Pahang · 18 November 2020
14th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 254 turns · 33,564 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Yang Ke-14 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari : Rabu, 18 November 2020 bersamaan 2 Rabiulakhir 1442 Hijriah. Masa : 9.30 pagi
DOA
Bacaan doa.
Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagian meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan kepada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin, Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Pertanyaan Dan Jawapan Kepada Menteri BesarQuestions
Perkara kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera dan Selamat Pagi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan pada hari ini dan untuk meneruskan aturan mesyuarat pada pekali…kali ini, saya menjemput Yang Berhormat ADUN Semambu. Sila.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mewakili kawan saya mengeluarkan pertanyaan nombor 1.
[Isu penggondolan Bukit Sekilau
1) Bahagian tanah rata Bukit Sekilau yang telah digondolkan mempunyai projek pembinaan perumahan, adakah kerajaan negeri akan mengambil balik tanah yang telah digondolkan di bahagian cerun atau akan membenarkan pembangunan di tanah tersebut?]
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Soalan er..berkaitan daripada Yang Berhormat daripada Semambu, yang bertanyakan bahagian tanah rata Bukit Sekilau yang digondolkan terdapat projek pembinaan. Jadi, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengambil balik tanah yang telah digondolkan?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Setelah mendapat soalan ini saya telah er…meminta daripada pihak yang berkenaan supaya mengemukakan lotnya kepada saya dan kedudukan kedua-dua lot itu sepertimana yang terdapat di sini ya… YB… Yang Berhormat boleh bagitahu kawan Yang Berhormat yang tidak sempat datang tu.
Ini adalah yang sedang dibangunkan tapak lama kalau Yang Berhormat tidak jelas selepas Sidang Dewan masa minum boleh dapatkan pelan ini ya. Ini tapak kedua yang dimaksudkan yang sudah digondolkan dan kita Kerajaan Negeri melihat memang ada rasionalnya tindakan diambil supaya projek pembangunan di lot tapak tidak diteruskan kerana ianya adalah satu kawasan yang cerun sepertimana yang…yang ditanyakan ini.
Hasil daripada itu Kerajaan Negeri telah membuat perbincangan di atas tapak kedua. Tapak pertama tak ada masalah. Tapak kedua iaitu seluas 3.668 ekar. Kerajaan Negeri telah meminta ya, kita gunakan perkataan meminta dulu supaya syarikat tersebut menyerah kembali tapak tersebut dan hasil daripada perundingan, kita akan cari tapak lain yang nilainya setara. Yang ini kita kira public interest dan kita berharap supaya pihak syarikat bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri dan dalam masa yang sama juga semasa perbincangan kita telah meminta syarikat yang berkenaan supaya memulih dan menghijaukan semula kawasan di tapak dua tersebut.
Itu adalah tindakan Kerajaan Negeri Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat ADUN Tahan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.
[Apakah usaha-usaha yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan masalah bekalan air bersih di Jalan Jengkuar, Jalan Temalian dan Jalan Kaloi Felda Sungai Retang akan dapat dipulihkan sepenuhnya? Adakah kerajaan berhasrat untuk menaik taraf atau membina loji rawatan air yang baharu sebagai langkah jangka panjang bagi menyelesaikan masalah yang berlaku?]
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Tahan yang mana mengemukakan soalan supaya memastikan kera…kerajaan dapat mem…membantu menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Jalan Jengkuar, Jalan Temalian. Temalian itu ikan. Jengkuar ni menda YB. Tahan? boleh bagitahu sikit tak? Pelik juga namanya.
Jengkuar ini pun nama ikan juga.
Nama ikan? Oh, nama ikan juga. Mana sedap Temalian dengan Jengkuar?
Temalian sedap lagi.
Terima kasih, tanya tu bukan saja tanya. [Ahli Dewan ketawa].
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Dan juga di Jalan Kaloi, FELDA Sungai Retang. Adakah dapat dipulihkan sepenuhnya? Kemudian adakah kerajaan berhasrat untuk menaik taraf atau membina loji rawatan air yang baru sebagai langkah jangka panjang bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. Ini satu soalan yang sangat baik, ada kaitan dengan rakyat. Terima kasih.
Er... jawapan daripada pihak kerajaan. Punca kepada masalah bekalan air di Jalan Jengkuar, Jalan Temalian dan Jalan Kaloi di FELDA Sungai Retang, Jerantut adalah kerana kedudukan yang... kedudukan jalan tersebut yang terletak di kawasan yang agak tinggi, dia tinggi jadi ini sudah pastilah akan sedikit sebanyak menjejaskan aliran ataupun untuk membawa air naik ke tempat yang lebih tinggi. Jadi, er...walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah cuba menyelesaikan dalam jangka masa...dalam jangka masa pendek malah tersebut dengan memasang pam galak. Jadi, tempat tinggi ini dia kena booster, dia kena ada pam supaya air tersebut boleh naik, kalau tidak air tidak boleh naik. Dia kena pamlah. Kena pam [ketawa].
Yang Berhormat ADUN Benta dia ada fikir benda lain sikitlah ya. Nak bagi air tu naik. Jadi, nak bagi air tu naik, kita pakai pam galak. Kalau nak bagi benda lain naik, lepas ini kita boleh, ada juga pam dia tapi pam lain. Dan lain-lain kerja yang berkaitan termasuk sedikit kerja menaik taraf loji dan pam...dan paip agihan di Loji Rawatan Air Seberang Tembeling dengan anggaran kos RM200,000.00.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerja ini dijangka akan boleh disiapkan menjelang bulan Mac 2021. Lebih kurang empat bulan setengah daripada sekaranglah, insya-Allah. Manakala, bagi perancangan jangka panjang, kita ambil pendekatan jangka pendek dan jangka panjang. Kalau kita buat jangka panjang tak ada jangka pendek mungkin rakyat mengalami kesusahan yang berpanjangan.
Jadi, untuk tujuan perancangan jangka panjang, pihak PAIP merancang untuk menaik taraf paip hantaran kepada jenis mild steel yang sebelum ini bersaiz diameter 150 milimeter kepada yang berukuran 300 milimeter dengan jarak sepanjang 4 kilometer dengan kos keseluruhannya berjumlah RM1.2 juta. Maknanya saiz dan meter, saiz dan meter bulat tu 1... 150 mililiter akan dibesarkan jadi 300 mililiter. Maknanya hundred percent, 100% dibesarkan dan ini air boleh laju sebab paip dia besar. ADUN Lanchang senyum lain macam je.
Jadi, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Cadangan projek naik taraf atau membina loji rawatan air baru di Kampung Hitam juga turut dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dengan anggaran kos antara RM25 juta ke RM50 juta. Ini adalah walaupun Yang Berhormat tidak bertanya tetapi saya ingin
memaklumkan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa loji rawatan air baru di Kampung Hitam juga akan dinaikkan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Baiklah kita pergi kepada soalan seterusnya. Saya menjemput Yang Berhomat ADUN Tanah Rata.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon kemukakan soalan nombor 3. Terima kasih.
[Sila nyatakan butiran dan kesimpulan yang dibuat dalam Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA report) mengenai sebuah projek persendirian yang sedang dimulakan di Lot 153 di Pasar Kea Farm, Cameron Highlands.]
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih kepada rakan saya daripada Tanah Rata walaupun soalan itu pendek tetapi sebenarnya er… dia sebenarnya dia banyak apa namanya beberapa peneranganlah yang boleh saya berkongsi.
Er…projek er…soalan ini adalah tentang er…apa namaya Laporan EIA er…mengenai projek persendirian yang dimulakan di Lot 153 Jalan Farm…Pasar Kea Farm, Cameron Highlands. Projek ini berkeluasan 0.6023 ekar di atas Tetuan See Kok Seong dan Fresh Golden Highlands bagi membangunkan tapak parkir berdasarkan pada semakan JAS daripada Alam Sekitar. Aktiviti ini tidak tertakluk kepada penyediaan Laporan EIA.
Cuma sekadar berkongsi Yang Amat di-Pertua, Kalau sekiranya kita nak buat perumahan, kalau sekiranya kita hendak buat new township atau bandar baru, kalau sekiranya tanah tersebut 100 hektar lebih, hah itu kena EIA report ataupun kalau kita nak buat hanya perumahan ya hanya perumahan ianya kalau sekiranya 50 hektar macam rumah PR1MA dan sebagainya itu kena EIA. Rumah PR1MA atau apa-apa perumahan sahaja spesifik.
Contoh kalau sekiranya er… dalam hutan, dia mesti 100 hektar ke atas. 100 hektar ni 250 ekar ya. Lebih kurang. Kemudian kalau sekiranya membalak, kita nak tebang balak, dia 500 hektar dan kalau sekiranya dia nak lombong, lombong pasir ke apa dan sebagainya, dia mesti er…20 hektar. Jadi, kita ada jadual-jadual yang kita perlu patuhi. Jadi, kalau sekiranya permohonan tersebut dia melebihi daripada kategori yang telah ditetapkan itu dia perlukan er…laporan daripada EIA. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Memandangkan er… pembangunan yang tidak melebihi keluasan yang tertentu oleh itu EIA ini tidak wajib dibuat tetapi er… untuk kawasan tempat… kawasan di tanah tinggi, adakah kerajaan mempertimbangkan untuk mewajibkan segala pembangunan di tanah tinggi, tak kiranya keluasan dia er… apa-apa pun er… kerajaan mewajibkan penilaian EIA ini dilakukan oleh semua pembangun? Terima kasih.
Yang Berhormat…Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Itu satu soalan yang sangat baik. Itu keputusan dasar dari segi acreage ataupun keluasan tetapi jika sekiranya kawasan tersebut adalah kawasan yang sensitif ya tak kiralah sama ada contoh sebagai contohnya kawasan tersebut dianggap sebagai kawasan tadahan air, sebab tu… sebab tu kita kalau dari segi perlombongan.
Kalau sekiranya kawasan tersebut kawasan tadahan air kita tak akan luluskan, memang tak lulus. Pergi checklah mana-mana yang kawasan berlombong kita memang kawasan tersebut kita… kita tidak apa namanya luluskan dan kita minta mereka kalau mereka tidak bersetuju mereka kena buat ini… ini apa namanya er… ini EIA dan kemudian er… kemudian selepas keputusan tersebut ada baru kita akan bagi. Kalau sekiranya mereka tak puas hati.
Begitu juga dengan kawasan pembangunan. Kalau sekiranya kawasan… kawasan tersebut kawasan yang sensitive ya kawasan yang sensitive pembangunan… contohnya seperti di Cameron Highlands atau kawasan-kawasan yang berbukitlah yang sensitive atau di tepi sungai dan sebagainya. Itu kena ada apa namanya Laporan EIA dan kalau tidak ianya mesti dirujuk kepada Rancangan Fizikal Negara. Maksudnya kita kena rujuk kepada pelan besar kita.
Dari segi pembangunan dia ada Rancangan Fizikal Negara. Kita ada pelan besar kemudian pelan tersebut dibagi pada Kerajaan Negeri kemudian pelan tersebut dipindahkan kepada Majlis Perbandaran ataupun kemudian kita buat pelan ya di Majlis Perbandaran mengikut penyesuaian… kesesuaian, kemudian kita akan angkat perkara tersebut ke Majlis Fizikal Negara, supaya apa? Supaya kelestarian pembangunan ini dapat kita jamin. Walaupun kita tahu kadang-kadang dengan izin, dah ada hiccup di sana dan di sini. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Soalan yang seterusnya. Saya menjemput Yang Berhormat ADUN Tras.
Tuan Speaker, soalan saya soalan 4.
[Adakah Kerajaan Negeri sedar akan kontrak yang ditawarkan oleh RPDR-PKPP kepada pekebun-pekebun durian melalui skim pengesahan tanah durian adalah satu hasrat yang cuba memonopoli pasaran durian dengan memaksa pekebun menjual semua buah dengan harga yang ditetapkan, tindakan ini telah melanggar Akta Persaingan 2010?]
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan Ahli Dewan termasuklah ADUN Tras yang bertanya iaitu pihak Kerajaan Negeri sedar dan maklum bahawa terdapat dua perjanjian yang dimeterai antara Royal Pahang Durian Resources dan PKPP yang dimeterai oleh kedua-dua pihak pada 11 Mac 2020 dan kedua-dua perjanjian tersebut merupakan perjanjian berkaitan dengan share holder agreement dengan izin.
Perjanjian pemegang saham dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan apa jua terma atau skim yang ditawarkan oleh RPDR ya iaitu Royal Pahang Durian Resources kepada
pekebun durian, dan perjanjian yang dimeterai hanyakal mengandungi pegangan saham ataupun ekuiti oleh pihak RPDR dan PKPP serta pembahagian keuntungan antara kedua belah pihak.
Manakala setakat ini er…tiada sebenarnya sebarang perjanjian rasmi yang dimeterai oleh RPDR dengan pekebun-pekebun durian yang dinyatakan kerana sebenarnya ada terdapat kes mahkamah yang sedang diteliti ketika pada ketika ini dan bersandar pada itu Kerajaan Negeri berpendapat bahawanya tidak ada kaitan langsung dengan Akta Persaingan 2010 dan Akta Persaingan ini sebenarnya kita ada er… Suruhanjaya Persaingan yang ada anggota dia, ada panel dia. Kalau sekiranya mana-mana pihak terasa terkesan maka bolehlah merujuk kepada Suruhanjaya ini. Jadi, setakat ini tak timbul isu berkaitan dengan apa yang dikatakan sebagai Akta Persaingan.
Hanya saya ingin menyentuh sikitlah. Saya amat tertarik bila er…ADUN Tras ini dia bangkitkan tentang er… dia kaitkan tentang Akta Persaingan 2010. Ini… ini merupakan undang-undanglah. Jadi Akta ini… Persaingan ini dipanggil Akta 712… 712. Maknanya kita rujuk kepada perundangan ini. Alhamdulillah, saya nak perjelaskan bahawasanya apabila ADUN Tras membangkitkan tentang beberapa perkara.
Pertama sekali bila sebut tentang tanah terbiar ya. Ni Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, tanah terbiar saya nak beri pengiktirafan. Tanah terbiar ini bukan hutan simpan. Jangan kata kita tengok ada macam dia hutan gitukan. Eh, terbiar tanah ni, hah kita masuk teroka. Bukan gitu. Kalau gitu jawabnya mana kita lalu je antara kita daripada Kuantan nak pergi hala ke kata Lipis, nampak je hutan banyak, ni tanah terbiar ni. Hah, kita teroka. Tak, tak. Tidak begitu. Tanah terbiar ni kalau ikut istilahnya Dato’ Sri Yang di-Pertua ialah tanah milik yang tidak diusahakan.
Jadi, kalau kata kerajaan galakkan kita er… ber… menjalankan aktiviti pertanian di tanah terbiar maksudnya tanah-tanah milik yang telah pun dilupuskan kepada pemilik-pemilik yang tidak diusahakan, yang ini kita sebut tanah terbiar. Bukannya hutan simpan. Kalau hutan simpan masuk di bawah Akta Perhutanan, masuk kawasan hutan simpan tanpa kebenaran adalah menjadi satu kesalahan apatah lagi pergi teroka misalnya tanam tak kiralah hah ni… tanaman-tanaman termasuk Musang King. Ini satu kesalahan sebab tu bila bercakap mengenai perkara ini maknanya cukup terharu kerana ADUN Tras membangkitkan, mengkaitkan tentang Akta Persaingan iaitu Undang-undang Akta 712.
Kemudian yang keduanya, contohnyalah PATI. PATI ni Pendatang Asing Tanpa Izin dia haramlah maknanya masuk ke Malaysia ni. Dia tak pergi melalui apa yang diperuntukkan di bawah Akta Imigresen. Dia masuk secara haram. Kita namakan dia sebagai PATI, iaitu Pendatang Asing Tanpa Izin. Jadi, pihak kerajaan dari masa ke semasa dia ada mengumumkan Program Pemutihan dia panggil. Jadi, Program Pemutihan ini dia buatlah caranya yang masuk tanpa izin tu dia adalah skimnya. Tak bolehlah PATI tu cakap, saya hendak macam ni, kalau boleh begini-gini. Eh, awak masuk dahlah masuk sebagai pendatang asing tanpa izin. Ikut apa yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Kerajaan boleh ambil tindakan terus kerana melanggar undang-undang negara.
Begitu juga dengan kes yang di... katalah di Raub ni. Jadi, kerajaan ada skim dia. Skim dia begini, jadi kalau sekiranya tak setuju sebenarnya kita boleh ambil tindakanlah. Tak setuju terus ambil tindakan, kerana dia dah melanggar. Dia tak boleh kata okey saya hendak begini-begini. Dia mencaturkan pula. Hah, tu bukan, bukan perentanlah kata orang tua tu. Maknanya tak kena pada tempat.
Jadi, saya hendak perjelaskan di sini, yang mana yang terkesan yang kata monopoli. Tak timbul kerana mereka yang ada tuan, yang ada pemilik atau ada milikan tanah. Dia ni tak
tertakluk kepada er... menandatangani perjanjian antara syarikat tu, dia boleh jual ke mana-mana sahaja tetapi mereka yang meneroka secara haram ni diberikan pilihan untuk masuk skim ini. Kalau dia tak setuju takpe, lepas ni kita kuat kuasakan tetapi kita juga Kerajaan Negeri hormat kepada undang-undang. Bila ada kes ni er...dirujuk ke mahkamah, kita tunggulah keputusan mahkamah, sebab itu yang saya nak perjelaskan di sinilah ya dan untuk makluman sebelum soalan tambahan oleh ADUN Tras ni.
Saya pelik juga kalau kita nak eksport waima ke mana, tak kiralah Amerika ke, Singapore ke, ke China ke dia mesti ada myGAP tu. Sijil myGAP tu, myGAP ni mengatakan bahawasanya tanah yang diusahakan mesti ada permit, ada kelulusan daripada Kerajaan Negeri. Tak kiralah sama ada permit... permit penggunaan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan sama ada TOL kan... Lesen Pemilikan Sementara ataupun ni, kelulusan pemilikan sendiri. Baru boleh dapat myGAP. Bila dapat myGAP baru boleh eksport ke luar negara, tapi sekarang ni kita pelik durian situ agaknya tak eksport ke luar negara. Tapi dengar ceritanya banyak yang eksport ke luar negara mungkin daripada kebun-kebun yang lainlah ya, yang tulah maksud saya.
Jadi, dalam skim ini kalau sekiranya dipersetujui, diputihkan, durian-durian ni boleh dieskport kerana ianya dah tentu akan dapat myGAP, tapi kalau tidak dia tetap akan terus kekal sebagai tanah yang telah diterokai oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. So, sekarang ni kerajaan memberi pilihan supaya dapat diputihkan melalui skim yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Terima kasih.
Soalan tambahan. Soalan tambahan satu saya adalah, saya harap kerajaan mesti faham yang semua pekebun-pekebun di Raub yang tanpa permit itu sebenarnya itu semua rezeki. Mereka guna tanah itu cari rezeki. So, oleh itu saya nak tanya adalah skim. Sekiranya skim itu memang ada sedikit ketidakadilan kepada pekebun. Adakah kerajaan akan kaji semula, kerana jika skim ini membolehkan semua buah dianggap oleh syarikat itu mereka akan guna semua durian itu akan eksport dan semua kilang-kilang dan gerai-gerai durian di Raub tiada buah lagi kerana kami mesti tahu 70% Musang King adalah daripada tanah yang tanpa permit ini.
Oleh itu, saya haraplah kerajaan adakah kerajaan akan kaji semula skema ini. Kami nak win-win, tetapi kami mesti ada satu skema yang juga melindungi pekebun-pekebun ini, kerana durian bukan cakap satu tahun you tanam sudah dapat buah. Durian mesti sekurang-kurangnya 8 tahun atau 10 tahun baru ada buah, dan ini adalah persoalan saya.
Tekaan saya memang tepat memang ada soalan tambahan. Dia cari rezeki, dia macam kita ambil rujuklah contoh perompak. Dia lepas rompak rumah kita kata, saya sebenarnya nak mencari rezeki je. Macam perompak dia masuk rompak bank, jadi bila polis tangkap saya sebenarnya nak cari rezeki jer, rompaklah takpelah. Mana boleh! Kita nak cari rezeki ada caranya, peraturan dia. Macam kita, misal contoh suka yalah tak kiralah maknanya kalau hendakkan seseorang...
Minta laluan.
Nanti dulu, nak jawab yang cari rezeki ni. Jadi, kalau sekiranya misalnya contoh kalau suka ke orang tu pun ada peraturan dia. Takkan boleh bawak lari masuk kemudian serbu ke malam tu, hah ibu bapa dia tengah tidur semua sebagainya tak tahu. Tahu-tahu kita lepas ke...ke mana ke Golok ke Siam ke tak kiralahkan. Ada peraturan dia. Jadi, maksudnya saya nak menyangkal dakwaan daripada ADUN Tras mengatakan bahawasanya mencari rezeki ini adalah satu lesen halal yang besar. Tak boleh, tak boleh. Hah yang tu dia mesti ikut peraturan, hidup atas dunia ni er... ada peraturan dia so di Pahang pun ada peraturan.
Yang keduanya...
Minta laluan.
Dak. Saya nak jawab dulu. Kang nanti saya bagi. Er... yang kilang ni tadi kita tidak menetapkan. Kilang ni boleh ada kat Raub tetapi durian boleh datang daripada Perak ke, Johor ke. Kita tidak menyekat mana-mana durian, waima daripada Kuantan, daripada Lipis. Dia... dia maknanya durian ni er... i mean this is a maknanya bukan kita free country tapi maknanya kita ni mengamalkan ni free enterprise. Kita boleh tidak, kita tidak memaksa. Kalau sekiranya memang er... apa nama tawarannya baik, orang akan jual ke... ke apa nama ataupun bawa ke kilang-kilang ni, tetapi saya hendak maklumkan kilang janganlah pulak halalkan yang haram.
Kalau sekiranya durian yang ditanam diteroka di tanah haram tu sebenarnya pada dasarnya kilang tak boleh nak ambil sebenarnya, sebab kalau dia ambil tu dia dah melanggar. Sebab apa kilang tu yang memproses durian yang hendak dieksport ni mestilah daripada sumber traceable, traceability maknanya dia trace. Dia tak boleh maknanya tanah yang... yang tidak ni tidak halallah maknanya tidak sah ni. Tak boleh... tak boleh. Macam kitalah kira jadi pemborong getah, beli getah buku, getah curi pun sapu juga, tak boleh. Dia mesti ada etika. Dia tak boleh, dia kena ambil daripada er... daripada ni perusahaan yang sah. Jadi...
Minta laluan.
Okey. Saya kena rujuk kepada Yang di-Pertua.
Soalan tambahan ke laluan. Soalan tambahan tak apa saya bagi.
Saya ingin mencelah sikit Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tadi Exco Kerajaan menyifatkan pekebun-pekebun kecil seolah perompak. Saya rasa ini amat menyakitkan hati.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Mereka tiada senjata, tiada kuasa, tiada jawatan dalam kerajaan. Mereka cuma rakyat biasa cari makan. Selama ini mereka menunjukkan keikhlasan bekerjasama dengan kerajaan mohon tanah dengan kerajaan. Jadi, saya harap bahawa penyifatan sebagai perompak ini ditarik balik.
Dak, saya nak maklumkan, saya bagi contoh, sebab apa. Maksud tadi Tras cakap yang mereka ni sebenarnya nak cari rezeki. Saya maklumkan boleh cari rezeki, tetapi kita kena ikut patuhi undang-undang dan ada peraturan. Saya bagi analogi bukan nak samakan yang itu. Maksud saya, katalah atas alasan cari rezeki itu sebagai satu lesen yang besar, jadi orang yang mencuri, orang yang mengambil barang misal contohnya dia ambil besi buruk misal contohnya.
Contohlah saya nak beri, dia ambil semua besi-besi buruk, kita kutip sepanjang jalan daripada anu ni, jual kepada orang yang ni apa ni beli besi buruk. Kita khabar benda, alah tak apalah dia mencari rezeki jer. Tak boleh maksud saya tu. Cari rezeki ni betul, tetapi cari rezeki mesti mengikut peraturan dia. Termasuk pekebun...
Mohon mencelah...
Sebab ramai antaranya sebenarnya untuk maklumanlah. Untuk makluman selain daripada penanam-penanam ataupun peneroka-peneroka haram ni, peneroka haram bolehlah pakai dak. Boleh tak? Makna peneroka haramlah makna tak kiralah peneroka haram makna maksudnya bila kita masuk ceroboh tanah kerajaan kita panggil peneroka haram...dan takkan kita panggil peneroka pulak. Peneroka haramlah. Ha peneroka macam FELDA maksudnya peneroka halal.
Jadi, maksudnya di sini, bukan semata-mata produksi atau pengeluaran hasil durian ini semua daripada ladang-ladang haram, tidak. Ada yang ladang sah yang mereka mohon, masuk sebagainya. Kalau tidak diluluskan itu mesti ada sebabnya. Kalau semua permohonan diluluskan, jawabnya saya ingat tak sampai Pilihan Raya Ke-15 kita ini besok, habis seluruh negeri Pahang, Gunung Tahan semua, kita er… kita luluskan. Mintak sahajalah, misal contoh.
Ada perancangan kita dan ianya mesti sepertimana yang sahabat saya daripada Lanchang sebutkan tadi mematuhi peraturan-peraturan lain termasuk Laporan EIA itu. Pasal impak, impak daripada er… daripada ini kesan aktiviti itu kepada er… apa nama alam sekitar dan saya sebenarnya nak maklumkan, untuk makluman er… ADUN apa nama er… yang bangkitkan tak silap saya ADUN Tras juga yang menceritakan pasal er… bekalan air di… di Sungai Bilut, di Raub itu selalu terganggu.
Bekalan air di Kuala Klau itu, Loji Rawatan Air Klau selalu terganggu. Loji Rawatan Air di Semantan selalu terganggu, kekeruhan sungai, kerana apa? Kerana aktiviti-aktiviti yang tidak mematuhi EIA itu tadilah. Sebab itu yang akhirnya kita kena mintak peruntukan daripada Kerajaan Pusat kan. Kerajaan Pusat yang meluluskan misal contohnya di Benta er…RM75 juta, Loji Rawatan Air er…di Benta yang batal ya Pakatan Harapan punya kerajaan bila sampai memerintah itu dia batalkan.
Kita ini tadi, teruskan juga kerana demi kepentingan rakyat jelata termasuk Loji Rawatan Air Sungai Bilut, Loji Rawatan Air di Klau, Loji Rawatan Air di Semantan yang kita tengah usaha untuk tangani. Maknanya kita…maknanya buat, cakap, kita buat serupa bikin. Hah… jadi, itu maksud saya, saya nak betulkan di sini. ADUN Triang sebutkan tadi seolah-olah saya menggambarkan peneroka-peneroka itu perompak. Tidak, bukan makna maksud saya itu. Maksud saya itu, saya nak bagitahu bahawasanya setiap satu perkara yang kita laksanakan itu tadi mestilah mengikut peraturan, dan tidak hanya semata-mata kita bersandarkan kepada nak cari rezeki. Tak boleh kita cari rezeki, curi yang hak orang lain.
Maksud di sini bukan saya nak kata apa, maksud saya ada hak Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Negeri perlu menjaga kepentingan rakyat jelata dan negeri ini. Bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar ini menceritakan bagaimana kita nak mensejahterakan er… ini kita nak memakmurkan negeri ini dan mensejahterakan rakyat melalui sumber-sumber yang kita ada, dan salah satu daripada sumber itu ialah tanah.
Dan ini yang sebenarnya, sebab itu kita bagi skim yang kita katakan okey tak apa, kita kata okey skim dia macam kita buat pemutihan ini kita macam pengampunanlah. Kita jadikan benda itu sah. Itu sebab skim itu kita cadangkan bersama dengan GLC, maknanya anak syarikat Kerajaan Negeri, yang kaitan Kerajaan Negeri iaitu PKPP. Terima kasih.
Baiklah, saya nak beralih kepada…
Soalan tambahan.
… kepada soalan seterusnya, saya jemput Yang Berhormat ADUN Teruntum.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 5.
[Kebajikan sosial.
a) Jelaskan sejak tahun 2017 sehingga kini berapakah program kebajikan sosial yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang?
b) Berapakah jumlah perbelanjaan bagi setiap program yang telah dijalankan?]
Dato’ Sri Yang di-Pertua, er…saya ucap terima kasih kepada Wakil Teruntum yang mengemukakan soalan nombor 5. Untuk makluman Wakil daripada Teruntum, er…program-program kebajikan sosial dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri ini ada 2 ya. Secara langsung dengan secara tidak langsunglah, dan sekiranya secara langsung, ini adalah melalui er… Jabatan Kebajikan Masyarakat yang kita salurkan melalui Skim Bantuan Am ya dan secara tidak langsung juga ialah melalui NGO-NGO kebajikan yang ada 88 semuanya di seluruh negeri Pahang.
Kalau nak tanya berapa er…program yang telah dilaksanakan sebenarnya terlalu banyak program dilaksanakan baik oleh pihak Kerajaan Negeri bekerjasama dengan NGO. Bukan sejak 2017 lagi, tapi sejak saya kira er…Kerajaan Negeri Pahang ini diperintah oleh Barisan Nasional, dan program kebajikan sosial ini sentiasa menjadi keutamaan kita.
Kalau kita tengok, kebajikan ini dia merangkumi semua ya, termasuklah apabila Kerajaan Negeri begitu komited memberi bantuan kepada mereka terkesan akibat COVID-19. Hampir RM30 juta telah pun dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri, dan jumlah perbelanjaan bagi setiap program sekiranya kita bagi kepada NGO untuk melaksanakan aktiviti, sekurang-kurangnya RM5000.00 ke RM10,000.00 akan diberikan geran. Baik melalui JKM mahupun melalui Kerajaan Negeri kepada setiap program yang dilaksanakan. Terima kasih.
Soalan tambahan. Er…terima kasih dari Wakil Kerajaan. Soalan tambahan saya adalah, manakah tumpuan program kebajikan sosial yang dianjurkan dan cara agihan di kawasan Teruntum sejak 2018 sebab saya tidak pernah dimaklumkan so saya perlu tanya di sini dan juga berapakah peruntukan yang diperuntukkan di kawasan saya. Lepas itu soalan nombor 2, NGO mana yang ditugaskan untuk penganjuran program kepada penduduk setempat. Terima kasih.
Untuk soalan pertama itu, memerlukan er… satu jumlah yang tertentu yang saya akan buat jawapan bertulis kepada YB. Untuk soalan kedua, kita juga akan maklumkan NGO-NGO yang ada di kawasan Teruntum, tapi saya pelik lah, kalau YB. kata tak nampak program-program dilaksanakan sebab memang banyak sekali ya, baik kepada Warga Emas, OKU, kanak-kanak dan sebagainya. Terlalu banyak program yang kita laksanakan.
Minta celah sekejap.
…termasuk di kawasan Teruntum.
Bukan…bukan er…tidak tahu, tidak tak nampak. Tidak dimaklumkan kepada saya. Itu sahaja.
Dia program kebajikan ini Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita tak perlu maklum nak buat kebajikan ini. Kalau kita rasa kita nak bersama, kita bersama jelah. Ya, saya er…saya tak rasa protokol sangat diperlukan untuk kita melaksanakan kerja-kerja kebajikan, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Maaflah… saya tidak pernah dijemput. Terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Bab jemputan ini kadang-kadang program melalui NGO dan sebagainya. Itu terpulang kepada penganjur ya. Kalau program er… Kerajaan Negeri sekiranya er… YB. merasakan bahawa YB. mahu turut serta, saya rasa tidak ada masalah terutama dalam program-program yang melibatkan kebajikan. Walau bagaimanapun, kita akan cuba selaraskan selepas ini. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Sila.
