Pahang · 6 December 2021
14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 113 turns · 21,488 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari : Isnin, 06 Disember 2021
bersamaan 1 Jamadilawal 1443 Hijrah
DOA
Perkara Pertama: Doa.
Al-Fatihah [bacaan al-Quran]. Bismillahirrahmanirrahim [ayat al-Quran]. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk Negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin, Amin Ya Rabbal A’lamin.
Mengesahkan Peringatan Mesyuarat
Perkara Kedua: Mengesahkan Peringatan Mesyuarat.
Mengesahkan Peringatan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-14 pada 23, 24 dan 25 Ogos 2021 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat Pagi, Salam Sejahtera.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon izin membawa cadangan bahawa peringatan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-14 pada 23, 24 dan 25 Ogos 2021 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan disahkan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Keluarga Malaysia.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, soalannya sekarang ialah suatu cadangan bagi mengesahkan peringatan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Yang Ke-14 pada 23, 24 dan 25 Ogos 2021 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan telah pun mendapat sokongan. Sekiranya tiada apa-apa pindaan, ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada. Peringatan mesyuarat tersebut disahkan tanpa pindaan.
Pemasyhuran Daripada Yang Di-Pertua
Perkara Ketiga: Pemasyhuran daripada Yang di-Pertua
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Syukur alhamdulillah kepada Allah Taala, tuhan pemilik sekalian alam dengan izin-Nya jua telah memberi kesempatan kepada saya dan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan kita semua berada di dalam Dewan Yang Mulia ini. Selamat dan Salam keatas RasulNya, Muhammad S.A.W., kaum keluarga dan para sahabat.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Suka saya memaklumkan Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-4 Dewan Undangan Negeri Pahang yang Ke-14 ini, mengikuti dan mematuhi S.O.P. dan tataurus mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Majlis Keselamatan Negara. Antaranya kedudukan mengikut penjarakan sosial masih dikekalkan, memakai mask muka, pelitup muka dan kehadiran secara bersemuka yang terhad. Saya juga diberi maklum semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan telah pun divaksinasi 2 dos dan juga suntikan booster. Dengan ini juga… Dewan ini juga telah disanitasi lebih awal dan akan disanitasi setiap petang setelah selesai persidangan. Saya juga
menetapkan setiap hari, mesyuarat kita akan bermula pada jam 9.30 pagi dan diteruskan sehingga jam 3.00 petang atau sekitarnya. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Sukacita saya memaklumkan, sebuah beg dokumen hitam telah pun diletakkan oleh pihak urus setia di tempat duduk Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan di dalamnya diisikan dengan t-shirt untuk Sukan Mesra ADUN pada petang ini, pelitup muka dan juga 2 kotak Antigen Rapid Test untuk Ahli-ahli Yang Berhormat gunakan pada hari Rabu nanti.
Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat bersama-sama saya bagi memastikan segala peraturan dapat disempurnakan dengan sebaik-baiknya. Kita masih belum menang, kita masih belum boleh menarik nafas lega, dengan penurunan antara kes… penurunan ketara kes COVID-19 kerana varian baru Omicron yang baru dikesan dijangka lebih berbahaya lagi. Marilah kita berdoa agar ujian pandemik ini akan dapat kita atasi dengan jayanya, insya-Allah. Baiklah saya akan teruskan ke aturan mesyuarat…aturan urusan mesyuarat selanjutnya. Dengan ini saya menjemput Wakil daripada Bukit Ibam. Sila YB.
Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan pertanyaan nombor 1.
[ Bagi membolehkan rakyat miskin terutamanya Generasi ke-2 memiliki tanah dan kawasan perumahan.
a. Nyatakan berapa banyak Rancangan Tanah Kelompok (RTK) yang telah diluluskan untuk mereka.
b. Adakah kerajaan bercadang menambah keluasan dari 3 ekar ke 5 ekar?]
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Terutama sekali saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Bukit Ibam yang telah menanyakan soalan berkenaan dengan rakyat miskin, terutamanya generasi kedua bagi tujuan memiliki tanah dan kawasan perumahan. Soalan pertama yang dikemukakan ialah, Yang Berhormat daripada Ibam ingin tahu berapa banyakkah tanah… berapa banyakkah Rancangan Tanah Kelompok yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri, dan juga yang kedua bertanyakan soalan adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambahkan keluasan tanah kepada mereka yang memohon Skim Rancangan Tanah Kelompok.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Adalah lebih elok bagi saya menceritakan sedikit latar belakang Rancangan Tanah Kelompok ini. Tujuan asalnya ialah supaya Kerajaan Negeri dapat memberikan tapak rumah kepada mereka yang memerlukan ataupun kepada mereka yang tidak ada rumah dan juga untuk memberikan mereka lot pertanian. Oleh kerana apabila Kerajaan Negeri mendapati permohonan RTK ini begitu banyak, dan banyak yang tidak dapat diproses, Kerajaan Negeri pada 4 Ogos 2021 di dalam Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Negeri telah pun menubuhkan Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat yang bertindak sebagai Jawatankuasa khusus untuk mempertimbangkan pemberimilikan tanah secara berperancangan.
Selain daripada itu juga, untuk mempercepatkan proses kelulusan. Dan err... bagi tujuan untuk mempercepatkan lagi proses kelulusan tersebut, oleh sebab kita ni luas Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri telah membahagi kepada tiga zon untuk tujuan memberi err... tujuan proses dan memberi kelulusan iaitu Zon Timur yang mana akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Zon Tengah akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri manakala Zon Barat yang akan dipengerusikan oleh Pengarah Tanah dan Galian.
Kerana sebelum ini err...dalam Mesyuarat Tanah kita terpaksa buat mesyuarat mengikut daerah dan kadang-kadang disebabkan kesibukan tugas wakil kerajaan menyebabkan beberapa mesyuarat tidak dapat diadakan. Tetapi yang ini, saya sendiri telah mengarahkan ketiga-tiga pengerusi ini mengadakan mesyuarat sekerap yang mungkin. Selagi ada permohonan, selagi itulah mesyuarat perlu diadakan supaya proses untuk memberi tanah bagi tujuan tapak rumah dan lot tanah ini kepada rakyat dapat disegerakan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga ingin nyatakan di sini bahawa sehingga November 2021, Kerajaan Negeri telah meluluskan er... bagi tujuan pertanian sebanyak 199 projek. Manakala bagi tapak rumah ataupun bangunan 53 projek. Jadi, keseluruhan projek yang telah diluluskan ialah sebanyak 252 projek, yang melibatkan lebih kurang 18,000 lot iaitu semenjak daripada 2011 sehingga November 2021.
Bagi menjawab soalan yang kedua, sama ada Kerajaan Negeri err...sebelum itu saya ingin memaklumkan juga di Dewan Yang Mulia ini agihan ikut daerah. Ini untuk makluman rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Di Kuantan, saya gabungkanlah ya pertanian dan bangunan, di Kuantan sahaja kita telah meluluskan 23... 27. Manakala di Pekan 15, Maran 25, Rompin 7, Temerloh 32, Jerantut 28, Bera... kalau ikut PTG Bera, saya rujuk kepada pakar bahasa sebenarnya Bera, 7. Raub 14, Lipis 91, Bentong 6, Bera... Bera... Bera. Kalau ikut pakar bahasa Bera. Tapi Bera tidaklah salah tapi kalau sebut Bera tiada ‘e’, hah itu salah. Itu boleh menimbulkan gangguan seksual. Bera tapi huruf ‘e’ tiada [ketawa].
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Cameron Highlands tiada, kosong ya. Itulah yang telah dilluluskan mengikut daerah. Bagi menjawab soalan yang kedua daripada Bukit Ibam, suka saya menyatakan di sini bahawa Kerajaan Negeri memutuskan supaya keluasan dikekalkan antara satu ke tiga ekar. Rasionalnya ialah semua kita tahu tanah ini adalah satu sumber yang sangat terhad. Jadi kalau kita bagi kuantiti yang banyak 6, 7, 5 ekar satu orang, mungkin bilangannya tidaklah ramai yang dapat. Jadi Kerajaan Negeri memutuskan antara satu hingga tiga ekar dan er... tujuannya ialah supaya lebih ramai rakyat Negeri Pahang dapat memiliki tanah. Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua itu sahaja jawapan saya, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Ya, sila Triang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Syabas kepada Kerajaan Negeri kerana telah menubuhkan jawatan khas untuk memproseskan permohonan tanah. Jadi saya ada 2 soalan kepada Yang Amat Berhormat. Yang pertama adalah apakah kriteria Kerajaan Negeri dalam proses er... mempertimbangkan kelulusan permohonan tanah kepada pekebun? dan keduanya apakah dasar Kerajaan terhadap pekebun-pekebun yang telah mengusahakan tanah err...selama 40 tahun, 30 tahun er... adakah kredit... keutamaan akan diberikan pada pekebun asal yang mengusahakan tanah daripada syarikat swasta dari luar.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Triang. Dasar Kerajaan bagi mereka yang mengerjakan tanah tak kiralah setahun ke, dua tahun ke, 42 tahun ke. Sekiranya tanah itu diterokai secara haram tetap haram. Maknanya tidak ada keutamaan tetapi mungkin ada sedikit pertimbangan sekiranya… sekiranya peneroka tersebut akibat daripada er... peneroka haram itu tindakan kuat kuasa, kita fikirkan cara lain. Tetapi ini bukan pertimbangan khas. Sebabnya ada kes di Cameron Highlands di mana bila kita kuat kuasa dan mengakibatkan dia hilang mata pencarian, kita ada bagi pertimbangan yang sewajarnya.
Tetapi setelah kita selidiki, kita dapati mereka yang meneroka secara haram ni lebih daripada 10 tahun, 15 tahun maknanya daripada segi err... kewangannya mereka ni well off la ye dan er... kita dapat lihat pula baru-baru ni di mana income tax telah pun mengeluarkan surat kepada mereka yang tidak membayar cukai tanah er... bukan cukai tanah, cukai yang sepatutnya dibayar melebihi daripada apa yang kita jangkakan.
Bagi prosesnya sebab itu kita serahkan kepada Pegawai Kerajaan untuk mempengerusikan mesyuarat er... Skim Tanah Rakyat ini. Di mana jawatankuasa akan menilai mereka yang layak dan perlu diberi pertimbangan. Tidak ada syarat khusus, yang penting mereka yang mendapat tanah ini yang dianugerahkan oleh Kerajaan ni dapat lot pertanian dan dapat tapak rumah. Sudah tentu mereka yang sudah ada dua tiga tapak rumah mereka pasti tidak akan dapat lagi. Keutamaan kepada mereka yang tidak ada lot pertanian dan tidak ada lot rumah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baiklah, kita pergi kepada soalan berikutnya. Saya jemput wakil dari Teruntum.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.
[Berdasarkan satu berita yang disiarkan pada 3 Ogos 2021, Kerajaan Negeri telah kehilangan hampir RM20 bilion pendapatan daripada sektor perlancongan ekoran sektor tersebut ditutup akibat pandemik COVID-19. 1. Selain daripada bantuan sebanyak RM6.03 juta yang telah diumum oleh YAB Menteri Besar pada 02 Julai 2021, apakah perancangan lain yang sedang dirancangkan oleh pihak kerajaan bagi menghidupkan semula sektor pelancongan Pahang?
2. Mohon pihak kerajaan senaraikan cara penggunaan bantuan RM6.03 juta dengan teliti.]
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Bagi memastikan sektor pelancongan Negeri Pahang terus bertahan, pelbagai promosi dan juga publisiti melalui media sosial dan bersemuka telah giat diadakan. Pertamanya Yang Amat Berhormat Menteri Besar, awal tahun kita telah melancarkan iaitu tagline baru kita iaitu This is Pahang, Inilah Pahang er... dengan kerjasama Universiti Kolej Yayasan Pahang dan ianya memang mendapat er... satu tarikan baharu sebenarnya kepada Negeri Pahang.
Yang keduanya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Selain daripada itu, kita juga telah mengadakan pertandingan video pendek dan er... fotografi destinasi-destinasi yang ada di Pahang dan er... ini juga kerjasama dengan UCYP dan kita telah pun er... apa namanya telah pun mengisytiharkan nama pemenang dan buku koleksi er... bagi er... fotografi tersebut insya-Allah kita akan edarkan the quality of the pictures yang kita tangkap.
Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua,
Kita juga mengadakan seminar Simposium Tourism Antarabangsa. Ini kita buat di dalam er... menerusi webinar. Ini kita lakukan adalah untuk kita mendengar pandangan daripada pakar-pakar er... ini pelancongan ini di… yang mewakili serata dunia dan insya-Allah pada tahun depan juga kita akan adakan dan er... antara lainnya adalah untuk bagaimana untuk kita industri ini, industri pelancongan ini untuk bangun semula selepas kita dilanda oleh pandemik er... COVID-19 yang sangat teruk. Kita selalu sebut bahawa 1st in last er... 1st in last er... 1st in last out kita ni. Maknanya yang pertama sekali yang terkesan dan yang terakhir sekali yang akan keluar daripada keadaan tersebut.
Walau bagaimanapun, saya ingin berkongsi dengan wakil daripada Teruntum, sekarang ini er… mereka, terutama sekali pelancong-pelancong domestiklah kerana kita telah pun membuka sempadan, kita telah pun membuka sekarang ni, memasuki fasa keempat, fasa pemulihan. Kita dapati di Kuantan sendiri, seluruh Pahanglah ya, booking kalau kita nak nak walk in pergi ke hotel terutama sekali hotel-hotel yang… yang apa… three star, four star ini, memang kita tak akan dapat. Restoran penuh.
Semalam saya berkesempatan bersama dengan Wakil daripada Chini meninjau-ninjau ini… EC Mall, ramai orang. Jadi, mungkin selama setahun setengah, setahun lapan bulan, mereka simpan duit dan sekarang mereka keluar berbelanja malah ada berpandangan bahawa trend yang ada di Negeri Pahang ini sepertilah ya, kehadiran
pelancong ini, sepertilah apa yang berlaku di Melaka, ataupun yang berlaku di Negeri Sembilan dulu, dulu. Jadi sememangnya orang berpusu-pusu terutama sekali di hujung minggu.
Selain daripada itu Yang Berhormat Yang di-Pertua, semasa COVID-19 kita juga apa nama ni mengadakan tranformasi iaitu kita tranformasi digital. Kita bekerjasama dengan DiTTAM iaitu Digital Travel Technology Association of Malaysia iaitu untuk mempromosi produk-produk kita secara virtual. Ini adalah merupakan kaedah baru yang kita buat dan insya-Allah ianya akan dipamerkan. Selain daripada kita juga terus menyertai ekspo di peringkat domestik juga di peringkat antarabangsa.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Bagi menjawab soalan nombor 2, Wakil daripada Teruntum, saya nak maklumkan bahawa er… kita untuk industri pelancongan untuk bantuan kepada pemandu pelancong biasa, mereka ini adalah merupakan orang yang kehilangan terus bila pelancong tidak ada. Kita telah bagi 3 kali er… iaitu pemandu pelancong biasa seramai 522 orang dan juga… ini termasuklah pemandu pelancong alam semula jadi dan juga pemandu bot pelancong.
Kemudian bantuan prihatin COVID-19 kepada pemandu pelancong dan juga pengusaha pelancong di Negeri Pahang, itu untuk kali kedua, itu 450 orang. Kemudian bantuan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) sektor pelancongan sebagai contohnya Persatuan Hotel Malaysia Negeri Pahang (MAH), Persatuan Hotel Bajet dan Business Malaysia Pahang (MAYBA), Persatuan Agen-agen Pelancong dan juga pengembaraan Malaysia… Pengembaraan Malaysia Pahang (MATA), dan Persatuan Homestay Negeri Pahang. Ini kita juga bagi. Dan selain daripada itu kita juga mengagihkan iaitu kepada pemandu pelancong er… 742 orang untuk fasa ke-3.
Kita juga menyediakan baucer kepada orang ramai terbuka kepada orang ramai melalui PahangGo, di mana hotel-hotel bajet yang nilainya RM80.00, RM120.00, RM150.00 ini, kita akan bagi baucer sebanyak RM50.00 dan kepada mereka yang pergi kat PahangGo mereka akan dapat er… apa namanya ini… melalui PahangGo dan kemudian mereka er… pihak hotel akan claim dengan Kerajaan Negeri. Ini adalah sebahagian daripada usaha selain daripada bantuan-bantuan yang sememangnya yang diberikan oleh Kerajaan Negeri. Jadi ini spesifik ya kepada pemandu-pemandu sebanyak 600,000 ribu kepada pemandu pelancong dan juga persatuan-persatuan secara spesifik. Terima kasih.
Soalan tambahan
Sila YB.
Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua,
Soalan saya tambahan adalah Menara 188 akan beroperasi bermula 15 haribulan ini. Difahamkan menara ini telah disewa kepada syarikat yang tertentu. Boleh tahu… saya tanya berapakah sewaan setahun untuk menara ini? Soalan nombor 2, dalam masa
COVID-19 ini berapakah kos penyelenggaraan Menara 188 setiap tahun? Bagaimana Kerajaan Negeri membayar kos penyelenggaraan Menara 188 tanpa sebarang pelancong? Terima kasih.
Semula-semula soalan ketiga tu, YB daripada wakil Teruntum ini dia laju sangat la.
Berapakah kos penyelenggaraan Menara 188 setiap tahun? Bagaimana Kerajaan Negeri membayar kos penyelenggaraan Menara 188 tanpa sebarang… sebarang pelancong? Maknanya kerajaan tak ada income, macam mana kita membiayai menara ini? Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Tujuan utama kita membina menara ini adalah untuk kita pastikan bahawa Negeri Pahang ini dia mesti ada icon ataupun landmark. Maksudnya orang tanya Menara 188 di mana? Di Kuantan. Eiffel Tower di mana? Di Paris, kemudian err… KLCC di mana? Di Kuala Lumpur. Orang tanya pula di Shanghai saya lupa apa nama menara tu. Ha besok kita ada menara PNB. Ini adalah merupakan landmark ataupun icon kepada tempat-tempat tersebut. Menara CN di mana? Toronto sebagai contoh. Burj Khalifa di mana? Di Dubai contohnya. Menara Bintang di mana? di Temerloh sebagai contoh akan datang, belum ada lagi.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sememangnya, sememangnya ini perlu supaya dia ada landmark ataupun dia ada icon, supaya orang akan tahu tempat tersebut dan ini telah pun menara ini telahpun menjadi icon atau simbol kepada Kuantan lah. Kalau dulu simbolnya Masjid Kuantan. Ada orang sensitif, dia cakap ini hanya kepada orang Islam sebagai contoh, sekarang kita dah ada menara. Yang keduanya Yang Berhormat Yang di-Pertua, menara tersebut dibina oleh Kerajaan Pusat ya, Kerajaan Pusat dan er… dan er… ianya tidak melibatkan Kerajaan Negeri, ini peruntukan daripada ECER. Dan kita juga kita juga mengenakan tiket kepada pengunjung-pengunjung. Ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk kita memastikan agar kita dapat income ataupun pendapatan daripada pembinaan menara tersebut. Kos yang dibayar setiap tahun adalah RM600,000.00 iaitu kepada pengusaha.
Kita sebenarnya menara ini di bawah bandar raya Kuantan dan kita tahu bahawa bandaraya sememangnya tidak mampu untuk… kerana dia memerlukan profesional-profesionalism kemudian memerlukan promosi dan sebagainya, sebab itu kita bagi kepada pihak swasta ataupun pihak persendirian, yang mana kita menunggu agak lama juga Yang Amat Berhormat Dato’ Sri, ya untuk mendapat er… untuk mendapat, untuk mendapat apa namanya… untuk mendapat ini… operator. Sebab mereka tahu bahawa pertama sekali menara tersebut dibuka di waktu COVID-19.
