Pahang · 17 November 2020

14th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 208 turns · 30,339 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari : Selasa, 17 November 2020

bersamaan 1 Rabiulakhir 1442 Hijriah. Masa : 9.30 pagi

DOA

Bacaan doa.

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamualaikum WBT. Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat, pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan taufik-Mu, dipohon menyuluh memandu pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama; serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, alhamdulillah dan marilah kita bersama-sama bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan izin-Nya kita semua dapat menghadiri Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Keempat Belas pada pagi yang berbahagia ini.

Baiklah, untuk meneruskan aturan mesyuarat yang seterusnya saya menjemput Yang Berhormat ADUN Cheka.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Selamat pagi. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin untuk kemukakan soalan nombor 1.

[Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menaik taraf loji air bersih agar permintaan pengguna boleh dipenuhi dari semasa ke semasa.

(a) Dari tahun 2018 hingga tahun 2020, loji air mana telah dinaik taraf dan berapakah peruntukan telah diluluskan?

(b) Apakah kesan/manfaat yang akan diberi kepada pengguna?]

Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih YB. daripada Cheka yang bertanyakan soalan loji manakah yang telah dinaikkan taraf air semenjak 2018 hingga tahun 2020 dan sebanyak mana peruntukan yang telah diluluskan.

Untuk makluman Yang Berhormat, daripada tempoh 2018 sehingga 2020, sejumlah RM511 juta telah pun diluluskan bagi tujuan menaik taraf empat Loji Rawatan Air atau pun LRA. Yang pertama ialah di Loji Rawatan Air Jelai, Lipis dengan kos sebanyak RM20 juta, yang kedua Loji Rawatan Air Kerchau, Lipis dengan kos sebanyak RM5 juta, yang ketiga Loji Rawatan Air (LRA) Karak, Bentong dengan kos sebanyak RM40 juta dan yang terakhir adalah Loji Rawatan Air Semambu Fasa 3, Kuantan dengan kos sebanyak RM446 juta. Itu soalan yang pertama.

Yang kedua; Berkaitan dengan apakah kesan manfaat yang akan diberikan kepada pengguna? Secara lojiknya mendatangkan kebaikan, faedah kepada pengguna. Yang kedua menyelesaikan masalah, masalah bekalan air yang selalu terganggu. Itu secara logiknyalah ya tapi secara akademiknya, prinsipnya, detailnya macam Loji Rawatan Air di Jelai daripada 18 juta liter sehari, dia boleh naik kepada 28.8 juta liter sehari iaitu pertambahan sebanyak 10.8 juta liter sehari dan ini sudah pastilah menyelesaikan masalah bekalan air di bandar Lipis dan kawasan sekitarnya dan pembinaannya dijangka siap pada tahun hadapan 2021.

Loji air yang kedua, loji rawatan air yang kedua di Kechau, Lipis akan dijangka siap pada tahun 2021 juga dan sepertimana saya katakan tadi akan menyelesaikan masalah air di kawasan tersebutlah. Yang ketiga Loji Rawatan Air Karak, Bentong asalnya daripada 8 juta liter sehari kepada 19 juta liter sehari iaitu pertambahan sebanyak 11 juta liter sehari dan ini dijangka siap pada tahun 2020. Soalannya kesan manfaat kepada pengguna ialah menyelesaikan masalah pengguna.

Yang keempat ialah Loji Rawatan Air Semambu Fasa 3, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Daripada 290 juta liter sehari dia akan menjadi 590 juta liter sehari. Pertambahan sebanyak 300 juta liter sehari dijangka siap pada tahun 2025 dan ini sekiranya siap dibina nanti akan menyelesaikan masalah penduduk setempat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah, kita pergi kepada soalan seterusnya. Saya jemput ADUN Triang.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon izin kemukakan soalan nombor 2.

[Sila nyatakan perkembangan terkini mengenai penstrukturan semula air di Pahang.]

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat daripada Triang yang menyatakan, yang bertanyakan perkembangan terkini mengenai penstrukturan air di negeri Pahang. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Triang, saya ingin nyatakan di sini bahawa sebenarnya Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu pasukan khas yang dianggotai oleh Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Timbalan SUK Bahagian Pembangunan, Timbalan SUK Bahagian Pengurusan dan Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang.

Pasukan khas ini saya nak cerita sikit Yang Berhormat Yang di-Pertua ya, maknanya penstrukturan air ini adalah satu benda yang sangat serius yang perlu dikaji dengan teliti dan perlu diperhalusi dan sebab itulah Kerajaan Negeri menubuhkan satu pasukan khas sebab dia ada perbincangan, ada perjanjian undang-undang dan sebagainya dengan pihak Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan juga dengan agensi lain yang terlibat.

Jadi, pasukan khas ini peranannya ialah untuk memastikan proses penstrukturan semula yang melibatkan perundingan dan persetujuan bagi terma-terma yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan diperhalusi dan dimuktamadkan. Pasukan khas ini telah pun selesai merundingkan terma-terma tawaran kepada Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli. Hasil daripada perjanjian, perbincangan dan sebagainya Kerajaan Negeri telah bersetuju memuktamadkan 3 perjanjian yang terlibat dalam proses penstrukturan itu.

Yang pertama sekali ialah Perjanjian Utama ataupun dengan izin, Master Agreement iaitu melibatkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Pahang, Pengurusan Air Pahang Berhad dan Pengurusan Aset Air Berhad. Yang ke-2 ialah Perjanjian Pajakan ataupun Lease Agreement. Yang ini melibatkan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Pahang Berhad. Yang ke-3 ialah Perjanjian Kemudahan, Facility Agreement iaitu melibatkan Pengurusan Aset Air Berhad dan Pengurusan Air Pahang Berhad.

Perjanjian ini dijangka akan dapat er… ditandatangani sebelum akhir Disember 2020 selepas semua perkara ini mendapat kelulusan akhir Mesyuarat Jemaah Menteri, maknanya kena bawa ke Kabinet dan untuk makluman Yang Berhormat daripada segi Kerajaan Negeri, semuanya telah siap dan kita telah pun hantar ke menteri yang berkenaan untuk bawa kertas ini ke Kabinet jadi kita tunggu sajalah. On our part dah settle dah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Triang.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan tambahan. Selepas penstrukturan semula air di Pahang, apakah impak yang secara terus boleh dirasakan oleh pengguna-pengguna air di Pahang? Impak terbesar?

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Sesuatu perkara yang kita buat sudah pastinya mendatangkan manfaat kepada rakyat. Sesuatu perkara yang kita buat perubahan adalah perubahan yang positif kepada rakyat. Begitu juga dengan penstrukturan air ini sudah pastinya ianya mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan daripada segi tarif dan sebagainya kita tidak putuskan lagi tetapi ini adalah kuasa Kerajaan Persekutuan setelah berbincang dengan Kerajaan Negeri. Cuma Kerajaan Negeri akan bagi jaminan di sini bahawa kenaikan ini, kita tidak akan membebankan penduduk-penduduk di luar bandar, sepertimana kita naik cukai tanahlah, 10 ekar ke bawah tak kena. Ha, lebih kurang macam tulah ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Dijemput Yang Berhormat ADUN Tanah Rata.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya di sini mohon kemukakan soalan nombor 3. Terima kasih.

[Nyatakan inisiatif Kerajaan Persekutuan dan negeri Pahang untuk membantu sektor pertanian, dan khususnya sektor pertanian di negeri Pahang bagi mengharungi cabaran ekonomi ekoran penularan wabak COVID-19.]

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Er… terima kasih kepada ADUN Tanah Rata yang telah mengemukakan soalan berkaitan dengan inisiatif er… Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang untuk membantu sektor pertanian khususnya er… bagi mengharungi cabaran ekonomi ekoran daripada penularan wabak COVID-19 sepertimana kita sedia maklum er… gejala COVID-19 ini menular bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Secara globalnya semua negara-negara mengalami er… cabaran yang begitu getir dan ini tidak terkecuali negara-negara maju di dunia seperti di Amerika, di Eropah dan lain-lain dan er… sehingga kini usaha er… sedang dibuat untuk memastikan bahawasanya er… utamanya dalam menangani pandemik ini kita mengutamakan keselamatan er… penduduk ataupun rakyat jelata tetapi pada masa yang sama juga dengan adanya langkah-langkah atau SOP yang diperkenalkan ia sedikit sebanyak… bukan sedikit sebanyak maknanya banyak juga menjejaskan er… sektor ekonomi kita dan Malaysia tidak terkecuali.

Jadi dalam konteks ini apabila berlakunya COVID-19 Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengambil langkah-langkah yang er… proaktif untuk memastikan er… ekonomi kita dapat dijana dan kalau menyentuh sektor pertanian bekalan makanan… bekalan makanan kita ini dapat terus er… dipertahankan, diperkukuhkan er… rantaian er… pembekalannya kerana makanan berupakan er… apa yang ditakrifkan sebagai di bawah food security, dengan izin, keselamatan makanan.

Jadi Kerajaan Persekutuan telah pada khususnya memperkenalkan beberapa pendekatan di bawah Kementerian er… Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) ya. Semua agensi Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Veterinar, agensi-

agensi bawah Kementerian, FAMA, LPP telah mengambil inisiatif untuk membantu kumpulan sasar masing-masing.

Contohnya, Jabatan Pertanian telah memperkenalkan Program Pertanian Bandar di bawah inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara ataupun (PENJANA) dan bawah program ini er… antara yang diperkenalkan ialah pertanian bandar ini bertujuan membantu mengurangkan kos sara hidup penduduk bandar dan pinggir bandar bagi mewujudkan interaksi sosial serta menjamin bahan makanan yang dikeluarkan selamat untuk dimakan.

Jadi dalam inisiatif ini er… Jabatan Pertanian telah menyalurkan er… bantuan dalam bentuk input-input pertanian seperti benih, baja malahan memberikan er… kursus teknikal dan nasihat er… kepada mereka yang terlibat dan er… dalam konteks ini Jabatan Pertanian telah ataupun kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah memperuntukkan RM600,000.00 bagi tahun 2020 untuk memberi manfaat kepada lebih kurang 1,700 individu dan 30 komuniti untuk melaksanakan er… Projek er… Pertanian Bandar ini.

Di samping itu juga, bagi membantu golongan B40 er… di bawah Jabatan Pertanian juga dilaksanakan program peningkatan pendapatan golongan ini dengan projek tanaman kontan, sayur-sayuran dan rempah ratus dan ini merupakan program di mana er… input-input pertanian juga di… er… diberikan dan kaedah pertanian fertigasi diperkenalkan dan er… insiatif ini er… melibatkan hampir RM1 juta lebih kurang dalam RM979,000.00 kepada 75 orang petani er… bagi membantu golongan yang dinyatakan.

Malahan pihak Kerajaan Pusat juga melalui LPP Pahang telah er… memperuntukkan atau meluluskan sejumlah RM4.6 juta di mana LPP telah mengagihkan bantuan kepada 23 PPK di seluruh negeri Pahang dan er… projek yang dicadangkan ialah projek berbentuk fertigasi, ternakan termasuk juga ini er… projek bagi aquaculture seperti ternakan ataupun er… projek ikan keli di seluruh er… negeri Pahang, insya-Allah.

Dan er… di bawah er… Jabatan Veterinar juga memperuntukkan ataupun melaksanakan program dinamakan sebagai Program Rezeki Ternak yang er… nilaiannya berjumlah lebih kurang RM1 juta dan dianggarkan lebih kurang 387 penternak er… yang terdiri daripada kumpulan penternak kecil dan sederhana menerima bantuan seperti makanan ternakan, bahan binaan, peralatan dan ternakan itu sendiri.

Manakala di bawah Jabatan Perikanan, Jabatan Perikanan juga telah er… membantu dalam tempoh PKP yang diperkenalkan sehingga Jun 2020 yang lalu dengan er… memberikan bantuan kepada penternak-penternak er… khususnya sama ada nelayan er… laut, nelayan yang melaksanakan er… aktiviti aquaculture sama ada er… sungai, dalam kolam mahupun tasik dan er… ini telah dapat membantu memastikan bekalan er… ikan kepada pengguna dapat disalurkan.

Dan yang paling penting sekali Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat, agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian telah membantu memudahcarakan iaitu dengan mengeluarkan surat kebenaran pergerakan merentasi sempadan dan juga mentakrifkan aktiviti-aktiviti pertanian ini di bawah perkhidmatan essential, penting, the essential services.

Jadi kalau kita er… perhatikan bahawasanya terdapat er… surat-surat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian ya kepada pengusaha-pengusaha misal contohnya di negeri Pahang sendiri er… pengeluaran surat pengesahan dalam aktiviti rantaian pembekalan dan pemasaran makanan telah dikeluarkan sehingga maknanya pada tempoh sehingga Mei 2020 terdapat 2,432 surat-surat seumpama ini telah pun dikeluarkan bagi membolehkan ini pergerakan untuk er… memasarkan hasil-hasil pertanian dilaksanakan bagi semua daerah.

Dan er… pada masa yang sama juga Jabatan Pertanian mengeluarkan notis pengoperasian premis input pertanian seperti baja dan racun dan ini melibatkan 103 premis di Negeri Pahang Darul Makmur dan pada masa yang sama untuk makluman, Agrobank juga telah menyediakan kemudahan-kemudahan pinjaman kepada petani, penternak dan nelayan dan pinjaman ini dikeluarkan untuk membantu er… petani, penternak dan nelayan ini meneruskan er… aktiviti mereka dalam tempoh COVID-19 dan baru-baru ini Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, dalam pembentangan bajet yang dibentangkan oleh er… Yang Berhormat Perdana Menteri juga er… merangka ataupun mencadangkan beberapa bantuan ataupun skim untuk membantu petani, penternak dan nelayan yang terkesan akibat daripada COVID-19. Terima kasih.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Untuk… difahamkan… untuk pertanian yang melibatkan penggunaan tanah, adakah pihak kerajaan pertimbang untuk memberikan mana-mana potongan cukai ke ataupun rebate dalam mana-mana bentuk untuk pengusaha pertanian yang berskala kecil? Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua…

Terima kasih er… rakan daripada Exco Benta.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Bagi mereka yang berskala kecil ini, semasa kita menaikkan cukai tempoh hari kita tak naikkan cukai mereka. 10 ekar ke bawah saya baru sebut tadi, 10 ekar ke bawah cukai sama sepertimana 26, 27 tahun yang lalu. Maknanya tidak ada kenaikan dan kalau sekiranya ada lagi perlu bantuan daripada kerajaan untuk kita bagi rebate, kupon dan sebagainya, perkara ini boleh dibawa ke pengetahuan pihak kerajaan dan kerajaan akan tengok.

Sekiranya ada boleh menambahkan hasil, boleh melipatgandakan lagi hasilnya, kerajaan boleh bagi tak ada masalah. Sebab kerajaan selama ini pun daripada berapa

kali dah kita pertimbangkan kenaikan cukai, kita bagi rebate bagi diskaun dan sebagainya. Maknanya kerajaan yang ada pada hari ini boleh berbincang dan boleh berundinglah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Triang.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Er… Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya difahamkan untuk peneroka-peneroka FELDA yang mempunyai tanah melebihi 10 ekar. Sebagai contoh 10.1, 10.2 tetapi mereka masih ditawarkan kadar er… cukai tanah bawah 10 ekar. Adakah polisi ini juga boleh diamalkan kepada pekebun-pekebun kecil yang lain bahawa sekiranya keluasan tanah sedikit sahaja melebihi 10 ekar tetapi mereka masih boleh menikmati kadar cukai bawah 10 ekar tanah… bawah 10 ekar?

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, 10 ekar ke bawah tak kena tetapi dalam masa yang sama kepada peneroka-peneroka FELDA, tanah mereka yang lebih 10 ekar pun tak kena. Ini jelas, kita dah… kita dah bagitahu daripada awal lagi. 10 ekar ke bawah, peneroka FELDA, pekebun kecil dan sebagainya. Tak kena kan? Kampung Baru Cina dan sebagainya. Jadi kita tahu. Insya-Allah bila kita buat sesuatu benda, yang pertama sekali saya bersama rakan-rakan Exco pastikan adakah perkara ini membebankan rakyat atau tidak? Kalau membebankan rakyat kita tak buat tapi kalau tanah yang syarikat-syarikat yang besar dan sebagainya, bayar hasil yang… yang sikit jadi ini tidak adil kepada… kepada kerajaan dan juga kepada rakyat yang mempunyai tanah yang sikit.

Sebab sepatutnya mereka mempunyai tanah yang besar, berskala besar mereka kena membayar cukai kepada Kerajaan Negeri sebab kita ada komitmen kita sepertimana yang saya katakan tadi dan kerajaan yang ada pada hari ini insya-Allah apa yang kita dapat kita akan serah balik kepada rakyat sepertimana pembentangan bajet saya pada pagi semalam. Ha jadi er… Yang Berhormat daripada Triang saya ingat sebelum bertanyakan soalan elok buat study sikit ya sebab peneroka FELDA tidak terlibat. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah, kita pergi kepada soalan seterusnya…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya… baik. Sila.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Boleh?

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ni, untuk pekebun-pekebun di Cameron Highlands di daerah Cameron Highlands mereka ni semua pekebun-pekebun ni yang er… bertaraf yang sebelum ni TOL yang sekarangnya mereka membuat sewaan daripada Pahang Corp. Mereka ni semua dikenakan satu kadar sewaan yang sama. Tak kiranya mereka besar ke, kecil ke, 1 ekar, 2 ekar, 10 ekar pun sama. Mereka dikenakan kadar sewaan yang sama iaitu RM4,500.00 untuk 1 ekar tanah er… untuk pekebun-pekebun di Cameron Highlands.

Oleh itu saya di sini juga nak tanya juga. Adakah pihak kerajaan juga menimbang untuk memberikan satu mekanisme ataupun polisi yang fleksibel untuk pengusaha yang berskala kecil er… katanya er… pekebun yang di bawah 5 ekar ataupun di bawah 3 ekar diberikan mereka satu potongan cukai ke ataupun er… potongan dari kadar sewaan. Adakah pihak kerajaan akan menimbangkan? Sebab untuk pekebun di Cameron Highlands ni mereka dikenakan kadar sewaan yang sama. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kita tak boleh banding Cameron Highlands dengan di tanah biasa ni. Sebab Cameron Highlands ini yield dia tinggi. Apa dia punya pulangan, dia punya hasil, pendapatan dan sebagainya sangat berbeza. Sebagai contohnyalah kalau padi di Rompin, yield dia mungkin 2.5 tan per hektar tapi kalau di Sekinchan dengan Kedah mencecah 8 hingga 10 tan. Jadi sebab tulah berbeza, handicap dia tak samalah Yang Berhormat ya.

Tanah yang di… tanah yang di tanah biasa ni, yield dia rendah, di Cameron Highlands yield dia tinggi. Bila yield tinggi, pendaftaran pun tinggi dan sudah tentu apa ni dia punya bayaran sewaan, charge dan sebagainya tidak sama. Sebagai contohnya, buat rumah di Cameron Highlands kalau rumah kos rendah berbanding dengan tempat biasa ni sama dengan Pulau Tioman sebab kos dia tinggi. Nak bawa naik ke atas, Tioman… nak kena gunakan bot dan sebagainya.

Tapi walau bagaimanapun, sepertimana saya katakan tadi sebab permintaan Yang Berhormat daripada ADUN Tanah Rata sama ada kerajaan boleh pertimbangkan atau tidak? Boleh kemukakan cadangan, bagi alasan yang baik, kukuh dan sebagainya. Kalau rasionalnya bagus, menguntungkan kedua-dua pihak, Kerajaan Negeri akan pertimbangkan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya jemput soalan seterusnya, Yang Berhormat ADUN daripada Semantan.

Dato’ Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.

[Penubuhan Majlis Wanita Negeri Pahang adalah merupakan suatu komitmen pihak Kerajaan Negeri untuk terus memperkasakan wanita dalam pelbagai bidang termasuk memberi peluang sama rata kepada golongan ini untuk bersama-sama membangunkan negeri. Apakah statistik dan jenis bantuan yang telah disalurkan untuk pembangunan wanita dalam konteks memperkasakan wanita di negeri Pahang ini? Bagaimanakah cara untuk golongan wanita lain di bawah memperolehi manfaat tersebut?]

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Bagi menjawab soalan Wakil daripada Semantan. Saya ingin memaklumkan bahawa Majlis Pembangunan Wanita Pahang ataupun MPWP telah diumumkan penubuhannya pada September 2019 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di Majlis Sambutan Hari Wanita Negeri Pahang 2019 dan penubuhan MPWP secara rasmi hanya dapat dilaksanakan pada bulan Januari tahun ini dan manakala Unit Pembangunan Wanita Negeri Pahang juga telah diwujudkan pada bulan Januari tahun yang sama tahun ini sebagai urus setia rasmi kepada MPWP.

Dan setakat ini, walaupun belum setahun penubuhan MPWP dan Unit Wanita, kita telah berjaya mengadakan pelbagai program termasuk menyampaikan sumbangan untuk mereka yang golongan wanita yang terkesan akibat COVID-19 kepada 2,100 keluarga wanita di seluruh negeri Pahang iaitu bantuan berbentuk makanan… barangan makananlah ya dan bantuan pampers kanak-kanak serta dewasa kita telah salurkan kepada 700 keluarga wanita di seluruh negeri Pahang. Dan ini melibatkan perbelanjaan berjumlah RM140,000.00 melalui peruntukan Kerajaan Negeri.

Dan dalam isu permasalahan wanita pula, MPWP memainkan peranan sebagai pemudah cara menyalurkan permasalahan wanita kepada Pusat Khidmat Aduan Wanita Negeri Pahang ataupun er… Kaunter Aduan Wanita di Unit Pembangunan Wanita Negeri Pahang yang berada di UTC Kuantan. Sepanjang tempoh 5 bulan daripada bulan Februari sehingga Oktober, MPWP telah menyalurkan 56 kes wanita yang melibatkan kes penderitaan fizikal dan mental, kes rumah tangga, kes undang-undang, kes bantuan hospital, pendidikan anak-anak, kes anak autism, kes anak tiada surat pendaftaran kelahiran dan kad pengenalan.

Daripada 56 kes ini, 28 kes telah pun dapat diselesaikan dengan kerjasama jabatan serta agensi berkaitan. MPWP juga telah menjalankan program-program komuniti dan sosial dan setakat ini sebanyak 157 program telah pun dilaksanakan di seluruh negeri Pahang dan MPWP juga turut menjalankan program kebajikan dan setakat ini telah berjaya membuat 569 siri ziarah serta lawatan.

Dan MPWP juga membantu Jabatan Pembangunan Wanita Pahang di bawah Kementerian Pembangunan Wanita untuk memberikan taklimat Bantuan Khas Ibu Tunggal di bawah PENJANA dan setakat ini, kita telah pun menerima ataupun telah

diluluskan ya permohonan ibu tunggal seluruh negeri Pahang seramai 4,281 orang dan golongan wanita lain boleh memperolehi manfaat yang disebutkan di atas dengan menyertai Majlis Pembangunan Wanita di peringkat Parlimen dan ianya terbuka kepada semua NGO wanita di negeri Pahang tanpa mengira bangsa dan agama. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya dijemput Yang Berhormat ADUN Beserah.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 5.

[Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA) menjadi satu sistem pendidikan kerohanian yang penting bagi anak-anak.

(a) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewajibkan setiap anak-anak berumur 7 hingga 11 tahun mengikuti pengajian KAFA ini?

(b) Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri bagi membiayai kelas KAFA termasuk pembangunan di negeri Pahang dari tahun 2015?

(c) Berapa buah sekolah di negeri Pahang yang telah mengadakan kelas KAFA mengikut daerah dan jumlah pelajar setiap daerah?

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat saya ADUN Beserah yang telah menanyakan mengenai sekolah er... Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA); “Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewajibkan setiap anak-anak berumur 7 hingga 11 tahun untuk mengikuti pengajian KAFA ini?”

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri memang amat menyedari bahawasanya apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW [Bacaan dalam Bahasa Arab] “Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kepada individu itu satu kebaikan, maka diberi jalan mudah untuk mereka memahami urusan agama mereka”.

Justeru itu, Kerajaan Negeri telah melaksanakan kelas pengajian KAFA ini dan Fardhu Ain di seluruh negeri Pahang. Walaupun demikian, tidaklah diwajibkan kepada pelajar-pelajar ataupun calon-calon yang ingin memasuki kelas KAFA.

Namun demikian, kelas pengajian KAFA ini, sangat-sangat mendapat sambutan yang hangat daripada anak-anak kita sama ada di kampung-kampung, di taman-taman ataupun di bandar dan dia telah dilaksanakan dan diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Pahang dengan bantuan JAKIM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi memastikan pembelajaran ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Kerajaan Negeri sangat memberi komitmen dan galakan kepada anak-anak kita supaya mereka mengambil pengajian ini.

Soalan yang er… berikutnya daripada KAFA ini, er… ADUN Beserah menanyakan; “Berapakah jumlah pembelajaran yang dikeluarkan oleh kerajaan… perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan bagi membiayai kelas KAFA termasuk pembangunan di negeri Pahang dan dari tahun 2015?”

Bagi menjelaskan soalan perbelanjaan ini, semenjak tahun 2015 kerajaan telah membelanjakan lebih daripada RM29 juta setahun, 2016 - RM56 juta, 2017 - RM33 juta, 2018 - RM35 juta, 2019 - RM30 juta, 2020 iaitu tahun ini sebanyak RM33 juta.

Seterusnya, sahabat saya daripada Beserah menanyakan; “Berapakah buah sekolah di negeri Pahang yang telah mengadakan kelas KAFA mengikut daerah?” Seluruh Pahang kita telah memiliki lebih 70 er… 3,000 buah sekolah dan 74,000 orang pelajar Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih banyak Dato’ Sri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Soalan tambahan. Terima kasih diucapkan kepada Wakil Kerajaan di atas jawapan yang diberikan. Cuma soalan tambahan saya er… daripada jawapan tersebut, apakah sebenarnya halangan yang… di pihak Kerajaan untuk mewajibkan pelajar-pelajar kita ini menyertai kelas KAFA. Apakah halangan-halangan utama er… yang… yang menyebabkan kita tidak dapat nak mewajibkan pelajar-pelajar ini menyertai kelas KAFA? Terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Tidak ada sebarang halangan untuk menyunatkan ataupun mewajibkan pelajar ini belajar. Jadi kalau dia orang nak belajar, dia orang boleh belajar. Inisiatif peribadi, ibu bapa sepatutnya mendidik anak dia [Bacaan dalam Bahasa Arab] “Ajar anak-anak kamu untuk belajar agama.”

Jadi, apa namanya kita bersyukur Dato’ Sri Yang di-Pertua, era 70-an dulu memang kurang orang belajar KAFA ini dan kita pun kurang menyediakan kemudahan, tapi di era 80-an, 90-an dan sekarang ini, dengan komitmen kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan asas agama ini, kita tengok sekarang ini, orang baca khutbah pun tak pelat dah. Kalau 70-an, 80-an dulu, komited tu dia baca kemetot Dato’ Sri Yang di-Pertua. Jadi banyak perkataan-perkataan yang tidak disebut dengan betul.

Sekarang ni, masya-Allah [Bacaan dalam Bahasa Arab], Tok Khatib pun dah fasih makna menyebut kalimah-kalimah dan Ahli-ahli Dewan ini kalau kita suruh berkhutbah pun dah fasih, kerana apa? Kerana adanya produk KAFA yang telah disediakan oleh kerajaan. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Soalan tambahan yang kedua…

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan tambahan? Sila.

Soalan tambahan yang kedua. Terima kasih di atas penjelasan Wakil daripada kerajaan cuma saya mengharapkan jika tidak ada sebarang halangan yang boleh mewajibkan anak-anak, kita ambil pendekatan er… perancangan tempoh tiga tahun daripada sekarang ke, setahun, dua tahun daripada sekarang. Mulai tahun 2023 semua pelajar berusia tujuh tahun wajib, semua sekolah wajib menyertai kerana dari apa yang dinyatakan oleh Wakil Kerajaan tadi kebaikannya terlalu banyak. Pembentukan keperibadian anak-anak ini penting. Jadi kalau itu menjadi satu benda utama, maka kita tidak ada halangan dan sepatutnya kita mewajibkan anak-anak di negeri Pahang menyertai kelas KAFA ini, tidak ada pilihan.