Tuan Yang di-Pertua, Ada permintaan daripada rakyat tentang rumah penjagaan warga emas. Adakah rumah penjagaan warga emas ini ada dikelolakan oleh JKM ataupun Kerajaan Negeri? Terima kasih.
Terima kasih YB. daripada Cheka. Sebenarnya kita ada pusat aktiviti warga emas yang dikelolakan oleh JKM bersama dengan er… NGO komuniti setempat dan setiap daerah di seluruh negeri Pahang telah pun mempunyai pusat aktiviti warga emas dan yang terkini adalah di Daerah Lipis ya, itu yang… yang terkini Dato’ Sri Yang di-Pertua, dan kita juga membantu er… rumah-rumah warga emas yang dikelolakan oleh pihak swasta. Terima kasih.
Baiklah, soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat ADUN Bukit Ibam.
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan soalan 6.
[Apakah bantuan-bantuan yang disediakan oleh MUIP untuk bantuan pelajaran dan pendidikan kepada pelajar-pelajar IPTA/IPTS.]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mengucapkan terima kasih kepada Bukit Ibam yang telah mengemukakan soalan mengenai bantuan-bantuan yang disediakan oleh Majlis Ugama Islam Pahang untuk pelajar-pelajar yang masuk ke IPTA ataupun ke IPTS. Kita bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan inayah-Nya mendidik ummah untuk er… mengeluarkan sebahagian daripada harta mereka sebagai zakat bagi mensucikan pengurusan harta peribadi mereka itu.
Dengan itu juga, Islam mendidik harta itu daripada kutipan zakat oleh Al'amilin, diagihkan kepada mereka-mereka yang telah disebutkan sebagai asnaf. Kita bersyukur juga ke hadrat
Ilahi di negeri Pahang dapat melaksanakan dan menguruskan urusan zakat dengan sempurna apabila pelajar-pelajar IPTA dan IPTS diberikan er… apa one-off apabila mereka ingin masuk ke pusat-pusat pengajian mereka sama ada di peringkat diploma, ataupun ijazah, ataupun sarjana begitu jugalah PhD. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Sila.
Berapa lamakah proses untuk permohonan ini diluluskan dan er… berapakah jumlahnya, adakah ia mengikut er… tahap kursus yang dipohon oleh… kursus yang er... dipohon oleh pelajar-pelajar er... tersebut. Terima kasih.
Pelajar-pelajar ini hanya boleh memohon dalam tempoh masa yang terdekat, tidak perlu mengambil masa sampai setahun lebih dan mereka boleh melayari laman web Majlis Agama Islam Pahang disediakan borang di situ dan dipenuhkan borang itu dan pengagihan bantuan zakat ini akan diberi mengikut bentuk-bentuk pengajian yang mereka ambil. Seandainya mereka mengambil Diploma, mereka akan diberi sekitar RM250.00 ke RM500.00 one-off.
Seandainya mereka mengambil Ijazah, mereka akan diberi RM500.00 ataupun ke RM1,000.00. Begitu juga seandainya mereka mengambil Sarjana, mereka akan diberikan RM1,200.00 dan seandainya mereka mengambil PhD mereka akan diberi sebanyak RM3,000.00. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Baik. Kita pergi ke soalan seterusnya. Saya menjemput Yang Berhormat ADUN Semantan.
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Soalan saya, soalan nombor 7.
[Mohon nyatakan kadar pengangguran dan statistik anak muda yang hilang pekerjaan di negeri Pahang sebelum dan selepas wabak COVID-19 melanda negara serta tindakan kerajaan menempatkan semula mereka dalam sektor pekerjaan?]
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada ADUN Semantan ya yang bertanyakan tentang mohon nyatakan kadar pengangguran dan statistik anak muda yang hilang pekerjaan di negeri Pahang sebelum dan selepas wabak COVID-19 melanda negara serta tindakan kerajaan menempatkan semula mereka dalam sektor pekerjaan yang sedia ada.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Seperti umum sedia maklum, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Pahang atau singkatannya MTEN susulan daripada penularan wabak COVID-19 dan objektif penubuhan MTEN adalah, pertama, merangka perancangan dan pelan tindakan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan hasil negeri dalam menghadapi suasana ekonomi yang suram.
Kedua, mengenal pasti isu-isu dan permasalahan rakyat di Pahang yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19 atau Perintah Kawalan Pergerakan singkatannya PKP.
Yang ketiga, mengenal pasti isu-isu dan cabaran perniagaan usahawan SME, mikro, peniaga, penjaja kecil Bumiputera dalam menghadapi suasana pasca COVID-19
Yang keempat, merancang strategi dan langkah-langkah penyesuaian perniagaan dalam suasana pasca COVID-19 dan yang kelima, mencadangkan penambahbaikan kaedah penyampaian bantuan untuk dilaksanakan di peringkat Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan dalam memastikan keberkesanan jentera agihan bantuan inisiatif.
Selain daripada itu, untuk makluman ADUN Semantan, sebanyak 12 strategi pembangunan ekonomi negeri Pahang telah diperkenalkan melalui MTEN dan 30 langkah atau inisiatif ini telah dikenal pasti berlandaskan strategi-strategi tersebut bagi mencapai hala tuju penubuhan MTEN iaitu memajukan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan, dan memakmurkan negeri Pahang.
Langkah-langkah ini diyakini untuk mam... dan mampu untuk membantu para penganggur untuk mendapat semula pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi dan kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak ECERDC dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja, PERKESO, institut-institut Kemahiran dalam negeri Pahang yang sentiasa membantu dan memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri untuk mengambil tahu dan juga peluang-peluang yang ada untuk diselaraskan bersama dengan Kerajaan Negeri.
Seterusnya er... konsep asas statistik tenaga buruh. Pertama, statistik tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran diperoleh daripada Survei Tenaga Buruh ataupun STB serta merujuk kepada penduduk yang berumur 15 hingga 64 tahun semasa minggu rujukan. Statistik tenaga buruh merupakan kajian sampel kebarangkalian yang dilaksanakan melalui pendekatan isi rumah untuk mendapatkan maklumat anggaran tenaga buruh dan pengangguran peringkat penduduk. Kajian ini dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan antarabangsa iaitu International Labour Organization atau singkatannya ILO yang diguna pakai oleh kebajikan negara.
Yang ketiga, menganggur merujuk kepada mereka yang berada dalam tenaga buruh yang tidak bekerja semasa minggu rujukan dibuat tetapi bersedia untuk bekerja atau mencari kerja dalam minggu rujukan tersebut.
Keempat, kadar pengangguran ialah perkadaran penduduk yang menganggur kepada jumlah penduduk dalam tenaga buruh. Yang kelima, belia itu didefinisikan mengikut Dasar Belia Malaysia atau singkatan DBM ialah penduduk dalam kumpulan umur 15 ke 30 tahun. Sebagaimana jabatan perangkaan Malaysia Negeri Pahang menyediakan maklumat atau data tersebut. Kadar pengangguran dan statistik anak muda yang hilang pekerjaan di negeri Pahang diambil kira dari umur 15 hingga 39 tahun adalah sejumlah 1,707 orang pekerja sehingga 30 Oktober 2020.
Berdasarkan statistik ini er... oleh PERKESO dari segi peringkat umur adalah seperti berikut, umur 15 hingga 19 tahun, 25 orang, 20 hingga 24 tahun, 466 orang, umur 25 hingga 29 tahun,
607 orang, 30 hingga 34 tahun, 364 orang...368 orang, umur 35 hingga 39 tahun adalah berjumlah 241 orang. Kategori-kategori ini Yang di-Pertua, dia macam kategori ibu tunggal juga ya kalau ibu tunggal tu dia ada umur 18 hingga 25, 26 hingga 35 sehinggalah umur 65 no limit...sampailah umur 60 dan sebagainya.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Sidang Dewan yang dikasihi sekalian, Kerajaan melalui PERKESO telah melakukan beberapa langkah seperti berikut iaitu antara perkara yang dilaksanakan oleh PERKESO adalah mewujudkan Portal Pekerjaan MYFutureJobs. Kalau dulu kita ada Job Fair, masih lagi berjalan Job Fair Malaysia tapi ada satu lagi kaedah yang diperkenalkan oleh PERKESO iaitu sebuah portal pekerjaan baharu iaitu Portal MYFutureJobs bagi membantu para majikan mengiklankan kekosongan jawatan yang tersedia, serta membantu golongan pencari kerja di luar sana memohon jawatan kosong yang diiklankan di seluruh Malaysia.
Berdasarkan statistik dari PERKESO ini, sehingga September 2020, seramai ataupun sebanyak er... 1,280 majikan di negeri Pahang telah berdaftar dengan Portal MYFutureJobs dan telah menawarkan hampir 11,835 kekosongan jawatan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Lanjutan daripada Portal MYFutureJobs, PERKESO juga memperkenalkan Hiring Incentive Programme, dengan izin iaitu satu program Insentif Pengambilan Pekerja adalah bertujuan untuk menggalakkan majikan mengambil pekerja baru, di mana secara tidak langsung ia mampu membantu perkembangan ekonomi negara pasca krisis wabak COVID-19 dengan mewu... kewujudan peluang-peluang pekerjaan baharu.
Majikan yang layak akan menerima insentif sebanyak RM1,000.00 atau RM800.00 atau RM600.00 bagi setiap seorang pekerja yang diambil bekerja selama 6 bulan, bergantung kepada kategori pekerja tersebut. Selain daripada itu, pekerja yang diambil bekerja melebihi jarak 100km daripada kediaman mereka juga layak untuk memohon bantuan mobiliti atau mobility assistance, dengan izin dengan sejumlah RM600.00 atau RM1,000.00. Ini antara perkara insentif yang diperkenalkan oleh PERKESO.
Tambahan pula, sekiranya majikan ingin meningkatkan kemahiran pekerja yang baru diambil, mereka boleh memohon faedah latihan di bawah program ini melalui penyediaan latihan yang berdaftar dengan PERKESO, dengan kadar yuran yang ditanggung PERKESO adalah sebanyak RM4,000.00 maksimum untuk setiap pekerja dan berdasarkan ringkasan statistik dari Cawangan Perkhidmatan Pekerjaan, Ibu Pejabat PERKESO sehingga September 2020, sebanyak RM900 ribu er...hampir RM1 juta telah dibayar kepada majikan di negeri Pahang yang melibatkan 411 majikan yang merangkumi 1,134 orang pekerja.
Dan yang ketiga adalah Program Karnival...
Dato’ Yang di-Pertua, PERKESO negeri Pahang telah menganjurkan beberapa program karnival pekerjaan dan temuduga terbuka seperti berikut: Jumlah temuduga di Kuantan 7 orang, Temerloh 10 orang, Bentong 4 orang. Jumlah majikan terlibat di Kuantan 37, di Temerloh 12 dan Bentong 10 majikan. Jumlah kekosongan jawatan di Kuantan 4,589 kekosongan, Temerloh 244, Bentong 295. Jumlah kehadiran pula 654 di Kuantan, Temerloh 154 dan Bentong 76. Jumlah berjaya ditawarkan pekerjaan di Kuantan 151 orang, Temerloh 21 orang, 14 di Bentong.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Suka juga saya menyebutkan di sini menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Semantan iaitu kita melalui Akta Kerja 155 banyak membantu untuk menyelaraskan pengambilan kerja dan juga penyelarasan tempat-tempat kerja oleh Jabatan Tenaga Kerja
dan waktu ini dari segi penempatan kerja telah mula dikelolakan oleh pihak PERKESO atas dasar kementerian yang baru ini. Dan kita pada ketika ini saya ingin memaklumkan juga dalam Sidang Dewan untuk tambahan kepada ADUN Semantan Akta 446 Pindaan diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 15 Julai 2019 dan juga telah diluluskan di Dewan Negara pada 31 Julai 2019 dan telah diwartakan pada 18 September 2019 iaitu penyediaan perumahan, penginapan dan kemudahan kesihatan oleh majikan semua sektor.
Ini adalah satu akta yang baru yang telah di er… wartakan yang mana boleh dimanfaatkan oleh seluruh pekerja-pekerja yang perlu di er… kuat kuasakan ataupun dilaksanakan oleh pihak majikan dan er… saya mengharapkan semoga dengan sedikit sebanyak jawapan ini dapat membantu persoalan yang berlegar di fikiran ADUN Semantan. Terima kasih.
Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput yang berhormat ADUN Tahan.
Bismillahirrahmanirrahim. Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 8.
[Pihak kerajaan telah banyak meluluskan Rancangan Tanah Kelompok (RTK) untuk tujuan tapak rumah kepada rakyat.
Masalah yang timbul ialah penerima tidak dapat membina rumah kerana tiada jalan asas menuju ke tanah yang mereka perolehi. Persoalannya, adakah pihak kerajaan bersedia untuk membina jalan asas tersebut bagi memudahkan urusan mereka yang menerima lot tapak rumah tersebut?]
Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua yang memberi laluan kepada saya untuk menjawab soalan dari Tahan mengenai kemudahan jalan asas bagi Rancangan Tanah Kelompok ini… Perumahan. Kementerian Pembangunan Luar Bandar ataupun KPLB melalui program Jalan Perhubungan Desa ataupun JPD menyediakan kemudahan asas jalan raya berturap dan tidak berturap di kawasan luar bandar termasuk projek pembinaan jalan asas ke kawasan rancangan tanah kelompok bagi tujuan membina rumah.
Peruntukan yang disediakan bagi satu projek adalah tidak melebihi 500,000. Walau bagaimanapun, sebarang pertimbangan dan kelulusan permohonan berkenaan adalah tertakluk kepada peruntukan kementerian dan juga susunan keutamaan pelaksanaan projek berkenaan oleh Pejabat Daerah dan Tanah serta pemimpin tempatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat ADUN Beserah.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 9. Terima kasih.
[Keadaan ekonomi global yang tidak menentu telah secara langsung menyebabkan peningkatan kos sara hidup rakyat; a) Apakah langkah-langkah kawalan kenaikan harga atau tindakan pemantauan yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan?
b) Bagaimanakah pihak kerajaan memantau dan melindungi pengguna daripada dieksploitasi oleh para peniaga?
c) Berapakah jumlah kes tuntutan pengguna melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia yang telah diselesaikan di negeri Pahang untuk tahun 2018 hingga kini dan apakah kategori kes tuntutan yang tinggi?]
Assalamualaikum WBT. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada ADUN Beserah yang bertanyakan soalan… 3 soalan.
Saya menjawab persoalan yang pertama. Sebagai kerajaan yang prihatin dan serius dalam menangani kos sara hidup rakyat di masa kini, pelbagai usaha dilakukan bagi meningkatkan memastikan harga barangan berpatutan dan stabil. Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa menjalankan pemantauan, penguatkuasaan yang tegas serta konsisten sebagai langkah mengawal kestabilan harga barangan untuk keperluan rakyat terutamanya di zaman COVID. Antara tindakan yang telah diambil: Penguatkuasaan Kawalan Harga Barang Antipencatutan 2011 bagi mengawal pengambilan untung yang melampau dan tidak munasabah oleh peniaga-peniaga yang tidak beretika.
Nombor dua: Penguatkuasaan Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993 iaitu mewajibkan peniaga meletakkan tanda harga ke atas barangan yang dijual dan mempamerkan senarai harga di kedai masing-masing.
Nombor tiga: Melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bagi mengawal harga barangan keperluan musim perayaan tertentu terutamanya musim Raya Haji, Raya Puasa, Deepavali, Tahun Baru Cina, Pesta Gawai, Pesta Keamatan di Sabah. Di samping itu, Kerajaan Negeri bersama agensi yang terlibat sentiasa melibatkan diri bersama dengan Kementerian Pertanian dan Asas Tani, agensi-agensi di bawahnya iaitu Veterinar, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Lembaga Pemasaran Pertanian FAMA sentiasa berbincang mempastikan libat urus mempastikan barang-barang keperluan harian mencukupi di pasaran.
Menjawab soalan b), segmen b) iaitu negara sedang mengamalkan sistem pasaran bebas. Walau bagaimanapun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif bagi mengawal kenaikan harga barang di dalam negara sekali gus mengelakkan eksploitasi peniaga-peniaga kepada pengguna-pengguna. Antara tindakan yang diambil, menetapkan pegawai-pegawai KPDNHEP di Pahang terutama di kawasan-kawasan hotspot seperti pasar-pasar awam, pasar raya, pemborong bagi memastikan situasi bekalan barangan keperluan rakyat mencukupi.
KPDNHEP juga mengadakan OPS SURI dan juga OPS TEKO bagi tujuan memastikan pematuhan dan penandaan harga barang oleh peniaga-peniaga di pasar awam, restoran-restoran di seluruh negeri Pahang. Di samping itu juga, pemantauan juga terhadap barang dilakukan oleh secara konsisten oleh pegawai-pegawai seluruh negeri Pahang di 54 premis di pasar raya, pasar basah, pasar mini dan kedai serbaneka 24 jam.
Walau bagaimanapun, masyarakat mempunyai pertanyaan, keraguan…masyarakat boleh mengadu buat aduan di KPDNHEP melalui 8 saluran seperti berikut: Satu: hadir sendiri di 5 cawangan KPDNHEP Pahang iaitu di Kuantan, Temerloh, Raub, Jerantut dan juga Rompin. Secara detailnya, telefon nombor besok saya akan tulis secara bertulis ke Pejabat Perkhidmatan ADUN Beserah… nombor telefon dan sebagainya.
Menjawab soalan c): Pada tahun 2018 ada 153 tuntutan telah didaftar oleh Pihak Yang Menuntut (PYM) di Tribunal Tuntutan Pengguna Pahang dan semua kes-kes pada tahun 2018 telah didengar di hadapan Presiden TTPM dan penyelesaian telah dibuat. Detail juga saya akan hantar kepada er… Yang Berhormat Pusat Khidmat Beserah.
Pada tahun sembilan belas… 2019 kita ada 168 kes, 2020 kita ada 103 kes. Secara detail penerangan… saya akan secara bertulis. Kalau saya nak bacakan, panjang sebab ini sesi soal jawab. Ini bukan soal menggulung.
Barangan-barangan kes yang dituntut di Tribunal yang paling banyak sekali adalah telefon. Ada 46 telefon didaftar di Tribunal untuk dituntut oleh pengguna kepada penentang, kepada peniaga-peniaga. Kemungkinan telefon palsu, tidak ori dan sebagainya... peniaga-peniaga. Kemungkinan telefon palsu, tidak ori dan sebagainya.
IPTA dan juga IPTS ada 48 kes iaitu bayar deposit tiba-tiba nak pergi belajar tempat lain, deposit tak pulang tuntut di tribunal. Bengkel kereta ada 43 kes. Pakej Umrah dan Haji ada 37 kes. Makna penipuan er… agen, agensi-agensi pelancongan umrah dan haji. Barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya dan kita ada 35 barangan yang ditun… yang diped… yang diperdengarkan di tribunal Kerajaan Negeri Pahang. Sekian, terima kasih.
Sila.
Soalan tambahan, Dato’ Sri Yang di-Pertua, Terima kasih pihak Kerajaan di atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya adalah selalunya harga barangan ini dikaitkan secara langsung dengan harga minyak. Bila harga minyak naik maka secara serta merta boleh dikatakan harga barangan juga akan turut naik. Namun apa yang berlaku sekarang, sejak bulan, sejak awal tahun 2020, harga minyak telah turun daripada RM2.50, RM2.40 sekarang dah tinggal RM1.60, RM1.70 tapi tidak ada gerakan harga penurunan harga dipasaran. Harga barang tetap kekal macam masa harga minyak mahal.
Jadi, apakah langkah ataupun tindakan pihak Kerajaan supaya ianya memberi keuntungan kepada pengguna, kepada rakyat ini? Bila harga minyak turun, peniaga-peniaga pun turut sama adakah peraturan ataupun tindakan yang boleh diambil oleh pihak Kerajaan menuntut peniaga turunkan harga. Ikut harga minyak. Kalau dia naik harga memang dia akan bagi alasan harga minyak mahal tapi bila minyak murah, dia tak turun harga peniaga ni. Minta penjelasan Kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih kepada ADUN Beserah. Harga petrol naik, harga barang naik. Harga minyak turun, harga barang tak turun, hah… ni masalahnya. Kalau, ialah harga minyak turun harga barang pun tak turun. Harga minyak petrol naik harga barang naik. [Ahli Dewan ketawa]. ADUN Beserah ni orang muda, maknanya masa turun pun dia tak turun, tak turun.
Di Malaysia, barang-barangnya bergantung kepada permintaan dan juga penawaran. Kalau permintaan tu berlebih harga kurang maka harga akan naik. Kalau penawaran tu berlebih macam durian Musang King berlebih, permintaan kurang maka harga akan turun.
Tetapi ini selalunya walaupun Musang King tu banyak di pasaran, harganya tetap naik. Itu jadi masalah sekarang. Pertama sekali saya melihat ketika harga naik, barang naik kerana transport kerana transport tetapi bila harga turun, barang tak turun kerana peniaga dia membeli barang stok ni ketika harga naik. Ketika harga naik dia beli barang. Hah… barang tu masih ada di kedai dia, maka dia terpaksa menjual dengan harga ketika dia beli, ketika harga naik walaupun harga petrol turun ketika itu.
Kementerian, Kerajaan Negeri sebarang Kementerian tidak boleh mengawal sepenuhnya harga barang-barang ni tetapi kita boleh memantau…
Yang Berhormat, Yang Berhormat daripada Pulau Tawar…
Yang Berhormat, Menteri Besar minta laluan…
Minta laluan. Saya ingat er…berkaitan dengan harga ni Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, adalah kaitan dengan supply dengan demand tetapi yang… yang lebih lagi kepastian kita ingin mengawal dengan cara yang lebih berkesan penguatkuasaan tapi penguatkuasaan kadang-kadang tidak cukup tenaga. Jadi, er… selain daripada itu pula, hukuman ataupun denda yang kita kenakan adalah tidak begitu menakutkan.
Saya masih ingat lagi masa saya… pengalaman saya dalam BERNAS, kita menghadapi masalah apabila kenaikan harga walaupun Kerajaan telah menetapkan er… super 5 tidak ada kawalan harga tetapi super 5 tu, makna kandungan hancur dalam beras panjang, yang hancur 15% yang tu tidak dikawal tetapi harga tu pun masih dinaikkan oleh pihak er… penjual terutama dalam jualan runcit. Jadi, kita bincang, kita panggil kawal selia daripada Kementerian Pertanian. Jadi, antara yang dikemukakan adalah kenapa ini tidak dapat dikawal ialah kerana penguatkuasaan dan dalam masa yang sama denda yang dikenakan pun tidak menakutkan sedangkan mereka boleh er… boleh mendapat keuntungan yang lebih tinggi.
Jadi, er… untuk mengawal harga ni dia terlalu subjektif, banyak mekanisme dia tetapi salah satunya ialah penguatkuasaan itulah. Tetapi masalahnya tenaga tak cukup pula KPDNKK. Jadi, kita mintalah dalam Dewan yang mulia ini supaya KPDNKK er… di bawah er… Yang Berhormat daripada Pulau Tawar juga supaya memperhebatkan penguatkuasaan kalau sekiranya berlaku kenaikan harga yang di luar er… yang keterlaluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana memberi jawapan dari segi penguatkuasaan. Kementerian walau bagaimanapun telah mengadakan beberapa OPS RANTAI, OPS SURI, OPS TEKO. OPS RANTAI maksudnya Kementerian check harga di pasar…di peringkat pengeluar lagi. Umpama keluar…sayur keluar daripada Cameron Highlands berapa? Daripada kebun Cameron Highlands sampai kepada pemborong siapa?
Sampai kepada peruncit berapa? Sampai di pasar berapa? Dijual di pasar berapa? Kita check itu dipanggil OPS RANTAI. Hah… itu jaw… penguatkuasaan yang dijalankan oleh… oleh Kementerian Hal Ehwal Pengguna. Sekian terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Sikit. Terima kasih er… Pihak Kerajaan di atas jawapan tersebut. Saya bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar soal penguatkuasaan. Namun er… yang paling utama bagi saya adalah Pihak Kerajaan di bawah KPDNHEP ini perlu memperhebatkan pendidikan konsumerisme ini, kepenggunaan kerana berdasarkan apa yang dijawab tadi harga barangan juga adalah tergantung kepada faktor penawaran dan juga er… permintaan. Maka pengguna yang meminta ini perlu diberikan pendidikan soal konsumerisme ini. Jadi, saya nampak ini kelemahan yang ada, yang boleh dipertingkatkan kempen-kempen kepenggunaan semua peringkat boleh dilancarkan oleh Pihak Kerajaan. Terima kasih.
Insya-Allah YB., saya akan mengarahkan jab… portfolio agensi bawah saya melaksanakan cadangan YB. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, soalan terakhir pada pagi ini saya menjemput Yang Berhormat ADUN Bilut.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 10.
[Isu papan tanda Jawi.
1.1 Adakah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) serta bangunan kesatuan-kesatuan Cina dikecualikan daripada kewajipan untuk memasang papan tanda jawi.
1.2 Sila menyenaraikan bilangan saman yang dikeluarkan sejak pelaksanaan garis panduan papan tanda Jawi berdasarkan daerah dan bandar?
1.3 Apakah butiran kesalahan yang telah dilakukan oleh peniaga-peniaga yang menerima saman tersebut?]
Assalamualaikum WBT. Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan, terima kasih Bilut. Er… isu tulisan Jawi ni dah basi sebenarnya tapi dibangkitkan lagilah semula oleh Bilut. Untuk makluman Ahli Jawatankuasa, er… Ahli-ahli Dewan er… tulisan Jawi ni diwajibkan di semua papan-papan tanda premis perniagaan er… di negeri Pahang er… tidak er… termasuk juga pertubuhan-pertubuhan kecuali rumah ibadat. Itu yang kita syaratkan dalam syarat lesen er… mulai 01.01.2020 er… dan untuk makluman juga sehingga kini sehingga 30 September sebanyak 198 kompaun telah dikeluarkan oleh PBT er… seluruh Pahang.
Pecahan kompaun mengikut PBT adalah Majlis Perbandaran Kuantan paling banyaklah, 115, Bentong, 11, Majlis Daerah Maran, 4, Majlis Daerah Rompin, 24 dan Majlis Daerah Raub, 44. Er… manakala lain tidak mengeluarkan notis dan memberi memberi makluman sahajalah.
Untuk makluman, pengeluaran kompaun ni bukan sahaja kepada er… syarikat-syarikat individu tetapi juga kepada beberapa GLC yang telah kita kenal pasti yang gagal untuk memasang tanda tulisan Jawi dan er… PBT juga akan mengeluarkan notis. Ini tertakluk dalam syarat lesen ya er… di mana er… semua papan tandalah er… mesti di… disediakan tulisan Jawi yang telah ditetapkan.
Dan saya pun dapat aduan peringkat awal dulu mengatakan apabila papan tanda diturunkan untuk menggunakan tulisan Jawi, feng shui tak bagus ya dan ada juga mengatakan bahawa kos untuk menulis tulisan Jawi. Kerajaan Negeri tidak pernah menya… mengarahkan papan tanda diturunkan, tak ada. Taruk saja tulisan Jawi, boleh ditampal dan tidak pernah juga untuk membuat papan tanda baharu kerana nak buat tulisan jawi. Tak perlu ya, murah sahaja.
Jadi, alhamdulillah tengok perkara ini banyak… banyak telah diambil tindakan oleh peniaga-peniaga er… dan dikompaun ni bukan sahaja orang bukan Melayu ya, orang Melayu sendiri yang tak masuk pun ada. Kita tak kira, Melayu tak Melayu mesti ada tulisan Jawi pada papan iklan ya. Jadi, saya rasa tulisan Jawi ni tidak ada masalah dan dapat dilaksanakan setakat ini dengan baiknya di negeri Pahang. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
YB. Bilut, Bilut.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Soalan tambahan pertama saya adalah, adakah kerajaan menimbang untuk mengecualikan kewa er… kewajipan untuk memasang papan tanda tulisan Jawi? Bagi… yang kedua, adakah banner yang er... bukan komersial perlu mengadakan tulisan Jawi? Sebagai contoh, banner NGO er... untuk hari perayaan. Sekian, terima kasih.
Sebenarnya tiada masalah. Yang kita kecualikan cuma rumah ibadat bukan Islam. Kalau kita pergi negeri Arab, disko dia tulisan Jawi, Casino dia tulisan jawi, dia masih Casino tulisan Jawi. Tiada masalah tulisan Arab, tulisan Jawi ni bukan menggambarkan Islam ya, tulisan Jawi adalah budaya Melayu dan budaya orang Arab. Kebetulan dulu kita perjanjian-perjanjian dengan British dulu pun menggunakan bahasa tulisan jawi tiada masalah.
Soalan tambahan.
Ya.
Tuan Speaker, Bolehkah saya minta penjelasan daripada kerajaan bahawa tulisan Jawi itu nak letak selaras dengan kategori ataupun nama signboard kerana ini mencetus kekeliruan di kalangan peniaga-peniaga.
Saya rasa tiada keliru, dah jelas papan tanda tak kan kita nak letak atas bumbung kedai. Papan tanda yang ada boleh letak atau you nak taruk atas longkang. Papan tanda jalan dah jelas situ takde kekeliruan lagi dah kecuali you letak dalam longkang saya tak tahu lah.
Speaker saya ada satu itu, bolehkah saya tanya itu saiz macam mana? Saiz sama dengan kategori ataupun tajuk ataupun nama signboard itu.
Itu dah jelas Dato’ Sri, kita dah tetap dalam syarat-syarat lesen semua dah ada cuma peniaga ni ada acuh tak acuh sahaja ya mahu tak mahu sahaja. Nak tulis besar mana pun PBT kita semua dah maklum, PBT dah maklum tiada masalah.
Terima kasih Yang Berhormat bagi pihak kerajaan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kita selesai membincangkan sepuluh pertanyaan dan siap jawapan, saya bercadang untuk menempohkan persidangan pada pagi ini untuk minum pagi dan persidangan disambung semula pada pukul 11.15 pagi. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan pada jam 10.48 pagi]
[Persidangan disambung semula]
Sambungan Perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2021) 2020 Dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Dan Perbekalan Air 2021.Bill
Perkara Ketiga: Sambungan Perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan (2021) 2020 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2021.
Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Exco terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah SWT dapat bersama-sama dalam sidang Dewan kita pada pagi ini. Alhamdulillah dengan izin dan inayah Allah dapat lagi sekali saya menatap wajah Ahli-ahli Yang Berhormat yang cukup ceria pada pagi yang cukup sejarah [Ahli Dewan menepuk meja].
Jangan kita asyik berkelahi, Untung secupak ruginya seguni, Syukur saya kepada Ilahi, Dapat berada di sini lagi,
Untung secupak ruginya seguni, Tidak bersatu malang sekali, Lumrah hidup memang begini, Sakit sihat hidup mati kuasa Ilahi,
[Ahli Dewan menepuk meja].
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, Saya sentiasa berdoa mudah-mudahan Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa sihat walafiat, sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat apatah lagi dalam sidang kita pada kali ini yang akan menentu dan merencana kan masa depan negeri Pahang Darul Makmur. Kita ucapkan tahniah atas Bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang cukup bernas, komprehensif dan saya yakin Bajet ini akan dapat direalisasikan dengan adanya sokongan dan kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan sekalian.
Baiklah, kita masih lagi dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2021) 2020 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2021. Rang Undang-undang dan Usul ini telah dibentang pada 16 November 2020 dan dibahas pada 17 November 2020 dan perbahasan disambung semula pada pagi ini.
Saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat telah sedia maklum seperti mana yang telah disenaraikan oleh Urus Setia Dewan maka pada kali ini saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Peramu Jaya untuk membahaskan. Sila.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Tahniah kepada Dato’ Sri Yang di-Pertua menunjukkan komitmen yang tinggi. Ini bukan hendak membodek tidak tapi komitmen yang tinggi itu merupakan satu perangsang yang kuat kepada kita semua di Dewan
ini untuk meneruskan tugas-tugas kita dengan penuh dedikasi. Insya-Allah [Ahli Dewan menepuk meja].
Fokus utama Bajet 2021 iaitu untuk melonjakkan ekonomi negeri ke arah negeri berdikari. Mengikut teori ekonomi oleh J. Smith seorang pakar ekonomi dalam bukunya yang berjudul Economic Equilibrium menunjukkan apabila kiraan ekonomi iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan maka ekonomi tersebut dianggap ekonomi yang stabil dan berdaya tahan. Jelas di dalam bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar menunjukkan bahawa anggaran pendapatan pada tahun 2021 sebanyak RM800.798 juta manakala, perbelanjaan adalah sebanyak RM795.466 juta menunjukkan ada lebihan ataupun surplus sebanyak RM5.332 juta.
Meskipun geran Kerajaan Persekutuan hanya RM94.20 juta cuma melibatkan 11.7% daripada anggaran kutipan hasil tanpa bayaran royalti seperti Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri lain yang bersangkutan tetapi pembentangan bajet ini masih mampu mencipta ekonomi yang stabil. Syabas saya ucapkan. Saya percaya sebelum penyediaan bajet urusan consultancy dan penelitian terperinci telah dijalankan. Saya tidak berhasrat untuk membahaskan secara total tetapi saya yakin bahawa tema bajet iaitu Kemakmuran Negeri Manafaat Bersama mampu dicapai. Syabas bagi kali keduanya kerana kekangan dan hambatan masa saya terus pergi kepada isu kawasan saya.
Suara saya suara rakyat meskipun bukan suara keramat, hasrat saya untuk melihat rakyat setempat mendapat manfaat.
Pertama saya ingin menyentuh tentang Tanjung Agas Oil & Gas and Maritime Industrial Park bunyinya sedap sikit dalam bahasa Inggeris. Kawasan Tanjung Agas ini ialah seluas 1710.1 hektar tanah yang boleh digunakan ialah seluas 1438.3 hektar maksudnya tanah ini boleh ditebus guna seluas 271.8 hektar. Kawasan ini lebih besar daripada MCKIP iaitu Malaysia Chinese Kuantan Industrial Park peringkat satu, dua dan tiga kalau dicampur sekali baru 1,214 hektar.
Tanjung Agas Oil & Gas dan Maritime Industrial Park ini adalah berhasrat untuk menempatkan industri minyak dan gas termasuk pemprosesan minyak petrochemical dan lain-lain yang bersangkutan. Industri berasaskan marine dan pelbagai industri lain yang bersangkutan dengan minyak dan gas. Sedangkan MCKIP melibatkan industri besi dan keluli, pembuatan kertas dan tayar untuk pasaran eksport secara kerajaan… dengan kerajaan dengan izin, two countries, twin park China Malaysian Guangzhou Industrial Park.
Apa yang saya nak sentuh ialah memahami bahawa untuk membuat suatu kawasan industri mesti dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan yang ada. Saya minta maaf ini agak panjang sikit hendak menceritakan keadaan bahawa kita faham apa permasalahan sebenarnya di kawasan ini.
Pertama, infra pembangunan infrastruktur termasuk jalan sepanjang 16 kilometer, jambatan, pemasangan lampu jalan serta kerja-kerja mekanikal telah siap sepenuhnya pada Julai 2011. Manakala bekalan letrik yang melibatkan pembinaan pencawang masuk utama siap pada tahun 2017. Sambungan bekalan 35.6 Megawatt telah disambungkan oleh TNB pada Oktober 2019.
Bekalan air yang melibatkan pembangunan sistem bekalan air telah dilaksanakan melalui pembinaan tangki air berkapasiti 600,000 gelen dan telah siap pada tahun 2019. Bekalan air ini dirancang dan telah pun ditampung melalui pembangunan loji air Ganchong Fasa 3A oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECRDC) telah pun siap pada Julai hingga Ogos 2020.
Rangkaian jalan pula yang melibatkan jalan dua hala, satu lorong dari bandar Pekan ke Sungai Miang yang melalui kawasan ini juga bakal disiapkan menjelang 2022.
Zon industri bebas free trade zone telah pun diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Pelabuhan Tanjung Agas telah pun diwartakan di bawah Warta Kerajaan P.U(B529). EIA Report, iaitu Environmental Impact Assessment daripada Jabatan Alam Sekitar pun difahamkan telah selesai. Pelan Konsep melalui Majlis Daerah Pekan juga telah diluluskan.
Isunya, isunya yang pertama orang Pekan terutama di kawasan saya telah menunggu peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan sebanyak dua hingga tiga ribu peluang ini. Sudah 10 tahun rakyat Pekan menunggu masih belum nampak tanda industri didirikan. Walaupun saya difahamkan ada beberapa syarikat menunjukkan minat untuk melibatkan diri di kawasan industri ini seperti Textile Manufacturing Sdn. Bhd., Vantech Dockyard (M) Sdn. Bhd., Bitari Abadi Sdn. Bhd., USA Tech Marine Malaysia Sdn. Bhd., tetapi hingga hari ini kilang pun tak nampak.
Mengikut Longman Dictionary of English Contemporary …Con…Con…Contemporary English. Saya macam ADUN Pelangai silap sebut. Banyak kali kena ulang. Dia ada dua konsep ekonomi.
Yang pertama, countable economy yang boleh dikira dari segi kewangan. Yang keduanya, uncountable economics yang tidak boleh diukur melalui kewangan seperti kebahagian hidup, keselesaan hidup dan perkara-perkara yang sukar dinilai untuk didirikan dalam bentuk kewangan. Oleh itu, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri melalui LKNP dapat berusaha mempercepatkan untuk ianya menjadi realiti agar uncountable economics ini dapat dicapai demi kesejahteraan rakyat.
Keduanya, yang saya nak sentuh dalam masa yang singkat ini, hakisan pantai. Jalan 16km telah disiapkan 20.11. Sekarang sudah 20, hampir akhir 2020. Jalan telah banyak rosak di kawasan ini kerana kawasan ini terletak dengan izin open sea. Kawasan yang terbuka kepada Laut China Selatan. Lagi lama tidak diselenggarakan, kerosakan bertambah teruk dan kos baik pulih akan menjadi lebih tinggi.
Ketiganya, saya nak sentuh tentang tapak. Tapak ini terletak lebih kurang 3 boleh bayangkan ya. Tiga hingga empat kilometer di bawah paras jalan. Maksudnya jalan lebih tinggi daripada tapak. Dan masalahnya ialah kawasan ini kalau kita hendak galakkan industri harus dibuat sesuatu dari segi tambakan kerana air laut memasuki kawasan ini. Ianya memang sukar bagi pelabur untuk menerima kawasan di mana kos tambakannya begitu tinggi.
Oleh sebab itu, saya sarankan Kerajaan Negeri Pahang melalui Syarikat Pengurusan Pasir Sdn. Bhd. boleh memainkan peranan untuk membantu bagi penyediaan tapak dengan kaedah-kaedah tertentu agar pasir-pasir tempatan boleh digunakan untuk ditebus guna dan ditimbus di kawasan ini untuk membolehkan industri didirikan dengan kos yang lebih berpatutan.
Keempatnya, keperluan jalan pintas dari Sungai Miang. Ini kita boleh bayangkan bandar Pekan ke Sungai Miang, Tanjung Agas ini terletak di tepi sebelah kiri, kalau kita daripada Pekan sebelah kiri. Jadi jalan Kuantan - Pekan, jalan Kuantan – Pekan sekarang kita ada dua hala dengan dua lorong. Jalan yang sedang dibina sekarang daripada bandar Pekan ke Sungai Miang melalui kawasan ini dua hala dengan dua lorong. Dalam bandar Pekan dua hala satu lorong.
Kita boleh bayangkan kesesakan yang akan berlaku daripada besar, bottleneck, besar balik. Boleh bayangkan. Itu sebabnya saya terperanjat apabila saya jadi ADUN Peramu Jaya. Dua
tiga tahun ini saya lihat ianya lebih apa yang kita katakan istilahnya sesak. Saya pernah tinggal di Lembah Klang tak rasa sesesak jalan di Pekan, kerana jalan itu sempit terutama sekali pada musim perayaan. Jadi, oleh itu, saya berharap jajaran jalan pintas perlu diadakan dan memohon jasa baik Kerajaan Negeri untuk menyokong agar projek ini dapat dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dengan kos lebih kurang RM250 juta. Akhir kalam, saya rasa saya menepati masa Dato’ Speaker.
Yang Berhormat.
Pantun terakhir. Dato’ Sri MB tiga. Saya dua cukuplah ya.
Pembentangan bajet kali ini, Melonjakkan ekonomi ke arah berdikari, Dengan perasaan rendah diri, Saya mohon menyokong bajet ini.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum WBT.
Baru satu pantun Yang Berhormat. Dua dah. Baik, terima kasih Yang Berhormat Peramu Jaya. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Beserah. Sila.
Bismillahirrahmanirrohim. Assalamualikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya ucap tahniah di atas kesihatan yang dikurniakan dan dapat bersama-sama mengikuti sidang Dewan kali ini. Terima kasih juga kerana memberikan peluang kepada saya terlibat sama di dalam membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (2021) 2020 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Isnin yang lalu.
Dalam Dewan ini kita melihat suasana yang ada dalam negeri Pahang dan situasi yang dialami oleh negara kita pada ketika ini memberikan sedikit perasaan teruja kepada diri saya terutama sekali kerana di kebanyakan negeri-negeri sekarang ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB kecuali negeri Pahang, Kelantan dan Perlis. Sesungguhnya apa yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan apa yang telah dilaksanakan oleh frontliners di seluruh negeri Pahang seharusnya mendapat sanjungan, penghormatan dan pujian daripada seluruh rakyat negeri Pahang.
Oleh itu, Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon izin untuk kita Ahli-ahli Dewan merakamkan penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua barisan hadapan kita yang telah menjaga negeri Pahang sehingga kita berada pada tahap tidak ada jangkitan pada hari ini. Boleh saya mohon izin Yang di-Pertua, kita sama-sama berdiri Ahli-ahli Dewan dan kita beri satu tepukan gemuruh kepada seluruh frontliners negeri Pahang [Ahli Dewan menepuk tangan]. Terima kasih Dato’ Sri.
Kita juga ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana telah memberikan tindak balas atau pun maklum balas yang sangat baik dan positif di dalam membantu rakyat ketika
mengalami pandemik COVID-19. Sebanyak 22 inisiatif telah diberikan kepada rakyat yang terlibat yang terkesan dan melibatkan…
Yang Berhormat Yang di-Pertua…
Ya, sila.
Boleh minta laluan. Tadi Wakil daripada Beserah kita bagi tepukan kepada frontliner tapi saya juga nak mengambil kesempatan untuk saya apa namanya memberikan tepukan kepada Kerajaan Negeri kerana berjaya mengawal COVID selama 14 hari, tidak ada satu kes pun di Malaysia [Ahli Dewan menepuk meja]. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat dan juga Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri yang mengemudi ya, jawatankuasa kita.
Terima kasih. Sila Beserah.
Terima kasih Wakil Kerajaan. Saya baru nak sebut tadi [ketawa]. Saya baru nak sebut tahniah Kerajaan Negeri kerana dengan inisiatif ini, tapi tak apalah. Wakil Kerajaan telah daripada Lanchang telah melaksanakannya. Tak apa. Tapi apa yang kita perlu lihat, sebagai rakyat negeri Pahang, tagline yang kita sedang cuba untuk usahakan kali ini #Kitajagakita adalah merupakan satu tagline yang bukan sahaja untuk kegunaan kita berdepan dengan COVID-19 tetapi tagline #Kitajagakita juga perlu dilihat dari sudut dan… dan juga aspek yang lebih holistik, lebih menyeluruh. Di mana kalau kita menggunakan tagline ini secara menyeluruh, kita dapati bahawa rakyat negeri Pahang ini bukan sekadar jaga diri dia tapi jaga negeri dan juga jaga keamanan dan kesejahteraan rakyat.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, minta laluan sikit lagi.
Ya. Yang Berhormat.
Saya setujulah kita jaga kita. Sebab itulah jangan kita sibuk-sibuk kita jaga orang tak boleh. Kena kita jaga kita, er…saya setuju itu. Terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Terima kasih err…sebenarnya kita belum selesai di dalam peperangan er...kita berdepan dengan pandemik COVID-19 ini. Kita harus melihat cabaran yang lebih besar di masa depan dan juga pasca COVID-19 ini. Yang mana bukan sekadar kita menjaga kesihatan tetapi kita
akan berdepan dengan cabaran ekonomi, berdepan dengan cabaran sosial, kebudayaan dan pelbagai aspek kehidupan yang lain.
Sebab itu pembudayaan norma-norma baharu yang terbit daripada pandemik COVID-19 ini. Perlu kita dapati dan kita hayati dengan sesungguhnya kerananya bakal memberi satu perlindungan untuk kita dari sudut kesihatan tetapi memberikan satu er… perkara kebudayaan baharu dalam sudut kita bersosial, berkomunikasi dan bermasyarakat.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Dalam masa yang sama aspek kesihatan juga kita lihat negeri Pahang ini. Kita perlu ada sedikit er… awasan terhadap wabak denggi terutama sekali di kawasan Kuantan dan dikawasan di tempat saya. Kerana kalau kita tengok kes er… kes COVID-19 di negeri Pahang 395 kes menyebabkan seramai 7 kematian. Tapi wabak denggi kita ada 8 kematian pada tahun ini. Bermakna dari sudut bahaya, dari sudut ancaman kedua-dua ini sama.
Namun penekanan kepada pencegahan wabak denggi walaupun sekian lama er… pihak Kementerian Kesihatan berusaha untuk memberikan kesedaran dan juga untuk mengekang penyebaran wabak ini masih lagi tidak dapat, tidak mampu untuk memberikan budaya baru. Untuk jaga diri sendiri, keluarga dan masyarakat daripada terus diserang oleh wabak denggi ini. Jadi, saya harap penekanan yang kuat juga perlu diberikan kepada satu lagi wabak yang sama bahaya dengan COVID-19 dan lebih lama telah berada dalam masyarakat kita ni.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Pembentangan Bajet oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Isnin yang lalu telah mengangkat tema “Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama”. Saya melihat ini sebagai satu tema yang seiring dan merupakan kesinambungan kepada apa yang telah dibentangkan di peringkat pusat atau di persekutuan, dan saya yakin daripada usaha-usaha yang telah dirintis oleh pihak Kerajaan Negeri selama ini.
Apa yang telah dihasratkan melalui pembentangan belanjawan tersebut bakal direalisasikan pada 2021. Buktinya jelas apabila kita melihat peningkatan hasil negeri secara konsisten telah meningkat dengan lebih baik. Contohnya, pada tahun 2018 Kerajaan Negeri telah mencatatkan hasil sebanyak RM647 juta.
Sekarangnya mencatatkan lebihan sebanyak RM13.94 juta. Peningkatkan tersebut telah dicatatkan pada 2019 dengan kutipan hasil sebanyak RM847 juta dan mencatatkan lebihan terbesar RM191.3 juta dan pada tahun 2020 dijangka mencapai sasaran yang telah ditetapkan sebanyak RM744 juta dan dijangka lebih daripada sasaran tersebut dan kembali mencatat RM800 juta anggaran pada tahun 2021. Konsistensi inilah yang kita harap dapat memberi dan membantu negeri kita ini melonjakkan ekonominya dan terus menjadi negeri yang berdikari terhadap sumber dan juga kemakmuran dalam kita ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga telah merangka tiga strategi utama dalam pembentangan bajet beliau untuk mecapai hasrat Belanjawan 2021, dan strategi tersebut melonjakkan ekonomi ke arah negeri berdikari, memperkasakan perkhidmatan dan modal insan, mensejahterakan kehidupan rakyat. Dilihat merupakan satu foundation, satu batu asas telah diletakkan oleh Yang Amat Berhormat Kerajaan Negeri untuk mempastikan pada tahun 2021.
Kita mampu keluar sebagai negeri yang boleh berdikari dan menuju ke arah negeri maju pada tahun 2025. Ini adalah merupakan hasrat yang lebih besar yang perlu di dukung. Bukan sekadar, bukan setakat penjawat-penjawat awam tetapi juga oleh seluruh rakyat serta perlu
diberi kefahaman kepada seluruh rakyat supaya bersama-sama membantu melonjakkan ekonomi supaya rakyat juga mendapat manfaat daripada lonjakan tersebut.
Kerajaan juga telah memberi fokus kepada sektor-sektor berpotensi untuk dimajukan pada tahun 2021. Jika kita lihat kepada kadar pertumbuhannya, ada dalam negara ini pada masa ini sektor-sektor yang boleh memberikan potensi atau keber… berkembang dengan baik adalah terbatas atau terhad. Banyak sektor-sektor yang mengalami pengucupan ataupun pertumbuhan negatif pada tahun 2018 dan 2019.
Maka kita mengharapkan Kerajaan Negeri melihat dan memberi tumpuan kepada sektor-sektor yang boleh membantu memperkembangkan kepada ekonomi itu sendiri. Antara sektor yang menunjukkan perkembangan dan pertumbuhan baik adalah sektor pertanian. Telah melonjak perkembangan dari 1.5% pada tahun 2018 kepada 3.5% pada tahun 2019.
Maka, sektor pertanian menjanjikan potensi yang besar untuk dimajukan sebagai sektor tumpuan dan saya bersetuju dengan er… sahabat daripada Jengka. Yang Berhormat Jengka menyatakan bahawa sektor pertanian ini harus diberikan penekanan kerana kita ada tanah yang luas. Kita boleh tumpukan kepada komoditi yang lain. Selain daripada sawit dan getah. Kita perlu tumpukan kepada komoditi-komoditi yang bernilai tinggi supaya dia boleh berikan pulangan kepada negeri dan berikan peluang juga kepada rakyat negeri ini.
Sektor perlombongan juga mencatatkan peningkatan yang baik. Maka perlombongan dan pengkuarian ini juga kita ada… ada kelebihan advantage, dengan izin Yang di-Pertua. Kita ada kelebihan er… sebab Pahang ada banyak er… mineral, bahan galian yang boleh kita boleh ambil peluang untuk membantu melonjakkan lagi. Perlombongan telah mencatatkan peningkatkan sebanyak 4.2% pada tahun 2009,2019. Berbandingkan dengan -5.5% pada 2018. Ini menunjukkan potensi yang ada pada perlombongan yang boleh kita ambil peluang ini dan dapat berikan tumpuan supaya boleh membantu melonjakkan ekonomi negeri ini.
Saya bersetuju dan bertepatan dengan langkah itu kerajaan telah mengujudkan Pelan Perindustrian dan Pembangunan Pahang 2020 hingga 2025, yang fokus ini kepada sektor-sektor berpotensi melakarkan hala tuju dan juga menggariskan beberapa panduan serta apa yang perlu dibuat untuk mempastikan pembangunan perindustrian dapat dijalankan dengan baik. Namun begitu saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan.
Cadangan untuk menubuhkan Pelan Pembangunan IKS pada tahun ini. Adakah ia satu pelan berasingan dengan Pelan Pembangunan Perindustrian? Jika ianya satu pelan pembangunan yang sama seiring, kenapa perlu ditubuhkan lagi Pelan Pembangunan IKS? Kerana kita sudah ada Pelan Perindustrian dan Pembangunan negeri. Kita patut rangkumkan kedua-duanya sekali supaya, sebagai seiring supaya tidak ada redundancy, dengan izin. Tidak ada pertindihan dari sudut fungsi dan tanggungjawab er… kedua-dua majlis ini.
Penubuhan Majlis Perindustrian Negeri juga perlu dilihat kepentingannya. Sekiranya ia bertindih atau pun ada pertembungan kepentingan antara kedua-dua ini. Ianya perlu dilihat samada perlu atau tidak ditubuhkan Majlis Perindustrian Negeri. Namun kalau sekiranya dengan tertubuhnya Majlis Perindustrian Negeri ini mampu memberikan satu lonjakan baru kepada Pelan Pembangunan Industri, kita alu-alukan penubuhan Majlis Perindustrian Negeri Pahang ini.
Tuan Yang di-Pertua, Semangat yang dibuatkan… dikuatkan dengan peruntukan dan Kerajaan Pusat untuk memberikan peruntukan yang baik kepada er... peruntukan sebanyak RM45 juta kepada pembaikan bekalan air di kawasan Perindustrian Gebeng sangat-sangat saya alu-alukan
kerana kawasan perindustrian ini adalah kawasan tumpuan pembangunan perindustrian di kawasan Kuantan ini sendiri termasuklah, terutama sekali di DUN Beserah.
Gangguan bekalan air yang sekian lama dialami oleh penduduk sekitar akibat daripada keperluan dan juga permintaan air yang begitu tinggi di kawasan perindustrian keutamaan diberikan menjejas keperluan harian penduduk sekitar kerana keutamaan mestilah diberikan kepada industri yang besar-besar dan ianya harus dilihat sebagai satu er... satu usaha atau pun satu isyarat yang baik diberikan oleh kerajaan untuk membangunkan perindustrian dan menjadikan industri sebagai satu batu lonjakan ekonomi negeri.
Selain daripada air, kita juga mengharapkan Pihak Kerajaan melihat keperluan lain di kawasan perindustrian Gebeng ini dan juga perlukan tumpuan dan juga fokus untuk ditambah baik. Jalinan jalan raya yang sentiasa bermasalah, keselamatan jalan raya itu sendiri, jaringan internet, liputan internet di kawasan tersebut dan begitu juga dengan liputan sistem telekomunikasi yang… yang lain.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Tumpuan bajet yang ketiga dalam strategi ketiga adalah untuk mensejahterakan rakyat. Saya menyanjung tinggi hasrat Kerajaan Negeri dengan menubuhkan Bantuan Prihatin Pahang 2021. Jumlah peruntukan yang diberikan dalam Bantuan Prihatin Pahang melebihi RM18 juta dan meliputi seluruh lapisan masyarakat daripada warga emas, OKU, kenaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Imam-imam, Bilal, Siak, bantuan juga kepada Tok Batin, kepada JKKK. Kesemua ini adalah merupakan satu petanda bahawa keprihatinan yang diberikan oleh kerajaan, melampaui atau melangkaui sebarang latar belakang idealogi dan sebagainya.
Ini hasrat yang… yang kita harus sanjungi bersama namun harapan saya semoga melihat jugak keperluan untuk kita beri bantuan kepada siswa-siswi anak Pahang yang belajar di IPT yang juga tidak disebut atau disentuh dalam Belanjawan Pusat, juga kita perlu lihat kalau Kerajaan Negeri ada keprihatinan yang lebih sedikit untuk membantu siswa-siswi anak Pahang yang belajar di IPT dan IPTS untuk membantu mereka beri insentif-insentif yang boleh menceriakan mereka menyambung pelajaran selepas ini.
Begitu juga saya menerima jugak beberapa permintaan daripada Imam-imam, Bilal, supaya jika ada sedikit sentuhan keprihatinan untuk menilai semula elaun yang mereka terima untuk kita pastikan mereka dapat hidup dengan lebih baik, sejahtera dan juga mereka ceria dalam melaksanakan tugas mereka.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Di kawasan... begitu juga kita menyanjung tinggi dan mengharapkan agar hasrat kerajaan untuk membantu rakyat yang terkesan akibat ditimpa bencana COVID-19 ini dapat diteruskan dan penubuhan akaun Amanah Bencana Negeri jugak adalah merupakan satu langkah yang baik untuk kita, sebagai langkah berjaga-jaga dan menabung bagi tujuan er... untuk membantu mereka yang ditimpa bencana. Kita ucap terima kasih kepada seluruh penjawat awam yang telah menyumbang, potong gaji mereka daripada bulan April sampai bulan September untuk menyumbang dalam Akaun Bencana Negeri.
Kita ucap terima kasih dan pujian kepada barisan Exco Kerajaan Negeri telah bersetuju potong elaun mereka er... gaji pokok mereka 10% bermula bulan November hingga bulan Januari 2021. Atas hasrat yang sama kebaikan dan kebajikan bersama untuk rakyat dan negeri Pahang, saya bagi pihak rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti PAS, dengan ini juga mengumumkan bahawa kami bersetuju untuk memotong gaji pokok kami 10% [Ahli Dewan tepuk meja] bermula bulan November 2020 hingga bulan Januari 2021.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Akhir sekali beberapa perkara yang perlu jugak saya sentuh di kawasan saya, yang pertama sekali dimusim tengkujuh ini, kita bersiap untuk berdepan dengan banjir dan memang kawasan yang selalu dihadapi banjir, perlu mengadakan persiapan yang… yang rapi. Cuma saya ingin me… menyatakan sedikit kekecewaan terhadap apa tindakan yang telah kita buat untuk membantu rakyat daripada…
Yang Berhormat, masa dah cukup Yang Berhormat. Mungkin saya bagi satu minit lagi untuk menggulung. Terima kasih.
Satu minit ya, terima kasih Dato’ Sri, last ni. Di kawasan yang banjir ni, ini saya perlu beritahu, er... banyak longkang, parit yang tidak diselenggara dan tidak diselenggara lebih daripada lima tahun. Tapi bila kita mintak diselenggara, jawapan dia sangat menyedihkan dan jawapan ini dah jadi klise, “Tak ada bajet”. Jawapan yang diterima tak ada bajet ini saya boleh… boleh terima kalau ianya tidak dirancang. Ianya benda yang berlaku secara tiba-tiba. Tapi kalau routine maintenance kerja-kerja yang memang kena buat, jawapan tak ada bajet sekali boleh terima, tapi kalau tiap-tiap tahun jawapan tak ada bajet, saya anggap itu bukan jawapan. Saya anggap itu sebagai satu melepaskan diri sahaja.
Jadi, saya harap tumpuan dan juga kerja-kerja yang rutin ini, kerja-kerja yang terpaksa buat secara berkala ini, tidak ada lagi alasan tak ada bajet untuk masa yang akan datang. Sebab longkang, parit ni memang kena maintain. Memang kalau tidak dia akan jadi punca penyebab antara banjir yang mudah berlaku dan cepat kerana kita tidak maintain perkara ini. Jadi, saya harap ianya diberikan sedikit perhatian dan tumpuan bagi kita menyelesaikan perkara ini.
Jadi, itulah daripada saya Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
[Ahli Dewan menepuk meja].
Terima kasih, Beserah. Seterusnya saya jemput wakil daripada Pulau Manis. Sila.
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri’ Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Bajet 2021 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada hari Isnin bersamaan 16hb November 2020 yang lalu.
Pertamanya, saya merakamkan ucapan syukur kepada Allah SWT kerana memberikan Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker kesihatan, tubuh badan dapat sama-sama semula ke dalam Dewan ini bagi memimpin kami untuk meneruskan Persidangan di Dewan pada Penggal Yang Ke-3 ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Timbalan Speaker yang menjalankan tanggungjawab semasa Yang Berhormat Dato’ Sri tiada, dengan begitu baik sekali, lancar dan juga kemas.
Seterusnya, setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Sri Wan Mohd Razali er.... Wan Rosdy, yang telah berjaya membentang sebuah bajet yang sangat prihatin kepada rakyat. Sesungguhnya jiwa Yang Amat Berhormat Menteri Besar
adalah seseorang yang berjiwa rakyat. Ini dibuktikan bukan sahaja dalam pembentangan bajet pada hari Isnin yang lalu, tetapi juga kepada apa saja permasalahan yang kita bawa kepada beliau, Yang Amat Berhormat Menteri Besar sentiasa tidak menghampakan, dan sentiasa melihat bahawa kepentingan rakyat menjadi keutamaan di dalam kerja-kerja yang beliau laksanakan. Terima kasih Dato’ Sri Menteri Besar dan tahniah.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Kita telah dibentangkan dengan bajet yang bertemakan Kemakmuran Negeri Manfaat Bersama dan dengan tiga teras strategi iaitu melonjakkan ekonomi ke arah negeri yang berdikari kemudian memperkasakan perkhidmatan dan modal insan, dan yang ketiganya memberi kesejahteraan atau mencari kesejahteraan untuk rakyat Pahang.
Anggaran yang telah dinyatakan dalam bajet tersebut iaitu jangkaan bahawa kita boleh mengutip hasil sebanyak RM800.798 juta dan kita telah merancang untuk menguruskan perbelanjaan pada tahun 2021 nanti sebanyak RM795.466 juta maka terdapat lebihan sebanyak RM5.332 juta. Ini menunjukkan bahawa apa yang telah dirancangkan oleh pihak kerajaan adalah satu perancangan yang sangat berhemat.
Di antara perkara yang menjadi titik yang akan dilaksanakan oleh kerajaan apabila kerajaan mengumumkan bahawa… bahawa kerajaan telah menyebut akan mengujudkan Majlis Pembangunan Wilayah Pahang Barat Plus iaitu melibatkan beberapa daerah seperti Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Raub, Bentong dan Bera. Saya ingin merakamkan tahniahlah kepada daerah-daerah tersebut yang mana mudah-mudahan akan berlaku kepada daerah Kuan… seperti yang berlaku kepada daerah Pekan dan Kuantan, yang telah pun mengalami er... Pembangunan Wilayah Pantai Timur.
Pembangunan Wilayah Pantai Timur yang melibatkan daripada Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang yang sebelah timur sehinggalah kepada Mersing di Johor telah menampakkan pembangunan melalui ECERDC, dan saya ingin menyatakan di sini bahawa walaupun kita telah diumumkan dengan er... satu majlis pembangunan tersebut di Pahang Barat tapi walau bagaimanapun apa yang berlaku di Pahang Timur ini kita tidak boleh abaikan.
Saya mengambil contoh perkara yang sedikit tersentuh di dalam DUN saya ataupun di dalam Parlimen Pekan ialah dengan wujudnya agropolitan. Agropolitan yang diwujudkan iaitu melibatkan kepada rakyat di mana saya mengambil contoh di Tanjung Batu, Nenasi didirikan agropolitan yang membabitkan penempatan rakyat berkelompok dan ada sampingannya tanaman sawit. Di DUN Pulau Manis agropolitan yang diwujudkan 100 buah rumah dengan menempatkan 100 buah keluarga dan projek yang diberi sampingannya ialah ternakan kambing.
Di Agropolitan Runchang juga menjalankan ternakan kambing. Jadi, sekarang perkara yang berlaku ialah apabila kerajaan Pakatan Harapan yang diberikan mandat, 22 bulan yang lalu mentadbir negara kita telah hadir ke Agropolitan Lepar dan membuat semakan bahawa bahawa ternakan kambing sebanyak 3500 ekor pada masa itu dengan petugas yang mengendalikannya seramai 80 keluarga dianggap tidak memberi pulangan ekonomi kepada hasil yang akan dicapai.
Jadi, sekarang ini saya nak maklumkan bahawa seperti yang disebut oleh sahabat tadi iaitu kita tak nampak ada perkara kebahagiaan boleh kita cara melalui dengan wang ringgit, tapi ada kebahagiaan yang boleh kita tunjuk dengan wang ringgit yang nilah yang berlaku, yang nilah yang telah dijanakan oleh kerajaan Barisan Nasional dulu. Maksudnya walaupun kambing 3,500 ekor dengan ada pengembala seramai 80 orang tetapi tujuannya ialah nak menempatkan, menempatkan sekumpulan manusia yang tidak ada rumah supaya diberikan rumah dan diberikan pekerjaan dan sedikit elaun.
