Pahang · 20 November 2019
14th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · 319 turns · 29,699 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan
Hari Rabu
: 20 November 2019
Bersamaan
: 23 Rabiulawal 1441 Hijrah
Masa
: 9.30 Pagi
Bacaan Doa
DOA
Al-Fatihah (bacaan al-Quran). [Ayat al-Quran]. Segala puji bagi Allah, dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagian meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin Ya Rabbal alamin.
Pertanyaan Dan JawapanQuestions
Perkara Pertama: Pertanyaan dan Jawapan
Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan selamat pagi.
Ahli-ahli Yang Amat Berhormat sekalian, Alhamdulillah, marilah kita mengangkat setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT pada pagi ini kita masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik, dan dapat bersama-sama hadir untuk kita meneruskan persidangan pada pagi ini. Baiklah, untuk sebagaimana biasa untuk urusan mesyuarat pada pagi ini soalan dan jawapan, saya menjemput Wakil dari Damak. Ya, sila.
[Ayat al-Quran]. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua soalan saya nombor 1.
[Mohon penjelasan daripada pihak kerajaan mengenai cadangan penanaman Agro (Ladang Hutan) Lot PT 9965 milik MENTIGA CORP di Kampung Batu Balai Mukim Ulu Cheka yang berisiko memberi ancaman kepada sumber air utama penduduk?]
[Ayat al-Quran]. Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Er… soalan nombor satu. Sememangnya pihak Mentiga Corporation ya, sedang… pihak Mentiga Corp. sedang menunggu iaitu untuk mendapatkan ulasan daripada Jabatan Parit dan Saliran, begitu juga EIA, untuk mendapatkan kelulusan EIA. Jika sekiranya kita meneruskan usaha untuk kita menanam iaitu ladang hutan. Jadi sekarang ini, sekiranya tanah tersebut lebih daripada er... jumlah yang tertentu, maka kita perlu mendapatkan er... EIA ataupun daripada Jabatan Alam Sekitar. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kepada soalan seterusnya saya menjemput Wakil dari Triang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon kemukakan soalan 2.
[Sila senaraikan jenis bantuan Kerajaan Negeri untuk membantu ibu tunggal di Pahang.]
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Untuk menjawab soalan 2, er... jenis bantuan untuk membantu ibu tunggal ini memang tidak ada bantuan yang khusus ataupun peruntukan khas bagi golongan ibu tunggal. Namun begitu, Kerajaan Negeri sentiasa kerjasama baik dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat mahupun er… pihak zakat ya, bagi golongan ibu tunggal miskin Muslim untuk kita sama-sama membantu mereka menyalurkan bantuan.
Dan kita juga berkerjasama erat dengan NGO yang menjaga hal ehwal ibu tunggal di negeri Pahang ini iaitu Persatuan Kebajikan Ibu Tunggal Malaysia Cawangan Pahang. Jadi, er... dan kita juga membantu secara tidak langsung er... anak-anak er… ibu tunggal yang memerlukan bantuan dari segi pelajaran melalui Yayasan Pahang.
Soalan tambahan. Okay, adakah ada program-program yang meningkatkan ekonomi untuk ibu tunggal ini supaya mereka tidak hanya bergantung kepada bantuan seperti JKM, zakat dan juga Persatuan Ibu Tunggal ini?
Ada. Banyak sekali sebenarnya program-program yang dianjurkan er... mengikut persatuan yang saya sebutkan tadi dan juga JKM sendiri ada menganjurkan program-program. Er... Jabatan Pertanian juga ada ya. Banyak agensi-agensi yang menjalankan program bersama dengan ibu tunggal untuk menaikkan er… ataupun meningkatkan taraf ekonomi ibu-ibu tunggal ini.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan berikutnya. Saya jemput Wakil dari Tanjung Lumpur.
[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya nombor 3.
[Mohon jawapan dari pihak kerajaan perkara demam denggi.
a) Mohon pihak kerajaan kemukakan jumlah keseluruhan di negeri Pahang yang telah menghidapi demam denggi, berapa jumlah kematian dan kritikal 2019.
b) Nyatakan juga daerah/kampung/taman/kawasan yang telah dikenal pasti sebagai kawasan yang paling ramai dihinggapi demam denggi.
c) Apakah tindakan dan perancangan pihak kerajaan untuk menangani masalah kawasan kritikal pembiakan nyamuk Aedes?]
Waalaikumusalam WBT. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh rakan saya daripada Tanjung Lumpur. Iaitu berkaitan dengan status er… denggi yang berlaku di negeri Pahang. Soalan daripada Tanjung Lumpur sebenarnya bukan satu, tiga. Yang pertama apakah statusnya? Yang kedua di manakah tempat berlakunya? Dan yang ketiga apakah tindakannya daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sememangnya Kerajaan Negeri merasa sedih dan dukacita di mana situasi apa, denggi ini pada tahun ini agak meningkat jika dibandingkan dengan tahun 2018. 2018 kita hanya memiliki 765 kes. Namun pada tahun ini meningkat kepada 2,093 kes. 67 daripadanya kes kritikal dan 8 daripadanya kes membawa kepada kematian.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Memanglah keadaan ini er... menjadi satu sikap yang serius oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan juga beberapa tindakan telah diambil. Lokasi-lokasi pun telah dikenal pasti seumpamanya di Taman Balok Pine, di Kuantan terdapat 32 kes. Taman Pelindung Damai, Kuantan 31 kes. Taman Seri Mahkota Jaya Utara, Kuantan 27 kes,
Taman Temerloh Jaya, Temerloh 25 kes, Taman Bukit Rangin, Kuantan, 23 kes, Flat Kampung Pak Mahat, Kuantan 22 kes, Taman Gali Tengah, Raub 18 kes, Kampung FELDA Bukit Goh Kuantan 18 kes, FELDA Jengka 12 Jerantut 15 kes, Bangunan LKNP Bandar Baru Chenor, Maran 14 kes dan kesemua inilah yang kita dapat menghasilkan jumlah seperti yang saya sebutkan di awal tadi.
Er...Bagi pihak Jabatan Kesihatan telah berusaha segigih mungkin dan juga Kerajaan Negeri juga berusaha membantu melalui NGO-NGO untuk bekerjasama memastikan kempen-kempen ke taman-taman, ke kampung-kampung, ke kawasan-kawasan perumahan, kesedaran kepada masyarakat-masyarakat setempat betapa kesihatan perlu dijaga dan juga kebersihan perlu di... apa, ambil berat.
Namun demikian, perkara ini agak sukar untuk mendapat kesedaran orang ramai dan kita memerlukan bantuan semua pihak sama ada rakan-rakan ADN sendiri dan juga badan-badan yang terdapat di taman-taman sama ada KRT, MPKK, JKK er...pihak masjid dan sebagainya dan juga apa sahaja NGO untuk sama-sama menggemblengkan tenaga, sebagaimana yang telah kita maklumkan seperti kempen-kempen, gotong-royong dan juga er... apa namanya rumah ke rumah.
Dalam waktu yang sama kita mengadakan aktiviti er... Kempen Cari Dan Musnah tempat pembiakan nyamuk aedes er... bersama penduduk setempat dan juga ianya bertujuan untuk membersihkan lokasi-lokasi yang terdapat kawasan pembiakan nyamuk aedes ini. Dalam waktu yang sama jika seandainya kempen telah diberikan, kesedaran telah di apa er... di.. er... sampaikan kepada orang ramai dan juga gotong-royong telah dilaksanakan, masih lagi juga berlaku maka sudah tentulah pihak berkuasa akan mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya sama ada er... penguatkuasaan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dilaksanakan. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Ya, sila Wakil Beserah.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya ada soalan tambahan kepada pihak kerajaan. Er... daripada senarai yang disebutkan tadi, kebanyakannya adalah daripada kawasan saya Balok Pine, Pelindung dan sebagainya. Memang diakui pada tahun ini er... kawasan Beserah ada beberapa isu ataupun kes berkaitan dengan denggi. Namun kita ucap terima kasih kepada Jabatan Kesihatan, Kuantan terutama sekali yang telah berusaha keras untuk membenteras dan juga mempastikan denggi ini tidak terus menjadi satu wabak. Namun apa yang perlu kita lihat dan pihak kerajaan rasanya perlu menilai keadaan, ada tiga keadaan. Yang pertama, dari sudut pendidikan kesedaran di peringkat sekolah lagi. Yang kedua, penglibatan penduduk setempat.
Apabila gotong-royong dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan dan juga KRT atau MPK… MPKK dan sebagainya, didapati penduduk setempat kurang cakna ataupun kurang mengambil penyertaan. Menjadikan agensi lebih ramai daripada penduduk setempat. Dan ini merupakan satu kegagalan apabila kita tidak mampu memberikan kesedaran kepada penduduk setempat mengambil tindakan proaktif membantu.
Yang ketiga adalah dari sudut prasarana itu sendiri. Kebanyakan kawasan-kawasan yang dilanda ataupun wabak denggi ini kawasan yang perumahan lama. Yang telah
lama, yang mana longkangnya telah pecah, tersumbat, kawasan er… jalannya juga berlubang, berlopak dan boleh jadi kawasan takungan, menjadi tempat pembuangan dan sebagainya.
Jadi kalau sekiranya pihak kerajaan boleh mengatasi kemudahan prasarana ini dengan lebih baik dan menyediakan kawasan yang, yang sesuai untuk pembuangan sampah dan sebagainya, maka saya rasa dia boleh memberi… membantu mengurangkan kebarangkalian untuk berlakunya wabak denggi ini. Tapi yang paling penting kesedaran penduduk setempat agensi atau institusi surau, masjid perlu memainkan peranan penting untuk beri kesedaran terutama sekali orang Islam, tentang menjaga dan memelihara persekitaran dan juga, dan juga kesihatan ini. Kita harap para pengkuliah diberikan slot untuk dalam sudut kesihatan dan kesedaran menjaga kebersihan. Terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya bagi pihak kerajaan mengalu-alukan pandangan daripada rakan saya daripada Beserah yang memang benar terkadangkala masyarakat setempat ini agak sukar bila ajak keluar bergotong-royong. Mungkin dia bimbang tangan mereka kotor, tetapi dia tidak takut mereka akan dijangkiti oleh penyakit yang boleh menyebabkan mereka musnah dan binasa. Ini sudah tentu perlu kepada kita semua berganding bahu. Saya tidak akan apa… menyangkal cadangan daripada rakan saya Beserah untuk memasukkan dalam teks-teks khutbah Jumaat supaya kesedaran ini dibangkitkan supaya orang sedar mesti menjaga kebersihan.
Dan ini juga telah terkadangkala telah disebutkan konsep annazafah di dalam apa khutbah itu sendiri. Namun demikian kita yakin juga bukan saja di masjid-masjid, di tempat-tempat ibadat yang bukan Islam juga perlu berperanan. Sebab yang pengotornya ini bukan, bukan sahaja orang-orang yang Islam, yang bukan Islam kadang-kadang ada juga pengotor, lebih habat lagi kadang-kadang tu Dato’ Yang di-Pertua.
Jadi benda ini perlu diambil tindakan yang bersama dan juga perlu apa… bersepadu setiap pihak supaya janganlah kotor sangat, apa… air bertakung, tempat berniaga makan minum tu tak bersih, tempat penyembelihan tak bersih. Benda ni memang betul sangatlah, saya bersetuju rakan saya daripada Beserah dan insya-Allah kita akan ambik cakna. Begitu jugalah soal pendidikan. Kita yakin perkara ini melalui Yayasan Pahang, kita bolehlah sedikit sebanyak memberikan pandangan tapi melalui Jabatan Pelajaran kita akan suarakan perkara ini di Kementerian Pelajaran supaya hal-hal perkara ini dipertingkatkan lagi, diperhebatkan lagi untuk kesedaran orang ramai. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Sila, soalan berikutnya, okay Triang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon kemukakan soalan 4.
[Terdapat 3 jambatan di jalan persekutuan 10 (dari Triang ke Mengkuang), salah satunya di Paya Lang telah dinaik taraf, dan dua lagi masih sempit dan
merbahaya. Sila nyatakan rancangan kerajaan untuk menaik taraf dan melebarkan dua jambatan tersebut demi memelihara keselamatan jalan raya.]
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Wakil daripada Triang bertanyakan mengenai projek naik taraf jambatan di Jalan FT 10 iaitu Jalan Temerloh-Gemas. Terima kasih Triang. Untuk er… makluman Triang dan juga Sidang Dewan, sebenarnya di kawasan yang dimaksudkan oleh Triang ni ada 3 jambatan yang agak sempit yang dibina mengikut spesifikasi lama.
Untuk makluman Triang, cadangan untuk menaiktaraf ini telah lama dipohon, sebelum ini kita ada 3 dan sebenarnya 1 daripadanya telah dinaiktaraf. Yang belum dinaiktaraf adalah Seksyen 90.6 dan 90.4. Cadangan untuk naiktaraf ini telah diangkat dalam Rancangan Malaysia Ke-11 tetapi peruntukan masih belum diluluskan dan kita sekali lagi akan mengangkat cadangan ini untuk dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Soalan berikutnya saya jemput Wakil dari Sabai.
Dato’ Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 5.
[Isu peranan kerajaan negeri dalam pembangunan masyarakat Orang Asal.
(a) Apakah sumbangan kerajaan negeri kepada JAKOA? (b) Apakah projek-projek yang dirancang untuk menangani isu rumah PPRT/Rumah Mesra Rakyat yang amat terhad untuk menyelesaikan masalah Orang Asal yang masih tidak mempunyai rumah sesuai untuk diduduki?]
Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, yang memberi laluan kepada saya bagi menjawab pertanyaan daripada Ahli Sabai berkenaan peranan Kerajaan Negeri dalam pembangunan masyarakat Orang Asli dan tajuk kecilnya, ataupun soalannya, apakah sumbangan Kerajaan Negeri kepada JAKOA?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri Pahang sentiasa bekerjasama dan menyokong penuh segala usaha yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi menjaga kebajikan ramai lebih kurang 89,375 Orang Asli di Negeri Pahang. Ini dibuktikan melalui kerjasama, usaha dan kejayaan bersama antara Kerajaan Negeri dan pihak JAKOA dalam projek pembangunan infrasosial. Antaranya Program Bantuan Rumah iaitu bina baru dan juga baik pulih, menyedia… penyediaan kemudahan asas, iaitu Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar.
Keduanya, bagi pewartaan Tanah Rizab Orang Asli seluas 7,156 hektar telah pun diwartakan. Manakala 8,571 hektar dalam proses pewartaan. Bagi mempercepatkan lagi proses ini, pihak Kerajaan Negeri ketika ini sedang meneliti cadangan untuk mewartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965. Sebelum ini ianya di bawah Seksyen 6 & 7 Akta Orang Asli 1954.
Ketiganya, Kerajaan Negeri juga pada April 2019 telah menubuhkan Unit Hal Ehwal Orang Asli di bawah Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar, yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kepentingan dan isu-isu berkaitan Orang Asli dalam negeri Pahang. Unit ini selain melaporkan dari masa ke semasa secara terus kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ia juga melaporkan segala perancangan dan isu-isu berkaitan Orang Asli di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.
Bagi soalan kedua mengenai projek-projek yang dirancang untuk menangani isu Rumah PPRT, Rumah Mesra Rakyat yang amat terhad untuk menyelesaikan masalah Orang Asal ataupun Asli, yang masih tidak mempunyai rumah sesuai untuk diduduki. Bagi Program Rumah Mesra Rakyat dan PPRT yang diwujud… diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah tetapi mempunyai tanah sendiri untuk membina rumah. Program ini dikendalikan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad yang memproses daripada peringkat permohonan sehinggalah rumah atau projek itu siap.
Keduanya, bagi menyelesaikan masalah rumah Orang Asli yang masih tidak mempunyai rumah, Jabatan Kemajuan Orang Asli mempunyai projek pembangunan yang menyediakan tempat kediaman bagi penempatan Orang Asli. Ini berpandukan kepada peruntukan ini jika ada. Secara umum, pembinaan rumah PPRT untuk masyarakat Orang Asli akan disalurkan mengikut keperluan dan keutamaan kepada golongan miskin tegar, mudah miskin, miskin, ibu tunggal, bilangan tanggungan dan tahap sosioekonomi.
Bagi menangani isu permintaan perumahan Orang Asli, JAKOA berpandangan juga merancang seperti berikut; Mohon pertambahan peruntukan yang sedia ada perlu ditingkatkan. Kadang-kadang walaupun kita dengar kerajaan meluluskan sebanyak 100 biji rumah untuk Orang Asli, tetapi ianya sebenarnya masih tidak cukup. Tetapi kalau saya ka… kaji seratus biji rumah ini dengan RM35,000.00 yang biasa. Kalau dalam hutan lagi mahal, mungkin meningkat sampai RM50,000.00 ianya telah melibatkan lebih kurang RM3.5 juta. Seratus biji sahaja, kalau nak dua ratus biji, tiga ratus biji kalilah. Jadi ianya… kita merancanglah mencadang untuk menambah ini peruntukan ini bagi keselesaaan Orang Asli.
Keduanya, membuat pendekatan kolaborasi Corporate Social Responsibility ataupun CSR dengan agensi-agensi berkepentingan seperti pihak TNB, JKR dan sebagainya. Ini termasuklah projek-projek khas perpindahan penduduk kampung. Dan ketiganya meningkatkan sumber ekonomi Orang Asli yang berkemampuan untuk membina rumah sendiri yang selesa seperti melibatkan dalam bidang keusahawanan dan juga perladangan ataupun pertanian. Sekian terima kasih Yang di-Pertua.
Ya, sila Pulau Manis.
Dato’ Yang di-Pertua,
Saya mengamati jawapan yang diberikan oleh pihak Kerajaan tadi. Saya mendapati bahawa perkara-perkara yang dia sebut adalah perkara-perkara berkaitan perumahan, kebajikan dan sebagainya. Tapi perkara yang berlaku kebelakangan ini ialah berkenaan dengan terabainya anak-anak Orang Asli di sekolah. Er…. saya dimaklumkan bahawa anak-anak Orang Asli sama ada sekolah menengah ataupun sekolah rendah. Kami telah… selah… telah tidak mendapat apa-apa bantuan daripada pihak Kerajaan.
Jadi adakah er…. pendidikan ini di luar bidang tanggungjawab Kerajaan Negeri er… yang menyebabkan kita tahu sekarang ini Kerajaan Pusat yang memerintah ialah Kerajaan Pakatan Harapan dan memang Ahli-ahli Yang er…. Wakil Rakyat daripada Kerajaan Negeri dilarang langsung ataupun mengambil tahu perkara berkaitan dengan sekolah. Tapi itulah aduan dan juga, dan juga laporan yang saya terima anak-anak terabai di dalam pendidikan. Sama ada dari segi penghantaran ke sekolah, tambang untuk bas, sama ada tinggal di asrama dan sebagainya. Mohon penjelasan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sebagaimana biasa sebelum pada ini, boleh dikatakan pendidikan masyarakat Orang Asli ini ditanggung 100% lah oleh Kerajaan yang putusnya Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli. Tetapi sejak kebelakangan ini, banyak peruntukan-peruntukan telah dipotong sebagaimana yang dibangkitkan oleh Pulau Manis. Baru-baru ini, pada tahun le… pada tahun ini peruntukan membawa anak-anak daripada kampung sekolah ini dipotong.
Jadi sebab itulah boleh kata ramai di antara anak-anak Orang Asli ini yang tak pergi sekolah. Mereka ini dahlah orang kata lemah sikit nak pergi sekolah, dengan memotong peruntukan itu, lagi ramailah anak-anak Orang Asli. Walau bagaimanapun kita telah pun berbincang berusaha er… untuk memastikan supaya pengangkutan anak-anak Orang Asli daripada kampung-kampung yang berdekatan itu diteruskan dan setakat ini berjalanlah sikit-sikit. Maknanya walaupun duit itu lambat dapat, tetapi ianya er… sikit-sikitlah kita mengatasi masalah ini. Itu sahaja Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Ya, sila Semantan.
Terima kasih Dato’ Sri Pengerusi. Program er…. rumah PPRT ataupun Rumah Mesra Rakyat er…sekarang ini seperti tidak wujud lagi ya. Bukan sahaja soal perumahan, bahkan di kawasan saya ada dua penempatan Orang Asli yang paling kritikal adalah bekalan air di er…Kampung Paya Mengkuang dan er…. kita telah mencadangkan kepada PAIP agar dia dibina booster kerana kawasan itu melibatkan kawasan yang
tinggi dan er…. walaubagaimanapun alhamdulillahlah terima kasih kepada PAIP menyediakan Septic Tank untuk er…. bekalan air tetapi ianya begitu terhad. Soalan saya, apakah usaha pihak Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah ini? Terima kasih.
Terima kasih Wakil daripada Kuala Semantan. Mengenai masalah air er…mungkin ianya mungkin masalah-masalah setempat yang tertentulah. Saya tak pastilah Kuala Semantan ini sama ada di kalangan perkampungan masyarakat Orang Asli yang di mana kemudahan itu di… di… diberi oleh pihak PAIP. Ada juga… kebanyakan perkampungan Orang Asli ini kita tidak menggunakan perkhidmatan ini… PAIP ini.
Kita menggunakan air bersih yang dibiayai oleh kesihatan tapi bukan air bersih, air bukit dia panggil. Jadi maksud Kuala Semantan mungkin ia menggunakan perkhidmatan PAIP. Memang pada hari ini sedikit sebanyak masalah PAIP ini tidak dapat ini membekalkan dengan pelbagai apa ini masalah. Sebagaimana kekurangan bekalan kepada penduduk-penduduk setempat ini.
Jadi ianya berpandu pada er…. kes-kes tertentu, kes-kes tertentu. Macam di Kuala Semantan ini mungkin ada Loji Rawatan Air ataupun tangki yang tidak mencukupi yang bagi menyampaikan kepada penduduk setempat. Jadi ini terpulang cara kepada pihak PAIP sama ada nak menambah tangki ataupun nak menambah booster kan. Ianya berpandu kepada itu laporan daripada yang ini…pengadu-pengadu yang ini setempat. Dia general, umum yang tadi. Itu sahaja, terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Soalan tambahan satu lagi. Ya. Saya ini.
Semantan, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas nak tambah.
Terima kasih kepada Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Semantan. Saya ingin menambah sikit apa yang telah dijelaskan oleh er… Wakil Kerajaan yang bertanggungjawab ke atas Pembangunan Luar Bandar. Kawasan yang dimaksudkan oleh Kuala Semantan tadi adalah satu kawasan perkampungan yang agak remote, dengan izin jauh sedikit. Yang ini jugalah perkara Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya cuba jelaskan semalam kepada Mentakab. Isunya Economic Softskill. Jadi untuk makluman Sidang Dewan, bagi bekalan air luar bandar, maknanya untuk menghantar air ke pedalaman seperti kampung-kampung Orang Asli dan kampung-kampung pedalaman er… pembangunannya disediakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar ataupun sebelum ini Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW).
Pada dasarnya sememangnya er…. Kerajaan Persekutuan memberikan satu peruntukan yang besar er… untuk menyediakan perkhidmatan bekalan air ini dan kita sangat hargai. Tapi walau bagaimanapun modal, modal apa ini perkhidmatan bekalan
yang kita buat itu. Dia bu… dia bersifat apa satu er… network ataupun jaringan yang sangat besar. Maksudnya dalam erti kata lain er… dengan bilangan pengguna yang kecil ataupun akaun pengguna kecil dengan pelaburan yang besar, kos penyelenggaraan yang… yang juga besar, maka ini yang, masalah ini menyebabkan perniagaan PAIP tidak mendapat pulangan modal. Bukannya tidak mendapat keuntungan, tidak mendapat pulangan modal.
Jadi kalau kita nak fikirkan Dato’ Sri Yang di-Pertua, kos untuk meneruskan… menguruskan air di Pahang ini, kos untuk memba... membayar pemba... pembaca meter pun bagi setiap meter itu sangat besar. Kerana apa, satu kilometer itu ada 124 buah rumah sahaja. Jadi untuk mengira 124 buah rumah ataupun kedai ini mengambil masa yang panjang. Sedangkankan kalau di kawasan-kawasan bandar yang ber... yang penduduknya berkepadatan tinggi er…. mungkin kalau kondominium ataupun apartmen yang tinggi, Dato’ Sri Yang di-Pertua, dia baca meter dibawah sahaja.
Jadi dalam segala hal sebenarnya, kos untuk kita menguruskan kos air di Pahang ini sangat tinggi. Kaitannya Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita sepertimana mana yang saya sebutkan masih dalam proses perundingan diperingkat akhir untuk menandatangani perjanjian pengstrukturan semula perkhidmatan bekalan air ini. Dua perkara yang menjadi er…. pertimbangan pokok kita adalah pertamanya, berapa banyak persekutuan boleh mengurangkan apa… satu jumlah yang disifatkan sebagai hutang? Hutang itu yang macam tadilah. Nak menyambungkan paip daripada Temerloh, Seberang Temerloh tu sampai Cherok Puting sampai ke Kampung Pangkuan Ladang. Itu sebagai contoh ya, sangat besar.
Jadi sebenarnya bukannya… kita nak cakapkan ketidakcekapan pekerja PAIP itu tetapi perlaburannya sangat besar, kos operasi sangat besar. Jadi kita berharap er…. jumlah-jumlah perbelanjaan seumpama ini yang disifatkan sebagai hutang oleh Kerajaan Persekutuan ini, bolehlah dihapus kira dengan kadar yang lebih besar. Jika idak, jika tidak maka selepas daripada ini, perkhidmatan bekalan air Pahang ataupun PAIP ini akan terpaksalah menaikkan sa… tarif air ni ke satu tahap yang lebih tinggi untuk menampung kos-kos operasi ini. Inilah dilema yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Pahang Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada EXCO Luar Bandar.
Ya Semantan ada..? Jelas ya. Terima kasih kita beralih kepada soalan berikut. Jemput Wakil dari Tras.
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya. Saya mengemukakan soalan nombor enam.
[Sila nyatakan kawasan yang diliputi oleh UniFI setakat hari ini di daerah Raub.]
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Tras kerana telah mengemukakan soalan. Yang pertamanya, soalannya berbunyi; sila nyatakan kawasan yang diliputi oleh UniFI setakat ini di daerah Raub? Er… sehingga bulan September tahun ini, perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi atau UniFI yang disediakan oleh Telekom Malaysia Berhad telah meliputi hampir 53% di kawasan berpenduduk di daerah Raub.
Di antara kawasan-kawasan itu adalah, yang pertama SK Raub, Taman Amalina Lestari, Kampung Sempalit, Rumah Murah Sempalit, Taman Emas Sempalit, Taman Sempalit Aman, Taman Sempalit Baru, Taman Sempalit Indah, Taman Sempalit Jaya, Taman Sri Raub, Kampung Sempang Baru, Taman Mutiara, Sekolah Kebangsaan Chung Ching, Sekolah Kebangsaan Methodist, Pusat Perdagangan Raub, Taman Sentosa, Taman Amalina Saujana, Taman Impian Villa, Pusat Perniagaan Raub, Taman Bukit Idaman, Perniagaan Inderapura, Masjid Abu Bakar, Taman Bestari, Taman Intan, Taman Mewah, Taman Permai, Taman Raub Jaya Dua, Lima dan Enam, Taman Seri Wawasan dan Taman Wawasan. Walau bagaimanapun, setakat ini hanya 40% sahaja kadar langganan yang disewa daripada Unifi ini. Sekian.
Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya tahu, sebenarnya ada berapa kontraktor yang pasang ini UNIFI di daerah Raub ataupun di Pahang? Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Er… setakat ini bilangan kontraktor, sejumlah bilangan kontraktor tidak dapat kita berikan secara terperincilah dan jawapan tersebut akan kita berikan secara bertulis.
Bertulis Yang Berhormat ya. Baik, soalan berikutnya saya jemput Wakil dari Teruntum.
Yang Hormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 7.
[Pusat jualan gajet dan peralatan teknologi maklumat (IT) MARA Digital Mall di Plaza Gambut Kuantan.
a) Bilakah pusat berkenaan beroperasi secara rasmi dan bilakah ianya ditutup? Apakah faktor pusat jualan gajet itu ditutup?
b) Apakah pihak kerajaan mempunyai perancangan lain untuk 'menghidupkan' semula pusat berkenaan pada masa akan datang? Apakah rancangan itu?
c) Berapakah kerugian yang dialami bermula dari pusat tersebut beroperasi sehingga ianya ditutup?]
Okay, Kerajaan.
[Ayat al-Quran] [Berdehem]. Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan, saya menjawab bagi er…er… Pulau Tawar.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan.
