Pahang · 24 August 2021

14th Assembly, 4th session, 1st meeting · 310 turns · 34,865 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri Pahang, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari : Selasa 24 Ogos 2021

bersamaan 15 Muharam 1443 Hijrah Masa : 9.30 pagi

DOA

Perkara Pertama : Doa

Yang di-Pertua (Speaker)

Bissmillahirahmanirahim. Segala puji bagi Allah, dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahaan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagian meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin, Ya Rabbal A’lamin.

Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua : Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bissmillahirahmanirahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan selamat pagi.

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Utama Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat meneruskan Persidangan pada hari ini yang berbahagia ini.

Saya nampak Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kelihatan ceria, segar dan bersedia untuk saya meneruskan urusan kita pada pagi ini. Oleh kerana, kita perlu mengisi masa yang ada sebaik-baiknya, saya berharap soalan tambahan mestilah jelas tentang isu yang berkaitan dan dalam masa 1 minit sahaja.

Baiklah, untuk meneruskan Aturan Urusan Mesyuarat pada kali ini, saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Kemayan, silakan.

Assalamualaikum Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili ADUN Kemayan mengemukakan soalan nombor 1. Terima kasih.

[Berapakah kos yang telah disumbangkan Kerajaan Negeri Pahang kepada rakyat negeri Pahang bermula dari PKP 1.0, PKP 2.0 dan PKP 3.0 mengikut pecahan setiap PKP?]

Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhomat Dato’ Fadil yang mewakilkan kepada er… daripada ADUN Kemayan yang mewakilkan kepada ADUN Sungai Lembing bertanyakan soalan nombor 1 iaitu berkaitan dengan kos yang telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Pahang er... berkenaan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama, yang kedua dan juga yang ketiga.

Sukacita saya maklumkan di sini bahawa PKP yang pertama, Kerajaan Negeri... Kerajaan Negeri Pahang telah membelanjakan sebanyak RM24.39 juta. Manakala bagi Fasa Kedua... iaitu Fasa Pertama ada 5 Fasa untuk makluman Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Keseluruhan RM24 juta dan kita bagi berfasa kerana kita ingin menyampaikan bantuan ini sampai kepada mereka yang terkesan ataupun terjejas dengan COVID-19 ini ya, khususnya bagi kawasan-kawasan yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan ataupun Perintah Kawalan Pergerakan Yang Diperketatkan.

Jadi Fasa Pertama - RM15.39 juta, Fasa Ke-2 - RM4.22 juta, Fasa Ke-3 - RM2.34 juta, Fasa Ke-4 - RM614,750.00, Fasa Ke-5 - RM1.83 juta iaitu PKP yang pertama RM24.39 juta, dan er... bantuan secara bersasar ini melibatkan pelbagai masyarakat termasuklah er... peniaga, pemandu teksi, pemandu pelancong, nelayan dan lain-lain lagi.

Manakala bagi PKP Ke-2, Kerajaan Negeri... hanya Fasa Pertama iaitu melibatkan sejumlah RM9.65 juta, manakala bagi PKP 3 melibatkan RM15.84 juta. Yang ini melibatkan dua kali iaitu pertama RM9.65 juta dan yang ketiga RM6.19 juta. Jadi jumlah keseluruhannya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua ialah sebanyak RM48.9 juta yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri kepada mereka yang terkesan akibat COVID-19 ini. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Baik. Saya terus kepada soalan yang kedua. Saya jemput Yang Berhormat Muadzam Shah.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya kemukakan soalan nombor 2.

[Semenjak penubuhan Pasukan Penguatkuasa Bersepadu (Unified Enforcement) oleh Kerajaan Negeri Pahang;

i) Setakat mana keupayaan dalam melaksanakan tindakan atas aduan yang dibuat.

ii) Berapa jumlah tindakan yang telah diambil mengikut Daerah.

iii) Berapa jumlah kompaun yang telah diterima.]

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Muadzam… [Corporation Mining Skill] kerana telah bertanyakan soalan penubuhan Unit Penguatkuasaan Bersepadu ataupun Unified Enforcement bahasa singkatannya UE oleh Kerajaan Negeri Pahang. Ada 3 kluster soalan, kita sebutkan klusterlah ya.

Yang pertama sekali, Yang Berhormat bertanyakan keupayaan dalam melaksanakan tindakan atas aduan yang dibuat? Yang ke-2 bertanyakan jumlah tindakan yang telah diambil mengikut daerah dan yang ke-3 berapakah jumlah kompaun yang telah diterima?

Jadi, bagi menjawab soalan yang pertama Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, suka saya menjelaskan di sini bahawa sejak penubuhan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang pada 1 November 2019 baharu sahaja ditubuhkan iaitu lebih kurang setahun lebih 2019, 2020 tak sampai 2 tahun lagi. Unit ini telah menerima sebanyak 192 aduan dibawah Kanun Tanah Negara 1965, Enakmen Mineral 2001, Akta Perhutanan Negara 1984 dan Enakmen Sumber Air 2007.

Setakat ini, Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang atau singkatannya UPNP telah menyelesaikan sebanyak 142 aduan dengan kadar penyelesaian sebanyak 74%. Baki 50 aduan yang masih belum diselesaikan, kini dalam tindakan susulan unit-unit yang berkaitan.

Untuk makluman semua Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi aduan yang diterima, sekiranya didapati berlaku kesalahan di bawah akta dan enakmen yang disebutkan di atas, maka tindakan akan diambil meliputi prosedur serbuan, rampasan serta sitaan jentera atau mesin, siasatan, pengenaan kompaun dan tindakan pendakwaan terhadap pelaku kesalahan.

Di antara aduan yang sering kita terima ialah pencerobohan tanah kerajaan dan juga pencerobohan hutan simpan termasuklah pencerobohan yang menyebabkan pencemaran air. Itu soalan yang pertama, kluster yang pertama.

Bagi yang ke-2, jumlah tindakan yang telah diambil mengikut daerah. Sukacita saya memaklumkan di Dewan Yang Mulia ini, bahawa sebanyak 114 tindakan yang telah diambil, jika dipecahkan mengikut daerah: Kuantan - 8 yang telah diambil tindakan, Pekan - 4, Rompin - 5, Maran - 8, Bera – 1. Bera ni kalau Dato’ PTG dia sebut “B-e-r-a”. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat berborak dengan Dato’ PTG kalau dia sebut “bra ke B-e-r-a”?... “B-e-r-a”. Ha... itu… dia tak boleh nak ubah dah… tetapi dia akan pronounce Bera, tapi yang sebenarnya Bera, yang tidak benarnya Bera [ketawa]. Jadi er… mana pula tadi jadi Bera 1, Temerloh 7, Jerantut 6, Bentong 11, Raub 20, Lipis 37, Cameron Highland 7. Jadi jumlah keseluruhannya 114 sepertimana yang saya nyatakan tadi. Manakala daripada segi perincian Yang Berhormat ya daripada Muadzam, jumlah kompaun yang telah Kerajaan Negeri dapat saya suka nyatakan di sini bahawa er… nilai sitaan jentera dan mesin kita telah dapat sebanyak RM4 juta dan nilai kompaun RM422,000.00.

Ini baru kita tubuh pada tahun 2019 pada bulan November tetapi untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kegiatan-kegiatan haram penerokaan tanah haram hutan simpan masih lagi berlaku tetapi dalam keadaan yang tidak sebanyak mana sebelum penubuhan UE ini. Tetapi ianya masih berlaku dan insya-Allah Kerajaan Negeri akan terus er… pertingkatkan penguatkuasaan dengan syarat Ahli-ahli Yang Berhormat kalau ada laporan boleh terus membuat laporan kepada Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang. Insya-Allah Kerajaan Negeri ambil tindakan.

Jadi er… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, itulah jawapan saya bagi pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat daripada Muadzam.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Ketari. Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 3.

[Kelestarian Tasik Chini :

Tasik Chini seperti yang diketahui oleh ramai telah diklasifikasikan sebagai Biosphere Reserves (BR) oleh UNESCO pada tahun 2009. Namun sejak kebelakangan ini telah timbul isu mengenai aktiviti pembalakan dan terbaru aktiviti perlombongan di kawasan Tasik Chini.

Bilakah audit seterusnya yang akan dijalankan oleh UNESCO untuk status BR Tasik Chini? Apakah status BR Tasik Chini buat masa kini?

Apakah usaha kerajaan negeri dalam memulihara keadaan Tasik Chini untuk mengekalkan status BR yang diperolehi? Adakah perlombongan dan pembalakan yang dijalankan telah menyebabkan status BR Tasik Chini kini dikaji semula oleh UNESCO?]

Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan nombor 3 berkenaan dengan keles... keles... lestarian Tasik Chini. Er... bagi audit yang... yang akan dijalankan oleh UN... UNESCO, Kerajaan Negeri telah menghantar laporan iaitu berkala iaitu Periodic Review... Periodic Review pada 22 Disember 2020. Namun begitu, pihak UNESCO telah meminta Kerajaan Negeri melaksanakan beberapa penambahan... penambahbaikan kepada pengurusan Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini atau (TCRB).

Berdasarkan er... soalan kedua, 1, 2, berdasarkan cadangan penambahbaikan yang telah dikeluarkan oleh UNESCO, Kerajaan Negeri telah melaksanakan langkah-langkah seperti berikut:

Satunya memperluaskan lagi keluasan er... Tasik Chini Reserve Biosfera kepada 9,147 hektar. Pada masa yang sama, Kerajaan juga telah bersetuju untuk mewartakan kawasan seluas 7,100 hektar di dalam kawasan TCRB sebagai Rizab Hutan Simpan Kekal Chini.

Kita juga melalui Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang menjalankan pemantauan kualiti air Tasik Chini bermula daripada tahun 2005. Terdapat 15 stesen yang telah ditetapkan merangkumi 12 laut di seluruh kawasan Tasik Chini dengan frekuensi se... sekali sebulan. Parameter yang dipantau adalah sebanyak 20 parameter termasuk logam berat dan antaranya adalah parameter Keperluan Oksigen, Biokimia, Pepejal Terampai (SS), Nitrogen Ammonia ( AN), Besi (Fe), Arsenik, Raksa, Cadmium dan lain- lain. Berdasarkan National Water Quality Standards For Malaysia, data kualiti air Tasik Chini pada tahun 2020 hingga dan hingga Mac 2021 dikategorikan sebagai bersih.

Cumanya kawasan tersebut Yang Berhormat Yang di-Pertua, memang dari segi content air dia besi ni memang dia banyak pasal di bawah tu pun di bawah Tasik Chini itu pun banyak logam besi ataupun iron ore. Itu sebabnya logam besi tersebut dia agak tinggi sedikit. Dia memang macam tu. Kalau sekiranya di kawasan tersebut ada emas, apabila kita buat pemantauan, maka indikator tersebut akan menunjukkan bahawa er... bacaan untuk logam emas tu dia tinggi sikit. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Soalan tambahan. Okey, terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan saya ialah er… apakah usaha pemantauan yang dilakukan oleh Pihak Kerajaan Negeri untuk mengelakkan kejadian pembalakan dan perlombongan di sekitar Tasik Chini tidak melebihi zon er… dan mencerobohi zon penam… penampan yang telah ditetapkan?

Yang kedua, bagaimanakah kelulusan boleh diberikan untuk aktiviti perlombongan dan pembalakan di sekitar Tasik Chini dan apakah kriteria yang dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan sewaktu mengeluarkan lesen atau diluluskan?

Dan yang ketiga, berapa banyakkah lesen perlombongan dan ataupun pembalakan yang aktif sehingga hari ini? Itu sahaja, terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya nak tanya Wakil daripada Ketari, dia tau tak maknanya er… Man and Biosphere ni? Saya nak tanya dia, kalau dia pa… kalau dia tahu, saya tak payah jawablah. Kalau dia tak faham, baru saya jawab.

Saya fahamlah tapi kalau, kalau Yang Berhormat nak terangkan dalam Dewan ni pun boleh, sila terangkan.

Maknanya tak berapa nak fahamlah. Yang Berhormat Yang di-Pertua, apa maksud biosphere? Biosphere dalam Bahasa Melayu adalah... Man and Biosphere... maksudnya manusia dan tumbuh-tumbuhan, dan juga nature, sungai, tasik, hutan simpan dan juga aktiviti-aktiviti ini yang boleh menambahbaikan maksudnya aktiviti-aktiviti ini terpaksa berjalan kerana dia menunjukkan bahawa apa yang disebut sebagai biosfera ini di mana manusia dan seluruh alam sekeliling dan alam sekeliling tersebut mak... mak... maksudnya manusia tersebut boleh survive di dalam keadaan itu.

Dia berinteraksi di antara biosfera ataupun apa namanya manusia dengan persekitaran yang ada. Hah ini dia. Maksudnya balak boleh tetapi mesti mengikut apa yang telah ditetapkan. Kemudian lombong boleh tetapi mesti mengikut SOP yang telah ditetapkan. Orang yang duduk di situ dia pun kena makan juga. Sebagai contoh, hasil negeri pun kena ada juga tetapi dia mesti mengikut apa yang telah ditetapkan. Kerana itu, dulunya ada 6 lombong ya. Sekarang ni hanya tinggal 2 sahaja. Kita dah buat stop order semua. Stop of er... stop apa namanya work, stop work order. Dan saya nak maklumkan bahawa kerana kawasan tersebut, lombong- lombong tersebut telah pun memasuki kawasan reserve tambahan yang telah kita tetapkan.

Dia mengambil masa yang lama sedikit. Kita bukannya tanam pokok ni hari ni kita tanam besok kita tumbuh ya. Dunia pun berubah. Kalau dulu ni kita tak pernah pun dunia bercerita tentang climate change, sekarang dunia bercerita tentang climate change. Kalau dulunya dunia tidak pernah bercerita tentang carbon credit. Kerana apa? Kerana ketika itu tak ada benda ni semua. Tetapi bila lama-lama kelamaan... lama kelamaan maka perkara tersebut telah menjejaskan alam sekitar. Jadi kita pun begitu juga. Keputusan-keputusan yang lepas dia tidak ada. Dia tidak... tidak pernah ada perkara-perkara sebegini rupa. Kita pun tidak pernah di... iktiraf oleh UNESCO.

Kita diiktiraf pada tahun 2009. Jadi sebab itulah Yang Berhormat Yang di-Pertua, apabila kita telah diiktiraf dan dunia pun sekarang ni ke arah er... apa namanya seperti yang dititah oleh Kebawah Duli Tuanku iaitu ESG, Environmental, Social and Good Governance, maka kita juga terpaksa menukar arah er... macam menukar arah politik jugalah, sekali sokong sekali tak sokong, kan? Maka kita terpaksa menukar arah untuk mengikut perkembangan dunia kerana apa? Kalau tidak dunia akan tidak akan apa lama kelamaan tidak akan selamat untuk diduduki.

Jadi sebab itulah kalau dulunya ya, tidak ada terminologi-terminologi seperti environmental-environmental aktivis dan sebagainya. Sekarang ada. Kerana apa? Kerana dunia berubah dan kita terpaksa mengikut kerana apa? Kalau tidak kita tidak dapat mewariskan apa yang kita ada ni kepada generasi yang akan datang. Jadi, Kerajaan Negeri mengakui dulu tak ada, tak ada kaedah-kaedah ESG ni semua tak ada er... apa nama climate change, global warming ni semua tak pernah disebut pun.

Saya pernah semasa belajar di Amerika dulu. Kita buat satu essay, er… buat satu apa namanya ini…ini karangan, essay er… assignment tentang insurance. Tentang apa? Tentang dipanggil Acid Rain. Tak kena tangkap pun Acid Rain ni… dia defrost, hujan asid. Tak ada, kerana ketika itu tidak digubalkan apa-apa perundangan. Tidak ada lagi Kyoto Protocol, tak ada. Rio Protocol, tak ada, tapi apabila dunia berubah maka kita juga terpaksa berubah. Sekarang Perdana Menteri baru, kita pun terpaksa berubah.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Boleh saya mencelah sikit? Soalannya mudah sahaja. Okey, memang kita perlukan perlombongan, pembalakan sebagainya, untuk… di antara masyarakat dan sebagainya, tetapi adakah SOP diikuti, dijalankan? Adakah pemantauan yang berterusan daripada pihak Kerajaan Negeri ataupun agensi yang terlibat melakukan pemantauan yang berterusan yang er… pemantauan yang keras terhadap aktiviti-aktiviti tersebut? Kerana apa yang kita lihat er… apabila isu Tasik Chini ini tersebar di media sosial dan sebagainya. Sehingga Pemangku Raja pun er… mencemar duli perlu turun ke bawah melihat keadaan, situasi. Kenapa kita perlu tunggu sehingga ia

tersebar di media sosial? Baru kita nak mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Perkara pertama yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar selepas beliau menjawat jawatan Menteri Besar adalah beliau telah menambah, reserve Hutan Simpan Tasik Chini ya, di tambah lagi ya, ditambah lebih kurang 7,000… 7,000 hektar lagi. Jadi dulunya kawasan tersebut memang tidak termasuk di dalam biosfera dan juga kawasan hutan reserve simpan tetapi apabila kita dah masuk, bila kita dah masuk kita kena baikilah. Kita kena pastikan mereka mengikut SOP yang telah ditetapkan. Jadi soal apa namanya, apa ni dalam media sosial dan sebagainya. Ini biasa, itu kita faham sebab itu Kerajaan Negeri bertanggungjawab. Kita tidak pernah mengaku bahawa kita tak buat, tetapi itu dulu ya, itu dulu.

Jadi apabila perkara tersebut telah di… di apa nama dipersetujui maka insya-Allah kita akan pastikan Tasik Chini er… akan kita jaga dengan baik dan begitu juga, ya begitu juga dengan tempat-tempat yang lain, kerana itulah pada Sidang Dewan ini kita bawa dua Usul, dua RUU. Satu, RUU Perbadanan Taman-Taman. Satu lagi RUU Majlis, Majlis apa namanya Biodiversity. Ha, Majlis Biodiversity. Kita yang cadang, kita pun lupa. Majlis Biodiversity untuk supaya apa? Supaya kita ada punca kuasa untuk menjaga. Tak apalah ini saya akan huraikan nanti apabila kita bentang RUU tersebut. Terima Kasih.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan Tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin menambah sikit apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat daripada Ketari. Yang pertama, saya ingin tegaskan di sini bahawa setiap kelulusan, SOP mesti dipatuhi dan diikuti. Jika tidak dipatuhi dan tidak diikuti seperti apa yang berlaku di Tasik Chini, kita stop work order. Walaupun mereka telah ada ML tapi kerajaan negeri telah menghentikan operasi kerana mereka tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Yang kedua, saya nak bagitahu kepada Yang Berhormat Ketari dan Ahli-ahli Dewan, yang diviralkan. Bukan sebab diviralkan itu, kita ambil tindakan, tidak. Sebelum itu pun, boleh sahkan dengan Dato’ PTG memang kita telah er… tidak berhasrat untuk meluluskan yang di kawasan Jelai tu, lanthanide kalau tak silap saya. Tetapi setiap permohonan yang dikemukakan kepada Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri berpandukan kepada kelulusan dan akan diproses oleh PTG, dan setiap permohonan ada Laporan Teknikal, Laporan Awal Teknikal. Kita bergantung kepada situ, tetapi akhirnya yang ini saya ingin tegaskan, akhirnya sebelum pelaksanaan ataupun ML diluluskan, dia mesti ada dua perkara yang mesti dipatuhi kalau tidak dia tak boleh melombong.

Yang pertama sekali Laporan EIA, ya Alam Sekitar. Yang kedua OMS, Operation Mining Scheme. Tanpa kedua-dua ini mereka tidak boleh beroperasi. Jadi itu, jangan… jangan salah faham tetapi kawan-kawan daripada belah sana telah menunjukkan bahawa ianya telah diluluskan. Masuk jadi netizen, rakyat semua jadi confuse termasuk masyarakat Orang Asli. Tak boleh, kena bagitahu kepada mereka bahawasanya Kerajaan Negeri, proses bergantung kepada Laporan Awal Teknikal. Itu yang pertama.

Next step mesti ada OMS, yang kedua mesti ada Laporan EIA. Baru ada kelulusan, baru dapat sijil untuk melombong. Selagi tidak ada kedua-dua ini, mereka tidak boleh melombong. Maknanya kalau kawan-kawan daripada sebelah sana nak buat bising, nak bagitahu kepada rakyat. Tunggu kalau mereka dah dapat ML, dapat kelulusan OMS, dapat kelulusan EIA, baru boleh cakap Kerajaan Negeri telah luluskan, tapi sekarang ni mana lulus lagi. Kita hanya berpandukan kepada laporan awal dan setiap permohonan kita daftar, kita proses dan Kerajaan Negeri dapatlah sedikit apa ni hasil daripada mereka memohon dan kita tidak boleh menghalang orang untuk memohon ya.

Jadi yang ni saya nak clear Yang Berhormat daripada Ketari ya, jelas atau tidak? Dua perkara sebelum melombong. Macam kita nak bernikahlah laki syarat dia, perempuan, lagi apa lagi Exco Agama? Tak ingat, apa dia?

Tak apa, saya dah nikah dah. Saya dah tahu jawapan itu.

Ya? Ha… jadi saya tak payah bagitahu dah. Tak panggil pun. Jadi itulah Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya nak jelaskan di Dewan Yang Mulia ini supaya Ahli-ahli Yang Berhormat semua faham ya.

Yang pertama, proses awalan laporan daripada teknikal, itu state. Sebelum dikeluarkan OMS kena ada Operational Mining Scheme dan mesti ada Laporan EIA. Kalau nak bising pun kawan-kawan belah sana dah dapat kelulusan daripada ni, orang tak puas hati baru boleh. Sekarang ni jangan bising lagi sebab benda tak betul, mengelirukan rakyat. Jadi kita fokuskan untuk membantu rakyat, COVID dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Teruntum, tak puas hati lagi? Tak apa

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih jawapan dari pihak kerajaan. Saya nak tanya sini er… tadi yang Menteri Besar katakan setiap perlombongan atau setiap er… perlu ada kan EIA report tapi sebelum ini tadi jawapan dari Wakil Kerajaan juga katakan ada enam perlombongan. Adakah semua mempunyai EIA report sebelum ini? Kalau tiada, kenapa boleh biarkan dijalankan beroperasi? Terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Dulu memang tak ada. Sebelum 2015 memang tak ada, tapi selepas 2015 seperti dinyatakan, seperti Yang Amat Berhormat Menteri Besar nyatakan. Selepas 2015, kita perketatkan setiap masa, setiap waktu kita ada peraturan-peraturan baru. Supaya apa? Supaya kita dapat menjaga alam sekitar dan kita buat ini bukan… bukan… bukan kita cipta sendiri, tidak. Tetapi ini mengikut keperluan dan juga desakan, maksudnya ini dasar. Jadi, semua perlombongan di… di… apa di Negeri Pahang ini mesti kena ada EIA dan juga OMS, selepas 2015. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah.

Yang Berhormat Yang di-Pertua…Yang Berhormat Yang di-Pertua, sikit je.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Saya nak clearkan di Dewan ini berhubung dengan Tasik Chini, Yang Berhormat Ketari bagitahu. Saya ingin nyatakan di sini bahawa Hutan Simpan Tasik Chini telah diwartakan pada Ogos 2021 dan dikelaskan sebagai Hutan Perlindungan. Tiada pembalakan dibenarkan, ada kakitangan yang mencukupi telah ditempatkan di Hutan Simpan Tasik Chini. Ini untuk makluman. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik. Soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat daripada Beserah.

Tuan Andansura bin RabuPAS · PNBeserah

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan yang ke-4.

[Mengikut Portal Rasmi Jabatan Perikanan, pengeluaran vessel nelayan telah dibekukan semenjak tahun 1982. Sila nyatakan:

1) Apakah sebab utama pengeluaran lesen ini dibekukan dan bagaimanakah nelayan-nelayan yang baharu ingin memohon lesen?

2) Bagaimanakah jabatan menangani isu permohonan lesen bagi nelayan pantai yang telah lama memohon tetapi masih tidak diluluskan?

3) Berapa lamakah tempoh kelulusan permohonan membaharui lesen nelayan-nelayan pantai?]

Yang Berhormat Tuan di-Pertua, Terima kasih kepada rakan saya daripada Beserah kerana telah membangkitkan soalan yang berkaitan dengan Industri Perikanan di masa ini, dan antara yang ditanyakan ialah tentang pengeluaran lesen yang telah dibekukan sejak daripada tahun 1982.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Akta Perikanan 1985 memperuntukkan Jabatan Perikanan Malaysia bertanggungjawab terhadap pemuliharaan, pengurusan dan pembangunan perikanan tangkapan di laut dan di muara. Melalui kajian penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, sejak tahun 1970 lagi didapati bahawasanya stok sumber perikanan negara terutamanya semakin merosot.

Kemerosotan stok sumber perikanan ini terutama sekali dari segi jenis ikan dasar laut adalah berpunca daripada aktiviti penangkapan ikan secara berlebihan menggunakan peralatan destructive, pencerobohan kawasan oleh nelayan tempatan dan nelayan asing, kerosakan habitat, tempat perlindungan dan pembiakan ikan, pembangunan tidak lestari atau tidak mesra alam dan sebagainya lagi.

Umum… umumnya kajian mendapati bahawa sumber perikanan pantai ini di kawasan kurang daripada 30 batu nautika daripada pantai telah mencapai tahap eksploitasi… eksploitasi yang optimum, itu tujuannya. Ini bermakna jika usaha penangkapan ikan melebihi daripada keupayaan yang dikira melalui bilangan vessel, mengikut zon, jenis-jenis peralatan, kuasa kuda enjin dan bilangan nelayan yang ada sekarang maka ia akan menjejaskan sumber perikanan dan seterusnya mengancam usaha menjamin bekalan makanan ataupun food security, dengan izin, daripada sumber perikanan laut dengan sebab itulah pengeluaran lesen vessel dan peralatan khususnya bagi perikanan pantai kurang daripada 30 batu nautika ini telah dibekukan.

Malahan kalau ikut dari segi kajian Jabatan Perikanan dalam tahun 2016 hanya masih terdapat 4.4% sahaja ini dipanggil biomass ikan ataupun ikan yang terdapat di pantai Semenanjung Malaysia dan dijangka dalam 30 tahun lagi sumber ini akan pupus dan er… sepertimana yang kita sedia maklum baru-baru ini ada er… akhbar melaporkan mengikut kajian yang telah dibuat, temu ramah, kaji bertemu dengan nelayan-nelayan termasuk di Kuantan, di Pahang dan juga di er… Johor bahawasanya sumber ikan ini memang dah berkurangan.

Mereka er… mendapati bahawasanya hasil yang diperolehi hanya setakat kurang daripada 10% daripada sebelum-sebelum ini dan ini semua adalah kerana penjejasan dari segi stok ikan yang ada er… dalam kawasan 30 batu nautika daripada pantai. Itulah sebabnya lesen-lesen er… ini pengeluaran lesen ini bagi vessel-vessel nelayan telahpun dibekukan sejak daripada tahun 1982.

Namun soalan kedua yang telah dibangkitkan oleh rakan saya daripada Beserah ialah tentang er… bagaimanakah ini pihak kerajaan menangani status permohonan-permohonan daripada nelayan-nelayan yang telah lama dikemukakan. Jadi untuk ini…

menjawab soalan tersebut kita dah ada dah siling ya ada kuota macam kita dah ada dah… ditetapkan tidak boleh melebihi daripada bilangan atau angka yang tersebut. Sekiranya berlaku pengosongan ekoran daripada kematian, ekoran daripada tindakan yang telah diambil oleh pihak Jabatan Perikanan ya penguatkuasaan, kita terpaksa membatalkan lesen tersebut. Maka bila wujudnya kuota ataupun wujud kekosongan seumpama ini maka pihak Jabatan Pertanian ya eh sorry… Perikanan melalui er… Jabatan Perikanan Negeri memproses dan membuat ini kelulusan er… termasuk juga sekiranya berlaku pindah milik kepada er… pemilik-pemilik yang baharu.

Dan dalam konteks yang seumpama itu Jabatan er… Perikanan telah pun meluluskan dalam tahun 2020, 50 permohonan ya, 50 permohonan yang telah pun dikeluarkan di er… luluskan dan terdapat 124 permohonan yang telah diproses dan telah dikeluarkan surat er… kelulusan tapi belum diluluskan lagi lesen kerana nak lulus lesen ini Jabatan Perikanan kena tengok er… dia punya vessel tu, bot-bot dia, dia tengokkan memenuhi semua spek termasuk penandaan dan sebagai-sebagainya ada 124 dan insya-Allah ianya akan dikeluarkan setelah pemeriksaan akhir dibuat oleh Jabatan Perikanan er… Pahang, insya-Allah.

Dan bagi menjawab soalan yang ketiga, berapa lamakah tempoh kelulusan permohonan membaharui… membaharui ya lesen nelayan pantai? Yang ini tidak lama sebenarnya lebih kurang dalam 2 minggu je, 2 minggu sahaja er… ianya akan diambil kita tengok maknanya Jabatan Perikanan tengok rekod-rekod yang ada dan er… ianya akan diluluskan pembaharuan lesen-lesen… pelesen yang sedia ada, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Beserah.

Soalan tambahan. Terima kasih er… Wakil Kerajaan, terima kasih Yang di-Pertua. Er… apa yang saya bangkitkan, apa yang kita perlu lihat adalah bagaimana apa… terlupusnya stok-stok makanan ikan ini disebabkan oleh penggunaan peralatan yang tidak sepatutnya dan kita tahu bahawa penggunaan peralatan ini kebanyakannya datang daripada nelayan-nelayan asing yang masuk menangkap ikan di kawasan kita sehingga menjejaskan er… kita punya food security seperti yang dinyatakan. Jadi apakah langkah kerajaan untuk mempastikan nelayan-nelayan asing ini tidak dibenarkan langsung untuk menangkap ikan di perairan kita?

Apa yang saya terima maklumat nelayan asing memang berleluasa sedangkan kita pun dah banyak bot di situ. Yang keduanya bila kita tidak memperbaharui lesen mereka yang telah tamat, ada dimaklumkan sampai setahun lebih dah, dia akan menjejaskan bantuan nelayan. Kita ada bantuan sara hidup nelayan, dia akan menjejaskan diesel subsidi untuk nelayan dan juga akan menjejaskan kelangsungan kehidupan nelayan-nelayan tersebut maka perlu ada satu langkah dan konkrit supaya nelayan-nelayan ini terbela dan boleh meneruskan usaha mereka mencari ikan, terima kasih.

Er… yang pertamanya Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita maklumkan bahawasanya er… pelesen-pelesen yang sedia ada ya pelesen-pelesen yang sedia ada tidak terjejas maknanya kalau sekira mereka er… membuat penangkapan ikan ini mengikut syarat-syarat, mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan maka lesen

mereka tidak akan direvokelah, tidak akan dibatalkan. Maka sebab itu kita katakan tadi dalam dia nak memperbaharui lesen-lesen ini nelayan sedia ada ini tadi dia kena kemukakan dan proses yang biasa ini tidak memakan masa lebih daripada 2 minggu.

Kalau sekiranya semua peraturan yang telah ditetapkan malahan kalau sekiranya ini er… adakalanya er… ini apa nama kurang daripada 2 minggu itu kita ini Jabatan Perikanan perbaharui jadi soal sama ada elaun sara hidup nelayan ini akan terjejas ini tak timbul ya… tak timbul tapi kalau mereka er… melanggar syarat-syarat itu maka Jabatan Perikanan di bawah Akta Perikanan akan mengambil tindakan er… penguatkuasaan termasuk er… membatalkan lesen-lesen tersebut dan sepertimana yang saya telah maklumkan tadi dari segi er… pertambahan lesen. Lesen bagi yang telah pun batal ini boleh dipohon oleh er… permohon-pemohon baru yang cukup er… syarat-syaratnya, itu sahaja.

Yang keduanya, dari segi penguatkuasaan. Memang betul kita ada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang mengadakan rondaan dan penguatkuasaan bukan sahaja kepada nelayan asing tetapi nelayan tempatan kerana kita ini ada zon dia ya kita ada zon-zon tertentu. Yang kita ada Zon A, Zon B, Zon C dan Zon C 2, dia ada 30 nautika… batu nautika daripada pesisiran pantai. Jadi, nelayan pesisiran pantai ni boleh menjalankan ini penangkapan dia ini dalam julat yang sebegitu dan bagi pemegang lesen yang er… iaitu C dan C2 ni dia tidak boleh masuk ke… ke pesisiran pantai kerana penggunaan er... alat penangkapan ini berbeza. Sebab tu dalam konteks seumpama ini kita tahu bahawasanya ada nelayan-nelayan terutama sekali nelayan-nelayan asing yang menggunakan pukat-pukat seperti pukat gading er… dia pukat gading ni dia ada 2 trawlers, dengan izin… 2 vessel yang besar, dia duduk bersebelahan tu kemudian dia ikat ini dia punya pukat tu antara satu sama lain, kemudian dia pergi apa nama memukatlah, menangkap ikan.

