Pahang · 21 November 2019
14th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · 266 turns · 45,174 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari Khamis
: 21 November 2019
Bersamaan
: 24 Rabiulawal 1441 Hijrah
Masa
: 9.30 pagi
Bacaan Doa.
DOA
Al-Fatihah [bacaan dalam bahasa Arab]. [Ayat al-Quran]. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagian meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin, Ya Rabbal A’lamin.
Pertanyaan Dan JawapanQuestions
Perkara Pertama: Pertanyaan dan Jawapan
Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita lafazkan rasa ketinggian, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT pada hari ini kita masih lagi dikurniakan dengan pelbagai-bagai nikmat, nikmat sihat, nikmat keamanan, nikmat keselamatan dan nikmat perpaduan negara. Dan pagi ini pula kita berada di Dewan ini bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab serta amanah kita. Baiklah untuk urusan seterusnya soalan dan jawapan, saya dengan ini menjemput Wakil daripada Cheka untuk menanyakan soalan.
Selamat sejahtera. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan pertama.
[Kerajaan Negeri Pahang telah berusaha untuk menarik pelaburan asing dari Singapura dan negeri China ke negeri Pahang dengan termeterainya MOU.
i) Berapakah jumlah pelaburan yang telah diperoleh dari Singapura dan negeri China? ii) Sila kategorikan perusahaan yang akan dilaksanakan, di mana dan bila? iii) Berapakah peluang pekerjaan akan diwujudkan?]
Assalamualaikum WBT. Selamat pagi dan salam sejahtera, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada ADN Cheka yang bertanyakan soalan berkenaan dengan pelaburan serta lawatan perdagangan Kerajaan Negeri Pahang ke Singapura dan ke China dan sehingga tercetusnya MoU. Soalan yang ditanyakan ialah jumlah pelaburan daripada Singapura dan China? Walaupun perkara ini saya telah jelaskan di dalam pembentangan belanjawan tempoh hari, tapi oleh sebab ditanya semula, ingin saya nyatakan di sini bahawa jumlah pelaburan yang dijangka dibawa masuk ke negeri Pahang daripada Singapura ialah sebanyak RM1.134 bilion.
Manakala daripada China sebanyak RM1.386 bilion. Berkenaan dengan soalan kedua, kategori perusahaan dan di manakah dan ianya dilaksanakan dan peluang pekerjaan yang akan diwujudkan? Saya ingin nyatakan di sini bahawa terdapat 11 daripada Singapura yang ditandatangani perusahaan bersama. Yang pertama ialah Cadangan PembangunanTakungan Air dan Rawatan Air Bersih oleh IBN Corporated Private Limited. Yang ini bersabit dengan bekalan air, lokasinya di Genting Highlands, Bentong dan peluang pekerjaan yang dijangka akan diwujudkan ialah seramai 1,000 orang. Yang kedua ialah Cadangan Pembangunan Kilang Pengeluaran Alloy Mangan dengan pengeluaran sebanyak 600,000 tan metrik oleh Golden Prosperous International Private Limited. Ini dalam bidang industri lokasinya di Gebeng, Kuantan. Peluang pekerjaan seramai 1,000 orang.
Dan untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri akan menandatangani perjanjian dengan syarikat ini dalam masa terdekat dan telah pun diluluskan oleh Ahli-ahli dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang. Yang ketiga ialah Cadangan Projek Tanaman Nenas Oleh Ananas Republic Private Limited. Ini sektor pertanian di Rompin dijangka mewujudkan peluang-peluang pekerjaan seramai 85 orang dan yang ini pun akan dibuat perjanjian dalam masa yang terdekat telah pun diluluskan oleh MMK.
Yang keempat ialah Cadangan Projek Ternakan Ayam oleh Boong Poultry Private Limited di Kampung Mempoon, Rompin juga peluang pekerjaan seramai 50. Yang kelima, Cadangan Projek Pembangunan Eco-Pelancongan oleh South Ocean Development, sektor pelancongan di Kampung Badong, Pekan, dijangka mewujudkan peluang pekerjaan seramai 1,000 orang.
Yang ini pun telah pun akan dibuat perjanjian dalam masa terdekat. Yang keenam, Cadangan Projek Ternakan Udang dan Ikan secara tertutup oleh BAF Private Limited di Rompin peluang pekerjaan 50 orang. Yang ketujuh, Cadangan Projek Pertanian
Tomato Teknologi Tinggi oleh AUM Energy Private Limited di Cameron Highlands seramai 120 orang dijangka peluang pekerjaan akan diwujudkan.
Yang kelapan Cadangan Projek Pembangunan Ladang Solar oleh Zhong Hai Resources Group Private Limited. Ini berkaitan dengan industri solar di Muadzam Shah, Rompin, peluang pekerjaan seramai 200 orang. Yang kesembilan Cadangan Projek Food and Ecotourism oleh Asacess Sdn. Bhd, sektor pelancongan di Indera Mahkota, peluang pekerjaan seramai 200 orang.
Yang kesepuluh Projek Pembangunan Fodder dan Daging di bawah jenama Rompin Beef oleh The Holstein Milk Company Sdn. Bhd. bidang penternakan di Kampung Kundang, Pekan, peluang pekerjaan seramai 50 orang. Yang ini pun akan ditandatangani perjanjian dalam masa terdekat dan yang akhir sekali yang kesebelas ialah Cadangan Pembangunan Kilang Bio Composite dan Bahan Binaan Pembangunan oleh Hercules Technology Sdn.Bhd. Sektor berkenaan di Gebeng Kuantan. Peluang pekerjaan seramai 500 orang.
Daripada 11 projek yang telah ditandatangani secara MoU ataupun perjanjian dijangka akan mewujudkan peluang pekerjaan seramai 4,255 orang secara keseluruhannya. Manakala di China ada enam projek dan keenam-enam projek belum lagi cuma MoU saja belum ada perjanjian lagi. Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan usahakan.
Enam projek iaitu Cadangan Pembangunan Penghasilan Kertas, Grey Board, Pulp Board dan Plastic Particles oleh Zhongxin Resources Regeneration Technology Sdn. Bhd. sektor perkilangan di Gebeng, Kuantan dijangka mewujudkan peluang pekerjaan seramai 200 orang. Yang kedua, Cadangan Pembangunan Kilang Penghasilan Tenaga Beri Keperluan di MCKIP oleh TNP Power Sdn. Bhd. di Gebeng, Kuantan juga seramai 60 orang dijangka akan mewujudkan peluang pekerjaan.
Yang ketiga, Cadangan Pembangunan Kilang Kertas oleh ND Paper Sdn. Bhd di Bentong, 250 orang peluang pekerjaan. Yang keempat, Cadangan Pembangunan Kilang Pembuatan Panel Solar Bagi Rumah oleh Power China Construction Group, yang ini di Gebeng dijangka mewujudkan 100 orang peluang pekerjaan.
Yang kelima, Cadangan Pembangunan Eco Tourism oleh China Travel Service Meixian Company Limited sektor pelancongan di Bukit Tinggi, Bentong dijangka mewujudkan 150 peluang pekerjaan. Yang keenam, yang akhir sekali adalah Cadangan Pembinaan Wind Turbine oleh Wuxi Jinxie Industrial Company Limited, tenaga solar dan ianya dibuat di Pulau Tioman dijangka mewujudkan seramai 50 orang peluang pekerjaan. Jadi pelaburan daripada China ini secara keseluruhannya boleh mewujudkan seramai 800 peluang-peluang pekerjaan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Soalan tambahan. Tahniah atas kejayaan Kerajaan Negeri selepas lawatan ke Singapura dan China. Kerajaan Negeri juga pernah membuat misi perdagangan ke Belgium dan Belanda. Bagaimana pula hasilnya? Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, boleh ulang soalan tak? Rakan saya tadi tengah…
Ulang lagi sekali, Cheka.
Tengah memaklumkan sesuatu yang dikira mustahak juga. Jadi saya ke sana pun dengar, sini pun kena dengar. (Ahli Dewan ketawa)
YB. Cheka ulang lagi sekali, soalan.
Soalan saya, selain Singapura dan Belan… er… China kami telah er… negeri Pahang pernah melawat ke Belgium dan Belanda, apakah hasil yang kita dapat?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Er… projek ini telah pun diluluskan di Raub dan er… dalam masa terdekat kita akan beritahulah ya dan saya telah nyatakan beberapa kali setiap hasil lawatan ke luar negara terutamanya misi perdagangan mesti mendatangkan hasil kepada Kerajaan Negeri dan sebab itulah selepas ini.
Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan selepas ini ke Thailand contohnya insya-Allah pada Januari ini no more MoU, kita takkan buat dah MoU. MoU ini daripada zaman dulu-dulu lagi masa saya kerja dengan Bernas dulu MoU… ha… I owe u (Ahli Dewan ketawa) MoU perjanjian usahasama tetapi perjanjian usahasama ini kalau tak jadi pun takpe maknanya kalau kata dia berjanji dengan Kerajaan Negeri Pahang, Kerajaan Negeri Pahang kata tak perlu dia tak boleh buat apa-apa tetapi kalau sekiranya agreement, perjanjian maknanya kalau dia tak buat, boleh diambil tindakan daripada segi perundangannya. Jadi ini adalah satu pendekatan baharu er… daripada Kerajaan Negeri Pahang setiap misi perdagangan mesti diikuti dengan perjanjian bersama dan untuk tujuan itu ianya tidak berlaku begitu sahaja.
Saya telah minta kerjasama daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan untuk pergi meninjau dan buat kerja-kerja awalan sebelum er… perjanjian ini dilaksanakan. Jadi er… Yang Berhormat jangan bimbang cuma yang pergi ke Belgium tempoh hari bawa ke Raub tidak dibawa ke Cheka, mungkin selepas inilah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Er… Dato’ Sri, soalan tambahan. Er… saya ini nak bawa soalan yang dikemukakan oleh orang kampunglah. Kejayaan yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Pahang cukup baik kalau kita bandingkan dengan Kerajaan Pusat yang ada jawapan dalam Dewan Rakyat mengatakan 30 misi telah dibuat oleh Kerajaan Pusat dengan belanja er… hampir RM30 juta tapi pulangannya kosong tapi di Kerajaan Negeri Pahang nampak sebagaimana disebutkan tadi.
Soalan saya ialah er… mereka nak minta juga Kerajaan Negeri supaya juga pergi mencari pelabur pembeli-pembeli bagi getah dan kelapa sawit sebab kalau setakat nak bagi suruh tanam apa tanam buluh, minum minyak apa sesudu sehari dan sebagainya itu tak… tak berkesan jadi sebelum itu nak minta Kerajaan Negeri Dato’ Sri supaya mereka er… datang sendiri mencari pelaburan menjual, mencari pembeli dan juga mungkin membawa pelabur-pelabur itu datang ke negeri Pahang melabur, memproses bahan-bahan seperti getah dan kelapa sawit di negeri Pahang ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
ADN daripada Padang Tengku ini sentiasa saja memberi cadangan, pandangan yang sangat bernas dan cadangan yang dikemukakan tadi pun sangat baik. Maknanya selain daripada kita mencari pelabur untuk membuat perdagangan di negeri Pahang, kita juga pergi mencari pembeli untuk kelapa sawit dan er… dan getah dan perkara ini mungkin kita pergi ke Thailand ini mungkin kita akan masukkan juga apa ni… salah satu agenda untuk mencari pembeli getah dan kelapa sawit dan untuk tujuan itulah sebab itu Kerajaan Negeri telah proaktif telah mewujudkan Unit Antarabangsa tidak pernah berlaku sebelum ini tapi kita… walaupun kita negeri ini tapi kita wujudkan Unit Antarabangsa.
Dan untuk makluman Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bila ADN Padang Tengku menyebut er… peringkat Kerajaan Pusat semalam saya ada Mesyuarat ECER dan er… Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah ada menyatakan dia berasa hairan mengapa ada Projek Turbine yang boleh menjana udara yang dibuat di tepi laut sebab dia kata negeri-negeri di Pantai Timur ini memerlukan turbine tersebut kerana dia tepi laut, anginnya yang deras tidak diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dan dia kata kepada saya dia merasa hairan kenapa Kerajaan Persekutuan tidak meluluskan projek tersebut tetapi saya beritahu kepada Tun Yang Amat Berhormat Pengerusi saya kata Kerajaan Negeri Pahang sama ada Persekutuan lulus atau tidak Kerajaan Negeri Pahang telah pun setuju untuk buat turbine di Pulau Tioman jadi maknanya ada benda kita boleh ikut, ada benda kita tak boleh ikut tapi banyak kita tak ikut Kerajaan Persekutuan, kerajaan yang ada pada hari inilah Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri. Kita pergi kepada soalan berikut, jemput Wakil dari Muadzam Shah.
[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya kemukakan soalan pertanyaan nombor 2.
[Hasil lawatan pelaburan oleh YAB MB ke Singapura yang lalu, apakah ada pelaburan baharu di kawasan Muadzam Shah?]
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Soalan ini pun berkaitan dengan pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang tetapi er… ADN daripada Kawasan Muadzam lebih fokus apakah yang diperolehi di kawasan beliau. Sukacita saya mengatakan bahawa pelaburan pada 1 dan 2 Ogos 2019 yang lalu er… ke Singapura, kita telah mendapat 11 er… pelaburan yang berpotensi dan satunya ialah di Muadzam Shah dengan nilai pelaburannya RM400 juta iaitu Projek Pembuatan… Pembangunan Solar dan tapaknya adalah berhampiran dengan Politeknik Muadzam Shah.
Manakala yang berhampiran dengan kawasan Muadzam Shah ialah yang bersempadanan ialah berkenaan dengan Projek Pembangunan Fodder dan Pedaging di bawah jenama Rompin Beef yang akan dibangunkan oleh The Holstein Milk Company Sdn. Bhd. dengan nilai pelaburan sebanyak RM10 juta. Projek ini terletak di Kampung Kundang, Mukim Bebar, daerah Pekan. Dan er… saya percaya kedua-dua projek ini akan dapat menjana ekonomi dan akan mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan yang berikutnya, jemput Wakil Teruntum bagi mewakili Semambu.
Yang Hormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mengemukakan soalan untuk kawan saya soalan nombor 3.
[Minta pihak Kerajaan Negeri senaraikan destinasi pelancongan di dalam Pahang yang akan dimasukkan ke dalam jadual atau senarai Visit Malaysia 2020?]
[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Yang di-Pertua, semua destinasi pelancongan di Pahang dimasukkan di dalam senarai destinasi yang dipromosi untuk Tahun Melawat Malaysia ataupun VM 2020, Visit Malaysia 2020. 2 acara utama iaitu er… Royal Pahang Billfish International Challenge di Rompin dan juga Pesta Air di Chenor, telah pun dimasukkan dalam 40 acara sebab Tourism Malaysia ini dia ada 14 negeri termasuk Wilayah Persekutuan jadi satu negeri dua tiga… dua tiga dan sebagainyalah yang kita pun fahamlah ya kita ini negeri pembangkang, dua pun alhamdullilah. Takde langsung itu yang kita ralat juga.
Dua acara dimasukkan dalam er… dalam kalendar pelancongan negara. Selain daripada itu lebih 40 acara pelancongan lain juga diadakan penganjurannya secara gandingan atau kerjasama dengan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Saya juga nak maklumkan bahawa kita juga menerima, masih lagi menerima iaitu permohonan daripada penganjur-penganjur yang kita boleh bagikan kepada tiga. Satunya yang dianjurkan secara terus oleh swasta dan NGO dan yang keduanya er… kerjasama dengan Tourism Pahang dan yang ketiganya dianjurkan oleh jabatan kerajaan ataupun agensi.
Kadang-kadang mungkin sebagai contohnya agensi sebagai contohnya Universiti Islam Malaysia dia menganjurkan larian er… apa namanya larian… larian… er… kesihatan sebagai contoh ataupun pejabat hospital er… Kuala Lipis mereka pun ada er… larian. Begitu juga sebagai contohnya apa namanya er… jabatan-jabatan dan
agensi-agensi sebagai contohnya macam seperti contoh Hari er… Alam Sekitar Sedunia kita mengadakan larian, itu yang dianjurkan dan kita sememangnya mempunyai jawatankuasa teknikal yang er… yang mewakili jabatan-jabatan masing-masing er… termasuklah MPK, MPT, Majlis-Majlis Daerah, Majlis-Majlis er… Daerah dan juga Majlis Perbandaran. Begitu juga dengan Jabatan Hutan, BPEN er… kemudian er… SFINO ataupun Pejabat Kewangan Negeri er… untuk kita yang membuat permohonan ini kita akan saring dan kita nak pastikan bahawa er… apabila mereka menggunakan logo kita, logo Tourism Pahang ini mereka tidak salah gunakan maknanya kita taknaklah orang dapat surat daripada kita mereka sewenang-wenangnya gunakan memohon er… peruntukan ataupun memohon sponsorship tetapi kita tak tahu, ini satu benda sebab perkara ini pernah berlaku dan kita pastikan perkara-perkara seperti ini tidak berlaku. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Yang Berhormat.
Di Serambi Teruntum, peniaga-peniaga nampaknya semakin lama semakin kurang juga pelawat-pelawat juga tidak pergi ke tempat ini. Saya nak tanya di sini bagaimanakah pihak kerajaan akan mempromosikan tempat ini?
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Semamangnya kita pernah ataupun sememangnya Kerajaan Negeri di bawah BPEN mengadakan mesyuarat apa nama tentang masalah yang berlaku di Serambi Teruntum kerana kita dapati bahawa daya tarikan Serambi Teruntum itu ianya agak menurun dan er… dan kita mencari sebab-sebabnya dan er… Majlis Perbandaran Kuantan, er… mereka telah pun ya mereka telah pun mempunyai beberapa er… solusi ataupun beberapa kaedah bagaimana mereka nak mengatasi masalah.
Antara lainnya, antaranya kita cadangkan supaya kita buat branding baharu. Bila sebut serambi ni minta maaf la rakan-rakan… baharu kita daripada PAS ni… ya bila sebut serambi ni Serambi Mekah, ha jadi dia… connotation tu. Jadi, kita cakap tapi jangan sebut serambi, kita letak the bazaar, sebagai contoh. Jadi, sebab tourism ni its all about branding, its all about icon and branding. Jadi kalau kita letak branding yang betul, sebagai contohnya Menara Teruntum, sebagai contohnya ya Menara Teruntum, kita ada Kompleks Teruntum, Menara Teruntum, Serambi Teruntum. Jadi, macam Kompleks Teruntum pun lain macam juga kan.
Maknanya jadi nama tersebut dia mungkin tidak berapa sesuai. Jadi, kalau Menara Teruntum, Menara Teruntum 360 Degrees. So there’s a… there’s a… apa yang kita sebut sebagai the branding itu yang memperlihatkan bila orang tengok itu. Ha, dia tahu ini adalah merupakan 360 degrees makna dia boleh bayangkan dia naik atas, dia boleh tengok 360 degrees. So, sememangnya Majlis Perbandaran Kuantan sedang membuat branding baharu, kaedah baharu bagaimanakah caranya untuk mereka
menghidupkan kembali atau mempastikan bahawa kemeriahan di Serambi Teruntum itu dapat er… kembali seperti apabila ianya mula dibuka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, kita pergi kepada soalan berikut. Wakil Teruntum, ya sila.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.
[Tanah Pertanian.
Kaedah terbaik untuk membantu mengekang kenaikan harga barang dan keperluan asas adalah dengan menggalakkan rakyat khususnya golongan B40 memanfaatkan tanah atau ruang yang kosong, untuk bercucuk tanam serta menjadikan ianya sebagai punca pendapatan.
a) Sejauh manakah usaha Jabatan Pertanian Negeri boleh membantu golongan B40 ini untuk kembali bercucuk tanam dalam memenuhi keperluan sendiri dan setempat?
b) Adakah kerajaan akan memanfaatkan kawasan yang terbiar seperti di sepanjang jalan Sungai Soi contohnya untuk diberi kepada golongan B40 supaya mereka bercucuk tanam dan menjadikan punca pendapatan?]
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan 4 Wakil Teruntum menanyakan langkah-langkah untuk membantu golongan B40 khususnya dalam er… menaikkan atau meningkatkan punca pendapatan dan juga mengekang kos sara hidup melalui oleh kerana kenaikan harga barang-barang keperluan.
Jadi, untuk menjawab soalan itu, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, golongan B40 ini sebenarnya boleh juga menyertai program-program pembangunan yang dinamakan sebagai tanaman makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman kontan, herba dan lain-lain lagi yang berpotensi bagi, bagi yang mempunyai tanah, bagi yang mempunyai tanah.
Dan er… ianya ni boleh dilaksanakan dengan berhubung dengan Pejabat Pertanian dan er… Jabatan Pertanian sentiasa mengadakan program-program termasuk kursus-kursus untuk membimbing golongan-golongan sedemikian khususnya dalam er… menceburkan diri dalam er… aktiviti pertanian dan kita ada pegawai-pegawai yang dinamakan sebagai pegawai-pegawai pengembangan, dia panggil extension officer, dengan izin ya untuk memberikan er… tunjuk ajar dan panduan bagi membolehkan golongan-golongan bukan sahaja B40 yang dimaksudkan mana-mana pihak yang berminat untuk er… menjalankan aktiviti pertanian mendapat bimbingan secara yang lebih profesional.
Manakala yang tinggal di kawasan bandar ya, di kawasan-kawasan bandar di perumahan di mana tanah agak terhad boleh juga menyertai program yang dinamakan sebagai pertanian bandar dan ianya adalah menggunakan kaedah termasuk dipanggil
vertical farming, dengan izin, maknanya kita tak cukup ruang yang luas, jadi kita buat tu cara bertingkat-tingkat, ada kaedah dia menggunakan hidroponik ataupun kaedah-kaedah yang tidak memerlukan kawasan yang luas sangat ya dan ianya boleh dilaksanakan khususnya bagi tanaman macam sayur-sayuran er… dan juga keperluan-keperluan termasuk… ini… rempah ratus makna maksud cili, serai dan sebagainya dan ini sebenarnya memang diusahakan oleh pihak jabatan khususnya jabatan pertanian dan juga agensi-agensi yang lain.
Justeru itu, saya mohon juga menyeru kepada rakan-rakan Ahli Dewan Yang Mulia ini untuk sama-sama kita membantu golongan ini dengan er… mendapatkan khidmat nasihat dan juga penyelarasan dengan agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan insya-Allah kita akan berikan agensi-agensi ini memang er… mengalu-alukan sangat penyertaan untuk membantu khususnya golongan-golongan yang B40 yang memerlukan bantuan.
Manakala ADN Teruntum membangkitkan tentang kawasan di sepanjang jalan Soi yang nampaknya kosong yang tidak dimanfaatkan. Ada sesetengah menyatakan bahawasanya tanah-tanah mungkin dianggap sebagai tanah terbiar tetapi sebenarnya istilah tanah terbiar ni adalah tanah-tanah milik yang tidak diusahakan. Kalau tanah-tanah kerajaan dia tidak tanah terbiar ya, makna tanah kerajaan yang tidak diusahakan tapi tanah terbiar ni maksudnya ianya mempunyai pemilikan.
Jadi kalau mempunyai pemilikan, kita tidak boleh memaksa tuan punya tanah tu untuk er… mengusahakan tanah-tanah dia, kerana dia bayar cukai tanah tapi kalau dia rasa dia nak tanam lalang sahaja semata-mata misal contohnya, jadi kita tidak boleh memaksa dia. Namun kita menggalakkan supaya pemimpin masyarakat boleh juga bertemu dengan pemilik-pemilik ini dan er… mengusahakan agar tanah ini dapat dijayakan dan mengeluarkan hasil yang lebih produktif. Insya-Allah kalau usaha ini dapat dilaksanakan secara total dengan penglibatan daripada semua, pihak kumpulan sasar, pemilik tanah, pemimpin setempat dan juga agensi-agensi yang berkaitan, insya-Allah ianya dapat dilaksanakan.
Untuk makluman er… sebenarnya kita ada juga TKPM ha dia panggil TPKM Inderapura kita berdekatan dengan pusat pertanian di…di jalan Pekan dan di kawasan itu juga kita menggalakkan mana-mana petani atau usahawan-usahawan Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, yang berminat makna boleh memohon dengan Jabatan Pertanian dan kita sediakan tempat untuk mereka mengusahakan dan ini telah pun berjaya dibuktikan dengan ada usahawan-usahawan yang menjalankan er… aktiviti pertanian secara fertigasi ya termasuk fertigasi gantung.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Dato’ Sri pernah dengar istilah fertigasi gantung?
Belum lagi Yang Berhormat.
Belum lagi ya…
Belum lagi.
Dato’ Sri untuk makluman, fertigasi biasanya kita menggunakan medium dia tak semestinya tanah asal, kita gunakan apa nama kaedah di mana mediumnya ialah jenis medium yang terdiri daripada cocopeat misal contoh dengan izin ya, dan kita letakkan di atas tanah yang biasa kita buat tetapi oleh kerana setengah-setengah kawasan ni dia rendah, bila musim tengkujuh, kawasan dia banjir. Oleh kerana itu, maka jabatan pertanian menggunakan kaedah yang baharu iaitu menggunakan fertigasi gantung maknanya kita gunakan kaedah supaya er… tanaman ini tidak er… terjejak di muka bumi.
Jadi kalau sekiranya berlaku air atau banjir kilat, jadi tanaman tidak rosak, jadi ini telah pun diperkenalkan di TKPM Inderapura ini dan ianya telah menghasilkan kejayaan yang cukup hebat malahan di kawasan rakan saya daripada Dong, fertigasi gantung ni di tepi jalan dekat dengan Durian Sebatang memang menjadi satu ini tarikanlah. Kita lalu menghala ke Raub, kita akan lihat bahawasanya ianya telah memberikan satu kejayaan yang cukup hebat. Jadi, dalam konteks ini saya menyeru kepada rakan-rakan Ahli Dewan Yang Mulia ini untuk turut serta menggalakkan kumpulan termasuk B40 seperti mana yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Teruntum ni tadi menceburkan diri secara aktif dan produktif dalam sektor pertanian. Terima kasih Dato’ Sri.
Soalan tambahan. Kenaikan kos sara hidup sudah pasti memberi kesan dan mengakibatkan golongan B40 tidak dapat memenuhi keperluan hidup mereka. Maka bagaimanakah pihak kerajaan memastikan golongan sasaran B40 memanfaatkan kawasan terbiar atau kosong sementara dengan tidak melanggar undang-undang tanah sedia ada? Terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sebenarnya memang er… ada kaedah penggunaan tanah kerajaan. Ini… ini secara halal ya. Bukan secara haram. Ada setengah pihak tu dia er… tidak er… mengendahkan langsung peraturan dan undang-undang maka dicerobohnya tanah-tanah kerajaan. Jadi apabila pihak kerajaan terpaksa mengambil tindakan maka di sinilah timbul mengatakan seolah-olah pihak kerajaan tidak bertimbang rasa ataupun tidak mengambil kira keprihatinan pihak yang er… menjalankan aktiviti tetapi secara haram.
Jadi kita tidak boleh galakkan sebab itu dalam konteks ini saya er… terima kasih kepada ADN Teruntum membangkitkan soalan ini, boleh iaitu er… pihak Kerajaan Negeri er… melalui Pentadbir Tanah Daerah juga mengalakkan ini, pemohon-pemohon ataupun permohonan er… melalui kaedah yang dipanggil sebagai er… Lesen Pendudukan Sementara (LPS) atau dalam Bahasa Inggerisnya LPS ni biasa orang tak berapa… tak berapa ini apa nama orang kata ini bukan kata faham Dato’ Sri ini…Yang di-Pertua tapi bila sebut TOL… TOL dia lebih faham.
Ini dia sebenarnya TOL tu ialah Temporary Occupation er… ini… ini License. Tapi dia sebut TOL. Ni nak minta tanah TOL ini dia kabo tapi kalau dia sebut LPS… LPS ni apa benda? Jadi… jadi dia tak faham. Tapi maksudnya boleh dibahagikan Lesen er… Pendudukan Sementara ini untuk jalankan aktiviti termasuk tanaman kontan. Dia tak
boleh er… adanya aktiviti tanaman kekal, atau binaan-binaan yang kekal tetapi ini boleh dibuatkan, insya-Allah. Jadi kalau sekiranya tanah tu tanah kerajaan ya, Dato’ Sri Yang di-Pertua, boleh mohon. Tetapi kalau tanah milik yang tu kita tidak boleh buat apa-apa. Jadi, itu status tanah di sepanjang ini er… Kampung Soi tu mestilah dikenal pasti sama ada pemilikan ada pemilikan ataupun tanah kerajaan. Kalau tanah kerajaan permohonan boleh dibuat dan akan diberikan pertimbangan yang sewajarnya, insya-Allah. Terima kasih.
Sungai Lembing, sila.
Tuan Yang di-Pertua,
Soalan tambahan. Kalau masa dulu Tuan Yang di-Pertua er… bagi petani-petani di kampung misalannya kalau di kawasan saya pun ada projek orang kampung er… lebih kurang antara 10, 20 ekar di mana meriah ada bantuan daripada Jabatan Pertanian. Ada sekalinya benih ladanya, benih tembikai, benih terung dan macam-macam lagi. Benih ketum tak ada Tuan Yang di-Pertua, belum lagi.
Jadi er… saya nak tanya mana perginya? Pada masa sekarang ni dah tak ada dah perkara-perkara yang macam itu. Jadi ini antara yang kita nampak dah nampaknya dah tak ceria dah macam dulu. Kalau tidak daripada semasa ke semasa ada sahaja daripada jabatan-jabatan berkaitan datang bagi nasihat, bagi bantuan. Jadi saya nak, saya mintaklah supaya er… perkara-perkara ini er… dapat ada semula bagi memeriahkan tak kiralah golongan B40 ker, golongan veteran ker golongan muda, golongan tua. Er… perkara ini kita kena adakan untuk merancak, menggalakkan rakyat kita bukan sahaja berniaga car booth sale tetapi bercucuk tanam bagi menambahkan pertanian itu Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sila.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih rakan saya er… ADN Sungai Lembing yang membangkitkan perkara ini. Sebenarnya er… ada, masih ada lagi skim-skim yang seumpama itu ya. Kita ada bantuan untuk pemulihan tanah terbiar. Dia peruntukan yang er… sebenarnya di er… peruntukan ialah maksimumnya RM20,000.00 bagi setiap hektar. Namun seperti mana yang kita sedia maklum er… ini… ini tertakluk kepada… pada peruntukan yang diluluskan oleh pihak kerajaan ya. Jadi er… sudah tentu usaha-usaha seumpama ini sebenarnya antara lain ialah untuk menggalakkan para petani dan pekebun-pekebun er… bagi membantu usaha-usaha mereka.
Dan er… untuk itu pihak Kerajaan Negeri juga sebenarnya menyediakan peruntukan melalui Kerajaan Negeri seadanyalah ya. Seadanya er… dan kita cuba untuk er… mengoptimakan ya er… ni memanfaatkan peruntukan-peruntukan seumpama ini. Tetapi yang pentingnya insya-Allah maknanya er… saya lihat selain daripada bantuan-bantuan peruntukan secara input ya, tidak semestinya peruntukan kewangan secara
terus. Tetapi input-input baja, pagar, kemudahan-kemudahan yang lain ini boleh diusahakan dari semasa ke semasa.
Dan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar ya yang sebenarnya er… kesinambungan daripada program-program yang telah dianjurkan oleh er… kepimpinan yang dahulunya meneruskan melalui Wakil-wakil Rakyat misal contohnya er… Wakil-wakil Rakyat juga disediakan sedikit er… ni peruntukan bagi projek-projek kecil yang… yang boleh dimanfaatkan untuk er… untuk ini tujuan-tujuan ini.
Jadi insya-Allah er…kalau sekiranya ada di kawasan rakan-rakan ADN dalam Dewan Yang Mulia ni yang memerlukan er…bantuan seumpama itu er…maka bolehlah kita er…memohon supaya berhubung dengan agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian sama ada Jabatan Pertanian, sama ada ni FAMA, LPP ya Lembaga Pertubuhan Peladang dan sebagainya untuk mendapatkan khidmat nasihat dan mungkin juga insya-Allah bantuan-bantuan er…yang bersesuaian. Terima kasih.
Soalan tambahan. Er…terima kasih Wakil Kerajaan memberi jawapan jika tanah kosong, kita boleh memohon. Soalan saya adalah jika diluluskan berapa lama tempoh akan diberi?
Dia sebenarnya Dato’ Sri, dia...dia tanah kerajaan ni dia tertakluk kepada er…ni perancangan semasa ya. Kalau misal contoh tanah kerajaan tidak ada er… perancangan er…pembangunan di atasnya dan er…mewajarkan ianya diberikan er… untuk tempoh er…penggunaan melalui LPS ni. Lazimnya lesen ini ialah untuk 1 tahun, 1 tahun. Dia setahun, ni kemudian dia kena diperbaharui ya, kena diperbaharui setiap tahun kerana tujuannya ialah kerana kalau sekira ada pembangunan untuk ha…ni manfaat umum maka lesen itu er…akan ditamatkan. Jadi ini…ini sebenarnya. Terima kasih.
Baiklah terima kasih Yang Berhormat. Ha…, sila.
Dato’ Yang di-Pertua,
Saya mengambil kesempatan di sini untuk turut serta mencelah soalan nombor 4 ni.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya melihat kepada er…bagaimana Pejabat Daerah Pekan menyelesaikan masalah kemiskinan yang berlaku di Perumahan Bukit Kenau. Jadi kita sebenarnya membuat penawaran er…tanah-tanah yang terdapat di sekitar Bukit Kenau tersebut untuk diusahakan. Dan saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Daerah yang turun padang bukan sahaja memberikan bantuan seperti yang dinyatakan ni tetapi turut semua…turut serta untuk memberikan nasihat, panduan, cara menanam contohnya er…apa ni cili kulai yang berlaku di er…apa ini Perumahan Bukit Kenau tersebut.
Tetapi masalah yang sekarang ni ialah saya mengambil contoh kawasan tu tanah yang diberikan kita bagi dia 3 ekar atas kejayaan dia kita tambah lagi, Pejabat Daerah tambah lagi 2 ekar, jadi 5 ekar. Dan atas kejayaan tersebut Pejabat Daerah bagi lagi kepada pengusaha lain pulak yang sama-sama ingin memajukan apa ini projek tersebut.
Tetapi malangnya ha…, ini nak sebut malangnya ini. Malangnya ialah pengusaha-pengusaha tersebut hanya berjaya untuk mengeluarkan hasil yang begitu banyak, begitu cantik, lumayan kepada kawasan persekitaran tak ada bantuan daripada pihak agensi untuk memasarkan. Jadi terpaksalah dengan usaha sendiri dengan kebijaksanaan daripada Tok Empat ataupun masa tu Pengerusi JKKK sekarang ini Pengerusi MPKK untuk memasarkan dan mencari tempat. Cuba bayangkan ya kita terpaksa membawa sendiri hasil produk yang kita dapat er… ke negeri Selangor contoh. Jadi yang nilah kalau boleh contohnya macam di negeri Pahang ini kita ada FAMA kan, ini patutnya FAMA boleh membantu untuk memasarkan, tapi kalau kita hanya setakat buat benda tu projek berjaya tapi hanya boleh kita hantarkan ke kedai-kedai ke pasar raya je…hantar dua…tiga kilo ke PDM ya…Pasaraya Darul Makmur er...contoh.
Jadi maknanya kita tak dapat untuk mempastikan bahawa benda yang begitu berjaya akan mendapat pulangan yang juga berjaya. Jadi yang inilah kalau boleh pihak Kerajaan Negeri kita dapat memikirkan bersama-sama, kepada Jabatan Pertanian alhamdulillah begitu membantu tetapi kepada agensi untuk memaju untuk apa memasarkan pula yang ini dia kena seiring, seiring dalam beberapa pihak ini tadi untuk kita membantu. Jadi itulah harapan saya Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih er…Yang Hormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih rakan dari Pulau Manis membangkitkan soal ini. Sebenarnya kita bercakap mengenai value change, dia punya supply change tu, dengan izin er...di mana kaitan antara satu dengan lain tu amat penting sebab tu dalam konteks ini kita juga sedang er…ada mengusahakan konsep yang dipanggil sebagai contract farming iaitu kita buat kemudian kita jual terus dengan satu syarikat ni…induk incur company, dengan izin untuk dipasarkan dan salah satu daripada kaedahnya ialah di pasar-pasar raya. Jadi pada dua hari yang lepas er…ada rakan er…di Dewan Yang Mulia ni yang bangkitkan tentang er…kekurangan bahan-bahan yang terdapat di PDM ya.
Jadi ini antara usaha yang boleh kita buat kita laksanakan dengan kerjasama er...oleh er…ni pasar raya-pasar raya PDM mungkin T…TMG dan lain-lain. Er…kita boleh memperkasakan lagi sistem pemasaran. Ini…ini penting saya…saya bersetuju dengan rakan saya dari Pulau Manis iaitu [batuk] setiap satu usaha yang dibuat ni akhir sekali kita nak supaya produk kita dapat dipasarkan yang mengapa yang Musang King ni jadi menggila sangat ni ialah kerana dengan izin maknanya maksud saya bukanlah Musang King itu gila tapi maknanya fenomena Musang King yang cukup menggilakan ini adalah kerana pasaran Musang King di negeri China mencecah ni… er… menjangkau RM300.00, RM400.00 satu kilogram.
Jadi tentulah apabila kita lihat ada supply and demand, dengan izin jadi ada equilibrium ni…ni harga ya, price equilibrium jadi dengan izin dia...dia cukup baik dan sinonim, sebab tu dalam konteks ni terima kasih kepada Pulau Manis. Kita akan teliti apa yang berlaku di Pekan ini er…supaya agensi seperti FAMA dapat memainkan peranan.
Biasanya FAMA akan masuk ya untuk membantu tapi pada masa yang sama kita juga boleh mengusahakan misal contohnya memasarkan ke pejabat-pejabat kerajaan.
Saya pernah juga mengesyorkan supaya kita pergi kepada kompleks-kompleks kerajaan di mana kakitangan kerajaan ini sebenarnya berkehendakkan hasil ataupun produk-produk yang segar terus daripada ladang dan usaha-usaha seumpama inilah insya-Allah maknanya dapat dijayakan dan memang ada program FAMA sendiri iaitu er…pemasaran terus dari ladang ini er…dapat mengatasi permasalahan pemasaran yang bukan sahaja er…mendedahkan ataupun melibatkan petani dan usahawan di Pekan tetapinya di seluruh negeri, negara dan juga rantau er…Asia dan dunia. Terima kasih Dato’ Sri.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan yang berikut. Wakil dari Tras.
Tuan Yang di-Pertua soalan saya soalan nombor 5.
[Sila nyatakan berapa lesen perniagaan jual durian dikeluarkan mengikut daerah negeri Pahang pada tahun 2018 dan 2019?]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sebenarnya untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, dia tidak ada lesen khusus untuk durian, ha… ya untuk durian ini memang takde memang kata takde…ada tidak lesen yang dikeluarkan khusus untuk er…menjual durian tidak ada [batuk] tapi er...apa yang adanya ialah lesen yang dikategorikan di bawah lesen buah-buahan bermusim yang dikeluarkan oleh PBT [berdehem] ini apa nama Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis-majlis Daerah, Majlis-majlis Perbandaran er…mengeluarkan lesen-lesen untuk membantu er...peniaga-peniaga yang menjual er…buah-buahan ya secara bermusim la maknanya durian dan buah-buahan yang lain yang bermusim.
Jadi ini dikeluarkan jadi untuk makluman er…saya kira kalau di Raub ya kalau saya boleh maklumkan di Raub dalam tahun 2018 er…terdapat lebih kurang dalam 30 lesen seumpama ini dikeluarkan dan dalam tahun 2019 terdapat 36 lesen yang dikeluarkan dan di Tras sahaja er…YB. Tras ya ada 27, maknanya rancaknya ni aktiviti er… perniagaan yang berasaskan durian dan buah-buahan yang lain ada 27 dan di luar daripada kawasan Tras ni ada 9. Jadi maknanya hub er…buah-buahan bolehlah dikatakan di Tras ini manakala di Bentong kalau kita lihat misal contohnya dalam tahun 2018 ada kurang lebih dalam 29 er…dan juga 2019 dia…dia rancak juga bertambah menjadi 38 dan juga er…terdapat di daerah-daerah lainlah, lebih kurang ya yang saya maksudkan di sini yer. Terima kasih.
Soalan tambahan, ya Tuan Yang di-Pertua bolehkah saya tahu sebenarnya er… Kerajaan Negeri boleh dapat berapa hasil setahun dari durian ini? Terima kasih.
Dia nak jawab lagi.
Itu…itu yang satu perkara yang er…apa nama yang menarik. Terima kasih pada ADN Tras yang membangkitkan. Dia sebenarnya dari segi Kerajaan Negeri er…durian ni di…ditanamlah setakat ni saya ingat tak ada lagi durian yang fertigasi yang gantung ni, takde ya tapi durian tu tergantung tapi pokoknya atas tanah. Jadi kita kenakan sebenarnya kita kenakan cukai er…tanah tahunan setakat itu er…dan er…yang lain-lainnya sebenarnya yang lain-lainnya…yang lain-lain tak ada, yang lain-lain tu mana bila dieskportkan misal contoh ke China, pengusaha-pengusaha itu mendapat ni manfaat dari pengeksportan hanya tinggal lagi bila dieksportkan kalau dia dibuat di kawasan PBT ya kita kena ada er…ni fasiliti yang khas yang…yang akan di er… validate dengan izin dengan diperiksa oleh Jabatan Kesihatan dan kemudian itu er… baharulah misal contohnya (GACC) General Administration Custom er…daripada China ni datang untuk er…memberikan er…lesen ya bagi pengeksportan durian ke negeri China. Itu saja ke negara China er…jadi yang itu kita kenakan mengikut er…ini kadar-kadarlah yang telah ditetapkan oleh PBT yer. Selain daripada itu sebenarnya…
Yang Berhormat, minta izin…
…tidak ada.
Minta laluan.
Ya Dong, sila. Mencelah ya.
Tuan Yang di-Pertua,
Adakah pihak kerajaan sedar penerokaan tanah, pencerobohan tanah-tanah kerajaan khususnya di daerah Raub membolehkan pengusaha-pengusahanya membeli rumah cash? Terima kasih.
Dato Sri Yang-Pertua,
Yang sebenarnya kerajaan tak…tak…tak maklum mengenai pencerobohan ini sebenarnya tapi er…apabila diteliti mengikut ni er…ni er…sebenarnya mengikut laporan yang telah disampaikan oleh pihak agensi termasuk Jabatan Pertanian ni Perhutanan er…baharu-baharu ini Dato Sri’ er…kita sedia maklum bahawasanya ada berlakunya er…penerokaan secara haram dan pihak kerajaan telah mengambil
langkah-langkah yang sewajarnya er…sepertimana yang telah dibangkitkan oleh er… ini apa nama Wakil daripada Tras tadi iaitu aktiviti itu tidak mendatangkan hasil langsung kepada pihak Kerajaan Negeri.
