Pahang · 19 November 2020

14th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 186 turns · 39,571 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari : Khamis, 19 November 2020 bersamaan 3 Rabiulakhir 1442 Hijriah. Masa : 9.30 pagi

DOA

Bacaan doa.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat, pergaulan; mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama; serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin, Ya Rabbal ‘Alamin.

Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.

Yang di-Pertua (Speaker)

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Selamat Pagi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan pada hari ini dan untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat pada kali ini, saya dengan sukacitanya menjemput Yang Berhormat dari Jengka. Sila.

[Ayat al-Quran]. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya kemukakan pertanyaan nombor 1.

[Sebahagian kawasan di Bandar Tun Abd Razak Jengka, kira-kira dalam 600 ekar masih diwartakan oleh pihak PTG sebagai Hutan Simpan Jengka. Ianya termasuk sebahagian tanah UiTM Jengka serta pusat perniagaan dan

perumahan yang berhampiran. Sedangkan kawasan tersebut telah dilepaskan oleh pihak Jabatan Hutan pada tahun 2008 berdasarkan surat jawapan yang dikeluarkan oleh Pejabat Hutan Daerah Temerloh, bertarikh 18 Februari 2008, Ruj. Kami PHD.TEM: 100.24/9 (56) kepada Pentadbir Daerah dan Tanah Maran. Ruj PTT.PTM.6-1-0156 (8).

Apakah kedudukan terkini kawasan tersebut (hutan belakang UiTM dan Econsave Jengka?)]

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada rakan saya Yang Berhormat daripada Jengka yang bertanyakan soalan yang begitu prihatin berkenaan dengan tanah 600 ekar di kawasan Bandar Tun Razak yang mana ianya adalah sebahagian daripada tanah UiTM. Jadi Yang Berhormat daripada Jengka ingin mengetahui apakah kedudukan terkini kawasan tersebut er… lebih jelasnya di hutan belakang UiTM dan Econsave Jengka.

Bagi menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat daripada Jengka, saya ingin er… menjelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa tanah milik er… UiTM bagi tapak UiTM Pahang Kampus Jengka serta kawasan di belakangnya termasuk tapak Econsave yang terletak dalam Mukim Chenor, daerah Maran sudah tidak lagi menjadi sebahagian daripada kawasan Hutan Simpan Jengka memandangkan kawasan tersebut telah dilakukan pembatalan hutan simpan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Pembatalan sebahagian Hutan Simpan Jengka dengan keluasan 465.75 hektar ataupun bersamaan dengan 1,150.89 ekar melibatkan lot UiTM Kampus Jengka dan kawasan sekitarnya telah dilakukan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah Seksyen 13, Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).

Tindakan pemberitahuan pengisytiharan pembatalan sebagai Hutan Simpan Jengka melibatkan kawasan yang dinyatakan telah dilakukan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui Warta Kerajaan Negeri Pahang bertarikh 11 Disember 2019. Sehubungan dengan itu, status hutan di kawasan belakang UiTM Kampus Jengka serta kawasan tapak Econsave Jengka adalah jelas bukan lagi berstatus hutan simpan yang bermakna kawasan tersebut sudah tidak lagi menjadi sebahagian daripada Hutan Simpan Jengka.

Untuk makluman Yang Berhormat juga kenapa Kerajaan Negeri membatalkannya kerana ianya bertujuan untuk membolehkan pembangunan yang lebih baik dan terancang dapat dilakukan melibatkan kawasan-kawasan yang terlibat. Ini seterusnya diyakini berupaya membantu meningkatkan lagi aktiviti ekonomi setempat di kawasan yang dinyatakan sama ada untuk faedah penduduk tempatan mahupun penduduk daerah Maran secara amnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah soalan seterusnya. Saya jemput ADUN Tras.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 2.

[Sila nyatakan status projek-projek menaik taraf bekalan air yang diperuntukkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (atau dikenali sebagai KATS sebelum ini) di daerah Raub pada tahun 2019 dan 2020.]

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Tras er... bertanyakan soalan berkaitan dengan projek-projek menaik taraf bekalan air yang diperuntukkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air di daerah Raub bagi tahun 2019 dan tahun 2020.

Untuk makluman, Yang Berhormat daripada Tras terdapat beberapa projek menaik taraf bekalan air yang diluluskan di bawah peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air ataupun KASA di daerah Raub pada tahun 2019 dan 2020 dengan status pelaksanaannya seperti berikut:

Kerja-kerja penambahbaikan bekalan air di Kampung Ulu Atok, Raub kos projeknya RM403,730.00 dan telah pun siap pada 31 Oktober baru-baru ini. Yang Berhormat ya dah siap dah. Yang Berhormat tau ke tak tau ni siap ni. Dah tau tanya buat apa?

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Speaker, yang semasa tanya soalan ini adalah semasa bulan Ogos. Oleh itu, pada masa itu belum siap lagi dan masa itu pun ada beberapa projek dalam senarai saya nak jelaskan apa status itu. Terima kasih.

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Sebab Yang Berhormat ni peka. Tetapi kalau Yang Berhormat lebih peka Yang Berhormat lagi tahu projek ini dah siap.

Seterusnya, projek dalam pembinaan iaitu kerja-kerja penambahbaikan bekalan air di Taman Bukit Koman, Raub kos projek RM442,750.00 dijangka siap pada akhir tahun ini. Manakala kerja-kerja penambahbaikan bekalan air di Taman Lee Man dan Taman Raub Utama kos projek RM405,700.00 dijangka siap pada akhir tahun ini juga Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Soalan tambahan, Tuan Speaker. Bolehkah saya tahu Kerajaan Pahang sama ada kerajaan ada langkah untuk mengurangkan NRW yang begitu tinggi di daerah Raub. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

NRW ataupun Non-Revenue Water dia berbeza-beza untuk makluman Yang Berhormat. Di Kuantan, di bandar Kuantan NRWnya lebih rendah di kawasan yang di luar bandar NRWnya lebih tinggi. Sebab itulah sepertimana di dalam pembentangan

bajet kita baru-baru ini kos pembangunan yang tinggi ialah kerana kita ingin menambah baik atau menaik taraf er... bekalan air sama ada di bandar ataupun di luar bandar dan er... sepertimana yang saya katakan dia punya diameter, diameter paip tersebut kita telah besarkan 100% dan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan NRW dan sasaran er... bagi pihak Kerajaan Negeri saya telah er... meminta Perbadanan Air Pahang rakan saya daripada Benta adalah juga Pengerusi PAIP di mana kita akan berusaha ke arah untuk meminimakan NRW ini kerana kita tahu kalau tinggi NRW ini maknanya kerugian yang tinggi akan dialami oleh PAIP dan juga Kerajaan Negeri usaha-usaha ke arah itu.

Dan saya ingin er... walaupun tagline saya “Tiada janji, ihat bukti” tetapi saya ingin nyatakan di sini bahawa insya-Allah kadar NRW akan dapat dikurangkan tetapi setakat mana boleh dikurangkan kita akan bagitahu dalam sidang Dewan. Mungkin sidang Dewan penghujung tahun depan, jadi kalau bulan 4 ini singkat sangat… tahun depan.

Saya berharap Yang Berhormat er… Yang Berhormat daripada Tras er… apa dia? Tak, saya nak kata minta ADUN Tras remind saya lagi sekali. Minta maaf Yang di-Pertua, ADUN daripada Lanchang ini banyak membantu saya dalam mengingat saya la. Tapi apa yang dia ingatkan ini kontra sikit apa yang ada dalam pemikiran saya. [Ahli Dewan ketawa] Jadi Yang Berhormat daripada Tras boleh tanya balik er… pada sidang Dewan akhir tahun depan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah, seterusnya saya menjemput Yang Berhormat ADUN Triang.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin kemukakan soalan 3.

[Tasik Bera merupakan destinasi pelancongan yang penting di daerah Bera.

a) Sila senaraikan jumlah pelancong ke Tasik Bera mengikut pecahan bulan dari Januari 2019 hingga September 2020. b) Sila nyatakan usaha kerajaan untuk meninggikan daya tarikan Tasik Bera. c) Sila senaraikan kemudahan-kemudahan di Tasik Bera yang sedia diguna sekarang untuk pengunjung atau pelancong.]

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Terima kasih kepada er… rakan saya daripada Triang bertanyakan tentang er… Tasik Bera yang merupakan destinasi pelancongan yang penting di daerah Bera. Yang Berhormat Yang di-Pertua, semalam pun saya ada mendengar ucapan er… ataupun perbahasan daripada beliau. Beliau juga ada menyebut tapi disebabkan oleh kerana ianya ditanya dan ada soalan tersebut telah pun disediakan dan jawapan pun telah pun disediakan, elok saya baca jawapan yang telah disediakan daripada jawapan er… yang er… soalan daripada lisan yang dikemukakan oleh Wakil daripada Triang.

Kedatangan pelancong ke Bera pada tahun 2019 adalah seramai 30,150 manakala seramai 5,000 er…. 30,150 ya dan manakala pada tahun ini, saya nak maklumkan bahawa kedatangan pelancong hanyalah… hanyalah 5,722 er… hingga Jun. Jadi saya nak maklumkan di sini bahawa kalau kita tengok ya kehadiran pelancong Januari,

Februari, Mac kemudian April, Mei, Jun kosong dan kemudian keseluruhan hingga er… hingga September, kita ada 4,662 pelancong.

Yang keduanya, tentang apakah perancangan... ya… mengenai Tasik Bera. Saya nak maklumkan bahawa kita er… menyediakan, telah menyediakan cadangan pelan pembangunan. Jadi setiap kawasan pelancongan di negeri Pahang ini kita ada pelan pembangunan yang tersendiri yang ianya termasuk di dalam Rancangan Kawasan Khas di bawah PLANMalaysia ya setiap kawasan. Saya nak bagitahu kita telah pecah-pecahkan ya kawasan di Tasik Bera ini kepada 5 zon yang kita kira sangat penting di dalam melestarikan lagi er… pembangunan di Tasik Bera sebagai destinasi pelancongan ya.

Satunya, zon pengekalan iaitu tapak RAMSAR Tasik Bera Hutan Simpan Kekal er… pengekalan. Contoh er… zon pengekalan ini contohnya RAMSAR di Bera, Hutan Simpan Kekal di Chini kemudian Hutan Simpan Kekal di Chini tambahan. Ini…. ini zon pengekalan mana er… yang itu kita tak usik. Kemudian kita ada zon pemulihan. Zon pemulihan ini sebagai contohnya, zon-zon yang kita perlu pulih balik… pulih semula. Ini… ini untuk er… Tasik Bera dan standard-nya begini. Standardnya sememang seperti ini.

Kemudian kita ada Zon Pembangunan Terkawal haa… Zon Pembangunan Terkawal ini Yang Berhormat Yang di-Pertua maksudnya kawasan tersebut kita bangunkan tetapi kita kawal supaya er… laporan daripada EIA mesti ada, kemudian laporan daripada jabatan-jabatan yang lain mesti ada supaya er… kawasan tersebut dari segi pencemaran, dari segi alam sekitarnya ia dapat dijaga. Kemudian kita ada satu lagi, iaitu zon er… koridor riparian seperti sungai dan sebagainya.

Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, kalaulah kita nak ikutkan dari segi pelan yang telah disediakan oleh PLANMalaysia ini tentang RKK ataupun Rancangan Kawasan Khas ini, saya nak bagitahu bahawa jumlahnya keseluruhan ya, keseluruhan jumlahnya ini kita memberikan kita nak maklumkan bahawa we always looking forward, dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua kita bukan main-main.

Cuma duit sahajalah haa… dan sebahagian besar daripada ini kita kena ingat bahawa kita akan mohon daripada Kerajaan Pusat kerana Kerajaan Pusat lah yang banyak kutip cukai. Semua cukai ini dia yang kutip kecuali cukai tanah, cukai air yang memang rugi kemudian cukai balak dan juga cukai mineral. Itu sahaja yang dikutip oleh Kerajaan Negeri, yang lain sales tax, income tax dan lain-lain semuanya dikutip oleh pusat keseluruhan pembangunan yang kita jangkakan sehingga tahun 2027 ya. Jadi Wakil… saya harap Wakil daripada Triang jadi Wakil Rakyat lagilah masa itu. (Ahli Dewan ketawa) Insya-Allah kalau ikut er… kalau ikut jejak ayah dia tak pernah kalah kan? Berapa tahun?

Iaitu sejumlah RM214,385…. 200 juta er… RM214,308,500.00 juta maknanya RM214 million, all together keseluruhannya pembangunan yang kita nak bangunkan mengikut perancangan yang telah kita tetapkan maknanya ianya meliputi segala-galalah. Haa… jadi macam Tasik Biru insya-Allah kita akan laksanakan pelan yang tersendiri yang er… yang apa nama… yang nak kita pastikan supaya kita ada apa-apa pembangunan apabila dicakap sahaja kawasan ini Tasik Bera kita dah tahu dah apa yang perlu kita pohon, apa yang perlu kita utamakan.

Yang ketiga, tentang er… tentang soalan yang ketiga yang ditanya oleh Wakil daripada Triang adalah mengenai Kerajaan Negeri. Haa… kita insya-Allah contohnya yang kecil-kecil ini, contoh Tas… er… apa nama tandas awam dan sebagainya ini dibawah

kawalan kita insya-Allah dan malah Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam bajetnya pun sebenarnya telah pun menyatakan perkara ini, peruntukan pembangunan untuk er… pelancongan. Buat titi, buat tali, apa namanya letak er… dan sebagainya yang kecil-kecil. Ini adalah di bawah er… Kerajaan Negeri dan kita di Tasik Bera telah pun kita laksanakan.

Yang facilities yang ada tentang bilik ya, saya nak bagitahu juga yang kita ada di Tasik Bera er… chalet kita ada 23 unit. Ini ada antara kekangan kenapa tak ramai orang datang ke Tasik Bera ini. Saya pernah sebut di dalam Dewan ini tetapi saya nak sebut sekali lagi pernah ada satu… satu group daripada…. daripada Houston, Texas. Haa… ini kita over sebab kita… Houston, Houston Texas, Houston a place of George Bush (ketawa) Er… dia telefon kita, dia nak buat retreat dia tanya kita dia er… tanya tentang kita punya advertisement ataupun er… promosi kita. Dia bagitahu dia cakap dia nak datang ke Tasik Bera, kita cakap boleh. Er… kita tanya dia berapa ramai? 400 orang. Kita ada 23 bilik haa… inilah kita tak boleh tu… over marketing.

Jadi sebab itulah, er… ada perkara-perkara yang kita tengok kita kurang highlight-kan, kita bimbang kita tidak ada caring capacity, kita tidak mampu untuk menampung kehadiran orang. Terima kasih er… pelancong.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan tambahan. Er… terima kasih kepada jawapan daripada pihak kerajaan. Saya cuma ingin mengesahkan tentang er… jumlah pelancong. Tadi saya er… mendengar jawapan untuk tahun 2019 adalah 30,000 ribu. Adakah saya dengar salah? Sebab untuk jumlah pelancong pada tahun 2015 dan 2016 ke Tasik Bera adalah 5,000 lebih dan 3,000 lebih masing-masing dan telah tutup pada tahun 2017, 2018 untuk renovation. Jadi kalau tahun 2019 tiba-tiba boleh melonjak ke 30,000 orang ke Tasik Bera saya rasa pelik sedikit.

Yang soalan kedua, adalah er… sebab Majlis Daerah Bera sekarang yang incharge untuk melantik er… operator pengurusan bagi Kompleks Resort Tasik Bera. Jadi soalan saya adalah, memandangkan pada tahun 2019 dan er… tahun ini walaupun sudah ada operator tapi nampaknya dia masih kekal dalam keadaan tutup. Jadi adakah Kerajaan Negeri akan campur tangan dalam urusan pelantikan ini supaya kita dapat melantik operator yang lebih er… yang lebih berkualiti ataupun yang lebih er… capability untuk menguruskan Kompleks Tasik Bera ini. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Itulah rekod yang kita dapat ianya bukan sahaja di Tasik Bera tetapi di kawasan Bera ya, yang saya sebut tadi dan yang keduanya, sememangnya dari segi operator ini memang kita kalau ikut rekod saya, kita masih lagi menunggu operator yang sanggup untuk melaksanakan tempat tersebut. Tapi kita telah pun membuat sedikit sebanyak pembaikpulihan. So, kerana antara sebabnya adalah kita kena bina lebih banyak lagi bilik supaya dapat menampung sepatutnya ni mesti ada sekurang-kurangnya 40 bilik supaya kalau sekiranya 2 bas datang dia perlukan 40 bilik. Kalau seorang, share 2 orang, satu bilik share 2 orang, dia kena ada 40.

Jadi memang itulah kekangan yang ada. Walau bagaimanapun, kita nak pastikan antara lainnya kita nak pastikan bahawa status RAMSAR yang ada di Tasik Bera tu yang itu wajib kita kekalkan. Kerana apa? Kerana kita mendapat sedikit sebanyak

peruntukan untuk kita memelihara kawasan tersebut daripada UNESCO. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah. Soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat ADUN Tanah Rata.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon kemukakan soalan nombor 4.

[Sewaan tanah pertanian Cameron Highlands oleh Pahang Corporation Sdn. Bhd.:

a) Berapakah jumlah tawaran sewaan tanah akan diagihkan kepada pekebun? (Sila senaraikan berdasarkan mukim atau kawasan). b) Nyatakan anggaran hasil yang boleh dikutip. c) Nyatakan rancangan pihak kerajaan membelanjakan hasil tersebut untuk kebaikan rakyat.]

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, ADUN Tanah Rata bertanyakan berkaitan dengan sewaan tanah er... pertanian Cameron Highlands oleh Pahang Corporation.

Jadi untuk makluman er... Dato’ Sri Yang di-Pertua dan Ahli Dewan yang mulia ini, sebenarnya Cameron Highlands ni er... menjadi suatu tempat yang menjadi perhatian bukan saja di dalam daerah Cameron Highlands bukan saja dalam negeri Pahang, malahan ianya menjadi perhatian di peringkat negara, nasional dan juga di peringkat antarabangsa kerana keunikan Cameron Highlands ini.

Sepertimana Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar selalu sebutkan iaitu apa yang terdapat di Cameron Highlands itu tidak terdapat di tempat-tempat lain er... di dalam negara kita Malaysia ini. Sebab itu dalam konteks sedemikian, Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar telah pun merangka satu pelan perancangan er... yang komprehensif.

Yang er... di mana kita mengambil kira aspek apa yang dipanggil sebagai SDG lah, iaitu dengan izin, Sustainable Development Goals, yang menjadi satu ungkapan, yang juga menjadi satu rujukan dari segi perancangan pembangunan di mana-mana juga, agar Cameron Highlands ini dapat nantinya dijadikan sebagai suatu pusat pertumbuhan yang seimbang.

Pertama dari segi pengeluaran hasil er... pertaniannya, agro er... ni makanan dan Agrotourism. Yang keduanya, dari segi aspek pembangunan lestari ya yang melibatkan pembangunan, penyediaan kemudahan infrastruktur perumahan kepada masyarakat dan yang ketiganya ialah dari segi aspek pelancongan yang er... kerap ditekankan oleh sahabat saya daripada Lanchang iaitu Cameron Highlands ini mestilah dibangun secara seimbang. Lantaran itu, Kerajaan Negeri telah pun bersetuju dan meluluskan penubuhan apa yang dipanggil satu entiti iaitu Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands dan er... telah pun dikenalpasti seluas er... 5,526.219 hektar iaitu 13,655.287 ekar tanah yang

telah pun dikenal pasti yang dipajak oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands dan selepas itu, Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands telah memajak kecil kepada Pahang Corporation ya. Pahang Corporation Sdn. Bhd. selaku pengurus hartanah ini. Selaku pengurus hartanah dan dalam seluruh kawasan ini tadi, maka telah dikenalpasti kelompok-kelompok yang dipersetujui untuk diperuntukkan kepada aktiviti pertanian.

Lantaran itu, maka pihak Pahang Corporation ya, telah pun menguruskan agar dapat diberikan pajakan kepada petani-petani yang telah pun di er... saring ataupun diteliti melalui Jawatankuasa Lesen Tanah Daerah Cameron Highlands. Maka dalam konteks yang ini dilaksanakan empat fasa, fasa satu, dua, tiga, empat.

Jadi dalam konteks ini, saya nak maklumkan bahawasanya jumlah luas sewaan tanah atau luas tanah pertanian yang ditawarkan kepada pekebun-pekebun untuk fasa satu dan dua ialah bagi Mukim Ringlet seluasnya ialah 222 ekar. Mukim Tanah Rata 13 ekar. Mukim Ulu Tenom er... Ulu Telom 1,851 ekar dan er... kesemuanya jumlahnya ialah 2,086 ekar dan er... sewaan yang dikenakan ialah 1 ekar RM4,500.00 dan pekebun ini tidak boleh memiliki lebih daripada 3 ekar maksimum dan er… ia diberikan pajakan dalam tempoh... tempoh 10 tahun kepada petani ini kerana selalu dia bangkitkan kalau tempoh tu er... pendek.

Maka er... Bahasa Inggeris dia kata is non-bankable, makna tidak dapat menyakinkan institusi kewangan untuk menyediakan kemudahan pinjaman untuk membangunkan secara lestari. Dan er... ini yang telah pun dilaksanakan oleh Pahang Corporation dan er... dirancangkan iaitu dalam er... fasa yang berikutnya, ketiga dan keempat, dijangkakan keseluruhannya nanti yang meliputi fasa satu, dua, tiga dan empat. Keluasan yang er... akan terbabit ialah sejumlah 2,855 ekar ya dan er... anggaran hasil yang boleh dikutip dianggarkan dalam tahun 2020 ini dianggarkan er... sejumlah RM4 juta hasil akan diperolehi.

Dan er... seterusnya dalam tahun 2021 tahun depan dijangkakan anggarannya ialah RM5.7 juta er... hasil yang dapat atau dianggarkan dapat dikutip dan sepertimana yang kita sedia maklum, er... apakah rancangan pihak kerajaan membelanjakan hasil tersebut. Sudah tentunya antara lainnya ialah untuk melaksanakan pembangunan dan pengurusan di daerah Cameron Highlands ini sendiri.

Dan untuk makluman sepertimana yang saya zahirkan er... kita meletakkan syarat, terma-terma tertentu dalam meluluskan pajakan ini antaranya ialah agar aspek alam sekitar ini diambil kira iaitu dia ada terma-terma dan kita mewujudkan juga caruman kepada tabung atau dana alam sekitar kerana kita tidak mahu Cameron Highlands ini dalam kita melaksanakan apa jua pembangunan, ianya akan mencemar er... aspek alam sekitar. Terima kasih.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Soalan tambahan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Soalan tambahan saya adalah berapakah jumlah maksudnya tawaran sewa yang akan ditawarkan oleh Pahang Corp kepada pekebun-pekebun tu er... keseluruhannya? Sebab menurut berita yang terkini sebaik apa yang saya dapat adalah melalui berita sahaja. Menurut berita yang terkini, er... didapati bahawa jumlah buat sementara ini hanya 1,018 surat tawaran ditawarkan kepada pekebun dan manakala adanya jumlah… jumlah yang pemegang T.O.L, T.O.L pertanian di

Cameron Highlands adalah 2,04… 2,041 iaitu 50% sahaja saya tengok di sini keseluruhannya surat sewaan yang telah ditawarkan kepada pekebun.

Oleh itu, saya nak tahu er… Pahang Corp. nak ambil berapa lama, berapa lama tempoh yang akan diambil oleh Pahang Corp. untuk menawarkan semua surat sewaan ni kepada semua pekebun dan yang pentingnya jumlah keseluruhannya berapa… berapa banyak? Terima kasih.

Sepertimana yang saya zahirkan kita ada 4 fasa… 1, 2, 3, 4 dan ini tawaran ini akan diperhalusi melalui Jawatankuasa Penyelesaian Tanah Daerah. Setakat ini kita er… telah membuat tawaran kepada sebahagian daripada pemegang-pemegang er… ni apa nama T.O.L yang dahulu dan berikutnya dia akan diteliti melalui jawatankuasa yang sepertimana saya katakan Jawatankuasa Penyelesaian Tanah Daerah mengikut kriteria-kriteria tertentulah.

Jadi, yang tu YB. Tanah Rata dia er…makna pihak kerajaan, khususnya melalui Pahang Corporation, akan mengambil kira semua aspek-aspek yang er… yang YB. bangkitkan tadi tapi ianya melalui beberapa fasa. Fasa 1, 2, 3 dan 4 dan setakat ni kita baru menyempurnakan fasa 1 dan 2. Sudah tentu ianya tidak menyeluruh tapi insya-Allah maknanya di masa-masa akan datang, Jawatankuasa Tanah Daerah ini akan meneliti senarai ini. Dia akan diluluskan berfasa-fasa, mengikut berperingkat-peringkat. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah, soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat ADUN Damak.

[Ayat al-Quran]. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 5.

[Mohon penjelasan pihak kerajaan:

a) Berapakah jumlah kutipan zakat negeri Pahang bagi tahun 2019 bersamaan 1441 Hijrah? b) Prestasi pencapaian agihan zakat negeri Pahang? c) Sejauh manakah zakat berfungsi mengurangkan jurang kemiskinan di negeri Pahang?]

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat saya daripada Damak yang menyoalkan tentang er… zakat. Kita bersyukur ke hadrat Ilahi sebagaimana yang saya sebutkan kelmarin bahawasanya Kerajaan Negeri dapat melaksanakan er… perintah zakat ini dan diaturkan dengan sempurna melalui agensinya iaitu Majlis Ugama Islam Pahang. Ini bagi merealisasikan apa yang difirmankan oleh Allah SWT, dengan izin [Ayat al-Quran]. “Ambillah bahagian daripada harta mereka itu sebagai zakat bagi membersihkan pengurusan hartanya serta mentazkiahkan apa yang telah mereka miliki”.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Soalan yang dikemukakan ialah berapakah jumlah kutipan zakat negeri Pahang bagi tahun 2019 bersamaan dengan 1441 Hijrah. Walaupun sebenarnya sahabat saya daripada Damak boleh bertanya di rumah sahaja tetapi dia tanya di dalam Dewan ini, kita terpaksa jawab juga di dalam Dewan.

Jumlah zakat yang telah dikutip oleh Majlis Ugama Islam Pahang pada tahun 2019 adalah sebanyak RM157,585,915.00 Dato’ Sri Yang di-Pertua, dan persoalan yang kedua dikemukakan prestasi pencapaian agihan zakat negeri Pahang. Zakat ini tidak dihimpun dan apa dipendapkan di dalam tabung Majlis Ugama Islam tetapi diagihkan sebagaimana juga yang diperintahkan oleh Allah SWT dengan izin, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah [Bacaan Ayat al-Quran], yang maksudnya “Kutipan zakat itu hendaklah diagihkan kepada fuqara’”.

Alhamdulillah, para fuqara’ telah menerima agihan ini dengan jumlah RM13,879,000.00 kepada mereka. Kemudian itu kumpulan yang kedua yang diperintahkan untuk kita agihkan adalah orang-orang yang miskin. Orang-orang yang miskin ini telah menerima sebanyak RM30,688,000.00.

Kemudian golongan yang ketiga adalah Al-Amilina Alaiha iaitu Tok Amil. Tok Amil ini mendapat RM18,836,000.00. Kemudian kumpulan yang keempat iaitu muallafati qulubihim orang yang nak dilembutkan jiwanya iaitu mereka yang baru sahaja memeluk agama Islam. Mereka ini Al-Amilin telah diagihkan er… mereka ini mualaf telah diagihkan kepada mereka sebanyak RM7,268,000.00.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Kumpulan yang seterusnya adalah al-riqab. Al-riqab ini telah menerima agihan sebanyak RM852,000.00 agihan kepada mereka dan kumpulan yang seterusnya adalah Al-Gharimin orang yang terbelenggu dengan hutang. Mereka ini juga dibantu oleh Majlis Ugama Islam Pahang dengan agihan zakat sebanyak RM193,000.00 kepada mereka.

Seterusnya kumpulan yang diberikan adalah fisabilillah. Fisabilillah ini adalah anak-anak kita antaranya yang belajar dan sebagainya sebanyak RM74 juta dan yang terakhir sekali adalah Ibnu Sabil. Ibnu Sabil juga mendapat bahagian daripada zakat sebanyak RM571,000.00. Alhamdulillah mudah-mudahan dengan ibadah zakat yang telah ditunaikan oleh pemberi zakat dan diterima oleh penerima zakat diberkati dan dikabulkan oleh Allah SWT.

Namun demikian, ADUN Damak telah mengajukan soalan yang ketiga iaitu sejauh manakah zakat ini berfungsi dan mengurangkan jurang kemiskinan di negeri Pahang. Sebagaimana yang telah disebutkan jumlah-jumlah serta golongan-golongan yang menerima zakat secara detail-nya pula sebagai salah satu agensi yang berperanan dalam menyumbangkan kepada pembasmian kemiskinan khususnya kepada asnaf zakat di negeri Pahang, pelbagai program dan skim bantuan telah disediakan bagi membantu asnaf-asnaf ini merungkai permasalahan mereka.

Seumpama kata kita menyediakan kepada asnaf ini baucar bulanan sebanyak 3,56... 3,569 orang. Mereka ini akan mendapat baucar daripada Majlis Ugama Islam dan baucar itu bolehlah mereka bawa ke kedai-kedai yang telah dikenal pasti dan sanggup bekerjasama dengan Majlis Ugama Islam contohnya PDM untuk mengambil barang-barang makanan mereka harian yang diperlukan.

Yang keduanya, bantuan tahunan raya apabila dekatnya Aidilfitri ataupun Aidiladha mereka yang susah ini akan dibantu oleh Majlis Ugama Islam er… dengan bantuan zakat sebanyak 25... 25,482 orang. Begitu juga dengan bantuan am sara hidup sebanyak 60,000 orang dan bantuan persekolahan sebanyak 15,000 orang dan rawatan kepada pesakit-pesakit kronik ataupun pembelian alat seramai 533 orang, baik pulih rumah seramai 80 orang dan kursus-kursus bagi mereka yang memerlukan seramai 173 orang.

Pendek kata pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Majlis Ugama Islam Pahang untuk membantu mereka yang memerlukan sama ada di kalangan asnaf ataupun orang-orang yang sangat er… memerlu kepada bantuan tujuannya tak lain tak bukan untuk merungkaikan permasalahan mereka dengan harapan mereka dapat membina hidup yang baru dan lebih selesa. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Soalan tambahan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Exco Agama kita, yang telah menjelaskan berkaitan dengan soalan yang telah saya kemukakan dan saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah di atas prestasi zakat yang cukup memberangsangkan.

Soalan saya ialah, apakah Kerajaan Pahang melalui Majlis Ugama Islam Pahang ini telah mewujudkan pusat latihan asnaf yang sepertimana yang telah diwujudkan di beberapa buah negeri, yang mana mungkin boleh mengeluarkan kumpulan-kumpulan miskin tegar ataupun fuqara’ ini daripada miskin kepada boleh berdikari?

Seterusnya soalan yang kedua, sejauh mana zakat ini membantu dari sudut berdepan dengan COVID-19? Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua [tidak jelas] diberikan kepada saya sebenarnya terutama berkenaan dengan COVID-19, Majlis Ugama Islam Pahang memang turun padang dan tidak menang tangan di seluruh Pahang untuk membantu er… rakyat negeri Pahang yang memerlukan di dalam COVID-19 baru-baru ini. Namun jumlah yang tepatnya saya akan beri secara bertulis kepada er… ADUN Damak ataupun boleh tanya di rumah dan juga yang keduanya, Dato’ Sri Yang di-Pertua, er… ADUN Damak menanyakan tentang ada tak tempat kursus-kursus yang dibina sendiri oleh Majlis Ugama Islam Pahang.

Saya yakin Majlis Ugama Islam Pahang dapat memikirkan cadangan ini dengan sebaik-baiknya. Namun demikian, tidak juga mereka melepaskan tangan begitu sahaja walaupun belum ada tempat kursus dan apa latihan kemahiran kerana Majlis Ugama Islam Pahang telah mengadakan kerjasama-kerjasama yang apa terurus dan terjurus, dengan er… pusat-pusat kemahiran yang ada di negeri Pahang ini untuk membantu mereka yang perlu kepada pembelajaran kemahiran dan mereka diberi peluang serta perbelanjar…perbelanjaan yang khusus untuk mereka mendapatkan kemahiran itu, terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Assalamualaikum WBT, Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya cuma nak er… tanya kepada EXCO, adakah pihak MUIP bercadang untuk menambahkan bilangan pegawai-pegawainya yang turun ke lapangan? Kerana setakat ini, macam kami di Jerantut itu, yang saya nampak yang turun ke lapangan 3 orang sahaja, seorang pemandu dan 2 orang pegawai. Pusing 1 Jerantut, boleh jama’ qasar dalam Jerantut itu, terima kasih.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, Ini juga satu pandangan yang sangat baik tetapi sebenarnya Majlis Ugama Islam Pahang ini kita sendiri nampak dengan mata kepala kita bagaimana perkembangan mereka dari setahun ke setahun yang dahulunya hanya menempel di peja… pejabat Jabatan Agama Islam Pahang kemudian menumpang di Jabat, di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan sekarang ini Majlis Ugama telah memiliki pentadbiran sendiri dan pejabat sendiri di Pekan. Kemudian dikembangkan pejabat ini di daerah-daerah.

Perkembangan ini berlaku dari satu masa ke semasa. Ini buktinya mereka memang berhasrat dan berhajat untuk menambah keupayaan mereka sama ada dari sudut infra dan juga kemampuan petugas-petugas pegawai-pegawai untuk membantu rakyat di negeri Pahang ini tapi sudah tentulah usaha untuk menambah ini memerlukan masa dan waktu kerana kekangan dan juga terikat kepada jab er… jabatan-jabatan yang lain seperti JPA, SPA dan sebagainya. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah, soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat ADUN Triang.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin kemukakan soalan 6.

[Sila senaraikan jumlah kes denggi di daerah Bera ikut pecahan bulan dan kawasan dari September 2019 hingga September 2020.]

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Terima kasih memberikan saya ruang untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Wakil daripada Triang. Triang menanyakan mengenai senarai kes denggi di daerah Bera mengikut pecahan bulan dan kawasan bagi tempoh masa September 2019 hingga September 2020. Jadi secara keseluruhannya jumlah kes denggi di Bera dalam tempoh yang dimaksudkan iaitu daripada bulan September tahun lepas hingga tahun ini adalah sebanyak 114 kes berbanding dengan 130 kes pada tempoh yang sama.

Dalam erti kata lain telah menurun sebanyak 16 kes iaitu 23%. Tiada kematian dilaporkan dan bila ditanyakan mengikut kawasan, kita berikan kawasan ini kepada dua, Mukim Bera dan Mukim Triang. Bagi Mukim Bera 1, ada 16 kes, Mukim Bera 2,

43 kes, Mukim Triang 1, 52 kes dan Mukim Triang 2, 3 kes menjadikan jumlah 114 kes secara keseluruhannya.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Kalau kita lihat kepada er… fakta yang disediakan dalam jawapan ini nampak seolah-olah kes denggi tidaklah begitu er… membebankan, kerana kita bercakap soal Bera tetapi pada hakikatnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Sidang Dewan ini kepada masalah denggi ni berkaitan dengan negeri Pahang secara keseluruhannya.

Bagi tempoh yang sama Dato’ Sri Yang di-Pertua iaitu sehingga setahun sehingga September tahun ini sebanyak 2,620 kes telah dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 668 kes ataupun 34% berbanding dengan tempoh yang sama er… pada tahun yang lalu. Er… walaupun peningkatan kita tinggi tapi dari segi kedudukan kita berbanding dengan negeri-negeri lain, kita di peringkat pertengahan Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang menyumbang kepada masalah ini, ada ada 5 daerah yang menunjukkan peningkatan kes iaitu Kuantan, Lipis, Pekan, Rompin dan Maran. Daerah Kuantan mempunyai bebanan demam denggi yang tinggi berbanding daerah lain sejumlah 1,804 kes telah dilaporkan iaitu mewakili 68.9 kes yang ada di negeri Pahang dan juga menunjukkan peningkatan sebanyak 75% berbanding tahun yang lalu. Terdapat 160 lokaliti ataupun wabak di negeri Pahang yang juga menunjukkan peningkatan sebanyak 14% berbanding tahun yang lalu.

Daerah Kuantan turut menyumbang kepada bilangan wabak yang tertinggi iaitu 77 kejadian wabak iaitu 77% daripada wabak di negeri Pahang. Kini ada 23 lokaliti yang masih aktif di negeri Pahang di mana 21 daripada 23 itu di daerah Kuantan. Bagi kes-kes kematian, ada 7 kematian demam denggi dilaporkan pada tahun ini berbanding dengan hanya 8 bagi tempoh yang sama tahun lepas. 7 daripada…daripada 7 kematian ini adalah 5 kes kematian di Kuantan, 2 di Lipis ya. Itulah secara umumnya Dato’ Sri Yang di-Pertua keadaan semasa wabak denggi negeri Pahang. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, keadaan denggi sekarang semakin serius dan er… teruk. Soalan saya adalah apakah langkah-langkah yang dijalankan oleh pihak Kerajaan untuk mencegah penyakit denggi ni, terima kasih.