Jadi, pukat gading ini adalah satu pukat yang boleh memusnahkan habitat termasuk terumbu ya coral ya dengan izin, di bawah ni, dia bila dia kaut tu, dia randuk tu maknanya dia pergi tu… dia bawa semua tu habis… maknanya habis habitat-habitat yang ada di mana ikan-ikan ni tadi boleh membiak.

Jadi, ini sebenarnya adalah satu perkara yang cukup bahaya, sebab itu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengambil tindakan, mengambil tindakan menangkap dan juga mengambil tindakan di bawah Akta Perikanan termasuk memusnahkan vessel-vessel ini tadi, tetapi sepertimana yang kita sedia maklum terutama sekali di perairan kita yang di Laut China Selatan ni dia luas, jadi bot-bot ni dia sophisticated dengan izin, dia cukup canggih dengan ada alat peralatan yang boleh memantau dan juga ada kalangan mereka ni mempunyai senjata-senjata yang… yang agak canggihlah.

Sebab itu er… saya yakin dengan… dengan kewibawaan agensi penguatkuasaan kita yang melaksanakan tanggungjawab ni dan banyak juga rekod telah pun dibuktikan bahawasanya kita telah membuat tangkapan dari semasa ke semasa. Dan pada masa yang sama juga kita juga mengingatkan nelayan kita yang ada lesen yang C2 ni tadi seharusnya tidak pergi ke pesisiran pantai kerana ini boleh menjejaskan orang kata peluang dan juga rezeki daripada nelayan-nelayan pesisiran pantai kita.

Sebab itu dalam konteks seumpama ini, kita juga tidak menggalakkan ini menggunakan dia panggil pukat tagan. Pukat tagan ni dia pukat dia pun sama juga dia bila dia buat tu dia memusnahkan habitat. Sebab itu dalam konteks seumpama ini kita lihat bahawasanya habitat-habitat pembiakan ikan ini penting. Sebab itu dalam konteks seumpama ini kita lihat usaha-usaha yang telah dibuat oleh pihak kerajaan ni

sebenarnya kita tahu bahawasanya pesisiran pantai ini adalah merupakan habitat untuk membiakkan ikan.

Jadi, bila pesisiran pantai ni tadi dijaga, maka ikan-ikan yang membiak ni tadi akan pergi ke tengah-tengah laut. Sebab itu er… sebenarnya kita merasakan bahawasanya nelayan-nelayan daripada zon A dan B ini mestilah memperkasakan diri mereka supaya dapat mereka meneroka zon yang lebih apa nama… orang kata lebih mencabar lagilah maknanya offshore iaitu lebih daripada 30 nautica mile… 30 nautika batu… batu nautika dan pihak kerajaan ada menyediakan kemudahan-kemudahan itu termasuk menambah baik vessel-vessel, peralatan dan sebagainya untuk membolehkan nelayan-nelayan kita yang pesisiran pantai ni tadi pergi meneroka hingga ke laut dalam, insya-Allah. Terima kasih Dato’ Sri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat Padang Tengku.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 5.

[Berdasarkan trend yang berlaku sekarang, besar kemungkinan pandemik COVID-19 akan berterusan untuk tempoh yang lebih panjang lagi.

Mohon Kerajaan Menjelaskan:

3.1 Selain daripada bantuan barang-barang keperluan harian dan wang One-Off yang diberikan secara berkala, apakah langkah jangka panjang pihak Kerajaan Negeri bagi membantu golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti peniaga kecil, pemandu teksi, tukang-tukang rumah, penoreh getah, peladang, petani dan nelayan dapat terus bekerja bagi menyara kehidupan seperti biasa tanpa bergantung kepada pihak kerajaan.]

Untuk menjawab Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan 5 daripada Ahli Padang Tengku. Ingin saya terlebih dahulu menjelaskan bahawa pihak Kerajaan Negeri sepanjang tempoh pandemik COVID-19 sepertimana yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dalam menjawab soalan pertama tadi.

Kita juga telah memfokuskan bantuan kepada golongan-golongan seperti disebutkan oleh Ahli Padang Tengku seperti peniaga kecil, pemandu teksi, tukang rumah, penoreh getah, peladang, petani, nelayan ni ya… kita kumpulkan di dalam Program Bantuan Prihatin Pahang yang mana keseluruhan er… belanja yang telah dikeluarkan untuk Bantuan Prihatin Pahang ini ialah sejumlah RM23,872,150.00 yang mana melibatkan 3 fasa. Fasa pertama sebanyak RM6.17 juta, fasa kedua RM9.39 juta dan fasa 3 sebanyak RM6.179 juta dan kita ada juga peruntukan khas belia di bawah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan iaitu sebanyak RM495,000.00.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Er… sumbangan one-off yang telah diberikan ya membabitkan juga penerima-penerima bantuan daripada JKM yang mana kita top up daripada Kerajaan Negeri, daripada Bantuan Prihatin Pahang ini kepada warga emas yang berumur 80 tahun ke atas penerima bantuan JKM seramai 2,169 orang telah pun menerima manfaatnya.

Manakala golongan OKU pula 20,757 orang dan pelajar OKU yang bersekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang seramai 13,154 orang dan para pelatih di Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) seramai 1,279 orang, Dato’ Sri Yang di-Pertua dan Kerajaan Negeri juga melalui Pihak Berkuasa Tempatan juga telah memberikan bantuan-bantuan one-off ya kepada untuk tahun 2021 sahaja kepada 11,099 orang penjaja peniaga kecil, 824 orang pemandu teksi, 6,133 orang pekerja khidmat penghantaran (COD) serta 1,209 orang pemandu ataupun penunggang e-hailing yang telah mendapat manfaat daripada Bantuan Prihatin Pahang.

Dan Dato’ Sri Yang di-Pertua, ini termasuk jugalah inisiatif daripada pihak berkuasa tempatan yang mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun mengumumkan baru-baru ini diskaun sebanyak 50% kepada sewaan premis-premis di PBT di negeri Pahang dan untuk jangka panjang, menjawab soalan Padang Tengku ya… sebenarnya kita sedang dalam perbincangan er… dan masih dalam peringkat Mesyuarat Jawatankuasa, tiga portfolio telah pun bergabung iaitu portfolio keusahawanan di bawah Exco Usahawan, Pengerusi Belia dan Sukan dan di bawah saya sendiri selaku Pengerusi Exco Kebajikan.

Kita telah berbincang kemungkinan ya untuk kita berkolaborasi ataupun bekerjasama dengan mana-mana bank untuk memberi pinjaman tanpa faedah, pinjaman mudah tanpa faedah kepada usahawan-usahawan kecil kita yang terkesan akibat COVID-19 ini. Sekian, terima kasih.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan tambahan.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Er… Dato’ Pengerusi…

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, ni Padang Tengku, Padang Tengku dulu.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Terima kasih kepada jawapan yang dikemukakan oleh Ahli Exco tadi. Saya lihat salah satu daripada jalan keluar sebab kita jangka pandemik ni kita tak dapat jangka pandemik ni sampai bila, mungkin berpanjangan, mungkin cepat habisnya tapi kalua benda ni perancangan kita mesti ada satu perancangan supaya tidak ada tidak kita beri secara one-off dan sebagainya tetapi mungkin ada jalan keluar. Saya nampak salah satunya kita kena membudayakan ekonomi untuk baru er… revolusi 4.0 ni.

Justeru itu, saya lihat ataupun saya nak tanya apakah persiapan kerajaan er… yang Kerajaan Negeri bagi kita ataupun rakyat kita dapat mendepani ekonomi bentuk baru ini? Itu yang pertama. Yang keduanya, sejauh mana kesedaran telah diterapkan kepada golongan-golongan rakyat khususnya belia bahawa mereka terpaksa menghadapi satu kaedah bentuk mata pencarian yang berbeza dengan yang dahulu

dan yang ketiganya ialah apakah bentuk latihan yang telah diberikan kepada pekerja-pekerja persendirian ini ataupun golongan belia untuk tidak mereka… untuk mereka tidak tercicir dari terus dapat nikmat dalam ekonomi bentuk baru di era pasca COVID ini? Terima kasih.

Terima kasih kepada soalan tambahan Padang Tengku, suka saya nak berkongsi dengan Ahli Dewan bahawa kita sentiasa membincangkan ya, semua Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa yang ada di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sentiasa berbincang dan sentiasa berusaha untuk memberi latihan ya. Bukan sahaja beri bantuan one-off tetapi juga bagi persediaan sepertimana yang disebutkan oleh Wakil daripada Padang Tengku tadi dan Pengerusi Belia dan Sukan sendiri sebenarnya banyak menganjurkan program-program er… secara maya, secara online.

Er… begitu juga er… di bawah Majlis Pembangunan Wanita Pahang, di bawah Majlis Tindakan Sosial Pahang, di bawah Majlis Belia Negeri ya banyak sekali program-program latihan yang kita berikan secara maya er… kepada belia-belia kita, kepada wanita kita, kepada Ibu Tunggal juga untuk memberi mereka er… pengetahuan. Ini yang disebut juga dalam Titah Diraja semalam, Internet of Thing ya. Jadi er… memang ada cara baru untuk er… kita membuat pemasaran er… dagangan dan sebagainya. Jadi er… insya-Allah mungkin Exco Belia dalam ucapan beliau nanti akan mendetailkan apakah er… latihan-latihan yang telah diberikan kepada belia kita. Terima kasih.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Triang… Triang.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih atas bantuan kerajaan yang dihulurkan kepada pelbagai lapisan masyarakatt api ada satu golongan yang masih tercicir dalam sistem kebajikan kerajaan iaitu ibu tunggal bukan warganegara.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Ibu tunggal, golongan ini mereka kahwin ke Malaysia, mereka berkahwin dengan warganegara Malaysia. Apabila pasangan meninggal dunia, dia menjadi ibu tunggal dan terpaksa membesarkan anak-anak yang masih kecil. Kesemua anak ini adalah warganegara. Disebabkan ibu tunggal ini bukan warganegara Malaysia mereka tidak layak untuk apa-apa bantuan termasuk BPR, BPN, BKC, JKM, semua tidak dapat. Jadi, apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membantu mereka?

Terima kasih er… soalan yang menarik daripada Triang. Sebenarnya memang kalau mengikut daripada sistem yang ada, bukan warganegara memang tidak layak mendapat bantuan tetapi saya suka nak memaklumkan kepada Ahli Dewan banyak

sekali sebenarnya bantuan secara tidak langsung ya, telah pun kita berikan kepada mereka… anak… khususnya anak-anak yang bukan warganegara ini, Dato’Sri Yang di-Pertua.

Ini melalui er… permohonan kepada Wakil-wakil Rakyat ataupun daripada Wakil-wakil Kerajaan secara direct ya tetapi memang kita tak boleh nak bagi bantuan bulanan tadi itu memang betul tetapi kita cuba membantu mereka contohnya anak-anak yang lahir di negara kita mereka layak sebenarnya untuk mendapat warganegara dan kita mewujudkan Unit Wanita dan Sosial di bawah Kerajaan Negeri yang ini banyak kita menerima aduan-aduan sebegini dan kita bantu mereka.

Yang terkini Dato’Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Dewan juga kita membantu golongan gelandangan dan rentan di Jalan Wong Ah Jang, Kuantan yang mana ramai juga di kalangan mereka ini terdiri daripada bukan warganegara ya dan kita bantu mereka juga dari segi pendidikan, kita bantu mereka untuk dimasukkan ke sekolah ya, dan kita bantu juga untuk mereka ada yang tak ada sijil kelahiran pun, tak ada kad pengenalan MyKid ya, kita bantu mereka ini melalui JKM er… MUIP secara bersepadu, Yayasan Pahang, Majlis Bandaraya Kuantan dan agensi-agensi seperti Imigresen dan sebagainya, Dato’Sri Yang di-Pertua.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tanah Rata, sila.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Terima kasih, selamat pagi. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya adalah er… di sepanjang pandemik COVID-19 ini, di sepanjang PKP er… pelaksanaan PKP ini kita tahu banyak golongan khususnya peniaga-peniaga yang terletak di destinasi-destinasi pelancongan mereka tiada pendapatan, sumber pendapatan sudah bukan sahaja dikurangkan tetapi boleh katanya telah diberhentikan sebab tiada pelancong, tiada perniagaan.

Oleh itu, mereka tidak mampu membayar sewa rumah kedai ataupun mereka tidak mampu membayar gaji untuk pekerja mereka. Oleh itu, soalan saya di sini adakah kerajaan… pihak kerajaan bersedia untuk menggunakan kewangan reserve negeri untuk membantu golongan yang terjejas tersebut er… sama ada katanya, misalnya memberi potongan cukai taksiran kepada mereka khususnya kepada peniaga-peniaga di destinasi pelancongan? Terima kasih.

Terima kasih soalan daripada Wakil daripada Tanah Rata. Sebenarnya banyak sekali bantuan-bantuan yang diberikan terutama daripada Kerajaan Persekutuan sendiri ya er… ni ramai yang tak tahu dan tak tahu bagaimana nak apply, Dato’Sri Yang di-Pertua ya tetapi bagi pihak Kerajaan Negeri saya dah sebutkan tadi PBT telah pun bagi sewaan 50% ya dan saya kira PBT juga sentiasa terbuka, Kerajaan Negeri terbuka untuk mana-mana pihak yang terkesan akibat pandemik ini untuk tampil ke hadapan dan berbincang.

Even saya dimaklumkan pembayaran cukai tanah, pembayaran cukai pintu juga boleh dibuat perbincangan cara pembayaran yang dapat membantu er… mereka yang terkesan ini. Bukanlah maknanya er…mesti dipaksa ya boleh dibincangkan dan saya yakin ya er… PBT-PBT yang ada di negeri Pahang ini sangat bertimbang rasalah dalam er… apa ni er… membantu mereka yang terkesan khususnya dalam bidang pelancongan ya dan untuk jangka panjang tulah saya sebut tadi kita dah sebut insya-Allah ya, kita akan… sebab benda ni belum final lagi Dato’ Sri Yang di-Pertua, belum muktamad lagi.

Kita masih dalam perbincangan, kita akan memberikan er… kita cuba untuk memberikan kemudahan pinjaman tanpa faedah, pinjaman mudah kepada mereka yang terkesan ya akibat er… pandemik ini menggunakan apa ni er… hasil daripada Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat daripada Bilut.

Yang Berhormat Yang di-Pertua… Yang Berhormat Yang di-Pertua, Boleh saya tambah sikit er… rakan saya punya maklumat boleh? Berhubung kait dengan soalan Tanah Rata tadi. Sikit je.

Yang di-Pertua (Speaker)

Nanti YB boleh… dalam ucapan penangguhan ya.

Ya… okey baik, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya jemput YB.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor enam.

[Adakah Kerajaan Negeri akan melancarkan program komputer riba ataupun tablet pintar percuma untuk pelajar-pelajar daripada golongan B40 untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam norma baru?]

Seterusnya, Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab bagi pihak er… Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan.

Dato’ Yang di-Pertua, Berkenaan dengan soalan er… adakah Kerajaan Negeri akan melancarkan program komputer riba ataupun tablet pintar percuma untuk pelajar-pelajar daripada golongan B40 ya? Sebenarnya kita telah pun menyampaikan er… bantuan komputer riba

jenama Chromebooks daripada Acer kepada 1,100 orang er… pelajar er… dari golongan B40 yang akan mengambil SPM pada tahun 2021 ini ya dan ianya membabitkan peruntukan sejumlah RM1.5 juta lebih kurang ya, RM1.5 juta yang mana er… 824 penerima bantuan.

Anak-anak penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah pun kita hantar sendiri kepada mereka er… komputer riba ini dan juga kepada yang bukan penerima, sebanyak anak-anak miskin er… B40 ini ialah 276 orang er… jadi jumlah keseluruhannya ialah 1,100 orang, itu dari pihak Kerajaan Negeri.

Di bawah Kerajaan Persekutuan pula Jabatan Pendidikan Negeri Pahang terlibat juga dalam memastikan pembekalan peranti digital kepada murid er… B40 ini melalui inisiatif CERDIK ya yang mana jumlah keseluruhan peranti yang dijangka diterima adalah sebanyak 11,052 unit melibatkan 130 buah sekolah bagi tahun 2021.

Jumlah semasa peranti yang telah diterima ialah 6,141 unit iaitu sehingga 2 Julai 2021 ya peranti ini merupakan sumbangan syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan. Peranti ini disediakan ya, yang ini program daripada Kerajaan Persekutuan disediakan secara pinjaman kepada penerima yang terdiri daripada murid-murid tingkatan tiga dan tahun empat Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

Data penerima ini adalah diperolehi daripada Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi itulah antara program yang dijalankan membabitkan kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih YB.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Er… terima kasih atas balasan daripada atas jawapan daripada pihak kerajaan. Bolehkah saya tahu, adakah program ini akan diteruskan dan juga jika ada er… program ini akan buka kepada semua er… untuk golongan yang lain. Er… jika ada, apakah caranya untuk membuat permohonan untuk mendapat tablet percuma ini? Terima kasih.

Setakat ini kita belum lagi er… ada er… tambahan kepada apa yang telah saya sebutkan tadi, tapi saya suka juga nak memaklumkan sebenarnya ramai yang membuat permohonan er… secara langsung kepada Wakil-wakil Rakyat, kepada Wakil Kerajaan, kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar ya, dan ramai juga yang

telah mendapat faedah sebab kita tengok er… kita tak nak bagi kepada mereka yang sebenarnya tidak layak.

Jadi mereka yang memohon kepada kita, kita siasat sama ada mereka layak ataupun tidak dan kita bantu ya, dan insya-Allah saya yakin program er… yang saya sebutkan tadi di bawah Kerajaan Negeri kepada mereka yang akan mengambil SPM ini insya-Allah akan diteruskan ya tertakluk kepada hasil Kerajaan Negeri pada tahun akan datang. Terima kasih.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Soalan tambahan, Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, selain masalah komputer riba ataupun tablet pintar, ibu bapa golongan B40 yang mempunyai ramai anak pelajar menghadapi satu masalah iaitu bayaran untuk perbelanjaan top up untuk menggunakan internet. Jadi soalan saya, adakah Kerajaan Negeri merancang untuk mengadakan pakej yang lebih murah, yang lebih baik untuk memudahkan ibu bapa membayar top up ini? Terima kasih.

Satu cadangan yang baik daripada Cheka, tapi saya nak maklumkan juga, Kerajaan Negeri pernah juga sebenarnya untuk pelajar yang mengambil SPM pada tahun lepas telah pun memberi RM50.00 top up er… kepada mereka untuk membantu mereka dalam perbelanjaan PDPR mereka. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Tras.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Tuan Speaker, soalan saya, soalan nombor tujuh.

[Sila nyatakan ada berapa katil ICU di semua hospital kerajaan Pahang. Setakat hari ini, berapa orang mangsa COVID-19 yang meninggal dunia di ICU hospital kerajaan Pahang?]

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan oleh Tras yang bertanyakan berkaitan dengan er… katil-katil di ICU dan berapa ramaikah er… mangsa COVID yang meninggal di ICU, hospital-hospital kerajaan. Untuk makluman Sidang Dewan yang dimuliakan, di seluruh negeri Pahang sehingga ke hari ini ada 11 buah hospital kerajaan yang beroperasi.

Daripada 11 buah hospital ini hanya ada 4 sahaja hospital berpakar yang mem… yang memberikan ataupun mempunyai Unit Rawatan Rapi ataupun ICU ini. Jadi er… menjawab soalan Yang Berhormat, soalan pertama Yang Berhormat berkaitan dengan bilangan katil er… 4 hospital yang saya maksudkan adalah pertamanya Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, ada 37 er… sebenarnya ada 61 katil secara keseluruhannya. Er… Hospital Temerloh ada 36, Hospital Kuala Lipis ada 6, dan Hospital Pekan ada 4.

Untuk makluman Yang di-Pertua, dalam menguruskan mangsa COVID ini, pihak hospital tidak memperuntukkan semua katil-katil ICU ini untuk menguruskan er… COVID. Sebahagiannya masih lagi diperuntukkan untuk pesakit-pesakit bukan COVID.

Jadi secara keseluruhannya daripada 107 bilangan katil yang diperuntukkan itu, diperuntukkan 61 er… katil untuk COVID dan 46 untuk bukan COVID. Dalam erti kata lain kebanyakan pesakit-pesakit kritikal dalam hospital hari ini adalah berkaitan dengan mangsa COVID. Seterusnya soalan ke-2 Yang Berhormat, berkaitan dengan kes-kes kematian di ICU. Maklumat yang saya perolehi sehingga 20 Ogos 2021, sebanyak 394 kes kematian er… berkaitan COVID-19 yang meninggal dunia di seluruh negeri Pahang ataupun 2.9% daripada keseluruhan kes di Malaysia. Seramai 166 pesakit direkodkan meninggal di ICU di hospital-hospital kerajaan. Dengan pecahan 117 kes kematian di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, 46 kes kematian di HOSHAS Temerloh dan 3 kes di Hospital Lipis. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Tuan Speaker, Bolehkah saya tanya adakah semasa period COVID ini, er… kerajaan… hospital kerajaan Pahang ada tambah ICU yang special untuk er… mangsa COVID, dan apakah panduan atau langkah daripada Kerajaan Negeri Pahang kepada mangsa-mangsa COVID… keluarga mangsa COVID yang sudah meninggal dunia. Sekian, terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Perkhidmatan kesihatan ini disampaikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kesihatan Malaysia. Jadi Pihak Kerajaan Negeri tidak apa… menguruskan ataupun menyediakan perkhidmatan perubatan ini. Walau bagaimanapun, berkaitan dengan tekanan yang ditanggung oleh kerajaan ini, pihak Kerajaan Persekutuan sedar masalah ini dan di negeri Pahang ini dan alhamdulillah kita dapat peruntukan RM10.2 juta untuk meningkatkan kemudahan-kemudahan rawatan di ICU.

Hospital-hospital yang terbabit yang menerima bantuan adalah Hospital Tengku Ampuan Afzan menerima RM4.8 juta ya ini untuk perolehan peralatan-peralatan

perubatan ya tambahan er… HOSHAS RM3.8 juta dan Kuala Lipis RM1.6 juta. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Ataupun inisiatif Kerajaan Negeri untuk mangsa ya bagi kes-kes yang membabitkan kematian er… mangsa-mangsa COVID boleh membuat tuntutan melalui NADMA dan alhamdulillah er… Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga prihatin dan bantuan turut kita salurkan untuk er… mangsa-mangsa berkaitan melalui PKOB dan Pejabat Agama Islam. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Bilut.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Tuan Yang di-Pertua… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Bolehkah saya tahu setakat ini adakah ICU di negeri Pahang ini mencukupi untuk menangani atau menerima mangsa-mangsa COVID? Ini soalan pertama.

Yang kedua, jika sekiranya katil-katil ICU ini tidak cukup, adakah kerajaan bercadang untuk mengguna ataupun menghantar mangsa-mangsa COVID ini kepada er… ke hospital swasta ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Sekian.

Minta maaf, soalan pertama tadi Yang Berhormat, saya missed soalan pertama. Saya dah terfikir soalan kedua.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Adakah er… katil ICU ini mencukupi untuk mangsa COVID?

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Sehingga ke hari ini, er… kapasiti hospital… saya tidak er… tak dapat nak cari angkanya di sini. Alhamdulillah masih lagi cukup dan trend penggunaan ICU dalam minggu ini, er… kita mempunyai penurunan dari segi penggunaannya. Erti kata lain kita boleh bertahan.

Dan er… bercakap tentang pembabitan katil-katil ICU di hospital swasta, di negeri Pahang ini ada di Kuantan khususnya, kita ada 5 hospital tapi walau bagaimanapun hanya ada 2 sahaja hospital bukan kerajaan yang er… memperuntukkan katil dia untuk rawatan ICU iaitu er… hospital UIA - 7 katil dan KPJ - 1 katil. Walau bagaimanapun untuk er… dedicated kepada… itu katil ICU ya. Walau bagaimanapun, semua hospital swasta ini turut memperuntukkan katil untuk pesakit COVID yang berjumlah 80 katil.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor lapan.

[Peruntukan untuk Badan Persatuan, NGO, atau Pertubuhan Bukan Kerajaan.

a) Berapakah jumlah peruntukan yang telah diberikan kepada badan-badan Persatuan, NGO dan Pertubuhan Bukan Kerajaan di negeri Pahang dari tahun 2018 sehingga 2020 dan bagaimana pemilihan dibuat untuk mendapat peruntukkan dari kerajaan negeri?

b) Apakah galakan yang telah diberi kepada NGO, Badan Persatuan atau Pertubuhan dalam usaha menyemarakkan aktiviti mereka dalam kerja-kerja kesukarelawanan, kemasyarakatan atau keselamatan penduduk.]

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Saya ucap terima kasih kepada ADUN Kawasan Teruntum, Yang Berhormat Encik Sim Chon Siang atas er… perkongsian soalan yang ditujukan kepada saya iaitu berhubung kait dengan peruntukan untuk er… Badan Persatuan, NGO atau Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Berapakah jumlah peruntukan yang telah diberikan kepada Badan-badan Bukan Kerajaan sepanjang tahun 2018 ke hingga… sehingga tahun 2020. Untuk menjawab soalan ini, saya ingin nyatakan kepada Sidang Dewan. Pada tahun 2018, peruntukan kepada kelab dan persatuan sebanyak RM320,000.00 kepada kelab dan persatuan. Manakala kepada NGO Pertubuhan Bukan Kerajaan, RM113,000.00 dan jumlah keseluruhan kelab dan persatuan serta NGO ini adalah RM432,000.00 dan pada tahun 2019, Yang Berhormat Yang di-Pertua, sumbangan atau peruntukan kepada kelab dan persatuan sebanyak 4 juta… RM4,523,000.00 juta manakala kepada NGO adalah sebanyak RM1,496,000.00 juta. Jumlah keseluruhannya kedua-dua pihak ini, RM6,020,000.00 juta.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Pada tahun 2020 pula, peruntukan yang diagihkan kepada kelab dan persatuan adalah sebanyak RM7,138,000.00 juta dan kepada NGO serta Pertubuhan Bukan Kerajaan iaitu RM1,590,000.00 juta. Keseluruhan sepanjang 20 er… tahun 2020 iaitu RM8,729,000.00 juta dan keseluruhan bagi tiga-tiga tahun ini melibatkan kedua er… NGO dan juga kelab persatuan adalah sebanyak RM15,181,606.50 juta dan bagaimana pemilihan dibuat untuk mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri Pahang.

Permohonan-permohonan datang daripada NGO ataupun kelab serta persatuan ini adalah secara langsung sama ada melalui Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang atau melalui Pejabat Exco-exco dan ada juga yang melalui pejabat ADUN-ADUN kawasan.

Bagi menyelaraskan peruntukan ini, saya amat berterima kasih melalui Kerajaan Negeri juga yang mana peruntukan-peruntukan yang dimohon ini sekiranya menjurus kepada portfolio Exco-exco tertentu, Pejabat MB akan menyalurkan kepada pihak-pihak Exco yang memegang portfolio berkenaan untuk menyelaras supaya tidak lari daripada matlamat asal permohonan peruntukan tersebut dan bajet yang dimohon itu mengikut klasifikasi dan kategori agar tidak membazir dan salah guna dari segi peruntukan tersebut. Ini satu tindakan yang sangat baik.

Kedua, bagi yang melalui Exco pula, melalui portfolio masing-masing juga sama ada melalui peruntukan Exco itu sendiri ataupun dipanjangkan daripada peruntukan Exco, dimajukan kepada Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Begitu juga kepada ADUN-ADUN sama ada peruntukan itu disalurkan kepada Exco berkenaan atau peruntukan sedia ada ADUN-ADUN disalurkan kepada mereka yang memohon di kalangan NGO-NGO dan juga persatuan-persatuan.

Dan untuk makluman Sidang Dewan Yang Mulia, yang terbaru ini sebagaimana yang dibangkitkan oleh saudara er... apa ni oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Shahaniza sebentar tadi, Wakil Kerajaan menyatakan bahawa RM495,000.00 merupakan peruntukan yang terbesar diberikan kepada Majlis Belia Negeri yang melibatkan Majlis Belia Daerah serta badan-badan gabungan.

Iaitu RM495,000.00 melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM100.00 setiap seorang, melibatkan 3,300 orang iaitu bermakna setiap daerah akan menerima 300 barangan kit makanan termasuk RM100.00 setiap seorang dan ini RM300.00, RM100.00 untuk anak-anak muda belia dan beliawanis, RM100.00 untuk NGO dan RM100.00 lagi untuk sukarelawan. Ini adalah satu pengagihan yang terbesar bagi anak-anak muda dalam negeri Pahang dan Kerajaan Negeri telah berbuat perkara tersebut sejak 2 minggu yang lalu.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Apakah galakan yang diberikan kepada NGO, badan persatuan atau pertubuhan dalam usaha menyemarakkan aktiviti mereka ini dalam kerja kesukarelawan, kemasyarakatan dan keselamatan penduduk? Alhamdulillah, Kerajaan Negeri sangat menghargai pengorbanan sukarelawan ini, NGO-NGO ini dalam negeri Pahang. Sebab itu, saya berterima kasih juga melalui rakan seperjuangan iaitu Exco Kebajikan telah mewujudkan gabungan Pertubuhan Sukarelawan Negeri Pahang yang menjuruskan kepada aspek-aspek kebajikan dalam negeri Pahang.

Begitu juga kita ada Majlis Tindakan Sosial Pahang ya yang banyak bertungkus-lumus sepanjang pandemik COVID-19 membantu mereka di PPV, sanitasi dan sebagainya. Begitu juga Skuad Bencana Pahang, begitu juga MAYC... Malaysia Association Youth of Club dan juga Persatuan India Prihatin Pahang, Jabatan Amal pun ada. Jadi ini adalah gabungan-gabungan yang banyak membantu sepanjang pandemik COVID-19.

Justeru, Kerajaan Negeri telah membantu dengan peruntukan RM495,000.00 ini adalah satu tindakan yang sangat bijak kepada anak-anak muda kita dalam negeri Pahang dan sebelum itu Majlis Belia Negeri Pahang melalui badan-badan gabungan mendapat RM120,000.00 untuk Majlis Belia Negeri dan RM20,000.00 kepada persatuan ataupun majlis belia di setiap daerah, RM20,000.00. RM20,000.00 setiap Majlis Belia Daerah dan kepada badan gabungan RM150,000.00 iaitu RM10,000.00 setiap badan gabungan iaitu sebanyak 15 badan gabungan, dan untuk mengiktiraf pengorbanan mereka ini, Kerajaan Negeri telah mengadakan Malam Jasamu Dikenang sepertimana dilakukan sebelum COVID-19 tempoh hari di Bukit Tinggi melibatkan 100 NGO dan badan-badan persatuan kelab sebagainya.

Begitu juga melalui Kerajaan Negeri telah meluluskan tambahan untuk COVID-19 ini setiap NGO RM1,000.00 untuk pentadbiran sepanjang masa COVID ini ya. Alhamdulillah dan begitu juga Kerajaan Negeri ada membantu dalam bentuk peralatan, dalam bentuk uniform (vest), dalam bentuk kenderaan (van) dan sebagainya. Alhamdulillah bagi saya dalam hal ini Kerajaan Negeri sangat membantu dalam menyelaraskan peruntukan-peruntukan dan sebagainya.

Begitu juga kadang-kala Kerajaan Negeri melalui Exco ataupun ADUN-ADUN yang memohon peruntukan tersebut terhadap persatuan-persatuan ini kita salurkan kepada pihak JBS... Jabatan Belia dan Sukan, Majlis Sukan Pahang, Stadium, Majlis Belia dan tak lupa juga kepada Pejabat MB untuk melihat kapasiti permohonan supaya tidak lari daripada matlamat asal.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya tambah sikit yang Tanah Rata sebentar tadi iaitu tentang peruntukan yang Kerajaan Negeri bagi kepada industri pelancongan ini sama juga di Pulau Tioman sebagai contoh, di Taman Negara sebagai contoh. Mereka er... player ataupun pengusaha-pengusaha bot pelancong juga mendapat peruntukan sumbangan daripada Kerajaan Negeri.

