Pahang · 20 November 2020

14th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 605 turns · 33,245 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari : Jumaat, 20 November 2020 bersamaan 4 Rabiulakhir 1442 Hijriah. Masa : 9.30 pagi

DOA

Bacaan doa.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bismillahirrahmanirrahim [Ayat al-Quran]. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan, ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri, bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur limpah kebahagiaan, meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Alhamdulillah marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan pada hari ini dan untuk meneruskan aturan mesyuarat pada kali ini, saya menjemput Yang Berhormat ADUN Tahan, silakan.

Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1.

[Berapakah jumlah kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan tadahan air di negeri Pahang? Daripada jumlah tersebut, berapakah kawasan yang telah diwartakan di daerah Jerantut terutamanya di dalam DUN Tahan?]

Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada ADUN Tahan yang bertanyakan soalan jumlah kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan tadahan air di Pahang dan juga secara khususnya di Jerantut, sebanyak mana yang telah diwartakan.

Untuk makluman Yang Berhormat daripada Tahan, kawasan tadahan air bagi Jerantut sahaja, yang telah diwartakan, yang melibatkan Hutan Simpan Gunung Ais, berkeluasan 15,515 hektar di… di... Jerantut. Manakala di seluruh negeri Pahang, yang telah diwartakan ialah sebanyak 258,951.88 hektar dan untuk lebih lengkapnya, saya kemukakan di Dewan yang mulia ini hutan simpan yang diwartakan mengikut daerah, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Bagi daerah Kuantan, Pekan dan Maran, Hutan Simpanan Kekal Remen Chereh berkeluasan 13,283.94 hektar. Manakala di Temerloh, Hutan Simpanan Kekal di Lakum 3,916 hektar, Kemasul 870 hektar, Jengka 12,279 hektar, Bukit Gebok 1,453 hektar, Temiang 2,723.50 hektar. Itu di Temerloh.

Manakala di daerah Rompin, Hutan Simpanan Kekal ada 3 iaitu di Sungai Pukin, Lesong, Bukit Ibam, Chini. Di Sungai Pukin… Sungai Pukin 3,544 hektar, Lesong 18,010 hektar dan di Bukit Ibam, Chini 53,882 hektar. Manakala di Bentong, di Hutan Simpanan Bukit Tinggi 10,978 hektar, manakala di Lentang, Lentang ini ada 2 nombor pelan yang diwartakan. Lentang yang pertama PW3485 28,086 hektar. Manakala Lentang yang ke-2 nombor warta pelan 3829 7,755.12 hektar.

Di Jerantut, Hutan Simpanan Kekal Gunung Ais seluas 15,515 hektar. Manakala di Lipis, Ulu Jelai 179 hektar. Di Raub iaitu di Batu Talam, Sungai Sia dan Rotan Tunggal 69,812 hektar. Seterusnya Klau 2,848 hektar, Tranung 3,565 hektar, Gunung Benum 8,701 hektar. Di Cameron Highlands, Hutan Simpanan Kekal di Terla, Batu Gangan, Ulu Bertam, Mentigi dan Ringlet seluas 1,486 menjadikan jumlah keseluruhannya yang didaftar… yang diwartakan sebagai kawasan hutan tadahan air ialah 258,951.88 hektar.

Untuk makluman Yang Berhormat daripada Tahan juga, daripada keluasan tanah 3.6 juta hektar yang kita wartakan ialah sebanyak er… 258,951 itu bersamaan dengan 7.2% keluasan tanah di negeri Pahang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas jawapan yang diberi. Cuma memandangkan di dalam DUN Tahan ini, masih banyak kampung-kampung yang masih lagi menggunakan bekalan air bukit sebagai punca air utama. Maka saya mengharapkan agar sebarang aktiviti pembalakan yang ingin dilakukan, terlebih dahulu mengambil kira er… kawasan-kawasan tadahan air itu supaya tidak memudaratkan penduduk kampung dan saya ucap tahniah kepada er… Pejabat Hutan Negeri dan juga Daerah yang sentiasa mengadakan er… prorgram konsultasi bersama dengan rakyat, kerana itu adalah penting supaya kita dapat kerjasama dan juga dapat keputusan bersama di antara Pejabat Hutan dan juga dengan rakyat supaya tidak timbul isu-isu yang berbangkit, terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri memang sentiasa memikirkan dan mengambil berat berkenaan dengan hutan simpan di negeri Pahang ini kerana kita ingin pertahankan kawasan hutan kita seluas 57% daripada jumlah keseluruhan. Dan sebab itu, dalam ucapan Bajet saya baru-baru ini, yang terkini yang akan kita wartakan ialah di Lubuk Yu, Maran dan insya-Allah akan ada lagi di tempat-tempat lain. Kerana untuk mewartakan sesuatu kawasan itu dia tidak mengambil masa yang singkat, kena kajian yang teliti, menyeluruh dan sebagainya tetapi usaha Kerajaan Negeri ke arah untuk menambahkan lagi kawasan hutan tadahan air ini, akan terus dipertingkatkan lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat ADUN Tras.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili sahabat saya ADUN Tras mengemukakan soalan nombor 2.

[Adakah kilang pemprosesan durian RPDR-PKPP yang akan dibina di kawasan Tras, Raub yang meliputi kawasan sebanyak 26 ekar telah diluluskan oleh Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA), Jabatan Alam Sekitar?]

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Projek ataupun soalan yang dibangkitkan oleh ADUN Tras ialah sama ada kilang pemprosesan durian iaitu Royal Pahang Durian er… Produce dengan PKPP ini er… yang dibina di kawasan Tras ini mendapat er… kelulusan daripada er… Jabatan Alam Sekitar berkaitan dengan EIA… laporan EIA ya, EIA report, dengan izin. Menjawab soalan ini sebenarnya projek ini er… sepertimana yang telah dibangkitkan oleh ADUN Tras iaitu kawasan yang terbabit lebih kurang dalam 26 ekar dan er… kawasan kilang ini hanya 10 ekar sahaja yang nak dibina kilang pemprosesan ini.

Jadi kalau mengikut er… Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, er… projek ini tidak tertakluk kepada keperluan untuk mengadakan er… Laporan EIA dan er… kerana dia kurang daripada 20 hektar ya. Kalau 20 hektar er… dia er… lebih daripada itu dia kena, yang ini kurang daripada 20 hektar dan er… kawasan yang terbabit ini ialah cerun dia er… kurang daripada 30 degrees ataupun 30 darjah maka tidak diperlukan membuat er… EIA report. Dan er… sebenarnya pihak JAS telah pun er… meluluskan er… permohonan er… daripada syarikat ini dalam bulan er… malahan dalam bulan er… Februari sendiri telah memberi kelulusan.

Dan untuk makluman er… Dewan yang mulia ini pihak syarikat juga telah mengemukakan er… KM ya, Kebenaran Merancang ke PBT iaitu Majlis Daerah Raub dan er… pada 7 Ogos yang lalu, Majlis Daerah Raub telah meluluskan er… KM nya. Jadi tak timbul er… keperluan untuk mengadakan Laporan EIA, terima kasih.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Soalan tambahan. Tuan Speaker, er… soalan tambahan saya adalah… adakah Kerajaan Pahang sedarkan semasa Royal Pahang, PKPP nak bina kilang ini, sebelum

ini mereka telah menolak 20 ekar tanaman durian di tempat sana dan ada satu, ada dua orang pekebun ada T.O.L. So, oleh itu saya nak tanya, adakah Kerajaan Pahang ataupun Royal Pahang Durian adakah sedia bayar pampasan kepada pekebun-pekebun tersebut, terima kasih.

Er… untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya er… kawasan yang terbabit itu er… kalau kita lihat er… pada masa permohonan ini dibuat, adalah merupakan kawasan yang sebenarnya merupakan tanah-tanah kerajaan. Sebab itu yang kerajaan luluskan kepada ini… permohonan atau pemohon di… dia tak timbul er… soal kita kena bayar pampasan kerana tanah itu tanah kerajaan ya. Itu yang saya nak maklumkan di sini. Jadi isu ini sebenarnya, pada dasarnya er… bahasa Inggeris kata it’s a non-issue lah, terima kasih.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Soalan tambahan, Tuan Speaker, sebenarnya ada satu atau dua orang pekebun ada T.O.L yang belum expired tapi er… sebelum expired kilang itu ataupun PDR-PKPP sudah datang dan menolak tanaman mereka. So, oleh itu saya harap kerajaan boleh kaji semulalah ini. Dan yang soalan kedua saya nak tanya adalah sekiranya er… kerajaan cakap ini… kilang ini tidak perlu EIA, tapi kami mesti tahu Royal Pahang Durian nak buat satu kilang yang terbesar di Malaysia, kilang pemprosesan durian yang terbesar. Dan apa yang mereka nak buat adalah bekukan durian. Mereka guna nitrogen dan banyak teknologi yang baru oleh itu. Tetapi di tepi kilang itu semua adalah tanaman-tanaman durian, tanaman-tanaman sawit dan getah. Oleh itu, saya rasa adakah kerajaan sedar bahawa kemungkinan kilang yang menggunakan teknik ataupun er… nitrogen ini, kemungkinan akan mengancamkan tanaman-tanaman di sebelah kawasan kilang itu? Sekian terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Tadi saya ni… saya nak respond-kan kepada ADUN Tras ni. Dato’ Sri Yang di-Pertua, dia ADUN Tras ini dia memang bersemangat. Saya… Bahasa Inggeris kata “you so passionate about this issue” setiap kali dibangkitkan, saya kagumlah. Dan er… ada… bila ada isu berkaitan dengan Pahang Royal… Royal Pahang ini, memang ADUN er… Tras akan bangkitkan, terima kasih ya. Maknanya er… kesungguhan keazaman ADUN Tras itu. Tetapi pada masa yang sama, saya juga nak maklumkan pada ADUN Tras bahawasanya terdapat juga golongan-golongan yang memerlukan perhatian pihak kerajaan.

Jadi antaranya ini… bukan nak… nak suruh jawab tapi saja kenyataan. Antaranya termasuk juga bekas-bekas tentera, veteran tentera yang bercakap dengan saya, dia kata, hanya kalau boleh Dato’ Sri cakap dalam Dewan itu minta ADUN Tras itu berjumpa dengan kami, bekas-bekas tentera yang pernah mempertahankan kawasan-kawasan termasuk di Tras ini, termasuk juga di apa nama… Sungai Klau, termasuk di Sungai Ruan dan sebagainya, merata tempat. Yang… ada yang terkorban, ada yang cacat, ada yang er… maknanya mengalami pelbagai masalah.

Yang sebenarnya pada dasarnya yang merasakan mereka hendakkan kerajaan bertindak secara seadil-adilnya untuk semua pihak. Bukan makna dia menentang er… pengusaha-pengusaha er… peneroka-peneroka durian haram sama ada di Sungai Klau, sama ada di Tras dan sebagainya. Tetapi dia minta supaya ADUN Tras juga

mendengar rintihan mereka, supaya ada keseimbangan dari segi perwakilan. Maknanya tuntutan daripada pelbagai pihak. Jadi itu je saya nak maklum Dato’ Sri.

Jadi bagi menjawab ini soalan tambahan ADUN Tras tadi sebenarnya, T.O.L ini ataupun er… Lesen er… Penempatan Sementara ini, sebenarnya dia… syarat bila kita luluskan, kita dah bagitahu bahawasanya tidak ada tanaman kekal, tidak ada binaan kekal dan pihak kerajaan berhak untuk menamatkan mana-mana yang T.O.L ini, untuk kepentingan er… misal contohnya er… projek-projek kerajaan. Jadi dalam konteks ini projek yang dilaksanakan ini adalah merupakan di antara projek yang dikira ada kepentingan Kerajaan Negeri.

Maka kalau sekiranya ada pun T.O.L er… di kawasan itu, kerajaan boleh apa nama… menamatkan. Kerana bila kita bagi kelulusan itu, selalunya TOL ni ataupun Lesen Penempatan Sementara ini adalah untuk kegunaan sementara, bukan nak tanam durian ke, minta maaf ya, ataupun nak bina binaan yang kekal. Dia kalau boleh itu mungkin sayur-sayuran, tanaman-tanaman kontan ya, yang boleh dilupuskan bila dia bagi notis itu dalam tempoh dua tiga bulan itu, dia boleh clear lah. Ha, tapi er… ini yang kita nak jelaskan Dato’ Sri Yang di-Pertua ya.

Yang keduanya, sama ada kilang itu bersesuaian dibuat di situ. Saya yakin oleh kerana ADUN Tras ini begitu er… passionate, dengan izin ya, berkenaan dengan er… ini projek er… durian Musang King dan juga yang melibatkan kilang-kilang pemprosesan. Tentulah ADUN Tras dia berjalan hingga masuk ke kawasan Dong. Maknanya kawasan Sungai Klau, Sungai Ruan ni… er… Sungai Klau ya. Ini kawasan Dong. Ha, dia masuk situ. Tentu ADUN Tras akan lihat bahawasanya terdapat kilang-kilang ini dibina. Ha, ada sesetengah kilang itu dibina di kawasan-kawasan bukan sahaja dalam kebun tetapi juga kawasan-kawasan dekat dengan perumahan kan. Dan kelulusan bagi ni pertama sekali kita nak bina kita kena hantar itu yang saya kata itu kita kena submit-kan dengan izin Kebenaran Merancang kepada PBT iaitu Majlis Daerah Raub.

Majlis Daerah Raub dengan segala ada jawatankuasa er… ni… OSC ni… One Stop Centre ini dengan er… jabatan teknikal akan memberi input dari segi keselamatannya kesesuaiannya dan sebagainya, baru dia bagi kelulusan. So perkara ini pun telah diambil kira apatah lagi zon yang dibina kilang pemprosesan itu adalah bertepatan dengan pelan tempatan, local plan yang membolehkan ia dibina jadi setelah mengambil kira semua itu maka Majlis Daerah Raub telah meluluskan pada 7 Oktober… Ogos 2020 iaitu semasa Mesyuarat Jawatankuasa OSC ini memberikan kelulusan kebenaran untuk pembinaan kilang tersebut. Jadi sudah tentu ianya memenuhi segala kehendak teknikal yang telah ditetapkan yang YB. Tras bangkitkan tadi. Yang saya nak zahirkan bahawasanya, kelulusannya telah mengambil kira semua aspek, keselamatan dan sebagainya. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat ADUN Tanah Rata.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Selamat pagi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon kemukakan soalan nombor 3. Terima kasih.

[Sila senaraikan penerima bantuan e-kasih dan bantuan kebajikan lain berdasarkan daerah di Pahang dan kaum penerima.]

Dato’ Yang di-Pertua, Untuk menjawab soalan nombor 3 ini, memerlukan detail ya. Yang terperinci saya cuba bacakan. Sehingga 16 Oktober 2020 seramai 50,737 peserta e-kasih negeri Pahang telahpun menerima bantuan. Pecahan mengikut daerah dan kaum adalah seperti berikut:

 Bentong: Melayu - 2,284, Cina - 397, India - 360, lain-lain – 121; jumlah 3192.  Bera: Melayu - 2458, Cina - 449, India - 348, lain-lain - 41; jumlah keseluruhan 3,296.  Cameron Highlands: Melayu - 144, Cina - 247, India - 197, lain-lain – 120; jumlah keseluruhan 708.  Jerantut: Melayu - 4,439, Cina - 199, India - 221, lain-lain – 38; jumlah keseluruhan 4897. Bagi daerah;  Kuantan: Melayu - 11,103, Cina - 563, India - 583, lain-lain – 169; jumlah keseluruhan 12,418.  Lipis: Melayu - 3,597, Cina - 69, India - 209, lain-lain – 51; jumlah keseluruhan 3,926.  Maran: Melayu - 2,552, Cina - 32, India - 63, lain-lain – 50; jumlah keseluruhan 2,697. Bagi daerah;  Pekan: Melayu - 7,648, Cina - 27, India - 41, lain-lain – 123; jumlah keseluruhan 7839. Bagi daerah  Raub: Melayu - 3,039, Cina - 367, India - 714, lain-lain – 42; jumlah 4,162.  Rompin: Melayu - 3,289, Cina - 8, India - 11, lain-lain – 60; jumlah 3,368.  Temerloh: Melayu - 3,450, Cina - 169, India - 585, lain-lain – 60; jumlah 4,264. Menjadikan jumlah keseluruhan bagi negeri Pahang: Melayu - 44,003, Cina - 2,527, India - 3,332, lain-lain – 875;

jumlah keseluruhan 50,737. Untuk Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat pula, kita akan bagi er… secara bertulis. Terima kasih.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Terima kasih, jawapan yang begitu lengkap daripada Wakil Kerajaan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Soalan tambahan saya adalah, memandangkan e-kasih dan juga senarai panduan Jabatan Kebajikan ini adalah dua set data yang berlainan. Oleh itu, soalan saya di sini adalah, adakah kerajaan tak kira Kerajaan Persekutuan atau pun Kerajaan Negeri er… berhasrat menyebab… menyatupadukan kedua-dua fungsi bantuan ini dari segi pengendalian, permohonan dan juga pengagihan? Terima kasih

Terima kasih daripada Tanah Rata yang mengemukakan soalan. Sebenarnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, memang kita sedang pun dalam proses untuk mengemaskini dan menyatukan data-data kemiskinan, bukan sahaja daripada senarai e-kasih, JKM, tetapi juga daripada senarai-senarai lain, termasuk daripada MUIP dan sebagainya untuk kita akhirnya nanti mempunyai satu data iaitu Data Kemiskinan Negeri Pahang.

Dan proses ini telah pun berlangsung dan beberapa er… mesyuarat telah pun diadakan di pihak er… mesyuarat teknikal telah pun diadakan dan kita jangka dalam tahun 2021 insya-Allah senarai tersebut akan dapat kita kemaskini dan satukan. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya, saya jemput Yang Berhormat ADUN Bukit Ibam.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan soalan nombor 4.

[Memohon penjelasan lebih lanjut berkaitan pemberian Geran Pendidikan kepada pelajar-pelajar IPTA/IPTS yang diberikan oleh Yayasan Pahang.]

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bukit Ibam yang mengajukan soalan kepada er… Yayasan Pahang mengenai penjelasan lebih lanjut berkaitan pemberian geran pendidikan kepada pelajar-pelajar IPTA/IPTS. Kita juga turut bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang secara istiqomahnya, semenjak tahun 2000 lagi telah memperkenalkan geran kepada pelajar-pelajar yang ingin menduduki di IPT dimana-mana jua di seluruh Malaysia.

Kini usaha murni ini telah diteruskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy selaku Pengerusi kepada Yayasan Pahang bagi memastikan, untuk meringankan beban-beban anak-anak kita yang memasuki ke IPTA. Alhamdulillah usaha murni ini dapat kita teruskan sebagai tanda motivasi kita kepada anak-anak kita di Negeri Pahang Darul Makmur untuk mereka melanjutkan pengajian di IPT.

Untuk er… mereka ini diperkenalkan dengan ijaz… er… geran prasiswazah sebanyak RM500.00 kepada peringkat persijilan hinggalah kepada peringkat ijazah sarjana muda. Kemudian ada lagi satu geran tu pascasiswazah sebanyak RM1,000.00 bagi mereka yang ingin menyambung ke peringkat tertinggi iaitu PhD. Dan syarat-syarat yang diperkenalkan kepada anak-anak kita untuk mendapatkan bantuan ini tak lain tak bukan, yang pertamanya mereka itu mestilah anak Pahang ataupun ibunya orang Pahang ataupun ayahnya orang Pahang ataupun mereka bermastautin di Pahang lebih daripada 10 tahun, mendapat pengesahan bermastautin, sama ada daripada Pegawai Daerah ataupun Tok Penghulu.

Dan mereka juga mestilah apabila mengisi borang permohonan itu dengan menyatakan alamat mereka berada di negeri Pahang. Kemudian itu, pemohon juga

mestilah er… memastikan mereka mempunyai surat tawaran daripada IPTA yang berkenaan yang mereka pohonkan. Kita juga bersyukur ke hadrat Ilahi setelah sekian lama er… apa geran ini diperkenalkan seramai 185,000 orang, er… seramai 185,385 orang telah kita bantukan dengan jumlah kewangan sebanyak RM93 juta. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, sila.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Er… Yang Berhormat tadi ada menyebutkan bahawa pelajar-pelajar yang ke IPTA akan mendapat geran RM500.00. Soalan saya begini Yang Berhormat, saya datang… ramai yang datang di pejabat, mereka yang telah menerima er… geran semasa memasuki Matrikulasi. Apabila mereka masuk ke IPTA untuk menyambung peringkat ijazah, mereka tidak lagi layak untuk menerima geran itu.

Jadi soalan saya, apakah Yayasan Pahang er… bercadang untuk mengubah dasar ini, bagi membolehkan mereka-mereka yang telah mendapat geran ini sebanyak RM500.00 semasa Matrikulasi, bagi mereka meneruskan peringkat ijazah. Kerana di peringkat ijazah inilah sebenarnya, di universiti yang sebenarnya kosnya lebih tinggi.

Soalan saya yang kedua ialah berhubung dengan IPTA. Jadi adakah hanya di IPTA atau ada IPTS-IPTS yang tertentu yang Yayasan Pahang memberi apa ni… geran, kerana bahagian… ramai sebahagian daripada mereka yang tidak layak ke IPTA, mereka pergi ke IPTS dan mereka bukanlah golongan-golongan yang berkemampuan sangat, terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Ini adalah juga cadangan yang baik. Namun demikian, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang mesti juga mengambil kira dengan keupayaan kewangan, bagaimana untuk kita membantu anak-anak kita. Tetapi bukanlah erti kita berpeluk tubuh begitu sahaja setelah kita membantu anak-anak kita mendapatkan geran RM500.00 di apa…Matrikulasi sebagaimana rakan saya daripada Bukit Ibam nyatakan.

Anak-anak kita yang telah mendapat one-off daripada Geran RM500.00 itu sememangnya mereka telah apa… tidak layak untuk memohon buat kali keduanya. Tetapi Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh memberikan pertimbangan derma siswa, seandainya anak kita ini benar-benar perlu dan wajar kita beri bantuan.

Jadi Bukit Ibam jangan risau, jika kita teliti anak-anak kita itu memang patut diberikan bantuan, dapatkan maklumat mereka daripada borang yang khas oleh Yayasan Pahang, untuk kita mendapat sokongan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Berikan maklumat itu kepada saya, saya jadi pemudah cara untuk dapatkan apa namanya… sokongan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yayasan Pahang akan teliti. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Soalan tambahan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila…

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Tuan Yang di-Pertua,

Saya dengar jawapan daripada Exco mengatakan pengesahan pemastautin itu hanya oleh Pegawai Daerah ataupun Penghulu. Adakah pihak Yayasan Pahang juga membenarkan Wakil Rakyat misalnya ADUN Pahang untuk mengesahkan yang pemastautin itu?

Soalan yang kedua, saya diberitahu oleh pelajar yang mengambil kursus PhD OUM ini. Mereka dikatakan Geran Pendidikan daripada Yayasan Pahang untuk penuntut yang mengambil PhD OUM itu, tidak dipertimbangkan kerana alasannya ialah kehadiran penuntut itu tidak begitu memuaskan, tapi menurut maklumat yang diterima, golongan yang ingin mengambil PhD itu, memang bersungguh-sungguh dan kehadiran itu sangat-sangat baik.

Jadi, soalan saya ialah adakah Yayasan Pahang akan timbang semula tentang Geran Pendidikan untuk pelajar PhD OUM itu? Terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Mengenai pengesahan pemastautinan ini, tidak ada salahnya dan susahnya serta sukarnya untuk didapatkan daripada Tok Penghulu ataupun pada D.O. Tetapi seandainya sahabat saya daripada Cheka berminat untuk mengeluarkan surat pengesahan pemastautinan kepada Yayasan Pahang, tidak ada halangannya. Bolehlah berbuat demikian. Cuma kita kesian juga kepada Tok Penghulu, takkan kita seorang sahaja yang buat kerja, dia pun nak buat kerja juga Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Dan juga mengenai anak-anak kita yang nak belajar ke universiti ke mana-mana universiti jika seandainya mereka membuat seumpama PhD. Memang kita ada ketetapan-ketetapan, universiti-universiti yang tertentu, yang kita telah kenal pasti apabila anak-anak kita keluar daripada universiti berkenaan, mereka ini apa namanya boleh berhidup, sijil mereka itu diiktiraf.

Seandainya mereka pergi ke universiti yang tidak diiktiraf, maka mereka susah. Namun pun demikian, demi sahabat saya daripada Cheka, kalau anak kita itu memang susah, dia pergi mana-mana universiti perlu kita bantu macam jugalah saya cakap kepada Bukit Ibam tadi, ambil maklumat budak itu, isikan borang, kita bawa ke Yang Amat Berhormat Menteri Besar, untuk kita sokong. Adalah sikit kerja daripada Cheka nak menolong anak kita. Sekian, terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Seterusnya saya pergi kepada soalan seterusnya. Saya jemput Yang Berhormat ADUN Kemayan.

Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 5.

[Setakat ini (27 September 2020) wabak COVID-19 telah menunjukkan peningkatan jumlah kes baharu dan angka ini sangat membimbangkan semua pihak. Rakyat seolah-olah mengambil remeh mengenai SOP malah ada yang sengaja mengabaikan arahan untuk kuarantin diri selama 14 hari yang ditetapkan. Keadaan bertambah kronik apabila lebih ramai yang dijangkiti wabak selepas pulang dari Sabah menyertai kempen PRN di sana.

1. Apakah tindakan undang-undang lain yang boleh dikenakan selain saman kepada mereka yang melanggar arahan yang ditetapkan supaya ia dapat memberi pengajaran dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat?]

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Wakil daripada Kemayan membangkitkan rasa kerisauan beliau berkaitan dengan sikap segelintir masyarakat yang mengambil sikap remeh-temeh mengenai SOP kita menangani wabak COVID-19 ini dan Wakil Kemayan bertanyakan apakah tindakan undang-undang lain yang boleh dikenakan selain saman kepada mereka melanggar peraturan dan arahan ini agar memberi pengajaran dan peningkatan kesedaran di kalangan mereka.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan dan arahan kuarantin merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengkompaunan Kesalahan-kesalahan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ataupun kita sering sebut Akta 342. Tak susah untuk kita ingat, kita selalu sebut dua atau tiga atau empat. Kita sebut terbalik je sikit, tiga empat dua.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saman atau kompaun merupakan salah satu tindakan penguatkuasaan yang telah digazetkan di bawah akta tersebut dan Kerajaan merasakan inilah tindakan yang dapat memberikan pengajaran dan meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat kerana nilai kompaun yang dikenakan adalah tinggi iaitu RM1,000.00 dan di bawah peraturan ini tidak ada pengurangan kompaun dibenarkan sehingga kini.

Selain daripada kompaun, tindakan undang-undang lain adalah melalui arahan penutupan premis sekurang-kurangnya 3 hari boleh dikenakan kepada pemunya premis yang tidak mematuhi SOP dan tindakan ini juga boleh memberi pengajaran kepada pemilik premis yang tidak memberikan kerjasama.

Selain daripada itu, sekiranya gagal membayar kompaun dalam tempoh 14 hari daripada tarikh tawaran kompaun dikeluarkan, tindakan pendakwaan di mahkamah akan dilaksanakan di mana nilai denda yang lebih tinggi atau penjara dalam tempoh

tertentu boleh dikenakan bergantung kepada keputusan mahkamah, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Pertamanya, ada kita dapati, mereka-mereka yang menyalahgunakan surat kebenaran daripada polis. Kemudian ada beberapa kes mereka terlepas, mereka tidak melalui sekatan jalan tetapi laluan tikus. Ada juga Tuan Yang di-Pertua, dapat surat daripada polis tapi bila sampai masuk contohnya daripada Negeri Sembilan masuk ke Pahang tiba-tiba positif. Ini antara perkara-perkara yang berlaku.

