Pahang · 25 August 2021
14th Assembly, 4th session, 1st meeting · 335 turns · 38,120 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari : Rabu, 25 Ogos 2021
bersamaan 16 Muharam 1443 Hijriah
DOA
Perkara Pertama: Doa.
Bismillahirrahmanirrahim. [Bacaan dalam bahasa Arab]. Segala puji bagi Allah, dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. [Bacaan dalam bahasa Arab]. Amin, Ya Rabbal A’lamin.
PERTANYAAN-PERTANYAAN KEPADA MENTERI BESAR
Perkara kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Pada pagi yang ceria ini, kita masih diizinkan oleh Allah SWT berada dalam Dewan Yang Mulia bagi meneruskan persidangan kita pada pagi ini.
Marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran dan keinsafan dengan kalimah yang mulia Alhamdulillah, semoga Allah merahmati, melindungi dan selamatkan kita semua. Baiklah untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat kita pada kali ini saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Cheka untuk mengemukakan pertanyaan yang pertama. Sila Yang Berhormat.
Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan pertama.
[Tahniah kepada negeri Pahang yang Berjaya meningkatkan nilai perdagangan Pahang ke 3.48 Bilion pada tahun 2020.
(a) Minta penjelasan sumber perdagangan yang menyumbangkan kejayaan ini.
(b) Minta bandingkan Nilai Perdagangan Pahang bagi tahun 2019 dan 2020]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada ADUN Cheka yang bertanyakan soalan iaitu mengenai penjelasan sumber perdagangan yang menyumbangkan kepada RM3.48 bilion pada tahun 2020 dan yang kedua minta bandingkan nilai perdagangan pada tahun 2019 dan juga pada tahun 2020.
Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua saya ingin menggabungkan soalan (a) dengan (b) ini disekalikan dan di samping itu saya minta juga Yang Berhormat daripada ADUN Cheka sebab ini agak... agak teknikal... angka, sediakan calculator supaya YB lebih faham sebab ini adalah perbandingan.
Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat daripada ADUN Cheka, nilai perdagangan kita kira adalah berdasarkan, jumlah nilai eskport campur dengan jumlah nilai import, seperti yang akan saya nyatakan tadi. Eksport maknanya barangan kita, kita hantar keluar, itu eksport. Import apa yang kita ambil daripada luar bawa ke dalam.
Jadi, Yang Berhormat ADUN Cheka pada tahun 2019... pada tahun 2019, nilai eksport kita ialah... “lemas juga la pakai ini, boleh minta ni dak”...
Sila Yang Berhormat
... saya bimbang silap sebut angka. Saya sebut betul, takut dia keluar lain ya. [Ahli Dewan ketawa]. Pada tahun 2019 Yang Berhormat nilai eskport kita, yang kita eskport keluar RM25.399 bilion, okey dan nilai import yang kita bawa barang masuk ke negara kita… ke negeri kita RM13.566 bilion. Maknanya nilai perdagangan pada tahun 2019 ialah RM38.965 bilion eksport import ya, itu nilai.
Manakala bagi tahun 2020, nilai eksport kita RM28.793 bilion, pada tahun 2020, tahun lepas. Ini bermakna berlaku peningkatan kita bandingkan tahun 2019 dengan tahun 2020 sebanyak RM3.394 bilion. Angka tidak pernah berbohong ya, angka. Ini adalah
fakta. Maknanya tak boleh nak adjust, nak bagi naik, nak bagi turun, tak boleh. Ini adalah angka, yang benar dan tepat.
Manakala bagi nilai import kita pada tahun 2020 ialah RM13.654 bilion. So berbanding kenaikan berlaku sebanyak RM0.088 bilion berbanding 2019 dengan tahun 2020. Jadi, nilai perdagangan kita, eksport import ini, pada tahun 2019 RM38.965 bilion. Bagi tahun 2020, nilai perdagangan kita ialah RM42.447 bilion dan daripada situ kita dapatlah angka, Yang Berhormat ADUN Cheka tanya tadi, daripada manakah angka RM3.48 bilion pada tahun 2020? Maknanya kita daripada RM38 bilion ke RM42 bilion jadi berlakulah peningkatan RM3.48 bilion ya, jelas ya Yang Berhormat.
Saya hendak cerita sedikit lagi, peningkatan nilai eksport ini disumbangkan oleh 3 kompenan utama, 3 kompenan utama. Yang pertama sekali eksport barangan besi dan keluli, yang kedua barangan elektrik dan elektronik dan yang ketiga ialah keluaran petroleum bertapis.
Maknanya, kalau barangan besi dan keluli pada tahun 2019 RM3.940 bilion, manakala bagi tahun 2020 RM10.492 bilion peningkatan sebanyak RM6.55 bilion dan dari segi percentagenya 166%. Peningkatan daripada segi barangan besi dan keluli dan begitulah barangan elektrik dan sebagainya.
Yang Berhormat hendak tahu details lagi tak ataupun cukup setakat itu? Ya, Okey. Kalau tidak kita mengambil masa ya, sebab kita pun hendak pendekkan masa. Manakala daripada segi nilai import pula, nilai import saya sentuh sedikit iaitu barangan keluaran petroleum bertapis. Pada tahun 2019, RM1.338 bilion, pada tahun lepas 2020 RM1.85 bilion, berlaku peningkatan sebanyak RM477 juta ataupun 35.6%. Itu yang kita import.
Jadi, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya rasa jawapan daripada saya… daripada Kerajaan agak jelas kerana kadang-kadang ada orang bertanya ataupun bukan dia mempertikaikan, tidak, tapi dia kata mana datang RM3.48 bilion ini, sebab ini adalah satu angka yang banyak dengan COVID dan sebagainya dan kita di negara ini dan kita di semenanjung Malaysia ini, kita menduduki tempat ketiga. Yang pertama Pulau Pinang, yang kedua saya tidak ingat, nombor tiga Pahang.
Jadi inilah angka-angka yang saya sebutkan di Dewan Yang Mulia ini. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih. Kita pergi kepada soalan berikutnya. Jemput ADUN Tras.
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 2.
[Sila nyatakan status projek RM18 juta yang diguna untuk mengatasi masalah kekeruhan air di Loji Sungai Bilut, Sungai Semantan dan Sungai Klau. Apa langkah akan digunakan oleh projek ini untuk membersihkan kekeruhan air sungai].
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya ucapkan terima kasih pada ADUN Tras yang bertanyakan soalan, “sila nyatakan status projek RM18 juta yang diguna untuk mengatasi masalah kekeruhan air di Loji Sungai Bilut, Sungai Semantan dan Sungai Klau. Apakah langkah-langkah yang akan digunakan oleh projek itu untuk membersihkan kekeruhan air sungai?”
Untuk makluman Yang Berhomat daripada ADUN Tras, peruntukan RM18 juta telah diluluskan untuk melaksanakan projek mengatasi masalah kekeruhan yang tinggi di Loji Rawatan Air Sungai Bilut, Loji Rawatan Air Sungai Semantan dan Loji Rawatan Air Sungai Klau.
Projek melibatkan pembinaan tangki pre-pemendapan, pre-pemendapan, YB tau pemendapan kan? Ataupun dalam bahasa inggerisnya, dengan izin, pre-sedimentation Tank. Makna kita hendak mendapkan air itu, ya. Ianya berfungsi untuk menakung air mentah yang keruh untuk tempoh masa tertentu di mana proses pra-rawatan air mentah yang ditakung ini akan dibuat dengan menggunakan bahan kimia yang bersesuaian untuk merendahkan nilai kekeruhan kepada nilai kekeruhan yang boleh dirawat oleh loji rawatan air berkenaan.
Seterusnya, air mentah ini akan disalurkan kepada Loji-loji Rawatan Air yang berkenaan untuk proses pengeluaran air bersih. Manakala daripada segi status kemajuan projek ini, yang pertama kerja-kerja segera bagi mengatasi masalah kekeruhan yang tinggi di Loji Rawatan Air Sungai Bilut, Daerah Raub, Kos Kontrak: RM 7.6 juta, tarikh mula kerja 27 April 2021, tarikh tamat 26 April 2022, jadual 13.5%, sebenar 10.5%. Berlaku sedikit kelewatan.
Ini saya rasa mungkin ada berkaitan dengan COVID ini. Kadang-kadang nak buat tapi barang tak ada. Supply of chain er… saya rasalah. Mungkin ada kaitan di situ. Manakala kerja-kerja tanah bagi platform level dan piling survey telah selesai.
Yang kedua, kerja-kerja segera bagi mengatasi masalah air kekeruhan yang tinggi di Loji Rawatan Air Sg.Semantan di Raub. Kerja kontrak: RM 5.2 juta, tarikh mula 22 Februari 2021, tarikh tamat 27 Februari 2022, jadual… mengikut jadual 26%, sebenarnya 26%. Yang ini mengikut jadual tidak berlaku kelewatan. Kerja-kerja jalan keluar masuk, longkang, kerja tanah dan pembersihan kawasan telah pun selesai.
Yang ketiga yang terakhir untuk makluman Yang Berhomat daripada er… Tras. Kerja-kerja segera bagi mengatasi masalah kekeruhan yang tinggi di Loji Rawatan Air Sg.Klau di Raub juga. Kos kontrak: RM 3.4 juta, mula kerja 22 Februari 2021, tarikh tamat 27 Februari 2022, sepatutnya mengikut jadual 42%, tetapi sebenar 37%. Lewat sebanyak 4%. Kerja-kerja pembersihan tanah bagi laluan sementara dan kerja-kerja pembersihan bagi tapak bina telah dilakukan pada 16 yang lalu. Kerja-kerja menambun tapak dan piling telah pun selesai.
Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya sendiri pernah pergi ker er… Dato’ Aziz, hari tu saya pergi ke mana… Dato’ Shah? Yang saya pergi melawat hari tu? Bilut, ha, saya sendiri pergi ke Loji Rawatan Air di Bilut untuk melihat kerja-kerja awalan. Jadi itu sahajalah Yang Berhomat Yang di-Pertua, saya harap
ADUN Tras mendapat penerangan yang jelas dari apa yang saya sebut tadi. Terima kasih Yang Berhomat Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhomat baiklah kita beralih kepada soalan berikutnya saya jemput wakil daripada Chenor.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua soalan saya soalan nombor 3.
[Kewujudan rumah rakit di persisiran sungai yang dijadikan "Rakitstay" atau penginapan rumah rakit boleh merancakkan sektor perlancongan domestik.berapakah jumlah "Rakitstay" yang didaftarkan dan apakah kerajaan menyediakan peruntukan untuk membantu usahawan "Rakitstay" ini?]
YANG BERHOMAT DATO’ SRI HAJI MOHD SHARKAR BIN HAJI SHAMSUDIN
Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang di-Pertua, Untuk soalan ya, terima kasih kepada Wakil daripada Chenor. Untuk soalan yang dikemukakan oleh wakil daripada Chenor yang mencadangkan supaya kita mempunyai satu terminalogy baharu kepada chalet ataupun rumah tumpangan yang ianya terapung dalam air iaitu rumah rakitlah, rumah rakit dinamakan sebagai Rakitstay.
Saya er… walau bagaimanapun setakat ini kita masih lagi belum mendapat apa-apa persetujuan daripada pihak kementerian. Walau bagaimanapun kita akan cuba untuk kita memaklumkan bahawa inilah adalah satu cadangan yang baik. Kerana di dalam tourism ini, pelancongan ini, yang paling penting ialah branding, branding itu penting. Orang kenal Kuantan sekarang ini kerana menaranya. Orang tau Temerloh kerana titik tengah Semenanjungnya. Orang tau Bentong kerana er… mungkin Janda Baik ataupun Genting Highlands. Orang tau Cameron Highlands kerana apa? Kerana dia sejuk. Orang tau Raub kerana apa? Kerana Durian Musang King.
This is a branding. Yang kena ada, yang kita kena buat. Kalau dulunya kita hanya ada homestay, kemudian ditukar menjadi kampungstay tetapi kita segmentizekan iaitu Rakitstay. Supaya orang dalam pemikiran pelancong dia dah tau dah bahawa Rakitstay ni adalah rumah yang terapung di atas air. Because…sebab ramai dikalangan pelancong-pelancong sekarang ini dia hendakkan pengalaman atau exprerience, dengan izin. Exprerience ataupun pengalaman itu sangat penting.
Walau bagaimanapun dari segi Rumah Rakit ini terdapat banyak di Rompin iaitu di Sungai Pontian dan Sungai Rompin sebanyak 50 rakit dan juga chalet. Dia ada 2. Siapa yang hendak exprerience duduk kat atas darat, dia duduk kat chalet. Sapa nak exprerience duduk di atas rakit, dia bergoyang. Jadi dia sentiasa bergoyang jadi tidak ada masalahlah dan dia sentiasa bergoyang maka dia er… apa namanya dan selamat. Kita juga terdapat er… rakit restoran. Restoran rakit er… ataupun rakit restoran di Taman Negara ya. Ada terdapat 2 atau 3 di Taman Negara. Terima kasih.
Baik. Terima kasih Yang Berhomat. Kita jemput Wakil dari Muadzam Shah, soalan berikutnya.
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya er… kemukakan er… pertanyaan nombor 4.
[Sungai Rompin sangat popular dengan hasil udang galah malah ia menjadi tarikan utama kepada pelancong untuk berkunjung ke Rompin terutamanya kawasan R&R Leban Chondong.
Selain dari menjadi menu makanan yg lazat, aktiviti melihat udang galah secara 'live' melalui kaedah memancing, mengempang dan sebagainya di Sg Rompin ianya juga berpotensi untuk menarik pelancong luar datang dan menetap di rumah-rumah rakit.
Apakah Jabatan Perikanan Negeri Pahang atau mana-mana agensi yang berkaitan ada merancang utk mewujudkan 'sanctuary' udang galah secara semula jadi Sg Rompin?]
Yang Berhomat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Terima kasih kepada Yang Berhomat daripada ataupun sahabat saya daripada Muadzam Shah yang membangkitkan tentang er… industri ataupun er… udang galah ya, di Rompin ni. Dan sebenarnya sama ada pihak kerajaan bercadang untuk mewujudkan santuary udang galah di Rompin.
Jadi er… sebagaimana yang kita sedia maklum, melalui Jabatan Perikanan Negeri Pahang, kita menyedari bahawasanya daerah Rompin ini mempunyai potensi yang cukup baik dan terkenal dengan hasil perikanan khususnya udang galah dan er… bagi tujuan kelestarian, pihak jabatan telah mengadakan program-program tertentu untuk pastikan stok ataupun bekalan udang galah ini terus dapat dipertingkatkan.
Dan untuk itu Jabatan Perikanan dia… mengadakan program pelepasan benih. Pelepasan benih, benih udang galah ini ke sungai-sungai di daerah Rompin. Malahan kalau kita lihat misal contohnya mengikut statistik yang ada di jabatan er… Perikanan dalam tahun er… antara tahun 2010 hingga ke tahun 2018 sebenarnya er… Jabatan Perikanan telah melepaskan lebih kurang 320,000 benih-benih er... udang galah ini.
Dan usaha yang baik ini diteruskan daripada tahun 2019 hingga 2021 iaitu dalam bulan Julai, makna baharu-baharu ini kita er... apa nama pelepaskan lagi. Iaitu sejumlah tambahan 635,850 yang kita lepaskan dan antara sungai-sungai yang kita lepaskan benih-benih ini ialah di er... Sungai Rompin iaitu di kampung er... Gading, Kampung Kedaik dan juga Sungai Anak Endau. Sungai Anak Endau di Kampung Seringkin dan
ini kita buat program seumpama itu. Jadi alhamdulillah dan insya-Allah dengan usaha yang kita buat ni kita dapat terus er... meningkatkan lagi usaha untuk er… pengeluaran udang-udang galah ni er… dapat dilaksanakan dan daerah Rompin memang terkenal dengan keistimewaan ini.
Manakala soalan yang dibangkitkan oleh sahabat saya itu sama ada kita nak ada perancangan untuk mengadakan santuari udang galah. Kalau ikut istilah santuari ini dia merupakan satu tempat perlindungan, enclavelah, protection dalam bahasa inggeris ya. Mana-mana… kalau santuari, kalau dia pergi situ kawasan tu akan dilindungi lin…dilindungi. Tak kiralah kalau santuari untuk udang begitu, santuari kelah misal contohnya di… di Taman Negara, kita ada santuari dan di kawasan itu kita ada er… tata ataupun tatasusila atau pun SOP yang telah pun ditetapkan.
Dan lazimnya memang er… kawasan tu kita tidak menjalankan atau tidak membenarkan aktiviti-aktiviti er… yang boleh menyebabkan spesis yang kita nak lindungi ini terancam. Sebab tu dalam konteks seumpama ini mana-mana santuari yang hendak dicadangkan kena ada buat kajian. Kajian ini perlu, bukan sahaja semata-mata kita er…isytiharkan kawasan tersebut sebagai kawasan santuari tetapi dia mesti melibatkan semua pihak.
Pertama dalam konteks seumpama ini ialah penduduk setempat. Bila ada sungai tu, kita katakan kawasan ini adalah santuari udang galah. Maka kawasan itu dilindungi dan apabila dilindungi, penduduk setempat tidak boleh pergi melaksanakan aktiviti seperti biasa. Tak bolehlah lepas tu dia nak menangkap udang seperti biasa.
So yang ini kena difahamkan. Maknanya penduduk setempat kena bersetuju untuk sama-sama menjayakan santuari ni, dan pada masa yang sama juga er… pihak-pihak lain yang ada di persekitaran. Contohnya santuari ni tadi kalau kita nak laksanakan, kita kena pastikan semua aspek termasuk alam sekitar dan aspek-aspek penjagaan itu dipatuhi.
Sekiranya ada misal contohnya sekeliling itu er… ladang-ladang sawit ataupun aktiviti pertanian, mereka ni mestilah diberi maklum bahawasanya tidak boleh sesuka hati melaksanakan…melaksanakan er… aktiviti-aktiviti mereka tanpa merujuk kepada aspek santuari ni tadi, sebab dia ni apa seperti yang saya katakan tadi santuari ni adalah hub ataupun tempat perlindungan…perlindungan, sebab tu dalam konteks seumpama ini.
Sebenarnya dalam dunia, kita tak ada lagi santuari udang ni… udang galah ni. Tak ada udang, susah. Maknanya kalau ikan tu mungkin kita boleh laksanakan tetapi er… udang ini nampaknya belum lagi. Sebab itu dalam aspek ini er… Jabatan er… Perikanan er… kalau sekiranya kita nak mencadangkan santuari menyatakan kita kena buat kajian. Kajian yang khusus mengenai perkara ini.
Insya-Allah, tapi idea tu baik, tinggal lagi sekiranya er… kita nak melaksanakan, dia kena mengambil pelbagai aspek yang perlu supaya santuari ni terus er… bertahanlah. Dapat bertahan lama, kalau tidak nanti mungkin ianya tidak dapat dipertahankan, insya-Allah. Terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan yang berikutnya. Saya jemput ADUN dari Teruntum. Sila YB.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 5.
[ Dewan Sidang Pahang yang Baru di KotaSAS
a) Bilakah dewan sidang Pahang yang baru akan disiapkan sepenuhnya dan bilakah ianya boleh digunakan.
b) Berapakah kos yang diperuntukkan untuk projek ini?
c) Adakah semua urusan SUK Pahang akan dipindah pada waktu yg sama?
d) Selepas perpindahan, apakah rancangan kegunaan bangunan SUK sekarang?]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Terima kasih di atas soalan yang diberikan untuk saya menjawab soalan daripada Teruntum. Teruntum bertanyakan er... soalan berkaitan dengan Dewan Sidang Pahang yang Baru di KotaSAS. Saya fikir Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua er... Dewan er... projek yang dimaksudkan oleh Teruntum adalah Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah yang dalam pembinaan.
Soalan pertama Teruntum bilakah Dewan Sidang Pahang yang baru akan disiapkan sepenuhnya dan bilakah ianya boleh digunakan. Er... untuk makluman Sidang Dewan Yang Dimuliakan, pada asalnya er... kita jangkakan kita telah boleh beroperasi tetapi disebabkan oleh pelbagai masalah, yang terkini er... kelulusan diberikan kepada pemaju atau pun er... syarikat pembina adalah pada 26 Julai 2021 untuk disiapkan.
Soalan yang kedua, berapakah kos yang diperuntukkan untuk projek ini?. Kos semasa adalah RM415.5 juta.
Soalan yang seterusnya, adakah semua urusan di pejabat SUK akan dipindah pada waktu yg sama? Jawapannya adalah perpindahan pejabat-pejabat yang ada di SUK ni akan dilaksanakan secara berperingkat tertakluk kepada tarikh penyiapan sebenar bangunan PPSAS yang berkenaan.
Soalan keempat, selepas perpindahan, apakah rancangan kegunaan bangunan SUK sekarang? Jadi bangunan SUK yang mana Dewan Sid... er...Dewan ini juga sebahagian daripada kompleksnya adalah er... hakmilik kerajaan. Jadi selepas daripada ini, pihak Kerajaan akan membuat keputusan bila sampai waktunya. Buat masa ini ada beberapa cadangan dan pertimbangan yang sedang dalam kajian. Jadi
saya percaya mana-mana pihak yang ada cadangan bolehlah mengemukakan kepada pihak YAB. Menteri Besar atau pun pihak SUK. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Wakil dari Pulau Manis.
Dato’ Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 6.
[Begitu ramai yang bergantung kepada video apps untuk terus menyantuni antara satu sama lain ketika negara melaksanakan PKP bermula 18 Mac 2020 yang lalu. Sejauh mana teknologi 5G telah dilaksanakan di Pahang? Adakah tempat-tempat sub-urban seperti Kampung Jaya Gading dan Kampung Pulau Manis, Gambang disediakan dengan teknologi wireless yang mampu membolehkan masyarakat terus bergerak seiring dengan budaya baru ini?]
Bismillahirahmanirrahim, terima kasih kepada sahabat saya daripada Pulau Manis mengemukakan soalan nombor 6. Untuk makluman Sidang Dewan, er... buat masa ini tiada lagi masa yang spesifik tentang pelaksanaan liputan 5G di negeri Pahang dan perincian, dan perancangannya setelah diambil kira setelah kita menyiapkan projek Fasa 1 JENDELA bagi negeri Pahang.
Projek Fasa 1 ini adalah kita melibatkan penamatan perkhidmatan 3G secara berperingkat sehinggalah untuk digantikan dengan pemantapan rangkaian 4G sehingga tahun penghujung tahun 2022 dan pembangunan infrastuktur ini adalah termasuk untuk kita membina 20...270 tapak baharu dengan teknologi 4G.
Menaiktaraf 1,666 stesen pemancar kepada teknologi 4G dan di seluruh negeri Pahang dan menyediakan akses gentian optik kepada 118,260 premis. Di mana dalam JENDELA fasa 1 ini, 2 menara baharu akan dibina di Jaya Gading dan juga Pulau Manis, Gambang. Selain daripada 4 menara baru yang akan dibina di Kampung Mencupu, Kampung Pelak, Kampung Jambu Air dan Kampung Pulau Rusa.
Dan di antara kita untuk menaik taraf stesen pula, daripada 1666, 36 stesen yang akan dinaik taraf adalah di Pulau Manis. Manakala gentian optik daripada 118,260 premis yang akan dinaik taraf seluruh negeri Pahang, 1800 nya adalah berada di Pulau Manis. Jadi saya berharapkan dengan teknologi yang kita... dengan menara-menara yang akan dibina ini, dengan pencawang-pencawang yang akan dibina serta stesen-stesen yang akan dinaik taraf akan memberikan perkhidmatan 4G yang lebih baik pada masyarakat di DUN Pulau Manis. Sekian.
Soalan tambahan.
Sila Yang Berhormat.
Er… pertamanya terima kasihlah apabila permohonan yang diajukan dalam perjumpaan di Cameron Highlands pada tahun lepas, jadi pada hari ini telah pun dijawab tapi ada beberapa perkara iaitu berkaitan dengan pencawang-pencawang yang telah diupgrade er… di kawasan-kawasan di perkampungan terutamanya. Adakah er… telah diuji keupayaan capaian internetnya di tempat-tempat yang berkenaan? Sebab kita masih lagi mendapat aduan daripada penduduk tempatan bahawa banyak lagi tempat-tempat dan kawasan yang sebenarnya tergendala berkaitan dengan capaian internet. Jadi sehubungan dengan keadaan kita PDPR sekarang, di mana keperluan tersebut amat diperlukan, jadi saya berharaplah supaya kegiatan kita untuk upgrade ini boleh menampung dan memberi manfaat kepada anak-anak kita dalam melaksanakan pembelajaran PDPR. Terima kasih.
Terima kasih Pulau Manis. Untuk makluman Sidang Dewan, di kawasan Pekan hanya ada 2 menara baru yang telah siap on air. Pertamanya di Kampung Langgar, yang keduanya di Kampung Alu Ara, dan manakala bakinya daripada projek JENDELA ini akan mula dilaksanakan pada September 2021, dan belum dibina lagi setakat ini dan mana lebih itu akan dilaksanakan pada bermula pada September 2021.
Dan pada itu juga, saya ingin memaklumkan pada Sidang Dewan tentang spesifikasi pembinaan pencawang-pencawang ini mestilah memberikan liputan yang baik kepada masyarakat.
Untuk makluman Sidang Dewan, setiap pembinaan pencawang-pencawang baru mestilah menepati spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, dan apabila pencawang telah siap, ujian akan dilaksanakan sebelum diberikan kelulusan. Sebelum diberikan kita ke udara.
Jadi sebagaimana kita lawat, contohnya kita pergi di Cheka baru-baru ini di Kampung Sungai Lik dan kita melawat menara baru dan bila kita pergi situ, kita dapat lihat bahawa di bawah menara tersebut di kawasan berhampirannya mestilah ada 4G dan penuhnya dia punya liputan.
Begitu juga pelaksanaan atau pembinaan menara-menara di seluruh negeri Pahang, dan kita ingin memastikan bahawa menara-menara ini mesti dibina mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Dan juga saya juga ingin memintalah kerjasama daripada seluruh Ahli-ahli Dewan agar dapat memaklumkan kepada saya, pada kerajaan dan juga pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia supaya setiap aduan ataupun masalahan dapat kita ambil dengan sebaik-baiknya dan insya-Allah apa yang kita utarakan itu, kita akan membuatkan tindakan yang sewajarnya untuk memastikan liputan internet yang terbaik akan diadakan di negeri Pahang kita, insya-Allah.
Baiklah. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Ya.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya difahamkan bahawa kerajaan bercadang untuk menaiktaraf perkhidmatan Streamyx ke Unifi di negeri Pahang dan dijangka siap mungkin tahun depan. Jadi untuk kawasan Triang, terutamanya Bandar Triang, masih ada beberapa kawasan yang belum ada liputan Unifi. Jadi mohon penjelasan kerajaan, apakah perkembangan setakat ini?
Terima kasih daripada Triang. Sebab itu saya katakan tadi, kerjasama semua pihak di antara kerajaan dan juga daripada Ahli-ahli Dewan dalam untuk kita menyampaikan maklumat dan keperluan rakyat dalam kawasan masing-masing dan kawasan Triang juga tidak terlepas. Jadi untuk perinciannya mungkin jawapan secara bertulislah ya. Saya tak ingatlah semua kat sini.
Jadi untuk Triang, kita berikan jawapan secara bertulis tetapi sukalah saya mengingatkan kita semua agar dapat memberikan maklumat-maklumat ini sebagai mana kita adakan di Cameron Highlands tempoh hari bersama Ahli-ahli Yang Berhormat, supaya dapat menyalurkan maklumat tersebut dan pelaksanaan JENDELA ini, projek JENDELA ini akan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Kadang-kadang mungkin tempat ini di A tapi sebenarnya patutnya di B. Maknanya maklumat itu kita akan kaji bersama dengan pihak SKMM supaya pelaksanaannya menepati, setiap yang apa dikehendaki oleh rakyat dalam negeri Pahang. Sekian terima kasih.
Baiklah terima kasih Yang Berhormat. Kita pergi soalan berikutnya saya jemput Wakil daripada Chini.
Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan ke-7.
[Bagaimana usaha pihak FELDA dapat membantu kebajikan warga peneroka yang menghadapi sakit kronik dari segi bantuan perubatan dan keperluan peralatan sakit.]
Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih ADUN Chini. FELDA pada 2005 melalui Jabatan Pembangunan Komuniti telah mewujudkan Skim Bantuan Peneroka. Bermula pada 2005 dengan dana RM500,000.00 dan hingga kini FELDA telah memperuntukkan sebanyak RM4.5 juta untuk FELDA Negeri Pahang bagi Skim Bantuan Peneroka-peneroka.
Tujuannya adalah untuk meringankan dan menampung kos perbelanjaan peneroka yang menghadapi masalah penyakit kronik, bencana alam dan memberi peralatan kesihatan seperti katil dan sebagainya. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan Tambahan.
Ya. Boleh.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Exco. Soalan saya, bagaimanakah untuk mendapatkan bantuan tersebut? Dan yang kedua, berapakah maksimum bantuan yang dapat dipohon mengikut kategori?
Terima kasih, suatu soalan yang jelas untuk ditatapi, didengar oleh peneroka-peneroka iaitu cara nak mohonnya adalah sangat mudah. Iaitu berjumpa dengan Pengurus Rancangan, isi borang, Pengurus Rrancangan hantar kepada Pegawai Wilayah, Pegawai Wilayah hantar ibu pejabat Kuala Lumpur. Itu cara paling mudah.
Nombor 2, soalan nombor 2 iaitu jumlah, iaitu bagi bencana alam, pihak pengurusan FELDA memperuntukkan RM10,000.00 jika ada rumah-rumah peneroka mengalami ribut kencang, runtuh atap dan sebagainya. Untuk penyakit kronik juga maksimum ialah RM10,000.00 juga iaitu er… tetapi mesti ada pengesahan doktor, resit rasmi kos perubatan daripada hospital yang terlibat.
Untuk kesihatan, beli-beli peralatan kesihatan. Kadar maksimum hanya RM5,000.00 sahaja, iaitu kena ada sebutharga daripada farmasi, serah kepada pihak pengurusan
FELDA di Rancangan, dapat surat GL Letter. Maknanya surat apa tu? Surat jaminan daripada FELDA boleh bawa surat tersebut pergi ke farmasi beli katil, beli peralatan-peralatan keperluan kesihatan.
Jadi FELDA terutama negeri Pahang, bersama Kerajaan Negeri, kita ada tiga jumlah peruntukan kesihatan untuk peneroka FELDA. Sekian terima kasih.
Baik terima kasih Pengerusi Jawatankuasa FELDA. Seterusnya soalan terakhir kita pagi ini, saya jemput Wakil daripada Semambu.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya ingin mengemukakan soalan saya, soalan 8.
[Bandar Kuantan dilanda banjir kilat yang teruk pada awal tahun ini seperti di Jalan Dato’ Lim Hoe Lek, Jalan Haji Ahmad, Jalan Bukit Setongkol. Apakah tindakan telah diambil oleh Kerajaan Negeri Pahang dan agensi yang terbabit?
Apakah perancangan Kerajaan untuk mengelakkan perkara ini berulang?]
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan. Sebelum saya menjawab soalan ini, saya ingin menerangkan sedikit tentang geografi ya, tentang kejadian banjir terutamanya di Kuantan ini.
Minta izin untuk buka mask, Yang di-Pertua?
Sila Yang Berhormat Dato’.
Sebenarnya Sungai Kuantan ini panjangnya daripada ulu Sungai Lembing sehingga ke Kuala Muara Sungai Kuantan ini sejauh 83 kilometer kalau tak silaplah ya. Er… dan terdapat 16 sub-basin. Dimana anak-anak sungai kebanyakan yang mengalir daripada ulu sungai sama ada daripada Sungai Lembing dan akan mengalir keluar ke Kuala Sungai Kuantan termasuklah daripada tempat saya sendiri Gambang ya. Gambang masuk Sungai Belat dan kualanya masuk ke Sungai Kuantan ada 16 lah.
Boleh sebut ringkas di sini, Kuala Kenau, Sungai Kenau, Sungai Nadak, Sungai Riau, Sungai Pandan, Sungai Chereh, Sungai Reman, Sungai Soi, Sungai Tiram, Sungai Talam, Sungai Galing, anak Sungai Galing, Sungai Belat. Mungkin er… YB. Semambu pun tak mahir lagi, tak mengenal lagi beberapa sungai ni mungkinlah, saya harap beliau akan tahulah. Sebenarnya kejadian banjir ni disebabkan dua punca.
Pertama berkaitan dengan taburan hujan yang turun pada waktu berkenaan dan keduanya adalah waktu air pasang surut, sebab Kuantan ni kalau ikutnya paras air, paras Bandar Kuantan ni adalah 3.8 meter ataupun 4 meter daripada paras laut ya. Jika air pasang besar sehingga 4, 3.8 ataupun 4 meter, sebahagian air sungai, air laut akan masuk ke dalam Sungai Kuantan ya.
Saya pun dapat maklumat daripada pihak NAHRIM sebab kejadian banjir pada 2012 ya. Di mana dalam tempoh 1 jam kadar hujan yang turun sebanyak 300 millimeter ya, menenggelamkan sebahagian Bandar Kuantan yang bermula pada Sungai Galing dalam tempoh sejam sahaja ya, tenggelam dan manakala pada 2013, banjir besar melanda daerah Kuantan terutamanya di kawasan Sungai Isap dalam tempoh 48 jam, 960 milimeter air hujan yang turun ya. Jadi ini sebenarnya tidak dapat menampung ibarat kita mencurah satu botol air 1 liter ke dalam satu gelas yang berkapasiti 500 liter ya er… 500 mililiter. Jadi apabila hujan turun dengan lebat keadaan apa ni sistem perparitan tidak dapat menampung walaupun kita tengok sini adanya Parit Jawa.
