Pahang · 22 November 2019

14th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · 407 turns · 20,855 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari Jumaat

: 22 November 2019

Bersamaan

: 25 Rabiulawal 1441 Hijrah

Masa

: 9.30 pagi

Bacaan doa.

DOA

Yang di-Pertua (Speaker)

[Ayat al-Quran]. Segala puji bagi Allah, dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah yang Maha pemurah, yang Maha mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan. Mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini.

Ya Allah, kami sekalian hambamu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkat-Mu ke atas kami berhimpun, dipohon anugerahkan taufikmu, dipohonkan menyuluh, memandu pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin, Ya Rabbal A’lamin.

Pertanyaan Dan JawapanQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara pertama: Pertanyaan dan Jawapan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Asssalamualaikum WBT, salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhomat sekalian. Alhamdulillah, kita bersyukur kehadrat Allah SWT pada pagi ini kita masih lagi dikurniakan kesihatan, akal yang sihat, waras dan dapat sekali lagi bersama-sama meneruskan amanah kita di persidangan kita pada pagi yang mulia ini. Baiklah, untuk kita meneruskan aturan urusan mesyuarat pada kali ini, seperti biasa soalan dan jawapan. Saya dengan ini menjemput Wakil dari Mentakab untuk membuat pertanyaan. Sila Yang Berhormat.

Encik Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Salam sejahtera dan selamat pagi, Yang Ber… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 1.

[Sila kerajaan nyatakan:

Berapakah tanah milik kerajaan telah dijual.

Berapakah bidang tanah milik kerajaan negeri telah dimohon dan diluluskan dari tahun 2011-2019 di daerah Temerloh.]

Assalamualaikum WBT, selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada ADN kawasan Mentakab yang bertanyakan dua soalan iaitu berapakah tanah milik kerajaan yang telah dijual dan juga berapa bidang tanah milik kerajaan yang telah dimohon dan diluluskan daripada tahun 2011 hingga 2019 di daerah Temerloh.

Untuk makluman Yang Berhormat, saya ingin nyatakan di Dewan Yang Mulia ini bahawa, tiada tanah kerajaan yang dijual. Tanah kerajaan hanya boleh dilupuskan secara… dilupuskan kepada orang-orang, kepada individu-individu, badan-badan tertentu secara pemberimilikan, Lesen Pendudukan Sementara ataupun secara permit.

Manakala bagi soalan B, untuk makluman yang berhormat daripada tahun 2011 hingga 2019, Pentadbir Tanah Temerloh telah menerima 15,976 permohonan pemberimilikan tanah mengikut Seksyen 76 Kanun Tanah Negara. 2,257 permohonan telah diluluskan, manakala 6,650 ditolak dan baki 7,069 permohonan belum ada keputusan lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Encik Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Sungai Lembing. Lepas ini…

Soalan tambahan. Terima kasih er… terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar di atas er… jawapan tadi. Hanya saya di sini ingin menyampaikan permohonan daripada rakyatlah. Berkaitan dengan tanah ini, tanah TOL, tanah LPS, ada yang gerannya, geran kekal HD dan tanah PSK dan lain-lain.

Apa yang saya nak kemukakan disini, permohonan tanah untuk bangunan. Kalau di kampung-kampung, Tuan Yang di-Pertua, nama permohonan tanah itu, tanah er… untuk bangunan untuk buat rumah dan lain-lain lagi. Jadi, kalau ikut Akta Ordinan Tanah, er… mungkin pihak Kerajaan Negeri mengenakan bayaran-bayaran yang orang kampung tak mampu nak bayar. Walaupun kita sekarang ini memang er… mengekalkan, pastikan mana-mana sesiapa yang bayar cukai, kena bayar cukai.

Tetapi permohonan orang kampung ini, tak mampu nak bayar. Kalau dah berpuluh ribu, 15 ribu, 20 ribu. Jadi dalam hal inilah, saya mencadangkan di mana yang perlu, satu pertimbangan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar. Yang keduanya, kalau perlu dipinda, Ordinan ataupun Akta itu, pindakan, bagi memberi ruang kepada rakyat buat rayuan. Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih ADN Sungai Lembing. Saya ingin nyatakan di sini bahawa apabila Kerajaan Negeri memberi… di melupuskan tanah sama ada secara LPS ataupun pemberimilikan dan sebagainya er… Kerajaan Negeri terpaksa mengenakan sedikit bayaran dan ini er… kalau sekiranya kita mengecualikan sesuatu kawasan tidak mengenakan bayaran, dia akan jadi… dia akan menjadi presiden kepada tempat-tempat lain. Sedangkan hasil Kerajaan Negeri adalah daripada tanah salah satu daripada hasil Kerajaan Negeri.

Dan er… perkara ini saya fikir tidak mungkin berlakulah. Tidak ada mana-mana negeri lagi yang saya dengar di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan sebagainya yang memberikan tanah secara percuma kepada individu-individu. Sekurang-kurangnya kalau diberi pun, ada sedikit bayaran yang dikenakan. Sebab itu dalam semasa saya membentangkan bajet, 10 ekar ke bawah tidak terlibat, 10 ekar ke bawah… untuk kebun-kebun kecil.

Dan apa yang boleh dilakukan ialah apabila mereka dikehendaki membayar premium tanah, disitu mereka boleh membuat rayuan pengu… pengurangan premium dan biasanya tidak pernah lagi Kerajaan Negeri tidak bagilah rayuan pengurangan premium ini. Maknanya Yang Berhormat daripada Sungai Lembing, kalau sekira ada mana-mana daripada kawasan yang minta supaya er… dikurangkan, saya fikir boleh membuat er… perkara ini dikurangkan.

Dan ini ada termaktub di dalam er… perkara 21 Pihak Berkuasa Negeri boleh mempertimbangkan apa-apa rayuan premium. Dan ini memang saya banyak terima dan tidak pernah pun setakat ini yang kita tolak, rayuan pengurangan premium daripada mana-mana individu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Mentakab.

Encik Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua [berdehem],

Terima kasih jawapan daripada Pihak Kerajaan. Er… saya nak satu pengesahan iaitu tanah di sekitar Terminal Bas Mentakab. Adakah dia telah dijual?

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya tidak mendapat maklumat berkenaan dengan tapak tersebut dan saya akan er… lihat selepas inilah dan kita akan bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan berikutnya saya jemput Wakil dari Ketari.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 2.

[Pengambilan tanah TOL pekebun-pekebun yang telah mengusahakan tanah sejak tahun 2008 melibatkan 207 ekar di kawasan Bukit Tinggi.

Apakah usaha kerajaan negeri untuk mencapai kata sepakatan di antara pihak pekebun dan pihak kerajaan negeri?

Adakah pihak kerajaan negeri dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik supaya isu seperti ini tidak berulang seperti apa yang terjadi kepada pekebun Cameron Highlands.]

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya ucapkan terima kasih kepada YB. Ketari. Semasa saya tiada dalam dewan tempoh hari, saya bermesyuarat dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya dimaklumkan Ketari ada membalas pantun saya. Jadi sebelum saya mulakan jawapan, saya nak bagi pantun jugalah kepada YB. Ketari.

Kalau menari janganlah terjengket-jengket, Sambil menari bersiul-siulan, YB. Ketari sangat setia dengan roket, Bagi saya tujuannya ialah untuk pergi ke bulan.

[Ahli dewan menepuk meja]

Tak apalah kalau dia tak nak masuk sini, dia pergi ke bulan, PAS pun sama juga, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, senyumlah sikit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Senyumlah ni.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dia ada satu kampung, kampung ini nama Kampung Terang Bulan. Boleh la ke situ. [ketawa]

ADN Ketari ada bertanyakan berkenaan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk mencapai kata sepakat antara pihak pekebun dengan pihak Kerajaan Negeri, dan juga bertanyakan soalan apakah kaedah untuk menyelesaikan perkara ini supaya ianya

tidak berulang seperti apa yang terjadi kepada pekebun Cameron Highlands. Sebelum saya jawab soalan ini Yang di-Pertua, saya nak tanya YB. Ketari, apa yang dimaksudkan dengan supaya isu ini tidak berulang seperti apa yang terjadi kepada pekebun Cameron Highlands?

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, er... sebelum tu saya nak jawab pantun.

Bunga Melur di tepi jalan, Anak itik tepi perigi, Tak mahu saya pergi ke bulan, Masuk UMNO apatah lagi.

Er... Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Er... yang saya maksudkan er... tidak mahu perkara berulang seperti di Cameron Highlands kerana kita faham di Bukit Tinggi ada yang er… penggunaan tanahnya melalui TOL, permit, atau pun illegal. Jadi saya berharap er... jika ada pengambilan tanah di Bukit Tinggi untuk sesuatu pembangunan di kawasan er… pertanian tersebut, er… biarlah berlaku perbincangan terdahulu dan win-win situation, dengan izin, terhadap pekebun-pekebun dan juga dengan pihak Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Oleh sebab YB. Ketari nampak gayanya dia bab pantun ini mahir sangat, jadi saya akan jawab dalam ucapan penangguhan. Lepas itu dia tak boleh nak jawab dah. Dia kena tunggu bulan empat tahun depan pula.

Jadi untuk menjawab soalan ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kalau dilihat daripada semakan yang dibuat oleh Pejabat Daerah dan Tanah Bentong, er… kita mendapati aktiviti pekebun di kawasan Bukit Tinggi ini merupakan di dalam Hutan Simpan Bukit Tinggi, dan bukan di atas tanah kerajaan. Yang itu, YB. kena, daripada Ketari kena faham betul-betul ya. Hutan di kawasan Hutan Simpan, Bukit Tinggi dan bukan di atas tanah kerajaan.

Dan untuk makluman juga, fakta yang diberikan oleh YB. Ketari kurang tepat kerana jika soalan ini adalah berkaitan dengan isu terkini pekebun halia di Bukit Tinggi, ianya adalah merujuk kepada permit penggunaan tanaman halia di dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Tinggi berhampiran Janda Baik. Permit penggunaan ini telah diberikan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2007 kepada 231 orang pekebun dengan melibatkan kawasan seluas 709 ekar di kompartmen 104,105 dan 106 Hutan Simpan Bukit Tinggi.

Permit Penggunaan Penanaman Halia ini sebenarnya adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan pencerobohan oleh pekebun-pekebun haram di dalam kawasan Hutan Simpan Lentang berhampiran Janda Baik dapat dibanteras. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan telah mengenal pasti tindakan pencegahan dengan menyediakan satu kawasan hutan simpan yang sesuai untuk dijadikan pusat bagi pekebun haram ini melaksanakan aktiviti penanaman halia secara sah melalui pemberian permit penggunaan. Permit Penggunaan ini perlu diperbaharui setiap tahun mengikut peruntukan di bawah Akta Perhutanan Negara dan tidak boleh dipindah milik.

Kerajaan Negeri telah meluluskan pembangunan projek eko-pelancongan kepada Syarikat Tegap Dinamik seluas 500 ekar di kawasan terbabit pada tahun 2019. Kerajaan Negeri prihatin dengan pendapatan pemegang permit yang terjejas akibat keputusan ini, dan oleh itulah Kerajaan Negeri telah meluluskan kawasan ganti seluas 809 ekar di lokasi yang baharu iaitu di Kompartmen 99,101,102 dan 103 Hutan Simpan Bukit Tinggi.

Kerajaan Negeri juga mensyaratkan pihak Tegap Dinamik menanggung kos penyediaan pelaksanaan Kajian Impak Alam Sekitar, menguruskan kerja-kerja ukur sempadan lot, membina jalan untuk ke tapak lot dan memasang sistem perpaipan di kawasan baharu. Tapak gantian ini juga mempunyai kelebihan berbanding kawasan lama iaitu yang mempunyai sungai, berdekatan dengan tempat tinggal pekebun dan mempunyai muka bumi serta suhu yang sesuai untuk penanaman halia.

Kerajaan Negeri juga telah mengadakan sesi penerangan kepada pemegang-pemegang permit penggunaan halia pada 16 Mei 2019 bagi memberi penjelasan lanjut tentang pemindahan lokasi kawasan permit penggunaan tanaman halia di kawasan baharu. Proses pemindahan dijangka bermula pada tahun 2020 dan Kerajaan Negeri diharap ianya dapat berlangsung dengan cara yang baik dan diterima oleh semua pemegang permit. Nanti dulu YB. YB. ini gopoh sikit rupanya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tenang sikit YB.

Manakala yang kedua, iaitu soalan (b) Berapakah bilangan tanah milik kerajaan? eh sorry... Soalan (b) Adakah pihak keraji… Kerajaan Negeri dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik supaya isu seperti ini tidak berulang lagi sepertimana di Cameron Highlands?

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri berharap agar dengan pemberian kawasan ganti dengan komitmen Syarikat Tegap Dinamik untuk membantu pemegangan permit halia dalam proses pemindahan di tempat baharu, perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan memberi kelebihan baik kepada Kerajaan Negeri dan juga pemegang permit.

Penglibatan pelbagai agensi seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian, MARDI diharap dapat membantu pemegang permit dari segi nasihat teknikal bagi memastikan usaha dan hasil halia di kawasan baharu ini, mampu mencapai tahap yang sama atau lebih lagi berbanding di kawasan lama. Sebarang isu berbangkit juga akan cuba diselesaikan oleh Kerajaan Negeri dan jika perlu, akan diadakan lagi sesi perjumpaan bersama pemegang permit penggunaan halia bagi mencapai kata sepakat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya jelas dah jawab panjang lebar dah. Saya rasa cukup jelas dah jawapan saya itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya ingat dah terang dah jawapannya. YB. Ketari.

Boleh soalan tambahan, sikit jer.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sikit jer... satu soalan.

Okey... okey. Saya ucapkan kepada pihak Kerajaan Negeri kerana telah memberikan maklumat terkini kerana sebab kita tak dapat makluman. Jadi terima kasih banyak-banyak dengan maklumat terkini tersebut. Tetapi saya ingin bertanya kerana saya dimaklumkan untuk kita suburkan tanah untuk tanaman halia, ia mengambil masa dua hingga tiga tahun.

Jadi bolehkah kalau sebelum pindahkan er... pekebun-pekebun ke tempat baharu biar mereka suburkan tanah tersebut dahulu, dalam masa yang sama mereka masih jalankan tempat yang lama kerana kalau kita terus pindahkan dan mereka perlu mengambil masa dua hingga tiga tahun, jadi tidak ada income kepada mereka dengan izin, jadi er... saya mohon jawapan balas. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kalau Yang Berhormat. Ketari memahami jawapan saya yang akhir tadi, sebarang isu berbangkit akan cuba diselesaikan oleh Kerajaan Negeri dan jika perlu diadakan sesi perjumpaan. Maknanya Kerajaan Negeri ini tidak membuat sesuatu tindakan dengan cara drastik ataupun menzalami mana-mana pihak. Dan apa yang saya ketahui setakat ini ialah perpindahan mereka ni buat secara stagger, secara beransur-ansur bukan secara sekali gus.

Jadi Yang Berhormat Ketari jangan bimbanglah ya, sebab kerajaan yang ada pada hari ini, tidak pernah lagi kita menzalimi mana-mana petani. Malahan er… mereka ini, pekebun yang secara haram ini, telah pun menerokai kawasan ini begitu lama sekali dan tidak ada apa-apa tindakan. Kerajaan kehilangan hasil. Hasil daripada penerokaan apa ini, daripada penanaman halia ini.

Jadi bila kita, bila ada er... projek yang dilaksanakan di kawasan tersebut, kita pindahkan mereka ke kawasan yang lain. Kita bagi kawasan yang lebih baik. Walhal Kerajaan Negeri, kalau Kerajaan Negeri tidak pindahkan mereka pun boleh, Tuan Yang di-Pertua. Itu hak Kerajaan Negeri. Tetapi kita tidak berbuat demikian kerana kita sangat prihatin kepada rakyat di negeri Pahang ini. Terima kasih Yang Berhormat Ketari.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya ingat cukuplah YB. YB dah.

Last... last. Satu je.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya ingat…

Saya mohon jika ada perbincangan yang tadi, pihak Kerajaan Negeri…

Yang di-Pertua (Speaker)

YB. dah…

mohon libatkan er... Ketari bersama dengan rakyat setempat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Itu, saya pun tak terlibat dalam perbincangan kerana kita serahkan kepada pejabat er... Pejabat Tanah Daerah, kepada PTG dan tidak ada interference politik dalam itu. Jadi sama ada YB. Ketari akan dipanggil atau tidak terpulang kepada PTG lah. Tapi yang pentingnya penduduk yang terlibat kita panggil. Yang YB. nak datang sangat tu pasal apa? [Ahli Dewan ketawa]

Kerana saya Wakil Rakyat tempat tersebut. Jadi saya perlu maklumat terkini. Kalau kita tak ada maklumat terkini, kita… macam mana kita nak menjawab persoalan masyarakat di kawasan tersebut.