Yang keduanya, tidak ramai orang menjangka berapa ramai ya yang akan datang untuk melawat menara tersebut. Jadi, sebab itulah syarikat ini telah bersetuju untuk untuk mereka err… apa namanya menyewa kepada minta maaf PSK, dia mula-mula MBK, Majlis Perbandaran Kuantan. Kemudian dia bagi pada PSK. PSK telah menyewa
kepada Hospitality 316 Sdn. Bhd. Jadi, segala urusan dan sebagainya akan ditanggung oleh syarikat tersebut, okey, maintenance dan sebagainya.
Jadi, Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita juga nak melahirkan usahawan ataupun mereka yang berani dan sebab itulah dalam usaha kita untuk terus mengangkat martabat pelancongan, penglibatan pihak swasta dan pihak kerajaan dia must to be together, dengan izin. Maksudnya kita kena bagi peluang, bagi peluang kepada syarikat ini yang membayar RM600,000.00 lebih kurang dalam RM50,000.00 sebulan kepada PSK untuk mereka sebagai sewa ya, sewa kepada pihak kerajaan. Terima kasih.
Soalan tambahan
Sila YB. Semambu.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Tentang dinosaur di Kuantan. Er… saya ucapkan tahniah kepada Majlis Bandaraya Kuantan berjaya mewujudkan Dinosaur Encounter di Taman Teruntum Kuantan. Cuma ramai rakyat tertanya-tanya sebab tiket itu terlalu mahal. Untuk makluman Dato’ Sri, tiket untuk dewasa RM25.00, untuk kanak-kanak RM22.00, jadi sekeluarga kalau dengan 4 orang anak kena bayar RM138.00. Jadi, adalah terlalu mahal. Kalau Dato’ Sri Speaker bawa cucu-cucu lagilah mahal dua ratus, tiga ratus ringgit.
Saya cuba bandingkan harga ini dengan harga Ripley’s Adventureland di Genting Highlands dengan dalamnya ada juga Jurassic Research Centre. Harga tiket cuma RM23.50. Jadi, saya minta pihak kerajaan untuk mengkaji semula tiket tersebut ataupun sekurang-kurangnya bagi orang tempatan, siapa yang bawa pemegang kad I/C Pahang boleh dapat diskaun. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sebelum setiap keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri, sama ada untuk menurun atau menaikkan er… cukai menaikkan harga tiket jadi atau mengenakan charge dan sebagainya, sudah tentu kita membuat perbandingan dengan tempat-tempat yang lain. Jadi kita dapati bahawa kalau hendak dibandingkan dengan zoo ataupun tempat-tempat yang lain kita adalah se… sejajar dan setanding.
Walau bagaimanapun ya, Yang Berhormat Yang di-Pertua kita menyambut baik er… apa namanya… ini cadangan ini kita pun mungkin boleh buat, mungkin kita boleh buat, saya tidak janji, seperti kita buat bajet-bajet hotel. Maknanya mungkin ada voucher-voucher tertentu sebagainya contohnya 5 orang, 10 orang ataupun dia bawa keluarga macam saya nak bawa cucu saya contoh. Ha, ini mungkin kita boleh laksanakan. Supaya apa? Supaya kita hendak meramaikan lagi orang yang melawat di tempat tersebut. Terima kasih di atas soalan tersebut.
Soalan tambahan.
Teruntum, ya.
Terima kasih wakil Kerajaan tadi telah memberikan icon, jawapan icon di kawasan saya. Antara 1 icon di kawasan saya adalah Kompleks Teruntum. Tetapi sampai sekarang saya ingat masalah itu Kompleks Teruntum ini masih tidak memperbiayai penyelenggaraan. Boleh saya tahu adakah pihak Kerajaan akan menyelenggara er… Kompleks Teruntum ini sebagai icon semula yang pada 40 tahun dahulu?
Yang Berhormat, saya kira ini tidak ada kaitan dengan soalan pelancongan.
Pelancong… pelancong.
Yang itu kompleks perniagaan.
Dulu icon… icon. Yang tadi Wakil Kerajaan cakap icon.
Okey. Saya ingat tidak ada…
Soalan saya lagi. Tadi saya tanya daripada Kerajaan er… sebelum masa COVID er… saya tahu lah er… syarikat yang menyelenggara bangunan sekarang tersebut. Tetapi sebelum er… bagi kontrak kepada syarikat itu, kos… beberapa kos akan membiayai Menara 188 sebelum ini. Maknanya dalam 2 tahun ini masa COVID. Berapa kos penyelenggaraan kita nak tahu? Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Nanti saya akan jawab soalan apa nama ini secara bertulis kerana saya tidak mempunyai data tersebut. Jadi saya tak nak main jawab-jawab sahaja. Dan insya-Allah saya akan membuat jawapan bertulis Wakil dari Teruntum. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan berikut, jemput Wakil dari Peramu Jaya.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Merah warna buah naga; Merah lagi buah saga; Sidang Dewan sudah bermula; Mohon pertanyaan soalan nombor tiga. [Daerah Pekan dan Rompin adalah merupakan dua daerah utama kawasan jelapang padi di Negeri Pahang. Berapakah kos pembangunan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri pada tahun 2016 hingga 2020 bagi menyediakan prasarana penanaman padi bagi setiap daerah tersebut?
Berapakah jumlah produktiviti padi bagi tahun 2016 hingga 2020 bagi setiap daerah tersebut?]
Pantun kita Yang Berhormat.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Soalan 3 yang ditanya oleh sahabat saya dari Peramu Jaya berkaitan dengan 2 kawasan jelapang padi, 2 daerah. Satu Pekan, satu lagi di Rompin. Dan berapa kos pembangunan yang terbabit pada tahun 2016 sehingga tahun 2020. Ini jawapannya.
Pertamanya… perbelanjaan yang terlibat dari tahun 2016 hingga 2020 bagi daerah Rompin ataupun di bawah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu ataupun dalam bahasa Inggerisnya Integrated Agriculture Development Area (IADA) sebab biasanya er… bila kita bermesyuarat berurusan kita panggil IADA. IADA Pekan, ada juga IADA Bentong. Tapi ini IADA Pekan iaitu Integrated Agriculture Development Area. Pekan er… dengan jumlahnya er… RM35,749,185.95 ya. Dan bagi IADA Rompin, kosnya ialah RM46,444,980.49 dalam tahun… tempoh 2016 hingga 2020.
Manakala bagi persoalan yang kedua berkaitan dengan produktivi hasil. Bagi IADA Pekan hasil yang dijana ialah 72,875 metrik tan dan bagi IADA Rompin 79,594 metrik tan padi. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan berikut. Saya jemput Wakil dari Triang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya izin mengemukakan soalan nombor 4.
[Kerajaan negeri merancang untuk menyediakan ujian mamogram percuma kepada wanita di Pahang, sila nyatakan: a. Perkembangan program ini. b. Kos ujian mamogram untuk seorang peserta. c. Jumlah peserta ikut pecahan daerah. d. Kelayakan peserta dan mekanisme pemilihan perserta?]
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Untuk menjawab soalan 4 er… daripada Wakil Triang ini, berkenaan dengan Program Ujian Subsidi Mamogram ataupun Cakna Suri yang diberikan secara percuma oleh Kerajaan Negeri Pahang merupakan program saringan awal kanser payudara yang disediakan khas kepada wanita di Negeri Pahang.
Ia telah mula dilaksanakan pada April 2021, namun pelaksanaannya terpaksa dihentikan seketika susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan pada pertengahan Mei yang lalu. Program ini kemudiannya diteruskan kembali apabila Kerajaan Negeri Pahang… apabila Negeri Pahang telah beralih kepada Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara pada awal Oktober 2021. Walaupun sasarannya ialah untuk seramai 6,000 wanita, tetapi setakat ini hanya… hampir 600 orang sahaja yang telah mendapat saringan kerana masalah tersebut.
Dan bagi menjawab soalan kedua kos bagi setiap wanita yang menjalani ujian mamogram adalah RM150.00, ya RM150.00. Manakala RM70.00 bagi ujian ultrasound khusus kepada mereka yang memerlukan ujian susulan. Kesemua kos ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.
Bagi soalan ketiga, bagi mereka yang ingin menjalani ujian mamogram percuma ini mereka perlulah terlebih dahulu membuat pendaftaran dengan Majlis Pembangunan Wanita Pahang di setiap parlimen dan sebanyak 120 tempat diperuntukan bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri. Selain itu, mereka yang berminat juga boleh membuat pendaftaran secara online di page rasmi Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang dan juga di facebook page Anggun Pahang atau boleh terus menghubungi pegawai yang berkenaan di Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang.
Dan Program Cakna Suri ini terbuka kepada seluruh Wanita Negeri Pahang dalam kumpulan B40, warganegara Malaysia yang berumur 40 tahun ke atas termasuk mereka yang menetap dan bekerja di Negeri Pahang. Dan kita menghantar mereka ini ke… di pusat mamogram swasta yang berdaftar dengan LPPKN iaitu Pahang Medical Centre (PMC), IIUM Medical Centre dan Darul Makmur Medical Centre (DMMC), terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya, sila YB.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Ini sememangnya adalah salah satu inisiatif yang sangat bagus untuk wanita di Negeri Pahang. Cuma soalan saya adalah Kerajaan Negeri Pahang merancang untuk memperuntukan RM1.5 juta pada tahun ini. Jadi bagaimanakah dengan er… peruntukan selebihnya yang tidak diguna dan untuk tahun depan adakah program ini akan diteruskan?
Dan soalan kedua adalah saya mohon supaya Kerajaan Negeri boleh memperluaskan lagi publisiti supaya pendaftaran bukan sahaja kepada Majlis Pembangunan Wanita sahaja tetapi mungkin boleh melalui jawatankuasa-jawatankuasa di kampung-kampung.
Dan ketiga adalah, saya mencadang supaya Kerajaan juga boleh mengadakan mobile kaunter. Bahawa peserta-peserta wanita tanpa perlu mengambil perjalanan jauh ke Kuantan tetapi mereka boleh menjalani ujian mamogram di kawasan masing-masing.
Terima kasih kepada soalan tambahan. Peruntukan… Soalan pertama, peruntukan berjumlah RM1.5 juta itu akan di carry forward kepada 2022. Dan sama ada ianya akan diteruskan ataupun tidak kita akan tunggu pengumuman Yang Amat Berhormat er… Dato’ Sri Menteri Besar sebentar nanti.
Dan untuk soalan yang kedua, supaya diperluaskan lagi. Sebenarnya memang kita publisiti itu diperluaskan sebab itu kita ada melalui online dan sebagainya. Untuk memudahkan wanita-wanita di Negeri Pahang ini mendaftar ya, dan cadangan ketiga untuk membawa ke kawasan masing-masing itu akan kita pertimbangkan. Terima kasih.
Terima kasih YB. Saya jemput Wakil dari Tanah Rata.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon izin kemukakan soalan nombor 5.
[Hak Pendidikan Orang Asli dan Kanak-kanak Kawasan Pedalaman
Setelah sekolah ditutup beberapa bulan akibat daripada penularan COVID-19, ramai kanak-kanak Orang Asli dan kanak-kanak daripada kawasan pendalaman mengalami kesukaran atau tidak mempunyai akses kepada pembelajaran atas talian. Memandangkan sekolah baru dibuka semula, nyatakan inisiatif Kerajaan untuk memastikan kanak-kanak tersebut boleh mengejar semula (catch up) pembelajaran agar tidak menjadi “lost generation”.]
Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum WBT [Ayat Al-Quran] salam sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih Dato’ Sri Yang Di-Pertua mengizinkan saya untuk menjawab persoalan dikemukakan oleh Tanah Rata mengenai anak-anak kita, Orang Asli yang tertinggal di dalam pembelajaran mereka akibat daripada pandemik COVID-19 kerana Kerajaan telah menguatkuasakan beberapa perintah errr.. sekatan kepada rakyat di seluruh Negeri Pahang.
Sesungguhnya, pendidikan untuk anak-anak di Pahang ini memang menjadi satu agenda Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita Dato’ Sri Utama Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail. Mereka ini sentiasa diambil tahu dan diberikan kecaknaan yang sebaik-baiknya. Maka di antara usaha Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah membantu Jabatan Pendidikan Negeri Pahang untuk memperkenalkan Transformasi Pendidikan Negeri supaya kita dapat memastikan Jabatan Pendidikan ini dapat bertungkus lumus dan bekerja keras membantu pendidikan anak-anak Negeri Pahang khususnya apabila berlakunya tertinggal pendidikan anak-anak kita akibat COVID-19.
Walaupun demikian sebenarnya, pendidikan anak-anak kita ini terletak secara total kepada Kementerian Pendidikan namun Kerajaan Negeri tidak berlepas tangan dan sentiasa membantu. Hal yang demikian, makanya kementerian telah meminta Jabatan Pendidikan untuk memastikan supaya anak-anak kita tidak ketinggalan di dalam pendidikannya akibat pandemik ini dan kerana akses yang mereka perolehi tidak mencukupi. Apa yang dilakukan oleh Jabatan Pendidikan, pertama mereka memperkenalkan KPMPerkasaKU. Yang kedua, mereka mengagihkan peranti kepada anak-anak kita dan yang ketiga, mereka melaksanakan er... hambatan… pelan hambatan kepada anak-anak yang tertinggal ini tadi.
Bagaimana KPM melaksanakan er.. PerkasaKU ini? Dengan 4 strategi. Strategi yang pertama pengukuhan dan pengayaan kepada anak-anak kita yang telah mempunyai asas teras pendidikan. Yang kedua, pengajaran literasi dan numerasi iaitu kepada anak-anak yang belum mampu membaca dan menulis, mengenal huruf dan angka. Mereka ini akan diberikan asas-asas dan diberikan pendidikan. Yang ketiganya Repositori dan SumberKU. Mana… bagaimana ibu bapa, guru-guru dan murid-murid akan dikomunikasikan dan diberikan semangat kerjasama supaya anak-anak mereka tidak ketinggalan di dalam pendidikan. Dan keempatnya pemerkasaan pentaksiran bilik darjah iaitu anak-anak kita ini sentiasa diteliti dan dikenal pasti bagaimana pencapaian mereka di dalam pembelajaran supaya mereka tidak ketinggalan. Alhamdulillah yang keduanya juga agihan peranti dikenalkan kepada anak-anak yang tidak memliliki alat-alat seperti tab ataupun komputer ataupun laptop. Sebanyak 387 apa nama… peranti telah diagihkan oleh kementerian kepada anak-anak didik kita.
Seterusnya melaksanakan hambatan kepada anak-anak kita yang tertinggal dengan cara… 20 Januari hingga 31 Januari, prestasi peratus Kandungan Asas Kurikulum iaitu (KAK) er… untuk mengajar anak-anak murid kita ini dilaksanakan. 1 September hingga 10 Disember memastikan baki Kandungan Asas Kurikulum yang masih belum diajar dapat diselesaikan. Disember 2021, menentukan kategori murid yang akan menyambung aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran. 1 Januari hingga 28 Februari terdapat dua laluan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran bagi murid yang belum menguasai iaitu Tahap Penguasaan (TP) TP1 - TP2 perlu melaksanakan Program Intervensi. Bagi murid-murid yang telah menguasai TP3 - TP6 murid akan menyambung aktiviti Pengukuhan dan Pengayaan: Program Khas Kecemerlangan.
Walaupun demikian, usaha yang telah digemblengkan oleh Kementerian Pendidikan, Kerajaan Negeri tidak berpeluk tubuh sebagaimana yang saya sebutkan di awal tadi, melalui agensi Yayasan Pahang telah diperkenalkan satu err... program iaitu Baca Cepat Kawanku. Baca Cepat Kawanku ini telah membantu anak-anak kita yang ketinggalan di dalam pembelajarannya seumpama di Sekolah Kebangsaan Temai, Sekolah Kebangsaan Ubai, Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Koyan, Sekolah Kebangsaan Lanai, sehingga mereka ini asalnya tidak mampu membaca dan alhamdulillah apabila Yayasan Pahang telah melantik beberapa orang guru untuk pergi ke kampung-kampung berkenaan menemui anak-anak mereka agar dapat dididik dan diberikan pembelajaran yang sewajarnya.
Setelah itu juga, Kerajaan Negeri masih lagi bertungkus lumus di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Utama Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail telah mengenalkan satu skim memberi kepada anak-anak kita ini komputer sebanyak 1,000 unit dengan kos RM1.5 juta. Tepuk la sikit, [Ahli Dewan menepuk meja] Bukan tepuk ke saya, tapi tepuk ke Kerajaan Negeri, untuk disumbangkan kepada pelajar-pelajar di bawah senarai bantuan JKM. Anak-anak yang tak mampu ini beri satu seorang komputer.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Dengar lagi ada lagi bunyi tak cukup, Yang Amat Berhormat Menteri Besar beri lagi bantuan 22 unit komputer pada setiap DUN er.. baru-baru ini. Apa tujuan itu? Supaya guru-guru dan anak-anak kita yang tertinggal ini dapat belajar dengan sempurna dan mengakseskan dengan cara yang terbaik, insya-Allah, terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Ya, sila Tanah Rata.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Seperti mana yang dikatakan oleh wakil pihak Kerajaan bahawa Kerajaan melaksanakan PDPR iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah tapi kita dapat tahu apabila Kerajaan melaksanakan PDPR ini kita menemui dua cabaran iaitu kekurangan device alat peranti untuk pembelajaran dan juga kekurangan liputan internet sepertimana yang diperkatakan oleh wakil kerajaan.
Oleh itu, saya di sini soalan saya adalah, adakah Kerajaan sedia memberi peruntukan khas memastikan iaitu masalah-masalah cabaran-cabaran yang saya katakan tadi, kekurangan device dan juga kekurangan liputan internet ini tidak mejadikan satu masalah untuk kanak-kanak di perkampungan berkenaan. Katanya setiap kanak-kanak boleh menikmati satu tab ataupun setiap perkampungan boleh diberikan liputan internet di mana yang paling senang adalah menerusi satelit, perkhidmatan satelit iaitu sudah ada sesetengah kampung di Pahang ini telah disediakan perkhidmatan satelit er... untuk mendapat liputan internet. Tetapi itu kena bayar sendiri iaitu err... RM30 untuk 1GB sahaja, itu memang satu beban untuk mereka tetapi, ini bukannya satu…
Yang Berhormat, apa soalan Yang Berhormat?
... pihak Kerajaan boleh menyediakan satu peruntukan khas untuk memastikan perkara, cabaran tersebut tidak lagi menjadi masalah. Terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sebagaimana saya cakap sebelum soalan lagi Menteri Besar dah beri peruntukan, Terima kasih banyak.
Okey terima kasih, kita beralih ke soalan seterusnya. Jemput Wakil daripada Pulau Manis.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk mengemukakan soalan nombor 6.
[Adakah perlu Klinik Kesihatan Jaya Gading dinaik taraf untuk mengatasi kesesakan di Hosital Tengku Ampuan Afzan Kuantan memandangkan Klinik Kesihatan Jaya Gading telah menjadi pusat perkhidmatan kepada komuniti setempat dan juga penduduk berdekatan dari DUN Panching serta Lepar?]
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh ADUN Pulau Manis. Soalan ADUN Pulau Manis adalah bersifat cadangan iaitu adakah perlu Klinik Kesihatan Jaya Gading dinaik taraf dan pada masa yang sama penaiktarafan ini dijangkakan ataupun diharapkan oleh Pulau Manis untuk mengatasi kesesakan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.
Secara amnya er… sidang Yang di-Pertua serta Sidang Dewan, tiada klinik kesihatan boleh membantu mengurangkan kesesakan sesebuah hospital secara total kerana skop perkhidmatan yang berbeza di antara keduanya. Walau bagaimanapun, langkah penambahbaikan perkhidmatan yang dirujukkan ke Klinik Kesihatan buat masa hari ini secara tidak langsung dapat membantu memberi perkhidmatan kepada pesakit yang sebelum ini di bawah perkhidmatan hospital.