Kalau saya sentuh kejadian berlaku di er… Bukit Setongkol ataupun Jalan Lim Hoe Lek ini. Kalau Bukit Setongkol ni sungai yang terlibat adalah daripada er… Sungai Talam ataupun Sungai Tiram dan er… kalau di Jalan Lim Hoe Lek ini melibatkan aliran air daripada sungai daripada Bukit Sekilau ya, kalau tak… yang ni maklumat yang saya dapatlah ya. Jadi air ini akan mengalir manakala sistem longkang yang ada di dalam bandar ni… Bandar Kuantan ini berkapasiti dapat menampung hujan dalam 600 mililiter hingga 100 mililiter sahaja ya.
Bila hujan turun dengan lebat, maka berlakulah limpahan menyebabkan banjir dan er… pihak JKR, pihak MBK ataupun JPS telah mengenal pasti punca kejadian banjir yang berlaku pada awal Januari tahun ini. Air hujan turun sebanyak pada 23 Januari; 319 mililiter, 24 Januari 2021; 126 mililiter dan pada 25 Januari 2021; 154 mililiter sedangkan kapasiti yang boleh menampung cuma 60 hingga 100, lebih daripada 100 jadi dan er… punca-punca telah dikenal pasti terutamanya Jalan Lim Hoe Lek. Kita tengok ada dalam video diviralkan sebuah kereta tenggelam ya. Sebenarnya tenggelam itu bukan apa, dia salah alignment masuk ke longkang, patutnya dia ikut jalan straight tapi dia dah ke tepi, ada 2 3 buah kereta yang tenggelam.
Punca-punca yang berlaku di Jalan Lim Hoe Lek ini, saya pun lepas pada hari berkenaan telah pergi sendiri bersama dengan beberapa pegawai saya ingat JPS, JKR dan MBK, mengenal pasti terdapatnya cross culvert dengan izin, antara longkang tepi jalan Jalan Lim Hoe Lek depan LA Lighting tu atau pun ada satu hotel dah lupa namanya hotel apa namanya, dah lupa dah ya.
Jadi, satu cross culvert cuma berkeluasan er… 2 kaki persegi. Mungkin dah lama dan berlakunya sumbatan buah kelapa di dalam tu ya, terdapatnya buah kelapa dan kita telah melakukan kerja-kerja pembersihan segera supaya aliran air terus mengalir daripada… air ini berpunca daripada Bukit Sekilau ya, Bukit Sekilau turun dan masuk ke monsoon drain Jalan Sekilau hinggalah lalu depan Kompleks Belia dan masuk ke er… anak Sungai Galing dekat dengan Kemaman Kopitiam tu dan cross er… masuk ke Sungai Galing ya. Aliran air berbentuk dalam zig zag lah ya, sebab keadaan muka bumi macam tu. Jadi inilah satu-satu punca apabila aliran air tersekat atau tersumbat ataupun aliran air yang berliku-liku menyebabkan keadaan banjir di sesuatu kawasan contohnya Jalan Lim Hoe Lek lah.
Kalau Bukit Setongkol pun samalah daripada Sungai Tiram, Sungai Talam masuk ke Parit Jawa dia terus masuk ke Sungai Kuantan. Ini menyebabkan er… apabila hujan yang lebat air pasang tapi pada hari berkenaan saya rasa air tidak pasang besarlah saya ingat dalam 2.5 atau 2.3 sahaja eh 3.5 atau 3.3 macam tulah tidak besar tapi sebab keadaan hujan yang lebat menyebabkan kerja-kerja er… longkang ni tersumbat dan menyebabkan er… apa ni gangguan pada penduduklah pada ketika itu.
Dan ada beberapa cadangan yang telah dikemukakan oleh pihak agensi er… untuk tindakan segera memang kita melakukan kerja-kerja pembersihan ya. Kalau kita tengok Padang MPK 2 tu dulu adalah padang yang sangat popular dengan program Jom Heboh dan sebagainya. Sebahagian telah dibina er… padang futsal untuk bolasepak. Ini sebenarnya adalah kawasan yang sesuai untuk menadah air, dia panggil retention pond ya. Apabila air pasang dia akan melimpah dulu sementara masuk ke kawasan Padang MPK 2 ya. Jadi pada… pada hari kejadian itu hujan memang terlalu lebat yang menyebabkan tidak boleh menampung. Kalau ikut air daripada padang ni akan mengalir masuk ke Pasar Besar dan terus mengalir ke anak Sungai Galing dekat Megamall, itu beberapa cadangan yang berlaku untuk jangka masa pendek ya.
Untuk jangka panjang er… saya tengok pihak er… JKR pun ada mohon termasuk juga daripada JPS ya, telah memohon peruntukkan sebanyak RM2.5 hingga RM3.0 juta untuk membesarkan sistem-sistem perparitan yang terdapat di Bandar Kuantan. Kalau saya masa bekerja di MBK dulu, ini memang tugas sayalah saya nak cerita, di Bandar Kuantan ni ada 4 tunnel bawah tanah yang dibina oleh British dulu untuk mengatasi masalah banjir, memang besar.
Saya ingat kereta pajero pun boleh masuk bermula di Sekolah Sultan Abdullah hinggalah keluar ke Sungai Kuantan tapi er… teknologi kita sekarang ni lebih kepada open rain ya, open rain air boleh masuk dan menyebabkan limpahanlah. Tapi itu sebenarnya baik, tapi dengan ada peruntukkan yang lebih besar er… saya menganggarkan pihak Kerajaan Negeri sendiri sudah memohon pada Kerajaan Persekutuan untuk membesarkan sistem-sistem perparitan yang ada di dalam Bandar Kuantan ya er… Ini dalam laporan saya dapat dari JPS, Projek Lembangan Bersepadu Sungai Kuantan Fasa 1, 2, 3 dan 4 dalam RMKe-11 telah diluluskan sebanyak RM500 juta ya.
Fasa 1 Projek Pembangunan Lembangan Bersepadu Sungai Kuantan di Sungai Belat yang sedang dilaksanakan sekarang adalah sebanyak RM112 juta, yang sedang dilaksanakan ya. Manakala Fasa 3 Projek Tebatan Banjir dengan membina dan mencegah banjir di Perkampungan Cenderawasih dan mempertingkatkan er… ban sedia ada di Sungai Isap serta berkaitan. Orang pun ada complaint sebab apa ban sebelah je. NAHRIM datang saya ingat pernah jumpa saya dulu, sebab apa ban sebelah? ban sebelah sini belah hala ke Sungai Isap tidak di sebelah Cenderawasih ya. Dah peruntukkan dapat belah Sungai Isap, Sungai Isaplah sekarang baru akan ada peruntukan untuk di belah Cenderawasih.
Kita tengok 2013 Cenderawasih memang teruk banjir sebab air tak lepas daripada er… seberang Sungai Isap sini dan dia akan pergi ke Cenderawasih. Itu adalah beberapa cadangan yang telah dikemukakan er… pada keseluruhannya ada
sebanyak 150 juta telah dimohon kepada Kerajaan Persekutuan dalam RMKe-12 untuk mendalamkan muara sungai serta membina struktur hakisan dan sehingga kini masih menunggu kelulusan daripada pihak Kerajaan Persekutuan.
Saya tengok Sungai Kuantan ini sendiri sebenarnya 2/3 adalah sedimen di muara ya, itu menyebabkan air hujan yang lebat dan paras air pasang akan menyebabkan sebahagian Bandar Kuantan ini akan tenggelam, sekian itu sahaja Dato’ Sri.
Baik.
Soalan tambahan.
Okay.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Terima kasih kepada pihak kerajaan er… penjelasan yang sangat terperinci er… dan er… kami dapat tahu ada juga langkah segera dan juga langkah jangka masa panjang untuk mengatasi isu ini er… saya juga turut cadangkan ataupun er… soalan saya adalah er… pihak kerajaan dapat jelas, dapat mengenal pasti tempat-tempat bottleneck contohnya depan Jalan Lim Hoe Lek depan stadium tu er… ada culvert yang terlalu kecil kapasitinya.
Jadi… maka ia menjadi bottleneck dan er… telah mengakibatkan banjir kilatlah berlaku. Bolehkah er… pihak MBK ataupun pihak kerajaan kerahkan pasukan contohnya pasukan komuniti prihatin ataupun ahli-ahli majlis yang ada, untuk mengenal pasti er… kita panggil bottleneck-bottleneck yang ada. Sebab bottleneck bukan sahaja wujud di Lim Hoe Lek, Jalan Haji Ahmad pun sama.
Jalan Bukit Setongkol saya jangka pun sama dia dibawah tanah er… untuk apa tu untuk menyeberangi ataupun melintas jalan tu bawahnya ada culvert yang terlalu kecil jadi semua ini saya rasa boleh diatasi dengan ada langkah yang lebih proaktif. Kita buat err… pengenalpastian lebih awal dan kemudian kita arahkan supaya pembersihan dibuat sebelum monsun. Jadi ini persoalan saya, terima kasih.
Yang Hormat Yang di-Pertua, Sebenarnya kita dah ada taskforce team dengan izin, yang diketuai oleh pihak er… MBK bersama dengan SWCorp, JKR, Roadcare, YP Maintanance er… dan ada beberapa agensi lagilah, yang sentiasa memantau kerja-kerja bukan sahaja pembersihan tapi melibatkan kerja-kerja pencucian longkang ya. Dan untuk makluman Ahli-ahli Dewan, saya difahamkan oleh pihak JPS, kerja-kerja pembersihan longkang monsun akan dilaksanakan setahun sebanyak 2 kali, bulan 5 sekali ataupun bulan 10
sekali ya. Itu yang kerja-kerja memang sudah ada team yang telah siap sedia dan pada hari kejadian itu team ini lah yang keluar menyebabkan banjir dapat diselesaikan membersih mengeluarkan apa nama ni longkang tersumbat dengan buah-buah kelapanya menyebabkan aliran air dapat diatasi dengan segeralah.
Soalan tambahan…
Saya ingat cukuplah soalan ini…
Satu sahaja, satu sahaja…
Saya ingat dah cukup. Sekiranya Yang Berhormat masih lagi belum berpuas hati, bolehlah bertanya secara bertulis dan Yang Berhormat Exco boleh menjawab secara bertulis, saya tidak bercadang untuk memanjangkan Persidangan kita pada pagi ini. Baiklah, minta maaf Yang Berhormat.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah selesai membincangkan pertanyaan dan jawapan. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan ini untuk kita minum pagi dan persidangan disambung semula pada pukul 11.15 pagi. Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dan kita semua berhati-hati, berjaga-jaga. Saya harap sama-sama mengekalkan SOP bagi melandaikan pandemic COVID-19 yang hari ini berada di mana-mana sahaja disekeliling kita. Jadi saya berharap Yang Berhormat dapat keluar Dewan dengan keadaan tertib dan mematuhi penjarakkan sosial yang telah kita tetapkan. Persidangan ditempohkan, terima kasih.
[Persidangan ditempohkan pada pukul 10.30 pagi]
[Persidangan disambung semula]
Assalamualaikum WBT. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Utama Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan majlis ialah satu usul yang berbunyi
“Bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju Menjunjung Kasih Atas Limpah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Berangkat Menyempurnakan Titah Diraja Kepada Dewan Negeri.”
Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan telah pun disokong dan dibahas pada 24 Ogos 2021. Sehingga kini, seramai 16 orang Ahli telah mengambil bahagian membahaskan Usul tersebut.
Sekarang saya menjemput pihak kerajaan untuk menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa membahaskan Usul tersebut. Yang pertama saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang. Silakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Pertama, saya ingin memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnia-Nya dapat saya menggulung perbahasan pada Persidangan kali ini.
Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh tentang portfolio saya iaitu berkaitan dengan Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyembahkan setinggi-tinggi Menjunjung Titah Ke Sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Saya juga ingin merakamkan ucapan sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah melantik beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-9.
Saya mengambil kesempatan ini juga, untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang sebagai tanda penghargaan di atas segala jasa dan usaha dalam membangunkan negeri dan memajukan negeri Pahang serta usaha menangani isu COVID-19 di negeri Pahang.
Saya juga ingin merakam sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga diberikan kepada semua petugas barisan hadapan frontliner dengan izin, sama ada dari segi, dari agensi persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan yang bertungkus-lumus menangani wabak COVID-19 yang telah melanda negara ini amnya dan negeri Pahang khususnya yang telah berlanjutan sehingga pada hari ini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya amat teruja dengan keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap portfolio saya yang dizahirkan melalui soalan-soalan yang dikemukakan semasa perbahasan.
Pertama sekali saya ingin menjawab isu yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah berhubung dengan kejadian kolam pengolahan efluen pecah di salah sebuah kilang sawit di Muadzam Shah. Kerajaan Negeri melalui PBT akan mengawal dan memperketatkan kawalan pelepasan efluen sedia ada dengan menjadikannya sebahagian daripada syarat-syarat membaharui lesen.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bilut, Yang Berhormat Padang Tengku, Yang Berhormat Semambu, dimaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah bersetuju untuk mengurangkan bayaran bulanan sewa premis PBT sebanyak 50% bagi bulan Jun hingga September 2021 dengan jumlah keseluruhan dianggarkan sebanyak RM5.2 juta iaitu satu inisiatif untuk bantuan COVID kepada peniaga-peniaga. [Ahli Dewan menepuk meja].
Untuk makluman Yang Berhormat Semambu, berkaitan dengan soalan yang dikemukakan, pihak KOSPEK dalam tindakan menyelaraskan akaun-akaun penyewa untuk memberi diskaun kepada para penyewa. Pemakluman kepada para penyewa akan dibuat dalam masa terdekat.
Bagi soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Dewan Negeri Semambu juga berkaitan dengan isu kelulusan homestay di negeri Pahang. Pengusaha homestay tidak perlu mengemukakan permohonan kepada majlis bandaraya sepertimana yang dinyatakan dalam Pelan Pemulihan Negara. Walau bagaimanapun, semua pengusaha perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Dewan Negeri Inderapura, berkaitan dengan peniaga di tepi jalan ya. Pihak er… sebenarnya pihak MBK telah membuat pemantauan di kawasan berkenaan dan mendapati bahawa kawasan-kawasan yang berisiko tinggi atau atas faktor keselamatan dan kebersihan memang tidak dibenarkan tapi boleh dibenarkan berniaga di kawasan-kawasan yang lain.
Sebanyak jumlah permit khas yang harian telah diluluskan oleh pihak MBK kepada penjaja jalanan adalah sebanyak sehingga kini 1,443 unitlah, permit khas telah diberikan kepada penjaja yang melibatkan dia… menjaja di kawasan perjalanan. Ini termasuklah pendekatan yang telah diambil oleh pihak MBK bagi peniaga pasar malam di mana pihak MBK telah meluluskan sebanyak 15 buah tapak baru untuk peniaga pasar malam dengan meluluskan permit khas serta mengenakan syarat-syarat tertentu di mana jumlah peniaga tidak melebihi 8 orang dalam satu-satu masa hari berniaga untuk setiap tapak yang telah diluluskan. Ini, tujuan kita untuk menghindari jangkitan penyakit COVID ya.
Untuk jawapan kepada Yang Berhormat Dewan Negeri Triang, berkaitan dengan caj RM0.60/jam tempat letak kereta. Kadar ini jugalah sama di tempat-tempat lain seperti di Rompin, Majlis Daerah Pekan dan juga di daerah Cameron Highlands ya.
Minta laluan.
Aspek perumahan. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat.
Minta laluan.
Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Sungai Lembing dan juga Semantan berkaitan dengan er… projek pelaksanaan Rumah Rakyat Pahang, di mana Kerajaan Negeri telah berjaya membina sebanyak 98 unit pada tahun 2020 dan sedang dalam pembinaan sebanyak er…3… 206. Jadi, keseluruhan yang telah dibina untuk Rumah RRP pada tahun 2020 dan pada tahun ini sebanyak 304 kepada golongan-golongan yang memerlukan rumah yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap.
Makna pada tahun ini, sebanyak 2 fasa telah diluluskan iaitu 200 unit bagi fasa pertama tahun 2021 dan pada bulan September yang akan datang diluluskan lagi sebanyak 104 unit bagi fasa 2 tahun 2021 yang dijangka siap pada sebelum akhir tahun inilah. Keseluruhan fasa ini melibatkan kos pada tahun sebanyak RM6,825,000.00 yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri kepada golongan yang bersasar dan Kerajaan Negeri bercadang untuk setiap tahun melaksanakan sebanyak 100 hingga 200 unit Rumah Rakyat Pahang bagi mereka yang memerlukan rumah. [Ahli Dewan menepuk meja]. Jumlah ini dijangka dapat dimanfaatkan kepada sehingga 1,000 Keluarga Isi Rumah Miskin yang berdaftar dalam sistem eKasih dalam tempoh 5 tahun akan datang.
Pada soalan er… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan ini, saya sekali lagi Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas keprihatinan Kebawah Duli Tuanku terhadap keperluan Rumah Rakyat Pahang di kalangan rakyat miskin dan Rumah Mampu Milik yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih, saya ucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Kerajaan dan Perumahan serta Jawatankuasa Kerajaan Tempatan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai serta kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan Persidangan Dewan
Undangan Negeri kali ini. Saya ucapi… ucap… akhir ucapan penggulungan saya ini dengan serangkap pantun ya.
Cantik sungguh anak Pak Tahir, Simpuh memetik pucuk kangkung, Titah Ucapan Tuanku telah dizahir, Sembah maklum mohon menyokong.
Dengan ini, saya memohon menyokong ucapan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.
Minta laluan.
Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon tanya 1 soalan.
1 soalan, okey. Ringkas ya.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, berkenaan dengan caj letak kereta. 60 sen di Triang dan bandar Bera. Saya ingin tanya pihak Kerajaan apakah kriteria dan bagaimanakah kadar ini ditentukan? Kenapa Bera lebih mahal daripada Temerloh dan Bentong?
Yang di-Pertua, kadar 60 sen… adalah melibatkan di Kuantan pun 60 ringgit… 60 sen sejam. Di Kuantan bandar raya.
Kuantan bandar raya, Bera, Majlis Daerah sahaja.
Cameron Highlands pun 60 sen, Rompin 60 sen, Pekan 60 sen. Apa bezanya di tempat-tempat lain? Itu sahaja Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih. Untuk makluman bagi pihak kerajaan menjawab masa diberikan 10 ke 15 minit ya. Saya jemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Koperasi Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang. Sila.
Terima kasih Yang di-Pertua. Assalamualaikum WBT. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Alhamdulillah juga ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin kita berada di dalam Dewan Yang Mulia ini. Di sini saya mengambil bahagian kesempatan bagi mengambil maklum berkenaan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang sempena Pembukaan Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-14 pada 23 Ogos 2021 yang lalu.
Yang Berhormat Dato’Sri Yang di-Pertua, Sepertimana yang sedia maklum, negeri Pahang telah berada di fasa ke-2 Pelan Pemulihan Negara sejak 5 Julai 2021. Namun begitu, ada beberapa sektor ekonomi masih tidak dapat dijalankan dengan sempurna akibat peningkatan kes positif COVID-19. Oleh itu, bagi memperkukuhkan langkah-langkah ini serta menjamin asas ekonomi yang teguh, Kerajaan Negeri berusaha mengambil inisiatif segera untuk melaksanakan langkah-langkah strategik pertumbuhan ekonomi untuk rakyat negeri Pahang. Ini termasuk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS).
Antara langkah yang telah dan sedang dilaksanakan, minta izin Yang Berhormat Yang di-Pertua saya nak cuba… nak menjelaskan ucapan izinkan tanggal mask sekejap. Sebab baru ni saya ada buat jantung, check jantung. Jadi doktor nasihat supaya 100% hirup oksigen berada dalam ini. Jadi pakai mask mengurangkan saya punya keoksigenan.
Jangan angkat tinggi sangat kepala tu. Bawah sikit.
Antara langkah yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah satu; memberi bantuan dalam bentuk wang tunai melalui Bantuan Prihatin Pahang (BPP) secara bersasar dengan peruntukan sebanyak RM250,000.00 kepada 2,488 orang penjaja dan perniaga kecil sebagai tanda permulaan.
Nombor dua; mempastikan bantuan/insentif Kerajaan Persekutuan dipantau oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri bagi mengelakkan usahawan tidak tercicir. Berdasarkan maklumat agensi LAKSANA, Kementerian Kewangan Malaysia, setakat 18 Jun 2021 lebih RM2.7 bilion telah dimanfaatkan oleh rakyat dan peniaga-peniaga kecil di Negeri Pahang sebagai inisiatif PRIHATIN, PENJANA dan juga PRIHATIN merangkumi PKS, usahawan mikro dan juga syarikat-syarikat kecil sederhana.
Nombor tiga; Kerajaan Negeri juga turut berhasrat untuk memberi pinjaman mikro kredit tanpa faedah yang diperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi membela nasib PKS-PKS yang terjejas akibat penularan wabak pandemik COVID-19.
Perancangan ini masih dalam perbincangan bersama beberapa institusi kewangan bagi melunaskan hasrat Kerajaan Negeri untuk membantu PKS-PKS yang terjejas. Bukan itu sahaja, PKS-PKS yang berjaya nanti akan mendapat pinjaman mikro kredit ini turut diberi moratorium bayaran balik selama satu tahun setelah pinjaman mereka diluluskan.
Yang Berhormat Dato’Sri Yang di-Pertua, Selain itu, saya ingin menyentuh isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli ADUN Triang iaitu berkenaan kecurian buah sawit yang dikatakan berlaku secara berleluasa pada masa ini. Untuk makluman semua Ahli Dewan, saya tidak menafikan memang ada berlaku kes kecurian sawit tetapi tidaklah berleluasa sangat di negeri Pahang. Jadi masalah ini memang ada berlaku di mana-mana pun, tidak terkecuali di Daerah Bera.
Saya nak tanya Yang Berhormat daripada ADUN Triang, kawasan yang dicuri ini adalah kawasan FELDA ataupun kawasan pekebun kecil yang diberi hakmilik atau pekebun kecil yang tidak diberi hakmilik?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kawasan yang dicuri itu merangkumi tiga jenis tanah. Ada tanah hakmilik, ada tanah yang diberi kebenaran tapping right dulu dan juga ada tanah yang belum diberi hakmilik. Bukannya tidak berleluasa tetapi pekebun kecil telah bosan untuk membuat laporan polis. Saya boleh tunjukkan laporan polis jika perlu. Seorang pekebun kecil ada 20 lebih… 30 laporan polis tetapi sampai sekarang masalah belum selesai. Sudah enam tahun, 7 tahun.
Okey saya faham. Maksudnya tanah yang dicuri datangnya dari ladang FELDA. Tanah hakmilik… tanah hakmilik pekebun-pekebun kecil ataupun tanah haram oleh pekebun kecil ataupun tanah yang tidak dapat hakmilik lagi. Yang saya fahami apa jawapan daripada Yang Berhormat.
Okay, jika kawasan FELDA, maka FELDA telah mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengatasi masalah tersebut. Iaitu lawatan secara berkala oleh Ketua-ketua Blok. Lawatan secara berkala oleh pemantau Ketua-ketua Blok yang dilantik di kalangan ahli-ahli blok dan generasi baharu FELDA.
Menutup jalan-jalan tikus serta dan hanya membuka satu jalan sahaja untuk keluar masuk di kawasan ladang kawasan FELDA… kawasan FELDA. Bekerjasama dengan Polis Bantuan FELDA sebagai khidmat rondaan secara harian dan menjadi perintis di kawasan ini telah dilaksana di kawasan Wilayah Jengka dan juga Wilayah Kuantan. Er… kawasan Bera ini dia termasuk di bawah Wilayah Mempaga.
Secara tidak langsung, sekiranya saya akan berbincang dengan pengarah FELDA Wilayah Mempaga, sebab Mempaga ni luas sampai ke Bera. Daripada Bentong, Raub, Bentong sampai ke Bera. Jadi saya akan memberi tahu mereka untuk segerakan kawalan supaya ianya tidak dicuri.
Kecurian buah ni sangat meningkat dan saya ingat ada ketika ini termasuk kawasan Jengka kawasan saya, kerana ketika itu harganya terlalu tinggi. RM900 lebih. Itulah manfaat er… kepada peneroka-peneroka, pada pencuri-pencuri buah kerana harga ketika itu sangat tinggi. Jika harga turun tidak ada siapa nak curi buah tersebut. Secara langsungnya, kelima-lima tindakan ini mengawal dan mengurangkan masalah kecurian buah kepala sawit.
Yang Berhormat Dato’Sri Yang di-Pertua, Sebagai Kerajaan prihatin dan serius dalam menangani kos sara hidup yang meningkat pada masa kini, pelbagai usaha telah kita lakukan bagi memastikan harga barangan keperluan berpatutan dan stabil. Kerajaan Negeri bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna berusaha gigih melancarkan operasi-operasi pemantauan untuk menjejaki peniaga-peniaga yang menaikkan harga barangan secara keterlaluan.
Lantaran itu, seramai 80 orang Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Negeri Pahang bertugas setiap hari menjalankan rondaan pemantauan pergerakan harga barang di 74 premis yang dipilih di seluruh negeri Pahang. Pemantauan dan pemeriksaan bekalan barangan ini setiap hari adalah untuk mempastikan tidak berlakunya kekurangan bekalan makanan, mengenalpasti premis yang berhadapan dengan pembelian panik, analisa terhadap purata kenaikan penurunan harga barangan terpilih juga membantu pembeli mengenai keberadaan bekalan barangan terpilih melalui harga barangan terpilih yang stabil.
Dan di sini saya ingin menegaskan bahawa… bahawa rantaian bekalan keperluan barang makanan di negeri Pahang saya ingat mencukupi dan memenuhi keperluan pengguna-pengguna. Dalam keadaan kita dilanda… negara… negeri dilanda pandemic COVID.
Yang Berhormat Dato’Sri Yang di-Pertua, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Bilut dan Triang di atas soalan cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan di dalam Sidang Dewan Yang Mulia ini. Ini menunjukkan betapa Yang Berhormat prihatin terhadap kesejahteraan rakyat, kemakmuran Negeri Pahang yang tercinta. Syabas Yang Berhormat.
ADUN Bilut mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberi bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi meneruskan kelangsungan hidup akibat perniagaan yang terpaksa ditutup berikutan pematuhan kepada fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara.
Cadangan ini adalah sangat baik dan mulia. Kerajan Negeri telah melaksanakan inisiatif Bantuan Prihatin Pahang secara bersasar one-off, di mana golongan B… untuk golongan B40. Mereka yang… golongan-golongan B40, yang mereka terpaksa tutup perniagaan dan operasi perniagaan dan mereka kehilangan pekerjaan. Bantuan ini
berbentuk wang tunai, barangan keperluan. Selain daripada itu, kerajaan negeri juga mempastikan bantuan-bantuan Kerajaan Persekutuan dapat dicapai oleh golongan tersebut melalui Gerakan Khas Prihatin, JP… J… G…GKP yang mana dapat manfaatkan kepada 18 ribu… 18 ribu… lapan… 14 orang penerima di Negeri Pahang berjumlah RM148.4 juta. Bantuan ini umpamanya akan terus diadakan berterusan di masa akan datang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Sesungguhnya, semua fokus pemerkasaan ekonomi mencerminkan komited… komitmen, kesungguhan Kerajaan Negeri dalam mempastikan usahawan, syarikat mampu meneruskan kelangsungan hidup dan perniagaan. Kerajaan Negeri juga tidak sesekali meminggirkan golongan usahawan mikro dan penjaja kecil selaras dengan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap semua rakyat di negeri Pahang.
Besarlah harapan kita semoga seluruh rakyat Pahang tanpa mengira kaum berusaha ke arah memperkasakan ekonomi setiap masa, selaras dengan apa yang telah diwariskan oleh pemimpin-pemimpin kita dahulu.
Akhir kata, saya berharap, Yang di-Pertua, saya berharap agar semua cabaran, dugaan, ujian yang telah kita hadapi menjadi satu pengalaman, kekuatan untuk mengorak langkah yang lebih jauh. Seterusnya, saya menjunjung sepenuhnya Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang sempena Pembukaan Dewan Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-14 pada 23 Ogos 2021 baru-baru ini.
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang. Sila.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih er… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua er… kerana telah memberi peluang kepada saya untuk turut sama-sama dalam Sesi Penggulungan Dewan Yang Mulia pada hari ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas Titah Diraja Sempena Pembukaan Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-14 serta sokongan dan dorongan tanpa berbelah bagi buat Kerajaan Negeri Pahang, pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bak kata pepatah ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di atas keprihatinan dan sokongan padu Yang Amat
Berhormat Menteri Besar dalam usaha untuk menaik taraf infrastruktur digital dan inisiatif digital di negeri Pahang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, COVID-19 telah mencetuskan banyak perubahan dalam aspek kehidupan kita. Ini adalah norma-norma baharu yang terpaksa kita lalui dalam menjalani kehidupan seharian yang mencabar pada masa ini. Di antara yang paling ketara adalah peralihan banyak aspek kehidupan kita daripada pendekatan fizikal kepada digital. Diantaranya pengajaran dan pembelajaran dari rumah.
PDPR diperkenalkan oleh pihak sekolah dan juga semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Bekerja dari rumah, BDR dikuatkuasakan untuk kakitangan awam dan juga swasta. Pelbagai proses kerja kerajaan kini juga telah beralih dari kaedah secara manual kepada dalam talian.
Perubahan dan peralihan serta amalan norma-norma baharu dalam kehidupan kita hari ini menyebabkan kita sangat bergantung kepada capaian internet. Berdasarkan data dari sumber SKMM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, peningkatan trafik internet negara telah meningkat sebanyak 32% pada 2 minggu pertama, Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan pada 2020.
Peningkatan mendadak ini telah menyebabkan kesesakan kepada rangkaian yang menyebabkan kelajuan internet menurun begitu mendadak ataupun berkurangan dengan begitu mendadak.
Masalah berkaitan liputan internet semasa pandemik COVID-19 ini bukan hanya berlaku di Pahang sahaja, tetapi ianya melibatkan di seluruh negara. Data daripada SKMM telah merekodkan peningkatan aduan tentang rangkaian komunikasi yang tidak memuaskan pada tahun 2019. Aduan yang diterima adalah sebanyak 20,146 pada 2019, dan manakala pada tahun 2020 telah meningkat kepada 153,167 aduan.
Bagi negeri Pahang pula, sebanyak 641 aduan diterima 2019 sebelum COVID-19. Manakala bagi tahun 2020 sejak berlakunya pandemik COVID-19 ini telah meningkat kepada 7,388 aduan, iaitu meningkat sebanyak lebih daripada 100%. Sehingga 30 haribulan Jun 2021, sebanyak 7,839 aduan telah kita terima. Aduan ini dijangka akan terus meningkat sehingga penghujung tahun 2021.
Selaras dengan permintaan yang semakin meningkat, ditambah dengan keperluan yang mendesak, maka Kerajaan Negeri Pahang bersama dengan SKMM pada masa ini sedang giat untuk melaksanakan usaha menambah baik liputan, dan perkhidmatan internet di seluruh negeri Pahang melalui pelan yang kita namakan Pelan Jalinan Digital Negara iaitu JENDELA.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Secara umum, matlamat JENDELA adalah untuk memperluaskan lagi liputan jalur lebar mudah alih dengan rangkaian 4G di kawasan berpenduduk di seluruh negeri Pahang kepada sasaran 96.9% dan menyediakan rangkaian jalur lebar tetap di 118,226 premis di seluruh negeri Pahang dalam tempoh pelaksanaan 2020 hingga ke akhir tahun 2022.
Berdasarkan daripada rekod dari SKMM juga, kadar liputan 4G di kawasan berpenduduk di negeri Pahang terus mencatatkan peningkatan seperti berikut. Pada 2018, hanya berada kadar liputan 4G adalah 65.6% sahaja. 2019 (70.5%), 2020 (89.3%) manakala pada tahun 2021 (90.25%).
Pencapaian kadar liputan yang terus meningkat dari tahun ke tahun ini membuktikan bahawa usaha-usaha yang kita jalankan selama ini telah mengeluarkan hasil. Kerajaan Negeri percaya JENDELA yang sedang giat dijalankan sekarang akan dapat dilaksanakan dengan teratur, baik, mengikut jadual dan mencapai matlamatnya. Dengan siapnya semua pembangunan dan naik taraf infrastruktur komunikasi di bawah Fasa 1 JENDELA pada penghujung tahun 2022, perkhidmatan internet jalur lebar tetap dan mudah alih di negeri Pahang akan menjadi lebih baik.
Dengan kekangan dan keterbatasan oleh pelbagai garis panduan dan SOP-SOP yang dikuatkuasakan serta PKP yang berpanjangan, pastinya pelaksanaan projek yang telah dirancangkan di bawah Fasa 1 JENDELA amat mencabar. Bilangan pekerja yang dihadkan, material seperti besi, peralatan elektronik yang keputusan bekalan akibat operasi ditutup di Lembah Klang, antara cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan JENDELA ini.
Namun demikian, pelaksanaan JENDELA di Pahang masih lagi mengikut sasaran masa perancangan… semasa perancangan. Beberapa projek telah dikenalpasti untuk dilaksanakan di bawah pelaksanaan JENDELA Fasa 1 2020 sehingga 2022. Ini merangkumi projek naik taraf rangkaian jalur lebar talian tetap, pembinaan menara baru, naik taraf rangkaian stesen pemancar ke 4G bagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih. Antara projek yang dikenalpasti adalah seperti berikut.