Maklumat terkini Yang Berhormat ya, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita boleh bagi. Tak ada masalah. Selepas mesyuarat tu, katalah, contohnya katalah PTG, DO panggil perbincangan pukul 3.00 petang, saya akan beritahu DO, selesai mesyuarat pukul 5, YB. tunggu kat kedai mana-mana, beritahu kepada YB. [Ahli Dewan ketawa] Tak ada masalah. Sambil-sambil minum air.

Okey. Terima kasih. Saya harap jangan jumpa kat kedailah. Kita boleh jumpa di pejabat dan sebagainya.

Yang di-Pertua (Speaker)

YB. Yang Berhormat Dato’ Sri, sebenarnya YB. ini, kita kena jawab dengan pantun juga baharu dia tahu. Pergi ke pasar beli tahu…

Pergi ke pasar beli tahu, Pergi dengan naik perahu, YB. Ketari tak masuk tak tahu, Dah masuk baharu tahu.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua boleh ulang tak?

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh... boleh.

Pergi ke pasar beli tahu, Pergi dengan naik perahu, YB. Ketari tak masuk tak tahu, Dah masuk baharu tahu.

(Ahli Dewan ketawa)

Itu faham sendirilah Yang Berhormat. Pagi-pagi Jumaat ini ya. Kita pergi kepada soalan berikut, saya jemput Wakil dari Tanjung Lumpur.

Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Saya memohon jawapan dengan mengemukakan soalan nombor 3.

[Adakah pihak kerajaan ingin berhasrat membangunkan kembali Tanjung Lumpur sebagai perkampungan nelayan moden yang bukan sahaja dapat kekalkan Tanjung Lumpur sebagai perkampungan nelayan terkenal, juga dapat meningkatkan penjanaan pendapatan nelayan, menjadi tarikan pelancong seiring dengan pembangunan Kuantan Water Front Resort City.]

Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Wakil daripada Tanjung Lumpur. Sebelum saya menjawab soalan ini, saya nak maklumkan bahawa pada malam ini er... pada malam ini, Kerajaan Negeri akan melancarkan Pahang Fest di Publika. Orang tanya Publika ini kat mana? Google la. Publika kat mana. Kan kita dah ada PahangGo, kita dah ada smart phone, Publika ni di Mont Kiara, Kuala Lumpur. Ya, pada malam ni insya-Allah, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar akan melancarkan, dia cakap dia cuba hadir [ketawa kecil]. Tak apalah, apapun kita bermula daripada hari ini er... bermula pada hari semalam er... hari ni, besok dan lusa. Jadi inilah adalah pra, pra pelancaran untuk Tahun Melawat Malaysia 2020.

Jadi maknanya negeri Pahang ini advance daripada negeri-negeri yang lain. Kita buat pra pelancaran kerana kita tahu bahawa market ataupun tempat untuk pra pelancaran ini kita buat di Publika, yang tempatnya di belakang Masjid Wilayah, berhampiran dengan Istana Negara. Jadi saya harap siapa yang berkesempatan, datang. Kalau tidak, infographic itu share dengan kawan-kawan kita yang ada di Kuala Lumpur sebab kita mempunyai lebih daripada 30, 40 booth daripada semua pengusaha-pengusaha er... pelancongan. Begitu juga dengan produk-produk pelancongan termasuklah nangka madu er… daripada er… TKPM. Terima kasih pada Wakil daripada Benta ya, yang beritahu pada saya pastikan buah-buahan ini kita akan er… ini pamerkan juga.

Mengenai soalan daripada er rakan kita daripada Tanjung Lumpur, Kerajaan Negeri insya-Allah, akan me…akan meneliti dan kita tahu bahawa di Tanjung Lumpur itu kalau kita tengok, pembangunannya agak pesat tetapi insya-Allah Kerajaan Negeri akan er... memastikan bahawa kita mempunyai apa yang kita katakan sebagai the masterplan lah. Dan untuk kita mempunyai apa yang kita katakan sebagai er... apa nama kampung nelayan moden ini, ini satu cadangan yang baik.

Insya-Allah kita akan teliti dan insya-Allah, kalau sekiranya ada perbincangan apa-apa kita akan libatkan Wakil Rakyat daripada Tanjung Lumpur kerana dia dah kawan kita hah...tak apa kita libatkan insya-Allah. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Kita beralih kepada soalan berikutnya, dijemput Wakil dari Bilut.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 4.

[Tahun Melawat Malaysia 2020 (Visit Malaysia 2020).

(a) Sila nyatakan jumlah pelancong pada tahun 2017, 2018 dan 2019 (sehingga September) yang mengunjungi setiap daerah di Pahang.

(b) Berapakah bilangan pelancong yang disasarkan akan mengunjungi Pahang sempena Tahun Melawat Malaysia 2020?

(c) Apakah langkah-langkah dan/atau kemudahan yang akan disediakan oleh kerajaan negeri seiring Tahun Melawat Malaysia 2020 supaya negeri Pahang bersedia untuk pelancong asing serta tempatan?]

Tuan Yang di-Pertua,

Kita tahu seperti yang telah saya katakan bahawa pelancongan adalah merupakan pendapatan masa depan dan pendapatan ini ataupun pendapatan ini ianya terus kepada pemain-pemain industri. Kerajaan Negeri sebagai contohnya kita, kita promote dan facilitate. Kita memasarkan dan kemudian kita memberikan apa-apa kemudahan pertolongan yang diperlukan. Saya nak maklumkan bahawa er… ahun 2017, 2018, tahun 2019, saya nak nyatakan bahawa kalau mengikut daerah, ya, daerah Kuantan 2.7 juta, daerah ini er…pada tahun 2017, 2018, 2.4 juta dan pada tahun ini hanya 1.2 juta. Kemudian daerah Pekan, saya nak baca semua ke? Ha... tak payah ya. Tapi keseluruhannya, keseluruhannya, er…ini, dua…dua...2.4 juta 2018 ini sehingga bulan Disember.

Tetapi ini maknanya kita bulan 6 kita telah pun mendapat lebih kurang half of it. Saya juga nak bacakan data yang kita dapat untuk bulan, untuk…untuk…untuk bulan September, ya, er…September sebagai contoh, ya, September…ataupun saya baca keseluruhannya? Keseluruhannya September 2018, 9.7 juta tapi September 2019 10.048 juta. Maknanya kita, orang lain itu, negeri-negeri lain mungkin dia sibukkan,

stability tak ada, kita Pahang ini insya-Allah. Stabilitynya penting kerana antara perkara yang menyebabkan orang melabur dan orang melawat tu, orang datang adalah kerana stability dari segi politik. Kita Alhamdulillah, stable.

Yang keduanya, soalan yang kedua, sasaran kita pada tahun 2020 adalah 15 juta. Tahun lepas, kita mendapat 13.4 juta, tahun 2017 kerana kita menganjurkan Tahun Melawat Pahang, kita dapat 14.8 juta dan kita harapkan pada tahun depan kita akan mencapai 15 juta dan kerana itulah kita juga perlu meneroka pasaran-pasaran baharu dan saya ucap terima kasih kepada rakan-rakan saya daripada portfolio-portfolio yang lain kerana walaupun mereka bukan di dalam pelancongan tetapi apabila mereka keluar negara, begitu juga dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, apabila pergi saja ke luar negara atau ke mana sahaja, mereka akan apa namanya, memasarkan Pahang ini kerana kita mempunyai produk yang baik.

Yang ketiganya, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM2.6 juta khusus bagi infrastruktur dan fasiliti pelancongan. Dari jumlah tersebut, RM1.5 juta adalah peruntukan cukai pelancongan. Kerajaan Negeri dengan peruntukan daripada cukai pelancongan telah dan sedang menaikkan taraf pembaik… memperbaiki kemudahan-kemudahan pelancongan di kawasan-kawasan pelancong di negeri Pahang bagi memastikan kemudahan yang sedia ada dibaiki bagi kita, persediaan kita untuk menyambut Tahun Melawat Pahang Tahun 2020. Terima kasih.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bilut.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Dalam Bentong ni kita tahu kebanyakan pelancong melawat ke… ke Bentong adalah pergi Genting Highlands tetapi mereka pergi Genting Highlands lepas tu mereka balik terus. Er.. soalan saya tapi sebenarnya di Bentong, di kawasan Bentong ni mempunyai banyak kawasan er… pelancongan juga. Soalan saya adalah, adakah Kerajaan Negeri sedia mempromosikan kawasan pelancongan yang lain dalam Bentong untuk mengekalkan pelancong-pelancong di Genting Highlands supaya mereka tidak pergi balik Genting sahaja, mereka boleh per… pergi, selepas pergi ke Genting Highlands boleh mereka boleh mengekal dalam kawasan-kawasan pelancong di Bentong? Sekian.

Terima kasih Wakil daripada Bilut. Sememangnya itu adalah merupakan sebahagian daripada usaha kita, iaitu kita menyediakan pakej-pakej tambahan. Sebagai contoh, mereka pergi ke Genting Highlands tetapi mereka akan duduk 2 hari, 3 hari di Genting Highlands. Kemudian salah satu daripada harinya mereka akan pergi ke Raub kerana ianya tidak jauh. Mereka akan pergi ke, sebagai contohnya ke Fraser’s Hill mungkin akan pergi ke Kuala Gandah. Ataupun tempat-tempat yang hanya memerlukan sejam atau sejam setengah. Ini perjalanan. Mereka akan pergi ke, ini, makan apa, rendang Tok Ki dan sebagainya. Dan ini adalah sebahagian daripada… sebab itu kalau kita tengok trendnya, dulunya kita ada 9 juta sahaja kehadiran pelancong. Tetapi Genting Highlands 7 juta. Kita hanya split 2 juta sahaja untuk tempat-tempat yang lain.

Sekarang ni kita ada 13 juta, 13.4 juta. Maksudnya apa? Maksudnya Genting Highlands ada 8 juta kemudian yang lebihnya 6 juta lagi, we share with the rest of it.

Kita, Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita tidak boleh menafikan bahawa daya tarikan Genting Highlands itu memang hebat. Mereka mempunyai branding yang sangat hebat dan juga penglibatan syarikat Genting Highlands yang bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia ini. Sememangnya ianya sedikit sebanyak ya, ianya sedikit sebanyak memberikan advantage dengan izin, kepada Kerajaan Negeri.

Hah… hah... sebab itulah sebahagian daripadanya, terima kasih Wakil, er… sahabat saya, bahawa nanti ini, bagi Wakil daripada Ketari, halia ini besok, ini adalah sebahagian daripada ecotourism. Maknanya produk halia, produk halia Bukit Tinggi. Hah branding dia. Kalau kita pergi ke… ke… California sebagai contohnya, jadi bolehlah ikut esok pergi er... sebagai contoh, ada satu tempat tu, apa nama saya lupa dah. Dulunya orang tanam ginger tapi alhamdulilah sekarang tetapi dia… halia, halia, kemudian tetapi tempat tersebut kalau kita pergi, bau halia.

Tetapi sekarang ini dia ada the mixed. Antara tempat yang suka orang kunjungi dia saja, jadi kita hendak macam tu sebab di Genting Highlands tersebut kalau kita mempunyai produk yang sebegini rupa equal ini, orang akan datang. Pakej-pakej yang kita sediakan. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya cuma ingin pengesahan angka yang dinyatakan oleh Wakil Kerajaan tadi er... September 2018 jumlah pelancong 9 juta, er…. September 2019, 10 juta. Betul angka 10 juta ataupun 10 ribu? Sebab 10 juta ini, angka yang besar Yang Berhormat. Er… saya rasa angka yang diberikan itu er… tepat atau tidak. Terima kasih.

Sememangnya angka itu tepatlah. Kalau kita setahun datang 13 juta, bulan 9, 9, 10, 12. Kita ada berapa… itu kita ada keseluruhan Negeri Pahang bukannya di Bentong, keseluruhan Negeri Pahang. 10 juta Yang Berhormat macam tak percaya tak apa tahun depan Yang Ber, penggal depan Yang Berhormat duduk Exco Pelancongan (Ahli Dewan Ketawa). Jadi Yang Berhormat boleh tengok sendiri. Kita…

Sekejap ya, saya rasa sila sep… sep bulan September sahaja 10 juta ataupun daripada Januari sampai September.

Dia selalunya kita akan sebut itu antara bulan Januari ke Septemberlah. Jadi mungkin sa… jadi kalau macam itu maknanya Yang Berhormat betul, maknanya saya kekal lagilah (Ahli Dewan Ketawa).

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sungai Lembing ya, Sungai Lembing.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Terima kasih er… kepada Wakil Kerajaan sebab menjawab tentang isu pelancongan ini. Jadi er… kita berharaplah mudah-mudahan program pada malam ini, promosi untuk Tahun Melawat Pahang itu akan dijalan dengan lancar dan sempurna. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya bertanya semalam kepada Wakil Kerajaan berkenaan dengan nama Publika itu. Saya dah beritahu dia awal-awal nasib baik saya tak terima pelawaan pagi ini. Jadi er… Publika ini, kalaunya benda itu memang dah masuk dalam WhatsApp. Orang kampung tanya dekat Gebeng ke dekat Cherating, nasib baik dia jawab dekat Kuala Lumpur.

Tuan Yang di-Pertua,

Kemudian er... beritahu melawat… Melawat Malaysia bagi menggalakkan sektor pelancongan, er… Kawasan sayalah Sungai Lembing, salah satu daripada er… Kawasan yang nak er… pihak Kerajaan promotekan bagi menambahkan lagi bilangan pelancong-pelancong. Kalau tak silap saya tahun lepas lebih kurang 100 ribu orang ya, er… pelancong yang datang bermalam di Sungai Lembing. Jadi untuk kita menambahkan lagi tarikan, meramaikan lagi pelancong-pelancong yang datang.

Pertamanya, saya pun dah kemukakan kepada pihak jabatan-jabatan yang berkaitan. Rumah Terbalik Tuan Yang di-Pertua, kita adakan di Sungai Lembing. Dulu masa Rumah Terbalik di Sabah saya pergi tengok, harga dia RM1.4 juta. Sekarang ini harga dah RM4 juta dah. Kita buat Rumah Terbalik. Bukan orang terbalik, Rumah Terbalik. Yang Tuan Yang di-Pertua, keduanya er… Memorial Park. Kalau misalnya di luar negara dimana di Perth, kalau tak silap. Saya dengan Tuan Yang di-Pertua, hari itu kita pergi tengok ada Memorial Park. Jadi bagus kita er… kita adakan di Sungai Lembing nak ramaikan lagi orang.

Yang ketiganya, er… Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong dah mengiktiraf mee bandung Sungai Lembing number 1. Kalah Mee Muar lagi Tuan Yang di-Pertua, tapi inilah antara tarikan-tarikan yang itu… tak campur lagi er… restoran-restoran cina yang jual makanan eksotik. Jadi masa tulisan Jawi… itu sebabnya kena berhati-hati. Er… nanti apa jadi isu pelaksanaannya kita mesti meyokong tulisan Jawi. Itu khazanah kita, warisan kita. Tetapi restoran-restoran cina misalannya yang kita tak pasti halal ke apa. Kita kena jaga juga nanti orang tengok tulisan Jawi saja, terus masuk. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ini soalan ke pandangan tadi (Ahli Dewan ketawa).

Er… soalan saya itulah yang cadangan itu. Rumah Terbalik, Memorial Park. Promotekan lagi mee bandung Sungai Lembing, iaitu pelancongan punya kerja.

Yang di-Pertua,

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Yang Berhormat EXCO.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, sahabat saya dari Sungai Lembing ini. Kita di Sungai Lembing ini kita tak ada Rumah Terbalik tapi kita ada rumah terbakar. (Ahli Dewan Ketawa).

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Insya-Allah satu cadangan yang baik kerana itu adalah merupakan salah satu daripada tarikan Rumah Terbalik. Jadi orang dalam dunia ini memang suka benda-benda terbaliklah kan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya nak maklumkan bahawa dari segi kehadiran pelancong, ya. Dari Januari hingga September er… yang ini nak sahabat saya daripada Beserah, dia ingatkan saya jangan sebut September saja. Dari Januari hingga September. 2018, 134,700 orang. 2018 ya, sahabat. Tetapi pada tahun 2019 catitan yang kita terima adalah 157,800 orang. Maknanya peningkatan, bulan er… bagi Sungai Lembing jadi insya-Allah cadangan tersebut yang baik itu. Cuma tambahan, ya untuk Pahang Fest, saya baharu sahaja dapat daripada urus setia. Bagi hotels keseluruhannya, kita ada hampir 100, 100 lebih ini, ini booth er… hotels, hotel-hotel dan resort dan sebagainya daripada Pahang ini ada 55 yang mengambil bahagian.