Antaranya mewujudkan sistem shift outstandard hours di tiga buah KK di daerah Kuantan termasuklah di Klinik Kesihatan Jaya Gading bagi mengurangkan kedatangan pesakit ke unit kecemasan hospital terutamanya selepas waktu pejabat. Izinkan saya berkongsi sedikit dengan sidang Dewan berkaitan dengan err... jenis Piawaian Perkhidmatan Klinik Kesihatan di Malaysia. Ianya ditetapkan mengikut kedatangan... bilangan kedatangan pesakit dan juga jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan, yang dibezakan di antara daripada KK 1 hingga KK 7.
Untuk makluman Sidang Dewan, Klinik Kesihatan Jaya Gading ini telah siap ataupun mula beroperasi pada tahun 1991 berdasarkan Klinik Kesihatan Jenis 5, iaitu mengikut beban kedatangan 100 hingga 150 orang pesakit sehari, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Walau bagaimanapun, pada masa kini Klinik Kesihatan Jaya Gading dengan kedatangan pesakit secara puratanya 400 orang sehari, sudah sesuai untuk menjadi Klinik Kesihatan Jenis 3. Jadi sehubungan itu, memang ada keperluan untuk menaik taraf KK Jaya Gading kepada KK Jenis 3 untuk memberikan perkhidmatan kesihatan secara optima kepada penduduk setempat dan bersesuaian dengan kedatangan pesakit serta piawaian perkhidmatan KK Jenis 3. Perkhidmatan kesihatan tambahan bersesuaian dengan KK Jenis 3 yang perlu ditawarkan adalah seperti pengimejan diagnostik, rehabilitasi, makmal perubatan untuk kegunaan pesakit yang tidak disediakan di KK Jaya Gading sedia ada. Jadi secara kesimpulannya Dato’ Sri Yang di-Pertua, memang ada keperluan untuk Klinik Kesihatan Jaya Gading ini dinaik taraf supaya perkhidmatan di klinik ini dapat ditambah baik dengan penambahan perkhidmatan yang disebutkan tadi dan sesuai dengan keperluan semasa. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Yang di-Pertua...
Yang Berhormat, ya Pulau Manis, tambahan. Lepas ini Yang Berhormat. Sila Pulau Manis.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Yang pertamanya, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Exco dan Kerajaan Negeri yang mengetahui bahawa Klinik Kesihatan Jaya Gading sekarang ini telah menampung lebih daripada 400 orang pesakit dalam satu hari, yang meliputi kawasan-kawasan daripada DUN Pulau Manis sendiri dan juga DUN Panching dan DUN Lepar. Mereka lebih tertumpu di situ. Jadi saya bercadang kalau pihak Kerajaan Negeri memperakui perkara ini, saya bercadang untuk menyatakan ke dalam... apa ni er... cadangan dalam RMK-12, itu yang saya maksudkan.
Dan soalan saya yang tambahannya ialah, dahulu zaman kita memerintah, masa BN memerintah, sebelum PH memerintah, kita telah dimaklumkan bahawa pihak kerajaan bercadang untuk menaik taraf seluruh klinik-klinik desa ataupun KD yang berada di dalam kampung-kampung, yang mana biasanya dihuni oleh bidan, paling tidaknya dua orang bidan. Jadi, tujuannya ialah untuk menaik taraf daripada segi kakitangan dan juga seterusnya melihat prasarana yang terdapat di kawasan tersebut. Jadi saya nak bertanya pada hari ini apakah status perancangan tersebut setelah PH tidak memerintah lagi? Adakah kita sambung ataupun kita dah tertinggal pula? Terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sememangnya usaha kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan primer bagi seluruh rakyat kita terus laksanakan. Walau bagaimanapun, kita faham bahawa kos untuk kita menjaga kesihatan rakyat di negara kita ini sangat besar, kita bukan sahaja berbelanja besar pada tahun ini iaitu sebanyak... ataupun peruntukan untuk tahun depan RM32.4 bilion tetapi secara umumnya Malaysia memang sebuah negara yang sangat bermurah hati dalam perkhidmatan kesihatan Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Kalau di negara-negara maju, sebahagian daripada perkhidmatan kesihatan ini telah diserahkan kepada pihak industri, pihak swasta khususnya bagi mereka yang mampu dengan mewajibkan sistem insurans kesihatan, tetapi negara kita masih belum lagi. Sebaik mungkin kerajaan akan cuba untuk menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dengan belanja kerajaan sendiri.
Respons kepada apa yang disebutkan oleh Pulau Manis tadi. Sebenarnya memang kita sentiasa menaik taraf klinik-klinik yang sedia ada seperti yang dikatakan tadi daripada 1 hingga ke 7 ataupun daripada 7 hingga ke 1. Minta maaf, terbalik ya, daripada kecil kepada yang besar, bahkan sepertimana kata Pulau Manis tadi, klinik-klinik desa pun kita er... saya fikir, susahlah kita nak jumpa. Mungkin saya kena sah balik, mungkin sudah hampir tiada. Dalam rekod yang ada sini apa... Yang Berhormat, kita di Pahang ini ada 18 telah kita naik tarafkan klinik desa kepada KK Jenis 7, 5, 6 dan 3 pun ada Yang Berhormat.
Jadi, sememangnya kita sentiasa cuba untuk menaik tarafkan perkhidmatan ini. Walau bagaimanapun... walaupun Klinik Kesihatan Jaya Gading ini belum disenaraikan dalam rolling plan ke-2 ini, tetapi kita memang sentiasa cuba dan mengutamakan klinik ini. Pada masa yang sama, ada juga projek-projek penaiktarafan klinik di kawasan yang berhampiran yang kita rasa dapat membantu masalah kesesakan di Jaya Gading.
2 projek yang sedang... ataupun 1 projek yang sedang dilaksanakan iaitu pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 3 berserta kuarters di Soi yang sedang dalam pembinaan secara fizikalnya 3.62% dan juga kita ada cadangan dalam Rancangan Malaysia Ke-2 ini kita harap dapat dilaksanakan pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 3 Inderapura. Jadi saya percaya maklumat yang diberikan itu dapat memberi gambaran bahawa kita sentiasa berikan yang terbaik, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Ya, sila Cheka.
Tuan Yang di-Pertua,
Kesesakan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (HTAA) ini memang menghadapi permintaan perkhidmatan yang tinggi. Jadi adakah Kerajaan Negeri ataupun Pusat merancang untuk naik taraf HTAA atau membina baru... hospital baru untuk daerah Kuantan? Kalau ada, sila jelaskan, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kerajaan sedar bahawa kesesakan ini satu yang amat perlu kita atasi. Walau bagaimanapun, suka saya kongsikan dengan Sidang Dewan Yang dimuliakan, sebahagian besar daripada kesesakan di HTAA Kuantan adalah disumbangkan oleh err... ataupun keperluan perkhidmatan wanita dan kanak-kanak ataupun woman and child.
Jadi, untuk itu Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan Sidang Dewan, kerajaan sememangnya dalam cadangan untuk segera melaksanakan atau membangunkan hospital wanita dan kanak-kanak di Kuantan ini ataupun di Tanjung Lumpur, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan berikutnya. Saya jemput Wakil dari Tahan.
Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Yang di-Pertua, sebelum saya kemukakan soalan saya, saya mohon izinlah daripada Dato’ Sri Yang di-Pertua, kalau bolehlah, sebenarnya tadi saya berhasrat untuk mengemukakan soalan tambahan pada soalan yang ke-5. Kalau boleh saya kemukakan dan dapat jawapan secara bertulis pun tak apa. Mohon izinlah daripada Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Kenapa Yang Berhormat tak bangun tadi?
Saya nak bangun, Dato’ Sri dah alih dah.
Oh... dah beralih tempat. Bolehlah, tapi untuk kali inilah.
Okey, terima kasih banyak.
Kali inilah, sila.
Soalan sayalah berkenaan dengan pendidikan Orang Asli, 2. Pertama, saya nak tahu berapakah bilangan sekolah-sekolah rendah kitalah yang ada penglibatan pelajar-pelajar anak-anak Orang Asal di Negeri Pahang? Yang kedua, apakah usaha-usaha yang dibuat untuk menarik golongan anak-anak orang Asal ini untuk turut bersama di
sekolah-sekolah rendah ini? Itu saja Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya kemukakan soalan saya yang ke-7.
Nanti Yang Berhormat, satu-satu.
Terima kasih.
Yang Berhormat, kejap. Nak menjawab bertulis ke nak boleh teruskan jawapan. Saya beri izin memilih.
Dia kalau tak nak merepek jawab bertulislah Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Bertulis ya?
Hah, bertulis.
Okey, sila.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Sama. Baik, Tahan sila soalan berikutnya.
Saya kemukakan soalan saya yang ke-7.
[Penubuhan MTEN objektifnya untuk memajukan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan memakmurkan Pahang susulan ancaman pandemik COVID-19 ini;
1. Apakah perancangan yang telah dan sedang dibuat?
2. Sejauh mana kejayaan dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia serta membantu usahawan-usahawan belia untuk bangkit kembali?]
Sila.
[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Terima kasih kepada sahabat saya dari ADUN Tahan. Saya nak jual pantun pagi ini ataupun baca pantun kepada beliau,
Pinggan mangkuk, periuk belanga, Mari disusun di atas para, Soalan 7 ADUN Tahan bertanya, Kini sudah masa saya menjawab pula.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Bagi memajukan Ekonomi Belia dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak muda, susulan pandemik COVID-19, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Belia dan Sukan Pahang telah menjalankan pelbagai kursus dan aktiviti secara atas talian. Kursus dan aktiviti adalah seperti berikut, antaranya Webinar untuk semua usahawan belia, Webinar Biz Talk My Premiere bersama PUNB, MyGig bersama MDEC ataupun Malaysia Digital Economy Corporation Asean, Webinar Agro Premiere. Ini antara kursus-kursus dan juga aktiviti yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dengan kerjasama Kementerian Multimedia dan Komunikasi serta Malaysia Digital Economy Corporation dan lain-lain. Kerajaan Negeri, alhamdulillah, apabila berlaku COVID dua, tiga bulan terus menubuhkan atau menyelaraskan MTEN, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri segera untuk menangani keadaan yang berlaku pada masa itu.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Setakat 29 Oktober 2021 seramai 1,185 orang belia dari Negeri Pahang telah berdaftar dengan Skim Perantisan Nasional atau SPN. Skim ini terbuka kepada belia yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun melalui jaminan pekerjaan oleh syarikat ataupun organisasi. Majikan yang mengambil peserta SPN ini akan mendapat insentif kerajaan sebanyak RM1,000.00 dalam tempoh 3 bulan dan tuntutan sebanyak 40% daripada gaji bulanan selama enam bulan. Majikan perlu berdaftar dengan PERKESO untuk memudahkan tuntutan. Peserta SPN akan diserap masuk bekerja dengan majikan tersebut dan ia akan sekali gus membantu mengurangkan jumlah belia menganggur.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Izinkan saya membuat tambahan sedikit bahawa PERKESO sahaja di Negeri Pahang ini baru-baru ini dengan peruntukan yang disumbangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah mengadakan ke sebelas daerah er… untuk My Job Fair atau My Future Job. Ini adalah selaras dengan keadaan pandemik COVID yang berlaku untuk memberi peluang dan ruang kepada anak-anak muda seluruh Negeri Pahang mencari peluang pekerjaan. Ini adalah dengan kerjasama majikan-majikan seluruh Negeri Pahang. Dan yang terbaru diadakan kursus ataupun PERKESO iaitu di Parlimen Paya Besar dan sebelum itu di daerah Bera. Ini menggambarkan betapa seriusnya juga PERKESO dengan kerjasama Kerajaan Negeri untuk memberi peluang dan ruang kepada anak-anak muda mencari peluang pekerjaan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Begitu juga melalui Kerajaan Negeri, yang sebelum ini telah memperuntukan RM10 juta untuk membuka Kome Café dan baru-baru ini alhamdulillah telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di Tanjung Lumpur. Ini adalah satu hak bagi anak-anak muda untuk mencebur diri dalam perniagaan dan juga usahawan-usahawan anak muda. Begitu juga dengan peruntukan cadangan RM20 juta yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri melalui Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang untuk membangunkan usahawan-usahawan dengan pinjaman RM5,000.00 hingga ke RM10,00.00 bagi mereka yang layak.
Begitu juga dengan kerjasama UCYP dan KPT oleh Yayasan Pahang telah menyalurkan hampir RM1.8 juta melalui Skim Skill Gradpreneur, Busines Junior, Gradpreneur Niaga dan juga Gradpreneur Job Pahang. Ini adalah antara perkara-perkara yang telah diselaraskan di peringkat Negeri Pahang dengan kerjasama pihak kerajaan dan juga swasta untuk memberi ruang kepada anak-anak muda di dalam negeri ini mencapai kerjaya-kerjaya tertentu dan juga peluang-peluang usahawan. Begitu juga MARA sangat prihatin terhadap usahawan-usahawan belia yang terkesan dengan akibat COVID-19.
Antara bantuan yang diberikan ialah melalui Pembiayaan Putra seramai 42 orang belia telah diberi pembiayaan berjumlah hampir RM400,000.00. Secara rumusannya Penubuhan MTEN telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan perkara ini akan diperkukuhkan dan diperkasakan dari semasa ke semasa pada masa akan datang sehinggalah pandemik COVID-19 ini berakhir. Insya-Allah. Sekian, terima kasih, Yang Di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Baiklah Ahli-ahli Yang berhormat sekalian, kita telah selesai membincangkan sesi Pertanyaan dan Jawapan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang yang telah mengemukakan soalan-soalan dan juga pihak Kerajaan yang telah memberi jawapan-jawapan dengan jelas dan terang. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan kita hari pagi ini untuk jamuan pagi.
Sebelum itu, suka saya memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum kita menikmati minum pagi, urus setia akan meminta semua Ahli Yang Berhormat untuk kita mengambil gambar photo group untuk dijadikan rakaman sejarah yang akan dibuat dalam bentuk Coffee Table Book Dewan Negeri Pahang sejak dulu hinggalah kini. Jadi saya harap semua Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum menikmati jamuan akan terus pergi ke… dan berkumpul di depan pintu utama seperti mana yang biasa kita adakan sesi bergambar dan selepas itu bolehlah kita beredar untuk jamuan ringan.
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk itu saya bercadang untuk menempohkan persidangan dan kita akan sambung semula dalam pukul 11.30 pagi. Saya harap Ahli Yang Berhormat bergerak keluar dalam keadaan tertib dan mematuhi penjarakan fizikal. Persidangan ditempohkan. Terima Kasih.
[Persidangan ditempohkan pada pukul 11.30 pagi]
[Persidangan disambung semula]
Rang Undang-UndangBill
Perkara Kelima: Rang Undang-Undang
Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan (2022) 2021. Kertas DN 22/2021. Kertas Belanjawan Negeri Pahang 2022, Kertas DN 24/2021. Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan membawa cadangan.
Bacaan Kali Pertama
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan (2022) 2021.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukan jumlah wang itu untuk maksud tertentu.
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.
Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua,
saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Bacaan Kali Kedua
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan (2022) 2021 dibaca bagi kali yang kedua.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, dengan ini saya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyampaikan ucapan Belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2022. Dipersilakan Yang Amat Berhormat.
Assalammualaikum WBT, salam sejahtera, Salam Keluarga Malaysia, Salam Keluarga Pahang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah inayah-Nya kita dapat hadir ke Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Yang Ke-14 bermula pada 6 Disember 2021. Pada sidang kali ini, insya-Allah saya akan bentangkan Belanjawan Negeri Pahang Darul Makmur 2022 yang bertemakan ‘Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama, Rakyat Sejahtera’. Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT dan menjunjung kasih Ke Sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan Pemangku Raja Pahang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Dalam belanjawan tahun 2022, Kerajaan Pusat telah memperuntukan sejumlah RM322.1 bilion, di mana RM233.5 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus. Sementara RM75.6 bilion adalah untuk perbelanjaan pembangunan serta peruntukan RM23.0 bilion untuk kumpulan wang COVID-19. Manakala peruntukan untuk simpanan luar jangka berjumlah RM2.0 bilion. Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Pusat kerana dapat menyediakan belanjawan untuk kepentingan rakyat.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Tahun 2022 bakal menjadi tahun pemulihan ekonomi selepas teruk dibadai pandemik COVID-19. Ekonomi diunjur pulih secara beransur-ansur pada tahun 2022 dengan mempergiatkan aktiviti pelancongan domestik dan perhotelan, pertanian, perladangan, perlombongan serta keseimbangan pertumbuhan sektor perindustrian.
Kerajaan Negeri juga akan mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif dan pembangunan insfrastruktur yang berterusan dengan memberi kepada penekanan untuk menjalankan perniagaan. Pembentangan belajawan tahun 2022 ini bertujuan mempercepatkan pemulihan ekonomi negeri serta membantu golongan terkesan dengan pandemik ini daripada pelbagai aspek sama ada dari segi program atau bantuan secara langsung kepada keluarga, individu atau perniagaan.
Alhamdulliah, Kerajaan Negeri Pahang telah berkongsi hasil yang telah diperolehi dengan rakyat di negeri ini melalui pengagihan secara bersasar mengikut kemampuan kewangan kita. Oleh yang demikian, marilah kita berdoa supaya cabaran ini dapat diatasi bersama-sama dengan kerjasama dan sokongan semua rakyat Negeri Pahang kepada pentadbiran kerajaan pada hari ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Dalam usaha untuk meningkatkan hasil, Kerajaan Negeri Pahang telah mengenal pasti beberapa strategi baru selain daripada hasil yang biasa kita terima setiap tahun.
Antara strategi yang dilihat mampu menjana pendapatan hasil yang lumayan adalah dengan mentransformasikan sektor pelancongan negeri ke arah yang lebih mantap. Negeri Pahang yang dikurniakan tempat-tempat pelancongan berkonsepkan alam semulajadi seperti pantai, pulau, hutan, gua dan kawasan peranginan tinggi bukan sahaja dapat menghasilkan pulangan yang baik, malah dapat dijadikan alternatif daripada kebergantungan kepada hasil sumber alam seperti sebelum ini.
Selain dari itu, Kerajaan Negeri juga bercadang untuk melihat beberapa perkara yang melibatkan penggunaan utiliti di Negeri Pahang ini yang boleh memberikan hasil tambahan. Sebagai contoh Kerajaan Negeri akan melihat semula pelaksanaan projek hidro eletrik Ulu Jelai yang melibatkan bayaran terhadap laluan talian, kawasan takungan, kawasan tadahan, empangan, royalti air dan juga ganti rugi balak. Bayaran laluan talian dan menara TNB di seluruh Negeri Pahang juga akan dituntut daripada pihak yang berkenaan.
Bagi infrastruktur telekomunikasi, Kerajaan Negeri akan mengenal pasti pemilik struktur telekomunikasi yang terlibat dan akan mengenakan caj sewaan tahunan. Kerajaan Negeri juga telah mengenal pasti ketirisan hasil yang melibatkan tanah-tanah di bawah tanah rancangan FELDA. Bagi menangani ketirisan tersebut, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk meluluskan secara dasar pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara bagi tujuan pertanian kepada FELDA dalam kawasan FELDA.
Sehingga kini, pentadbiran tanah Pahang telah menerima 1,788 permohonan daripada pihak FELDA dan sebanyak 685 permohonan telah diluluskan melibatkan tuntutan premium dan denda premium sebanyak RM86.0 juta. Kerajaan juga sedang mengambil tindakan yang sama bagi menuntut hasil negeri bagi tanah-tanah yang dimajukan oleh koperasi-koperasi FELDA dan kawasan FELDA.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri juga melihat terdapat keperluan untuk mengkaji semula beberapa perundangan serta perjanjian-perjanjian lama yang tidak menguntungkan Kerajaan Negeri. Antaranya adalah seperti Enakmen Taman Negara (Pahang) 1939 yang masih mengekalkan caj masuk ke Taman Negara sebanyak RM1.00 sejak tahun 1939. Bagi meningkatkan hasil hutan, perjanjian lama bagi projek-projek ladang hutan akan disemak semula termasuklah menguatkuasakan arahan penanaman semula kepada operator.