Hah… yang ini yang… yang kita… kita harap dan juga kita mengeluarkan perbelanjaan purata RM30 juta setahun daripada tempoh 5 tahun lalu. RM30 juta setahun ini besar jika dibandingkan dengan perbelanjaan negeri kita, maka kita perlukan hasil dan pulangan yang baik dan besar juga berdasarkan apa perbelanjaan yang kita buat. Maka mewajibkan anak-anak ini menyertai kelas KAFA, saya rasa mampu untuk nak memberikan pulangan yang lebih baik untuk generasi akan datang. Terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Cadangan sahabat saya daripada Beserah ini amatlah baik dan insya-Allah kita boleh pertimbangkan untuk mewajibkan ataupun bagaimana caranya. Walaupun sebenarnya kita nampak kesan daripada KAFA ini sungguh baik. Kita tengok sendiri bukan sahaja orang Islam, yang bukan Islam pun dah pandai membaca dalil-dalil, hadis dan ayat Al-Quran kerana apa? Pengaruh daripada KAFA ini telah memberikan kesan positif. Insya-Allah kita boleh pertimbangkan seandainya perkara ini apa er… dapat kita laksanakan. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Minta laluan. Boleh? Nak tumpang tanya ya. Yang pelajaran KAFA ini adakah untuk sekolah-sekolah Islam sahaja ataupun Sekolah Kebangsaan ataupun dimasukkan juga ke sekolah-sekolah vernacular? Terima kasih.

Setakat ini tidak ada di Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan kelas KAFA tapi kalau seandainya apa… ada permintaan daripada Sabai, saya boleh usahakan bantu untuk adakan kelas KAFA di mana-mana sekolah berkenaan. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah. Soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat ADUN Semambu.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mewakilkan kawan saya mengemukakan soalan nombor 6.

[Masalah keselamatan jalan dan trafik di bandar Kuantan

(a) Adakah penarafan jalan ke 4 lorong untuk Jalan Sungai Lembing sehingga ke Taman Impianku atau tol simpang lampu trafik akan bermula dan bila penarafan dijadualkan?

(b) Masalah Jalan Haji Ahmad, Kuantan yang tidak rata membahayakan pengguna jalan raya, adakah Kerajaan Negeri dan agensi terbabit akan membuat penaiktarafan untuk jalan tersebut?

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, Soalan daripada Semambu menyentuh soal keselamatan jalan dan trafik di bandar Kuantan. Saya kalau boleh nak dapat sedikit penjelasan daripada Wakil Semambu tapi dia tidak ada, jadi saya kongsikan sedikit ayatnya agar saya tidak salah faham tentang soalan ini.

Soalan pertama; Adakah penarafan jalan ke 4 lorong untuk Jalan Sungai Lembing sehingga ke Taman Impianku atau tol simpang lampu trafik akan bermula dan bila penarafan dijadualkan? Saya rasa penarafan ini mungkin penaiktarafan ataupun pembesaran maksudnya. Untuk soalan yang pertama ini sebenarnya cadangan untuk naik taraf Jalan Sungai Lembing dari Kampung Padang hingga ke Simpang Tol Bukit Goh telah dipohon dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan projek ini akan dilaksanakan apabila kelulusan diperolehi.

Soalan kedua; Wakil daripada Semambu adalah masalah Jalan Haji Ahmad, Kuantan yang tidak rata membahayakan pengguna jalan raya, adakah Kerajaan Negeri dan agensi terbabit akan membuat penaiktarafan untuk jalan tersebut?

Jadi, ini pun saya rasa satu soalan yang kurang tepat. Er… sebenarnya Jalan Haji Ahmad, Kuantan merupakan sebuah Jalan Persekutuan. Jadi kita tak nampak jalan buat masa ini untuk dinaik taraf dengan ruang persekitaran yang ada. Apa yang dibuat oleh kerajaan melalui JKR apabila berlakunya kerosakan jalan, kita akan membuat penyelenggaraan. Jadi untuk jalan ini, notis kerosakan ataupun notice of defect telah pun dipohon kepada JKR bagi kerja-kerja membaiki jalan yang rosak dan akan dilaksanakan apabila peruntukan diterima, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Boleh saya...

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

...mohon bertanya...

Yang di-Pertua (Speaker)

Pulau Manis.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

...seperti Sabai tadi sebab saya perhatikan Semambu ni tak ada daripada hari semalam dah. Jadi, hari ni soalannya pun telah diwakilkan kepada rakannya daripada Teruntum. Jadi boleh pihak Dewan menyatakan Semambu ni ada di mana?

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Semambu dia sekarang ni bercuti. Bercuti dan ada seminar di negeri China.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan tambahan. Terima kasih er… Wakil Kerajaan. Sebenarnya saya tinggal di Jalan Haji Ahmad. So, saya fahamlah kenapa jalan dibangkitkan oleh er… kawan saya. Saya nak mintak tanya kenapa selepas jalan dibaiki tak lamanya akan rosak semula. Adakah er… tar yang diturapkan itu tidak mengikut spesifikasi atau er… just a simple-simple kita cakap cincai-cincailah er… turap dan er… untuk yang lubang-lubang yang besar, yang seperti dekat… yang corner dekat… yang dekat Taman Tunas Jaya 1 tu. Memang selalu, boleh katakan 2, 3 bulan mesti lubang. Er… mintak pihak kerajaan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Susah juga saya nak menjawab soalan Wakil kepada Wakil Semambu ni. Er… ringkasnya pada fahaman saya Dato’ Sri Yang di-Pertua, apa sahaja di dunia ini apabila dia bermula, akan berakhir, ya. Kita pun lahir kecil, jadi besar, lepas tu kecut, lepas tu meninggal, reput dalam tanah.

Jadi dalam hal soal jalan ini ada macam-macam sebab berkemungkinan yang boleh merosakkan jalan itu. Mungkin disebabkan oleh, contohnya sekarang ni Yang Berhormat, musim hujan sebagai contoh. Dalam membina jalan yang yang elok ni ada macam-macam kaedah kalau jalan kita buat menggunakan tar. Tar itu ada kalanya dia alah kepada air sebagai contoh. Jadi kalau kita nak tahan lama kita buat jalan konkrit simen itu. Tapi tak sedap pulak naik Yang Berhormat dia bergetar, bergegar je kan.

Jadi susah untuk saya menjawab soalan Yang Berhormat itu. Walau bagaimanapun sekiranya ada sebarang kecuaian dari segi pelaksanaan jalan ataupun penyalahgunaan jalan ya er… bolehlah diadukan kepada pihak JKR ataupun kepada saya sendiri. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya jemput soalan seterusnya, ADUN Tahan. Yang Berhormat ADUN Tahan.

Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 7.

[Mohon pihak kerajaan nyatakan pendekatan dan persiapan dalam menangani isu kehilangan pekerjaan dan pengangguran dalam tempoh COVID-19 terutamanya di kalangan belia dan anak muda?]

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Juga terima kasih kepada ADUN Tahan atas er… soalan yang dibangkitkan iaitu mohon pihak kerajaan nyatakan pendekatan dan persiapan dalam menangani isu kehilangan pekerjaan dan pengangguran dalam tempoh COVID-19 terutamanya di kalangan anak muda, belia di negeri Pahang?

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Melalui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBSM) telah berusaha menangani isu kehilangan pekerjaan dan pengangguran dalam tempoh COVID–19 terutamanya di kalangan belia ataupun anak muda melalui inisiatif yang pelbagai. Dilaksanakan oleh KBS iaitu antara lainnya melancarkan Skim Perantisan Nasional ataupun SPN pada 23 Julai 2020 yang lalu.

Sehingga 3… tarikh 3 Ogos 2020, seramai 903 orang belia telah berdaftar untuk SPN. Skim ini bertujuan untuk memberi pendedahan, pengalaman bekerja kepada golongan belia melalui jaminan pekerjaan oleh syarikat atau organisasi terbabit serta membantu melonjakkan kebolehpasaran belia semasa tempoh COVID–19.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Selain itu, inisiatif lain yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan adalah menerajui pembangunan Single Landing Page, dengan izin atau Pusat Sehenti yang dinamakan Sistem MyBelia. Sistem ini menyediakan maklumat bersepadu mengenai inisiatif disediakan kerajaan dan bukan kerajaan yang merangkumi peluang pekerjaan, penciptaan pekerjaan, latihan dan kemahiran serta dana dan juga kemudahan yang ditawarkan.

KBS juga melalui inisiatif seterusnya melaksanakan program MyGIG dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada Jun yang lalu. Ia bertujuan untuk meningkatkan pembabitan belia dalam ekonomi atau Ekonomi Perkongsian bagi menjana pendapatan, sama ada secara sambilan ataupun kekal. Program ini terdiri daripada MyGIG Servis yang menggunakan platform e-Rezeki, dengan sokongan Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai rakan strategik. Program ini dijangka memberi manfaat kepada 1,000 orang belia yang mana 578 orang sudah berdaftar.

MyGIG Freelance, dengan izin menerusi platform Global Online Workforce ataupun GLOW dijangka memberi manfaat kepada 1,000 orang dan sehingga kini 623 orang sudah mendaftar. Program ini memperkenalkan peluang pekerjaan baharu secara digital dengan kemahiran tertentu seperti programming, pereka grafik dan lain-lain perkhidmatan bernilai tambah yang tinggi.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Menjawab soalan ini juga Kerajaan Negeri melalui PERKESO iaitu salah satu iaitu agensi yang menangani hal ehwal pekerja melalui Akta Perkhidmatan Pekerja 155 telah melakukan beberapa usaha membantu golongan yang kehilangan pekerjaan di negeri Pahang. Antara langkah-langkah dan tindakan yang diambil adalah seperti berikut Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Pertama; Faedah Kewangan Sistem Insurans Pekerjaan atau singkatannya SIP ataupun S.I.P. Daripada statistik di EIS Centre PERKESO, bagi negeri Pahang sehingga 30 Oktober 2020 seramai lebih kurang 2,217 orang pekerja yang kehilangan pekerjaan dan telah membuat permohonan Faedah S.I.P yang saya sebutkan tadi iaitu Faedah Kewangan Sistem Insuran Pekerjaan. Berdasarkan statistik pembayaran faedah S.I.P. atau SIP dari Cawangan Kewangan Insurans Pekerjaan, Ibu Pejabat PERKESO sehingga Oktober sejumlah RM8,600,000.00 telah dibayar mengikut tuntutan Elaun Mencari Pekerjaan ataupun E.M.P ringkasnya yang telah dipohon.

Yang kedua; Faedah Latihan Sistem Insurans Pekerjaan, S.I.P. atau SIP juga. Selain daripada faedah kewangan yang ditawarkan, S.I.P. atau SIP juga menawarkan faedah latihan bagi mereka yang kehilangan pekerjaan di mana mereka yang tidak bernasib baik ini diberi peluang untuk meningkatkan kemahiran mereka melalui latihan atau kursus oleh penyedia latihan yang berdaftar dengan PERKESO. PERKESO akan menanggung yuran latihan sebanyak maksimum RM4,000.00 serta membayar elaun latihan kepada peserta di antara RM10.00 hingga RM20.00 bergantung kepada tempoh hari latihan yang disertainya.

Yang ketiga; Faedah Bantuan Pencarian Pekerjaan Sistem Insurans Pekerjaan, SIP atau S.I.P yang saya sebutkan tadi. Menerusi kaedah sokongan secara individu oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO kepada mereka yang kehilangan pekerjaan atau Orang Berinsurans, OB. Ini bukan OB yang golf tu Yang Berhormat Yang di-Pertua. Ini OB, Orang Berinsurans yang berdaftar dengan Program Penempatan Pekerjaan Semula. Mereka akan dibantu dengan aktiviti pencarian pekerjaan seperti jawatan-jawatan kosong yang bersesuaian, temu duga terbuka dan karnival kerjaya yang sedang berlangsung serta sebarang bengkel kebolehpekerjaan atau peningkatan kemahiran yang diadakan berhampiran.

Selain itu, perkhidmatan kaunseling juga disediakan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO bagi mengenal pasti jurang kemahiran dan masalah yang dihadapi oleh Orang Berinsurans dalam membantu membuat pilihan dan hala tuju kerjaya.

Yang keempat; Melalui Portal Pekerjaan ataupun MYFutureJobs. Ini antara satu yang er…perkara sangat-sangat penting iaitu PERKESO telah mewujudkan sebuah portal pekerjaan baharu iaitu Portal MYFutureJobs ya, bagi membantu para majikan mengiklankan kekosongan jawatan yang tersedia serta membantu golongan pencari kerja di luar sana memohon jawatan kosong yang diiklankan di seluruh negara Malaysia.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Berdasarkan statistik dari EIS Centre PERKESO sehingga September 2020, seramai 1,280 orang eh no sorry er… 1,280 majikan di negeri Pahang telah berdaftar dengan Portal MYFutureJobs dan menawarkan hampir 11,835 kekosongan jawatan dan yang akhir sekali, yang kelima; Program Karnival Pekerjaan dan Temuduga Terbuka.

PERKESO Negeri Pahang telah menganjurkan beberapa program Karnival Pekerjaan dan temu duga terbuka dan data yang dibekalkan di sini kalau er… melihat kepada data-data ini jumlah temu duga… temu duga terbuka melibatkan di daerah Kuantan, Temerloh, Bentong dan er… tambahan juga di… career ataupun di tempat-tempat yang lain oleh job fair juga melibatkan daerah Chini, Rompin, Pulau Tioman, Lipis ya. Ini antara er… perkara-perkara ataupun lokasi-lokasi yang telah dilaksanakan oleh pihak er… PERKESO. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Tahan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Er… di antara golongan yang terjejas dan juga terkesan er… akibat COVID-19 itu adalah golongan peniaga dan juga penjaja kecil di pasar malam dan juga di pekan-pekan sehari.

Saya didatangi oleh ramai peniaga dan penjaja-penjaja kecil pasar malam dan juga pekan sehari di kalangan belia terutamanya yang mana ada di kalangan mereka yang hampir 7 bulan tidak berniaga kerana pasar-pasar malam yang mereka er… berniaga sebelum ini yang mendatangkan pulangan yang besar tidak beroperasi.

Macam di tempat saya di dalam DUN Tahan, Pasar Malam Jerantut Feri, Pasar Malam FELDA Padang Piol, FELDA Sungai Retang dan juga Kuala Tahan antara pasar malam yang memberikan pulangan besar kepada penjaja-penjaja tidak dibuka sehingga sekarang dengan alasan SOP. Pasar malam ini untuk makluman diselenggara oleh JKKK.

Bila saya merujuk kepada Ketua-ketua Kampung, mereka tidak bersedia untuk membuka dengan alasan SOP yang… yang ketat. Oleh kerana itu, saya ingin bertanya adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk mengkaji semula SOP-SOP tersebut supaya boleh membuka, memberi ruang dan peluang er… kepada peniaga-peniaga ini untuk berniaga. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Terima kasih dan terima kasih juga pada ADUN Tahan yang er… begitu prihatin terhadap permasalahan di kawasan bukan sahaja ADUN Tahan mana ADUN Tioman pun sama. Er… kita melihat Kerajaan Negeri dalam usaha menangani masalah anak-anak muda bahkan peniaga-peniaga kecil yang lain.

Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah meluluskan bagi satu contoh er… membenarkan sesiapa sahaja boleh berniaga di rumah dan juga kediaman tetapi perlu mengikuti er… panduan-panduan yang diselaraskan oleh pihak PBT setempat. Dan er… baru-baru ini kita lihat Tan Sri Annuar Musa sebagai contoh, membuka seluas-luasnya peluang perniagaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebagainya.

Ini telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri di Pahang kita dan saya lihat er… cadangan oleh ADUN Tahan ini sangat baik er… ada kesinambungan apa yang Kerajaan Negeri buat dan kita berharap PBT sebenarnya bukan tak nak bagi. Saya sendiri pun menghadapi satu ketika didatangi oleh Ketua Kampung sendiri ya menanyakan bagaimana keadaan agak dah stabil er… masjid pun dah dibuka tapi pasar malam sukar untuk diberi kebenaran mengadakan pasar malam tersebut.

Alasannya ialah RELA tak cukup untuk menjaga lalu masuk pengunjung-pengunjung di pasar malam kerana mereka tidak mahu berkompromi kerana apa yang akan berlaku sekiranya tidak ada pematuhan dan pelanggaran kepada SOP-SOP tersebut kesan dia lebih besar iaitu kita takut er… inilah wabak COVID-19 ini.

Jadi walau bagaimanapun, sebagai inisiatif yang baik, kita akan cuba melihat juga er… kepada mana-mana pihak yang er… bermasalah dari segi membuka pasar malam, boleh majukan kepada pihak PBT dan juga Wakil Rakyat atau wakil er… Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di kawasan tersebut untuk menilai dan mengkaji semula dan saya mengharapkan dapat satu tindakan yang positif untuk ke arah er… memberi ruang dan peluang kepada anak-anak muda ataupun peniaga-peniaga pasar malam ini beroperasi seperti sedia kala. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah saya pergi kepada…

Soalan tambahan…

Yang di-Pertua (Speaker)

… soalan seterusnya. Saya jemput Yang Berhormat ADUN Cheka.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 8.

[Penduduk kampung di daerah Lipis, khasnya kampung-kampung di kawasan DUN Cheka mengadu rangkaian wireless adalah sangat tidak memuaskan.

(a) Adakah projek naik taraf network wireless dibuat/dirancang di kawasan DUN Cheka dari tahun 2018 hingga tahun 2020?

(b) Kalau tiada, apakah rancangan yang akan dibuat untuk memenuhi permintaan penduduk pada masa hadapan?]

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Bismillahhirrahmanirrahim. Saya berterima kasih kepada ADUN kawasan Cheka kerana telah mengemukakan er… soalan nombor 8. Untuk er… makluman Sidang Dewan, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memberikan tumpuan kepada pembangunan infrastruktur komunikasi bagi membolehkan rakyat untuk menikmati akses kepada perkhidmatan jalur lebar yang berkualiti tinggi yang lebih menyeluruh.

Merujuk kepada soalan ADUN Cheka, er… sehingga kini melalui inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau PPS, terdapat 9 menara komunikasi yang telah siap beroperasi di DUN Cheka dan selain daripada itu, 32 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada telah dinaik taraf kepada liputan 3G dan 4G di DUN Cheka.

Untuk makluman Sidang Dewan, daripada tahun 2021 hingga 2025, satu pelan infrastruktur digital yang dikenali sebagai Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA telah dibangunkan oleh SKMM dengan kerjasama pelbagai pihak termasuklah di peringkat Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Jadi untuk soalan ADUN Cheka, saya ingin bertanya kampung mana yang ADUN Cheka maksudkan dalam kawasan DUN Cheka ini yang mempunyai masalah?

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Aduan yang paling banyak ialah dari Kampung Kuala Kenong.

Kampung Macang Berguling ada?

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Ada. Tapi agak jauh daripada Kuala Kenong itu.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Pokok itu tak ada dah.

Kampung Macang Berguling ni kampung YB. ke?

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Ha… di kawasan kampung saya. Di kawasan saya.

Kampung… Kampung Macang Berguling. Dia macam-macam nama ini. Kalau sejarah nama-nama ini, er… di Kuala Lipis ada Kampung Budu. Tapi yang tahu asal-usul ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita. Ini… untuk makluman Sidang Dewan er… melalui Pelan JENDELA, infrastruktur digital ini, lebih kurang sekurang-kurangnya 5 menara baru akan dibina di er… kawasan luar bandar di DUN Cheka yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada tahun 2021.

Kampung yang terbabit untuk sementara ini yang saya boleh bagitahu la ya, Kampung Lada, Kampung Macang Berguling, Kampung Kuala Lanar, Kampung Salang, Kampung Lalang. Tapi saya nak tanya YB. la, saya er… saya rasa tu sikit. Kampung Macang Berguling ni macam mana dapat nama Kampung Macang Berguling?

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Adanya pokok macang terletak di atas bukit. Apabila buah macang itu masak dan gugur, akan guling ke kaki bukit [Ahli Dewan ketawa dan menepuk meja]. Beginilah nama kampung itu. [Ahli Dewan ketawa dan menepuk meja]

Terima kasih YB. Rupanya Kampung Macang Berguling ini dia dengan buah ya. Buah macang itu gugur dan dia berguling. Ha… Kampung Macang Berguling.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, jawab soalan dia tanya. [Ahli Dewan ketawa]

Ya… ya. Er… nak tanya kampung mana tu, pembangunan tu? Jadi 6 kampung la Kampung Lada, er… 5 kampung. Kampung Lada, Kampung Macang Berguling, Kampung Kuala Lanar, Kampung Salang dan Kampung Lalang dan 1 kampung mungkin akan dapat 2. Mungkin kampung YB. kot, Kampung Kenong tu.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Kampung Lalang itu dalam kawasan er… YB. Benta.

Ha… takpe. Tapi nak memberi… memberi maklumkan lah. Maknanya kita ambil tahu…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Cheka… Yang Berhormat Cheka, kalau ada nak bercakap bangun ya. Sila bangun.

Jadi, saya nak mengambil perhatian bahawa kita akan ambil perhatian, permintaan daripada sahabat saya daripada DUN Cheka, supaya Kampung Kenong ini akan dimasukkan di dalam senarai.

Di samping itu juga, 16 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf kepada 4G di DUN Cheka yang dijangka siap secara berperingkat hingga tahun 2023. Sebagai tambahan, sebanyak 381 pelanggan jalur lebar talian tetap di DUN Cheka akan dinaik taraf kepada talian... daripada talian tembaga kepada talian teknologi gentian optic menjelang penghujung tahun 2021.

Saya juga nak menyeru kepada Sidang Dewan, sekiranya ada keperluan berkaitan dengan kampung masing-masing bolehlah er… memberikan er... menghantar surat kepada SKMM atau salinan kepada saya dan juga ataupun merujuk kepada Pejabat Daerah supaya maklumat-maklumat ini yang terkini dapat disalurkan kepada pihak SKMM supaya kawasan-kawasan bermasalah akan dapat diambil tindakan yang lebih baik untuk di dalam Pelan JENDELA di antara 2021 hingga 2025. Sekian, terima kasih.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Soalan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Pulau Manis.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Er... saya sebenarnya tertarik dengan penjelasan diberikan oleh pihak Exco Kerajaan Negeri berkenaan dengan kita mengembangkan lagi sistem kuasa wireless rangkaian jalur lebar daripada 3G ke 4G. Jadi, kebetulan sahabat saya daripada Cheka dia naikkan kawasan-kawasan di mungkin di kawasan pinggir bandar ataupun di luar bandar tapi ada penempatan. Saya ingin maklumkan dalam Dewan ini bahawa di dalam Parlimen Pekan, duduk berhampiran dengan bandar Pekan, di rumah saya sendiri lebih kurang dalam 2 minit saja daripada rumah nak sampai ke bandar Pekan perjalanannya pun saya tidak mendapat satu sistem yang memuaskan kita.

Contohnya kalau telefon saya ada dalam rumah, kalau tidak ada dekat dengan diri saya, saya tak boleh tahu siapa yang memanggil maknanya seperti tidak ada panggilan. Jadi yang ini pun saya rasa pihak Exco kena ambik perhatianlah. Kebetulan Exco pun datang daripada Parlimen Pekan. Jadi... [ketawa] sebab apa, kalau saya pegang telefon, kalau ada orang call barulah saya nampak dia bergerak.

Kalau tidak memang tak dapat. Ha… ini yang berlaku di Kampung Ketapang. Saya panggil... jangan tanya pulak saya apa pulak asal Ketapang saya tak tahu tapi di Kampung Ketapang ni ialah satu kawasan yang sangat berhampiran dengan bandar Pekan. Jadi mohon sedikit penjelasan daripada pihak Exco.

Terima kasih er... ADUN sahabat saya daripada Pulau Manis. Er... Ketapang ni bukan pokok ke?

Yang Berhormat er... Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Sidang Dewan, sebanyak 28 menara baru di seluruh negeri Pahang telah dibina er... yang akan dijangka siap er... suku tahun pertama 2021 dan er... di Lipis, kita ada 4 menara baru, Cameron Highlands, 2 menara baru, Raub… di Cameron Highlands 2 menara baru tapi saya nak maklum Sidang Dewan. Daripada Sungai Koyan ke Lembah Bertam juga telah dibina 9 menara baru yang telah pun beroperasi dan dapat memberikan keselesaan kepada pengguna-pengguna daripada Sungai Koyan ke Lembah Bertam untuk ke Cameron Highlands.

Dan dijangkakan tidak lama lagi lebih banyak pemberi-pemberi perkhidmatan cellular akan mula masuk untuk memberikan perkhidmatan kepada pengguna-pengguna jalan raya yang berhubung daripada Sungai Koyan hingga ke Lembah Bertam, Cameron Highlands dan juga 2 lagi menara baru telah dibina di Cameron Highlands er... Raub - 2, Bentong - 1, Temerloh - 2, Bera - 5, Jerantut ada 4, Maran - 1, Kuantan - 1, Pekan er... 2 termasuk di kampung yang bertanya kepada sayalah daripada Pulau Manis di Kampung Ketapang ataupun Alor Ara dibina satu menara baru untuk memberikan… menyelesaikan masalah yang terbabit di kawasan tersebut dan di Rompin - 4 menara baru. Sekian, Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah, kita beralih kepada soalan seterusnya. Saya jemput Yang Berhormat ADUN Jengka.

Bismillahhirrahmanirrahim. Dato’ Sri Yang di-Pertua, er... saya nak bagi ceria sikit saya dalam Bahasa Urdu ya? Er... [Bahasa Urdu], sekian.

[Apakah status dan perkembangan terkini perumahan generasi ke-2 FELDA di semua tanah rancangan FELDA di Pahang. Sama ada yang terbengkalai atau ada pembinaan baharu.]

Yang di-Pertua (Speaker)

Cakap apa tu? [Ahli Dewan ketawa]

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang di-Pertua... Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada ADUN Jengka. Saya jawab dalam Bahasa Melayu. Saya pun ada belajar Urdu sikit-sikit tapi dah lupa. Saya 10 tahun pergi ke Bangladesh. Yang saya tahu [Bahasa Urdu], makna ajak makan. Terima kasih kepada ADUN Jengka menanyakan tentang status perkembangan terkini perumahan generasi ke-2 FELDA. Ada yang terbengkalai dan adakah FELDA akan bina baru?

Sebanyak 18 tapak Perumahan Generasi Baharu FELDA sedang dibangunkan di Tanah Rancangan seluruh negeri Pahang. Daripada senarai tersebut, 5 di FELDA Padang Piol - 26 unit, Selancar 4/5 - 480 unit, Selendang 2 - 360 unit, Keratong 4 - 266 unit, Koyan 1B - 24 unit. Semua telah siap sepenuhnya telah diduduki oleh peserta-peserta anak generasi ke-2 FELDA yang berkelayakan.

Sementara 3 tapak unit yang sedang dalam pembinaan iaitu 70% ke atas. Di FELDA Sungai Koyan 1 - 206 unit, FELDA Sungai Tekam Getah - 100 unit, Chini 3 - 29 unit akan disiapkan secara berperingkat sehingga 2022. Sebanyak 3 er... RM38 juta disediakan oleh Kerajaan Pusat melalui FELDA kepada FELDA untuk menyiapkan projek tersebut... 3 tapak tersebut.

Walau bagaimanapun, FELDA tetap akan menyiapkan Perumahan Generasi Ke-2 yang kurang daripada 69% yang selama ini terbengkalai di mana kontraktornya telah ditamatkan er... kontraknya iaitu di 10 kawasan terbengkalai iaitu di FELDA Jengka 11 - 180 unit, di FELDA Sungai Retang tempat saya 400 unit, tempat ADUN Tahan terbengkalai, FELDA Kota Gelangi 2 juga tempat saya FELDA kawasan Pulau Tawar - 144 unit, Keratong 7 - 400 unit, Jengka 12 juga kawasan saya 50 unit, Jengka 6 - 100 unit, Bukit Sagu 1 - 300 unit, Kampung Awah - 58 unit, Bukit sa... Bukit Tajau - 100 unit, Jengka 1 - 110 unit. FELDA akan siapkan kawasan... kawasan-kawasan tersebut jika kedudukan kewangan FELDA stabil. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Cakap Melayu ya.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Er... terima kasih kepada Dato’ Sri, terima kasih Tuan Speaker. Er... terima kasih atas maklumat yang diberikan tadi cuma dalam DUN Jengka tu takdaklah pembinaan tadi. Takpelah. Saya nak er... melihat sikit kepada ucapan belanjawan er... Yang Amat Berhormat semalam yang menyentuh kepada tabung perumahan er… rumah er... Tabung Perumahan Rakyat Pahang yang mengumpul RM12 juta lebih dan er... berjaya untuk membina RRP pada tahun ini sebanyak 98 buah dan akan diteruskan pada tahun depan 98 buah.

Er... cuma saya minta supaya ada satu perbincangan dengan pihak FELDA kerana apabila dua buah rumah yang diluluskan di kawasan Jengka... sebab kawasan saya FELDA, er... dua orang yang dipilih untuk dibina rumah di belakang rumah ayah dia di kawasan FELDA berdepan dengan halangan. Ada undang-undang yang mengatakan bahawa er... kawasan perumahan hanya sebuah rumah, kawasan perumahan belakang rumah ayahnya tu hanya sebuah rumah sahaja yang boleh dibina maka terhalang... apabila terhalang maka pihak Majlis Daerah Maran terpaksa beri 2 buah rumah kepada 2 orang yang dipilih ini di kawasan Bandar Pusat, rumah PPRT.

