Pahang · 19 November 2019

14th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · 218 turns · 32,922 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari Selasa

: 19 November 2019

Bersamaan

: 22 Rabiulawal 1441 Hijriah

Masa

: 9.30 pagi

DOA

Bacaan doa.

Yang di-Pertua (Speaker)

Al-Fatihah [bacaan dalam bahasa Arab]. [Ayat al-Quran]. Segala puji bagi Allah, dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun, dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandu pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin, Amin Ya Rabbal A’lamin.

Pertanyaan Dan JawapanQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara Pertama: Pertanyaan dan jawapan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera dan Selamat Pagi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, kita bersyukur Kehadrat Allah SWT pada pagi ini kita dapat bersama-sama lagi sekali dengan Keizinan-Nya, berada di Dewan ini bagi menjalankan tugas Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-14 pada pagi yang berbahagia ini. Saya mengucapkan terima kasih pada Ahli Yang Berhormat yang telah pun dapat hadir pada masa yang telah ditetapkan.

Baiklah, untuk meneruskan aturan urusan Mesyuarat yang seterusnya, saya menjemput Wakil dari Triang untuk mengemukakan pertanyaan. Silakan.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin kemukakan soalan 1.

[Apakah rancangan Kerajaan Negeri terhadap tanah tanpa izin yang diusahakan oleh pekebun kecil tempatan di Paya Lang agar pihak kerajaan negeri dapat memungut hasil dan pekebun kecil dapat terus mengusahakan tanah untuk menyara hidup sekeluarga?]

Assalamualaikum WBT. Selamat Pagi dan Selamat Sejahtera. Terima kasih kepada ADN kawasan Triang kerana telah bertanyakan soalan berkenaan dengan tanah tanpa izin yang diusahakan di er… yang diusahakan oleh pekebun kecil di Paya Lalang. Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Kerajaan Negeri sememangnya mempunyai perancangan untuk menimbangkan memberi milik kepada er… tanah yang diusahakan secara haram tersebut kepada agensi-agensi kerajaan dan seterusnya Kerajaan Negeri akan memajakkan tanah berkenaan kepada mana-mana pihak yang berminat yang difikirkan sesuai tertakluk kepada prosedur dan syarat-syarat yang sedia ada. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dipersilakan, ya.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Boleh saya dapatkan agensi-agensi Kerajaan yang berpotensi untuk diberikan hakmilik dan sekiranya pajakan er… akan diberi kepada pihak yang berminat, adakah pekebun kecil tempakan… tempatan akan diberi keutamaan?

Yang Berhormat Tuan di-Pertua,

Kerajaan Negeri akan mengkaji dan meneliti terlebih dahulu mana-mana agensi kerajaan yang ada potensi dan mempunyai kedudukan kewangan yang mencukupi, ada kemahiran dan ada pengalaman untuk dipertimbangkan tanah ini diberikan kepada mereka.

Dan er… Kerajaan Negeri juga boleh mempertimbangkan er… sekiranya untuk diberi milik kepada individu-individu tetapi tidak diberi secara terus dan kita mungkin memberikannya kepada PSK ataupun SSI. Apa ni… State Secretary Incoporated dan kita akan pajakkan. Maknanya Yang Berhormat jangan bimbang, tetapi yang lebih pentingnya Yang Berhormat kena bagi tahu kepada pekebun-pekebun kecil di Paya

Lalang, Kerajaan Negeri sangat bertimbang rasa, sangat baik hati kerana tidak dan belum lagi menguatkuasakan tanah tersebut yang telah diusahakan sekian lama dan insya-Allah, kita akan mengambil tindakan secara berhemah dan mengikut prosedur yang ada supaya tanah ini dapat diusahakan dan dalam masa yang sama kita boleh menjimat ketirisan yang sepatutnya Kerajaan Negeri kutip hasil tetapi oleh sebab dia buat tanpa apa ini… dibuat secara haram Kerajaan Negeri kehilangan hasil. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan tambahan. Er… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri sebab saya mewakili pekebun-pekebun kecil di Paya Lang er... mengucapkan terima kasih kerana memang er... belum ada penguatkuasaan yang dijalankan walaupun mereka mengusahakan tanah. Tapi untuk makluman Kerajaan Negeri, saya percaya bahawa golongan pekebun kecil ini amat mengalu-alukan peluang pajakan yang boleh diberikan daripada Kerajaan Negeri dan kalau dari segi pengalaman dan kemahiran, saya percaya merekalah yang paling layak sebab mereka telah mengusahakan tanah...

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan apa ya, soalan.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Kerana asalnya… sorry.

Yang di-Pertua (Speaker)

Apa isunya?

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Ok, jadi…

Yang di-Pertua (Speaker)

Terus pada soalannya.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Saya berharap…

Yang di-Pertua (Speaker)

Terus pada soalannya.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Saya berharap…

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak payah huraikan lagi.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya cuma berharap bahawa keutamaan diberikan kepada pekebun kecil tempatan dan saya percaya mereka sudi memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri Pahang sebab mereka cuma... cuma nak cari makan sahaja. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tuan di-Pertua,

Pertama sekali saya nak jawab sama-sama kasihlah sebab YB. kata terima kasih kepada Kerajaan Negeri kan. Bukan kepada saya, kepada rakan-rakan semualah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Yang keduanya, harapan YB. itu, sama juga harapan Kerajaan Negeri, sama saja. Yang Berhormat jangan bimbang kerana setakat ini Kerajaan Negeri tidak pernah menzalimi mana-mana pekebun-pekebun haram dan setiap tindakan yang diambil adalah mengikut peraturan dan prosedur yang ada.

Dan er… berkait dengan pekebun kecil di Paya Lalang ini, kita akan buatkan secara berhemah dan kita akan ambil pendekatan yang sehabis baik kerana kita juga memikirkan kalau sekiranya mereka tidak bercucuk tanam di sini ataupun tidak mengerjakan ladang ini, kita kena fikir juga apakah alternatif untuk diberikan kepada mereka. Jadi er…Yang Berhormat jangan bimbang, bagitahu kepada mereka Kerajaan Negeri pada bila-bila masa sahaja akan er… mendekati mereka ataupun mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa er... tidak memberi notis yang sepatutnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Tuan Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan berikutnya. Saya jemput Wakil dari Luit.

Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua, soalan saya pertanyaan nombor 2. Terima kasih.

[Apakah status tanah di negeri Pahang bagi menjayakan Projek ECRL?]

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada ADN Kawasan Luit yang bertanyakan soalan status tanah di Negeri Pahang bagi menjayakan ECRL. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Luit, anggaran keluasan tanah yang terlibat dengan projek ECRL di Negeri Pahang adalah seluas 978.771 hektar dengan pecahan seperti berikut:

i) Tanah milik Kerajaan / Tanah Kerajaan Negeri (379.184 hektar) ii) Tanah Milik (542.58 hektar) iii) Tanah Rizab Hutan (44.074 hektar) dan iv) Tanah Kerajaan Persekutuan (12.929 hektar)

Untuk makluman Yang Berhormat daripada Luit juga, proses pengambilan balik tanah-tanah milik yang terlibat dengan jajaran projek ECRL telah dimulakan sejak 30 Oktober 2019 yang melibatkan tanah-tanah milik dalam daerah Kuantan selepas ditangguhkan sementara pada 3 Julai 2019.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, soalan berikut, Wakil dari Cheka.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Selamat sejahtera Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 3.

[Pada tahun 2018, negeri Pahang merupakan negeri No. 1 yang menarik paling ramai pelancong.

1. Berapakah ramai pelancong yang melawat setiap daerah di Pahang?

2. Daerah mana yang menunjukkan peningkatan yang paling tinggi, dan mengapa?

3. Apakah usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi perusahaan pelancongan di Pahang?]

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada rakan kita dari Cheka. Er… mengikut angka ya, pada tahun 2018 sememangnya seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di dalam Ucapan Belanjawan bahawa negeri Pahang telah pun diisytiharkan sebagai negeri nombor satu dari segi kunjungan pelancong domestik er… kalau nak dibandingkan negeri-negeri yang lain. Kita nombor satu. Saya… Saya nak maklumkan bahawa kalau mengikut dari segi daerah ya. Mengikut dari segi daerah, daerah Bentong er… 8 juta tetapi 8 juta ini ianya…ianya termasuklah ya, termasuklah Bukit Fraser er… Bentong er… sendiri kemudian Bukit Tinggi dan Janda Baik dan Came… er… Genting Highlands. Dia bukan hanya satu Genting Highlands sahaja. Kemudian er… daerah Kuantan 2.4 juta, daerah Cameron Highlands 1.5 juta, daerah Rompin 3 perpuluhan er... 3 ratus… 370 ribu, daerah Temerloh 3 ratus… 280 ribu, er... Jerantut 230 ribu, Raub 175 ribu, Pekan 67 ribu, er... Lipis er… 54 ribu, Bera 28 ribu dan Maran 10 ribu.

Saya nak maklumkan bahawa cara kita mengutip data ini adalah hanya kepada pelancong-pelancong yang bermalam. Yang tidak bermalam, day tripper siapa yang pergi hari-hari ini, kalau kita kutip itu, lebih berganda kerana kalau kita tengok sebagai contohnya. Saya amik contoh di Temerloh, sebagai contoh, di tempat saya. Yang Berhormat er… ADN Kuala Semantan, dia tau pasal kawasan tu orang datang tempat dia makan patin. Kita boleh tengok kalau hari hujung-hujung minggu ni terutama sekali Pekan Sari ini akan datang ramai orang daripada Kuala Lumpur, daripada Kuantan datang ke Pekan Sari kemudian makan patin pelbagai-bagai terutama sekali mereka

yang mempunyai motosikal besar dan juga mempunyai kereta-kereta yang laju ini kerana dia nak test drive daripada Kuala Lumpur ke Temerloh er... sejauh lebih kurang satu jam.

Dan yang keduanya saya nak maklumkan bahawa daerah ya, yang menunjukkan peningkatan adalah daerah Bentong er… dan er… dan ini…. dan juga kawasan-kawasan er… dan Janda Baik…. seperti Janda Baik yang berkonsepkan resort alam semulajadi dan menyumbang kepada peningkatan agro tourism. Er… juga yang keduanya adalah er… daerah Cameron Highlands dan er…dan er… dari segi…dari segi usaha, insya-Allah Kerajaan Negeri akan terus berusaha ya untuk mempastikan kerana kita tahu bahawa tiga belas kalau mengikut angka kita, 13.431 juta orang yang datang ini, ianya menyumbang kepada perbelanjaan pelancong. Ini bukan pendapatan Kerajaan Negeri ya. Perbelanjaan pelancong sebanyak 10 billion ringgit. Ini satu angka yang besarlah dari segi… dari segi KDNK. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Okay, soalan tambahan er… Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah dengan perancangan untuk mengenakan cukai katil. Bilakah ia akan dilaksanakan?

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Sebenarnya cukai katil ini kita… sebenarnya kita kena… dia ada dua sama ada cukai katil atau cukai bilik. Walau bagaimanapun seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di dalam er… Ucapan Belanjawan adalah kita…kita…kita apa namanya melihat bagaimana negeri-negeri seperti Pulau Pinang dan Melaka telah pun melaksanakannya dan ada negeri-negeri yang lain yang ianya melaksanakan tetapi melalui Majlis Perbandaran atau pun Majlis-majlis Daerah masing-masing. Ada cukai yang dikenakan.

Pada Kerajaan Negeri Pahang bahawa kita tahu, bahawa kita mempunyai 35,000 bilik di seluruh negeri Pahang, 35,000 bilik di seluruh negeri Pahang dan kita tahu bahawa hotel-hotel, homestay-homestay er… apa namanya kemudahan Air BNB ini, mereka sememangnya kalau nak… mereka…untuk mereka buat promosi sendiri, kemungkinan mereka tidak mempunyai keupayaan. Yang melaksanakan adalah Tourism Pahang ya iaitu Majlis apa namanya… Perbadanan ataupun Tourism Pahang… Majlis… Perbadanan Bukit Fraser yang sekarang ini kita namakan sebagai Tourism Pahang kerana kita tidak boleh pakai perkataan pelancongan.

Kerajaan Negeri tidak dibenarkan oleh Kerajaan Pusat memakai perkataan pelancongan sebab itu kita menggunakan Perbadanan Bukit Fraser dan kita telah er… brandingkannya sebagai Tourism Pahang untuk kita melakukan promosi ini, berterusan dan dalam masa yang sama apabila kita melakukan promosi ini maka

apabila mereka datang ke mari, mereka akan tidur atau pun mereka akan er… menginap di tempat-tempat er… yang terdapat di situ.

Jadi sebab itulah kita rasakan bahawa makin hari kita rasakan bahawa kita… kita perlukan dan juga penambahbaikan dari segi…dari segi…dari segi infrastruktur ataupun dari segi apa namanya… accessibility dan lain-lain lagi. Kemudahan-kemudahan yang lain, signage dan lain. Jadi wajar untuk kita mengenakan sedikit ya, cukai. Ianya sangat rendah ya. Mungkin RM5, RM4, RM3, RM2, RM1. Mungkin begitu. Dia tak… dia tak banyak. Dia mungkin rendah kerana Kerajaan Pusat telahpun mengenakan cukai tetapi itu hanya kepada er… pelancong luar Negara dan kita pun mendapat manafaat itu. Jadi insya-Allah kita akan er… kita bercadang untuk kita memulakannya pada tahun hadapan. Insya-Allah, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Padang Tengku.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Er…saya nak tanya tentang kemusykilan sayalah tentang kehadiran pelancong khususnya di Lipis iaitu pada tahun 2018, Bangladesh… Bangladesh sebanyak 140, 2019, 122. Kemudian Indonesia 113, 2018; 2019, 211. Ini angka yang diberikan oleh Pengarah Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Pahanglah kepada saya. Persoalannya saya, saya musykillah orang Bangladesh ini. Sama ada dia datang melancong atau pun ini merupakan pekerja yang datang bekerja di sini sebab kalau melancong, dia…dia belanjakan duit dia di sini. Kalau apa nama ni er… dia datang bekerja, maknanya ambik duit daripada sini bawa keluar. Jadi persoalan saya di situ, jadi apakah dia ni pelancong ataupun sebenarnya bukan pelancong? Terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Kaedah kita mendapat data ini, pertamanya mereka yang menginap di tempat-tempat penginapan hotel, homestay dan sebagainya. Dan sudah tentu mereka akan er… apa namanya mereka akan er… memberikan identiti atau pun kad pengenalan diri iaitu pasport mereka untuk kita ambil. Kita… kita… kalau mereka ada permit kerja itu, bukan pelancong. Yang hanya kita anggap pelancong, mereka yang mempunyai pasport yang mereka daftarkan di hotel, motel atau pun resort. Ha… itu kaedah dia. Tapi saya ingat mungkin dia suka jugalah pada Wakil Rakyat di sana, agaknyalah. Sebab itulah Bangladesh ramai pergi ke… apa nama pergi ke Padang Tengku. [Ketawa]. Lipis di Padang Tengkulah, insya-Allah.

Jadi kaedahnya berbeza. Jadi sebab itulah, angka yang kita dapat ini. Sebagai contoh ya, saya nak amik satu contoh ya. Sebagai contoh er… bagaimana detailnya kaedah kita er… mendapat angka-angka ni. Sebagai contohnya kita ambil Ukraine. Ukraine, Ukraine pada tahun… melancong ke Kuantan ya, Ukraine pada tahun 2017 yang datang 75 orang. 2018, 7 orang. Maknanya begitu detail kaedah kita. Kerana apa, kita nak pasti bahawa angka tersebut. Lelaki, perempuan itu kita tak…tak…tak ni. Insya-Allah lepas ini, kita mungkin… jantinanya apa. [Ketawa] dan profession, kerjaannya apa.

Jadi begitu detail, sebagai contoh, saya nak amik satu lagi contoh, Albania. Dua ribu…ini ke Kuantan ya, 2017, 3 orang. Tapi ini Dato’ Sri Yang Amat Berhormat

Menteri Besar, ini mungkin kita kena pegi Albania ni, 2018 ada peningkatan 27 orang. Kalau kita pegi mungkin dia akan jadi 270 orang. [Ketawa]. Jadi, insya-Allahlah. Ha… boleh. ADN Padang Tengku dah pegi Kazakhstan kan. ADN Padang Tengku? Dah pegi dah. Kazakhstan… Kazakhstan ke Kuantan, ya. Tahun 2017, 42 orang, tahun 2018 menurun tinggal 17 orang ha… jadi insya-Allah tahun 2020 dia ramai, insya-Allah. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan berikutnya, saya jemput Wakil dari Tanah Rata.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua. Saya mohon izin kemukakan soalan nombor 4.

[Memandangkan Kerajaan Negeri bercadang untuk meletakkan pensijilan myGAP Pahang sebagai syarat kepada para pekebun setelah Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands berjaya ditubuhkan, apakah usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan efisiensi permohonan myGAP? Adakah kerajaan bercadang untuk mempermudahkan proses permohonan myGAP?]

Assalamualaikum WBT. Yang Berhomat Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Soalan yang dibangkitkan oleh ADN daripada Tanah Rata ialah berkaitan dengan pensijilan myGAP. Jadi untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, Dato’ Sri Yang Di-Pertua, myGAP ini adalah merupakan satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberikan pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik ataupun dalam Bahasa Inggeris dia Good Agricultural Practice. Jadi tu sebab dia jadi myGAP. Berkonsepkan Amalan Pertanian Baik, berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk berkualiti, selamat dan sesuai untuk dimakan, dan er… apakah sebenarnya kelebihan pensijilan ini? Kelebihannya ialah hasil produk pertanian berkualiti dan selamat dapat dimakan oleh pengguna.

Yang keduanya produktiviti pengeluaran dapat dipertingkatkan, kebajikan pekerja ladang terjamin, hasil pertanian dapat bersaing di pasaran domestik mahupun di peringkat antarabangsa. Kemudian er… kelebihannya ialah memelihara alam sekitar dan juga mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak. Jadi ini er… manfaatnya. Jadi, bagi menjawab soalan Tanah Rata, bagi meningkatkan lagi pengesanan atau keberkesanan pengamalan… amalan perladangan yang baik ini, kerajaan melalui Jabatan Pertanian serius memberikan kesedaran melalui kempen konsultasi penyeliaan pengurusan ladang di tanah rendah dan juga tanah tinggi, pengesanan sisa baki racun melalui pensampelan sayur serta latihan yang berterusan serta lawatan pemantauan projek secara berkala yang akan dijalankan bagi mendapatkan maklum balas dan penyelesaian kepada sebarang isu berkaitan dengan pensijilan ini.

Jadi untuk meningkatkan lagi bilangan ladang yang menerima pensijilan myGAP ini, pihak Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk memperkasakan lagi iaitu tenaga er… penyelia dan cadangannya adalah untuk er… menambah lebih kurang dalam 20 orang pegawai secara kontrak bagi membantu peningkatan akreditasi ladang-ladang termasuk di Cameron Highlands.Dan untuk makluman Dewan Yang Mulia ini

keseluruhan er… sebenarnya keseluruhan er… ladang-ladang yang er… mempunyai sijil myGAP ini ialah 532 di seluruh negeri Pahang. Manakala di Cameron Highlands kita ada 25 setakat ini.

Namun er… terdapat 20 permohonan yang baru yang er… sedang diproses dan er… untuk itu, insya-Allah er… kita lihat permohonan-permohonan baru di seluruh negeri Pahang kesemuanya ada 298 ya, dan er… kini Jabatan Pertanian telah membuat penambahbaikan. Kalau dahulunya proses er… untuk meluluskan sijil myGAP ini memakan masa selama er… dua tahun… dua tahun, tapi kini dengan apa yang diperkenalkan sebagai Ezi myGAP, permohonan er… untuk memproses sijil myGAP ini telah pun dipercepatkan dan kini dijangka memakan masa selama hanya 3 bulan, insya-Allah. Dan mudah-mudahan dengan usaha yang baik ini dengan kerjasama daripada semua pihak, petani, pegawai-pegawai, Jabatan Pertaian dan juga pemimpin-pemimpin masyarakat termasuk Wakil-wakil Rakyat dan Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini, kita mengharapkan kita akan dapat mempertingkatkan lagi bilangan ladang-ladang yang mempunyai sijil myGAP demi untuk kepentingan masyarakat negeri dan negara, insya-Allah.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua dan juga er… ADN Kerajaan. Saya di sini er… ingin menanyakan bahawa, adakah isi myGAP ini mekanisme ini hanya khususnya untuk Kerajaan Negeri Pahang ke ataupun untuk seluruh Malaysia? Terima kasih.

Ezi myGAP ini adalah untuk seluruh Malaysia, untuk seluruh Malaysia dan er… dia sebenarnya ini adalah satu er… ini proses er… peningkatan kalau dahulunya er… Dato’ Sri Yang di-Pertua er… sebelum myGAP ini, ada satu skim dipanggil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia ataupun SALM yang telah diperkenalkan dalam tahun 2002 dan er… selepas itu er… ditambah baik menjadi myGAP ya. My er… Good Agricultural Practice. Kemudian sekarang ini kita er… ataupun pihak Kerajaan telah mempertingkatkan lagi er… proses ini dan menaik taraf sebagai Ezi myGAP. Makna dia percepatkan dan ianya merangkumi er… seluruh negara, insya-Allah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Wakil dari Tahan.

Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Yang di-Pertua, pertanyaan saya nombor 5.

[Berapakah jumlah pusat pemulihan dadah yang terdapat di negeri Pahang dan berapa jumlah penghuninya? Adakah terdapat pusat pemulihan yang diuruskan oleh orang persendirian dan berapakah jumlahnya?]

Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Izinkan saya menjawab soalan nombor 5 yang dikemukakan oleh ADN Tahan. Terdapat 6 buah pusat pemulihan dadah di negeri Pahang yang kita perolehi ya, yang

diuruskan oleh cawangan pengurusan Institusi Bahagian Rawatan Perubatan dan Pemulihan, AADK Malaysia sehinga 7 Oktober 2019. 6 pusat pemulihan dadah tersebut ialah PUSPEN, Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik ya, PUSPEN Gambang. Jumlah penghuninya 215 orang. PUSPEN Raub 364 orang, PUSPEN Sungai Ruan 230 orang, PUSPEN Benta 311 orang, PUSPEN Karak 172 orang, Klinik Cure & Care Jerantut 125 orang, menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 1,417 orang. Dan terdapat 3 NGO yang menguruskan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian yang mana jumlah client bagi setiap pusat pemulihan seperti berikut, yang diuruskan oleh er... DIC Malaysia er... terdapat di Casa Villa Batu 5, 18 orang, Casa Villa Sungai Soi 41 orang, Casa Vista 1 Jalan Teluk Sisek 20 orang, Casa Vista 2 Lorong Sri Teruntum 136, 20 orang, Casa Femina Jalan Tok Sira 22 orang. Yang diuruskan oleh Geha Body Care Centre Batu 12 Jalan Gambang, 10 orang. Diuruskan oleh Persatuan Kebajikan Karisma Malaysia di Kampung Lamir Pekan sebanyak 8 orang. Jadi jumlah keseluruhannya ialah 139 orang. Terima kasih Dato Sri di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ya?

Soalan tambahan. Merujuk kepada er… tiga NGO yang mengendalikan ataupun menguruskan berkenaan dengan pemulihan er… dadah ini, saya nak tanya adakah Kerajaan Negeri ada menyalurkan dana ataupun bantuan kepada mereka?

Setakat ini dana sebenarnya diuruskan oleh pihak JKM yang mana JKM ada menyalurkan geran ya, kepada er… pusat-pusat ini. Namun begitu er… dari semasa ke semasa atas permintaan, Kerajaan Negeri sedia membantu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima Kasih Yang Berhormat. Soalan berikutnya saya jemput wakil dari Chini.

Dato’ Sri Yang Di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 6.

[Apakah usaha kerajaan negeri dalam memastikan pemilikan sijil halal di restoran-restoran di negeri Pahang kerana ia penting bagi memastikan kualiti penyediaan makanan termasuk kandungan dalam makanan digunakan itu adalah bersih, selamat dan semestinya mengikut syarak.]

Dato Sri Yang Di-Pertua

Saya mengucapkan banyak terima kasih kepada sahabat saya daripada Chini yang bertanya tentang er… sijil halal. Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan pemilikan sijil halal di restoran-restoran di Negeri Pahang kerana ia penting bagi memastikan kualiti penyediaan makanan termasuk kandungan dalam makanan yang digunakan.

Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Memanglah sijil halal ini menjadi satu perkara yang sangat penting dan juga diminati dan diambil berat oleh orang ramai bahkan menjadi impian oleh setiap pembekal. Namun demikian perkara ini memang diambil serius oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui urusetianya iaitu Jabatan Agama Islam Pahang. Jabatan Agama Islam Pahang sebagai pemudah cara.

Namun demikian, dasar-dasarnya dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu JAKIM. Dari semasa ke semasa, JAIP akan mengadakan kempen penjelasan keperluannya sijil halal ini diambil dan dipohon oleh restoran-restoran yang dibuka di negeri Pahang. Namun ia adalah satu perkara yang berbentuk bersifat sukarela oleh restoran itu, bukan satu ketetapan yang dilazimkan ataupun diwajibkan. Terima kasih Dato’ Sri Yang Di-Pertua.

Soalan tambahan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Nampak wakil dari Tanjung Lumpur.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Er… kita lihat ada restoran-restoran yang mengelirukan. Makna nampak macam muslim tapi bukan. Jadi tanya pada pihak kerajaan er… dah berapa tangkapan ataupun tindakan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan terhadap restoran-restoran sebegini.

Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Sebenarnya men… mendapatkan sijil halal daripada JAKIM dan Jabatan Agama Islam adalah bersifat sukarela. Seandainya restoran berkenaan tidak mendapatkan sijil halal, kita tidak apa… ada hak untuk menangkap mereka kerana disebabkan tidak memiliki sijil halal. Tetapi kalau mereka berdusta bertopengkan er… sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM sedangkan dia tidak mohon, ini adalah satu kesalahan dan boleh kita mendakwa mereka. Cuma setakat ini kita belum ada data yang apa kita menangkap sebagaimana berlaku di setengah tempat. Terima kasih Dato’ Sri Yang Di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima Kasih. Seterusnya saya jemput wakil dari Tanah Rata.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memberikan saya peluang yang kedua untuk kemukakan soalan nombor 7 di dewan yang mulia ini. Terima kasih.

[Kekerapan runtuhan tanah berkemungkinan bertambah pada musim hujan terutamanya di tempat tinggi. Selain penyenggaraan dan pembaikan cerun,

adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan teknologi canggih seperti teknologi Artificial Intelligence (AI) yang mampu mengesan tanah runtuh secara lebih tepat, pantas dan efektif sebelum ianya berlaku?]

Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Terima kasih er… memberi saya ruang untuk menjawab soalan yang ditanya oleh ADN Tanah Rata. ADN Tanah Rata bertanyakan soalan berkaitan dengan penggunaan teknologi canggih seperti Artificial Intelligence (AI) dalam menangani masalah cerun runtuh.

Untuk makluman Sidang Dewan yang dimuliakan, kaedah pemantauan cerun yang dilaksanakan oleh pihak Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR Ibu Pejabat Kuala Lumpur adalah er… dilaksanakan secara visual melalui format laporan Incident Report er… melalui ataupun yang dibawa oleh pihak JKR Daerah. Pihak JKR juga walau bagaimanapun sedang menjalankan pengumpulan data cerun di jalan persekutuan dengan menggunakan teknologi drone ataupun er… LIDAR . Dalam masa yang sama juga pihak Kerajaan er… sedang mengkaji bagaimanakah untuk meningkatkan penggunaan Artificial Intelligence (AI) ini dan ianya masih diperingkat kajian bergantung kepada peruntukan yang ada.

Walau bagaimanapun, Dato’ Sri Yang Di-Pertua, soal Artificial Intelligence (AI) ini sangat subjektif. Artificial intelligence (AI) ini dalam erti kata lain juga orang sebut sebagai machine intelligence, dengan izin, how intelligence, ataupun sejauh manakah bijaknya mesin-mesin ini sangatlah subjektif dan kerajaan dalam proses untuk meningkatkan kebijaksanaan mesin-mesin ini. Terima kasih Dato’ Sri.

Soalan tambahan… ok. Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua, ok er… Yang Berhormat baru-baru ini berlaku tanah runtuh di jalan er… di Genting Highlands jalan menuju ke Amber Court. Jadi saya ingin bertanyakan kepada pihak Kerajaan Negeri apakah tindakan yang diambil pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan perkara ini kalau boleh tidak berulang lagi kerana sekarang musim hujan, dan kita lihat pembangunan di Genting Highlands sekarang semakin banyak dan setiap hari banyak pembangunan yang berlaku dan apakah tindakan dari pihak PBT sendiri er… dan Pihak Kerajaan Negeri untuk mengawal dan er… situasi ini berulang? Kerana kita tahu er… keadaan di sana er… memang mendapat liputan luas daripada pihak media akibat tanah runtuh tersebut. Walaupun bukan jalan utama, tetapi ia kita perlu mengambil berat juga dan kita tidak mahu kehilangan nyawa akibat tanah runtuh yang berlaku dimana-mana sekarang. Itu sahaja.

Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Sehingga kini saya belum lagi mendapat laporan penuh daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun berkaitan dengan insiden yang berlaku. Walau bagaimanapun, laporan awal melaporkan bahawa kemungkinan besar insiden ini berlaku berpunca sistem saliran yang tidak sempurna. Bagi pihak Kerajaan Negeri, kita sememangnya er… bukan sahaja dalam kes ini, kita sentiasa memastikan penguatkuasaan dijalankan supaya penyelenggaraan cerun-cerun ini termasuklah penyelenggaraan

dari segi kebersihan longkang, sistem saliran dan sebagainya dibuat dari masa ke semasa.

Dalam hal ini sebenarnya jalan yang dimaksudkan itu, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua, baru sahaja er… kita daftarkan di bawah Sistem MARRIS dan insya-Allah bermula daripada tahun ini dan tahun seterusnya, kita akan tingkatkan lagi penyelenggaraan. Walau bagaimanapun, selain daripada apa yang diusahakan oleh pihak JKR dan pihak-pihak berkuasa yang lain, kita kena faham juga keadaan geografi di negara kita ini, adakalanya kita menerima kadar hujan yang luar biasa dan itulah juga sebenarnya yang berlaku di jalan Amber Court yang dimaksudkan oleh Ketari itu Yang Berhormat Dato’ Sri di-Pertua. Terima Kasih.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Soalan tambahan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ok. Sila.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Saya mendapati bahawa kebanyakan runtuhan tanah yang berlakunya adalah di tepi jalan raya dan kerana ini, kerajaan terpaksa menanggungkan kos yang begitu banyak khususnya di daerah Cameron Highlands pada tahun ini. Kerajaan telahpun membelanja sebanyak RM2 juta untuk membaikpulih cerun dan jalan raya disebabkan runtuhan tanah.

Jadi adakah… saya nak tanya adakah faktor-faktor risikonya berlaku runtuhan tanah ni di ambil kira dalam pembinaan jalan raya yang baru untuk pada masa yang akan datang untuk mengelakkan runtuhan tanah ini berlaku? Sebab kita tengok kita lihat perbelanjaan untuk membaik pulih lebih… lebih tinggi daripada kos yang lebih tinggi daripada membina satu jalan yang baru. Terima kasih.

