang melampau, ini bukan kekeruhan, kekeruhan yang melampau iaitu NTU yang biasa kita buat reka bentuk ialah er… sejumlah 1,000 NTU, Nephelometric Turbidity Unit. Tetapi untuk makluman Dewan Yang Mulia sepertimana yang er… Yang Berhormat er… rakan saya daripada Dong maklumkan, dia punya NTU tu mencecah hingga 10,000. 10,000 NTU unit, maknanya 10 kali ganda daripada apa yang mampu dirawat oleh er… Loji Bilut ini. Sebab itu kalau penggunaan teknologi, teknologi pun sebenarnya tak mampu untuk buat ni kecuali terpaksa kita mengambil langkah-langkah pencegahan.

Sebab itu dalam konteks ini er…. Dicadangkan supaya pendekatan diambil untuk membuat engagement dengan… dengan petani sebab petani ni untuk makluman Dewan Yang Mulia, Dato’ Sri, ialah petani ini dia di sebelah hulu. Dia menggunakan air daripada loji Tras. Dia loji Tras, ini loji Bilut. Jadi dia, dia duduk di sini tapi bekalan air datang daripada loji Tras. Bila dia tanam di situ, dia majukan tanam Musang King itu secara besar-besaran. Bila hujan je, air yang timbul tu 10,000 NTU maknanya kalau kita ambil juga memang air lumpur tu. Sebab itu loji Bilut ini terpaksa tutup. Boleh kata selang sehari, kalau tiap-tiap kali hujan dan kita ada hampir 7500… 7600 akaun yang melibatkan bandar… bandar Raub dan sekitarnya.

Sebab itu saya amat bersetuju cadangan daripada sahabat saya iaitu er… ADUN Dong supaya kita buat engagement. Panggil dengan er… petani tu tunjukkan, awak punya kerja ni menyebabkan orang, 7500 akaun ni termasuk restoran-restoran, sekolah, malahan Sekolah Menengah Sains Raub itu sendiri terlibat dan kita terpaksa ambil air dari sungai Klau untuk menyelamatkan keadaan.

Jadi Yang Berhormat Dato Sri Yang di-Pertua, er… saya amat bersetuju bila ADUN Dong menyebut pendekatan yang kita ambil oleh pihak Kerajaan Negeri melalui usaha Yang Berhormat Dato Sri SS, kita akan panggil ni kita akan interplate catchment area tu dan daripada situ kita tahu lot-lot number, kita kenal pasti petani, kita panggil dia dan engagement ini kita minta ni YB. Tras hadir sama supaya pendekatan yang terbaik dapat kita tangani dan bukan semata-mata menggunakan teknologi er… untuk merawat. Dia sebenarnya kita cuba pertingkatkan kualiti air mentah itu. Terima kasih.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Terima kasih YB. Saya memang setuju engagement perlu dibuat dan nasihat perlu diteruskan dan saya memang akan turun sekiranya engagement dan juga er… mesyuarat dengan petani-petani saya juga akan turun. Tetapi saya yang pada masa… jang… bagi langkah jangkamasa pendek, saya rasa se… sesetengah kawasan tapak tinggi mungkin boleh guna ha… booster pump dan juga tangki simpanan er… sebanyak 1,000 er… 10,000 galon er… boleh selesaikan masalah ini.

Yang ke… isu yang seterusnya saya akan bangkitkan er… adalah er… isu di kawasan Tras bahawa sebanyak 48 orang pekebun di kawasan Tras menerima surat makluman bahawa Syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang iaitu PKPP akan mengusahakan tanah-tanah yang telah diteroka kerana ianya berada… berada di dalam hak milik HS(D) 79… 7699 PT 1572. Sebenarnya kebanyakan pekebun-pekebun di tempat tersebut telah mengusaha di tanah tersebut beberapa puluh tahun dan telah lama memohon geran tetapi ditolak kerana kali oleh authority berkenaan.

Saya harap Kerajaan Negeri dapat memberi penjelasan mengapa tanah tersebut boleh diberi kepada Perbadanan Kerajaan Negeri tetapi menolak permohonan daripada pekebun-pekebun kecil yang telah berpuluh-puluh tahun mengusaha di tanah tersebut.

Sepatutnya Kerajaan Negeri harus memberi pertimbangan keutamaan kepada pekebun-pekebun tersebut dahulu kerana mereka sudah meneroka tanah tersebut beberapa puluh tahun juga banyak menyumbangkan kepada ekonomi tempatan dan negeri. Oleh itu saya haraplah Kerajaan Negeri dapat berunding dengan pekebun-

pekebun tersebut dan dapat kaji semula dan pertimbang semula untuk memberi keutamaan kepada pekebun-pekebun untuk mohon tanah…

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya nak jelas sikit pada Yang Berhormat DUN Tras. Sebenarnya dalam kes ini, Kerajaan telah meluluskan tanah ini kepada LKPP dulu, lama dah. Sekarang nama PKPP dan baru-baru ni, bukanlah baru, dua tiga bulan lepas, saya bersama dengan Dato’ apa ni… Wakil Kerajaan ADUN Batu Talam telah panggil semua peneroka ini. Kita buat di Hotel Indigo ya... Indigo dan semua pekebun-pekebun ini bersetuju dengan pandangan-pandangan kita. Tetapi lepas 2 minggu datang balik, tak tau siapa menghasut, dia berjumpa dengan pemimpin DAP dah lain macam pula. Jadi caranya nampak tak nak mencari jalan penyelesaian yang telah dipersetujui. Jadi serah pada undang-undanglah tanah-tanah. Saya dah bagi berunding elok-elok. Dah bersetuju tetapi 2 minggu lepas itu macam-macam berlaku. Saya kira ini pihak kerajaan harus ambik tindakan yang tegaslah. Rundingan telah dibuat, persetujuannya ada, detailnya ada tetapi pusing balik. Terima kasih Dato’ Sri.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Mesyuarat tersebut saya tidak dijemput untuk menghadiri.

Itu tidak jemput bukan soal lain. Soalnya kitalah.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Tapi sekiranya saya… mesyuarat di… menjemput saya, saya akan pergi dan saya rasa jika rundingan dijalankan, beberapa pendekatan boleh diambil seperti penyewaan tapak oleh pekebun atau permohonan pajakan kecil sebahagian tanah yang sedang diusahakan untuk satu tempoh yang dipersetujui bersama. Pendekatan-pendekatan tersebut pun perlu mendahulukan kepentingan pekebun-pekebun sebagai tanda penghargaan sumbangan mereka sebagai peneroka di tanah tersebut.

Terakhirnya, saya nak betulkan keadaan YB. Kemayan tadi. Sebenarnya Pulau Pinang sudah selesai hutang melalui penstrukturan semula bekalan air sebelum tahun 2018 iaitu sebelum PRU14. Masa itu, saudara Lim Guan Eng pun belum jadi Menteri Kewangan. Oleh itu, penuduhan terhadap Lim Guan Eng selesaikan hutang Pulau Pinang selepas beliau menjadi Menteri Kewangan adalah tidak betul. Persoalannya adalah walaupun pada masa itu Pulau Pinang ditadbir oleh Pakatan dan Persekutuan masih Barisan Nasional, penstrukturan semula bekalan air juga dapat diselesaikan. Kami nak tanya mengapa Pahang ambil masa yang lama untuk penstrukturan air begitu lama. Sekian, terima kasih.

Dato’ Yang di-Pertua,

Saya nak mencelah sikit. Tapi nak tunggu habis er… Tras er… menghabiskan ayat-ayat dia. Saya tertarik sebab apa… akhir sekali dia sebut Pulau Pinang, maknanya

Tras ini bila kita bangkitkan soal di negeri lain tu, dia pun bangkit untuk memperjelaskan keadaan di negeri yang diperintah oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Jadi oleh kerana ada relevannya saya nak maklumkan begini, er… sebenarnya semasa saya bertemu dengan er… petani kan yang nampak ada gambar, saya terbaca dalam surat khabar … melihat dalam surat khabar ada surat khabar er… Cina yang saya tak leh faham lah tapi nampak gambar tu termasuk er… petani-petani yang memprotes di kawasan Tras tu… kan… mengatakan pelbagai lah.

Tapi pada masa yang sama untuk makluman ADUN Tras, sebenarnya terdapat sekelompok petani dan juga pekebun yang telah mengusahakan tanah di Perak. Yang di Perak tu bertahun dah… puluh tahun dia dekat situ. Tapi kerajaan Perak merampas tanah itu… merampas tanah itu, petani-petani Melayu, diketepikan dan malahan bila dibangkit perkara ini, pihak ini Wakil Kerajaan telah mengugut sekiranya tidak diberhentikan demonstrasi seumpama itu, dia akan mengambil tindakan undang-undang. Sedangkan petani ini mengatakan dia dah mengusahakan berpuluh-puluh tahun dah, dia kabor. Mengapa tidak diberi pertimbangan.

Jadi atas dasar sebenarnya yang kerajaan kebetulan bila saya semak, saya semak juga kerajaan mana ini, rupanya kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan yang mana ada parti yang diwakili oleh ADUN Tras ini tadi menjadi anggota salah satu daripada er… anggota pentadbiran tersebut. Jadi sebenarnya berlandaskan kepada apa yang diperjelaskan oleh er… Yang Berhormat ADUN er… Dong tadi sebenarnya kalau dah penyelesaian, perundingan, persetujuan pada peringkat awal tidak di er… persetujui ataupun diingkari, maka jalan yang terbaik saya ingat kena ambil melalui penekanan perundangan itu yang terbaik. Tapi kalau ada kompromi, ada persefahaman, itulah pendekatan yang diambil selama ini oleh Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Pahang sejak zaman-berzaman. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bercadang…

Dato’ Yang di-Pertua,

Saya mohon sikit laluan kerana di perhujung perbahasan Tras tadi, dia membangkitkan persoalan kenapakah Pulau Pinang boleh selesai, kenapa Pahang terlalu lama nak selesai? Sebenarnya kalau kita mengikuti sesi Dewan daripada pagi tadi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menjawab soalan pertama berkaitan dengan hutang negeri. Sebenarnya itulah penjelasannya. Untuk diringkaskan sekali lagi Yang Berhormat dan untuk seluruh yang di Dewan, mudahnya kenapa kita ni tidak boleh diselesaikan lagi kerana perundingan ini membabitkan pelbagai aspek. Jadi kenap… ringkasnya, Pulau Pinang bagi setiap satu kilometer, Yang Berhormat, dia ada 385 akaun pengguna dan negeri Pahang, bagi setiap kilometer perkhidmatan kita hanya ada 124.

Jadi kalau kita yang belajar tentang ekonomi, kita belajar tentang industri perniagaan ringkas Yang Berhormat Yang di-Pertua, tidak ada economy of skills, ini selalu yang diungkapkan oleh mantan er… Menteri Besar kita, wakil daripada Pelangai, paip kita panjang sangat, ya… 14,000 km boleh pergi balik London, itu kalau tak salah ingatan saya. Bukan soal panjang atau pendeknya, tapi perbandingan dengan jumlah pengguna yang terlalu kecil maksudnya tidak memberikan pulangan Yang Berhormat. Jadi, sebab itulah kita tak menyelesaikan lagi. Dalam usaha nak

menyelesaikan perundingan ini, ada satu jumlah hutang yang mungkin tak mampu kita bayar Yang Berhormat, ya dalam jangkamasa yang singkat.

Jadi sebagai apa, kesannya maka tak jelas yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi, akan mengambil alih seluruh aset kita, dan kalau kaedah ini diteruskan, kita bimbang ini akan jadikan satu hutang jangkamasa panjang Kerajaan Negeri yang terlalu lama, dan akhirnya kita takut aset-aset kerajaan negeri ini akan terpaksa diserahkan kepada Persekutuan.

Satu-satunya cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menaikkan tarif. Tetapi bagi satu negeri yang tidak ada economy of skills, seperti Pahang, kalau kita nak naik tarif pun, rasanya akhirnya tarif kita akan jauh lebih tinggi daripada negeri-negeri seperti Pulau Pinang. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan pendekatan itu. Inilah sebenarnya yang sedang kita rundingkan dengan Persekutuan dan sehingga hari ini Yang Berhormat, kita belum mendapat maklum balas daripada persekutuan, atas apa yang telah dipohon oleh Kerajaan Negeri untuk terma-terma yang kita cadangkan.

Yang Berhormat sendiri tengok sepertimana pengumuman Menteri KATS baru-baru ini, yang mengumumkan 6 negeri bersetuju menaikkan tarif, 2 negeri dalam rundingan tanpa menamakan negeri-negeri itu, maknanya apa? Maknanya Dato’ Sri Yang di-Pertua, maksudnya kita masih lagi dalam kekusutan. Ini bukan soal politik tapi kita jadilah seorang warganegara, warganegeri bertanggungjawab. Kita selesaikan masalah ini sebijak-bijaknya. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Yang di-Pertua,

Saya memang er… harap penstrukturan semula bekalan air Pahang er… dan juga Persekutuan er… kira pihak Kerajaan Persekutuan dan juga Negeri boleh mempercepatkan proses ini, ya memang saya, saya sokong bahawa Kerajaan Negeri pun boleh bawa isu ini, ke Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Persekutuan pun mesti selesaikan secepat mungkin.

dan sikit lagi Yang di-Pertua,

Sekali lagi eko… apa menyokong apa yang disarankan oleh wakil daripada Dong, Yang Berhormat kena beri kerjasama kepada kerajaan menjelaskan bahawa penerokaan haram ini, memudaratkan kita. Bagi Yang Berhormat, mungkin booster pump itu mungkin loji baru ini tidak… tidak apa ni… memperikutkan kos yang besar, betul kalau di Bilut sahaja. Tapi keseluruhannya Dato’ Sri Yang di-Pertua, sekarang ni operasi paip kita ni Dato’ Sri Yang di-Pertua, setiap bulan kita mengalami defisit lebih kurang 10 juta. Jadi bayangkan bila paip beroperasi dalam keadaan begitu, Yang Berhormat bayangkan kalau Yang Berhormat ini, ya… dalam keadaan serba kekurangan terpaksa beroperasi di barisan hadapan, bawa lori kan… bagaimana peng… apa… pengguna-pengguna yang tidak faham keadaan semasa kena marah, kena maki. Jadi kita sama-sama perlu empathy dalam masalah ni Yang Berhormat. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bercadang untuk menempohkan persidangan kita tengahari ini, dan persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang. Persidangan ditempohkan.

[ Persidangan ditempohkan ]

[Persidangan disambung semula]

Sambungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Sambungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamualaikum WBT dan selamat petang. Persidangan kita disambung semula. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya bercadang untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat untuk kita membahaskan Titah Ucapan Diraja. Baiklah, saya buka sekarang. Pulau Manis, sila.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam sehati sejiwa. Terima kasih saya kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberikan ruang dan peluang pada petang ini kepada saya untuk sama-sama membahaskan Titah Diraja dalam persidangan Dewan pada kali ini.

Yang pertamanya, saya menjunjung kasih di atas Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah yang telah berkenan mencemar duli untuk berangkat bagi menyempurnakan er… persidangan Dewan kita pada kali ini dan seterusnya menyampaikan Titah Diraja. Seterusnya saya mengambil kesempatan pada petang ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah ke atas Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang telah pun er… dilantik sebagai Sultan Pahang dan seterusnya dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada hari ini.

Dato’ Yang di-Pertua,

Tahniah saya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kita yang baru diberikan mandat setelah 10 bulan dapat memimpin kita bersama-sama dengan barisan Exconya bagi memimpin negeri Pahang dan telah pun menggaris lapan perkara yang telah dibentangkan dalam ucapan beliau er… dalam pertanyaan yang telah dibentangkan oleh sahabat saya, ditanya oleh sahabat saya daripada Padang Tengku. Jadi kita telah nampak apa gerak kerja yang telah dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan barisan Exconya. Tahniah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri.