Kemudian agents, agen ini pakej-pakej yang disebut tadi termasuklah Wakil dari Bilut beritahu bahawa jangan hanya orang datang saja ke Genting Highland sahaja. Yang itu yang nak kita buat Eco Park itu, yang ginger itu. Iaitu sebahagian daripada orang maknanya pelancong boleh datang untuk melawat sebahagian daripada pakej.

Kemudian buah-buahan tempatan 10. Tadi 35, 10 dan kraf 10. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, Yang Berhormat saya…

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya ingat cukup ya untuk soalan tambahan pagi ini untuk soalan 4. Kita beralih kepada soalan berikutnya kita jemput Wakil dari Padang Tengku.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Yang di-Pertua, sebelum saya mengemukakan soalan. Saya er…ingat Dewan ini mengalu-alukan kehadiran Penghulu-penghulu daripada Lipis sebagai pemerhati er… [Ahli Dewan tepuk meja]. Hari ini hari kelima, soalan saya nombor 5.

[Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Pahang, menyatakan seluas 29,390.59 hektar tanah yang meliputi 11,292 lot tanah dikenal pasti sebagai tanah terbiar di seluruh negeri Pahang pada tahun 2019. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi memanfaatkan tanah-tanah terbiar tersebut sebagai salah satu sumber pendapatan baharu negeri Pahang.]

(Ahli Dewan Ketawa). Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat dan saudara saya daripada Padang Tengku yang mengemukakan soalan nombor 5. Dia sebenarnya er…. Wakil Padang Tengku ini mempamerkan satu sikap kepimpinan yang ikhlas. Apabila ingin menyelesaikan permasalahan, masyarakat bukan sahaja di Kawasan Padang Tengku, tetapi juga yang melibatkan seluruh Negeri Pahang. Sebab itu, saya ingin merekodkan di sini, iaitu penghargaan yang tidak terhingga dari segi pihak Kerajaan Negeri khususnya er… yang berkaitan dengan portfolio saya. Kerana keprihatinan ADN Padang Tengku ini menyuarakan pandangan-pandangan dan juga melontarkan er… persoalan-persoalan demi untuk kepentingan masyarakat.

Sebelum ini ADN Padang Tengku ada membangkitkan soal projek herba di Chegar Perah dan hari ini ADN Padang Tengku menanyakan tentang er… bagaimana kita ingin bangunkan atau majukan tanah-tanah terbiar ada dia seluruh Negeri Pahang. Saya nyatakan ini kerana saya dapati ada rakan-rakan dalam Dewan yang Mulia ini yang menzahirkan, menanya beberapa soalan. Tapi hakikatnya sebenarnya kadang kalanya dia memainkan watak yang berbeza. Saya bagi contoh pada projek-projek Kerajaan yang nak dilaksanakan disatu-satu kawasan dengan er… penglibatan daripada petani-petani yang telah pun kita berikan peluang untuk bertani. Malahan Kerajaan tidak merampas tanah di kawasan tersebut.

Setiap inci tanah yang telah diberikan permit kepada petani untuk diusahakan, diganti semula. Umpamanya kalau petani itu ada satu ekar, kita gantikan satu ekar. Kalau petani itu ada dua ekar, kita gantikan dua ekar. Kalau petani itu ada tiga ekar, kita akan gantikan dengan tiga ekar. Kalau dahulunya petani-petani, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, terpaksa mengusahakan tanah yang diberikan itu dengan kos ataupun perbelanjaan sendiri. Tapi kali ini pihak Kerajaan menetapkan syarat supaya kawasan yang nak digantikan ini diukur, dibersihkan, disediakan dengan sistem er… pengairannya, dibinakannya dengan jalan. Apa lagi yang sebenarnya yang kita hendak?

Saya bagi analogi seolah-olah macam ini. Kita ada rumah yang kita sewakan kepada penyewa kita dan apabila rumah yang hendak… yang telah pun disewakan tak kira berapa lama sekalipun. Sebagai tuan rumah apabila kita nak baik pulih rumah kita, mungkin kita nak jadikan sebagai pusat yang bukannya mana kita nak menyewa rumah tapi kita jadikan pusat dialisis, pusat-pusat yang jauh mempunyai nilai tambah kepada premis kita dan pada masa yang sama kita minta penyewa rumah kita ini tadi berpindah ke sebuah rumah yang lain, yang kita bagi. Duduklah di situ. Tetapi bagaimana Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, kalau penyewa menyatakan tidak boleh, saya kekal mahu duduk di rumah ini dan tidak mahu berpindah kepada rumah yang telah kita cadangkan. Tentu pelik Dato’ Sri, sebab apa kita sebagai tuan rumah, tentu mempunyai hak untuk menentukan apa yang terbaik demi untuk kepentingan kita.

Beginilah keadaan Kerajaan Negeri yang ada pada hari ini. Kita bagi pilihan, namun oleh kerana taklimat yang telah kita laksanakan ini, kita bagi penjelasan kepada pemilik-pemilik atau pun petani-petani tetapi yang menjadi dukacita di sini ialah, ada terdapat pemimpin-pemimpin yang mengelirukan petani-petani ini. Yang menyediakan misal contohnya taklimat sebelum berjumpa dengan pihak kerajaan. Kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar mengamalkan dasar terbuka. Panggil, kita boleh bincang tapi tidak dilaksanakan.

Seharusnya pihak yang pertama, yang mesti ditemui oleh mana-mana pemimpin, di mana-mana peringkat ialah pihak kerajaan. Bertanyakan apakah perancangan kita, apakah maklumat yang perlu kita sampaikan kepada kumpulan sasar? Bukan kita mengapi-apikan dan menggagalkan usaha murni yang ingin dilaksanakan oleh pihak kerajaan, Dato’ Sri. Sebab itu saya merakamkan tahniah. Terima kasih kepada rakan-rakan yang ada dalam Dewan Yang Mulia ini, baik dari barisan kerajaan mahupun pimpinan rakan sahabat daripada PAS mahupun rakan-rakan daripada pembangkang yang bersedia dengan tulus ikhlas, untuk bertanyakan apakah perancangan kerajaan dan kita selesaikan cara yang terbaik dan kita mengamalkan dasar-dasar yang terbuka.

Saya merakamkan tahniah juga, terima kasih kepada rakan daripada Teruntum yang menghadapi masalah dan berjumpa dengan pihak kerajaan, termasuk diri saya sendiri dan kita cuba selesaikan dan kita sama-sama kongsi bahawasa yang betul, yang benar itu tetap benar tapi yang tidak betul dan tidak sesuai tu tetap tidak sesuai dan tidak boleh diteruskan.

Jadi dalam konteks ini, saya menyeru pada rakan-rakan Ahli Dewan Yang Mulia ini, insya-Allah marilah kita letakkan keutamaan negeri, keutamaan masyarakat, rakyat dan keutamaan negara ini mengatasi kepentingan dan keutamaan kita. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Jadi, saya menjawab pertanyaan daripada Wakil daripada Padang Tengku iaitu yang pertama sekali saya ingin perjelaskan di sini…

Yang di-Pertua (Speaker)

Er… YB. Pulau Manis…

Yang di-Pertua (Speaker)

Belum.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Istilah tanah terbiar ni adalah tanah milik atau tanah yang mempunyai hakmilik yang tidak diusahakan oleh pemilik yang berkaitan. Itu namanya tanah terbiar itu istilah yang saya nak er… perjelaskan di sini. Bukannya tanah kerajaan ataupun tanah di bawah reserve apa ini… Jabatan Hutan. Jadi persoalannya timbul bila Wakil Padang Tengku menanyakan apakah perancangan, usaha-usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk menjadikan tanah-tanah terbiar ini sebagai satu er… tapak yang produktif?

Jadi dalam konteks ini kita tidak ada paksaan. Kalau pemilik tanah itu sendiri misal contohnya dia membayar cukai tanah tahunan, kemudian dia ingin berdiam diri misal contohnya, nak menengok supaya suasana alam sekitar semulajadi ini akan terus apa dapat ini…ini…apa tumbuh subur tanpa menanam apa-apa er… ini tanaman yang boleh memberikan pulangan kepada beliau.

Kalau itulah pilihan dia, pihak kerajaan sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa er… terbuka kepada kepelbagaianlah, keperbezaan ini, kita tidak boleh buat apa-apa kecuali kalau dia menjadi kacau ganggu kepada kawasan persekitaran. Kalau kita zon kawasan ini sebagai kawasan pembangunan, maka itu kita akan laksana mengikut pelan-pelan yang telah pun ditetapkan.

Namun pihak Kerajaan melalui sama ada er… Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat, sudah tentu ingin menggalakkan kawasan-kawasan ini dimajukan. Maka di bawah Kementerian Pertanian, khususnya Jabatan Pertanian, pihak kerajaan menyediakan peruntukan ataupun dana di bawah program yang dinamakan sebagai Program er... Pembangunan Tanah-tanah Terbiar ya, dan apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi membantu tuan-tuan pemilik tanah untuk membangunkan kawasan-kawasan tanah terbiar ini ialah dengan menyediakan inisiatif ya, dalam bentuk-bentuk input seperti infrastruktur er… termasuk pembersihan kawasan, jalan ladang, pagar kawasan, sistem pengairan serta input-input pertanian termasuk benih ya. Yang sepertimana yang saya jelaskan pada waktu semalam iaitu peruntukan maksimanya ialah RM20 ribu per hektar ya, per hektar.

Pada masa yang sama juga kita dapati bahawasanya terdapat di kampung-kampung tradisi yang tanah-tanah terbiar ini terdiri daripada dusun-dusun, dusun-dusun yang tidak di er… diusahakan atau pun terbiar begitu sahaja kerana pemilikan tanah dalam er… kampung-kampung ini terdiri daripada waris-waris yang memiliki penama yang banyak. Jadi kadang jadi masalah.

Namun er… perkara ini, sepertimana yang diperuntukan di bawah er… Seksyen 221 ya. 221 ini, Kanun Tanah Negara iaitu memberi kuasa kepada tuan punya memajak kepada mana-mana pihak, mana-mana pihak Dato’ Sri Yang Di-Pertua, untuk mengusahakan tanah tersebut. Bagi tempoh pajakan melebihi tiga tahun. Jadi kalau begitu, pemajak ini tadi maknanya pemajak tuan punya ya, ini kalau dia pajak itu yang… yang pemajak ya pemajak. Pemajak ini, penerima pajak. Ini saya kena minta ini nasihat daripada Yang Berhormat Dato’ Sri Penasihat Undang-undang. Penerima pajak ini tadi, juga layak untuk mendapat bantuan seumpama itu dengan syarat ada

perjanjian jelas antara tuan punya tanah dengan er… pemajak ya. Jadi insya-Allah, maknanya ini akan kita laksanakan

Mudah-mudahan er… Yang Berhormat ADN Padang Tengku dapat juga menjelaskan kepada masyarakat di sekitar bukan hanya di Padang Tengku, malahan kepada semua yang berminat untuk memulihkan semula tanah-tanah terbiar dan insya-Allah. Sebenarnya ada juga er… KPI yang telah pun kita tetapkan insya-Allah kita akan cuba ikhtiarkan untuk mengurangkan er… jumlah tanah-tanah terbiar ini. Ha… ini sasarannya lebih kurang dalam 10% tiap-tiap tahun insya-Allah bagi seluruh negeri Pahang. Jadi tiap-tiap daerah tu kita target 10%... 10 %...10% dapat kita ini er… bangunkan, mudah-mudahan satu hari nanti, sebahagian besar daripada tanah-tanah terbiar ini dapat dijadikan sebagai kawasan yang lebih produktif. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pulau Manis. Ya, Pulau Manis.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua…

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Soal tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ini…

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Bagi tuan punya soalan dulu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Padang Tengku nak soal dulu?

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Ha…Tuan punya soalanlahkan. [Ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Ha… Duduklah Pulau Manis. Saya nampak dia tadi, Yang Berhormat tak nampak.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya faham bahawa isu tanah terbiar ini merupakan isu lama malah dalam Dewan ini kita dah bincang dulu. Pernah dicadangkan supaya diwujudkan satu perbadanan tanah-tanah terbiar, kalau kita masih ingatlah dan sewajarnya tanah terbiar ini menjadi satu… bila masalah dia tukar kepada peluang.

Justeru itu kita ada peluang dan kita melihat bahawa er… daerah Lipis merupakan daerah yang… yang banyak tanah terbiar. Nombor dua, kalau ikut senarai yang saya ada ni, nombor dua. Nombor satu Bentong, nombor dua Lipis, nombor tiga Raub, nombor empat Temerloh. Maknanya belah Pahang Barat ini memang terkenal dengan tanah terbiar.

Jadi soalan saya sebelum daripada er… Skim Tanah Terbiar yang disebut oleh Exco tadi, yang apa 20 ribu itu, sebelum itu ada satu Program yang nama dia Program Bantuan Tanam Semula Buah-buahan Terpilih. Ini yang seingat sayalah, di mana tiap-tiap daerah ini diklusterkan dengan tanaman-tanaman tertentu umpamanya daerah Lipis er… diklasterkan sebagai tanaman durian. Tapi persoalan yang saya nak kemukakan er… kita tak begitu nampak er… apa nama er… kejayaannya er… kepada program ini. Jadi persoalanya saya nak timbulkan, apakah status er… program ini dan er… apa ni penye… sebagai satu penyelesaian kepada tanah terbiar? Itu satu soalan.

Yang kedua ialah er… tanah-tanah terbiar ni terdiri daripada tanah darat, tanah sawah dan sekarang ini mungkin er… tanah-tanah terbiar pun diusahakan secara tak langsung melalui perlombongan-perlombongan. Kalau di Lipis ini orang-orang jumpa emas. Jadi masing-masing er… duk usahakan tanah terbiar mereka dengan mengusahakan er… dengan lombong emas dan er… di situ tinggal akhirnya er… lombong-lombong yang sebenarnya boleh kita manfaatkan er… mungkin sebagai er… satu satu sumber pendapatan baharulah.

Mungkin sebagai kolam, kolam ikan ke ataupun er… pusat rekreasi baharu ke. Jadi persoalan yang saya nak timbulkan adakah er… kerajaan mempunyai satu perancangan untuk kita membangunkan semula tanah-tanah terbiar termasuk sawah yang saya sebutkan tadi. Pulihkan semula sawah ini dengan tanaman-tanaman lain dan juga lombong-lombong er… yang er… didirikan secara tidak lansung oleh er… pelombong-pelombong tanah-tanah hakmilik mereka ini? Terima kasih.

Terima kasih er… Padang Tengku. Dato’ Sri Yang di-Pertua, sebenarnya rancangan yang disebutkan oleh Padang Tengku tadi memang terus berjalan kerana saya maklumkan tadi er… sebahagian daripada tanah terbiar ini merupakan kebun-kebun lama. Jadi kebun-kebun lama ini dia ada durian, ada buah-buahan dan sebagainya. Dan apa yang kita buat er… oleh kerana spesis durian, terutama sekali 197 ini Musang King ini menjadi satu er… kegilaanlah. Bukanlah maknanya kegilaan dalam bentuk yang negatif, maknanya jadi sa… fenomena baharu maka er… Jabatan Pertanian telah mengusahakan kita menbuat konsep cantuman, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Maknanya durian itu Dato’ Sri ya, dia durian lama, durian apa nama Kampung. Jadi kalau buahnya er… tidak begitu menarik misal contohnya tapi batangnya memang er… kuatlah ya, maknanya kita durian dulunya dia gunakan er… apa nama benih daripada biji kan. Jadi ini adalah merupakan beberapa kriteria yang baik untuk kita buat konsep cantuman, iaitu Musang King punya benih ini kita cantumkan dengan er… pokok induk Durian Kampung dan akhirnya dia boleh mengeluarkan er… buah er… Musang King. Jadi perkara ini telah pun diusahakan, sedang diusahakan dan telah dan sedang dan akan diusahakan oleh Jabatan Pertanian.

Maknanya kita memperkasa dusun-dusun dan er… ada setengah-setengah tempat itu, memang kita sulamkan dengan buah-buahan yang terpilih, ya. Tak kira nangka, mungkin ada kelapa dan sebagainya. Program ini berjalan ini… ini er… Yang Berhormat ini ADN Padang Tengku jadi er… apa nama er… ini konsep Yang Amat

Berhormat Dato’ Sri Menteri Besarlah. Maknanya kita tak heboh tapi kita buat kerja. Er… jadi maknanya ini perkara ni berjalan insya-Allah kalau sekira er… Yang Berhormat berhubung dengan Jabatan Pertanian, kita boleh mengenal pasti dan ini tertakluk kepada peruntukan ya. Sebab kita bila kita buka ini tawaran ini memang ini hangat dan popular. Tuan-tuan punya tanah tampil kedepan.