Yang pertama, untuk menaik taraf projek jalur lebar talian tetap, fixed broadband dengan izin Yang di-Pertua. Sebanyak 118,226 premis di seluruh Negeri Pahang telah disasarkan untuk dilengkapkan dengan rangkaian gentian optik. Pelaksanaannya telah mula… telah bermula daripada tahun 2020. Sehingga 30 haribulan Jun, sebanyak 21,340 premis telah pun dilengkapi dengan rangkaian gentian optik ini. Bakinya 96,920 premis lagi sedang dalam peringkat pelaksanaan dan akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2022.
Bagi projek peluasan jalur lebar mudah alih, sebanyak 270 menara baharu telah ditetapkan untuk dibina di seluruh Pahang. Sehingga 30 haribulan Jun 2021, sejumlah 26 menara telahpun siap dibina dan beroperasi. Manakala 244 menara lagi sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap secara berperingkat sehingga penghujung tahun 2022. Perinciannya adalah seperti berikut. Contoh… Daerah Kuantan yang siap beroperasi adalah 1, dalam pelaksanaan 32. Pekan yang siap beroperasi adalah 2 dan dalam pelaksanaan 20. Rompin 4 siap beroperasi, dalam pelaksanaan 29. Maran 1 siap beroperasi, 10 dalam pelaksanaan. Bera 5 siap beroperasi dan 11 dalam pelaksanaan. Temerloh 2 siap beroperasi, 12 dalam pelaksanaan. Bentong 1 siap beroperasi, 14 dalam pelaksanaan. Raub 2 beroperasi, 23 dalam pelaksanaan. Cameron Highlands 23 dalam pelaksanaan. Lipis 4 beroperasi, 48 dalam pelaksanaan. Jerantut 4 siap beroperasi dan 22 dalam pelaksanaan.
Dalam usaha yang sama di bawah perkhidmatan jalur lebar mudah alih, sebanyak 1,673 stesen pemancar sedia ada akan dinaik taraf dari rangkaian sedia ada iaitu
2G/3G kepada rangkaian 4G. Rangkaian 3G akan ditamatkan sama sekali secara berperingkat sehingga tahun.. akhir tahun 2021 untuk pemantapan rangkaian 4G.
Sehingga 30 Jun 2021, sebanyak 324 stesen pemancar telah dinaik taraf dan baki 1,349 stesen pemancar lagi sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap secara berperingkat sehingga pertengahan tahun 2022.
Peluasan jalur lebar di kawasan-kawasan pedalaman dan terpencil seperti Perkampungan Orang Asli juga tidak ketinggalan. Ini bagi memastikan masyarakat Orang Asli juga boleh mendapat akses kepada jalur lebar. Oleh yang demikian, bagi Negeri Pahang, sebanyak 69 lokasi kawasan Orang Asli telah dikenal pasti dan akan mendapat kemudahan capaian jalur lebar satelit yang dijangka siap pada penghujung tahun 2021. Inisiatif ini adalah tambahan kepada 22 Perkampungan Orang Asli yang turut mendapat perkhidmatan jalur lebar di bawah pembinaan menara baru. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kita Kerajaan Negeri amat berharapkan semua kerjasama yang baik dari kalangan Ahli-ahli Dewan dalam menyampaikan maklum balas kepada Pihak Kerajaan agar setiap permasalahan capaian internet di kawasan masing-masing dapat dikenal pasti dan diatasi dengan lebih berkesan. Maklum balas boleh kita salurkan kepada Kerajaan Negeri melalui pelbagai saluran antaranya melalui laman web: jendela.my dan atau melalui e-mel kepada [email protected].
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Pahang memberikan sokongan padu kepada pelaksanaan JENDELA melalui pembentukan polisi dan dasar. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri telah meluluskan pemakaian Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi (GPP-I) yang telah menetapkan supaya semua kawasan pemajuan baharu mengambil kira keperluan kemudahan komunikasi jalur lebar sama ada jalur lebar tetap ataupun jalur lebar mudah alih. Ini akan memudahkan dan mempercepatkan penyediaan infrastruktur komunikasi di kawasan-kawasan pembangunan baharu.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Menyentuh perbahasan Yang Berhormat ADUN daripada Cheka, usaha-usaha penerangan tentang JENDELA dan pelaksanaannya di peringkat daerah-daerah di seluruh Pahang sedang giat dijalankan. Pihak Kerajaan Negeri bersama-sama dengan SKMM Pahang akan membentang dan membincangkan tentang perancangan JENDELA dan pada masa yang sama mendapat maklum balas daripada pemimpin-pemimpin tempatan termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat supaya pelaksanaan JENDELA ini dapat memenuhi keperluan semua pihak dan mencapai matlamatnya.
Kerajaan Negeri Pahang juga bersama dengan pihak SKMM telah pun mengadakan beberapa siri taklimat berkenaan status pembangunan infrastruktur komunikasi dan inisiatif Jalinan Digital Negara melalui platform Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah di daerah seperti Pekan, Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut. Manakala daerah-daerah lain akan disusuli kemudian.
Di samping itu, beberapa siri lawatan telah diadakan oleh SKMM bersama Kerajaan Negeri melibatkan syarikat telekomunikasi dan sebahagiannya turut saya hadiri iaitu di DUN Jelai, Cheka, Kerdau, Jenderak, Padang Tengku, Tahan, Guai, Triang dan
terkini... dan terakhir sekali di DN Muadzam Shah dengan tujuan untuk bertemu pemimpin masyarakat di samping meninjau lokasi yang mempunyai masalah liputan dan juga lokasi yang terlibat dalam pembangunan infrastruktur komunikasi.
Usaha sebegini akan tetap kita teruskan walaupun dalam keadaan kekangan akibat PKP pada hari ini. Ini bagi membolehkan semua pemimpin tempatan dapat memahami tentang apa yang sedang dilaksanakan dan usaha kerajaan untuk menambah baik liputan dan perkhidmatan internet melalui JENDELA.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Bagi DUN Pulau Manis, soalan daripada DUN Pulau Manis, rakan saya. Di bawah inisiatif JENDELA sebanyak 4 menara baru akan dibina iaitu di Kampung Mencupu Pulau Manis, Kampung Pelak, Kampung Permatang Jambu Air dan Kampung Pulau Rusa. Pada masa yang sama terdapat juga sebuah menara 4G yang telah pun siap dan mula beroperasi pada bulan Mei 2021 yang lalu, yang terletak di Kampung Langgar.
Usaha menaik taraf stesen pemancar juga akan dijalankan di DUN Pulau Manis. Sebanyak 36 stesen pemancar akan dinaik taraf kepada rangkaian 4G. Pelaksanaannya adalah secara berperingkat bermula dari bulan Julai 2021 hingga siap kesemuanya menjelang suku pertama tahun 2022.
Bagi lokasi khusus iaitu di Kampung Jaya Gading dan Kampung Pulau Manis Gambang, perancangan untuk pembinaan menara baharu telah pun diambil kira dengan tambahan 2 menara baharu di lokasi ini dan akan bermula dalam masa terdekat dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2022.
Selain daripada teknologi jalur lebar mudah alih, melalui pelan JENDELA juga, sebanyak 1,000 premis telah disediakan dengan capaian gentian optik berkelajuan tinggi dan manakala 800 lagi premis dalam peringkat perancangan dan pelaksanaan dan dijangka siap secara berperingkat sehingga tahun 2022.
Tuan Yang di-Pertua, Semenjak bermulanya COVID-19 pada suku pertama pada tahun 2020, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif khususnya untuk para pelajar yang terpaksa melalui proses PDPR. Antaranya ialah Insentif Pembelajaran Secara Online bernilai RM50.00 setiap seorang kepada 19,254 pelajar yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2020 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM962,700.
Selain itu juga, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan bantuan sebanyak 1,100 komputer riba berjumlah RM1.5 juta kepada pelajar di bawah senarai Bantuan Kanak-Kanak (BKK) Pahang yang menduduki SPM tahun 2021.
Melalui inisiatif CERDIK, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang juga turut terlibat dalam inisiatif pembekalan peranti digital kepada murid-murid B40 iaitu sebanyak 11,052 unit yang melibatkan 130 buah sekolah bagi tahun 2021. Peranti ini merupakan sumbangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).
Pandemik COVID-19 ini telah mewujudkan kebergantungan kepada internet yang tinggi di kalangan rakyat terutamanya para pelajar, sama ada di kawasan bandar mahupun di kawasan luar bandar dan penularan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mendesak Kerajaan untuk bertindak segera dalam menghasilkan sebuah rancangan yang dapat menangani isu akses kepada internet berkualiti bagi perkhidmatan tetap dan mudah alih termasuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR).
SKMM bersama dengan syarikat telekomunikasi telah pun menjalankan pelbagai program inisiatif bagi membolehkan rakyat Malaysia termasuk golongan B40 terus berpeluang menikmati perkhidmatan internet. Ini termasuk penawaran internet secara percuma sebanyak 1GB setiap hari sehingga akhir tahun 2021 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang merupakan kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang lalu. Pelaksanaan program dan inisiatif ini boleh... membolehkan semua rakyat terus berpeluang menikmati perkhidmatan internet yang merupakan keperluan asas bagi hampir semua aktiviti harian.
Selain daripada itu juga Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 108 buah Pusat Internet Komuniti (PIK) yang disediakan oleh... yang diselia oleh SKMM di seluruh negeri Pahang turut membantu meningkatkan kemahiran dan literasi digital para pelajar selain memastikan liputan internet dapat dinikmati oleh semua golongan.
Sokongan dan dokongan semua pihak adalah amat penting bagi negeri ini bagi mendepani cabaran norma-norma baharu ini untuk negeri Pahang melonjak ke tahap yang lebih tinggi sebagai sebuah negeri yang maju dan makmur. Marilah kita sama-sama agar... berdoa agar kita terus dijauhi daripada ancaman pandemik COVID-19 ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Akhir kalam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah turut terlibat dalam perbahasan pada kali ini terutamanya yang telah mengemukakan soalan-soalan Dewan berkaitan portfolio saya iaitu ADUN Pulau Manis, ADUN Beserah, ADUN Kemayan, ADUN Cheka, ADUN… dan ADUN-ADUN yang turut sama memberikan soalan-soalan tambahan, pandangan dan idea terhadap pembangunan komunikasi dan multimedia negeri Pahang. Dengan segala perancangan-perancangan yang telah dan akan dilaksanakan nanti, sudah tentu akan lebih memaju dan mensejahterakan negeri Pahang Darul Makmur, Insya-Allah.
Seterusnya saya menjunjung kasih dan menyokong sepenuhnya Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Dengan ini saya mohon menyokong. Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, terlebih dahulu ingin saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT, dengan limpah dan izinnya dapat kita bersama-sama dalam Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Sidang Dewan Undangan Negeri yang Ke-14.
Pertamanya, saya ingin menyembah ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke atas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas Titah Diraja sempena Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Ke-9.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya ingin mulakan dengan menjawab beberapa pertanyaan daripada sahabat-sahabat mewakili kawasan masing-masing. Pertamanya berkenaan dengan beberapa cadangan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Padang Tengku yang mencadangkan pelantikan penggerak masyarakat bagi Orang Asli Kaum Bateq dan turut menyediakan rumah untuk mereka.
Keduanya penglibatan penduduk Orang Asli di dalam program atau aktiviti Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang terhampir, cadangan untuk mengadakan aktiviti bulanan kepada masyarakat Orang Asli serta cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk turut memberikan sumbangan kewangan bagi melaksanakan aktiviti dan program yang diadakan.
Kesemua cadangan-cadangan ini telah diambil maklum dan Kerajaan Negeri akan meneliti dan memperhalusi kesemua cadangan tersebut bersama-sama pihak seperti Pejabat Daerah dan Tanah serta JAKOA memandangkan masyarakat Orang Asli juga mempunyai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ataupun JPKKOA itu sendiri.
Tambahan, Kerajaan Negeri juga sentiasa mementingkan pembangunan sosial dan minda masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang. Cadangan untuk mengadakan aktiviti bulanan kepada masyarakat Orang Asli adalah suatu perkara yang sangat baik dan Kerajaan Negeri sentiasa berbesar hati untuk membantu memberikan sumbangan sama ada dari segi kewangan mahupun kerjasama bersama agensi terlibat bagi menjayakan melaksanakan aktiviti yang dirancang.
Sebagai tambahan, Kerajaan Negeri juga turut merangka dan melaksanakan program peningkatan intelek dan pendidikan bersama komuniti Orang Asli melalui Unit Hal Ehwal Orang Asli, di mana program ini melibatkan ceramah motivasi serta menyantuni pelajar-pelajar Orang Asli.
Seterusnya, Yang Berhormat Padang Tengku juga ada mencadangkan bagi mewujudkan tadika di kawasan Orang Asli untuk menerapkan pendidikan awal dan boleh membaca dalam kalangan Orang Asli. Pendidikan awal dalam masyarakat
Orang Asli sentiasa dijaga rapi, di mana sepanjang tahun Kerajaan Negeri bersama JAKOA akan memperuntukkan projek bina baru Tabika dan baik pulih Tabika JAKOA bagi memastikan tiada yang tercicir.
Sebagai contoh, bagi tahun 2021 telah dicadangkan projek bina baru tabika yang menelan kos RM 1 juta seunit di dua (2) Kampung Orang Asli iaitu di Daerah Lipis iaitu Kampung Orang Asli Sungai Garam dan satu di Kampung Sempar. Cadangan Yang Berhormat Padang Tengku untuk projek-projek pembinaan dan menaik taraf infrastruktur dan kemudahan asas di kawasan Kampung Bencah Kelubi juga telah diambil maklum oleh Kerajaan Negeri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri bersama-sama JAKOA.
Kerajaan akan mohon kepada pihak KPLB Negeri agar projek-projek ini dijadikan keutamaan dan dapat dilaksanakan pada tahun 2021 ataupun 2022. Kerajaan Negeri sangat komited dalam menyediakan kemudahan asas Masyarakat Orang Asli terutamanya bagi kawasan DUN Padang Tengku.
Selain itu, Yang Berhormat Ketari ada bertanyakan tentang perkembangan baki tanah Orang Asli yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri Pahang dan memohon supaya Perwartaan Tanah Orang Asli dipercepatkan. Secara dasarnya semua…
Dato’… Dato’ Pengerusi, Dato’ Yang DiPertua, saya nak mencelah sikit. Saya… berkenaan Orang Asli juga, saya nak minta perhatian khusus diberikan kepada Kampung Bencah Kelubi…Bencah Kelubi ni, di mana di situ ada penganut Islam yang perlu kita jaga. Itu persoalan, dan yang tadika tu. Saya setujulah dengan Sungai Garam tu, tapi di Kampung Orang Asli Bencah Kelubi ni, mestilah diberi keutamaan, sebab di situ sekarang ini ada kegiatan tadika yang dibuat oleh pihak swasta, yang kita percayai ada unsur-unsur menghasut di situ untuk mereka ini keluar daripada Islam. Penekanan itu yang saya hendak diutamakan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Padang Tengku, insya-Allah pandangan ini akan diambil kira. Secara dasarnya semua baki tanah Orang Asli yang belum diwartakan telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 15 November 2017 iaitu untuk diwartakan di tanah… untuk diwartakan di bawah Akta 134, Akta Orang Asli 1954 dan Kanun Tanah Negara (KTN).
Baki tanah tersebut adalah seperti berikut; Pewartaan 76 buah kampung seluas 8,958.17 hektar yang telah mendapat kelulusan MMK sebelum tahun 2006 di bawah Rizab, di bawah Seksyen 7 (Rizab Orang Asli). Yang ini telah diwartakan.
Pewartaan 139 buah kampung yang melibatkan seluas 38,242.16 hektar yang telah mendapat kelulusan MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) selepas tahun 2006 di bawah Seksyen 6 (Kawasan Penempatan Orang Asli), dan
Pewartaan 2 buah kampung (Kampung Bencah Kelubi & Kampung Prosdet Pantos) seluas 517,62 hektar di Daerah Lipis di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN). Di mana telah dicadangkan diwartakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2021.
Jadi kesemua 139 buah kampung yang telah dicadangkan di bawah Seksyen 6 Akta 134 Orang Asli telah dimasukkan di dalam perancangan permohonan Rancangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang telah diselaraskan oleh Kerajaan Negeri dan JAKOA bagi mendapatkan peruntukan tahunan daripada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan kerja-kerja ukur kawasan perkampungan tersebut bagi membolehkan permohonan pewartaan diangkat kepada Kerajaan Negeri.
Untuk makluman, pada Tahun 2021 JAKOA Pahang telah menerima kelulusan untuk mengukur 14 buah kampung yang melibatkan daerah Lipis, Pekan, Rompin, Temerloh, Jerantut, Bera, Bentong dan Cameron Highlands, dan sedang dalam tindakan kerja ukur oleh juru ukur yang telah dilantik oleh JAKOA. Manakala baki 125 kampung akan dimasukkan di dalam perancangan RMK-12 dan seterusnya untuk mendapatkan peruntukan kewangan yang secukupnya. Maknanya 125 buah kampung lagi yang belum diwartakan.
Pewartaan Tanah Orang Asli adalah merupakan antara keutamaan dalam perancangan kemajuan masyarakat Orang Asli oleh Kerajaan Negeri dan JAKOA. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri dan JAKOA sentiasa bekerjasama untuk mengangkat keperluan kewangan bagi menyelesaikan kerja pengukuran kawasan Orang Asli secepat mungkin melalui Kerajaan Persekutuan secara tahunan berdasarkan perancangan RMK-12 dan seterusnya. Kerjasama ini memainkan peranan penting dalam mempercepatkan proses permohonan pewartaan kawasan kampung Orang Asli yang telah diangkat oleh JAKOA.
Seterusnya, saya ingin mengambil kesempatan ini selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli mewakili keseluruhan masyarakat Orang Asli negeri Pahang mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas sumbangan tunai berjumlah RM240,000.00 dan sumbangan bakul makanan Bantuan Prihatin Pahang 2.0 dengan jumlah RM1.5 juta kepada masyarakat Orang Asli di negeri Pahang.
Selain itu juga, saya ingin menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di atas kejayaan menjalankan Program Bantuan Rumah Masyarakat Orang Asli bagi tahun 2021 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.26 juta di mana 16 unit rumah telah dibina baru dan 28 unit di… er…. 28 unit rumah dibaik pulih. Kerajaan Negeri dan JAKOA Pahang sentiasa memantau dan mengambil maklum situasi dan permasalahan masyarakat Orang Asli negeri Pahang dengan pelbagai perancangan termasuklah pembangunan, sosioekonomi, pendidikan, kesihatan dan kebajikan agar kemakmuran hidup dapat dinikmati oleh mereka bersama.
Seterusnya, er…. pandemik ini secara keseluruhan memberi kesan kepada pembangunan sosioekonomi negara. Masyarakat luar bandar terutama golongan B40, miskin dan miskin tegar di luar bandar sentiasa diberi perhatian untuk meningkatkan ketahanan dalam mengharungi impak pandemik COVID-19.
Prasarana luar bandar yang berkualiti dan mencukupi adalah amat penting bagi menyokong pembangunan ekonomi dan sosial luar bandar serta dapat mewujudkan persekitaran kehidupan yang kondusif sekaligus membuktikan bahawa Kerajaan Negeri tidak meminggirkan golongan luar bandar.
Oleh demikian, untuk tahun 2021 Kerajaan Negeri dengan kerjasama erat Pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Pahang telah dan sedang melaksanakan pelbagai projek dan program pembangunan fizikal serta sosial di kawasan luar bandar dengan peruntukan keseluruhan yang disalurkan berjumlah RM291.8 juta yang merangkumi 64 projek iaitu melibatkan tiga bahagian utama Pembangunan Luar Bandar iaitu Prasarana, Kesejahteraan Rakyat, Pembangunan Tanah Dan Wilayah serta peruntukan kepada agensi-agensi KPLB di Negeri Pahang seperti Majlis Amanah Rakyat er… Majlis Amanah Rakyat iaitu MARA, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jabatan Kemajuan (KEMAS).
Sebenarnya, peruntukan untuk tahun 2021 adalah satu peningkatan sebelum tahun 2020 iaitu kelebihan sebanyak RM56.9 juta. Pelaksanaan pembangunan ini merangkumi pelbagai jenis projek seperti Projek Bekalan Air Luar Bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar, Program Ameniti Sosial, Lampu Jalan Kampung, Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung ataupun PROSPEK serta Pembangunan Pem… Pemaju Kawasan er…. PPK.
Terima kasih saya ucapkan kepada pihak KPLB Pahang untuk peruntukan ini. Kerajaan Negeri dan KPLB Pahang adalah merupakan peneraju utama pembangunan luar bandar di negeri Pahang. Melalui kerjasama ini, kita akan dapat terus giat membantu kumpulan sasar di samping terus menjalankan peranan dalam melengkapkan kemudahan infrastruktur luar bandar. Penerusan penyediaan kemudahan infrastruktur berkualiti ini amat penting dalam menyokong merancakkan semula pembangunan ekonomi setelah pandemik ini berakhir.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Seterusnya, mengenai penjenamaan semula Majlis Pengurusan Komuniti Kampung iaitu MPKK kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung JPKK. Hal ini telah dilaksana dan dipersetujui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 08 Julai 2020. Sejajar dengan keputusan ini, Kerajaan Negeri telah menjenamakan semula kesemua 543 buah MPKK di seluruh negeri Pahang kepada JPKK Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung.
Ianya merupakan sebuah organisasi bagi mentadbir serta mengurus sesebuah kampung dan memainkan peranan sebagai satu medium penghubung antara pentadbir peringkat negeri dan daerah bersama komuniti kampung dalam memupuk semangat kerjasama bagi menjayakan agenda pembangunan ekonomi, infrastruktur dan sosial di kampung-kampung.
Mohon mencelah sedikit Yang di-Pertua. Saya nak penjelasan sedikit MPKK atau JKKK? Ada… ada kekeliruan sedikit kat situ. Terima kasih.
Terima kasih er…. pertanyaan tadi. Sebenarnya, memang bukan hanya YB. agak keliru. Kita di kampung pun ini keliru. Untuk makluman pada peringkat awal sebenarnya ianya dikenali sebagai er…. JKK dan semasa Pilihan Raya Yang Ke-14, apabila kerajaan baru memerintah, ianya ditukar kepada MPKK… MPKK. Dan selepas 22 bulan, haa… kan ditukar semula kepada ini kerajaan baru yang mana Kementerian er…. di bawah Pembangunan Luar Bandar pada ketika itu telah menukar semula daripada MPKK ini kepada JPKK. Dan kita er…. di Kerajaan Negeri Pahang er…. telah memutuskan di dalam Mesyuarat Majlis er…. Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Pahang telah memutuskan menggunapakai er… ini istilah JPKK ini tadi. Kita tak daya dah nak menukar JKK, MPKK, JPKK. Maknanya kita teruskanlah dengan JPKK yang ada sekarang ini. Kesemua 543 organisasi JPKK di negeri Pahang menunjukkan prestasi yang baik…
Dato’ Yang di-Pertua, Minta… mencelah sedikit. Er…. makna tak daya nak menukar dah disebutkan tadi, tapi sekarang dah banyak bertukar. Ini kerajaan pun sekarang dah bertukar Perdana Menteri pula. Jadi tak boleh tunggu sedikit ke? Kita tengok perkembangan, esok tukar yang nama pula… kan? Jadi er…. ini bertukar bertukar JKK pun memang dah marah ini. Tukar, baru ini tukar baru… baru ada setengah lagi JKK yang belum bertukar daripada MP… akaun daripada MPKK kepada JKK haa… sekarang nak tukar pula ke JK er…. JKPP apa tadi? Haa… lepas itu esok tak tahu apa pula er…. ini tunggu kabinet dulu la saya ingat. Okey, terima kasih.
Terima kasih pandangan daripada Padang Tengku. Er…. kita sebenarnya mempunyai sedikit permasalahan di mana Kerajaan Negeri er…. telah meluluskan pengurusan pentadbiran ini kepada er…. JPKK ini sebanyak RM5,000.00 haa… bagi tahun 2021 ini. Jadi dalam proses ini, makna mungkin juga kita menggunakan er…. menyelesaikan peruntukan tahunan yang ada ini kepada er…. JPKK ini dahulu untuk kampung dan selepas itu kalau ditakdirkan kerajaan baru ini bertukar haa… bertukar semula la. Kalau tidak kita bimbang duit yang ada lebih kurang RM2.5 juta ini esok dia… [ketawa] dia hanyut. Haa… inilah masalah kita ini haa… kan. Jadi insya-Allah la maknanya kita akan cuba selaraskan dan selesaikan isu ini… JPKK ini tadi.
Minta laluan.
Ya.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Tak kira namanya apa, saya rasa kerja khidmat di kampung tetap diteruskan. Er…. saya difahamkan bahawa elaun untuk pengerusi RM500.00 daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi adakah Kerajaan Negeri er…. bercadang untuk menambah elaun kepada mereka khasnya dalam tempoh COVID ini memang sibuk jawatankuasa ini membantu rakyat.
Untuk makluman BY. Triang, sepatutnya JKK ataupun JPKK ini ianya dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, yang mana sebelum daripada ini zaman Barisan Nasional itu er…. peruntukan ini dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan semasa kerajaan-kerajaan baru ini, ianya telah dihentikan dan oleh itu, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif maknanya kita Kerajaan Negeri membayar dan melibatkan peruntukan lebih kurang RM8 juta. Lebih kurang RM8 juta untuk kita… Kerajaan Negeri sendiri membiayai er…. institusi JKK yang ada di negeri Pahang.
Jadi walau bagaimanapun sebagaimana yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar er…. negeri Pahang ini biasanya ianya er…. berpandu kepada kedudukan kewangan negeri. Kalau kedudukan kewangan negeri itu okey, mungkin cadangan daripada Triang ataupun ramai dari Ahli-ahli Yang Berhormat kita termasuklah sahabat saya daripada Dong mencadangkan supaya ditingkatkan dan kita pun tengah berunding, insya-Allah maknanya ada sedikitlah sumbangan kepada JKK oleh… JPKKK oleh Kerajaan Negeri ini tadi. Ini di dalam perbincangan. Jadi JPKKK Negeri Pahang setakat ini membuktikan bahawa mereka berdiri teguh menyokong Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang dan mampu menangani semua cabaran ini serta memastikan pentadbiran di peringkat kampung sentiasa utuh dan berjalan dengan lancar.
Terima kasih dan sekalung penghargaan saya ucapkan kepada semua ahli JPKK Negeri Pahang atas segala usaha dan pengorbanan yang ditunjukkan. Akhir kata, saya mewakili portfolio saya berharap agar segala peruntukan, perancangan dan inisiatif yang telah diumumkan akan dapat merancakkan pembangunan kawasan luar bandar dan mendatangkan manfaat yang baik kepada semua rakyat luar bandar dan masyarakat orang asli di negeri Pahang. Dengan ini saya menyokong Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar [Ahli Dewan menepuk meja].
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. Sila.
[Bacaan dalam bahasa Arab]. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua atas kesudian memberi laluan kepada saya untuk bersama berkongsi dalam membahaskan titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada kali ini. Seterusnya saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tuanku Pemangku Raja Pahang.
Terima kasih dan sama-sama kita rafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia serta inayah-Nya dapat kita bersama dalam Dewan Yang Mulia ini bagi sama-sama membahaskan Titah Ucapan, yang telah sama-sama kita dengar dan sama-sama kita akan buat renungan demi kemajuan Negeri Pahang Darul Makmur.
Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri Besar Pahang seterusnya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, rakan-rakan ADUN yang dari jauh datang bersama dalam sidang yang mulia ini demi membawa cadangan permasalahan dan sebagainya untuk sama-sama kita perjuangkan apa yang rakyat tuntut selama ini.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya ingin mengambil kesempatan pada tengah hari yang mulia ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah juga kepada semua NGO-NGO seperti Majlis Tindakan Sosial Pahang, Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah, Gabungan NGO-NGO seluruh negeri Pahang, Bulan Sabit Merah, Petronita, MYC, Belia Tamil, Persatuan India Prihatin, JPMS dan banyak lagi yang tidak dapat saya sebut pada pagi ini kerana NGO ini, Yang Berhormat Yang di-Pertua, merupakan pihak yang turut yang sama membantu Kerajaan Negeri dalam banyak perkara termasuklah antaranya memberikan bantuan kepada pihak yang terkesan.
Dalam perkara ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan ADUN yang banyak membangkitkan tentang hal-hal atau portfolio yang berkaitan dengan portfolio ini, seperti mana yang dibangkitkan oleh ADUN Teruntum yang mana mempersoalkan ataupun bertanyakan dalam tempoh 2018 hingga 2020 berapakah jumlah peruntukan, maka telah kita jawab iaitu sebanyak RM15 juta lebih telah diperuntukkan kepada NGO oleh Kerajaan Negeri Pahang selama ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Saya tidak bercadang untuk mengambil masa yang panjang, namun begitu saya akan adakan sedikit tambahan dalam ucapan saya ini iaitu juga saya masih lagi berkitar kepada sumbangan yang dibuat ataupun permohonan oleh Kelab-kelab, Persatuan, NGO dan Pertubuhan Bukan Kerajaan melalui YB ataupun Exco Belia atau terus kepada Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dengan disertakan kertas-kertas cadangan, program dan aktiviti.
Ini adalah antara aktiviti-aktiviti, program-program yang menujukkan impak positif, yang memberi nilai tambah kepada sosioekonomi masyarakat akan diberi keutamaan. Kelulusan peruntukan akan ditentukan berdasarkan kesediaan peruntukan semasa negeri pada ketika ini. Alhamdulillah, atas kebijaksanaan dan kestabilan pemerintahan Kerajaan Negeri Pahang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bersama jentera pentadbiran negeri, sedikit sebanyak alhamdulillah peruntukan dapat disalurkan kepada banyak pihak yang menikmati peruntukan tersebut.
Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh ADUN Beserah, sememangnya sumber manusia juga merupakan nadi kepada pembangunan sesebuah negeri. Saya
mengucapkan terima kasih kepada rakan saya Yang Berhormat dari Beserah ini, yang sentiasa bertungkus lumus melihat kawasan, melihat perkara yang melibatkan sumber manusia bersama dengan saya, termasuklah beberapa isu-isu yang terbangkit di Gebeng, di ASB dan sebagainya.
Namun, alhamdulillah Kerajaan Negeri sentiasa cakna ya, juga sedar mengenai keperluan untuk mempunyai perancangan dan pengisian sumber manusia sebagaimana yang dibangkitkan, yang mencukupi khususnya bagi memenuhi pekerja teknikal untuk memenuhi keperluan para pelabur yang melabur ke negeri Pahang ini. Ini adalah sangat penting kerana jika tidak ada keserasian kedua pihak ini, maka kita akan menemui kegagalan ataupun kelemahan yang membuatkan kerugian kepada Kerajaan Negeri.
Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Yang Berhormat Yang di-Pertua, iaitu dikenali sebagai Pahang Labour Council dan sentiasa mengadakan engagement di antara pihak industri dan juga pusat kemahiran di negeri Pahang ini. Ini bertujuan untuk memastikan kursus yang ditawarkan adalah memenuhi keperluan industri semasa ketika ini. Dalam keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan, semua tahu dan kita sedar ramai golongan yang terkesan termasuklah para graduan dan juga anak-anak muda yang lain.
Untuk makluman, Yang Berhormat ADUN Pulau Manis dan Yang Berhormat ADUN Sungai Lembing, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan nasib golongan tersebut terbela dan kemahiran dapat ditingkatkan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Sebagai contoh, pada tahun ini sahaja beberapa program telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran anak muda adalah seperti berikut: Antaranya; Jobs@Pahang - Offshore Marine in Hospitality Management, dengan izin, Gradpreneur@Pahang – Business Junior, dan Gradpreneur@Pahang - Niaga.Com.
Ini antara program… adalah yang ditaja sepenuhnya Kementerian Pengajian Tinggi dan dilaksanakan oleh Universiti Malaysia Pahang serta Kolej Yayasan Pahang dengan pelaburan kerjasama oleh Yayasan Pahang sebanyak RM1.8 juta. Program ini adalah terbuka kepada lepasan diploma dan ijazah, graduan anak Pahang dan mempunyai semangat keusahawanan yang tinggi. Skim Perantisan Nasional yang dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan pula adalah sebahagian daripada Pelan Pemulihan Anak Muda pada ketika ini. Anak-anak muda boleh melihat laman tersebut untuk memohon dan kini sedang dibuka.
Untuk makluman juga, Kerajaan Negeri melalui PERKESO telah melaksanakan tanggungjawab berkaitan perlindungan keselamatan sosial kepada rakyat di negeri Pahang melalui penguatkuasaan Akta 4 iaitu (Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969) dan Akta 800 antara ataupun (Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017) dengan pembayaran keseluruhan faedah sebanyak RM18 juta setakat Julai 2021 meliputi perlindungan kepada lebih 17,729 majikan dan 229,819 pekerja.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Selain itu bagi memastikan industri terus dapat bertahan selain menjamin pengekalan pekerjaan sedia ada oleh majikan yang terkesan dalam tempoh pandemik COVID-19, PERKESO juga akan meneruskan usaha penyaluran insentif Program Subsidi Upah kepada majikan-majikan yang terus mengekalkan keseluruhan pekerja mereka. Daripada bermulanya pandemik sehingga takat Julai 2021, PERKESO telah menyalurkan lebih kurang RM473.43 juta kepada lebih 11,682 majikan yang melibatkan 81,297 pekerja. Hampir setengah bilion, Yang Berhomat Dato’ Yang di-Pertua. PERKESO turut menyalurkan bayaran faedah sebanyak RM0.82 juta kepada lebih 1041 kes tuntutan melibatkan COVID-19 setakat Julai 2021. Maknanya orang yang kena kuarantin di rumah pun, sekiranya disabit dengan jangkitan tersebut dengan pekerja, juga boleh mohon tuntutan dan peruntukan daripada PERKESO ini.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Bagi memastikan golongan lepasan sekolah, graduan, penganggur dan orang kehilangan pekerjaan, golongan mudah terjejas seperti OKU, peserta Program Return To Work, bekas banduan, miskin tegar, gelandangan dapat memperoleh peluang pekerjaan. PERKESO pada tahun 2021 setakat Julai, telah mengadakan lebih 92 aktiviti berkaitan temuduga dengan kewujudan Portal Pekerjaan MYFutureJobs telah menjana lebih 59,691 peluang pekerjaan serta melibatkan 42,918 pencari kerja berdaftar serta berjaya mengembalikan bekerja lebih 5,005 pencari kerja di seluruh negeri Pahang ini. Alhamdulillah, kini PERKESO juga giat melaksanakan penyaluran lain-lain insentif kerajaan melalui Belanjawan 2021 dan PEMULIH yang masih berterusan sehingga 31 Disember 2021.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Seterusnya bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketari. Bagi daerah Bentong, Kementerian Belia dan Sukan telah memiliki sebuah Kompleks Sukan Komuniti Pelangai yang sedang dalam proses naik taraf dengan peruntukan RM3 juta dan akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Bentong pada tahun ini. Tahniah dan syabas kepada daerah Bentong.