Sebagai contoh baru-baru ini di Pulau Tioman, pengusaha bot pelancong dapat 136 orang yang sebelum itu RM600.00, yang baru ini RM100.00 dan begitu juga kepada pemandu pelancong lebih kurang 50 orang lebih. Ini diusahakan oleh Kerajaan Negeri melalui kerjasama Tourism Pahang dan juga MOTAC. Begitu juga kepada mereka yang terjejas, premis-premis diberi harga er... separuh, beberapa bulan untuk sewaan premis-premis tersebut. Jadi saya kira dengan sedikit sebanyak kepentingan ini dapat mencakupi soalan yang dibangkitkan, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah, saya jemput soalan seterusnya.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Satu soalan tambahan.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih jawapan dari Wakil Kerajaan. Saya hairan juga kenapa ada agihan 300 di kawasan saya, saya tak tahu pun. Bolehkah saya tahu di mana 300 pek itu diagihkan, kepada siapa dan macam mana diaorang akan agih di kawasan saya? Saya ingat semua ADUN pun tak tau ada agihan 300.

Soalan nombor 2 saya, berapa peruntukan telah diberikan kepada NGO? Tadi katakan RM100.00 kepada semua NGO di seluruh Pahang dan untuk peruntukan menyelesaikan masalah pandemik COVID, berapakah peruntukan telah diberi kepada semua NGO di Pahang? Terima kasih.

Terima kasih ADUN Teruntum atas soalan tambahan tersebut. Saya ingin nyatakan di sini Yang di-Pertua, peruntukan-peruntukan tersebut itu adalah hasil daripada perbincangan dan juga masa Malam Penghargaan yang kita maklumkan kepada NGO-NGO yang hadir pada malam itu. Jadi ini adalah secara bersasar dan terpilih pada malam tersebut jadi melibatkan hanya 100 NGO sahaja. Jadi jika ada mana-mana NGO yang tidak dapat ataupun tertinggal dalam hal ini maknanya mereka tidak termasuk dalam kumpulan yang bersasar tersebut tetapi mereka boleh

memanjangkan permohonan sekiranya nak mohon permohonan sebegitu kepada pihak kerajaan, pertama.

Yang kedua, berhubung dengan 300 pek kit makanan tersebut kita agihkan melalui Majlis Belia Daerah. Majlis Belia Daerah, pengerusi-pengerusi mereka akan menyenaraikan senarai yang 300 penerima untuk sukarelawan, 300 untuk NGO dan 100 untuk anak-anak muda. Jadi penyelaras tersebut sedang berjalan sejak 2 minggu yang lalu. Jadi itu untuk makluman YB ADUN Kawasan Teruntumlah. Terima kasih Yang di-Pertua.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Boleh bagitahu tak kita senarai siapa yang bagi. Saya tahu er... siapa yang dapat terima, terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya ingat pihak Majlis Belia Negeri boleh, apa ni orang kata bersama dengan pihak ini dan saya juga boleh melihat perkara tersebut tiada masalah. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik. Soalan terakhir pada pagi ini. Saya jemput Yang Berhormat Chini.

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan ke-9.

[Apakah usaha kerajaan negeri bagi membantu menyelesaikan permasalahan masyarakat orang asli berkaitan bekalan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik di beberapa lokasi dalam DUN Chini.

- Kg. Patah Jelutong, Batu Gong (air & elektrik) - Kg. Sega, Batu Gong (air & elektrik) - Kg. Gantung Geriang, Batu Gong (air & elektrik) - Kg. Bahuk, Dusun (air & elektrik) - Kg. Semambu, Dusun (air & elektrik) - Kg. Puput & Kg. Cendahan, Tasik Gumum (air & elektrik) - Kg. Tebas Buang, Arong (air)]

Assalamualaikum WBT, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, yang memberi laluan kepada saya bagi menjawab pertanyaan daripada sahabat saya dari Chini mengenai kemudahan air dan letrik bagi kampung Orang Asli.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Berdasarkan data perkampungan Orang Asli negeri Pahang menunjukkan bahawa semua perkampungan yang dibangkitkan dikategorikan sebagai Kampung Tambahan

yg dibina sebagai kampung satelit kepada perkampungan utama yang berada ataupun yang berdekatan.

Identiti ini dapat dikenal pasti daripada jumlah Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah serta latar belakang asal usul kependudukan mereka. Pihak JAKOA sangat menyedari dan memahami situasi kekurangan atau ketiadaan bekalan kemudahan asas di semua perkampungan ini. Masalah kekurangan atau ketiadaan bekalan elektrik dan bekalan air ini adalah disebabkan oleh faktor jarak perkampungan yang berada jauh daripada perkampungan utama yang mana ia melibatkan kos pembekalan kemudahan asas yang tinggi berbanding jumlah penerima manfaat yang kecil dan sederhana sedangkan kemudahan asas yang lengkap telah pun disediakan di perkampungan utama dari mana mereka berasal. Penilaian ini dibuat berdasarkan kemampuan peruntukan pihak jabatan.

Selain daripada itu juga terdapat antara perkampungan tersebut yang terletak di dalam kawasan ladang kelapa sawit yang berstatus bukan tanah kerajaan dan juga bukan rizab Orang Asli. Kekangan ini menyebabkan pembekalan sukar dilaksanakan yang mana ianya memerlukan kebenaran khas daripada pemilik ladang ataupun tanah.

Bagi Kampung Puput dan Cendahan Tasik Chini, sebenarnya saya berkesempatan sampai ke kampung di tepi ataupun di pinggir Tasik Chini yang mana kawasan itu jauh daripada perkampungan utama iaitu di Gumum... di Gumum dengan jarak melalui tasik dan juga hutan. Tapi walau bagaimanapun usaha-usaha er... untuk menyampaikan bekalan elektrik telah dibuat melalui sistem solar, tapi projek ini saya nampak tidak begitu berjayalah sebab saya sampai tu rumah ada tapi dia punya kemudahan tidak ada. Ini adalah kerana dia punya apa maintenance itu agak tinggi. Apabila berlaku kerosakan ianya memerlukan penggantian yang agak tinggi contohnya bateri ya kan... dan yang lain-lain tu. Jadi walau bagaimanapun usaha-usaha ini akan cuba juga diteruskan.

Bagi Kampung Tebas Buang pula pihak JAKOA telah menyenaraikan di dalam projek bekalan air terawat pada tahun 2021 dan sedang menunggu peruntukan. Manakala untuk bagi Kampung Patah Jelutong telah pun dibekalkan sistem air sementara dan pihak JAKOA telah menyenaraikan di dalam cadangan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) untuk tahun 2021 dan juga 2022.

Pihak JAKOA Pahang sentiasa memantau dan mengambil maklum situasi dan kemaslahatan masyarakat Orang Asli negeri Pahang dengan pelbagai perancangan pembangunan, sosioekonomi, pendidikan, kebajikan agar kemakmuran penghidupan dapat dinikmati oleh mereka.

Namun begitu terdapat beberapa kekangan dan cabaran yang perlu dihadapi dan diselesaikan terutamanya melibatkan kekuatan peruntukan dan juga faktor demografik kaum Orang Asli tersebut. Bagi pembekalan jabatan PAIP dan TNB, saya mendapat laporannya tidaklah menjadi masalah cuma masalah yang besarnya adalah dari segi peruntukan, itu saja, dari segi teknikalnya tidak jadi masalah.

Kerajaan mengambil maklum berkenaan permohonan di kawasan Perkampungan Orang Asli yang dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Chini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, objektik utama program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar adalah untuk menyambungkan bekalan air bersih dan terawat kepada rumah-rumah di kawasan perkampungan tradisional yang masih belum mendapat bekalan. Manakala objektif utama program

Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) adalah untuk memperluaskan liputan bekalan elektrik 24 jam ke kawasan luar bandar.

Walau bagaimanapun segala perancangan pembangunan bagi Perkampungan Orang Asli adalah di bawah tanggungjawab ini Jabatan Kemajuan Orang Asli ataupun JAKOA. Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat…

Yang Berhormat Yang di-Pertua, tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Silakan.

Terima kasih kepada Dato’ Sri Exco atas penerangan. Pertama saya nak ucap terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas bantuan sebelum ini kepada kemudahan kepada masyarakat OA melalui permohonan JPKKOA. Seterusnya apa yang ingin saya menarik perhatian tentang kampung OA yang disenaraikan er... memang benar dari segi kampung serpihan ataupun tambahan yang disebut tapi penghuni telah tinggal sehingga apa… dalam 30 tahun.

Dan apa… soalan saya apakah alternatif yang bagi menyediakan kemudahan tersebutlah seperti yang disebut melibatkan kos yang besar untuk adakan kerana kampung Orang Asli ini… kampung-kampung tambahan ini adalah kampung yang jaraknya jauh. Memang kita memahami dari segi kedudukan kewangan untuk membantu kampung-kampung yang kecil ini tapi saya melihat apakah alternatif yang boleh diusahakan oleh pihak kerajaan bagi membantu menyediakan jugak seperti Dato’ Sri Exco sebut tadi kampung Orang Asli di tasik itu, solar tu tapi walaupun gagal, tapi apakah mekanisma terbaik yang boleh difikirkan dapat kita sediakan juga akhirnya kepada kampung-kampung tambahan ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Chini. Sebenarnya Pihak Kerajaan cuba mengusahakan alternatif lain iaitu dengan mengadakan contohnya dari segi bekalan air ini kita mengambil ini air daripada tanah ataupun air daripada bukit. Ianya sedikit sebanyak telah diselaraskan juga dengan Kementerian Kesihatan. Kalau bagi kawasan-kawasan perkampungan yang hampir dengan bukit ianya kurang masalah.

Banyak kawasan-kawasan perkampungan air… perkampungan Orang Asli di pinggir bukit saya rasa boleh dikata semua kita dapat salurkan bukanlah air bersih tetapi air bukit… air bukit yang kita empang kita salurkan terus ke perkampungan-perkampungan Orang Asli. Jadi ini bagi kampung-kampung Orang Asli di pinggiran bukit. Tapi bagi perkampungan Orang Asli di kawasan bawah ini ianya terpaksa dibina air apa dipanggil ini tube well, Jerantut dia buat… tube well. Kita pernah mengadakan apa program resin water dan sebagainya. Tetapi ianya bukanlah yang dipanggil air

terawat lagi, maknanya air bersih aje, dia tidak terawat. Air yang kita ambil daripada bukit dan terus kita salur.

Begitu jugalah dengan bekalan elektrik kita telah cuba untuk mengadakan bekalan mini hidro ini telah kita cuba dan ada beberapa masalah yang kadangnya kefahaman dari segi masyarakat Orang Asli sendiri. Bila kita sebut hidro mereka sendiri menolak kerana bimbang ke kampung mereka ni tenggelam. Sebenarnya mini hidro ini adalah kita mengambil sikit sebahagian daripada air itu untuk kita salur untuk generate dia punya dynamo itu dan menghasil tapi tidaklah boleh menggunakan er… banyak kemudahan-kemudahan elektrik seperti er… apa orang kata washing machine er… apa seterika dan sebagainya. Cuma kita boleh membekalkan er… setidak-tidak yang minima la er… ini apa lampu dan kemudahan-kemudahan asas sahaja la kan.

Jadi inilah di antara er… alternatif yang kedua yang kita sedang ini usahakan untuk nak memberi kemudahan kepada kampung-kampung Orang Asli yang memang sukarlah ha… contoh ada yang sampai 50 km. Macam mana kita nak bekalkan elektrik dan air 50 km yang melibatkan kos berjuta-juta. Er… jadi kita terpaksa menggunakan alternatif yang kedua sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon perhatian berkaitan dengan COVID-19. Di atas er… meja Ahli-ahli Yang Berhormat ada Antigen Rapid Test ataupun Oral Fluid ujian kendiri. Test telah diedarkan kepada semua Ahli Yang Berhormat dan Ketua Jabatan di dalam Dewan pada hari ini. Arahan dan tatacara penggunaan ada dimaklumkan di dalam surat yang disertakan oleh Urus Setia.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita selesai membincangkan 9 Pertanyaan dan Jawapan. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan pagi ini untuk minum pagi dan persidangan kita disambung semula pukul 11.20 pagi. Saya memohon Ahli-ahli Yang Berhormat bergerak keluar Dewan dalam keadaan tertib dan mematuhi penjarakan fizikal. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan pada pukul 11.10 pagi]

[Persidangan disambung semula]

Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon izin untuk membawa satu usul di Dewan Yang Mulia ini yang berbunyi:

“Bahawa Dewan Negeri Pahang Yang Bersidang Pada Hari Ini, Bersetuju Menjunjung Kasih Atas Limpah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Berangkat Menyempurnakan Titah Diraja Kepada Dewan Negeri.”

Saya juga berharap Usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan Yang Mulia ini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon menyokong Usul yang telah dibawa oleh YAB. Menteri Besar Pahang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, di hadapan majlis ialah satu Usul yang berbunyi:

“Bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini, bersetuju menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berangkat menyempurnakan Titah Diraja kepada Dewan Negeri.”

Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan telah pun mendapat sokongan. Sekarang, kita meneruskan dengan aturan urusan selanjutnya.

Perbahasan usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion

Setiausaha Dewan

Perkara Keempat: Perbahasan usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Sekarang saya kemukakan semula usul tersebut untuk perbahasan. Suka saya memaklumkan dan mengalu-alukan kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat bagi membahaskan dalam tempoh masa 10 atau 12 minit. Ini bagi membolehkan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang bersetuju turut serta dalam perbahasan pada hari ini juga. Baiklah saya jemput YB daripada Sungai Lembing.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Assalamualaikum WBT, alhamdulillah [Ayat al-Quran]. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana saya berpeluang bagi membahaskan Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Tuan Yang di-Pertua, Pertamanya saya menjunjung kasih ke atas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang kerana berkenan merasmikan Persidangan Dewan dan seterusnya menyampaikan titah ucapan perasmian di majlis yang gemilang pada hari semalam.

Tuan Yang di-Pertua, Dalam Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang jelas kepada kita Tuan Yang di-Pertua bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku begitu prihatin dan juga mengambil berat tentang perkembangan-perkembangan semasa, sama ada yang berlaku di negara kita mahupun di negeri kita Pahang yang tercinta ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Tuan Yang di-Pertua menekankan bahawa dalam menghadapi kemelut pandemik COVID-19 yang ada pada masa sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, kita memerlukan kepimpinan yang begitu kuat semangatnya terutama sekali dalam kepimpinan baru yang ada ini untuk kita menyelesaikan masalah yang ada.

Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, rakyat sebenarnya sudah tak tertahan lagi menghadapi tekanan-tekanan yang ada dengan kes kematian yang meningkat, dengan kes yang mencapai 1 juta dan juga dengan adanya kejadian-kejadian bunuh diri, permohonan-permohonan menyelesaikan masalah hutang, masalah tak bayar sewa rumah, semuanya adalah menjadi satu tanggungjawab ataupun perlu difikirkan oleh kepimpinan.

Jadi bagi saya Yang di-Pertua, kita merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kebawah Duli… menyembahkan penghargaan terima kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan juga mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang baru. Sememang kita tahu dalam keadaan yang bermasalah pada masa sekarang ini pemimpin yang hebat macam mana pun belum tahu lagi boleh menyelesaikan kemelut polemik yang berlaku di negara kita.

Kita berdoa, kita berharap dengan kerjasama, sokongan kuat daripada penyokong-penyokong dan juga sokongan kuat kepada semua sekali pemimpin-pemimpin parti yang kita katakan konsep rentas parti itu mudah-mudahan Perdana Menteri kita ini

yang baru ini dari negeri Pahang ini akan dapat menjalankan tugas dengan baik dan saksama.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, hanya pada hari semalamlah kita tengok rombongan Perdana Menteri ramai sangat yang ke Kedah tu, kita takut juga er… apa jadi masalah terutama sekali daripada segi SOP, daripada segi er… lain-lain jawatan ke apa itu kita tidak tau.

Tuan Yang di-Pertua, Di samping itu juga, masalah pusat kita serahkanlah kepada kepimpinan yang baru, mudah-mudahan dengan barisan ataupun bersama-sama agar dapat membentuk Kabinet yang mantap ya, sebab saya dengar 6/9 ni ada pula dah cubaan-cubaan nak ganggu apa ni pemerintahan yang baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, Bagi saya apa yang penting sekali, kita di negeri Pahang ini sangat bertuah kerana pertamanya di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja kita. Kita tengok dalam Titah Ucapan Tuanku jelas melambangkan, membayangkan bahawa pengharapan Tuanku sangatlah besar dan tinggi kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar terutama sekali daripada segi kita menambahkan pendapatan negeri. Sekarang ini memang dah bertambah… pendapatan yang telah apa ni… peruntukan ataupun pendapatan… perolehan Kerajaan Negeri pada tahun lepas.

Kemudian daripada segi ketegasan integriti pun jelas nampak pemerintahan Kerajaan Negeri yang pada masa sekarang ini, jelas bahawa kita di mana-mana yang tegas, kita perlu bertegas kepada rakyat tapi bagi saya… saya juga mengucapkan banyak terima kasih dan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kerana walaupun kita di negeri Pahang pun memang terkesan… terkesan juga yang sangat-sangat akibat daripada pandemik ini, tetapi secara umumnya, rakyat negeri Pahang ini kita tengok aman, tak banyaklah kes-kes kata nak gantung bendera putih, kes bunuh diri pun adalah satu kalau tak silap saya di Pekan, di Kuantan ada satu nak cuba-cuba nak bunuh diri tapi jiran Nampak, sebab apa Tuan Yang di-Pertua? Tak bayar sewa rumah, tuan rumah mendesak.

Jadi itulah sebenarnya antara keresahan-keresahan, kesusahan yang dihadapi, dialami oleh rakyat. Misalannya pada masa sekarang ini kita… wabak. Wabak semakin meningkat, rakyat kalau tak kerja tak dapat makan. Macam mana kita nak selesaikan perkara tersebut? Daripada segi bantuan kita tau Kerajaan dah buat yang terbaik tapi nak sampai pada semua sekali kepada rakyat tu, itu kita tak pasti. Tapi alhamdulillah dengan kerjasama NGO er… kerjasama syarikat-syarikat korporat dan juga adanya tabung-tabung apa… er… tabung-tabung infak di peringkat kampung-kampung, di peringkat masjid. Semuanya meredakan daripada segi keresahan rakyat. Ha, itulah dia keadaan yang ada di negeri Pahang yang tercinta ini.

Saya juga dalam hal ini, menyanjung tinggi di atas usaha-usaha Kerajaan Negeri menambahkan daripada segi membina Perumahan Mampu Milik, jadi kita tahu projek PR1MA akan er… membolehkan 40,000 unit rumah di negeri Pahang akan didirikan, akan, sedang dan telah didirikan ataupun dibina dan juga Projek Makmur ada 25 projek. Di samping itu juga yang terbaharu sekali yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang er… Projek Rumah Rakyat Pahang.

Jadi saya sangat menyanjung er… Projek Perumahan Rakyat Pahang ini kerana dalam projek itulah kita dapat membantu mereka-mereka yang benar-benar kesusahan, tak ada rumah, keluarga ramai jadi kita beri mereka peluang untuk memperolehi rumah sendiri. Saya juga menyeru kepada er… Kerajaan Negeri kalau er… dapat peruntukan yang lebih lagi supaya Projek Rumah Rakyat Pahang itu dapat ditambah atau diperluaskan lagi.

Selain daripada itu Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga er… ingin membawa masalah-masalah yang ada di kawasan saya, tapi sebelum itu kita juga jangan lupa pesanan daripada amanat titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang bahawa dalam setiap perkara sekarang ini kita mesti menitikberatkan konsep ESG. Di samping kita menyediakan projek-projek yang banyak, peluang-peluang pekerjaan yang banyak kita juga kena melestarikan dengan alam sekitarnya dan juga terutama sekali daripada segi er… keindahan flora dan fauna di negeri Pahang ini. Pahang yang terkenal sebagai bank kepada oksigen di Semenanjung Tanah Melayu ini.

Tuan Yang di-Pertua, Er… isu pertama yang saya nak sentuh berkaitan dengan perlombongan bauksit di Bukit Goh, Bukit Kuantan dan juga di daerah Kuantanlah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhomat, Yang Berhomat ada 2 minit lagi. Sila…

Mintak sikit lagi Yang di-Pertua, isu bauksit ini er… mohon supaya pihak kerajaan dapat mempertimbangkan dan juga er… kalau di Bukit Goh itu dan juga di Bukit Kuantan er… bagi peluang kepada peneroka-peneroka itu supaya mereka dapat hak mereka, mereka tuan tanah. Jadi kita tak nak, kata orang masa-masa dulu mereka dapat tulang sahaja, orang lain yang tak tahu menahu jadi kaya-raya. Jadi saya berharap pertimbangan yang saksama juga beri peluang kepada anak-anak peneroka, golongan muda turut bersama dalam perlombongan tersebut.

Di samping itu juga Tuan Yang di-Pertua, Sungai Lembing ini terkenal dengan keindahan alam semula jadi. Baru-baru ini 4 kali banjir. Biasanya banjir sekali, dua kali setahun aja Tuan Yang di-Pertua. Kali ini 4 kali, Sungai Lembing dilanda banjir.

Jadi bila kita naik Bukit Panorama er… ada komplen daripada masyarakat iaitu kawasan bawah sana iaitu di kawasan Bukit Raja dan juga kawasan Bukit Panorama tu gondol akibat daripada aktiviti perlombongan. Jadi keindahan orang nak naik ke Sungai Lembing, ke bukit tersebut menjadi rosak. Jadi saya berharap Tuan Yang di-Pertua, mana-mana aktiviti-aktiviti ataupun kelulusan yang berkaitanlah pembangunan ke, perlombongan kita kena bincangkan dengan teliti dan juga saksama supaya kehijauan itulah, nilai ataupun modal di Sungai Lembing. Kalau hilang kehijauan tu Tuan Yang di-Pertua, nanti esok orang dah mungkin tak datang lagi ke bandar Sungai Lembing.

Tuan Yang di-Pertua, Di samping itu juga, saya juga berharap cadangan Sungai Lembing – Jerantut, walaupun kita tahu ini cadangan apa… peruntukan yang agak besar tapi sebenarnya jalan menyambungkan Sungai Lembing ke Jerantut sebenarnya akan membuka

peluang yang lebih besar lagi pembangunan, terutama sekali untuk pembangunan di Wilayah Jengka.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, er… di kesempatan ini itulah sahaja ucapan saya, saya berdoa kepada Allah dengan naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja kita dan juga kecemerlangan, ketegasan, kesungguhan, kepimpinan di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang kita yang tercinta ini, Pahang akan terus maju. Terima kasih, saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Sungai Lembing. Saya jemput Wakil daripada Beserah, sila.

Bissmilahiramahnirahim. Assalamulaikum WBT, salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberikan keizinan kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian di dalam kita membahaskan Titah Diraja yang telah dilafazkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang semalam semasa merasmikan Persidangan kita.

Saya dikesempatan ini, ingin mengambil ruang menyampaikan salam daripada sahabat saya Tanjung Lumpur, beliau dan keluarga beliau 11 orang kena kuarantin akibat daripada positif COVID-19, jadi kita doakanlah agar segala urusan beliau dipermudahkan dan kita semua rakyat dilindungi oleh Allah SWT.

Tuan Yang di-Pertua, Apa yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang semalam adalah sangat bertepatan dengan suasana yang sedang kita hadapi pada hari ini. Setiap daripada kita tidak boleh lari daripada berdepan dengan suasana pandemik yang begitu asing daripada kita untuk tempoh 2 tahun kebelakangan ini. Pandemik COVID-19 telah banyak merubah cara kita bertindak, cara kita berfikir, juga telah merubah psikososial dan psikologi setiap daripada kita. Tidak ada rakyat yang tidak terkesan daripada pandemik COVID-19 ini. Maka perubahan-perubahan yang berlaku perlu juga diselangi ataupun dituruti dengan cara perubahan kita mengurus dan mengendalikan permasalahan tersebut.

Khasnya di peringkat kita, di peringkat negeri dan pembuat dasar dalam Dewan ini, kita perlu melihat apakah hala tuju, apakah perancangan yang perlu kita sediakan kepada rakyat dan negeri ini, pasca COVID-19 yang kita sendiri pun tak pasti bila akan berakhirnya pandemik ini. Kemungkinan kita akan berkekalan sebegini, hanya dalam ilmu Allah sahaja yang tahu penghujungnya.

Namun kita sebagai yang diberikan amanah oleh Allah SWT untuk mengurus dan mentadbir negeri Pahang ini, perlu ada satu pelan tindakan yang komprehensif dan strategik untuk mengatasi segala perubahan rakyat yang berlaku demi untuk mempastikan kelangsungan kehidupan dapat diteruskan selepas ini dan yang kedua mempastikan bahawa kita mampu melonjakkan balik semangat, psikologi, psikososial dan semua yang telah terkesan selama tempoh 2 tahun kebelakangan ini.

Tuan Yang di-Pertua, Kita melihat perancangan yang ada pada hari ini berjaya dan mampu untuk menyekat penularan COVID-19 dalam masa yang kita jangkakan sehingga akhir tahun ini. Negeri Pahang contohnya, jumlah kes semalam er… kita telah mencatatkan jumlah kes daripada awal penularan COVID sebanyak 38,000 kes dan kes yang aktif sekarang ada 9,700 kes. Mencatatkan jumlah 414 kematian dan kita telah berada dalam Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara dan dimaklumkan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri mengumumkan kita akan masuk Fasa 3 dalam masa yang terdekat.

Namun satu awasan yang peringatan yang saya ingin sampaikan dalam Dewan ini adalah, sebelum kita melangkah kepada fasa yang berikutnya, kita perlu melihat kesiapsiagaan kita dan bagaimana kita menangani penularan ini supaya tidak terus menular selepas ini.

Contohnya er… kadar vaksinasi yang telah diterima oleh rakyat negeri Pahang sehingga semalam kalau ikutkan untuk menerima 1 dan 2 dos yang lengkap dos adalah 42% berdasarkan jumlah populasi dewasa, tapi kalau ikut jumlah populasi penduduk dewasa keseluruhan, ia hanya baru mencapai 30%, dan sekiranya kita ingin membuka lagi sektor-sektor ekonomi dan aktiviti-aktiviti sosial pada fasa yang akan datang dibimbangi vaksinasi tidak mampu untuk nak catch up, dengan izin, untuk nak mencapai tahap sepertimana yang kita harapkan.

Jadi saya mengharapkan pihak Kerajaan Negeri memandang serius tentang perkara ni supaya kita ada vaksin yang cukup. Keutamaan perlu diberikan kepada sektor-sektor yang bakal dibuka. Kepada mereka yang telah mendaftar vaksinasi perlu diberikan keutamaan. Sebahagian daripada rakyat merungut daftar bulan 2 lagi, sekarang pun tak dapat. Minta YB ada kuota, tanya YB punya kuota. Kita mana ada kuota nak… nak… nak bagi vaksin. Menunjukkan kita tidak ada isu rakyat menolak vaksin tapi kita tak cukup vaksin.

Oleh itu, saya mengharapkan ada usaha daripada Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan vaksinasi ini supaya kita boleh buka sektor-sektor yang sepatutnya boleh dibuka dan rakyat boleh kembali menjalankan aktiviti dia. Itu yang pertama.

Yang kedua Yang di-Pertua, kita kena ambil juga dari sudut positif. COVID-19 telah mengubah cara sosial kehidupan kita. Perasan atau tidak kadar jenayah semakin menurun. Dalam tempoh 2 tahun, jenayah berat laporan daripada pihak polis PDRM menyatakan kadar jenayah turun. Bila kita lihat kenapa boleh menurun? Pertama, aktiviti luar rumah selepas pukul 12.00 telah tak boleh. Disko, pub, tempat perjudian perka… tempat-tempat yang… yang perkumpulan dan sebagainya ditutup.

Bermakna Allah bagi warning kepada kita, peringatan kepada kita, kita perlu reset balik cara hidup kita. Dalam tempoh 2 tahun ini, er… kedai judi tutup, kedai arak tutup, kedai-kedai minum sampai pukul 10.00 je. Er… disko, pub ditutup. Kita boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik. Tidak ada isu jenayah berat. Tidak ada orang mabuk, langgar orang dan sebagainya. Maka kita kena ambil peluang ini, Allah bagi peluang untuk kita bertindak daripada pandemik COVID ini. Selepas ini, kita buat satu polisi, Pahang sifar pub, disko, tempat judi dan sebagainya supaya kehidupan…

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Minta laluan. Tuan Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Beserah, benarkan?

Sekejap je.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Bolehkah saya tahu…

Yang di-Pertua (Speaker)

1 minit…1 minit.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Bolehkah saya tahu apa bukti daripada er… YB Beserah bahawa kedai judi, pub dan disko akan menyebabkan jenayah? Apa itu bukti dan kadar jenayah? Sila nyatakan.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Tras. Bukti dia kadar jenayah menurun. Kalau kita tengok statistik yang dibentangkan oleh PDRM, kadar jenayah berat, pecah rumah, mabuk, perkelah… perkelahian er… apa pergaduhan akibat mabuk dan sebagainya semakin menurun peringkat di daerah Kuantan. Saya ada data itu. Itu di daerah Kuantan. Dalam masa yang sama, anak-anak, dia tak boleh keluar, tak boleh lepak kedai. Pukul 10.00 kedai dah tutup. Mak bapa rasa senang, anak-anak ada depan mata di rumah. Ayah pun samalah. Pukul 12.00 dah ada di rumah, kalau tidak kul 3.00 pagi, ngeteh lagi. Ini… ini realiti, kehidupan.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan.

Yang di-Pertua (Speaker)

ADUN Beserah, boleh?

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Sekejap sahaja.

Yang di-Pertua (Speaker)

1 minit sahaja.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya rasa YB Beserah mungkin lupa satu, salah satu faktor penyumbang kepada kadar jenayah yang penting juga iaitu masalah dadah.

Ya, ya saya setuju. Saya setuju. Itu salah satu daripada yang kita perlu lihat dalam konteks yang berbeza masalah dadah ni. Bagi saya, kita sebagai yang membuat dasar dan polisi kena lihat ini secara gambaran yang besar. Kalau sekiranya sebelum ini kita ada masalah sosial, masalah remaja keluar rumah, balik pukul 3.00 pagi… 4.00 pagi, anak-anak muda bersukan, beriadah sampai pukul 12.00 malam lepas tu singgah kedai minum kopi, minum teh pukul 3.00 pagi baru balik. Esok nak pergi kerja. Ini akan memberikan impak atau kesan sosial dan psikologi kepada kita individu.

Jadi dengan adanya COVID ini, positif dia 12.00 malam semua orang duduk rumah, senyap. Anak-anak duduk rumah, ayah duduk rumah, mak duduk rumah. Jadi kekeluargaan jadi lebih baik dan jenayah lain nak mencuba, maka kita dah ada di rumah. Maka ini kita kena lihat kita kena reset cara kita berfikir, bertindak sempena COVID ini. Kita sebagai pembuat dasar, kena ada dasar ini juga. Sebab itu saya kata kita boleh bergerak ke arah sifar pusat judi, arak dan sebagainya.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

YB Beserah, bolehkah saya cadangkan, adakah kamu cadangkan Kerajaan Pahang tutup Genting kerana Genting adalah kasino sana. Adakah kadar jenayah di Genting paling tinggi?

Saya cuba mencadangkan tebut… tersebut sebagai dasar. Kita kena lihat benda ini. Peluang nilah, kita tengok kalau sekarang ni takda judi di Genting, okey je hidup, takda masalah. Ke betul… salah saya cakap ni. Sekarang ni pusat judi tutup di Genting ada masalah ke? Tiada masalah kenapa kita perlu buka? Itu… itu yang kita kena… kena…

Yang Berhormat Yang di-Pertua. [ketawa]

Kena tambah… [ketawa]

Dia begini Yang Berhormat daripada Beserah, bagi kita takda masalah, yang ada masalah belah sana. Terima kasih. [ketawa]

Sebab tu saya kata….

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Tuan Yang di-Pertua.

Sebab tu… maksud… maksud saya…

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Minta laluan…

Itu dah pandang lain macam Yang di-Pertua. Sebab tu saya kata ini peluang untuk kita reset balik kehidupan kita. Tengok balik sebab kita diberikan amanah untuk bawa rakyat ini menuju keberkatan Allah SWT dan walau kita banyak duit takda keberkatan kita akan susah. Jadi nak dapatkan keberkatan mestilah buat sesuatu yang menurut kehendak syariat Allah SWT. Kalau tak berjaya pun kita ada jawapan depan Allah. Kita berusaha untuk buat. Ini yang saya maksudkan. Cuba kita ambil ini positif, usaha, kita reset balik kehidupan kita.