Bagaimana caranya dia nak pulihkan tanah-tanah dia yang terbiar ini. Jadi dalam konteks ini saya nak er… beri jaminan kepada Dewan Yang Mulia ni insya-Allah kita akan menggunakan setiap usaha yang boleh untuk kita er… rancakkanlah sektor agro ini er… dan er… memberikan pemerkasaan program pemerkasaan khususnya di kawasan-kawasan luar bandar dan insya-Allah ini YB. ya, kalau ada pandangan-pandangan lain kita akan ambil maklum tentang perkara ni.

Yang keduanya, tentang lombong-lombong. Sebenarnya er… memang menjadi syarat perlombongan sepatutnya kawasan yang dilombong ini, mesti di reinstate lah Bahasa Inggeris di apa nama er… baik pulih, dipulihkan semula ya. Kalau ikut dipulihkan semula supaya ianya tidak menjadi er… ancaman kepada er… persekitaranlah. Jadi ini kita dulunya kita ada er… sedikit peruntukan, tetapi kini kita telah meminda er… Enakmen Mineral er… negeri dan er… jumlah ini er… dinaikkan kepada satu jumlah yang munasabah, bagi membolehkan pihak yang terbabit ni tadi memulihkan dan kalau gagal maka Pihak Kerajaan boleh menggunakan dana tersebut untuk memulihkan.

Namun er… cadangan daripada Padang Tengku tadi baik, kalau sekiranya kawasan itu er… boleh dijadikan sebagai kawasan rekreasi ya, bekas-bekas lombong ini dan mem… membe… memberikan nilai tambah yang lebih insya-Allah kita akan laksanakan, dan ini telah pun terbukti Dato’ Sri di Sunway er… Lagoon yang ada di er… di… di apa di Selangor ini adalah merupakan er… bekas-bekas lombong yang telah pun di er… pulihkan semula. The Mines, bekas-bekas lombong yang telah dipulihkan di merata tempat. Tasik ini… ini apa er… Bukit Merah er… Tasik Bukit Merah di Perak. Ini semua bekas-bekas lombong ya dan ini insya-Allah ya Dato’ Sri Yang Di-Pertua, ianya boleh juga menarik er… pelancong dan mudah-mudahan usaha ini akan memberikan nilai tambah kepada pemilik-pemilik er… tanah yang terbabit. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Nampak Pulau Manis nak tanya soalan. Soalan terakhir.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Ya. Yang pertama sekali minta maaflah dengan Padang Tengku, saya sebenarnya tidak berhasrat untuk mengganggu kalau soalan itu soalan berkaitan dengan Lipis ataupun Padang Tengku. Tapi kebetulan soalan tu soalan nampak menyeluruh untuk negeri Pahang. Jadi sebab itulah saya mohon mencelah.

Dato’ Yang di-Pertua,

Sebenarnya apa yang dijelaskan oleh pihak kerajaan sebentar tadi, berkaitan dengan tanah terbiar yang dimaksudkan ialah tanah yang mempunyai pemilik, tetapi tidak diusahakan. Dalam keadaan begini kita melihat di kawasan-kawasan kita terdapat dua kategori. Yang pertama, tanah yang telah ataupun pernah diusahakan tetapi sekarang ini dah jadi tanah pusaka, nenek moyangnya dah tak ada terus terbiar tinggal dengan

batang kelapa sawit er… batang pokok kelapa je ataupun kebun-kebun yang dah mula patah dahan runtuh dan sebagainya tapi menjadi semak samun.

Yang kedua tanah terbiar. Tanah yang dipohon berebut-rebut mohon tapi bila dah lulus, bila kita dah beri dia sebagai hak milik, di mana pihak kita Pejabat Daerah dan Tanah dah tak ada hak dah. Dah serah kepada dia, betul tadi itu penjelasan. Tapi masalahnya sekarang ialah kita mesti sebenarnya mengambil sesuatu ataupun membuat satu undang-undanglah kerana saya melihat tanah-tanah terbiar ini berlakunya tempat kita meletakkan musuh-musuh tanaman kepada orang lain. Maksud saya, kalau dalam satu kawasan itu ada begitu luas kawasan yang tidak diusahakan, semua musuh-musuh tinggal menetap di dalam kawasan tersebut dan mengacau ganggu kawasan orang yang mengusahakan. Ha…itu yang berlaku.

Kemudian yang keduanya, memang saya pernah bangkit perkara ni er… lima enam tahun yang lalu, tetapi kita mendapati bahawa tanah-tanah ini telah pun sebahagiannya contoh macam sawah. Sawah memang banyak yang terbiar, tapi sebahagiannya kita tak dapat nak kesan. Waris warahnya tak tahu siapa lagi dan sehingga ada pihak menyatakan gerannya pun dah tak tahu di mana lagi. Jadi saya berharaplah supaya perkara ini Pejabat Daerah dan Tanah melalui Kerajaan Negeri er… mungkin ada sesuatu perkara yang kita boleh ambil tindakan.

Contohnya tunggakan cukai. Bila tunggakan cukai tidak berbayar sehinggakan lima enam tahun yang kita dapati tunggak tunggak tertunggak tertunggak itu tadi, maka sepatutnya diambil tahu di manakah tanah tersebut, di manakah pemilik tersebut. Jadi kemudian baharulah kita dapat kesan dan menyelesaikan dengan peraturan yang kita kena gubal satu peraturan. Ha…tu pandangan sayalah. Jadi saya berharap er… soalan yang dikemukakan oleh Padang Tengku ini merupakan satu soalan yang sangat baik dan mudah-mudahan akan berlaku sesuatu perkara supaya semua tanah-tanah yang ada di dalam kampung di dalam kawasan-kawasan kita dapat diusahakan oleh er… keluarga masing-masing melalui, kalau tak tak mampu nak usahakan sendiri melalui sistem yang kita cadangkan dipajak dan sebagainya. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Sepertimana yang telah saya sebutkan tadi bahawasanya kita ini mentadbir berlandaskan undang-undang ya. Jadi kalau er… isu berkaitan dengan tanah maka ada satu kanun dipanggil Tanu… Kanun Tanah Negara KTN disebut. Dia ada seksyen-seksyen dia ataupun er… bahagian-bahagian dia yang menetapkan apa yang boleh kita laksanakan. Jadi dalam konteks ini, memang betul seperti mana yang telah diperjelaskan oleh rakan saya daripada Pulau Manis tentang er… iaitu tanah-tanah terbiar yang ada hak milik dan memang yang sebenarnya kalau di bawah ini Kanun Tanah Negara kalau sekiranya dia ada pemilikan ya, bila ada pemilikan dan err… dia membayar, membayar cukai tanah kepada Kerajaan Negeri. Ha…ni yang masalah. Tanah tu pemilik tapi tidak dijayakan dan er…cukai tahunan dia bayar.

Jadi, kalau Pulau Manis kata tadi kalau tanah itu er…tidak diusahakan kemudian dia tidak bayar, itu lain. Makna dia pelanggaran dari segi itu kita ada juga er…peruntukan-peruntukan yang memboleh Pihak Berkuasa Negeri err…merampas tanah itu. Jadi kita sekarang ini dah buat kita hantar notis ya, notis Pejabat Tanah er…telah menghantar notis kepada pemilik-pemilik yang tidak membayar cukai tanah iaitu

dipanggil Borang 6 ya, Borang 6A. Borang 6A dan apabila kita hantar tu kita bagi warning maknanya yang tak bayar kita akan mengambil tindakan termasuk merampas.

Akhirnya kita akan membuat susulan mengeluarkan Borang 8A, 8A ini kita rampas dan ada tanah-tanah yang telah kita buat sedemikian rupa. Itu jelas ya. Ini…namun kalau sekiranya er…tanah ada pemilikan, dia bayar cukai tapi tidak diusahakan tetapi kalau dia, seperti mana yang saya kata kan tadi Dato’ Sri yang di-Pertua, kalau dia menjadi mengwujudkan nuisance atau kacau ganggu kepada kawasan sekelilling dia ada juga er…ni sebenarnya di panggil sebagai absence land lord. Maknanya tuan pemilik tanah yang err…ghaib lah macam ghaib tiada jadi dia ada peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara tu.

Err…kita Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil tindakan tetapi yang ni belum lagi kita buatlah. Namun er…saya tahu insya-Allah kalau perkara ini perlu kita buat kalau ada nya aduan, adanya komplen, kita lihat justifikasinya ada, mungkin pihak Kerajaan Negeri akan mengambil langkah-langkah er...tertentu untuk merampas tanah ini. Tetapi seperti mana yang kita sedia maklum Yang Berhormat Dato’ Sri er… Setiausaha Kerajaan Negeri kita, adalah merupakan bekas KPTG iaitu Ketua Pesuruhanjaya Tanah Persekutuan. Dia memang mahir dari segi bab-bab tanah ini mungkin selepas ini er…Yang Berhormat Dato’ Sri Setiausaha Kerajaan Negeri boleh er…juga mengwujudkan satu jawatankuasa meneliti perkara ini dan kalau ada rasional, iaitu wujud kacau ganggu seperti mana kawasan paya ya, yang tidak diusahakan dan ini menjadi tapak musuh-musuh tanaman, tikus dan sebagainya mengancam pengusaha pesawah-pesawah lain mungkin tindakan ini boleh kita laksanakan.

Saya mohon kalau boleh Dato’, rakan-rakan Ahli-ahli Dewan ha mungkin kalau ada terlibat dengan kawasan-kawasan situ, beri sokongan dan jangan pula nanti menghalang unsur-unsur murni ini, ya dan menganggu penyelesaian kepada masalah masyarakat yang terpaksa ditangani. Terima Kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima Kasih Yang Berhormat.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Cukup saya ingat kita dah lebih tiga soalan tadi. Kita pergi pada soalan berikutnya saya jemput Wakil dari Luit.

[Ayat al-Quran], Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Sri yang memberi ruang kepada saya untuk menjawab soalan daripada sahabat saya Luit dan juga saya menghargai kepada sahabat saya Luit yang bijak untuk menampakkan DUN Luit apabila menanyakan tentang hospital di daerah Maran bagaimanakah statusnya, tanahnya dan peruntukannya.

Memanglah pada asalnya iaitu hospital ini nak didirikan di satu tempat kalau tak silap saya di apa er…tempat yang berbeza, tetapi kita pindahkan ke DUN Luit pula Dato’ Sri Yang di-Pertua, dan telah mendapat persetujuan daripada Pihak Berkuasa Tanah dan peruntukan pun pada asalnya Kerajaan Persekutuan telah menariknya balik. Tetapi apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang mengadakan satu Mesyuarat Tindakan Negeri, yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Ekonomi Federal, pada ketika itu dinyatakan oleh menteri kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar peruntukan itu sudah tiada, tetapi atas alasan kerana tanah.

Tetapi apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama dengan kami dalam mesyuarat itu menyatakan tanah tiada masalah. Kita di Negeri Pahang betullah kita control dalam pengurusan kelus… kelulusan tanah, tetapi untuk kepentingan rakyat kita sentiasa mengambil berat dan memberikan kelulusan untuk apa membina hospital di daerah Maran. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. [Ahli Dewan tepuk meja]

Soalan tambahan Dato’ Sri Yang di-Pertua. Err… saya mengucap terima kasih sekali lagilah. Hari semalam terima kasih dah kepada Kerajaan Negeri, hari ini terima kasih lagi. Walau macamanapun terima kasih terima kasih juga tetapi kita nak sedikit jaminanlah. Sebab perkara mohon hospital ini lama sangat. Saya ingat dari tahun 80an lagi dah, yang mohon pun dah meninggal dah pun. Tak sempat masuk hospital. Jadi kita nak jaminan sebab kita percaya kita yakin Kerajaan yang ada sekarang ini, Kerajaan Negeri Pahang ini dia profesional dia ada SOP lah ada KPI lah macam-macam yang kita tak pernah dulu dengar dulu ya. Jadi insya-Allah ada jaminan untuk saya buat modal untuk bawa balik kampung nak bercerita dekat orang kampung. Terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Benda yang akan datang ni [Bacaan ayat al-Quran] “jangan kamu buat “[Bacaan ayat al-Quran] “jangan kamu kata benda yang kamu nak buat hari esok, mesti aku buat melainkan insya-Allah”. Insya-Allah DUN Luit. [Ahli Dewan ketawa].

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey Yang Berhormat, Wakil Luit saya ingat itu jawapan yang paling tepat itu. Baiklah, er… Yang Berhormat sekalian, oleh kerana Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Koperasi Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna sudah pun beransur pulih tetapi dinasihatkan oleh doktor untuk berehat beberapa ketika. Jadi soalan daripada ADN Chini dan ADN Jengka, pihak urus setia akan memberi jawapan secara bertulis. Baiklah kepada urusan seterusnya saya jemput Wakil dari Tanah Rata.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua,

Saya mohon izin kemukakan soalan nombor 9.

[Nyatakan usaha-usaha yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menambah bilangan rumah mampu milik di negeri Pahang khususnya kawasan Cameron Highlands.]

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum Yang di-Pertua.

Terima kasih daripada Tanah Rata kerana menanyakan soalan berkaitan dengan rumah mampu milik di Cameron Highlands khususnya. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak er… tujuh Projek Pembangunan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) di Cameron Highlands khususnya dan ianya melibatkan anggaran unit sebanyak 3115 unit rumah yang telah disediakan untuk pemohon, terutamanya di yang tinggal di Cameron Highlands.

Terdapat dua projek PR1MA Pahang yang telah siap manakala satu projek telah siap dan selebihnya dalam proses dokumentasi untuk diluluskan. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan tapak untuk Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) oleh KPKT di negeri ini dan sehingga kini ada satu projek dibawah Syarikat Perumahan Negara Berhad, Mentigi yang telah lama telah diluluskan tapaknya telah disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri er… tapi pelaksaannya oleh KPKT tertangguh selepas PRU yang ke-14 ya. Saya difahamkan er… projek ini ditangguh kerana sedang menunggu peruntukan daripada KPKT, dah hampir setahun lebih. Perkara ini akan saya bawa lagi kepada pihak KPKT untuk mendapatkan peruntukan untuk melaksanakan projek Rumah SPNB Mentigi di… di Cameron Highlands. Sekarang ini… dulu SPNB ni di bawah Kementerian er… apa ini… Kewangan tetapi kini telah diletakkan di bawah apa ini… Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Saya dah maklumkan perkara ini kepada KSU apa ini… KPKT untuk diambil tindakan perkara inilah dan kita juga ada terdapat satu lagi projek rumah di yang di bawah KPKT juga iaitu er… PPR di Batu Tiga, Tanah Rata, Cameron Highlands dan kita pun masih menunggu peruntukan sebenarnya daripada daripada pihak KPKT untuk er… melaksanakan projek ini. Saya rasa ini adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri, kita menyediakan tapak manak… manakala er… peruntukan daripada KPKT kita perlukan untuk melaksanakan program untuk kebaikan rakyat yang seterusnya. Saya rasa ini adalah satu tindakan antara kedua pihak, yang peringkat negeri kita sedang laksanakan, manakala peringkat persekutuan menunggu peruntukan ini. Ini adalah kawasan ini apa ini… di bawah [batuk] Yang Amat Berhormat Menteri besar kita sendiri yang perlu memberi prihatin kepada penduduk-penduduk di sekitar Cameron Highlands. Er… ada sedikit pantun:

Anak ikan dimakan ikan, Tulang ikan jangan dilonggok, Jiwa Tok Wan jiwa wawasan, Tiada janji lihat bukti ditunjukkan.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Dato’ Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Yang Berhormat.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Boleh soalan tambahan?

Encik Chong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Soalan tambahan...

Yang di-Pertua (Speaker)

Agak, ringkaskan sedikit Yang Berhormat soalan dia…

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Sikit je…

Yang di-Pertua (Speaker)

Terus kepada soalan.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Ya. Soalan saya ialah, sebab Wakil Kerajaan menyebut tadi perkataan SPNB. Jadi saya nak tanya di zaman Kerajaan Pakatan Harapan ini, dah pergi kepada hampir satu tahun setengah, usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional zaman dahulu, SPNB merupakan salah satu agensi untuk memajukan rumah-rumah yang mampu dibayar bulanan oleh er… apa ini… penduduk-penduduk setempat berdasarkan kepada peraturan-peraturan misal kata ada tanah dan sebagainya.

Tapi sekarang ini, tunggakan terhadap permohonan yang dahulu pun belum selesai dan apa yang berlaku untuk mutakhir ini, saya mendapat tahu bahawa tak tahu apa yang berlaku pada SPNB. CEO nya pun sampai sekarang pun tak lantik er… tak ada jawatan dan begitu juga dengan aktivitinya.

Jadi, dia ada ibu pejabat dekat Rompin sana untuk negeri Pahang, tapi apakah status dia sekarang? Ha, itu, saya nak tahu. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Statusnya sekarang… silakan.