Jadi kita terpaksa mengambil tindakan secara bersepadu untuk menguatkuasakan kawasan-kawasan yang dicerobohi oleh peneroka-peneroka haram ini dengan penanaman termasuk durian. Jadi sahabat saya daripada Dong menyatakan sebenarnya er…adalah satu ni fenomena yang cukup ni nyata iaitu dengan aktiviti penanaman er…durian dan peng…er…ni penjualan durian ya penjualan durian ini er… pengusaha-pengusaha tersebut telah dapat membeli hartanah-hartanah secara tunai dan ini saya kira adalah tidak adillah ya er…kerana manfaat dapat tapi kerajaan negeri yang mempunyai tanggungjawab untuk mentadbir secara dan juga er… menyalurkan semula hasil pendapatan kepada rakyat jelata tidak mendapat manfaat. Sebab itu dalam konteks ini, kita berterima kasih dengan er…sistem yang telah diwujudkan iaitu untuk mengeksport durian ke luar negara khususnya ke China.
Ianya mesti mempunyai er…permit atau lesen yang sah dan salah satu daripada ciri-ciri atau syarat-syarat tersebut ialah mesti ada Sijil myGAP dan myGAP ini jelas iaitu untuk mendapatkan myGAP pertama sekali antara lain yang mesti dipatuhi ialah status tanah. Kalau tanah itu tanah haram, maknanya hukum akal mengatakan ianya tidak akan dapat Sijil myGAP Dato’ Sri.
Dan bila tidak ada Sijil myGAP, ia tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh er…kerajaan ataupun negara pengimport iaitu er…mendapat lesen kebenaran ataupun er… ini permit kebenaran untuk dieksportkan kepada negara yang…yang mengimport tersebut. Sebab itulah salah satu daripada kaedah yang menggalakkan supaya pengusaha-pengusaha ini tadi dapat er…menghalalkan aktiviti mereka ya.
Minta laluan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, tadi saya ada dengar er…Wakil dari Dong yang menyatakan bahawa adakah kerajaan sedar bahawa ada golongan petani yang mampu membeli harta milik dengan tunai? Jadi adakah kerajaan sedar bahawa ada juga golongan petani sebelum mereka berjaya mengusahakan tanaman durian, mereka telah menggunakan kos sendiri er…bertahun-tahun gagal, bertahun-tahun rugi lepas itu akhirnya baharulah berjaya. Semua itu atas tanggungan usaha sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan.
Dah? Pihak kerajaan jawab ke ataupun [ketawa] Dia tuju…
Tadi sebenarnya soal apa ini saya nak bertanya pada kerajaan sama ada kerajaan aware atau tidak dengan penerokaan tanah yang…tanah haram maka pengusahanya boleh beli rumah RM300,000,00 RM400,000.00 tunai. Hasil kerajaan tak dapat, ya. Jadi isunya penerokaan tanah haram dan income pulangan kepada pengusahanya lumayan sungguh. Er…itu sajalah. Terima kasih Triang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Soalan tambahan. Saya tambah sikit kerana kita tahu…sekarang kita tahu harga durian khususnya Musang King dia harga tinggi. Jadi kita hanya nampak hasil sahaja tetapi pengusaha-pengusaha oleh petani-petani er…khususnya di Raub dan Bentong ini mereka berusaha sepanjang masa dari dulu…zaman dulu. Zaman dulu jika kita banding dengan harga dulu mungkin er…1 kilo berapa sen sahaja. Masa tu mereka berusaha kuat, mereka tidak putus asa dan sekarang mereka dapat hasil yang… yang…yang tinggi. Er…ini penjelasan saya daripada saya.
Dan soalan saya adalah er…kita dapat aduan daripada penduduk-penduduk setempat khususnya di Bentong dan Raub bila musim durian mereka mendapat hasil tetapi bila mereka dapat hasil itu mereka er…minat untuk jual kepada pelancong-pelancong yang datang er…dari er…luar kawasan untuk masuk ke Bentong dan Raub untuk makan durian tetapi mereka er…tidak. Bila mereka minta license daripada pihak tertentu mungkin mereka dapat er…apa tu er…tidak dapat license tersebut.
Adakah kerajaan…pihak kerajaan sedia untuk memberi bantuan ataupun er… ataupun procedure yang lebih senang kepada pengusaha-pengusaha tersebut untuk mengadakan license tersebut dalam musim tertentu sahaja misalnya dalam satu tahun mungkin bagi license er…temporary license dengan izin, 2 bulan 3 bulan pada musim durian sahaja? Itu soalan saya, sekian.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya pun dah jawab tadi maknanya sebab itu kita bagi lesen ini…buah-buahan bermusim maknanya kita bagi termasuk durian ini er…tapi kalau kita sedia maklum, kadang kala tu kita bagi lesen er…buah-buahan bermusim ya Dato’ Sri. Dia kadang-kadang tu dia sepatut bermusim ni ada tempoh dia…tapi saya tengok maknanya sekarang ini kadang-kadang itu sepanjang tahun. Dia…dia tak ada musim pulak dah. Maknanya er…sebenarnya saya nak maklumkan bahawasanya pihak Kerajaan Negeri khususnya er…tidak pernah memberikan er…orang kata terlalu tekananlah kepada pengusaha-pengusaha ataupun peniaga-peniaga ini.
Ada sesetengah itu dia meniaga dia tak ada lesen pun YB. er…ada setengah pun tapi er…ini er…yang setahu saya la saya tak pernah dengar lagi maknanya er…Pihak-pihak ini misal contoh Kuasa Tempatan mengambil tindakan merampas ataupun er… mengambil tindakan untuk merobohkan mana-mana er…ini gerai-gerai ataupun pusat er…tempat-tempat perniagaan ini yang sepanjang pengetahuan saya la. Tapi mungkin menasihatkan pada mereka supaya mereka mendapatkan permit yang sah sebab apa bila nak meniaga ini kita kena ada peraturan juga takut nanti kalau dia meniaga misal contoh kawasan tu er… berhampiran dengan jalan raya jadi membahayakan bukan sahaja pengguna tetapi kepada peniaga itu sendiri sebab itu kita ada peraturan-peraturan.
Dalam konteks ini, er…baik Bentong, Raub mahupun daerah-daerah lain lazimnya kita memberikan kelulusan seumpama itu malahan kalau kita lihat misal contoh di sepanjang jalan daripada Bentong ke Raub itu, kalau dahulunya kita lihat er… peniaga-peniaga Dato’ Sri Yang di-Pertua, dia jual nangka. Nangka yang di…cut fruit er…yang dipotong.
Jadi kereta-kereta banyak menyinggah di tepi-tepi jalan untuk membeli buah-buahan ini. Kadang-kadang itu agak ini berbahaya tapi kita nasihatkan supaya pengguna, pembeli ini tadi berhati-hati dan er…ini sehingga sekarang ini er…gerai-gerai er…
meniaga ini tumbuh bak cendawan begitu juga er…peniaga-peniaga durian termasuk di Bentong saya lihat, di Bukit Tinggi dan sebagainya memang er…kita lesenkan atau kita beri lesen yang dipanggil sebagai lesen er…buah-buahan bermusim tetapi saya lihat er…ianya berterusan sepanjang tahun kerana er…jenis buah-buahan yang diniagakan dijual itu berubah. Hari masa ini durian er…besok tu er…ini rambutan lepas itu manggis dan lain-lain. Jadi insya-Allah kalau ini er…ADN Bilut ya kalau sekiranya ada masalah dari segi itu saya ingat kita boleh berhubung dengan er…pihak PBT dan insya-Allah saya yakin YDP-YDP yang menerajui PBT-PBT ini er…amat prihatin kepada keperluan dan juga mendukung usul-usul yang dibawa oleh peniaga-peniaga er… daripada kawasan operasi masing-masing. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sila, soalan berikut Ketari.
Saya…Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 6.
[Apakah usaha Kerajaan Negeri Pahang dalam membantu menaik taraf kehidupan golongan B40 dan perancangan untuk membantu golongan B40? Atau adakah kerajaan negeri hanya menumpukan kepada usaha kerajaan persekutuan semata-mata?]
Pokok selasih tepi perigi,
Terima kasih wakil Ketari.
Untuk menjawab er…soalan Ketari ini saya kira soalan yang sangat umum ya sama ada er…negeri Pahang ada membantu menaik taraf kehidupan golongan B40. Sebenarnya negeri Pahang selain daripada er…menyokong usul-usul yang dibawa oleh Kerajaan Persekutuan sejak dari dulu lagi untuk menaik taraf kehidupan mereka golongan B40 ini, negeri Pahang juga mempunyai pelbagai usaha sendiri ya.
Walaupun kita tidak jenamakan sepertimana Kerajaan Persekutuan sekarang ini jenama Bantuan Sara Hidup er…dan sebagainya tetapi kita melalui Yang Amat Berhormat Menteri Besar, melalui Exco-Exco dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri sentiasa memberi sokongan ya dan menyalurkan bantuan kepada golongan ini secara langsung dan tidak langsung dan kita juga bersama-sama dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan er…Exco Pertanian di bawah Jabatan Pertanian, Exco Belia di bawah Majlis Belia, Exco Perumahan melalui Pihak-pihak Berkuasa Tempatan ya memberikan sokongan dan bantuan kepada golongan ini apabila mereka memerlukan.
Contohnya, kalau mereka ini memang berpotensi er…sebagai usahawan yang memerlukan tempat berniaga, saya kira pihak-pihak berkuasa tempatan akan menyediakan tempat yang bersesuaian dan memberikan er…insentif yang er…sesuai untuk mereka ini dan menggalakkan mereka ini dalam bidang keusahawanan dan Kerajaan Negeri juga memberikan tapak-tapak er…pertanian melalui Rancangan Tanah Kelompok ya dan sebagainya. Dan er…Projek Rumah Makmur juga di bawah er…Kerajaan Negeri sebenarnya adalah untuk membantu golongan er…B40 ini meningkatkan taraf hidup mereka. Terima kasih.
Terima kasih yang berhormat.
Soalan tambahan.
Kita pergi kepada soalan berikutnya. Dijemput ADN Tahan.
Bismillahhirrahmanirrahim. Dato Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 7.
[Projek Empangan Hidroelektrik Tekal, sila nyatakan:
Apakah status terkini projek tersebut?
Berapakah kos keseluruhan projek ini?
Berapakah hasil perolehan daripada penebangan balak yang dibuat bagi membersihkan kawasan ini?]
Kerajaan, soalan nombor 7.
Terima kasih Dato Sri Yang di-Pertua kerana membenarkan saya menjawab soalan 7 yang dibawakan oleh er…Tahan. Tahan bertanyakan berkaitan dengan Projek Empangan Hidroelektrik Tekal yang dibangunkan di dalam daerah Jerantut di Mukim Hulu Tembeling. Jaraknya lebih kurang 68 kilometer daripada bandar Jerantut dan 12 kilometer daripada Kuala Tahan.
Soalan Tahan yang pertama, apakah status terkini projek tersebut? Buat masa sekarang ini… sehingga sekarang ini, Projek Empangan Hidroelektrik Tekal masih lagi di peringkat er… kajian reka bentuk kejuruteraan dan melalui proses feasibility study, dengan izin. Setakat ini projek ini masih er… dalam penilaian untuk kelulusan oleh Suruhanjaya Tenaga.
Soalan kedua daripada Tahan adalah berapakah kos keseluruhan perla… perlaksanaan projek ini? Dianggarkan kos bagi keseluruhan projek ini adalah RM2 billion. Soalan ketiga, berapakah hasil perolehan daripada penebangan balak yang dibuat bagi membersihkan kawasan ini? Untuk kerja-kerja penebangan balak bagi projek ini sebanyak 5 lesen pembalakan telah dikeluarkan bagi keseluruhan kawasan projek dengan keluasan keseluruhannya adalah 605.9 hektar.
Hasil kutipan premium dan royalti adalah masing-masing berjumlah RM1.16 juta dan RM619.5 ataupun 600… RM619 ribu. Jumlah kutipan secara keseluruhan sehingga Oktober 2019 adalah berjumlah RM1.78 juta, Dato Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin er…kepastian. Setakat makluman yang saya dapat, Projek Pembinaan Hidro ini er…dimulakan pada tahun 2016 dan dijangka siap pada tahun 2020, maka kalau mengikut kepada jawapan daripada Exco tadi, maka tak er…takkan siaplah 2020 itu. Jadi, apakah punca yang er…menyebabkan perkara itu berlaku?
Dato Sri Yang di-Pertua,
Saya tidak mendapat laporan secara jelas mengenai kelewatan projek sebab projek timeline tidak di…ataupun garisan masa projek tidak dibekalkan kepada saya untuk menjawab soalan itu dan insya-Allah saya akan beri kepada Yang Berhormat secara bertulis. Tapi pada dasarnya Dato Sri Yang di-Pertua, bagi projek-projek berimpak besar seumpama ini beberapa er…kajian perlu dilaksanakan untuk memastikan bahawa projek ini memenuhi piawaian dari segi keselamatan apa…alam sekitar ataupun kita katakan environmental impact er…assessment dan juga social impact assessment, dengan izin.
Maksudnya kita nak pastikan alam sekitar terkawal, manfaat kepada apa… masyarakat secara keseluruhannya juga er…dapat kita optimumkan. Jadi ini mungkin kajian-kajian yang terpaksa dilalui. Sebab itu yang…yang kita…sebab itu yang saya sebutkan tadi er…secara umumnya er…projek ini prosesnya berjalan tapi ada beberapa perkara masih lagi dalam penelitian…penelitian Suruhanjaya Tenaga untuk memastikan ianya dilaksanakan dengan mengikut piawaian terbaik.
Soalan berikutnya, dijemput Wakil dari Bukit Ibam.
Assalamualaikum WBT, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon kemukakan pertanyaan nombor 8. Terima kasih.
[Apakah bentuk-bentuk bantuan yang disediakan untuk membantu petani-petani dan usahawan-usahawan muda di luar bandar?
a. Berapa ramaikah jumlah mereka ini yang telah menerima bantuan dan boleh dikategorikan telah berjaya?]
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Pertanyaan daripada Ibam adalah mengenai bentuk-bentuk bantuan yang disediakan untuk membantu petani-petani dan usahawan-usahawan muda di luar bandar. Keduanya, berapa ramaikah jumlah mereka ini yang telah menerima bantuan dan boleh dikategori telah berjaya?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian mempunyai pelbagai program dan projek yang disediakan kepada para petani dan usahawan di luar bandar. Ianya melalui program pembangunan tanaman makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman kontan, herba dengan…herba dan rempah ratus, kelapa serta tanaman lain yang…yang berpotensi, Jabatan Pertanian menyediakan bantuan-bantuan dalam bentuk seperti berikut:
Kemudahan infrastruktur seperti pembersihan kawasan, jalan ladang, pagar, sistem pengairan ser…serta stor. Kedua, menyediakan peralatan dan juga jentera kecil. Ketiga, input pertanian seperti baja dan juga benih. Selain itu, khidmat nasihat, lawatan dan latihan yang berterusan diberi bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran kepada ni petani. Bermula tahun 2016 hingga 2019, seramai 11,153 orang petani, usahawan serta syarikat dalam dan luar bandar telah menerima bantuan.
Daripada jumlah tersebut, seramai 10,844 penerima bantuan bagi projek tanaman dan 309 menerima bantuan berkaitan dengan projek Industri Asas Tani. Dan bantuan-bantuan ini ianya agak terhad dan bergantunglah kepada peruntukan. Bagi usahawan muda, bentuk bantuan yang diberi adalah dari segi pembiayaan perniagaan, bimbingan latihan dan premis perniagaan. Setakat September 2019 seramai 1,000 usahawan muda yang telah mendapat manfaat. Ini sumber daripada MARA. Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan berikutnya, saya jemput Wakil dari Tanah Rata.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya mohon izin kemukakan soalan nombor 9.
[Apakah usaha Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan untuk meningkatkan tahap pelaksanaan data terbuka dalam sistem Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA)? Bagaimanakah kerajaan menggalakkan kerjasama antara agensi kerajaan dan rakyat untuk menggunakan data terbuka secara efektif demi meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan?]
Bismillahhirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menjawab er… soalan nombor 9 daripada Tanah Rata dan terima kasih kepada ADN kawasan Tanah Rata kerana telah mengemukakan soalan yang amat baik.
Yang pertamanya, apakah… soalannya apakah usaha Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan untuk meningkatkan tahap pelaksanaan data terbuka dalam sistem portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) dan bagaimanakah kerajaan menggalakkan kerjasama antara agensi kerajaan dan rakyat untuk mengguna data terbuka secara efektif demi meningkatkan ketulusan penyampaian perkhidmatan kerajaan?
Untuk makluman Sidang Dewan, soalan untuk meningkatkan tahap pelaksanaan itu sukacita saya maklumkanlah, portal ini kita boleh… kita layari di bawah portal Data
Terbuka Sektor Awam, www.data.gov.my dan untuk makluman Sidang Dewan, bukan sahaja kita meningkatkan usaha tapi untuk makluman semua bahawa kita telah dapat melebihi daripada apa yang telah ditetapkan, KPI yang telah ditetapkan oleh MAMPU. Untuk makluman, 2018, sebanyak 111 set data daripada 50 set data yang telah ditetapkan KPInya.
Ini bermakna pencapaian sebanyak 222% melebihi daripada KPI yang telah ditetapkan. Pada 2019, 18 set data telah diberikan berbanding 15 set data yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Ini bermakna 150…160% pencapaian KPI…melebihi KPI. Dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri, Pejabat SUK dan seluruh jabatan-jabatan dan penjawat-penjawat awam kerana telah memungkinkan pencapaian yang baik seperti ini.
Merujuk kepada kerjasama antara agensi kerajaan dan rakyat, untuk makluman Sidang Dewan bahawa perkongsian data di portal DTSA ini terbuka kepada semua pihak untuk melihat dan menggunakan data-data tersebut bagi tujuan kajian mahupun penghasilan produk inovasi yang lain. Pengguna juga boleh memohon set-set data ini kepada pemilik data sekiranya terdapat keperluan.
Bagi menggalakkan pengguna data ini, pemakluman juga dibuat melalui portal Kerajaan Negeri dan agensi-agensi yang terlibat. Penyertaan kerajaan dan rakyat juga dalam pertandingan Hackathon 2018 telah juga banyak membantu. Untuk pertambahan dan perkongsian data terbuka di portal-portal berkenaan dan usaha dan kerjasama dari semua agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan pemantauan di peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan melalui mesyuarat dan peringatan e-mel yang konsisten telah banyak membantu pencapaian ini. Sekian. Terima kasih.
Soalan tambahan. Yang Berhormat Yang di-Pertua, ya terlebih dahulu saya juga merakamkanlah penghargaan pada Wakil Kerajaan, pihak Kerajaan kerana telah pun dalam tahun ini dan tahun lepas juga telah mewujudkan banyak inisiatif untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi web portal ini. Namun demikian, saya di sini juga er...mencadangkan bolehkah katanya untuk kerajaan, untuk Pihak Berkuasa Tempatan, untuk Kerajaan Tempatan, pada masa yang akan datang er...mewujudkan penyampaian perkhidmatan dengan lebih terbuka.
Contohnya seperti perolehan, sebut harga, tender ni semua terbuka dalam web portal supaya orang ramai, mereka bukannya nak… nak bid ataupun mereka nak sebut harga itu tetapi mereka nak tahu er... status terkini apakah yang telah dilakukan, dilaksanakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Oleh itu, bolehkah er... maklumat-maklumat tersebut terbuka kepada orang ramai supaya orang ramai tahu apakah yang telah dilaksanakan dan dilakukan oleh pihak kerajaan. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Er...satu cadangan yang amat baik. Walaupun…walau bagaimanapun kajian yang terperinci perlulah dilaksanakan, dilakukan oleh pihak kerjaan terlebih dahulu. Sama ada yang kita cakap ni data terbuka sektor awam berkaitan dengan data-data dan apa yang kita perkatakan ini ialah berkaitan dengan tender-tender. Jadi mungkin memerlukan software ataupun aplikasi yang lain. Jadi sebab itu kajian yang lebih
terperinci akan dilaksanakan sama ada mengikut kesesuaian. Jika didapati sesuai kita, mungkin kita akan laksanakan dan jika tidak sesuai, kita mungkin tidak akan laksanakan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan terakhir kita pagi ini jemput Wakil dari Beserah.
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan yang ke-10.
[Rancangan menaik taraf bandar Kuantan kepada bandar raya, sila nyatakan;
a) Apakah faedah langsung kenaikan taraf tersebut kepada rakyat?
b) Apakah tindakan yang bakal diambil oleh pihak kerajaan bagi mempastikan penduduk pinggir bandar terus sama-sama dapat menikmati faedah tersebut dan tidak terus tercicir?]
Bismillahhirrahmanirrahim. Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan. Sebelum saya nak menjawab soalan ni, saya nak beri sedikit pantun sebab bandar raya ni ada kaitan dengan kesesakan dan lalu lintas.
Pokok hutan jangan ditebang, Indah cantik tanah Cameron, Ku ingat-ingat kereta terbang, Rupa-rupanya drone.
Kita dah maklum bahawa berita pagi tadi saya dengar drone tak boleh terbang kerana tak ada kelulusan daripada pihak penerbangan ya. Rupa-rupanya drone ni, buatan China. Di…di…beri jenama sahaja. Itu saya tengok, inilah kerajaan baharu yang ada lebih cerita daripada isi sebenarnya ya. Jadi salah satu er…masalah pengangkutan di bandar raya saya rasa inilah drone ni boleh mengatasi ya masalah sebagaimana yang dicadang oleh kerajaan sekarang.
Untuk makluman er…Ahli-ahli Dewan, kriteria sesebuah bandar raya dia ada kriteria tertentu ya. Yang pertama ialah sebagai pusat pentadbiran sesebuah negeri. Mesti pusat pentadbiran. Contohnya di Kuantanlah ya er...dan mempunyai penduduk melebihi 500,000 orang. Kita dah capai 500,000 ribu ya.
Yang seterusnya berkaitan mempunyai sumber kewangan yang mampan iaitu dengan izin, facilities sustainable yang tidak kurang daripada 100 juta. Sekarang MPK saya rasa dah lebih ya. Dan seterusnya mempunyai er…perkhidmatan-perkhidmatan yang terbaik seperti lapangan terbang kita ada, apa ni, ada...ada pelabuhan...pelabuhan ya, pelabuhan laut er...dan juga beberapa kriteria tertentu yang termaktub sebagaimana yang dipanggil bandar mampan ya, iaitu sebuah sistem yang menilai er...indicator dia panggil MURNINets, Malaysian Urban Indicators Network ataupun MURNINets sebuah yang menilai keperluan bandar-bandar dan saya difahamkan ni, Kuantan mendapat 90 markah ya. 90 markah. Markah yang sangat tinggi, walaupun tidak nombor satu tetapi bersaing dengan bandar-bandar yang lain.
Bandar-bandar raya yang lain ini satu pengiktirafan yang…yang baiklah saya rasa, yang telah diperolehi oleh MPK, ataupun bandar Kuantan dan juga mempunyai pusat-pusat perdagangan, kebudayaan dan sebagainya. Dan baharu-baharu ini er…pihak MPK telah mendapat anugerah daripada Malaysian Institute Of Planner, mendapat platinum award ya...platinum award, MyPlace Award For Excellent in Placemaking. Ini Padang MPK 1 yang digunakan sebagai padang untuk masa Ramadan berbuka puasa. Mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Institute Of Planner. Ini satu pengiktirafan, terima kasihlah kepada pihak MPK ya.
Dalam menentukan sebuah bandar raya sebagai satu tarikan kepada pelabur-pelabur terutamanya dari negara luar yang melabur di Kuantan, memandangkan pelabur luar lebih berkeyakinan kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang berstatus bandar raya berbanding perbandaran atau Majlis Daerah. Kita ada bandar persahabatan.
Baharu-baharu ini saya bersama dengan MPK dan telah pergi ke bandar Qinzhou, Bandar Persahabatan antara Kuantan dan Qinzhou kalau kita tengok berbezalah. Qinzhou ni penduduk dia 4 juta orang ya. Bandar kecil di negeri China. Sedangkan Kuantan baharu 500 ribu orang bandar besarlah di Pahang ya, ibu negeri. Jauhnya beza ya. Pelabuhan dia lebih...lebih...10 kali lebih besar daripada Pelabuhan Kuantan. Itulah bandar Qinzhou, Bandar Persahabatan antara Kuantan dan Qinzhou di China.
Ini akan merangsang ekonomi melalui aktiviti…dengan mengundang kepada kegiatan eksport yang dapat memberi pendapatan ekonomi yang lumayan kepada penduduk Kuantan ya. Ini akan menjadikan Kuantan mengalami perubahan fizikal seperti pertambahan kawasan industri, kita ada Gebeng, MCKIP dan beberapa lagi yang akan datang, meningkatkan perumahan, perniagaan, jalan raya dan seumpamanya hasil daripada kegiatan ekonomi yang giat dijalankan. Ni kawasan Beserahlah ya. MCKIP dalam kawasan Beserah. Pelabuhan pun dalam kawasan Berserah, industri Gebeng pun dalam kawasan Beserah. Termasuklah kawasan industri baharu industri Gebeng.
Ekoran daripada perkembangan ekonomi tersebut juga akan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dan pinggir bandar khususnya dapat meningkatkan sumber pendapatan penduduk dalam menjalani kehidupan seharian. Bandar untuk berhijrah dari penduduk luar bandar berhijrah ke bandar. Jadi saya tengok kawasan perumahan terutamanya di sekitar kawasan Gebeng kita ada beberapa projek kerajaan, perumahan kerajaan, PR1MA dan Makmur memang mendapat sambutan yang menggalakkan kerana adanya rangsangan ekonomi di kawasan berkenaan.
Peningkatan bilangan penduduk dan pengunjung akan meningkatkan permintaan kepada perumahan dan pembangunan komersial serta industri seterusnya meningkatkan nilai hartanah di bandar ini. Kesan berganda ini akan merancakkan ekonomi setempat negeri Pahang dan negara Malaysia amnya. Antara faedah-faedah yang boleh kita dapati daripada menaik taraf daripada bandar Kuantan kepada sebuah bandar raya, pertama adalah seperti berikut, tiada kenaikan Cukai Taksiran, saya ulang sekali lagi, tiada kenaikan Cukai Taksiran.
Kadang-kadang persepsi yang negative diberikan bila kita naik taraf bandar raya kita akan naikkan cukai. Setakat ni tak ada ya. Sebab kita dah naik dah tahun lepas ya, sebanyak 1%. Dan takkan ada kenaikan lagi sehingga tempoh-tempoh yang tertentulah. Kakitangan awam yang berkhidmat di bandar yang berstatus bandar raya menikmati elaun Bantuan Sara Hidup Perkhidmatan Awam dipanggil COLA ya, boleh menikmati yang lebih tinggi berbanding keadaan sekarang.
Secara tidak langsung penaiktarafan ini akan membuka peluang pekerjaan dan peluang perniagaan khususnya kepada penduduk-penduduk di bandar Kuantan. Di samping itu, pengiktirafan ini menjadikan bandar Kuantan akan mendapat inisiatif baharu seperti mahkamah bandar raya, polis bantuan dan warden traffic bagi meningkatkan tahap keselamatan bandar Kuantan.
Dua, tiga hari ni orang duk complaint jer sebab MPK menguatkuasakan er...meletak kenderaan di atas jalan raya depan hospital ya. Ni satu sikaplah. Mungkin dengan adanya bandar raya ni kita akan memperkemaskan lagi perkhidmatan ini dengan membanyakkan lagi tempat-tempat parking awam dan bagi meningkatkan sistem jaringan untuk keselamatan penduduk dan sebagainya.
Selepas pengiktirafan juga, peruntukan tahunan yang diterima oleh bandar Kuantan melalui peruntukan BP01 iaitu projek pembangunan, penyelenggaraan dan pencahayaan dari KPKT akan meningkat. Sehubungan dengan itu, dengan peningkatan tersebut terdapat banyak projek-projek pembangunan, penyelenggaraan dan keceriaan dapat dilaksanakan bagi manfaat penduduk. Bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui peningkatan sosio ekonomi, saya dah terang tadi, tiada sebarang kenaikan cukai baharu yang akan dikenakan.
Tetapi walau bagaimanapun pihak, contohlah MPK akan menstrukturkan semula semua aktivitinya berdasarkan kepada kehendak mesra rakyat ya. Ini adalah satu keutamaan. Mungkin ada sedikit kenaikan dari segi sewaan dan sebagainya yang perlu ditampung oleh pihak MPK tetapi ianya tidak akan membebankan rakyat. Yang penting perkhidmatan yang baik akan diberikan kepada penduduk-penduduk di Kuantan.
Di samping itu, err…pengiktirafan sebagai bandar raya juga akan memberi kesejahteraan penduduk melalui projek pembangunan, kebersihan dan penyelenggaraan kemudahan-kemudahan awam. Jadi kita tak nak tengok kebersihan yang ada sekarang ni boleh dikatakan baik tapi dengan pengiktirafan MPK ataupun Kuantan sebagai bandar raya, jadi perkhidmatan kebersihan, jaringan...apa ni...er… lalu lintasnya, lampu trafiknya akan menjadi lebih baik dari apa yang ada sekarang dan dapat juga meningkatkan er…merancakkan kegiatan-kegiatan ekonomi penduduk setempat sama ada mereka yang berpendapatan rendah sebagaimana dimaklumkan oleh Jempul tadi untuk B40 dan sebagainya akan ditingkatkan.
Sebab kalau kita tengok sekarang di seberang Tanjung Lumpur dengan akan siapnya jalan baharu nanti saya rasa keadaan pembangunan di sana akan lebih rancak dan memberi banyak manfaat kepada penduduk sekitar. Saya ingat itulah saja beberapa kriteria yang saya perlu jawab untuk er… ke arah bandar Kuantan sebagai sebuah bandar raya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ya.
Soalan tambahan Yang di-Pertua...
1 soalan ya?
Satu soalan.
Ya.
Saya, terima kasih pihak kerajaan di atas penjelasan yang diberikan. Cuma bila sebut menaik taraf sebagai bandar raya ini, dia memberi, beri satu excitement ataupun keterujaan kepada masyarakat sekitar Kuantan itu sendiri. Cuma kita perlu ambil kira pihak kerajaan perlu menilai dan mengambil kira latar sosioekonomi yang ada terkini. Kuantan ini dikelilingi oleh er…gabungan tradisi, masyarakat tradisi dan juga kampung-kampung tradisi di samping masyarakat bandar. Ramai nelayan, ramai petani masih lagi ada di pinggir-pinggir bandar Kuantan ini. Dibimbangi kalau kita tidak tangani situasi ini dengan baik sebelum kita menaik taraf sebagai bandar raya, kelompok ini akan terus terpinggir daripada pembangunan tersebut.
Jadi apakah langkah yang kita perlu ambil supaya kelompok-kelompok yang ada, golongan-golongan asal Kuantan ini, tidak terpinggir dengan pembangunan tersebut? Kita memang suka jadi bandar raya, tapi mereka akan terbeban dengan persaingan dan juga tuntutan kehidupan dan gaya hidup baharu sebagai bandar raya. Jadi kita engagement dan juga keterlibatan di dalam membuat keputusan apa sahaja perlu dibuat dan pihak kerajaan perlu bersama-sama melibatkan kelompok-kelompok ini. Terima kasih.
Untuk yang maklumat...makluman Beserah, sebenarnya Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sentiasa mengambil berat tentang masalah rakyat sama ada golongan terpinggir atau dan sebagainya. Setakat ini saya difahamkan satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menuju ke arah bandar raya dengan mengkaji segala impak, termasuk impak sosialnya dan impak fizikal. Salah satu impak daripada sosial adalah masalah golongan yang terpinggir. Jadi ini adalah satu isu yang memang diambil berat, diambil kira dalam perancangan sebuah bandar raya dan insya-Allah kalau kita muktamadkan nanti perkara ini akan diberi perhatian oleh…keutamaan oleh pihak Kerajaan Negeri. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian, saya mencadang untuk menempohkan sidang kita pada pagi ini dan kita akan mendengar pula Wakil-wakil Kerajaan akan...[berdehem] Wakil-wakil Kerajaan akan menjawab, menggulung selepas kita minum pagi nanti. Saya percaya Wakil-wakil Kerajaan akan boleh memberi jawapan, pandangan-pandangan daripada Yang Berhormat sesi selepas minum dan seterusnya disambung pada sesi sebelah petang. Persidangan ditempohkan dan disambung semula pada pukul 11.30 pagi. Terima kasih.
[Persidangan ditempohkan pada jam 10.56 pagi]
[Persidangan disambung semula]
Menimbang Rang Undang-Undang Perbekalan (2020) 2019Bill
Perkara Kedua: Menimbang Rang Undang-Undang Perbekalan (2020) 2019
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Rang Undang-Undang Perbekalan (2020) 2019 telah dibentang pada 18 November 2019 dan dibahas pada 19-20 November 2019. Seramai 25 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada hari ini pihak Kerajaan akan menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan yang lepas.
Untuk itu saya dengan sukacita menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, silakan.
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pahang. Pertamanya, saya memanjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan kurnia-Nya, dapat saya menggulung perbahasan pada persidangan kali ini.
Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan yang menyentuh port…portfolio saya sebagai di bawah tanggungjawab Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang.
Di kesempatan ini juga saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang menyokong penuh Pembentangan Bajet 2020 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan terima kasih ke pada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri di atas penyediaan peruntukan bagi portfolio saya khususnya di Negeri Pahang amnya.
Daripada soalan-soalan yang telah dikemukakan baik secara lisan mahupun soalan bertulis termasuk sesi perbahasan, isu-isu berkaitan dengan kerajaan tempatan dan perumahan dilihat er….menarik minat dan menjadi tumpuan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya akan menjawab penggulungan dari segi dua aspek itu. Iaitu dari segi perumahan dan juga kerajaan tempatan.
Yang pertamanya dari segi perumahan. Daripada soalan-soalan yang telah dikemukakan sama ada secara lisan ataupun soalan bertulis semasa sesi perbahasan. Er….dapat dilihat perlaksanaan projek dan inisiatif Perumahan Mampu Milik untuk rakyat telah menarik minat dan menjadi tumpuan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Tatkala Kerajaan Persekutuan masih tercari-cari cara terbaik untuk merendahkan harga rumah, Kerajaan Pahang telah mempunyai formula tersendiri dalam menyediakan Rumah Mampu Milik ataupun dengan izin, affordable house.
Idea mantan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan diteruskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kini dilihat sebagai satu formula yang amat berkesan. Ini terbukti melalui laporan pusat maklumat er…harta tanah negara. Harga purata rumah di Pahang bagi suku pertama tahun 2019 ialah berjumlah RM222,637.00.
Pada tahun 2018, purata rumah di negeri Pahang telah er…meningkat berbanding pada tahun 208…2018 purata rumah bernilai RM252,711.00. Adanya pengurangan sebanyak hampir RM30,000. Berdasarkan maklumat tersebut didapati bahawa negeri Pahang berjaya menurunkan harga rumah di negeri Pahang.
PR1MA Pahang dijual dengan harga RM150,000.00 lebih rendah daripada harga purata rumah di negeri Pahang. Untuk kakitangan awam ada lagi 10% diskaun jadi RM135,000.00. Tak ada dalam dunia ini, saya rasa rumah berkembar dua, berkeluasan 1,000 kaki persegi, 3 bilik air…3 bilik, 2 bilik air, kawasan yang luas berharga RM150,000.00, tak ada ya.
Beberapa er…rakan-rakan Exco saya daripada negeri-negeri lain telah tanya… datang berkunjung ziarah ke saya. Mengapa Pahang boleh jual harga rumah, berharga rendah RM150,000.00? Itu adalah inisiatif yang telah disediakan oleh pihak Pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan bekas Yang Berhormat Menteri Besar dan Yang Berhormat sekarang untuk memastikan kita ini tidak terbeban dengan kos.
Berbanding dengan kerajaan yang ada pada hari ini. Banyak projek-projek yang telah diluluskan sebelum PRU-14. Sebahagian itu dah ada waran, akhir-akhirnya dibatalkan ya sama ada kerajaan baharu ini tidak mempunyai kemampuan untuk meng… menghayati ataupun menyediakan rumah-rumah untuk keperluan rakyat bawahan ataupun memang sengaja. Ini saya pun rasa amat dukacitalah sebagai Exco yang bertanggungjawab apabila bermesyuarat dengan Menteri, alasan yang diberikan, kita tak ada duit. Ya, menyalahkan kerajaan yang lama. Ini tak betul sebenarnya ya, ini adalah isu yang tidak betul.
Berdasar kepada maklumat er….secara tidak langsung komitmen Kerajaan Negeri untuk melaksanakan PR1MA Pahang telah membuahkan hasil. Sehingga usahanya, usaha ini tidak akan… tidak akan berhenti di sini malah Kerajaan Negeri akan menggiatkan lagi usaha untuk menawarkan Rumah Mampu Milik dengan membanyakkan lagi perumahan PR1MA Pahang dan Rumah Makmur setike… bagi pemaju-pemaju yang telah diluluskan projek namun tidak menunjukkan sebarang kemajuan ya, Kerajaan Negeri amat bertegas dan tidak teragak untuk membatalkan projek-projek.
Kita dah lulus dah berapa tahun tapi masih tak laksanakan dan sebahagian kita pun telah batalkan. Sebanyak 10 projek yang telah kita batal kerana tidak dilaksanakan. Ini tindakan tegas daripada Kerajaan Negeri yang kita tidak memain-mainkan rakyat.
Perlaksanaan Rumah PR1MA Negeri Pahang. Kita ada dua, satu adalah Rumah PR1MA Malaysia. Rumah PR1MA Malaysia ini, rumah teres er…800, 8 er…800 kaki persegi harga dia berapa Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian? RM250,000. RM100,000 lebih mahal daripada Rumah PR1MA Pahang kembar dua, 1,000 kaki persegi. Inilah istimewanya Rumah PR1MA Pahang ya.
Projek PR1MA merupakan satu usaha sama antara pemaju dan Kerajaan Negeri. Pemaju-pemaju akan mengenal pasti kawasan-kawasan yang berpotensi untuk
dibangunkan bagi kategori rakyat berpendapatan rendah, sederhana dan juga komited. Kerajaan Negeri komited untuk melaksanakan Projek PR1MA Pahang seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sehingga November 2019 terkini sebanyak 135 projek PR1MA Pahang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada pemaju swasta di seluruh di negeri Pahang.
Saya ingin menambah sikit ada dibangkitkan oleh Ketari. Ketari tak ada pagi ini, mungkin dia pergi Mesyuarat Ahli Majlis dekat lain, saya tak tahulah. Saya difahamkan Ketari dia Ahli Majlis PJ ya. Mengatakan di Ketari tidak ada projek rumah rakyat ya. Sebenarnya kita ada di Sungai Dua ada satu projek Perumahan PR1MA mungkin Ketari tak melawat kawasan agaknya ya. Dia tidak mengetahui sebenarnya ada Projek Rumah PR1MA dalam kawasan dia. Di Sungai Dua ada ya. Tapi Ketari tak ada, petang ini saya ingat mungkin kawan-kawan boleh maklumkan.
Minta laluan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, er…projek tersebut PR1MA itu telah pun diumum er…sebelum Pilihan Raya er…2018 tapi sampai hari ini dah satu tahun setengah tapi tak ada apa-apa pun di tapak tersebut. Bolehkah saya tahu keadaan sekarang ini?
Terima kasih Bilut kerana memberi maklumat tapi sebenarnya memang ada ya. Memang ada ya, memang ada cuma dalam proses untuk dokumentasi dan perla… perlaksanaan sahaja dengan er…mungkin urusan daripada pihak PBT untuk mendapatkan kebenaran merancang dan sebagainya. Kita akan laksanakan. Saya minta nanti Ketari akan memantaulah ya projek ini.
Kerajaan Negeri telah membatalkan sebanyak 6 projek dan 4 pemaju telah menarik diri sebagaimana yang telah saya maklumkan bagi atas pelbagai faktor yang tidak dapat mereka laksanakan projek berkenaan. Dengan jumlah projek yang telah diluluskan oleh tersebut Kerajaan Negeri menganggarkan dapat menyediakan sebanyak 34,472 unit Rumah Mampu Milik kepada rakyat negeri ini.
Pada masa ini pelaksanaan 115 projek yang melibatkan 130 fasa dalam pelbagai peningkatan pelaksanaan temasuklah yang di Sungai Dua ya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 17 projek dengan 3,842 unit rumah telah berjaya disiapkan dengan perakuan, penyiapan dan pematuhan ataupun CCC ya.
Sebanyak 18 projek dengan 4,403 unit rumah dalam peringkat kerja-kerja pembinaan di tapak. Sebanyak 39 projek dengan 9,989 unit rumah telah lulus kebenaran merancang. Sebanyak 23 projek dengan 7,540 unit telah dalam peringkat kelulusan kebanaran merancang. Ini yang projek tadilah di Sungai Dua ya. Selebihnya sebanyak 33 projek dengan jumlah 8,724 unit rumah adalah merupakan projek-projek yang baharu diluluskan.
Pelaksanaan Rumah Makmur. Sebagai penambahbaikan kepada PR1MA sedia ada, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Rumah Makmur bagi memenuhi keperluan golongan sasaran yang berpendapatan rendah. Kalau Rumah PR1MA tadi, mereka yang berpendapatan isi rumah RM10 ribu ke bawah. Manakala Rumah Makmur adalah mereka yang berpendapatan rendah RM5 ribu ke bawah, isi rumah ya rumah yang berharga RM80 ribu. Ini pun tak ada dalam dunia. Rumah berharga… 800 kaki berharga RM80 ribu. Kalau ikut pasaran semasa harganya hampir RM150 ribu.
Sehingga kini Kerajaan Negeri telah meluluskan 21 projek dengan jumlah rumah yang bakal dibina sebanyak 7,088 unit rumah. Rumah ini diharapkan memberikan lebih peluang kepada golongan berpendapatan rendah berharga RM5 ribu ke bawah. Pada 2019, dua projek telah memulakan kerja-kerja di tapak iaitu di Kampung Tiram, Kuantan dan Jengka. Insya-Allah pada 24 haribulan ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan merasmikan projek Rumah Makmur di Kampung Tiram tak jauh daripada sini ya yang berjumlah 800 unit dan kita mendapat permohonan yang tinggi daripada penduduk-penduduk sekitarlah ya.
Seterusnya pada tahun 2020, dijangka sebanyak 4 lagi projek akan memulakan kerja iaitu 3 projek di Lipis dan 1 projek di Jerantut. Sebenarnya projek Rumah Makmur dan PR1MA adalah kerjasama pihak kerajaan dan juga pihak swasta. Mana tanah disediakan oleh pihak kerajaan manakala kemajuan pembinaan dibina oleh pihak swasta. Kalau Ketari kata tak ada Rumah Makmur kat dia, dia bolehlah cuba mohon. Cari tanah-tanah di kawasan dia untuk kita bangunkan, kita bersedia ya.