Terima kasih Bilut di atas soalan tambahan yang memang saya nanti-nantikan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Apabila kita bercakap tentang masalah demam denggi, er… umumnya kita akan melihat kepada apakah yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan tetapi yang menyebabkan

orang tidak sihat ini adalah masalah nyamuk dan nyamuk ni pula adalah nyamuk aedes. Jadi apa yang berlaku hari ini saya fikir masyarakat kita masih lagi kurang faham tentang punca permasalahan ini sebab orang melihat nyamuk adalah suatu perkara yang kecil tapi sebenarnya yang menyebabkan nyamuk ni dekat kepada kita adalah, banyak berkait dengan gaya hidup kita.

Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan bersama dengan beberapa jabatan, agensi yang lain sentiasa memberi penekanan dalam soal-soal pendidikan ya, er… penguatkuasaan selain daripada perubatan bagi kes-kes yang telah pun berlaku. Jabatan Kesihatan telah melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan kes demam denggi dengan melakukan semburan kabus ke atas 236… 236,000 premis sepanjang tempoh yang kita bincangkan ini ke atas 313,000 premis di seluruh negeri Pahang.

Sementara itu, 187 premis telah dibubuh carbide bagi pemusnahan jentik-jentik dan sebanyak 298 aktiviti gotong-royong telah dijalankan di seluruh negeri Pahang dengan kehadiran 8,192 penduduk. Ini satu fakta yang saya harap Ahli-ahli Dewan beri perhatian. Apabila kita bahagikan kepada jumlah kehadiran penduduk berbanding dengan er… bilangan gotong-royong itu, ini tidak termasuk kakitangan kerajaanlah, kakitangan kesihatan, kakitangan Majlis ataupun Kerajaan Tempatan dan sebagainya, yang benar-benar mewakili penduduk Dato’ Sri Yang di-Pertua hanya 27 orang daripada apa… setiap er… gotong-royong itu.

Yang terkini Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya berkunjung ke satu kawasan perumahan iaitu satu kawasan wabak di Kuantan iaitu kawasan perumahan Pak Mahat. Saya difahamkan gotong- royongnya kerap Dato’ Sri. Bukan sahaja setiap bulan, kadang-kadang 2… 2 minggu sekalipun buat. Apabila saya tanya mengenai penglibatan masyarakat macam mana, er… maklum balas yang saya dapati setiap kali tu adalah dalam 50 orang dan 90% daripadanya adalah golongan wanita dan kanak-kanak.

Jadi saya fikir ini satu perkara yang perlu kita Ahli-ahli Dewan berikan perhatian macam mana kita nak mengajak masyarakat bahawa pentingnya untuk kite er… mengatasi masalah ini dan kita jangan tunggu dah ada kes barulah kita nak mengambil tindakan. Hakikatnya nyamuk ini Dato’ Sri Yang di-Pertua dan sidang hadirin Dewan yang dihormati sekalian, jangka hayatnya sangat pendek iaitu antara 20 hingga 30 hari sahaja.

Jadi, kalau kita dapat mengelakkan pembiakan err... apa nyamuk ini saya fikir risiko kita semakin kurang kalau tengok pada kiraan jumlah gotong-royong yang kita buat sangat banyak tapi adakah kita sebenarnya faham gotong-royong kita ni apakah tumpuannya. Dalam budaya masyarakat kita Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita gotong-royong sokmo, bukan sahaja hal denggi, gotong-royong untuk kenduri kendara ya, gotong-royong untuk menyambut apa Wakil Rakyat datang pun gotong royong macam-macam.

Tetapi saya fikir masyarakat perlu faham gotong-royong untuk kita mengatasi masalah denggi ini kita perlu beri tumpuan kepada kawasan-kawasan ataupun tempat-tempat khusus yang boleh menggalakkan pembiakan nyamuk aedes. Ini kita harapkan kerjasama semua Wakil-wakil Rakyat dan Ketua-ketua Jabatan untuk memberikan kerjasama supaya Negeri Pahang dapat mengurangkan kadar global wabak denggi ini Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Encik Sim Chong SiangPKR · PHTeruntum

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Difahamkan Kuantan adalah tempat peningkatan kes denggi tadi wakil kerajaan maklumkan pada September adalah 1,800 lebih kes mana ada peningkatan paling tinggi di Malaysia. Soalan saya er… maaf ya, yang saya dapat info sampai hari ini ya adalah 200 er… 2,048 kes di Kuantan sudah meningkat sampai 2,048. Soalan saya, adakah kerajaan akan membuat lebih peruntukkan er… tambahan untuk mengatasi masalah kes denggi di Kuantan. Terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua er… dan wakil daripada Teruntum. Saya sebutkan tadi, 1,900 itu adalah pada September tahun yang lalu. Jadi kita bercakap berdasarkan soalan daripada Triang daripada tempoh bulan sembilan tahun lepas hinggalah bulan sembilan tahun ini. Jadi sehingga penghujung September yang lalu, kes sebenarnya adalah 2,620 dan dari segi peningkatan kita memang banyak kita nombor dua paling tinggi bukan nombor satu. Tetapi secara keseluruhannya kes terkumpul er… kita berada di tangga ke tujuh.

Ini juga satu perkara yang harus kita beri perhatian Dato’ Sri. Kalau kita tengok dari segi trend, secara keseluruhannya kita beberapa tahun yang lalu, bermula daripada tahun 2016, 17, 18 kita telah menunjukkan penurunan yang sangat baik ya. Jadi er… tapi bermula daripada 2019 kes menjadi semakin banyak saya fikir dari segi gerak kerja kita, kita banyak ruang lagi yang boleh kita perbaiki tapi yang penting sekali lagi saya harapkan kerjasama semua pihak khususnya Wakil-wakil Rakyat yang ada di mana dalam kawasan mereka ada wabak kita sama-sama lah memberikan kesedaran dan pendidikan serta kerjasama di antara jabatan, agensi dan masyarakat itu sendiri.

Kalau boleh dari segi gotong-royong ini tadi Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita harapkan penglibatan yang lebih baiklah ya. Kalau setakat contohnya kalau di Pak Mahat, minta maaf apa saya kena sebut, tempat ini hanya 50 orang daripada populasi saya kira 2,000 orang ini, satu penglibatan yang sangat kecil dalam keadaan kes yang ada wabak ya. Jadi ini perkara yang kita jangan menunding jari antara satu sama lain, kita sama-samalah ambil peranan. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Encik Sim Chong SiangPKR · PHTeruntum

Soalan tambahan Speaker…

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat… ADUN Padang Tengku, sila.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 7.

[Golongan belia merupakan aset negara, bakal pemimpin masa hadapan serta rakan kongsi kepimpinan masyarakat dan juga merupakan komposisi penduduk yang terbesar di negara ini.

Apakah langkah-langkah kerajaan dalam menjadikan institusi yang berkaitan dengan pembangunan belia seperti Jabatan Belia dan Sukan serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah benar-benar layak, lengkap dan diperkasa supaya kewujudannya benar-benar dirasai sebagai salah satu agenda besar pembangunan negara.]

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan saya ucapkan terima kasih juga kepada ADUN Padang Tengku ya, yang membangkitkan er… soalan berhubung golongan belia merupakan aset ataupun aset negara bakal pemimpin pada masa hadapan.

Soalannya apakah langkah-langkah kerajaan dalam menjadikan institusi yang berkaitan dengan pembangunan belia seperti Jabatan Belia dan Sukan serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah benar-benar layak, lengkap dan diperkasakan supaya kewujudannya benar-benar dirasai sebagai salah satu agenda besar pembangunan negara.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Usaha kerajaan dalam memperkasakan institusi berkaitan belia boleh diinterpretasikan melalui dasar-dasar atau pelan-pelan strategik yang digubal seperti Dasar Belia Malaysia 2015 dan Pelan Strategik KBS 2016-2020. Selain menjadi sumber rujukan utama di kalangan semua pemegang taruh belia sama ada di peringkat penggubal atau pelaksana dasar, dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan ini juga adalah sebagai panduan serta platform penyelarasan program pembangunan belia di Malaysia merentas agensi pelaksana.

Dalam hal ini beberapa Pelan Strategik telah digubal KBS 2016-2020 telah menetapkan empat teras strategik iaitu yang pertama Pembangunan belia berteraskan dasar belia yang mencakupi hal ehwal agama, sahsiah, moral dan patriotik serta lain-lainnya. Kedua, pembangunan sukan berteraskan blueprint negara bersukan agar belia ini membangun selaras dengan pembangunan sukan di peringkat negara kita. Keempat, pemerkasaan kemahiran berlandaskan transformasi IKBN, dan seterusnya pengantaraan... pengantarabangsaan belia... ya... melibatkan hubungan diplomasi dan sebagainya.

Teras-teras strategik ini merupakan panduan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah untuk meningkatkan kebolehupayaan dan pemerkasaan jabatan di peringkat negeri mahupun daerah. Antara langkah-langkah atau usaha kerajaan dalam memperkasakan institusi di bawah Kementerian Belia dan Sukan ini ialah melalui jaringan kerjasama dengan kesemua pemegang taruh dalam memastikan pelaksanaan pembangunan belia dan sukan yang berkesan dan menyeluruh.

Ini termasuklah meningkatkan kerjasama dengan agensi kerajaan melalui Strategi Lautan Biru Nasional atau dengan izin National Blue Ocean Strategy (NBOS) diperkenalkan pada tahun 2009, bertujuan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam sistem penyampaian kerajaan.

Hasil kerjasama di kalangan jabatan dan agensi kerajaan berjaya memecahkan benteng yang sebelum ini memberi kesan kepada kelancaran program-program kerajaan. Malah melalui kerjasama kreatif inisiatif NBOS ini, pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan akan lebih mengetahui fungsi masing-masing dengan lebih mendalam dan dengan itu dapat mengelakkan pertindihan fungsi-fungsi di kalangan agensi-agensi tersebut dari semasa ke semasa. Jabatan juga menjalinkan kerjasama dengan sektor swasta, Badan Bukan Kerajaan atau NGO serta Pihak Berkuasa Tempatan dalam memantapkan pembangunan belia dan sukan negara.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Dalam hal ini juga, menjawab persoalan kepada ADUN Padang Tengku kerajaan tetap berusaha meningkatkan kecekapan institusi berkaitan pembangunan belia dengan menjalankan kajian dan penyelidikan tentang pembangunan sumber manusia. Ini satu perkara yang tidak dapat tidak dielakkan untuk memastikan pembangunan manusia di kalangan belia-belia selaras dengan pembangunan dan hasrat kerajaan sama ada peringkat negara mahupun peringkat negeri. Ini bagi merancang dan menyediakan latihan kepada penjawat awam agar setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan efisien.

Menyedari kepentingan ataupun pentingnya usaha-usaha pembangunan sumber manusia dalam sektor awam ini, dasar latihan sumber manusia sektor awam telah ditetapkan iaitu setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri dengan beberapa er… sikap ataupun attitude, kemahiran skills dan pengetahuan knowledge yang bersesuaian, melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Izinkan saya sedikit lagi untuk meneruskan er… jawapan ini melalui teras strategik, pembangunan sukan berteraskan blueprint negara bersukan pula, institusi yang berkaitan seperti kompleks belia dan sukan serta kompleks rakan muda sukan air diperkasa dengan menaik taraf kemudahan-kemudahan yang ada bagi mewujudkan ekosistem sukan yang lebih kondusif dan lengkap.

Dan dalam hal ini kita mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan rakan-rakan Pengarah serta Majlis Belia er... negeri Pahang baru-baru ini dengan kehadiran er... Yang Berhormat Menteri Kementerian Belia dan Sukan kita telah diluluskan er... Kompleks Sukan Belia dan Sukan dalam daerah Kuantan ini bernilai RM30 juta [Ahli Dewan menepuk meja].

Ini satu penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pahang dan melalui pemerkasaan kemahiran berlandaskan transformasi IKBN, institusi berkaitan seperti Institut Kemahiran Belia Negara diperkasakan dengan memberi latihan yang berterusan kepada tenaga pengajar untuk membimbing belia atau pelatih IKBN dengan ilmu kemahiran dan bina insan yang merangkumi keusahawanan dan kepimpinan. IKBN juga sepertimana yang terletak di Temerloh dan Pekan juga memfokuskan kepada usaha meningkatkan kebolehpasaran belia dengan menjalinkan kerjasama serta MOU dengan majikan yang terpilih dan terjamin.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Melalui Kajian Separuh Penggal Pelan Strategik KBS 2010-2015, IKBN telah menghasilkan para graduan yang telah dilatih dan dibekalkan dengan kemahiran hidup dan ilmu yang diperlukan untuk menyahut cabaran di alam pekerjaan. Kajian yang telah dilaksanakan mendapati bahawa sebanyak 90% graduan IKBN mempunyai faktor kebolehpasaran dan mendapat pekerjaan.

Ini membuktikan bahawa graduan IKBN mampu untuk bersaing dengan graduan institusi lain dan mempunyai kelebihan dari aspek kerjasama yang erat dengan pihak industri. Ingin saya memaklumkan dan jelaskan di sini bahawa IKBN Pekan ini dia lain sikit daripada IKBN lain kerana dia mempunyai kursus aviation penerbangan dan mereka cipta er... rekabentuk er.... light flight ataupun er... kapal terbang kecil untuk makluman sidang Dewan.

Cabaran pembangunan belia di peringkat global dan keperluan pembangunan belia dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia sememangnya memerlukan strategi yang dinamik dan komprehensif serta mampu membawa generasi belia negara mara ke hadapan dengan semangat dan keyakinan yang tinggi. Tambahan pula, cabaran globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi maklumat, alam maya serta komunikasi yang amat pantas masa kini menuntut semua pihak agar mampu bertindak pantas dalam memberikan maklum balas yang semestinya relevan dan membawa kesan positif kepada belia.

Oleh itu, kerajaan sentiasa berusaha untuk memperkasakan Jabatan Belia dan Sukan Negeri serta Pejabat Belia Daerah-daerah dengan memantapkan sistem penyampaian melalui media-media sosial terkini seperti facebook, instagram dan twitter. Ini bagi membolehkan maklumat-maklumat berkaitan program misalnya dapat disampaikan dan disalurkan dengan lebih cepat dan efisien kepada semua lapisan masyarakat terutamanya golongan belia, muda-mudi belia dan beliawanis.

Kesimpulannya, dalam usaha menjadikan institusi yang berkaitan dengan pembangunan belia benar-benar layak, lengkap dan perkasa, semua pihak dan agensi perlu terlibat dalam bekerjasama berpandukan dasar-dasar yang telah digariskan. Sekian Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Terima kasih, er... terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Exco Belia yang telah memberikan satu jawapan yang saya kira begitu baik. Namun begitu saya menanyakan soalan ini berkaitan kerana saya merasakan bahawa kehadiran Jabatan Belia di daerah ini belum dapat dirasai oleh er... penduduk-penduduk ataupun belia-belia di daerah-daerah. Ini dapat dilihat daripada bagi saya gagallah. Ada kegagalannya, yang tadi disebut kejayaan.

Daripada data yang saya ada Pertubuhan Belia di negeri Pahang pada tahun 2020 ini yang berdaftar dengan ROS ada sebanyak 889 namun begitu yang aktif hanya 29 iaitu hanya 3% daripada keseluruhannya, yang tidak aktif 676...76% dan yang batal 184 iaitu 21%. Maknanya kalau setakat 3% bagi saya ini kegagalan yang amat-amat dahsyatlah.

Justeru itu saya nak tanya apakah langkah-langkah proaktif yang diambil oleh pihak kerajaan dan juga jabatan untuk memastikan persatuan-persatuan belia yang tidak aktif yang dah nazak ini, diaktifkan semula bagi menarik minat penyertaan dan dapat merealisasikan program-program yang begitu indah yang telah dirancang sebagaimana yang disebutkan oleh er... Exco tadi. Itu soalan yang pertama.

Soalan yang kedua ialah semenjak er... 2018 KBS telah memperkenalkan satu program yang dinamakan MFL... M... MFLS ha, susah. Sebut Malaysian Future Leader School haa, senang sebut dalam Bahasa Inggeris.

Yang Berhormat Dato’ di-Pertua, Minta maaflah kalau dah sebut huruf pun tak dapat jelas. Macam mana saya nak menjawabnya? Susah. [Ahli Dewan ketawa].

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Tak apa... tak apa. Saya sebut dalam bahasa orang putih, Malaysian Future Leader School. Haa, lebih mudah. Satu program untuk mengasah ataupun melatih bakat-bakat pemimpin belia di kalangan apa... belia-belia pelajar.

Soalan saya ialah apakah status terkini program ini? Dan berapakah bilangan ataupun jumlah program yang telah dilibat... melibatkan pelajar-pelajar negeri Pahang? Dan apakah usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi me... memanfaatkan er... pemimpin-pemimpin pelajar belia yang telah dilatih ini? Supaya mereka er... menjadi rakan strategik kepada pembangunan negara. Terima kasih.

Yang Hormat Dato’ Yang di-Pertua, Izinkan saya jawab soalan yang pertama dulu. Sebab yang itu jelas. Yang kedua itu saya minta dia ulang balik kejap lagi.

Yang Hormat Dato’ Yang di-Pertua, Kami di peringkat er... Kerajaan Negeri mahupun er... di peringkat Jabatan Belia mengambil maklum tentang er... kelemahan ataupun kekurangan dalam merancang dan melaksanakan program-program er... yang melibatkan belia dalam negeri Pahang. Namun begitu dengan angka yang disebutkan tadi saya er... mohon merujuk kembali dalam sesi penggulungan nanti, saya cuba dapatkan detail adakah fakta tersebut benar ataupun tidak? Kerana 800 sehingga 30 lebih sangat jauh dia punya ini.

Namun begitu saya akan rujuk er... lebih detail perkara tersebut tetapi dalam hal ini saya ingin er... menjelaskan bahawa dalam pentadbiran dan pengurusan persatuan-persatuan belia ini dia tidak seperti pentadbiran dalam jabatan kerajaan. Dia ada sistem yang diguna pakai yang telah digariskan er... satu sistematik dan ada tenaga-tenaga sumber manusia yang terlatih.

Jadi kalau kita rujuk kepada er... persatuan-persatuan belia sama ada di peringkat negeri pun mahupun peringkat daerah apatah lagi di peringkat mukim-mukim ini mereka ini kadangkala dari segi ilmu mesyuaratnya, pentadbirannya, pengurusannya memang ada kelemahan di situ. Sebab itu dalam merancang dan juga er... mengerakkan kelab-kelab atau persatuan-persatuan anak muda ini mereka terbantut. Apatah lagi ditambah dengan masalah kewangan.

Sebab itu dalam Bajet Perbekalan atau Rang Undang-undang Perbekalan 2021 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang golongan belia diluar sana menyambut dengan penuh gembira sebanyak RM450,000.00 telah diluluskan untuk Majlis Belia Negeri dan dari situ peruntukan-peruntukan ini akan diagihkan kepada Majlis Belia Negeri kepada Majlis Belia Daerah dan juga Badan-badan gabungan.

Ini sedikit sebanyak sumbangan yang secara tertulis, tercatat dalam Rang Undang-undang Perbekalan Bajet tahun ini. Sebelum ini tidak pernah ada dalam bentuk macam ini. Dia dimohon secara berkala. Maksudnya ada keperluan, ada perancangan dimohon, makna luar daripada Pembentangan Bajet. Tetapi kali ini atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Kerajaan Negeri Pahang telah menggariskan secara jelas peruntukan-peruntukan ini untuk dianugerahkan atau diberi kepada belia-belia ini agar dapat mengurus tadbir kelab-kelab ataupun majlis-majlis belia ini dengan lebih baik dan sistematik.

Namun begitu saya er... merujuk kepada apa yang dibangkit oleh ADUN Padang Tengku tadi insya-Allah saya ambil maklum perkara itu dan kita akan perkemaskan dengan er... merujuk kepada unit pendaftaran er... ROS dan er... dan sebagainya dan juga Jabatan Belia untuk melihat ke dalam dan sejauh mana perkara ini boleh kita baik pulih ataupun kemas kini pada masa akan datang.

Dan saya mengambil peluang juga dalam er... ruang yang ringkas ini. Kita dalam mencapai kejayaan dapat tokoh belia dan beliawanis yang hebat dalam negeri Pahang baru-baru ini dapat naib johan persatuan er… pada masa ini tapi dalam masa sama, kita tidak mengelak atau menafikan ada kelemahan dalam perancangan dan juga hala tuju yang kita nak bawak belia-belia kita. Terima kasih.

Jadi saya mohon ulang balik soalan nombor 2 tadi. Terima kasih.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Soalan nombor dua ialah berkatian dengan program latihan Malaysian Future Leaders School yang telah diperkenalkan. Soalannya, status kedudukannya sekarang? Yang keduanya jumlah kursus yang telah dilaksanakan dan yang ketiganya usaha untuk memanfaatkan peserta-peserta kursus yang telah dilatih kepimpinan mereka itu. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya akan merujuk dengan lebih detail juga er… pada perangkaan ataupun jumlah kursus yang diselaraskan oleh pihak yang disebutkan tadi. Namun begitu, kita di Kerajaan Negeri ini melalui pusat-pusat kemahiran, institusi-institusi kemahiran, institusi-institusi latihan, pusat-pusat latihan seperti ADTEC, seperti IKBN, PSDC, Yayasan Pahang dan juga UCYP dan sebagainya. Ini antara penyumbang-penyumbang rakan kongsi kepada Majlis Belia ataupun anak-anak muda ini dalam negeri Pahang untuk membekal dan menyalurkan er… sistem ataupun er… perancangan-perancangan kemahiran latihan dan sebagainya.

Dan saya bersyukur terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan juga rakan-rakan ADUN serta Exco, saya yakin dan percaya mereka juga ada anak-anak buah di kalangan anak-anak muda ini di mana Kerajaan Negeri dalam Rang Undang-undang Perbekalan Bajet 2021 ini telah meluluskan RM10 juta untuk meningkatkan dan mengenalpasti kemahiran-kemahiran, latihan-latihan serta modal insan untuk dilahirkan dalam negeri Pahang di kalangan anak-anak muda.

Ini satu perkara yang bersejarah dalam pembentangan bajet dalam negeri Pahang sejak dahulu sehingga sekarang. Inilah yang dikatakan bajet yang mesra anak-anak muda, dan kita tahu bahawa anak-anak muda ni pelapis pada masa akan datang. Jadi

saya lihat perkembangan tentang latihan-latihan ini bukan setakat di sekolah yang disebutkan tadi. Sampai sekarang tak berapa jelas lagi nama sekolah tu. Tetapi insya-Allah saya akan rujuk secara personal dengan ADUN Tahan, ADUN Padang Tengku dan saya bawa kepada perbincangan penggulungan akan datang. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah.

Soalan Tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya saya jem...

Satu jer.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey.

Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Dalam mendidik pemimpin masa hadapan sejauh mana Pejabat Belia dan Sukan memantau tadbir urus Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah dan badan gabungan. Kerana saya mendapat aduan bahawa Majlis Belia Negeri telah 3 tahun tidak mengadakan Mesyuarat Agong. Adakah perkara ini sahih? Kalau ya, err…kalau tidak bolehkah disediakan laporan Mesyuarat Agong beberapa tahun sebelum ini dan jika ya, apakah tindakan Pejabat Belia dalam menangani isu seperti ini.

Dan yang kedua er… saya nak bertanya tentang adakah apa-apa perancangan daripada pihak Yang Berhormat Exco mengenai menaik taraf ataupun menukar tempat baru di Pejabat Belia Bentong. Sebab kalau kita lihat Pejabat Belia Bentong hari ini adalah sangat menyedihkan dan fasilitinya juga tidak berapa baik dan lengkap. Jadi untuk kita, untuk kita sediakan fasiliti yang lebih baik, yang sempurna untuk kegunaan anak muda dan juga masyarakat di daerah Bentong, adakah perancangan untuk menyediakan tempat yang lebih baik dan sempurna. Itu sahaja. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, err… dan terima kasih kepada ADUN Ketari, Cik Puan Rara. Jadi, Yang Berhormat Yang di-Pertua, gagap juga nak jawab ni.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak apalah, jawab yang ringkas-ringkas saja.

Ringkas-ringkas jer ya. Saya merujuk kepada Majlis er...

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah. Tadi, Yang Berhormat Ahli Majlis Kerajaan jawab soalan daripada Padang Tengku garang. Bila ke Karak slow pulak nada dia. [ketawa].

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, nak buat macam mana sejak azali lagi dah, antara Adam dan Hawa begitulah.

Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, ringkas jer nak jawabnya. Majlis Belia dia telah mengambil inisiatif berhubung dengan pihak Kementerian Belia, ROS dalam er... apa ni... keadaan di mana tidak mampu ataupun ada kekangan untuk mengadakan mesyuarat agong dan sebagainya. Namun begitu, saya akan rujuk dengan lebih detail tiga ataupun satu tahun ya.

Saya difahamkan dalam satu tahun lebih macam tu kerana pandemik COVID-19 yang melanda negara bukan sahaja Mesyuarat Majlis Belia Negeri, bahkan Mesyuarat UMNO, mesyuarat apa benda semua banyak ditangguh ya. Dan kita er… norma baru virtual meeting yang kita adakan mungkin satu masa boleh dilaksanakan. Namun begitu dalam mesyuarat agong ni tahu jerlah, apabila besar tu macam-macamlah. Itu antara jawapan yang saya boleh kongsi bersama ADUN Ketari Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Dan berhubung dengan kemudahan ataupun pejabat yang dimaksudkan, saya pun telah beberapa kali pergi ke pejabat sana. Memang saya ada nampak ada keusangan sedikit Yang Berhormat Yang di-Pertua dan kadang kala mungkin air pun boleh masuk bila hujan lebat. Jadi saya ingat macam inilah, senang cerita ADUN Ketari, saya cuba membantu dan pengakhiran bantuan tu saya ingat boleh rujuk dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik. Soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat ADUN Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, solan saya nombor 8.

[Berapakah jumlah projek pembangunan luar bandar yang berjaya dilaksanakan di negeri Pahang mengikut kategori di setiap daerah dalam tempoh 2018 sehingga 2019?]

Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua yang memberi laluan bagi menjawab sedikit pertanyaan dari YB. Teruntum mengenai jumlah projek pembangunan luar bandar yang berjaya dilaksanakan di negeri Pahang mengikut kategori di setiap daerah dalam tempoh 2018

sehingga 2019. Saya pun sebenarnya menengok dua, tiga kali juga soalan ini. Setahu saya Teruntum ni dalam bandar, bukan luar bandar.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Mengikut rekod, Pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Negeri Pahang telah melaksanakan projek-projek kecil di kawasan luar bandar melalui program-program seperti Jalan Perhubungan Desa, Jalan Luar Bandar, Program Ameniti Sosial, Jalan Ladang, Bekalan Air Luar Bandar dan premis ni KEMAS.

Bagi tahun 2018, sejumlah 85 projek melibatkan peruntukan berjumlah RM24,422,500.00 telah disiapkan oleh Pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar Pahang dan telah memberi faedah dan manfaatlah kepada masyarakat di luar bandar. Manakala bagi tahun 2019, Pejabat KPLB telah pun menyiapkan sebanyak 223 projek kecil dengan nilai peruntukan keseluruhan projek berjumlah RM13,034,950.44.

Senarai pecahan ni ada disediakan, jadi kalau nak baca pun panjang juga, dan ianya melibatkan angka-angka. Kalau nak menyebut payah. Saya rasa YB. Teruntum boleh tengok. Sekian, terima kasih.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan tambahan. Terima kasih Wakil Kerajaan. Soalan saya, adakah projek Pembangunan Luar Bandar ini dilaksanakan secara open tender? Atau by right of negotiation, rundingan terus. Jika ada, err… sila bagi jawapan apa projek untuk open tender dan apa projek untuk rundingan terus.

Soalan nombor dua. Adakah Kerajaan Negeri telah buat sebahagian peruntukan seperti macam rumah flat Pak Mahat er… di kawasan er… di seluruh kawasan Kuantan. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Bagi urusan pentadbiran ni, biasanya kita… kita serah kepada pejabatlah kan. Kebanyakkannya... semuanya ialah melalui proses-proses sebuthargalah ataupun tender. Ini kita tak tahulah. Tetapi cara pembahagian lain saya tak tahulah. Kalau mungkin ada YB. Teruntum dengar, boleh beritahu. Tetapi semua projek-projek ini kita bukan beri saja, tetapi melalui proses-proses seperti tender, dan open tender.

Bagi projek Pak Mahat ini, ialah projek perumahan kan. Jadi, projek perumahan ini sebagaimana yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dia... dia banyak. Pertamanya Rumah PR1MA Pahang, Rumah Makmur Pahang, Rumah Rakyat Pahang, Rumah Rakyat Pahang ini yang free itu. Jadi bagi kes ini Rumah Pak Mahat ini, saya rasa boleh katakan semua kampunglah tapi tak banyaklah. Macam Rumah Rakyat Pahang tu dia dua rumah satu... satu DUN. Satu Parlimen tujuh…tujuh rumah yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Banyak sikit itu… itu terpulanglah.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan lagi. Terima kasih Wakil Kerajaan ya. Sebab yang Rumah Flat Pak Mahat ini untuk er… penduduk B er… bawah 40… B40, yang untuk macam yang dalam ucapan saya PR1MA atau er… Pak er…Rumah Makmur ini. Kalau untuk B40 memang dia tak

mampu nak beli. So cadangan saya, kenapa saya tanya soalan ini adalah, ada tak pembangunan di luar bandar? Untuk seperti bukan Flat Pak Mahat... seperti Flat Pak Mahat. Terima kasih.

Jadi, sebab itu saya sebut tadi YB. daripada Teruntum. Tengok apa yang Yang Amat Berhormat Menteri Besar cakaplah kan. Ada jenis dia. Bukanlah cakap itu tadi bidong tadi, bukan nak keras lagikan. Sebabnya yang Yang Amat Berhormat Menteri Besar dah tiga empat kali dah saya dengar. Ada Rumah PR1MA, Rumah PR1MA macam mana, ada tanah boleh pinjam lah kan.

Ada rumah, Rumah Makmur, Rumah Makmur ini maknanya selain daripada Rumah PR1MA Pahang lebih kurang RM150,000.00 dia bagi diskaun khususnya pada kakitangan kerajaan. Tak mampu lagi bagi rumah ini Makmur RM80,000.00 Tak mampu lagi bagi rumah free RM65,000.00. RM65,000.00. Kalau tak mampu lagi tak adalah…lah kan. Sebab Free tu rumah…Rumah Rakyat Pahang. RM65,000.00. Er… Rumah Rakyat Pahang. Itulah kedudukan bantuan-bantuan dari segi perumahan. Saya ingat Yang Berhormat Teruntum boleh tengoklah ini pasal perumahan sudah banyaklah Menteri Besar cakap.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah. Soalan saya. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat ADUN Sungai Lembing. Silakan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon kemukakan soalan nombor 9.

[Apakah pendekatan baru FELDA bagi mempertingkatkan semula hasil ekonomi FELDA, terutama kepada generasi pertama serta generasi kedua FELDA.]

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Assalamualaikum WBT. Yang…Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat ADUN Sungai Lembing.

Menjawab tentang pendekatan baru FELDA untuk meningkatkan semula ekonomi FELDA. FELDA telah mewujudkan satu unit task force untuk merangka strategi mengembalikan reputasi FELDA dan prestasi FELDA. Serta mempastikan pembangunan sosio ekonomi peneroka-peneroka.

Strategi pertama, FELDA dalam hasrat untuk menamatkan perjanjian dengan FGV tentang 350,000 ekar tanah bersama dengan kilang-kilang dengan impak, impak kewangan RM4.1 billion. Bermaksud FELDA akan ambil semula tanah-tanah FELDA Plantation dulu yang telah digadai kepada FGV.

Nombor dua, FELDA merangka untuk pendapatan RM5,000.00 sebulan kepada peneroka-peneroka dalam rangk…jangkaan 2023 dengan menukar benih baru kelapa sawit daripada yang B ke yang B3V. Saya pun tak faham apa yang B dan yang B3V. Yang B3V dia menghasilkan 35… 35 tan untuk satu hektar.

Rangka ketiga, iaitu pinjaman peneroka FELDA akan diturunkan daripada 96 bulan kepada 48 bulan dengan potongan 6.25% interest yang selama ini dikenakan. Begitu juga FELDA merangka satu strategi baru iaitu tanaman alternatif dengan memberi pinjaman atau geran melalui AGRO Bank untuk peneroka ataupun anak peneroka generasi kedua, generasi ketiga dan generasi keempat untuk penanaman nenas, kelapa, ruminan iaitu untuk makanan lembu dan kambing, cili, kunyit hitam. Saya pun hari ini baru dengar ada kunyit hitam, halia muda bukan halia tua…halia muda dan ikan…ternakan ikan air tawar.

Nombor lima, task force juga merangka untuk mewujudkan usahawan jutawan 1,000 usahawan jutawan anak-anak muda FELDA melibatkan generasi kedua, ketiga dan empat. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Terima kasih er…kepada pihak kerajaan di atas jawapan tadi. Kemudian er…saya nak bertanya pertamanya, apa dah jadi er…aset-aset FELDA yang di…dibeli ya. Er…misalannya hotel kat luar negara, er…dan macam-macam lagilah. Jadi kita nak tahu perkara ini pun menjejaskan kewangan FELDA dan juga memberi kesan kepada peneroka itu yang pertama.

Yang keduanya, di Bukit Goh, Bukit Kuantan, isu bauksit jadi er…isu bauksit ini Tuan Yang di-Pertua, pertamanya 9 orang peneroka Bukit Goh mungkin akan dikenakan tindakan muflis sebab masa dia orang dulu dapat duit banyak lawyer pun er…tak menasihatkan bayar cukai dulu ke macam-macam. Jadi er…itu perkara-perkara yang berlaku dan juga seramai er…200 orang lagi peneroka mungkin akan dipanggil untuk siasatan berkenaan dengan er...duit-duit bauksit yang mereka terima pada masa dulu.

Daripada segi kita Tuan Yang di-Pertua, ada gagasan generasi anak-anak FELDA. Kita dah kumpulkan er…peneroka-peneroka terbabit dan juga berbin…akan berbincang er…dengan pihak Lembaga Hasil bagi menyelesaikan perkara ini hanya keluhan rayuan daripada peneroka memohon kepada pihak Kerajaan Negeri melalui PKNP dan PMC dah 4 tahun dah bauksit ini terhenti dan jadi kita merayu kepada Kerajaan Negeri mempercepatkan perlombongan semula bauksit di Bukit Goh dan juga di Bukit Kuantan mana di Kuantan inilah dan juga er…dengan SOP yang ketat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Tuan Yang di-Pertua, FELDA juga merangka untuk menjual aset-aset yang dulu dia beli dan rugi dan tidak mendapat pulangan yang sepenuhnya memberi kesan kepada peneroka yang FELDA. FELDA baru, FELDA baru dalam unit task force ini telah merangka untuk jual semula.

Menjawab soalan nombor dua, tentang cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri. Sebelum kita melaksana apa-apa perjanjian, apa-apa kerja tak kira buat rumah ke, buat balak ke, buat lombong. Kita…kita meneliti perjanjian…perjanjian kita dengan kontraktor kita. Kita dengan sub-con kita dalam perjanjian tersebut kalau cuk... Lembaga Hasil Negeri cukai pendapatan dibayar oleh kita. Jadi kita kena bayar. Kalau ditanggung sepenuh oleh pengusaha…pengusaha kena bayar.

Ini perjanjian mana-mana dalam dunia perjanjian er…kerja kita kena lihat perjanjian dan kita refer pada lawyer untuk pastikan lawyer beritahu kita bahawa peru…kerja-

kerja bauksit ini ditanggung oleh pemilik tanah ataupun pengusaha bauksit. Kita lihat mula-mula perjanjian nak laksanakan kerja.

Nombor dua, Kerajaan Negeri memang berhasrat dan berhasrat dan boleh melaksanakan kerja-kerja bauksit dan PKNP telah melantik dua kontraktor sebagai lead agency. PKNP melantik dua kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja bauksit tetapi kontraktor yang ditawarkan tersebut sampai pada hari ini tak datang ke pejabat PKNP untuk membayar deposit bauksit dan penghujung bulan ini kalau tak bayar kita akan terminate-kan dua kontraktor tersebut. Sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi er… berkaitan dengan er… syarikat yang dilantik oleh Perbadanan Kerajaan Negeri. Jadi dalam ini saya rasa er… mungkin ada beberapa syarat seperti er…bayaran RM5 juta. Besar bayar RM5 juta itu. Jadi er…minta Kerajaan Negeri er… dapat mempertimbangkan sebab er…kalau dah bayar RM5 juta…RM5 juta itu er… memang tak dapat dikeluarkan macam mana pula dia orang nak er...bina kilang ke, nak me…membuat kerja-kerja. Jadi daripada 5... 5… 5… RM5 juta itu, kalau RM1 juta mungkin dia orang… dapat dipertimbangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Tuan Yang di-Pertua, Bukan soal deposit RM5 juta soal sekarang harga bauksit turun. Bila harga bauksit turun, maka RM5 juta tu dia rasakan banyak. Sebenarnya “Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai”. Kalau takut jadi kontraktor bauksit, jangan jadi kontraktor bauksit. Bukan soal RM5 juta, soal harga sekarang, turun. Maka slow-nya kontraktor yang ditawarkan oleh PKNP untuk membayar deposit dan juga melaksanakan usaha-usaha bauksit. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat… Saya jemput Yang Berhormat ADUN Tahan.

Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 10.

[Pembinaan 100 unit rumah teres di Kuala Tahan, Jerantut. Bilakah pembinaan akan selesai sepenuhnya? Bagaimanakah proses pemilihan akan dibuat bagi menentukan mereka yang layak menduduki rumah tersebut?]

Assalamualaikum. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih Tahan. Saya nak jawab ringkas sajalah. Projek di PPRM di Kuala Tahan ini adalah projek di bawah Jabatan Perumahan Negara di bawah KPKT. Saya dimaklumkan kontraktor lama dah tidak berupaya untuk melakukan kerja-kerja perumahan ini dan er… saya akan berhubung dengan pihak KPKT untuk memastikan kontraktor baru akan dilantik untuk meneruskan kerja-kerja di masa akan datang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bercadang untuk menempohkan Persidangan kita pada pagi ini, untuk minum pagi dan Persidangan akan disambung semula jam 11.30 pagi. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan pada jam 11.08 pagi]

[Persidangan disambung semula]

Menimbang Rang Undang-Undang Perbekalan (2021) 2020.Bill

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2021) 2020.

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamualaikum WBT selamat pagi dan salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Rang Undang-undang Perbekalan (2021) 2020 telah dibentangkan pada 16 November 2020 yang telah dibahas pada 17 dan 18 November 2020. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian pada hari ini kerajaan akan menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat semasa perbahasan yang lepas.

Sukacita saya memaklumkan pihak kerajaan akan menjawab dalam tempoh 20 puluh atau 25 minit untuk saya memastikan seramai empat pengerusi jawatankuasa akan memberi jawapan pada sesi sebelah pagi ini. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat Pihak Kerajaan akan dapat memberikan kerjasama yang sebaik-baiknya. Baiklah untuk itu saya jemput Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang untuk memberi jawapan. Silakan.

Assalamualaikum WBT Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.

Manis sungguh si buah rambutan Manis lagi si buah dokong Bajet rakyat MB telah bentangkan Izinkan saya bahas menyokong

Pertama saya merakamkan syukur kehadrat Allah SWT dengan izin dan kurnianya dapat kita bersama pada hari ini dan saya mendoakan juga kesihatan Yang di-Pertua untuk diteruskan. Kesempatan ini saya juga merakamkan penghargaan ke atas pembentangan bajet 2021 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar pada 16 haribulan yang lalu dan saya difahamkan peruntukan yang besar telah diberikan oleh pihak kerajaan negeri ke atas portfolio saya khususnya dari segi Kerajaan Tempatan dan juga Perumahan ya.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan mewakili pihak kakitangan daripada Majlis PBT Negeri Pahang mengucapkan syukur kepada Yang Berhormat Kerajaan Negeri kerana telah sudi untuk menyumbangkan bonus sebanyak RM1,000.00 kepada semua kakitangan kerajaan peringkat negeri termasuklah kakitangan di peringkat PBT. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar.

Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua petugas-petugas barisan hadapan sama ada dari agensi persekutuan daripada negeri ataupun Pihak Berkuasa Tempatan yang telah bertungkus lumus sejak daripada awal penularan wabak COVID-19 bermula akhir Februari tahun ini sehinggalah sekarang.

Mereka ini memang tak berhenti untuk melaksanakan arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan sama ada pihak kerajaan persekutuan mahupun pihak kerajaan negeri dengan melakukan pemeriksaan secara berkala ke atas premis-premis yang telah dibenarkan untuk beroperasi seperti sediakala.

Ada beberapa premis juga yang tidak dibenarkan contohnya pusat-pusat hiburan ya. Tahniah sekali lagi pada petugas-petugas barisan hadapan yang telah menyumbang tenaga dan bakti berterusan tanpa lelah dan jemu. Saya akan bahagikan sesi penggulungan saya kepada dua iaitu kepada pertama untuk er… Kerajaan Tempatan. Visi PBT Pahang…Negeri Pahang. PBT Negeri Pahang merangka untuk memperkasakan kesejahteraan dan kelestarian bandar er… di Pihak Berkuasa Tempatan dan di seluruh Negeri Pahang. Saya berbangga kerana portfolio ini telah banyak menyumbang nama baik kerajaan negeri dan juga PBT Pahang.

Baru-baru ini Majlis Perbandaran Kuantan dan juga Majlis Perbandaran Bentong telah diisytiharkan sebagai 10 bandar paling bahagia di Malaysia pada tahun 2019. Tahniah sekali lagi kepada Majlis Perbandaran Kuantan dan juga Majlis Perbandaran Bentong kerana telah mendapat anugerah ya. Ada juga yang call saya apa makna bahagia itu, orang yang call itu faham-faham la ya kalau kita rasa selesa rasa ceria itulah bahagia. Kalau tak rasa ceria tak rasa selesa atau terasa terancam tidaklah bahagia.

Dan baru-baru ini juga Majlis Perbandaran Kuantan tahniah sekali lagi kerana telah dianugerah sebagai bandar mampan 2020 tempat kedua selepas Majlis Perbandaran Klang ya. Ini adalah sumbangan daripada pihak PBT sendiri untuk menaikkan nama PBT dan juga menjaga nama baik kerajaan negeri kerana telah dianugerahkan anugerah ini. Dan pada hari ini petang nanti saya dah dapat makluman sedikit sebanyak Majlis Perbandaran Temerloh akan dianugerahkan, maaf sebut tandas.

Walaupun tandas tapi ini menang peringkat Malaysia tempat keberapa saya tak tahulah tapi saya difahamkan ada tempat, insya-Allah petang nanti kita akan tahu. Tahniah sekali lagi Majlis Perbandaran Temerloh kerana dianugerah tandas yang bersih, saya pun dah pergi Yang Berhormat

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Maknanya pepatah murid apa ya cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari tidak ada dah di Temerloh, semua kencing dalam tandas dengan baik.

Terima kasih Lanchang. Untuk makluman semua hasrat PBT Pahang untuk melahirkan PBT yang smart city. Petang semalam saya mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar, mesyuarat melalui sidang video dengan Menteri Kanan Majlis Negara Kerajaan Tempatan, ada dibentangkan smart city untuk semua PBT. Memang hasrat Kerajaan Negeri dan juga hasrat semua PBT untuk melahirkan untuk menjadikan sebuah bandar yang pintar. Bandar yang selesa bandar yang mendapat apa nama ni sanjungan ataupun mendapat perhatian daripada masyarakat.

Saya banyak kawan-kawan telefon saya suka datang ke Pantai Timur khususnya Kuantan dan Temerloh selain singgah di Bentong makan Lemang To’ki, singgah di Temerloh makan ikan patin dan ke Kuantan makan keropok ataupun makan ikan celup tepung, sotong celup tepung di Kuantan. Jerantut lalulah sikit sebab apa dia selesa di Kuantan di Pahang lah. Sebab bandarnya tidak sibuk, tidak jem. Sesekali tu adalah.

Keadaan bandar yang tersusun pantai yang panjang, pantai yang bersih semuanya adalah tarikan kepada pengunjung-pengunjung daripada luar untuk datang terutamanya Kuantan sebagai ibu negeri.

Dan tahniah juga kepada pihak MPK sebenarnya pihak Kerajaan Persekutuan telah mengisytiharkan, bukan isytihar setuju untuk Kuantan ini dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Kuantan. Insya-Allah tahun depan kita akan dapat menikmati Kuantan sebagai sebuah bandaraya ya. Tarikhnya kita akan tentukanlah nanti kemudian, tak lama dah.

Jadi inilah kita nak supaya bandar ini sentiasa bersih kalau smart city bandar yang pintar contohnya kalau nak naik teksi tekan butang teksi datang. Contohlah saya bagi ya ataupun semuanya pakai apps dah kita ada PahangGo satu anak syarikat kerajaan negeri yang digital Negeri Pahang kita gunakan semuanya adalah smart naik bas smart bas kita belum sampai lagi la insya-Allah naik teksi smart teksi.

Jadi memang kita hasrat banyakkan rakyat memang masyarakat sendiri di Pahang sendiri di Kuantan sendiri kita penglibatan komuniti public community engagement dalam setiap program dan hasrat pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri mahupun PBT. Tapi apa yang kita tengok adalah basic ya, kalau smart city bandar tak bersih persekitaran tak menarik bunga tak kembang ada tanam pokok bunga tapi tak subur tak berbunga.

Ini contoh saya ucapkan terima kasihlah kepada pihak Majlis Perbandaran Kuantan kerana telah menanam pokok-pokok bunga di persimpangan-persimpangan jalan daripada pintu masuk Tol Gambang kawasan saya hinggalah ke Lapangan Terbang ke Pusat Bandar. Tapi malangnya tanam hari ini esok dah hilang sebab apa bunga ini bukannya mahal bukannya murah dan bunga ini adalah sumbangan daripada komuniti sendiri daripada syarikat-syarikat bukannya dari majlis sendiri ya.

Jadi kita mintalah kesedaran masyarakat kita ini perlu ditingkatkan untuk memastikan bandar kita yang penting bersih dan juga menarik. Kalau tahun 90-an dulu masuk je ke Bandar Kuantan dah ada bunga kekwa sepanjang Kompleks Teruntum depan padang ya tapi kosnya agak mahal tapi kebelakangan ini saya tengok dah ada banyak perubahan dan saya minta juga PBT-PBT yang lain pun akan meneruskan usaha memastikan bandar kita ini bersih dan cantik, smart city itu kedua yang penting asasnya ya.

Saya juga er… mengucapkan syukur dan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri di sepanjang COVID yang telah er… melanda negeri kita… negara kita pada bulan Mac yang lalu er… beberapa insentif telah ataupun er… tindakan-tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri. Pertamanya dengan er…memperuntukkan sebanyak er… apa ni… pengurangan bayaran sewa rumah PAKR kepada rakyat bagi bulan April hingga Mei sebanyak RM3.2 juta ini kita… Kerajaan Negeri minta tak perlu bayar kita menghargai masyarakat yang terkesan dengan Perintah Kawalan yang telah dikeluarkan oleh Pihak Kerajaan.

Dan juga Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk menangguhkan sementara pelaksanaan Caj Kemajuan di pihak PBT ya er… di samping er… PBT juga di seluruh Pahang telah er… dikeluarkan ataupun kita telah mengarahkan supaya memudahkan urusan rakyat sebab kalau kita memudahkan urusan orang lain insya-Allah Allah akan memudahkan urusan kita di mana peniaga-peniaga kecil er… seperti di pasar-pasar malam er… di pasar tani kita tidak dikenakan bayaran ya sebanyak bulan 4 dan bulan 5. Begitu juga telah er… PBT juga telah mengadakan er… telah memudahkan

sebenarnya pihak-pihak peniaga untuk berniaga dengan syarat sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh pembentangan Bajet dulu oleh Yang Berhormat Menteri Besar memudahkan urusan rakyat. Nak berniaga boleh tapi janganlah berniaga betul-betul dekat simpang, simpang nak masuk situlah sebab apa sebab orang nampak dia kata ataupun meniaga letak buah durian tu betul-betul tepi jalan, ini saya dapat aduan direct ya terus.

Kita dah memudahkan tetapi hendaklah keselamatan perlu dijaga takut nanti terbabas kereta atau lori, kalau langgar buah takpe lagi kalau langgar orang macam mana ya ini kita minta memudahkan. Pihak Majlis Perbandaran Kuantan juga saya rasa dah apa ni… mewujudkan satu sistem dipanggil food delivery ya berdaftar memastikan peniaga-peniaga ini sepanjang waktu COVID boleh menghantar makanan melalui sistem pesanan ataupun penghantaran ke rumah terus. Ini adalah beberapa usaha yang telah dilakukan oleh PBT untuk memastikan er… peniaga-peniaga yang terjejas tidak boleh meniaga ini boleh meneruskan perniagaan mereka.

Dan saya juga berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah meluluskan bantuan one-off kepada semua petugas PBT yang terlibat dengan COVID sebanyak RM200.00 seorang seramai 1,108 orang hampir RM200,000.00 lebih telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu er… masyarakat dan juga membantu PBT sendiri dalam menangani masalah COVID.

Seterusnya berkaitan dengan pelantikan Ahli Majlis baru-baru ini er… pihak Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan telah meluluskan penyambungan Ahli-ahli Majlis sehingga tahun er… Oktober 2020 dan kita mengharapkan Ahli Majlis yang telah dilantik ini akan memberi sumbangan, idea dan juga kepakaran mereka untuk membantu PBT dan masyarakat dalam mewujudkan sebuah bandar yang bersih dan bandar yang er… senang untuk di… didatangi dan bandar yang boleh memberikan perkhidmatan yang baik pada masyarakat.

Begitu juga dengan pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru (JKKB) juga telah kita luluskan sebanyak 62 kampung di negeri Pahang yang akan tamatnya sehingga September 2022 ya. Berkenaan dengan tulisan jawi, sebagaimana yang telah dimaklumkan saya pun tak nak mengulas panjang berkaitan tulisan jawi ni. Pihak mahkamah telah membuat keputusan dan kita semua akurlah keputusan supaya tulisan jawi ini diteruskan sebagaimana syarat-syarat yang telah dinyatakan ya.

Seterusnya berkaitan dengan burung walit er… bagi menghargai ataupun menyelami pengusaha-pengusaha burung walit Kerajaan Negeri telah menurunkan sebelum ini bayaran sewa lesen sebanyak RM2,000.00 kepada RM1,000.00 setahun ya dan juga Kerajaan Negeri telah menangguhkan tukar syarat bangunan daripada pertanian kepada pembangunan bagi pengusaha–pengusaha burung walit buat masa ini ya.

Manakala pihak er… PBT Pahang juga bersyukur kerana peruntukan pembangunan yang banyak telah disalurkan kepada PBT terutamanya daripada Kerajaan Persekutuan iaitu peruntukan MARRIS untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan sebanyak RM53 juta er… dan juga peruntukan pembangunan ya BP 1 sebanyak RM22 juta serta peruntukan dari ECER sebanyak RM17.9 juta. Jumlah keseluruhan hampir RM92 juta dan kita er… amat bersyukur dengan sumbangan ini akan dapat lagi meneruskan visi dan misi PBT untuk melahirkan bandar yang sejahtera dan bandar yang lestari.

Er… pada session yang kedua, saya mengulas berkaitan portfolio saya iaitu meneruskan dasar menyediakan er… rumah mampu milik kepada rakyat Pahang. Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada pembentangan Bajet 16 hari bulan yang lalu er… kita bersyukur kerana kita mempunyai pemimpin yang berjiwa rakyat. Kita ada rumah PR1MA Pahang, kita ada Rumah Makmur saya ingat dah banyak kali dah diterangkan di Dewan ini harganya dan keluasannya dan terbaru kita ada Rumah Rakyat Pahang (RRP). Rumah Rakyat Pahang yang diberikan secara percuma oleh Kerajaan Negeri kepada mereka yang layak tapi jumlahnya terhadlah sebanyak 98 unit sahaja.

Pada asalnya kiraan saya di Bahagian Perumahan, rumah ini berharga RM55,000.00 keluasan 650 kaki persegi tapi selepas saya berjumpa berbincang dengan Yang Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Menteri Besar kata kecil sangat rumah ini 650 ini macam rumah PPRT dan dicadangkan pada kami keluasan sebanyak 750 kaki persegi. Tetapi saya kabor Dato' Sri, 750 harga taklah RM55,000.00 ya. Yang Berhormat Menteri Besar kata macam ni, “tak apa, peruntukan Menteri Besar yang membiayai sebanyak RM10,000.00 untuk membiayai mereka yang dapat Rumah Rakyat Pahang ini”.

Saya... berbanyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana sepatutnya kalau rumah mesra rakyat [Ahli Dewan menepuk meja]… rumah SPNB… SPNB rumah mesra rakyat, penghuni kena bayar, walaupun harganya RM46,000.00, penghuni kena bayar separuh. Tetapi rumah RRP ni atas jasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar minta supaya diberi percuma tak ada lagi dalam Malaysia ni, dalam dunia pun tak ada.

Semalam sebelum Dewan, saya dapat aduan di kawasan sinilah, saya tak nak sebut di mana, masalah tapak. Dia nak buat rumah RRP, dia akan block pada jiran-jiran yang lain, laluan masuk tak ada. Saya dapat aduan semalam, saya pergi. Saya kata, macam inilah, rumah ini macam kita dapat loteri, percuma RM65,000.00. Dapat loterilah. Tak payah bayar satu sen. Kecuali api, air, deposit dia orang bayar. Kalau tak boleh selesai masalah ini, saya bagi orang lain. Tuan rumah cakap tak apa. Kita akan bagi, kita akan ubah suai sikit rumah ini untuk memberi laluan pada jiran-jiran. Sebab tanah dia melalui jiran, mem-block tanah dia.

Jadi dia pun hampir menitis airmatalah saya tengok sebab RM65,000.00 rumah cantik, diberi percuma oleh kerajaan. Yang tak tahannya, ramai yang menelefon sayalah, semua nak rumah. Orang kaya pun menelefon. Saya ada tanah, nak rumah juga. Saya kata tak bolehlah. Kalau kaya, belilah rumah yang besar. Kita ada rumah PR1MA, kita ada Rumah Makmur. Kita boleh beli. Dan begitu juga kita ada satu lagi bantuan daripada pihak kerajaan dan pada…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh Yang Berhormat.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya tertarik dengan er… projek Rumah Rakyat Pahang. Jadi boleh saya tanya, apakah kelayakan atau kriteria untuk memohon? Dan keduanya sebagai contoh kalau di kawasan kampung berlakunya kebakaran, rumah telah habis dibakar. Mereka cuma ada tapak kosong sahaja. Adakah kumpulan ini layak untuk mohon supaya rumah dibina semula oleh mereka?

Terima kasih Triang. Mereka yang layak untuk memohon Rumah Rakyat Pahang ini adalah mereka yang tersenarai dalam senarai e-Kasih di bawah Pejabat Daerah ya. Maksudnya, mereka yang berpendapatan rendah, tiada slip gajilah ya, tiada slip gaji dan memang er… layak diberi kerana er… mereka tidak mempunyai… tidak mampu untuk membeli rumah yang berharga besar, yang… yang memerlukan loan daripada bank.

Jadi kalau YB. nak minta, minta maaflah, YB. mungkin boleh minta rumah yang lebih… lebih besar ya, tapi bilangannya adalah terhad. Satu DUN cuma kita dapat bagi dua unit rumah. Kerana tabung, sumber daripada membina rumah rakyat ini adalah daripada tabung perumahan rakyat, yang kita dapatkan daripada syarikat-syarikat, pemaju-pemaju menyumbang kepada tabung. Kalau kita dapat tabung yang besar, kita boleh besarkan lagi bilangan yang menerima.

Ada soalan daripada Sungai Lembing, kalau boleh nak dapat empat. Insya-Allah, kalau tabung kita besar, kita bagilah. Tapi terpulang kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menilai, memastikan. Tapi untuk tahun depan, saya rasa kita dah cukup, untuk dua rumah satu DUN. Tapi dipilih oleh Pejabat Tanah. Kalau kita ikut rekod, rumah di negeri Pahang diberi maklumat daripada Harta Tanah Negara dipanggil NAPIC.

Harga peratus rumah di Pahang bagi suku tahun kedua 2019 berjumlah RM236,000.00. Manakala pada suku kedua tahun 2020, purata berharga rumah di negeri Pahang adalah turun sebanyak 3…RM232,000.00, ini campur yang swastalah. Jadi kalau ikut pada senarai ini Pahang ni mencatat penurunan harga rumah. Er… sebanyak RM4,544.00 bukan meningkat.

Kalau kita tengok masa COVID, kutipan yang kita dapat pun, tabung perumahan ini adalah waktu COVID ya, waktu COVID, sebanyak RM12 juta sepertimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 16 haribulan lalu. Jadi kita bersyukurlah pihak swasta membantu banyak untuk memastikan rumah rakyat Pahang ini dapat terus dibina dan dapat memberi kesenanganlah kepada pihak rakyat di masa-masa akan datang ya.

Rumah PRIMA pun saya rasa dah banyak kali sebutlah. Sehingga hari ini rumah PRIMA yang telah berjaya disiapkan. Kita target 2020 sebanyak 850 unit rumah, tapi sehingga kini er… kita dah berjaya menyiapkan sebanyak 1,118 unit rumah PRIMA dan insya-Allah di akhir bulan Disember nanti akan meningkat kepada 1,501 unit. Terima kasihlah kepada er… kepada pihak perumahan kerana telah berjaya meningkatkan sasaran daripada 850 kepada 1,500.

Manakala untuk Rumah Makmur, kita ada 14 projek dengan jumlah rumah yang bakal dibina sebanyak 3,059 unit pada tahun ini dan projek-projek telah dimula…

memulakan kerja-kerja tapak di Kampung Tiram er… di Kuantan, di Jengka, di Maran, di Tanjung Gahai dan di Kuala Lanar sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Menteri Besar dan juga dimaklumkan oleh YB. Cheka, daripada Cheka. Er… dan dijangkakan dua projek lagi akan mula kerja pada Rumah Makmur di Padang Saujana dan juga di Padang Saujana…Padang Saujana di Jerantut juga di Pamah Kasih di Temerloh, dan saya dapat maklumat terkini, di bandar Lipis pun akan diluluskan satu projek Rumah Makmur.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, masa dah cukup, boleh gulung.

Sekejap lagi Dato’Sri, saya nak gulung berkaitan dengan Rumah Daif Kerajaan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Hah… sila.

Sekejap lagi Dato’ Sri, er… sikit saja lagi. Pembaikan rumah daif dan rumah usang. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 28 permohonan yang berjumlah rumah yang berjumlah sebanyak RM290,000.00 sebenarnya untuk membaiki rumah-rumah yang… rakyat yang rosak dan sebagainya. Ini bukan yang terbakar, yang daif. Maksimum peruntukan sehingga RM10,000.00. Ini adalah sumbangan sebenarnya oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan rakyat-rakyat yang menghadapi masalah rumahnya, terbela dan mendapat perhatian daripada pihak kerajaan.

Saya ingat sikit lagi saya nak jawab berkaitan dengan kalau sempatlah soalan-soalan dikemukakan oleh pihak ADUN berkaitan dengan kesesakan jalan, cerita Tanjung Lumpur ni, pihak Kerajaan Negeri sedang untuk mohon dengan pihak Persekutuan untuk dalam RMK-12 untuk peruntukan sebanyak RM116 juta membina kesesakan di Tanjung Lumpur.

Dan juga untuk peniaga-peniaga kecil sebagaimana yang dimaklumkan oleh YB. Semantan. Car boot sale. Kita sedia menimbangkan sehingga waktu yang ditetapkan pukul 10.00 malam, Kerajaan Negeri akan menyemak semulalah bergantung kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara yang sesuai, jika ada keperluan kita akan lanjutkan masa, dan beberapa perkara yang lain itu, saya akan maklumkan secara er… jawapan bertulislah.

Masa yang agak terhad dan akhir sekali sebelum saya menyokong Usul ini, saya memohon supaya, saya… saya mengambil kesempatan sekali untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada semua pegawai-pegawai serta kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan Persidangan Dewan Negeri kali ini dan saya akhiri ucapan pergulungan saya dengan slogan sebagaimana yang selalu disebut-sebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, bukan sekadar janji tapi lihat bukti. Kita tak… tak fikir pun Umar Arafi, tiba-tiba ada. Hah… itulah sebenarnya

sekadar apa… bukan berjanji, tapi lihatlah bukti, dan dengan ini saya mohon menyokong Pembentangan Usul Bajet 2021. Sebelum itu saya nak akhiri dengan sebuah pantun.

Nampak bulan, nampak kekasih,

Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat, sedap pantun itu. Baiklah sekarang mari kita mendengar pula ulasan daripada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

[Ayat al-Quran]. Terima kasih kepada Yang di-Pertua. Sepertimana yang sedia maklum Malaysia sedang menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) dan (PKPB) bagi membendung penularan pandemik COVID-19 di negeri Pahang. Kegiatan ekonomi di negeri Pahang, kegiatan ekonomi tidak dapat dijalankan secara sempurna. Bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan, berdaya tahan serta kompetitif, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah pun mengemukakan beberapa inisiatif untuk merancang, merangsang dan memantapkan sektor ekonomi negara dan negeri.

Bagi memperkukuhkan langkah-langkah ini serta menjamin asas ekonomi yang lebih teguh, dalam tempoh sederhana dan jangka panjang. Kerajaan Negeri Pahang berusaha mengambil inisiatif segera untuk melaksanakan langkah-langkah strategik pertumbuhan ekonomi untuk rakyat negeri Pahang terutamanya termasuk pengusaha IKS.

Antara langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang;

1. Membenarkan penjaja kecil mikro berniaga di tepi di kawasan perumahan tanpa perlu mengambil lesen, dan Kerajaan Negeri Pahang lebih advance daripada Wilayah Persekutuan dalam bab menge… membenarkan peniaga tanpa dikenakan lesen. Secara keseluruhannya terdapat 295 permohonan di seluruh negeri Pahang. 2. Bagi memastikan bantuan inisiatif Kerajaan Persekutuan dipantau oleh agensi bagi mengelakkan banyak usahawan-usahawan tidak tercicir. Berdasarkan maklumat yang dilaksanakan kementerian… Kementerian Kewangan Malaysia, setakat ini setakat September 2020 seramai 1,666 juta pemohon Pahang telah menerima bantuan penjana, prihatin… prihatin PKS dengan nilai bantuan sebanyak RM2.015 billion untuk negeri Pahang. Sebagai kerajaan yang prihatin dan serius dalam menangani kos sara hidup yang meningkat, pelbagai usaha telah dilakukan bagi mempastikan harga barangan adalah berpatutan dan stabil. Berdasarkan rekod KPDNHEP Pahang, rangkaian bekalan makanan negeri Pahang pada masa ini berada dalam keadaan mencukupi bagi memenuhi keperluan pengguna walaupun ketika negara dilanda COVID-19.

Yang di-Pertua Sri Dato’ Sri… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Untuk menjayakan program transformasi ekonomi, Kerajaan Negeri telah memberi fokus kepada dua fokus. Pemerkasaan Ekonomi Rakyat selari dengan agenda… agenda nasional. Fokus pertama, Pembangunan Modal Insan amat penting bagi pemangkin pertubuhan ekonomi negeri dengan menitikberatkan kemahiran insaniah. Kerajaan Negeri sememangnya sentiasa komited dalam memperkasakan Pembangunan Sosial, Pembangunan Modal Insan di negeri ini.

Strategi memantapkan modal insan dalam sektor keusahawanan turut diberi keutamaan. Kerajaan Negeri positif untuk mengandakan jumlah usahawan di negeri Pahang daripada 12,000 pada 2015 kepada 25,000 menjelang 2021. Bagi rakyat… bagi rancangan… bagi rakyat di Rancangan Tanah FELDA di negeri Pahang, FELDA merancang untuk melahirkan 300 usahawan FELDA daripada generasi kedua, ketiga dan keempat menjelang 2025 dan setakat ini, FELDA mempunyai 5,662 usahawan dengan nilai jualan sebanyak RM164 juta.

Melalui Program Pembangunan Usahawan MARA, seramai hampir 700 usahawan telah menghadiri latihan, kursus dan program-program ini akan diteruskan dari masa ke masa terutama di zaman er… semua usahawan terkesan akibat pandemik COVID.

Fokus Kedua, Yang Berhormat Yang di-Pertua, demi memperhebatkan program usahawan, Kerajaan Negeri melalui agensi SIRIM, PNS, Yayasan Pahang dan lain-lain menganjurkan program latihan yang relevan untuk meningkatkan kemahiran usahawan dalam melahirkan usahawan berteknologi tinggi dan produk yang bertaraf global.

Kerajaan Negeri melalui teraju telah membantu 27 syarikat usahawan Bumiputera Pahang dalam melaksanakan projek mereka dan seterusnya menyekatkan kapasiti syarikat menerusi Program Dana Mudah Cara yang telah dilaksanakan sejak 2012 dengan nilai bantuan RM26.93 juta. Kerajaan Negeri juga komited untuk terus membantu syarikat bumiputera di Pantai Timur terutama di negeri Pahang bagi membantu mereka melaksanakan projek dalam sektor Keutamaan Pembuat Ekonomi Digital, Pertanian Industri Bio, Perkhidmatan Kejuruteraan, Pembangunan Atas Tanah Rezab Melayu, Wakaf dan Minyak serta Gas melalui Program Dana Kemakmuran Bumiputera (DKB).

Selain itu, Kerajaan juga berusaha untuk mempertingkatkan bilangan usahawan TERAS di bawah Program Teraju di mana setakat ini Kerajaan Negeri Pahang mempunyai 26 syarikat bertaraf TERAS, Teraju dan insya-Allah kita akan meningkatkan jumlah ini dari masa ke semasa.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri juga tidak terkecuali dan tidak meminggirkan usahawan Orang Kelainan Upaya atau OKU menerusi Program Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU di bawah Jabatan Tenaga Kerja. Bagi Tahun 2020 ini, seramai 5 usahawan OKU telah menerima Geran Bantuan melibatkan peruntukan sebanyak RM165,653.20. Di antara bidang perniagaan yang diusahakan oleh mereka adalah seperti bengkel, cuci kereta, penternak ikan, peruncit dan pembaikan laptop dan telefon.

PKNP sebuah agensi Kerajaan Negeri mempunyai pelbagai premis perniagaan seperti rumah kedai, kilang industri, lot-lot Arkib MARA, bazar dan sebagainya berjumlah seluruh Negeri Pahang 615 unit dan disewakan kepada pengusaha-pengusaha, peniaga-peniaga kecil dengan harga yang berpatutan.

Dalam memperkasakan usahawan yang sedia ada, Kerajaan Negeri dengan kerjasama beberapa agensi telah mewujudkan program khas EMPOWER-ECER, GroomBig-SIRIM, ECER Entrepreneur Development Programme (EEDP), TERAJU@ECER, Kedai Runcit TUKAR di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebanyak 30 buah. Pasar raya Program My Farm Outlet di bawah SKM sebanyak 2 buah. Kedai Program Harga Patut milik koperasi sebanyak 6 buah di bawah SKM.

Pasar Komuniti (PAKAR) Agrobank di bawah FAMA, selain itu dalam usaha memperhebat, memantapkan usahawan, SME Corp menyediakan pembiayaan di bawah Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEB) yang membolehkan PKS dibantu melalui pendekatan bersepadu dengan bimbingan termasuk pengukuhan perniagaan membina kapasiti dan kepayahan serta memudahkan akses kepada pembiayaan.

Sehingga 31 Oktober 2020, Sebanyak 113 permohonan BEEB telah diluluskan dengan nilai geran sebanyak RM9.36 juta kepada PKS Negeri Pahang. Manakala Program Tunas Usaha Muda Belia Bumiputera yang dilaksanakan sejak 2024 bagi membantu melahirkan ramai usahawan di kalangan belia. Bagi Negeri Pahang, sehingga kini seramai 418 usahawan belia telah dilatih dan jumlah peruntukan RM2.5 juta. Di mana peniaga… perniagaan yang dijalankan mewujudkan 675 peluang pekerjaan serta nilai jualan sebanyak RM12.1 juta.

Menjawab soalan-soalan daripada ADUN-ADUN dalam Dewan yang mulia ini, saya terlebih dahulu ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat ADUN sama ada dari pihak pembangkang atau pihak Kerajaan di atas soalan-soalan dan cadangan yang sangat baik pada Kerajaan dalam Sidang Dewan ini.

Bagi menunjukkan betapa Yang Berhormat-Yang Berhormat prihatin tentang kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negeri Pahang yang tercinta ini, syabas dan tahniah saya ucapkan pada semua Yang Berhormat yang mengutarakan soalan dan pandangan.

Bagi menjawab soalan ADUN Ketari, berapakah jumlah usahawan kecil sederhana Negeri Pahang yang menerima bantuan PENJANA. Setakat September 2020, seramai 46,169 orang usahawan IKS Pahang telah menerima bantuan PENJANA seperti subsidi upah dan sebagainya. ADUN Ketari juga bertanya berkenaan berapa jumlah pengusaha kecil, sederhana yang menerima bantuan Geran Prihatin Kerajaan. Seramai 31,435 orang usahawan pengusaha IKS menerima bantuan prihatin Kerajaan Negeri.

Menjawab soalan ADUN Jengka yang memohon Pihak Kerajaan Negeri mengadakan perbincangan mengadakan perbincangan dengan pihak FELDA bagi menyelesaikan isu pembinaan rumah generasi kedua atau anak kepada peneroka di atas tanah ayahnya yang berdepan dengan halangan melibatkan undang-undang iaitu kesulitan memasuk air dan api. Jawapannya, Kerajaan Negeri Pahang dan FELDA dah berbincang dengan PTG, Pejabat Tanah seluruh daerah untuk memberi akan memberi satu jawapan bertulis kepada FELDA untuk memastikan bahawa pembinaan rumah tersebut tidak terhalang daripada kemasukan air dan api, insya-Allah.

Dan Kerajaan Negeri dalam Mesyuarat Exco telah bersetuju semua tanah-tanah kosong di kawasan FELDA, di kawasan pocket land, Seksyen 6 yang kosong kita akan racip jadikan RTK untuk memastikan semua generasi FELDA di tanah tersebut seperti yang diutarakan ADUN Chini dapat dilaksanakan dan Seksyen 8 juga, Kerajaan Negeri

dalam proses untuk meracip tanah tersebut kawasan urban di kawasan-kawasan FELDA untuk dijadi, diracip diberi kepada generasi kedua untuk mereka dapatkan tapak perniagaan di kawasan-kawasan bandar di kawasan FELDA.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Sesungguhnya semua fokus memperkasaan ekonomi mencerminkan komited, komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam mempastikan usahawan syarikat yang mampu meneruskan kelangsungan hidup dan perniagaan mereka. Kerajaan Negeri tidak sekali meminggirkan golongan usahawan mikro, penjaja kecil selaras dengan keprihatian Kerajaan untuk mempastikan seluruh rakyat tidak terkesan ketika zaman COVID ini. Besarlah harapan dan semoga seluruh rakyat Pahang tanpa mengira kaum berusaha ke arah memperkasakan ker… memperkasa negeri dari setiap masa dengan apa yang diwariskan kepada oleh pemimpin-pemimpin kita terdahulu.

Akhir kata, saya berharap agar semua cabaran, dugaan, ujian yang telah kita hadapi dapat dijadikan pengalaman kekuatan untuk kita mengorak langkah yang lebih jauh. Seterusnya, saya menyokong Belanjawan Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur 2021 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat ada masa lagi 3 minit sepatutnya kalau hendak berucap. Tetapi terima kasihlah kerana telah memberi ulasan yang...

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya memang punctual time.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, ini satu contoh yang baik.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Kalau mesyurat Exco pukul 10.00, pukul 9.00 saya dah sampai. Kalau dibenarkan 15 minit atau 20 minit, saya awal, mesti bereskan sebelum ditegur oleh Yang di-Pertua. Sekian, Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya tahu Yang Berhormat seorang yang cukup prihatin dengan masa ya. Masa itu penting. Baiklah saya ingin memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga Ketua-ketua Jabatan supaya memakai pelitup muka ya sepanjang sesi mesyuarat kita berlangsung. Kita juga dipantau sebenarnya oleh pihak er... JKN dan MKN semasa sidang kita. Demi untuk menjaga kesihatan kita bersama. Sekiranya Ahli Yang Berhormat yang takde bawa bolehlah minta kepada pembantu... pembantu dewan ya. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Baiklah, kita akan teruskan urusan kita dengan menjemput Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

[Ayat al-Quran]. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum WBT, selamat pagi dan salam sejahtera. Pertama-tamanya saya merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan usul Belanjawan bagi pihak kerajaan yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada Isnin yang lepas.

Marilah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan inayah-Nya dan izinNya jua kita dapat sama-sama hadir ke Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas pada hari ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua pihak agar sentiasa menjaga kemakmuran, menjaga perpaduan dan keharmonian negeri yang telah kita bina bersama selama ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana telah membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2021 yang bertemakan ‘Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama’ selari dengan tagline dengan izin, “Maju Terus Pahang”, Pahang 1st telah menfokuskan kepada tiga perkara utama iaitu yang pertama untuk melonjakkan ekonomi ke arah negeri berdikari. Kedua memperkasakan perkhidmatan dan modal insan serta ketiga mensejahterakan kehidupan rakyat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana berdasarkan kutipan hasil semasa dengan pencapaian sebanyak 98.15%, dan kerajaan kita mampu mengutip kutipan hasil lebih daripada 100% menjelang akhir tahun 2020. Tahniah Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Bagi bidang pembangunan teknologi maklumat, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM7.9 juta bagi memastikan kelancaran sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan serta dapat memastikan program-program teknologi maklumat dapat diteruskan dengan lebih baik dan berkesan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Pandemik COVID-19 telah menyebabkan kita semua perlu kepada penggunaan teknologi digital secara menyeluruh. Hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kita telah mendapati bahawa rakyat Malaysia merupakan rakyat yang aktif berhubung secara digital. 87% adalah merupakan pengguna internet dan sebahagian besarnya pula adalah menggunakan rangkaian mudah alih. Ini menunjukkan bahawa aktiviti atas talian merupakan budaya hidup bagi rakyat Malaysia masa kini.