Er…Pulau Tawar dia tak berapa sihat sikit pagi ini. Sebelum saya menjawab soalan ini, saya ingin menerangkan sedikit sebanyak berkaitan dengan keadaan ekonomi semasalah. Sejak PRU-14, saya rasa tak ada cerita yang…adalah cerita yang baik tapi dari segi ekonomi ini saya rasa merudum ya. Huru-hara. Er… beberapa industri er… saya rasa dah hampir…kalau tak bankrap pun, mungkin perniagaan tidak berapa menggalakkan, dari segi perniagaan yang tidak menguntungkan, harga barang meningkat sedangkan kos kehidupan pun juga makin meningkat. Cuma yang turunnya saya rasa harga minyak sawit, tak habis-habis lagi ini, hujan yang turun ya. Jadi jawapan saya ini berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Teruntum ya.
MARA Digital Mall kalau ikut pada rekod yang saya dapat ini. MARA Digital Mall Kuantan ini, tak sampai dua tahun telah berkubur ya. Inilah kata, bila… setelah PRU 14 kebanyakan bisnes, saya pun dapat aduan juga sebagai EXCO er… berkaitan dengan… Kerajaan Tempatan dapat aduan perniagaan yang tidak memberangsangkan ketika ini. Mungkin salah satu faktor yang menyebabkan MARA Digital Mall. Kalau ikut di… beroperasi 1 November 2017 dan ditutup secara rasminya pada 1 Jun 2019. Tak sampai dua tahun ya. Baru nak merangkak dah tutup. Jadi beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah er… penutupan Digital Mall MARA di Jalan Gambut ini.
Pertama faktor pasaran industri ICT yang menguncup memberi kesan kepada MARA Digital. Seperti sedia maklum, platform pembelian atas talian yang tersedia seperti LAZADA, Shopee, Mudah.com dan sebagainya telah mengubah corak pembelian pengguna. Ini beberapa faktor yang menyumbang kepada penutupan MARA Digital Mall di Kuantan. Tempat lain saya tak berapa pasti ya. Yang kedua, pemain industri ICT iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, UniFI dan lain-lain membuat penawaran langsung kepada pengguna dengan menawarkan pakej istimewa terus kepada pengguna sama ada secara online ataupun offline. Offline ini menjual di kedai-kedailah, dan yang ketiganya pembekal utama dalam industri ICT yang memberikan harga kompetitif kepada pembekal langsung ataupun direct dealer dengan menawarkan produk secara terus atas talian memberikan persaingan yang begitu sengit. Yang keempatnya adalah pasaran semasa ICT yang mengikut musim dan trend ini telah mengubah minat dan gelagat pembeli yang memberi kesan kepada status terkini MARA Digital.
Saya dah rujuk beberapa artikel sebenarnya pembelian dalam talian ini lebih kurang dalam 20–30% sahaja. Tidak melibatkan sampai angka yang besar dan sikit sebanyak ini memberi kesan sebenarnya. Kalau MARA Digital Mall di…di Kuala Lumpur ya, Jalan Tuanku Abdul Rahman, dia ada kedai Ustaz. Ya memang very… memang popularlah ya. Tapi mungkin faktor-faktor yang telah dinyatakan er…mungkin menyebabkan perniagaan ICT ini yang MARA Digital Mall ini er… menyebabkan tidak boleh nak dengan izin, survival. Menyebabkan menjejaskan apa ini… perniagaan dan sebagainya.
Tapi sebaliknya apabila kita merujuk kepada syarikat-syarikat yang lain yang berada di Kuala Lumpur, mereka masih terus berkembang ya…berkembang dan meninggalkan MARA ini. Ini satu perkara yang patut pihak Kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab pada MARA untuk memastikan peniaga-peniaga dibawah MARA
ini perlu diberikan perhatian dan dapat bersaing dengan peniaga-peniaga lain yang lebih maju dan lebih ke depan berbanding dengan peniaga-peniaga di MARA.
Soalan yang kedua berkaitan dengan apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk 'menghidupkan'? Seperti sedia maklumkan, MARA ini bawah Kerajaan Persekutuan bukan bawah Kerajaan Negeri. Mungkin Kerajaan Negeri ini boleh facilitate, dengan izin, membantu peniaga-peniaga untuk er… berniaga bagi meneruskan perniagaan mereka dan pihak MARA akan membuat satu kajian, analisa berkemungkinan ataupun feasibility study, dengan izin, bagi memastikan ianya dapat memberi manfaat kepada usahawan-usahawan ICT yang terlibat ya.
Saya rasa kalau pasaran melalui online lebih menjadi pilihan kepada pengguna dan MARA pun harus jugalah bersaing dengan menggunakan kaedah yang sama untuk menarik 20 atau 30 peratus pasaran jualan melalui online.
Dan bagi menjawab soalan yang ketiga, berapakah kerugian yang dialami bermula dari pusat tersebut beroperasi sehingga ianya ditutup? Er… MARA Digital adalah kedai konsep di bawah program MARA. Kerugian adalah atas jumlah tunggakan sewa yang gagal dibayar. Ini adalah apabila perniagaan tidak dapat dijalankan dengan baik, pendapatan tidak… tidak dijana dengan baik menyebabkan tunggakan sewaan dan ini boleh menjejaskan peniaga-peniaga. Itulah beberapa soalan yang dikemukakan oleh Sim dan saya nak tutup ni satu pantun ringkas je.
Yang Berhormat, okay.
Sayur kailan er… [Ketawa] lupa dah. [Ahli Dewan ketawa]. Sayur kailan, biji selasih, sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Jawab pantun? YB. nak jawab?
Er… bukan…bukan. Nak Tanya soalan lagi.
Soalan lagi? Tapi Yang Berhormat, ini Yang Berhormat Wakil Kerajaannya mewakili… mewakili Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, mungkin saya ingat cukuplah ya kerana Pengerusi tak… nak jawab pantun ke nak soalan tambahan. Tak payah Yang Berhormat ya. Next time lah. Terima kasih Yang Berhormat. Baiklah soalan terakhir kita. Saya jemput Wakil dari Panching.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya memohon untuk mengemukakan soalan nombor 8.
[Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Sungai Pandan,
a) Apakah status bagi baki-baki rumah yang terbiar?
- adakah akan dibaik pulih atau dibina baru?
b) Berapa bilangan rumah yang masih dibuka untuk dimohon.]
[Ayat al-Quran]. Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian. Bagi soalan yang dikemukakan oleh Ahli daripada Panching. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan sebenarnya saya dan Panching dan beberapa agensi termasuk MPK, JKR, JPS, Bahagian Perumahan SUK telah membuat lawatan pada… tak silap saya bulan tujuh tahun ini er… sebagaimana perkara yang dibangkitkan oleh Panching ya. Sehingga kini masih terdapat 1,200 unit buah rumah yang rosak dan masih belum dibaiki di PKR Sungai Pandan, di mana 800 nya adalah telah mula diduduki dan kita ada lagi kekosongan ya… di kawasan P… P…PAKR Pandan ini.
Untuk makluman pihak Kerajaan Negeri telah menerima er… permohonan daripada beberapa syarikat untuk membaik pulih rumah yang terbengkalai ini sebanyak 1,200 unit yang terbengkalainya hampir… hampir 20 tahun ya. Dah ditenggelami banjir saya ingat tahun paling teruk pada tahun 2013 ya 2014, 2013 dan 2014 di kawasan ini dan hasil daripada lawatan er… pegawai-pegawai yang terlibat, agensi-agensi yang terlibat telah membuat er… keputusan bahawa er… 1,200 unit rumah ni yang ma… yang masih terbengkalai ini tidak sesuai lagi di… di… dibaiki kerana faktor-faktor kerosakan dalaman ataupun kerosakan luaran terutamanya yang melibatkan kerosakan di bawah er… tanah ya, sistem perpa… apa ini pembentungan, sistem er… perpaipan dan sebagainya.
Jadi Kerajaan Negeri telah menimbangkan untuk supaya er… pembaikan 1,200 unit rumah ini diberhentikan dan ada cadangan juga daripada pihak Kerajaan Negeri untuk membina baru kawasan ini terutama kawasan ini adalah melibat… terlibat dengan kawasan yang sensitif dengan banjir ya. Belakang itu Sungai Pandan sahaja dan jadi apabila musim beginilah boleh menyumbang kepada risiko dan untuk mengelakkan er… keselamatan apabila dibaiki diduduk nanti boleh menjejaskan pengguna, jadi Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk err… membangunkan semula kawasan ini dengan… dengan apa ni konsep dan matlamat yang samalah. Saya ingat itulah sahaja. Sekian.
Tanjung Lumpur, sila.
Kalau kita lihat di Negeri Pahang ini ada beberapa kuarters lah JKR ke kuarters guru dan sebagainya yang kita lihat terbiar, terbengkalai dan sebagainya. Adakah pihak Kerajaan Negeri er… bercadang untuk baik pulih rumah ini dan kemudian dijadikan sebagai Rumah PAKR, PPRT dan sebagainya yang saya kira terbiar begitu, begitu
membazir seperti di Rompin itu, beberapa tingkat. Jadi minta penjelasan daripada pihak Kerajaan.
Terima kasih YB. er… Tanjung Lumpur. Sebenarnya pihak Kerajaan Negeri sekarang ini sedang merangka satu konsep perumahan baru dikenali sebagai Rumah Penjawat Awam Pahang ya. Er… Rumah Penjawat Awam Pahang ini yang kita bukan rebranding, sebab saya difahamkan Kerajaan Persekutuan dah tak ada program lagi dah rumah untuk Penjawat Awam. Jadi sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang bertanggung jawab kepada kakitangan awam, sepertimana yang telah diumumkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar er… Jelai, telah memberi peruntukan bagi Penjawat Awam dengan memberi peruntukan sebanyak RM750 untuk pembukaan sekolah, jadi Kerajaan Negeri juga memandang bahawa Rumah Penjawat Awam ini perlu ya.
Jadi kita telah mengenal pasti beberapa lokasi di bandar untuk membina Rumah Penjawat Awam er… mungkin pada tahun hadapan er… dengan mengambil alih kuarters-kuarters kerajaan yang terbengkalai er… seperti Kuarters Pejabat Tanah, Pejabat Hutan er… dan sebagainya yang terletak di bawah milik Kerajaan Negeri. Manakala bagi kuarters-kuarters yang terbengkalai saya difahamkan yang paling banyak kuarters guru ya betul Tanjung Lumpur, ya? Kuarters guru bukan sahaja di Kuantan di tempat-tempat yang lain saya rasa tetapi ianya di bawah tanah di bawah Kerajaan Persekutuan. Jadi kita tak… tak boleh nak baik pulihlah ya. Itu tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
Tetapi kuarters-kuarters terbengkalai di bawah Kerajaan Negeri yang ini kita akan usahakan untuk membina rumah-rumah Penjawat Awam manakala untuk er… Rumah Murah ini memang kita ada sebagai mana saya ingat dimaklumkan oleh Jelai, Yang Amat Berhormat Menteri Besar peruntukan daripada Tabung Perumahan Rakyat yang telah kita usahakan kita akan membantu walaupun sedikit… er… peruntukan ini kecil. Bila kita hasil kecil kita akan membaiki secara kecil-kecil lah, jumlah yang banyak nanti insya-Allah, kita akan bangunkan dan er… kita juga memohon supaya pihak Kerajaan Persekutuan juga membantu ya.
Saya difahamkan setelah mesyuarat dengan er… pihak Kementerian, masalah utama adalah masalah kekurangan dana peruntukan. Ini banyak dapat aduanlah terutamanya seperti rumah syarikat er… Rumah Mesra Rakyat SPNB yang banyak geran telah diserahkan tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana masalah kewangan. Inilah saya katakan tadi, keadaan ekonomi yang merudum menjejaskan kesejahteraan rakyatlah. Itu sahaja. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Yang Di-Pertua.
Ya.
Saya mohon soalan tambahan. Daripada 800 er… rumah yang boleh diduduki ini, saya lihat ada beberapa banyak lagi bilangan rumah yang er… belum er… siap sedia untuk dimasuki dan masalah wiring, pintu sehinggakan er… rumah-rumah tadi menjadi tempat untuk budak-budak penagih dadah dan sebagainya. Itu yang pertama, dan apakah tindakan Kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana kita lihat bagaimana banyaknya permintaan-permintaan daripada golongan berpendapatan sangat rendah ya terhadap er… rumah kos rendah ini?
Yang kedua, kepada pemilik-pemilik yang tidak er… mampu bayar dan saya rasa er… saya pun banyak terima aduan juga daripada pemilik ini. Apakah tindakan Kerajaan dan apakah er… Kerajaan akan er… menghalau mereka keluar dan seandai Kerajaan menghalau mereka keluar adakah Kerajaan akan segera menggantikan er… dengan pemilik yang baru.
Yang ketiganya, berkenaan dengan 1,200 er… biji rumah yang terbengkalai yang saya kira satu kerugian besar sebenarnya bagi Kerajaan dan juga bagi rakyat yang kita lihat hari ini, cadangan Kerajaan untuk membina rumah er… PR1MA dan juga Rumah Makmur sangat baik tetapi Rumah Kos Rendah yang menjadi er… impian juga sebenarnya bagi golongan pendapatan rendah ini untuk duduki er… kalau dapat di… dikaji semula mungkin ada mana-mana syarikat yang sanggup untuk mengeluarkan kos seluruhnya dan er… Kerajaan Negeri hanya er… apa memberi milikan semuanya diuruskan oleh er… developer dan juga pihak bank. Terima kasih.
Terima kasih er… Panching. Saya rangkumlah jawapan ketiga-tiga soalan tadi berkaitan dengan baki yang ada setakat ini kita ada 800 unit dan kita masih ada lagi pemohon yang memohon rumah di PKR Pandan ini. Er… masalah yang kita hadapi sebagaimana yang diterangkan oleh Panching tadi, masalah tunggakan bayaran.
Setakat pada ini satu Pahang yang tak pasti di Panching, tetapi satu Pahang ini kita hampir RM9 juta tertunggak. Masalah ba… er… tunggakan bayaran ini adalah sebenarnya sikap ya. Pegawai-pegawai saya dah datang melawat, kita bagi notis tetapi kita tak pernah halau seperti negeri di utara itu lah menghalau mereka yang tak bayar ini. Kita tak pernah halau. Kita bagi notis sepuluh kali notis pun ada ya. Er… bila kita tengok di rumah kereta ada dua, Astro saya tak tahulah ada piring Astro itu, makna dia berkemampuan sebenarnya tetapi masalah kita, kita Kerajaan yang berhemah kita bagi nasihat bayar.
Ada satu kes daripada mula sewa tak pernah bayar hampir RM26,000.00. Bila keluar notis, telefon saya… saya kata okay bayarlah. Kita bagi kelonggaran dia boleh bayar. Kita ugutlah sikit, ugut je, tapi tidak lah sampai nak menghalau kat jalan tidur, kat jalan tidur kat KOMTAR dan sebagainya. Adalah satu tempat tu di utara semenanjung (ketawa). Jadi er… kita akan usahakan supaya 1,200 unit ini akan diusahakan. Sebab tu kita memerlukan dana yang banyak anggaran saya rasa hampir RM50 juta untuk membaik pulih saya rasa dan kita perlu bekerjasama dengan pihak swasta.
Mana-mana syarikat swasta yang bersedia membantu untuk er… membantu rakyat sebenarnya dapat mengurangkan bebanan Kerajaan Negeri. Sebabnya tanggungjawab Rumah Rendah ini ataupun rakyat… rumah pendapatan rendah ini atau rumah murah adalah tanggung jawab Kerajaan Persekutuan ya sebenarnya. Kita
membantu menyediakan tanah dan sebagainya. Memang projek PKR Pandan adalah projek Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri cuma menyediakan tanah.
Dari segi dana kita akan dapatkan. Er… mungkinlah kita ada kaedah kita sendiri untuk memenuhkan Tabung Perumahan Rakyat ini insya-Allah saya rasa kita cukup tabung ini kita akan membantu dan kita meminta jugalah supaya mereka yang liat membayar ini saya ingat YB. Panching sendiri boleh nasihat, keluar sikit dua, tiga hadislah saya rasa (ketawa) tazkirah supaya mereka sedar hutang kena bayar wajib dibayar dan bayaran ini adalah untuk kita membaik pulih. Kita anggarkan sebanyak 5,000 unit… RM5,000.00 untuk membaik pulih rumah yang sedia ada untuk diduduki melibatkan wiring dan sebagainya, ya. Jadi itu adalah bebanan yang Kerajaan Negeri tanggung. Insya-Allah kita akan usahakan supaya perkara ini dapat manfaat kepada kita semua. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Saya ingat cukup dulu Yang Berhormat. Masa pun dah sampai untuk kita berehat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah selesai membincangkan Pertanyaan dan Jawapan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, Wakil-wakil Kerajaan ya kerana suasana kita pada pagi ini berjalan dengan lancar dan begitu cepat sekali dengan penuh tertib. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan ini untuk kita minum pagi dan persidangan kita akan disambung semula pada pukul 11.00 pagi. Sebelum itu ada sedikit pesanan, Gunung Tahan Gunung Benom, lepas ini kita minum. (Ahli Dewan ketawa) Persidangan ditempohkan. Terima kasih.
[Persidangan ditempohkan jam 10.21 pagi]
[Persidangan disambung semula]
PERBAHASAN RANG UNDANG–UNDANG PERBEKALAN (2020) 2019 DAN USUL ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN DAN PERBEKALAN AIR 2020
Sambungan perbahasan Rang Undang–undang Perbekalan (2020) 2019 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2020Bill
Perkara Kedua: Sambungan perbahasan Rang Undang–undang Perbekalan (2020) 2019 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2020.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi di dalam perbahasan Rang Undang–undang Perbekalan (2020) 2019 dan usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2020. Rang Undang-undang dan Usul ini telah dibentang pada 18 November 2019 dan dibahas pada 19 November 2019 dan disambung semula pada hari ini.
Pada hari semalam seramai 14 Wakil-wakil telah mengambil bahagian. Saya bercadang untuk memberi peluang dan ruang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sehingga ke sesi petang ini bagi mengambil bahagian dalam perbahasan. Masa yang diberikan sepertimana biasa dalam tempoh 15 ke 18 minit. Baiklah, sekarang saya buka untuk perbahasan, sila Wakil daripada Damak.
[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan laluan kepada saya untuk memulakan bicara pada pagi ini. Saya mengucapkan jutaan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di atas pembentangan Belanjawan 2020 Negeri Pahang yang telah dibentangkan baru-baru ini. Meskipun media melaporkan keadaan ekonomi Malaysia kekal kukuh, namun realiti yang kita lihat ialah majoriti masyarakat dalam negara kita dan khususnya negeri Pahang berada dalam keadaan yang resah akibat daripada tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat dan juga pendapatan rakyat yang berkurangan sama ada peniaga, penternak, petani, nelayan dan lain-lain.
Di samping itu, kenaikan cukai berlipat ganda juga memberikan impak negatif khususnya kepada rakyat-rakyat yang susah. Justeru, harapan saya agar Kerajaan Negeri benar-benar dapat menrealisasikan tiga fokus yang telah digariskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang iaitu yang pertama melonjakkan ekonomi ke arah negeri berdikari. Kedua, memperkasakan perkhidmatan dan modal insan dan yang ketiga mensejahterakan kehidupan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya juga mengajak agar kita sama-sama mewujudkan keharmonian kaum di dalam negara kita khususnya negeri Pahang. Kerana jika sebaliknya yang berlaku hasrat daripada belanjawan ini tidak akan berlaku. Mungkin akibat daripada diskriminasi ataupun perpecahbelahan yang berlaku di kalangan masyarakat kita. Justeru itu, perkara-perkara yang sensitif contohnya dalam isu agama, dalam isu yang berkaitan dengan istana dan seumpamanya tidak perlulah pihak kita masukkan dalam FB ataupun diucap di dalam ceramah-ceramah khususnya di kalangan pemimpin-pemimpin masyarakat.
Bagi kita umat Islam, Allah SWT telah memberikan panduan kepada kita. Jadi saya minta izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua untuk membacakan al-Quran.
Sila.
[Bacaan ayat al-Quran]. Yang bermaksud “Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain daripada Allah SWT kerana mereka nanti akan memaki dan menghamun Allah Taala dengan melampaui batas tanpa pengetahuan, demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka kemudian kepada tuhan mereka lah mereka akan kembali lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan”.
Saya ingin mengingatkkan sebagai contoh, baru-baru ini ada pihak yang mempersendakan pakaian Tuan Guru Presiden Parti Islam Se-Malaysia iaitu memakai jubah dan serban. Bagi saya, pakaian ini bukan lah pakaian yang boleh dipolitikkan kerana bagi kami umat Islam ini adalah pakaian sunnah. Justeru itu, perkara-perkara seumpama ini tidak perlu kita sebut sama ada dalam ceramah politik baik bagi orang Islam ataupun yang bukan Islam supaya kita dapat hidup dalam keadaan yang harmoni.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Di dalam kesempatan ini saya ingin membangkitkan beberapa isu yang berkaitan dengan pembangunan infrastruktur khususnya dalam DUN Damak. Antaranya ialah yang pertama sekali saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri secara khususnya kerana banyak pembangunan dan kemudahan yang telah disediakan dan saya juga sangat berterima kasih kerana urusan kami di Jerantut ini dipermudahkan dengan kerjasama daripada penjawat-penjawat awam di sana.
Jadi antara lain saya ingin mengesyorkan iaitu agar diwujudkan Pejabat Urusniaga Jabatan Pengangkutan Jalan ataupun JPJ di daerah Jerantut. Kerana buat masa ini warga Jerantut berurusan di Jengka dan juga di Temerloh sedangkan Jerantut ini adalah negeri yang terluas dan banyak kawasan-kawasan pedalaman yang mana menyukarkan penduduk kampung untuk berurusan sekiranya tidak ada pejabat urusniaga Jabatan Pengangkutan Jalan ataupun JPJ. Yang ada sekarang ialah Stesen Penguatkuasa JPJ Jerantut sahaja.
Kemudian, yang kedua saya ingin membangkitkan soal Hospital Jerantut. Walaupun ini di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, jadi saya harap Kerajaan Negeri dapat juga mengusahakan. Bukan untuk mewujudkan hospital baru tapi menaik taraf hospital yang sedia ada bagi memberikan keselesaan kepada penduduk setempat. Ini adalah kerana, 5 wad yang sedia ada hanya memuatkan 77 buah katil dan telah lama dan uzur dan tidak mampu menampung bilangan pesakit yang ramai dan keadaan wad yang tidak beraircond. Jadi ini… kurang memberikan keselesaan lah kepada pesakit.
Saya dimaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Bin Tun Abdul Razak, bekas Perdana Menteri pada 25 April 2018 telah melancarkan projek naik taraf Hospital Jerantut. Dengan penambahan 30 buah katil dan pembinaan bangunan tambahan Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan kos keseluruhan projek
mencecah RM 35.8 juta. Jadi projek ini sebenarnya telah disambut baik oleh penduduk Jerantut kerana akan memberikan kemudahan kepada lebih kurang 92 ribu penduduk di Daerah Jerantut dan er… mengikut maklumat yang saya perolehi projek ini akan mula beroperasi pada 2020.
Namun demikian, sehingga ke hari ini kita tidak dapat menerima apa-apa khabar berita mengenai projek ini. Justeru itu, saya harap pihak Kerajaan Negeri kalau boleh mengusahakan agar projek ini dapat diteruskan. Kemudian seterusnya ada beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan khususnya di kawasan DUN Damak, iaitu memohon Kerajaan Negeri agar lebih peka mengenai tanah rizab untuk kemudahan awam yang dibangunkan khususnya di kawasan bandar agar tidak sewenang-wenangnya diberikan geran kepada pihak pemaju. Ini jika berlaku akan mengurangkan aset berharga Kerajaan Negeri dan menyebabkan kemudahan-kemudahan awam tidak dapat dibangunkan dengan sebaiknya untuk manfaat orang ramai.
Seterusnya saya juga ingin er… bangkitkan dan sebagai satu bentuk soalan berkenaan status pembangunan semula Bandar Baru, belakang pasar ayam di Jerantut yang sehingga ke hari ini tidak dibangunkan dan kawasan itu sudah mula naik lalang dan hutan. Jadi saya harap nanti bolehlah kalau dimaklumkan apakah status projek ini. Seterusnya saya juga berharap pihak Kerajaan bertegas dalam isu procedure pembinaan rumah burung walit di tengah bandar dan juga kawasan padat penduduk kerana didapati ada pihak yang membangunkan sarang-sarang burung walit ni di tengah bandar dan saya rasa ia melanggar procedure yang telah ditetapkan. Ini kalau boleh bertegas lah dengan pemaju-pemaju rumah burung walit ini.
Dan yang berikutnya ialah berkenaan dengan Kampung Sungai Jan iaitu adalah kaw… satu kawasan padat penduduk yang mana majoritinya adalah kaum Tionghua. Jadi, Kawasan saya ini pun ramai kaum Tionghua. Alhamdulillah ya, walaupun orang kata kami ni daripada Parti Islam Se-Malaysia ni ya macam-macam, tapi di kawasan saya mereka, saya berikan tumpuan juga dan hari ini saya harap pihak Kerajaan dapat membangunkan kawasan ini kerana Kampung Sungai Jan ini adalah laluan utama penduduk khususnya ke… ke daerah Lipis. Namun demikian, apa yang saya lihat dari segi jalan, longkang tidak diuruskan dengan baik dan perumahan juga serta kedai tidak disusunkan dengan sebaiknya. Jadi dia tidak memberikan satu imej yang baik, Jerantut sebagai Bandar Taman Negara.
Seterusnya saya berharap juga agar pihak kerajaan dapat memastikan satu lokasi yang strategik terutamanya di jalan Temerloh–Jerantut berhampiran Jerantut bagi menyediakan pusat ataupun gerai-gerai bagi menempatkan peniaga-peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi memasarkan produk-produk mereka kerana setakat hari ini walaupun jalan Temerloh–Jerantut ini jalan utama, pelancong-pelancong yang akan datang ke Taman Negara tetapi tidak ada satu kawasan yang mempromosikan produk-produk tempatan seperti kraf tangan, batik, sambal hitam dan lain-lain.
Dengan mewujudkan gerai-gerai ini, dengan kemudahan yang mungkin dari sudut surau, tandas dan seumpamanya dia akan memberikan peluang menambah pendapatan dan pekerjaan khususnya kepada golongan ibu tunggal yang telah dibangkitkan pada sesi pagi tadi. Kerana bagi kita umat Islam, kalau kita baca kitab Riyadus Solihin, Nabi SAW sebenarnya memang mengkhususkan dan sangat mengambil berat soal ibu-ibu tunggal ini. Jadi, seterusnya boleh kita bantu golongan Orang Kurang Upaya dan juga anak-anak muda yang mungkin er… terhad dari sudut sumber pendapatan mereka.
Kemudian er… berikutnya, yang terakhir er… berkaitan dengan DUN Damak ini. Saya mohon sekali lagi walaupun telah dijawab oleh Lanchang tadi berkaitan dengan projek er… pertanian di Batu Balai, saya harap pihak kerajaan dapat memandang serius isu pembangunan kawasan-kawasan yang berkaitan dengan sumber air bersih ya khususnya di kawasan Ulu Cheka dan juga Batu Balai. Kerana ada makluman yang saya dapat bahawa kawasan-kawasan ini sedang ada pihak-pihak tertentu yang memohon untuk dibangunkan sedangkan kawasan yang telah saya bangkit persoalan yang pertama di awal pagi tadi, sebenarnya kawasan tersebut adalah kawasan yang akan dibangunkan itu adalah kawasan sumber air utama dan di situ ada Sungai Teralang yang menjadi sumber kepada loji air Batu Balai.
Jadi kalaulah dibangunkan bimbang dia akan merosakkan ekosistem dan juga sungai utama penduduk ini dan untuk makluman…
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Insya-Allah saya akan menjawab semasa saya menggulung. Lebih detail lagi tentang er… apa namanya perkembangan ataupun apa yang telah er… sedang diambil tindakan oleh Kerajaan dan juga syarikat yang memohon dan juga perkara-perkara yang melibatkan rakyat di kawasan tersebut. Insya-Allah saya akan jawab semasa penggulungan.
Terima kasih di atas keprihatinan Lanchang dan juga pihak kerajaan dan saya ingin maklumkan juga ada satu kampung iaitu Kampung Sempadan. Ia sempadan dengan DUN Benta ya. Jadi kampung tersebut 100% menggunakan sumber air sungai ini ataupun air bersih. Jadi saya ucapkan terima kasih di atas keprihatinan pihak kerajaan.