Dato’ Sri’ Yang Di-Pertua,

Sememangnya kejadian cerun runtuh ini bukan sahaja berlaku di tepi jalan raya, di dalam hutan, diceruk-ceruk kampung juga berlaku, tetapi soalan Yang Berhormat ini berkaitan dengan cerun runtuh di jalan-jalan raya. Apa yang berlaku sememangnya membawa atau memberikan kos yang besar kepada kerajaan dan sebenarnya dari segi reka bentuk er… pembinaan jalan-jalan kita yang membabitkan pemotongan cerun ini Yang Berhormat, sentiasa kita ambil kira tentang keselamatan para pengguna dan kaedah yang dilaksanakan oleh JKR Malaysia ini bukanlah kita buat secara persendirian, tapi hasil daripada penyelidikan, perkongsian pengalaman dengan negara-negara lain di seluruh dunia dan masalah cerun runtuh juga dalam erti kata lain Yang Berhormat juga terpaksa dihadapi oleh pengurusan-pengurusan jalan di luar-luar negara dan berkaitan dengan Artificial Intelligence (AI) Yang Berhormat er… cadangkan itu sebenarnya negara-negara luar juga sedang mengkaji.

Antara negara-negara yang banyak meningkatkan penggunaan Artificial Intelligence (AI) dalam pengurusan cerun adalah negara Hong Kong. Sebagai contoh Yang Berhormat kita tahu negara Hong Kong ini sangat kecil untuk pembangunan dia

terpaksa potong banyak cerun bukan sahaja untuk jalan, untuk pembinaan bangunan jadi mereka dah semakin banyak menggunakan kaedah Artificial Intelligence (AI) ini. Tetapi seperti yang saya sebutkan di awal jawapan tadi penggunaan Artificial Intelligence (AI) ini sebenarnya pembangunannya menelan kos yang sangat besar tapi walau bagaimanapun saya percaya kerajaan akan berusaha untuk menambah baik sistem yang ada.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima Kasih Yang Berhormat. Soalan berikut saya menjemput wakil dari Padang Tengku.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Assalamualaikum WBT, Dato’ Sri Yang Dipertua,

Soalan saya, saya tujukan kepada Exco Belia dan Sukan. Soalan saya, soalan nombor 8.

[Sering kali dalam kejohanan sukan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa, terdapat atlet-atlet Pahang yang telah gagal dalam ujian doping. Nyatakan langkah-langkah proaktif Kerajaan Negeri dan persatuan-persatuan sukan dalam memastikan setiap atlet yang membawa cabaran negeri Pahang dalam mana-mana kejohanan khususnya Temasya Sukan Malaysia (SUKMA JOHOR 2020) yang akan datang bersih daripada sebarang pengambilan bahan yang terlarang (bebas doping).]

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Dipertua,

Terima kasih kepada ADN Padang Tengku yang banyak kali juga er… sebelum ini er… sangat berminat untuk bertanyakan tentang hal-hal berkaitan dengan sukan. Terima kasih sekali lagi.

Untuk persoalan yang berhubung kait dengan doping yang dibangkitkan oleh ADN Padang Tengku, er… saya ingin menjawab bahawa Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Pahang amat memandang serius dalam masalah doping di kalangan atlet-atlet di negeri ini. Bagi memastikan para atlet negeri Pahang tidak lagi terlibat dengan masalah kegagalan ujian doping, Majlis Sukan Pahang telah mengambil langkah-langkah proaktif dalam memastikan setiap atlet yang membawa cabaran negeri Pahang dalam mana-mana kejohanan khususnya yang terdekat ini, sama ada di SEA Games ataupun di SUKMA JOHOR 2020 agar bebas daripada isu doping.

Doping ini untuk makluman sidang Dewan, adalah pengambilan bahan terlarang oleh para atlet untuk menambahkan tenaga dan performance dengan izin, dalam mana-mana kejohanan ataupun kejuaraan yang diceburi. Dan perkara ini kalau dirujuk di Malaysia, kita ada satu agensi namanya ADAMAS ya, iaitu Anti-Doping Agency of Malaysia yang mana er… terletak di bawah National Anti-Doping Organization ataupun NADO dan keseluruhan er… agensi-agensi ataupun pihak ini adalah di bawah World Anti-Doping Agency ataupun WADA yang telah er… negara kita Malaysia er… memperakui dengan mengadakan perjanjian er… di Copenhagen, Denmark pada 2003 yang lalu.

Untuk makluman Sidang Dewan juga, bagi atlet yang telah terpalit dengan masalah doping ini, Majlis Sukan Pahang telah mendapatkan laporan penuh berkaitan kes doping tersebut dari pihak persatuan yang terlibat dan pihak Agensi Anti-Doping Malaysia ataupun ADAMAS, melalui laporan yang telah diterima, satu perbicaaran dalaman telah dijalankan yang melibatkan atlet, persatuan dan jurulatih bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan kes doping tersebut. Bahkan di pihak Majlis Sukan Pahang juga kita telah mengambilkira sekiranya perkara ini berlaku, kita akan membuat pemotongan elaun dan juga er… beberapa tindakan yang serius dan berat ke atas er… sama ada atlet, jurulatih ataupun persatuan-persatuan ataupun kelab sukan.

Seterusnya, bagi langkah pencegahan masalah doping ini, Majlis Sukan telah merangka dan merancang beberapa program yang berkaitan yang melibatkan persatuan sukan, atlet dan jurulatih negeri Pahang. Majlis Sukan Pahang telah menganjurkan Bengkel Anti-Doping yang melibatkan atlet-atlet dan jurulatih negeri Pahang dan bengkel ini telah dikendalikan sendiri oleh pihak ADAMAS.

Selain itu, Majlis Sukan Pahang juga telah menetapkan ‘Pre-Test Doping’ 6 bulan sebelum temasya SUKMA JOHOR 2020 berlangsung. Perkara ini kadang kala berlaku untuk makluman sidang Dewan, pengambilan barang terlarang ini oleh atlet kadang kala dia mengambil atau membelinya dari sumber online. Jadi ini di luar kawalan pihak-pihak tertentu. Ujian ini akan melibatkan sukan-sukan yang berisiko tinggi dalam penyalahgunaan barang-barang terlarang dalam sukan terutamanya er… acara berbasikal, olahraga dan juga angkat berat yang mana mereka mengambil makanan tambahan bagi atlet-atlet yang terbabit.

Di antara sukan yang akan menjalani ujian ini adalah sukan angkat berat khususnya. Ujian ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak ADAMAS. Majlis Sukan Pahang melalui Unit Kejurulatihan Sains Sukan akan memberi didikan secara berterusan bahkan kita juga mengadakan bengkel-bengkel kaunseling kepada atlet-atlet dan juga jurulatih supaya kesedaran ini sentiasa mereka er… ambil perhatian dan mengelak daripada tindakan-tindakan berkaitan kes doping tersebut.

Dan berkenaan doping kepada atlet serta jurulatih, ini Majlis Sukan sentiasa er… memberi peringatan yang keras agar tidak terlibat sama sekali. Kempen kesedaran berkenaan penyalahgunaan barangan terlarang di dalam sukan akan dilaksanakan secara berterusan melalui template, banner-banner dan aplikasi-aplikasi media sosial.

Majlis Sukan sekali lagi akan mengawal sepenuhnya bagi pembelian dan pembekalan makanan tambahan atlet. Setiap pembelian dan pembekalan makanan-makanan tambahan tersebut akan dirujuk dahulu dengan pihak ADAMAS bagi memastikan kandungan makanan tambahan yang dibekalkan mematuhi senarai bahan terlarangan yang dikemaskini oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS). Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, sila Padang Tengku.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Saya melihat isu ini, isu yang agak besar. Misalnya tahun 2018 apabila kita er… dah memperolehi pingat-pingat kena ditarik balik dan ini bukan sahaja menjejaskan kedudukan kita dalam senarai apa nama ni… er… ranking sukan kita tetapi juga menjatuhkan maruah dan selalu sangat atlet-atlet Pahang ini terlibat.

Soalan saya ialah, apakah hukuman yang er… sewajarnya, saya lihat benda ni bukan setakat kepada… kepada apa nama… atlet tetapi juga kepada jurulatih dan pihak pengurusan juga. Saya fikir er… perlu ada satu er… taklimat ataupun kursus khas sejak daripada awal lagi, mungkin kesedaran kepada er… anak-anak muda, kesedaran kepada pelajar-pelajar mesti dibuat diperingkat awal.

Jadi, saya nak tanya di sini, apakah langkah-langkah dan juga er… perkara yang dibuat oleh Pihak Kerajaan dalam usaha menyekat masalah ini sejak daripada awal lagi?

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada ADN Padang Tengku atas keprihatinan tersebut dan kita mengakui bahawa er… persoalan doping ini bukanlah suatu perkara yang mudah dan kita mengambil serius er… untuk tindakan-tindakan yang akan diambil ke atas atlet dan juga jurulatih serta persatuan kelab itu sendiri. Bahkan menurut Datuk Ramlan, Pengarah ADAMAS Malaysia dan juga Timbalan… Nishel Kumar, ADAMAS Malaysia juga kadang kala terlepas pandang perkara ini di mana kadang kala atlet-atlet ini dia mempunyai banyak er… kejohanan-kejohanan ya, di luar negara, dalam negara dan sebagainya.

Kadang kala pengambilan barang-barang terlarang ini sepatutnya mereka memang sedari, promosi demi promosi, larangan demi larangan telah diperkatakan, telah diuar-uarkan tetapi namun… namun masih jugak berlaku. Bahkan kita di Malaysia, Malaysia pada 2018 di SUKMA Perak memang terkena satu atlet angkat berat er… akan kes doping ini, bahkan di Komanwel pun ada satu ya, yang melibatkan kes doping ini.

Dan merujuk kepada Majlis Sukan, tindakan yang kita ambil ialah dengan menggantung elaun mereka dan juga err… jurulatih bukan setakat atlet, jurulatih pun kita tekankan supaya mereka, biar jadi satu teamwork ya. Jangan… makna lepas tanggungjawab mereka supaya perkara ini terus mendapat mandat oleh pihak berkait… berkaitan untuk mencegah supaya perkara ini tidak menular.

Dan sebagaimana yang saya katakan tadi, er… contoh atlet kita yang di SUKMA Perak er… yang lalu ya, mereka membeli… membeli makanan tambahan ini dari sumber online. Bahkan bila kita check balik senarai er… makanan tambahan tersebut, kita lihat ADAMAS ini tidak merekodkan er… barang terlarang itu dalam satu kategori barang terlarang. Bahkan dia baharu sahaja, selepas berlaku kes doping baru menyenaraikan balik barang tersebut. Hah… ini satu perkara yang perlu kita ambil tahu juga bahawa kadang kala ADAMAS ini, dia perlu merekodkan keseluruhan er… makanan-makanan tambahan. Bahkan kalau kita tengok hari ini, makanan tambahan yang diambil oleh atlet pelbagai di pasaran, di pasaran maya yang mana kita kadang kala tidak terkawal dengan pembelian-pembelian secara online ini.

Jadi, sekali lagi dalam Persidangan Yang Mulia ini, kita akan mengambil maklum perkara ini dan kita akan mengambil tindakan yang sekeras-kerasnya serta er… memberi er… pemakluman di peringkat sekolah-sekolah, “apa itu doping” yang berbahaya dan terlarang diambil oleh para atlet dari sejak awal lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Tadi Wakil Kerajaan mengatakan tindakan tegas diambil bukan kepada pemain yang terlibat dengan doping tetapi juga jurulatih, pengurus. Saya harap jangan diambil tindakan ke atas Exco Belia dan Sukan sudahlah. Terima kasih. (Ahli Dewan ketawa).

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Baiklah kita pergi kepada soalan berikutnya, jemput Wakil dari Jengka.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 9.

[Apakah langkah Kerajaan Negeri Pahang dalam menyelesaikan masalah penempatan Orang Asal di Sungai Kiol yang tidak mempunyai pemilikan tanah dan rumah kecil yang masih berkongsi beberapa keluarga?]

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera, selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua yang memberi laluan kepada saya untuk menjawab pertanyaan daripada Ahli Damak mengenai penempatan Orang Asli di Sungai Kiol yang tidak mempunyai tanah, pemilikan tanah dan juga rumah, dan rumah pun masih berkongsi beberapa keluarga. Mengikut rekod Jabatan Kemajuan Orang Asli ataupun JAKOA Negeri Pahang, perkampungan Orang Asli Sungai Kiol, Jerantut telah mendapat kelulusan pada Mesyuarat MMK Ke-30 iaitu pada 15.11.2017 untuk diwartakan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Orang Asli 1954.

Setakat ini pihak JAKOA belum mendapat peruntukan bagi melaksanakan kerja-kerja pengukuran sempadan. Maknanya dah lulus, tinggal lagi nak ukur sempadan aje. Bagi keperluan pembinaan rumah PPRT, pihak JAKOA telah menyenaraikan cadangan-cadangan bina baru rumah PPRT untuk tahun 2020. Sebenarnya sebelum pada ini pun tiap-tiap tahun kita akan menyenaraikan er… cadangan bagi membina rumah baru bagi mendapatkan peruntukan dan kelulusan daripada Kementerian ataupun Jabatan Orang Asli tetapi pelaksanaan ini, ianya bergantunglah kepada kelulusan dan juga peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat.

Boleh soalan tambahan?

Yang di-Pertua (Speaker)

Dari mana ni? Oh… dari mana ni tak nampak. Saya tak…

Dari sini, Ketari.

Yang di-Pertua (Speaker)

Oh ya, nampak, dak… warna sama je macam dinding je. Pakaian tu…Okay, sila.

Boleh ya Tuan Yang di-Pertua?

Yang di-Pertua (Speaker)

Minta maaflah, sila.

Okay, soalan tambahan. Bolehkah saya dapatkan senarai kawasan Orang Asli yang er… telah lulus untuk diwartakan? Itu sahaja. Untuk kawasan-kawasan lain.

Terima kasih Wakil daripada Ketari. Untuk makluman setakat ini, lebih daripada 7,000 hektar yang telah kita wartakan sebagai rizab Orang Asli. Tinggal lagi untuk nak senaraikan kampung-kampung itu, saya rasa saya bercadang untuk bertulislah dan sebanyak 8,000 hektar lagi dalam proses. Proses ini adalah kerana ia melibatkan sedikit peruntukan. Bukan sedikit tapi kalau di Pahang saja saya dimaklumkan oleh pegawai JAKOA memerlukan lebih kurang RM80 juta untuk membiayai kerja-kerja pengukuran yang mana ianya mesti mendapat pelan ataupun pre-comp ini daripada juruukur yang bertauliah. Jadi yang inilah yang kita minta peruntukan daripada Pusat tetapi setakat ini tak dapat lagi. Jadi kita ansurlah setakat yang mana yang boleh lagi. Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, berikutnya saya jemput Wakil Teruntum mewakili Semambu.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mengemuk… mengemukakan soalan untuk rakan saya. Soalan nombor 10.

[Sila maklumkan perkembangan terkini tapak pelupusan sisa kekal (PDF) Lynas. Berapa tapak dikenal pasti? Adakah tapak muktamad telah diputuskan?]

Encik Rahim bin MudaUMNO · BNLepar

[Ayat al-Quran]. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan. Sebelum saya menjawab soalan ini, saya tengok dah dua hari Semambu tak ada. Mungkin ada kempen ke, saya tak pastilah ya. Ini ada sikit pantun saya nak bagi kepada Semambu.

Siakap senohong gelama ikan duri, Manifesto bohong rakyat kena kencing berdiri.

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, pihak Kerajaan Negeri ada menerima beberapa lokasi daripada pihak Lynas untuk memohon tapak untuk PDF, Permanent Disposal Facilities, sisa-sisa daripada Lynas. Setakat ini, kita baru dapat permohonan dan perkara ini akan dirujuk kepada agensi yang berkaitan terutamanya kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar serta Perubahan Iklim untuk memastikan kesesuaian tapak ini untuk dijadikan sebagai tapak PDF dan sepertimana yang sedia telah maklum, Perdana Menteri kita pun saya ingat telah mengumumkan bahawa bersedia untuk membantu Lynas untuk…

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Tadi saya, Dato’ Sri MB bagitahu, sedap pulak pantun yang dibaca oleh Wakil bukan er… Wakil Kerajaan tadi. Tapi sebenarnya 15,000 yang kita menang di Tanjung Piai itu ada satu pantun lagi. Er… Wakil Kerajaan nak dengar? Kalau nak dengar, saya bacakan. Yang di-Pertua Dewan nak dengar? Boleh? Saya izinkan?

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh, izinlah.

Hah, saya baca ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Satu pantun ajalah.

Kalau tuan pergi memancing, Jangan lupa membawa umpan, Kalau tuan tak nak kena kencing, Jangan undi Pakatan Harapan.

Itu yang kita menang 15,000. (Ahli Dewan menepuk meja)

Encik Rahim bin MudaUMNO · BNLepar

Er… Lanchang, saya nak ringkaskan. Sebenarnya pihak Kerajaan Negeri telah meneliti berdasarkan kepada peraturan-peraturan dan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh agensi berkaitan untuk memastikan tapak yang dicadangkan oleh Lynas ini sama ada kita ber… menerima atau sebaliknya dan ini akan mengambil sedikit masa dan sebelum saya mengakhiri jawapan ini, ini ada satu pantun lagi.

Tanjung Piai, Pekan Nenas, Teh tarik, tauhu bakar, Kalau cerita pasal Lynas,

Jangan dengar pakar auta, Kena percaya cakap pakar.

Sekian, terima kasih.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Soalan tambahan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya er… adalah adakah Kerajaan Negeri bersedia memberi kebenaran kepada Lynas untuk membina PDF? Soalan seterusnya, jika ada, apakah syarat yang ditetap oleh pihak Kerajaan kepada Lynas? Sekian.

Encik Rahim bin MudaUMNO · BNLepar

Untuk makluman saya telah jelaskan tadi. Kita baru terima permohonan daripada Lynas. Agensi-agensi yang berkaitan, Lembaga Tenaga Atom dan jabatan-jabatan di peringkat Federal akan memutuskan sama ada tapak yang dicadang ini sesuai atau tidak. Kita belum lagi memutuskan dan terpulang kepada er… kerana negeri akan akur segala keputusan yang dibuat oleh Kementerian berdasarkan kepakaran-kepakaran dan juga peraturan-peraturan yang sedia ada.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Satu lagi.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Bolehkah saya tahu apakah… lokasi manakah yang dicadang oleh pihak Lynas? Sekian.

Encik Rahim bin MudaUMNO · BNLepar

Untuk makluman, kita baru menyemak, kita belum memutuskan lagi dan kita akan meneliti tapak-tapak yang, yang sedang dicadangkan.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan tambahan. Jadi Kerajaan Negeri belum jawab lagi tapak manakah yang dicadangkan oleh Lynas?

Encik Rahim bin MudaUMNO · BNLepar

Belum lagi. Kalau Triang bersetuju, kita boleh hantar ke Triang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah selesai membincangkan 10 pertanyaan dan jawapan. Saya ucapkan terima kasih kepada

pihak Kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam suasana yang penuh harmoni dan ceria.

Baiklah saya bercadang untuk kita menempohkan persidangan kita pada pagi ini untuk minum pagi dan persidangan kita akan disambung semula pada pukul 11.00 pagi. Persidangan ditempohkan. Terima kasih.

[Persidangan ditempohkan jam 10.29 pagi]

[Persidang disambung semula]

PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2020/2019) DAN USUL ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN DAN PERBEKALAN AIR 2020

Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2020/2019) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Dan Perbekalan Air 2020Bill

Setiausaha Dewan

Perkara kedua: Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2020/2019) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Dan Perbekalan Air 2020.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-undang Dan Usul ini telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada hari semalam 18 November 2019 dan telahpun mendapat sokongan. Rang Undang-undang Dan Usul ini akan dibuka untuk dibahas. Sukacita saya memaklumkan bahawa setiap Ahli-ahli Yang Berhormat akan diberi masa 15 ke 18 minit untuk perbahasan. Saya berharap Yang Berhormat bolehlah menggunakan masa tersebut bagi menyampaikan hujah-hujah yang wajar disampaikan. Oleh itu, saya menjemput Yang Berhormat daripada Sungai Lembing ya untuk membawa, menyokong Rang Undang-undang dan Usul tersebut untuk berucap. Sila Sungai Lembing.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Bismilahirrahmanirrahim [Bacaan dalam Bahasa Arab]

Pertamanya, saya mengucapkan berbanyak-banyak syabas, tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang diatas ucapan ataupun penyampaian Bajet Belanjawan Pahang 2020. Daripada segi inti pati ucapan yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, dapatlah kita gambarkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang mempunyai keazaman yang penuh untuk mentadbir negeri Pahang untuk mempastikan bahawa negeri Pahang berjalan lancar dan seiring sepertimana yang kita harapkan selama ini. Walaupun kita tahu pada masa sekarang ini, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dua sahaja negeri yang jadi negeri pembangkang iaitu negeri Perlis dan negeri Pahang. Macam manapun bagi saya, sudah tentulah negeri Pahang, er… disamping itu juga negeri Terengganu ya dan juga negeri Kelantan pun menjadi negeri pembangkang lah kepada kerajaan yang ada pada masa sekarang ini. Jadi er... sudah tentu bagi saya, negeri Pahang er… menjadi er... teropong yang besarlah kepada pihak Kerajaan Pusat, nak tengok macam mana kemampuan, kemantapan pemerintahan Kerajaan Negeri Pahang ini dalam kita mentadbir rakyat.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap mudah-mudahan kita, negeri Pahang ini akan mencapai kutipan lebih daripada RM1 bilion setiap tahun insya-Allah. Kalau kita tengok semalam yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang tak mustahil pada masa akan datang ini, tahun depan, tahun 2021 dan seterusnya, kita berharap mesti hasil kutipan Kerajaan Negeri Pahang ni masuk dalam ranking RM1 bilion ke atas. Sekarang ni kita tahu negeri-negeri yang maju Selangor, Pulau Pinang dan Johor ya banyak penghasilan dia terutama sekali dari segi industri, pendapatan negeri masing-masing melebihi daripada RM1 billion. Jadi target kita, kita mesti mensasarkan RM1 bilion keatas. Macam mana nak capai? Itulah antara langkah-langkah, pendekatan-pendekatan yang diambil oleh er… Kerajaan Negeri

bagi mempastikan keadaan ekonomi dan juga kesejahteraan rakyat Negeri Pahang ini adalah selaras dengan tagline kita iaitu “Maju Terus Pahang” dan juga “Pahang the 1st”. Itu yang penting sekali.

Saya juga mengalu-alukan bahwa kerajaan Tuan Yang di-Pertua sentiasa mengamalkan perbelanjaan secara berhemah untuk mengelakkan defisit fizikal. Kita tahu Belanjawan Tahun 2020 memberi fokus kepada tiga strategi utama iaitu pertamanya melonjak ekonomi ke arah negeri yang berdikari. Yang kedua memperkasa perkhidmatan dan juga modal insan. Yang ketiga, mensejahterakan kehidupan rakyat. Antara sektor ataupun bidang-bidang yang kita boleh perkemas, pertingkatkan lagi untuk mempastikan ataupun menambahkan lagi hasil pendapatan Negeri Pahang ini kita, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri melalui bantuan Kerajaan Pusat telah membina atau mendirikan beberapa buah empangan-empangan untuk memberikan er… keperluan air yang mencukupi untuk rakyat dan juga untuk pembangunan.

Kalau di Kuantan contoh dia Empangan Remen Chereh di Sungai Lembing. Asas... asalnya pembinaan Empangan Remen Chereh di Sungai Lembing adalah untuk menampung bekalan air di Bandar Kuantan termasuklah juga di kawasan industri Gebeng untuk 30 tahun yang akan datang. Malangnya, kalau kita tengok keadaan yang ada sekarang ini mungkin tak sampai, mencapai sasaran. Jadi itulah, dengar bunyinya kita nak mengimport air daripada Terengganu, kita merancang nak membina takungan air yang baru dan lain-lain lagi.

Untuk pengetahuan Yang di-Pertua, Empangan Remen Chereh kalau penuh dilepaskan air, saya kira mungkin 12 jam hingga 20 jam baru sampai ke Empangan Kobat, mungkin 60% ke 70% daripada air Empangan Remen Chereh itu sebelum sampai ke Empangan Kobat, dia pergi ke seluruh anak-anak sungai, saliran-saliran yang ada. Jadi tak sampai terus kepada sasaran. Jadi saya mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri walaupun pihak Kerajaan Pusat dah meluluskan RM600 juta lebih peruntukan untuk er... supaya projek ataupun bandar industri di Gebeng mencukupi keperluan air dan juga di beberapa tempat yang lain, mesti kita cuba berusaha membuat satu saliran ataupun saluran menyalurkan air itu daripada Empangan Remen Chereh tepat sampai ke Empangan Kobat barulah sampai ke Bandar Kuantan, ini menunggu beberapa dulu jam Tuan Yang di-Pertua.

Saya berharap dalam hal ini pihak Kerajaan Negeri er… dapat memohon kepada Kerajaan Pusat supaya kita mendapatkan bajet untuk membina semula... membina salu... saliran... saluran air daripada Empangan Remen Chereh ke Empangan Kobat ataupun untuk air bandar Kuantan. Selain daripada itu, sememangnyalah sepertimana yang kita tahu bahawa 80% Tuan Yang di-Pertua, air hujan yang turun negeri Pahang ni melepas ke laut. Jadi sepatutnya 80% daripada air terutamanya air hujan yang turun tu dapat kita tampung dia melalui pembinaan empangan ataupun takungan-takungan yang besar, jadi mudah-mudahan masalah bekalan air di Bandar Kuantan ataupun di negeri Pahang ini dapat kita selesaikan.

Tuan Yang di-Pertua, disamping itu juga...

Dato’ Sri Yang di-Pertua, mohon saya mencelah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sungai Lembing. Kejap, kejap.

Saya minta maaf apa... saya ingin memberikan pandangan awal atas cadangan dan pemerhatian Sungai Lembing memandangkan Sungai Lembing adalah ADN yang dekat dengan permasalahan ini saya rasa wajar saya berikan pandangan asas supaya perbahasan kita seterusnya tak lari daripada perkara pokok ini. Err… cadangan Kerajaan Negeri Pahang untuk membeli air mentah, air terawat daripada Terengganu bukanlah kerana faktor kekurangan bekalan semata-mata. Dari segi jumlah bekalan air Yang Berhormat Dato’ Sri di-Pertua, sebenarnya Empangan Chereh sepertimana yang disebutkan oleh wakil Sungai Lembing tadi masih mencukupi. Sebenarnya daripada awal kewujudan ataupun pembangunan empangan itu kita tidak pernah melepaskan air daripada empangan sehinggalah berlaku kejadian ban pecah di Empangan Kobat.

Jadi untuk menampung er… air di empangan itu yang tak cukup dan juga disebabkan kemasukan air masin, air laut maka terpaksa kita melepaskan, dalam erti kata yang lain, selepas kejadian itu bermula daripada tarikh siapnya Empangan Kobat ataupun siapnya kerja-kerja pembaikan Empangan Kobat sehingga ke hari ini, kita masih belum melepaskan. Tapi kenapa kerajaan memikirkan untuk kita membeli air terawat daripada Terengganu kerana model yang kita ada pada hari ini adalah intake kita hanyalah untuk sebahagian besar bandar Kuantan ini, kita menyedut air di Empangan Kobat dan kita proses di loji rawatan air Semambu dan juga Bukit Ubi dan untuk dihantarkan air ke kawasan Pahang Utara, kita hanya ada satu line, dengan izin Yang di-Pertua, hanya ada satu saluran sahaja. Maknanya lebih kurang er… lebih 40 kilometer saya fikir daripada apa… Kobat sampai ke Chendor Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Jadi sebarang gangguan ataupun hanya untuk tujuan perhentian operasi untuk tujuan penyelenggaraan sekalipun, dah ada gangguan. Jadi bila paip panjang Yang Berhormat kita nak mengisi balik paip yang dah kosong itu kerja-kerja pumping juga menelan kos yang sangat besar, jadi untuk itu kita memikirkan kena ada sumber dari arah lain. Jadi erti kata yang lain, apabila kita ada dua sumber itu nanti Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, sekiranya kita terpaksa memberhentikan operasi di Semambu, kita ada alternatif daripada belah apa ni… er… Gebeng ataupun di belah Chendor itu untuk masuk ke negeri Pahang.

Ini Ahli-ahli Yang Berhormat janganlah kita anggap satu perkara yang luar biasa sangat ataupun seolah-olah ini kita tengok satu kelemahan Kerajaan Negeri, tetapi hakikatnya ada banyak lagi usaha-usahasama antara negeri antara operator-operator air negeri yang berlaku di antara negeri di Malaysia ini. Er… sebagai contoh Kelantan juga mendapat bekalan air daripada Terengganu dan Lembah Klang juga, Selangor, Kuala Lumpur juga mendapat apa… bekalan air daripada Pahang. Ini adalah kita kena tengok masalah ini secara keseluruhan tapi yang penting di sini pihak PAIP sedang mengusahakan satu kaedah penyampaian perkhidmatan bekalan yang stabil dan cekap dari segi kewangannya Dato’ Sri. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, terima kasih.

Dato’ Yang di-Pertua,

Er… penjelasan hujah daripada pihak Kerajaan Negeri itu jangka pendek. Jangka panjangnya, kita Pahang, kita tahu er… mempastikan hutan kita sentiasa kekal dalam 60 - 70% untuk mempastikan bekalan air di Pahang dan juga dibeberapa buah negeri semenanjung ini kekal tidak kering kontang. Jadi untuk wawasan ataupun jangka panjangnya, pihak Kerajaan Negeri juga perlu memikirkan er… kita membaik pulih menambahkan lagi kemudahan apa yang ada di takungan-takungan ataupun empangan-empangan air dan kita bina lagi beberapa takungan-takungan air di seluruh negeri Pahang ini di pada masa yang akan datang, tak payahlah kita membeli ataupun mengimport air daripada negeri-negeri yang lain.

Tuan Yang di-Pertua,

Selain daripada itu juga saya mohon bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri. Dulu sebelum PRU-14, Kerajaan Pusat ada janji nak bagi atau memberi peruntukan sebanyak RM200 juta kalau tak silap saya er… isu tuntutan saguhati petroleum kalau tak silap saya. Jadi saya nak tahu macam mana perkembangannya pada masa sekarang ini. Kerajaan dah tukar… adakah kerajaan baru ini ada memberi peruntukan yang tersebut. Saya juga berharap kalau kita tahu ya, negeri Terengganu telahpun mendapat imbuhan daripada petroleum Kelantan pun menyusul atau dah dapat saya tak pasti, saya juga berharap sebab negeri Pahang termasuk dalam jajaran petroleum tu supaya pihak Kerajaan Pusat dapat juga memberi kepada Kerajaan Negeri Pahang macam bentuk pampasan ataupun saguhati. Dengan cara ini dapatlah kita negeri Pahang berdikari sepertimana yang di dalam ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang.