Perkara seterusnya, saya… Dato’ Yang di-Pertua nak maklumkan pada kali ini saya cuba untuk bercakap dengan nada yang lembut la. Saya nak cuba sebab saya ini kalau terlampau lembut tak menjadi juga.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ikut kesesuaian la.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Haa… ikut kesesuaian. Yang pertamanya, di dalam Dewan Yang Mulia ini saya merasa patut saya sampaikan satu perkara yang saya rasa benar-benar kalau kita

dapatlah melaksanakan dia akan menjana kepada pendapatan negeri Pahang yang lebih besar lagi. Iaitu… kita rupa-rupanya selama ini dalam kaedah membayar cukai tanah di pejabat tanah, kita hanya terikut dengan peraturan bayaran mengikut tahunan. Maksudnya tahun ini kita bayar untuk tahun ini. Datang tahun depan kita bayar untuk tahun depan. Jadi saya rasa, kepada masing-masing yang berkemampuan yang mungkin boleh melunaskan bayaran sehingga 5 tahun atau 3 tahun, kita patut mempraktikkan kaedah ini seperti kita mempraktikkan kaedah membayar er… lesen memandu kita.

Dulu-dulunya kita bayar setahun-setahun juga. Tetapi kemudiannya ditukar peraturan maka akhirnya kita boleh membayar lesen kita 5 tahun sekali bayar. Jadi dalam masa 5 tahun itu, sekali saja kita pergi ke pejabat pos untuk melaksanakan pembayaran. Dan saya rasa kalaulah kita memperkenalkan kaedah yang seperti ini kepada rakyat negeri Pahang, insya-Allah perkara yang belum berlaku lagi pada 5 tahun yang akan datang, kita dah dapat bayaran. Macamlah kita bayar apa ini er… kad touch and go. Kita dah bayar dah duit ke depan. Kita baru guna atau kita lakukan. Jadi begitulah pandangan saya yang pertama pada petang ini.

Kemudian, perkara yang kedua yang hendak saya ulaskan juga di sini ialah berkenaan dengan apa yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada pagi tadi iaitu tentang banyaknya pengorbanan kita negeri Pahang terhadap kerajaan dan negara. Sebagai contoh yang pertama sekali kita melaksanakan peraturan simpan hutan. Apakah tujuan kita simpan hutan? Kerana kita nakkan tadahan air, air kita tidak kering. Dan yang keduanya, untuk keselesaan binatang-binatang liar yang ada tempat lagi.

Dahulu ataupun suatu ketika dahulu pernah orang berkata, bahawa binatang-binatang liar dah tak ada tempat tinggal dah. Sebab itu diaorang marah kita buat FELDA ini kerana kita kononnya menghapuskan keselesaan tempat tinggal dan sebentar pada pagi tadi er… YB daripada Peramu Jaya boleh bilang pula berapa ekor monyet. Monyet dah tak ada tempat tinggal, tinggal dalam kampung. Saya… saya tadi nak usik jugak nak tanya dalam bilangan ekor itu, tahu tak berapa jantan berapa betina. (ketawa) Tapi malas la fikir-fikir.

Jadi Dato’ Yang di-Pertua, eloklah… eloklah sekiranya Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita melaksanakan apa yang disebutkan tadi, iaitu kita mendapatkan pampa… er… pampasan daripada pihak kerajaan pusat terhadap pengorbanan kita ini dan seterusnya juga kepada TNB pun yang kita rasa telah kita berikan peluang untuk menggunakan kawasan kita sebagai kawasan untuk melaksanakan empangan.

Kawasan untuk membuat laluan ya, kabel elektrik, banyak kawasan tu. Memang kalau nak kirakan begitu besar sekali. Jadi saya berharap la kalaulah dapat kerjasama daripada kerajaan pusat, dapat kerjasama daripada TNB dan apa-apa sahaja agensi yang berkaitan dengan penggunaan tanah di negeri kita Pahang ini, insya-Allah. Insya-Allah, perkataan atau ayat RM17.1 bilion boleh kita kumpul kepada Kerajaan Negeri Pahang dan betullah kata dek Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh kita bayar hutang secara cash. Tak perlu kita nak bayar bulan ini sekian, bulan depan sekian. Haa… gitu cara dia. Jadi saya sangat bersetuju la ya… dengan pandangan tersebut.

Kemudian, perkara yang seterusnya ialah berkaitan dengan rakan-rakan saya di sebelah sana. Saya tahu di sebelah negeri Pahang ini rakan-rakan bertindak sebagai pembangkang kepada Kerajaan Negeri Pahang tetapi dalam hakikat sebenarnya

pada hari ini, rakan-rakan adalah kerajaan ya… adalah kerajaan. Apabila rakan-rakan daripada Pakatan Harapan, maka rakan-rakan adalah kerajaan yang sedang mentadbir, yang sedang memerintah. Saya nak beritahu, bukan saya nak mengajar… saya nak beritahu, tak perlu perkara-perkara yang sebenarnya memang tak boleh nak diuruskan oleh Kerajaan Negeri dibawa dan dibentangkan di sini. Bawa terus… bawa terus pergi ke Putrajaya sana. Pergi jumpa dengan menteri-menteri yang berkenaan dan boleh pergi jumpa terus dengan Timbalan Perdana Menteri ataupun Perdana Menteri kerana er… apa ini rakan-rakan dikenali. Saya diaorang tak kenal ya. Yang sebelum ini dulu kerajaan dahulu kenal saya.

Ha… tapi sekarang tak kenal. Dulu orang kata tak dapat pergi ke Putrajaya Tingkat 5 boleh pergi ke Jalan Langgar, sekarang tak boleh dah, tak ada makna dah. Jadi saya nasihatlah, kalau ada perkara-perkara yang disebut macam-macam tadi, itu sebab saya cuba mencelah, tapi tulah, bila kita cuba mencelah dia, dia rasa tak tahulah kenapa ya... mengiya pun tidak, menidak pun tidak, pelik sungguh. Ha… tu cerita, pelik sungguh. Jadi Dato’ Yang di-Pertua, itu lah pandangan saya kepada rakan-rakan di sebelah sana.

Kemudian perkara yang seterusnya, ha… ini berkenaan dengan apa yang telah saya cuba apa ni... minta pandangan daripada rakan saya daripada Semantan, er... daripada apa ni... Kemayan ha... berkenaan dengan buluh tadi dan juga berkenaan dengan apa ni... satu lagi saya sebut tadi ha... buluh dan ketum yang dicadangkan oleh kerajaan daripada sebelah sana. Jadi sekarang ini, saya nak beritau begini je, sebenarnya waktu Pilihan Raya Kecil, PRK di Cameron Highlands, saya memang lalu ikut Koyan dan dalam perjalanan tu saya melihat pokok buluh, pokok buluh yang tumbuh di kiri kanan jalan cukup banyak, cukup orang kata terlalu banyaklah. Jadi saya mengingat kepada cadangan dan pendapat daripada Yang Berhormat Menteri.

Jadi sekarang ini saya nampak dalam sahabat-sahabat saya waktu berborak-boraklah, jadi saya kata buluh kita ini banyak. Tapi kalaulah Pakatan Harapan nak cuba suruh ajak kita tanam buluh, cuba proses dulu buluh-buluh ni, cuba ambil dulu buluh-buluh yang ada kiri kanan jalan ini apa yang boleh dibuat. Sebab semasa saya mengikut Yang Berhormat apa ni… daripada Yang Berhormat apa ni... pelancongan. Ha... dia bawa saya berjalan pergi ke Chengdu. Ha... buluh ini memang berguna, buluh memang ditanam tetapi tanaman buluh itu ialah untuk makanan kepada panda. Maka panda yang ada di dalam kawasan Chengdu ini tadi memang selesa hidupnya kerana dia diberi makan dengan makanan buluh yang ditanam oleh manusia bukan buluh yang tumbuh dalam hutan. Ha... itu yang kita nampak ada sebab kenapa kerajaan di sana menggalakkan tanaman buluh.

Jadi kalau kita juga minta buluh untuk sebagai ganti sawit, cuba dulu. Yang saya tahu sekarang ini yang pertama sekali digunakan kalau apa ni… dibuat rebung, dibuat apa ni… bakul ha... dibuat kalau musim apa ni… bulan raya dibuat untuk masak lemang. Kalau zaman saya budak-budak dulu dibuat untuk bakar meriam. Ha... tu dia ya. Jadi kena cari buluh untuk bakar meriam bukan semua buluh boleh. Buluh yang macam mana tebal itu saja yang boleh. Operasi nak menebuk dia punya apa ni… ruas-ruas dia tu, bukan senang-senang. Kemudian nak tebuk pula supaya sumbu boleh masuk ke dalam sebab kita letak dia punya kabait, satu juga sebab dan bagaimana kekuatan dia, ha itu buluh nak bakar meriam daripada kabait. Jadi ada guna, tapi sekarang ni suruh je tanam buluh. Tanam buluh nak buat benda tak diceritakan. Jadi yang dah ada ini patutnya praktikkan dulu.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, minta laluan

Yang di-Pertua (Speaker)

Minta laluan. Sila Bilut.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya amat menarik tentang kenyataan dari Pulau Manis. Betul bila Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands, saya melalui Raub pergi ke Cameron Highlands, kita nampak buluh di sebelah jalan, ramai sangat sahabat saya selaku Ahli Parlimen Kawasan Bentong ni dia pengerusi MTIB. Apa yang saya tahu MTIB, buluh adalah salah satu apa tu... kategori dari MTIB itu. Jika Wakil dari Pulau Manis minat sangat er... bila MTIB ada taklimat tentang buluh, saya boleh ajak sama sekali Wakil daripada Pulau Manis untuk menyertai kerana banyak er... apa tu knowledge tentang buluh itu kita tak tau termasuk saya. Baru… baru tadi, baru-baru… apa tu er... sahabat saya ahli... pengerusi MTIB beritahu saya buluh memang ada banyak kebaikan dan kegunaannya banyak tetapi sebelum ini kita langsung tidak tahu hanya tahu untuk buat lemang saja bila hari raya. Itu saja.Terima kasih.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Terima kasihlah sahabat saya. Saya baru cerita bab lemang je. Saya sebenarnya tak kan saya nak bagi pulak beberapa perkara. Tapi oleh kerana dah cakap macam tu, saya nak beritahulah. Patutnya nyatakanlah kegunaan buluh. Kalau saya pergi ke apa ni… Guangzhou itu hari. Saya nampak buluh digunakan untuk membuat staging dengan buluh tu. Saya pergi ke Jakarta begitu juga saya terkejut bandar Jakarta tapi bukan dia guna staging yang kita buat daripada besi ini, dia buat daripada buluh. Buluh dia cantum keliling bangunan 20 tingkat, 25 tingkat untuk mengecat untuk membuat pembersihan bangunan.

Jadi terangkan apa gunanya. Itu yang saya kata. Kalau disebut dia suruh tanam, rakyat jadi peliklah. Bukan begitu faham ya, maksud saya tadi begitu. Baiklah perkara yang seterusnya, oleh kerana saya berjanji dengan Ibam sebenarnya, kecek dia supaya saya diberi laluan dulu, jadi saya dah mula nak cepat-cepat.

Seterusnya saya nak tanyalah, sebab apa perkara ini baru 3 hari lepas dalam surat khabar. Saya ini memang suka baca surat khabar pagi-pagi. Kalau tak baca pagi tu, ha… malam karang dekat nak tidur baru baca. Jadi kebetulan saya baca pagi di muka hadapan kulit surat khabar tu terpampang gambar Tun Daim Zainuddin.

Dia menyebut beri tempoh… beri kami tempoh 6 bulan untuk kami ubah untuk kami tunaikan segala janji. Jadi sekarang ni saya nak tanya siapa Daim Zainuddin ni? Sebab besok saya bimbang dia akan jadi, dia bercakap… dia yang bercakap, saya bimbang orang yang berkuasanya bukan dia, orang yang berkuasa sekarang ini ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan juga dengan barisan Menteri-Menterinya dan masing-masing tidak berkata…

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sikit je.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Pulau Manis.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Wakil daripada Pulau Manis ini, dia biasalah dalam Pakatan Harapan ni, dia banyak proxy, ha... sebab yang berkuasa sebenarnya bukan orang tersebut yang di depan tu hanya sekadar orang panggil hiasan saja, terima kasih, untuk cover... cover untuk cover. Macam Tun Daim Zainudin dia bercakap ha... mesti ada orang suruh dia bercakap itu, dia macam Yang Berhormat Yang Di-Pertua, itu cara diaorang, cara kita lain, kita transparent.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Ha... jadi dia menggunakan kaedahnya apa yang nak disampaikan ke orang lain bercakap

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, boleh beri laluan tak?

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Oh! Pula dah.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Untuk makluman Dewan ini, Tun Daim Zainuddin ini adalah Penasihat Kabinet, jadi bukan orang biasalah, terima kasih.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Itu…

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Sekejap ya. Maknanya betullah er... apa namanya ini dakwaan daripada Perdana Menteri bahawa Menteri-menteri Pakatan Harapan ni dia cakap dia rasa agak terkilan sikit kerana mungkin kurang pengalaman kerana Kabinet pun perlu penasihat. Sepatutnya Kabinet ni menasihat kita baru betul. Macam Kerajaan Negeri Pahang, kita tidak ada penasihat-penasihat, penasihat kita adalah Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ha... kecuali Yang Berhormat Menteri Besar tanya pendapat, kita pun tanya apa pendapatan, kalau tanya pendapat, apa pendapatan sebagai contoh, terima kasih.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Terima kasih ya. Saya yang telah respond perkara ini. Saya tahu Tun Daim tu penasihat, saya tahu tapi saya nak nyatakan di dalam Dewan ini ialah kenapa dia yang jadi orang yang masuk surat khabar mengumumkan beri kami tempoh 6 bulan. Dia nasihat, nasihat kepada batang tubuh, batang tubuh umumlah. Dia duduk di luar, di belakang tabir atau di mana-mana pinggir. Tapi maknanya biarlah orang yang dinasihat itu mengumumkan. Itu maksud saya. Kemudian yang keduanya pula dia…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Pulau Manis pihak Exco nak jawab.

Dato Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Terima kasih Yang di-Pertua,

Saya nak bagi pengetahuan kepada Tanah Rata. Saya bertugas dengan Daim tahun 1988 hingga 1990 dan saya tahu siapa itu Tun Daim Zainuddin, sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat tahu ya. Yang berhormat Pulau Tawar nak memaklumkan saja. Kawan Yang Berhormat ya.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Okay, itu makluman daripada Pulau Tawarlah. Jadi Dato’ Yang di-Pertua, saya merasakan bahawa itulah perbandingan-perbandingan yang saya bawa ke Dewan ini bagi membezakan di antara kerajaan yang betul-betul mantap dengan kerajaan yang baru belajar. Jadi, Dato Yang di-Pertua, tak payahlah saya menyebutkan tentang daripada berbagai-bagai janji itu, janji ini, sekarang ini janji 6 bulan pula, tak payahlah dah. Saya rasa kita semua kena faham.

Perkara yang seterusnya yang saya nak bawak ke dalam dewan ni telah pun dibawa oleh rakan-rakan iaitu tentang kesetiaan kita kepada raja dan negara, ketaatan kita kepada agama. Jadi, sekarang ni saya tertarik kepada satu peristiwa… peristiwa di mana dalam bulan 3 yang lalu… 14 hari bulan 3 ke… ke 4 hari bulan 3… tak ingat saya, saya minta maaflah iaitu Yang Berhormat Menteri Luar telah pun menandatangani bagi pihak kerajaan negeri, statute rome. Jadi sekarang ni, bila dah tandatangan ini heboh, heboh negara kita.

Saya pun merasa bimbang dengan masalah yang berlaku ini. Tapi oleh kerana kepekaan raja-raja kita yang 8 orang. Bila raja-raja kita dalam keadaan begini, dia ingin tahu… ingin tahu, ingin penjelasan kenapa ditandatangan? Bagaimana penandatangan itu? Apa yang kelebihan kepada kita? Negara kita, apa kelebihan kepada kumpulan ini tadi? Jadi, setelah diberi penjelasan itu tadi, maka kita mendapati bahawa bahawa raja-raja mungkin tidak bersetuju dengan keadaan ini dan terpaksa meminta bantuan daripada 4 orang yang bijaksana dalam perundangan bagi menasihati dan membentangkan kepada raja-raja.

Maka berlakulah pada hari Isnin sebelum er… yang baru ni dulu, satu mesyuarat khas Majlis Raja-Raja bersidang dan dalam mesyuarat khas tersebut setelah 4 orang er… apa ni profesor daripada beberapa buah universiti membentangkan, maka

akhirnya kita mendapati bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menarik balik, menarik balik. Jadi, sekarang ini saya nak rasa malu kita. Sebab itu kalau kita buat suatu benda, rancang dulu, bincang dulu, dah kemas betul ha… baru kita tandatangan. Ini tidak! Kita tandatangan tergopoh-gapah, lepas itu kita minta kita bahas, lepas itu kita boleh tarik balik. Satu dunia tahu dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun menyebut saya berasa malu dia kabor, negara saya ni rasa malu kita sebab dah tandatangan tarik balik tapi kerana… kerana apa-apa dia sebut, kita tarik balik.