Dan akhir sekali yang ingin saya bangkitkan di sini ialah soal memartabatkan Islam. Allah SWT berfirman [Bacaan dalam Bahasa Arab] yang bermaksud: “Orang-orang yang kami berikan peluang untuk berkuasa (memerintah) di atas bumi ini, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyeru kepada perkara-perkara yang baik dan mencegah daripada perkara-perkara yang mungkar, dan bagi Allah lah kembalinya segala perkara.”
Semoga, insya-Allah kita menghayati ayat ini sebagai sumber rujukan kita dalam mentadbir Negeri Pahang Darul Makmur ini dan suka saya ingatkan Nabi SAW juga telah bersabda: [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Maksudnya: “Semua kamu ini adalah pemimpin dan semua di kalangan pemimpin ini akan ditanya oleh Allah SWT dan pemerintah itu ketua negara ataupun negeri adalah pemimpin dan mereka akan ditanya tentang rakyat mereka”.
Jadi, mudah-mudahan kita menginsafi kedudukan dan tugas kita di sini supaya kita dapat menjalankan tugas dengan baik.
Saya ingin ambil kesempatan di ruang yang terhad di hujung ucapan saya ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih khususnya kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana telah merealisasikan Titah Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah khususnya dalam soal memartabatkan tulisan Jawi di negeri Pahang ini seluruhnya.
Dan saya ucapkan tahniah, inilah buat pertama kali tak silap sayalah, tulisan Jawi er… ditulis pada Buku Belanjawan kita dengan begitu cantik. Jadi saya harap ini dapat diperluaskan lagi dan mudah-mudahan insya-Allah usaha Kerajaan ini di… diberkati oleh Allah SWT.
Cuma dalam memartabatkan tulisan Jawi ini, saya harap pihak kerajaan boleh merujuk kepada pakar-pakar kerana Jawi ini dia berkaitan dengan “khat”. Di sana ada macam-macam “khat”. Ini boleh tanya Kerdau lah, dia pakar dalam bidang ini.
Jadi kalau boleh, dirujuk kepada pakarnya supaya tulisan Jawi itu tidak ditulis hanya daripada komputer. Kadang-kadang kita memandang pun tak cantik tetapi kalau digunakan “khat”, di negeri Pahang ini ada Persatuan Khat Negeri Pahang dan salah seorangnya adalah pengajar di Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan iaitu Ustaz Abdul Karim yang cukup halus dan cantik tulisannya.
Jadi, boleh kita jadikan tempat rujukan kita, kerana saya bimbang nanti ada mungkin tersalah… tersalah tulis, contoh, ya beri contoh, contohnya ada setengah tempat kita terjemahkan Bahasa Inggeris itu ke dalam Jawi. Contohnya: “welcome”, welcome tu dia tulis “wau, ya, lam, kaf, min”. Kerdau boleh terjema… boleh baca sikit “wau, ya, lam, kaf, min” ar…
Tak syoklah, kita doa tiap-tiap hari mintak jauh daripada api neraka.
Jadi “welcome’ kalau terjemahkan tadi “wai, lu, kum” jadi “wail lu kum” tu maksudnya nega… neraka wail bagi kamu. Jadi kalu boleh yang English tu tak payah kita terjemahkan ke dalam Jawi, kekalkan dengan English, kalau Cina kekalkan dengan Cina tapi tulisan kita, kita tulis dalam tulisan Jawi.
Kemudian yang keduanya, rentetan daripada kes terbaru yang berkaitan dengan Sekolah Tahfiz, jadi saya harap Kerajaan Negeri dan saya ucapkan terima kasih melalui Bajet yang telah dibentangkan, banyak peruntukan kepada pembangunan institusi agama dan saya harap juga sekolah-sekolah Tahfiz yang ada di negeri Pahang yang begitu banyak juga diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri ya, khususnya dari slot bimbingan supaya sekolah-sekolah Tahfiz persendirian ini dapat mendaftarkan sekolah mereka dan sekiranya ada syarat-syarat yang tidak dipenuhi, pihak Kerajaan dapat memberikan sedikit kelonggaran memberi masa supaya syarat-syarat itu dipenuhi. Kerana apa? Kerana dengan wujudnya sekolah tahfiz ini, dia akan dapat jugak membekalkan tenaga modal insan dan juga mengundang keberkatan dalam negara kita. Insya-Allah.
Dan er… akhir sekali, saya ingin er… bertanya nanti mungkin boleh dijawablah berkaitan dengan dapatan kajian yang telah dibuat oleh Majlis Ugama Islam Pahang dengan kerjasama UMP, Universiti Malaysia Pahang berkaitan dengan pandangan rakyat negeri Pahang mengenai cuti pada hari Jumaat.
Saya difahamkan, kajian ini telah tamat, jadi kami harap dapat didedahkan apakah dapatan daripada kajian tersebut.
Akhir sekali, berapa kali akhir dah ini Yang di-Pertua ya, akhir sekali…
Empat kali akhir dah Yang Berhormat…
Akhir ini, pantun juga insya-Allah.
Ha… okay lah.
Wahid, Ithnin, Thalaatha, Arba’ah, Khomsah, Sittah, Saba’ah, Thamaaniah, Muafakat Nasional itu cukup indah, Kerana disitulah rahsia kekuatan ummah.
Sekian, Assalamualaikum WBT. [Ahli Dewan menepuk meja]
Waalaikumussalam WBT. Terima kasih Wakil daripada Damak. Ya, saya persila Wakil daripada Peramu Jaya.
[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, memberi ruang dan peluang untuk saya berucap pada pagi ini. Pada tahun er… 2020 jangkaan kutipan hasil adalah sebanyak RM744.02 juta. Pungutan hasil tersebut, sumber utamanya adalah daripada hasil tanah iaitu RM417.79 juta yang merangkumi 56.2% daripada hasil pungutan. Keduanya, daripada hasil hutan RM165.5 juta merangkumi 22.2% daripada hasil… kutipan hasil. Ketiganya ialah pada sumber air meliputi RM3.77 juta iaitu 0.5%. RM62.76 juta lain-lain hasil yang meliputi 8.4% dan tidak lupa… dilupakan geran Kerajaan Persekutuan RM94.2 juta yang merupakan 12.7% daripada hasil pada tahun 2020. Jika kita tidak mengambil kira lain-lain hasil, Negeri Pahang telah memperolehi bonus. Bonus dari segi cukai pelancongan yang diperolehi pada tahun er… 2018, RM7.86 juta. Jadi saya menganggarkan RM7 hingga RM9 juta hasil tahunan adalah merupakan bonus kepada Kerajaan Negeri Pahang.
Mengambil ki… teori akauntansi, aliran tunai yang sihat adalah merupakan aliran tunai masuk yang dapat menampung aliran tunai keluar secara berimbang dan wujud surplus. Saya begitu bangga melihat pencapaian ini seolah-olah wujudkan satu surplus. Meskipun tidak besar tapi yang pentingnya dari segi berniagalah ianya tidak merugikan negeri, masih wujud sedikit keuntungan. Aliran wang tunai ini ibarat tubuh kita. Tubuh kita, kita ada unsur darah. Darah ini adalah merupakan sel darah merah, darah putih, platelet, plasma dan pigmen merah itu merupakan hemoglobin.
Kita ibaratkan sel darah ini adalah merupakan sumber-sumber Kerajaan Negeri yang diperolehi daripada hasil-hasil tahunan. Jadi, jika ianya sihat, maka sihatlah kedudukan kewangan negeri ini. Sekejap, terlipat pula dah (membuka lipatan kertas). Sumber pertama yang tidak boleh kita abaikan ialah tanah. Kita tidak boleh wujud
ketirisan dan kehilangan hasil kerana bukan kita tidak cekap tetapi kita terlepas pandang unsur-unsur tertentu yang mengakibatkan kita kehilangan hasil yang paling-paling penting hasil tradisional Kerajaan Negeri ini.
Oleh itu, Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri memainkan peranan lebih aktif. Bukan saya kata tak aktif, saya kata lebih aktif agar penerokaan tanah haram secara berskala besar ini dapat kita bendung. Saya amat menyokong penubuhan Unit Khas Penguatkuasaan agar perkara ini dapat kita kuat kuasakan agar hasil Kerajaan Negeri tidak hilang.
Keduanya, saya memohon pihak kerajaan mengkaji semula tanah-tanah yang berskala besar yang telah pun diberikan kepada agensi-agensi Pusat yang tidak digunakan. Ini merupakan satu keluasan yang amat besar kalau kita bandingkan keseluruhan negeri Pahang. Kerajaan hilang banyak hasil di situ. Jadi, saya berharap bahawa rundingan yang sewajarnya dapat diadakan dengan pihak-pihak berwajib agar kita dapat meningkatkan hasil dan dengan kita mengambil usaha untuk kita membaiki hubungan kita dengan Pusat. Pada masa yang sama kita tidak mahu juga Pusat membiarkan milik mereka terbiar begitu sahaja tanpa hasil kepada Kerajaan Negeri.
Saya amat bersyukur kerana PahangGo memainkan peranan yang penting dan saya berharap PahangGo ini dapat dipercepatkan perluasan liputan ke semua daerah agar rakyat mudah bayar cukai dan perkara ini amat penting kerana kadang-kadang rakyat susah nak pergi, nak untuk membayar cukai ke pejabat tanah. Saya ambil contoh yang paling… paling mudah, Pulau Tioman. Pulau Tioman duduk di lautan samudera, di tengah lautan samudera. Kalau ada kemudahan ini, maksudnya hasil cukai itu dapat dipertingkatkan dengan bayaran berbentuk maya ini. Saya juga ingin mencadangkan agar Unit Hasil, Pejabat Tanah dapat menggunakan kemudahan yang ada terutama di Pejabat Daerah.
Saya memahami bahawa pergerakan Unit Hasil ke satu tempat ke satu tempat memakan kos yang tinggi tetapi kita ada kemudahan Pejabat Penghulu yang boleh kita manfaatkan dan kita dapat meminimakan kos dan pada yang masa yang sama kita dapat memanfaatkan peranan Pejabat Penghulu itu untuk kita sama-sama membantu meningkatkan hasil daripada tanah ini.
Saya juga ingin mencadangkan agar pihak Kerajaan Negeri dapat memberikan insentif-insentif tertentu kepada Pejabat Tanah yang dapat memungut hasil mengikut KPI masing-masing. Inisiatif ini bagi saya amat penting kerana ini mengiktiraf kerja keras mereka dan pada masa yang sama mereka juga dengan rela hati dan penuh semangat nak membantu Kerajaan Negeri menyumbangkan atau meningkatkan hasil negeri pada masa yang sama manfaat juga mereka dapat kecapi. Keduanya ialah tentang hutan…
Boleh minta laluan?
Ya, boleh… boleh. Jemput Pulau Manis.
Sila, Pulau Manis.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya rasa Peramu Jaya seharusnya menjelaskan terus secara terus teranglah dalam Dewan Yang Mulia ini, apakah perkara-perkara yang perlu diberikan kepada Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah dalam kejayaan mereka yang memberansangkan semasa memungut hasil-hasil ini? Supaya jelas di sini kita nampak di antara contoh-contoh insentif yang dikata patut diberikan itu tadi.
Sila Peramu Jaya.
Terima kasih sahabat saya Pulau Manis. Pulau Manis dia saja bertanya, sebenar dia tahu. Banyaklah insentif-insentif yang boleh kita berikan. Salah satunya ialah kita bawa mereka melancong. Bagi mereka seronok sikit, contohnyalah. Tapi tak perlu saya ulas panjanglah, takut tak sempat masa Tuan Yang di-Pertua.
Keduanya, hutan. Hutan ini daripada hasil premium, royalti dan lain-lain caj. Jadi err… kalau mengikut Akta Perhutanan Negara 1984, dari aspek penguatkuasaan, kita perlu pertingkatkan kerana perkara ini amat penting untuk menjaga sumber hasil utama kita. Oleh sebab itu, di dunia moden ini, saya mencadangkan juga kepada Kerajaan Negeri melalui Pejabat Hutan agar kita dapat menggunakan drone berperimeter tinggi untuk kita mengenal pasti kawasan-kawasan yang terlibat. Walaupun kosnya agak tinggi buat permulaan, tetapi keuntungannya jangka masa panjang adalah amat-amat besar.
Keduanya, sama juga macam saya katakan tadi bahawa saya memahami bahawa penguatkuasaan tidak dapat dijalankan sepenuhnya tanpa ada kerjasama rakyat. Jadi saya cadangkan juga agar kerajaan dapat menyediakan insentif kepada pelapor-pelapor yang melaporkan terhadap aktiviti pembalakan secara haram ini. Bentuknya, kita fikirlah apa yang sesuai dan apa yang penting ialah mereka ini dapat membantu kita untuk kita membanteras pembalakan haram yang merugikan hasil Kerajaan Negeri.
Selain daripada itu, saya telah bangkitkan, saya ingat dua tiga… dua kali dalam Dewan ini juga iaitu negeri Pahang ini kalau kita ingin suatu kejayaan yang lebih besar dari sumber hasil balak, kita perlu ada industri hiliran yang mampu meningkatkan ekonomi negeri dan rakyat. Oleh itu, saya lagi sekali mencadangkan dan ini kita mungkin boleh cari pelabur dari luar negara contohnya, kita balak kita terus keluar, keluar pada Pahang dalam bentuk asal. Kita tidak buat setengah siap, sepenuh siap dan sebagainya. Ini merugikan, ini terah… telah dialami oleh Thailand. Negara Thailand dahulu mereka mengeksport balak mentah, mentah ini maksudnya dalam bentuk asal. Mereka rugi, rugi dari segi tidak ada industri hiliran di Thailand itu sendiri. Sekarang ni Thailand dia dah buat segala balak-balak dia, dia proses dan jadi bahan-bahan perabot dan sebagainya dan untungnya adalah lebih besar daripada mengeksport balak itu secara bentuk asalnya.
Jadi saya sarankan agar kita dapat buat kilang, maaf dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, knock down furniture, ini kerana IKEA sendiri, setahun IKEA dapat menjual knock down furniture ini, RM10 billion. Boleh bayangkan? Itu sebab IKEA ini kalau kita lihat perabot-perabot ini bukanlah kayu bagus sangat, dia bukan buat kayu chengal dan sebagainya, ini perabot kayu biasa tetapi value added nya itu adalah tinggi, nilai tambah itu adalah tinggi.
Seterusnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, menyedari bahawa negeri Pahang ini kaya dengan mineral dan galian. Saya mendapat sumber daripada data asas negeri Pahang 2017. Lombong besi 48, lombong emas 7, manganese 1, timah 5 ini tidak termasuk bauksit lah. Jadi saya berharaplah agar kita ini dapat mengimplimentasikan sesuatu yang baik daripada contoh negara lain. Kalau kita lihat negara lain perlombongan ini betul hasil kepada kita tapi pada masa yang sama kita perlu ada satu konsep di mana pemulihan balik.
Saya pernah melawat satu tempat saya lihat lombong bijih besi dia tidak seperti lombong bijih besi kita di sini, lombong di sana bila dia korek dan sebagainya, ditanam balik pokok dia nampak balik macam asal, 4-5 tahun dah nampak seperti asal. Walaupun pokok itu tidak se… besarlah tetapi telah nampak keadaannya telah pulih. Itulah kita harapkan untuk generasi kita akan datang untuk kita memperolehi pendapatan yang berterusan.
Saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar kita wujudkan special vehicle, untuk kita jadikan sebagai anchor untuk kita mengendalikan perlombongan ini. Saya ambil contoh bauksit, kita perlu ada satu agensi kerajaan maaf, bukan agensi kerajaan, agensi kerajaan dah ada PTG. Kita perlukan special vehicle ini seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang untuk sama-sama membantu untuk mempastikan bahawa hasil kita tidak tiris.
Menyentuh tentang air pula saya mendoakan agar kawasan Hutan Simpan Negeri Pahang yang berjumlah 2.05 juta hektar ini yang meliputi 57% daripada keluasan negeri Pahang ini dapat kita kekalkan untuk kegunaan kawasan tadahan dan juga saya berharap kerajaan negeri teruslah berjuang dan teruslah berjuang untuk kita dapat apa yang kita nak iaitu istilah carbon credit ini kerana kita adalah sebuah negeri yang banyak menyimpan hutan simpan dan akhirnya kita tidak menebang hutan tersebut dan kita tidak dapat hasil sedangkan sumbangan kita kepada oksigen negara begitu besar.
Jadi terus berjuang bagaimana kita berjuang cukai pelancongan berjuanglah juga untuk carbon credit ini. Insya-Allah saya penuh yakin dan percaya dengan perjuangan ini, kita akan berjaya insya-Allah.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Hah, jemput.
Nak, nak menyampuk sikit.
Wakil Kerajaan.
Peramu Jaya bercakap tentang berjuang. Sememangnya perjuangan ini amat mencabar. Sebagai contoh er... kita ini bukan sahaja mengekalkan hutan ini untuk simpanan air, kita tapi turut juga membantu Lembah Klang dalam menangani er... apa ini kekurangan bekalan air di sana melalui Perjanjian Penghantaran Bekalan Air Mentah Selangor sebagai contoh. Tapi dalam pada nak berjuang ini, kita dulu mensasarkan perjuangan kita untuk dapat lebih RM400 juta er... sebagai pampasan di atas pengorbanan hutan kita yang kita tidak boleh membalak dua pusingan dan kita juga terlepas apa peluang untuk membangunkan aktiviti pertanian tapi malangnya jumlah yang kita dapat hanyalah lebih kurang RM86 juta.
Jadi ini saya berharap kita sama-sama dalam Sidang Dewan Yang Mulia ini, kita sama-sama fikirkan bagaimanakah er… pengorbanan kita ini boleh kita mendapat pulangan yang sewajarnya Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.
Okay, Peramu Jaya.
Terima kasih daripada pihak kerajaan.
Seterusnya saya nak sentuh tentang kawasan saya sikitlah. Saya bersyukurlah kerana kerajaan negeri telah mewujudkan Pengurusan Pasir Pahang Berhad. Terbaiklah ya, kerana ianya dapat mewujudkan kehilangan ketirisan dan meningkatkan hasil negeri. Cuma saya nak sentuh satu, saya dah bangkit perkara ini dalam beberapa Sidang Dewan yang lepas, iaitu saya mohon jasa baik agar pulau jadian berhampiran Jambatan Sultan Abu Bakar itu dapat kita ambil tindakan sewajarnya.
Saya dah jelaskan bahawa masalah jambatan ini ialah sekarang, pada keadaan sekarang, daripada paras air ke lantai jambatan tu cuma tinggal 3 hingga 4 meter saja. Boleh bayangkan kalau hujan lebat, kalau berlaku banjir besar, segala sampah-sarap, pokok-pokok tumbang dan sebagainya menekan jambatan tersebut, ia akan jadi seperti di Kelantan. Jambatan akan runtuh dan kita mesti faham bahawa Jambatan Sultan Abu Bakar itu adalah merupakan satu jambatan yang dibina oleh JKR dan jambatan bertol antara terawal di Malaysia. Umurnya saya ingat dah 40 lebih tahun, jadi bukan sayangkan je pada jambatan tu satu, yang keduanya saya risaukan esok kalau jambatan tu tak ada, laluan orang Pekan sebelah sungai sana hendak ke Kuantan boleh, tapi kena melalui Pulau Manis, dah jauh.
Jadi saya berharaplah ya di situ ada 2 juta metrik padu pasir yang perlu kita segerakan untuk membolehkan laluan air berjalan lancar dan jika berlaku banjir, kita dapat sedikit sebanyak mengawal. Kuasa runtuh tu itu Allah SWT punya kerja, itu kita tak boleh nak buat apa. Kalau Allah kata runtuh, runtuh. Tetapi ikhtiar kita ini saya sebut dalam Dewan ini kalau berlaku apa-apa kepada jambatan tersebut tanggungjawab saya, saya dah buat. Kalau Tuhan tanya saya, saya dah buat tanggungjawab itu. Bukan marah tak, marah tak boleh ini menceritakan keadaan sebenar.
Seterusnya, saya nak sentuh juga oil and gas Tanjung Agas. Oil and gas begitu lama, jalan... rangkaian jalan dah buat, dah siap. Paip junjung... paip junjung… apa Bahasa Melayu paip junjunglah. tangki air. Substation TNB dah buat. Ini semua dah lengkap, tetapi masalah kita sekarang di kawasan itu tak apalah kita dah masa terlalu lama kita simpan, masalah utama ialah infra-infra yang ada di dalam itu telah terhakis. Saya tahu ini sebab saya dulu duduk Kementerian Kewangan, banyak peruntukan telah disalurkan.
Saya sayang kepada projek itu bukan sahaja sayang kerana apa. Kerana sekarang ni hakisan telah kuat di kawasan itu. Dulu ada satu roundabout, orang melayu roundabout, orang putih panggil roundabout juga. Roundabout yang ada, pusingan bulat itu pun sekarang dah masuk ke air, boleh bayangkan berapa banyak peruntukan esok untuk kita baik pulih.
Jadi saya mengharapkan lah agar pihak berwajib khususnya PKNP dan Kerajaan Negeri membantu untuk ambil tindakan bukan nak apa kita perlu mengambil tindakan mengawal dahulu, nak selesai mungkin kosnya tinggi, mengawal dahulu. Jadi er... Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Buah langsat buah dokong, Saya mohon menyokong.
Daun kunyit daun selasih Sekian terima kasih.
Terima kasih lah Peramu Jaya ya. Pantun yang penuh bermakna. Ya. Wakil Ketari, sila.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat-yang berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Sebelum itu saya berpantun dulu nak balas pantun er... Yang Amat Berhormat Menteri Besar tapi tak ada pula hari ni.
Berkereta ke GPO mencari songket, Gentingnya tinggi janganlah gayat, Baiknya saya terus bersama roket, Demi manfaat negeri dan rakyat.
Terutamanya saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan Negeri Pahang beritahun 2020. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang untuk saya membahaskan Belanjawan Negeri Pahang 2020.
Kita dapat lihat anggaran hasil daripada cukai hasil hutan akan bertambah sekali ganda pada tahun 2020 daripada RM81 juta kepada RM165 juta. Adakah ini bermaksud akan ada lebih banyak hutan di negeri akan ditebang? Yang Amat… Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada menyebut tentang Enakmen Biodiversiti. Bilakah
enakmen ini akan dibentangkan? Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga sedang melihat peluang carbon trading dengan izin dan carbon credit dengan izin, yang saya lihat satu usaha yang dapat menjamin kelestarian alam sekitar kita. Tahniah diucapkan.
Dalam satu perkara, kita lihat pada masa yang sama Kerajaan Negeri mencadangkan menaikkan kadar cukai tanah terhadap pemain-pemain industri. Berapakah kadar kenaikan cukai ini? Kerana kita lihat peningkatan hasil cukai yang mendadak kepada RM192 juta kepada RM617 juta. Harapnya kadar kenaikan cukai yang dirancang ini tidak membantutkan usaha-usaha untuk kita menarik dan mengekalkan pelabur di negeri kita.
Mengenai rancangan penubuhan daerah kecil Gebeng dan daerah kecil Genting, saya rasa Kerajaan Negeri perlu melakukan kajian yang lebih lanjut mengenai rancangan ini dan kesannya terhadap daerah yang sedia ada dan Kerajaan Negeri. Jika dikatakan daerah kecil Gebeng dapat menambah RM200 juta kepada hasil negeri, namun daerah kecil Genting hanya RM2 juta. Mungkin jelas ada kebaikan yang besar untuk Gebeng dijadikan daerah kecil namun manfaat daripada Genting lebih kecil dan mungkin lebih baik jika dikekalkan dalam daerah Bentong sedia ada.
Tahniah juga kepada Kerajaan Negeri kerana dapat mencatat dan menarik pelabur-pelabur asing ke dalam negeri Pahang. Sudah tentu ini akan dapat menambah peluang pekerjaan untuk warga negeri dan meningkatkan ekonomi negeri. Namun saya berharap walaupun kita berusaha menarik lebih banyak pelabur untuk masuk saya harap supaya semua pelaburan adalah pelaburan yang berasaskan pekerjaan yang bermutu tinggi dan kilang-kilang yang akan dibina melalui proses kajian impak kepada alam sekitar.
Antara pelaburan baru yang masuk adalah pelaburan RM200 juta di Bukit Tinggi, Bentong di bawah kawasan Ketari. Kawasan ini merupakan kawasan alam sekitar yang sensitif. Kita tidak mahu walaupun ekonomi kita semakin maju, namun kita mengabaikan kelestarian alam sekitar kita. Namun saya menyambut pelaburan baru ini ke Bukit Tinggi dan diharap pihak Kerajaan Negeri dapat berkongsi perincian tentang pelaburan ini dengan pihak saya. Terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri kerana tidak melupakan Ketari, saya juga bersedia menghubungkan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat dalam hal-hal yang berkeperluan.
Seterusnya saya menyambut baik kepada fokus Kerajaan Negeri terhadap sektor pertanian. Sektor pertanian bukan sahaja penting kepada pengeluaran makanan namun semakin hari menjadi ekonomi yang berhasil tinggi juga. Namun saya lihat perkembangan pada sektor ekonomi… namun saya lihat perkembangan terhadap sektor pertanian ini sepatutnya diperluaskan kepada daerah-daerah di seluruh Pahang dan bukannya fokus kepada daerah seperti Kuantan, yang dirancang untuk diadakan Taman Kekal Pengeluaran Makanan.
Kuantan sudah banyak industri berat negeri ini… Kuantan sudah banyak industri berat, negeri ini luas tanahnya. Sepatutnya kita memberikan peluang kepada kawasan-kawasan lain, daerah-daerah lain. Jadi bagi program-program pertanian ini dan program pertanian yang lain termasuklah yang berasaskan ruminan, peluang patut dibari… diberikan kepada seluruh kawasan-kawasan lain dalam daerah-daerah negeri Pahang.
Seterusnya berkenaan dengan Projek Perumahan PR1MA Pahang dan Rumah Makmur. Saya berharap rancangan pembinaan rumah pada tahun 2020 dapat
mengambil kira kawasan Ketari dan Bentong. Harap dia dapat dikongsi perancangan Kerajaan Negeri terhadap perumahan mampu milik di kawasan Ketari dan Bentong khususnya. Dan jika belum ada perancangan saya ingin memohon untuk Projek Perumahan PR1MA, dan Rumah Makmur untuk kawasan Ketari dan Bentong.
Berkenaan penggunaan Dana Amanah Rumah, adakah dana ini digunakan semata-mata untuk membina rumah atau boleh dilanjutkan kepada skim dan sewa beli rumah? Apakah mekanisma yang digunakan dalam menggunakan Dana Amanah ini? Tidak salah juga saya rasa jika Kerajaan Negeri dapat memperluaskan skop dana amanah ini termasuklah membantu golongan B40 membaiki rumah mereka yang uzur dan rosak.
Seterusnya saya mendapati bahawa anggaran perbelanjaan untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turun sedikit pada tahun 2020. Sedangkan perbelanjaan untuk semua bahagian hampir semuanya naik. Saya berharap mendapat kepastian terhadap perkara ini. Mengenai jumlah penerima bantuan bulanan JKM, kita mahu tahu… bagi pihak Ketari, kita mahu tahu sikit jumlah ini semakin bertambah ataupun menurun.
Kita lihat walaupun banyak program-program berasaskan ekonomi dilakukan oleh Kerajaan Negeri, namun program-program kebajikan dan inisiatif-inisiatif yang berdasarkan kebajikan rakyat agak kurang. Yang Amat Menteri… Yang Amat… Yang Amat Menteri Besar… Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada menyebut, kalau berbelanja janganlah boros. Saya ingin menambah jika Kerajaan Negeri mahu belanja, berbelanjalah lebih kepada golongan B40. Saya juga lihat agenda pemerkasaan…
Nak mencelah
Wanita juga kurang…
Dato’ Yang di-Pertua, mohon mencelah sikit.
Yang Berhormat Ketari, Pulau Manis nak mencelah.
Ini nak jawab pantun Ketari, boleh? Nak jawab pantun, nak jawab pantun dia bukan nak kacau dia, nak jawab pantun dia aje.
Lepas tu karang dia jawab pula.
Biarlah.
Bolehlah sekali.
Boleh ya?
Ke simpang Pelangai membeli songket, Ke Janda Baik mencari buah letop, Nampaknya Ketari bersama roket, Tapi dengar-dengar roket dah nak meletup.
(Ahli Dewan ketawa)
Ketari.