Dan di sini saya ingin menyentuh juga tentang aplikasi PahangGo yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di dalam pembentangan bajet baru-baru ini, suka saya maklumkan kepada Sidang Dewan iaitu aplikasi ini yang telah dibangunkan oleh Pahang Go Sdn. Bhd. anak syarikat Kerajaan Negeri sejak Oktober 2019 dan merupakan antara inisiatif kerajaan bagi memudahkan rakyat untuk membuat urusan pembayaran bil, pembayaran cukai, parkir dan pelbagai lagi yang membabitkan dengan urusan kerajaan secara digital.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Menyentuh tentang PahangGo adalah merupakan satu punca pendapatan baharu bagi Kerajaan Negeri dan ini adalah merupakan satu kejayaan kepada Kerajaan Negeri dan dalam Dewan yang mulia ini ingin saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas idea ini dan juga sokongan tanpa berbelah bahagi daripada seluruh Ahli-ahli Dewan kerana tanpa kita semua mungkin PahangGo ini akan kurang mendapat kejayaan.

Tetapi alhamdulillah hari ni PahangGo adalah merupakan satu aplikasi yang disebut dibibir ramai sehinggakan menjadi iri hati kepada pihak-pihak lain. Termasuk jiran-jiran kita yang turut sama untuk memastikan negeri-negeri mereka juga turut menggunakan aplikasi yang serupa kita bangunkan sebagaimana yang dibangunkan oleh PahangGo.

Dan ini adalah salah satunya adalah untuk kita mensejahterakan dan memudahkan kehidupan rakyat dalam negeri Pahang melakukan urusan dan transaksi mereka hanya dengan di hujung jari. Selain daripada itu, kita dapat mendidik dan meningkatkan ilmu penguasaan penggunaan digital di kalangan rakyat kita pada hari ini dan juga pada masa akan datang.

Untuk makluman Sidang Dewan, PahangGo telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di Dewan Majlis Perbandaran Bentong pada 23 Oktober 2019. Terima kasih sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar. Sehingga 6 November 2020, setelah beroperasi hampir 13 bulan, jumlah muat turun aplikasi PahangGo adalah sebanyak 134,000, dengan peningkatan kira-kira 7,000 muat turun setiap bulan.

Jumlah pengguna aktif pula adalah kira-kira 70 ribu orang sebulan. Purata transaksi yang telah dilakukan melalui perkhidmatan aplikasi PahangGo ialah sebanyak 90,000 transaksi sebulan dengan jumlah nilainya adalah mencecah RM800,000.00 sebulan.

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah menyedarkan rakyat negeri Pahang betapa pentingnya mengamalkan gaya budaya hidup digital. Jumlah pengguna PahangGo pada bulan Mac 2020 adalah sekitar 30,000 sahaja dan meningkat kepada 100,000 dalam masa beberapa bulan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Prestasi aplikasi PahangGo ini boleh kita nilai daripada jumlah transaksi yang telah kita uruskan. Antara perkhidmatan yang telah ditawarkan sepanjang beroperasi selama 13 bulan termasuklah pembayaran cukai tanah, cukai pintu, kompaun PBT, parkir dan zakat. Nilai wang yang telah diuruskan oleh aplikasi PahangGo sepanjang beroperasi selama 13 bulan ini adalah berjumlah RM7 juta dengan jumlah transaksi sebanyak 585,000 transaksi.

Untuk makluman Sidang Dewan keunikan PahangGo contohnya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua hari ini kita bangunkan sistem parking, parking PahangGo. Di mana parking ini dapat kita gunakan di seluruh negeri Pahang. Hari ni yang kita dapat gunakan Sistem PahangGo parking PahangGo adalah di daerah Bentong, di daerah Cameron Highlands dan juga Kuantan. Makna kalau seluruh rakyat Pahang boleh parking di mana-mana sahaja dan menggunakan satu sistem yang serupa tanpa menggunakan sistem yang lain.

Dan ini adalah keunikan PahangGo kerana dalam negeri Malaysia ini hanya PahangGo sahaja yang telah melibatkan semua Majlis-majlis daerah mana kalau

sistem ini dapat digunakan di seluruh Negeri Pahang. Tetapi, negeri lain tidak dapat melaksanakan perkara yang serupa. Ini adalah keunikan PahangGo. Dan kita sudah sewajarnya memberikan sokongan, patut memberikan sokongan yang padu agar PahangGo akan terus menjadi kesayangan rakyat Pahang dan menjadi satu punca pendapatan ekonomi baru pada masa akan datang.

Dalam perancangan yang terkini juga, beberapa inovasi perkhidmatan baru akan diperkenalkan seperti perkhidmatan carian tanah dan juga E-Docket, pembelian tiket Eko Rimba di er… Jabatan Perhutanan Negeri yang dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri, sistem aduan GLC, semakan dan pembayaran saman trafik, pelaksanaan sistem parkir digital di daerah-daerah lain seperti Kuantan.

Selain daripada Kuantan, Cameron Highland dan Bentong. PahangGo mensasarkan untuk mendapat jumlah muat turun sebanyak 500,000 menjelang tahun 2022 dengan nilai transaksi kira-kira sebanyak RM2 juta sebulan. Ini akan mengukuhkan lagi kedudukan aplikasi ini sebagai antara aplikasi yang terbaik seumpamanya dalam negara Malaysia kita.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Selain daripada aplikasi-aplikasi yang telah saya sebutkan tadi, pelbagai lagi inovasi digital telah dibangunkan antaranya aplikasi PahangMart, MoveOn, Land Information Data System (LIDS) Pahang melalui kerjasama dengan agensi Malaysia Space Agency (mySA) di bawah Kementerian Sains, Teknologi Inovasi (MOSTI). LIDS membantu pentadbiran negeri Pahang mengumpul, mengintegrasi dan menyampaikan maklumat aktiviti pembukaan tanah dengan lebih efisien dan berkesan. Sistem Soalan Dewan (SSDP) yang diakses melalui URL ssdp.pahang.gov.my sentiasa ditambah baik dengan ciri yang lebih mesra pengguna dari masa ke semasa.

Kerajaan Negeri juga sedang membangunkan Pelan Digital Negeri Pahang yang menumpukan kepada strategi dan inisiatif yang akan dilaksanakan untuk memanfaatkan peluang digital serta meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat. Pelan ini akan dibangunkan melalui beberapa siri bengkel bagi membincangkan perincian kepada strategi dan inisiatif yang akan kita laksanakan untuk tempoh 5 tahun yang akan datang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Menyentuh tentang bidang internet dan telekomunikasi, boleh dikatakan sejak sidang Dewan kita berjalan, boleh dikatakan semuanya bercakap tentang bidang internet dan telekomunikasi. Nak saya kongsikan bersamalah, ibaratnya kita di jalan sebuah highway apabila besok kita nak raya hari ini semua orang nak balik kampung. Jadi highway tersebut menjadi terlalu padat, dan menjadi jammed.

Begitu jugalah dalam suasana COVID-19 ini, bila semua orang dah duduk kat rumah masing-masing Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, semua nak guna internet. Semua nak tengok TV guna internet. Jadi line yang digunakan itu terlalu padat dan tidak lancar. Begitulah juga berlaku pada kita semua.

Kerajaan Negeri Pahang dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur komunikasi ini bagi membolehkan rakyat menikmati akses kepada perkhidmatan jalur lebar berkualiti tinggi yang lebih baik dan menyeluruh. Mengikut rekod terkini, Negeri Pahang mempunyai sebanyak 1,827 struktur telekomunikasi yang telah beroperasi iaitu sebanyak 1,466 struktur di atas tanah yang terdiri daripada menara, monopole dengan

izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dwi-function lamp pole, portable bts base-transmission station dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dan 361 struktur atas bangunan yang menyediakan perkhidmatan selular.

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, satu pelan infrastruktur digital yang dikenali sebagai Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah dibangunkan oleh SKMM dengan kerjasama pelbagai pihak termasuklah kementerian-kementerian, agensi-agensi kerajaan, pihak industri bagi memantapkan lagi kualiti dan liputan perkhidmatan di seluruh negara dengan menggunakan pelbagai teknologi. Melalui pelan ini, semua perancangan dan pembinaan infrastruktur digital akan dimudah cara oleh pelbagai kementerian dan agensi terlibat termasuklah di peringkat Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Pelan JENDELA akan menjadi platform penambahbaikan komunikasi digital negeri dan negara di bawah Rancangan Malaysia Ke -12 yang akan bermula dari 2021–2025 melalui inisiatif pertama, memperluaskan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 80.83% kepada 96.9% di kawasan berpenduduk. Kedua, mempertingkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih daripada 25Mbps kepada 35Mbps serta ketiga, jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabait.

Bagi negeri Pahang, untuk perlaksanaan Pelan JENDELA bermula tahun 2020 hingga 2025, 28 menara baru sedang dibina dan dijangka akan beroperasi menjelang suku tahun 2021. Dan sebanyak… untuk sukacita saya maklumkan jumlah yang terlibat di kawasan daerah masing-masing. Di Lipis ada 4 menara baru dibina, Cameron Highlands 2, Raub 2, Bentong 1, Temerloh 2, Bera 5, Jerantut 4, Maran 1, Kuantan 1, Pekan 2, Rompin 4.

Ini tidak termasuk 9 menara baru yang telah siap dibina pada penghujung Oktober 2020 yang menghubungkan Batu Talam, Sungai Koyan, Lembah Bertam melalui projek rangkaian fiber optik. Selanjutnya, sebanyak 191 lagi menara baru akan dibina di Negeri Pahang dengan tumpuan di kawasan penempatan kampung tradisional dan juga pedalaman.

Menjawab pertanyaan rakan saya ADUN kawasan Cheka, sehingga kini terdapat 112 struktur komunikasi dalam daerah Lipis. Melalui inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS), terdapat 9 menara komunikasi yang telah siap beroperasi di DUN Cheka. Selain itu, terdapat juga 32 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada telah dinaik taraf kepada liputan 3G dan 4G di DUN Cheka.

Selain daripada itu, sebanyak 6 menara baru akan dibina di DUN Cheka yang melibatkan kampung seperti Kampung Lada, Kampung Salang, Kampung Kuala Lanar, Kampung Lalang, Kampung Macang Berguling di dalam pelaksanaan JENDELA bermula 2021 nanti.

Bagi perkhidmatan jalur lebar tetap, berdasarkan statistik sehingga September 2020, jumlah sambungan di negeri Pahang adalah 68,752 UNIFI dan 156,609 Streamyx dengan jumlah keseluruhan 225,361 sambungan. Manakala bagi daerah Lipis ialah 209 UNIFI dan 8,758 Streamyx dengan jumlah kapasiti 8,967. Bagi perkhidmatan jalur lebar tetap, sebanyak 32,120 sambungan di Negeri Pahang akan dinaik taraf kepada gentian optik dari sambungan copper, daripada tembaga, secara berperingkat bermula dari suku 4 tahun 2020 bagi membolehkan pengguna menikmati kualiti perkhidmatan jalur lebar dengan lebih baik.

Bagi menjawab soalan ADUN Cheka, sebanyak 381 sambungan jalur lebar tetap di DUN Cheka akan dinaik taraf kepada teknologi gentian optik secara berperingkat menjelang penghujung tahun 2021. Bagi menyentuh soalan YB. daripada ADUN Damak, daripada Damak bagi daerah Jerantut secara keseluruhannya masih memerlukan penambahbaikan oleh kerana kadar liputan jalur lebar tanpa wayar di kawasan berpenduduk adalah pada kadar 84.7% utk 3G dan 69.1% utk 4G, manakala jumlah sambungan jalur lebar tetap adalah 9,444 sambungan di mana 67% masih menggunakan infrastruktur berasaskan teknologi copper, dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Selain daripada itu, 17 daripada 26 stesen pemancar selular di menara sedia ada di DUN Damak telah dinaiktaraf kepada perkhidmatan 4G, manakala baki 9 stesen akan menyusul secara berperingkat. Di bawah inisiatif JENDELA, untuk daerah Jerantut akan dibina 21 menara baru tidak kurang daripada 5 menara baru di DUN Damak dan 2021 akan dinaiktaraf kepada teknologi gentian optik termasuk 1,314 sambungan di DUN Damak.

Bagi daerah Lipis, sebanyak 15 menara baru akan dibina iaitu 6 menara di Padang Tengku, 3 menara di Benta, 6 menara di Cheka. Bagi Padang Tengku, lokasi terlibat adalah Taman Negara, Sungai Relau, Chegar Perah, Felda Kechau, Kampung Berchang, Sungai Kekabu dan Padang Tengku.

Peruntukan untuk projek JENDELA ini mengikut daerah-daerah dan DUN akan kita dapat kita kongsi bersama dengan semua Ahli-ahli Dewan Yang Berhormat, Pejabat Daerah dan PBT agar kita sama-sama dapat memantu... memantau perlaksanaannya kelak bagi memastikan objektifnya tercapai mengikut perancangan dan garis masa yang telah ditetapkan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Bagi menyatakan er... komitmen Kerajaan Negeri kepada projek JENDELA ini di dalam negeri Pahang, sebuah task force atau Jawatankuasa Perlaksanaan Projek JENDELA Negeri Pahang akan diwujudkan yang akan dianggotai oleh pihak SKMM selaku urus setia, Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri, Bahagian Kerajaan Tempatan, Bahagian Teknologi Maklumat, PLANMalaysia, Pahang Corporation Sdn Bhd dan beberapa agensi, jabatan dan jabatan lain. Task force ini juga akan bertindak selaku pemantau dan pemudah cara antara pihak telco dan agensi kerajaan negeri khususnya yang berkaitan dengan penggunaan tanah dan aset kerajaan negeri bagi pembinaan infrastruktur telekomunikasi baru.

Selain daripada itu, menyedari limitasi… selain daripada itu kita menyedari limitasi yang dihadapi oleh pelajar-pelajar luar bandar di seluruh negeri Pahang, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, inisiatif Pusat Internet Komuniti telah disediakan untuk membantu mereka mengikuti pelajaran secara dalam talian dengan capaian internet yang lebih tinggi. Menjawab pertanyaan ADUN Tengku... Padang Tengku, terdapat 108 Pusat Internet (PIK) telah disediakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia di seluruh negeri Pahang yang menyediakan perkhidmatan komputer dan internet.

Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet Komuniti ini bolehlah dimanfaatkan sepenuh oleh semua golongan masyarakat termasuk pelajar-pelajar dan perinciannya adalah seperti berikut, di Bentong terdapat 6 pusat internet, Bera 8, Cameron Highlands 1, Jerantut 11, Kuantan 14, Lipis 11, Maran 22, Pekan 7, Maran paling tinggi sekali sebab dulu dia Pengerusi Komunikasi. Pekan 7, Raub 8, Rompin 11 dan Temerloh 9. Jumlahnya adalah 108 Pusat Internet Komuniti.

Ini menunjukkan Kerajaan Negeri sentiasa menyokong aspirasi Kerajaan Pusat bagi memastikan er... kelestarian dan kesejahteraan rakyat dapat terus menjadi keutamaan kita.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Minta laluan Dato’.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Sila.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Saya nak tanyakan er... tentang selain daripada pusat internet sebab pusat internet ni mungkin er... jaraknya jauh daripada satu tempat ke satu tempat er... adakah kita berhasrat untuk melaksanakannya di perpustakaan daerah dan juga di perpustakaan mukim? Kerana saya yakin kalau er... kita dapat manfaatkan tempat-tempat yang semacam ni maka peluang untuk kita mengadakan er... tempat-tempat belajar secara talian ni lebih terbuka. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih kepada er... Padang Tengku kerana mengemukakan er... soalan tambahan. Itu adalah merupakan satu cadangan yang amat baik dan insya-Allah pihak kerajaan akan memperhalusi cadangan tersebut dari masa ke semasa dan akan melaksanakan secepat mungkin jika kita mendapatinya ialah positif.

Tapi sukacita kita maklumkan bahawa dalam pandemik COVID-19 ini, kita tidak dapat er... mengesyorkan bahawa kita dapat mengumpulkan seramai student-student yang telah balik ke kampung masing-masing, berkumpul di tempat-tempat yang sama. Jadi inilah perkara-perkara yang kita perlu perhalusi supaya pandemik COVID-19 ini dapat kita atasi dengan sebaik yang mungkin.

Dan begitulah kalau kita nak bagi kan laptop kepada student contohnya. Pada masa yang sama kalau kita bagi laptop pada student-student, mungkin bila dia balik ke kampung masing-masing di kawasan tersebut tidak mempunyai liputan yang memuaskan. Jadi adalah perkara agenda utama kita pada hari ini adalah untuk memastikan bahawa liputan internet yang lebih baik dapat kita salurkan kepada setiap kampung-kampung yang masih memerlukan liputan yang sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, Er... bagi meringankan er... beban kewangan kepada 15,500 pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM dan saya bagi pihak Kerajaan Negeri berharap agar jumlah peruntukan yang bernilai lebih kurang RM750,000.00 dapat dipertimbangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan akan kita laksanakan dengan menyampaikannya kepada pelajar-pelajar melalui Ahli-ahli Dewan Negeri di sekolah dalam kawasan masing-masing. Ini bagi membolehkan setiap pelajar ini dapat membeli data asas tambahan untuk melaksanakan pembelajaran mereka secara online.

Dalam mencari penyelesaian kepada isu dan permasalahan yang dihadapi berkenaan liputan telekomunikasi di seluruh daerah, kerajaan negeri Pahang akan bekerjasama dengan pihak SKMM untuk mengenalpasti lokasi yang perlu disediakan Pusat Internet Komuniti dan akan memohon kepada Yang Berhormat Menteri KKMM untuk dipertimbangkan.

Yang Berhormat Tuan di-Pertua, Akhir kalam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam perbahasan kali ini terutamanya yang telah mengemukakan soalan-soalan Dewan yang berkaitan dengan portfolio saya iaitu Dewan Cheka, daripada Pulau Manis, Padang Tengku, Kuala Semantan, Beserah, Damak, Ketari dan negeri... dan Ahli-ahli Dewan Negeri yang turut sama memberikan soalan tambahan, pandangan dan idea terhadap Portfolio Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi Dan Multimedia Negeri Pahang.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di atas sokongan dan dorongan tanpa berbelah-bagi bagi Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bak kata pepatah ‘Raja dan Rakyat berpisah tiada’.

Sokongan dan dokongan semua pihak amatlah penting bagi negeri ini bagi mendepani cabaran norma baharu untuk negeri Pahang melonjak ke tahap yang lebih tinggi sebagai sebuah negeri yang maju dan makmur. Syukur alhamdulillah walaupun kita ketika ini sedang dilanda pandemik COVID-19, Negeri Pahang telah diiktiraf sebagai zon hijau di Malaysia. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita terus dijauhi daripada ancaman pandemik COVID-19 ini.

Firman Allah SWT, Surah Az-Zumar, Ayat 53. Ertinya, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Dengan segala perancangan-perancangan yang telah dan akan dilaksanakan nanti sudah tentu akan lebih memaju dan mensejahterakan rakyat negeri Pahang dan Negeri Pahang Darul Makmur, insya-Allah. Dengan ini saya mohon menyokong. [Ahli Dewan menepuk meja].

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Baiklah, untuk akhirnya pada sesi pagi, saya jemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Sila Yang Berhormat.

Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin limpah-Nya dapat kita bersama dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Sidang Dewan Negeri Pahang Yang Ke-14.

Dalam Bajet Belanjawan Pahang 2021 selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail kerana telah mengumumkan pemberian tunai ataupun bonus secara one-off sebanyak RM250.00 kepada semua 543 Pengerusi JKK, 62 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Baru dan 70 kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan.

Saya juga mewakili keseluruhan masyarakat Orang Asli negeri Pahang mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas sumbangan duit wang tunai dan barangan keperluan kepada 3,975 masyarakat Orang Asli yang telah disalurkan pada tahun ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih…

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

… kepada Kerajaan Negeri…

Boleh mencelah sikit…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya sila.

Melalui bantuan prihatin Pahang yang diumumkan oleh bajet ini, antaranya Siak, Bilal yang berumur 80 tahun dan lain-lainlah kebanyakannya RM250.00, Imam RM750.00. Adakah kerajaan dapat menimbangkan semula JKK daripada RM250.00 dinaikkan RM750.00 ke RM950.00? Asasnya Ketua Kampung adalah er… yang paling tinggi dalam pimpinan masyarakat di desa ataupun di FELDA ataupun di kampung baru. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ini Yang Berhormat Wakil Dong boleh… mungkin boleh berbincang di luar ya, sama-sama Raub ni. Sila Yang Berhormat.

Terima kasih kepada Wakil Dong. Insya-Allah dari segi kedudukan elaun dan bonus ini saya akan cuba perjuangkanlah berbincang bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memikirkan supaya mendapat satu pemberian yang... yang baguslah kepada pengerusi-pengerusi.

Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah pun meluluskan… menyalurkan peruntukan sebanyak

RM2.1 juta kepada Unit Hal Ehwal Orang Asli dan juga memberi bonus kepada Batin-batin sebanyak RM250.00 kepada 301 orang Batin.

Kita sedia maklum bahawa peratusan kawasan luar bandar di 11 daerah adalah amat luas berbanding dengan keseluruhan keluasan negeri Pahang. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Pahang amat menitikberatkan pembangunan di kawasan luar bandar baik dari segi pembangunan fizikal dan juga sosial.

Untuk tahun 2020, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar Pahang telah melaksanakan pelbagai projek dan program pembangunan fizikal serta sosial di kawasan luar bandar dengan peruntukan keseluruhan yang disalurkan berjumlah RM31.64 juta. Ianya merangkumi pelbagai jenis projek seperti Bekalan Air Luar Bandar, Jalan Perhubungan Desa, Program Ameniti Sosial, Jalan Ladang dan juga peruntukan kepada pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Peruntukan untuk tahun 2020 menunjukkan peningkatan dibandingkan pada tahun 2019 iaitu sebanyak RM31.64 juta. Saya juga telah dimaklumkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Pahang bahawa untuk melaksanakan projek-projek kecil di bawah, di bawah KPLB Pahang untuk tahun 2021, terdapat 1,352 buah projek telah mohon oleh semua Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)… Pejabat Daerah dan Tanah Daerah dengan menilai keseluruhan berjumlah RM112 juta. Ini untuk tahun 2021 yang mana kita maklum, sedia maklum yang sedang dibahaskan di Parlimen. Daripada RM30 juta pada tahun 2020 kita pada tahun ini minta RM118 juta.

Statistik-statistik yang saya sebutkan tadi adalah pelaksanaan projek-projek kecil dan sederhana untuk kawasan luar bandar di negeri Pahang. Bagi pelaksanaan projek-projek pembangunan berskala besar, Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri iaitu BPEN, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang telah mengemukakan permohonan projek-projek luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 kepada pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar iaitu bagi tempoh 2021 sehingga 2025.

Di antara perincian permohonan adalah seperti berikut; Projek luar bandar… Projek Jalan Luar Bandar berjumlah RM1.006 bilion, Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar berjumlah RM181 juta dan Projek Bekalan Air Luar Bandar berjumlah RM109 juta.

Saya juga ingin memaklumkan di sini bahawa terdapat juga senarai tambahan projek-projek luar bandar yang telah dikemukakan kepada pihak KPLB pada tahun… pada bulan lepas iaitu Oktober 2020 dengan jumlah keseluruhan projek sebanyak RM2.92 bilion. Ini merangkumi jenis pelbagai jenis projek luar bandar yang kita harap semoga ianya akan mendapat kelulusanlah dalam Rancangan Malaysia yang Ke-12 ini.

Berkenaan dengan cadangan projek-projek luar bandar yang telah diutarakan oleh Wakil Cheka, mencadangkan pelaksanaan pembinaan jambatan konkrit Temetong di Kampung Temetong, Kampung Binjai. Wakil daripada Tahan mengenai isu bekalan air dan juga jalan belum diturap di kawasan Sungai Lembing dan begitu juga Wakil daripada Panching mengetengahkan isu sistem perparitan serta sisa pepejal di kawasan kampung di pinggir-pinggir bandar seperti Permatang Badak dan Kampung Lubuk Puyu, Kuantan.

Kesemua cadangan-cadangan ini akan diteliti dan Kerajaan Negeri akan maklum dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri akan memohon agar pihak KPLB Negeri, pihak

KPLB Negeri agar projek-projek ini dijadikan keutamaanlah untuk dilaksanakan pada tahun 2021.

Jadi, sekali imbas apabila dilihat mungkin sebahagian besar ini telah dimasukkan di bawah permohonan negeri kepada KPLB. Contohnya kawasan di Ulu Tembeling, Jerantut saya pun ada terbaca dan insya-Allah lah isu-isu ini akan diteliti dan pihak Kerajaan Negeri akan mengutarakan untuk membantu memohon projek-projek ini.

Yang Berhormat Wakil daripada Pulau Manis pula ada mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar peserta-peserta di Projek Agropolitan Pekan Kawasan Tanjung Batu, Batu 8 Lepar dan Runchang tidak diambil tindakan buang kerja di masa kini di mana keadaan ekonomi tidak menentu pada ketika ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, pihak ECERDC Negeri Pahang memaklumkan bahawa tiada peserta yang akan dikeluarkan dari Projek Agropolitan Pekan pada tahun 2020 melainkan mereka melanggar perjanjian peserta seperti disabit dengan kesalahan-kesalahan jenayah. Pulau Manis pula tak ada dah.

Saya juga ingin mengulas sedikit berkenaan dengan cadangan Kerajaan Persekutuan untuk menjana… menamakan semula institusi JKK kepada JPKK. Yang Berhormat Wakil daripada Padang Tengku ada menanyakan berkenaan dengan perkara ini di mana memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri… bahawa saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah pun pada dasarnya bersetuju agar penjenamaan semula institusi JKK ini kepada JPKK. Insya-Allah ini, penjama… penjenamaan semula ini akan dilaksanakan pada tahun depan, pada awal tahun depan iaitu pada Januari 2021.

Wakil daripada Padang Tengku juga ada bertanyakan berkenaan latihan kepada semua JKK. Untuk makluman, Kerajaan Negeri Pahang pada tahun 2019 telah berjaya menganjurkan Seminar Pemantapan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Gambang Resort City yang diha…dihadiri oleh semua Pengerusi M, masa itu dipanggil MPKK, JKK seramai 542 orang termasuk 94 orang Penghulu.

Justeru itu bagi tahun 2021, Kerajaan Negeri berhasat…berhasrat untuk mengadakan pula Kursus Kepimpinan dan Pengurusan kepada semua 543 orang Pengerusi JKK. Jadi saya berterima kasihlah kepada yang menanya kepada isu kursus JKK ni.

Berkaitan pertanyaan oleh Pulau Manis juga. Wakil daripada Pulau Manis...

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Minta laluan Dato’ Pengerusi. Er… saya sebenarnya apa yang saya hasratkan, saranan saya. Dia bukan sekadar kursus, tetapi apa yang saya maksudkan ialah supaya er… ahli-ahli JKK ni, dia dilatih macam mana kita latih lemba… nak jadi Lembaga Pengarah Koperasi. Makna kelulusan yang lulus daripada kursus ataupun latihan er… dengan koperasi itu, menyebabkan mereka boleh layak, layak dilantik. Kelayakan untuk melantik itu berdasarkan kepada kelulusan itu.

Sebab hasratnya supaya er… JKK nanti akan jadi satu badan yang profesional er… dan akan memastikan ke... ke... ke... keberkesanan kepada pengurusan di kampung, terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Terima kasih kepada Wakil Padang Tengku yang mencadangkan supaya dapat dipertingkatkan dari segi kedudukan ahli-ahli JKK ni. Insya-Allah er… sebenarnya kita akan cuba bukan hanya merancang kursus, jika sekiranya ada lebihan kewangan, banyak lagi program-program yang akan dicadang, di bawah institusi JKK nanti.

Berkaitan dengan er… pertanyaan Pulau Manis adakah kerajaan bercadang untuk membuat semakan semula persempadanan JKK? Untuk makluman Pulau Manis, PLANMalaysia@Pahang dengan kerjasama PlanMalaysia Ibu Pejabat melalui perundingan yang dilantik telah dan sedang dalam proses penyediaan draf laporan akhir bagi Kajian Penentuan Sempadan Kampung dan juga Penandaan Kedudukan kemudahan awam di Semenanjung Malaysia iaitu dalam Fasa Ke-2 yang melibatkan Negeri Pahang.

Matlamat kajian ini, kajian ini adalah untuk menentukan sempadan kampung dan juga penandaan kedudukan kemudahan awam kampung di Semenanjung termasuklah Wilayah Persekutuan Labuan yang melibatkan lebih kurang 17,571 buah kampung. Kita jangkakan menjelang Februari 2021, perkara ini akan disusun semula dan dapat di…di… disempadankan khususnya bagi JKK di negeri Pahang, insya-Allah.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun er... bersetuju dengan cadangan penubuhan Perbadanan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang yang akan memberi sedikit sebanyak manfaat besar kepada segala aspek berkaitan masyarakat Orang Asli merangkumi ekonomi, kebajikan, pembangunan, sosial dan juga pewartaan tanah. Kerajaan Negeri mensasarkan menjangkakan bahawa Rang Undang-Undang ataupun (RUU) untuk nak menubuhkan perbadanan ini akan dapat dibentangkan pada sidang dewan yang akan datang.

Kerajaan Negeri juga telah bersetuju dengan cadangan agar peniaga-peniaga masyarakat Orang Asli yang berniaga di tepi-tepi jalan diberikan kemudahan lesen secara percuma tetapi perlulah mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan iaitu (PBT). Manakala kawasan-kawasan tepi jalan yang akan dibenarkan untuk berniaga akan ditentukan oleh pejabat Pentadbir Tanah Daerah.

Akhir kata, saya er… mewakili Kerajaan Negeri berharap agar segala peruntukan, perancangan dan inisiatif yang telah diumumkan dan yang telah diumum akan dapat merancakkan lagi pembangunan kawasan luar bandar dan mendatangkan manfaat yang baik kepada semua rakyat luar bandar dan masyarakat Orang Asli di seluruh negeri Pahang.

Seterusnya, saya dengan ini menyokong Belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2021 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail pada 16 November 2020 (Isnin). Sekian, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri [Ahli Dewan menepuk meja].

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah mendengar seramai 4 orang Wakil Kerajaan telah menjawab berdasarkan portfolio masing-masing dengan masa yang telah ditetap, ditetapkan. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan saya bercadang untuk menempohkan persidangan kita ke sebelah petang dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang. Saya

memohon Ahli-ahli Yang Berhormat bergerak keluar dewan dalam keadaan yang tertib dan mematuhi penjarakan fizikal. Persidangan ditempohkan, terima kasih.

[Persidangan ditempohkan pada jam 1.13 petang]

[Persidangan disambung semula]

Sambungan Menimbang Rang Undang-Undang Perbekalan (2021) 2020Bill

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Sambungan Menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2021) 2020

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamualaikum WBT dan selamat petang. Persidangan kita disambung semula. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi di atas Perkara Rang Undang-undang Perbekalan (2021) 2020 dan pada petang ini pihak kerajaan akan menyambung menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan yang lepas.

Saya dengan sukacitanya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, silakan.

[Bacaan al-Quran]. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan di sini ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan pada kali ini. Syukur alhamdulillah, marilah sama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya serta inayah pemeliharaan-Nya, dapat kita bersama dalam Dewan yang mulia ini bagi melaksanakan tanggungjawab amanah Allah kepada rakyat Negeri Pahang.

Saya di sini menyokong penuh pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan (2021) Kerajaan Negeri Pahang yang telah berjaya dibentangkan oleh YAB. Menteri Besar Pahang pada 16 November 2020 dan di sambut dengan penuh rasa syukur oleh semua lapisan rakyat yang berbilang kaum dan berbilang lapisan usia dari jawatan tinggi sehinggalah kepada nelayan, petani, penoreh, penternak dan anak-anak muda sama ada yang berada di bandar mahupun di kampung halaman seluruhnya.

Yang dihormati Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2021 merupakan satu belanjawan yang berkonsepkan Prihatin Rakyat yang didokong teguh atas tema “Kemakmuran Negeri Manfaat Bersama”. Kebajikan dan kesihatan rakyat adalah keutamaan, manakala kelangsungan dan kekukuhan ekonomi menjadi pendokong utama dan sokongan teras bagi kesejahteraan kepada rakyat Pahang.

Sejak Mac 2020 yang lalu, Malaysia dipenuhi peristiwa yang mencabar termasuklah negeri Pahang dan bagi majoriti kita dalam segala sejarah kemodenan manusiawi, sejenis wabak pandemik COVID-19 atau penularan Corona virus bukan sahaja meragut nyawa, bahkan turut menjerut kenormalan hidup kita sebelum ini, dan tidak keterlaluan Yang Amat Berhormat Tuan yang di-Pertua. Ini merupakan pengalaman pertama kita berdepan suasana ini.

Namun begitu, syukur alhamdulillah Kerajaan Negeri dapat menghadapi norma suasana COVID-19 ini dalam keadaan yang sebaiknya yang mana dapat disimpulkan juga tiada sebarang rujukan lampau dan sehingga kini juga tiada vaksin yang boleh diguna pakai kerana ini dengan izin, this is an unprecedented crisis, dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada Kerajaan Negeri dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat serta semua ahli, rakan-rakan yang ada dalam Sidang Dewan kali ini sama-sama dapat berbahas menunjukkan komitmen yang konsisten dan usaha yang menyokong perbahasan RUU Perbekalan 2021 Negeri Pahang.

Saya berharap dengan penuh iltizam dan sikap positif akan terus mendorong dan menjadi pendorong kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang untuk meneruskan usaha-usaha untuk melaksanakan pembangunan pentadbiran, pengurusan secara mampan bagi negeri Pahang supaya terus maju ke hadapan.

Sesungguhnya, marilah sama-sama kita memberikan sokongan yang padu sebagai rakyat negeri Pahang untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang besar yang memerlukan keazaman dan pengorbanan ini, di samping kejujuran, ketelusan, komitmen, keadilan, disiplin serta semangat dedikasi yang tinggi serta konsisten dalam memenuhi tuntutan ke arah membina masa depan agama, bangsa dan rakyat negeri Pahang ke arah yang lebih baik dan cemerlang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Seterusnya, di sebalik cabaran sosio politik dan ekonomi yang mencabar dan melebar ini, serta dalam suasana mematuhi SOP sedia ada, Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur telah dapat dan berjaya membentangkan RUU Perbekalan 2021 yang berbeza teras, sekaligus dapat memulihkan keyakinan rakyat. Keinginan pelabur untuk melabur sama ada dalam mahupun di luar negeri.

RUU Perbekalan atau Belanjawan 2021 Pahang Darul Makmur pada kali ini sangatlah significant. Kerana Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada masa yang lalu bertemakan “Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama” dan juga “Tiada Janji, Lihat Bukti" menjurus kepada penjanaan pertumbuhan inklusif secara berkualiti ke arah ekonomi pendapatan tinggi serta memberi fokus kepada strategi penyediaan peluang pekerjaan bagi menjana pendapatan selain menangani peningkatan kos sara hidup bagi golongan B40.

Dalam masa yang sama, usaha murni yang berterusan memasti segala keuntungan hasil yang dikutip, hasil yang dikumpul, hasil negeri yang dirancang diterjemahkan dan dipulangkan semula kepada semua rakyat. Inilah kebijaksanaan, inilah hikmah, inilah kecekapan pentadbiran, pengurusan Kerajaan Negeri Pahang yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, yang perlu sama-sama kita hayati dan seterusnya menyokong demi masa hadapan negeri Pahang Darul Makmur yang indah lagi permai ini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Belanjawan 2021 sehingga November 2020 telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM730.26 juta berbanding sasaran ditetapkan sebanyak RM744 juta iaitu pencapaian sebanyak 98.515%. Manakala perbelanjaan Kerajaan Negeri pula ialah RM560.78 juta iaitu bersamaan 75.64% berdasarkan kadar kutipan hasil semasa. Saya yakin kita mampu mencapai kutipan hasil melebihi 100% menjelang penghujung Disember 2020. Ini adalah pencapaian yang sangat membanggakan dan seterusnya menepis

dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kedudukan kewangan negeri tidak kukuh dan mungkin bankrap.

Namun begitu Kerajaan Negeri bukan sahaja mampu membayar gaji tanpa gagal bahkan mampu memberi bonus kepada kakitangan kerajaan Negeri. Syabas dan tahniah. Inilah strategi pertama yang memfokus dan melonjakkan ekonomi ke arah negeri berdikari. Dengan erti kata lain Perbelanjaan 2021 ini saya yakin dan percaya tinggal beberapa hari sahaja lagi, sudah pasti Kerajaan Negeri dan terus dapat mengutip hasil-hasil yang dalam proses perolehan dan tunggakan-tunggakan yang juga akan dibayar oleh pihak-pihak berkaitan akan dicapai 100%, iaitu hanya 12% sahaja berbaki.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Negeri pada khidmat saya akan terus mengimbangi keadaan semasa ini dan terus berjaya menstabilkan keadaan ekonomi negeri kesinambungan dari tahun yang lalu untuk terus mendepani sekalipun berhadapan dengan satu cabaran pandemik COVID-19. Namun alhamdulillah, kita berjaya dapat menghadapi dengan tabah dan juga sabar.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Pada kesempatan ini juga saya tidak bercadang untuk pergi lebih detail kepada perbahasan ini. Namun saya ingin merujuk kepada portfolio saya iaitu bagi sumber manusia. Pada kesempatan ini, saya ingin merujuk kepada usaha sumber manusia iaitu Kerajaan Negeri menerusi PERKESO telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk membantu rakyat Pahang yang terjejas dan kehilangan pekerjaan seperti berikut, antara lain menaik taraf portal pekerjaan ataupun MYFutureJobs, Hiring Incentive Programme, yang ketiga program karnival pekerjaan dan temuduga terbuka, program subsidi upah, program pengekalan pekerjaan dan juga skim insurans pekerjaan.