Jadi, itulah saya berharap pada rakan-rakan bahawa perkara-perkara gini kalau boleh sesuatu perkara tu biar kita habis dulu. Sebab itu Tuanku ada bertitah, dia kata nak memilih pemimpin yang, yang baik ya, makna pemimpin yang pandai. Ada pantun dia.

Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, ada 2 perkara lagi. Yang kesembilan dengan yang kesepuluh tu. Mana pula kertas…

Yang di-Pertua (Speaker)

Hilang kertas… ada Yang Berhormat?

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Ada 2 lagi… yang kesembilan dengan yang kesepuluh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau tak ada, gulung ajelah.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Ah… haa ni… jumpa dah, iaitu berkaitan dengan Tabung Haji. Tabung Haji kita… sedih rasanya apabila dalam sejarah diumumkan kita hanya mampu membayar hibah 1.25%. Tak pernah berlaku dalam sejarah dan kesalahan itu, kenapa bayaran hanya boleh dibuat sebanyak ini, kerana tanggungjawab dan kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan yang terdahulu. Balik-balik cerita kerajaan dulu salah, balik-balik cerita kerajaan dulu yang salah tapi tak apalah. Sebab saya nak beritahu. Saya nak beritahu bahawa Tabung Haji ni sebenarnya dia dah jual dah tanah TRX itu dia dah jual dah.

Dulu dia yang orang kata melenting, melenting bukan main lagi kerana kerajaan kita jual apa ni kepada Tabung Haji RM193 juta. Tapi bila dia memerintah sekarang ni, dia jual dengan RM221 juta. Makna untung RM20 juta. Dengan keuntungan Tabung Haji tadi campur pula lagi dengan jual beberapa perkara lagi, maka jumlah jumlah aset Tabung Haji yang dijual. Aset tu bernilai RM10 bilion tetapi dijual sehingga mendapat RM19.9 bilion. Maksudnya ditolak kepada harga pokok, ada untung RM9.9 bilion. RM9.9 bilion inilah dikatakan diuar-uarkan bayar hutang Tabung Haji RM4.3 bilion. RM9.9 bilion tolak RM4.3 bilion ada lagi… yang itulah bakinya nak bawa sebahagiannya membayar hibah. Nak bayar hibah katanya sampai ambil RM4 bilion tapi yang diguna pakai RM930 juta untuk pendeposit RM9.3 juta.

Orang-orang Islam sekarang ini hanya nampak, hanya diberitahu bahawa kita ni ada tapi itulah semangat kami, semangat kami, bangsa kami, bahawa kami tidak mendesak, tidak mendesak rakan-rakan dan anak buah supaya keluar dari Tabung

Haji. Kalau ikut nak marah keluar dah tapi jangan keluar, sebab apa? Kalau kita keluar daripada Tabung Haji, bermaknanya Tabung Haji itu sendiri akan tumbang. Adakah ini matlamat Pakatan Harapan? Ha, ini saya nak tanya.

Saya tidak ralat sebab saya adalah pernah menjawat jawatan Pengerusi Penasihat Tabung Haji Negeri Pahang. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang lalu lantik saya. Memang saya bermesyuarat di Tingkat 32 Tabung Haji dan saya tahu apa aset-aset yang dijual. Tetapi sebenarnya pada kami kalau nak kata tidak pun susah, nak kata ya pun susah. Betul… Tabung Haji sekarang ini dengan hotel-hotelnya kalau kita lihatkan sepanjang tahun, memang betul gajah putih. Mana ada orang datang duduk. Sebab dia jauh daripada bandar. Dia duduk dekat lapangan terbang. Jadi, dia digunakan oleh umat Islam untuk menunaikan fardu haji di mana lapangan-lapangan terbang yang terbang terus ke Jeddah.

Maka penerbangan tidak dibuat lagi di KLIA. Lapangan terbang terus dibuat dari Sabah ada, dari Sarawak ada, dari Terengganu ada, dari Kedah ada. Saya sempat sekali dalam perasmian Tabung Haji Kedah. Memang betul, kalau kita lihat dia memang akan jadi gajah putih. Tapi bentangkanlah kepada rakyat. Biar rakyat tahu perkara ini diambil semula dan akan diurus tadbir semula untuk menjana pendapatan Tabung Haji, bentangkan. Jangan rakyat tahu melalui senyap-senyap. Ha ini perkara ini sebab itu maruah kami. Maruah umat Islam.

Tabung Haji zaman saya itu hari membincang dan merancangkan bahawa kami tak mahu lagi umat Islam nak pergi naik haji bersepah larah. Ada duduk hotel sana, ada duduk hotel sini, kapal terbang dah nak berlepas tak sampai lagi. Asyik peluk ngan cucu, anak, driver kereta, jammed jalan tak sampai. Itu sebab dia buat setempat supaya kemudahan, kemudahan terbang itu bersama-sama semua ada. Ha yang menarik diri, awal-awal dah tarik diri. Ha, ini cerita dia. Jadi, kalau boleh ya, saya minta perkara ini dapat, dapat bantulah sama-sama kita. Tak ada penganiayaan selama ini, jadi janganlah membalas dendam pula dengan suasana yang seperti ini.

Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, kering dah tekak saya ini. Jadi, saya rasa itulah sahaja yang dapat saya bentangkan pada petang ini sebab saya cari yang kelapan dengan yang kesembilan tak jumpa, tak tahu ke mana menyoroknya. Jadi, Dato’ Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua (Speaker)

Jadi, masa pun tak ada.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Jadi, Dato’ Yang di-Pertua,

Yang di-Pertua (Speaker)

Masa pun dah tak ada, Yang Berhormat.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Jadi, saya ucapkan terima kasih sekali lagi dibagi peluang pada petang ini. Dengan, dengan itu, saya Pulau Manis pun mohon menyokong. Sekian Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat berucap penuh semangat sebab tu kering tekak tu. Sila, Tanjung Lumpur… Lepas tu Bukit Ibam la nampaknya. Sila Yang Berhormat.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Assalamualaikum WBT. [Ayat al-Quran]. Yang Berhormat Yang di-Pertua, pertama-tama saya mengucapkan terima kasih di atas keizinan untuk turut mengambil bahagian dalam ucapan menjunjung kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Pada hari… hari yang pertama yang mana Duli Yang Maha Mulia di dalam Titah Ucapannya telah menyampaikan kata bidalan;

Kalau nak mandi pertama teluk, kedua pantai. Kalau nak pilih pemimpin negeri, Yang pertama elok, Yang keduanya pandai.

Katanya lah. Jadi saya er… juga nak er… membalas kata bidalan tersebut.

Kalau rambut ikal mayang, Pertama ikat, kedua jalin, Kalau nak jadi pemimpin yang disayang, Pertama solat, yang keduanya rajin.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua,

Sehubungan dengan itu Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran [bacaan dalam Bahasa Arab]. Orang-orang yang dikurniakan kuasa pemerintahan [bacaan dalam Bahasa Arab] “di atas muka bumi maka tegakkan lah solat”. Para ulama menyebut [bacaan dalam Bahasa Arab] di sini iaitulah kewajipan sebagai seorang pemimpin tegakkan solat ke atas diri dia. Yang kedua, tegakkan solat ke atas kaum keluarganya, dan yang ketiganya tegakkan juga solat ke atas rakyatnya. Maka di sana suka saya mencadangkan pihak kerajaan supaya mengambil inisiatif sebagaimana inisiatif yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu yang mana mereka membuat penguatkuasaan untuk berhenti memberi laluan kepada peniaga-peniaga, pengunjung di pasar malam 15 minit selepas daripada solat maghrib supaya peniaga-peniaga dan juga pengunjung pasar malam dapat mengerjakan solat maghrib.

Ini adalah inisiatif yang dikemukakan oleh pihak Kerajaan Terengganu dan Kelantan dan alhamdulilah dapat berjalan dengan lancar sehingga kini. Insya-Allah, walaupun kita melihat pihak Majlis Agama, Jabatan Agama, memang mereka melakukan gerak kerja dakwah ini tetapi apa yang dicadangkan itu adalah sebahagian daripada inisiatif sebagai tanggungjawab kita sebagai pemimpin untuk menegakkan solat itu kepada… kepada rakyat.

Yang keduanya saya nak membawa sedikit isu nelayan. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa er… nelayan, er… nelayan ni dari sudut apa er… apa dari sudut itu

adalah sama mana-mana nelayan. Tak kiralah di Beserah ke, di Tanjung Lumpur dan sebagainya. Tetapi di Tanjung Lumpur ni lebih teruk memandangkan kerana nelayan di Tanjung Lumpur ni berada di pinggiran bandar, yang kita pasti bahawa apabila berada di pinggiran bandar duduk di pinggir bandar ni, memang mereka terpaksa berhadapan dengan kos yang tinggi. Sama ada dari sudut penempatan, dari sudut perbelanjaan harian dan sebagainya.

Maka di atas itu, saya mengaharapkan bahawa kepada pihak kerajaan er… supaya kita dapat berusaha sedaya, sedaya yang termampu untuk kita membela nasib-nasib, nasib-nasib nelayan ni supaya kehidupan mereka lebih terbela dan er… mudah-mudahan taraf kehidupan mereka dapat ditingkatkan dan dapat dikeluarkan daripada zon kemiskinan. Disebabkan apabila kita sebut nelayan daripada dulu lah sampai sekarang dan di mana-mana pun, persepsinya akan melihat nelayan ni golongan yang miskin yang susah dan sebagainya.

Jadi daripada dulu tak pernah selesai. Tapi kalau kita melihat ada tempat di barat sebagainya, bila kita sebut nelayan, mereka mempunyai pendapatan yang tinggi dan sebagainya tetapi nelayan boleh dikatakan di seluruh Negeri Pahang lah, termasuk DUN Tanjung Lumpur sendiri, kita semua faham dengan keadaan kehidupan mereka dan kita mintalah supaya pihak kerajaan mengambil berat, mengambil berat berusaha dengan lebih gigih lagi melakukan perancangan-perancangan yang lebih agar kehidupan nelayan ini terbela.

Kemudian saya juga membawa lagi isu nelayan, iaitu berkaitan dengan isu PTMP. PTMP ini ialah pukat tunda er… musim tengkujuh, yang mana pukat tunda musim tengkujuh ini di mana nelayan hanya dibenarkan, dikeluarkan lesen satu lesen kekal yang bermula daripada bulan 11 sehingga 6 bulan lah dan lesen sementara lebih kurang 3 bulan. Yang mana mereka dibenarkan untuk er… memukat er… dengan er… jarak bermula daripada dua batu nautika. Iaitu pukat tunda bermula dengan jarak dua batu nautika. Rungutan daripada pihak nelayannya ialah apabila tiba musim tengkujuh, bila ombak besar, bergelora memang mereka tak pergi ke laut lah dan apabila air sedikit tenang, barulah mereka akan mula memukat. Tetapi masalahnya ialah tangkapan terutama sekali spesis udang ni, dia akan berada di bawah dua batu nautika. Jadi sedangkan mereka hanya boleh memukat dua batu nautika ke atas. Jadinya ini akan menimbulkan masalah dari sudut pendapatan tapi kalau mereka memukat bawah pada dua batu nautika, menyebabkan mereka kena kompaun dan sebagainya. Itu yang kedua.

Yang ketiga juga berkaitan dengan isu nelayan, yang mana walaupun perkara ini berulang kali er… dibangkit di dalam Dewan ini berkaitan dengan nelayan asing, nelayan luar. Bagaimana pihak Marin lah. Jadi setiap kali nelayan bertemu, berjumpa alasannya juga adalah sama sebagaimana yang pernah dikemukakan dalam Dewan ini. Yang pertama anggota tak cukup. Yang keduanya bot tak cukup kelajuan untuk kejar bot-bot nelayan asing yang lebih canggih dan sebagainya dan yang ketiganya pula minyak tak cukup subsidi dan sebagainya, menyebabkan mereka tak boleh nak kejar bot-bot nelayan asing ini, yang menyebabkan di antaranya adalah nelayan kita mengalami kekurangan pendapatan, kekurangan hasil. Bila kekurangan hasil ia akan

terlibat juga kepada masyarakat yang lain kuasa beli ikan dengan harga yang mahal dan, dan sebagainya

Jadi yang ketiganya saya nak sebut juga tentang Perumahan Nelayan Bunut Rendang. Memang saya sentiasa mengikuti perkembangan, dah lama dah dan dulu pernah dibangkitkan ia berada dalam DUN Inderapura. Jadi YB. Inderapura jangan marahlah sebab nelayan yang terlibat itu adalah nelayan Tanjung Lumpur, jadi kita kongsi isu sebenarnya. Nelayan di Tanjung Lumpur, dan lebih belasan tahun Perumahan Nelayan Bunut Rendang dibina, yang asalnya 500 buah dan sekarang ini ada 154 buah, dan saya mengikuti website LKIM dan alhamdulilah dan terima kasih.

Saya melihat akhir-akhir ini begitu aktif apa… menyebarkan perkembangan tentang apa tu… Perumahan Nelayan Bunut Rendang dan saya dimaklumkan bahawa telah pun siap sepunuhnya pada Mac baru-baru ini dan dia pun hampir dengan rumah saya memang saya lalu saya tengok. Cuma masih belum didiami. Kita semua faham bahawa nelayan orang ni orang susah memang mereka mengharapkan rumah mereka dah tak… tak… fikir lagi isu lama. Kalau isu lama yang mereka pertikaikan mereka ni nelayan duduk tepi laut tapi rumah bina dalam hutan,rumah bina dalam belukar. Sedangkan dia orang ni nelayan duduk tepi laut.

Jadi tuan-tuan sekalian, mereka tak, tak fikir dah soal isu itu. Yang mereka nak adalah rumah. Tetapi sekian lama mereka menunggu, ada yang beli rumah lain, ada yang err… ada yang terus tak nak, dan ada juga yang telah berpindah ke alam barzakh. Err… mati dah. Ni, orang panggil mati celik, err… tunggu rumah punya lama tak dapat mati gitu jer. Punya dah lama tak dapat, dan apa pihak LKIM ada mengeluarkan kenyataan pada 13 Mac. Saya ikuti berita tu, err… mengatakan bahawa, insya-Allah akan mula didia…siap…siap sepenuhnya dan alhamdulillah dah siap dan akan didiami dalam masa yang terdekat.

Namun, masih belum lagi didiami dan ada sahabat-sahabat kita yang ronda dalam tu, err…dia kata sampai ada Bangla pelihara ayam dah pula. Jadi err… ini, ini aduan yang terkinilah. Jadi kita bimbang nanti, bangunan tu dibina, rumah tu dibina, orang masih tak boleh nak duduk lagi, dan akhirnya runtuh, keluarkan pula lagi perbelanjaan-perbelanjaan yang… yang lain. Dahlah nak siap tu belas-belas tahun tak siap-siap, err…. baik.

Isu yang seterusnya, isu tempatan. Sedikit saya mengambil masa, berkaitan dengan satu isu yang terkini ini, berkaitan dengan Majlis Perbandaranlah err… yang mana satu isu di Lorong Berjaya Permai 10, err… dia juga berkaitan dengan pemaju. Yang mana penduduk-penduduk di Berjaya Permai 10, ada 10 buah rumah, yang mana err… rumah yang mereka bina, yang mereka, yang mereka beli dengan pemaju, yang mana pemaju ni, dia buat pagar melebihi daripada kawasan sebenar, masuk pulak tiga kaki ke kawasan orang lain.

Jadi, pihak MPK dia menjalankan tanggungjawab dia mengikut undang-undang yang ada. Dia hantar surat bahawa, mesti dirobohkan. Memanglah betul, dari sudut MPK tu betul dah. Tetapi orang yang beli rumah ni dia buatlah pagar, berdasarkan kepada pagar yang telah dibina oleh pemaju. Saya rasa kalau YB-YB sendiri pun, ketua-ketua jabatan, saya dan sebagainya, tak ada orang bila dia beli rumah dia, dia

ukur pula doh rumah tu. Dia ukur satu…satu…satu, nak pasti masuk tak tanah dia. Yang pasti bila kita beli rumah, pagar yang dibina tu memang kita kira masuk rumah kita dak. Saya rasa tak ada, cerdiklah macam mana orang tu pun, dia takkan ukur satu-satu tanah tu, seinci-seinci. Masuk tanah aku dok?