Jadi, saya sudah bertemu dengan Pengurus Besar FELDA Wilayah. Dia kata, benda ini boleh diselesaikan dengan dia panggil kerjasama daripada Kerajaan Negeri dengan pihak FELDA untuk menghilangkan halangan tersebut dan dia kata di Johor telah pun memulakan perkara itu dan er… generasi ke-2 FELDA boleh membina rumah di belakang rumah ayah mereka tanpa sebarang halangan. Jadi, sekiranya halangan itu boleh di er… hilangkan, maka RRP yang kita kerajaan laksanakan setiap tahun ini insya-Allah akan dapat dilaksanakan dengan baik dan anak peneroka yang B40 dapat mengambil manfaat ini. Sekian.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Terima kasih kepada ADUN kawasan Jengka. Dahulu, memang dibolehkan. Masa Kerajaan Barisan Nasional dibolehkan buat satu rumah di belakang rumah ibunya… bapanya setelah mendapat persetujuan adik-beradik. Akhir-akhirnya ada halangan dari segi kemasukan air, api dan sebagainya dan Pengurus Rancangan tidak bertanggungjawab untuk menandatangani borang untuk masuk air dan api.

Baru-baru ini saya er… bermesyuarat dengan pihak pengurusan FELDA bersama semua D.O-D.O dan kita benarkan. FELDA akan berurusan untuk kebenaran halangan tersebut untuk masuk air dan api dan insya-Allah Kerajaan Negeri akan sentiasa bekerjasama dengan pengurusan baru FELDA sekarang untuk men… dibolehkan buat rumah ke-2 di belakang rumah induk di kawasan skim-skim FELDA. Itu sahaja. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah, soalan kita yang terakhir pada pagi ini ialah Yang Berhormat ADUN Bilut. Jemput.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 10.

[Isu pelantikan Ketua Kampung Baru Cina.

1.1 Selepas bulan September 2018, tiada Ketua Kampung di Kampung-kampung Baru Cina dalam Pahang telah dilantik sejak tempoh jawatan bagi ketua kampung yang sebelum ini tamat. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk melantik Ketua Kampung? Sekiranya ya, bilakah tarikh pelantikan.

1.2 Apakah pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah penduduk Kampung Baru Cina apabila ketua kampung baru tidak dilantik?]

Assalamualaikum WBT Yang di-Pertua, terima kasih Bilut kerana tanyakan soalan berkaitan dengan pelantikan JKK Kampung Baru Cina.

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan dan Bilut, sebenarnya Kerajaan Negeri telah mendapat arahan daripada pihak KPKT untuk menamakan jawatankuasa JKKKB akhir tahun lepas iaitu akhir 2019 dan pada awal tahun kita telah memohon supaya senarai ini dikemukakan kepada Kerajaan Tempatan. Oleh kerana masalah COVID, masing-masing memberi alasanlah. Saya pun dapat senarai daripada JKK penuh untuk JKK Kampung Baru Cina ini adalah pada bulan 9 ya dan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada bulan 9 iaitu Bilangan 37 Tahun 2020 telah meluluskan pelantikan Ahli Jawatankuasa JKKKB yang berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2020 hingga 30 September 2022. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kita telah selesai membincangkan 10 pertanyaan-pertanyaan. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan pada pagi ini untuk minum pagi dan persidangan kita akan disambung semula pukul 11:15 minit pagi.

Saya mohon Ahli-ahli Yang Berhormat bergerak keluar dalam Dewan dalam keadaan tertib dan mematuhi penjarakan fizikal. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan jam 10:48 pagi]

[Persidangan disambung semula]

Perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2021) 2020 Dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Dan Perbekalan Air 2021.Bill

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2021) 2020 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2021.

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan sekarang… Majlis sekarang ialah Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2021 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu dan satu usul yang berbunyi:

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan Seksyen 9, Akta Kumpulan Wang Pembangunan Negeri dan mengikut ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Perbekalan Air, dengan ini bersetuju meluluskan Anggaran Perbelanjaan bagi tahun 2021 daripada Kumpulan Wang Kumpulan Wang tersebut itu sebagaimana yang dibentangkan dalam Persidangan ini sebagai Kertas DN19/2020.”

Rang Undang-undang dan Usul ini telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada hari semalam, 16 November 2020 dan telah pun mendapat sokongan. Rang Undang-undang dan Usul ini akan dibuka untuk dibahas. Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa ruang perbahasan yang diberikan perlulah digunakan dengan sebaiknya. Ahli-ahli Yang Berhormat perlulah berbahas dengan berhemat, menyampaikan hujah dengan bernas dan tidak terlalu panjang. Setiap Ahli Yang Berhormat diberi masa 10-15 minit sahaja bagi perbahasan.

Seperti yang dimaklumkan semalam, saya telah mengatur jadual perbahasan yang melibatkan seramai 6 orang Ahli Dewan Negeri pada sesi sebelah pagi dan 8 orang pada sebelah petang. Oleh itu, saya menjemput Ahli Yang Berhormat... Dato‘... Yang Berhormat daripada Sungai Lembing. Silakan.

Terima kasih Dato‘ Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum WBT [Bacaan ayat Al-Quran].

Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih er... banyak-banyak kerana memberi peluang kepada saya bagi turut serta membahaskan ucap... ucapan belanjawan dan juga Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2021) 2020 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato‘ Sri Menteri Besar Pahang pada hari semalam.

Tuan Yang di-Pertua, Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato‘ Sri Menteri Besar kerana membentangkan belanjawan yang saya kira mencakupi seluruh lapisan masyarakat dan juga kita berharap dengan er... belanjawan yang ada ini benar-benar

kita akan dapat berusaha membantu dan juga menggalakkan masyarakat kita berusaha sedaya-upaya terutama sekali dengan keadaan kita menghadapi bencana pandemik COVID-19.

Tuan Yang di-Pertua, Selain daripada perkara-perkara yang dibincang... yang dibentangkan pada hari semalam, saya juga er... merasa er... cukup terkesan sekali terutama sekali er... seingat saya pada masa-masa belanjawan yang lepas er... tak pernah lagi er... terutama sekali daripada segi peruntukan keagamaan er... Kerajaan Negeri membangkitkan bantuan untuk er... Siak dan Bilal. Biasanya Imam sahaja Tuan Yang di-Pertua, tapi pada kali ini Yang Amat Berhormat Dato‘ Sri Menteri Besar er... turut menyenaraikan er... Siak dan Bilal bagi er... mendapat sumbangan.

Saya ingat lagi Tuan Yang di-Pertua, pada masa bajet yang lepas, dekat hari raya, ada Imam yang meleleh air mata sebab nama dia tak tersenarai dalam senarai bantuan. Jadi er... selaku Wakil Rakyat, saya berusaha mendapatkan bagi juga kepada er... Imam yang tersebut yang nama dia entah di mana tertinggal tak sempat disenaraikan.

Tuan Yang di-Pertua, Antara perkara-perkara yang saya nak bangkitkan adalah berkenaan dengan kesesakan lalu lintas di bandar Kuantan. Kalau jambatan baru Tanjung Lumpur, jambatan Tanjung Lumpur yang ke-2, kita memerlukan er... flyover, jalan pintasan kerana kalau jalan tersebut dibuka, er... saya rasa pihak polis pun er... mungkin tak mampu nak mengawal lalu lintas. Betapa sibuknya er... jalan tersebut kalau jambatan tu dibuka. Jadi, kita mencadangkan kepada Kerajaan Negeri di mana-mana yang perlu di Kuantan ni ada beberapa tempat ya yang perlukan flyover er... dan juga setengah-setengahnya kita er... tukar kepada er... roundabout untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Selain daripada tu Tuan Yang di-Pertua, ada cadangan supaya pihak Kerajaan Negeri membuka laluan... membina jambatan er... menyambungkan er... daripada Sungai Isap ke Indera Mahkota sebab er... kalau jalan tersebut pun sibuk kemudian kalau sini ada er... berlaku banjir besar di Jalan Sungai Isap tu bila kita bina satu... satu jambatan menyambungkan antara sungai... Sungai Isap ya jambatan di sungai... Sungai Kuantan antara Indera Mahkota ke Sungai Isap, maksud saya itu di samping Jambatan Bukit Rangin yang ada mungkin dapat membantu daripada segi lalu lintas perhubungan er... bagi penduduk-penduduk di kawasan Tanah Putih, kawasan Sungai Isap untuk menghala ke bandar Kuantan ataupun ke Indera Mahkota. Ada cadangan daripada masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, Di samping itu juga isu keluhan pemandu teksi. Masalah er... pemandu teksi yang menggunakan NGV ataupun gas. Jadi sebelum COVID, kita ada satu stesen NGV di Gambang. Tak tahu berapa juta Petronas memperuntukkan peruntukan tapi malangnya lebih kurang seminggu lepas er... pengumuman COVID tu, stesen tersebut ditutup. Ini menyukarkan pengguna-pengguna dan juga er... pemandu-pemandu teksi ataupun mereka yang er... membawa Grab. Kalau Tuan Yang di-Pertua isi minyak pakai gas nak penuh tangki RM20.00 lebih kurang. Bolehlah mereka menggunakan sejauh 200 kilometer penuh tangki tu.

Pada masa sekarang ni setengah-setengah mereka terpaksa lari ke Kemaman dah di... di Pahang dah takde ni stesen NGV. Jadi saya mencadangkan supaya pertamanya buka semula. Apa masalahnya? Kita dah belanja berjuta-juta lepas tu

tutup pula stesen NGV tersebut yang di Gambang dan kalau boleh er... satu lagi kita buka juga mungkin di Bentong ataupun di Karak bagi memudahkan laluan er... mereka-mereka yang menghala ke Pahang, ke Kelantan.

Tuan Yang di-Pertua, Er... di samping itu juga saya minta er... pihak kerajaan er... cuba semak kembali berkenaan dengan isu Empangan Kobat. Ada teguran Empangan Kobat ni er... dah terlalu banyak tanah atau pasir yang bertimbun. Jadi kita tahu Empangan Kobat ni penting untuk masalah air di bandar Kuantan. Jadi kena ada usaha segera supaya timbunan pasir tersebut dialih ataupun er... dibersihkan. Hanya satu pintu saja... pintu keluar masuk air yang apa yang boleh dibuka di kawasan tersebut. Saya minta pihak kerajaan ataupun mereka yang terlibat supaya er... cek berkenaan dengan empangan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Di samping itu juga, kita mengalu-alukan, semalam dalam ucapan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar membuka peluang kepada penjaja-penjaja kecillah terutama dalam keadaan COVID sekarang ni yang nak berniaga, buka warung, berniaga kecil-kecilan. Kalau di Wilayah Persekutuan, menteri ada buat pengumuman, tak ada lesen, tak ada cukai sampai bulan enam pada tahun akan datang.

Kita juga er… di negeri Pahang ini boleh kita mengambil inisiatif bagi galakan kepada mereka. Jadi kita tak mahu dengar ada peniaga-peniaga kecil yang baru nak menjual ikan ke, jual goreng pisang ataupun lain-lain lagi barang dirampas, kereta sorong dirampas. Jadi kita tak mahu dengar hal-hal yang begitu. Kalau di Kuala Lumpur boleh bagi galakan buka peluang seluas-luasnya untuk golongan-golongan B40 ke M40 ni er… kita negeri Pahang pun mesti bagi galakan yang tersebut.

Di samping itu juga Tuan Yang di-Pertua, Saya juga er… berharap… kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, syabas dan tahniah Rumah Rakyat Pahang adalah merupakan satu inisiatif ataupun satu usaha yang terbaik di mana kalau di Sungai Lembing ini dua rumah dah hampir nak siap dah. Rumah dah siap hanya menunggu bekalan air dan api jadi saya sangatlah mengalu-alukan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang meneruskan projek tersebut.

Malah kalau ikut cadangan saya Tuan Yang di-Pertua, kalau dapat Kerajaan Negeri timbangkan biar 4 unit satu DUN pun baik juga. Meleleh air mata Tuan Yang di-Pertua, orang yang minta tolong tu. Er… mereka yang memang tak ada kemampuan untuk yang apa mendirikan rumah, tak ada kemampuan untuk membuat… menyewa rumah, kita bagi dia satu nyawa dalam kehidupan.

Tuan Yang di-Pertua, Di samping itu juga, perkembangan Pahang Barat, Pahang Timur kita mengalu-alukan langkah Kerajaan Negeri hanya saya sekali lagi menyeru kepada pihak Kerajaan Negeri supaya memikirkan semula jalan Sungai Lembing ke Jerantut. Sebenarnya dah berapa banyak kali daripada dulu lagi tahun 80-an isu jalan Sungai Lembing ke Jerantut ini dikemukakan tapi nampaknya tak ada perkembangan yang seterusnya. Yang saya tahu hanya er… peruntukan untuk menjalankan kajian sahaja.

Kajian tu saya rasa dah cukup sebab bila kita menyambungkan jalan daripada Sungai Lembing ke Jerantut seterusnya ke Taman Negara er… daerah Jengka yang kita tengok perkembangan Bandar Jengka sekarang ni mengkagumkan. Saya nampak Bandar Jengka ni dah boleh menyaingi Pekan agaknya daripada segi pembangunan

dia Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita sambungkan jalan daripada Kuantan ke Jerantut er… sudah tentu lagi pembangunan semua sekali daerah Jerantut sampai ke Taman Negara dan juga perkembangan Bandar Tun Razak di Jengka tu akan bertambah pesat. Pasaraya Mydin di Bandar Pusat Jengka pun hebat daripada Kuantan lagi. Bangunan dia besar, Tuan Yang di-Pertua.

Di samping itu juga Tuan Yang di-Pertua, Isu er… bekalan air. Isu bekalan air ini kalau di Sungai Lembing ini er… saya nak tanya la pihak kerajaan iaitu Projek Loji Air FELDA dan juga Projek er... Tube Well di FELDA Bukit Sagu. Sepatutnya projek tersebut yang menelan belanja lebih kurang RM25 juta dapat menampung bekalan air paip di FELDA tapi projek itu dah jadi projek gajah putih.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, Kalau macam Projek Tube Well yang dibina di Kelantan nampaknya berjalan dengan baik, mengapa Projek Tube Well di Bukit Sagu air masuk sekejap je? Lepas tu terus jammed sampai sekarang. Ha… itu kadang-kadang kesilapan sama ada pihak kerajaan ataupun agensi kerajaan. Agensi yang berkaitan tu sepatutnya bila nak membina tube well ke, loji air ataupun berkenaan dengan kemudahan-kemudahan bekalan air, rujuklah kepada jabatan yang berkaitan. Kalau negeri Pahang ni PAIP.

Satu lagi contoh di… bekalan air paip Kampung Orang Asli Sungai Emas. Satu-satunya kawasan di Sungai Lembing yang tak dapat bekalan air paip. Sepatutnya dah sempurna tapi projek tersebut projek daripada agensi kerajaan kemudian er… projek bekalan air, projek tersebut tidak rujuk terutama sekali daripada segi pelantikan kontraktor kepada PAIP. Satu hari sahaja Tuan Yang di-Pertua, bekalan air paip ada kat Sungai Emas.

Nasib baik di Sungai Emas tu ada bekalan air bukit ataupun daripada Jabatan Kesihatan. Sampai sekarang ni orang kampung er… bergantung kepada bekalan air bukit tersebut. Itulah sebabnya Tuan Yang di-Pertua, bila sebut bekalan air bukit ni kita kena pastikan kawasan-kawasan yang berkaitan dengan bekalan air bukit ni selaku alternatif mesti kita er… ambil berat dan juga kawasan keliling tu jangan dicemar ataupun ada aktiviti-aktiviti pembangunan ataupun pembalakan.

Tak usahkan er… di Kampung Orang Asli Sungai Emas Yang di-Pertua, di bandar Sungai Lembing sendiri… di bandar Sungai Lembing sendiri kalau nak tunggu bekalan air paip memang selalunya bekalan air paip selalunya ada masa okey ada masanya tak berapa jalan. Sebab kita perlukan lebih kurang RM13 juta untuk ganti paip-paip lama di seluruh Pekan Sungai Lembing tu. Kalau nak tukar sekali gus saya rasa kita mungkin tak mampu. Jadi bekalan air bukit ada tiga ataupun empat kawasan di Sungai Lembing termasuk di tengah bandar Sungai Lembing, bekalan air daripada dalam tanahlah yang membekalkan keperluan air kepada masyarakat ataupun kepada penduduk, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi itulah sebabnya saya selagi saya pun beberapa kali memaklumkan dalam mesyuarat supaya kawasan-kawasan yang berkaitan dengan bekalan air bukit tu kita kena jaga. Kalau kita pergi di Sungai Lembing kita pun rasa seronok buka paip kat dapur orang kampung ha… ini bekalan air paip, ini air bukit. Bila air tu berjalan dengan baik dan lancar.

Tuan Yang di-Pertua, Selain daripada itu, saya juga er… mohon kepada pihak Kerajaan Negeri supaya kita juga er… memikirkan jalan ataupun keceriaan kawasan antara sempadan negeri Pahang dan Terengganu iaitu antara Kemaman - Cherating ya. Cherating dengan

Kemaman. Jadi jalan-jalan, keceriaan lampu kita kena pastikan bahawa kalau di negeri Terengganu nampaknya gah, megah dia punya lampu-lampu jalan dia dan juga jalan-jalan dia yang besar tu, kita sempadan Pahang pun kita kena pastikan sebab Pahang boleh. ‘Pahang the First’ itu moto Kerajaan Negeri, kita kena pastikan. Bila orang Terengganu masuk Pahang pun dia pun terpesona walaupun kita tahu tiap-tiap minggu orang Terengganu pun ramai tiap-tiap hujung minggu ya datang ke Pahang kalau masa terutama sekali sebelum COVID dulu.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, Ucapan saya er... terima kasih. Sekianlah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mohon menyokong. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Tanjung Lumpur.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Assalamualaikum WBT. Yang Berhomat… terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Pertama-tama saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk menyertai perbahasan ucapan Bajet Belanjawan Negeri Pahang 2021 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari semalam.

Jadi untuk perbahasan er... bagi pihak saya pada pagi ini jadi yang pertama saya suka untuk ketengahkan isu berkaitan dengan sekolah agama er... yang mana pada hari semalam dalam pembentangan bajet telah menjelaskan bahawa 89 buah sekolah agama yang berdaftar dengan pihak kerajaan akan mendapat bantuan. Maka di sini suka saya nak menekankan er... kita menyedari bahawa pendidikan agama adalah merupakan satu pendidikan yang pada ketika ini kita melihat...

Boleh... boleh celah sikit?

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Ya.

Setahu saya Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat sebutkan itu sekolah-sekolah pondok dan tahfiz - 89 buah, bukan sekolah agama. Kita sekolah agama ada 18 buah. Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Ya… ya. Sekolah pondok dan tahfizlah yang disebut semalam. Jadi ringkas itu jadi sekolah agama jadi cuma dari sudut… [Ahli Dewan ketawa] dari sudut istilah itu tidak betullah tapi betul jugalah [Ahli Dewan ketawa] er... tidak apalah kita faham. Jadi di sana er... saya suka saya nak menyebut bahawa kita pada ketika ini, kita tidak mampu nak menolak bagaimana kecenderungan ibu bapa pada ketika ini hendak memasukkan anak mereka ke sekolah agama dan kita juga sedar bahawa sekolah

agama ini adalah sebuah institusi ataupun pondok yang disebutkan tadi adalah institusi yang sangat berperanan dalam mendidik sahsiah generasi kitalah terutama di negeri Pahang.

Bagaimana kita faham dan hadis yang telah dibacakan oleh Yang Berhormat Exco tadi [Ayat al-Quran], ‘Barang siapa yang Allah kehendaki kebaikan kepada-Nya nescaya Allah akan jadikan ia faham di dalam agama’. Jadi berkaitan dengan hadis ini, er... ada 2 peristiwa yang mungkin saya sebutkan secara ringkas. Er... pada zaman Saidina Umar ketika balik daripada peperangan, salah seorang daripada tentera er... Saidina Umar bertemu dengan er... satu kotak harta yang mana kebetulan dia pun dah lama pergi berperang dalam keadaan isteri dan anak-anak tidak mempunyai belanja tetapi dia mengambil keputusan pulangkan semula kotak itu kepada Saidina Umar. Ini adalah harta ghanimah lalu bila dipulangkan semula er... ucapan Umarnya ialah kesyukuran kerana ada daripada kalangan tenteranya yang faham terhadap agama.

Dan satu peristiwa lagi Saidina Umar, dia menguji seorang budak pengembala kambing er... jadi kambing pun banyak. Saidina Umar jumpa dia tanya; “Boleh tak kalau jualkan seekor kambing kepada aku?” Budak ini kata; “Tak boleh sebab ini bukan kambing aku”. Umar kata; “Tak apa, kambing itu kan banyak bukan orang tahu”. Lalu budak itu kata; “Er... betul tuan kambing tidak tahu tapi Allah tahu”.

Maka di situ Saidina Umar melafazkan ucapan yang sama, bersyukur kerana rakyat aku faham terhadap agama. Jadi maksud [Bacaan dalam Bahasa Arab] ialah apabila seorang itu faham agama maka dia dapat mengelakkan diri dia daripada melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah SWT. Jadi inilah di antara sahsiah yang dibina oleh pendidikan atau pun institusi agama.

Maka di sini suka saya menyarankan kerana kita melihat institusi tahfiz, pondok dan sebagainya er... bukan sahaja yang berdaftar tetapi er... saya yakin dalam pengetahuan kerajaan masih banyak lagi pondok-pondok yang tidak berdaftar dengan kerajaan yang berhadapan dengan kekangan dari sudut dana yang mana kita melihat pengusaha-pengusaha ini kadang kala bergelut er... dengan usaha untuk mencari dana er... bagi tujuan untuk memenuhi kriteria SOP supaya sekolah mereka itu dapat diluluskan oleh pihak MUIP… oleh pihak kerajaan dan seterusnya mereka akan er... setelah mereka diluluskan mereka akan dapat pula bantuan daripada pihak kerajaan.

Jadi suka saya menarik perhatian pada pihak kerajaan er... kalau boleh er... untuk keluarkan Bajet ataupun membantu sekolah agama yang masih belum berdaftar ini er... supaya mereka dapat membina binaan-binaan dan sebagainya yang memenuhi kriteria sehinggalah ianya dapat diluluskan. Sebab ada yang kalau kita ikut BOMBA ada yang tak cukup tangga er... bukan tak ada tangga, terjun tak bertangga er... ada tangga satu. Jadi tidak memenuhi. Jadi untuk bina itu perlu kepada dana er... jadi insya-Allah ini harapan er... pihak sayalah er... supaya perkara tersebut diambil… diambil perhatian.

Perkara yang kedua ialah berkaitan dengan insentif kepada golongan B40 er... golongan miskin tegar er... makna golongan ini adalah golongan yang mesti kita ambil berat disebabkan mereka juga bakal menjadi saksi kepada kita di hari akhirat nanti. Maka di sana kita melihat bagaimana golongan er... B40. Cuma isu yang saya nak bawa di sini ialah program i-Suri yang di bawah KWSP lah i-Suri iaitu er... simpanan untuk hari tualah kita sebut yang mana untuk i-Suri ini bayaran dia lebih kurang RM60.00 setahun atau pun RM5.00 sebulan.

Saya pergi ke pejabat KWSP pada baru-baru ini untuk melihatlah program ini yang mana kita melihat ramai lagi kalangan B40 ini yang tidak bayar pun, tak bayar. Mereka tahu dan mereka tidak mula mendaftar walaupun RM5.00 sebulan, RM5.00 je. RM60.00 setahun. Jadi kita... saya suka mencadangkan bahawa kalaulah er... boleh bantuan yang mereka perolehi seperti bantuan am, JKM mereka juga boleh bantuan e-Kasih dan sebagainya kalau dapat, kalau tidak dapatlah duit lain potong duit ini pun rasa boleh kot er... tapi mesti diprogramkanlah sebab rugi kalau mereka tidak dapat yang ini rugi sangat untuk simpanan mereka di hari tua.

Kemudian yang ketiga ialah berkaitan dengan rumah er... rumah ini isu besarlah mana-mana pun er... masuklah di tempat saya sendiri yang mana kita lihat inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat banyak, PR1MA misalnya er... kita fahamlah ini adalah tujuan untuk kita membantu rakyat dengan tema, ‘Rumah Mampu Milik’, itu PR1MA tetapi tidak semua mampu milik, ada yang mampu tilik je pun rumah ni disebabkan tidak mempunyai apa kriteria-kriteria yang cukup. Antaranya tidak ada slip gaji, sukar mendapat pinjaman bank dan sebagainya.

Begitu juga rumah-rumah lain yang dibina oleh kerajaan er... begitu juga Kerajaan Persekutuan, ada bina rumah daripada SPNB, Rumah Mesra Rakyat jadi semua ini selain daripada dia perlukan slip gaji, dia juga perlukan tanah makna mesti ada… ada tanah. Jadi apa yang saya nak sebut ialah pagi ini ialah sasaran kerajaan kepada satu kumpulan yang dia itu tanah pun tiada dan kemudian slip gaji pun tiada.

Tanah pun tiada, slip gaji pun tiada nak mohon rumah SPNB memang tidak bolehlah sebab tidak ada tanah ataupun rumah RRP yang kita bina sekarang ini sama macam Sungai Lembing jugalah, hak saya sudah hendak siap dah di DUN Tanjung Lumpur tu yang ini pun perlu kepada tanah tetapi ada satu kumpulan ini tanah pun tiada, slip gaji pun tiada yang saya kira kerajaan er... perlu untuk sasarkan kepada kumpulan ini untuk membantu mereka.

Memang ada inisiatif dia di antaranya rumah RRS seperti Pak Mahat, di… apa di… kemudian di… Pandan memang ada tetapi yang menunggu sekarang ini beribu-ribu yang menunggu queue er... giliran ertinya keperluan terlebih banyak daripada apa yang ada. Jadi saya suka mencadangkan yang pertama, kalau dapat dibina dengan lebih banyak satu.

Yang kedua er... mungkin ini agak sukar er... sebab kita er... mesyuarat daerah baru-baru ni, nak dapat tanah kubur pun payah jugak. Apatah lagi kalau dapatlah dibina tanah kelompok… diberi tanah kelompok. Bila ada tanah kelompok walaupun hanya keluasan sebuah rumah, mungkin mereka boleh bina rumah sendiri dan mereka juga boleh mohon rumah seperti SPNB dan sebagainya. Maka itu adalah cara terbaik bagi tujuan kita menyelesaikan masalah-masalah rumah kepada… kepada rakyat.

Kemudian, isu setempat er… isu setempat er… saya suka nak ketengahkan ni kepada dua Excolah. Pertama, Exco Penempatan Kerajaan Negeri dan Tempatan. Dua, Exco Pelancongan. Bagaimana kita lihat Tanjung Lumpur sekarang ni, er… sebagai pusat, sebagai tempat yang paling ramailah rasanya dikunjungi oleh tetamu setelah siapnya apa Swiss Bell ataupun Kuantan Resort City. Hotel itu boleh dikatakan sentiasa penuh saya lihat.

Boleh dikatakan sentiasa penuh dan saya kadang-kadang pergi juga dekat lobi bertanya ada datang daripada sebelum PKP hari itulah, daripada Selangor dan sebagainya dan nampaknya mereka lebih suka duduk di situ berbanding dengan tempat lain kerana mungkin view dialah pemandangannya yang cantik er... pantai.

Tetapi yang membelakangi pantai itu, bila tengok ialah rumah-rumah buruk usang yang saya hitung lebih kurang ada 40 lebih lagi.

Baru dua, tiga hari sebelum sidang Dewan saya pergi sana dan lebih kurang ada dalam 40 lebih lagi rumah yang sangat teruk yang didiami oleh masyarakat situ. Kita sedar di situ adalah tanah sewaan. Tanah sewa dan dimaklumkan ada yang dah beli tetapi rumah tu memang sangat-sangat teruk yang saya kira perlu kepada satu tindakan daripada pihak kerajaan sama ada er… beri tapi cuma penghuni tu ada daripada Pahang memang ada orang asal Tanjung Lumpur dan ada juga daripada Siam dan sebagainya.

Yang itu tak apalah kita boleh arahkan dia pindah. Tetapi yang tempatan tu boleh difikirkan untuk diberi rumah kepada mereka dan apa yang kita kena fikir ialah untuk dihapuskan rumah tu, kerana memang teruk sangat er… kita tak sanggup tengok dia duduk rumah tu dan kita juga bimbang apakah kerajaan bersedia untuk er… sekali lagi dimaki secara berjemaah [ketawa] disebabkan kehadiran orang luar datang er… membantu dan sebagainya.