Untuk hasil-hasil baru pada tahun 2022, Kerajaan Negeri akan mula mengenakan caj kelestarian ke atas penginap hotel di Negeri Pahang. Kadar cukai RM3.00 dikenakan kepada penginap hotel bagi satu malam. Tahun 2022 ini diunjurkan Kerajaan Negeri menerima hasil sebanyak RM21 juta. [batuk].
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Walaupun kita sekarang sedang berkemelut dengan pandemik COVID-19. Saya amat bersyukur kehadrat Allah SWT kerana kedudukan kewangan negeri terus berada dalam keadaan yang baik.
Sehingga 6 Disember 2021 Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM812.41 juta berbanding sasaran yang ditetapkan sebanyak RM800.80 juta iaitu pencapaian sebanyak 101.44% [Ahli-ahli Dewan tepuk meja]. Ini adalah pencapaian
yang membanggakan dan seterusnya menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri tidak kukuh.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri mensasarkan kutipan hasil tahun 2022 sebanyak RM1.036 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM236 juta atau 29.4% berbanding anggaran tahun 2021. Kutipan hasil tahun 2022 dijangka diperolehi daripada hasil tanah sebanyak RM643.71 juta, hasil perhutanan RM150.10 juta, hasil air sebanyak RM19.41 juta, geran Kerajaan Pusat sebanyak RM101.05 juta dan lain-lain hasil sebanyak RM122.09 juta.
Kutipan hasil negeri dijangka akan mengalami peningkatan melalui pelaksanaan yang lebih bersepadu bagi kutipan cukai premium dan hasil tanah. Walau bagaimanapun bagi jumlah sebenar adalah bergantung kepada prestasi kutipan hasil dan perbelanjaan pada tahun 2022.
Demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat, Belanjawan tahun 2022 akan menyediakan peruntukan berjumlah RM1.031 bilion bagi perbelanjaan mengurus yang merangkumi perbelanjaan emolumen, perkhidmatan dan bekalan, pemberian dan kenaan bayaran tetap, perbelanjaan lain dan aset.
Anggaran perbelanjaan mengurus untuk tahun 2022 telah meningkat sebanyak RM235.57 juta ataupun 29.61% berbanding tahun 2021. Oleh yang demikian Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, anggaran Belanjawan Tahun 2022 menunjukkan lebihan RM5.79 juta [Ahli Dewan menepuk meja].
Manakala bagi perbelanjaan pembangunan, peruntukan adalah sebanyak RM323.26 juta. Ia akan melibatkan projek infrastruktur sebanyak RM171.98 juta dalam… dengan pembiayaan secara langsung. Manakala RM151.28 juta adalah daripada pinjaman bagi membiayai projek bekalan air. Projek ini akan menyumbang sebanyak 46.80% daripada keseluruhan peruntukan projek pembangunan. Ini menunjukkan komitmen yang tinggi oleh Kerajaan Negeri dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat dari segi bekalan.
Secara keseluruhannya, anggaran perbelanjaan pembangunan untuk tahun 2022 telah meningkat sebanyak RM121.35 juta atau 60.10% berbanding tahun 2021. Belanjawan Tahun 2022 ini adalah belanjawan yang telah mengambil kira semua aspek dalam pemulihan pasca COVID-19. Belanjawan Tahun 2022 turut memberi tumpuan kepada keselesaan dan kesejahteraan rakyat melalui peningkatan perbelanjaan mengurus dan pembangunan.
Kerajaan Negeri Pahang telah dan akan sentiasa memastikan kesejahteraan rakyat sebagai matlamat utama dalam pentadbiran hari ini. Tumpuan Kerajaan Negeri Pahang pada masa ini adalah meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri secara holistik dan juga memberi keutamaan kepada rakyat supaya dapat meneruskan kelangsungan kehidupan mereka setelah negara dilanda COVID-19.
Oleh yang demikian belajawan tahun 20…Oleh yang demikian Belanjawan Tahun 2022 memberi fokus kepada 5 strategi utama:
Pertama: memenuhi keperluan asas rakyat, Kedua: melengkapkan kemudahan asas rakyat, Ketiga: mensejahterakan kehidupan dan pembangunan sosial ekonomi, Keempat: pelan pemulihan pasca COVID-19 melonjak ekonomi negeri; dan
Kelima: pemantapan pentadbiran.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Rumah merupakan keperluan asas yang mustahak bagi individu sebagai tempat berlindung. Semestinya setiap individu di dalam negeri ini berhasrat untuk memiliki sebuah kediaman yang selamat dan selesa. Namun atas beberapa faktor sudah semestinya ada di antara mereka terutama daripada golongan miskin tegar dan miskin, malah yang berpendapatan rendah dan sederhana menganggap memiliki rumah kediaman adalah sesuatu yang mustahil untuk dijadikan realiti.
Kerajaan Negeri Pahang amat prihatin terhadap keperluan golongan miskin tegar, miskin serta golongan berpendapatan rendah dan sederhana bagi memiliki rumah yang selesa dan selamat untuk didiami. Malah, hasil maklumbalas daripada portal e-belanjawan yang dibuka pada awal bulan November yang lalu, adalah didapati begitu ramai rakyat Pahang menyuarakan hasrat dan keinginan supaya Kerajaan Negeri dapat melakukan sesuatu dalam belanjawan kali ini.
Untuk itu, Kerajaan Negeri komited dan bersedia untuk membantu golongan ini dengan menawarkan pelbagai skim dan bantuan perumahan, agar memastikan impian mereka menjadi realiti.
Bagi kumpulan miskin tegar yang mana kumpulan ini sememangnya tidak mempunyai kemampuan untuk memiliki rumah kediaman, Kerajaan Negeri Pahang telah melancarkan Program Rumah Rakyat Pahang ataupun RRP. Penerima projek RRP ini terdiri daripada mereka yang miskin atau miskin tegar yang tersenarai dalam senarai e-Kasih dan tidak memiliki rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur untuk dibaiki.
Projek Rumah Rakyat Pahang adalah program pemberian rumah secara percuma kepada rakyat yang layak. Kerajaan Negeri Pahang adalah satu-satunya Kerajaan Negeri yang menyediakan rumah secara percuma kepada rakyat yang memerlukan [Ahli Dewan menepuk meja].
Pada tahun 2021 Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan 102 unit Rumah Rakyat Pahang bagi fasa pertama dan 104 unit bagi fasa kedua. Jumlah keseluruhan peruntukan yang telah diluluskan bagi Projek Rumah Rakyat Pahang 2021 adalah sebanyak RM13.47 juta.
Bagi tahun 2022 kerajaan Negeri terus komited untuk memperkasakan usaha ini. Memandangkan kos pembinaan meningkat akibat pendemik COVID-19, Kerajaan… Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju menaikkan peruntukan pembinaan rumah dari RM65 ribu sebelum ini kepada RM75 ribu [Ahli-ahli Dewan tepuk meja]. Walau bagaimanapun, pertambahan kos ini tidak sesekali bermaksud kerajaan akan mengurangkan bilangan peruntukan Rumah Rakyat Pahang.
Malah tahun 2022 Kerajaan Negeri bersedia menambah jumlah bilangan rumah daripada 4 buah ke 6 buah rumah di setiap kawasan DUN [Ahli-ahli Dewan tepuk meja] dengan jumlah sebanyak 266 unit dengan peruntukan se… berjumlah RM19.95 juta.
Bagi kategori rakyat berpendapatan sederhana rendah dan sederhana, Kerajaan Negeri terus komited melaksanakan Projek PR1MA Pahang. Sehingga tahun 2021 sebanyak 124 projek PR1MA Pahang dengan bilangan unit sebanyak 39,679 unit telah
diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada pemaju swasta di seluruh Negeri Pahang dan terus dilaksanakan pelaksanaan pembinaan pada tahun 2022.
Sebagai penambahbaikan kepada Projek PR1MA Pahang yang sedia ada, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Projek Rumah MAKMUR memenuhi golongan sasaran yang berpendapatan sederhana rendah. Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah meluluskan 22 projek dengan jumlah rumah yang bakal dibina sebanyak 6,165 unit rumah.
Rumah MAKMUR ini diharap memberikan lebih peluang kepada golongan berpendapatan RM5,000.00 dan ke bawah, satu isi rumah untuk memiliki kediaman yang selesa untuk didiami. Pada tahun 2021, sebanyak 3 projek dengan 722 unit rumah telah memulakan kerja di tapak iaitu di Kuantan, Maran dan Lipis. Di… di samping itu, sebanyak 30 unit Rumah Makmur di Lipis dijangka akan dapat disiapkan pada tahun 2022.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri tidak pernah ketandusan idea dalam membantu rakyat berpendapatan rendah untuk memiliki rumah kediaman yang selesa. Pada tahun 2021, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Skim Pemilikan Tapak Rumah yang mempunyai infrastruktur asas seperti jalan, air dan elektrik. Skim ini dinamakan sebagai Skim Tanah Warisan. Skim ini adalah hasil dari cetusan idea menggabungkan pembangunan Rancangan Tanah Kelompok dan pemajuan projek perumahan oleh pemaju swasta.
Projek Skim Tanah Warisan yang pertama diluluskan Kerajaan Negeri adalah di Kuala Medang, Lipis. Bagi projek ini, Kerajaan Negeri akan memberi hak milik tanah berkeluasan antara 8,000 hingga 10,000 kaki persegi bagi tujuan pembinaan rumah oleh peserta yang terpilih dengan dikenakan bayaran premium sebanyak RM10,000.00 sahaja.
Pembinaan infrastruktur pula akan dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik dengan kos pembangunan dibiayai oleh Kerajaan Negeri. Bagi maksud pembiayaan untuk membina rumah kediaman, peserta dibenarkan untuk mencagarkan tanah yang diberi milik oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan mendapatkan pinjaman bank. Peserta juga dikenakan moratorium… sekatan pindah milik tanah selama 10 tahun.
Skim Tanah Warisan ini akan diperluaskan ke seluruh Negeri Pahang dengan pelaksanaan sekurang-kurangnya satu projek setiap daerah. Rancangan bagi tahun 2022 adalah di 6 daerah iaitu di Raub, Temerloh, Rompin, Jerantut, Bera dan Maran dan seterusnya akan dikembangkan lagi ke daerah lain di Negeri Pahang.
Sebagai permulaan kepada tahun 2022, Kerajaan Negeri memperuntukan RM15 juta bagi fasa pertama projek yang akan bermula di Kuala Medang, Lipis. Projek ini disasarkan akan memberi manfaat kepada 250 orang penerima. Perumahan Awam Kos Rendah Sungai Pandan, Kuantan adalah satu projek yang melibatkan pembangunan 2,000 unit rumah PAKR. Kerajaan Negeri telah memutuskan supaya pembangunan semula baki 1,200 PAKR Sungai Pandan ini akan dilaksanakan pada tahun 2022. Pembangunan semula ini akan berkonsepkan pembangunan berstrata bagi mengatasi isu banjir yang pernah dialami di lokasi tersebut.
Kerajaan Negeri akan meneliti cadangan daripada pemaju atau kontraktor yang berminat untuk dipertimbangkan daripada aspek konsep pembangunan, kos dan
lain-lain. Pembangunan semula PAKR Sungai Pandan dijangka akan dapat memberi manfaat lebih ramai isi rumah berpendapatan rendah atau B40 terutama di daerah Kuantan dalam memiliki rumah sendiri.
Kerajaan Negeri juga terus komited dalam memastikan golongan berpendapatan rendah yang mendiami Perumahan Awam Kos Rendah terus terbela. Bagi penghuni PAKR yang telah menjelaskan keseluruhan bayaran ansuran unit masing-masing, mereka akan diberi pemilikan unit-unit PK… PAKR tersebut. Sebanyak 448 hak milik akan dikeluarkan pada tahun 2022.
Di samping pemberi pemilikan unit-unit PAKR, Kerajaan Negeri turut memberi perhatian yang serius terhadap keselamatan dan keselesaan semua penghuni Perumahan Awam Kos Rendah di Negeri Pahang. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.66 juta untuk tahun 2022 bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan untuk semua PAKR. Antaranya PAKR Sungai Pandan Kuantan, Projek Perumahan Rakyat Disewa Rumah Pangsa Pak Mahat Tanjung Lumpur, Kuantan dan PAKR PK… PAKR lain di seluruh negeri.
Bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri meluluskan tambahan peruntukan sebanyak RM400,000.00 lagi bagi kerja-kerja penyelenggaraan PPRS Rumah Pangsa Pak Mahat Tanjung Lumpur, Kuantan bagi meningkatkan kekerapan kerja-kerja penyelenggaraan. Antara kerja-kerja penyelenggaraan Perumahan Awam Kos Rendah adalah seperti penyelenggaraan lif, penggantian tangki air bumbung, pembaikpulihan saluran kumbahan dan sebagainya.
Tambahan kepada insentif pengeluaran hak milik untuk Perumahan Awam Kos Rendah untuk golongan berpendapatan rendah atau B40, bagi tahun 2022 Kerajaan Negeri akan membuat penawaran sebanyak 300 unit rumah di tiga Projek Perumahan Rakyat Dimiliki. Antara projek yang akan ditawarkan kepada rakyat adalah Projek PPRM Inderapura, Kuantan, Projek PPRM Pulau Manis, Kuantan dan Projek PPRM Luit, Maran yang mana setiap satunya terdiri daripada 100 unit rumah kos rendah. Penawaran unit-unit PPRM ini akan dapat meringankan beban rakyat daripada aspek pembayaran sewa dan membolehkan penerima PPRM memiliki aset kekal sendiri sebagai satu jaminan kelangsungan hidup.
Menyedari kepentingan penjawat awam sebagai pemangkin pembangunan negeri, Kerajaan Negeri turut mengambil berat mengenai hal ehwal kebajikan semua penjawat awam yang berkhidmat di Negeri Pahang daripada aspek keperluan perumahan. Pada tahun 2021, Kerajaan Negeri telah meluluskan Dasar Perumahan Khusus bagi penjawat awam yang dikenali sebagai Rumah Penjawat Awam Pahang.
Bagi pemohon unit-unit Rumah Penjawat Awam Pahang ini, pemohon mestilah merupakan sama ada penjawat awam, pasangan atau anak kepada penjawat awam. Rumah Penjawat Awam Pahang ini akan dilaksanakan di lokasi dalam lingkungan 10 kilometer daripada pusat bandar. Projek ini menawarkan tiga kategori harga jualan bermula daripada RM120,000.00 bagi rumah teres setingkat dan pangsapuri serta sehingga RM450,000.00 bagi rumah banglo setingkat. Bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri telah meluluskan secara dasar seluas 80 ekar tanah bagi Projek RPAP di KotaSAS.
Kerajaan Negeri juga tidak sesekali melupakan keperluan rakyat yang memerlukan bantuan baik pulih terhadap rumah yang mereka sedang diami. Oleh itu, bantuan baik pulih bawah Peruntukan Pembangunan Pejabat SUK Pahang diteruskan pada tahun 2022 dengan peruntukan sebanyak RM3.70 juta. Pecahan adalah seperti berikut:
Bagi rumah PAKR dan PPRS dengan kos sebanyak RM1.2 juta, Rumah Desa dan Bandar dengan kos sebanyak RM1 juta dan Rumah Orang Asli dengan kos sebanyak RM1.5 juta.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri sentiasa berpegang kepada betapa pentingnya agenda pembangunan institusi selaras dengan tun… tuntutan yang terdapat dalam agama Islam. Agama Islam juga menuntut supaya institusi dan umat-Nya sentiasa memperkembangkan ilmunya seiring dengan peredaran masa dan bagi memastikan umat Islam di negeri ini dapat mengadaptasikan ilmu dan kehidupan semasa, institusi-institusi agama Islam di negeri ini haruslah diperkasakan.
Menyedari keperluan untuk memperkasakan institusi agama Islam dari aspek merealisasikan ilmu dan teknologi yang berteraskan Revolusi Peindustrian Ke-4, Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM140 juta kepada Jabatan Agama Islam Pahang, Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang dan Jabatan Mufti Pahang bagi tahun 2022.
Peruntukan ini merangkumi pelbagai perolehan aset dan perbelanjaan modal insan kepada sekolah-sekolah dan masjid seluruh Negeri Pahang yang melibatkan RM1.92 juta, pembinaan dewan serbaguna dan bangunan akademik, penyelenggaraan dan menaik taraf bangunan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang termasuklah Pejabat Agama Islam Daerah dan asrama sekolah-sekolah di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Pahang yang keseluruhannya berjumlah RM10 juta.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Golongan Orang Kelainan Upaya atau OKU sentiasa mendapat perhatian istimewa dari Kerajaan Negeri sejak sekian lama. Golongan ini adalah golongan yang wajib dibantu dan diberi perhatian khas agar mereka tidak merasai terabai atau dipinggirkan. Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk memastikan kebajikan dan kesihatan OKU dalam Negeri Pahang sentiasa terbela.
Kerajaan Negeri telah mewujudkan Majlis Penasihat OKU Negeri Pahang dan bersetuju untuk memperuntukan sebanyak RM150,000.00 setahun bagi menjalankan aktiviti dan program ke arah kesejahteraan OKU untuk memastikan agar golongan OKU terus dibela dan diberi perhatian.
Pembelian peralatan pemulihan kepada 52 Pusat Pemulihan dalam Komuniti atau PPDK Negeri Pahang dengan kos RM520,000.00 bagi meningkatkan potensi pemulihan OKU dan mengelakkan kecacatan menjadi lebih teruk. Menyedari tanggungjawab besar yang dipikul oleh penyelia dan petugas PPDK, sumbangan one-off RM250.00 kepada 300 orang penyelia dan petugas PPDK seluruh Negeri Pahang dengan kos sebanyak RM75,000.00 bagi mengiktiraf komitmen pekerja, pendidik dan pengasuh OKU untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada OKU. [Ahli Dewan menepuk meja]
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Rakyat yang sihat adalah kunci kepada kejayaan sebuah negeri yang maju. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri juga ingin menyatakan komitmen untuk turut membantu Kerajaan Pusat dalam memastikan tahap kesihatan rakyat Pahang berada dalam
keadaan yang baik. Justeru, beberapa pendekatan dan strategi akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membolehkan hasrat ini tercapai.
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pahang sentiasa memberikan penekanan terhadap pentingnya perkhidmatan penjagaan kesihatan melalui sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan yang baik kepada rakyat. Fokus utama perkhidmatan ini adalah untuk menyediakan fasiliti kesihatan yang mudah diakses oleh semua penduduk, dekat dengan komuniti serta waktu perkhidmatan yang lebih panjang dan sesuai dengan keperluan penduduk setempat.
Sebagai contoh, klinik kesihatan yang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2022 dan 2023 ialah Klinik Kesihatan Bandar Raub, Klinik Kesihatan Kuala Triang, Bera, Klinik Kesihatan Kampung Temai, Pekan; Klinik Kesihatan Kuala Krau, Temerloh, Klinik Kesihatan Kuala Tahan, Jerantut, Klinik Kesihatan Kampung Raja, Cameron Highlands, Klinik Kesihatan Soi, Kuantan dan Klinik Kesihatan Pos Lenjang, Kuala Lipis dan Klinik Kesihatan Maran.
Kerajaan Negeri memberikan perhatian kepada isu peningkatan bebanan penyakit tidak berjangkit di Negeri Pahang ini. Satu transformasi perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat Pahang amatlah diperlukan. Satu inisiatif diperlukan dengan pendekatan yang lebih agresif dengan penubuhan unit berfungsi yang terdiri daripada sukarelawan dari kalangan masyarakat Pahang yang bertindak sebagai agen perubahan untuk kesihatan optimum. Kumpulan sukarelawan ini dikenali sebagai Pasukan Gerak Sihat Pahang atau singkatannya GSIP. Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM692,000.00 bagi program ini yang akan melibatkan 277 NGO di seluruh Negeri Pahang.