Selain daripada itu, ada juga mereka yang pakai gelang. Ada gelang warna hijau ke pink, oren ya… lepas tu berkeliaran pula ke kedai sana, sembang sana, kedai kopi sana, kedai kopi sini, jadi perkara-perkara macam ini masih lagi berlaku. Kita kena pastikan Pahang ini dah cantik dah beberapa belas hari masih lagi okey tiada kes, macam mana cara Tuan Yang di-Pertua kita nak pastikan supaya kita terus bertahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Semalam saya bercakap pasal denggi perkara kecil yang menjadi besar. Beginilah juga soal virus… Coronavirus ini perkara yang kecil sebenarnya bila banyak, dia memberikan ancaman yang sangat besar.

Sebenarnya kalau kita menjadi seorang rakyat yang prihatin, soal virus ini bukanlah terlalu luar biasa kerana er... soal Coronavirus ini telah… ini kali ketiga mengancam keselamatan dunia. Sebelum ini kita ada Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus (SARS) 2002 hingga 2004. Kemudian kita ada MERS-Covid ataupun Middle East respiratory syndrome-related coronavirus pada tahun 2012 dan ini kali ketiga. Jadi masalahnya adalah kefahaman kita tentang punca kepada masalah itu dan macam manakah kita boleh menjaga diri kita, orang sekeliling kita dan persekitaran kita untuk mengelakkan jangkitan.

Jadi soal pelanggaran SOP ini Dato’ Sri Yang di-Pertua, memang kita nampak, memang agar sukar. Sebab itu kita katakan ianya satu norma baru. Dalam Dewan ini pun Dato’ Sri Yang di-Pertua, kalau kita nak fikirkan pun memang kurang selamat kerana kalau ikutkan kita kena ada jarak satu meter. Tetapi pihak urus setia alhamdulillah di bawah pimpinan Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita wujudkan penghalang, kita wajibkan pemakaian mask ya. Tetapi kita ini masalahnya Dato’ Yang di-Pertua, sepatutnya masa kita bercakap ini kita tutup, supaya cecair daripada mulut kita tak keluar. Tetapi kita pula kadang-kadang kita nak bercakap, nak memuaskan hati, nak melancarkan komunikasi kita buka. Sebenarnya itu tak berapa kena.

Berbalik kepada soal pelanggaran tadi er… Wakil daripada… perkara yang dibimbangi oleh Sungai Lembing Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya lihat dari segi er… kesungguhan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di bawah pimpinan Dato’ Sri SUK Kerajaan Negeri dan melalui pemantauan rapat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita telah membuat pelbagai aktiviti penguatkuasaan, kita dah periksa apa premis-premis sebanyak 85,929 dalam tempoh PKP ini. Daripada situ kita dah dapat kesan 1668 kesalahan dan telah dikompaun sebanyak 713 dan telah menutup 60 premis. Jadi

sebab itulah, di atas keprihatian Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kesungguhan jentera kita, kita dapat mengawal apa ni... masalah ini.

Jadi seterusnya selain daripada penguatkuasaan Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita juga ada mewujudkan jawatankuasa norma baharu yang juga dipengerusikan secara bersama oleh Dato’ Sri SS dan juga Jawatankuasa Kesihatan untuk memberikan kesedaran yang lebih baik yer er… dan mengingatkan, memberikan pendidikan bagaimanakah kita dalam menjalankan kehidupan dalam norma baharu ini.

Jadi alhamdulliah, eloklah kita memberi penghargaan sekali lagi, bukan sahaja kepada seluruh frontliner di negeri Pahang tetapi seluruh rakyat negeri Pahang kerana kita hari ini ataupun sehingga hari semalam adalah hari ketujuh belas kita bebas daripada kes COVID-19. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat ADUN Ketari.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.

[Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memastikan kebajikan pekerja-pekerja di negeri Pahang diberi keadilan oleh majikan mereka daripada segi undang-undang apabila diberhentikan atau dipotong gaji disebabkan krisis wabak COVID-19?]

Assalamualaikum dan terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada ADUN Ketari yang membangkitkan soalan apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan kebajikan pekerja-pekerja di Pahang diberikan keadilan oleh majikan mereka daripada segi undang-undang apabila diberhenti atau dipotong gaji disebabkan krisis wabak COVID-19?

Jawapannya dia kalau nak mudahnya, adil dan juga er… dibawa ke mahkamah, Mahkamah Buruh jika disabit kesalahan, selesai siasatan dan sebagainya. Dan bukan sahaja er... setakat krisis wabak COVID-19, bahkan sebelum COVID-19 pun PERKESO, Jabatan Tenaga Kerja dan agensi-agensi terbabit memang mengambil tindakan yang sewajarnya.

Namun begitu sebagai proses pembelajaran juga dan maklumat terkini, mungkin saya boleh bacakan jawapan yang berkaitan iaitu penularan wabak COVID-19 ini bukan sahaja melibatkan negeri Pahang, bahkan seluruh dunia terkesan dengan keadaan ini. Dalam menghadapi fenomena ini, Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah bertujuan bagi memastikan kebajikan pekerja-pekerja di negeri Pahang diberi keadilan yang sepatutnya. Sebagaimana yang sedia maklum bahawa krisis wabak COVID-19 telah mengakibatkan anak-anak negeri Pahang kehilangan pekerjaan dan gaji mereka dipotong.

Antara langkah yang diambil ialah memastikan pekerja mengetahui hak-hak yang sepatutnya diperolehi apabila diberhentikan kerja. Pekerja-pekerja yang telah

diberhentikan akan dipastikan mendapat pembelaan yang sewajarnya melalui beberapa langkah:

Yang pertama, Pemantauan Borang Pemberhentian Kerja ataupun ringkasnya PK. Setiap majikan perlu menghantar Borang Pemberitahuan Pemberhentian Pekerja atau Borang PK ini ke Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat sebelum melaksanakan pemberhentian. Borang PK ini merangkumi 4 kategori tindakan yang boleh dilaksanakan iaitu pemberhentian tetap, pemberhentian sukarela, pemberhentian sementara dan pengurangan gaji.

Terdapat 6 bahagian di dalam Borang PK ini yang perlu dilengkapkan dan dihantarkan oleh majikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Bagi… Bahagian 1 hingga 4 dalam Borang PK hendaklah dihantar 30 hari sebelum tarikh pemberhentian dilaksanakan. Manakala Bahagian ke-5 dihantar dalam tempoh masa 14 hari dan selepas pemberhentian dan Bahagian ke-6 dihantar 30 hari selepas pemberhentian dilaksanakan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Melalui pemantauan terhadap maklumat-maklumat yang diberikan oleh Jabatan Tenaga Kerja atau JTK akan memastikan semua pekerja dibayar pampasan sebagaimana di dalam Akta Kerja 1955 di bawah Peraturan-peraturan Kerja serta Faedah-faedah Penamatan dan Pemberhentian Kerja Sementara 1980. Siasatan dan laporan akan dibuat apabila menerima Borang PK daripada majikan. Semasa siasatan dibuat, pegawai akan menyemak cara pengiraan yang dibuat oleh majikan adalah mengikut peruntukan di dalam Akta Kerja 1955. Melalui Borang PK ini juga, jumlah serta data pemberhentian serta pengurangan gaji dapat diperolehi serta dikemaskinikan dari semasa ke semasa.

Yang kedua, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Tuntutan kes buruh. Setiap pekerja yang ditamatkan perkhidmatan oleh majikan mempunyai hak untuk membuat tuntutan penamatan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955 seperti baki gaji, gaji tanpa atau gaji… ganti notis, faedah penamatan kerja, baki cuti tahunan dan lain-lain tuntutan sebagaimana di dalam kontrak perkhidmatan. Ini kaedah pengiraan. Sekiranya pekerja layak kepada tuntutan maka kes akan difailkan. Kes akan dibincangkan di peringkat permulaan bagi mencari penyelesaian dan jika tiada persetujuan diantara majikan dan pekerja, maka penyelesaian dan jalan terakhirnya adalah ke Mahkamah Buruh.

Di dalam menghadapi masalah ekonomi berikutan penularan COVID-19, khususnya majikan tidak boleh sewenang-wenangnya memberhentikan pekerja disebabkan masalah tersebut. Majikan sebaiknya mencari penyelesaian terlebih dahulu seperti mengurangkan waktu bekerja, pertama. Menghadkan kerja lebih masa, kedua. Menghadkan kerja pada hari mingguan atau cuti am, ketiga. Mengurangkan gaji pekerja, keempat. Serta melaksanakan pemberhentian bekerja sementara atau dengan izin, lay off, dan sekiranya pemberhentian pekerja tidak dapat dielakkan, pekerja-pekerja asing perlu ditamatkan terlebih dahulu.

Sekiranya majikan gagal mengambil langkah-langkah seperti yang dinyatakan tetapi terus memberhentikan pekerja maka pekerja boleh memfailkan kes buruh menuntut pampasan jika layak daripada majikan sebagaimana yang tertera peruntukan Akta Kerja 1955. Setakat ini, sebanyak 311 tuntutan kes buruh telah diselesaikan oleh JTK Pahang. Tuntutan yang dibuat melibatkan seramai 2,236 orang pengadu dan jumlah bayaran yang telah diperintah bayar adalah sebanyak RM588,000.00.

Yang ketiga, iaitu selain tuntutan kes buruh, pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja juga boleh membuat aduan ke Pejabat Tenaga Kerja. Setiap aduan yang diterima berkenaan dengan pemberhentian kerja atau lain-lain isu berkaitan di bawah Akta Kerja 1955 di mana-mana tempat pekerjaan akan disiasat. Hasil siasatan akan dimaklumkan kepada pengadu. Sekiranya aduan yang dibuat adalah berasaskan atau berasas maka tindakan tegas akan diambil ke atas majikan seperti mengenakan kompauan dan pendakwaan atau Notis Pematuhan akan diberikan. Tindakan ke atas majikan akan diambil berdasarkan kesalahan yang dilakukan. Majikan juga akan dinasihatkan untuk mematuhi undang-undang dan mengambil tindakan yang sewajarnya sebagaimana Akta Kerja 1955.

Dan yang terakhir, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Menjawab persoalan kepada ADUN Ketari. Dalam merealisasikan… ini yang keempat. Mengutamakan pekerja kerja tempat me... err… mengutamakan pencari kerja tempatan. Dalam merealisasikan mengutamakan pekerja tempatan, majikan telah diwajibkan mengiklankan semua kekosongan jawatan yang ingin ditawarkan di Portal JobsMalaysia dalam tempoh tidak kurang daripada 30 hari sebelum majikan bercadang untuk mengambil Pekerja Asing dan Pegawai Dagang. Tindakan ini bertujuan supaya Jabatan Agensi di bawah KSM ataupun Kementerian Sumber Manusia, mempunyai ruang masa yang mencukupi untuk melaksanakan pemadanan kerja dan memberi keutamaan penggajian kepada calon pencari kerja tempatan.

Dalam hal ini, pihak PERKESO ada juga mereka cipta MYFutureJobs salah satu kaedah untuk melihat kepada er… jawatan-jawatan kosong dan sebagainya. Pembekuan pengambilan pekerja asing juga merupakan salah satu inisiatif atau tindakan tepat kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing dalam memastikan kebajikan pekerja diberi keadilan terutamanya ketika serangan wabak COVID-19 yang mana ramai pekerja tempatan yang hilang pekerjaan.

Dengan pembekuan ini maka keutamaan adalah kepada penduduk tempatan untuk mendapatkan pekerjaan dan membuka peluang seluas-luasnya kepada rakyat tempatan untuk mengisi kekosongan tersebut. Justeru itu, pekerja yang telah diberhentikan kerja tidak mempunyai banyak pilihan, selain merebut apa sahaja peluang yang ada di depan mata.

Ditambah pula dengan pelbagai insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA, yang antara lainnya menyediakan peruntukan khas untuk para belia dan penganggur mengikuti latihan kemahiran, keusahawanan dan sebagainya. Ini akan membantu golongan yang terjejas dengan COVID-19 yang melanda negara ini, akan mengasah bakat dan kemahiran seterusnya mempersiapkan diri dengan kelengkapan yang diperlukan oleh majikan dan pasaran serta kebolehpasaran dalam masyarakat negeri Pahang ini. Dengan pembekuan pengambilan pekerja asing ini sekali gus membuka ruang kepada penduduk tempatan untuk melakukan kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh pekerja asing.

Untuk tambahan, maklumat ataupun informasi kepada ADUN Ketari Yang Berhormat Yang di-Pertua, suka saya membacakan dalam er… penggulungan saya semalam. Saya ada menyebutkan, bagi kes tuntutan bayaran bagi kes faedah sehingga Oktober 2020 sebanyak RM21 juta telah diserahkan kepada mereka yang menerima kes faedah dalam negeri Pahang. RM21 juta, banyak ini. Yang kedua, bayaran bagi kes tuntutan Skim Insurans Pekerja iaitu sebanyak… berakhir pada 16 November 2020 sebanyak RM9.6 juta juga diserahkan sehingga kini dalam negeri Pahang. Dan yang ketiga, saya rasa terkejut juga, maknanya bayaran sangat besar iaitu bagi kes program

subsidi upah. Makna kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia menyediakan peruntukan-peruntukan kepada majikan-majikan untuk mengambil pekerja di saat pandemik yang berlaku ini, untuk mengambil kira mereka yang tidak bekerja, dibuang kerja untuk beri peluang mereka bekerja berapa bayarannya. Sebanyak… sehingga ini 19 November 2020 RM397 juta ya hampir setengah…

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencelah sedikit dengan izin termasuk dengan izin er… Wakil Kerajaan. Dalam keadaan pandemik COVID-19 ini, jangan kata kita nak minta pihak majikan memberi kerja, kerja tak ada. Ramai mereka yang hilang pekerjaan. Saya berpendapat, apa yang patut kita buat sekarang, seperti Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah luluskan RM10 juta untuk pembangunan belia, bolehlah mereka ini sekurang-kurangnya membuka er… apa nama itu gerai-gerai, stall ini… gerai-gerai makanan dan sebagainya. Mungkin buat car boot sales sebagainya. Saya yakin soal pihak majikan atau sesiapa menyediakan pekerjaan tak timbul dah. Sebab peluang pekerjaan memang terjejas teruk akibat COVID-19. Jadi langkah yang er… boleh kita ambil ialah untuk membantu golongan ini dan biasanya bantuan kewangan.

Pada hari semalam er… anak saya beli, saya tak… tak berapa berselera dengan nasi minyak ini. Jadi dia beli nasi minyak, bungkus dia kecil. Besar ini sahaja. Dan yang menjualnya… besar ini sahaja. RM1.00. Besar ini RM1.00. Ini pun besar ini, kecil lagi. RM1.00. Dan yang menjualnya kalau tengok gaya rupa tu adalah suri rumah, Yang di-Pertua. Bersih nampak bersih. Dan saya yang tak nampak pun penjual perempuan 2 orang pun, makan pun dengan penuh selera. Maknanya, suri rumah pun sekarang ini sudah mencari peluang, mencari peluang untuk mencari pendapatan sendiri. Yang tak, yang dulu tak reti berniaga, berniaga. Saya confused sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sepupu saya, my first cousin, was a pilot with er… Emirates. He was captain of A380 Airbus, 380. After 17 years with Emirates, he was retrench in September. Tapi dia maknanya, gaji itu mahal la. Ada duit simpanan tapi tak tahu berapa lama. Dan anak saudara saya, anak adik saya, Captain dengan er… Firefly, Firefly pun diberhentikan, dibayar hanya 3 bulan gaji. Sekarang ini dia dengan kawan dia seorang Captain lagi first officer dia, dia buka groceries store. Bermodalkan lebih kurang RM100,000.00. Jadi masing-masing chip in dan nampaknya berjaya.

Jadi saya berharap kalau kerajaan boleh mencari jalan dengan kepimpinan, prihatin Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya golongan-golongan seperti ini, disiapkan terus sahajalah modal. Walaupun zaman er… Tun Khalil jadi MB, saya jadi Exco jaga perumahan, peniaga kecil kita siapkan Dato’ Sri sahabat saya sebelah dari Dong kata RM20 juta. Saya ingat-ingat lupa. Maklumlah dah tua 70 tahun. Tak RM20 juta ke, RM3 juta ke. Hangus. Haa… ini masalah orang kita.

Jadi itulah, Timbalan er… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, gagap sedikit pagi ini. Dia sebenarnya bila Timbalan itu, di atas itu tak payah panggil Timbalan, dia panggil Pengerusi apa ini, Yang di-Pertua. Jadi saya ucapkan terima kasih kerana Yang di-Pertua memberi saya peluang dan saya berharap kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan dibantu oleh Ahli-ahli Exco yang muda-muda, rajin termasuklah ahli dari Tioman… ya… Tioman yang dalam kerajaan sekarang ini boleh membantu bersama-sama. Cari jalan supaya mereka boleh mencari makan. Apa caranya? berniaga kecil-kecilan. Bagaimana kita bantu? Bagi duit pinjam. Itu sahaja, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, Terima kasih banyak atas saranan er… pandangan dan juga buah fikiran daripada mantan er…. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang suatu ketika dahulu… ya… iaitu ADUN Pelangai. Jadi saya mengambil kesempatan di sini er… untuk er… memberitahu pada Sidang Dewan bahawa apa yang dilaksanakan dalam negeri Pahang menangani kehilangan er… peluang pekerjaan dan sebagainya, kerajaan bersikap adil. Mengambil tindakan sehingga ke Mahkamah Buruh jika sabit kesalahan dan kita sentiasa memastikan apa-apa juga faedah dibayar pada masanya apabila laporan telah sabit untuk diberikan bayaran tersebut.

Jadi sehingga kini jumlah lebih kurang RM428 juta telah dikeluarkan dan insya-Allah, lepas sidang ini, pihak PERKESO akan menyerahkan mock cheque kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

Soalan tambahan. Okey, er… saya mendengar ucapan daripada… jawapan daripada pihak YB. EXCO. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, adakah saluran er… bantuan guaman daripada Kerajaan Negeri membantu rakyat negeri Pahang er… menangani sebarang masalah disebabkan oleh pelanggaran atau penamatan apa-apa kontrak disebabkan oleh COVID-19?

Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, Saya merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Ketari. Ya, memang ada kita melalui Jabatan Tenaga Kerja dan juga PERKESO sentiasa memantau dan mengambil pendekatan untuk membantu apa-apa jua er… kepada hak-hak pekerja ini melalui Akta Kerja 1955 dan kita sekarang ini ada juga akta yang baru er… yang dipinda iaitu 446, Akta Majikan Menyediakan er… Penginapan, Kemudahan Kesihatan kepada pekerja-pekerja. Er… makna kata dari masa ke semasa sentiasa dinaiktaraf dan diambil peduli. Terima kasih Dato Yang di-Pertua.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Beserah, ya Beserah.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, di atas laluan diberikan. Saya ingin er… bertanya pihak kerajaan dan saya bersetuju apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat daripada Pelangai, supaya mencari peluang untuk perniagaan mereka yang diberhentikan kerja dalam suasana begini. Namun dalam masa yang sama, saya ingin er… bertanya kepada kerajaan adakah sebarang tindakan diambil

untuk membentuk norma baharu ataupun pembudayaan baru pemikiran mencari kerja ini? Sebab selama ini sektor-sektor pembinaan, pertanian, perkhidmatan banyak didominasi oleh pekerja asing kerana kurang glamour ataupun kurang ditarik er… tertarik untuk pekerja tempatan.

Maka inilah peluang terbaik bagi saya kalau kerajaan boleh libat uruskan semua yang terlibat. Majikan-majikan yang menggaji orang luar sebelum ini, mula berfikir bahawa kita kena cari pekerja tempatan dan kita kena juga bentuk norma baharu pekerja tempatan dalam mindset mereka semua sektor ini perlu di… di er… dikuasai dan peluang pekerjaan ini adalah perlu diambil.

Jadi saya cadangkan ataupun saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan adakah sesi libat urus melibatkan majikan, kaunselor, wakil pekerja dan sebagainya supaya mereka dapat membentuk satu er… satu set pembudayaan dan norma baharu untuk bidang pekerjaan ini? Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Terima kasih atas er… perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Beserah, sahabat saya. Pandangan sangat bernas dan er…saya suka untuk menjemput Yang Berhormat ADUN Beserah ni, merujuk kepada er... MTEN atau Majlis Tindakan Ekonomi Negeri dalam usaha untuk menangani er... crisis er... peluang dan juga tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani masalah pekerjaan dan juga kebajikan masyarakat dalam er... menangani COVID-19 khususnya dalam bab-bab ekonomi.

Dan perkara kedua berhubung dengan penglibatan libat urus ataupun tadbir urus pihak kerajaan dalam menangani pekerja-pekerja asing ini, saya yakin dan percaya itu cadangan yang baik dan er... pihak kerajaan akan ambil peduli bagaimana kaedah dan cara. Walaupun begitu er... setakat ini, saya lihat apa yang menjadi satu er... kekangan, khususnya di pihak peladangan er... kita lihat ramai pekerja-pekerja asing er... mengambil peluang di situ. Tetapi dalam er... hari ini semasa COVID-19 berlaku, banyak kekurangan atau ramai er... tenaga kerja di kalangan warga asing yang tidak dapat masuk dan yang sedia ada pun ramai pun dah berhenti dan sebagainya akibat pandemik COVID-19 ini. Er... mungkin satu masa yang er... baik untuk kita fikirkan norma baru mengambil ruang dan peluang yang ada ini.

Jadi insya-Allah, saya akan berbincang lebih lanjut perkara ini er... pada masa yang akan datang bersama ADUN Beserah dan juga rakan-rakan kita di jabatan. Sekian, terima kasih.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Triang.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Tadi dalam jawapan er... pihak kerajaan ada menyebut tentang Program Subsidi Upah. Saya dimaklumkan bahawa ada majikan yang sudah lulus program ini tetapi telah tiga bulan tidak... masih tidak dapat subsidi lagi. Mohon penjelasan kerajaan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Terima kasih kepada ADUN Triang yang bangkitkan perkara ini. Saya akan ambil maklum perkara ini untuk menanya ataupun bertanya lebih detail kes-kes yang mungkin terpencil er... ataupun er... mungkin saya rujuk dengan pihak PERKESO, Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan detail dan soalan tu boleh jawab secara bertulis nanti. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat ADUN Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, soalan saya nombor 7.

[Aplikasi PahangGo.

Apakah PahangGo mendapat sambutan di kalangan pengguna? Bagaimana kaji selidik dilaksanakan?

Berapakah kos yang dibelanjakan untuk mewujudkan PahangGo?]

Terima kasih Yang Berhormat er... Dato’ Sri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada rakan saya daripada Teruntum mengemukakan soalan yang amat baik. Jadi sebelum saya er... menjawab soalan daripada ADUN Teruntum, apakah PahangGo mendapat sambutan di kalangan pengguna? Saya ingin bertanya er... kawan saya daripada Teruntum, adakah Teruntum telah menggunakan PahangGo ini?

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Sudah.

Jadi kalau nak tanya sikit lagi Yang Berhormat di-Pertua. Kalau dah guna PahangGo ni, aplikasi mana yang Teruntum suka sekali? Boleh tahu?

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Parking.

Parking. Parking ya, sebut elok-elok sikit tu.

Er... Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

sehingga 12 November 2020, setelah beroperasi hampir 13 bulan, jumlah download adalah sebanyak 135,052 download. Sambutan aplikasi ini juga kita boleh nilai daripada jumlah transaksi yang telah diuruskan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah membayar cukai tanah, membayar cukai pintu, kompaun PBT, parking, zakat dan lain-lain berjumlah RM7,067,690.00 nilai wang yang telah diuruskan oleh aplikasi PahangGo dengan jumlah transaksi sebanyak 585,822 transaksi. Dan jumlah download er... meningkat kepada kadar 7,000 sebulan dan jumlah nilai transaksi meningkat pada kadar 10% setiap bulan.

Dan er... berkenaan er... maklum balas yang kita terima dari pengguna terutamanya kita menggunakan maklum balas di laman facebook. Secara purata sejumlah 2,000 maklum balas diterima setiap bulan merangkumi aduan, cadangan dan penambahbaikan.

Untuk makluman Yang Berhormat Teruntum juga, er... aplikasi PahangGo ini dibangun sepenuhnya oleh kakitangan dalaman Syarikat PahangGo Sdn. Bhd. Iaitu sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri dan paid up capital sebanyak RM 1 juta sebagai anak syarikat daripada Koridor Utiliti Pahang Sdn. Bhd. Untuk makluman Yang Berhormat, tiada sebarang suntikan modal daripada Kerajaan Negeri Pahang yang digunakan oleh PahangGo setakat ini. Sekian, Yang Berhormat.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Wakil Kerajaan. Soalan tambahan saya adalah, saya dapat aduan ada lah kata PahangGo tidak boleh bayar parking untuk bulanan. Maknanya dapat tempat itu untuk satu bulan. Tak boleh, okey. Soalan nombor dua, sejauh manakah aplikasi tersebut dapat membantu kerajaan negeri untuk kluster COVID-19 sebelum ini? Adakah dia efektif seperti MySejahtera? Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Sahabat saya daripada Teruntum kata, dia suka guna parking. Jadi pernah cuba guna parking untuk sebulan?

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Saya tak pernah cuba. Saya terima aduan. Itu sahaja.

Makna tak guna sepenuh lagilah ya? Untuk makluman yang Sidang Dewan, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, er... apa yang dikatakan tiada untuk parking bulanan tu adalah tidak benar sama sekali er... PahangGo ada menyediakan parking untuk bulanan. Contohnya di Kuantan kalau sebulan kita perlu bayar RM 79.50. Kalau

3 bulan RM 207.00. Kalau setahun RM 667.80. Jadi kalau sahabat saya daripada Teruntum ada masalah menggunakan PahangGo untuk parking ini, bolehlah berjumpa dengan saya ataupun pegawai-pegawai daripada Syarikat PahangGo.

Menyentuh soalan tentang aplikasi PahangGo dalam membantu Kerajaan Negeri untuk kluster COVID-19. Sebelum kerajaan Malaysia kita memperkenalkan aplikasi MySejahtera, yang antara lain bertujuan merekod dan menjejaki per... pergerakan rakyat yang berkunjung ke premis perniagaan, Kerajaan Pahang ialah yang terlebih dahulu menggunakan sistem MoveOn kita panggil MoveOn… ya… MoveOn yang dibangunkan oleh PahangGo... Syarikat PahangGo.

Dari mula tarikh ia diperkenalkan pada 14 Mei 2020, sebanyak 6,396 premis telah berdaftar dan sebanyak 1,396,693 jumlah imbasan QR code telah digunakan oleh MoveOn... telah didaftarkan oleh MoveOn. Dan sistem yang sama juga kita gunakan dibangunkan oleh PahangGo untuk menempah slot bagi rakyat untuk solat di masjid semasa Perintah Kawalan Pergerakan dan urusan di Pejabat Agama dengan 28,051 jumlah tempahan. Sekian.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan tambahan. Terima kasih sekali lagi kepada Wakil Kerajaan. Soalan tambahan saya senang saja. Kalau... jikalau ADUN memohon untuk dapat diskaun untuk parking, sebab saya selalu kena saman lupa letak parking di... MPK pun saman saya juga. Adakah kerajaan sedia memberi manafaat kepada ADUN? Diskaunlah kepada… melalui PahangGo. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua, Er... dalam musim-musim COVID ini Dato’ Sri, saya harapkan Yang Berhormat Teruntum boleh bayar lebihlah. [Ahli Dewan ketawa]

Sebab Yang Berhormat ada mempunyai pendapatan tetap. Makna boleh sumbang ke Tabung COVID juga. Tapi walau bagaimanapun, menyentuh tentang er... soalan Yang Berhormat maknanya kalau masalah parking kena saman ni sepatutnya tak terjadi dah. Lepas ni saya berharaplah yang Yang Berhormat daripada Teruntum boleh membeli kupon secara bulanan. Jadi tak bolehlah… tak payah… tak perlu bayar saman dah ye.

Jadi kalau ada masalah membeli kupon bulanan tu, bolehlah merujuk kepada pihak kami supaya kami dapat membantu Yang Berhormat daripada Teruntum untuk menyelesaikan masalah terbabit. Tentang diskaun ni, insya-Allah pihak kerajaan akan memperhalusi dan sekiranya sama ada tambah atau naik itu terpulang pada pihak kerajaanlah. Sekian, Dato’ Sri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Seterusnya, jemput...