Yang di-Pertua, Saya beralih kepada perkara yang kedua. Titah Kebawah Duli Yang Tu er… Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang semalam, supaya kita melihat bagaimana Kerajaan Negeri mencari sumber baharu. Sumber untuk menarik pelabur. Saya ucap tahniah Kerajaan Negeri telah berjaya membawa pelaburan tahun 2020 sebanyak RM6.8 bilion. Satu usaha yang sangat baik. Namun saya nak sentuh sikit je, usaha yang baik ini perlu diiringi dengan perancangan juga.

Bagaimana kita nak ambil manfaat daripada pelaburan yang besar ini? Apa yang saya nak sampaikan adalah, yang sedang berlaku sekarang bagaimana sumber tenaga manusia yang diperlukan tidak dapat dipenuhi oleh penduduk dan rakyat kita sendiri. Contohnya sebuah syarikat di kawasan perindustrian Gebeng memerlukan tenaga pekerja seramai 3,000 orang, teknikal. Kita bagi senarai er… mereka yang layak dengan degree, teknikal dan sebagainya menghadiri temuduga yang diambil bekerja hanya 10 orang. Cari 3,000 orang, yang dapat diisi 10 orang je. Kenapa? Kerana tidak memenuhi kehendak syarikat tersebut dari segi kemahiran, dari segi pengetahuan dan sebagainya.

Oleh itu, saya mencadangkan Kerajaan Negeri, sebarang pelaburan baharu yang dibawa masuk perlu diiringi dengan perancangan sumber manusia yang diisi oleh rakyat tempatan. Kita ada banyak institusi pengajian. Kita ada Pahang Skills, kita ada UCYP, kita ada KIPSAS. Agensi ini perlu digemblengkan bersama dengan pelabur supaya bila pelabur datang Universiti dan Kolej ini telah menyediakan tenaga-tenaga mahir untuk mengisi keperluan tenaga kerja syarikat yang… yang tersebut.

Akhir sekali Yang di-Pertua, di tempat saya ni ada satu isu besar yang perlukan tindakan segera daripada Kerajaan Negeri iaitu isu tanah. Kita ucap terima kasih Kerajaan Negeri telah menambah er… jumlah Rumah Rakyat Pahang, tahun lepas 2, tahun ini jadi 4 dan sebagainya. Sekurang-kurangnya mengurangkan letih, tak tahu, lelah pakai mask bila bercakap, tercungap.

Tapi yang menjadi masalah sekarang di kawasan saya itu ada beberapa lokaliti kampung yang penduduknya telah duduk situ hampir 40-50 tahun, telah mohon tanah tapi tidak dapat diserahkan atau diberikan milik sampai hari ini, yang memohon pun dah tak ada sebahagiannya. Lebih malang lagi apabila dimaklumkan oleh pemilik tanah itu, Kerajaan Negeri telah serahkan tanah mereka pohon ini, yang mereka duduki ini, kepada anak syarikat Kerajaan Negeri.

Maka ini memberikan satu er… implikasi yang besar kepada penduduk. Bagaimana mereka duduk situ 40 tahun, mohon tak lepas, tak dapat tapi diserahkan kepada

agensi Kerajaan Negeri untuk dimajukan, tetapi tidak diuruskan dengan baik, mereka yang duduk ni. Maka saya mencadangkan kita kena selesaikan, kena bincang dengan semua pemohon ini. Syarikat yang telah diberikan milik tadi, jumpa penduduk yang telah memohon. Bagaimana kita nak selesaikan ni. Mereka dah duduk situ, beranak cucu kat situ dah ni. Ramai, bukan sikit, seluruh kawasan itu telah diserahkan kepada agensi.

Jadi saya minta supaya tindakan segera, penyelesaian tuntas supaya sekurang-kurangnya keprihatinan Kerajaan Negeri untuk beri milik tapak rumah. Kalau kita tak boleh bagi rumah dekat dia, kita bagi tapak rumah. Biar dia buat sendiri, sebab kebanyakan mereka ada rumah dah kat situ. Cuma nak besar tapi tak ada hak milik, tak boleh nak diwariskan dan sebagainya. Jadi saya harap Kerajaan Negeri boleh membantu sebagai pemudah cara, antara agensi Kerajaan Negeri dan pemilik untuk sama-sama berbincang dan selesaikan. Saya rasa itulah yang dapat saya sama-sama sampaikan saya mohon… (tidak jelas)

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Wakil seterusnya daripada Bilut. Sila YB.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat-Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan, salam sejahtera.

Saya merakamkan Ucapan Menjunjung Kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Raja hari semalam. Pertamanya, sejak Februari 2020 wabak COVID-19 mula merebak di Malaysia. Penularan COVID-19 menjadi lebih parah kebelakangan ini dan hal ini mencetuskan panik antara rakyat jelata. Negeri Pahang tidak terkecuali daripada wabak ini dan terdapat kes positif di hampir semua daerah. Lebih-lebih lagi negeri Pahang sekarang diancam oleh Varian Delta. Varian ini paling mudah tersebar dan keadaan kita akan menjadi kritikal sekiranya kes-kes sedemikian tidak ditangani dengan baik.

Yang Berhormat Tuan di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia mejelaskan bahawa banyak kes positif, tiada gejala. Hal ini bermaksud mungkin ramai orang dalam komuniti telah dijangkiti wabak tanpa pengetahuan. Oleh itu, kit ujian kendiri menjadi bahan keperluan keluarga supaya orang ramai berpeluang melakukan ujian saringan COVID-19 sendiri di rumah. Akan tetapi, kit ujian yang terdapat di pasaran berharga tinggi. Sekiranya ahli keluarga banyak, ia merupakan satu perbelanjaan yang membebankan. Saya mencadangkan Kerajaan Negeri boleh memberi subsidi ataupun mengagihkan kit ujian secara percuma kepada keluarga B40 supaya rakyat negeri boleh melakukan ujian dalam rumah dan mengelakkan penghasilan kluster.

Kedua, jumlah kumulatif kes positif telah mencecah lebih daripada 30,000 kes. Manakala kes kematian adalah lebih daripada 400 kes. Rakyat Pahang kehilangan ahli keluarga tersayang kerana jangkitan COVID-19. Apa yang lebih membimbangkan adalah situasi di mana anak-anak kecil kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka. Saya dimaklumkan bahawa terdapat keluarga B40 yang tidak mampu untuk menjelaskan perbelanjaan pengebumian, kos sara hidup pada masa depan akan menjadi cabaran mereka. Kami bertanggungjawab untuk menjaga keluarga yang menghadapi masalah sedemikian.

Saya mencadangkan bahawa kerajaan mendirikan tabung khas untuk menjaga golongan tersebut dan memberi bantuan kewangan kepada mereka untuk jangka masa yang tertentu supaya membantu mereka menghadapi krisis kewangan buat sementara waktu.

Seterusnya sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pengerakan menyeluruh atau full lockdown, dengan izin, pada bulan Jun, kebanyakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah menghadapi kejutan ekonomi besar serta aliran tunai ketat, dan ramai pengusaha terpaksa gulung tikar. Hal ini kerana mereka perlu menanggung kos operasi yang tinggi walaupun tiada pendapatan, malah ramai yang telah menghabiskan simpanan. Penutupan perniagaan adalah satu-satu caranya untuk mengelakkan kerugian yang lebih teruk dan berhutang tinggi.

Penutupan perniagaan bukan sahaja menjejaskan penghidupan pengusaha-pengusaha ini, malah akan mencetuskan domino effect dan krisis ekonomi seperti kadar pengangguran tinggi, penarikan pelaburan dan lain-lain. Ini akan memberikan impak negatif terhadap ekonomi negara buat tempoh yang panjang. Oleh hal yang demikian, saya menyeru agar kerajaan Pahang memberi bantuan kewangan kepada PKS untuk melalui masa yang sukar ini, kerana kelangsungan perniagaan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Er... tadi saya er… bila saya dengar ucapan daripada sahabat saya dari Beserah. Beliau beritahu kepada kami bahawa jika Genting sekarang operasi tidak beberapa bulan pun tak ada effect tetapi saya nak beritahu kepada sahabat saya juga, adakah Yang Berhormat tahu? Dalam tempoh masa ini, dah ramai pekerja-pekerja di Genting ni dah hilang kerja. Bukan sahaja… bukan sahaja mereka tidak ada pendapatan tetapi keluarganya. Beribu-ribu orang hilang kerja dan mereka tidak berpendapatan. Ini akan menjejaskan kehidupan mereka dalam tempoh masa ini.

Boleh… boleh mencelah sikit?

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Okey,sila.

Boleh ya.

Yang di-Pertua, Saya… saya setuju kalau kita tutup tempat tu orang ramai hilang kerja tapi kita tak kata tutup tempat. Kita tutup aktiviti perjudian. Dia boleh cari. Saya rasa usahawan-usahawan besar ni, mereka kreatif, kalau dia tak dapat buat bisnes ni dia akan buat bisnes lain dan sebagainya. Maka bukan dengan kita kata hapuskan judi tu, semua orang tak boleh kerja. Dia boleh cari bisnes lain. Tempat tu okey, tempat menarik boleh jadi benda lain yang boleh kita supaya… yang penting saya kata tadi, kita nak supaya kesan positif COVID ini kita ambil peluang supaya kita tengok balik, semak balik keadaan kehidupan kita.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Okey, terima kasih penjelasan daripada Yang Berhormat Beserah. Er… kerana Genting ini berada di kawasan Bentong ni. Kami telah pun dapat ramai, banyak sangat aduan ataupun cadangan daripada pekerja-pekerja di kasino khususnya, kerana mereka hilang kerja. Mereka dapatkan… mereka… sebelum ni mereka dapat gaji beribu-ribu ringgit er… dalam… bila mereka ada kerja tetapi sekarang satu bakul makanan pun mereka tidak mampu nak bayar. Inilah kesan dia bukan saja-saja cakap tutupkan kasino… tutup sahaja.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Minta laluan.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Okey sila.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Tuan Speaker…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Bolehkah saya nak tanya YB er… YB dari Beserah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat saya ingat… Yang Berhormat tak perlu Yang Berhormat bertanya kepada Beserah. Beliau dah selesai berucap.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Minta mencelah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Elok bertanya kepada YB yang sedang bercakap sekarang ni sedang berhujah.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Di Pahang ada kasino tapi kadar jenayah jika berbanding dengan Kelantan dan Terengganu. Mana negeri yang paling tinggi? Jangan-jangan siap-siap cakap ada kasino dan kadar jenayah akan tinggi, yang ini adalah satu tuduhan yang tak betul.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Minta celah sikit.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Ya, sila.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih kepada YB. Bilut bagi masa. Saya ingat Beserah kena tahu pelancongan yang paling tinggi er… penyumbangan yang paling tinggi…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat… Yang Berhormat... Yang Berhormat Teruntum, saya tidak mahu mengambil masa Bilut oleh kerana Yang Berhormat Beserah telah pun menyampaikan hujah-hujah dia saya kira biarlah pihak kerajaan yang akan menjawab dan mengulas…

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Okey, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jadi saya tidak mahu polemik ini dipanjangkan lagi, elok Yang Berhormat pergi ke fakta…

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Okey gulung-gulung, okey terima kasih Yang Berhormat Tuan yang di-Pertua.

Akhir sekali, industri pelancongan ha… sekarang ini saya sentuh pelanconganlah Genting adalah salah satu er… kawasan pelancongan yang paling er… ramai pelancong mengunjungi. Industri pelancongan adalah sektor ekonomi utama dan sumber pendapatan utama kepada negeri Pahang malah kebanyakan perusahaan bergantung pada industri pelancongan untuk mencari nafkah namun ketika pandemik melanda, perniagaan-perniagaan tersebut telah mengalami kerugian besar. Ini termasuk sektor perhotelan, restoran dan kedai makanan dan pemborongan dan peruncian… peruncitan.

Syarikat-syarikat pelancongan, pemandu pelancong dan mana-mana sektor yang berkaitan tidak melarat menampung perniagaan mereka lagi. Oleh itu, saya mendesak supaya kerajaan mengambil serius terhadap masalah yang dinyatakan tadi. Cadangan saya adalah kerajaan memberi pengecualian cukai pintu dan cukai tanah bagi sektor-sektor ekonomi yang berkaitan dengan industri pelancongan.

Selain itu, sebelum keadaan pandemik COVID-19 bertambah baik kerajaan juga harus membekalkan sumbangan kewangan kepada pengusaha-pengusaha ini supaya kelangsungan kehidupan mereka dapat terjamin buat masa yang kritikal ini. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey baik, terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Wakil dari Semambu.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Dewan, Ketua-ketua Jabatan, salam sejahtera. Terima kasih kerana diberi peluang untuk Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Hari ini saya ingin membawa beberapa isu rakyat yang meliputi aspek kesihatan awam, ekonomi, alam sekitar dan sosial. Memandangkan masa yang diberikan singkat saya akan cuba rumuskan isu-isu tersebut seringkas yang mungkin.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Isu pertama adalah berkenaan dengan kaedah menangani COVID. Kita semua maklum bahawa kadar vaksinasi di Pahang masih lembap. Sehingga 22 Ogos, hanya 60% yang menerima vaksin dos pertama dan 43% untuk kedua-dua dos. Dengan kadar vaksinasi yang perlahan tambahan dengan kawasan Pahang yang luas lama lagi Pahang dapat melayakkan diri untuk memasuki fasa keempat… tiga dan empat.

Saya difahamkan fasa tiga kita bakal er… masuk ya dalam masa terdekat. Er… saya juga sedar bahawa laman web vaksin.pahang.gov.my sudah tidak lagi berfungsi seperti dulu. Segala urusan ataupun er… bila kita click ianya akan ditujukan ke laman Kerajaan Persekutuan. Er… apakah rasional tersebut er… laman itu dibuka sebelum ini dan sekarang tidak lagi aktif?

Saya menggesa kerajaan menggandakan program vaksinasi dengan beberapa langkah. Yang pertama, mengarahkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) supaya beroperasi 7 hari seminggu. Saya dapati terdapat PPV yang hanya beroperasi 5 hari seminggu er… bagi saya masa sekarang masa kritikal kita kalau boleh patutnya mengarahkan supaya ianya beroperasi 7 hari seminggu. Kedua, mengutamakan vaksinasi di pusat bandar dan pusat ekonomi yang mana penduduknya pesat dan kadar jangkitannya tinggi. Ketiga, memperbanyakkan trak vaksin bergerak untuk kawasan luar bandar sebab Pahang adalah sebuah negeri yang kawasannya luas dan keempat menaikkan kadar pendaftaran dengan segera.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya yakin…

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Boleh saya mencelah? Saya takut nanti penggulungan saya tidak dapat menjelaskan…

Yang di-Pertua (Speaker)

1 minit ya YB.

Saya percaya jawapan ini boleh juga memberikan kefahaman yang pastinya sebahagian besar dewan kita tertanya-tanya er… saranan Yang Berhormat, nombor dua ini tadi meningkatkan vaksinasi di dalam kawasan-kawasan berpendudukan tinggi penempatan yang tinggi kawasan-kawasan bandar itulah juga sebenarnya er… Yang Berhormat, dua strategi yang telah dijalankan oleh er… JKJAV ataupun Jawatankuasa

Jaminan Akses Vaksin yang diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan er… di bawah MOSTI jadi masalah yang kita hadapi hari ini er…

Yang Hormat Dato’ Sri di-Pertua, Bagi pihak Kerajaan Negeri kita membantu sepenuhnya usaha-usaha untuk memvaksinasikan seramai mungkin rakyat di negeri Pahang ini dan kapasiti untuk kita memvaksinkan er… rakyat negeri Pahang ini, sebenarnya kita boleh vaksinkan sehingga 32,000 sehari dengan menggunakan 175 pusat vaksinasi. Jadi isunya adalah bukan soal pusat vaksinasi, isunya bukanlah soal er… vaccinator ataupun misi yang nak mencucuk itu.

Isu yang sebenarnya adalah kita menerima kekurangan vaksin berbanding dengan er… Lembah Klang sepertimana Yang Berhormat fikirkan itu, itulah sebenarnya telah difikirkan oleh Persekutuan. Jadi sebahagian besar vaksin kita telah diperuntukkan pada Lembah Klang. Jadi alhamdullilah er… saya fikir sebahagian besar kita dah dengar pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang baru, kerajaan telah pun berjaya membeli sebanyak 6 juta dos vaksin. Jadi saya percaya ini pastinya dapat membantu kita untuk menyegerakan proses vaksinasi di negeri Pahang. Jadi secara umumnya kita tidak ada masalah yang besar kecuali kelewatan ketibaan vaksin daripada Kerajaan Persekutuan. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey YB, sila teruskan.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Terima kasih, er… memandangkan terdapat pusat-pusat PPV di Lembah Klang pun mula ditutup saya yakin kita dapat gandakan usaha er… vaksinasi di Pahang dan saya yakin Kerajaan Negeri di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar mempunyai iltizam dan mampu melaksanakan cadangan tersebut er… apatah lagi sekarang Perdana Menteri baru juga datang dari Pahang jadi di situ ada kemahuan di situ ada jalan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya ingin memaklumkan bahawa keadaaan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 PKRC Gambang dan KUIPSAS mengecewakan sekali. Aduan pesakit-pesakit kepada saya termasuk tandas tidak cukup sehingga puluhan orang terpaksa kongsikan satu tandas. Katil yang diaturkan adalah katil bertingkat dan memudahkan jangkitan berkelompok.

Terdapat insiden sampah tidak dikutip dan tahap kebersihan amat kurang memuaskan. Walaupun PKRC digunakan untuk menempatkan pesakit berisiko rendah namun saya berasa standard asas perlu dijaga dan dicapai lebih-lebih lagi ianya melibatkan ratusan jika tidak ribuan rakyat dan pesakit setiap hari. Pohon pihak kerajaan mengambil perhatian atas perkara ini. Isu kedua tentang kelestarian ekonomi rakyat.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mendapati bahawa homestay yang dibenarkan beroperasi dalam fasa kedua, tidak dapat kelulusan untuk menjalankan perniagaan mereka. Contohnya di Kuantan, MBK dan MOTAC saling menuding jari. Puas pengusaha-pengusaha mencari jalan keluar tetapi tiada penyelesaian sehingga hari ini. Saya berharap bahawa pihak kerajaan dapat mengambil berat tentang isu tersebut.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Pada 16 Julai, Kerajaan Negeri menetapkan potongan 50% sewa bulanan bagi premis-premis milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Pahang selama 4 bulan. Ini satu inisiatif yang baik yang dapat mengurangkan beban penjaja-penjaja kecil yang sudah jatuh ditimpa tangga. Walau bagaimanapun, saya mendapati gerai-gerai yang disewakan oleh Koperasi Kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan ataupun KOSPEK tidak memberikan sebarang diskaun kepada penyewa premis-premis mereka.

Walaupun kebanyakan penjaja sedang mengalami kerugian, mereka tetap dikenakan bayaran sewa sebanyak RM500.00 sebulan. Sewajarnya koperasi-koperasi yang ada hubung kait dengan kerajaan sama bertimbang rasa dan mengikuti jejak langkah Kerajaan Negeri, memandangkan pelbagai kemudahan telah diberikan untuk membantu kemajuan koperasi-koperasi tersebut. Maka saya ingin meminta supaya Exco Kerajaan Tempatan mengambil perhatian terhadap isu ini.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya juga ingin menyanjung tinggi titah Pemangku Raja agar semua pihak untuk mengamalkan prinsip ESG di Pahang. Pemangku Raja juga bertitah bahawa pembangunan maju dan serba moden bukanlah alasan kita untuk mengabaikan alam sekitar dan melakukan kemusnahan sesuka hati. Matlamat tidak sesekali menghalalkan cara.

Maka atas semangat ini saya ingin merujuk kepada satu projek melombong nadir bumi ataupun rare earth di Hutan Simpanan Kekal Hulu Jelai. Sepertimana yang dinyatakan dalam surat Pejabat Tanah dan Galian bertarikh 30 November 2020 kepada penggerak projek. Pelaksanaan projek perlu melibatkan penyahwartaan 660 hektar tapak lombong dari rizab Hutan Simpanan Kekal. Persoalannya, kenapakah PTG memberikan kelulusan kepada projek ini pada masa bila lokasi perlombongan jelas masih dikategorikan sebagai Hutan Simpanan Kekal dalam pelan Rancangan Tempatan Daerah Kuala Lipis?

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Perlombongan nadir bumi merupakan aktiviti yang baru di Malaysia dan teknologi in-situ leaching dari China ini ingin digunakan oleh penggerak projek, tidak pernah diguna pakai sebelum ini untuk perlombongan di Malaysia. Mengambil prinsip ESG, adakah Kerajaan Negeri telah membuat kajian bebas risiko pencemaran perlombongan ini kepada komuniti terdekat iaitu Kampung Orang Asli Pos Lanai dan juga rakyat Pahang keseluruhannya? Tapak lombong dipercayai akan mencemari Sungai Pahang yang menjadi sumber air minuman untuk warga Pahang.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Isu terakhir adalah berkenaan dengan pembukaan ruang sosial khususnya bagi rakan-rakan umat Islam saya. Untuk makluman Dato’ Sri Yang di-Pertua, umat Islam dewasa di negeri Pahang tidak dapat bersolat Jumaat sudah lebih daripada tiga kali berturut-turut bahkan ada yang sudah berbulan-bulan lamanya akibat PKP dan juga penguatkuasaan SOP yang telah menghadkan jumlah jemaah yang sedikit di masjid. Ramai mengeluh dan kurang senang dengan perkara ini yang sudah berlanjutan begitu lama sehingga sekarang.

Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri lakukan untuk mencari jalan keluar membantu umat Islam di Pahang supaya dapat memastikan majoriti umat Islam dewasa tidak tercicir ataupun ketinggalan daripada menunaikan Solat Jumaat mereka? Contohnya seperti mendapatkan fatwa-fatwa ataupun hukum-hukum daripada ulama-ulama muktabar untuk melaksanakan Solat Jumaat dua kali di masjid,

ataupun bolehkah surau-surau yang berkapasiti lebih 40 orang diberi kebenaran kegunaan untuk melaksanakan Solat Jumaat sepertimana yang telah diamalkan di beberapa negara luar sewaktu keadaan darurat akibat pandemik COVID.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya bukan orang Islam tetapi lebih 60% penduduk saya di kawasan Semambu adalah orang Islam. Maka menjadi tanggungjawab saya untuk membawa pandangan serta memikirkan penyelesaian bersama-sama. Akhirnya, saya bersyukur dapat bertemu dengan semua Ahli-ahli Dewan dan Ketua-ketua Jabatan di sini. COVID telah mengubah cara kita berjumpa dan berkomunikasi tetapi saya yakin hubungan kita akan lebih dihargai walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran ekoran situasi COVID.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Bersama dengan usaha semua pihak telah pun berjaya mengaturkan Sidang DUN kali ini. Syabas saya ucapkan kepada semua kakitangan yang terlibat. COVID melanda seluruh dunia, perniagaan ditutup rakyat menderita, biarpun Kerajaan BN, Kerajaan PN, bantu rakyat sekarang juga. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Semambu. Saya jemput Wakil daripada Pulau Manis. Sila.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberikan keizinan kepada saya untuk sama-sama membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun. Patik menjunjung kasih di atas Keberangkatan Kebawah Duli Tuanku Yang Maha Mulia mencemar duli bagi merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Yang Ke-14 pada 23 Ogos, semalam bersamaan dengan 14 Muharam 1443 Hijrah di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang. Ampun Tuanku.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Pertamanya di Dewan Yang Mulia ini, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Ismail Sabri bin Yaakob melalui kebijaksanaan Kebawah Duli Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara telah memperkenankan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri Yang Ke-9. Mudah-mudahan Perdana Menteri akan diberikan petunjuk dan hidayat dari Allah untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan serta dapat menyelesaikan kemelut negara yang berlaku ketika ini.

Dato’ Sri… boleh saya… bukak ni? Kerana macam lemaslah rasa… macam rasa lemas.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bolehlah kalau lemas, bukalah.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Tebal… tebal sangat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau dah rasa lemas elok bukak, kang lain pula jadinya kan… [ketawa]

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jadi, saya benarkanlah.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Pertamanya kita kena merakamkan syukur kepada Allah SWT kerana pada hari ini kita dapat bersama-sama bermesyuarat, berbahas dan berbincang di dalam Dewan Yang Mulia ini, walaupun kita telah diminta untuk mematuhi berbagai-bagai SOP disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara kita ini. Kita tak tahu bila masanya COVID-19 ni akan akan berakhir sama ada tahun depan akan berakhir ataupun 5 tahun lagi baru berakhir. Kita tak tahu, hanya Allah SWT sahaja yang tahu tapi walau bagaimanapun…

Walau bagaimanapun dengan kepatuhan kita kepada SOP yang telah ditetapkan kepada kita, mudah-mudahan kita semua akan terhindar daripada COVID-19 ini. Walaupun waktu kita hadir tadi, kita diberitahu bahawa swab test yang telah dilakukan pada 22 hari bulan yang lalu akan berakhir hayatnya pada malam ini. Besok kena buat sendiri pulak, ada dah dibekalkan dalam kotak ni. Kita belajarlah malam ni kat rumah macam mana nak buat. Jadi, mudah-mudahan itu semua adalah untuk kebaikan kita.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Pertama sekali, saya ingin merakamkan di Dewan Yang Mulia ini kepada Kerajaan Pahang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita… iaitu Dato’ Sri Utama Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang telah dari awal-awal lagi dari permulaan berlakunya COVID ini lagi telah pun mengambil langkah-langkah yang proaktif seperti yang disebutkan oleh Exco kita tadi.

Iaitu pihak kerajaan yang menyatakan apa sahaja jenama yang disebut sama ada daripada yang terkesan daripada pendapatan hilang, orang meniaga, ibu tunggal, keluarga miskin, nelayan, pemandu teksi, pemandu Grab, peniaga kantin sekolah telah disalurkan bantuan daripada PKP 1, 2 dan 3 dan kemudian saya sendiri pun terkejut juga dengan sahabat saya daripada Triang apabila tiba-tiba bangun mencelah menyatakan tidak ada pulak untuk… untuk ibu tunggal warga asing.

Jadi, pada saya benda ni kecik sangat, tak perlulah benda macam tu pun dibawa dalam dewan ini. Warga asing… kalau ada ibu tunggal warga asing dalam kawasan kita, bantu sendiri. Setakat RM50.00 ke RM100.00 bagi 1 bakul yang kita bekalkan takda masalah ha. Saya sendiri pun…

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan… Minta laluan.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Saya sendiri pun Dato’ Yang di-Pertua ya… daripada Thailand...

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat…

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Orang luar…

Yang di-Pertua (Speaker)

YB Pulau Manis, sekejap.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

… daripada Indon… orang luar… datang mengadu hal.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bertenang Yang Berhormat, saya nak bercakap ni.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kalau Speaker bercakap, dia pun nak bercakap juga… duduk dulu, duduk dulu. Dia, Triang minta laluan, benar ke tidak?

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Saya… masa sikit sangat, ayat… bercerita banyak… jadi minta maaflah Triang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, teruskan.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Satu perkataan, satu line sahaja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak bagi Yang Berhormat.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Tak boleh, saya… masa tak banyak sangat. Jadi, sekarang ni saya bersyukur kerana bukan itu sahaja kita juga mengambil inisiatif tiap-tiap hari ada sahaja senarai baru orang yang terlibat dengan kes kuarantin. Ha, ni pun kita kena bantu juga. Hari pertama kita kata sabarlah takkan hari pertama pun beras dah habis. Hari kedua pun kita kata sabarlah tapi bila sampai tiga hari kita terpaksa hantar terpaksa pergi sama ada kita dapat hadir sendiri ataupun wakil kita akan pergi menghantar bekalan di pintu pagar. Memang takut, bukan kata kita berani sangat jangan sebut berani bahaya jadi kita hadir dan menyelesaikan masalah tersebut. Tiap-tiap hari sentiasa ada kes baru yang berlaku di dalam kawasan di mana-mana saja sama ada di Pahang ataupun di negara kita Malaysia.

Jadi Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya teringatlah kepada motto yang dibawa oleh ADUN Jelai sekarang ni dah jadi MB iaitu dia mengatakan “Tiada Janji, Lihat Bukti”. Ha, yang ni kita nak buat, ini yang kita sedang laksanakan. Ha, inilah kepentingan kita sebagai Wakil Rakyat jangan setiap perkara kita minta kerajaan hantar. Ha, ini untuk kluster Ibu Tunggal bukan warganegara, tak ada. Kita sendiri ada pemikiran bagaimana nak selesaikan masalah tu. Ha, tu dia satu.

Yang kedua, saya juga er… terperasan tadi rakan saya, sahabat saya dia baik dengan saya walaupun dia belah sana tapi dia baik dengan saya, ADUN Semambu. Dia baru mencadangkan supaya buat itu, buat ini tentang vaksin. Saya nak beri tahu sebenarnya kami di Pekan ya dan di Kuantan ini kami dah buat benda yang dicadangkan tu tadi.

Maksudnya, apabila kita cadangkan supaya vaksinasi ini dilakukan di peringkat kampung jadi kita dah bawa KKM pergi. Saya mengambil contoh di Sri Makmur… Sri Makmur. Saya ni susah sikit Pulau Manis ni kerana Pulau Manis ni ada tiga daerah. Ada kawasan Maran, ada kawasan Kuantan dan yang lain tu kawasan Pekanlah.

Jadi di Sri Makmur, Maran… kawasan Maran, KKM Maran datang yang pertama kali menyelesaikan masalah suntikan pertama. Selesai masalah 600 orang boleh suntik. Tinggal dua keluarga je, dua keluarga sahaja yang memang mengaku tidak mahu suntik. Ha, jadi dua kali datang. Kemudian di belah Pekan pulak kami buat di IKBN. Pihak KKM mencabar boleh tak kumpul 800 orang ha, tengok kami boleh buat bergabung dengan DUN Bebar, bergabung dengan DUN Chini beribu orang datang ke IKBN Paloh Hinai. Jadi maknanya KKM telah masuk kawasan, masuk kampung tak perlu turun ke bandar begitu juga dengan kawasan lain seperti di apa ni Jaya Gading. Di Jaya Gading tu kita…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, saya nak ingatkan sahaja Yang Berhormat ada dua minit lagi. Ha, itu sahaja. Takut Yang Berhormat tak terpandang ke atas sana, elok…

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Jadi Dato’ Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya apa yang telah kita laksanakan ini sebenarnya semuanya untuk kebaikan rakyat. Jadi kalau saya cerita pasal vaksin ni panjang lagi. Tapi saya nak masuk hal kawasan saya sikitlah. Ini berkenaan dengan air. Air ni memang sebenarnya sentiasa berlaku dan tak pernah tinggal. Saya mula-mula malas nak cakap, tapi saya rasa saya perlu bercakap sebab

sahabat saya CEO pun ada jadi mudah-mudahan dia dengar luahan daripada Wakil Rakyat kawasan dapat selesailah.

Masalah air ini di Sri Makmur berlaku kerana paipnya pecah akibat jalan runtuh. Jalan runtuh kerana air hujan sekarang ni tak menentu lebatnya. Ha, itu yang berlaku dekat Yan tu. Kepala airnya langgar sampai orang pun dia bawak lari. Jadi yang di kawasan Lata Mentagan ni pun begitu juga. Air yang terjun daripada atas bukit terjah kepada jalan menyebabkan jalan pecah dan berlubang. Maka sekarang ni daripada satu lubang dah jadi tiga lubang. Tiga lubang tu tadi di celah lubang tu ada paip air. Paip air ni tadi bergantung kepada jalan kerana dia ikut jalan nak disalurkan ke Sri Makmur.

Jadi apabila nak bela paip air kena bela jalan dulu. Jadi berbalah, siapa yang kena buat. Jadi untuk makluman kita dah buat penyelesaian. Saya terima kasih kepada Pegawai Daerah Pekan dia cantumkan er… bersama-sama JKR dan juga PAIP dan berbincang bagaimana penyelesaiannya. Jadi akhirnya penyelesaiannya dah fikir dah tapi masalah sekarang ni ialah kewangan, kewangan untuk selesaikan masalah tersebut. Ha, itu yang berlaku di Sri Makmur Dato’ di-Pertua, tapi satu lagi masalah air ialah berlaku di bandar Pekan. Kita dah ada loji air baru iaitu Loji Air Ganchong yang dibekalkan ke Pekan sama ada ke Kuala Pahang, ke bandar Pekan ataupun ke Sungai Miang.