Untuk makluman Pulau Manis, er… SPNB ni baharu distrukturkan di bawah KPKT yang Pengerusinya dipengerusikan oleh er… KSU KPKT. Saya dah bawa perkara ini, mungkin makan sedikit tindakanlah untuk laksanakan, saya rasa. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Ya…

Encik Chong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Soalan tambahan. Ya, terima kasih bukti yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan. Saya amat terima kasih sebab agak terperinci. Sebenarnya soalan yang tambahan saya adalah; “Bolehkah kerajaan… pihak kerajaan senaraikan tanah-tanah yang sedia ditawarkan untuk pembinaan Rumah Mampu Milik ini?” Tapi nampaknya pihak kerajaan pun sudah tunjukkan bahawa ada tiga tapak di Cameron Highlands kan, tapi bolehkah saya tahu dalam tulisan jawapan ke lokasi sebenarnya. Sama-sama kita fikirkan solusi untuk selesaikan masalah dan ini yang pentingnya ya.

Soalan tambahan yang kedua, iaitu di Cameron Highlands sebelum ini ada satu rumah… Perumahan Mampu Milik er… iaitu PR1MA Tanah Rata, yang agak terkenal sebab er… dia di tempat yang agak strategik. Namun demikian, perumahan itu nampaknya, separuhnya telah dijadikan homestay, business homestay dan menyebabkan er… penduduk setempat tidak selesa, lepas itu yang mereka yang betul-betul nak minta Rumah Mampu Milik itu, mereka tak dapat Rumah Mampu Milik.

Oleh itu, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menangani er… masalah sedemikian daripada masa depan untuk mengelakkan daripada berlaku. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua,

Terima kasih kepada rakan saya daripada Kerajaan Exco Perumahan, bagi laluan. Saya tidak menafikan apa yang, yang dikatakan oleh ADN Tanah Rata kerana saya ada mendapat juga aduan tetapi dikemukakan secara lisan. Saya telah menerima aduan ini tetapi saya telah minta [berdehem] pihak yang mengadu kepada saya untuk mengemukakan secara bertulis. Jadi senang untuk saya mengambil perhatian dan tindakan selanjutnya dan hari ini dibangkitkan semula, saya fikir perkara ini mungkin benarlah.

Jadi kalau sekiranya perkara ini benar, ianya tidak sepatutnya berlaku kerana tujuan Kerajaan Negeri membina rumah PR1MA adalah untuk diberikan kepada mereka-mereka yang er… tidak mampu membeli rumah yang mahal sebab harganya kita fikirkan mampu dibeli oleh er… individu-individu yang berpendapatan sederhana atau lebih dan saya berharap er… Yang Berhormat daripada Tanah Rata dapat mengemukakan secara detail, lengkap, sebab rumah PR1MA di Cameron Highlands ini banyak. Lokasinya banyak, kita tidak tahu mana satu [berdehem] dan selepas itu Kerajaan Negeri akan buat tindakan susulan. Sebabnya, kalau sekiranya perkara ini benar-benar berlaku dengan izin Tuan Yang di-Pertua, makna dia beat the purpose maknanya matlamat Kerajaan untuk membantu mereka yang tiada rumah tidak tercapai.

Jadi saya harap Yang Berhormat boleh kemukakan kepada Kerajaan Negeri, kepada Exco Perumahan pun boleh, lokasinya di mana, di Tanah Rata ke, di Brinchang ke, di Kampung Raja ke, di Ringlet ke, di Bertam ke, jadi Kerajaan Negeri boleh er… fokus dan boleh memulakan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan terakhir pagi ini. Saya jemput Wakil dari Damak.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 10.

Apakah perancangan Kerajaan Negeri Pahang dalam menyusun penempatan penduduk yang padat di Kampung Sungai Jan, Jerantut kerana kawasan tersebut merupakan laluan utama Jerantut-Kuala Lipis?

Er… namun demikian semalam telah dijelaskan jawapannya. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak perlu jawab lagi, okey. Terima kasihlah.

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah selesai sepuluh er… soalan dan jawapan. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga Wakil-Wakil Kerajaan yang telah menjawab.

Saya bercadang untuk menempohkan Persidangan kita pada pagi ini dan saya menghargai kemasukan semula kita ke dalam Dewan pada pukul 11.30 pagi. Oleh kerana hari ini hari Jumaat, kita akan bersama-sama menunaikan solat Jumaat dan selepas dari minum nanti, kita akan mendengar pula ucapan jawapan dan penggulungan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Oleh demikian, saya amat berharap kerjasama daripada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk masuk semula ke dalam Dewan dan jangan lambat, dan jangan lari, pada jam 11.30 pagi ini. Mesyuarat ditangguhkan. Terima kasih.

[Persidangan ditempohkan pada pukul 10.53 pagi]

[Persidangan disambung semula]

Sambungan Menimbang Rang Undang-Undang Perbekalan (2020)Bill

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua: Sambungan Menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2020) 2019.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-undang Perbekalan (2020) 2019 telah dibentang pada 18 November 2019 dan telah pun dibuka untuk dibahaskan pada 19 dan 20 November yang lalu. Pada 21 November pula seramai 9 orang Wakil Kerajaan telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut. Majlis akan menimbang Rang Undang-undang tersebut pada pagi ini.

Kini tibalah masanya kita mendengar Yang Amat Berhormat Menteri Besar selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah dan Sumber Asli Negeri Pahang, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Ekonomi Negeri Pahang menyampaikan hujah-hujah dan penggulungan pada pagi ini. Dengan segala hormatnya saya persilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri membuat penggulungan. Terima kasih.

[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya menggulung perbahasan bagi pihak kerajaan serta jawatankuasa-jawatankuasa di bawah saya sempena dengan Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Keempat Belas pada hari ini. Penggulungan ini memberi peluang kepada saya untuk menjawab pelbagai persoalan yang ditimbulkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian semasa sesi perbahasan bagi Rang Undang-undang Perbekalan (2020) 2019 dan Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2020 yang berlangsung selama 3 hari pada 19, 20 dan 21 November yang lepas.

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan Ahli-ahli Dewan yang bertanyakan soalan sama ada lisan ataupun bertulis yang telah dikemukakan kepada saya dan begitu juga semasa er… perbahasan membangkitkan beberapa isu yang berkaitan dengan portfolio di bawah saya.

Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan kerjasama kepada semua yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Dewan sempena perjalanan persidangan Dewan Negeri Yang Mulia ini bermula pada hari Isnin, 18 November yang lalu. Dan saya sangat sukacita kerana amalan ini telah kita amalkan sejak dulu kerana Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengutarakan pandangan secara saksama, mendahulukan hal yang lebih penting. Semuanya mengikut aturan dan peraturan sehinggalah segala… segala

yang telah mencapai maksud yang diinginkan dan hasrat dan objektif… objektifnya tercapai.

Saya berdoa semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kita. Segalanya diberi jalan keluar sepertimana yang kita saksikan sekarang. Begitu jugalah hendaknya doa kita agar Allah SWT mengurniakan rahmat-Nya kepada kita semua serta memberkati Dewan Yang Mulia ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua para pegawai yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Yang telah merangka, menyemak, menyemak semula seterusnya menyiapkan ucapan Belanjawan Negeri 2020 seperti mana yang telah saya bentangkan selama 1 jam 10 minit.

Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, penyediaan ucapan belanjawan ini telah saya semak sebanyak 4 kali sebelum ianya dibentang di Dewan Yang Mulia ini. Dan er… saya sangat berharap sepanjang pembentangan tersebut tidak ada apa-apa yang tertinggal ataupun yang tercicir dan alhamdulillah nampaknya mendapat sambutan yang begitu baik dan perbahasan daripada rakan-rakan Ahli-ahli Dewan telah banyak menjurus kepada apa yang telah saya bentangkan semasa pembentangan belanjawan pada hari Isnin yang lalu.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan terima kasih terutama sekali kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri dan pegawai serta kakitangannya kerana telah bertungkus lumus menyiapkan ucapan belanjawan negeri tersebut, dibantu oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan sedikit sebanyak daripada Pejabat Menteri Besar. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua juga, belanjawan ini telah dimulakan awal semenjak bulan… semenjak bulan Mei yang lepas. Maknanya dia buat sedikit demi sedikit sehinggalah er… ianya siap dibentangkan pada 18 Mei yang lalu.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan saranan Kerajaan Negeri supaya rakyat membayar cukai dan untuk itu mengambil kesempatan di sini, saya ingin menyebutkan bahawa keperluan yang berterusan Kerajaan Negeri untuk menambahkan hasil tahunannya. Ini adalah satu aspek yang hendak saya sentuh kerana kutipan hasil ini sangat penting, kerana sehingga 18 November 2019 jumlah tunggakan… tunggakan kutipan hasil ialah sebanyak RM86.82 juta. Daripada RM86 juta tersebut, tunggakan cukai tanah ialah sebanyak RM72.1 juta, perumahan RM8.89 juta, bayaran pinjaman ternakan RM4.7 juta, tabung penjaja dan peniaga kecil RM441,000.00, sewaan tanaman kekal pengeluaran makanan RM372,000.00, sewaan kedai RM231,000.00 manakala sewaan gerai PLB sebanyak RM3,110.00.

Untuk makluman er… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan, baki er… bagi tunggakan cukai tanah yang paling tinggi direkodkan ialah di Kuantan kira-kira RM38 juta dan paling rendah di Cameron Highlands kira-kira RM123,000.00. Tapi ini tidaklah bermakna Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan tidak er… berusaha untuk mengutipkan cukai dan tidak juga bermakna Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands cekap mengutip cukai. Ini sebab kalau dibandingkan Cameron Highlands dan Kuantan tidak sama daripada segi handicapnya kerana Cameron Highlands kecil dan Kuantan sangat besar daerahnya.

Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua juga, Kerajaan Negeri terpaksa walaupun Kerajaan Negeri tidak suka untuk mengeluarkan notis 6A dan 8A ini, tapi tidak ada pilihan kerana tunggakan yang begitu tinggi dan pengeluaran notis 6A dan 8A ini adalah… pengeluaran notis 6A adalah untuk tujuan menuntut tunggakan manakala notis 8A adalah bagi tujuan perampasan berdasarkan Seksyen 97 Kanun Tanah Negara. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan juga, sehingga 18 November 2019, sebanyak 2,967 notis 6A dan 246 notis 8A telah dikeluarkan. Bagi pihak Kerajaan Negeri, sebenarnya kita mengharapkan supaya rakyat sedar dan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat supaya mereka membayar cukai.

Jadi Kerajaan Negeri apabila ada kesedaran, bermakna Kerajaan Negeri tidaklah perlu mengeluarkan notis 6A ataupun 8A. Tetapi buat pada masa ini Kerajaan Negeri tidak ada pilihan kerana tunggakannya yang begitu tinggi dan hasilnya selepas 6A dikeluarkan dan 8A dikeluarkan, kita dapati ramai daripada rakyat negeri Pahang telah mula membayar cukai, malah ramai di antara mereka terutamanya yang dikenakan er… yang mendapat notis 8A telah pun datang ke pejabat membuat pertimbangan, membuat rayuan dan sebagainya. Kerana notis 8A ini adalah tujuan untuk merampaskan harta tanah yang tidak dibayar.

Untuk makluman juga, tunggakan hasil ini adalah merupakan hak kerajaan dan oleh itu rakyat perlu mempunyai kesedaran dan tanggungjawab membayar cukai dan kerajaan pula hanya menuntut hak yang sepatutnya. Dengan hasil kutipan ini juga kerajaan insya-Allah akan pulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk pembangunan ekonomi ataupun dalam bentuk lain yang akhirnya akan memberi manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat termasuklah pemberian bonus baharu ini kepada penjawat-penjawat awam. Jadi saya berharap supaya rakyat negeri Pahang mempunyai kesedaran supaya tidak menunggu notis 6A atau 8A dikeluarkan kerana ini adalah menjadi kewajipan er… mereka yang memiliki tanah untuk membayar cukai kepada kerajaan.

Pada kesempatan ini juga saya menyeru kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat supaya turut sama memainkan peranan, memberi kesedaran kepada rakyat ataupun menjadi penghubung antara Kerajaan Negeri dan rakyat dan turut juga berusaha untuk membangkitkan kesedaran kepada rakyat tentang kewajipan membayar cukai pada setiap program yang diadakan di dalam kawasan Dewan Negeri masing-masing.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya ingin juga mengambil…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya menanya Yang Amat Berhormat tentang pengeluaran Notis 8A. Sebelum Notis 8A dikeluarkan er... adakah SOP bahawa tanah yang hutang cukai berapa tahun baharu dikeluarkan Notis 8A? 5 tahun ke atas ke? Ataupun 1-2... 1 tahun 2 tahun kalau Notis 6A dikeluarkan dia tak bayar lagi terus 8A?

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Sebelum Notis 8A dikeluarkan, Pejabat Tanah dan Daerah akan mengeluarkan Notis 6A. Tetapi amalan biasanya Notis 8A ini sebelum ini, sangat-sangat jarang dikeluarkan kerana Notis 8A dikeluarkan ialah apabila tidak dibayar apa ni tanah tersebut akan dirampas oleh Kerajaan Negeri. Tetapi walau bagaimanapun walaupun telah keluar tetapi kalau sekiranya pemilik tanah tersebut ingin er… memiliki semula tanah tersebut mereka terpaksa membuat permohonan yang baharu. Sebab itulah sebelum 8A dikeluarkan, kita keluarkan Notis 6A, di mana kita dah bagi... bagi apa ni makluman awal kepada pemilik-pemilik tanah. Kita tidak akan keluar terus 8A mesti keluar 6A diikuti dengan 8A.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih penjelasan daripada Yang Amat Berhormat.

Er... soalan saya adalah, er… untuk tanah yang hutang cukai berapa tahun selep... er... 5 tahun ke? ataupun 1 tahun, 2 tahun selepas Notis 6A dikeluarkan kalau dia tetap tidak bayar Notis 8A akan dikeluarkan.

Soalan kedua, adakah kerajaan boleh memastikan bahawa Notis 6A betul-betul boleh sampai tuan tanah dengan register post ataupun by hand? Sebab kita takut kadang-kadang alamat yang ada di rekod Pejabat Tanah mungkin bukan yang terbaharu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, okey Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Sebenarnya tidak ada tempoh. Seperti mana yang saya katakan tadi, 8A sebelum ini sangat jarang dikeluarkan. Tetapi bila dah tunggakan semakin meningkat, Kerajaan Negeri pun tak boleh tahan. Sampai bila lagi kita nak ambil apa ini… tindakan? Dia tak... by right selepas setahun kalau tak bayar, boleh, boleh keluar 8A selepas borang 6A dikeluarkan tetapi kita tidak mengeluarkan. Biasanya kita banyak mengeluarkan 6A.

Saya ingat Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini kita tak pernah dengar pun Notis 8A, tak pernah cakap di Dalam Dewan ni bersabit dengan Notis 8A. Baharu hari ini sahaja. Jadi sebab peningkatan hutang semakin meningkat. Kita keluar 6A pun pemilik tanah masih tidak ambil peduli, tunggakan semakin meningkat dan itu adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengambil tindakan. Yang kedua, sama ada notis tersebut sampai atau tidak? Sudah tentulah pihak Pejabat Tanah ataupun PTG memastikan bahawa notis tersebut sampai kepada tuan punya tanah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga ingin menjawab beberapa soalan yang dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan pada 19 haribulan yang lalu. Yang Berhormat Sungai Lembing membangkitkan soal saguhati petroleum seperti mana yang dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan pimpinan BN sebelum ini. Untuk makluman Yang Berhormat Yang di-Pertua, kalau kita mendengar kenyataan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Sri Azmin baharu-baharu ini, ada menyatakan bahawa er… duit petroleum ini, saguhati petroleum ini akan dibayarkan

kepada Kelantan... dan Kelantan, Terengganu dan Pahang apabila isu persempadanan semula dikeluarkan. Sebelum ini tak pernah sebut pun pasal Pahang. Cuma Kelantan, Terengganu, tapi kali ini disebut Pahang. Memang ada sedikit masalah persempadanan di antara Terengganu dengan Pahang tetapi perkara ini sedang dalam tindakan kedua-dua kerajaan negeri iaitu Pahang dan Terengganu.

Dan bersabit dengan er… petroleum ini, saya ingin er... memaklumkan bahawa saya telah berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya bawa dua perkara. Pertama sekali saya bawa isu petroleum ini... Petronas duit Petronas yang kedua sekali, saya bawa isu berkenaan dengan duit SUKMA dan er... saya dimaklumkan bahawa surat bersabit dengan permohonan petroleum, wang saguhati Petronas ini telah pun dipanjangkan ke pejabat CEO Petronas dan sebab itulah saya yakin, kenyataan Dato’ Sri Azmin, Menteri Hal Ekonomi ada kaitan dengan surat tersebut.