Selain itu, pihak kementerian juga telah membaiki 3 buah gelanggang sukan sedia pada akhir tahun 2020 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM80,000.00. Gelanggang tersebut adalah Gelanggang Futsal Kampung Batu 1, Gelanggang Futsal Taman Saga dan Gelanggang Sukan Kampung Ulu Pareh.
Memandangkan di Bahagian Pahang Barat masih tidak memiliki kompleks dan kemudahan sukan yang lengkap, pihak kementerian telah menyenaraikan pembinaan sebuah kompleks sukan mini di daerah Bentong dalam RMK-12 dan menjadi keutamaan kementerian. Selain itu, Bentong juga merupakan pusat latihan utama atlet SUKMA.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Sikit lagi Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Dalam masa yang sama juga anak muda di kalangan belia dan beliawanis, kita tidak tinggalkan. Kita terus mempedulikan mereka, cakna dan terus memberi keprihatinan.
Justeru, Pejabat Dewan Undangan Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan serta Majlis Belia Negeri Pahang pernah menganjurkan Dewan Belia Pahang pada tahun 2019. Tahniah dan syabas atas pengendalian dewan tersebut.
Majlis Belia Negeri Pahang berhasrat untuk menganjurkan sekali lagi Dewan Belia Pahang ini sebagai medium untuk mengangkat suara anak muda Pahang. Dewan Belia Pahang juga penting sebagai salah satu program kepimpinan yang juga sebagai salah satu kelangsungan Sekolah Kepimpinan Tun Abdul Razak.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Program Kemahiran Insaniah Negeri Pahang, dalam usaha untuk menangkapi masalah pengangguran dan pekerjaan di negeri Pahang, Majlis Belia Negeri Pahang akan berusaha membantu belia dengan mewujudkan program latihan kemahiran insaniah soft skills yang amat diperlukan, khusus untuk membantu belia di dalam upskilling dan reskilling, iaitu kemahiran yang amat diperlukan buat masa sekarang.
Begitu juga penglibatan Majlis Belia Negeri Pahang dan badan-badan gabungan serta NGO-NGO di dalam Pahang International Youth Forum atau ringkasannya PIYF, iaitu adalah salah satu program antarabangsa yang disusun dalam salah satu sambutan Jubli Emas, Majlis Belia Negeri Pahang. Pahang International Youth Forum akan menghimpunkan belia-belia dari negara-negara rakan kongsi Majlis Belia Negeri Pahang dan yang bergabung dengan World Assembly of Youth, dengan izin, Committee for ASEAN Youth Cooperation and Asia Youth Council.
Pahang International Youth Forum memfokuskan perbincangan berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), dan Alam Sekitar, Sosial dan Urus Tadbir seperti yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Environmental, Social and Good Governance (ESG) sepertimana yang dititahkan sebelum ini. Dengan pelaksanaan Pahang International Youth Forum ini, dihasratkan akan meletakkan Pahang dalam peta pembangunan belia, bukan sahaja di Malaysia, bahkan di peta belia dunia.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Saya ingin memetik satu perkara berhubung dengan Internet of Things. The Internet of Things dengan izin, describes the network of physical objects, so known as, "things" that are embedded with sensors, software, and other technologies that is used for the purpose of connecting and exchanging data with other devices and systems over the Internet - Wikipedia. Sumber ini sedikit sebanyak ya apa… makna, apa benda yang dimaklumkan ataupun dicadangkan oleh Pahang International Youth Forum oleh Majlis Belia Negeri Pahang, mudah-mudahan apa jua aktiviti, apa jua program akan dikaitkan dengan pencapaian dan penggunaan internet dari masa ke semasa.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Seterusnya, dalam Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga ada menyebut tentang penggemblengan tenaga dan peluang serta ruang untuk anak muda dalam Agro Pertanian. Jadi penglibatan anak muda dalam usaha pertanian sebagaimana saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku harus digemblengkan bersama antara Kerajaan Negeri Pahang, Jabatan Belia dan Sukan serta Jabatan Pertanian dengan memberikan sokongan dan dorongan dalam bentuk latihan oleh agensi-agensi berkaitan.
Usahawan muda pertanian atau agropreneur dalam bidang pertanian dan penternakan. Galakan dorongan dan sokongan kepada usaha ini, boleh diperluaskan ke seluruh negeri Pahang, dengan menggerakkan Majlis Belia Negeri Pahang melalui Jabatan Belia dan Sukan bagi pemilihan anak muda yang terlibat dalam usaha ini. Alhamdulillah sejak 2 bulan yang lalu kita telah membuat engagement dengan Majlis Belia Negeri Pahang dengan satu projek yang dibangunkan oleh MARDI di daerah Rompin berkaitan dengan tanaman Roselle. Tanaman Roselle ini akan dibuat secara berkelompok di Kampung Perpat, daerah Rompin yang mana pengeluaran Roselle di Rompin adalah antara pengeluaran terbesar Roselle dalam negara kita, Malaysia. Jadi dengan ada satu pilot projek ini, diharap akan dibuka di daerah-daerah lain secara bersasar. Insya-Allah.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Sedikit makluman untuk Sidang Dewan, untuk saya kongsikan bersama di sini iaitu dengan maklumat Olimpik baru-baru ini. Sikit sahaja Yang di-Pertua, iaitu baru-baru ini penglibatan atlet-atlet kita. Kita ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dato’ Azizul. Walaupun atlet Terengganu tapi membawa nama Malaysia, dan er… saudari Cik Shazrin merupakan atlet negeri Pahang hanya mencapai er… nombor 26 peringkat Olimpik tetapi memperbaiki prestasi semasa di Rio De Janeiro Brazil satu ketika yang lalu.
Jadi Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Dengan maklumat serba sedikit itu, saya mengambil kesempatan sekali lagi untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana sangat cakna pada rakyat. Khususnya di kalangan anak-anak muda yang saya sebutkan baru-baru ini dalam menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Teruntum. Hampir RM1 juta yang telah dibelanjakan dalam bentuk kit makanan dan kewangan cash untuk anak-anak muda di seluruh negeri Pahang melibatkan 11 daerah.
Jadi saya mendoakan dan rakan-rakan di luar sana semoga negeri Pahang terus aman makmur, maju dan terus mendapatkan hasil negeri, pertambahan dari masa ke semasa agar terus negeri Pahang di bawah er… Kerajaan Negeri Pahang ini oleh Yang Amat Berhomat Menteri Besar Pahang dapat menghulurkan lagi pembangunan-pembangunan dan apa jua yang boleh dikongsikan bersama rakyat jelata dibawah sana, dan terima kasih kepada semua rakan-rakan Exco dan rakan-rakan ADUN er…Yang Berhormat Dato’ Sri Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengarah-pengarah, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan juga negeri serta semua NGO-NGO di luar sana, anak-anak muda di seluruh negeri Pahang. Dengan kata-kata itu, saya menyokong Titah Diraja. Sekian, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kesihatan Negeri Pahang, silakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang untuk bersama-sama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Dewan yang lain mengambil bahagian dalam er… Perbahasan Usul Menjunjung Kasih di atas keberangkatan dan Titah Pembukaan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang baru-baru ini. Dan dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan junjungan kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas perkenan baginda berangkat, dan menyempurnakan Titah Ucapan pada sidang pembukaan baru-baru ini.
Terima kasih juga kepada seluruh Ahli Dewan khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan tidak kurang pentingnya seluruh Ahli Dewan yang mengambil bahagian dan memberi perhatian serta pandangan dalam hal-hal dan isu-isu berkaitan dengan portfolio Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan, alhamdulillah.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan tahniah bersama-sama Ahli Dewan yang lain di atas pelantikan Ahli Parlimen Bera, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9. Semoga pelantikan ini dapat memberikan impak yang besar dalam pemulihan negara khususnya pembangunan negeri Pahang dan Bera khususnya.
Di kesempatan ini juga Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin mendahulukan tahniah dan penghargaan kepada seluruh jentera kerajaan, yang mana dalam era pandemik yang sangat mencabar daripada awal er… pandemik COVID-19 ini melanda negara kita sehingga ke hari ini, alhamdulillah kita walaupun dalam keadaan keletihan, kepenatan er… stress dan sebagainya masih lagi kita tidak lari daripada memikul tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Di dalam ucapan Titah Pembukaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tuanku telah menggariskan beberap… beberapa perkara yang perlu diberikan penekanan oleh semua pihak di kalangan bukan sahaja ahli politik, pentadbir awam, penjawat awam, pihak swasta dan juga seluruh rakyat. Antara yang ditekankan adalah soal pematuhan prosedur operasi standard dalam mengekangkan… mengekang COVID-19 dan juga Environmental, Social, Governance atau pun ESG.
Sidang Dewan yang Dimuliakan, negeri Pahang telah mencapai Fasa 2 dalam Pelan Pemulihan Negara berdasarkan indikator yang telah ditetapkan. Negeri Pahang juga telah memenuhi sebenarnya indikator untuk beralih ke Fasa 3. Data menunjukkan 40% iaitu kira-kira 480,000 penduduk dewasa sudah lengkap 2 dos vaksin yang merupakan salah satu indikator bagi Fasa 3.
Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Agensi yang berkaitan telah melaksanakan pemantauan yang ketat dan memberikan kempen kesedaran pada masyarakat untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Jawatankuasa Pengurusan Bencana yang berfungsi di setiap daerah dari semasa ke semasa melakukan pemantauan pada
aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijalankan di seluruh negeri Pahang untuk pastikan peniaga-peniaga mematuhi SOP yang ditetapkan.
Selain itu, Pejabat Setiausaha Negeri melalui Unit Antarabangsa juga telah melaksanakan pemantauan yang berterusan di kawasan-kawasan perindustrian bagi memastikan pekilang-pekilang mematuhi SOP bagi mengelakkan penularan wabak ini. Pemeriksaan-pemeriksaan di kilang-kilang di daerah Bentong, daerah kecil Gebeng dan beberapa di daerah lain dilakukan secara rawak dan beberapa kilang telah dikenakan kompaun kerana kegagalan pematuhan SOP.
Pembinaan infrastruktur seperti ECRL dan CSR yang dapat meningkatkan akses kepada rakyat yang sedang giat dilakukan sekarang ini, juga er…terjejas pelaksanaannya. Sebenarnya pembangunan infra ini amat penting dalam memacu pembangunan ekonomi di negeri Pahang dan juga di semenanjung.
Namun begitu, aspek penjagaan alam sekitar seperti mana yang ditekankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja sentiasa… projek ini sentiasa memberikan aspek penjagaan alam sekitar dan pelaksanaan projek pembangunan sentiasa diberikan perhatian yang serius oleh pihak-pihak berkuasa Kerajaan Negeri.
Melalui Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan dan Saliran, kita sentiasa melakukan pemantauan berkala bagi memastikan setiap pemaju projek mematuhi EIA atau pun Environment Impact Assessment yang sedia ada. Ini adalah untuk memastikan e…matlamat ESG yang disebut itu dapat kita patuhi.
Selain itu, aspek integriti dalam jabatan agensi kerajaan sentiasa ditingkatkan, ditekankan oleh kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang untuk mengelakkan sebarang ruang untuk berlakunya penyalahgunaan kuasa yang boleh memberikan kesan terhadap er… penyampaian sistem pentadbiran kerajaan juga kesan terhadap alam sekitar.
Kerajaan Negeri melalui kerjasama JAS, JPS dan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan sentiasa memantau pelaksanaan projek ECR… ECRL sebagai contoh untuk mengelakkan pencemaran air yang menjejaskan pelbagai aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain seperti penternakan ikan sangkar yang dibangkitkan oleh Semantan dan lain-lain lagi.
Kerajaan Negeri sentiasa memberikan komitmen dalam memastikan projek-projek ini dapat dilaksanakan secara lestari dan juga dapat er… tidak terjejas dengan pandemik yang berlaku sekarang ini. Antara jawatankuasa yang berfungsi untuk memantau projek ECRL di negeri Pahang adalah Mesyuarat Jawatankuasa Induk ECRL Negeri, Mesyuarat Koordinasi Bulanan Projek yang diadakan setiap bulan. Selain daripada itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan ECRL Negeri Pahang juga melibatkan Jawatankuasa di peringkat Kerajaan Persekutuan dan di antara negeri.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga sentiasa prihatin terhadap isu-isu pencemaran bunyi yang disebabkan kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan berhampiran dengan perumahan penduduk. Kerajaan melalui PBT, Jabatan Alam Sekitar serta jabatan teknikal yang berkaitan sentiasa memantau kerja-kerja pembinaan bagi memastikan pencemaran bunyi yang menjejaskan penduduk dapat dielakkan.
Untuk kepentingan pada masa akan datang, dalam mengamalkan prinsip ESG dalam pelaksanaan pembangunan negeri Pahang, Kerajaan Negeri melalui jabatan agensi yang berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Alam Sekitar akan sentiasa mencari kaedah yang lebih moden untuk memastikan kelestarian alam sekitar, alam flora dan fauna. Semua jabatan agensi yang berkaitan akan memberikan penekanan yang serius dalam melaksanakan sesuatu projek pembangunan untuk mengirangkan… mengurangkan impak kerosakan alam sekitar.
Merujuk kepada portfolio kesihatan yang di bawah tanggungjawab saya, perkara ini mendapat… alhamdulillah mendapat perhatian hampir se… seluruh Ahli Dewan yang pastinya perhatian ini datang daripada kesedaran bahawa kita sama-sama memikul tanggungjawab dan kita sama-sama berusaha untuk mengekang wa… wabak yang sedang melanda dan untuk mengembalikan negara kita, kehidupan kita kepada keadaan sebelum ini. Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memahami er… soal COVID ini dan cuba mematuhi SOP-SOP yang ditetapkan.
Satu perkara mungkin yang perlu kita beri perhatian kita memperkatakan frontliner, saya fikir kita juga harus melihat se… setiap ketua keluarga merupakan frontliner yang harus kita upayakan kerana merekalah yang akan er… menjadi barisan hadapan yang paling utama untuk memastikan majoriti er… keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negeri Pahang ini dapat dijaga.
Jumlah keseluruhan kes di negeri Pahang sehingga 23 Ogos adalah sebanyak 38,786 kes dengan kadar insiden sebanyak 2159/100,000 kes aktif dengan keboleh jangkitan dalam tempoh 14 hari adalah sebanyak 9,272 kes. Terdapat 414 kematian yang dilaporkan di Pahang setakat ini. Untuk makluman lanjut berkaitan dengan pecahan kes bagi setiap daerah er… Ahli-ahli Yang Berhormat boleh la er… kita akan edarkan ya, walaupun senarai yang kita edar nanti er… sudah luput waktu tapi kita percaya melalui trend data-data itu Ahli-ahli Yang Berhormat dapat er… memahami keadaan lebih mendalam dan kita boleh study trend yang berlaku er… dengan izin, Yang Berhormat.
Seterusnya sebahagian besar daripada rakyat negeri Pahang dan juga diwakili dalam Dewan ni oleh Wakil Rakyat kita memandang serius soal vaksinasi negeri Pahang yang kelihatannya agak perlahan. Trend ini bukan sahaja berlaku di negeri Pahang kalau dibandingkan trend vaksinasi di seluruh negeri, di negeri-negeri seluruh negara, negeri Pahang bukanlah yang tercorot walaupun bukan teratas kerana dasar Jawatankuasa Vaksinasi Negara yang mendahulukan negeri-negeri yang berkepadatan penduduk tinggi khususnya di Lembah Klang untuk diberikan vaksin terlebih dahulu.
Dan sepertimana yang saya sebutkan semalam insya-Allah menjelang Oktober ya, sekiranya vaksin yang dijanjikan itu sampai kita tidak ada masalah untuk menjalankan vaksinasi melalui 171 Pusat Vaksinasi yang ada dan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini yang menyatakan pembelian 6 juta dos er… pada dua minggu yang lalu, itu satu khabar yang gembira untuk kita untuk menyakinkan bahawa kita akan mampu mewujudkan imuniti ini dalam masa yang terdekat.
Berapa minit lagi saya ada Dato’ Sri Yang di-Pertua?
Habis dah masa minta gulunglah minta ringkaskan.
Habis dah? Jadi sebenarnya banyak sekali maklumat yang dibekalkan oleh urusetia. Jadi saya tidak berhajat untuk melampaui masa saya percaya sememangnya apa segala yang kita rancang ya peringkat kerajaan sedang berjalan walaupun terjejas banyak tapi alhamdulilah kita restrategise pendekatan-pendekatan kita ya.
Dato Sri Yang di-Pertua.
Cuma untuk pengakhirnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin berkongsi pandangan untuk respond kepada apa yang dibangkitkan oleh Beserah semalam berkaitan dengan isu reset our mind ya, berkaitan dengan apa… bagaimana pandemik yang berlaku ini sudah mengubah gaya hidup kita. Kita dalam soal apa dengan pengurusan COVID ini kelihatan seolah-olah sentiasa terhimpit untuk memilih antara satu. Seolah-olah terpaksa memilih diantara telur dan ayam, dan dalam hal pandemik kita sentiasa seolah-olah terpaksa memilih antara ekonomi atau nyawa.
Tapi kalau kita melihat kepada taksiran ekonomi yang saya rasa mudah untuk kita faham teori-teori ekonomi moden, antara yang popular adalah apa yang dikenalkan oleh Lionel Robbins yang mengatakan bahawa ekonomi adalah satu sains. Sains lawannya fiksyen, Yang Berhormat ya.
Sains maksudnya logik kita boleh tengok. Ekonomi adalah sains yang mengkaji gelagat manusia, human behavior dalam memenuhi dua perkara iaitu keperluan dan kehendak manusia. Keperluan dan kehendak ini sebenarnya tidak terbatas. Jadi macam mana manusia ini bergelagat memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terbatas menggunakan sumber-sumber yang terbatas.
Jadi ini yang berlaku sekarang ini secara apa umumnya sebagaimana kata Beserah tadi, dalam keadaan sekarang ni pandemik ini sebenarnya dah boleh mendisiplinkan kita semula. Kalau sebelum ini keperluan-keperluan kita yang sebenarnya sikit, kita rasa banyak, kehendak-kehendak yang banyak itu kita banyakkan, tetapi disebabkan kekangan ini akhirnya kita dapat mendisiplinkan kehidupan kita dengan lebih baik.
Jadi dalam erti kata lain banyak sebenarnya yang memberikan kerosakan dalam sistem ekonomi ini adalah soal kehendak-kehendak ataupun nafsu kita yang melampau.
Jadi saya percaya kerajaan walau bagaimanapun Yang Berhormat, tidaklah boleh kita bukanlah kerajaan yang apa komunis yang nak menentukan segalanya. Kita mengamalkan dasar ekonomi terbuka tapi melalui kesedaran pendidikan yang saya percaya akhirnya ekonomi kita akan bergerak ke arah yang lebih baik. Maksudnya
aktiviti-aktiviti yang tidak sihat yang kita sebutkan semalam itu, akhirnya melalui pendidikan, kesedaran, kita serahkan kepada rakyat untuk mendahulukan yang mana ya.
Jadi itu sahaja kesimpulannya. Saya rasa ini memerlukan apa perhatian, kefahaman mendalam untuk kita sama-sama usahakan. Silakan Semambu.
Sikit je Dato’ Yang di-Pertua. Balik kepada progress vaksinasi kita. Saya mencadangkan bahawa, adakah PPV kita boleh operasi pada hujung minggu? Disebabkan sehari pun sudah panjanglah dalam proses kita melawan COVID.
Saya jangka kalau kita dapat gandakan lagi dalam beberapa minggu ini, kita boleh meredakan keresahan rakyat yang mana ramai telah mendaftar sejak bulan Mac, Beserah pun dah sebut ya tapi sehingga hari ini belum dapat lagi temu janji khususnya di Pahang. Saya rasa ramai yang masih tunggu-tunggu. Ini bab pertama.
Kedua saya jangka dalam dua bulan akan datang, perkara yang sebaliknya mungkin berlaku yang mana tahap ataupun kadar pendaftaran ya, adakah ianya telah mencapai satu tahap yang memuaskan? Saya tidak pasti. Tetapi kalau belum, apakah langkah yang boleh diambil, termasuk merangkumi usaha kita semua memastikan semaksimunnya rakyat boleh mendaftar untuk dapatkan vaksinasi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya soal vaksinasi daripada pemerhatian saya di seluruh negeri Pahang kita tidak berkira soal hari, asalkan vaksin itu sampai ke negeri Pahang kita apa cara sekalipun kita akan… kita akan apa berikan kepada rakyat secepat mungkin. Dan sepertimana saya katakan kita harapkan tidak ada apa ini ganguan dalam penyampaian vaksinasi ke negeri.
Seperkara lagi yang disebut oleh Wakil Semambu tadi soal pendaftaran. Sebenarnya kita terima hakikat ya, sistem pendaftaran MySejahtera yang diwujudkan sebelum… yang diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan itu er… adalah satu sistem yang ad hoc yang kita buat secara mengejut dan ada kekurangan-kekurangan yang tidak dapat dielakkan sebenarnya.
Pada asalnya sistem MySe… pendaftaran vaksin MySejahtera itu diwujudkan bukan tujuannya untuk vaksinasi. Sistem itu pada asalnya diwujudkan untuk pemantauan pesakit-pesakit ataupun kes-kes COVID ini. Itu pada asalnya.
Jadi apabila kerajaan membuat keputusan, ini pada fahaman saya, bila kerajaan membuat keputusan untuk memberikan vaksin yang memerlukan satu sistem data lengkap, maka sistem itu yang digunakan. Dan sebenarnya dari segi teknikal ada kekurangan pada sistem MySejahtera… pengkalan data MySejahtera itu kerana pendaftaran itu tidak disertakan dengan alamat er… apa ni pendaftar secara jelas.
Jadi apabila kita nak mengerakkan kelompok-kelompok masyarakat itu bagi tujuan vaksinasi secara berkelompok di lokasi-lokasi yang ditetapkan, kita tak boleh. Itu ada sikit limitasinya
Dan ada juga yang bertanyakan tentang SICP, sebenarnya seperti mana kita katakan tadi peringkat awal perancangan awal vaksinasi itu sebenarnya Kerajaan Negeri Pahang bukanlah mendahului tetapi tidak ketinggalan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar terus maklum dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri kita ingin bersama-sama kita nak beli vaksin kita nak membantu kerajaan memberikan vaksinasi jadi pada ketika itu MySejahtera belum lagi diputuskan sebagai saluran untuk vaksinasi ya.
Jadi kita er… kita mendahului sedikit dan sebenarnya dari segi data kita lebih lengkap. Tetapi apabila kita er…berusha untuk merge untuk menggabungkan data daripada SICP dan MySejahtera itu, secara teknikalnya ada pelbagai masalah yang timbul.
Jadi saya harap Ahli-ahli Dewan dan rakyat secara umumnya kena memahami bahawa pandemik ini kita tak jangka ya, semua pihak telah memberikan apa ni komitmen, kepakaran yang terbaik, tetapi masih ada masalah yang berlaku. Jadi saya berfikir kita sebagai Wakil Rakyat, sebagai rakyat jelata cara yang paling baik untuk kita membantu yang paling mudah, janganlah kita menyusahkan. Jadi, alhamdulilah sebahagian besar daripada rakyat kita Dato’ Sri Yang di-Pertua sangat obedient dengan izin ya er… patuh alhamdullilah…
Yang Berhormat, boleh ringkaskan sikit ya…
…itu sahaja Yang Berhormat, itu sahaja, jadi semoga kita teruskan kepatuhan kita dan kerjasama ini. Saya dengan ini er… menyokong Usul Menjunjung Kasih er… di atas perkenan Tuanku bertitah dan membuka Sidang Dewan yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri Besar. Dengan ini saya menyokong Usul Yang Amat Berhormat. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang. Silakan.
Bismillahirrahmanirahim, assalamualaikum WBT [Bacaan dalam Bahasa Arab]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana sebagaimana rakan-rakan yang lain diberi peluang untuk mengambil kesempatan menggulung atas apa yang telah kita perbincangkan di dalam Dewan Yang Mulia selama ini. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri
Besar bersama dengan Dato’ Speaker dan Urus Setia yang telah berjaya untuk mengadakan Persidangan ini seterusnya menyila Kebawah Duli Yang Maha Mulia er… Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi merasmikan Persidangan Dewan ini.
Dengan keberangkatan Kebawah Duli Tuanku adalah bukti bahawasanya, kesungguhan dan keprihatinan Tuanku kepada Negeri Pahang Darul Makmur dan Persidangan ini demi kebajikan dan kemakmuran Negeri Pahang Darul Makmur jua. Dan sesungguhnya dengan perasmian itu juga, sebenarnya Kebawah Duli Tuanku boleh sahaja berangkat di istana dan diadakan secara maya, tetapi Tuanku sendiri berangkat dan memberi sokongan kepada kita semua bagi memberi semangat untuk memastikan negeri Pahang terus maju dan makmur. Menjunjung Kasih ke sisi Kebawah Duli Tuanku.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Dengan ringkasnya, saya bersyukur ke hadrat Ilahi di atas kesungguhan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di dalam meneraju Kerajaan Negeri, maka saya juga bahagian daripada rakan-rakan yang lain bertanggungjawab di dalam portfolio agama dan pendidikan telah diberi peluang dan ruang untuk membawa pendidikan dan agama di negeri Pahang ini dengan sebaik-baiknya.
Banyak di dalam soal pendidikan dan agama, peruntukkan telah diberikan bagi memastikan warga-warga didik di sekolah-sekolah agama, KAFA, Takmir, Masjid dan sebagainya dilaksanakan programnya dengan sebaik mungkin. Tetapi apakan daya di suasana er… pandemik COVID-19 sebagaimana di dalam agensi-agensi yang lain menghadapi kekangan-kekangan tertentu, maka jabatan agama juga, sekolah-sekolah di negeri Pahang juga turut terlibat secara serius untuk mengendalikan pentadbiran agama dan pendidikan sebagaimana norma biasa yang pernah kita alami satu ketika dulu.
Namun itu tidak menjadikan jentera kita kecewa dan berputus asa, mereka terus berdiri tegak untuk melaksanakan agenda kerajaan kita bagi memastikan pendidikan agama dan juga bagi memastikan pendidikan di sekolah-sekolah kebangsaan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Sebab itulah, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah meminta er… supaya semua mereka ini… kebajikan mereka ini dapat dikenalpastikan sehingga jutaan ringgit telah dibelanjakan. Insya-Allah saya akan pastikan jumlah-jumlah itu akan diagihkan kepada rakan-rakan ADUN untuk dimaklumkan belanja-belanja yang telah diluluskan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ataupun di dalam Dewan Yang Mulia ini di dalam pembentangan bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bagi meringkaskan ucapan saya.
Namun demikian ada beberapa persoalan yang dikemukakan oleh rakan ADUN di dalam Dewan ini er… bagi menanyakan seumpamanya dari Bilut, yang menanyakan tentang er… tidakkah Kerajaan Negeri bercadang untuk membantu mangsa-mangsa COVID-19 yang telah meninggal dunia akibat daripada er… berlakunya penularan kuman itu kepada pesakit.
Alhamdullilah dengan kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang belum lagi soalan ini dikemukakan maka Yang Amat Berhormat telah mengenalkan tabung itu dengan sokongan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, mangsa-mangsa yang apa er… mati akibat penularan COVID-19 ini bolehlah menuntut er… bayarannya dengan… daripada Kerajaan Negeri Pahang, insya-Allah dengan jumlah-jumlah yang ditetapkan, tidaklah dapat nak er… menyediakan apa namanya keranda berlorek emas Dato’ Sri, tapi sedikit kemudahan itu insya-Allah boleh diberikan kepada mereka yang terlibat.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Begitu juga sahabat saya daripada Padang Tengku, menanyakan tentang pengembangan dakwah Orang Asli. Alhamdullilah, Agensi-agensi Kerajaan kita JAKOA, Majlis Agama Islam Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang, Pejabat Daerah, BPEN telah berganding bahu turun padang bagi memastikan supaya perkara ini dapat diatasi dengan sebaik-baiknya.
Namun demikian, saya insya-Allah sendiri bagi pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan ke sana, bagi memastikan apa yang disarankan oleh rakan saya daripada Padang Tengku supaya diadakan tempat operasi yang lebih agresif. Ini adalah satu pandangan yang baik dan saya akan membuat penelitian bersama dengan Jabatan Agama Islam Pahang untuk dibentangkan di dalam majlis… Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang seandainya sesuai dengan keupayaan kita dan juga sesuai dengan kemampuan kita. Saya yakin Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang tidak pernah menolak perkara yang baik untuk kebaikan rakyat di Negeri Pahang Darul Makmur.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Juga rakan daripada Semambu, menanyakan tentang soal menunaikan solat Jumaat di masjid untuk dibenarkan kepada er… jemaah-jemaah. Saya terkenang kepada Firman Allah SWT [Bacaan Ayat Al-Quran]. Surah Fussilat ayat 33.
Tahniah saya ucapkan rakan saya daripada Semambu, alangkah baiknya “sebaik-baik seruan itu yang dipanggil oleh seseorang itu mengajak orang membuat baik dan beramal soleh dan sedang dia mengatakan saya nak masuk Islam”, ini orang yang terbaik, orang yang terpuji, alhamdullilah.
Sebelum persoalan ini dikemukakan, Kerajaan Negeri telah membuka masjid-masjid mendahului negeri-negeri lain untuk membenarkan mereka beribadat menunaikan Jumaat dan menunaikan fardhu, tetapi oleh kerana penularan COVID-19 masih lagi melanda negara kita, bahkan dunia termasuklah negeri kita Pahang Darul Makmur terpaksalah task force, pihak yang berwajib yang memerhati tentang perkembangan COVID ini menentukan SOP-SOP supaya janganlah masjid juga jadi tempat penularan.
Dalam pada itu ada juga beberapa buah masjid yang terlibat, maka terpaksalah penguatkuasaan dilaksanakan di masjid-masjid berkenaan. Alhamdullilah, kita dapat laksanakan solat dan ibadat dengan sebaik-baiknya. Terima kasih di atas kecaknaan rakan saya daripada Semambu tentang soal menunaikan ibadat solat Jumaat ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Juga soalan daripada er… Ketari, mengenai keupayaan anak-anak kita di peringkat er… TADIKA untuk menguasai penulisan, pembacaan yang lemah. Adakah ini tidak ada data-data yang dibuat oleh pihak JPN, Jabatan Pendidikan dan pihak-pihak yang berwajib dan berkenaan tentang penguasaan mereka di dalam apa namanya membaca dan menulis.
Sebenarnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, tidaklah kita nafikan mungkin kerana kegagalan mereka mendapatkan apa bekalan internet yang lemah tetapi tidak itu sebenarnya 100% kerana ramai di kalangan anak-anak kita yang berjaya menulis, berjaya membaca setelah mereka mengambil pendidikan melalui internet. Ada video-videonya daripada anak-anak kita yang belajar, saya nak tayang pun waktu ini maknanya jadi panjang pula nanti.
Kalau ada minat nak ke video itu nanti, kita boleh beri juga. Tetapi sebenarnya selain daripada penguasaan dan pembekalan internet yang lemah, sebenarnya ada di kalangan ibu bapa kita juga dan anak-anak kita itu sendiri lemah menggunakan peralatan moden dan akhirnya mereka gagal dan mereka sendiri tidak mendaftar, tidak mengikuti kelas-kelas itu secara konsisten dan istiqamah, akhirnya mereka juga gagal. Itulah beberapa persoalan yang dikemukakan kepada saya dan insya-Allah jika ada lagi kelonggaran, kekurangan daripada apa yang dikemukakan, saya berusaha untuk menjawab secara bertulis.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon menyokong Usul yang telah diterima… yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan disokong oleh sahabat saya Yang Berhormat Dato’ Sri Sharkar terhadap Titah Kebawah Duli Tuanku di dalam Perasmian Dewan pada kali ini. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Silakan.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar Pahang, Ahli-ahli Yang Berhormat dan mereka yang berada di dalam Dewan Yang Mulia ini. Pertamanya, insya-Allah saya baru sahaja mendapat nota mengatakan bahawa kita semua perlu meringkaskan hujah pada hari ini kerana kita nak selesaikan juga urusan-urusan kita yang lain pada hari ini juga.
Jadi, sebelum saya meneruskan ucapan saya er… saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Perbahasan yang menyentuh tentang portfolio saya,
Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Khususnya kepada rakan-rakan saya, saya tak dapat nak baca teks ini disediakan panjang.