Semua elemen-elemen ini dan pendekatan ini di harap dapat memberi lebih manfaat kepada rakyat Pahang agar mampu menguruskan ekonominya dalam keadaan mencabar apa sekalipun. Natijah dari pengalaman melalui pelbagai krisis ekonomi sebelum ini kita tempuhi, menjadi pasak iltizam yang membimbing kita untuk teguh berikhtiar, bijak kalau bertindak dan yakin pada gemblengan usaha.

Melalui Portal MYFutureJobs dan juga Job Fair Malaysia, PERKESO sehingga 16 November 2020 terdapat sebanyak 1,527 majikan yang berdaftar dengan menawarkan 18,408 pelbagai peluang perjawatan kosong. Sebanyak 21,491 pencari kerja yang telah berdaftar di portal ini dan sebanyak 2,980 jawatan kosong telah pun diisi. Manakala melalui inisiatif pelaburan yang dijana oleh Kerajaan Negeri, telah menghasilkan sekurang-kurangnya 9,045 peluang pekerjaan. Angka ini boleh menampung kadar pengangguran yang tercatat di negeri Pahang iaitu pada kadar 2.8% sehingga pada Suku Ketiga Tahun 2020.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Mentakab juga yang bertanyakan tentang kursus-kursus yang boleh kita sediakan kepada penganggur-penganggur yang berpengalaman dan sebagainya untuk dianjurkan di peringkat negeri Pahang. Terima kasih kepada YB. Mentakab. Pada tahun 2020 di bawah faedah latihan, sistem insurans pekerjaan ataupun ringkasannya SIP PERKESO sejumlah RM220,600.00 telah dibayar bagi tujuan yuran latihan dan RM10,500.00 dibayar untuk elaun latihan.

Ini merupakan jumlah yang besar bagi PERKESO untuk mengurus hal ehwal elaun latihan dan juga er... elaun er... skim ataupun sistem insurans pekerjaan.

Di bawah faedah latihan sistem insurans pekerjaan terdapat 11 penyedia latihan yang telah berdaftar di negeri Pahang dengan lebih kurang 201 kursus jangka pendek ditawarkan. Antara penyelia latihan yang telah berdaftar di negeri Pahang adalah Asia IKnowledge Sdn. Bhd. ataupun IK Academy, GIATMARA, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuantan, Jabatan Pendidikan Berterusan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Kasih Anana Pro-Skills Institute, KKTM Kuantan, Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills, NIOSH, Politeknik Kuantan, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut dan Synergy Ideas PLT.

Seterusnya juga Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada YB. Ketari ya... yang bertanyakan mengenai Pahang Job Fair. Bagi tahun 2021 PERKESO akan melaksanakan satu program Karnival Pekerjaan Negeri Pahang dan tiga temuduga terbuka secara bulanan di tiga Pejabat PERKESO iaitu Kuantan, Temerloh dan juga Bentong. Keseluruhannya bagi tahun 2021, PERKESO dijangka akan mengadakan sebanyak 37 program temuduga terbuka sepanjang tahun termasuklah Mini Job Fair dan Career di Chini, Pekan, Pulau Tioman, Rompin serta Jelai Lipis yang pernah diadakan pada tahun ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Saya juga ingin memaklumkan pada Sidang Dewan yang mulia ini, pada tahun ini sahaja melalui PERKESO bayaran bagi kes faedah iaitu kematian suami kepada balu ataupun isteri adalah sebanyak, sehingga Oktober 2020 sebanyak RM21 juta… sehingga Oktober 2020. Manakala bayaran bagi kes tuntutan SIP iaitu Skim Insuran Pekerja iaitu sebanyak RM9.5 juta dan yang tertinggi sekali untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan Sidang Ahli Dewan semua, bayaran bagi kes subsidi upah.

Subsidi upah ini maknanya memberi kepada majikan untuk mengambil pekerja dalam suasana Pandemik COVID-19 ini, supaya pekerja sentiasa berada di kilang-kilang ataupun industri ataupun di majikan itu, PERKESO telah membelanjakan RM428.9 juta di negeri Pahang. Hampir setengah bilion yang melibatkan 80 ribu pekerja.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyentuh sedikit pembangunan sukan. Pembangunan sukan adalah merupakan peranan utama yang diberikan kepada Majlis Sukan Pahang dan baru-baru ini, alhamdulillah dalam pembentangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah menyentuh beberapa er... peringkat sukan yang berprestij tinggi seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia er... Majlis Olimpik Antarabangsa, Majlis Olimpik Malaysia dan juga Komanwel.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Dalam hal ini saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM2.87 juta bagi tahun 2021 yang merangkumi perbelanjaan mengurus dan pembangunan di Majlis Sukan Pahang bagi kerja-kerja kawalan keselamatan, pembaikan bagi meningkatkan perkhidmatan infrastruktur dan pengurusan. Semoga dengan peruntukan pembangunan ini dapat memberikan keselesaan kepada pihak pengurusan dan atlet-atlet dalam menjalani latihan.

Dan juga ingin memaklumkan kepada Sidang Dewan. SUKMA terpaksa dibatalkan mengambil kira keadaan semasa Pandemik COVID-19 ini yang kita lebih mementingkan nyawa-nyawa atlet-atlet kita di seluruh negara termasuklah negeri Pahang. Maka kita pada ketika ini terpaksa membelanjakan peruntukan tertentu untuk memberi ruang peralihan kepada mereka ini yang sepatutnya pada bulan tujuh yang lalu bertanding atau penganjuran diadakan terpaksa dipinda kepada bulan empat tahun akan datang namun begitu telah dibatalkan.

Jadi dalam Dewan yang mulia ini kita ingin memaklumkan bahawa kita terpaksa mengadakan beberapa sesi kaunseling, sesi temu bual, sesi perbincangan dengan atlet-atlet kita untuk mengendalikan stress management di kalangan atlet-atlet kita untuk sampai kepada bulan empat ataupun bulan enam tahun hadapan.

Sebab itu kita akan menyeliakan ataupun menguruskan beberapa perancangan untuk mengadakan er... latihan dan juga penganjuran sukan dalaman bagi mengelakkan stress dikalangan atlet-atlet kita yang bertungkus lumus er... berlatih dan sebagainya, khususnya dalam arena sukan menembak, sukan angkat berat dan sebagainya, yang memerlukan dan menuntut komitmen sepenuh masa. Mereka terpaksa meninggalkan kerja dan terpaksa er... meninggalkan keluarga demi untuk mengharumkan nama negeri Pahang.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Jadi dengan peruntukan yang disyorkan ataupun diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dalam RUU Perbekalan 2021 ini saya menyambut baik akan hal ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Pada masa ini pembangunan atlet lebih tertumpu kepada beberapa daerah sahaja iaitu Kuantan, Pekan, Rompin dan Temerloh. Melalui Pelan Induk Pembangunan Sukan 2021 hingga 2030 oleh MSP akan memperluaskan pembangunan bakat baru dari setiap pelusuk daerah di negeri Pahang. Selain itu bagi melahirkan pelapis dalam bidang sukan seperti badminton, hoki, bola jaring, golf, olahraga dan sebagainya Kerajaan Negeri juga dalam masa yang sama berhasrat dan bercadang untuk menubuhkan Akademi Badminton Negeri Pahang, Akademi Golf Negeri Pahang dan juga Akademi e-Sport Negeri Pahang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Mudah-mudahan perancangan itu akan menjadi kenyataan dan memberi peluang kepada anak-anak jati negeri Pahang ini untuk er... menjadi ataupun mengasah bakat-bakat baru pada masa akan datang. Golongan belia akan terus diperkasakan dengan pelbagai aktiviti dan program yang dapat membentuk jati diri mereka berasaskan kepimpinan dan nilai-nilai murni serta seimbang dari segi rohaniah, akhlakiah dan jasmaniah.

Mereka akan dibentuk dengan acuan yang berteraskan pelbagai kemahiran, pengetahuan dengan menampilkan semangat patriotisma tinggi bagi menghadapi cabaran globalisasi sebagai penyumbang utama pembangunan sosial dan ekonomi negara yang berkualiti bagi memperkukuhkan integrasi nasional serta identiti bangsa Malaysia.

Justeru program pembangunan belia yang telah dilaksanakan di negeri Pahang secara ringkasnya tertumpu kepada tiga bidang utama iaitu yang melibatkan kepimpinan dan pembangunan sahsiah.

Bagi bahagian kedua, pembahagian sosial dan yang ketiga adalah pembangunan ekonomi. Saya tidak berhasrat untuk er... menjelaskan lebih detail memandangkan saya masa hanya 20 minit. Saya akan cuba habiskan dalam seminit dua lagi. Namun saya ingin nyatakan kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang membangkitkan beberapa soalan seperti YB. Mentakab, Ketari dan juga YB. daripada Padang Tengku berhubung dengan er… apa ni yang disebutkan sekolah tadi, saya sudah rujuk bahawa ada dibuat kursus di Padang Tengku, Lipis, di Maran dan Kuantan melibatkan 1,426 orang lebih kurang.

Insya-Allah, kita akan rujuk kerjasama sekolah yang dibangkitkan oleh Padang Tengku dengan Kerajaan Negeri Pahang pada masa akan datang dari masa ke semasa. Begitu juga dengan yang dibangkitkan oleh rakan-rakan YB berhubung dengan trek-trek pemotoran motorcross.

Kita mohon sangat YB-YB Kawasan berhubung dengan pegawai-pegawai atau Pentadbir Tanah supaya dapat mewartakan atau mengazetkan trek-trek tersebut sama ada dalam Hutan Simpan ataupun dalam hutan tanah kerajaan ataupun tanah milik supaya kita dapat tahu untuk pembangunan masa akan datang, kita boleh elakkan pertindihan ataupun permohonan dari awal supaya dalam keadaan yang lebih baik dan tidak ada permasalahan dan insya-Allah kami Kerajaan Negeri akan sentiasa mengambil tahu hal-hal yang melibatkan sukan permotoran.

Saya ucap terima kasih juga pada kesempatan ini kepada Yang Berhormat ADUN Chini telah mempengerusikan akan satu Mesyuarat Penggabungan Kelab-kelab Pemotoran Peringkat Negeri Pahang. Syabas dan tahniah. Terima kasih dan saya mengambil kesempatan dalam masa yang paling ringkas ini, nak ucap terima kasih juga, RM10 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri kepada anak-anak muda.

Insya-Allah kita ak… Kerajaan Negeri akan memanggil pihak-pihak GLC, PBT dan juga Institut-institut kemahiran dan juga Institut-institut Pengajian Tinggi bagi membengkelkan hala tuju kemahiran-kemahiran yang nak dilahirkan modal insan di negeri Pahang ini. Jadi saya yakin dan percaya modal ataupun RM10 juta ini bukan satu jumlah yang kecil. Sejarah dalam pembentangan RUU 2020 ini… 2021 ini memperlihatkan kepada kita RM10 juta kepada anak-anak muda. Ini akan Kerajaan Negeri selaraskan dengan baik, insya-Allah.

Begitu juga yang… untuk akhirnya, RM470,000.00 atau RM470,000.00 yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri dalam belanjawan kali ini untuk belanja mengurus. Ini akan menjawab pertanyaan kepada rakan saya yang mengatakan MBN tidak mesyuarat beberapa tahun semua. Saya dah lihat sebenarnya masa zaman PH memerintah, mereka tidak menghulurkan bantuan-bantuan pentadbiran yang sedia ada. Sebelum zaman itu, BN tiap-tiap tahun memberi perbelanjaan.

Kita nak kata macam mana sebab BN dah lama memerintah. Dia dah ada sistem dia dah berjalan begitu. Tiba-tiba PH memerintah dua tahun, banyak sistem yang perlu dia nak rombak, nak tengok macamana, ha, itu yang jadi stuck dengan izin. Jadi RM3,000.00 yang sepatutnya sampai kepada persatuan-persatuan dan kelab-kelab tunggal ini, bukan ibu tunggal yer, tu… ADUN Ibam ya. Kelab-kelab tunggal ini, dia sendiri, dia satu jer.

Jadi kita tidak dapat RM3,000.00 elaun atau perbelanjaan mengurus tadbir ni, maka mereka tidak mesyuarat akhirnya ha, tu yang tidak aktif, itu untuk Makluman ADUN Padang Tengku. Namun begitu dengan kelulusan RM470,000.00 ni, saya yakin dan percaya, insya-Allah kita akan berbincang untuk penyelarasan pada masa akan

datang dari masa ke semasa dengan bantuan, cadangan, pandangan daripada ADUN-ADUN Kawasan, kita akan selaraskan bersama insya-Allah dapat diselesaikan.

Jadi saya mengambil kesempatan di sini untuk bersama berkongsi er… ingin menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas penyempurnaan buku Al-Sultan Abdullah “Raja Sultan Berjiwa Rakyat” dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Besar Pahang dan juga Pegawai Kewangan Negeri sudah pasti memperuntukkan sejumlah peruntukan untuk menjadikan impian, cita-cita menerbitkan buku ini menjadi kenyataan. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Jadi dengan kata-kata itu, saya sekali lagi memohon maaf atas kekurangan dan cuba buat yang sehabis baik. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya dengan ini menyokong RUU Belanjawan 2021 [Ahli Dewan menepuk meja]. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang. Sila.

[Ayat al-Quran]. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang untuk bersama-sama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang lain berbahas dalam Usul menyokong belanjawan yang telah… Belanjawan Negeri Tahun 2021 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih kepada Ahli-ahli Dewan dan juga Wakil-wakil Kerajaan yang telah turut sama mengambil bahagian dan perbahasan Usul ini yang turut menyentuh aktiviti-aktiviti dan perkara-perkara yang berkatian dengan portfolio saya.

Terlebih dahulu saya juga seiring dengan rakan-rakan yang lain ingin merakamkan ucapan tahniah yang tidak terhingga di atas satu belanjawan Kerajaan Negeri yang cukup meyakinkan. Yang berteraskan tiga strategi utama iaitu melonjakkan Ekonomi Ke Arah Negeri Berdikari, Memperkasa Perkhidmatan dan Modal Insan serta Mensejahterakan Kehidupan Rakyat, kalau dapat dicapai.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Tidak dapat tidak Belanjawan Kerajaan Negeri yang telah dibentang kali ini banyak berkait rapat dengan Belanjawan Persekutuan yang telah dibentangkan baru-baru ini. Pada tahun ini Kerajaan Persekutuan telah membuat satu belanjawan yang cukup berani dengan memberikan peruntukan yang tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM322.5 bilion khususnya untuk menghadapi cabaran akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. RM236.5 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan, RM69 bilion untuk pembangunan, selain itu RM17 bilion diperuntukkan untuk Tabung COVID-19 dalam usaha mengekang jangkitan virus ini di negara kita.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Dengan usaha dan komitmen penuh Kerajaan Negeri untuk menjayakan belanjawan negara itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membentangkan satu belanjawan negeri dengan nilai peruntukan sebanyak RM904.881 juta dengan peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM795.5 juta dan untuk pembangunan sebanyak RM109.4 juta. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri seiring dengan

usaha Kerajaan Persekutuan dalam menghadapi cabaran semasa dan usaha-usaha ini akan kita teruskan. Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang akan terus berusaha meningkatkan lagi kecekapan kerjasama di antara jabatan-jabatan dan agensi kerajaan untuk memastikan bahawa usaha-usaha kita menangani permasalahan semasa dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan bagi memastikan kesejahteraan rakyat dapat kita utamakan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Berkaitan dengan portfolio Kerja Raya yang saya pengerusikan, Jawatankuasa Kerja Raya Negeri amat menghargai Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Kerajaan Persekutuan baru-baru ini, dan pihak Jawatankuasa komited untuk melaksanakan kerja-kerja pembangunan infrastruktur yang telah diperuntukkan kepada ataupun untuk pembangunan Kerajaan Negeri Pahang. Dalam usaha untuk menyediakan infrastruktur seperti jalan raya, bangunan dan perkhidmatan kejuruteraan.

Matlamat utama belanjawan 2021 yang dibentangkan adalah untuk kesejahteraan rakyat. Kerajaan dalam usaha penambahbaikan infrastruktur luar bandar dalam strategi keempat untuk mengutamakan agenda keterangkuman, maka hak, had kelayakan penggunaan dana di bawah Sistem Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia atau kita selalu sebut MARRIS, Dato’ Sri Yang di-Pertua, telah dinaikkan sehingga 20% daripada jumlah peruntukan yang diberikan kepada negeri atau maksimumnya RM50 juta. Ini satu jumlah yang lebih besar berbanding dengan tahun lepas. Untuk peruntukan ini, adalah 15% daripada jumlah keseluruhan dan dengan syiling RM20 juta.

Untuk makluman Sidang Dewan yang dimuliakan, JKR Negeri telah menerima peruntukan sebanyak RM246 juta pada tahun 2020 untuk menyelenggarakan jalan-jalan negeri, jalan kampung dan telah… dan jalan-jalan yang telah didaftarkan di bawah sistem MARRIS. Jadi berbanding dengan tahun lepas dinaikkan daripada RM20 juta kepada RM50 juta.

Ini satu peruntukan untuk kerja-kerja yang diluar skop asal er… jalan-jalan MARRIS. Dalam erti kata lain Dato’ Sri Yang di-Pertua, kalau sebelum ini apabila kita menguruskan tu, kita menyelenggarakan di antara satu jalan ke satu jalan. Satu tempat ke satu tempat itu adakalanya untuk melancarkan sistem jalan raya itu, kita terpaksa membuat kerja-kerja naiktaraf.

Tetapi kalau ikut skop asal ataupun polisi asal jalan MARRIS ini. Kita tidak boleh dinaiktaraf, kita hanya boleh menyelenggara. Jadi dengan kebenaran pihak Persekutuan untuk memberikan kebenaran kita boleh guna sehingga sebanyak 20% ataupun RM50 juta ini akan dapat meningkatkan lagi kecekapan kita untuk menguruskan masalah-masalah semasa berkaitan jalan raya dalam hal-hal kita untuk memastikan kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan penduduk kita terjaga, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Matlamat ketiga belanjawan 2021 yang lepas adalah ketahanan ekonomi di mana ianya dijajarkan kepada keutamaan dasar Rancangan Malaysia Ke-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Ini akan memastikan pembangunan sosioekonomi yang inklusif dan bermakna ke arah sebuah masyarakat yang lebih makmur dan bermaruah menjelang 2030.

Di bawah matlamat ketiga ini dalam usaha untuk perbelanjaan dengan pengganda tinggi dalam strategik pertama belanjawan pengembangan, pihak Kerajaan juga telah

mem… memperuntukkan sebanyak RM681.4 juta kos penyenggaraan penambahbaikan kualiti Jalan Persekutuan dan bangunan di bawah kawalan Kementerian Kerja Raya. Di mana tambahan RM200 juta berbanding dengan peruntukan yang sama tahun lepas.

Penyelenggaraan Jalan Persekutuan ini adalah di bawah konsesi roadcare. Kalau ikut tahun lepas Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita telah menerima peruntukan senggaraan jalan sebanyak RM 221 juta dan diharap pada tahun yang akan datang daripada jumlah yang diumumkan itu kita harap JKR Negeri Pahang akan menerima tambahan daripada peruntukan yang diberikan berbanding tahun lepas.

Dato’ Sri Yang di-Pertua dan sidang Dewan Yang dimuliakan, Kerajaan komited untuk melaksanakan projek infrastruktur pengangkutan bagi meningkatkan kemudahsampaian rakyat daripada satu tempat ke satu tempat sepanjang tahun 2019 sehingga 2020, pihak Jabatan Kerja Raya Negeri telah menerima dan melaksana sejumah…sejumlah 47 projek dengan peruntukan sebanyak RM 1.04 bilion. Ini melibatkan 45 projek Persekutuan dengan nilai sebanyak RM 608.2 Juta dan 2 projek negeri dengan nilai kerja sebanyak RM 433.07 juta.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Bagi Perancangan tahun 2021, sebanyak 24 cadangan projek bangunan serta 37 cadangan projek jalan telah dipohon kepada Kementerian Kerja Raya dengan anggaran peruntukan sebanyak RM16.09 bilion. Dan sebanyak 22 cadangan projek juga telah dipohon kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan anggaran sebanyak RM716.08 juta. Jadi ini adalah cadangan daripada Jawatankuasa Kerja Raya Negeri. Soal apa yang dapat, bila nak dapat itu tertakluk balik kepada keputusan-keputusan daripada pihak Kerajaan Persekutuan.

Bagi menjayakan hasrat pembangunan infrastruktur yang mampu memberikan manfaat dan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat di negeri Pahang, pihak kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM3.8 bilion untuk projek-projek baru yang bakal dilaksanakan pada tahun hadapan dan yang baiknya untuk kita daripada RM3.8 bilion itu, dua daripada projek yang er… diluluskan adalah berkaitan dengan Negeri Pahang.

Ini adalah Dato’ Yang di-Pertua, hasil daripada er…kerja keras, kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri yang bukan sahaja pergi er…berjumpa dengan Menteri Kerja Raya, dia turut juga berjumpa dengan Menteri Kewangan serta Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan akhirnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.

Maka eloklah Dewan kita memberikan rakaman penghargaan yang er…berikan tepukan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar [Ahli Dewan menepuk meja] di atas dua projek yang besar. Ini satu jumlah yang sangat besar membabitkan dua projek iaitu Projek Central Spine Road yang dijangkakan jajaran yang diluluskan ini ialah Pakej 6 iaitu daripada Bentong ke Simpang Pelangai sepanjang 47.5KM. Cadangan projek ini telah dimasukan dalam permohonan RMKe12 dengan anggaran…anggaran kos sebanyak RM 1.1 billion.

Skop yang terlibat adalah membina baru dan menaik taraf jalan sedia ada berasaskan 4 lorong 2 hala ataupun 4-lane, dual carriageway mengikut piawaian JKR R5. Dengan perlaksanaan projek ini dapat memberi impak yang sangat positif di mana ianya melengkapkan kesemua pakej projek jalan dari Kuala Krai, Kelantan ke Simpang

Pelangai, Pahang yang bertujuan untuk menyurai kesesakan trafik ke Pantai Timur daripada Lebuh Raya Pantai Timur 1 ke Kelantan.

Di bawah Pelan Perindustrian dan Pembangunan Negeri Pahang 2020 yang telah diwujudkan untuk mengenal pasti hala tuju pembangunan perindustrian bagi menjadikan Negeri Pahang sebagai sebuah negeri maju dan kompetitif menjelang tahun 2025 ya. Semasa belanjawan Yang Amat Berhormat… semasa Pembentangan Belanjawan 2021 Kerajaan Negeri Pahang yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar baru-baru ini, kerajaan sedang dalam perancangan bagi mewujudkan Majlis Pembangunan Wilayah Pahang Barat Plus, yang merangkumi Daerah Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Raub, Bentong dan Bera.

Jadi dengan perlaksanaan projek Central Spine Road ini, pasti ianya akan memberi impak kepada lima sektor utama bagi kawasan yang ataupun kawasan Pahang Barat ini, yang meliputi sektor pembuatan, perkhidmatan, pembinaan, pertanian dan perlombongan di samping sektor perlancongan sedia ada serta menambahbaik jaringan perhubungan sosio ekonomi setempat

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Minta maaf saya mengah sikit ini. Saya ini sebenarnya ada sedikit dalam proses rawatan masalah kolestrol yang sangat tinggi. Saya ada masalah er…dari segi breathing, minta maaf.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Dato’ Sri. Kena makan ubat YB.

Makan. Baru makan er… sepatutnya 30 hari, baru makan 5 malam.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Satu perkara yang kita, saya fikir semua Ahli Dewan boleh sedar tentang masalah pengangkutan ataupun sistem jalan raya Negeri Pahang ini. Hubungan kita dengan Pantai Barat, kita selama ini telah bergantung pada er…laluan lebuhraya KL-Karak yang kita tahu saban minggu saban hujung minggu mengalami kesesakan. Tiga hari yang lepas, jalan alternatif yang sering kita gunakan jalan lama daripada er… Gombak ke Bentong yang kita sering gunakan apabila kesesakan telah mengalami kerosakan dan ditutup.

Jadi Dato’ Sri Yang di-Pertua, pihak Jawatankuasa Kerja Raya Negeri juga sedang mengkaji cadangan-cadangan bagaimanakah Kerajaan Negeri Pahang bekerjasama dengan Kerajaan Negeri-negeri yang berjiran dengan kita untuk membina satu lagi laluan masuk daripada Lembah Kelang.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Dato’ Sri Yang di-Pertua, boleh mohon mencelah? Untuk bagi peluang kepada Kerajaan berehat sekejap kata dia penat itu.

Boleh. Terima kasih Pulau Manis kerana mengambil berat tentang Wakil Kerajaan. Kalau saya rasa tak boleh nanti, saya minta kebenaran daripada Yang di-Pertua… Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Okey ini. Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mengikuti ucapan wakil kerajaan berkenaan dengan jalan tadi. Tapi saya masih tak dengar lagi berkaitan dengan jalan-jalan kampung yang telah pun disiasat oleh satu pihak konsortium yang dilantik katanya mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi kawasan-kawasan yang berada di dalam DUN.

Jadi untuk makluman Dewan, saya mengadakan satu majlis formal dengan menghimpunkan semua Ketua-ketua Kampung ataupun Pengerusi-pengerusi JKKK untuk membawa senarai nama-nama jalan dan kemudian dalam majlis tersebut diperakukan bahawa semua Ketua-ketua Kampung menyenaraikan nama-nama jalan yang ada di dalam kawsan masing-masing.

Tetapi dengan rasa bangganya pada masa itu, kita merasakan bahawa tindak ikut yang berlaku lepas itu ialah pegawai-pegawai yang berkenaan hadir ke kampung-kampung memang berlaku. Iaitu melaksanakan tinjauan dan melihat keperluan jalan itu untuk dibaik pulih ataupun dibina.

Jadi untuk makluman, dia ada dua pihak kalau tak silap sayalah berkaitan dengan jalan ni. Yang pertama jalan kampung, yang kedua jalan ladang. Jadi, terima kasih ya, sebab Ibam mengangguk itu bermakna mengesahkan benda ini. Jadi kebetulan DUN Pulau Manis terpilih dalam proses tersebut. Tapi malangnya, ye saya nak cakap di sini, malangnya, apa yang berlaku sehingga ke hari ini ya, saya mendapati tidak ada satu tindakan penyudah.

Ada tindak ikut melihat, mengukur, meninjau jarak dan kerosakan yang berlaku tetapi tidak ada penyudahnya. Maksudnya tak ada jaringan gol tu berlaku. Jadi tinggallah ceritanya sahaja dengan orang kampung tertanya-tanya. Tertanya-tanya, “Ah! Bila jalan tu datang pegawai dah tengok. Dah cakap dah 300 meter, 400 meter, tapi sampai sekarang ni tak ada apa-apa pun”. Jadi saya mohonlah sedikit penjelasan berkenaan dengan perkara tersebut. Terima kasih Dato’ Pengerusi, er… Yang di-Pertua, memberi izin saya mencelah.

Terima kasih Pulau Manis. Saya kurang jelas apa yang aktiviti sebenar telah berlaku tapi andaian saya ada dua kemungkinan, pertamanya mungkin pihak jabatan terbabit yang, yang apa... menjadi urus setia kepada lawatan ini siapa ni Pulau Manis? JKR?

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Saya tak taulah sama ada saya boleh menyebut nama yang berkenaan ataupun hanya saya menyatakan dia memberitahu kepada majlis dalam masa saya memberikan dia peluang untuk bercakap kepada semua Pengerusi JKKK seramai 20 orang JKKK dan Pulau Manis 20 orang. Saya memberi peluang kepada dia dan dia menyebut perkataan dia mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang untuk melihat suasana jalan dan kemudian ada kesempatan untuk melaksanakan operasi membaik

pulih ataupun untuk membina baru. Kalau jalan ladang ini, sampai bina baru. Saya pun terkejut juga tapi tak apalah sebab dia kata dia wakil.

Terima kasih Pulau Manis. Jadi yang selebihnya tu…

Yang Berhormat minta laluan sikit. Wakil kerajaan...

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin tahu lebih lanjut lagi ya. Yang pertama sekali... kejadian itu bila? Kemudian er… siapa? Kemudian... kenapa percaya terus macam itu je? Sepatutnya kena… kena tanyalah kan. Kalau tak dapat berhubung dengan saya, pegawai-pegawai pun ada, boleh tanya.

Dan er… saya lazimnyalah biasanyalah, yang mewakili saya, sama ada rakan-rakan daripada EXCO, ataupun daripada ADUN ataupun daripada pegawai-pegawai daripada pejabat MB sendiri. Kalau di luar daripada itu, biasanya kita tidak wakilkan orang yang kita tak kenal. Jadi saya harap lepas ni Yang Berhormat daripada Pulau Manis boleh jumpa saya. Saya ingin mendapatkan maklumat-maklumat lebih lanjut lagilah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Dato’ Sri Menteri Besar, saya insya-Allah akan berjumpa dengan Dato’ Sri dan saya akan menyebut nama itu dan tarikhnya saya tak ingatlah tapi bukanlah tahun 2020 tapi tahunnya ialah 2019 yang lalu.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kenapa lama sangat?

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Haa... itulah yang saya kata... tunggu punya tunggu, sampai sekarang saya melihat hasilnya tak ada. Jadi ini yang, yang saya timbulkan tadi kerana tidak ada hasil dia. Penyudah tak ada. Ya.

Maknanya Yang Berhormat pun kena jualah gitu gayanya ya.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

[Ketawa] Terima kasih Yang di-Pertua.

Mohon izin untuk mencelah...

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Boleh saya respon...

Tak, tak saya soalan sikit. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Ok. Untuk tadi, Yang Berhormat Exco ada jelaskan tentang projek CSR. Bolehkah saya tau, bilakah Pakej 5 daripada Bentong ke Raub, akan siap sepenuhnya dan er... juga untuk Pakej 6 bilakah ia akan bermula? Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat pihak kerajaan masa 5 minit lagi.

Allahuakhbar. Baik Dato’ Yang di-Pertua, Saya jawab, isu yang dibangkitkan oleh Pulau Manis tadi, saya fikir… dan terima kasih juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar diatas membantu saya menjawab soalan, saya percaya Dato’ Sri Menteri Besar kalau dia sebut nama tok empat orang tak yakin jadi mesti ada sebab dia membawa utusan tu. Saya, saya bersangka baik sebab ianya baru berlaku dalam tahun 2019, sebenarnya sememangnya bab soal jalan ladang, jalan kampung ini menjadi satu perhatian serius oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Suka saya kongsikan di sini sekali lagi saya dah sebut dalam Dewan yang lepas, dalam beberapa tahun yang dulu sebelum tahun 2018, kita secara puratanya mendaftarkan jalan MARRIS ini dalam lebih kurang 400km je setahun puratanya. Tapi Alhamdulillah, apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar melihat keadaan ini ya, terus mengingatkan saya supaya memastikan usaha-usaha pendaftaran ini ditingkatkan kerana kalau kita banyak daftar maka lebih banyak peruntukan akan diberikan.

Jadi bermula dari tahun 2018, kita telah berjaya mendaftar sebanyak 2,000km. Seolah-olah macam 6 tahun punya kerja. Lepas tu tahun 2019, sekali lagi Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberikan KPI yang lebih tinggi, dia nak 3,000, alhamdulilah telah dilaksanakan dan kita jugak ada kerjasama pihak konsultan yang cukup menguntungkan kita jugak sebenarnya tambah lagi 3,000, jadi 6,000 pada tahun 2019.

Dan untuk tahun ini Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita tambah secara keseluruhannya kerja jabatan dan konsultan 5,000 lagi. Jadi saya fikir Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita ambik positif tapi apa pun kita siasat. Jadi saya mengambil kesempatan ini juga untuk merakamkan ucapan tahniah kepada jabatan-jabatan yang terbabit dalam peningkatan pendaftaran jalan-jalan kampung ini.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Satu lagi projek yang telah diluluskan dibawah belanjawan baru ini adalah projek jalan pintasan Cameron Highlands. Yang kos keseluruhannya dijangka RM941 juta. Fasa pertama akan melibatkan jajaran dari Ringlet ke Tringkap dengan jarak sejauh 23 KM dengan anggaran kos sebanyak RM703 juta. Dan fasa kedua sebanyak RM238,656.00 yang mana kedua-dua jalan ini spesifikasinya adalah 4 lorong 2 hala. Ini akan dapat membantu merancakkan industri pelancongan di Cameron Highlands. Yang kita tahu orang Cameron Highlands sepertimana yang kita ketahui menghadapi masalah kesesakan jalanraya di hujung-hujung minggu. Saya ada banyak perkara-perkara yang dikongsikan oleh Ahli-ahli Dewan berkaitan dengan infrastruktur Negeri Pahang saya tidak dapat menjawab satu persatu, insya-Allah kita akan jawab secara bertulis.

Dato’ Sri Yang Di-Pertua, Izinkan saya menyentuh sedikit berkaitan dengan portfolio pengangkutan yang sebelum ini kita di Negeri Pahang kita ada satu desk, satu pegawai, satu unit di bawah BPEN tapi hal pengangkutan ini kita tidak uruskan dalam satu jawatankuasa khusus.

Jadi memandangkan hari ini dengan perkembangan mutakhir ini, dengan adanya projek-projek besar pengangkutan seperti pembesaran Lembaga Pelabuhan Kuantan, dengan pelaksanaan ECRL, dengan cadangan-cadangan lapangan terbang yang baharu, maka kita dalam er… proses untuk meningkatkan lagi fungsi peranan fungsi jawatankuasa pengangkutan ini.

Dato’ Sri Yang Di-Pertua, Berkaitan dengan sektor pengangkutan, kita pertama sekalinya kita ucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan di atas beberapa inisiatif yang diumumkan yang pastinya mendapat juga tempiasnya kepada Negeri Pahang seperti pas perjalanan tanpa had, My Thirty, program pelan transformasi perkhidmatan bas henti-henti antara ibu negeri dan inisiatif pelaksanaan pas perjalanan bulanan tanpa had dengan RM5.00 untuk pelajar sekolah tahun 1 hingga 6 serta golongan kurang upaya, seperti mana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar baru-baru ini.

Satu projek besar yang sedang kita uruskan sepertimana saya sebutkan tadi dibawah pengangkutan rel adalah ECRL ataupun East Coast Rail Link. Jadi sekarang ini, Dato’ Sri Yang di-Pertua, projek ini bukan saja dapat memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk bergerak daripada satu destinasi ke satu destinasi dengan lebih cepat dan selesa. Tetapi dalam proses pembinaan projek ini, ianya juga kita harapkan dapat membantu merangsang ekonomi negeri dan pihak Kerajaan Negeri telah melantik pihak PKNP untuk menyelaraskan penglibatan kontraktor-kontraktor tempatan untuk mengambil bahagian dalam kerja-kerja pembinaan projek ini.

Ianya bukanlah suatu perkara yang… yang termaktub dalam perjanjian kerja-kerja itu mesti bagi pada kontraktor Pahang, tetapi kita mencuba sehabis upaya untuk memastikan kontraktor-kontraktor kita tidak ketinggalan Dato’ Sri.

Selain daripada itu Wakil daripada Kuala Semantan ada membangkitkan soal penduduk-penduduk yang terjejas akibat perlaksanan projek ini. Saya mendapat makluman bahawa pihak MRL selaku pemilik projek ini telah bersetuju untuk memberikan sedikit saguhati ya, bagi meringankan beban yang ditanggung.

Tetapi walau bagaimanapun kita akan bincang lebih lanjut bagaimanakah kaedah yang terbaik untuk pastikan kepayahan rakyat itu boleh kita kurangkan. Dan saya

percaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun kalau kita bentangkan maklumat ini dengan lebih lanjut saya rasa penternak-penternak ikan sangkar ini akan dapat perhatian insya-Allah.

Seterusnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, Di peringkat negeri, kita juga sedang mempertimbangkan beberapa projek pengangkutan seperti kemudahan lapangan terbang antarabangsa di beberapa lokasi yang akan kita muktamadkan tidak lama lagi ya masih lagi di peringkat kajian.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Untuk portfolio kesihatan, seperti mana yang kita sering sebutkan masalah kesihatan ini sering kali kita sandarkan kepada Kementerian Kesihatan tapi masalahnya sering berpunca daripada gaya hidup kita sendiri. Secara keseluruhannya Kerajaan Persekutuan selaku er…. kerajaan yang bertanggungjawab dalam aspek kesihatan ini, sentiasa memberikan perhatian dan peningkatan komitmen daripada setahun ke setahun.