Saya telah berjumpa dengan Tun. Saya beritahu Yang Amat Berhormat Tun. Kelantan, Terengganu mendapat duit Petronas sedangkan mereka ini adalah di luar kawasan perairan minyak, iaitu lebih daripada 3 batu nautika. Kelantan dan Terengganu. Dan Pahang pun begitu juga. Kalau Kelantan, Terengganu dapat saya beritahu pada Tun, Pahang pun seharusnya dapat kerana sebelum ini saya ingat Terengganu kawasan tersebut adalah berada dalam kawasan perairan Terengganu tetapi sebenarnya di luar juga daripada kawasan perairan Terengganu dan ekoran daripada itu, Tun tidak menjanjikan apa-apa, cuma dia kata dia akan tengok kedudukan kewangan dan sebagainya. Kalau keadaan mengizinkan, Perdana Menteri mengatakan insya-Allah. Jadi kita sama-sama berdoa lah ya, itu kedudukan dia sehingga hari ini.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua,

Bila Yang Berhormat mengatakan akan tengok itu, biasanya kalau akan tengok ni terutamanya kalau orang politiklah tunggulah, nantilah, saya tengoklah biasanya harapan itu kecil. Saya mencadangkan supaya Yang Berhormat Menteri Besar menggunakan kaedah yang lain untuk berbaik dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita kena kaji apa kesukaan dia, buah yang dia suka, makanan dia suka dan itu sebab saya dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini, dia dua kali panggil saya dah. 7 bulan dulu, bulan lepas dan saya bawalah Tenun Pahang saya bawa ke dia ini pun saya ingat elok juga Yang Berhormat Perdana Menteri... Menteri Besar mencuba kaedah-kaedah tersendiri ya, supaya perkara dapat dipermudahkan lagi.

Minta maaflah mencelah Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih Tuan Speaker.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Pelangai. Saya dah amalkan sikit perkara tersebut dan sekarang ini saya sedang fikir apa lagi Yang Amat Berhormat Tun, saya ingat yang paling suka.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, tak apa saya ingat...

Saya fikir Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tun suka kalau saya masuk BERSATU agaknya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Habis Yang Berhormat Menteri Besar.

Yang Berhormat... Yang Berhormat Pelangai boleh pm tepilah. Banyak lagi tu saya ingat. Boleh pm tepi.

Boleh. Seterusnya ialah berhubungan dengan duit SUKMA tetapi yang ini saya tidak dapat melihat perkembangannya. Tetapi baharu-baharu ini selepas Mesyuarat Wilayah Ekonomi Pantai Timur kebetulan Yang Berhormat Menteri Kewangan duduk di sebelah saya. Saya sedang berfikir bagaimana nak mencari akal untuk bercakap perkara ini. Sebab saya nampak memang tidak ada jalan walaupun saya dah kata sebelum ini jangan double standard SUKMA Johor bayar dan sebagainya.

Lepas itu saya beritahu kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Saya kata Yang Berhormat, Dewan Undangan Negeri Pahang sekarang ni sedang bersidang dan saya dapati rata-rata rakyat Negeri Pahang sekarang ini sedang menyumpah Menteri Kewangan. Dia tanya saya, sumpah apa? Saya dengar mereka sumpah bagi you susah, bagi you sakit apa semua sebab itu duit SUKMA, RM240 juta, kalau tak silap saya, betul kan? Ha…, RM240 juta adalah duit rakyat Negeri Pahang, hasil cukai Negeri Pahang tetapi Pahang bayar sepatutnya yang Federal bayar dan you boleh bayar sebab Johor you bayar. Kemudian dia kata, ada buat surat? Saya kata ada. Nanti saya check balik dia cakap. Rupanya saya kata sumpah dia takut juga rupanya. Jadi kita tunggu lah ya.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Rakan saya daripada Padang Tengku ada membangkitkan tentang Lipis sebagai daerah yang termiskin dan menduduki tangga ke-21 di seluruh negara. Sukacita saya merujuk kepada statistik terkini status e-kasih menurut daerah-daerah dalam Pahang yang mencatatkan Lipis ialah daerah yang ketiga daripada segi jumlah tertinggi bilangan isi rumah miskin dan miskin tegar. Jumlah ketua isi rumah miskin dan miskin tegar di daerah ini ialah 525 ketua isi rumah atau 10.2% daripada jumlah 5,164 ketua isi rumah miskin dan miskin tegar di seluruh Negeri Pahang.

Ke arah membantu bagi memajukan lagi daerah Lipis, Kerajaan Negeri telah pun mengwujudkan daerah kecil Jelai dengan peruntukan RM5 juta disediakan. Tujuannya ialah supaya banyak perkara-perkara yang boleh diatasi, disampaikan dengan cepat, delivery system nya mungkin lagi cepat dengan adanya daerah kecil ini dan saya juga menyarankan agar pelabur daripada negara lain turut ditarik melabur di... dan mendirikan kilang mereka di daerah Lipis termasuklah di Kawasan Perindustrian Kecau Tui.

Untuk makluman Yang Berhormat daripada Padang Tengku, saya pun telah mengulas lebih lanjut berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Padang Tengku. Saya juga ingin mencadangkan supaya satu kajian perlu dibuat bagi menukarkan Kawasan Perindustrian Kechau Tui ini kepada nama yang lebih menarik.

Sebab Kechau Tui… jadi, tak ada commercial value. Yang Berhormat setuju tak? Yang Berhormat ada cadangan tak? Yang Berhormat setuju tak?

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Tinggal lagi nama nanti kita bincang kemudianlah.

Saya cadangkan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kawasan Perindustrian Padang Tengku, boleh? Atau nak bincang semula lepas ini?

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Bincanglah.

Okey, bincang semula. Kalau Kawasan Perindustrian Padang Tengku, mengambil sempena ADN Kawasan Padang Tengku. Kalau setujulah tapi terpulang kepada Yang Berhormat ya. Kemudian saya ingin sentuh juga berkenaan dengan jajaran Central Spine Road, khususnya antara Merapoh dan Kechau Tui. Yang Berhormat daripada Padang Tengku juga meminta supaya hentian rehat turut diadakan demi kemudahan dan keselesaan pengguna jalan raya tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat, saya telah memaklum kepada Jabatan Kerja Raya sememangnya sedang ada menyediakan tapak dan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang sedang mengenal pasti secara terperinci serta juga mengkaji kewajaran membinanya. Sahabat saya Yang Berhormat daripada Beserah membangkitkan mengenai preferred share ataupun preference share saham keutamaan dan mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang akan mengenakan sebanyak 5% ke atas pelabur luar negara untuk diberikan kepada syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Negeri.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mengenakan saham utama ini kerana ianya akan… kerana Kerajaan Negeri akan mendapat beberapa keutamaan apabila pelabur atau syarikat mengisytiharkan dividen nanti. Kerajaan Negeri juga akan mendapat keutamaan membeli saham tambahan apabila pelabur atau syarikat berkenaan menambahkan sahamnya dalam bentuk right issue dan sememangnya ini terkandung dalam Akta Syarikat 1965.

Mengenai golden share pula, sungguhpun Kerajaan Negeri menetapkan 1% sahaja yang akan Kerajaan Negeri sendiri perolehi daripada pelabur ataupun syarikat berkaitan tetapi dengan 1% golden share ini, Kerajaan Negeri memiliki seolah-olah kuasa veto ke atas apa juga keputusan yang dibuat oleh pelabur atau syarikat yang berkaitan. Dengan ini juga, kepentingan Kerajaan Negeri serta negeri Pahang secara amnya akan sentiasa terpelihara.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat daripada Kuala Semantan membangkitkan tentang MPKK. Begitu juga Yang Berhormat daripada Ketari, Yang Berhormat daripada Kemayan dan juga Yang Berhormat daripada Pulau Manis. Sukacita saya menarik perhatian Ahli-ahli

Yang Berhormat kepada kenyataan yang pernah saya buat sebelum ini termasuk dalam Ucapan Belanjawan Negeri pada, pada Isnin yang lepas.

Kerajaan Negeri memang tidak bersetuju dan membantah sekeras-kerasnya sekiranya MPKKP diwujudkan kerana MPKK yang sedia ada ini pun telah berjalan dengan elok, keadaannya harmoni, aman dan tidak ada masalah dan ianya telah diluluskan oleh Jemaah Menteri di peringkat persekutuan. Dan er… bermakna … kalau sekiranya MPKKP ini diwujudkan, bermakna Kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini lagi sekali membuat pusingan U ataupun U-turn dan mengikut statement yang saya terima pada hari ini, Timbalan Menteri Perpaduan… Timbalan Menteri Luar Bandar telah pun er… menegaskan menyatakan bahawa MPKKP tetap diwujudkan di 5 negeri yang berstatus pembangkang di kalangan… pada kaca mata Kerajaan Pakatan Harapan termasuklah Pahang.

Jadi, pada hari ini saya ingin tegaskan lagi sekali bahawa Kerajaan Negeri akan tetap mewujudkan JKKK pada 1 hari bulan Januari ini sekiranya MPKKP ditubuhkan pada 1 Januari. [Ahli Dewan menepuk meja] dan Kerajaan Negeri telah pun memperuntukkan sebanyak RM6 juta bagi tujuan tersebut.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Ahli Yang Berhormat daripada Teruntum membangkitkan keperluan bagi Kerajaan Negeri menambahkan lagi kakitangan terutamanya yang berkaitan dengan sektor-sektor bagi mencegah ketirisan hasil negeri. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Teruntum, 94 jawatan baharu termasuklah di Jabatan Veterinar yang akan diisi sepenuhnya berkuatkuasa pada 1 Januari 2020 ini. Dan begitu juga er… penubuhan unit UE ataupun Unit Kuatkuasa, Special Task di bawah Pejabat SUK telah pun kita tubuhkan dengan melibatkan beberapa jawatan baharu.

Yang Berhormat daripada Peramu Jaya telah membangkitkan keperluan Kerajaan Negeri menggunakan drone berperimeter tinggi bagi mengatasi masalah pencerobohan dan pembalakan haram di negeri ini. Selain drone sedia ada yang dimiliki oleh jabatan-jabatan berkenaan, termasuklah Jabatan Perhutanan Negeri yang terbaharu, Kerajaan Negeri telah membeli 12 buah drone untuk Pejabat Pengarah Tanah dan Galian bagi kegunaan bersama. Dengan ini, adalah diarahkan aktiviti pencerobohan dan pembalakan haram bukan sahaja dapat ditangani, malah dibanteras sama sekali.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat daripada Pelangai, bekas Menteri Besar. YB daripada Pelangai beritahu saya jangan sebut mantan, sebab mantan ini membawa maksud mundar-mandir tanpa kerja… tanpa jawatan. Kemudian, lebih… lebih suka sekiranya disebut bekas tapi saya pula lebih suka saya sebut kalau saya address Yang Berhormat daripada Pelangai, Yang Berhormat Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Yang Ke-14. Sebab saya Menteri Besar Yang Ke-15. [Ahli Dewan menepuk meja]

Lepas tu, Dato’… Yang Berhormat daripada Pelangai kata mana-mana pun bolehlah asalkan jangan mantan, mundar-mandir tanpa kerja. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kerana telah memberi nasihat yang baik apabila meminta agar dalam masa Kerajaan Negeri berusaha untuk menambahkan hasil, Yang Berhormat daripada Pelangai telah meminta supaya

jangan menyusahkan rakyat jelata termasuklah pelabur di kawasan perindustrian Gebeng.

Untuk makluman Yang Berhormat daripada Pelangai, setiap kali Mesyuarat Exco, kalau sekiranya ada keputusan yang penting, saya bersama-sama dengan rakan-rakan akan bertanya, adakah keputusannya menguntungkan rakyat Pahang, adakah menguntungkan Kerajaan Negeri dan kalau sekiranya tidak menguntungkan Kerajaan Negeri ataupun rakyat, kita akan tangguh dulu ataupun kita akan tolak apa jua keputusan yang telah dibawa.

Itulah keutamaan er… apa ni Exco dan juga saya pada hari ini dan lagi sekali saya ucapkan terima kasih atas nasihat ikhlas kerana Yang Berhormat daripada Pelangai bukan sahaja di dalam Dewan malah di luar Dewan ataupun di tempat-tempat yang bersesuaian, Yang Berhormat sentiasa memberi pandangan dan nasihat yang membina kepada saya dan juga kepada rakan-rakan daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan saya percaya, nasihat ini juga diberi kepada rakan-rakan yang lain termasuklah rakan-rakan daripada PAS dan juga daripada Pakatan Harapan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Ahli Yang Berhormat daripada Luit menyebut perkara yang hampir sama dengan turut mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengenakan kadar cukai yang fleksibel. Begitu juga Yang Berhormat daripada Ketari yang menanyakan perkara hampir sama khususnya mengenakan kadar yang dikenakan ke atas pemain industri. Sukacita saya nyatakan bahawa pengenaan cukai tanah tidak akan membebankan rakyat kerana cukai bagi kediaman dan yang melibatkan pekebun kecil masih menggunakan kadar cukai yang sama sejak tahun 2007.

Bagi kawasan perindustrian pula, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa kadar industri baharu di kawasan perindustrian Gebeng yang bakal berkuat kuasa 1 Januari 2020 adalah masih berpatutan. Kadarnya ialah RM5 bagi semeter persegi berbanding hanya RM0.25 semeter persegi. Kadar yang dikenakan sejak 2007 atau selama tempoh 12 tahun yang lepas.

Dan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi contohnya di sini, saya tidak akan menyebut nama syarikat yang berkaitan. Tetapi inilah yang telah dimaklumkan kepada saya. Sebagai contohnya syarikat A, ini yang betul-betul berlaku di Gebeng ini. Memperolehi keuntungan kira-kira RM4.4 bilion pada tahun 2017. Syarikat A berkenaan ini di Gebeng memperolehi keuntungan RM4.4 bilion. Kalau kita ikutkan cukai tahun 2007, nilai yang syarikat ini bayar kepada pejabat tanah ialah sebanyak RM189,800.00 sahaja.

Walau bagaimanapun, pada kadar cukai tanah baharu yang Kerajaan Negeri perkenalkan, syarikat… perlu membayar lebih kurang tiga ribu... tiga… bukan RM3.7 juta atau lebih kurang 0.09% daripada keuntungan syarikat. Itu beza dia. Dia untung RM4.4 bilion, kita syarikat ini kena bayar RM189,000.00… bagi Kerajaan Negeri its not fair for the state lah ya, sebab dia untung banyak sangat tetapi dengan yang baharu ni dia cuma kena tambah RM3.7 juta sahaja daripada keuntungan RM4.4 bilion dan lagi satu syarikat, Syarikat B, saya tidak akan sebut nama syarikat yang berkenaan, yang memperoleh keuntungan bersih pada tahun 2018 sebanyak RM1.08 bilion.

Jadi kalau ikutkan cukai tanah pada tahun 2007, dia cuma kena bayar RM87,000.00 dia untung 1.08 billion, dia cuma kena bayar RM87,000.00 sahaja dengan kadar cukai

tanah yang baharu, syarikat B berkenaan hanya kena bayar RM1.7 juta atau hanya 0.16% daripada keuntungan bersih syarikat itu.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Mohon izin untuk mencelah. Kalau begitulah fakta yang ada, saya yakin dan percaya keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri adalah tepat. Cuma saya minta supaya ada engagement dengan syarikat-syarikat ini sebelum kadar itu dikuatkuasakan, elok kita berbincang dengan mereka dan er… segala point fakta yang ada pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar itu dibentang kepada mereka. Tetapi pembentangan ini jangan dibentang terus. Kita dengar cerita mereka dulu kemudian baharu kita boleh argue dengan menggunakan fakta-fakta yang sedia ada.

Kalau begitulah keadaannya, situasi sebenar berdasar kepada fakta-fakta yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya tidak bimbanglah, saya takut kalau mereka lari dan sebagainya. Tetapi kalau itulah kadarnya dibandingkan keuntungan yang dibuat, itu keuntungan yang diistyihar tu, keuntungan itu untuk audited financial report tu. Yang luar yang belum audit tu tak tahu lagi. Kalau itulah keadaannya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua saya menyokong penuhlah apa yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar setelah berbincang dengan Ahli-ahli daripada kerajaan dan menggunakan kadar yang baharu. Tahniah, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Pelangai. Insya-Allah kita akan ambil ingatan dan kita akan ambil tindakan supaya syarikat-syarikat berkaitan kita akan er… buat engage… engagement tu sebelum ianya dikuatkuasakan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya rasa itu sajalah yang dapat saya er… sempat jawab pada pagi ini dan sekiranya ada lagi soalan-soalan ataupun yang tidak sempat saya jawab, insya-Allah saya akan jawab secara bertulis dan saya akan lebih terperincikan er… semasa saya memberi jawapan nanti, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wasalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Majlis Mesyuarat dalam jawatankuasa.