Tuan-tuan sekalian, akhirnya mereka binalah pagar, berdasarkan kepada pagar yang telah dibina oleh pemaju. Tiba-tiba sampai surat, arah roboh disebabkan kerana tuan tanah di belakang nak majukan pula tanah dia. Tuan-tuan sekalian, betul dari sudut undang-undang, tapi pada waktu yang sama kita seperti menzalimi rakyat ni. Jangan main. Waktu yang sama kita seolah-olah zalim. Sebab kita yang tersilap. Jadi di sini dari sudut undang-undang memang tak boleh nak buat apa, saya faham yang tu. Cuma mintalah sedikit err… ihsan daripada kerajaan, yang pertama minta supaya ambil berat sikit dalam soal ni.

Err… beri amaran kepada pemaju-pemaju. Yang kedua, fikirkanlah kalau dapat sedikit sebanyak beri pampasan untuk melegakan hati (ketawa) hati penduduk. Pagar ni, pagar, kalau dah pergi sampai 30 kaki ni, kurang-kurang tujuh, lapan ribu juga, err… tujuh lapan ribu juga err. Bayangkanlah err… Jadi saya mintalah pada pihak kerajaan err… beri perhatian sedikit pada err… pada isu ni. Jadi saya rasa, cukup sekadar tu jer pada petang ni. Nak beri laluan kepada sahabat-sahabat lain yang saya kira ramai nak menyampaikan ucapan pada petang ini. Maka dengan ini, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ok. Terima kasih Tanjung Lumpur. Jemput Wakil daripada Ibam.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

[ Ayat Al Quran] Assalamualaikum WBT dan selamat petang. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk sama-sama membahaskan usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang iaitu menjunjung kasih di atas Titah Ucapan perasmian Pembukaan Dewan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Jadi saya dengan ini merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang di atas kesudian baginda merasmikan Pembukaan Dewan kita pada kali ini. Dan ucapan Tahniah saya kepada Sultan di Pahang yang dilantik sebagai Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Sehubungan dengan itu, saya err…mendapati daripada titah ucapan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, inti patinya adalah daripada titah itu, adalah sebenarnya menjurus kepada harapan baginda kepada kemakmuran negeri Pahang dan juga kesejahteraan rakyat negeri ini. Ekoran daripada itu, saya beranggapan bahawa, keperluan asas itu adalah penting, daripada titah ucapan baginda.

Yang pertamanya, saya ingin membawa permasalahan yang berkaitan pada keperluan asas ini. Ini adalah yang penting bagi rakyat kita. Di dalam apa jua keadaan, apa jua yang kita sebut dengan pemodenan dan kemajuan, sekiranya ada lagi rakyat-rakyat kita yang tidak menerima keperluan asas ini, ia adalah sesuatu yang sangat tidak elok bagi negara kita, negeri kita khususnya.

Pertamanya berhubung dengan soal air. Jadi err…kita dapati tadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita juga telah memaklumkan, kita ni sangat bermurah hati. Err…kita bagi air kepada (ketawa) err…negeri luar, ya. Kita juga dengar daripada

Raub, daripada err… Bentong, hendakkan buat loji air, penambahan loji air. Berjuta-juta ringgit diperlukan, dan kita juga dimaklumkan paip ada 15 ribu, kirakan, keluasan ha, tu…panjangnya ya err… paip ni. Tetapi perlu diingat ada juga yang ada satu, dua, tiga kilometer yang tidak ada air.

Sebagai contohnya ialah di tempat saya. Yang Amat Berhormat err… MB dan juga Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua iaitu, sebagai contoh ialah di kampung asli saya. Di kampung err… Tenggalong, di Kampung Tenggalong dan juga di kawasan err.. kampung Air, Aur iaitu err… Kampung Keladan. Mereka masih tidak menerima bekalan air bersih daripada kerajaan. Dan saya kira ini, mereka menerima air daripada err… apa ni, kesihatan yang digali perigi, dan mereka menghadapi masalah sekiranya enjin tu er… rosak. Dan baru-baru ini pun mereka menghadapi masalah itu.

Jadi harapan saya supaya perlulah kita tengok err… dalam bajet-bajet yang telah kita peruntukan ini supaya beberapa tempat ini mendapat perhatian. Dan saya baru-baru ini, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan juga Orang Asli er… di bawah fungsinya, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Batu Talam kerana er… berharap perkara ini dapat diselesaikan dan berusaha untuk ke arah itu. Tetapi perlulah saya err…perjelaskan di sini juga, supaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita err… lebih tahu. Jadi bila bos tahu, dia lagi cepatlah agaknya err…perkara ini (ketawa) dilaksanakan. Terima kasih.

Yang seterusnya, saya teringat err… err… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dalam sekitar tahun 2000 gitu, iklan TNB yang menyebut ada sesetengah tempat yang sengaja kami gelapkan. Iklan itu sangat menarik perhatian saya dan juga anak-anak saya. Lepas terus timbul kelip-kelip atau pun kita panggil kunang-kunang. Jadi kunang-kunang ini memang perlukan tempat gelap itu. Tapi dah hari ini sebagai manusia, dia tidak perlukan gelap itu. Sebab gelap, aje padam aje apa ni er… api di tempat saya, saya dah dapat dah WhatsApp. “YB elektrik tak ada…. elektrik tak ada”. Jadi itu yang ada elektrik er… Tuan Yang Di-Pertua ya, Yang Berhormat, tetapi bagaimana mereka-mereka yang tak ada?

Er… saya mengambil contoh ini ialah er… satu tempat saya di perkampungan Orang Asli yang er… nama Langkap, dia ada satu Langkap Luar dan juga Langkap Dalam er… dan ada juga setengah memanggilnya sebagai er… perkampungan Asli Tanah Runtuh. Di situ er… ada power point apa ni er… TNB tu, simpang je tepi jalan tepi itu. Jadi hala masuk ke Kampung Langkap tu er… tak ada tak dapat lebih kurang er… 1 kilometer 2 kilometer. Yang jadi seronoknya er… kat rumah diaorang semua ada er… elektrik dia punya wayar elektrik ada tempat fius plug ada, dan er… mereka menyatakan er… kepada saya er… Hajah dia panggil Hajah lah daripada tak jadi YB, saya buat program di sana, sampai dah jadi YB masih gelap juga kita orang ini.

Jadi er… mereka mengambil er… kira bagaimana antara er… persimpangan er… power er… point TNB di situ, di Kampung Jubau yang ke atas ke depan lagi ke dalam daripada kampung dia tu ada elektrik. Tiang-tiang elektrik ni ada sampai ke kampung er… Jubau. Jadi sebagai kampung yang berjiran saya rasa kita pun kalau kita berada di tempat mereka mestilah kita rasa iri hati juga kenapa melalui kampung dia terus sana tak masuk, kampung dia cuma satu dua kilometer sahaja. Jadi harapan saya supaya perkara ini dapatlah kita er… selesaikan er… kerana kita rasa mereka-mereka ini adalah orang yang mendokong kita. Yang Berhormat er… Yang Amat Berhormat MB, jadi mereka adalah sesuatu yang sangat setia kepada kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat MB dan saya harapkan supaya mereka ini bolehlah diberikan perhatian dalam bajet kita.

Seterusnya er… saya juga ingin er… memaklumkan berhubung dengan er… projek-projek perumahan. Projek-projek perumahan ini termasuklah er… PR1MA er… Rumah Mesra Rakyat er… Rumah Makmur. Bagi Rumah Mesra Rakyat ni er… yang Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dia ada juga mohonlah di er… diberi perhatian. Ada sesetengahnya yang sampai kini er… rumah tu tidak dilaksanakan… tidak dilaksanakan. Ada hantar gambar pada saya er… dah naik er… rumput yang menjalar, rumput yang menjalar itu. Jadi saya dimaklumkan er… untuk pengetahuan er… lebih tepat dia berlaku di Kota Bahagia er… jadi di Kampung Kota Bahagia. Jadi Perumahan DARA Kota Bahagia tu. Jadi dia sini dia er… yang dukacita saya dimaklumkan ialah er… geran tanah tu telah diambil oleh pemaju untuk di… katanya di hantar ke bank jadi er… sampai ni… kemudian kami menghubungi er… kontraktor bila ditanya mereka ada masalah dengan kontraktor.

Begitu juga dengan er… Perumahan PR1MA er… dan kita dengar er… banyak saya mengharapkan sampai inilah di tempat saya Yang Berhormat… Yang Amat Berhormat MB sekiranya rumah-rumah PR1MA ini telah diberikan lama kepada er… mereka-mereka yang dapat er… pemaju-pemaju, saya harapkan segeralah dan kita nak melantik pri… er… pemaju-pemaju ini kita tengok er… supaya pemaju tu mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan segera. Kerana rakyat-rakyat ni terutamanya mereka-mereka yang memohon perumahan-perumahan ini adalah di kalangan anak-anak kita second generation kita dengan izin er… tuan er… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Mereka ini er… menumpang di rumah mak ayah er… sebahagian daripada mereka daripada er… balik daripada bandar-bandar besar yang sesetengahnya tidak dapat er… tak ada pekerjaan, balik menumpang dan mengharapkan juga rumah-rumah ini dapat dilaksanakan dengan segera. Jadi er… kita janganlah sampai er… harapan mereka ni tinggal harapan sahaja. Menunggu kata orang er… penantian itu adalah satu penyeksaan bagi mereka.

Seterusnya er… saya ingin er… mengambil kira tentang ucapan er… Titah daripada Pemangku Raja kita, Yang Mulia… Yang Maha Mulia Pemangku Raja kita iaitu berhubung dengan kepentingan kita menjaga hutan dan juga alam sekitar. Sehubungan dengan itu saya suka menarik perhatian bahawa er… kita ada hutan simpan er… saya dimaklumkan hutan simpan kita ni er… Yang Amat Berhormat er… Menteri Besar kita, saya mohon maaf, saya faham bahawa kita er… hutan simpan yang ada hutan-hutan kita ada balak yang menjana antara sumber er… pendapatan kita. Saya faham juga dan juga hutan-hutan simpan ini.

Jadi saya dimaklumkan juga hutan-hutan simpan ini telah diteroka er… banyak yang telah diteroka jadi kita perlukan perhatian. Sebabnya ialah, selain daripada alam sekitar yang menjana oksigen yang kita bagi tahu tadi hutan simpan kita 55% kita ini ada pengeluar oksigen bagi tempat-tempat lain. Jadi ini perlu kita kawal, jadi ada cadangan, saya mencadangkan pada er… mereka-mereka yang mendapat konsesi-konsesi balak saya tahu er… banyaklah yang dapat, saya mengharapkan supaya kita mengadakan satu clause di situ er… dengan izin er… Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua, supaya mereka ini kita minta selepas sahaja mereka mendapat er… mengeluarkan balak-balak ini, mereka hendaklah menanam semula… menanam semula kerana kita tahu mereka ada kemampuan untuk itu dan er… saya rasa hasil dari pendapatan mereka itu banyak untuk mereka menyumbang balik.

Kerana sekiranya ia lambat dilaksanakan ini ataupun kita mengadakan program-program er… tanaman er… hutan pokok-pokok hutan ini sebab ia mengambil masa

yang sangat lama untuk kita menganjurkan program-program dan ia bukanlah program-program yang kata orang berterusan tetapi hanya sekali-sekala ataupun ada orang besar-besar nak datang barulah kita buat program itu.

Jadi saya mengharapkan mereka-mereka yang mendapat konsesi balak ini kita kena er… kita mintak supaya dia menanam semula dengan bantuan er… Jabatan Hutan kita la er… untuk mengenal pasti supaya er… sampai masanya nanti kita ada sumber oksigen yang berterusan ha, sumber oksigen yang berterusan dan juga selain daripada itu untuk er… kita menjaga hutan kita supaya er… kata orang ada flora di sana er… yang dapat kita pelihara yang dapat kita jadikan satu er… produk perlancongan er… kepada er… negara luar.

Sebagai satu contoh kalau tadi saya er… kita di… diperkenalkan atau di er… diwar-war dan diviralkan maknanya adalah patin Yang Amat Berhormat ya, ikan patinnya dengan apa ni er… sambal hitam daripada Raub ha… dia tak sama sebenarnya ada orang tempat saya pun ada juga sambal hitam sedap lah juga. Tetapi ada satu lagi sebenarnya yang dalam hutan ini yang dalam hutan ini, yang boleh dijadikan produk makanan yang boleh kita perkenalkan iaitu Periuk Kera. Ha… semua kenal Periuk Kera. Jadi Lemang Periuk Kera (ketawa) Yang Berhormat Tioman angguk-angguk ya di antara penggemar Lemang Periuk Kera.

Ha… sebab tu lah saya tadi senyum bila er… apa daripada mana tadi Peramu Jaya er… menyebutkan bahawa er… monyet-monyet, kera-kera berkeliaran oleh kerana kita telah me… me… apa (ketawa) me… hutan-hutan telah kita tebang dan periuk-periuk Keranya telah di… (ketawa) diambil oleh er… penggemar-penggemar lemang periuk kera. Er… jadi saya mencadangkan sebab perkara ini berlaku er… telahpun dilaksanakan ada di antara kita er… anak-anak buah saya telah melaksanakan satu er… menjual Periuk Kera ini online… online Sabah, Sarawak er… jadi apa salahnya dan sekiranya boleh yang… Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua, saya mencadangkan supaya kita menjadikan ia er… sebagai satu ladang er… produk Bunga Periuk Kera ini.

Jadi kita, saya cukup yakin dan percaya Jabatan Hutan mesti boleh er… membantu kita dalam soal ini supaya ia, dia tidak lagi kera-kera ni taklah susah hati hah kan, hutan dia dah tak de, periuk kera dia dah kena amik. Jadi, dan kita jadikan dia satu produk untuk kita eksport, ha… sebab setakat hari ini, dia punya apa ini, permintaannya cukup tinggi dan saya dimaklumkan sukar untuk dapat sebab proses untuk menjadi, membolehkan dia, dia jadikan lemang periuk kera itu mengambil masa lebih kurang seminggu er… untuk dilaksanakan.

Seterusnya saya juga, mengharapkan ialah Yang Berhormat, itu yang er… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, iaitu yang berhubung dengan belia-belia kita dan juga ekonomi yang mereka hadapi pada hari ini. Kita sedia faham, er… terutamanya di tempat saya, yang ada 7 FELDA. Mereka sebahagian besarnya balik daripada bandar-bandar kerana mereka kehilangan pekerjaan. Itu saya kira sudah sedia maklumlah. Semua orang tahu, bagaimana punca mereka kehilangan pekerjaan, dan dalam keadaan hari ini, kita tidak dapat mengelakkan perkara-perkara seperti ini berlaku. Jadi harapan saya supaya kita di… terutamanya di Bukit Ibam ini, kita ada ladang-ladang kelapa sawit yang cukup luas.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Dan saya kira ini kali ke-2 saya menyarankan supaya er… kerajaan kita membina kilang. Kilang daripada produk-produk hiliran er… daripada kilang-kilang sawit ini.

Dia boleh dijadikan baja, dia punya kelapa sawit… pelepah kelapa sawit tu boleh kita jadikan, dihancurkan dijadikan chipboard, untuk jadikan chipboard. Saya harap dengan ini mampu menjana peluang-peluang ekonomi bagi second generation kita, dengan izin, Yang di-Pertua.

Seterusnya ialah saya juga mengharapkan bidang pendidikan ini juga kita berikan perhatian kalau kita sebelum ini, sekolah-sekolah menengah kebangsaan di bawah Kerajaan Persekutuan mungkin tidak menghadapi apa-apa masalah kerana mereka mendapat bantuan. Tetapi kita ada lagi sekolah, Yang Amat Berhormat MB, iaitu kita… sekolah-sekolah KAFA, Kelas Al-Quran dan Fardu Ain. Mereka di tempat saya ini ada 10 sekolah dan saya cukup yakin dan percaya, di tempat-tempat lain juga ada juga sekolah-sekolah KAFA ini dan keadaan mereka, saya sebutkan memerlukan bantuan dan perhatian daripada kita semua. Jadi itu harapan saya.