Kita bersyukur pada tahun ini daripada RM30 bilion tahun lalu, tahun ini kita dapat RM31.46 billion dengan peningkatan lebih 4%. Tapi ini er… tidak termasuk dengan peruntukan khusus iaitu sebanyak RM16 bilion yang di sebutkan tadi khusus untuk melawan COVID-19. Jadi maksudnya Belanjawan kita sangatlah besar.

Wakil daripada Berserah ada bertanyakan dan Wakil daripada Teruntum juga bertanyakan, adakah Kerajaan Negeri nak menambah peruntukan dalam nak mengatasi masalah denggi? Sebagai contoh. Tapi kita percaya nak menyelesaikan masalah ini bukan bergantung kepada soal kewangan semata-mata. Sistem ya dan proses kerja kita harus kita kaji balik. Macam mana untuk pastikan berdasarkan peruntukan yang sedia ada ini boleh kita memberikan hasil kerja yang lebih baik.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Secara ringkasnya boleh saya sebutkan, untuk projek-projek kesihatan sepanjang tahun ini negeri Pahang mendapat RM864,975,000.00 ya. Jadi untuk Rancangan Malaysia Ke-12 pula kita telah memasukkan… telah mencadangkan lebih kurang RM52.532 juta. Itulah secara ringkasnya Dato’ Sri apa yang sempat saya kongsikan di sini berkaitan dengan ketiga-tiga portfolio di bawah Jawatankuasa Kerja Raya Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang.

Saya minta maaf kepada Ahli-ahli Dewan yang bertanyakan pelbagai hal khususnya berkaitan jalan-jalan, tetapi saya harap boleh kita berhubung daripada masa ke semasa dan saya fikir perlu jugak kita turun ke lapangan bersama-sama untuk melihat apakah permasalahan sebenar supaya kita dapat mengurangkan perbahasan berkaitan perkara teknikal di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih Yang di-Pertua dengan itu saya menyokong Usul Belanjawan 2021 yang dibawakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. [Ahli Dewan menepuk meja].

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana juga memberi ruang kepada saya untuk

turut serta bukan sahaja menggulung tetapi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang telah berjaya mengatur, menyusun serta melengkapkan satu Bajet yang syumul untuk Negeri Pahang Darul Makmur dan juga kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih di atas Bajet ini yang mudah-mudahan ianya diberkati oleh Allah SAW kepada negeri Pahang dan rakyat Negeri Pahang Darul Makmur.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya juga memohon izin, dengan bajet ini yang telah dibentangkan untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran yang menyatakan [Ayat al-Quran]. “Tidak kamu mencapai kejayaan, kebaikan daripada apa yang kamu belanjakan daripada apa yang kamu senang kasihi melainkan Allah SWT akan gantikan dan tidak ada sesuatu yang kamu belanjakan itu sesungguh Allah mengetahui segala-galanya”.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Dato’ Sri Menteri Besar bukan sahaja telah membentangkan Bajet, memberikan ruang kepada semua pihak dengan syumulnya dengan lengkapnya tetapi di dalam portfolio Agama dan Pendidikan juga telah diberikan perhatian yang tidak kurang lebihnya kepada urusan pentadbiran agama di negeri Pahang. Seumpama katanya yang telah dibentangkan Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak sebanyak RM128.35 juta bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan untuk Jabatan Agama Islam Pahang pada tahun 2021.

Selain 2020, selain peruntukan Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan turut menyalurkan peruntukan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebanyak RM39.59 juta bagi bayaran elaun 2,628 orang guru KAFA dan 3,795 orang Pegawai Kariah Masjid dan 405 orang Guru Takmir. Pihak JAKIM juga telah menyalurkan peruntukan pembangunan sebanyak RM743,200.00 bagi pembaikan dan penyelenggaraan 18 buah SMAN.

Selain itu, Jabatan Agama Islam Juga (JAIP) juga telah diluluskan peruntukan sebanyak RM7 juta oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan bagi pembinaan dua buah masjid dan RM3.85 juta bagi pembinaan lima buah surau, serta RM2.75 juta oleh ECER bagi penyelenggaraan dan naik taraf SMAN-SMAN yang terletak di dalam daerah DARA-LKWJ seperti di Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Bera dan Jerantut.

Pada kesempatan ini, Kerajaan Negeri ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas keprihatinan dan sumbangan Kerajaan Persekutuan melalui pelbagai agensi yang telah dinamakan sebentar tadi. Selain itu, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif sebagaimana yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bagi melibatkan peruntukan seperti bayaran khas one-off Imam Kariah RM1.076 juta.

Insentif Khas Pasangan Pengantin RM200.00 bagi setiap pasangan pengantin yang berkahwin kali pertama dan mendaftarkan perkahwinannya di Negeri Pahang sehingga Oktober sebanyak 1,418 pasangan dengan peruntukan berjumlah RM283,600.00. Bantuan kepada 9 buah sekolah di DUN… di Chini melibatkan peruntukan sebanyak RM180,000.00 Pemberian Jubah kepada semua Bilal dan Siak yang berkhidmat di semua masjid dan surau di Negeri Pahang.

Pemberian er… tiga buah van kepada SMA Al-Ihsan Kuantan, SMA Al-Basriah Jerantut dan SMA Al-Falah Batu Talam, Raub melibatkan kos sebanyak RM312,000.00. Bagi tahun 2021 pula Kerajaan Negeri akan memperuntukkan

sebanyak RM129.26 juta bagi kedua-dua Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Pahang merangkumi gaji, emolumen, bekalan dan perkhidmatan serta naik taraf dan penyelenggaraan bangunan-bangunan Jabatan Agama Islam Pahang termasuk Pejabat-Pejabat Agama Islam Daerah dan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri.

Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan inisiatif-inisiatif bagi meningkatkan syiar Islam melalui Bantuan Prihatin Pahang 2021 seperti bantuan one-off Imam Kariah RM750.00 seorang seramai 1,032 Imam yang akan menikmatinya, bantuan one-off Bilal dan Siak RM250.00 seorang seramai 888 Bilal dan 889 Siak akan menikmati er… sumbangan ini, bantuan one-off Guru KAFA RM300.00 seorang seramai 2,628 orang guru yang akan menikmatinya.

Bantuan one-off Guru Quran dan Fardhu Ain Asrama RM300.00 setiap seorang seramai 350 guru akan menikmatinya. Tambahan elaun Guru Quran Asrama RM200.00 seorang kepada 350 orang guru. Perolehan 16 buah kenderaan melibatkan SMAN dan juga masjid. Inilah satu bukti usaha murni yang telah di… er… gemblengkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang yang mudah-mudahannya dapat memberikan bakti yang murni kepada rakyat di Negeri Pahang Darul Makmur.

Inilah juga sebagaimana yang telah ditegaskan oleh firman Allah [Bacaan ayat al-Quran] “tidak ada perbelanjaan yang kamu belanjakan daripada kebajikan melainkan akan digantikan oleh Allah SWT dengan sebaik-baiknya selagi mana kamu tidak menganiayakan”. Bahkan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri telah memberikan pandangan yang menyeluruh kepada semua pihak dan semua lapisan dan portfolio yang telah di… ditadbirkan dan diketuai oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri, ini termasuklah juga di dalam konsep [Bahasa Arab] yang telah dididikkan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW [Bacaan ayat al-Quran] berikanlah kasih sayang kamu kepada semua yang ada di atas muka bumi ini, nescaya yang di langit sana akan merahmati kamu.

Walaupun demikian kita merasa agak sedikit sulit apabila diuji oleh Allah SWT pada tahun ini dengan Pandemik COVID-19, namun berkat kerjasama semua pihak perkara ini sama-sama kita tangani dengan sedaya mungkin. Apa yang boleh kita katakan lagi hanya berpandukan kepada firman Allah SWT entahnya ia daripada kesilapan kita sendiri, sebagaimana firman Allah di dalam Surah An-Nissa [Bacaan ayat al-Quran] “Tidak ada apa yang menimpa kamu daripada bencana melainkan daripada kesilapan diri kamu sendiri ataupun ia ujian daripada Allah SWT untuk memberi keberkatan dan menambahkan kedudukan anda” sebagaimana firman-Nya [Bacaan ayat al-Quran] “Kami uji kamu sedikit daripada perasaan takut lapar diambil sebahagian daripada harta kamu, jiwa raga kamu, tanaman-tanaman kamu tetapi berilah khabar gembira bagi mereka yang sabar apabila ditimpa bencana mereka menyatakan” [Bahasa Arab].

Namun apa yang perlu kita ambil ikhtibar adalah bukan sekadar puncanya tetapi juga muhasabah kita sepertimana yang telah dididik oleh Junjungan Besar Nabi kita Muhammad SAW menyatakan dengan ertinya sungguh hairan dengan urusan orang-orang yang beriman ini apabila mereka ditimpa sebarang perkara semuanya dianggapkan baik. Apabila mereka ditimpa musibah, mereka akan sabar dan apabila mereka ditimpa kebaikan mereka bersyukur kepada Allah SWT, mungkinlah dengan cara dan langkah-langkah ini Allah SWT telah memelihara kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di Negeri Pahang Darul Makmur, amin YRA.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas-petugas barisan hadapan COVID-19 terdiri daripada pegawai-pegawai masjid dan surau, pegawai-pegawai penguatkuasa dan semua pihak yang terlibat bagi membangunkan dan menguatkuasakan pelbagai SOP keselamatan dan kesihatan melibatkan masjid, surau, sekolah-sekolah agama, pondok-pondok, pengurusan jenazah orang Islam agar kemaslahatan umat Islam dapat dilaksanakan dengan mengikut SOP dalam waktu yang sama penularan dapat di… er… dibanteraskan dengan sebaik mungkin.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya juga ingin mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini kerana saya juga seperti rakan-rakan yang lain dihujani dengan soalan-soalan oleh rakan-rakan Dewan bagi mendapati apa yang sepatutnya dibela kepada rakyat-rakyat di Negeri Pahang Darul Makmur seumpama rakan saya daripada Tanjung Lumpur dan juga Damak memohon Kerajaan Negeri untuk memperuntukkan dana kepada pusat-pusat tahfiz dan pondok-pondok yang masih belum mendaftar kerana mereka mempunyai kekangan dari sudut infra dan sebagainya.

Sesungguhnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri ataupun Majlis Ugama Islam Pahang, insya-Allah jika ada permohonan dan ada usaha untuk mendapatkan itu tidak ada… tidak… tidak juga kita melepaskan tangan dan ini telah kita buktikan selama ini untuk membantu mana-mana pihak yang memerlukan.

Namun demikian sayugia diingatkan bagi membuka sebuah sekolah ini bukan seperti membuat padang bola untuk main-main anak-anak. Kerana dia perlu pada persiapan yang rapi oleh mereka yang ingin membuka sekolah itu sendiri. Kesediaan yang ada pada diri guru-guru, dari sudut ilmiah akademik mestilah cukup dan mantap. Kesediaan daripada sudut material dan aset juga mestilah memadai untuk mereka membina sekolah. Kesediaan daripada sudut mental dan rohani juga perlu memadai oleh mereka yang ingin membangunkan sekolah agama itu sendiri, kalau tidak kita akan mendengar peristiwa demi peristiwa yang menyayatkan hati serta membimbangkan umat Islam itu sendiri dan memberi gambaran buruk kepada pondok-pondok dan pusat tahfiz itu sendiri.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Rakan saya daripada Tanjung Lumpur juga menyatakan, mohon pihak Kerajaan Negeri untuk memperuntukkan dana kepada pusat-pusat tahfiz ini sebagai bukti kesungguhan daripada beliau dan juga daripada pihak-pihak yang berkenaan. Namun inilah kesungguhan kita bersama bukan sekadar untuk menyediakan peruntukan tapi membangkitkan mereka dengan semangat bertanggungjawab bagaimana untuk membina sekolah itu dengan cara yang menepati kehendak sekolah itu sendiri.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya juga dikemukakan soalan oleh sahabat saya daripada Padang Tengku menyatakan cadangan menambah baik isu pembelajaran di dalam norma yang baru, mengenal pasti kawasan-kawasan yang tiada talian internet dan mewujudkan one stop sesungguhnya ini soalan persoalan yang sangat baik dan wajar diberikan perhatian. Saya yakin perkara ini telah di… di-detail-kan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika membentangkan Bajet dan juga oleh sahabat saya daripada er… Pekan menjelaskan bagaimana SKMM telah mengemblengkan tenaganya bagi membantu er… pelajar-pelajar untuk mendapatkan line line yang sempurna dalam pembelajaran dan pengajian mereka.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya juga telah dikemukakan oleh rakan saya daripada Luit mengenai Masjid Ulu Luit yang dibina sendiri oleh penduduk setempat. Kita mengucapkan tahniah kepada penduduk setempat yang telah berusaha bertungkus-lumus sesungguhnya apa yang dilakukan oleh mereka ini insya-Allah akan mendapat ganjaran yang mulia di sisi Allah. Rasullulah sendiri menegaskan di dalam sabda-Nya yang mulia [Bacaan ayat al-Quran] “Barang siapa yang membina rumah Allah, Allah SWT akan membina mahligai untuk mereka di dalam syurga”.

Namun demikian atas permintaan daripada sahabat saya daripada Luit, kita tidak membiarkan begitu sahaja. Kita telah meminta Jabatan Agama Islam Pahang untuk mendapatkan kerjasama daripada JKR bagi memastikan apakah kerja-kerja yang perlu dibantukan dan kita akan meminta JKR serta Jabatan Agama Islam Pahang memberikan syor kepada pihak kerajaan bagaimana cara yang membolehkan kita untuk membantu masjid itu dapat disempurnakan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Rakan saya daripada Muadzam bertanyakan adakah cadangan supaya institusi pengajian di negeri Pahang dapat menawarkan kursus-kursus berkaitan dengan industri maritim dan perikanan. Sekolah-sekolah bantuan kerajaan belum lagi menawarkan subjek atau kursus seperti yang ditanyakan. Lazimnya kursus-kursus berkenaan akan dipilih oleh pelajar selepas menamatkan alam persekolahan di Institusi Pengajian Tinggi atau pusat kemahiran kerajaan ataupun swasta.

Seterusnya sahabat saya daripada Beserah mohon penjelasan daripada pihak kerajaan mengenai pertimbangan bantuan kepada siswa dan siswi anak-anak Pahang yang menyambung pelajaran di IPT… di dalam Bantuan Prihatin Negeri Pahang. Yayasan Pahang telah memperkenalkan geran bantuan ke IPT pada tahun 2000. Skim ini dikhaskan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Pemberian merangkumi peringkat sijil sehinggalah ke peringkat kedoktoran PhD. Di mana tawaran yang melibatkan peringkat Sijil hingga Ijazah Sarjana Muda yang dikenali sebagai geran pra siswazah dan peringkat sarjana serta kedoktoran yang dikenali sebagai Geran Pasca Siswazah. Bagi kategori geran pra siswazah akan menerima RM500.00 manakala Geran Pasca Siswazah akan menerima RM1,000.00 Selain itu bagi pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan, Yayasan Pahang turut memberikan bantuan melalui Skim Derma Siswa.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Dalam pada itu Kerajaan Negeri telah menyediakan bantuan prihatin kepada siswa dan siswi anak Pahang sebanyak RM612,000.00 bayaran telah dibuat terus ke akaun pelajar pada bulan Oktober 2020. Kerajaan Negeri turut… telah meluluskan sumbangan komputer riba kepada sebanyak dua unit bagi setiap DUN dengan anggaran RM1,500.00 yang diumum sendiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada sidang DUN pada hari semalam. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar.

Seterusnya sahabat saya daripada Beserah menyoalkan lagi memohon Kerajaan Negeri mengkaji semula kadar elaun yang diberikan kepada imam dan bilal. Pembayaran elaun kepada imam dan bilal ini sukar untuk dikajikan oleh Kerajaan Negeri Pahang kerana dia dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kerajaan Negeri Pahang. Namun demikian tidak ada salahnya kita memberikan cadangan ini

kepada Kerajaan Persekutuan agar mereka dapat mempertimbangkan dengan sebaik-baiknya.

Seterusnya sahabat saya daripada Pulau Manis berharap agar pelan strategik Yayasan Pahang 2019-2028 dapat menjadikan taraf pendidikan di negeri Pahang ke tahap yang terbaik agar di mana… di masa hadapan negeri Pahang berjaya menempatkan diri di kalangan tiga teratas di dalam keputusan SPM di Malaysia. Yayasan Pahang telah menjalankan pelbagai inisiatif untuk menempatkan… untuk menempatkan negeri Pahang berada di tempat ketiga teratas di dalam peperiksaan SPM di dalam Pelan Strategik Yayasan Pahang 2019-2028. SPM tahun 2019, Pahang berada di tangga kelima dengan gred purata negeri iaitu 4.71.

Berbagai inisiatif telah dijalankan oleh Yayasan Pahang dengan melibatkan pelbagai lapisan murid berikut adalah program-program di bawah seliaan Yayasan Pahang. Pogram-program keterangan, program-program yang telah dilaksanakan oleh Yayasan Pahang. Pertama program intervensi semua subjek A. Program untuk melahirkan murid-murid cemerlang.

Kedua Program Jawab Untuk Jaya. Program yang melibatkan semua murid calon SPM negeri Pahang untuk menjawab peperiksaan dengan jaya. Ketiga Program Perancangan Harus Lulus (PERHALUS). Program membantu murid yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah agar mereka layak mendapat sijil SPM. Program anak yatim, Permata Hati menjadi… menjadi… kemenjadian anak-anak yatim agar mereka memperoleh keputusan SPM yang baik dan dapat melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

JPNP telah merangkakan Transformasi Pendidikan Pahang 2020-2030 pada peringkat ini makmal perancangan telah sampai ke tahap perancangan strategik dan pelaksanaan akan bermula pada tahun 2021. Transformasi melibatkan karekter murid… karakter guru, pemimpin sekolah dan sekolah supaya boleh bersaing mengikut tuntutan abad ke-21 serta memegang nilai budaya Pahang dan selari dengan Pelan Strategik Yayasan Pahang 2019-2028.

Seterusnya Pulau Manis juga mencadangkan agar Kerajaan Negeri Pahang memberikan imbuhan kewangan kepada para guru yang terlibat secara sukarela, bekerja lebih masa dalam mendidik pelajar yang terlibat di dalam peperiksaan SPM.

Tahniah sahabat saya daripada Pulau Manis sebagai seorang guru, yang telah prihatin kepada rakan-rakan guru. Buat masa ini pihak PIBG memainkan peranan utama dalam memberikan imbuhan kewangan bagi guru-guru yang secara sukarela bekerja lebih masa untuk pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan. Kerajaan… Kerajaan Negeri juga mengambil maklum dengan cadangan yang diberikan. Namun begitu ianya perlu diperhalusi dari aspek kemampuan kewangan semasa.

Seterusnya sahabat saya daripada Panching mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mewujudkan Sekolah Agama Negeri yang kedua dalam daerah Kuantan kerana permintaan yang tinggi. Ini cadangan yang sangat baik. Sebenarnya di negeri Pahang untuk ditambahkan lagi sekolah agama dan setelah mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri sendiri. Walaupun sebenarnya permintaan tidaklah setinggi mana.

Pada tahun 2018, permohonan seramai 4,400 orang yang… yang memohon yang ditawarkan seramai 2,273 orang. Pada tahun 2019 permohonan 4,250 orang yang ditawar 2,145 orang. Pada tahun… pada tahun 3… 2020 permohonan seramai 3,331 orang, yang ditawar 2,123 orang. Yang tidak ditawarkan kerana mereka tidak

mencukup syarat kelayakan dan juga mungkin daripada orang yang luar daripada Pahang dan juga jumlah permohonan melebihi daripada keupayaan kapasiti kelas mahupun asrama.

Dato Sri Yang di-Pertua, Sahabat saya di Panching juga bertanya tentang Kerajaan Negeri perlu mengkaji semula skim gred gaji pengetua di sekolah Agama Negeri agar selaras dengan pengetua di sekolah-sekolah kebangsaan. Kerajaan Negeri sedang mengkaji penstruk… penstrutan… penstrukturan semula Jabatan Agama Islam Pahang termasuk gred-gred jawatan pengetua di semua sekolah, di sekolah Menengah Agama Negeri Pahang Darul Makmur dan kita mengharapkan sokongan dan doa semoga hasrat ini menjadi kenyataan. Dicadangkan juga guru-guru jawatan sambilan di sekolah Agama Negeri Pahang dinaikkan taraf kepada jawatan kontrak.

Kerajaan Negeri tiada halangan untuk mempertimbangkan cadangan ini tertakluk sekiranya guru-guru berkenaan memenuhi syarat-syarat lantikan yang telah ditetapkan. Kerajaan Negeri mengambil maklum dan akan mengkaji keperluan cadangan berdasarkan kedudukan kewangan semasa.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Sahabat saya daripada Panching juga menyarankan supaya Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Pahang menitikberatkan soal imam-imam dari masyarakat Orang Asli dan memastikan bacaan mereka yang mengimamkan solat adalah sempurna.

Dato’ Sri Yang di-Pertua. Di antara perkara yang membanggakan Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Pahang, bukan saja Masjid-masjid Qariah dan Masjid-masjid Daerah telah melahirkan imam-imam yang fasih dan mampu menjadi imam dan khatib di atas mimbar membaca dengan tepat dan fasahah, tetapi kita telah mempunyai imam-imam Orang Asli yang mampu menjadi imam dan membaca khutbah dengan baik. Memang tidak disangkakan ada lagi beberapa tokoh yang perlu diberikan perhatian.

Perkara ini bukan baru ini sebagaimana yang saya sebutkan di dalam perbahasan awal dulu. Di kalangan kita ada yang membaca dalam keadaan yang tidak fasih kerana mereka tidak pandai membaca jawi ataupun bahasa Arab. Hal ini sudah tentu menjadi perhatian kepada Kerajaan Negeri dan Jabatan Agama Islam Pahang. Kita dapat perhati sendiri apabila mereka membacakan beberapa perkataan seperti contohnya kata Dato’ Sri Yang di-Pertua, hendaklah di dalam bubur asyura itu dibubuhkan kucing dia baca [Sebutan dalam Bahasa Arab] jadi orang pun bertanya, “Tuan Imam, apa maksud kucing itu?” Jadi Tok Imam ini, kerana malu-malu dia kata “kucing daripada Mekah”. Apabila disebut kucing daripada Mekah, orang pun tidak banyak bercara. Rupanya [sebutan dalam Bahasa Arab] adalah kacang.

Ada juga suatu ketika, mereka tersilap baca hendaklah kita mendidik anak-anak kita untuk memilih paku lantai yang betul supaya mereka belajar dan dapat kualiti yang terbaik. Rupa-rupanya dia membacakan [sebutan dalam Bahasa Arab] paku lantai itu factuality. Jadi tersalah baca akhirnya perfahaman Ahli Jemaah juga tersilap. Begitu juga ada di kalangan Tok Imam, dia membacakan termasuklah waktu Maghrib itu apabila tidak nampak anak [sebutan dalam Bahasa Arab] rupanya anak panah, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Jadi kesilapan-kesilapan inilah yang dimaksudkan oleh sahabat saya daripada Panching. Insya-Allah kita akan mengambil apa sikap yang positif bagi mendidik

mereka walaupun mereka ini saudara baru kita tetapi itu satu kebanggaan kepada kita mereka sudah berani dan untuk mampu untuk menjadi Imam dan membacakan khutbah.

Sahabat saya daripada Panching juga meminta err…. dapat memandangkan penduduk di Kuantan ini melebihi daripada 300,000 orang, Pejabat Agama Islam yang baru di Kuantan perlu di... di... apa diwujudkan. Sebenarnya perkara ini telah mendapat perhatian dan telah di ambil tindakan yang serius oleh Kerajaan Negeri bagi membina satu lagi Pejabat Agama Islam bagi memenuhi keperluan setempat di daerah Kuantan ini, insya-Allah.

Seterusnya sahabat saya daripada Damak memohon Kerajaan Negeri meningkatkan prasarana di 18 buah Sekolah Agama di Negeri Pahang. Sesungguhnya semua 18 buah sekolah agama di negeri Pahang ini duduk di antara dua mata Kerajaan Negeri Pahang dan dia adalah apa err… air tangan Kerajaan Negeri Pahang yang tidak pernah dibiarkan begitu sahaja bahkan sentiasa diberikan perhatian yang serius sesuai dengan keupayaan dan kemampuan Kerajaan Negeri itu sendiri.

Sahabat saya daripada Chenor juga memohon penjelasan mengenai status Pejabat Agama Islam di… di… di kawasan Chenor. Kita mempunyai Pejabat Agama Islam di kawasan Chenor er... dia tidak akan ditutup tetapi er... kita akan memastikan Kadi di daerah Maran itu, akan menanggung kerja dan membantu soal-soal kerja yang melibatkan keperluan penduduk setempat di daerah… di kawasan Chenor, insya-Allah.

Seterusnya sahabat saya daripada Chenor juga bertanya tentang bilangan pelajar di Sekolah-sekolah Menengah Agama Chenor semakin bertambah sehingga asrama mereka tidak mencukupi dan perlunya dibinakan asrama untuk anak-anak kita di Sekolah Agama Chenor. Alhamdulillah, perkara ini juga telah mendapat perhatian Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan telah dimasukkan di dalam Bajet Rancangan Malaysia Ke-12 dan mudah-mudahan ini akan menjadi kenyataan dalam waktu yang terdekat dan terbinalah asrama lelaki di Sekolah Menengah Agama Chenor.

Alhamdulillah itulah sedikit sebanyak usaha yang dapat saya er... sampaikan bagi menjawab persoalan-persoalan rakan yang telah kemukakan di dalam Persidangan DUN ini. Mudah-mudahan ia menepati apa yang di hasratkan oleh kita semua dan usaha ini diberkati oleh Allah SWT.

Dengan kata-kata itu, saya memanjatkan puji doa kepada Allah SWT [Bacaan Ayat Al-Quran] “Ya Allah, Berkatilah apa yang telah Engkau kurniakan kepada kami daripada rezeki dan selamatkanlah kami daripada segala keburukan daripada apa yang telah Engkau tentukan kepada kami dan limpahkanlah kami segala kebaikan yang melimpah ruah di negeri kami Pahang Darul Makmur”.

Dengan doa itu, saya mohon menyokong apa yang telah dicadangakan dan dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di dalam bajet pada Tahun 2021. Sekian. Assalamualaikum WBT [Ahli Dewan menepuk meja].

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima Kasih Yang Berhormat.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Tuan Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya...

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

… Saya nak sikitlah… nak apa ini Tuan Yang di-Pertua, saya nak er... membetulkan sedikit er… bukan betullah. Semalam saya ada bercakap berkenaan dengan pendidikan maksud saya, er... saya cadangkan supaya kita ada peluang kedua pada pelajar-pelajar yang tidak dapat ke IPT/ IPTA. Sebab tu saya cadangkan untuk dalam bidang Perikanan er... Marin dan Maritim.

Sebab tu… semalam saya beritahu, saya mencadangkan supaya Kolej Universiti Islam Pahang ini contohnya mengadakan kursus-kursus untuk peringkat sijil dan diploma. Di mana selepas… lepasan er... diploma ini boleh melanjutkan pelajaran ke universiti contohnya Universiti Malaysia Terengganu yang ada menawarkan er... kursus Marin, Maritim dan perikanan. Itu maksud saya.

Sahabat saya dari Muadzam yang memberikan cadangan supaya UCYP dan Insitusi Pengajian kita mengadakan kursus-kursus Maritim dan apa… Marin. Mudah-mudahan ini kita dapat bawa kepada apa pihak yang berwajib. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih sebelum saya menjemput Yang Berhormat seterusnya, suka saya mengingatkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya memakai mask dan pakai dengan cara yang betul dalam Dewan ini kecuali untuk berucap sebagai mematuhi SOP. Terima kasih.

Baiklah, seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Sila.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT dan Selamat petang. Dato’ Sri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah pada hari ini dalam Dewan yang mulia ini, kita sekali lagi diberikan kesihatan untuk bersama-sama bersidang bagi kemajuan dan kemakmuran negeri Pahang.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah, syabas dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang di atas pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2021 yang akan memastikan kemakmuran negeri Pahang dengan memberikan manfaat bersama kepada segenap lapisan rakyat di negeri Pahang ini.

Ambilkan saya buah Delima,

Masak sebiji di balik daun,

Budi tuan kami terima,

Jadi kenangan bertahun-tahun.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan dan pandangan kepada portfolio saya dalam sesi sidang Dewan kali ini. Sesungguhnya sesi perbahasan ini mempunyai nilai yang tersendiri kerana kita tidak dipilih untuk berbahas semata-mata, tetapi kita memilih untuk bersama bagi menjunjung amalan demokrasi negara yang kita pegang sejak sekian lama.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Izinkan saya menyentuh sedikit tentang iklim perpaduan Negeri Pahang Darul Makmur. Situasi semasa keharmonian dalam kalangan kaum dan etnik di negeri Pahang kini berada pada tahap yang amat baik. Kajian rasa selamat yang dijalankan terhadap 20,560 orang responden pada unjuran Januari hingga Jun Tahun 2020, 90.32% responden berpuas hati terhadap pengukuhan perpaduan dan keharmonian manakala 93.07% bersetuju berkeyakinan dan rasa selamat berada dalam komuniti di negeri Pahang.

Kajian ini dijalankan kepada komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di seluruh negeri Pahang. Kajian rasa selamat ini dijalankan sejak tahun 2011 dan rumusan sepanjang ia dilaksanakan di negeri Pahang melepasi aras asas 80% setiap tahun. Ini adalah sebahagian kaedah pengukuran penanda aras keharmonian dan perpaduan warga negeri Pahang lantas memberikan gambaran dan isyarat yang jelas masyarakat dan komuniti di negeri Pahang berada pada tahap yang selesa dan terjamin melalui kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Pada 10 Mac 2020, Kementerian Perpaduan Negara telah ditubuhkan dan buat sekian kalinya Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bernaung di bawah Kementerian yang tersendiri. Penubuhan Kementerian ini juga memantapkan lagi usaha dan pemurnian, pengukuhan keharmonian dan perpaduan di negara Malaysia juga di negeri Pahang. Sebanyak 457 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan sehingga hari ini di Negeri Pahang. Manakala sebanyak 466 Skim Rondaan Sukarela (SRS) telah ditubuhkan. Peranan kedua-dua badan ini sebagai barisan hadapan diperingkat komuniti bersama menggembleng tenaga mengukuhkan serta memelihara keharmonian, keselamatan dan perpaduan khususnya.

Selaras dengan penubuhan kementerian, Jawatankuasa Pelaksana Perpaduan Negara ditubuhkan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Perpaduan dan satu Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri diselaraskan di setiap negeri di mana Exco Perpaduan dipertanggungjawabkan selaku Pengerusi. Peranan jawatankuasa ini untuk makluman Ahli Dewan ialah sebagai satu forum untuk membincangkan isu dan masalah berkaitan dengan perpaduan termasuk suasana perpaduan dan hal integrasi nasional melalui perkongsian maklumat bersama agensi kerajaan berkaitan. Ia juga menjelaskan isu semasa dan menjawab persoalan yang menjadi pertikaian diperingkat akar umbi yang boleh mencetuskan masalah perhubungan dan ketegangan sosial di kalangan masyarakat.

Ia juga berperanan untuk mengesyor inisiatif dan program untuk memantapkan perpaduan dan keharmonian masyarakat peringkat komuniti melalui aktiviti perdampingan sosial ataupun social outreach, dengan izin, dan program penggalakan

menjalin kerjasama pintar dan menggembeleng sumber-sumber sedia ada agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan NGO dan masyarakat dalam menyokong inisiatif dan membudayakan perpaduan dan meraikan kepelbagaian bagi memastikan perpaduan masyarakat sentiasa terpelihara. Jawatankuasa ini dikehendaki bermesyuarat dua bulan sekali membincangkan isu-isu perpaduan dan merangka dan strategi melaksanakan tindakan yang difikirkan perlu bagi usaha memantapkan perpaduan.

Untuk tahun 2020 ini Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita telah berjaya mengadakan sesi maklum balas Pelan Tindakan Perpaduan Negara, Program Sidang Media Komuniti Negeri Pahang dan Program Pemantauan SOP Rumah Ibadat Bukan Islam. Keseluruhan program ini akan menerapkan konsep pengukuhan perpaduan dan kesedaran komuniti untuk saling bekerjasama memantapkan keharmonian di Pahang dan kita merancang pada tahun 2021 untuk mengadakan Sambutan Minggu Perpaduan untuk mengadakan juga Forum Diraja Rukun Negara serta meningkatkan program-program melalui kelab-kelab Rukun Negara di seluruh negeri.

Bagi mengukuhkan dan memperkasakan komuniti perancangan pihak jabatan dan Kerajaan Negeri mensasarkan penubuhan lebih 100 kawasan rukun tetangga baharu di negeri Pahang. Langkah ini sebagai usaha untuk meningkatkan penglibatan masyarakat di kawasan komuniti selain mempromosikan dan mengukuhkan perpaduan di setiap kawasan perumahan baik di bandar mahupun di luar bandar.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Izinkan saya menyentuh pula tentang portfolio kebajikan. Saya begitu terharu kerana dalam pembentangan Bajet pada kali ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah memberikan perhatian yang besar dan khusus kepada soal-soal kebajikan rakyat. Serangkap pantun lagi.

Bunga pekan di tepi jendela, Bunga kenanga di tepi sumur, Kebajikan rakyat terus dibela, Itulah tanda negeri yang makmur.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Semua golongan yang memerlukan yang telah pun diberikan sentuhan di dalam belanjawan pada kali ini. Golongan B40, orang muda, anak sekolah, pelajar universiti, warga emas, OKU, ibu tunggal pastinya mendapat manfaat langsung dan tidak langsung dari Belanjawan pada kali ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar di saat-saat kita menghadapi wabak COVID-19 diperingkat awal lagi ya, NGO-NGO kebajikan telah pun diberi peruntukan untuk membantu mengekang COVID-19 di negeri Pahang.

Saya dengan ini juga ingin mengucapkan syabas kepada pasukan task force COVID-19 yang diketuai oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang yang telah menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. Tahniah. Syabas juga kepada semua sukarelawan kebajikan yang dari awal lagi telah pun melakukan pelbagai aktiviti termasuklah memasaklah untuk membekalkan makanan kepada frontliner kita. Kerajaan Negeri Pahang juga terus memperkasakan peranan badan bukan kerajaan yang saling bekerjasama atas semangat sukarelawan dan membantu Kerajaan Negeri dalam menghadapi musibah.

Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Wanita dan Keluarga Negeri Pahang dengan penglibatan penting Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif menggerakkan NGO-NGO Kebajikan untuk bekerjasama melalui Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Pahang ataupun singkatannya MAKPEN. Sejak 2018, MAKPEN sebagai induk kepada NGO-NGO Kebajikan telah melaksanakan 151 program-program pembangunan komuniti, penyampaian bantuan, pengurusan bencana serta kesukarelaan. Kami juga bekerjasama rapat dengan Jawakuasa Belia dan Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh sahabat saya daripada Tioman.

Kerajaan Negeri juga kali ini telah menyalurkan RM3 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Jawatankuasa Malapetaka Negeri Pahang dibawah kawalan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang mulai tahun 2021 iaitu peningkatan sebanyak RM1 juta berbanding tahun 2020. Kerajaan negeri juga telah selesai menyalurkan bantuan barangan ke 118 buah Pangkalan Hadapan seluruh negeri Pahang sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut kali ini.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Untuk julung kalinya juga, persediaan bagi menghadapi bencana kali ini dipadani dan disesuaikan dengan SOP dan normal baharu di pusat-pusat pemindahan sementara dan proses penyediaan makanan kepada mangsa-mangsa bencana.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Belanjawan baharu ini telah berbesar hati mengumumkan Bantuan Prihatin Pahang kepada rakyat Pahang yang mana golongan warga emas mendapat manfaat, yang berumur 80 tahun ke atas seramai 2,054 orang menerima one-off sebanyak RM250.00 dengan jumlah keseluruhan RM513,500.00. Sumbangan ini adalah manifestasi keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang menghargai golongan warga emas.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Bantuan one-off sebanyak RM250.00 juga kepada Orang Kurang Upaya yang melibatkan seramai 33,973 dengan jumlah keseluruhan RM8,493,250.00.

Berdasarkan rekod Jabatan kebajikan Masyarakat, seramai 34,081 Orang Kurang Upaya telah berdaftar di negeri Pahang sehingga 16 November 2020. Manakala jumlah OKU yang menerima bantuan kewangan bulanan sehingga November 2020 adalah seramai 12,207 orang iaitu penerima Elaun Pekerja Cacat seramai 5,371 orang, Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Terlantar seramai 2,103 orang dan penerima Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja seramai 4,733 orang.

Selain itu, JKM juga memberi saguhati RM150.00 sebulan kepada pelatih OKU yang mengikuti latihan pemulihan di PPDK. Seramai 1,362 orang telah menerima manfaat tersebut. Pemberian bantuan one-off sebanyak RM250.00 ini dijangka akan menggalakkan lebih ramai OKU mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan implikasinya lebih banyak manfaat dapat diberi kepada mereka.