Dewan Negeri bermesyuarat dalam jawatankuasa.

[Cokmar diturunkan]

Dalam Jawatankuasa

Setiausaha Dewan

Jadual B.01-Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.01–Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM8,698,987.00 untuk kepala B.01–Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.01–Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.02–Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.02–Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM 99,744,035.00 untuk kepala B.02–Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.02-Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.03–Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.03–Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM111,928,736.00 untuk kepala B.03–Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.03-Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.04-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.04–Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM876,825.00 untuk kepala B.04–Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.05–Dewan Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.05–Dewan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM12,215,520.00 untuk kepala B.05–Dewan Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.05-Dewan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.06–Jabatan Kerja Raya Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala B.06–Jabatan Kerja Raya Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah

RM65,132,815.00 untuk kepala B.06–Jabatan Kerja Raya Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”. Lagi sekali Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli yang “Setuju”. Sila nyatakan setuju.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan” Tidak”. Tiada. Kepala B.06-Jabatan Kerja Raya Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.07–Jabatan Perhutanan Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala B.07–Jabatan Perhutanan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. RM36,252,270.00 untuk kepala B.07–Jabatan Perhutanan Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.07-Jabatan Perhutanan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.08–Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.08–Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM11,901,627.00 untuk kepala B.08–Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.08-Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.09–Jabatan Pertanian Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala B.09–Jabatan Pertanian Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM26,461,327.00 untuk kepala B.09–Jabatan Pertanian Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.09-Jabatan Pertanian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.10–Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.10–Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM23,631,873.00 untuk kepala B.10–Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.10-Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.11–Pejabat Daerah dan Tanah Bentong.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.11– Pejabat Daerah dan Tanah Bentong dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM6,495,815.00 untuk Kepala B.11–Pejabat Daerah dan Tanah Bentong menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.11–Pejabat Daerah dan Tanah Bentong menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.12–Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM5,773,426.00 untuk Kepala Bekalan B.12–Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.12 – Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.13–Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.13–Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM7,413,987.00 untuk Kepala B.13–Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.13–Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.14-Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.14–Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM9,518,775.00 untuk Kepala B.14–Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.14–Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.15–Pejabat Daerah dan Tanah Lipis.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.15–Pejabat Daerah dan Tanah Lipis dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM7,472,858.00 untuk Kepala B.15–Pejabat Daerah dan Tanah Lipis menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.15–Pejabat Daerah dan Tanah Lipis menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.16-Pejabat Daerah dan Tanah Pekan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.16–Pejabat Daerah dan Tanah Pekan dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM8,356,305.00 untuk Kepala B.16–Pejabat Daerah dan Tanah Pekan menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.16–Pejabat Daerah dan Tanah Pekan menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.17-Pejabat Daerah dan Tanah Raub.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.17–Pejabat Daerah dan Tanah Raub dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM6,609,321.00 untuk Kepala B.17–Pejabat Daerah dan Tanah Raub menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.17–Pejabat Daerah dan Tanah Raub menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.18–Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.18–Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM9,401,681.00 untuk Kepala B.18–Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.18–Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.19– Pejabat Daerah dan Tanah Rompin.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.19–Pejabat Daerah dan Tanah Rompin dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM6,393,767.00 untuk Kepala B.19–Pejabat Daerah dan Tanah Rompin menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.19–Pejabat Daerah dan Tanah Rompin menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.20-Pejabat Daerah dan Tanah Maran.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.20–Pejabat Daerah dan Tanah Maran dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM7,030,827.00 untuk Kepala B.20–Pejabat Daerah dan Tanah Maran menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.20–Pejabat Daerah dan Tanah Maran menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.21-Pejabat Daerah dan Tanah Bera.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.21–Pejabat Daerah dan Tanah Bera dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM5,547,284.00 untuk Kepala B.21–Pejabat Daerah dan Tanah Bera menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.21–Pejabat Daerah dan Tanah Bera menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.22–Pejabat Tanah dan Galian Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.22–Pejabat Tanah dan Galian Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM11,177,607.00 untuk Kepala B.22–Pejabat Tanah dan Galian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.22–Pejabat Tanah dan Galian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.23–Jabatan Mineral dan Geosains Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.23–Jabatan Mineral dan Geosains Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM338,677.00 untuk Kepala Bekalan B.23–Jabatan Mineral dan Geosains Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.23–Jabatan Mineral dan Geosains Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.24–Jabatan Agama Islam Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.24–Jabatan Agama Islam Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM117,820,189.00 untuk Kepala B.24–Jabatan Agama Islam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.24–Jabatan Agama Islam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.25–Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.25–Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM4,391,472.00 untuk Kepala B.25–Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.25–Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.26–Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.26–Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM18,199,856.00 untuk Kepala Bekalan B.26–Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.26–Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.28–Jabatan Mufti Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.28–Jabatan Mufti Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM3,197,797.00 untuk Kepala B.28–Jabatan Mufti Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.28 – Jabatan Mufti Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.29–Jabatan Kehakiman Syariah Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.29– Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM6,655,208.00 untuk Kepala B.29–Jabatan Kehakiman Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.31-Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.31–Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah

RM1,788,116.00. Untuk Kepala B.31-Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan ”Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Fasal 1(1); Fasal 1(2); Fasal 2(1); dan Fasal 2(2).

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1(1); Fasal 1(2); Fasal 2(1); dan Fasal 2(2); menjadi sebahagian daripada Undang-undang.

Sila pencadang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan (2020) 2019 dimaklum kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan ”Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Cokmar dinaikkan semula]

Bacaan Kali Ketiga

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa,

“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2020 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu”, telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.‘‘

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan (2020) 2019 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan ”Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Menimbang Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Dan Perbekalan Air Tahun 2020Motion

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan (2020) 2019, disifatkan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2020 bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.

Perkara Ketiga: Menimbang Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Dan Perbekalan Air Tahun 2020.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2020 telah dibentang, disokong dan dibahas pada 18, 19 dan 20 November 2019. Seramai 25 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut. Soalannya sekarang ialah usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan ”Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Usul tersebut diluluskan.

Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi kerjasama yang baik pada sidang kita pada pagi ini. Sekarang saya bercadang untuk menempohkan persidangan ini di sebelah petang dan persidangan kita disambung semula pada jam 3.00 petang. Persidangan ditempohkan. Terima kasih.

[Persidangan ditempohkan pada jam 12.31 tengah hari]

[Persidangan disambung semula]

Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2/2019) 2019. Kertas Dewan Negeri 29/2019Bill

Setiausaha Dewan

Perkara Keenam (1). Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2/2019) 2019. Kertas Dewan Negeri 29/2019.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Bacaan Kali Pertama

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2/2019) 2019.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon menyokong usul itu.

Setiausaha Dewan

“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2019 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu.”

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin menyokong usul itu.

Bacaan Kali Kedua

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (2/2019) 2019, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin mencadangkan iaitu Rang Undang-undang bernama:

“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan dalam untuk perkhidmatan tahun 2019 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu”,

dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Perkara 44 Bahagian Dua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang menyatakan bahawa jika wang diperuntukkan oleh Undang-undang Perbekalan tidak mencukupi atau terdapat lebih perbelanjaan bagi apa-apa maksud di mana-mana tahun kewangan, ianya hendaklah dibentangkan di dalam Dewan Negeri dan kepala-kepala perbelanjaan tersebut hendaklah dimasukkan dalam Rang Undang-undang Perbekalan.

Di samping itu, Seksyen 11(3) Akta Prosedur Kewangan membolehkan Menteri Besar membuat pendahuluan dari Kumpulan Wang Disatukan untuk menampung keperluan tersebut.

Jumlah wang yang dipohon untuk Anggaran Tambahan Kedua beritahun kewangan 2019 ialah sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Juta Empat Ratus Dua Puluh Satu Ribu Sembilan Ratus Sembilan Sahaja) bagi Maksud Bekalan (B). Manakala sebanyak Ringgit Malaysia Satu Juta Dua Puluh Empat Ribu Empat Ratus Enam Belas) adalah bagi Maksud Tanggungan dalam kurungan (T).

Tambahan ini adalah untuk maksud-maksud perbelanjaan seperti berikut:

a) Emolumen - Sembilan Ratus Empat Puluh Empat Ribu Tujuh Puluh Lapan Ringgit

b) Perkhidmatan dan Bekalan - Dua Juta Empat Ratus Lima Puluh

Enam Ribu Lima Ratus Enam Puluh

Tujuh Ringgit

c) Pemberian Dalam Negeri - Satu Juta Empat Puluh Lima Ribu

Enam Ratus Lapan Puluh Ringgit

Jumlah keseluruhannya ialah Empat Juta Empat Ratus Empat Puluh Enam Tiga Ratus Dua Puluh Lima Ribu Ringgit.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua ,

Maklumat penuh bagi tujuan tambahan ini adalah dinyatakan di dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan di dalam Persidangan Dewan ini, Kertas DN 33/2019.

Peruntukan Tambahan diperlukan bagi menampung kekurangan gaji dan elaun kepada bagi kakitangan yang bertugas, perkhidmatan dan bekalan, perhubungan dan utiliti sewaan dan menampung bayaran pencen Siasah Kerabat Diraja Pahang dan Bantuan Pengurusan Jenazah serta Bayaran Ganjaran.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Sekian sahaja penerangan ringkas saya berhubung Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2/2019) 2019 ini dan berharap Rang Undang-undang yang saya bentangkan ini mendapat sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan seterusnya diluluskan. Saya mohon mencadang.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin menyokong usul itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Masalah di hadapan Majlis ialah

“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2019 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu”,

dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas. Tiada. Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dan yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2019 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.

[Cokmar diturunkan]

Dalam Jawatankuasa

Setiausaha Dewan

Jadual B01. Pejabat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Kepala Bekalan B01. Pejabat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah Ringgit Malaysia Satu Juta Dua Puluh Lima Ribu Tiga Ratus Enam Puluh Sembilan. Untuk Kepala B01 Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B01. Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang jadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B02. Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Kepala Bekalan B02. Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah Ringgit Malaysia Dua Juta Empat Puluh Lapan Ribu Empat Puluh. Untuk Kepala B02 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju. Terima kasih.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B02 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B22. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pahang.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Kepala Bekalan B22. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah Ringgit Malaysia Tiga Ratus Empat Puluh Lapan Ribu Lima Ratus. Untuk Kepala B22. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B22 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang jadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Fasal 1; Fasal 2(1); Dan Fasal 2(2)

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1; Fasal 2(1); Dan Fasal 2(2) Dibuka untuk perbahasan sekarang. Tiada. Masalahnya bahawa;

Fasal 1; Fasal 2(1); Dan Fasal 2(2); menjadi sebahagian daripada Undang-undang hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada.

Fasal 1; Fasal 2(1); Dan Fasal 2 (2); menjadi sebahagian daripada Undang-undang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi,

Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi,

Saya mohon menyokong Usul itu.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2/2019) 2019 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Cokmar dinaikkan semula]

Bacaan Kali Ketiga

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa

“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2019 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan”

Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon menyokong usul itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2/2019) 2019 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (2/2019) 2019, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.

Rang Undang-UndangBill

Setiausaha Dewan

Perkara Keenam (ii): Rang Undang-Undang Rang Undang-undang Peruntukan Diraja (Pindaan) (No.2) 2019 Kertas DN 30/2019.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Bacaan Kali Pertama

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Peruntukan Diraja (Pindaan) (No.2) 2019.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan Diraja 1981.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Bacaan Kali Kedua

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Peruntukan Di Raja (Pindaan) (No.2) 2019, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin mencadangkan iaitu Rang Undang-undang bernama:

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan Diraja 1981”

dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin menyokong cadangan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalah di hadapan Majlis ialah

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan Di Raja 1981”

dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas.

Tiada. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan Diraja 1981.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.

[Cokmar diturunkan]

Dalam Jawatankuasa

Setiausaha Dewan

Fasal 1 dan Fasal 2.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 dan Fasal 2, dibuka untuk perbahasan sekarang.

Masalahnya bahawa Fasal 1 dan Fasal 2; menjadi sebahagian daripada Undang-undang hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Fasal 1 dan Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Undang-undang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi,

Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Peruntukan Diraja (Pindaan) (No.2) 2019 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli- ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Cokmar dinaikkan semula]

Bacaan Kali Ketiga

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon memaklumkan bahawa,

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan Diraja 1981”

telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Peruntukan Diraja (Pindaan) (No.2) 2019 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli- ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Peruntukan Diraja (Pindaan) (No.2) 2019, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.

Setiausaha Dewan

Perkara Keenam (iii): Rang Undang-Undang

Rang Undang-undang Enakmen Jumaah Pangkuan Negeri (Elaun dan Keistimewaan) (Pindaan) 2019 Kertas DN 31/2019

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Bacaan Kali Pertama

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Jumaah Pangkuan Negeri (Elaun dan Keistimewaan) (Pindaan) 2019.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Jumaah Pangkuan Negeri (Elaun dan Keistimewaan) 1960.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin mencadang...menyokong cadangan tersebut.

Bacaan Kali Kedua

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Jumaah Pangkuan Negeri (Elaun dan Keistimewaan) (Pindaan) 2019, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin mencadangkan iaitu Rang Undang-undang bernama:

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Jumaah Pangkuan Negeri (Elaun dan Keistimewaan) 1960”

dibacakan bagi kali kedua sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalah di hadapan Majlis ialah

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Jumaah Pangkuan Negeri (Elaun dan Keistimewaan) 1960”

dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas. Tiada. Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

”Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Jumaah Pangkuan Negeri (Elaun dan Keistimewaan) 1960.”

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.

[Cokmar diturunkan]

Dalam Jawatankuasa

Setiausaha Dewan

Fasal 1 dan Fasal 2.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 dan Fasal 2. Dibuka untuk perbahasan sekarang.Tiada Perbahasan.

Fasal 1 dan Fasal 2; menjadi sebahagian daripada Undang-undang hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada.

Fasal 1 dan Fasal 2; menjadi sebahagian daripada Undang-undang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi,

Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi,

Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Jumaah Pangkuan Negeri (Elaun dan Keistimewaan) (Pindaan) 2019 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Cokmar dinaikkan semula]

Bacaan Kali Ketiga

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa:

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Jumaah Pangkuan Negeri (Elaun dan Keistimewaan) 1960” telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan.

Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang Jumaah Pangkuan Negeri (Elaun dan Keistimewaan) (Pindaan) 2019 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha Dewan

”Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Jumaah Pangkuan Negeri (Elaun dan Keistimewaan) (Pindaan) 2019, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.”

(iv) Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands 2019 Kertas DN 32/2019Bill

Setiausaha Dewan

Perkara Keenam: (iv) Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands 2019 Kertas DN 32/2019

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Bacaan Kali Pertama

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands 2019.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Setiausaha Dewan

“Suatu Enakmen untuk menubuhkan Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya”.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Bacaan Kali Kedua

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands 2019, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Suatu Enakmen untuk menubuhkan Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya”

dibacakan bagi kali kedua sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Majlis ialah:

“Suatu Enakmen untuk menubuhkan Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dan berkesampingan dengannya”,

dibacakan kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas. Tiada. Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang tersebut dibaca kali yang kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen untuk menubuhkan Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.

[Cokmar diturunkan]

Dalam Jawatankuasa

Setiausaha Dewan

Fasal 1 hingga Fasal 35.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 hingga Fasal 35. Dibuka untuk perbahasan sekarang. Tiada Perbahasan.

Tuan Andansura bin RabuPAS · PNBeserah

Tuan Pengerusi,

Boleh saya minta penjelasan dari perkara Fasal 4 Perkara (i), keanggotaan perbadanan. Di dalam ini dinyatakan bahawa perbadanan ini hendaklah terdiri daripada anggota berikut, ada beberapa senarai dan yang terakhir sekali senarai (i). Dinyatakan disini, 3 orang Wakil Kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh Menteri. Saya ingin penjelasan apakah rasional kita meletakkan Wakil Kerajaan Persekutuan di dalam Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands yang mempunyai kepentingan secara langsung kepada negeri er... dan implikasi yang bakal diterima sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak melantik 3 Wakil mereka atau tidak memainkan peranan sepertimana yang dikehendaki, ataupun menghalang menyekat sebarang usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri. Adakah ianya juga bakal memberi kesan kepada Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands ini. Saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan. Terima kasih.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Pihak kerajaan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya ucapkan terima kasih kepada ADN Beserah kerana yang bertanyakan berkenaan dengan Fasal 4. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Beserah, apabila kita menubuhkan perbadanan, lazimnya kita ada Wakil daripada Kerajaan Pusat. Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang, ada Wakil daripada Kerajaan Pusat, 3 Wakil daripada kementerian, PKNP pun ada dan er... perlantikan ini adalah er... amalan biasa, di mana lazimnya kementerian akan menghantar Wakil untuk membantu, menyelia dan memberi pandangan dan nasihat kepada perbadanan dan perkara yang sama juga dibuat ketika untuk kita mencadangkan Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands ini, kita mencadangkan lantikan daripada kementerian.