Jadi, saya nak ringkaskan ya, dan saya nak ucap terima kasih juga kepada Urus Setia yang menyediakan teks ucapan yang panjang lebar ini Dato’ Sri Yang di-Pertua dan insya-Allah saya akan jawab secara bertulis kepada rakan-rakan Ahli Dewan yang ada mengemukakan soalan-soalan dan menyentuh perkara yang berkaitan dengan portfolio saya sewaktu di dalam hujah perbahasan mereka.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Sebelum itu saya ingin menyembahkan setinggi-tinggi junjung titah ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Saya juga ingin merakamkan ucapan sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di atas lantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-9.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Secara ringkasnya keseluruhan Titah Diraja baru-baru ini yang paling menyentuh hati dan perasaan saya ialah pandangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan juga ingatan Baginda kepada kita semua untuk mengamalkan politik matang.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Bagi saya politik matang ini jugalah yang menjadi teras kepada perpaduan bukan sahaja di dalam negara kita tetapi juga kepada negeri kita ini dan saya yakin melihat kepada apa yang telah dibahaskan sepanjang 3 hari kita di Dewan ini. Ahli-ahli Dewan telah pun memahami dan menjiwai apa itu politik matang dan kebetulan pula kita sekarang berada dalam bulan kemerdekaan Dato’ Sri Yang di-Pertua, dan kita semua perlu menghayati dan menjiwai prinsip Rukun Negara yang ada 5, yang kadang-kadang ramai yang lupa, bukan sahaja generasi muda tetapi kita juga hanya menghafal Rukun Negara apabila kita berada dalam bulan kemerdekaan.
Saya suka nak mengingatkan kembali 5 prinsip Rukun Negara kita, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan Kesusilaan. Ia juga sekiranya diamalkan oleh kita semua, insya-Allah politik matang seperti dititahkan itu akan menjadi amalan kepada kita semua.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya ingin mengingatkan kepada semua pemimpin dan juga kita semua Ahli-ahli Dewan untuk kita memainkan peranan masing-masing untuk kita membimbing rakyat di kawasan masing-masing tentang erti perpaduan dan menghayati serta menjiwai prinsip Rukun Negara ini dan akhir-akhir ini kita tengok bagaimana anak-anak muda generasi muda begitu berani, begitu biadap sekali Dato’ Sri Yang di-Pertua, mengkritik Institusi Diraja dan saya kira ini semua tidak boleh kita biarkan dan ini semua menjadi tanggungjawab kita Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini untuk mempertahankan Institusi
Diraja dan untuk kita membimbing, mengeducate dengan izin, Dato’ Sri Yang di-Pertua, anak-anak muda kita, generasi kita hari ini, untuk memahami apakah pentingnya Institusi Diraja dalam negara yang kita semua cintai ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Kebiadapan anak-anak muda ini, saya kira tanggungjawabnya adalah di atas bahu kita dan saya mohon kepada Ahli Dewan ya, seperti saya katakan tadi untuk kita membimbing anak muda, kita juga untuk memastikan semua parti, tak kira parti UMNO, MCA, MIC, DAP, PKR, PAS, kita semua mesti memastikan ahli-ahli parti dan pengikut-pengikut kita menjunjung prinsip Rukun Negara ini. [Ahli Dewan menepuk meja]
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Dan saya juga merasa terharu apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja memberikan kredit dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkenaan dengan cara bagaimana kita cakna dan menjaga kebajikan rakyat di negeri kita khususnya dalam tempoh pandemik COVID-19 ini, dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun menyebut sejumlah wang yang besar, peruntukan yang besar telah pun dibelanjakan untuk kita er… menghargai ataupun menyantuni rakyat kita yang terkesan akibat daripada COVID-19 ini.
Saya tidak nak menyebut secara detail di sini dan insya-Allah sekiranya ada Ahli Dewan yang inginkan maklumat-maklumat yang berkaitan, semalam saya bersama dengan ADUN daripada Semambu er… daripada Teruntum ya, bagaimana dia kata banyak yang dia sendiri selaku Wakil Rakyat tak faham, tak tahu saluran-saluran ya, insya-Allah kita sentiasa diingatkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk cari dan bantu.
Kita tak perlu tunggu rakyat datang kepada kita, kita cari rakyat kita yang mempunyai masalah dan kita sama-sama bantu dan sekiranya ada Ahli-ahli Dewan tak kira daripada kalangan pembangkang sekalipun, ada maklumat-maklumat tentang mereka yang terkesan di negeri ini, salurkan kepada kita untuk kita sama-sama bantu mengatasi masalah mereka.
Ini juga termasuk Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita sedang mengesan anak-anak yang menjadi yang menjadi yatim piatu akibat dari ibu-bapanya meninggal kerana masalah… kerana penyakit COVID ini dan sekarang ini saya telah pun ada maklumat sebanyak 5 keluarga yang telah pun kita ziarah ya, termasuk satu keluarga Cina di Karak ya, yang mana ibu dan bapanya meninggal selang dalam tempoh 10 hari sahaja dan kita telah pun melawat mereka dan mengambil butir-butir maklumat anak-anak ini untuk kita berikan bantuan sama ada melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat mahupun melalui Yayasan Pahang untuk mereka meneruskan pendidikan mereka.
Jadi, saya harap ya, Ahli-ahli Dewan dapat membantu kita mencari mereka yang malang ini khususnya anak-anak yang ditinggalkan oleh kedua ibu-bapa akibat daripada penyakit COVID-19 ini dan er… point saya yang terakhir Dato’ Sri Yang di-Pertua, ialah hari ini mungkin ramai yang tak tahu, mungkin ada yang tahu, hari ini adalah 25 hari bulan Ogos 2021 adalah Hari Wanita Kebangsaan. [Ahli Dewan menepuk meja]
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Suka saya untuk menyingkap sikit sejarah bagaimana 25 Ogos dipilih sebagai Hari Wanita Peringkat Kebangsaan. Ia bertepatan dengan hari penubuhan Kaum Ibu UMNO iaitu pada 25 hari bulan Ogos tahun 1949 dan ianya kita raikan Hari Wanita Kebangsaan ini pada tahun 19… kalau tak silap saya 1975… kalau tak silap saya ya, dan kita sebenarnya merayakannya terlebih… 15 tahun terlebih awal daripada Bangsa-Bangsa Bersatu menyambut Hari Wanita Antarabangsa yang jatuh pada 8 hari bulan Mac setiap tahun ya.
Dan alhamdulillah dengan penubuhan Kaum Ibu UMNO pada 25 Ogos 1949 ya, martabat kaum wanita sejak daripada itu telah pun diangkat ya kita telah ada ramai menteri kabinet. Namun begitu, saya juga ingin menyahut seruan rakan-rakan saya di peringkat persekutuan juga yang sekarang ini memohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menambah jumlah menteri wanita dalam kabinet yang akan dilantik nanti, kerana apa Dato’ Sri Yang di-Pertua, kerana dalam 188 negara, kita ini antara yang corot, kita ni antara tangga yang ke-116, kalau tak silap saya ya, dan sebenarnya di seluruh dunia wanita yang menjadi ketua, negara sama ada sebagai perdana menteri ataupun sebagai presiden ada 24 semuanya. Dah ada 24 orang ya dan kebanyakannya di negara Eropah Timur ya di Lithuania, banyak lagi negara-negara termasuk di Finland kan… di New Zealand ya dan di Singapura presidennya adalah seorang wanita ya.
Jadi, kita juga pencapaian terbaik kita di Malaysia ini, apabila kita pernah ada Timbalan Perdana Menteri ya. Jadi, alhamdulillah di Pahang juga saya lihat Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga tidak mensia-siakan peranan yang telah dimainkan oleh kaum wanita dan banyak sekali peruntukan yang telah diberikan kepada kaum wanita di negeri ini melalui Majlis Pembangunan Wanita Pahang er… setakat ini sahaja lebih RM2.5 juta telah pun disalurkan melalui Majlis Pembangunan Wanita Negeri Pahang untuk kita memperkasakan wanta di negeri Pahang ini.
Dan yang kita… rakan saya minta sebut kita ada dua orang er… Pegawai Daerah Wanita iaitu di Kuantan, di Jerantut, kita ada Yang di Pertua… tadi tak nak sebut, dia tak nak menghargai, bila time kita dia sibuk je Dato’ Seri di-Pertua nak… nak… nak menyebut kan. Er… tapi tak apalah saya bagi peluang nanti mungkin rakan saya daripada Lanchang dia nak sebut nanti kan.
Jadi, ini juga adalah satu pengiktirafan kepada kita ya… dan saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kerajaan Negeri yang memberi kepercayaan kepada kaum wanita dan saya teringat sebenarnya kata-kata er… saya nak menyebut ha yang ni saya kena sebut kata-kata daripada COO Facebook, Sheryl Sandberg nama dia ha Shelly Sandberg nama dia ya. Dia menyebut bahawa….
Minta laluan.
Boleh… boleh. Sebab wanita minta laluan.
Ya. Thank you so much. [Ketawa].
Tuan Yang di-Pertua, Saya rasa amat gembira bila er… Kuala Sentul beritahu yang beliau telah datang ke Karak untuk menemui anak yatim piatu er… yang kehilangan ibu bapa mereka akibat Covid dan er… dari hari pertama kami sedang dengar tentang Titah er… Tuanku yang mengatakan kita mesti practise politik matang. Okay, lain kali bila datang ke kawasan saya, panggilah saya, saya pun akan ikut. We practise whatever we preach. Kita jangan preach sahaja tapi kita tak practise tak baiklah. Itu bukan politik matang. Saya kan ADUN kawasan Sabai. Lain kali panggil saya akan ikut. Terima kasih.
Okey YB. Okey.
Terima kasih Sabai. Sebenarnya saya sendiri belum pergi lagi. Saya baru hantar wakil pergi tengok dapat maklumat ya. Nanti bila saya pergi nanti saya akan jemput wakil daripada Sabai untuk bersama-sama.
Minta laluan sekali lagi. Er… hantar wakil lagi baik kalau panggil saya sebab saya lebih tahu kan kawasan saya. Mungkin senang kerja wakil. Terima kasih.
Ha dia bukan wakil politik. Ini pegawai kita jabatan. Saya rasa tak ada masalah ya, kalau kita nak ganggu wakil rakyat sentiasa pun susah juga. Jadi diorang ni pergi recce dulu YB ya. Nanti dah dapat, kita dah dapat maklumat sebagainya kita akan jemput YB daripada Sabai bersama-sama.
Itu kan tugas kita, bukan ganggu. Thank you.
Baik, baik.
Sabai saya ingat okay. Kita jemput nantilah.
Okey terima kasih Sabai. Saya dah… mana ni tadi saya punya…
Hari Wanita.
Hari Wanita. (ketawa).
Saya ingat masa pun dah sampai YB.
Ha masa… masa ringkas saya nak sebut juga.
Saya bagi satu minit lagi YB.
Seminit je lagi. Dato’ Sri di-Pertua, Er… saya nak menyebut ini adalah kata-kata daripada Shelly Sandberg COO daripada Facebook yang menyebut bahawa dengan izin Dato’Sri di-Pertua. “In the future there will be no female leaders, there will just be leaders”. Maknanya satu hari nanti di masa hadapan, orang tak akan menyebut dan membezakan lagi sama ada ada pemimpin lelaki ataupun pemimpin wanita yang ada hanyalah seorang pemimpin yang hebat di kalangan kita, insya-Allah.
Dengan kata-kata itu saya dengan ini menyokong usul Titah Ucapan Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Sekian terima kasih.
Terima kasih YB. Baiklah sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang. Sila Dato’ Sri.
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Pertamanya terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua yang telah memberi peluang kepada saya untuk terlibat sama dan mengambil bahagian dalam penggulungan bagi pihak kerajaan.
Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan junjung kasih atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah berangkat mencemar duli merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-14 pada 23 Ogos 2021 bersamaan 14 Muharam 1443 Hijrah.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Bioteknologi, saya amat tersentuh dan terharu atas keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja yang bertitah menyentuh berkaitan dengan sektor pertanian negeri Pahang.
Sememangnya sektor pertanian merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negeri Pahang. Tuanku juga telah bertitah mencadangkan dan menasihatkan bagi terus memperkasa sektor pertanian ini melalui pengamalan teknologi moden khususnya er… penggunaan Internet of Things, dengan izin, IOT dan mempertingkatkan lagi produk… dalam mempertingkatkan lagi produktiviti dan kualiti hasil pertanian.
Melalui pendekatan ini insya-Allah keperluan sumber asas seperti tanah yang luas dapat ditangani secara lebih lestari dan pada masa yang sama dapat memenuhi prinsip Environmental, Social And Governance, ESG dengan izin.
Ucapan tahniah juga kepada Yang Berhormat Dato’Sri Ismail Sabri Bin Yaakob Ahli Parlimen Bera yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang Ke-9 pada 21 Ogos 2021 yang lalu. Sebagai bekas Menteri Pertanian Malaysia tentunya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan lebih prihatin terhadap pembangunan dan kemajuan sektor pertanian negara dan juga tidak lupa insya-Allah Pahang.
Pahang mengharapkan agar Kerajaan Pusat dapat terus memperkasakan sektor pertanian dan Agro Makanan Negeri Pahang selaras dengan bidalan orang-orang tua dahulu mengatakan bahawasanya berkasih dengan yang sayang dan minta pada yang ada. Serta saranan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Pahang First insya-Allah.
Saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada rakan-rakan er… Ahli Dewan Yang Mulia ini yang telah membangkitkan dan menyentuh mengenai sektor pertanian khususnya sahabat-sahabat saya daripada Pulau Manis, Beserah, Muadzam Shah, Jengka, Semantan dan Chini.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan kepelbagaian dan warga agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian atas input-input yang telah diberikan dalam pastikan perjalanan dan kelancaran sesi Sidang Dewan kita pada kali ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Sektor Pertanian di negeri Pahang melalui cabaran yang cukup getir di kala negara masih belum menang dalam menangani wabak pandemik COVID-19. Awal tahun 2021, sebahagian besar daerah di negeri Pahang menerima ujian dari Allah swt melalui penurunan air hujan yang amat tinggi sehingga mengakibatkan banjir yang bukan hanya meragut nyawa manusia dan ternakan malahan merosakkan harta benda serta tanaman.
Sektor Pertanian telah merekodkan anggaran kerosakan tanaman, ternakan dan perikanan bernilai RM 22.26 juta yang melibatkan 2,434 petani, peladang, penternak dan nelayan.
Pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Perikanan serta agensi-agensi lain telah memohon kepada Kerajaan Pusat agar dapat menyalurkan bantuan dana daripada Tabung Bencana Tanaman Padi dan Tabung Bencana Pertanian untuk membantu mengurangkan ya, mengurangkan kerugian yang dihadapi oleh golongan sasar yang terlibat.
Alhamdulillah, permohonan pihak Kerajaan Negeri telah dipenuhi dan pada awal bulan Ogos, Jabatan Pertanian telah menerima peruntukan bernilai RM3.435 juta yang melibatkan seramai 1,106 pesawah melalui Tabung Bencana Tanaman Padi yang dibayar tunai melalui akaun pesawah dan RM843,738.00 yang melibatkan seramai 714 petani dari Tabung Bencana Pertanian bagi kerosakan tanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman kontan. Bantuan dari Tabung Bencana Pertanian ini disalurkan dalam bentuk input pertanian dan sekarang ini insya-Allah dalam peringkat perolehan oleh pihak jabatan.
Kerajaan sangat prihatin terhadap golongan petani berpendapatan rendah khususnya golongan B40 yang terkesan akibat pandemic COVID-19. Bermula dari tahun 2020, berbagai insentif telah disediakan kepada golongan tersebut melalui program yang disediakan seperti tanaman… tanaman er… sayur-sayuran, tanaman buah-buahan, tanaman kontan serta herba dan rempah ratus.
Sehingga kini seramai 11,447 petani telah mendapat manfaat dengan nilai peruntukan sebanyak RM 5.11 juta.
Selaras dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, agar semua sektor termasuk pertanian mengamalkan prinsip ESG: environmental social dan governance, dengan izin.
Maka para pengusaha digalakkan untuk mendapatkan pensijilan myGAP bagi mengeluarkan bahan makanan yang berkualiti dan selamat dimakan di samping memberi ruang yang lebih besar untuk menembusi pasaran ke luar negara.
Sehingga Jun 2021, sebanyak 1,105 ladang telah mendapat pengiktirafan dengan memperolehi sijil myGAP dan myOrganik. Jabatan juga menggalakkan amalan pengurusan perosak bersepadu dalam pengurusan tanaman bagi mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak.
Selaras dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, untuk memberikan impak yang berkesan dalam jangka masa panjang penglibatan orang muda, para belia dalam sektor pertanian amatlah kritikal.
Justeru itu, golongan belia digalakkan untuk menyahut seruan kerajaan dengan mengambil kepakaran di institusi sedia ada yang mengeluarkan tenaga mahir demi masa depan negara.
Sektor pertanian yang sedang rancak dibangunkan oleh kerajaan meliputi Industri Asas Tani yang berperanan untuk memberi nilai tambah kepada produk mentah yang dikeluarkan. Kini IAT terus berkembang dengan nilai pengeluaran RM75 juta setahun dalam tahun 2020 dan terus meningkat dengan bertambahnya aktiviti pemprosesan makanan. Sehingga Jun 2021 sebanyak RM30 juta produk Industri Asas Tani telah dapat dihasilkan dari seluruh negeri Pahang.
Insya-Allah melalui program Pertanian 4.0, Jabatan Pertanian dengan kerjasama rakan strategik membangunkan teknologi pertanian pintar dan juga Dashboard Connected Farming System, dengan izin, untuk big data collection, dengan izin, kepada petani ataupun usahawan.
Antara objektif utama program ini bagi memperluaskan penggunaa aplikasi teknologi dalam sektor Agromakanan melalui teknologi IoT: Internet of Thing, dengan izin. Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, sebanyak 15 hektar telah dikenalpasti di daerah Kuantan, Raub, Temerloh, Bentong dan Bera untuk er… dinaikkan taraf sistem pengairan sedia ada kepada sistem pengairan pintar Smart Irrigation dengan izin lengkap dengan teknologi IoT.
Saya ingin respons kepada er… perkara yang telah dibangkit… isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Jengka ya tentang cadangan untuk mewujudkan TKPM di dalam kawasan DN Jengka. Alhamdulillah, sebenarnya dengan kerjasama daripada semua jabatan, kemungkinan kita telah mengenal pasti beberapa kawasan yang boleh dibangun dan di er… laksanakan TKPM di kawasan Jengka ini.
Insya-Allah kita akan nanti berurusan dengan pihak-pihak yang berwajib dan er… kita jangkakan insya-Allah, dengan komitmen daripada semua, er… pihak PTG, YB er… Yang Berhormat Dato’ Sri SS, PTG, dan er… Pejabat Tanah dan Daerah Maran, Jabatan Pertanian dan lain-lainnya, insya-Allah hasrat daripada ADUN Jengka ini er… mungkin dapat direalisasikan insya-Allah.
Sektor perikanan. Sektor perikanan amat penting di negeri Pahang yang membekalkan protein utama kepada rakyat daripada sumber laut, akuakultur dan juga sungai. Ia menjana ekonomi negeri dan pendapatan rakyat menyumbang dari peringkat huluan hingga ke hiliran.
Jumlah pengeluaran ikan ataupun ‘ikan makan’ negeri Pahang bagi subsektor perikanan laut, akuakultur dan sungai pada tahun 2020 ialah berjumlah 117,317 metric tan yang bernilai RM940 juta. Walaupun dalam tempoh pandemik COVID-19 bermula pada tahun 2020, pengeluaran ikan tangkapan, akuakultur dan perikanan sungai di negeri Pahang berada dalam kedudukan lima negeri terbaik di Semenanjung Malaysia dan adalah yang terbaik bagi pantai timur.
Berpandukan Dasar Sekuriti Makanan Negara, food security dengan izin, kerajaan sentiasa berusaha mempastikan bekalan ikan mencukupi, mampu milik, selamat dan stabil melalui strategi memperkukuhkan kelestarian atau kemampanan sumber perikanan laut, akuakultur dan sungai. Dan jabatan perikanan sentiasa berusaha ke arah itu.
Bagi menghadapi cabaran pandemik COVID-19, semenjak tahun 2020 dan 2021, kerajaan melalui Jabatan er… Perikanan telah membantu masyarakat serta kumpulan sasar di Negeri Pahang melalui bantuan di bawah Dasar Jaminan Makanan bernilai er… jumlahnya RM6.7 juta yang meliputi pelbagai aktiviti.
Bagi tahun 2021 ini, pengukuhan perundangan berkaitan perikanan akan melibatkan perwartaan dua perundangan baharu negeri iaitu berhubung penyu dan akuakultur serta pindaan Perikanan Darat Sungai yang bertujuan untuk mengurus, membangun dan memulihara sumber perikanan, serta memberi perlindungan kepada spesis terancam, habitat dan alam sekitar.
Perundangan baharu tersebut juga secara tidak langsung dapat menjana hasil kepada Kerajaan Negeri melalui meliputi kutipan bayaran fi pelesenannya.
Saya juga ingin nak respons kepada er… soalan yang telah dibangkitkan oleh ADUN Kuala Semantan. Sebenarnya semasa PKP er… semua agensi, Jabatan Pertanian… er… Perikanan dengan kerjasama daripada FAMA telah juga membantu memasarkan hasil er… ternakan melalui jualan di outlet pemasaran seperti pasar tani kekal, pasar tani kekal… pasar tani kekal, pasar tani er… dan juga melalui er… pemasaran online melalui AgroBazaar dan er… melalui LKIM, pemasaran juga dibuat melalui online iaitu NEKMATBIZ untuk tujuan yang sama.
Untuk makluman, dalam tahun 2020, sejumlah er… 203,000 ekor benih ikan bernilai RM29,000.00 telah diberi percuma kepada 149 penternak di negeri Pahang manakala sehingga Julai 2021, sejumlah 226,000 er… benih ikan juga bernilai RM53,000.00 juga diberikan kepada 97 er… penternak di negeri Pahang.
Menyentuh sektor veterinar, Kerajaan Negeri melalui Jabatan er… Perkhidmatan Veterinar sentiasa mempastikan supaya pengeluaran makanan hasilan ternakan seperti daging ayam dan telur, daging lembu dan kerbau, dan hasilan tenusu mencukupi dan selamat untuk makanan rakyat.
Bagi memastikan pembangunan bidang er… penternakan dipertingkatkan pada tahun 2021, Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM3.7 juta melalui pelbagai program yang telah pun dilaksanakan.
Bagi er… bagi memastikan keselamatan hasilan ternakan dari ladang sentiasa diurus dengan baik, program pensijilan MyGAP diteruskan. Sehingga kini sebanyak 149 ladang ternakan telah mendapat pensijilan MyGAP. Usaha berterusan ini dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi mempastikan ternakan di negeri Pahang mencapai tanda aras pengurusan penternakan yang baik.
Saya juga ingin nak menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Kuala Semantan berkaitan dengan er… isu er… pemasaran telur masin yang biasanya melibatkan telur itik. Jabatan Perkhidmatan Veterinar merekodkan seramai 16 orang penternak mengusahakan penternakan itik penelur di daerah Temerloh. Penternak-penternak ini memasarkan telur itik terus ke kedai-kedai makan di sekitar Temerloh.
Permintaan bagi telur itik pada ketika ini amat tinggi dan tidak mencukupi sehingga pembeli di kalangan kedai-kedai makan tersebut terpaksa mendapat sumber telur itik dari pasar… pasar raya di kawasan-kawasan luar pada daerah. Sehubungan itu, Jabatan Veterinar er… bersedia untuk membantu penternak itik penelur dan pengusaha telur masin yang mempunyai masalah jualan hasil ladang untuk dihubungkan untuk dipasarkan er… dengan lebih berkesan.
Jadi... Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, mungkin ada perkara-perkara yang telah saya tidak dapat sentuh pada ketika ini, insya-Allah saya akan membuat jawapan secara bertulis kepada rakan-rakan Yang Berhormat Ahli Dewan Yang Mulia. Jadi dengan ini saya bersama dengan rakan-rakan lain juga ingin menjunjung kasih atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang dalam sesi pembukaan dan seterusnya doakan insya-Allah, mudah-mudahan Pahang Terus Maju. Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat telah menggunakan masa 15 minit secukupnya. Baiklah, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang. Sila, Yang Berhormat Dato’ Sri.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucap syukur kerana kita dapat mengadakan persidangan kita pada kali ini.
Walaupun lebih daripada setahun, setahun 8 bulan kita tidak mengadakan persidangan, tetapi alhamdulillah di atas komitmen yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri dan juga beberapa perkara yang perlu kita... yang perlu kita selesaikan iaitu sebagai kuasa pengimbang di antara pembuat dasar dan juga Wakil-wakil Rakyat iaitu pembuat undang-undang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi junjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang di atas Titah Diraja yang telah disampaikan dan titah tersebut banyak menyentuh perkara-perkara terutama sekali dari segi pembangunan negeri Pahang. Saya juga ingin mengucap terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah pun er... telah pun apa namanya er... telah pun membawa Usul untuk diperbahaskan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Dulu kita bersidang Perdana Menteri yang lain. Sekarang ini persidangan sudah setahun lebih kita tak bersidang, Perdana Menteri yang lain. Sebelum ini Perdana Menteri yang lain pula. Jadi ini menunjukkan bahawa dinamika politik Malaysia ini yang matang dan kita boleh berpakat di antara satu sama lain. Inilah kehebatan politik Malaysia.
Kalau dulu kita sentiasa cakap tukar-tukar kerajaan ini macam Thailand tapi sekarang ini orang Thailand pun cakap tukar-tukar kerajaan macam Malaysia. Tak apa, ini adalah merupakan kematangan politik yang mesti dilalui oleh semua ahli-ahli politik dan juga rakyat Malaysia.
Sekarang ini, Perdana Menteri yang baru, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob secara kebetulannya orang Pahang, secara kebetulannya orang Bera. Tahniah kepada rakan-rakan yang ada, yang ADUNnya... yang DUNnya di dalam Bera.
Antara ucapan beliau selain daripada Keluarga Malaysia, beliau menyatakan bahawa rentas politik. Maksudnya, kalau sekiranya sebuah negara itu tidak ada sebuah parti yang kuat, sudah tentulah kestabilan politik tidak ada. Jadi sebab itu kita ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Beliau berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dan begitu juga dengan idea-idea yang baru, menambah pendapatan negeri, kerana apa? Kerana ada kestabilan politik [Ahli Dewan menepuk meja]. Jadi kita semua berlapang dada, sama ada seperti rakan-rakan saya juga sebut, “Apa saja parti politik, yang paling penting kepada kita untuk menyelesaikan masalah yang ada di depan kita iaitu COVID-19”.
Masalah kegawatan ekonomi dan juga kemudian apabila ianya telah selesai, maka kita serahkan kepada rakyat untuk rakyat membuat pilihan parti manakah yang mampu, yang boleh, yang dianggap sebagai parti yang boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawab, kerana apa? Kerana semua parti politik di Malaysia ini kecuali parti KITAlah, parti KITA ya, dulu ada parti KITA kan? Yang lainnya, UMNO pernah memerintah, PKR pernah menjadi pemerintah, DAP pernah jadi pemerintah, ini PAS pun pernah jadi pemerintah, BERSATU pun pernah, semua parti politik pernah jadi, jadi rakyat boleh menilai.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya juga seperti rakan-rakan yang lain tidak akan bercakap panjang, walaupun banyak ya apa namanya disediakan oleh Urus Setia dan saya ucap tahniah kepada Urus Setia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar yang diketuai oleh Dato’ Sri SS. Semalam semua kena interview hah, nak bagitahu kepada rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri, kami Exco semasa persediaan jawapan ini, semua jawapan tersebut, semua soalan-soalan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan ditapis oleh Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu melalui Jawatankuasa kita, kemudian ditanya seorang-seorang, persediaan satu persatu jadi bila sampai pada saya, dia cakap apa Yang Berhormat Yang di-Pertua. Dia cakap, “Ini Wakil Lanchang ini, tak payahlah, dia dah seasoned”, dia kata. Maknanya bila sampai saya, rupanya dia nak balik cepat.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya nak ucap terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menanyakan soalan ataupun menyebut tentang portfolio sama ada pertanian, sama ada alam sekitar begitu juga dengan komoditi dan juga perladangan. Terdapat rakan-rakan seperti Teruntum, Bilut, Jengka, Semambu, Muadzam Shah, Ketari, yang ini saya akan jawab dalam jawapan bertulis dan kerana apa? Kerana seperti yang saya nyatakan bahawa kita Dewan Undangan Negeri Pahang terpaksa mengambil keputusan untuk
mempersingkatkan persidangan kita kerana kita ada masalah lebih besar yang kita kena selesaikan. Yang Berhormat Yang di-Pertua tentu tahu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentu tahu dan lain-lain ini nanti dia akan tahu.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya juga ya, untuk portfolio saya, satunya alam sekitar. Saya akan sentuh sedikit apabila saya membawa RUU nanti. Untuk pelancongan begitu juga, saya akan sentuh sikit kerana apa? Kerana saya akan membawa RUU tentang perbadanan ladang-ladang. Cuma saya nak sebut ya, DUN tahun 2020 dari segi pelancongan, kita hanya menerima lebih kurang RM7.4 juta sahaja dan tahun 2019, kita menerima RM13.9 juta.
Kita kehilangan ya, untuk negara, kita kehilangan RM45 bilion ya, untuk negeri Pahang kalau mengikut angka daripada pelancongan ataupun Tourism Pahang, kita kehilangan lebih daripada RM6 bilion, RM7 bilion, tahun lepas sahaja.
Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, kalau nak sebut tentang terkesan, semuanya terkesan. Ini masalah dunia Yang Berhormat Yang di-Pertua, yang mana virus ini dia boleh tukar-tukar. Dia boleh mutatic, dia muted, maknanya dia boleh tukar-tukar. Maknanya daripada Alpha pergi Beta, Beta pergi Gamma, Gamma pergi Delta, Delta pergi Theta, Lambda sekarang. Bukan Labamba ya, Lambda. Kemudian esok pergi pulak Chita, macam-macam, ini semua bahasa-bahasa Greek, Costa Rica.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Bagi alam sekitar kita sentiasa, kerana itulah untuk alam sekitar ini kerajaan begitu serius dengan kita menggubal RUU iaitu RUU Majlis Biodiversiti, bagi perladangan dan juga apa namanya komoditi, kita dapati bahawa komoditi bertambah baik, harga sawit melonjak dan harga getah Yang Berhormat Yang di-Pertua, yang ini saya nak sebut sikit, getah ini Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya pernah pergi mesyuarat bersama dengan Menteri Perladangan kerajaan lepaslah, kerajaan ini belum tahu lagi siapa ya.
Untuk mendapat pendapatan RM1,000.00, seseorang penoreh getah itu mesti mempunyai 5 ekar tanah. Jadi getah ini bukan satu tanaman yang apa nama... yang sustainable lagi, untuk kita menggalakkan. Maknanya kalau kita nak cari RM2,000.00, kita terpaksa ada 10 ekar tanah getah. Siapa ada 10 ekar tanah getah?
Jadi saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri supaya selepas ini insya-Allah kita akan berusaha mencari apa yang kita sebut menanam high value crops iaitu apa nama tanaman yang boleh memberikan, apa namanya pulangan yang lebih. Saya bagitahu kepada Menteri, you tanamlah getah. Kami nak tanam musang king ya tak, pasal musang king seekar RM120,000.00 setahun dari segi pendapatan. Kalau ada 6 ekar, kiralah. Saya sebut 6 ekar tu sebab saya ada 6 ekar.
Jadi itulah banyaknya pendapatan saya esok. Kalau berbuah. Kalau dia pakat musang king saya tak berbuah, saya kena tebang baliklah ya, tapi jangan tanam di tanah haram. Maknanya reserve jangan tanam ya, YB ya. Bagitau. Sebab kalau reserve ini, reserve yang apa kita sebut sebagai hutan simpan, yang itu kerajaan kena ambil tindakan. Kalau nak, tapi walau bagaimanapun Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita harap supaya ia…
Minta laluan. Tuan Speaker, yang agak saya pelik adalah Kerajaan Negeri, mereka menebang hutan simpan yang tanam musang king di hutan simpan kekal Batu Talam, tapi pada masa yang sama dalam hutan yang sama, hutan simpan yang sama, mereka boleh bagi 1,000 hektar juga tanah di hutan simpan, bagi satu syarikat besar. Apa kriteria daripada Kerajaan Negeri?
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Kalau nak tanam, jangan tanam dulu. Mohon dulu, kalau mohon dulu, kita akan buat pertimbangan. Hutan ini, hutan simpan ini ada yang boleh kita ganti balik, yang kita tak nak itu, dia tanam haram dulu, tak boleh.
YB, mereka telah tanam semula 20 tahun. Siapa yang bagi mereka tanam pada awal-awalnya. Jika mereka sudah tanam ada hasil, boleh bincang dengan pekebun-pekebun. Kenapa nak tebang mereka… nak tebang pokok mereka. Mereka ini adalah mata pencarian mereka. Ini tidak adil kerana apa yang Kerajaan Negeri cakap adalah, kami… mereka nak tahan memberikan jaminan alam sekitar kepada hutan simpan, tapi sekarang…
Apa soalannya Yang Berhormat?
Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita boleh bahaslah, kalau kita nak bahas. Kita Kerajaan Negeri ni, kita komited. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah komited, sebab itulah, kita buat apa… Majlis Biodiversiti. Kemudian kita tambahkan lagi. Contohnya Tasik Chini kita tambah, kerana apa? Tambahkan lagi reserve kerana apa? Kita bersungguh-sungguh.
Jadi if not now, when? dengan izin, if not us, who? If… apa lagi… satu lagi, saya dah lupa dah. Maknanya Kerajaan Negeri mesti memulakannya. Kita tahu bahawa ianya tidak popular tetapi mesti bermula, dan yang lain-lainnya kita juga akan ambil tindakan.