Dato’ Sri Yang d-Pertua, Bantuan Am merupakan bantuan daripada peruntukan Kerajaan Negeri. Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat diberikan kepada individu atau keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan di dalam komuniti yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM yang lain. Kadar bantuan yang diberikan adalah berbeza

mengikut negeri. Kadar Bantuan Am negeri Pahang diluluskan sebanyak RM300.00 sebulan semenjak tahun 2012.

Justeru itu, kenaikan kadar Bantuan Am Kerajaan Negeri Pahang dari RM300.00 kepada RM350.00 sebulan amatlah bermakna kepada golongan yang memerlukan ini. Insya-Allah, dengan kenaikan kadar Bantuan Am ini dapat dapat meningkatkan kualiti hidup mereka yang terkesan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga telah memperuntukkan RM10,000.00 untuk setiap 52 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di negeri Pahang untuk memberi latihan dan pemulihan kepada Orang Kurang Upaya dengan peruntukan sebanyak RM520,000.00. Peruntukan RM520,000.00 kepada setiap PPDK bagi tahun 2021 adalah jumlah yang tertinggi jika dibandingkan sebelum ini iaitu RM1,000.00 kepada setiap 52 PPDK tersebut. Peruntukan Kerajaan ini juga menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap golongan Orang Kurang Upaya yang mengikuti aktiviti pemulihan di Pusat-pusat Pemulihan Dalam Komuniti di seluruh negeri Pahang.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya tertarik kepada saranan dari er... YB. daripada Pelangai yang mencadangkan agar anak-anak yatim di Pusat-pusat Penjagaan Anak Yatim, sama ada kelolaan NGO, swasta dan JKM, dibantu oleh Kerajaan Negeri. InsyaAllah, Kerajaan Negeri yang sentiasa cakna, pastinya akan memberi perhatian dan pertimbangan kepada cadangan ini yang mana ianya pasti akan memberi manfaat kepada 81 buah pusat jagaan termasuk rumah anak-anak yatim yang berdaftar dengan JKM di Negeri Pahang ini.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Berkenaan dengan portfolio Wanita dan Hal Ehwal Keluarga, pembentangan Belanjawan 2021 kali ini, turut memberi tumpuan, penekanan dan fokus serta komitmen kerajaan untuk membantu dan memperkasakan pembangunan golongan wanita di Negeri Pahang. Ini melibatkan peruntukan sebanyak RM772,000.00 untuk pembangunan wanita dan peruntukan RM1.5 juta melalui ‘Program Cakna Suri’ iaitu ujian mamogram secara percuma yang akan melibatkan 6,000 wanita pada tahun 2021.

Ini membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kaum wanita sejajar dengan Dasar Wanita Negara adalah untuk membangunkan potensi dan mendaya- upayakan wanita dari pelbagai lapisan masyarakat dan dalam semua sektor sebagai agen perubahan kepada masyarakat. Ini adalah kerana wanita juga adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial, negara dan juga negeri kita khususnya.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Pada 1 Januari 2020, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Unit Pembangunan Wanita Pahang bagi membangunkan sosial dan ekonomi wanita negeri Pahang. Unit yang beroperasi di UTC ini, di UTC Kuantan ini yang mana juga telah membuka kaunter pusat khidmat aduan wanita yang membolehkan wanita-wanita di Negeri Pahang menyalurkan aduan yang berkaitan hal ehwal wanita.

Dengan penubuhan unit ini ianya sangat membantu Kerajaan Negeri dalam banyak perkara yang berkaitan wanita bukan sahaja UPW ditubuhkan malah Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan Majlis Pembangunan Wanita Pahang yang mana ianya ditubuhkan secara rasmi pada 14 Januari 2020 dan telah bergerak secara aktif di setiap Parlimen di dalam Pahang.

Pelbagai aktiviti dan program telah diadakan di dalam skala yang kecil dan kerap bagi membantu wanita di Negeri Pahang. MPWP juga telah membantu secara aktif golongan wanita di seluruh Pahang yang terjejas dengan wabak COVID-19. Program-program yang telah dilaksanakan begitu dekat dengan masyarakat terutama golongan wanita. UPW dan MPWP memberi fokus kepada program substantif seperti pemerkasaan ekonomi dan kesejahteraan wanita dan mengurangkan program-program bersifat majlis dan keramaian semata-mata. Program-program seperti ini akan mencapai sasaran atau outcome seperti mana yang telah ditetapkan. Setiap program akan dibuat kajian bagi penambahbaikan termasuk memastikan penggunaan sumber kewangan yang minimum.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Unit Hal Ehwal Wanita juga akan diperkukuhkan lagi dalam tahun 2021 dengan menambah bidang tugas kepada turut menjadi pemantau ataupun urus setia kepada kerja-kerja pembangunan sosial dan juga membasmi kemiskinan tegar di negeri Pahang. Saya ingin menyentuh sedikit tentang ‘Program Cakna Suri’ yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang akan melibatkan 6,000 orang wanita di seluruh negeri Pahang. Mengikut laporan daripada Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCDC) Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, kanser payudara merupakan kanser yang tertinggi di Malaysia, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Ia menyumbang sebanyak 32.1% daripada punca kematian akibat kanser di Malaysia.

Di Pahang, sebanyak 3,226 pesakit kanser payudara telah dilaporkan daripada tahun 2007 sehingga 2019 dalam tempoh 13 tahun ini. Ini menjadikan purata kes yang dilaporkan setahun adalah 250 kes. Kadar kes kanser payudara yang dilaporkan di negeri Pahang mengikut daerah untuk tahun 2000 hingga 2019 mencatatkan daerah Temerloh sebagai mempunyai kadar kanser payudara yang paling tinggi iaitu 56.3% per 100,000 populasi diikuti oleh Jerantut 50.8% per 100,000 populasi dan Maran 43.7% per 100,000 populasi.

Jika dilihat dari segi umur pula, didapati 86.5% daripada kes kanser payudara di Pahang adalah dari golongan yang berumur lebih 40 tahun dan 50% daripada pesakit ini dikesan pada peringkat yang agak lewat iaitu Stage 2 dan ke atas. Jika kanser payudara dikesan pada peringkat awal iaitu pada Stage 1 Dato’ Sri Yang di-Pertua, five years survival rates dengan izin, mereka adalah lebih baik iaitu melebihi 80%. Namun sekiranya, pengesanan dilakukan pada peringkat yang agak lewat five years survival rates mereka akan jauh berkurangan sehingga mencapai 23% sahaja bagi Stage 4.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Kajian National Health Morbidity Survey 2019 (NHMS 2019) aktiviti saringan bagi pengesanan kanser payudara di Pahang merupakan antara yang terendah di Malaysia. Hanya 39.2% sahaja daripada wanita di Pahang yang pernah membuat pemeriksaan sendiri payudara (PSP) dan hanya 10% sahaja yang pernah membuat pemeriksaan mamogram. Dan kerana itulah kita sangat mengalu-alukan inisiatif Kerajaan Negeri, pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memberikan pemeriksaan percuma mamogram kepada 6,000 wanita di Negeri Pahang ini. Dan saya kira ini adalah satu hadiah yang sangat bernilai daripada Kerajaan Negeri kepada wanita di Negeri Pahang.

ADUN daripada Triang ada mencadangkan supaya dibuat pemeriksaan mamogram bergerak ya, tetapi walau bagaimanapun untuk ‘Program Cakna Suri’ ini, kita tidak lagi berkemampuan untuk mengadakan program mamogram bergerak namun kita akan memastikan mereka yang terpilih ataupun kumpulan sasar ini dapat kita rujuk kepada

3 pusat mamogram yang beroperasi di Negeri Pahang iaitu di Pahang Medical Centre, di IIUM Medical Centre dan di Darul Makmur Medical Centre. Jadi bagi wanita yang berada di sekitar Bentong, Jerantut, Raub dan Kuala Lipis akan dirujuk kepada pusat mamogram di Kuala Lumpur. Setakat ini Jabatan Kesihatan Negeri dan LPPKN tiada menyediakan kemudahan pemeriksaan mamogram bergerak. Insya-Allah, kita akan cuba usahakan sekiranya kita mampu untuk melaksanakan nanti.

Selain ujian mamogram percuma, ‘Program Cakna Suri’ juga…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan. Terima kasih kepada er… Wakil Kerajaan Negeri. Memang saya juga sangat bersetuju dan saya berasa ini satu breakthrough bagi Negeri Pahang akhirnya apa yang kita nanti-nantikan direalisasikan pada tahun depan. Jadi cadangan saya, untuk mamogram bergerak kerana kita nampak dulu apabila LPPKN menggalakkan wanita ambil bas percuma pergi Kuantan dan Kuala Lumpur, tapi masih ada juga wanita yang tidak dapat pergi.

Jadi sekiranya untuk Negeri Pahang kita masih menggunapakai cara yang sama er… untuk pergi Kuantan ataupun Kuala Lumpur, saya bimbang mungkin wanita di kawasan luar bandar juga tidak dapat pergi sebab kesedaran masih belum sampai lagi.

Jadi sebenarnya ada badan-badan yang mempunyai kelengkapan, NGO-NGO ini mereka sanggup menawarkan mamogram percuma tanpa bayaran er… dikenakan kepada wanita atau peserta. Jadi saya rasa mungkin untuk kawasan luar bandar, kerajaan boleh bekerjasama dengan mereka sebagai contoh, MAKNA. Terima kasih.

Terima kasih er… Wakil daripada Triang. Insya-Allah ya, kita akan cuba bekerjasama dengan semua pihak demi kesejahteraan dan kesihatan wanita di negeri Pahang. Dan er… selain daripada ujian mamogram percuma ini, ‘Program Cakna Suri’ juga menyediakan program penerangan dan kesedaran sepertimana kata Wakil daripada Triang itu tadi, memang kurang kesedaran. Sebab itu Pahang mencatatkan antara negeri yang terendah, sebenarnya yang kedua terendah di Malaysia yang telah pun mengikuti er… pemeriksaan mamogram ini ya.

Dan kita perlu memberi kesedaran kepada wanita serta keluarga mengenai kepentingan membuat saringan awal mengesan kanser payudara. Kerajaan Negeri dengan kerjasama LPPKN juga akan melaksanakan ‘Program Jelajah Peduli Keluarga’ pada tahun 2021 di seluruh Pahang bagi membuat saringan kesejahteraan, pendidikan keibubapaan serta penerangan mengenai kanser.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Penglibatan serta sumbangan kaum wanita amat diperlukan. Bila sebut wanita ini termasuklah er… Wakil daripada Bukit Ibam, dia kata wanita ini kena tengok ibu tunggal. Ibu tunggal muda, ibu tunggal tua. Bila sebut wanita ini, semua lah tak kira dia ibu tunggal, ibu tinggal ataupun suri rumahtangga yang bekerjaya, yang muda atau tua, kita libatkan semua. Jadi ianya amat diperlukan dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negeri.

Wanita harus mempunyai rasa tanggungjawab serta keupayaan diri dalam menyumbang tenaga mereka terhadap pembangunan modal insan di negeri kita ini.

Sumbangan mereka sama ada sebagai isteri, ibu, pekerja didalam pembangunan, bangsa dan negara amatlah penting. Mereka bukan saja memainkan peranan utama dalam pembentukan generasi kamil di masa akan datang, malah merupakan sumber pembangunan ekonomi yang penting. Peranan wanita sangat penting kerana mereka merupakan satu pertiga daripada jumlah modal insan di negeri ini.

Dato’ Sri Yang Di-Pertua, Sekali lagi, di penghujung ucapan saya ingin merakamkan setinggi jutaan terima kasih kepada keprihatinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar di atas peruntukan untuk golongan wanita dan juga kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang begitu prihatin sekali. Dan saya boleh mengatakan bahawa Belanjawan kali ini telah dirangka dengan jiwa, Dato’ Sri Di-Pertua.

Kalau biasa dalam iklan, kalau kita nak promote kan barang jenama ni, dia ada tagline Dato’ Sri Yang Di-Pertua. Kalau dalam bidang fesyen, wakil daripada Lanchang ni dia seorang yang sangat meminati fesyen dan sangat fashionable dengan izin. Dia selalu guna tagline dia Paris, London, New York ataupun gaya, mutu, keunggulan. Belanjawan kali ini boleh saya katakan satu belanjawan love, tender and care Dato’ Sri Di-Pertua [Ahli Dewan menepuk meja].

Dan saya ingin menyeru juga kepada semua Ahli-Ahli Dewan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan negeri khususnya dalam memberi tumpuan kepada kebajikan dan juga kepada pembangunan wanita dan keluarga bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dan semua rakyat menerima faedah dan terus dilindungi demi kesejahteraan negara.

Bulan November juga Dato’ Sri Yang di-Pertua, adalah Bulan Keluarga Kebangsaan. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Keluarga Kebangsaan dengan tema “Kita Jaga Keluarga Kita” dan saya juga mengambil kesempatan ini Dato’ Sri Yang di-Pertua untuk mengucapkan kepada Dato’ Sri Yang di-Pertua dan juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan semua Ahli-ahli Dewan kaum lelaki mewakili saya bolehlah mewakili er... Bukit Ibam, mewakili Triang, mewakili Sabai, mewakili Ketari mengucapkan Selamat Hari Lelaki Sedunia kepada semua yang jatuh pada hari ini [Ahli Dewan menepuk meja] dengan ucapan, ada ucapan... dengan ucapan, lelaki budiman pujaan hati, teguhkan iman, aman negeri.

Jadi dengan kata-kata itu, saya sekali lagi menyokong belanjawan negeri 2021. Sekian wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Bioteknologi Negeri Pahang. Dipersilakan.

Assalamualaikum WBT. [Ayat al-Quran].

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Pertamanya saya merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberikan er... izin kepada saya untuk er... menggulung, memberi ruang untuk saya menggulung bagi pihak kerajaan berkaitan dengan er... Sektor Pertanian, Industri Asas Tani Dan Biotek er… negeri dan

pada masa yang sama juga bagi ruang kepada saya untuk menyokong bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar pada 16 November yang lalu.

Pertama-tamanya, tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar atas kejayaan pembentangan Belanjawan Negeri Pahang tahun 2021 yang er... mempunyai memfokuskan kepada 3 strategi iaitu pertama, melonjakkan ekonomi ke arah negeri berdikari. Kedua, memperkasakan perkhidmatan dan modal insan dan yang ketiganya mensejah... mensejahterakan kehidupan rakyat.

Saya... bajet ini cukup er... menyeluruh er... syumul dan mencakupi seluruh peringkat masyarakat. Dan sudah tentunya ini menunjukkan kesungguhan, komitmen dan keikhlasan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri untuk membentangkan bajet yang insya-Allah dapat mensejahterakan rakyat jelata dan memajukan Negeri Pahang Darul Makmur ini. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri.

Syukur alhamdulillah, di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar sekali lagi telah mengekalkan sektor pertanian sebagai salah satu sektor utama yang diberikan perhatian dalam usaha melonjakkan pertubuhan ekonomi Negeri Pahang. Dalam strategi pertama belanjawan tahun 2021 ini, melonjak ekonomi kearah negeri berdikari, Jabatan Pertanian Negeri Pahang telah diberikan peruntukan bernilai RM5.5 juta bagi memantapkan sektor Agromakanan melalui peningkatan pengeluaran bahan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman kontan, herba, pengeluaran madu dan lain-lain tanaman yang berpotensi.

Bagi memperkemaskan lagi pelaksanaan program di peringkat lapangan, Jabatan Pertanian telah menyusun 3 strategi utama iaitu pertama, pembangunan agromakanan berorientasikan eksport dengan teknologi moden. Yang kedua, memperkasa modal insan dalam pembangunan agromakanan dan yang ketiga, pengalaman amalan pertanian baik dan pensijilan berkualiti.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua, Strategi pertama pembangunan agromakanan berorientasikan eksport dengan teknologi moden, Jabatan Pertanian telah memperkenal... mengenalpasti beberapa tanaman yang telah dan akan diberi tumpuan dalam sesuatu kawasan pengeluaran berdasarkan kesesuaian tanah, bentuk muka bumi tanaman sedia ada serta potensi kawasan yang belum dibangunkan. Tanaman yang terpilih adalah tertumpu kepada yang bernilai tinggi serta berorientasikan eksport seperti Durian D197 atau Musang King, Nangka J33, Mesta dan lain-lain tanaman.

Bagi meningkatkan keberkesanan dan impak pembangunan projek, Jabatan Pertanian akan memberi tumpuan kepada penyaluran insentif yang lebih tinggi kepada infrastruktur berbentuk teknologi seperti sistem pengairan ladang, sumber bekalan air tanaman, mekanis... mekanisasi ladang, fertigasi vertical farming dengan izin, dan lain-lain teknologi yang bersesuaian.

Peluasan kawasan pertanian bagi pengeluaran bahan makanan menyebabkan pembersihan kawasan yang terbiar. Kebanyakan kawasan ini terdedah kepada serangan musuh tanaman serta adakalanya melibatkan juga gangguan daripada kalangan manusia sendiri. Justeru itu, insentif barangan bagi mengawal musuh tanaman ini juga akan disalurkan agar pengurusan tanaman dapat diuruskan dengan berkesan.

Bagi meningkatkan lagi pengeluaran hasil bahan makanan di Negeri Pahang, Jabatan Pertanian menyediakan peruntukan pembangunan tahun 2021 bernilai RM3.15 juta. Dianggarkan seramai 200 orang petani akan dapat dibantu bagi pembangunan tanaman buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman kontan, herba dan rempah ratus, kelapa serta pemeliharaan lebah kelulut.

Pembangunan produk hiliran hasil tanaman atau industri asas tani juga akan digerakkan mengikut kluster agar hasil dapat ditambah nilai untuk meningkatkan sumber pendapatan yang lebih tinggi kepada pengusaha dan sebanyak RM450 ribu disediakan pada tahun 2021 untuk membimbing para pengusaha produk hiliran ini.

Strategi kedua, pemerkasaaan modal insan dalam pembangunan agromakanan. Jabatan mensasarkan penggunaan yang lebih drastik teknologi moden tanaman dipamerkan lebih banyak oleh golongan muda yang lebih inovasi, inovatif dan kreatif. Pemerkasaan perkhidmatan pengembangan termasuk latihan kepada agropreneur muda ini diperluaskan bagi meningkatkan kompetensi mereka dalam pengurusan tanaman dan pekerja. Yang ketiga, teknologi yang lebih moden akan diterapkan kepada golongan ini bagi menarik lebih ramai pengusaha terlibat dalam sektor agromakanan ini.

Strategi ketiga pengamalan amalan pertanian baik dan pensijilan kualiti. Fokus menjayakan amalan pertanian yang baik adalah kepada pengeluaran hasil yang berkualiti. Keselamatan makanan, penjagaan alam sekitar dengan mengikut garis panduan yang disyorkan. Ladang atau kebun yang dapat menguruskan amalan pertanian baik akan diiktiraf melalui penyerahan sijil myGAP atau myOrganik yang sangat membantu pengusaha menembusi pasaran yang lebih luas dan menguntungkan.

Bagi mencapai sasaran sebanyak 800 ladang atau kebun yang memperolehi persijilan myGAP menjelang akhir tahun 2021, Jabatan Pertanian telah menetapkan bahawa setiap Penolong Pegawai Pertanian di kawasan perkhidmatan perlu membimbing sekurang-kurangnya 6 kebun memperolehi sijil myGAP. Untuk itu, pada tahun 2021 akan ada pertambahan sebanyak 360 sijil myGAP dari 60 kawasan perkhidmatan di seluruh negeri Pahang.

Kerajaan Negeri Pahang dalam mendepani cabaran semasa COVID-19 akan terus beriltizam menumpukan segala kekuatan yang ada untuk menjadi negeri peneraju industri pertanian yang bernilai tinggi, moden dan berorientasikan eksport. Tumpuan pembangunan bukan hanya melibatkan kawasan luar bandar namun akan diperluaskan kepada penduduk di bandar serta kawasan pinggir bandar. Kerajaan sedar terdapat ramai juga kawasan bandar yang tergolong dalam golongan B40 dan M40.

Sehubungan dengan itu, dalam Rancangan Malaysia Ke-12, Jabatan Pertanian memperkenalkan program khusus untuk mengurangkan perbelanjaan isi rumah keluarga serta mampu juga untuk menjana pendapatan iaitu Program Tanaman Keliling Rumah. Melalui program ini, beberapa projek iaitu tanaman Kelapa Keliling Rumah (KKR) dan Projek Kitchen atau Edible Garden, dengan izin, diperluaskan dengan penyaluran insentif dalam bentuk bahan input serta peralatan kecil bagi mengeluarkan bahan makanan seperti sayur-sayuran, tanaman kontan, herba dan rempah ratus.

Program seumpamanya pula di peringkat Persekutuan juga akan diwujudkan iaitu Program Pembangunan Kebun Komuniti seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Pembentangan Bajet baru-baru ini.

Sambutan oleh masyarakat di negara dan negeri ini terhadap tanaman durian khususnya yang berkualiti premium seperti D197 atau Musang King boleh dianggap sebagai satu fenomena di negeri. Dapat dilihat dari pemantauan pihak jabatan, para pemilik tanah mula mengusahakan tanah mereka untuk ditanam dengan durian yang sememangnya boleh mendapat pulangan yang tinggi akibat pasaran yang meluas sehingga ke peringkat antarabangsa.

Justeru itu, jabatan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 telah memperkenalkan satu aktiviti baru agar pengusaha tanaman boleh mendapat benih pokok buah-buahan yang sah selain daripada Jabatan Pertanian di samping membantu para pengusaha benih tanaman buah-buahan yang sedia ada mengembangkan lagi perusahaan mereka. Projek usahawan benih tanaman buah-buahan diperkenalkan melalui program pembiakan benih tanaman yang menyalurkan insentif kepada pengusaha yang terpilih diberi dalam bentuk input pertanian, infrastruktur, pengairan serta mesin atau peralatan kecil untuk mengeluarkan benih tanaman buah-buahan.

Pengusaha yang menerima insentif akan dibantu seterusnya memperolehi sijil melalui Program Skim Pengesahan Benih Tanaman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Pemegang sijil ini mengesah dan membuktikan benih yang dikeluarkan itu adalah tulen dan sah untuk dijual kepada masyarakat. Jabatan bercadang untuk membantu sebanyak 5 pengusaha dalam tahun 2021 ini.

Bagi pengusaha yang terlibat dengan sektor pertanian, pihak Agrobank menyediakan pembiayaan bagi membantu perniagaan dan isi rumah yang terjejas akibat COVID-19. Sehingga 31 Oktober 2020, Agrobank Wilayah Pahang telah meluluskan pembiayaan kepada 127 pelanggan dengan nilai RM22.81 juta. Manakala di bawah penjana sebanyak RM1.61 juta telah diluluskan kepada 177 peminjam pembiayaan agromakanan ini dan pembiayaan agromakanan ini masih terbuka dan boleh dipohon di mana-mana cawangan Agrobank terdekat.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ADUN-ADUN, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya terutamanya terima kasih kepada ADUN Bilut ya… dan Jengka yang telah mengutarakan cadangan dan pandangan dalam sektor agromakanan ini.

Bagi menjawab pertanyaan daripada kedua-dua Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Pertanian sentiasa komited memberikan perkhidmatan nasihat, teknikal serta khidmat regulatory kepada para petani di negeri ini. Perkhidmatan dari jabatan ini termasuklah membangunkan kawasan tanah milik yang terbiar yang boleh dieksploitasi menjadi tanah yang produktif seterusnya dapat mengeluarkan bahan makanan yang berkualiti. Jabatan Pertanian bersedia memberikan khidmat latihan bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran kepada pengusaha untuk menyediakan… pengusaha yang kompeten dan lawatan pemantauan pelaksanaan projek juga dilakukan oleh pegawai daripada jabatan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat ADUN Jengka telah mengutarakan cadangan menjadikan Pahang sebagai pengeluar utama bahan makanan. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Jengka, tanaman sayur-sayuran di Cameron Highlands sahaja telah menyumbang

17.88% pengeluaran sayur di Malaysia dan tidak mustahil negeri Pahang mampu menjadi pengeluar utama bahan makanan di Malaysia. Sehingga kini, kita Pahang telah membangunkan 18 TKPM di negeri Pahang yang mengeluarkan pelbagai hasil bahan makanan.

Pahang juga memfokuskan kepada program penanaman bernilai tinggi seperti nanas melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Juga ADUN Tras ya, membangkitkan bahawasanya menyatakan 70% hasil durian datang daripada kawasan tanah yang tanpa permit. Sebenarnya setelah diteliti, dakwaan er… YB Tras didapati tidak tepat kerana mengikut statistik Jabatan Pertanian Malaysia tahun 2018 sahaja, terdapat 73,740 hektar tanaman durian di seluruh Malaysia dan 14,897 hektar di negeri Pahang.

Berpandukan kepada maklumat daripada Kerajaan Negeri keluasan tanaman durian di tanah haram hanya mewakili sebanyak 2.94% daripada keluasan yang ditanam dalam negeri dan yang ditanam dalam negara dan 14.5% sahaja dari keluasan durian di negeri Pahang.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Minta mencelah. Ya, Tuan Speaker. Apa yang saya nak celah adalah saya nak tambah itu adalah saya apa sebut… saya pada hari Rabu adalah Musang King, bukan durian. Musang King yang premium sebenarnya berasal dari Raub dan kebanyakannya adalah dari tanah tanpa permit. Yang ini apa yang saya nak sebutkan. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua, Ini statistik yang telah kita perolehi daripada ini data rasmi ya, yang saya ingin kongsi dengan Dewan yang mulia ini. ADUN Sabai telah membangkitkan berkaitan dengan er… belia India er… yang dilihat menghadiri banyak kursus dan er…beliau mencadangkan agar diberi peluang untuk menguruskan sektor pertanian. Merujuk kepada maklumat daripada er… Jabatan Pertanian, terdapat program yang khusus kepada golongan-golongan belia iaitu Program Agropreneur Muda yang mana boleh dipohon melalui Pejabat Pertanian daerah-daerah. Maka melalui program tersebut, bantuan geran berbentuk barangan serta input sehingga RM20,000.00 satu projek dapat disalurkan.

Bantuan modal juga boleh dibiayai melalui er… program yang dikendalikan oleh Agrobank dan er… para belia yang berkaitan bolehlah er… memohon ataupun mengajukan permohonan er… kepada jabatan-jabatan yang berkaitan sama ada pertanian, aa ni… veterinar, perikanan dan sebagainya di daerah masing-masing.

Rakan saya daripada Padang Tengku telah membangkitkan tentang er… projek Taman Herba Chegar Perah yang satu ketika telahpun dirangka dirancang melalui ECERDC untuk dijadikan sebagai Taman Herba di kawasan Chegar Perah ini. Namun er… didapati bahawasanya pengusahanya telah mula untuk er… menanam Musang King, durian Musang King.

Jadi bersandarkan kepada er… maklumat yang diterima oleh pihak BPEN er… pihak pengusaha telah menyatakan bahawasanya untuk projek tanaman herba ni ianya memerlukan pokok-pokok teduhan dan er… oleh kerana kawasan tersebut terdedah dengan er… ini cuaca yang agak panas maka mereka telah mohon kepada pihak

Kerajaan supaya dapat menanam pokok-pokok teduhan terlebih dahulu sebelum er… menanam herba termasuk jenis Tongkat Ali.

Namun pada peringkat ini, setakat ini pihak ini er… Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (PSK) belum lagi membuat keputusan dan mungkin er… ini pihak Kerajaan akan memantaulah kerana tujuan asal er… projek ini diluluskan er… seluas lebih kurang dalam 800 ekar adalah untuk projek ni er… ni taman herba dan insya-Allah kita akan mengambil kira pandangan yang telah dikemukakan oleh rakan saya daripada Padang Tengku supaya dapat er… dikembalikan kepada tujuan asal iaitu Projek Taman Herba.

Manakala sahabat saya daripada Kuala Semantan membangkitkan tentang projek ECRE… ECRL yang er… mana laluan lamanya melalui er… projek yang sedia ada iaitu er… projek ternakan ikan sangkar. Untuk makluman sebenarnya terdapat er… lebih kurang 24 pengusaha yang er… mana melibatkan 397 petak sangkar ikan yang er… mungkin terjejas. Setakat ini, melalui Pejabat Daerah, mesyuarat telahpun diadakan dengan MRL dengan er… pengusaha-pengusaha dan juga pihak Jabatan Perikanan supaya dapat er… seperti mana yang dizahirkan oleh sahabat saya iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas iaitu menimbangkan untuk memberi saguhati ataupun pampasan kepada penternak-penternak yang er… berkaitan. Dan setakat ini rundingan masih lagi diteruskan, insya-Allah kita akan juga memberikan perhatian supaya nasib penternak-penternak ini dapat diberikan pembelaan.

Yang Berhormat ADUN Muadzam ada mencadangkan agar Kerajaan Negeri meneroka hasil baru dari sumber lain yang berdaya saing dan mengetengahkan cadangan termasuk ni projek ikan hiasan sebagai salah satu sumber baharu yang boleh diterokai.

Menurut maklumbalas yang kita diterima daripada Jabatan Perikanan, jumlah pengusaha ikan hiasan negeri Pahang dalam tahun 2020 adalah 43 pengusaha yang telah menghasilkan sebanyak RM846 ribu dari tahun 2017 sehingga Oktober 2020. Dari jumlah tersebut, 70% pengusaha ikan hiasan adalah separuh masa yang er… yang terdiri daripada pelbagai golongan termasuk kakitangan kerajaan, swasta dan sebagainya manakala 30% pengusaha ikan hiasan adalah sepenuh masa ya dan ini adalah satu projek yang boleh diberikan perhatian dan er… pihak Jabatan Perikanan akan memantaulah dan juga memberikan khidmat nasihat.

ADUN Muadzam juga mencadangkan permit bagi pemancing untuk aktiviti rekreasi pada masa sekarang. Pada masa sekarang Kerajaan melalui Jabatan Perikanan sudahpun mengeluarkan surat sokongan untuk mendapatkan kelulusan permit bagi mematuhi peraturan berkaitan keselamatan oleh Jabatan Laut kepada mana-mana pemilik atau nelayan vesel berenjin dalam, vesel berenjin dalam yang ingin membawa penumpang untuk menjalankan aktiviti perikanan rekreasi di laut. Sebanyak 13 surat sokongan telah dikeluakan dan diluluskan oleh Jabatan Laut bagi tahun 2019 dan sebanyak 17 surat sokongan telah dikeluarkan dalam tahun 2020.

Dengan demikian para nelayan yang memiliki vesel dapatlah menambah pendapatan mereka melalui aktiviti membawa pemancing yang membayar sejumlah sewa tertentu selain hasil usaha menangkap ikan yang sedia ada. Manakala, bagi vesel rekreasi bukan nelayan, mereka perlu memohon permit terus daripada Jabatan Laut tanpa memerlukan surat sokongan daripada Jabatan Perikanan. Bagi bot yang membawa penumpang rekreasi di laut seperti island hopping, lesen bot dengan izin, lesen bot atau kebenaran adalah dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia.

ADUN Muadzam juga bertanyakan tentang kajian dalam bidang perikanan iaitu Jabatan Perikanan juga bersama-sama dengan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Cawangan Pahang di bawah Fakulti (Kuliyyah) Sains terlibat dengan Kajian Pembangunan kit immunodiagnostic bagi mengesan Streptococcus iaitu jangkitan bakteria dalam ikan air tawar. Streptococcus merupakan jangkitan bakteria Streptococcus spp. Selain itu, kajian lain yang terlibat adalah kajian genetik dan monocular dalam pembiak, pembiakbakaan, pemakanan, penyakit… penyakit ikan patin buah Sungai Pahang. Dengan adanya kejayaan kajian ini ianya akan memberi manfaat besar kepada industri akuakultur dalam usaha meningkatkan pengeluaran ikan.

ADUN Tanah Rata juga ada menyentuh mengenai sektor penternakan. Kerajaan Negeri Jabatan Perkhidmatan Veterinar berperanan memastikan pengeluaran makanan hasilan ternakan dalam industri ruminan seperti daging lembu dan kerbau, hasil tenusu, serta daging ayam dan telur sentiasa mencukupi dan selamat untuk makanan rakyat.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19 sebanyak 532 surat Sokongan Rantaian Makanan telah dikeluarkan kepada pengusaha dan penternak bagi mempastikan kelancaran pengeluaran makanan hasil, hasilan ternakan di Negeri Pahang. Di sepanjang PKP perkhidmatan jabatan masih di teruskan dalam bidang kawalan kesihatan dan perkhidmatan industri bagi memmastikan pengeluaran makanan dapat diteruskan seperti biasa.

Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM1 juta melalui Program Rezeki Ternak untuk 387 penternak yang terkesan akibat COVID-19 dan bantuan insentif ini adalah dalam bentuk ternakan, makanan ternakan, bahan binaan dan peralatan. Pada masa yang sama kursus keusahawanan untuk 180 orang usahawan muda turut diadakan dalam bidang ternakan bagi membantu mereka meneroka bidang ternakan dan pasaran yang baru dalam usaha meningkatkan pendapatan.

ADUN Ibam telah membangkitkan tentang penggunaan bahan sisa pengilang… pengilangan kelapa sawit untuk dijadikan sebagai makanan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, iaitu sebahagian daripada sisa pengilangan ini telah menjadi satu… telah dilaksanakan seperti penggunaan seperti penggunaan Palm Kernel Cake atau Expeller dan Oil Palm Frond (OPF) pelepah sawit kilang oleh syarikat komersial dan di bawah agensi seperti FELDA Global Venture dan ini juga telah dilaksana di Semambu dan di Gebeng.

Di negeri Pahang penggunaan sisa sawit seperti tahi minyak atau palm oil mill effluent turut diguna secara terus oleh penternak. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang ingin terlibat dengan aktiviti pemprosesan sisa sawit ini. InsyaAllah. Manakala untuk makluman…

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mohon laluan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Minta laluan. Sila.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Err… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kalau dalam ucapan saya semalam, saya mengutarakan bahawa err… sisa daripada kilang itu bukan untuk dijadikan makanan ternakan tetapi untuk dijadikan baja...

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Ya, baja dan dari pelepah-pelepah itu juga mungkin boleh kita jadikan bahan makanan. Terima kasih

Terima kasih. Er… saya yakin kalau sekiranya… sebenarnya sisa daripada er… aktiviti pemprosesan sawit ni sebenarnya dapat dimanfaatkan er… untuk kegunaan industri ya malahan ada yang boleh buat kertas dan er… seperti mana cadangan err… YB Ibam iaitu er… sekiranya sisa pelepah sawit ini dapat di apa… di…diracik-racikkan, diproseskan untuk dijadikan baja saya rasa ini boleh juga ini apa… di… diteliti dan insya-Allah ianya boleh diperkembangkan.

Untuk makluman er… Dewan yang mulia ini kerajaan melalui Kerajaan Persekutuan… dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan industri pengeluaran atau industri tenusu telah dapat dipertingkatkan di bawah program Tenusu, pihak ECERDC er… dan err... Program Rintis Tenusu di Lembah Tenusu Muadzam Shah telah dapat memajukan kawasan seluas 1,000… lebih kurang 1,000 ekar dan projek ini telah dilaksanakan oleh Syarikat Holstein Milk Company dengan produk brand-nya Farm Fresh dan ini adalah satu produk tenusu yang agak terkenal di seluruh negara dan pada masa sekarang Farm Fresh ini telah menjadi salah satu jenama yang popular dan sebahagian produk ini dikeluarkan daripada kilang susu di Muadzam Shah dan 3 lagi syarikat iaitu Touch Milk, Makmur Dairy dan D’Saba Agrofarm.

Sehingga kini pengeluaran susu di negeri Pahang telah mencapai 5.7 juta liter pada Oktober tahun 2020, di mana 87% disumbang oleh Syarikat Holstein Milk dan selebihnya oleh 32 syarikat dan penternak tenusu di Pahang. Dalam tahun 2020, terdapat 113 usahawan dan penternak terlibat di dalam industri asas ternakan. Kerajaan Persekutuan dan negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM164,264.00 bagi membantu 17 orang usahawan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 bagi menaik taraf premis, persijilan dan pemasaran produk hasil ternakan.

Kerajaan Negeri juga telah bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi membantu golongan muda melalui Geran Agropreneur Muda kepada 16 peserta pada tahun 2020 dengan peruntukan sebanyak RM315,000.00 bagi fasa pertama dan fasa kedua.