Tetapi saya zaman dahulu zaman saya budak-budak dulu ya berada di Pekan yang bekalkan air di Pekan ni terdiri daripada Loji Air Seberang Peramu, Loji Air Pelangkah, Loji Air Sekor tetapi sekarang ni dengan bertambah satu lagi loji air yang lebih power tetapi air pulak berlaku tak ada dekat Pekan. Ha, jadi saya berharaplah sama ada ECER ke ataupun sesiapa yang mengetahui keadaan ini supaya boleh selesaikan masalah ini.

Dan yang terakhirnya Dato’ Yang di-Pertua, seperti kawan-kawan juga sebut tadi kita nak menjana semula ekonomi tapi kalaulah ekonomi kita terutama di Pahang bergantung sangat kepada sawit yang diusahakan oleh FELDA ataupun diusahakan oleh FELCRA. Tapi bagaimana nak … kita nak dapat hasil yang banyak kalau saya ambik contoh di ladang Kampung Mencupu 1,000 ekar… 1,000 ekar ladang buah tengah molek, harga tengah naik tapi pekerja ada tiga orang je. Ha, memang [ketawa] ya orang kata tak tahulah macam mana dia boleh buat.

Jadi sekarang ni kita selesaikan masalah tu. Masalahnya ialah kita selesaikan pekerja yang selama ini dulu ada waktu tak ada COVID dulu sekarang ni bila ada COVID pekerjanya tak ada. Kenapa? Ke mana pergi? Ha… yang ni kita selesaikan. Mudah-mudahan dengan kita dapat mencari jalan penyelesaian tersebut ha… kita dapat menjana sedikit pertambahan ekonomi hasil daripada sawit untuk negara kita di Pahang ni dan yang terakhir saya ha ni akhir betul-betul dah ni ya saya er… ingin apa ni berpantun Dato’ Yang di-Pertua. Sebab tahun lepas berpantun sekarang ni saya nak balas pantun tu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bagilah pantun tu.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Pantun saya yang pertama sekali ya.

Zapin Pekan nama diberi,

Langkah di atur penuh gemalai;

Budi Tuanku tidak terperi,

Kasih rakyat takkan terlerai.

Dan yang terakhir pantunnya ialah,

Orang berdagang pergi berempat,

Singgah sebentar membeli damar;

Raja bijaksana raja berdaulat,

Simbol suci jangan dicemar.

Ha… inilah peringatannya, janganlah sekali-kali kita cemarkan simbol keagongan negara kita Malaysia. Kita bergantung kepada ya, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Jadi apa yang berlaku kita dah hantar SD, kita dah hantar sumpah ha jadi kita kena taat. Ha… ni dia. Ha Dato’ Sri Yang di-Pertua. Jadi Titah Tuanku supaya kita bersama-sama, bersama-sama berganding bahu, bersama-sama kita bermuafakat tanpa mengira parti ya maka sama-samalah kita berpakat pada dua tiga hari ni untuk mencadangkan kepada Dato’ Sri MB kepada Kerajaan Pahang bagaimana penyelesaian yang terbaik yang dapat kita laksanakan untuk rakyat Pahang. Itu saja ucapan saya. Sekian, wabillahitaufik walhidayah Assalamualaikum WBT [Ahli Dewan menepuk meja]. Pulau Manis mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Daun serai daun selasih, Sila duduk terima kasih.

Baik kita pergi kepada wakil berikutnya saya menjemput ADUN daripada Padang Tengku. Masa yang sama ya Yang Berhormat. 10 ke 12 minit.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Assalamualaikum WBT. (Bahasa Arab). Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menjunjung kasih di atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja yang telah dilafazkan semalam di mana di antara penekanan beliau harus mencari garis panduan kita inilah masanya untuk kita, ini bukan masanya untuk kita berebut kuasa, ini bukan masanya untuk kita bersengketa, ini bukan masanya untuk berbicara tetapi tak buat apa-apa, tetapi inilah masanya untuk kita semua bersama-sama demi negara, negeri dan rakyat.

Jadi di atas Titah ini marilah kita sama-sama menyahutnya supaya kita wujudkan Dewan kita dan negeri kita sebagai sebuah negara, negeri yang aman damai yang kita berpadu bersama-sama melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada kita. Di samping itu, saya juga mewakili seluruh warga Padang Tengku ingin menyatakan dan memberikan penghargaan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang telah dipilih menjadi Perdana Menteri Yang Ke-9 dan sesungguhnya ini merupakan satu penghargaan kepada negeri Pahang khususnya. Kita Ketua Negara orang Pahang, Ketua Kerajaan orang Pahang.

Dan seharusnya tuan-tuan, puan-puan kita juga melihat ini sebagai satu peluang dan ruang untuk kita membangunkan negeri Pahang dan juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada UMNO dan juga Barisan Nasional yang kembali semula mengetuai Putrajaya yang sebelum ini, selama lebih kurang 3 tahun ini kita hanya sekadar di pinggiran saja.

Dan kita harapkan bahawa peluang dan ruang ini, peluang yang telah diberikan oleh Allah SWT er… sekali lagi kepada kita ini dapat kita gunakan sepenuhnya dan ini hanya dapat dilaksanakan, jika kita semua bekerjasama, jika kita semua sama-sama berpadu dan insya-Allah, Allah akan bersama orang-orang, rakyat-rakyat, hamba-hamba yang bersatu-padu.

Dan kita lihat dalam contoh kerja bersama ini, negeri Pahang telah menunjukkan satu er… contoh model yang cukup baik di mana di bawah pemerintahan er… ketuaan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Rosdy, kita melihat bahawa Pahang ini aman, tak macam berlaku di Pusat dan keamanan inilah yang harus kita contohkan dan harus menjadi ikutan kepada kita dan harus kita banggakan.

Kita tak dapat ataupun tak dapat nafikan sumbangan yang telah diberikan dengan kerjasama di antara dua pihak macam dalam kita ni walaupun kita ada BN, kita ada PAS, kita ada DAP, kita tak jadi macam dititahkan oleh er… Tuanku Sultan Johor umpamanya dah diberi peringatan awal-awal jangan jadi Dewan beruk, jangan jadi sangkar beruk tetapi di Dewan Negeri Pahang ini, saya tengok hubungan yang begitu mesra dan kita mempunyai idea yang cukup bernas dan akhirnya kita dapat membangunkan negeri Pahang dalam tempoh yang tiga tahun ini telah membuktikan bahawa kita menuju ke arah yang cukup baik.

Justeru itu, banyak program-program, banyak aktiviti-aktiviti yang kita laksanakan. Dalam kes COVID ini, kita tak boleh nafikan sumbangan diberikan oleh negeri Pahang. Saya nak beri contoh, tadi kita sebut macam-macam yang kita dah berikan. Di sebelah rumah saya, ada seorang ibu tunggal. Ibu tunggal saya kira-kira dia ni dapat sumbangan COVID saja, bakul makan tu sebanyak 8 kali. Ini untuk COVID yang fasa ataupun PKP yang ketiga ni. Sebab kita mula sebelum er… sebelum hari raya. Selepas hari raya tu, er… dia ni menghadapi masalah apa nama ni, er… CC1. Jadi dapat… kena CC1, Kerajaan Negeri dah hantar dah barang, gambar MB terpampang.

Bagi satu barang makanan dengan duit RM50.00. Kemudian Wakil Rakyat hantar, Ahli Parlimen hantar, DUN hantar, kemudian dia ni ibu tunggal, ibu tunggal dapat pulak ibu tunggal. Kemudian JKK bagi, yang er… tiap-tiap JKK dapat aper ni tu… dia bagikan juga, hah… dah dapat lagi, gambar MB juga, ibu tunggal gambar MB juga. Lepas tu dapat pulak kerana dia isteri kepada bekas tentera, dapat bekas tentera pulak.

Maknanya dia sorang je tuan-tuan, 8 kali, 4 daripadanya datang direct daripada sumber yang dihasilkan oleh Kerajaan Negeri Pahang, gambar terpampang potret gambar MB kita. Iaitu er… apa nama yang disebutkan oleh Pulau Manis tadi, apa nama ni… lihat bukti… apa… tiada janji, lihat bukti. Tapi lelah sungguh ya pakai benda ni, saya mintak bukak jugaklah.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Satu program yang saya kira cukup baik yang harus kita… kita puji ialah langkah Yang Amat Berhormat ataupun Kerajaan Negeri Pahang mengadakan satu majlis, menubuhkan satu majlis yang dikenali sebagai tindakan sosial… Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP).

Dan kita lihat, ini merupakan satu kejayaan yang berjaya menyungkil bakat-bakat dan juga daya kepimpinan anak-anak muda khususnya dalam aktiviti kesukarelaan dan juga pembangunan modal insan. MTSP ini jugak sangat berkesan membantu masyarakat dan jentera kerajaan bersama-sama Jentera Kerajaan Negeri dalam penglibatan mereka ketika dilanda banjir dan juga er… di sewaktu pandemik ini.

Dan saya secara khususnya kagum melihat usaha-usaha yang dilakukan oleh sukarelawan MTSP ini, sebagai apa nama menguruskan pusat-pusat vaksin. Di tempat-tempat saya memang nampak peranan mereka begitu terasa, peranan mereka begitu menyerlah bersama-sama dengan apa dan apa nama pasukan-pasukan atau team-team yang lain.

Dan satu perkara yang cukup menarik yang apa nama ni, mereka ni terlibat secara langsung dalam selain daripada tolong di pusat vaksin, mereka juga menjalankan kempen-kempen. Sebab satu ketika dulu, kita difahamkan negeri Pahang ni di antara yang terendah dari segi pendaftaran er… vaksin ini tetapi usaha, penggemblengan yang dibuat oleh kumpulan sukarelawan ini telah membuktikan mereka telah menjalankan aktiviti yang cukup hebat, cukup baik di mana jumlah itu meningkat dengan begitu mendadak.

Dan ada di tempat-tempat saya umpamanya, kumpulan-kumpulan yang er… pada mulanya menolak vaksin terutamanya er… kumpulan-kumpulan warga emas, kumpulan-kumpulan pemuda-pemuda. Orang-orang muda ini dia tunggu. Dia tunggu dan lihat dan akhirnya tuan-tuan dengan berkat daripada usaha dilakukan oleh kumpulan sukarelawan MTSP ini telah membuktikan bahawa mereka sebenarnya berjaya menarik sokongan ataupun menarik orang-orang yang selama ini menolak, bersama-sama untuk vaksin.

Justeru itu, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Pahang mengiktiraf kumpulan-kumpulan ini terutamanya dengan mungkin kita mengeluarkan sijil, surat-surat penghargaan. Mereka ini kebanyakannya merupakan orang-orang sedang menunggu untuk melanjutkan pelajaran. Kemudahan-kemudahan diberikan, keutamaan untuk menikmati kemudahan-kemudahan er… dari segi pembiayaan pembelajaran dan juga kalau ada peluang dan peluang diberikan juga mereka er… peluang-peluang er… menjawat jawatan-jawatan yang jika ada kekosongan dalam jawatan-jawatan, jabatan-jabatan Kerajaan Negeri ataupun agensi-agensi Kerajaan Negeri.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Izinkan saya menyentuh isu yang mungkin berkait sikit er… dengan masyarakat ini. Pertama ialah saya nak mencadangkan Kerajaan Negeri er… mewujudkan satu enakmen ataupun lain-lain langkah sebagai punca kuasa bagi meletakkan PIBG, Sekolah Menengah Agama yang selama ini er… ada yang daftar dengan apa nama ROS, pendaftar pertubuhan, ada yang sebenarnya bersendiri-sendiri.

Daripada 18 buah Sekolah Menengah Agama, PIBG sebenarnya 6 daripadanya tak daftar pun dengan ROS. Saya boleh dapat er… yang tidak berdaftar ini. Sekolah Menengah Agama Al-Basriah Jerantut, Sekolah Menengah Agama Bukit Muadzam er… Bukit Az… Bukit Ibam. Minta maaf ya, Bukit Ibam, Sekolah Menengah Agama Al-Attas Pekan, Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan Kuantan, Kulliah As-Sultan Abu Bakar Pekan, Sekolah Menengah Agama Rompin.

Jadi sekolah ini tak daftar pun, tapi sekolah-sekolah yang lain, 12 lagi daftar. Saya nampak macam ada satu kecelaruan di sini. Justeru itu, saya dah bangkitkan perkara ini kepada Pengarah er… JAIP dua tahun yang lepas tapi kita tak nampak lagi perkembangannya. Apa yang saya mintak supaya kita keluar je daripada ROS, kita buat macam Jabatan Pendidikan di mana PIBG di er… apa selaraskan oleh Jabatan Pendidikan.

Selama ini pun tuan-tuan, sedara-sedara, sahabat-sahabat saya, kita di Sekolah Agama ni, saya kebetulan pengerusi PIBG. Kita menggunakan er… apa nama ni, perlembagaan yang PIBG yang dibuat oleh Jabatan Pendidikan. Kita ikut cara pendidikan dah, tiba-tiba kami, kebanyakan Pengerusi-pengerusi PIBG ditegur oleh ROS.

Mula surat kuning, kemudian dapat surat merah yang menyatakan berlaku er… tidak penyelarasan tidak berlaku apa er… penyelarasan di antara perlembagaan dengan apa yang dibuat oleh pentadbiran PIBG kerana kita menggunakan garis panduan yang dibekalkan oleh… yang kita guna sama dengan Jabatan Pendidikan sedangkan er… kita mempunyai perlembagaan yang berbeza.

Di antara benda yang ditegur ialah keahlian. Ahlinya kalau ikut senarai PIBG, dia ikut senarai mula didaftar dulu, sebab kita ingat secara automatik je tiap-tiap tahun ahli akan bertukar mengikut er… murid dan jugak pelajar semasa tetapi dia kata, hah… ini ahli tak sama dengan apa nama ni yang kita buat sekarang.

Justeru itu, saya nak mencadangkan supaya Jabatan Agama Islam er… membuat satu enakmen atau Kerajaan Negeri Pahang membuat satu enakmen untuk menyelaraskan PIBG ini supaya jabatan dapat mengawal hala tuju dan menentukan arah tujuan yang bersesuaian dengan kehendak dan apa nama jabatan, matlamat jabatan itu sendiri.

Dan yang seterusnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya juga nak minta supaya lihat sikit ataupun wujudkan program atau lihat er... tentang masalah orang-orang Bateq. Orang-orang Islam suku Bateq, di tempat saya Orang Asli suku Bateq Bechah Kelubi yang beragama Islam sejak daripada kira-kira 20, kira-kira 28 tahun yang lalu, maknanya tahun 1979 dah memeluk agama Islam dan mereka dari segi umurnya, ada lebih daripada 70 orang yang berumur 80... 18 tahun ke atas berugama Islam, tapi dari segi penghayatan mereka, mereka ini semakin jauh pada Islam dan ada kumpulan-kumpulan yang datang menghasut, NGO-NGO yang datang menghasut mereka untuk mereka meninggalkan Islam.

Justeru itu, saya mohon mencadangkan beberapa langkah diambil. Pertama ialah memohon MUIP dan JAIP mengadakan program dakwah secara berterusan dan tersusun berkaitan dengan fardhu ain dan perkara-perkara asas dalam Islam, mengimarahkan surau yang sedia ada.

Yang ke-2, NGO yang berasaskan kepada kecintaan terhadap alam sekitar perlu dikenal pasti bagi menerapkan kefahaman Islam secara halus dan santai bagi membantu MUIP dan JAIP dalam usaha dakwah ini.

Yang ke-3, menetapkan seorang penggerak masyarakat yang benar-benar berwibawa yang dapat memenangi hati Orang Asli ini secara tetap, bukannya datang sekali sekala.

Yang ke-4, memohon JAIP membina sebuah rumah yang sesuai bagi penggerak masyarakat atau pendakwah tinggal dan bergaul dengan masyarakat setempat.

Yang ke-5, kepimpinan kampung berjiran seperti JKK, Tok Gunung dan kampung-kampung yang berhampiran perlulah er... perlulah lebih proaktif untuk mendampingi masyarakat Orang Asli dengan melibatkan mereka dalam kegiatan masyarakat setempat dan jika perlu dilantik wakil Orang Asli sebagai ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung.

Yang ke-6, memohon KEMAS mewujudkan kelas tadika bagi melatih anak-anak Orang Asli menguasai kemahiran asas membaca, mengira dan menulis sebagai alternatif kepada peranan yang telah dimainkan oleh pihak-pihak NGO tertentu selama ini.

Yang ke-7, memohon Yayasan Pahang mengenal pasti anak-anak Orang Asli Bechah Kelubi yang berpotensi mengambil mereka sebagai peserta pengajian pembangunan tamadun masyarakat Orang Asli pertama untuk tujuan menjadi Da’i kepada masyarakat mereka sendiri.

Yang ke-8, meningkatkan kemudahan asas di perkampungan Orang Asli Bechah Kelubi yang er... di antaranya ialah membaiki jalan perhubungan desa, menaik taraf padang bola sepak, menguruskan atau mengadakan bekalan air bersih, membina dataran kejat berhampiran dengan gelanggang sepak takraw yang sedia ada, mengenal pasti dan menyegerakan rumah penghuni yang rosak, membaiki rangkaian telekomunikasi di Kampung Bechah Kelubi, membina dewan kecil untuk kegiatan masyarakat seperti tempat berkumpul atau lawatan klinik ibu dan anak dan;

Yang ke-9 mengawasi secara serius kemasukan dan kegiatan NGO-NGO seperti MYCAT dan lain-lain yang mencurigakan dan disyaki menghasut orang-orang kampung supaya anti kepada masyarakat setempat dan kerajaan, dan seterusnya Skim Bayaran Dividen TSK (Tanam Semula Kelompok) yang diusahakan oleh RISDA Berhad supaya dijadikan peluang dan ruang untuk mengadakan program motivasi dan membina minda kepada aktiviti-aktiviti secara bulanan, maksudnya pembayaran ini dibuat secara tunai dan serahan cek bukannya melalui yang diamal sekarang terus ke bank. Jadi dengan ini saya ingin mencadangkan, terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Padang Tengku. Masa pun dah cukup, Padang Tengku pun dah berhenti. Seterusnya saya menjemput Wakil daripada Luit. Ya, silakan.

[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT, Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan kepada Luit untuk bersidang kali ini. Yang Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan, pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan.

Pertamanya, menjunjung kasih atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah. Mengambil kesempatan ini, saya pertamanya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh petugas barisan hadapan dan rakyat ramai dalam memerangi, dalam usaha memerangi wabak pandemik COVID-19 terutama di kawasan saya dan negeri Pahang khasnya.

Juga saya nak rakamkan juga rasa dukacita kerana masih ada segelintir daripada masyarakat kita ini yang degil, degil masih melanggar Standard Operation Procedure dalam kita memerangi wabak COVID ini.

Juga menyentuh soal kebajikan rakyat dalam tempoh pandemik ini saya bersyukur dan berterima kasih atas usaha kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak pandemik 19 ini terutama di kawasan DUN sayalah.

Tuan Yang di-Pertua, Saya... dua perkara sahaja pada ruang yang saya diberikan, tigalah campur penutup. Yang pertamanya, kewajaran sebuah lagi jambatan merentangi Sungai Pahang di DUN Luit. Saya suka menyebutnya sebagai jambatan Lubuk Paku kerana Lubuk Paku ini mempunyai nostalgia sejarah tersendiri di negeri Pahang. Sebuah bandar yang tersohor juga pada suatu ketika dulu melalui jalan air yang menjadi tempat persinggahan Al-Sultan kita juga dan jadi pusat perdagangan di tengah negeri Pahang di kampung Lubuk Paku, dan kewajarannya saya ada sebut tiga perkara di sini.

Kenapa kita perlu sangat sebuah jambatan lagi di Sungai Pahang ini? Pertamanya, dia boleh mempercepatkan pertumbuhan atau pembangunan ekonomi, bukan untuk Maran tapi untuk tengah negeri Pahang ini, sebab kalau kita tengok geografi Maran ini kedudukan di tengah negeri Pahang berbanding dengan sebelah kita, jiran kita Temerloh itu. Dia di tengah Semenanjung, jadi elok sangatlah kalau tengah negeri Pahang ini kita minta tolong dengan Kerajaan Negeri Pahang.

Yang keduanya, terdapat banyak pelaburan besar yang ada di Maran, yang jelasnya lebuh raya dan rangkaian laluan kereta api ECRL yang sedang rancak dijalankan sebelah bandar Maran, dan yang ketiganya kita nak menyambung balik, sebab Maran ini untuk makluman Sidang Dewan. Maran ini satu-satunya daerah yang ada 6 jiran, ada 6 daerah sekeliling di daerah Maran ini daripada Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Bera, Temerloh er... ada 6, campur Maran jadi 7.

Jadi inilah kita nak sambung supaya menjadi satu daerah yang besar di tengah-tengah negeri Pahang, kerana saya sebut tadi pembangunan ekonomi ini seperti yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang semalam, dia menyebut tentang pentingnya ekonomi negeri Pahang ini, ekonomi pertanian, dan saya nampak dalam 7, dalam 6 daerah ini, kita ada penduduk lebih 1 juta, mungkin pergi kepada 1.2 juta sebab data ini data tahun 2017 kot dan kita ada sektor pertanian yang besar dengan jumlah lembu 100,000 lebih, saya bilang, ya termasuklah dalam daerah-daerah, kerbau pun saya bilang, ada 6... 40, 20 ke 30,000 ekor ya.

Sebenarnya jumlah ini bukan jumlah yang besar, jumlah ini boleh kita perbesarkan lagi dengan caranya bina jambatan tadilah, hah. Di mana pentingnya jambatan ini kerana saya percaya dengan adanya jambatan ini hasil-hasil penternakan, hasil-hasil pertanian kita dengan padinya ada 9,000 ke 10,000 hektar, kokonya beratus-ratus, 300 ke 400 hektar boleh kita jadikan bandar Maran itu sebagai pusat pengedarannya sebab falsafahnya kita buka pasaran ini, kita akan membangunkan, memperluaskan lagi perkembangan pertumbuhan ekonomi itu, sebab dengan ada stesen kereta api di Maran, dengan ada lebuh raya, pasaran menjadi luas, lebih luas. Kita boleh menghantar barang-barang kita dalam 6, 7 daerah ini ke Lembah Klang ataupun ke Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan ya, hah.

Ini kepentingan dari sudut tu, juga pelaburan-pelaburan besar kerajaan di bandar Maran khususnya selain daripada lebuh raya dan ECRL, kita difahamkan hospital daerah pun kita dah lulus. Alhamdulillah, terima kasihlah kepada pimpinan-pimpinan terdahulu yang berusaha membawa balik hospital daerah ini. Pejabat-pejabat pentadbiran kerajaan, agensi-agensi dan pusat-pusat perniagaan, dan kita dapati semuanya masih belum fully utilise. Masih kita perlukan orang ramai datang ke Maran ini, untuk meningkatkan lagi perkembangan bandar ini.

Kita di daerah Maran pun ada 100 ke 120,000 penduduk, tak cukup. Jadi kita perlukan lagi, kalau betul 7 daerah ni ada dalam 1.2 juta atau 1 juta kita nak mintak 1% je datang dengan jabatan tadi pun, cukuplah dalam 10,000 orang datang ke Maran setiap bulan. Kalau seorang belanja RM50.00 dapatlah RM50,000.00 sebulan.

Bolehlah kita berbelanja, kepada penjual-penjual gerai-gerai goreng pisang dan sebagainya, dan saya juga melihat kepentingan jambatan ini terutamanya dari sudut dari segi mobilisasi penduduklah di kedua belah tebing itu, kerana dia bukan sahaja boleh meningkatkan perhubungan persaudaraan dan menghidupkan balik kembali kampung tradisi yang ditinggalkan juga pembukaan-pembukaan tanah terbiar dan sebagainya. Pembinaan gerai-gerai perniagaan, pendidikan persekolahan dan sebagainya.

Jadi Tuan YB. Speaker, saya yakin jambatan yang kita mohon ini bukan sahaja memberi kesan terus kepada daerah Maran tetapi kesan pada keseluruhan ekonomi di tengah negeri Pahang ini kerana kita daerah Maran ini, kita ada tiga YB. Parlimen ya, Kuala Krau, Maran, Jerantut. Sekarang ini macam senang sikitlah nak jumpa Ahli Parlimen ini ya, dan kita ada lima YB. DUN, DUN Luit, Chenor, Kuala Sentul, Jengka dan Pulau Tawar.

Alhamdulillah, saya percaya kelima-lima ADUN ini saya tak tanya pun. Saya rasa mereka bersetuju dengan cadangan ini, insya-Allah. Kemudian Tuan Yang di-Pertua perkara kedua, saya suka nak menyorot kembali Titah Ucapan Tuanku itu, saya mohon nak membaca Tuan Speaker. “Dalam soal meningkatkan hasil, saya menyeru kerajaan saya”, Tuanku titah ni ya. “Agar berusaha sebaik mungkin mencari sumber alternatif baru dan tidak bergantung sepenuhnya kepada hasil bumi dan hutan semata-mata” dan satu lagi Tuanku bertitah, “Saya yakin Pahang juga boleh menjadi sebuah negeri maju dan berpendapatan tinggi tanpa perlu mengorbankan alam sekitar, hutan flora dan fauna”.

Susulan daripada titah Tuanku tu, saya juga nak menyebutlah perkara yang kedua iaitu atas keyakinan yang tinggi terhadap kewibawaan dan keupayaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail bersama dengan pasukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. Kita yakin dan kita berhasrat dapatlah pihak kerajaan mengangkat lagi martabat negeri Pahang ni er… ke satu tahap yang lebih baik. Bukan maksudnya tak baik, dah baik tapi yang lebih baik, atas keyakinan kita kepada kerajaan yang ada pada hari ini.

Sehingga saya bolehlah menyebut, kalau boleh kita… kerajaan bawalah negeri Pahang ni keluar daripada persepsi negeri pantai timur, sebab negeri pantai timur ni sinonim sangat dengan suhu hutanlah, air terjunlah, kain batiklah, nasi daganglah, keropok lekor ya. Kita ambil peluang bawak Kerajaan Negeri Pahang ini keluar daripada persepsi negeri pantai timur, dan di sini er... kita boleh mengorak langkah baru menjadi sebuah negeri yang saya rasa kita boleh sebut sebagai praindustrilah.

Kita tidak bercadang untuk jadikan Pahang, negeri industri dalam masa terdekat, tapi kita boleh merencanakan satu perancangan untuk bawa negeri Pahang ni menjadi sebuah negeri yang praindustri. Di mana er... kita nak tengok sangat negeri kita pada satu hari nanti akan menjadi negeri orang kata trendsetter. Tempat orang tengok trend… trend dunia ini merujuk kepada negeri Pahang. Jadi sebuah negeri yang design center, sebuah negeri yang tempat yang menjadi tempat pelancaran produk-produk baru yang boleh melahirkan designer, negeri yang menjadi rujukan dalam industri.

Ini maknanya apakah produk yang kita nak buat? Kalau kita tak guna lagi hutan-hutan kita tadi dah. Jadi produk yang ingin saya cadangkan di sini ialah kita nak jual ni… kepala otak ni. Dalam otak ini ada idea, jadi-jadilah negeri Pahang ni kita bayangkan sebuah negeri yang boleh menjual idea-idea, dan di mana produk ini boleh kita dapat? Sudah tentulah kita kumpullah designer-designer yang ada beribu-ribu di seluruh negara ini. Sekarang ini, tak ada orang, tak ada negeri yang mengambil inisiatif untuk mengumpul mereka ini dalam satu negeri dengan menyediakan keperluan-keperluan yang diperlukan.

Sebab mereka ini Tuan Yang di-Pertua, dia ada satu falsafah sebenarnya dia kata “We are the brain in industrialisation”. Makna ada, industri tu ada dalam kepala, dalam otak dia tu. Jadi yang inilah yang kita nak bawa keluar, nak jadikan produk negeri Pahang yang baru. Kemudian kita pun bukan kata benda ni mustahil sebab negara… negeri kita telah pun membuktikan kejayaan ini. Macam contoh Yayasan Pahang dulu, menghantar sekumpulan pelajar pertandingan robotik dunia sehingga berjaya menjadi juara dunia, dan ini patut kita mengambil kesempatan untuk jadikan satu produk negeri yang baru.

Saya juga nak mengambil kesempatan Tuan Pengerusi, nak berkongsi pengalaman saya. Nak cerita pasal otak tadilah ni, idea ini. Saya pernah bawa usahawan pergi ke Itali, Milan. Milan ni antara pusat pameran terbesar di dunia, menjadi rujukan seluruh designer di sana. Kita minta usahawan bawa produk. Ringkaskan cerita memang booth kita, ruang pameran kita tak dilayan, tak ada pengunjung, tak ada orang pandang, tak ada orang ambil gambar pun. Kali kedua kita diberi peluang oleh kerajaan untuk pergi lagi dan kita beri peluang kepada usahawan kita, awak buat R&D, Research and Development. Bangunkan produk-produk baru yang menepati kehendak pasaran dunia. Bertungkus-lumuslah usahawan ni buat, sama juga.

Jadi yang ketiga, kebetulan saya diberi tanggungjawab untuk menjaga Jabatan Rekabentuk. Kita pergi ke UiTM Shah Alam er… bukan… UiTM Jalan Osman, di situ ada pusat rekabentuk. Saya memilih 4 produk, kita pilih 4 produk bawa ke Milan, Itali dan memang betul daripada 4 produk itu hari pertama lagi kita dah dapat order tempahan berapa puluh kontena. Ini produk daripada pelajar kita. Nak tunjuk, nak bagitaunya, bahawasanya idea reka cipta, kreativiti orang kita ini, orang Malaysia ini khususnya orang Melayulah memang bertaraf dunia. Cuma kita je tidak explore, tak mengambil kesempatan untuk mengambil peluang-peluang ini.

Jadi atas apa yang saya ceritakan tadi, suka saya nak menyarankan kepada Kerajaan Negeri, kalau dapat kita bina satu Institut Reka Bentuk yang bertaraf nasional di negeri Pahang ini. Bertaraf seolah macam Institut Reka Bentuk Negara. Memang kita ada agensi-agensi yang berkaitan reka bentuk seperti SIRIM, MRM dan sebagainya tapi saya rasa keberkesanan bila sebuah Kerajaan Negeri yang mengambil alih usaha ini, saya rasa lebih mudah, kerana dasar-dasar, polisi-polisi yang kita boleh buat sendiri yang kita ada autonomi untuk menghidupkan ini, dan er...

Yang di-Pertua (Speaker)

Masa… masa, Yang Berhormat.

Sampai dah message saya agaknya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Masa Yang Berhormat.

Ya, baik. Terima kasih. Saya pergi yang ke-4, yang terakhir. Penutup.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang terakhir ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Cuma tadi kena ingat baliklah. Kita nak minta Institut Reka Bentuk Negara tu, di sini tu. Dan yang terakhir sekali, saya nak mengambil kesempatan juga nak ucapkan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke atas kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam menangani kemelut isu politik negara kita baru-baru ini sehingga terlantiknya Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Ke-9 dan ucapan tahniah daripada kami.

Juga saya tak ketinggalan mengucapkan terima kasih jugalah kepada mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah memberi sumbangan khidmat bakti kepada negara. Cuma kepada menteri baru tu saya nak pesan jugalah jangan lupalah ke ADUN-ADUN negeri Pahang ini. Insya-Allah, kalau ada sampaikanlah ya, bantuan kepada kami seperti yang biasanya, dan akhirnya saya mengambil kesempatan berdoa-doalah kepada kerajaan yang baru dan juga kerajaan negeri Pahang ini supaya kita semua diberi petunjuk oleh Allah SWT.

Tapi untuk mendapat petunjuk itu saya suka nak mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Kita kembalilah merujuk lima ayat pertama surah Al-Baqarah tu kita baca selalu tu (Bacaan ayat al-Quran) dan ayat yang terakhir itu (Bacaan ayat al-Quran). Maknanya, “Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Allah dan merekalah orang berjaya” kerana tiga ayat yang kat atas tadi. Ayat kedua, ayat ketiga, ayat keempat itu, ikut quran, taqwa, beriman. Minta Allah janjikan petunjuk kepada kita. Insya-Allah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, Yang Berhormat.