Berhubung dengan pelancongan juga iaitu saya mengharapkan supaya sebelum ini kita selalu menyebut Kuala Gandah, Pulau Tioman, Pulau Tioman wajiblah dalam senarai, jangan terkeluar [ketawa], Cameron Highlands dan juga tempat-tempat lain. Fraser Hill, Teluk Cempedak tetapi saya mengharapkan supaya pelancongan ini kita perlu perluaskan lagi… perlu perluaskan. Carilah tempat-tempat lain. Kalau kita sebut tentang er… tak ada keperluan asas, tak ada fasiliti, kita sediakan itu.

Sebagai contoh, kita ada di er… di Bukit Ibam. Saya dah menyebut banyak kali, Tasik Biru. Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua, Tasik Biru. Jadi, Tasik Biru tu memang biru sangat airnya. Jadi perlulah kita… kalau kita nakkan sesuatu itu menjadi satu tarikan. Kita sediakan segala keperluan asas di situ dan saya sangat yakin dan percaya kalau itu kita laksanakan dan kita masukkan dalam map… dalam peta pelancongan kita, dan kita pasti pelancong akan datang, dan orang daripada Barat ni, mereka dah puas dah dengan pemodenan dan saya cukup yakin dan percaya mereka hendakkan ‘Back to Nature’, dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Jadi perkara ini sangat penting untuk kita jaga. Jadi saya hari ini er… saya pergi ke tempat… satu tempat er... semasa PRK Cameron Highlands er… minta maaf bukanlah nak mengipas er… [Ketawa] Yang Amat Berhormat kita. Saya duduk di situ 14 hari. Walaupun dalam keadaan yang agak sukar ketika itu dengan tekanan perasaan yang sangat-sangat tinggi, er… tetapi ada ketenangan jiwa di situ. Ada ketenangan jiwa di situ, dan saya dalam usia er… usia 16 tahunlah kalau nak terbalikkan [ketawa], mampu mendaki 7 bukit untuk pergi ke Perkampungan Asli Chak An dan juga Cening dan saya dapati di situ, mereka sangat menjaga…menjaga alam sekitar. Sungainya sangat jernih, sejuk tak usah nak citelah. Jadi first time sampai situ, seme menjerit bila mandi. Jadi apa pun, yang nak saya utarakan di sini ialah, mereka minta dengan saya, tolonglah jaga. Jadi ada satu tempat yang kita bangunkan, modenkan, tetapi ada juga tempat-tempat yang perlu kita kekalkan keadaan semulajadi… keadaan semulajadi.

Jadi berhubung dengan ini juga, Yang Amat Berhormat MB dan juga Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dalam perancangan pembangunan ni er… di tempat saya ini banyak er… kampung… kawasan-kawasan peninggalan terutama peninggalan DARA dulu. Jadi saya mohon bandar-bandar seperti Kota Shah Bandar ni telah disediakan semua er… di zaman peninggalan DARA dulu. Bandar Melati, Perwira Jaya, Kota Shah Bandar. Jadi telah… telah tersedia. Dalam peta tu telah lengkap di mana letaknya sekolah, di mana letaknya klinik, balai polis dah ada, sekolah menengah dah ada, sekolah dah ada… sekolah dah ada. Sekolah menengah, tempat sekolah menengah pun telah disediakan. Jadi saya

mengharapkan supaya pembangunan-pembangunan ini hendaklah kita seratakan. Janganlah tuju setempat sahaja. Jadi kalau nak kata saya ni cemburu, memanglah. Orang perempuan memanglah cemburu, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Jadi cemburu untuk kebaikan rakyat di tempat saya, Wakili. Jadi saya mohon…

Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Menteri Besar minta laluan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya rasa er… Rompin, Maran er… mana lagi, Bera adalah kawasan di bawah jagaan DARA dulu. Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka dan sebagainya. Dan er… beberapa tahun yang lepas, kita ada minta peruntukan sebab kita dulu semasa Kerajaan Pusat minta kita bubarkan LKWJ tu, DARA tu, kita bubarkan sedangkan di Kelantan dan semua tidak bubarkan. Tetapi kita minta balik supaya ada peruntukan diberi kepada kawasan-kawasan ketinggalan ini, dan kawasan Yang Berhormat adalah termasuk dalam kawasan tersebut. Jadi saya rasa mereka yang dulu di bawah jagaan DARA ini, amat bertuah kerana ada peruntukan khas setiap tahun.

Jadi kita berharap supaya Kerajaan Pusat pun akan terus memberi tumpuan kepada kawasan ini, dan saya juga telah dimaklumkan Mesyuarat ECER baru-baru ini, Wilayah Ekonomi Pantai Timur baru ni memang ada peruntukan-peruntukan tertentu untuk kawasan yang dulunya di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka. Jadi sepatutnya daerah lain yang berasa cemburu dengan Rompin ni bukan Rompin berasa cemburu dengan tempat lain. Terima kasih Yang Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

[Ketawa] Terima kasih Yang Amat Berhormat er… MB, atas penjelasan itu dan harapan… saya mengharapkan apa yang telah di… dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat itu menjadi satu kenyataan dan terima kasih banyak-banyak. Jadi saya juga…

Yang di-Pertua (Speaker)

Panjang lagi Yang Berhormat?

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Ya?

Yang di-Pertua (Speaker)

Panjang lagi? Masa.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Dah habis masa?

Yang di-Pertua (Speaker)

Habis masa dah.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Oh, ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat cakap slow-slow, slow, banyak masa punya.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

[Ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh…boleh, gulunglah saya ingat.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

[Ketawa] Okay, terima kasih. Er… gini, er… saya er… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan ucapan terima kasih kerana mengizinkan saya berucap pada petang ini dan saya mohon maaf kepada rakan-rakan sekiranya saya terambil masa er… tuan-tuan dan semua. Untuk itu saya ucap… mohon ampun dan maaf, dan saya ucapkan wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh dan saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Baik, sila Padang Tengku.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas peluang ini dan er… saya juga ingin menyusun menyembah tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota atas pelantikan sebagai Pemangku Raja Pahang dan juga sembah tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah sebagai Sultan Pahang dan kemudiannya diangkat sebagai Yang Di-pertuan Agong Yang ke-6… ke-16. Sebagai rakyat negeri Pahang pastinya kita berbangga dengan perlantikan Baginda sebagai Ketua Negara Malaysia.

Ini merupakan satu penghormatan yang tertinggi kepada negeri Pahang dan kita amat mengharapkan bahawa dengan perlantikan sebagai ketua negara, orang yang

paling tinggi carta negara kita, yang akan memudahkan lagi urusan di antara Kerajaan Negeri Pahang dengan Kerajaan Persekutuan, khususnya dalam usaha kita untuk membangun, kemajuan dan kesejahteraan rakyat dalam tempoh 5 tahun ini.

Saya tertarik dengan titah Tuanku Pemangku Raja walaupun dalam titahnya dihujung, Baginda menyebut tentang isu-isu yang berkaitan dengan pencabulan terhadap kesucian Agama Islam dan ungkapan yang disebutkan ‘Kesucian Agama Islam dijunjung dan Perlembagaan disanjung’.

Sesungguhnya saya ingin bersama-sama dengan rakan-rakan ADUN yang lain, berkongsi kebimbangan yang dicetuskan oleh Baginda kerana sesungguhnya negara kita yang selama ini mengamalkan Sistem Demokrasi Raja Berpelembagaan yang merupakan satu sistem yang amat berjaya dan telah berjaya meletakkan kita Malaysia dan negeri Pahang dalam suasana negara, negeri yang paling berjaya di dunia khususnya dalam negara masyarakat yang majmuk ini.

Namun begitu di waktu-waktu mutakhir ini, kita dengar dan kita amati begitu banyak cerita-cerita yang berkaitan yang cuba mempersoalkan tentang kedudukan, kesucian Agama Islam, kedudukan Raja-raja Melayu, malah ada yang meluahkan perasaan melalui media masa dan sebagainya seolah-oleh mereta tidak punyai kesetiaan kepada negara dan ini sesuatu perkara yang amat membimbangkan kita.

Justeru itu, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Pahang mendesak supaya Kerajaan Pusat memperketatkan lagi undang-undang dan peraturan-peraturan dalam menangani isu ini. Undang-undang yang sedia ada, umpamanya undang-undang yang berkaitan dengan penghinaan Agama Islam, Raja-raja Melayu dan jugak negara ini err… Akta Hasutan 1948 yang hanya memperuntukkan penjara tidak lebih daripada 3 tahun atau denda tidak melebihi RM5000.00 atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama dan juga kesalahan berikutnya penjara tidak lebih daripada 5 tahun.

Saya kira ini merupakan akta yang tidak dapat menangani masalah ini. Begitu juga dengan Akta Komunikasi Multimedia 1998, yang mana hukumannya hanyalah tidak lebih daripada 1 tahun dan denda tidak lebih daripada RM50,000.00 err… ataupun keduanya sekali. Saya kira ini akta-akta yang perlu kita lihat dan kita ambil contoh negara-negara yang lain.

Sebenarnya, undang-undang yang melibatkan penghinaan raja-raja ini bukanlah sesuatu yang baru. Dia pernah wujud err… wujud di Thailand, telah ada di Brunei, telah ada di Sepanyol, telah ada di Belanda, umpanya Artikel 112, Undang-Undang Kod Tata Jenayah Thailand telah memperuntukkan hukuman penjara di antara 3 hingga 15 tahun kepada individu-individu yang disabitkan dengan kesalahan menghina raja dan negara. Justeru itu, saya ingin mencadangkan…

Mohon mencelah

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Kerajaan…

Dato’ Yang di-Pertua, boleh?

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Saya tertarik dengan Padang Tengku pasal akta-akta kesalahan ini dan hukuman-hukumannya. Bagi saya, isu penghinaan kepada raja-raja ini adalah isu yang berat. Saya ingin bertanyalah pendapat Padang Tengku. Apakah hukuman yang agaknya paling sesuai kepada pesalah-pesalah tersebut?

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Ia akan terlepas ke situ nanti err… tapi saya terus jawablah. Makna saya nak cadangkan supaya sekurang-kurangnya hukuman penjara 10 tahun mandatori. Makna tak payah denda. Siapa saja disabitkan dengan kesalahan, mandatori dia dipenjara sekurang-kurangnya 10 tahun. Itu untuk… untuk yang pertama, untuk berikut-berikutnya perlu di… mungkin err… dilucutkan kerakyatan.

Ha… ini di antara perkara yang saya fikirkan kerana mereka sebenarnya tak layak lagi menjadi warganegara ini kerana mereka telah mempersoalkan satu undang-undang yang tertinggi, sebab sebenarnya perkara ini kita nampak err… begitu meluas sekarang ini. Mungkin berkait dengan err… apa nama ni keadaan semasa negara yang begitu liberal, yang begitu memberi kebebasan, mungkin jugak ada usaha-usaha untuk melunturkan semangat dan mempertahankan Sistem Diraja sebagai sistem yang menjadi tunggak pemerintahan kita kepada sistem yang bebas.

Mungkin di sinilah yang selalu kita sebutkan perlawanan atau percanggahan di antara ketuanan rakyat dengan ketuanan Melayu dan isu ini sedang… sedang mula dipersoalkan dan saya kira ini adalah satu-satu usaha yang akan menyebabkan malang kepada sistem yang ada dan ada usaha-usaha pihak-pihak tertentu nak membawak negara ini ke sebuah negara republik umpamanya.

Justeru itu, saya kira kita perlu membuat satu undang-undang dan malah mungkin pelajar-pelajar kita, pemimpin-pemimpin kerajaan err… pemimpin-pemimpin masyarakat, penjawat-penjawat awam perlu didedahkan dengan pengetahuan tentang asal usul negara dan sebagai mana saya ingat dan saya pernah berkursus di Indonesia dia mengamalkan err… satu program yang dinamakan P4, P tu ialah ‘Pengamalan’, ‘Penghayatan’, Pembudayaan’, ‘Pancasila’.

Sebab itu kalau kita tengok err… Presiden Jokowi, dia… dia selalu buat err… perjumpaan dengan rakyat, dia akan tanya ‘err berapa… berapa haa… macam kuiz pada err… pendengar-pendengar ceramah dia tu, pendengar-pendengar ucapan dia tu dengan beberapa soalan. Makna penerapan itu berlaku dengan begitu baik tetapi kita nampak di negara kita dan saya harap Exco Belia mungkin boleh memikirkan bagaimana kita nak menerapkan semula keyakinan ini, bahawa inilah sistem yang terbaik dalam negara kita.

Perkara yang kedua, yang saya nak sentuh di sini ialah dan err… di… disinggung juga secara tidak langsung oleh err… Yang di-Pertua oleh err… apa Pemangku Raja

kita iaitu hubungan mesra di antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri. Kita sebenarnya menghormati bahawa Kerajaan tela… rakyat telah membuat pilihan dan Allah telah menentukan bahawa negeri Pahang diperintah oleh Kerajaan… diperintah oleh Barisan Nasional. Manakala Persekutuan diperintah oleh DAP, PH. DAP Pakatan Harapan dengan…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Ya

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Persekutuan kini adalah di bawah Pakatan Harapan bukan DAP, PH.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Emm… [ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Betulkan sikit Yang Berhormat.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Ini satu benda yang cukup baik ni, tapi kat kita tu dia tuduh kerajaan UMNO Barisan Nasional. Wei sedap sangat mulut dia…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan, mintak laluan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sebagai Pemimpin dan Wakil Rakyat saya rasa kita bertanggungjawab untuk tidak mengelirukan rakyat.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Saya tak keliru pun. Saudara fahamlah betul-betul. Kerajaan DAP Pakatan Harapan, Kerajaan UMNO Barisan Nasional. Itu yang… kalau begitu dulu pihak Pembangkang sana masa dia menjadi Pembangkang, dia mengelirukan rakyat kenapa sampai masa kita...

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Tuan Yang di-Pertua…

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

… kita pulak yang mengelirukan rakyat.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Minta, minta mencelah. Dulu kita sebut UMNO dan Barisan Nasional kerana UMNO ada kerusi terbanyak dalam Barisan Nasional. Hari ini dalam PH kerusi yang paling banyak adalah Parti Keadilan Rakyat. Jadi parti… patutnya sebut PKR PH ataupun err… PH sahaja, saya lebih suka kalau kita sebut Pakatan lah. Terima kasih.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Kita pun dengar Perdana Menteri pun cakap di Terengganu kan tak lama dulu, siapa sebenarnya yang menentukan kedudukan Perdana Menteri. Saya ingat tak perlu berpolimiklah ya, kita semua faham. Jadi saya, tak apalah saya akan menggunakan istilah ini dan saya tengok di Dewan Rakyat pun ada Wakil Rakyat kita yang menggunakan apa nama err… istilah ini Dato’ Yang di-Pertua tetapi tidak ada bangkangan pun. Saya ingat tiada masalah lah itu ya.

Okay, saya… saya nak pergi ke cerita yang lain, jadi dah ditentukan ya dan kita harus menghormati kerana inilah satu yang perlu kita raikan maknanya Kerajaan Pusat, PH Pakatan Harapan, Kerajaan BN dan dalam suasana menghormati inilah maka kita perlukan kita bekerjasama.

Sebenarnya Kerajaan Negeri err… sentiasa memberikan kerjasama kepada program-program Kerajaan Pusat, contohnya saya nak jelaskan di sini, penjenamaan semula JKKK. Sebenar ni ada soalan baru ni kepada Exco Batu Talam, yang menyatakan err… MPKK sebenarnya bukan benda baru pun. Dia itu hanya penjenamaan semula atau tukar nama je, yang terbaru tukar nama ialah PERMATA GENIUS ar...

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Dia penamaan dia ataupun penjenamaan ni er... dia banyak dia kalau kalau PERMATA tu dia panggil GENIUS, JKKK panggil MPKK, jadi kemungkinan kalau PH tu Pakatan Harapan tu, kalau dinamakan Pakatan Hancing tu boleh juga ke apa? Macam mana ni Padang Tengku?

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

(Ketawa) Sebenar yang itu pun kadang disebut di luar sana. Perkataan yang paling popular sekali tapi saya tak nak gunakanlah dalam Dewan ini ha… sebab kita menghormati apa nama ni pemilihan, pilihan yang dibuat oleh rakyat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Padang Tengku.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Jadi, justeru itu saya nak supaya pendekatan kita di antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri ni kita suburkan dan sebarang pendekatan yang berbentuk konfrontasi harus kita elakkan. Saya nak sebutkan di sini, saya rasa begitu sedihlah umpamanya ada jabatan-jabatan yang mengharamkan kehadiran kita dalam

program-program mereka. Saya nak beri contoh, saya telah dua kali kena ni, tiga kali sebenarnya hah.