Saya sambung perbahasan saya, bukannya pantun. Seterusnya, saya juga lihat agenda pemerkasaan wanita juga seperti kurang diambil berat oleh pihak Kerajaan Negeri. Harap dengan penubuhan Majlis Pembangunan Wanita Pahang di peringkat Parlimen dapat merancakkan lagi program permerkasaan wanita di negeri Pahang. Tahniah diucapkan kepada Exco Wanita kerana telah menaikkan idea seperti ini. Namun begitu, saya juga berharap bahawa organisasi ini tidak melibatkan wakil daripada parti-parti kerajaan semata-mata tetapi melibatkan daripada parti pembangkang dan juga wakil NGO.
Di sini saya juga ingin merakamkan sembah tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang baru-baru ini telah menerima Anugerah Ikon Kraf 2019 pada Majlis Kraf Dunia (WCC). Paduka baginda telah memainkan peranan yang penting dalam sektor kraf terutamanya dalam memartabatkan dan mempromosi Tenun Diraja Pahang. Saya juga ingin memuji usaha Kerajaan Negeri yang terus mempromosikan Tenun Diraja Pahang dengan Hari Tenun Diraja Pahang, tetapi saya berharap kita jangan lupakan tentang saudara-saudara kita di penjara Bentong yang turut menyumbang kepada Tenun Diraja Pahang.
Melihat kepada isu yang melibatkan MPKK, JKK dan MPKKP, saya berharap Kerajaan Negeri akan terus berhubung dan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk memastikan penye… penyelesaian yang lebih baik dapat dicapai. Di peringkat atas pentadbiran dan tentang urusan ekonomi dan kewangan, kita boleh lihat kerjasama yang baik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat dan jadi harapnya kerjasama menang-menang juga dapat dihasilkan untuk isu pentadbiran komuniti masyarakat ini.
Dato’ Yang di-Pertua,
Ini serius ini, tadi main-main aje pantun ini.
Pantun lagi ker
Bila berkaitan dengan isu MPKK dan MPKKP. Sehingga kita, pihak kerajaan merancang untuk kembali semula kepada asal kita iaitu dengan JKKK. Saya nak maklumkan bahawa, sebenarnya apa yang telah diperjelaskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kena faham jelas-jelas. Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyatakan bahawa, semasa Kerajaan PH memerintah, dia membatalkan JKK tapi dia ganti dengan baru MPKK. Kita bersetuju dengan syarat yang ditetapkan iaitu setiap MPKK, setiap MPKK hendaklah diselitkan dengan lima jawatankuasa tambahan terdiri daripada orang-orang daripada PH.
Tapi sehingga ke hari ini, kita tak nampak. Bukan kita pula nak cari jawatankuasa daripada PH, dia yang menyarankan nak selit, selitlah, lima itu tadi. Kita ada berapa ratus 159, er…berapa ratus MPKK kita ada ha… 400… 400 lebih. Jadi sekarang ini setiap MPKK selit lima, tak ada masalah. Tapi sehingga ke hari ini saya dimaklumkan tak ada seorang pun nak selit. Jadi sekarang ini timbulnya ialah daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri PH itu, ada kat Kuantan ini, dia yang sibuk-sibuk, dia mengatakan nak selit, kita semua sedia menerima. Itu untuk makluman Ketari. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat
Terima kasih Pualau Manis. Dah habis dah? Saya dah nak habis dah sebenarnya ni.
Teruskan la, habiskan.
Yang terakhir, er… saya berharap untuk dewan… sidang dewan yang seterusnya Yang Amat… Yang di-Pertua, saya mohon supaya diadakan live er… sidang dewan ini supaya bukan setakat er… di sini saja.
Yang Berhormat, ada dalam makluman saya.
Alright, terima kasih. Baiklah akhir kata pantun penutup. Ha… tak menjawab yang itu.
Berjalan ke Ketari bersama sahabat, Pekannya makmur tidak pesat, Belanjawan 2020 rakyat manfaat, Tahniah, tahniah negeri terima kasih pusat.
Sekian terima kasih. Assalamualaikum
Terima kasih Yang Berhormat Ketari. Untuk makluman Yang Berhormat Ketari tadi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar berada di Putrajaya, menghadiri satu mesyuarat penting bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Baiklah, seterusnya, jika ada lagi Ahli Yang Berhormat ingin mengambil bahagian dan nampak Tahan tadi bersedia. Wakil Tahan…boleh, sila.
(Ayat al-Quran) Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera. Yang dihormati Dato’ Sri Yang di-Pertua, barisan Exco, rakan-rakan ADN, ketua-ketua jabatan, seluruh pemerhati yang dirahmati oleh Allah SWT sekalian. Alhamdulillah, pertamanya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana telah memberi laluan kepada saya bersama-sama mengambil bahagian dalam membahaskan ucapan Belanjawan 2020 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Isnin yang lalu.
Bagi saya ucapan atau Belanjawan yang dibentangkan ini adalah satu Belanjawan yang bersifat menyeluruh yang kita mengharapkan agar segala er… perkara yang telah dibentangkan dapat diterjemahkan sehingga manafaatnya dirasai oleh seluruh rakyat jelata.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mengambil kesempatan ini untuk er…menyebut ataupun menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan ucapan belanjawan dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan isu tempatan di DUN Tahan itu sendiri. Pertamanya saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri di atas keprihatinan dalam beberapa perkara menjadi expect yang melibatkan golongan belia di bawah strategi kedua iaitu memperkasa modal insan. Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan di atas peruntukan RM2 juta untuk persediaan atlet SUKMA 2020 yang akan berlangsung di Johor pada tahun hadapan.
Semoga peruntukan yang diberikan ini akan menaikkan semangat 528… 582 atlit Pahang yang akan mengambil bahagian tersebut. Seterusnya, saya juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang juga memperuntukkan er… sejumlah er…peruntukan untuk pembelian 3 unit perahu layar dan juga RM200,000.00 untuk penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan sukan iaitu lebih daripada bajet tahun lepas yang hanya memberi sebanyak RM130,000.00 sahaja.
Kemudian saya juga nak bertanya berkenaan dengan peruntukan yang telah dikeluarkan pada er… September tak silap saya, September yang lalu iaitu peruntukan sebanyak RM100,000.00 untuk menaiktaraf Stadium Darul Makmur bagi membolehkan mendapat sijil pematuhan kod er…CCC atau CF. Saya nak tanya adakah er…sijil itu telah diperolehi ataupun masih lagi dalam proses menaiktaraf?
Seterusnya selain daripada kita mengambil berat berkenaan dengan soal penyelenggaraan dan juga pembaikan kemudahan sukan, saya juga mengharapkan agar pihak Kerajaan Negeri juga mengambil berat berkenaan dengan aspek pemakaian patuh syariah kepada atlet-atlet kita terutamanya kepada atlet-atlet yang
beragama Islam. Kerana Islam tidak melarang kita bersukan bahkan Nabi SAW bersabda (Ayat al-Quran) “Sesungguhnya orang beriman yang kuat lebih disukai oleh Allah SWT berbanding dengan orang beriman yang, yang lemah”. Cumanya dalam kita nak mengharumkan nama negeri dengan penglibatan atlet-atlet kita untuk mencapai kemenangan dan juga kejayaan, kita juga kena mengambil kira soal pahala dosa dan juga aspek keberkatan daripada Allah SWT.
Sebab itu, saya nak sebut Islam er… mengangkat kedudukan orang perempuan ini amat tinggi. Sebab itulah selepas daripada lahirnya Rasulullah SAW di tengah masyarakat Arab Jahiliah yang pada ketika itu, masyarakat Arab Jahiliah menganggap perempuan ini sebagai simbul seks semata-mata dan juga orang panggil manusia yang berada di kelas bawahan. Lahirnya Rasulullah SAW dengan Islam yang dibawa telah mengangkat martabat perempuan dan juga martabat wanita itu sendiri.
Maka kita melihat perkara ini mesti diberikan er…perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri. Kemudian saya juga nak mengesyorkan ataupun mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri supaya kita mewujudkan apa yang dinamakan sebagai kebitaraan sukan… kebitaraan sukan. Kalau sebelum ini er…kita yang banyaknya kebitaraan makanan.
Bila, bila disebut Termerloh, ikan patin. Bila sebut Lipis sambal hitam. Bila sebut Rompin, udang galah. Dah…bila sebut Bentong rendang Tok’Ki. Bila sebut Jerantut gulai rong. Itu kebitaraan makanan. Kita nak kalau boleh kita diwujudkan kebitaraan sukan. Contoh Rompin dikenali sebagai orang panggil er… sukan angkat berat. Angkat berat bila sebut Rompin, angkat berat dan segala fasiliti angkat berat pun ada di Rompin, saya dimaklumkan. Jadi kalau boleh kita minta Kerajaan Negeri juga berikan perhatian kepada perkara tersebut.
Seterusnya pada bajet kali ini, pada bajet yang, yang lalu, saya melihat ada peruntukan sebanyak RM260,000.00 yang diberikan er…disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri er…Menteri Besar yang pada bajet yang lalu RM260,000.00 untuk pengurusan kepada Majlis Belia Pahang dan juga Majlis Belia Daerah diseluruh negeri. Cumanya adakah jumlah RM260,000.00 itu mencukupi untuk er… dimanfaatkan oleh belia di negeri Pahang dan saya juga melihat kepada er…Belanjawan yang dibentangkan Isnin baru ini, kalau saya tidak silap saya tidak nampak satu angka khusus yang disebut dalam Belanjawan untuk diberikan kepada belia.
Saya tak tahulah adakah er… panggil er… ada er… belanjawan ataupun ada er… diselitkan di mana-mana bahagian namun saya meneliti er… belanjawan ini dan saya tidak nampak adanya satu amaun ataupun jumlah yang khusus diperuntukkan untuk memperkasakan golongan belia di negeri Pahang. Jadi…
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mohon laluan.
Sila Wakil Kerajaan.
Er… untuk makluman kepada ADN Tahan berhubung dengan isu peruntukan oleh Kerajaan Negeri kepada Majlis Belia Negeri mahupun badan gabungan er… serta er… kelab-kelab belia di kalangan NGO. Memang kita saban tahun kita ada peruntukan tersebut. Bahkan pada er… Pilihan Raya sebelum kekalahan er… Kerajaan Barisan Nasional, kita Kerajaan Negeri memberi peruntukan kepada Jabatan Belia sahaja hampir RM450,000.00 dan er…
Dan selain daripada itu juga kita turut memberi peruntukan er… sebagai contoh pada er… tahun yang lalu ataupun tahun ini sejumlah RM260,000.00 kepada Majlis Belia Negeri dan RM150,000.00 kepada er… badan gabungan namun proses untuk er… penyaluran peruntukan tersebut oleh pihak Kewangan Negeri secara berperingkat dan untuk mengatakan khusus atau tak khusus tu kita tengok kepada case by case er… peruntukan untuk disalurkan kepada pihak Majlis er… Belia Negeri dan insya-Allah atas er… saranan dan juga cadangan oleh ADN Tahan kita ambil maklum perkara ini dan insya-Allah kita akan perkemaskan saluran-saluran peruntukan ini dari semasa ke semasa.
Bahkan itu yang kita er… perolehi data untuk saluran peruntukan kepada Majlis Belia Negeri dan juga badan gabungan. Sedangkan peruntukan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kepada badan-badan NGO ataupun belia-belia ini er… lebih er… ratusan ribu ringgit. Bahkan kepada penggal yang lepas er… dibawah peruntukan Exco Belia sahaja RM1 juta lebih kepada badan-badan sukan sebagai contoh la NGO-NGO er… dan juga kelab-kelab yang lain.
Jadi begitu juga kepada er… Exco-exco barisan Exco Kerajaan Negeri juga memberi peruntukan-peruntukan kepada er… belia-belia dan juga NGO-NGO. Begitu juga pada Yang Berhormat-yang berhormat kawasan, saya lihat banyak kalau kita er… datangkan senarai data-data tersebut peruntukan-peruntukan tersebut jutaan ringgit disalurkan kepada belia-belia ini cuma tinggal lagi er… saya akan mohon pada pihak Kewangan Negeri untuk menyenaraikan sepenuhnya nanti untuk kita bagi kepada ADN Tahan dan kita uar-uarkan dalam Dewan insya-Allah, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih er… Tioman. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Saya teruskan er… perbahasan saya er… merujuk kepada er… muka surat 34 ucapan belanjawan ini iaitu dibawah tajuk membentuk er… belia berdaya saing. Saya ingin mencadangkan selain daripada kita memberikan er… apa tu perhatian kepada belia-belia kita er… dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti sukan dan juga kemahiran. Kita juga perlu memberikan er… pendedahan kepada mereka berkenaan dengan er… aktiviti yang berkaitan dengan kepimpinan. Sebab itulah dalam Dewan Yang Mulia ini saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri boleh mewujudkan Sidang DUN Belia sebagaimana kita ada er… Parlimen Belia Malaysia saya nak mencadangkan supaya kita wujudkan Sidang DUN Belia yang kita boleh peruntukan satu jumlah untuk kita meraih ataupun kita…
Yang Berhormat er… DUN Tahan terima kasihlah. Itu pun dalam makluman urusetia Dewan. Cadangan Yang Berhormat tadi memang dalam makluman urusetia Dewan. Yang Berhormat jelas?
Terima kasih banyak-banyak kepada Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya teruskan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kalau melihat kepada stas… statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, er… kadar pengangguran bagi negeri Pahang telah menurun daripada 2.9% pada tahun 2017 kepada 2.6% beritahun 2018. Kadar ini adalah lebih rendah berbanding dengan purata nasional sebanyak 3.3%. Pada tahun 2019 setakat bulan Januari hingga bulan Jun sebanyak 6… sebanyak RM6.44 bilion pelabur asing yang telah masuk ke negeri Pahang. Saya cuma ingin er… bertanya daripada pelaburan yang masuk, beberapa ba… beberapa banyakkah peluang pekerjaan yang telah dihasilkan melalui pelaburan-pelaburan ini dan adakah belia negeri Pahang ini mendapat manfaat er… daripada pelaburan yang masuk.
Kemudian saya juga er… ingin er… menyebut berkenaan dengan perkara yang berkaitan dengan Projek Rumah Makmur. Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah memperkenalkan Projek Rumah Makmur sebagai salah satu daripada usaha untuk er… memberikan er… akses perumahan mampu milik kepada golongan sasaran iaitu golongan berpendapatan rendah dan juga sederhana.
Namun begitu saya ingin meminta supaya pihak kerajaan boleh membuat sedikit penambahbaikan terhadap program ini khusus untuk golongan belia kerana apa walaupun kita ketahui er… Rumah Makmur ini er… nilainya ataupun harganya er… RM80,000.00, namun di sana masih ada lagi golongan belia yang sukar untuk menyediakan deposit ataupun mendapatkan pinjaman bank. Oleh kerana itu, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mempertimbang… mempertimbangkan skim sewa beli untuk Projek Rumah Makmur bagi golongan belia ini.
Dato’Sri Yang di-Pertua,
Yang seterusnya saya nak menyebut berkenaan dengan er… apa yang dihadapi oleh golongan belia kita di zaman kelembapan ekonomi masa kini. Oleh kerana itu, saya ingin mencadangkan agar kerajaan memperkasakan semula RTP er… melalui PKPP memperkasakan semula RTP dan mungkin boleh mewujudkan RTP-RTP yang baru dengan memfokuskan er… penanaman kelapa matag sebagai contoh, yang mempunyai permintaan yang tinggi selain boleh menjadi… menjana ekonomi kepada Kerajaan Negeri sekali gus kita menggunakan sumber alam yang… yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T, akhirnya manfaat rakyat khususnya kepada golongan belia akan dapat tercapai.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Seterusnya saya ingin menyambung sedikit lagi berkaitan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan er… DUN saya sendiri iaitu di DUN Tahan. Isu yang pertama iaitu isu yang berkaitan dengan er… gangguan er… binatang-binatang liar secara khususnya adalah gajahlah. Gajah yang er… ada 3 kampung dalam DUN Tahan ini
yang selalu dimasuki oleh gajah. Pertama Kampung Pagi, yang kedua Kampung Paya Garok dan yang ketiga Kampung Gol di Kuala Tahan.
Untuk rekod, Kampung Pagi ini dia er… dia melibatkan er… paip air yang menjadi sumber air bukit kepada… kepada penduduk di Kampung Pagi kemudian Kampung Paya Garok untuk rekodlah, untuk tahun 2019 ini, di Kampung Paya Garok lebih 10 kali gajah masuk berhampiran dengan kampung. Di Kampung Gol rekod 2019 men… menca…mencatitkan 41 kali… 41 kali gajah masuk ke dalam kampung.
Keadaan ini memberikan er… gangguan kepada penduduk kampung khususnya soal keselamatan, di samping gajah-gajah yang liar ini masuk dan memusnahkan tanaman-tanaman penduduk. Adakah… saya nak bertanya adakah er… pihak negeri… er… Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan er… sebarang pampasan kepada penduduk-penduduk yang terlibat er… dengan er… kerugian akibat daripada gajah-gajah yang membuat er… yang masuk ke dalam kampung tersebut? Ianya adalah berpunca tak lain tak bukan apabila habitat mereka diganggu dan juga dikacau melalui… melalui penerokaan dan juga pembalakan yang berlaku. Oleh kerana itu saya mengharapkan er… agar projek-projek pembalakan khususnya dalam DUN Tahan yang berhampiran dengan kawasan er… Taman Negara…
Mohon mencelah sikit. Saya cadang yang gantirugi itu tadi minta dengan Lanchang sebab gajah di Kuala Gandah itu bawah Lanchang. Yang kedua ada satu lagi Luit… dia beritahu, kalau boleh gajah di Kuala Gandah tu ada sorang tu nama, ada seekor itu nama Pian. Jadi, dia minta tukar nama lain, Luit mintalah.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Terima kasihlah Wakil daripada Tanjung Lumpur. Kita bukan bagi peruntukan yang diserang gajah, kita hanya tangkap gajah sahaja. Nama Pian mungkin kita boleh tukar ke nama John Travolta kot.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mengucapkan er… terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan daripada PERHILITAN yang tak kira malam menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan gajah. Namun, apa punca sebenarnya kepada berlakunya perkara ini adalah daripada pembalakan dan juga penerokaan tanah yang berlaku di kawasan tersebut. Oleh kerana itulah, saya minta Kerajaan Negeri supaya boleh meneliti semula segala permohonan pembalakan yang berada di kawasan berhampiran dengan kampung-kampung yang tersebut.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, mohon mencelah sikit. Nak tanya ADN Tahan pernah tak berhubung dengan pihak PERHILITAN tanya gajah tu dari mana? Adakah gajah itu hak yang sama sumbernya di Ibam ke? Boleh bertanya tak pihak PERHILITAN? Terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya tak pernah tanyalah PERHILITAN tentang gajah tersebut tapi gajah-gajah yang berada di kawasan Kampung Gol terutamanya adalah gajah daripada hutan Taman Negara sendiri. Kerana Kampung Gol dengan hutan Taman Negara jaraknya 2 kilometer yang dipisahkan oleh Sungai Tembeling sahaja. Jadi, ini isu dia. Jadi saya mengharapkan agar perkara yang berkaitan dengan pembalakan ini diberikan perhatian serius oleh pihak Kerajaan Negeri.
Seterusnya, saya nak sebut berkenaan dengan isu yang kedua iaitu isu Orang Asal yang berada di dalam DUN Tahan. Di, di dalam DUN Tahan ini ada lebih kurang 11 kampung Orang Asal yang berdaftar dengan JAKOA. Isunya ialah isu berkenaan dengan masih ramai lagi di kalangan Orang Asal ini yang tiada memiliki dokumen pengenalan diri… ramai lagi. Jadi, walaupun bila saya pergi rujuk, ada dah masuk 2, 3 kali ambil maklumat, ambil maklumat, tapi sampai sekarang masih lagi belum memperolehi dokumen pengenalan diri. Saya tak tahu adakah proses ataupun bagaimana yang menyebabkan perkara itu berlarutan sampai ke hari ini.
Seterusnya yang ketiga berkenaan dengan isu banjir kilat. Dua lokasi yang apabila hujan turun 1 jam, 2 jam akan menyebabkan banjir kilat berlaku. Pertama di kawasan FELDAPadang Piol. Di kawasan er… di kawasan FELDAPadang Piol di Jalan Melur. Bila berlaku hujan, hujan yang lebat turun sejam, 2 jam akan berlaku banjir kilat yang akan melibatkan 20 buah rumah. Ini perkara yang sentiasa berlaku yang menyebabkan penduduk-penduduk di kawasan Jalan Melur, FELDAPadang Piol sangat rasa susahlah bila berlakunya hujan yang lebat. Ini adalah berpunca daripada, pertama: kawasan perumahan tersebut rendah; yang kedua: sungai-sungai sempit sebab sisa pertanian dan juga sampah; yang ketiga: culvert yang ada, yang sedia ada adalah kecil. Maka penyelesaiannya ada, cumanya saya nak minta pada Kerajaan Negeri supaya untuk menyelesaikan perkara-perkara ini boleh diberikan sedikit peruntukan untuk kerja-kerja tersebut.
Yang seterusnya yang keempat, saya nak ringkas-ringkas sikit Yang di-Pertua, yang keempat iaitu masih lagi berkenaan dengan isu air dan juga jalan. Saya harap Guai tak bangun. Kalau Guai nak bercakap pun dalam penggulungan sebab Guai dah respons banyak tempat yang juga er… membangkitkan isu yang sama. Cuma saya nak kena sebut juga isu ini. Isu air di Kampung Mat Daling di Kampung Pulau Besar. Saya tahu Guai akan jawab, tapi saya awal-awal lagi saya block dia…
Ya lah Yang Berhormat…
Isu air ini… saya alhamdulillah dalam bulan lepas, saya bersama-sama dengan PAIP Jerantut. Saya ajak pegawai PAIP dengan juga team dia untuk bersama-sama dengan saya pergi berjumpa dengan masyarakat apa itu… Kampung Pulau Besar. Kita ada dialog, kita buat dialog untuk mencari penyelesaian jangka panjang dan juga jangka pendek kepada isu tersebut, kerana apa? Sehingga hari ini, isu air semakin meruncing kerana apa mereka hanya menggunakan air sungai. Air sungai yang ada memang sangat tercemar yang menyebabkan bila mandi tu berkepuh. Tau berkepuh? Bila mandi berkepuh. Kemudian bila mandi, gatal. Jadi, air itu digunakan untuk makan,
minum, selain daripada untuk mandi. Untuk makan minum, basuh beras, nak memasak itu la air dia tapi terpaksa kerana apa? Tidak ada pilihan. Maka kita bimbang kalau kita biarkan keadaan ini berterusan, akan datang benda lain pulak. Penyakit Kolera pulak, macam-macam penyakit yang akan menyebabkan berlaku kematian yang kita tidak ingini. Oleh kerana itu, saya minta panggil pihak kerajaan mengambil serius juga perkara ini untuk masa yang akan datang.
Yang kedua isu jalan. Jalan ini saya nak fokus kepada jalan di satu kampung, Kampung Batu Balak. Pegawai Daerah pun dah pernah sampai ke situ alhamdulillah. Isu jalan, jalan tu macam biasa jalan tanah merah. Baru-baru ini berlaku runtuhan kepada orang panggil hakisan kepada jalan tersebut dan saya ucap terima kasih kepada pihak JKR dan juga pihak PBT yang mengambil langkah yang segera bagi menyelesaikan ataupun bagi menangani masalah tersebut. Namun, apa yang dibuat itu hanyalah bersifat sementara.
Maka saya mengharapkan agar perkara ini juga diberikan perhatian kepada… oleh Kerajaan Negeri dan saya ucap juga terima kasih kepada pihak PBT yang juga bersama-sama dengan saya untuk berusaha buat kertas kerja dan bagai-bagai lagi untuk angkat perkara ini ke Kementerian Luar Bandar, alhamdulillah. Mudah-mudahan usaha bersama itu akan mewujudkan satu hasil yang baik kepada manfaat rakyat insya-Allah. Yang terakhir sekali…
Yang Berhormat, sila yang terakhir.
Yang terakhir sekali Yang di-Pertua, iaitu isu berkenaan dengan penjualan arak di Taman Negara. Baru-baru ni pada 8 November, saya dapat 1 salinan surat bantahan daripada MPKK Kuala Tahan berkenaan dengan isu penjualan arak di Taman Negara. Isunya, pertama: penduduk di Taman Negara di Kuala Tahan, Taman Negara itu 90% lebih adalah orang Melayu Islam. Yang kedua: kawasan pelancongan tersebut berhampiran dengan kawasan kediaman penduduk berhampiran dengan kawasan masjid, kawasan sekolah, kawasan klinik.
Jadinya, kebimbangan ibu bapa apabila berlakunya apa itu ada penjualan arak yang banyak. Jadi, saya tak fikirlah pelancong-pelancong yang datang ke Taman Negara ni nak minum arak sangat. Jadi, mungkin saya mencadangkan agar dikaji semula lesen yang diberikan kepada penjualan arak di Taman Negara itu. Kalau kata ada 3 sekarang, dikurangkan… kalau tak perlu lagi bagus tapi kalau perlu buat lah satu, tak perlu banyak-banyak yang akhirnya kerana apa? Hari ini alasan daripada penduduk kampung MPKK buat bantahan kerana apa… banyak…
Mohon mencelah sikit…
Saya… saya tak bagi, last sebab Yang di-Pertua kata last dah. Sebelum Yang di-Pertua cabut mic saya ni…
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Ya, Yang Berhormat… … Yang Berhormat Tahan, 1 minit lagi.
Last… jadi kebimbangan penduduk kampung MPKK dan juga pihak masjid, pihak komuniti ialah kerana apa? Kerana apabila berlakunya penjualan yang secara terbuka, ada kedai-kedai runcit yang disewa kepada orang lain, jual, tulis pada cermin beer here. Ada tulis pulak makna iklannya. Jadi, sekarang ni dah banyak jumpa tin-tin arak tu di tempat-tempat awam. Oleh kerana itulah penduduk-penduduk kampung buat bantahan dan kita harap pihak kerajaan mengambil serius di atas bantahan ini. Kerana apa? Ianya demi untuk memelihara generasi anak muda di kawasan Taman Negara terutamanya. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Sri Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan pada kali ini. Mudah-mudahan Allah SWT memberkati kita. Saya mohon menyokong. Sekian terima kasih. Assalamualaikum WBT.
Waalaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat Wakil daripada Kuala Tahan. Ya, kita ada sedikit lagi masa sebelum kita menangguhkan Persidangan ini dan saya nampak Ahli Yang Berhormat daripada Pelangai. Berdiri dan duduk, berdiri, duduk barang kali ada sesuatu hendak menyampaikan ucapan juga. Ya, sila Yang Berhormat.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya mengucapkan terima kasih kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Bajet 2020. Saya mengambil masa insya-Allah tidak lebih dari 5 atau 7 minit.
Pertama sekalinya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah membentangkan er… Bajet yang sangat baik, mantap. Dan saya bergembira mendapat tahu bahawa Bajet kali ini, Bajet yang surplus. Dan selain daripada itu, ada peningkatan kutipan hasil. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana berjaya mengetuai rombongan ataupun misi pelaburan ke luar negara dan berjaya mendapat komitmen walaupun dalam bentuk MoU tetapi er… jumlah pelaburan yang ditarik insya-Allahnya adalah tinggi.
Saya hanya mengingatkan er… kerajaan, bahawa dalam kita cuba menambah hasil negeri, kita jangan pula er… menyusahkan rakyat dan juga menakutkan pelabur-pelabur. Saya ucap tahniah kerana tanah di bawah 10 ekar tidak dikenakan sebarang quit rent atau cukai tahunan tambahan. Saya pernah mencadangkan dahulu supaya cukai tahunan untuk tanah dibawah 10 ekar ini juga dinaikkan sebab arwah ayah saya mempunyai beberapa bidang tanah di Janda Baik dan saya lihat sekeping er… geran itu RM8.00 setahun, RM4.00 setahun, jadinya sangat sikit. Mungkin kita boleh naikkan RM15.00, RM20.00 tetapi janganlah naikkan sampai RM150.00, RM250.00 satu geran.
Ini boleh dikaji mungkin untuk Bajet yang akan datang. Oleh sebab kita telah pun er… menaikkan er… sikit sebanyak cukai di er… kawasan Perindustrian Gebeng. Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mengambil langkah memanggil segera pihak yang terlibat ataupun disebut stakeholders ataupun istilah Bahasa Malaysia, Bahasa Melayunya er… apa pemegang taruh… pemegang taruh.