Jadi sekian. Terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat di-Pertua atas peluang yang diberi. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, terima kasih Luit. Saya jemput Wakil dari Triang. Sila.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Pandemik COVID-19 berlaku sejak tahun 2020. Sudah 17 ta… bulan rakyat Malaysia hidup bawah PKP, PKPB, PKPP. Sesetengah kawasan PKPD dan kini masuk PPN Fasa 1 atau Fasa 2. Tiada orang boleh menafikan kesan ekonomi yang begitu ketara sehingga ada kempen bendera putih. Kami bersyukur pelbagai pihak telah berusaha menghulurkan bantuan makanan. Bukan sahaja Wakil Rakyat atau parti politik baik kerajaan atau pembangkang termasuk juga majlis ugama, pihak polis yang lancarkan Ops Bantuan, NGO-NGO, syarikat swasta seperti Speedmart 99 dan Econsave.

Rakyat Malaysia atas inisiatif sendiri juga wujudkan foodbank di merata tempat. Kedai makan, kedai kopi, medan selera, stesen minyak, kedai farmasi dan lain-lain. Impak ekonomi ini ambil masa panjang untuk dipulihkan. Kini, walaupun lebih banyak sektor dibenarkan beroperasi, ini tidak bermaksud ekonomi boleh menjadi baik dalam sekelip mata. Rakyat masih tertekan dengan pelbagai hutang. Hutang sewa rumah, sewa bilik, sewa kedai, hutang bil air elektrik, hutang pinjaman bank. Ada yang gali lubang, tutup lubang. Mereka tidak mampu menanggung beban tambahan lagi.

Oleh itu, adakah rasional kerajaan mula melaksanakan tempat letak kereta berbayar di bandar Triang dan bandar Bera pada masa kini dengan kadar 60 sen sejam? Bandar raya Kuantan 65 sen, Cameron Highlands tempat pelancongan yang selalu sesak dan penuh dengan kereta 60 sen, bandar Bentong 50 sen, Temerloh 43 sen. Saya pelik tiba-tiba Bera lebih maju daripada Bentong dan Temerloh dan menjadi setaraf dengan Cameron Highlands.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Sila izinkan saya mengemukakan beberapa gambar di tempat komersial kawasan Triang. Ekonomi terjejas, pasaran sunyi, kedai buka pelanggan kurang, tempat letak kereta kosong. Peniaga-peniaga mengharapkan bantuan kerajaan untuk merangsangkan purchase power, dengan izin, ataupun aktiviti ekonomi. Tapi dengan charge letak kereta lagi susah business.

Saya berharap kerajaan bertimbang rasa dengan keadaan rakyat jelata. Jangan biarkan rakyat salah faham. Kerajaan menahan jerat di tempat genting, menangguk di

air keruh. Dengan ini diharap pelaksanaan parking berbayar dihentikan di bandar Bera dan bandar Triang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YAB. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Semoga daerah Bera akan mempunyai pembangunan dan perkembangan yang lebih baik. Sebagai contoh, hospital yang di… Hospital Bera yang dibina 9 tahun b,elum siap lagi. Bandar Triang sebagai pusat komersial di daerah Bera ada kemudahan bank-bank, kedai emas, pajak gadai. Ini tempat risiko, tak ada balai polis. Masalah kecurian sawit yang berleluasa yang menjejaskan pendepan… pendapatan pekebun kecil dengan teruk belum diselesaikan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Pemangku Raja Pahang melafazkan inilah masanya untuk kita semua bersama demi negara, negeri dan rakyat jelata. 2 hari lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan prinsip kebersamaan iaitu mewujudkan kerjasama rentas parti dan menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.

Saya menyokong Titah Diraja dan kenyataan Yang Amat Berhormat. Biarlah kita lupa perbezaan politik, bersama melawan COVID pulihkan ekonomi negara. Wakil Rakyat pembangkang sentiasa bersedia bekerjasama tapi dengan pelbagai sekatan. Kadang-kadang kerja kita seolah pepatah Cina, (bacaan dalam Bahasa Cina) dengan izin, maksudnya kita meninjau harimau bintang melalui tiub sahaja. Yang boleh nampak hanya sebahagian kecil corak kulit harimau. Informasi yang pembangkang ada begitu terhad tapi kita tetap kena cari jalan untuk membantu komuniti demi menyahut saranan Pemangku Raja dan Perdana Menteri.

Kerajaan Negeri boleh memberi ruang kepada Wakil Rakyat pembangkang untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah untuk bincang bersama bagaimana bantu rakyat. Selain itu, peruntukan perlu diberi kepada pembangkang untuk jaga kebajikan rakyat. Tahun ini, pembangkang tiada peruntukan. Sekiranya negeri Johor, negeri Perak mampu beri peruntukan kepada pembangkang saya percaya Pahang boleh juga.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri melaksanakan kadar cukai tanah baharu sejak tahun 2020. Antaranya, tanah yang tidak mempunyai syarat nyata dikenakan charge yang paling tinggi sehingga cukai tanah melonjak dari ratusan ringgit ke berpuluh-puluh ribu dan beratus-ratus ribu. Ramai telah hantar dan lulus permohonan tukar syarat tapi ada juga segelintir yang belum hantar permohonan.

Saya harap kerajaan jangan salah faham bahawa mereka ini degil, pastinya ada sebab-sebab tertentu. Dalam pandemik COVID, pergerakan manusia disekat. Ada yang terkurung di luar negara atau negeri lain. Diharap kerajaan beri kelonggaran sehingga tamat pandemik COVID untuk menerima permohonan tukar syarat kategori NIL tanpa sebarang denda lewat. Janganlah kerajaan merancang apa-apa cubaan untuk keluarkan notis dan merampas tanah yang belum bayar cukai tanah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Sudah 17 bulan kita hidup bawah PKP dan PPN sepatutnya kerajaan dah matang dalam mekanisme penentuan dan pemantauan SOP. Sehingga kini, rakyat masih keliru apabila SOP baharu dikeluarkan. Tanya lo… polis, minta rujuk Kerajaan

Tempatan. Tanya Kerajaan Tempatan, minta rujuk SOP MKN. Tanya MKN, minta rujuk Kerajaan Tempatan. Akhirnya, rakyat nak dengar arahan siapa?

Satu contoh, perdagangan peredaran. SOP MKN bahagikan jenis kedai kepada 2 jenis. Beroperasi tanpa syarat vaksin atau beroperasi dengan syarat pelanggan lengkap vaksin, ini jelas dinyatakan dalam SOP. Kenyataan media KPDNHEP pula menjelaskan syarikat tidak perlu mengemukakan maklumat pekerja yang dapat vaksin lengkap tetapi apabila rujuk dengan Majlis Daerah cerita sudah jadi lain. Pelanggan, majikan, pekerja perlu wajib lengkap vaksin. Majikan dan pekerja perlu papar bukti vaksin di kedai untuk tujuan pemeriksaan dan pemantauan. Dengan ini saya mohon penjelasan kerajaan di Dewan Yang Mulia ini. Untuk rakyat biasa, kita kena rujuk mana?

Yang Berhormat Triang… saya mohon mencelah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Triang. Boleh ya? Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Saya boleh menunggu masa penggulungan tapi yang ini saya nak bagi penjelasan sedikit la ya. MKN, Majlis Keselamatan Negara apa yang dikeluarkan oleh MKN, Kerajaan Negeri kena patuh. Itu adalah akta yang telah ditetapkan. Apa yang Kerajaan Negeri boleh buat ialah kita boleh perketatkan lagi tetapi tidak boleh melonggarkan apa yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Contohnya, katalah Majlis Keselamatan Negara er…. menghadkan kedai buka pukul 8.00 sampai pukul 8.00 malam. Kerajaan Negeri tak boleh buka pukul 8.00 hingga pukul 6.00 petang. Tak boleh. Tetapi kalau Kerajaan Negeri nak buat pukul 8.00 hingga pukul 12.00 malam… boleh. Itu dia punya prinsip er…. maknanya kita Kerajaan Negeri sebab itu bila keselamatan ini di bawah federal . Kita tidak boleh melonggarkan apa yang telah ditetapkan oleh MKN tetapi kita boleh perketatkan lagi. Itu dia punya prinsip dia. Jadi yang ini Ahli Yang Berhormat kena faham, bukan kita tak nak ikut, kita nak ikut. Kalau boleh kita tak nak ikut semua yang ditetapkan oleh MKN sebab ada yang kita rasakan apa yang mereka buat itu kadang-kadang tidak sesuai dengan negeri kita tetapi telah termaktub di dalam Akta macam itu.

Biasalah federal, Kerajan Federal sebab ini keselamatan, keselamatan adalah di bawah Kerajaan Persekutuan. Jadi di dalam kes COVID ini, kita boleh ketatkan lagi tetapi kita tidak boleh longgarkan apa yang telah diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara. Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, terima kasih Yang Amat Berhormat.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih atas penjelasan Yang Amat Berhormat, masalahnya rakyat tidak faham untuk satu negeri Pahang di daerah masing-masing, di daerah berlainan ada SOP masing-masing. Jadi…

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Sebab tu Yang Berhormat dilantik sebagai Wakil Rakyat. Bila tak faham Yang Berhormatlah kena bagi penerangan, bukan mengelirukan lagi. Beritahu kepada rakyat, ini adalah keputusan MKN, Kerajaan Negeri kena patuh, kena ikut tak boleh longgarkan tetapi boleh perketatkan, kena beritahu. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Okey, cuma saya ada satu soalan Yang Amat Berhormat. Kalau ikut SOP MKN, dua jenis kedai ini sangat… sangat jelas. Satu tak perlu syarat vaksin, satu perlu. Jadi, untuk negeri Pahang, apakah syarat yang telah diperketatkan? Saya harap kita ada black and white supaya kita boleh maklumkan kepada rakyat. Masalah sekarang adalah mereka keliru bukan rakyat tidak mahu patuhi SOP tetapi mereka keliru.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Di atas tangan saya lebih 100 saman trafik. Kesemuanya kesalahan yang sama, iaitu gagal berhenti kenderaan apabila diarahkan oleh pegawai polis beruniform. Mengikut saman, kesalahan ini berlaku di pekan Triang, pekan Kerayong dan pekan Kemayan antara September 2020 hingga Februari 2021. Saya tanya penerima saman, berani anda polis panggil henti tidak mahu henti? Apa jawapan mereka, saya tidak pernah diarahkan henti oleh polis, saya tidak pernah jumpa polis ataupun saya berhenti sahaja apabila ada roadblock.

Kalau beberapa orang sahaja kena saman, mungkin kesalahan ini benar berlaku, tapi dengan lebih 100 saman, amat susah untuk percaya. Adakah rakyat berpakat, jom terus jalan bila polis tahan. Saya bercadang pihak polis ambil gambar semasa menjalankan tugas trafik biar tunjuk bukti disaman untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku. Ini sahaja ucapan saya. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, terima kasih Triang. Saya jemput Wakil dari Kuala Semantan. Sila YB.

Dato’ Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Assalamualaikum WBT. (Ayat al-Quran). Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan Ahli Exco Kerajaan Negeri, Sidang Dewan yang dihormati sekalian.

Kuala Semantan airnya deras,

Sudahlah deras berliku-liku;

Demi amanah yang kita galas,

Bersidang berbincang untuk Pahangku.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberi laluan dan ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja pada hari ini. Firman Allah SWT dalam surah Al-Asr (Ayat al-Quran), “Demi masa (Ayat al-Quran) sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian (Ayat al-Quran) kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (Ayat al-Quran) saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan saling berpesan dengan kesabaran”.

Inilah... inilah… Inilah tujuan sebenar kita bersidang pada hari ini Dato’ Sri Yang di-Pertua. Masa yang diperuntukkan kepada saya hanya 12 minit. Banyak perkara yang hendak saya sentuh tetapi yang lebih penting saya nak nyatakan dalam sidang Dewan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pencapaian cemerlang Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Yang pertama, Kerajaan Negeri telah berjaya menarik komitmen pelaburan bernilai RM9.5 billion pada pertengahan pertama tahun ini. Tagline Yang Amat Berhormat Menteri Besar, “Tiada Janji tapi Lihatlah Bukti”.

Yang kedua, yang sudah pastinya menggembirakan rakyat keseluruhan rakyat di dalam negeri Pahang, bantuan PKP 1, PKP 2 dan PKP 3 yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang melibatkan kos berjumlah RM48.9 juta. Bantuan prihatin Pahang Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, Fasa 4 dan Fasa 5 yang melibatkan kos berjumlah RM24.39 juta. Inilah caknanya kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang yang ada pada hari ini, yang memungkinkan kita dapat membantu rakyat yang terkesan dalam pandemik yang berlaku pada hari ini.

Yang ketiga, Dato’ Sri Yang di-Pertua, ini kita bercakap soal perumahan. Saya begitu tersentuh cetusan idea daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, memperkenalkan Rumah Rakyat Pahang. Tahun 2020 diumumkan sebanyak 98 unit, awal 2021 diumumkan 102 unit. Baru-baru ini ada lagi tambahan 104 unit. Rumahnya begitu cantik sepertimana saya pernah bercakap dalam persidangan yang lalu, bagaimana penerima ini apabila kita serah kunci dengan linangan air mata rasa kesyukuran dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri.

Apatah lagi baru-baru ini 102 unit di kawasan saya dalam pembinaan. Ada yang terima datang ke pejabat saya, “Tok Mi, awak bawalah kawan jumpa Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kawan kalau boleh koi nak jumpa Menteri Besar koi nak cium, nak sujud kaki Menteri Besar”, tanda terima kasih. Kita mendengarnya cukup sebak hingga menitiskan air mata. Yang mahalnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, rumah ni dengan keluasan 650 kaki persegi dengan harga RM65,000.00 diberikan secara percuma, itu yang mahalnya.

Masalah sekarang ni Yang Amat Berhormat MB, bila kita dah bagi 3 Fasa ini, ramai pula berderet-deret jumpa kita, “tolonglah Dato’, tolonglah Dato’ ”. Tak apa, insya-Allah tapi kena tengok juga, mereka-mereka yang layak kita pilih. Sebab itu insya-Allah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri, jalan terus. Insya-Allah kami barisan… seluruh barisan Ahli-ahli Yang Berhormat tetap teguh untuk membantu Dato’ Sri mengemudi negeri Pahang ini, insya-Allah.

Dato Sri Yang di-Pertua, Semalam kita mempertahankan kerajaan ini, hari ini kita menjaga kerajaan ini. Esok, lusa kita tetap akan mempertahankan kerajaan ini, insya-Allah.

Dato Sri Yang di-Pertua, Saya ingin menyentuh 3 perkara, masalah yang saya hadapi di kawasan saya. Yang pertama, pandemik COVID-19 yang berlaku pada hari ini yang mengubah cara hidup kita, dalam kita meneruskan kehidupan kita dengan norma baharu. Yang bekerja tak mampu tak boleh pergi ke pejabat, bekerja daripada rumah. Anak-anak kita yang belajar tak boleh ke sekolah. Duduk… kerajaan mengarahkan untuk belajar secara online, PDPR untuk meneruskan pendidikan anak-anak kita. Namun begitu Dato’ Sri, masalah yang kita nampak ibu bapa pada hari ini masalahnya terpaksa berbelanja lebih nak membeli data internet. Kalau anak tu ramai berkongsi pulak dengan mak ayah bergilir-gilir nak pakai telefon.

Di kawasan saya, suka tak suka PIBG pun tulis surat, Dato’ nak mohon tablet 10 ini anak-anak yang tak mampu. Suka tak suka bukannya ada duit juga tapi kita tetap membantu. Tapi alhamdulillah, Dato’ Sri Menteri Besar kita orang yang baik. Kita masalah, kita jumpa, hulur surat, alhamdulillah. Ini masalah yang dihadapi oleh ibu bapa pada hari ini.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Harus diingat mereka ini adalah pelanggan kita. Mereka ini adalah klien kita. Pernah tak kita memikir berapa ramai terlibat dalam pemasalahan ini? Berapa ramai ibu bapa yang terlibat? Kalau di kawasan saya 20,380 ibu bapa yang terlilbat, ramai, kawasan luas. Kuala Semantan kawasan luas. Berapa guru-guru yang terlibat yang melibatkan 21 sekolah menengah dan sekolah rendah yang melibatkan 981 orang guru. Berapa bilangan pelajar? Pelajar sudah pasti ramai juga 10,377 pelajar yang terlibat. Kita kena lihat mereka ini semua adalah pengundi kita. Menang kalah kita ditentukan oleh mereka ini. Harus kita mengambil langkah yang lebih tersusun agar kita dapat mengatasi masalah yang kita hadapi pada hari ini.

Sebagaimana berlaku baru-baru ini, dalam Sukan Olimpik, contoh. Dato’ Jojie, raja pecut kita yang kita meramalkan pingat emas ditangan kita tetapi kita tak berjaya untuk memenangi pingat emas, kerana apa? Rupanya kita tak boleh pecut lambat, kita kena pecut daripada awal. Jangan tunggu, start aja kita pecut betul-betul untuk kita memastikan kita sampai dulu ataupun kita memastikan kita mencapai kemenangan. Harus kita fikir apa yang saya… saya nyatakan contoh di sini pada hari ini.

Saya nak ucapkan setinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana jendela kita menerima 270 menara baharu untuk negeri Pahang. Saya tengok dalam media diumumkan 26 menara baharu didirikan di Muadzam, 26 tak sampai 10% pun. 893 stesen pemancar dicadangkan tetapi yang berjaya disiapkan hanya jumlah 97 menara yang dibina. Saya dengar pulak ada masalah pulak menara didirikan tetapi capaian internet tetap masalah yang sama. Kita tak boleh lambat. Kita kena cepat. Kesan teruk PDPR anak-anak makin lesu.

Guru-guru datang berjumpa saya, kita pergi masjid, alhamdulillah, saya sentiasa berada dalam kawasan. Pergi surau, pergi masjid, pergi ke pasar, cikgu-cikgu datang. “Tok Mi, kalau peringkat awal dulu murid-murid yang mengikuti PDPR hampir 30%... hampir penuh tetapi sekarang ni tak ada dah. Nak cari 10 orang, 50 orang pun dah tak ada dah”. Kerana apa? Apa masalah dia? Masalah mungkin ibu bapa tidak mampu, masalah mungkin anak dah kecewa. Ada tablet, dah beli data internet tapi masih tidak ada capaian internet. Kita perlu mendesak, alhamdulillah Perdana Menteri kita pada hari ini orang Temerloh, orang Bukit Tingkat, kawasan saya. Keluarganya adalah pengundi saya.

Dan kita minta kerajaan kita pergi jumpa, kita nyatakan apa permasalahan yang kita hadapi. Insya-Allah, saya cukup yakin kerana kita tidak dapat menjangkakan sampai bila pandemik ini. Mungkin setahun, mungkin dua tahun, mungkin tiga tahun, mungkin lima tahun. PDPR ini akan berpanjangan, berterusan. Kita perlu sediakan kemudahan agar tidak memberi kesan kepada anak-anak kita.

Yang kedua, pandemik yang berlaku pada hari ini, zaman ini zaman perjuangan Dato’ Sri Yang di-Pertua. Peniaga-peniaga tak boleh berniaga. Nak bayar sewa rumah pun tak boleh. Bila boleh berniaga masalah pulak orang tak ada duit… tak berduit. Nak berniaga macam mana? Peniaga pasar malam tak boleh berniaga, pekan sehari pun gitu juga, carboot sale pun begitu jugak. Saya hendak merakamkan ucapan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Temerloh yang saya merasakan sentiasa mendengar permasalahan yang berlaku dalam masyarakat daerah Temerloh.

Saya mempunyai perhubungan yang rapat, saya berjumpa beritahu pegawai-pegawai kita kena bantu peniaga-peniaga ni. Alhamdulillah, mereka telah buat keputusan membenarkan peniaga-peniaga ini berniaga. Beri lesen sementara… permit sementara. Masalahnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, lesen sementara ini dikenakan bayaran RM11.00 sehari… RM11.00 sehari. Kita turun berjumpa dengan peniaga-peniaga ni. “Macam mana awak meniaga hari ni? Entahlah Dato’, hari semalam dapatlah RM30.00, hari ni dah ni pukul 2.00 dah RM10.00 pun tak sampai. Jadi macam mana awak bayar permit sementara awak? Tak tahulah”.

Saya hendak mencadangkan pada hari ini dalam Dewan Yang Mulia ini, PBT-PBT ini perlu berani untuk mengorbankan pendapatan daripada kutipan permit sementara ini untuk demi rakyat, untuk membantu rakyat. Kalau Kerajaan Negeri boleh berbelanja untuk bantuan prihatin RM23 juta, apalah sangat permit sementara ini RM11.00 sehari. Yang belum pastinya mereka-mereka berniaga itu mendapat keuntungan untuk menampung keluarga mereka.

Saya ingin cadangkan di sini Yang Berhomat Dato’ Sri Yang di-Pertua, MB kita. Saya hendak merayulah suara-suara penjaja ini peniaga-peniaga kecil ini, peniaga pasar malam, pekan sehari, carboot sale kita umumkan lepas ni Dato’ Sri, kita kecualikan daripada bayaran… permit sementara ini, insya-Allah. Kerana apa saya cakap begini? Kita hendak rebut deposit kepercayaan dan sokongan rakyat kepada kita. Ini yang lebih penting. Dalam masalah yang kita hadapi pada hari ini dengan pandemik nak buat itu tak betul, nak buat ini tak betul, kita perlukan sesuatu dan saya cukup yakin dengan kebaikan, pemurahnya Menteri Besar kita, dia akan umumkan di penghujung Persidangan kita pada hari ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Masa dah sampai, Yang Berhormat.

Dato’ Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Dato’ Sri, bagi saya cakap… kalau tak saya kena marah orang kawasan saya. Ini penting ni. Sikit lagi last.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ha last ya, sila.

Dato’ Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Pengusaha sangkar ikan, kita kena tahu, kita cuba bila sebut sahaja Temerloh, kita tak boleh lari dengan orang menyebut Temerloh Bandar Ikan Patin. Di sepanjang Sungai Pahang, sepanjang Sungai Semantan hampir 500... 600 pengusaha sangkar ikan ini, nelayan darat yang rata-ratanya terdiri daripada anak-anak muda. Saya turun ke bawah, Benta pun tahulah kawasan-kawasan tu di mana.

Bulan lepas saya turun sendiri ke bawah, saya berjumpa dengan anak muda ni. Kita tengok sendiri, saya bertanya dengan dia, macam mana awak boleh jual tak ikan patin awak. “Susah Dato’, kalau sebelum PKP dulu, saya boleh menjual 400 kilo”, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Kebetulan saya datang hari tu, “hari ni saya dapat 40 kilo je jual”. Habis tu macam mana? Tak tahulah lambakan ikan patin, ikan talapia ni. Ikan tak boleh jual. Ikan yang ada disangkar tu… dia ada lebih kurang 250 sangkar.

Ikan kena bagi makan, 1 beg pallet tu RM60.00. Kalau dah 250 sangkar, berapa? Hampir 6… 700 sehari. Masalah ikan pulak, yang permintaan tinggi ialah ikan dalam lingkungan 70… 700 ke 800 gram. Kalau tak boleh jual, bagi makan ikan terus membesar 1.5 kilo yerk… contohnya, siapa nak beli? Macam mana nak pasarkan? Kita minta agensi-agensi terlibat ni bantu, turun, tengok, bantu apa yang patut. Kalau boleh beri makanan ikan, beri makanan ikan.

Tengok sikit, yang ramai jumpa saya ini kompelin ni ya, Wakil daripada Benta saya nak beritahu sikit, buat permohonan kepada… kepada Jabatan Perikanan nak minta benih pun tak boleh lulus. Habis macam mana, kita nak buat apa? Orang minta molek, setidaknya pergi turun tengok. Jumpa Yang Berhormat Kawasan sebab Yang Berhormat Kawasan, dia lebih tahu, lebih tahu masalah orang kawasan dia. Itu kerja kita, itu kerja kita, kita nak tolong…

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey Yang Berhormat…

Dato’ Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

… jadi mintak tolong, sikit je lagi…

Yang di-Pertua (Speaker)

Minta tolong Yang Berhormat…

Dato’ Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

… mintak tolong, sikit je lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Masa dah lepas Yang Berhormat.

Dato’ Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Masalah kita beli juga nak ambik hati dia. 100 kilo… 100 kilo saya ambik sedekah ke orang kampung. Hari kedua, hari ketiga 100 kilo lagi. Wakil Lanchang dia Exco, kalau saya 200 kilo, dia mungkin 500 kilo. Kemudian berhadapan pula dengan ini

pengusaha telur masin ni. Pergi tengok, dia datang ke pejabat saya, “Mohlah Dato’, datang ke apa ni reban, reban itik dia”. Kita pun pergilah, kita ni mudah. Pantang orang ajak pergi saja. Rupanya dia nak ceritakan, dia suruh kita tengok masalah dia, berpuluh-puluh bekas telur masin, tak boleh jual. Nak jual ke mana? Pasar malam tak ada, restoran tutup, nak buat macam mana?

Nak ambil hati kesian tulah anak muda belia yang bekerja keras membantu kita, ambillah 500 bekas. Dengar cerita baru-baru ni, Wakil daripada Kerdau dia pau terus, sekali ambil 500, dua kali ambil. Saya order lagi ni, minggu lepas saya dapat Bantuan Prihatin Pahang ni. Terima kasih Dato’ Sri, dapat dah 700. Saya pun order juga telur masin 700, saya nak kembarkan, nak numpang pahala Menteri Besar, insya-Allah. Jadi Dato’ Sri…

Tuan Sri Pengerusi…

Dato’ Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Akhir kala... akhir kala…

Mohon laluan kejap boleh? Sekejap je, sekejap je.

Dato’ Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Boleh, boleh… boleh.

Apa ni er… saya ucap terima kasihlah atas apa yang dibangkitkan tu. Memang saya tengok er… macam er… pemilik-pemilik ikan sangkar tu apabila berlaku perkara ni memang susah untuk memasar ikan-ikan tapi ada satu permohonan telah kita salurkan melalui peruntukan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang sebanyak RM10,000.00 kepada pemilik sangkar tu er… namun begitu yalah RM10,000.00 tu untuk satu pihak, tapi pihak tu ramai ya. Insya-Allah, terima kasih banyak atas bangkitkan perkara ini.

Dato’ Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Terima kasih. Okey Tioman. Last Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Orang tua berjalan bertongkat, Rimba nan jauh nampak dekat; Kalau kita sudah sepakat, Harimau di hutan dapat diikat.

Tanah ini tanah kita, Amanah ini amanah kita; Maju terus Pahang, Pahang 1st .

Kuala Semantan mohon menyokong. Sekian, assalamualaikum WBT.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih. Baiklah seterusnya saya jemput Wakil daripada Cheka. Sila.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas di Dewan Yang Mulia ini. Saya menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang atas Titah Diraja di Dewan Undangan Negeri Pahang. Saya menjunjung titah Tuanku untuk berpegang kepada prinsip mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap usaha saya buat. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. Kita semua berharap Yang Amat Berhormat Menteri Besar er… Perdana Menteri agar membawa kemajuan dan kemakmuran kepada negeri Pahang.

Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin menarik perhatian PAIP. Saya memuji usaha pihak Pengurusan Air Negeri Pahang (PAIP) kerana sentiasa berusaha meningkatkan keberkesanan perkhidmatan bekalan air bersih. Walau bagaimanapun penduduk di kawasan saya sama ada di kawasan bandar atau di kampung sering menghadapi masalah paip bocor, paip pecah. Hal ini memang mengganggu kehidupan seharian mereka. Kalau bernasib baik, seminggu dua itu paip dibaiki, berbulan-bulan lamanya perkara biasa, malah kadang-kala langsung tiada response. Apabila tanya pada PAIP alasannya ialah kerja banyak, kakitangan terlalu sibuk.

Tuan Yang di-Pertua, Alasan ini memang tidak boleh diterima oleh rakyat. Oleh itu saya berharap pihak PAIP berusahalah untuk menyelesaikan masalah ini kerana kepuasan pelanggan kita ini harus diutamakan.

Tuan Yang di-Pertua, Rangkaian multimedia yang berkesan dan menyeluruh penting semasa penularan wabak COVID-19. Murid sekolah terpaksa belajar di rumah dengan menggunakan internet. Di daerah Lipis khasnya kawasan saya Cheka, rangkaian multimedia masih tidak baik. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah berusaha untuk membaiki perkhidmatan internet secara positif. Exco yang menjaga portfolio multimedia sendiri turun padang untuk melihat dan menyelesaikan masalah, terima kasih.

Sememangnya usaha kerajaan sangat positif tetapi kelemahannya ialah maklumat ini tidak dikongsi bersama secara berkesan dengan pemimpin tempatan. Apabila sesuatu projek multimedia akan atau telah dilaksanakan, maklumat ini tidak disampaikan, tidak dikongsi dengan pemimpin tempatan. Oleh itu saya berharap, Kerajaan Negeri dan pihak syarikat multimedia berdialoglah dengan pemimpin tempatan untuk memperoleh hasil yang optimum.

Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin menarik perhatian Dewan terhadap Kempen Vaksinasi di negeri Pahang. Kempen Vaksinasi di negeri Pahang walaupun menampakkan kemajuan dari semasa ke semasa tetapi belum mencapai kapasiti dan kelajuan yang diharapkan.

Di Lembah Klang, mereka menggunakan unit trak bergerak serta penyertaan klinik swasta. Dengan adanya model ini, Lembah Klang telah berjaya mencapai imuniti kelompok dalam masa yang singkat malah sebahagian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mulai ditutup. Saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri memohon bantuan segera dari Kerajaan Pusat supaya model vaksinasi di Lembah Klang diguna pakai sepenuhnya dalam negeri Pahang di samping kita memohon bekalan vaksin yang mencukupi. Oleh itu, kegunaan trak bergerak dan penyertaan klinik swasta secara berkesan, kita berupaya menggerakkan Kempen Vaksinasi secara besar-besaran boleh mendahului negeri lain untuk mencapai imuniti kelompok.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh hal…

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, sekali lagi saya nak er… memaklumkan pada Sidang Dewan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

… khususnya sebagai apa response kepada saranan daripada Cheka. Er… masalah kita di negeri Pahang ini, kita dah sediakan semuanya daripada PPV awam sampailah kepada PPB mobile ini ya. Setiap daerah pun memang ada tapi masalah besar yang kita hadapi adalah ketidaksampaian vaksin daripada apa MOSTI ataupun JKGAD ke negeri Pahang secukupnya ya. Jadi sama-samalah kita doa. Kalau ikutkan unjurannya Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua… Timbalan Yang di-Pertua, er… kita sekiranya vaksin sampai seperti mana dijanjikan menjelang pertengahan bulan Oktober kita, akan menvaksinasikan seluruh rakyat negeri Pahang yang perlu kita vaksinkan.

Jadi dengan syarat bahawa vaksin yang dijanjikan itu tiba dan sepertimana yang saya sebutkan tadi dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan menambah 6 juta dos saya harap itu dapat melengkapkan vaksinasi di negeri Pahang. Terima kasih di atas saranan Yang Berhormat.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Terima kasih. Kami semua berharap begini.

Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin sentuh hal mewajibkan suntikan vaksin. Kempen suntikan vaksin kini berjalan sukarela. Mengikut perangkaan MySejahtera seramai atau sebanyak 77% orang dewasa telah mendaftar untuk divaksin manakala 23% orang dewasa masih tidak mendaftarkan diri. Ini bermaksud 77% orang dewasa menyokong Kempen Vaksinasi tetapi 23% adalah golongan minoriti tetapi tindakan mereka menolak vaksin boleh menyuburkan penularan wabak itu lalu mengancam keselamatan dan kesihatan semua orang serta menggagalkan Pelan Pemulihan Negara.

Dalam penglibatan penyokong… menyokong vaksin atau menentang vaksin, kita faham bahawa sentimen hak asasi manusia atau kebebasan peribadi perlu diambil kira tetapi kita perlu menekankan kewajipan setiap anak negeri Pahang untuk

membantu kempen lawan COVID. Saya yakin kerajaan masih akan meneruskan kempen pujuk rayu dan promosi vaksin tetapi apabila semua pendekatan lemah-lembut tidak berjaya, maka tindakan yang berani dan tegas perlu difikirkan. Misalnya dengan mengenakan sekatan kepada mereka yang enggan divaksin atau mengenakan prasyarat bagi mereka yang ingin memohon atau membaharui bantuan kebajikan dari Kerajaan Negeri kecuali mereka yang mendapat pengecualian bertulis daripada pakar perubatan. Dengan cara ini ramai lagi anak negeri Pahang akan menerima vaksin.