Kerajaan Negeri sentiasa prihatin kepada golongan warga emas dan bagi memastikan tahap kesihatan warga emas di Negeri Pahang berada di tahap yang baik, Kerajaan Negeri telah bersetuju memperuntukan sebanyak RM10 juta melalui Kad Kesihatan Warga Emas yang akan memberi manfaat kepada 18,000 penerima. Selain itu, Kerajaan Negeri telah mewujudkan Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri Pahang pada tahun 2022. Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM150,000.00 kepada jawatankuasa ini bagi melaksanakan program pembangunan dan kesejahteraan di setiap daerah.
Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang sedang melaksanakan Kompleks Warga Emas di Bandar Wakaf Madinah Mawaddah yang bercirikan bandar Islam moden yang terletak di atas tanah seluas 187 ekar di Penor, Kuantan. Bandar Wakaf Madinah Mawaddah ini dirancang sebagai perbandaran yang sempurna yang disokong oleh pelan pembangunan terperinci. Bandar ini juga akan menyantuni warga emas, qariah tempatan, warga ilmu dan juga golongan asnaf dan gelandangan yang memerlukan perkhidmatan sokongan.
Fasa pertama pembinaan sedang berjalan yang meliputi Kompleks Warga Emas yang menyediakan 100 unit rumah warga emas kepada seramai 200 orang penghuni, surau atau pusat pengajian yang mampu memuatkan sekitar 600 jemaah dan beberapa fasiliti kemudahan sokongan. Fasa pertama dijangka siap akhir tahun 2022 dan penghuni pertama dijangka pada Mac 2023. Bandar Wakaf Madinah Mawaddah akan menjadi bandar wakaf pertama di Malaysia dan desa ini adalah merupakan desa warga emas yang terbesar di Malaysia.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri Pahang sentiasa fokus dalam memastikan pendidikan anak-anak Negeri Pahang tidak terabai walaupun sedikit. Alhamdulillah, komitmen Kerajaan Negeri membuahkan hasil. Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan seorang demi seorang anak Pahang yang mendapat pelbagai pengiktirafan sama ada di dalam dan di luar negara.
Antaranya ialah adik Maryam Muzamir, pelajar Darjah 5 Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Kuantan yang memenangi 3 pingat emas dalam pertandingan inovasi dan reka cipta yang berlangsung di Kanada pada bulan Ogos tahun ini. Selain itu, pencapaian adik Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi anak kelahiran Pahang yang berasal dari Kuantan telah diterima untuk masuk ke Universiti Harvard, sebuah universiti terbaik di dunia adalah begitu membanggakan. Begitulah hebatnya anak-anak Pahang.
Komited dengan memperkasakan agenda pendidikan, Kerajaan Negeri pada tahun 2022 akan meneruskan usaha yang telah dibuat sebelum ini di samping memperkenalkan beberapa skim bantuan yang baharu bagi memantapkan lagi usaha Kerajaan Negeri dalam membantu anak-anak Pahang terus cemerlang dalam pelajaran.
Pada tahun 2021, seramai 20,335 pelajar telah menerima pinjaman berjumlah RM264.29 juta melalui agensi Kerajaan Negeri iaitu Yayasan Pahang. Untuk tahun 2022, Kerajaan Negeri menerusi agensi yang sama akan memperuntukan sebanyak RM278.63 juta untuk 21,011 orang pelajar bagi mendapatkan pinjaman untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi sama ada di dalam atau luar negara.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang juga komited untuk membantu meringankan bebanan pinjaman pendidikan anak Pahang dengan menawarkan pelbagai program bantuan seperti berikut;
Pertama, iaitu diskaun 20% bagi bayaran balik pinjaman. Skim bayaran RM50.00 selama 12 bulan bagi peminjam yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Insentif secara one-off sebanyak RM1,000.00 ditolak dari jumlah pinjaman; dan Peminjam yang baru membuat potongan gaji diberikan insentif one-off RM1,000.00 ditolak juga dari jumlah pinjaman. Kesemua bantuan ini diharap dapat membantu anak-anak Pahang untuk fokus membina kerjaya.
Untuk makluman rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, UNICEF melaporkan kadar celik huruf pelajar yang dikekang oleh Perintah Kawalan Pergerakan akan meningkat 6 kali ganda jika tiada langkah pencegahan diambil dan mengakibatkan peningkatan jurang sosioekonomi negara. Hasil kajian mendapati 79.5% atau 8 daripada 10 orang kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai yang tercicir adalah daripada golongan B40. Justeru, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang berhasrat melaksanakan intervensi dengan inisiatif seperti Baca Cepat Kawanku di sekolah luar bandar dan komuniti rentan.
Anak-anak Orang Asli juga tidak dilupakan. Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang akan menerapkan modul untuk meningkatkan kadar literasi dari kalangan anak-anak Orang Asli. Laluan khas dan insentif juga disediakan kepada pelajar Orang Asli bagi kemasukan ke IPT milik Kerajaan Negeri Pahang. Kerajaan Negeri juga mensasarkan 80% dari kalangan pelajar Orang Asli lulus dalam semua subjek peperiksaan. Insentif khas ini diberikan sebagai galakan untuk mendorong kemasukan pelajar Orang Asli ke IPT.
Usia 4 tahun dan ke bawah adalah critical age yang membentuk seseorang kanak-kanak. Bagi menjana potensi dan meningkatkan tahap pendidikan awal kanak-kanak, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang memperuntukan sebanyak RM5,000.00 kepada TASKA yang berdaftar dengan JKM, yang mencapai penarafan standard 4 bintang ke atas, dengan keseluruhan peruntukan sebanyak RM350,000.00 dengan anggaran 70 TASKA mendapat penarafan 4 bintang.
Seterusnya, Kerajaan Negeri akan meneruskan bantuan peranti digital dan pencetak kepada kanak-kanak kumpulan B40 yang akan mengambil peperiksaan SPM dengan memperuntukan sebanyak 1500 buah peranti digital kepada anak penerima bantuan JKM serta penghuni 4 institusi kanak-kanak JKM dengan peruntukan sebanyak RM2.2 juta.
Bagi memastikan pendidikan kanak-kanak golongan B40 tidak dipinggirkan dalam pendidikan, beberapa inisiatif akan diperkenalkan.
Yang pertama, memupuk bakat ikon kanak-kanak untuk terus cemerlang dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum dengan peruntukan sebanyak RM10,000.00 seorang kepada seramai 22 orang kanak-kanak di bawah Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Negeri Pahang untuk mengikuti latihan soft-skills di bawah pendidikan agensi Kerajaan Negeri. Ini melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM220,000.00.
Kedua, pengasahan bakat kanak-kanak cemerlang terus dipertingkatkan ke arah yang lebih cemerlang di samping menjadi role model kepada kanak-kanak lain.
Ketiga, mengenal pasti masalah keciciran pelajar yang tidak mampu membaca bagi pelajar darjah satu, dan tidak mampu membaca Al-Quran melalui program pembangunan modal insan.
Keempat, pembukaan cawangan tadika hafiz di empat daerah, dengan sasaran khatam juzuk apabila tamat tadika.
Kelima, Sekolah Rendah Tahfiz di Negeri Pahang akan dibuka dengan menggabungkan modul Kokurikulum Standard Sekolah Rendah dan Modul Hafazan.
Keenam, mengekalkan ranking pertama keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Maahad Tahfiz di Pahang selama lapan tahun secara berturut-turut [Ahli Dewan menepuk meja] dan
Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang memberikan biasiswa sekolah rendah dan menengah bagi murid dari keluarga yang berpendapatan bawah RM2,500.00 di mana 9 daripada 10 pelajar sekolah rendah dan 6 daripada 10 pelajar sekolah menengah telah menerima biasiswa ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Pada 1 Disember 2021 bersama… bersamaan 26 Rabiulakhir 1443 Hijrah, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah ataupun KUIPSAS, secara rasmi dikenali sebagai Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah atau singkatan UnIPSAS. Naik taraf UnIPSAS secara rasmi ini, sebagai sebuah universiti penuh merupakan kejayaan dan kebanggaan semua pihak di Negeri Pahang Darul Makmur.
Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited, untuk menjadikan UnIPSAS terus berkembang dalam semua aspek melalui penyaluran geran tahunan. Selepas
dinobatkan sebagai universiti Islam swasta pertama di Negeri Pahang dan di pantai timur, UnIPSAS boleh memainkan peranan yang lebih… UnIPSAS boleh memainkan peranan yang lebih luas dalam perkembangan semasa sektor pengajian tinggi di Malaysia melalui enrolment pendidikan tinggi negara terutama peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.
Naik taraf UnIPSAS ini lebih bermakna kerana pada tahun 2021 ini, UnIPSAS menyambut Jubli Perak sempena ulang tahun penubuhannya kang ke-25. Usia 25 tahun ini, sangat signifikan kerana membuktikan bahawa UnIPSAS terus kekal relevan, menerima sokongan yang baik daripada masyarakat serta berjaya menawarkan program pengajian yang menjadi permintaan dan mempunyai nilai keboleh pasaran graduan yang tinggi. Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM2.23 juta ringgit bagi program sokongan untuk universiti ini.
Yang berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri amat prihatin dengan rintihan para ibu bapa yang risau akan perbelanjaan mereka dalam persediaan menghadapi sesi persekolahan. Antara mereka adalah ibu bapa golongan B40, dan M40 yang terkesan terutama dari segi ekonomi pandemik COVID-19. Namun perbelanjaan persediaan memasuki sesi persekolahan ini adalah mustahak bukan sahaja bagi ibu bapa, tetapi untuk memastikan anak-anak Pahang berasa gembira dan teruja untuk memasuki persekolahan dengan keleng dengan kelengkapan yang serba baharu.
Mengambil kira rintihan ini, Kerajaan Negeri Pahang akan memperkenalkan Kad Pelajar Kebanggaan Pahang ataupun dengan izin, Pahang Pride Student, yang akan diberikan kepada semua ketua isi rumah dari kumpulan B40 dan M40 yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah. B40 maksudnya pendapatan isi rumah yang kurang daripada RM4,850.00, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Manakala M40, ialah pendapatan isi rumah di antara RM4,851.00 hingga RM10,970.00.
Dengan kad ini, pembeli akan menikmati diskaun sebanyak 20% pada setiap perbelanjaan keperluan persekolahan termasuklah buku, pakaian sekolah, beg sekolah dan alat tulis yang terpilih. Kad ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dengan kerjasama MBS Book & Stationery, sebuah syarikat swasta milik anak kelahiran Pahang yang telah memulakan perniagaan semenjak 40 tahun yang lalu. Kad Kebanggaan Pelajar Pahang ini, akan memberi manfaat kepada kira-kira 238,455 pelajar dari keluarga B40 dan M40 dalam Negeri Pahang.
Tambahan daripada itu, bagi meringankan lagi beban ibu bapa dalam kategori golongan miskin, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberikan tambah nilai sebanyak RM100.00 kepada setiap pelajar di bawah kategori keluarga miskin yang akan dikreditkan ke dalam kad diskaun Kebanggaan Pelajar Pahang. Selain menikmati potongan harga sebanyak 20% tadi, ibu bapa dalam kategori golongan miskin ini akan mendapat bantuan membeli set bantuan persekolahan bernilai RM100.00 yang akan lebih meringankan lagi beban mereka. Bagi maksud ini, Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukan sebanyak 4.8 juta sebagai bantuan persekolahan kepada 48,711 pelajar dalam kategori keluarga miskin di seluruh Negeri Pahang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memastikan kemudahan asas di negeri ini dapat disediakan selengkapnya. Kemudahan asas ini, penting agar dapat
memastikan rakyat hidup selesa dan sejahtera. Dalam aspek ini, Kerajaan Negeri menyelami denyut nadi rakyat yang sentiasa menginginkan infrastruktur dan kemudahan selengkap yang boleh. Kerajaan Negeri juga sentiasa mendengar keluhan dan aduan rakyat, sama ada dari saluran rasmi ataupun komen dari media sosial. Setiap aduan diteliti satu persatu dan insya-Allah akan disentuh dalam strategi kedua Pembentangan Bajet 2022 Negeri Pahang ini.
Isu bekalan air bersih bagi penggunaan penduduk adalah satu isu besar yang sering diutarakan oleh rakyat. Bahkan di dalam libat urus bersama pelbagai pihak untuk mendapatkan input berkenaan Belanjawan Tahun 2022 ini, isu perkhidmatan air adalah satu isu yang sering disebut. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri komited dan mempunyai matlamat untuk memastikan perkhidmatan bekalan air bersih dapat disediakan dengan sehabis baik untuk seluruh kawasan penduduk di dalam Negeri Pahang. Dalam usaha untuk mencapai matlamat tersebut, Kerajaan Negeri terus memberi komitmen untuk melaksanakan program bekalan air, seperti yang telah dirancangkan. Pada tahun 2021, sebanyak 19... pada tahun 2021 sebanyak RM92.5 juta peruntukan telah disediakan bagi menyiapkan projek-projek pembangunan infrastruktur bekalan air baru serta menaik taraf sistem sedia ada. Pada tahun 2022 Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM151.28 juta iaitu peningkatan sebanyak RM58.78 juta bagi tujuan perbekalan air di Negeri Pahang.
Bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri melalui Pengurusan Air Pahang Berhad ataupun PAIP, akan meneruskan pelaksanaan projek-projek yang telah dirancang di bawah program Rancangan Malaysia Ke-12, yang mana sebahagian besarnya adalah merupakan projek-projek sambungan yang telah mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan Rancangan Malaysia Ke-11. Projek tersebut melibatkan pembinaan loji rawatan air, pembinaan tangka simpanan dan pemasangan paip yang telah pun siap dan digunakan oleh pihak industri dan pengguna domestik.
Bagi meningkatkan perkhidmatan air kepada rakyat, pada tahun 2021 Kerajaan Negeri telah melaksanakan projek bekalan air Raub bernilai RM18 juta. Pertama iaitu, projek pertama, kerja-kerja segera mengatasi kekeruhan yang tinggi di Loji Rawatan Air Sungai Bilut. Projek kedua ialah, kerja-kerja segera mengatasi kekeruhan yang tinggi di Loji Rawatan Air Sungai Semantan dan projek ketiga ialah kerja-kerja segera mengatasi kekeruhan yang tinggi di Loji Rawatan Air Sungai Klau.
Selain itu, projek membina kolam takungan hiliran di Kuala Medang daerah Lipis juga telah mula dilaksanakan pada tahun 2021 dengan kos RM11 juta dan akan diteruskan pada tahun 2022. Manakala projek membina dan menyiapkan tangki imbangan berkapasiti 106 juta liter sehari di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan dan projek membina dan menyiapkan loji rawatan air Semambu Fasa 3 berkapasiti 145 juta liter sehari di daerah Kuantan akan dilaksanakan pada tahun 2022 dengan peruntukan berjumlah RM619 juta.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Jaringan… Yang Berhormat Yang di-Pertua, jaringan jalan raya juga adalah satu perkara yang mustahak dan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi dalam Negeri Pahang. Adalah mustahak agar jalan raya di negeri ini sentiasa dinaik taraf sesuai dengan kadar pertumbuhan kenderaan. Keadaan jalan raya yang baik juga penting bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Justeru itu, Kerajaan Negeri ingin mengumumkan bahawa jumlah peruntukan penyelenggaraan jalan negeri bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM371 juta telah disalurkan oleh kerajaan pusat bagi memastikan infrastruktur jalan Negeri Pahang diselenggarakan dengan baik.
Bagi perbelanjaan pembangunan infrastruktur JKR tahun 2022, sebanyak RM60.83 juta akan diperuntukan merangkumi penyelenggaraan dan naik taraf di antaranya kuarters dan pejabat-pejabat kerajaan. Terdapat peningkatan peruntukan pembangunan bagi tahun 2022 sebanyak RM27.73 juta iaitu 83.78% berbanding tahun sebelumnya.
Negeri Pahang sememangnya tidak dapat lari dari masalah banjir terutama dalam musim tengkujuh. Namun Kerajaan Negeri tidak pernah sesekali mengabaikan isu banjir, malah sentiasa komited dan bersiap siaga dalam menghadapi bencana banjir pada setiap tahun. Kerajaan Negeri juga menggariskan beberapa projek dan pelan strategik yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 untuk memastikan bencana ini tidak mendatangkan kesan yang telalu besar terutamanya kepada rakyat. Bagi peruntukan pembangunan di bawah Kerajaan Negeri, Jabatan Pengairan dan Saliran telah menerima peruntukan sebanyak RM4.9 juta untuk tahun 2021. Peruntukan ini adalah untuk membina projek-projek tebatan banjir dan pemuliharaan sungai-sungai di Pahang.
Bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM10.35 juta dengan memfokuskan kepada Rancangan Pemulihan Koridor di Lembangan Sungai Negeri Pahang serta kerja-kerja membina infrastruktur di skim pengairan paya di daerah Maran. Bagi projek lembangan sungai bersepadu Sungai Kuantan untuk fasa 2 dan 3 ianya dijadualkan akan di tender pada awal tahun 2022. Tujuan utama projek ini adalah untuk mengurangkan risiko banjir kepada penduduk di sekitar Kuantan.
Selain daripada itu, bagi tahun 2022, projek rancangan saliran MCKIP Gebeng Kuantan akan dilaksanakan untuk membina saliran bagi kawasan perindustrian MCKIP dan menaik taraf sungai di Sungai Ular. Projek di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas yang berjumlah RM40 juta ini diharap dapat menarik minat pelabur-pelabur untuk melabur di kawasan perindustrian Gebeng di Negeri Pahang.
Memahami keperluan capaian internet-internet terutamanya dari aspek penggunaan internet dalam kehidupan norma baharu, Kerajaan Negeri ingin memastikan bahawa capaian internet di Negeri Pahang berada di tahap yang baik termasuklah di kawasan pedalaman dan kawasan Orang Asli.
Pada tahun 2022, sejumlah RM2.7 juta akan diperuntukan oleh Kerajaan Negeri bagi pembangunan teknologi maklumat kepada jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Pahang untuk memastikan kelancaran sistem penyampaian perkhidmatan awam secara berterusan dalam norma baharu. Manakala bagi memudahkan capaian data berkaitan bantuan untuk rakyat diperolehi dengan cepat dan pantas, Kerajaan Negeri membangun sistem data berpusat ataupun e-Rakyat Pahang dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM283,000.00.
Bagi menyokong pencapaian perkhidmatan pula, sebanyak RM400,000.00 telah diperuntukan bagi penggantian infrastruktur ICT di jabatan-jabatan kerajaan meliputi komputer dan juga pencetak yang digunakan bagi pengoperasian sistem-sistem online di kaunter. Sebanyak RM400,000.00 pula diagihkan bagi program pembangunan dan pemantapan proses literasi ICT sekolah menengah agama negeri yang mana ianya memfokuskan kepada penyediaan makmal komputer di 18 buah sekolah menengah agama negeri.
Kerajaan Negeri juga memperuntukan sejumlah RM400,000.00 pula bagi menaik taraf infrastruktur Rangkaian 1 PahangNet di seluruh Negeri Pahang. Selain daripada itu,
perancangan juga telah dibuat bagi membangunkan satu perkongsian data terbuka dan pema… pemaa.. pemanfaatan, minta maaf Yang di-Pertua…
Ambil masa Yang Berhormat…
… tergeliat lidah… minum air dulu ya.