Kita kena enggage dia orang. Sebab saya dapat tahu kadar kenaikan agak tinggi. Saya takut pelabur-pelabur nanti mengambil keputusan yang drastik dan mungkin merugikan kita. So I suggest that the State Goverment through the barriers relevant department to meet the stakeholders. See them, with them in Gebeng explain to them why we need to raise taxes because we need the money to administer the State. Jadi kita kena er… berhemah supaya bukan sahaja hasil dapat dikutip tetapi juga ianya tidak membebankan sesiapa.
Saya ingin juga menarik perhatian sedikit tentang itu soal arak, soal BMF. Masalah kita ini, kita ada media sosial. Saya sendiri tidak bersetuju kalau misalannya orang Islam berkempen memboikot barang-barang orang bukan Islam. Itu saya tidak setuju. Tetapi kalau ianya berkaitan dengan makan minum, itu saya setuju 100% seperti yang telah diterangkan oleh Ahli daripada Peramu semalam, penerangan yang agak jelas. Dan saya ingin er… Tanjung Lumpur. Peramu kita menangkan, Peramu kita dah menang. Jadi saya tak nak menyebut kawasan yang kita kalah.
Tetapi apa-apa pun sekarang telah jadi kawasan kita, sahabat baik. Kalau kita ambil pakaian Ahli dari Tanjung Lumpur, jaket, kot orang bukan Islam buat, serban itu gaya aja serban Islam, kain tu bukan orang Islam buat. Kasut, stoking, seluar dalam. Yang betul-betul syariah compliance ini, betul-betul halalnya ialah makanan dan minum itu sahaja.
Jadi Ahli Tanjung Lumpur risau kalau kita ke kedai yang syak, makan minumnya yang halal tidak, itu. Yang ini saya setuju kerana kita mengikutkan perasaan boikot-boikot. Maka kalau orang Cina pula, yang control sepenuhnya hardware, shop dan sebagainya dia tak nak jual simen kepada orang Melayu. Tak nak jual besi kepada orang Melayu apa akan jadi contohnya?. Jadi kita sepatutnya walaupun telah disalah faham oleh rakyat, kita mesti main peranan menerangkan sebagaimana telah dijalankan dan dibuat oleh Ahli daripada Tanjung Lumpur tadi seperti menerangkan bila Buy Muslim First itu bukan kita boikot, kita hanya mementingkan perkara mengenai halal haram.
Yang keduanya er… tentang er… jualan arak di er… Kuala Tahan. Saya tak pernah pergi tengok, tapi kalau bercampur aduk dengan kedai orang kampung ini saya ingat tak berapa kena la. Kalau nak buat, buat betul kedai arak. Bagi orang India, orang Cina menjualnya. Orang India, orang Cina bukan Islamlah. Kalau orang India, orang Cina er… orang Islam, serupa orang Melayu Islam janganlah bagi menjual. Tentukan tempat yang khas.
Kita kena ingat, kita ini ada 30 juta rakyat Malaysia. Orang Melayu ni 60 juta aja. Maksud saya 60% sahaja. Makna 18 ke 20 juta orang Melayu Islam, yang lain bukan Islam. Kita kena juga bagi muka kepada orang bukan Islam ini. Dia nak berjoget ke, dia nak berkaraoke ke. Asalkan jangan menganggu kita. Kalau ibarat kata mereka nak berkaraoke jangan ganggu orang sembahyang dekat masjid, itu maksud saya. Kita ini er… negara berbilang kaum.
Kemenangan Barisan Nasional Tanjung Piai ini tidak boleh juga kita nak dijadikan lagu hari-hari. Megah, bangga, takbur. Ini sebenarnya anugerah Allah untuk mengingatkan kita semua dan Barisan Nasional mesti menunjukkan bahawa dia untuk semua. Jangan jadi sebagai contohnya ada parti komponen, bukan ini politik, bukan politik Dato’ Yang Berhormat Yang di-Pertua, tetapi kita ada sini sebab politik. Kena cakap juga sikit. Tak bolehlah UMNO acting like a big brother you know, shouldering elbowing the other brothers away tak boleh. Buli-buli tak boleh.
Itu sebabnya MCA dengan Gerakan, dengan MIC tak dapat sokongan kaum mereka. Sebab nampak mereka takda peranan apa-apa. So dengan kemenangan Barisan Nasional Tanjung Piai ini, mereka sepatutnya bersikap terbuka. Kita sebutkan kita ni untuk semua bangsa, untuk semua kaum. Barulah orang dapat bagi sokongan kepada kita.
Dan er… I Just… sorrylah, minta maaf Tuan Yang di-Pertua saya pun kena melatih Bahasa Inggeris juga, sebab saya kelas Bahasa Inggeris, pastu kekadang orang panggil berceramah Bahasa Inggeris. We must remember there is a different between by-election and general election. By-election dan general election is a different big game, ball game altogether, it’s not… it’s not the same, lain. Dia lain. Jangan ingat menang PRK kita… 4 PRK kita berturut-turut menang jangan.
Yang mustahak esok PRU. Dalam PRU ini kita ada nampak tanda-tanda Pakatan Harapan sepenggal tu dah ada, kuat sangat. Maknanya menunjukan dia orang ini sepenggal saja. Jadi kita bersiap, kita nak ambil alih balik. Mengambil alih balik kena buang tabiat lama, kena buang perangai buruk yang lama, siapa kita nak tonjolkan. Itu yang penting. Makna buat keinsafan kepada saya dan kawan-kawan backbenchers termasuklah rakan-rakan dalam kerajaan termasuklah Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Saya tidak lupa juga untuk mengambil kesempatan er… memberikan sedikit pujian kepada kepada Tuan Yang di-Pertua menjalankan tugas dengan er… tekun. Bukan senang nak menjadi Ketua Dewan ini, kita boleh keluar masuk…
Yang Berhormat Dato’ Sri, Yang Berhormat, macam gaya nak mengulung pula dah cara ucapan Yang Berhormat itu tadi. Okay silakan. Mengulung pula dah. Okay sila.
Bila menyebut Speaker tu, nak mengulunglah. (ketawa) Maknanya the Speaker has a done very good job (Ahli Dewan menepuk meja) Yes he has discharged his function fairly, judiciously kerana sebagai Speaker macam hakim adil saksama. Maknanya kalau walaupun ahli… Tuan Yang di-Pertua daripada parti yang sama dengan parti memerintah, tetapi kalau ada Ahli-ahli Barisan Nasional yang mencelah atau menanya soalan tak tentu masa, ditolak juga. Maknanya Tuan Yang di-Pertua bukan er… menolak ahli-ahli penyokong kerajaan saja. Apabila beliau memberikan peluang tiga kali kepada Ahli dari Ketari bertanya, orang lain tak boleh bertanya, Ahli Ketari boleh bertanya, makna adalah sebabnya, (Ahli Dewan Ketawa).
Makna sebabnya paling jelasnya kerana Ahli Ketari pandai, dia menanya waktu pagi. Kita Ahli Kerajaan, saya nampak hari itu dari Kemayan bertanya kita dah nak minum air baru bertanya soalan. Kalau saya jadi speaker bukan setakat tak bagi bertanya saya suruh keluar je. Jadi begitulah maknanya saksamanya Tuan Yang di-Pertua.
Jadi sekali lagilah saya ucapkan tahniah pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga kepada Ahli-ahli Kerajaan yang telah memberikan sokongan kepada Menteri Besar dan kita semua Ahli Dewan sepatut memberi sokongan yang padu Menteri Besar yang menjalankan tugas dengan err … penuh komitmen dan err … melawat ke setiap tempat, berjumpa semua orang.
Ini salah satu perkara yang baik dan insya-Allah if you carry on meeting the people, getting to know their problems, strength to solve their problem, insya-Allah, Allah Taala akan bagi kita menang lagi dan kita akan bentuk kerajaan, dan Tuan Speaker boleh duduk atas itu sehinggalah Tuan Speaker tak berapa daya.
Yang Hormat Yang di-Pertua,
Terima kasih banyak minta maaf kalau … kalau ter… tersalah … salah terusik. Sebenarnya Tuan Speaker boleh mengarah saya keluar kalau nak halau, tapi dia segan jugalah sebab saya orang tua. Yang Hormat Yang di-Pertua, terima kasih banyak bagi peluang, minta maaf kalau ada kesalahan dalam kata-kata dan sekali lagilah saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan saya mohon menyokong. Terima kasih. (Ahli Dewan menepuk)
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya rasa elok saya mengambil kesempatan ini untuk er… melihat ataupun memaparkan sedikit hasil daripada ucapan perbahasan Yang Berhormat DUN Pelangai. Ada dua tiga perkara yang boleh kita kongsikan bersama. Yang pertama, Yang Berhormat bercakap memerhati kepada Yang di-Pertua, ini contoh yang sebenarnya ucapan dalam dewan, tadi saya highlights ada Yang Berhormat berucap memandang ke ADN Tioman sahaja, contohnya. Sepatutnya pandang sedikit ke Yang di-Pertua.
Yang kedua, Yang Berhormat ADN Pelangai tadi bercakap tanpa teks. Ini sepatutnya kita berucap berlatih menyampaikan hujah-hujah tanpa ada teks. Walaupun kadang-kadang kita terbabas juga. Mana ingat kita bercakap tak tau, nampak juga tadi. Yang ketiga cakap dengan jelas dan terang, ini satu benda yang baik, yang boleh kita belajar. Ada juga Bahasa inggeris dengan izin, dan sebagainya. Yang keempat, ada unsur-unsur menetapi masa, dia minta lima enam minit, walaupun terlebih juga tadi, lebih dari enam minit juga tadi saya tengok tapi menghampiri juga … janji yang diberikan tadi ... ini yang baik. Selain daripada itu… selain daripada itu, isi-isi pun bernas, baik … yang boleh kita kongsikan menjadi teladan kita bersama.
Mandi laut mandi sungai, Terima kasih ADN Pelangai.
Jadi ...
Yang Hormat Yang di-Pertua saya nak tanya …
Ya, silakan
Dari segi komen tadi, saya ingat itu satu, satu ulasan yang baik kepada Ahli-ahli Dewan supaya kita dapat belajar sebagai contohnya kita tak boleh macam ni, teks boleh baca tapi di bawah, tak boleh dilihat begini, (menunjuk contoh sambal pegang kertas) Cumanya kalau sekiranya Yang Hormat Yang di-Pertua aa… mana menanda kertaslah untuk memberi markah, maknanya ADN dari Pelangai ni dia A ker A+?
A, ADN Lanchang…. A, ADN Lanchang… Lancang, A+ ADN Pelangai lah… (Ahli Dewan ketawa)
Kita sama-sama berseloroh, terima kasihlah semua Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Masa telah sampai ke penghujung. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat seramai lima orang telah mengambil bahagian yang telah pun menyampaikan hujah-hujah yang baik dan cukup bernas. Saya bercadang untuk memberi peluang ini kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin membahaskan titah di… ucapan Rang Undang-undang sehingga ke sebelah petang nanti. Jadi saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah bercakap dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Saya bercadang untuk menempohkan sidang belah pagi dan kita akan sambung semula pada pukul 2.30 petang. Persidangan ditempohkan, terima kasih.
[Persidangan ditempohkan jam 12.36 tengah hari]
[Persidangan disambung semula]
Sambungan Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2020) 2019 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2020Bill
Perkara Kedua: Sambungan Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2020) 2019 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2020.
Assalammualaikum WBT dan Selamat Petang. Persidangan kita disambung semula. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Kerajaan, Rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi di atas Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul yang telah dikemukakan kepada kita dan pada petang ini, kita akan menyambung Perbahasan atas Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul ini. Saya jemput Yang Berhormat. Sila Chenor.
[Bacaan dalam Bahasa Arab] [Ayat al-Quran] Assalammualaikum WBT [Bacaan dalam Bahasa Arab] Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih kepada barisan Exco, rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan dan seluruh yang hadir pada petang yang bahagia ini. Pertama-tama saya bersyukur kepada Allah SWT diberikan peluang untuk berucap dan juga mengambil bahagian di dalam perbahasan berkenaan dengan Belanjawan Bajet Negeri Pahang. Jadi alhamdulillah, saya melihat… dan saya melihat strategi yang disusun dalam belanjawan ini yang melibatkan yang pertamanya berkenaan dengan negeri yang berdikari, ke arah negeri yang berdikari, memperkasakan perkhidmatan dan juga modal insan dan yang ketiganya mensejahterakan kehidupan rakyat.
Di mana dalam modal insan ini, Allah SWT telah menyebut dalam al-Quran dalam firman-Nya [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Di mana Allah SWT bersumpah “Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam keadaan rugi melainkan empat manusia yang tidak rugi. Yang pertamanya, manusia beriman kepada Allah yang percaya, yang yakin kepada Tuhan. Yang keduanya, manusia yang beramal soleh, yang melakukan kerja-kerja yang baik yang tidak menyalahi peraturan dan juga undang-undang negara termasuklah juga tidak menyalahi perintah Allah SWT. Yang ketiganya, manusia yang berpesan-pesan dengan kebenaran, yang berpegang kepada kebenaran dan juga yang keempatnya manusia yang sentiasa bersabar dalam berhadapan dengan segala ujian”.
Jadi apabila kita melibatkan menyebut berkenaan dengan modan insan, maka sudah tentulah pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik manusia ketika Allah SWT memerintahkan Bani Israel untuk berperang, berhadapan dengan musuhnya. Mereka enggan, lalu Allah SWT memerintahkan Nabi Musa AS bawa kaum ini, 40 tahun duduk di padang pasir er… Gurun Sahara, semata-mata untuk menukar masyarakat yang degil kepada masyarakat yang… yang baik.
Maka proses itu memainkan peranan yang… yang begitu lama. Jadi mendidik manusia ini sangat susah. Imam Syafie Rahimahullah Ta'ala menyatakan [Bacaan dalam Bahasa Arab] “Mentadbir dan juga mendidik manusia sangat susah, lebih sukar daripada mendidik dan mentarbiah manusia er… mentarbiah haiwan”. Maka kerana itulah untuk menjadikan manusia ini menjadi modal insan yang baik, maka sistem pendidikan dan seumpamanya er… perlu dikuatkan untuk mewujudkan atau menjadikan er… masyarakat-masyarakat yang berintegriti, masyarakat yang taat dan
patuh kepada perintah dan juga undang-undang. Maka kerana itulah er… dalam bajet ini, saya melihat bahawa er… kerajaan yang begitu prihatin untuk pendidikan ini, maka sudah tentulah mewujudkan peluang-peluang pendidikan yang lebih-lebih lagi mendidik manusia menjadi manusia yang baik melalui sistem dan juga silibus yang baik.
Maka kerana itulah saya menyokong dengan wujudnya bantuan-bantuan kepada sekolah agama negeri dan juga saya mewakili bagi DUN Chenor ini. Di Chenor ini ada sebuah sekolah agama. Jadi apabila kita menyebut sekolah, dia bergantung kepada guru dan juga er… pelajar. Bila takrif ataupun definisi berkenaan dengan sekolah ini dia mesti ada pelajar, mesti ada guru. Kalau ada pelajar sahaja tak jadi, dia mesti ada guru. Kalau guru sahaja, tak ada pelajar pun tidak menjadi. Maka kerana itulah kebajikan guru dan juga pelajar ini diambil kira.
Maka kerana itulah, er… saya mengharapkan perlu kerajaan buat kajian terhadap er… guru-guru ASPA yang gaji mereka ataupun elaun mereka, kalau boleh dinaikkan sedikit dalam suasana perbelanjaan yang makin meningkat pada hari ini, maka begitulah juga er… guru-guru, kebajikan guru-guru yang lain er… termasuk guru KAFA dan seumpamanya. Dan begitulah juga berkenaan dengan pembangunan sekolah. Saya juga mencadangkan ataupun minta supaya dibuat satu kajian terhadap sekolah agama ini yang permintaannya begitu tinggi tetapi penempatan itu tidak berapa banyak, menyebabkan ada masanya er… pelajar-pelajar yang telah pun berdaftar ataupun mengambil ujian terpaksa ditolak kerana masalah asrama dan seumpamanya.
Jadi, saya mencadangkan supaya Sekolah Agama Chenor itu ditambah lagi asramanya. Mungkin 4 tingkat ke berapa tingkat untuk menampung er… masyarakat yang inginkan anaknya mendapat pendidikan agama. Dan di samping itu juga, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang menubuhkan Tabung Bencana dalam suasana er… pada bulan Oktober yang lalu, Alhamdulillah er… beberapa orang mangsa ribut pada 29 Oktober yang lalu, telah pun menerima bantuan er… daripada kerajaan yang telah pun mana mereka telah ditimpa er… ribut di daerah sekitar Bukit Lada Kampung Awah, FELDAAwah.
Jadi ucapan terima kasih kepada er… Kerajaan Negeri yang begitu prihatin dan termasuklah juga berkenaan dengan banjir. Kita sedia maklum bila bulan 11, bulan 12, bulan 1, bulan 2 ini… ini diantara tempoh banjir. Er… Chenor di antara perkampungan yang banyak er… di tepi-tepi tebing sungai ini. Maka kerana itulah beberapa kajian yang dibuat di antara lain. Banjir ini memanglah kita tidak dapat nak tolak kerana ia kerja Allah SWT tapi dalam masa yang sama er… berjaga-jaga dan juga memberi perkhidmatan yang baik di samping menyalurkan bantuan-bantuan dan saya ucapkan terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat yang sejak daripada bulan lepas lagi telah pun bertungkus-lumus untuk berhadapan er… dengan banjir khususnya di daerah Chenor.
Dan di samping itu juga, saya melihat bahawa er… Simpang Kampung Awah itu dijadikan tempat yang sangat baik, strategik. Kalaulah dijadikan er… di kawasan itu sebahagian daripada pengumpulan er… barang-barang IKS ataupun industri kecil. Barang-barang keluaran produk-produk Muslim, yang kalau boleh er… dijadikan One Stop Centre maknanya satu tempat di mana barang-barang ini dikumpulkan er… khususnya di er… Pekan Awah itu ada pasar lama itu yang tidak digunakan ya saya kira masih lagi kosong. Kalaulah dijadikan situ tempat untuk persinggahan kebetulan pula dia pertembungan dengan Tol Chenor itu yang merupakan sebahagian kesibukan
manusia yang kalaulah dijadikan situ tempat untuk memperkenalkan juga produk-produk er… buatan Bumiputera.
Dan juga saya mengambil peluang ini juga untuk menyatakan bahawa kerajaan juga mesti melihat er… berkenaan dengan cukai-cukai lah. Cukai-cukai ini sebahagian er… daripada perbelanjaan kerajaan tapi dalam masa yang sama saya teringat kepada seorang mufakir daripada India er… Maulana Abu Hasan Al Nadwi… Abu Hassan Ali An Nadwi menyatakan bahawa kerajaan ini dia ada dua. Satu, kerajaan hidayah, dan satu kerajaan jibayah. Kalau hidayah, kerajaan yang mendapat petunjuk, mengikut petunjuk daripada Allah SWT dan satu lagi kerajaan jibayah. Jibayah ini kira kerajaan yang semua cukai. Hidup manusia di atas cukai. Maka kerana itulah keseimbangan diantara [batuk] cukai yang tidak membebankan manusia. Kerana manusia kita tahu sepertimana kalau pepatah ada menyatakan bahawa kamu boleh paksa manusia er… kamu boleh paksa kuda masuk ke dalam air, tetapi kalau kuda tu tidak mahu minum air, kamu tidak boleh paksa.
Maka kerana itulah, manusia begitulah juga. Mungkin kita boleh keluarkan amaran, notis dan seumpamanya tapi kalau dia tak nak bayar kot macam mana pun, maka mereka [batuk]… maka susah. Sebab dia berkelahi je dengan kerajaan seumpamanya. Maka dengan sebab itulah, dalam keadaan yang sedia ada ini, kita mengharapkan bahawa cukai-cukai yang tidak membebankan rakyat dalam masa yang sama juga negara juga mesti ke arah kebajikan supaya dia dapat [batuk] memberikan kesenangan dalam masa yang sama rakyat juga dapat memberi bantuan kepada kerajaan dalam mereka menjalankan kehidupan sebagai rakyat di negara ini.
Jadi saya kira cukup dululah ucapan ini, saya tak bercakap panjang. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan perjalanan bajet ataupun belanjawan ini menuju kepada sasarannya dan mudah-mudahan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Dengan itu saya mohon menyokong. Assalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat. Sila kalau ada Ahli Yang Berhormat berucap. Sila, Kemayan.
[Ayat al-Quran], Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, selamat petang. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana sudi memberi izin ke saya untuk bersama-sama dalam er… dalam mengulas ucapan bajet yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat… Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 2 hari yang lepas.
Saya tidak bercadang untuk bercakap panjang, cuma ada beberapa perkara yang perlu disentuh berkenaan dengan bajet dan juga pasal hal kawasan saya. Macam mana sekalipun, kita amat berbangga dan ucapkan terima kasih dan sekalung tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Besar. Saya tak ingat nak berucap tadi, tapi tengok dah tak ada orang ini, serupa “tangkap muat” juga lah (ketawa). Dalam keadaan er… Kerajaan Negeri yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan negeri Pahang kita ini, kita juga ambil kesempatan mengu… mengucapkan… merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan diatas kelulusan… di atas beberapa projek yang di antaranya berkenaan dengan peruntukan yang telah diberikan kepada pihak FELDA ye, lepastu… RM10 juta.
Keduanya, peruntukan sebanyak RM69.5 juta daripada Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Dan yang ketiganya, bekalan air kawasan perindustrian Gebeng, Semambu dan Raub. Saya boleh katakan bajet yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, merupakan sebuah bajet yang berhemah dan yang seimbang dan juga mesra rakyat di mana bajet ini bertemakan pertumbuhan berpaksikan rakyat, iaitu dengan memberi tumpuan kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Dalam bajet ini juga, Kerajaan Negeri sepertimana yang kita tahu semua mengambil maklum, tagline Kerajaan Negeri Pahang adalah “Maju Terus Pahang” dan juga “Pahang 1st” dan dalam bajet ini, dia fokus kepada 3 strategi utama. Yang pertamanya melonjakkan ekonomi ke arah negara berdikari. Keduanya memperkasa perkhidmatan dan modal insan. Ketiganya er… mensejahterakan kehidupan rakyat.
Dato’ di-Pertua,
Komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan dalam masa 3 ke 4 tahun ini mencapai sasaran RM1 billion pendapatan adalah amat-amat dialukan dan diucapkan ribuan tahniah. Ini adalah satu wa… wawasan yang cukup baik yang dikatakan yang mungkin selama hari ini tak terfikir ya. Mungkin terfikir tapi pelaksanaannya… mungkin ada kekangan. Cumanya dalam ucapan saya ini, saya nak menyentuh sedikit tentang kutipan duti hiburan. Saya ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan berkenaan kutipan duti hiburan ini, dalam bentuk hiburan bagaimana yang diistilahkan… yang diistilahkan hiburan itu, dari segi lesen hiburan ini? Mungkin berkaitan dengan judi, arak ataupun sebagainya dan juga di manakah ikon itu diletakkan? Er… Saya minta pihak kerajaan boleh mengulas sedikitlah tentang perkara itu.
Dan seterusnya berkenaan dengan cukai tanah ya, di mana telah disebut sebagai contohnya, er... contoh di sini er… semakan cukai dibawah Seksyen 101 Kanun Tanah Negara 1995, yang melibatkan kira-kira 700 ribu hakmilik yang selama ini tak pernah disemak. Dah lama sangat dah tak disemak dan er… kutipan hasil akan di… akan dilakukan ke atas tanah-tanah yang lebih daripada 10 ekar ke atas. Yang ini dijangkakan kita boleh dapat keuntungan pendapatan cukai sehingga RM400 juta.
Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengulaskan tentang permasalahan di kawasan saya lah. Pertama, saya nak sentuh tentang lalat. Saya tengok sekarang ini, pembiakan lalat di kawasan saya juga di… mungkin di kawasan-kawasan lain di… di negeri Pahang ini cukup ketara. Pembiakan lalat ini terlalu hebat diperkatakan. Kadangkala itu, kalau kita hadir dalam majlis-majlis kenduri kahwin contohnya. Orang kata apa, halau lalat tu, se… selak lalat boleh jumpa nasi, begitu perumpamaannya.
Dan kadang-kadang kita merasa malulah dalam er… keadaan begini sebagai tuan rumah ya, bila lalat penuh di kawasan kita, di majlis kita, kita akan rasakan suatu keadaan yang tak selesa. Dan di bawah… di bawah Enakmen Perladangan Unggas 2005, saya rasakan di dalam enakmen ini cukup untuk kuatkuasa dijalankan contohnya. Saya mencadangkan kalau sekiranya ada kekurangan dari segi enakmen tersebut, minta Kerajaan Negeri tolong perhatikan, dikemaskinikan dan kalau boleh dikuatkuasakan.
Perkara ini terlalu lama Dato’… Dato’ Yang di-Pertua, dan seharusnya Kerajaan Negeri kena selesaikan perkara ini sebaik mungkin. Saya bersangka, punca lalat ini membiak adalah kerana faktor alam sekitar yang tercemar. Salah satu punca pencemaran tersebut adalah mungkin… mungkin er… daripada reban ayam, ya. Sebagai contohnya Dato’ Yang di-Pertua, contohnya tempoh pengeluaran ayam daging. Ia makan masa selama 30 ke 42 hari ya, untuk mengeluarkan seekor ayam
yang cukup saiznya lebih kurang 2.3 kilogram seekor, yang mana seekor ayam ini akan mengeluarkan lebih kurang 3.5 kilo najisnya, tinja sehari… seekor sehari.
Cuba bayangkan kalau reban itu ada lebih pada seribu ekor, cukup banyak najisnya yang dikeluarkan. Dan najis ini akan mengeluarkan satu bau yang agak kurang selesa, yang mana ia menghasilkan gas ammonia ya, NH₃ dan juga hydrogen sulfide H₂S. Yang mana yang baunya akan...akan menarik minat untuk lalat ni ber... datang dan juga berkembang. Kita dalam sektor ternakan er… ayam ini, kita dapati yang self-sufficient level dia adalah lebih daripada mencukupi dan saya rasakan tak perlunya pertambahan reban-reban ayam lagi di negeri Pahang ni dan juga di Malaysia.
Sebagai contoh yang diberikan oleh pihak Veterinar, Jabatan Veterinar, kita dua kaedah reban ayam dibenarkan, ya. Pertama secara tertutup dan keduanya secara terbuka. Dan kalau pengusaha tu buat secara terbuka, dia ada kaedah yang sepatutnya diamalkan supaya tidak menghasilkan pembiakan lalat yang besar.
Yang keduanya Dato’ Yang di-Pertua, saya nak menyentuh tentang bekalan air di perkampungan orang asli di tempat saya. Asalnya dulu, bekalan air ini diselenggarakan oleh pihak Rossington. Tetapi malangnya pihak Rossington ini gagal melaksanakan tugas, dan telah pun saya difahamkan telah pun ditamatkan perkhidmatannya. Jadi sistem bekalan air di perkampungan asli ini terbengkalai, terbengkalai begitu saja dan sistemnya rasa saya masih elok lagi dan saya cadang kepada pihak Kerajaan Negeri, supaya mengambil alih. Mengambil alih sistem bekalan air tersebut dan saya… maknanya pihak Kerajaan Negeri harus pergi ke tempat-tempat ini membuat analisa ataupun membuat satu perkiraan tentang apa yang perlu, sistem apa yang perlu dibaik, dikemas kini.
Mungkin ada sikit-sikit kerosakan ya, yang perlu diperbaiki, dan setengah-setengah kampung itu Dato’ Sri, bekalan elektrik telah pun dibekalkan. Tetapi sistem asalnya adalah sistem enjin diesel ya, enjin diesel. Tetapi banyak kebanyakan kampung-kampung ini ada bekalan elektrik. Sepatutnya saya rasa tak perlu lagi kita am… meneruskan sistem enjin diesel tersebut, kita boleh tukar kepada elektrik supply dan kita minta mohonlah kepada Kerajaan Negeri untuk ambil berat perkara ini dan cuba selesaikan.
Dan seterusnya saya nak cerita sikit pasal Lynas. Aktiviti Lynas dan baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengumumkan, yang lesen Lynas di Gebeng, tempat kita ini disambung enam bulan lagi dan keduanya sistem-sistem Lynas ini akan diletak di tempat kelulusan kekal di dalam negeri kita. Dan di sini saya mengesyorkan pada Kerajaan Negeri, pasal apa kalau ikut pada penyelidikan yang dibuat oleh pakar-pakar mengatakan radioaktif, kadar radioaktif yang dikeluarkan oleh Lynas ni, adalah amat minima dan tidak membahayakan penduduk.