Pertama sekali, jabatan, saya bukan saya dipanggil sebenarnya, orang panggil Menteri Besar untuk rasmi Perasmian Mesyuarat PIBG. Menteri Besar wakil ke saya, Menteri Besar pun selaku ketua jabatan negeri kita, ketua Kerajaan Negeri pun dilarang untuk hadir di majlis di sekolah yang dia jadi Menteri Besar. Ni dua kali Dato’ Sri

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

dan saya tidak ada. Ya.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Mengikut pemaham, pemahaman saya, Kementerian Pendidikan tidak pernah mengeluarkan arahan seperti ini sekiranya ada saya minta er…YB. Padang Tengku mengemukakan bukti dan kita akan membuat laporan kepada Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Buktinya kita tak boleh datang. Jemputan telah dibuat. Ini terang lagi bersuluh. Saya boleh sebut nama sekolah, Sekolah Kebangsaan Felda Chegar Perah. Panggil MB, MB wakil saya, saya pergi jumpa MB, MB minit

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Ya.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya rasa ini adalah kerana pihak sekolah terlalu biasa dengan budaya di zaman Kerajaan Barisan Nasional di mana ADUN pembangkang atau Wakil Rakyat pembangkang tidak dibenarkan masuk sekolah. Tapi untuk pendirian be er…Pakatan Harapan, kita tidak pernah melarang Wakil Rakyat Pembangkang untuk masuk sekolah.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Minta laluan Tuan Yang Berhormat, saya juga diberitahu oleh Pejabat Pendidikan Daerah bahawa MB dan ADUN di satu kawasan tidak dibenarkan untuk menyertai program aktiviti perayaan Hari Guru. Terima kasih.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Mungkin ini mereka mendapat pegawai er… yang, yang bekerja di PPD mereka ikut SOP yang kerajaan dulu kerana kerajaan dulu mereka tidak membenarkan pembangkang untuk masuk ke sekolah. Kita semua barisan ini pernah berlaku hal ini. Mungkin mereka belum dapat informasi yang yang te… apa tu yang tepat se… setakat ini,sekian.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Saya tunggu-tunggu sangat ni SOP dan sebagainya. Sebenarnya kita persoalkan kalau tak dijemput tiada hal, mungkin dulu pembangkang tidak dijemput ha… itu isu dia. Kita ni dijemput, ada sekolah tu bila kita tak boleh pergi…

Tuan Yang di-Pertua,

Dia sebenarnya saya rasa malas nak bertaki sebab bertaki ni memang hobi. Saya daripada kecil lagi, bertaki daripada kecil.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Ada Menteri yang datang lawat kawasan, saya tak tahulah di kawasan mana. Di kawasan saya, Menteri Kerja Raya datang melawat ke kawasan saya, Exco Kemudahan Asas tidak dijemput. ADUN Kawasan tidak dipanggil. Malahan Ahli Parlimen di kawasan tersebut tidak juga dipanggil dan Yang Berhormat Menteri datang dengan menggunakan Majlis-majlis Kerajaan tapi penggunaannya dia seolah-olahnya ialah Majlis Parti dan ini bukan kali pertama.

Datangnya Menteri (bertanya Ahli Dewan) KATS, Menteri KATS baru ini dan lawatan nak meninjau nak mengumumkan tentang SOP bauksit, tidak ada pelawaan dibuat kepada pihak Wakil Kerajaan. Hari 15 haribulan baru ni, Menteri Pertanian datang ke Pahang, datang ke Pahang tidak ada langsung pelawaan kepada Exco Pertanian. Hari semalam Menteri Pertanian pergi ke PKPN, tidak ada pelawaan. Sebab itu dalam konteks ini, kita selalu menyebut tentang politik yang toksik, kita mahu politik matang. Tetapi yang mendukacitakan kita ialah ianya tidak ditafsirkan oleh Kerajaan baharu Pakatan H ini tadi diperingkat Pusat, dalam mempastikan menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada parti yang bukan daripada Pakatan H ini tadi. Sebab itu saya rasa ini amat mendukacitakan. Sebab tu dalam konteks ni, ini bukan kita nak mengelirukan.

Banyak TPM datang ke Pahang tidak ada pelawaan dan banyak lagi. Perkara ini mesti diperhatikan. Sebab itu, dalam konteks ini tadi kita Pahang alhamdulillah kita mengamalkan pendekatan yang berbeza tapi dalam keadaan kita yang agak hiba

dan dukacita. Kerana dalam nak memajukan negara kita Dato’ Sri Yang di-Pertua, nak memajukan Malaysia, kita mesti majukan kampung-kampung, daerah-daerah…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Benta

Negeri-negeri yang ada dalam

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Benta,

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya

Gini, sebenarnya penjelasan kepada

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat

Penjelasan kepada dakwaan mengatakan seolah-olah sebenarnya

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya

Er…dasar yang dibuat oleh Kerajaan Pusat pada kali ini tidak mendiskriminasikan parti yang berbeza dengan parti PH, terima kasih.

Yang di-Pertua, mencelah sikit.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Yang di-Pertua

Yang di-Pertua (Speaker)

Cukuplah saya ingat saya beri peluang untuk Padang Tengku teruskanlah saya ingat kerana masa anda, masa Yang Berhormat Padang Tengku, masa Yang Berhormat masih pendek juga. Saya kira, ok, sila Luit.

Saya punya sikit ja. Saya sedih juga apa yang berlaku pada Barisan Nasional, Kerajaan Barisan Nasional dan sedih juga pada Kerajaan PH dan saya sedih Pas tak diberi peluang lagi menjadi kerajaan (Ahli Dewan ketawa) hah itu ja sebenarnya nak beritahu (Ahli Dewan ketawa) bagilah peluang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Minta laluan?

Yang di-Pertua, mohon laluan sikit,

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya

Mohon laluan boleh? Saya nak menambah tadi apa yang diperkatakan oleh sahabat saya daripada Benta. Saya nak tambah satu lagi bukti Dato’ Yang di-Pertua, kalau tak jemput kita ini sebab kita sama-sama ahli politik kita fahamlah. Tetapi baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan datang ke Maran buat program depan rumah Pegawai Daerah. Pegawai Daerah Maran pun tidak dijemput dan tidak dibenarkan untuk hadir dalam program kementerian. Jadi itu bermakna adanya masalah jiwa saya rasa dengan Kerajaan Pakatan Harapan ni.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak apa lah, saya ingat Padang Tengku elok

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Ok saya

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Tuan Yang di-Pertua

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Panjang sangat dah ni, dah takpa takpa kalau tidak bila waktu saya ni, dah dah…

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Yang Berhormat

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Dah, dah, dah, dah, dah dah bagilah saya peluang ni

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat ya Padang Tengku saya ingat eloklah teruskan.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Panjang sangat tadi apa ni celahan, panjang sangat masuk dalam ucapan sayalah nanti. (YB ketawa)

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, sila. Teruskan Padang Tengku.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Sebenarnya tuan-tuan, saudara-saudara, Dato’-Dato’, Yang di-Pertua, kita kasihan ke sekolah, kalau di sekolahlah mereka perlukan dana. Saya memang bertubi-tubi dapat surat sebab dia kata kalau dia panggil PH er… DAP, PH pun tak dapat apa-apa er… baiklah panggil kita. Kita ada MB, itu je yang saya nak sebutkan. Kesian sekolah, sekolah tiada duit sekarang. Hah, itu antara perkara rayuan yang dikemukakan. Tak apa kita selesai yang itu.

Saya nak bawa isu yang lain. Isu yang kedua yang saya nak sentuh ialah tentang er…

Yang di-Pertua (Speaker)

Baru dua isu Yang Berhormat.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Ha

Yang di-Pertua (Speaker)

Baru dua, saya ingat dah empat tadi.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Banyak mencelah tu lah. Saya nak sebut tentang pembelaan kepada pekebun kecil getah, kelapa sawit. Memang kesianlah, saya ada beberapa pendapatan, penyata pendapatan FELCRA dapat RM360 sebulan. Ini FELCRA Sg. Temau. Di FELDA Chegar Perah, pendapatannya tinggal RM303…RM395.00.

Yang Berhormat Yang di-Pertua

Nak tanya, sebelum ni berapa pendapatan dia orang ini, berapa pendapatan mereka er… wakil daripada Padang Tengku? Yang nampak sedih sangat tu RM360 tu.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Yelah, sebelum daripada angka ataupun sebelum 9 haribulan Mei ini lebih tepatnya er… kita dapati mereka tak kurang daripada RM1,500 yang mereka dapat itu dan kalau tengok di Koyan… Koyan alhamdullilah masih tinggi lagi pendapatan dia tapi di… di dua kawasan ini dan saya tengok dah masuk dalam apa nama ni… miskin tegar. Jadi kalau kita kira ini orang-orang FELDA ini dah sebahagian besarnya dah masuk dalam miskin tegar dan mungkin boleh mereka ini daftar dengan e-kasih tapi dalam FELDA ini banyak sangat halangannya tak bolehlah. Jadi saya nak syorkan supaya er… dibuka mereka juga e-kasih supaya mereka juga dapat peluang-peluang untuk mereka membela kedudukan mereka, itu di antara perkara.

Dalam kertas putih yang dikemukakan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi kita tak begitu nampak apakah er… penyelesaian kepada masalah peneroka-peneroka FELDA ini. Saya nampak masalah yang utamanya ialah pendapatan kelapa sawit yang harganya rendah menurun, itu isu yang pertama tapi tidak ada satu fomula yang jelas dikemukakan dalam kertas putih untuk menyelesai masalah ini.

Masalah kedua ialah masalah bebanan hutang ataupun janji untuk menghapuskan hutang oleh er… kerajaan me… Malaysia baru ini. Itu pun juga tidak dinyatakan dengan jelas. Jadi saya nak memikirkan, fikir punya fikir tadi sebut pasal buluh. Sebenar cerita buluh ini cerita saya dah sebut dalam Dewan ini dalam ucapan yang lalu tapi tak meletup macam sekarang ini. Sebenarnya saya tak bersetuju kalau tanam buluh itu sebagai salah satu er… menambahkan pendapatan tapi untuk pendapatan sampingan boleh sebab disebutkan tadi memang er… buluh itu memang banyak di sekitar-sekitar FELDA ini memang banyak. Baru ini saya bawa Ahli daripada er… Kuala Sentul pergikan satu tempat perusahaan kraftangan yang berasaskan buluh di Sungai Temau dan kita lihat dia sebenarnya boleh menyara hidup dengan baik sebab satu-satu alatan yang dia buat tu er… ada yang harga RM100 buat apa tu… panggil tu…. pa ya? pa… apa ni Ahli daripada…

Bukan pa, pa tu Tokpa…

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Saya…

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Pahar? Ha… tempat saya kabo semerit…

Dia buat-buat tak tahu Dato’ Yang di-Pertua, pasal ini yang bawa untuk hantaran orang kahwin tu.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Ha… hat itu je RM100… RM100… RM150 satu. Dato’ apa nama ni… Ahli Kuala Sentul tempah 10, saya tempah 7. Maknanya itu baru 2 orang datang hari itu. Ini menunjukkan ini antara kalau kraftangan perniagaan semacam ini boleh kita galakkan, menggunakan buluh ini tadi, saya ingat ini satu er… kaedah yang baik bukannya tanam buluh. Sebab buluh dah berlambak dan saya dalam ucapan saya yang lepas saya syorkan supaya Kerajaan Negeri masukkan buluh ini sebagaimana kayu-kayu balak yang lain, supaya dia ada nilai dan perhiasan buluh ini akan er… dapat kita semarakkan dan saya alhamdullilah selepas saya ber… bercakap di Dewan ini ada pengusaha daripada… daripada apa nama ni… er… Kuala Lumpur er… berjumpa dengan saya membawakan proposal untuk er… membuka industri buluh di… di Padang Tengku dan saya nak cadangkan pada PKNP yang er… kawasan kita di… di Kechau Tui itu er… kita cari pelabur-pelabur yang semacam ini.

Itu tentang er… peneroka yang saya nak sebutkan juga belia-belia ini… belia-belia ini. Kita kena galakkan mereka untuk satu lagi yang paling sesuai ialah saya rasa ternakan lembu. Kalau nak tanam buluh, nak tanam pokok-pokok lain di dalam kawasan ladang kelapa sawit ini tidak sesuai. Di Merapoh kita ada er… LKPP… PKPP yang ada lembu banyak di dalam ladangnya dan saya yakin ini boleh diadopt untuk kita er… memberikan er… apa nama ni punca penambahan pendapatan di… di er… pada peneroka-peneroka FELDA.

Saya nak sebut satu lagi yang disentuh oleh Tuanku Pemangku Raja ialah tentang dasar mesra pelabur. Tadi saya sebut er… di Padang Tengku ni ada satu kawasan Kawasan Perindustrian Kechau Tui keluasan kawasan 141.67 ekar yang dibuka sejak tahun 1989 lagi, maknanya 21 tahun yang lalu. Namun begitu dalam tempoh 21 tahun ini, dengan keluasan kawasan sebanyak ini, baru ada 2 pelabur yang melabur. Satu Mieco Chipboard, satu lagi apa nama… PIO Biomass dan ada lot 10 lot kosong lagi saya nak minta supaya PKNP kerja kuat sikitlah cuba bawa pelabur-pelabur di kawasan Pahang Barat ini. Jangan ditumpu di kawasan er… Kuantan saja sebab kawasan Pahang Barat sekarang dah mudah dilalui kesampaian dah begitu apa nama ni… untuk sampai ke kawasan Pahang Barat dah begitu boleh dipercepatkan. Jadi nak minta tolong.

Saya ucap terima kasih kepada PKNP tapi saya ingat boleh kerja lebih keras lagi dan jangan tertumpu sangat kepada perkayuan, mungkin boleh difikirkan dibuka, dah kita dah menunggu lama sangat sampai 21 tahun, elok dibuka kepada perusahaan-perusahaan yang lain. Mungkin yang berasaskan pembinaan besi dan sebagainya atau buluh yang saya sebutkan tadi. Ini di antara yang saya ingat boleh menarik pekerjaan kepada kawasan sebab kawasan Padang Tengku dan Lipis ini khususnya kita salah satu ialah kita kekurangan pekerjaan bagi orang-orang muda sebab itu daya ataupun kuasa beli begitu rendah.

Seterusnya saya nak bangkit tentang er… pembangunan pada masyarakat Orang Asli Suku Batek. Saya dah sebut dulu. Di kampung di tempat saya di Padang Tengku ada 3 perkampungan Suku Batek ini. Satu Bercah Pelubi di Teluk Gunung, Paya Keladi di Chegar Perah dan Sungai Garang. Daripada jumlah penduduk yang kalau dikira jumlah pengundinya di ketiga-tiga kampung tu ada dalam 200 lebih tapi kalau kita tengok yang bilangan yang pergi ke sekolah itu amat menyedihkan. Saya ada… ada data disini. Daripada 3 buah kampung itu hanya… hanya satu kampung sahaja yang murid-muridnya pergi ke sekolah iaitu Kampung Paya Keladi yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Chegar Perah 2 lelaki dan 4 perempuan. Kemudian daripada kampung yang sama juga yang pergi ke sekolah menengah, 2 lelaki dan 3

orang perempuan. Jadi saya kira kalau kita nak membangunkan masyarakat Orang Asli, khususnya Suku Batek yang merupakan suku yang paling primitif dan paling mundur dalam kalangan Orang Asli ini, saya kira kita perlu memberikan penumpuan kepada er… mengajak ataupun membuat sesuatu untuk mereka datang atau pergi ke sekolah.