Tujuannya ialah apabila ada Wakil daripada kementerian, kementerian ataupun Kerajaan Pusat akan er... menetapkan peruntukan kepada perbadanan untuk membantu supaya perbadanan ini dapat dikembangkan dan kalau sekiranya pihak kementerian tidak menghantar Wakil pun, tidak ada masalah sebab kita ada kuorum-kuorum tertentu... minima kuorum yang perlu, yang boleh kita mengadakan mesyuarat dan andainya mereka tidak ada Wakil, perbadanan tersebut masih diteruskan. Dan ini adalah menjadi amalan biasa. Sebab itulah kita masukkan juga Wakil daripada kementerian. Terima Kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Yang Berhormat, saya ingat jelas penerangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi. Baiklah Yang Berhormat sekalian, Fasal 1 hingga Fasal 35; menjadi sebahagian daripada Undang-undang hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Fasal 1 hingga Fasal 35; menjadi sebahagian daripada Undang-undang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi,

Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi,

Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands 2019 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli Dewan

Setuju

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Cokmar dinaikkan semula]

Bacaan Kali Ketiga

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon memaklumkan bahawa “Suatu Enakmen untuk menubuhkan Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya” telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands 2019 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands 2019, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.

USUL

Perkara Ketujuh: Usul

Usul Penubuhan Kumpulan Wang Amanah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang. YB. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk membawa satu usul di Dewan yang mulia ini yang berbunyi

“Bahawa dengan ini, bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(b) Akta Prosedur Kewangan 1957 (Akta 61), bersetuju menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang, Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang”.

Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua,

Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Ke-22/2019 pada 23 Julai 2019 telah menimbang Kertas Cadangan daripada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang dan bersetuju supaya Jabatan Agama Islam Pahang menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang Kerajaan Negeri.

Kumpulan Wang itu, Kumpulan Wang ini ditubuhkan bagi memudahkan penyaluran peruntukan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Anak-anak Syarikat Kerajaan Persekutuan dan Negeri, dan orang ramai. Ia juga bertujuan memastikan rekod-rekod kewangan diperakaunkan dengan teratur dan mematuhi semua prosedur kewangan bagi semua lapan belas (18) buah Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang.

Penubuhan Kumpulan Wang Amanah Sekolah Menengah Agama Islam Negeri (SMAN) Pahang akan membolehkan Jabatan Agama Islam Pahang:

i) Memperakaunkan penerimaan bantuan atau pemberian daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, sumbangan dan lain-lain pendapatan yang diluluskan; dan

ii) Merekodkan perbelanjaan pengurusan semua Sekolah Menengah Agama Negeri.

Kumpulan Wang ini akan ditadbirkan oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam dan dua puluh tiga (23) orang ahli yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan, Ketua Penolong Bahagian Pendidikan, semua Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Agama Negeri, Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan dan Penolong Pegawai Tadbir (Kewangan).

Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua,

Penubuhan Kumpulan Wang ini akan memberi gambaran sebenar berkaitan penyaluran daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri, Anak-anak Syarikat Kerajaan Persekutuan/Negeri dan orang ramai. Ia juga bertujuan memastikan rekod-rekod kewangan diperakaunkan dengan teratur dan mematuhi semua prosedur kewangan bagi semua lapan belas (18) buah Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Pahang.

Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(b) Akta Prosedur Kewangan 1957 (Akta 61), menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang. Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang.

Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon menyokong usul itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Usul ini dibuka untuk perbahasan. Tiada. Masalahnya ialah Usul ini telah dicadang dan disokong. Soalannya sekarang ialah usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan usul ini, sila nyatakan “SETUJU”,

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila nyatakan “TIDAK”. Tiada. Usul tersebut diluluskan.

LAPORAN

Setiausaha Dewan

Perkara: Laporan

Penyata Kewangan Negeri Pahang Tahun 2018 Kertas DN 35/2019

Penyata Kewangan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang (PSK) Berakhir 31 Disember 2018 kertas DN 36/2019

Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) Berakhir 31 Disember 2018 Kertas DN 37/2019

Penyata Kewangan Perbadanan Muzium Negeri Pahang Berakhir 31 Disember 2018 Kertas DN 38/2019

Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) Berakhir 31 Disember 2018 Kertas DN 39/2019

Penyata Kewangan Perbadanan Stadium Darul Makmur Berakhir 31 Disember 2018 Kertas DN 40/2019

Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Berakhir 31 Disember 2018 Kertas DN 41/2019

Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Kuantan Berakhir 31 Disember 2018 Kertas DN 42/2019

Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Temerloh Berakhir 31 Disember 2018 Kertas DN 43/2019

Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Bentong Berakhir 31 Disember 2018 Kertas DN 44/2019

Penyata Kewangan Majlis Daerah Pekan Berakhir 31 Disember 2018 Kertas DN 45/2019

Penyata Kewangan Majlis Daerah Lipis Berakhir 31 Disember 2018 Kertas DN 46/2019

Penyata Kewangan Majlis Daerah Jerantut Berakhir 31 Disember 2018 Kertas DN 47/2019

Penyata Kewangan Majlis Daerah Cameron Highlands Berakhir 31 Disember 2018 Kertas DN 48/2019

Penyata Kewangan Majlis Daerah Maran Berakhir 31 Disember 2018 Kertas DN 49/2019

Penyata Kewangan Majlis Daerah Rompin Berakhir 31 Disember 2018 Kertas DN 50/2019

Penyata Kewangan Majlis Daerah Bera Berakhir 31 Disember 2018 Kertas DN 51/2019.

Penyata Kewangan Majlis Daerah Raub Berakhir 31 Disember 2018 Kertas DN 52/2019.

Penyata Kewangan Yayasan Pahang Berakhir 31 Disember 2018 Kertas DN 53/2019.

Laporan Ketua Audit Negara: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri Pahang Tahun 2018. Kertas DN 54/2019.

PENANGGUHAN

Setiausaha Dewan

Perkara: Penangguhan.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon membawa cadangan bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang. Sebelum itu Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk berucap sebelum cadangan saya ini disokong.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Pertama sekali saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita sekarang berada di penghujung Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Keempat Belas pada hari ini. Tempoh persidangan kita selama lima hari juga bermula pada hari Isnin dan berakhir pada hari ini, yang antara lainnya ialah Pembentangan Ucapan Belanjawan Negeri 2020 disusuli perbahasan dan berakhir pada hari ini Jumaat 22 November.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Selama tempoh lima hari kita bersidang, saya lagi sekali melahirkan rasa syukur saya dan gembira kerana setelah lima mesyuarat Dewan Negeri sebelum ini, dalam tempoh saya dengan takdir AllahNya sebagai Menteri Besar telah berjalan dengan lancar, licin dan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah menunjukkan penghormatan yang tinggi terhadap Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dan sentiasa akur kepada apa jua yang telah ditetapkan oleh Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua.

Dan yang saya dapati sedikit kelainan pada sidang Dewan pada hari ini ialah terdapat banyak pantun, sama ada daripada pihak kerajaan, pembangkang dan seperti mana yang telah saya janjikan, saya akan jawab pantun daripada ADN Ketari. Lepas ni YB. Ketari boleh jawab pantun di luar dewan sebab Yang Berhormat Ketari tak sempat nak

jawab dah. Harap Yang di-Pertua jangan bagi keizinan pulak selepas ditangguhkan, ya. [ketawa]

Butang baju melayu paknye, Maknya sembunyi tak letak merata, Biarlah Ketari dengan roketnya, BN dan PAS teguh dengan muafakat kita.

(Ahli Dewan menepuk meja)

Main gasing pusingnya ligat, Mula bermain selepas subuh, Ketari tak masuk UMNO tidak tergugat, Muafakat Nasional semakin teguh. (Ahli Dewan menepuk meja)

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga mendapati bahawa amalan hormat-menghormati ini telah diamalkan sejak daripada dulu lagi dan saya berharap supaya amalan ini akan diteruskan untuk di masa-masa yang akan datang. Dan ini juga boleh saya simpulkan bahawa wujud satu keadaan suasana kekeluargaan yang besar sesama kita dan boleh dikatakan sudah merentasi sempadan fahaman politik. Dan ini juga dapat saya nyatakan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian telah mempamerkan kematangan berhujah, kebijaksanaan memberi pendapat bernas dan bijak, selain itu juga mempunyai disiplin dalam menjaga masa yang amat berharga.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya percaya suasana menyenangkan seperti mana dalam tempoh lima hari pada persidangan kita kali ini tidaklah terhenti setakat ini saja. Ianya hendaklah diteruskan daripada persidangan-persidangan yang akan datang dan dengan ini sahajalah akan dapat terus menjamin natijah dan kesan yang baik selama kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat berada di dalam Dewan Yang Mulia ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Pada kesempatan ini saya ingin mengambil peluang untuk saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sehinggalah kepada Yang Hormat Setiausaha Dewan serta kakitangan dibawah seliaannya. Komitmen yang tinggi dan kerja keras inilah, maka persidangan dewan ini dapat berjalan lancar dan mungkin juga ada kedengaran sungutan Ahli-ahli Yang Berhormat tentang ketegasan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pada kali ini mengenai pematuhan masa. Namun ini pada amnya disambut baik oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat.

Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak kerana ketegasan Tuan Yang di-Pertua, kemungkinan mesyuarat kita ini, persidangan kita ini akan disambung pada hari Isnin. Jadi dengan ketegasan itu, hari Sabtu dan hari Ahad kita bolehlah balik ke kawasan masing-masing dan boleh buat kerja-kerja kita berjumpa dengan rakyat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya harus juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang telah membuat persiapan rapi dalam berhujah, memberikan jawapan ketika sesi soal jawab malah dalam menggulung perbahasan bagi pihak portfolio masing-masing. Sudah tentulah ianya dibantu oleh ketua-ketua jabatan kerajaan serta agensi kerajaan yang telah hadir setiap hari serta menyediakan butiran yang diperlukan bagi pihak kerajaan yang diWakili oleh Yang Berhormat Ahli-ahli MMK untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dibangkitkan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya juga turut terima kasih kepada semua anggota-anggota Polis Diraja Malaysia yang telah memberikan khidmat keselamatan serta kru kesihatan dengan ambulan standby demi menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada yang memerlukan. (Ahli Dewan menepuk meja) Dan saya juga lagi sekali mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga, saya juruskan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang secara berhemah dan budiman berbahas dan terlebih… terlibat aktif dalam sesi soal jawab serta perbahasan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga ingin mengucapkan kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian, supaya pulanglah ke kawasan masing-masing dan berkhidmatlah sebaik-baiknya demi memastikan kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat yang kita masing-masing wakili. Dan kita semua sedia tahu bahawa sekarang ini adalah bulan November, yang akan memasuki bulan Disember, yang mana pada setiap hujung tahun kita akan berdepan dengan musim tengkujuh yang boleh membawa kepada kejadian bencana banjir.

Bukanlah kita mendoakan agar bencana banjir ini berlaku tetapi hakikatnya kita berada pada musim tengkujuh yang mana kita semua perlulah bersiap sedia untuk membantu rakyat yang terjejas dengan bencana itu kelak. Semoga kita dapat berjumpa lagi dalam suasana yang serupa sepertimana tempoh persidangan 5 hari ini pada persidangan yang akan datang pula, insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kalau ada sumur di ladang, Boleh hamba menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi.

Sekianlah sahaja ucapan penghargaan dan terima kasih saya kepada semua yang telah menjayakan persidangan ini. Dengan ini saya mencadangkan supaya Persidangan Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua ini ditangguhkan. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Ahli Dewan menepuk meja)

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Bakul kelubi tersangka dokong, Usul MB saya sokong.

(Ahli dewan menepuk meja)

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh juga Yang Berhormat ya. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Amat Berhormat Menteri besar Pahang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Alhamdulillah saya juga turut bersyukur ke hadrat Allah SWT persidangan kita Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Keempat Belas bagi menutup tirai tahun 2019 telah berlangsung dengan lancar dan selamat.

Saya bersama-sama dengan Timbalan Yang di-Pertua mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi kerjasama, sokongan dan komitmen yang amat baik kepada saya dan lebih penting lagi dan lebih mustahak, menghormati, menghargai, memahami dan meletakkan Dewan Yang Mulia ini di atas landasan yang betul dan penuh integriti. Syabas dan tahniah.

Kita semua tidak penting tetapi ada yang lebih penting iaitu Dewan Yang Mulia ini. Kita perlu pertahankan kesuciannya. Ianya bukan gelanggang untuk menunjukkan kekuatan, bukan pentas untuk kita bertaki, bertengkar dan bukan berbicara ikut emosi dan persepsi. Di sinilah perlambangan demokrasi ditegakkan. Di sinilah ketamADNan bangsa diangkat dan di sinilah kesejahteraan dan kemakmuran rakyat direncanakan dan diperjuangkan.

Saya, anda dan Ahli-ahli Dewan boleh datang dan pergi tetapi Dewan Yang Mulia ini tetap utuh, unggul dan memastikan institusi kesultanan, rakyat dan kerajaan dipertahankan. Hormatilah setiap peraturan yang telah ditetapkan, tunjuk kehebatan diri yang bertatasusila tinggi sebagai seorang Wakil yang terbaik.

Saya ucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, sama ada penyokong kerajaan dan pembangkang pada sidang ini, menyampaikan perbahasan yang sungguh bernas, lontaran idea yang baik, banyak hujah-hujah yang membina untuk rakyat dan negeri. Lebih penting dan sangat teruja lagi, Ahli-ahli Dewan penuh berakhlak mulia, menepati masa, amat berminat dan komited menghadiri tiap-tiap persidangan pada waktu dan saat yang telah ditetapkan. Terima kasih kepada Ahli-ahli Berhormat semua.

Di zaman yang serba canggih ini, apa yang berlaku di sini rakyat akan melihat dengan jelas dan cepat. Semoga semua perbahasan, perdebatan dan perancangan Kerajaan Negeri yang dibawa oleh setiap hujah Ahli-ahli Yang Berhormat akan diberi keberkatan oleh Allah SWT.

Saya juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawai dan kakitangan di pelbagai bahagian/agensi di belakang tabir, yang telah bertungkus-lumus dan menjalankan tugas dengan baik sejak awal hingga akhir persidangan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan, pegawai-pegawai Hansard, UKOMP, Bahagian Teknologi Maklumat yang sentiasa memberi kerjasama dalam menjayakan persidangan ini.

Terima kasih juga kepada Jabatan JKR Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Bomba, TNB dan Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pegawai-pegawai Daerah yang membantu persidangan secara langsung dan tidak

langsung. Semoga hubungan baik dan kerjasama ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.

Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mendoakan selamat pulang ke kawasan masing-masing. Jalankan amanah dan tugas yang suci ini dengan ikhlas dan dedikasi. Rakyat telah menghantar Yang Berhormat ke Dewan Yang Mulia ini. Utamakan rakyat, binalah kehidupan mereka yang sempurna dan terbaik. Marilah kita berdoa semoga di ambang 2020, Negeri Pahang Darul Makmur akan memperlihatkan wajah baharu yang dinamik, pertumbuhan ekonomi yang melonjak, hasil negeri yang lumayan, kemudahan asas yang baik, perumahan rakyat yang tersusun, keharmonian, kesejahteraan, perpaduan dan kehidupan rakyat yang bahagia dan makmur.

Inilah ilham, inspirasi dan cetusan idea seorang pemimpin yang wibawa, yang wibawa berjiwa besar, berpandangan jauh, berani dan dedikasi yang telah ditakdir… ditakdirkan oleh Allah SWT menerajui dan memimpin Pahang Darul Makmur iaitu tidak lain dan tidak bukan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar (Ahli Dewan tepuk meja) yang dikasihi. Yang dikasihi dan disukai oleh pelbagai kaum, peringkat, lapisan dan golongan masyarakat samaada kawan atau lawan. Berpewatakan sederhana, lemah-lembut, mudah berbicara, bekerja tanpa had dan waktu dan berazam membawa Pahang maju terus, rakyat bahagia dan sejahtera. Syabas dan tahniah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri dibantu oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan semua Ahli-ahli Dewan Negeri yang saya kasihi.

Sebagai akhirnya marilah kita bersama membaca Surah Al-Asr semoga Allah SWT merahmati kita semua. [Ayat al-Quran] [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Mesyuarat ditangguhkan. Semoga kita bertemu lagi dimesyuarat yang akan datang dan dimaklumkan kemudian. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum WBT.

[Persidangan ditangguhkan pada jam 3.58 petang]