Hah, inilah tujuannya tapi kerajaan Pakatan Harapan sehingga nak melaksanakan pembuangan pekerja. Jadi, saya nak maklumkan di dewan ini tolong ambil perhatian pekerja-pekerja di situ telah diberi amaran diberitahu bahawa ada pembuangan akan berlaku baik di Lepar mahupun di Runchang dan juga di Tanjung Batu. Hah, itu yang pertama.
Yang kedua… yang kedua iaitu berkaitan dengan er… tanah kelompok RTK saya terpaksa cerita benda yang ada di kawasan saya, sebab apa, saya tak ada FELDA tapi saya ada FELCRA. FELCRA memang begitu banyak sekali yang kita majukan untuk rakyat di mana rakyat akan memiliki tanah yang tanahnya tidak dikendalikan oleh rakyat tetapi dikendalikan oleh satu agensi yang kita lantik dan rakyat akan menerima manfaat hasil tahunan yang akan diberikan daripada projek yang dilaksanakan tersebut.
Jadi, saya nak maklumkan di sini ialah projek itu sangat bagus. Projek itu memberi pulangan kepada rakyat tiap-tiap tahun, apabila pada hujung tahun rakyat yang menjadi peserta FELCRA. RTK ini tadi orang kata bolehlah pergi ke kedai untuk beli baju baru anak sekolah, nak beli baju apa ni kasut sekolah dan nak beli sedikit peralatan. Memang sangat bagus tetapi yang menjadi keluh kesah rakyat sehingga dalam majlis perjumpaan yang diadakan bersama saya ialah menyebut, menyebut terlalu lama.
Ada rancangan-rancangan kelompok FELCRA terlalu lama sehinggakan mereka tahu sebab projek ini sekarang ini jalan ada di mana-mana, mereka tahu oh… ini FELCRA tetapi mereka tidak dapat lagi senarai nama, jadi, mereka… me… bercakap dengan saya beginilah Dato’ mudah saja berikan mereka surat menyatakan itu FELCRA itu mereka punya. Hah, itu adalah hak mereka.
Jadi, kalaulah berlaku sampai tanam semula, tanam semula sawit ini 20 tahun lebih tau, 20 tahun lebih baru tanam tapi kalau FELCRA usahakan 20 tahun tapi peserta yang kita letakkan tadi tidak dapat lagi hak dia, peluang dia sebagai peserta dengan hanya habuan hanya 4 ekar memang mereka sedih, sebab itulah mereka kabo tak perlulah dividen, ada ke dividen tapi dia nak surat yang menjamin bahawa tanah di situ ada hak mereka. Jadi, saya harap, amat berharaplah supaya perkara ini dapat kita selesaikan. Mudah-mudahan rakyat akan berpuas hati dengan perkara yang berlaku.
Kemudian seterusnya, berkaitan dengan isu perumahan. Isu perumahan, tahniah kerana dalam Ucapan Bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga menyebut bahawa hasrat kerajaan untuk menambah 1000 buah bagi rumah PR1MA. Saya memang sangat menyokong kerana di dalam DUN saya, Pulau Manis dan juga Inderapura memang banyak nampak projek-projek perumahan PR1MA dibangunkan, kerana di duduk… di pinggir bandar memang rakyat, suka… suka rumah-rumah, tempat tinggal dia ada di pinggir bandar, dalam bandar dia tak berapa suka dalam bandar.
Jadi, dia suka tinggal di pinggir bandar, jadi, sebab itulah DUN Pulau Manis yang belah Kuantan ni dan DUN Inderapura terutama tempat sahabat saya tadi menjadi tempat strategi untuk dibina perumahan prima. Memang sangat bagus tapi yang saya nak nyatakan di sini ialah berkenaan dengan rumah PPRT. Rakyat Pahang diperkenalkan dengan rumah PPRT, mula-mula dulu yang rumah PPRT yang boleh dibina di tanah sendiri sebab rakyat Pahang ni ramai yang tak ada rumah.
Maka, oleh kerana kemiskinan dia pihak kerajaan melalui Pejabat Daerah dan Tanah melihat bahawa kumpulan e-Kasih yang memohon ini tadi boleh kita terima, tetapi kemudian kita dapati apabila yang…dapat tadi ada pula yang tanah pun tak ada. Rumah tak ada, tanah tak ada tapi nakkan rumah jadi pihak kerajaan pada masa itu Kerajaan BN lah, bukan Kerajaan PH ya, Kerajaan BN pada masa itu buat satu program iaitu mencari sedikit tanah tersepit dan sebagainya dan bina rumah PPRT kelompok. Maka adalah rumah PPRT kelompok.
Untuk makluman, saya nak mencadangkan rupanya kita ingat selesailah masalah bila kita dah bagi dia rumah tapi dalam masa 5 atau 6 tahun ini, dia cakap pulak dah pintu, gerobok, tandas rosak, atap bocor. Hah, jadi kita pun kata pening pulak dah macam ni, dulu nak rumah kita dah bagi rumah.
Jadi sekarang ini saya ingin mencadangkan apa perkara yang telah kita bincangkan di Pejabat Daerah iaitu supaya rumah-rumah PPRT yang duduk di tanah tersepit tanah kerajaan ini tadi kita serahlah… serahlah juga kepada rakyat yang sedang menduduki rumah tersebut, sebab apa? Sebab saya melihat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengumumkan dulu kita bagi 98 buah rumah, Rumah Rakyat Pahang dan pada tahun hadapan Kerajaan Pahang berjanji lagi akan memberi lagi 98 buah rumah dan ada cadangan rakan-rakan saya menyatakan “tak cukup Dato’ Sri MB, minta tambah”.
Harap-harap Dato’ Sri MB akan tambahlah tapi itu yang kita sedang buat tapi yang telah buat iaitu rumah PPRT ini tadi. Jadi, sebab itulah saya mengesyorkan di sini bahawa rumah PPRT yang kita beri dahulu juga kita beri terus kepada mereka-mereka yang sedang menduduki.
Satu lagi rumah, Rumah Bina Negara. Hah, ini pun pening kepala Dato’ Sri Yang di-Pertua. Rumah Bina Negara 140 buah di Sri Makmur. Rumah ini tadi kita buat proses temuduga, kita buat pemilihan, kita panggil semua sekali, bank-bank yang berkenaan untuk hadir, dan sekarang ini untuk makluman, sebahagian rumah itu telah boleh diduduki. Sebahagian lagi tidak boleh diduduki kerana kunci tidak diberi oleh pihak bank atas alasan bahawa tidak ada jaminan kepada orang yang tadinya temuduga dan lulus tentang pembayaran bulanan. Jadi, sekarang, yang peliknya bil air nama dia, bil api nama dia tetapi kunci rumah tak ada. Hah, ini yang pelik. Jadi, saya berharap bahawa Rumah Bina Negara ini tadi, saya telah pun berjumpa dengan Pengurus Besar FELCRA.
Saya nak ucapkan terima kasih di atas apa ni… idea yang diberikan oleh Pengurus Besar FELCRA iaitu kita cuba sandarkan… sandarkan geran RTK kepada mereka supaya mereka diberi keyakinan oleh pihak bank dapat memiliki rumah tersebut dan untuk itu pihak Kerajaan Negeri perlulah pula menyegerakan… menyegerakan pemberian geran kepada mereka, barulah benda ini boleh berlaku. Jadi, sebab itulah di Dewan ini juga saya menyarankan supaya tindakan segera daripada pihak pengurusan FELCRA dan juga tindakan segera daripada pihak kerajaan dalam kita menyelesaikan masalah ini demi untuk rakyat.
Seterusnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, Sedikit perkara berkaitan dengan pelancongan. Walaupun DUN Pulau Manis kita lihat tidak berapa ada perkara tentang kehadiran pelancong ini tapi saya ingin memaklumkan di sini, ini idea yang dilontarkan oleh sahabat-sahabat bahawa DUN Pulau Manis terletaknya di dalam kawasan yang, kalau daerah Kuantan ini boleh dikatakan dimonopoli oleh kawasan tentera iaitu di Batu 10 dan juga Batu 9.
Jadi, daripada dua… dua ketenteraan, satu tentera darat 4 Briged Mekanize dan satu lagi tentera udara TUDM Kuantan. Ada cadangan mengatakan bahawa kita boleh jadikan ia sebagai satu tarikan pelancong iaitu dengan mengadakan di luar daripada pagar. Dalam pagar tak boleh, kerahsiaan tentera ini jadi di luar pagar kita beritahu bahawa orang sedang melalui kawasan tentera dan adakan sedikit dataran.
Jadi, mungkin pihak MPK boleh memikirkan di mana kawasan yang sesuai untuk jadikan dataran tempat berhenti untuk kita mungkin pihak tentera akan meletakkan gajet-gajet yang tertentu, barang-barang yang dah tak boleh pakai lagi dipamerkan jadi, ini semua untuk kebaikan kepada anak-anak mereka mengenali… oh… ini kereta kebal, hah ini bendanya pula yang ada berkaitan dengan tentera ya, dan berkenaan dengan kawasan yang memang menjadi lokasi kegilaan anak muda iaitu motocross er… motocross monsun drain yang
berlaku di Sri Makmur 3 tahun berturut-turut tetapi juga terputus, pun terputusnya kerana Kerajaan PH. Putus program itu tadi sebab dek Kerajaan PH. Bila dia memerintah habis tak ada bajet pun nak disalurkan ataupun nak diberikan sedikit kemesraan kepada orang-orang muda.
Anak-anak muda berkumpul di situ setiap kali bulan 12, hah itu sebab kata monsun tadi ya, dan berkumpul itu bukan sahaja anak muda Sri Makmur, bukan saja anak muda Pahang tetapi melibatkan kepada peringkat antarabangsa, daripada Singapore, daripada Thailand, daripada Philippines hadir bawa motor dan melakukan, dia bukan berlumba punya motocross ini tadi, dia hanya jalan dan dia cuba challenge antara dia dengan dia, siapa hebat untuk mendaki puncak dan sebagainya.
Jadi, perkara ini juga saya berharap pejabat pelancongan negeri dapat memikirkan bahawa kita upgrade kan balik laluan ataupun trek motocross ini tadi yang melalui Air Terjun Lata Mentagan supaya Air Terjun Lata Mentagan, 7 tingkat ini dapat diperkenalkan semula, dan seterusnya dia juga berhampiran dengan err…jeti yang telah dibina bertahun-tahun lamanya, ada di sebelah Kampung Belimbing dan ada di sebelah Kampung Kuala Mentiga sana. Dia berhubung antara Pulau Manis dengan Chini ni dia berhubung. ADUN Chini, saya nak beritahu. Jadi, maknanya sekarang ini kaedah pergi ke Tasik Chini melalui bot iaitu boleh kita menjelajah Sungai Pahang dapat dilakukan semula.
Sekarang ini tidak semuanya menggunakan jalan darat dan terus ke Tasik Chini jadi tertinggallah Kampung Belimbing yang dahulunya merupakan satu tempat kampung tradisi yang menjadi kunjungan kepada pelancong-pelancong.
Dato Sri Yang di-Pertua, Seterusnya perkara yang tak boleh saya tinggal ialah pendidikan. Ini pendidikan ini, saya ini keluarga cikgu ya memang saya sendiri pun asal cikgu, adik beradik pun ramai jadi cikgu…
Yang Berhormat Yang di-Pertua, minta laluan.
Boleh Yang Berhormat.
Saya nak merujuk kepada ADUN Pulau Manis. Saya tadi mamai tak sempat nak ikut perkembangan, dia sebut motocross tadi. Dia sebut zaman PH telah menghentikan peruntukan. Jadi, saya nak maklum kepada Pulau Manis, Kerajaan Negeri Pahang telah membelanjakan hampir RM80,000.00 untuk membuat litar motocross yang disalurkan kepada ADUN Damak di Jerantut dan kita salurkan di Rompin er… RM10,000.00.
Di apa… Damak lebih kurang RM15,000.00, di Maran baru-baru ini bersama dengan ADUN Chini kita telah bersama-sama menyertai motocross ke Bukit Tiga Dara ya? Tiga Beradik, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Juga kita salurkan RM20,000.00 untuk trek motorcross. Jadi dengan erti kata lain Kerajaan Negeri Pahang sentiasa melihat dan mesra kepada peminat-peminat motocross, terima kasih.
ADUN Pulau Manis, masa dah hampir sampai. Boleh buat kesimpulan. Gulung, menggulung sikit.
Ada 2 perkara je lagi Dato’ Sri. Tertinggal betul muka surat itu tadi.
Okey, ringkas-ringkas.
…tertinggal betul muka surat tu tadi.
Okey, ringkas-ringkaskanlah.
Ha… ringkas-ringkaslah ya. Yang pertama sekali, berkaitan dengan pendidikan. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pahang melalui Yayasan Pahang yang membangunkan Pelan Strategik Yayasan Pahang sehingga tahun 2028 ya. Kemudian kita juga tahu bahawa Yayasan Pahang merupakan sebuah yayasan yang sekarang ini sedang menjaga rakyat Pahang anak-anak untuk dalam pendidikan tidak boleh dinafikan tapi yang buat er… apa ni er...pelan strategik ni memang kalau kita lihat lagi manfaatnya kalaulah dapat dijalankan lagi bermanfaat untuk rakyat Pahang kerana apa kerana memperuntukkan RM51 juta untuk pendidikan, RM13 juta untuk komuniti dan RM1 juta untuk ekonomi.
Saya ucap tahniah kepada Kerajaan Pahang dan dengan hasrat perbelanjaan itu tadi ada hasrat. Hasratnya ialah untuk mempastikan bahawa taraf SPM negeri Pahang anak-anak Pahang yang belajar ambil SPM mendapat nombor tiga rankingnya dalam Malaysia ha kalau ini berlaku Dato’ Sri, alhamdulillah kita nak cari nombor satu macam Terengganu selalu dapat tu payahlah tapi ini kita berhajat nak dapat nombor tiga insya-Allah.
Yang kedua, nak mempastikan bahawa 80% anak yatim boleh melanjutkan pelajaran.
Yang ketiga, nak mempastikan 95% pelajar tingkatan satu masuk sahaja boleh membaca dan seterusnya nak mempastikan 10% anak Orang Asli boleh menjejak kaki ke IPT ha inilah hasrat kenapa ditubuh itu tahniah saya kepada Yayasan Pahang dibawah pimpinan…pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Tapi walau bagaimanapun…walau bagaimanapun yang saya nak sebut di sini ialah Jabatan Pendidikan Pahang yang mengarahkan kepada guru-guru supaya mengadakan… mengadakan kelas-kelas online dan sebagainya supaya jangan ketinggalan murid cuti guru tidak… guru tak cuti, guru pergi sekolah ada di sekolah sekarang ini tapi saya nak maklumkan hasilnya ini hasil yang saya dapat tak ramailah saya tak pandai buat kajian tapi saya dengar-dengar.
Saya dengar-dengar satu orang guru satu kelas zaman COVID ini 22 murid. 22 murid yang dijaga buat apa ni…kelas tuisyen kelas melalui internet ataupun online dalam 22 murid 4
orang je yang respond. Di mana pergi lagi 18 maka hasil dapatannya ialah yang 18 lagi tu sama ada dia give up kerana tiada internet di dalam kawasan rumah ataupun tiada komputer, tiada handphone.
Ha... jadi Dato’ Sri saya nak beritahu ada guru-guru yang orang kata agak minat sebagai cikgu ni sangat tebal maka oleh kerana dia dapatkan benda macam ini berlaku kepada diri dia dan murid-murid dia, dia telah berjumpa dengan pihak sekolah. Pihak sekolah tidak berani Dato’ Sri di-Pertua untuk memberi izin tetapi mujur PIBG ha sebab PIBG ni adalah ibu bapa persatuannya jadi memberilah keizinan kepada anak-anak untuk belajar… untuk belajar di mana tahu?
Dia gunakan surau, dia gunakan balai raya sebagai belajar. Saya tanya siapa tu? Budak SPM. Ha jadi yang nilah… yang nilah saya nak maklumkan di Dewan ini bahawa dalam Bajet itu juga kalau boleh… kalau boleh supaya kerajaan cubalah bagi sedikit imbuhan kepada guru-guru mata pelajaran subjek yang mengambil SPM ini tadi yang membuat kelas tambahan sukarela.
Sekarang ni kelas tambahan sukarela, ada yang buat di rumah pun ada untuk memastikan bahawa anak-anak yang ambil SPM ini tadi berjaya dalam SPM yang peperiksaannya tahun depan. Dengar cerita bulan 3 tak pernah berlaku tapi COVID yang menyebabkan jadi berlaku. Jadi, harap-harap saya bahawa kalau Kerajaan Negeri sanggup beri RM100.00 kepada murid yang mula naik tahun 1 maka bagilah juga sedikit imbuhan kepada guru-guru yang mengajar kelas-kelas tambahan sukarela ini tadi untuk negeri Pahang demi kita mencapai dan menuju ke arah SPM Pahang nombor tiga dalam Malaysia.
Okey Yang Berhormat.
Yang terakhir…
Oh, yang terakhir…
Yang terakhir saya dah janji dengan Dato’ Sri Menteri Besar iaitu berkaitan dengan Orang Asli. Saya dengar juga dari sahabat-sahabat dalam DUN ni memang saya dengar-dengar maknanya dia orang cubit-cubit je ha ini Dato’ Sri saya nak cerita sikit berkaitan dengan Orang Asli. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah mewujud dan menubuhkan Unit Hal Ehwal Orang Asli pada tahun 2019, rupanya dah tubuh dah untuk menjalankan sebagai barisan yang boleh memimpin dan mengambil tahu masalah Orang Asli dan juga menghulurkan peruntukan RM2.1 juta kepada Unit/Badan ini tadi.
Saya nak ucap tahniah kepada er…Menteri Besar yang menjalankan dan menubuhkan jawatankuasa ini. Tapi walau bagaimanapun kepada Unit ini buatlah kerja. Saya nak ambil contoh MUIP. MUIP dia jaga Orang Asli mualaf sehingga buat surau di dalam kawasan perkampungan. MUIP juga jaga Orang Asli yang mualaf yang memeluk agama Islam ini tadi hantar guru agama bagi mengajar sembahyang, mengaji dan sebagainya.
Jadi sekarang ni kepada Unit yang menjaga Hal Ehwal Orang Asli khasnya tadi saya nak maklumkan baru-baru ini ada satu peristiwa. Peristiwa di mana zaman COVID ni ada pemantau-pemantau datang ke hulur ke hilir singgah di kedai di dalam kawasan Kampung Orang Asli tiba-tiba bertanya, “Awak berniaga ni ada lesen?” Orang Asli tadi tunjuk lesen s… apa? SSM kan dia kabor bukan ini lesennya, lesen mesti datang daripada Pejabat er…apa ni…Majlis Daerah jadi dia kabor ke saya, saya kata ini bukan lesen berniaga, ini lesen kontraktor.
Jadi, sekarang ni awak kena minta lesen dengan Pejabat Majlis Daerah. Jadi, dia pergilah ke Majlis Daerah. Semasa hadir di Majlis Daerah, Majlis Daerah kata, “Awak tak boleh berniaga. Saya tidak boleh keluarkan lesen kepada awak jika tempat perniagaan awak, tanah ini tadi tanah tidak bergeran bangunannya”.
Yang keduanya, yang kedua pula saya tidak boleh juga beri lesen kepada awak kerana bangunan yang awak buat ini bangunan yang tidak mengikut spek ataupun yang tidak ada kelulusan daripada pelan. Jadi, dia pun peninglah kepala sedangkan dialah di antara orang yang nak berjaya, dialah di antara orang yang maju yang nak memimpin Orang-orang Asli yang ada dalam kampung dia, memudahkan pembelian barang makanan, memudahkan apa-apa sahaja urusan.
Jadi, Dato’ Sri saya berharap dalam isu ini bukan sahaja er…apa ni…kita tubuhkan sahaja tapi tugasnya berjalan maksudnya sekarang ni tanah Orang Asli tadi kan tak tahu apa kesudahnya, yang ada di pinggir jalan sekarang kita tak tahu sama ada ditanya memang tak bergeran, dia di-reserved atau diwartakan saja sebagai tanah penempatan perkampungan Orang Asli tapi mereka hendakkan geran di kawasan rumah masing-masing sebab itulah baru boleh dapat lesen jadi begitulah Dato’ Sri dan sebagai yang terakhir saya nak nyatakan bahawa di tempat saya…
Okey Yang Berhormat, dah 2 kali akhir ni. Lepas akhir-akhir jangan jadi macam Orang Asli pula Yang Berhormat.
Orang Asli juga, Orang Asli juga Dato’ Sri iaitu berkenaan...
Okey, masa dah saya bagi tempoh masa 3 minit tadi dah. Saya ingat elok…
Ha gulunglah, ni gulung ya.
Terakhir dah…
Gulunglah yang terakhir. Ini berkenaan dengan pelantikan Pengerusi JKK. Pengerusi JKK Orang Asli dia bukan dilantik melalui kita punya proses, cara dia mesti Mesyuarat Agung Kampung. Sekarang ini alasan daripada Pegawai JAKOA kata tak boleh lantik kerana COVID
sedangkan pihak kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Sri SS kata kalau setakat 100 orang apa pula salahnya boleh berkumpul ikut SOP. Jadi, kalau macam tu apa salahnya kita, takkanlah Orang Asli sampai 2… 300, 400 orang sekampung.
Saya berharaplah supaya selesaikan masalah pelantikan ini supaya pimpinan kampung dapat terjamin, hah dan beri betul-betul terakhir pesanan daripada pengerusi… pengerusi kita Yang Berhormat Dato’ Suhaimi memaklumkan bahawa anggota-anggota ADUN Barisan Nasional juga terdiri daripada anggota UMNO tadi, ya Dato’ Sri bersetuju kepada pihak kerajaan yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memotong elaun mereka daripada bulan November hingga Januari seperti yang disebut oleh ADUN Beserah itu tadi. Hah, itu saja Dato’ Sri.
Terima kasih banyak-banyak dan saya dari Pulau Manis mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Pulau Manis. Saya jemput Wakil daripada Tanah Rata. Boleh.
Terlebih dahulu tahniah saya kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana sihat kembali bertugas dan membimbing Persidangan Dewan Negeri ini dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2021 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Isnin yang lepas.
Terima kasih kepada barisan depan frontliner yang kita hormati kerana melindungi negeri Pahang ini bebas daripada wabak COVID-19 yang menular di seluruh negara kita dan terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan juga Kerajaan Negeri kerana atas usaha dan kerjasama kedua-dua kerajaan ini telah pun berjaya membawa projek-projek yang berimpak tinggi ke Cameron Highlands berturut-turut tahun iaitu pembinaan Klinik Kesihatan Kampung Raja jenis empat yang diumumkan pada tahun lepas 2019 dan Projek Jalan Pintasan yang boleh mengatasi kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands pada tahun ini, dan saya di sini mengharapkan projek-projek tersebut akan dilaksanakan secepat mungkin demi kebaikan dan kepentingan rakyat di tempat-tempat, bukan saja di Pahang tetapi untuk seluruh Malaysia, dan saya dalam Dewan, yang berbunyi di sini saya akan membawa tiga perkara.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Perkara pertama ialah saya disini er…mencadangkan pihak kerajaan supaya boleh memperhalusi lagi mekanisme dan juga kadar sewaan tanah kebun yang berjumlah RM4,500.00 satu ekar setahun di daerah Cameron Highlands.
Saya… untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini saya terima satu maklum balas dari Pahang Corporation bahawa kadar sewaan itu adalah muktamad. Melalui jawapan bertulis yang lalu dan merujuk kepada jawapan yang diberi oleh Pahang Corporation. Kadar itu adalah rendah jika berbanding dengan kes-kes er… ini yang dikatakan oleh Pahang Corporation sebab mereka mendapati beberapa pemilik LPS yang dulu yang sanggup menyewakan tanah kepada pihak lain dengan kadar sewaan yang lebih tinggi berbanding dengan kadar sewaan yang ditawarkan oleh Pahang Corporation.
Dan saya di sini merasa dakwaan ini… dakwaan ini tidak berapa adil kepada semua pekebun-pekebun yang majoritinya pengusaha persendirian kerana hanya segelintir yang melanggar peraturan tetapi semua telah disabitkan. Ini seumpamanya sebab nila setitik tetapi rosaknya susu sebelanga. Tambahan pula bukannya semua pekebun di Cameron Highlands, mereka
menanam tanaman yang mampu menjana hasil pendapatan yang tinggi sepertimana yang dikatakan oleh Pahang Corporation.
Oleh itu saya di sini memohon… memohon pihak kerajaan supaya boleh mempertimbangkan untuk memperhalusi… memperhalusi lagi kadar sewaan dengan mengujudkan dua kategori, iaitu untuk kebun yang di bawah keluasan 2 ekar berilah potongan sekurang-kurangnya 50%, kepada kebun yang di bawah 2 ekar, dan untuk kebun yang melebihi 2 ekar bolehlah kekalkan kadar sewaan yang telah ditetapkan, dan pengusaha berskala kecil ini di bawah 2 ekar ini, saya tengok sudah statistik mereka tidaklah ramai. Oleh itu, saya yakin inisiatif ini tidak akan menjejaskan hasil pendapatan negeri dan pastinya boleh mengelakkan adanya pekebun yang berskala kecil ini daripada dipinggirkan akibat wabak COVID-19.
Dan perkara…Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Perkara yang kedua, keindahan alam semula jadi yang menakjubkan yang ada pada Cameron Highlands ini telah menjadikan kita satu destinasi sasaran popular pelancong dari seluruh negara dan juga pelancong dari luar negara. Tapi pada masa ini pelancong dari luar negara mereka tidak dapat menikmati keindahan inilah sebab mereka tidak boleh masuk Malaysia, dan pelancong datang ke Cameron Highlands pada hari ini bukan lagi mereka, bukan datang ini membeli belah ataupun makan stimbot tetapi ada yang juga mulai dangan tujuan ekopelancongan…ekopelancongan ini.
Ekopelancongan ini adalah satu perkembangan yang baharu di Cameron Highlands di mana pelancong datang sini, datang Cameron Highlands mereka bukan nak beli belah ataupun makan stimbot ataupun saja menginap malam sebab cuaca yang sejuk, tetapi ada banyak. Mereka datang sini mendaki gunung, mereka merentas hutan dengan kereta pacuan empat roda atau dengan izinnya four wheel drive, four wheel expedition dan juga berkhemah di kawasan hutan dengan bimbingan Orang Asli tempatan, dan kebanyakan destinasi ekopelancongan ini bukannya lagi dipegang Tanah Rata ataupun di pekan bandar Brinchang, tetapi adanya di Lembah Bertam, adanya di Kampung Raja, adanya di kawasan Orang Asli contohnya di Pos Telanok, di Pos Lemoi, dan saya ambil satu contoh.
Baru-baru ini banyak pelancong datang sini. Mereka nak tengok bunga Rafflesia yang bunga, yang besar itu bersaiz boleh sampai 6 meter, saiz besar bunga Rafflesia. Mereka ingat bunga tu di spesis ini di Cameron Highlands, tapi sebenarnya tidak. Spesis ini bukannya di Cameron Highlands tetapi di sempadan negeri Pahang dengan Kelantan di daerah Gua Musang Lojing Highlands, tetapi pelancong yang datang nak menyaksikan bunga Rafflesia ini. Mereka perlu menginap malam di Cameron Highlandslah sebab di Lojing Highlands tak ada hotel, di Cameron Highlands saja yang ada hotel dan homestay.
Oleh itu, mereka selalu datang ke Cameron Highlands. Lepas itu nak tanya di mana boleh menyaksikan bunga Rafflesia, tetapi kalau mereka tidak buat study ataupun mereka tidak ada buat kerja rumah sebelum datang melawat, mereka akhirnya tidak boleh menyaksikan, sebab bunga Rafflesia ini perlu di…dibimbing atau perlu dibawa oleh pemandu pelancong yang cukup berpengalaman, sebab bukan sesiapa pun boleh senang-senang kata saya bawa pergi tengok, sebab bunga Rafflesia itu memang di kawasan pendalaman. Hanya Orang Asli atau mereka yang cukup berpengalaman saja yang boleh bawa mereka menyaksikan ini. Saya bagi contoh inilah.
Oleh itu, perkara ini ekopelancongan ini dia memerlukan satu penyelarasan yang baharu dari segi panduan pelancongan, publisiti dan juga kawalan keselamatan, dan oleh itu saya mencadangkan di sini pihak kerajaan supaya boleh bekerja…bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dengan mendirikan satu pusat informasi ataupun agensi
pelancongan yang khusus di Cameron Highlands bagi menyelaraskan semua urusan pelancongan berkaitan di sini termasuknya ekopelancongan yang semakin berkembang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Cadang…perkara yang ketiga berhubung dengan juga pangkalan data…pangkalan data Persidangan Dewan Negeri dan terima kasih kepada Dewan Negeri kerana saya telah menyaksikan Dewan Negeri telah mula memuatnaikkan dokumen-dokumen mesyuarat yang berkenaan termasuk jawapan yang bertulis ke portal rasmi Kerajaan Pahang, yang ini saya pertama kali tengok dan sangat menyenangkan saya semasa saya membuat study nak buat kerja rumah, nak tanya soalan, nak buat pertanyaan, nak buat hasil selidik ini. Nak buat penyelidikan ini semua pun senang sangat sebab Dewan Negeri mula memuat naik dan saya terima kasih kepada Dewan Negeri atas inisiatif ini.
Saya juga ingin mencadangkan penambahbaikan usaha ini. Saya berharap Dewan Negeri boleh melakukan pengkelasan soalan kita masing-masing dan mewujudkan satu portal carian search engine dengan izin. Search engine ni supaya kita Ahli-ahli Yang Berhormat ataupun orang awam kita boleh merujuk atau pun nak mencari perkara-perkara berkaitan, dengan lebih efficient dengan adanya er…portal carian ini. Walau bagaimanapun, er…saya lihat Dewan Negeri mula memuat naik dokumen-dokumen mesyuarat kita ke Portal Rasmi.
Ini memangnya menunjukkan satu… ini memang merupakan satu jejak utama yang bersejarah ke arah kita Dewan Negeri Pahang menjadi sebuah institusi perundangan bertaraf dunia yang tulus dan bertanggungjawab kepada rakyat. Terima kasih kepada Dewan Negeri, dan akhirnya juga saya tahniah kepada ucap… tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri kerana sentiasa mendengar keluhan rakyat dan memberikan Bantuan Prihatin Pahang 2021 bagi memastikan setiap lapisan masyarakat di negeri Pahang terjaga.
Namun begitu saya juga mengharapkan Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan agar bantuan khas kewangan ini boleh juga diberikan kepada penjawat awam yang telah bersara. Bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka sepanjang tempoh khidmat, ini untuk penjawat awam yang telah bersara. Saya berharap Kerajaan Negeri juga boleh memberikan bantuan kewangan ini kepada mereka.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Akhirnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan kerajaan, Agensi dan Badan Berkanun Kerajaan yang telah memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di negeri Pahang. Sekian, terima kasih.
Terima Kasih Wakil daripada Tanah Rata. Saya jemput Wakil daripada Bukit Ibam. Sila Yang Berhormat.
[Bahasa Arab] Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah selamat kembali menjalankan tugas. Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan kerana mengizinkan saya untuk turut sama membahaskan Belanjawan Negeri Pahang 2021. Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan Kerajaan Negeri kerana sehingga 13 November 2020 telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM730.26 juta walaupun sasarannya RM744 juta.