Kita tak boleh elak dia bantu dan kita tak ada… ada result sikit satu jer lagi er… jadi segeralah er… jangan sampai ada pulak orang luar datang buat lagi perkara yang sama sekali lagi sampai dia kata Kerajaan Negeri Pahang ni kerajaan bangsat. Makna kalau bangsat tu, tak ada benda baik dah kita ni. Makna yang kita buat lama-lama tu ertinya tak ada apa, tak ada kebaikan langsung.

Jadi kita perlu segerakan keadaan er… selesaikan masalah di situ dan terakhir ialah berkaitan dengan jalan. Jalan Tanjung Lumpur ke Kempadang er… adalah jalan yang sangat sibuk er… kerana pertumbuhan taman-taman baru dan kita yakin dia akan er… bertambah sibuk setelah siapnya jambatan kedua nanti kerana kenderaan daripada arah Pekan pasti akan ambik jalan tu bagi tujuan untuk sampai cepat ke bandar Kuantan.

Jadi buat kesekian kalinya ha… benda yang sama juga mohonlah seberapa segera untuk dibina jejantas merentasi daripada Sungai Derhaka ke SMK… SM Tanjung Lumpur… Sekolah Menengah Tanjung Lumpur yang saya kira kenderaan di situ semakin sibuk er… semakin bertambah. Er… mudahan-mudahan, insya-Allahlah dah lama dah, ni dah empat kali dah sebut dalam Dewan. Mudah-mudahan ini adalah kali terakhir dan seterusnya sama ada saya mati ataupun dapat jejantas tu, insya-Allah. Mudah-mudahanlah harapannya begitu, ya. Saya juga ada sedikit cadanganlah kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Yang di-Pertua ni, dia seorang lima hari ni. Er… jadi kalau mungkin Dewan ni er… boleh bincang sesekali tukar ganti tak apa kot. Ganti saya pun boleh [Ahli Dewan ketawa], kalau diberi izin. Kesian kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya baru nak cadangkan Wakil daripada Tanjung Lumpur. [Ahli Dewan ketawa]

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua. Assalamualaikum WBT.

Yang di-Pertua (Speaker)

Insya-Allah Yang Berhormat, kalau saya tak tahan nanti saya bagi tahu [Ahli Dewan ketawa]. Kita sudah ada cadangan kalau diperlukan. Saya juga berharap Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker mungkin boleh hadir satu hari ke dua hari untuk membantu, insya-Allah. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Padang Tengku. Sila.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah (ayat Al-Quran). Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk sama-sama turut membahaskan Bajet Negeri Pahang tahun 2021. Terlebih dahulu saya nak mengucapkan tahniah khusus kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga pasukannya yang telah dapat meletakkan kedudukan kewangan pada satu… kewangan negeri pada satu tahap yang kukuh dan stabil sehingga terbukti pada semalam satu pembentangan belanjawan yang cukup baik, bermanfaat dan juga bersifat mesra rakyat.

Sesungguhnya Kerajaan Negeri Pahang adalah sebuah kerajaan yang tidak berelectorate, berpolitik sepanjang masa dan hanya pandai berjanji semata-mata. Tetapi sebaliknya Kerajaan Negeri Pahang ialah sebuah kerajaan yang penuh dengan tanggungjawab sebagaimana yang pernah dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar; “Tiada Janji, Lihatlah Bukti” dan hari ini terbukti bahawa kerajaan yang pernah ditohmahkan hanya boleh bertahan selama tiga bulan sahaja, ianya telah bangkit sebagai sebuah kerajaan yang berjaya dan makmur di mana kemakmuran negeri dapat dimanfaatkan bersama sebagaimana er… terjemah dalam tema bajet 2021 ini.

Berteraskan kepada tiga… tiga strategi utama iaitu Melonjakkan Ekonomi ke Arah Negeri Bestari, Memperkasakan Perkhidmatan Awam dan Modal Insan dan juga Kesejahteraan Kehidupan Rakyat er… Kerajaan Negeri Pahang telah meletakkan satu kedudukan belanjawan yang sebenarnya begitu bermanfaat dan insya-Allah ianya akan memberikan er… pulangan yang baik khususnya dalam kita menangai masalah semasa yang dihadapi oleh penduduk di negeri Pahang ini.

Yang Amat Berhormat… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya ingin menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan ketiga-tiga strategi itu. Yang pertama ialah er… berkaitan dengan rancangan mewujudkan Majlis Pembangunan Pahang Barat Plus yang meliputi daerah Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Raub, Bentong dan Bera. Jadi sebagai orang yang datang daripada Lipis dan kami daripada Pahang Barat khususnya Lipis.

Kami merasakan ini merupakan sesuatu yang amat dialu-alukan dan sebenarnya dinanti-nantikan. Sebenarnya sebelum ini kita ada satu rancangan yang dikenali sebagai AI… IADP Pahang Barat, Integrated Agriculture Development Project yang berteraskan kepada pertanian tetapi projek itu kemudiannya dibatalkan dan juga kita ada ECER yang sebenarnya menjanjikan beberapa projek pembangunan untuk termasuk Wilayah Pahang Barat ini tetapi kehadiran…

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Er… Pahang Barat saya nak tanya ada… bolehkah sekiranya nak tanya wakil daripada ni. Contohnya diwujudkan juga Pahang Tengah, Temerloh dengan Maran tak ada [ketawa] yang lain tu semua ada. Ni Yang Amat Berhormat Menteri Besar ni kena tanya juga ni [ketawa].

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Itu boleh masuk ke dalam ucapan saya untuk dijawab oleh Menteri Besar [Ahli Dewan ketawa]. Ya, saya berbalik kepada er… apa ni Rancangan apa Majlis Pembangunan Wilayah Pahang Barat ini yang pastinya er… program ataupun majlis ni akan menjadi satu majlis yang dapat er… membangunkan oleh Pahang Barat secara tersusun dan teratur dalam satu pelan pembangunan yang terancang. Selama ini bukan tak ada er… pihak kerajaan menyediakan ataupun membangunkan pelan-pelan pembangunan.

Misalnya pernah dibangunkan Pelan Tindakan Khas Pembangunan Merapoh 2014 yang er… dilakukan ataupun yang telah dibina oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan kemudian di tiap-tiap daerah biasanya ada rancangan er… Rancangan Penempatan Daerah-daerah tetapi kita tahu buku yang cantik, pelan yang cantik tetapi jika tidak ada organisasi yang dapat menyelaraskan dan melaksanakan maka ianya tidak begitu jelas bagaimana program-program ataupun perancangan itu dapat dilaksanakan.

Justeru itu, harapan kami khususnya di Padang Tengku dengan kewujudan Majlis Pembangunan Pahang Barat ini ianya akan menjadi satu agensi pelaksana yang berwibawa dan dapat melaksanakan apa yang dirancangkan. Di Wilayah Pahang Barat ini kita sebenarnya banyak aset-aset, banyak kekayaan-kekayaan yang harus kita manfaat… kita manfaatkan secara optimum. Umpamanya laluan utar... laluan utama ke Lembah Kelang, dari Lembah Kelang ke Kelantan melalui rangkaian er... ni rangkaian CHR, Lebuh Raya Utama Lingkaran Tengah yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pantai Timur.

Kemudian kita ada laluan jalan kereta api yang menghubungkan Singapura ke Tumpat dan sebenarnya melalui wilayah-wilayah di Pahang Barat termasuk Bera, Jerantut, Lipis sampai ke Gua Musang, yang sebenarnya boleh kita apa nama ni... exploitkan dia sebagai satu pelancongan yang boleh… yang boleh memberikan pendapatan ataupun pekerjaan. Umpamanya rail tourism, railway tourism apa namanya ni pelancongan berasaskan kereta api.

Merapoh sebagai bandar eco dan geopelancongan, Lipis Geopark yang sekarang ini berada dalam kajian UKM, aktiviti perniagaan dan extreme sport, aktiviti sukan air dan kayak di Sungai Tanum, Lipis sebagai bandar sejarah, industri pelancongan emas dan biji besi, industri berasaskan perkayuan dan buluh, industri pertanian dan industri permakanan, hub pendidikan pedagogi kaum pribumi dan geosains hutan dan hidupan liar, budaya dan kesenian dan keakrifan tempatan dan macam-macam lagi yang boleh kita exploitkan di Pahang Barat menjadikan Pahang Barat kalau betul caranya satu wilayah yang kaya, yang maju, yang boleh kita banggakan.

Justeru itu, kegagalan yang pernah dilakukan oleh IADP Pahang Barat yang sekadar hari ini meninggalkan bekas-bekasnya sahaja yang tidak terurus dan juga kehadiran ECERDC yang wilayahnya bagi Wilayah Pahang Barat kurang… kurang dirasai

kehadirannya seperti kewujudan projek berimpak tinggi taman herba di Chegar Perah yang dahulunya diuar-uarkan sebagai satu projek yang besar dan memberikan manfaat kepada penduduk setempat tetapi hari ini telah bertukar menjadi ladang Musang King. Jadi ini satu perkara yang menimbulkan tanda tanya dan juga kehairanan kepada penduduk setempat. Justeru itu, kita mengharapkan dengan menjadikan Pahang Barat sebagai satu kawasan yang perlu dibangun dan akhirnya melalui Majlis Wilayah Pahang Barat ini kita yakin bahawa kawasan ini akan dijadikan satu kawasan yang maju, kawasan yang selesa untuk dikunjungi dan didiami.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Maka menjadi harapan kami kepada Majlis Pembangunan Wilayah Pahang Barat ini ialah pertama; Pahang Barat menjadi wilayah yang maju dan terkeluar daripada senarai daerah-daerah termiskin dalam negara. Yang kedua; Penglibatan anak-anak tempatan yang turut mendapat limpahan nikmat bukan sekadar penonton ataupun melihat kepada kejayaan dan pembangunan.

Yang ketiga; Menjadikan wilayah ini sebagai wilayah satelite kepada Lembah Kelang dan Pahang Timur dan yang keempat; Menerapkan pembangunan lestari demi kepentingan generasi akan datang dan seterusnya memastikan elemen-elemen tempatan bagi satu-satu projek pembangunan kerajaan yang dibawa masuk ke wilayah ini dapat melibatkan orang-orang tempatan.

Yang kedua ialah perkara yang berkaitan dengan strategi memperkasakan perkhidmatan awam dan jugak modal insan. Salah satu daripada instrument yang penting dalam sistem penyampaian awam kerajaan ialah organisasi yang menjadi… menjadi kekuatan kepada akar umbi seperti JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung), Jawatankuasa Kampung Baru dan juga industri apa ni… organisasi seperti Batin yang sepatutnya organisasi ini seharusnya dibangunkan sebagai satu institusi yang berwibawa, yang diuruskan cara profesional.

Justeru itu, saya suka mencadangkan supaya Pengerusi-pengerusi JKK, Pengerusi-pengerusi JKKB mestilah menjalani kursus dan latihan dan kemahiran-kemahiran pengurusan organisasi, kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja sebagai satu pasukan, supaya JKK sebagai apa nama ni, sistem... salah satu sistem… sistem pentadbiran awam yang penting bagi kerajaan menjadi satu badan yang benar-benar boleh menyampaikan mesej-mesej dan jugak perancangan-perancangan serta dasar-dasar kerajaan.

Juseru itu, daripada keadaan ini di mana mereka telah menjadi orang-orang profesional, maka saya jugak ingin mencadangkan supaya elaun JKKK dan JKKB dinaikkan daripada RM500.00 sekarang ini kepada tahap kadar upah yang minima di antara RM1,000.00 hingga ke RM1,200.00 sebulan. Begitu jugak mereka-mereka yang kita cadangkan untuk kelayakan ini seharusnya lulus atau mengikuti kursus yang telah saya sebutkan tadi.

Saya jugak mendapat respon yang baik tentang apa nama ni, imbuhan yang diberikan kepada Pengerusi JKKK di dalam bajet ini tetapi saya juga nak menyampaikan apa permintaan dan keluhan daripada SU JKK pulaklah, kot-kot ada kerajaan boleh tengok sikit, dia kata mereka bersama dengan JKKK. Jadi kalau boleh ada limpahan pada mereka, saya ingat bagus juga pertimbangkan.

Saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri bertegas dan mempunyai satu pendekatan yang jelas dalam pelantikan ahli-ahli JKKK ini. Saya ingat tak perlulah kita ada kuota-kuota tertentu, parti-parti tertentu. Kita kira semua orang dalam

kampung tu tak kira apa parti, jika mereka layak, mereka sesuai, mereka ingin berkhidmat, maka kita… kita lantiklah mereka. Kadang-kadang berparti-parti ni menyebabkan tidak ada parti, ahli parti di kampung itu, terpaksa pulak kita menubuhkan parti-parti tertentu semata-mata nak membeli kuota. Ataupun kita terpaksa import apa nama ni, ahli-ahli daripada kampung yang lain untuk membangunkan kampung.

Saya ingat ini pernah berlaku, kita dah biasa buat dahulu. Di kampung tempat saya ada, ada satu kampung tu bila ada kuota, dia kata; “Kita ada kuota orang PAS, tiga”. Dia jawab; “Tak payah, kami dah ada tujuh orang PAS dalam ni”. Sebab kampung tu memang kampung PAS. Ada orang daripada Padang Tengku yang pernah bertanding memang tak pernah menang pun. Jadi kita letak dan ada Pengerusi JKKK pun di kalangan orang PAS. Pengerusi JKKK ni satu kampung yang kita lantik dari kalangan PAS sebab masyarakat menerima dia, maka kita lantik. Justeru itu, saya ingat pelantikan daripada kuota-kuota ini perlulah dilihat semula.

Dan seterusnya saya juga ingin mencadangkan supaya satu Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung bagi komuniti kaum India diwujudkan. Kesian orang India ni saya tengok dari segi senarai, orang ini ada apa ni ketuanya dapat imbuhan dan sebagainya, tetapi saya nampak semacam dipinggirkan. Justeru itu, saya ingin mencadangkan supaya diwujudkan Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Komuniti Kaum India, tak kiralah apa namanya tetapi kita melantik di kalangan mereka.

Misalan contohnya di pekan Padang Tengku, ha… ada… ada satu kaum India dia campurlah Selborne dengan pekan Padang Tengku. Kemudian pekan Benta ada satu, pekan Karak mungkin ada satu. Jadi saya ingat kalau ini caranya dia boleh menggabungkan masyarakat India yang berbagai-bagai. Sebab saya nak beri contoh di Padang Tengku saja, kita ada lebih kurang 400 pengundi sahaja daripada kalangan orang India. Tapi MICnya ada enam. Lepas tu bergaduhlah sesama sendiri. Jadi saya harap pun kalau kita boleh wujudkan satu yang tidak berkaitan dengan parti dan kita gabungkan mereka dalam satu Jawatankuasa Kemajuan ataupun keselamatan ataupun komuniti Orang India ini mungkin dapat meredakan keadaan…

Mintak laluan. Terima kasih Padang Tengku atas cadangan tersebut. Kalau ya pun cadangan tanpa parti itu saya mengalu-alukan, kalau kepimpinan itu melalui parti lebih baik tak perlu sahajalah, ya. Terima kasih.

Dato’ Mustafa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Okey kita macam JKK lah kita tak payah parti macam saya sebutkan tadi, tidak pada kuota-kuota tertentu. Siapa sahaja yang dipilih maka kita lantik untuk menerima apa mewakili kaum India. Itu maksud yang saya sarankan di sini. Yang seterusnya ialah saya nak er… beralih kepada perkara berkaitan dengan er... masalah pelajar-pelajar kita yang belajar dalam norma baharu.

Hari ini semua tahu pelajar-pelajar kita belajar dengan norma baharu dalam keadaan COVID ini iaitu belajar secara online. Dan justeru itu, menurut satu kajian yang dibuat oleh satu pusat pengajian tinggi yang respondennya seramai 1,412 orang maka dapatannya ialah 91.2% pelajar-pelajar mempunyai masalah tiada capaian internet untuk mengadakan kelas-kelas dalam talian. 8.8% responden mempunyai masalah dalam peranti seperti laptop dan jugak telefon bimbit.

Kesan daripada itu ada er… 4 perkara yang berlaku. Pertama; Masalah kewangan. Yang kedua; Masalah kesihatan. Ketiga; Masalah persekitaran dan yang keempat; Masalah teknikal. Jadi justeru itu, er… Padang Tengku ingin mencadangkan pertama; Kerajaan Negeri mengenal pasti kawasan-kawasan yang tiada mempunyai talian telefon ataupun internet di seluruh negeri Pahang secara segera untuk pembinaan pencawang-pencawang telekomunikasi dan langkah yang bersesuaian. Tadi ada telah disinggung sedikit oleh Exco yang berkenaan ketika dia menjawab soalan daripada Cheka. Dan saya ingat perkara ini harus di... di… dipercepatkan.

Yang kedua; Menyediakan pusat sehenti, one stop center sebagai pusat akses internet yang kondusif dan selamat dengan capaian internet yang laju bagi tujuan PdPc, Pembelajaran dan Pemudah Cara online untuk peringkat untuk… seluruh pelajar daripada semua peringkat daripada sekolah rendah hinggalah ke universiti yang boleh kita (tak dengar)…

Yang di-Pertua (Speaker)

Tekan balik YB.

Dato’ Mustafa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Seterusnya saya ingin mencadangkan er… projek satu keluarga satu laptop bagi keluarga B40 yang mempunyai anak-anak sekolah. Perkara ini mungkin kita boleh lakukan dengan kerjasama SKMM sebenarnya dulu pun ada SKMM menyumbangkan apa nama laptop-laptop ini kepada pelajar-pelajar yang bersesuaian. Dan saya juga mencadangkan er... supaya Kerajaan Negeri mengadakan geran membeli laptop er…. berjumlah RM500.00 kepada keluarga M40 yang mempunyai anak lebih daripada 3 orang dan 3 orang anak sekolah dan juga pemberian data percuma sebanyak 30gb sebagai akses kepada pelajar-pelajar miskin dan perkara ini boleh dilaksanakan oleh Yayasan Pahang.

Dan yang terakhir yang ingin saya nyatakan ialah penyediaan rumah mampu milik kepada golongan berpendapatan sederhana dan berpendapatan rendah. Padang Tengku menghargai langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pahang dalam menangani isu-isu perumahan ini khususnya di Padang Tengku. Namun begitu saya nak membangkitkan perkara yang telah saya bangkitkan dahulu iaitu Pusat Pertumbuhan Desa Kampung Berchang yang telah dimulakan sejak 24 tahun yang lalu tetapi belum ada penyelesaian hingga hari ini.

Dalam taklimat yang diadakan oleh pihak… pihak PKPP [editor : PKNP], Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang dalam satu taklimat di Jawatankuasa Tindakan Daerah pada 24 Julai 2020, mereka mencadangkan pembangunan di tanah seluas er… 12 apa nama 12 ekar itu dengan 21 unit rumah teres kos rendah er… rumah teres. Kemudian pada tahun 2021, fasa yang kedua 16 teres, 16 unit rumah teres pada tahun 2023, 24 unit umah berkembar pada Januari 2024 dan 22 unit rumah teres 2 tingkat pada tahun 2026, yang menjadikan 92 unit semuanya. Dan harganya sekitar RM200,000.00 hingga RM400,000.00 unit. Saya melihat kos ini kos yang tidak mampu dibeli mampu melihat ataupun mampu apa tu tadi Tanjung Lumpur mampu… mampu ha telek… ha mampu telek saja.

Justeru itu, saya ingin mencadangkan kos rumah bercampur tetapi mungkin juga kerajaan… PKNP boleh menceburi er… menyahut saranan kerajaan untuk membina atau bergiat dalam membangunkan pembinaan rumah ini er… melalui pembinaan rumah makmur. Makna kalau hari ni rumah makmur dibuat oleh pihak-pihak swasta,

saya cadangkan supaya GLC seperti PKNP boleh menceburkan diri dalam perumahan makmur ini supaya kita dapat menyediakan rumah yang dapat dimiliki dan mampu dimiliki oleh rakyat yang berpendapatan rendah. Terima kasih. Dengan ini, sekian, wabillahhitaufik walhidayah saya menyokong bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Menteri Besar Pahang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Mentakab.

Encik Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Salam sejahtera dan terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya berbahas dalam Belanjawan 2021.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan hadapan yang telah dan sedang melawan penularan COVID-19. Segala pujian hendaklah diberikan kepada mereka dan bukan sebaliknya. Pandemik COVID-19 ini telah mengakibatkan ekonomi dunia teruk terjejas. Negara kita Malaysia tidak terkecuali. Ini dapat dilihat dari penyusutan KDNK suku kedua tahun ini yang mencatat peratusan terburuk dalam sejarah iaitu negatif 17.1%. Walaupun prestasi suku ketiga menunjukkan peningkatan iaitu negatif 2.7%.

Kadar pengangguran pula adalah sebanyak 4.7% ataupun 700,000 pekerja. Ini memang satu angka yang besar, yang menganggur itu bukan sahaja meliputi orang baru lepasan sekolah dan graduan, tetapi juga ramai tenaga kerja yang berpengalaman. Ini turut menjejaskan kehidupan mereka. Oleh itu saya mencadangkan pihak Kerajaan Negeri menganjurkan kursus-kursus pendek dengan percuma untuk mereka. Pada zaman ini, multi skill atau kepelbagaian kemahiran adalah penting khususnya dalam bidang teknologi maklumat. Dengan kemahiran ini pekerja akan menjadi lebih kompetitif.

Tuan Yang di-Pertua, Wabak COVID-19 ini bukan sahaja mengakibatkan ramai menganggur tetapi juga membawa kesan yang teruk kepada peniaga tak kira penjaja pasar malam mahupun pekedai semuanya rasa terkesan. Perniagaan mereka susut teruk, kelangsungan hidup mereka terjejas. Oleh itu, saya mencadangkan Pihak Berkuasa Tempatan mengambil langkah prihatin dengan mereka iaitu memberikan diskaun 50% bila lesen perniagaan diperbaharui.

Tuan Yang di-Pertua, Tentang jambatan di Kampung Tanjung Kerayong, jambatan ini siap dibina pada tahun 2008 dengan perbelanjaan RM1 juta. Lebih kurang 300 atau 400 orang menggunakan jambatan ini tiap-tiap hari. Mereka terdiri daripada pekebun getah, pekebun kelapa sawit, penoreh getah dan lain-lain tetapi mereka sering terganggu dengan banjir. Sudah 7 kali jambatan ini ditenggelami air pada tahun ini. Masa itu mereka kehilangan pendapatan yang teruk menjejaskan kehidupan mereka. Sehubungan itu, saya mencadangkan supaya jambatan ini dapat dinaiktarafkan atau menjalankan pengorekan dasar sungai supaya dasarnya dalam.

Tuan Yang di-Pertua, Saya juga mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan satu isu lama iaitu mendapan tanah di Jalan Industri 6, Kawasan Perindustrian Temerloh. Isu ini saya telah membawakan pada Sidang Yang Mulia ini pada tahun 2018. Kakitangan dan pemilik kilang berhampiran turut gusar dengan situasi yang semakin teruk ini. Segala usaha telah dibuat antaranya pemilik-pemilik kilang telah menulis surat aduan kepada MPT. Pihak saya pula membawa isu ini ke dalam mesyuarat JKTD tetapi sampai hari ini masih belum selesai. Oleh itu, saya berharap pihak berkenaan dapat mengambil langkah-langkah atau tindakan secepat mungkin sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, Terdapat satu tempat di mana kerap kali berlakunya kemalangan jalan raya iaitu Jalan Mentakab-Temerloh. Lokasinya adalah di Kampung Tok Embun berhampiran simpang Kampung Gantok. Kejadian kemalangan yang terbaru adalah pada 11 Oktober tahun ini di mana telah meragut seorang nyawa dan seorang lagi cedera parah. Walaupun pihak JKR telah meletakkan papan tanda peringatan yang jelas dan secukupnya dan speed breaker telah dibuat tetapi kemalangan masih kerap berlaku sehingga selekoh ini digelar sebagai selekoh maut.

Sehubungan itu, saya mencadangkan pihak JKR supaya mengadakan atau menjalankan satu kajian terperinci untuk mencari sebab-sebab mengapa sering kali kejadian kemalangan berlaku. Di sini juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri kerana sudi memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,000.00 kepada 8,000 penjawat awam. Itulah isu-isu dan cadangan yang saya sampaikan pada hari ini, sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih YB. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Cheka.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Selamat sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas di Dewan yang mulia ini. Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana sejak tahun 2018 lagi telah mengamalkan belanjawan surplus. Pada tahun 2018, surplus ialah RM13.94 juta manakala pada tahun 2019 lebihannya setinggi RM191.36 juta.

Menurut Belanjawan 2021, Kerajaan Negeri Pahang menganggarkan lebihan hanya RM5.3 juta. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan telah menjangka bahawa keadaan ekonomi itu tidak menentu pada tahun 2021. Kehidupan rakyat mungkin menjadi susah pada tahun 2021 akibat serangan COVID-19. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah proaktif memberi bantuan kepada rakyat sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Walau bagaimanapun, bantuan itu tidak dinikmati oleh semua rakyat. Sebagai kerajaan yang prihatin, saya menyeru kepada kerajaan selain memberi pelbagai bantuan, kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai dan hasil bukan cukai yang dibayar oleh rakyat dalam apa jua bentuk pun. Ini termasuk cukai tanah, cukai pintu, bayaran lesen, bayaran letak kereta, bayaran permit dan lain-lain lagi.

Amalan ini akan memberi impak secara langsung kepada rakyat kerana dapat mengurangkan kos mengurus perniagaan dan perbelanjaan hidup. Usaha ini selaras dengan dasar prihatin dan sejahtera Kerajaan Persekutuan. Manfaat ini akan dinikmati oleh semua rakyat dan pastinya akan dirasa dan dihargai oleh rakyat. Oleh itu, saya mohon keprihatinan Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan agar mempertimbangkan permintaan rakyat ini.

Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin menarik perhatian Dewan tentang Bantuan Prihatin Pahang 2021. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang memastikan kebajikan setiap lapisan masyarakat yang memerlukan bantuan di negeri Pahang terjaga. Maka Kerajaan Negeri telah mengumumkan bantuan prihatin secara one-off kepada pelbagai golongan di negeri Pahang. Walau bagaimanapun, kami sebagai Wakil Rakyat sering mendengar keluh-kesah daripada Ketua Kampung iaitu Pengerusi JKKK yang diberi bantuan one-off sebanyak RM250.00 sahaja.

Kerajaan Negeri telah mengakui bahawa Ketua Kampung telah banyak menyumbangkan bakti di peringkat akar umbi. Ketua Kampung memainkan banyak peranan. Kata mereka, mereka ialah jambatan di antara kerajaan dengan rakyat, perantaraan antara pemimpin dengan orang kampung, penghubung antara jabatan kerajaan dengan penduduk kampung, memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan dan lain-lain lagi.

Mereka menjaga kampung secara menyeluruh, baik fizikal kampung ataupun kebajikan anak buah. Pendek kata, kerja Ketua Kampung itu susah dan mencabar. Apabila bantuan secara one-off sebanyak RM250.00 itu diumumkan, mereka menilai peranan dan kepentingan mereka di kampung, membandingkan tugas mereka di kampung dengan misalnya petugas masjid. Mereka merasa bantuan itu harus dinaikkan.

Maka sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan terhadap jasa dan bakti yang telah mereka curahkan terhadap kemajuan dan kemakmuran kampung serta kesejahteraan anak buah, saya berharap nilai bantuan one-off kepada Ketua Kampung sebanyak RM250.00 itu boleh dinaikkan sewajarnya. Kalau boleh mulai tahun 2021 ini. Permintaan ini sebenarnya datang daripada Ketua Kampung. Saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak pernah menafikan kepentingan dan jasa bakti golongan yang lain.

Selain itu, Tuan Yang di-Pertua, Wakil Padang Tengku meminta elaun bulanan Ketua Kampung dinaikkan ke RM1,000.00 dan ke atas tapi Ketua Kampung kawasan saya minta kalau boleh tambah RM300.00 lah selain daripada RM500.00 itu kerana mereka banyak urusan, banyak mesyuarat, banyak memerlukan perbelanjaan. Oleh itu, saya minta pertimbangan Kerajaan Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, Sejak pelaksanaan PKP Mac tahun ini, rakyat di kawasan saya khasnya di sepanjang jalan Tanjung Lipis ke Jerantut merasa bahawa mereka sukar untuk mendapat talian internet khasnya kepada pelajar yang memerlukan internet untuk belajar. Oleh itu, apabila saya teliti kepada jawapan yang diberi oleh Exco Telekomunikasi, saya dapati memang usaha untuk naik taraf dan juga meninggikan mutu internet itu ada tetapi nampaknya lebih ditumpukan di sepanjang jalan Lipis-Benta di mana penggunaannya lebih tetapi dari Tanjung Lipis sampai ke sempadan Jerantut ini oleh kerana penggunanya kurang, maka nampaknya usaha itu juga kurang.