Tuan Yang di-Pertua,

Selain daripada itu, baru-baru ini berlaku kebakaran di bandar Sungai Lembing. Sungai Lembing ini “El-Dorado Timur”. Jadi kita tahu hasrat Kerajaan Negeri Pahang dari dulu lagi nak mengangkat Sungai Lembing ini sebagai satu daripada Living Museum, muzium hidup. Jadi dengan berlaku kebakaran pada baru-baru ini ada satu deretan bangunan dan juga rumah kediaman habis terbakar. Bukan habis terbakar sahaja Yang di-Pertua, er… mayat sepasang suami isteri pun, isteri rasanya jumpa tangan je sikit, er… cebisan tulang tangan sementara suaminya tak dapat dijumpa langsung dia punya cebisan-cebisan mayat tersebut. Ya… tulang ada sikit je.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini keberangkatan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang masa mula-mula sekali hari kebakaran tersebut. Kemudian keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, ada beberapa hari berikutnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja kita dah berjanji kepada rakyat terutamanya kepada mangsa-mangsa kebakaran tersebut bahawa baginda akan mengambil perhatian mengenai er… pertamanya kehilangan rumah akibat kebakaran tersebut, yang keduanya kedai-kedai yang terbakar.

Dalam hal ini kita tahu bahawa rumah dan kedai-kedai tersebut er… daripada segi hak milik tanahnya adalah di bawah… masih lagi dalam er… digazzetekan sama ada di bawah warisan ke, di bawah Majlis Perbandaran Kuantan ataupun pentadbiran tanah Kuantan kita belum mendapat jelas lagi. Tapi tanah itu bukan tanah siapa-siapa. Tanah di bawah pentadbiran kerajaan. Dalam hal ini, untuk kita memajukan dan juga

menjaga kebajikan er… nasib bagi mereka-mereka yang terlibat, saya merayu kepada Kerajaan Negeri pertamanya bagi yang homeless, dengan izin, tak ada rumah tu, cepat-cepat kita sediakan… tapak pun kita dah sediakan di satu kawasan di Kampung Seberang. Jadi kita berharap supaya sama ada pemberian tapak ataupun kita bina semula oleh pihak Kerajaan Negeri ataupun kita bina dengan bantuan NGO ataupun mereka-mereka yang kaya untuk kita er… memulihkan semula kehidupan mereka, Tuan Yang di-Pertua. Jadi daripada segi pembangunan semula bandar Sungai Lembing ini saya berharap er… melalui ECER ataupun BPEN dan lain-lain lagi, kita bangunkan semula kawasan-kawasan yang terlibat tapi menepati era kolonial bagi bangunan-bangunan yang ada di kawasan Sungai Lembing.

Tuan Yang di-Pertua,

Di samping itu juga er… nasib peniaga-peniaga kecil. Kalau di bandar Kuantan ini kita tau orang Melayu terutama sekali mereka yang berniaga kecil tak mampu nak menyewa ataupun membeli kedai ataupun gerai-gerai di bandar Kuantan. Dengan kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, satu idea pendekatan yang sungguh berkesan dan membantu peniaga-peniaga kecil iaitu car boot sale. Kita tengok car boot sale di Taman Tas, car boot sale di Jalan Mahkota Kuantan ini adalah salah satu contoh yang terbaik, di mana mereka-mereka yang tak mampu er… berniaga ya, tak memerlukan… tak mampu menyediakan modal yang besar tapi boleh berniaga di er… membuka bonet kereta Tuan Yang di-Pertua, ataupun bagi mereka yang ada kemampuan membeli van ataupun trak berniaga atas trak. Ini adalah satu daripada langkah yang proaktif daripada pihak Kerajaan Negeri membantu mereka-mereka bagi menambahkan pendapatan.

Kita tahu pada masa sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, jelas bahawa suasana ekonomi memang merundum. Orang-orang yang berniaga, gerai-gerai makan kalau di Kuantan ini bukan semua gerai yang makan yang sentiasa penuh er…dengan pelanggan-pelanggan. Ada setengahnya muram. Jadi er… bagi sayalah Tuan Yang di-Pertua, kalau sekiranya rakyat ingin berniaga di tepi-tepi rumah ataupun di kawasan-kawasan er… yang tak mengganggu lalu lalang orang ramai, saya minta pihak Kerajaan terutama sekali er… Majlis Perbandaran Kuantan, nanti tak lama lagi dah nak jadi bandar raya, bagi peluang pada mereka. Jangan kita er…nampak je orang mem… membuka perniagaan, terus kita ambil tindakan suruh mereka tutup sedangkan mereka itu tak cukup pendapatan untuk menanggung keluarga, kita bagi lesen pada dia orang. Kalau kita nampak tempat yang sesuai, bagi lesen. Jangan sekejap sekejap ambil tindakan, tutup sana tutup sini, rampas sana, rampas sini. Itu tindakan yang tidak betul pada masa sekarang ini Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua,

Disamping itu juga, saya juga ingin membangkitkan berkenaan dengan er… suasana ataupun keadaan di FELDA di kawasan saya, iaitu saya juga mohon pihak kerajaan, saya tahu memang ada dalam perancangan supaya disiapkan cepat rumah generasi kedua di FELDA Bukit Sagu. Dulu sebelum PRU ke-14 memanglah kita janji macam-macam ya, kepada peneroka-peneroka tapi pada sampai sekarang ini tak selesai lagi. Jadi saya berharap dengan pendekatan yang baru ini projek rumah tersebut dapat disiapkan. Mana-mana Tuan Yang di-Pertua, kalau Kerajaan tidak mampu, tak cukup kewangan untuk membina rumah-rumah generasi kedua, kita bagi kepada anak-anak FELDA tu lot tapak rumah dulu buat sementara ini.

Disamping itu juga Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya di Gugusan FELDA Bukit Sagu sampai sekarang ini geran untuk peneroka-peneroka tersebut, masih lagi belum

diperolehi. Jadi saya berharap nanti pihak Kerajaan bagi jawablah bila geran bagi peneroka-peneroka di kawasan FELDA Bukit Gususan Sagu itu akan dapat sebab mereka dah menunggu terlalu lama walaupun sekiranya kita bagi geran tu pun kadang-kadang ada masalah, jadi dah timbullah pada masa sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, dalam geran peneroka-peneroka FELDA ini di kaveatkan ada nama-nama orang lain pula dalam geran tersebut. Bukan saja di Bukit Goh berkaitan dengan bauksit tapi di tempat-tempat lain mungkin ada, mungkin di tanah ke ladang dipajakkan kepada orang-orang yang berkemampuan.

Tuan Yang di-Pertua,

Disamping itu juga isu bauksit. Jadi kita tahu Tuan Yang di-Pertua bauksit ini juga sebenarnya salah satu daripada er… unsur-unsur yang boleh menjana ekonomi, menambahkan pendapatan Kerajaan Negeri. Nilai bauksit yang ada di Bukit Goh di Bukit Kuantan dan juga di kawasan RTP di bandar Kuantan, di Gebeng ya masih banyak lagi Tuan Yang di-Pertua. Kata ba… mungkin dua atau tiga billion. Kalau tempoh moratorium di Bukit Goh diangkat semula, er… kita jangka 10 tahun baru habis, Tuan Yang di-Pertua er… bauksit tersebut. Jadi dalam hal ini saya merayu, saya menyeru kepada pihak Kerajaan Negeri sebaik saja SOP di bandar Gebeng nampaknya di kawasan Gebeng tak ada masalah berkaitan dengan urusan bauksit ini, cepat-cepatlah kita angkat moratorium itu, kita mulakan semula perlombongan bauksit di Bukit Goh ramai peneroka-peneroka yang menderita, ramai peneroka-peneroka yang bergantung kepada anak-anak Tuan Yang di-Pertua, sebab ladang dah tak ada, bauksit dah tutup. Jadi mereka nak makan er… bergantung kepada bantuan daripada anak-anak mereka yang masing… apa yang penting sekali Tuan Yang di-Pertua, kita tak mahu sepertimana berlaku pada masa-masa lepas, kontraktor ataupun pemaju-pemaju lombong 80% keuntungan, peneroka tuan-tuan punya tanah 20% sedikit saja.

Jadi pada masa yang akan datang, kita mengalu-alukan kerajaan negeri melantik PKNP sebagai agensi tapi pastikan bahawa mereka yang tanah… yang tuan punya tanah yang ada bauksit tu betul-betul dapat menikmati hasil mereka, Tuan Yang di-Pertua. Kalau dulu kadang-kadang orang tengah ataupun gangster yang boleh dapat beratus-ratus ribu sebulan collection, tapi tuan tanah ada yang dapat RM10,000.00…RM20,000.00…RM50,000.00 ada yang seorang dua yang dapat satu ataupun RM2.0 juta, ha…yang satu dua juta itu yang pandai, bolehlah hidup sampai pada masa sekarang, tapi bangaimana nasib mereka yang dapat 20…30,000 ladang dah tiada. Ada setengah tu korek-korek tak ada bauksit pula. Tuan Yang di-Pertua, kena kencing je… [ketawa] saya tak mahu tuduh sapa-sapa.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini saya berharaplah hanya pemantauan mestilah berjalan dengan baik. Daripada segi pengeluaran bauksit, pastikan jangan ada debu merah. Saya difahamkan, saya adalah orang berjumpa dengan saya daripada segi pemaju dia kata dia ada satu pendekatan er… daripada segi pengeluaran bauksit tu cara perlombongan kering Tuan Yang di-Pertua. Jadi kalau sekarang ini perlukan air yang banyak dan debu-debu basah dan lain-lain lagi ada satu pendekatan modified mesin daripada negeri China, jadi kita dapat mengeluarkan bauksit secara kering. Jadi macam mana betul atau tidak betul dapat mengeluarkan bauksit secara kering tu boleh pihak kerajaan ataupun pihak jabatan-jabatan yang berkaitan kita panggil dia orang nak buat demonstrasi macam mana supaya kurang masalah debu yang berlaku.

Yang di-Pertua (Speaker)

Masa dah sampai Yang Berhormat, Yang Berhormat masa dah

Tuan Yang di-Pertua

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh menggulung sikit lagi lah

Itulah… saya orang kata ganas sekali ini Tuan Yang di-Pertua

Yang di-Pertua (Speaker)

Dah masa dah sampai

Ya… Jadi saya sekali lagilah mengucapkan banyak terima kasih er… dan juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di atas pembentangan bajet dan dengan ini saya mohon menyokong, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya…nampak ini Padang Tengku

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya nak mulakan dengan pantun. Dato’ Sri MB tadi tanya saya ada pantun dak.

Pahang negeri ditadbir Barisan Tak suruh rakyat menanam buluh Tahniah MB atas pembentangan Bajet Pahang terbaik dan menyeluruh

Sekalung budi buat MB Dirakam seluruh warga Padang Tengku Bertambah makmur seluruh negeri Semoga maju terus Pahang maju

Sedap sungguh si ikan siakap Makan pula dikedai Mak Janda DAP PH kata Pahang nak bankrap Rupa-rupanya hasil naik berganda-ganda (Ahli Dewan tepuk meja)

Alhamdulillah saya diberikan kesempatan untuk bersama-sama membahaskan

Yang di-Pertua (Speaker)

Dah habis pantun

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Bajet yang telah dibentangkan oleh yang

Yang di-Pertua (Speaker)

Baru nak mula… sila

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Ha… cukuplah tiga. Bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan di dalam Bajet itu kita melihat bagaimana Kerajaan Negeri Pahang telahpun menggariskan beberapa garis panduan yang er… dapat menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha kita untuk mencapai er… tagline merealisasikan Pahang maju er… 2020-2025. Headline yang dibawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar iaitu “tiada janji, lihat bukti” telah membuktikan bahawa kepimpinan yang cemerlang telah ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama-sama dengan barisan EXCO dan juga pegawai kerajaan, maka telah berjaya menyanggah tohmahan yang dibuat oleh setengah-setengah pihak yang mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional ini hanya boleh kekal dalam tempoh tiga bulan sahaja. Ternyata sebarang tohmahan dinyatakan itu telah dapat disanggah dengan baik dan bukti pencapaian terbaik telah ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Pahang.

Misalnya contoh yang terbaik ialah bagaimana Kerajaan Negeri Pahang tidak menagih simpati atau terpaksa berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan umpamanya ialah untuk menyelesaikan masalah gaji sebagaimana yang berlaku di negeri-negeri yang lain tetapi prestasi kewangan negeri Pahang begitu membanggakan sehingga Yang Amat Berhormat sendiri telah mengumumkan bantuan khas kewangan kepada penjawat-penjawat awam tanpa mengira gred dengan kadar yang lebih tinggi RM750 berbanding dengan yang mampu dilakukan oleh Kerajaan Pusat. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang sebenarnya berada dilandasan yang tepat. Justeru itu, dikesempatan ini saya ingin membawa beberapa perkara yang ada kaitan dengan apa yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar khususnya isu-isu yang berada di kawasan saya.

Yang pertama ialah saya nak berbincang tentang lonjakan ekonomi bagi membasmi kemiskinan khususnya di daerah Lipis. Dalam soalan saya di hari yang pertama, saya telah menyatakan bahawa laporan daripada Institut er… Kemajuan Desa (INFRA), Lipis merupakan kedudukan yang ke-21. Bera ada tanya, Bera nombor berapa? Saya cari-cari senarai tak dalam senarai 25 yang saya ada ini tak ada Bera lah. Tapi kalau saya boleh baca daripada 20 senarai er… 25 senarai ini… yang nombor satu ialah Pekan. Bukan Pekan… Pakan…

Dato’ Speaker, boleh saya sikit?

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Ya…

Boleh?

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh sikit.

Kalau tengok daripada dasar fizikalnya kalau bandingkan Bera dengan Lipis tu, rasanya Bera maju lagi rasanya. Mungkin kalau Lipis tu dapat nombor satu Bera bawah lagi rasanya, minta kerajaan nantilah ulas.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Sebab tu saya senaraikan sini. Kalau tidak saya tak bawa kalau Lipis dah maju saya tak bawa kat sini, saya bawa sebab Lipis memang nombor 21. Pakan di Sarawak tu nombor satu, Togod tak pernah saya dengar ini kam… apa… daerah ini. Di Sabah Pitas nombor tiga, Lubok Antu nombor empat, nombor lima Song, nombor enam Kenawit, nombor tujuh Simunjan, nombor lapan Selangau, nombor sembilan Jeli, nombor sepuluh Dora… Daro… nombor sepuluh Daro, nombor sebelas Julau, nombor tiga belas Kota Marudu, tiga belas Kuala Krai, empat belas Gua Musang, Saratok lima belas, enam belas Merudung, tujuh belas Kapit, Pasir Mas lapan belas, sembilan belas Yan, dua puluh Kudat, dua puluh satu Lipis.

Dua puluh dua Pasir Puteh, dua puluh enam Baling, dua puluh empat Tanah Merah, dua puluh lima Asajaya. Bera bagus lagi. Ini menunjukkan tuan-tuan, puan-puan Lipis perlu diberikan perhatian nombor satu dalam Pahang tercorot. Justeru itu, tuan-tuan saya mengharapkan dengan kehadiran Menteri Besar berasal daripada Lipis haa… ini akan memberikan satu harapan baru kepada penduduk-penduduk di Lipis khususnya. Ini biasalah tuan-tuan puan-puan kalau kita tengok Dato’ Yang di-Pertua, Tun Razak jadi Perdana Menteri dia bangunkan Pahang, Jengka hutan belantara dia bangunkan. Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri universiti ini… Jitra dalam hutan belantara maka hari ini kita amat yakin Menteri Besar akan membuat sesuatu untuk daerah Lipis. [Ahli dewan tepuk meja]

Justeru itu, persoalan saya ialah saya nak tanya…

(gangguan audio)…tapi dalam waktu yang sama saya ucap tahniah dalam Bajet semalam MB dah berikan tahfiz di Lipis dan juga pengajian-pegajian agama kalau dapat apa… nak tahu orang yang memberi kategori itu?

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Saya dapat daripada awal daripada INFRA Institut Penyelidikan Kemajuan Desa. Di situ ada pakar-pakar penyelidikan dan sebagainya itulah angkanya ya maka kita dapat angka-angka itu yang lain itu saya jawab bertulislah kalau nak tahu mengenai kategori-kategori kalau tidak nanti (Ahli Dewan ketawa) kalau tidak nanti point saya ini banyak lagi ini haa… habis disitu je, saya sambung Dato’ Sri…

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Padang Tengku.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Dato’ Yang di-Pertua,

Maka saya nak tanya, adakah satu pelan dasar strategik bagi daerah Lipis umpamanya kita nak hidupkan balik semula IDP. Kalau di dalam kertas dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada menyebutkan uar-uarnya bagi mendirikan semula apa nama ni… DARA dan juga Jengka. Jadi kita di Lipis ini tak ada agensi yang membangunkan kalau boleh IDP itu ditengok balik semula sebab hasil-hasil pertanian infra-infra pertanian er… sebenarnya banyak lagi yang hari ini terbengkalai dan tidak diselenggarakan dengan baik itu.

Kemudian saya nak bertanya pula tentang projek-projek berimpak tinggi. Saya ada tanya dalam soalan tapi saya dukacita jawapan itu saya kira tidak menjawab er… apa projek impak tinggi, hanya disebutkan projek-projek yang ada di Lipis. Di Lipis buat jambatan, yang impak tinggi ini bagi saya dia memberikan hasil, pulangan dari segi pekerjaan dan pendapatan per capital yang lebih tinggi kepada daerah Lipis. Dalam senarai yang saya ada er… saya hanya dapat memastikan tiga er… program berimpak tinggi yang pernah dibawa oleh er… apa ni… ECERDC iaitu yang pertama ialah Projek Kluster Herba di Kampung Chegar Perah, yang kedua Jalan Raya CSR dan juga yang ketiga ialah projek er… Bina Insan Empower.

Saya nak sebut kluster ini… kluster… projek kluster halia… er… apa nama ni… herba ini telah wujud sejak tahun 2010. Tetapi hingga sekarang tuan-tuan, walaupun disebut di dalam apa laporan itu er… perbelanjaan sebanyak RM21 juta dibelanjakan akan memberikan peluang kepada pekerjaan sebanyak 20… 80 pekerjaan dan 36 usahawan er… apa nama ni… er… peladang akan diwujudkan menjelang tahun 2020. Tahun 2020 ini er… sebulan je lagi. Tapi apa yang saya dapat maklum dan saya pergi sendiri tengok di kawasan berkenaan sendiri Dato’ Sri Yang di-Pertua, hanya ada 17 orang pekerja je, iaitu 7 lelaki 8 perempuan. Semua kerjanya ialah kerja-kerja buruh ini dengan gaji hari sekitar RM50 ke RM60. Jadi saya… saya nampak kita di Lipis dulu bukan main seronoklah fuh… ECER sebut projek berimpak tinggi. Jadi kita tengok rupanya indah khabar pada rupa. Dah nak sampai waktu dah tetapi itulah angkanya.

Jadi dimana er… usaha-usaha ataupun kejayaan program ini. Saya nak cadangkan kepada apa nama… Exco Pertanian khususnya pertama kita pastikan bahawa program ini, apa herba ini er… menepati matlamat sebenar. Kalau nak kerja sebanyak 880,000…80,000… 80 orang… 80 orang bagi saya tak besar pun. Kalau 800 orang barulah besar. Haa… pastikan ianya benar manfaat. Kemudian membanyakkan peluang kepada pene… pekerja… pekerjaan kepada penduduk setempat, melahirkan pembekal-pembekal tanaman herba dengan mengusahakan tanah masing-masing. Inilah diantara janjinya dulu. Dia kata orang kampung tanam di tanah masing-masing, kemudian dijual kepada… diambil oleh syarikat berkenaan, tetapi ini tak berlaku. Melahirkan usahawan peladang er… apa nama ini… daripada… daripada belia-belia tempatan dan seterusnya ialah menjadikan projek itu sebagai apa ni… perangsang kepada pemangkin kepada pembangunan setempat.

Hari ini kita lihat kita ia semacam gajah putih saja dan seterusnya kita nak minta supaya peranan yang lebih besar dimainkan oleh Pegawai Pertanian Daerah. Hari ini sebenarnya bila kita tanya dalam Mesyuarat Tindakan Daerah, sekarang nama Mesyuarat Penyelarasan Daerah ya er… kita tanya Jabatan Pertanian, Pegawai Pertanian tak boleh nak jawab sebab dia sendiri tak boleh masuk, dia sendiri tak terlibat. Dia kata ini urusan er… negeri dan sebagainya. Jadi saya kira ini satu tidak begitu kena patutnya ada satu pegawai yang memang ada di Pegawai Pertanian

Daerah ataupun Pegawai Juruteknik mukim yang mungkin boleh melihat perkara ini. Itu berkaitan dengan projek er… kluster herba di Chegar Perah.

Yang keduanya ialah jalan raya lingkaran CSR, yang kita tahu diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita dah berada di beberapa pakej dan pakej di antara er… Merapoh ke Kechau Tui telahpun digunakan sejak 2 tahun yang lalu. Tetapi setakat hari ini kita tak nampak impak kepada projek itu. Dia hanya setakat menyebabkan orang nak pergi cepat ke Kelantan. Tak ada pun tempat-tempat untuk merancakkan pembangunan, pelabur tak datang. Ini saya akan bercakap pasal pelabur nanti. Pelabur tak ada datang ke sebelah sana er… begitu juga tuan-tuan er… Tuan Yang di-Pertua, saya nak beritahu orang nak berehat pun tak ada. Jadi peniaga-peniaga nak berniaga pun tiada. Dulu er… orang berniaga di bibir-bibir jalan di sepanjang laluan lapan itu sekarang ini mereka terpaksa tutup perniagaan ataupun membuka perniagaan di bibir-bibir jalan. Jadi saya nak syorkan kepada… kepada apa nama ni… kerajaan cuba lihat sejauh mana kehadiran CSR ini dapat merangsang pelabur untuk datang ke 2 pusat perindustrian yang ada di pinggir CSR itu iaitu industri… kawasan industri Kechau Tui… Kechau Tui dan juga Kawasan Perindustrian Sungai Temau. Tadi saya sebutkan… wujudkan… kita nak tanya bila kawasan R&R rehat dan rawat ini akan diwujudkan bagi menyediakan ruang niaga kepada apa nama… penduduk-penduduk tempatan?

Saya difahamkan bahawa, JKR dan juga ECERDC tidak meletakkan, tidak memasukkan peruntukan bagi menyediakan ruang-ruang niaga ini. Jadi, mungkin saya nak minta peranan ini dapat dimainkan oleh PKNP umpamanya untuk membina apa nama… kawasan tu dah ada tempat tapaknya tapi belum ada bangunan yang ada. Mungkin kalau tak dapat PKNP, Majlis Daerah, mungkin juga Pertubuhan-pertubuhan Peladang Kawasan boleh membina apa nama ruang-ruang niaga untuk peniaganya. Faedahnya akan memberikan peluang-peluang perniagaan yang saya sebutkan tadi, mengatasi masalah pengguna berhenti tidur di bibir-bibir jalan dan amat berbahaya dan ini memang berlaku setiap musim perayaan penuh kereta di bibir jalan itu berehat kerana tak ada tempat, kemudian dia makan-makan, bila makan dia buang sampah.

Baru ini, Dato’ Sri Yang di-Pertua, diuarkan. Bukan baru inilah, boleh kata tiap-tiap musim perayaan di apa ni… tular gambar longgokan-longgokan sampah di sepanjang apa nama lebuh raya CSR itu sehingga begitu popular Padang Tengku khususnya. Saya apa ni… review dan juga apa nama ni kongsi. Saya pernah keluarkan di dalam Facebook saya. Orang yang berkongsi tu banyaklah kerana apa yang dikeluarkan oleh apa ni Majlis pun lagi banyak yang dikongsikan sampai beratus-ratus pihak yang berkongsi sehingga popular betullah pada masa itu.

Jadi, kita nak minta dan dapat mengatasi masalah peniaga yang saya sebutkan tadi dan juga boleh mereka berhenti berehat dan sebagainya. Itu berkaitan dengan projek apa nama ni… CSR atau berimpak besar yang disebutkan di… di kawasan saya. Satu lagi iaitu projek pembangunan modal insan empower, yang ini saya tak nak komen sangat, dia berjalan dengan baik, melahirkan apa nama usahawan-usahawan. Tinggal lagi mungkin pihak er… Exco Usahawan boleh membantu mereka bagaimana untuk er… terus menjayakan dan menghidupkan apa nama perniagaan yang telah mereka buat. Tapi dengan ini saya nak minta juga supaya saya nak cadangkan supaya apa ni… ECERDC ini supaya lihatlah sikit tingkatkanlah peranan mereka di Lipis. Umpamanya mereka boleh masuk ke dalam memainkan peranan untuk membangunkan Lipis sebagai bandar pelancongan warisan dan budaya.

Kita tahu Lipis ialah bekas ibu negeri Pahang, mesti banyak sejarahnya. Ada 14 buah bangunan sejarah, ada batu kosong dan tak pernah… yang tak ada di tempat yang lain, kita ada tangga 100, kemudian bangunan stesen hari ini telah terjejas akibat kita nak buat stesen baru, maka warisan itu agak terjejas sedikit. Begitu juga jeti, kita nak minta ECER cuba tengok, boleh buat jeti dan juga pulihkan rumah rehat yang… rumah rehat ataupun rumah rakit yang satu ketika dulu menjadi apa nama ini… ikon kepada bandar Lipis itu dan itu cadangan. Saya juga mencadangkan supaya bandar Kuala Lipis ini dimasukkan sebagai tapak warisan kebangsaan.

Saya tak… tak berhajat nak masuk dalam tapak warisan dunialah, dapat masuk dalam tapak warisan kebangsaan di bawah Akta 645 Akta Warisan dan Akta Warisan Kebangsaan pun cukup kerana dengan ini kita akan dapat peruntukan kewangan bagi memulihara apa nama… bangunan-bangunan yang ada. Saya nak ucapkan terima kasih khususnya kepada Yayasan Pahang yang memilih salah satu daripada bangunan warisan Pahang Club itu untuk dijadikan er… satu pusat pendidikan kanak-kanak saya difahamkan, di daerah Lipis. Banyak lagi bangunan-bangunan yang tertinggal. Kemudian kita nak minta ECER dan juga agensi-agensi tertentu memberikan penekanan kepada pembangunan eco… pembangunan eco-tourism iaitu Taman Negara Relau, Taman Rimba Kenong, Gua Merapoh, Gua Sai, gua di… gua di Chegar Perah.

Baru ni saya nak ucapkan terima kasih, kita jumpa satu produk baru bersama dengan Pengarah Pelancongan, Kesenian dan Budaya Negeri Pahang. Kita rentas Sungai Tanum dan kita jumpa apa nama ini kawasan yang cukup menarik untuk berkayak dan saya telah serahkan gambar ini kepada Exco… Exco Usahawan, yang bila saya tunjukkan beliau tertarik dan mungkin akan wujud usahawan-usahawan pelancongan di kawasan berkenaan.

Saya, Tuan Yang di-Pertua, saya nak juga menyentuh tentang satu lagi perkara iaitu isu-isu tanah persekutuan yang tidak dimajukan. Daripada rekod saya, ada 6 kementerian yang menjadi penyumbang terbesar kepada tanah-tanah persekutuan yang tidak dibangunkan. Yang pertama: MINDEF, yang kedua: KDN… ada jumlah ini tapi saya tak nak baca KT… , kemudian yang ketiga KPN, KMN, KPI ini Kementerian Pengajian Tinggi dan kemudian JPN. Ini adalah agensi-agensi yang mempunyai tanah apa nama ni… besar di Pahang dan tidak dimajukan.

Justeru itu, saya nak menyentuh satu isu yang terus berkait dengan tanah ini iaitu kes UiTM, tanah UiTM yang telah saya bangkit beberapa kali di Dewan Yang Mulia ini iaitu yang kita berikan pada tahun 2009 lagi. Tapi kita dengar-dengar ada ura-ura nak buat ladang pula dah. Kita bagi suruh buat apa nama ni masukkan pelajar. Jadi, berikan impak pekerjaan dan orang ramai datang kuasa… apa nama beli di Lipis akan meningkat. Kalau nak buat ladang, kita boleh bagi Yayasan Pahang, kita boleh bagi ke PKPP, kita boleh bagi ke mana-mana agensi yang baikan… berkaitan. Tapi kita nak dapatlah kepastian khususnya daripada Exco Pendidikan, cuba dapatkan maklumat apa sebenarnya yang dia nak buat selain daripada apa yang saya ini bukan apa nama maklumat yang tepat ni tetapi kita dengar hujung-hujung telinga menyatakan nak buat ladang untuk menambahkan pendapatan apa nama… kepada universiti sebab sekarang universiti dah terpaksa mencari sumber dan dananya sendiri, maka dimangsakanlah apa nama… projek yang kita cadangkan untuk membangunkan di daerah Lipis.

Jadi, itu di antara yang saya nak sebutkan. Begitu juga saya mengharapkan er… kebetulan Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah berjaya menarik pelabur-pelabur sebagaimana yang disebutkan daripada China, daripada Singapura datang ke tempat

kita. Jadi apa salahnya diagihkanlah juga, kita tengok daripada belanjawan yang dikemukakan Dato’ Sri, dia banyak sangat ke sebelah ke sebelah Pahang Timur ni, jadi kita di sebelah Pahang Barat terima kasihlah ada di Bentong tu. Tapi tak sampai ke sebelah Raub, Lipis ni. Kita ada 2 pusat perindustrian itu yang pertama ialah apa nama ni… Kawasan Perindustrian Kechau Tui seluas 262.82 ekar yang telah dibuka sejak tahun 1989 yang lalu. Maknanya berapa tahun dah 20 lebih tahun dah tapi hanya 2 syarikat sahaja yang ada membuka kilang di sana.

Jadi, dengan saya kira tak padanlah dengan tempoh 20 tahun beroperasi, tidak ada syarikat yang datang melabur. Jadi kita harapkan diagihkanlah juga di kawasan kawasan ini... kawasan perindustrian ini ialah apa nama ni er… dia berasaskan kepada perkayuan sedangkan kita tahu banyak benda-benda yang baik yang boleh dibawa. Dulu saya ada cadangkan apa nama… kilang buluh kalau tuan-tuan, er… Dato’ Sri Speaker ingat, saya cadang sebelum menteri perusahaan apa ni utama sebut pasal buluh, saya dah sebut dalam Dewan Yang Mulia ini tapi saya tak suruh tanam buluh, saya suruh ambil buluh-buluh yang memang ada senaraikan dalam, dalam apa nama ni hasilan bab kayu tu selain daripada meranti, merbau, buluh tu juga disenaraikan sebagai bahan-bahan apa… yang bernilai. Sebab kalau kita pergi ke Jelai, er... Dato’ Sri apa nama kawasan Dato’ Sri MB memang kiri kanan kampung Orang Asli tu buluh je. Di kawasan Padang Tengku pun tak kurang daripada buluh. Jadi, kalau boleh cari, pergi ke China tengok macam mana apa nama industri mereka itu ha bawa ke Padang Tengku, kalau projek-projek lain yang tak boleh dibuat. Itu di antara cadangan yang saya nak kemukakan kepada Dewan Yang Mulia ini. Kemudian juga er… saya difahamkan bahawa…

Minta laluan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Padang Tengku, MB ingin menambah.