Minta laluan, YB.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua…
Tras duduk, YB. Tras …
Wakil-wakil daripada….
Duduk dulu.
Beza antara syarikat besar dengan apa yang dibuat oleh pekebun-pekebun ini, dia begini. Kalau kita mohon… kalau kita mohon dulu sebelum kita tanam, kita buat permohonan. Jadi kalau sekiranya kawasan tersebut, apa namanya ni, kawasan hutan simpan…
YB. mereka pernah memohon.
Yang Berhormat Tras.
Syarikat yang nak tanam ini. Apa namanya ni… mereka membuat permohonan, satu, yang keduanya, Yang Berhormat Yang di-Pertua bila dia tanam haram, dia tak bayar cukai. Cukai tanah tak bayar, Kerajaan Negeri rugi, cukai pendapatan tak bayar kerajaan pusat rugi dan sebagainya. Kalau kita nak bahaskan perkara ini, sepertilah kita membuat perbahasan sama ada… apa chicken or egg, tapi apa pun Kerajaan Negeri bertegas. Kita telah membuat keputusan dan insya-Allah ya, insya-Allah kita akan terus ya mempastikan bahawa kelestarian Pahang ini. Negeri Pahang ini akan terus terjamin.
Yang Berhormat Yang di-Pertua …
YB. Yang Berhormat, masa.
…saya juga seperti lain-lain. Tidak ingin bercakap panjang. Saya ucap terima kasih berbanyak-banyak. Terima kasihlah kepada semua rakan-rakan, terima kasih, dan insya-Allahlah seperti yang saya nyatakan tadi, bahawa er… politik matang, politik baru. Kita reset balik, kita tengok bagaimana rentas politik dan sebagainya…
Ya, ya, terima kasih.
Untuk kita pertimbangkan. Sekian, dengan ini saya menyokong Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sukacita saya memaklumkan beberapa perubahan Aturan Urusan Mesyuarat, atas beberapa perkara penting yang tak dapat dielakkan. Aturan Urusan Mesyuarat pada hari esok akan kita bawa pada sesi petang ini dan kita jangka ada beberapa hal saja yang perlu kita selesaikan selepas saya tempohkan untuk Yang Berhormat nikmati sedikit jamuan dan jugak menunaikan solat Zohor dan sebagainya.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah mengesahkan dan mendapati terdapat seorang urus setia yang bertugas di bahagian luar dewan, suspek positif COVID-19. Setelah dibuat RTK Antigen Rapid Test Kit dan akan dibuat ujian pengesahan lagi sekali. PCR di Klinik Kesihatan Bandar Kuantan hari ini. Yang Berhormat tak perlu risau atau gundah gulana, beliau adalah petugas luar, bukan di dalam dewan ini.
Walau bagaimanapun kita perlu mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dan berhati-hati, dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Terutamanya kita dinasihat tidak berada terlalu lama dalam dewan yang tertutup seperti ini. Daripada lebih…melebihi dari 5 atau 6 jam mengikut SOP yang ditetapkan. Sanitasi, penjarakan sosial, tidak berhimpun terlalu ramai. Jadi saya mencadangkan Yang Berhormat dan pihak kerajaan berucap dalam masa yang pendek sebentar tadi. Insya-Allah bila keadaan negara selesai mengatasi COVID ini kita akan bersidang seperti mana biasa dengan masa yang lebih, cukup untuk Yang Berhormat menyuarakan hujah-hujah.
Jadi begitu juga saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri secara rasminya akan berada di Kuantan esok pada 26 Ogos iaitu Khamis untuk bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, juga ke Majlis Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz Kuantan. Jadi atas beberapa faktor yang juga memerlukan kerjasama kita, saya telah bersetuju untuk membawa Aturan Susunan Mesyuarat pada hari esok ke Sidang Petang ini.
Baiklah, untuk itu saya… kita telah pun mendengar 10 orang Wakil Kerajaan telah menjawab dan Usul Menjunjung Kasih Keatas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan telah dicadang, disokong serta dibahaskan pada 24 Ogos dan dibahaskan pada sebelah pagi tadi. Seramai 10 orang pihak kerajaan telah menjawab.
Sekarang saya menjemput ya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan Usul tersebut. Saya percaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga tidak akan mengambil masa yang lama dan mana-mana yang perlu dan penting kita akan menjawab secara bertulis.
Baiklah, sekarang saya dengan hormatnya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar membuat penggulungan. Silakan Yang Berhormat.
Assalamualaikum WBT, selamat tengah hari dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana dengan pantas telah membuat adjustment Persidangan Dewan kita pada hari ini, dan perbincangan saya dengan Yang Berhormat hanya mengambil masa 5 minit. Setelah Yang Berhormat memaklumkan apa yang telah dimaklumkan kepada kita tadi, dan keputusan pantas itu telah membolehkan… sepatutnya jadual kita sehingga esok, kita boleh tamatkan pada hari ini. Jadi saya ucapkan syabas, tahniah kepada Yang Berhormat [Ahli Dewan menepuk meja] Dato’ Sri Speaker, yang juga dikenali sebagai game changer.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya seperti mana rakan-rakan yang lain juga mengucapkan junjung kasih di atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku mencemar duli berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-14 pada Isnin yang lalu. Sesungguhnya keberangkatan baginda serta melafazkan Titah Diraja telah meniupkan semangat tinggi dalam kalangan patik-patik pacar-pacar sekalian. Intipati Titah Diraja oleh Baginda menjadi panduan yang amat berguna kepada Kerajaan Negeri serta kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk menggulung perbahasan bagi pihak kerajaan serta jawatankuasa-jawatankuasa di bawah saya, sempena Titah Diraja oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang sebagai menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Ke-14.
Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Dewan kerana sepanjang er… 4 hari… 3 hari; Isnin, Selasa, Rabu, 3 hari persidangan Dewan kita pada hari ini er… berjalan dengan lancar dan licin tidak ada apa-apa perkara yang di luar dugaan yang berlaku.
Saya juga ucapkan terima kasih kepada semua 16 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang berlangsung Selasa lepas dan saya juga sangat terima kasih kerana setiap daripada mereka telah mematuhi masa yang telah ditetapkan oleh Yang di-Pertua. Jika ada pun yang lebih
sedikit pun adalah atas sebab-sebab yang munasabah yang diberikan secara saksama oleh Yang di-Pertua.
Mudah-mudahan Allah SWT memudahkan segala urusan kita. Begitulah juga hendaknya doa kita agar Allah SWT mengurniakan rahmat-Nya kepada kita semua serta memberkati Dewan Yang Mulia ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin mengambil kesempatan untuk menjawab beberapa soalan ataupun pertanyaan daripada rakan-rakan Ahli Dewan, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat er… insya-Allah tidak lama er… terutama sekali daripada Sungai Lembing yang meminta supaya mempertimbangkan supaya aktiviti perlombongan bauksit terutamanya yang melibatkan peneroka-peneroka FELDA di Bukit Goh dan Bukit Kuantan dilaksanakan sedemikian rupa agar ianya memberi pulangan sewajarnya kepada mereka.
Untuk makluman Yang Berhormat daripada Sungai Lembing, Kerajaan Negeri telah pun bertindak menangani isu ini dengan menetapkan agar Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang menjadi agensi kerajaan bagi menyelaraskannya. Dalam usaha penyelarasan ini, sudah pasti kepentingan para peneroka diambil kira serta menawarkan situasi menang-menang kepada semua, terutamanya kepada anak peneroka selaku pemilik tanah.
Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat ADUN Beserah mengenai peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan bagi mengisi kekosongan di kilang-kilang milik pelabur asing terutamanya di kawasan perindustrian er…. perindustrian Gebeng, memang usaha telah diambil agar tidak berlaku mismatch antara keperluan pekerja mahir dan separa mahir oleh pihak kilang dengan tawaran tenaga kerja oleh institusi pendidikan serta kemahirannya.
Saya juga telah difahamkan Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, er… Yang Berhormat daripada Tioman pernah mengadakan perbincangan dengan pihak Alliance Steel di Gebeng supaya er… untuk meningkatkan bilangan pekerja daripada tempatan. Kalau dulunya er…. 60% : 40% maknanya 60% local, 40% daripada syarikat berkenaan dan saya difahamkan sekarang kita telah er…. meningkatkan 70% pekerja tempatan, 30% daripada luar.
Ini adalah usaha-usaha yang telah kita buat dan kita juga er…. Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah pun er…. mengadakan perbincangan supaya di masa-masa yang akan datang penglibatan pekerja tempatan itu adalah di er... diperbanyakkan. Maknanya kalau 10 orang, 7 mesti daripada kita, 3 daripada ar… syarikat mereka.
Kadang-kadang ada pekerja yang memerlukan kemahiran profesional dan sebagainya yang mungkin kita tidak boleh bekalkan mereka terpaksa mengambil pekerja mereka. Maknanya perkara ini memang telah kita ambil tindakan yang sewajarnya dan saya ucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat daripada Beserah.
Manakala Ahli Yang Berhormat daripada Bilut, ada menyebut tentang pewujudan tabung khas kepada ahli keluarga mangsa golongan B40 bagi urusan pengebumian mangsa COVID-19. Sebenarnya Tabung Pengurusan Kematian COVID-19, Kerajaan
Negeri telah pun ditubuhkan bagi membuka peluang orang ramai atau syarikat yang membuat sumbangan ke tabung ini. Maknanya, kita offer, kita tawarkan kepada mereka yang ingin menderma kepada Tabung Pengurusan Kematian COVID ini dan dalam masa yang sama juga, Kerajaan Negeri er… telah menyediakan sedikit peruntukan, mana-mana waris boleh membuat tuntutan er… urusan pengkebumian dengan syarat tidak melebihi RM2,000.00.
Jadi kita dapati er…. biasanya lazimnya kosnya tidak melebihi RM2,000.00 kecuali mungkin ada satu, dua, tiga kes la yang lebih daripada itu, tetapi Kerajaan Negeri meletakkan tidak lebih daripada RM2,000.00 dan er… saya juga dimaklumkan bahawa garis panduan bagi pelaksanaan inisiatif ini masih lagi di peringkat kajian dan insya-Allah akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.
Begitu juga daripada Ahli Yang Berhormat daripada Semambu dan Ketari yang membangkitkan tentang perlombongan nadir bumi ataupun REE, Rare Earth Elements dalam Hutan Simpanan Kekal Hulu Jelai. Yang menariknya, dakwaan kononnya seluas 660 hektar kawasan terbabit akan dinyahwartakan ataupun digazette sedangkan ini adalah tidak benar, ya.
Saya ingin ulang lagi sekali, bahawa ini adalah tidak benar. Yang sebenarnya, sepertimana yang telah saya sebut, permohonan untuk perlombongan REE di kawasan berkenaan belum didaftarkan pun sebagai Pajakan Melombong ataupun ML.
Oleh itu, soal penyahwartaan tidak timbul. Selain ML, keperluan seterusnya oleh pihak terlibat mestilah memperolehi kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar ataupun EIA daripada Jabatan Alam Sekitar serta sijil Skim Pengendalian Melombong ataupun OMS dengan izin, operational mining schemes, yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains.
Lagipun sehingga kini, belum ada lagi Prosedur Operasi Standard bagi kerja-kerja perlombongan REE dan masih di peringkat cadangan penggubalan sepertimana dimaklumkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli pada Majlis Mineral Negara pada 16 Februari lepas.
Manakala Ahli Yang Berhormat daripada Semambu dan Cheka dan juga Ketari ada membangkitkan tentang soal vaksinasi di negeri ini dan telah pun dijawab oleh penggulungan oleh rakan saya iaitu er… Exco yang berkaitan berkenaan dengan kesihatan. Sekali lagi, saya ingin tegaskan bahawa sehingga kini kita berada atas landasan betul menuju ke arah imuniti kelompok sebelum menjelang musim tengkujuh pada bulan November.
Sepertimana semua maklum, sehingga 22 Ogos lepas sebanyak 1,311,845 dos telah diterima. Agihan seterusnya yang bakal diterima ialah 150,980 dos bagi minggu keempat bulan Ogos, 660,000 dos pada bulan September dan 582,087 dos pada bulan Oktober.
Berdasarkan agihan ini, sekiranya ianya benar-benar menurut dijadualkan, Pahang akan menerima keseluruhan sebanyak 2,704,912 dos dengan sasaran untuk menyuntik seramai 1,175,800 orang penduduk dewasa 18 tahun ke atas, dos diperlukan ialah sebanyak 2,351,600 dos.
Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri sedang menggerakkan usaha bagi mengenal pasti bilangan sebenar penduduk dewasa bagi negeri Pahang yang berumur 18 tahun ke atas termasuklah golongan pendatang asing dan pemegang kad UNHCR. Berdasarkan maklumat tambahan penduduk ini, Kerajaan Negeri akan membuat pertimbangan untuk permohonan bekalan vaksin tambahan sekiranya perlu.
Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, baru-baru ini kita ada menulis surat kepada Menteri Luar yang mana beliau telah mendapat 1 juta dos yang dibekalkan oleh negara luar dan beliau telah pun bersetuju untuk membekalkan kepada kita 300,000 daripada 1 juta dos yang diperolehi secara percuma tapi malangnya berlaku perubahan kepimpinan.
Beliau tidak sempat untuk tandatangan surat tersebut tetapi insya-Allah kita akan buat follow-up dan selebih daripada itu Kerajaan Negeri juga ada membeli sendiri dos ya, yang banyak disumbangkan oleh state GLC lebih kurang 50,000 dos. Kita beli sendiri juga.
Jadi er…. sebab itulah berkenaan dengan dos ini, Kerajaan Negeri telah buat yang sehabis baik daripada semasa ke semasa, malah saya sendiri memantau bekalan vaksin ini kepada Kerajaan Negeri Pahang. Walau macam mana pun, hasrat kita, hajat kita tetapi sekiranya bekalan ini tidak sampai ke negeri, kita tidak boleh buat apa-apa sebab yang kawal bekalan ini ialah Kerajaan Pusat. Sebab itulah kalau tuan-tuan tengok dalam Facebook saya, ada seorang insan daripada JKKB telah meminta supaya mempercepatkan suntikan dos ini.
Dia minta Kerajaan Negeri Pahang cepat, dia kata slow. Saya jawab dalam itu, saya kata macam mana mahu cepat barang tiada. Barang bukan Pahang punya, barang Kuala Lumpur punya. Ada barang kita boleh buat, kita boleh cucuk satu (1) hari 32,000. Betul tidak Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri. Kita menyediakan suntikan 23,000 sehari dan purata ialah lebih kurang 20,000 sehari. Makna kita telah menyediakan segala-segalanya, tetapi kalau barang tidak sampai tidak boleh buat apa-apa juga ya.
Walau bagaimanapun kita berusaha dari segi pentadbirannya dan saya sendiri daripada segi politiknya, kita sentiasa berhubung dengan Kerajaan Persekutuan supaya dapat membekalkan dos ini supaya kita dapat mencapai herd immunity dalam masa yang segera.
Saya ingin juga mengambil kesempatan juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pulau Manis yang antara lain menyebut moto; ‘Tiada Janji, Lihat Bukti’, daripada Pulau Manis. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, moto ini telah saya gunakan sejak tahun 2004 lagi. Sebab pada masa itu ketika saya mula-mula menjadi Wakil Rakyat, ada kawan-kawan saya menasihati saya, dia kata jangan berjanji sebab banyak janji tak boleh ditunai.
Sebabnya dia kata, kita kena minta macam Wakil Rakyat biasa, kena minta daripada Kerajaan Negeri, kena minta dengan MB, kena minta dengan Kerajaan Persekutuan, ada dapat, ada yang tidak dapat.
Sedangkan kita dah berjanji. Jadi dia kata lebih baik tengok-tengok ada jer, contohnya; masa saya jadi… pengalaman saya mereka minta masjid di FELDA Sungai Koyan. Saya tidak berjanji tetapi tengok-tengok masjid ada lagi. Maknanya apa yang diminta oleh rakyat, kita cuba tunaikan dan tengok-tengok ada sahaja saya rasa rakyat lebih menghargai apa yang mereka minta daripada kita berjanji tetapi kita tidak tunaikan.
Seterusnya daripada ADN Pulau Tengku, yang antara lain menyebut tentang ‘aman’nya negeri Pahang berbanding apa yang berlaku di peringkat pusat melibatkan Kerajaan Persekutuan. Ini Yang Berhormat, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian, ini adalah kestabilan politik, yang penting adalah kestabilan politik supaya kita boleh fokus untuk memajukan negeri kita dan saya cuma boleh nyatakan di sini bahawa negeri kita, Pahang ini adalah dianugerahkan mempunyai pelbagai resources dan itulah yang saya sering katakan dan malah sahabat saya daripada Lanchang telah memperkenalkan slogan iaitu “Inilah Pahang”, dengan izin – “This Is Pahang”.
Ini adalah slogan yang diperkenalkan oleh Exco Pelancongan dan memang kita bawa jenama ni sampai ke mana-mana, sampai ke Kuala Lumpur. Bila orang bercakap pasal Pahang, termasuk politik dan sebagainya, termasuk hubungan kita dengan… daripada PAS, Muafakat Nasional, kita kata “Inilah Pahang” – “This Is Pahang”. Ini satu perkara yang boleh [Ahli Dewan menepuk meja] kita tonjolkan untuk nak tunjukkan negeri kita adalah istimewa berbanding dengan negeri-negeri yang lain.
Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, ADUN Padang Tengku juga ada menyebut tentang kerjasama yang perlu diminta daripada Pihak Berkuasa Tempatan supaya memberi diskaun 50% ke atas premis miliknya. Yang ini, mungkin Yang Berhormat daripada Padang Tengku tercicir bas agaknya ataupun terlepas pandang.
Sebenarnya saya telah mengumumkan pada 14 Julai lepas iaitu pemberian diskaun selama empat (4) bulan pada bulan Jun, Julai, Ogos dan September. Tak tahulah kot Yang Berhormat minta lagi sehingga bulan Oktober pula dan sebagainya, insya-Allah kita akan pertimbangkan. Sehingga hari ini, kita telah bagi Jun, Julai, Ogos dan September diskaun dan ianya telah memberi faedah kepada 6,237 penyewa, peniaga, penjaja dengan implikasi kewangan kira-kira RM5.2 juta.
Seterusnya Ahli Yang Berhormat daripada Cheka, juga membangkitkan soal bekalan air di kawasannya. Masalah tersebut disebabkan oleh kapasiti pengeluaran Loji Rawatan Air (L.R.A) Mela telah mencapai tahap maksima. Apabila sahaja berlaku kerosakan paip, masa yang lama diperlukan untuk menstabilkan semula bekalan air.
Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri telah mendapat kerjasama Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar, yang telah meluluskan peruntukan hampir RM50 juta di bawah sistem bekalan air di Mela Fasa Ke-2.
Kerja-kerja yang akan dilaksanakan merangkumi pembinaan loji baharu, rumah pam, sistem paip dan kerja-kerja berkaitan. Proses konsep reka bentuk telah pun dibentangkan oleh pihak perunding kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Sebagai langkah jangka pendek, Pengurusan Air Pahang (PAIP) sentiasa membaiki dengan segera sebarang kerosakan berlaku sama ada kerosakan paip ataupun kerosakan sistem mekanikal di loji rawatan air berkenaan. Penghantaran bekalan air
melalui lori tangki juga dibuat bagi membantu pengguna yang mengalami terputus bekalan.
Seterusnya pembahas yang terakhir yang ke-16, Ahli Yang Berhormat daripada Dong. Saya juga ucapkan terima kasih kepada beliau kerana telah menyentuh beberapa kali pujian yang telah dilafazkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja dalam Titah Diraja berkenaan.
Saya ingin jelaskan di Dewan Yang Mulia ini, bahawa kejayaan yang dilafazkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang adalah atas usaha bersama Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, adalah kerja secara berpasukan dan saya mendapat kerjasama yang sangat baik daripada rakan Exco dan juga daripada pihak Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan. [Ahli Dewan menepuk meja].
Jadi yang lebih menariknya, kadang-kadang saya minta tiga, lima perkara yang dibuat. Ini adalah satu perkara yang sangat baik dan sekiranya ini diteruskan, insya-Allah kita akan mendapat… mencapai kejayaan lebih lagi di masa-masa yang akan datang dan Ahli Yang Berhormat daripada Dong turut membangkitkan tentang persepakatan antara UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional.
Dalam hal ini, sukacita saya nyatakan bahawa, Muafakat Nasional serta kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) Negeri; dengan izin, Is Our Way Forward, waima apapun yang berlaku di peringkat pusat, kita akan teruskan kerjasama [Ahli Dewan menepuk meja] kita dalam Muafakat Nasional, insya-Allah.
Walau bagaimanapun, terpulang kepada rakan-rakan daripada PAS, tetapi yang saya tahu semua inginkan Muafakat Nasional dan ini telah disahkan oleh Yang Berhormat daripada Beserah, semasa apa… apa Yang Berhormat daripada Kuala Sentul “bikin panas”, “bikin panas” yer? Jadi Yang Berhormat daripada Kuala Sentul telah menanyakan satu soalan cepumas dan telah pun diviralkan. Bahawa Yang Berhormat dari Beserah pun mengatakan lebih kurang “This Is Pahang”. Apa pun yang berlaku “This Is Pahang” kita hendak cara Pahang [Ahli Dewan menepuk meja] iaitu Muafakat Nasional. Terima kasih banyak-banyak.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya fikir itu sahajalah yang dapat saya jawab dan sedikit penjelasan daripada saya. Saya berharap apa yang saya jawab ini, adalah memadai dan sekiranya ada apa-apa yang belum terjawab insya-Allah jawapan secara bertulis akan menyusul yang akan saya perincikan kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bercadang untuk menempohkan Dewan ini dan kita akan masuk semula dalam Dewan dalam pukul 2.45 petang. Saya berharap Ahli Yang Berhormat dapat berada di persekitaran Wisma Sri Pahang, janganlah keluar, kemungkinan kita akan terdedah dengan perjumpaan-perjumpaan baru yang boleh mengakibatkan penularan COVID ini.
Jadi dalam tempoh lebih kurang setengah jam, kita masuk balik ke dalam Dewan dan kita akan menyelesaikan beberapa... beberapa Aturan Urusan Mesyuarat yang saya jangka tidak memakan masa melebihi satu jam, sekurang-kurangnya satu (1) jam setengah. Jadi, ya, ya... Baiklah…
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya mencadangkan kita teruskan sahajalah. Bila rehat-rehat ini, kebanyakan kita semua ini boleh jamak kalau dari segi sembahyang er… sembahyangnya. Jadi kita teruskan, supaya kita selesai dalam masa 10, 15, 20 minit, sebab apa yang kita hendak buat ini semua yang baik-baik belaka. Tidak ada yang kita hendak buat apa nama yang tidak baik. Sama ada Rang Undang-undang atau pun yang lain-lainnya, dan yang terbaik, insya-Allah.
Terima kasih. Pandangan yang baik, Dato’ Sri.
Ini cadangan saya.
Terima kasih, terima kasih. Sebelum dari itu saya ingin er… Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Usul ini telah dicadang dan disokong. Bukan Usul ini, Usul yang Titah Ucapan ya, yang dicadang dan disokong. Soalnya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan di Dewan ini untuk mendapat kelulusan.
Ahli-ahli Yang Berhomat yang bersetuju, sila nyatakan “ya”.
Ya.
Ahli-ahli Yang Berhomat tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada. Terima kasih. Baiklah, saya mengalu-alukan pandangan Yang Berhormat Exco sebentar tadi. ADUN Lanchang dah menyokong tapi saya ingin mengambil masa dalam 30 minit supaya Ahli-ahli Yang Berhormat mungkin boleh berehat, boleh… dan juga membolehkan…
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Ini Yang Berhormat Yang di-Pertualah yang hendak ini.
Tidak, Yang Berhormat, yang sebenarnya urus setia sedang menyiapkan beberapa perkara. Jadi dalam setengah jam sahaja, kami akan selesai insya-Allah. Jadi Yang Berhormat bolehlah er… keluar meregang-regangkan kaki tangan dan sebagainya. Mungkin boleh juga yang mana hendak sembahyang, solat boleh kita selesaikan.
This is Dewan Pahang. Inilah Dewan Pahang. [Ahli Dewan ketawa sambil menepuk meja]. Jadi, saya dikurniakan satu idea yang baik kerana kita dapat Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Exco, Ahli-ahli Dewan, pembangkang ataupun pihak kerajaan semuanya memberi kerjasama yang baik, kerana kita mempunyai satu nada, satu suara, satu perjuangan bahawa kita berkhidmat, bekerja untuk Pahang Darul Makmur.
Jadi dengan kata-kata itu insya-Allah kembalilah ke dalam Dewan, jangan cuba hendak lari-lari. Tolonglah saya penuhi kerusi-kerusi di Dewan ini untuk masa tempoh 1 jam sahaja, kerana kita jangan lupa sesungguhnya COVID ini berada di sisi kita. Kita seolah-olah mengandaikan bahawa kita ini tenang dan selamat dan sebagainya.
Jadi penularan COVID ini sudah berada di sisi kita. Ada anak kehilangan ibu bapa, ada ibu bapa kehilangan anak, suami isteri dan sebagainya. Ini satu tsunami COVID yang cukup bahaya. Walaupun kita menjalankan tugas sepertimana biasa anggaplah kita sekarang berada dalam norma baharu menjalankan tugas yang amanah dalam keadaan COVID yang sentiasa menanti dan mengancam kita.
Jadi, kita akan kembali dan berjumpa dalam pukul 2.45 petang. Saya tangguhkan Persidangan ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum WBT.
[Persidangan ditempohkan pada jam 2.21 petang]
[Persidangan disambung semula]
Rang Undang-UndangBill
Perkara Keempat (1) : Rang Undang-undang Enakmen Majlis Bandar Raya Kuantan 2021 DN 1/2021.
Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang akan membawa cadangan.
Bacaan Kali Pertama
Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Enakmen Majlis Bandar Raya Kuantan 2021.
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya menyokong Usul itu.
“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi menukar gelaran dan perkara-perkara lain yang berbangkit daripada pengurniaan taraf bandar raya kepada Majlis Perbandaran Kuantan”
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya mohon Rang Undang-undang tersebut, dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong Usul itu.
Bacaan Kali Kedua
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Majlis Bandar Raya Kuantan 2021, dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan,
“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi menukar gelaran dan perkara-perkara lain yang berbangkit daripada pengurniaan taraf bandar raya kepada Majlis Perbandaran Kuantan”
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong Usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Majlis ialah
“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi menukar gelaran dan perkara-perkara lain yang berbangkit daripada pengurniaan taraf bandar raya kepada Majlis Perbandaran Kuantan”
dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas. Tiada.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
dan yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.
“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi menukar gelaran dan perkara-perkara lain yang berbangkit daripada pengurniaan taraf bandar raya kepada Majlis Perbandaran Kuantan”
Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.
[Cokmar diturunkan]
Dalam Jawatankuasa
Fasal 1; Fasal 2; Fasal 3;
dan Fasal 4;
Fasal 1; Fasal 2; Fasal 3; dan Fasal 4; menjadi sebahagian daripada Undang-undang. Dengan ini saya mohon Ahli Yang Berhormat membuat cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon menyokong Usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Majlis Bandar Raya Kuantan 2021 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju.”
Setuju
Ahli–ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak.” Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[ Cokmar dinaikkan semula]
Bacaan Kali Ketiga
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Majlis Bandar Raya Kuantan 2021, dibaca bagi kali yang ketiga.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa:
“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi menukar gelaran dan perkara-perkara lain yang berbangkit daripada pengurniaan taraf bandar raya kepada Majlis Perbandaran Kuantan”
telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan.
Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca kali ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Majlis Bandar Raya Kuantan 2021 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju.”
Setuju.
Ahli–ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak.” Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Majlis Bandar Raya Kuantan 2021, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.
Perkara Keempat (2): Rang Undang-undang Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang 2021. Kertas DN 19/2021.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang membawa cadangan.
Bacaan Kali Pertama
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang 2021.
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya menyokong Usul itu.
“Suatu Enakmen untuk menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya”
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong Usul itu.
Bacaan Kali Kedua
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang 2021, dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan,
“Suatu Enakmen untuk menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya”
Saya mohon mencadang.
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong usul itu.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, YAB Dato’ Sri Menteri Besar Pahang dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri,
Saya akan membentangkan Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang dengan huraian Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang 2021. Enakmen yang dicadangkan bertujuan untuk menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang serta mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.
Rang Undang-undang ini mengandungi 10 bahagian dengan 63 Fasal sebagaimana yang telah disertakan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Majlis ialah
“Suatu Enakmen untuk menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya”
dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas. Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon maaf kerana RUU ini dibentang pada petang ini jadi tak sempat untuk dibaca habis tapi saya ada sedikit persoalan. Dalam RUU ini, adakah dimasukkan juga isu-isu projek yang terbengkalai?
Kalau… kerana kita sedia maklum banyak juga projek-projek terbengkalai di sekitar negeri Pahang terutamanya kalau lihat di Bentong ada beberapa projek terbengkalai sehingga kini. Jadi agak satu pembaziran dan juga kita harap kalau ia dimasukkan maka akan ada satu undang-undang yang lebih ketat dan ia boleh diguna semula, dan dibaiki semula lah sebagainya. Mungkin boleh buat sedikit penerangan. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan di-Pertua, Salah satu tujuan kita menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang ini adalah untuk kita mempercepatkan proses, mengenalpasti projek-projek yang bermasalah supaya ianya dapat diatasi dengan segera.
Saya ucapkan terima kasih kepada YB. Ketari kerana membangkitkan perkara ini dan itu juga merupakan hasrat penubuhan ini dan saya suka juga mengingatkan bahawa projek-projek terbengkalai ini ada yang projek daripada Persekutuan dan ada juga daripada Kerajaan Negeri.
Jadi dengan adanya Lembaga ini sudah tentu lah mana-mana projek yang Kerajaan Negeri berikan keutamaan tetapi yang Kerajaan Persekutuan pun kita akan ambil kira dan kita akan panjangkan pada Kerajaan Persekutuan. Ini bagi tujuan menyekat birokrasi dan mempercepatkan sekiranya satu-satu masalah yang berbangkit kemudian. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”
Setuju.
Dan yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.
“Suatu Enakmen untuk menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya”
[Cokmar diturunkan]
Dalam Jawatankuasa
Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.
Fasal 1 hingga Fasal 63.
Fasal 1 hingga Fasal 63; Menjadi sebahagian daripada Undang-undang. Dengan ini saya mohon Ahli Yang Berhormat membuat cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon menyokong Usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang 2021 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju.”
Setuju.
Ahli–ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak.” Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat
[ Cokmar dinaikkan semula ]
Bacaan Kali Ketiga
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang 2021, dibaca bagi kali yang ketiga.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa
“Suatu Enakmen untuk menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya”,
telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang 2021 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju.”
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak.” Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang 2021, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.
Perkara keempat (3): Rang Undang-undang Enakmen Perbadanan Taman Negeri Pahang 2021, Kertas DN 20/2021.
Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang akan membawa cadangan.
Bacaan Kali Pertama
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Enakmen Perbadanan Taman Negeri Pahang 2021.
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya menyokong Usul itu.
“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang 2021 dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya”
Bacaan Kali Kedua
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong Usul itu.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbadanan Taman Negeri Pahang 2021, dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan
“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang 2021 dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya”
Saya mohon mencadang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong Usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Majlis ialah
“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang 2021 dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya”
dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas. Tanah Rata, ingin berbahas?
Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
3 minit Yang Berhormat ya.
3 minit?
Ya.
Terima kasih. Saya cuba ringkaskan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya di sini ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak kerajaan bagi mengusahakan Perbadanan Taman Negeri Pahang ni bagi mewujudkan satu suasana untuk pengurusan yang lebih efisen dan cekap taman negeri ini. Namun begitu, saya… setelah kita meneliti RUU tersebut saya ingin mengambil perhatian pihak kerajaan bagi mengambil kira beberapa aspek supaya mengkaji semula RUU ini.
Pertamanya kita melihat pada objektif prinsip asas bagi membentuk Enakmen ini tidak termaktub dalam RUU ini. Kita boleh ambil contoh kalau berbanding dengan Enakmen Taman Negara Johor Tahun 1989 dalam Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor itu pendahuluan dia ada tulis. Saya juga ada print keluar.
Suatu Enakmen bagi mengadakan Peruntukan berkenaan dengan penubuhan dan sistem pengawalan taman-taman negara termasuklah pemeliharaan, pengurusan
sumber-sumber semulajadi dan kehidupan liar dan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan atau yang bersampingan dengan dia. Dan juga dalam Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor itu yang fasal 4 dia juga menyatakan tujuan menubuhkan taman-taman negara ialah untuk memelihara dan melindungi hidupan liar dan hidupan tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang mempunyai kepentingan dari segi kaji bumi, kaji purba sejarah atnologi dan lain-lain.
Tetapi apabila kita melihat pada RUU kita pada petang ini er… pada pendahuluan dia hanya saja suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang 2021. Ini kita boleh lihat bahawa er… Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor adalah lebih nyata dan jelas dari segi memelihara dan memulihara alam sekitar. Lepas itu kita tukar pada bahagian 2 Fasal 4 iaitu keanggotaan perbadanan ini. Kita lihat tiada perwakilan daripada NGO er… yang mesra alam sekitar dan kepakaran dari bidang berkaitan dan pemimpin komuniti tempatan.
Oleh itu, er… tetapi kita mendapati bahawa adanya 5 orang wakil yang akan dilantik oleh Dato’ Sri Menteri Besar tetapi dia ada kriteria disini. Oleh itu saya disini mencadangkan juga supaya kriteria wakil-wakil yang dilantik akan memasukkan seperti atas perlantikan dia memasuki kepakaran er… daripada bidang-bidang yang berkaitan katanya alam sekitar.