Justeru itu, saya nak minta KEMAS tolong buka apa nama ni… tadika untuk mereka mula kenal huruf dan minat. Yang keduanya Kementerian Pelajaran, Yayasan Pahang er… mungkin kena fikirkan macam mana kita nak menarik Suku Batek ini untuk mereka pergi ke sekolah. Saya juga nak mengutarakan apa yang telah saya utarakan Dato’ Sri Yang di-Pertua, tentang bekalan air bersih di Kampung Dada Kering dan juga di… di Kampung Petola yang telah saya bangkitkan yang telah direspons oleh 2 orang Exco serentak. Er… saya ucapkan terima kasih baru ni PLB ataupun KPLB telah datang sebaik saja apa nama ni… saya sentuhkan di Dewan ini tapi mereka menyatakan bahawa sekarang ini bukan di bawah er… Kementerian Pembangunan Luar Bandar lagi, tetapi telah ditukar kepada Kementerian er… Air, Tanah dan Sumber Asli dan memerlukan peruntukan tambahan lebih daripada kalau angka sebenar yang saya dapat RM7,245,300 bagi er… membaiki atau membina saluran paip seluas 22,700 meter dan saya harap isu ini dapat diselesaikan segera kerana isu ini dah begitu lama dan dah betukar Kementerian dan kerajaan dan sebagainya dan saya harap benda ini dapatlah kita selesaikan segera.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, masa dah melebihi…

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Okay, isu ini dah yang terakhir. Isu yang terakhir ialah er… tentang pembinaan rumah ataupun sumbangan bina rumah baru kepada mangsa-mangsa kebakaran. Saya lihat bahawa mangsa-mangsa kebakaran ini er… begitu lambat dapat bantuan. Kita tahu bila terutama total lost, bila dia terbakar macam itu, dia… dia miskin terus, miskin mengejut, miskin segera. Tapi bantuan pada mereka itu agak lambat. Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kita dapat RM5 ribu dibantu. Kemudian dapat pula er… biasanya di bawah tabung kecemasan sebanyak RM1000 mungkin campur-campur derma orang ramai dapatlah RM10 ribu. Tapi dia tak boleh membina.

Justeru itu begitu lama untuk dapat. Saya ada kes ini sebanyak er… 45 kes kebakaran yang berlaku sepanjang er… apa nama… 2013 sampai 2018, makna lima tahun yang lalu. Er… banyak lagi rumah-rumah, ada rumah-rumah yang sampai hari ini pun belum dapat dibina sebab kita mengharapkan MUIP dan kita nak harapkan er… bantuan bina baru di bawah skim yang disediakan oleh pihak er… PLB dia mesti masuk dalam senarai yang telah sedia ada yang pernah, yang telah kita… kita ada senarai orang-orang terdahulu menunggu sedangkan ini mengejut.

Dari sudut itu saya nak mencadangkan supaya er… satu tabung khas bencana kebakaran. Dia tak besar macam banjir, kalau banjir dia kena sekali tapi kebakaran ini mungkin setahun se… setahun sebiji setahun dua biji itu jangkanya dan saya kira ini bukanlah membebankan, mungkin kita nak selaraskan dengan MUIP juga ataupun kita minta NADMA. Iaitu apa nama ini… agensi bencana er…national… negara supaya mereka dapat mewujudkan selain daripada skim er… banjir dan sebagainya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya dah berhujah. Saya kira rakan-rakan kat sini pun dah banyak bagi idea.

Satu saya harapkan, kita sebenarnya setiap kali Dewan bersidang, Dato’ Yang di-Pertua, kita nak dengar sangat jawapan daripada Exco-Exco ini. Tapi kadang-kadang exco ini melarat cerita hal lain. Apa yang kita soal dia tak jawab.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat insya-Allah dia akan jawab.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Saya ingat kali ini tumpulah pada jawab itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Ini nak bercerita panjang macam-macam malas nak sebutlah Exco mana.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, terima kasih.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Tapi Itulah keadaannya. Kalau boleh tuan-tuan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Mungkin lepas ini Padang Tengkulah menjadi Exco. Kita pula menanya soalan.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Itu rezeki ketentuan tuhan belaka. Tapi tak apalah maknanya kita harap begitulah. Sebab kita memang menunggu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya. Yang Berhormat sila…

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Kita nak bawa balik, bawa bekal balik, apa jawapan tapi tiba-tiba tak jawapan tak kunjung tiba. Jadi saya minta tolonglah. Ia dengan itu saya mengucapkan terima kasih dan saya menyokong Titah Diraja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, terima kasih Yang Behormat. Ya, saya nampak Tahan dah bangun. Yang Berhormat Tahan dan selepas itu Triang ya. Sila.

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya berharap di hujung-hujung ini. Kalau boleh jangan mengambil masa yang lamalah. Ya, sekurang-kurangnya tiap-tiap Ahli Yang Berhormat menyampaikan ulasan dan pandangan. Sila Tahan.

[Bacaan dalam Bahasa Arab]. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan, Ketua-ketua Jabatan dan seluruh pemerhati. Terutama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua, kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut bersama-sama menjunjung kasih di atas Titah Kebawah Duli Yang Mulia Pemangku Raja Pahang yang telah merasmikan Mesyuarat Penggal Pertama… Penggal Pertama… Mesyuarat Pertama Penggal Kedua bagi DUN Keempat Belas. Saya mulakan ucapan saya ini dengan sama-sama memperingatkan kita satu firman Allah SWT [bacaan dalam Bahasa Arab] Surah Al-Nahl Ayat 112.

Maksud “Allah SWT membuat satu perumpamaan kepada sebuah negeri yang aman dan juga tenteram. Yang dikurniakan oleh Allah SWT rezeki yang melimpah ruah daripada segenap penjuru. Tiba-tiba penduduknya kufur di atas nikmat-nikmat kurniaan Allah SWT tersebut. Lalu Allah SWT mengenakan kepada mereka kelataran dan juga ketakutan. Balasan terhadap kekufuran nikmat yang telah mereka lakukan kepada Allah SWT”.

Ada dua perkara, pertama dalam Islam. Apabila kita diberikan nikmat Allah SWT, kita mestilah bersyukur. Bersyukur bukan setakat mengucap dan ungkapkan dengan mulut ucapan alhamdullillah, tetapi lebih daripada itu, kesyukuran kita kepada nikmat Allah mesti kita terjemahkan dengan menundukkan diri kita dan mengabdikan diri kita kepada pada Allah SWT dalam segala se… aspek kehidupan. Bukan hanya pada pengibadatan termasuklah kepada gerak kerja dan juga urus tadbir kita yang mestilah dalam rangka-rangka yang diredhai oleh Allah SWT.

Dan kedua adalah kufur nikmat. Kita dikira dan dianggap kufur kepada nikmat Allah SWT. jika sekiranya nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT itu tidak kita syukuri dan maksud, tidak kita sampaikan atau kita kongsikan kepada mereka-mereka yang memerlukan dan juga tidak mengurus tadbir dengan cara yang diredhai oleh Allah SWT. Kita boleh menyaksikan bagaimana sejarah telah menunjukkan kepada kita. Khorun, seorang manusia yang dikurniakan kekayaan oleh Allah SWT lalu dilupa diri dia. Allah SWT menenggelamkan dengan harta dia.

Sehinggakan di mana-mana, kalau kita jumpa harta yang duduk dalam tanah. Orang sebut harta karun. Sampai ke kampung saya pun ada harta karun. Maknanya kalau nak cangkul belakang rumah itu jumpa benda pelik-pelik itu harta karun orang panggil. Nak menggambarkan banyak tak sampai ke Malaysia ini. Makna nak sebut

banyaknya er… harta karun. Apa yang terjadi pada Qarun? Dibinasakan oleh Allah SWT.

Nabi Allah Sulaiman a.s., Nabi yang Allah SWT kurniakan kepada dia kuasa pemerintahan. Dia bukan setakat Nabi dan dia juga merupakan pemimpin kepada kerajaan. Bukan setakat kerajaan yang memerintah manusia, tetapi juga kerajaan yang mengusai angin, yang menguasai jin dan juga menguasai haiwan-haiwan. Sehinggakan Nabi Sulaiman a.s. sebagaimana dirakamkan dalam al-Quran boleh berinteraksi dan memahami bahasa-bahasa haiwan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Bagaimana kita melihat satu hari, apabila Nabi Allah Sulaiman a.s., dia ingin menjemput Balqis untuk menjadi tetamu kepada dia di istana dia yang terletak di Palestin. Balqis pada masa itu di negara Saba’ di Yaman. Lalu Nabi Allah Sulaiman a.s., buat satu kejutan kepada Balqis dengan dia mengumpulkan semua rakyat dia memberi satu tawaran kepada rakyat dia. Barang siapa di kalangan kamu yang boleh mendatangkan, bawa istana Balqis ke sebelah istana aku dan jarak antara Saba’ dan Palestin ini, jauh.

Secara kesimpulan saya nak sebut ada dua, rakyat Nabi Sulaiman yang menyahut seruan ataupun cabaran daripada Nabi Sulaiman. Yang pertama jin, yang menyebut bahawa dia mampu untuk bawa, untuk alih istana Balqis daripada Saba’ ke Palestin, sebelum sempat Nabi Sulaiman bangun daripada kerusi. Yang kedua, yang lebih hebat lagi seorang lelaki yang diberikan, seseorang yang diberikan kitab, ilmu daripada kitab Allah SWT.

Disebut kepada Nabi Allah Sulaiman menawarkan bahawa dia boleh bawa lagi cepat dari pada jin ifrit iaitu sebelum sempat berkelip mata. Dia boleh pastikan benda itu telah sampai di hadapan Nabi Allah Sulaiman a.s. Lalu apabila Nabi Allah Sulaiman AS melihat, tak tak dan kelip mata, istana tu dah ada di sisi dia, lalu apa yang Nabi Allah Sulaiman sebut [Bacaan dalam Bahasa Arab], inilah kelebihan yang Allah SWT kurniakan kepada aku [Bacaan dalam Bahasa Arab] untuk menguji aku, sama ada aku menjadi orang yang bersyukur ataupun or… menjadi orang yang kufur kepada Allah SWT.

Jadi, semua apa yang kita perolehi pada hari ini, walaupun ada usaha daripada kita, namun marilah sama-sama kita menginsafi bahawa kita tidak boleh mengenepikan bahawa semuanya itu adalah daripada pemberian dan juga anugerah daripada Allah SWT.

Seterusnya saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga kerajaan yang telah berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif dan pembaharuan untuk kesejahteraan rakyat dalam tempoh 11 bulan yang telah berlalu, iaitu melalui 8 perkara yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam er… jawapan yang telah dikemukakan pada er… soalan pagi semalam.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya hendak menyebut sedikit berkenaan dengan… nak menyentuh berkenaan dengan er… golongan belia, ataupun golongan er… pemuda. Rekod Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan individu yang berumur 15 tahun hingga 39 tahun, pada tahun 2017 melebihi 14.5 juta orang bersamaan dengan 45.4% er… daripada

keseluruhan rakyat Malaysia. Rekod PRU 14 yang lalu menunjukkan kepada kita hampir separuh daripada pengundi ialah di kalangan orang muda yang 20% daripadanya adalah pengundi kali pertama. Golongan ini, golongan muda ini ialah golongan yang menjadi aset kepada negara dan mereka ini adalah bakal kepada pemimpin yang akan menentukan hala tuju dan juga nasib negara dan juga negeri kita.

Namun kita perlu menyedari bahawa cabaran yang bakal dihadapi oleh golongan ini tidak sama sebagaimana cabaran yang sedang kita hadapi apatah lagi jika hendak dibandingkan dengan cabaran yang telah dihadapi oleh generasi terdahulu. Ada beberapa perkara ataupun ada beberapa cabaran yang bakal dihadapi oleh golongan er… muda ini. Pertama sekali cabaran dunia moden tanpa sempadan yang menuntut kepada perubahan kepada kehidupan. Revolusi perindustrian yang diperkenalkan di Eropah pada awal dulu. Orang-orang Eropah tidak menyangka bahawa perkara tersebut boleh pertama menganggu kos sara hidup mereka.

Yang kedua, boleh menyebabkan kehilangan kepada kerja-kerja tradisional yang mereka lakukan. Kerana apa, kerana revolusi perindustrian ini lebih banyak menggunakan tenaga mesin daripada tenaga-tenaga manusia. Hari ini pun kita melihat, kalau kita melihat hari ini, telah banyak orang panggil tenaga-tenaga ataupun mesin-mesin yang digunakan hatta dalam urus niaga… dalam urus niaga. Er… dulu setakat air kotak aja, kita beli guna mesin, lepas tu air tin, sekarang ni air kopi. Air kopi sekarang ini kita… kalau berhenti di mana-mana orang panggil pam minyak tu, boleh beli air kopi, nak panas, nak sejuk? Boleh beli di situ aja. Ini orang panggil er… saya… saya sebut perkara ini ialah ianya berkaitan dengan masalah er… pengangguran. Masalah peluang pekerjaan kepada generasi muda pada hari ini.

Kalau kita rujuk kepada apa yang disebut atau ataupun rekod peng… pengangguran di Pahang ini pada tahun 2018, pengangguran di kalangan belia itu 3.30% dan er… pada 3 bulan pertama tahun ini sahaja, ada 8,547 pencari kerja yang direkodkan di negeri ini. Ini yang ada rekod, yang tidak direkodkan kita… kita tak tahu berapa ramai. Sebab itulah, er… apakah yang perlu kita buat untuk kita memposisikan er… golongan ini bagi memastikan mereka boleh er… menjadi salah seorang daripada pemain bagi er… membangunkan negeri dan juga negara kita ini.

Di samping itu juga, golongan belia dan juga golongan muda ini juga berhadapan selain daripada masalah pekerjaan. Mereka juga berhadapan dengan masalah er… rumah yang orang panggil rata-rata er… bekerja secara er… pendapatannya yang tidak stabil. Mereka tidak mempunyai rumah dan mereka berhasrat untuk mempunyai rumah sendiri. Saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Kerajaan Negeri di atas er… Projek Rumah PR1MA dan juga Projek Rumah Makmur.

Namun, saya merasakan Projek Rumah Makmur ini dari sudut promosinya dan hebahannya, seolah-olah tidak sampai ke bawah. Pengalaman saya dalam tempoh 11 bulan menjadi Wakil Rakyat, rata-rata rakyat yang bertemu dengan saya mereka bertanya saya bagaimana hendak mendapatkan Rumah Mesra Rakyat? Mesra Rakyat yang disebut. Rumah al-makmur… er… Rumah Makmur itu, tidak disebut, makna bila kita sebut kita ada Rumah Makmur, eh, program baharu pula ke. Seolah, sebab tu saya sebut, seolah-olah promosi kita er… Rumah Makmur ini seolah-olah belum sampai ke orang panggil akar umbi. Oleh kerana, saya mohon Kerajaan Negeri buat la macam-macam manapun supaya projek ataupun satu skim yang… yang sangat memberi manfaat dan juga faedah kepada rakyat ini dapat kita er… perkasakan dari sudut er… promosinya.

Yang kedua, saya juga ingin menyebut berkenaan dengan masalah jugak berkaitan dengan pekerjaan. Tanah kita luas, tanah-tanah pertanian yang mesti kita bangunkan untuk memberi peluang kepada golongan-golongan er… muda ini. Saya difahamkan er… kita di negeri Pahang ni kita ada Felda Plantation sejumlah er… tanah yang keluasannya 143,584 hektar tanah Felda Plantation. Kita yang paling tinggi sekali keluasannya yang diikuti oleh Sabah yang seterusnya oleh Negeri Johor. Adakah tidak boleh kita melalui Kerajaan Negeri bincang dengan pihak FELDA dan sebagainya untuk kita buka tanah Felda Plantation ini dengan kita isi peneroka-peneroka di kalangan generasi-generasi kedua FELDA dan juga generasi kedua di kampung-kampung tradisional.

Kita menganggarkan jika sekiranya kita boleh orang panggil buka tanah Felda Plantation ini dengan isi er… peneroka. Kita boleh menyelesaikan kalau satu peneroka dengan 10 ekar, kita boleh mengisi er… seramai 35,896 orang untuk orang panggil untuk er… memberikan er… orang panggil tanah dan juga er… orang panggil hasil dan juga sumber kepada ekonomi mereka.

Yang kedua, cabaran yang kedua Dato’ Sri Yang di-Pertua iaitu cabaran identiti yang makin mencabar. Soalnya sejauh mana er… keupayaan generasi muda hari ni untuk mempertahankan identiti bangsa Malaysia itu sendiri. Ianya berkait dengan isu keselamatan. Isu keselamatan negara kita. Dulu peperangan berlaku dengan meletakkan sempadan geografi, hari ini zaman dunia tanpa sempadan, teknologi er… yang tidak ada batasnya ini, kadang-kadang er… akan menjadikan er… bebas bersuara, bebas melontarkan pandangan-pandangan, yang walaupun pandangan-pandangan tersebut memberikan ancaman kepada kemakmuran dan juga kesejahteraan rakyat berbilang kaum er… dalam negara kita ini.