Semasa kita mencari pelabur-pelabur asing ini, kita tidak pergi secara buta tuli. Kita buat kajian, kita jumpa ini kerja-kerja pentadbiran yang diketuai oleh Dato’ Sri Setiausaha Kerajaan Negeri. Kita tak nak pemergian kita ke Singapore, ke Naning, China, tidak mendatangkan hasil. Jadi kita bincang, apa yang boleh kita bagi, dia pula bagitahu kita apa yang boleh dia bagi tawaran kepada kita. Kita tunjuk dia tempat termasuklah Kawasan Padang… ADN Padang Tengku. Kita tunjuk, ini kawasan perindustrian dan dia pun datang juga melihat hantar orang dia datang melihat. Dia kata, kami nak melabur di Pahang dan tempatnya hendaklah di MCKIP, RM90 juta contohnya. Macam mana di Kechau Tui ini? Jauh sangat dia kata, mungkin selepas inilah. Jadi kawasan YB tu memang dihati saya sebenarnya. (Ahli Dewan menepuk meja) Bukan kita lupa, tidak. Jadi saya hara per… YB… Padang Tengku bersabar sikit. Kita akan usahakanlah ya. Selepas ini kita nak pergi ke Thailand dan kita bawa juga kawasan Padang Tengku tu. Kalau sekiranya pelabur daripada sana sesuai, berminat nak pergi ke Padang Tengku kita bawa ke sana. Ya, er… bawa sekali Padang Tengku.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bawa sekali…

Lepas ini kawasan saya orang Lepih juga ya, jangan lupa ADN Padang Tengku kita bawa ke Thailand. Tulah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Elok Padang Tengku bersabar sikitlah.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Okay, saya sebenarnya amat percaya dengan kewibawaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sebab itulah saya bercakap di sini er… supaya er… apa nama ni… kita sama-sama membangunkan. Sebab memang hasrat orang Lepih cukup, cukup besar. Bila Menteri Besarnya berada daripada Lipis. Hah tu satu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Orang yang bercakap tu kecik aja.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Tak pe jiwa besar tak apa. Okay. Saya nak berikan isu yang seterusnya Dato’ Sri Yang di-Pertua ialah berkaitan dengan kesejahteraan rakyat iaitu perumahan bagi rakyat termiskin. Saya nak ucapkan tahniah dari segi kerajaan kita er… buat rumah PR1MA, buat Rumah Makmur dan saya dengar ada sekarang ni pula rumah kepada pegawai-pegawai kerajaan er… tapi itu mungkin dapat menangani isu permintaan kepada orang-orang yang berpendapatan yang agak tinggi ataupun sederhana. Bagaimana dengan er… apa nama, apa nama kumpulan miskin kumpulan rendah ni, kumpulan B40. Er… jadi saya nak tanya apa kedudukan status apa nama perumahan di… di Tanjung Jambu? Sebab dulu er… MB pun ada cakap dengan saya semasa di Tanjung Gahai buat perumahan itu. Dia jawab yang tu jangan kacau. Tanjung Jambu jangan kacau dia kata.

Minta laluan YB. Yang ni saya jawab teruslah, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Padang Tengku, berkenaan dengan rumah er… mampu milik ini saya telah dimaklumkan oleh pihak kementerian, KSU, di Pahang ni hanya satu sahaja projek yang diteruskan iaitu di Temerloh. Yang lain-lain adalah projek er… sambungan. Jadi buat pada masa ini di Tanjung Jambu itu tidak dapat di teruskan oleh Kerajaan Persekutuan yang ada pada hari ini. Tetapi kalau Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional yang dahulu tu, saya pasti ianya diteruskan. Jadi cara yang terbaik kita kembalikan daripada PH ke BN, insya-Allah Tanjung Jambu tu akan diteruskan.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Insya-Allah kita tunggu, bukan lama sangat lagi. Perkara ini insya-Allah akan berlaku. Saya nak sebutkan mana permintaan yang cukup baik, cukup tinggi di kawasan DUN Padang Tengku ni umpamanya dalam tempoh 2015 sampai 2019, kita dah buat apa nama ni… swasta dah buat beberapa kawasan perumahan, Taman Perumahan Tempoyang Sejahtera, Taman Telemin Indah, Taman Tempoyang Idaman, Taman Tempoyang Damai, Taman Telemin Indah 2 yang sebenarnya er… semua laku

harganya di antara RM200,000.00 sampai RM390,000.00 tetapi laku. Tapi yang laku itu maknanya orang-orang yang ada duit ajalah. Sebab itu saya mintakan kerajaan memikirkan er… projek-projek perumahan er… rakyat ini letak jugalah setakat ini er… apa nama ni… kita tak nampak lagi projek-projek ini akan wujud di kawasan PadangTengku selain daripada Tanjung Jambu yang saya sebutkan tadi.

Kemudian saya nak er… tanya juga tentang apa nama… usaha untuk mengatasi masalah permintaan Rumah PPRT di bawah apa nama ni er… kerajaan Pembangunan Luar Bandar ya, kerajaan… Kementerian Luar Bandar. Kalau ikut senarai e-Kasihlah, di Lipis ini bermula dari tahun er… 2000… 2000 apa nama 2013 sampai sekarang ini, kita mempunyai senarai menunggu yang cukup… cukup tinggi, 217 yang menunggu. Dan boleh kata tiap-tiap bulan ada sahaja permohonan-permohonan baharu. Sedangkan er… apa yang kita tau er… Kerajaan Persekutuan melalui agensi Giat MARA hanya mampu er… membina, memberikan 10 ataupun 12 buah perumahan dalam satu-satu apa nama kah er… daerah. Dan kita di Lipis baharu ini dapat 10.

Tapi itupun dalam tempoh 2018 er… Mei 2018 memerintah, sampai ke sekarang hanya 2 biji, 2 buah rumah je yang hanya dapat dibuat. Yang lain tu semua… kita er… nak taulah apa masalahnya Giat MARA nampak begitu er… sukar untuk melaksanakan er… projek ini. Saya nampak salah satu sebabnya dia tukar kepada IBS ni. Bila tukar ke IBS sebab dulu kita dah buat Projek IBS ni. Bila IBS nak buat di taman macam di Kuantan boleh, sebab dia boleh bawak barang puzzle itu dia dan kemudian projek mesti besar-besaran. Tapi macam rumah di kampung-kampung yang sebiji yang rumahnya duduk dalam lembah, duduk dalam paya, duduk dalam becoh kan ini memang payah nak bawak dengan kenderaan dan er… kereta yang perlu. Jadi kita nampak kena kaji balik semula…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Padang Tengku dah habis dah? Tengok banyak lagi tu. Saya ingat elok Yang Berhormat ya. Yang terakhir.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Tadi disebut oleh Sungai Lembing ya, Sungai Lembing. Saya nampk isu rumah terbakar ni, bila dia terbakar nak… nak ganti balik semula. Sebab sekarang kena masuk dalam senarai rumah… rumah eKasih ini. Kadang-kadang atas ihsan MUIP, kita dapatlah buat rumah itu. Tapi tak semua dapat macam itu. Di tempat saya ada dua, tiga rumah yang macam ini yang terpaksa menunggu, kita dana tak ada. Ada di sini tabung apa nama ini… Tabung Amanah Bencana. Kalau boleh mungkin masukkan dalam tabung bencana inilah. Sebab saya percaya rumah ini tak… kes di Sungai Lembing tu mungkin kes terpencillah. Habis sekalikan dak, tapi yang apa nama ni tempat-tempat lain ni mungkin terbakar setahun cari sebiji yang terbakar ini tak banyak. Jadi kalau boleh perkara ini dapat di…apa nama dilihat.

Dan akhirnya saya nak projek perumahan desa… Pertu… Pertubuhan Desa Berchang yang pernah saya sebutkan. Jadi PKNP saya nak minta supaya projek ini… perumahan di sini dapat disegerakan. Saya ingat itu sahaja apa nama ni ucapan saya dan saya akhiri dengan ucapan

Terima kasih daun keladi, Tahniah kepada MB,

Terima kasih atas peluang diberi, Saya menyokong bajet negeri.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Cheka… Cheka tadi. Yang Berhormat Tanjung Lumpur selepas Cheka, Yang Berhormat.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan Belanjawan Negeri Tahun 2020. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah berjaya memperoleh persetujuan daripada Kerajaan Persekutuan untuk menghapus kira pinjaman bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar yang berjumlah RM1.01 bilion.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya nampak satu trend yang baharu dalam Dewan kita di mana apabila kita isu-isu yang dikeluarkan oleh Wakil Rakyat ini, terus diberi respon segera oleh pihak Kerajaan Negeri. Saya rasa ini satu tanda baik di mana selalunya kami menunggu jawapan semasa pengulungan tetapi kadang kala ada pulak jawapan yang tidak diberi. Oleh itu, saya memang puji atas respon yang diberi oleh pihak Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya ingin menarik perhatian Dewan tentang penggunaan tulisan jawi pada papan iklan premis perniagaan, papan tanda bangunan, papan tanda tunjuk arah di negeri Pahang ini. Mesyuarat Kerajaan Negeri yang Ke-15/2019 pada bulan Jun telah bersetuju agar pengunaan tulisan jawi pada papan iklan, premis perniagaan, papan tanda bangunan, papan tanda tunjuk arah di seluruh negeri Pahang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020. Kegagalan menambah tulisan jawi akan menyebabkan pembaharuan lesen tidak diluluskan dan peniaga dikenakan denda… RM250. Ekoran daripada perintah pelaksanaan tersebut, Dewan-dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Negeri Pahang telah menerima banyak respon daripada para peniaga.

Pada prinsipnya peniaga akur dengan perintah ini kerana penggunaan tulisan jawi ini akan membawa kebaikan dari segi peliharaan bahasa dan budaya untuk generasi sekarang dan generasi akan datang. Peniaga mengalu-alukan penggunaan tulisan jawi di papan tanda bangunan kerajaan dan papan tanda tunjuk arah. Walau bagaimanapun memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menggalakkan, disusuli dengan kenaikan cukai pintu, ramai peniaga menghadapi krisis kewangan malah menanggung kerugian dalam urusniaga maka pelaksanaan pengunaan tulisan jawi dalam papan iklan di premis perniagaan pastinya membebankan lagi para peniaga.

Tuan Yang di-Pertua,

Peniaga cina percaya kepada Feng Shui, mereka percaya bahawa papan tanda perniagaanlah satu faktor yang menentukan jaya atau gagalnya urusniaga mereka. Tambahan pula, susun atur ataupun ruang di papan iklan yang sedia ada memang tiada ruang yang mencukupi untuk menambah tulisan atau sticker tulisan jawi.

Oleh itu, para peniaga meminta kelonggaran daripada pihak kerajaan, yang pertama penggunaan tulisan jawi hanya dikuatkuasakan pada permohonan lesen baru ataupun papan iklan yang baharu mulai 1 Januari 2020. Yang kedua, pihak Kerajaan Tempatan memberikan kredit kepada peniaga yang ingin menukar papan iklan yang baharu sebagai satu sokongan terhadap kos penggantian papan iklan.

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Negeri Pahang memang berjiwa rakyat dan menjaga kesejahteraan rakyat. Oleh itu saya bagi pihak peniaga bagi seluruh rakyat negeri Pahang untuk merayu agar kelonggaran itu diberi pertimbangan.

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Pusat telah mengumumkan akan menubuhkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) di semua kampung tradisional di negeri Pahang. Tindakan ini pastinya akan membawa kesan negatif kepada kebaikan dan keharmonian kampung tradisional. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana akan menubuhkan semula jawatankuasa dulu ialah JKKK iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung tapi ikut kepada belanjawan negeri itu nama baru ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) dimana peruntukan sebanyak RM7 juta telah diluluskan. Dalam hal yang sama menurut media massa Kerajaan Pusat juga akan menubuhkan MPKKP di enam puluh dua (62) buah Kampung Baru Cina di seluruh negeri Pahang mulai 1 Januari 2020.

Ini bermaksud, masalah yang akan timbul di kampung tradisional pasti akan berlaku di Kampung Baru Cina ini. Oleh itu, saya meminta Kerajaan Negeri bertindak adil dan proaktif juga menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung Baru di 62 buah Kampung Baru Cina di negeri Pahang mulai 1 Januari ini walaupun er… RM 7 juta untuk kampung tradisional Kampung Baru Cina ini RM2 juta pun cukup lah. Oleh itu langkah ini akan membuktikan bahawa Kerajaan Negeri selama ini memang tidak mengamai… mengabaikan kepentingan dan kebaikan Kampung Baru Cina di seluruh negeri Pahang ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Di Kampung Kuala Kechau penduduk menggunakan jambatan gantung di Sungai Kechau. Di Kampung Orang Asli Temetong pula mereka mencari nafkah melalui jambatan gantung di Sungai Temetong. Di Kampung Binjai pula, jambatan besi ini digunakan untuk mereka ke sekolah dan juga ke bandar. Ketiga-tiga jambatan ini apabila hujan tidak berhenti-henti selama beberapa hari, pasti akan ditenggelami air. Oleh itu, saya minta pihak yang berkenaan apabila ada peluang untuk pembinaan ketiga-tiga buah jambatan ini sila dahulukan kerana keselamatan penduduk kampung ini memang sangat-sangat membimbangkan kami.

Tuan Yang di-Pertua,

Hospital Kuala Lipis ialah hospital berpakar selain Hospital Temerloh dan Hospital Kuantan di negeri Pahang ini. Tetapi Hospital Kuala Lipis yang memberi perkhidmatan kesihatan untuk penduduk di Pahang Barat iaitu Lipis, Raub dan Bentong masih tiada satu mesin MRI. Dulu dikatakan sudah dapat kelulusan, tetapi sampai sekarang apabila permohonan dikemukakan, pihak atasan menjawab bahawa penggantian dan penambahan MRI ini hanya untuk hospital berpakar yang lebih besar. Bagi kami maksudnya ialah Hospital Temerloh dan Hospital Kuantan. Tetapi negeri

Pahang ini besar, orang Lipis nak datang ke Kuantan atau Temerloh ini memang susah. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah berjaya mendapat Balai Bomba Mini di Sungai Koyan, ada Pusat Hemodialisis di KK Sungai Koyan, kalau kita berkesempatan untuk dapat satu MRI di Hospital Kuala Lipis, memang penduduk sekitar kawasan ini akan ucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua,

Taman Eko-rimba Kenong ialah tempat tarikan pelancongan dan juga merupakan rizab hidupan liar yang terbaik di Malaysia. Memandangkan Kerajaan negeri Pahang telah menerima RM7.86 juta daripada kutipan cukai pelancongan tahun 2018, saya meminta Kerajaan Negeri memberi peluang kepada penduduk Kuala Kenong ini agar Taman Eko-rimba Kenong ini dipromotekan lagi supaya penduduk tempatan mendapat ruang dan peluang untuk melibatkan diri secara aktif.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya memuji usaha Kerajaan Negeri yang menitikberatkan keseimbangan di antara keadaan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, meningkatkan kutipan hasil dan mengamalkan perbelanjaan secara berhemah untuk mengelakkan defisit fiskal. Oleh itu, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua Ketua Jabatan di semua agensi Kerajaan kerana tidak kira yang berpangkat tinggi ataupun kakitangan bawahan memberi kerjasama dan bantuan yang begitu baik kepada saya. Jadi saya mohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Cheka. Sila dari wakil Tanjung Lumpur

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Assalamualaikum WBT [Ayat al-Quran]

Pertama-tama saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua di atas kesempatan untuk sama-sama terlibat di dalam perbahasan ucapan Belanjawan Negeri Pahang 2020. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah di atas pembentangan tersebut yang saya sifatkan sebagai satu belanjawan yang menyeluruh dan begitu juga sebagaimana yang terdapat dalam Penyata Kewangan 2018 pada mukasurat 8, yang mana di sana ada carta 3 iaitu prestasi akaun hasil disatukan daripada 2014 sehinggalah 2018. Jadi sepanjang saya menjadi wakil rakyat pada tahun 2013. Jadi er… pada 2014, 2015, 16, 17 dan 18, inilah kali pertama saya melihat er… bajet negeri Pahang betul-betul surpluslah. Maknanya ada lebihan yang lebih kurang dalam hampir RM14 juta. Hampir RM14 juta lah RM13.28 juta kot, lebih kurang macam itu. Jadi er… jambatan Sungai Deraka tu tak buat lagi, ada RM1juta lebih, boleh-bolehlah kot sejuta lagi tu. [ketawa]. Dan kemudian begitu juga apa er… pada tahun ini, pembentangan bajet juga disebut sebagai surplus lebih kurang RM4.1 juta. Jadi diharapkan er… capai matlamat dan mudah-mudahan dapat lebih lagi daripada… daripada itu. Jadi tahniah lah kepada pihak Kerajaan Negeri.

Dan seterusnya, er… Sidang Dewan pada kali ini juga ada sedikit perubahan berwajah baru sedikit lah kerana berlakunya pertukaran kerusi er… tempat duduklah. Jadi untuk makluman, sebab malam tadi saya pun ada baca Sinar Online kot daripada Ketari dan Teruntum yang menyebut tentang perubahan kerusi ini. Jadi pertama, saya nak sebut

bahawa er… perubahan kerusi ini kami tak minta pun. Dia di bawah kuasa… bidang kuasa Dato’ Sri Yang di-Pertua. Jadi kalau Ketari ke Teruntum, dia nak duduk depan ini, tak apa saya boleh duduk belakang, tak ada masalah [Ahli Dewan ketawa] Dan yang kedua, kalau dia nak duduk depan lagi dia terima pelawaan Dato’ Sri MB semalam masuk UMNO. [Ahli Dewan menepuk meja] Jadi masuk UMNO ini barangkali boleh jadi Exco. Jadi boleh duduk sebelah MB terus. [Ahli Dewan ketawa] Er… dan begitu. Dan kemudian ada sedikit…

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Sekiranya YB daripada Ketari menerima pantun saya semalam itu, YB Ketari bukan duduk sebelah saya, saya nampak duduk sebelah YB daripada Tanjung Lumpur. [Ahli Dewan ketawa] Betul tak Tuan Speaker?

Yang di-Pertua (Speaker)

Hah… betul. [Ahli Dewan ketawa]

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Allah. Saya sebenarnya malu Dato’ Sri…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Tanjung Lumpur… Tanjung Lumpur, sebenarnya Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, dia dah tahu maksud dia itu dan dia sengaja ditunjukkan di sini. Sebenarnya nak duduk sebelah dia.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Baik. Dan begitu juga ada ditimbulkan sedikit er… kata kalau UMNO betul-betul ikhlas dalam Muafakat Nasional ini, makna kena menerimalah dua ataupun tiga orang Wakil Rakyat PAS sebagai Exco dalam Kerajaan Negeri. Jadi cuma saya nak maklumkan sebagai er… Wakil pada pihak PAS Pahang, yang mana pihak kami tidak bersedia untuk menerima sebarang jawatan di dalam kerajaan sehinggalah kepada PRU Yang Ke-16 er… Yang Ke-15. Dan selepas daripada itu pun kami tidak buat sebarang keputusan semuanya berada dalam ilmu Allah mengikut kepada kepentingan-kepentingan semasa pada masa itu.

Dan begitu jugalah kita melihat… [Ahli Dewan menepuk meja] sebab Muafakat Nasional ini tuan-tuan sekalian, bukan sahaja dia adalah kerjasama politik, dia juga merupakan kerjasama dari sudut pentadbiran kerana prinsip Muafakat Nasional itu dibina di atas [Bacaan dalam Bahasa Arab] ini kita tegur-menegur dalam er… kita bantu-membantu, tolong-menolong di dalam perkara ketakwaan kepada Allah SWT. Sebab itu sebelum daripada itu baik PAS, UMNO dan khususnya Muafakat Nasional, kita dihentam di segenap penjuru yang mengatakan bahawa ini adalah muafakat yang bersifat rasis, bersifat perkauman dan sebagainya. Tetapi Tanjung Piai telah membuktikan bahawa kami tidak rasis, bangsa-bangsa lain juga tetap mendapat er… mendapat tempat dalam arena politik tanah air, insya-Allah tuan-tuan sekalian. [Ahli Dewan menepuk meja]

Sementelah lagi pula, Islam sememangnya mengambil berat dalam soal menjaga er… hubungan sesama… sesama manusia Hablum Minannas. Jadi sebenarnya jangan bimbanglah makna Muafakat Nasional ini bukan ditubuhkan untuk er… isu perkauman tetapi ia lebih bersifat untuk memelihara negara, menjaga negara, menjaga negeri kepada yang lebih baik, insya-Allah. Jadi muslimin dan muslimat dan Ahli-ahli Dewan yang dikasihi, jadi seterusnya saya juga apa… suka untuk ketengahkan sedikit apa er… BMF, itu bahasa Inggerislah dengan izin, er… Buy Muslim First ataupun kempen membeli produk-produk Muslim. Yang mana ini juga er… menimbulkan pelbagai kebimbangan dan pelbagai bentuk polemik datang mengatakan bahawa kita juga rasis dalam isu ini.

Sebenarnya kita kena faham yang pertama er… kempen BMF ini bertujuan untuk seimbangkan er… seimbangkan ekonomi di antara orang Islam ataupun Melayu dengan bukan… bukan Islam. Yang keduanya, er… rakan-rakan yang bukan Islam perlu juga memahami bahawa kita sebagai orang yang beriman, orang Islam, kita terikat dengan halal dan haram, kita terikat dengan hukum-hukum agama sebab kita dalam Islam ini tuan-tuan sekalian, ada Nabi SAW ada menyebut [Bacaan dalam Bahasa Arab] “Seseorang hamba itu dia tidak akan mencapai darjat ketakwaan selagi mana dia tidak meninggalkan sesuatu yang tidak berdosa tetapi bimbang ada dosa di dalamnya”. Makna perkara yang syubhah pun er… mesti dititik berat oleh umat Islam kerana perkara yang syubhah itu jika dilakukan boleh menghalang ketakwaan kepada Allah SWT, apatah lagi perkara yang diharamkan oleh Allah SWT [Bacaan dalam Bahasa Arab] “Daging yang tumbuh daripada sesuatu yang diharamkan, maka api neraka itu terutama kepadanya”.

Maka di atas sebab itulah kita melihat BMF ini dia tertumpu kepada produk-produk harian, produk-produk makanan kerana bertujuan untuk pemeliharaan di dalam perkara tersebut. Jadi jikalau sekiranya masyarakat bukan Islam er… inginkan saingan dari sudut pengeluaran produk ini, maka dia kena er… jaga sungguh-sungguhlah. Maka dia pastikan keluaran dia tu baik, halal, menepati syariat Islam dan menepati aspirasi umat Islam itu sendiri. Jadi dia tidak bertujuan untuk kita boikot, sebab kalau tuan-tuan sekalian kalau atas batang tubuh saya ini sendiri pun ada produk Muslim, ada bukan. Kalau kot ini confirm dah Cina buat, memang bukan… bukan Muslim dah pun er… kasut tuan-tuan… sebab kita tidak… tidak boikot. Saya sebut ini berulang sebab kita dituduh begitu dan di waktu yang sama juga saya mengharapkan pihak Kerajaan Negeri juga turut terlibat…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

… di dalam kempen…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

MInta laluan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat…

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Silakan. Sila.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Tidakkah Wakil dari Tanjung Lumpur fikir kita semua adalah warga Malaysia. Tidakkah lebih baik sekiranya kita mempromosikan produk buatan Malaysia tidak mengira kaum dan bangsa. Sekiranya untuk memenuhi er… keperluan pasaran halal, saya percaya bahawa kerajaan selama ini ada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditentukan dan saya percaya bahawa pengguna boleh memilih er… apa itu, produk harian yang ada sijil halal dan pada masa kini negara kita me… mengalami er… terlalu banyak kekecohan di antara kaum. Pada masa ini sebagai pemimpin, tidakkah kita bertanggunjawab untuk mempromosikan produk buatan Malaysia supaya perpaduan di antara rakyat Malaysia dapat dieratkan?

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Terima kasih atas pertanyaan rakan saya daripada Triang. Er… kita sebagai orang Muslim, yang pertama-tama kita nak adalah halal. Ini adalah halal. Jadi, walaupun ianya produk Malaysia tetapi jikalau di sana adanya keraguan di dalam produk-produk tersebut. Saya mengambil beberapa contohlah, yang saya kira perlu kepada rakan-rakan Yang Berhormat yang bukan beragama Islam ambil perhatian sebab berlaku boleh katakan setiap kali raya berlaku. Bila beli ayam, tak disembelih er… tunjuk dalam gambar tidak disembelih. Saya tak sebut mana-mana pasar raya tetapi kalau nak pergi, boleh la pergi sekarang. Saya tahu lah pasar raya mana-mana er… kita terlibat. Jadi tidak dijaga, syariat islam tu tidak di… dipelihara, tidak dijaga. Itu kita pun tahu bagaimana dia letak gambar apa… tukang sembelih itu, letak orang lain, er… letak orang islam, tetapi yang sembelih tu kadangkala bukan Islam. Er… ini pun saya ada tempat dan saya ambik gambar…

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, boleh minta laluan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Er… berkaitan dengan kempen BMF ni, er… BMF ya… Buy Muslim First. Pada rakan-rakan non-Malays, non-Muslim, tak perlu bimbang. Sebab saya ambik contoh di Raub saja lah ya. Bila kempen BMF ini dibuat, benefit ramai kaum-kaum cina pun datang jumpa saya, india jumpa …. very good dia kata. Sebab Pasar Raya Tong Fatt pun turunkan harga, pasar raya lain pun turunkan harga, Pasar Raya Darul Makmur pun turunkan harga, jadi benefit kepada semua. Soal halal haram tadi, Yang Berhormat Tanjung Lumpur dah menerangkan, itu pasal makanan, bersih, halal, haram. Tetapi kempen BMF ini kesannya, seronok semua orang. Harga turun, peniaga-peniaga tidak lagi mengambil untung yang lebih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Terima kasih. Jadi itu… itu sedikit ulasan er… terima kasih la diatas ulasan tersebut dan memang responnya begitu daripada rakan-rakan yang lain er… dan kita juga melihat berlakunya apa er… satu peningkatan er… dari sudut produk. Kalau kita lihat ada kedai yang bukan islam pun, dia telahpun mula menjual produk-produk yang… produk-produk keluaran daripada Islam. Minta maaf la saya sebut sebab sebelum daripada ini, produk-produk islam ni dia letak bawah je, bawah kepala lutut. Kena yang gendut tu memang tak boleh nak cari lah produk Islam.

Makna berlakunya ketidakadilan didalam… didalam apa… er… memasarkan barangan umat Islam di pasar raya yang bukan islam. Itu belum kira lagi er… sebab kita dah siasat habis, ada daripada kalangan pasar raya yang bukan islam, bila nak masuk produk Islam ini, ke dalam pasar raya dia, jadi dia letakkan dengan harga yang mahal, bayaran yang… yang mahal kepada… kepada pengusaha-pengusaha Islam er… menjadikan er… agak sukar lah nak masuk ke pilihanraya… dah la diletak dibawah dan sebagainya. Maka timbullah isu BMF.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan…

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Ya… ya…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Er… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya tetap berasa bahawa pengguna ada hak dan kebebasan untuk memi… memilih barangan yang hendak dibeli. Pendidikan boleh diberikan kepada pengguna. Pendidikan juga boleh diberikan kepada peniaga. Sebagai pemimpin, kita bertanggungjawab sebab saranan seperti ini seolah-olahnya akan memecahkan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia. Saya rasa, perpaduan rakyat Malaysia first. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Minta laluan Yang Berhormat boleh.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Minta izin orang tua beri pandangan sikit. Saya ucap tahniah kepada er… ahli dari Tanjung Lumpur dan juga terima kasih atas penerangan yang jelas. Saya berharap ahli daripada Triang dan juga mereka yang sependapat dengannya memahami bahawa yang dikempenkan untuk membeli barangan Muslim ialah mengenai produk halal haram dan kebanyakkannya ialah barang-barang makanan. Bukan soal benda-

benda lain, bukan soal memboikot kedai besi, kedai simen, tidak. Ianya tumpukan kepada barang makanan. Sebab kita tidak mahu ada er… syubhah dalam hal makanan tadi, barang yang mungkin tidak disembelih, barang yang mungkin telah dicampur dengan arak dan sebagainya. Saya ingat penerangan dari ahli Tanjung Lumpur sangat jelaslah. Saya ingin mengucapkan tahniah, terima kasih… terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila… ya.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Baik, terima er… terima kasih pada Dato’ Sri Diraja. Er… tutuplah pasal BMF ni. Jadi secara kesimpulan… dah rakan saya juga pun… bukan orang… orang lain. Jadi kalau nak kira er…

Kawan lama tu. Kawan lama…kawan lama.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Kawan lama, sama-sama… bukan sama-sama sepenggal, sama-sama… sama-sama dua penggal. Er… jadi diharapkan, kita sama-sama menjaga er… menjaga kalau nak berniaga soal barang makanan dengan orang Islam ini, jaga soal halal haram itu. Itu yang paling… paling penting.

Dan er… seterusnya, er… lepas BMF, ada sikit lagi nak sebut soal PDM er… PDM, Pasar Raya Darul Makmur yang kita lihat er… Pasar Raya Darul Makmur ini adalah satu pasar raya yang er… sepatutnya er… saya gunakan perkataan sepatutnya mengambil kesempatan er… bersungguh-sungguh dengan kempen BMF ini untuk menyediakan produk muslim sebanyak… sebanyak mungkin, dan saya kira pihak PDM mesti melihat teguran daripada netizen yang sangat… yang sangat banyak, terutama pelanggan banyak tegur soal kekurangan barangan, itu satu. Yang kedua, pelanggan kata pergi kat PDM pun sama je, tak ada pun produk muslim. Kalau ada pun sikit sangat dia kata. Er… terlalu sedikit. Maknanya pihak PDM mesti aktiflah untuk cari produk muslim sebanyak mungkin untuk er… dipasarkan er… dipasarkan di apa… di pasar raya PDM.

Jadi diharap pihak pengurusan PDM bukan saja dapat pertingkatkan kualiti perkhidmatan dan mesti juga dijadikan sebagai pasaraya alternatif bagi umat Islam. Dan begitu juga cadangan saya yang lalu supaya kalau boleh PDM ini buka kiosk-kiosk kecil dibawah pengurusan PDM di masjid-masjid di seluruh daerah negeri Pahang er… bagi tujuan supaya er… masyarakat umat Islam di seluruh negeri dapat alternatif untuk membeli barangan Muslim. Dan kemudian isu seterusnya, selagi tak bunyilah kan. Dia ada bunyi habis 15 (ketawa). Ada sikit lagi, isu penagihan dadah. Sebab kawasan saya ini, tuan-tuan sekalian yang telah diwartakan sebagai pusat paling kritikal, ada tiga kawasan.

Pertama, Tanjung Lumpur, kedua, Kempadang dan ketiga, Tanah Putih Baru. Ini semua DUN Tanjung Lumpur la ini. Ini semua DUN Tanjung Lumpur. Pening juga wakil rakyat dia tu er… untuk apa… menguruskan penagih dadah. Dan saya kira negeri Pahang masih belum ada er… satu pusat rawatan alternatif secara Islam. Sebab kalau

saya pergi ziarah di tempat lain, di Selangor ada dua tiga tempat, di Terengganu ada di Basung dan sebagainya. Iaitu satu rawatan er… secara Islam, secara keseluruhan yang lebih er… kepada membentuk rohiah dan membentuk rohani er… yang mana saya melihat ada… ada kejayaan-kejayaan disana. Dan kemudian saya juga er… merasakan bahawa penagih dadah ini dia tidak bol… tidak boleh diubati dengan jangka masa yang pendek. Dalam tempoh setahun ataupun dua tahun.