Tuan Yang di-Pertua, Sebagai kesimpulan, saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan dalam memerangi wabak pandemik COVID-19 ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang prihatin mengambil inisiatif melaksanakan Bantuan Prihatin Pahang fasa demi fasa untuk membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak pandemik COVID-19 ini. Saya mewakili rakyat di kawasan saya mengucapkan terima kasih daun keladi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Sekian sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat daripada Jengka.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. (Bacaan dalam Bahasa Arab)

Terima kasih Yang di-Pertua, kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk membahas Titah Diraja. Saya menjunjung kasih Titah Diraja semalam satu titah yang penuh dengan nasihat dan harapan daripada Pemangku Raja Pahang terhadap Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakyat dalam negeri Pahang.

Yang kedua, tahniah kepada Pahang khususnya orang Bera. Orang Kedah kata, “B-r-a”. Orang Bera mujur tak bangun ada dalam ni kerana Perdana Menteri kita daripada Bera. Jadi bila Perdana Menteri daripada Bera, maka ramailah yang upload gambar. Pernah bergambar dengan Perdana Menteri? Saya tak ada gambar nak upload dengan Perdana Menteri cuma nak kabor sini saya pernah mondok di Bukit Kledang. Bera jugalah tu. Alhamdulilah ya, pada tahun 80an.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya ingin ucapkan ucapan tahniah Dato’ Sri kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru kita di atas pelantikan Perdana Menteri yang Ke-9. Saya kira kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama erat daripada 114 Ahli Parlimen daripada pelbagai parti daripada Barisan Nasional daripada PAS daripada PPBM, GPS dan lain-lain parti sehingga terbentuknya sokongan yang padu kepada Perdana Menteri yang baru dan Agong memperkenankan.

Jadi ini menunjukkan bahawa perpaduan itu mesti diteruskan dan diperkukuhkan bagi menjamin kestabilan politik dalam negara dan negeri. Apabila politik stabil dalam negara kita maka di sana memberikan kita ruang untuk kita menangani COVID dan

membina negara dengan lebih baik tanpa ada gangguan. Inilah yang disarankan oleh Allah bagi kita orang Islam kita berpegang dengan ajaran ini.

Allah kata (bacaan dalam Bahasa Arab), Jangan kamu berbantah, berbalah. Apa natijahnya kalau kamu berterusan (bacaan dalam Bahasa Arab) kamu akan hilang semangat, semangat jadi luntur bagaimana nak menangani isu COVID ini (Bacaan dalam Bahasa Arab) dan hilang kekuatan kamu. Jadi apa yang Allah minta (Bacaan dalam Bahasa Arab) kita kena sabar kerana Allah akan bersama dengan mereka yang bersabar

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya ucap tahniah kepada Menteri Besar Pahang dan pasukan Kerajaan Pahang dipimpin oleh Dato’ SS kepada pasukan frontliners di atas usaha gigih mereka untuk mengawal, merawat, memutuskan rantaian COVID-19 sehingga berjaya meletakkan Pahang antara negeri yang jangkitan COVID hariannya setakat hari ini minta-minta janganlah, jadi tak sampai empat angka masih kekal di bawah tiga angka dan Kerajaan Pahang melalui pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam yang indikator yang diminta oleh Kerajaan Federal iaitu untuk masuk kepada fasa 3 itu hampir dipenuhi kerana sudah 40% lebih yang ini 480,000 lebih rakyat dewasa dalam negeri Pahang ini sudah lengkap 2 suntikan vaksin. Tahniah ya.

Namun… namun ia masih lagi membimbangkan kita di negeri Pahang ini. Ha… kita pun nak masuk Dewan esok pun nak kena test lagi ya supaya bersih daripada COVID ya tak tahulah esok apa jadi, Maran ya. Jadi jangkitan walaupun 500 ke 600 jangkitan di Pahang ia masih tinggi. Justeru program PPV mesti ditingkatkan terutama di kawasan pendalaman, di kawasan FELDA supaya target kita untuk mencapai 80% daripada penduduk negeri Pahang ini tercapai, insya-Allah.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mengamati Titah Diraja semalam. Baginda menyeru agar kita semua berpegang kepada prinsip mendahulukan kepentingan rakyat. Baginda menasihatkan agar Wakil Rakyat berubah kepada politik yang lebih matang, jujur dan ikhlas, semua parti kena macam itu, politik matang. Saranan dan nasihat ini saya tengok bukan sahaja di Pahang, bahkan sekarang dipanggil musim Sidang Dewan Undangan Negeri di beberapa negeri. Kita lihat Raja-Raja yang merasmikan Istiadat Pembukaan Dewan ini, semua menekankan ke arah itu dan yang lebih tegas lagi ialah Sultan Johor sehingga memberikan amaran kepada Wakil-Wakil Rakyat kalau perbalahan berterusan mana Baginda tidak teragak-agak untuk membubarkan Dewan.

Menunjukkan kepada kita, ini ketegasan Raja-Raja dalam negara kita yang minta kita mengamalkan politik matang. Begitu juga kami daripada PAS menyambut baik pendekatan baru yang disebut oleh Perdana Menteri kita yang baru yang mengatakan kita adalah keluarga Malaysia, ini ucapan sulung Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Jadi semua ini adalah pendekatan bertujuan untuk menyatukan semua pihak di dalam menghadapi pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi yang melanda negara. Kalau kita terus berbalah nak letak kerajaan ini nama BN ke PN ke kita masih lagi bertelagah dari sudut itu bertelagah itu dan ini akhirnya kita tidak berjaya untuk menangani COVID-19 dan membina krisis ekonomi yang teruk dirasai khususnya golongan B40, M40 dan sebagainya

Dato Sri Yang di-Pertua, Jawatan khalifah ataupun jawatan kepimpinan ini Allah SWT tidak bagi malaikat walaupun malaikat tidak ada dosa, tak akan buat dosa. Allah SWT tak bagi jin, iblis apatah lagi haiwan Allah tak bagi dia tak ada akal tapi Allah bagi kepada manusia. Ia adalah satu kemuliaan yang Allah bagi kepada makhluk yang bernama manusia maka gunakan kemuliaan yang Allah bagi itu dengan mengurus dan mentadbir negara berdasarkan perintah Allah. Ini yang Allah sebut dalam Quran dengan izin, (Ayat Al-Quran). Kata Allah kami, Allah kemukakan amanah kepimpinan ini kepada langit dan bumi, langit dan bumi tidak mampu untuk memikulnya tetapi manusia yang ada persediaan ada akal dan ada kitab bimbingan mampu untuk mengurus dan mentadbir bumi ini. Maka kita yang diberikan amanah kita tadbirlah mengikut kehendak Allah SWT.

Dato Sri Yang di-Pertua, Akhir sekali, saya tak lamalah pasal dah tengah hari ini lain macam sikitlah. Dalam Titah Diraja ,Tuanku ada menyentuh er… sektor pertanian adalah penyumbang besar kepada pembangunan negeri Pahang dan Baginda minta supaya diteruskan dan diperkasakan. Jadi saya nak sebut sikit di kawasan saya di Jengka yang saya dan sahabat-sahabat lain berhasrat untuk mewujudkan TKPM, Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan. Kalau di DUN Chenor sudah ada, di DUN Luit sudah ada dalam Majlis Daerah Maran. Jadi DUN Jengka ini dia dari segi daerah dia duduk dalam er… Majlis Daerah Maran, dari segi Parlimen, Parlimen Kuala Krau. Kadang saya kena pergi daerah Temerloh, kadang kena pergi daerah Maran takpelah oleh kerana Jengka itu dalam daerah Maran.

Saya dah… kita jumpa dengan er… apa ni pegawai ADO bahagian tanah ni Maran rupanya Jengka ni tidak ada dah katanya tanah paling kurang 50 ekar kalau nak buat TKPM jadi cari-cari tidak ada wallahu a’lam tidak ada. Jumpa dengan Pegawai Jabatan Hutan Temerloh, dia kata Temerloh pun kena cari dulu jadi semoga adalah. Jadi saya berhasrat mudah-mudahan di dalam DN Jengka itu ada er… satu kawasan TKPM yang memberikan infak ekonomi kepada rakyat dan kepada negeri, insya-Allah.

Dan yang kedua ialah, apa yang disebut oleh Wakil kita sebelum ini yang mengatakan hari ini komoditi sawit misalannya harganya tinggi dan er… buah pun makin banyak tetapi kita tidak ada tenaga buruh jadi harap-harap kerajaan boleh merangka satu pelan tindakan yang boleh melahirkan pekerja di kalangan anak tempatan yang sekali gus menjadi tenaga kepada hasil bumi khususnya sawit yang ada dalam negara yang kita tidak bergantung kepada buruh daripada luar. Mudah-mudahan hasrat itu akan berjaya dengan kita bekerjasama memberikan idea yang baik supaya ia memberikan manfaat yang banyak kepada negara dan negeri kita, insya-Allah. Jadi saya rasa sekadar itu ucapan daripada saya dan mohon menyokong, sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat, tepat pada masanya 12 minit. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Muadzam Shah, sila.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

(Bacaan dalam Bahasa Arab) Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin melafazkan syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmatNya saya berpeluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih di atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang pada hari semalam.

Dalam ucapan titah Tuanku semalam telah menyentuh banyak perkara termasuk berbentuk nasihat dan peringatan tentang tugas dan tanggungjawab kepada Wakil-wakil Rakyat. Baginda juga menyentuh tentang kebajikan rakyat, Baginda juga meminta mengamalkan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus ESG dan penggunaan teknologi internet of things. Pada pendapat saya keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ini bertepatan dengan keberadaan kita di era revolusi industri 4.0.

Tuan Yang di-Pertua, Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Yaakob… Ismail Sabri Yaakob atas Ahli Parlimen Bera sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9 dan dengan perlantikan Perdana Menteri Ke-9 ini juga menjadikan negeri Pahang telah melahirkan 3 Tokoh Politik yang menjadi pemimpin nombor satu di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Di kesempatan ini juga saya mewakili rakyat dalam DUN Muadzam Shah ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Pahang yang diketuai oleh Menteri Besar… Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Utama Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, barisan Exco, pihak pentadbiran Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Setiausaha Kerajaan Negeri, barisan hadapan yang menangani COVID-19 dan lain-lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas kerjasama yang baik mengurus negeri dan bertanggungjawab cakna kepada nasib rakyat sepanjang tempoh krisis pandemik COVID-19 ini bermula daripada Mac tahun 2020 hinggalah berlarutan ke hari ini.

Sudah 17 bulan rakyat dibelenggu dengan masalah kesihatan, terbatas langkah perjalanan akibat perintah kawalan pergerakan. Ada yang hilang pekerjaan, hilang pendapatan, punca pendapatan. Para pelajar tidak dapat hadir bersemuka ke sekolah dan lain-lain lagi masalah yang dihadapi oleh rakyat. Namun, kalau kita menyingkap kembali Pembentangan Bajet Tahun 2021 yang dibentangkan pada November 2020 pada tahun lepas. Yang Amat Berhormat Menteri Besar memfokuskan 3 strategi utama dan di antara 3 perkara tersebut, perkara nombor 3 ialah memfokuskan mensejahterakan kehidupan rakyat.

Alhamdulillah walaupun dalam keadaan ekonomi negeri yang terjejas akibat pandemik COVID-19 ini. Namun, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat demi mensejahterakan kehidupan rakyat. Dalam tempoh PKP 3.0 ini sahaja bermula pada bermula dengan fasa 1 hingga fasa 3 sebanyak RM23.13 juta telah dibelanjakan untuk pelbagai pakej bantuan prihatin yang merangkumi segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, tanpa mengira usia kepada pelbagai kategori yang terjejas.

Kita kena akui semua ini dapat dilaksanakan oleh pihak kerajaan kerana kestabilan politik dan politik matang oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam negeri Pahang ini menepati dengan tagline “Tiada Janji, Lihat Bukti”. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada barisan utama kempimpinan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang kita kasihi.

Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin membawa 2 perkara berkenaan dengan isu penting er… dalam kawasan saya di Dewan Yang Mulia ini. Yang pertama, berkaitan dengan pencemaran dan cadangan.

Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin membawa perhatian kepada pihak kerajaan mengambil kira kesan daripada kejadian kes kolam pengolahan efluen pecah di salah sebuah kilang sawit yang berlaku pada 6 Julai baru-baru ini di kawasan saya. Saya kira pihak kerajaan perlu mengambil pengajaran daripada kejadian ini supaya perkara sebegini tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Sebelum itu, izinkan saya menyorot kembali kronologi kejadian tersebut. Kejadian bermula pada 6 Julai dan saya turun ke lokasi kejadian pada hari kedua iaitu pada 7 Julai setelah menerima aduan. Salah satu kolam takungan fakultatif efluen nombor 1 telah pecah dan efluennya telah mengalir keluar ke alur berhampiran dan efluen tersebut mengalir ke Sungai Pukin dan seterusnya ke Sungai Keratong. 25 kilometer daripada tempat kejadian ni ke hilir ataupun downstream terdapat sebuah loji rawatan air kepunyaan pihak PAIP.

Loji air ini adalah loji yang terbesar di dalam kawasan daerah kecil Muadzam Shah yang berkapasiti 8 juta liter sehari dan membekalkan bekalan air bersih kepada rakyat sebanyak 11,500 akaun pengguna, dan lokasi agihan bekalan air ini kalau ke sebelah baratnya sehinggalah ke sempadan Negeri Sembilan. Manakala ke sebelah selatannya sampailah ke Gugusan Felda Selancar yang bersempadan dengan daerah Segamat, Johor dan melibatkan 2 kawasan undangan negeri iaitu Kawasan Muadzam Shah dan juga er… Kawasan Bukit Ibam.

Berpunca daripada itu menyebabkan kesan pencemaran yang sangat teruk terhadap Sungai Keratong dan bacaan parameter air mentah sungai tersebut melebihi julat normal standard piawai yang ditetapkan. Air bertukar menjadi berwarna hitam, bacaan ammonia yang sangat tinggi, bau mencapai bacaan sehingga ke angka 5 TON yang sepatutnya 0. Maka, oleh sebab itu rawatan loji rawatan air tersebut terpaksa ditutup operasinya.

Maka kesannya daripada kejadian itu yang pertama Tuan Yang di-Pertua, rakyat menjadi kelam kabut akibat terputus bekalan air ini. Bekalan air ini bukan terputusnya sehari dua tetapi hampir 2 minggu untuk dipulihkan semula terutama di kawasan yang paling jauh sekalilah yang bersempadan dengan Johor dan juga Negeri Sembilan.

Yang kedua, kesan yang kedua adalah kepada kehidupan sungai kepada hidupan sungai. Ikan bergelimpangan mati termasuklah yang kecil yang besar bergelimpangan terapung di permukaan air. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Daerah Rompin, anggaran jumlah ikan yang mati untuk 5 hari pertama berjumlah 9 tan dengan nilai ringgitnya RM274,500.00.

Dan yang ketiganya kesan langsung kepada nelayan pula sudah pastilah tidak boleh turun ke sungai dalam tempoh tersebut. Hampir 2 minggu maka hilang mata pencarian nelayan kategori A yang sepenuh masa bergantung kepada hasil sungai ini. Begitu juga dengan nelayan kategori B yang bertugas separuh masa. Manakala kesan jangka panjangnya pula sudah pastilah hasil tangkapan ikan dan kepada nelayan akan terjejas kerana banyak hidupan sungai yang mati dan untuk pulih kembali hidupan sungai ini, para nelayan terpaksa menunggu pembiakan baru ikan selama 6 bulan hingga ke setahun. Bayangkanlah Tuan Yang di-Pertua, kesan yang lama dari segi tempoh masa terjejasnya hasil pendapatan kepada para nelayan sungai ini.

Yang keempat, sudah pastilah kerugian kepada pihak PAIP iaitu Pengurusan Air Pahang Berhad kerana tidak dapat beroperasi membekalkan bekalan air bersih kepada penggunanya sedangkan dalam masa sama pihak PAIP terpaksa

mengerahkan tenaga kakitangannya menghantar bekalan air dengan menggunakan tanker-tanker daripada awal pagi hinggalah ke tengah ke larut malam.

Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Sidang Dewan, ini bukan kali pertama berlakunya isu pencemaran malahan daripada hujung ambil kira hujung pada tahun lepas sehingga kejadian ini sudah 3 kali berlaku pencemaran. Berpunca daripada efluen kilang sawit di mana 2 kejadian sebelum ini adalah dari kilang sawit yang berbeza yang mengakibatkan loji rawatan air tidak dapat beroperasi.

Untuk makluman Sidang Dewan, terdapat 7 buah kilang sawit yang berada di hulu atau upstream loji rawatan air ini. Perkara ini berlaku berulang kali dalam tempoh yang singkat dan ianya menjadi kemarahan kepada rakyat. Rakyat menganggap seolah-olah Pihak Kerajaan dan Wakil Rakyat setempat tidak mengambil berat atau peka kepada masalah rakyat yang disebabkan isu yang sering berulang kali berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, Industri sawit di Malaysia ini termasuk di negeri Pahang ini telah bermula lebih daripada 40 tahun yang lalu manakala premis kilang sawit adalah premis yang ditetapkan di bawah perintah Kualiti Alam Sekeliling 1977 dan perintah ini berkuat kuasa pada 1 Julai 1978. Di bawah perintah ini premis kilang sawit perlu dilesenkan di bawah Seksyen 18 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Mengambil pengajaran daripada kejadian kes ini yang memberi kesan yang sangat buruk kepada banyak pihak, maka saya mencadangkan untuk pertimbangan pihak kerajaan supaya Kerajaan Negeri Pahang perlu mewujudkan sebuah task force atau satu unit kawal selia dan libat urus kilang-kilang kelapa sawit di negeri Pahang. Pasukan task force atau unit ini perlu membuat penilaian dan tindakan jangka pendek dan jangka panjang yang perlu dilaksanakan segera oleh premis kilang di samping menambah baik peraturan dan undang-undang yang sedia ada kerana kita sedia maklum kebanyakan kilang-kilang sawit ini ada berusia 30 hingga ke 40 tahun lebih.

Sebagai contoh task force atau unit ini mungkin melibatkan beberapa jabatan atau agensi seperti pihak PTG, Pejabat Tanah Daerah, Badan Kawal Selia Air, PBT, SPAN, Jabatan Alam Sekitar, JPS dan lain-lain jabatan yang difikir sesuai. Untuk jangka pendek Tuan Yang di-Pertua, bolehlah semua premis kilang ini diarahkan untuk memastikan semua kolam pengolahan efluen dibentengkan dengan kukuh, diselenggarakan dengan sempurna dan berfungsi dengan baik pada setiap masa.

Yang kedua, memeriksa kolam-kolam dengan kerap bagi memastikan tiada berlaku kebocoran dan resapan bawah tanah pada semua kolam pengolahan efluen dan yang ketiga memastikan premis menjalankan disludging sekurang-kurangnya satu kali setahun bagi setiap kolam pengolahan efluen.

Manakala untuk jangka panjangnya bolehlah menyediakan satu garis panduan pematuhan bagi setiap premis kilang sawit. Kedua memastikan semua kilang-kilang sawit ini mengemukakan laporan penilaian yang disahkan selamat oleh pihak ketiga atau perunding bertauliah yang mempunyai kepakaran bagi menentukan kekuatan benteng kolam pengolahan efluen sebelum dikeluarkan lesen ataupun permit jabatan terlibat.

Yang ketiga, menilai dan memeriksa keberkesanan dan kaedah yang dijalankan oleh kilang sawit yang menjalankan pelupusan efluen atas tanah. Keempat, membuat kajian yang lebih teliti dan syarat-syarat yang lebih ketat setiap permohonan baru

kilang sawit sekiranya lokasi permohonan tersebut terletak di bahagian upstream er… loji rawatan air. Mungkin dengan wujudnya task force atau unit ini boleh mendatangkan juga er… tambahan hasil kepada Kerajaan Negeri sekiranya pihak Kerajaan Negeri mengenakan ataupun caj bayaran kepada pihak pengusaha-pengusaha kilang sawit ini.

Tuan Yang di-Pertua, Perkara kedua yang ingin saya bawa ialah isu yang berkaitan dengan penyeludupan. Aktiviti penyeludupan ini seolah-olah berlaku secara bebas dalam kawasan saya. Saya terpaksa mendedahkan aktiviti penyeludupan di dalam Dewan Yang Mulia ini kerana saya beranggapan ini adalah perkara yang serius, yang melibatkan keselamatan serta perlu tindakan segera dari pihak berwajib. Aktiviti penyeludupan ini bukan perkara baru malah telah berlarutan beberapa tahun yang lepas. Walaupun ada tangkapan yang dibuat dengan kerjasama orang kampung, yang dilakukan sebelum ini ianya seolah-olah tidak mematahkan aktiviti penyeludupan ini.

Sebelum ini aktiviti penyeludupan hanya berlaku sekali-sekala sahaja. Namun sejak setahun lebih ini keadaannya sudah hampir… hampir seolah-olah macam setiap malam. Aktiviti penyeludupan ini boleh dipecahkan kepada dua peringkat. Peringkat pertama, aktiviti di laut… aktiviti di laut. Bermula dengan pemunggahan barang dari kapal besar ke bot laju yang lebih kecil di tengah laut kemudian bot-bot ini bawa bahan seludupan tersebut ke pesisiran pantai.

Manakala di peringkat keduanya pula aktiviti di darat. Kalau melihat keadaan lori keluar masuk seolah-olah aktiviti-aktiviti tersebut tiada apa-apa kesalahan yang dilakukan. Aduan dan rungutan kerap sekali disuarakan kepada saya seolah-olah negara kita ni tiada yang menjaga keselamatan. Tuan Yang di-Pertua,

Sebenarnya sudah dua kali saya sendiri turun pada waktu malam melihat aktiviti tersebut, yang terakhir pada minggu lepas ya. Lori bonded bersaiz satu tan, tiga tan, lima tan, lalu-lalang depan mata secara bersahaja ya. Dalam tempoh masa antara jam 9:00 malam hingga ke 2:00 ataupun 3:00 pagi. Tidak kurang daripada 10 buah lori datang mengambil barang dan pergi ke tempat yang tidak diketahui dan setiap lori ni akan diekori dan diawasi oleh sebuah kereta tonto.

Saya dimaklumkan antara barang yang diseludup ini adalah rokok dan yang menjadi kebimbangan kepada saya dan masyarakat setempat ialah bukan setakat rokok sahaja yang diseludup tetapi benda-benda lain yang kita tidak tahu contohnya minuman keras atau yang lebih berat daripada itu mungkin juga senjata api dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, Saya berharap dua perkara utama yang dibangkitkan tadi iaitu berkaitan dengan cadangan mewujudkan task force atau Unit Khas Kerajaan Negeri untuk kawal selia dan tadbir urus kilang sawit di negeri Pahang dan yang kedua berkenaan dengan isu penyeludupan mendapat perhatian dari pihak Kerajaan Negeri. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Rompin er… Muadzam Shah mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih YB daripada Muadzam Shah. Sekarang tibalah masanya saya menjemput Yang Berhormat daripada Ketari. Sila, Yang Berhormat.

(Bacaan dalam Bahasa Arab) Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertamanya saya ingin merakamkan Ucapan Menjunjung Kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Terlebih dahulu ingin saya panjatkan kesyukuran er… kehadrat Ilahi kerana akhirnya Dewan Undangan Negeri Pahang ini, akhirnya dapat bersidang setelah sekian lama kita berehat. Banyak perkara yang perlu kita bincangkan bersama dan rungkaikan demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat negeri Pahang.

Tuan Yang di-Pertua, Perkara yang saya sering bangkitkan sejak dari tahun 2018 di dalam Dewan Yang Mulia ini adalah mengenai kerjasama Kerajaan Negeri dan juga pihak pembangkang. Kerjasama ini penting dalam memacu kemakmuran negeri dan menjadi berkali ganda lebih penting apabila berlakunya pandemik COVID-19. Saya agak terkilan kerana Kerajaan Negeri masih lagi enggan berkongsi data mengenai status berkaitan dengan kes dan kluster baharu dan juga pelan Kerajaan Negeri untuk memerangi COVID-19.

Kita faham setiap hari kita akan mendapat er… berita mendapat er… pelan apa ni kluster-kluster baru ataupun kes-kes baharu daripada MKN tetapi apa yang kami mahukan daripada pihak pembangkang adalah maklumat yang lebih… cepat daripada orang lain untuk Wakil-wakil Rakyat dikongsi bersama. Mungkin kami tak dilibatkan dalam mesyuarat tetapi mungkinlah paling senang pun diwujudkan satu group dalam whatsapp group untuk Wakil-wakil Rakyat bersama dengan er… Ketua-ketua Jabatan di setiap daerah supaya isu COVID, vaksin dan sebagainya kami dapat dengan segera kerana kalau dilihat di kawasan di Bentong kadang-kadang apabila PPV baru dibuka ataupun ada tempat baru vaksin dibuka kami tak tahu pun. Tiba-tiba ada saja penduduk yang tanya er… YB saya nak daftar boleh untuk vaksin? Jadi agak memalukanlah di sini apabila Wakil Rakyat sendiri pun tidak dapat berita terkini ataupun maklumat terkini er… apa yang sepatutnya kami patut dapat dahulu.

Jadi sebagai pihak pembangkang di negeri Pahang, kami tak ada pun niat nak merebut kuasa ataupun nak bermain politik kerana kami di sini hanya 9 orang sahaja berbanding pihak kerajaan yang ada berpuluh-puluh er… Wakil daripada pihak kerajaan. Apa yang kami mahukan adalah pihak Kerajaan Negeri dan kerjasama daripada pihak Kerajaan Negeri er… bukan setakat sahaja kita sebelum ini, kita mahukan peruntukan yang sama tetapi kita mahukan maklumat dan data yang sama adil kepada Wakil Rakyat Pembangkang.

Er… ini juga seperti apa yang telah dititahkan daripada Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang bahawa inilah masa untuk kita semua bersama demi negara, negeri dan rakyat jelata. Er… rakyat menaruh harapan yang tinggi kepada kita jadi walau bagaimanapun… tetapi walau bagaimanapun saya ingin memujilah kepada er…

DO Bentong dan juga PKD Bentong kerana walaupun setiap hari kita kadang-kadang bertanya apa maklumat terkini, mereka sentiasa memberikan kerjasama dan memberikan maklumat-maklumat terkini.

Tetapi kalau saya bertanya kepada rakan-rakan saya di daerah-daerah lain, ada sesetengah mereka tak dapat pun maklumat apabila mereka menghubungi er… Ketua-ketua Jabatan dan sebagainya, sebab itulah kita rasakan perkongsian data maklumat mengenai COVID, vaksin, kes-kes baru dan sebagainya adalah sangat penting untuk kami sebagai Wakil Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat di kawasan masing-masing.

Er… selain itu juga Tuan Yang di-Pertua, jika kita… saya faham isu vaksin ini tadi er… Yang Berhormat Exco dah terangkan berapa kali isu vaksin banyak dibangkitkan tetapi saya nak sebut lagi sekali jugalah kerana kita nak ada dokumentasi dalam Dewan ini. Er… kita nak kalau kita bandingkan dengan negeri-negeri lain kadar vaksinasi di negeri Pahang ini boleh dikatakan amat perlahan. Saya faham kenapa kerana vaksin yang diterima agak rendah dan saya dengar juga tadi er… bahawa pada pertengahan Oktober kita akan dapat tambahan yang lebih er… apa ni banyak lagi vaksin yang lebih banyak. Er… saya er… kita menunggu.

Namun kalau kita lihat ya pada data terkini iaitu 22 Ogos yang saya terima jumlah penduduk negeri yang sudah menerima satu dos ialah 41.8% berbanding 55.9% bagi seluruh negara dan bagi dua dos pula iaitu 29% berbanding 39.9% bagi seluruh negara. Kalau kita lihat kepada kadar pemberian vaksin harian terkini er… ia juga sangat rendah iaitu ada kalanya 28,000 sehari tetapi er… ada kalanya sehingga hanya 11,000 sahaja dan saya faham kenapa tadi kerana vaksin itu kita terima rendah dan saya harap untuk kita mencapai… untuk negeri Pahang mencapai 70% menerima vaksin pada akhir tahun ini er… kita dapat segerakanlah. Kalau rasa nak tunggu pertengahan Oktober ni agak lama YB Exco [ketawa], okey. Kejap ya, saya banyak nak cakap lagi ni.

Mohon mencelah.

Jadi kita singkatkan cakap yang berulang-ulang yang tak ada penyelesaian tu. Yang Berhormat Yang di-Pertua, minta maaf mencelah. Jadi ringkasnya kita sehingga ke hari ini kita memerlukan lebih kurang 2.3 juta dos vaksin. Jadi saya dah sebutkan tadi kapasiti kita dengan apa yang ada ni boleh memvaksinasikan 32,000 sehari. Ha… jadi kita tekan kalkulator, 2.3 juta ini bahagilah 30. Jadi kita boleh tahu berapa hari yang diperlukan untuk kita capai sasaran kita.

Jadi sebab tu saya katakan tadi mengikut unjuran yang berikan oleh CITF kita yakin kita boleh selesai memvaksinasikan dalam bulan 10 dengan andaian vaksin yang dijanjikan itu sampai ke negeri Pahang.

Seterusnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin apa terus memberi er… maklum balas kepada er… dakwaan Ketari yang mengatakan bahawa ada halangan untuk ADUN-

ADUN pembangkang untuk akses kepada maklumat-maklumat di apa… pejabat-pejabat daerah. Jadi saya tak faham apa data ataupun maklumat yang er… dimaksudkan itu. Saya fikir kalau ianya bersifat er… maklumat-maklumat kes secara spesifik, kita kena faham bahawa PKOB kita ada limitasi kerana maklumat peribadi pesakit ini ya, secara khususnya, nama dia, di mana dia duduk tu, tidak boleh diberikan dengan mudah kerana ianya menjadi sebahagian daripada kerahsiaan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Jadi selebih daripada tu, saya percaya bukan saja ADUN-ADUN pembangkang, tapi bila bercakap soal komunikasi, Exco sendiri pun kadang-kadang bila kita nak… nak berebut-rebut nak bekerja ni, bukan berebut nak kuasa ada kalanya kita pun er… terlepas pandang beberapa perkara. Pihak pentadbiran pun kadang-kadang terlepas pandang jugak untuk memaklumkan kepada kita, jadi janganlah disimpulkan bahawa ini adalah satu dasar Kerajaan Negeri untuk apa… side line ataupun mengenepikan ADUN-ADUN pembangkang. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Er… maksud saya iaitu tentang kes harian setiap hari di kawasan dan juga kita bukan nak mahukan er… di mana tempat tinggal yang lebih tepat, ataupun nama, ataupun nombor telefon tetapi lebih kita mahu kepada… sebabnya kalau diumumkan di MKN, biasa dia sebut kluster jalan itu, jalan ini.

Kalau… tapi bagi kita pula, kita mahu tahu lebih jelas kawasan yang mana. Kalau… okey… contohnya di… di Ketari, Taman Harmoni, okey kami tahu di kawasan mana yang kami boleh terus sampaikan bantuan diperlukan oleh keluarga yang perlu kuarantin, ataupun keluarga yang perlukan bantuan dan sebagainya. Maklumat yang lebih jelas er… di kawasan masing-masing.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Mungkin sebahagian daripada kita pernah terdengar er… dalam bulan yang lepas, ada beberapa negeri yang mana pegawai-pegawai kesihatan yang er… secara kontrak itu telah mengambil tindakan er… mengancam untuk mogok, ya. Jadi saya tak pernah terfikir sebelum ini bahawa pegawai-pegawai perubatan yang dipercayai oleh rakyat boleh mengambil pendekatan sedemikian rupa.

Saya bukan nak menghakimi mereka, tetapi apa yang ingin saya kongsikan, maksudnya keadaan yang mereka alami tu, satu keadaan yang sangat luar biasa. Mungkin bagi mereka, itu keadaan tekanan kerja yang melampau, jadi saya tak dapat memberikan ukurannya.

Jadi sebab itulah juga berhadapan dengan pasukan kerja yang sedia ada ni, Yang Berhormat Ketari ya, saya rasa mereka ni memang sangat penat ya, sangat letih tapi saya tidak dapat mengukur dari segi sejauh mana sistematiknya kerja mereka. Saya tak boleh… tak boleh nak mengukur tapi cukuplah saya katakan mereka sangat tertekan.

Pengarah Kesihatan yang baru ni pun Yang Berhormat Yang di-Pertua, dia pun tak sempat pun datang jumpa Exco lagi. Saya menjawab bagi pihak kesihatan ni pun tak… bincang dengan anak buah je. Yang bawah-bawah ni saja. Pengarah, Timbalan Pengarah sangat sibuk, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Teruskan, Ketari.

Saya faham semua frontliner sangat kepenatan dan kita juga er… ingin membantu mereka dengan memudahkan kerja mereka.