Soalan tambahan

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat ADUN Tahan.

Dato’ Speaker, tambahan sikit kepada jawapan daripada Bebar tadi. Sebenarnya setiap Ahli Yang Berhormat ni dibekalkan dengan logo er… Yang Berhormat. Sila pakailah, baru tak kenakan, kecualikan pada parking. Ada dibekalkan ya, untuk kereta rasmi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jemput, Yang Berhormat ADUN Tahan.

Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 8.

[Pembinaan 12 unit rumah kakitangan di FELDA Padang Piol. Apakah yang menyebabkan projek ini terhenti? Adakah kerajaan berhasrat untuk menyambung semula pembinaan projek tersebut?]

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya daripada DUN Tahan yang bertanyakan tentang berkenaan dengan pembinaan 12 rumah kakitangan di FELDA Padang Piol yang terhenti dan adakah kerajaan berhasrat untuk menyambungkan?

Projek kakitangan rumah di FELDA Padang Piol 12 unit, bermula pada Ogos 2017 dan sepatut siap Ogos 2018 dengan perbelanjaan sebanyak RM2,064,000.00 tetapi pada 12 Februari 2020, ianya ditamatkan kontraknya kerana itulah sebabnya menyebabkan projek itu terhenti, kerana kontraktor ditamatkan kontraknya. Kenapa ianya ditamatkan kontrak? Kerana kontraktor tiada usaha untuk mempercepatkan kerja-kerja kontrak.

Nombor 2: kontraktor pun tidak ada daya usaha dari segi penyediaan CPM, jadual kerja, blueprint terhadap projek tersebut. Kontraktor hanya bergantung kepada bayaran interim bagi menyiapkan projek tersebut. Bermakna kontraktor yang dilantik tiada modal pusingan. Walau bagaimanapun, Kerajaan memperuntukkan RM1.3 juta melalui FELDA, akan membuka tawaran baru retender projek tersebut di awal 2021. Sekian terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Er… untuk makluman, rumah kakitangan FELDA yang sedia ada ini saya difahamkan dibina pada sekitar tahun 70-an dan sampai sekarang masih ada lagi kakitangan FELDA yang duduk sekurangnya, lebih kurang 6 keluarga yang duduk dalam keadaan rumah tersebut tidak selamat diduduki. Untuk makluman, ada rumah-rumah yang siling dah runtuh dah, tandas yang rosak dan lain-lain. Saya nak tanya er… berapa percent kontraktor telah siapkan rumah tersebut sebelum kontraknya ditamatkan?

Yang kedua; berapakah lagi peruntukan yang diperlukan untuk menyiapkan rumah tersebut? Sekian terima kasih.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Dalam pengetahuan saya, rumah tersebut hanya siap 45% daripada dua… RM2,064,000.00 - 45% bermakna projek peruntukan yang ada hanya RM930,000.00 sahaja. Tetapi, dari segi kontrak, konsultan FELDA telah potong interim kepada kontraktor 5% tiap-tiap interim. Ini pengalaman saya sebagai kontraktor dulu. Tetapi walau bagaimanapun, baki hanya RM938,000.00 tapi Kerajaan memperuntukkan semula RM1.3 juta. Selalu biasalah, bila retender, menyebabkan lawatan tapak, penyediaan dokumen baru walaupun balance sembilan ratus tiga puluh lima, tiga puluh lima… RM938,000.00 tetapi Kerajaan memperuntukkan RM1.3 juta, awal tahun depan akan adakan retender.

Ini dari segi kontrak kerana kontraktor diberi jaminan WJP 5% tiap-tiap interim. Insya-Allah saya dah runding bersama FELDA, Januari 2021 rumah tersebut akan diretender dan diaward secepat mungkin bagi menyelesaikan masalah kakitangan FELDA, staf FELDA di FELDA Padang Piol dapat rumah yang selamat yang bumbungnya tidak pecah, atapnya tidak terbang, insya-Allah. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Soalan tambahan. Soalan tambahan ni Tuan Yang di-Pertua, kerana kita tanya adakah sedar, adakah patut ini macam kita tak puas hati dengan Kerajaan menjawab. Macam kita nak mengajar pula. Jadi, saya ni tak nak gunakan perkataan adakah Kerajaan sedar, adakah Kerajaan bertanggungjawab, hanya nak menyatakan, elok ke pihak Kerajaan mengambil tahu kenapa projek ini selalu sakit?

Pengalaman saya menunjukkan bahawa, kalau kita melaksanakan proses tender, kalau proses tender JKR untuk buat jalan sebagainya tak semestinya yang terendah yang terbaik. Pengalaman saya menunjukkan yang terendah itu lah yang banyak menimbulkan masalah projek tak siap. Itu sebab JKR dia ada dia punya er…. apa ke nama benda tu… cut off, dia ada cut off dia.

Kalau misalannya semasa saya jadi er… Menteri Besar peringkat awal, sebelum ladang Yayasan Pahang dijadikan dari 1,000 ekar, saya ambil alih jadikan 100,000 ekar sekarang, kita harapkan balak. Pengarah Hutan tak ada ya… balak tu terang sebab bagi biasiswa kepada budak-budak. Tetapi sekarang tak pakai balak lagi, pakai kelapa sawit.

Jadi, saya mencadangkan supaya Pihak Kerajaan jangan juga sewenang-wenangnya memberhentikan kerja, tidak membayar sebagainya. Kalau harapkan kita katakan kontraktor harapkan interim, memanglah. Kebanyakan kontraktor… hendak kontraktor Melayu pulak, kontraktor India tahan sikit. Modal kurang, pusing kurang. Satu lagi yang saya tengok, bila tender… oh! tak ada pengalaman, oh! ni dah buat 20 okeylah, ini belum buat lagi. Kalau yang tak ada pengalaman tu taknya dibagi, bila nak dapat pengalaman.

Itu sebab kita… when we take action, sorrylah saya bila, bila temperature naik, cakap orang putih, macam P. Ramlee cakap Jerman… dalam filem benda ni “Masam-masam Manis”. So, when we act, we must act fairly and judiciously. Makna bila kita ambil tindakan, kita adil dan saksama. Jangan kita ikut… oo… ini ikut buku ni batal, ini tolak,

tak boleh. Kadang-kadang orang ini, dia pun nak cari makan juga bagi anak cucu. Kita okeylah. Cari makan, elaun sedap. Macam MB pula, pencen MB dapat, lepas itu ni.. elaun pengerusi pula, MB ada bagi pula, bagi kepada bekas MB pula. Memanglah sedap, tetapi orang macam ini yang ni… teruk.

Jadi, saya mencadangkan supaya Pengerusi Penasihat FELDA… Pengerusi FELDA yang mewakili Kerajaan tu tengok-tengoklah sikit supaya macam kontraktor tu dia dapat selesaikan masalah tapi dah batal, batallah. Saya terbayang macam mana anak bini dia nak makan. Kontrak dah batal, entah apa benda nak makan. Nak merompak, menyamun pula, semua orang duduk rumah sekarang ini, payah juga. Penyamun, perompak, minta maaf ni… ni… meleret sikit ni Tuan Speaker… tak dapat cari makan dah. Kita pergi mencuri rumah orang, orang tak ada di rumah. Sekarang ni orang semua duduk di rumah. Tak dapatlah. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. [Ahli Dewan ketawa]

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Soalan tambahan, soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ringkas tak? Kalau rasa boleh tanya kat masa minum, gi tanya masa minum.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Yang di-Pertua, Saya sangat setuju pandangan daripada Pelangai iaitu dalam sistem bagi kontrak sekarang, FELDA ke, JKR ke, JPS ke, PAIP ke, ada cut off. Bila ada cut off, orang nombor 1 pasti tidak masuk dalam cut off. Bermakna kontrak sekarang, kontraktor sekarang walaupun dapat nombor 1 dia takkan dapat tawaran untuk kerja tersebut kerana selalunya nombor 1, dia terkeluar daripada harga cut off. Sekarang punya peraturan JKR ke, mana-mana jabatan. FELDA dahulu ada er… kelemahan dari segi pemberian, pemilihan kontraktor yang saya tahu iaitu satu kontraktor mendapat 10 projek dalam masa yang sama. Maka dengan itu, berlaku kelewatan dalam melaksanakan apa-apa juga projek. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah soalan seterusnya, saya menjemput yang terakhir pada pagi ini, Yang Berhormat ADUN Damak.

Bismillahirrahmannirrahim. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ajukan pertanyaan nombor 9.

[Mohon penjelasan pihak kerajaan berkaitan;

a) Apakah prosedur perusahaan sarang burung walit?

b) Berapakah jumlah premis perusahaan burung walit yang telah berdaftar di kawasan bandar Jerantut?

c) Apakah syarat-syarat yang ditetapkan berkaitan tempat atau lokasi untuk menjalankan perusahaan sarang burung walit?

d) Apakah bentuk tindakan yang dikenakan kepada pengusaha yang sekiranya didapati melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?]

Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Damak kerana menanyakan soalan nombor 9. Saya pagi tadi, saya ingat ke Pemuda UMNO tapi sampin hijau ya. Baguslah sahabat saya, sehati sejiwa ya. Jawapan kepada soalan nombor 9 ada dua agensi yang berkaitanlah. Pertama berkaitan jawapan daripada PBT. Er… Kerajaan Negeri telah mewujudkan Garis Panduan Pembangunan Industri Burung Walit Negeri Pahang 2014 bagi menyeragamkan proses perusahaan burung walit di seluruh kawasan pentadbiran dan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Pahang.

Er… untuk pertanyaan yang kedua berkaitan dengan jumlah premis burung walit yang berdaftar dengan Majlis Daerah Jerantut adalah sebanyak 248 premis dan syarat-syarat yang kita perlukan untuk er… sebagaimana yang dinyatakan di bawah garis panduan Pembangunan Industri Burung Walit Negeri Pahang, menetapkan lokasi dan kawasan yang boleh diusahakan untuk menjalankan perusahaan sarang burung walit iaitu kawasan pertanian dan termasuk kawasan industri ringan.

Er… tidak berada di kawasan tumpuan utama aktiviti bandar. Jika premis sedia ada, yang sedia ada sekarang, terletak di pusat tumpuan utama, pemilik premis hendaklah mendapatkan kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan. Kalau Jerantut ni Majlis Daerah Jerantut. Pembesaran premis yang telah diluluskan adalah tidak dibenarkan. Premis hendaklah bersesuaian dengan bangunan di sekitarnya ya. Tengah-tengah apa ini rumah, ada premis burung walit. Itu kita tidak benarkanlah.

Pengusaha juga perlu membuat permohonan pendaftaran aktiviti perladangan dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Ini agensi yang kedua saya akan jawab sebentar lagi ya dan Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengeluarkan kompaun. Ini tindakan ya, termasuk mengambil atau menarik balik atau membatalkan lesen yang telah dikeluarkan kepada mana-mana pemilik premis yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Syarat PBT ataupun syarat di bawah Jabatan Veterinar yang termasuk dalam Garis Panduan Burung Walit Pahang.

Manakala jawapan bagi kepada pihak… daripada pihak Jabatan Veterinar, er… premis sedia ada terletak di Kawasan Operasi tetapi bukan di dalam pusat tumpuan sama macam tadilah dan mengamalkan garis panduan yang disediakan di bawah Good Animal Husbandry Practices atau pun GAHP.

Premis sedia ada di pusat tumpuan bandar adalah dibenarkan terus beroperasi sekiranya mengamalkan GAHP dan mendapat kelulusan daripada PBT. Ubah suai bangunan juga tidak er… dibenarkan dan pembinaan “Jack-roof” tingkat atas bumbung perlu sesuai dan harmoni dengan bangunan persekitaran dan mengemukakan permohonan pendaftaran aktiviti perladangan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Seterusnya mengemukakan permohonan kepada PBT sebagaimana yang dinyatakan tadi dan juga tingkat bawah bangunan tidak dibenarkan digunakan oleh perusahaan

ini melainkan kebenaran khas daripada yang… mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan ya, dan sekiranya diluluskan pengusaha dikehendaki menyediakan ruang niaga di bahagian hadapan sekurang-kurangnya 10 kaki ke dalam bangunan. Jadi tidak mengganggu laluan depan bangunanlah.

Sebarang pengubahsuaian dan dalam bangunan yang tidak melibatkan struktur hanya memerlukan lakaran pelam…pelan untuk mendapatkan kelulusan daripada PBT kecuali bagi bangunan warisan seperti mendapat kelulusan daripada TWGBW terlebih dahulu. Ini bangunan warisanlah, bangunan-bangunan yang lama. Untuk kawasan kawalan pula lokasi yang dibenarkan untuk aktiviti perladangan burung walit adalah kawasan pertanian seperti kawasan ladang, pekebunan, akuakultur, aktiviti berkaitan dengan pelancongan berasaskan pertanian dan tanah pertanian kosong. Kawasan industri seperti kawasan industri ringan dan kluster yang berkaitan.

Seterusnya lokasi yang tidak dibenarkan aktiviti perladangan er… ialah di… burung walit adalah di sekitar sekolah, klinik kesihatan, tempat ibadat, kawasan taman permainan, kawasan kegunaan khas, reserve utiliti dan kawasan sensitif alam sekitar termasuk kawasan tadahan air dan hutan simpanan kekal. Had ketinggian bangunan adalah tidak melebihi atau sama dengan 12 meter ya. Kalau lebih tu maknanya tidak mengikuti spesifikasi yang dibenarkanlah.

Seterusnya mengemukakan permohonan pendaftaran aktiviti perladangan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar er… dan mengemukakan permohonan lesen premis sebagaimana yang dimaklum tadi oleh pihak PBT ya. Menurut rekod Jabatan Veterinar Negeri Pahang sebanyak 88 jumlah premis walit di kawasan Jerantut yang berdaftar dengan jabatan sehingga September 2020. Syarat-syarat yang ditetapkan berkaitan dengan tempat atau lokasi untuk menjalankan perusahaan burung walit untuk negeri Pahang tertakluk kepada Garis Panduan yang dinyatakan tadi lah ya.

Seterusnya lokasi yang tidak dibenarkan adalah seperti sekolah dan sebagainya. Untuk makluman Ahli-ahli Mesyuarat, er… saya dah maklum dalam penggulungan semalam, untuk bayaran lesen burung walit telah diturunkan daripada RM2,000.00 kepada RM1,000.00 dan er… untuk tukar syarat kawasan pertanian er… kepada pembangunan, kita juga telah tangguhkan sempena COVID nilah supaya tidak membebankan pengusaha-pengusaha walit dalam menghasilkan burung walit ini. Sekian terima kasih.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa pengusaha er… sarang burung walit itu dikehendaki memohon tambah syarat atau tukar syarat. Jadi permohonan itu ialah ikut keluasan rumah burung walit itu atau pun seluruh tanah itu? Terima kasih.

Perkara ini perlu di bawa kepada pihak dua jabatan. Er… apa yang kami tetapkan ialah pertama, kalau ikut arahan terdahulu daripada Pertanian mesti tukar kepada pembangunan. Sebab buat di kawasan ladang, pertanian ya. Of course dalam kawasan er… perbandaran memang dah dimaktubkanlah. Tetapi untuk luar kawasan ni kita tangguhkan dahulu supaya apa ini memberi mengurangkan bebanan kepada pengusaha burung walit. Isu itu kita tangguhkan dahulu, tak perlu kita nak… mungkin lepas pada ni pihak-pihak pengusaha walit boleh berhubung terus dengan agensi 2 jabatan yang terlibatlah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita selesai membincangkan 9 pertanyaan dan jawapan. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan pada pagi ini untuk minum pagi dan persidangan kita disambung semula pada pukul 11.30 pagi. Saya memohon Ahli-ahli Yang Berhormat bergerak keluar dewan dalam keadaan tertib dan mematuhi penjarakan fizikal. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan pada jam 11.02 pagi]

[Persidangan disambung semula]

Sambungan Menimbang Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2021) 2020Bill

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Sambungan Menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2021) 2020

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan (2021) 2020 telah dibentang pada 16 November 2020 dan telahpun dibuka untuk dibahaskan pada 17 dan 18 November 2020. Pada 19 November, seramai 10 orang dari pihak Kerajaan telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut. Pada hari ini, Majlis akan disambung semula untuk Menimbang Rang Undang-undang tersebut. Sekarang tibalah masanya saya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk berucap dan membuat penggulungan. Sila Yang Amat Berhormat.

Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk menggulung perbahasan bagi pihak kerajaan serta portfolio-portfolio di bawah saya sempena Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Ke-14 pada hari ini. Penggulungan ini adalah sebagai menjawab pelbagai persoalan yang ditimbulkan oleh rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan bagi Rang Undang-undang Perbekalan (2021) 2020 dan Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air (2021) yang berlangsung selama 2 hari pada 17 dan 18 yang lepas.

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah diberi… diberikan sepanjang perjalanan Persidangan Dewan Negeri yang mulia ini, yang bermula pada Isnin 16 November. Persidangan kali ini sekali lagi menyerlahkan kematangan Ahli-ahli Yang Berhormat dan ternyata ukhwah persahabatan sesama Ahli-ahli Yang Berhormat tanpa mengira batasan dan fahaman politik sentiasa terpelihara. Satu perkara baru Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua di mana persidangan pada kali ini ialah kita telah menetapkan secara teratur susunan Ahli-ahli Yang Berhormat yang nak membahaskan Rang Undang-undang yang akan dibentangkan.

Saya berpendapat penetapan ini sangat baik kerana ianya merupakan satu langkah yang berfokus, wajar dan bijak hinggakan pada persidangan hari ini, pada persidangan kali ini, buat pertama kalinya, hampir kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat atau seramai 28 orang daripada 31 orang, telah menyertai sesi perbahasan [Ahli Dewan menepuk meja] dan yang lebih meyeronokkan ialah, setiap Ahli-ahli Yang Berhormat telah faham masa dan giliran yang hendak dibahaskan dan ini sebenarnya telah benar-benar menjimatkan masa dan melancarkan perjalanan Dewan ini. Syabas dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dengan pemberian masa selama 15 minit juga, membolehkan Ahli-ahli Yang Berhormat merancang topik-topik atau isu-isu yang ingin dibahaskan dan yang lebih menariknya, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua telah mematikan suis mikrofon

sekiranya melebihi daripada 15 minit. Dan saya dapati ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang terkejut, terpinga-pinga apabila suis mikrofon dimatikan dan mereka kadang-kadang perlu diberitahu oleh rakan sebelah untuk menghidupkan balik kembali suis mikrofon tersebut dan ini adalah satu langkah yang sangat baik sangat bijaksana, syabas Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan juga Timbalan Yang di-Pertua.

Mengambil kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan err… tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua, kerana telah mengendalikan persidangan Dewan ini dengan baik. Saya juga bersyukur dan gembira melihat keadaan kesihatan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua semakin baik dan semakin sihat. Ada rakan-rakan mengatakan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua telah kembali muda 20 tahun daripada sebelum ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat terima kasih Yang Berhormat, tapi saya rasa dah makin tua rasanya.

Jadi bila dah jadi kembali muda tu, semakin kuat dan semakin sihat, jadi stroke pun boleh kurang la Yang Berhormat [Ketawa]. Semoga Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kembali pulih sepenuhnya tidak berapa lama lagi, insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Mengambil kesempatan Sidang Dewan ini, saya ingin melafazkan junjung kasih tidak terhingga ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah, yang telah berkenan bercemar duli, untuk menjadi Penaung Diraja kepada semua Badan Bukan Kerajaan atau N.G.O yang berkaitan dengan pemeliharaan hidupan liar di negeri ini. [Ahli Dewan menepuk meja].

Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ini tidak lain menunjukkan keprihatinan tinggi oleh ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, kepada hal-hal berkaitan hidupan liar di negeri ini. Dengan ini, kehidupan liar di Pahang akan lebih terpelihara hendaknya. Begitulah prihatin dan mulianya jiwa Baginda dan tentu seluruh rakyat negeri berasa tersangat bangga.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua para pegawai yang terlibat, yang telah merangka, menyemak, menyemak semula seterusnya menyiapkan ucapan Belanjawan Negeri 2021 sepertimana yang saya telah bentangkan pada pagi Isnin 16 November lalu, yang mengambil masa selama 1 jam 29 minit.

Para pegawai ini adalah dari kalangan mereka dari Pejabat Kewangan Negeri, daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hinggalah kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri dan Timbalannya, seterusnya kepada pegawai-pegawai dibantu pula oleh pegawai-pegawai di Pejabat Menteri Besar sendiri. Oleh itu, layaklah mereka ini untuk saya berikan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga, pada awal ucapan penggulungan saya ini. Saya juga ingin hadiahkan pantun kepada mereka.

Ikan kaloi, ikan kelisa, Bukan ikan, sebarang ikan, Orang berbudi, kita berbahasa, Terima kasih saya ucapkan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Bila kita membicarakan Belanjawan 2021 ianya adalah merupakan pembentangan kali ketiga saya. Belanjawan bagi tahun 2019 bernilai RM703.8 juta yang dibentangkan pada 19 November 2018 telahpun merekodkan kejayaan dengan pencapaian 120%. [Ahli Dewan menepuk meja]. Jangkaan hasil ialah RM703.8 juta tetapi kutipan hasil sebenar pada akhir tahun 2019 ialah RM847.3 juta melebihi RM143.5 juta [Ahli Dewan menepuk meja] bersamaan dengan kira-kira 20%.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, daripada SUK nya Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Kewangan Negeri, PTG, Pejabat Tanah Daerah hinggalah kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dan saya tidak lupa juga mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar-pembayar cukai yang telah berjaya dan mampu membayar cukai mengikut masa yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Belanjawan Negeri bagi tahun 2020 bernilai RM744.02 juta yang dibentangkan pada Isnin, 18 November 2019 juga berjaya walaupun di sebalik kekangan COVID-19 dan juga langkah-langkah ketat membendungnya bermula Mac 2020 dengan pencapaian sehingga hari ini, masa saya bentang Isnin lepas 98.5%. Tadi saya sempat err… bercakap dengan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, saya tanya dia adakah angka 98 itu masih sama? Dia kata tidak sama dah, tapi Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri tidak sempat nak kira. Adakah sudah tidak sama maksudnya melebihi 100%? Dia kata lebih kurang. Sehingga hari ini bermakna angka 98.5% itu sebenarnya telah melebihi walaupun dalam masa tempoh empat lima hari. Alhamdulillah syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua.

Jadi dengan keadaan begini, Belanjawan Negeri pada tahun 2021 yang bernilai RM800.798 juta adalah sasaran kita bagi tahun 2021 dan insya-Allah sasaran Belanjawan Negeri dalam masa dua atau tiga tahun lagi akan pencapaian RM1 bilion Yang Berhormat Tuan di-Pertua. Dan sepertimana yang telah saya katakan, sekiranya apa yang telah dikutip oleh Kerajaan Negeri se... setelah apa yang sepatutnya dibayar oleh Kerajaan Negeri, insya-Allah Kerajaan Negeri akan memulangkan semula kepada rakyat jelata dalam pelbagai bentuk dan kaedah sepertimana inisiatif-inisiatif yang telah kita laksanakan di bawah Bantuan Prihatin Pahang.

Yang Berhormat Tuan di-Pertua, Sebelum saya meneruskan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah menyatakan sokongan kepada Pembentangan Belanjawan Negeri 2021 termasuklah pengenalan pertama kalinya Bantuan Prihatin Pahang ataupun BPP atas sokongan padu ini adalah menjadi cabaran dan tanggungjawab saya untuk memastikan setiap perkara yang terkandung dalam Belanjawan Negeri 2021 ini akan dilaksanakan secara berkesan terutamanya apa yang telah ditetapkan di bawah Bantuan Prihatin Pahang supaya kumpulan yang disasarkan mendapat manfaat dan faedah sepenuhnya.

Yang Berhormat Tuan di-Pertua, Saya ingin melahirkan rasa gembira saya dan sangat berbesar hati apabila cadangan saya agar Ahli-ahli Yang Berhormat mencontohi sebelas rakan-rakan Exco supaya turut memotong 10% daripada elaun selama tiga (3) bulan iaitu bermula dengan bulan

November, Disember tahun ini dan akhirnya pada Januari tahun depan telah mendapat respon yang sangat baik.

Pada sesi perbahasan, semasa Ahli Yang Berhormat dari Pulau Manis ada menyatakan bahawa semua Ahli Yang Berhormat dan setelah berbincang dengan Pengerusi Backbencher Pahang, Yang Berhormat daripada Sungai Lembing, semua Ahli Yang Berhormat daripada Barisan Nasional telah menyatakan persetujuan untuk memotong 10% daripada elaun mereka [Ahli Dewan menepuk meja]. Dan alhamdulillah, ini diikuti apabila Yang Berhormat daripada Beserah menyampaikan ucapannya, telah menyatakan bahawa semua Ahli-ahli Yang Berhormat daripada PAS seramai 8 telah juga bersetuju untuk membuat potongan 10% [Ahli Dewan menepuk meja].

Alhamdulillah. PAS, Barisan Nasional dan saya harap jika… ini bukanlah satu paksaan, satu cadangan. Mana-mana Ahli Yang Berhormat yang belum lagi masih ada masa untuk membuat persetujuan. Selepas Dewan ini pun boleh. Dan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat di negeri ini amat peka dan prihatin dengan wabak pandemik COVID-19, yang mana mereka merasakan bahawa dengan sumbangan itu dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan yang dilanda ataupun yang di... yang terkesan akibat wabak pandemik COVID-19.

Yang Berhormat Tuan di-Pertua, Saya juga ingin mengulas perbahasan oleh Ahli Yang Berhormat Damak mengenai kerjasama erat dalam Muafakat Nasional (MN) yang mana Yang Berhormat telah mengatakan ianya perlu terus dikukuhkan di negeri ini dan inilah juga yang menjadi pendirian saya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional Negeri selama ini supaya Muafakat Nasional kita akan terus perkukuhkan [Ahli Dewan menepuk meja].

Sesungguhnya kerjasama erat kita dalam Muafakat Nasional adalah sudah terbukti, dengan izin Yang Berhormat Tuan di-Pertua, well-tested and strongly proven. Sepertimana Pilihanraya Kecil Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari yang lalu... bukan... pada 2018 dan juga Pilihanraya Negeri Chini, Dewan Negeri Chini pada Julai yang lalu, yang mana telah menjelmakan kemenangan selesa buat calon-calon Barisan Nasional dan UMNO. Ini semua adalah...

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan di-Pertua, Minta laluan. Saya tertarik kepada apa yang kata Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi dan soalan saya... saya nak minta er... penjelasan daripada er... Menteri Besar bahawa, adakah Menteri Besar bercadang ataupun er... bersedia untuk melantik Wakil dari PAS sebagai Ahli Exco? Sekian.

Yang Berhormat Tuan di-Pertua, Memang kita bersedia, saya telah berbincang dengan rakan-rakan daripada Ahli PAS tetapi masalahnya mereka telah mengatakan bahawasanya kerajaan yang ada pada hari ini, saya bersama-sama dengan rakan-rakan Exco, rakan-rakan daripada Muafakat Nasional telah menyatakan, telah berjalan dengan baik, tidak ada masalah, memberi kerjasama, tidak ada rungutan dan mereka ingin supaya kerajaan yang ada pada hari ini diteruskan dahulu. Yang Berhormat boleh tanya rakan-rakan daripada PAS.