Kalau kita lihat di Penjara Penor, tuan-tuan sekalian, bangunan yang tinggi-tinggi tu dibina oleh banduan, ertinya mereka ini ada kemahiran dan sebagainya dan begitu juga penagih dadah. Boleh tak kerajaan fikirkan satu er… keadaan, situasi, kita bina perkampungan, komuniti untuk penagih dadah sahaja, yang didalamnya juga disediakan er… sediakan seperti kilang-kilang dan sebagainya supaya boleh menghasilkan pendapatan sendiri dan tidak menggunakan bajet daripada kerajaan. Saya… saya… saya rasa boleh perkara tersebut, tetapi memanglah diperingkat awal memang bajet dia besar dan perlu kepada penjagaan yang… yang begitu…begitu rapi.

Baik yang terakhir, sedikit isu tempatan lah er… isu tempatan. Pertama nak sebut yang tadi lah, yang apa… jejantas itu, lama dah… belum masa Kerajaan Pusat, kerajaan lama hari itu lulus dah, tapi apa tu… tak ada pula… apa… bajet tak ada. Kemudian, sekarang ni, kerajaan yang baru er… jadi kita haraplah sebab memang jalan dia cukup bahaya, jadi jejantas itu memang er… sangat diperlukan kepada terutama sekali daripada sebelah Sungai Deraka ini untuk ke sekolah sebab dia melintasi Sekolah Menengah Tanjung Lumpur. Diharaplah kerajaan dapat ambil perhatian er… sekali lagi untuk bina jejantas tersebut.

Kalau diorang nak u-turn tu daripada Kampung Deraka itu ke Yayasan Pahang itu cukup jauh. Dengan orang kampung, kita fahamlah… dia naik motor pun tak pakai topi keledar, (ketawa) baju pun tak pakai kadang, itu orang Tanjung Lumpur la itu (ketawa). Kawasan saya la tu… baju pun tak pakai. Kadang kala kita nak halang pun tak... tak... tak boleh. Er... jadi kita perlu… Kemudian yang kedua dah lama dah apa tu… traffic light depan Yayasan Pahang itu, kena langgar hari itu, dah bertahun dah tak... tak... tak diletakkan yang... yang baru. Memang bermasalah di tengah tu. Terutama bagi orang yang datang daripada Yayasan Pahang tu, dia tak boleh nak nampak nak ke kanan atau pun nak kiri tak nampak sebab apa... er... traffic light tu putus dah. Dah tak ada. Jadi putus tu lama sangat putusnya tak bersambung-sambung.

Jadi mudah-mudahan pihak Kerajaan ambil perhatian dan satu lagi ialah, ini pun satu isu lama dan kita pun dulu ada jumpa dengan...di Pejabat Daerah pun saya ada sebut iaitu penghadang jalan di antara Kampung Sungai Isap ke Sungai Isap Murni yang sangat hampir. Hanya sekaki dua jer dengan longkang besar. Dan kebetulan di situ pula, kalau air pasang memang orang tak akan nampak. Antara jalan dengan longkang besar. Jadi kereta pernah jatuh dalam longkang, motor pun pernah jatuh dalam longkang. Jadi saya kira pihak kerajaan kena ambil perhatian dan dulu kita ada panggil JKR datang. Jadi kos dia, dia kata dalam RM38,000.00. Sedangkan peruntukan yang diberi kepada ADN yang terbaru baru ni, hanya RM30,000.00. Jadi tak cukuplah er... RM8,000.00 itu.

Jadi minta perhatian sebab ni, sekarang ni dah masuk musim banjir. Bila musim banjir memang tak nampak longkang besar tu. Kereta boleh jatuh. Motor boleh jatuh. Hanya lebih kurang dua kaki dengan gigi jalan, er... longkang besar, sungailah, taraf sungailah bukan taraf longkang. Jadi saya kira cukup sekadar tu, dan saya mengucapkan terima kasih di atas er... membenarkan untuk saya menyertai er… perbahasan pada hari ini. Assalamualaikum WBT. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya bercadang untuk menempohkan persidangan kita bagi pagi ini, dan kita akan sambung semula pada jam 2.30 petang. Persidangan ditempohkan. Terima kasih.

[Persidangan ditempohkan pada jam 12.51 tengahari]

[Persidang disambung semula]

Sambungan Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2020) 2019 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2020Bill

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua: Sambungan Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2020) 2019 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2020.

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Persidangan kita disambung semula. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Kerajaan, rakan – rakan Ahli Yang Berhormat sekalian. Kita masih lagi di atas perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan usul yang telah dikemukakan kepada kita dan pada petang ini kita akan menyambung perbahasan Rang Undang-undang dan Usul Perbekalan Air ini. Saya jemput, sila Bilut.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan di-Pertua.

Salam Sejahtera. Pertamanya, saya ingin merakamkan terima kasih ke atas memberi kesempatan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2020 (2019). Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air Tahun 2019 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada pagi Isnin. Pertama sekali, pertanian merupakan sektor yang penting bagi negara kita. Saya berpendapat bahawa, memandangkan Pahang merupakan negeri yang terbesar dalam Semenanjung Malaysia, peruntukan yang lebih banyak perlu diagihkan untuk sektor pertanian supaya menjadikan Pahang sebagai negeri pembangunan pertanian yang tercemerlang di Malaysia.

Kami memahami bahawa kerajaan telah membelanja... belanja banyak dalam sektor pertanian terutamanya dalam kerja-kerja penyelidikan. Kerajaan juga telah melaksanakan rancangan-rancangan untuk membangunkan sektor pertanian. Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa, setakat hari ini bilangan golongan tani masih boleh diperting... dipertingkatkan lagi dan sektor pertanian masih mempunyai potensi untuk berkembang lagi. Saya berharap pihak kerajaan boleh menimbangkan, merancang dan menggalakkan integrasi antara pertanian dengan masyarakat setempat. Pihak Kerajaan boleh mengenalpasti tanah pertanian yang sesuai dan melibatkan penduduk setempat dalam kegiatan pertanian.

Melalui rancangan tersebut, industri petanian boleh berintegrasi dengan komuniti tempatan dan hal ini boleh memperkembangkan kemahiran dan kepakaran er… anak negeri dan sektor pertanian supaya industri pertanian boleh dimajukan lagi. Rancangan tersebut ber... bertujuan menjadikan Pahang sebagai negeri produk pertanian... produk pertanian yang utama dalam Malaysia. Menjana pertumbuhan ekonomi Pahang serta menjamin pendapatan anak negeri.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Pertanian organik merupakan trend terkini dalam industri pertanian. Pertanian organik bukan saja mesra eko-sistem tetapi merupakan menambah nilai produk tanian. Saya berharap Kerajaan Negeri boleh menggalakkan kegiatan pertanian organik melalui insentif supaya memajukan kegiatan pertanian organik dalam negeri. Meningkatkan produktiviti serta menjamin pendapatan golongan pertanian.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Kedua. Ribut taufan dan banjir melanda Bentong kebelakangan ini walaupun kedua-dua merupakan fenomena alam. Kerajaan Negeri mempunyai tanggungjawab untuk melancarkan mekanisme tindak balas bencana supaya membantu mangsa-mangsa untuk menghadapi bencana alam tersebut. Saya berpendapat bahawa pusat tindakbalas perlu diwujudkan dalam setiap daerah atau bandar untuk menghadapi pelbagai bencana alam. Pusat tindakbalas tersebut juga perlu mendirikan hotline 24 jam supaya penduduk setempat boleh menghubungi pusat tindakbalas tersebut apabila dilanda oleh bencana alam. Ahli pusat tindakbalah... tindakbalas tersebut juga perlu bersiap sedia supaya menghadapi pelbagai keadaan kecemasan dengan serta merta selepas menerima laporan serta menguruskan mangsa bencana. Lebih-lebih lagi pada akhir tahun, banjir kemungkinan tinggi untuk melanda kawasan timur sebagaimana kata pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan’. Kerajaan Negeri perlu mewujudkan pusat tindakbalas dengan segera sebagai langkah awal untuk bersiap sedia sebelum berhadapan senario sebenarnya.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Ketiga. Dalam era internet ini, hampir kesemua bidang berkait rapat dengan servis internet. Oleh demikian, kelajuan internet berperasan… berperanan significant dalam masyarakat kini. Telekom Malaysia telah melancarkan perkhidmatan jalur lebar Unifi. Kelajuan Unifi telah menunjukkan kenaikan jika dibandingkan dengan perkhidmatan sebelum ini. Selanjutnya sejak tahun 2016, Telekom Malaysia membekalkan jalur lebar Unifi di kawasan Bentong sejak tahun 2016. Merujuk jawapan yang diberikan kepa… kepada saya pada bulan Ogos dalam Dewan Undangan Negeri, perkhidmatan Unifi dibekalkan di 40 kawasan di Bentong dan jumlah ini akan tambah 3 dalam bulan Disember tahun ini. 25 lagi kawasan akan dilengkapi oleh perkhidmatan Unifi pada tahun 2020 hingga tahun 2023.

Walau bagaimanapun berdasarkan senarai kawasan yang dibekalkan oleh Dewan Undangan Negeri, banyak kawasan pekan... bandar lagi seperti Sungai Marong, Taman Saga, Taman Ketari dan lain-lain tidak dibekalkan perkhidmatan Unifi. Saya berpendapat, Telekom Malaysia perlu mempertingkatkan kelajuan jalur lebarnya serta memperluaskan capaian perkhidmatan supaya rakyat negeri mampu menikmati, menikmat… perkhidmatan jalur lebar yang berkualiti baik.

Isu yang terakhir. Projek perlombongan pasir amat biasa dinampak dalam Bentong. Malangnya, banyak kerja perlombongan pasir tidak dijalankan mengikut regulasi yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Pihak-pihak yang tertentu gagal mematuhi peraturan ataupun procedure operasi yang standard semasa menjalankan perlombongan pasir. Hal ini telah menyebabkan pencemaran persekitaran yang serius terutamanya pencemaran sungai. Saya dan pasukan saya telah melakukan pepe… pemeriksaan mengejut terhadap tapak pengorekan pasir di Gunung Raja, Jalan Chamang. Dan men... dan mendapati bahawa syarikat pengorekan pasir tersebut bukan saja gagal mematuhi syarat permit yang telah ditetapkan, maka syarikat tersebut berani memandu jentera ke tengah sungai untuk menjalankan pengorekan pasir.

Hal ini selanjutnya mencemarkan ekosistem sungai. Keadaan ini masih berlarutan dan operasi pengorekan pasir tersebut masih dijalankan sampai hari ini. Saya ada bawa gambar (sambil tunjuk gambar) yang telahpun saya diambil pada masa tersebut. Inilah keadaan, inilah keadaan setakat ini. Sampai hari ini keadaan ini sama juga. Jadi saya berpendapat bahawa Kerajaan Negeri mesti mem... membatal permit pengorekan pasir tersebut dan menyemak semula semua permit pengorekan pasir dalam negeri.

Pemeriksaan mengejut harus dilakukan terhadap semua operasi pengorekan pasir dalam negeri dan ia hendak dihenti serta merta sekiranya didapati telah menyebabkan pencemaran sungai dan persekitaran. Langkah ini penting bagi mengelakkan syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab dan tersebut terus menyebabkan pencemaran.

Kerajaan Negeri harus men… menetapkan peraturan dan procedure yang lebih ketat untuk mengawal, untuk mengawal selia kerja-kerja operasi pengorekan pasir serta harus meningkatkan penguatkuasa. Hal ini penting kerana pencemaran sekiran… persekitaran boleh berlaku dalam masa yang singkat tetapi pembinaan semula persekitaran memerlukan usaha dan masa yang panjang. Oleh demikian, kami perlu menetapkan peraturan dan rekolasi yang berkenaan dengan serta merta untuk membenteras kegiatan sedemikian. Itu sahaja daripada saya. Satu kali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Dewan Negeri yang lain. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Beserah, terima kasih.

[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Er… terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian didalam membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020, 2019 sekali dengan anggaran Perbelanjaan Pembangunan Dan Bekalan Air untuk tahun 2020.

Er… pertama sekali saya ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana kali pertama saya dapat buku ucapan Yang Amat Berhormat ada tulisan jawi. Satu langkah yang baik dan juga satu komitmen bukan sekadar kita retorik ataupun bercakap tetapi kita melaksanakan mengikut amalan dalam memperkenal dan juga [Ahli Dewan menepuk meja] memperkasakan tulisan jawi.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Apa yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di dalam Pembentangan Ucapan Belanjawan Tahun 2020 pada hari semalam telah memberikan satu indikasi ataupun petanda yang baik untuk Negeri Pahang ke arah membentuk satu kerajaan yang mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri, sustainable, er… dan juga self sustain, kita berdaya saing dan juga berdaya untuk mem… membiayai dan menguruskan negeri ini berdasarkan sumber dan pendapatan daripada dalam negeri ini.

Pembentangan yang diberikan fokus kepada… oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kepada tiga perkara iaitu dengan memperkasakan ekonomi supaya nega… Negeri Pahang dapat berdiri berdikari. Kemudian fokus yang kedua, memperkasakan perkhidmatan dan juga modal insan. Fokus yang ketiga, mensejahterakan kehidupan rakyat.

Saya ingin mengambil beberapa perkara sahaja daripada belanjawan ini sebagai perkara yang ingin saya bahaskan. Yang pertama sekali er… pihak negeri telah mensasarkan kutipan hasil kerajaan akan mencecah RM1 bilion dalam tempoh tiga hingga empat tahun yang akan datang. Saya rasa ini adalah merupakan satu sasaran yang baik yang boleh dijadikan sebagai motivasi kepada kerajaan dan juga seluruh

agensi-agensi kerajaan untuk sama-sama berusaha agar negeri Pahang mencecah pendapatan RM1 bilion tiga tahun daripada sekarang.

Beberapa perkara dan tindakan yang telah digariskan oleh kerajaan juga dilihat boleh memberikan satu cahaya yang… yang cerah untuk membolehkan negeri Pahang ini memperolehi pendapatan sepertimana yang disasarkan dan sepertimana yang sahabat saya Yang Berhormat Tanjung Lumpur menyatakan tadi. Pertama kali selepas laporan audit daripada Ketua Audit Negara keluar untuk tahun 2018. Pertama kali Kerajaan Negeri Pahang mencatatkan lebihan penerimaan berbandingkan dengan perbelanjaan pada tahun 2018. Maka saya ucap tahniah kepada seluruh jentera agensi, kakitangan dan juga Kerajaan Negeri Pahang di atas usaha yang sangat baik ini [Ahli Dewan menepuk meja].

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Cuma dari sudut kita nak mem… membina ekonomi dan fokus untuk mencapai pendapatan RM1 billion, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan juga harus memberikan penekanan terhadap kemajuan Digital Ekonomi. Dalam pembentangan Perbelanjaan Negara yang dibentang oleh Menteri Kewangan pada bulan lepas, telah memberikan peruntukan yang agak besar. Hampir RM75 juta diberikan peruntukan untuk pembinaan infrastruktur dan juga geran padanan kepada mereka yang terlibat dalam membangunkan Digital Ekonomi.

Untuk makluman Dewan, digital economy telah menjadi satu ledakan yang besar dalam ekonomi baru dunia hari ini dan digital economy, ekonomi digital ini telah menyumbang pada tahun 2016 sebanyak 2.9 trilion US Dollar dalam pendapatan dunia, RM2.9 trilion US Dollar untuk tahun 2016. Dan telah melibatkan sebanyak 3.2 bilion er… online population seluruh dunia 3.2 bilion. Dan mengikut angka yang diberikan oleh er… Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, purata rakyat negara ini, mereka mempunyai capaian kepada internet dan juga er… perkhidmatan telekomunikasi adalah sebanyak 79% dan saya yakin number, nombor ini juga sama dengan yang ada di negeri Pahang pada masa ini.

Bermakna, secara kasarnya pasaran yang ada untuk penduduk Negeri Pahang dalam digital economy sahaja tidak kurang daripada 900 ribu orang. Rakyat negeri Pahang 1.67 juta. 70% ataupun 80% memiliki capaian internet dan juga menggunakan er… teknologi telekomunikasi dan sebagainya. Bermakna, pasaran ini besar dan pasaran ini mampu untuk menguasai pendapatan dan juga memberikan sumbangan ekonomi yang besar kepada negeri Pahang. Sebagai contoh, Kerajaan telah memulakan langkah sangat baik dan positif dengan memperkenalkan “PahangGo” sebagai satu platform untuk nak memudahkan orang ramai, rakyat membayar dan juga berurusan dengan kerajaan dan juga memberikan pulangan dari sudut kutipan yang lebih baik dan berkesan bagi pihak kerajaan.

Cadangan saya “PahangGo’ ini seharusnya kita manfaatkan dengan lebih luas kerana dia boleh jadi satu platform untuk pemasaran IKS di Negeri Pahang. Sebagai contoh, daripada 2.9 trilion US Dollar perkem… pendapatan daripada digital economy 2016, 34% adalah datang daripada daripada e-commerce ataupun dagangan berbentuk elektronik. Bermakna dengan platform yang sedia ada “PahangGo” ini, kita sediakan juga ruang untuk IKS, Industri Kecil Sederhana, pengusaha-pengusaha yang… yang er… kecil dan bersendirian, individu yang berniaga menggunakan platform e-commerce “PahangGo” untuk memasarkan produk mereka secara online, secara dalam talian. Dan ini akan memberikan bukan sekadar bantuan dari sudut pemasaran

kepada IKS dan individu yang berniaga. Ia juga boleh beri pulangan kepada “PahangGo” kepada Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri.

Maka saya berharap didalam frame work atau dalam rangka untuk mencapai RM1 bilion pendapatan, RM1 bilion dalam tempoh tiga tahun Kerajaan Pahang perlu menggubal atau mengeluarkan satu polisi atau dasar Digital Negeri Pahang supaya kita tidak ketinggalan dari sudut mem… me… terlibat sama dan juga meraih manfaat daripada perkembangan digital economy ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Begitu juga saya ucap tahniah kepada Kerajaan di atas inisiatif dan juga begitu er… agresif un… dalam menarik pelabur-pelabur luar untuk datang melabur ke negeri Pahang. Dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini sahaja, dinyatakan bahawa kerajaan telah berjaya menarik RM1.36 bilion mengesahkan RM1.36 bilion pelaburan yang berjaya dibawa masuk.

Dan keseluruhan sepertimana pembentangan yang diberikan semalam kepada Ahli-ahli Dewan, Kerajaan telah berjaya menarik pelabur asing untuk melabur dalam negeri ini untuk tempoh tiga tahun adalah sebanyak RM57 bilion daripada 2016 hingga 2018. Nilai RM57 bilion ini seharusnya memberikan sedikit lonjakan kepada pendapatan negeri sekiranya kita uruskan pelaburan luar ini dengan lebih baik dan berhemah.

Contohnya, pendapatan negeri kita untuk tiga tahun kebelakangan ini adalah stagnant, dengan izin, adalah hampir sama. Daripada 2016 sampai 2018 dalam lingkungan RM600 juta ke RM700 juta satu tahun. Sedangkan kita berjaya menarik pelaburan luar RM57 bilion. Bermakna pelaburan luar yang datang tidak mampu untuk nak menaikkan pendapatan negeri kita. Oleh itu langkah yang dicadangkan oleh Kerajaan Pahang harus dilaksanakan iaitu, setiap pelabur luar yang ingin melabur dan juga menjalankan kegiatan mereka dalam negeri Pahang perlu ada kepentingan daripada syarikat ataupun anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang.

Jadi cadangan supaya er… mewajibkan 5% sekurang-kurangnya preferred shared, saham keutamaan diberikan kepada GLC perlu dilaksanakan. Bukan sekadar untuk mencadangkan. Kerana apa? Kerana kita juga perlu dapat manafaat daripada pelaburan yang datang daripada luar. Dibimbangi sekiranya kita tidak mengambil peluang ini atau tidak mempunyai kepentingan, kita bimbang ia akan menjadi satu er… medan atau satu tempat yang mana pelabur luar hanya datang, buat untung dan akhirnya akibat dan kesan tidak ada langsung kepada…kepada rakyat dan Kerajaan Negeri Pahang. Selain daripada, kita faham pelabur luar menyediakan peluang pekerjaan er… peluang perniagaan lain dan sebagainya tapi kepada Kerajaan Negeri ianya juga harus ada satu er… manfaat kebaikan yang boleh kita dapat hasil daripada pelaburan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua,

Perkara ketiga yang ingin saya ter… sentuh untuk mencecah dan mencapai pendapatan RM1 bilion, dalam tempoh tiga tahun daripada sekarang, kita perlu lebih giat dan agresif di dalam mempersiapkan dan juga menyediakan prasarana terbaik untuk me… menarik pelancong-pelancong supaya boleh hadir. Dengan adanya cukai pelancongan 50% daripada pendapatan pelancongan… cukai pelancongan dipulangkan kepada Kerajaan Negeri, Pahang sebenarnya mempunyai satu advantage, dengan izin. Satu kelebihan berbandingkan dengan negeri-negeri lain kerana struktur muka bumi kita yang begitu banyak kelebihan.

Kita ada laut, kita ada sungai yang besar yang panjang, kita ada hutan yang…yang luas dan juga cantik, kita ada tanah tinggi, kita ada tanah rendah, kita ada gua, kita ada macam-macam er… produk pelancongan yang boleh diberikan, yang boleh kita exploit semaksima mungkin untuk menarik pelancong dengan pakej-pakej yang menarik, dengan rangsangan-rangsangan dan promosi yang hebat dan yang paling penting adalah persiapan prasarana, kemudahan-kemudahan asas seperti laluan, jalan, tempat tinggal, tempat rehat dan semua sekali ini termasuklah kemudahan keselamatan para pengunjung dan pelancong perlu diberikan keutamaan.

Dan juga perlu ada satu er… tindakan drastik dan agresif diambil supaya kedatangan pelancong ke dalam negeri Pahang ini akan dapat menarik pelancong lain. Kita akan gunakan marketing berdasarkan kepada experience. Masing-masing mereka akan berkongsi pengalaman yang baik dan menarik dan akhirnya akan berjaya menarik rakan mereka, saudara mara mereka untuk sama-sama hadir untuk melancong di Negeri Pahang. Dan kita jangka Pahang boleh mencapai dari sudut pelancongan itu lebih daripada 100 juta dalam tempoh 3 tahun daripada sekarang.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya ingin juga menyentuh tentang langkah yang telah disebut bahawa pembentukan daerah kecil Gebeng, kawasan saya. Saya ucap ribuan terima kasih di atas inisiatif yang diberikan oleh pihak Kerajaan dan juga melihat kepentingan kawasan Gebeng ini dijadikan satu kawasan yang tumpuan, diberikan sedikit layanan yang berbeza berbanding dengan kawasan-kawasan lain kerana dijangka dalam belanjawan kali ini dibentangkan, daerah kecil Gebeng ini bakal menyumbang RM200 juta setahun kepada Kerajaan Negeri Pahang. Bermakna bila kita mengisytiharkan kawasan Gebeng ini sebagai daerah kecil yang boleh menyumbang sebanyak RM200 juta, maknanya lebih kurang 20% daripada pendapatan er… daerah dan juga 2% daripada pendapatan negeri kalau kita sasarkan 1 billion itu, ianya adalah merupakan satu sumber yang sangat besar dan significant untuk diberikan tumpuan. Cuma saya berharap agar er… dengan tertubuhnya ataupun dengan terbentuknya daerah kecil Gebeng ini, ia harus sama naik dan sama padan dengan kemudahan dan keadaan di kawasan Gebeng itu sendiri.

Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan pergi ke kawasan tersebut, ianya adalah merupakan kawasan pelaburan international. Banyak orang luar er… expatriate, pegawai-pegawai dagang, mereka berkunjung ke kawasan tersebut. Tetapi dari sudut er… prasarananya, jalanrayanya, longkangnya, lampu jalannya, jambatannya, tidak mengambarkan sebagai first class investment area, dengan izin. Tidak menunjukkan bahawa ianya merupakan satu kawasan tumpuan. Jadi saya berharap satu fokus diberikan kepada kawasan Gebeng ini sesuai dengan kita nak membentuk sebagai satu daerah kecil. Segala prasarana utama perlu dinaiktarafkan dengan segera kerana kita bimbang dia akan merencatkan perkembangan kawasan tersebut dan yang paling kita er… bimbang adalah dia akan memberikan im… pandangan yang negatif terhadap usaha yang Kerajaan Negeri cuba laksanakan.

Yang kedua, di…di… kita sedia faham dengan memperkenalkan er… ka… daerah kecil Gebeng ini, beberapa cukai dan fees akan disemak semula. Jadi saya berharap segala bentuk kenaikan cukai yang ingin dikenakan kepada kawasan Gebeng ini dan kita difahamkan tidak akan melibatkan kediaman, kawasan pekebun kecil petani dan sebagainya, hanya industri berat dan juga perniagaan.

Namun tidak semua perniagaan, tidak semua peniaga yang berniaga di kawasan Gebeng itu mempunyai pendapatan dan pulangan yang sepertimana kita gambarkan.

Sebahagian besar adalah merupakan pengusaha-pengusaha kecil. Mereka kedai… buka kedai makan, buka kedai runcit, workshop dan sebagainya yang kecil-kecilan ini. Sebab itu kita tidak mahu cukai dinaikkan, kita pandang sama rata atau take for granted, semua sama. Sebab industri… dia duduk dalam kawasan industri. Betul tetapi perniagaan mereka tidak sepertimana industri besar.

Kita tidak boleh samakan peniaga kecil ini, kedai-kedai kecil ini dengan kilang dan industri-industri besar dari sudut mengenakan cukai. Kena lihat latar sosio ekonomi setiap peniaga di kawasan tersebut supaya dia berlaku adil kepada peniaga-peniaga tersebut. Kita bimbang sepertimana yang berlaku di jiran kita, di er… KSB, Kemaman Supply Base. Apabila er… berlakunya kenaikan sewaan dan sebagainya, semua yang menyewa dalam kawasan tersebut ambil keputusan keluar daripada kawasan KSB, menyewa di luar dan juga berniaga di luar daripada kawasan tersebut. Akhirnya, dia banyak premis-premis yang dibuat oleh er… kerajaan juga dibiarkan kosong kerana ketidakmampuan mereka untuk bayar cukai, bayar sewa, dan sebagainya. Akhirnya KSB hanya dioperasi oleh yang besar sahaja. Tidak ada ruang untuk peniaga-peniaga kecil.

Jadi adalah diharapkan daerah kecil Gebeng ini, bukan sekadar mampu untuk menjana pulangan kepada Kerajaan Negeri dengan lebih baik dan berkesan. Dia juga mampu memberikan kesejahteraan dan keadilan kepada pengusaha dan peniaga-peniaga yang ada di situ pada hari ini yang berniaga hanya sekadar berniaga kecil dan juga secara er… pukul rata atau secara puratanya pendapatan mereka masih lagi di bawah…di bawah paras RM3000.00 sebulan. Oleh itu segala bentuk kenaan cukai, fees dan sebagainya yang ingin dikenakan di kawasan daerah kecil Gebeng ini, saya harap dia perlu mengambil kira tentang kemampuan dan juga kebolehbayaran segala er… segala bentuk bayaran yang dikenakan kepada mereka.

Dan akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap agar hasrat kerajaan untuk mencapai pendapatan RM1 bilion melalui … sekali lagi, saya tertinggal satu perkara yang penting juga yang saya perlu sentuhkan juga di sini, selain daripada Kerajaan Negeri harus mengubal satu dasar atau satu polisi digital ekonomi, kita juga harus melihat perkembangan belia dalam digital ekonomi berbentuk sukan, e-sport. Saya pernah bercakap di dalam Dewan ini dan pernah bersikap sinikal tentang e-sport kerana kita tidak nampak nilainya. Namun pada hari ini kita tidak boleh menolak bahawa itulah kehendak dan kemahuan belia dalam keterlibatan dalam e-sport ini dan e-sport menyumbang kepada perkembangan ekonomi dalam teknologi dan juga digital hari ini.

Cuma kita tidak ada lagi satu er… dasar yang betul-betul jelas tentang e-sport ini sehingga ramai pengusaha yang tidak dapat meneruskan usaha mereka kerana mereka disamakan dengan cyber café, disamakan dengan er… hiburan pusat hiburan dan akhirnya mereka ditohmah dengan perkara yang tidak sepatutnya dan ini merencatkan atau membantutkan perkembangan e-sport dalam bentuk digital dan kehendak belia pada hari ini. Jadi saya harap juga dalam proses kita nak mengembang dan meningkatkan pendapatan, kita juga harus melihat bagaimana belia-belia ini kita dapat libatkan mereka dalam kegiatan yang baik. Mereka… kita dapat sama-sama menaikkan mereka dan juga sama-sama menyumbang di dalam pembangunan er… keperibadian dan juga ekonomi negeri tersebut kepada belia.

Jadi dengan itu Dato’ Sri Yang Di-Pertua, saya ucap terima kasih dan tahniah sekali lagi kepada Kerajaan Negeri di atas Pembentangan Bajet yang saya harap dan saya kira sangat meyeluruh dan diharapkan agar segala yang dirancang dipermudahkan Allah S.W.T, seterusnya negeri dan rakyat Negeri Pahang ini sentiasa berada dalam

lindungan keberkatan dan rahmat Allah S.W.T saya dengan ini mohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Beserah. Sila Semantan.

Dato’ Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Sebelum er… saya mulakan ucapan saya, saya nak bepantun sikit Dato’ Speaker.

Kalau berani biarlah berpada, Agar molek dipandang abang, Pembentangan bajet penuh berfakta, Perubahan tempat duduk pula dipandang orang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Barisan Ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang….

Yang Berhormat Yang Di-Pertua,

Pasal dia sebut pasal tempat duduk tu, kita pun tertarik juga ya, tentang tempat duduk tu. Rupa-rupanya saya tak sangka, rupa-rupanya pembangkang ini dia ada rindu merindui pada PAS ni rupanya (ketawa). Dia rindu pasal bila tengok orang tu lari, rindu sebenarnya. Terima kasih.

Dato’ Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang untuk saya bersama dalam perbahasan pada hari ini. Saya mulakan perbahasan ini dengan ucapan sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas Pembentangan Bajet 2020 pada hari kelmarin. Cuma saya nak menasihatkan pihak pembangkang dalam Dewan Yang Mulia ini, supaya menjadi pembangkang yang bijak. Janganlah buat PC hanya kerana nak komplen mengenai perubahan kedudukan dalam Dewan sebab ianya adalah kuasa mutlak Yang Di-Pertua Dewan di bawah Perkara 2.2 Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri.