Jika dibandingkan dengan perbelanjaan RM56.78 juta dan dengan pelaburan deposit dalam institusi ewangan bernilai RM240 juta tahun 2020 dan dengan hasil anggaran bagi 2021 sebanyak lebih daripada RM800 juta. Maka saya yakin dan percaya, Kerajaan mampu bertahan untuk terus membangunkan negeri ini dan usaha untuk memakmurkan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua Dewan, Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah meluluskan peruntukan semasa COVID-19 yang saya err…totalkan keseluruhannya dengan izin sebanyak RM94.08 juta kepada COVID-19 err…Pengurusan JKKK dan juga ADUN-ADUN termasuklah ADUN pembangkang keseluruhannya kerana ini amat membantu kami dalam berkhidmat ketika COVID-19 dan dari sangat bererti dari kacamata rakyat dan terima kasih juga kita kepada frontliner yang telah berusaha untuk memastikan keselamatan kita daripada COVID-19 ketika ini dan untuk itu Yang Berhormat
Tuan Yang di-Pertua, saya dan juga err…kembar Muadzam Shah ini masih meneruskan, masih meneruskan atas rasa terima kasih kami, bantuan ataupun sumbangan makan tengah hari er…sehinggalah hari ini yang mengadakan sekatan jalan raya di Perantau Damai.
Alhamdulillah. Mudah-mudahan frontliner kita ini terus di dalam perlindungan Allah SWT. Seterusnya saya ingin mem…Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin mengutarakan beberapa perkara berhubung dengan perbelanjaan 2021.
Pertamanya, saya merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita kerana Yang Amat Berhormat telah memberikan peruntukan kepada Majlis Pembangunan Wanita sebanyak RM772,000.00 pada tahun 2020 dan meningkat kepada RM1.5 juta untuk tahun 2021 khususnya kepada program mamogram. Jadi, yang mamogram ni google la sendiri apa menda mamogram tu.
Jadi, harapan saya terutamanya kepada bos sayalah Kuala Sentul ya. Di masa akan datang bolehlah program-program MPWK ini selain daripada mamogram ini kita tujukan kepada khususnya kepada ibu-ibu tunggal muda yang saya yakin dan percaya amat ramai kalau dikirakan di Rompin sahaja tidak kurang daripada 387 ibu-ibu tunggal muda ini yang perlukan perhatian kerana mereka ini ada anak yang ada sampai tiga hingga lima orang, jadi saya harap dia akan menjadi satu perhatian kerana mereka ini perlukan perhatian yang sangat tinggi kepada kita…daripada kita semua.
Tuan Yang di-Pertua, Saya juga ingin menarik perhatian kita kepada apa yang telah disuarakan, yang telah dicadangkan oleh kerajaan iaitu ucapan tahniah saya dalam usaha mewujudkan Majlis Pembangunan Wilayah Pahang Barat PLUS meliputi Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Raub, Bentong dan Bera, tetapi saya mohon dilihat semula Pembangunan Wilayah Pahang Tenggara yang satu ketika dulu dikenali sebagai DARA.
Penutupan DARA ini sedikit sebanyak menjejaskan pelan pembangunan Wilayah Pahang Tenggara di mana kalau kita tahu hari ini nama-nama seperti Bandar Melati, Bandar Perwira Jaya, Kota Shahbandar, Bandar 22 adalah bandar-bandar yang tidak menjadi bandar. Ia hanyalah tinggalan-tinggalan…bandar-bandar tinggalan daripada DARA. Walau bagaimanapun sekiranya diwujudkan semula DARA ini, saya mohon supaya ianya dinilai agar ia tidak totally corporat dengan izin kerana kita faham apabila ia melibatkan korporat bagaimana yang berlaku sebelum ini sebahagian besarnya kebajikan rakyat ini agak ter… di luar daripada perhatian.
Seterusnya, saya ingin menyentuh kepada Sektor Pelancongan. Dengan peruntukan RM5 juta kepada Tourism Pahang bagi Tahun 2021, saya mengharapkan supaya ia dapat terus dimanfaatkan.
Tuan Yang di-Pertua Dewan, Cameron Highlands sudah terkenal dengan agrotourism, Taman Negara Jerantut, Pulau Tioman, Kuala Gandah telah ada dalam peta pelancongan negara dan juga dunia. Jadi sampai masanya kita meneroka kawasan-kawasan baru untuk dijadikan satu pakej pelancongan bagi negara ini. Jadi sebagai contohnya; baru-baru ini saya telah mengambil inisiatif untuk er…mengambil inisiatif untuk meneruskan satu usaha yang telah diharapkan oleh penduduk Bukit Ibam yang saya kira, saya telah berbicara dalam Dewan ini sebanyak dua kali iaitu Tasik Biru.
Pembangunan Tasik Biru yang dia bermula daripada lombong yang ditinggalkan satu ketika dahulu. Kalau kita lihat dalam di Tasik Biru ini ada juga orang berkata Tasik Biru itu tidak boleh nak berenang. Saya kira Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita pergi ke Bandung, rombongan Cik Kiah ke, rombongan Pak Mat ke, pergi ke Bandung pergi tengok err... apa ni Tangkuban Perahu ia ke tidak, betul ke lagenda itu, tidak pun kita terjun dalam Tangkuban Perahu itu.
Jadi, hanya untuk mengambil gambar, kenapa tidak kita mengambil inisiatif untuk membangunkannya dan untuk itu saya berterima kasih kepada Tourism Pahang dan pegawai dengan kerjasama juga Pegawai Daerah Rompin, Tuan Ahmad Nasim Dato’ Haji Sidek, Majlis Daerah, NGO-NGO yang telah memberikan sokongan yang padu untuk saya berusaha memastikan Tasik Biru ini menjadi salah satu tumpuan pelancongan kalau tidak diperingkat.
Untuk itu saya merakamkan ucapan terima kasih juga kepada Yang Berhormat ADUN Lanchang. Ya, Yang Berhormat Lanchang yang telah dalam lawatan kerjanya er... sudi singgah ke Tasik Biru dan kalau kita tengok er...Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua stail dia bergambar di Tasik Biru tu anak buah saya di DUN Ibam kata macam jejaka idaman Malaya [ketawa].
Saya ingat yang bercakap tu silap sebenarnya.
Yang Berhormat kita nak promote Tasik Biru ke nak promote jejaka? [Ahli Dewan ketawa].
Tak, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya stail dia bergambar tulah yang sekarang viral menjadikan Tasik Biru tu menjadi tumpuan ketika ini dan kesempatan itu, kalau kita Yang Berhormat Lanchang ingatkan, pengantin pun sempat bergambar dengan Yang Berhormat Lanchang ketika itu.
Saya harap semoga badi pengantin tu lekat, tak lekat-lekat lagi. [Ahli Dewan ketawa].
Teruskan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya juga ingin merakamkan er...ucapan terima kasih kepada Lanchang yang telah sudi memberikan sedikit peruntukan. Banyak sebenarnya yang diminta, tetapi kita memang biasa minta banyak sebab kita tahu kalau minta sedikit kalau dia kerat karang jadi sedikit sangat. Jadi minta banyak tidak dikerat. Alhamdulilah.
Begitu juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih er...kepada Yang Berhormat er... daripada Kuala Sentul, juga dalam lawatan kerjanya er...telah pergi ke Tasik Biru er...dan kedua-dua mereka ini mempromosi dan hari ini untuk pengetahuan semua Tasik Biru dikunjungi oleh ramai pengunjung-pengunjung di dalam er...negeri ini dan kita dapati daripada impak itu ia membangun er...membawa sumber ekonomi kepada penduduk setempat sehingga ada yang ketikanya mereka memberitahu satu hari keuntungan sampai RM100.00. Mungkin kecil bagi kita di sini tetapi amat besar bagi kami di kampung-kampung.
Untuk itu, Tuan er...Tuan Yang di-Pertua, saya menyarankan sebelum sesuatu pembangunan itu dibuat rujuklah kepada masyarakat setempat kerana ada kalanya di sebalik lumpur yang kotor tu, ada permata berharga yang perlu digilap dan bukan semua er... orang pandai menilai, pandai menilai permata di dalam lumpur. Jadi, saya mengharapkan er...ini akan menjadi sokongan bagi kesemua dalam...dalam apa...peruntukan pelancongan. Seterusnya, saya ingin menyentuh kepada sektor perhutangan...perhutanan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya kira ini bukanlah pertama kali saya membangkitkan isu berkaitan dengan perhutanan ini. Dalam pemeliharaan hutan, di dalam pemeliharaan hutan ini saya teruja dengan penjelasan sebanyak 2.05 juta hektar hutan kekal, hutan yang sebahagiannya yang 1.55 juta adalah terdiri daripada hutan simpan kekal. Jadi saya mohon peliharalah ia sebaiknya kerana selain daripada sumber ekonomi adalah hikmah dan nikmatnya lain kejadian Allah SWT kerana kalau Maran berbangga dengan Lubuk Yu nya, er... berbangga dengan Lubuk Yu nya.
Saya tahu itu sebab er... Kuala Sentul dia dengan kebaya macam perempuan Melayu terakhir dia pergi berkejar ke Lubuk Yu [ketawa] maka kami di Rompin ini terutamanya saya dan juga Muadzam Shah amat berbangga dengan Hutan Lesungnya, yang Hutan Lesungnya yang ada Air Terjun Harimau Berjemur, Air Terjun Harimau Berjemur dan ada 3 lagi air terjun yang sangat cantik di situ.
Dan er... untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini juga bahawa dia ada bunga Rafflesia. Tadi kita er... Tanah Rata ada menyebut. Kalau Tanah Rata kata ada itu di Terengganu er... tetapi bunga Rafflesia ini ada di Hutan Lesung. Jadi, saya mengundanglah semua di sini untuk datang ke Hutan Lesung dan saya mohon supaya sama-samalah kita menilainya dan peliharalah ia kerana itulah asas kata orang untuk kita wariskan di masa akan datang anak cucu kita akan melihat. Kalau sebelum ini kita kenal pokok-pokok hutan ini dengan nama Chengal ke, kayu Chengal ke tetapi kemungkinan di masa akan datang kita tidak akan ada lagi er... hutan-hutan seperti ini kalau kita tidak pelihara.
Selebih daripada 8.6 juta hektar tanah kerajaan saya mohon pastikanlah jika ada permohonan-permohonan untuk menguasahakannya janganlah sampai ianya menjadi sebagaimana cerita Portugis minta tanah di Melaka suatu ketika dulu. Kalau kita ingat lagi sejarah mungkin yang sebaya dengan sayalah er... tahu apa cerita er... Portugis minta tanah di Melaka dalam sejarah di negeri Melaka. Tetapi saya tak tahulah kalau Chini tau cerita ini. Ya, eh Belanda mintak tanah. Belanda mintak tanah. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana membetulkan fakta sejarah ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua mohon mencelah. Saya rasa Wakil Bukit Ibam dia dah pernah pergi Belanda. Mungkin boleh cerita macam mana Belanda dapat tanah tu. [Ahli Dewan ketawa].
Terima kasih Kuala Sentul. Untuk itu, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua saya ada pantun untuk Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Arak-arak kelapa puan Tidak puan kelapa bali Saya mengharap kepada tuan Bukannya apa hendak mintak tambah masa lagi
Sebab Kuala Sentul mintak bercerita. Belanda minta er... minta untuk pengetahuan mungkin Chini tau sejarah Melaka kan. Belanda minta er... tanah ni. Dia minta dia datang kat istana dia tunjuk jer lah er... apa ni kulit kerbau ya kulit kerbau, kulit kambing ke whateverlah. Jadi, kulit kerbau, kulit kambing tu kalau kita tengok dia minta tanah minta sebanyak ni jer ha kepada Kerajaan Negeri Melaka ketika itu. Jadi, Kerajaan Negeri Melaka dengan er... apa ni bendaharanya er... lah apalah besar ni aje berilah kan nak buat apa.
Jadi, setelah diberi kebenaran Belanda ni dia potong halus-halus kecil-kecil. Kulit-kulit kerbau ni, kemudian dia sambung-sambung, sambung-sambung dan jadilah luas satu penempatan Belanda pada ketika itu di Melaka. Inilah sejarahnya, dan inilah yang saya mintak supaya kita jadikan perhatian kerana cerita ini sebenarnya apa yang berlaku pada hari ini yang kita hadapi sekarang oleh Kerajaan Negeri. Maknanya kalau kita beri sebanyak ini, dia akan menjadi lebih lagi apabila diusahakan. Biasa manusia perasaan tamak itu akan timbul dan ia akan mejadi masalah kepada Kerajaan Negeri sebagaimana kita hadapi sekarang.
Masa Yang Berhormat dah cukup.
Habis dah?
Masa dah cukup.
Boleh tambah sikit, banyak lagi ni.
Masa tidak boleh dijual beli. Cukup masa tolonglah berhenti. Okey 1 minit lagi saya bagi awak.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin menyentuh juga berhubung dengan soal kilang-kilang sawit. Saya kira ini satu lagi yang perlu kita ambilkan perhatian. Iaitu kita ada banyak ladang-ladang kelapa sawit. Jadi sampai masanya kita untuk menambah pendapatan bolehlah kita jadikan buangan-buangan daripada kilang-kilang kelapa sawit itu sebagai er… satu produk er… sebab dia boleh dijadikan baja. Daripada waste kilang-kilang kelapa sawit ini dan juga daripada pelepah-pelepah sawit ini sebenarnya kita boleh proses er…untuk dijadikan makanan-makanan ternakan. Jadi, ini cadangan saya supaya Kerajaan Negeri Pahang mengambil inisiatif ini.
Seterusnya ialah saya ingin er… berhubung dengan belia. Daripada peruntukan yang diperuntukkan kepada belia saya kira sampai masanya untuk belia tidak lagi menunjukkan kepada yang sedia ada sepak takraw apa tetapi hari ini kita tengok bidang permotoran adalah menjadi satu kegilaan ataupun satu er… kata orang keseronokan bagi belia-belia kita hari ni.
Seperti yang tahu motocross dan saya telah er… mengadakan beberapa program motocross yang sebenarnya menampung er… boleh memberi pendapatan kepada penduduk setempat iaitu dan kalau untuk pengetahuan hari ini kalau kita memajukan bidang permotoran tidak mungkin satu masa nanti kita akan tengok kalau hari ini kita ada Hafizh Syahrin dalam Motor GP dan kita tidak… tak tidak mungkin satu hari nanti kita akan ada juga er… daripada negeri Pahang ini yang dapat… satu hari nanti, kita akan ada juga er… daripada negeri Pahang ini yang dapat menyaingi Valentino Rossi, yang mampu menyaingi Fabio Quartararo, yang mampu menyaingi [Ahli Dewan ketawa] Franco Morbidelli. Ini team Petronas Yang Berhormat er… Tuan Yang di-Pertua.
Mohon laluan.
Yang Berhormat nak minta laluan. Boleh?
Saya ingin memaklumkan kepada ADUN Muadzam Shah ini, Valentino Rossi itu motor dia nombor 46. [Ahli Dewan ketawa].
Dan untuk er… pengetahuan Tioman, Yang Berhormat Tioman er… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Rossi akan menyertai team PETRONAS untuk next season [Ahli Dewan menepuk meja].
Yang Berhormat Yang di-Pertua, nak tanya. Apa er… apa nama itu. Rossi apa nama?
Valentino Rossi.
Valentino? Saya kenal Paolo er… Paolo Rossi, saya kenal. [Ahli Dewan ketawa]. Kenal Paolo Rossi? Haa… itu kawan baik er… sahabat saya daripada Benta.
Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada PAIP kerana telah berjaya keluar daripada er… masalah sedikit keluar sedikit daripada masalah. Kita… saya tahu masalah itu dia saya kira PAIP lebih mengetahui er… hubungan saya dengan PAIP di daerah saya, masalah tetapi saya mengucapkan tahniah atas ini dan kita saya tidak mahu menekan walaupun ada masalah kerana saya menganggap PAIP sekarang berada dalam keadaan er… anak baru nak belajar bertatih. Anak baru nak belajar bertatih kerana saya dimaklumkan mereka menghadapi kerugian hampir er… RM200 juta ya sebelum ini…
Yang Berhormat, masa Yang Berhormat. Saya ingat gulung yang terakhir la. Nak bagi wakil lain pula Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana mengingatkan er… mengingatkan saya tentang masa. Jadi, saya ingin sebelum saya menghabiskan ucapan saya er… saya dikenali dengan sebagai er… YB. Jabatan Netizen. Sebenarnya kita ini adalah ‘Ulul Amri’. ‘Ulul Amri’ yang telah diamanahkan oleh Allah SWT, tetapi selain daripada Allah SWT yang kita…yang melihat apa yang kita laksanakan kita perlu menimbang dan para setiap aduan yang kita terima, setiap langkah yang akan kita ambil kerana Jabatan Netizen ini… Jabatan Netizen ini adalah mata telinga bagi kita. Mungkin kita marah apabila dia bersuara tetapi kita selaku manusia, tidak semestinya kita sentiasa betul dan mereka sentiasa salah.
Jadi Tuan er…Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya amat er…kata orang tertarik dengan bidalan yang dibawa oleh yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar iaitu ‘kalau berbelanja jangan sampai boros, kalau berjimat jangan sampai kedekut’ dan saya suka menambahnya Yang Amat Berhormat er… Menteri Besar kita. ‘Air tidak selalu pasang, bukan senang nak senang, tak susah nak susah’. Untuk itu Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Bukit Ibam menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk kita mendengar wakil terakhir pada pagi ini, saya sila Wakil daripada Panching.
[Bacaan Ayat al-Quran] Assalammualaikum WBT Tuan Yang di-Pertua, yang saya muliakan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang juga Ahli Dewan Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah Ta'ala kerana kita dapat bersama-sama berada di Dewan yang mulia ini untuk membahaskan Bajet er… 2021 dan saya kira di antara bajet yang terbaik yang dibentangkan oleh Menteri Besar yang merupakan bajet surplus yang juga memberi pulangan kebajikan kepada… kembali kepada rakyat.
Dalam kesempatan yang ada ini, dalam masa yang agak terbatas suka untuk saya menyentuh strategi yang kedua yang dikemukakan oleh er… Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar iaitu memperkasakan perkhidmatan dan modal insan. Di antara perkara yang menarik perhatian saya ialah er… tentang peruntukan yang diberikan kepada Jabatan Agama Islam Pahang dalam menstruktur semula er… Jabatan Agama antaranya dengan mewujudkan er… Pejabat Agama tambahan dan juga menyediakan peruntukan untuk pembelian kenderaan bagi sekolah-sekolah agama dan juga masjid di dalam negeri Pahang.
Suka dalam kesempatan yang ada ini untuk saya juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri, untuk melihat dan menilai keperluan mewujudkan er…sekolah agama yang kedua di Kuantan. Walaupun telah dibangkitkan beberapa kali oleh sebahagian daripada Yang Berhormat dalam Dewan tapi saya kira di Kuantan yang merupakan er… bandar atau daerah yang memiliki penduduk yang melebihi 300,000 orang pada ketika ini er… sangat-sangat memerlukan kewujudan tambahan sekolah agama yang saya kira perlu dibangunkan sekolah yang cantik, yang menarik, berbeza dengan sekolah-sekolah agama yang kita bangunkan pada suatu ketika dahulu.
Pada ketika ini, kalau kita lihat di Sekolah Al-Ihsan Kuantan er… yang menerima kehadiran temuduga setiap tahun biasanya mencecah 600 hingga 800 orang tetapi pihak sekolah hanya mampu menerima seramai 160 ke 200 orang sahaja er… dalam satu-satu masa. So, kewujudan sekolah agama baharu ya yang saya kira juga penting untuk memberi kemudahan dan perkhidmatan yang hari ini kita melihat mendapat perhatian daripada masyarakat dan saya kira dengan pelantikan pengarah baru JAIP, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Dato’ Dr. Zul di atas pelantikan dan kejayaan beliau dalam membina imej dan kecemerlangan di Maahad Tahfiz Pahang kita harap dapat juga er… menaikkan juga imej kecemerlangan di Sekolah-sekolah Agama dan juga dapat mewujudkan Sekolah Agama er… kedua di daerah Kuantan.
Dalam kesempatan ini juga, suka untuk saya menarik perhatian dewan berkenaan dengan gred gaji er… Pengetua Sekolah-sekolah Menengah Agama (SMAN) yang masih lagi pada tahap gred gaji 48 sehingga eh… 44 sehingga 48 yang mana hari ini kalau kita lihat gred gaji guru besar atau pengetua di Sekolah Agama Kebangsaan yang telah mencecah er… gred gaji 52 yang telah ditetapkan 10 tahun yang lepas. Jadi, saya kira perlu ada er… penilaian semula terhadap penggredan ini untuk ke arah menjadikan sekolah-sekolah SMAN lebih kompetitif berbanding dengan sekolah-sekolah agama, sekolah-sekolah kebangsaan dan juga memberi imej yang lebih baik terutamanya kepada pentadbiran pengetua dan juga warga sekolah dan moga-moga dengan er… penggredan ini yang baru dapat memberi er… semangat untuk membina kecemerlangan dalam pencapaian akademik pelajar-pelajar.
Tuan Yang di-Pertua, Dahulu pernah juga dibangkitkan berkenaan dengan er… penggajian sebahagian daripada er… staf-staf sambilan ataupun guru-guru sambilan yang bekerja di Sekolah Menengah Agama Negeri yang saya dapat data hampir atau mungkin lebih 180 orang yang masih lagi berstatus sambilan yang tidak ada sokongan KWSP dan juga PERKESO.
Saya minta maaf kalau tersilap tapi saya kira 180 orang pekerja ini, guru-guru ini di antara er… merupakan di antara tulang belakang sebenarnya dalam memajukan atau menaikkan, membina kecemerlangan er… Sekolah-sekolah Agama Negeri yang er… mendapat tempat dan juga perhatian masyarakat pada ketika ini. Saya ingin mencadangkan supaya er… guru-guru ini dinaik taraf kepada taraf kontrak yang diberikan er… caruman KWSP dan juga PERKESO berbanding dengan jawatan sedia ada ataupun gaji yang sedia ada RM100.00 er…RM1,500.00 tanpa apa-apa caruman KWSP dan juga PERKESO.
Tuan Yang di-Pertua, Dalam kesempatan yang ada ini juga suka untuk saya menyentuh berkenaan dengan er… kampung-kampung yang wujud di pinggir-pinggir bandar yang hari ini kampung-kampung ini tidak lagi sebagaimana kampung yang dahulu er…yang satu lot tanah hanya dibangunkan satu rumah tetapi hari ini di kampung-kampung ini telah terbina banyak rumah er… dan bilangannya adakalanya melebihi taman-taman yang ada. Kalau saya boleh ambik contoh dalam DUN saya ni, Kampung Permatang Badak, Lubuk Puyu, di belakang Taman Tas yang mana kerajaan juga perlu melihat sistem perparitan, sistem pembuangan sampah yang er... teratur disebabkan kampung-kampung ini tidak membayar cukai pintu sebagaimana taman-taman, so dia tidak ada sistem saliran yang baik yang mengalirkan air dengan er... sistem yang teratur dengan sistem kumpulan... er... pengumpulan sampah yang baik akhirnya menyebabkan sebahagian daripada aliran air ketika berlakunya hujan lebat dan sebagainya menyebabkan banjir yang tidak berlaku di taman tetapi berlaku di er... kampung-kampung yang berada di pinggir-pinggir bandar ini.
Mungkin kerajaan perlu juga melihat kewajaran untuk meletakkan kampung-kampung di pinggir bandar ini pada satu status yang mungkin sama dengan taman supaya mereka juga mendapat kelebihan-kelebihan yang juga dinikmati oleh penduduk-penduduk taman yang sebahagian besarnya taman yang dibina dalam kampung-kampung. Taman, mereka dapat servis kutip sampah, selenggara longkang dan sebagainya tapi orang kampung tak dapat apa-apa antaranya kerana mereka tidak membayar er... cukai pintu dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, Er... pada kesempatan ini juga er... saya er... dapat juga tadi mendengar ucapan daripada Pulau Manis berkenaan dengan er... kebajikan ataupun tumpuan kepada Orang-orang Asli, Orang-orang Asal. Saya pada baru-baru ini sempat bersembahyang di kawasan Dato’ Sohaimi di Sungai Mas, sembahyang Jumaat dan saya rasa bangga kerana yang menjadi Imam, yang membaca khutbah tu daripada kalangan Orang Asal tu sendiri. Satu kejayaan bagi kita melahirkan er... tokoh-tokoh masyarakat daripada kalangan mereka.
Cumanya, saya kira perlu juga bukan semata-mata dilihat kepada pembinaan atau pembangunan er... fasiliti kerana bila saya pergi, saya lihat Imam ataupun Khatib ni, dia boleh membaca tetapi perlukan lagi pe... pemantauan dan juga bimbingan. Er... bila saya habis saja khutbah, saya panggil Tok Imam, tadi dah baca ke belum? Er... Tok Imam baca teks jawi ke rumi, Tok Imam study dulu ke tak?.
Jadi, perlu ada pemantauan terutama daripada Jabatan Agama, mungkin perlu juga menghantar pegawai mereka ini untuk melihat, mendengar er... dan juga melatih Imam-imam ni untuk menjadi Imam yang lebih baik er... dari segi intonasinya. Saya kira dari segi cara penyampaiannya dah bagus dah, menarik perhatian, cumanya mungkin kena dibaiki dari sudut bacaan ayat-ayat al-Quran er... dan juga ada setengah-setengah perkataan yang tidak berbaris contohnya yang tidak dapat dibaca dengan baik. Bila saya tanya er... ada tak sebelum ni ada tak ustaz-ustaz yang datang betulkan, tidak ada. Ini so perlukan juga seliaan daripada Jabatan Agama.
Tuan Yang di-Pertua, Kita di daerah Kuantan, antara daerah yang memiliki kepadatan penduduk yang ramai dan di antara agensi yang atau jabatan yang banyak membantu masyarakat ialah Majlis Ugama Islam Pahang tetapi di Kuantan ni, saya lihat er... pegawai yang berada di lapangan yang meninjau, yang turun padang, melihat, menyaksikan kepayahan, kesusahan, mengambil data-data dan maklumat hanya 2 orang sahaja er... yang terpaksa melihat Parlimen Paya Besar, Parlimen Kuantan dan juga Parlimen Indera Mahkota.
Saya kira telah tiba er... telah, sepatutnya telah ada penambahan terutama dalam isu COVID baru-baru ini di mana rakyat memang memerlukan perhatian, memerlukan bantuan, sedangkan pegawai yang di lapangan ini hanya 2 orang sahaja yang mengawasi daerah yang begini... begini ramai.
Tuan Yang di-Pertua, Er... sebagaimana juga er... disebut oleh YB. Beserah, saya di kawasan saya pun sama, masalah perparitan yang tidak di urus dengan baik, ada sebahagian parit utama yang telah 2 tahun yang tidak diurus, yang sepatutnya tidak berlaku er... masalah ini kerana dia merupakan er... perkara rutin er... bila mana tibanya er... penghujung tahun.
Tuan Yang di-Pertua, Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak Majlis Perbandaran Kuantan yang telah memberikan er... tawaran kepada peniaga-peniaga yang ingin berniaga dengan lesen online, menawarkan er... kepada masyarakat yang berminat untuk perniagaan. Satu tindakan yang sangat-sangat baik.
Cuma saya kira perlu juga untuk dilihat er... diadakan er... pemantauan dan juga kursus, kursus untuk membina keyakinan, kemahiran mereka untuk terus berniaga er... pemantauan juga penting untuk melihat sejauh mana mereka menjaga, memelihara, terutama dalam bab-bab kesihatan. Baru-baru ini saya kira viral juga di Taman Tas, ada pelajar yang belajar di Muadzam er... belajar... pelajar ni belajar di Muadzam, meninggal semalam kerana keracunan... keracunan makanan er... yang dibeli daripada penjual-penjual carboot sale ni.
Jadi, saya kira tindakan ni bagus, memberi peluang kepada anak-anak muda kita, masyarakat kita untuk berniaga, pemantauan yang ketat juga perlu diadakan, kursus juga perlu diadakan untuk er... memberi jaminan keselamatan, kesihatan kepada er... pembeli-pembeli dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, Saya mengambil kesempatan ini untuk menyokong, Panching menyokong ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja].
Terima kasih Wakil daripada Panching. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah mendengar 6 Wakil yang telah mengambil bahagian dalam Perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2021 dengan menggunakan masa selama 15 minit yang telah dihadkan dan berjaya menyampaikan hujah-hujah yang bernas.
Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menggunakan masa yang telah diperuntukkan itu dengan menyampaikan idea dan hujah-hujah sehabis baik kerana kita perlu ingat, kita bersidang dalam suasana COVID-19, jadi saya percaya kita perlu juga menjaga kesihatan kerana itu adalah lebih penting daripada segala-galanya.
Baiklah, saya bercadang untuk menempohkan mesyuarat pada sesi pagi ini dan kita akan sambung semula pada jam 2.45 petang. Terima kasih. Mesyuarat ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan pada jam 1.25 petang]
[Persidangan disambung semula]
Sambungan Perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2021) 2020 Dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Dan Perbekalan Air 2021.Bill
Perkara Ketiga. Sambungan Perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan (2021) 2020 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2021.
Assalamualaikum WBT dan selamat petang. Persidangan kita disambung semula. Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Kerajaan, Rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian. Kita masih lagi atas Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul yang telah dikemukakan kepada kita dan pada petang ini kita akan menyambung Perbahasan atas Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul ini. Saya jemput Yang Berhormat daripada Teruntum.
Terima kasih yang Berhormat Yang di-Pertua. Salam sejahtera, terima kasih kerana memberi peluang untuk saya berucap dan izinkan saya membentangkan ucapan pada kali ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Menara Kuantan 188 bakal menjadi ikon baharu dan menjadi daya tarikan pelancong di bandar Kuantan tetapi dari segi faktor keselesaan pengunjung juga diambil kira. Tempat letak kenderaan yang agak terhad bimbang akan mengakibatkan kesesakan ia boleh diatasi dengan cara meletakkan kenderaan di Serambi Teruntum.
Dengan itu, saya mencadangkan supaya membina satu jeti di Serambi Teruntum dan pengangkutan air iaitu bot persiaran berhias seperti Melaka Cruise contohnya yang akan membawa pengunjung menyusuri Sungai Kuantan dan ke check point, dengan izin. Perhentian seterusnya iaitu jeti di bandar Kuantan. Ia juga sebagai langkah untuk mengurangkan kepadatan dan kesesakan kenderaan yang tertumpu di kawasan Menara Kuantan 188.
Manakala bot persiaran berkenaan yang membawa pengunjung juga mestilah mengenakan kadar bayaran yang berpatutan supaya perkhidmatan tersebut dapat dinikmati oleh semua golongan masyarakat. Selain itu, ia dapat menjadikan salah satu daya tarikan baru yang terdapat di bandar Kuantan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Menara Kuantan 188 sekali gus menghidupkan Serambi Teruntum. Di samping itu juga, ia dapat memberi faedah kepada banyak pihak terutamanya dari sektor penjanaan ekonomi sekali gus memberi peluang kerja kepada mereka yang memerlukan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kesesakan lalu lintas merupakan isu yang sering diperkatakan oleh masyarakat di setiap daerah bandar. Di Jalan Teluk Sisek, Kuantan kebanjiran kenderaan yang memasuki ruang bandar merupakan faktor yang menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi lebih teruk. Keadaan ini lebih serius apabila tiba waktunya kemuncak iaitu pagi apabila orang ramai ingin ke tempat bekerja dan pada waktu petang apabila pulang dari tempat kerja.
Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan mengambil inisiatif dalam menghadapi masalah ini dengan mewujudkan jalan bertingkat dari Jalan Teluk Sisek menghala ke Tanjung Lumpur bagi mengatasi…
Yang Berhormat…
… masalah kesesakan yang…
… Dato’ Yang di-Pertua,
… berlaku…
Setakat ini yang dibangkitkan oleh Semambu, minta maaf saya mencelah ya… telah pun diangkat untuk Rancangan Malaysia Ke-11 sebelum ini tapi belum dapat peruntukan dan sekali lagi kita angkat untuk Rancangan Malaysia Ke-12 dan dalam pada itu Yang Berhormat, minta maaf ya… kita, jambatan kedua er… daripada Tanjung Lumpur ke Kuantan telah pun siap, dalam proses pewartaan. Saya percaya Yang Berhormat dengan apa kebenaran menggunakan jambatan itu boleh sedikit sebanyak mengurangkan kesesakan di kawasan persimpangan Jalan Teluk Sisek dan Jalan Beserah.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Wakil Kerajaan. Juga saya nak tanya di sini, jambatan kedua Tanjung Lumpur yang telah membagi…bagi jawapan kepada saya akan membuka pada Oktober 2020 tapi sampai hari ini tiada er… dapat dibuka. Sekejap, sekejap eh… di sini sekali saya nak mohon bertanya bilakah tarikh sebenarnya pembukaan jambatan tersebut dan apakah yang menyebabkan kelewatan pembukaannya? Minta nanti Kerajaan gulung, masa gulung… bagi saya masa sebab masa saya terhad… terlalu… nak cepat.
Yang Berhormat, Wakil-wakil Kerajaan pun terhad masa. Nanti Yang Berhormat complaint pula tak respons kepada Yang Berhormat. Minta maaf, kita ada 20 minit sahaja untuk menggulung hari esok Dato’ Sri Yang di-Pertua. Jadi, saya jawab terus… masih dalam proses pewartaan. Apabilanya ia siap diwartakan dan insya-Allah saya kira awal tahun depan kita boleh buka. Boleh Yang Berhormat apa… belanja minumlah seberang sana nanti. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Teluk Cempedak, Kuantan terkenal dengan pantai yang cantik. Kawasan pantai ini sentiasa menjadi tumpuan orang ramai siang dan malam. Baru-baru ini saya telah memantau keadaan di sekitar kawasan berkenaan di mana saya mendapati terdapat beberapa projek yang sedang dijalankan tetapi mengalami masalah kelewatan dan untuk disiapkan.
Projek menaikkan taraf gerai jualan makanan yang bermula pada September 2019 tetapi sehingga kini masih belum disiapkan dan tapak jaja pelbagai 10 unit yang bermula Januari 2020 yang masih belum disiapkan sehingga kini.
Selain itu, sumber info mengatakan pekerja hanya bekerja selama 2 hari dan cuti rehat 2 minggu. Kontraktor yang menjalankan projek tersebut juga adalah di luar kawasan Kuantan. Mengapa ini boleh berlaku? Apakah faktor menyebabkan kelewatan projek tersebut? Mohon pencerahan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, COVID-19 adalah wabak global yang melanda hampir ke seluruh dunia, negara kita juga tidak ketinggalan terkesan dengan krisis ekonomi khususnya di negeri Pahang. Bagi pemegang lesen hiburan contohnya turut merasai kesan ini kerana mereka tidak dibenarkan menjalankan perniagaan sepanjang tempoh PKPP dan kita sendiri tidak tahu bila ia akan berakhir. Adakah pihak kerajaan mempunyai cadangan untuk membantu golongan ini?
Dalam memulihkan pendapatan mereka atau membuat pertimbangan semula dengan membeli license sementara dengan menukarkan license sementara hiburan kepada license perniagaan makanan dan kafe. Pemegang lesen juga perlu patuh dengan SOP yang ditetapkan dan memenuhi syarat ditetapkan oleh PBT. Ini kerana mereka yang terkesan ini juga mempunyai keluarga yang perlu ditanggung selain mempunyai komitmen dengan pihak bank dan lain-lain lagi.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Untuk makluman semua, kita sedia tahu terdapat aktiviti perniagaan bersebelahan bangunan Pasar Besar Kuantan. Aktiviti penjaja makanan yang bermula pada dari waktu tengah hari sehingga petang telah lama dijalankan. Walau bagaimanapun, bagi perkemaskan imej dalam bandar Kuantan, saya mencadangkan supaya penjaja-penjaja berkenaan dipindahkan ke dalam bangunan pasar tersebut di mana terletak beberapa barisan ruang kosong dalam bangunan tersebut berkenaan. Dengan cara itu, pengunjung akan mendapat manfaat yang sama iaitu keselesaan serta terlindung dari hujan dan panas sementara tapak perniagaan yang sedia ada boleh digunakan sebagai tempat letak kenderaan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Sungai Galing Besar adalah sungai yang dipilih selaras dengan hasrat menjadikan sungai bersih. Hidup dan bersengat… semangat untuk Program Satu Negeri Satu Sungai bagi negara..bagi negeri Pahang. Program yang dilancarkan pada tahun 2005 bagi memulihkan sungai yang terpilih di setiap negeri. Selain itu, kawasan terse… berkenaan juga dijadikan sebagai tempat rekreasi untuk pengunjung.
Terdapat taman permainan kanak-kanak, trek joging, pentas pondok tepi sungai dan pekarangan yang luas untuk melakukan aktiviti senaman tetapi pada masa ini, kawasan rekreasi berkenaan ibarat telah diabaikan seperti tiada penyelenggaraan berterusan dilakukan. Saya mohon bertanya berapakah bajet yang disalurkan untuk program ini menerusi peruntukan…yang telah disalurkan oleh pihak Kerajaan Negeri kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuantan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Saingan… saya ingin berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang atas keprihatin dan demi mengindahkan imej bandar Kuantan yang semakin berkembang maju. Kerajaan Negeri Pahang telah memberi peruntukan untuk menaikkan taraf bangunan Kompleks Teruntum. Saya ingat… saya ingin bertanya, apakah status pemilikan bangunan ini? Adakah dia telah distratakan pemiliknya dan bilakah status pemilikan strata akan diserah kepada lot-lot kedai yang terdapat di bangunan tersebut?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kegit… kegiatan rempit makin berleluasa pada masa ini. Tindakan mengubahkan suai motosikal dan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan atau dengan sengaja membuat bunyi bising untuk menarik perhatian di kalangan pengguna motor boleh menyebabkan kacau gangguan kepada orang ramai.
Selain itu, dia tidak ada bila mana terdapat sekumpulan motor yang berbuat bising tetapi telah memberi kesan mengganggu waktu istirehat ribuan orang awam terutama pada waktu tengah malam. Di sini, saya ingin mencadangkan supaya pihak Kerajaan menetapkan ukuran bunyi bagi setiap kelas motosikal. Contohnya, ukuran bunyi maksimum 4 desibel untuk motosikal 100cc dan ke bawah. Ukuran bunyi maksimum 6 desibel bagi motosikal kelas 250cc dan ke bawah. Saya juga ingin bertanya dalam undang-undang yang sedia ada, apakah tindakan yang akan diambil sekira terdapat kesalahan seperti yang di atas dan berapakah kadar saman yang dikenakan di atas kesalahan tersebut dan adakah dengan tindakan itu dapat menyedarkan mereka sekaligus menghentikan aktiviti merempit. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin merakamkan ucap setinggi penghargaan dan mengucap ribuan terima kasih kepada seorang Dato’ bernama Dato’ Sia Hock Kiang, selaku bekas Pengarah Sungai Lembing Tin Sdn. Bhd., kerana telah memberi kerjasama menyelesaikan isu tuntutan gaji Sungai Lembing Tin selepas 23 tahun.
Untuk maklumat semua, Sungai Lembing Tin adalah syarikat perlombongan yang telah gulung tikar setelah 23 tahun tetapi atas dasar kemanusiaan dan sifat bertimbang rasa akhirnya kes bayaran tuntut gaji pekerja selesai dengan cara pembayaran 30% daripada tuntutan gaji. Sebagai tanda penghargaan kepada pekerja dan waris pekerja syarikat tersebut, Dato’ Sia Hock Kiang telah menggunakan wang sendiri untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Berbanding dengan syarikat Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) juga mengalami nasib yang sama iaitu gulung tikar tetapi menyelesaikan isu tuntutan pampasan pekerja setelah 33 tahun. Satu tempoh yang lama berbanding dengan Sungai Lembing Tin Sdn. Bhd. Adakah pihak Kerajaan akan mengikut langkah Dato’ Sia Hok Kien iaitu menyelesaikan isu dengan mas… masa yang singkat dan memberi pampasan yang sepatutnya?
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Perumahan Pak Mahat adalah perumahan yang menempatkan golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan asnaf. Saya memohon bertanya, berapa baki rumah yang masih belum diduduki termasuk rumah rosak dan bilakah ia akan disiap dibaiki serta berapakah bajet yang telah diperuntukkan untuk membaik pulih rumah-rumah berkenaan? Ini kerana terdapat beberapa permohonan telah datang ke Pusat Khidmat saya memaklumkan mereka telah menunggu masa yang agak lama dan saya difahamkan permohonan juga telah melebihi kuota rumah yang sedia ada. Saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Pahang membina lebih banyak lagi penempatan seperti ini kerana kita semua telah maklum masih terdapat ramai lagi golongan yang berpendapatan rendah atau B40 yang tidak mampu memiliki rumah kos rendah seperti Projek Perumahan PR1MA atau Projek Rumah Makmur yang disediakan oleh Pihak Kerajaan dan golongan tersebut sangat memerlukan projek perumahan rakyat yang ada seperti sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Internet adalah satu keperluan pada masa ini. Ia di sini saya ingin mengusulkan supaya mengwujudkan internet percuma di kawasan penduduk yang berpendapatan rendah atau golongan B40 untuk memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan. Selain itu, dia juga dapat meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disega…disediakan. Harap Kerajaan dapat mempertimbangkan. Dengan ini, saya mohon menyokong, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Sabai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang berbahas Rang Undang-undang Perbekalan (2021) 2020.
Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin mengambil peluang ini untuk membawa beberapa isu DUN Sabai di Dewan yang mulia ini dengan harapan ianya dapat diselesaikan di masa akan datang. Permohonan geran tanah.
Tuan Yang di-Pertua, Kawasan perumahan yang digelar Rumah Papan di tepi Taman Hijau mempunyai 26 buah rumah sejak pertengahan tahun 60-an lagi. Penghuni rumah-rumah tersebut memohon geran tanah sejak beberapa tahun lalu namun permohonan mereka masih belum diberi perhatian. Setiap kali hujan lebat, rumah-rumah ini dibanjiri lumpur dan penghuni rumah sentiasa mengalami kerugian besar. Saya sangat berharap penantian warga Taman Rumah Papan tepi Taman Hijau akan dimakmul… dimakbulkan dengan pemberian hak milik supaya mereka boleh membina rumah yang lebih selesa dan selamat.
Tuan Yang di-Pertua, Aduan tentang lubang di permukaan jalan raya bukanlah satu perkara yang baru. Pejabat ADUN Sabai sering menerima aduan ini terutamanya di sekitar kawasan perumahan. Setiap ad… aduan dilaporkan kepada Pihak Berkuasa menerusi talian SisPAA. Ada yang diturap atau ditampal dalam beberapa hari aduan dibuat. Ada juga yang mengambil masa yang lama.
Masalah yang lebih serius adalah jalan yang diturap atau ditampal selalunya berlubang dalam beberapa minggu sahaja. Kita semua tahu dana yang digunakan untuk kerja-kerja penurapa… penurapan adalah hasil dari cukai yang dibayar oleh rakyat. Maka saya mencadangkan supaya kita jangan bazir wang rakyat dengan memberi kontrak kerja-kerja penurapan jalan kepada pihak…
Mohon mencelah…
… yang tidak bertanggungjawab…
Tuan Yang di-Pertua… Dato’ Sri Yang di-Pertua, Boleh tak Yang Berhormat jelaskan secara spesifik jalan yang manakah yang hanya boleh bertahan beberapa hari atau beberapa minggu itu?
Terima kasih, er… saya sudah kata tadi kawasan perumahan maknanya ia bukan JKR punya.
[YB. ketawa] Dato’ Sri Yang di-Pertua, Er… walaupun ianya jalan di dalam jawatan, di dalam kawasan apa perumahan tetapi secara keseluruhannya mengikut akta jalan semuanya masih lagi di bawah kawal selia JKR ya. Jadi, kalau boleh apa sahaja yang Yang Berhormat adukan di Dewan ini kita bawak dengan fakta-fakta jelas supaya pihak Kerajaan Negeri boleh mengambil tindakan yang sewajarnya.
Kerja-kerja ini dilakukan oleh Majlis Perbandaran Bentong.
Maksud saya di… di taman yang mana? Di jalan yang mana? Ni satu tuduhan yang berat saya rasa…
Okey er…
… sekiranya jalan yang sepatutnya bertahan untuk tempoh bertahun-tahun tetapi kalaulah 2, 3 minggu dia rosak tu mesti ada sebab ya, selain daripada kecuaian mungkin juga disebabkan oleh lalu lintas yang melebihi apa berat muatan dan sebagainya tetapi yang pasti Kerajaan bertanggungjawab…
Er…
…untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan ini. Jadi, Yang Berhormat kena bertanggungjawab atas apa yang dibawa ke dalam Dewan ini…
Minta maaf er… YB, saya tak dengar sebab pakai mask. Terima kasih.
Jadi er… Dato’ Sri Yang di-Pertua, Apa saja masalah yang nak dibawa ke Dewan ini kita tidak buat secara rambang. Jadi, apabila Yang Berhormat menyebut ada jalan yang dah di apa… di… diselenggarakan, direpair, dalam masa beberapa minggu atau beberapa hari telah rosak itu satu. Saya rasa satu perkara yang serius dari segi kualiti jalan kita, dan kita kalau ianya berlaku, kerajaan akan ambil tindakan. Jadi, boleh YB. namakan, jalan yang mana itu?
Terima kasih. Sebenarnya, saya bawa semua ni nak beritahulah nanti er… okay I have er…
Bukan nak bagitahu sekarang YB. sebutkan jalan di mana…
Oo…jalan…
Kita ada semua pengarah jabatan…
Jalan Lorong Indah 7, Taman Indah, Karak.
Baik. Terima kasih YB.
Mohon mencelah sikit. Memang budaya di Malaysia ni, kalau kerja-kerja yang diberi secara kontrak projek apa pun dia mesti ada dia punya kekurangan the shortcoming dia. Kalau rumah bocor, kalau jalan retak, begitulah seterusnya. Tapi ni ada juga baiknya untuk menjana ekonomi kegiatan ekonomi. Makna kalau kita buat rumah sampai kiamat tak perlu berganti, durian… durian pula apa ni, jalan raya pun sampai kiamat tak perlu diturap, tak dapat kontraktor cari makan. Dia kalau boleh jalan ni 3 bulan, pecah. Rumah 3 bulan, runtuh. Pejabat 3 bulan, bocor. Baru ada penjanaan ekonomi itu tadi. Dak saya bercakap bunyi… bunyi berseloroh, tetapi kalau kita sesuaikan mungkin dalam masa yang agak lama sikit, kalau biasanya diturap bocor 3 bulan, mungkin 3 tahun kita repair.
Itu sebab sekarang kalau kita tengok jalan di Malaysia, saya ingat lagi, minta maaf Yang di-Pertua, daripada saya kecik sampai saya tua, tak pernah takde stretch yang tak berrepair. Mesti ada, Roadwork ahead, slow down…gi mana-mana daripada saya kecik, sebab apa? Sebab ada saja, lepas LLM gali, JKR pula gali, lepas JKR gali, PAIP pula gali. Begitu seterusnya. Kalau tak de ni semua, mana kontraktor nak cari makan? Jadi, saya minta Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Ahli Dewan pun memahami perkara ini dan kita sama-sama bersabar, tanggung ajelah. Terima kasih.
Sila. Yang Berhormat Sabai teruskan.
Terima kasih Pelangai. Saya er… walaupun saya sudah dengar, explaination daripada Pelangai, tapi saya nak baca jugalah apa yang saya tulis [ketawa]. Hasil cukai yang dibayar oleh rakyat maka saya mencadangkan supaya kita jangan bazir wang rakyat dengan memberi kontrak kerja-kerja penurapan jalan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya juga ingin tau adakah kerja-kerja penurapan ini dibuat mengikut SOP jika ya, mengapakah jalan berlubang dalam masa beberapa minggu sahaja seperti yang dikatakan oleh Pelangai, kalau 3 bulan ok lagi, tapi ni pula 3 minggu.
Tak baik, kena buat sesuatu ya. Dato’ Sri Menteri Besar, kita berulang kali menegaskan supaya kita jangan boros. Bagi saya pembaziran sebegini juga harus berhenti dan pihak berkenaan harus memastikan supaya SOP yang ketat dilaksanakan supaya wang tidak dibazirkan untuk kerja-kerja yang sama dan berulang.
Tuan Yang di-Pertua, Sejak PKP dilaksanakan, pada bulan Mac lalu, ramai yang telah kehilangan kerja dan punca pendapatan. Saya percaya bahawa, inilah masa yang terbaik untuk menggalakkan belia menceburi diri dalam bidang pertanian. Saya mengalu-alukan inisiatif kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM 5.5 juta bagi tahun 2021 untuk meman… memantapkan lagi sektor pertanian, namun saya sangat berharap peruntukan ini akan dapat meningkatkan dengan izin, kualiti dan kuantiti para petani di negeri Pahang.
Ramai di kalangan belia India, mempunyai kegemaran dalam bidang pertanian namun pelbagai faktor menghalang mereka dari mencapai kejayaan. Belia India sering dipanggil untuk mendapat latihan pertanian. Pelbagai latihan diberi seperti penanaman cili, bunga jasmin, bamboo, pokok pisang dan macam-macam lagi. Tetapi semua ini hanyalah sekadar latihan sahaja. Tidak ramai yang benar-benar berjaya selepas menghadiri latihan-latihan tersebut.
Ini menunjukkan bahawa keperluan mereka bukan sahaja latihan malah mereka perlukan bantuan dari segi kewangan untuk substain dalam bidang ini, yang paling penting mereka memerlukan tanah untuk pertanian. Ramai yang mengadu bahawa, permohonan tanah TOL, tidak berjaya. Seorang juruterbang daripada er…DUN Sabai, seorang juruterbang muda daripada DUN Sabai yang kehilangan kerja semasa PKP, masih cuba untuk mendapatkan sebidang tanah untuk menceburi dalam bidang pertanian. Oleh yang demikian, saya berharap tahun 2021 akan memberi peluang untuk ramai belia, yang masih menunggu tanpa sebarang peluang. Saya pasti dengan rancangan-rancangan yang efektif kitab oleh meraikan kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang pertanian.
Tuan Yang di-Pertua, Yang akhirnya saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada para frontliners yang bertungkus lumus berkhidmat demi keselamatan rakyat dan negara. Saya amat bersyukur kerana Pahang merupakan salah satu negeri yang merekodkan kadar 0 selama 2 minggu berturut-turut tanpa Pandemik COVIC-19. Sebelum akhir, tahniah diucapkan kepada Menteri Besar Pahang, yang telah membentangkan Belanjawan 2021 yang bertemakan “Kemakmuran Negeri Manfaat Bersama”. Harapan dan doa saya, adalah supaya negeri Pahang akan semakin Makmur supaya rakyat mendapat manfaat Bersama. Dengan itu, Sabai mohon menyokong. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Dong.
Tuan Yang di-Pertua, Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi ruang, membahaskan Belanjawan Pahang Darul Makmur 2021 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 16/11/2020. Saya nak mengucapkan syabas serta tahniah di atas pembentangan bajet yang telah pun dibentangkan pada 16/11/2020 belanjawan yang bagi pandangan saya nampak jelas kerajaan benar-benar membela rakyat keseluruhannya, dan mungkin kita tak Nampak, sebab tidak ada sorang pun dalam perbahasan tadi menyebut kita tak Nampak, dan inilah kali pertama saya lihat Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dalam membentang bajet begitu serius sekali.
Serius maksud saya, ada rehearsal yang dihadiri oleh Pegawai Kewangan Negeri, dan rakan-rakan pimpinan jentera kerajaan dan pegawai-pegawai Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Rehearsal ada, maknanya menandakan serius. Pembentangan bajet ini, serius demi untuk memastikan strategi yang disusun oleh kerajaan itu mahu melihat satu hari kerajaan kita mampu berdikari.
Kemudian, mahu memperkasakan perkhidmatan dan modal insan serta nak melihat rakyat Pahang ini sejahtera. Dan saya yakin, keseriusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini, akan dapat menghasilkan anggaran pendapatan RM800 juta bahkan mungkin lebih, kerana banyak dasar-dasar baru telah pun disusun diantaranya ialah penubuhan daerah-daerah kecil Genting, Muadzam, Jelai, Gebeng.
Kemudian penyeragaman syarat-syarat tanah, syarat-syarat nyata tanah, pemakluman keputusan permohonan yang cepat, penubuhan perbadanan di bawah kerajaan-kerajaan negeri dan juga penubuhan jawatankuasa ataupun badan penguatkuasaan dengan adanya, dasar-dasar baru ini, sudah semestinya akan dapat meningkatkan usaha, mendapatkan pendapatan ini, cukup cerah dan akan lebih berkesan dan tentunya akan dapat mengesan mengurangkan ketirisan, yang berlaku selama ini.
Tambahan pula saya lihat, dengan adanya penguatkuasa yang kuat, sokongan barisan pimpinan ahli-ahli Majlis Kerajaan, ketegasan Dato’ SS dengan jenteranya tentu sekali displin yang ada ini akan anggaran hasil ini, dikutip dengan jayanya, Isya-Allah satu ha... sebelum tahun depanlah. Saya ingat boleh bagi satu tepukan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita [Ahli Dewan menepuk meja] dan saya lebih yakin dengan cara kerja yang kemas pasukan yang mantap, dasar-dasar yang jelas insya-Allah mungkin tahun depan ataupun dua tahun daripada sekarang mungkin bajet kita akan mencapai RM1 bilion,insya-Allah.
Yang...Tuan Yang di-Pertua, Dalam suasana COVID, dalam suasana ekonomi yang tidak menentu baik di Malaysia dan seluruh dunia, tetapi di atas gaya kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, very humble, tenang. Kemudian dibantu oleh pimpinan jentera kerajaan yang mantap, indah dan er…pentadbiran yang agak telus walaupun ekonomi parah tapi masih lagi Pahang mendapat pelaburan yang tinggi. Sama ada domestik ataupun pelaburan asing yang saya lihat dalam kertas ini hampir RM10 bilion. Pelaburan domestiknya RM5 bilion dan juga pelaburan asing RM4.25 bilion. Ini menandakan bahawa pelabur-pelabur domestik, khasnya masih yakin walaupun politik masih tidak stabil di dalam Malaysia ini.
Yang keduanya, Tuan di-Pertua, Saya ingin menyentuh beberapa perkara yang lain iaitu berkaitan dengan dana anak muda RM10 juta. Ini satu dana yang cukup memberi erti dalam suasana kepayahan pada hari ini. Saya ingin mencadangkan dana anak muda yang RM10 juta ini iaitu bantuan awal ataupun pengembangan perniagaan, agar dapat diagihkan seluruh daerah ini agak sama rata. Kalau RM10 juta kalau diberi RM2000.00 bantuan pada seorang, kita akan dapat hampir 3300 orang seluruh negeri Pahang makna lebih kurang 300 orang satu daerah.
Kalau RM2000.00 bantuan awal diberi kepada anak-anak muda sama ada nak mula perniagaan atau pun mengembangkan perniagaannya boleh dibantu dengan RM10 juta ini 2000 orang. Bermakna boleh kita bantu diantara lebih kurang 200 orang satu daerah. Kalau boleh agihan ini biarlah dapat diselaraskan sebaik mungkin oleh jentera-jentera jabatan yang berkaitan.
Begitu juga, saya cadangkan agar juga pihak agensi kerajaan seperti PKNP juga harus menyusun programnya tersendiri untuk membina, menyuburkan budaya keusahawanan dan membina usahawan-usahawan di seluruh negeri Pahang ini. Saya kira PKNP khususnya memang ada objektif dia di antara membina keusahawanan maka ini boleh di apa menyalurkan sumber-sumber tertentu bukan sahaja membantu institusi kewangan tetapi menyuburkan kegiatan-kegiatan perniagaan di kalangan anak-anak muda.
Begitu juga saya meminta kepada pihak kerajaan kita, agensi keusahawanan di Pahang ini banyak iaitu banyaknya daripada Federal Government SIRIM, MARA, TEKUN, AIM, SME Corp kita minta, saya minta daripada kerajaan agar dapat selaraskan semua jentera ini turun ke bawah melihat keadaan sebenar supaya dapat kita kenal pasti siapa yang layak dibantu siapa tidak layak dibantu.
Insya-Allah, dengan adanya muafakat yang mantap di antara Kerajaan Negeri dan juga agensi-agensi serta agensi pada pusat saya percaya dan saya yakin segala sumber yang ada dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Mungkin saya juga ingin mencadangkan supaya dana ini harus jangan kita susahkan keadaan kerana sekarang ramai yang tak bekerja maka kalau dia ada minat perniagaan kita harus bantu sama ada sektor makanannya, servisnya, gerai-gerainya, fertigasinya dan lain-lain yang bersesuaian dengan er... dengan hasrat tabung ini.
Tuan Yang di-Pertua, Yang ketiganya ialah saya amat menghargai cadangan meningkatkan peningkatan ekonomi Pahang iaitu apa yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang iaitu Majlis Pembangunan Wilayah Pahang Barat Plus. Ini satu cadangan yang cukup baik. Inilah wangnya melalui majlis ini untuk mengimbangkan pembangunan ekonomi, kemudahan asas kegiatan-kegiatan ekonomi di antara barat, timur dan tengah Pahang ini. Memang tak dapat diakui kalau nak bandingkan Pahang Barat dengan Pahang Timur, Kuantan amat jauh bezanya. Sekarang ini sebagai contoh di Raub sahaja saya kira hampir 3000 anak muda sedang bekerja di Genting Highland dan juga di kawasan our national growth centre di Klang dan di KL.
Dengan adanya perancangan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Barat ini kita akan dapat sekat penghijrahan anak-anak muda ini keluar daripada Pahang ini. Tak semestinya mereka pergi ke Kuala Lumpur, mereka pergi ke Genting, Klang kehidupan mereka lebih baik. Tidak, sebab itu ini satu pandang satu idea yang baik dan saya mencadangkan supaya Majlis Pembangunan Wilayah Pahang Barat ini boleh kita wujudkan dan minta bantuan-bantuan daripada Kerajaan Negeri seperti dulu kita ada Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka, DARA, IADP yang ada peruntukan-peruntukan tertentu.
Sedihnya baru-baru ini saya baca peruntukan daripada Kementerian Luar Bandar yang disedang dibahaskan ya kita dah tak ada Lembaga Jengka tak ada, DARA tak ada tetapi negeri lain KEDA dapat RM47 juta, KEJORA RM35 juta, KESEDAR RM24 juta, kita tak ada dan saya difahamkan sepatutnya dulu tahun lepas PKPP dapat RM5 juta RM10 juta tahun ini RM0 juta. Er... maknanya saya mencadangkan agar majlis ini dapat diperkemaskan dan kita boleh mengangkat untuk mendapatkan bantuan-bantuan tertentu dengan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Luar Bandar.
Yang ketiganya, berkaitan dengan daerah Raub nak kata sedih tak sedih tapi saya nak sebut sekali lalu je. Ini pasal bekalan air gangguan, terlalu kerap alasannya paip pecah, air keruh itulah alasan dia diberi. Jadi, saya merayu kepada pihak kerajaan paip pecah ini cepatlah bantu supaya rungutan ini dapat diminimakan dan saya kira ialah paip pun sampailah masanya pihak kerajaan juga harus memikirkan tarif ni harus kita reviewlah er... tetapi dalam proses kita nak review ini, kita harus pastikan nak menaikkan tarif kita harus pastikan servisnya baik pulas ada air, pulas ada air tetapi ialah kalau tak naik tarif kita kekurangan kewangan.
Kalau di Raub ini hari-hari pecah paip, 3 hari duduk dewan ini, 3 harilah mesej sampai. Hari ini pun pecah lagi. Memancut airnya. Non-Revenue Water (NWR) hampir 50%. Jadi, saya berharap pihak kerajaan agar dapat melihat perkara ini serius dan rungutannya terlalu tinggi sekarang ini. Saya yakin PAIP sekarang ini dah semakin improve ya. Pentadbirannya baik, duit pun ada sedikit sebanyak kalau boleh kalau pecah bantulah cepat supaya dapat kita menenangkan keresahan hati rakyat kita ini.
Minta laluan. Ya Tuan Speaker, saya pun setuju apa yang YB. Dong cadangkanlah. Tarif air mungkin boleh dinaikkan tapi sekiranya, itu servis semua air dapat terutamanya di Raub. Jika kami buka memang ada air, tarif naik tak ada orang komplen. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja].
Er... Tuan di-Pertua, Yang Berhormat DUN Tras. Dia isu besar sana antara selain paip pecah, ialah air keruh. Air keruh ni, penerokaan tanah haram salah satu punca.
Minta laluan.
Tak boleh, tunggu saya tak habis lagi ya. Penerokaan tanah haram kerana bukaan tanah-tanah tepi sungai ya. Walaupun pihak kerajaan ada membuat penguatkuasaan tapi jentera kita agak kurang walaupun sekarang dah semakin mantap. Jadi, patutnya peranan kitalah janganlah kita nak marah pada kerajaan, kita harus nasihatkan peneroka-peneroka tanah haram ya di antara punca air di Raub ini keruh ialah kerana kita ya.
Okey. Saya ulas sikit. Bolehlah. [Ketawa]. [Ahli Dewan ketawa]. Tuan Speaker, saya memang setuju kawasan tadahan air jika diancam memang nak ambil tindakan tapi apa yang saya bangkitkan isu Royal Pahang durian itu, adalah persoalannya adalah dalam skim yang tidak adil kepada pekebun dan di Raub terutamanya di Loji Sungai Bilut di sepanjang Sungai Bilut
yang tanah yang jadikan sungai itu keruh ia saya memang tidak dapat dinafikan ada sedikit tanah yang tidak dapati permit ataupun tanah ada geran pun ada. Oleh itu, masalahnya...bukanlah mereka adalah tanah haram tetapi adalah mereka tidak mengikuti SOP. Oleh itu, saya setuju ambil tindakan terhadap tanah yang mengancamkan kawasan tadahan air ataupun mencemarkan air sungai. Sekian terima kasih.
Ya.
Tuan Yang di-Pertua, Tadi tertinggal sikit berkaitan dengan Majlis Pembangunan Wilayah Pahang tadi. Sebagai contoh, kita ada Centre Park, Central Spine Road nak siap dah. Daripada Bentong, Raub terus ke Gua Musang. Jadi, saya berharap melalui Majis ini dapat kita merancang daripada sekarang lokasi-lokasi yang sesuai untuk pembangunan-pembangunan tertentu. Juga saya mencadangkan melalui cadangan penubuhan Majlis Pembangunan Wilayah Pahang ini er… saya mohon pihak kerajaan mempertimbangkan jalan Batu Malim ke Slim River.
Sebenarnya dah dua kali, tiga kali er… perjanjian MOU telah pun dibuat di antara Pahang dengan Perak, tetapi sampai sekarang belum dapat dilaksanakan. Dengan pembukaan jalan Batu Malim ke Slim River ini akan dapat membuka satu kawasan pertumbuhan ekonomi untuk kepentingan masyarakat di sana.
Yang kedua, kita ada Technology Park Malaysia yang telah dibelanjakan hampir RM60 juta tetapi sehingga hari ini macam gajah putih di bawah Kementerian Sains dan Teknologi. Ini juga saya merayu kepada pihak kerajaan supaya melihat pantas agar dapat Technology Park ni asasnya ialah memproses herba dapat memberi ruang pekerjaan dan ekonomi di kawasan persekitaran.