Walaupun kita faham bahawa syarikat telekomunikasi itu mementingkan keuntungan tapi demi tanggungjawab sosial atau social responsibility dengan izin, saya juga meminta kalau boleh titik beratkanlah kualiti telekomunikasi di sepanjang Tanjung Lipis ke sempadan Jerantut itu.

Tuan Yang di-Pertua, Projek PR1MA Pahang di Kuala Lanar merupakan satu bukti keprihatinan Kerajaan Pahang. Projek PR1MA Pahang di Kuala Lanar telah dilancarkan pada awal tahun 2018 oleh Exco Perumahan yang kini telah menjadi Menteri Besar kita. Projek ini berjalan lancar dengan kerjasama daripada kerajaan, pemaju dan semua pihak yang berkaitan dan pada awal bulan ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri telah turun untuk menyerahkan kunci kepada 154 pemilik Fasa 1. Terima kasih atas kesudian Yang Amat Berhormat Menteri Besar ke majlis itu.

Namun demikian, masih terdapat penduduk yang tidak mampu untuk membeli rumah PR1MA Pahang yang bernilai RM150,000.00 itu. Maka Kerajaan Negeri Pahang telah prihatin dan memula menjalankan Projek Perumahan Makmur untuk membina rumah yang bernilai RM80,000.00 di Tanjung Lipis. Projek ini masih belum dimulakan. Saya meminta pihak yang berkenaan mempercepatkan pengurusan agar Projek Rumah Makmur di Tanjung Lipis dapat dimulakan dalam tempoh yang terdekat.

Tuan Yang di-Pertua, Penduduk di Kampung Orang Asli Temetong sedang menggunakan jambatan gantung di Sungai Temetong. Jambatan gantung itu sering dibanjiri air akibat hujan lebat dan terputus perhubungan. Penduduk di Kampung Binjai juga menghadapi masalah jambatan. Jambatan besi yang rendah di Sungai Lipis itu pasti akan ditenggelami air pada musim tengkujuh. Pembinaan jambatan konkrit telah dicadangkan sejak tahun 80-an lagi. Oleh itu, saya minta Kerajaan Negeri khasnya Exco…

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Minta…minta laluan sikit Dato’ Speaker. Er… saya tertarik dengan cerita daripada Cheka berkaitan dengan jambatan gantung banjir sebab selama saya 6 tahun bertugas di Sabah, jambatan gantung ini tinggi melangit maknanya dia lebih tinggi daripada tebing lagi. Jadi, macam mana pembinaan jambatan gantung dekat dengan tempat yang diceritakan oleh YB. Cheka tadi boleh tenggelam dek banjir sebab biasanya jambatan gantung ni dia lebih tinggi daripada tebing yang menghubungkan seberang dengan seberang? Jadi, mohon sikit cerita dia.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Cara orang dulu buat itu saya tak pandai tapi masalah itu tetap timbul. Jadi seterusnya tentang jambatan konkrit di Kampung Binjai itu. Jadi, saya memintalah Kerajaan Negeri menyokong dan membantu agar projek kedua-dua itu iaitu Kampung Temetong dengan Kampung Binjai itu dapat terlaksana dalam masa yang terdekat.

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon menyokong Bajet Kerajaan Negeri Pahang bagi tahun 2021. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Luit, silakan.

Assalamualaikum WBT. Terima kasih pada Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua Jabatan, petugas-petugas, pemerhati-pemerhati yang dikasihi sekalian. Alhamdullilah [Bacaan dalam Bahasa Arab].

Ucapan tahniah dan terima kasih er… kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang di atas pembentangan Belanjawan 2021 Pahang Darul Makmur semalam. Jadi apa yang dapat kita lihat Belanjawan Tahun 2021 telah diolah menjadi sebuah belanjawan yang saya kira belanjawan dari mata ke hatilah. Maknanya pasukan yang membuat belanjawan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini telah membuat observation hingga seterusnya dengan penuh keikhlasan menyalurkan balik perbelanjaan pada kita untuk tahun-tahun er… tahun hadapan.

Dari sudut memperkasakan ekonomi, memperkasakan perkhidmatan modal insan dan mensejahterakan kehidupan kita. Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Pahang bila mana PKP ataupun Pahang, Kelantan, Perlis bebas PKP juga bebas… bebas apa ni… Perintah Kawalan Pergerakan berbanding negeri lain di masa Malaysia ni menghadapi masalah musibah COVID-19 ini.

Ada lagi terima kasih iaitu terima kasih juga kepada pemimpin-pemimpin kami di kawasan DUN Luit termasuklah terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Kuala Sentul yang sering bersama kami di DUN Luit, Ketua-ketua Jabatan er… pemimpin-pemimpin masyarakat yang bertugas di tempat kami ini kerana jika dibandingkan dulu, kita boleh lihat bandar Maran sekarang ni nampak lebih ceria, lebih cantik dan banyak program-program terus kelihatan dibangunkan di kawasan Maran. Untuk itu, saya suka juga nak nyatakan kat sini beberapa perkara untuk perhatian pihak kerajaan berkaitan dengan DUN Luit.

Tuan Yang di-Pertua, Maran ini diwujudkan dulu daripada ilham ya Allahyarham Tun Abdul Razak dan dibangunkan bandar Maran itu kerana beliau ingin jadikan sebuah bandar mewujudkan sebuah bandar menjadi satellite kepada berbelas-belas kampung di sekeliling bandar Maran ini. Namun demikian, yelah kalau dapat bercakap dengan arwah Tun hari ini ya kita nak bagitahu bahawa kita nak luaskan lagi dia punya radar satellite bandar Maran ini fungsi bandar Maran ini lebih luas meliputi kalau boleh kampung-kampung di seberang Sungai Pahang meliputi dalam daerah Pekan dan daerah Bera.

Oleh yang demikian, kita nak menyatakan hasrat kita pada hari ini bahawa kami memerlukan sebuah jambatan untuk menyeberangi Sungai Pahang dalam DUN Luit, mungkin di sekitar Kampung Lubuk Paku sama ada di hilir atau di hulu tengoklah mana yang sesuai. Dia bukan sahaja memberi kesan langsung kepada bandar Maran tetapi saya percaya dia memberi kesan lebih besar pada negeri Pahang khususnya tengah negeri Pahang.

Kalau tadi apa ni Padang Tengku sebut Barat Pahang, pagi tadi ada sebut Pahang Timur ha… ni tengah hari ni kita sebut pula Pahang Tengah ya seperti Lanchang sebut tadi Temerloh dengan Maran. Jadi di sini saya nak kaitkan juga kepentingan jambatan yang kita sebut pada hari ini dengan program kerajaan iaitu Program Pembangunan er… Rancangan Struktur Negeri Pahang atau RSNP bila mana kita kaitkan balik

dengan apa ni… empat teras yang ada dalam Rancangan Struktur Negeri Pahang berasaskan kepada projek yang berimpak tinggi.

Nombor satu, teras yang pertama. Bagaimana pentingnya jambatan yang kita sebut ini. Teras yang pertama dia mengatakan ada program… Projek Landasan Keretapi Pantai Timur, East Coast Rail Link (ECRL) yang semuanya berlaku di sebelah tebing belah sini dan situlah ada apa ni… er… kita sebut sebagai industrial promotion zone Bandar Baru Maran dan susur keluar ECRL er… susur keluar highway dan sini juga ada tebing belah sini juga ada Lebuh Raya Pantai Timur. Jadi jelas teras yang pertama itu nampak sangat pentingnya jambatan ini diwujudkan di… di dalam DUN Luit ini.

Teras yang kedua dalam RSNP, saya salin ada 4 perkara. Satu; Pahang menjadi pertanian makanan negara. Kedua; Makanan industri… pemerkasaan industri makanan atau cottage industry, produk IKS atau small medium… SME… Small Medium Enterprise. Pemangkin pembangunan luar bandar, program menaik taraf perkampungan penduduk, pembasmian kemiskinan dan sebagainya ha ini teras dua. Teras kedua dalam RSNP.

Dan keempat-empat perkara ini memang berhubung kait secara terus dengan er… permohonan untuk dapatkan sebuah jambatan itu. Teras yang ketiga, pembangunan satu IPT berprestij setiap daerah ha jadi… jadi jika ini dapat direalisasikan maka sudah tentulah jambatan Lubuk Paku yang kita sebut ini akan menjadi orang kata nyawa dan badanlah kepada pelajar-pelajar atau keluarga-keluarga untuk menghantar pelajar-pelajar ke IPT dalam ketiga-tiga daerah tadi dan teras yang keempat mewujudkan atau memperkasakan pengurusan sumber mineral, tanah tinggi, hutan dan sebagainya.

Yang kedua, pengurusan Tasik Bera sebagai Tapak RAMSAR dunia dan Tasik Chini sebagai biosfera negara. Ini semua faktor-faktor yang bila mana jambatan itu wujud akan jadi pemangkin kepada kemajuan er… yang dirancangkan dalam RSNP tadi. Yang kedua, saya nak sebut juga di sini secara ringkas saja iaitu kita mohon wujudkan sebuah… sebatang jalan raya di antara Kampung Senggora ke bandar Maran.

Sebuah jalan rentas yang saya kira kalau jalan itu dapat dibina ia akan dapat memendekkan separuh perjalanan Kampung Senggora ke bandar Maran. Dan jika boleh dibuat kajian pun kita boleh buat kajian mungkin dia boleh selari dengan laluan L… ECRL daripada Kampung Senggora ke bandar Maran.

Yang ketiga, kita mohon juga dapat pihak kerajaan kiranya melihat atau menaik taraf jalan masuk ke bandar Maran, jalan utama daripada tol ke bandar Maran saya kita dalam dua… tiga kilometer kerana kita lihat jalan itu, jalan lama. Saya nak kata jalan tu ke jalan… jalan zaman Jepun lama sangat tapi kalau ikut zaman saya daripada kecillah, itulah jalan asalnya dan kalau boleh dinaiktarafkan dengan membuat spesifikasi yang lebih baik, lebih besar dengan landscaping hiasan yang cantik. Kerana pada saya dia boleh mencerminkan imej ya… imej dengan gambaran yang baik kepada bandar-bandar di negeri Pahang ini dan bukan saja dia cantik dan selesa untuk dilalui, dia kena ada rasa feel apa ni meraikan tetamu masuk ke tempat kita.

Dan yang keempat, sini ada satu tarikh istimewa juga saya nak sebut Masjid Kampung Ulu Luit. Saya suka nak menarik perhatian pihak kerajaan terdapat sebuah masjid di tempat saya di Kampung Ulu Luit. Dia dibina atas inisiatif penduduk kampung itu

sendiri. Di mana setiap rumah, setiap keluarga diminta menyumbang RM1,000.00 untuk bina masjid itu.

Walaupun kita difahamkan semua rumah menyumbang tapi tak adalah ada banyak juga rumah tidak dapat menyumbang RM1,000.00 tapi dia menyumbang atas keupayaannya. Cuma mesej yang kita nak beritahu di sini ialah masih terdapat masyarakat yang boleh berdikari sesama sendiri membina kemudahan-kemudahan sendiri di tempat di kampung mereka masing-masing.

Dan saya menarik perhatian kerajaan agar kita beri perhatian kepada masyarakat yang begini. Yang pertamanya, kita sebagai sebuah kerajaan yang juga berusaha untuk berdikari sudah pastinya menjadi satu kelebihan jika kita dapat membina masyarakat kampung kita er… untuk bekerjasama dalam usaha-usaha seperti mengadakan inisiatif untuk ada pemuafakatan, ada gotong-royong, ada semangat-semangat untuk berdikari dan sebagainya. Jadi untuk itu, banyaklah lagi kawasan masjid di kampung Ulu Luit ini.

Sekarang ini saya kira dah 75% dah siap masjid yang dibina sendiri dengan kemampuan kewangan sendiri. Cuma kalau dapat perhatian daripada pihak kerajaan untuk tengok dan membantu kerana ada beberapa perkara yang masih perlu disiapkan seperti tempat wuduk, er… bilik mandi jenazah dan tandas. Saya rasa tak berapa banyak sangat dana yang diperlukan lagi. Itupun saya rasa elok kita bantu er… siapkan masjid ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada masyarakat yang masih… silakan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Saya GPS tak ada Yang di-Pertua nak tunjuk. Masjid Kampung Ulu Luit er… daripada jalan besar boleh masuk ke dalam… dalam 4 kilometer. Masjid itu cantik, besar. Terima kasih atas perhatian er… pihak kerajaan tadi. Dan yang terakhir er… mungkin idea ini tidaklah idea yang baik juga. Saya nak cadang ke pihak kerajaan er… terutama Bahagian Pelancongan, kalau boleh kita buatkan setiap bandar dalam negeri Pahang ini ada batu pancang yang tulis 0 kilometer ya… Lipis saja yang ada, Maran tak ada, itu tempatnya...

Yang Berhormat… Yang Berhormat daripada Luit saya nak tanya 0 kilometer kalau daripada Luit tu daripada Ulu Luit ke rumah Yang Berhormat boleh, 0 kilometer daripada… [ketawa] tak boleh Yang Berhormat. Dia… sistem dia… sistem pengiraan ini jalan ni dia mesti bermula daripada satu tempat je dan dia akan er… apa nama dia akan branch out lah ke mana er… tempat dia. Jadi dia mesti ada satu tempat yang bermula. Tapi kalau nak 0 kilometer… rumah saya 0 kilometer, Yang Amat Berhormat Menteri Besar 0 kilometer… Yang Berhormat Benta 0 kilometer, Yang Berhormat Luit 0 kilometer dan Tanjung Lumpur pun 0 kilometer… boleh [ketawa].

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Yang Berhormat Pengerusi boleh saya cadang buat kat kubur… kosong. [Ahli Dewan ketawa]

Tuan Yang di… terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sikit lagi. Er… 0 kilometer tu…

Ha… setujulah kita. Setelah saya bincang dengan Wakil Kerajaan daripada Benta. Bermula dari rumah kita, berakhir 0 kilometer tu di kubur. [Ahli Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenar menyebut 0 kilometer ni pasal saya jumpa satu puaklah, puak pelancong-pelancong. Memang ada rupanya puak-puak ini mencari kalau melancong ke satu tempat dia akan cari mercu tanda 0 kilometer ini, ya [ketawa]. Jadi saya rasa sekadar itu dulu er… untuk persidangan kali ini. Sekali lagi saya ucap terima kasih dan tahniah kepada pihak kerajaan dan terima kasih kepada Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah pagi ini seramai 6 orang Ahli telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan. Jadi saya akan menempohkan persidangan pada sebelah pagi ini dan berharap beberapa orang Ahli Yang Berhormat akan mengambil bahagian pada sebelah petang. Persidangan kita bersambung semula jam 2:30 petang. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan pada jam 12:50 tengahari]

[Persidangan disambung semula]

Sambungan Perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2021) 2020 Dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Dan Perbekalan Air 2021Bill

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Sambungan Perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan (2021) 2020 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2021.

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Persidangan kita disambung semula.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Kerajaan, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul yang telah dikemukakan pada petang ini. Kita akan menyambung perbahasan atas Rang Undang-Undang dan Usul Perbekalan Air. Dengan ini saya menjemput Yang Berhormat Ketari. Sila.

Yang Berhormat Dato’ Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Saya merakamkan ucapan terima kasih kerana telah memberikan peluang saya mengambil bahagian membawa suara rakyat Ketari dalam perbahasan Belanjawan Negeri Pahang 2021.

Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan Negeri Pahang Bagi Tahun 2021 yang bertemakan; ‘Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama’.

Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana sedaya upaya untuk membendung penularan pandemik COVID-19 dan sehingga semalam mencatatkan 0 kes. Ini satu pencapaian yang amat baik dan tidak dilupakan kepada petugas barisan hadapan merangkumi pasukan hospital, polis, tentera dan lain-lain.

Point saya yang pertama iaitu Kebajikan. Dalam Belanjawan Negeri Pahang, Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Pahang dengan pelbagai inisiatif yang dapat membantu rakyat Negeri Pahang. Saya menyokong peningkatan bantuan am Kerajaan Negeri melalui JKM daripada RM300.00 sebulan kepada RM350.00 sebulan dan sumbangan secara one-off sebanyak RM250.00 diperuntukkan kepada setiap peserta e-Kasih miskin tegar seramai 1,594 orang. Ini sudah tentulah meringankan kos sara hidup dan memberikan jaringan keselamatan kepada penerima yang memerlukan.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, pandemik COVID-19 banyak mengubah keadaan ekonomi rakyat termasuk rakyat negeri Pahang. Baru-baru ini juga Jabatan Perangkaan Negara telah menyemak semula pendapatan garis kemiskinan negara. Nilai Purata PGK di Pahang ialah RM2,270.00 sebulan manakala purata nilai PGK makanan yang merupakan indikator terbaru miskin tegar adalah RM1,201.00. Saya ingin mendapat kepastian bahawa bantuan am Kerajaan Negeri sudah diselaraskan

mengikut PGK ini. Saya pasti masih banyak lagi rakyat negeri Pahang yang kini di bawah status miskin tegar tidak dapat bantuan yang sepenuhnya.

Saya mencadangkan supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat bergerak di lapangan dengan lebih giat mencari golongan rakyat yang miskin yang mungkin tertinggal daripada segi bantuan kerajaan supaya bantuan yang sepatutnya dapat disalurkan kepada mereka.

Yang seterusnya iaitu Pendidikan. Sejak Mac 2020, Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengumumkan penutupan Universiti Swasta dan Awam. Kementerian telah menyarankan semua mahasiswa untuk menggunakan sistem kelas atas talian atau online class. Melihat perkembangan situasi gelombang ketiga jangkitan COVID-19, agak sukar untuk kita menjangkakan bahawa IPT akan dapat dibuka semula pada tahun 2021. Kebanyakan mahasiswa Pahang juga belajar di luar negeri Pahang. Pembelajaran IPT mungkin akan diteruskan melalui secara atas talian pada tahun 2021.

Situasi yang sama juga mungkin berlaku kepada sesi persekolahan antara perkara yang… kepada sesi persekolahan dan ini adalah antara perkara yang menyedihkan. Bukan semua pelajar ataupun siswa mempunyai peralatan dan access kepada internet yang baik. Jadi er… ada pelajar yang mungkin tiada komputer riba atau tablet sehingga perlu menggunakan er… telefon pintar. Ada juga yang tiada access internet yang baik sama ada liputan internet yang kurang baik atau tiada langsung access internet di rumah.

Saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang supaya membantu anak-anak Pahang yang tidak berkemampuan daripada golongan B40 ini untuk mendapatkan komputer riba. Bagi membantu kemudahan capaian internet untuk mereka mengikuti kelas atas talian, Kerajaan Negeri dicadangkan untuk menyediakan perkhidmatan wifi internet di fasiliti kerajaan dan masyarakat seperti Perpustakaan Awam Daerah, Dewan Masyarakat, masjid dan juga mungkin Pusat Khidmat ADUN Pahang.

Seterusnya isu pekerjaan dan pendapatan. Isu pekerjaan dan pendapatan merupakan satu kebimbangan bagi rakyat pada tahun 2021. Bukan sahaja kepada mereka yang hilang pekerjaan atau mahasiswa yang baru habis belajar, namun termasuklah yang masih bekerja tapi takut sekiranya mereka dibuang kerja.

Menerusi ucapan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, saya perhatikan isu pekerjaan kurang mendapat tempat. Walaupun ada banyak inisiatif yang… di peringkat Kerajaan Pusat, saya rasa bahawa Kerajaan Negeri juga turut memainkan peranan yang penting.

Kerajaan Negeri boleh menyediakan platform dan ruang bagi golongan pencari pekerjaan untuk mendapatkan peluang pekerjaan dengan menghimpunkan syarikat-syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan melalui program Pahang Job Fair. Saya merasakan perkembangan ekonomi digital dan gig economy, dengan izin dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat negeri Pahang.

Kerajaan Negeri boleh melihat kepada membantu generasi muda untuk mencari pekerjaan atau pendapatan sebagai rider, dengan izin dalam perkhidmatan penghantaran barang dengan berbincang dengan syarikat seperti Grab Food ataupun Food Panda. Untuk merancakkan lagi perkhidmatan mereka di seluruh negeri Pahang. Inisiatif Kerajaan Negeri seperti Pahang Mart di mana kita boleh membeli barangan

harian melalui perkhidmatan penghantaran juga boleh diperluaskan lagi ke seluruh negeri Pahang.

Yang seterusnya iaitu Keusahawanan dan PKS. Dalam keadaan ekonomi yang sukar, memang akan sukar untuk syarikat untuk membuka peluang pekerjaan yang baru. Jadi amat penting untuk kita memastikan walau ada yang tidak dapat pekerjaan mereka dapat menjana pendapatan mereka sendiri. Ramai yang berminat untuk menjadi usahawan dan membuka perniagaan sendiri termasuklah golongan belia.

Saya harap usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasa usahawan di negeri Pahang melalui pembangunan pelan usahawan… melalui membangunkan Pelan Pembangunan Industri Kecil Sederhana Negeri Pahang dapat disegerakan. Saya menyambut baik Dana Khas sebanyak RM10 juta sebagai bantuan awal dan perkembangan perniagaan khusus untuk golongan muda negeri Pahang untuk melibatkan diri dalam sektor perniagaan.

Saya harap Kerajaan Negeri dapat memperkukuhkan serta menambah baik melaksanakan program-program keusahawanan negeri Pahang. Bantuan juga perlu diberikan untuk memudahkan golongan yang berminat untuk mendapatkan lesen perniagaan daripada PBT.

Bantuan juga harus terus kita berikan kepada pengusaha perniagaan kecil dan sederhana. Dengan pencapaian kutipan hasil yang memberangsangkan melalui PBT Negeri Pahang pada tahun 2020. Walaupun er… adanya perintah kawalan pergerakan, adalah diharapkan dengan Kerajaan Negeri Pahang dapat melanjutkan inisiatif-inisiatif sedia ada kepada PKS ini atau sekurangnya menarik semula bantuan secara berkala sehingga ekonomi pulih seperti sedia kala.

Ini termasuklah kelonggaran bayaran sewa premis perniagaan, pengurangan kadar sewa bengkel, pengurangan kadar sewa tanah, penangguhan kutipan hutang, pelanjutan tempoh bayaran cukai tanah, pelanjutan tempoh akhir bayaran lewat cukai. Saya menyambut baik usaha Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Kuantan telah melonggarkan syarat kepada peniaga dengan memberikan kebenaran melaksanakan aktiviti perniagaan dan berharap ia akan diperluaskan kepada PBT-PBT lain di seluruh negeri Pahang.

Seterusnya mengenai Pembangunan. Anggaran Perbelanjaan Pembangunan untuk tahun 2021 telah meningkat sebanyak RM81.165 juta atau 67% berbanding tahun 2020 kepada RM201.915 juta. Ini adalah satu peningkatan yang sangat tinggi. Pembangunan adalah satu pelaburan masa depan yang bukan sahaja dapat meningkatkan taraf hidup rakyat malah akhirnya dapat menjana peluang ekonomi. Diumumkan bahawa perbelanjaan untuk projek infrastruktur adalah sejumlah RM109.415 juta.

Saya berharap Kerajaan Negeri dapat menyenaraikan projek-projek infrastruktur di bawah perbelanjaan ini. Saya menyokong cadangan Majlis Pembangunan Wilayah Pahang Barat Plus yang akan melibatkan daerah Bentong dan diharapkan Pembangunan di Wilayah Pahang Barat Plus jauh ketinggalan ini mendapat perhatian khusus daripada Kerajaan Negeri.

Kalau kita lihat Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta pada tahun 2020 bagi 16 projek di bawah projek penyediaan infrastruktur dan fasiliti pelancongan 2020 meliputi setiap daerah di negeri Pahang. Saya merasakan jumlah ini masih kecil untuk menaik taraf infrastruktur dan fasiliti pelancongan yang sedia ada.

Sedia maklum bahawa sektor pelancongan sekarang kita mengalami keadaan yang sangat teruk akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan dan penutupan sempadan.

Namun saya melihat ini adalah masa yang sangat sesuai untuk kita tingkatkan lagi infrastruktur dan fasiliti pelancongan di seluruh negeri di samping menambah baik dan mempromosi produk pelancongan negeri Pahang. Kita mahu apabila kawalan pergerakan ditarik balik dan sempadan dibuka sektor pelancongan negeri Pahang bersedia untuk menerima pelancong dalam dan luar negeri. Dan dengan infrastruktur, fasiliti dan produk yang baik, negeri Pahang akan menjadi pilihan nombor satu kepada pelancong.

Contohnya apabila saya pergi ke er... Air Terjun Chamang saya sendiri melihat keadaan tandas di sana er... sangatlah tidak er... sangat menyakitkan mata dan er... sangatlah tidak er... selesa untuk digunakan. Jadi saya berharap er... pihak yang berkaitan, jabatan yang menjaga iaitu Jabatan Perhutanan dan sebagainya dapat melihat keadaan di situ dan er... apabila nanti kalau... apa... kita dah buka semula sempadan kita menerima lebih ramai pelancong daripada luar mereka dapat menggunakan fasiliti yang baik dan selesa.

Seterusnya adalah isu bekalan air. Dianggarkan RM92.5 juta perbelanjaan pembangunan adalah bagi projek bekalan air. Ini adalah peningkatan sebanyak RM57.3 juta berbanding RM35.2 juta pada tahun 2020. Saya ingin bertanyakan bahawa adakah RM92.5 juta ini sebahagian besarnya adalah perbelanjaan untuk projek bekalan air bagi kawasan industri? Berapakah perbelanjaan yang akan diperuntukkan untuk mengantikan paip-paip yang uzur di seluruh negeri Pahang? Ini kerana di kawasan Ketari sendiri terdapat keperluan segera dan mendesak untuk menggantikan paip lama yang sudah terlebih usia terutamanya di Kampung Peting dan Kampung Janda Baik.

Bagi mengurangkan masalah bekalan air terputus dan boleh dikatakan setiap minggu atau setiap bulan ada sahaja paip lama yang pecah. Dan selain itu projek untuk mengatasi kekeruhan di Loji Rawatan Air di Sungai Bilut, Sungai Semantan dan Sungai Klau daerah Raub, saya mohon Kerajaan Negeri melihat masalah yang sama yang berlaku di Loji Rawatan Air Mempaga. Ini kerana er... saya berharap Kerajaan Negeri dapat menaik taraf dan menambah kapasiti pemprosesan dan simpanan bekalan air Loji Rawatan Air Mempaga.

Saya ucapkan tahniah kepada PAIP di atas kedudukan kewangan syarikat yang semakin stabil dan kukuh. Keuntungan kasar sebanyak RM23.5 juta pada tahun 2020 dan dijangka meningkat kepada RM32 juta pada tahun 2021. Saya harap Kerajaan Negeri melalui PAIP dapat mempertimbangkan menambah bilangan lori tangki air kepada sekurang-kurangnya 2 hingga 3 buah lori di setiap daerah atau menambah bilangan lori tangki air simpanan secukupnya di peringkat ibu negeri... ibu pejabat negeri. Ini kerana difahamkan...

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Ketari, bukan sahaja setakat menambah lori tu. Untuk makluman Yang Berhormat, baru ni di Selangor dan di Negeri Sembilan PAIP hantar tanker air untuk bantu mereka yang terkesan apabila Selangor dan Negeri Sembilan tak de air. Ini untuk makluman sahajalah ya. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ini kerana kalau er... di kawasan Bentong atau Ketari sendiri boleh dikatakan er... Loji Mempaga setiap minggu ada masalah dan pagi ni pun saya dapat SMS daripada er... PAIP Bentong er... loji... terpaksa ditutup dan bekalan air terputus untuk 1 hari. Dan masalah ini kerap berulang jadi saya ucapkan terima kasih kerana akan ada penambahan lori dan sebagainyalah.

Dan seterusnya er... perkara-perkara lain. Ada beberapa perkara yang mengenai Belanjawan Pahang dan ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar yang ingin saya bangkitkan untuk penjelasan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri menyatakan akan menyalurkan lebihan hasil yang berjumlah RM5 juta kepada Akaun Amanah Bencana Negeri Pahang untuk digunakan bagi tujuan mengekang wabak dan juga membantu mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Namun tiada keterangan dan penjelasan yang diberikan tentang bentuk bantuan yang akan diberikan menggunakan dana ini. Saya berharap Kerajaan Negeri dapat menjelaskan perkara ini dan saya pasti ramai yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan masih memerlukan bantuan Kerajaan Negeri. Untuk perhatian Kerajaan Negeri, pengusaha-pengusaha perkhidmatan yang melibatkan sekolah seperti pengusaha kantin dan pengusaha bas sekolah adalah satu golongan yang terbaru terkesan dengan COVID-19, er... apabila sekolah ditutup. Jadi mungkin Kerajaan Negeri boleh dapat mempertimbangkan untuk memberikan bantuan kepada mereka melalui dana ini.