Melalui program ini, diharapkan pentadbiran Kerajaan Negeri dapat menggunakan data-data untuk dianalisa bagi membuat keputusan yang tepat dan relevan untuk pembangunan dan kesejahteraan negeri dan rakyat khususnya. Bagi tahun 2022, penaiktarafan kabel-kabel rangkaian kepada model yang terkini iaitu CAT 6, CAT ini maksudnya Kategori 6, di semua agensi Kerajaan Negeri akan dilaksanakan secara berperingkat. Lesen-lesen peralatan rangkaian sedia ada akan diperbaharui untuk memastikan perkhidmatan yang disediakan adalah sentiasa terkini, selamat dan terjamin. Secara keseluruhannya Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM2.7 juta bagi keseluruhan program pembangunan teknologi maklumat di agensi Kerajaan Negeri.
Selain dari itu, Kerajaan Negeri memperuntukan RM60,000.00 setahun bagi langganan Perkhidmatan Jalur Lebar Satelit kepada 50 kawasan yang mempunyai masalah capaian. Jumlah keseluruhan peruntukan adalah sebanyak RM3 juta setahun.
Kerajaan Negeri akan melaksanakan Pelan Digital Negeri Pahang yang menjadi peneraju untuk mencapai pembangunan sosial ekonomi yang eksklusif dan negeri yang mampan digital. Di antaranya adalah yang pertama, seluruh Negeri Pahang akan mendapat liputan jalur lebar 4G dengan kelajuan sehingga 35Mbps ataupun 35 megabyte per second dengan mencapai liputan 4G sebanyak 96.9% menjelang tahun 2022 melalui pembinaan 270 buah bilangan menara baru dalam liputan 4G sehingga hujung tahun 2022. Kedua, menaik taraf stesen pemancar sedia ada dari rangkaian 2G atau 3G kepada 4G di kawasan penempatan luar bandar, pedalaman, kampung tradisional, kawasan penempatan berkelompok seperti FELDA, FELCRA dan jalan raya luar bandar. Sebanyak 893 buah pemancar akan dinaik taraf di seluruh Negeri Pahang.
Seterusnya, menaik taraf rangkaian jalur lebar tetap kepada gentian optik yang membolehkan pencapaian berkeupayaan Gigabait mencapai 43… 83% di seluruh Negeri Pahang. Kemudahan akses jalur lebar tanpa wayar… tanpa wayar satelit mencapai kelajuan purata sehingga 35Mbps di perkampungan Orang Asli. Oleh itu, komuniti Orang Asli di 69 buah perkampungan dapat menikmati kemudahan akses jalur lebar sebelum suku kedua tahun 2022. Pelaksanaan rangkaian 5G di lokasi terpilih projek perintis rangkaian 5G akan dilaksanakan di pusat bandar Kuantan, Indera Mahkota dan KotaSAS. Akhirnya infrastruktur akses terbuka bagi capaian internet jalur lebar akan dilaksanakan di Kuantan, Pekan dan Cameron Highlands.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Pada tahun ini Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli telah menyumbangkan Bantuan Bakul Makanan kepada 25,300 Ketua Isi Rumah Orang Asli Negeri Pahang yang terjejas oleh perintah kawalan pergerakan yang berjumlah RM8.5
juta untuk fasa pertama dan fasa kedua. Peruntukan bagi tujuan Projek Pembangunan Infrastruktur dan Ameniti Sosial di perkampungan Orang Asli pada tahun 2021 adalah sebanyak RM7.5 juta, manakala program pemantapan penyelarasan bantuan pendidikan orang Asli dan bantuan kebajikan ataupun perubatan orang Asli diperuntukan sebanyak RM13 juta.
Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap pembangunan dan kebajikan Orang Asli di Negeri Pahang. Oleh sebab itulah, Orang Asli Corporation ataupun ORACO telah ditubuhkan bagi menggantikan perancangan awal penubuhan unit Orang Asli yang bertujuan untuk memperkasakan masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang. ORACO akan bertindak sebagai pusat sehenti atau One Stop Centre bagi merancang, mengurus dan memantau aktiviti ekonomi yang akan dijalankan di atas tanah yang berpotensi memberi manfaat kepada masyarakat Orang Asli. ORACO juga bertindak sebagai penyelaras pembahagian tanah yang berpotensi memberi manfaat kepada masyarakat Orang Asli yang akan dibangunkan kepada agensi-agensi kerajaan seperti FELCRA Berhad, RISDA dan RISDA Plantation Sdn. Bhd.
Penubuhan ORACO di Negeri Pahang akan memainkan peranan untuk mengenal pasti tanah-tanah yang berpotensi untuk dibangunkan dan dikenal pasti untuk memberikan sumbangan ekonomi kepada masyarakat Orang Asli. Yang kedua ialah untuk menyelaras dan menguruskan semua tanah-tanah pertanian yang berpotensi untuk dibangunkan oleh agensi kerajaan seperti FELCRA, RISDA dan RISDA Plantation Berhad demi kepentingan ekonomi masyarakat Orang Asli dan yang akhirnya ialah meminimumkan ketirisan kutipan hasil melalui pengurusan tanah yang berpotensi untuk benda memberi manfaat kepada masyarakat orang Asli dengan sistematik dan berkesan. Justeru itu, Kerajaan Negeri akan memberi geran kepada ORACO sebanyak RM1 juta pada tahun 2022 untuk memulakan operasi dan program bagi Orang Asli Negeri Pahang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Bagi tujuan mewujudkan keseimbangan pembangunan di seluruh daerah Negeri Pahang, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus telah ditubuhkan pada tahun 2020 bagi meningkatkan pelaburan dan pembangunan ekonomi dari 5 kluster industri utama iaitu pelancongan, pertanian, perkayuan, mineral dan perkhidmatan. Kawasan pentadbiran bagi pelan pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus merangkumi enam daerah iaitu Bentong, Cameron Highlands, Lipis, Bentong, Jerantut dan Bera dengan keluasan keseluruhan 1.978 juta hektar. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM1 juta untuk tujuan pembangunan yang tersebut.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Negeri Pahang dikurniakan khazanah warisan yang tidak ternilai harganya. Pahang sememangnya terkenal dengan perkembangan tamadun Melayu, sejarah kehebatan pahlawan yang terbilang dan warisan-warisan berbentuk artifak dan kraftangan. Justeru adalah wajar untuk khazanah ini terus dipelihara agar ia kekal untuk menjadi tontonan, didikan dan ikutan anak cucu kita nanti.
Oleh itu, Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM5.46 juta bagi mengurus dan mentadbir Perbadanan Muzium Negeri Pahang termasuk program tahunan Muzium, kajian dan penulisan Sejarah Pahang, penerbitan buku-buku, projek menaik taraf muzium-muzium dan kajian pembangunan artifak.
Bagi tahun 2022, Perbadanan Muzium Negeri Pahang akan menaik taraf Muzium Masjid Sultan Abdullah, Pusat Kajian Sejarah dan Tamadun Al-Sultan Abdullah, Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah Kampung Pulau Keladi dan pembangunan Pulau Beram di Pekan, Pahang. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM18.80 juta kepada Perbadanan Muzium Negeri Pahang termasuk projek menaik taraf muzium-muzium dan kajian pembangunan artifak.
Penubuhan Pusat Kajian Sejarah dan Tamadun Al-Sultan Abdullah merupakan satu usaha untuk menjadi sumber rujukan yang sahih dan dimanfaatkan oleh pelbagai peringkat masyarakat dengan menjalankan penyelidikan berterusan oleh pakar-pakar daripada pelbagai bidang ilmu, kajian lapangan, seminar, kolokium, persidangan dan penerbitan buku bacaan seperti buku jurnal, monograf, travelog, majalah dan sebagainya, Kerajaan Negeri telah memperuntukan RM1 juta bagi merealisasikan penubuhan tersebut.
Peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, bagi cadangan projek menaik taraf pembangunan Pulau Beram, Pekan telah diluluskan sebanyak RM2 juta pada tahun 2021. Muzium Negeri Pahang menerapkan konsep muzium dalam taman yang menjadikan muzium ini lebih terbuka dari segi penggunaan ruang dan mempunyai interaksi yang sangat baik dengan alam semula jadi. Oleh itu, bagi meneruskan usaha ini pada tahun 2022, sebanyak RM9 juta akan diperuntukan untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut.
Pada tahun 2021, Muzium Pahang menguruskan projek menaik taraf Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah Pulau Keladi. Hasil daripada projek menaik taraf ini akan mewujudkan 10 buah rumah inap ataupun homestay, bengkel penghasilan kain tenun khususnya Tenun Pahang Diraja yang menjadi identiti Negeri Pahang dan memperkenalkan permainan tradisional seperti permainan gasing. Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah dapat memberi pengalaman percutian untuk pelancong dan membuka peluang pekerjaan bagi penduduk setempat sesuai dengan konsep penawaran dan permintaan. Pada tahun 2022 Kerajaan Negeri telah memperuntukan RM4 juta bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf perkampungan tersebut.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Perpustakaan adalah satu gedung ilmu yang harus sentiasa diperkasa. Malahan jika dilihat di luar negara, ia adalah sebuah mercu tanda dan simbolik terhadap betapa hebatnya ilmu yang dimiliki oleh penduduk di sesebuah kawasan tersebut. Selain itu, gedung ilmu inilah yang akan menjadi tempat bagi orang ramai mendapatkan semua sumber ilmu dan maklumat.
Seperti yang diamalkan oleh negara-negara maju, Negeri Pahang juga berhasrat untuk menjadikan perpustakaan di dalam Negeri Pahang setanding dengan perpustakaan-perpustakaan di tempat lain. Justeru itu, peruntukan khas akan diberikan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bagi memastikan Perpustakaan Awam terus diperkasa.
Pada tahun 2022, Kerajaan Negeri akan memperuntukan RM10 juta dengan peningkatan sebanyak RM3.09 juta berbanding bagi tahun 2021 iaitu sebanyak RM6.91 juta untuk membantu perpustakaan ke arah sebuah Pusat Kecemerlangan dan Pendigitalan Sumber Ilmu Negeri. Ini termasuklah penjenamaan semula 41 buah perpustakaan desa di seluruh Negeri Pahang serta perolehan dua buah bas bagi kegunaan Perpustakaan Bergerak Negeri Pahang. Selain itu, Kerajaan Negeri juga memperuntukan RM160,000.00 untuk membantu Perbadanan Perpustakaan Awam
Pahang meneruskan usaha menambah baik Pusat Kecemerlangan dan Pendigitalan Sumber Ilmu Negeri.
Adalah diharapkan agar masyarakat terutamanya pelajar sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) para belia dan penduduk Pahang secara keseluruhannya dapat memberi manfaat kepada penggunaan perpustakaan bagi menjamin kualiti ilmu di kalangan masyarakat di negeri ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri sangat memandang serius, isu ketirisan aktiviti perlombongan, penebangan hutan dan pencerobohan tanah secara haram di dalam Negeri Pahang. Justeru, penubuhan Pasukan Elit Penguatkuasa Negeri Pahang telah ditubuhkan bagi memastikan kegiatan ini dapat dibendung dengan lebih cekap. Sebanyak RM2.39 juta telah diperuntukan bagi tujuan memperkasa penguatkuasaan Negeri Pahang.
Penubuhan Unified Team dengan penyertaan pelbagai agensi penguatkuasaan bagi memperkukuhkan lagi penguatkuasaan di lapangan terutamanya di kawasan pembalakan dan perlombongan. Sebanyak 24 operasi penguat kuasa telah dirancang dan dilaksanakan dengan jumlah kompaun dan ganti rugi sebanyak RM8.5 juta. Laporan kejayaan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan hutan telah kerap dipaparkan di media sosial.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Peranan wanita dalam agenda pembangunan negara dan Negeri Pahang adalah begitu besar. Kaum wanita dilihat sentiasa efisen dalam memainkan peranan yang telah dipertanggungjawabkan. Malahan dari semasa ke semasa, kita dapat lihat kaum wanita dapat melahirkan bakat demi bakat dalam pelbagai bidang dan lapangan.
Kerajaan Negeri Pahang, sememangnya mengiktiraf peranan wanita di Negeri Pahang baik di peringkat pentadbiran Kerajaan Negeri, politik, ekonomi, NGO, belia mahupun keluarga. Kerajaan Negeri menyedari dan mengambil berat dalam usaha memperkasakan wanita.
Justeru Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM5 juta bagi penggubalan Dasar Wanita Pahang dan Pelaksanaan Pelan Tindakan Wanita Pahang dalam tempoh 5 tahun daripada tahun 2022 hingga tahun 2026 dengan geran permulaan sebanyak RM1 juta setahun. [Ahli Dewan menepuk meja].
Pelan ini menyediakan hala tuju, garis panduan serta strategi yang melibatkan wanita secara berkesan dalam arus pembangunan supaya potensi wanita dapat dioptimumkan dalam pelbagai kluster pembangunan wanita di Negeri Pahang. Dasar yang komprehensif beserta pelan tindakan wanita ini khusus melibatkan seramai 100 orang profesional, pakar dan penyelidik dari kalangan anak Pahang dalam pelbagai bidang.
Jawatankuasa Kerja Pelan Tindakan Wanita dianggotai oleh tokoh-tokoh wanita Negeri Pahang seperti Tan Sri Noorul Ainur Mohd Nur, Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamaruddin, Tan Sri Norliza Rofli, Dato’ Sri Maznah Mazlan dan ramai lagi.
Bagi tujuan ini, kajian terperinci berkaitan kekuatan isu dan cabaran Wanita Pahang yang mencakupi semua kategori sasaran seperti wanita muda, ibu tunggal, usahawan,
profesional dan suri rumah sedang dijalankan oleh pihak penyelidik dan hasil kajian dijangka akan dibentangkan pada penghujung tahun ini.
Strategi pelaksanaan, tempoh pelaksanaan, agenda pelaksana, inisiatif-inisiatif baru serta latihan-latihan yang diperlukan akan turut dirangka bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan tuntas dalam pemerkasaan wanita Negeri Pahang.
Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Pahang Women’s Center (PWC) telah dilancarkan pada 8 Mac 2021 sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa dan akan terus beroperasi memberi perkhidmatan kepada wanita Negeri Pahang.
Antara perkhidmatan yang diberikan adalah sebagai Pusat Perlindungan Sementara, Pusat Khidmat Nasihat dan Kaunseling serta sebagai Pusat Aktiviti Majlis Pembangunan Wanita Negeri Pahang.
Bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan dapat berjalan dengan lancar, Kerajaan Negeri memperuntukan kos penyelenggaraan sebanyak RM80,000.00 setahun. Seterusnya Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM280,000.00 untuk melaksanakan program Anggun Niaga yang menyediakan bantuan kewangan one off bernilai RM1,000.00 seorang kepada 280 usahawan kecil ibu tunggal di seluruh Negeri Pahang.
Menyedari bahawa kanser payudara adalah pembunuh utama bagi kaum wanita di seluruh dunia. Kerajaan Negeri pada tahun 2021 telah memperuntukan sejumlah RM1.5 juta untuk Program Saringan Mamogram Cakna Suri. Mamogram ni kena sebut betul-betul Dato’ Sri Yang Di-Pertua, sebab Yang Berhormat daripada Pulau Tawar, dia sebut lain. Mamo tu dia tukar MA, jadi MA. Dia bukan MA MO.
Orang Kuala Tahan gitu er…
Kerajaan Negeri bersetuju untuk meneruskan program yang sama tetapi kali ini selain daripada pemeriksaan mamogram percuma, saya ulang, Kerajaan Negeri bersetuju untuk meneruskan program yang sama tetapi kali ini selain daripada pemeriksaan mamogram percuma, saringan kanser servik akan diberikan secara percuma.
Program Cakna Suri ini akan memberi faedah kepada 6 ribu orang wanita B40 di negeri ini dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.9 juta. [Ahli Dewan tepuk meja]
Yang Berhormat Tuan Di-Pertua,
Kerajaan Negeri sebelum ini telah meluluskan pemberian sumbangan kepada pasangan yang berkahwin untuk kali pertama. Pada tahun 2022, usaha murni ini diperkembangkan lagi dengan memperkenalkan Program Anak Kebanggaan Pahang atau dengan izin, Pahang Pride Kid.
Program ini adalah satu program bagi membantu para ibu bapa yang baru melahirkan dan juga yang baru mengharungi cabaran terutama dari sudut ekonomi dalam membesarkan bayi.
Di samping turut meraikan kegembiraan mereka melahirkan cahaya mata. Ini juga adalah sebagai tanda anak yang mereka lahirkan adalah anak kebanggaan Negeri Pahang. Program Anak Kebanggaan Pahang ini adalah untuk memberikan saguhati kepada bayi yang dilahir di Negeri Pahang pada tahun 2022.
Pemberian bernilai RM200.00 ini untuk setiap kelahiran diberikan dalam dua bentuk iaitu RM100.00 dalam bentuk simpanan bank dan RM100.00 dalam bentuk barangan penjagaan bayi dan ibu sewaktu berpantang.
Maknanya 12.01 minit, 1 hari bulan 2022, kalau ada yang melahirkan anak dapat anak kebanggaan Pahang ini, RM200.00. [Ahli Dewan tepuk meja]
Berdasarkan data Jabatan Perangkaan, kelahiran bayi bagi Negeri Pahang pada tahun 2020 adalah seramai 25,279 orang setahun. Oleh itu, keseluruhan peruntukan untuk program ini adalah sebanyak RM5 juta. Tapi Ahli Yang Berhormat, Yang Di-Pertua, ada yang meramalkan 2021 ni 30 ribu orang akan lahir sebab PKP. Kita… kita tunggu dan lihat er...
Yang Berhormat Tuan Di-Pertua,
Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Wang Amanah Jawatankuasa Malapetaka Negeri Pahang memperuntukan sebanyak RM7.6 juta kepada tabung ini untuk pengurusan bantuan kepada mangsa bencana di Negeri Pahang.
Ini adalah bukti keprihatinan Kerajaan Negeri bagi membantu mangsa bencana dengan… dan dengan ini Kerajaan Negeri menaikkan bantuan bencana di setiap daerah. Daripada RM20,000.00 kepada RM50,000.00. Implikasi kenaikan ini adalah sebanyak er… Implikasi kenaikan ini adalah sebanyak RM330,000.00 menjadikan keseluruhan peruntukan daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM550,000.00.
Bagi meneruskan visi dan misi dalam pembanterasan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di Negeri Pahang. Kerajaan Negeri bersama-sama PDRM, AADK dan agensi-agensi lain akan terus mempertingkatkan usaha dari segi meneruskan usaha membanteras dadah melalui Majlis Membanteras Dadah, meningkatkan tahap kesedaran masyarakat, terhadap bahaya dadah melalui pameran, ceramah dan pengedaran risalah berkaitan bahaya dadah dan juga melalui Program Rakan Cop dan Community Policing yang bertujuan mendapatkan kerjasama dan sokongan dari orang awam terutamanya dalam penyaluran maklumat pengedaran er… dan penyalahgunaan dadah.
Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua,
Sebagai sebuah negeri yang sedang pesat membangun, memang tidak dapat dinafikan bahawa sumber hutan merupakan aset semula jadi yang penting kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan masyarakat. ESG ataupun er… pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar akan terus menjadi salah satu penyumbang utama kepada sumber pendapatan negeri dengan jangkaan sumbangan sejumlah RM150 juta bagi tahun 2022.
Kutipan ini adalah daripada bayaran premium, royalti dan caj-caj lain. Pada yang masa yang sama, dalam usaha untuk terus mengekalkan prestasi sektor perhutanan yang menggalakkan dalam menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri. Kerajaan Negeri telah melaksanakan kadar royalti yang baru ke atas pengeluaran
kayu balak dan kayu jaras. Melaksanakan proses tender untuk kawasan pembalakan, mengenakan caj memasuki Taman Eko Rimba dan Taman Negeri.
Cadangan mengenakan caj untuk sumber air dalam hutan simpan kekal, mengenakan caj untuk penjualan anak pokok hutan, sumber daripada pokok herba, memperkemaskan industri sektor pelancongan, meningkatkan aktiviti penguatkuasaan perhutanan, menjana sepenuhnya penggunaan tenaga sumber manusia dan memperkemaskan sistem kutipan hasil hutan secara berkomputer agar kutipan hasil daripada sektor perhutanan dapat dipertingkatkan serta mengurangkan ketirisan hasil hutan.