Yang seterusnya berkaitan dengan pelaksanaan Tabung Perumahan Rakyat Pahang. Tabung Perumahan Rakyat Pahang ini adalah inisiatif Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekarang. Kerajaan Negeri melalui sesi Bajet 2019 telah meluluskan Tabung Perumahan Rakyat Pahang buat… buat permulaan Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip RM216 ribu. Manakala bagi tahun hadapan, seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam pembentangan bajet baharu-baharu ini Kerajaan Negeri menyasarkan jumlah caruman sebanyak RM6 juta. So, insya-Allah RM6 juta ni kita akan dapat, tunggu masa sikit lagi ya.
Wang tabung ini boleh digunakan untuk tujuan penyelenggaraan rumah-rumah uzur, usang, baik pulih rumah-rumah yang ditimpa bencana seperti kebakaran, ribut dan sebagainya. Kerajaan juga menimbangkan untuk digunakan bagi pembinaan rumah golongan berpendapatan rendah. Walau bagaimanapun, peruntukan ini tidak meliputi rumah-rumah yang diduduki secara sewa.
Kita tak boleh gunakan tabung ini untuk membayar sewa rumah. Kita dah tertunggak banyak nak bayar tak ada. Kita sama ada membaiki rumah usang ataupun kita membina rumah baharu dengan peruntukan kalau tabung kita lebih banyak kita akan berusaha untuk membina rumah-rumah baharu sebagaimana projek yang…seperti contoh projek yang dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara buat. Tanah individu dan kita akan bina rumah untuk…tapi untuk golongan yang berpendapatan rendah sahajalah ya. Yang Berhormat-yang berhormat ini tak bolehlah nak mohon, ya.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah er…seterusnya berkaitan dengan pelepasan kuota bumiputera. Dasar semasa Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar menetapkan bahawa setiap pembangunan yang melebihi dua ekar, pemaju perlu memperuntukkan 30% kuota untuk bumiputera. Kalau 100 unit, bermaknanya 30 unit mesti rumah untuk…rumah murah ya rumah murah. Rumah 30% untuk kuota rumah murah. Pihak pemaju dibenarkan untuk memohon pelepasan pembinaan rumah murah ini, setelah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Sebelum ini tiada sebarang bayaran dikenakan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk pelepasan kuota ini.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah menetapkan bayaran bagi setiap unit kuota yang hendak dilepaskan adalah pada kadar, bagi rumah kediaman 7% daripada harga jualan. Manakala bagi er…bangunan atau perniagaan, 10% daripada hasil jualan. Bayaran ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Perumahan Rakyat Pahang. Melalui
kaedah ini pemaju perlu berusaha untuk menjual unit-unit ini bagi mengelakkan pelepasan kuota berkenaan.
Skim sewa beli untuk golongan bawah 40. Terima kasih Yang Berhormat Ketari dan Tahan atas cadangan untuk mengadakan skim sewa beli bagi golongan bawah 40 atau B40. Untuk makluman skim ini, pernah dilaksanakan untuk Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) seluruh negeri Pahang. Namun negeri menghadapi kesukaran mengutip bayaran sewa bulanan. Sehingga kini terdapat tunggakan sewa beli sebanyak hampir RM8.9 juta yang melibatkan penyewa seramai 1,752 orang. Oleh itu, Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk meneruskan skim sewa beli untuk projek-projek yang akan datang. Ini satu bebanan kepada pihak Kerajaan Negeri. Kita memerlukan bayaran ini kerana untuk membaik balik…membaik pulih kembali rumah-rumah yang menghadap…yang perlu kita er…baiki bagi memberi peluang orang lain juga akan dapat memohon rumah yang sama. Untuk er…Bahagian Perumahan, saya beri sedikit pantunlah, ini.
Dayung Perahu Tujuh Haluan, Mendayung Perlahan Dengan Cik Siti, Kerajaan Pahang Tiada Tandingan, Tiada Janji Lihatlah Bukti.
Limau Manis Tiga Serangkai, Banyak Ditanam Di Kampung Seberang, Mulut Manis Jangan DiPakai, Ramai Rakyat Kena Temberang.
Bagi segmen kedua, berkaitan dengan…
Dato’…
Kerajaan Tempatan…
…Sri Speaker, saya nak minta. Sebelum beralih ke tajuk yang lain. Pasal perumahan. Kita semua tahu bahawa apa nama, masalah perumahan terutamanya kepada golongan er…berpendapatan rendah ini. Dulu Kerajaan Persekutuan dia memperkenalkan Rumah Mesra Rakyat, jadi kita tak tau apa kedudukan Mesra Rakyat. Kalau ikut kawan saya daripada Ta…daripada Semantan nyata memang mende ni dah tak de. Tapi kalau kita buka laman web dia, masih…masih wujud.
Jadi persoalan yang saya nak timbulkan sini er…adakah Kerajaan Negeri Pahang tidak berhasrat untuk melaksanakan satu skim yang hampir sama dengan apa ni, Rumah Mesra Rakyat ni, di mana kumpulan ini menyediakan tanah dan er…yang lain-lain tu ditentukan oleh pihak Kerajaanlah. Itu satu perkaralah yang saya hendak… saya ingat ini boleh dapat menangani masalah permintaan er…rumah di kalangan er… B40 ini. Kemudian dalam jawapan er…dalam sidang yang lepas, saya ada menanyakan tentang Skim Rumah Pekerja Ladang dan dijawab oleh Exco bahawa skim ini pada er… telah berjaya dinikmati, maknanya orang yang berjaya di bawah skim ini seramai 72 orang pekerja di seluruh Malaysia.
Ada… hanya sorang daripada Pahang, iaitu di Ladang Telang. Soalan saya er… kalau ini kedudukannya, kita nampak bahawa skim ini tak berjayalah. Makna seluruh negara 72 orang. Sedangkan di Pahang sorang je. Jadi saya nak dapat kata pasti daripada Exco apa rancangan kita untuk mengatasi permintaan rumah kepada kumpulan-kumpulan yang tinggal di ladang ni terutama di ladang FELDA yang kita semua tau banyak mereka datang ke negeri Pahang ni bekerja akhirnya jadi rakyat di sini kemudian menyebabkan permintaan pada perumahan pada mereka, tinggi.
Ini dua persoalan yang saya nak timbulkan, satu adakah Kerajaan Negeri Pahang berhasrat untuk mengadakan satu skim ala Rumah Mesra Rakyat, yang keduanya skim er… Bantuan Rumah ataupun Pembinaan Rumah kepada peladang? Satu lagi yang ketiga, yang ketiga yang kita persoalannya pada rumah… orang yang rumah terbakar. Saya ingat Kemayan pun ada sebut. Bila mana rumah terbakar ni, dia total lost, dia akan miskin er… serta-merta. Serta-merta dia akan miskin dan kita tidak ada satu skim yang khusus untuk membantu kumpulan ini menyebabkan mereka terpaksa menunggu dalam tempoh yang begitu lama, Dato’ Speaker.
Ada yang tunggu dua tahun, ada yang tunggu setahun. Tempat saya tu, masih satu lagi rumah tak dapat diselesaikan kerana terpaksa menggunakan kuota rumah PPRT. Jadi saya harapkan mungkin Tabung er... Dana… Tabung apa ni Tabung Perumahan tadi boleh dapat membantu makna kita pastikan kumpulan-kumpulan ini mendapat keutamaan. Kita nak harapkan MUIP er… mungkin itu satu jalanlah tapi kita tak boleh harapkan sepenuhnya dan inilah saya nak minta tiga perkara, perkara-perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih Padang Tengku kerana ya mengambil berat tentang Perumahan Rakyat er…sebagaimana yang saya sedia maklum tentang Tabung Perumahan Rakyat ini adalah salah satu kaedah untuk kita membantu rakyat untuk membina rumah. Sebelum er…PRU Ke-14 kita banyak projek-projek perumahan yang menjurus kepada kepentingan rakyat. SPNB, Syarikat Perumahan Negara Berhad. Rumah Mesra Rakyat, My Beautiful…My…program, dengan izin “My Beautiful Neighbourhood” Rumah MyBN dibuat oleh agensi-agensi seperti RISDA, FELCRA dan sebagainya. Tetapi selepas PRU Ke-14, saya setiap tiga bulan saya akan mesyuarat dengan Jawatankuasa Perumahan agensi juga melaporkan sehingga kini orang kata apa ni er…mati tidak, hidup pun tidak. Mati tergantunglah. Agensi tidak…tidak boleh memberi keputusan kerana takde bajet.
Contoh, Rumah Mesra Rakyat kawasan saya sendiri, mungkin kawasan tuan-tuan juga ada saya rasa. 30 geran telah diserahkan kepada pihak SPNB untuk dilaksanakan, tetapi dukacitalah ya sehingga kini tidak ada peruntukan untuk membuat, membina Rumah Mesra Rakyat di bawah seliaan SPNB Sdn. Bhd., kalau dulu er…SPNB ni tertakluk, terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, MOF kini telah diletakkan oleh di bawah KPKT, unit Bahagian Perumahan.
Saya dah bermesyuarat dengan Menteri pada bulan 8 baharu ni. Apabila ditanyakan tentang projek SPNB ni jawapan diberikan oleh Kementerian tidak ada peruntukan. Dia tidak membatalkan, dia tidak meneruskan, masalahnya tak ada peruntukan tetapi sebagaimana Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang prihatin kepada urat nadi rakyat telah memberikan idea Tabung Perumahan Rakyat Pahang. Tabung ni akan dicollect daripada pemaju-pemaju yang tidak mahu membina rumah murah ya dan kita meletakkan syarat bagi setiap unit untuk sumbangan kepada tabung bagi kawasan Majlis Perbandaran tetapi termasuk
Cameron Highlands ni dia tertakluk di bawah er… kategori Majlis Perbandaran, pemaju kena menyumbang sebanyak RM35,000.00 kepada tabung seunit. Kalau ada 100 maknanya kali dengan 100. Bagi kawasan…
Boleh mencelah… Yang Di-Pertua. Saya nak tanya bagaimana kalau orang tua-tua yang umur 70 nak mohon rumah yang disediakan oleh pihak kerajaan ni? Terima kasih.
Saya nak jawab yang Padang Tengku dulu, Luit ya. Manakala untuk apa ni dah lupa dah saya tadi (ketawa). Tabung Perumahan, Tabung Perumahan ini kita akan collect, kita akan kutip dan kalau tabung kita banyak, penuh kantung kita insya-Allah kita akan membuatkan rumah sebagaimana Rumah Mesra Rakyat SPNB. Tanah masing-masing dan kita akan menyediakan.
Kaedah-kaedahnya kita akan detail kemudianlah sebab setakat ni tabung kita ni mengecil sangat tapi untuk buat sementara waktu ni er…kita boleh gunakan tabung ni untuk baik pulih rumah yang terlibat dengan bencana tapi kita ada tabung terhad, kita tidak berapa nak mencadangkan tapi walau bagaimanapun apabila duit kita dah banyak ni kita akan lihat perkara ini. Banyak rumah yang terbakar, kena bencana dan sebagainya.
Bagi menjawab soalan daripada…oh satu lagi tentang rumah-rumah di ladang adalah tanggungjawab pihak Kerajaan Persekutuan, tidak di bawah…sebab dia melibatkan ladang-ladang swasta dan sebahagiannya melibatkan er…Tanah FELDA, FELCRA dan sebagainya. Er…manakala pertanyaan Luit tadi berkaitan dengan orang yang dah umur 70 ya. Biasanya kalau kita buat loan bank, bank tak akan luluslah. Tetapi walaupun dia ada tanah, anak-anaknya boleh memohon bagi pihak ibu bapa dan kita akan kenakan cagaran ni kepada anak-anak untuk membuat bayaran dan sebagainya. Memang boleh ya tetapi dengan syarat tanah ayahlah ya tanah orang lain tak bolehlah ya. Tanah ayah sendiri boleh ya ataupun dia nak bayar cash ya boleh. Kita sentiasa mempertimbangkan untuk kemudahan rakyat ya.
Mohon mencelah sikit ya. Saya sebenarnya nak share pengalaman. Ada satu pengalaman di negeri lainlah. Bila ada sekumpulan pemohon rumah ni memang orang tua-tua, jadi kita bawa kepada kerajaan dan kerajaan sendiri menjadi guarantor kepada sekumpulan orang tua ni. Jadi mereka dapat memiliki er…dapat memohon pinjaman er…bank memberi pinjaman dengan yang apa ni agensi kerajaan menjadi guarantor akhirnya mereka dapat rumah kediaman tu dan selebihnya detail tu kemudianlah. Terima kasih.
Tapi tu saya ingat dia melibatkan kos kewangan dan sebagainya sebab apabila kita mendapat bayaran balik kita akan buat rumah yang lain pula. Jadi kalau kita bagi semua percuma saya rasa tak adalah tabung kita ni untuk membantu golongan yang… tapi tanggungjawab anak-anak penting saya rasa ya untuk menyediakan perumahan untuk ibu bapa dan sebagainya. Orang kata kalau anak, ayah seorang boleh jaga anak
sepuluh orang tapi anak sepuluh orang tak pasti boleh jaga an…ayah yang seorang saya rasa. Jadi tanggungjawab anak-anaklah, saya rasa.
Er… Yang Di-Pertua, minta tanya satu soalan. Saya ada melihat er… ada sign board yang menulis tentang projek perumahan ini di bawah tu dia tulis er… Rumah Patuh Syariah. Jadi saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat apakah memang ada er… Rumah Patuh Syariah ni dan sejauh mana inisiatif kerajaan untuk melaksanakannya? Terima kasih.
Terima kasih Damak. Sebenarnya ada satu projek di Jerantut ya er… sebanyak 30 unit tak silap saya er… telah melaksanakan Rumah Patuh Syariah. Dia mendapat er… apa ni pensijilan dari segi lokasi, kedudukan arah kiblat dalam rumah berkenaan dan reka bentuknya adalah sama je lebih macam er… perumahan yang lain. Dia sekurang-kurangnya 3 bilik. Pertama bilik ibu bapa, dua bilik lagi satu untuk anak lelaki satu anak perempuan ya. Lelaki dan perempuan perlu diasingkan. Itu salah satu kriterialah.
Satu lagi kriterianya adalah er… rumah ni memang ada satu ruang kecil yang kita sediakan untuk ruang solat. Tapi kita orang laki ni digalakkan bersolat di masjid ya solat tapi dia ada sediakan dan pagar dia adalah pagar dia tak tinggi. Pagar dia er… separuh apa ni pinggang untuk memastikan connect… apa ni komunikasi antara jiran-jiran. Itu salah satu er… apa ni reka bentuk yang juga di salah satu syarat dalam Rumah Patuh Syariah ya insya-Allah. Saya ingat kalau rumah ni siap kita akan lancar lagilah. Kita minta untuk Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita akan lancar projek ni. Jerantut yang pertama ya. Saya akan masuk segmen yang kedua berkaitan dengan Kerajaan Tempatan…
Minta laluan. Yang Berhormat er… Dato’ Sri Speaker saya cuma nak tanya kepada penjelasan daripada Wakil Kerajaan, kalau kita melihat er… hasrat Kerajaan Negeri untuk menyediakan 37,000 Rumah PR1MA dan juga Rumah Makmur dan kita difahamkan telah er… kelulusan telah diberi banyak ya hampir ratusan kelulusan telah diberi kepada pihak-pihak pemaju. Saya nak er… tahu apakah tindakan pihak Kerajaan er… tempoh bagi yang berjaya itu untuk er… take off atau memulakan projek tersebut. Itu yang pertama.
Yang kedua, saya nak er… saya dah bercakap dalam persidangan lalu saya sentuh soal kelulusan permohonan PR1MA yang saya rasa orang yang memohon tu dia tak tahu di mana kawasan ataupun tanah yang dipohon. Berlaku di kawasan saya di Kampung Padang Lalang… Padang Lalang, Mukim Bangau di mana kelulusan telah diberikan 100 ekar dan er… akses untuk er… jalan masuk untuk ke tapak pembangunan hampir 7 ataupun 8 kilometer.
Jadi ianya melibatkan kos yang begitu tinggi dan sudah pasti saya rasa kalau diteruskan permohonan tersebut ianya tidak… tidak menguntungkan. Kalau melihat kepada infra ataupun keadaan muka bumi tanah tersebut kerana saya nak menyentuh bahawa er… kawasan ini sebenarnya merupakan er… tapak motorcross yang dimajukan oleh golongan belia di kawasan setempat dan ianya sebelum pilihan raya merupakan satu isu yang harus er… pihak kami untuk menjawab kepada penduduk kampung. Sekian, terima kasih.
Yang Berhomat Timbalan Yang Di-Pertua,
Terima kasih kepada rakan saya kerana memberi laluan. Sebenarnya projek Perumahan PR1MA dan Makmur ni kita dah kaji semula dan kita tambah baik lagilah. Sebagai contohnya er… kita dah ada tempoh, andainya mana-mana pemaju yang diluluskan tidak melaksanakan rumah sepertimana tempoh yang ditetapkan kita akan tarik balik dan er… sebelum ni pun kalau tak silap saya ya er…YB., 10 buah projek PR1MA yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri yang ditarik balik oleh kerajaan kerana mereka gagal memenuhi dan tidak mampu membuat rumah tersebut dan kita offer kepada orang lain dan dalam masa yang sama er… earnest money dan sebagainya kita sedang pertingkatkan begitu juga dengan peraturan-peraturan, apa ni syarat-syarat agreement semua kita perketatkan. Kita tak nak jadi sepertimana kelulusan untuk… untuk hutan kawasan balak sebagai contohnya diluluskan pada tahun 2010 tetapi sehingga 2011 tidak dikerjakan.
Lepas tu, dalam masa yang sama 2011 dia minta lagi 2012 dia minta lagi. Ini bermakna tidak tercapai matlamat kerajaan untuk mengutip hasil. Bila tidak dikerjakan kawasan tersebut Kerajaan Negeri akan kehilangan hasil, sebab itu la er… sekarang ni er… Pejabat Perhutanan Negeri, kelulusan yang dulu-dulu tu 2010… 2011 kita sedang er…kaji, teliti dan sekiranya syarikat berkenaan tidak melaksanakan akan tarik balik dan kemungkinan kita akan buat secara tender terbuka.
Jadi, pertanyaan daripada YB. daripada Kuala Semantan nanti… tadi saya sangat er… apa nama mengucapkan terima kasih kerana sangat prihatin dan sebenarnya Kerajaan Negeri sangat juga prihatin terhadap isu perumahan ini kerana ini adalah kemudahan asas kepada rakyat selain daripada makan, minum, pakaian, perumahan juga adalah kemudahan asas seperti mana yang terdapat dalam teori hierarchy of need kalau tak silap saya Maslow kalau tak silap sayalah. Jadi, insya-Allah ya YB. jangan bimbang sangat kita akan ambil perhatian.
Terima kasih Yang Amat Berhornat Menteri Besar. Sila seterusnya.
Perancangan pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan. Kerajaan Negeri amat serius dalam perancangan pembangunan di semua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Pahang. Justeru bukan sahaja peruntukan negeri yakni peruntukan MARRIS yang disediakan malah turut membida peruntukan Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi pembangunan di semua PBT di negeri Pahang.
Di antara projek-projek kemudahan awam untuk rakyat yang difokuskan pada tahun 2019 adalah seperti berikut. Yang pertama berkaitan dengan infrastruktur yang meliputi laluan pejalan kaki, jalan atau lorong, sistem saliran, lampu jalan, longkang dan papan tanda. Yang kedua berkaitan dengan kemudahan awam termasuklah gelanggang sukan, terminal dan perhentian pengangkutan awam, membina dan menaik taraf dewan dan balai raya serta menaik taraf dataran jam dan sebagainya dan seterusnya berkaitan sosioekonomi termasuk ruang niaga, medan selera, pasar malam dan tapak penjaja.
Pada… sehingga 31 Oktober 2019, sebanyak RM30.6 juta telah dibelanjakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Pahang melalui agihan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya atau MARRIS untuk kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Raya Bandaran dan Jalan Kawasan Perumahan bagi tahun 2019 ke arah menjamin kesejahteraan rakyat.
Peruntukan Bajet Baharu BP 1 Tahun 2019, Kerajaan Negeri telah berjaya membina dan mendapat peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebanyak RM33.133 juta bagi Projek Baharu BP 1 Tahun 2019. Jumlah tersebut adalah untuk pelaksanaan sebanyak 376 buah projek bagi semua 12 PBT di negeri Pahang termasuk Lembaga Pembangunan Tioman.
Program Persekitaran Kehidupan di bawah PBT tahun 2019. Sebanyak RM1.5 juta telah berjaya dibida dan diperuntukkan daripada Jabatan Landskap Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan bagi Program Persekitaran Kehidupan di Majlis Perbandaran Temerloh, Majlis Daerah Bera dan Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser. Program Kesihatan Persekitaran PBT tahun 2019. Manakala sebanyak RM52 ribu untuk tujuh PBT Negeri Pahang telah berjaya dibida dan diperuntukkan bagi Program Kesihatan Persekitaran PBT. Kutipan Hasil PBT. Saya ingat tahun ini meningkat hasil ya. Kalau ikut rekod meningkat sebanyak 20% berbanding tahun yang sebelum pada ini. Pihak Berkuasa Negeri sentiasa mengambil langkah proaktif untuk mewujudkan hasil baharu bagi Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pendapatan. Pertama, menaik taraf Pihak Berkuasa Tempatan. Pihak Kerajaan Negeri sentiasa serius dalam meningkatkan kualiti perbandaran. Sejajar dengan itu, institusi PBT perlu dinaikkan taraf yang secara tidak langsung akan memacu pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat serta pemangkin pembangunan fizikal dan infrastruktur di kawasan PBT masing-masing.
Buat masa ini, Majlis Perbandaran Kuantan telah pun diluluskan oleh kabinet menaik taraf kepada Majlis Bandaraya Kuantan. Sidang maklum dalam soalan pagi tadi, manakala Majlis Daerah Pekan dalam proses untuk dinaik taraf kepada Perbandaran. Kertas permohonan naik taraf telah pun diangkat ke KPKT untuk mendapat kelulusan Kabinet. Sehubungan itu juga, terdapat 3 lagi Majlis Daerah yang akan dinaik taraf kepada Perbandaran pada tahun 2020 iaitu Majlis Daerah Jerantut, Majlis Daerah Raub dan Majlis Daerah Cameron Highlands. Ini berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak KPKT ya. Pertamanya dari segi peningkatan hasil hampir mencapai RM20 juta setahun.
Seterusnya berkaitan dengan ini isu yang hangat dibincangkan dalam dewan dua tiga hari lepas. Penggunaan tulisan Jawi pada Papan Tanda Tunjuk Arah, Papan Iklan Premis Perniagaan Dan Papan Tanda Bangunan Dan Papan Tanda Jalan serta Lorong. Beberapa Wakil daripada ADN telah menyuarakan pandangan… daripada Cheka, Tras dan Mentakab er… yang saya rasa mereka bukan mempertikaikan cuma ingin penjelasan ya.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, er… penggunaan tulisan Jawi di semua PBT telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Yang Di-Pertuan Agong pada 10 November 2018. Hasil daripada majlis ini Kerajaan Negeri telah menguar-uarkan mulai pada tahun 1 Januari 2019, semua PBT di kawasan masing-masing perlulah melaksanakan penulisan Jawi yang melibatkan Papan Tanda Tunjuk Arah, Papan Iklan Premis Perniagaan dan Papan Tanda Bangunan dan Papan Tanda Jalan mulai satu haribulan satu 2019 ya. Ini dah hampir setahun sebelas bulan berapa hari ini. Sebelas bulan hari ini 20 haribulan ya 21, hampir sebelas bulan.
Patutnya perkara ini kita dah beri masa yang agak panjang kepada er… untuk dilaksanakan penulisan Jawi di kawasan PBT masing-masing.
Kalau kita tengok dari segi sejarah, perjanjian antara British dengan kerajaan dulu menggunakan bahasa Jawi ya. Er… kalau tengok gambar-gambar iklan pada tahun 50an 60an ya, menggunakan bahasa Jawi. Ini bukan perkara baharu yea. (Ahli Dewan ketawa) tulisan Jawi. Kaedah yang digunakan untuk tulisan Jawi ini adalah kaedah Al-Taibah iaitu Arabic punya tulisan style di mana yang meluluskan bentuk tulisan Jawi ini adalah daripada KUIPSAS ya… KUIPSAS sendiri. Kita telah melantik 28 orang munsyi-munsyi menyemak tulisan Jawi er… dan kita telah mengadakan bengkel ya pada awal tahun ini untuk memastikan satu piawaian standard tulisan Jawi, saya ingat Damak ada tanya semalam kalau tak silap sayalah ya.
Memang kita ada pakar rujuk, munsyi-munsyi tulisan Jawi seramai 28 orang. Munsyi, munsyi-munsyi, munsyi ya itu bunyi macam Jepun ya. Musyi… musyi bunyi macam Jepun pula ya. Munsyi-munsyi. Jadi sebenarnya mendapat apa ni er… semakan tulisan Jawi dan kita dah ada garis panduan dan saya dah edarkan kepada semua PBT er… ada kriteria-kriteria dia kalau semalam dibangkitkan oleh Bilut ataupun Tras ya tiada ruang untuk… untuk tak perlunya iklan baharu sebenarnya.
Tak perlu iklan baharu dia boleh tampal sahaja boleh tapi mungkin kos sikit nak sewa kren, kalau yang boleh sewa kren saya ingat tiada masalah. Kita beri masa yang panjang. Kalau tak boleh ada ruang kita boleh ketepikan dia punya tulisan tu ya. Ada saya ingat PBT boleh bantu. Setakat ni di Kuantan saya tengok dah banyak ya dah banyak dan telah mula memperkenalkan bahasa Jawi yang… yang kita ni bukan orang kata kita ingin memartabatkan bahasa Jawi ni sebab sebenarnya dalam syarat-syarat lesen tidak perlu dinyatakan tulisan bahasa lain tapi ada kita tidak pernah mempertikaikan,
Tuan Yang di-Pertua…
contoh…
Sungai Lembing minta laluan.
Er… Tuan Yang Di-Pertua,
Saya menyanjung tinggi mengalu-alukan keputusan Kerajaan Negeri bagi menguatkuasakan pelaksanaan tulisan Jawilah di seluruh negeri Pahang ini hanya ialah ada beberapa pro and con terutama sekali er… di kalangan beberapa kawan-kawan kita berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha ataupun tuan punya kedai bangunan kan apa yang penting sekali Tuan Yang Di-Pertua, masalah restoran ni.
Kalau kita misalnya kalau kat luar negeri nampak je ada tulisan Jawi tu kita kira halal teruslah misalannya kalau sesiapa yang pernah pergi ke China ya, er… itu makanan
halal tapi ada sup beruang, sup kaki beruang dan macam-macam. Jadi er… beruang ni setahu saya kalau orang Islam tak… tak tahulah takut ada mazhab boleh setahu saya tak boleh makan kan walaupun hempedu beruang tu sangat er… apa er… perubat… nilai perubatan tinggi terutama kalau orang kena patah ke apa, makan er… hempedu beruang boleh mengubat penyakit dalam.
Jadi itulah pelaksanaannya, terutama sekali kalau di restoran yang terang-terang tak ada makanan halal tu takut jugalah kita… tulis tulisan Jawi tu sesetengah orang confuse terus masuk jer. Jadi, ha… itu lah er… maknanya kerajaan dalam segi pelaksanaanlah terpaksa kita kena er… berhemah tinggi, berwaspada dan saya menyokonglah tadi di mana beberapa premis tu misalannya ada bentuk er… pelaksanaan tulisan Jawi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, nanti salah makan kita.
Terima kasih Sungai Lembing.
Berkaitan dengan er… pe… penulisan papan iklan tulisan di papan-papan iklan, kita tidak mensyaratkan, kita sebenarnya bahasa lain tidak dinyatakan ya tetapi oleh kerana kerajaan yang prihatin tulisan Bahasa Cina pun kita benarkan ya, Bahasa India pun kita benarkan, tiada masalah ya, tapi sepatutnya tulisan Jawi ini tidak menjadi isu sebenarnya ya.
Dia adalah untuk kemudahan ramai dan satu budaya kita, bukanlah maknanya tulisan Jawi ini kita nak mempromosikan Islam, tidak ya. Itu adalah satu tanda yang telah lama dilaksanakan di negara kita sebelum pada… sebelum daripada ini ya.
Perubahan kepada penggunaan tulisan Jawi pada papan iklan, premis perniagaan dan papan tanda bangunan dalam kawasan Majlis…
Mohon… mohon mencelah.
Tanjung Lumpur.
Ya, terima kasih kepada Wakil Kerajaan. Er… dalam isu tulisan Jawi, saya tidak melihat bahawa tulisan Jawi ini satu masalah kepada… terutama sekali kepada rakan-rakan yang berniagalah daripada kalangan bangsa Cina. Sebab kita tengok banyak pun produk-produk yang mereka keluarkan pun tulisan Jawi dan sebagai satu strategi pulak untuk melakukan perniagaan mereka dan guna pulak logo-logo yang bercirikan Islam, ada cop masjid. Saya pergi Kedah jumpa apa tu er… biskut cap Ustaz (ketawa) walaupun dia marah kat Ustaz tu, tapi biskut tu cap Ustaz (Ahli Dewan ketawa). Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tanjung Lumpur. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, pada mulai 1 Januari 2020 kita akan mewajibkan apa ni… penulisan Jawi dan tidak patuhan kepada perkara ini akan diambil tindakanlah ya. Kita dah bagi masa yang agak lama, 1 tahun
sebenarnya untuk pengusaha-pengusaha untuk er… mengubah er… apa ni iklan Jawi di premis masing-masing.
Bandar Lestari dan Bersih. Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan…
Mohon mencelah sekejap.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya ingat…
Mencelah. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, nampaknya tulisan Jawi ini er… masih ramai orang tidak er… meng… apa… er… meng… tulis pada papan yang sekarang ni. Mohon kalau boleh bagi lagi 3 bulan ke sampai Mac, kalau boleh. Terima kasih.
Teruntum saya bagi sehingga 31 Disember 2019 sahaja. 31 Disember 2019 kita… saya bagi, ada masa sebulan setengah lagi ya, tak ada masalah ya.
Mo… mo… mohon mencelah…
Mintak celah…
Sebab kalau ikut er… papan tanda yang ada di Kuantan ni, er… berpuluh-puluh ribu. Saya ingat kedai iklan pun tak sempat nak buat juga. Satu bulan setengah, kat… katakan… katakan ya, satu hari buat lima atau enam tak sempat jugak. Itu sebab saya mohon, sebab sebelum ini semua teragak-agak, tak pasti, er… kurang faham, so dari segi ini saya… kita mohonlah sebagai Wakil Rakyat dekat sini seperti di Kuantan, yang paling ramai kedai terlibat. Saya mohon dilanjutkan kepada bulan Mac. Terima kasih.
Terima kasih. Kerajaan Negeri telah menetapkan bahawa pada 1 Januari 2020 pelaksanaan tulisan Jawi yang akan diwajibkan. Saya rasa keuntungan banyak pihak di pihak kedai-kedai papan iklan ni banyak non muslim, keuntungan juga kepada pihak orang bukan non muslim saya rasa. Tak ada masalah ya. Saya ingat, saya menamatkan isu tulisan Jawi di sini, saya akan pergi kepada…
Minta laluan. Sekiranya ruang pada papan tanda iklan yang sedia ada itu tidak mencukupi, adakah saiz tulisan Jawi itu adakah kelonggaran, tak sama saiz dengan Bahasa Melayu ataupun er… kelonggaran apa yang boleh diberi?
Jawapan boleh, boleh… boleh.
Bandar Lestari dan Bersih. Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sangat menitikberatkan kepada kelestarian dan kebersihan bandar.
PBT telahpun membuat perancangan mengindahkan bandar dengan tanaman pokok-pokok bunga yang minimum dengan penyelenggaraan yang baik. Manakala bagi kebersihan pula ia akan memberi fokus kepada kebersihan di tempat awam, terminal pengangkutan awam, tandas awam, pusat rekreasi dan premis perniagaan.
Sebagai permulaan, satu pasukan task force team ataupun er… task… pasukan task force di Majlis Perbandaran Kuantan telah diwujudkan bagi melaksana dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan kebersihan yang terdiri daripada agensi SWCorp, JKR, Alam Flora, Roadcare dan sebagainya ya.
Pasukan ini akan bergerak sepanjang masa sehingga perkara ini dipatuhi untuk memastikan bahawa sepanjang laluan-laluan utama bukan sahaja laluan-laluan protokol dan kawasan apa ni… perniagaan untuk memastikan tiadanya sebarang sampah-sarap yang boleh mencemarkan pandangan ya.
Baharu-baharu ini kalau ingat rombongan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pergi ke Nanning, bandarnya memang bersih, pokok bunga sepanjang jalan, tiada sampah-sarap pun kita tengok walaupun sepuntung rokok ya dan kita boleh contohilah bandar-bandar di… di sana yang sangat bersih berbanding 10 tahun yang lalu.
Maka pasukan task force ini akan diwujudkan juga di lain-lain PBT pada tahun hadapan bagi memastikan tahap kebersihan dan keindahan bandar mencapai tahap yang dibanggakan. Er... ini meliputi program penguatkuasaan dan kawasan tanah milik yang dipenuhi dengan semak-samun dan menurunkan billboard yang telah tamat tempoh.
Ada dibangkitkan oleh er… Mentakab, berkaitan semak samun ya. Perkara ini akan diambil tindakan oleh pihak MPT, memastikan perkara ini perlu diambil tindakan segera walaupun dia kata dah banyak kali dilapor tetapi tidak diambil tindakan ya. Saya akan pastikan er… pasukan task force ini dan saya akan turun padang sendiri untuk menyemak dan mengenal pasti masalah-masalah berkaitan dengan kebersihan dan aduan-aduan yang tidak diambil tindakan ni perlu diambil tindakan dengan segera.
Seterusnya berkaitan dengan pembatalan lesen hiburan. Kerajaan Negeri amat peka kepada…
Minta… minta laluan. Er… Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya melihatkan hasrat Kerajaan untuk menjadikan bandar Kuantan sebagai bandar lestari. Memang pernah pun berlaku suatu ketika dahulu ya, ibu negeri Pahang, Kuantan adalah bandar lestari tapi apa yang dijelaskan oleh pihak Kerajaan sebentar tadi untuk mempastikan bandar kita bersih.
Kita kena mewujudkan satu pasukan, pasukan lain pulak yang memantau tentang kebersihan. Pada saya sebenarnya, kita kena menekankan kepada kontrak yang membersih kawasan yang kita beri, sebab saya selalu memerhatikan bahawa akan berlaku ‘sakit mata memandang’ bagi kawasan persekitaran kita apabila selepas berlakunya pencucian kawasan. Maksudnya berlakunya pemesinan… memesinkan rumput di tepi jalan, maka masa itulah timbul berbagai-bagai perkara timbul daripada dalam rumput tadi.
Jadi kalaulah, sebenarnya perbetulkan dia punya er… specs-specs yang mesti dilakukan oleh kontrak itu tadi, maksudnya bukan dia mesin sahaja, tapi dia kena bersih, kena kutip, kena buang hah… baharulah kita rasa tak perlu kita ada pasukan tu, ada pasukan ni, untuk… untuk menyelesaikan masalah yang dilakukan oleh pemesin rumput, mesin, orang lain pulak kena gi pantau pulak tengok, orang lain pulak kena jaga kebersihan, sebenarnya tanggungjawab kepada yang kontrak yang kita lantik itu tadi. Kalau Roadcare, Roadcarelah, kalau sesiapa Alam Flora, Alam Floralah. Hah! Itu maksud saya. Terima kasih.
Terima kasih Pulau Manis. Sebelum pada penubuhan Pasukan Task Force ini, er… beberapa lokasi di bandar ini di bawah beberapa agensi yang tertentu. Contohnya jalan protokol di bawah JKR dan pelaksananya adalah Roadcare. Jalan negeri, jalan JKR Negeri er… pelaksana adalah er… YP Maintenance dan jalan-jalan perbandaran di bawah Majlis ya.
Jadi kita ada nampak macam dengan izin, green area kadang-kadang sampah dia sapu sini dia tolak tempat orang lain ya. Hah! Dia kata biarlah ni… ni kawasan saya, saya tolak kawasan… MPK contohnya, jadi benda ni tak selesai. Contoh saya bagi ya tapi dengan adanya Task Force Team ni kita dah satu-satukan, ketiga-tiga, empat agensi ni disatukan di mana kita ada war room dengan izin, di Padang MPK 1 dan semua pihak yang berkepentingan ni akan duduk bersama, macam mana nak menyelesai, membantu masalah-masalah yang dinyatakan.
Kita tengok sekarang, kalau dulu dekat sepanjang divider traffic light tu penuh dengan puntung rokok, macam-macam ada situ ya, semua dicampakkan di situ tapi dengan ada sekarang ni tuan-tuan boleh tengok er… kita boleh tengok bahawa tidak ada lagi dah sebarang puntung rokok dan sebagainya terutama di persimpangan lampu-lampu isyarat. Saya boleh pastikan. Jika ada boleh lapor pada saya, di Kuantanlah. Kuantan ini kita baharu tubuh dan di PBT lain ini kita akan laksanakan supaya benda ini selaras untuk satu negeri. Saya ingat saya pun dah ambil masa yang panjang cuma saya nak…
Dato’… Dato’ Yang di-Pertua, sikit lagi.
Saya rasa er… pihak yang bertugas mencuci persekitaran bandar Kuantan sebagai fokus utama kitalah. Saya rasa kita kena buat sehingga rakyat yang berada dalam bandar Kuantan ini rasa malu pada diri sendiri. Saya mengambil contoh, saya pernah
ikut rombongan pergi ke Beijing dan memanglah saya ni perokok, memanglah orang menghisap rokok. Keluar daripada hotel, duduk tepi jalan. Lepas merokok, buang puntung rokok. Dalam masa 30 saat sahaja puntung rokok yang saya buang itu tadi tiba-tiba datang orang mengambil. Hah! Itu menimbulkan rasa malu kita. Kita kena buat sampai macam tu, saya rasa.
Tapi kalau…kalau kita lihat yang berlaku sekarang ini, itulah. Sampah-sampah, rokok, puntung rokok ke, kertas tisu ke, kertas coklat ke, budaya itu tadi tak dapat nak kita semaikan kepada masyarakat kita. Jadi kena ada, kena ada datangnya daripada pekerja-pekerja yang kita gajikan, menjaga kebersihan bandar. Tapi kalau pekerja-pekerja yang kita gajikan tadi makan gaji tapi masalahnya dia pun tak ambil peduli, memanglah! Kita yang melakukan kesalahan, tak sedar, tak terasa itu salah. Jadi saya rasa pihak apa ni…PBT kena bertindak lebih agresif lagilah terhadap pekerja-pekerja. Terima kasih.
Terima kasih Pulau Manis. Tindakan ini bukan sahaja untuk pekerja tetapi untuk masyarakat sebenarnya. Kita ada 2 tumpuan fokus. Di Teluk Chempedak memang kita telah gerakkan untuk aktiviti penguatkuasaan, di mana kebanyakan pengunjung-pengunjung sampai sana lepas minum dia tinggalkan atas tempat duduk. Banyak ya, kita pun mendapat aduan. Saya ingat saya dah maklum kepada SWCorp, MPK dan sebagainya dan kita telah start kompaun. Bukan sahaja tugas pembersihan, masyarakat itu sendiri perlu. Kalau di negara-negara maju ini mereka amat akur dengan peraturan. Rakyat pun dah prihatin. Mungkin ke arah bandar raya ini kita akan meningkatkan lagi kesedaran terutamanya kesedaran di kalangan orang ramai. Datang ke Teluk Chempedak, minum air, tinggal dekat bawah ya.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya…saya nak apa namanya…nak mencelah sedikitlah pasal kita ini alang-alang panjang Exco apa nama Pengerusi Jawatankuasa Tempatan tu biarlah panjang betul, kalau boleh sampai petang karanglah (ketawa), pasal dah panjang dah. Kalau kita tengok perbezaan ya, ini satu kajian yang kita boleh buat. Kalau kita tengok negeri-negeri, ibu negeri-ibu negeri, yang mereka mempunyai ibu negeri-ibu negeri yang dulunya diperintah oleh komunis, yang diperintah oleh sosialis ya. Dan ibu… ibu negeri-ibu negeri yang diperintah oleh yang… yang mengamalkan demokrasi ini di negeri-negeri barat ni.
Kalau kita tengok negeri-negeri yang diperintah oleh komunis terutama sekali kalau di Eropah tu dipanggil Bloc Warsaw ataupun Warsaw Block ataupun Nato Block. Kita dapati bahawa bandar raya-bandar raya dia… dia buat tersusun dengan baik. Tapi kalau kita pergi ke London, kita pergi ke Paris, kita pergi ke Dublin, kita pergi ke… apa nama Itali, kita dapati bahawa bandar raya dia tidak seperti apa yang didapati contohnya di Prague, contohnya di Bratislava, contohnya… Exco Pelancongan kena tahu ini. Er… Moscow, begitu juga negeri China.
Bila saya kaji balik, kita dapati bahawa negeri komunis, negeri sosialis ini dia tidak ada Ahli Majlis. Hah, yang kita sibuk sangat nak Exco apa, Wakil Rakyat nak masuk Ahli Majlis. Tak ada Ahli Majlis. Dia nak buat… buat. Kamu tak nak buat, campak dalam sungai.
Sebab itu kalau kita tengok, sistem jalan raya dia. Kita pergi ke China, sistem jalan raya dia. Kita pernah buat Visit Pahang 2017. 2016 tu kita pergi daripada…daripada apa? Daripada Kuantan kita pergi London naik jalan darat. Kita dapati bahawa bandar yang tercantik sekali ataupun jalan yang tercantik sekali di Malaysia, di dunia ini saya cakap adalah di China. Kerana apa? Kerana dia tak ada Ahli Majlis. Dia tak ada, semuanya kuasa autokratik buat. Awak tak nak buat maknanya kita ambil tindakan, maknanya dia akan buat benda tu dan sebab itulah sistem, sistematik.
Kita pergi pulak negeri-negeri yang lain-lainnya. Di Eropah sebagainya pun begitu, dia boleh buat symmetrical antara satu tempat, satu tempat. Saya pergi ke Kazakhstan baharu ni ya, kita tengok daripada satu tempat, dia buat… dia tiru… dia tiru, apa namanya ini dia tiru Putrajaya tapi dari hujung sana ke hujung sana symmetrical satu boulevard macam kita nak buatlah di Putrajaya kita buat. Jadi itu kelebihan dia.