Minta mohon mencelah sikit.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya respon sikit apa yang dinyatakan oleh sahabat daripada er... Bilut sebentar tadi. Sebenarnya tidak timbul soal beri laluan ataupun menawarkan jawatan Exco kerana kami yang tak nak [Ahli Dewan menepuk meja]. Dalam erti kata lain er... tak perlulah berpolitik begitu sekali dalam Dewan ini. Kita nak majukan negeri. Jadi kalau kerajaan yang ada dah berjalan dengan baik, kenapa harus kita ganggu dengan perkara-perkara yang remeh, yang tidak perlukan sebarang pindaan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Beserah. Saya teruskan. Jadi Yang Berhormat Tuan di-Pertua…

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Minta maaf. Dia punya Wakil daripada Bilut tadi, itu bukannya batu api. Ronson. Dan ronson ni, api dia dalam air pun hidup. Hah, itu dia punya api itu bahayanya. Terima kasih Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Lanchang. Jadi Yang Berhormat Tuan di-Pertua, kerjasama erat antara PAS, UMNO, Muafakat dalam Muafakat Nasional di negeri kita ini adalah bertunjangkan keikhlasan dan kejujuran sesama kita. Parti-parti berpaksikan Melayu Islam, UMNO dengan PAS, di sokong pula oleh parti-parti bukan Melayu Islam dalam Barisan Nasional hendaklah diteruskan sehingga menjelang dan melangkaui tempoh Pilihanraya Umum Ke-15 kelak. Insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan di-Pertua, Yang Berhormat daripada Ketari, ada membangkitkan soal perhutanan di negeri ini termasuklah menanyakan tentang kesahihan angka-angka yang telah Kerajaan Negeri sebutkan sebelum ini. Sukacita saya katakan sekali lagi, angka tidak pernah berbohong atau dengan izin figures do not lie.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Pada hakikatnya keseluruhan Hutan Simpanan Kekal di... di negeri ini ialah kira-kira 1.55 juta hektar dan angka ini akan kekal stabil sungguh pun setiap tahun sumber hutan masih menjadi punca pendapatan hasil negeri. Kestabilan ini boleh diperolehi dan dicapai disebabkan Kerajaan Negeri mempraktikkan amalan pengurusan hutan secara berkekalan atau dengan izin sustainable forest management. Menerusinya kawalan ke atas hasil hutan dilaksanakan bagi menjamin agar kawasan hutan tetap terpelihara. Daripada 1.55 juta hektar Hutan Simpanan Kekal tersebut, seluas 999,158 hektar atau 64.43% boleh dibalak manakala bakinya seluas 551,528 hektar atau 35.57

hektar ialah hutan yang tidak boleh dijalankan pembalakan atas sebab-sebab tertentu, termasuk sebagai kawasan tadahan air yang sangat sensitif. Dengan kata lain 35.57 hektar ini adalah hutan yang mandatori tidak boleh diusik dan tidak boleh dibalak sama sekali.

Yang Berhormat Tuan di-Pertua, Di kawasan Hutan Simpanan Kekal yang boleh dibalak inipun ianya sentiasa diaudit di bawah Skim Persijilan Kayu Malaysia atau pun MTCS yang diuruskan oleh Majlis Persijilan Kayu Malaysia ataupun MTCC yang mengeluarkan Malaysia Criteria and Indicators for Forest Management Certification atau singkatannya MC&I. Adalah membanggakan, Yang Berhormat Tuan di-Pertua, sejak tahun 2002 lagi Pahang terus kekal menerima persijilan ini dan terkini hasil pengauditan yang berlangsung bermula 25 Februari hingga 2 Mac 2019, sijil MC&I ini dilanjutkan lagi untuk tempoh bermula 1 Jun 2019 hingga 31 Mei 2024, dan ini jelas membuktikan tentang pengurusan hutan yang baik, yang Pahang amalkan selama ini. Tahniah kepada Jabatan Perhutanan Negeri.

Adalah juga membanggakan Pahang tidak pernah melakukan pembalakan melebihi Catuan Tebangan Tahunan ataupun CTT yang telah ditetapkan oleh Majlis Tanah Negara. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, catuan tebangan tahunan yang ditetapkan ialah seluas 13,687 hektar dan untuk tahun 2019 sahaja, luas kawasan yang dibalak masih jauh iaitu ditetapkan iaitu cuma 10,313 hektar. Walaupun ditetapkan 13,000, tetapi Kerajaan Negeri masih lagi membalak kurang daripada yang telah ditetapkan iaitu cuma sebanyak 10,000 sahaja Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana itulah, maka hasil kayu-kayan kita tidak menghadapi masalah bagi tujuan pengeksportan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ADUN Ketari juga menanyakan tentang perutukan RM92.5 juta berkaitan pembekalan air dan sukacita saya katakan ianya adalah melibatkan projek-projek berikut. Ada enam projek. Pertama sekali bekalan air di Raub sebanyak RM12 juta, bekalan air Kuantan sebanyak RM10.5 juta, bekalan air Karak sebanyak RM10 juta, bekalan air Lipis sebanyak RM8 juta, bekalan air Nenasi sebanyak RM5 juta dan Projek Pembinaan air Kemaman-Terengganu ke Gebeng-Kuantan sebanyak RM47 juta.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Masih berkaitan dengan air yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Triang. Sukacita saya katakan hutang Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat bernilai RM1 bilion akan dilupuskan susulan langkah penstrukturan semula air di seluruh negara. Kerajaan Negeri juga tidak perlu menyuntik modal kepada Pengurusan Air Pahang Berhad ataupun PAIP bagi perbelanjaan modal ataupun CapEx baru. Memandangkan PAIP boleh membuat pinjaman baru terus kepada Pengurusan Aset Air Berhad ataupun PAAP.

Berkaitan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat daripada Tahan, yang membangkitkan berkenaan dengan gajah. Gajah liar di kuala Tahan dan Kampung Gol, Jerantut yang mana kawasannya dikacau disebabkan oleh kelulusan projek ladang hutan di kawasan berdekatan. Projek ini yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua melibatkan seluas 199 hektar di Hutan Simpanan Kekal Tekal, Tembeling. Dan untuk makluman juga Yang Berhormat, kawasan ini hanyalah setakat ini kerja-kerja penolakan jalan ke kawasan yang sedang dilaksanakan.

Bagi tujuan mengatasi masalah ini, sepertimana turut dihadapi di daerah-daerah lain, Tabung Amanah Pengurusan Gajah Negeri telah pun ditubuhkan dan Jabatan

Perhilitan telah pun memohon peruntukan kira-kira RM84.55 juta daripada Kerajaan Persekutuan. Daripada peruntukan ini, pelbagai usaha akan dilaksanakan antaranya ialah bagi pewujudan sebuah lagi pusat konservasi gajah, serta pembinaan halangan fizikal dan pos pemantauan.

Selain daripada itu, sebuah task force akan turut dibentuk dan dicadangkan diketuai oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga Ahli Yang Berhormat Pulau Tawar serta akan turut dianggotai oleh Ahli Yang Berhormat daripada Damak dan tugas task force ialah untuk memastikan perancangan dan pelaksanaan usaha-usaha berkesan dalam menangani dan mengatasi gejala gajah-gajah liar ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Berkaitan Taman Industri Minyak dan Gas dan Maritim Tanjung Agas, Pekan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Peramu Jaya dengan meminta agar Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang, mempercepatkan usaha untuk menyempurnakan pembangunannya. Saya tidak menafikan bahawa, hampir semua prasarana asas telah dilengkapkan di kawasan seluas 1,710 hektar bersamaan 4,225 ekar ini. Sebagai contohnya, jalan, jambatan dan lampu jalan telah pun siap dibina dan diadakan sejak Julai 2011. Begitu juga bekalan air dengan siapnya projek Loji Rawatan Air Ganchong Fasa 3A pada April 2020 yang lalu telah dapat membekalkan sehingga 80 juta liter sehari.

Sungguh pun jawapan yang akan saya berikan ini mungkin agak… agak ketinggalan ataupun agak basi, namun saya perlu katakan bahawa PKNP dan syarikat pemaju iaitu TGA Solutions Sdn Bhd, sedang memuktamadkan terma dan syarat dengan beberapa pelabur asing sebelum pelaburan sebenar bagi membangunkan semula Taman Industri Minyak dan Gas dan Maritim Tanjung Agas, dapat direalisasikan sepenuhnya. Insya-Allah.

Manakala Yang Berhormat daripada Beserah, Panching, Mentakab dan Triang turut membangkitkan masalah banjir kilat di kawasan masing-masing. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri bercadang memberi sejumlah peruntukan tertentu dan diletakkan di bawah tanggungjawab Pengerusi, Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengendalikan peruntukan serta usaha mengatasi masalah ini.

Manakala perkara berkaitan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus, turut dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Padang Tengku dan sukacita saya jelaskan sekali lagi Majlis Pembangunan Wilayah ini akan berfungsi sebagai pemantau kepada pelaksanaan strategi-strategi jangka pendek dan jangka panjang sepertimana terkandung dalam Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus.

Kajian Pelan Pembangunan ini pula akan dirangka oleh Kerajaan Negeri dengan bantuan pihak perunding yang dilantik, mengambil kira tiga aspek utama. Pertama Pelaburan, dengan tumpuan kepada bidang-bidang pelancongan dan pertanian. Kedua Infrastruktur, dengan tumpuan kepada sistem perhubungan jalan raya, telekomunikasi dan utiliti. Ketiga ialah pembangunan modal insan, dengan tumpuan kepada pembangunan usahawan di kalangan masyarakat Orang Asli.

Terakhir, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Tetap penting atau dengan izin, last but not least. Ahli Yang Berhormat daripada Pelangai, Menteri Besar yang ke-14, telah antara lain menggesa Kerajaan Negeri memohon kepada Kerajaan Pusat supaya menghidupkan semula Lembaga-lembaga

Kemajuan Wilayah Pahang Tenggara atau DARA dan Jengka atau LKWJ yang telah dibubarkan pada tahun 1997 atas arahan Kerajaan Pusat.

Yang Berhormat daripada Pelangai juga menyarankan agar Kerajaan Negeri melakukan kerja susulan dengan Kerajaan Pusat mengenai royalti minyak atau diistilahkan sebagai wang ihsan sebanyak RM100 juta yang dijanjikan kepada negeri ini sebelum ini. Berkenaan dengan wang ihsan RM100 juta, sukacita saya ingin maklumkan di Dewan yang mulia ini, bahawa saya telah membuat kerja-kerja susulan antaranya telah berjumpa dan menulis surat kepada Perdana Menteri sekarang, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Di mana saya telah membangkitkan, bahawasanya dalam perjumpaan tersebut, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan bahawa Pahang terkeluar daripada kawasan minyak tersebut dan saya mendapat berita, tetapi saya tidak tahu kesahihannya, mengatakan bahawa negeri jiran kita mendapat peruntukan dan apabila saya bangkitkan perkara ini, mungkin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu err… apa ni, tidak mengetahui dengan jelas keadaan jarak batu nautika kawasan yang ada minyak ini, mengatakan bahawa negeri jiran kita ada minyak. Dia kata Pahang di luar minyak.

Tetapi masa saya berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri saya bawa peta daripada JUPEM dan saya telah tunjukkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya menyatakan kedua-dua negeri ini juga terkeluar daripada kawasan minyak. Cumanya, ada satu negeri tu hampir sikit. Negeri yang satu lagi tu, er…. apa ini jauh sikit, dan kita Pahang ini jauh.

Makna… di mana, antara ketiga-tiga negeri itu, Pahang ini jauh. Tetapi pokoknya ketiga-tiga negeri tersebut tidak termasuk dalam kawasan minyak. Dan saya telah bangkitkan perkara ini dan saya difahamkan bahawa Yang Amat Berhormat akan mengkaji. Sama ada perkara ini boleh diberikan kepada kita atau tidak. Dan bagi pihak Kerajaan Negeri insya-Allah kita tidak akan berputus asa untuk memohon peruntukan bagi mendapatkan wang ihsan ini.

Seterusnya ialah, Kerajaan Negeri turut mengambil perhatian terhadap gesaan tentang penwujudan semula Lembaga Kemajuan Wilayah berkenaan. Sukacita saya katakan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada 2 November 2020 telah pun melantik sebuah syarikat, IIUM Entrepreneurship and Consultancies Sdn Bhd, sebagai perunding bagi menjalankan kajian tentang penubuhan semula DARA dan LKWJ. Pihak perunding memaklumkan kajian akan mengambil masa enam bulan dan dijangka siap pada Mei 2021. Hasil dapatan kajian akan dibincangkan semula KPLB dan juga Kerajaan Negeri. Insyah-Allah Kerajaan Negeri akan meneliti kajian ini dan membuat keputusan terbaik demi pembangunan penduduk di kawasan-kawasan tinggal DARA dan LKWJ.

Walau bagaimanapun Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya… kita juga mendapat peruntukan walaupun kawasan tersebut telah ditu… ditutup tetapi er… kita mendapat juga Kementerian menyalurkan juga sedikit peruntukan kepada er… Pejabat-pejabat Daerah tetapi peruntukan tersebut tidaklah sebanyak. Sekiranya ada LKWJ ataupun DARA.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Sebelum mengakhiri ucapan peng… penggulungan ini. Sukacitanya saya umumkan satu berita baik khususnya untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menyumbangkan

RM50.00 bagi setiap pelajar yang diharap dapat digunakan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan tersebut [Ahli Dewan menepuk meja] tahun depan. Dianggarkan seramai 15,054 pelajar akan menduduki peperiksaan ini dengan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM752,700.00.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Setakat itu sahajalah saya dapat sentuh dalam ucapan penangguhan ini dan saya berharap sebahagian besar persoalan yang diajukan kepada saya telah saya jawab dan sekiranya ada apa-apa lagi yang belum terjawab, insya-Allah akan saya jawab secara bertulis.

Sekian sahajalah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warah matullahi wabarakatuh [Ahli Dewan Tepuk Meja].

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamualaikkum WBT.

Ikan kelisa ikan keli, Ucapan Penggulungan kemas sekali, Microphone YB saya tak mati, Kalau nak sambung berucap, silalah lagi.

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang kita bermesyuarat dalam jawatankuasa.

[Cokmar diturunkan]

Dalam Jawatankuasa

Setiausaha Dewan

Jadual B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM9,349,895.00 untuk Kepala B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM97,242,708.00 untuk Kepala B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM159,345,821.00 untuk Kepala B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.04 – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM811,725.00 untuk Kepala B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju nyatakan “Setuju”. Tak kedengaran Ahli-ahli Berhormat. “Setuju” nyatakan “setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.05 - Dewan Negeri

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.05 – Dewan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM12,350,220.00 untuk Kepala B.05- Dewan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang setuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Terima kasih. Yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.05 - Dewan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.06 – Jabatan Kerja Raya Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM62,687,307.00 untuk Kepala B.06 Jabatan Kerja Raya Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah

RM36,638,004.00 untuk Kepala B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.08 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya wang sejumlah RM12,471,554.00 untuk Kepala B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.09 - Jabatan Pertanian Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.09 - Jabatan Pertanian Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM28,009,392.00 untuk Kepala B.09 - Jabatan Pertanian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.09 - Jabatan Pertanian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.10 - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.10 - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM23,647,865.00 untuk Kepala B.10 - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.10 - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual

Setiausaha Dewan

Jadual B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM6,703,805.00 untuk Kepala B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong menjadi sebahagian daripada Jadual

Setiausaha Dewan

Jadual B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.12 – Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM5,616,852.00 untuk Kepala B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM7,589,494.00. Untuk Kepala B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.13 – Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.14 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.14 – Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM9,771,433.00. Untuk Kepala B.14 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.14 – Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.15 – Pejabat Daerah dan Tanah Lipis dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM7,584,538.00. Untuk Kepala B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM8,655,128.00. Untuk Kepala B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.17 - Pejabat Daerah dan Tanah Raub

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.17 – Pejabat Daerah dan Tanah Raub dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM6,692,798.00. Untuk Kepala B.17 - Pejabat Daerah dan Tanah Raub menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.17 - Pejabat Daerah dan Tanah Raub menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM9,600,131.00. Untuk Kepala B.18 – Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.18 – Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM6,933,619.00. Untuk Kepala B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM7,103,187.00. Untuk Kepala B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.21 – Pejabat Daerah dan Tanah Bera dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM5,845,167.00. Untuk Kepala B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.22 – Pejabat Tanah dan Galian Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM11,094,217.00. Untuk Kepala B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada...

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Tuan Speaker... Tuan Speaker...

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ya.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih bagi saya peluang.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Teruntum ye?

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Ye, ye, ye. Saya nampak jabatan ini hanya dapat RM300.00 lebih untuk setahun. Kalau dibahagikan kepada bulan, 12 bulan, sebulan hanya dapat RM25,560.00 sebulan. Adakah ini betul atau pegawai kurang sangat... er... mohon satu jawapan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Pertama sekali saya nak bagi tahu kepada ADUN Teruntum, dalam penyediaan bajet peruntukan ini kita minta daripada jabatan-jabatan yang berkenaan. Mereka yang mengemukakan. Kemudian kita bincang. Dan yang keduanya jabatan apa ni... JMG

er... Geosains, mereka ini gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan, bukan oleh Kerajaan Negeri. Sebab tu er... dia punya tu rendah berbanding dengan negeri lain err... berbanding dengan jabatan lain. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM306,716.00. Untuk Kepala B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua... Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Sebab tu duduk di bawah, miss jer. Duduk di bawah panggil Pengerusi ye. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, tadi ADUN Teruntum menanyakan kenapa peruntukan terlampau kecik, JMG, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada beritahu, JMG ini jabatan persekutuan, persekutuan yang bayar. Saya tadi dengan Ahli daripada Dong dengan Ahli daripada Inderapura, tengok-tengok kertas ni terpaksa juga bertanya Tuan Pengerusi. Jabatan Agama Islam Negeri ini, RM190 juta. RM190 juta ye, ye... RM119 juta, tak ke bodoh sangat orang 70 tahun pun tak reti tengok nombor RM119 juta ni. RM119,635,744.00 Besar daripada hak lain-lain. Ingin tahu sikitlah dan saya percaya Tuan Yang di-Pertua boleh minta daripada Kerajaan, tak boleh, SFINO boleh jawab.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ye... pihak Kerajaan untuk memberi jawapan kepada ADUN Pelangai.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih kepada ADUN Pelangai bertanyakan soalan ni. Er.... Yang Berhormat Pengerusi. Minta maaf. Peruntukan RM119 juta ini adalah sepertimana yang telah dibincangkan dengan Jabatan Agama Islam Pahang kerana sekolah Jabatan Agama Islam, sekolah-sekolah menengah agama di Negeri Pahang ini adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam, iaitu ada 19 buah dan ianya, semuanya adalah ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Dan sebab itulah jumlahnya lebih besar jika dibandingkan dengan jabatan-jabatan lain. Ianya adalah menjadi tanggungan Kerajaan Negeri. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya ingat jelas jawapannya. Baiklah kita sambung semula. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM119,635,744.00. Untuk Kepala B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Terima kasih. yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.25 – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri… maaf, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM4,513,063.00 Untuk Kepala B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM18,241,128.00 Untuk Kepala B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.28 - Jabatan Mufti Negeri

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.28 - Jabatan Mufti Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM3,253,477.00. Untuk Kepala B.28 - Jabatan Mufti Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.28 - Jabatan Mufti Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM6,962,872.00. Untuk Kepala B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang

sejumlah RM11 juta… maaf RM1,874,327.00. Untuk Kepala B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Fasal 1(1); Fasal 1(2); Fasal 2(1); dan Fasal 2(2).

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1(1); Fasal 1(2); Fasal 2(1); dan Fasal 2(2) menjadi sebahagian daripada Undang-undang. Sila Yang Berhormat.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan (2021) 2020 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Tuan Speaker

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ya, Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih. Saya nampak bajet ini tiada er... peruntukan untuk er… kaum lain. Hanya untuk islamiah, yang lain... tapi tapi untuk kaum Cina, India kosong. So mohon kalau boleh kerajaan boleh tambah lagi peruntukan untuk er... bukan Melayu atau Cina atau kaum lain-lain kaum yang berada di Pahang. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, Walaupun tidak dinyatakan sebenarnya Kerajaan Negeri ada memperuntukan di kepala B02 iaitu Pejabat MB. Dan B03 Pejabat Kewangan Negeri. Maknanya permohonan boleh disalurkan melalui pejabat berkenaan. Sebabnya kalau kita nak buat kaum Cina, kaum India, kaum Sikh, masyarakat Orang Asli berjela-jela la pulak dan orang tak buat bajet macam itu Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi. Terima kasih.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Terima kasih Yang Berhormat. So saya ulangi lagi sekali Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Cokmar dinaikkan semula]

Bacaan Kali Ketiga

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa,

“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2021 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu”,

telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2021) 2020 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan (2021) 2020, disifatkan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2021 bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.

Menimbang Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Dan Perbekalan Air Tahun 2021Motion

Setiausaha Dewan

Perkara keempat: Menimbang Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air Tahun 2021.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2021 telah dibentang, disokong dan dibahas pada 16, 17 dan 18 November 2020. Seramai 28 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut. Soalannya sekarang ialah usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Usul tersebut diluluskan.

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan pihak kerajaan kerana telah memberi sokongan

pada saya untuk meluluskan Rang Undang-undang tersebut. Oleh kerana hari ini hari Jumaat jam pun telah menunjukkan 12.34 tengah hari, saya bercadang untuk menempohkan persidangan di sebelah petang dan akan disambung semula pada jam 2.45 petang. Persidangan ditempohkan. Terima kasih.

[Persidangan ditempohkan pada pukul 12.36 tengahari]

[Persidangan disambung semula]

Rang Undang-undangBill

Setiausaha Dewan

Perkara Kelima: Rang Undang-undang

Perkara Kelima (i): Rang Undang-undang Enakmen Peruntukan Di Raja (Pindaan) 2020. Kertas DN 13/2020.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Enakmen Peruntukan Di Raja (Pindaan) 2020 ditarik balik bagi diperhalusi semula. Usul saya ini adalah mengikut Peraturan 62, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negeri. Rang Undang-undang ini akan dibawa semula pada Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-14 tanpa mengubah tarikh kuat kuasa.

Yang di-Pertua (Speaker)

Penyokong?

Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mengikut Peruntukan 62, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negeri Pahang, saya bersetuju menarik balik cadangan Rang Undang-undang Enakmen Peruntukan Di Raja (Pindaan) 2020 yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebentar tadi dan telah pun mendapat sokongan.

Setiausaha Dewan

Perkara Kelima (ii): Rang Undang-undang Enakmen Hotel (Pahang) 2020. Kertas DN 14/2020.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang akan membawa cadangan.

Bacaan Kali Pertama

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Enakmen Hotel (Pahang) 2020.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Setiausaha Dewan

“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan peraturan-peraturan hotel di Negeri Pahang, memansuhkan Enakmen Rumah Tumpangan 1929 [F.M.S. Cap. 87], dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya”.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Bacaan Kali Kedua

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Hotel (Pahang) 2020, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon izin mencadangkan iaitu Rang Undang-undang bernama:

“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan peraturan-peraturan hotel di Negeri Pahang, memansuhkan Enakmen Rumah Tumpangan 1929 [F.M.S. Cap. 87], dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya”,

dibacakan bagi kali kedua sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Majlis ialah:

“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan peraturan-peraturan hotel di Negeri Pahang, memansuhkan Enakmen Rumah Tumpangan 1929 [F.M.S. Cap. 87], dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya”

Dibacakan kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahaskan.

Mohon izin untuk pertanyaan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Wakil Ketari.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya sudah menilai dan membaca Enakmen tersebut. Saya ada beberapa persoalan yang ingin ditanyakan kepada pihak Kerajaan. Yang pertama tentang fi license. Sebab di dalam ini tidak dinyatakan berapakah bayaran fi lesen yang akan dikenakan dan ia perlu dijelaskan.

Yang kedua, perlu ada pengelasan jenis hotel dan fi lesen mengikut jenis hotel kerana ada banyak tempat penginapan yang diklasifikasikan sebagai hotel melalui Enakmen ini. Yang ketiga, ada yang ada rumah, yang lebih di kampung yang buat homestay. Jadi macam mana dengan homestay tersebut? Dan ada juga pengusaha homestay kecil-kecilan seperti Janda Baik err… di kawasan Janda Baik. Jadi tidak adillah jika fi yang dikenakan adalah sama tanpa mengira saiz dan milikan hotel tersebut.

Kemudian iaitu keseragaman. Kuasa pendaftaran lesen adalah melalui Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi adakah ada perbezaan antara bayaran dan syarat-syarat perlesenan yang ditetapkan. Kemudian… jadi untuk kita mengurangkan kekeliruan dan membebankan pihak pemilik tempat penginapan, perlu ada bayaran fi dan syarat-syarat yang diseragam yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Ini beberapa persoalan yang saya perlu dapatkan jawapan dan yang ketiga, yang terakhir iaitu syarat pertukaran status tanah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Dalam Perkara 4 (1c) ada mengatakan untuk mendapatkan lesen perlu disertakan bukti pematuhan syarat guna tanah mengikut Kanun Tanah Negara 1965 atau Kaedah Tanah Pahang 1992. Adakah ini bermaksud bahawa mana-mana tempat penginapan termasuk homestay kecil-kecilan, yang dibina di atas tanah pertanian perlu ditukar kepada tanah komersial dahulu sebelum mereka mohon sebagai lesen hotel ini. Kemudian jika benar, ia sudah tentu akan membebankan pengusaha-pengusaha kecil tempat penginapan seperti homestay di kawasan kampung-kampung.

Seterusnya kalau kena tukar status tanah itu, kita perlu bayar fi tukar status tanah dahulu. Jadi ia banyak proses yang berkaitan. Dan seterusnya saya takut kalau perkara ini berlaku, banyak homestay kecil-kecilan ini akan terpaksa menutup tempat mereka kerana tak mampu untuk meneruskan proses-proses yang ada, dan kita sekarang ini berada dalam COVID-19. Jadi sudahlah keadaan tourism negara kita hari ini berlaku, orang kata masalah ekonomi dan sebagainya.

Jadi saya kira ini adalah persoalan yang kita ingin tanyakan dan yang terakhir saya ingin mempersoalkan kewajaran pihak Kerajaan Negeri untuk melakukan Enakmen ini sekarang. Di mana industri pelancongan kita berada dalam keadaan yang tidak baik dan tenat. Contohnya kalau kita lihat pengusaha kecil di kampung-kampung seperti tempat saya sendiri di Janda Baik, jadi saya harap Pihak Kerajaan bolehlah menjawab persoalan-persoalan daripada saya. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, terima kasih, sila.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Antara perkara yang mengapa kita mengadakan Enakmen ini adalah untuk kita mengemaskinikan, terutama sekali pendaftaran hotel-hotel, pendaftaran resort, pendaftaran homestay, begitu juga pendaftaran rumah-rumah tumpangan perseorangan contohnya resthouse dan sebagainya. Setakat ini kerajaan err… Kerajaan Tempatan, mereka tidak mempunyai kuasa sepenuhnya.

Jadi sebab itulah Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya nak maklumkan bahawa tujuan kita buat ini adalah untuk kita memastikan pertamanya untuk kita mendapatkan data-data yang sebenarnya kehadiran pelancong. Kalau sekiranya mereka tidak daftar, kalau kita tidak ada Enakmen ini, maka kita tidak dapat memaklumkan kepada mereka bahawa ya, bahawa mereka perlu mendaftar dan dalam masa yang sama mereka perlu memaklumkan kepada kita, berapakah kehadiran pelancong.

Saya nak maklumkan bahawa walau pun kehadiran pelancong kita dari segi angkanya adalah 14 juta tetapi sebenarnya ada 2 juta lagi yang mereka duduk di homestay, di Rancangan-rancangan FELDA, di kampung-kampung yang tidak berdaftar, satu. Yang keduanya, kita hendakkan supaya taraf ya, seperti dinyatakan oleh rakan-rakan kita, taraf penginapan kita ini, bertaraf antarabangsa. Sebagai contoh kalau mereka tak berdaftar, sekiranya berlaku kemalangan, sekiranya berlaku kehilangan, sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini bagaimana untuk kita cari mereka?

Hah, inilah di antara penambahbaikan sebenarnya yang kita lakukan adalah nak memastikan bahawa industri pelancongan kita ini dapat terjaga dan dijaga. Dan yang ketiganya Yang Berhormat Yang di-Pertua, segala apa yang kita lakukan kita tidak naik sekarang. kita hanya inginkan kita nak lulus kalau sekiranya ada nak naik, tak naik dan sebagainya tak ada kita tidak mengenakan caj lagi tak ada caj yang kita kenakan kerana apa kerana kita kena kaji kalau sekiranya kita nak naik kita nak kaji contohnya Pulau Pinang berapa caj dia kena?