Di dalam Rancangan Malaysia Ke-12, untuk tempoh 5 tahun dari tahun 2021 sehingga tahun 2025, pelbagai projek pembangunan dan aktiviti perhutanan telah dirancang oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM34.48 juta bagi pengurusan dan penjagaan sumber hutan Negeri Pahang bagi tujuan pembangunan tahun 2022, peruntukan sebanyak RM68.94 juta diberikan bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan hutan dan operasi serta menguruskan perbelanjaan di peringkat pentadbiran.
Di samping usaha untuk meningkatkan kutipan hasil hutan tersebut, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri juga akan terus memberi keutamaan kepada pembangunan untuk aktiviti memulihara dan melindungi kepelbagaian biologi hutan, air dan tanah untuk memastikan pengekalan penggunaan secara terus dan terancang.
Jabatan Perhutanan Negeri akan terus menjalankan projek-projek yang berimpak tinggi berkaitan dengan ekopelancongan dan biodiversiti yang menjurus ke arah aspek kestabilan dan pengekalan kelestarian alam sekitar. Ini adalah sejajar dengan keperluan untuk matlamat Kerajaan Negeri bagi meningkatkan hasil dan perkhidmatan hutan melalui pelbagai aktiviti perhutanan seperti tumbuhan, ubatan, minyak gaharu dan sebagainya.
Penguatkuasaan dan pemantauan juga telah ditambah baik bagi meningkatkan hasil kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sedang dalam perancangan membina bilik Gerakan Kawalan dalam pemprosesan perolehan imej. Pewujudan war room ini bertujuan untuk membuat pemantauan hutan secara real time menggunakan data imej satelit sebanyak RM1.05 juta diperuntukan bagi projek ini.
Kesemua projek ini secara tidak langsung akan mengurangkan ketirisan hasil bagi jabatan dan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri juga melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menyokong penuh Agenda Penghijauan Malaysia. Kempen penanaman 100 juta pokok iaitu 1 pokok, 1 warga Pahang bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kawasan er… litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambah baik ekosistem dan biodiversiti negara.
Program ini melibatkan semua agensi Kerajaan, swasta dan NGO di Negeri Pahang dimana semua aktiviti yang dirancang perlu melibatkan slot penanaman pokok. Sasaran penanaman ialah 5 juta pokok setahun sehingga tahun 2025.
Untuk makluman, melalui kempen dan projek restorasi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berjaya menanam sebanyak 1,204,611 batang pokok melalui beberapa siri program penanaman yang antaranya program kempen kesedaran yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Yang Berhormat Tuan Di-Pertua,
Negeri Pahang perlu bangga ataupun kita semua harus bangga kerana sejumlah 24% daripada jumlah keluasan kawasan hutan simpanan kekal di Negeri Pahang telah diwartakan sebagai kawasan hutan tadahan air dengan keluasan 384.84 hektar. Kerajaan Negeri juga komited dengan menjadikan 1.6 juta hektar kawasan hutan di Negeri Pahang menjadi kawasan hutan simpan iaitu 57% daripada keseluruhan kawasan hutan yang ada.
Justeru, Kerajaan Negeri berharap pengekalan khazanah alam ini akan diganti dengan pampasan yang sewajarnya oleh Kerajaan Pusat.
Yang Berhormat Tuan Di-Pertua,
Senario gajah liar berkeliaran di pinggir perkampungan di sekitar Pedalaman Hulu Tembeling telah menjadi fenomena biasa bagi penduduk di kawasan Kampung Tuit, Kuala Tahan.
Keadaan ini dipercayai berlaku kerana gajah liar berkenaan sudah kekurangan makanan dan ketiadaan kawasan rayau akibat penerokaan hutan yang berlaku. Untuk itu, Kerajaan Negeri memperuntukan RM1 juta untuk Konservasi Gajah Liar dan juga menyediakan pampasan kepada petani atau mangsa yang menghadapi kerosakan pada harta benda akibat gajah liar berkeliaran. [Ahli Dewan menepuk meja]
Yang Berhormat Yang Di-Pertua,
Anak muda. Anak muda adalah golongan yang harus kita jaga dan cakna kerana merekalah yang mencorakkan masa depan negara dan negeri kita dan semestinya menjadi tanggungjawab kita untuk memberi segala bimbingan bagi memastikan mereka bersedia. Kerajaan Negeri Pahang sememangnya sebuah Kerajaan Negeri yang sentiasa memberikan pengiktirafan besar kepada anak muda. Baik dari sudut persatuan, perkhidmatan awam, anak-anak syarikat Kerajaan Negeri, bidang sukan dan olahraga, akademik atau kepimpinan. Anak muda Negeri Pahang sentiasa diiktiraf dan diberi ruang secukupnya untuk turut bersama-sama menyumbang dalam pembangunan Negeri Pahang, Negeri Mesra Anak Muda.
Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua,
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Kerajaan Negeri agar menyesuaikan pelaksanaan dasar dan program dengan jiwa generasi belia masa kini. Oleh itu, Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM11.9 juta untuk pembangunan sukan, yang mana RM3 juta untuk menyediakan sebuah blueprint khusus untuk anak muda. Inilah komitmen saya kepada anak muda Pahang. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga memperuntukan sebanyak RM1.3 juta untuk Akademi Sukan termasuk program sukan e-Sports.
Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Sukan Pahang telah mengujudkan sebuah Pelan Pembangunan Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang 2021 hingga 2030 yang merupakan pelan tindakan kepada pembangunan Sukan Prestasi Tinggi di Negeri Pahang dengan tumpuan kepada 2 dimensi utama iaitu Memacu Kecemerlangan Sukan dan Pemerkasaan Pengurusan Sukan.
Konsep pelaksanaan penubuhan Akademi Sukan dan e-Sports Negeri Pahang akan memberi penekanan kepada Program Kecemerlangan serta pembangunan dengan tumpuan kepada perkara seperti berikut;
Pertama; pencarian bakat dan pengkhususan bakat, Kedua; penyertaan dan kemudahan latihan, Ketiga; kejurulatihan dan pembangunan program kejurulatihan, Keempat; pengukuhan pertandingan dan akhirnya penganjuran kejohanan.
Selain itu, dengan adanya Akademi Sukan ini, remaja yang layak juga akan didedahkan bukan sahaja sebagai atlet, namun perkembangan dan peluang kerjaya pada masa akan datang seperti bidang kejurulatihan, pengurusan sukan, pengulas sukan mahupun pegawai sukan akan diterapkan seawal penyertaan di akademi.
Oleh itu, Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukan RM150,000.00 bagi pembinaan mini skatepark di Kuantan bagi kemudahan anak muda yang meminat sukan extreme.
Pada tahun 2022, Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM8.7 juta yang merangkumi peruntukan tambahan bagi Kejohanan Sukan Malaysia, perolehan peralatan pusat pemulihan dan rehabilitasi, perolehan senjata api untuk Pasukan Menembak Negeri Pahang serta perbelanjaan mengurus dan penyelenggaraan di Majlis Sukan Pahang termasuk penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan sukan sedia ada bagi meningkatkan perkhidmatan infrastruktur dan pengurusan.
Kerajaan Negeri juga memperuntukan sebanyak RM1.05 juta yang merangkumi perbelanjaan mengurus dan penyelenggaraan di Majlis Sukan Pahang termasuk kerja-kerja membina baru dewan serbaguna dan berbumbung serta menaik taraf infrastruktur sedia ada. Semoga dengan peruntukan pembangunan ini dapat memberi keselesaan kepada pihak pengurusan dan atlet-atlet dalam menjalani latihan.
Majlis Sukan Pahang juga telah merangka perancangan tempoh jangka panjang dengan memohon tanah seluas 24.3 ekar di Gambang bagi cadangan membina Kompleks Sukan Berprestasi Tinggi untuk memastikan perancangan pembangunan sukan negeri dapat mencapai sasaran. Selain itu, satu perjanjian persefahaman dengan Politeknik Muadzam Shah telah ditandatangani untuk menjadikan politeknik tersebut sebagai pusat latihan bagi sukan ragbi wanita Negeri Pahang.
Kerajaan Negeri sedar akan isu peningkatan pengangguran di kalangan graduan dan belia di Negeri Pahang. Oleh itu, Kerajaan Negeri merangka Program Jaminan Kerja Raya…Oleh itu, Kerajaan Negeri merangka Program Jaminan Kerjaya dalam pelbagai bidang teknikal. Saya ulang lagi sekali Yang Berhormat Yang di-Pertua, oleh itu, Kerajaan Negeri merangka Program Jaminan Kerjaya bukan Kerja Raya, Kerjaya. Saya teringat Exco Kerja Raya, Dato’ Norul, dia perhati saya daripada tadi lagi.
Oleh itu, Kerajaan Negeri merangka Program Jaminan Kerjaya dalam pelbagai teknikal dan keusahawanan. Seramai 1,060 usahawan daripada golongan asnaf, miskin bandar dan luar bandar, belia dan Orang Asli telah dilahirkan dari program usahawan fertigasi dan usahawan anchor yang mensasarkan peningkatan pendapatan sekitar RM7 juta bagi tahun 2022 untuk peserta-peserta program tersebut. Kerajaan Negeri juga mensasarkan 1,000 anak Pahang dibantu melalui program keusahawanan dengan peruntukan sebanyak RM8.2 juta.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri berhasrat untuk memupuk karakter, jati diri dan ciri-ciri kepimpinan dalam diri belia. Sasaran seramai 2,000 belia anak Pahang mengikuti program ini dengan peruntukan sebanyak RM1 juta. Kerajaan Negeri juga sedar program-program libat urus bersama belia perlu diadakan dan memperuntukan sebanyak RM4.2 juta. Kesemua program bersasar ini akan memberi impak kepada 187,500 orang di negeri ini.
Umum mengetahui bahawa sektor Agro Makanan memerlukan modal yang tinggi untuk memulakan projek. Kerajaan Negeri Pahang berhasrat untuk mengadakan Program Agropreneur Pahang dengan pemberian geran pemula Agro Makanan dengan modal pemulaan RM10,000.00. Program ini terbuka kepada golongan muda berumur 18 hingga 30 tahun yang terpilih untuk menyertai projek fasa pertama di Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan Tanjung Putus, Paya Besar di mana seramai 90 peserta dengan melibatkan 90 ekar tanah, yang mana setiap seorang peserta mendapat seluas 1 ekar tanah dan modal permulaannya. Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM1 juta bagi fasa pertama ini kerana Kerajaan Negeri menyedari betapa pentingnya keusahawanan belia dan jaminan makanan.
Agenda pemerkasaan anak muda Negeri Pahang sentiasa menjadi agenda utama Kerajaan Negeri dengan memastikan kualiti kesejahteraan kehidupan anak muda terpelihara dan sentiasa bersama dalam arus pembangunan negeri. Justeru itu, bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri terhadap pembangunan keusahawanan anak muda, satu konsep baharu perniagaan berpusat anak muda atau foodlawn yang akan dijenamakan sebagai ‘Cafe Kome’ telah diperkenalkan. Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM10 juta bagi keseluruhan projek ini dan sebagai projek perintis, Kerajaan Negeri melaksanakan projek ini di Kuantan dengan peruntukan sebanyak RM2.8 juta. Upacara peletakan batu asas telah pun diadakan pada 3 Disember yang lalu.
Kerajaan Negeri juga sedar bahawa belia yang mengalami impak pandemik COVID-19 memerlukan bantuan keusahawanan. Untuk itu, Kerajaan Negeri melalui kerjasama bank tempatan menyediakan pinjaman mikro kredit I-Push tanpa faedah kepada pemohon yang layak. Untuk menjayakan Program I-Push ini, Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM20 juta pada tahun 2022. [Ahli Dewan menepuk meja].
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri sedar akan keperluan tanah bagi generasi anak-anak FELDA. Kawasan pocket land yang sebelum ini tidak dibenarkan untuk pembangunan telah dibatalkan dan keputusan ini membolehkan kawasan-kawasan pocket land ini dijadikan Rancangan Tanah Kelompok bagi tujuan kediaman dan tapak rumah bagi generasi anak-anak FELDA. [Ahli Dewan menepuk meja]. Langkah ini dapat memastikan tiada anak-anak generasi FELDA yang menumpang di rumah ibu bapa dengan memberi peluang kepada mereka untuk pemilikan tanah dan rumah bagi generasi anak muda FELDA.
Kerajaan Negeri juga ingin memaklumkan, bahawa sebanyak RM1 bilion telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat bagi keseluruhan Projek Perumahan FELDA, termasuklah projek Perumahan Belia FELDA dan Projek Perumahan Generasi Baru FELDA. Peruntukan ini juga melibatkan projek bagi menyiapkan Perumahan Baharu FELDA yang terbengkalai yang bernilai RM200 juta yang melibatkan 10 kawasan iaitu Keratong, Jengka 1, Jengka 6, Jengka 11, Jengka 12, Kampung Awah, Bukit Sagu, Sg. Retang, Kota Gelanggi 2, Bukit Tajau, Chini 3, Sungai Tekam dan Sungai Koyan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Berkuat kuasa 1 Januari 2022, Kerajaan Pusat melalui Belanjawan Tahun 2022 telah memperkenalkan Geran Padanan untuk memastikan semua golongan pekerja sendiri memiliki perlindungan keselamatan sosial. Kerajaan Negeri Pahang melaksanakan inisiatif terunggul bagi memastikan rakyatnya yang menjadi… Kerajaan Negeri Pahang melaksanakan inisiatif terunggul bagi memastikan rakyatnya yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri mendapat perlindungan yang optimum dengan menyediakan geran khas bagi menampung baki 20% kadar caruman perlindungan keselamatan sosial kategori kedua.
5,000 individu bekerja sendiri B40 bakal menerima manfaat perlindungan keselamatan sosial secara percuma. Untuk merealisasikan hasrat ini, Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM233,000.00 iaitu bersamaan 20% daripada jumlah caruman sebenar.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Negeri Pahang merupakan salah satu negeri pengeluar makanan yang berasaskan ternakan. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang memainkan peranan yang sangat penting dalam pengeluaran makanan hasil ternakan meliputi daging, susu dan telur. Untuk tahun 2022, jangkaan pengeluaran hasil ternakan adalah sebanyak RM1.4 bilion.
Dalam mengimbangi pembangunan industri penternakan, Kerajaan Negeri menerusi agensi bertanggungjawab iaitu Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan terus komited dalam menjamin kesihatan ternakan dan bebas dari penyakit yang mempunyai kepentingan ekonomi dan zoonotik.
Justeru itu, bagi menyokong pelan pemulihan ekonomi khususnya dalam industri pen… penternakan di Negeri Pahang, Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM17.09 juta pada tahun 2022 khusus dalam bentuk pelbagai program dan insentif kepada warga penternak dan industri hiliran sebagai sokongan Kerajaan Negeri kepada kumpulan sasar ini. Ia diharap menjadi suntikan semangat kepada warga penternak dan usahawan hiliran yang berkaitan untuk sama-sama bangkit memperkasakan ekonomi negara.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Negeri Pahang berada di kedudukan no.4 di Semenanjung Malaysia dan di kedudukan pertama bagi negeri Pantai Timur untuk pengeluaran ikan tangkapan. Bagi pengeluaran akuakultur pula, Negeri Pahang berada di kedudukan no.5 dalam Semenanjung Malaysia dan kedudukan pertama bagi negeri Pantai Timur. Manakala bagi pengeluaran perikanan darat pula, Negeri Pahang berada di kedudukan no.2 di Malaysia dan pertama di Pantai Timur.
Bagi memastikan bekalan ikelan… bagi memastikan bekalan ikan mencukupi, beberapa usaha untuk memperkukuhkan kelestarian sumber perikanan telah pun diberikan penekanan. Antara usaha yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan pengeluaran perikanan laut adalah seperti berikut:
Pertama; Pemodenan vesel & teknologi penangkapan ikan. Kedua; Pengurusan Perikanan Tangkapan seperti menubuhkan Fisheries Management Plan.
Ketiga; Pemutihan Vesel & Nelayan. Keempat; Exit Plan Pukat Tunda, Closed Season ataupun Area dan Pemuliharaan dan Perlindungan Sumber contohnya Marine Protected Area, Tukun Tiruan dan Santuari.
Seterusnya, Pemerkasaan Monitoring, Control & Surveillance (MCS) melalui Vessel Monitoring System, Bot Peronda dan akhirnya Kolaborasi Penguatkuasaan, Pembangunan Komuniti Nelayan dengan wujudnya My Komuniti Perikanan, Penyelidikan, Pembangunan Modal Insan dan Perundangan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Strategi keempat dalam Belanjawan 2022 Negeri Pahang ini akan menyentuh pelan-pelan pemulihan Pasca COVID-19. Ini adalah satu aspek yang sangat penting kerana kesan daripada pandemik COVID-19 ini dihadapi oleh semua golongan masyarakat di Negeri Pahang. Justeru itu, Kerajaan Negeri telah memberikan satu ikhtiar yang boleh dianggap terbaik dalam mengurus kesan pandemik COVID-19 ini.
Bukan sahaja komited dengan menyalurkan pelbagai bantuan, pelbagai skim dan tawaran juga diperkenalkan untuk meringankan beban termasuk pengurangan dan pengecualian cukai tanah, melanjutkan tempoh akhir pembayaran cukai serta pelbagai lagi.
Berkat komitmen Kerajaan Negeri bersama petugas barisan hadapan dan rakyat secara keseluruhannya, alhamdulillah, Negeri Pahang adalah di antara negeri terawal dapat beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara walaupun terdapat pelbagai cabaran terutama dari segi demografi dan keluasan sempadan negeri.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kutipan keseluruhan hasil tanah Negeri Pahang bagi tahun 2020 adalah berjumlah RM505.15 juta atau bersamaan dengan 120.91 peratus berbanding jumlah sasaran awal tahun 2020 yang telah ditetapkan Kerajaan Negeri iaitu sebanyak RM417.80 juta.
Sasaran yang ditetapkan bagi kutipan hasil tanah Negeri Pahang untuk tahun 2021 pula adalah berjumlah RM453.39 juta dengan jumlah kutipan hasil tanah sehingga berakhir 30 November 2021 adalah sebanyak RM492.46 juta iaitu bersamaan dengan 108.6 peratus daripada jumlah sasaran yang ditetapkan pada awal tahun 2021.
Susulan gelombang ketiga penularan wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara, Kerajaan Negeri atas dasar prihatin telah bersetuju melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah semasa sehingga 31 Ogos 2021. Ini bertujuan memberikan masa yang mencukupi dan sewajarnya kepada pemilik tanah berdaftar untuk menjelaskan cukai tanah semasa tahun 2021 dan seterusnya akan meningkatkan lagi kutipan cukai tanah semasa bagi tahun 2021.
Pada masa yang sama, jumlah kutipan tunggakan cukai tanah Negeri Pahang sehingga berakhir 30 November 2021 adalah sebanyak RM90.67 juta dan jika dibandingkan pencapaian pada tahun 2020, kutipan tunggakan cukai tanah adalah RM56.79 juta. Ini bermakna kutipan tunggakan cukai tanah Negeri Pahang pada tahun 2021 telah mencapai peningkatan sebanyak RM33.88 juta.
Dalam usaha untuk memperkukuhkan dan memantapkan lagi tahap kecekapan urusan pentadbiran tanah Negeri Pahang yang mana secara tidak langsung menyumbang kepada peningkapan… kepada peningkatan kutipan hasil tanah,
pihak… pihak Kerajaan Negeri melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang (PTG) dan Pejabat Daerah Tanah (PDT) telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mempercepatkan proses permohonan diterima setiap tahun.