Pasal dilantik Exco biarlah Yang Amat Berhormat Menteri Besar buat keputusan. PAS pun dah nyatakan pendirian, DAP pula sibuk pasal kami. Saya nak pesan, kalau nak jadi Exco marilah join kami dulu tunjukkan bijaksana dan bertanya kalau tidak tahu, sebab kita diperhatikan oleh masyarakat luar di sana. Kami baru sahaja berkahwin, dalam tempoh berbulan madu buat masa ini, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Belanjawan Negeri kali ini sekali lagi merupakan belanjawan lebihan kira-kira RM4.13 juta dengan jangkaan kutipan hasil kira-kira RM744.02 juta berbanding jangkaan perbelanjaan kira-kira RM739.89 juta. Dengan penekanan kepada 3 perkara utama iaitu melonjak ekonomi ke arah negeri berdikari, yang kedua memperkasakan

perkhidmatan dan modal insan, yang ketiga mensejahterakan kehidupan rakyat. Saya boleh nyatakan dan boleh menyifatkan bahawa bajet ini sangat realistik dan berhemah untuk mencapai hasrat yang telah digariskan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Dalam usaha Kerajaan menjadi sebuah negeri yang berdikari yang berpendapatan tinggi, kerajaan telah membuat perancangan bijak dengan pelaksanaan langkah proaktif terhadap pendapatan melalui cukai-cukai dan duti-duti yang di samping itu mengurangkan ketirisan. Tindakan memberi penumpuan kepada industri berat, perniagaan dan estet dalam semakan semula kadar cukai… cukai tanah tanpa membebankan Golongan B40 dan pemilik tanah pertanian di bawah 10 ekar merupakan satu tindakan cakna oleh kerajaan memandangkan mereka sememangnya sudah terhimpit dengan suasana ekonomi sekarang. Tahniah kepada Kerajaan Negeri.

Misi pelaburan yang menarik pelabur merupakan satu perkara yang diharapkan dapat menjadi salah satu sumber pendapatan yang membantu kerajaan telah terbukti dari Januari hingga Jun 2019. Kadar pelaburan tempatan dan pelaburan asing mencatatkan angka RM6.44 bilion. Forum pelaburan 2019 yang dilihat berjaya dan mencatat 11 MOU dengan kemasukan RM1.134 bilion. Saya mengharapkan pada tahun 2020 angka itu akan meningkat sesuai dengan usaha berterusan pihak kerajaan dan cadangan menetapkan 1% golden syer dan 5% golden syer kepada GLC untuk semua pelaburan baru.

Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Pengukuhan sektor perhutanan dengan jangkaan hasil RM165 juta pada tahun 2020 adalah suatu yang baik memandangkan Pahang adalah sebuah negeri yang kaya dengan hutan. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Pahang tidak ketinggalan dalam arus kemodenan dan dunia digital. Melalui aplikasi ‘PahangGo’ dalam urusan perkhidmatan kerajaan dan kutipan hasil. Saya merasakan aplikasi ini perlu dipromosikan dan diaplikasikan kepada semua rakyat Pahang terutamanya kepada kakitangan kerajaan, guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka ingin akses dengan kerajaan. Mudah kata benda dah ada, kita kena gunakan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Penubuhan Daerah Kecil Muadzam Shah dan Daerah Kecil Jelai merupakan langkah yang baik untuk mereformasikan pengurusan pentadbiran kearah yang lebih berkesan. Saya ingin mencadangkan penubuhan Daerah Kecil Kuala Krau kerana ia merupakan satu… dan lebih berfokus. Saya juga ingin mencadangkan agar satu kajian dilakukan untuk melihat kewajaran keperluan ini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Yayasan Pahang tidak pernah ketinggalan dalam pendidikan anak Pahang dengan jumlah angka yang besar iaitu RM23.59 juta untuk memanfaatkan 49,720 anak pelajar diharapkan merupakan satu pelaburan untuk melahirkan pelapis masa hadapan. Namun baru ini kita digemparkan dengan kes buli di maahad tahfiz, yang menyebabkan kematian. Manakala tahfiz tersebut dikatakan tidak berdaftar. Saya merasakan Kerajaan perlu melihat dari sudut-sudut tertentu untuk membantu sekaligus memastikan pengusaha tahfiz berdaftar untuk memudahkan penyaluran bantuan dan pemantauan dan lain-lain perkara.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Tabung Amanah Bencana yang telah mencacat… mencatat perbelanjaan sebanyak RM441 juta. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan khasnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana masyarakat di DUN Kuala Semantan telah menikmati manfaat ini. Bukan setakat itu sahaja, kehadiran pemimpin kerajaan dan bantuan awal yang diberikan sangat lekat dalam ingatan mangsa-mangsa. Contohnya, kejadian ribut di Kampung Haji Ali Temerloh, Yang Amat Berhormat hadir turun padang melawat mangsa walaupun kejadian belum pun sampai 24 jam. Tahniah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Pendirian kerajaan terhadap isu penubuhan MPKK Persekutuan tubuh semula JKK. Sekiranya Kerajaan Pusat tetap dengan pendirian mereka jelas bahawa kita menjaga pemimpin akar umbi di kampung yang merupakan kakitangan kita dalam mentadbir kampung. Kita jaga masyarakat kita dari perpecahan. Saya nasihatkan Kerajaan PH supaya cukupkan dahulu kuota ahli mereka yang belum penuh dalam MPKK sebelum mahu menubuhkan MPKKP.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Bagi pihak 8 ribu kakitangan awam. Saya daripada semalam telah menerima mesej WhatsApp daripada rakan – rakan yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Yang saya rasakan inilah bantuan khas kewangan yang melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM6 juta untuk mereka tanpa mengira gred. Bakal menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM750.00 seorang. Semoga dengan belanjawan negeri ini akan dapat terus memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Akhirnya, saya ingin sampaikan rintihan daripada orang kawasan saya. Jajaran baru ECRL yang melibatkan Tanjung Batu, Temerloh. Penduduk tidak menentang pembangunan tetapi mengharapkan rintihan dan bantahan mereka didengari. 5 September 2017, penduduk telah membantah laluan jajaran baru kerana ianya tidak selari sepertimana pembentangan semasa pendengaran awam Mei 2017.

Pada 2 Oktober 2017, pihak Malaysia Rail Link itu (MRL) memaklumkan untuk melakukan kajian sebelum memuktamadkan jajaran laluan ECRL melibatkan Kampung Tanjung Batu ini dan berjanji bahawa 29 buah rumah yang terlibat tidak akan termasuk di dalam jajaran tersebut. Bantahan dilakukan kerana jajaran ini melibatkan penempatan padat penduduk di tanah warisan, kawasan kubur lama dan dan melibatkan kawasan penternakan ikan sangkar. Apa yang dimahukan oleh penduduk, bahawa jajaran itu perlu dilencongkan sedikit agar ia tidak mengenakan tanah warisan yang melibatkan 29 keluarga tersebut dan kini jajaran ECRL melalui Kampung Tanjung Batu telah dimuktamadkan tanpa mengira bantahan daripada penduduk kampung dan tanpa memanggil untuk pendengaran awam sebelum keputusan dimuktamadkan.

Saya melihat bantahan penduduk mempunyai alasan dan fakta yang kukuh bagi mengubah sedikit jajaran agar tidak melibatkan 29 buah rumah tersebut. Saya menyeru dan memohon kepada Kerajaan Negeri agar meminta pihak MRL ataupun

CCCC melakukan kajian semula bagi memastikan menang–menang bagi kedua-dua pihak. Saya mohon perkara ini dapat perhatian daripada pihak Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Sebelum saya menutup dan mengakhiri ucapan saya, saya ada tiga pantun lagi.

Balik ke rumah membawa kawan, Tanda persahabatan berjabat tangan,

Belanjawan berkesan rakyat didahulukan, Melonjakkan ekonomi itulah sasaran.

Ukhuwah dierat salam diberi, Tidak kira darjat ataupun bangsa, Pembentangan berhemah penuh berbudi, Negeri makmur rakyat sejahtera.

Adat dijunjung harmoni dipelihara,

Santun menutur alunan bahasa, Hasil kemakmuran dikongsi bersama, Pahang maju rakyat sentosa.

Sekian wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warhmutullahi wabarakatuh. Saya dengan ini menyokong usul yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bulan Febuari bulan Mac, Thank you very much

Semantan. Sila Tanah Rata.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Salam sejahtera dan selamat petang kepada Ahli-ahli Dewan Negeri yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2020. Pertama kali saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana dengan berjaya mengamalkan pendekatan perbelanjaan secara berhemah dan jimat sekaligus memastikan ekonomi Pahang dalam keadaan yang baik dan sihat.

Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua,

Sebagai Wakil Rakyat dari kawasan Cameron Highlands, saya menyambut baik usaha pihak kerajaan bagi menubuhkan Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands ataupun disebutkan PKCH. Saya difahamkan bahawa tujuan utama penubuhan perbadanan ini adalah untuk mengisi vacuum kuasa pentadbiran, khususnya untuk pengawalan pembangunan sector pelancongan dan juga pertanian di kawasan luar bandar supaya satu pembangunan yang bersepadu dan mampan boleh dilakukan. Dengan penubuhan Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands ini, saya mengharapkan segala pelaksanaan dasar kerajaan di daerah Cameron Highlands ini boleh

dipermudahkan dan urus tadbir dan penyampaian perkhidmatan kerajaan setempat yang lebih berkesan dan cepat juga dapat disalurkan kepada rakyat setempat.

Namun begitu, saya juga mengharapkan satu urus tadbir perbadanan ini boleh dilaksanakan dengan lebih telus tanpa pukal kepada rakyat setempat dengan tujuan mengurangkan perselisihan faham antara satu sama lain dan penduduk di Cameron Highlands sebenarnya mereka… kebanyakan mereka telah tahu tentang penubuhan perbadanan ini. Namun kebanyakan mereka tidak tahu bagaimanakah perbadanan ini menjalankan tugasnya? Bagaimanakah perbadanan ini struktur urus tadbirnya?

Bagaimanakah misi dan tugas Pihak Berkuasa Tempatan misalnya… khususnya Pejabat Daerah dan Tanah dan juga Majllis Daerah Cameron Highlands ini di bawah perbadanan ini? Ataupun bagaimanakah mereka bekerjasama ataupun selaras dengan perbadanan ini? Adakah kemungkinan berlakunya pertindihan kuasa antara agensi-agensi Kerajaan Tempatan sehingga menjejaskan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat setempat. Adakah juga bolehkah ini berlaku perbadanan ini terlalu berkuasa sehingga menjadi satu badan gergasi yang tidak terkawal dan bagaimanakah semak dan seimbangnya dengan izinnya, check and balance.

Semua soalan tersebut tertanya-tanya di kalangan masyarakat setempat termasuk saya juga sebab saya juga tidak tahu. Oleh itu saya juga tidak mampu menjelaskan dasar kerajaan ini walaupun secara prinsipnya saya menyokong usaha kerajaan menubuhkan perbadanan ini. Oleh itu saya mengharapkan kerajaan supaya boleh memberikan maklumat yang lebih terperinci mengenai penubuhan perbadanan ini dengan soalan–soalan yang saya bangkitkan tadi kepada masyarakat setempat supaya mereka lebih memahami bagaimanakah perbadanan ini berfungsi. Sebab kita tahu hari ini sudah November dan perbadanan ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2020, 1 bulan lebih sahaja.

Oleh itu, ada wajarnya rakyat setempat boleh memahami bagaimanakah perbadanan ini beroperasi. Saya di sini memohonlah kerajaan supaya boleh menjelaskan ataupun memberikan lebih banyak maklumat kepada rakyat setempat dan dalam Kertas Rang Undang–undang Penubuhan Perbadanan Cameron Highlands ini, yang akan dibentangkan dalam Sidang Dewan ini, saya juga tertarik dengan juga perkara– perkara bawah yang Rang Undang–undang ni bawah Fasal 20, Perenggan C dengan D. Di sini dia ada tulis; membeli, menukar, membahagi, menyimpan, memproses, memindah milik dan menjual semua keluaran pertanian dan keluaran sampingannya dan perenggan D; membeli, mengimbang, membahagi, memindah milik, menyewakan atau sewa dan menjual benih, baja, jentera, jentarik, perkakas dan peralatan pertanian.

Saya tertariklah sebab saya rasa hairan, adakah perbadanan ini juga berhasrat melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti pertanian ataupun dalam aktiviti pemasaran er… hasil produk pertanian ke? Saya rasa hairanlah [gelak] dan dalam Ucapan Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Isnin telah juga menyentuh bahawa Kerajaan akan mengulas semula sistem Lesen Pendudukan Sementara ataupun T.O.L ataupun L.P.S bagi aktiviti pertanian dengan cara pajakan jangka pendek di daerah Cameron Highlands melalui Perbadanan ini.

Saya er… pemasalahan… pelaksanaan dasar ini sesungguhnya membawa kebaikan kepada pengusaha kecil pertanian di Cameron Highlands dan secara langsung akan membangunkan sosioekonomi di setempat dan juga negara. Saya di sini juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan dan juga Yang Amat Berhormat

Menteri Besar kerana telah membawa pembaharuan tanah pertanian ini yang telah ditunggunya sudah lama oleh penduduk tempatan.

Walau bagaimanapun, pekebun-pekebun tersebut di Cameron Highlands mereka juga tertanya-tanya bahawa dengan adanya pajakan tempoh jangka pendek ini. Jadi apakah kadar kutipan hasil tanah yang baru ini, mereka tanya-tanyalah, saya ni juga tak boleh jawab. [gelak]

Jadi adakah pihak Kerajaan bersedia berbincang bersama NGO-NGO tempatan ataupun wakil-wakil pengusaha pertanian di… masyarakat setempat untuk membincangkan perkara kadar bayaran sewa ini dan bilakah dasar ini boleh dilaksanakan? Kerana buat sementara ini, saya difahamkan bahawa L.P.S ataupun T.O.L ini tidak akan… tidak akan di… tidak dibaharui oleh Pejabat Daerah buat sementara ini.

Dan secara tidak langsung membawa impak… impact untuk aktiviti lain sebab katanya er… satu lesen, lesen… lesen kenderaan mengangkut sayur iaitu bertaraf LKM Cameron Highlands ini sebab untuk memperbaharui ataupun memohon satu lesen LKM ini, salah satu syarat keperluan, syarat wajib adalah dia kena tunjukkan T.O.L kepada er… Jabatan Pengangkutan Jalan.

Hah… ya dan buat sementara ini, er… Kementerian terpaksalah membekukan syarat ini, sebab buat masa sekarang mereka tiada T.O.L yang er… yang aktiflah. Sebab buat masa… buat masa sekarang Pejabat Daerah telahpun tidak mengeluarkan ataupun membaharui lesen L.P.S yang baru dan inilah mereka nak tahu, bilakah dasar ini boleh dilakukan dan saya mengharapkan dasar Kerajaan ini boleh dilakukan secepat mungkin sebab ada mempengaru… memberi impak dengan dasar-dasar Kerajaan yang lain.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Sempena dengan kempen Visit Malaysia 2020 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, negeri Pahang yang mempunyai banyak destinasi pelancongan, juga pastinya, nescaya menarik lebih ramai kedatangan pelancong khususnya juga di daerah Cameron Highlands. Dan dengan adanya pulangan cukai pelancongan, saya di sini juga mengharapkan pihak Kerajaan supaya boleh memberikan keutamaan dalam pembangunan dan penaiktarafan infrastruktur di beberapa tempat dalam kawasan Cameron Highlands. Antaranya termasuknya er… membaikpulih jalan masuk ke Mossy Forest, iaitu jalan Gunung Brinchang dan juga membaikpulih jalan Pos Lin… Lojing di mana jalan ini merupakan jalan masuk ke Cameron Highlands dari arah Gua Musang, dari arah Lojing, iaitu kita menyambut pelancong datang dari negeri Kelantan dan Terengganu.

Kedua-dua cadangan ini, saya difahamkan oleh Jabat… er… JKR Daerah bahawa cadangan ini telahpun mereka memanjangkan kepada peringkat negeri dan juga peringkat er… kementerian dan saya disini memohon er… supaya pihak Kerajaan boleh memberikan keutamaan untuk dua-dua cadangan ini supaya er… boleh kita sebenar er… Tahun Visit Malaysia 2020 menjanakan lebih banyak pendapatan dan memberikan satu imej yang bagus kepada pelancong-pelancong ke negeri Pahang.

Dan saya juga mengharapkan Kerajaan boleh menambah bina bangunan letak kereta dan juga menawarkan perkhidmatan shuttle bus di kawasan Cameron Highlands dengan adanya Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands ini supaya er… khususnya di destinasi-destinasi pelancongan bagi mengelakkan pelancong mereka

suka meletakkan kereta di bahu-bahu jalan buat masa sekarang, tapi masalahnya adalah sebab tempat letak kereta tak cukup.

Oleh itu, saya disini juga mengharapkan supaya pihak Kerajaan boleh menambah binakan lebih banyak er… bangunan tempat letak kereta yang bertingkat di kawasan khususnya di destinasi hot spot.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Dan baru-baru ini saya juga dihubungi oleh sebuah NGO Alam Sekitar bahawanya terdapat satu projek pembangunan yang berisiko tinggi yang mungkin memusnahkan kawasan tadahan air yang membekalkan air minum kepada 70% penduduk di Cameron Highlands.

Saya disini, saya… saya tiada apa-apa buktilah black and white tentang projek itu sebab saya dihubungi oleh NGO Alam Sekitar itu. Oleh itu, saya er… membangkitkan perkara di Dewan Yang Mulia ini untuk supaya menarik perhatian Kerajaan bagi mengelakkan bencana… bencana-bencana alam yang tidak diingini. Saya dimaklumkan oleh NGO tersebut bahawa Kerajaan Negeri telah meluluskan satu cadangan pembangunan Taman Agro Bersepadu Cameron Highlands di atas Tanah Kerajaan seluas 150 ekar di kawasan Kuala Terla, Mukim Ulu Telom, Daerah Cameron Highlands yang mereka mendakwa kawasan itu merupakan satu kawasan tadahan air.

Saya di sini juga dengan rendah diri, saya mengharapkan pihak Kerajaan supaya boleh melihat semula adakah perkara ini benar? dan kalau benar, saya mengharapkan Kerajaan supaya boleh mengkaji semula kelulusan projek pembangunan tersebut demi kebaikan dan kepentingan semua di Cameron Highlands.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Tahun 2020 akan menjadi satu tahun yang mencabar untuk kita semua memandangkan ekonomi negara dan dunia yang tidak menentu. Saya disini semoga Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2020 ini boleh membawa hasil yang manis untuk semua rakyat Pahang dan membolehkan negeri Pahang terus makmur.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini, untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan Kerajaan, agensi dan Badan Berkanun Kerajaan dan juga pihak Kerajaan dan juga Ahli-ahli Dewan Negeri yang saya hormati dan sama-sama kita menjayakan negeri Pahang. Pahang Terus Maju. Sekian, terima kasih.

Terima kasih pada Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Tanah Rata. Sila Luit, Luit.

Assalamualaikum WBT.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Pertama izinkan saya baca sepotong ayat al-Quran [Bacaan Ayat al-Quran]. “Ingatlah ketika Tuhan-Mu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan Kalifah di muka

bumi, “Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan Khalifah di bumi itu. Orang yang membuat kerosakan kepadanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. [Bacaan ayat al-Quran]

Haa… ini, minta Yang Berhormat tafsir sendirilah ya, semoga saya mendapat pahalalah baca al-Quran ini, walaup ada pelat-pelat Maran sikit tu [gelak]

Tuan Yang di-Pertua,

Pertamanya saya nak ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang berjaya membentangkan Bajet yang saya lihat sangat baik ya, untuk tahun depan dan juga nampak realistik dalam semua aspek. Sebab kita merujuk kejayaan tahun lepas, sudah tentu kami, ataupun saya yakin dan percaya atas kemampuan Kerajaan yang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri untuk terus mentadbir dan Maju Terus Pahang.

Namun demikian, barang diingat juga bahawa terdapat juga kekangan dalam melaksanakan rancangan-rancangan kerajaan, kekangan sana sini, kecil besar sebagainya, semasa atau sedang atau semasa usaha-usaha ini sedang dijalankan. Sudah tentu terdapat ketirisan, program bertindih, maklumat-maklumat R&D semua yang tidak lengkap, tidak efisien dan juga berlaku juga pembaziran-pembaziran dalam proses perlaksanaan itu kerana kita dapat melihat ada rekod-rekod sejarah yang lepas. Rekod Kerajaan Pusatlah, Yang di-Pertua, ada kegagalan-kegagalan projek-projek yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ya, atas sebab-sebab yang kita sebutkan tadi.

Walau bagaimanapun, ada faktor besar juga dalam kegagalan proses projek kerajaan ini iaitu stakeholder engagement, dengan izin ya. Kita tengok dalam ICU, Jabatan Perdana Menteri ya beberapa tahun dahulu, namun ini adalah faktor besar. Sebab itu semalam saya ada juga bertanya kepada timbalan… Dato’ Timbalan SUK tentang stakeholder engagement ini. Namun demikian kita dalam usaha murni Kerajaan, saya percaya banyak wang akan dibelanjakan untuk melaksanakan program-program untuk manfaat kepada kita penduduk di negeri Pahang ini dan saya rasa ada satu keperluan yang perlu saya sarankan di sini ya kerana saya lihat di depan saya ini ialah pasukan pemerintah orang-orang Islam belaka, cuma dia tak sebut aje kerajaan Islam Pahang, dia sebut kerajaan UMNO Negeri Pahang, Barisan Nasional.

Jadi apa kiranya kalau kita cadangkan dapat pihak kerajaan meng’upgrade’kan arahan-arahan yang bersifat keagamaan. Saya rasa tak ada masalah langsung sebab 100% kepimpinan-kepimpinan negeri Pahang ini terdiri daripada orang-orang yang saya rasa memang sangat berpengetahuan dalam bidang agama ini dan saya percaya mereka-mereka ini orang-orang yang beriman. Beriman ini maknanya percaya kepada benda ghaib kan, benda ada rahmat, ada berkat sebagainya. Jadi kita sampaikan mesej, mesej-mesej agama, arahan-arahan agama ini kepada penduduk-penduduk dan anak negeri kita yang bukan saja menjadi tanggungjawab kepada pemerintah er… tanggungjawab kepada Allah, tapi juga menyambung tugas Rasulullah ini. Insya-Allah kalau dapat dilaksanakan ini saya percaya negeri kita ini akan lebih mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada Allah SWT.

Macam saya sendiri pun umur dah 58. Pergi masjid daripada kecil, tolak 10 tahun tak pergi masjid pasal kecil sangat, jadi 48. Kali 12 bulan kali 4 minggu, saya ingat 2,000 lebih kalilah saya dengar khutbah. Oleh kerana mungkin khutbah itu tak ada nilai-nilai,

arahan, nilai-nilai apa ini… ataupun kelemahan saya itu lain ceritalah, ya. Jadi mesej saya kalau boleh tempat-tempat begitu, arahan-arahan itu dijadikan arahan rasmi ataupun separa rasmi ataupun kita buatlah macam mana, supaya perintah agama ini menjadi satu budaya baru di negeri Pahang ini. Sebab kita yakin rahmat akan turun daripada Allah Taala bila mana kita terutama pemimpin kerajaan yang lebih hampir kepada Allah SWT.

Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua,

Saya nak rujuk juga kawasan sayalah. Saya nak mengharap sangat daripada pembentangan belanjawan dan semalam kita ada kesempatan melihat pembentangan apa ini RSN, Rancangan Struktur Negeri, Negeri Pahang. Saya percaya DUN Luit daerah Maran khususnya masih ketinggalan dalam perancangan-perancangan yang dibentangkan, terutama kalau tengok dari segi pendidikan, dari segi ekonomi, dari segi agama, dari segi infrastruktur juga. Saya nak sebut sekali lagi bandar purba di bandar Maran itu. Daripada tahun lepas dah saya cakap bandar purba itu. Tahun ini nampak hutan makin besar dah. Kalau tak silap saya, sikit hari esok ada binatang buas pula dalam tu. Jadi yang itu saya minta lagilah sekali lagi dalam Dewan ini minta perhatian daripada Kerajaan Negeri kita permodenkanlah balik bandar purba yang ada dalam bandar Maran itu.

Selain daripada itu, perkara-perkara lain yang secara umumnya kita di Luit juga memerlukan peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk setempat. Juga ada masalah-masalah perumahan terutama kepada generasi kedua, masalah makan pun ada di Maran ini. Orang lain makan nasi, ada orang Maran 82 orang ya, kalau ikut daripada Yang Berhormat Kuala Sentul sebut semalam, makan dadah pula. Orang lain makan nasi elok-elok, dia makan dadah. Ada di Maran juga. Jadi ini semua faktor-faktor yang kita kena ambil kira ya. Elok juga kita sebut makan dadah ini, sebab saya rasa mungkin kita kepekaan kita lain sikit. Kalau Dato’ Sri Yang di-Pertua ya, kalau kita tengok cucu kita ambil duit syiling kita tak marah, tapi kalau dia nak makan duit syiling itu melompat kita, tok ki dia. Menunjukkan bahayanya duit syiling itu kepada cucu kita. Jadi dadah itu juga. Kita biasa sebut pengambilan dadah… pengambilan dadah. Tak ada orang kisah pun, sekali kita sebut makan dadah pula ya, kita hambat terus budak makan dadah ini.

Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua,

Dan di tempat saya juga ada juga isu-isu baru yang timbul sekarang ini. Ada klinik-klinik desa nak ditutup. Tak tahulah mungkin ada fakta-fakta daripada justifikasi daripada jabatan-jabatan berkenaan. Ada juga perpustakaan desa pun nak ditutup. Jadi saya rasa khuatir pula. Dalam keadaan kita membangun, nak Maju Terus Pahang ini, ada pula agensi-agensi kerajaan nak menutup-nutup pulak dia punya peranan-peranan dia di kampung-kampung kita. Jadi ini mohon sangat perhatian daripada pihak kerajaan agar ini tidak berlaku juga. Sebab saya bimbang juga, akhirnya tidak ada apa yang tinggal di Luit. Jangan Wakil Rakyat pun tutup sudah.

Tuan Yang di-Pertua,

Satu lagi isu juga yang suka nak sebut di sini ialah kadar cukai pintu. Saya dapat juga er… maklumat-maklumat daripada bukan sahaja penduduk tempatan tapi juga daripada sahabat-sahabat di luar kawasan, di bandar-bandar sebagainya dan kita mohon juga kerajaan tengok balik apa ini… kadar cukai yang dikenakan kepada rakyat kita, penduduk kita di negeri Pahang ini. Walaupun kita percaya ada pertimbangan-pertimbangan, rasional-rasional daripada kadar yang ditentukan itu, tapi kita ibaratkan

macam bawa keretalah, Yang Berhormat Menteri Besar bawa bas, kita naik ke belakang, selesalah. Nak ‘nyampai’ ke Jelai itu banyak jalan ya, naik bukit, turun bukit. Ada masa kena brek. Yang brek inilah yang kita maksudkan. Tengok balik cukai itu macam mana. Kalau dapatlah kita carikan satu kadar yang kita kira selesalah untuk orang err… penduduk negeri Pahang membayar cukai-cukai itu.

Saya juga tak lupa juga nak mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan. Dalam pembentangan pembangunan dan pelaburan negeri Pahang semalam, saya tengok ada satu cadangan projek berimpak tinggi di Maran iaitu pembangunan bandar baru Maran di susur keluar ECRL, Industrial Promotion Zone. Memang sedap dengar, bunyi pun sedap. Kalau orang kampung dengar pun haih, promotion zone ini. Dia boleh bayangkan ada menara-menara besar. Tapi suka saya nak rujuk balik pengalaman kita yang lepas. Saya masih simpan satu buku lagi, Pelan Struktur Pembangunan Daerah Maran. Dalam tu jelas ditulis Maran akan menerima limpahan ekonomi daripada Lembah Klang setelah mana lebuh raya siap. Jadi sekarang dah 30 tahun, jadi kita tak nampak lagi limpahan-limpahan itu dan perkataan ini saya dah sebut dalam pembentangan saya pada sidang-sidang yang lepas.

Jadi ini, saya tekankan lagi supaya agar Kerajaan Pahang dapat melihat kembali kedudukan Maran terutamanya di DUN Luit untuk menerima limpahan-limpahan ekonomi yang boleh memberi manfaat kepada penduduk. Merujuk balik kepada Rancangan Struktur Negeri Pahang 2020, jadi kami berharaplah kalau betul bandar Maran, pembangunan bandar Maran tadi untuk dibuat di simpang apa ni… ECRL itu, kita harap dapatlah ya kerajaan melaksanakan dengan mengumpul maklumat-maklumat yang lebih tepat, relevan dan reliable, dengan izin, supaya perkara ini dapat direalisasikan, ya. Ambillah pertimbangan-pertimbangan yang sebenar sebab kita pengalaman lepas ada juga keputusan-keputusan pembangunan negeri ini dibuat atas keputusan politik seperti apa… Padang Tengku tadi, Menteri Besar… Kuala Lipis nak kena buat banyak di Kuala Lipis, tak aci sebenarnya begitu ya. Hah, sebab Menteri Besar itu Menteri Besar kome juga. Dia pun Menteri Besar juga untuk orang Maran juga ya. Orang lain tak nak ke? Tepuk sikit [Ahli Dewan ketawa]. Jadi baru dapat. Jadi Menteri Besar Tanjung Lumpur dan Luit [Ahli Dewan ketawa].

Jadi kita berharap lah agar kerajaan lebih profesional dalam apa ni membuat keputusan-keputusan pembangunan negeri ini dan penghargaan dan terima kasih khusus juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga kepada ni, special khusus, istimewa kepada penyelaras DN Luit ya, YB. Kuala Sentul yang saya percaya banyak memberi sumbangan selepas kita 5, 600 hari kita jadi Wakil Rakyat di Luit ini, kita telah menerima kemudahan-kemudahan. Yang pertamanya, yang kita tunggu-tunggu di Luit ini Hospital Daerah Maran telahpun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan saya percaya ada peranan-peranan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga penyelaras ya ADN Kuala Sentul...

Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mencelah sikit sebelum Luit habis.

Saya rasa sedih juga bila kata ada bandar purba tadi dan disebutkan juga limpahan pembangunan ke Bandar Maran apabila siapnya lebuhraya. Harus kita ingat bahawa dari segi sistem penyampaian perkhidmatan kita ini bukan semuanya di bawah bidang kuasa dan kawalan kerajaan negeri, kita juga tertakluk kepada beberapa keputusan yang dibuat oleh persekutuan. Dalam hal limpahan Yang Berhormat, kenapa dia tak melimpah di Maran itu? Kerana dia saluran tersumbat dekat Gombak, tiap-tiap kali hujung minggu tersumbat situ jadi mengalir pun tidak goner nak harap ke melimpah.

Dalam erti kata lain Dato’ Sri Yang di-Pertua kita sedang mengusahakan supaya masalah kesesakan di Genting Sempah itu, di Tol Gambak itu dapat diatasi supaya kalau tak melimpah di Maran pun, lajulah alirannya, insya-Allah.

Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kerajaan. Tak apa, saya dengar kereta terbang nak ada tak lama lagi. Lusa siap ya? Insya-Allah akan dapat lah limpahan ekonomi ke Maran melalui lori terbang dan kereta terbang. Ketawa? Saya tak ketawa, saya serius [Ahli Dewan ketawa].

Tuan Yang di-Pertua,

Saya nak ulang balik penghargaan saya dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan penyelaras DUN Luit ya dan kita juga menghargai kerja-kerja selama ini daripada Wakil Rakyat-Wakil Rakyat yang terdahulu ya, memang Luit dulu ni memang Barisan Nasional lah. Jadi kita tak nafikan usaha-usaha mereka itu yang akhirnya kita dapat menerima beberapa kemudahan dengan Hospital Daerah Maran telah disebut, Masjid Kampung Lubuk Paku, asrama, Sekolah Menengah Agama ya, saya ingat yang terbaru ini mesin dialisis nak hantar juga ke Pusat Kesihatan Maran. Tak boleh sebut banyak sangat, esok takut tak dapat pula dah, cukup setakat tu dulu ya, dan juga yang terbaru pun kita dapat juga seorang Pegawai Daerah yang baru. Selamat datang ya Encik Sharuddin Jali. Katanya pengalaman dalam perumahan elok sangat lah kita ada bandar purba kat Maran itu [Ahli Dewan ketawa] boleh lah saya duduk bersila dengan tuan Pegawai Daerah lepas ini.