Saya pernah pergi ke India. Satu negara demokrasi yang terbesar di dunia. Pasal dia ada 1.2 juta penduduk dan er… kita, saya sekali ada pengalaman berjumpa dengan Ahli Parlimen dia, Patel tetapi dia orang Islam. Dia seorang Ahli Parlimen daripada Parti Kongres. Dia… so saya pergi masa tu dengan Yang Berhormat Menteri daripada Terengganu, Dato’ Ismail Sabri er… Sabri Chik so kita pun sembang dengan dia, dia bagitahu bahawa dia Ahli Parlimen. Kita tanya dia, berapa… berapa dia punya pengundi? Dia tanya saya berapa pengundi saya? Saya cakap agak 22,000. Oh, very small cakap dia. Dia punya pengundi, seorang pengundi 1.2 juta, satu Ahli Parlimen… satu Ahli Parlimen.
Saya pergi ke India, antara nak pergi antara Bangalore ke Mysore, siapa yang pergi India tahu. So kita pergi satu jalan tu highway tiba-tiba masuk dalam kampung biasa. Jalan dalam kampung biasa, kemudian highway balik. Tanya kita punya tour guide tu kenapa jalan macam ni? Dia cakap Ahli Parlimen situ dia tak bagi buat highway. Kalau buat highway dia kalah pilihan raya. Hah jadi, hah ini beza dia.
Ini satu benda yang kita kena kaji baliklah. Kalau kita tengok pun sistem yang ada ni, di dunia ni, di Amerika sebagai contohnya, demokrasi yang ada er… apa namanya pun sekarang ni Presiden, dia kena buat impeachment, disoal jawab kerana Presiden telah melakukan sesuatu yang… yang tidak sepatutnya dilakukan. Kesalahannya sebagai seorang Presiden, sebagai calon yang mempertahankan jawatan. Begitu juga er… di bri… Britain, Brexit. Sampai sekarang tak selesai lagi. Soal British nak keluar daripada EU.
Jadi saya ingat UMNO dengan PAS ini bergabung eloklah. Makna kita kena tengok sistem-sistem yang lebih baik lagi untuk kita improve. Tapi itu satu, satu contoh. Sebab itu di China, memang. Ini pada saya China sekarang ni kalau dulunya Yang Berhormat Yang di-Pertua, mereka barat menakluki negeri lain, negara lain dengan kuasa ekonomi tapi China menakluki negara-negara lain dengan infrastruktur, silk road. Silk apa orang panggil? Er… itu… apa namanya silk… silk… silk belt kan silk belt, silk road… dia buat. Semua dia buat tapi China pandai. Dia datang, dia propose tapi kita kena bayar.
Er… kalau dulu Amerika, British… dia datang, dia buat… dia buat je dulu kan. Kemudian sikit-sikit dia buat, kemudian baharulah dia kita bayar sikit. Tapi China dia pandai, dia buat, dia datang semua pekerja dia. Tak, ini kebijaksanaan mereka er… kuasa dunia baharu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Alang-alang lama, biar lama betul ya.
Terima kasih Lanchang. Sebab Lanchang…
Yang Berhormat, er… kalau rasa dah panjang tu, bolehlah berhenti.
Saya nak gulung sikit je lagi. Cuma nak respond daripada Lanchang, lain kali berjalan luar negara itu, bawalah Exco Kerajaan Tempatan juga. Baharu saya boleh share dia punya pengalaman. Ni nak jawab beberapa soalan daripada Ahli-ahli Dewan berkaitan dengan cukai pintu daripada ADN Luit dan Jengka. Kenaikan sebanyak 1% ya pada tahun ini. Sebenarnya cukai tanah bagi kediaman di bawah RM50.00 setahun di Kampung Berkat, Maran er… dan sebanyak RM24.70.
Dengan kenaikan 1% ini melibatkan kenaikan sebanyak RM3.80 yang berjumlah semua sekali RM28.50 setahun. Sedangkan kutipan sampah sahaja untuk sebulan kita bayar kepada SWCorp RM6.00. 6 kali dengan 12 dah RM72.00. Mana tidak sampai tahap kita… itulah masalah PBT ya. Servis kita ini terlalu mahal berbanding dengan bayaran oleh rakyat… cukai. Ini contoh saya bagi di... di… di Luit dan Jengka ya.
Satu lagi pembangunan Bandar Baharu Jerantut dibangkitkan oleh Damak. Pembangunan baharu, bandar baharu merupakan usaha sama antara Kerajaan Negeri dengan pemaju Grandmas Development Sdn. Bhd. Majlis Daerah Jerantut telah menerima dan memproses permohonan pelan-pelan pembangunan di kawasan tersebut seperti KM, pelan insfra dan pelan pembangunan.
Walau bagaimanapun, pembangunan yang dijalankan adalah berfasa dan berperingkat-peringkat menyebabkan ada kawasan-kawasan yang belum dibangunkan dan mencacatkan permandangan. Saya akan memastikan projek ini akan diteruskan dan akan berhubung dengan Damak pada masa akan datanglah. Penyusunan semula Kampung Sungai Jan oleh ADN Damak juga. Keadaan penempatan di Sungai Jan adalah tersusun tetapi keadaan jalan utama Jerantut-Lipis dan jalan-jalan dalam agak… jalan yang kecil menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama apabila kereta parking di bahu jalan. Situasi ini menampakkan kesesakan di Kampung Sungai Jan dan pelan pembangunan comprehensive perlu diwujudkan bagi melebarkan jalan termasuk membina longkang dan kawasan sebagainya. Ini memerlukan peruntukan ya daripada Damak. Cadangan pembinaan taman rekreasi di kawasan Triang, ini saya ingat dibangkitkan oleh Triang mungkin sesi Town Hall boleh diaturkan antara pihak PBT, Majlis dengan orang ramai dengan kawasan berkenaan.
Berkaitan dengan mangsa kebakaran di Sungai Lembing dibangkitkan oleh Sungai Lembing, Mesyuarat Majlis Kerajaan Pahang Bilangan 29/2019 bertarikh 17 September 2019 telah membuat keputusan bersetuju tapak tersebut dibangunkan sebagai dataran rekreasi. Pihak MPK dalam proses menyediakan pelan konsep dataran tersebut dan anggaran kos yang terlibat sebanyak RM1.5 juta dan peruntukan akan dipohon dengan KPKT untuk melaksanakan projek ini dalam waktu yang terdekat.
Lokasi perniagaan peniaga kecil Sungai Lembing, pihak Majlis sentiasa memberi kelonggaran dan kelulusan kepada peniaga kecil untuk berniaga di lokasi yang
bersesuaian selagi tidak mengganggu lalu lintas namun begitu aspek kebersihan persekitaran, keselamatan peniaga dan pelanggan lebih diberi keutamaan terutamanya di laluan kenderaan yang sibuk. Peniaga juga mestilah memohon kelulusan terlebih dulu sebelum dia memulakan perniagaan.
Saya ingin mengakhiri apa ni ucapan ni. Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek yang dapat memberikan impak secara langsung kepada rakyat terutamanya penduduk bandar mahu pun luar bandar. Sehubungan dengan itu, pelbagai perancangan dan projek telah dilaksanakan untuk, dilaksanakan bagi mencapai hasrat ini. Kerajaan Negeri telah mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan yang telah meneruskan kelulusan projek selepas penangguhan dibuat seketika. Bagi projek-projek yang dah diluluskan adalah menjadi harapan saya ia dapat dilaksanakan oleh PBT Negeri Pahang dengan berkesan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
PBT Pahang juga telah menyeru supaya menghayati hasrat kerajaan ini adalah menyampaikan semua jenis perkhidmatan kepada rakyat. Saya juga menyeru kepada komuniti dan bersama-sama PBT bergerak secara kolaboratif dan aktif bagi merealisasikan kelestarian dan kebersihan persekitaran di kawasan masing-masing demi kehidupan yang sejahtera dan bebas daripada sebarang penyakit.
Sekali lagi saya mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan portfolio saya dan er... akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Mana-mana pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diambil tindakan untuk tindakan susulan.
Minum kopi waktu petang, Cicah biskut air kosong, Bajet Negeri telah dibentang, Saya ingin mohon menyokong.
Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang menyokong RUU Perbekalan (2020/2019) dan Usul Pembangunan dan Perbekalan Air 2020 yang telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Tanam pisang rapat-rapat, Banyak ditanam di dalam negeri,
Tok Wan kita orangnya hebat, Demi rakyat memacu negeri.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Yang di-Pertua... kepada semua Yang di-Pertua PBT dan Majlis Daerah, Bahagian Kerajaan Tempatan dan Bahagian Perumahan yang telah bertungkus lumus menjayakan aspirasi Kerajaan Negeri tidak dilupakan juga terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Daun selasih...
Daun kalian sebiji selasih,
Sekian terima kasih.
(Ahli Dewan menepuk meja)
Terim kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin memaklumkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang sekarang ni sedang menerima rawatan kesihatan. Jadi sama-samalah kita berdoa agar beliau cepat sembuh.
Jadi saya nak teruskan kepada Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang dan saya juga ingin memaklumkan bahawa kalau boleh Ahli Yang Berhormat pihak kerajaan kita beri masa lebih daripada Ahli-ahli Berhormat yang lain pihak kerajaan selama kalau boleh dalam 30 minit. Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal... Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan mengambil masa sehingga 1 jam tadi ya. Silakan, sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahhirrahmanirrahim. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan Usul Bajet yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Pahang pada Isnin yang lepas. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah inayah-Nya kita dapat sama-sama hadir ke Mesyuarat Ketiga Penggal Ke-2 Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 pada hari ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua pihak agar kita sama-sama menjaga kemakmuran, perpaduan dan keharmonian negeri yang telah kita bina bersama selama ini.
Ianya bersesuaian dengan Firman Allah SWT boleh ya Yang Berhormat Yang di-Pertua? Nak baca ayah al-Quran?
Boleh, boleh.
Ayat 103 Surah Al-Imran:
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai... bercerai-berai dan kenanglah nikmat yang Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan. Lalu Allah menyatukan di antara hati kamu maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu. Demikanlah Allah menjelaskannya kepada kamu ayat-ayat keterangannya supaya kamu mendapat petunjuk hidayah.”
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya ingin menyampaikan sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana telah membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2020 selari dengan tagline dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua, ‘Maju Terus Pahang’, ‘Pahang 1st’ yang memfokuskan kepada tiga perkara utama. Yang Pertamanya
melonjak ekonomi ke arah negeri berdikari. Kedua memperkasakan perkhidmatan dan modal insan dan ketiga mensejahterakan kehidupan rakyat.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya ingin mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kerana sehingga 15 November 2019 pencapaian prestasi perbelanjaan adalah memberangsangkan iaitu sebanyak 78% sahaja hanya bagi perbelanjaan mengurus dan 51% digunakan bagi perbelanjaan pembangunan. Penjimatan yang ketara ini menunjukkan ekonomi negeri Pahang berada di dalam keadaan landasan yang baik, tepat dan sihat.
Firman Allah SWT dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua boleh baca?
Baca, baca. Boleh, boleh. Sila.
Tak, saya nak beritahu ni sementara kita ni memerintah minta izinlah boleh baca kalau kita ditakdirkan satu hari jadi pembangkang pula silap-silap tak boleh baca pulak kita ni. Ada terjadi dah. Ada satu negerilah malas nak cerita.
Firman Allah SWT, Ayat 67 Sural al-Furqan:
“Dan juga mereka yang diredhai Allah itu ialah apabila membelanjakan hartanya tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan sebaliknya perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara.”
Seperti juga pesanan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang untuk sama-sama kita fahami iaitu falsafah jika berbelanja janganlah sampai boros, jika berjimat janganlah sampai kedekut.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sesungguhnya Kerajaan Negeri amat prihatin dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dengan memperuntukkan sebanyak RM4.8 juta untuk tahun 2020 bagi meneruskan program pembangunan teknologi maklumat. Menerusi program pembangunan teknologi maklumat ini, tambahan sewaan rangkaian sebanyak RM1.6 juta telah diperuntukkan bagi menghubungkan pejabat-pejabat kerajaan di daerah dan mukim dengan ibu pejabat masing-masing menggunakan sambungan rangkaian internet yang lebih baik bagi membolehkan semua penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan baik.
Selain daripada itu, sebanyak RM1.5 juta disediakan bagi pembaharuan lesen-lesen perisian ICT dan sebanyak RM1.7 juta akan disediakan bagi menaik taraf kapasiti simpanan data di pusat data utama negeri. Naik taraf dengan server, naik taraf server di pusat pemulihan bencana. Penggantian infrastruktur suis rangkaian di 14 Pejabat Agama Islam Daerah dan 18 buah Sekolah Menengah Agama Negeri serta penggantian kemudahan ICT di kaunter-kaunter kutipan hasil yang telah dikenal pasti.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Berdasarkan kepada statistik terkini oleh pihak SKMM sehingga suku kedua tahun 2019. Sukacita saya maklumkan bahawa kadar penembusan jalur lebar di negeri Pahang ialah sebanyak 102.1% yang mana ianya menunjukkan sedikit peningkatan berbanding suku kedua 2018 iaitu sebanyak 90.5%. Bagi kadar liputan perkhidmatan selular di kawasan berpenduduk negeri Pahang, peratusan bagi liputan perkhidmatan 2G adalah sebanyak 98%. Liputan 3G sebanyak 91.8% bagi setiap 100 orang penduduk. Dan manakala bagi liputan 4G pada kadar 66.2%.
Bagi perkhidmatan jalur lebar negeri Pahang sehingga suku kedua tahun 2019, jumlah langganan adalah sebanyak 1.645 juta bagi talian selular perkhidmatan 3G dan 4G. Dan 68,300 bagi talian jalur lebar tetap menjadikan jumlah keseluruhan langganan bagi perkhidmatan jalur lebar di negeri Pahang bagi suku kedua 2019 adalah sebanyak 1.713 juta berbanding dengan suku kedua 2018 iaitu sebanyak 1.541 juta.
Pihak Kerajaan Negeri bersama SKMM sentiasa dari semasa ke semasa mengenal pasti keperluan pembangunan infrastruktur telekomunikasi di negeri Pahang. Dengan memfokuskan kepada penambahbaikan kualiti perkhidmatan dan perluasan kawasan liputan khususnya untuk kawasan penempatan luar bandar, kampung tradisional, penempatan masyarakat Orang Asli, jalan raya pedalaman dan kawasan pelancongan.
Berkaitan dengan perkara ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga sedang melaksanakan pelan gantian optik dan kesalinghubungan negara atau National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP). Ianya merupakan satu pelan yang bertujuan untuk menyediakan kesalinghubungan digital yang mampan, menyeluruh, berkualiti tinggi dan mampu milik bagi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara. Pelaksanaannya telah bermula pada suku keempat 2019 selama 4 tahun sehingga tahun 2023. Pelan NFCP ini kita rangka dengan mengenal pasti tujuh sasaran.
Yang pertamanya, pakej permulaan jalur lebar talian tetap dengan penawaran harga yang mampu milik dengan berkelajuan tinggi menjelang tahun 2020. Yang kedua, ketersediaan kelajuan gigabyte di kawasan perindustrian terpilih menjelang tahun 2020 dan kesemua ibu negeri menjelang tahun 2023. 100% premis di ibu negeri dan kawasan berimpak tinggi terpilih tersedia dengan capaian minima 500 megabyte persecond (Mbps) menjelang tahun 2021, 20% premis di kawasan pinggir bandar dan luar bandar tersedia dengan capaian sehingga 500 megabyte persecond (Mbps) menjelang tahun 2022. Yang kelima, rangkaian gantian optik meliputi 70% sekolah, hospital, perpustakaan, balai polis dan pejabat pos menjelang tahun 2022. Dan keenam, kelajuan purata 30 megabyte persecond di 98% kawasan berpenduduk menjelang tahun 2023.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Menyentuh soalan YB. Teruntum dan juga makluman Sidang Dewan sehingga hari ini sebanyak 341 struktur telekomunikasi telah dibina. Dan pecahan jumlah pembinaan struktur telekomunikasi ini mengikut daerah adalah seperti berikut. Yang pertama, daerah Kuantan sebanyak 87, daerah Pekan 31, daerah Rompin 22, Maran 27, Bera 28, Temerloh 24, Bentong 45, Raub 17, Cameron Highlands 3, Lipis 28, Jerantut 29. Jumlah ini tidak termasuk sembilan buah menara selular baharu di laluan sepanjang 80 kilometer dari FELDA Sungai Koyan, Lipis ke Lembah Bertam, Cameron Highlands
yang telah pun siap dan akan mula beroperasi penghujung November 2019. Pada masa ini perkhidmatan selular hanya disedia oleh syarikat Digi.
Manakala perkhidmatan daripda syarikat telekomunikasi lain akan menyusul secara berperingkat. Oleh yang demikian Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, diharapkan perkhidmatan selular ini dapat memberikan kemudahan telekomunikasi kepada seluruh pengguna di sepanjang laluan jalan raya dari FELDA Sungai Koyan ke Lembah Bertam, Cameron Highlands yang selama ini tidak dapat diakses dengan baik. Dan juga penduduk di kawasan berhampiran khususnya kepada masyarakat Orang Asli. Untuk makluman Sidang Dewan akan ada lebih banyak lagi menara-menara telekomunikasi akan dibina melalui NFCP ini… pelan ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Di samping kepesatan dalam pembangunan infrastruktur telekomunikasi ini kerajaan juga mendapati bahawa terdapat setengah pihak dalam masyarakat kita masih berasa takut dan sangsi terhadap tahap keselamatan berkaitan dengan pancaran radiasi yang di… di sekitar kawasan menara telekomunikasi yang sedang dibina dan telah siap dibina dan yang akan dibina.
Untuk makluman Sidang Dewan, menara telekomunikasi tidak menimbulkan sebarang ancaman kepada kesihatan dan keselamatan awam melalui pelepasan dan pancaran radiasi yang dikatakan berbahaya. Kadar pancaran radio… frekuensi radio medan electromagnet, RFEMS dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua, dari menara telekumunikasi di negara ini adalah terkawal dan mengikut garis-garis panduan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa terhadap perlindungan radiasi bukan pengayunan, ICNIRP.
Teknologi komunikasi mudah alih yang menggunakan frekuensi radio dan teknologi ini berada dalam katagori sinaran tidak mengaion, non ionize radiation dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua, NIR. Frekuensi radio ini tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk mengganggu struktur molekul-molekul atau sel-sel tubuh dalam badan manusia. Pendedahan jangka panjang juga tidak akan mengakibatkan kerosakan kepada tisu badan manusia.
Sebanyak 24,000 ribu kajian mengenai kesan ini telah dibuat sepanjang 30 tahun oleh para saintis di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Dunia… Sedunia, WHO telah merumuskan bahawa kajian-kajian yang telah dilaksanakan terbukti bahawa pendedahan RFEMS oleh struktur pemancar telekomunikasi terhadap sistem biologi tidak menjejaskan kesihatan. Fakta ini turut disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyatakan bahawa tiada bukti saintifik yang menyakinkan untuk mengaitkan dakwaan risiko radiasi terhadap kesihatan daripada struktur pemancar telekomunikasi.
Justeru itu, saya meminta semua pihak yang mempunyai kemusykilan berhubung dengan kadar pelepasan radiasi agar segera merujuk kepada maklumat yang sahih atau nasihat dari agensi-agensi yang bertauliah seperti SKMM dan Agensi Nuklear Malaysia atau pakar yang diiktiraf kerajaan bagi mengelakkan salah faham berkenaan dengan isu berkaitan RFEMS ini. Isu ini telah dibawa oleh rakan saya daripada Teruntum yang tak ada kat sini dan mengaitkan tentang isu keselamatan di menara-menara telekomunikasi. Dan jika ada isu-isu berkaitan berkenaan bolehlah merujuk kepada agensi-agensi yang berkaitan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Pada masa ini kita juga sering mendengar ungkapan ekonomi digital dan mengikut definisi ekonomi digital merupakan aktiviti ekonomi yang terhasil daripada ribuan perhubungan atas talian. Ribuan perhubungan atas talian setiap hari di antara manusia, perniagaan, peralatan, data dan proses dan ekonomi digital kini telah membentuk dan mengubah gaya hidup rakyat dan perniagaan. Pelanggan mendapatkan maklumat, produk atau perkhidmatan. Dan perniagaan pula berinteraksi bagi memahami dan memenuhi keperluan pelanggan dalam tempoh masa yang singkat.
Pelan Ekonomi Digital Negeri Pahang adalah sebuah perancangan yang menumpukan kepada strategi dan inisiatif yang akan dilaksanakan untuk manfaatkan peluang digital serta meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat. Ianya terbahagi kepada tiga agenda utama. Yang pertamanya, industri digital. Yang keduanya infrastruktur digital dan yang ketiganya, penglibatan digital. Bagi menjayakan pelaksanaan Pelan Ekonomi Digital ini, satu bengkel atau dengan izin, Digital Economy Lab akan diadakan bagi membincangkan perincian strategi dan inisiatif-inisiatif yang akan dilaksanakan untuk tempoh lima tahun yang akan datang.
Berdasarkan laporan dari Statistita …Statistita Digital Market Outlook 2019, rakyat Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM25 billion dalam sektor e-commerce bagi pembelian dalam talian berupa barangan elektronik, pelancongan, penjagaan diri, muzik digital, permainan video dan lain-lain. Baharu-baharu ini untuk makluman sidang Dewan, Shopee sebuah syarikat e-commerce telah mencatatkan rekod jualan sebanyak RM70 juta barangan terjual dalam tempoh satu hari, pada festival jualan 11.11 dia panggil. Manakala syarikat Grab menjangkakan kutipan hasil berjumlah USD2.0 billion pada tahun ini. Dan Lazada mengunjurkan pendapatan berjumlah USD4.5 billion daripada pendapatan melalui ekonomi digital.
Inilah ledakan digital ekonomi yang kini telah menjadi gaya hidup baharu untuk kita membeli-belah. Di kesempatan ini Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di atas cetusan idea yang bernas yang beliau telah cadangkan iaitu penubuhan sebuah syarikat milik kerajaan iaitu PahangGo Sdn. Bhd. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri.
Visi dan mandat penubuhan PahangGo Sdn. Bhd. adalah untuk memaju dan memanfaatkan ekonomi digital seluruh negeri Pahang bagi menerokai sumber pendapatan baharu untuk Kerajaan Negeri. Inisiatif pertama yang dilaksanakan oleh PahangGo adalah aplikasi pembayaran setempat.
Saya nak mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kerana PahangGo adalah merupakan aplikasi yang pertama di dalam Malaysia yang telah berjaya menyatukan seluruh perkhidmatan untuk kesemua Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negeri dalam satu sahaja aplikasi.
Sehinga kini PahangGo telah mempunyai kira-kira 6,300 orang pengguna berdaftar. Aplikasi PahangGo telah dilancarkan dengan secara izin soft launch pada 23 Oktober, 2019 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di Majlis Daerah Bentong. Jadi saya nak tunjuk sikitlah Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, logo PahangGo ni (menunjuk gambar). Maknanya inilah logo PahangGo kita.
Pada semua Ahli Dewan, maknanya inilah logo PahangGo yang kita perlu muat turun. Boleh? Oh… belakang. Ni logo ni macam gajah… gajah bulatlah ni. Jadi saya nak tunjuk semua… semua oranglah. Jadi PahangGo ini kita boleh muat turun melalui aplikasi App Store kalau siapa yang menggunakan handphone jenis Apple dan juga Play Store dalam aplikasi handphone yang menggunakan android. Jadi Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, dah muat turun ke belum?
Baharu nak mula.
Baharu nak mula, okay tak apa Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya nak tanya sikitlah, saya nak tanya soalan secara cepumas ni dalam Dewan kita yang mulia ini. Boleh Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua? Izinkan saya ni Muafakat Nasional… pembangkang. Jadi saya nak tanya rakan saya daripada Tahan, rakan saya daripada Tahan dah muat turun aplikasi PahangGo kita?
Alhamdulillah pagi tadi muat turun (Ahli Dewan ketawa).
Pagi tadi (ketawa). Itupun dah lepas kena amaran. Saya nak tanya rakan saya, rakan saya daripada Beserah yang mempunyai pandangan yang bernas tentang digital ekonomi ni baharu ni, dia cakap trilion, billion. Saya nak tanya dah hari ini dah muat turun PahangGo ke belum?
Alhamdulillah sudah. Saya dah check saya kena enam saman parking ni dengan MPK ni. Masya-Allah. (Ahli Dewan ketawa)
Menyesal dia.
Tapi saman tu boleh bincang dengan rakan sayalah untuk mendapat diskaun. Saya nak tanya ni daripada pembangkang pulalah. Eh lari dah dua orang. Saya nak tanya daripada Sabai. ADN Sabai dah muat turun PahangGo?
Maaf belum lagi.
Tak apa.
Akan buat segera.
Ok, terima kasih Sabai. Saya nak tanya daripada Bilut. YB. Bilut dah muat turun?
Baharu saja dah muat turun ni dan (Ahli Dewan ketawa) dapat er… empat star, agak baguslah ni... rates.
Akhir sekali saya nak tanya dua yang terakhir Yang Berhormat. Sebab ni penting ni Dewan ni. Saya nak tanya daripada rakan saya yang baik saya ni daripada Teruntum. Dah muat turun ni Gajah ni?
Belum lagi, tapi PA saya sedang buat (Ahli Dewan ketawa).
Kita nak tanya wakil daripada kerajaan, daripada kita… daripada ADN… daripada Bukit Ibam, nanti kita ingat kita nak tanya Ketari je. Jadi kita tanya Bukit Ibam pulak hari ini. Dah muat turun ke belum?
Inilah Tuan di-Pertua dah ada dah, tapi saman dia banyak sangat pulak, takut nak jumpa nak minta diskaun, terima kasih. (ketawa)
Saya tadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, masa saya duduk-duduk tadi saya check semua orang punya kenderaan. Jadi saya dapati bahawa YB. Muadzam Shah ada tiga saman. YB. daripada Bukit Ibam ada 18 saman.
Tuan Yang di-Pertua, mohon mencelah.
YB. daripada Luit tahniah saya ucapkan, congratulation tak ada saman. (Ahli Dewan ketawa)
Mohon mencelah. Saya pun nak tanya juga kepada Wakil Kerajaan ni. Saya suka pada lambang gajah tu, ada nama tak gajah tu? (ketawa)
Tapi satu soalan yang sangat baik. Mungkin satu masa kita akan buat peraduanlah nak namakan gajah ni… PahangGo ke benda ya, jadi sekurang-kurangnya besok orang akan berinteraksi dengan PahangGo kita. Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya nak bagi tahu…
Yang Berhormat, peraduan mengangkat kaki gajah.
Itu peraduan tu boleh juga, ekor gajah boleh turun, macam mana nak naik ekor gajah, turun ekor gajah. Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya baharu-baharu ini saya pergi ke Muadzam Shah dan saya berjumpa orang daripada Keratong dan bila saya tanyakan dia, dah muat turun PahangGo? Dia kata dah guna pun YB. dia kata. Dan dia kata tahniahlah pada Kerajaan Negeri kerana saya tak perlu lagi dah nak pergi ke Muadzam, dia kata. Saya duduk rumah sambil baring, saya boleh bayar bil PAIP saya, saya boleh bayar tanpa saya perlu turun ke bandar Muadzam kerana kalau saya turun ke bandar Muadzam, saya kena bayar duit minyak, saya kena belanja orang makan dan berbagai-bagai lagi, masa saya pun terbuang.
Bila sa… kita pergi Tioman, group kita pergi Tioman, orang Tioman pun berterima kasih kerana tak perlu lagi dah nak naik bot, pergi ke Tanah Besar untuk menjelaskan bayaran. Makna duduk kat Tioman Unifi semua dah ada dan dia boleh gunakan daripada Tioman untuk membuat pembayaran dan begitu jugalah di tempat-tempat lain, Luit dan sebagainya. Tak perlulah turun ke Kuantan dah. Jadi kalau turun Kuantan nanti, saman MPK lagi, kompaun MPK lagi nak kena bayar.
Jadi saya menyeru semua pihaklah daripada sidang Dewan Yang Mulia ini dan seluruh penjawat-penjawat awam agar segera kita memuatturunkan PahangGo dan sama-samalah kita menggunakan aplikasi yang telah kerajaan kita tubuh pada hari ini. Kalau Lazada tu boleh pergi dengan 4 billion, satu hari nanti insya-Allah juga PahangGo kita sama-sama menongkah untuk maju terus ke depan.
Jadi tuan-tuan dan puan-puan, jadi Sidang Dewan yang saya hormati, saya… saya nak… bukan nak rasmi ni (ketawa). Jadi saya nak mengambil kesempatan ini, saya nak ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua seluruh penjawat awam, kakitangan PahangGo di negeri Pahang yang telah berusaha bertungkus- lumus dan terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan inisiatif ini dan mengambil masa yang begitu lama setahun lebih untuk kita bangunkan aplikasi PahangGo ni dan sokongan semua pihak khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam kita menjayakan inisiatif mewujudkan PahangGo.
Antara manfaat-manfaat dan kemudahan yang disediakan untuk pengguna bagi perkhidmatan kerajaan PahangGo ini adalah yang pertama, parking digital di Cameron Highlands dan seterusnya akan diadakan di Kuantan, Bentong, Raub dan Lipis. Dan yang kedua, semak dan bayar cukai tanah PTG. Tiga, semak dan bayar cukai pintu. Keempat, semak dan bayar kompaun kenderaan dan pelbagai. Semak dan bayar bil air PAIP. Pembayaran pinjaman pendidikan Yayasan Pahang. Pembayaran yuran pengajian institusi pengajian tinggi seperti UCYP, KUIPSAS dan Pahang Skill.
Saya nak tunjuk satu contoh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kalau kita download PahangGo hah… macam inilah keluar dia dalam ni PahangGo. Jadi saya nak tanya sikit Yang Behormat Tuan Yang di-Pertua kepada rakan saya daripada Beserah, tadi mungkin saya tak perasan maknanya kalau kita nak tengok dalam ni kita nak semak kita kena kompaun ke tidak MPK, saya ambil Beserah kerana dia duduk kawasan Kuantan, dia selalu berurusan di Kuantan jadi senang nak semak.
Jadi kalau kita pergi kat PahangGo, kita pergi kat servis yang diberikan perkhidmatan yang disediakan kita tekan beep, kita tekan Kuantan, MPK kita semak vechicle compound kita tanya berapa nombor YB.? Berapa nombor kompaun kereta? Nombor kereta?
4306.
Ok, saya pun masuk. Jadi bukanlah saya nak kena YB. tapi kalau ada masalah boleh datang jumpa dengan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan ataupun Exco berkaitan untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah kompaun ini. Hari ini pun dia ada buat promosi menjelaskan dengan kadar harga yang sangat rendah, takde masalah tu. Kerajaan… kita kerajaan yang berhemah, kerajaan yang mengambil kira tentang untung nasib rakyat.
Tuan Yang di-Pertua…
Beri laluan… beri laluan. Terima kasih ya. Kalau boleh ya parking untuk YB.-YB. kalau boleh dikecualikan semua. Terima kasih.
Yang Hormat Tuan Yang di-Pertua…
Yang di-Pertua, mohon er… kalau gitu YB. er… Ibam lagi menyokonglah sebab paling banyak saman (ketawa).
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kita mengambilkiralah mende kegelisahan rakyat ini termasuklah ADN-ADN Kawasan ini tetapi yang saman yang dah dikompaun tetap dikompaun mana yang akan datang tu, mungkin saya akan rujuk kepada pihak berkaitan untuk macam mana untuk kita memberikan sedikit cadangan ataupun pertimbangan terhadap rayuan-rayuan daripada Yang Berhormat ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Perkhidmatan kerajaan lain yang akan ditambah dalam fasa seterusnya adalah pembayaran zakat. Yang kedua, myGov saluran untuk sebarang cadangan dan penambahbaikan pada agensi kerajaan dan ketiga permohonan perumahan awam dan perumahan mampu milik. PahangGo juga menjalinkan kolaborasi dengan sektor swasta bagi menawarkan perkhidmatan swasta seperti pembayaran bil telefon, pembayaran tambah nilai er… tambah nilai kredit telefon, pembayaran bil langganan seperti ASTRO, pembayaran tiket bas, pembayaran cukai dan insurans kerajaan.
Sukacita juga saya ingatkan kepada Ahli Sidang Dewan untuk makluman bahawa PahangGo pada hari itu adalah peringkat kita pengenalan 2 bulan ini soft launch dan kita nak mengenal pasti masalah-masalah jika ada untuk kita perbaiki dan kita perhalusi dan jika ada apa-apa maklumat-maklumat yang perlu dipanjangkan kepada saya… saya sangatlah mengalu-alukan sebarang cadangan dan yang… isu-isu yang berkaitan.
PahangGo juga dalam fasa seterusnya perkhidmatan PahangGo akan ditambahkan lagi perkhidmatan seperti perkhidmatan penggantian bateri dan penjagaan kenderaan, perkhidmatan courier dan penghantaran barangan, pembelian tiket rekreasi, pakej umrah, pakej pelancongan dalam dan luar negara. Selama ini kita sering mendengar atau menggunakan perkhidmatan mobile seperti Grab, Foodpanda, Shoppee dan lain-lain.
Kini telah tibalah negeri Pahang boleh berbangga dengan adanya aplikasi mobile PahangGo yang turut sama menyertai ledakan dan transformasi ekonomi digital seiring dengan gaya hidup digital yang semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat. Menyentuh soalan YB. Beserah, cadangan dalam Fasa 2 pembangunan aplikasi PahangGo ini yang dijangkakan pada Januari 2020, PahangGo akan mewujudkan pasaran e-dagang, e-commerce marketplace iaitu platform yang dikhususkan untuk pemasaran produk negeri Pahang termasuklah produk IKS. Sasaran sebanyak 1,000 usahawan akan di… memasarkan produk mereka menggunakan marketplace yang akan kita bangunkan ini.
Pada tahun hadapan, selain daripada pembangunan aplikasi mobile PahangGo, PahangGo Sdn. Bhd. telah merangka beberapa inisiatif lain untuk dilaksanakan bagi memanfaatkan peluang digital antaranya adalah satu, perkhidmatan kelas tambahan, tuisyen percuma kepada pelajar sekolah menengah terutamanya yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia. Keduanya, sistem e-Bidding atau lelongan atas talian bagi melelong aset-aset dengan lebih telus, mudah dan cepat. Ketiga, sistem Smart Docket bagi pengurusan bahan galian seperti pasir, batuan, mineral agarnya ia lebih sistematik, telus dan berpusat. Yang keempat sistem e-PBT bagi pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan yang lebih teratur, berpusat, diintegrasi penuh dengan sistem aplikasi PahangGo.
Inisiatif digital ini adalah usaha cara berterusan untuk fasa pembangunan akan datang pelbagai lagi perkhidmatan dan inisiatif akan dibangunkan dan disediakan untuk kemudahan rakyat bagi menggalakkan ekonomi digital negeri Pahang. Semoga inisiatif ini akan terus mendapatkan sokongan… mendapat sokongan daripada semua pihak agar Kerajaan Negeri Pahang berupaya menerokai sumber pendapatan baharu pada masa akan datang dan kerjasama seluruh semua pihak sangatlah dialu-alukan supaya PahangGo satu hari nanti akan berupaya menjadi salah satu punca pendapatan utama bagi negeri Pahang.
Jadi kalau kita Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kalau kita telah berjaya memajukan PahangGo dan menjadi punca pendapatan utama pada negeri, salah satu punca pendapatan utama saya… ditakdirkanlah kita jadi pembangkang janganlah PahangGo ni pula kita jual pula esok ya. Saya mengingatkan kita semualah.
Unit Komunikasi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) diwujudkan untuk membawa tanggungjawab bagi melaksanakan pelan tindakan dan komunikasi media yang strategik… strategik, tepat dan berkesan. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh UKOMP adalah seperti Portal Pahang Media iaitu www.pahangmedia.my, media sosial seperti facebook iaitu Facebook Pahang Media, Facebook Kerajaan Negeri Pahang, instagram, twitter dan Pahang Media TV.
Menerusi saluran facebook, page Kerajaan Negeri Pahang sehingga kini terdapat hampir 1.6 juta penonton telah melihat posting yang dibuat menerusi saluran facebook page ini. YouTube Pahang Media TV merupakan antara inisiatif yang akan disediakan untuk rakyat Pahang melihat rencana atau berita secara live yang mula disiarkan pada 25 September 2019 dan telah mencecah sebanyak 3,500 penonton yang mengikuti berita ataupun program terkini Kerajaan Negeri Pahang. Sejajar dengan pertumbuhan semasa, kaedah penyampaian menggunakan era teknologi masa kini adalah menjadi trend penyampaian maklumat bagi menarik perhatian semua golongan masyarakat.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Akhir kalam saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam perbahasan pada kali ini terutamanya ADN-ADN yang telah mengemukakan soalan dewan yang berkaitan portfolio saya iaitu ADN Teruntum, ADN Tras, ADN Tanah Rata dan ADN-ADN yang turut sama memberikan soalan tambahan, pandangan dan idea terhadap pembangunan teknologi komunikasi dan multimedia negeri Pahang.
Dengan segala perancangan-perancangan yang telah dan akan dilaksanakan nanti sudah tentu akan lebih memaju dan mensejahterakan negeri Pahang dan rakyat seluruhnya insya-Allah. Dengan ini saya mohon menyokong. (Ahli Dewan menepuk meja)
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya masa amat mencemburui kita. Walau bagaimanapun, saya nak minta seorang lagi pihak kerajaan untuk berucap. Saya jemput Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, silakan.
Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan selamat tengah hari. Terima kasih kepada Yang di-Pertua memberi laluan kepada saya untuk turut sama bagi membahaskan ini Bajet Negeri Pahang pada Tahun 2020. Alhamdulillah terlebih dahulu marilah kita bersama memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama dalam Sidang Dewan Negeri Pahang pada kali ini.
Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama erat pihak kementerian, agensi, jabatan dan juga syarikat berkaitan kerajaan… Kerajaan Negeri iaitu State GLC sedang giat
merencana dan melaksanakan perancangan pembangunan kawasan luar bandar. Ianya mencakupi pelbagai aspek kehidupan seperti infrastruktur, sosial, ekonomi, budaya termasuk persekitaran. Kita akan pastikan ini adalah pembangunan yang mampan iaitu satu pembangunan berimbang yang saling melengkapi antara aspek sosial, ekonomi dan alam semula jadi. Nikmat pembangunan ini nanti sedang dan akan dinikmati serta dikongsi bersama oleh semua rakyat luar bandar di seluruh negeri Pahang. Ianya tanpa mengira latar belakang, bangsa, agama, status sosial dan juga peringkat umur.
Sehubungan dengan itu, untuk tahun 2020, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bakal menerima peruntukan pembangunan berjumlah RM190 juta bagi melaksanakan projek dan program pembangunan kawasan luar bandar di 11 daerah seluruh Negeri Pahang. Peruntukan untuk tahun 2020 ini adalah peningkatan sebanyak RM19.4 juta ataupun 11.4% berbanding yang telah diluluskan pada tahun 2019 iaitu RM170.6 juta.
Pelaksanaan pembangunan ini bakal merangkumi pelbagai jenis projek seperti Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Lampu Jalan Kampung (LJK), membina serta menaik taraf Jaringan Jalan Luar Bandar (JALB), Jalan Perhubungan Desa (JPD), pembinaan jambatan, pembinaan cerun, pembinaan ruang niaga, Program Ameniti Sosial (PAMS), bantuan baik pulih rumah, Projek Pemajuan Kawasan Pembinaan Pusat Pendidikan dan juga kerja-kerja pemeliharaan bangunan. Sumber-sumber ini adalah dari Kementerian ataupun Jabatan Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Negeri Pahang.
Kerajaan Negeri juga amat memahami kepentingan dan suara hati rakyat di kawasan luar bandar. Justeru itu, seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada sesi Ucapan Belanjawan hari Isnin lepas, bahawa sejumlah RM23 juta telah diperuntuk bagi pelbagai projek pembangunan antaranya adalah projek-projek kecil, projek khas kampung serta projek yang berupaya meneruskan momentum pembangunan luar bandar dalam memastikan pencapaian pentadbiran daerah yang berkesan. Kerajaan Negeri berharap agar peruntukan yang telah diumumkan ini akan dapat merancakkan pembangunan kawasan luar bandar dan mendatangkan faedah kepada semua rakyat luar bandar di seluruh negeri Pahang.
Tuan Yang di-Pertua,
(DARA), Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara dan (LKWJ), Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka telah dibubarkan secara rasmi bermula pada 1 November tahun 2000. Kawasan tinggalan DARA dan LKWJ adalah masing-masing melibatkan 4 buah daerah iaitu Rompin, Pekan, Maran dan Bera bagi DARA… bagi DARA. Manakala daerah Maran, Temerloh, Bera dan Jerantut adalah bagi kawasan tinggalan LKWJ. Sebelum pembubaran DARA dan LKWJ, yang berfungsi sebagai agensi pembangunan wilayah di negeri Pahang menerima peruntukan tetap setiap tahun bagi meracangkan pembangunan sosial infrastruktur serta lain-lain kawasan-kawasan di bawah pentadbiran DARA dan LKWJ.
Selepas pembubaran, berlaku peruntukan tahunan yang berjumlah kira-kira RM50 juta telah disalurkan melalui East Coast Economic Region Development Council (ECERDC) iaitu agensi bertanggungjawab bagi pembangunan wilayah di 3 negeri pantai timur Pahang, Terengganu dan Kelantan. Namun jumlah peruntukan itu semakin tahun semakin berkurangan.
Justeru itu, Kerajaan Negeri berharap agar penubuhan semula kedua-dua agensi dapat direalisasikan bagi memastikan peruntukan tahun ini dapat disalurkan untuk memastikan perancangan dan pembangunan di kawasan terlibat tidak terjejas. Ianya memastikan kesejahteraan hidup penduduk terutama di kawasan luar bandar. Saya difahamkan pihak KPLB sedang dalam fasa membincang terma rujukan perunding bagi melaksanakan kajian menyeluruh terhadap cadangan menubuhkan semula DARA dan LKWJ. Ianya telah memanggil mesyuarat penyelarasan di peringkat kementerian yang akan diadakan pada 28 November 2019 di KPLB Putrajaya, bermaknanya minggu depan, minggu depanlah lebih kurang. Insya-Allah program IADP turut juga kita perjuangkan untuk dihidupkan semula.
Pada 7 dan 8 Oktober 2019, Pejabat Menteri Besar dengan kerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri telah mengadakan Seminar Pemantapan Organisasi kepada Semua MPKK Negeri Pahang bertempat di Bukit Gambang Resort City. Jemputan adalah seramai 542 orang Pengerusi MPKK dan 94 orang Penghulu. Objektif seminar ini adalah bertujuan untuk memperkasakan organisasi MPKK bagi mempastikan pentadbiran di peringkat kampung berjalan lancar seterusnya menjamin kesejahteraan rakyat. Maklum balas yang diterima daripada semua peserta adalah positif dan insya-Allah pada masa akan datang, Kerajaan Negeri akan menganjurkan lagi seminar ataupun kursus seumpama ini.
Saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan cadangan Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) di negeri Pahang. Kita sedia maklum bahawa MPKK sedia ada telah terbukti berjaya menguruskan pentadbiran peringkat kampung dengan baik bagi menjaga kebajikan rakyat keseluruhan. Kita khuatir dengan pengwujudan MPKKP ini akan mewujudkan sikap berpuak-puak dan membawa masalah serta perpecahan di kalangan penduduk seterusnya meruntuhkan institusi masyarakat.
Justeru itu, saya sekali lagi ingin menekankan di sini apa yang telah diingatkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa Kerajaan Negeri Pahang tidak akan teragak-agak untuk mewujudkan semula Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung. Ha…, dulu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Rebranding baharu oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung.
Bermula tahun hadapan iaitu 2020, seandainya Kerajaan Persekutuan masih berkeras untuk meneruskan cadangan menubuhkan MPKPP… MPKKP ini, saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang bersetuju memperuntukkan sebanyak RM7 juta untuk pembayaran ataupun bajet JKKK bagi tahun hadapan.
Kerajaan Negeri sedia maklum bahawa terdapat kawasan-kawasan luar bandar yang terletak jauh dari lokasi Pejabat Daerah dan Tanah. Perkara ini mendatangkan keresahan dan kerumitan kepada penduduk untuk menjelaskan cukai tanah masing-masing. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah telah mula menjalankan pungutan cukai tanah di Pejabat-pejabat penghulu dan terpilih, yang terpilih melalui kutipan… kaedah kutipan luar.
Bermula tahun hadapan kaedah kutipan luar ini akan diperluaskan ke kawasan-kawasan yang difikirkan sesuai dan memerlukan khidmat ini seperti Merapoh, Pulau Tioman dan juga Kuala Tahan. Ini mengikut permintaan tetapi setelah diterangkan oleh pengerusi media tadi ianya mungkin boleh agak mudahlah cuma bagi kawasan-kawasan yang tiada akses ni dia… dia payah juga Yang Berhormat Pengerusi kan…
dia benda tu berpusing… berpusing… berpusing kalau tak dapat. Makna tak ada akses tetapi yang ada akses tu insya-Allahlah kita akan guna PahangGo.
Yang Berhormat, untuk makluman Sidang Dewan dalam Pelan Gantian Optik (NFCP) pada masa akan datang er... pihak SKMM akan mengenal pasti kawasan-kawasan yang mempunyai akses ya yang kurang ye untuk kita tambah baik, insya-Allah kerana kiranya ada kawasan-kawasan yang terbabit bolehlah menghantarkan maklumat-maklumat tersebut kepada pihak SKMM.
Terima kasih. Kerajaan Negeri mengambil berat juga akan isu yang telah dibangkitkan berkaitan konflik antara penduduk dengan gajah, gajah liar ni. Pihak PERHILITAN telah mengenal pasti kawasan-kawasan laluan gajah liar dan bagi mengurangkan gangguan serta konflik ini Kerajaan Negeri akan membina papan tanda di kawasan-kawasan konflik tersebut sebagai peringatan. Ni papan tanda ni kepada manusialah bukan kepada gajah. Selain itu, untuk merancang masa hadapan semua pembangunan di kawasan yang berpotensi untuk berlakunya konflik ini akan dikurangkan.
Walau bagaimanapun sebenarnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita ni dia… dia banyak cerita hal gajah. Salah satunya ialah er... pertandingan mengangkat kaki gajah. Hah itu mungkin gajah pun suka mendengar.
Yang Berhormat, kalau boleh cerita lain kalilah.
Lain kali? (Ahli Dewan ketawa)
Lain kali. Kita teruskan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Kerajaan Negeri turut memberi perhatian serius terhadap pembangunan Orang Asli negeri Pahang melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang merupakan agen pembangunan yang khusus bagi pembangunan Orang Asli di negeri Pahang. JAKOA secara langsung akan melaksanakan dasar-dasar kerajaan berkaitan masyarakat Orang Asli secara menyeluruh.
Ini termasuk kerjasama berterusan JAKOA… berterusan JAKOA Negeri Pahang bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengesan, mengenal pasti dan menyelesaikan isu pendaftaran Orang Asli yang tidak mempunyai pengenalan diri. Termasuk di 11 buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Tahan bagi tahun 2020. Pihak JAKOA merancang untuk turun padang pada setiap bulan bersama dengan pihak JPN bagi menyelesaikan isu ini. Insya-Allah.
Bagi mengatasi masalah bekalan air bersih di kawasan-kawasan Orang Asli terutamanya di kawasan pendalaman untuk tahun 2019, pihak JAKOA Pahang telah memperuntukkan sebanyak RM1.04 juta bagi Projek Bekalan Air Bersih di perkampungan Orang Asli seluruh negeri Pahang.
Seterusnya isu pewartaan tanah Orang Asli juga mendapat perhatian yang serius daripada kerajaan. Dan dimaklumkan sehingga kini sebanyak 141 buah perkampungan Orang Asli daripada 10 buah daerah di negeri Pahang kecuali daerah Maran telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk diwartakan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Orang Asli 1954.
Aspek sosioekonomi juga amat dititik berat oleh pihak JAKOA. Oleh itu, Unit Pembangunan Sosioekonomi JAKOA Negeri Pahang bertanggungjawab dalam mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli negeri Pahang melalui Program Pengupayaan Ekonomi dan Keusahawanan. Peruntukan terbesar bagi Unit Pembangunan Sosioekonomi adalah Program Pembangunan Ekonomi (PPE) iaitu sebanyak RM2.06 juta.
Item-item yang telah dilaksanakan di bawah peruntukan pembangunan ekonomi meliputi projek masyarakat dan pemberian bantuan input ni pertanian. Dan di peringkat negeri pada bajet yang lepas Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita telah pun bersetuju supaya rezab-rezab Orang Asli ni dapat kita sesuaikan dengan tanaman durian. Ini mungkin di sebelah barat Pahang. Di sebelah Rompin, Pekan dan sebagainya mungkinlah tak sesuai.
Di samping itu, sebanyak RM226,500 telah diperuntuk kepada Program Pembangunan Usahawan Orang Asli. Melalui program ini peruntukan disalurkan kepada golongan usahawan berdaya maju di kalangan Orang Asli dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan ekonomi mereka. Antara bantuan yang telah disalurkan termasuk bantuan premis niaga dan peralatan keperluan perniagaan. Kerajaan Negeri dan JAKOA akan terus membantu pelajar orang Asli dengan program pembangunan pendidikan yang telah dirangka oleh Kementerian dan JAKOA. Bantuan seperti pengangkutan pelajar sekolah rendah dan menengah, wang saku pelajar, bantuan tuntutan yuran pelbagai dan bantuan catuan makanan akan diteruskan.
Walaupun pada peringkat awal sehingga Jun duit ini kurang tetapi di adjustable balik semula dapat dibayarlah. Peruntukan ini telah dibangkitkan oleh Pulau Manis. Tapi Pulau Manis tak ada dah. Peruntukan sebanyak RM8 juta bagi tahun 2019 untuk pembangunan modal insan dan kebajikan disalurkan demi memastikan kelancaran pengurusan dan bantuan kepada masyarakat Orang Asli untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sekian sahajalah ucapan penggulungan saya dan saya mengucapkan berbanyak terima kasihlah kepada semua Ahli Dewan yang telah pun menyentuh mengenai hal luar bandar dan juga Orang Asli. Dan sebahagiannya telah saya maklum dan insya-Allah dan sebahagiannya akan diberilah secara bertulis ataupun lisan. Dan akhirnya saya menyokong Bajet 2020 yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Terima kasih Yang Berhormat. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya bercadang untuk menempohkan persidangan kita dan persidangan kita akan disambung semula pada jam 2.30 petang.
[Persidangan ditempohkan pada jam 1.32 tengah hari]
[Persidangan disambung semula]
Sambungan menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2020) 2019Bill
Perkara Kedua: Sambungan menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2020) 2019
Assalamualaikum WBT, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, persidangan kita disambung semula. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, kita masih lagi di atas perkara menimbang Rang Undang-undang perbekalan (2020) 2019 dan pada petang ini pihak kerajaan akan menyambung menjawab pandangan-pandangan, hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan yang lepas.
Suka saya memaklumkan seramai enam orang lagi Wakil Kerajaan akan menjawab pada waktu petang ini. Saya bercadang untuk menamatkan er… jawapan daripada Wakil-wakil Kerajaan pada sebelah petang juga sehingga kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang. Saya berharap [berdehem] Wakil-wakil Kerajaan dapat menggunakan masa dengan sepenuh-penuhnya dan saya juga berharap Ahli-ahli Yang Berhormat sebaik-baiknya janganlah mencelah supaya kita memberi peluang dan ruang yang secukupnya kepada Wakil-wakil Kerajaan menjawab dengan sebaik-baiknya.
Baiklah untuk meneruskan acara ini saya mempersilakan Pengerusi Jawatankuasa... Pengerusi Jawatankuasa… Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan Dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang untuk menyampaikan penggulungannya. Terima kasih. Silakan YB.
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, terima kasih er… Dato Sri’ Yang di-Pertua kerana pada kali ini memberi ruang kepada saya untuk sama-sama membahaskan pembentangan Bajet 2020 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di dalam Dewan Yang Mulia ini. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana memberi kesempatan kepada kita untuk berada dalam Dewan Yang Mulia ini. Saya menyokong penuh pembentangan Belanjawan 2020 Kerajaan Negeri Pahang yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada 18 haribulan November 2019.
Sehubungan dengan itu, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada semua rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kanan dan para pegawai serta kakitangan kerajaan di atas komitmen mengikuti perbahasan Belanjawan 2020 Pahang Darul Makmur pada kali ini dalam Dewan Yang Mulia. Saya juga berharap dengan iltizam, sikap positif dan komitmen akan menjadi pendorong kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dalam meneruskan usaha-usaha melaksanakan pembangunan secara mampan bagi negeri Pahang supaya terus maju ke hadapan dengan tagline ‘Maju Terus Pahang’ dan Pahang 1st’.
Saya juga ingin mengingatkan diri sendiri bahawa sokongan padu rakyat Pahang kepada Barisan Nasional merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar yang memerlukan keazaman dan pengorbanan di samping kejujuran, ketelusan, komitmen,
keadilan, displin serta dedikasi yang tinggi dalam memenuhi tuntutan ke arah membina masa depan rakyat negeri Pahang yang lebih berdaya saing dan maju.
Yang dihormati Tuan Yang di-Pertua,
Di sebalik cabaran sosial politik dan ekonomi yang semakin melebar dan mencabar Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur telah membentangkan belanjawan yang berbeza teras sekaligus memulihkan keyakinan rakyat dan pelabur dalam dan luar negeri. Belanjawan 2020 Pahang Darul Makmur yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada masa yang lalu yang bertemakan ‘Tiada Janji, Lihat Bukti’.
Menjurus kepada penjanaan pertumbuhan inklusif secara berkualiti ke arah ekonomi berpendapatan tinggi serta memberi fokus kepada strategik penyediaan peluang pekerjaan bagi menjana pendapatan selain menangani peningkatan kos sara hidup khususnya juga bagi golongan B40.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Strategi pertama yang memfokus dan melonjakkan ekonomi ke arah negeri berdikari turut memberi tumpuan kepada usaha menambahkan kos kepada rakyat dan mengurangkan kos sara hidup serta merapatkan jurang pendapatan di negeri Pahang secara inklusif.
Tuan Yang di-Pertua,
Hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi digital di peringkat negeri Pahang dari aspek sosioekonomi Belanjawan 2020 tepat pada masa dan ketikanya dan rakyat negeri Pahang harus memuji, hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang memperkenalkan digital ini er… bagi peringkat negeri Pahang.
Kewujudan aplikasi PahangGo sebagaimana rakan saya yang telah menerangkan er… secara panjang lebar amat menarik ramai di kalangan kita untuk memakainya termasuk diri saya sendiri, yang mana menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan yang meliputi perkhidmatan kerajaan dan pihak swasta yang mampu meningkatkan hasil negeri melalui kemudahan pembayaran berkaitan perkhidmatan seperti semak dan bayar untuk cukai taksiran, cukai tanah dan pembayaran kompaun, pembayaran bil utiliti dan telefon, pembelian tiket bas, pembayaran yuran pengajian, pembaharuan cukai jalan serta insuran kenderaan.
Aplikasi ini telah memudahkan rakyat di seluruh negeri membuat segala bayaran yang disenarai secara sebentar tadi tanpa pelbagai… yang disenaraikan sebentar tadi. Usaha kerajaan ini memodenkan dan mendigitalkan sistem pengurusan kerajaan melalui sistem yang lebih terkini dan memudahkan rakyat dan tidak mustahil pada masa akan datang juga pembelian tiket-tiket untuk perlawanan di stadium dan sebagainya turut dikemas kini pada masa akan datang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Negeri Pahang merupakan destinasi yang teratas sebagaimana yang di… tercatat dalam Belanjawan Bajet 2020 dikunjungi pelancong iaitu seramai 9.2 juta pelancong. Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta bagi memperkukuhkan lagi industri ini melalui pembangunan infrastruktur dalam menarik pelaburan swasta
dari dalam dan luar negeri di kawasan-kawasan berpotensi tinggi terutama dalam ekonomi pelancongan, dalam ekopelancongan, maaf Dato’ Yang di-Pertua.
Melalui pembangunan terancang akan industri ini mampu menjana peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Pahang terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar seperti Merapoh, Lipis, Endau-Rompin, Ulu Tembeling dan lain-lain kawasan yang diteraju oleh sahabat saya.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Dalam pembentangan bajet yang lalu juga, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Pahang turut memperkatakan tentang peruntukan terhadap pembangunan sukan untuk persiapan Sukan Malaysia Ke-20, Johor 2020 peruntukan sebanyak RM2 juta yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang baharu-baharu ini amatlah dihargai. Peruntukan ini dapat membantu Majlis Sukan Pahang menyediakan keperluan-keperluan peralatan kepada semua pasukan yang terlibat dalam program persediaan menghadapi SUKMA 2020 di samping menyediakan keperluan-keperluan seperti pemakanan tambahan, insuran, pakaian kontinjen dan sebagainya.
Program Pembangunan Sukan Prestasi Tinggi ini merupakan program jangka panjang yang merangkumi pembangunan sukan dan pembangunan atlet secara khusus yang merupakan keutamaan Majlis Sukan Pahang. Program dan aktiviti ini pada kebiasaannya akan mengambil tempoh jangka masa panjang sehingga empat atau enam tahun untuk melahirkan seorang atlet yang berwibawa.
Untuk tujuan ini, Majlis Sukan Pahang perlu menyediakan peruntukan kewangan yang besar bagi menjalankan program dan aktiviti pembangunan sukan ini dan seterusnya menyediakan atlet-atlet untuk menyertai pelbagai kejohanan dan pertandingan yang merupakan program pendedahan sebagai persiapan atlet untuk menghadapi sukan yang terbesar iaitu Sukan Malaysia (SUKMA).
Pada tahun 2018, sebagai contoh sebanyak RM2.7 juta telah dibelanjakan bagi tujuan persediaan dan penyertaan kontinjen negeri Pahang ke Sukan Malaysia Ke-19, Perak yang lalu. Perbelanjaan yang besar ini adalah disebabkan kos perbelanjaan bagi tujuan pembelian peralatan-peralatan sukan spesifik yang menyumbangkan pingat kepada negeri Pahang. Walau bagaimanapun sukan-sukan lain juga perlu disediakan keperluan peralatan bagi tujuan latihan dan pertandingan.
Keseluruhan perbelanjaan bagi tujuan perolehan sukan ini pada tahun yang lalu adalah sebanyak RM1.2 juta. Antara peralatan yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi adalah seperti sukan menembak, berbasikal, pelayaran dan memanah. Selebihnya kos yang dikeluarkan adalah merupakan kos bagi tujuan persiapan kontinjen termasuklah pakaian, wang saku, insurans, kos pengangkutan, pemakanan tambahan, fisioterapi, penginapan urus setia dan pegawai, pendaftaran penyertaan serta lain-lain lagi.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Program Persediaan Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang pada masa ini melibatkan 25 pusat latihan dengan penumpuan kepada 8 daerah utama. Antara daerah yang terlibat sebagaimana yang dibangkitkan oleh rakan-rakan Dewan berhubung dengan er… persiapan Sukan SUKMA ini antara daerah-daerah yang terlibat adalah Kuantan 14 sukan tumpuan, Temerloh 5, Rompin 1, Pekan 2, Maran 2, Cameron Highlands 1, Tioman 1 dan Bera 1. Antara usaha lain adalah berkerjasama dengan Sekolah Sukan
Negeri Pahang di Temerloh dengan penumpuan kepada pembangunan sukan hoki lelaki dan wanita serta olahraga.
Untuk membendung isu penggunaan bahan terlarang prohibited substance dengan izin, Majlis Sukan Pahang telah mengambil langkah yang drastik bagi memastikan masalah doping di kalangan atlet dapat dibanteras dengan lebih berkesan. Dua orang pegawai dan lima orang atlet angkat berat telah dihantar ke Seminar Anti-Doping pada bulan 1 yang lalu anjuran Persatuan Angkat Berat Malaysia dan Agensi Anti-Doping Malaysia iaitu ADAMAS. Seminar ini telah dijalankan pada 5 haribulan tiga 2019. Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta terlibat mengenai keseluruhan maklumat berkaitan anti-doping. Majlis Sukan Pahang juga telah mula melaksanaan Pre-Test Doping dengan izin, siri pertama pada 17 Ogos 2018 yang melibatkan seramai 14 orang atlet angkat berat negeri Pahang.
Dari segi kawalan ke atas perolehan makanan tambahan, Majlis Sukan Pahang akan mengemukakan cadangan senarai perolehan makanan tambahan untuk dirujuk kepada Unit Pemakanan Sukan, Institut Sukan Negara. Ini adalah bagi memastikan kandungan makanan tambahan yang dibekalkan mematuhi senarai bahan larangan yang dikemas kini oleh Agensi Anti-Doping Malaysia atau ADAMAS. Ini bagi mengelakkan atlet-atlet kita mengambil bahan terlarang ini ataupun makanan tambahan ini secara online tanpa merujuk terlebih dahulu kepada senarai yang telah dikategorikan ataupun disahkan oleh pihak ADAMAS.
Isu pemakaian patuh syariah yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan dalam sukan bukan sesuatu yang baharu. Majlis Sukan Pahang sentiasa menggalakkan agar setiap atlet yang beragama Islam untuk mengikuti kaedah pemakaian yang bersesuaian dan patuh syariah. Pada ketika era teknologi sukan yang semakin canggih ini, banyak produk pakaian yang lebih menutup aurat diwujudkan dan direka bentuk serta sesuai untuk dipakai bagi aktiviti sukan. Pasukan gimnastik, gimrama, bola jaring dan lain-lain sukan juga telah ada mengenakan pakaian yang lebih muslimah serta menutup aurat berbanding etika pemakaian sebelum ini. Penggunaan seluar tight panjang juga digalakkan semasa beraksi sama ada ketika latihan mahupun pertandingan.
Namun, Majlis Sukan Pahang juga tidak menghalang sekiranya ada di kalangan atlet yang masih meneruskan etika pemakaian sedia ada kerana ianya atas keselesaan individu serta mengikuti spesifikasi peraturan pertandingan peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Majlis Sukan Pahang juga amat menghargai dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang yang telah memberikan kelulusan peruntukan dalam bajet yang lalu yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang sebanyak RM120,000.00 untuk tujuan pembelian 3 buah perahu layar dan peruntukan RM200,000.00 bagi tujuan penyelenggaraan kemudahan-kemudahan sukan dan bangunan kepada Majlis Sukan Pahang. Pemberian ini amat membantu Majlis Sukan Pahang khususnya bagi kerja-kerja menyelenggara fasiliti dan aset-aset yang berada di bawah seliaan Majlis Sukan.
Keberkesanan setiap program pembangunan sukan yang dilaksanakan adalah terletak kepada pengukuran pencapaian atlet-atlet negeri ini, kejohanan-kejohanan yang disertai termasuklah Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) yang merupakan sukan terbesar di negara ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Seterusnya atlet-atlet yang menunjukkan kecemerlangan di dalam sukan masing-masing akan dinilai bagi melayakkan diri mewakili negara ke kejohanan-kejohanan yang bertaraf antarabangsa seperti Sukan SEA, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Olimpik.
Untuk makluman Sidang Dewan Yang Mulia ini, Sukan SEA Ke-30 Filipina 2019 yang akan berlangsung mulai 30 November hingga 11 Disember 2019 melibatkan seramai 42 orang atlet negeri Pahang telah terpilih untuk mewakili negara pada temasya kali ini. Kita negeri Pahang amat berbangga kerana jumlah atlet yang lahir… yang kelahiran Pahang ini antara negeri yang teramai menghantar ataupun layak untuk er… menyertai Sukan SEA di Filipina pada kali ini. [Ahli Dewan menepuk meja] Tahniah dan syabas.
Atlet-atlet negeri ini keseluruhannya mengambil bahagian di dalam 19 acara sukan. 2 acara sukan yang melibatkan ramai atlet negeri Pahang adalah sukan pencak silat iaitu 7 orang. Untuk makluman semua khususnya kepada ADN Tahan yang membangkitkan ikon-ikon ini di Temerloh er… majoritinya adalah pencak silat, polo 7 pemain, hoki dewan 5 pemain dan sukan surfing 5 peluncur. Sementara sukan-sukan lain diwakili oleh 1 atau 2 orang atlet. Kerajaan Negeri berharap mereka dapat menyumbangkan sesuatu yang membanggakan kepada negara.
Dalam masa yang sama, Majlis Sukan Pahang sedang melaksanakan program dan aktiviti persiapan menghadapi Sukan Malaysia Ke-20, Johor 2020. Seramai 422 orang atlet sedang giat menjalani latihan di beberapa pusat kecemerlangan sukan seperti di daerah Temerloh menempatkan 83 orang, Rompin 13 orang, Pekan 20 orang dan Kuantan yang paling ramai 258 orang dan Majlis Sukan Pahang dijangka akan mendaftar seramai 539 orang atlet ke dalam pendaftaran senarai panjang yang akan ditutup pada 9 Januari 2019… 2020.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Sasaran kutipan pingat di SUKMA Johor 2020 dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung Januari 2020 ini. Penelitian dan penilaian prestasi semasa atlet sedang dilakukan bersama persatuan sukan dan jurulatih semua sukan yang terlibat bagi memastikan sasaran yang ditetapkan adalah merupakan sasaran yang realistik.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Saya juga ingin menyebut bahawa dalam bajet yang lalu golongan belia akan terus diperkasakan dengan pelbagai aktiviti dan program yang dapat membentuk jati diri mereka berteraskan kepimpinan dan nilai-nilai murni serta seimbang dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah. Mereka akan dibentuk dengan acuan yang berteraskan pelbagai kemahiran, pengetahuan dengan menampilkan semangat patriotisme tinggi bagi menghadapi cabaran globalisasi sebagai penyumbang utama pembangunan sosial dan ekonomi negara yang berkualiti bagi memperkukuhkan integrasi nasional dan identiti bangsa Malaysia.
Antara program di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang bagi tahun 2019, Bahagian Pembangunan Belia telah melaksanakan pelbagai program-program yang dirancang di peringkat Kementerian Belia dan Sukan. Program-program ini disusun bagi penglibatan pelbagai pihak terutama golongan belia yang merupakan stakeholder dengan izin, kepada Jabatan Belia dan Sukan. Beberapa program juga turut
dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri bagi mencapai pelan strategi pembangunan belia ke peringkat akar umbi.
Antara program yang telah dilaksanakan adalah sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pahang 2019. Program yang telah berlangsung pada setiap bulan Mei pada tanggal 15 Mei bagi setiap tahun merupakan satu program pengiktirafan tertinggi terhadap sumbangan golongan muda kepada kerajaan dan negara. Sambutan program ini akan memberi impak yang positif dan mencapai objektifnya iaitu mendekati golongan belia melalui aktiviti santai dan memenuhi kehendak belia masa kini. Program ini melibatkan peserta seramai 2,000 hingga 5,000 orang. Program ini berjaya menarik minat para belia sekitar negeri Pahang dengan menyertai pelbagai program dan aktiviti menarik sepanjang pelaksanaan yang dirancangkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua,
Selain itu, Jabatan Belia Dan Sukan di bawah program pembangunan belia turut melaksanakan satu program berbentuk persidangan yang melibatkan Ahli-ahli Majlis Belia Negeri iaitu Majlis Perundingan Belia Peringkat Daerah dan Negeri Pahang. Penglibatan secara langsung daripada badan-badan lantikan Kerajaan Negeri di dalam persidangan ini juga merupakan satu platform untuk mengupas isu semasa berkaitan memperkasakan pertubuhan-pertubuhan belia negeri Pahang, menggalakkan sektor pertumbuhan ekonomi setempat, peluang-peluang pekerjaan serta isu dan permasalahan sosial demi mengenengahkan isu-isu pembangunan belia setempat. Dan baharu-baharu ini, satu perkumpulan, perjumpaan di kalangan er… Belia 4B peringkat kebangsaan juga telah diadakan di Kuantan, negeri Pahang.
Dato’ Sri Yang Di-Pertua,
Isu-isu yang dikupas dan dibahas ini telah dipanjangkan kepada pihak kerajaan di peringkat daerah, negeri dan persekutuan. Dianggarkan seramai 120 orang yang terlibat di dalam persidangan ini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua,
Selain itu, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang juga melaksanakan program untuk menjana ekonomi belia. Antara program terlibat adalah Youth Business Expo 2019 dan Youth Career 2019. Program Youth Business 2019 akan menyediakan platform jaringan perniagaan yang efektif dalam kalangan usahawan belia. Seramai 100 orang usahawan belia telah terlibat dalam program ini.
Manakala Program Youth Career 2019 merupakan salah satu inisiatif dalam membantu golongan belia dan memberi tumpuan kepada latihan insentif jangka pendek. Golongan sasaran adalah belia yang dibelenggu masalah. Masalah seperti kemiskinan terutama di luar bandar bagi memenuhi keperluan industri dengan jaminan pekerjaan selepas tamat latihan. Pelaksanaan program ini telah melibatkan penyertaan seramai 30 orang belia di negeri Pahang.
Saya mengharapkan mudah-mudahan dengan penarikan pelabur-pelabur, trip-trip pelaburan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri akan memberi khabar gembira kepada B40 ini ataupun para belia pada masa akan datang. Mudah-mudahan dengan jangkaan peluang pekerjaan 5 ribu hingga 6 er… 5,065 orang, mudah-mudahan perkara ini tercapai dan memberi er… khabar yang baik kepada para belia.
Pengiktirafan persatuan juga adalah salah satu program yang dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan. Bagi tahun 2019, program Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Pahang telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Objektif utama adalah untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan organisasi serta memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan belia di Malaysia, khususnya di negeri Pahang. Dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang semasa Program Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Pahang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua,
Yang Amat Berhormat Dato’ s… Yang Amat Berhormat Menteri Be… Besar Pahang juga turut mengumumkan sumbangan dana pengurusan dan pentadbiran sebanyak RM 120,000.00 kepada Majlis Negeri… Majlis Belia Negeri dan RM 20,000.00 kepada Majlis Belia Daerah, bagi pengurusan dan pentadbiran Majlis Belia Daerah-daerah. Pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Pahang semasa majlis ini telah mendapat sambutan yang baik daripada belia-belia negeri Pahang. Ini termasuklah RM150,000.00 kepada badan-badan gabungan lantikan kerajaan.
Manakala istilah sukan elektronik, e-Sukan ataupun e-Sport ialah sejenis bentuk pertandingan dengan permainan video. Penjelasan permainan video sebagai sukan merupakan hal yang berkontroversi. Beberapa permainan sangat diminati antara pesaing profesional. Walau bagaimanapun, permainan video biasanya direka dengan pengalaman pemain dalam permainan sebagai satu-satunya ciri utama, banyak permainan e-Sport yang berjaya direka untuk dimainkan secara profesional dari awalnya.
Kebanyakan pertandingan e-Sport ataupun e-Sukan manampilkan acara fizikal yang berlangsung di hadapan penon… hadapan penonton secara langsung. Latihan yang perlu dijalankan pemain bagi bersedi… bagi persediaan untuk pertandingan berbeza tetapi masih mengambil masa yang lama. Pemain profesional atau ‘pemain pro’ sering dikaitkan dengan kumpulan permainan dan pertubuhan permainan am. Pemain pro biasanya diwajibkan berkelakuan secara beretika dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam pertandingan, pertubuhan dan kumpulan, serta mengikuti jangkaan umum iaitu semangat kesukanan yang bagus.
Sehubungan dengan itu, berkaitan solan… soalan yang diajukan berkaitan dengan e-Sukan ataupun e-Sport untuk digandingkan bersama dengan PahangGo adalah suatu perkara yang perlu dikaji dengan lebih lanjut dan terperinci memandangkan e-Sport adalah sejenis perisian sukan berbentuk pertandingan manakala PahangGo adalah satu platform perisian aplikasi yang memudahkan pengurusan dan berbentuk urusan 2 hala antara pengguna awam dalam menyelesaikan urusan atau transaksi secara maya berkaitan cukai-cukai bayaran dan sebagainya.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua,
Saya cuba ringkaskan lagi ucapan saya. Seterusnya, kursus kepimpinan dan organisasi. Kursus yang dilaksanakan di semua daerah di negeri Pahang ini merupakan program yang bertujuan untuk melatih pemimpin pelapis sekurang-kurangnya berstatus eksekutif di dalam organisasi persatuan di peringkat… di pelbagai peringkat. Keseluruhan peserta yang terlibat daripada daerah-daerah ini adalah seramai 440 orang. Selain itu Program Felo Perdana juga memainkan peranan dalam melatih golongan belia dalam kepimpinan.
Program ini merupakan usaha kerajaan untuk melahirkan barisan pelapis kepimpinan negara daripada kalangan pemimpin pelajar di dalam dan di luar negara. Tahun 2019, merupakan tahun ke-7 pelaksanaan Program Felo Perdana sehingga kini, seramai 460 orang peserta Program Felo Perdana dari seluruh negara yang terpilih telah ditempatkan di pejabat Menteri-menteri Kabinet bertujuan untuk melatih dan memberi pendedahan kepada felo mengenai urus tadbir negara. Bagi Program Felo Korporat, peserta akan ditempatkan di pejabat Ketua Pegawai Eksekutif syarikat korporat terpilih untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai urus tadbir korporat di Malaysia.
Belanjawan 2020 Negeri Pahang memberi dan memperuntukkan pelbagai faedah serta manfaat kepada lapisan belia dan beliawanis negeri Pahang yang melangkah ke hadapan dan terus maju dalam bidang sukan. Golongan belia akan terus diperkasakan dengan pelbagai aktiviti dan program yang dapat membentuk jati diri selain membentuk daya saing dengan acuan yang berteraskan pelbagai kemahiran dan pengetahuan. Usaha ini juga diambil bagi menampilkan semangat patriotisme yang tinggi dalam menghadapi cabaran globalisasi di samping menjadi penyumbang utama kepada pembangunan modal insan negara.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua…
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Exco, sini…
Yang Berhormat Padang Tengku. Sekejap jer.
Saya nak tanya dalam usaha kita mewujudkan kepimpinan belia, ada tak tokoh-tokoh ataupun ikon-ikon belia daripada Pahang ini yang telah mendapat pengiktirafan di tempat yang tertinggi umpamanya di peringkat dunia ataupun di peringkat Asia, Asian dan sebagainya?
Okey, silakan.
Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua er…atas soalan tambahan ataupun pertanyaan oleh ADN Padang Tengku ya. Kita di peringkat negeri Pahang, setiap tahun kita akan mengadakan Anugerah er…Belia Negara Peringkat Negeri Pahang. Itu memang tiap-tiap tahun kita adakan dan dalam amalan kita sebelum ini, kita tidak pernah juga mengadakan Anugerah Belia Diraja tapi baharu-baharu ini, atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, kita telah mengetengahkan Anugerah Belia Diraja dan alhamdulillah bila kita tengok tokoh ini, beliau pernah menjejak kaki sehingga ke Gunung Everest.
Jadi atas penilaian oleh panel penilai, ini adalah salah satu merupakan ikon kepada belia-belia di negeri Pahang bahkan untuk makluman Sidang Dewan, kalau kita rujuk kepada tokoh-tokoh ataupun anugerah-anugerah belia di seluruh negara, di negeri-negeri, anugerah-anugerah ini kadangkala sehingga 9 sahaja anugerah tetapi kita di negeri Pahang, kita tambah lagi sehingga menjadi 14 dan 16 kategori supaya apa? Supaya penglibatan belia-belia dan anugerah-anugerah ini lebih banyak er…mereka yang menjadi tokoh dalam kategori masing-masing.
Sebagai contoh…sebagai contoh, saya tidak pernah tengok tokoh belia di kalangan PTD tapi kita wujudkan di kalangan PTD. Alhamdulillah bila kita tengok ada tokoh belia di kalangan PTD, maka ramai di kalangan PTD dah mula menjadi idola kepada tokoh ini untuk berkecimpung dalam program-program belia. Begitu juga saya pernah pergi ke HTAA, saya berjumpa dengan seorang pakar jantung, umur 36 orang Bentong. Saya cadangkan dia sebagai er...tokoh yang berwibawa er...di kalangan profesional. Dari situ kita nampak bila dia terlibat dengan pencalonan ketokohan itu, tak disangka-sangka selepas penganugerahan tersebut menawarkan diri untuk er...membuat Program Doktor Pakar Masuk Kampung. Ini merupakan juga tokoh-tokoh yang boleh kita ketengahkan dan banyak lagi tokoh-tokoh yang terlibat yang kita ketengahkan akhirnya menjadi idola kepada anak-anak di negeri Pahang. Berbalik kepada tokoh di peringkat Asia ataupun di peringkat kebangsaan, saya akan beri sekiranya ada senarai tersebut, saya akan bagi secara bertulis kepada ADN Padang Tengku. Terima kasih.
Apa… Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sebenarnya saya boleh akan bantu sikitlah sebelum dapat apa senarai bertulis tu. Salah seorang yang telah berjaya menerima anugerah kepimpinan peringkat dunia ialah saudara Hisyamudin Abdul Rahman. Saya ingat Dato’ Sri MB dah di…bertemu dengan dia. Beliau mendapat hadiah kepimpinan dunia, peringkat dunia di Nepal baharu-baharu ini. Kemudian juga mendapat Anugerah Belia Asia yang diambil di Manila dalam sebulan yang lepas. Saya ingat, mungkin perkara ini sama ada ada dalam pengetahuan Kerajaan Negeri atau tidak, Kerajaan Negeri MB confirmlah, Exco Belia saya tak tahu. Jadi, saya nak maklumkan bahawa tokoh daripada Lipis er...telah dinobatkan sebagai kepimpinan, kepimpinan belia, saudara Hisyamudin Abdul Rahman daripada GPMS.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Jadi saya terus menyambungkan ucapan saya.
Sila Yang Berhormat.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada makluman oleh ADN Padang Tengku saya akan kemas kini data tersebut. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam memperkatakan hal ehwal berkaitan dengan belia dan sukan ya, terutama ADN Beserah yang membangkitkan tentang e-Sports dan insya-Allah kita akan rujuk dengan pakar untuk melihat garis-garis panduan, dasar
polisi yang boleh kita manfaatkan untuk masa depan anak-anak kita yang mana tidak tertumpu semata-mata e-Sports tetapi di sana ada nilai-nilai ilmiah atau pun akademik yang mereka dapat semai dalam jiwa mereka.
Begitu juga kepada ADN Teruntum yang telah membangkitkan tentang hasil mutu kerja yang berkualiti ya. Ahli Jawatankuasa PAC mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya menambah bilangan pegawai penjawat awam yang berkualiti agar dapat menyelesaikan kerja-kerja yang menjamin kualiti yang dihasilkan ya. Kita menyambut baik usaha ini bahkan er...kita melihat Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Transformasi Perkhidmatan Awam pada 23 Oktober 2018 yang lalu, yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju dengan dasar kawalan saiz perkhidmatan awam dalam usaha untuk mengelakkan pembaziran dan meningkatkan kecekapan serta produktiviti perkhidmatan awam.
Namun kita di negeri Pahang, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang, (SPA) Pahang, sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan perjawatan di setiap jabatan. Pihak SPA Pahang juga bertanggungjawab bagi memastikan kualiti penjawat awam yang terpilih dengan menetapkan kriteria-kriteria tertentu bagi skim jawatan di peringkat pengambilan baharu. Setiap calon juga perlu melepasi proses lapisan bagi memastikan hanya calon-calon yang berkualiti terpilih bagi memasuki perkhidmtan awam negeri. Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Pahang sentiasa memasti pegawai diberi latihan dan pendedahan secara komprehensif dan konsisten, di mana Unit Modal Insan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah melaksanakan 236 kursus yang melibatkan seramai lebih kurang 10,000 peserta dari Januari hingga November 2019 bagi meningkatkan kualiti pegawai seterusnya menjamin kualiti kerja yang dihasilkan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ADN Tahan yang menyentuh beberapa aspek tentang er...pembangunan belia, termasuklah tentang stadium yang mana Kerajaan Negeri telah memperuntukkan 80 hingga RM100 ribu untuk mengemaskinikan untuk mendapat sijil layak er...untuk penggunaan stadium, keselamatan kebakaran ya iaitu sebanyak RM80 ribu ke RM100 ribu dan perkara ini telah disahkan oleh pihak bomba untuk jangka masa sepanjang 120 hari ya untuk diambil tindakan segera perkara tersebut. Dan perkara ini dalam proses untuk dikemas kini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada er...
Yang Berhormat, panjang lagi ke Yang Berhormat?
Sikit lagi.
Yang Berhormat, sikit lagi ya.
…kepada ADN Tahan juga membangkitkan tentang peruntukan Kerajaan Negeri kepada Majlis Belia yang mana kita saban tahun er...memperuntukkan kepada Majlis Belia ini, ratusan ribu ringgit sebagaimana saya sebutkan RM290 ribu pada 2016 ini, dan untuk keseluruhan jumlah ya...daripada peruntukan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Exco Kerajaan Negeri dan juga ADN-ADN Kawasan, saya lihat dari segi peruntukan sangat besar. Ya, lebih 1 juta ringgit ya.
Perkara ini er... sebenarnya dapat dimanfaatkan oleh er... para belia di setiap pelusuk daerah dalam negeri Pahang. Dan untuk akhirnya juga saya ingin membentangkan di sini, untuk makluman ADN Tahan, bahawa kita ada ikon-ikon tertentu di negeri Pahang ini di kalangan atlet-atlet yang mana umum ramai mengetahui dan kita pun telah berbincang beberapa kali di peringkat Majlis Sukan Pahang untuk er... meletakkan poster-poster altet-atlet, jaguh-jaguh kita ini seperti Koi Sie Yan, Koi Sie Yan ni jaguh ape ni… juara gimrama, er... Mohd Al-Jufferi, Muhammad Taqiuddin, Mohamad Hazim, Azrul Hazal Wafi, Norshazlin, Lai Pei Jing, semua ini tokoh-tokoh yang menjuarai dan mengungguli banyak pingat-pingat emas di peringkat er… national, international dan banyak lagilah kalau kita tengok rekod-rekod sehingga tiga tahun berturut-turut juara dunia Mohd Al-Jufferi sebagai contoh.
Jadi er... netball ya. Nama apa? Ha... Norshikin. Ya, orang dia enam kaki lebih tingginya dan akan bersama menyertai pertandingan di Filipina ya, SEA Game. Tahniah kepada pasukan netball Pahang. Jadi er... mereka ini kita telah bincang satu panel untuk melihat kerjasama dengan MPK untuk meletak di er… tempat-tempat ataupun lokasi-lokasi tertentu gambar-gambar mereka ini dan dengan kejuaraan-kejuaraan yang mereka telah perolehi.
Mudah-mudahan dengan ikon-ikon ini memberi galakan dan suntikan semangat positif kepada anak bangsa kita di negeri Pahang ini. Jadi, dengan kata-kata itu, sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, rakan-rakan Yang Berhormat, dan juga para pegawai kanan, para pegawai dan semua kakitangan kerajaan dan semua yang berada dalam Dewan Yang Mulia ini kerana dapat mengikuti bersama perbahasan Bajet 2020 pada kali ini, dan saya dengan itu menyokong bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Negeri Pahang. Sila.
Bismillahhirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang untuk bersama-sama rakan-rakan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang lain menyertai perbahasan usul belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar pada hari Isnin yang lalu.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sesungguhnya Kerajaan Negeri sentiasa memberi tumpuan dan penekanan terhadap kemudahan asas untuk rakyat serta komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi negeri bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui
berbagai projek pembangunan infrastruktur awam seperti jalan raya, bekalan air, bekalan tenaga, pengangkutan dan lain-lain. Sektor pembangunan infrastruktur di negeri Pahang telah memberikan sumbangan yang besar dan amat signifikan dalam memacu ekonomi negeri. Ini kerana pembangunan insfrstruktur tersebut mempunyai faktor atau kesan berganda dan rantaian yang luas di mana ia berperanan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor-sektor ekonomi yang lain.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Belanjawan Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah 56 billion ringgit untuk perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2020. Iaitu peningkatan sebanyak 2.4% berbanding tahun 2019. Manakala Kerajaan Negeri Pahang pula, dalam pada keterbatasan sumber kewangannya telah menyediakan 120.75 juta ringgit peruntukan pembangunan pada tahun 2020 bagi memacu agenda pembangunan negeri dengan nilaian peratusannya iaitu peningkatan sebanyak 23.2% daripada tahun yang lalu.
Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memperkukuhkan pembangunan infrastruktur bagi memacu pertumbuhan negeri Pahang dalam mengharungi cabaran pemulihan ekonomi global. Langkah-langkah positif perlu digerakkan bagi mengurangkan kesan langsung atau tidak langsung terhadap rakyat negeri Pahang. Pelbagai inisiatif telah diambil oleh Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Negeri Pahang dalam memastikan setiap isu yang berkaitan ditangani secara cekap dan sistematik.
Satu platform bagi semua Ketua-ketua Jabatan untuk memberikan pandangan, idea secara holistic untuk memantau dasar dan hala tuju strategik Kerajaan Negeri, telah diwujudkan berasaskan 4 kumpulan fokus yang melibatkan Kumpulan Fokus Jalan, Kumpulan Fokus Bangunan, Kumpulan Fokus Pengurusan Air, Kumpulan Fokus Tenaga, Kumpulan Fokus Komunikasi, Kumpulan Fokus Pengangkutan, Kumpulan Fokus Sistem Penyampaian Awam dan Kumpulan Fokus Inovasi.
Kewujudan kumpulan-kumpulan fokus ini bukan sahaja menyokong inisiatif-inisiatif yang diambil oleh Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian dan Inovasi tetapi kumpulan-kumpulan fokus ini juga boleh berfungsi untuk membantu jawatankuasa-jawatankuasa yang lain dalam mengemukakan...menilai dan mengemukakan sebarang cadangan kepada pihak Kerajaan Negeri.