Sebagai contoh kalau dia ada cajlah, saya ingat Pulau Pinang ada ya dan kemudiannya Melaka berapa caj dia ada? sebagai contoh yang mereka kenakan. Tetapi kita… kita sebenarnya kita tidak kenakan lagi dan kita tidak buat lagi tetapi ini hanyalah persediaan kepada kepada kita dan inilah masa yang paling sesuai untuk kita buat. Kerana apa? Kerana sekarang ini semuanya orang taknak dicaj jadi kita buat sekarang kita akan kenakan caj tetapi insya-Allah ya kita akan kaji balik dan kita kena pastikan bahawa apa namanya ini… bahawa jika sekiranya… ini jika sekiranya kerana PBT sememangnya… sememangnya setiap hotel, motel yang berdaftar mereka akan memang mereka kenakan ada fi yang dikenakan.

Dan akhirnya satu lagi adalah kita nak seragamkan dari segi perlesenan ini penyeragaman, insya-Allah kita nak seragamkan supaya semua tempat-tempat penginapan ini yang kehadiran pelancong ini ianya bertepatan dengan er… apa namanya ini standard yang ditetapkan bukan sahaja di peringkat Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa. Jadi itu sebenarnya matlamat yang kita adakan Enakmen Hotel ini, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Minta celah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Tuan Speaker, Bolehkah saya tahu sekiranya seseorang er… mereka nak upload er… rumah mereka ke Airbnb sebagai homestay. Adakah mereka juga er… terlibat di dalam Enakmen ini? Sekian, terima kasih.

Kesemua… kesemua, kesemua siapa sahaja yang ingin membuat perniagaan kerana kalau mereka upload maknanya mereka membuat perniagaan ya. Kita hanya inginkan mereka register dengan kita, di atas keselamatan yang saya sebutkan tadilah. Kita bimbang apa-apa berlaku kehilangan dan sebagainya er… dicuri, dirompak dan sebagainya. Jadi setidak-tidaknya kita tahu di mana ada registration dan dalam masa yang sama kita boleh mengutip data-data daripada yang register tadi agar data-data ini kita buat untuk apa, untuk kita merancang di masa-masa yang akan datang kerana data is very important er… dengan izin Yang Berhormat, supaya kita tahu kita pastikan sebenarnya berapa kehadiran pelancong yang ada ya, yang hadir, yang datang ke… ke negeri Pahang.

Saya nak ambil contoh ya er… di Genting Highlands. Kalau sekiranya apa disebut day trippers ini, yang datang hari-hari ni, setahun Genting Highlands dia dapat RM20 juta… RM20 juta itu yang… yang datang pergi pagi, kemudian dia balik, RM20 million kerana apa? Kerana dia berdaftar. Sebab itu kita tahu, terima kasih Yang Berhormat.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mohon penjelasan boleh?

Yang di-Pertua (Speaker)

Bilut.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Okey. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Bolehkah saya tahu er… adakah sebarang pembayaran kepada kerajaan selepas bil ini er... lulus? Sekiranya ada, berapakah rate er… dia? Dan juga er… pihak mana yang mengutip fees tersebut? Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Jika sekiranya kerajaan bercadang untuk kita mengenakan fee ya, jika sekiranya kerajaan bercadang, kerana kita kena tahu bahawa yang melaksanakan promosi, kerajaan yang pergi ke World Travel Mart, kerajaan. Mereka sebenarnya hotel dan homestay dan sebagainya mereka tidak pernah membuat promosi. Promosi mereka hanya letak dalam Airbnb ataupun letakkan dalam Facebook atau letakkan ke dalam apa namanya mana-mana sosial media yang ada. Janda Baik ke, Bera ke er… apa namanya Lanchang ke, ataupun Benta ke, Cameron Highlands ke, kalau tidak ada promosi daripada kerajaan, daripada Tourism Pelancongan, orang tak kenal orang tak tahu tempat ini.

Kita yang mengalakkan, ini antara sebabnya. Jadi kalau sekiranya ada fee, jadi sebab itulah kalau sekiranya ada fee, fee tersebut nanti kita akan tetapkan berapa, mengikut kesesuaian. Kerana fi tersebut ianya bukan diambil dari… dari pihak apa namanya er… hotel tersebut. Maknanya dia boleh caj through apa saja yang apa namanya harga selepas er… hotel ataupun rumah tumpangan ataupun er… resort tersebut er... mendapat bayarannya.

Jadi maknanya setakat ini memang kita tak kenakan lagi kita kena kaji berapakah jika sekiranya kita ingin lakukan berapakah kesesuaiannya tetapi ini untuk kalau sekiranya ada kita nak pastikan bahawa kita boleh terus ya, tandas kita boleh baiki dengan cepat, jambatan, titi er… titi apa… titi rosak ini apa nama er… Teruntum bagitahu apa nak bina jeti boleh dibina dan sebagainya. Jadi kalau sekarangnya 100… RM1.2, RM1.5 million tapi lepas ini mungkin, jika sekiranya kita nak kenakan fi, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat, satu lagi…

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Yang Berhormat Tuan di-Pertua…

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan yang terakhir ya. Sila.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Apakah rasional kita perlu memansuhkan satu Enakmen Rumah Tumpangan 1929? Dan apakah asasnya kita perlunya membentuk satu Rang Undang-undang ataupun Akta Hotel yang baru untuk menggantikan Enakmen Rumah Tumpangan itu. Apakah rasional dia? Dan apakah kelemahan Enakmen Rumah Tumpangan yang sebelum ini? Kenapa kita tidak boleh meminda sahaja? Tetapi perlunya kita memerlukan er…untuk satu Draf Undang-

undang yang baru untuk mengganti dan memansuhkan Enakmen yang sebelum ini, terima kasih.

Yang Hormat Yang di-Pertua, Ketika Enakmen ini digubal, ketika itu Hugh Low masih lagi jadi Residen. Ia digubal pada tahun 1929. Cubalah kita bayangkan kerajaan pun lama-lama pun Pakatan Harapan cakap suruh tukar, baru 61 tahun ini tahun 57, ini tahun 1929. Apabila tahun 1929 Yang Hormat Yang di-Pertua, kita tahu banyak kelemahan-kelemahan yang ada. Saya dulu, apabila kita nak menukar Enakmen er… Perlombongan ya, perlombongan sebagai contohnya ketika itu denda 25 sen tak silap saya, 25 sen ke 50 sen denda 25 sen tetapi 50 sen ketika itu besar. Tetapi 50 sen sekarang ini anak kita pun kalau pergi sekolah pun ataupun cucu kita kalau pergi sekolah pun, suruh belanja 50 sen dia nak ke pergi sekolah? Dia pun taknak pergi sekolah.

Untuk kita mengemas kini kerana Enakmen yang ada dulu Yang Berhormat daripada Tanah Rata, ianya digubal pada tahun 1929. Jadi 1929 ketika itu di Cameron Highlands itu kereta pun mungkin ada dua biji je satu hari. Sekarang ini kalau weekend hujung minggu, kereta pun jammed. Sebab itulah Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun ya memohon kepada Kerajaan Pusat supaya kita dapat peruntukan khas untuk kita buat jalan pintas dan telah pun diluluskan. Ha, ini dia.

Ini dia di antara perkara-perkara yang kita have to move on dengan izin, kita kena ambil yang baru sesuaikan kita kena reset new reality, new normal yang mesti kita laksanakan sebab itulah kita merasakan bahawa Enakmen Hotel ini… Enakmen Rumah Tumpangan ini yang digubal pada tahun 1929 ianya haruslah di… ditukar ataupun dengan Enakmen baru setelah 91 tahun ya, 91 tahun ya, 91 tahun. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat saya kira penerangan ulasan daripada pihak kerajaan cukup jelas dan terang sekali, baiklah.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”.

[Nota: Kehadiran

: 41/42 Ahli yang bersetuju : 33 (80%) Ahli tidak bersetuju : 8 (20%) Ahli yang berkecuali : 0

* Semambu tidak hadir kerana sedang menjalani kuarantin 14 hari.

* 8 ahli yang tidak bersetuju: Tras, Sabai, Bilut, Triang, Teruntum, Tanah Rata, Mentakab, Ketari]

Perlahan suara pihak majoriti yang… Rang Undang-undang tersebut dibaca kali kedua sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, Saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan Negeri… Oh sorry.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan peraturan-peraturan hotel di Negeri Pahang, memansuhkan Enakmen Rumah Tumpangan 1929.M.S. Cap. 87], dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan Negeri bermesyuarat dalam jawatankuasa.

[Cokmar diturunkan]

Dalam Jawatankuasa

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, Saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang itu dimaklumkan dalam Majlis sekarang.

Setiausaha Dewan

Fasal 3 hingga Fasal 13; Fasal 14, 15, 16, 17, 20 dan 21; dan Fasal 18 hingga Fasal 35;

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 13 hingga Fasal 13… maaf, Fasal 3 hingga Fasal 13, Fasal 14, 15, 16, 17, 20 dan 21; dan Fasal 18 hingga Fasal 35 dibuka untuk perbahasan sekarang

Ya. Sila Triang

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya merasa keliru dengan jawapan Pihak Kerajaan tadi. Pada mulanya Pihak Kerajaan menyatakan bahawa tujuan untuk enakmen ini adalah mengumpul data tentang hotel-hotel dan segala rumah penginapan di Pahang, sebab jumlah pelancong ke Pahang 14 juta tapi ada 2 juta yang tiada dalam rekod dan kita faham bahawa 2 juta ini mungkin rumah-rumah penginapan yang berskala kecil, bukannya hotel-hotel mega…

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Yang Berhormat Triang, Fasal berapa itu.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Saya ingin tanya tentang…

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Sila maklumkan, kita ada Fasal…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

… permohonan… sorry, Bahagian 2, Fasal 4 permohonan untuk mendapatkan lesen.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Okey.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Untuk dua… sorry. Untuk tiga, jika sesuatu permohon… jika sesuatu permohonan bagi mendapatkan lesen dibenarkan, lesen itu hendaklah dikeluarkan apabila dibayar fi ditetapkan dan juga keempat dia perlu tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk dikenakan. Jadi disini kita bimbang bahawa untuk pengusaha-pengusaha homestay berskala kecil. Sekiranya Enakmen ini diluluskan dan kita tidak tahu apakah syarat yang akan dikenakan kepada mereka dan kita bimbang akan menambahkan beban bagi golongan ini, bukan hotel-hotel berskala besar.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kita… tadi mengikut rakan saya YB. Ketari, bahawa kita perlu ada seragaman bahawa kita perlu tahu apakah syarat dan sekatan yang akan dikenakan kepada pengusaha-pengusaha khasnya golongan berskala kecil ini. Sebab, kalau ini ditentukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan sahaja tanpa campur tangan daripada Dewan Negeri ataupun Kerajaan Negeri, kita risau pada masa yang kelak apabila dia diluluskan nanti, pengusaha-pengusaha ini akan menjadi mangsa. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi, Kelonggaran… kalaulah sekiranya sahabat saya, rakan saya daripada Triang menyatakan bahawa ini satu kekangan, sekarang ini Yang Berhormat Pengerusi kita tengok semuanya orang boleh berjual di mana dia suka, tak ada masalah. Orang sekarang ini siapa-siapa yang nak berjual, sepatutnya kalau ikut Majlis Perbandaran, dia mesti kena ada memohon lesen, tetapi sekarang ini kita tak perlu memohon lesen

pun. Kita pun, Yang Berhormat Pengerusi, kita sangat rasional dalam hal ini, apa yang saya sebut tadi itu adalah di antara perkara… kita nak mengambil data. Kita nakkan supaya… supaya keselamatan ini dapat terjaga dengan baik. Kita nak pastikan bahawa kita tahu dimanakah sebenarnya operasi mereka berjalan.

Mereka mesti mendaftar dan pendaftaran pun ada dua. Kalau di dalam kawasan apa namanya Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah, itu di bawah Majlis Daerah. Dan yang keduanya Yang Berhormat Yang di-Pertua… Yang Berhormat Pengerusi, kalau sekiranya ya, kalau sekiranya dia bukan di dalam er… kawasan Majlis Perbandaran ianya Pejabat Tanah. Jadi kita… kita pendaftaran itu penting dari segi… dari segi… dari segi kita berniaga ini, memang kita nak galakkan.

Malah sekarang ini, contohnya kita nak bagi peruntukan, nak bagi bantuan nak bagi dan sebagainya, mesti orang tu kena daftar. Kalau tidak mana… mana kita boleh untuk kita membuat analisa, untuk kita membuat kajian berapakah peruntukan yang perlu kita bagi pada mereka. Mereka kalau tak ada lesen sebagainya, kita tak bagi peruntukan pada tempat tersebut. Ianya adalah… ianya tidak menepati tidak mematuhi undang-undang, saya malas cakap haram ni. Sebab banyak sangat cakap haram ni. Jadi maknanya dia tidak… jika dia tidak berdaftar, dia tidak mempunyai hak untuk mendapat apa nama peruntukan dan sebagainya, terima kasih.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Tuan Speaker, Satu soalan. Bolehkah saya tahu adakah sama ada kerajaan akan denda mereka yang tidak berdaftar? Ha… ini soalan yang penting, sekian.

Ulang semula… semula.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Adakah Kerajaan akan denda kepada mereka yang tiada… tidak berdaftar dengan Kerajaan Tempatan?

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya hormatlah rakan saya daripada Tras, dia memang suka orang yang tak berdaftar ini. Durian pun dia hero juga, royal durian.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Kalau kita tengok ya, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah tidak menggantung atau membatalkan sesuatu lesen, melainkan pemegang lesen tersebut diberi peluang untuk didengar. Jika sekiranya mereka mempunyai lesen, tetapi katalah kita dapati dia membuat kesalahan, kita tak terus gantung. Kita ada hearing dengan izin, kita nak dengar apa sebab dia ya dan kita tak nak, sekarang ni belum lagi yang Berhormat Yang di-Pertua, ini esok entah siapa-siapa daripada negara mana, kita tak tau daripada mana orang datang buat homestay dan sebagainya. Kerana sekarang ini,

Yang Berhormat Yang di-Pertua… Yang Berhormat Pengerusi, ramai orang nak invest. Ha… jadi kita tak tau tak ada data.

Jadi kalau kita tetapkan ada ini, kecualilah kalau kita rasa bahawa apa namanya negara… negeri Pahang ini no man’s land. Maknanya sapa-sapa dia boleh sesuka hati. Nak buat… buat, tak nak buat… tak nak buat, tak nak. Nak tanam… tanam. Kita ada sistem. Kita ada sistem pengurusan, kita ada sistem kawalan. Yang ini yang nak diperketatkan. Supaya apa? Supaya setiap orang tu dia mempunyai hak masing-masing.

Kalau contohnya kita bagitahu sesiapa rumah-rumah apa namanya homestay kita nak bagi RM5000.00, RM3,000.00 duit apa nama bantuan sebagai contoh, kita nak bagi pada siapa? Yang tak daftar tak kan kita nak bagi. Yang daftar kita akan bagi. Ha… ini antara kebaikan dia yang kita nak pastikan supaya mereka ini di dalam radar Kerajaan Negeri, terutama sekali untuk kita mengawal dan dalam masa yang sama untuk kita pastikan bahawa pelancong-pelancong yang duduk di tempat mereka itu, mereka terjamin.

Percayalah Yang Berhormat Yang di-Pertua. Selepas lulus saja apa nama RUU ini, Enakmen ini, orang yang tak berdaftar mereka tak berani nak buat, tak berani nak duduk, tak daftar. Kalau berlaku kebakaran, insuran ada ke tak ada dan sebagainya. Jadi ini semua kita kena melihat gambar besar the bigger picture. Ha… jangan kerana kita tidak setuju, sebab benda yang kecil, sebab benda yang sikit. Kerajaan yang Berhormat Yang di-Pertua… Yang Berhormat Pengerusi, kalau orang tanya Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tak mampu nak bayar apa ni… ini… ini… ini tak… tak mampu nak bayar katalah premium tanah, boleh bayar ansur-ansur. Kita very lenient kita nak bantu orang, kita nak bantu rakyat. Kita tak nak menyusahkan rakyat, tetapi pengawasan penting.

Sebab itulah saya Yang Berhormat Pengerusi, saya kadang-kadang ini anologi ya, bukan saya suka ni, saya kadang-kadang saya respect negeri-negeri komunis ini. Tengok di negeri-negeri komunis, tengok bandar-bandar dia, kenapa cantik? Kenapa elok? Kenapa lawa? Kenapa dia boleh buat jalan yang besar? Sebab tak nak dengar, tembak. Pergi sajalah ke bandar-bandar di Eastern Europe. Kita tengok bandar dia, nak dibandingkan dengan bandar negara demokrasi India sebagai contoh. Kita cuba bandingkan.

Kita di sini semua tak boleh, ha… dak. Tak boleh macam itu, ini untuk kebaikan. Ini pada pandangan saya. Pada pandangan ‘why’, di komunis dia tak ada ni… dia negeri macam China, dia tak ada Majlis Perbandaran, macam kita agaknya lah kan. Tak setuju jalan. Ha, sila.

Yang Berhormat… Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat... Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya memohon izin untuk er… terlibat sama er… membantu rakan saya daripada Lanchang ini dan juga kalau boleh hendak memberi pencerahan sedikit kepada rakan-rakan ADUN daripada barisan pembangkang.

Sebenarnya saya pun pelik, mengapa taboo sangat? Taboo dengan izin, ya. Bila kita nak mendaftar ini. Sebenarnya kita dalam kehidupan kita bermula daripada kita lahir, kita lahir je dah ada daftar, daftar kelahiran. Kemudian tu bila dah sampai umur tu kita ada apa nama MyKID, dia ada IC. MyKID. Bila dia jadi dewasa sikit dia ada Kad Pengenalan. Haa… itu daripada segi itu. Kemudian kereta, keluar kereta kalau kereta keluar kita daftarkan kereta itu. Baik kereta, baik motosikal.

Jadi maknanya kita tau berapa banyak kereta, berapa banyak motosikal, berapa banyak lori. Kemudian kita daftar tanah. Maknanya kita daftar. Yang mohon tanah kita luluskan dia jadi tanah yang sah. Kita daftar dia ada daftar tanah itu. Yang haram itu memang tak ada daftar sebab dia haram, dia tak berdaftar. Anak yang lahir kira secara sah mengikut perundangan didaftarkan. Yang lahir secara yang haram, tak tahulah yang macam manakan, maknanya tidak didaftarkan. Jadi anak yang…. dia sah saraf. Ada… ha… tak sah saf taraflah, ini maksudnya.

Jadi kita nak mengundi, rakan-rakan yang nak mengundi bukan semua orang. Macam di Janda Baik. Sorry, maknanya di Ketari, bukan semua yang di Janda Baik tu boleh… boleh mengundi. Jadi kena daftar. Contohnya lah kan. Jadi maknanya daftar ni bukan satu perkara yang menghantui. Biasa ini hidup ini. Bila mati pun daftar juga. Bila masuk sekolah daftar juga. Bila masuk hotel daftar juga.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Betul, bezanya kalau meninggal tu orang lain yang tolong daftarkan. [Ahli Dewan ketawa]

Dan kalau kita… kalau kita maknanya bawa kebumi masuk dalam kubur. Ada setengah tempat tu dia memang menguruskan kubur itu. Ada daftar juga. Makna nombor, ada ID kubur tu. Nak kahwin kena daftar. Jadi saya pelik apabila kita nak luluskan ataupun satu Enakmen untuk memperkasa Industri Pelancongan. Jadi apa yang masalahnya? Kita memang dari mula… daripada mula lagi memanglah… memang daftar.

Kita yang datang hari ini… saya ingat yang tanda tangan itu daftar kehadiran itu. Jangan risau sangat. Minta maaf, terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua. Okey, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Peluang terakhir untuk Ketari.

Okey. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Sebab itulah Usul ini dibawa di dalam Dewan sebab kita nak ada pertanyaan persoalan dan kita nak juga jawapan. Kalau tak boleh, baik bawa dalam Mesyuarat Exco sahaja dan selesaikan sesama sendiri.

Jadi pertanyaan saya, untuk er… bahagian dua perlesenan. Kalau lah er… perkara ini diluluskan dan seterusnya, kita bukan risau pasal pendaftaran, bagus pendaftaran tersebut. Tetapi yang merisaukan saya tentang keadaan homestay-homestay di kawasan kampung-kampung. Mereka ini banyaknya dalam status pertanian. Jadi kalau, bagaimana dengan mereka ini? Adakah dia perlu mendaftar perlukah mereka… apa ni... menukar status daripada Pertanian kepada Komersial dahulu barulah pergi untuk ni? Dia banyak prosesnya dan saya harap pihak er… Kerajaan boleh menjawab. Terima kasih.

Yang Hormat Yang di-Pertua, eh Yang Hormat Pengerusi, minta maaf, sorry Pengerusi.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Tarik balik Yang di-Pertua..

Alright. Thank you, Pengerusi.

Yang Hormat Pengerusi, Sebenarnya bukan sahaja di luar bandar, di bandar pun banyak yang tak berdaftar ni. Rumah-rumah tumpangan, rumah-rumah dia buat rest house-rest house. Rumah dia, dia tak nak duduk kemudian dia buat homestay. Siapa rugi? Dia mengaut keuntungan. Ini kita nak bagi tahu ni sebagai contoh tapi yang di kampung-kampung tu memang kita galakkan sebenarnya untuk kita buat homestay ini dan kita tidak sezalim itulah nak tukar syarat semua dan sebagainya.

Sebagai contoh, dulu… mak saya dah tiada. Dulu mak saya kalau di kampung duduk seorang. Tetapi dalam masa yang sama, rumah itu banyak bilik. Kemudian dia buat homestay. Maknanya orang boleh datang untuk tidur di situ. Yang itu kita tak perlu kenakan apa-apa tukar syarat dan sebagainya. Itu tak ada dan banyak homestay-homestay malah kalau kita pergi ke luar negara Airbnb yang buat macam ini dan kita mengambil contoh-contoh daripada luar negara.

Maknanya Wakil daripada Ketari don’t worry, di Janda Baik tu, Janda Baik tu kita tidak akan di Janda Baik itu kita tidak akan maknanya tidak akan kenalah apa-apa nak tukar syarat dan sebagainya tapi kita nak kan pendaftaran seperti rakan saya daripada sahabat saya Wakil Kerajaan daripada Benta bagitau tadi maknanya pendaftaran itu adalah wajib untuk kita ada big data, untuk kita untuk kita membuat analisa supaya kita dapat membuat apakah planning kita di masa- masa akan datang, terutama sekali dalam industri perhotelan dan juga pelancongan. Terima kasih.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Terima kasih Yang Berhormat. Baiklah,

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Beri laluan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 3 hingga 13...

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Beri laluan.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Saya… Mana?

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Teruntum.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Teruntum saya kira kita kena teruskan. Dah banyak masa saya bagi.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Tuan Speaker, satu soalan sahaja.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Saya tidak izinkan lagi Teruntum. Jadi apa-apa pun kita akan terus mengikut aturan mesyuarat. Kalau perlu mengundi, kita mengundi nanti.

Fasal 3 hingga 13; Fasal 14, 15, 16, 17, 20 dan 21; dan Fasal 18 hingga Fasal 35; menjadi sebahagian daripada Undang-undang hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju“

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju katakan “Tidak”.

[Nota: Kehadiran

: 41/42 Ahli yang bersetuju : 33 (80%) Ahli tidak bersetuju : 8 (20%) Ahli yang berkecuali : 0

* Semambu tidak hadir kerana sedang menjalani kuarantin 14 hari. * 8 ahli yang tidak bersetuju: Tras, Sabai, Bilut, Triang, Teruntum, Tanah Rata, Mentakab, Ketari]

Suara menyokong lebih ramai daripada tidak bersetuju.

Fasal 3 hingga 13; Fasal 14, 15, 16, 17, 20 dan 21; dan Fasal 18 hingga Fasal 35; menjadi sebahagian daripada Undang-undang.

Yang Hormat Dato’ Sri Pengerusi, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, Saya memohon izin menyokong cadangan tersebut.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Hotel (Pahang) 2020 dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Suara menyokong lebih ramai daripada tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Cokmar dinaikkan semula]

Bacaan Kali Ketiga

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon memaklumkan bahawa

“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan peraturan-peraturan hotel di Negeri Pahang, memansuhkan Enakmen Rumah Tumpangan 1929 [F.M.S. Cap. 87], dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya”

telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya memohon izin menyokong cadangan tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Hotel (Pahang) 2020 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang sersetuju sila nyatakan “Setuju“.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”.

[Nota: Kehadiran

: 41/42 Ahli yang bersetuju : 33 (80%) Ahli tidak bersetuju : 8 (20%) Ahli yang berkecuali : 0

* Semambu tidak hadir kerana sedang menjalani kuarantin 14 hari. * 8 ahli yang tidak bersetuju: Tras, Sabai, Bilut, Triang, Teruntum, Tanah Rata, Mentakab, Ketari]

Suara bersetuju lebih kuat daripada tidak setuju. Rang Undang-undang ini dibaca kali ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Hotel (Pahang) 2020, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.

Perkara Kelima (iii): Rang Undang-undang Enakmen Yayasan Pahang 2020. Kertas DN 15/2020

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Bacaan Kali Pertama

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Enakmen Yayasan Pahang 2020.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen untuk menubuhkan Yayasan Pahang dan memansuhkan Enakmen Yayasan Pahang 1982; dan untuk mengadakan peruntukan baharu bagi perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Bacaan Kali Kedua

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Yayasan Pahang 2020, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan:

“Suatu Enakmen untuk menubuhkan Yayasan Pahang dan memansuhkan Enakmen Yayasan Pahang 1982 dan untuk mengadakan peruntukan baharu bagi perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya”

dibacakan bagi kali kedua sekarang.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya ingin memperjelaskan sedikit kenapa pengubalan Enakmen Yayasan Pahang harus dibuat pada hari ini. Tujuannya adalah supaya untuk menjadikan Yayasan Pahang sebuah entity yang mempunyai perundangan sendiri. Kerana sebelum ini Yayasan Pahang hanya merupakan sebuah Tabung Amanah seperti yang termaktub di dalam Seksyen 3 Enakmen Yayasan Pahang. Oleh itu, dengan pengubalan Enakmen Yayasan Pahang 2020 ini akan mengubah sifat Yayasan Pahang, daripada sebuah Tabung Amanah kepada sebuah Perbadanan. Pengubalan ini perlu bagi memastikan operasi semasa Yayasan Pahang mematuhi keperluan undang-undang.

Antara terma-terma utama yang dipinda ialah Yayasan Pahang diubah sifatnya sebagai Perbadanan yang kekal, mempunyai cap menterai, boleh mendakwa dan didakwa dengan nama Yayasan Pahang boleh membuat kontrak untuk melaksanakan tujuan Yayasan Pahang dan memegang harta alih dan harta tak alih sebagai tuan punya untuk dicagar, dijual dan dipindah milik. Anggota Yayasan Pahang pula sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Pemegang Amanah manakala er... ketuanya dikenali sekarang ini Ketua Pegawai Eksekutif, kerana sebelum ini

dikenali sebagai Pengurus Besar. Itulah rasionalnya kenapa pengubalan Enakmen Yayasan Pahang 2020.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Saya ingin ucapkan tahiah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang dengan dibantu oleh Setiausaha Kerajaan dan hari ini khususnya Penasihat Undang-undang Negeri, telah dapat meminda Enakmen ini untuk menjadikan Yayasan Pahang sebagai sebuah perbadanan yang er... peranannya lebih besar, lebih lancar. Kalau dahulu sebagai pemegang amanah setiap agreement contract yang dimeterai perlu ditandatangani oleh kesemua ahli-ahli pemegang amanah dan ini adalah sangat rumit tetapi pada kali ini dengan ianya menjadikan satu separate entity, ada orang sebut entity pun okey separate entity, maknanya ianya boleh menyaman, boleh disaman dan er... Ahli-ahli Lembaganya tidak akan terikat dengan peraturan tersebut.