Seterusnya isu alam sekitar yang sangat dekat dengan saya dan kawasan DUN saya Ketari. Saya amat tertarik dengan... apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar mengatakan bahawa jumlah hutan di negeri Pahang sehingga Jun 2020 adalah seluas 2.05 juta hektar atau 57% daripada keluasan tanah negeri seluas 3.59 juta hektar. Daripada jumlah ini seluas 1.55 juta hektar atau 43% merupakan hutan simpan kekal.

Saya ada membuat perbandingan jumlah hutan ini dengan tahun 2017, 2018 dan 2019, ternyata bahawa jumlah hutan daripada tahun 2017 hingga sekarang tidak berlaku perubahan. Kekal 57% berjumlah 2.05 juta hektar, 1.55 juta hektar hutan simpan kekal. Adakah data ini er... sahih dan bolehkah perkara ini berlaku apabila kita melihat bahawa hasil hutan adalah sentiasa menjadi penyumbang kepada Kerajaan Negeri dan semakin meningkat setiap tahun?

Saya berharap Kerajaan Negeri dapat terus memastikan bahawa sebarang aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan walau sekecil mana pun aktiviti atau er... lesen yang diberikan supaya kita dapat pastikan alam sekitar di negeri Pahang sentiasa terpelihara. Saya harap kes yang terjadi di Sungai Kenoi, Lentang baru-baru ini di media sosial dapat dielakkan pada masa akan datang.

Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar juga ada menyebut bahawa Kerajaan Negeri ada memberikan peruntukan RM19.7 juta. Peruntukan khas kepada Ahli Dewan Negeri termasuk pembangkang. Setakat pengetahuan saya, ADUN Pembangkang daripada Pakatan Harapan kami menerima RM39,000.00 er... iaitu RM30,000.00 peruntukan khas dan RM9,000.00 adalah peruntukan COVID-19.

Saya mahu jika kalau boleh dinyatakan dan direkodkan di sini berapakah jumlah peruntukan khas yang diterima oleh ADUN Kerajaan dan adakah peruntukan khas

kepada DUN-DUN yang mewakili oleh ADUN pembangkang diberi kepada penyelaras DUN yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Dengan pencapaian hasil Kerajaan Negeri Pahang yang membanggakan dan sikap prihatin Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri terhadap rakyat negeri Pahang. Saya juga mohon mencadang supaya peruntukan khas kepada ADUN pembangkang bagi tahun 2021 dinaikkan daripada RM30,000.00 mungkin kepada RM50,000.00 kalau boleh...

Dato’ Sri Yang di-Pertua mohon mencelah. Elok baik jadi sama dengan kerajaan tak payah jadi pembangkang. Silap-silap boleh dapat lebih lagi.

Tak pelah saya setia orangnya.

Kalau setia mintak dengan yang setialah, jangan mintak dengan yang tak setia.

Jadi, er... Dato’ Sri Speaker er... seperti yang saya ulas sekali lagi, kalau boleh daripada RM30,000.00 peruntukan untuk ADUN pembangkang dinaikkan kepada RM50,000.00 kerana ini bukannya untuk kegunaan er... peribadi tetapi kembali kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, kerajaan pun bagi kepada untuk orang ramai juga. Bukan bagi untuk tekak orang peribadi.

Boleh saya teruskan saya dah nak habis.

Dato’ Sri Yang di-Pertua...

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, sila. Ada... ada 2 minit lagi.

Okey seterusnya er... akhir kata er... saya merakamkan ucapan tahniah kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar er... Dato’ Sri Haji Wan Rosdy dan seluruh jenteranya di atas kejayaan peningkatan hasil negeri. Begitu juga peningkatan bonus kepada penjawat awam negeri Pahang daripada RM750.00 kepada RM1,000.00. Tahniah.

Dan akhir kata sebelum saya menamatkan ucapan saya er... saya di sini ingin er.. memohon maaf jika er... kesalahan saya melanggar SOP baru-baru ini er... sedikit

sebanyak er... memberi kesan kepada Dewan Negeri Pahang dan saya juga telah dimaklumkan oleh pihak Polis bahawa saya telah er... kes ini saya akan telah diminta untuk membayar kompaun dalam masa terdekat. Jadi kes ini telah dikira selesailah. Jadi saya memohon maaf sekali lagi kepada di dalam Dewan dan seluruh rakyat negeri Pahang khususnya. Sekian, terima kasih dari saya. Assalamualaikum.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih YB. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Muadzam Shah.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Terima kasih pada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan perbahasan di Dewan yang mulia ini. Terlebih dahulu saya ingin melafazkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya saya diberi peluang untuk mengambil bahagian bersama-sama rakan-rakan membahaskan ucapan Bajet 2021 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam.

Saya yakin dengan kewibawaan pentadbiran dan pengurusan di bawah Kerajaan Barisan Nasional diterajui oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, bajet kali ini yang menitikberatkan ‘Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama’ selaras dengan tag line #MajuTerusPahang dan #Pahang1st sebagai cokan… cogan kata pemangkin menggambarkan negeri Pahang sentiasa bergerak ke hadapan dalam aspek kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat. Bajet yang dibentangkan semalam juga memfokuskan kepada 3 strategi utama iaitu yang pertama, melonjak ekonomi ke arah negeri berdikari. Kedua, memperkasakan perkhidmatan dan modal insan dan ketiga mensejahterakan kehidupan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, Kalau kita merujuk kepada pendapatan hasil sebenar dalam buku laporan yang dikeluarkan bagi tahun 2019 berjumlah RM847,278,099.28 juta sedangkan anggaran hasil dalam pembentangan Bajet pada tahun tersebut hanyalah RM703.8 juta. Ini bererti pendapatan hasil sebenar melebihi daripada anggaran pendapatan pada tahun tersebut. Manakala bagi Bajet 2020 pula, yang dibentangkan pada tahun lepas pihak kerajaan telah memperuntukkan RM379.8 juta untuk perbelanjaan mengurus dan RM120.5 juta untuk perbelanjaan pembangunan dan jangkaan hasil pada tahun lepas adalah berjumlah RM744.02 juta.

Tuan Yang di-Pertua, Semalam sekali lagi Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membuktikan dengan tag line beliau 'Tiada Janji, Lihat Bukti' apabila pembentangan belanjawan terus meningkat daripada tahun 2019, 2020 dan 2021 di mana pada tahun 2021 kerajaan memperuntukkan RM795.466 juta perbelanjaan mengurus dan RM201.915 juta perbelanjaan pembangunan dan anggaran kutipan hasil pendapatan berjumlah RM800.798 juta. Ini bererti peningkatan berjumlah RM56.77 juta berbanding tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua, Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan terima kasih kepada para er… juga kepada para penjawat awam yang bekerja keras bagi membantu meningkatkan hasil pendapatan negeri. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya rakyat di

luar sana dapat melihat dengan sangat jelas bahawa momokan atau tuduhan pihak pembangkang menyatakan Kerajaan Negeri Pahang di bawah BN akan bankrap dan hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja selepas Pilihan Raya Ke-14 sepertimana yang disampaikan oleh kekanda saya daripada er... Padang Tengku adalah tidak benar sama sekali.

Tuan Yang di-Pertua, Perkara pertama yang ingin saya bawa di sini ialah berkaitan dengan cukai. Kalau kita merujuk, pembentangan belanjawan semalam 56.5% adalah sasaran daripada hasil tanah. Ini termasuklah premium tanah, permit, denda, pampasan dan sebagainya. Manakala selebihnya 43.5% merupakan hasil Kerajaan Negeri yang diperolehi daripada lain-lain sumber.

Ini bererti sepa… lebih separuh daripada punca pendapatan negeri adalah berkaitan dengan cukai tanah. Apabila berlaku pandemik COVID-19, kita semua… kita semua dapat melihat berlakunya penyusutan hasil ekonomi terutamanya sektor pelancongan. Saya berpandangan jika pihak kerajaan masih ada ruang dalam menerokai, menambahkan hasil dari sumber-sumber lain terutamanya dalam sektor yang lebih berdaya tahan.

Saya mengambil contoh er… aktiviti memancing rekreasi yang mana aktiviti ini merupakan salah satu cabang kepada sektor pelancongan. Kalau kita lihat er… pada situasi masa kini aktiviti memancing rekreasi merupakan kegiatan yang sangat digemari oleh pemancing-pemancing dalam dan luar negeri. Sehingga mereka ini sanggup mengeluarkan perbelanjaan sehingga ribuan ringgit untuk membawa… menyewa bot bagi aktiviti memancing dan jumlah pemancing ini sentiasa pula bertambah dari semasa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua, Seperti yang kita maklum, pada masa dan ketika ini sesiapa sahaja yang memasuki perairan kita bagi tujuan memancing sebagai salah satu aktiviti rekreasi adalah percuma tanpa dikenakan sebarang caj. Mereka hanya perlu menyewa bot dengan… dengan pengusaha bot tempatan bagi tujuan tersebut. Jika pihak kerajaan… jika pihak kerajaan sebelum ini boleh mengenakan permit berbayar contohnya kepada pengunjung yang memasuki hutan simpan mengapa tidak kita wujudkan permit berbayar untuk memasuki ruang perairan khasnya aktiviti-aktiviti rekreasi memancing atau recreational er… atau Sport Fishing Tourism, dengan izin. Walau bagaimanapun, caj ini mestilah dikecualikan kepada nelayan-nelayan tempatan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan.

Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya menjelaskan bagaimana kaedah permit berbayar ini kita kenakan kepada pemancing-pemancing rekreasi dan kesan kepada pertumbuhan sosioekonomi. Setiap pemancing yang turun ke laut bagi tujuan er… bagi tujuan rekreasi ini boleh dikenakan satu fee atau caj permit pada satu kadar yang munasabah. Hasil kutipan fee atau permit ini kemudiannya boleh kita laburkan semula bagi tujuan membaik pulih dan pembangunan ekosistem marin di perairan ini.

Sebagai contoh, hasil daripada keputusan er… kutipan permit ini boleh digunakan bagi membina lebih banyak tukun-tukun tiruan sebagai alternatif terbaik pada masa ini kepada terumbu karang bagi tujuan pembiakan ikan. Tukun-tukun ini sangat penting kepada ekosistem marin kerana biasanya di kawasan tukun-tukun inilah menjadi tempat pembiakan ikan-ikan di dasar laut dan di kawasan tukun-tukun ini jugalah nanti ikan-ikan kecil akan berkumpul.

Kumpulan ikan-ikan kecil ini kemudiannya mengundang kehadiran ikan-ikan yang lebih besar untuk datang mencari makan. Kewujudan ikan-ikan besar inilah yang diperlukan dan merupakan faktor utama tarikan kepada para pemancing rekreasi ini mendapatkan hasilnya di mana kebiasaannya para pemancing ini, kalau setiap kali pergi memancing dapat hasil yang banyak sudah pasti mereka akan datang lagi terutama kalau mereka tahu lokasi atau port-port kawasan ikan yang banyak.

Tuan Yang di-Pertua, Dengan kadar pemancing yang ramai ini akan memberi impak kepada sosioekonomi rakyat dan berpotensi menjadi peluang pekerjaan seperti pengusaha-pengusaha bot er… memancing, penyedia-penyedia penginapan-penginapan seperti chalet dan hotel, pembekal-pembekal makanan, restoran dan lain-lain lagi industri hiliran.

Tuan Yang di-Pertua, Kesimpulannya, saya percaya dengan adanya permit berbayar ini kerajaan akan dapat meningkatkan hasil pendapatan di samping dapat menyediakan ekosistem marin yang lebih baik dan berpotensi bagi menggalakkan kehadiran pemancing rekreasi dalam dan luar negara. Seterusnya, sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi tempatan. Insya-Allah, negeri Pahang kelak akan menjadi destinasi pilihan utama kepada pemin… peminat pemancing rekreasi dalam mahupun luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, Perkara yang kedua, yang ingin saya utarakan di sini ialah berkaitan dengan pendidikan. Negeri kita mempunyai jajaran er… pesisir pantai sepanjang lebih kurang 200 km dan dengan sempadan maritim yang agak luas. Kita agak ketinggalan berbanding er… dalam bidang pengkajian er… industri perikanan dan marin.

Ini berbeza dengan jiran kita Terengganu yang mempunyai institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Terengganu yang menawarkan pelbagai kursus pengajian berkaitan bidang perikanan, marin dan maritim. Contohnya, Fakulti Pengajian Marin, Fakulti Sains dan Persekitaran Marin, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Laut dan Informatik serta penyelidikan contohnya Institute of Oceanography and Environment, Institute of Tropical Aquaculture and Fisheries dan lain-lain lagi.

Untuk memperkasakan industri perikanan nu… dan marin negeri, justeru saya juga ingin mencadangkan supaya institusi pendidikan sedia ada di dalam negeri Pahang agar dapat mewujudkan pengajian yang secara fokusnya menawarkan kursus-kursus berkaitan industri marin, maritim dan perikanan. Institusi-institusi pendidikan seperti contohnya seperti Kolej Universiti Yayasan Pahang, UCYP contohnya mungkin boleh memainkan peranan dengan memperkenalkan sekurang-kurangnya pengajian peringkat sijil dan diploma yang berkaitan industri marin, maritim dan perikanan. Ini seterusnya membantu mewujudkan tenaga kepakaran sumber manusia yang mampan dan memastikan industri perikanan negeri terus maju dan lestari.

Di samping itu, secara tidak langsung memberi peluang pendidikan dalam bidang berkenaan kepada rakyat Pahang atau negeri-negeri lain terutamanya pelajar-pelajar yang tidak mendapat tempat di IPTA lain seperti di Universiti Malaysia Terengganu, di Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Secara tidak langsung kolaborasi antara er… UCYP dengan UMT contohnya ini boleh diwujudkan dan dapat memberi peluang kedua pada lulusan UCYP ini untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi di UMT contohnya untuk er… menyambung pelajaran peringkat Ijazah, Sarjana dan PhD.

Selain daripada itu, institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Pahang contohnya mungkin juga boleh mewujudkan satu kumpulan penyelidik yang berkaitan dengan marin, maritim dan perikanan. Melalui bidang pengkajian pula pelbagai analisa dan cadangan-cadangan serta kaedah baru yang boleh dipraktikkan tanpa mengabaikan aspek alam sekitar, kelestarian ekosistem kehidupan marin. Pengkajian dan penyelidikan ini dibuat secara berterusan sebagai sokongan kepada industri yang berkaitan dengan perikanan dan marin.

Institut pendidikan juga perlu mengambil peluang... institusi pendidikan juga... pendidikan juga perlu mengambil peluang memandangkan pihak kerajaan atau Kementerian Pengajian Tinggi juga ada menyediakan peruntukan-peruntukan khas bagi tujuan penyelidikan dalam bidang-bidang... dalam bidang yang mana akhirnya dari pelbagai bidang yang mana akhirnya boleh dimanfaatkan untuk rakyat negeri Pahang.

Tuan Yang di-Pertua, Perkara yang ketiga adalah berkaitan dengan masalah rakyat di kawasan saya. Di kesempatan ini saya juga ingin menyampaikan suara dan rungutan rakyat tentang permasalahan penggunaan jalan raya. Pertama, er... Jalan Persekutuan laluan Muadzam Shah ke persimpangan Leban Condong. Keadaan pada masa ini memang tidak memberi keselesaan kepada pengguna.

Ini kerana permukaan jalan banyak yang rosak dan berlubang dan hanya dibaiki dengan kaedah tampalan sahaja menyebabkan permukaannya tidak rata. Dan perkara ini kerap mendapat rungutan netizen dan menyuarakan ketidakpuasan hati dalam media-media sosial. Kalau er... apa ni YB. Bukit Ibam ni selalu menyebut netizen ni jabatan... jabatan netizen yang sentiasa macam-macam isu dia akan... dia ada di jabatan netizen... dia guna. Sedangkan di jalan tersebut merupakan laluan utama daripada arah pantai barat ke timur atau ke sebelah pantai.

Keduanya adalah Jalan Persekutuan laluan simpang utama masuk Selancar iaitu dari er... dari jalan Muadzam - Segamat ke FELDA Selancar 2 sehingga Selancar… FELDA Selancar 2. Kerosakan jalan terlalu serius er... di mana terlalu banyak lubang-lubang besar menyebabkan kerap berlaku kemalangan termasuk kemalangan maut. Semalam pun, saya baru terima Whatsapp sebuah kereta terbalik di kawasan tersebut akibat er… melanggar... terlanggar lubang.

Dan yang ketiga, jalan Selancar - Redong. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pada 3 haribulan 9 yang lepas, saya telah membuat lawatan ke tapak bersama dengan pihak JKR Daerah Rompin bila dapat aduan tentang terdapat lubang yang dalam di bahu jalan... di bahu jalan… jalan Selancar ke Redong. Bila kita pergi tengok, bila saya pergi tengok, bersama pihak JKR rupanya er... pembentung pecah... yang bahagian dalam pecah.

Jadi, pagi ini er... saya sudah saya dapat juga satu Whatsapp daripada pihak JKR memberitahu lokasi tempat saya pergi er... pada bulan September lepas, telah runtuh dan menyebabkan jalan ditutup iaitu di KM 2.75 Selancar - Redong. Jadi er... dia runtuh pada pukul 4:00 pagi tadi. Jadi, jalan sekarang ditutup. Jadi saya mohon di Dewan ini agar masalah-masalah berkaitan tiga jalan utama ini mendapat perhatian daripada pihak kerajaan.

Tuan yang di-Pertua, Perkara yang keempat, adalah berkaitan dengan Balai Polis Muadzam Shah. Pada ketika ini, Ketua Balai Polis Muadzam Shah hanya berpangkat Sarjan Mejar. Untuk

makluman Tuan Yang di-Pertua, bandar Muadzam Shah ini mempunyai kapasiti penduduk lebih kurang 20,000 orang. Ini di bandar sahaja. Ini tidak termasuk kawasan-kawasan lain seperti di kawasan (tidak jelas), perkampungan Orang Asli, penempatan di ladang-ladang ataupun di estet-estet dan kalau mengambil kira lagi sampai ke Bukit Ibam, sampai ke Selancar, jumlahnya cukup besar dan kebiasaannya kalau penduduknya ramai, banyaklah kes-kes yang berlaku di… di kawasan er... di kawasan kami sedangkan jumlah anggotanya kurang.

Jadi dengan kapasiti penduduk yang ramai selari dengan Muadzam sebagai daerah kecil, maka saya berpendapat Ketua Balai Muadzam Shah ini perlu sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor kerana kuasa Sarjan Mejar ini agak terhad dalam menjalankan tugasnya. Selain daripada itu keperluan lain juga amat diperlukan seperti Unit Kereta Peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotor (URB) dan juga Trafik.

Tuan Yang di-Pertua, Akhir sekali saya dengan rasa penuh sedar dan rasa bertanggungjawab sama-sama ingin membantu Kerajaan Negeri Pahang dalam memacu ekonomi dan kemakmuran negeri dalam dan mohon menyokong Belanjawan 2021. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Tahan.

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera. [Bacaan dalam Bahasa Arab]

Allah SWT berfirman, [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Maksudnya; “Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.

Yang saya hormati, Dato’ Sri Yang di-Pertua, Dato’ Sri Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan Exco, sahabat-sahabat dan rakan-rakan Ahli Dewan Negeri, Ketua-ketua jabatan, mudah-mudahan kita semua akan sentiasa mendapat pemuliharaan daripada Allah SWT dunia dan akhirat, insya-Allah. Allah Taala memberikan ujian kepada hamba-Nya dalam pelbagai bentuk seperti ditimpakan musibah kemalangan, kehilangan, bencana, bahkan wabak penyakit seperti virus COVID-19 yang sedang kita hadapi pada ketika ini.

Sebagai orang Islam, kita meyakini bahawa Allah Taala akan terus menguji kita dengan pelbagai cara sehinggalah kita mati bertemu Allah SWT kerana dunia ini adalah tempat ujian dan ujian Allah SWT itu bertujuan untuk kita mendekatkan diri kepada-Nya, beristighfar, beribadah dan seterusnya mengakui kebesaran-Nya. Pandemik COVID-19 bukanlah hanya isu kesihatan semata-mata. Ianya juga turut memberikan implikasi kepada ekonomi dan telah memberikan kepada kita gambaran sebenar ketidaksamarataan yang berlaku dalam negara kita.

Golongan berpendapatan rendah yang dikenali dengan B40 merupakan mereka yang paling teruk terkesan dalam tempoh ini. Realitinya, kumpulan B40 sudah terbeban dengan kos sara hidup yang kian meningkat selama ini dan pandemik COVID-19 menambahkan lagi kegelisahan mereka seperti jaminan pekerjaan dan juga pembangunan pendidikan untuk anak-anak mereka.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah saya ucapkan kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, barisan Exco dan pegawai-pegawai yang telah bekerja keras bagi memastikan kebajikan rakyat di negeri ini terus dipelihara.

Hasil mahsul yang diperolehi dipulangkan semula kepada rakyat melalui berbagai insentif sebagaimana telah dibentangkan dalam ucapan belanjawan pada hari semalam. Semoga negeri kita sentiasa dilimpahi rezeki yang melimpah-ruah oleh Allah SWT. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan dan merakamkan ucapan tahniah kepada Cik Norliyana Muhammad yang telah menerima Anugerah Tokoh Belia Negara 2020. Semoga dengan pengiktirafan yang diberikan dapat menjadi contoh kepada seluruh belia negeri Pahang untuk meningkatkan kualiti diri dan seterusnya memberi sumbangan kepada agama bangsa dan juga tanah air.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini berkenaan peruntukan sebanyak RM2.87 juta dalam belanjawan ini yang diberikan kepada Majlis Sukan Pahang. Ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam er... aspek pembangunan sukan. Peruntukan yang diberikan ini meningkat sekitar RM500 ribu berbanding peruntukan tahun 2020.

Oleh yang demikian, diharapkan penyaluran peruntukan ini boleh mencapai objektif yang digariskan sekali gus menaikkan nama negeri Pahang dalam pencapaian sukan. Saya juga mengalu-alukan peruntukan Dana Khas sebanyak RM10 juta sebagai bantuan awal perniagaan khusus untuk golongan muda negeri Pahang. Peruntukan ini adalah bertepatan dengan keadaan semasa akibat pandemik COVID-19.

Apa yang saya ingin ketahui ialah apakah sektor yang akan difokuskan melalui peruntukan RM10 juta ini? Memandangkan dalam Ucapan Belanjawan ada disebut sebanyak 5 syarikat GLC dan pihak Majlis Daerah akan dilibatkan untuk pelaksanaannya. Apa yang saya harapkan ialah agar peruntukan ini dapat disalurkan secara menyeluruh dan tidak ada birokrasi yang melampau sehingga menyulitkan dan mencicirkan golongan belia yang berpotensi.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Hasil tanah menjadi penyumbang terbesar kepada hasil negeri. Dalam anggaran hasil tahun 2021 sebanyak 56.5% hasil negeri adalah daripada hasil tanah dan dalam masa yang sama jika dilihat harga komoditi kebelakangan ini mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan dan memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara. Lebih-lebih lagi dengan usaha oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mempelbagaikan hasil komoditi seperti kenaf dan juga koko. Ini adalah suatu usaha yang memandang ke hadapan supaya hasil komoditi tidak hanya tertumpu kepada sawit dan getah semata-mata.

Kerajaan Negeri seharusnya memanfaatkan pelbagai insentif di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi melalui konsep G2G supaya potensi perusahaan komoditi dapat dimaksimumkan di negeri Pahang yang merupakan negeri yang terbesar di semenanjung Malaysia.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mewujudkan lebih banyak Rancangan Tanah Berkelompok (RTK) Pertanian yang lebih memfokuskan kepada komoditi. RTK Pertanian ini boleh mensasarkan lebih ramai penyertaan belia terutamanya daripada kalangan B40. Saya juga ingin mencadangkan agar Kerajaan

Negeri mewujudkan syarikat tujuan khas ataupun SPV seumpama LKPP Corporation Sdn. Bhd., yang bertujuan menguruskan hasil komoditi daripada RTK Pertanian yang diwujudkan. SPV yang ditubuhkan ini boleh mendapat pendapatan dan keuntungan daripada komoditi yang dihasilkan yang pada akhirnya memberikan pulangan kembali kepada negeri Pahang.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga boleh mendapatkan hasil melalui bayaran premium tanah. Sekiranya usaha ini dapat dijayakan, kita dengan penuh yakin negeri Pahang boleh menjadi antara pengeluar utama kepada komoditi negara di samping membantu golongan yang hilang pendapatan dan pekerjaan pada ketika ini.

Suka saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini berkenaan kewujudan lebih 30 kebun tanaman sayur secara fertigasi di dalam DUN Tahan yang kebanyakannya berada di FELDA Sungai Retang yang diusahakan dan dipelopori oleh golongan belia. Terima kasih saya ucapkan kepada Jabatan Pertanian Negeri dan Daerah Jerantut yang sentiasa membantu para pekebun ini dalam khidmat nasihat dan tunjuk ajar. Semua mereka yang terlibat menggunakan modal sendiri dan baru-baru ini Jabatan Pertanian Negeri telah turun untuk memberikan kursus pertanian baik… untuk memberikan mereka sijil myGAP. Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Seterusnya saya ingin mengetengahkan beberapa perkara yang berkaitan dengan kawasan yang saya wakili. Yang pertama, isu berkaitan dengan gangguan gajah liar yang tidak berkesudahan. Kita tahu gajah ni duduk dalam hutan dan semalam pun saya dimaklumkan oleh Penghulu Mukim Kuala Tembeling adanya gangguan gajah di Kampung Pasir Durian.

Hari Ahad lepas di Kampung Paya Garuk dan sebelum daripada ini 3 minggu gajah berkampung di Kampung Rebus. Walaupun telah ada usaha daripada pihak Perhilitan menangkap, memindahkan namun gajah yang ada masih banyak dan bukan setakat mengancam keselamatan nyawa bahkan merosakkan tanaman-tanaman yang menjadi hasil sumber pendapatan kepada rakyat dalam DUN Tahan.

Isunya, walaupun gajah berkeliaran namun saya melihat pembalakan yang berterusan terus berlaku dalam DUN Tahan. Walaupun saya mengetahui bahawa kita memerlukan hasil balak sebagai sumber kepada pendapatan negeri namun apa yang berlaku gangguan daripada gajah-gajah liar ini seharusnya membuka mata kepada pihak Kerajaan Negeri untuk memikirkan bagaimanakah dan mungkin kita memikirkan adakah sepatutnya diteruskan pembalakan-pembalakan yang berada di kawasan yang gajah sedang berada.

Sebut… kemudian baru-baru ini satu survey dibuat di kawasan Kuala Tahan dan juga Kampung Gol. Ada cadangan untuk pembukaan ladang hutan pun di kawasan yang berhampiran sama. Saya bimbang jika kita terus meneroka hutan-hutan maka selepas daripada ini sama ada penduduk yang perlu keluar daripada kampung untuk biarkan gajah duduk di situ ataupun bagaimana kita nak buat. Itu yang pertama.

Yang kedua, berkenaan dengan gangguan bekalan air bersih di FELDA Sungai Retang. Perkara ini telah dalam perhatian pihak PAIP namun ianya belum mencapai ataupun belum sampai kepada penyelesaiannya. Oleh kerana itu, saya mengharapkan agar pihak FELDA juga boleh melakukan sesuatu. Carilah, dapatkanlah bagaimana kaedah cara untuk memulihkan apa yang berlaku melalui bantuan-bantuan daripada luar, CSR dan… dan sebagainya. Namun saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Air dan Alam Sekitar dan juga SPAN

yang telah turun beberapa kali untuk cuba membantu menyelesaikan masalah yang berlaku.

Yang seterusnya masalah bekalan air bersih kepada beberapa kampung yang masih lagi dan semakin meruncing iaitu di Kampung Tanah Pindah, Bukit Mat Daling, Kampung Pagi, Kampung Batu Balak. Alhamdulillah, saya ucap terima kasih banyak-banyak kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar pada hujung Januari yang lalu telah sampai ke Ulu Tembeling melihat sendiri keadaan dan juga keperluan rakyat di Ulu Tembeling.

Dan pada minggu yang lepas saya juga ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Sallehuddin yang juga turut sampai ke Ulu Tembeling walaupun pada jadual asalnya hanya Kuala Tahan, Kampung Pagi dan Kampung Kuala Sat tetapi melanjutkan lawatannya sampai ke Kampung Gusai dan melihat sendiri tapak dan juga Kampung Tanah Pindah. Dia tengok sendiri dan melihat sendiri bagaimana yang sebagaimana yang saya selalu ungkit dan bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini.