Itulah yang berlaku er… sehingga apa yang kita hadapi pada hari ini, penghinaan er… kepada sistem raja, penghinaan kepada agama berleluasa, seolah-olah kita tidak mampu menyekat er… perkara tersebut. Yang ketiga, cabaran ideologi ataupun pemikiran iaitu fahaman er… liberal yang sangat melampau sehingga menolak er… fahaman agama, menolak agama dan mengenepikan sensitiviti kaum er… dan juga bangsa yang pelbagai dalam er… negara kita ini. Juga orang panggil sikap taksub ataupun ekstrim yang sehingga bercanggah er… dengan tuntutan er…agama kita sendiri.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Berkaitan dengan isu er… pemuda juga atau belia juga. Apabila tadi kita sebut berkenaan dengan pekerjaan, pendapatan, bila sampai satu tahap, golongan belia ini, mereka akan ingin er… mendirikan rumah tangga. Bagaimana mereka nak mendirikan rumah tangga dalam keadaan ekonomi tidak stabil, orang panggil tidak ada orang panggil… tapak rumah ataupun tidak ada rumah, bagaimana mereka nak membina er…keluarga er… keluarga mereka. Kerana perkahwinan ini adalah satu keperluan keper… keperluan secara tabii kepada mana-mana manusia saja tanpa mengira apa bangsa dan juga apa agama.

Maka saya ingin menyarankan kepada pihak Kerajaan Negeri, walaupun saya nampak dah ada orang panggil penganjuran er… majlis kahwin secara beramai-ramai ini. Namun saya ingin mencadangkan agar majlis perkahwinan beramai-ramai ataupun kita panggil walimah perdana, kita orang panggil perkasakan. Kalau boleh jadikan sebagai acara tahunan yang menyeluruh yang kita perturunkan di seluruh er… kawasan dalam er… dalam negeri Pahang. Kami daripada PAS er… boleh

katakan er… daripada PAS ini, Tanjung Lumpur, DUN Tanjung Lumpur. YB Tanjung Lumpur, dia mempelopori majlis walimah perdana setakat hari ini…

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Nak tanya wakil daripada Tahan, mempelopori itu dia kahwin ke ataupun orang lain yang kahwin. Tanya... terima kasih. (Ahli Dewan ketawa)

Err… kita er…

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Tanya siapa tu.

Kita nak tanya, yang bercakap ataupun yang mempelopori (ketawa). Siapa-siapa pun boleh jawab.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Kita anjur er… kita mempelopori program ini. Bukan kita… er… sebab itu kena faham tu molek-molek tu… er… Lanchang. Jadi kita…

Yang Berhormat Yang di-Pertua, lain kali cakap kena terang (ketawa).

Lanchang ni… terima kasih Lanchang (ketawa). Saya sebut, kami daripada PAS, YB Tanjung Lumpur, telah mengadakan 6 siri, 6 ataupun 6 kali berturut-turut. Temerloh dah buat 4 kali, Kuala Krau 3 kali, Jerantut sekali baru, er… Lipis 2 kali dah, Indera Mahkota 2 kali, dan juga Pekan 1 kali.

Yang di-Pertua, mohon laluan. Nak tanya, yang di Temerloh tu siapa yang mempelopori tu (ketawa).

Cumanya nak sebut er… program er… walimah perdana ini sangat membantu golongan pemuda untuk masuk ke alam perkahwinan. Untuk makluman Dewan Yang Mulia, kita anjur walimah perdana, kita mengenakan bayaran penyertaan untuk sepasang pengantin RM1500 hingga RM3000 sahaja setakat harini er… harini. Ini diantara usaha yang kita buat er… untuk kita membantu golongan remaja er… golongan pemuda, belia untuk mereka melangkah ke gerbang perkahwinan, jadi…

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya ucap terima kasih kepada ADUN er… Tahan er… dan saya ucap terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana dalam siri-siri walimah ataupun kita kata walimatul urus perdana er… pernah diadakan di Daerah Rompin, yang mana kerajaan negeri telah menyumbang sebanyak RM20,000 kerjasama antara JAIP dengan Puteri UMNO daerah Rompin, di Rompin. Terima kasih.

Ya… sebab itulah tadi saya sebut di awal tadi, Dato Sri Yang di-Pertua, bahawa saya mengetahui program itu ada dibuat, cuma saya mencadangkan dan menyarankan agar ianya diperkasakan dengan cara dia… kita buat secara tahunan. Jadikan sebagai program tahunan negeri, sebagai salah satu daripada program sosial Kerajaan Negeri untuk membantu golongan muda.

Akhir sekali, Dato Sri Yang di-Pertua,

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan kepada er… Kerajaan Negeri di atas er… perhatian yang diberikan kepada sektor pelancongan. Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan penghargaan kepada NGO bird group taman negara yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat ASEAN pada tahun ini atas inisiatif dan usaha berterusan yang dilakukan berasaskan kepada satu, Birding Tourism, pelancongan er… memburung, yang kedua komuniti based eco tourism iaitu eko pelancongan er… berasaskan komuniti.

Program Birding Tourism daripada 2014 dianjurkan er… 2014 dianjurkan hingga pada tahun ini dibuat kali yang keenam. Alhamdulillah, ianya adalah produk pelancongan baru er… untuk Taman Negara. Di samping er… ia juga mengambil… diambil peluang juga oleh golongan orang Asli er… orang Asli di Kampung Dedari iaitu suku kaum Batek yang juga menjadikan er… kampung mereka itu sebagai pusat pelancongan yang dilawati oleh pelancong-pelancong dalam dan juga luar negara. Untuk makluman Dewan Yang Mulia, Lembah Enggang Tembeling, salah satu daripada lokasi yang jajarannya sepanjang 22 kilometer daripada Kampung Tuit sehingga Kampung Kuala Sat menjadi er… orang panggil… lokasi er… mereka-mereka yang berminat dengan burung ini, untuk melihat burung-burung.

Untuk makluman, dalam tempoh 5 tahun yang telah orang panggil… berlalu, program memburung ini dijadikan sebagai produk pelancongan di taman negara, sekurang-kurangnya 100 spesis burung yang telah dikenalpasti yang terdapat di er… Lembah Enggang Tembeling dan ada 9 spesis Burung Enggang daripada 11 spesis Burung Enggang di Malaysia, 9 nya terdapat di Lembah Enggang Tembeling dan saya nak sebut juga komuniti based eco tourism ini juga dibangunkan juga di Kampung Gol Kuala Tahan dan er… terbaru kita sedang membangunkan komuniti setempat sedang membangunkan er… orang asli Semok Beri Komuniti, projek di kampung orang asli Sungai Tiang sebelum nak masuk ke perkampungan melayu di Kampung Gol.

Apa yang saya nak sebut, projek-projek ataupun er… produk pelancongan yang sedang dibangunkan oleh penduduk-penduduk tempatan di Kuala Tahan, di Kampung Gol, di perkampungan asli Sungai Tiang, di Kampung Dedari, projek

ataupun produk ini asasnya ialah hutan. Perlu ada hutan. Oleh kerana itu, saya ingin pihak er… pihak Kerajaan Negeri dalam masalah pembalakan ataupun dalam masalah kita orang panggil, menjadikan pembalakan sebagai salah satu daripada kita punya er… sumber ekonomi negeri er… saya mengharap agar Kerajaan Negeri dapat memberikan er… perhatian er… kepada er… produk-produk yang telah dibangunkan oleh rakyat setempat supaya kita tak mahu er… dengan sebab er… pembalakan yang er… kita lakukan akhirnya akan menyebabkan produk-produk yang baru ini, akan hilang dan juga menyebabkan pelancong-pelancong tidak akan datang er… ke tempat kita. Jadi saya er… rasa cukup seta… setakat itu, untuk kali ini, dan saya mohon er… menyokong Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, sekian. Assalamualaikum WBT. (Ahli Dewan menepuk meja)

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat daripada Tahan. Saya panggil satu lagilah untuk yang terakhir ini. Saya nampak Triang dah bangun awal tadi. Sila. Masa yang beri 20 minit. YB ya.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu, saya merakamkan penghargaan kepada Tuan Yang di-Pertua, yang telah mengadakan perjumpaan dengan ADUN Bukan Kerajaan, bagi perbincangan bersama juga berkongsi pandangan untuk meningkatkan mutu sesi soal jawab dan perbahasan di Dewan. Demi lebih menambah baik amalan demokrasi di Negeri Pahang, saya bercadang meningkatkan accessibility rakyat terhadap gerak kerja di Dewan Negeri. Sebagai contoh, siaran langsung Sidang Dewan, muat naik hansard dan jawan… jawapan lisan ke laman web atau sosial media Kerajaan Negeri. Ia dapat menarik minat orang awam untuk mengikuti perkembangan semasa di Negeri Pahang. Ini juga selaras dengan inisiatif baru yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mendekati masyarakat yang aktif dalam penggunaan internet pada hari ini. Pada masa yang sama, pengundi juga diberi peluang untuk menilai prestasi Wakil Rakyat yang dipilih di Sidang Dewan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya berasa terharu apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang turut memahami kerisauan pekebun kecil yang bergantung kepada hasil kelapa sawit bagi kelangsungan hidup dan menyarankan agar kerajaan berusaha membantu meringankan beban pekebun kecil ekoran kejatuhan harga komuniti di pasaran antarabangsa. Dalam konteks ini, saya mohon perhatian Kerajaan Negeri, atas peningkatan kadar bayaran permit mengutip dan mengeluarkan buah kelapa sawit atau tapping right, dengan izin, yang naik sebanyak 50% dari RM8 sepokok, kepada RM12 sepokok. Kenaikan kadar tersebut sebenarnya membebankan pekebun kecil yang sedang menanggung kemerosotan harga komuniti. Saya percaya ini mungkin salah satu langkah Kerajaan Negeri untuk menambah hasil akan tetapi saya lebih cenderung untuk percaya bahawa Kerajaan Negeri atas dasar

kasih sayang kepada anak Pahang yang rajin bekerja akan memberi pertimbangan untuk mengekalkan kadar tapping right pada RM8 sepokok.

Mengapakah ini penting? Saya ingin berkongsi sedikit pengiraan pendapatan dan kos menjaga kebun sawit. Dalam keadaan normal, satu ekar kebun sawit dapat menanam 50 ekor... 50 pokok dan menghasilkan satu tan sebulan, iaitu pendapatan untuk satu ekar kebun sawit adalah lebih kurang RM330. Kos untuk menjaga kebun sawit, termasuk baja, upah kerja potong buah, lori hantar buah, pruning, upah kerja potong rumput dan racun rumput adalah lebih kurang satu ekar RM160. Maknanya, pekebun kecil hanya dapat RM170 satu ekar sebulan. Penambahan tapping right ini, secara significant menambahkan perbelanjaan mereka. Jadi saya harap Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan lagi supaya mengekalkan tapping right kepada RM8 sepokok.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Di daerah Bera, terdapat 6 pengusaha pasir yang selama ini tidak menghadapi masalah besar dalam pembaharuan permit bahan batuan pasir. Akan tetapi pada tahun ini, permit tersebut tidak dapat disambung sehingga kini sejak 1 Januari 2019. Mereka dilarang meneruskan menge… operasi mengepam pasir. Ini akan menjejaskan pembangunan setempat dengan kekurangan bahan binaan. Masa itu emas. Oleh itu, saya mohon jasa baik untuk mendahulukan agenda ini, dalam Exco Meeting, supaya permit tersebut di daerah Bera dapat diperbaharui secepat mungkin.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Isu tanah tanpa izin, telah banyak kali dibawa ke Dewan Yang Mulia ini. Di daerah Bera, pekebun kecil di Paya Lang, Bandar 34 dan Ulu Mengkarak masih menanti-nantikan supaya tanah yang diusahakan berpuluh-puluh tahun, yang juga merupakan penyumbang ekonomi kepada negara pada suatu hari nanti diluluskan hak milik oleh Kerajaan Negeri. Saya berterima kasih kepada keraja… Kerajaan Negeri kerana tidak mengganggu golongan pekebun kecil daripada menjalankan aktiviti pertanian atas tanah tersebut.

Selain kan, terdapat projek pembangunan yang meman… memanfaatkan majoriti. Walau bagaimanapun, saya juga mohon jasa baik Kerajaan Negeri untuk mengambil kira kepentingan golongan pekebun kecil ini apabila pajakan sewaan atau geran tanah diberi. Atas prinsip kemanusiaan dan keadilan mereka yang betul-betul bergantung pada hasil tanaman tersebut untuk mencari rezeki, patut diberi keutamaan. Bukan mana-mana pihak yang masuk sekadar mengaut keuntungan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri yang berjaya menambahkan kutipan hasil sebanyak RM19 juta berbanding dengan suku pertama, pada tahun 2018. Seperti yang dilafaz oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, semoga dengan peningkatan hasil ini, perancangan pembangunan yang lebih berkesan dapat diatur secara berhemah, seterusnya memberikan manfaat kepada rakyat. Untuk makluman Kerajaan Negeri, di kawasan Triang, kita masih menunggu projek pembangunan seperti berikut. Pertama, menaik taraf dan menyelenggara Padang Awam Triang yang bermasalah selama 11 tahun dan sehing… sehingga kini, masih berterusan. Kedua, membina Taman Rekreasi Triang. Padang Awam dan Taman Rekreasi Triang bukan sahaja penting untuk mewujudkan keseimbangan antara

pembangunan dan pengelkalan… dan pengekalan alam sekitar semulajadi juga memainkan peranan untuk memupuk cara hidup sihat di kalangan rakyat kerana rakyat sihat negara makmur.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Pada tahun 2013, saya pernah membawa isu banjir kilat Taman Bera Jaya, Triang di Dewan Yang Mulia ini, dan saya berterima kasih atas kerjasama Majlis Daerah Bera, JKR dan JPS akhirnya masalah ini diselesaikan. Tapi malangnya, baru-baru ini, banjir kilat berulang lagi di Taman Bera Jaya, Triang. Dan kita percaya salah satu sebab adalah disebabkan pembangunan di sekeliling taman tersebut. Pada masa yang sama, kawasan hitam di kawasan Triang, untuk banjir kilat adalah Taman Cheng Sew, Taman Mawar Jaya, dan PR1MA Triang.

Memandangkan masih ada lagi projek-projek pembangunan yang baru di kawasan Triang sebagai langkah pencegahan saya mohon Majlis Daerah Bera, sebagai Pihak Berkuasa Tempatan, untuk memantau dan mengawal ketat supaya semua projek yang sedang dijalankan atau bakal dijalankan akan memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam pelan pembangunan supaya mengelakkan masala… masalah banjir kilat yang baru akan berlaku.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Isu terakhir adalah mengenai dengan tekanan air rendah. Kita faham bahawa loji air Triang pada masa kini, mungkin tidak dapat menampung keperluan penggunaan air di daerah Bera. Semasa menunggu penstrukturan semula air, kita harap bahawa pihak PAIP dapat merancang satu langkah jangka pendek supaya masalah tekanan air yang telah lama merunsingkan rakyat dapat diselesaikan. Sebagai contoh mungkin boleh er… sebab saya bukan teknikal mungkin boleh menyediakan kemudahan untuk pam air ataupun tangki sementara yang tidak menggunakan peruntukan sebegitu banyak sekiranya berbanding dengan projek menaiktaraf Loji Air Triang. Jadi akhir sekali saya berharap bahawa isu-isu yang dibawa ini ada baru, ada lama, boleh diambil perhatian dan tindakan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Dan akhir sekali saya menyokong titah ucapan… Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Perbahasan Titah Diraja selama 2 hari. Ahli-ahli Yang Berhormat telah dapat menepati masa dan menyampaikan hujah-hujah dengan baik. Untuk makluman semua, saya akan memberi peluang pada pihak kerajaan memberi jawapan dan ulasan pada hari esok. Saya yakin pihak kerajaan akan memberi jawapan yang jelas, tepat dan fokus sepertimana hasrat Ahli-ahli Yang Berhormat. Insya-Allah, persidangan kita akan disambung semula pada hari esok, 18 April 2019 bermula jam 9.30 pagi. Persidangan ditempohkan. Assalamualaikum WBT.

[Persidangan ditempohkan pada pukul 5.01 petang]