Kumpulan Fokus ditubuhkan oleh Jawatankuasa KASPAIN amat komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat melalui tindakan melalui program yang dilaksanakan oleh kumpulan fokus sebagaimana berikut:
Bagi kumpulan asas kumpulan fokus, bagi kemudahan asas Kumpulan Fokus Jalan, pihak kumpulan fokus merakamkan penghargaan yang…merakamkan penghargaan kepada pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang menyelaraskan peruntukan kemudahan asas infrastruktur seperti meningkatkan lagi infrastruktur Pelabuhan Kuantan melalui ECERDC sebanyak RM69.5 juta.
Di samping itu, beberapa projek high impact ataupun projek-projek berimpak besar akan terus dilaksanakan pada tahun hadapan seperti Projek Central Spine Road, projek FT12 iaitu projek menaik taraf jalan persekutuan Jalan Gambang-Segamat, projek jambatan baharu Kuantan-Bandar Putra, projek FT64, projek Jalan Benta-Jerantut-Maran, projek FT03 iaitu jalan bandar Pekan-Kampung Sungai Miang, Pekan, projek FT03 ataupun trumpet interchange, jalan dari persimpangan Jabur-Jerangau ke persimpangan pelabuhan, Jalan Gambang ke Segamat Fasa 1, Jalan FT10 Jalan
Bera-Temerloh ataupun Jalan Gemas ke Temerloh sebenarnya. FT83 iaitu projek naik taraf jalan tol LPT 1 Chenor ke Bandar Tun Razak, Maran. Jalan FT02 iaitu Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, akan terus dilaksanakan.
Selain daripada itu beberapa projek high impact tambahan akan dilaksanakan iaitu cadangan pembinaan fly-over di persimpangan Kemunting, Kuantan dengan anggaran kos RM50 juta dan projek jalan Kampung Mat Daling, Jerantut, Pahang hingga ke sempadan Pahang-Terengganu Pakej 3B dengan panjang 4.3 km dan kos RM410 juta.
Berkaitan dengan soal kemudahan asas jalan, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri membangkitkan beberapa isu pandangan dan cadangan, ADN Cheka, meminta agar membina semula jambatan utama yang terlibat dengan banjir di Kampung Binjai, Mukim Cheka. Untuk permohonan Yang Amat Ber... Yang Berhormat ini ianya sebenarnya telah pun diangkat dalam Rancangan Malaysia Ke-11 namun sehingga kini kita masih lagi belum mendapat peruntukan dan permohonan ini akan sekali lagi diangkat dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
ADN Tanjung Lumpur membangkitkan soal pembinaan jejantas di Sungai Derhaka, Tanjung Lumpur, ianya juga telah dipohon dalam Rancangan Malaysia Ke-11 belum diluluskan dan sekali lagi kita masukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Permohonan mengganti lampu isyarat di hadapan bangunan Yayasan Pahang yang telah rosak akibat kemalangan, permohonan telah pun dibuat kepada Ibu Pejabat JKR dan kita menunggu peruntukan untuk segera dilaksanakan.
Seterusnya cadangan ADN Tanjung Lumpur untuk menaik taraf penghadang jalan di Kampung Sungai Isap ke Sungai Isap Murni yang hampir dengan longkang besar, jadi program menaik taraf jalan tersebut akan dimasukkan dalam senarai kerja pada tahun hadapan, tahun 2020. ADN Beserah pula membangkitkan tentang keperluan menaik taraf pembangunan prasarana dan kemudahan asas di kawasan Gebeng dengan segera. Salah satu inisiatif yang telah kita buat sebagai menunjukkan sememangnya komitmen Kerajaan Negeri secara berterusan dalam prasarana di kawasan Gebeng, JKR dalam proses reka bentuk untuk menaik taraf jalan 4 lorong jalan kepada 4 lorong bermula daripada Balai Polis Gebeng ke simpang pelabuhan dengan kos RM200 juta dan dijangka akan ditender pada tahun hadapan pada bulan Februari.
Seterusnya Wakil daripada Muadzam membangkitkan soal kerja-kerja penyelenggaraan jalan Kuantan-Muadzam Shah yang perlu disegerakan. Laluan Kuantan, laluan Kuantan ke sempadan, ke sempadan Pahang-Johor yang melalui Muadzam melibatkan panjang jalan 75 km. Sepanjang 47 km jalan sedang dinaik taraf dan diselenggara oleh kontraktor pembinaan manakala bakinya diselenggara oleh Roadcare Sdn. Bhd..
Kerja penyelenggaraan jalan kita akan cuba buat sebaik mungkin sepanjang masa tetapi sekiranya ada sebarang kekurangan ataupun non compliance dengan izin, boleh Yang Berhormat apa, adukan kepada JKR Daerah untuk kita ambil tindakan. Seterusnya ADN Tanah Rata membangkitkan soal faktor-faktor yang menyumbangkan pada keruntuhan cerun dalam pembinaan jalan-jalan sememangnya ini juga sentiasa kita kaji pada masa ke semasa termasuklah mengambil kira cadangan inovasi-inovasi baharu.
Akhir sekali bagi kemudahan asas jalan Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengajak Dewan Yang Mulia ini untuk merakamkan penghargaan terima kasih kepada seluruh ahli-ahli kawasan, ahli-ahli Kumpulan Fokus Jalan yang bersama-sama meningkatkan
pendaftaran jalan menyahut cabaran Yang Amat Berhormat Menteri Besar, daripada tahun lepas kita kalau tahun-tahun sebelumnya itu pendaftaran dalam 300, 400 km setahun Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat kata boleh tak 2,000?
Daripada tahun lepas Kumpulan Fokus Jalan telah mendaftar sebanyak 2,000 km untuk tahun lepas sahaja. Dan pada tahun ini Yang… Yang… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan, kita merakamkan penghargaan sekali lagi kerana kumpulan fokus ini telah mendaftarkan sebanyak 6,000 km dalam erti kata lain kita akan menaik ataupun kita akan menyelenggara jalan-jalan negeri, jalan-jalan kampung dan jalan-jalan bandaran sebanyak tambahan 6,000 km pada tahun akan datang.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Seterusnya bagi Kumpulan Fokus Bangunan, beberapa projek high impact akan diteruskan iaitu yang paling menarik perhatian kita iaitu projek pembinaan Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) yang kita jangka akan siap pada tahun 2020. Ini akan menjadi satu mercu tanda kehebatan Kerajaan Negeri kita di samping itulah akan menjadi satu tanda aras kita harapkan dalam standard kualiti pembinaan bangunan-bangunan lain di negeri Pahang.
Di samping itu, pembinaan blok wanita dan kanak-kanak, Hospital Tengku Ampuan Afzan di Tanjung Lumpur, Kuantan dijangka akan dilaksanakan juga pada tahun hadapan. Berbalik kepada isu-isu dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan, Wakil daripada Bukit Ibam menggesa supaya kerajaan menaik taraf kuarters polis. Peruntukan pembaikan kuarters polis bagi tahun 2019 secara keseluruhannya adalah RM3.02 juta manakala tahun 2020 adalah RM2.08 juta melibatkan daerah Lipis, Kuantan, Rompin, Raub, Temerloh dan Maran.
Pembaikan ataupun kelulusan projek-projek pembaikan ini sebenarnya tertakluk kepada pengesahan ataupun kelulusan oleh Kementerian Dalam Negeri. Selain daripada itu ADN Tanjung Lumpur juga mengambil bahagian dalam hal bangunan. ADN Tanjung Lumpur bertanyakan bilakah kerja naik taraf ataupun penambahbaikan kuarters-kuarters seperti kuarters guru di… akan dijalankan? Penyelenggaraan kuarters guru adalah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia namun JKR sedia melaksanakannya sekiranya peruntukan diluluskan oleh pihak kementerian. Bagi kuarters negeri, peruntukan sebanyak RM2.8 juta dengan perbelanjaan sehingga kini adalah sebanyak 9.5% untuk tahun ini. Manakala bagi kuarters persekutuan peruntukan telah diterima sebanyak RM795,000 dengan perbelanjaan 98.5%.
Wakil daripada Damak mencadangkan supaya Hospital Jerantut dinaik taraf kerana hospital sedia ada hanya mempunyai 77 katil dan tiada penghawa dingin. Cadangan blok tambahan bagi Hospital Jerantut sebenarnya dalam peringkat reka bentuk oleh JKR Malaysia dan dijangka akan bermula pada 24 Julai tahun 2020 dengan peruntukan sebanyak RM35 juta. Melibatkan pembinaan bahagian kecemasan, klinik pakar yang boleh menempatkan 43 unit katil tambahan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Seterusnya kemudahan asas bekalan air merujuk kepada ucapan belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Kerajaan Negeri meneruskan komitmen untuk mengatasi keluh kesah rakyat berkaitan dengan perkhidmatan bekalan air di negeri ini. Sebagai salah satu langkah mengatasi masalah
ini, Kerajaan Negeri Pahang akan seberapa segera menandatangani perjanjian penstrukturan semula industri dengan Kerajaan Persekutuan.
Ada dakwaan beberapa pihak mengatakan pihak Kerajaan Negeri tidak komited dalam soal menandatangani perjanjian ini tapi kalau kita lihat dari rekod-rekod chronology of event ataupun urutan peristiwa. Apa yang telah berlaku lebih kurang 8 tahun yang lalu, sebenarnya Kerajaan Negeri Pahang sentiasa cuba memberikan kerjasama yang terbaik untuk memastikan perjanjian ini boleh ditangani… ditangani segera dan juga boleh memberikan kesejahteraan kepada rakyat.
Antara er… buktinya adalah negeri Pahang antara negeri yang awal menutup Jabatan Bekalan Air dan mewujudkan ataupun mengkorporatkan perkhidmatan air dengan pengwujudan Pengurusan Air Pahang Berhad iaitu pada tahun 2012. Cuma dalam proses daripada tahun 2012 sehingga ke tahun 2018, beberapa rundingan telah dibuat… beberapa di antara kedua-dua Kerajaan.
Apa yang menjadi masalah kepada negeri dan kebimbangan kepada kita adalah pertamanya, soal jumlah RM2.1 billion yang diklasifikasikan sebagai hutang Kerajaan Negeri. Kita sedia maklum bahawa untuk menyampaikan perkhidmatan bekalan air, negeri Pahang ini sebagai sebuah negeri yang besar, kepadatan penduduknya yang agak rendah dan sebahagian besar dari penduduk kita, duduk di luar bandar. Maka kos untuk kita menyampaikan perkhidmatan air itu sangatlah besar dan sebahagiannya sememangnya di… dibantu oleh Persekutuan.
Tapi walau bagaimanapun kita merasakan bahawa jumlah RM2.1 juta yang diletakkan kepada Kerajaan Negeri untuk dipikul ini adalah satu jumlah yang sangat besar. Kerana kita tahu bahawa 1 kilometer yang kita ada hanya 124 akaun. Ini adalah satu jumlah yang sangat kecil untuk PAIP beroperasi, untuk PAIP mendapatkan hasil untuk menampung kos operasi ini tidak kira lagi soal pera… pelaburan modal untuk pembangunan infra kemudahan air Dato’ Sri Yang di-Pertua. Jadi kita sebenarnya dalam tempoh itu sentiasa merunding dengan Kerajaan Persekutuan agar jumlah itu boleh dikurangkan.
Dan keduanya, apa yang menjadi kebimbangan kepada kita dalam proses pengstru… pengstrukturan ini apabila er… kita nak melupuskan hutang kita terpaksa menyerahkan aset-aset kita kepada Kerajaan Persekutuan melalui PAAB dan seterusnya untuk kita mendapat balik aset-aset ini kita akan terpaksa melalui PAIP, membayar secara ansuran ya kepada PAAB. Berdasarkan hasil kutipan perniagaan yang dijalankan oleh PAIP. Jadi dalam erti kata lain PAIP akan terpaksa meningkatkan hasil melalui pen… apa pengembangan pasaran dan ini juga mungkin termasuk terpaksa melaksanakan kenaikan tarif. Jadi kita bimbang kalau saiz kita, negeri kita yang terlalu besar kadar bilangan akaun pengguna yang kecil kita bimbang Dato’ Sri Yang di-Pertua, nanti setiap pengguna ini terpaksa menanggung ataupun membayar tarif yang sangat tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain yang mana kepadatan penggunanya tinggi.
Jadi inilah dua perkara yang sentiasa er… menjadi apa ini topik perundingan di antara kedua-dua negeri. Tapi pada hakikatnya kita sentiasa berunding dan insya-Allah er… perundingan di peringkat akhir sedang dijalankan dan pada dasarnya Kerajaan Negeri Pahang, mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita dah bersetuju dan antara yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan adalah pengecualian er… hutang sebanyak RM1 billion dengan syarat kita kena tandatangan perjanjian ini dalam tahun ini juga dan apa kita juga mungkin terpaksa menaikkan tarif ya.
Jadi di sinilah saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Dewan untuk kita memahami bahawa kenaikan tarif ini satu perkara tidak dapat dielakkan dan kenaikan tarif ini bukanlah semata-mata er… kita nak menampung kelemahan pengurusan yang lalu tidak sebenarnya kerana secara naturalnya, secara semulajadinya sebenarnya kita negeri yang besar, negeri yang luas, kepadatan penduduk yang rendah. Bagi setiap 1 kilometer perkhidmatan kita itu sebenarnya hasilnya tidak mencukupi.
Satu perkara yang ingin saya sarankan dalam sidang Dewan Yang Mulia ini mungkin selepas ini kita boleh mengajak Kerajaan Persekutuan untuk memastikan bantuan-bantuan yang ingin disampaikan oleh Persekutuan dalam perkhidmatan bekalan air ini modelnya harus dikaji semula. Pendekatan Kerajaan Persekutuan sebelum ini yang hanya memanjangkan sistem paip retikulasi kita ini atas apa sistem yang sedia ada ini sebenarnya pada kasarnya kita nampak seolah-olah membantu PAIP untuk menjimatkan pelaburan modalnya ataupun kos modalnya.
Tapi untuk jangka masa panjangnya ada banyak sistem apa retikulasi di negeri Pahang ini daripada loji, daripada intake lojinya sampai ke hujung apa ni pengguna yang terakhir itu berpuluh-puluh kilometer sebagai contoh yang dekat sekali daripada Kobat nak sampai ke Gebeng itu hampir 50 kilometer. Iaitu nasib baiklah di Kuantan ini kita ada penduduk, kita ada pengguna yang ramai ya. Kalau daerah-daerah lain, ini sangatlah bermasalah.
Untuk makluman Sidang Dewan yang saya hormati sekalian, untuk makluman semua, hanya daerah Kuantanlah sahaja operasi PAIP boleh membuat sedikit keuntungan atas operasi. Operasi sahaja ya, ini tidak termasuk lagi untuk menampung kos-kos modal dan sepuluh daerah lain sebenarnya untuk kos operasi pun kita tidak mampu. Kerana daripada lima belas negeri yang ada di Malaysia ini, negeri Pahang daripada setiap kilometer yang kita ada itu hanya 124 ekar inilah yang sentiasa disebut oleh bekas Menteri Besar kita yang lalu yang susah sangat kita nak faham itu.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Insya-Allah pada hujung tahun ini kita akan menandatangani perjanjian dan kita harap akan ada perubahan yang lebih baik ya. Tapi pada dasarnya mungkin Kerajaan Negeri Pahang ini nampak sudah tidak berhutang tetapi hutang ini kita sandarkan kepada anak syarikat kita PAIP yang akan menandatangani perjanjian dengan Pengurusan Aset Air Berhad.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Di samping itu er… Sungai Lembing ada me… menyebut soal pembelian air daripada Terengganu. Saya dah jawab sedikit pada hari Isnin yang lepas. Sekali lagi ingin saya sebut memang sebenar yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita negeri Pahang ini dikurniakan satu jumlah air yang banyak ya. Tapi 80% kita lepas ke sungai, ke laut tidak digunakan dengan secekapnya.
Satu aspek yang lain yang kita tak perasan sebenarnya er… negeri-negeri pantai timur ini ya. Salah satunya Pahang walaupun jumlah hujan tahunan itu banyak tapi taburannya tidak sekata. Sebagai contoh, sekarang ini bermula daripada bulan Oktober dan September, Oktober sampailah ke bulan Mac. Kita akan menikmati satu jumlah hujan yang sangat banyak tetapi bermula daripada April sehingga ke er… September semula, hujan yang kita terima di negeri Pahang ini akan berkurangan sebab itu pada bulan Ogos yang lalu empat daerah di Negeri Pahang ini berhadapan dengan masalah kekurangan sumber air di… di intake-intake.
Ya ini tidak dapat dielakkan akan menyebabkan kelemahan kepada operasi PAIP tapi pada pandangan umumnya orang nampak macam PAIP ini tidak boleh menyampaikan perkhidmatan tapi punca kepada masalah itu bukanlah datangnya daripada kecekapan atau tidak cekapnya pengurusan PAIP.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Berkaitan dengan air ini beberapa er… ADN juga membahaskan isu ini. ADN Tanah Rata er… bercakap tentang kebimbangan oleh NGO berkaitan dengan kelulusan projek pembangunan Taman Agro Bersepadu Cameron Highlands di Kuala Terla. Jadi kita harap Tanah Rata jangan bimbang, insya-Allah apa sahaja kelulusan kita buat berdasarkan spesifikasi yang… yang sepatutnya mengikut lunas undang-undang dan pemantauan oleh JPS. Apa yang JPS akan buat ia akan mengawal hakisan tanah, tidak menghalang laluan ataupun larian air dan mengeluarkan kawasan rezab sungai daripada sebarang aktiviti dan dikekalkan sebagai tanah kerajaan.
ADN Teruntum pula er… mencadangkan supaya aktiviti mengorek pasir di Sungai Galing. Kali terakhir kita gali pada tahun 2014 ataupun 2015 selepas banjir 2014. Perkara ini juga dalam pe… pemantauan kita dan untuk tahun akan datang kita akan pohon peruntukan untuk mendalamkan Sungai Galing. Peramu Jaya er… membangkitkan soal menda… mendapan pasir di bawah Jambatan Sultan Abu Bakar.
Kewujudan pulau-pulau jadian di Kuala Pahang ini dan pihak Kerajaan Negeri akan berkerjasama dengan pihak Pengurusan Pasir Pahang Berhad untuk er… melaksanakan pengambilan pasir secara terkawal untuk memastikan aras sungai itu pada tahap optimum dan mengurangkan risiko keselamatan ke atas jambatan dan ADN Tahan membangkitkan soal banjir kilat yang berlaku di FELDA Padang Piol, Jerantut.
Banjir yang berlaku baharu-baharu ini mengikut apa maklumat yang kita terima memang berpunca daripada hujan lebat yang luar biasa. Dia bukan sokmo-sokmo ya Yang Berhormat ya. Itu antara… antara sebabnya dan juga ada sikit kesan daripada pembukaan tanah di kawasan hulu sungai.
Panjang lagi ke Yang Berhormat? Terima kasih.
Panjang juga Yang Berhormat er… Dato’ Sri Yang di-Pertua. Jadi...
Saya bagi dua minit lagi.
Sekiranya masa takde, saya cubalah ringkaskan. Saya disediakan teks 29 muka surat.
Ringkaslah saya ingat.
Jadi sekiranya mana-mana er… ADN yang merasakan soalan yang…
Ya.
…dibangkitkan tidak mendapat respon pada hari ini…
Ya.
…bolehlah kita membuat pertemuan-pertemuan lain ya dan boleh juga terus kepada jabatan yang berkaitan untuk merundingkan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya terus kepada isu tenaga.
Itu tadi baharu isu air ya?
[Ketawa] Baharu air. Letih air, abih air, kita minum air untuk menambah tenaga.
Tenaga.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Tenaga elektrik memang menjadi satu kemudahan asas untuk menjana pembangunan dan bagi meningkatkan kapasiti bekalan elektrik… bekalan elektrik. Sebelas projek bekalan elektrik luar bandar dilaksanakan merangkumi dua projek di Pekan, empat projek di Bera, dua projek di Cameron Highlands, satu projek masing-masing di Jerantut, Temerloh dan Raub dan empat daripada projek tersebut berlaku sedikit kelewatan kerana ada sedikit isu pengambilan tanah dan juga berkaitan dengan isu-isu pampasan untuk Kerajaan Negeri.
Yang pengambilan tanah ini bukan Kerajaan Negeri tak setuju tapi mungkin cara perolehan itu dibuat tidak engage er… yang sepatutnya dengan er… pemilik-pemilik tanah tetapi alhamdulillah boleh diatasi masalah itu. Dan untuk menyelesaikan masalah ini juga sebenarnya pihak Kerajaan Negeri berkorban. Sebenarnya beberapa caj yang sepatutnya kita kenakan kepada TNB untuk menyampaikan perkhidmatan kepada penduduk-penduduk luar bandar ini ya hasil perbincangan, pandangan Yang
Amat Berhormat Menteri Besar dan rakan-rakan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan, kita kecualikan daripada pembayaran.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Seterusnya untuk kemudahan asas pengangkutan. Ini satu portfolio yang kita tidak ada secara khusus di negeri Pahang tapi walau bagaimanapun kita wujudkan satu kumpulan fokus di bawah Jawatankuasa Kemudahan Asas serta Penyampaian dan Inovasi. Kita er… selain daripada sistem pengangkutan jalan raya, kita juga er… sedang memikirkan, merancang bagaimana untuk mendapatkan manfaat yang optimum daripada pembangunan ECRL yang melalui negeri Pahang dan kita di samping itu juga untuk pengangkutan udara.
Kerajaan juga sedang menilai dan mengenal pasti tapak yang sesuai untuk kita mencadangkan satu lapangan terbang antarabangsa yang besar, yang baharu di samping kita sekarang ini ingin meningkatkan kecekapan pengurusan, membantu Kementerian Pengangkutan meningkatkan kecekapan pengurusan Pelabuhan Kuantan.
Kumpulan Fokus Sistem Penyampaian Awam, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Kita di negeri Pahang ini, walaupun Biro Pengaduan Awam itu bukan di bawah Kerajaan Negeri tetapi kita bekerja rapat dengan pihak Biro Pengaduan Awam di samping kita menyelaraskan sistem-sistem aduan yang ada daripada sistem aduan er… kotak-kotak aduan di pejabat-pejabat sehinggalah kepada sistem digital dan lebih hebat lagi, kita di negeri Pahang ini alhamdulillah Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengujudkan aduan sis… apa saluran aduannya yang tersendiri supaya tidak ada pihak yang mengatakan bahawa kita ini tidak terbuka dalam untuk meningkatkan perkhidmatan kita. Kita, Dato’ Sri Yang di-Pertua, adalah negeri yang customer oriented ataupun kita berorientasikan er… apa ni pelanggan iaitu rakyat.
Akhir sekali Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Satu jawatankuasa, satu portfolio yang baharu juga diujudkan iaitu inovasi. Untuk inovasi ini, Dato’ Sri Yang di-Pertua, rulenya ataupun apa dari segi peraturannya sebelum kita melaksanakan inovasi kita kena buat penyelidikan dulu. Jadi teras kepada penyelidikan adalah maklumat dan teras kepada maklumat adalah data.
Jadi inilah yang kita harapkan seluruh jentera kerja kerajaan dan NGO dan masyarakat juga ya kalau boleh kita bersama-sama untuk memastikan budaya kita menguruskan data ini dapat dipertingkatkan supaya apabila kita ada menyimpan data-data dengan betul, data-data ini boleh diproses akan menjadi maklumat yang… yang betul dan sebarang perbincangan, penilaian, cadangan yang berdasarkan yang berasaskan maklumat ini akan kita dapat pastikan dan menjadi satu keputusan yang terbaik untuk kita memajukan negeri kita.
Saya rasa itu sahajalah Dato’ Sri Yang di-Pertua yang ingin saya kongsikan di Dewan Yang Mulia ini. Terima kasih di atas masa yang diberikan, minta maaf jugalah di atas apa ni keterlajakan yang terpaksa saya ambil, tak dan nak baca habis. Jadi, saya rasa sama juga sepertimana kawan-kawan kita yang lain dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kita berkeyakinan penuh bahawa bajet yang kita tengok daripada setahun ke setahun ini lebih baik ini akan mampu melonjakkan lagi tahap perkhidmatan kerajaan kita pada satu aras yang lebih baik lagi daripada setahun ke setahun. Saya dengan itu menyokong Usul Belanjawan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang. Sila Yang Berhormat Dato’ Sri.
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. [Ayat al-Quran].
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya memohon untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Sri yang telah memberi peluang dan ruang kepada saya juga untuk turut serta bersama rakan-rakan kerajaan bagi menyokong Usul Bajet yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar er… Pahang dan seterusnya menjawab beberapa persoalan yang telah dikemukakan oleh rakan-rakan Ahli Dewan ketika kita bersidang.
Dalam waktu yang sama juga kita memanjatkan puji syukur kehadrat Ilahi, kita dapat bersidang pada minggu ini, untuk tahun ini yang mudah-mudahan segalanya penuh di dalam keberkatan Allah untuk negeri Pahang Darul Makmur di bawah payung pemerintahan Kebawah Duli Sultan Pahang kita.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Ini adalah amanah sebagaimana yang telah dituntutkan oleh Allah SWT di dalam firman-Nya [Ayat al-Quran]. Dialah Allah yang telah mencipta kita daripada bumi dan meminta kita untuk mengimarahkan bumi ini. Menginsafi daripada apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada kita untuk beramanah maka kita berhimpun di dalam Dewan Yang Mulia ini untuk kemaslahatan rakyat Negeri Pahang Darul Makmur serta kemakmuran Negeri Pahang sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi memakmurkan ekonomi negeri serta kemajuan pembelajaran, pendidikan, agama, sosial dan se…se… semua, segala yang berkaitan di dalam pembangunan Negeri Pahang Darul Makmur.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Banyak juga persoalan yang dikemukakan kepada saya yang berkaitan dengan portfolio agama, pendidikan dan juga kesihatan. Saya cuba untuk meringkaskan dan menjawab apa yang sempat sesuai dengan waktu kita yang singkat. Dato’ Sri Yang di-Pertua, di antara persoalan yang dikemukakan mengenai adanya er… daripada Jengka tentang tarian zumba ataupun tingkah laku yang apa agak mencariki daripada resam keagamaan kita sebagai orang yang bersosial dan berakhlak tinggi.
Perkara ini sebenarnya Kerajaan Negeri er… sudah tentu daripada Jabatan Mufti tidak mengeluarkan sebarang fatwa tetapi Kerajaan Negeri mempunyai Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah mengenai perbuatan ataupun percakapan yang tidak sopan di tempat awam dan ini ada seksyen yang telah ditetapkan untuk diambil tindakan bagi mereka yang salah laku er… sebagaimana yang dibangkitkan oleh rakan kita. Ertinya kita ada kuasa-kuasa yang tertentu yang boleh kita ambilkan dan boleh dibawa ke muka penghakiman.
Namun demikian Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama mengambil langkah-langkah juga bersama dengan rakan-rakan Ahli Dewan untuk menyampaikan irshad,
kaunseling, nasihat, pendidikan, pendekatan, tarbiah menyedarkan betapa pentingnya rakan-rakan kita di… sebagai rakyat ini untuk berakhlak, bernilai murni tinggi dan menjaga peribadi yang sopan agar mereka sentiasa nampak lebih er… baik dan lebih sempurna di dalam kehidupan mereka.
Perkara yang dibangkitkan juga oleh rakan saya daripada Jengka tentang pembangunan pendidikan agama. Kita bersyukur di negeri Pahang ini mempunyai KAFA, Kelas Pendidikan Agama untuk anak-anak kita di peringkat rendah. Di negeri Pahang kita mengambil inisiatif sehingga terbinanya sebanyak 560 buah sekolah KAFA bagi memberi peluang anak-anak kita mengambil pelajaran al-Quran dan Fardhu Ain daripada guru-guru yang terlatih.
Di sini kita mempunyai mata pelajaran yang telah kita tetapkan sama ada Fiqah, Tauhid, Akhlak, Sirah, al-Quran, Tajwid dan sebagainya untuk dididikkan kepada 2,444 orang pelajar yang er… untuk dididikkan kepada 70,880 orang pelajar daripada 2,444 orang guru yang telah kita lantik dan terlatih. Semua ini menelan belanja yang telah disalurkan oleh pihak JAKIM kepada kita pada setiap tahun. Dalam waktu yang sama Kerajaan Negeri juga memberi sokongan er… kepada KAFA dan juga sekolah-sekolah ini untuk mereka meneruskan pendidikan anak-anak kita.
Pada tahun 2019 sahaja kita, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah menyalurkan RM348,000.00 lebih kepada KAFA-KAFA di seluruh Pahang bagi memastikan kelangsungan pendidikan agama anak-anak KAFA dan insya-Allah pada hari Sabtu ini juga saya dengan sahabat saya rakan daripada Jengka akan menyampaikan semua sekolah KAFA di dalam DUN Jengka itu bantuan yang telah diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kepada mereka sebanyak RM1,000.00 pada setiap KAFA insya-Allah. [Ahli Dewan menepuk meja].
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan oleh rakan saya daripada Tanjung Lumpur mengenai Pasar raya Darul Makmur. Kita bersyukur kehadrat Ilahi di negeri Pahang ini ada agensi kerajaan di bawah Majlis Agama Islam Pahang mengambil inisiatif untuk membuka pusat perniagaan pasar raya bagi memberikan peluang kepada rakyat mengambil pilihan membeli barangan-barangan keperluan hariannya. Walaupun demikian sudah tentulah bukan sahaja dengan usaha yang hanya dalam tempoh yang jangka masa yang pendek ditambah lagi dengan keupayaan-keupayaan yang terhad sudah tentulah banyak kelemahan-kelemahan yang tidak dapat disangkalkan sebagaimana yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Tanjung Lumpur mengenai kekurangan barang. Ini adalah perkara yang disedari oleh Majlis Ugama Islam Pahang melalui Pasar raya Darul Makmur. Justeru itu di antara langkah yang mereka kenal pasti perlunya mengadakan tempat simpanan membeli er… simpanan barang-barang stok untuk disediakan agar dapat dibekalkan dengan segera ke pusat-pusat perniagaan insya-Allah.
Sebagaimana yang disebutkan juga layanan-layanan daripada staf-staf ataupun pekerja-pekerja. Perkara ini telah diambil inisiatif oleh Majlis Ugama mendidik staf-staf dan pekerja-pekerja agar pintar dan mesra pelanggan dan supaya dapat di… apa dilaksanakan tugas-tugas mereka sesuai dengan kehendak pelanggan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan oleh er… rakan saya daripada Jengka mengenai kutipan hasil duti hiburan yang telah mencatatkan peningkatan tinggi.
Dalam waktu yang sama perlulah juga mengambil kira dalam soal sosial dan juga soal akhlak. Hal ini sudah tentu menjadi perkara yang sangat dititik berat oleh Kerajaan Negeri Pahang apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bersetuju setiap er… Ahli Majlis itu mesti disertakan Pegawai Agama Islam iaitu Kadi kita menyertai dan duduk di dalam mesyuarat bagi memberi nasihat dan pandangan supaya perkara-perkara yang seumpama er… keruntuhan moral dan kejatuhan er… keruntuhan moral ini berlaku di tempat-tempat hiburan sebagaimana yang disebutkan oleh rakan saya daripada Jengka.
Bukit Ibam, sahabat saya daripada Bukit Ibam ada menyentuhkan dalam usaha meningkatkan pendidikan er… agama. Ini sepertimana yang saya sebutkan di awal tadi Kerajaan Negeri Pahang serius dan memberi sokongan yang tinggi untuk memberikan bantuan kewangan kepada guru-guru KAFA dan juga anak-anak yang belajar di sekolah-sekolah agama. Baharu pagi tadi sahaja Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bersetuju untuk membantu pelajar-pelajar KAFA ni yang nak berkhatan pun boleh kita bantu insya-Allah dan sedikit jumlah peruntukan telah diluluskan untuk anak- anak KAFA kita.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
ADN Damak membangkitkan tentang cadangan supaya perkara-perkara sensitif berkaitan dengan agama dan Institusi Diraja tidak dibincangkan secara terbuka di dalam media sosial. Perkara ini memang benar. Kita tidak sebenarnya agama kita Islam dan mana-mana agama pun tidak membenarkan setiap individu itu mendedahkan keaiban orang lain di tengah kancah masyarakat. Tetapi maklumlah kesedaran rakyat yang semakin apa lemah pada hari ini dan berminat untuk mendedahkan keaiban orang lain sementelah lagi kalau keaiban itu berkaitan dengan pemimpin dan Kebawah Duli tubuh di ra… Raja kita seumpamanya Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Hal ini sebenarnya Jabatan Agama bersedia, agensi Kerajaan Negeri Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang bersedia untuk memberikan kerjasama yang bersungguh-sungguh kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan. Sebab itulah dalam waktu yang sama sepanjang tahun 2019 sejumlah 195 laporan polis telah dibuat oleh pelbagai lapisan masyarakat terhadap satu laman sosial Facebook er… bagi menyatakan apa yang telah er… apa didedahkan oleh pihak-pihak berkenaan terhadap individu-individu khususnya dalam isu keagamaan dan tubuh badan er… pemimpin ataupun Kebawah Duli Sultan itu sendiri.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sahabat saya daripada Damak membangkitkan tentang er… Kerajaan Negeri digesa untuk terus memartabatkan Islam di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk memperkasakan tulisan Jawi dan dengan cara melaksanakan dengan apa cara yang betul dan tepat penulisannya. Hal ini telah dijawab oleh sahabat saya er… daripada er… Lepar pagi tadi dan memberikan penjelasan yang er… yang panjang lebar. Saya kira tidak perlu untuk saya mengulangkan lagi.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Damak juga mengemukakan cadangan supaya Sekolah Tahfiz di negeri Pahang diberi perhatian yang penuh oleh pihak Kerajaan Negeri termasuk usaha mendaftar Sekolah Agama. Alhamdulillah kita Kerajaan Negeri memiliki sebuah Maahad Tahfiz yang diiktiraf di peringkat dunia dan mendapat nama hasil daripada kualiti pendidikan yang telah kita bina di Maahad Tahfiz Kerajaan Negeri yang berada di Tanjung Lumpur dan kita sendiri mendengar bagaimana bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada lagi satu Maahad Tahfiz yang bakal ditambah dibuka iaitu di Kuala Lipis dan ini adalah satu rin… apa usaha gigih yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri.
Namun demikian sebagaimana yang disebutkan oleh rakan saya daripada Damak, adanya Tahfiz-tahfiz Persendirian yang perlu diberi perhatian. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Pahang dan Majlis Ugama Islam Pahang telah mengambil inisiatif untuk mengenal pasti bagi memberi nasihat dan peringatan bagi mereka yang ingin membuka Maahad Tahfiz ataupun Pondok-pondok Pengajian mestilah menempuhi dan melalui syarat-syarat dan rukun-rukun yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Ugama Islam Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang.
Dan mereka seharusnya, sewajarnya mengemukakan diri terlebih dahulu dan menyatakan hasrat kepada Jabatan Agama Islam dan Majlis Ugama Islam dan mengambil nasihat apakah syarat-syarat dan rukun-rukun yang perlu mereka penuhi sebelum mereka menubuhkan Pusat-pusat Tahfiz dan Pondok agar mereka tidak terjerumus kepada permasalahan-permasalahan yang akan menyebabkan mereka sendiri terpaksa menanggung dengan beban yang berat.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Damak juga sahabat saya daripada Damak juga mengemukakan permohonan supaya Kerajaan Negeri membentangkan hasil kajian pihak Majlis Agama tentang cuti pada hari Jumaat. Sebenarnya Kerajaan Negeri tidak ada meminta mana-mana agensi tetapi saya difahamkan UMP sendiri ada mengambil inisiatif membuat kajian dan kita belum lagi mendapat sebarang maklumat dan apa pembentangan daripada pihak UMP kepada Kerajaan Negeri apakah sikap-sikap yang telah diberikan oleh orang ramai terhadap jika seandainya kita bercuti pada hari Jumaat.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Yang amat er… yang er… ada persoalan juga yang disarankan oleh ADN Pelangai, iaitu Kerajaan Negeri dicadangkan supaya memainkan peranan menerangkan berkenaan isu halal dan isu minuman keras bagi memberi pemahaman yang tepat dan betul sebagaimana yang telah disyarahkan dan disarankan oleh ADN daripada Tanjung Lumpur.
Kerajaan Negeri sangat mengalu-alukan insya-Allah kita sentiasa menggerakkan melalui Jabatan Agama Islam Pahang iaitu Unit Dakwah, kita ada Ketua Penolong err… Pengarah Bahagian Dakwah dan Pegawai-pegawai dan ada Briged Dakwah dan Guru-guru Tahmid Bergerak dan kita juga mengharap daripada rakan-rakan pendakwah sama-sama memperjelaskan tentang isu-isu ini supaya orang memahami apakah konsep yang sebenarnya nak dibawakan oleh Kerajaan Negeri daripada perintah agama kita Islam itu sendiri.
Rakan saya daripada Tahan mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula pengeluaran lesen jualan arak di Taman Negara, Jerantut. Ini
adalah satu cadangan yang baik. Jabatan Agama Islam Pahang bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Tempatan untuk menguatkuasakan setiap permohonan dan seandainya perkara ini menjadi realiti sudah tentu akan memberikan manfaat yang baik kepada masyarakat setempat.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Juga Chenor sahabat saya daripada Chenor ada mengemukakan cadangan untuk Kerajaan Negeri mengkaji semula serta menaikkan gaji kepada elaun-elaun Guru ASPA yang berkhidmat di Negeri Pahang. Jabatan Agama Islam Pahang akan berusaha sedaya mungkin untuk memastikan kebajikan guru-guru ini sentiasa terpelihara dan terjaga. Sebab itulah, baharu-baharu ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah mengarahkan saya mengadakan satu delegasi ke Mesir bagi memastikan guru-guru agama ini sentiasa diperkasakan dan pelajar-pelajar sentiasa mendapat peluang untuk belajar dengan sebaik mungkin.
Di dalam delegasi itu er… Kerajaan Negeri telah berjaya memastikan anak-anak kita yang nak belajar ke Mesir tidak lagi mengikuti kursus Daurah yang disediakan oleh Al-Azhar dan dia mengiktiraf Daurah yang telah dilaksanakan oleh guru-guru kita yang terlatih sebagaimana yang dicadangkan dan dalam waktu yang sama jika dibangkitkan mengenai elaun insya-Allah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah mendapat cadangan untuk mengusahakan bagaimanakah pendekatannya agar elaun-elaun guru ini dapat kita kaji dan teliti dan dapat dibela hak-hak mereka insya-Allah dengan berkat doa rakan-rakan Ahli Dewan harap-harap perkara ini dapat kita laksanakan sesuai dengan keupayaan kewangan kita Kerajaan Negeri.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sahabat saya daripada Chenor juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk menambahkan kemudahan asrama di Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) memandangkan permintaan daripada masyarakat yang tinggi, insya-Allah jika benar er… kesulitan tempat duduk asrama ini kita akan memberikan cadangan kepada Kerajaan Negeri agar asrama dapat ditambahkan. Sebagaimana yang kita lihat di Maran baharu-baharu ini asrama mengalami kemalangan dan insya-Allah tak lama lagi empat tingkat asrama akan dibina [Ahli Dewan menepuk meja] kelulusan yang telah diberikan sebagaimana yang diuar-uarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan JKR pun telah mengeluarkan apa er… tarikh untuk dibina asrama ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Pulau Manis ada membangkitkan tentang larangan merokok di tempat awam telah dikuatkuasakan namun kebenaran menjual minuman keras secara berleluasa telah dibenarkan. Apakah tindakan Kerajaan Negeri? Sesungguhnya sebenarnya kalaulah rokok yang makhruh itu diharamkan sudah tentulah menjual minuman keras lebih-lebih lagi kekerasannya diharamkan… diharamkan cuma mungkin ada kesedaran-kesedaran yang tandus oleh peniaga-peniaga yang rakus di dalam mengutip keuntungan hal ini akan diambil tindakan secara serius oleh Kerajaan Negeri insya-Allah melalui kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang dan juga Kerajaan Tempatan. Pulau Manis juga memohon penjelasan tentang perhubungan pengeluaran peruntukan membaiki rumah golongan asnaf milik MUIP di Bukit Kenau, Mukim Pulau Manis di sini mempunyai rumah sejumlah 80 buah rumah milik penuh Majlis Ugama Islam Pahang yang mempunyai penghuni seramai 58 orang…
Minta laluan. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya nak bertanya kepada wakil kerajaan, saya rasa satu perkara yang perlu diberi perhatian. Di kawasan saya ada dua sekolah agama iaitu Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah dan Sekolah Menengah Agama Al-Wosto. Saya baharu-baharu ni sempatlah merasmikan Mesyuarat Agung di dua-dua sekolah dan saya di… di… apa ni diminta oleh Pengerusi PIBG dan membawa saya dapat dua bas dan dua-dua sekolah ni ada dua bas dan dua-dua bas ini memanglah tak boleh berjalan dan saya ingin bertanya ada cadangan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk kita menggantikan bas bagi kemudahan pelajar-pelajar di kedua-dua sekolah tersebut? Terima kasih.