Kalau tidak dulu kalau Yayasan Pahang kena saman, Ahli Lembaga pun kena saman. Ini macam er... dibawah akta company macam sebuah sebuah syarikat. Kalau syarikat tu ditubuhkan oleh Adnan Yaakob, syarikat tu Adnan and Co. Antara syarikat dengan Adnan Yaakob itu berbeza. Bahkan Adnan Yaakob boleh menjadi pekerja kepada Syarikat Adnan and Co itu. Ha itu di bawah undang-undang syarikat. Saya kebetulan pulak saya tengah belajar baharu-baharu ni jadi bolehlah bercakap sedikit sambil-sambil mengingat. Jadi saya ucapkan tahniah sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan saya ingin mohon mencadangkan supaya Enakmen-enakmen yang lain juga pun dikaji.

Kalau boleh kita mesti ada satu low reform community maknanya mengkaji undang-undang sama ada relevan atau tidak relevan istilah-istilahnya semasa ataupun tidak dan ini boleh diambil inisiatifnya oleh Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri, yang mempunyai pengalaman. Satu hari mungkin jadi Hakim Mahkamah Tinggi tetapi sebelum menjadi hakim Mahkamah Tinggi, dia mesti menjadi Judicial Commisioner, Pesuruhjaya Kehakiman. Jadi Pesuruhjaya Kehakiman ini macam percubaan, kalau tak menulis judgement tak confirm-lah jadi judge-nya, berhentilah selepas 2 tahun.

Insya-Allah dengan adanya LA di situ, akan menasihatkan MB dan banyak lagi perkara yang baik yang boleh dibuat. Bukan sahaja Yayasan Pahang dan lain-lain dan Yayasan Pahang alhamdulillah dulu harap balak. Saya terlanjur sikit dua, tiga minit Yang Berhormat Yang di-Pertua sebab kita pilihanraya dah dekat. Saya dulu ingat nak berhenti dah menjadi Ahli Dewan Negeri dan juga Ketua UMNO Bahagian. Tetapi orang tak bagi. Tapi saya fikir balik elok juga saya tak berhenti tengok er... tak jadi Menteri Besar dah berhenti. Jadi menunjukkan kita dah tak jadi Menteri Besar, tetapi jiwa kita besar. Itu yang mustahak.

Jadi saya teruskan. Orang tua bercakap ini kekadang dia merapu aja, tak berapa ingat. Saya nak mengatakan Yayasan Pahang ditubuhkan oleh, zaman tu Dato’ Sri Najib Tun Razak tahun 1981 ditubuhkan. Kemudian itu, tiada apa hasil kalau misalannya Jabatan Perhutanan mengatakan, merasakan balak Pahang ni terang antara penerang balak ini Yayasan Pahang lah dan er... dengan bermulanya RM1.5 juta. Kemudian di zaman Tun Khalil begitu juga, balak, balak, balak dan Tun Khalil semasa meninggalkan jawatan Pengerusi Yayasan Pahang itu Menteri Besar, bajet RM42 juta sahaja. Apabila saya mengambil alih, mintak maaf ya, Yang Berhormat Tuan Yang di-

Pertua, bukan nak bangkit-bangkit pula, kesian juga ke Menteri Besar sekarang tetapi nak mengatakan yang orang lupa pula.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya betul, Yang Berhormat ADUN Pelangai, Mantan Menteri Besar ke-14 memang ada relevan dengan usul ini boleh dibahaskan.

Game changers... game changers. Kemudian itu ada sebuah anak syarikat yayasan 1,000 ekar aja kelapa sawit. Hutang bank berjuta-juta saya fikir lebih baiklah aku, orang kampung menjadi Menteri Besar ini guna kuasa sikit, kita pastikan Yayasan Pahang beli tanah buat kepala sawit. Itu 20 tahun dahulu 19, 18 tahun dahulu dah nak tanam semula dah. Ha itulah sekarang menjana pendapatan untuk Yayasan Pahang. Kelapa sawit 80,000 ekar fruiting and harvesting sampai sekarang. Kerana hutan sekarang kayu pun tak ada tinggal belukar sahaja.

Jadi pandangan jauh orang dahulu, pastu sambung oleh saya satu masa dan sekarang disambung oleh Ahli dari Jelai, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, membuat sesuatu yang boleh menyambung tradisi continuity dan lebih cemerlang lagi kita dapat lihat hari ini ada perubahan dan mungkin pada masa akan datang Yayasan Pahang boleh venture out dalam bidang-bidang yang lain boleh menjana pendapatan yang lebih. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, minta maaf kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Masalah di hadapan Majlis ialah

“Suatu Enakmen untuk menubuhkan Yayasan Pahang dan memansuhkan Enakmen Yayasan Pahang 1982 dan untuk mengadakan peruntukan baharu bagi perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya”

bacaan kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas.

Tiada. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen untuk menubuhkan Yayasan Pahang dan memansuhkan Enakmen Yayasan Pahang 1982 dan untuk mengadakan peruntukan baharu bagi perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.

[Cokmar diturunkan]

Dalam Jawatankuasa

Setiausaha Dewan

Fasal 1 hingga Fasal 35.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 hingga Fasal 35, dibuka untuk perbahasan sekarang. Tiada. Fasal 1 hingga Fasal 35; menjadi sebahagian daripada Undang-undang hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Setuju, terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Fasal 1 hingga Fasal 35; menjadi sebahagian daripada Undang-undang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Tengah menengok skrip, Tuan Yang di-Pertua. [Ahli Dewan ketawa]

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Er… Pengerusi. Tuan Pengerusi, oh ya missed di bawah. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Yayasan Pahang 2020 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Cokmar dinaikkan semula]

Bacaan Kali Ketiga

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon memaklumkan bahawa:

“Suatu Enakmen untuk menubuhkan Yayasan Pahang dan memansuhkan Enakmen Yayasan Pahang 1982; dan untuk mengadakan peruntukan baharu bagi perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya”

telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Yang di-Pertua (Speaker)

ADUN Pelangai.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon izin untuk menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Yayasan Pahang 2020 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Yayasan Pahang 2020, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.

Setiausaha Dewan

Perkara Kelima (iv): Rang Undang-undang Enakmen Lembaga Pembangunan Tioman (Pindaan) 2020. Kertas DN 16/2020

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang akan membawa cadangan.

Bacaan Kali Pertama

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Enakmen Lembaga Pembangunan Tioman (Pindaan) 2020.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Setiausaha Dewan

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Lembaga Pembangunan Tioman 1997”

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibacakan bagi kali yang kedua pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Bacaan Kali Kedua

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Lembaga Pembangunan Tioman (Pindaan) 2020, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan:

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Lembaga Pembangunan Tioman 1997”

dibacakan bagi kali kedua sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon izin untuk menyokong cadangan tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Majlis ialah:

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Lembaga Pembangunan Tioman 1997”

dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas. Tiada. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Lembaga Pembangunan Tioman 1997.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.

[Cokmar diturunkan]

Dalam Jawatankuasa

Setiausaha Dewan

Fasal 1; Fasal 2; Fasal 3; dan Fasal 4.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1; Fasal 2;

Fasal 3; dan Fasal 4.

Dibuka untuk perbahasan sekarang. Tiada perbahasan.

Fasal 1; Fasal 2; Fasal 3; dan Fasal 4; menjadi sebahagian daripada Undang-undang hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada.

Fasal 1; Fasal 2; dan Fasal 3; dan Fasal 4; menjadi sebahagian daripada Undang-undang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Lembaga Pembangunan Tioman (Pindaan) 2020 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Cokmar dinaikkan semula]

Bacaan Kali Ketiga

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa:

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Lembaga Pembangunan Tioman 1997”

telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Lembaga Pembangunan Tioman (Pindaan) 2020 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Lembaga Pembangunan Tioman (Pindaan) 2020, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.

Perkara Kelima (v): Rang Undang-undang Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2020. Kertas DN 17/2020

YAB. Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Bacaan Kali Pertama

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2020.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen untuk meminda Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Bacaan Kali Kedua

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2020, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Suatu Enakmen untuk meminda Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang”,

dibacakan bagi kali kedua sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Kerajaan mencadangkan pindaan ini bertujuan untuk mewujudkan Ahli-ahli Dewan Negeri (Dilantik) tanpa melalui proses pilihan raya bagi menduduki dan menyertai Dewan Negeri sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat. Jumlah yang dicadangkan tidak lebih 5 orang menjadikan keseluruhan Ahli Dewan Negeri tidak lebih 47 orang termasuk 42 Ahli Dewan Negeri sedia ada yang dipilih menerusi pilihan raya.

Oleh itu, Perkara 18 Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang perlu dipinda dengan memasukkan selepas ayat “Ahli-ahli yang dipilih” dengan ayat “dan tidak lebih daripada 5 orang ahli yang dilantik”. Sehubungan dengan itu, perkara 18A, 18B, dan 18C baru juga dimasukkan.

Perkara 18A antara lain menetapkan perlantikan Ahli Dewan Negeri (Dilantik) hendaklah atas Usul yang disokong oleh sekurang-kurangnya tujuh Ahli Dewan Negeri dan diluluskan dengan majoriti mudah. Perkara 18A juga turut menentukan hak Ahli Dewan Negeri yang dilantik untuk mengambil bahagian dalam perbahasan di Dewan Negeri serta jawatankuasa yang dilantik sebagai ahli dan untuk turut mengundi.

Di bawah Perkara 18A yang sama juga menyebut tiada seorang pun Ahli Dewan Negeri yang dilantik layak dilantik sebagai Menteri Besar ataupun sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Perkara 18B ialah berkenaan hal-hal penamatan perlantikan Ahli Dewan Negeri yang dilantik. Manakala Perkara 18C ialah berkaitan Perkara-perkara 19, 20, 21, 24, 25, 28 dan 31 yang sedia ada, adalah turut terpakai ke atas seseorang Ahli Dewan Negeri yang dilantik. Pindaan ini sudah tentu akan melibatkan perbelanjaan tambahan kepada Kerajaan Negeri, tetapi jumlahnya belum dapat ditentukan setakat ini.

Sebelum saya mengulas lanjut, sukalah saya memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa pindaan yang dicadang bagi perlantikan Ahli-ahli Dewan Negeri yang dilantik bukanlah sesuatu luar biasa ataupun dengan izin, abnormal. Sebelum daripada ini pun, kerajaan... Kerajaan Sabah dan jiran kita Terengganu telah pun melaksanakannya. Kerajaan Pahang dengan itu, hanya menuruti dengan izin, precedent atau pemula yang telah dilakukan oleh kedua-dua negeri tersebut.

Secara kronologinya, pindaan ini telah diangkat ke Mesyuarat Majlis Kerajaan Ke-29/2020 pada 22 Julai 2020 yang kemudiannya memberi persetujuan supaya ia diperhalusi oleh Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri. Pada 3 Ogos 2020, Mesyuarat Pasca MMK yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan, bersetuju agar beberapa justifikasi dan implikasi dilakukan. Pada 2 Oktober 2020, Mesyuarat Penyelarasan Cadangan Penambahan Ahli Negeri yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri telah memperincikan justifikasi dan implikasi tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Pada hari ini, 20 November 2020 pindaan ini dibentangkan di Persidangan Dewan Negeri ini untuk mendapat sokongan dan kelulusan. Insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Adapun pindaan dibuat ialah berasaskan beberapa justifikasi atau pertimbangan dan antaranya ialah pelantikan Ahli Dewan Negeri yang dilantik ini dipercayai akan dapat meluaskan perkhidmatan Kerajaan Negeri kepada rakyat jelata terutamanya dalam situasi politik dan sosio ekonomi yang mencabar akibat penularan wabak pandemik COVID-19 yang belum pasti kesudahannya.

Kedua, Ahli Dewan Negeri yang dilantik tentunya akan dibuat dalam kalangan mereka yang berkaliber dan berkemahiran tertentu dengan ini dapat berganding bahu bersama Ahli-ahli Dewan Negeri untuk menyumbangkan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan rakyat jelata.

Ketiga, pelantikan tambahan melibatkan Ahli Dewan Negeri yang dilantik ini juga mampu mengurangkan kadar atau ratio secara keseluruhan seseorang Ahli Dewan Negeri kepada jumlah penduduk yang diwakilinya. Dengan ini perkhidmatan seseorang Ahli Dewan Negeri termasuk Ahli Dewan Negeri yang dilantik akan menjadi lebih berkesan lagi. Dengan adanya Ahli Dewan Negeri yang dilantik ini ia akan menjadi daya saling melengkapi atau dengan izin, complementary bukan pertindihan kepada perkhidmatan Ahli Dewan Negeri sedia ada. Dengan ini juga dapat melengkapkan malah meningkatkan perkhidmatan Ahli-ahli Dewan Negeri secara keseluruhannya kepada rakyat jelata.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya fikir itu sajalah hujah yang dapat saya sampaikan. Dengan ini, saya berharap akan mendapat sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya mohon mencadangkan.

Dato’ Sri... Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Majlis ialah “Suatu Enakmen untuk meminda Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang”, dibacakan kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, sila.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Enakmen ini telah pun melanggar prinsip demokrasi. Kesemua 42 Wakil Rakyat di Dewan yang mulia ini adalah dipilih oleh rakyat di kawasan masing-masing. Tetapi jika enakmen ini telah pun... telah lepas dilulus, lima orang ADUN yang dilantik tidak boleh mewakili mana-mana pihak. Kedudukan ADUN yang dilantik ini boleh dianggap sebagai ADUN pintu belakang.

Jika sesiapa yang minat jadi Wakil Rakyat, sila bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang, bukan... dan masuklah secara pintu depan tetapi bukan pintu belakang. Itu sebab, saya tidak akan bersetuju Enakmen ini dan saya menyeru kepada semua Wakil Rakyat dalam Dewan yang mulia ini, menolak Enakmen tersebut. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Tuan di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, er... sebentar. Pelangai.

Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua, Saya berasa... terharu tidaklah sampai nak menangis. Sedih pun tidaklah sampai susah hati, mendengar remarks yang dibuat oleh Ahli dari Bilut. Tapi untuk pengetahuanlah kita share bersama. Dalam er... demokrasi berparlimen ala Westminster yang kita mengikut British. Biasanya parlimen tu bicameral... bicameral ini dia ada dua chambers. Satu macam di England, di Britain House of Commons, satu

lagi House of Lords. House of Commons, pilihan raya. House of Lords, dilantik. Dulu dalam House of Lords itu ada satu kumpulan Lords dipanggil Law Lords. Kalau ada, maknanya kes-kes sampai mahkamah terakhir dibicarakan di Law Lords. Kita masa itu pakai Privy Council. Sekarang tak ada dah. Privy Council dulu pun yang menduduki Privy Council itu ada juga Law Lords. Lord itu, Lord ini. Tu House of Lord tu.

Kita di Malaysia, kita gunakan dua juga... dua chambers, bicameral. Dewan Rakyat iaitu yang dilantik yang dipilih melalui pilihan raya dan satu lagi Dewan Negara. Tujuan nya ialah banyak kebaikan untuk membolehkan golongan-golongan yang tidak mungkin menang pilihan raya calon dia. Bertanding 10 kali takkan menang. Supaya wakil golongan ini dapat dimasukkan di Dewan Negara. Supaya golongan-golongan professional, bekas hakim, bekas peguam, peguam tu hakim, hakim peguam sama je. Semua legally qualified. Bekas pegawai penasihat undang-undang contohnya boleh letakkan sebagai Ahli Dewan Negara. Itu tujuan dia.

Saya memuji bukanlah saya nak membodek Menteri Besar saya. Setiap kali bercakap, ADUN Pelangai ini bodek aku, setiap kali bercakap ADUN Pelangai ni bodek aku, Menteri Besar terasa juga. Yang orang menengok pun… aku menyampah betul, bila bercakap je bodek Menteri Besar, cakap je bodek Menteri Besar tapi ini hakikat.

Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan khususnya Menteri Besar [Ahli Dewan tepuk meja] kerana memberi… kerana mempunyai pandangan yang jauh. Dengan termaktubnya dalam Undang-undang Tubuh Negeri, kita boleh melantik 5 Ahli Dewan Negeri memberikan kebebasan kepada Menteri Besar untuk melantik orang Punjabi, berapa orang di Malaysia ini? di negeri Pahang ini? 1.5 juta orang di negeri Pahang, rakyat negeri Pahang, Punjabi letak 5 orang je. Yang menyanyi lagu hindustan termasuk saya tu, ramailah tapi yang, yang orang-orang Benggali ni tak ada. Menteri Besar boleh mencadang dalam Dewan dia lantik Mr. Adnan Singh dari Bentong sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri. Haa… Adnan Singh atau pun Dev Anand ke Anand Singh tak kiralah.

Lepas tu Orang Asli boleh dilantik siapa yang, yang notable sikit. Haa… Dato’ Olian contohnya. Itulah gunanya. Tetapi kalau untuk melantik pakar undang-undang, pakar kewangan tak, saya ingat tak perlu Tuan Yang di-Pertua, tak payahlah. Kita lantik orang yang politik, orang yang bermasyarakat. Tiba-tiba tak ada seorang pun orang DAP dalam Dewan ni, semua kalah. Menteri Besar pun menggunakan budi bicara dia menunjukkan dia besar, cari Pengerusi DAP Pahang masuk sebagai Ahli Yang Dilantik, ini tujuan dia. This is very good move.

Maknanya kita memang mengikuti masa. Itulah Tuan Yang di-Pertua, saya nampak Tuan di-Pertua pun mengangguk, semua normal tapi kalau boleh Tuan Yang di-Pertua itu bercakap kuat sikit pasal dalam keadaan sekarang nampak macam, macam baru lepas operation je nampaknya, haa… tu terima kasih. Saya… saya… saya amat menyokong. Terima kasih.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, nanti. Saya jemput Wakil daripada Ketari.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin menjawablah, bukan menjawab… nak bertanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tadi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada mengatakan antara tujuannya sekarang ini ada precedent case seperti dari Sabah. Saya ingin nyatakan di negeri Sabah diadakan ADUN Lantikan ini kerana mereka nak menstabilkan Kerajaan Negeri pada ketika itu kerana er… dia punya apa, orang kata keadaan majoriti yang sama rata lebih kurang untuk mengelakkan ADUN lompat parti dan sebagaimananya. Tetapi kalau kita lihat di Pahang, saya kira di Pahang hanya ada 9 ADUN pembangkang sahaja.

Jadi, kalau kita tengok gabungan Muafakat Nasional di negeri Pahang ini, kalau pilihan raya akan datang, mungkin akan menang lagi. Jadi, kenapa perlu ada ADUN Lantikan ini dan perlu ada pembaziran.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin mencelah. Ini menunjukkan bahawa di Pahang ini tidak ada politicking. Kalau tak buat ni pun tak apa, insya-Allah stabil. Tetapi tujuan kita ialah untuk memberi servis perkhidmatan kepada rakyat sepertimana yang telah diulas lebih lanjut oleh daripada ADUN Pelangai tadi. Kalau politicking, kita… kita buatlah. Jadi, sebab itu kita… cuma saya nyatakan precedent maknanya benda ni bukan satu benda yang abnormal dengan izin, luar biasa. Di Sabah dah buat, di Terengganu dah buat tapi tujuan kita sepertimana saya katakan tadi justifikasi tadi ialah untuk memberikan perkhidmatan.

Kalau kita tengok ratio, servis kita, kita ni luas, kita cuma ada 42. Jadi itulah ya. Saya tak mahu ulang apa yang dikatakan oleh ADUN Pelangai. Memang ada dalam point-point saya juga, kita nak lantik kumpulan kaum minoriti. Contohnya daripada rakan-rakan daripada PAS, ada ulama-ulama yang perlu kita letakkan dalam Dewan yang mulia ini, kita boleh lantik pada masa itu. Itu tujuan dia, tak ada politicking langsung. Kerajaan Negeri Pahang pun bukan tak stabil dengan Sabah, sangat stabil. Insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua…

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin mencelah sikit sebab giliran Ketari, Menteri Besar jawab, sayalah bercakap dulu, baru dia pula. Ahli daripada Ketari. Saya beritahu tadi antara tujuan macam senate ialah untuk membolehkan golongan-golongan minoriti yang berpengetahuan luar biasa, pakar-pakar dalam bidang-bidang tertentu dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.

Di Pahang ini takkanlah kita nak buat senate sendiri. Kita negeri… sebuah negeri dalam persekutuan, 1.5 juta, takkan kita nak negeri Pahang menubuhkan Dewan Negeri dia sendiri, Dewan Negara negeri sendiri, ahli 20 orang, tak. Ini yang paling sesuai dah sebab politicking pintu belakang tak timbul. Seperti kata Menteri Besar, kita dah, dah memang dah stabil. Tetapi ialah bila saya tengok Ketari dengan ni dengan

Bilut ya, minta maaflah bukanlah peribadi sangat. Bilut ini ayah dia anak murid saya. Jadi, jadi… saya, ayah dia anak murid saya.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Itu saya.

Aaa… salah [Ahli Dewan ketawa] Bilut ya. Ooo Raub… [Ahli Dewan ketawa]

Yang Berhormat… dak Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, haa… ini masalahnya. Awak orang Bentong pergi bertanding ke Bilut… ke Raub pasal apa? Ini yang keliru ini. Jadi haa… ni nama anak-anak belaka, cuculah. Jadi saya pun, I respect your opinion but what I’ve mentioned just now, there is fact. That’s why we have two houses, becameral - House of Lords, House of Commons. Even Britain practice there, and now Pahang is trying to follow Britain in a way, but become not from our own senate. Takkanlah kita sendiri nak buat senate sendiri. Itulah untuk jawapan kepada Ahli daripada Ketari, daripada Bilut, daripada Tras. Terima kasih.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Minta celah. Ya Tuan Speaker. Apa yang saya nak nyatakan sini adalah walaupun bekas MB Pelangai nyatakan Westminster system ada Dewan Negara, Dewan Rakyat tapi di DUN Sabah hari ini, kami pun belum ikut Westminster system bahawa kami ada Ketua Pembangkang lagi. Dan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara, sistem negara ini, sistem Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara, semasa mengundi Enakmen atau pun Usul, Dewan Negara tak boleh campur tangan dalam Dewan Rakyat tapi sekiranya undi aa… kami sudah lantik 5 Ahli ADUN, yang saya cakap atau kami labelkan sebagai pintu belakang, mereka adakah… bolehkah undi. Mereka boleh undi? Boleh undi semasa Usul dibentang, semasa Enakmen dibentang, mereka tiada mandat tetapi mereka berhak mengundi. Ini tidak adil kepada semua ADUN-ADUN. Saya juga harap Ahli-ahli PAS buat bantahan ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kita buatlah satu-satu… sokong yang ini dulu iaitu kita boleh melantik Ahli Tambahan. Lepas tu besok Ketua Pembangkang ke apa ke… kita tambah, tambah baik, kemudianlah. Takkan terus bersanding hari ini, malam ni, pagi besok beranak, pelik. Hari ini hari kahwin, besok beranak, apa macam? Apa mau cerita? Jadi susah sikit. Jadi ini begitu… buat satu-satulah, usah kita gaduh. Kita buat satu dulu, lantik 5 orang dulu, haa… lepas tu kita tambah baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sorry lah, minta maaf banyak bercakap.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada penambahan…

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya nak menambah sedikitlah. Saya tengok tadi Ketari begitu bimbang sekali, begitu juga dengan Wakil daripada Bilut dan Tras ya. Sebenarnya apa yang kita nak pinda

hari ini hanyalah memberi kuasa budi bicara, bukannya sesuatu yang mandatori. Dan sepertimana yang berlaku di Terengganu misalnya. Walaupun telah dipinda kalau tak silap saya tahun 2004 tetapi hanya dilaksanakan selepas PRU14. Apabila semua calon wanita di Terengganu kalah, bertanding dalam pilihan raya. Jadi, tak ada suara wanita. Bila tak ada suara wanita, mereka melantik seorang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu mewakili wanita.

Jadi, tak semestinya kalau kita terima hari ini 5, kita terus lantik 5. Ini hanyalah satu persediaan kepada kita sekiranya berlaku sepertimana di Terengganu tadi. Sekiranya tidak ada wakil daripada orang Cina. Katalah dalam PRU 15, semua orang Cina kalah, wakil calon-calon daripada bangsa Cina kalah, calon daripada bangsa India kalah, calon wanita kalah. Jadi, tak ada suara mereka di dalam Dewan yang mulia ini.

Jadi, sebab itulah kita nak pinda Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri pada hari ini untuk persediaan kita di masa depan. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli-ahli Berhormat dalam Dewan ini, bahawa Ahli Lantikan Dewan Undangan Negeri di Terengganu, Ahli Lantikan itu dia ada hak mengundi, itu masalah dia. Kenapa kita kali ini, ahli lantikan yang kita nak propose ini, dia ada… Ahli Lantikan itu dia ada hak mengundi, itu masalah dia. Sebab wakil yang dilantik itu, mereka masuk ke dalam Dewan ini, dia adanya asas undi daripada rakyat. Di mana kita selalunya kata suara rakyat suara keramat tapi dia tiada asas undi daripada rakyat. Oleh itu, pendirian kita ialah Dewan ini tidak seharusnya adanya ahli-ahli yang tiada asas undi masuk, lepas tu boleh undi dan memutuskan hal ehwal yang mungkin akan membawa kesan positif ataupun negatif kepada rakyat.

Ini kenapanya kita tidak boleh sokong. Sebab ini telah pun melanggar prinsip dan semangat demokrasi dan saya amat setuju pada pandangan Yang Amat er… Yang Berhormat Pelangai. Kalau Kerajaan nak buat dua chambers tak apa, kita tak apa. Sebab yang satu chambers Dewan ini perlunya ada Wakil yang ada asas undi. Yang satu lagi chambers tak ade asas undi lantikan tak apa. Dua chambers tak apa dan yang paling penting saya… kita pun memahami bahawa inisiatif kerajaan ini nak membela golongan minoriti. Ya ini kita faham, tapi kalau kita nak membela minoriti kita boleh membawa Usul ini ke peringkat SPR dan juga peringkat Persekutuan.

Kenapa kata macam tu? Kita boleh menggubal sistem pilihan raya kita dengan membawa yang ini sistem pilira… pilihan raya ini amat biasa di luar negeri di luar negara kita. Contohnya Jerman, mereka pun mengamalkan sistem pilihan raya iaitu Sistem Perwakilan Berkadar ataupun dengan izinnya, er… dalam inggeris proportional representation. Dengannya perwakilan berkadar. Macam mana kata parti politik yang memperoleh jumlah undi tertentu dalam pilihan raya walaupun dia kalah tapi dia ada kalaunya dia ada jumlah undi yang tertentu, dia boleh lantik ataupun dia boleh hantar wakil dia masuk Dewan.

Ini kalau dia, dia ada asas undi kita tak kita tak ada masalah. Masalah sekarang ialah ahli lantikan sekarang ini tak ada asas undi. Tak ada asas undi macam… bagaimanakah dia boleh masuk undi masuk Dewan yang berbunyi ini dia boleh berundi. Dia boleh undi bersama-sama memutuskan hal ehwal yang akan memberi kesan kepada rakyat. Yang ini kita er… tak boleh sokonglah.

Oleh itu, kalau inisiatif Kerajaan Negeri nak membela golongan minoriti, boleh. Kita bawa Usul ni kepada peringkat SPR. Wujudkanlah 2 sistem pilihan raya. Sistem pilihan raya dua lapisan. Dengan itu ada perwakilan berkadar tapi yang kalah tak apa kalau dia ada asas undi dia boleh hantar wakil. Bagi kita ini lebih sesuai sebab kita tak nak yang tiada asas undi, Wakil yang tiada asas undi, dia boleh memutuskan hal ehwal rakyat yang akan memberi kesan kepada rakyat, sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

YB… sebentar Luit bagi laluan kepada Menteri Besar.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Bagi Pembangkang memanglah dia mengatakan bagi dia tak setuju. Tapi bagi kita kerajaan, kita telah memikirkan dengan semasak-semasaknya bahawa perkara ini perlu dibuat pindaan, perlu ada ADUN Tambahan. Cadangan yang dibuat oleh Tanah Rata tadi apa ni untuk mewujudkan dua Dewan ini terlalu tinggi kosnya dan tidak praktikal untuk buat di negeri. Jadi sebab itulah kita merasakan bahawa apa yang kita buat pada hari ini adalah sangat sesuai. Walaupun di… di Terengganu ada mengatakan tidak ada kuasa mengundi tetapi di Sabah dia silent je, dia tak… dia tak maknanya dia tak nyatakan dengan jelas. Maknanya, ahli yang dilantik tersebut mungkin kemungkinan boleh mengundi. Tidak dinyatakan dengan jelas.