Dan juga kalau kita lihat Bahagian 4 Fasal 16 iaitu kewajiban perbadanan… kewajiban perbadanan saya rasanya perkataan kewajiban ini adalah kurang wajar sebab biasanya untuk RUU yang lain yang menubuhkan sesuatu perbadanan kata perkataan yang selalunya digunakan adalah fungsi kepada perbadanan fungsi dia dan bukannya kewajiban dia.
Oleh itu saya di sini untuk mengkaji semula guna perkataan ini dan juga beberapa Subfasal 16... Subfasal 16 saya rasanya perlu dikaji semula dengan lebih jelas iaitu yang A Subfasal 16A, apakah tujuan untuk mengenal pasti memperkenalkan mempromosikan Biodiversiti Taman Negeri apakah matlamat yang kita nak capaikan ini kita tak tahu saja tulis disana sahaja.
Dan Subfasal 16F… Subfasal 16F iaitu kenapa perlunya adanya pembangunan kediaman, perindustrian dan komersial untuk mempromosikan Taman Negeri Pahang ini khususnya perkataan ini perindustrian kenapa adanya perlunya perindustrian dalam Taman Negeri.
Apakah justifikasi kita untuk memerlukan perindustrian untuk mempromosikan Taman Negeri ini, kita nak tahu juga apakah justifikasi dia dan kenapa ada untuk perenggan G kenapa ada perkataan katanya membantu apakah perkataan ini membantu maksudnya sebab ini terlalu meluas dan tidak jelas.
So saya disini mohon penjelasan lebih terperinci dan yang… yang selain itu adakah juga pihak kerajaan perasan bahawa perenggan G dan I, Subfasal G dan I ini mereka bercanggah antara satu sama lain sebab Subfasal G menyatakan perbadanan ini membantu mengusaha, membangun dan menyelaras Taman Negeri, manakala I dia menyatakan perbadanan ini mengurus, mentadbir dan mengawal Taman Negeri. Jadi
disini timbulnya kekeliruan atas apakah fungsi utama, fungsi sebenarnya perbadanan ini.
Dan juga Bahagian 4 Fasal 17 iaitu Kuasa Am Perbandaran Subfasal D, donkey D apakah maksud ini pemeriksaan sebab kita nak mohon penjelasan juga apakah maksud pemeriksaan ini?.
Lepas itu Subfasal G… G perenggan G, Bahagian 4… Subfasal 17 SubFasal G. SubFasal G di sini dia kata terlibat dengan sebarang aktiviti komersial. Jadi bagi saya perkataan sebarang aktiviti komersial ini terlalu luas dia membuka ruangan yang amat besar untuk perbadanan ini.
Dan berikutnya Subfasal H memberi bantuan dalam apa jua bentuk kepada mana-mana pihak untuk membangunkan Taman Negeri, ini juga kuasa am ini terlalu luas.
Dan juga subfasal K melibatkan diri dalam mana-mana kontrak perjanjian dan perkiraan dengan mana-mana pihak atau pihak berkumpulan dan melakukan apa sahaja tindakan atau perkara yang perlu ada… yang perlu atau benar untuk dilaksanakan, ini juga kuasa yang diletakkan pada perbadanan ini terlalu luas.
Yang akhirnya Bahagian 6 Fasal 29… Bahagian 6 Fasal 29 iaitu penubuhan Taman Negeri. Di sini timbulnya satu soalanlah sebab Fasal ini seolah-olah membuka ruang kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mengambil alih tempat lain sebagai Taman Negeri Pahang sedangkan dalam jadual hanya satu Taman Negeri sahaja yang dimasukkan dalam jadual iaitu Taman Negeri Endau Rompin sahaja tapi melihat pada Fasal ini seolah-olah Pihak Berkuasa Negeri adanya motif nak mengambil alih tempat lain sebagai Taman Negeri.
Oleh itu saya di sini juga memohon er… saya sini juga mohon penjelasan yang seterusnya. Bagi saya kesimpulannya RUU ini dia lebih berbaur komersial berbanding dengan pemeliharaan dan pemuliharaan yang lestari sebab banyak perkataan membangun, mempromosikan info dalam RUU ini dia lebih berbaur komersial jadi tidak banyak perkara pemeliharaan pemuliharaan yang lestari disentuh dalam RUU ini.
Dan saya juga ada tanya pendapat daripada NGO-NGO dan stakeholder alam sekitar yang lain bahawa RUU ini tidak mengambil kira dan tidak menjalankan peninjauan ataupun perundingan umum, ataupun dengan izinnya public consultation er… apabila membentukkan dia. Jadi saya rasanya er… pendapat daripada stakeholder-stakeholder berkenaan ataupun kepakaran daripada NGO berkenaan mereka tidak diambil kira ataupun pendapatan… pendapat mereka tidak diambil kira. Bagi saya adanya sesuatu tidak kurang wajar.
Oleh itu saya di sini saya berpendapat bahawa RUU ini bagus. Saya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana ingin menjaga dan membentuk sebuah Taman Negeri yang bagus untuk negeri kita. Saya merakamkan penghargaan pada pihak kerajaan…
Yang Berhormat… Yang Berhormat masa dah cukup boleh Yang Berhormat pendekkan sikit apa yang perlu nak… Ya, sila.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, saya ringkaskan. Sebab saya rasa RUU ini kurangnya… kurang rapi dan kurang lengkap. Oleh itu wajarnya kita menjalankan perundingan dengan stakeholder- stakeholder yang berkenaan sebelum dia dibaca jadi disini saya memohon supaya untuk menangguhkan RUU ini sebelum mendapat pandangan daripada masyarakat civil dan stakeholder yang berkenaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Hormat Yang di-Pertua, Sebelum saya memberikan sedikit penerangan tentang apakah rasionalnya Kerajaan Negeri menubuhkan ataupun kita membawa Rang Undang-Undang ini, saya nak tanya Wakil daripada Tanah Rata stakeholder itu siapa? Saya nak tanya dia.
Terima kasih. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Stakeholder-stakeholder itu adalah katanya NGO-NGO mesra alam sekitar seperti PEKA, seperti Sahabat Alam semua itu adalah stakeholder adalah yang bukannya er… katanya takde lama punya tapi mereka betul-betul perjuangkan pemeliharaan dan juga pemuliharaan alam sekitar.
Dato’ Yang di-Pertua, Mereka itu NGO Yang Berhormat Yang di-Pertua mereka bukan stakeholder. Stakeholder ini adalah Wakil daripada Tanah Rata, Wakil daripada Semambu, Wakil daripada Bilut kerana kita diplih oleh rakyat itu tujuan dia.
Kalaulah semua mesyuarat ataupun Rang Undang-Undang nak kita luluskan nak tanya semua orang Yang Berhormat Yang di-Pertua, maka satu stadium itu ye dak, sebab setiap orang ada satu stadium itu pun tak cukup. Sebab itulah dalam sistem demokrasi berparlimen west minister ini diwakilkan kepada kita, iaitu Wakil-wakil Rakyat yang di pilih menerusi Pilihan Raya. Ha, ini dia stakeholders yang sebenarnya.
Jangan, jangan, jangan Yang Berhormat daripada apa… Tanah Rata confuse ataupun keliru. Mereka bukan stakeholders, mereka hanya NGO dan mereka tidak ada hak ya, mereka ahli-ahli NGO boleh memberikan pandangan mereka tetapi Kerajaan Negeri apabila kita membuat satu rang undang-undang, kita telah memikirkannya, apakah kesan dan apakah tujuan dan kesannya.
Jadi, saya… saya nak apa namanya menarik perhatian Wakil daripada Tanah Rata ya… yang 1, yang 2, yang 3 tadi saya tak dapat, saya tak dapat ambil your note,
dengan izin tetapi saya nak memaklumkan bahawa yang saya ingat dia bagi tahu bahawa Wakil daripada Tanah Rata menyebut tentang dia nak membandingkan RUU ataupun Enakmen Taman Negara Johor, ya betul?
Okey, saya nak maklumkan bahawa kita secara khususnya, kita telah meletakkan segala objektif dan tujuan untuk kita mengadakan rang undang-undang ini, RUU ini dan enakmen ini adalah pada kewajipan perbadanan tersebut. Ianya bukan hanya tertakluk kepada satu taman negeri, ianya juga tertakluk kepada seluruh kawasan-kawasan, saya nak sebut di sini ya, kawasan-kawasan sama ada… kita ada 145 kawasan-kawasan tersebut termasuklah zon tanah tinggi, zon semula jadi, zon pantai, pulau, rekreasi, sejarah, budaya dan agro ya. Saya nak bagi tahu juga kawasan-kawasan ini 31 destinasi ini disenaraikan bertaraf antarabangsa, 14 destinasi ini bertaraf domestik dan selain daripada 27 taman eko-rimba telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal.
Tujuan kita adalah, nak memastikan bahawa pengurusan taman-taman ini… taman-taman, saya minta maaf kalau dia tambah dua tu saya setujulah… sebab taman-taman, dia taman je ni, dia ni agak confuse sikit, dia sepatutnya taman-taman termasuklah kawasan-kawasan seperti Lentang, termasuklah kawasan-kawasan seperti air terjun di Bentong apa nama? Chamang. Ini semuanya kita perbadankan supaya ada satu badan yang mempunyai punca kuasa untuk mereka memastikan bahawa taman-taman ini bukan setakat dijaga tetapi juga ianya memberikan pendapatan kepada Kerajaan Negeri.
Sebagai contoh dan kita tahu bahawa Kerajaan Negeri tidak mampu untuk menguruskan semuanya. Kita akan bagi kepada pihak individu, kepada pihak apa namanya ini, ini… swasta ataupun persendirian yang mempunyai kepakaran kerana kita tahu tak disebabkan oleh COVID ini kita kehilangan RM6 bilion duit terutama sekali daripada kehadiran pelancong. Daripada RM13 bilion tinggal tujuh daripada 13 er… 14… hampir RM14 juta kepada RM7 juta sahaja.
Jadi, kerana sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk kita reset, untuk kita pastikan bahawa taman-taman ini, taman-taman ini bukan sahaja setakat kita menjaga flora dan faunanya tetapi juga dalam masa yang sama kita nak pastikan bahawa taman-taman ini dijaga. Ini bila kita check taman ni dijaga oleh siapa? Ini dijaga daripada JKKK. Kalau JKKK kita tidak ada punca kuasa untuk kita panggil JKKK tersebut untuk kita train mereka, tak ada. Ini tujuan dia supaya taman-taman kita ini dia bertaraf antarabangsa, tak ada lagi telefon, SMS ke saya… “Dato’, tak apa ni… tandas teruk Dato’”, “Dato’, apa namanya sampah berselerak Dato’”, tak ada lagi.
Ini tujuan dia, tapi mesti ada satu badan yang mempunyai punca kuasa dan semua…semua taman-taman ini, sama ada mereka hutan lipur ataupun rekreasi, sejarah dan sebagainya…mereka akan dimasukkan ya ke dalam apa yang kita katakan perbadanan ini dan kita perbadanan ini akan pegang bagi pihak Kerajaan Negeri dan dalam masa yang sama dia tidak akan di hak milik kepada siapa-siapa.
Jadi, sebab itulah Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita buat ini selelah kita mengkaji, mengkaji kegagalan yang telah kita buat. Kita belajar daripada kegagalan kita, bagaimana kita mengurus. Saya respect Jabatan Hutan, terima kasih kepada Pengarah tapi Jabatan Hutan kerja dia bukannya nak collect apa namanya to
commercialize taman-taman ini. Mereka ada kerja hakiki mereka iaitu conservation menjaga hutan… ini Jabatan Hutan.
Jadi, sebab itulah sama ada ianya di bawah Majlis Perbandaran, ianya di bawah Dewan Perbandaran, Majlis Daerah ataupun Pejabat Hutan ataupun lain-lain yang kepunyaan Kerajaan Negeri, maka perbadanan ini nantilah yang akan menguruskannya nak memastikan supaya ianya dapat kita capai kepada standard ya, maknanya they will be a apa new source of income, dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua seperti yang disebut saya lupa dah ADUN mana sebut tadi. Hah… tak pun Tanah Rata juga, dia yang sebut.
Yang lain-lain ini Yang Berhormat Yang di-Pertua ya, yang lain-lain ni saya rasa jelas bahawa matlamat kita hanyalah satu nak mempastikan bahawa taman-taman negeri it’s not taman negeri. Minta maaf… taman-taman negeri dijaga dengan baik untuk kita wariskan kepada generasi yang akan datang. Kalau kita bagi kepada mereka yang tidak mempunyai kepakaran kerana punca kuasa yang kita tidak ada, maka susah ya kita tengok Mossy Forest ye dak… bagaimana taman apa namanya Mossy Forest sebagai contoh, ini sebagai contohlah dan taman-taman yang lain. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah sikit?
ADUN Beserah, sila. Bolehlah.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya hanya ingin memberi sedikit pandangan berkaitan dengan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanah Rata. Ada valid juga point yang dia beri kepada kita. Contohnya dalam Fasal yang berkaitan dengan anggota perbadanan ini. Kita boleh buat sedikit pindaan 5 orang wakil yang dilantik oleh Menteri Besar itu boleh kita specifykan dari sudut kepakaran mereka di dalam menjaga dan juga memulihara persekitaran alam sekitar dan ekosistem. Kalau kita boleh specifykan dia akan merungkaikan banyak orang kata keresahan dan juga salah tafsir daripada perundangan perlembagaan yang telah… yang kita cuba untuk er… apa ni perbadankan ini.
Yang kedua, saya rasa apa yang dikhuatirkan oleh sahabat daripada Yang Berhormat Tanah Rata tadi, boleh kita lihat ada dalam Fasal 50 dalam bentuk kesalahan dan penalti dinyatakan dengan jelas skop yang boleh do’s and don’t, dengan izin. Ada perkara yang tidak boleh dilakukan oleh perbadanan ini termasuklah membuat apa-apa, mengeluarkan apa-apa mineral, mengeluarkan sebarang spesies flora dan fauna, melaksanakan sebarang aktiviti. Itu semua yang tak boleh dah, maksudnya kalau kekeliruan timbul dalam fasal yang sebelum ini, telah dijawab dalam Fasal 50. Dia ada bidang kuasa yang dibatasi.
Oleh itu, saya rasa saya bersetuju dan menyokong RUU ini, cuma perlu dimasukkan clause melibatkan kepakaran ini, pihak-pihak yang berkepakaran di dalam menguruskan perbadanan ini. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya nak menambah sedikitlah pandangan daripada Tanah Rata minta RUU ini ditangguhkan dulu saya rasa satu permintaan yang akan juga menangguhkan perkara yang baik untuk negeri kita. Sebab enakmen ini Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita boleh pinda kemudiannya kita luluskan dulu hari ni ya. Sekiranya ada apa-apa perkara yang berbangkit kemudian, yang mungkin kita rasakan perlu untuk kita tambah baik, kita masih boleh pinda enakmen tersebut.
Jadi, saya rasa tidak perlu sepertimana cadangan Tanah Rata untuk tangguh dan berkenaan dengan keanggotaan walaupun Tanah Rata tadi menyebut perlu dispesifikkan. Saya kira Kerajaan Negeri, tentunya Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan menimbangkan ahli-ahli lantikan ini, mereka yang memang relevan ya, dengan taman-taman negeri. Takkan dia nak lantik orang yang tak relevan ya, orang yang tak boleh nak bercakap, orang yang tak tahu berkaitan dengan taman negeri.
Jadi, saya kira RUU yang kita kita bentang hari ini, perlu kita luluskan dan tidak perlu untuk kita tangguhkan kerana penangguhan sekiranya dibuat juga akan menangguhkan lagi perkara yang baik untuk negeri kita. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya menyokong cadangan tersebut. Terima kasih.
Menyokong ya. Baik, pihak kerajaan ada nak memberi ulasan lagi? atau boleh kita buat pengundian.
Terima kasih kepada Wakil daripada Tanah Rata, Wakil daripada Beserah dan juga sahabat saya Wakil daripada ini Exco Kerajaan Negeri iaitu Kuala Sentul. Insya-Allah, Yang di-Pertua niat kerajaan, suci. Niat kita adalah untuk kita memelihara. Soal istilah dan sebagainya ini seperti yang dinyatakan oleh sahabat kita, kita boleh pinda,
Kerana itulah kalau kita tengok apa yang di bawa Rang Undang-undang sebelum ini yang di bawa oleh wakil kita iaitu Exco Perumahan bahawa Rang Undang-undang apa enakmen itu sudah ada dah, tetapi Enakmen Perbandaran. Sekarang dibawa untuk dipinda kerana apa, kerana sekarang ini Bandar Kuantan telahpun dinaikan taraf sebagai Banda Raya.
Jadi sebab itulah kita perlukan pandangan, sebab itulah kita ada pembangkang dan kerajaan supaya dia ada check and balance, di dalam kita membuat apa-apa keputusan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Ya..
Er… Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya tertarik bila ADUN Tanah Rata bangkit tentang stakeholder, makna stakeholder kan. Mereka yang ada kepentingan. Hanya saya nak tanya, bila kita gubal Akta Dadah Berbahaya ini, adakah stakeholdernya penagih dadah, pengedar dadah, pengedar ni trafficker ni dikira stakeholder sebab dia kepentingan dengan dadah ni.
Jadi, saya tak tahu mungkin kita boleh buat kajian, apabila kita buat Akta Dadah Berbahaya ini tadi pihak kerajaan memanggil semua pengedar-pengedar dadah yang hebat ini tadi dan juga er… apa ini penagih-penagih dadah kita tanya, kita akan buat Akta Dadah Berbahaya misal contohnya. Boleh buat begini?
Saya rasa stakeholder ini… macam tadi, balik kepada apa yang disarankan oleh sahabat saya ni Wakil Lanchang, ini Exco Kerajaan Negeri. Stakeholder ni kita kena diwakili oleh reliable stakeholder, bukan pihak-pihak yang kita rasakan ada kepentingan secara direct sebagai contoh tadi akta… Akta Dadah Berbahayalah. Saya tak rasa kerajaan libatkan pengedar-pengedar dadah, waima penagih-penagih dadah pun dalam penggubalan akta seumpama itu, yang pentingnya kita tengok what is our priority. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua…
Yang Berhormat saya ingat kita… kita, Yang Berhormat Tanah Rata, sila duduk Yang Berhormat ya.
Tuan…
Yang Berhormat duduk… duduk dulu. Saya ingat saya dah bagi masa yang cukup panjang dan juga ulasan-ulasan pun dah jelas daripada pihak kerajaan. Jadi sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
SEBAHAGIAN AHLI-AHLI DEWAN
Setuju
Yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”.
SEBAHAGIAN AHLI-AHLI DEWAN
Tidak
Saya ulang lagi sekali Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
SEBAHAGIAN BESAR AHLI DEWAN
Setuju
Yang tidak setuju, sila nyatakan “Tidak”.
SEBAHAGIAN KECIL AHLI DEWAN
Tidak
Saya dapati suara setuju lebih ramai daripada tidak setuju. [Ahli Dewan menepuk meja]. Jadi Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.
“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang 2021 dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya.”
Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.
[Cokmar diturunkan]
Dalam Jawatankuasa
Fasal 1 hingga Fasal 56.
Fasal 1 hingga Fasal 56, menjadi sebahagian daripada Undang-undang. Dengan ini saya mohon Ahli Yang Berhormat membuat cadangan.
Minta maaf Yang Berhormat Yang di-Pertua, Dato’ Sri Menteri Besar dia ketawakan saya sebab saya tak sabar-sabar nak naik [ketawa] tak sabar-sabar nak bangun. Sepatutnya Yang Berhormat Yang di-Pertua dulu kena baca.
Ayat tak habis nak naik, naik apa?. [ketawa]. Sila.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Pengerusi... Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon menyokong Usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Perbadanan Taman Negeri Pahang 2021 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
SEBAHAGIAN BESAR AHLI DEWAN
Setuju
Ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
SEBAHAGIAN KECIL AHLI DEWAN
Tidak
Suara bersetuju lebih ramai daripada tidak. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. [ Cokmar dinaikkan semula ]
Bacaan Kali Ketiga
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbadanan Taman Negeri Pahang 2021, dibaca bagi kali yang ketiga.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa:
“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang 2021 dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya”,
telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujui dengan tanpa pindaan.
Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua, saya mohon menyokong Usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Perbadanan Taman Negeri Pahang 2021 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju
Ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”.
Terima kasih. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbadanan Taman Negeri Pahang 2021, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.
Perkara Keempat (4): Rang Undang-undang Enakmen Biodiversiti Pahang 2021. Kertas DN 21/2021.
Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang membawa cadangan.
Bacaan Kali Pertama
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Enakmen Biodiversiti Pahang 2021.
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya menyokong Usul itu.
”Suatu Enakmen untuk menubuhkan Majlis Biodiversiti Pahang dan Pusat Biodiversiti Pahang dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya”
Yang Berhormat Dato‘ Yang di-Pertua, saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong Usul itu.
Bacaan Kali Kedua
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Biodiversiti Pahang 2021, dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan,
”Suatu Enakmen untuk menubuhkan Majlis Biodiversiti Pahang dan Pusat Biodiversiti Pahang dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya”
Saya mohon mencadang.
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong Usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Majlis ialah
“Suatu Enakmen untuk menubuhkan Majlis Biodiversiti Pahang dan Pusat Biodiversiti Pahang dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya”
Dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas. Tiada. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang...
Tuan Yang di-Pertua.
YB. Tanah Rata. Masa saya bagi tiga minit ya.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Untuk Rang Undang-undang yang Majlis Biodiversiti Pahang ini sama juga, perkara yang sama yang saya akan bangkitkan iaitu Bahagian, Dua Fasal Keempat; Keahlian Majlis, iaitu kalau berbanding dengan Rang Undang-undang sebelum ini ia adalah lebih... bagi saya adalah lagi teruk, sebabnya dia tiada Wakil daripada Kerajaan Persekutuan dan juga apa yang saya kata tadi, tiada Wakil daripada stakeholder-stakeholder yang berkenaan.
Apabila saya kata stakeholder-stakeholder yang berkenaan iaitu saya maksudnya alam sekitar ini, alam sekitar ini adalah kurniaan Tuhan kepada kita manusia. Kita setiap manusia adalah kepentingan pada bumi yang kita pijak ini. Oleh itu kita setiap orang pun stakeholder. Okey, saya faham, saya faham saya stakeholder dalam Dewan ini sebab saya mewakili er… rakyat-rakyat yang perlu saya bantu.
Dan pada masalah ini ialah kalau kita memerha… kita meneliti ketiga-tiga Rang Undang iaitu Rang Undang-Undang yang sebelum itu iaitu Perbadanan… Perbadanan Taman Negeri Pahang dan yang ini Majlis Biodiversiti ini, rang… Rang Undang-Undang ini, dia diletakkan pada meja kita, Ahli-ahli Dewan, dia letak di meja kita pada hari Isnin ini. Dia bukannya kita diberitahu sebelum ini.
Oleh itu, bukan sahaja Ahli-Ahli Dewan Negeri er… Ahli-ahli Dewan dalam Sidang Dewan Yang Mulia ini tiada masa untuk mengkaji. Orang di luar, kepakaran di luar, mereka pun tidak ada masa untuk mengkaji.
Itu sebabnya saya kata, kita perlu masa untuk meninjau pendapat daripada kepakaran er… daripada bidang yang berkenaan. Apabila saya kata stakeholder daripada bidang berkenaan, itu bermaksudnya mereka tentulah adalah kepakaran masing-masing dan bukannya orang yang bukan-bukan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat er… Yang Berhormat Benta. Penagih dadah, apa ni semua orang-orang bukan… orang bukan-bukan. Mestilah orang stakeholder yang ada ke…
Yang Berhormat… Yang Berhormat Tanah Rata, lebih baik Yang Berhormat berhujah terus, apa masalah atau isu yang nak dibangkitkan. Okey.
Er… terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang saya nak bawa ialah juga keahlian untuk Majlis Biodiversiti ini tidak begitu lengkap dan tidak begitu er… kita katanya dengan izinnya kata comprehensive sebab hanya wakil-wakil daripada Kerajaan Negeri saja. Tidak ada wakil daripada Kerajaan Persekutuan.
Dan kalau kita lihat pada er… Fasal M, tidak melebih 10 ahli yang dilantik oleh Menteri Besar dan disini saya mencadangkan supaya kalau er… kalau pihak kerajaan nak pinda pada masa yang akan nanti, saya harap kerajaan boleh letakkan kriteria-kriteria yang tertentu untuk 10 ahli yang dilantik ini supaya mereka betul-betul mempunyai kepakaran daripada bidang-bidang yang tertentu dan berkaitan.
Ini yang saya harapkan dan saya rasanya ini juga tidak begitu dengan izinnya tidak comprehensive. Dan sekian terima kasih.
Terima kasih. Pihak kerajaan ada memberi ulasan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya ingin memaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat khususnya daripada Tanah Rata. Apa yang kita buat ini kita telah bincang dengan teliti dan kita telah pun kemukakan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri supaya menilai apa yang kita buat dan er… ada clause-clause tertentu yang kita tidak muktamadkan.
Maksudnya ialah macam perlantikan. Lima orang, kita tidak sebut dengan jelas supaya ini tidak mengekang kita untuk melantik er… mereka yang daripada golongan profesional dan er… sudah pastilah apa yang kita bentang pada hari ini adalah untuk membawa er… kebaikan kepada negeri Pahang.
Sebab sebelum ini tidak ada satu badan yang khusus, seperti mana yang berlaku di Chini sebagai contohnya. Jadi dengan adanya Majlis Biodiversiti ini, saya percaya ada usul-usul di mana sebelum sesuatu tindakan dibuat, Majlis ini akan dapat membantu Kerajaan Negeri ini memberi pandangan dan sebagainya.
Jadi berkenaan dengan perlantikan ini, saya harap Yang Berhormat Daripada Tanah Rata jangan bimbang. Takkanlah kita nak lantik orang yang tidak ada kepakaran sebagai contohnya. Kerana tujuan kita menubuhkan ini adalah untuk membantu Kerajaan Negeri. Sudah tentulah kita akan lantik daripada golongan profesional.
Dan ini boleh dapat dilihat sepertimana kita tubuh Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands. Dimana kita tentukan ada golongan profesional didalamnya. Ada engineer dan sebagainya. Dan kita dapati Alhamdulillah setakat ini, keadaan di Cameron Highlands bertambah elok. Banyak tanah-tanah yang telah didaftarkan. Kita tidak membuat rampasan sewenang-wenangnya, malah kita berbincang dengan mereka yang er… mengerjakan tanah tersebut secara haram.
Jadi ini adalah perkara yang saya ingat bukan besar sangat. Yang penting kita dah masuk, ada 5 orang dalam tu, dan kerajaan negeri 10, 10 ini ramai. Kita boleh letak engineer, kita boleh letak arkitek, alam sekitar… pakar alam sekitar dan sebagainya.
Jadi, boleh tengok insya-Allah bila ia dilaksanakan kalau umur kita panjang, ada rezeki dalam Dewan ini, kita boleh lihat nanti apakah bila dengan adanya penubuhan ini, adakah ianya lebih baik daripada tidak adanya Majlis Biodiversiti ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya nak sikit je menambah Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun menjawab apa yang telah dinyatakan oleh wakil daripada Cameron Highlands er… wakil daripada Tanah Rata.
Cumanya, antara lain nya Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita nak ada satu Majlis yang mempunyai punca kuasa. Pertamanya, melindungi kelestarian alam sekitar di negeri Pahang dan dalam masa yang sama juga, mereka juga dapat er… menjadi pelindung kepada harta intelektual yang berkaitan dengan bio… biologi.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya nak maklumkan bahawa berapa banyak orang patent, orang buat trademark, kompaun di dalam tumbuhan-tumbuhan kita. Sedangkan tumbuhan-tumbuhan kita itu daripada negeri Pahang. Bila kita nak buat research, kita terpaksa er… kita terpaksa ambik, minta kebenaran daripada dia.
Saya mempunyai pengalaman ketika saya memegang Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, dimana dia ada geran, sebanyak RM1 juta diberikan kepada mereka yang mempunyai er… apa nama nya mempunyai ini… ini kajian… pengajian… research.
Apabila, kerana kita tidak ada enakmen seperti ini, tidak ada kuasa seperti ini, apabila selesai habis duit RM1 juta tu, kemudian kita bagitahu sebab kita terpaksa buat agreement dengan dia. Tapi, apabila kita buat itu, apabila sampai pada peringkat mereka patern, mereka patern atas nama mereka sendiri.
Jadi banyak sebenarnya kompaun-kompaun, tumbuh-tumbuhan, fauna dan flora yang ada di situ, yang sebenarnya dianya boleh dapat manfaat kepada Kerajaan Negeri, tetapi Kerajaan Negeri terpaksa… terpaksa membiarkan sahaja kerana kita tak ada punca kuasa.
Dengan adanya Majlis ini, sesiapa sahaja yang ingin datang untuk membuat research tentang tumbuh-tumbuhan. Manalah tahu, ada tumbuh-tumbuhan yang besok boleh er… boleh menyembuhkan penyakit COVID sebagai contoh, kita pun tak tahu, maka dia terpaksa melalui majlis ini dan Majlis Biodiversiti ini untuk kita apa nama nya er… untuk kita pertimbangkan dan IP nya ataupun Intellectual Property ataupun harta inteleknya dia terpaksa kongsi, ianya atas kepunyaan negeri Pahang ataupun kita terpaksa berkongsi dengan kita. Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih.
Yang berhormat. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Terima kasih dan yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.
Suatu Enakmen untuk menubuhkan Majlis Biodiversiti Pahang dan Pusat Biodiversiti Pahang dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.
Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.
[Cokmar diturunkan]
Dalam Jawatankuasa
Fasal 1 hingga Fasal 52.
Fasal 1 hingga Fasal 52, menjadi sebahagian daripada Undang-undang. Dengan ini saya mohon Ahli Yang Berhormat membuat cadangan. Yang Berhormat…
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi… Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya menyokong usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Biodiversiti Pahang 2021 dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
SEBAHAGIAN BESAR AHLI DEWAN
Setuju.
Ahli–ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”.
SEBAHAGIAN KECIL AHLI DEWAN
Tidak.
Suara majoriti lebih besar daripada suara tidak. Dengan itu, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Cokmar dinaikkan semula]
Bacaan Kali Ketiga
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Biodiversiti Pahang 2021, dibaca bagi kali yang ketiga.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua, Saya mohon memaklumkan bahawa
“Suatu Enakmen untuk menubuhkan Majlis Biodiversiti Pahang dan Pusat Biodiversiti Pahang dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya”
telah dipertimbangkan dan dalam Jawatankuasa dan dipersetujui dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca kali ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya juga nak maklumkan bahawa antara lain kenapa kita buat, kita membawa Rang Undang-undang Enakmen Biodiversiti ini kerana Yang Amat Berhormat Menteri Besar pernah menyebut tentang keperluan punca kuasa ini di dalam ucapan ataupun pembentangan belanjawan tahun 2019 bagi Bajet tahun 2020, 2 tahun yang lepas sebelum kita menghadapi COVID ini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua, Saya mohon menyokong usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Biodiversiti Pahang 2021 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju.”
Setuju.
Ahli–ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”.
SEBAHAGIAN KECIL AHLI DEWAN
Tidak.
Suara setuju lebih ramai daripada tidak, terima kasih. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Biodiversiti Pahang 2021, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.
USUL
Perkara Ke-5: Usul.
Perkara Ke-5 (1) - Usul Pelantikan Ahli Dewan Negara (1)
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk membawa satu usul di Dewan Yang Mulia ini yang berbunyi
“Bahawa Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini, bersetuju melantik YH. Dato’ Ajis bin Sitin, DIMP., AMP. menjadi Ahli Dewan Negara menurut kehendak Perkara 45 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan selama tiga (3) tahun mulai tarikh angkat sumpah jawatan”
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, Saya ingin menyentuh sedikit mengenai latar belakang Dato’ Ajis Sitin. Beliau dilahirkan di Kuala Lipis, berasal daripada Kampung Orang Asli Kuala Koyan, daripada suku kaum Semai. Beliau memiliki kelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Kepujian Kelas Ke-2. Beliau memulakan tugasnya sebagai Jurutera Kerja Jalan di JKR Pahang, sebelum itu pernah berkhidmat dengan syarikat swasta.
Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli dan saya harap dengan perlantikan beliau ini dapat membantu Kerajaan Negeri dan juga dapat memperkemaskan lagi masyarakat Orang Asli di negeri Pahang yang kita percaya masih banyak lagi yang perlu kita lihat untuk membantu mereka ini. Saya percaya dengan kelulusan dan pengalaman yang ada pada Dato’ Ajis Sitin, beliau boleh melaksanakan tugasnya sebagai seorang Senator. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sila YB.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya memohon menyokong usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan disokong oleh Yang Berhormat Padang Tengku. Dengan ini, saya buka Usul ini untuk dibahas. Tiada. Usul ini telah dicadang, disokong dan dibahas. Tiada perbahasan.
Soalannya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini, sila nyatakan “Ya”.
Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Usul tersebut diluluskan [Ahli Dewan menepuk meja]. Terima kasih.
Perkara Ke-5 (2) - Usul Pelantikan Ahli Dewan Negara (2)
YAB. Menteri Besar Pahang membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk membawa satu usul di Dewan Yang Mulia ini yang berbunyi
“Bahawa Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini, bersetuju melantik YH. Dato‘ Juhanis binti Abd Aziz, DIMP., AMP., AMN., PPN. menjadi Ahli Dewan Negara menurut kehendak Perkara 45 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan selama tiga (3) tahun mulai tarikh angkat sumpah jawatan”
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, Saya ingin memaklumkan serba sedikit latar belakang Dato’ Juhanis. Beliau merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Temerloh dan telah pun memegang pelbagai jawatan di dalam NGO dan juga dalam politik.