Jadi saya pun tak banyak nak cakap lah Tuan Yang di-Pertua er... cuma saya nak bagi tahu keyakinan saya bahawasanya saya akan di Luit akan terus mendapat kemudahan-kemudahan daripada pihak Kerajaan Negeri sebab saya percaya kerajaan negeri Dewan Undangan ni dia tak bubar dalam masa terdekat ni, dia bubar pun mungkin cukup iddah 5 tahun, jadi saya ada 3 tahun lagi untuk menerima kemudahan-kemudahan yang akan datang. Kalau nak cakap Parlimen takut juga, takut hari ini kita minta, esok bubar Parlimen langsung tak dapat projek.

Jadi saya ingat er... akhir sekali saya... Hah, sebelum saya terlupa tadi Sungai Lembing ada sebut juga Kelantan, Terengganu. Saya nak membayangkan sebenarnya hasrat saya ini kalau boleh Negeri Pahang ni menjadi negeri yang terbaik di Pantai Timur walaupun kita dengar Kelantan ada rekod-rekod baik dia dan saya percaya Negeri Pahang boleh lebih cemerlang daripada Kelantan dan Terengganu dan kami, saya rasa kawan-kawan sahabat-sahabat saya yang ada sebelah pembangkang ini, pembangkang ni ada dua jenis juga, satu pembangkang mesra kerajaan, satu pembangkang kadang-kadang mesra kerajaan ya dan kami akan sentiasa membantu supaya kita letakkan Pantai Timur Kelantan, Terengganu benchmark itu kita up lagi supaya lebih cemerlang lagi dengan apa ni seperti keputusan-keputusan jawatankuasa audit, Jabatan Audit Negara. Kalau boleh kita dapat atasi Kelantan dan kita akan kerjasama menyokong usaha-usaha kerajaan yang baik itu.

Saya rasa sekadar itu dulu. Pantun juga? Tak ada pantun kali ni, saya nak bersyair tapi saya malu pula [Ahli Dewan ketawa]. Jadi saya, akhir sekali saya mengambil kesempatan untuk berdoa lah, berdoa dan berharap usaha gigih kerajaan ya, bukan sahaja maju terus Pahang tapi menjadikan negeri terbaik, insya-Allah. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Luit. Dijemput Jengka. Jengka.

Bismilahirrahmanirrahim. Assamualaikum WBT dan selamat petang.

Alhamdulilah, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker, Dato’ Sri Timbalan yang memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan Pahang 2020 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat semalam lebih kurang satu jam, lebih sikit-sikit dan saya rasa bila saya berpindah ke sini rasa lebih jelas dengar berbanding saya duduk di hujung sana. Jadi saya ingat isu pindah kerusi ini tidak menjadi isu, rupanya dia jadi juga. Tak apalah tapi Yang Berhormat Tanjung Lumpur dah pelawa kalau nak duduk depan pun silakan ya. Saya ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah membentangkan satu Bajet lebihan surplus er... sebanyak RM4.13 juta.

Sama dengan Bajet tahun lepas yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat juga Bajet surplus dan dari segi praktikalnya Alhamdulilah, kita sudah melihat bahawa er... dari segi praktikalnya pun dia menjadi Bajet surplus sebanyak RM13 juta dan telah di audit oleh Jabatan Audit. Terima kasih, tahniah saya ingat boleh jadi MB lama lagilah kot insya-Allah ya. Jadi Bajet untuk tahun 2020 yang meletakkan... mensasarkan RM4.13 juta sebagai lebihannya, saya yakin dari segi pelaksanaannya insya-Allah Bajet ini akan terbukit menjadi surplus sebagaimana yang dijangkakan dan yang akan diusahakan dan er... sepanjang kami bertemu dengan GLC Kerajaan Pahang ini seperti PKPP yang kita berjumpa, melihat kesungguhan mereka untuk meneroka beberapa projek baru seperti Durian Musang King yang saya difahamkan di China harganya RM300.00 satu kilo.

Jadi kita harapkan insya-Allah sekiranya ini berjaya dengan kelapa pandan nya dan sebagainya ia juga akan memberikan pulangan yang banyak kepada Kerajaan Negeri Pahang insya-Allah. Ini menunjukan bahawa pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang berada dalam keadaan stabil walaupun kita melihat bahawa harga komoditi pertumbuhan ekonomi negara, pertumbuhan ekonomi er... luar sangat slow, tetapi Alhamdulilah sehingga dapat menstabilkan sehingga dapat er... mendatangkan pulangan yang banyak kepada kerajaan negeri.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya amat bersetuju dan insya-Allah berusaha membantu Kerajaan Pahang yang meletakkan tiga strategi utama bagi meningkatkan pendapatan negeri dan mengelak daripada defisit fiskal. Kami daripada PAS dalam perkara yang memberikan keuntungan dan kemajuan kepada Kerajaan Pahang, insya-Allah kita akan bersama sama ada dari segi idea dan tenaga kita akan beri insya-Allah. Tiga strategi yang disebut oleh rakan-rakan saya yang bercakap sebelum saya melonjak ekonomi, ke arah negeri berdikari, memperkasa perkhidmatan dan modal insan, mensejahterakan kehidupan rakyat.

Dalam kita berusaha untuk menjadikan Pahang sebagai sebuah negeri yang berdikari dengan kita menjangkakan pendapatan dalam tiga empat tahun ini pendapatan RM1 bilion. Besar tu RM 1 bilion insya-Allah kita akan capai. Sekarang pun sudah kepada RM700 juta. Kalau kita lihat kepada pembentangan kerajaan Melaka baru-baru ini mereka yelah satu negeri yang kecil lebih kepada perbelanjaan negeri Melaka dalam

RM300 juta lebih, kita Pahang dalam sekarang sudah meningkat kepada RM700 juta dan Pahang kerajaan negeri dalam targetnya untuk meningkatkan pendapatan RM1 billion dalam masa tiga empat tahun ini, insya-Allah akan tercapai dan kita sangat gembira dengan perkara ini.

Namun ada beberapa perkara yang ingin saya menyentuh er… dalam isu ini iaitu dalam kesungguhan kerajaan ingin meningkatkan pendapatan, jangan sampai golongan B40 yang berpendapatan rendah itu tertekan khususnya dengan kenaikan cukai yang bagi mereka ia sangat melampau. Umpamanya saya sebut ya, ini sebagai peringatan saja, umpamanya cukai pintu kediaman yang dikenakan kepada golongan B40 lebih kurang keluasan rumah mereka dalam 3000 plus-plus kaki persegi, kalau dulu cukai kediaman mereka setahun ialah RM32.00 lebih kurang. Tapi yang terbaru kita lihat ialah dia meningkat kepada RM253.00. Ini er… terlampau tinggi dan perlu disemak kembali adakah tersilap tulis atau bagaimana Wallahhualam. Tapi perlu dinilai semula supaya golongan B40 ini tidak merasakan tertekan terlalu tertekan dengan dalam keadaan kerajaan gembira mendapat pulangan hasil yang sangat banyak.

Yang kedua, saya ingin tekankan ialah tadi kita lihat dalam belanjawan yang dibentangkan ini. Saya tidaklah pakar ekonomi tapi dalam… oleh kerana saya er… dalam bidang agama maka saya ingin bercakap dari sudut bidang agamalah. Kita dalam Kerajaan Negeri dalam Dewan Undangan Negeri ini ada er… dia panggil er… ada pelbagai lapisan, pelbagai lulusan, jadi saya bercakap dari sudut agama. Dari sudut er… kutipan hasil duti hiburan. Nampak ada peningkatan berbanding tahun lepas. Tahun lepas kita dapat mengutip dalam RM9.6 juta duti hiburan. Dan tahun ini kita dapat November, kita dapat mengutip dalam RM15 juta satu… tahniahlah. Satu peningkatan yang memberikan hasil yang banyak kepada Kerajaan Negeri.

Apa yang ingin saya sentuh di sini ialah er… supaya kita bergerak ke arah yang lebih baik. Yang lebih penting ialah kita mencari keredhaan Allah bukan kita mengundang kemurkaan Allah sebagaimana yang saya pernah sentuh dalam Dewan ini pada tahun lepas, bahawa kerajaan Pahang ini kena pergi lebih kepada keberkatan dan lebih kepada apa yang Allah suka iaitu saya pernah sebut bahawa Kerajaan Pahang tidak lagi meluluskan premis judi. Dan ucapan saya itu disambut oleh Yang Amat Berhormat dan memberikan komitmen bahawa Pahang tidak akan meluluskan premis judi yang baru.

Alhamdulillah. Jadi dalam duiti hiburan ini, kita Pihak PBT, Pihak Berkuasa Tempatan tidak hanya boleh bukan sahaja melihat kepada kemasukan dan keuntungan tapi mestilah melihat kepada keberkatan juga. Bukan semata-mata untuk untung tetapi kita nak jugak kepada keberkatan. Saya buat satu contohlah di tempat saya di Jengka contoh. Kadang-kadang dia ada pertandingan tarian zumba, zumba ke aerobik lebih kurang. Dia ada pertandingan itu ya, dalam keadaan sudah ada fatwa dikeluarkan bahawa ia adalah haram. Saya didatangi oleh beberapa er… kelablah yang nak buat tarian ini contohnya. Dia jumpa dengan saya, saya kata er… boleh buat tapi indoor secara tertutup sebab kita perempuan. Mana ada orang perempuan berzumba beraerobik pakai baju kurung, ada? Jaranglah tapi dia pakai baju ketat yang menampakkan bentuk tubuh. Dia turut menggerak dan berjoget dan dikelilingi oleh orang lelaki. Jadi ini tidak dikehendaki oleh pandangan syarak.

Jadi dari sudut PBT yang memberikan kebenaran contoh nak buat di dataran jam, di padang dan sebagainya. Seharusnya dia mesti merujuk dulu kepada Jabatan Agama. Saya bertanya kepada jabatan agama, adakah garis panduan dalam hiburan seumpama ini yang telah ditetapkan jabatan agama? Kata mereka ada. Jadi kena ada

satu kerjasama antara PBT dalam nak meluluskan lesen kebenaran er… untuk mencari keuntungan kena ada kerjasama dengan pihak jabatan supaya kita ber… supaya kita mencari keuntungan yang diberkati. Kalau itulah kita dapat laksanakan insya-Allah, kita akan dipandang oleh Maha Pencipta sebagaimana yang disebut oleh Allah di dalam al-Quran (Bacaan dalam Bahasa Arab). “Kalaulah penduduk sebuah negara sebuah negeri itu beriman, bertakwa yakni dalam pentadbirannya berasaskan kepada iman kepada takwa melihat perkara yang benar, dia buat di mana dia buat, kalau itu kita ikut Allah berjanji” (Ayat al-Quran) “kami kata Allah akan buka keberkatan rezeki baik daripada langit dan daripada bumi”. Barangkali Pahang kalau sekarang ada 48 lombong biji besi barangkali bertambah kepada 50 ke 60. Ada tujuh er… lombong er… apa ni emas, barangkali akan bertambah. Jadi ini janji daripada Allah SWT, insya-Allah. Saya kira…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Mintak laluan. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya tidak berapa faham atau ada keliru sikit boleh tak saya mintak YB untuk mengulang sekali lagi pandangan ataupun pendirian YB tentang golongan wanita yang beraerobik di dataran.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada Yang Berhormat Triang yang bertanya. Jadi saya bercakap dari sudut pandangan Islamlah. Dari sudut pandangan yang bukan Islam, kita tidak ada paksaanlah (Ayat al-Quran) “bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami”. Jadi kita tidak campur urusan mereka yang bukan Islam ini. Mereka boleh merujuk kepada pakar-pakar mereka tok sami, bapa, father Kristian dan sebagainya. Tapi saya sebut dari sudut Islam, Islam ini dia ada terkenal dengan adab, dia terkenal dengan hukum agama dalam mendidik manusia.

Jadi orang perempuan dari sudut Islam dia tak boleh er… pakai ketat contohnya, dari sudut aurat contohnya, dia tak boleh pakai ketat. Ketat itu maksudnya apa? Maksudnya ialah pakai pakaian yang melambangkan tubuhnya, melambangkan tubuhnya. Er… kalau dan dia tak boleh er… apa ini mendedahkan aurat itu di khalayak ramai, apa tah lagi senam aerobik dan zumba ini dia berjoget-joget dan disertakan dengan muzik er… heavy yang terlalu berat dan kita pun tahu benda itu. Jadi dia akan menaikkan keghairahan kepada mereka yang melihat. Jadi kita bimbang menda itu boleh menyemarakkan gejala maksiat yang tak dapat kita bendunglah.

Sebagai contoh saya di Jengka lah, saya sebut di Jengka. Bila ada pembangunan baru di Jengka, dia panggil Bandar Kedua Bandar Pusat. Walaupun saya Jengka ini pernah tahun 1999, wakil rakyat daripada PAS ketika itu Dato’ Tuan Ibrahim pernah bahas di Dewan ini supaya ada satu daerah Jengka, tapi memang tak luluslah. Nanti mati pulak Maran tu, dahlah bandar purba (Ahli Dewan ketawa). Jadi okaylah kita bersedialah berada dalam Maran. Bila naik bandar baru, Jengka tanah dia pun mahal sekarang. Dah ada universiti, ada MYDIN sikit lagi. Sekarang bila dah naik apa ni …bandar kedua, Bandar Jengka saya lihat dalam pelan itu ada mini cinema. Saya tak boleh halang, jadi saya sebut saya jumpa dengan pemaju, saya kata saya sebagai Wakil Rakyat saya tak setujulah, tapi kalau buat juga saya tak boleh buat apa.

Sebab bagi saya dia seolah-olah kita menyediakan satu port kepada anak muda ini dia tengok wayang dalam pukul 12.00 malam berduaan, akhirnya dia balik, dia tengok filem yang menaikkan nafsunya akhirnya berlakunya zina, yang kita bimbangi dan kita

dengar dalam hadis Nabi bila anak zina ini terlalu ramai maka Allah tarik keberkatan itu. Yang ini yang kita nak jaga. Jengka ini di bawah seliaan Menteri agama kita Dato’ Sri Kerdau kita, insya-Allah. Baik, jadi saya ingat sebagai akhirnya…

Saya rasa selesa di Jengka ini bila ada YB Shahril, ustaz kita.

Baik er… sebagai akhirnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mengakhiri ucapan saya dengan menyokong Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat yang telah dibentangkan semalam. Sekian Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Jengka, sila Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Salam hormat dan salam sejahtera. Saya berasa amat berbesar hati kerana diberi kesempatan mewakili suara rakyat untuk membahas perbelanjawan di Dewan Yang Mulia ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Seperti yang diketahui bahawa pada bulan November dan Disember adalah musim tengkujuh di kawasan perairan pantai timur. Pada 5 tahun yang lepas, pihak berkuasa telahpun melakukan aktiviti mengorek pasir di Sungai Galing untuk mengelakkan berlakunya banjir kilat. Pada kali ini saya ingin mencadangkan sekali lagi kepada Jabatan Perairan dan Saliran Negeri Pahang untuk mengorek pasir di Sungai Galing bagi mengelakkan banjir kilat berlaku. Supaya bencana banjir tidak berulang seperti tahun 2014 di mana banjir besar berlaku telah tenggelamkan bandar Kuantan dan di samping dapat memastikan rakyat Kuantan berada dalam keadaan selamat.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Pada 5 September 2019 saya telah mengadakan satu lawatan di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah. Kita sudah sedia maklum bahawa ramai pelancong dari luar dan juga orang tempatan yang menggunakan perkhidmatan penerbangan domestik dari lapangan terbang tersebut. Di sini saya ingin mengajukan soalan kepada pihak yang bertanggungjawab sampai hari ini mercu tanda ikon Pahang seperti papan logo di Visit Pahang Malaysia masih mempaparkan mercu tanda tahun 2017 dan 2018 yang masih kelihatan di pintu masuk utama di lapangan terbang tersebut, sedangkan kita sekarang sudah berada di hujung tahun 2019. Kenapakah pihak yang terlibat tidak mengambil berat dan mengemaskini mercu tanda dan mempromosikan tempat Visit 2019 dan juga tempat Visit 2020. Sepatutnya diperlukan ditukar dan dikemaskini kerana ia adalah salah satu perkara yang mencerminkan imej pelancong dan kebudayaan di negeri Pahang. Saya berharap pada tahun yang akan datang tidak akan berlaku perkara seperti ini dan pihak yang berkenaan sentiasa peka dengan isu ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Kita semua sudah sedia maklum bahawa setiap hari purata manusia yang membuang sampah semakin meningkat. Syarikat yang menguruskan tapak pelupusan sampah yang terletak di kawasan Gebeng itu adalah Gading Senggara Sdn Bhd. Saya telah difahamkan pada hari Ahad waktu operasi hanya dibuka dari 8.00 pagi sampai 3.30 petang sahaja dan menyebabkan lori-lori sampah menunggu giliran lori berbaris terlalu lama untuk membuang sampah di tempat tersebut. Saya memohon memanjangkan waktu operasi tersebut dari 8.00 pagi hingga 7.30 petang dengan mengikut waktu kerja biasa iaitu pada hari Isnin sehingga Sabtu. Ini supaya kita boleh mengelakkan kesesakan lori yang beratur menunggu giliran. Ini juga supaya tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain yang berulang alik di sekitar kawasan tersebut.

Yang Berhormat Dato’ yang di-Pertua,

Pada 16 Oktober 2019, saya telah mengadakan satu perjumpaan bersama Pengarah LKIM, NEKMAT, PNK, Persatuan Perikanan di Pejabat LKIM Pahang. Ia membangkitkan tentang isu mengenai bekalan air batu untuk menyimpan hasil laut yang tidak mencukupi pada bulan Ogos, September dan juga Oktober. Ianya disebabkan hasil laut pada bulan itu meningkat 3 kali ganda daripada kebiasaannya. Saya juga telah dimaklumkan bahawa NEKMAT Kuantan telah menghasilkan pengeluaran air batu tersebut dan dari rekod hasil jualan air batu mereka sering mengalami kerugian lebih kurang RM400 setahun. Di sini saya ingin mencadangkan jabatan yang berkaitan memberi peluang membuka tender kepada syarikat lain supaya memastikan nelayan mendapat bekalan air batu yang mencukupi pada musim tersebut dan agar kerajaan tidak mengalami kerugian.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Memang tidak dapat dinafikan gaya hidup yang sibuk dan tabiat pemakanan yang tidak sihat telah menjadi pembunuh senyap dalam kalangan yang tidak mengambil berat akan kesihatan jantung mereka. Dari sumber maklumat tentang kesihatan yang diperolehi, memaklumkan bahawa pembunuh utama adalah penyakit jantung. Purata keseluruhan ramai pesakit yang perlu mendapatkan rawatan jantung setiap hari… setiap tahun dan di kawasan pantai timur kira-kiranya lebih kurang 1,500 kes yang terlibat. Di sini saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk menubuhkan satu Pusat Jantung Pantai Timur di sekitar Kuantan supaya para pesakit yang berdekatan di negeri-negeri Pantai Timur tidak perlu bergerak jauh ke IJN, Institut Jantung Negara Kuala Lumpur.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Dari susulan mesyuarat bersama PAC yang lepas, saya telah difahamkan kebanyakan jabatan kerajaan tidak dapat memberi hasil mutu kerja yang berkualiti dan ianya mungkin disebabkan oleh kekurangan tenaga pegawai di jabatan-jabatan tertentu. Oleh itu saya mewakili Ahli Jawatankuasa PAC mencadangkan kepada pihak kerajaan dapat menambahkan bilangan pegawai yang berkualiti supaya segala siasatan dapat diselesaikan dengan sempurna dan menjamin mutu kerja yang baik di jabatan-jabatan kerja kerajaan berkenaan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua

Menunjukkan kenyataan dari Majlis Perbandaran Kuantan yang mengeluarkan notis pada 5 haribulan November 2019, di mana pihak MPK membatalkan potongan 75% diskaun lesen iklan berlampu dalam kawalan kawasan MPK. Alasannya dari hasil

pemantauan pihak MPK mendapati lebih kurang 80% premis perniagaan mengambil kesempatan di atas diskaun tersebut tetapi tidak mematuhi syarat bagi menjalankan papan tanda premis perniagaan tersebut pada waktu yang ditetapkan oleh MPK dan diaba… diibaratkan seperti peribahasa yang berbunyi “kerana nila setitik, habis susu sebelanga” dan disebabkan premis lain tidak mengikut peraturan, semua lain yang turut kena akibatnya. Di sini saya mohon agar pihak MPK dapat mengemukakan angka hasil pemantauan yang dikatakan tidak mengikut sistem er… dan saya berharap pihak berkenaan dapat mengkaji semula perkara ini untuk kebaikan semua, dengan itu terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Teruntum.

Encik Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Salam sejahtera (berdehem) sorry… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sekali lagi kerana diberi peluang ucap di Dewan Yang Mulia ini. Bekalan air bersih di negeri Pahang masih menjadi satu isu yang hangat yang belum diatasi. Air merupakan satu keperluan asas selain daripada makanan dan tempat kediaman. Oleh itu ia adalah sangat-sangat penting. Sehubungan itu, walaupun kita mempunyai 2 tasik semulajadi jadi yang besar iaitu Tasik Bera dan Tasik Chini serta dalam lingkungan Banjaran Titiwangsa, seharusnya bekalan air bersih tidak akan menjadi masalah tambahan pula kita mempunyai sungai yang paling panjang di Semenanjung Malaysia iaitu Sungai Pahang bahkan kita mampu menjual air kepada negeri Selangor.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan faktor-faktor yang disebut tadi, sepatutnya negeri Pahang ini tidak kurang sumber airnya. Jadi dimana letak masalahnya? Adakah terdapat banyak paip bocor yang mengakibatkan bekalan air tidak kesampaian ke rumah kediaman? Kemungkinan besar paip bocor ini tidak dikesan. Dalam kawasan saya, taman seperti di villa di Taman Bukit Bendera, Taman Mentakab dan Taman KSM khasnya rumah yang berkedudukan tinggi mengalami gangguan air. Pada hari siang bekalan air langsung tiada. Bekalan air hanya ada pada tengah malam, itupun bukan semestinya kadang-kala… kadang-kala terputus juga. Secara… secara langsung kehidupan mereka diganggu dan juga emosi dan kesihatan mereka akan terjejas. Banyak aduan telah dibuat dan PAIP juga diberi kerjasama secukupnya tetapi masalah masih belum diatasi sampai masa kini. Saya sebagai wakil penduduk di kawasan ini merayu pihak berkenaan dapat menyelesaikan isu ini dengan secepat mungkin.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Selain daripada masalah bekalan air…

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Boleh saya er… sikit beri maklumbalas tentang apa yang dibangkitkan oleh Wakil daripada Mentakab. Wakil daripada Mentakab er… berkongsi faktor er… sumber air yang ada di Pahang, kita ada 2 tasik, kita ada sungai panjang tetapi ada satu perkara atau satu faktor lain yang harus kita kira. Dahulunya masalah air Yang Berhormat, memang bukan masalah yang besar kepada penduduk dunia, lebih-lebih lagi negeri

Pahang kerana… sebab itu ada pepatah melayu mengatakan “sambil menyelam boleh minum air”. Tetapi hari ini Yang Berhormat, air yang di… apa… diletak di atas meja pun adakalanya kita kena fikir banyak kali adakah air itu bersih dan selamat untuk diminum? Jadi untuk mengatasi masalah ini sebenarnya kos untuk kita memproses air ataupun merawat air daripada air mentah sampailah kepada air yang boleh kita minum dengan selamat ini semakin besar. Satu perkara ringkas Yang Berhormat, untuk saya kongsikan adalah istilah ekonomi softskill ataupun ekonomi bidangan. Jadi kalau meniaga punya orang YB, dia… dia mudah fahamlah. Pasal apa Yang Berhormat kerana kita di Pahang ini bagi setiap 1 kilometer perkhidmatan bekalan air disampaikan, kita hanya ada 124 akaun ataupun rumah ataupun kedai ataupun kilang maknanya akaun pengguna ya.

Berbanding dengan beberapa negeri di Malaysia ini, kita jatuh nombor yang paling corot dari segi bilangan akaun per kilometer berbanding dengan Pulau Pinang Yang Berhormat ya. Di Pulau Pinang 1 kilometer ada 385 akaun, di negeri Pahang 1 kilometer Yang Berhormat ya, 124. Jadi di negeri Pahang ini Yang Berhormat er… tadi… ber… hari semalam pun Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menjelaskan bahawa operasi kita menyampaikan perkhidmatan bekalan air negeri Pahang ini PAIP terpaksa menanggung kerugian RM23 juta sebulan kerugiannya ya. Sebahagian besarnya adalah untuk kos pumping sebahagian besarnya dan sebahagian besarnya juga adalah untuk kita mengatasi masalah kebocoran dan sebagainya.

Jadi kalau tadi Yang Berhormat bila saya sebut 385 ke atas itu maksud Yang Berhormat kepadatannya sangat tinggi dan kita negeri Pahang akaun-akaun kita adalah banyaknya domestik, yang mana puratanya pengguna membayar pada… pada kadar er… RM15.00, RM25.00, RM35.00 itu puratanya sebulan. Berbanding dengan kalau kita ada banyak akaun-akaun yang apa… apa pemegang akaunnya terdiri daripada peniaga, kedai-kedai, pekilang, itu memberikan hasil yang lebih banyak. Jadi ringkasnya kalau kita boleh faham ekonomi softskill itulah masalah yang terpaksa dihadapi oleh er… Pengurusan PAIP Pahang dan hari ini juga ingin saya berkongsi dengan Dewan kita telah er… berunding ataupun er… diminta berunding oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara untuk mengkaji balik tarif air di negeri Pahang ini. Ini bukan kita suka-suka tapi sampai masanya ada kemungkinan kita terpaksa menaikkan tarif air ini ya. Jadi itu sahaja er… buat sementara silakan teruskan Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, sila teruskan.

Encik Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Terima kasih penjelasan daripada pihak Kerajaan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, selain daripada masalah bekalan air, rumah terbiar dan tanah terbiar dekat kawasan perumahan juga merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh penduduk. Kerajaan perlu menetapkan satu peraturan yang baru dan ketat untuk memastikan tuan tanah menjaga kebersihan tanah milik mereka supaya tidak akan membawa pelbagai masalah kepada penduduk disekitarnya. Banyak aduan yang saya terima tentang rumah dan tanah terbiar menjadikan kawasan habitat haiwan termasuk ular, monyet, biawak dan tikus. Saya pernah menerima kes-kes monyet masuk ke rumah kediaman mencari makanan, menyelongkar tong sampah mengakibatkan sampah bertaburan. Selain daripada itu kadang kala monyet menjadi ganas dan cuba menyerang penduduk. Nasib baik tiada kes kecederaan berlaku. Terdapat satu kes

dimana rumah terbiar di Taman Lincang telah menjadi belukar. Beberapa… beberapa kali aduan sudah dibuat kepada MPT tetapi kes ini belum diselesaikan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Difahamkan bahawa, semua signboard atau papan tanda iklan hendaklah mempunyai tulisan jawi mulai 1 hari bulan Januari 2020 di negeri Pahang. Banyak pandangan dan pendapat telah saya terima dari peniaga ataupun pe… pekedai. Mereka berpendapat bahawa kalau boleh janganlah… janganlah laksanakannya atau memberi kelonggaran. Lebih-lebih lagi dengan ekonomi yang tidak begitu baik masa kini. Justeru itu saya merajuk… merayu pihak kerajaan supaya dapat mempertimbangkan pandangan ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Negeri Pahang merupakan negeri yang paling banyak dikunjung pelancong di Malaysia pada tahun 2018, syabas dan tahniah diucapkan. Tambahan pula pada tahun ini muncul satu destinasi baru iaitu Titik Tengah Semenanjung yang menelan perbelanjaan RM11.78 juta di daerah Temerloh. Pastinya tempat ini akan menjadi satu tarikan baru dan harap-harap dapat memberi kesan positif kepada penduduk berhampiran. Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 ini saya berharap negeri Pahang dapat mengekalkan sebagai negeri yang paling diminati dan dikunjungi pelancong sama ada… sama ada dari rakyat Malaysia sendiri mahupun pelancong dari luar negara.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga… juga ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada pihak kerajaan kerana sudi memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM750.00 kepada kesemua kakitangan kerajaan tanpa mengira gred. Bantuan khas ini tepat pada masanya. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Mentakab. Sila, Muadzam Shah.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Terima kasih Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin melafazkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, saya diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Bajet 2020 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari semalam. Saya yakin bahawa dengan kewibawaan pentadbiran dan pengurusan di bawah Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Bajet kali ini menitikberatkan keseimbangan di antara keadaan ekonomi dan kesejahteraan rakyat selaras dengan tagline ‘Maju Terus Pahang’ dan ‘Pahang 1st’ sebagai cogan kata pemangkin yang menggambarkan negeri Pahang sentiasa berada teratas dalam aspek kemajuan dan kesejahteraan negeri sebagai agenda utama.

Bajet yang dibentangkan semalam juga telah memfokuskan kepada 3 strategi utama. Yang pertamanya melonjak ekonomi ke arah negara berdikari, yang keduanya

memperkasa perkhidmatan dan modal insan dan yang ketiganya mensejahterakan kehidupan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua,

Kalau kita menyorot kembali Bajet 2019 yang dibentangkan pada tahun lepas, pihak Kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM679.46 juta perbelanjaan mengurus dan RM98.05 juta untuk perbelanjaan pembangunan dan pada masa itu, Kerajaan dijangkakan mampu mengutip hasil sebanyak RM703.80 juta. Manakala pada tahun… manakala pada Bajet 2020 yang dibentangkan semalam, peruntukan telah meningkat kepada RM739.89 juta dan perbelanjaan mengurus er… untuk perbelanjaan mengurus, ini bererti peningkatan sebanyak RM60.43 juta dan RM120.75 juta bagi perbelanjaan pembangunan dan peningkatan sebanyak RM22.7 juta dan jangkaan… jangkaan hasil pendapatan negeri RM774.02 juta bererti peningkatan sebanyak RM40.22 juta.

Ini jelas membuktikan bahawa sekali lagi rakyat dikencing oleh Pakatan Harapan apabila menyatakan Kerajaan Negeri Pahang di bawah Kerajaan Barisan Nasional hanya mampu bertahan selama 3 bulan selepas pilihan raya 2018 sepertimana yang diungkapkan sahabat saya daripada Padang Tengku tadi.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan Exco, pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja keras dan inisiatif yang dilakukan membawa pelaburan dalam sektor… pelbagai sektor seperti industri pelancongan, pertanian dan ternakan ke negeri Pahang, alhamdulillah.

Saya dan warga dalam DUN Muadzam Shah berdoa ke hadrat Illahi semoga Yang Amat Berhormat Menteri Besar diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus menerajui Kerajaan Negeri Pahang dan mengucapkan terima kasih atas usaha membawa pelaburan berjumlah RM400 juta untuk membangunkan kawasan seluas 654 ekar di Muadzam Shah sebagai ladang solar. Saya percaya ini akan memberi peluang pekerjaan dan menggalakkan lagi sumber ekonomi kepada masyarakat Muadzam Shah dan sekitarnya.