Jadi er…, jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, Perkara ini kita telah kaji dan kita telah perhalusi sesuai dengan keadaan di negeri Pahang. Sebab kita bertujuan berorientasikan kepada rakyat. Jadi untuk tujuan itu, ada ada beberapa ruang, peluang yang kita rasa ahli yang dilantik ini boleh memberi perkhidmatan kepada rakyat. Itu pada pandangan kita dan kita telah bincang perkara ini dengan sehabis mendalam dan seperti mana yang dikatakan oleh ADUN Kuala Sentul tadi, bukan bermakna lulus pada hari ini, esok lusa kita lantik lima-lima orang. Perkara ini perlu dibawa ke Dewan juga kalau kita nak lantik, sekurang-kurangnya kena ada tujuh ahli yang menyokong dengan majoriti simple.

Bukan boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya dan sudah tentu apabila kita ingin melantik Ahli Dewan tersebut, kita kena justify dia, rasional dia, kenapa perlu dilantik? Apa tujuan dia? Sebab ia melibatkan implikasi kewangan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey Luit.

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Nyaris nak merajuk dah. Tiga kali bangun tak dapat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, sila sila.

Baik, er… saya nak sebut 2 perkara je sini Tuan Yang di-Pertua.

Yang pertamanya kita seperti YB. Pelangai sebut tadilah, kita membuka ruang kepada golongan-golongan yang tidak berpeluang ya, menjadi Wakil dalam Dewan ini dan yang keduanya saya suka nak sebut mengatasi masalah jarum buruk lekat dikain. Jarum buruk lekat di kain yang selalu kalau kita biar dia mencucuk-cucuk paha kita. Kalau kita cabut, koyak kain kita.

Haa… jadi kalau dengan ADUN punya cadangan dengan tambahan lima ADUN lagi masuk dalam Dewan ni, saya rasa sekurang-kurangnya tak tercucuk sangat paha kita ni, peha kerajaan daripada golongan-golongan ni. Golongan ni memang ada sama ada dia individu ke dia ramai ke, dia dalam Dewan ke dia di jalanan ke di kerajaan atau pembangkang ada. Jadi yang tu saya rasa dapat mengurangkan sedikitlah ya masalah jarum buruk lekat di kain ini. kalau tak faham kena jumpa sebelah lah lepas ini (Ahli Dewan ketawa). Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah Yang Berhormat ya

Encik Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Tuan Speaker

Yang di-Pertua (Speaker)

Beserah, ada pandangan.

Yang Berhormat Dato’, Dato’ Yang di-Pertua, Saya meneliti apa yang di dihujahkan oleh rakan-rakan bahawa Yang Berhormat Tras suruh kita kita tolak, kita rasa diperingkat PAS, kita telah juga mengkaji dan menilai perkara ini dan tidak seharusnya kita menggelarkan mereka yang dilantik ini sebagai er… ADUN pintu belakang kerana dia undermine, dengan izin. Dia menggiris, mengguris hati rakan-rakan ADUN dilantik di Sabah dan di Terengganu. Kita tidak harus memandang rendah perkara ini dalam er… dalam sudut ini dari sudut politik semata-mata.

Kalau kita tengok, apa yang diusulkan oleh pihak Kerajaan ini adalah untuk memastikan bahawa Dewan Negeri ini diwakili oleh semua kelompok dan elemen masyarakat yang seharusnya ada wakil. Contoh, saya bagi contoh sekarang ini di pihak Kerajaan tidak ada wakil daripada India, kaum India. Kita ada pembangkang seorang. Jadi, bagaimana kita nak nak menyampaikan hasrat orang India mengikut saluran Kerajaan? Kalau kita tidak ada Wakil daripada kaum tersebut.

Jadi kalau pembangkang dia beza. Saluran melalui pembangkang dan saluran melalui kerajaan, dua kita kena terima. Dua layanan dan dua aspek yang berbeza dalam konsep kita mentadbir dan mengurus negeri ini. Jadi kalau kita tengok semua perkara dari sudut politik, kita akan lihat ianya satu… satu perkara yang kita akan tolak sebab disebabkan oleh politik. Tapi kalau kita tengok dari sudut kestabilan menguruskan negeri, contohnya di Sabah, kalau tidak dilantik tambahan tersebut, negeri itu akan

bergolak sentiasa. Dahlah kita ada masalah, tidak dapat selesaikan masalah tersebut dengan baik. Tapi kalau kita ada lantikan, dia boleh mengurang dan mengendurkan suasana politik tersebut.

Begitu juga dengan Kerajaan Persekutuan hari ini. Kita ada lebihan kerajaan hari ini ada lebihan hanya dua undi sahaja. Bila-bila masa dan sedangkan rakyat sekarang ini tengah muak sedang muak dengan political move ini. Semua pihak ingin er… mengambil tindakan politik tanpa mengira apa yang diperlukan oleh rakyat. Tapi apa yang diusulkan oleh Kerajaan Negeri sekiranya berlaku situasi sebegitu, ini penyelamatnya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey Yang Berhormat, ringkaskan Yang Berhormat.

Ringkas dah ini.

Encik Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua

Cuba ringkas

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, faham, faham.

Ini penyelamatnya bila ada situasi contoh kita ada 42 kerusi sekarang

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Contoh, PRU-15, 22-20. 22-20, makna kita ada lebihan 1 kerusi sahaja. Sebab itu dengan adanya peruntukan ini, dia akan membantu Kerajaan Pahang yang dilantik tersebut meningkatkan er… apa ni peluang dia untuk menguruskan negeri dengan baik, mendapat sokongan yang baik dan menstabilkan negeri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey

Ini tujuan dia…

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey YB.

Bukan pandang dari sudut politik semata-mata.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay YB., saya ingat

Saya mohon menyokong Usul ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. (Ahli Dewan tepuk meja). Saya bagi satu orang lagi. Mentakab ya.

Encik Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Ya

Yang di-Pertua (Speaker)

Last, lepas itu kita akan buat urusan seterusnya. Sila.

Encik Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Yang di-Pertua (Speaker)

3 minit ya.

Encik Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Saya tidak nampak pelantikan ini boleh datangkan kebaikan atau manfaat kepada rakyat. Kita sudah mempunyai 42 orang ADUN. Adakah ini tidak cukup untuk memberi perkhidmatan atau menjaga kepentingan kawasan masing-masing? Kalau ya, adakan sahaja persempadanan semula dengan cara ini barulah nampak adil sikit. Tambahan pula dengan pelantikan ini Kerajaan akan melibatkan perbelanjaan wang tambahan. Mengapa tidak salurkan wang tambahan itu untuk 42 orang ADUN yang sedia ada? Khasnya ADUN pembangkang yang mana wang itu akan salurkan kepada rakyat juga. Pelantikan ini akan memberi kesan politik mendalam pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah

Pantun pantun, pantun menyokong

Yang di-Pertua (Speaker)

Jarum pula lagi.

Sebelah sana hijaunya baju, Sebelah sini hijaunya sampin, Yang Amat Berhormat dah bentang RUU, Kita sokonglah, jangan pening-pening.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah Yang Berhormat rasanya saya sudah memberikan masa yang cukup pada semua pihak membahaskan

Tuan Yang di-Pertua, satu saja, last boleh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tiga minit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yes

Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Three minit ya.

Terima kasih. Ha okey. Saya ada beberapa soalan, seperti yang Beserah kata tadi, Beserah telah mengatakan tiada wakil India di sini, kalau nak salurkan bantuan mereka perlukan seseorang daripada pihak kerajaan. Tetapi saya fikir Kerajaan Negeri Pahang boleh jadi lebih political masih boleh salurkan bantuan kepada orang India menerusi saya, tiada masalah saya sangka [Ahli Dewan ketawa dan menepuk meja] kan kalau nak sorang india saya memang India, saya pun boleh.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mohon laluan Yang di-Pertua.

… tiada masalah, I am really to help state government, i don’t mind doing it. Lagi satu ialah yang ini daripada Pas kawasan Besut mereka ada tulis tentang lantikan mereka di Negeri er... Terengganu.

“Jika pada bila-bila masa tidak ada orang bukan Islam atau wanita yang dipilih kepada Dewan Undangan Negeri tertakluk kepada peruntukan berikut Dewan Undangan Negeri boleh atas satu usul yang disokong oleh tidak kurang daripada tujuh orang Ahli Dewan Undangan Negeri dan diluluskan dengan majoriti muda… mudah melantik orang bukan Islam dan atau wanita bagi mewakili rakyat bukan Islam dan atau wanita bagi mewakili rakyat bukan Islam dan atau wanita dengan syarat bahawa ahli-ahli yang dilantik hendaklah tidak melebihi empat orang”.

Maknanya er… tapi di enakmen kita hari ini tidak tertera dengan spesifik yang lantikan adalah minoriti yang err.. Cina ke ataupun India, it is not stated here itu satu. Lagi satu ialah bukan senang nak jadi Wakil Rakyat, saya boleh tulis satu buku yang besarlah tentang cara apakah the sacrifices that i made to be here, to stand here, and to talk here. Bukan sebegitu mudah sekali, kalaulah seseorang yang dilantik er... jadi er… apa er... dilantik jadi ADUN daripada DUN Sabai, fikirkanlah macam mana perasaan saya. Walaupun dipilih oleh rakyat daripada Sabai, tiada peruntukan, masih lagi boleh err… memberi perkhidmatan yang begitu bagus kepada warga Sabai, tetapi yang dilantik oleh Kerajaan Negeri pula akan dapat er… semua peruntukan er... mungkin beberapa ratus ribu and it is not fair to me, this is not fair to the people who have elected me, ini tak adil kepada pengundi yang telah keluar untuk mengundi dalam pilihan raya lepas. So saya tidak menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, sila Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Sikit sahaja. Sabai mencadangkan supaya sekiranya nak lantik, melantikkan beliau sebagai kerajaan melantikkan beliau sebagai orang India mewakilinya. Jadi kerajaan kalau lantik pembangkang jadi wakil kerajaan, kerajaan itu pun tak betul juga la. Jadi tidak mungkin terjadilah ya. Jadi berkenaan dengan lantikan tadi pun yang yang kita saya dah bagitahu tadi kita lantik yang berkaliber, ada sebab-sebab tertentu, rasional bawa ke dewan, kita tidak lantik kalau bertujuan untuk memecahbelahkan masyarakat dan kita lantik adalah dah banyak kali dah ramai Ahli Dewan yang sebut hari ini mewakili sebagai contohnya nak lantik ketua ulama katakan tiada, kita mungkin lantik ataupun nak lantik kaum India contohnya tiada daripada kerajaan kita mungkin lantik.

Kita tidak melantik bertujuan untuk memecah belah kan masyarakat di sesuatu tempat. Sebab itu ianya perlu dibawa ke Dewan ini kena mendapat sekurang-kurangnya perlu mendapat tujuh orang yang mencalonkan dan mendapat majoriti mudah, bukan boleh simply lantik begitu je mesti ada sebab-sebab tertentu apabila kita bawa ke dewan ni dan kita tidak semestinya kita cadangkan lima, lima-lima akan di lantik, tidak. Kita akan study melihat keperluan kepada masa itu dan mereka yang di lantik ini boleh boleh di

pecat pada bila-bila masa. Bawa balik ke dewan dia sama je proses melantik dan memecat, ada cadangan tujuh orang dapat majoriti kita boleh pecat

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Speaker

Nanti tak habis lagi.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Boleh undi ke?

Sebab ada speaker bagi tahu saya tadi last, saya ini last lepas tu aa... Dato’ Sri Yang di-Pertua nak

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

… nak penjelasan sangat penting, boleh undi ke?

Yang di-Pertua (Speaker)

Tras duduk dulu Tras, habis YAB Menteri Besar

Dia tanya apa, boleh undi dah jelas dalam tu, dia boleh mengundi. Itu tujuan kita lantik dia, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya kira sudah masa yang agak lebih juga untuk kita membicarakan isu ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis bagi diputuskan. Masalahnya adalah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju katakan “Setuju”,

Ahli-Ahli Dewan

Setuju

Yang di-Pertua (Speaker)

Lagi sekali Yang Berhormat. Bersetuju katakan “Setuju”

Ahli-Ahli Dewan

Setuju

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”

Ahli-Ahli Dewan

Tidak. (Suara Ahli Dewan)

[Nota: Kehadiran

: 41/42 Ahli yang bersetuju : 33 (80%) Ahli tidak bersetuju : 8 (20%) Ahli yang berkecuali : 0

* Semambu tidak hadir kerana sedang menjalani kuarantin 14 hari. * 8 ahli yang tidak bersetuju: Tras, Sabai, Bilut, Triang, Teruntum, Tanah Rata, Mentakab, Ketari]

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya dapati suara “Setuju” lebih ramai daripada “Tidak Setuju”. Rang Undang-undang tersebut di baca bagi kali kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen untuk meminda Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa

[Cokmar diturunkan]

Dalam Jawatankuasa

Setiausaha Dewan

Fasal 1(1); Fasal 2(2); dan Fasal 3(3).

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1(1); Fasal 2(2); dan Fasal 3(3); dibuka untuk perbahasan sekarang. Tiada.

Fasal 1(1); Fasal 2(2); dan Fasal 3(3); menjadi sebahagian daripada undang-undang hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”

Ahli-Ahli Dewan

Setuju

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Terima kasih, Ahli-ahli yang “Tidak Bersetuju” sila nyatakan “Tidak”

Ahli-Ahli Dewan

Tidak. (Suara Ahli Dewan)

[Nota: Kehadiran

: 41/42 Ahli yang bersetuju : 33 (80%) Ahli tidak bersetuju : 8 (20%) Ahli yang berkecuali : 0

* Semambu tidak hadir kerana sedang menjalani kuarantin 14 hari. * 8 ahli yang tidak bersetuju: Tras, Sabai, Bilut, Triang, Teruntum, Tanah Rata, Mentakab, Ketari]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Suara majoriti lebih kuat daripada suara minoriti. Fasal 1(1); Fasal 2(2); dan Fasal 3(3); menjadi sebahagian daripada undang-undang.

Yang Berhormat Dato’Sri Pengerusi, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada majlis sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2020 dimaklumkan kepada majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang “Tidak Bersetuju” sila nyatakan “Tidak”

Ahli-Ahli Dewan

Tidak. (Suara Ahli Dewan)

[Nota: Kehadiran

: 41/42 Ahli yang bersetuju : 33 (80%) Ahli tidak bersetuju : 8 (20%) Ahli yang berkecuali : 0

* Semambu tidak hadir kerana sedang menjalani kuarantin 14 hari. * 8 ahli yang tidak bersetuju: Tras, Sabai, Bilut, Triang, Teruntum, Tanah Rata, Mentakab, Ketari]

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Suara “Setuju” lebih kuat daripada suara “Tidak Bersetuju”, majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Cokmar dinaikkan semula]

Bacaan Kali Ketiga

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa,

“Suatu Enakmen untuk meminda Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang” telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan di luluskan sekarang.

Yang Berhormat Dato‘ Sri Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2020 dibaca pada kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli yang “Tidak Bersetuju” sila nyatakan “Tidak”

Ahli-Ahli Dewan

Tidak. (Suara Ahli Dewan)

[Nota: Kehadiran

: 41/42 Ahli yang bersetuju : 33 (80%) Ahli tidak bersetuju : 8 (20%) Ahli yang berkecuali : 0

* Semambu tidak hadir kerana sedang menjalani kuarantin 14 hari. * 8 ahli yang tidak bersetuju: Tras, Sabai, Bilut, Triang, Teruntum, Tanah Rata, Mentakab, Ketari]

Yang di-Pertua (Speaker)

Suara “Setuju” lebih kuat daripada “Tidak Setuju”. Rang Undang-undang ini dibaca pada kali yang ketiga diluluskan sekarang.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Barisan pembangkang akan keluar dari dewan untuk tanda bantahan. Sekian.

Ini semua budak-budak punyalah. Allah. Jangan masuk terus la. Jangan masuk terus. Masuk kita buru dia esok.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2020 bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.

Perkara kelima (vi): Rang Undang-undang Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Pindaan) (No.2) 2020. Kertas DN 18/2020.

Setiausaha Dewan

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang akan membawa cadangan.

Bacaan Kali Pertama

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Pindaan) (No. 2) 2020.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya menyokong Usul itu.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1991.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan,

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1991”.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon izin menyokong Usul itu.

Bacaan Kali Kedua

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Pindaan) (No. 2) 2020 dibaca bagi kali yang kedua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Yang Berhormat.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan,

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1991.”

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon izin menyokong Usul itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masalah di hadapan Majlis ialah Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1991 dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya... sila Yang Berhormat Pelangai.

Kita luluskan begitu jelah, mudah. [Ahli Dewan ketawa] Betul. Benda ni banyak benda-benda nak dibincangkan nak dibincang ni kalau dia orang ada ni lagi payah ni, dia orang tak ada tu, ini blessing in disguise. Jalan, blanket je. Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Baiklah. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta laluan?

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Er... saya ingin menarik perhatian Dewan mengenai Bahagian Ketujuh Pemelukan Agama Islam, halaman 6 Para 109 (b) yang berbunyi “jika dia belum mencapai umur 18 tahun ibu dan bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan Agama Islam olehnya”. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana hak kedua-dua ibu dan bapa dihargai, diperakui dan dihormati. Ini perkara yang kami sangat pentingkan.

Perkara yang kedua, oleh kerana saya bukan seorang yang berlatar belakangkan Undang-undang maka saya minta penjelasan. Yang pertama mengenai hal ini jika ibu dan bapa seseorang itu masih hidup, masih ada maka penjaga tidak boleh menggantikan ibu dan bapa atau memainkan peranan sebagai ibu dan bapa. Betul? Betul.

Soalan yang kedua sekiranya seseorang itu hanya mempunyai bapa atau ibu kerana mungkin ibu atau bapanya telah meninggal dunia ataupun telah bercerai maka penjaga yang disebut ”atau” itu tidak boleh menggantikan ibu atau bapa yang sah tetapi yang masih ada. Jadi maksudnya, ibu tunggal atau bapa tunggal itu mempunyai er... kuasa mutlaklah dan bukannya penjaga yang menggantikan itu. Ya.

Terima kasih atas penjelasan itu dan seterusnya. Ada beberapa kekeliruan yang masih kami ingin kemukakan yang pertama terima kasih kerana er... RUU ini telah menyediakan Bab Ketiga iaitu untuk menentukan Tatacara Peruntukan dan Perakuan seseorang pemohon yang pada setiap masa material, bukan seorang Islam. Ini bermaksud masih ada ruang dan peluang untuk seseorang menjalani proses nasihat dan juga mera... merujuk kepada pihak yang berwajib.

Namun demikian merujuk Bab 5, Pelbagai, halaman 17 Para 111P yang berbunyi “tiada peguam atau peguam syariah boleh hadir bagi mewakili pemohon atau mana-

mana pihak dalam mana-mana siasatan di hadapan Ketua Pentadbir ar... Pendaftar atau Jawatankuasa Penasihat Akidah atau prosiding di hadapan mahkamah”.

Saya ingin tanya sedangkan kes sivil atau kes jenayah, pihak yang berkenaan berhak untuk dapatkan bantuan guaman tetapi dalam hal ini kehadiran peguam tidak dibenarkan. Jadi,adakah pindaan patut dibuat untuk menghormati hak asasi pihak yang berkenaan? Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin menyampaikan sekali lagi penghargaan kepada pihak kerajaan Rang Undang-undang ini kena pada masanya. It is very timely sebab dalam er... kes-kes yang telah dibawa sehingga ke Mahkamah Persekutuan juga, banyak kekeliruan berlaku terutama sekali er... kes Indra Ghandi yang masyhur itu dan er... saya dapati pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan, Yang Berhormat er... minta maaf ya... Pejabat Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri telah mengkaji perkara ini dan telah mengusulkan kepada kerajaan untuk meminda apa yang kita er... bentangkan pada masa sekarang ini. Saya ucapkan tahniah pada kerajaan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pihak kerajaan ada nak mengulas.

Saya rasa tak ada, dah jelas. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan masalah pada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dan yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang tersebut dibaca kali yang kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1991.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.

[Cokmar diturunkan]

Dalam Jawatankuasa

Setiausaha Dewan

Fasal 1; Fasal 2; Fasal 3; dan Fasal 4.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1; Fasal 2; Fasal 3; dan Fasal 4; dibuka untuk perbahasan sekarang. Tiada.

Fasal 1; Fasal 2; Fasal 3; dan Fasal 4; menjadi sebahagian daripada Undang-undang hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Terima kasih, yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Fasal 1; Fasal 2; Fasal 3; dan Fasal 4; menjadi sebahagian daripada Undang-undang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua... Dato’ Sri Pengerusi, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, Saya mohon menyokong Usul itu.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Pindaan) (No.2) 2020 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Terima kasih, yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Cokmar dinaikkan semula]

Bacaan Kali Ketiga

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa,

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1991”

telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Pindaan) (No.2) 2020 dibaca kali yang ketiga sekarang dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Yang tidak bersetuju nyatakan “Tidak”.Tiada. Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Pindaan) (No.2) 2020, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.

USUL

UsulMotion

Setiausaha Dewan

Perkara Keenam: Usul

Usul Siling Peruntukan Negeri Bagi Projek Pembangunan dan Perbekalan Air Rancangan Malaysia Kedua Belas Tahun 2021 hingga 2025 Negeri Pahang.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Datoʼ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon izin untuk membawa satu Usul di Dewan yang mulia ini yang berbunyi:

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 9, Akta Kumpulan Wang Pembangunan Negeri dan mengikut ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Perbekalan Air, dengan ini bersetuju meluluskan:

Siling Peruntukan Negeri Bagi Projek Pembangunan dan Perbekalan Air Rancangan Malaysia Kedua Belas Tahun 2021 – 2025 Negeri Pahang.”

Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Bil. 41/2020 pada 21 Oktober 2020 telah mengambil maklum akan senarai Projek Pembangunan dan Perbekalan Air Rancangan Malaysia Kedua Belas Negeri Pahang seperti dokumen Penyediaan Siling Peruntukan Negeri Pahang bagi Projek Pembangunan dan Perbekalan Air Rancangan Malaysia Kedua Belas Tahun 2021 - 2025 Negeri Pahang daripada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang untuk menetapkan had siling peruntukan negeri bagi Projek Pembangunan dan Perbekalan Air Rancangan Malaysia Kedua Belas Tahun 2021 – 2025 Negeri Pahang.

Secara keseluruhannya, perancangan projek Rancangan Malaysia Kedua Belas Negeri Pahang melibatkan kos berjumlah RM2,532,060,170.00 dengan pecahan kos siling keseluruhan setiap Jabatan/Agensi seperti yang berikut :

Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri: RM305,175,060.00; Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri: RM136,800,020.00; Jabatan Kerja Raya Negeri: RM488,890,010.00; Jabatan Perhutanan Negeri: RM40,937,020.00; Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri: RM21,942,610.00;

Yang di-Pertua (Speaker)

Minta maaf Yang Berhormat. Juta tu, 40 juta.

Dua Puluh Juta tu... Sembilan Ratus Empat Puluh Dua Ribu Enam Ratus Sepuluh Ringgit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat mulakan daripada satu Pejabat Menteri Besar. Pejabat Menteri Besar: Tiga Ratus Lima Juta.

Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri: RM305,175,060.00.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Terima kasih.

Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri: RM136,800,020.00; Jabatan Kerja Raya Negeri: RM488,890,010.00; Jabatan Perhutanan Negeri: RM40,937,020.00; Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri: RM21,942,610.00; Jabatan Pertanian Negeri: RM60,000,000.00; Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri: RM252,675,010.00; Agama Islam Negeri: RM386,070,060.00; Jabatan Kehakiman Syariah Negeri: RM35,500,000.00; Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri (Projek Bekalan Air): RM804,070,380.00.

Yang Berhormat Datoʼ Sri Yang di-Pertua, Senarai projek serta kos akan dikemaskini dan disemak mengikut keperluan semasa dan keutamaan negeri sebelum kelulusan bajet setiap tahun dibuat semasa Mesyuarat Dewan Negeri Pahang dan sebarang perubahan dan penambahan tajuk projek hanya memerlukan kelulusan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Pahang atas syor Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)/Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri berdasarkan siling jabatan/agensi yang diluluskan di peringkat Dewan Negeri Pahang.

Yang Berhormat Datoʼ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 9, Akta Kumpulan Wang Pembangunan Negeri dan mengikut ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Perbekalan Air, dengan ini bersetuju meluluskan “Siling Peruntukan Negeri Bagi Projek Pembangunan Dan Perbekalan Air Rancangan Malaysia Kedua Belas Tahun 2021 - 2025 Negeri Pahang”.

Yang Berhormat Datoʼ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon mencadang. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon menyokong Usul itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Usul ini dibuka untuk perbahasan. Tiada. Masalahnya ialah Usul ini telah dicadang dan disokong. Soalannya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk

mendapat kelulusan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli Dewan

Setuju

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Usul tersebut diluluskan.

Urusan-Urusan Am

Setiausaha Dewan

Perkara Ketujuh: Urusan-Urusan Am Kertas-kertas Mesyuarat.

Penyata Kewangan Negeri Pahang Tahun 2019. Kertas DN 20/2020

Penyata Kewangan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang (PSK) Berakhir 31 Disember 2019. Kertas DN 21/2020

Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Berakhir 31 Disember 2019. Kertas DN 22/2020

Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) Berakhir 31 Disember 2019. DN 23/2020

Penyata Kewangan Yayasan Pahang Berakhir 31 Disember 2019. Kertas DN 24/2020

Penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Berhubung Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017. Kertas DN 25/2020

Penyata Kewangan Lembaga Pembangunan Tioman Berakhir 31 Disember 2019. Kertas DN 26/2020

Penyata Kewangan Perbadanan Stadium Darul Makmur Berakhir 31 Disember 2019. Kertas DN 27/2020

PENANGGUHAN

PenangguhanAdjournment

Setiausaha Dewan

Perkara Kelapan: Penangguhan.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Sebelum tu saya lupa. Peraturan Dewan, sebelum Dewan ditangguhkan boleh Ahli Dewan bercakap sepatah dua? Bolehkan Tuan Yang di-Pertua?

Bila... pada peringkat bila boleh bercakap? Kalau Mesyuarat UMNO, bila mesyuarat ditangguhkan ha... kita pun bercakaplah. Di Dewan ni tak tahu macam mana. Tangguh-tangguh terus ataupun boleh bercakap.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang menangguhnya tadi disokong oleh, ditangguh oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan akan disokong oleh pihak Kerajaan. Kalau sekiranya Ahli-ahli Dewan nak bercakap dalam lima minit ke sepuluh minit, itu budi bicara Speaker lah.

Biasa, Tuan Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Bila Menteri Besar dan penyokong-penyokong Menteri Besar bercakap sikit habislah, orang lain ini tak adalah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Ha...itu bertanya tu. Kalau begitu saya menunggu la pulak maknanya Ahli daripada Semantan kalau dia menyokong Usul untuk menangguhkan Dewan itu, saya bercakaplah sikit dengan kebenaran Tuan Speaker. Tuan Speaker pun maknanya perlukan doa restu kita ramai-ramai juga sekarang ini. Jadi kena jugalah membenarkan Ahli itu bercakap.[ketawa] Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Alhamdulillah. Amin...amin...amin. Tak, sebelum Yang Berhormat menangguhkan, sebelum Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan disokong, sebelum disokong maknanya Pelangai mempunyai kebijaksanaan dapat mencelah. Jadi maknanya mesyuarat kita belum lagi ditangguhkan. Saya izinkan bercakap. Ha... [Ahli Dewan tepuk meja] tetapi tidaklah terlalu panjang macam penggulungan. Barangkali Yang Berhormat boleh bercakap.