Juga harus dibangunkan jalan yang baik di antara Raub ke Koyan yang menjadi laluan utama pengunjung-pengunjung ke Cameron Highlands dan harus dibina IKS-IKS yang berdasar kepada pertanian. Semuanya ini adalah untuk membuka ruang pekerjaan dan meningkatkan sumber pendapatan di dalam Wilayah Barat ini.
Dan yang akhirnya Tuan Yang Dipertua, Setelah Bajet dibentangkan secara live telecast oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar. Feedback yang kita dapat rakyat amat gembira. Semua katogeri rakyat diberikan bantuan khas oleh Kerajaan Negeri. Ada 13 kategori. Saya tidak nak ulang sebab ramai ADUN dah menyatakan apa dia bantuan prihatin tetapi ada juga dua, tiga kampung telefon saya, Dato’ tak kan 80 tahun ke atas je dapat peluang. Di kampung saya umur 80 tak ada dia kata. Yang ada paling tua 77 tahun.
Minta laluan Dong.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Sepertimana yang Kerajaan Negeri atau pun saya selalu katakan, selalu katakan “Berbelanja jangan boros, berjimat jangan sampai kedekut”. Sebenarnya kami semua rakan-rakan Exco bermula kita nak bagi umur 65 tahun. Bukannya setakad 70. 65 tahun nak bagi Dong. Tetapi kita melihat pula kedudukan kewangan negeri. Lepas tu 70 pun tak lepas juga sebab kita nak
bagi benda lain lagi. Belia pun nak RM10 juta. Imam, Penghulu, JKKK, Mahad Tahfiz dan sebagainya.
Tetapi kalau setakat nak bagi 60 tahun ke atas, kalau setakat dia je, RM100 juta boleh bagi tetapi yang lain tak dapatlah. Ha jadi, insya-Allah tahun depan kalau keadaan mengizinkan kedudukan kewangan bertambah baik. Bukan setakad umur 85, 55 pun kita boleh bagi. Tetapi bergantung kepada kedudukan kewangan Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Terima kasih. Ya.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Yang Amat Berhormat Menteri Besar ni orang baik ya. Kalau minta tolong bawalah surat lulus, ya. Insya-Allah tetapi itulah rungutannya. Satu kampung 80 tahun tak ada seorang pun Tok ya. Jadi. itulah menyampaikan rintihan rakyat.
Yang keduanya, berkaitan dengan bantuan e-kasih. Kalau boleh saya mencadang kepada kerajaan agar kita review balik e-Kasih ini sebab sekarang ramai yang berhenti kerja. Ramai yang balik kampung. Kalau di kawasan saya terdapat 10 anak muda yang kahwin anak dua, tiga orang, kerja tak ada di Kuala Lumpur dah balik kampung tidak ada kerja. Apakah mereka tidak layak duduk dalam e-Kasih? Di mana harus kita bela kumpulan-kumpulan seperti ini?
Dan pada keseluruhannya feedback yang kita dapat rakyat cukup gembira melalui bantuan prihatin ini hampir RM28 juta. Banyak ni. Itu tak masuk COVID lagi. Maknanya yang inilah menunjukkan bahawa pemimpin kita kasih sayang kepada rakyat di seluruh negeri Pahang ini. Ini saya ucapkan syabas dan tahniah.
Dan akhirnya saya cukup yakin di atas keseriusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kepimpinan yang sederhana mendapat sokongan padu daripada Ahli Majlis Kerja Kerajaan dan juga kerjasama yang mantap daripada Dato’ Sri Setiausaha Kerajaan Negeri dan barisan pimpinannya. Saya percaya Pahang akan lebih hebat, Pahang akan lebih maju.
Tambahan pula Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada kekuatan yang lain, iaitu very close dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan juga Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan juga mempunyai hubungan yang rapat mesra dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Pahang. Tentunya hubungan yang baik ini dapat meningkatkan lagi kehebatan negeri Pahang pada masa-masa hadapan. Dengan ini saya menyokong Belanjawan Pahang 2021. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat daripada Damak.
[Bacaan ayat- al Quran] Assalamualaikum WBT. [Bacaan dalam Bahasa arab]. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan laluan kepada saya untuk sama-sama berbahas pada petang yang berbahagia ini. Saya ingin menyampaikan
ucapan sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang di atas kejayaan membentangkan Belanjawan Pahang 2021 dengan jayanya. Tahniah dan syabas diucapkan.
Belanjawan kali ini telah memperlihatkan kepada kita tiga perkara yang sangat penting dalam mempengaruhi Belanjawan ini iaitu yang pertama, peruntukan Kerajaan Pusat dan peruntukan beberapa projek berimpak tinggi yang memberikan gambaran betapa pentingnya keselarian dan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.
Yang kedua, kesungguhan dan kebijaksanaan dalam mencari dan meneroka hasil yang telah dilaksanakan telah menjana peningkatan dan kepelbagaian sumber kewangan Kerajaan Negeri Pahang dan yang ketiga, pembangunan yang seimbang dan membawa manfaat kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik akan meningkatkan lagi keyakinan kepada Kerajaan Negeri Pahang
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Izinkan saya pada petang ini dalam masa yang singkat untuk menyuarakan beberapa pandangan dan cadangan.
Yang pertama berkaitan dengan meningkatkan syiar Islam yang mana telah diperuntukkan lebih kurang RM129.26 juta untuk Jabatan Agama Islam Pahang. Saya ingin menyokong cadangan dan saranan yang telah dibuat oleh Panching yang berkaitan dengan pembangunan Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang. Yang mana beliau telah mencadangkan dan perkara ini saya rasa berulang kali kita cadangkan. Supaya sebuah lagi Sekolah Agama Kerajaan Negeri Pahang khususnya di daerah Kuantan ini ditubuhkan. Ini adalah kerana permohonan yang semakin meningkat namun demikian disebabkan ruang yang terhad ya maka ramai di kalangan anak-anak kita yang tidak dapat menyambung pelajaran di Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Pahang.
Pada pandangan saya Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang yang mana terdapat lebih kurang 18 buah telah memberikan satu… impak dan juga memberikan kesan yang sangat positif kepada Kerajaan Negeri Pahang. Ya, kalau kita lihat di dewan ini sahaja, berapa orang agaknya lepasan daripada Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang. Bahkan saya, barisan Exco pun tak kurang tiga orang lepasan daripada Sekolah Agama Negeri Pahang.
Ini menunjukkan bahawa SMA ini telah memberikan kesan yang sangat positif dan wajar. Kita pertingkatkan lagi dari sudut prasarana dan juga kursus-kursus yang boleh meningkatkan lagi kualiti guru-guru yang bahkan melahirkan generasi pelajar yang akan mencorakkan negeri Pahang ini. Bukan sahaja di sebelah sana, di sebelah sini pun saya rasa ramai lulu… lulusan daripada Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang, itu yang pertama.
Dan yang kedua, saya begitu tertarik dengan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) yang mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah mengkhususkan RM1 juta untuk membantu madrasah. Bukan sekolah ya bukan sekolah agama ya. Madrasah dan mahfiz di seluruh negeri Pahang ini, iaitu yang berdaftar. Jadi, berdasarkan kepada rekod yang saya dapat lebih kurang terdapat 164 buah sekolah tahfiz dan madrasah seluruh negeri Pahang. Manakala yang berdaftar adalah 89 dan yang tidak berdaftar ialah 75. Ini memberikan gambaran bahawa negeri Pahang ini bukan sahaja subur dari sudut sumber alamnya, subur dari sudut ekonominya tetapi juga subur dari sudut modal insannya.
Jika dibandingkan negeri-negeri lain, saya yakin Pahang antara… antara negeri yang terkehadapan dari sudut wujudnya madrasah dan sekolah tahfiz ini. Bahkan berdasarkan kepada maklumat yang saya perolehi daerah Kuantan adalah daerah yang terbanyak sekolah tahfiznya manakala yang keduanya ialah daerah Jerantut lebih kurang 13 buah. Justeru itu
saya ingin mencadangkan di samping dibantu sekolah-sekolah berdaftar ini. Saya juga mengharapkan sekolah yang masih belum berdaftar kerana sekolah-sekolah tahfiz yang masih belum berdaftar ini sedang berusaha untuk memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak bomba, pihak keselamatan untuk didaftarkan.
Justeru itu, adalah amat wajar kita turut memberi bantuan kepada mereka kerana disinilah terletaknya, adanya para ulama, guru-guru, pelajar-pelajar hafiz yang mana insya-Allah dengan doa daripada mereka negeri Pahang ini akan menjadi negeri yang terus makmur dan diberkati oleh Allah SWT.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Berkaitan dengan DUN Damak, saya ingin menyuarakan beberapa cadangan dan pandangan yang pertamanya ialah sebagaimana yang diminta oleh saya, oleh pihak Penghulu, pihak JKKK.
Antaranya ialah pertama menjadikan Lembah Benoh, Mukim Ulu Cheka sebagai Kluster Ekopelancongan Negeri Pahang kerana di kawasan ini dan YB. Lanchang pun telah menjelajah kawasan ini terdapat pelbagai produk ekopelancongan yang cukup unik dan tidak perlu saya senaraikan di sini kerana ingin menjimatkan masa.
Yang kedua, saya mohon Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pahang memulihkan semula kawasan Hutan Sim… Simpan Kenau, Kampung Som. Bukan di Lipis ya, di Lipis pun ada Kenau juga, tapi ini di Jerantut, Kampung Som yang mana sudah terbiar begitu lama dan tidak dibaiki kuarters-kuarters kakitangan dan juga tidak dinaik taraf taman rekreasi ini. Hingga sekarang ini sudah menjadi satu makluman awam, di Jerantut ini bahawa di kawasan ini katanya sampai berhantu dah orang katalah. Saya tak tahulah, ada orang kata kawasan ini berhantu kerana apa? Kerana ditinggalkan begitu lama. Jadi, bolehlah nanti er… Exco boleh pergi tengoklah ada hantu ke tidak kawasan ini. Jadi, saya harap kawasan ini er… dapat dibangunkan semula.
Yang ketiga, sepertimana yang telah ditekankan oleh Padang Tengku, Cheka dan Semantan supaya menaikkan elaun JKKK. Saya juga ingin menekankan kepada… kepada Dewan hari ini supaya elaun JKKK ini juga dinaikan daripada RM500.00 kepada terpulanglah hingga RM800.00 atau RM1000.00 kerana peranan yang mereka memainkan cukup besar didalam menghubungkan Kerajaan Negeri dan rakyat jelata di bawah.
Seterusnya yang kelima, seterusnya saya ingin juga, yang ketiga saya ingin juga mencadangkan agar pusat ekopelancongan ini yang terdapat banyak di dalam Mukim Ulu Cheka di kawasan Batu Balai, kawasan Kampung Sempadan diberikan kepada JKKK dan juga NGO di peringkat kampung membangunkan di kawasan-kawasan supaya mereka dapat menjana ekonomi yang khususnya di kalangan penduduk-penduduk kampung.
Kemudian isu kelima, saya ingin juga mengutarakan masalah, line telefon dan internet yang mana hampir keseluruhan kampung dalam DUN Damak. Lebih kurang 18 kampung ataupun JKKK perlu saya sebut ke? Satu per satu? Guai? Perlu saya sebut ke? Perlu sebut kampung ni? Tak yah sebut panjang pula kang 18 kampung ni, tapi yang kritikal ialah antaranya Kampung Perluk. Kalau kita pergi sana memang tak ada line. Begitu juga Kampung Ulu Cheka, sedangkan Kampung Ulu Cheka ini, kampung yang terkenal namanya, tapi kalau biasa kita pergi, line susah dan ini menjejaskan anak-anak kita yang ingin belajar secara online.
Seterusnya yang keenam, saya mengharapkan agar pihak kerajaan tidak memberikan lesen tanah TOL ataupun pendudukan sementara kepada mana-mana syarikat atau individu yang ingin membuka ladang durian atau pun Musang King berskala besar khususnya di kawasan-
kawasan tadahan air yang pastinya berisiko untuk merosakkan kelestarian alam. Adalah lebih baik kawasan-kawasan ini daripada diserahkan kepada syarikat-syarikat ini dijadikan kawasan tanah kelompok. Ia akan memberikan manfaat pada penduduk setempat.
Yang ketujuh, berkaitan isu air. Isu yang kita pun tak tahu sampai bila akan berakhir tapi saya kena bangkitkan juga di sini. Kalau kita lihat kawasan di Ulu Cheka ini hampir 50% penduduk-penduduknya masih lagi bergantung kepada air graviti. Ya, malah di sebuah kampung ini, Kampung Sempadan, sempadan dengan DUN Benta tak silap saya. Kampung Sempadan ini satu kampung masih lagi bergantung kepada air graviti. Malah di sana terdapat satu Loji Air Bukit Kur yang telah dibina pada 2014 tapi sehingga kini loji ini tidak dapat dimanfaatkan. Jadi, saya harap mendapat perhatian daripada pihak kerajaan.
Akhir kalam, dalam masa yang singkat ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan semua agensi kerajaan yang telah memberi layanan baik khususnya kepada kami ADUN-ADUN daripada PAS [Ahli Dewan menepuk meja]. Ini adalah merupakan hasil daripada Muafakat Nasional. Saya secara peribadi dan kami daripada PAS sangat berharap agar Muafakat Nasional ini diperkukuhkan terus [Ahli Dewan menepuk meja) kerana ia telah memberi manfaat yang begitu banyak significant kepada rakyat jelata. Akhir kata, saya akhiri dengan firman…
Boleh tumpang tanya Ahli dari Damak? Dengar tadi MN. Ahli Damak Sokong MN ke PN? Kalau berlaku pertembungan PN - MN yang mana satu?
Boleh baca hansard ya. Saya dah sebut tadi. Tak berapa dengar ya, lepas ini kita ini ngeteh lepas ini kita bincang, insya-Allah [Ahli Dewan Ketawa]. MN [Muafakat Nasional] [Ahli Dewan menepuk meja].
Tuan-Tuan yang dirahmati Allah sekalian, akhirnya saya akhiri dengan Firman Allah [Bacaan Al-Quran]. “Dan hendaklah kamu berpegang teguh dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu, di mana kamu asalnya bermusuh-musuhan lalu disatukan hati-hati kamu, maka jadilah kamu dengan nikmatnya bersaudara”. Saya mohon menyokong. Sekian. Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Triang. Yang Berhormat Triang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Rang Undang-undang Enakmen (2021) 2020 dan Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2021.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin meng… mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri kerana turut sama membanteras pembunuh utama wanita dengan menawarkan saringan mamogram percuma kepada 6,000 ribu wanita di Pahang. Sebelum ini Kerajaan Persekutuan juga menjalani mamogram percuma melalui LPPKN. Untuk Pahang…saringan dibuat di hospital swasta Kuantan atau Kuala Lumpur. Pada tahun 2017 jumlah peserta di Pahang adalah 1,316 orang.
Tahun 2018, 619 orang. Tahun 2019 dari Januari ke Jun, 1,058 orang peserta. Untuk tempoh dua tahun setengah ini jumlah peserta mamogram percuma di Pahang tidak mencapai 3,000 orang. Maka sasaran Kerajaan Negeri untuk membantu 6,000 orang wanita pada tahun depan amat merangsangkan. Sila izin saya berkongsi pengalaman. Walaupun ada bas percuma. Ada juga wanita yang enggan menyertai mamogram percuma dengan alasan sibuk ataupun perlu jaga keluarga.
Oleh itu, demi lebih mendekati golongan ini, saya bercadang Kerajaan Negeri bekerjasama dengan badan yang mempunyai kelengkapan mamogram bergerak supaya boleh terus masuk kawasan luar bandar tanpa memerlukan peserta mengambil perjalanan jauh. Kesedaran masyarakat juga perlu ditingkatkan bukan sahaja di kalangan wanita, tapi lelaki juga supaya suami menggalakkan isteri untuk menjalani saringan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya mengalu-alukan inisiatif Kerajaan Negeri untuk menyalurkan Bantuan Prihatin Pahang kepada warga emas, OKU, murid, orang miskin tegar dan lain-lain. Namun, saya berpendapat perhatian juga perlu diberikan kepada ibu tunggal warga asing yang kini menanggung dan hidup bersama dengan anak-anak kecil warga negara Malaysia.
Semenjak pelaksanaan PKP, golongan ini juga mengalami tekanan ekonomi tapi mereka tidak layak untuk pelbagai peruntukan Kerajaan termasuk Bantuan Prihatin Nasional, Bantuan Khas Ibu Tunggal, Program Subsidi Upah dan sebagainya. Demi menyempurnakan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjaga kebajikan pelbagai lapisan masyarakat, saya bercadang untuk menambah kategori ibu tunggal warga asing yang mempunyai tanggungan anak kecil warga negara Malaysia.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Sebagai warga Malaysia, kita bangga kerana masyarakat berbilang kaum, hidup bersama dengan harmoni. Kepelbagaian budaya dan agama menjadikan Malaysia unik. Keunikan ini sering digunakan untuk promosi pelancongan. Malaysia Truly Asia, dengan izin.
Saya menghormati bantuan kewangan Kerajaan Negeri disalurkan untuk membina masjid baru dan menyelenggara masjid lama kerana Islam agama rasmi negara dan yang paling penting ini keperluan rakyat. Saya tidak pasti sama ada rumah ibadat bukan Islam juga memperolehi peruntukan Kerajaan Negeri bagi tujuan penyelenggaraan bangunan. Sekiranya ada, saya mohon dapatkan maklumat lanjut tentang mekanisme permohonan peruntukan ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin mengambil perhatian Dewan yang mulia ini, tentang keratan surat khabar atas tangan saya. Ini China Press bertajuk 17 November mengenai tanah di Paya Lang. Sebelum menghuraikan berita ini, sila izin saya petik sebahagian jawapan lisan daripada Kerajaan Negeri mengenai Paya Lang pada November tahun 2019. Saya baca ikut handsard berkait dengan pekebun kecil di Paya Lang.
Kita akan buatkan secara berhemah dan kita akan ambil pendekatan yang sehabis baik kerana kita juga memikirkan sekiranya mereka tidak bercucuk tanam di sini atau tidak mengerjakan ladang, kita kena fikir juga apakah alternatif untuk diberikan kepada mereka. Yang Berhormat jangan bimbang, bagi tahu kepada mereka, mereka di sini menuju kepada pekebun kecil. Kerajaan Negeri pada bila-bila masa sahaja akan mendekati mereka ataupun mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa tidak memberi notis yang sepatutnya. Ini jaminan Kerajaan Negeri yang menyenangkan hat... yang menyenangkan hati pekebun pada November tahun lepas.
Selepas sudah satu tahun apa yang dilaporkan di berita sini, mengikut berita ada khabar angin bahawa 200 ekar tanah kebun di Paya Lang telah dimiliki syarikat swasta. Pekebun kecil tempatan terpaksa mengeluarkan duit untuk membeli balik tanah dari syarikat. Harga tanah berpuluh-puluh ribu ringgit per ekar. Mengikut pekebun kecil yang lahir dan membesar di Paya Lang. Masa perang dunia kedua, tanah telah diusahakan untuk penanaman padi. Kerajaan Negeri pernah memperuntukkan dana untuk membangunkan sistem pengairan di Paya Lang untuk penanaman padi. Malangnya projek ini gagal.
Jadi, pekebun tukar untuk tanam sawit di kawasan paya, tanam getah di kawasan bukit. Kebun ini adalah sumber pendapatan, pendapatan keluarga. Dari generasi ke generasi mereka mohon tanah dengan Kerajaan tapi ditolak. Kini secara tiba-tiba tanah telah dimiliki syarikat swasta. Mana mungkin pekebun kecil mampu untuk beli balik tanah dengan harga yang begitu tinggi. Juga mengikut berita dalam kawasan 200 ekar ini ada rumah-rumah pekebun yang telah perolehi...
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mintak laluan…
Ya… ya sila Dato’ Sri…
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, YB. daripada Triang tadi hanya menyatakan syarikat, tidak disebutkan dengan jelas syarikat mana, sebab sepanjang pengetahuan saya di Paya Lang ni Kerajaan Negeri belum buat apa-apa tindakan lagi dan saya ingin bagitahu Yang Berhormat Yang di-Pertua di dalam Dewan yang mulia ini, segala tindakan penguatkuasaan yang akan diambil kita buat secara berhemah mengikut peraturan.
Maknanya kita buat engagement, kita bagi notis… seperti mana yang berlaku terkini di Lembah Bertam. 91% daripada mereka yang terlibat dengan tanah haram tersebut telah pun dengan sendiri keluar, membuka sendiri khemah-khemah dan tidak meneruskan tanaman dan tidak ada masalah bila penguatkuasaan pergi. Ini adalah kita punya SOP juga. Kita... kita akan beritahu tetapi kalau mereka berdegil, Kerajaan Negeri tidak ada pilihan kerana itu adalah tanah kerajaan.
Jadi yang ini, saya mintak Yang Berhormat tolong bagi tahu syarikat mana. Kalau boleh detailkan sikit, bila, apakah tindakan yang telah diambil, nama syarikat, sebut syarikat apa secara am tu, macam mana kita nak ni dan ini memberi implikasi yang tidak elok pada kerajaan. Bagi detail sikit ya. Terima kasih.
Terima kasih atas balasan Yang Amat Berhormat. Seperti yang saya nyatakan tadi, bagi saya ini satu isu yang baru, yang saya juga dapati, dapat isu ini melalui surat khabar. Itu sebab saya bawa isu ini di Dewan yang mulia ini untuk mendapatkan pengesahan daripada Kerajaan Negeri. Saya gembira sekiranya Yang Amat Berhormat menyatakan bahawa setakat ini belum ada tanah diberikan kepada syarikat swasta.
Jadi, saya teruskan, sebab mengikut berita ini dalam kawasan 200 ekar itu, ada juga rumah pekebun yang telah perolehi geran pada tahun 2013. Jadi, sekarang siapa yang mempunyai
hak milik atas rumah itu. Syarikat ke penghuni? Tambahan, saya juga difahamkan bahawa sebahagian tanah kebun ditukar syarat untuk kegunaan komersial. Jadi, pekebun kecil juga keliru. Mereka tidak berniat membangunkan tanah kebun kepada komersial.
Jadi, saya tidak pasti adakah berita ini benar tapi ia telah menimbulkan kesedihan di kalangan pekebun kecil. Kalau Kerajaan Negeri sanggup lulus hak milik, kenapa bukan diberi kepada mereka yang berada di sana berpuluh-puluh tahun dan mohon tanah berkali-kali tetapi kepada syarikat swasta. Saya sendiri juga sedih saya mohon pengesahan daripada kerajaan tentang isu ini. Saya juga merayu kepada kerajaan sila bantu pekebun-pekebun kecil ini. Mereka cuma rakyat biasa, cucuk tanam untuk cari makan sahaja.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua…
Yang Berhormat, mohon mencelah Yang Berhormat... Dato’ Sri Yang di-Pertua, Kita ucap terima kasihlah kepada Triang kerana selalu membangkitkan soal tanah ini, tapi selalunya setiap tahun, setiap Persidangan di Bera tu ada banyak paya, Dato’ Sri. Ada Paya Kabu, ada Paya Rumput, ada Paya Tateh ada paya lain, banyak paya lain, tapi nampaknya Yang Berhormat Triang begitu minat dengan soal Paya Lang.
Memang ada sedikit komplikasi penerokaan tanah secara haram di kawasan itu dan sebahagiannya sebenarnya tanah itu jugak terbabit dalam rancangan Kerajaan Negeri yang dulu di bawah apa ni er… perancangan jangka panjang untuk mewujudkan Bandar 34 dan kemajuan kawasan ini Yang Berhormat Yang di-Pertua, sebahagiannya telah diambil peranannya oleh Kerajaan Persekutuan.
Jadi, saya percaya apa yang dibangkitkan oleh Wakil daripada Triang tadi bukanlah satu pemberian secara langsung oleh Kerajaan Negeri pada mana-mana syarikat. Jadi, saya harap Wakil daripada Triang seperti mana yang kita selalu sebut kalau tidak pasti jangan kongsi.
Jadi, saya harap Yang Berhormat tidak memanjangkan perkara yang tidak pasti ini jadi kita pergi kepada Pejabat-pejabat Kerajaan yang berkaitan untuk kita dapatkan penjelasan supaya kita tidak mengelirukan lagi orang ramai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Sudah ada orang tengah mendekati golongan pekebun ini minta mereka beli balik tanah ini. Sekiranya ini bukan berita yang benar saya rasa Kerajaan Negeri juga perlu pandang serius kerana mungkin ada orang, dia menyebarkan berita palsu. Jadi, pada masa yang sama dia mungkin golongan pekebun kecil juga tertipu. Itu sebab saya mohon perhatian daripada Kerajaan Negeri tentang isu ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Saya fikir sekiranya ada mana-mana pihak, mana-mana agen membuat sebarang tawaran urusan jualan yang tidak ada autoriti itu juga satu perkara yang melanggar undang-undang. Jadi, sekiranya kita tidak ada autoriti untuk mengutip sebarang apa ni er…ataupun menawarkan sebarang tanah untuk jualan saya rasa itu juga patut dilaporkan kepada pihak Pentadbir Tanah Daerah, Yang Berhormat kita kena clarify dengan izin. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Okey, terima kasih kepada pihak kerajaan. Saya akan teruskan dengan isu seterusnya.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Penularan COVID-19 telah menyekat pergerakan rakyat Malaysia ke untuk melancong ke luar negara. Ini membawa peluang kepada pelancongan domestik. Baru-baru ini Bukit Senorang, Kemayan menjadi tumpuan dengan pemandangan dan awan karpet yang begitu indah. Sebelum perlaksanaan PKPB di negeri Selangor dan negeri lain kita nampak peminat-peminat hiking sanggup datang jauh dari Pulau Pinang, Terengganu, Johor ke Bukit Senorang. Mereka bukan datang seorang dua tapi dengan bas atau van pelancongan.
Sebagai warga Bera tentunya kami mengalukan pelawat luar. Pada masa yang sama kita juga fikir bagaimanakah menarik mereka untuk singgah lebih lama di Bera mungkin dua hari satu malam atau tiga hari dua malam. Walaupun kawasan Triang juga ada daya tarikan sendiri tapi demi menaikkan lagi pakej pelancongan di Bera. Tasik Bera memainkan peranan penting sebagai tasik semula jadi terbesar dan Tapak Ramsar pertama di Malaysia.
Tasik Bera yang kaya dengan flora fauna mempunyai potensi besar untuk menarik pelancong. Tapi malangnya reality tidak sama sekali dengan imaginasi. Resort Tasik Bera mempunyai kemudahan penginapan, jeti, tapak perkhemahan, surau, kantin, sewa bot dan sebagainya. Tapi kenapa ia seolah menjadi tempat terbiar. Zaman ini orang cari maklumat melalui internet. Kalau kita google Resort Tasik Bera boleh nampak ranking google 3.1 sahaja. Trip advisor ranking 2.5 sahaja, kenapa begini?
Sejak mengambil alih daripada Pejabat SUK pada tahun 2015, Majlis Daerah Bera telah berusaha menaik taraf kawasan Resort Tasik Bera. Pada tahun 2017, Majlis Daerah Bera mula sewa resort kepada pihak luar sebagai operator pengurusan. Saya difahamkan bahawa perjanjian sewaan akan tamat pada hujung tahun ini. Sebelum memperbaharui perjanjian sewaan, saya berharap Majlis Daerah Bera dapat meneliti dengan baik untuk mengelakkan Resort Tasik Bera kekal dalam keadaan tutup.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kemalangan jalan raya di FT10 khasnya dari Triang ke Mengkuang. Disebabkan jalan berbukit pemandu dari kawasan luar tidak familiar dengan keadaan jalan maka berlakunya kereta dan lori terbabas. Saya berharap kajian dibuat untuk memperbaiki lagi keadaan jalan yang berbukit-bukit dari Triang ke Mengkuang. Demi meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengurangkan kemalangan jalan raya.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Balai polis Triang ditutup pada Disember tahun 2016. Masa itu bantahan dibuat daripada penduduk, NGO, parti-parti politik kerajaan dan Pembangkang, JKKK, JKKKB. Kini hampir empat tahun berlalu harapan untuk buka semula Balai Polis Triang masih dalam hati. Janganlah kita abaikan keperluan dan keselamatan penduduk setempat.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya betulkan sedikit bukan balai itu ditutup tapi dipindahkan dia bukan menutup operasi tapi relocate dengan izin daripada apa balai polis di Triang itu ke bangunan IPD yang jaraknya lebih kurang 5 kilometer.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Pada penggal yang lepas telah berulang kali saya membahaskan kenapa pentingnya perlu ada balai polis di bandar Triang. Saya tidak akan mengulang di sini cuma saya ingin menegaskan bahawa dalam hati orang Triang mereka masih tunggu Balai Polis Triang boleh balik ke bandar Triang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Isu terakhir banjir kilat. Saya ingin sentuh dua kawasan hitam. Yang pertama Taman Mawar Jaya, Triang. Aduan telah dihantar banyak kali. Pada tahun 2018 aduan dihantar dan kita mendapat balasan daripada Majlis Daerah Bera dan JPS.
Jadi, mengikut Majlis Daerah Bera, banjir kilat berlaku kerana hujan lebat dan JPS patut selenggara longkang di bahagian hujung, tapi mengikut JPS banjir kilat berlaku kerana MDB perlu jaga dan menaik taraf longkang di cyber line yang milik Majlis Daerah Bera. Pada masa yang sama, JPS juga balas bahawa Majlis Daerah Bera perlu mengambil tindakan terhadap satu lot tanah di tepi mangsa banjir kilat, yang dulunya kawasan paya dan telah ditambak tinggi oleh pemaju, tetapi tidak mengikuti pelan.
Tahun 2019 banjir kilat berlaku lagi aduan dihantar lagi dan JPS dan Majlis Daerah Bera mengulangi benda yang sama. Pada masa itu memang JPS er….ada membantu untuk membersihkan longkang di sebelah hujung. Tahun ini banjir kilat lagi aduan dihantar lagi dan benda berulang lagi. JPS sama juga membersihkan longkang di bahagian hujung. Tapi mengikut JPS longkang yang bawah seliaan Majlis Daerah Bera masih belum diambil tindakan. Lot tanah yang tidak mematuhi pelan masih belum diambil tindakan dan baru-baru ini mangsa banjir kilat juga terima balasan daripada Majlis Daerah Bera bahawa mereka memanjangkan perkara ini terus kepada JPS sahaja.
Jadi, sebagai mangsa banjir kilat mereka sudah berasa helpless dengan izin. Kawasan kedua Taman Cheng Siew Triang. Ini dua kawasan hitam untuk banjir kilat. Aduan juga telah dihantar banyak kali. Balasan daripada Majlis Daerah Bera yang terbaru adalah ini luar bidang kuasa kerana tiada longkang rosak atau sumbat. Faktor hujan, faktor banjir kilat adalah kerana hujan lebat dan longkang tidak dapat menampung. Sekiranya ini luar bidang kuasa Majlis Daerah Bera adakah mangsa perlu selesaikan banjir kilat sendiri. Jadi, saya berharap masalah banjir kilat dipandang serius oleh kerajaan tempatan. Janganlah biarkan penduduk kita berasa bimbang, gelisah, takut setiap kali hujan lebat turun. Itu sahaja ucapan saya sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Inderapura.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, dalam kesempatan ini saya dapat mengambil bahagian dalam ucapan ataupun perbahasan Bajet 2021 yang telah dibentangkan oleh Yang amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar pada Isnin yang lalu. Saya tidak berhajat untuk bercakap banyak, panjang tapi cukup sekadar untuk mengulas beberapa perkara yang saya fikir ianya ada kaitan dengan kehidupan kita. Apa yang kita lalui dengan musibah COVID, pandemik COVID-19 ini. Kita semua tak nak, kita tak nak untuk melalui proses itu tapi inilah ujian Allah, yang Allah datangkan kepada kita. Kalau kita terima dengan cara baik, alhamdulillah.