Terima kasih rakan saya daripada Semantan, ini cadangan dan pandangan yang sangat baik. Untuk makluman dewan dan Dato’ Sri Yang di-Pertua, pada pertengahan tahun 2019 Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menyerahkan empat buah bas kepada sekolah-sekolah agama dan insya-Allah cadangan yang baik ini saya yakin akan mendapat perhatian yang sangat baik daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di dalam masa yang dekat. Mudah-mudahan Sekolah Agama Al-Wosto itu akan memiliki bas yang baharu.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Merujuk kembali kepada persoalan er… Sekolah Agama Pulau er… astaghfirullah rumah asnaf Pulau Manis nii apa er… di Bukit Kenau, Mukim Pulau Manis ada kerosakan insya-Allah di dalam usaha Majlis Ugama Islam Pahang untuk mengenal pasti kos dan benda ini di dalam tindakan insya-Allah.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Rakan saya daripada Damak membangkitkan adakah cadangan supaya tahfiz-tahfiz di negeri Pahang diberi perhatian penuh oleh Pihak Kerajaan Negeri Pahang termasuklah usaha mendaftarkan? Ini… perkara ini telah berulang dah dijawab jadi saya kira terus ke perkara yang seterusnya. Kuala Semantan mencadangkan Kerajaan Negeri memastikan Maahad Tahfiz di negeri Pahang berdaftar pun sama juga dah dijawab. Memang kena daftarlah tak boleh berjalan haram. Itu yang susah yang mati terbunuh baharu ni, nak ditolong payah tak ditolong tak kan tak tolong rupanya sekolah tak berdaftar tanah pula tanah kata ayah wakaf anak tak wakaf jadi itu semua kelam kabut jadinya.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
ADN Tahan memohon Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula pengeluaran lesen jualan arak ini pun dah cerita, kita setuju. Apa pasal pula nak jual arak kat rumah orang Melayu hari rokok tak bagi pula tapi goner gaya nak buat orang tu berjual tak pakat dengan kita.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
ADN Chenor mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula serta menaikkan gaji, ini pun dah berjawab dah tadi, berulang ya insya-Allah kita teliti la. Merujuk kepada portfolio kesihatan saya diminta untuk menjelaskan oleh rakan
mengenai dibangkitkan tentang daripada Cheka tentang menyediakan peralatan MRI di Hospital Kuala Lipis. Tahniah rakan saya daripada Cheka perkara ini telah mendapat perhatian daripada Kementerian kita mengharapkan benda ini dapat dilaksanakan dalam waktu yang terdekat. Begitu juga ADN daripada Luit membangkitkan kata-kata ada ura-ura Klinik Desa di Luit akan ditutup dengan berkat suara dibawa oleh Luit maka saya telah berpakat dengan pihak apa kesihatan tak jadi tutup. [Ahli Dewan menepuk meja]
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Juga dibangkitkan tentang persoalan perkhidmatan hospital di Bandar Tun Razak dengan kemudahan yang lebih selesa dan lengkap sudah tentulah kalau boleh kita ingin mendapatkan segala yang selesa dan sempurna namun demikian Hospital Muadzam Shah adalah hospital tanpa pakar, perkhidmatan kepakaran yang diberi adalah lawatan kepakaran secara berjadual. Terdapat sebelas bidang kepakaran yang membuat lawatan secara berkala iaitu pakar perubatan, pakar pembedahan, pakar mata, pakar tulang, pakar telinga, hidung dan tekak, pakar kanak-kanak, pakar kulit, pakar buah pinggang, pakar perbidanan dan sakit puan, pakar err… rawatan dan… dan juga pesakit akan dirujuk ke hospital jika sekiranya ada perkara-perkara yang er… ke Hospital er… Tengku Ampuan Afzan, jika sekiranya ada perkara-perkara yang ber… yang perlu kepada rawat… rawatan lanjut.
Permohonan naik taraf dan peralatan baharu ataupun penggantian alat setiap tahun permohonan dikemukakan sebenarnya kepada pihak Kementerian Kesihatan. Kita masih lagi menunggu persetujuan dan kelulusan daripada pihak-pihak Kementerian. Pada masa ini, kita dapat seorang pakar perubatan keluarga ditempatkan di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak dan beliau juga sebagai rujukan bagi kes-kes yang memerlukan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga…
Mohon laluan. Mohon laluan.
Lambatlah balik ni…
Boleh…
Lekas Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua…
Ya, apa isunya?
Berhubung dengan hospital di bandar, Klinik Kesihatan di Bandar Tun Razak tu er… saya sebenarnya, memohon supaya kalau boleh diada er… disediakan satu pusat hemodialisis er… Tuan Yang di-Pertua di situ. Itu er… antara ucapan saya dalam er… semalam, kelmarin. Terima kasih.
Terima kasih er… daripada Bukit Ibam. Sebenarnya yang itu dah… dah jawab dah tapi kemen… kemen… pihak Kementerian memang dah ada pusat hemodialisis dia di hospital. Jadi untuk Kerajaan Negeri membantu tu, itu kita kena kaji dan teliti dan mendapat nasihat daripada pihak Jabatan Kesihatan untuk penambahan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Tanjung Lumpur ada mencadangkan supaya diwujudkan pusat rawatan alternatif secara Islam. Pihak Majlis Ugama Islam Pahang dan Adat Resam Melayu Pahang ada menawarkan rawatan perubatan secara Islam melalui Hospital Pakar milik Majlis yang dikenal sebagai Pahang Medical Centre di Jalan Gambut, Kuantan yang membuat peralat… yang mempunyai peralatan perubatan khususnya untuk umat Islam di Kuantan dan di Pahang amnya. Kerajaan Negeri, pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah membantu pihak DIC Pahang dari segi kewangan dalam membangunkan pusat aktiviti.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga dikemukakan oleh rakan daripada Teruntum mencadangkan satu pusat jantung pantai timur diwujudkan di bandar Kuantan. Kerajaan Negeri telah bersetuju menyediakan tapak sama ada di Tanjung Lumpur ataupun di seb… di sebelah hospital, tinggal lagi kita sedang menunggu kelulusan peruntukan daripada Kementerian Kesihatan atas permohonan perkara ini. Mudah-mudahan dengan suara yang dibangkitkan oleh rakan daripada Teruntum, Kerajaan Pusat dapat menye… menyegerakan peruntukan itu.
Rakan saya daripada Bukit Ibam, penubuhan daerah kecil Muadzam Shah… ini tak ada. Me… menaik taraf Hospital Muadzam Shah tadi saya dah jelaskan, menda yang sama, Bukit Ibam. Bandar Tun Razak merupakan titik tengah di kawasan Muadzam Shah, oleh itu Kerajaan Negeri dimohon untuk mewujudkan kemudahan berikutan di kawasan tersebut memudahkan rakyat setempat yang meliputi dua Dewan… 2 Dewan Undangan Negeri iaitu Bukit Ibam dan Muadzam iaitu perkara yang diperlukan, rawatan hemodialisis yang dibangkitkan tadi timbul dah ni ha.
Jabatan Bomba, ini bomba rakan saya dah jawab. Hemodialisis saya pun dah beri penjelasan. Sebenarnya pihak hemo… pihak apa hospital telah menyediakan perkhidmatan hemodialisis cuma mungkin maksudkan rakan saya daripada Muadzam dan Bukit Ibam ni tak cukup.
Dicadangkan supaya Hospital Jerantut dinaik taraf oleh rakan saya daripada Damak. Hospital yang sedia ada hanya 77 buah katil sahaja dan keadaan wad di hospital tersebut tidak mempunyai penghawa dingin.
Sebenarnya Hospital Jerantut ini telah dilaksanakan perolehan tender bagi projek naik taraf blok tempat tambahan baharu Hospital Jerantut dijangka seawal April 2020. Antara fasilit… fasiliti yang ditambah adalah melibatkan kecemasan, klinik pakar dan wad perubatan. Wad perubatan juga akan mempunyai fasiliti wad kelas 1, 2 dan 3. Insya-Allah berkat doa sahabat saya daripada Damak, cepat.
Rakan saya daripada Panching mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menyediakan tempat tinggal sementara bagi Orang Asli yang datang ke hospital untuk tujuan perubatan kerana didapati mereka hanya tidur di kaki lima hospital jika ada urusan.
Sebenarnya hospital-hospital ini dah ada tempat tinggal tapi memang tabiat Orang Asli suka tidur kaki lima [Ahli Dewan ketawa]. Apa nak buat? Bagi daerah yang mempunyai bilangan penduduk Orang Asli yang ramai seperti Lipis, Pekan, Cameron Highlands dan Jerantut terdapat rumah transit untuk menempatkan pesakit Orang Asli dan ahli keluarga yang mengiringi pesakit.
Rumah transit ini menempatkan kes ibu hamil yang berisiko sebelum bersalin atas kes yang memerlukan rawatan dalam masa yang lama seperti pesakit tibi. Kebajikan mereka semasa di rumah transit seperti makan dan keperluan harian disediakan dengan kerjasama pihak JAKOA.
Contoh Klinik Kesihatan yang ada rumah transit adalah…
Minta laluan…
Tahan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya… saya ingatlah apa yang disebut oleh Exco tadi berkenaan dengan Orang Asal. Saya rasa bukan mereka suka tidur di er… kaki lima, kemungkinan mereka tak tahu adanya penempatan yang disediakan untuk er… pelawat-pelawat. Jadi, kita harap kalau selepas daripada ini, kita harap maknanya petugas-petugas yang berada di hospital kalau boleh bila tengok Orang-orang Asal ni mereka kena tunjuklah di mana tempat yang boleh mereka tinggal. Jadi, saya pun, tak setuju YB cakap macam tu, sebab di tempat saya ramai Orang Asli. Terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Di Kerdau ini ada dua kampung Orang Asli, kerjanya hari-hari bertengkar dengan orang Asli. Kita kadang-kadang jadi macam Orang Asli, kalau kita tak pandai jadi macam Orang Asli kita kena jual dek Orang Asli. [Ahli Dewan ketawa]
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Ya Yang Berhormat.
Apa namanya, walau bagaimanapun cadangan sahabat saya daripada Tahan ni adalah baik untuk diambil perhatian oleh rakan-rakan kita daripada Jabatan Kesihatan dan kakitangan kita supaya mengambil langkah mesra pelanggan supaya mereka tidak terbiar dan terabai kebajikan mereka. Terima kasih rakan saya daripada Tahan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Ada lagi ke Yang Berhormat? Dah akhir…
Itu bukan akhir, hak yang pelajaran tak bersebut lagi pasal apa surat tak beri masuk ke sekolah tu tak bercerita lagi nih…
Sentuh sikit-sikit Yang Berhormat, boleh.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya pindahlah ke hal sekolah pulak. Ada persoalan yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Padang Tengku, UiTM, tanah telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk membina kamp… kampus di er… apa Mukim Gua, Padang Tengku.
Er… perkara ini kononnya telah nak diubah oleh pihak UiTM untuk menjadikan ladang ataupun kebun nak tanam buah-buahan. Perkara ini sebenarnya telah dikemukakan kepada er… Pejabat Tanah Daerah Lipis…
Mohon, tambahan untuk er… Kerdau, di Gambang pun ada tapak UiTM, sekarang dah jadi tapak solar sepatutnya tapak itu untuk institusi pendidikan.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Rakan saya daripada Lepar mengemukakan soalan yang hampir sama dengan Padang Tengku. Sebenarnya dia tanah ni, dia ada… ada apa er… enakmen dia, dia ada undang-undang dia. Kalau mohon nak buat bilik air, tak boleh buat hotel, kalau mohon nak buat apa pusat pertanian tak bolehlah nak buat pembangunan… bangunan.
Jadi, kalau dia ada melakukan kesalahan, kita sebagai tuan tanah berhak menguatkuasakan kepada orang yang memohon tu tetapi merujuk kepada persoalan saya, persoalan rakan saya daripada Padang Tengku, UiTM memang memohon untuk membuat kampus tetapi dia mula je niat masa meminang tu nak nikah, tapi dah sampai tengah jalan tak jadi nikah, dia nak buat benda lain pulak.
Dato Sri Yang di-Pertua,
Jadi dia nak buat pertanian, pertanian tu telah dipohon semula kepada apa, dia ubah niat tu, dia mohon semula dah dengan er… Pejabat Daerah Lipis dan dalam mesyuarat tanah katanya telah dibincangkan yang dat… rakan saya daripada Padang Tengku juga ada dalam mesyuarat tanah tu.
Jadi kita akan mengikut keputusan yang diperakui oleh rakan kita daripada Padang Tengku untuk dibawa ke dalam MMK. Kalau rakan kita Padang Tengku setuju, kita setuju. Kalau rakan kita daripada Padang Tengku kata tak setuju dalam mesyuarat tanah tu kerana tuntutan orang ramai begitu, maka Kerajaan Negeri sudah tentu di bawah ke… Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan menyuarakan suara rakyat untuk er… apa yang sepatutnya dikemukakan kepada Kerajaan Pusat.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Begitu jugalah apa yang dikemukakan oleh rakan saya daripada Lepar. Cuma janganlah sampai dalam rumah kita, orang betina kita beli dek orang. Jadi jaga-jaga.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Tak apa kot, Dato’ Mus faham tu.
Yang Berhormat, teruskanlah.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Er… saya pergi kepada persoalan yang dikemukakan oleh rakan saya daripada apa… daripada Pulau Manis mengatakan betul ke tak boleh masuk sekolah? Pakat-pakatlah, pandai-pandai. Saya orang tak beri juga masuk sebenarnya walaupun saya Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran. Saya palau kan aje Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya panggil orang tu ke rumah… datang. Dia nak duit cek kita. Datang PIBG… datang, Guru Besar datang.
Ada satu kali tu Dato’ Sri Yang di-Pertua, dia minta nak mengadakan sukan. Nak ke barang-barang, nak ke peruntukan. Kita nak gi hantar, saya serah depan pintu sekolah aje. Dah orang tak bagi masuk. Memang ada surat ini. Surat daripada Kementerian tak bagi masuk. Jadi kita nak kelahi buat guana? Orang tak bagi masuk rumah dia. Esok dia nak minta tanah, kita pakat cara lain pulak, [Ahli Dewan ketawa dan menepuk meja] Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Jadi saya rasa itu sajalah jawapan, mungkin ada lagi yang tak terjawab. Masa pendek, jadi kita akan jawabkan secara bertulis ataupun mengada pertemuan dari semasa ke semasa dengan rakan-rakan. Saya minta maaf di atas kesuntukan masa dan juga
apa waktu untuk saya perjelaskan. Saya juga mohon menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang peruntukan Bajet 2020. Terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat juga boleh dikatakan menepati masa jugalah, walaupun panjang tapi tepat jugalah. Saya jemput Pengerusi seterusnya Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Jemput, Yang Berhormat Dato’ Sri.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Insya-Allah saya tidak akan mengambil masa yang lama kerana keadaan kesihatan yang tidak berapa mengizinkan tapi saya akan cuba juga menjawab beberapa perkara yang telah er… dikemukakan oleh rakan-rakan Ahli Dewan.
Sebelum itu Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, satu pantunlah. Rasa petang ini mengantuk dah semua ini.
Dari Ibam pergi ke Ketari, Singgah di Maran membeli duku, Negeri Pahang negeri berdikari, Bersama memaju Pahang terus maju.
[Ahli Dewan menepuk meja]
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga ingin menyertai rakan-rakan lain mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan 2020 yang saya kira banyak mempunyai wow factor, dengan izin yang telah mengembirakan hati rakyat dan lebih-lebih lagi ada beberapa pengumuman yang er… telah membuatkan rakyat negeri Pahang ini begitu seronok sekali terutama pengumuman bantuan khas hujung tahun sebanyak RM750.00 dan rata-rata rakyat negeri Pahang rasa bangga kerana bantuan khas ini diberikan ya, melebihi bantuan khas yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga ingin mewakili kaum wanita seluruh negeri Pahang mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberi perhatian khusus kepada peranan memperkasakan wanita di negeri Pahang dengan telah mengumumkan penubuhan Unit Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang yang mana insya-Allah akan beroperasi mulai 1 Disember yang akan datang ini dan kita telah mengenal pasti lokasi pejabatnya akan berlokasi di Bangunan UTC Kuantan, Tingkat 1, Lot 11.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Yang mana buat permulaan ini, kita akan mempunyai 6 orang kakitangan yang mana ianya juga, pejabat ini juga nanti akan berfungsi sebagai pusat khidmat aduan wanita. Maknanya mereka boleh datang ya pada waktu pejabat, mengemukakan masalah-
masalah untuk kita bantu masalah mereka. Tak kiralah masalah ibu tunggal ke ya, apa saja masalah yang berkaitan dengan wanita di negeri Pahang. Dan kita juga er… berkaitan dengan itu telah mewujudkan Majlis Pembangunan Wanita Negeri Pahang yang mana keahliannya seramai 24 orang yang telah dikenal pasti daripada pelbagai latar belakang.
Jadi nak menjawab, Ketari tak ada pulak petang ini. Semalam Ketari kata dalam ucapan beliau, kalau boleh dia kata janganlah wakil daripada er… parti kerajaan sahaja, naklah letak juga parti pembangkang. Jadi saya nak beritahu, hak dia… hak kita dia nak, hak dia tak boleh. MPKK, kita dah setuju dengan segala syarat, dia nak batalkan buat MPKKP kerana tak puas hati tidak ada wakil daripada parti Pakatan Harapan. Bila kita buat majlis wanita ya, tiba-tiba dia nak pulak. Tapi tak ada masalah. Kita akan bincang ya.
Wanita untuk wanita, jangan bimbang dan keahlian ini berlatarbelakangkan daripada mereka yang profesional dalam bidang pendidikan ya, dalam bidang sukan, ada dalam bidang keusahawanan, ada dalam bidang kesukarelawanan ya dan juga ada ahli daripada parti pembangkang yang parti pembangkang mesra kerajaanlah, ya. Jadi, insya-Allah. Jadi perkara ini kita akan tengok dan yang pasti Majlis Pembangunan Wanita dan juga Pejabat Unit Hal Ehwal Wanita Pahang di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri ini akan memberi manfaat kepada wanita di negeri Pahang ini secara keseluruhannya. Jadi saya harap er… pihak pembangkang khususnya Ketari tidak bimbang dengan kewujudan majlis wanita.
Saya nak maklum kepada Yang di-Pertua sebenarnya kenapa kita wujudkan majlis wanita ini adalah ekoran daripada Jabatan Pembangunan Wanita di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga ya tidak lagi memberi kerjasama kepada portfolio saya jadi kita terpaksa menggunakan cara lain dengan mewujudkan Majlis Wanita dan Unit Hal Ehwal Wanita di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Berkenaan dengan kebajikan juga ada dibangkit. Sebelum itu Dato’ Sri di-Pertua, saya ingin memaklumkan kepada Dewan untuk tempoh 2018 melalui portfolio wanita juga telah kita keluarkan peruntukan sebanyak RM232,150.00 kepada program-program anjuran pelbagai NGO wanita di seluruh negeri Pahang.
Dato’ Sri di-Pertua,
Berkenaan dengan er… portfolio kebajikan pula, er… pelbagai bantuan telah kita berikan juga baik melalui JKM mahupun melalui Kerajaan Negeri. Dan saya ucap terima kasih, ramai sekali Ahli-ahli Dewan yang menyebut tentang masalah kebajikan ini. Contohnya Ahli Padang Tengku, Ahli Chenor, Tahan, Beserah, Ketari, Triang, Bilut ya membangkitkan soal kebajikan.
Untuk makluman tahun 2020, Jabatan Kebajikan Masyarakat memperuntukkan sejumlah RM13.71 juta untuk penerima bantuan am. Seramai 3,808 orang akan terus mendapat manfaat daripada peruntukan tersebut dengan kadar bantuan RM300.00 sebulan. Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2019 Dato’ Sri di-Pertua, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM93.9 juta kepada 27,109 penerima bantuan di seluruh negeri Pahang. Daripada jumlah itu, RM13.48 juta adalah peruntukan Kerajaan Negeri yang disalurkan kepada 2,854 orang di seluruh Pahang.
Melalui pindaan kriteria penerima bantuan am negeri pada Januari 2019, Kerajaan Negeri telah memperluaskan kriteria penerima bantuan dari had umur 18 hingga 59 tahun kepada 18 tahun ke atas serta kriteria pendapatan adalah mengikut paras garis kemiskinan semasa dan tidak hanya mengikut er… PGK RM720.00 sebulan. Sehingga Oktober 2019, seramai 505 orang penerima bantuan JKM telah diberi bantuan geran pelancaran melalui program 2 Years Exit Programme (2YEP) iaitu bantuan kewangan dengan kadar RM2,700 sekaligus untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Ianya adalah bertujuan untuk memperkasakan ekonomi client Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Dan daripada jumlah itu juga Kerajaan Negeri melalui peruntukan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, melalui peruntukan Exco-exco dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional khususnya telah memberikan pelbagai bantuan kepada pesakit-pesakit kronik, buah pinggang, kanser, jantung, stroke, diabetes dan lain-lain ya. Untuk ini sahaja, bagi tahun 2019, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM7.264 juta - 2019, 2018 - RM6.615 juta, 2017 - RM5.997 juta ya dan selain daripada itu untuk bencana pula ya untuk mangsa rebut, untuk mangsa kebakaran, lain-lain bencana, banjir kilat dan sebagainya rumah kena hempap pokok dan sebagainya Dato’ Yang di-Pertua, 2019 sahaja Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM1.327 juta ya. Jadi kita ni tak uar-uar, kita tak ada branding ya tetapi kita tidak janji kita lihat sahaja lah bukti Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Jadi untuk menghadapi bencana, kita ni dah nak masuk musim tengkujuh ya kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi persediaan menghadapi bencana. Ia disalurkan melalui Kumpulan Wang Amanah Jawatankuasa Malapetaka Negeri Pahang dan disalurkan kepada Tabung Bantuan Malapetaka Daerah yang mana ini adalah amalan yang telah dibuat sejak tahun 1990, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Kerajaan Negeri juga melalui JKM telah mengenal pasti 118 buah pangkalan hadapan bagi menyimpan bekalan makanan seperti beras, gula, teh, kopi dan sebagainya untuk persediaan berlakunya bencana dan JKM juga mengenal pasti 662 pusat pemindahan bencana yang terdiri daripada sekolah, balai raya, dewan orang ramai dan surau.
Ha ni esok bencana ni jangan lah jangan kata tak boleh masuk sekolah tu tak yah bencana, banjir pun tak boleh juga masuk sekolah menghantar bantuan depan pintu pagar juga. Ha…ya jadi kita harap perkara ni dapat dilihat bersama kerana ia adalah untuk kepentingan rakyat secara bersama. Jadi er…untuk meringankan mangsa banjir, kebakaran, ribut ni JKM juga ada menyediakan bantuan seperti barang keperluan asas, makanan, tikar dan sebagainya saya rasa itu standard ya. Dalam beberapa kes tertentu saya sebut tadi Kerajaan Negeri juga membuat peruntukan-peruntukan tambahan kepada mangsa-mangsa bencana dan sehingga Oktober 2019 melalui Tabung Malapetaka Daerah sahaja ya sebanyak 712 kes er... telah pun dibantu dengan kos keseluruhan RM256,070 ya.
Jadi untuk OKU pula, untuk OKU…
Dato’ Sri Yang di-Pertua. Mohon laluan.
Sila, sila.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Saya nak tanya berkenaan dengan pangkalan hadapan. Er... sekarang ni lebih kurang 70% barang di... barang-barang di pangkalan hadapan telah diisi cumanya saya nak tanya berkenaan dengan er... pelupusan barang-barang tersebut. Kalau sebelum daripada ini er... selepas daripada habis tempoh banjir ianya akan diagih-agihkan kepada penduduk kampung yang terlibat dan saya mendapat maklum bahawa pada kali ini ianya… ianya akan dilelong. Kalau betullah saya nak… saya nakkan… nak pengesahan. Adakah benar ianya barang-barang tersebut akan dijual ataupun dilelong kemudian hasilnya akan diberikan sumbangan kepada institusi masyarakat yang berada di sekitar itu? Saya mahu pengesahan.
Er... saya rasa kita belum putuskan. Er... dia sebenarnya sekarang ini di negeri Pahang kita telah membuat satu sistem baharu. Jadi pembelian barang-barang ini kita beli daripada PDM, Pasar raya Darul Makmur dan kalau dulu memang betul dan ya kita ni ada teguran audit ya. Kita pula takkanlah barang makanan tu kita nak pulang balik. Kalau dah tak banjir, tak diagihkan jadi kita agihkan lah ya tapi ada teguran audit kerana er... dan kita juga terpaksa akur er... dengan peraturan-peraturan audit.
Jadi kali ini bila kita bagi... kita beli dari Pasar raya Darul Makmur jadi Pasar raya Darul Makmur telah memberi jaminan bahawa mereka akan membeli kembali barangan tersebut daripada kita ya. Jadi tidak akan ada timbul perkara-perkara yang akhirnya akan menyusahkan kita dengan pihak-pihak audit.
Okay, saya teruskan balik ada juga yang membangkitkan tentang OKU dan sebagainya, NGO-NGO OKU di Negeri Pahang ini banyak juga yang telah diberikan geran ya geran bantuan iaitu Persatuan Orang Pekak Pahang, Persatuan Pemulihan Sinar Suria bagi orang cacat Temerloh ya sebanyak RM20,000.00 setahun. Pertubuhan Pengurusan Pusat Jagaan Orang Istimewa Mentakab mendapat geran RM60,000.00 dan 52 buah pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) telah menerima geran pentadbiran sebanyak RM6.5 juta, itu berkaitan dengan er... kebajikan.
Berkenaan dengan kebudayaan Dato’ Sri Yang di-Pertua…Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa banyak juga program-program kebudayaan yang telah kita pantau dan kita buat bersama ya dan saya juga tertarik dengan perbahasan rakan-rakan berkenaan dengan tulisan Jawi. Walaupun tulisan Jawi ini tertakluk di bawah PBT pelaksanaannya ya dan tadi pula disebut oleh rakan saya daripada Kerdau.
Sebenarnya Jawi ini adalah satu warisan budaya kita, warisan negara kita ya sebab itu kita menjadikan ia satu kempen untuk kita mengembalikan kegemilangan tulisan Jawi di negeri Pahang ini dan saya tertarik dengan er... rakan daripada saya tak ingat mana yang mengatakan bahawa Persatuan Khat Negeri Pahang mungkin boleh kita bincang bersama dengan Majlis Kebudayaan Negeri untuk kita mengaturkan lebih banyak lagi kempen-kempen berkenaan dengan tulisan khat, tulisan Jawi supaya ia memberi orang kata awareness, kesedaran kepada masyarakat bukan Melayu ya bahawa banyak salah faham tentang tulisan Jawi ini telah berlaku.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Ada juga yang membangkitkan Pekan Budaya, Pekan Warisan ya. Saya akui banyak sekali bangunan-bangunan lama di negeri Pahang ini yang terbiar, uzur dan sebagainya dan insya-Allah kita akan cuba lihat dan mungkin kita akan cadangkan kepada pihak ECER dan juga Tourism Pahang ya untuk bersama-sama kita membaik pulih dan menjadikan ia sebagai salah satu tarikan pelancong di negeri kita.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin menyentuh sedikit tentang Perpustakaan yang mana ianya juga telah diberi perhatian oleh Yang Amat Berhormat er... Menteri Besar dalam Ucapan Belanjawan tempoh hari yang mana saya ingin memaklumkan juga apa yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Luit disebut Klinik Desa nak tutup, Perpustakaan Desa nak tutup, tak ada pun sebenarnya sebarang perancangan untuk menutup sebarang Perpustakaan Desa di negeri Pahang ini lagi-lagilah di Luit ya. Jadi tak ada… tak ada nak tutup.
Jangan bimbang ya yang mana kita memang sentiasa cuba untuk menaik taraf ya kemudahan-kemudahan yang ada di perpustakaan kita dan di… kita di Pahang ni mempunyai 75 buah perpustakaan secara keseluruhannya ya dan kita telah pun membuat pelbagai aktiviti dan statistik pada tahun 2018 Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua, mencatatkan penyertaan komuniti seramai 127,000 orang ya dalam program-program pembudayaan ilmu yang dijalankan oleh pihak perpustakaan dan bagi tahun 2019, daripada Januari hingga Oktober telah mencatatkan penyertaan 85,000 orang untuk 1100 program yang telah dilaksanakan dan kejayaan ya kejayaan bersama Perpustakaan Awam…
Dato’ Sri Yang di-Pertua, minta laluan sikit.
Saya... Exco, saya nak menyentuh tentang Perpustakaan Desa. Saya nak tanya peranan Jawatankuasa Penasihat yang diletakkan YB. lah saya ingat, saya ada perjawatan tu diberikan tempat lain saya tak tahu tapi di Lipis saya Pengerusi Jawatankuasa Penasihat itu. Er… saya tak tahu apa peranan yang sebenarnya sebab saya nak rujuk satu kes di mana penutupan Perpustakaan Merapoh ya ditutup. Sebenarnya kita tak dapat maklumat pun sebab dalam mesyuarat jawatankuasa di peringkat er… tertinggi dia tak melibatkan apa ni er… apa ni er… Jawatankuasa Penasihat ni jadi kita tak tahu apa peranan sebenarnya.
Sebab bagi saya apabila kes di Lipis apa Perpustakaan Merapoh tu, isu yang pertama ialah dikatakan ditutup kerana pada masa tu staff tak ada, staff tak ada kerana dia berhenti maka tak diisi perjawatan tu tak diisi walaupun temuduga telah dibuat, telah dilakukan dan kemudian alasan kedua yang diberikan er… saya tanya kerana perpustakaan itu ada kerosakan yang memerlukan pembaikan. Maka atas inisiatif yang saya buat dan dapat kelulusan daripada Yang Amat Berhormat, duit dan er... ada duit dan er... memang dah sampai pun tapi kemudian akhirnya ditutup juga er… dan diagihkanlah barang-barang tak tahu ke mana pun diagihkan tak tahu. Saya dengar ke sekolahlah. Saya dengar ke pusat internetlah. Tapi persoalannya kita nak tahu apa peranan dan kenapa isu-isu yang semacam ni tidak dirujuk dan kenapa pulak kita tidak dipanggil untuk ke mesyuarat itu dia panggil DO sedangkan saya faham er… ialah DO rujuk dengan kita la pulak lepas itu kan. Jadi… jadi… jadi peliklah kan patutnya mungkin kita terus jer DO jadi jawatankuasa penasihat itu, kita ADN ni duduk macam mesyuarat tanah pun tak apa, kedudukan tu dia jadi tak kena di situ.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Teguran daripada Padang Tengku ini akan kita ambil perhatian ya. Peranan ni sebenarnya banyak peranan dan saya ucapkan terima kasih kepada Padang Tengku kerana daerah Lipis antara er… perpustakaan ataupun Lembaga Penasihat yang aktif. Selain daripada yang paling aktif Bentong lepas tu Temerloh, Maran dan Lipis antara yang aktif saya ucap terima kasih. Dan isu dan isu saya rasa isu Perpustakaan Desa Merapoh ini sebenarnya lebih kepada tidak mendapat sambutan ya dan sekiranya perlu saya akan minta pihak perpustakaan untuk membuat penjelasan bertulis kepada ADN Padang Tengku selepas ini.
Jadi kembali kepada perpustakaan ini saya ingin menguar-uarkan juga bahawa Perpustakaan Awam Sultan Ahmad Shah, perpustakaan negeri kita telah bekerjasama dengan Petrosains ya yang mana pengunjung ya untuk Petrosains setakat ini melalui er… pelbagai Program Festival Sains, play smart dan sebagainya, kehadiran pengunjung telah mencapai seramai 21,000 ribu orang ya memang mendapat sambutan dan sepertimana yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat er… Menteri Besar er… kita juga telah berjaya menganjurkan Program Buat Kerja Sekolah ya. Untuk makluman, Program Buat Kerja Sekolah ini telah kita laksanakan sejak tahun 2013 dan kitalah satu-satu negeri ya di seluruh negara yang melaksanakan Program Buat Kerja Sekolah di perpustakaan sama ada di Perpustakaan Negeri mahupun di Perpustakaan Daerah dan juga Perpustakaan Desa ya.
Yang mana er… untuk tahun 2017 hingga 2019, 71,680 orang pelajar telah mengikuti Program-program Buat Kerja Sekolah di daerah desa. Dan pada 2017, 33 orang pelajar daripada program ini telah mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam UPSR, PT3, SPM, STAM dan juga STPM. Dan saya nak mengumumkan juga er… untuk u-Pustaka ya, u-Pustaka ataupun bahan bacaan digital e-book yang diakses melalui digital er… telah mendapat ya apa yang telah dilaksanakan di Perpustakaan Awam negeri Pahang telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia melalui Perpustakaan Negara Malaysia dinobatkan sebagai yang mana Perpustakaan Awam Pahang telah dinobatkan sebagai juara Perpustakaan Awam Se-Malaysia dalam Anugerah Tranformasi u-Pustaka 2019. [Ahli Dewan menepuk]
Jadi kita ucapkan syabas kepada kakitangan perpustakaan kita yang telah berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan ya kepada rakyat negeri Pahang melalui perpustakaan. Saya rasa itu sahajalah Dato’ Sri Yang di-Pertua untuk portfolio saya er… jadi saya juga mengharapkan agar negeri kita ini akan terus maju di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kita dapat sama-sama tidak mengira latar belakang parti, tidak mengira latar belakang budaya, latar belakang agama kita juga untuk menjaga keharmonian dan perpaduan.
Saya tertarik ya sebab Wakil daripada Triang ada menyebut sebelum dia mengakhiri ucapan tentang menjaga soal perpaduan ini dan saya kira dalam menjaga soal perpaduan ini kita kena kembali untuk melihat sejarah bagaimana kemerdekaan kita dicapai? Bagaimana bangsa-bangsa yang ada di negara kita ini mencapai kemerdekaan secara bersama? Bagaimana kita saling hormat menghormati antara satu sama lain? Bagaimana ya Allahyarham Tunku Abdul Rahman bersama dengan Tun Tan Cheng Lok mendiang bersama dengan mendiang Tun Sambanthan telah mencapai satu kata sepakat dalam kontrak sosial untuk menentukan perpaduan di negara kita itu? Jadi dengan ini saya menyokong penuh ya ucapan usul belanjawan
yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekian, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang. Silakan.
Assalamualaikum WBT. Bismillahhirrahmanirrahim. (Ayat al-Quran)
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Pertama sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kerana memberi izin kepada saya dan peluang untuk menggulung sesi perbahasan er… berkaitan dengan pembentangan bajet yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar pada 18 November, Isnin yang lalu.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar yang telah membentangkan satu bajet yang cukup baik er… mantap dan juga mencakupi seluruh aspek kehidupan. Dan tambahan pula bajet ini merupakan bajet yang lebihan kepada Kerajaan Negeri Pahang. Alhamdulillah syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri yang mempunyai visi dan juga komitmen yang tinggi untuk terus memajukan negeri Pahang Darul Makmur.
Insya-Allah, saya yakin rakan-rakan dalam barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan serta penyokong-penyokong kerajaan dan rakan-rakan yang bersama-sama dengan Barisan Nasional dan saya kira yakin juga Ahli-ahli Dewan daripada barisan pembangkang turut serta mendokong er… usaha Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dan sudah tentunya bajet ini meletakkan er… impian dan juga pengharapan yang tinggi di kalangan rakyat jelata.
Seperti mana yang kita sedia maklum saya ingin er…. menyatakan bahawasanya dalam bajet ini Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar tidak melupai sektor pertanian. Dan apa yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar ni adalah selaras dengan satu laporan yang telah disediakan oleh Bank Dunia melalui Pengurus Negara Bank Dunia ke Malaysia yang bernama Firas Saad iaitu laporan Bank Dunia yang bertajuk ‘Tranformasi Pertanian dan Pertumbuhan Inklusif: Pengalaman Malaysia’.
Malahan dalam laporan yang dikemukakan jelas menyatakan bahawasanya sektor pertanian negara ataupun tiada negara, dengan izin, tiada negara melaksanakan peralihan kepada status penetapan pendapatan tinggi tanpa tranformasi pertanian. Iaitu sektor pertanian negara perlu Pelan Tranformasi Ekonomi dan sudah tentu ekonomi akan menjadi sukar beralih status pendapatan jika tiada perubahan kepada industri ataupun sektor pertanian.
Justeru itu apa yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar ialah selaras dengan hasil laporan ini. Dan insya-Allah kerajaan negeri akan melaksanakan pelan-pelan pembangunan dalam sektor pertanian dan juga akan bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi
merealisasikan hasrat ini demi masa depan negara… demi masa depan negeri, negara dan rakyat jelata yang tercinta.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri kerana sektor pertanian telah mendapat peruntukan sejumlah RM9.23 juta dan daripada peruntukan ini, sukacita dimaklumkan bahawasanya kerajaan negeri telah memperuntukkan RM5 juta bagi meningkatkan pengeluaran bahan makanan dan produk industri asas tani. Antara usaha kerajaan negeri ialah untuk meneruskan program pembangunan buah-buahan untuk meningkatkan produktiviti tanaman melalui program pembangunan benih tanaman dan juga menyediakan benih-benih pokok buah-buahan yang berkualiti ya.
Malahan er… di samping er… meneruskan pembangunan buah-buahan dan industri asas tani melalui peningkatan produktiviti tanaman dengan penggunaan benih-benih yang berkualiti. Bekalan benih ini boleh diperolehi melalui pengeluaran benih yang mendapat pengiktirafan menerusi Skim Pengesahan Benih Tanaman yang disahkan oleh Jabatan Pertanian seperti durian D197 Musang King, D145 Beserah, D168 Hajah Hasmah, nangka J33, Tekam Yellow dan sebagainya. Juga pihak kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian mengenal pasti variety durian kampung yang berpotensi untuk diketengahkan bagi mempastikan dusun-dusun lama dapat dibangunkan melalui program pembangunan buah-buahan terpilih.
Kerajaan secara berterusan merancakkan lagi usaha untuk mempertingkatkan pengeksportan durian. Sehingga kini di Malaysia terdapat 11 syarikat yang mendapat kelulusan untuk mengeksport buah durian ke negara China dan 4 di kalangan syarikat ini adalah syarikat yang berada di negeri Pahang. Malahan dalam tahun 2018 Pahang telah berjaya mengeksport buah durian sebanyak 148 tan…hasil sebanyak dengan nilaian sebanyak RM35 juta. Dan bagi tahun 2019 sebanyak 828 tan telah dieksport dengan nilaian sebanyak RM35 juta. Peningkatan ketara ini disebabkan kelulusan eksport ke negara China dalam bentuk whole fruit yang telah diperolehi dalam tahun 2019.
Untuk menjadikan negeri Pahang sebagai pengeluar utama bahan utama makanan, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.3 juta bagi membangunkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang terbesar di negara ini bagi sayur-sayuran dan tanaman kontan seluas 80 hektar di dalam daerah Kuantan.
Setakat ini Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita dah ada lapan belas er…TKPM, di mana tujuh belasnya merupakan TKPM yang di…er…taja ataupun dibiayai oleh er…Kerajaan Pusat, manakala yang satunya dibiayai oleh kerajaan negeri. Malahan er…bagi menjawab soalan ya rakan saya daripada Muadzam Shah yang menyatakan er…berhubung dengan TKPM Muadzam Shah yang baharu-baharu ini diserang dengan er…atau diserang oleh gajah-gajah liar ya er…di TKPM Muadzam Shah yang mana telah menyebabkan kerugian menjangkau lebih kurang dalam RM7.0 juta kesemuanya kepada pengusaha-pengusaha yang terlibat.
Maka usaha yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri ialah antara lainnya untuk er…pertama sekali memohon dengan Kerajaan Pusat peruntukan er… tak kurang daripada RM500,000.00 bagi memperbaiki er… atau menyelenggara parit er… keliling dan juga membina pagar elektrik bagi mengelakkan serangan gajah yang seterusnya kerana di TKPM Muadzam Shah ini dia tidak ada er… pagar elektrik yang er… dapat er… menghalang musuh-musuh tanaman terutama sekali gajah daripada menyerang di kawasan yang terbabit. Jadi ini adalah hasil daripada pengalaman yang telah kita
perolehi di TKPM Jelai iaitu apabila TKPM Jelai diserang oleh gajah-gajah liar daripada kawasan persekitarannya.
Maka Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar telah bersetuju untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM500,000.00 dan kita telah menggunakan sebahagian daripada peruntukan itu lebih RM300 lebih ribu untuk membina pagar-pagar elektrik di sekelilingnya dan sehingga hari ini alhamdulillah setakat ini er… serangan ataupun tidak ada berlakunya serangan gajah liar daripada kawasan sekeliling.
Namun pada masa yang sama kita juga sedang berusaha dengan pihak Jabatan Perhilitan untuk mempastikan supaya dalam perancangan untuk membangunkan kawasan-kawasan yang dikhususkan untuk TKPM. Kita juga mengambil kira senario ataupun keadaan sekitar untuk mempastikan agar kita boleh membuat suatu apa nama langkah-langkah mitigation, dengan izin, lebih awal sebelum kita melaksanakan projek-projek yang berkaitan.
Dan untuk itu juga, saya juga ingin menjawab soalan yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Padang Tengku ya. Padang Tengku membangkitkan tentang projek yang Taman Herba di er…Kampung Chegah Perah ataupun berdekatan dengan FELDA Chegah Perah. Inisiatif ini sebenarnya adalah di bawah usaha daripada ECERDC dan sebahagian daripada 700 lebih saya ingat ini ekar yang telah pun diperuntukkan untuk er…projek ini er…diperuntukkan kepada ECER. Dan er…setakat ini sebahagian daripada kawasan yang telah diperuntukkan telah dimajukan. Namun sepertimana yang rakan saya daripada Padang Tengku nyatakan bahawasanya er… perkembangannya tidak memberangsangkan.
Insya-Allah pihak Kerajaan Negeri akan campur tangan dan juga bekerjasama dengan pihak ECERDC untuk pastikan agar kawasan yang diperuntukkan ini dapat dioptimakan penggunaannya dan juga mendapatkan penglibatan daripada penduduk-penduduk setempat di kawasan tersebut.
Dan insya-Allah kita akan juga pelawa pemimpin setempat termasuk ADN kawasan Padang Tengku untuk turut serta dalam merangka satu pelan pemulihan insya-Allah yang boleh di er…laksanakan demi untuk kebaikan semua. Ini adalah susulan daripada peruntukan yang telah disediakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar sebanyak RM400 ribu bagi pembangunan tanaman industri seperti kelapa, komoditi pelbagai termasuk herba ya, rempah ratus, cendawan dan sebagainya. Jadi sedikit sebanyak insya-Allah kita akan manfaatkan juga ya peruntukan yang disediakan ini.
Bagi er…menjawab soalan daripada ADN Bilut iaitu berkaitan dengan amalan pertanian baik yang diperlukan oleh pemain-pemain industri dengan menggunakan aras yang ditetapkan dalam persijilan myGAP dan myOrganic untuk menghasilkan makanan yang berkualiti dan selamat di samping dapat memelihara kelestarian alam sekitar.
Jadi er… bagi menggalakkan pertanian secara organik, kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah menyediakan Program Pembangunan Ladang Organik yang telah menyalurkan beberapa dan telah menyalurkan beberapa inisiatif ataupun insentif kepada pengusaha-pengusaha seperti penyediaan infrastruktur dan bahan-bahan input pertanian termasuk peralatan pertanian, benih, baja dan sebagainya. Sehingga kini sebanyak RM679,400.00 telah disalurkan kepada 58 petani dengan keluasan 86.6 hektar di bawah pembangunan ladang organik dan dari semasa ke semasa Jabatan
Pertanian akan terus memperkasakan program ini agar er… penglibatan petani-petani dalam ladang organik ini dapat dikembangkan dengan lebih pesat.
Di samping itu juga penglibatan pelabur sebagai anchor company untuk membantu petani dipertingkatkan khususnya melalui penggunaan teknologi dan pemasaran hasil secara terkini. Keberadaan pihak pelabur ini juga sedikit sebanyak dapat memacu dan juga er… memperkenalkan penggunaan teknologi terkini sebagai contohnya seperti syarikat er… Monolazri Sdn. Bhd di Bukit Tinggi, Bentong ataupun di Genting yang mengeluarkan sayur-sayuran secara automasi iaitu produk salad dan ianya merupakan satu perusahaan yang cukup baik, maju dan berdaya tahan. Insya-Allah inilah pendekatan yang akan kita ambil iaitu memperkenalkan di er… teknologi-teknologi terkini melalui er… Industri Revolusi 4.0, IR 4.0 dan juga er… Internet Of Things (IOT), dengan izin.