Oleh kerana itulah, melihat kepada peruntukan yang telah disebut dalam Bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar… Yang Amat Berhormat Menteri Besar, RM92.5 juta untuk peningkatan tujuan perbekalan air di negeri Pahang. Saya mengharapkan perkara ini dapat kita selesaikan dalam masa yang terdekat.

Begitu juga dengan isu-isu jalan. Isu-isu jalan yang belum diturap. Yang Berhormat Dato’ Sri Setiausaha Kerajaan Negeri sendiri merasai bagaimana jalannya. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar sendiri merasai bagaimana perjalanannya. Begitulah yang dihadapi oleh rakyat setiap hari. Sekarang ni musim tengkujuh, lagilah jalan yang tidak berturap, yang licin lebih menyusahkan pergerakan rakyat dan juga orang-orang kampung.

Akhir sekali, saya ingin menyebut berkenaan dengan Taman Negara Pahang. Kita mengetahui bahawa Jerantut dikenali sebagai Bandar Taman Negara. Taman Negara terletak dalam DUN Tahan. Taman Negara sepatutnya mestilah sentiasa ke hadapan dan berani menerima perubahan bagi menjamin produk-produk tambahan dalam kluster yang… dalam kluster yang ada kerana sebelum ke Taman Negara beberapa produk baru yang wujud untuk ke Taman Negara seperti Via Ferrata di Kampung Paya Gunung yang merupakan yang kedua selepas daripada Kinabalu.

Kita ada Red Forest di Padang Piol dan kita mengharapkan supaya produk-produk tambahan ini tidak mati dengan sebab Taman Negara tidak mahu er… ber…tidak… tidak mahu ke hadapan dalam er… membuat perubahan. Oleh kerana itu, penutupan Taman Negara secara tergesa-gesa pada 6 Oktober sehingga 22 Oktober sangat memberikan kesan kepada penggiat-penggiat pelancongan di Taman Negara.

Sebenarnya di Taman Negara ini biasa orang bila… bila sebut pergi ke Taman Negara mereka hanya nampak Canopy Walkway, Jambatan Gantung Yang Terpanjang dan juga Santuari Ikan Kelah. Namun sebenarnya banyak lagi aset-aset yang berada di Taman Negara namun aset-aset ini tidak diselenggarakan dengan baik. Antaranya Pusat Pengajian Alam Semulajadi Kuala Atok yang ditutup. Santuari Kelah di Lubuk Tenor yang saya dimaklumkan hanya dibuka kepada VIP untuk melawat.

Orang-orang yang tidak VIP ini hanya sekadar pergi beli makanan RM2.00 tabur ke ikan, ke atas tu hanya VIP sahaja. Saya pun tak tahu apa rasional, hanya VIP sahaja yang yang dibenarkan. Kemudian kita ada Bumbun Kumbang dibuka tanpa

penyelenggaraan yang… yang baik. Bumbun Tenor tutup sepenuhnya, Bumbun Cegar Anjing dibuka tanpa penyeleng… penyelenggaraan yang baik. Bumbun Tabing, Bumbun Tenor, Bumbun Belau juga ditutup sepenuhnya. Oleh kerana aset-aset yang begitu banyak maka kita mengharapkan agar er… pihak Kerajaan Negeri memberikan er… tumpuan yang khusus kepada pembangunan Taman Negara.

Maka melalui perbincangan dan harapan daripada penggiat pelancongan di Taman Negara khususnya mencadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri mengambil alih keseluruhan pengurusan Taman Negara dan menjadikannya sebagai Perbadanan Taman Negara Negeri Kuala Tahan dan mengambil alih semua aset-aset supaya ianya berdaya maju dari segi ekonomi tanpa menjejaskan kualiti pentadbiran konservasi penyelenggaraan dan juga penguatkuasaan.

Untuk akhirnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri oleh kerana kesan daripada pandemik COVID-19 kepada penggiat-penggiat pelancongan di Taman Negara setelah mereka er… terpaksa menutup er… aktiviti mereka bermula daripada Mac sehingga Jun. Dibuka pada hujung Jun, ditutup semula. Kemudian mereka akan terpaksa menutup secara automatik er… ber… berikutan dengan monsun dan untuk persiapan mereka menghadapi sesi persekolahan baru bagi anak-anak. Maka diharapkan Kerajaan Negeri boleh memikirkan er… sebarang bentuk insentif untuk diberikan kepada penggiat-penggiat pelancongan di Taman Negara.

Akhir sekali, saya juga mengucapkan er… ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri di atas pembinaan RRP, Rumah Rakyat Pahang. Cumanya adalah satu persoalan jugalah sebab bila kita… kita cuma nak tahu dari sudut spes… spek dia… spek pembinaan Rumah Rakyat Pahang ni adakah ianya er… sama di seluruh negeri ataupun berbeza? Antaranya kalau biasa saya tengok di tempat-tempat lain dia dibina dengan menggunakan batu pasir tapi ada tempat dengan menggunakan bata merah. Ha… tak tahu… tak tahu adakah orang panggil spek itu secara menyeluruh sama ataupun diberi pilihan kepada daerah ataupun PBT.

Jadi dengan itu er… saya mengucapkan er… selamat maju jaya kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan Exco dan Tahan mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Saya menjemput Yang Berhormat daripada Chini. Ini ucapan sulung. Sila.

Bismillahirrahmanirrahim. [Bacaan Ayat Al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, mengizinkan saya dalam perbahasan pada petang ini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Pertamanya, mewakili anak muda dan belia Pahang mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail yang mana memperuntukkan dana untuk kemajuan dan kebajikan anak muda dan belia Pahang. Belanjawan yang bertemakan, ‘Kemakmuran Negeri, Manfaat

Bersama’ benar-benar memberi manfaat kepada semua lapisan dan segmen masyarakat di negeri Pahang ini.

Dana RM10 juta untuk usahawan anak muda dan belia bukanlah dana yang sikit dan amatlah berharga untuk anak muda khususnya ketika mana kesan wabak COVID-19 amat menekan anak muda. Hingga Disember 2020, Kementerian Sumber Manusia menganggarkan 4.7% rakyat Malaysia akan kehilangan kerja dan ketiadaan kerja pada akhir tahun 2020.

Yang mana sebahagian besarnya sudah tentulah belia dan apabila keadaan mendung bagi kebanyakan belia kita terpaksa bergelut dengan ekonomi terkini, belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang semalam, ibarat cahaya sinar baharu untuk anak muda kita. Kita lihat sendiri di dalam media sosial, selesai sahaja ucapan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ucapan terima kasih dan rasa lega belia Pahang dapat dilihat dengan jelas.

Mohon juga saya cadangkan pada kerajaan agar peruntukan RM10 juta yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar diperluaskan kepada beberapa aspek. Pertamanya, pinjaman mikro kredit kepada usahawan belia yang telah pun mempunyai perniagaan dan memerlukan bantuan untuk membesarkan lagi perniagaan. Mikro kredit yang diberikan hendaklah bersifat membantu dan cuba untuk mengurangkan birokrasi seboleh mungkin supaya bilangan usahawan yang dapat… yang dapat… mendapat memanfaat dimaksimumkan.

Keduanya, dana RM10 juta yang diperuntukkan juga seharusnya memberi manfaat dari segi latihan keusahawanan berterusan kepada anak muda dan belia. Latihan berbentuk peningkatan kemahiran bagi belia adalah penting khususnya bagi mendepani cabaran pandemik COVID-19.

Pasca COVID-19 ini adalah tempoh mencabar bagi kita… kita semua dan khususnya anak muda dengan peningkatan mendadak transaksi dilaksanakan secara digital dari urusan sehari-hari hingga perniagaan dalam talian menyebabkan banyak kelaziman kita er… sebelum ini menjadi tidak relevan. Maka menjadi satu keperluan untuk semua dari kita untuk beradaptasi dengan norma baharu ini dan ini termasuklah bersedia untuk belajar kemahiran baharu dalam kehidupan.

Ketiganya, saya mencadangkan peruntukan RM10 juta untuk usahawan belia juga dipanjangkan kepada pendedahan kepada ekonomi digital. Sepertimana yang dikatakan tadi, kelaziman untuk kita melaksanakan perniagaan dan membuat pembelian tidak lagi seperti sebelum ini. Kebanyakan kita khususnya anak muda sudah mula beralih kepada pembelian dalam talian seperti Shopee dan Lazada.

Maka peruntukan RM10 juta yang disediakan kerajaan seharusnya digunakan untuk mempersiapkan usahawan belia dan anak muda untuk beralih kepada ekonomi digital. Malah dengan jualan dalam talian ini, produk-produk dari kampung dan luar bandar dapat dipasarkan tanpa memerlukan kos yang tinggi serta tanpa melalui orang tengah sekali gus meningkatkan keupayaan perniagaan bagi industri kecil dan sederhana kita.

Kita di negeri Pahang ini juga harus melangkah jauh ke lagi berbanding negeri yang lain. Ketika mana orang masih memperkatakan revolusi industri 4.0, Pahang harus mula membicarakan masyarakat 5.0 dan mempersiapkan belia kita yang pastinya generasi yang akan menghadapi pada masa akan datang supaya tidak lagi ketinggalan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Pengumuman dana RM470,000.00 sebagai dana bantuan bagi Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah dan Badan Gabungan Majlis Belia Negeri Pahang juga satu pengumuman yang amat menggembirakan bagi Belia Negeri Pahang. Saya yang juga adalah hasil daripada kilang belia serta mewakili Majlis Belia Negeri Pahang ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang kepada pertubuhan-pertubuhan belia di negeri Pahang.

Pertubuhan belia adalah satu komponen penting di dalam pembangunan sahsiah belia di negara ini. Melalui pertubuhan belia, anak muda kita dapat belajar berkenaan pengurusan organisasi serta dapat melibatkan diri di dalam program-program yang dapat membangunkan kemampuan diri mereka. Sehingga pertubuhan belia tidak dibantu… sekiranya pertubuhan belia tidak dibantu maka belia kita tidak lagi mempunyai tempat untuk mereka menyuarakan dan menonjolkan bakat mereka dan mendorong untuk tidak terlibat dalam gejala negatif dan tidak berfaedah.

Kejadian… kajian telah membuktikan dengan wujudnya intervensi sosial melalui pertubuhan belia maka kecenderungan anak muda untuk menyertai gejala yang negatif dapat dibendung dengan baik. Insya-Allah, peruntukan yang diberikan ini akan diguna sebaiknya khususnya merancang dan melaksanakan program-program untuk belia di peringkat akar umbi.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Peruntukan sebanyak RM51 juta untuk pendidikan yang diperuntukkan melalui Yayasan Pahang juga bukti komitmen Kerajaan Negeri Pahang di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar kepada pembangunan belia di negeri tercinta ini. Satu-satunya negeri tidak mampu dibangunkan melalui dengan ilmu negeri yang dibangunkan berasaskan ilmu mampu meredah apa juga cabaran yang datang dan mampu beradaptasi dengan apa juga halangan yang menimpa. Komitmen Kerajaan Negeri kepada pembangunan pendidikan ini juga boleh dilihat segala… secara jelas apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar menggariskan kemajuan berasaskan keilmuan sebagai salah satu komponen penting ‘Maju Terus Pahang’.

Saya menyokong penuh usaha dan komitmen kerajaan ini kepada pembangunan pendidikan di negeri kita ini. Peruntukan RM6.6 juta juga untuk Perpustakaan Negeri Pahang untuk membantu perpustakaan ke arah pusat kecemerlangan dan pendigitalan sumber ilmu negeri Pahang juga harus diberi sokongan sepenuhnya. Perpustakaan sebagai gedung ilmu seharusnya ditambah nilai dan dipertingkatkan keupayaan supaya hasrat kerajaan untuk melihat kemajuan berasaskan keilmuan benar-benar tercapai.

Isu perumahan adalah isu yang amat dekat dengan belia. Masalah isu perumahan ini tidak pernah lari dari perbincangan para belia khususnya di dalam Majlis Perundingan Belia Negeri Pahang. Saya menyokong usaha kerajaan untuk menambah rumah PR1MA Pahang kepada 1,000 unit dan Rumah Makmur serta Rumah Rakyat Pahang bagi mereka yang tidak berkemampuan. Izinkan saya juga membuat satu cadangan yakni untuk mewujudkan rumah transit bagi belia yang masih tidak berkemampuan untuk membeli rumah namun memerlukan rumah kerana mempunyai keluarga.

Kita boleh mengambil contoh rumah transit yang diamalkan di Kuala Lumpur yang mana belia yang sudah berkahwin boleh menyewa di rumah transit selama dua tahun sebelum keadaan mereka bertambah baik bagi membolehkan mereka membeli rumah sendiri. Saya percaya sekiranya rumah transit ini dilaksanakan ia mampu membantu

belia kita yang tengah kesempitan sekurang-kurangnya duduk di rumah yang lebih selesa sebelum mereka lebih berkemampuan membeli rumah.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Chini juga ingin mencadangkan masalah di peringkat kawasan. Yang pertama, memberi peluang kepada pasangan yang telah berkeluarga kepada generasi baru FELDA khususnya di negeri Pahang yang melibatkan 115 Rancangan FELDA bagi mendapatkan lot tapak rumah di kawasan-kawasan rizab ataupun di tanah Kerajaan Negeri. Ini bertujuan untuk menyelesaikan permasalahan pihak FELDA membina rumah di kawasan FELDA.

Yang kedua, menyedari akan masalah warga generasi pertama FELDA iaitu ibu dan ayah peneroka menjangkau umur 60 tahun ke atas menghidapi sakit-sakit kronik. Justeru itu, perlu diwujudkan mesin dialisis di klinik-klinik kesihatan di dalam FELDA yang berjauhan dengan hospital. Ini akan meringankan beban berulang-alik ke hospital seminggu tiga kali.

Khasiatnya tinggi sudah tertera, Dinikmati bersama si dara teruna, Rakyat makmur negeri sejahtera, Berkat kepimpinan prihatin cakna,

Dinikmati bersama si dara teruna, Berteduh di bawah rendang pohonnya, Berkat kepimpinan prihatin cakna, Maju terus Pahang dengan Rahmat-Nya.

Dengan itu, Chini menyokong Belanjawan 2021 Pahang Darul Makmur. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Bilut.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Salam sejahtera. Pertamanya, saya ingin merakamkan terima kasih ke atas memberi kesempatan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2021) 2020 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air Tahun 2020 [ed: 2021] yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam.

Pertama; Pandemik COVID-19 telah menjejaskan seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia. Bagi mencegah COVID-19 kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Gelombang ke-3 penularan COVID-19 lebih teruk berbanding dengan sebelum. Kami bersyukur kerana rakyat Pahang berdisiplin dan mematuhi segala SOP yang dikenakan oleh Kementerian Kesihatan. Hal ini menolong Pahang dikecualikan daripada pelaksanaan PKPB. Pengorbanan dan usaha frontliners turut membantu negeri Pahang kekal sebagai negeri hijau.

Oleh itu, saya ingin merakamkan setinggi-tingginya penghargaan kepada semua frontliners atas prestasi mereka yang cemerlang. Saya ingin mencadangkan kepada

Kerajaan Negeri agar memberi ganjaran atau penghargaan khas kepada mereka sebagai tanda penghargaan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Pandemik COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada ekonomi negara. Kebanyakan SME mengalami masalah untuk terus beroperasi dan adanya telah terpaksa menamatkan perniagaan mereka. Hal ini turut menjejaskan kehidupan rakyat. Ada kalangan mereka telah dipotong gaji dan ada telah diberhentikan kerja. Pendapatan mereka telah dijejas oleh pandemik COVID-19. Rakyat mengalami kesusahan dan kehidupan.

Oleh itu, saya cadangkan agar potongan cukai taksiran dan juga cukai tanah boleh diberikan untuk meringankan beban rakyat. Membantu mereka yang sedang mengharungi pelbagai kesukaran dan kesusahan.

Ketiga; Pandemik COVID-19 yang menyebabkan kerajaan terpaksa menutup pintu negara dan PKPB turut dilaksanakan di kebanyakan negeri di Malaysia. Hal ini memberi impak yang besar kepada banyak sektor terutamanya sektor pelancongan. Industri yang berkaitan dengan sektor pelancongan termasuk perhotelan, homestay, pemandu pelancong, restoran, logistik, penjaja telah dijejaskan teruk. Kemungkinan besar mereka akan muflis jika keadaan kelarutan.

Saya berpendapat bahawa Kerajaan Negeri perlu memberi bantuan kepada mereka bagi menyelamatkan perniagaan mereka. Saya ingin mencadangkan cukai taksiran dan cukai tanah hotel, homestay dan restoran dikecualikan sepanjang 3 tahun. Selain daripada itu bayaran license restoran dan penjajaan juga perlu dikecualikan. Seterusnya memberi bantuan khas kepada golongan M40 dan B40 yang bekerja di sektor yang berkaitan dengan pelancongan bagi meringankan beban mereka akibat pengurangan… pengurangan pendapatan.

Akhir sekali. Keempat; Kebanyakan rakyat Pahang terlibat dalam sektor pertanian. Pandemik COVID-19 juga menjejaskan kehidupan mereka. Kebanyakan mereka tidak sempat mengutip hasil mereka kerana pelaksanaan PKP. Mereka telah menyumbang kepada ekonomi dan pendapatan negeri sepanjang masa. Oleh itu, Kerajaan Negeri mestilah menolong mereka untuk menyelesaikan masalah mereka agar mereka boleh terus menyumbang kepada perkembangan sektor pertanian negeri Pahang.

Saya cadangkan agar satu sesi pendaftaran dijalankan ke atas petani dan pekebun. Memberi subsidi baja, racun serangga atau hasil mengikut keluasan tanah mereka. Hal ini dapat meringankan beban petani seterusnya menolong mereka meneruskan kerja-kerja penanaman bagi memastikan negeri Pahang terus maju dalam sektor pertanian. Itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kuala Semantan.

Dato’ Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri. [Bahasa Arab] Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya saya dapat mengambil bahagian dalam perbahasan pada persidangan kali ini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Terlebih dahulu Kuala Semantan ingin mengambil ruang untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Jelai selaku Menteri Besar kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan 2021 Negeri Pahang Darul Makmur yang bertemakan, ‘Negeri Makmur, Rakyat Sejahtera’. Insya-Allah, kita mengharapkan tema Bajet ini bersama dalam denyut nadi rakyat yang sedang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Yang Berhormat Dato’ Sri, saya ingin membaca satu pantun;

Negeri makmur rakyat sejahtera,

Belanjawan dibentangkan MB kita,

Berbagai inisiatif buat semua,

Nasib rakyat sentiasa dibela.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Pandemik COVID-19 pastinya terakam sejarah abad ke-21 sebagai satu fenomena yang telah menyebabkan segala aktiviti mahupun perancangan terpaksa dihentikan, tergendala atau disemak semula. Perdagangan, perniagaan, pertandingan sukan mahupun persekolahan hatta percutian dan perkahwinan terjejas kerana penularan wabak ini. Bagaikan pepatah Melayu; ‘Sekali Air Bah, Sekali Pasir Berubah’. Pandemik ini memaksa kita menyusun suatu norma baharu bagi mendepani dan menyesuaikan terhadap kesan wabak tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Kuala Semantan merasakan Belanjawan 2021 sangat menyelami rasa hati rakyat kerana pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar secara gentleman mempamerkan dasar Good Governance yang mana menguruskan sumber awam dan membuat keputusan secara baik dalam semua sektor. Belanjawan ini juga secara menyeluruh mempamerkan daya usaha Kerajaan Negeri menguruskan negeri dengan baik dan menyantuni rakyat secara ikhlas. Insya-Allah, berkat usaha dan doa berterusan para pelabur dan pemain-pemain ekonomi akan tertarik untuk melabur di negeri Pahang ini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Inisiatif Kerajaan Negeri dalam memupuk belia yang berdaya saing kerana merekalah merupakan pelapis kepada kepimpinan masa hadapan. Namun demikian, dunia masa kini adalah dunia teknologi sehingga lahirnya sukan e-Sport yang telah disertai ramai belia negeri Pahang. Akan tetapi saya berpandangan Kerajaan Negeri perlu melihat di sudut infrastruktur jaringan internet kawasan luar bandar untuk memastikan belia-belia luar bandar bersama seiring di arus teknologi.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Penularan pandemik COVID-19 pada awal tahun sedikit sebanyak telah menjejaskan sektor ekonomi terutamanya melibatkan peniaga-peniaga kecil. Kepekaan Kerajaan Negeri Pahang dengan memberikan kelonggaran syarat kepada peniaga yang boleh berniaga di mana-mana sahaja asalkan tidak menghalang lalu lintas. Kuala Semantan amat menyambut baik hasrat untuk memperluaskan inisiatif ini kepada PBT-PBT lain.

Kalau boleh Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, selesai je persidangan Jumaat ini kita minta Yang Amat Berhormat Menteri Besar umumkan inisiatif. Pastinya setelah

mendengar... pastinya setelah mendengar bajet yang bermanfaat untuk mereka, ditambah pula inisiatif yang begitu baik inilah yang dinantikan oleh peniaga-peniaga kecil di negeri Pahang ini, insya-Allah. Ibarat teh tarik...

Minta laluan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya masuk tadi saya dengar Yang Berhormat daripada Kuala Semantan minta saya umumkan selepas Jumaat. Jadi saya tak tahu nak umum apa. Saya bisik kepada ADUN Lanchang. ADUN Lanchang kata sepertimana Menteri Wilayah umumkan tapi kalau yang itu maknanya saya telah bentangkan dalam Bajet saya yang apa yang telah dibuat oleh Majlis Perbandaran Kuantan kita akan panjangkan ke Majlis Daerah-daerah yang lain. [Ahli Dewan menepuk meja]

Saya difahamkan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang giat merancang supaya apa yang dibuat di MPK akan dilaksanakan di daerah lain. Saya percaya ini tiada masalah sangat Yang Berhormat Yang di-Pertua, insya-Allah. Terima kasih.

Dato’ Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Terima kasih di atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kita nak kata ibarat teh tarik kaw...

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saja Yang Berhormat Yang di-Pertua. Pasal tadi Yang Berhormat Menteri Besar tanya saya, saya pun kena bercakap juga makna tak tunggu lepas Jumaat, makna lepas Asar pun tak tunggu terus umum. [Ketawa]

Dato’ Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Terima kasih Lanchang. Lanchang ini kalau tak usik saya tak sah. Ibaratnya seorang yang dah sebati dengan teh tarik pergi masuk kedai mamak; “Mamak! Teh tarik kaw satu! Kasi lebih buih, kasi lebih manis”. Er... ini yang orang kencing manis suka ini.

Lagi satu Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Saya tengah hari tadi masuk satu whatsapp datangnya daripada seorang anak muda yang juga merupakan peniaga kecil yang beniaga di car boot… car boot… car… Car Boot Sale Temerloh. Semua orang tahu. Dato’ Exco pun tahu. Car Boot Sale Temerloh ni adalah merupakan salah satu car boot sale yang terbesar di Malaysia ni. Di Temerloh sahaja 350 peniaga kecil yang terlibat di dalam car boot sale di Temerloh setiap hari Sabtu malam Ahad.

Masalahnya mereka, perniagaan dibuka pukul 6:00. Masuk tapak pukul 6:00, 6:45 dah Maghrib. Tujuh er… tujuh er… 8:15, Isyak. Orang dah balik sembahyang baru nak

keluar. Pukul 10:00 dah tutup. Itulah waktu puncak dia orang. Jadi akhirnya yang berniaga banyak terbengkalai tak laku dan saya ingin menyarankan kepada Kerajaan Negeri agar kita kaji semula. Kalau tak boleh pukul 12:00, kita bagi dia pukul 11:00. Kerana saya yakin dan percaya bahawa pihak PBT telah melengkapkan SOP yang begitu ketat sebelum mereka masuk dalam kawasan car boot sale tersebut. Saya mohon agar ianya dapat dikaji semula, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Setelah Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengumumkan sumbangan one-off kepada Pengerusi JKKK. Saya tak putus-putus menerima whatsapp daripada Pengerusi-pengerusi JKKK di kawasan saya untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang. Saya merasakan inilah tanda terima kasih kita kepada mereka yang merupakan pemimpin akar umbi, frontliner yang mewakili Kerajaan Negeri bersama masyarakat sama ada di musim pandemik COVID-19, semasa di musim banjir, semasa di ribut taufan, semasa kebakaran, banyak lagi, nikah kahwin Tok Empat, orang bercerai pun Tok Empat. Orang nak nikah dua Tok Empat bawa pergi Thailand, temankan untuk nikah dua.

Besar… besar sungguh tanggungjawab Tok Empat. Jadi saya nak menyarankan kerana ianya sentiasa dibisikkan ke telinga saya dan ingin mencadangkan agar elaun mesyuarat yang diberikan kepada Ahli JKKK diserahkan terus kepada Tabung JKKK dengan syarat-syarat yang ketat kerana dalam suasana penguatkuasaan SOP pandemik COVID-19 ini.

Kita cuba bayangkan nak berurusan di bank sudah tentu SOP yang cukup ketat. Berbaris panjang sampai tiba giliran dia cucuk kad tengok duit tak masuk. Ini yang dia orang marah ni. Jumpa kita ADUN, nak tak nak kita bagilah berapa elaun RM50.00. Bagi RM50.00. Jadi saya nak mencadangkan agar kita kembali seperti dulu. Masuk dalam akaun induk JKKK, habis mesyuarat Pengerusi JKKK boleh bagi cash elaun mesyuarat pada hari itu.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, agar sekiranya status JKKK bertukar kepada JPKK di bawah pentadbiran Kerajaan Pusat. Amat bersyukurlah kepimpinan JKKK di akar umbi, sekiranya Kerajaan Negeri dapat memberikan penambahan elaun kepada mereka. Sumbangan ini amat besar untuk memberi impak yang tinggi dan motivasi dalam memberi perkhidmatan terbaik serta mendepani cabaran semasa.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Saya nak sentuh Rumah Rakyat Pahang yang begitu dekat di hati saya. Rumah Rakyat Pahang adalah sebuah manfaat dari Tabung Perumahan Rakyat Pahang. Inisiatif ini sangat menyentuh dan bermakna kepada para penerima. Saya melihat Rumah Rakyat Pahang sangat bernilai kepada para penerima. Sehingga ada yang menitiskan air mata tanda syukur kepada Allah SWT.

Saya ingin memberi penghargaan kepada pihak Kerajaan Negeri khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana berjaya menyelami denyut nadi mereka yang memerlukan dan kalau boleh dapat diperbanyakkan bilangan penerima di tahun-tahun mendatang, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Saya tertarik dengan penumpuan Kerajaan Negeri kepada tiga kawasan perindustrian sebagai wilayah ekonomi iaitu Tanjung Agas Maritime Park, Gambang Halal Park dan

Pahang Technology Park. Saya ingin mengingatkan kembali mengenai kewujudan Temerloh Industrial Park di daerah Temerloh. Telah lama dibina tidak lama dahulu, dan dicadangkan sebagai pelabuhan darat ketika itu tetapi prasarana dan kemudahan tidak lengkap.

Kini Temerloh - Mentakab akan menjadi laluan ECRL dan difahamkan akan dibina stesen utama berdekatan dengan kawasan industri tersebut. Justeru, saya ingin menyarankan kepada pihak Kerajaan Negeri memasukkan kawasan Temerloh Industrial Park di dalam penumpuan wilayah ekonomi sebagai persediaan penumpuan pada masa akan datang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Akhirnya kalau saya tak bercakap isu ni, nanti orang kawasan saya marah. Berkali-kali sebelum datang, malam tadi telefon lagi. Tadi beritahu Dato’ hari ni kontraktor dah masuk, nak roboh rumah yang mana pemiliknya terlibat dengan jajaran ECRL. Rumah dua tingkat dikosong dan disewa oleh pekerja-pekerja kontraktor tersebut. Ceritanya begini, pembinaan jajaran East Coast Rail Link. Projek ini sangat memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Walaupun begitu, terdapat rungutan oleh penduduk yang terkena laluan ECRL yang pampasan mereka masih belum diselesaikan, namun telah memasuki tapak tanpa izin. Cuba kita bayangkan orang masuk rumah kita, tak beritahu kita, dia selongkarkan rumah kita, kita marah ke dak? Saya terpaksa memihak kepada penduduk yang merupakan keseluruhannya adalah pengundi saya, yang harus saya bercakap dalam Dewan Yang Mulia ini.

Saya ingin, saya ingin menyarankan kepada Kerajaan Negeri. Pampasan yang dituntut merupakan pengambilan tanah yang sehingga kini belum dibayar. Pampasan yang dituntut adalah pengusaha-pengusaha ikan sangkar seramai 12 orang. Dato’ Sri… Lanchang pun tahu, yang ada di antaranya pendapatan setahun RM400,000.00, 12 orang yang terlibat.