Baiklah seterusnya, mengenai isu vaksin lagi Yang Berhormat er… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, iaitu saya difahamkan er… kita memang tak mencukupi vaksin untuk warga tempatan. Apatah lagi, saya difahamkan memang untuk warganegara asing pun langsung tak dapat lagi buat masa ini.

Namun begitu, er… apalah kita… apa yang saya lihat apabila warga asing masih lagi tidak diberikan langsung suntikan vaksin, bagaimana dengan apabila baru-baru ini Kerajaan Negeri bercadang untuk membuka sektor pelancongan.

Apa yang saya faham ialah, apabila sektor pelancongan yang akan dibuka pada Kerajaan Negeri, saya telah membuat tinjauan di Kampung Janda Baik yang mana juga terlibat dalam sektor pelancongan ini. Saya mendapati bahawa daripa… sebanyak 51.7% penduduk tidak bersetuju jika sektor pelancongan ini dibuka semula kerana ia khuatir akan meningkatkan kes dan menjejaskan kehidupan masyarakat di sana.

Dan saya difahamkan ramai pekerja-pekerja mereka yang di bawah sektor pelancongan ini adalah warga asing, di Janda Baik, di Bukit Tinggi tetapi pada hingga hari ini mereka tidak lagi er… mendapat suntikan vaksin. Jadi, bagaimana kita nak buka sektor pelancongan ini kalau masih lagi pekerja-pekerjanya tidak dapat suntikan vaksin walaupun satu dos. Er… itu yang seterusnya.

Kemudian kalau kita kembali kepada PPV, saya berharap selepas saja nanti kita terima er… jumlah vaksin yang banyak, akan banyak lagi PPV dibuka di kawasan-kawasan lain er… di kawasan luar bandar, mobile… mobile service, er… dan juga saya difahamkan oleh rakan saya dari Mentakab pun dia kata di… sekarang ni di Mentakab tak ada langsung PPV, yang ada di Temerloh, er… mungkin yang berdekatan dan sebagainya. Jadi, saya harap kawasan-kawasan yang tak ada ni dapat diwujudkanlah.

Apa pun yang penting, yang penting kita mahu vaksin itu sampai dulu supaya ia dapat er… segera diberikan kepada rakyat Pahang.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya lupa nak menekankan satu perkara yang ramai jugak sudah maklum ya. Jadi sekali lagi saya tekankan soal vaksin ini, kita usahakan yang terbaik, ya. Jadi, untuk makluman, bulan 8 kita walaupun kita mensasarkan sebenarnya 60 er… vaksin er… tambahan, tetapi bulan 8 kita kekurangan. Yang disasarkan 560,000 yang dapat 502,000 saja lebih kurang. Jadi maksud saya 60,000 shortage.

Jadi, saya tak berani menjanjikan bahawa vaksin ini sampai apa ni pada masanya. Tetapi apa saja yang diterima di peringkat negeri Pahang, kita akan laksanakan secepat mungkin, ya. Jadi er… dan satu perkara lagi Yang Berhormat Dato’ Sri Yang

di-Pertua, kita negeri Pahang ni sebenarnya awal-awal lagi Yang Amat Berhormat Menteri Besar bercadang untuk membeli vaksin tapi kita minta maaflah nak dikongsi dengan Dewan ini, kita ada inconsistency, dengan izin, dari segi dasar sampai ke satu tahap, vaksin dah sampai ke negeri Pahang 10,000 pun, kita ada kesukaran untuk menjalankan vaksinasi.

Jadi saya rasa saya tak perlu nak ulas lebih panjang tapi saya harap Ahli-ahli Dewan faham apa yang saya kongsikan di sini adalah hanya untuk menjelaskan bahawa pihak Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah memberikan usaha yang terbaik untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan kita bersama. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, saya ingat elok kalau ada lagi…

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya harap masa saya tak diambil ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ketari, tak apa… Ketari, Ketari boleh teruskan dan saya beri masa tambahan la 1 minit. Oleh kerana banyak jawapan daripada pihak kerajaan. Saya berharap selepas ini pihak kerajaan boleh mengambil catitan dan ambil masa penggulungan besok, boleh memberi jawapan lebih terang dan lebih jelas lagi. So, sila, Ketari boleh teruskan.

Ok baik, baik. Terima kasih Yang di-Pertua.

Seterusnya saya beralih kepada isu er… Orang Asli. Saya juga ingin bangkitkan mengenai isu pewartaan tanah kampung Orang Asli. Pada tahun 2019, saya pernah bertanyakan mengenai soalan ini di dalam Dewan Yang Mulia ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli telah… telah memberikan jawapan bahawa Kerajaan Pahang sudah mewartakan sebanyak 7,153.6 hektar sebagai Tanah Rizab Orang Asli dan 8,571.36 hektar lagi dalam proses pewartaan.

Jadi, saya ingin bertanya, apakah er… proses perkembangan baki tanah yang sedang dalam proses pewartaan ini? Adakah ia sudah diwartakan kesemuanya dan ataupun masih dalam… masih lagi dalam proses dan bagaimana dengan tanah-tanah di kampung Orang Asli di… di bawah daerah Bentong?

Ini kerana, kalau di Ketari, contohnya di Kampung Sungai Miak, baru-baru ini saya berjumpa dengan Tok Batin. Beliau telah menunjukkan satu geran lama pada tahun 1948 iaitu kawasan er… saya tak pasti seluas berapa. Saya tak… tertinggal kertas ya dokumen er… adalah di bawah kawasan kampung Orang Asli.

Namun begitu, pada tahun 60-an, kawasan… separuh daripada kawasan tersebut telah diambil oleh syarikat swasta. Jadi kalau kita melambat-lambatkan pewartaan kepada… tanah er… Orang Asli ini, saya risau makin lama makin sikit tinggal er… tanah adat ini. Dan mereka juga risau takut nanti mereka kena halau keluar daripada kampung sendiri.

Dan er… saya faham tadi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada telah mengulas sedikit tentang isu nadir bumi er… di Ulu Jelai. Tapi saya nak cerita, nak petik jugaklah sedikit Yang Amat Berhormat er… Tuan Yang di-Pertua, er… saya faham dengan penjelasan Yang Amat Berhormat mengenai apa sahaja permohonan yang masuk daripada syarikat-syarikat akan diproses dan perlu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Selagi tak selesai syarat-syarat tersebut, maka tak akan bermula projek tersebut Yang Amat Berhormat. Namun begitu, er…saya menerima… difahamkan bahawa kawasan nadir bumi yang telah dimohon itu adalah di bawah Hutan Simpanan Kekal Ulu Jelai. Dan kalau ia di bawah er… Hutan Simpanan Ulu Jelai, bagaimana permohonan itu boleh diproses? Tidakkah ia boleh terus di… diabaikan ataupun terus ditolak mentah-mentah kerana ia di bawah er… hutan simpanan er… Hutan Simpanan Kekal Ulu Jelai dan juga di bawah Pelan Rancangan Tempatan Daerah Kuala Lipis.

Dan er… kerana bagi saya, kita juga mendapat satu salinan surat bahawa telah diluluskan lesen dan sebagainya. Bagi saya apabila perkara-perkara ini keluar di media sosial dan sebagainya, ia akan menarik perhatian orang ramai bukan setakat sahaja masyarakat di setempat, malah orang lain yang… yang mungkin tak tahu pun kawasan tu bagaimana.

Jadi ia akan menimbulkan persepsi yang tidak bagus kepada Kerajaan Negeri. Jadi saya harap, pihak Kerajaan Negeri kelak, mungkin pada penggulungan Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh menerangkan apa yang sedang berlaku dan bagaimana er… isunya tentang kejadian er… isu di perlombongan nadir bumi yang kononnya akan di… diwujudkan di kawasan Hutan Simpan Kekal Ulu Jelai kelak. Seterusnya…

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey Yang Berhormat, masa…

Kejap, jap. Sikit je lagi, boleh ya? Dah nak balik dah.

Yang di-Pertua (Speaker)

3 minit je lagi.

Okey, okey. Tuan Yang di-Pertua, sikit lagi. Saya ingin menyentuh mengenai talian internet. Saya ucapkan terima kasih kepada Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah memberi respond kepada pertanyaan saya mengenai talian internet yang tidak baik di Janda Baik.

Namun begitu, untuk kawasan Mempaga... baik er... kawasan Mempaga, kami tidak mendapat respond jadi saya harap ada respond daripada pihak er... yang berkaitan dan juga sekarang ini kita sedang... anak-anak sedang belajar PDPR jadi talian internet ini sangat penting bukan setakat kepada anak-anak pelajar sekolah tetapi kepada mereka yang bekerja secara online, talian jadi saya harapkan talian internet di seluruh kawasan negeri Pahang khususnya di luar bandar dapat diperbaharui dan

tambah baik dari semasa ke semasa dan ia perlu disegerakan kerana ia adalah sangat penting pada ketika ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang terakhir, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan kerajaan dan juga terima kasih kepada Kerajaan Negeri juga kerana telah memberikan pelbagai inisiatif yang baik kepada rakyat negeri Pahang. Namun begitu masalah besar yang menanti kita selepas ini ialah kepada mereka anak-anak muda yang hilang pekerjaan, mereka yang hilang sumber pendapatan dan sebagainya jadi Kerajaan Negeri perlu memikirkan bantuan yang bagaimana untuk membantu mereka untuk berjalan semula, untuk mencari rezeki semula terutamanya kepada anak-anak muda dalam negeri Pahang ini. Jadi, kerana kita lihat banyak beratus, beribu perusahaan kecil yang terus mati, lingkup dan sebagainya. Jadi, bagaimana kita nak membantu mereka ini untuk kembali, boleh menyara kehidupan keluarga.

Baiklah, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini, sehingga setakat ini sahaja dan saya berharap kita pada masa... kita Kerajaan Negeri dapat memberikan fokus dalam menangani penularan jangkitan dan pemberian vaksin dan juga kita dapat merangka pelan pemulihan ekonomi serta pelan bagaimana jika virus ini kekal dalam kehidupan masyarakat, bagaimana kita nak meneruskan kehidupan kita pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. Ketari menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Ketari. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita dah hampir ke penghujung. Suka saya memaklumkan kita ada menyediakan sedikit jamuan ringan untuk Yang Berhormat nak membasah tekak dan juga mengalas perut dan kembali semula ke dalam Dewan untuk kita sama-sama mengakhiri persidangan kita pada petang ini.

Jadi, Yang Berhormat jangan bimbang, saya tidak akan memakan masa yang lama. Jadi, untuk itu saya menjemput YB yang kedua terakhir, Yang Berhormat daripada Damak untuk membuat penghujahan. Sila, YB Damak.

(Ayat al-Quran) Assalamualaikum WBT (bacaan dalam Bahasa Arab)

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang saya kasihi Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang, barisan Exco dan seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat. Insya-Allah ucapan saya ini tidak panjang kerana memahami keadaan kita yang mungkin ada belum solat tapi saya alhamdulillah, hari ini musafir lagi, boleh jamak jadi insya-Allah kalau ikutkan hati nak bercakap panjang tapi saya akan ringkaskan.

Pertama sekali, saya menjunjung kasih di atas ucapan Titah Diraja Pemangku Raja Pahang semalam yang sangat baik untuk kita jadikan pedoman. Apa yang menarik perhatian saya ialah Tuanku telah mengajak kita supaya mengamalkan politik matang, jujur dan ikhlas serta mengutamakan kepentingan rakyat.

Suka saya menarik perhatian Dewan pada hari ini bahawa apa yang disebut oleh Tuanku ini iaitu politik matang adalah selari dengan apa yang telah digagaskan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 2016 telah menggagaskan budaya politik matang dan sejahtera dan kita juga amat suka dan bergembira kerana Perdana Menteri kita yang Ke-9 juga telah menggagaskan konsep

Keluarga Malaysia dan ini juga bertepatan dengan apa yang diamalkan di negeri Pahang ini di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang iaitu “Muafakat Membawa Berkat”.

Jadi saya amat yakin jika perkara ini dapat digemblengkan bersama, insya-Allah kita akan dapat bersatu hati membangunkan negeri Pahang ini dan memacu kemajuan ke arah memastikan kemakmuran negeri Pahang Darul Makmur, insya-Allah. Saya ingin menarik perhatian sepertimana yang disebut oleh Syed Rashid Redha yang berkata, (bacaan dalam Bahasa Arab), “kita bertolong bantu dalam perkara yang kita sepakati dan kita saling bermaaf-maafan dalam perkara yang kita berbeza pendapat”.

Tuan Yang di-Pertua, Dalam ucapan ringkas saya ini, saya ingin menarik perhatian kepada apa yang telah disentuh oleh Tuanku iaitu supaya menjadikan Pahang ini kekal sebagai negeri yang menyumbang oksigen kepada Semenanjung Malaysia ini dan pusat habitat kepada flora dan fauna dan juga binatang-binatang liar.

Jadi justeru itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di mana apabila timbul isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar di daerah saya di DUN Damak, pendekatan yang kami ambil ialah bertemu dengan orang ramai, bertemu dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan berjumpa dengan MB sendiri dan alhamdulillah, melalui pendekatan dialog, berbincang dan bekerjasama ini...

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Minta laluan sikit. Minta laluan Damak. Saya ucapkan syabas tahniah kepada Damak dan inilah pendekatan yang sebaik-baiknya. Tak payah tunggu Dewan bersidang, macam hari ini YB Ketari tanya pasal Jelai. Kalau datang jumpa saya 3 bulan dulu saya boleh jawab dah, tak ada kelulusan ML, hari ini baru sampai ke Dewan, dah tu orang dengar, keliru kan? Jadi macam Damak, saya ingat YB Ketari kena belajar dengan Damaklah sikit ya.

Jadi, tak payahlah tunggu sampai 4, 5 bulan bawa ke Dewan. Benda mudah aje Yang Berhormat Yang di-Pertua. Jumpa saya sambil berjalan, saya boleh jawab kalau ditanya, “Dato’ Sri, apahal... apa ni yang di Jelai tu kata dah ada...”. Saya boleh jawab, “Tak ada kelulusan ML”. Maknanya tak adalah. Jadi Yang Berhormat Ketari bolehlah belajar dengan Damak apa salahnya kan. Kalau tak belajar yang itu boleh belajar benda-benda lain, janggut panjang (ketawa). Itulah Yang di-Pertua, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh, insya-Allah. Sila, Damak.

Terima kasih kepada Yang Berhormat MB. Jadi saya rasa banyak usaha-usaha yang kita lakukan khususnya berkaitan dengan masalah air, masalah capaian internet jadi pendekatan yang kita ambil ialah berbincang, berdiskusi, berdialog dan alhamdulillah kita dapat jawapan-jawapan yang tuntas daripada pihak kerajaan dan pegawai-pegawai di peringkat daerah.

Tuan Yang di-Pertua, Sepertimana yang saya sebut tadi, ucapan saya tidak panjang cuma saya ingin mencadangkan sepertimana yang ditegaskan oleh Baginda Tuanku supaya kita mengekalkan kelestarian alam ini, maka saya ingin mencadangkan isu yang agak panas pada pagi tadi iaitu berkaitan dengan Genting Highlands. Kita tak payah tutup Genting Highlands tapi kita mungkin berikan imej baru kepada Genting Highlands supaya imej baru ini iaitu pusat pelancongan keluarga dan pusat menikmati alam yang menghijau dihighlightkan supaya sebelum ini imej bila kita sebut Genting Highlands kita hanya nampak kasino. Kita hanya nampak kasino itu diubah supaya insya-Allah akan memberikan manfaat dan imej baru kepada Genting Highlands ini. Jadi saya rasa itu sahaja yang ingin saya sampaikan...

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Triang minta laluan, okey? Sila, Triang.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Memang Wakil Rakyat-wakil Rakyat boleh memberi cadangan kepada kerajaan untuk satu syarikat swasta, mungkin dia tukar hala tuju dengan pembangunan dia tapi kita kena ingat bahawa akhirnya itu kebebasan syarikat sendiri, usahawan itu sendiri untuk menjalankan perniagaan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Triang, apa... apa soalannya?

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Jadi kerajaan tidak harus memaksa.

Yang di-Pertua (Speaker)

Apa... apa soalannya? Apa soalan Yang Berhormat?

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan saya, kita boleh beri cadangan tapi jangan memaksa okey dan beri kebebasan kepada usahawan untuk tentukan sendiri.

Okey, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, terima kasih.

Baik, terima kasih. Sebab itu saya kata saya mencadangkan, saya bukan paksa pun. Jadi saya beri cadangan kepada Dewan, terpulang kepada...

Yang di-Pertua (Speaker)

Damak hanya mencadangkan ya.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Ada soalan kepada Damak.

Yang di-Pertua (Speaker)

Semambu minta pandangan, boleh? Minta laluan.

Terima kasih saya ucapkan dan diakhirnya saya akan akhiri dengan 2 rangkap pantun boleh?

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Mencelah sikit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Semambu minta, dia tak bagi Semambu. YB Damak boleh?

Saya rasa saya pun dah letih, nak balik dah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ha... dah letih. [Ahli Dewan ketawa]

Jadi saya rasa saya akhiri dengan 2 rangkap pantun sahaja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang akan datang Semambu ya.

Minta maaf ya.

Berdiri buluh tegaknya galah, Merayap tebuan jejak lelabah; Pendirian kukuh tidak goyah, Menghadap cabaran tidak gelabah.

Sungguh indah bunga dilaman, Bunga raya ditanam sebelah; Pemimpin beramanah serta beriman, Rakyat dibawa mentaati Allah SWT.

Mohon mencadang. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Bunga raya tanam sebelah, sebelah mana tu? Okey Yang Berhormat boleh… jangan balik lagi, kita ada sediakan sedikit jamuan ringan. So okeylah, terakhirnya saya ingin menjemput Wakil Rakyat daripada Inderapura. Sila.

Bismillahhirahmanirahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana memberikan keizinan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan atas junjung kasih Usul Junjung Kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dalam kesempatan ini kita bersama-sama dapat mengambil bahagian dalam Dewan Yang Mulia ini bagi membentangkan, bagi meleraikan, bagi membincangkan apa juga masalah-masalah rakyat yang dapat dibawa ke hadapan.

Saya merujuk kepada Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, saya tertarik dua perkara iaitu perkataan yang dikeluarkan, titah yang dikeluarkan perkataan ESG, Environmental Social and Governance dan juga satu lagi perkataan IoT, Internet of Thing yang ini menunjukkan betapa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja begitu prihatin, sensitif tentang masa depan anak cucu bangsa kita dan juga bagaimana menghadapi suasana situasi pandemik COVID-19 ini.

Dan izinkan saya membaca sedikit dua ayat daripada surah Al-Imran, ayat 22 yang berbunyi, (bacaan ayat Al-Quran). Itu ayat yang ke 22 dan satu lagi ayat yang bersangkutan dengannya juga (bacaan ayat Al-Quran). Pengertian ayat pertama saya baca, “tidak ada sesuatu kesusahan, bala bencana, musibah ini, pandemik COVID ini yang ditimpa atas bumi, bukan sahaja kita di Pahang, di Malaysia tapi seluruh negara menghadapi situasi yang sama yang juga tidak juga yang menimpa diri kita, tidak juga menimpa diri kita manusia melainkan telah sedia Allah maklum dalam pengetahuan Allah tentang apa yang berlaku ini sebelum kami menjadikannya sesungguhnya mengadakan demikian, nak buat perkara begini Allah senang, senang bagi Allah (bacaan ayat Al-Quran).

Kemudian makna ayat yang seterusnya ha ini yang kita perlu, yang perlu kita mengambil tindakan sebagai ikhtiar kita. “Kamu diberitahu tentang itu supaya kamu tidak bersedih. Bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, yang hilang daripada kamu. Mungkin kita akan hilang harta, mungkin kita akan hilang bagai-bagai pekerjaan yang seperti diuar-uarkan oleh rakyat, kita simpati. Tapi kita kena ada ikhtiar, ada kesungguhan untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat. Dan ini kita hadir dan saya dalam soal ini saya ingin mohon satu contoh, capaian internet. Hari ini kita tengok kita dihimpit dengan masalah peranti. Ada yang tidak ada telefon, ada yang tidak ada komputer, ada yang tidak ada talian internet di luar-luar bandar.

Kerajaan negeri telah bersusah-payah berusaha, macam tahun lepas RM50.00 untuk pelajar SPM dapat ya. Baru-baru ini komputer dapat tapi tidak boleh menyeluruh, tak semua yang dapat. Tapi kita carilah ikhtiar. Saya simpati dengan rakyat, saya cuba juga tapi satu saya pujilah satu agensi kerajaan di bawah Yayasan Pahang saya diberitahu kejadiannya di dalam ladang-ladang tidak ada talian internet, tidak ada talian internet tetapi bagaimana pentadbir di sana mengusahakan menyewa rumah untuk anak-anak pekerja-pekerja ladang, yang mana sewaan rumah itu dibayar oleh syarikat. Dia menyediakan makan minum, ini pendekatan yang terpaksa kita bawa bersama.

Saya harap pihak-pihak yang bertanggungjawab tak kiralah apa juga peranan masing-masing, mereka boleh mengambil inisiatif ikhtiar dan dalam hal ini saya mungkin pihak Jabatan Pelajaran boleh mengambil suatu er... data. Ini data yang singkat saya ambil yang saya tahu di kawasan saya terdapat ramai juga anak-anak darjah 3 yang tidak tahu membaca. Apatah lagi untuk buat kerja sekolah, dan soal malas tu pun ada, tapi tak tahu nak buat kerja sekolah tak ada talian internet, yang ini untuk generasi kita akan datang kita ada gap.

Jadi saya mencadangkan supaya pihak jabatan yang terlibat mengambil satu data kajian berapa ramaikah jumlah pelajar-pelajar sekolah rendah yang masih tak tahu membaca tapi setakat yang saya tahu darjah 3 masih tak tahu membaca. Mungkin kekangan peranti, mungkin kekangan talian capaian talian internet, mungkin kekangan macam-macam la juga, ya keluarga yang susah, satu telefon kongsi ramai adik-beradik, dan banyak susah kita nak cakapkan, tapi itulah antara satu-satu contohnya.

Dan di contoh lain supaya kita dapat ikhtiarkan usaha bagaimana dalam suasana COVID ini kita perlu mendepani secara bijak. Saya mendapat aduan. Aduan daripada pengundi-pengundi saya, saya bacalah Dato Sri Yang di-Pertua, kalau saya boleh baca sekejap.

Yang di-Pertua (Speaker)

Panjang ke Yang Berhormat? Panjang ke berita tu?

Dia… er… dia whatsApp, dia hantar kat saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya lar whatsApp.

Saya baca sikit je.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sikit je.

“Tadi ada MPK datang tempat suami berniaga. MPK bagi notis minta clear tapak niaga Dato’. Saya baru lepas bersalin anak kecil, suami harap meniaga tepi jalan aje. Pada 16 Ogos saya dah hantar borang permohonan untuk tapak jaja, tapi hari ini tapak saya

kena kosongkan dalam masa 3 hari. Macam mana ya Dato’? Saya berharap meniaga untuk beli keperluan”. Rintihan dia.

“Saya berharap meniaga untuk beli keperluan susu anak dan barang dapur. MPK bagitahu, saya tak cakaplah tu ya, dulu dapat lesen berniaga di tepi di Taman Tas tapi MPK tarik semula lesen untuk semua penjaja Taman Tas, depan Shell masa PKP 1, tahun lepas. Jadi saya mula berniaga di kawasan rumah saya di Inderapura Jaya.”

Saya ingin mencadangkan supaya pihak, apa ni pihak Majlis Bandaraya Kuantan dapat buat satu kajian ke, dapat satu buat data-data, berapa peniaga kecil yang berniaga di rumah, berapa orang berniaga tepi jalan, kita longgarkanlah sikit.

Memang ada yang salah tapi jangan berniaga tengah jalan, jangan berniaga tengah jalan, tapi tepi jalan tu untuk zaman sekarang ni kita kenyit mata jelah. Itu harapan saya sebagai seorang Wakil Rakyat, kenyit mata, mana kita boleh bantu. Saya mohon, saya rayu Majlis Bandaraya Kuantan dapat membantu hal ini. Itu sahaja yang saya boleh… pendek je Dato’ Sri Yang di-Pertua, dak? Ha tak lama dah, sikit je lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sikit lagi.

Soal pendidikan saya sudah nyatakan dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang yang dapat mengemudikan kerajaan dengan begitu baik. Suasana politik kita aman, tak ada apa masalah, tapi kita kena bincanglah yang ini kita disifatkan dalam saya suka bawa ini… ini rahmat dan adanya rahmat. (Bacaan dalam Bahasa Arab) Ada perbincangan, ada pendekatan seperti cadangan Yang Amat Berhormat kepada YB. Ketari. Bincang dulu dengan MB, cerita dulu dengan MB kalau tak boleh dengan MB belajar dulu dengan YB. Damak. Ha… contoh, saya bagi contoh saya tak tahu la tadi, contoh yang terdekat.

(Bacaan dalam Bahasa Arab) Ini kita berazam, saya berazam ini nak menolong orang. Pahang dengan Bantuan Prihatin macam-macam, bagai-bagai. Bak kata rakan saya sebelah daripada Dong ini, muntah ya rakyat kita ya. Muntah dengan Bantuan Pahang Prihatin, muntah. Tapi Wakil Rakyat tak muntah lagi tak? Harap-harap dapat la Yang Amat Berhormat beri lagi-lagi la untuk kita ini tolong rakyat. Ha… harap-harap je la.

Yang di-Pertua (Speaker)

Insya-Allah.

Er…. insya-Allah, alhamdulillah. Itu sahajalah saya nak ucapkan dalam ucapan hari ini dan saya menyokong penuh Usul Junjung Kasih daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian…

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, boleh 3 minit?

Yang di-Pertua (Speaker)

Oleh kerana sepatutnya kita dah mengakhiri persidangan… menempohkan persidangan kita pada petang ini. Oleh kerana, Wakil Rakyat daripada Dong datang pun jauh saya ingat dan merupakan Wakil Rakyat yang senior, saya beri tempoh 5 minit Yang Berhormat. Boleh?

Terima kasih Dato’ Sri.

Yang di-Pertua (Speaker)

5 minit sahaja. Cukup 5 minit saya akan tutup mic. 5 minit, 5 minutes only.

Yang di-Pertua (Speaker)

3? Okey, sila Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Dapat juga ruang untuk saya membahaskan Titah Ucapan Diraja tapi saya tak nak… 3 minit lagi. Yang pertama, nak menyokong penuh Ucapan Khas Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Syabas tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Yang kedua, kita terima ini satu seorang, Titah Diraja. Tapi mungkin kita tidak perasan, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat mungkin tidak perasan dalam Titah Diraja ini ada 6 muka surat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja amat sukacita, puas hati ke atas pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kita. [Ahli Dewan menepuk meja]

Mungkin orang tak perasan, yang pertamanya muka surat 9, yang kedua muka surat 17, yang ketiga muka surat 27, yang keempat muka surat 31, yang keenam muka surat 34. Kebawah Duli Tuanku bertitah credit kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam soal kebajikan, dalam soal COVID ini RM49 juta, Kerajaan Negeri berbelanja. Mana ada Kerajaan Negeri yang lain kecuali Selangor mampu berbelanja RM49 juta untuk rakyat seluruh peringkat. [Ahli Dewan menepuk meja]. Daripada yang tua sampailah Darjah 1. Itu satu.

Kemudian, Tuanku puji lagi Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah seorang pemimpin peramah tetapi tegas. Ha… ini sebab itu tanah haram kena sodok… tegas. Bukan sahaja kaum Cina, tanah haram Melayu pun habis, lombong pun habis. Cameron Highlands atas ketegasan inilah mendapat pujian daripada Kebawah Duli Tuanku.

Yang ketiga, Tuanku berpuas hati dengan pelaburan RM6.8 juta daripada Belgium, Belanda, Singapore, China dan juga Thailand. Yang keempat, Tuanku Pemangku Raja berpuas hati dengan cara dan pelaksanaan Yang Amat Menteri Besar… Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam soal menangani ketirisan dan peningkatan pendapatan hinggakan tahun 2020… 2020 Kerajaan Negeri berjaya mengutip RM850 juta yang mana sasarannya RM744 juta bermakna 115%. Tepuk la sikit, gitu. [ketawa] [Ahli Dewan menepuk meja]

Dan last sekali, Kebawah Duli Tuanku merasa amat sukacita dan berpuas hati dengan pelaksanaan perumahan membela rakyat dalam negeri Pahang ini termasuklah Rumah Rakyat Pahang. Kerajaan Negeri Yang Amat Berhormat Dato’ Sri telah berbelanja hampir… mana angka ini tadi, RM19.7 juta.

Apa maknanya ini? Pemangku Raja puas hati, sukacita apa maknanya? Maknanya Kebawah Duli Tuanku amat menghargai prestasi, pemikiran Yang Amat Berhormat Dato’ Sri dan seluruh jentera pimpinannya untuk membangun dan membela negeri dan rakyat negeri Pahang ini. Ini dia ertinya. Sebab itu kita harus bangkit bersama. Pilihan raya mungkin setahun, dua tahun kita mesti bulatkan muafakat kita. Kita pastikan pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini menang lebih besar dalam Pilihan Raya Ke-15 nanti. [Ahli Dewan menepuk meja]

Ini semua, pertama saya lihat gan… di Dewan ini tak pernah kecoh kerana gandingan mantap di antara Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dengan Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Dato’ Sri Yang di-Pertua boleh jaga Dewan dengan baik. Tak payah berhenti-henti dah [ketawa]. Yang kedua… [Ahli Dewan ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Apa ayat Yang Berhormat? Tak dengar.

Kalau tidak tak bagi bercakap [ketawa]. Yang kedua…

Yang di-Pertua (Speaker)

Masa lebih ke?

Saya lihat tadi daripada semalam, apa tadi kita bincang, semalam bincang, tak ada orang pun sebut Dato’ Sri SS kita. Kehebatan Kerajaan Negeri, pimpinan yang tegas, bijaksana, hormat orang, hormat dan kasih sayang bukan hanya kepada pimpinan Barisan Nasional tetapi pihak pembangkang PAS dan juga gandingan mantap dengan Dato’ Sri SS dan jentera kerajaan membolehkan Pahang bangkit hebat sehinggalah hari ini. [Ahli Dewan menepuk meja]. Itu sahaja.

Jadi saya tak nak cakap lebih daripada itu lepas ini kita balik, kita cari masalah rakyat, kita dekati rakyat. PAS-UMNO muafakat, kalau kita berpecah habis lingkup semuanya. Apa lagi yang kita hendak. Yang Amat Berhormat Menteri Besar sayang kepada Ahli-ahli PAS, hormat kepada Ahli-ahli PAS sebab itu muafakat ini akan memantapkan politik di negeri Pahang ini. Percayalah, saya pun yakin menengok wajah-wajah rakan-rakan daripada PAS rasanya Yang Amat Berhormat Dato’ Sri kita akan bersama.

Baik, insya-Allah. Haih… tepuk tak nak juga ya [Ahli Dewan menepuk meja]. Jadi itu sahajalah. Saya pun tidak hendak lebih daripada itu. Sekali lagi saya ucap terima kasih pada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua Dewan. Dengan ini saya menyokong Usul Titah Diraja. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. 5… 5 minit setengah Yang Berhormat. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, seramai 16 Ahli telah mengambil bahagian. Saya mengucapkan terima kasih pada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan ini dengan lontaran idea-idea yang amat baik, bernas, fokus tanpa gagal mengangkat isu-isu rakyat di Dewan Yang Mulia ini.

Walaupun dalam tempoh masa yang terhad, Ahli-ahli Yang Berhormat telah menggunakan masa itu dengan sebaik-baiknya. Saya dapat hayati setiap Yang Berhormat cukup matang, berhemah dan bijaksana, berhujah dengan begitu teliti sekali dengan masa yang telah ditentukan. Tahniah dan syabas.

Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, kita bersidang dalam tatacara SOP tahap tinggi mengikut KKM dan MKN. Bukan lagi mengubah tataurus persidangan kita tetapi juga telah mengubah cara kita berkomunikasi, cara kita berhubung seperti memakai mask, jarak sosial, masa yang terhad malah telah mengubah cara hidup kita keseluruhannya.

Saya bercadang untuk memberi peluang kepada pihak kerajaan bagi memberi jawapan, ulasan pada hari esok, insya-Allah. Kita sambung semula persidangan pada 25 Ogos 2021, hari Rabu mulai jam 9:30 pagi. Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat akan berada di Dewan yang ini… di Dewan Yang Mulia ini pada masa yang telah ditetapkan. Dengan itu, persidangan ditempohkan. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

[Persidangan ditempohkan pada pukul 3.25 petang]