Sebagai rumusannya bagi mempastikan kesinambungan usaha untuk memperkasa Jabatan Pertanian telah menetapkan empat hala tuju yang menjadi teras perlaksanaan produk projek di dalam fasa Rancangan Malaysia Ke-12 yang merangkumi pertama, Food Safety dengan izin, meningkatkan pengeluaran makanan yang selamat dan lestari. Yang kedua Pertanian 4.0 memperluaskan penggunaan aplikasi teknologi dan agro… sektor agromakanan. Yang ketiga mem… capacity building membudayakan pertanian melalui pengembangan dan pembangunan modal insan. Yang keempat program atau projek melaksanakan program pembangunan pertanian secara inklusif dengan penglibatan golongan muda dan rakan strategik dan insya-Allah dengan usaha-usaha yang dilaksanakan ini, kita yakin ia akan dapat memperkasakan lagi sektor pertanian. Manakala dalam sektor penternakan di dalam memastikan industri penternakan mencapai tahap sara diri dan mampan bagi menjamin penghasilan sumber protein makanan, hala tuju penternakan diperkukuhkan melalui lima strategi utama meliputi iaitu pertama peningkatan pembangunan dan produktiviti penternakan ruminan, lembu, kerbau, kambing dan bebiri serta memperkukuhkan rantaian nilai. Yang kedua peningkatan kemampanan penternakan unggas, ayam dan itik. Yang ketiga pengukuhan program kesihatan haiwan dan pematuhan regulatori, alam sekitar dan kebajikan haiwan. Yang keempat meningkatkan kapasiti dan keupayaan modal insan ke arah pemodenan industri haiwan dan yang kelima memperkukuhkan kerjasama dan penglibatan dengan pihak berkepentingan di dalam memajukan industri ternakan contohnya, kerjasama di dalam penternakan integrasi di ladang sawit. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Pahang merupakan pengeluar ternakan lembu kerbau yang tertinggi populasi 137,232 ekor. Manakala bagi perikanan pula Kerajaan Negeri akan terus menyokong pembangunan sektor perikanan tangkapan laut, aquaculture dan perikanan darat. Ia bagi menjamin bekalan makanan kepada negara umumnya dan negeri Pahang khususnya. Walau bagaimanapun secara umumnya pendaratan ikan daripada sektor perikanan bagi tahun 2020 dijangkakan menurun sehingga kira-kira 10% akibat pandemik COVID-19 tetapi kesannya kepada nelayan dan pengusaha perikanan diharap dapat diimbangi melalui bantuan pelbagai inisiatif kerajaan termasuklah Pakej Rancangan Ekonomi Prihatin.

Manakala melalui agensi LKIM seramai 995 orang nelayan negeri Pahang akan menikmati kenaikan elaun sara hidup nelayan melalui ESH dari RM250.00 sebulan ke RM300.00 ianya melibatkan peruntukkan sebanyak RM3.58 juta setahun. Insentif Tangkapan Ikan yang bernilai RM0.10 per kilo diteruskan untuk kategori bot A hingga bot C. Untuk kategori bot C2 dibayar dengan kadar RM0.20 per kilo. Ini ini insentif. bermula 15 Ogos 2020, nelayan zon A pemilik dan awak-awak serta nelayan zon B,C dan C2 di carum dengan caruman PERKESO sebanyak RM157.00 untuk sekali potongan dalam tempoh setahun. Bayaran ini akan ditolak daripada elaun sara hidup nelayan.

Akhirnya Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya ingin merakamkan penghargaan kepada ketua-jabatan serta warga agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan atau MAFI dalam membantu menyelaras dan juga merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar untuk menjadikan sektor pertanian atau Agro... sektor Agro sebagai salah satu kepada pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Minta celah. Tuan Speaker, satu soalan lagi. Tuan Speaker, bolehkah saya tahu kerajaan yang apa yang saya tanya pada hari Rabu adalah, kenapa er... nak pajakkan tanah er... kepada Royal Pahang Durian sebanyak 5,000 ekar di daerah Raub? Dan bukanlah pertimbang kepada pekebun-pekebun yang sedia ada di sana. Ini soalan saya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Seperti mana kita sedia maklumlah ini isu ini telah pun di er... dibawa er... ke mahkamah ya... ianya akan diputuskan oleh mahkamah er... jangkakan dalam bulan Disember saya kira er... kita tunggulah keputusannya kerana pihak kerajaan sepertimana yang saya telah zahirkan mempunyai perancangan-perancangan tertentu. Kita pada khususnya tidak mahu dilihat sebagai menghantar isyarat yang salah iaitu er... memberikan imbuhan ataupun er... sesuatu pulangan yang nampaknya akan mengalakkan aktiviti-aktiviti penerokaan secara haram.

Jadi ini... perkara yang kita juga kena ambil kira kerana dalam konteks yang ada pada hari ini sesebuah kerajaan itu berfungsi melalui undang-undang yang ada, sama ada digubal atau diluluskan di peringkat Parlimen sebagai Akta ataupun diluluskan di peringkat negeri sebagai Enakmen. Jadi kita ada peraturan-peraturan yang kita perlu ini teliti dan dalam konteks ini oleh kerana perkara ini telah pun dirujukkan ke mahkamah jadi kita... kita tunggu er... keputusan mahkamah.

Kalau ikut dari segi er... kerajaan, pendekatan kita ialah untuk melaksanakan sesuatu dasar itu seperti mana yang kita kira sesuai dan terbaik untuk er... semua pihak, ya. Jadi ya... ADUN Tras itu kita tunggu keputusan mahkamah pada bulan Disember, tak silap saya 9 Disember yang akan datang jadi kita... kita hormat kepada proses perundangan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya sekali lagi er... mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak, kakitangan kerajaan khususnya pegawai dan juga warga er... di bawah MAFI iaitu Kementerian Pertanian Industri Makanan yang begitu komited er... berjaya merealisasikan hasrat er... perancangan kerajaan khususnya Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar er... dan er... mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi er... dan memberikan kerjasama yang sebaik mungkin kepada Kerajaan Negeri er... merangkumi semua.

Tetapi saya ingin er... nak nyatakan dalam Dewan yang mulia ini penghargaan yang tidak terhingga kepada khususnya er... Pengarah Pertanian Negeri Pahang, Encik Nazri Abu Seman er... yang telah pun mendapat arahan pertukaran er... ke Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Malaysia tetapi pertukaran ini kerana naik pangkat.

Kita di Pahang ini alhamdulillah kerana kita dapati er... pegawai-pegawai yang ada termasuk juga di bawah agensi Kementerian Pertanian ini begitu competent sekali. Bila sampai ke Pahang selalunya mereka akan er... juga diberikan penilaian yang sebaiknya dan kebanyakkan akan dinaikkan pangkat dan diberikan tugasan yang lebih er... besar di peringkat er... ibu pejabat. Jadi terima kasih kepada Pengarah Pertanian er... yang walaupun telah ditukarkan telah mohon untuk berada di Pahang sehingga akhir Sidang Dewan ini. Sebab itu saya ingin er... merakamkan setinggi penghargaan kepada beliau dan juga pengarah-pengarah dan warga agensi di bawah Kementerian

Pertanian dan Industri Makanan yang ada di negeri Pahang ini. Terima kasih... terima kasih banyak-banyak dan er... saya mohon menyokong Belanjawan yang diberi oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan Alam Sekitar Perladangan Dan Komuniti Negeri Pahang.

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan seperti biasa walaupun dari segi hirarki duduknya selepas Menteri Besar tetapi berucapnya mestilah sekali ha... itu... itu dia punya the faithness dalam kehidupan ini. Makna kita tak boleh dapat semua sekali walaupun duduk nombor dua, tetapi berucap akhir sekali. Tetapi walau bagaimanapun saya tidak akan mengambil masa yang panjang kerana kita tahu bahawa semuanya berada di dalam er... telah berada daripada pukul 9.30.

Saya seperti rakan-rakan yang lain ingin mengucapkan tahniah er... kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah pun membentangkan Belanjawan 2021, yang mana Kerajaan Negeri sentiasa menitikberatkan keseimbangan di antara keadaan ekonomi dan kesejahteraan rakyat selari... selaras bertemakan “Kemakmuran Negeri, Manafaat Bersama” dengan tiga tumpuan yang seperti kita maklumkan iaitu melonjakkan ekonomi kearah negeri berdikari memperkasakan perkhidmatan dan modal insan dan mensejahterakan kehidupan rakyat seperti mana yang diucapkan.

Saya juga bersyukur ke hadrat Allah kerana dapat juga kita Ahli-ahli Dewan semua walaupun dalam keadaan COVID kita dapat sama-sama menyempurnakan amanah yang telah ditetap yang... yang diberikan tanggungjawab kepada kita.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kerana pada tahun 2021 telah memperuntuk 2020 ini belanjawan... belanjawan memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi pelaksanaan 16 projek pe... penyediaan infrastruktur dan pelancongan serta bantuan tunai kepada maksud saya tahun 2020 ya er... tunai kepada pemain industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana telah menyalurkan sebahagian daripada kutipan cukai pelancongan pada tahun 2020 iaitu sebanyak RM7.8 juta.

Seperti Yang Amat Berhormat Menteri Besar memaklumkan pada tahun ini sektor pelancongan teruk... turut menghadapi kesan secara langsung akibat pandemik COVID-19. Kita di Pahang dianggarkan kehilangan 1.05 juta pelancong setiap bulan mulai Mac hingga ke Oktober 2020. Data ketibaan pelancong di negeri Pahang bagi tempoh Januari hingga Jun adalah seramai 2.7 juta orang sahaja, berbanding dengan tahun 2019- 6.3 juta orang. Walau bagaimanapun selepas PKPP ataupun PKP Pemulihan er... dibuka, kita negeri Pahang telah mendapat satu lonjakan iaitu dengan ketibaan pelancong Jun, Julai... Julai, Ogos, September dan Oktober ini seramai 5.4 juta orang keseluruhannya.

Ini disahkan oleh Kementerian Pelancongan ataupun Tourism Malaysia di dalam survey yang dibuat iaitu berkenaan dengan ya... perilaku pelancong keutamaan tempat untuk dilawati, sejarah mereka melancong semasa MCO ini dan juga travel arrangement activities dan termasuklah insentif pelancongan.

Kita nak maklumkan bahawa negeri Pahang adalah negeri yang pertama iaitu negeri yang pertama menjadi pilihan kepada pelancong-pelancong dengan share market kita ataupun keseluruhannya seluruh negeri di Malaysia iaitu sebanyak 30.2% daripada 10,000 orang sampling yang dibuat 10... 30.2% atau 3,200 orang daripadanya memilih Negeri Pahang untuk tempat dilawati atau tempat yang telah mereka lawati, diikuti dengan Melaka kemudian Kuala Lumpur, Selangor dan seterusnya.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Oleh itu, terima kasih sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kerana dalam bajet kali ini telah memperuntukkan RM5 juta kepada Tourism Pahang bagi menggiatkan usaha mempromosi sektor pelancongan di negeri Pahang pada tahun 2021, dan memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi mengurus dan mentadbir Perbadanan Muzium Negeri Pahang termasuk menaik taraf muzium-muzium dan kajian pembangunan artifak serta mewartakan beberapa kawasan untuk dijadikan kawasan pelancongan di negeri Pahang. Manakala bagi memulih… membaik pulih infrastruktur pelancongan yang dikenalpasti untuk memberi keselesaan kepada pengunjung, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta pada… bagi tahun 2020.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Izinkan saya menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan. Sebanyak… seramai 18 Ahli Yang Berhormat yang menyebut dalam ucapan mereka di dalam perbahasan, jadi kemungkinan saya tak boleh, tapi saya akan cuba ringkas-ringkaskan. Saya tahu, saya ucap terima kasih banyak-banyak kerana feedback yang diberikan ini adalah penting kepada kita untuk kita menambahbaikkan lagi er… industri pelancongan, kerana kita tahu bahawa industri pelancongan adalah merupakan industri di mana perbelanjaan pelancong itu, ianya akan dapat direct ataupun terus kepada pengusaha-pengusaha.

Ini adalah merupakan satu cycle ataupun pusingan ekonomi yang mempunyai multiply impacts yang sangat penting di dalam aliran tunai ataupun sesebuah negeri tersebut. Kerana duit yang dibelanja itu, akan dipindah-pindah tangankan kerana seringgit yang dibelanja ianya bukan hanya kepada seorang itu sahaja, ataupun pengusaha itu sahaja tetapi ianya melibatkan yang lain juga. Er… Bukit Ibam terima kasih. Rakan saya daripada Bukit Ibam bertanya, mohon kawasan Tasik Biru dibangunkan menjadi salah satu lokasi pelancongan yang wujud di peta pelancongan di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat dunia.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sememangnya sentiasa mempromosikan Tasik Biru dan sekarang ini lebih lagi sebagai destinasi tarikan pelancong baru, yang boleh diketengahkan ke peringkat kebangsaan mahu pun ke peringkat antarabangsa. Seterusnya rakan saya daripada Bukit Ibam juga, menanyakan tentang mohon Kerajaan Negeri memelihara sebaiknya Hutan Simpan dan Hutan Simpan Kekal sebagai khazanah yang terdapat di dalamnya.

Sebagai contohnya Hutan Simpan Lesong, Kuala Rompin terdapat sebuah air terjun yang sangat indah iaitu Air Terjun Harimau Berjemur. Ini saya kena tengoklah, maknanya bila ada tiger, apa namanya sunbathing tiger [ketawa] dia berjemur, sunbathing tiger, so they have a lot of tiger shows, dengan izin. Serta tiga lagi air terjun

lain yang er… serta terdapat juga spesis bunga Rafflesia yang dapat menarik… dapat menarik pelancong. Pejabat Tanah dan Galian akan meneliti semua permohonan sama ada untuk membangunkan atau pembangunan atau mineral di kawasan Hutan Simpan dengan Pejabat Pengarah Hutan Negeri sebelum diangkat untuk dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa.

Soalan seterusnya daripada Bukit Ibam. Terdapat banyak kilang kelapa sawit di negeri Pahang. Adalah dicadangkan supaya Kerajaan mengambil er… langkah untuk lebih pro-aktif dalam menjana pendapatan negeri. Hasil daripada sisa-sisa buangan. Saya ingat ini telah pun dijawab oleh sahabat saya iaitu Wakil Kerajaan iaitu Dato’ Soffi err…iaitu daripada Benta ya. Benta.

Seterusnya rakan saya daripada Tanah Rata, K-Pop. Bagi kawasan tanah tinggi adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mewajibkan laporan EIA bagi mana-mana permohonan pembangunan di kawasan tersebut tanpa mengira dari segi keluasan kawasan ataupun apa-apa faktor berkaitan yang lain? Walaupun saya jawab tapi tak apa, kerana jawapan ini telah disediakan oleh er… apa namanya pihak yang berwajib.

Kawasan tanah tinggi dan lereng bukit merupakan antara kawasan yang boleh dikategorikan sebagai sensitif kepada alam sekitar dan sebarang cadangan pembangunan perlu mengambil kira kriteria-kriteria tertentu seperti keluasan, kelas kecerunan, kecen…. Kecerunan, faktor geologi dan sebagainya atas maksud er… keselamatan dan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Jadi, Yang Berhormat daripada Tanah Rata, ini bergantung kepada keadaan ya, keadaan. Tetapi kalau sekiranya kawasan tersebut kawasan lereng bukit, yang menyebabkan tanah runtuh dan sebagainya, ini kita perlu ada apa namanya kajian daripada EIA. Seterusnya dari Tanah Rata. Cameron Highlands terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan tarikan pelancong yang baru seperti eko-pelancongan memberi kesan yang positif dalam meningkatkan industri ini. Lebih-lebih lagi apabila adanya tarikan terbaru iaitu wujudnya bunga Rafflesia… Rafflesia…. Rafflesia iaitu dicadangkan agar pihak Kerajaan dapat mewujudkan pusat informasi ya, Pusat Informasi.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Sebenarnya saya nak maklumkan bahawa produk-produk perlancongan berasaskan eko menjadi fokus utama dalam pembangunan pelan eko-pelancongan kebangsaan 2016 hingga 2025. Cameron Highlands merupakan salah satu daripada kluster eko-pelancongan yang telah dikenal pasti dan akan dibangunkan. Kewujudan bunga Rafflesia menjadi pemangkin untuk memajukan produk eko-pelancongan di Cameron Highlands dalam konsep pembangunan dan pemasaran produk pelancongan. Kementerian ataupun Kementerian Pelancongan menekankan penyertaan penduduk setempat dalam membangun dan memasarkan produk-produk tersebut.

Walau bagaimanapun untuk pusat informasi, sekarang ini, sahabat saya daripada Tanah Rata kerana sekarang ini kita berada di dalam zaman ICT, maknanya sebahagian besar bukan keseluruhan pelancong selalunya dia menggunakan aplikasi di atas telefon seperti platform digital seperti sesawang, apps media lain-lain. Walau bagaimanapun ya, walau bagaimanapun kita tidak ada spesifik Pusat Informasi seperti yang dinyatakan tetapi maklumat-maklumat yang kita boleh dapat seperti brosur boleh didapati di hotel ataupun di tempat-tempat tertentu yang kita letakkan. Rakan saya daripada Bilut cadangan pengecu… pengecualian cukai tanah hotel dan lesen berkaitan sektor pelancongan yang kini terjejas dengan impak err… COVID-19.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya nak maklumkan bahawa Kerajaan Negeri antara lesen terlibat terus dengan sektor pelancongan adalah lesen hiburan dan lesen aktiviti hiburan bulanan. Bagi daerah Kuantan, Majlis Perbandaran Kuantan telah memberikan potongan 30% kepada pemilik lesen, ya. Ini diskaun yang kita bagi er… bermula daripada Januari hingga Jun. Bagi, bagi pembaharuan lesen dan lesen aktiviti hiburan. Jadi, walau bagaimanapun kita telah pun mengambil ketetapan bahawa kerana er… daerah ataupun Majlis Perbandaran Kuantan dijadikan sebagai Pilot Project kita, ianya sekarang ini telah pun di… di… apa ni… dilebarkan kepada daerah-daerah lain.

Walau bagaimanapun, er… Kementerian Pelancongan ya, atau MOTAC, er… kita telah er… pengecualian atau diskaun telah diberikan kepada lesen, atau kompoun ya, telah diberikan. Pertama, pemandu pelancong ya. Kedua, pengecualian fi lesen sebanyak RM100.00. Ketiga, syarikat agensi pelancongan, pengecualian fi lesen antara RM75.00 hingga RM2,175.00 bergantung kepada bidang lesen iaitu seperti ticketing, inbound dan outbound.

Jadi maksudnya, kita sentiasa ya, er… apa namanya pelancongan sama ada Tourism Pahang, Kerajaan Negeri Pahang ataupun Kementerian Pelancongan kita sentiasa melihat bahawa COVID ini sesuatu yang serius dan kita turut sama ya, cuba membela dan membantu. Untuk umum diskaun kompaun sebanyak 40% sehingga 31 Disember 2020. Ini saya tak tahu, ini saya kena check balik. Kalau kompaun tak ikut peraturan itu, itu saya tak tahu. Tak pakai mask itu, minta maaf ya Wakil dari Ketari, yang ini saya tak tahu. Sama ada dia masuk, tak masuk kategori itu. 40%. Er…perlanjutan tempoh bayaran kompaun sehingga 31 Disember. Kemudian pengecualian kompaun bagi pemandu pelancong dan juga agensi pelancongan yang gagal pembaharu… pembaharui lesen dengan tempoh tersebut.

Wakil dari Tahan, sahabat saya Wakil dari Tahan menyatakan bahawa cadangan kepada Kerajaan Negeri mencadangkan kepada Kerajaan Negeri mengambil peluang inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan oleh, di peringkat Persekutuan terutama di dalam sektor komoditi dan perladangan melalui kolaborasi secara G to G. Mewujudkan lebih banyak RTK pertanian yang ber… yang bertumpu kepada komoditi dan perladangan. Mewujudkan syarikat tujuan khas SPV seperti LKPP untuk memantau RTK Pertanian yang mengwujudkan… yang diwujudkan untuk memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Selain daripada meningkatkan kutipan hasil premium tanah. Wakil daripada...

Saya nak maklumkan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa mengadakan kerjasama erat dengan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dalam memastikan ektor… sektor Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang terus berkembang maju serta bantuan-bantuan yang bersesuaian terus dapat disalurkan kepada pengusaha. Antara tanaman utama yang sedang diselaraskan kedua-dua pihak adalah dengan memfokuskan tenag… tentang tanaman buluh.

Tanaman buluh ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, walaupun dulu adalah er… menteri daripada er… PH dia cakap taman buluh tapi bila kita kaji balik er… tanaman buluh ini nak bagi tahu kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dia punya market value dia, setahun adalah sebanyak 70 bilion USD. Kalau 70 kali dengan 4.2 kita kiralah itulah jumlahnya, dan er… keseluruhannya melibatkan apa namanya satu… satu apa namanya apa mencecah RM70 bilion nilai eksport. Keseluruhan komoditi bagi Malaysia hanya melibatkan sebanyak keadaan… minta maaf Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, RM70 bilion, ini yang lain pula. Walau bagaimanapun

kita di negeri Pahang ini, kita telah mengenalpasti tanah seluas 475 ekar untuk kita mulakan projek ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Er…Wakil dari Tahan juga mohon perhatian pihak Kerajaan Negeri er…berkenaan Kerajaan…Kerajaan Negeri berkenaan isu tanah Taman Negara ya. Saya nak maklum terdapat banyak aset pelancongan. Ini saya ingat saya jawab bertulislah, satu cukuplah untuk dijawab. Kemudian Wakil daripada Ketari, mohon Kerajaan Negeri menyenaraikan projek infrastruktur di bawah peruntukan pembangunan infrastruktur yang telah dibentangkan. Cadangan untuk pembangunan infrastruktur dan fasiliti pelancongan serta penambahbaikan promosi produk pelancongan.

Saya ingat saya jawab bertulis ada di sini. Saya nak baca sikit-sikitlah, membina dan menyiapkan infrasruktur dan fasiliti di Hutan Rekreasi Warisan Bukit Raka, Bentong, itu sebanyak RM60 ribu. Cadangan menaikkan tandas awam. Ini antara perkaralah. Kalau nak belajar tandas bersih, belajar dengan Temerloh ya. Kita tak ada lagi kencing ataupun buang air merata-rata. Kita kencing mengikut spesifik. Kalau tak percaya tanya Wakil daripada Kuala Semantan atau Wakil daripada Mentakab er…dan juga Wakil daripada Kerdau dan juga Yang di-Pertua Dewan, daerah Temerloh. Er…kita ada 16 iaitu RM1.5 juta.

Seterusnya Wakil daripada Jengka mencadangkan mewujudkan kilang sawit sendiri melalui Yayasan Pahang agar Kerajaan Negeri dapat meningkatkan hasil negeri melalui pengoperasian kilang itu sendiri. Kerajaan Negeri sedang mengenalpasti ruang dan peluang bagi meningkatkan hasil negeri serta pulangan kepada rakyat Pahang melalui perl…perbincangan dalam Jawatankuasa disebut perladangan.

Jadi kita, insya-Allah kita akan kaji, malah saya difahamkan bahawa melalui YP Plantation Holdings sedang er… kita sedang membangunkan dua kilang sawit iaitu yang berkapasiti 60 metrik tan er…di Mukim Bebar, Pekan, dan kemudian Mukim Endau, Rompin. Ini adalah kepunya… kepunyaan YP Plantation.

Wakil daripada Pulau Manis. Saya jawab satulah YB. ya, yang lain tu, kita jawab bertulislah ya. Dia ada dua, tiga ini. Banyak betul, dia suka betul ini. Pulau Manis mencadangkan agar Kejohanan Motocross Monsun Rain di Air Terjun Lata Mentagan, ya betul? Lata Mentagan, Pekan dihidupkan kembali memandangkan Kerajaan Pakatan Harapan telah menghentikan kejohanan tersebut.

Cadangan Yang Berhormat akan dikaji dengan teliti dengan terperinci melalui Mesyuarat Jawatankuasa dan insya-Allah, kita akan kaji balik er… dan kerana kita tahu sekarang ni COVID, dan kita boleh merancang untuk apabila selesai sahaja, jumpa vaksin nanti kita pun seperti aman seperti sedia kala. Insya-Allah kita akan laksanakan.

Walau bagaimanapun sekarang ini, kita pun faham. Keadaan kita, kita masih lagi dalam PKP. Walaupun negeri Pahang, kita telah pun hari ini adalah hari yang ke-16. Ya, Yang Berhormat dia ada… dia ada… kalau ikut Donald Trumph dia belum confirm lagi kalahkan. Dia masih lagi menyatakan bahawa beliau akan saman kerana ada undi yang tak betul. Saya pelik dia kerajaan yang memerintah tapi dia nyatakan bahawa orang tipu dia tapi…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, Panjang lagi?

Dua jam lagi. [Ketawa] Sikit lagi Yang Berhormat. Minta maaf, Yang Berhormat Yang di-Pertua, dia bagi tahu, dia cakap kenapa Amerika ini banyak sangat? Kerana ramai kita check. Kalau kita jangan check, COVID tu, tak ada orang yang akan kena. [Ahli Dewan Ketawa]. Angka itu takkan naik kalau kita tak check, tapi kita pergi check, semua kena. Hah, ini Donald Trumph sebab itu dia kalah dengan Joe Biden.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Wakil daripada Tras, difahamkan Kerajaan Negeri telah meluluskan pembinaan Fraser’s Hill Spa and Resort ya er… pada tahun 2015 di Bukit Fraser yang kaya dengan flora… flora dan fauna. Saya nak bagi tahu er… pembinaan ini sebenarnya ianya di atas tapak tanah persendirian, yang dibeli.

Dan kita sebenarnya, pada minggu depan, kita akan menjemput, kita akan memanggil semula er…ini syarikat tersebut untuk memberikan pembentangan dalam board… er… board ataupun mesyuarat ini…ini lembaga kita dan kita nakkan mereka, sekarang ini kita dah stop work. Jadi insya-Allah kita akan ambil tindakan yang sewajarnyalah kerana kelulusan untuk pembangunan ini adalah di bawah Majlis Daerah ya. Walau bagaimanapun kita, insya-Allah kita akan monitor perkara ini.

Wakil daripada Teruntum mencadangkan supaya membina satu jeti di Serambi Teruntum yang membawa pengunjung menyusuri Sungai Kuantan dan membawa ke perhentian seterusnya iaitu Jeti di bandar Kuantan. Er… insya-Allah, Yang Berhormat, Yang Berhormat kita akan kaji dan ini akan merupakan satu tarikan barulah ya.

Wakil daripada Damak, sahabat saya daripada Damak. Dia tak ada, dia sembahyang Asar, mencadangkan supaya Pusat Ekopelancongan di Ulu Cheka, Batu Balai dan Kampung Sempadan diserahkan kepada JKKK tempat menjaga dan menye… menyenga… menyelenggarakan kawasan tarikan pelancong tersebut. Ini saya setuju kerana insya-Allah kita baru saja… insya-Allah kita baru sahaja satu kajian telah dibuat di Hutan Tampik di Janda Baik. Kita telah pun… kita tidak rasmi tetapi kita pergi dan kita menyatakan, dan insya-Allah er… kita membuat soft launching dan insya-Allah Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan melancarkan iaitu kita akan mendidik rakyat kita ataupun agensi pelancongan terutama JKKK dan sebagainya supaya mereka semuanya terlibat di dalam comunity-based ini. Supaya semua orang kampung terlibat kerana itu produk mereka.

Hah, jadi insya-Allah kita akan laksanakan ini. Wakil dari er.... daripada Triang ya er.... menyatakan bahawa Bukit Senggoran. Ini satu yang menarik er… karpet apa awan karpet ini, bukan saja di Bukit Senggoran tetapi juga terdapat di Bukit er.... er.... apa namanya Bukit Kambing ataupun Bukit Sun…Sunrise.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan.

Walau bagaimanapun, soalan satu lagi yang Wakil Triang menyatakan 30, yang dia confuse tadi, betul? 30,000 ya? Sebenarnya satu, kita nyatakan 2019, 30,000 itu termasuklah Tasik Chini dan juga bandar Triang. We separate. 15…15,000 ke, 12.. 18 ke, jadi keseluruhan daerah Triang itu 30,000. Walau bagaimanapun sekarang hanya

ada, hanya ada 5,000… 5,000 yang kehadiran er... pelancong, seperti yang saya nyatakan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingat…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan... cuma sikit pembetulan. Namanya Bukit Senorang.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Bukit Senorang.

Insya-Allah, nanti saya pergi sana. Bukit Senorang. Kita sememangnya itu antara program kita iaitu kita menjemput semua pemain-pemain industri pelancong, influencer, travel agent dan sebagainya. Kita 20, 30, 40, 50 orang datang melawat ke setiap daerah, dan kemudian mereka akan membuat apa nama ini… ini... mereka akan membuat iaitu pelan mereka iaitu pakej.

Kerana apa, Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita kena bersedia. Orang tidak akan lagi pergi keluar negara, outbound kerana kapal terbang, tak boleh terbang. Mereka hanya akan melancong di dalam negara maka kita nak pastikan bahawa selain daripada promosi yang berterusan kita nak pastikan juga bahawa mereka akan memilih negeri Pahang sebagai destinasi utama walaupun sekarang ini dari segi survey yang dibuat bahawa kita masih lagi nombor satu.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya nak sebut sedikit Yang Berhormat Yang di-Pertua, tentang portfolio saya tak banyaklah er...

Boleh mencelah sikit. Lanchang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada juga sebut isu pelancongan semalam. Pasal batu, batu pancang ya. Ini bukan batu, sebarang batu ini, kena ambil kira juga tu. Sebab saya dah semak google di Maran…di bandar Maran tu ada 0 kilometer. Betul-betul, depan pagar Majlis Daerah. Jadi, kalau pihak Kerajaan tak berminat buat seluruh bandar, saya cadang buat kat bandar Maran dulu. Buat batu yang special sikit. Saya ingat bikers, riders semua saya rasa dia akan datang ke Maran sahaja sebab nak, nak cari batu tu. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat, kita luluskan [Ahli Dewan menepuk meja]. Maknanya kita akan buat dulu, kemudian akan pergi balik ke…ke… ke Maran. Kita akan jumpa dengan Wakil Exco kita di Maran, dan kita tengok batu kosong tu di mana, di Maran. Maknanya setiap tempat tu ada batu kosonglah. Okey.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Satu lagi saya nak menyatakan bahawa baru-baru ini satu isu yang telah dibangkitkan yang menjadi kontroversi di mana dengan tiba-tiba kerana dijalankan PKPB di kawasan Lembah Klang iaitu di Kuala Lumpur di…di wilayah dan juga di Selangor, mereka telah menutup Taman Negara. Jadi sebenarnya tidak betul kerana tanah Taman Negara adalah tanah Kerajaan Negeri.

Jadi saya nak maklumkan bahawa ya, kita nak maklumkan mereka tidak boleh ya sewenang-wenangnya menutup aktiviti di Taman Negara tanpa mendapat kebenaran daripada Kerajaan Negeri dan kita, banyak pengusaha kita yang mendapat kerugian kerana mereka tak tahu. Jadi kita terpaksa Yang Amat Berhormat Menteri Besar terpaksa menelefon menteri bagi tahu kepada menteri tersebut, iaitu supaya dia dapat memahami perkara ini dan akhirnya mereka buka. Alhamdulillah.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Satu lagi saya nak sebut tentang pelancongan ni, insya-Allah Yang Berhormat Yang di-Pertua, basikal adalah di antara fenomena, orang cycling, tapi sekarang ni basikal ini dia mahal. Kita, insya-Allah kita akan buat Hiking Day. Hiking Day maknanya semua tempat yang menarik ni mereka boleh naik bukit, hiking di seluruh Negeri Pahang. Insya-Allah, kita akan buat pada 23 Januari 2021. Hiking Day.

Jadi, contohnya kalaunya di peringkat negeri ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan…akan rasmikan. Kita buat di seluruh negeri serentak, di seluruh daerah. Kita akan buat. Insya-Allah. Contohnya kalau di Rompin, Yang Berhormat Tioman akan rasmikan, di Bera, Yang Berhormat er… ni apa namanya ini, Guai, akan dirasmikan. Kemudian kalau di Lipis Yang Berhormat ini... Benta. Begitulah di Maran sebagai contoh. Kita akan buat kerana saya lihat bahawa ini adalah merupakan fenomena baru dan ianya boleh dimasukkan di dalam pakej pelancongan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Bagi alam sekitar, Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita telah diperuntukkan. Ini kerajaan telah peruntukan er… sebanyak RM3.7 juta. Kita sentiasa memantau dan insya-Allah Yang Berhormat Yang di-Pertua, apa namanya, alam sekitar ini kita telah menjalankan iaitu er… tindakan yang kita sebut sebagai tindakan bersepadu di bawah bidang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, di mana agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan, tanah dan lain-lain agensi. Kita bertindak bersepadu untuk kita. Hanya 2 sahaja Yang Berhormat Yang di-Pertua, kilang haram yang kita tangkap. Di Selangor banyak, tapi di Pahang 2 sahaja, dan satunya telah pun dibawa ke mahkamah.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Kita juga Yang Berhormat Yang di-Pertua, sedang melaksanakan satu program yang kita sebut sebagai program er... program yang kita sebut sebagai program iaitu weather modification. Antara perkara yang menjadi masalah kepada kita adalah masalah banjir, dan kita tidak tahu bila ianya akan, kita tahu bulan 12 akan berlaku, tetapi kita telah mendapat satu proposal di mana air hujan tersebut diturunkan di laut dulu sebelum dia sampai ke bumi supaya ya, supaya kita tidak akan mengalami penurunan air yang banyak yang menyebabkan banjir. Jadi ini satu perkara barulah

yang akan kita buat. Insya-Allah Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita harap supaya kita tidak lagi, kerana apa? Kerana kerugian banjir yang kita alami ini adalah terlalu besar yang menyebabkan ya, yang menyebabkan orang kehilangan tempat tinggal dan sebagainya.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya ingat Yang Berhormat Yang di-Pertua, tiga empat kali pandang saya macam tu. Memang Yang Berhormat Yang di-Pertua, suruh saya berhenti, ya. Hah, saya pun tahu.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Sebelum saya menutup penggulungan ini saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ADUN yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan, yang…yang bersangkutan dengan portfolio saya. Saya mengucapkan penghargaan terima kasih sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat, rakan-rakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan semua rakan-rakan ADUN, Ketua-ketua Jabatan, kakitangan awam yang terlibat dan memberikan sokongan kepada portfolio yang telah diamanahkan kepada saya.

Akhirnya kita tau bahawa pandemik COVID ini, kita tidak tahu bila akan berakhir. Saya nak sebut sikit ni, ya. Saya quote kata Doktor Michael Osterholm, iaitu member of Joe Biden, COVID-19 advisory board. Dia bagi tahu “The challenge is, the end isn’t coming soon. But it’s coming, and what we need to do is try to have as few cases as possible between now and the time a vaccine arrives.” Maknanya kita kena pastikan kita jaga, kerana apa Yang Berhormat Yang di-Pertua, kalau kita tengok sekarang ini, sekarang ni, now, now ya, corona virus ni di seluruh dunia adalah yang terkena adalah sebanyak 56,583,050 orang, yang meninggal dunia, yang mati 135,147,000.

Yang tertinggi Amerika, 11,873,000. Yang kedua, India 8,953,000, yang mati di India 131,000 orang. di Amerika 256,000 orang. Malaysia, dulu nombor bawah. Sekarang kita 50,000. 390, yang meninggal dunia 322. Di Singapura, sekarang ini Singapura dulu, Singapura meninggalkan kita jauh, dia banyak. Second wave, third wave dia, kita, Singapura 58,000 dan yang meninggal 28,000. Maknanya this is very serious pandemic dan kita harap semua orang, kita bekerjasama pastikan dan insya-Allah saya yakin dan percaya bahawa apa yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tindakannya walaupun kadang-kadang mendahului.

Saya nak bagi tahu ini, tabung ini kita mendahului pusat. Pusat belum umum lagi, kita dah umum dah kita Exco-Exco dah potong gaji dah ketika itu tapi maknanya kita sentiasa orang tiru kita, kita cakap pukul 10.00 malam semua orang tunggu pukul 10.00 malam. Orang mengambil sampling. Begitu juga dengan Muafakat Nasional pun, kerjasama yang kita tunjukkan ini mesti kita teruskan kerana matlamat kita adalah untuk kita… ADUN pun difahamkan muafakat PAS potong 10% ya, BN ADUN kita potong 10% dan sahabat-sahabat kita daripada PAS pun 10%. Saya tak tahu yang DAP dia belum bagi tahu lagi dia akan bermesyuarat, insya-Allah kita akan dengarlah nanti mungkin 30, 40 ke. [Ketawa].

Mana tahu insya-Allah jadi sebab itulah sekarang ini zaman bukan untuk kita berpolitik, zaman untuk kita meneruskan usaha kita untuk kita mencegah untuk kita mempastikan rakyat selamat. Dan inisiatif yang kita buat kita mesti teruskan. Sebab itulah saya ucap tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong kerana PRK di Batu Sapi tak jadi. Maka kawasan tersebut diisytiharkan darurat.

Jadi maknanya dan saya harap begitu juga di Gerik dan juga satu lagi di mana di… Manis Muka… Bugaya. Kita harap janganlah ada di Pahang, nauzubillah. Maknanya, ini serius dan kita tidak tahu lagi bila vaksin ini akan kita jumpai, ya. Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya sekali lagi nak ucap terima kasih, saya mohon menyokong RUU Pembekalan (2021) 2020 dengan usul Pembangunan dan Perbekalan Air 2021 yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Sekian wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat yang paling lama hampir sejam. Kalau dua jam cakap seorang aje lah.

Yang di-Pertua, saya nak tanya Yang Berhormat Yang di-Pertua ni pakai waktu di Jupiter ke, di dunia. Hampir-hampir…

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih… terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian saya mengucapkan ribuan terima kasih pada 10 orang ahli daripada pihak kerajaan yang telah memberikan jawapan-jawapan dan penjelasan-penjelasan di atas permasalahan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan mahupun penjelasan semasa pihak kerajaan menjawab.

Insya-Allah, pada hari esok Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan berucap penggulungan sepanjang persidangan kita di Dewan ini. Assalamualaikum WBT Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan pada pukul 17.57 petang]