Saya nak menyarankan kepada Kerajaan Negeri, yang membayarnya bukan Kerajaan Negeri, yang membayarnya MRL. Kita sokong je, sokong. Saya rasa kalau Kerajaan Negeri sokong, cepatlah MRL tu bayar. Ini bila masuk ke tapak, orang kampung dah keluar ramai-ramai, macam mana nak lawan? Polis ada, semua ada, yang ini harus difikirkan oleh Kerajaan Negeri dalam kita membantu atau membela rakyat di kawasan saya, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Akhirnya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam dia tiga pantun, saya dah bagi satu tadi. Saya nak cukupkan tiga juga.

Ekonomi melonjak negeri berdikari, Rakyat sejahtera dan senanglah hati, Terima kasih Yang Amat Berhormat MB Khalifah kami, Semoga Dato’ Sri Allah berkati.

Pahang terus maju azimat kome, Bergerak ke depan berdoa dan berusaha, Dulu Pahang banyok dikata, Kini dema terdiam belaka.

Akhirnya dengan ini saya menyokong Belanjawan 2021 Negeri Pahang. Assalamualaikum WBT. Sekian, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Bulan Februari bulan Mac, Thank you very much, Yang Berhormat. [Ahli Dewan ketawa]

Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Jengka. Sila.

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. [Bahasa Arab].

Terima kasih kepada Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan Belanjawan Negeri Pahang 2021 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada semalam, ya.

Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar beserta dengan pasukannya yang bekerja keras dengan penuh teliti dalam menyediakan Bajet yang saya kira mampan dengan izin, sustainable. Bajet yang boleh saya sifatkan sebagai Bajet yang mengambil kira pandangan pelbagai pihak demi memastikan semua golongan masyarakat di Pahang ini merasai manfaatnya. Insya-Allah.

Bajet ini juga menunjukkan kepada kita bahawa kedudukan kewangan semasa Kerajaan Negeri Pahang berada dalam keadaan stabil, kukuh, insya-Allah seterusnya berdasarkan laporan-laporan yang dinyatakan pada semalam.

Saya ADUN Jengka sangat menyokong langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk meningkatkan hasil Kerajaan Negeri seperti yang disebut dalam Belanjawan, ada lima penubuhan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri iaitu RRU, Unit Ketirisan Hasil, Task Force, Unit Pasukan Khas yang memberikan keuntungan kepada Kerajaan Negeri, Pahang Corporation Sdn. Bhd., Pahang Waters dan Energy Resources Sdn. Bhd. dan yang kelima yang banyak memberikan pulangan kepada Kerajaan Negeri sehingga RM50 juta iaitu menubuhkan Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. yang saya kira ini adalah tepat.

Semoga Pahang Mining ini dapat menguruskan sumber asli seperti bahan mineral yang sangat banyak dalam negeri Pahang, kalau dapat diuruskan dengan baik, saya ingat Pahang negeri yang besar di semenanjung, barang kali dia banyak bahan minerals yang tak ada di negeri-negeri lain, insya-Allah ingat di masa yang akan datang akan lebih maju.

Justeru, saya menjangkakan target kerajaan yang satu ketika dulu, Dato’ Sri Menteri Besar pernah sebut dan target dia yang meletakkan bahawa dalam dua ke tiga tahun ini Kerajaan Pahang akan berusaha untuk mendatangkan pendapatan RM1 bilion kepada Kerajaan Negeri. Jadi target ini besar dan perlu kepada kerja keras dan semakin menghampiri kalau dilihat kepada pembentangan Belanjawan sehingga yang terbaru semalam. Jadi sudah tentu di sana ada strategi-strategi baru yang mesti diterokai oleh Kerajaan Negeri dan saya memberikan beberapa cadangan di sini yang boleh difikirkan oleh Kerajaan Negeri.

Iaitu yang pertama mengujudkan kilang sawit sendiri. Saya ingat saya pernah sebut. Mengujudkan kilang sawit sendiri Yayasan Pahang di Ladang Mentelong Sungai

Berkembar, sungai apa tu… Kemelai ke, Sungai Anak Endau yang mempunyai keluasan lebih kurang 50,000 ekar ladang sawit dan sudah ada kawasan kilang untuk di… dibina kilang sawit.

Saya ingat kalaulah kewujudan kilang sawit sendiri ini dimiliki oleh Yayasan Pahang sudah tentu ia akan mendatangkan pendapatan tambahan kepada Yayasan Pahang dan Kerajaan Negeri seperti kita boleh memanfaatkan tandan-tandan sawit, tempurung sawit, er... yang ada nilai komersil. Sebab kita ada kilang sendiri ya. Insya-Allah, saya ingat benda ni boleh difikirkan oleh Kerajaan Negeri untuk menambahkan pendapatan Kerajaan Negeri.

Yang kedua; Baru-baru ini kita dengar diviralkan pencemaran sungai di Lentang, di Bentong ya, diviralkan ya dan berbagai persepsi yang dilontarkan oleh yang dikatakan oleh er... YB. Bukit Ibam, jabatan netizen. Saya ingat dalam isu ini pihak pentadbir tanah kena teliti dalam meluluskan kawasan. Jangan berdasarkan kepada pelan semata-mata. Dia mesti turun melihat supaya dalam meluluskan kawasan pembalakan itu tidak melibatkan kawasan sungai sebagai contoh.

Jadi kalau dia lulus tanpa membuat kajian jadi apa ni pengusaha balak ni dia tengok kelulusan itu melibatkan kawasan sungai jadi dia habis tebang pokok-pokok yang berhampiran dengan sungai sehingga mencemarkan kawasan sungai. Jadi penelitian daripada pentadbir tanah ini harus diberikan perhatian yang sangat serius.

Yang ketiga; Dalam isu meningkatkan hasil tanah. Saya juga mencadangkan supaya ada kelulusan tol bercantum permit bahan batu yang disegerakan kelulusannya kerana Kerajaan Negeri, insya-Allah akan dapat mengutip hasil lebih cepat dan ianya berkait rapat dengan pembangunan setempat.

Akhir sekali. Saya sekejap ya. Akhir sekali suka saya memberikan pandangan. Sudah sampai masanya negeri Pahang menjadi negeri pertanian makanan utama negara. Apa yang kita ada sekarang yang dah adalah kita ada durian, kita ada nenas, kita ada kelapa, yang ini telah beransur mendapat pasaran luas di dalam dan luar negara. Langkah seterusnya Kerajaan Negeri mesti… mestilah menggunakan dan mengusahakan tanah-tanah terbiar dengan semaksimum yang mungkin bagi mengeluarkan hasil pertanian makanan negara beserta peluang mengujudkan industri hiliran setempat.

Yang tu sebab kita mempunyai tanah yang sangat luas dan kita berbudi kepada tanah ni hasilnya, insya-Allah pulangan yang baik kepada kita. Kalau kita lihat anak-anak tempatan yang buat fertigasi. Sistem fertigasi ni pun walaupun dalam 2 ekar ke 3 ekar, saya bertanya, walaupun mereka tanam terung, tanam lada. Dia kata ustaz, dia panggil ustaz ke saya. Saya ni kalau kata tapi kalau orang tak kenal dia panggil Dato’. Saya rasa macam… macam nak dapat Dato’ lah. Dia kata, ustaz dalam tanah seekar dua ni dia buat jadi dia boleh dapat pulangan 14,000 ke 15,000.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Berhormat… cuba tanya nak ke Dato’ tu? [Ahli Dewan ketawa]

Baik. Saya no comment ya. [Ahli Dewan ketawa]

Selalunya kita ni orang Melayu kalau no komen, senyap makna setuju. [Ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Nak lar tu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Nak lar tu ya. [Ahli Dewan ketawa]

Nanti kita mengeteh ya. Saya tanya kepada pengusaha yang mengusahakan tanaman bersistem fertigasi ini. Dia tanam terung, dia tanam lada dia kata permintaan untuk marketing apa ni tak jadi masalah dia kata. Cuma dia perlu kepada tanah dan sebagainya dan ada yang jumpa dengan saya dia nak tubuhkan apa… TKPM di Jengka.

Saya pun kurang arif dalam bab inilah tapi nak ceritanya kita negeri Pahang mempunyai kawasan yang sangat luas dan ada tanah kosong yang boleh diusahakan selain daripada sawit, selain daripada getah maka ada lagi tanaman-tanaman yang boleh diusahakan oleh Kerajaan Negeri untuk memberikan hasil yang banyak kepada Kerajaan Negeri.

Insya-Allah, dengan langkah bersungguh-sungguh serta profesional maka tidak mustahil negeri Pahang akan lebih maju ke hadapan. Di samping itu, segala kecekapan mengurus hendaklah diutamakan. Pencapaian Kerajaan Negeri dalam membangunkan negeri serta taraf hidup masyarakat pelbagai kaum sebagai budaya… berbagai budaya serta golongan miskin hendaklah diberi perhatian yang lebih supaya Kerajaan Negeri Pahang diberkati dan dirahmati Allah dunia dan akhirat.

Akhir kalam, dengan rasa rendah diri saya menyokong Bajet 2021 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat daripada Tras.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Terima kasih kepada Speaker kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Yang beberapa isu yang nak saya sentuhkan. Isu pertama adalah isu Fraser’s Hill. Selama 100 tahun Fraser’s Hill merupakan destinasi peranginan yang baik, unik yang menawarkan rasa suasana desa Inggeris. Keheningannya dan ketenangannya, gaya hidup lengkap dengan makanan tradisional Inggeris, aktiviti berjalan-jalan dan tumbuh-tumbuhan yang boleh dipetik dan dimakan namun dengan sedikit kelainan daripada England.

Daripada berbukit-bukit dan dikelilingi oleh dataran dan ladang di desa Inggeris, Bukit Fraser terletak di dataran tinggi yang merupakan rumah bagi sejumlah spesis endemic flora dan fauna tertinggi di mana dataran tinggi di Semenanjung Malaysia. Bukit Fraser adalah satu-satunya destinasi di dunia di mana suasana desa Inggeris ditempatkan di kawasan hutan hujan tropika dan menikmati musim bunga yang berterusan.

Oleh kerana keunikan Fraser’s Hill ini, Kerajaan Pahang pun telah banyak kali tegaskan tidak akan ada apa pembangunan besar di Fraser’s Hill untuk melindungi keunikan ini. Tetapi difahamkan satu projek Fraser’s Hill Resort dan Spa telah diluluskan pada tahun 2018 bertingkat 15 belas dan 181 bilik tidur. Berdasarkan laporan daripada Persatuan Alam dan Warisan Bukit Fraser (PAWF), tapak pemerhatian burung yang paling penting di seluruh Bukit Fraser yang terletak di Jerai Resort dan satu bangunan warisan Maybank Lounge telah dirobohkan untuk pembinaan resort dan spa 15 tingkat.

Selain itu, kerosakan setakat ini termasuklah air melimpah dari kawasan tapak pembangunan ke luar kawasan dan membanjiri sebahagian kawasan Allan’s Water dan mencemari air tasik dan longkang dengan tanah dan pasir. Kenderaan berat menyebabkan kerosakan di sisi bukit semasa merunding selekoh juga berlaku. Tuan Speaker, skala bangunan yang pembinaannya selama enam tahun akan memberi kesan yang besar terhadap hidupan liar di sekitarnya. Bukit Fraser adalah rumah bagi jumlah spesis endemic tertinggi di mana dataran tinggi di semenanjung Malaysia.

Ia juga merupakan tempat perlindungan burung yang diakui di persada antarabangsa dan lokasi yang sangat penting untuk penghijrahan burung-burung di dunia. Sebarang bangunan yang dibina boleh membunuh atau memperkayakan hidupan liar, bangunan tinggi membunuh burung dan serangga. Sewa park resort yang contohnya turut menjadi punca kematian burung-burung migrasi dan burung-burung tempatan dan tingginya hanya 6 tingkat. Pencemaran cahaya pada waktu malam akan menyebabkan bunuh diri secara besar-besaran spesis serangga setiap malam dan menjejaskan ekosistem dan rantaian makanan semua spesis.

Resort dan spa 15 tingkat ini akan meningkatkan populasi bukit jugak. Bukit Fraser tidak seperti di tempat lain di Malaysia kerana tidak ada penduduk yang menganggur dan sedia untuk bekerja. Peningkatan populasi juga menimbulkan kebimbangan mengenai daya dukung… daya dukung bukit ini. Bagaimana bolehnya menampung beratus penghuni baru.

Oleh itu saya meminta Kerajaan Pahang kaji semula projek Fraser’s Hill Resort dan Spa untuk memastikan keunikan legasi alam sekitar Fraser’s Hill dapat diteruskan. Tarikan Fraser’s Hill bukan seperti Genting Highlands dan Cameron Highlands. Ia tidak boleh dikomersilkan. Sedikit pembangunan pun cukup memusnahkan kedudukan dan keunikan nama baik dan reputasi yang dibina selama 100 tahun ini.

Isu yang kedua yang saya nak sentuh adalah bekalan air di Raub. Kami semua pun tau krisis air sudah lama berlaku di Raub dan memang menyusahkan penduduk-penduduk di Raub. Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana sudi mengeluarkan RM18 juta untuk menaik taraf loji di Sungai Bilut, Loji Sungai Semantan dan Loji Sungai Klau. Dan projek ini sebenarnya dicadangkan pada tahun 2019 di bawah pemerintahan Pakatan Harapan. Saya menghargai projek ini dapat diteruskan untuk menyelesaikan masalah krisis air di Raub.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, mohon izin.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Kenapa Pakatan Rakyat tak buat… (tidak jelas)

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

YB… saya hanya… Saya hanya nyatakan fakta kerana yang ini memang berlaku semasa 2019 tapi saya tidak kritik.

Fakta yang tidak dibuat tak payah cakap la.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Projek mesti ambil masa. Okey bagi saya habiskan dulu. Manakala selain daripada menaik taraf loji untuk memproses kekeruhan air NTU lebih tinggi. Masalah NRW, Non Revenue Water juga perlu diselesaikan dengan segera. Kerana NRW di daerah Raub adalah tertinggi di seluruh Pahang ia mencecah 50%. Ini bermakna air yang disalurkan daripada loji ke tangki-tangki besar seluruh Raub adalah lebih daripada 50% hilang Di bawah tanah.

Sekiranya masalah ini dapat diselesaikan maka simpanan air di Raub akan bertambah dan boleh kurangkan impak berlaku gangguan bekalan air. Dan isu yang terakhir yang saya nak saya sentuhkan adalah isu pekebun durian di Raub. Saya difahamkan Kerajaan Pahang telah memberi pajakan seluas 5,357 ekar tanah di Raub kepada sebuah korporat swasta yang dikenali sebagai Royal Pahang Durian. Untuk menjalankan skema menghalalkan tanah-tanah durian Musang King di Raub.

Di sini saya ingin mengutarakan pertanyaan beberapa pertanyaan kepada Kerajaan Negeri. Sekiranya Kerajaan Negeri ingin menghalalkan tanah-tanah durian di Raub kenapa Kerajaan Negeri tidak memberi keutamaan atau pertimbangan kepada pekebun-pekebun durian yang telah berusaha atas tanah tersebut selama berpuluh-puluhan tahun sehingga tetapi pula memilih Royal Pahang Durian PKPP yang langsung tidak mempunyai pengalaman dalam penanaman durian.

Ramai pihak menuduh… menuduh pekebun-pekebun itu sebagai penceroboh. Tetapi saya harap semua pihak jangan lupa faktor sejarah dan geografi. Pekebun-pekebun tersebut bukanlah penceroboh tapi mereka membuka tanah atas galakan kerajaan di bawah rancangan Buku Hijau pada tahun 1970-an. Di mana kerajaan pada masa itu menggalak rakyat mengusahakan tanah terbiar bagi meningkatkan bekalan makanan tempatan dan menambah pendapatan penduduk yang aktiviti ekonomi mereka hanya boleh bergantung kepada tanah dan bukit di belakang kampung mereka.

Saya juga mengambil pekebun-pekebun di Kampung Sungai Chalit sebagai contoh. Sungai Chalit mengalami ancaman komunis sejak tahun 1960-an dan tidak ramai

orang yang berani untuk menduduki dalam kawasan ini. Pada tahun 1970-an, kerajaan menggalakkan pekebun-pekebun tersebut untuk memasuki kampung tersebut untuk menjadi mata telinga kerajaan dan menubuhkan Rancangan Penempatan Semula Keselamatan iaitu panggil RPSK Sungai Chalit yang terdiri daripada berbilang kaum.

Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang pada masa itu dipanggil LKPP juga membahagikan tanah sebanyak 2 ekar untuk seunit keluarga dan menggalakkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti pertanian. Satu jaminan bahawa geran akan diluluskan kepada setiap keluarga tetapi sampai hari ini ada yang dapat, ada yang belum dapat. Di kampung lain seperti di Kampung Sungai Ruan, Sungai Klau, Tras, Chetang dan Sang Lee pekebun-pekebun sudah berpuluh-puluh tahun cuba sedaya upaya untuk memohon permit dan membayar cukai kepada kerajaan bagi tanah-tanah tersebut akan tetapi kebanyakan permohonan ditolak.

Mereka bukanlah penceroboh dan sebaliknya meneroka kebun bagi menyahut galakan kerajaan. Mereka bertungkus-lumus untuk menyara kehidupan mereka dan juga keluarga mereka dengan tangan sendiri dan kemahiran eksklusif sehingga mengharumkan nama Musang King di seluruh dunia. Pekebun-pekebun memang mengalu-alukan keputusan Kerajaan Negeri untuk memutih atau menghalalkan ladang durian supaya mereka boleh membayar cukai kepada Kerajaan Negeri untuk mencapai satu situasi win-win.

Akan tetapi, saya harap Kerajaan Negeri berdialog dan berbincang dengan pekebun-pekebun tempatan untuk mencari satu solusi yang terbaik tapi terus memberi pajakan kepada bukan memberi satu pajakan terus kepada satu syarikat swasta yang kurang pengalaman atau tidak pengalaman dalam industri penanaman durian.

Di sini, saya juga nak tanya adakah Kerajaan Negeri sebenarnya sedar bahawa tentang skema-skema yang begitu tidak adil terhadap pekebun-pekebun durian yang ditawarkan oleh Royal Pahang Durian? Ya, sebagai contohnya pekebun-pekebun perlu membayar RM600.00 per ekar kepada Royal Pahang Durian pada tahun 2020 pada masa pandemik COVID-19 ini dan kedua, pekebun-pekebun hanya boleh menjual RM30.00 1 kg Musang King gred A kepada Royal Pahang Durian dan perlu membayar RM10.00 sebagai cukai tanah bermula tahun depan.

Sekiranya pekebun menuai 1,000 kg Musang King per ekar, dia perlu bayar cukai tanah sebanyak RM10,000.00 per ekar sedangkan cukai tanah yang bergeran untuk menanam durian adalah hanya RM50.00 per ekar berdasarkan Warta Kerajaan Pahang 2019.

Tuan Speaker, Pekebun-pekebun juga mesti menjual semua hasil durian mereka kepada Royal Pahang Durian. Tindakan ini pasti akan mewujudkan monopoli pasaran. Semua kilang-kilang durian, gerai-gerai durian di Bentong dan Raub pasti akan tutup dan bankrap kerana mereka tiada buah dijual lagi. Pekebun nak ambil durian bagi keluarga makan pun tak boleh. Oleh itu, banyak lagilah terma-terma yang saya tidak sempat menjelaskan di sini.

Sekiranya kerajaan mengetahui terma-terma tersebut, kenapakah Kerajaan Negeri masih mengizinkan korporat swasta untuk menindaskan pekebun-pekebun negeri ini? Sekiranya kerajaan tidak tahu di mana sekarang kerajaan telah mengetahui adakah ia bermakna kerajaan tidak membuat penyelidikan yang menyeluruh sebelum bekerjasama dengan Royal Pahang Durian PKPP? Saya difahamkan Kerajaan Negeri ingin mencapai situasi win-win, saya pun setuju.

Walau bagaimanapun, seperti saya yang jelaskan tadi skima ini bukanlah satu win-win tetapi korporat swasta win, pekebun lose. Ini juga bercanggah dengan semangat Belanjawan 2021 iaitu bertema; ‘Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama’. Bagaimanakah manfaat bersama boleh dicapai sekiranya terma-terma tersebut dilaksanakan? Kejayaan Musang King pada hari ini bukan hanya bergantung kepada kesuburan tanah tetapi juga titik peluh serta pengalaman pekebun dan juga kemahiran mereka selama ini. Musang King tidak boleh dijayakan oleh korporat swasta sahaja tanpa pekebun-pekebun tempatan.

Saya ingin menegaskan bahawa kemakmuran Musang King hanya akan dicapai dengan hubungan kerjasama dijalin antara pekebun-pekebun dengan Kerajaan Negeri secara direct. Pekebun-pekebun sebenarnya bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Pahang sepanjang tahun ini untuk mengembangkan industri durian malah sudi untuk membayar cukai tanah dan juga kerugian yang ditawar rugi pada tahun pada sepanjang tahun ini. Oleh itu, akhirnya saya menyeru supaya Kerajaan Negeri menepati semangat Belanjawan 2021 supaya mencapai kemakmuran…

Yang Berhormat Tuan di-Pertua, Sebelum Tras duduk, saya nak beri pandangan ataupun nak perbetulkanlah dari segi istilah penceroboh tadi. Sebenarnya dia ada 2 kumpulan di tempat Klau dan Sungai Ruan. Bagi peserta-peserta Chalit, itu adalah peserta yang halal. Bagi satu kumpulan 111 orang, itu adalah penceroboh kerana mereka telah menceroboh hutan-hutan yang ada di kawasan tersebut.

Bagi peserta Chalit, seramai 128 orang, 67 adalah peserta daripada warga masyarakat Cina dan 61 orang adalah dari masyarakat Melayu dan kesemua mereka ini kerajaan telah pun memberikan mereka tapak rumah, ladang seluas 8 ekar dan campur lagi 2 ekar, maknanya 10 bercampur dengan rumah. Ini adalah kepada peserta-peserta seramai 128 orang. Cuma istilah penceroboh tadi adalah selain daripada peserta-peserta yang terlibat dengan pembangunan di Chalit tadi tapi yang lain itu yang saya nak nyatakan ialah memang mereka ini adalah penceroboh tanah haram tadi. Itu, Dato’ Yang di-Pertua.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Okey, saya nak ulas sikit yang bolehkah saya dapat jelasan daripada kerajaan bahawa kumpulan pertama yang penduduk Sungai Chalit adakah tanah mereka yang belum dapat geran dikecualikan dalam skema Royal Pahang Durian PKPP ini? Soalan yang kedua adalah kumpulan yang kedua yang er… YB. tadi nyatakan adalah 110 orang sebenarnya bukan 110 orang sahaja kerana di seluruh kampung dari Kampung Sungai Klau, Sungai Ruan dan Tras mereka digalakkan oleh kerajaan menanam durian tapi seawalnya bukan durianlah, mereka menanam koko dan juga getah.

Sebenarnya lebih daripada 110 orang yang semua adalah orang tempatan. Mereka bukan penceroboh kerana mereka sudah di sana berpuluh-puluh tahun, mereka guna titik peluh, berusaha untuk menanam durian. Semasa tanam getah, tak ada orang datang. Tanam koko tak ada orang datang. Tanam D24, durian D24 tak ada orang datang tapi semasa Musang King ada harga, ada orang datang.

Saya bukan nak fitnah kerajaan atau apa tapi saya harap satu win-win situasi boleh dicapai antara kerajaan dan juga pekebun-pekebun kerana Musang King telah diharumkan oleh pekebun-pekebun yang sokong penceroboh oleh YB. Oleh itu, saya

harap satu situasi win-win satu skema yang memang adil kepada pekebun boleh dilaksanakan yang ini adalah saya punya menyarankan, okey.

Tuan Yang di-Pertua, Saya nak sebut tadi fakta itu tak betul. 128 peserta itu kita dah selesai memberi kepada mereka. Yang penceroboh tadi yang selebih daripada itu. Ada sebahagian daripada penduduk tempatan yang sebelum daripada ini memang mereka memperolehi geran dan sebagainya. Yang baru ini yang lebih, ada yang meneroka lebih daripada 30, 50 ekar ini memang penceroboh di dalam kawasan hutan simpan. Jadi kumpulan-kumpulan ini tidak boleh di… diputar belit dia punya fakta. Yang ceroboh hutan simpan itu, itu pencerobohlah tu. You tebang hutan simpan, pencerobohlah. Mana boleh you tebang hutan simpan kata tak ceroboh. Saya pun tak tahulah kalau itu Tras tak faham.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Saya faham kerana yang penduduk Sungai Chalit yang 128 orang itu ada sesetengah pun belum dapat geran. Ini adalah fakta juga.

Ni…

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Ya saya faham.

Dia memang tak dapat geran. (tidak jelas) 8 ekar satu orang, dia LKPP bangunkan. Mereka menerima bantuan daripada awal sebanyak RM1,000.00 sehingga sekarang, itu dia dapatlah. RM1,000.00 dia bukan dapat satu orang 8 ekar, 8 ekar, 8 ekar, takkan. Dia berbentuk saham 8 ekar yang dimajukan oleh LKPP dan LKPP bayar dia RM1,000.00 satu orang sampai sekarang dari dulu. Lepas itu beri tapak rumah lagi, yang ini bukan beri geran. Jadi yang tak dapat geran itu yang ceroboh tanah haram. Siapa mahu beri geran? Itu sebab fakta ini jangan diputarbelitkan.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

YB. saya tidak putarbelitkan kerana memang penduduk di Sungai Chalit pun ada sesetengah beritahu saya bahawa ada sesetengah keluarga dapat geran, ada sesetengah tidak dapat. Yang ini adalah kes Sungai Chalit. Yang bagi kes lain saya rasa tak boleh panggil mereka penceroboh sedangkan kami sekadar nak menjalin satu hubungan bekerjasama dengan mereka untuk mengharumkan ataupun membawakan Musang King ke satu peringkat atau satu… satu puncak yang baru. Oleh itu, saya harap satu situasi win-win perlu ditawarkan oleh kerajaan.

Itu… ni… Speaker. Musang King nombor dua, ceroboh nombor satu. Di Cameron Highlands pun tanam sayur ceroboh.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

YB. bagi saya habiskan dulu.

…kita tebang, itu sebab jangan dikelirukan fakta. Ingat YB. yang saya dimaklumkan YB. bukan orang situ, orang Bentong. Kedudukan situ memang semasa merdeka kita buat pentomin. Pentomin pertempuran di Chalit ha… semasa tu. Jadi sebab itulah seramai 120 orang peserta kita bagi kemudahan tetapi yang selebih pada itu adalah penceroboh. Jadi pencerobohnya sepatutnya la kan kerajaan harus mengambil tindakan sebagaimana tempat-tempat lain.

Di Rompin, di Cameron Highlands, mana lagi semua itu penceroboh. Kalaulah YB. Tras kata itu bukan penceroboh pada tanah haram, saya tak tahulah boleh tunjuk geranlah, kalau ada geran, tak ceroboh, kalau tiada geran tiada apa… kebenaran daripada itu kerajaan maknanya pencerobohlah tu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat…

Pencerobohlah…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat…

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

YB… YB. perlu nampak. YB. perlu ingat sejarah, ini sejarah kerana kenapa Sungai Klau, Sungai Ruan di mana… di mana tempat ini banyak tempat tanah haram bukan mereka sengaja tapi mereka pun pernah digalakkan oleh kerajaan pada 70-an. Oleh itu, jika…

Tanah haram ini mana tempat ada?

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat… Yang Berhormat bagi pihak kerajaan nanti boleh menggulung, ada masa gulung nanti boleh tambah lagi.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Ya, terima kasih Speaker. Bagi saya habiskan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya… masa…

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Okey, satu minit. Satu minit saya gulung. Oleh itu, saya rasa faktor sejarah dan geografi tidak boleh dilupa oleh semua pihak. Mereka digalakkan oleh kerajaan pada tahun 70-an dan sampai hari ini mereka tanam getah, koko sampai D24 sampai ke Musang King. Oleh itu…

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Er… Dato’ Speaker… Dato’ Sri Speaker…

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Nanti bagi saya… sorry habiskan dulu, thank you. Oleh itu, saya rasa sekarang Musang King yang ditanam oleh mereka adalah satu aset bukan liabiliti kepada negeri Pahang. Mereka pun sudi bekerjasama dengan negeri Pahang… Kerajaan Negeri Pahang. Oleh itu saya haraplah Kerajaan Negeri Pahang boleh tawarkan satu skema dengan mereka dan sama-sama kami mengharumkan nama Musang King lagi. Ini adalah apa yang saya harapkan kepada Kerajaan Pahang. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk hari ini seramai 14 orang Ahli telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Insya-Allah, persidangan kita akan disambung pada hari esok, Rabu 18 November 2020 bermula jam 9:30 pagi. Assalamualaikum WBT. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan jam 4:41 petang]