Tumpuan juga diberikan kepada pemprosesan makanan atau Industri Asas Tani bagi mengelakkan berlakunya lambakan. Sebanyak 300,000 disediakan bagi menambah nilai dan merancakkan lagi pertumbuhan industri di sepanjang rantaian pengeluaran.
Kerajaan juga amat menekankan penghasilan persijilan halal bagi produk IAT di mana setakat ini daripada 638 usahawan di bawah bimbingan Jabatan Pertanian er… sebanyak 92 er… sijil halal telah diperolehi oleh usahawan-usahawan ini maknanya 92 er… ni usahawan ini telah memperolehi sijil halal dan insya-Allah, apa yang dibangkitkan oleh rakan daripada Tanjung Lumpur tentang er… berlakunya kegersangan ya produk-produk ini halal er… untuk ni pelanggan-pelanggan khususnya di PDM ataupun er… Pasar raya Darul Makmur ini akan er… dapat juga er… ditangani insya-Allah.
Satu usaha akan dibuat untuk mempastikan atau usahawan-usahawan yang er… mengusahakan produk-produk IAT ini khususnya yang mempunyai sijil-sijil persijilan halal… halal ini dapat menjadi er… pembekal utama kepada pasar raya-pasar raya yang ada di seluruh negeri termasuk Pasar raya PDM.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya juga ingin er… menjawab soalan yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Kemayan iaitu tentang er… kacau ganggu er… daripada industri penternakan ayam komersial yang er… menjadi isu kepada penduduk setempat. Kerajaan Negeri insya-Allah akan mencadangkan agar satu usaha untuk memperkasa ya SOP er… yang telah ada dalam Enakmen Unggas er… Negeri ini dan er… di mana antara lainnya mungkin cadangan er… dibuat untuk membenarkan er… aktiviti ataupun er… pelaksanaan er… ternakan er… ayam ini dalam radius er… 10 kilometer daripada penempatan awam.
Ini… ini cadangan yang akan di er… dikemukakan, kita sedang menyediakan satu kertas cadangan untuk kelulusan er… Exco dan juga Kerajaan Negeri dan insya-Allah er… setelah adanya garis panduan ini kita mengharapkan er… satu er… perkembangan yang lebih sihat, positif akan berlaku dan juga er… pihak Kerajaan Negeri sedang memikirkan mungkin untuk er… mensyaratkan, mewajibkan semua reban-reban yang baharulah er… akan dikuatkuasakan penggunaan secara tertutup ya tidak lagi secara terbuka sepertimana yang ada di setengah-setengah kawasan. Dan kita cukup yakin kerana terdapat er… terdapat reban-reban yang seumpama ini ya yang telah dilaksanakan di Raub yang mempunyai er… sistem berteknologi tinggi yang er… terkini ya dan er… ini telah juga memberi pulangan yang baik kepada pihak ni penternak dan juga tidak mendapat ni sebarang er… ni… ni complaint, dengan izin
daripada penduduk-penduduk setempat insya-Allah. Dan er… berkaitan dengan er… usaha yang dibuat oleh Jabatan er… Veterinar ataupun usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar, kita juga ingin memperkasa er… industri ternakan ini untuk menjadikan negeri Pahang sebagai salah satu daripada negeri pengeluar sama ada susu ataupun er… daging yang er… utama di negara ini insya-Allah.
Jadi er… melalui pendekatan, pengujudan apa yang dipanggil sebagai dairy valley ya iaitu lembah tenusu di Rompin, kita terus er… memperkasa er… industri ini dengan er… memberi peluang kepada er… usahawan-usahawan yang sedia ada untuk mengembangkan lagi er… ni… perusahaan mereka dan er… seluas 500 ekar telah diberikan kelulusan kepada Syarikat Holstein er… untuk er… terus er… merancakkan lagi er… usahawan ataupun er… aktiviti ternakan er… mereka khususnya dalam pengeluaran susu segar melalui jenama Farm Fresh.
Dan er… kita juga telah mengenal pasti er… satu kawasan seperti Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar sebutkan dalam er… jawapan er… pagi tadi iaitu di er… daerah Raub er… satu kawasan er… yang telah diperuntukkan kepada… awalnya kepada er… Jabatan Veterinar iaitu Pusat Genetik di er… Pembangunan Genetik di Raub itu telah dikenal pasti dan er… pihak kerajaan akan juga bekerjasama dengan pihak swasta untuk mempastikan er… projek integrated project iaitu projek bersepadu er… yang melibatkan pengeluaran susu ya susu kerbau er… susu kerbau bagi er… kegunaan er… masyarakat di er… negara ini dan juga er… produk ini boleh juga atau susu kerbau ini boleh juga ditambah baik dengan er… ini membuat apa yang dipanggil sebagai er… keju er… mozzarella… mozzarella cheese ya yang diperbuat daripada lembu er… ini ataupun susu kerbau.
Insya-Allah akan dilaksanakan dan juga kita kenal pasti bahawasanya syarikat ini juga mampu untuk er… mengembangkan ternakan lembu er… dengan er… jenis hybridlah iaitu…
Mohon celah, mohon celah Yang di-Pertua. Saya baharu dengar juga susu kerbau ini. Saya nak tahu sama ada pihak kerajaan ini susu kerbau ini baharu R&D ke atau dah mass production ke macam mana? Terima kasih.
Tak ini kerbau ini dia bukan lagi ni R&D dia dah ada er… syarikat ini sedang mengusahakan er… ni ladang mereka di Selangor sebenarnya di Semenyih dan kawasan itu agak kecil maka er… mereka telah diberi peluang untuk meninjau dan mengenal pasti kawasan yang mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan. Dia dah ada er… berapa ratus dah ekor kerbau yang diimport daripada India.
Kerbau ini dia… dia besar kalau kita tengok. Saya dah pergi dah melawat kerbau dia besar bukan macam kerbau kita di kampung ini, kerbau ni kerbau susu makna dia besar dan er… mempunyai potensi yang tinggi er… untuk dimanfaatkan dan er… oleh kerana kekangan kawasan er... di Semenyih itu maka kita telah mempelawa er… usahawan ini usahawan ini untuk er… membesarkan lagi aktiviti ataupun projek mereka dan er… satu kawasan di Bukit Kajang di Raub telah pun dikenal pasti insya-Allah ianya akan juga dapat membantu penternak-penternak tempatan di persekitaran itu untuk turut serta er… dalam projek yang telah pun dirangka.
Dan kita juga mohon supaya er… syarikat ini bekerjasama dengan syarikat er… berkaitan kerajaanlah GLC untuk sama-sama kita manfaatkan sepenuhnya. Jadi ia bukan lagi R&D, dia dah ada dah dia punya projek, on-going project, dengan izin. Pada masa yang sama juga ini er… Dato’ Sri er… ini… Yang di-Pertua, kita akan terus perkasakan lagi kawasan-kawasan khususnya er… padang-padang ragut yang telah dikenal pasti er… di bawah er… seliaan Jabatan Veterinar untuk dioptimakan secara lebih er… maksimum dan ini juga telah mendapat sambutan bukan sahaja daripada kalangan usahawan-usahawan tetapi penternak-penternak er… yang ada di kawasan-kawasan yang telah pun dikenal pasti tersebut, insya-Allah ya.
Yakin…saya yakin bahawa segala usaha yang er…hasrat murni Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar untuk er…menjadikan Pahang sebagai pengeluar utama juga dalam er…production pengeluaran susu, susu segar dan juga produk IAT er… susu ini dan juga daging akan dapat dipertingkatkan. Insya-Allah kita melihat peluang-peluang kerana apa dilihat misal contohnya kita tahu er… dari segi er… jumlah penggunaan ataupun er… pemakanan daging ini cukup tinggi dan kita tahu er… pasaran tempatan ataupun er… ladang-ladang tempatan ini hanya boleh mengeluarkan lebih kurang dalam 22% sahaja er… permintaan daripada keseluruhan yang ada dalam negara ini dan tujuh puluh lebih peratus... 78% semuanya daripada luar… diimport daripada luar. Jadi, bagi mempastikan kita dapat menangani ketidakseimbangan ini, maka Pahang insya-Allah di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, kita akan bergerak ke arah itu dan insya-Allah satu hari harapan ataupun inspirasi yang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong er… yang mahu melihat Pahang dijadikan sebagai hub er… agro di negara ini dapat dilaksana dan direalisasikan, insya-Allah.
Menyentuh mengenai perikanan ya, sektor perikanan merupakan antara penyumbang ekonomi Malaysia sejak sekian lama. Menurut laporan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), permintaan terhadap ikan dijangka akan terus meningkat setiap tahun dan dianggarkan pada tahun 2025 ianya akan berjumlah 160 juta metrik tan.
Dan untuk itu, kita di Pahang contohnya pengeluaran sektor akuakultur negeri Pahang sehingga 31 Oktober 2019 telah mencapai sebanyak 11,800 metrik tan dengan nilaian hampir 200 juta dan jabatan pertanian juga mensasarkan lebih ramai lagi usahawan-usahawan muda untuk menceburkan diri dalam bidang ni termasuklah sebahagian merupakan itu ikan hiasan. Pengeluaran ikan hiasan sehingga 31 Oktober 2019 er… mencecah atau sebagai permulaan mencecah sebanyak 213,000 sebenarnya tapi yang lain-lain tu ialah daripada aktiviti akuakultur.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Berhubung dengan er… perikanan dari segi er… perikanan juga… perikanan marin ataupun laut sehingga 31 Oktober 2019, jumlah pendapatan ikan marin di negeri Pahang bagi 3 daerah iaitu Pekan, Kuantan, Rompin adalah sebanyak 78,000 metrik tan dengan nilaian 588 juta dan ini merupakan satu jumlah yang cukup memberangsangkan dan insya-Allah kita akan terus perkasakan industri ini dan er… sepertimana yang kita sedia maklum, ada soalan yang telah dibangkitkan oleh rakan daripada Teruntum ya iaitu berkenaan dengan er… pembekalan blok ais bagi nelayan-nelayan dan er… daripada aspek ini terdapat 2 pengeluar air batu blok bagi kegunaan sektor perikanan iaitu Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) di… dan juga Syarikat Armada Sdn. Bhd., ya. NEKMAT ni di Jalan Sri Kemunting, Tanah Putih manakala Syarikat Armada Sdn. Bhd. ini di Tanjung Api.
Kapasiti pengeluaran kilang air batu NEKMAT adalah sebanyak satu… 1,100 - 1,200 blok sehari iaitu 1 blok lebih kurang dalam 130 kilogram 1 blok dan ini sebenarnya kalau di… di… apa nama ditukarkan ke unit tonnage antara 143 hingga 156 metrik tan sehari. Manakala bagi Syarikat Air Batu Armada ni ialah antara 500 - 800 blok sehari iaitu antara 65 - 104 metrik tan sehari dan er… Persatuan Nelayan Kawasan Kuantan pula merupakan penjual runcit air batu di kawasan Kompleks Pendaratan Ikan LKIM Kuantan yang mendapatkan bekalan air batu tersebut daripada pihak NEKMAT.
Jadi, keperluan penggunaan air batu bagi aktiviti pembungkusan dan penangkapan ikan di kawasan Kuantan khususnya di Kompleks Pendaratan Ikan Kuantan adalah sekitar antara er… biasanya antara 1,000 blok sehari, namun pada waktu kemuncak bulan September hingga November, penggunaan air batu meningkat 2 kali ganda hingga 2,000 blok sehari dan bagi memenuhi keperluan permintaan tempatan ni, pihak NEKMAT sedang melaksanakan penambahbaikan kepada mesin pembuatan air batu bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran kepada lebih kurang dalam 1,500 blok sehari iaitu peningkatan sebanyak 50% dan er… juga menambah baik bilik sejuk bagi menyimpan stok air batu. Ini adalah usaha dibuat sepertimana yang dibangkitkan oleh Teruntum tadi untuk memenuhi permintaan daripada nelayan-nelayan khususnya ketika waktu puncak.
Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, itulah di antara perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan ADN. Terima kasih kepada er… semuanya yang membangkitkan er… isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya dan er… saya mengharapkan ianya telah pun dapat dijawab, sedikit sebanyak memberi penjelasan dan insya-Allah kalau sekiranya ada perkara-perkara yang memerlukan er… penjelasan selanjutnya pihak jabatan ataupun agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian akan secara sukacitanya memberikan maklumat dan membantu bukan sahaja pihak pemimpin setempat tetapi juga semua players dengan izin, dalam sektor pertanian ini untuk terus mendokong hasrat dan usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar bagi memastikan insya-Allah satu hari Pahang akan menjadi pengeluar utama bukan sahaja dari segi ruminan, daging dan juga tenusu tetapi juga pengeluar utama makanan di negara Malaysia yang tercinta ini.
Jadi, dengan itu saya dengan ini juga menyokong bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar pada 18 November yang lalu. [Ahli Dewan menepuk meja] Terima kasih. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari pihak kerajaan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang. Silakan.
Bismillahhirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya ucapkan terima kasih. Saya juga seperti rakan-rakan yang lain ingin mengucapkan tahniah er… kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kerana telah pun membentangkan bajet yang begitu komprehensif yang setiap sektor
disentuh dan dalam masa yang sama juga kesungguhan yang ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri untuk mencari untuk mempastikan supaya negeri Pahang ini menjadi sebuah negeri dengan izin, independent iaitu negeri yang boleh berdiri di atas kaki sendiri walaupun kita tahu kekangan-kekangan yang ada kerana kita bukan lagi negeri yang merupakan negeri favourite kerana kita adalah merupakan negeri pembangkang.
Walau bagaimanapun Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Pengerusi ya apa nama… Yang di-Pertua, saya juga melihat bahawa walaupun kita pembangkang tetapi kita lihat apa yang disebut ya pepatah yang disebut “thats a light at the end of the tunnel” “ada cahaya di hujung terowong”. Saya nak ucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional kita di Tanjung Piai yang telah menang dengan bergayanya. Apapun telahan yang dibuat kita kena mengakui bahawa rakyat telah berubah arah. Selama 1 tahun 8 bulan rakyat boleh membuat er… perbezaan. Er… rakyat boleh membuat perbandingan di antara kerajaan yang dulu dan kerajaan yang sekarang.
Kita juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan kita terutama sekali parti PAS, Parti Islam Se-Malaysia. PAS ini kalau nak dilihat apa pun orang bagi tahu bahawa PAS ini sebuah, seorang sahabat. Dulunya bukan sahabatlah, dulunya berlawanlah tapi sekarang dah jadi sahabat. Maknanya keikhlasan PAS itu menghulur tangan ketika kami kalah bukannya menghulur tangan ketika kami menang. [Ahli Dewan menepuk meja] Maknanya PAS ini ya PAS benar-benar melihat bahawa mesti ada penyatuan kesatuan terutama sekali kita orang Melayu dan orang Islam.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sebab itulah saya cukup yakin bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kalau kita tengok rambut dia pun dah dia cuba sorok-sorok sikit makin kurang dah, saya tahu… saya dengan dia sejak tahun 2004 lagi… dulu lebat… sekarang, dulu okay lagi, macam saya dulu sebelum jadi Menteri Besar, sekarang tengok… maknanya berfikir pagi, petang, siang, malam macam bagaimana nak mempastikan supaya kita akan menjadi sebuah kerajaan yang apa yang kita katakan independent ataupun boleh berdiri di kaki sendiri.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya ingin menjawab ya dulu soalan-soalan yang telah diberikan oleh rakan-rakan sebagai soalan tambahan er… kerana er… sebelum itu saya nak ucap terima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kerana telah pun memperuntukkan bajet sebanyak RM10.4 juta kepada sektor pelancongan pada… untuk tahun 2020.
Saya hendak menjawab soalan yang mohon izin saya jawab soalan pertanyaan yang dikemukakan oleh rakan-rakan ADN. Ini saya kena sebut. Dulu saya ada sekali tu saya tak sebut, ramai sms kepada saya apa Dato’, ini Wakil daripada Lanchang tak sebut kami beria buat homework dan sebagainya. Saya hendak sebut sorang-sorang saya nak sebut.
Saya nak ucap terima kasih kepada ADN Bilut, ADN Beserah, ADN Ketari, er… Wakil daripada Ketari, Wakil daripada Padang Tengku, Wakil daripada Sungai Lembing, Cheka, Tanah Rata, Teruntum, Muadzam Shah er… Bukit Ibam, Damak, Tahan, Kemayan dan yang terakhir sekali Teras. 14 ADN er… 14 Wakil yang telah er… yang telah er… terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar camna tak sayang (ketawa). 14 er… Wakil er… apa nama tu ADN yang telah pun menyentuh portfolio
saya secara langsung atau tidak langsung sama ada dari segi pelancongan, perladangan ataupun dari segi alam sekitar. Yang terbanyak adalah ADN er… Wakil daripada Padang Tengku. Dia pun dah balik dah agaknya.
5 soalan, 5 perkara ini saya nak ucap terima kasih. Saya nak puji jugalah ya kerana saya ini er… ini penggulung yang terakhir ya Yang Berhormat… Yang… Yang Berhormat Yang di-Pertua ya? Jadi saya tak akan ambil masa malam er… masa yang lama cuma 2 jam 45 minit sahaja kerana yang terakhir. Jadi tak adalah selepas saya ini. Suka hati sayalah because the floor is belong to me… it’s up to me.
YB… YB… tapi sebelum maghriblah ya.
Terima kasih. Maknanya, tapi Yang Berhormat Yang di-Pertua saya boleh jamak. Jamak Takhir.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Padang Tengku 5 soalan… 5 perkara disentuh er… Muadzam 3 perkara disentuh, Bilut 1, Beserah, Ketari 2 er… Sungai Lembing 1, Cheka 1, Teruntum 2, Damak 1, Teras 2, Kemayan 1, Tahan 1, Ibam 1 dan Muadzam 1. Terima kasih saya ucapkan. Saya juga nak ucap tahniah la kepada er… ini secretariat sebab kali ini agak detail. Termasuklah catitan yang diambil sendiri oleh Yang Berhormat Dato’ Sri SS ya, Setiausaha Kerajaan Negeri. Ada satu soalan daripada Ibam tak silap yang bukit ape yang… Tasik Biru ya? Daripada Ibam. Itu saya akan jawab.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya hendak mulakan ya. Saya tak akan jawab semua, saya akan cuba jawab lebih kurang dalam 14 soalan atau 13 atau 12 soalan, 12 perkara yang er…duanya telah pun dijawab oleh sahabat saya er…Wakil Kerajaan daripada Kerdau dan satu lagi daripada er…ini Benta. Jadi saya akan jawab kalau Yang Berhormat hendak saya jawablah er…Yang di-Pertua. Kalau Yang di-Pertua jawab takyah jawab saya tak yah jawab. Jawab ya. Ha…jawab. Okay. 2 jam 40 minit.
Wakil daripada Padang Tengku mohon Kerajaan Negeri untuk mewartakan daerah Lipis sebagai Tapak Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan. Saya er… tadi mintak Wakil sahabat saya daripada Maran jawab. Dia cakap takpe lah Dato’ jawab la ini… Wakil daripada Lanchang jawab je lah. Kerajaan Negeri memang telah dan sedang mengambil tindakan terhadap er… pembangunan unsur-unsur warisan di negeri ini malah kita telah wartakan 24 er… pada tahun lepas dan er… kini er… Tasik Bera telah pun diiktiraf sebagai er… pelancongan antarabangsa di bawah Ramsar International. Manakala Tasik Chini pula diiktiraf oleh UNISCO sebagai Biosfera Reserved.
Dan seterusnya Lipis, Bukit Fraser dan Sungai Lembing juga telah disenaraikan untuk digazetkan sebagai kawasan warisan. 2 lagi kawasan er… kawasan iaitu Taman Negara dan Mossy Forest, Cameron Highlands dalam proses untuk diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia.
Wakil daripada er… Muadzam ya er… mencadangkan supaya Unit Pelancongan diwujudkan di setiap PBT sebagai tujuan mempromosikan kawasan pelancongan dan seterusnya membantu menjana pendapatan kepada daerah-daerah. Kerajaan Negeri mengalu-alukan cadangan oleh Wakil daripada Muadzam. Usaha ini telah… dan telah… telah pernah dijalankan. Walau bagaimanapun hasilnya tidak begitu berkesan. Pada masa ini setiap daerah er… di negeri Pahang sudah ada Jawatankuasa Pelancongan Daerah bagi membincang isu-isu pelancongan di peringkat daerah.
Seterusnya Wakil daripada Ibam er…cadangan Tasik Biru dijadikan kawasan pelancongan. Ini dicatit oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Setiausaha Kerajaan Negeri. Terima kasihlah. Rupanya dia duduk belakang tu buat kerja jugak. Kerajaan er… Kerajaan Negeri menyedari bahawa keindahan Tasik Biru ini. Walau bagaimanapun kita juga sedar bahawa kawasan ini agak berisiko khususnya dari segi keadaan rupa buminya dan kualiti airnya yang merbahaya kepada manusia. Walau bagaimanapun kajian perlu dibuat sebelum ianya boleh dibangunkan sebagai tarikan pelancong. Jadi kita tahu bahawa kawasan sini sangat indah.
Kemudian Wakil daripada Ketari. Ha, Ketari la pasai soalan dia… dia bercakap awal kena tanyalah. Wakil daripada… dari Ketari bertanya bagaimanakah perancangan pelaksaanan cukai katil di Kerajaan Negeri? Kerajaan Negeri sebenarnya kita tak bercadang untuk membuat cukai katil macam er… kerajaan negeri-negeri yang lain. Kita hanya cukai bilik je. Maknanya kalau dia ada 20 katil dalam tu, 1 bilik aja kita charge.
Pihak Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri, BPEN akan membantu pihak Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang dan lain-lainnya dalam menyediakan cadangan bagi mewujudkan enakmen undang-undang baharu atau memindanya jika telah ada bagi merealisasikan hasrat ini.
Wakil daripada Sungai Lembing menyebut, mencadangkan supaya kawasan yang terlibat dengan kebakaran di Sungai Lembing pada 31 Ogos 2019 lalu dibangunkan semula dengan mengekalkan konsep Era Kolonial. Ingat era mana tadi. Majlis Perbandaran Kuantan telah membentangkan perancangan pembangunan semula sebagai Sungai Lembing termasuk kawasan terlibat kebakaran… kebakaran dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 28 er… ke-28/2019.
Wakil daripada Cheka menyatakan, meminta Kerajaan Negeri mempromosi lagi Tanaman Eco Rimba Kenong, Lipis menggunakan peruntukan cukai pelancongan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan agar penduduk tempatan dapat melibatkan diri secara aktif dalam sektor pelancongan. Betul, Wakil daripada Cheka?
Projek menaik taraf er… infrastruktur Eco Kem Pelancongan Kampung Dusun, Kuala Kenong, Lipis berjumlah RM200 ribu telah pun diluluskan pada tahun 2019 dengan menggunakan peruntukan Pembangunan Projek Penyediaan Infrastruktur dan Fasiliti er… pelancongan. Di samping itu sebanyak RM170,000 telah diluluskan kepada daerah Lipis. Dengan menggunakan peruntukan cukai pelancongan projek-projek ini dijangka dapat dirancakkan er… merancakkan lagi industri pelancongan daerah Lipis dengan er… penglibatan penduduk setempat.
Wakil daripada Beserah, rakan baharu, sahabat lama, rakan baharu. Er… walaupun ada rakan-rakan yang bertanya 3, 4 soalan, 5 soalan tetapi saya hanya jawab 1 soalan sahajalah. Yang lain tu saya akan jawab secara bertulis. Sebab kita nak raikan pertanyaan yang bersungguh-sungguh tu.
Wakil daripada Beserah, kedudukan negeri Pahang mempunyai muka bumi dan geografi yang menarik merupakan satu kelebihan kepada negeri Pahang dalam sektor pelancongan. Kerajaan Negeri disarankan supaya lebih bergiat dan agresif dalam perkara berikut, menyediakan prasarana yang baik untuk menarik pelancong hadir ke negeri ini dan meningkatkan promosi pelancongan. Kerajaan Negeri akan memohon bajet pembangunan mengikut rolling plan yang ke-12. Dia berbeza ya. Maknanya projek pembangunan ini yang berskala besar. Yang berskala besar ke-12, mengikut priority yang disediakan RMK… RMK, Royal Rolling Plan dalam RMK Ke-12, minta maaflah petang, apa nak buat, lain kali bagi saya nombor satu. Okey … er … mengikut priority yang disediakan oleh pihak daerah dan ditapis oleh BPEN dan Kementerian Pelancongan sebelum diangkat kepada Unit Perancangan Ekonomi JPN.
Wakil daripada Damak yang ini dia agak teknikal sikit. Jadi saya memohon izin untuk saya menjawab secara bertulis yer boleh yer wakil Damak, kalau wakil Damak cakap okey, saya okeylah kalau tidak kita berhenti di sinilah. Okey Wakil daripada Damak saya akan jawab secara bertulis ya sebab dia agak teknikal sedikit banyak… banyak sangat nama lot dan sebagainya bagi saya jawab secara bertulis.
Wakil daripada Tahan, oh… yang ini tentang… yang ini telah dijawab Wakil daripada… sahabat saya daripada Kerdau ya, wakil daripada Tahan tentang apa Kerajaan Negeri mengkaji untuk pengeluaran lesen arak tu. Wakil daripada Kemayan telah dijawab oleh Exco Pertanian, oh…tak banyak dah.
Dan yang terakhir sekali Wakil daripada Tras. Memohon penjelasan adakah krisis air di kawasan Tras berpunca daripada aktiviti pembalakan, pertanian, perladangan kerana kadar kekeruhan air yang teruk di Sungai Bilut menyebabkan Loji Air Sungai Bilut ditutup lapan kali dan loji di Sungai Semantan ditutup sebanyak lima kali sepanjang tahun, betul? Telah dijawab yer, telah dijawab Dato’ ni wakil daripada dah jawab dah, daripada apa Guai, dah jawab dah yang ini? Ha…dah jawab, jadi takda la habis dah, sikit lagi.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya ingat sikit la saya nak sentuh dalam portfolio saya, baharu…baharu dua belas minit.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya nak maklumkan bahawa kerana ada wakil daripada rakan-rakan kita tanya tentang perbelanjaan kita duit yang kita terima daripada Kerajaan Pusat iaitu cukai pelancongan yang kita terima separuh. Kita dapat 16 juta separuh diberi kepada Kerajaan Negeri dan separuh disimpan oleh Kerajaan Pusat. Saya nak beritahu bahawa peruntukan yang diterima adalah RM7,861,080.00 kita buat penyelenggaraan dan penyediaan kemudahan pelancongan RM2 juta, promosi dan pemasaran destinasi pelancongan RM2.7 juta, kemudian yang lain-lainnya er …yang lain-lainnya aktiviti-aktiviti lain contohnya kita buat contohnya er…sebagai contohnya Pesta Durian Antarabangsa Raub, Sambutan 100 tahun er…apa namanya Fraser’s Hills dan lain-lain. Jadi semuanya kerana kita telah diarahkan oleh Kementerian Pelancongan supaya mempastikan bahawa antara lainnya ianya mesti dibelanjakan untuk mempromosi.
Negeri-negeri yang mempromosi negeri Pahang kerana apa kerana Kementerian mungkin hanya boleh mempromosi dua atau tiga sahaja produk yang kita ada yang lainnya kita terpaksa mempromosi sendiri.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Walau bagaimanapun ada lebihan lagi Yang Hormat Yang di-Pertua. Tahun depan akan dapat lagi. Ini kita belum lagi buat cukai…cukai apa? Cukai bilik apabila kita dapat cukai bilik nanti kita akan dapat lagi.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya juga nak maklumkan bahawa Kerajaan Negeri yer, Kerajaan Negeri tentang carbon credit tentang nak sebut sikit tentang, tadi kita susun elok jer, sekarang dia dah jadi kelam kabut sikit…okey.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya nak sebut bahawa tahun depan adalah Tahun Melawat Malaysia yang dipelopori ataupun yang di…yang championnya adalah Kerajaan Pusat. Walau bagaimanapun orang datang ke Malaysia dia akan pergi ke negeri-negeri. Dia tak akan pergi melawat Malaysia kerana data tersebut akan digunakan oleh Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri, okay. Mensasarkan bahawa pada tahun depan kita akan menerima pelancong ke seluruh Malaysia ini sebanyak 30 juta orang pelancong daripada luar negara dengan nilaian yer nilaian sebanyak RM100 bilion. Saya nak maklumkan bahawa yer er …kita di negeri Pahang ini, di negeri Pahang ini saya nak maklumkan bahawa kehadiran pelancong, kedatangan pelancong kita sehingga September, sehingga September tahun ini kita telah er apa namanya meningkat iaitu sebanyak 3.6% yer, 3.6% iaitu kalau tahun 2018 pada bulan September kita terima 9.7 juta.
Pada tahun ini sekarang ini 10.05 juta, yang er…Kuantan, Cameron Highlands kemudian Tioman, Temerloh dan juga er…ini Genting Highlands antara tempat yang… yang banyak dikunjungi dan dari segi pelancong luar negara ianya yang terbesar adalah Singapura, China. China setakat ni kita dah terima 640,873 orang. Ini semuanya datang makan durian kemudian daripada Singapura 876,584. Kemudian Indonesia, India dan negeri-negeri Eropah seperti negeri-negeri lain er… termasuklah Belanda, Perancis, Germany dan juga UK yang merupakan pasaran utama.
Saya juga nak maklumkan bahawa lima puluh acara yer kita yang kita telah pun telah masuk dalam seperti yang saya nyatakan lima puluh acara er… lima puluh acara sepanjang tahun oleh Tourism Malaysia. Tadi saya cakap dua tetapi jawapan yang diberi kepada saya untuk petang ini tambah tujuh lagi kita ada sembilan, kalau tadi saya sebut dua sahaja tapi kita ada sembilan yang telah masuk di dalam er… kalendar Tourism Malaysia.
Jadi saya juga nak maklumkan bahawa yer kita mengetahui bahawa this is the future economy kerana the generating, generating apa ni income for the state dengan izin kerana apa pada tahun 1.4 bilion pelancong telah melancong di seluruh dunia pada tahun 2018, 1.4 bilion pelancong peningkatan di Asia Pasifik sebanyak 6% dan pada tahun 2019 ini, United Nation World Tourism Organization dijangka berkembang mereka berkembang 3 hingga ke 4%.
Makna kita 3.6 makna kita lebih kurang dalam anggaran…dijangka tahun 2020 pelancong di seluruh dunia menjangkau 1.8 bilion. Cuba kita bayangkan, satu perpuluhan seluruh dunia tetapi of course ianya termasuk di Malaysia dan saya nak bagitau bahawa di Asia ini, kita di Asia ini perkembangan yang penting untuk pelancongan adalah dengan menggunakan apa yang kita katakan super apps, jadi kita ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri, kepada sahabat saya er wakil daripada er
Peramu …eh Peramu …Bebar, wakil daripada minta maaf, Yang Berhormat Yang di-Pertua, Wakil daripada Bebar, yang merupakan Chairman PahangGo.
Dan ini adalah di antara platform yang sedang dibangunkan walaupun peringkat awal ini pelancaran telah pun dibuat, ianya kita tertumpukan kepada pembayaran dahulu tetapi saya lihat sendiri apabila pembentangan dibuat, kerana saya pernah menjadi Exco er…IT kerana ketika itu kita nak buat terlalu awal makna kita mendahului zaman orang tak kerana ketika itu dari segi wifi dari segi pencapaian internetnya masih lagi terlalu…infant ketika itu.
Dan kita orang tidak faham lagi apa itu high speed broadband dan sebagainya tetapi sekarang ini dengan platform yang ada ini bukan sahaja untuk kita membuat pembayaran tetapi juga untuk ya untuk digunakan juga untuk sektor pelancongan kemudian digunakan juga untuk sektor er… jual beli ini sebagai contoh seperti Lazada dan lain-lain lagi digunakan juga untuk booking untuk kita membuat tempahan dan sebagainya.
Jadi kita ada PahangGo and actually go to Pahang juga, so ini adalah satu platform yang perlu kita er…terus bangunkan dari masa ke semasa. Saya juga nak menyebut yer Yang Berhormat Yang di-Pertua bahawa…hilang pulak Yang Berhormat Yang di-Pertua…mana la perginya er …dia nak suruh balik la Yang Berhormat Yang di-Pertua. Takpe…saya nak menyebut juga tentang portfolio yang kedualah ya…alam sekitar. Saya nak maklumkan bahawa alam sekitar kita telah pun menubuhkan iaitu Jawatankuasa Pemantauan…
Er…Dato’ Sri Speaker, ni sebelum pergi portfolio lain. Saya bukan nak buat soalan apa ini, saya nak ucapkan tahniah kepada Exco Pelancongan dan Kerajaan Negeri kerana telah berjaya dapat award apa ini… Understandings State…
Outstanding…
Upstanding? Outstanding tulisan kecil tak nampak dah tua rupanya. Outstanding State Tourism Personality dan juga tiga lagi award yang lain. Jadi saya nak ucapkan tahniah la. Terima kasih.
Terima kasih Wakil daripada Padang Tengku. Insya-Allah, untuk kali yang akan datang ini saya akan bawa Padang Tengku la pergi. Jadi kalau nak, pujilah [ketawa].
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Tiga lagi award yang kita menang adalah itu Outstanding itu er… Personality itu… itu dia menghargailah kerana saya pernah menjadi Presiden Malaysian Tourism Council dan kemudian dalam masa yang sama, dalam banyak-banyak Exco Pelancongan itu termasuklah Menteri Pelancongan itu saya yang paling senior sekali. Saya kebetulan la yang lain itu semuanya first term. Sayalah yang paling… paling… paling senior sekali er… jadi maknanya kita mengenali the industry players.
Saya nak maklumkan tadi yang saya terlupa ya. Kalau kita… kalau kita tengok menjelang tahun 5 tahun daripada sekarang ya, inbound arrival maknanya orang datang ke negeri ini 1.8 trillion trips. Trips ya maknanya cuba kita bayangkan dan kemudiannya duit dia trips ini… bukan tricks [ketawa] dan duit yang akan dibelanjakan USD2.5 billion. Jadi sebab itulah er… USD5 trillion maknanya… maknanya dan kemudiannya untuk domestik ya ini… ini apa yang telah di… di apa dikaji 19 billion trips ataupun 19 billion er… pelancong dan kemudiannya duitnya sebanyak USD3.5 billion er… dan lebih daripada separuh daripadanya menggunakan online ataupun menggunakan apps sebab itulah apa yang kita buat ini adalah betul, adalah benar.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sebab itulah Yang Berhormat Yang di-Pertua dalam kita nak merancang ya er… tourism ini untuk membangunkan tempat-tempat er…peranginan ini. Jadi sebab itulah orang tanya saya kenapa Cherating ini. Cherating ini dibangun by chance bukan by design. By chance itu maksudnya ketika itu terbinanya er…ini…ini ClubMed maka kawasan tersebut ketika itu sesuai dengan zaman itu.
Tetapi kita tidak bangunkan mengikut bagaimana Bali membangun, bagaimana Genting Highlands membangun, bagaimana er…ini…ini Gold Coast membangun, bagaimana Anaheim, Disneyland membangun. Mereka merancang betul-betul pembangunan tersebut er…jadi yang ini ada dalam kepala Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa insya-Allah kita akan sedang merancang untuk buat pembangunan yang dia integrated seperti apa yang berlaku di Singapura.
Singapura satu ketika dulu sebuah negara yang sangat rigid ya sebagai contoh saya nak sebut ini bagaimana kita kena fleksibel. Berjudi tak boleh, hisap rokok tak boleh semua tak boleh. Akhirnya mereka ada kasino di Singapura dan dia ada Universal Studio dan negeri yang kecil macam itu kita boleh tengok sendiri berapa pelancong yang datang.
Bukan la semua orang pergi kasino tetapi the attraction, the integrated, er…resort yang dia ada tu. Er…yang ini yang kita kena tengok supaya kita jangan buat lah yang judi itu tetapi kita buat yang lain-lainnya kerana kalau kita tengok Bali dibangunkan dengan yang lebih…dengan harga bilik yang tinggi yang mahal. Di Bali, kalau siapa pergi Bali semua bilik harga dia mahal. Kenapa Yang Hormat Yang di-Pertua ya? Kasturi ya nama yang baharu itu, resort yang baharu.
Kasturi itu satu malam RM1,000.00. Satu malam RM1,000.00, RM800.00, RM1,200.00 di Cherating. Royal Chulan satu malam RM900.00, er…RM1,000.00, RM1,200.00 Royal Chulan. Kenapa Royal Chulan 3 bulan apa namanya maknanya kalau macam Kasturi itu terpaksa 5 bulan ke 6 bulan nak kena buat reservation sebab orang dah book… buat booking. Mahal tapi kenapa Legend daripada RM300.00 turun RM200.00 akhirnya tutup? Maknanya orang nakkan yang berkualiti. This is the reality.
Orang nak yang mahal.
Yang mahal. Orang nak yang mahal. Bukan yang kualiti, yang kualiti itu mahal la. Yang mahal Yang Berhormat Yang di-Pertua, di Maldives…
Ya… yang banyak facilities?
Er… saya 2 jam setengah.
Yang banyak facilities lah.
Er…okey. Jadi er…kita nak tunjukkan bagaimana dunia berubah. Yang Berhormat Yang di-Pertua ya, kita…saya pernah sebut tentang kita punya apa nama…apa yang kita sebut sebagai jawatankuasa. Saya nak memaklumkan bahawa kita pernah buat press statement sekali Yang Berhormat Dato’ Sri tentang 225 kawasan yang disyaki, yang di…bukan disyaki yang ianya telah remote sensing, Agensi Remote Sensing mensyaki…mensyaki bahawa kawasan tersebut ada pencemaran. Ada pencemaran tetapi setelah er…kita bawak pada jawatankuasa Yang Berhormat Dato’ Sri er…apa nama SS pun ada sekali dan kita telah check semua premis, alhamdulillah semua premis tidak ada satu pun pencemaran yang ada sebab itu kita guna, gunanya jawatankuasa kita bertindak terus.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Tentang karbon kredit ini saya nak maklumkan bahawa kita telah pun menandatangan MoU. Sekarang ini oksigen pun kita jual Yang Berhormat…Yang Berhormat Yang di-Pertua. So er…hebat kita negeri Pahang ini. Ini alam sekitar la ini. Kita oksigen pun kita jual dan kita telah menandatangani dengan syarikat The Royal Dutch iaitu satu kajian yang sedang dibuat enam bulan mengambil masa iaitu seluas 500…56,656 hektar lebih kurang 200,000 kawasan iaitu di Endau, Rompin.
Dan kawasan tersebut akan dijaga jika ianya menepati spesifikasi yang mereka nak, mereka akan jaga dan kemudian mereka akan ada er…dia panggil offset. Dia akan buat pembayaran dan sedia…Kerajaan Negeri juga telah mengambil keputusan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar telah menyatakan bahawa jika sekiranya di sana okey, di sana kita sign agreement dengan er…Royal Dutch kita akan buat satu lagi iaitu di Cameron Highlands seluas 38,780 hektar.
Kita akan buat, mereka akan jaga dan kita jaga hutan kita tapi kita tak payah buat apa kita akan dapat duit kerana mereka ada apa yang mereka katakan ini er…ini CSR kerana mereka pengeluar minyak yang banyak ya, yang banyak merosakkan greenhouse effect ini dan sebab itu mereka terpaksa bayar balik.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Dah habis dah Yang Berhormat Yang di-Pertua tentang perladangan kita telah pun meluluskan ya. Kita telah meluluskan hala tuju kita, hala tuju perladangan antaranya mewujudkan Tabung Amanah Perladangan kemudian menggalakkan pemain-pemain industri perladangan di negeri Pahang untuk mempelbagaikan integrasi ladang.
Yang ketiga…yang ketiga, mewujudkan seed culture atau tissue culture eksplorasi tenaga baharu, sumber tenaga diperbaharui dan kemudiannya memperkasakan pekerja-pekerja ladang. Ada problem ini pekerja ladang melaksanakan program pemutihan ladang-ladang haram jadi bagilah kita kepercayaan dan cadangan ini telah dibawa ke MMK dan telah pun diluluskan pada 4 September 2019 dan er… kemudiannya akhirnya Yang Berhormat Yang di-Pertua, dah habis dah Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Akhir sekali, saya juga nak sebut bahawa kita…minta maaf Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya sedang mencari kertas akhir. Er…akhirnya saya er…nak ucap terima kasih la kepada semua yang telah pun er…berucap kepada semua ADN yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang ada kaitan dalam portfolio saya.
Minta maaf saya tak dapat jawab semua walau bagaimanapun saya juga nak ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan Exco serta Ahli-ahli Berhormat yang lain, ketua-ketua jabatan dan er…semua yang terlibat terutama sekali Yang Berhormat Yang di-Pertua dan Timbalan yang menjalankan tugas dengan baik, begitu juga dengan yang pihak-pihak sokongan ya portfolio saya begitu juga yang lain yang telah diberikan amanah untuk melaksanakan.
Cuma satu perkara sahaja Yang Berhormat Yang di-Pertua, pada tahun 1989 Perdana Menteri Keempat telah mengilhamkan Wawasan 2020. Kita semua ingat, nak jadi sebuah negara maju ya dan tahun depan adalah tahun wawasan er…tahun depan adalah tahun 2020. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat berhormat Menteri Besar kita telah membentangkan bajet untuk tahun 2020 dan kalau kita tengok gambaran yang…yang er…Perdana Menteri Keempat dulu membayangkan kepada kita Yang Berhormat Yang di-Pertua tak ada lalulah gayanya.
Gagal betullah Wawasan 2020 yang nak dibawak dulu. Yang nak dibawak dulu jadi cuba kita bayangkan kita berada di dalam kedudukan beliau apa perasaan beliau. Dasar yang beliau buat dulu pun gagal. Yang seme…yang sebenarnya jika ianya diteruskan dengan baik akan berjaya tetapi apabila pertukaran tupuk…pucuk pimpinan, walaupun beliau menjadi ketuanya dan kita lihat sendirilah apa yang sedang berlaku, saya tak nak…saya tak nak komen, kalau kalau saya komen maknanya nanti sejam setengah lagi er…tapi kita tengok sajalah er…keputusan di Tanjung Piai. Itu adalah aspirasi ataupun cita rasa rakyat.
Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sekali lagi saya minta maaf kalau ada salah silap. Er…Saya mohon menyokong RUU Perbekalan 2020 er…tahun er…2019 dan Usul Pembangunan dan Perbekalan Air 2020 yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat dari pihak kerajaan. Ahli…Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada 10 orang Ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan yang telah memberikan jawapan-jawapan dan penjelasan-penjelasan di atas permasalahan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan mahupun penjelasan semasa pihak kerajaan menjawab. Insya-Allah pada hari besok, Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan membuat penggulungan. Saya bercadang untuk
menempohkan persidangan kita pada petang ini dan persidangan akan disambung semula pada hari esok, Jumaat jam 9.30 pagi. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan pada jam 6.00 petang]