Jadi adalah, saya mencadangkan adalah elok sekiranya, kalau betullah sistem Lynas ini nak dikebumikan di negeri kita, ini adalah satu sumber pendapatan baru. Kita… kita bukan mengambil kesempatan, tetapi alang kepalang ya, alang kepalang semua negeri tak nak terima dan benda ini jadi isu besar kita kenakan sewa yang agak lumayan. Ya, ha... kita maknanya kita ada sorong tarik kita. Cukup-cukup Dato’ Sri, bagi saya, selama ini kita berkorban. Contoh, saya bagi contoh, RAMSAR. Kawasan tadahan air kita. Di Kawasan tadah… RAMSAR tadahan air segala pokok-pokok hutan ini tak boleh tebang. Kita jaga pokok-pokok hutan ini.
Sedangkan hutan ini adalah sebahagian daripada hasil Kerajaan Negeri yang tak dapat ya, kita beri kerjasama kita tak dapat apa. Begitu dengan Lynas ini. Alang
kepalang hendak... nk kebumikan sisa di ke… negeri kita, kita kena caj yang sebaik-baik mungkin yang boleh menjamin kita, menjamin rakyat kita ini boleh disejahterakan ya, kenakan maksimum kalau boleh.
Saya nak sentuh sikit tentang MPKK. Nak tukar kepada MPKKP. Kemudian ada cita-cita di negeri misal kata tak boleh berunding Kerajaan Pusat, kita akan teruskan dengan JKKK. Ini adalah satu-satu bagi saya, satu pendekatan yan bagus oleh Menteri Besar kita dan kita tak boleh tunduk ya, kita tak sepatutnya tunduk kepada desakan yang bukan-bukan oleh kerajaan... kerajaan pusat. Kerana selama ini, macam sahabat saya dari Pulau Manis bercakap pagi tadi, tak ada masalah sebenarnya. Dah tubuh MPKK itu, dan kita pun dah tubuhkan tapi malangnya wakil daripada pihak PH tidak tampil. Dia nak lima orang, tetapi sampai sekarang kita tunggu lima orang tak wujud.
Jadi buat apa, kita bukan masalah kita lagi. Masalah sekarang ini, masalah daripada wakil PH yang tak bagi kerjasama kepada kita. Jadi saya rasakan pendekatan Kerajaan Negeri supaya tidak tunduk desakan menteri supaya MPKKP ini diwujudkan, adalah tepat, ya. Dan ini salah satu, dan kalau kita benarkan ini salah satu cara Pakatan Harapan untuk memecahbelahkan masyarakat supaya dapat lebih lagi political mileage ya, dan political mileage sebenarnya adalah… saya ni bila tak cukup tidur ini, ngantuk ni dia cakap dia telo. [ketawa]. Itulah maknanya m...pertahankan keputusan kerajaan negeri tentang ya, tentang JKKK.
Keduanya, ketiganya ke berapa tak tahu, keempatnya. Saya nak sentuh sikit pasal perubahan tempat duduk di kalangan Ahli Dewan ini. Jadi tiga hari lepas ya, cerita pasal perubahan tempat duduk ni selepasnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberi, membentangkan bajet ya, semasa kita rehat minum, kita pun dikejutkan. Saya terkejut juga, rupanya jadi isu besar. Rasanya Ahli Dewan rasanya tak besar, tapi isu besar jadinya. Di mana pihak-pihak pembangkang tu, PH kita telah berkumpul dan memberikan press statement mengatakan tak puas hati ya, kerana kedudukannya diubah. Sepatutnya bila berjumpa dengan reporter, berbincang tentang bajet.
Ini perkara kecil, perkara remeh. Macam yang sahabat kita daripada Tanjung Lumpur bercakaplah. Kalau sudi katakan tak puas hati duduk di sana, silakan ke sini kan. Joint kerajaan. Betul tu Tanjung Lumpur cakap itu. Sepatutnya bincangkan pasal bajet, ulasan bagi pembentangan bajet, bagus tak bagus, sepatutnya bagaimana bajet di Kerajaan Pahang ini, untuk penambahbaikan lagi. Bukan membincang pasal tempat duduk. Kecil sangat benda remeh. Jadi bagi saya Dato’ Yang di-Pertua, ahli-ahli pembangkang yang ada dalam Dewan ini tak cukup matang. Tak cukup matang tak cerdik Tuan Yang di-Pertua. Itu pasal kalau kita tengok kalau di Dewan Negeri pun dia orang tak cerdik, macam nana nak pergi berjuang kat Parlimen. Itu pasal kita tengok di Parlimen sekarang ini, kalau Ahli-ahli Parlimen daripada Kerajaan PH, semuanya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kita boleh katakan bengong…
Mencelah. Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya tahu YB. Kemayan, apakah masalah kami jawab kepada reporter bahawa tempat-tempat kedudukan sudah tukar? So, kami nak tanya status, adakah PAS adalah sekarang salah satu member kerajaan atau tidak? Ini sahaja.
Dato’ Yang di-Pertua,
Dari isu tempat duduk ini, Dato’ Yang di-Pertua dah cakap. Speaker cakap hari tu adalah kuasa sepenuhnya Speaker untuk menentukan duduk... saya pun boleh diarahkan suruh duduk sana, kalau Speaker arah duduk sana saya duduk sana. Kalau keluar, saya keluar. Maknanya saya taatnya Speaker. Walaupun Speaker kadang-kadang tiga kali saya bangun, tiga kali saya bangun nak celah, nak Tanya, soalan tambahan, speaker tak bagi, Speaker lebih layan Ketari. [Ahli Dewan ketawa] Ha.
Kalau Ketari tak payah berdiri sambil duduk jer. Soalan tambahan.
Sebab Ketari tanya soalan yang betul, yang tidak merapu-merapu jadi eloklah teruskan perbahasan yang baik dengan jelas daripada cakap benda yang tak betul.
Kesimpulan dia, walaupun saya dilarang bercakap, dilarang berdiri, saya tetap men... apa ini, berdiri teguh di belakang Speaker. Ha....(Ahli Dewan tepuk meja). So, pihak sana jangan layan sangat. Kadang-kadang saya terasa. Bila saya bangun suruh duduk, bila saya bangun suruh duduk. Tapi kalau orang sana bangun! On! Jadi tak adil. Jadi kami di sini, dia duduk di barisan ini kadang-kadang kecil hati juga...
Yang Berhormat Yang di-Pertua, minta laluan. Baru-baru tadi Wakil dari Kemayan dia cakap dia taat kepada Speaker, tapi lepas tu dia cakap keputusan Speaker tidak adil. Apa, apa cerita lagi.
Dato’ Speaker,
Kita ini macam anak-beranak. Saya lebih bergurau. Dengan Speaker sementelah duduk sebelah saya ha... mana saya berani, saya bergurau, ya Speaker ya. Tak apalah kita bercerita…
Minta laluan, minta Speaker?
Ya.
Beginilah, setahu saya, er... Ketari ini memang daripada mula dia duduk di belakang, kan? Tapi semua orang nampak dia je. Jadi duduk belakang ni lebih jelas orang tengok daripada saya duduk di depan ini ha. (Ahli Dewan ketawa) Terima kasih.
Dato’… Dato’ Speaker,
Saya pun menumpanglah, mencelah. Sebenarnya masalah apa ni Dato’ Speaker tidak beri laluan kepada kami di sini. Perkara tu kecil je. Tapi masalah yang kami pertikaikan ialah pada hari semalam Speaker menyebut “Hah! Sapa, sapa bertanya ini, sapa bertanya ini”. Sebab apa, Ketari sepatutnya hormat Dewan untuk mohon laluan berdiri dulu, kemudian tekan butang, menyala merah, Speaker nampak. Ini dalam duduk. Dia tak bangun pun. Itu yang kami perhatikan. Maknanya dia duduk tapi Speaker buat tanya “Sapa ni, sapa tanya ini! Oo… Ketari… silakan” itu yang kami marah. Bukan kami tak ikut dan tak akur pada Speaker. Jadinya keadanya begitu.
Mungkin Speaker memandang banyak sebelah kiri, agaknya. (Ahli Dewan ketawa) Tak apa nanti kita bagi keutamaan kepada yang, YB.-YB. yang sebelah kanan sana.
Tapi minta maaf Speaker ya, tanya sikit ya, tapi Speaker tak juling kan? (Ahli Dewan ketawa) Mana tau juling kiri? Tidak ya?
Okay teruskan.
Teruskan. Saya nak sentuh sikit tentang bencana alam yang sering berlaku, baik di kawasan saya ataupun di kawasan-kawasan lain, kawasan-kawasan sahabat saya, terutamanya bila terlibat kebakaran, rumah terbakar. Sebuah rumah tu kalau nak duduk kalau dengan harga sebuah rumah PPRT, saya rasa mungkin dekat RM50,000.00. Itu rumah PPRT, ya. Tapi kalau kejadian berlaku rumah terbakar terus, orang kampung ini, bermasalah nak mengumpul duit sebanyak RM50,000.00 nak bina satu rumah baru.
Jadi saya mintak Kerajaan Negeri fikirkan penyelesaian yang paling sesuai yang agak berkesan, contohnya saya cadangkan syor diadakan insuran berkelompok. Hah, fikirkan kaedah itu, macam mana, saya tak tahulah. Fikirkan tentang isu berkelompok benda… apabila berlakunya kebakaran, jadi tuan punya rumah ni adalah, hah, adalah, ikhtiar ada, adalah harapan dia untuk memiliki rumah baru, sebuah rumah. Apabila sekarang ini kadang-kadang bila jumpa Wakil Rakyat, kita setakat berapa je yang boleh kita tolong. Dan kalau kita berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun, setakat berapa je yang boleh kita tolong.
Jadi nilai sebuah rumah itu, nilai pertolongan kita yang beri pada mangsa bencana tak memadai, ya. Mungkin dengan peneroka FELDA mungkin dia, dia sikit kebaikan, kelebihan yang saya tahulah dululah. Sekarang tak tahulah kot sekarang FELDA tak ada duit. Kalau dulu FELDA sendiri ada insuran berkelompok. Kalau terjadi malapetaka, pihak FELDA ada insuran dia. Maknanya harapan itu adalah di kalangan mangsa. Yang kita risau ni melibatkan kampung tradisional. Minta Kerajaan Negeri fikirkan perkara ini. Berapa minit Yang di-Pertua?
1 minit.
Oh... 1 minit lagi. Nak cerita tentang Tanjung Piai ini…
1 minit…
Tanjung Piai ini, kurang-kurangnya kalau 14 hari di sana, kurang-kurangnya di sini 40 minit.
Dah lebihlah 20 minit.
Oh… 20 minit?
Dah lebih 20 minit saya bagi…
Dato’ Sri Speaker,
Kisah Tanjung Piai ini, kita pun tak jangka. Semua orang tak jangka. Yang kita beroleh kemenangan besar…
Boleh saya…
Berapa minit?
Dato’ Sri Speaker, Tanjung Piai ini dah habis, dah menang pun, teruskan bahas tentang negeri Pahang sajalah. Tak payahlah sebut negeri lain.
Okay, okay, okay. Dato’, ada orang terasa ye. Tak apa Dato’ kita menang besar. Bila kita menang besar, ramai orang takut sekarang ini. Tambah tadi Dato’ Sri DiRaja…
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Mencelah lagi?
Ha mencelah. Nampaknya tadi yang, yang… Yang Berhormat Pelangai berucap masa itu mungkin YB. Kemayan tiada dalam Dewan la saya rasa, kerana YB. Pelangai telah pun beritahu teguran kepada…
Ini tuduhan fitnah. Ha, tengok. Pakatan Harapan suka menfitnah. Masa Dato’ Sri DiRaja bercakap saya di sini. Saya dalam keadaan mengantuk, saya celik mata saya tau tak.
Ya, itu sebab saya, saya, saya juga rasa mengeliru kerana YB. Pelangai berada di sini, berucap tentang Tanjung Piai juga. Dia dah beritahu semua pihak dah, dah lepas dah semua, er… apa tu, pihak mana-mana pun jangan er… apa tu, sombong tentang keputusan ini. Sekian.
Saya Dato’… Dato’ Speaker, saya tak sombong. Dan kita semua di belah kerajaan yang memerintah tak sombong. Dan kita rasa bangga, kita menang besar di Tanjung Piai, inilah gambaran petunjuk mengatakan kerajaan PH yang ada sekarang ini kerajaan sepenggal. Jadi yang ada sekarang ini, wakil-wakil PH hati-hatilah, ya kalau perlu siapkan diri, siapkan diri. Terutama Ketari. Ketari kalah.
Kemayan nak datang Ketari ke? (Ahli Dewan ketawa) Datanglah, saya jemput. Kita boleh makan dekat Lemang Tok Ki. Terima kasih Kemayan.
Dia cakap apa? (Ahli Dewan ketawa) Ajak apa tadi? (Ahli Dewan ketawa)
Saya ajak makan dekat Lemang Tok Ki.
Oh saya, saya seram sejuk. (Ahli Dewan ketawa) Saya seram sejuk Dato’ Speaker. Tapi, tak apalah. Nanti kita pm tepi. (Ahli Dewan ketawa)
Dato’ Speaker, akhirnya. Eh! Ada lagi. Sikit lagi. Saya tangkap muat ini. Er... tak apalah, saya rumus jelah ya. Dan umusan saya dalam bentuk pantun. Boleh ya Dato’ Speaker? Pantun saya pertama;
Dari Bera ke Tanjung Piai, (elergic Piai ni…) Singgah Pontian beli nenas madu, Sungguhlah hati hancur berkecai, Melihat PH kuat menipu.
Dan keduanya,
Ketari memang wakil tunggal, Orang kuat parti DAP, Tak lama lagi akan kena tinggal, Setelah habis pati diberi.
Sekian. Wabillahi taufik. Saya menyokong Usul ini. (Ahli Dewan menepuk meja)
Terima kasih Yang Berhormat Kemayan. Sila, Pulau Manis. Saya bagi keutamaan Pulau Manis hari ini, sebab saya pandang sebelah kanan. (Ahli Dewan ketawa) Sila.
[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, kerana memberi saya peluang dan ruang laluan untuk sama-sama kita membahaskan ucapan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Isnin yang lalu. Pertamanya saya merakamkan ucapan tahniah dan berbangga di atas kehebatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kita, yang kita kasihi yang dapat meneruskan legasi kepimpinan yang telah diturunkan oleh mantan kita yang masih ada bersama-sama di Dewan ini, Dato’ Sri Diraja saya tahu banyak membimbing kita semua.
Jadi, tahniahlah saya kepada Yang Amat Berhormat yang begitu prihatin sekali terhadap pembentangan bajet terutamanya untuk memastikan rakyat Pahang berada di dalam keadaan sejahtera, aman, makmur. Walaupun kita salah satu ataupun sebuah negeri yang sekarang ini agak janggal memerintah di Pahang tetapi berkuasa di Pusat adalah kerajaan lain, Kerajaan Pakatan Harapan.
Yang keduanya, saya merakamkan juga ucapan tahniah kepada Ketua-ketua Jabatan. Saya tahu sebenarnya bukan senang Ketua-ketua Jabatan untuk mentadbir negeri yang dibawah Kerajaan Barisan Nasional tetapi dipusatnya di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Tetapi di atas kebijaksanaan masing-masing yang telah mentadbir Negeri Pahang ini sejak lebih daripada 61 tahun yang lalu. Insya-Allah, dengan kepimpinan yang telah ditunjukan, kita sama-samalah membangunkan er… penduduk-penduduk atau rakyat Pahang.
Dato’ Yang di-Pertua,
Saya sebenarnya mula-mula tidak juga rancang untuk cakap kerana saya ini bercakap berdasarkan kepada mood. Mood di dalam Dewan. Biasanya saya apabila mendapat mood daripada pihak rakan-rakan pembangkang kita di sebelah sana, yang… yang mengapi-apikan ataupun, atau membawa satu perkara yang kita rasa patut kita bahaskan, patut kita sanggah baru mood saya datang. Tapi dalam sehari, dua ini berpuluh-puluh dah pantun. Saya nampak ya, Ketari memang hebatlah sebab Ketari ini walaupun dia… tadi saya kata khabar dia tak lama lagi nak pecah er…tapi dia steady lah.
Dato’ Yang di-Pertua,
Perkara yang pertamanya yang saya nak tegur ialah ataupun nak nyatakan dalam Dewan ini ialah berkenaan dengan kebajikan. Kebajikan Orang Asli seperti yang saya sebut dalam masa mencelah waktu soal jawab pagi tadi. Memang jelas dan nyata bahawa keadaan pada hari ini ya, saya tahu sahabat saya daripada Pejabat Pendididkan Pahang ada sini.
Saya nak beritahu ramai penduduk-penduduk Orang Asli datang ke rumah ataupun datang ke pejabat YB. Kawasan menyatakan mereka dalam kesempitan. Mereka tidak dilayan lagi seperti dulu. Mereka tidak ada lagi orang kata bayaran transport, kenderaan untuk membawa mereka ke sekolah. Tak ada van dah, tak ada bas dah, dan kemudian begitu juga mana-mana yang duduk di sekolah-sekolah berasrama pun sekarang ini dah duduk dikampung. Tak ada pihak dah yang sanggup untuk menghulurkan bantuan membayar yuran asrama. RM1.00 sehari saja, sebulan RM30.00. Ini pun PH tak boleh tanggung, ini pun PH tak boleh bantu.
Ini yang belaku sekarang ini. Begitu juga dengan apa ini makanan RMT. Sebagai cikgu, bekas guru saya masih ingat lagi. RMT zaman BN memerintah dulu, cukup mewah, cukup mewah anak-anak kita bersekolah di sekolah rendah. Berebut-rebut, jatuh, luka lutut, terhantuk kepala, melecet lengan kerana pergi ke apa ini… kantin untuk mendapatkan bekalan makanan. Tapi sekarang ini, dahlah dipilih, sedikit pula itu. Kalau dahulunya orang kata 80 orang satu hari dibekalkan dengan makanan RMT, sekarang ini tinggal lebih kurang dalam 20 orang saja. Pilih pula, pilih tak tepat pula, tak betul pula, tak kena. Ini masalahnya sekarang. Ha, itu yang pertama.
Er… yang kedua, yang saya nak nyatakan juga ialah kita Wakil Kerajaan pada hari ini ada 25 orang, orang BN dan kita disokong oleh sahabat-sahabat 8 orang daripada PAS. Masalahnya sekarang, kami tak dibenarkan masuk dalam kawasan sekolah. Nak masuk dalam kawasan sekolah kena tanggalkan plat atau lambang dacing, lambang apa ini ADN, satu. Masuk dalam kawasan sekolah tak boleh pegang microphone, tak boleh nak berucap.
Dua, masuk dalam kawasan sekolah hanya kalau dia suruh rasmikan majlis, ambil gunting kerat riben, duduk makan, itu sahaja. Tetapi yang saya nak maklumkan bahawa, ibubapa, PIBG masih lagi menghulur surat, masih lagi menghantar surat kepada YB. masing-masing untuk memohon sumbangan. Nak buat program itu, nak buat program ini. Tapi masalah sekarang, ini yang berlaku dan mungkin saya tak sedih lagi Dato’ Yang di-Pertua, tapi bila saya jadi sedih.
Apabila datang jumpa saya memberitahu jemput Timbalan Menteri. Dah beri pengakuan akan hadir, tiba-tiba tak hadir. Hantar wakil. Siapa wakil itu? Kalau wakil itu batang tubuh yang betul-betul pegawai khas yang memang, memang orang kata yang boleh ada kuasa dan sebagainya tak apa. Ini hantar wakil bercakap pegang microphone pun tak pandai. Ini tak betul. Tapi tak apalah, orang PH bagi laluan kepada rakyat sedar balik. Insya-Allah, betul Dato’ Fadil sebut tadi. Kalau ini cara buatnya, sepenggallah ini dia benda nak beritahu.
Dan satu perkara lagi Dato’ Yang di-Pertua, ini yang jadi mangsa kepada…
Mohon izin, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat er… ADN Pualu Manis ini marah sangat pasal apa? Biarlah, biarlah dia orang tak bagi masuk lagi baik. Maknanya prestasi dia merosot, rakyat tak percaya akhir kita menanglah balik insya-Allah. Jangan marah.
Terima kasih saya kepada er… Dong, yang memang selalu menasihatkan saya begitu tapi saya ini saya sedih. Saya sedih dengan rakyat yang datang mengadu. Dia mengatakan jemput Menteri, siapkan apa ini makanan sedap-sadap macam saya melayan YB. juga dulu-dulu. Tapi bila dah sampai masa tak datang. Ramai orang tunggu. Yang ini yang berlaku.
Okay, itu yang berkaitan dengan jabatan. Ini...
Pulau Manis nak tanya sikit, Yang di-Pertua. Dia datang itu, wakil yang datang itu, dia datang kosong ke ataupun dia datang dengan sesuatu?
Dia… okay, begini. Dia datang, kemudian dia rasmikan majlis. Dalam majlis adalah kita ini bangun mohonlah sedikit peruntukan. Dia boleh khabar, okay, awak tolong buat surat. Saya ini boleh tolong ambil surat awak itu untuk bawa kepada Menteri saya. Itu saja janji dia yang boleh. Maknanya tolong bawa surat. Itu cerita dia.
Mohon mencelah. Tuan Yang di-Pertua, menurut Timbalan Menteri Pendidikan Teong Yee Ching pada dua… dua hari lepas yang menjawab di Parlimen menegaskan tiada sebarang dasar yang menghalang Wakil Rakyat termasuk pihak pembangkang daripada menghadiri program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Yang melarang pembangkang masuk sekolah adalah budaya Barisan Nasional. Kami tak pernah masuk ke sekolah semasa kami jadi pembangkang masa pembangkang tapi sekarang tapi peringkat persekutuan. Oleh itu, saya harap er… Pulau Manis boleh jelas isu ini.
Saya mohon celah sikit. Dato’ Yang di-Pertua, baik Menteri ke, Timbalan Menteri ke selagi Timbalan Menteri, Menteri datang dari PH, semua tak boleh pakai. Dalam Dewan, dalam Parlimen boleh dia cakap bohong, ini pula diluar. Lagi kencing meleret, tahu tak.
Tuan Yang di-Pertua,
Er… saya rasa tuduhan ini tidak betul kerana dalam kawasan saya pun, walaupun saya tidak akan sebut nama er… pemimpin tersebutlah. Bekas er… Menteri er… di Ahli Parlimen… bekas Ahli Parlimen di kawasan saya juga. Beliau juga er… dibenarkan masuk ke sekolah lepas Pilihan Raya Ke-14 ini. Jadi ini dah biasa, jadi saya rasa ini mungkin ada er… salah faham tentang sekolah di antara Wakil Rakyat
ke macam mana tetapi ini memang tiada satu peraturan yang melarang sesiapa pun masuk ke sekolah.
Minta laluan pengalaman saya ialah ada pegawai yang memberitahu saya, apabila kami menyampaikan bantuan kepada pelajar sekolah, pegawai berkenaan itu apabila er… program itu dijalankan di bangunan sekolah, pegawai berkenaan diberikan amaran dan surat tunjuk sebab.
Celah. Jika memang ada berlaku er… insiden macam ini. Kami memang tidak setuju, Pakatan Harapan tidak setuju. Semua Wakil Rakyat patut berhak masuk ke sekolah.
Dato’ Yang di-Pertua,
Tentulah kamu tak setuju. Pasal kamu mewakili Kerajaan yang memerintah jadi kamu mendapat akses yang luas. Kami… tapi bagi kami, macam daripada Cheka cakap itu betul. Kita ada bukti dan kita dilarang untuk menghadir ke sekolah. Mesyuarat PIBG pun tak boleh datang.
Okay. Tuan Yang di-Pertua, Saya minta se, se, sesiapa yang pegang bukti ataupun pegawai. Sila hantar nama kepada saya. Saya akan terus complaint kepada er… pihak Kementerian. Sekian
Tuan Speaker,
Yang Berhormat…
Berkenaan namanya…
Yang Berhormat…
…tidak berani diumumkan. Terima kasih.
Yang Berhormat Pulau Manis, sila teruskan.
Beri Pulau Manis teruskan ya.
Teruskan.
Terima kasih. Saya… walau bagaimanapun, kalau saya tidak menjawab tentang peristiwa itu mungkin kata saya berbohong di Dewan ini. Saya nak beritahu dua peristiwa, peristiwa yang pertama saya menyampaikan peruntukan biasiswa Yang Amat Berhormat Menteri Besar Yayasan Pahang kepada 836 pelajar dalam DUN Pulau Manis dalam bulan Februari yang lalu. Saya terpaksa mendapat kebenaran daripada Yang Hormat Dato’ Pengarah Pendidikan Pahang melalui panggilan telefon.
Beliau pada masa itu ada di Pulau Pinang, Pejabat Negeri tidak berani nak bagi respon setuju atau tidak. Oleh kerana saya bersahabat dengan Dr. ini tadi, Dato’ Pengarah, dia kabor boleh masuk. Jadi saya masuk sebab menyampaikan biasiswa. Tetapi malangnya, malangnya saya nak beritahu tak pernah-pernah berlaku. Datang bil RM2600.00 kena bayar… kena bayar kerusi yang digunakan oleh anak-anak dan ibu bapa, kena bayar sistem siar raya yang saya pegang untuk bercakap. Cuba bayangkan. Ha, itu satu.
Yang kedua, saya telah dijemput melalui panggilan telefon oleh sebuah sekolah menengah yang memang akrab dengan saya. Saya ini cikgu, 33 tahun pernah berkhidmat. Ramai sahabat-sahabat saya, Guru Besar dan Pengetua. Mereka jemput saya, tetapi nak beritahu pejabat beritahu dia, cancel kan jemputan. Dia dengan malu alah telefon saya, Dato’ minta maaflah tak dapat kami… kita bersama pada pagi sekian sekian haribulan. Cuba bayangkan. Cukup situ. Okay [berdehem]. Seterusnya.
Dato’ Yang di-Pertua,
Ha… yang ini ada satu lagi bab. Belum lagi banjir. Ini tak banjir lagi kita ini dan alhamdullilah selepas PRU Yang Ke-14, kita tak banjir-banjir. Syukur kita. Rupanya kalau berlaku banjir, ramai dah orang-orang PH nak tengok YB.-YB. ini merangkak pergi ke kawasan. Mereka beritahu mereka nak tangkap semua kereta-kereta jabatan, nak larang YB. naik kereta tersebut kalau mereka sendiri tak naik. Cuba bayang. Ini ke yang PH ajar. Ajar masyarakat supaya gaduh. Patutlah MPKK, MPKKP lah nak buat, nak suruh beramuk. Tapi bila kita bercakap dalam ini, kita dah bertekak tapi itu yang berlaku. Siapa dia itu? Baru setakat Ketua Ranting. Bukan Ketua Cabang, Ketua Ranting. [Berdehem]. Tapi dah Wakil Sekolah, dah boleh masuk kawasan sekolah, dah pegang mic…
Minta laluan. Saya boleh merasai kemarahan dari Wakil Pulau Manis. Harap sabar, disebabkan Wakil-wakil dari Barisan Nasional er… claim kan bahawa Pakatan Harapan hanya kerajaan sepenggal. Tak apa, selepas Pilihan Raya Umum Yang Ke-15 sekiranya Barisan Nasional mengambil alih semula kuasa Persekutuan. Jadi soalan saya adalah, apakah pandangan dan pendirian Wakil Pulau Manis, pada masa itu adakah Wakil Rakyat Pembangkang boleh masuk sekolah. Boleh tak?
Saya pada masa itu… memang kita baru ini dikejutkan. Pada masa itu, kita tak tau pun sama ada maknanya Wakil Rakyat PAS tak boleh masuk, Wakil Rakyat DAP tak boleh masuk. Kita tak tahu. Memang tak tahu tapi rupanya suasananya apabila bertukar pemerintahan kita telah diharamkan. Kalaulah… kalaulah kerajaan di Pahang ini kerajaan Barisan Nasional juga sebagai pembangkang ha… itu mungkin kita akur sangatlah sebab kita pembangkang di Dewan sini juga. Ini tidak, di negeri kita memerintah, tapi itu yang berlaku. Okay, cukuplah itu. Seterusnya…
Minta laluan, minta laluan.
Ha… ini satu lagi perkara.
Boleh ke?
Ni satu lagi, satu lagi perkara Dato’ Yang di-Pertua. Er… sahabat saya. Jadi, bolehlah.