Tuan Yang di-Pertua,

Baru-baru ini rakyat di Muadzam Shah telah dikejutkan dengan berita tentang adanya hasrat pihak pengurusan Universiti Tenaga Nasional ataupun UNITEN untuk menutup Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah. Sesungguhnya kewujutan… kewujudan UNITEN bukan sahaja menjadi obor penyinar dunia pendidikan setempat malahan dengan kapasiti yang mampu menempat… menempatkan seramai 4,000 pelajar terbukti telah berjaya menjadi salah satu perangsang ekonomi di Muadzam Shah selama 19 tahun sejak tahun 2000. Sehubungan dengan itu, warga Muadzam Shah meletak harapan tinggi dan yakin terhadap kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menangani isu ini dan memastikan UNITEN ini terus kekal di bumi Muadzam Shah walaupun jumlah pelajarnya hanya tinggal lebih kurang 1,000 lebih pada masa ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Dalam Sidang Yang Mulia ini, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan pusat yang telah menyediakan kawasan Tanaman Kekal Pengeluaran

Makanan di Malaysia atau ringkasnya TKPM. Muadzam Shah juga tidak ketinggalan daripada menerima manfaat daripada projek ini dengan wujudnya kawasan TKPM seluas 173 hektar atau 427 ekar dan diusahakan oleh 27 orang peserta dengan tanaman nangka madu. Tetapi saya ucap terima kasih bukan kepada kerajaan yang ada sekarang ini tetapi ialah kepada Kerajaan Barisan Nasional yang lalu.

Kerajaan hari ini… Tuan Yang di-Pertua, Bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam telah memperuntukkan RM9.23 juta bagi sektor pertanian. Ini membuktikan pihak kerajaan melihat kepentingan pengeluaran bahan makanan untuk keperluan rakyat di negeri Pahang dan seterusnya menjadikan negeri Pahang sebagai pengeluar utama bahan makanan negara.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya ingin memaklumkan pada pertengahan bulan lepas, iaitu bertarikh 12, 13, 14, 15, 16 Oktober selama 5 hari berturut-turut, kawasan tanaman nangka madu ini telah dimusnahkan oleh serangan gajah liar sehingga mengakibatkan kerugian yang amat besar kepada para peserta. Saya sendiri telah turun padang melawat kawasan tersebut bersama Pegawai Pertanian Daerah Rompin untuk menyaksikan sendiri kesan serangan gajah liar tersebut. Untuk makluman Yang di-Pertua, sebelum ini pun berlaku serangan tetapi tidaklah seteruk pada tarikh tersebut.

Walau bagaimanapun, pada tahun ini serangan gajah ini membabitkan tanah apa… kawasan seluas 50 hektar ataupun 124 ekar dan membabitkan peserta yang terkena serangan gajah ini lebih kurang 15 peserta dan pokok tanaman yang… yang dikena serangan gajah ini di antara 3 hingga 6 tahun. Di mana kebanyakannya semua telah mengeluarkan hasil dan anggaran kerosakan untuk 5 hari itu sahaja lebih kurang RM7 juta dan satu jumlah yang besar dan saya baru dapat maklumat tadi… sebentar tadi daripada pihak Pegawai Pertanian Daerah Rompin, hari Sabtu baru ni pun er… masih lagi apa ini… diserang lagi gajah liar er… dan telah memusnahkan sebanyak 150 pokok.

Jadi, hasil lawatan daripada… hasil daripada lawatan kerja saya tersebut saya dapati antaranya punca-punca ialah parit gajah yang tidak diselenggarakan dengan baik dan tiduk… tidak mengikuti spesifikasi Jabatan PERHILITAN. Pagar gajah juga tidak diselenggara dan tidak berfungsi dan ada yang tidak berfungsi dan lebih serius lagi saya percaya gajah-gajah ini masuk adalah akibat daripada penebangan hutan yang telah menyebabkan gajah-gajah ini jadi gajah gelandangan. Kalau di bandar, orang gelandangan, di hutan gajah pula jadi gelandangan oleh kerana tidak ada tempat mereka untuk makan, gajah-gajah ini jadi dia musnahkan makanan di er… ladang-ladang apa ini… nangka madu ni.

Jadi, saya berharap perkara ini mendapat perhatian serius kerana ia menyebabkan pendapatan peserta terjejas menyebabkan kontrak pemasaran dengan pihak yang dijanjikan tidak dapat dipenuhi dan terbatal dan lebih menyedihkan lagi mereka ini semuanya membuat pinjaman ratusan ribu ringgit dengan pihak bank dan terpaksa membayar hutang, sedangkan pendapatan mereka dari ladang tersebut sudah tiada lagi dan nak menanamkan semula nangka-nangka ini memerlukan modal yang besar lagi.

Tuan Yang di-Pertua,

Di kesempatan ini juga saya ingin menyampaikan suara dan keresahan tentang permasalahan pengguna jalan raya laluan Muadzam Shah ke persimpangan ke Leban

Chondong kerana jalan ini sudah terlalu lama tidak diselenggara secara menyeluruh. Kalau ada pun hanya secara tampalan-tampalan di kawasan-kawasan tertentu sahaja. Sedangkan jalan ini adalah menjadi laluan utama daripada Pantai Barat ke Pantai Timur. Saya berharap rungutan rakyat ini mendapat perhatian daripada pihak Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga ingin menyentuh tentang prospek sektor pelancongan di negeri Pahang. Saya mengucapkan tahniah atas usaha barisan pihak kerajaan yang membawa Pahang sebagai negeri pelancongan. Walau bagaimanapun masih banyak lagi kawasan-kawasan yang ada potensi untuk diketengahkan sebab negeri Pahang ini luas. Banyak khazanah alam semula jadi yang boleh dijadikan tarikan pelancongan sepertimana yang sahabat daripada Beserah er... ucapkan tadi. Saya percaya kawasan-kawasan ini er... lebih cepat diketengahkan lagi sekiranya setiap daerah... setiap daerah ada unit-unit pelancongan dan tidak hanya bergantung kepada Perbadanan Bukit Fraser ataupun Tourism Pahang untuk mempromosikan kawasan-kawasan pelancongan.

Sehubungan dengan itu, Tuan Yang di-Pertua saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya semua PBT, semua PBT perlu wujudkan unit-unit pelancongan di daerah-daerah masing-masing. Kecuali yang daerah yang sudah ada contohnya seperti di Kuantan. Dengan wujudnya unit-unit pelancongan ini maka bolehlah unit-unit ini mengumpul maklumat pelancongan, membantu memberi khidmat nasihat kepada pengusaha-pengusaha kecil di kawasan luar bandar dan seterusnya unit-unit ini dapatlah bekerjasama dengan Tourism Pahang untuk tujuan promosi dan seterusnya. Saya percaya bila banyak pusat pelancongan dibuka ianya juga akan meningkatkan hasil pendapatan PBT dan seterusnya kerajaan.

Akhir sekali, saya dengan penuh rasa sedar dan rasa bertanggungjawab bagi sama-sama membantu dalam memacu ekonomi Kerajaan Negeri. Dengan ini mohon menyokong. Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualakum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Muadzam Shah. Sila, Bukit Ibam yang terakhir pada petang ini.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua Dewan kerana mengizinkan saya untuk turut sama membahaskan er... Rang Undang-undang Perbekalan dan Belajawan 2020 yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita pada hari semalam. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat kerana berjaya mengutip RM500... Kerajaan Negeri, mengutip RM588 juta er... pada 15 November 2019 iaitu 83% daripada sasaran yang saya yakin dengan kerjasama semua pihak er... sasaran RM703 juta er... 703.8 er... RM703.08 juta itu dan tercapai er... menjelang hujung tahun ini. Insya-Allah.

Saya ingin menegaskan bahawa, dalam apa yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya amat tertarik kepada er... pemulihan, pemuliharaan er... pemulihan hutan. Yang Amat Berhormat dan juga Tuan Yang di-Pertua dan sidang Dewan, hutan ini sangat penting sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh

Yang Amat Berhormat kita. Ia antaranya adalah sumber pendapatan bagi negara kita. Negara dan juga negeri Pahang khususnya. Jadi saya er... amat tertarik kerana hutan ini perlu dipelihara. Jadi saya tahu sumber pembalakan itu adalah penting bagi kita. Tetapi Yang Berhormat saya er... mencadangkan bahawa kita beri usaha untuk mengeluarkan balak sahaja. Tetapi bukan pemilikan tanah... bukan pemilikan tanah. Jadi dengan cara ini dapatlah kita memelihara hutan itu secara berterusan supaya di masa akan datang kalau sekiranya kita beri pemilikan tanah kepada mereka-mereka yang mendapat konsesi balak itu, dimasa akan datang tidak adalah hutan lagi. Sebab saya cukup yakin dan percaya, selepas mereka mendapat er... tanah ini, pemilikan tanah akan bertukar dengan ladang-ladang kelapa sawit dan juga lain-lain. Jadi kita tak tau anak-anak cucu cicit kita nanti tak kenal apa dia pokok balak yang yang nama kuing ker keruing ker, meranti. Hah, jadi itu sangat penting bagi kita.

Dan selain daripada itu juga, ia perlulah diberi perhatian berhubung dengan pembalakan ini yang penguatkuasaannya sangat perlu. Ia bukan lagi melibatkan er... sekali sekala tetapi perlulah dibuat secara berkala, dan berterusan kerana kita cukup yakin mereka-mereka yang berusaha untuk mengambil balak secara haram ini mempunyai strategi yang sangat er... kata orang sangat strategik untuk tahu bagaimanakah kita er... ketikanya er... mereka-mereka yang menjalankan er... memantau pembalakan ini, samada atau tidak atau operasi itu dilaksanakan atau tidak. Jadi yang paling penting kita... saya er... mengharapkan supaya ia tidak leaking lah er... operasi itu ke pengetahuan mereka. Ini sangat penting kerana saya menghadapi er... masalah yang sangat besar di DUN Bukit Ibam yang saya rasa cukup yakin dan percaya semua orang tau bahawa hutan simpan di er... Bukit Ibam ini sangat besar dan luas dan ia menjadi er... perhatian semua pihak.

Seterusnya saya ingin merakamkan ucapan tahniah juga kepada er... Yang Amat Berhormat kerana er... telah er... terima kasih juga kerana telah er... berusaha menubuhkan Unit Pembangunan Wanita yang ideanya kita er... dimaklumkan daripada Yang Berhormat Dato’ Sri ADN Kuala Sentul. Tahniah. Dan saya percaya ini adalah dengan peruntukan RM140,000.00 setahun ya, er... jadi saya cukup yakin dan percaya ia mampu menjaga kebajikan er... kepada semua wanita-wanita bukan sahaja dari segi program-programnya tetapi yang lebih penting dan luas adalah kebajikan mereka yang sebahagian besarnya er... mungkin kita dapat hulurkan kepada ibu-ibu tunggal dan juga wanita-wanita muda kita yang menjalankan perniagaan-perniagaan mereka er... secara kecil-kecilan. Dan ini sangat penting kerana mereka ini adalah sebahagian besarnya penjana ekonomi kita terutamanya di saat ini, Yang Amat Berhormat.

Seterusnya er... saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih er... kepada er... Yang Amat Berhormat kerana telah membawa pelaburan Syarikat Zhong Hai Resources Group dengan peruntukan RM400 juta sebagaimana yang dimaklumkan oleh rakan saya daripada Muadzam Shah iaitu meliputi 654 hektar er... dia sebenarnya bersebelahan sahaja dengan DN saya di Bukit Ibam. Jadi harapan saya dengan adanya ladang solar ini maka ia dapat melimpahkan er... nikmatnya kepada penduduk khususnya di Bukit Ibam terutamanya di kawasan-kawasan perkampungan Orang Asli. Sebagaimana yang terdahulu, saya pernah maklumkan bahawa antara kawasan-kawasan Orang Asli yang tidak ada er... bekalan apinya setelah sekian lama adalah Kampung Melangkap Dalam. Jadi harapan saya setelah dekat ini, itu tidak lagilah jadi igauan er... bagi semua Wakil-wakil Rakyat bagi DUN Bukit Ibam hinggalah ke saya. Itulah harapan saya. Insya-Allah.

Dari segi pelancongan saya ingin er... menyentuh er... pelancongan ini juga melibatkan er... kata pulangan yang kita dapat terima daripada Kerajaan. Dan saya

mengharapkan supaya pulangan itu dapat kita perluaskan lagi ke kawasan-kawasan lain. Kalau sebelum ini kita dah tau dah selalunya bila sebut untuk peruntukan pelancongan ini akan meliputi pelancongan di daerah-daerah yang telah dikenalpasti. Pulau Tioman, er... Cameron Highlands dan juga tempat-tempat lain tetapi perlu sebagaimana rakan saya juga sebut, perlulah kita er... teruskan er... peruntukan yang telah kita dapat itu.

Baru-baru ini saya telah diberi peluang, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Kuala Sentul untuk mewakili beliau ke mesyuarat er... Mesyuarat Pelancongan dan juga warisan, Kebudayaan dan Warisan di Putrajaya. Dan saya dapati di situ, setiap negeri yang er... yang ada dalam itu, mereka menyediakan satu er... tempat iaitu setiap pintu masuk er... ke negeri itu, mereka bangunkan, mereka bangunkan supaya ia menjadi satu apabila orang masuk sahaja di situ dah tau dah ini kawasan negeri masing-masing dan mereka menyediakan segala kemudahan bagi pelancongan di setiap pintu masuk itu.

Jadi setidak-tidaknya kita ada pintu masuk yang utama kalau dari Kuala Lumpur ke Bentong memanglah tiada siapa yang tahu di situ ada Janda Baik, di situ semua ada, kalau dari Terengganu kita ada Beserah kita ada semua. Tetapi pintu masuk daripada kawasan Negeri Sembilan, untuk masuk ke kawasan saya juga di Muadzam Shah, kita tiada apa-apa di situ. Tidak ada tanda… mercu tanda untuk kita jadikan satu tarikan bagi pelancongan. Begitu juga dari Segamat melalui Selancar. Jadi saya mengharap setidak-tidaknya menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2020 dan juga Tahun Melawat Pahang ini kita bina lah…

Yang di-Pertua mohon laluan. Saya nak tanya ADN Ibam, Tasik Biru berada di kawasan DUN Ibam?

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Ya

Adakah dia berpontensi untuk dijadikan kawasan pelancongan?

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Ya. Saya… terima kasih YB. Tioman, selain daripada itu itulah yang telah dimaklumkan dulu saya pernah bercakap tempat-tempat lain iaitu antaranya Tasik Biru, saya terima kasih Dato’ Sri kerana memberi highlights kepada Tasik Biru ini.

Minta laluan sedikit Yang di-Pertua,

Mengantuk sikit ni. Jadi saya… itu yang saya nak memaklumkan di Dewan yang mulia ini Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri sekarang ini hasil daripada lawatan misi perdagangan ke Singapura dan pertemuan saya dengan Menteri Luar Singapura Doktor Vivian, dua kali. Antara yang dibangkitkan oleh beliau ialah untuk penduduk Singapura, pelabur-pelabur untuk datang ke negeri Pahang ini. Mereka kata selama ini mereka melalui Kuala Lumpur pergi Pulau Pinang dan

sebagainya tetapi mereka berminat untuk datang ke Pahang, tetapi masalah apa ni perjalanan. Selain daripada kita sedang berusaha mendapatkan Beibu Airlines, InsyaAllah SS, Dato’ Sri Setiausaha Kerajaan akan pergi berbincang dengan CEO Beibu Gulf Airlines ini. Mereka juga telah membangkitkan soal connectivity, jalan darat daripada Singapura ke Kuantan dan semalam kita ada berbincang, benda ini masih peringkat awal lagi dan kita telah berbincang beberapa opsyen lah. Sama ada kita nak upgrade jalan sekarang ini, kita buat lebarkan dan sebagainya masih belum diputuskan. Cuma saya nak bagitau di dewan yang mulia ini bahawa, usaha-usaha untuk menaiktaraf kawasan di sebelah Rompin, Bukit Ibam ini sedang diusahakan dan menjadi masalahnya sebab jalan tu tak berapa elok, itu menyebabkan orang kurang sikit nak datang ke sebelah sana dan banyak ke sebelah sini. Jadi jangan bimbang sangatlah tapi bukanlah maknanya yang dirancang pada hari ini akan dapat dibuat dalam masa sehari dua, dia mengambil masa setahun dua tahun ataupun tiga tahun, yang penting perkara ini ada dalam pengetahuan Kerajaan Negeri. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Itu antaranya lah yang saya sebenarnya yang saya nak highlightkan tapi Yang Amat Berhormat dah maklum terima kasih banyak-banyak tetapi oleh kerana itu antaranya ialah kita telah mendapat daripada domestik sahaja 9.2 juta. Jadi itu dia daripada di sini saya ingat domestik ini ialah mereka tidak naik kapal terbang pun, itu yang banyak. Tetapi apapun saya perlukan… apa yang diperlukan ialah kawasan untuk kita menyediakan tempat pelancongan itu dan juga hentian bagi mereka antara Segamat di Selancar ke Kuantan dan juga daripada Negeri Sembilan iaitu di Serting melalui Bukit Ibam.

Jadi saya mengharapkan kita ada satu kawasan rehat di situ supaya dapat dibina kerana ia bukan sahaja melibatkan keadaan yang kata orang tidak selesa, seperti yang mana Yang Amat Berhormat maklumkan tadi jalan yang tidak elok, tetapi juga keselamatan laluan di situ. Iaitu kita dapati di situ gerai-gerai yang dibina di tepi jalan ini tidak mencerminkan dan tidak menarik hati pelancong-pelancong kita. Jadi harapan saya sekiranya kita ada lebihan peruntukan daripada pelancongan ini, bolehlah kita bina di situ gerai-gerai yang kata orang seragam, sama ada melalui PBT kita ataupun lain-lain agensi kerajaan yang boleh untuk membantu dalam usaha kita menyediakan satu tempat dan prasarana yang betul selain daripada keselamatan pemandu-pemandu di sini. Selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh berhubung kait tentang penubuhan daerah kecil Muadzam Shah.

Yang Amat Berhormat, saya sangat mengalu-alukan penubuhan ini tetapi kerana ia bukan sahaja memudahkan rakyat di dua DUN iaitu DUN Muadzam dan DUN Bukit Ibam tetapi juga ia melibatkan kos yang tinggi bagi mereka untuk berurus ke Rompin. Dan sehubungan dengan itu, penubuhan kecil daerah Muadzam Shah ini juga perlu dilihat berkaitan sama juga dengan masalah kesihatan. Jadi saya mengharapkan supaya kita Hospital Muadzam Shah… minta maaf yer YB. Muadzam, Hospital Muadzam itu diupgrade kerana dia adalah hospital yang telah lama, Dato’ Sri…dia dah lama dan ia adalah menjadi kegunaan daripada dua DUN, DUN Ibam dan DUN Muadzam Shah dan mereka tidak ada… walaupun ada doktor pakar tetapi doktor pakar yang datang kata orang bukan berada dalam seminggu ada dua tiga kali datang, tetapi ia memberi satu impak yang agak negatif sikit kepada penduduk-penduduk kita kerana apabila tidak ada pakar mereka akan dihantar ke Segamat.

Kemudian kalau yang kritikal akan dihantar ke Segamat atau di Kuantan tetapi di Segamat… di Kuantan tidak begitu bermasalah. Apabila dirujuk ke Johor Baharu,

Hospital Johor Baharu, jadi ini menimbulkan satu masalah yang sangat besar bagi penduduk-penduduk di dua-dua DUN ini iaitu ia dengan kos yang sangat tinggi untuk mereka pergi ke Johor Baharu, jadi harapan saya supaya ia dapat dilaksanakan dan juga perlulah satu lagi melibatkan hemodialisis sebagaimana yang saya, saya mencadangkan supaya ia diadakan di Bandar Tun Razak.

Jadi berhubung dengan Bandar Tun Razak ini Yang Hormat Tuan Yang di-Pertua dan juga sidang dewan, kita kalau menyebut bandar ni di Pahang Tenggara ini iaitu penubuhan… kita lihat ia… orang akan melihat bandar ini. Tetapi di bandar di tempat saya ada Bandar Melati, ada Bandar Kota Shahbandar, ada Bandar Pewirajaya dan bandar-bandar Tun Razak. Bandar Tun Razak di Jengka, Yang Berhormat kita ya, bersyukur kerana bandar kita dia sampai takut bandar itu jadi terlebih bandar. Tetapi bandar di Tun Razak ini saya Yang Berhormat-Yang Berhormat dah sampai kan yang Yang Amat Berhormat dan sampai itu la yang bandar, di dewan itulah bandar, cantik itulah bandar.

Jadi harapan orang di situ supaya bandar itu dapat dikategorikan bandar, tak bandar besar, bandar kecil jadilah. Bukanlah mereka kata sebagai pekan koboi sahaja. Tapi kalau hari ini kita harapkan supaya pembangunan itu dapat di… kalau dilimpahkan rahmatnya ke Bandar Tun Razak sekali. Jadi disitulah bertumpunya generasi muda kita di Felda-felda, sebab dia meliputi di situ ada lima Felda di Bandar Tun Razak. Jadi Bandar Tun Razak di tengah-tengah dan juga kampung tradisional di situ. Seterusnya saya ingin juga mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat dan juga Yayasan Pahang kerana terus membantu anak-anak murid kita dan juga rakyat kita di sini juga dalam menghadapi persiapan persekolahan anak-anak kita. Cuma harapan saya supaya kalau boleh ia dapat diawalkan, adalah lebih baik dalam bulan 12 ini Disember kerana kita hari itu buat bulan dalam bulan dah awal tahun jadi awal tahun ni persiapan telah disediakan jadi apapun terima kasih banyak-banyak, ini harapan-harapan ibu bapalah kalau boleh er… supaya ia dapat dipercepatkan itu lebih baik.

Seterusnya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan er… yang tidak terhingga dan tahniah jugalah kerana er… Yang Amat Berhormat amat prihatin tentang er… sekolah-sekolah agama kita. Dan dengan elaun yang tinggi untuk guru-guru al-Quran di sekolah-sekolah agama. Tetapi apa yang perlu saya ingat ialah er… yang perlu saya peringatkan adalah kita perlu juga melihat sekolah-sekolah agama SAR KAFA. SAR KAFA ini kalau kita tengok Yang Amat Berhormat Tuan Yang di-Pertua juga ya, SAR KAFA kita ada juga sebahagiannya yang menumpang di sekolah tetapi ada juga yang dibangunkan secara er… kata orang persendirian, yang mendapat dana daripada derma-derma, sumbangan-sumbangan er… daripada masyarakat setempat dan SAR KAFA ini er… kalau kita tengok keadaannya amat memerlukan bantuan. Jadi harapan saya ianya dapat diberi perhatian dan saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat kerana telah meluluskan permohonan saya untuk menda… memberikan sedikit sumbangan kepada SAR KAFA Keratong 4. Terima kasih banyak-banyak.

Berhubung dengan keselamatan dan er… ini bekalan air, saya ingin juga merakamkan ucapan terima kasih kepada er… PAIP yang begitu pantas mengambil inisiatif dan juga tindakan er… ketika kawasan saya menghadapi kriktikal air er… ketika itu yang mana kekeringan di Loji Kampung Rekoh. Dia kering betul Yang Amat Berhormat dan itulah saya rasa berkaitan juga tentang dengan hutan yang perlu kita jaga. Kerana Loji Kampung Rekoh itu memerlu… dia dapat daripada hujan yang daripada Sungai Pukin dan di situ kita dapati kurang dah er… hutannya. Jadi itulah antara impak yang kita… negatif yang kita dapat di sini.

Dan juga saya mengharapkan selain daripada itu perlulah pihak er… Tuan Yang di-Pertua, pihak PAIP melihat supaya kita tidak berlaku ketirisan er… air. Kalau boleh tengoklah mana yang perlu ditukar, tukarlah kalau tak dapat terus er… panjangnya pendek sikit-sikit pun jadilah sebab rakyat ini dia nak tengok benda itu buat. Er… dia besar mana pun dia tak kisah. Janji ada… ada perubahan dalam pentadbiran itu. Jadi er… saya juga melihat bahawa perlu ada perubahan kalau ini Loji Sungai Rekoh itu, Loji Air Rekoh itu menampung er… akaun yang sangat besar ya, hampir 2,000 akaun kita hari itu. Er… jadi dia… saya juga berharap kalau boleh kita asingkan er… di Perantau Damai. Perantau Damai bolehlah ke er… dia alihkan ke Kampung er… Gadak… Loji Gadak. Sebab Loji Gadak hanya menampung air di… untuk bandar Muadzam Shah dan juga Kedaik, sedangkan Loji Kampung Rekoh itu menampung yang begitu besar daripada Selancar… Gugusan Selancar sampailah ke Bandar Tun Razak meliputi Chanis juga er… dan juga er… Perantau Damai.

Itu harapan saya, apa-apa pun terima kasih er… kepada PAIP dan saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Guai kerana Kampung er… Kampung Keladan di Kampung Aur itu er… telah… [ketawa] Semua orang senyum saya asyik nak sebut Kampung Keladan je. Jadi Kampung Keladan setelah puluhan tahun er… tak ada air bersih daripada air paip, ada air bersih tetapi melalui air kesihatan tapi hari ini er… projek untuk Kampung air er… air Kampung Keladan itu telah dilaksanakan hanya er… Tuan Yang di-Pertua, ianya melalui Kampung Aur Sebelah er… Seberang. Kampung Aur Seberang pergi ke Kampung Keladan er… tetapi Kampung Aur Seberang itu tak dapat er… air ini, paip air.

Jadi kalau harapan saya Tuan Yang di-Pertua dan juga er… Yang Berhormat Guai er… saya cukup yakin dan percaya Yang Berhormat Guai mampu mengatasi masalah yang sikit je kan. Jadi nak lalu Sungai Aur tu pun dah lepas, jadi ini kira dah lepas ke er… Kampung Aur Seberang ini kira Alhamdulillah. Jadi sikit sahaja untuk er… sampai. Jadi orang Kampung Aur Seberang itu kata kenapa pula paip itu lalu kat kampung dia tapi dia tak dapat air, dapat kampung sebelah. Jadi ini er… saya percaya Yang Berhormat mampu mengatasi dan juga dengan bantuan er… tenaga muda daripada PAIP, kita mampu merealisasikan er… harapan puluhan tahun rakyat kita di situ.

Seterusnya, er… saya ingin merakamkan ucapan terima kasih juga er… kepada Yang Amat Berhormat kerana berhubung dengan polis tadi. Cuma Yang Amat Berhormat, saya mengharapkan kalau kita dah bagi peruntukan kepada polis ini, cuba kita tengok sikit tentang kedudukan kuarters-kuarters polis ini, ya. Jadi kalau ada er… sedikit lebihan-lebihan peruntukan kita itu, tengoklah kuarters-kuarters mereka sekali. Jadi mereka ini antaranya yang telah bekerja keras untuk memastikan keselamatan kita, kesejahteraan, keselesaan rakyat untuk tidur dengan lena. Tetapi kalau mereka sendiri kuartersnya tak berapa nak selesa, tentulah ini tak adil bagi kita. Jadi mereka ini tak kiralah kita panggil apa pun, siang malam pun dia datang meronda.

Jadi harapan saya itu kita perlukan perhatian kepada mereka. Begitu juga tentang keselamatan yang telah diperuntukkan yang er… Tuan Yang di-Pertua ya, iaitu berhubung dengan bomba. Jadi bomba ini saya nak maklumkan er… dia ada di Muadzam Shah sahaja. Di Muadzam Shah sahaja ada bomba dan balai bomba di Muadzam Shah itu meliputi er… bukan sahaja untuk Muadzam Shah yang luas tetapi meliputi DUN Bukit Ibam. Jadi satu kawasan yang luas, yang sangat er… kecil dia punya apa ini… dan jauh kedudukannya. Maknanya kalau bahasa orang tempat saya itu nak menyampai kalau dah terbakar ini, kalau nak menyampaikan itu rentung je, ya dah rentung baru bomba boleh sampai. Jadi untuk pengetahuan dia sudah ada tapak bomba yang telah disediakan dan yang telah diwartakan di situ, dah ada pun tapak itu. Hanya perlukan bajet sahaja untuk er… kita melaksanakannya. Jadi harapan saya

supaya dia ada di Bandar Tun Razak. Bila di Bandar Tun Razak dia berada tengah-tengah antara er… Selancar… DUN di bawah DUN Muadzam Shah dan juga DUN Bukit Ibam iaitu dia berada di er… boleh meliputi dua-dua DUN ini. Itu harapan saya supaya dan juga harapan semua untuk ia menjadi satu kenyataan bagi penduduk di dua DUN ini. Seterusnya Yang Berhormat saya juga er… Tuan Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua (Speaker)

Panjang lagi Yang Berhormat?

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Er… ada masa lagi ke?

Yang di-Pertua (Speaker)

Masa ada tapi satu minit sahaja.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Sedikit sahaja lagi. Satu je. [ketawa] Ya Berhubung dengan er… TNB. TNB ini, saya er… saya memang menghadapi satu kata orang kena kaji betul-betul la kan, selama setahun ini iaitu berhubung dengan er… Simpang Kota Bahagia. Simpang Kota Bahagia er… nak keluar ke dulu Lebuh Raya Kuantan-Segamat, dinamakan Lebuh Raya Tun Abdul Razak mula-mula dulu. Er… mula-mula dulu itulah lebuh raya paling besarnya, jadi kebanggaan kita orang. Tapi hari ini er… lebuh raya itu namanya simpang itu tidak lagi er… apinya tak menyala sangat dah lama dah. Jadi kalau kita tak perasan kalau orang tak biasa, orang yang luar kalau mengikut daripada er… lalu daripada Bera, jalan dalam Bera itu ke Bandar Melati dan melalui Simpang Kota Bahagia itu, kalau mereka tak biasa mereka akan terus sahaja ke depan. Sebab gelap gelita di simpang itu. Sedangkan simpang itu boleh pergi ke Segamat dan juga ke Muadzam Shah dan ke Kuantan.

Jadi harapan saya supaya pihak-pihak yang berkenaan ini sebenarnya dia menjadi satu macam er… pertelingkahan orang ini kata PBT, orang ini kata JKR. Jadi harapan saya sesiapa yang bertanggungjawab tentang… [ketawa] tentang lampu di Simpang Kota Bahagia itu, harap dapatlah ditengok. Itulah harapan saya Yang Amat Berhormat, sekali lagi saya mengucapkan tahniah atas apa yang telah Yang Amat Berhormat laksanakan sepanjang tempoh ini dan harapan saya semuanya akan dapat melimpah rahmat-Nya pada seluruh rakyat di negeri Pahang ini. Untuk itu, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong er… Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Bukit Ibam. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada hari ini seramai 14 orang telah mengambil bahagian. Kita berharap pada hari besok ada beberapa orang lagi Ahli Yang Berhormat akan mengambil bahagian. Ahli Yang Berhormat sekalian, saya bercadang untuk menempohkan persidangan kita pada petang ini dan persidangan kita akan disambung semula pada hari esok, Rabu jam 9.30 pagi. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan pada jam 5.11 petang]