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, selama ini, panjang ke ucapan saya. [Ahli Dewan ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Panjang tu tidak tapi bercampur-campurlah. [Ahli Dewan ketawa] Baiklah.

Terima kasih. Syukur alhamdulillah . Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk bercakap sikit sahaja dalam Dewan ni sebelum ianya ditangguhkan atas Usul Menteri Besar disokong oleh Ahli daripada Semantan.

Yang keduanya, saya mendoakan supaya Tuan Speaker terus sihat walafiat. Alhamdulillah nampak sihat. Suara dia je ada kurang sikit saja ini… suara, yang lain-lain tu nampaknya alhamdulliah dan mudah-mudahan akan terus kekal sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang untuk beberapa tahun yang akan datang insya-Allah.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Menteri besar dan juga terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana sedikit sebanyak saya juga dijagalah, yang inverted comma, dijaga dengan baik oleh Yang Berhormat Menteri Besar dan saya terhutang budi akan perkara itu. Dijaga itu maknanya.

Yang di-Pertua (Speaker)

ADUN Pelangai. Boleh saya dapat mungkin Ahli-ahli Dewan nak tahu dijaga itu apa maksud dia. Tak boleh tidur ke, apa ke, boleh ulaskan sikit. (Ahli Dewan ketawa).

Saya saja sebut perkataan agak samar-samar supaya Tuan Speaker tanya apa maksud. Jadi saya boleh terangkan. Dijaga itu maknanya Menteri Besar bersetuju, saya jadi Pengerusi YPPH contohnya. Maknanya adalah sedikit kemudahan. Kalau tidak rakan-rakan tak nampaklah saya. Kalau saya nak duduk di rumah boleh. Duduklah di rumah, duit ada semua ada tapi di rumahlah. Sikit keluar bawa ketayap putih bawa kereta, bagi signal kiri, masuk kanan, bagi signal kanan masuk kiri. Siapa itu? Hai, Dato’ Sri Diraja dah pencen, boleh. Tetapi ini adalah kemudahan sedikit sebanyak dengan pemandu sebagainya, itulah maksud saya. Dan er… saya juga berdoa mudah-mudahan Yang Amat Berhormat Menteri Besar keluarga dilindungi Allah selalu.

Yang ketiganya, saya ingin mengambil kesempatan disini untuk nak merayu kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar termasuk juga Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Ketua Pentadbir untuk menunjukkan prihatin yang lebih lagi. Setakat ini prihatinlah. Sebab saya perhatikan macam saya sebutkan semalam kata proses masuk tender. Kita pada satu hal itu, satu kes itu, orang ini dah pernah buat sepuluh kali dah buat benda ini, orang ini belum lagi. Tetapi orang yang belum ini kita boleh bagi itu. Tapi kita tolak sebab tak ada pengalaman. Kalau tak bagi yang ini kerja, bila nak dapat pengalaman.

Yang keduanya, tindakan yang drastik, menguatkuasakan kontrak perjanjian. Saya harap dapat di-slow-kan sikit. Sekarang ini orang tengah susah, orang tengah susah. Makna kalau boleh slow tu slow-lah sikit. Kalau boleh pejam mata itu pejam matalah sikit. Mana yang boleh kita kutip kita kutip tapi kalau ada yang betul-betul bermasalah,

kita kena simpati sebab kerana mereka juga ada tanggungan sebagainya dan yang lain itu saya ingat tak ada apalah.

Hanya kalau misalannya Dewan ini er…akan dibubarkan tahun depan, saya pun mengucapkan selamat tinggallah kepada Dewan itu tetapi saya tetap sibuk menghabiskan pelajaran undang-undang saya dan ada kerja lagi insya-Allah. Tetapi pada ketika yang sama saya menyeru jugalah orang-orang yang telah enam siri tak ada dalam ini, mungkin Ahli-ahli Dewan ini buat-buat banyaklah ketika sembayang tu bacalah Quran sikit, buat banyak sedekah sikit, baca surah apa ni…apa ni er…itu apa ini (ayat al-Quran), apa itu Al-Mulk sebelum tidur. Banyak-banyak selawat tapi ibadah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mesti ada nas. Ada Quran, ada hadis, boleh pakai. Kalau tidak tak payah, kalau setakat ustaz, ulama jer bercakap tak payah.

Makna ada betul hadis mengatakan… minta ampunlah 100 kali sehari Allah SWT (bacaan ayat al-Quran) 100 kali, ada hadis, amalkan. Ada hadis mengatakan (bacaan ayat al-Quran) 100 kali, Allah Ta’ala ampunkan, jalan. (bacaan ayat Al-Quran) 7 kali jalan. Selawat kepada Rasulullah 40 kali sehari. Selawat paling baik, selawat Ibrahimiah tapi kita tak terbuat, panjang sangat.

Jadi kita buat (bacaan ayat al-Quran). Ini saya nak sebut sikit saya dari kecil orang beritahulah dan saya check. Dalam hadis-hadis yang diturunkan tahiyat tak ada Saidina. Tahiyat tak ada Saidina (bacaan ayat al-Quran). Tapi luar sembayang kita hormat Rasulullah, kita sebut Saidina 40 kali, (bacaan ayat al-Quran) penutupnya. Yang lain itu (bacaan ayat al-Quran) penutupnya penuh, yang itu kita buat. Kalau setakat awak buat ini dapat ini baca ni apa bukti.

Jadi setiap amalan ini kena ada nas dia. Kalau tidak jangan ikut. Itu sajalah Tuan Yang di-Pertua, saya selaku orang tua nak berpesan. Tapi tua-tua jangan juga maknanya jangan under rate lah, maksudnya jangan nak cuba perlekehlah er…maknanya tua-tua ini tak tahulah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat itu, persepsi yang tak betul. Persepsi yang tak betul pada saya. Dalam Dewan ini menghargai jasa.

Ha itulah… itulah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat.

Saya pun jawab itulah. Saya pun bukan dengar sangat menda Yang Berhormat Yang di-Pertua cakap. Itulah…itulah [Ahli Dewan Ketawa]. Akhirnya saya rasa sedih sikitlah dengan sikap rakan-rakan kita. Jadi saya berharap Yang Berhormat Menteri Besar kita mengambil iktibar nampaknya bukan tempat buat baik jugalah gayanya. Kalau cara nak gaduh, gaduh betullah, nak kelahi…kelahilah. Bukan tempat buat baik. Buat baik, bukan tempat tanam ubilah, bukan tempat buat budi. Maknanya surat yang dah hantar semalam Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar tolaklah semuanya, kalau macam itu gayanya. Terima kasih banyak, minta maaf salah silap. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli Berhormat sekalian saya menghormati Yang Berhormat Pelangai ini. Ahli Parlimen, Speaker berhadapan dengan bekas-bekas Perdana Menteri tapi saya di Pahang ini sayalah Speaker yang akan berhadapan dengan mantan Perdana Menteri er…maaf bekas Menteri Besar Yang Ke-14 dan bersama-sama dengan Menteri Besar yang ada. Jadi kita juga bertuah sebenarnya kerana dapat ada dalam apa keadaan yang cukup harmoni, dapat teguran dan pandangan yang cukup baik. Baiklah saya jemput ucapan penangguhan Menteri Besar. Sila.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon membawa cadangan bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin er…berucap sedikit sebelum ianya mendapat sokongan daripada rakan saya yang usul untuk menangguhkan Dewan ini disokong.

Kita sudah berada di penghujung Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang yang telah kita langsungkan selama lima hari bermula Isnin lepas dan sebelum itu saya ingin respon sikit kepada apa yang disentuh oleh Yang Berhormat dari Pelangai tadi. Tertarik dengan perkataan “saya menjaga” daripada ADUN Pelangai tetapi sebenarnya Yang Berhormat ADUN Pelangai telah menjaga saya dan rakan-rakan kita yang lain sebelum ini [Ahli Dewan menepuk meja].

Jadi sebab itulah, kita terpaksa dan wajib jaga bekas ataupun Menteri Besar kita Yang Ke-14 dan er…mungkin hari ini kita jaga Menteri Besar Yang Ke-14, satu hari nanti mungkin Menteri Besar Yang Ke-16 jaga Menteri Besar Yang Ke-15 pula. Mana kita tahukan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Termasuklah menjaga Speaker sekali.

Ha, termasuk sekali [Ahli Dewan Ketawa] dan juga rakan-rakan EXCO. Bersabit dengan proses tender nanti proses tender yang dinyatakan insya-Allah saya akan cuba perhatikan supaya tidak ada unsur monopoli sekurang-kurangnya di dalam pemberian tender pada pihak-pihak tertentu sahaja. Tapi saya percaya perkara ini tidak berlaku, kalau ada pun mungkin ada terlebih sikitlah, yang mungkin tidak dapat kita elakkan. Yang Berhormat Tuan ’ Sri Yang di-Pertua…

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Mencelah sikit, saya mengesahkan bahawa perkara ini tidak berlaku tapi kita cuba elakkan. Itu saja, terima kasih. Sebab tempat-tempat lain saya tahu berlaku. Terima kasih.

Terima kasih daripada Yang Berhormat daripada Pelangai. Ini merupakan pandangan dan nasihat supaya ianya tidak berlaku. Satu pandangan dan nasihat yang sangat baik. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya sudah tentulah nak mengucapkan

tahniah dan terima kasih ke Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan juga Timbalan Yang di-Pertua kerana telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sungguh baik sehingga menyaksikan persidangan kita kali ini berjalan dengan lancar.

Walaupun pada kali ini kita ada kedengaran suara setuju yang begitu kuat lebih daripada tidak, kerana kita membawa satu perkara yang kita rasa fikirkan ianya perlu dibawa dan perlu diluluskan di Dewan yang mulia ini. Bertujuan untuk memastikan kita dapat memberi tumpuan dan fokus kepada rakyat. Dan saya pun berasa tidak seronok jugalah kerana tidak pernah berlaku apa ini… 8 orang seorang tak datang, apabila mereka tewas dalam pengundian mereka bertindak keluar daripada dewan.

Jadi ini tak gentlemen lah maknanya. Seolah-olah apa ini tidak menghormati Dewan yang mulia ini. Tetapi tadi kalau saya tahu mereka mengambil tindakan sedemikian, elok kita bawa usul pindaan ini dulu sebelum usul hotel dan sebagainya. Jadi lepas itu senang kerja kita, beres. Jadi ini adalah diluar jangkaan kita jadi untuk masa yang akan datang ini kalau ada yang agak ini sikit kita bawa ke depan dulu ya dan ini memudahkan kerja kita.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan saya nampak Persidangan Dewan kita kali ini masih lagi mematuhi SOP penjarakan sosial dan Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang di-Pertua sendiri telah memberi teguran kepada kita kadang-kadang kita lupa nak pakai penutup mulut ini dan ini bukanlah perkara yang disengajakan. Sebab norma baharu ini ada masa payah juga nak ikut. Kadang-kadang kita terlalai, terlupa jadi saya ucapan terima kasih juga kepada Jabatan Kesihatan Negeri yang sentiasa mengingatkan kita semua supaya mematuhi SOP. Dan kita semua mematuhi dan sambut baik apa yang disarankan oleh Yang Berhormat daripada Speaker.

Saya percaya selepas sidang dewan ini ramai di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat akan balik ke kawasan masing-masing untuk terus meneruskan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan penduduk setempat. Memandangkan sekarang ini adalah pertengahan bulan November dan ianya musim hujan dan kita harap ianya tidak akan berlaku banjir. Walau bagaimanapun mengikut rekod yang dibentangkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia ataupun MET Malaysia bahawa taburan hujan adalah sedikit dan kemungkinan er… kemungkinan banjir besar itu tidak akan berlaku tetapi kita harus juga bersiap sedia kerana ada masanya ramalan ini tidak…. nama pun ramalan, tidak betul ya.

Tapi kita harap apa yang diramalkan itu menjadi betullah. Sebagai contohnya di daerah Kuantan, Jabatan Meteorologi Malaysia dijangka menerima penurunan hujan daripada 770 millimeter sehingga 890 milimeter dan begitu juga di Pekan daripada 460 milimeter sehingga 680 milimeter.Manakala Rompin menerima daripada 460 milimeter sehingga 680 milimeter. Ini adalah ramalan yang dibuat oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jadi risiko kemungkinan berlakunya banjir itu adalah sangat tipis sekali. Ramalan Malaysia seperti mana kita tahu adalah berdasarkan kaedah sainstifik dan boleh juga dipercayai dan ia tidaklah seperti mana ramalan nujum pak belalang yang mana antara lirik lagu ciptaan seniman agong Allahyarham Tan Sri P. Ramlee “Wahai Nujum Pak Belalang, Tok Nujum serkap jarang, Wahai Nujum Pak Belalang, Hilang pisau ditelek parang”. Dia bukan Nujum Pak Belalang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Sebagai langkah berjaga-jaga saya Kerajaan Negeri telah mengambil persiapan awal di mana kita telah pun melakukan penghantaran bekalan makanan dan barangan keperluan ke pangkalan hadapan termasuklah ke Pulau Tioman. Pangkalan hadapan yang pertama sekali kita hantar ke Pulau Tioman. Sehingga kini sebanyak 98 tan bekalan tersebut telah dihantar ke pangkalan hadapan iaitu kalau kita bandingkan atau anologikannya beratnya ialah bersamaan kira-kira 30 trak askar 3 tan sebuah. Dari kesemua 98 tan bekalan ini….

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, mohon laluan sekejap, boleh?

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Yang Berhormat.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana saban tahun tanpa gagal menghantar barang-barang keperluan ke pangkalan hadapan di Pulau Tioman. Terima kasih Yang Berhormat yang meliputi 3,500 orang penduduk di sana. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Sebenarnya bukan kita nak hantar pertama ke Pulau Tioman tu tapi kalau lambat hantar musim tengkujuh sampai [Ahli Dewan ketawa] tak boleh nak pergi. Okey.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Bekalan yang kita hantar ini dijangka mencukupi untuk diagihkan ke semua pusat pemindahan sementara sebanyak 647 buah dan boleh memuatkan sehingga kira-kira 153,200 mangsa banjir. Kerajaan Negeri juga telah membuat segala persiapan yang telah dirangka bagi memastikan agar jika berlaku banjir dan permindahan mangsa-mangsa ke pusat-pusat pemindahan sementara segala prosedur operasi standard berkaitan usaha membendung penularan wabak pandemik COVID-19 akan turut dipatuhi.

Jadi SOP yang kita buat sekarang ini kita telah Kerajaan Negeri telah diberikan taklimat dan kita telah penjarakan sosial juga telah patuhi dan kita juga telah menyediakan ‘plan B’ sebagai contohnya sekiranya pusat perpindahan banjir tersebut andai kata ramai di dalam pusat tersebut kita telah meminta supaya pihak sekolah memberi kebenaran kepada kita untuk menempatkan mangsa banjir untuk kita mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Sebelum saya mengakhiri ucapan penangguhan ini lagi sekali sukacita saya ucapkan terima kasih terutamanya kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Tuan Timbalan Yang di-Pertua kerana telah berjaya mengemudi persidangan lima hari kita ini dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga tentu saya tujukan kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun masih dalam

tempoh pemulihan dan berehat masih sanggup dan mahu menghadirkan diri pada persidangan kali ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya amat bersetuju dengan juga ADUN Pelangai tadi, Yang Berhormat pada pandangan saya nampak begitu muda, ceria 10 tahun lebih muda tapi suara itu ada slow sikit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Suara bukan slow, suara merdu sikit

Betul la juga tapi dah tambah nampak muda, stroke boleh lagi dak.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya juga turut mengucapkan terima kasih kepada tuan Setiausaha Dewan yang telah berjaya mengetuai pasukan dikalangan pegawai dan kakitangan Pejabat Dewan Negeri. Saya difahamkan tugas sampai ke malam untuk memastikan sidang Persidangan Dewan ini berjalan dengan lancar dan juga kepada urusetia yang begitu cekap dan berkesan sehingga persidangan kita pada hari ini tidak ada menghadapi apa-apa masalah.

Dan sudah tentu juga saya mengucapkan terima kasih kepada semua para penjawat awam yang menyediakan maklumat yang diperlukan berkaitan persoalan yang dikemukakan pada persidangan ini. Serta para pelapor-pelapor yang tanpa gagal menyediakan hansard lengkap setiap hari.

Tidak lupa terima kasih saya kepada pasukan-pasukan keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia dan anggota-anggota keselamatan kita sendiri yang sentiasa setia menjaga aspek keselamatan. Begitu juga petugas-petugas Jabatan Kesihatan yang mengawasi dan memantau tahap kesihatan mereka yang keluar masuk ke Wisma Sri Pahang khusus bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19.

Saya turut menjuruskan ucapan terima kasih saya kepada beberapa golongan yang saya sifatkan sebagai petugas belakang tabir seperti pekerja-pekerja dan petugas-petugas kebersihan seperti kakak-kakak cleaner juga kepada penyedia dan pengendali-pengendali makan minum. Tidak lupa diucapkan terima kasih kepada para wartawan sama ada dalam kalangan mereka daripada entiti berita media sosial milik Kerajaan Negeri mahupun daripada arus perdana. Pada semua saya ucapkan terima kasih daun keladi.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Akhir kata daripada saya,

Kalau ada sumur di ladang, Boleh hamba menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi,

Boleh hamba menumpang mandi, Jangan tak mandikan naik sawan, Boleh kita berjumpa lagi, Entah samakah Ahli Dewan.

Jangan tak mandikan naik sawan, Jadi merapu yang bukan-bukan, Entah samakan Ahli Dewan, Hanya masa bakal tentukan.

Saya dengan ini mengusulkan persidangan bagi Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Mesyuarat Dewan Negeri Ke-14 ini ditangguhkan. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, izinkan saya bercakap less than 2 minutes, dengan izin. Saya ingin mengucapkan tahniahlah kepada semua kerana pada hari ini adalah merupakan satu dugaan yang besar kepada kita, iaitu kita membawa Rang Undang-undang iaitu Enakmen Perlembagaan yang memerlukan 2/3 sokongan daripada Dewan Undangan Negeri. Saya nak ucap terima kasih kepada sahabat-sahabat kita daripada PAS [Ahli Dewan menepuk meja] yang…

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya terlupa nak menyebut tadi. Sebenarnya memang saya nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kita daripada PAS, jadi saya minta Dato’ Sri Sharkar tolong sampaikan, terima kasih.

Yang di-Pertua, minta maaflah mencelah sikit, dengan izin ya. Ahli Semantan, Lanchang… takkan PAS itu menyokong-yokong saja, mestilah ada bendanya kan [Ahli Dewan Ketawa].

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya setuju dengan apa namanya ADUN er… wakil dari Pelangai. Macam wakil dari Pelangai juga, muji-muji MB itu bukan muji-muji saja [Ahli Dewan ketawa].

Yang Berhormat Ahli Lanchang ini. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, semua kerja ini bukannya senang, semua er… nak dapat upah [Ahli Dewan ketawa] jadi mengangkat bukan mengangkat saja, ada kira-kira lain pula, terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Kita ucap terima kasih kerana kalau kita tengok dari segi ratio, sebenarnya Yang Amat Berhormat minta saya tadi er… sambung apa nama ucapan terima kasih. Kalau kita tengok kita ada 25 Ahli Dewan Undangan Negeri, kalau dari segi peratusnya 60%, 60% ini daripada Dewan dia tidak cukup iaitu 2/3 majoriti. Tetapi apabila dicampur dengan rakan-rakan kita daripada PAS iaitu seramai 8 orang yang sekiranya ianya ditukar kepada peratus 19%, iaitu keseluruhannya 79%, hampir 80%. Jadi maknanya kita mempunyai majoriti 2/3.

Saya setuju dengan Yang Amat Berhormat tadi. Kalau kita tahulah diaorang nak keluar tadi, kita bentang hak itu dulu [ketawa] Kita ini Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita ni… zaman dulu kita tak macam ini, tapi zaman sekarang kita kena tahu zaman yang sangat berbeza ya, norma baru, realiti baru dan sebagainya.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya ingin mengucapkan apa nama… terima kasih kepada semua, kita ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana berjaya mengendalikan ya, Belanjawan ini dengan baik dan semua, kesemuanya Rang Undang-undang yang kita bentangkan lulus dengan cemerlangnya. Dengan ini saya memohon menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang berhormat sekalian, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan keizinan dan inayah-Nya saya dapat juga berada di sini dalam Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang yang Ke-14. Mudah-mudahan kita semua diberi kekuatan, kesihatan oleh Allah SWT dan dapat bersama-sama lagi di persidangan yang akan datang.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua yang banyak membantu saya menjalankan tugas Dewan semasa saya membuat rawatan kesihatan. Kesihatan adalah aset yang sangat penting, saya menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa meletakkan kesihatan sebagai priority yang pertama di samping tugas-tugas lain.

Saya faham tugas Yang Berhormat terlalu sibuk siang dan malam tanpa mengira masa terutama Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang sentiasa sahaja menghidu denyut nadi rakyat. Jelas saya lihat melalui FB, IG Ahli-ahli Yang Berhormat saban hari menyantuni rakyat, melawat orang sakit, orang uzur, beri sumbangan dan lain-lain. Justeru itu, Yang Berhormat janganlah lupa membuat pemeriksaan doktor secara konsisten bagi memmastikan tahap kesihatan Yang Berhormat dalam keadaan baik serta sentiasa sihat dan cergas.

Kesihatan yang baik akan membantu Yang Berhormat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan lagi. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya dapati puji-pujian dan sokongan kepada Bajet 2021 bukan sahaja bergema dan berkumandang di dalam Dewan ini malah rakyat yang berada di luar sana telah menyambut baik dengan senyum lebar dan menarik lafaz lega dengan hati yang terbuka.

Inilah Belanjawan pada fikiran saya Belanjawan yang terbaik dalam sejarah negeri Pahang. Tanpa ada rakyat yang terpinggir atau terpencil dengan izin, nobody left behind. Ibarat kata pantun,

Buah kerdas buah jenuak, Tanam pandan tanam halia, Rakyat gembira tidaklah cuak, Dapat berMB berhati mulia.

Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta barisan Exco dan juga Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan, seluruh penjawat awam yang sama-sama membantu, semangat, muafakat, ta’awun, kerjasama, toleransi perlu diperkasa dan dipertahankan. Bahtera yang belayar di samudera akan sampai ke destinasi bukan sahaja ada nakhoda yang bijak tetapi dibantu dengan kelasi-kelasi yang rajin, dedikasi dan komited.

Memburu kancil si anak rusa, Rusa tersembunyi di sebalik jati, Pemimpin bekerja tak kira masa, Tiada janji lihatlah bukti.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya… pada hemat saya persidangan kali ini adalah satu persidangan yang terbaik. Pada beberapa hujah, ada beberapa hujah, yang boleh saya utarakan. Ahli-ahli Yang Berhormat telah melontarkan idea yang baik dan tersusun, menggunakan bahasa yang baik, mencelah dan menegur dengan hormat, menggunakan ayat-ayat al-Quran bagi menguatkan hujah, jauh sekali menggunakan bahasa kesat yang memalukan.

Ahli-ahli Yang Berhormat juga telah menggunakan masa yang diperuntukkan dengan maksimum tanpa tersasar jauh dari masa yang diperuntukkan dalam mengambil bahagian mengikut senarai yang dicadangkan. Ahli-ahli Yang Berhormat juga telah mengikut SOP yang ditentukan, memakai mask, penjarakan sosial dan berkumpul dalam bilangan yang tidak ramai.

Dengan agihan masa yang terhad, memberi peluang kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat pada kali ini mengambil bahagian dalam perbahasan. Mungkin bukan panjang pendek masa yang diberi, tetapi bagaimana hujah-hujah dilontar dan dipersembahkan dengan baik dan menarik.

Saya mengucapkan tahniah lagi sekali kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan berharap dapat terus mengekalkan dan membudayakan prinsip Dewan selaras dengan Standing Orders peraturan mesyuarat yang menjadi pegangan kita.

Justeru saya bagi pihak Dewan sentiasa menambah baik sistem penyampaian. Antara inisiatif melibatkan utilisasi ICT ialah peluasan Sistem Soalan Dewan Negeri Pahang (SSDP). Inisiatif ini dilaksanakan secara dalam talian (online) sepenuhnya yang membolehkan:

1. Ahli-ahli Dewan mengajukan pertanyaan-pertanyaan melalui SSDP; 2. Jabatan-jabatan menyediakan jawapan dalam SSDP; 3. Ahli-ahli Kerajaan mengesahkan jawapan-jawapan; dan 4. Ahli-ahli Dewan juga boleh merujuk jawapan dalam SSDP.

Dengan cara ini, pengurusan pertanyaan dan jawapan dapat berjalan lebih proaktif dan efisien lagi.

Pengedaran awal salinan digital (softcopy), yang dibenarkan fungsi carian, bagi memantapkan persediaan semua yang berkenaan. Edaran ini melibatkan draf hansard dalam beberapa jam selepas persidangan dan pertanyaan-pertanyaan sejam sebelum persidangan setiap hari.

Pada kali ini pihak urus setia Dewan telah membuat siaran langsung persidangan penuh secara dalam talian (online) bagi ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai bertugas yang tidak dapat hadir secara bersemuka. Urus setia mendapat respon dan feedback yang baik kerana pada ini pandemik COVID-19 tidak digalakkan kita berkumpul dengan bilangan yang ramai.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sejak akhir-akhir ini negara kita berdepan dengan gelombang ketiga pandemik COVID-19 yang tidak tahu hujungnya. Rakyat menghadapi tekanan hidup yang cukup getir di mana kita mendengar keluhan demi keluhan bagi memastikan kelangsungan hidup seolah-olah esok tidak ada erti bagi mereka.

Bukan itu sahaja dalam masa yang sama negara kita menghadapi tsunami politik yang sentiasa bergelora dari, demi hari tetapi alhamdullilah dengan berkat kebesaran, kedaulatan dan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Pahang Al‑Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berjaya menenangkan dan mententeramkan suhu politik yang panas dengan keadaan yang penuh hikmah, saksama dan tepat sekali.

Rakyat Malaysia berasa lega dan bangga, dan berharap kerajaan dapat menumpukan kepada isu pandemik dan krisis ekonomi yang amat mencemaskan semua lapisan rakyat. Dewan yang mulia hari ini merakamkan ucapan sembah tahniah setinggi-tinggi atas keprihatinan Tuanku memmastikan rakyat Negara Malaysia sentiasa aman dan harmoni.

Tuanku adalah the real leader yang tidak ada tolok bandingnya. Syabas dan tahniah. Begitu juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Barisan Exco serta Pihak Kerajaan bagi memastikan rakyat negeri Pahang sentiasa selamat, sejahtera dan hidup harmoni.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih juga kepada kakitangan pelbagai bahagian, agensi yang bertugas di belakang tabir, yang telah bersama-sama dengan urus setia menjayakan persidangan ini dari awal hingga akhir. Terima kasih kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan, pegawai-pegawai kanan, Pejabat Kesihatan, JKR, PDRM, Bomba dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tugas anda walaupun kecil tetapi anggaplah satu ibadah yang mulia untuk kita sama-sama mencari keredhaan Allah SWT.

Ahli Berhormat sekalian, saya mengucapkan selamat pulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat ke pangkuan keluarga dan ke kawasan masing-masing. Sesungguhnya rakyat masih mengharapkan Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai idola dan pemimpin yang sangat diperlukan, terutama sekali ketika ditimpa musibah.

Akhir sekali marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan kita, dibuka pintu rezeki, pintu kesihatan dan segala pintu-pintu kebaikan. Segala yang baik datang daripada Allah SWT dan segala yang lemah dari saya sendiri.

Untuk mengakhiri persidangan ini kita memohon kepada Allah, marilah bersama-sama kita membaca Surah Al-Asr [Bacaan ayat Al-Quran]. Persidangan ditangguhkan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Persidangan ditangguhkan.

[Persidangan ditangguhkan pada jam 5.29 petang]