Okay. Terima kasih ya. Terima kasih kerana memberi laluan. Okaylah, YB. Pulau Manis belum lagi jawab. Kalau Kerajaan Barisan Nasional ambil alih kuasa semula kerajaan pusat. Bolehkah melayan er… parti pembangkang lebih baik bersama dengan keadaan seperti ini? Saya memang sedih tengok keadaan Pulau Manis macam ini. Sepatutnya consensus kita dalam Dewan Yang Mulia ini, sekolah memang tidak patut menjadi medan politik. Sepatutnya tidak. Sepatutnya kita yang bagi kebajikan.
Saya memang sedihlah sebab saya rasanya YB. ataupun pemimpin parti PH yang YB. Pulau Manis katakan, bukannya dari kalangan kita. Saya rasakan bukan, sebab kita tak pernah buat perkara macam itu dan saya rasa memang kita perlu hormat sesiapa yang memberi kebajikan kepada sekolah dan pelajar dan saya jugalah mengharapkan Kerajaan Barisan Nasional. Memang saya yakin dengan pencapaian cukup cemerlang dari Barisan Nasional ambil alih semula kuasa cepat lagi, awal lagi. Mungkin next term sudah boleh. So saya haraplah, jadi saya harap Barisan Nasional boleh melayan kita dengan baik sikitlah. Terima kasih.
Saya nak ucapkan terima kasihlah kerana apabila saya ceritakan peristiwa yang berlaku, maka mendapat simpati daripada sahabat-sahabat daripada pembangkang. Dato’ Sri Yang di-Pertua, ha… ni satu perkara lagi, mungkin perkara ini …
Mohon…
Kalau …
Mohon…
Daripada …
Minta laluan sikit, boleh Pulau Manis. Sikit je.
Saya nak masuk tajuk baru.
Sikit je. Sikit je sebelum dia pindah tajuk baru. Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya rasa gini apa yang di…dibahaskan di Dewan ini pada petang ini, er… adalah merupakan satu benda yang baik, kerana kita menginsafi perkara-perkara yang kita lakukan, yang tersilap di masa lalu dan kita harap tidak diulangi kesilapan yang sama, kini. Sebab itu saya harap rakan-rakan Pakatan Harapan, pergi check sendiri, go to the down. Check dengan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan. Pendidikannya, JKMnya dan semua sekali. Adakah ini benar-benar berlaku atau tidak. Sebenarnya apa yang dinyatakan dalam Dewan ini perkara yang real, yang berlaku. Jadi nak confirm betul tak betul, check dengan agensi-agensi sendiri. Terima kasih.
Adakah Wakil Rakyat Pas juga menemui…
Ya.
…keadaan yang seperti ini.
Ya.
Juga sama. Okay.
Ya, sila teruslah, teruskan. Pulau Manis.
Er…
Saya bagi masa empat minit je.
Terima kasihlah sahabat-sahabat saya terutamanya Tanah Rata ini. Dia memang baik dengan saya. Dua minggu saya di Cameron itu hari, dia memang layan sungguhlah. [Ketawa] Ha… Dato’ Yang di-Pertua, satu perkara lagi. Ini pun saya rasa pelik juga tetapi benar. Kita dikejutkan dengan satu arahan, dilarang merokok di warung-warung dan di kedai-kedai makan. Saya er… mengakulah saya seorang perokok dan saya memang patuh kepada peraturan yang tidak benarkan saya merokok di dalam kawasan kedai, warung. Saya patuh. Ha… tapi saya nak maklumkan ialah keluar peraturan ini zaman PH. Dulu-dulu tak keluar cerita-cerita macam ini tetapi yang dahulu-dahulunya kita tak buat, sekarang ini buat pulak. Tadi kita dulu boleh merokok, dia larang kita merokok. Dulu kita kata jangan jual arak di pasaraya-pasaraya sekarang ini ada sudut pulak. Satu sudut khas minuman keras dijual.
Cuba lihat di mana-mana TMG ataupun Tunas Manja ke, yang saya dah nampak. Saya pun itu hari, malu-malu nak mengambil gambar. Bimbang juga takut orang memandang kita ambil gambar. Memang kedai tu jual Carlsberg, ialah macam-macam namalah minuman, saya pun tak tahu nama dia tapi berlaku jualan. Sedangkan er… apa ini pasaraya tersebut duduk dalam kelompok dikelilingi oleh pembeli-pembelinya adalah orang-orang Melayu. Ha, ini satu benda. Dulu kita kata merokok tak ada masalah hisaplah gitu gini, dia larang. Dulu kita kata tak boleh jual arak di warung-warung apa ini… pasaraya-pasaraya yang memang dikerumuni oleh bangsa Melayu pembelinya. Dia jual. Ha, ini yang berlaku. Dato’ Yang di-Pertua, dan yang satu lagi. Saya ingin er… menyatakan MPKK tadi dah disebut oleh er… Dato’ Fadil, mungkin jelas dah. Ini berkenaan dengan beberapa perkara yang berlaku di dalam kawasan sayalah.
Yang pertamanya saya nak maklumkan untuk MUIP ada Wakil Kerajaan ini ya. Di kawasan saya ada satu penempatan lebih kurang 80 buah rumah dibina pada 10 tahun yang lalu. Rumah ini diberikan kepada mereka-mereka yang ditakrifkan sebagai orang miskin ataupun penduduk asnaf dan rumah ini bukanlah diberi terus, tetapi diberi sebagai duduk. Apabila apa ini… penduduk yang berjaya terpilih ataupun yang telah dikenal pasti oleh MUIP sebagai orang asnaf, dapat duduk situ, berlaku berbagai-bagai perkaralah. 10 tahun mestilah berlaku kerosakan dan sebagainya ya. Orang kata siling runtuh, orang kata lantai bobos dan bagai-bagailah. Jadi sekarang ini mereka nak baiki, mereka takut, sebab rumah tu rumah kepunyaan atau milik MUIP.
Jadi saya berharaplah, saya dah hantar dah surat permohonan kepada MUIP untuk membaik pulih. Sampai ke hari ini pihak MUIP tidak lagi memberikan respon sama ada boleh dibaik pulih ataupun tidak. Jadi kita kesian, kita kesian kepada penduduk situ kalau berlaku hujan. Kita ini berlaku hujan di er…jalan kita lari ke tempat teduh. Ini
berlaku hujan di dalam rumah, jadi duduk dekat dinding. Dekat dinding tu yang tak hujan. Ha cuba bayangkan, tak sedih ke? Ha ni perkara yang berlaku.
Dah berbaiki tak? Boleh Dato’ Sri Yang Di-Pertua, mohon izin. Rumah yang dimaksud itu dah dibaiki ke belum?
Saya sebut ni sebab belum baikilah.
Berapa agaknya belanjanya?
Ya… berapa belanja dia? Nanti saya bincang dengan Pegawai Daerah sebab Pegawai Daerah tahu cerita ini ya.
Terima kasih.
Dato’ Pegawai Daerah tahu cerita dia. Yang keduanya pula berkenaan dengan ini perkara yang berlaku pada hari Isnin. Pada hari Isnin Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang ajak saya pergi ke Pejabat Dato’ Sri SS ataupun Setiausaha Kerajaan Pahang, bagi perbincangan berkaitan dengan er… agropolitan. Untuk makluman Agropolitan Lepar juga 10 tahun yang lalu. Ini semua zaman saya jadi YB. lah ni ya, 10 tahun yang lalu. 10 tahun yang lalu kita menempatkan 100 buah rumah dan kemudian kita tambah lagi 40 buah rumah. Kita letakkan pula 35 buah kandang kambing, kita letak pula 3,500 ekor kambing tambah lagi pula 2,000 ekor dan kita jadikan mereka-mereka yang terpilh sebagai pengusaha yang digajikan dengan bayaran gaji bulanan sebanyak RM1,200.00, tak termasuk dengan elaun-elaun yang mereka kerja lebih masa. Dan apa ini… Pejabat Daerah Pekan pula baik hati pula bagi lagi 300 ekar tanah untuk tanaman rumput semata-mata supaya penduduk-penduduk yang miskin yang dah tak dapat duduk rumah asnaf di Bukit Kenau tu tadi dapat pulak duduk di Agropolitan Lepar ini.
Saya nak maklumkan apabila pihak ECER, baru-baru ni berkunjung berbincang dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan, maka keputusan yang diambil ialah pada tahun 2020 tamatlah sudah pembiayaan daripada ECER kepada projek tersebut. Maka berlakulah pembuangan peserta. Cuba bayangkan peserta-peserta di situ diberi milik rumah. 6 tahun duduk situ baik tingkah laku, baik sopan bekerja, taat dan patuh dapat rumah sebuah. Memang betullah, RM140,000.00 buah… sebuah rumah dengan tanah pula Pejabat Daerah pun bagi juga. Cantiklah. Tapi masalahnya sekarang ini, mereka tu dulu kita pilih dia waktu berumur 40 tahun sekarang ni dah umur 50 tahun. Dulu kita pilih umur dia 50 tahun sekarang ini umur dia 60 tahun. Dulu kita pilih dia segar bugar, sekarang ini memanglah terkesot-kesot.
Maka yang berlaku sekarang ini ialah pihak Kerajaan Pakatan Harapan juga, dia lebih mementingkan kepada urus niaga business tak ada berlaku pulangan yang memberansangkan kepada projek ekonomi, maka mereka ini kena buang. Saya tanya berapa orang nak buang? (ketawa) Saya tanya berapa orang nak buang? 33 orang akan dibuang pada 2020. Jadi sekarang ini saya tanya berapa semua lagi nak dibuang termasuk Runcang dan juga er… Nenasi? Kawasan sahabat saya daripada Bebar. Dia kata 111 orang.
Maka sekarang ini yang berlaku zaman BN kita dulu, kita ada program dan Projek Bina Insan, kita menolong rakyat-rakyat susah. Kita tampung dia, carikan dia tempat berteduh, bawa keluarga dia tinggal. Tetapi sekarang ini Kerajaan PH nak buat sebagai projek business pula. Tak untung 5,000 ekor kambing dijaga oleh 133 orang tadi. Betul memang betul. Kalau nak kira 1 orang jaga 100 ekor maka kalau 1,000 ekor baru 10 orang. Cuba bayang, memang tak betul. Tapi tujuan Kerajaan dahulu, dia nak basmi, basmi kemiskinan. Macam juga JKM bantu bagi RM300.00 bagi apa ni RM350.00 sebulan. Tiap-tiap bulan bagi selagi tak mati. Itulah dipanggil bantuan. Ha yang ini kena fikir. Ya yang nilah perkara-perkara saya rasa sebenarnya kita kena betul. Dato’ Speaker boleh bagi masa sikit lagi?
Boleh.
Boleh ya.
Satu dua minit sebab dah melebihi daripada 20 minit. Dekat setengah jam dah.
Berapa minit?
Untuk Yang Berhormat sahaja setengah jam saya bagi. Lebih dari yang lain.
Berapa minit pula bagi?
Dua minit.
Dua minit. Ha dua minit saya gulung dah la (ketawa). Jadi Dato’….
Yang Berhormat, kalau ada Ahli-ahli Yang Berhormat nak berucap, nak bercakap nak menyanggah sila bangun ya. Jangan bercakap sambil duduk.
Jadi Dato’ Yang di-Pertua, ha inilah kelemahan saya. Saya bila Dato’ Yang di-Pertua tegur itu dia hilang punca Dato’ Yang Di-Pertua. (Ahli Dewan ketawa). Kalau tidak tak ada masalah tadi. Satu-satu boleh bercakap. Tapi sekarang ni bila dah jadi, jadi hilang. Jadi yang ini Dato’ Yang Di-Pertua, satu lagilah. Saya minta maaflah, saya terpaksa menyebut perkara ini dalam Dewan sebab saya rasa saya nak buat satu program Ceramah Perpaduan Ummah Peringkat DUN Pulau Manis bersama-sama dengan sahabat saya daripada apa ini Tanjung Lumpur dan beliau telah panggil saya berbincang dan sebagainya. Alhamdulillah beri laluan, beri cara dan kaedah pimpin saya dan kita pun akan buat pada 22haribulan hari Jumaat malam ni.
Tapi masalahnya sekarang ini, masalahnya sekarang ini ialah saya tak dapat kebenaran bertulis daripada MPK. Ini saya nak beritahu. Bila saya tak dapat kebenaran ini tadi pihak polis, tak boleh bagi saya permit. Saya makan tengah hari ini tadi, saya dihubungi oleh polis kalau tak dapat permit dia kata ya, saya kabor dengan dia saya ini ada ni apa ni Exco ni, saya jemput Exco ni untuk sebagai salah seorang penceramah. Ha, dia kabor Exco tu kita akan panggil dia kabor.
Jadi saya kata ah sudah macam mana. Jadi suruh saya buat dekat dewan. Di Jaya Gading dewan ada dua, 1 di Jaya Gading 1 di Seri Damai. Di Jaya Gading dewan saya digunakan oleh orang dah setahun lalu mohon untuk buat kenduri kahwin. Di Seri Damai pula, dewan ada, dewan balai raya. Takkan berapa orang nak muat. Ha… jadi sekarang ini saya serba salah betul sebab saya telah menjemput apa ini sahabat kita Yang Berhormat Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’, untuk sama-sama pada malam tersebut. Jadi kalaulah diaorang ini kena panggil dek polis untuk pula ambil er… soal jawab, malu lah saya ya. Jadi saya mintalah, minta tolonglah. Ini kita Kerajaan BN ni yang memerintah Pahang.
Saya mohon mencelah Pulau Manis. Boleh buat permohonan pada saya untuk ini...
Ha…, terima kasih sebab saya dah membuat permohonan dua minggu yang lalu, mengikut peraturan dalam semakan saya dengan Ketua Polis Pahang, Dato’ mesti mohon sepuluh hari sebelum. Er… sekarang ini polis tu pula nak beri permit tapi nak surat, nak beri sangat tiap-tiap hari telefon [ketawa], bayang la. Jadi saya mohon la MPK bagilah laluan pada saya dan saya pun kalau la ya sahabat saya dari sana PKR ke DAP ke, nak buat majlis kan, tiada masalah kita, buat. Tapi ramai orang datang tempat awak ramai la. Tempat saya ramai. (Ahli Dewan ketawa) Okay Dato’ Sri Yang di-Pertua.
… dekat Dewan DUN Kerdau. Dato’ Sri Yang di-Pertua, Zaharuddin Kassim. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Saya ingat boleh gulung la.
Ha, itulah, saya dah gulung yang pertama tadi saya cerita yang terakhir tadi itu. Jadi saya rasa berharap begitulah ya. Kita perlu prihatin dengan suasana dan keadaan sekarang, maka maknanya rakyat-rakyat nak tahu lebih jelas ya. Jadi kita kena beritahu rakyat perkara-perkara yang berlaku. Saya minta maaf saya tiada sebut hal Tanjung Piai ya, dan begitu juga dengan sahabat saya daripada mana tadi… Ketari, saya jua balas pantun awak tadi itu. Saya harap betul la tu, tetapi siapa pula nak mendoakan kita ha...
Jadi Yang Dato’ Yang di-Pertua itulah sahaja dari saya terima kasih kerana memberi saya masa yang lebih sedikit. Terima kasih ya, terima kasih daun keladi, kalau saya berucap lagi nanti beri la lagi. Jadi dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya menyokong… macam nak rasmi pula dah (Ahli Dewan ketawa) saya menyokong apa ini pembentangan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Sekian terima kasih. (Ahli Dewan menepuk meja)
Terima kasih. Sila Tras.
Terima Kasih kepada Tuan Yang di-Pertua memberi saya peluang bagi saya menyertai perbahasan Bajet 2020 Negeri Pahang. Isu pertama saya nak sentuhkan adalah isu yang membawa gangguan terbesar kepada rakyat Raub, isu krisis air. Seperti yang banyak kali yang saya bangkitkan di Dewan ini, isu krisis air telah melanda kawasan Tras dan Raub sepanjang enam atau tujuh tahun. Kehidupan penduduk turut diganggu dan satu projek nama Sabo Dam telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan terdahulu pada tahun 2017. Kos bina Sabo Dam adalah sebanyak RM5 juta. Namun, Sabo Dam yang asalnya bertujuan menapis kekeruhan air di sungai Loji Bilut tidak nampak berkesan. Sekiranya hujan lebat berlaku air sungai akan turut mudah ditutup kerana kekeruhan air.
Penutupan loji bukan berlaku satu kali dalam beberapa bulan, tetapi adalah beberapa kali dalam satu bulan, khususnya pada musim hujan hujung tahun. Hanya bulan November ini, loji Sungai Bilut sudah berhenti lapan kali kerana hujan lebat menyebabkan air keruh mencecah 1,000 NTU. Akaun yang menghadapi gangguan air lebih daripada 7,500 unit. Tambahan pula, Loji Sungai Semantan yang meliputi 7,500 akaun lain di kawasan Raub sekarang pun juga kerap kali berlaku gangguan bekalan air. Dari bulan Oktober ke November, Loji Sungai Semantan sudah tutup sebanyak lima kali.
Saya minta Kerajaan Tempatan dan jabatan-jabatan berkenaan boleh siasat sama ada punca kekeruhan air di Sungai Semantan ini adalah oleh kerana aktiviti-aktiviti pembukaan tanah atau pembalakan di hulu sungai. Jika aktiviti-aktiviti tersebut memang menjejaskan kualiti air, saya harap Kerajaan Tempatan boleh ambil tindakan terhadap syarikat-syarikat penanaman atau pembalakan sekiranya mereka tidak mematuhi SOP atau peraturan.
Untuk mengurangkan keadaan kritikal yang dihadapi oleh penduduk Raub, Kerajaan Persekutuan pun telah salur RM3 juta untuk menaik taraf infra seperti memasang tangki dan booster pump di tapak tinggi sesetengah kawasan perumahan di Raub. [batuk] Walau bagaimanapun, projek ini nampak tidak sempat siap sebelum Raya Cina tahun depan dan setiap kali hari perayaan atau cuti awam, penggunaan air akan bertambah beberapa kali ganda kerana semua orang akan balik ke kampung. Berdasarkan pengalaman tahun lepas, krisis air berlaku pada hari perayaan membawa impak negatif yang besar kepada setiap rumah.
Cuba bayangkan tiada air untuk masak, mandi, cuci pada musim perayaan, ini akan menjejaskan keharmonian dan kegembiraan hari raya. Oleh itu, saya memohon PAIP bersedia menghadapi krisis air yang mungkin berlaku pada perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang. Saya harap PAIP boleh meminta bantuan dari daerah yang dekat atau negeri lain untuk menambah lori tangki air supaya dapat membekal air ke tangki-tangki statik dan rumah-rumah yang menghadapi krisis air untuk mengurangkan gangguan mereka.
Isu yang kedua, yang saya nak bangkitkan adalah isu letak Jawi di papan tanda perniagaan. Tujuan papan tanda adalah untuk menjelaskan jenis perniagaan premis serta produk-produk yang di jual dalam premis. Sekiranya masyarakat umum tidak faham maksud tulisan atas papan tanda tersebut, papan tanda tidak akan bermakna. Kami menghormati tulisan Jawi sebagai warisan budaya Malaysia dan Kerajaan Negeri sememangnya mempunyai hak untuk memperkasakan dan memartabatkan tulisan Jawi.
Saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri, sekiranya ingin memperkasakan penggunaan tulisan Jawi, bolehlah menggunakan pendekatan sebagai contoh, seperti contoh memberi diskaun kepada permohonan license perniagaan atau license papan tanda premis bagi menggalakkan penggunaan tulisan Jawi. Khususnya bagi semua papan tanda perniagaan yang sedia ada, Kerajaan Negeri patut galak mereka tambah tulisan Jawi bukan wajibkan. Berdasarkan surat bantuan, Kerajaan Negeri meminta bahawa saiz tulisan Jawi papan tanda perniagaan hendaklah sebesar ataupun lebih besar daripada Bahasa Melayu. Saya ingat bantuan ini akan membawa sedikit sebanyak kesusahan.
Mohon laluan boleh? Saya nampak ada dua isu dalam kes penggunaan tulisan Jawi ini, yang dikatakan oleh Tras tu, ada dua maksud. Maksud pertamanya tentang penerimaan tulisan Jawi pada keseluruhannya. Yang keduanya minta diskaun. Apabila minta diskaun, bermakna boleh terima tulisan Jawi itu kan? Cumanya minta diskaun atas pasal faktor ekonomi, faktor-faktor kos. Sebenarnya kalau apa yang saya nampak Tuan di-Pertua, di sini bukan isu. Isunya dia tidak kisah pun tulisan Jawi tu, tapi jangan kenakan kos untuk buat. Tapi maknanya Tras nyatakanlah sejelas-jelasnya, Tras setuju ke tidak dengan tulisan Jawi ini. Terima kasih.
Saya memang setuju Kerajaan Negeri menggalakkan penggunaan tapi bukan wajibkan dan saya akan habiskan ini okay. Berdasarkan surat bantuan Kerajaan Negeri meminta bahawa saiz tulisan Jawi papan tanda perniagaan hendaklah sebesar atau lebih besar daripada Bahasa Melayu. Saya ingat bantuan ini akan membawa sedikit sebanyak kesusahan kepada peniaga-peniaga bukan Muslim kerana papan
tanda premis perniagaan bukan sahaja perlu jelas dan tepat, kadang kalanya ia juga perlu berunsur kreatif.
Sekiranya perniagaan premis bukan Muslim tersebut adalah, sebagai contoh kedai peralatan sembahyang Cina dan restoran makan Cina. Papan tanda perniagaan tersebut akan juga termasuk tulisan Cina. Oleh yang demikian, pemilik-pemilik premis terpaksa meletakkan ketiga-tiga tulisan atas papan tanda dalam ruangan yang terhad. Ruang untuk kreativiti atas papan tanda premis akan dikurangkan sekiranya…
Minta laluan.
…ianya perlulah memuatkan Bahasa Melayu dan tulisan Jawi yang sebesar ataupun lebih besar daripada Bahasa Melayu.
Er… saya nak bertanyalah, kalau tiada tulisan Cina itu agak-agak boleh faham tak yang itu ada kedai. Kedai kegunaan? Makna ada tulisan Melayu dan tulisan Jawi. Adakah boleh, boleh faham dekat situ ada kedai untuk kegunaan orang-orang Cina. Terima Kasih.
Ada sesetengah orang memang tak faham kerana yang macam restoran makan Cina bukan guna Bahasa Melayu dan bahasa Jawi boleh membawa itu mesej ada produk apa yang dijual. Oleh itu, kami memang menghormati tulisan Jawi.
Mohon laluan.
Saya nak habiskan.
Mohon laluan.
Ha, okay.
Kalau tak ada tulisan Cina di restoran Cina dan orang-orang Cina tak faham dekat situ, berapa lama dia duduk di negara ini? Dengan Bahasa Melayu sahaja dia dah tak faham, yang dia dah tak faham, er… Dato’ Yang di-Pertua. Jadi, apa maknanya sebagai warganegara dengan Bahasa Melayu yang ditulis di situ dan kita tambah
bahasa ini tak ada pula Bahasa Cina tetapi dia tak faham yang itu restoran masak… makanan Cina.
YB.…
Warganegara apa?
YB., boleh saya celah sikit ke?
Kadang kala iklan ini guna Bahasa Cina, dia bukan untuk tujuan untuk memahamkan sahaja, tetapi kadang kala ni, bahasa ni, tulisan ni adanya juga untuk publisiti, dia macam iklan, macam jugalah… dia sebagai hiasan juga. Sebab orang tengok itu ialah branding, branding bukan sahaja untuk memahami tetapi branding. Oleh itu, keperluannya guna Bahasa Cina bukan… bukan… bukan mereka tak faham Bahasa Melayu, tetapi cuma itu untuk branding sahaja. Terima kasih.
Mohon laluan.
Laluan lagi.
Begini er… mohon laluan. Okay, kalau...
YB., hah… YB. Ibam, pandang Speaker.
Ya…
Jangan pandang sana…
Ya (gelak)… minta maaf Tuan Yang di-Pertua,
Jadi begini, kalaulah kita anggap juga tulisan Jawi itu sebagai satu branding, er… dia satu branding dan juga kita dapati bahawa dengan tulisan Jawi itu juga orang-orang yang bukan er… chinese, orang Melayu yang di kedai makanan Cina yang dikatakan
halal dengan tulisan Jawi itu, bukankah boleh lagi menambah pelanggan bagi restoran-restoran Cina yang dikirakan halal. Terima kasih.
Yang bagi restoran halal saya rasa memang tak ada masalah, apa yang saya sebutkan disini adalah restoran bukan halal atau restoran makan Cina dan… oleh demikian er… saya rasa yang papan tanda yang letak bahasa… huruf Bahasa Cina adalah pun juga satu hak bagi mereka.
Oleh itu, saya rasa mereka boleh tambah, tambah tulisan Jawi, tulisan Bahasa Melayu, tulisan Jawi tapi bukan diwajibkan, jika digalakkan lebih baik. Oleh itu, saya haraplah Kerajaan Negeri boleh bersikap inclusive sikit, tahap ini akan menyebabkan susunan rekaan design…
Minta laluan sikit …
… papan tanda yang amat tidak teratur…
Minta laluan Tras …
Ya.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya juga nak tanya Tras mintak penjelasan. Sekiranya tidak diwajibkan, hanya digalakkan, adakah peniaga-peniaga itu akan mematuhi atau mempromosikan ataupun menyambut er… apa ni seruan untuk nak mempromosikan Jawi ini. Sebab dibimbangi kalau hanya digalakkan tidak ada sambutan. Dia tidak akan… akan menemui kegagalan.
Sebab itu antara langkah yang diambil, yang saya rasa yang… yang perlu kita er… fahami kenapa diwajibkan adalah untuk nak menjayakan er… seruan ini. Kalau setakat menggalakkan, saya yakin ianya hanya sekadar satu er… apa er… hanya satu kempen biasa sahaja bukan merupakan satu seruan.
Saya mohon penjelasan Tras.
Saya rasa memang tidak boleh wajibkan, menggalakkan sudah cukup kerana memang kami menghormati tulisan Jawi tapi bukan semua orang faham tulisan Jawi termasuk kaum-kaum Cina. Oleh itu, jika nak hadkan mereka mesti tulisan itu sebesar
atau lebih besar daripada Bahasa Melayu, saya rasa bagi design reka bentuk itu bagi papan tanda memang adalah satu hadkan untuk kreatif.
Oleh itu, saya rasa er… dan juga tukar papan tanda melibatkan kos yang tinggi. Walaupun tambah sebaris tulisan Jawi sahaja tetapi kedai ikan… iklan perlu sewa skylift dan lori dan sebagainya. Sebab itu bagi peniaga Cina, jika tukar papan tanda atau turunkan papan tanda, boleh dinampak satu kelakuan yang pandang.
Reaksi dan sentimen, ini perlu juga dijaga oleh Kerajaan dan saya rasa Kerajaan Negeri boleh bersikap lebih inclusive. Jika nak wajibkan, betul-betul nak wajibkan Kerajaan Negeri boleh hanya meminta penambahan tulisan Jawi atas papan tanda perniagaan di tepi perkataan yang menjelaskan kategori perniagaan premis tersebut.
Sebagai contohnya tulisan Jawi restoran dibahagian atas kiri atau atas kanan papan tanda tersebut. Oleh itu, saya harap Kerajaan Negeri bersikap inclusive dalam isu letak tulisan Jawi di papan tanda ini. Sekian, terima kasih.
Sila kalau ada. Baik Triang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Terima kasih diberi peluang mengambil bahagian dalam Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2020) dan us… 2019 dan Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air Tahun 2020.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya hanya ada beberapa isu yang ingin dibawa ke Dewan ini. Daripada jawapan lisan yang diberi oleh Yang Amat Berhormat pada hari semalam, mengenai tanah tanpa izin yang diusahakan oleh pekebun kecil, bahawa Kerajaan Negeri merancang untuk memberi hakmilik kepada agensi Kerajaan seperti PSK dan kemudiannya dipajak kepada pihak yang berminat.
Ini sememangnya satu berita baik, kepada pekebun kecil kerana dalam enam bulan kebelakangan ini, permohonan tanah di Paya Lang ditolak dalam masa singkat sebagai contoh 2 minggu apabila borang dihantar. Ini amat membimbangkan kerana mereka risau bila-bila masa sahaja tidak akan dibenarkan untuk mengusahakan tanaman lagi. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, tanah ini diusahakan sejak 50 tahun dahulu dan menjadi sumber ekonomi utama bagi pekebun kecil untuk menyara hilup… hidup sekeluarga dan mencari rezeki.
Dengan ini, saya ingin merayu kepada Kerajaan Negeri supaya peluang pajakan dibuka dahulu kepada mereka yang mengusahakan lot tanah dengan kadar pajakan yang munasabah. Lepas satu tempoh yang ditetapkan, sekiranya tiada permohonan diterima, barulah peluang pajakan dibuka kepada pihak lain yang berminat.