Saya ingin menyampaikan sedikit, satu Firman Allah SWT dalam surah At-Taghabun yang berbunyi…Ayat 11. Bismillahirrahmanirrahim. [Bacaan Ayat Al-Quran] yang maksudnya “Tidak ada satu kesusahan atau bala bencana yang menimpa kepada kita seseorang itu melainkan dengan izin Allah”. Allah mengizinkan kita semua dan sesiapa yang beriman kepada Allah, dia ada kaitan dengan akidah. Sesiapa beriman kepada Allah untuk menerima apa juga yang telah berlaku dengan tenang dan sabar dan ingatlah bahawa Allah mengetahui akan setiap sesuatu. Jadi, kita redha.
Ada dalam satu tafsir lain, bila redha kita syukur dengan nikmat maka kita tenang akan ditambah nikmat dan bila kita redha, kita sabar, kita mencari daya usaha. Insya-Allah, Allah akan mendatangkan jalan yang terbaik dan apa yang telah diusahakan oleh pimpinan Kerajaan Negeri terutamanya Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, dalam pembentangan bajet, kita ada Bantuan Prihatin Pahang yang dimulai dulu daripada bantuan COVID yang sedang kita lalui dan tahun depan insya-Allah, kalau ada lagi kita melalui aje proses ini.
Inilah yang telah dikatakan usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat. Dalam hal ini Dato’ Sri Yang di-Pertua, banyak yang terkesan, saya percaya banyak sekali yang terkesan dan saya tertarik usaha Kerajaan Negeri untuk menjadikan bidang ICT, untuk menjadikan ada artificial intelligence err…apa ni dia katakan sebagai apa ni…kecerdikan, kepintaran buatan juga. Big data yang disebut dalam ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dalam pembentangan bajet yang lalu. Kita perlu untuk sebagai persiapan dan kita, bila perlu benda ini, saya sudah pasti kita perlu ada anak- anak yang nak melalui proses pembelajaran.
Saya amat simpati, Dato’ Sri Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan anak-anak pelajar universiti dan juga anak-anak pelajar sekolah yang hari ini tak ke sekolah. Pelajar universiti pun tak ke sekolah tetapi di rumah di bilik-bilik mereka masuk kelas virtual, masuk kelas melalui internet. Dalam hal ini saya berhadapan dengan rakyat. Rakyat ada minta dengan saya, minta untuk komputer. Komputer minimum, paling minimum, paling busuk harga dia RM1,300. Kalau B40 untuk membeli satu komputer ini, ya Allah, ya Tuhanku, mereka tak mampu dan kita pun tak mampu juga.
Saya fikir saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri kalau bolehlah untuk satu DUN, saya percaya rakan-rakan Sidang Dewan ini setuju sangat. Satu DUN melalui Wakil Rakyat ke melalui penyelaras ke, mintalah Kerajaan Negeri sumbang kepada rakyat ini 10 biji pun jadilah kepada…kepada pelajar-pelajar universiti tahun pertama, yang baru nak masuk. Mereka perlukan internet, tapi itu kalau boleh bagi free untuk satu DUN, 10 orang tapi kalau yang untuk atas dari B40, yang mampu kita boleh bagi matching grant.
Yang Berhormat Tuan di-Pertua, minta laluan. Boleh ya?
Boleh, boleh Yang Amat Berhormat.
Yang Berhormat minta 1 DUN 2 komputer? 2 laptop?
10.
10, 1 DUN?
1 DUN 10.
1 DUN. Orang yang minta itu terpulang pada dialah. Orang yang membagi itu cerita lainlah pula ya. Satu laptop berapa?
RM1,300 paling… paling bangsatlah.
Paling bangsat kita kira RM1,500. RM1,500 kali 42 berapa? Berapa ribu? RM63,000. Kalau 1 DUN bagi 2 untuk sementara ini boleh tak?
Aih boleh, suka sangat. [Ahli Dewan menepuk meja].
Tulis, tulis Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. 1 DUN 2 komputer untuk 42 DUN. Lulus pada hari ini juga. Kalau lambat dapat Yang Amat Berhormat, Pegawai Kewangan Negeri lah. Kerajaan dah lulus dah, terima kasih.
Terima kasih atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, kita ucap terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja].
Terima kasih kerana Yang Amat Berhormat Inderapura membangkitkan perkara yang saya fikir perlu diluluskan dengan segera.
Terima kasih kerana Yang Amat Berhormat ini hati dia itu, hatinya Ya Allah Ya Tuhanku.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Hati ini sedikit sebanyak belajar dengan sebelah Dato' itu, ADUN Pelangai [ketawa].
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya nak mencelah. Sahabat saya dari Inderapura ini. Kita dah tahu dah Yang Amat Berhormat Orang Tua kita Menteri Besar prihatin, baik hati. Minta 2 komputer? Allah. Mintalah kedai komputer itu bagi se sorang, terima kasih. [Ahli Dewan ketawa].
Terima kasih ADUN dari Pelangai. Saya er… Yang Amat Ber… Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua, inilah yang difirmankan oleh Allah SWT, ingin menyampaikan lagi satu ayat Surah Muhammad kerana bila ayat ini disampaikan usaha Kerajaan Negeri, keprihatinan Kerajaan Negeri, Allah beri laluan, beri jalan untuk kita dapat untuk kita capai, insya-Allah yakinlah wujudnya Allah, yakinlah pertolongan Allah kerana Kerajaan Negeri ini membela, membela rakyat, membela agama, membela rakyat yang berbilang kaum, membela rakyat yang berbilang agama, insya-Allah Tuhan bantu. Surah Muhammad, Bismillahirrahmanirrahim, Ayat 7 [Ayat al-Quran] “Wahai sekalian orang-orang yang beriman, [Ayat al-Quran] jika engkau tolong Allah, Allah tolong”, MB tolong, Allah tolong MB, insya-Allah [Ayat al-Quran] dan pendirian, segi agama dimantapkan, agama kita perjalanan kita insya-Allah inilah dikatakan [Bacaan dalam bahasa Arab], insya-Allah.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan supaya sahabat saya dari Inderapura ini tekankan juga soal [bacaan dalam bahasa Arab] sebelum itu [bacaan dalam bahasa Arab] supaya rakan-rakan kita yang bukan Islam ini tahu bahawa agama Islam ini mementingkan kemanusiaan. Manusia, antara manusia dengan manusia makna termasuk DAP, terima kasih.
Ya betul, maknanya ada hubungan ketuhanan dan juga hubungan kemanusiaan. Dalam ayat al-Quran ada disebut [Ayat al-Quran] berlakulah adil, dengan berlaku adil itu kepada semua orang akan menyebabkan kita ini lebih hampir kepada Allah SWT. Itu dalam Surat Al-Maidah. Dalam Surah Al-Maidah ada sebut [Ayat al-Quran]. Ini merupakan perintah. Tak kiralah orang Islam ke, orang bukan Islam ke, kita kena berlaku adil dan kita tak boleh kerana kita benci contoh… tapi saya yakin Menteri Besar tak benci kepada DAP, tak benci kepada Cina tapi kita bergerak melalui peraturan-peraturan perundangan. Insya-Allah kita akan melalui prosesnya dan inilah dianya Yang Amat Berhormat Menteri Besar meneruskan kesinambungan Yang Berhormat Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, Ahli daripada Pelangai, terima kasih.
Dengan itu, saya menyokong ucapan bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja].
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Chenor.
[Bacaan ayat al-Quran] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Selamat sejahtera. Alhamdulillah [Bacaan dalam bahasa Arab] Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Agensi
Kerajaan dan yang mengikuti persidangan kita pada petang ini. Pertama-tamanya, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk turut sama membahaskan Belanjawan 2021.
Saya ucapkan tahniah dan juga syabas serta terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang ke atas pembentangan Belanjawan 2021 Pahang Darul Makmur yang bertemakan Kemakmuran Negeri Manfaat Bersama. Belanjawan yang dibahagikan kepada 3 strategi.
Yang pertama, melonjakkan ekonomi ke arah negeri berdikari, yang kedua memperkasa… dan modal insan. Dan yang ketiganya kesejahteraan kehidupan rakyat yang mencakupi semua lapisan masyarakat yang akan mendapat manfaat daripada Belanjawan tersebut. Sabda Nabi SAW [Bacaan dalam Bahasa Arab] yang bermaksud “sebaik-baik harta yang baik itu diuruskan oleh orang yang baik jua” dan berkata Imam Sufian Assauri [Bacaan dalam Bahasa Arab] yang bermaksud “harta pada zaman ini adalah menjadi senjata bagi orang-orang yang beriman”. Atas kefahaman sabda Nabi SAW dan ungkapan Imam Sufian Assauri maka Belanjawan 2021 ini dapatlah memberi manfaat yang banyak kepada rakyat di semua peringkat di saat negara [berdehem] kita khasnya dan dunia amnya berdepan dengan ujian pandemik COVID-19.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Dalam buku Belanjawan di muka surat 25 perenggan yang ke-76 di bawah tajuk memantapkan pentadbiran kerajaan ada menyebut Penstrukturan Semula Organisasi JAIP di 4 buah Pejabat Agama Islam Daerah iaitu Kuantan, Maran, Jengka dan Chenor. Manakala bagi daerah Maran akan kekal 2 Pejabat Agama Islam Daerah iaitu Maran dan juga Jengka. Saya mewakili ADUN [berdehem] daripada Chenor ini bertalu-talu menerima Whatsapp minta supaya bertanya berkenaan dengan status Pejabat Agama Islam daerah Chenor [berdehem] di mana daerah Maran ini merupakan daerah yang sinonim dengan tiga ni.
Pertama sekali Tol. Tol Daerah Maran ni pun tiga je Tol Chenor, Tol Bandar Maran dan Tol Sri Jaya, tiga [berdehem]. Kemudian ADUN pun tiga juga Kuala Sentul, Luit dan Chenor. Kemudian ada pula di Maran ini satu keluarga tu tiga orang ADUN ayah dia ADUN, abang dia ADUN dan dia ADUN. Minta maaflah Luit ya [Ahli ketawa]. Jadi, tiga ini biasa, ha… tambah pula PA YB. Jengka ni er… isterinya tiga, Allahuakbar. Jadi, oleh kerana itu [berdehem] apalah kiranya jika dapat dipertimbangkan biarlah Pejabat Agama Chenor tu sebagai Pejabat Agama, ini saya mengambil [berdehem] cad… er… rintihan ataupun permintaan daripada rakyat Chenor ni.
Walau bagaimanapun, jika sekiranya ianya muktamad maka minta pihak kerajaan memberi penjelasan berkenaan status Pejabat Agama Daerah Chenor ini. Jika ia ditiadakan dari segi namanya, apakah pengoperasian dan apa yang akan diwujudkan ataupun apakah kesinambungan yang berlaku kepada Pejabat Agama Chenor ini. Jadi, saya ni berasa takut juga nak balik Chenor ni, orang [berdehem] duduk nak bertanya, jadi insya-Allah saya minta pihak Kerajaan dapat memberi penjelasan yang sebaiknya dan apakah dia rasional untuk er… Pejabat Agama Chenor dimansuhkan namanya itu [berdehem].
Tuan Yang di-Pertua, [berdehem]… Satu lagi masalah di daerah Chenor ni berkenaan dengan air seperti mana sahabat-sahabat, Ahli-ahli Yang Berhormat menyentuh berkenaan dengan air. Di Kampung Awah, Bukit Lada dan seterusnya Batu 13 Kampung Jengka, air ini diambil daripada Loji Air Temerloh. Jadi apabila kepesatan taman-taman yang dibina di antara sempadan Maran dengan Chenor ni…dengan Temerloh ni maka tekanan air terlalu rendah walaupun di daerah Chenor ni ada tangki yang besar tetapi air tidak dapat untuk naik ke atas dan mengakibatkan
gangguan air di kawasan-kawasan seperti Bukit Lada, Taman Embun dan seumpamanya. Jadi, saya minta supaya masalah air ini dapat diselesaikan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, [berdehem]… Begitulah juga dengan perumahan. Saya juga telah menyebut di dalam Dewan yang mulia ini berkenaan dengan Perumahan Awam Kos Rendah Chenor ni. Walaupun kita ada mendapat janji untuk diselesaikan tapi sehingga ini kita dapat melihat bahawa perkembangan ke arah untuk menyiapkan rumah yang mungkin 70% ataupun 60% telah pun siap ini. Kita mengharapkan makin lama makin menjadi masalah apabila rakyat sentiasa bertanya berkenaan dengan rumah dan saya ucapkan tahniah pada Kerajaan Negeri yang [berdehem] prihatin terhadap isu rumah ini.
Kemudian Dato’ Sri Yang di-Pertua, Berkenaan dengan isu liputan internet [berdehem]… di Chenor juga melalui masalah yang sama. Dalam suasana hari ni pelajar belajar melalui sistem online ini. Jadi, oleh kerana itu banyak kampung-kampung yang liputan internetnya tidak… linenya tidak berapa baik maka [berdehem]… minta supaya diselesaikan masalah ini saya nak sebut beberapa kampunglah, nama-nama kampung di antaranya Kampung Bukit Lada, Jalan Panjang, Kampung Paya Ladang, Kampung Tanjung Perang, Tanjung Berangan, Kampung Pesagi, Kampung Embun, Kampung Kelik er… Kampung Bot-Bot. Ini di antara beberapa kampung yang menghadapi masalah berkenaan dengan internet ini.
Kemudian Dato’ Sri Yang di-Pertua, Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dan sepertimana yang disebut oleh ADUN daripada Damak berkenaan dengan er… Sekolah Menengah Agama dan di Chenor juga ada sebuah sekolah, Sekolah Menengah Agama Chenor yang mungkin usianya [berdehem] puluhan tahun, di mana ia menghadapi masalah, memang kita tidak nafikan bahawa er… minat ataupun rasa tanggungjawab untuk mendapat pendidikan agama itu sangat tinggi di kalangan masyarakat. Maka oleh kerana itu, dengan kepesatan hari ini kita melihat er… asrama laki-laki di Sekolah Menengah Agama Chenor ini tidak dapat menampung jumlah yang ramai. Di samping itu juga, ia uzur.
Jadi, apalah kiranya jika sekiranya dapat dibina satu asrama baru di atas tanah yang ada disebelah er… Sekolah Agama Chenor ini.
Kemudian yang seterusnya [berdehem]… Dato’ Sri Yang di-Pertua, Baik, kemudian seterusnya saya juga ingin menyebut berkenaan dengan Chenor di antara kawasan yang… yang dilanda banjir. Jadi oleh kerana itu, sebelum ini saya pernah menyebut berkenaan dengan sungai yang sedikit cetek di kawasan Chenor ini menyebabkan tidak perlu lama sangat maka er… ia mudah dilanda banjir tambahan pula ia adalah menerima air sungai daripada Triang, dari Sungai Semantan, daripada Sungai Bera maka kerana itulah kita minta supaya satu kajianlah dibuat terhadap tebing-tebing sungai yang terlalu cetek pasirnya apakah ia boleh dikeluarkan ataupun didalamkan supaya [berdehem] ianya sedikit sebanyak dapat melambatkan proses berlakunya banjir di kawasan-kawasan Chenor itu.
Jadi, saya kira cukuplah sekadar ini ucapan saya, mudah-mudahan Allah SWT beri kebaikan dengan belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya ucapkan tahniah juga terima kasih kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan semua yang terlibat dalam merangka Bajet ataupun Belanjawan 2021 ini dan dengan lafaz Bismillahirrahmannirahim, saya juga mohon menyokong Belanjawan ini. Assalamulaikum WBT. [Ahli Dewan menepuk meja]
Okey Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Pelangai yang terakhir untuk perbahasan pada petang ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Pertama sekali saya bersyukur ke hadrat Allah… bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah inayah-Nya dapat kita bersama-sama menjalankan kegiatan tugas kita melaksanakan Persidangan Dewan.
Perkara yang keduanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk bercakap. Saya kira masa saya sudah berlalu tapi masalahnya Menteri Besar terdahulu sebelum saya bila bersara tidak lagi jadi Menteri Besar, mereka tidak ada lagi di dalam Dewan tapi kali ini Menteri Besar pertama walaupun pencen masih berada dalam Dewan dan er… pihak Tuan Yang di-Pertua bermurah hati meletakkan nama saya untuk menyertai perbahasan.
Saya ucapkan berbanyak terima kasih dan saya dapati perjalanan Dewan amat licin… dan kebolehan Tuan Yang di-Pertua setanding dengan Yang di-Pertua Dewan, seorang lagi [Ahli Dewan menepuk meja]. Walaupun Tuan Yang di-Pertua adalah Timbalan Tuan Yang di-Pertua, tapi apabila menduduki kerusi Yang di-Pertua, kita kena sebut sebagai Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan saya berasa sangat bangga khususnya kepada Kerajaan Negeri dan lebih khusus lagi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang memimpin Kerajaan Negeri kita pada masa ini atas pembentangan Belanjawan yang sangat baik. Saya percaya dengan sikap dan tanggungjawab tabiat yang ada pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, insya-Allah negeri kita akan terus melalui jalan-jalan yang mudah untuk menuju kemakmuran untuk rakyat insya-Allah.
Belanjawan kali ini benar-benar prihatin dan saya hanya ingin memanjangkan di sini beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh khususnya oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kita juga kena sedar kelancaran, kelicinan pembentangan Bajet pada kali ini adalah kerana adanya kecekapan, kelicinan urusan pentadbiran yang diketuai oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan dan ketua-ketua jabatan yang lain yang sama-sama membantu dan memberikan input yang baik bagi Yang Amat Berhormat Menteri Besar membentangkan Bajet yang begitu padu.
Saya dapati Belanjawan yang prihatin ini kalau boleh saya merayu untuk dipanjangkan juga kepada rumah-rumah anak-anak yatim. Saya percaya tak banyak dalam RM2.0 juta - RM3.0 juta.
Pada bulan lepas saya berkesempatan melawat Rumah Rapha. Rapha…Rapha ni NGO, dia bukan Islam, tapi meletakkan sekarang ini 47 anak-anak yatim di situ. Saya telah pergi dengan Wakil Rakyat di kawasan er…Teruntum dan mungkin…
Minta celah sekejap. Er… dah 48 dah. Bukan 47 terima kasih.
Alah silap satupun nak kira sangat [Ahli Dewan ketawa]. 48 ya. Satu je silap. Itu nasib baik Menteri Besar kita serba serbi tu…
Minta celah lagi…
Celah lagi? Belum habis dah mencelah dah.
Masa Pelangai pergi tu 47 lepas itu tambah satu, ha tak silap dia.
Maknanya saya tu betullah [Ahli Dewan ketawa]. Tambah satu, 48 dan insya-Allah kita pergi lagi YB. Sim. Ini bukan kerana hubungan politik semata-mata atas kemanusiaan. Kita pergi, kita akan belanja mereka Kentucky Fried chicken tapi tak payah bawa press, tak payah. Kita bukan nak publisiti, insya-Allah.Yang Amat Berhormat Menteri Besar saya mengharapkan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, akan dapat mempertimbangkan peruntukan sedikit sebanyak untuk rumah-rumah anak-anak yatim ini.
Perkara yang seterusnya, pada tahun 2014 atau 2016. Saya percaya Ahli Kerajaan dari Semantan boleh ingatkan saya. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu ada berjanji untuk memberi royalti kepada negeri Pahang dan kita dijanjikan RM100 juta, tapi sampai sudah kita tak dapat, kalau boleh kita follow up yang ini royalti minyak.
Yang keduanya, untuk kita menghidupkan semula we must request the federal goverment to revive the Regional Development Authorities (RDA). Kita hidupkan semula seperti bandar Jengka, seperti DARA dan sebagainya. Saya masih ingat semasa saya menjadi Ahli Exco, Yang Amat Bahagia Tun Khalil Menteri Besar pada ketika itu. Kita telah mematuhi arahan Kerajaan Persekutuan untuk menutup semua RDA ini. Rupa-rupanya kita tutup, Jengka tutup, DARA, negeri lain Kelantan, Kedah terus dan baru-baru ini tadi dibacakan oleh Ahli dari Dong beberapa ni sesetengah RDA di negeri lain dapat peruntukan. Saya berharap kerajaan akan isu perkara ini dan dengan kerjasama Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan boleh menyiapkan kertas. Mungkin itu boleh dibawa ke Mesyuarat Menteri-Menteri Besar yang akan datang.
Saya juga berharap Kerajaan Negeri dapat meneruskan skim perumahan PR1MA ini. Ini dimulakan dengan masih ingat lagi saya menjadi Menteri Besar dan Menteri Besar sekarang ini Pengerusi Jawatankuasa Perumahan. Rupa siapa nak jadi Menteri Besar kena jadi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan sebab saya pun dulu semasa Tun Khalil, saya pun Exco
Perumahan. Dia ada lagi satu tapi tak boleh rahsia, itu tak boleh nak cerita, tapi Menteri Besar dia tahu. Insya-Allah kalau nak tahu, jumpa Menteri Besar.
Kita hidupkan banyak lagi projek-projek ini kerana ramai yang apa ni dapat faedah. Rumah kos rendah ni boleh tapi sikap kita orang Malaysia ni minta maaflah terutama orang Melayu lepas tu orang India, orang Cina dia kurang sikit. Bab membayar hutang ni liat sikit, sehinggalah kita berhutang dengan Kerajaan Persekutuan, selain daripada hutang bekalan air dan juga termasuklah hutang untuk rumah kos rendah ini, dia orang tak bayar.
Tadi ada Ahli daripada mana tadi, dia minta dipertimbangkan dia sebut rumah Pak Mahat, lepas itu minta banyakkah rumah kos rendah ini. Masalah pembayaran balik hutang. Begitu juga Ahli daripada Dong dia minta untuk bantuan perniaga kecil. Saya masih ingat lagi masa Tun Khalil jadi Menteri Besar, saya Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan saya juga menjaga benda-benda kecil ini. Kita luluskan peruntukan saya lupa RM2 atau RM3 juta, tidak sampai 20, tapi RM3 juta rasanya, tak bayar. Akhir-akhir kita bawa dalam Dewan ini berpuluh tahun kemudian write off. Ini masalah kita rayu kerajaan buat itu, buat ini.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun pening kepala sebab tak bayar balik. Ini masalahnya sebab tak bayar balik. Jadi, saya berharap sangat perumahan projek perumahan ini diteruskan dan dirancakkan lagi.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya ingat saya perlu juga menyentuhkan di sini sedikit supaya semua orang tahulah. Saya tahu perkara ini masa kecil lagi. Kebanyakan mak bapa kita pun baru nak berkahwin masa itu. Ini tanah haram, sejarah tanah haram. Tanah haram ada delegasi dari zaman penjajah British. Pada satu masa orang Cina, orang India datang ke Tanah Melayu ni ke Malaya, ramai sangat tapi semasa depression dia orang ramai balik. Kemudian datang balik tak berapa ramai. Kalau tidak kalau dia orang tak balik ni, Cina dengan India dia akan melebihi bilangan kaum Melayu. Tapi dia orang balik awal 30an dulu masa depression, dia orang datang balik tak ramai dah.
Pada masa itu British berpendapat orang Melayu ini walaupun jadi buruh dia suka makan gaji. India yang datang dari India itu kebanyakkan ditempatkan masa itu di PWD (Public Work Department) membuat kerja-kerja jalan dan juga di pada masa itu tidak panggil Jabatan Bekalan Air, dia panggil Wáter Works Department bawah JKR bawah PWD dan mereka juga ditempatkan dengan CEB (Centre Electricity Board) ataupun TNB ataupun LLN sebelum itu. Mereka juga diletakkan di Telecommunication Department Jabatan Telekom orang India. Pergi je India, pergi je India.
Orang Cina mana nak letak? Itu sebab orang Cina dia letakkan selepas darurat nama Kampung Baru. Kalau tidak mereka duduk pinggir hutan dan mereka meneroka tanah, mereka hidup atas tanah. Beri makan anak, isteri, cucu atas tanah. Dia tak makan gaji, tak macam orang Melayu dan India. Kerajaan biarkan. Tetapi apabila sampai satu keadaan seperti di Cameron Highlands. Saya ingat lagi, kita lulus 5 ekar, setiap orang tu dia kerja sampai 50 ekar. Guni baja, tong racun, botol-botol dia campak dalam sungai. Kalau di Taman Sultan Abu Bakar tu di Empangan Sultan Abu Bakar itu bukan saja ada tong racun dan guni… guni baja tapi juga peti sejuk, kerusi meja dan juga land rover. Kita tak mampu untuk membuat penguatkuasaan peringkat negeri ini, 12 orang, 13 orang… nak pergi nak kuat kuasakan. Silap-silap gaya, ikat dek apa ni, peneroka tanah haram tu di pangkal pokok je. Pokok berkerengga, menjerit minta tolong takde sape nak tolong, tapi di Cameron Highlands, Kerajaan Persekutuan amik campur dengan tentera dengan polis, itu sebab selesai masalah sana.
Sekarang ke mana mereka pergi, mereka pergi ke Lojing, sebelah Kelantan, mereka pergi ke Lojing belah Kelantan. Jadi, itulah ceritanya, saya berharap supaya semua faham. Apakah itu sejarah tanah haram. Kenapa orang Cina ramai di situ. Kenapa orang Cina meneroka tanah haram. Jadi, terpulanglah kepada kebijaksanaan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini dan, penyelesaian boleh dibuat dalam win-win situation. Saya pun difahamkan, tak payahlah main saya difahamkan, difahamkan. Orang lain tak faham. [Ahli dewan ketawa]. Cukuplah setakat itu dahulu. Dibawa cerita lain pula…dibawa cerita lain pula. Sebelum orang lain, sebelum orang lain mengatakan hoi, Dato’ Sri, hai difahamkan, difahamkan tak jadi juga.
Lepas tu ada yang Berhormat kawan saya dah meninggal dunia, dia cakap Bahasa Melayu dia pelat. Dia pergi kampung, saya tak mahu menyanyi. Kalau saya menyanyi nanti susah. Dia nak khabarkan saya tak mahu berjanji, kalau berjanji nanti saya susah. Jadi, orang kampung pun bercakap, siapa suruh Yang Berhormat menyanyi? Kita suruh buat janji sahaja bukan suruh nyanyi. Itulah cerita dia. Jadi, balik-balik saya difahamkan, saya difahamkan tapi orang masih tidak faham. Payah juga.
Seterusnya, saya menyentuh sedikit tentang legal sue. LA ada di luar, saya dah bisik pada dia tadi. Legal sue terhadap pekerjaan there are two pending, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya mengerling kepada YB. SUK, tu kena elok-elok sikitlah. Saya pun dah membuat kajian sedikit, sendiri dan saya pun ada pandangan sendiri dan saya pun berbincang dengan peguam-peguam. Kalau Kerajaan Negeri nak bincang dengan saya, nak mendengar pandangan boleh. Kalau tak nak, tak apa. Tak ada hal. Kita sama-sama tengok walaupun keputusan mahkamah menyebelahi kita mengenai tulisan Jawi tapi atas alasan yang berlainan.
Yang Amat Arif tidak menyebut tentang perlembagaan, dia hanya menyebut bahawa everything is in order, brought to the Exco, there was Exco paper and decided openly in the Exco. So everything is in order. So, tak ada…tak ada no cause action yang difailkan oleh pihak Wakil Rakyat dari Raub rasa saya and he lost, but he can appeal if he wants too. But my advise is just stop at that. Kalau pergi pun tak menang, sebab ini Bahasa Melayu ini dalam Perlembagaan telah pun dijamin, dan Bahasa Melayu termasuk tulisan Jawi. I am not being racial, you know. Don’t mistake me, tapi bila sebut Melayu-melayu tu maksudnya Melayu, tulisan Melayu lepas tu [Bahasa Arab]. Okey? Jadi saya berharap Kerajaan akan berhati-hati.
Yang Amat Tuan Yang di-Pertua, Sekali lagilah saya mengucapkan tahniah, khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Exco yang membantu dan juga jentera pentadbiran yang diketuai oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan yang membantu Kerajaan sekarang ini. Teruskan kerja-kerja cemerlang ini. Saya sebagai orang tua, 70 tahun 8 bulan dah umur, walaupun gaya budak umur 20, perangai macam budak 10 tahun tapi umur sebenar 70 lebih. Saya hanya berdoa mudah-mudahan Allah Taala berikan kekuatan panjang umur, murah rezeki, mudah kerja kepada Yang Amat Menteri Besar yang kita kasihi dan insya-Allah dengan bantuan rakan-rakan yang lain, kita akan dapat membawa Pahang ke arah yang lebih cemerlang.
Satu sebelum saya terlupa, teringat pula sorrylah. Orang tua dia memang macam tu, dia berbalik-balik. Bayaran gaji. Betul? Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada menyebutkan kita mampu bayar gaji bulan-bulan. Kriteria menunjukkan sama ada sebuah Kerajaan Negeri itu mantap atau tidak, dia boleh bayar ke tidak, gaji pegawai kakitangan kerajaan. Kita di Pahang, alhamdulillah. 28,000 kakitangan, RM30 juta sebulan kita boleh bayar gaji. [Ahli Dewan menepuk meja].
Dalam sejarah negeri Pahang ini, saya masih ingat sekali je Kerajaan Negeri Pahang tidak mampu bayar gaji. Satu bulan, iaitu masa itu Ahli-ahli Dewan ramai tak ada lagi iaitu Penggal Tahun 78 sampai Tahun 82. Satu bulan kerajaan tak mampu bayar gaji pinjamlah dengan
Kerajaan Persekutuan, tapi sampai sekarang ini, saya tahu ada dua Kerajaan Negeri yang tiap-tiap bulan gaji pegawai kakitangan Kerajaan Awam di negeri-negeri tersebut dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.
Jadi, ni tahniahlah. Makna selagi kita boleh bayar gaji tu, alhamdulillah dan saya masih ingat lagi senjata kita, bank kita adalah…di negeri lain disebut MB Incorporated. Setengah negeri termasuk Pahang, SS Incorporated, PSK. Pernah dulu, zaman saya pun bila kita bayar bonus, bayar imbuhan sebagainya, nasib baik ada PSK. PSK is now very liquid, it very rich in cash. So, the Menteri Besar can fall back on SS Incorporated in anytime. Kita namakan MB Corporated bukan MB punya. Begitu juga dengan PSK, bukan Setiausaha Kerajaan punya, tapi menjalankan amanah. Karang silap pula karang, Adnan Incorporated bukan Adnan punya. Dari segi…undang-undang, LA tak de. Dari segi undang-undang syarikat antara syarikat dengan pemegang saham, different entity. Lain. Bukan sama orangnya. Adnan bin Yaacob ada company, dia juga boleh menjadi kerja pada company itu. Dia… dia lain… dia lain entity.
Itulah saya teringat tadi. Terima kasih sekali lagilah kepada Yang Berhormat Speaker kerana memberi kesempatan kepada saya. Sekali lagi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, teruskanlah kerja-kerja cemerlang ini, mudah-mudahan Allah Taala akan sentiasa bersama memberikan taufik hidayah untuk menjalan tugas harian.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih banyak, Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Sepanjang dua hari perbahasan ini, seramai 28 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian. Saya perhatikan, Ahli-ahli Yang Berhormat begitu komited sekali dalam mengambil bahagian dan telah melontarkan idea-idea yang sangat bernas, idea-idea baru demi untuk kepentingan rakyat. Insya-Allah pada hari esok, pihak Kerajaan akan memberikan jawapan-jawapan di atas pandangan-pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Saya bercadang untuk menempohkan persidangan kita pada petang ini dan persidangan akan disambung semula pada hari Khamis, 19 November 2020 bermula jam pukul 9.30 pagi. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan pada jam 4.53 petang]