Sebagai contohnya dalam NGO pernah menyandang jawatan sebagai Ahli Majlis Majlis Daerah Temerloh, Majlis Perbandaran Temerloh. Selepas itu, Persatuan Ibu Tunggal Daerah Temerloh, PERKIM Wanita Temerloh, lebih kurang 14 jawatan yang beliau sandang dalam NGO dan begitu penglibatan beliau dalam politik bermula semenjak daripada tahun 1988. Saya percaya dengan perlantikan beliau sebagai
Senator akan dapat membantu Kerajaan Negeri untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat di negeri Pahang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ada sokongan?
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon menyokong usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan saya kira ini adalah satu pengiktirafan yang sangat tinggi yang diberikan kepada kepimpinan wanita di negeri Pahang sempena Hari Wanita pada hari ini [Ahli Dewan menepuk meja] dan bagi pihak wanita di seluruh negeri Pahang, sekali lagi saya merakamkan setinggi penghargaan dan saya yakin mungkin selepas ini lebih ramai lagi yang akan dilantik, bukan saja menganggotai Ahli Dewan Negara tetapi akan menjadi Ahli Dewan Rakyat dan juga akan menambah lagi bilangannya di Ahli Dewan Negeri. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih. Usul ini telah dicadang, disokong dan dibahas. Soalannya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini, sila nyatakan “Ya”.
Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Usul tersebut diluluskan.
Urusan-Urusan Am
Perkara Ke-6: Urusan-urusan Am.
Kertas-kertas Mesyuarat.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019: Penyata Kewangan dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri Pahang Kertas DN 2/2021
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019: Siri 1 Pengurusan Aktiviti Jabatan/Agensi Negeri Pahang Kertas DN 3/2021
Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) Berakhir 31 Disember 2019 Kertas DN 4/2021
Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Berakhir 31 Disember 2019 Kertas DN 5/2021
Penyata Kewangan Perbadanan Muzium Negeri Pahang Berakhir 31 Disember 2019 Kertas DN 6/2021
Penyata Kewangan Majlis Bandar Raya Kuantan Berakhir 31 Disember 2019 Kertas DN 7/2021
Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Temerloh Berakhir 31 Disember 2019 Kertas DN 8/2021
Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Bentong Berakhir 31 Disember 2019 Kertas DN 9/2021
Penyata Kewangan Majlis Daerah Pekan Berakhir 31 Disember 2019 Kertas DN 10/2021
Penyata Kewangan Majlis Daerah Lipis Berakhir 31 Disember 2019. Kertas DN 11/2021.
Penyata Kewangan Majlis Daerah Jerantut Berakhir 31 Disember 2019. Kertas DN 12/2021
Penyata Kewangan Majlis Daerah Cameron Highlands Berakhir 31 Disember 2019. Kertas DN 13/2021
Penyata Kewangan Majlis Daerah Maran Berakhir 31 Disember 2019. Kertas DN 14/2021
Penyata Kewangan Majlis Daerah Rompin Berakhir 31 Disember 2019. Kertas DN 15/2021
Penyata Kewangan Majlis Daerah Bera Berakhir 31 Disember 2019. Kertas DN 16/2021
Penyata Kewangan Majlis Daerah Raub Berakhir 31 Disember 2019. Kertas DN 17/2021
Penyata Kewangan Tourism Pahang (PKBF) Berakhir 31 Disember 2019. Kertas DN 18/2021
PENANGGUHAN
PenangguhanAdjournment
Perkara Ketujuh: Penangguhan
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Sebelum saya membagi Yang Amat Berhormat Menteri Besar membawa Usul Penangguhan, sukacita saya memaklumkan saya telah mendapat satu nota permintaan daripada ADUN Pelangai untuk memberikan sedikit penghujahan di Dewan Yang Mulia ini. Sebelum saya izinkan, sukacita saya maklumkan bahawa Yang Berhormat Pelangai mulai menjadi ADUN pada tahun 1986 Penggal Ke-7 dan sekarang Penggal Ke-14. ADUN 2 Penggal, Exco 2 Penggal dan Menteri Besar 4 Penggal.
Sekarang berusia 71 tahun dan saya nampak masih lagi sihat dan segar. Jadi saya sebagai Yang di-Pertua Dewan merasakan bahawa kehadiran beliau patutlah kita hargai, dan saya tahu dengan pengalaman yang matang hampir 35 tahun dalam Dewan Yang Amat Dato’ Sri sudah tentu memahami peraturan-peraturan, Standing Order, semuanya mahir dalam kepalanya. Sudah tentu saya percaya beliau akan mengikuti dan akan menunjukkan segala pandangan bersandarkan kepada Standing Order yang kita tahu. Malah beliau lebih arif lagi, tambah pula merupakan seorang pelajar undang-undang.
Jadi tak perlulah saya ulas panjang, hanya saya nak mengingatkan kepada Yang Berhormat ADUN Pelangai, oleh kerana kita telah bermula sejak jam 9.30 pagi tadi. Jadi mengikut arahan Kementerian Kesihatan dan MKN kita tidak dibenarkan terlalu lama dalam Dewan kerana apa ni penularan COVID-19 yang begitu berleluasa sekali dan suka saya memaklumkan bahawa seorang urusetia kita telah pun di suspek sebagai COVID-19. Jadi kemungkinan masa yang agak tertentu Yang Berhormat
ADUN Pelangai bolehlah menyampaikan idea-ideanya di Dewan Yang Mulia ini. Dengan segala hormatnya saya mempersilakan ADUN Pelangai.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Awak boleh dengar ya, jelas ya. Tuan Yang di-Pertua, COVID ini, dia punya virus itu, keluar melalui 2 lubang. Lubang mulut, lubang hidung. Dia masuk pula melalui 3 lubang, lubung mulut, lubang hidung, mata. Itu sebab pakai cermin mata ini. Tak sempat nak menghadiah satu kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, satu kepada Tuan Yang di-Pertua. Tetapi elok juga tak hadiahkan, takut dia orang kata tumbuk rusuk sebab nak ambik peluang berucap.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Pertama sekali saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana beri saya peluang bercakap. Kata-kata manis tadi merupakan pujian yang agak tinggi tapi saya nak katakan memanglah saya telah masuk Penggal Ke-8 menjadi ADUN di negeri Pahang ini. Walau apapun saya mengambil kira pesanan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua supaya mematuhi masa. Jadi saya boleh bercakap 3 minit, boleh 15 minit, boleh 20 minit, pagi esok pun boleh tapi saya ambil kira keadaan kita pada masa ini maka saya akan sebut mengikut point aje. 1, 2, 3, 4, 5 dan kalau boleh sama banyak.
Perkara yang saya nak bawa ini adalah yang berkaitan dengan kepentingan rakyat tapi sebelum itu elok juga saya katakan, saya tak dapat hadir sebelum ini terutamanya buat COVID test tu, hari Selasa. Kemudian itu seluar pula entah ke mana, pergi letak. Tak berjumpa. Tadi bersiap-siap nak basuh seluar tengok-tengok dapat tau pula Dewan hari akhir. Maka jaket saya dan seluar dah lain, dah jenis patut dia mesti sama. Kalau nak lain, ini mengajar cara dress code. Kalau jaket lain seluar lain, mesti dia lawan warna, kalau jaket hitam seluar cerah. Kalau seluar hitam jaket cerah, tak apa tapi kalau sama-sama warna ini tak kena, tapi tak ada arahlah. Nak pakai kain pelekat kang nampak dak orang tak kena juga.
Yang seterusnya Titah Diraja sebagaimana biasa, mantap. Nampak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja Pahang seperti juga Paduka ayahanda Tuanku Yang di-Pertuan Agong, seperti juga Paduka Nenda Almarhum Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah, prihatin dan sentiasa meletakkan kepentingan negeri kedepan daripada kepentingan segala-galanya dan ucapannya amat... titah atau Titah Diraja ini amatlah mantap dan kita ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana sedikit sebanyak menyediakan bahan-bahan Titah Diraja tersebut.
Saya sempat mendengar di hujung telinga, Ucapan Penggulungan Yang Amat Menteri Besar. Saya nak menyatakan penghargaan saya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Seorang pemimpin yang prihatin memahami denyut nadi rakyat dan semasa menjawab Ucapan Perbahasan 16 anggota Dewan walaupun tak hadir saya tahu 16 orang berucap. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah memberikan jawapan yang saya sendiri berasa sangat sukacita jelas bahawa apa yang saya sebutkan selama ini bahawa Yang Amat Berhormat adalah Menteri Besar yang prihatin kepada rakyat. Insya-Allah akan dipandu, diberi hidayah oleh Allah SWT untuk memimpin seterusnya.
Apabila Yang Amat Berhormat menjawab soalan dari Beserah. Minta maaf bukan Beserah sebelum itu, dari Bilut yang minta supaya dipertimbangkan urusan pengkebumian mangsa COVID-19. Saya ucap tahniah kepada kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah mengwujudkan tabung pengurusan kematian COVID-19. Selain daripada itu, saya ingin sebutkan sikit apa yang saya tahu tentang COVID. Kita kena ingat ya, bila kita vaksin kali pertama, kali kedua, dia bukan gerenti kepada kita tidak kena COVID.
Ini kena ingat, kita dah vaksin tu, itu hanya untuk build up, dengan izin. Kita punya antibodi punya sistem untuk melawan virus yang mungkin datang nanti dan er... untuk makluman, selepas vaksin pertama, vaksin kedua antibodi kita adalah rendah. Seorang kawan saya bila pergi cek antibodi lavel dia 30 patut 150. Kawan kepada dia kosong, dan ada sorang kawan saya pula, dia vaksin bulan dua, kena COVID bulan 5.
Satu yang baiknya, paru-paru dia tidak terjejas, dia boleh lagi treadmill 12 kilometer tanpa letih. Paru-paru sihat sebab vaksin dua kali, tapi bau kentut dengan... minta maaf Tuan Yang di-Pertua, dengan rasa asam pedas tidak terasa. Kentut dia tak terbau, kentut isteri langsung tak terbau. Begitu jugalah asam pedas, tidak terasa apa-apa. Itu.. itu faedah pada vaksin ini.
Tetapi seorang kawan saya, katerer kantin sekolah anak dia, suami isteri masuk icu, suami meninggal, isteri nasib baik hidup. Kerana yang ini semua dah dapat dua vaksin. Yang seorang lagi tu mak saudara dia sendiri minggu lepas, sudah dua dos vaksin, mati. Kena COVID, mati. Jadi ingatlah ya er…. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mengingatkan Ahli-ahli Dewan, siapa dah vaksin itu, jangan ingat dia kuat. Saya difahamkan sebulan setengah sehingga dua bulan baru antibodi sistem dia develop balik.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Dalam hubungan ini yang penting adalah SOP. Kita kena ingat coronavirus ini, COVID ini dia akan menjadi seperti selsema dan juga batuk kering. Selsema disebabkan virus, batuk kering tuberculosis disebabkan oleh bakteria. Dia akan macam itu. Itu sebab kita perlukan mewujudkan herd immunity ini untuk kita semua, esok semua vaksin ada yang kena tapi boleh dirawat, insya-Allah. Itulah sebab kena mematuhi SOP. Bertentangan dengan apa yang telah direcommendkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia terutama sekali Ketua Pengarah dia, Tan Sri Dr. Noor Hisham.
Saya nak menyatakan di sini lebih 50 orang saudara-mara saya, pupu-poyang saya, kawan-kawan saya, termasuk seorang Menteri Kabinet, termasuk seorang Setiausaha Akhbar pada Menteri Kabinet, positif COVID tapi diberi Ivermectin. Saya lupa nak bawa tadi. Diberi Ivermectin, Alhamdulillah er…. hari kelima sihat. Menteri berkenaan level 4 telah makan tapi ini… ini dia punya itu sahaja ini dia punya er…. strip Dato’ Sri. Dia kalau dapat dia punya er…. dia punya … saya ingat cukuplah setakat ini. Dah masa panjang sangat ini. [ketawa] Saya mohon duduklah Tuan Yang di-Pertua, panjang sangat boleh?
Kita nak menunjuk pada Ahli-ahli Dewan. Pertama, semasa Persidangan Dewan kita boleh bercakap sebelum Menteri Besar menutup, Speaker menutup, dan yang keduanya, bila kita tengah-tengah bercakap er…. ada perkara…
Yang Berhormat Pelangai, tapi tak semua Ahli Dewan boleh.
Ya?
Tak semua Ahli Dewan boleh, sebab kita menghormati Menteri Besar, menghormati Yang Berhormat juga.
Haa… iyalah. Itulah. Kalau orang lain tak merasa ini.
Tak merasa. [Ahli Dewan ketawa]
Hah… itulah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, doktor yang merawat menteri berkenaan Tuan Yang di-Pertua, mengatakan hari pertama seulas pil, kedua, ketiga, keempat kelima, seulas pil. Kemudian stop seminggu, hari yang 12 seulas lagi. Stop seminggu hari yang ke 19 seulas lagi. Maknanya satu strip ini, dia ada 10, kita makan 7 sahaja. Jangan lebih, jangan overdosed. Tapi kadang-kadang dia ikut juga berat badan. Kalau gemuk sangat, dia makan dua. Kalau budak 12 tahun ke atas, makan separuh. Separuh-separuh. Maknanya 5 hari berturut-turut berhenti seminggu seulas lagi. 5 hari berturut-turut er… berhenti seminggu seulas lagi. 7 ulas sahaja.
Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya pelik, walaupun ini bukan urusan negeri, urusan Federal saya pelik kenapa DG, KKM, NPRA masih sampai sekarang tidak mengiktiraf Ivermectin. Mereka nak buat kononnya double blind test. Tak payah test dah… tak payah double blind… double blindnya. Kita dah dapat lihat practical experience sendiri ramai orang elok. Jepun pun dah mengiktiraf Ivermectin, Malaysia je belum. Jadi itulah saya berharap Yang Berhormat er…. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar mungkin boleh membawa perkara ini dalam er…. Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara.
Ini yang terakhir Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, musim COVID ini musim susah, rakyat susah. Kita ada pendapatan tetap tak ada masalah, tapi orang miskin, teruk. Wakil rakyat tahulah. Saya dah pencen pun orang mesej hari-hari. Tak bagi duit tak boleh. Kita er…. ada orang menghisap rokok, ada orang minum Starbucks… Starbucks RM20.00. Itu ada orang dapat curut free… menghisap curut free. Berapa satu, tak bagi orang er…. itu sebab kalau nak bersedekah, mesti sedekah kita itu lebih daripada apa yang kita makan hari-hari.
Kalau misalnya, kita beli roti canai 50 sen, nak sedekah ke orang sekurangnya RM1.00, contoh. Sekarang mana ada roti canai 50 sen. Iya, rakyat susah. Jadi saya minta kalau bolehlah kerajaan menimbangkan denda cukai tanah… denda cukai tanah. Kalau dapat tak payah dikenakanlah tahun ini. Ini ramai orang merayu dekat saya ini, kalau dapat kita kecualikan sebab ramai yang er… tidak mampu untuk membayar.
Saya ucap tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana dalam jawapan kepada Ahli Padang Tengku tadi menyatakan ada beri diskaun 50% ke atas premis milik Pihak Berkuasa Tempatan. Ini juga satu langkah yang baik dan saya ada seorang kawan orang menyewa kedai dia, tak bayar, dia er… dia redha sahaja sebab orang itu susah. Dia dalam keadaan susah ini maka kita harap-harap dapatlah pertimbangkan.
Yang perkara yang kedua, orang mengadu hal kat saya, stockpile ada 20,000 tan. Kerajaan tak bagi keluarkan. Orang ini dah belanja duit, dah belanja apa semua. Jadi saya bagitahu diaorang tengoklah kalau patut berunding, berundinglah. Jadi saya akan bawa jugalah beberapa perkara itu kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Orang ini nak berniaga, dia keluar duit. Kita jangan kita nak mendenda, nak membatal suka-suka hati. Hah… kononnya er…. kalau awak tak boleh berniaga, awak tak ada duit, kenapa awak berniaga. Orang berniaga duit ini semua pakai pinjaman bank. Saya ingat lagi kata-kata arwah Tun Ghafar Baba. Orang berniaga ini banyak pinjam bank, tak ada orang berniaga duit selambak keluar duit begitu, berniaga. Tak ada. Jadi kita pertimbang sedikit kalau boleh mana-mana yang kita boleh pertimbangkan.
Kemudian itu, kita tengok. Saya dengar khabar pasir tak laku. Tak ada orang beli sekarang ini. Kita sebenarnya dengan adanya aktiviti sedikit sebanyak ini perlombongan dan sebagainya, itulah merancakkan kedai kopi. Ada yang menggaji orang… 80 orang. 80 kali 3 mulut 240 orang, tapi kalau kita buat susah-susah begini termasuklah juga membatalkan perkara yang telah lulus. Haih… teruk macam ini dah lulus dibatal… lulus, batal. Berat. Orang ini keluar duit.
Jadi saya harap perkara ini dapat dipertimbangkan. Contohnya anak syarikat Kerajaan Negeri sendiri kena batal ladang perhutanannya. Belanja RM18 juta, batal memang sedap, sign sahaja surat kita menanggung er…. orang menanggung itu. Tetapi untuk orang-orang begini, saya minta maaf pada Allah SWT kalau siapa bertanggungjawab menyusahkan orang Allah SWT akan tunjuk, insya-Allah. Dah banyak tengok dah, dah banyak tengok kes macam ini.
Jadi saya berharap Yang Amat Berhormat Menteri Besar, janganlah kerja-kerja elok ini dicacatkan oleh orang-orang yang kita harapkan. Ini bukan salah Menteri Besar tidak. Ini pelaksanaan ni. Er…. kita ingat kita mesti tegas, mesti keras. Kerajaan bukan begitu. Kerajaan memudahcarakan bukan nak menghukum sahaja kerjanya. Mati orang kalau macam itu.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Selama ini, saya beritahu saya tidak pernah mencampuri urusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tanyalah ada tak sekali pun, menelefon dia er…. Dato’ tak boleh buat begini buat begini er…. Dato’. Tak pernah saya berjumpa Dato’ Sri 2 kali hal orang ramai. Dah pencen 3 tahun ya, berjumpa Menteri Besar baru 2 kali. Itupun
hal orang ramai. Kalau tidak tak berjumpa kecuali kalau ada mesyuarat. Sekarang mesyuarat saya tak datang, sebab saya takut. Takut COVID, kita dah tua. Ini hari ini terpaksalah datang sebab takut esok tak datang catit dah batal pula ADUN. Kalau boleh pilihan raya kecil tak apa. Ini kita menjalankan tugas terus saya datang.
Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Minta maaf ya. Saya berharap Yang Amat Berhormat Menteri Besar teruskanlah kerja-kerja yang baik ini. Insya-Allah, Allah SWT ada akan memandu, memberi, melindungi Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam menjalankan tugas-tugas ini. Tinggal lagi perkara-perkara yang saya sebutkan tadi kalau boleh timbang, pertimbangkanlah untuk mudahkan rakyat. Tetapi saya nak beritahu rakyat terutama orang kampung memang susah sekarang ini. Nak cari makan pun susah. Nak makan sesuap nasi er…. pagi petang pun sakit. Janganlah sebab kita mewah, gaji elaun sebagainya hah… ini esok pula Ahli-ahli Perbadanan pun ramai kosong. Balik-balik saya tengok SUK, SUK jadi dia punya ini. Lepas itu SFO…SFO je. 20 perbadanan, 20 jadi er…. ahli Perbadanan SUK dengan SFO.
Jadi, saya bersetuju dengan er…. Ahli daripada kerajaan tadi er…. Lanchang. Rang Undang-Undang apa pun kita kaji balik. Kalau patut bawa balik pinda ke, akan datang kita pinda. Kita fine-tune balik. Sebab tak adil juga kepada ahli-ahli kita semua dapat pagi tadi ke, 2, 3 hari lepas nak mengkaji satu-satu. Saya pun dah tengok tadi hanya beberapa bahagian terutama er…. termasuk keahlian. Hah… itu kena ada sedikit.
Itu sahajalah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf ya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tolonglah jangan berasa hati. Saya sayang sangat ke Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini. Kalau dia menangis, saya meraung. Kalau dia sedih, saya menangis. [Ahli Dewan ketawa] Hah… itulah dia punya er…. tak sebab Allah SWT dah tentukan dah. Wan Rosdy Menteri Besar, adalah sebab itu. Ada sebab dia dan setakat ini beliau telah menunjukkan rekod sangat baik. Saya cukup kagumlah. [Ahli Dewan menepuk meja] Tengok, pergi sa… pergi tolong orang, luluskan peruntukan. Tak ada komplen, tak ada masalah. Kalau inilah caranya, dibuat oleh Menteri Besar insya-Allah. Pilihan raya terutama dengan sokongan orang PAS pula, kita sapu bersih lepas ini, insya-Allah [Ahli Dewan menepuk meja]. Tapi bersih semuanya tak boleh juga, kesian pula orang belah sana pun elok juga. Ada seorang berdua pun okeylah.
Itu lah sahaja Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua pun salah seorang kepada Speaker yang berpengalaman dan fair, game changer... dengan izin – sorry to say ... Your …
Nak tambah masa lagi ke?
… your reponsibilty…
Dengan izin, you need some more time?
Dengan izin… dengan izin, you have accted fairly, judiciously…
ADUN Pelangai nak sambung lagi ker nak berhenti dah
Nak duduk dah ni tapi nak… nak… bukanlah membodek nak mengangkat Yang Berhormat Yang di-Pertua yang tua sikit. Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua berpengalaman telah dapat memberikan sidang Dewan dengan baik, even dulu lagi telah macam hakim, acting judiciously kata orang putih tadi. Maknanya pembangkang, Kerajaan semua diberi peluang.
Jadi itu la sahaja Yang di-Pertua saya ucapkan banyak terima kasih sekali lagi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana dapat mengendalikan pentadbiran Kerajaan dengan baik dengan baik insya-Allah kita jumpa lagi mudah-mudahan Allah Taala lindungi kita semua, maka jaga SOP, jangan keluar tidak tentu arah, jangan bersuka-suka. Ramai yang dah dua vaksin ini kena dan 0.5% mati. 0.5% [tidak jelas] mati, itu yang kena ingat sikit.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya mohon.
Terima kasih Yang Berhormat. Demikianlah nasihat, teguran, pandangan, ingatan, yang jujur dan ikhlas. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat jangan kita salah anggap walaupun nampak kasar, keras tapi hatinya cukup mulia. Dato’ Sri ADUN Pelangai he speak from his heart . Tahniah Dato’ Sri. Jadi saya kira dalam Dewan ini ibarat ... ibarat apa ini anak-anak buah yang mendapat latihan, teguran daripada Dato’ Sri Diraja juga semasa menjadi Menteri Besar. Baiklah kita ke agenda yang seterusnya saya jemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk membuat ucapan penangguhan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Mesyuarat Pertama Penggal ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-14 yang berlangsung selama tiga hari ini insya-Allah akan berakhir dalam masa yang terdekat. Saya… pertama kali sudah tentulah mengucapkan terima kasih pada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua kerana telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, sungguh baik hingga kita dapat menyaksikan persidangan Dewan kita ini selama tiga hari telah berjalan dengan baik dan lancarnya.
Yang lebih menariknya ialah apabila kita melakukan perubahan di saat-saat akhir, iaitu sepatutnya Dewan kita berakhir pada hari esok tetapi atas sebab-sebab tertentu seperti mana yang sedia kita maklum, pengarah ataupun Majlis Keselamatan Negeri telah memberi pandangan, nasihat, cadangan kepada kita supaya kita perlu hentikan secepat mungkin persidangan Dewan kita ini kerana terdapat salah seorang anggota petugas yang walaupun tidak sampai ke dalam Dewan ini, di luar dewan telah ada yang didapati positif.
Jadi kita merasa bimbang dan saya telah memberitahu kepada Speaker adakah kita boleh tamatkan pada hari ini, Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker terus menjawab it can be done jawab dalam bahasa orang putih. Tahniah pada Speaker [Ahli Dewan menepuk meja]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, pembahas kita yang ketujuh belas, Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja daripada ADUN Pelangai seperti biasa memberi pujian, teguran, pandangan yang sinis, nasihat dan yang tersurat dan yang tersirat, semuanya kita telah dengar tadi.
Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Pelangai kerana saya percaya apa yang beliau bangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini adalah daripada hati yang ikhlas demi kebaikan kita bersama, demi kebaikan rakyat negeri Pahang dan juga supaya kita terutamanya saya dapat memikirkan sesuatu yang lebih baik seperti mana yang disarankan oleh ADUN Pelangai.
Dan seperti biasa insya-Allah, saya bersama rakan-rakan EXCO akan buat yang terbaik untuk mempertimbangkan apa-apa yang patut kita bantu kepada rakyat negeri Pahang terutamanya kepada penjaja, peniaga, nelayan dan lain-lain lagilah yer. Saya semasa mendengar ucapan ADUN Pelangai tadi, saya teringat salah seorang daripada pembangkang ada menyatakan supaya pertimbangkan semula peruntukan dan ada salah seorang Yang Berhormat tadi hantar mesej kepada saya bahawa Perak mendapat agihan yang sama. Tetapi sukacita ingin saya maklumkan di Dewan pada hari ini, peruntukan yang diberhentikan sekejap tempoh hari, insya-Allah Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri tadi dia mengangguk sahaja, maknanya yang kita sudah bagi kepada rakan-rakan pembangkang kita akan bagi semula pada tahun ini [Ahli Dewan menepuk meja].
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Dewan kerana kita dapat mengadakan mesyuarat dengan mematuhi SOP, penjarakan sosial dan saya berharap supaya tidak adalah kes kluster COVID-19 Dewan Undangan Negeri Pahang, Nauzubillah. Tetapi melihat kepada apa yang kita amalkan sama ada kita berehat atau semasa di dalam Dewan, kita telah mematuhi dan kita telah membuat yang terbaik.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Negeri kita insya-Allah akan memasuki fasa ketiga. Pelan Pemulihan Negara, dia ada tiga faktor, sebelum MKN memutuskan sama ada kita boleh beredar daripada fasa kedua ataupun fasa ketiga. Bagi negeri kita, tiga faktor tersebut ialah kita telah ... rakyat negeri Pahang telah mendapat suntikan bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas, iaitu melebihi 40% dan… manakala pesakit yang berada di unit rawatan rapi adalah juga rendah dan kadar kebolehjangkitan di kalangan komuniti juga rendah dan
saya percaya perkara ini akan dipertimbangkan dan dalam masa terdekat pihak Majlis Keselamatan Negera akan membuat keputusan.
Dan apa yang boleh kita perolehi apabila telah kembali kepada fasa ketiga iaitu banyak kelonggaran yang akan kita dapati antaranya ialah seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah, taklimat, program akan dibenarkan tetapi masih lagi tertakluk kepada SOP yang ditetapkan dengan tidak melebihi 50% kapasiti premis atau maksimum 100 orang. Ianya jauh lebih baik dari fasa kedua yang kita ada pada hari ini. Walau bagaimanapun pihak penganjur masih digalakkan supaya melaksanakannya sidang video ataupun atas talian.
Selain daripada itu, kelonggaran diberikan juga kepada perkhimatan pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas eskpres, bot ekspres, teksi, e-hailing, kenderaan membawa pekerja seperti bas, van pekerja serta pengangkutan awam pada kadar 50% juga kapasiti penumpang. Begitu juga aktiviti ataupun sukan secara individu atau yang tidak bersentuhan bagi orang awam adalah turut dibenarkan dengan perwartaan SOP sukan dan rekreasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan.
Saya percaya dengan kelonggaran di bawah fasa tiga nanti insya-Allah kehidupan seharian kita sungguh pun tidak kembali normal seperti sebelum COVID-19 tetapi sekurang-kurangnya ia lebih melegakan dan lebih menyelesakan daripada sebelum ini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua Saya juga ingin menyentuh sedikit beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan yang Ke-64 iaitu masih lagi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara. Kita sedia maklum tema sambutan kali ini ialah Malaysia Prihatin yang bermaksud seluruh rakyat Malaysia termasuk di negeri-negeri berganding bahu memerangi wabak pandemik COVID-19 yang masih melanda dunia, negeri dan negara kita. Dengan bersandarkan keprihatinan kerajaan sama ada Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
Tema ini sangat bertepatan dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini mengenai inisiatif prihatin iaitu singkatan kepada Pakej Rancangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang merangkumi aspek ekonomi kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Pada hari Isnin lepas saya telah hadir pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan yang ke-64 di Pekarangan Kompleks Bandaraya Kuantan. Ianya pula disusuli dengan acara sambutan secara sederhana yang dianjurkan untuk memastikan semangat patrotisme dan cintakan negara dapat terus mekar serta diamalkan oleh rakyat negara dan negeri kita.
Sehubungan dengan itu, saya ingin menyeru, menyaran kepada semua pemilik bangunan dan premis perniagaan supaya mengibarkan bendera Malaysia dan Pahang sebagai tanda patrotisme kita yang tinggi kepada negara dan negeri. Saya percaya dengan patrotisme yang tinggi ia akan menjadi penyumbang utama kepada perpaduan yang sentiasa kita gagaskan khususnya dalam negara dan negeri berbilang kaum sepertimana Malaysia.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya yakin dan percaya kita tidak sekali-kali tersalah langkah sekiranya semua daripada 32 juta rakyat negara dan lebih 1.7 juta rakyat Pahang akur dan patuh kepada kedua-dua Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Kita semua tahu Rukun Negara misalnya menetapkan 5 prinsip iaitu:
Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang dan; Kesopanan dan Kesusilaan
Saya tidaklah berhajat untuk mengulas satu persatu, tetapi insya-Allah sekiranya kita patuh kepada Rukun Negara, kita akan menjadi rakyat yang sangat prihatin dan bertanggungjawab sebagai Rakyat Malaysia.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya ingat itu sahajalah yang dapat saya akhiri… yang dapat saya sampaikan ucapan saya dan sebelum saya akhiri ucapan saya, saya ingin lagi sekali mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Timbalan Dato’ Sri Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh pegawai dan urus setia Dewan, PDRM, Jabatan Kesihatan dan semualah frontliners yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Sidang Dewan pada kali ini, dan yang lebihnya untuk memastikan kita semua mematuhi SOP serta kesihatan kepada kita semua.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya ucapkan terima kasih daun keladi dan sebelum saya akhiri ucapan saya. Saya ada 2 rangkap pantun yang ingin saya sampaikan.
Jangan diguna pisau yang tumpul, Menghiris sayur tiada kesan, Jika hari ini kita berkumpul, Esok lusa kita balik kawasan.
Menghiris sayur tiada kesan, Inikan pula daging yang liat, Esok luas balik ke kawasan, Berbaktilah kita kepada rakyat.
[Ahli Dewan menepuk meja]
Yang Berhomat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Dengan ini saya mengusulkan Persidangan Dewan Negeri pada kali ini ditangguhkan. Wabillahi taufik wal hidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhomat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon izin untuk menyokong Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhomat Dato’ Sri Menteri Besar. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menutup tirai persidangan kita sebentar lagi sukacita saya megucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Exco dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan yang telah memberikan kerjasama yang amat baik semasa persidangan kita berjalan selama 3 hari.
Ya, kita bersidang dalam suasana penularan wabak yang tidak pernah kita duga, tidak pernah kita mimpi dan telah mengubah segala-galanya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang dapat memahami, mengikuti dan menerima perubahan dan aturan yang telah ditetapkan semata-mata untuk menjaga keselamatan diri kita dan diri Ahli-ahli Yang Berhormat semua.
Apa pun peluang untuk Yang Berhormat berhujah mengutarakan isu-isu rakyat dan pengundi tidak pernah saya sekat, ianya… dan tidak pernah saya halang. Proses semak dan imbang berjalan dengan lancar, tertib dan penuh wibawa. Tahniah saya ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua.
Saya bersama-sama dengan Timbalan Yang di-Pertua ingin merakamkan ucapan terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan, urus setia Dewan yang bertugas di belakang tabir, Jabatan JKR, JKM, PDRM, Bomba, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Klinik Kesihatan Bandar Kuantan dan jabatan-jabatan lain yang banyak membantu kita khususnya dalam membantu kita semasa membuat pemeriksaan COVID, sanitize Dewan ini dan perkara-perkara berkaitan dengan keadaan semasa. Terima kasih kerana telah menghulurkan kerjasama yang ikhlas. Anda semua telah memberikan kerjasama yang sangat baik, sekalung tahniah dan terima kasih daripada saya.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada frontliners yang telah bertungkus lumus sentiasa sabar dan komited dalam memikul amanah untuk mengatasi isu COVID ini. Kita belum berjaya dan kita juga belum kalah. Marilah kita memanjatkan doa kehadrat Allah SWT, mudah-mudahan isu yang melanda ini akan diangkat dan selamatkan kita semua.
Akhir kalam, saya mengucapkan selamat pulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Jagalah kesihatan baik-baik dan jagalah keluarga dan jagalah pengundi yang sentiasa mengharapkan bantuan dan sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat terutama semasa penularan kes ini.
Marilah kita sama-sama membawa satu nada, satu semangat, satu suara dan satu slogan Pahang Terus Maju, Pahang 1st dan inilah Pahang. Marilah kita membaca surah Al-Asr mudah-mudahan kita mendapat kerahmatan daripada Allah SWT. [Bacaan ayat Al-Quran] Dengan ini saya tangguhkan Dewan ini pada jam 4.54 petang dan akan kita berjumpa lagi pada tarikh yang akan ditentukan nanti. Insya-Allah. Sekian, terima kasih. Persidangan ditangguhkan.
[Persidangan ditangguhkan pada jam 4.54 petang]