Ini dapat menunjukkan keikhlasan Kerajaan Negeri yang berhasrat untuk membantu…
Boleh mencelah sikit...
Pekebun kecil…
Dato’ Yang di-Pertua… boleh mencelah sikit.
Saya tertarik dengan Triang ini, cumanya dalam pemikiran saya timbul tanda tanya, tanda soal berapakah… berapa ekarkah yang terlibat dan juga berapa orang penerokaan… peneroka yang terlibat? Makna berapa luas dan berapa jumlah peneroka yang terlibat. Berapa ramai yang terlibat?
Pasal apa, saya difahamkan Dato’ Yang di-Pertua, satu-satu orang tu lebih daripada 10 ekar, ada 20 ekar, 23 ekar, 30, 50 ekar pun ada, 60 ekar pun ada. Jadi minta kepastian daripada Triang, tolong jelaskan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Untuk tanah tanpa izin di Paya Lang, saya rasa pega… Pejabat Tanah mempunyai statistik yang lebih er… tepat daripada statistik saya sendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa ada sebahagian kecil yang ada tanah seluas lebih daripada 10 ekar tetapi tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan mereka mempunyai tanah bawah daripada 10 ekar dan memang mereka betul-betul mengusahakan tanaman untuk mencari makan. Boleh dapat tak Kemayan? (Ahli ketawa) Okay. Jadi saya harap bahawa Kerajaan Negeri dapat memberi keutamaan kepada mereka. Sekiranya mereka sendiri tidak minat, tidak mohon barulah peluang diberi kepada pihak lain.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Isu padang dan taman rekreasi di Triang telah banyak kali dibangkit di Dewan ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada YDP Majlis Daerah Bera yang kini menjadi D.O Temerloh kerana telah mengambil inisiatif untuk menyelenggara padang walaupun pada masa itu padang belum diserah dari PSK ke Majlis Daerah Bera.
Dan juga saya difahamkan terdapat perancangan untuk menaik taraf padang awam ke… menjadi taman rekreasi dan dijangka mene… menelan kos sebanyak RM800,000.00. Demi lebih merealisasikan hasrat Kerajaan dalam penyediaan kemudahan awam untuk memenuhi permintaan rakyat, saya mencadangkan agar Town Hall Meeting dengan izin, boleh dilaksanakan untuk mengumpul pendapat orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat tentang pembinaan taman rekreasi di padang awam.
Ini adalah kerana penduduk tempatanlah yang akan menggunakan kemudahan awam ini. Input-input daripada peng… pengguna mungkin dapat menambah baik lagi rancangan ini. Sebagai alternatif, Majlis Daerah Bera boleh mempamerkan kertas kerja projek untuk dirujuk orang ramai buat satu tempoh supaya mereka boleh mengemukakan cadangan atau maklum balas.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Majlis banj… sorry, masalah banjir kilat di kawasan Triang kembali berlaku di Jalan Bongkok, Taman Bera Jaya dan Taman Mawar Jaya. Sekiranya kita meneliti punca masalah, kadang-kadang masalah ini boleh dielakkan sekiranya semua pihak bersikap bertanggungjawab. Sebelum pembangunan baru diluluskan JPS sebagai jabatan teknikal akan dirujuk tentang pembinaan sistem saliran supaya aliran air yang keluar dari kawasan peba… pembangunan baru hendaklah sama ataupun kurang daripada jumlah aliran air sebelum pembangunan baru dilaksanakan.
Sekiranya pemaju bersikap bertanggungjawab, mereka perlu mematuhi segala syarat yang ditetapkan, termasuk pembinaan insfrastruktur, saliran seperti On-Site Detention, dengan izin. Sekiranya Kerajaan Tempatan bersikap bertanggungjawab, mereka akan memantau sama ada semua syarat dipatuhi sebelum CCC dikeluarkan. Dengan ini masalah banjir kilat yang berlaku pada perumahan yang berdekatan atau bersebelahan dengan kawasan pembangunan baru dapat dikurangkan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Baru-baru ini berlaku beberapa kes projek pembangunan Persekutuan di kawasan saya yang menimbulkan kekeliruan ataupun masalah di tempatan. Memandangkan er… Barisan Nasional menyatakan bahawa kemungkinan besar mereka akan mengambil alih kuasa Persekutuan, jadi saya ingin… saya harap bahawa kita saling mengingati sesiapa jadi Kerajaan Persekutuan pun, sekiranya ada projek mega yang dilaksanakan di sesuatu tempat, semua stakeholder patut dijemput untuk bermesyuarat atau… ataupun berbincang sebelum projek dilaksanakan.
Jangan apabila projek dilaksanakan separuh, nampak ada masalah, terdapat bantahan daripada agensi ataupun penduduk setempat, barulah pelan perlu ditukar, dipindah dan EOT dikenakan. Dan pada masa itu dia akan menelan kos yang lebih banyak. Jadi kita harap bahawa, kita menghormati agensi-agensi Kerajaan Tempatan dan er… termasuk sekolah-sekolah, klinik-klinik tempatan yang terlibat apabila ada projek Persekutuan mega yang akan dilaksanakan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Mohon mencelah Triang, ya. Saya fikir sebahagian daripada projek-projek pembangunan ini dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah ya. Jadi dari segi kerajaannya ataupun dari segi Kerajaan Negeri, er… saya fikir Yang Berhormat juga tahu bahawa wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional juga tidak dijemput dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah. Jadi bagaimana boleh kami memberikan pandangan?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kalau kita jangan bincang tentang isu politik. Apa maksud saya adalah kadang-kadang jabatan di peringkat daerah, mereka sendiri pun tidak tahu. Maknanya mereka pun rasa serba salah apabila mereka dipersoalkan dalam mesyuarat.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya bukan bercakap tentang er… aktiviti parti politik, tetapi ini satu dasar Kerajaan Persekutuan, yang kalau sebelum ini Majlis Tindakan Negeri dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Hari ini Majlis Tindakan Negeri dipengerusikan oleh seorang Menteri Kabinet er…daripada Kerajaan er… Persekutuan dan juga dipengerusikan bersama oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tapi di peringkat daerah ianya dipengerusikan oleh er… melalui punca kuasa Pegawai Pembangunan Negeri dan er… saya rasa dipengerusikan sendirilah oleh Pegawai Pembangunan Negeri di setiap daerah.
Jadi situ kita bagi pihak apa Majlis Mesyuarat Kerajaan mungkin tidak ada saluran-saluran langsung, seperti mana kalau kerajaan kita yang dulu, kita ada saluran untuk Kerajaan Negeri memberikan pandangan tentang cadangan-cadangan dan pendaftaran projek di peringkat daerah.
Terima kasih atas penjelasan daripada wakil kerajaan. Kita berharap bahawa, saya sendiri pun tidak bersetuju bahawa Wakil Rakyat ataupun agensi kerajaan pembangkang tidak dijemput ke mana-mana Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan sebab bagi saya, selepas pilihanraya peranan kita adalah berkhidmat untuk rakyat dalam tempoh 5 tahun ini dan kita mengetepikan unsur-unsur politik.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua…
Mohon laluan. Yang di-Pertua, saya nak bertanya kepada Yang Berhormat di sebelah kerajaan. Adakah Yang Berhormat bersetuju jika membenarkan kami daripada ahli pembangkang untuk masuk ke meeting Ahli Majlis ataupun er… mesyuarat Full Council kerana saya pernah bertanya beberapa kali tapi sehingga kini masih negatif. Kerana bagi saya mesyuarat Full Council juga adalah amat penting untuk kami memak… memaklum er… mendapat maklumat semasa keadaan setempat di mana er… keadaan semasa di kawasan masing-masing.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Untuk hadir atau tidak itu, saya fikir ini apa diputuskan oleh Pentadbiran. Sekiranya dia sesuai bolehlah turut hadir. Tetapi selaku Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun Ahli Parlimen, kita bukan ahli kepada Majlis dalam erti kata lain. Jadi kalau apa… pihak penganjur ataupun pihak pengelola mesyuarat itu Majlis, di sini dalam konteks ini Majlis merasakan kita tidak apa… diperlukan, jadi tak berapa sesuailah kita hadir ya. Tetapi soal pokoknya hari ini Dato’ Sri Yang di-Pertua ini soal bagaimana kita nak menyelaraskan projek-projek pembangunan di sesuatu daerah.
Seperti yang saya katakan tadi, sebahagian besar daripada aktiviti pembangunan dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan. Jadi kita Kerajaan Negeri sentiasa memberikan kerjasama tapi cuma saya nak maklumkan bahawa secara dasarnya sekarang ini er…
Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah itu kita ada sikit kurang suara Yang Berhormat ya, terima kasih.
Beri laluan untuk saya menjawab Ketari. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 171, perlantikan Ahli Majlis adalah seramai 24 orang dan seorang Pengerusi. Dalam perlantikan ini tidak dinyatakan Yang Berhormat adalah sebagai Ahli Majlis.
Yang Berhormat,
Sebab saya pernah menjadi Ahli Majlis jadi setiap hanya Full Council sahaja dibenarkan Wakil Rakyat untuk bersama-sama menjadi pemerhati. Kerana apabila kita jadi pemerhati, dari situ kita mendapat maklumat semasa kawasan kita dan er… kerana kami adalah pembangkang jadi kami tidak mendapat maklumat dan juga untuk maklumat Yang Berhormat juga mesyuarat daerah pun kami tak dapat sertai, tak dimaklumkan. Jadi kalua, kalau pihak Kerajaan Negeri boleh masukkan Ahli Yang Berhormat pembangkang bersama dalam mesyuarat daerah, kami sangat mengucapkan terima kasih.
Yang sebenarnya Yang Berhormat boleh terus berjumpa dengan YDP atau SU untuk mendapatkan beberapa maklumat daripada pihak PBT. Tak perlu dalam mesyuarat pun saya rasa.
Kita nak tanya Ahli daripada Ketari. Dia Ahli Majlis mana itu? Negeri mana? Cuma kita nak beritahu Ahli Majlis mana? Negeri mana?
Selangor, Yang Berhormat. Cuma saya nak menjawab er… Exco daripada PBT er… sebabnya bila kita… ini masalahnya kerana kita er… pembangkang dan juga berbeza dengan pihak kerajaan. Kadang-kadang kita nak berjumpa pun susah. Jadi saya berharap kalau kita tak suka terima layanan yang tidak baik saya berharap di mana-mana pihak sama ada kerajaan ataupun di peringkat daerah dan sebagainya sudi-sudilah menerima er… pertemuan di antara pihak Wakil Rakyat dan juga pihak er…
Mohon mencelah sikit.
Perjumpaan ya?
Untuk pengetahuan Ketari, kami ini dah abang adik dengan UMNO pun tidak dipelawa juga (Ahli Dewan ketawa). Inikan pula tak berapa adik beradik lagi ya, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Biar saya teruskan. Sistem Soalan Dewan Pahang (SSDP) yang diperkenalkan pada mesyuarat kali ini merupakan pembaharuan Dewan yang amat memberansangkan, di mana kita dapat mengakses soalan dan jawapan Dewan bukan sahaja untuk kawasan sendiri mahupun untuk semua kawasan di negeri Pahang. Saya mengucapkan syabas kepada Tuan Yang di-Pertua. Untuk fasa seterusnya saya mencadangkan agar semua soalan dan jawapan Dewan dapat juga serta handsard, dapat juga dipamerkan di laman web untuk membolehkan orang awam khususnya warga Pahang mengambil tahu apa dan mengikut apa yang dibincangkan di dalam Dewan Yang Mulia ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Akhir sekali saya juga ingin mengalukan pesanan Yang Berhormat Pelangai yang membantah kempen boikot barangan bukan Muslim sebab saya tetap berasa bahawa pada buat masa kini, buat keadaan Malaysia pada hari ini, kita semua bertanggungawab. Tidak kira Wakil Rakyat, Ketua Pengarah, penjawat awam, kita semua bertanggungjawab, sama-sama kita membina semula negara ataupun negeri…
Yang Hormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya ingin membuat pembetulan. Sebenarnya tidak pernah ada mana-mana NGO pun daripada orang Islam yang memboikot mana-mana barang. BMF… Buy Muslim First terutama sekali barang-barang yang ianya terlibat dari segi barang-barang makanan. Itu sahaja, sebagai contoh. Sebagai contoh ya, biskut ataupun apa namanya… mi ataupun roti dan sebagainyalah, barang-barang makanan sahaja. Kita kereta, kita tak ada pun kita cakap kita boikot. Kita... Buy Muslim First, pasal apa? Kita memang tak ada orang... orang mungkin tak ada orang Melayu yang menjadi pengedar kereta sebagai contoh di bandar tersebut. Jadi kita beli je lah.
Yang selama ini pun yang er... di... di... di Kuantan, di Temerloh ya, di bandar-bandar ini, yang menghidupkan peniaga-peniaga orang bukan Melayu ini adalah orang-orang Melayu, kita kena ingat itu. Kita tengok, kita check ini kedai-kedai yang ada ni di Kuantan ini. Berapa orang Melayu ada? Berapa orang bukan Melayu ada? Kita tak pernah... kita tak pernah cemburu pun. Cumanya apabila ya, apabila kita dapati bahawa banyak ada di kalangan ya bukan semua ya, di kalangan ya orang bukan Melayu ya, kemungkinan ini report yang kita dapat, ini apa yang kita dapat di social media dan sebagainya, didapati bahawa mungkin bahan yang digunakan dipertikaikan.
Macam tadi saya dapat ya dia cakap jangan minum lagi Tea Leaves... kan Tea Live... Tea Live ya, yang dulu nya chat time sekarang Tea Live kan dia sama. Dia boleh beritahu ada chemical ataupun bahan-bahan yang tertentu yang diharamkan, yang tak boleh yang orang Islam tak boleh… itu sahaja dan kita pun tak marah company walaupun... walaupun ada orang tidak bersetuju dengan tulisan Jawi, tapi yang produk-produk tertentu yang tulis halal itu dia tulis Jawi juga ha…, itu tak apa pula ha…, itu tak apa yang itu dia boleh terima. Pasal apa? pasal that is how you want to convince yang barang itu halal itu sahaja.
Kita tak pernah sekalipun kita bagitahu boikot tetapi jika sekiranya ianya dalam Islam ya, jika ianya sekiranya ia meragukan maka kita jangan beli, kita jangan makan maka kita kena beli lah barang-barang yang tidak meragukan, iaitu barang-barang daripada BMF atau Buy Muslim First itu sahaja ya, sekian terima kasih.
Terima kasih daripada penjelasan. Semalam er... dengar penerangan dari Tanjung Lumpur, sebenarnya saya faham bahawa kempen ini target kepada makanan sahaja tapi kita tidak dapat mengawal bagaimana penterjemahannya apabila dia sampai ke masyarakat umum khasnya di social media. Jadi kita dapat... tidak dapat mengawal jadi kita harap bahawa, kita akan lebih berhati-hati dengan apa jenis saranan yang…
Jika sekiranya, jika sekiranya pengilang kita, pembuat makanan kita kemudian yang terlibat dengan barang-barang ataupun produk-produk ya seperti kosmetik dan sebagainya yang digunakan, ini mematuhi syariah compliance, mematuhi peraturan syariah kita tak ada masalah pun. Tak ada menjadi... tidak menjadi masalah pun kepada orang-orang Melayu. Selama ini tak ada pun orang Melayu… tetapi mungkin ada sebahagiannya yang mempunyai pengalaman ianya telah disalahgunakan. Salah gunakan apa yang kita kata sebagai logo halal dan sebagainya. Itu yang membuatkan keraguan jadi bukan salah kita, kita bukannya pengilang orang Melayu tak pernah jadi pengilang dan orang Melayu tak pernah marah pun orang lain jadi pengilang, asalkan perkara tersebut halal iaitu bersih. Halal tu maknanya bersih. Kalau di Amerika kita ada Kosher-K makanan tersebut halal bagi orang Yahudi, bersih pada dia K, pada kita H-Halal itu sahaja.
Jadi, sekarang ni kita harap supaya pengilang-pengilang yang ada ini…
Nak celah sikit. Mohon celah Yang di-Pertua.
Saya belum habis lagi. Pengilang-pengilang yang ada ni terutama sekali mereka mesti mematuhi sebab terlalu banyak... terlalu banyak bukti-bukti yang diviralkan di dalam social media yang kita dapati bahawa mereka tidak mematuhi syariah apa nama patuhan syariah yang ianya sememangnya diperlukan ataupun orang Islam memerlukannya itu sahaja. Terima kasih.
Tak Boleh. Gulung-gulung.
Sikit je Yang di-Pertua.
Kita baca ginilah mudah, orang Islam ni bukan sahaja boikot lama dah tak makan babi tapi perniagaan babi okay je, mewah, tak rugi pun kan. Jadi serupa juga situ ja kita reverse psychology begitu ya terima kasih.
Okay, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tujuan saya membawa isu ini simple sahaja. Saya cuma harap bahawa kita semua tak kira Wakil Rakyat, penjawat awam, kita sama-sama membina semula negara dan negeri dan juga kita sama-sama membina semula hubungan antara kaum itu sahaja sebab kita anak Malaysia. Akhir sekali saya menyokong Belanjawan 2020 yang dibentangkan Yang Amat Berhormat. Sekian terima kasih.
Terima kasih Triang. Saya jemput kalau ada. Ada yang Ahli Yang Berhormat ada masa lagi. Sila Panching. YB. Panching.
Asalamualaikum WBT dan selamat petang.
Er... Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya mengucapkan terima kasih kerana memberi laluan kepada saya untuk mengambil masa sedikit insya-Allah petang ini untuk membahas Perbentangan Bajet daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Apa yang ingin saya bawa pada petang ini ialah yang pertama berkenaan dengan er... Perumahan yang disediakan oleh er... Kerajaan Negeri Pahang iaitu Perumahan PR1MA dan juga Perumahan Makmur yang saya kira di antara projek perumahan yang mesra rakyat, yang menyediakan peluang untuk rakyat memiliki kediaman yang baik bagi kehidupan mereka. Cumanya seandainya kita meneliti fakta antaranya saya baca dalam surat khabar pada bulan Oktober pada hari itu iaitu data yang dikeluarkan oleh demographic international berkenaan dengan harga rumah di pasaran Malaysia pada hari ini adalah rumah yang harga tidak mampu milik ya, harga rumah tidak mampu milik terutamanya rumah di bandar-bandar utama dalam negara kita.
Dan er... kebiasaannya pada hari ini, rumah yang ditawarkan rumah baru dibina, ditawarkan pada harga RM350,000.00 ke RM400,000.00 sebuah ya. Sedangkan mampu milik, kategori mampu milik dalam negara kita ialah bila mana satu rumah yang ditawarkan itu harganya tidak lebih daripada 3 kali gaji tahunan isi rumah, dan kita lihat di Kuantan contohnya, kebiasaan rumah yang ditawarkan pada saiz yang kecil... saiz yang sangat kecil tetapi diletakkan bermula harga pada RM300,000.00 dan ke atas.
Dan terutamanya bandar-bandar baru kita lihat contoh KotaSAS dan sebagainya rumah yang ditawarkan sangat tinggi RM400,000.00, RM500,000.00, RM1 juta pun ada. Yang mana kita melihat pendapatan isi rumah di daerah Kuantan terutamanya dan juga di daerah-daerah lain tidak ramai, bukan majoriti yang mempunyai pendapatan isi rumah mampu miliki rumah pada harga RM350,000.00 dan ke atas. Kalau satu rumah RM350,000.00 bererti pendapatan isi rumah mestilah sebulan er... hampir RM10,000.00 pendapatan isi rumah. Setiap isi rumah, campur gaji suami dan isteri mesti lah mencapai RM10,000.00 baru melayakkan meraka untuk miliki rumah RM350,000.00.
Tuan Yang di-Pertua,
Rumah mampu milik yang ditetapkan oleh Bank Negara ialah pada kadar RM280,000.00... RM282,000.00, yang merupakan rumah yang mampu milik oleh
ramai medium group... kumpulan medium dalam negara kita. Yang saya ingin tekankan pada hari ini ialah pihak kerajaan telah berusaha menyediakan Rumah PR1MA yang saya kira pada kadar harga yang... yang luma... yang.... yang mampu milik dan kita lihat hari ini habis dijual bila mana ditawarkan pada kadar harga RM150,000.00 dan juga begitu Rumah Makmur RM80,000.00.
Saya mengharapkan supaya anak-anak syarikat negeri Pahang ataupun peranan kerajaan negeri dalam mengawal harga yang ditawarkan yang begitu tinggi yang menyebabkan sebahagian besar rumah-rumah ini terbengkalai, tidak mampu dijual dan seandainya boleh, anak-anak syarikat negeri bukan semata-mata anak-anak syarikat negeri yang juga terlibat dalam er... pembangunan perumahan, tidak semata-mata mengikut trend harga semasa yang ditawarkan oleh er… pemaju-pemaju. Sebaliknya juga menawarkan harga yang diletak harga sosial er… maknanya harga yang tidak mengikut harga trend semasa, tetapi harga yang kita kira boleh dimiliki oleh ramai er… masyarakat di dalam er… negara kita er… dalam, dalam, dalam negeri kita.
Saya sangat-sangat mengharapkan supaya ada juga tanggungjawab sosial. Di samping rumah PR1MA, Rumah Makmur tadi, anak-anak syarikat juga mempunyai tanggungjawab sosial untuk menyediakan rumah yang mampu milik. Bukan semata-mata memikirkan keuntungan, tetapi mampu milik sebahagian besar er… masyarakat dalam, dalam negeri kita. Dan antara kumpulan dalam masyarakat yang tertinggi sebenarnya adalah kumpulan B40. Er… kumpulan yang sangat–sangat berpendapatan rendah. Yang saya kira ada beberapa Ahli er… Yang Berhormat telah pun menyentuh dalam er… ucapan dalam persoalan soal jawab dan juga perbahasan, di mana kita minta pihak kerajaan memikirkan bagaimana nasib mereka ini.
Er… peluang mereka untuk memiliki rumah untuk memiliki rumah yang pada kadar harga RM80,000.00, RM150,000.00 sebahagian mereka tidak memiliki slip gaji dan sebagainya. Tetapi mereka juga sebenarnya adalah golongan yang ingin, ada impian untuk memiliki rumah dan kita melihat rumah ini dalam Islam adalah sebahagian daripada perkara dhoruuri er… perkara yang mesti yang perlu disediakan untuk mengisi keperluan masyarakat pada, pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya juga pada petang ini ingin mengajak er… semua untuk melihat kembali er… peruntukan yang sediakan kepada YB.-YB. pembangkang antaranya. Er… kalau YB. daripada DAP, daripada Pakatan Harapan mereka mungkin, mungkin mendapat er… peruntukan tambahan daripada kerajaan pusat, ada YB.? Rahsia. Tetapi kami daripada PAS contohnya er… peruntukan yang diberikan oleh kerajaan sebanyak RM30,000.00. RM15,000.00 untuk bantuan dan RM15,000.00 lagi untuk projek. Pada kadar RM15,000.00 ini, projek apa yang kita boleh berikan kepada rakyat sebenarnya? Er… tandas pun lebih ini YB. Er… RM20,000.00. Jadi…
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Patutnya kita baru berbaik, janganlah minta dalam dewan, minta belakang-belakang dewan la. (Ahli Dewan ketawa).
Saja sebut ini kat dalam dewan ini, kurang-kurang mungkin dapat.
PM tepi, pm tepi.
Okay, jadi apa yang nak saya sebutkan di sini adalah sebenarnya, walaupun kita dapat jumlah yang kecil, tetapi kita uruskan dengan penuh profesional. Er… kita uruskan dengan penuh profesional. Jadi setiap permohonan yang kita buat, kita ajukan kepada Pejabat Daerah, setiap duit yang kita keluarkan kita buat invois er… penerima. Membuktikan bahawasanya pengurusan duit yang diberi tadi adalah pengurusan… kita cuba sediakan pengurusan kewangan yang penuh integriti, akauntabiliti dan terbaik.
Oleh yang demikian seandainya er… dapat er… di er… daripada apa ya, tambah, ha… senang sebutkan, dapat ditambah kerana duit tadi pengurusannya sama. Pengurusannya kita guna, kita urus, urus dengan sebaik-baiknya. Dan seandainya sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum daripada ini, bahawasanya ada peruntukan dari er… di kawasan pembangkang yang diuruskan oleh penyelaras DUN daripada pihak kerajaan. Saya kira alangkah baiknya kalau ada hubungan yang rasmi juga daripada pihak kerajaan. Contohnya daripada pihak kerajaan yang menyebut DUN Panching siapa yang jaga er… dan yang jaga tadi, dia jumpa pula beritahu pula kepada YB. Panching contohnya.
Okay kita ada peruntukan banyak ini, kalau YB. ada apa-apa projek yang perlukan ini YB. boleh submit kepada penyelaras DUN. Contoh. Saya rasa ini lebih telus er… dan ada beberapa is kes contohnya yang kita dijemput oleh Pejabat Daerah YB. kita ini er… minta projek dan sebagainya, tapi bila kita submit er… pra… projek tadi itu, antaranya tidak mendapat perhatianlah daripada er… pihak kerajaan.
Jadi saya kira kalau sebaik-baiknya er… kalau dapat penyelaras DUN juga memaklumkan berkongsi apakah yang dilakukan di kawasan kami ini. Di kawasan pembangkang ini contohnya er… dan dapat dikongsikan juga supaya, kami sebagai Yang Berhormat di kawasan masing-masing juga sebenarnya ada aduan yang banyak. Dan sebahagian daripada masyarakat dia tak tahu, bahawasanya peruntukan kita kecil. Dan sebahagian besar lagi dijaga oleh penyelaras DUN. Dan inilah yang kita kalau dapat hasil daripada kerjasama yang baik ini supaya kita dapat bersama-sama memanfaatkannya untuk rakyat. Insya-Allah saya kira kira itu sahaja.
Yang terakhirnya, suka juga saya menyentuh beberapa perkara dalam kawasan saya antaranya ialah berkenaan dengan pengurusan er… monsoon drain. Er… banjir yang ada setengah tempat yang masih lagi belum selesai diselenggarakan dengan baik. Dan kita kira pihak er… jabatan cuaca telah mengeluarkan amaran awal. Er… pada tahun yang akan berlaku banjir yang besar, banjir besar daripada 2013, 2014 minta elaklah. Sepatutnya dilakukan segera terutamanya di er… laluan air yang menjadi laluan utama. Tidak sepatutnya dibiarkan sehingga datang hujan lebat, tidak mampu diselenggarakan dengan, dengan baik.
Dan yang keduanya saya berkongsi sedikit pengalaman saya bertemu dengan pasangan Orang Asli yang menghantar anak ke hospital besar daripada Rompin. Dan bila saya Tanya dia tidur mana malam tadi? Dia kata tidur kat koridor je. Saya tanya awak makan apa pagi ini? Tak makan apa-apa. Er… jadi adakah kita menyediakan er… tempat tinggal sementara untuk golongan Asli ini, yang sebahagian datang ini memang dia tak ada duit. Er… saya dulu biasa jugalah pergi hospital ini sebabnya dulu
orang rumah selalu pergi ini, beranak dan sebagainya. Sekarang ini melawat orang je lah, melawat orang. Jadi bila kita pergi kita jumpa tanya dia, dah makan pagi? Belum sebab apa belum makan pagi? dia senyum, awak ada duit? Tak ada duit, tak ada duit, semalam tidur mana? Tidur di koridor.
So saya rasa dia Orang Asal ni er… dia boleh je tidur koridor itu. Tetapi kita sebagai kerajaan saya cadangkan mungkin ada tempat sementara dan kita sediakan juga bantuan yang menyebabkan tidak menyusahkan mereka daripada jauh, biasa daripada Rompin yang saya jumpa, daripada jauh untuk datang membawa kadang anak, isteri yang sakit di hospital besar. Tuan Yang di-Pertua, itu saja ucapan saya pada petang ini, saya menyokong bajet pada tahun ini.
Terima kasih Yang Berhormat Panching. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian seramai 25 orang Wakil Rakyat telah mengambil bahagian di dalam perbahasan untuk kali ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat dan memberikan pandangan-pandangan yang membina, yakin, tertib dan memberikan kerjasama kepada Speaker. Tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Insya-Allah, pada hari esok pihak kerajaan akan memberikan jawapan, pertanyaan-pertanyaan dan pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya bercadang untuk menangguhkan persidangan ini dan persidangan ini akan disambung semula pada hari esok jam 9.30 pagi. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan jam 4.36 petang]