Penyelesaian tuntas tunggakan urusan permohonan tanah Kerajaan akan berperanan sebagai serampang dua mata dengan membantu meningkatkan lagi kutipan hasil daripada pembayaran premium dan cukai tanah serta pada maya… masa yang sama menyelesaikan isu-isu yang melibatkan permohonan tertunggak untuk sekian lama.
Bagi tujuan membantu rakyat Negeri Pahang khususnya pemilik tanah berdaftar, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah tahun 2021 bagi semua hak milik tanah di Negeri Pahang sehingga berakhir 31 Ogos 2021. Sehubungan dengan itu, pengiraan denda lewat menjelaskan cukai tanah hanya akan dikenakan mulai 1 September 2021.
Pada masa yang sama, untuk memudahkan urusan pembayaran cukai tanah dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana pemilik tanah menghadapi kesukaran untuk hadir ke PTG atau mana-mana Pejabat Tanah Daerah untuk membuat bayaran, pembayar cukai tanah di Negeri Pahang boleh membuat semakan cukai tanah dan membuat pembayaran secara dalam talian menerusi laman sesawang PTG menerusi bayaran dalam talian.
Kerajaan Negeri Pahang juga telah bersetuju supaya remisyen kadar cukai tanah tahun 2021 dikekalkan se… sebagaimana yang diputuskan pada tahun 2020. Melalui keputusan pemberian remisyen kadar cukai tanah 2021, adalah diharap dapat memberi kelegaan dan ruang mencukupi kepada pemilik tanah berdaftar untuk menjelaskan cukai tanah semasa tahun 2021 sepenuhnya walaupun dalam mendepani cabaran pandemik COVID–19.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Bercakap mengenai kecekapan pentadbiran kerajaan dalam menguruskan sumber negeri, Kerajaan Negeri Pahang tidak pernah melupakan jasa dan komitmen penjawat awam Negeri Pahang dalam memastikan agenda pembangunan negeri dan masyarakat dapat dicapai. Sebagai penghargaan Kerajaan Negeri kepada kakitangan awam, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberi insentif sebanyak RM1,200.00 kepada setiap penjawat awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri bagi semua gred. Bayaran ini akan dikreditkan kepada mereka pada minggu ke-3 bulan Januari 2022 dan melibatkan sebanyak lapan (8) ribu penjawat awam dengan peruntukan sebanyak RM9.6 juta.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Setakat ini, Kerajaan Negeri telah membelanjakan 75.03 juta bagi tujuan perbelanjaan pengurusan dan operasi mencegah penularan COVID-19. Daripada jumlah tersebut, RM31.3 juta telah diagihkan melalui pakej Bantuan Prihatin Pahang yang telah dilaksanakan melalui empat (4) fasa khusus kepada golongan sasar yang terkesan akibat daripada pandemik ini. Untuk tahun 2022, Kerajaan Negeri meneruskan peruntukan sebanyak 30 juta ringgit bagi pakej Bantuan Prihatin Pahang dan 40 juta ringgit bagi membantu usaha ke arah endemik COVID-19 termasuk Operasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, Operasi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 dan Operasi Sekatan Jalan Raya.
Kerajaan Negeri juga turut prihatin terhadap penggiat seni dan kebudayaan yang terkesan selepas pandemik COVID-19. Oleh itu, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan kebudayaan kepada kumpulan ini sebanyak RM500,000.00 melalui Majlis Kebudayaan Negeri Pahang untuk menjalankan aktiviti kebudayaan yang tertangguh akibat pandemik COVID-19.
Industri pelancongan merupakan sektor yang sangat berpotensi di Pahang berdasarkan kepada aset-aset pelancongan yang kita miliki. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri secara serius akan melaksanakan Pelan Transformasi Sektor Pelancongan di Pahang bagi tahun 2022. Bagi meneruskan penyediaan infrastruktur dan prasarana pelancongan seluruh Negeri Pahang, Kerajaan Negeri akan memperuntukan sebanyak RM8.4 juta pada tahun 2022.
Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang telah merangka dan merancang pelbagai strategi yang memberi penekanan ke arah usaha meningkatkan keyakinan pasaran untuk melancong semula akibat penularan wabak COVID-19 dengan kerjasama penggiat-penggiat industri di antaranya ialah penyediaan tawaran penginapan kreatif dengan kadar menarik oleh sektor perhotelan dengan menawarkan konsep Buy Now Travel Later dalam pelbagai media dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau selepasnya dan meneruskan konsep Baucar Pelancongan.
Kedua, Agensi Pelancongan akan menawarkan pakej-pakej inovatif bersesuaian dengan cita rasa pelancong tempatan, bekerjasama dengan pengusaha homestay untuk reka bentuk pakej baru dan meneruskan usaha Pelan Pemulihan Sektor Pelancongan Negeri Pahang iaitu melalui Travel Bubble dan meneruskan konsep Baucar Pelancongan. Kerajaan Negeri juga akan menggiatkan usaha promosi media melalui kerjasama dengan stesen TV dan radio milik kerajaan dan swasta bagi mempromosikan produk pelancongan di kalangan rakyat Malaysia serta mempergiatkan promosi dengan syarikat-syarikat pengiklanan swasta.
Yang keempat, sentiasa memberi galakan kepada pengusaha-pengusaha homestay untuk menjual produk-produk kampung bagi meningkatkan sumber pendapatan dan akhirnya mempromosikan keunikan imej dan kekuatan sesebuah destinasi seperti Kuala Lipis; Heritage Meets Nature, Kuantan; Capital Connection, Bentong; Gateway to The East Coast, Raub; A Heritage of Gold Agro and Adventure dan Temerloh; Centre of Peninsular.
Usaha untuk merancakkan sektor pelancongan bukan sahaja dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri, tetapi yang paling penting, dapat menghidupkan kembali sektor yang menjadi tulang belakang ekonomi dan sara hidup rakyat Negeri Pahang. Pada tahun 2022, Kerajaan Negeri Pahang akan menganjurkan Pertandingan Kayak bertaraf dunia yang kita namakan sebagai Pahang Ocean Canoe International Challenge. Pertandingan ini akan menggunakan jajaran persisiran pantai sepanjang lebih 240 kilometer, iaitu daripada Pantai Hiburan Rompin hingga ke Pantai Cherating. Ia juga dijadualkan berlangsung selama lima (5) hari dan melibatkan anggaran 900 peserta termasuk dari luar negara.
Penggunaan terkini live streaming bertaraf antarabangsa seperti dibuat di dalam acara lumba basikal antarabangsa di Malaysia akan digunakan sepanjang tempoh kejohanan tersebut. Siaran langsung selama 2 hingga 3 jam akan turut menyiarkan Tourism Pahang secara keseluruhannya. Ruang siar yang begitu panjang akan memberikan ruang kepada pihak Tourism Pahang menyiarkan aset-aset tempat pelancongan selain daripada tempat perlumbaan yang dipromosikan sepanjang acara berlangsung. Ini bermakna promosi Genting Highlands, Cameron Highlands, Taman
Negara, Fraser’s Hill dan kesemua tempat yang tidak terlibat secara langsung dengan acara ini akan turut dipromosikan semasa live streaming.
Pahang Ocean Canoe International Challenge akan menjadi mercu tanda baharu dalam sektor pelancongan Negeri Pahang khususnya dan Malaysia amnya.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua,
Bagi mendepani kesan pandemik COVID-19 yang dialami oleh golongan B40 yang kebanyakannya merupakan penyewa di projek-projek Perumahan Awam Kos Rendah, Kerajaan Negeri telah mempertimbangkan untuk memberikan moratorium pembayaran ansuran bulanan sewa beli untuk PAKR seluruh Negeri Pahang selama dua (2) bulan pada tahun 2022. Jumlah sewaan bulanan bagi PAKR di Negeri Pahang adalah dianggarkan RM330,000.00 sebulan. Ini akan melibatkan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM660,000.00.
Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan bantuan makanan ternakan ikan kepada 100 pengusaha ternakan ikan dalam sangkar di seluruh 10 daerah yang berkaitan di Negeri Pahang yang terjejas disebabkan pandemik COVID-19. Pemberian makanan ini dijangka dapat menampung kos operasi penternak untuk sepusingan ternakan bagi satu petak sangkar dengan sasaran pengeluaran sebanyak 600 kilogram hasil ternakan. Sebanyak 10 beg makanan jenis starter dan 50 beg makanan jenis grower dapat dibekalkan kepada seorang penternak dengan nilai RM5,000.00 bagi tempoh 8 bulan ternakan ikan patin. Cadangan bantuan ini melibatkan implikasi kewangan keseluruhan sebanyak RM500,000.00.
Di samping itu juga, Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk meluluskan pemberian bantuan in-kind ataupun dalam bentuk barangan kepada kira-kira 380 orang nelayan darat seluruh Negeri Pahang yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Butiran peralatan adalah seperti jala, jaring dan peralatan keselamatan dengan nilai RM1,000.00 seorang. Cadangan bantuan ini melibatkan implikasi kewangan keseluruhan sebanyak RM380,000.00.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Pada tahun ini juga, Kerajaan Negeri menerima peruntukan dari Kerajaan Pusat berjumlah RM10 juta bagi melaksanakan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi. Sebanyak 180 projek di seluruh daerah di Negeri Pahang sedang dilaksanakan. Sehingga kini kemajuan projek telah mencapai 91.64 peratus. Sedikit sebanyak peruntukan yang disalurkan ini dapat membantu kontraktor-kontraktor kecil yang terjejas dengan pandemik COVID-19.
Pada tahun 2022, Kerajaan Negeri melalui Pahang Skills telah diperuntukan sebanyak RM7.08 juta. Pentingnya reskilling dilaksanakan bagi membantu mereka yang kehilangan pekerjaan ketika pandemik untuk menyertai dunia pekerjaan berteknologi tinggi. Pahang Skills meletakkan sasaran sebanyak lima (5) program dalam bidang baharu diperkenalkan pada tahun 2022 yang membuka sekurang-kurangnya 100 peluang kepada anak Pahang untuk mengikuti program yang berimpak tinggi. Seterusnya, Pahang Skills juga telah diluluskan peruntukan di mana sebahagian iaitu RM1.88 juta bagi tujuan 16 projek penyelenggaraan bangunan dan kampus bagi menambah baik kualiti perkhidmatan, keselamatan dan kemudahan latihan di Pahang Skills. Pahang Skills menawarkan kursus baharu dalam bidang Aeroangkasa, Logistik Bersepadu, Pertanian Pintar, Kepintaran Buatan, Machine Learning, dan Cloud
Computing, sejajar dengan keperluan pembangunan dan perindustrian di Negeri Pahang.
Manakala sebanyak sembilan (9) projek yang dirancang bagi tujuan mewujudkan pusat kecemerlangan latihan di Pahang Skills. Bidang-bidang yang difokuskan melalui bajet ini adalah Creative Content, Drone, Renewable Energy, Internet of Things, Cyber Security & Big Data serta Small & Medium Enterprise. Bidang-bidang baru ini adalah selari dengan era Revolusi Perindustrian Ke-4 yang menjadi tumpuan Kerajaan Negeri bagi memperkasakan kualiti pendidikan dan menghasilkan tenaga kerja yang berdaya saing dan berteknologi. Ia secara langsung akan membantu Kerajaan Negeri meningkatkan tahap ekonomi dengan lebih cekap dan berkesan.
Dalam usaha pemulihan industri, khususnya Perusahaan Kecil Sederhana, pihak Pahang Skills telah terpilih oleh Malaysian Productivity Corporation sebagai Training Centre bagi melaksanakan Program MYRESKILLS Internet of Things melalui Program PENJANA - Malaysian Productivity Corporation. Di bawah program ini, Pahang Skills diamanahkan untuk melatih sebanyak 250 syarikat di Negeri Pahang yang akan melibatkan seramai 1,000 orang peserta. Sebagai permulaan bagi tahun 2021, pihak Pahang Skills mensasarkan untuk melatih sebanyak 100 buah syarikat Perusahaan Kecil Sederhana dan selebihnya akan dibawa ke tahun 2022. Antara objektif program ini adalah untuk melatih syarikat mengaplikasi Internet of Things di dalam pengurusan ataupun operasi syarikat iaitu daripada kaedah konvensional kepada digital dalam usaha meningkatkan produktiviti syarikat.
Program intervensi sosial di kawasan komuniti rentan merupakan antara agenda yang menjadi fokus kerajaan dalam memastikan pembangunan sosial di kalangan komuniti ini dapat dipertingkatkan.
Masalah gejala sosial di kalangan komuniti ini yang juga merupakan mereka yang dikategorikan sebagai miskin bandar, mesti diselesaikan dengan cekap kerana ia turut melibatkan isu-isu sosial termasuklah isu keselamatan.
Di bandar raya Kuantan, apabila kita sebut sahaja Jalan Wong Ah Jang, Yang Berhormat YB. Sim ada tak sini. Di bandar raya Kuantan, apabila kita sebut sahaja Jalan Wong Ah Jang sudah semestinya terdapat persepsi negatif yang timbul di fikiran orang ramai. Ia dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti pelacuran, penyalahgunaan dadah dan pelbagai lagi aktiviti maksiat yang lain.
Satu program intervensi sosial telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri membabitkan pelbagai agensi antaranya Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Negeri Pahang (MUIP), Yayasan Pahang (YP), Unit Pembangunan Wanita (UPW), Pertubuhan Dapur Infaq Ummah telah berjaya melakukan satu transformasi positif kepada golongan rentan dan gelandangan di kawasan tersebut.
Kebanyakan anak-anak di kawasan tersebut merupakan anak yang ‘tidak sah tarafnya’ yang sebelum ini tidak boleh membaca, menulis dan mengira telah pun diberi bimbingan dari segi pendidikan akademik dan pendidikan moral. Kini ramai di antara mereka sudah boleh membaca, menulis, mengira dan mengaji al-Quran. [Ahli-ahli Dewan tepuk meja].
Ahli-ahli Yang Berhormat kalau ada masa dan kelapangan boleh pergi di Jalan Wong Ah Jang. Kalau sebelum ini ada… ada yang pergi sebelum ini dia boleh tengok perubahan. Yang pusat snooker telah ditukarkan kepada surau. Dan ada juga program-program intergrasi dan sebagainya. Saya ucapkan syabas dan tahniah
kepada semua agensi yang terlibat dan sudah tentulah syabas dan tahniah saya kepada Exco Kebajikan di mana saya telah er… melontarkan satu cabaran kepada beliau supaya menukarkan imej negatif kepada imej positif di Jalan Wong Ah Jang dan ianya telah berakhir. Syabas dan tahniah.
Berdasarkan analisis demografi, lepas ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kita nak pergi ke daerah lain pula. Yang Berhormat daripada Lanchang mencadangkan di Temerloh kerana ada juga kawasan-kawasan yang… yang tidak sihat. Mungkin YB. Lanchang boleh calonkan atau telah dikenal pasti.
Berdasarkan analisis demografi, populasi Komuniti Rentan di Lorong Wong Ah Jang dan Jalan Pasar adalah seramai 172 Ketua Isi Rumah yang terdiri daripada 92 lelaki dan 80 perempuan dengan jumlah tanggungan sebanyak 157 orang, menjadikan jumlah Komuniti Rentan seramai 329 orang. Daripada 172 orang Ketua Isi Rumah, 19 orang daripadanya adalah ibu tunggal, 56 orang telah berkahwin dan 91 orang adalah bujang. Demografi pendapatan golongan ini adalah 122 orang tidak bekerja selebihnya pendapatan keluarga di bawah RM1,000.00.
Golongan ini juga telah mendapat peluang pekerjaan yang baru melalui beberapa usaha kerjasama iaitu projek fertigasi bersama pihak Yayasan Pahang seramai lima (5) orang peserta dan peluang pekerjaan melalui agensi seperti TMG, De Rhu Resort dan UIAM. Pihak MBK mengaktifkan aktiviti komersial yang memberi peluang pekerjaan kepada golongan rentan seperti aktiviti jualan bundle serta ‘pasar karat’ dan telah beroperasi pada setiap hari Sabtu dan Ahad di mana jumlah semasa peniaga adalah seramai 162 orang peniaga. Manakala pihak Yayasan Pahang bersama NGO memfokuskan kepada program-program Jaminan Kerjaya.
Aktiviti pembangunan dalam proses pelaksanaan di bawah pihak MBK memperuntukan sebanyak RM1.17 juta bagi aktiviti pembangunan infrastruktur dan jalan, pencahayaan, lorong kecil, pemasangan CCTV dan mural. Pihak MUIP memperuntukan sebanyak RM144,300.00 bagi aktiviti pembangunan insan Komuniti Rentan Wong Ah Jang. Pihak Yayasan Pahang memperuntukan sebanyak RM150,000.00 bagi program intervensi.
Melalui program ini, Majlis Bandaraya Kuantan telah menerima anugerah daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di bawah kategori ‘Penglibatan Bersama Kumpulan Rentan untuk Penjagaan dan Perlindungan Ketika Pandemik COVID-19’. Tahniah sekali lagi saya ucapkan.[Ahli-ahli Dewan tepuk meja].
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Bagi memastikan semua strategi yang dibentangkan kepada Dewan Yang Mulia pada hari ini dapat dicapai, Kerajaan Negeri telah menggariskan strategi terakhir iaitu pemantapan pentadbiran kerajaan. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita pastikan bahawa segala yang dibentang dapat ditunaikan bagi memuaskan hati semua pihak, tetapi dengan kecekapan pentadbiran yang cekap, efisen dan berkualiti, segala perancangan akan dapat kita tunaikan.
Justeru, sudah semestinya sebahagian daripada peruntukan ini, akan disalurkan kepada agensi-agensi bagi memastikan tahap kecekapan pentadbiran mereka menjadi lebih mantap.
Pada masa yang sama, untuk memudahkan urusan pembayaran cukai tanah dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana pemilik tanah
menghadapi kesukaran untuk hadir ke PTG atau mana–mana PDT untuk membuat bayaran, pembayar cukai tanah di Negeri Pahang boleh membuat semakan cukai tanah dan membuat pembayaran secara dalam talian menerusi laman sesawang PTG menerusi bayaran atas talian.
Inisiatif dan Program Digital Kerajaan Negeri melalui PahangGo mengandungi tiga (3) teras utama iaitu Infrastruktur Digital, Kerajaan Digital dan Inklusif Digital. Pelbagai program yang khusus bagi melancarkan dan menambah baik sistem penyampaian kerajaan dilaksanakan pada tahun 2022 dengan kos sebanyak RM16.33 juta.
Kerajaan Negeri melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang dalam proses melaksanakan e-Tanah dan kos keseluruhan bagi projek ini adalah RM128 juta secara Inisiatif Pembiayaan Swasta bersama syarikat yang dipilih. Negeri Pahang menjadi negeri yang ke-4 melaksanakan e-Tanah pada tahun 2022 dan pendigitalan pengurusan tanah untuk mengekang ketirisan hasil dan meningkatkan sistem penyampaian kerajaan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) yang sedang dibina di KotaSAS dalam peringkat akhir penyiapan dan proses perpindahan dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat bermula bulan Mac 2022.
Untuk itu, Kerajaan Negeri telah memperuntukan RM750,000.00 bagi tujuan kelancaran proses perpindahan aset dari Wisma Sri Pahang ke PPSAS. Kerajaan Negeri juga memperuntukan RM250,000.00 bagi tujuan proses perolehan aset dan inventori yang tidak termasuk dalam kos projek. Jumlah keseluruhan peruntukan bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM1 juta.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kampung Baru merupakan penempatan manusia yang diwujudkan semasa zaman darurat iaitu tahun 1948 hingga 1960 bagi tujuan membanteras ancaman komunis. Di Negeri Pahang, terdapat 62 kampung baru. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (Kampung Baru) (JKKKB) dibuat melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang (MMK) melibatkan lantikan seramai 13 orang.
Peruntukan bagi bayaran elaun kepada Pengerusi, Setiausaha dan pengurusan mesyuarat adalah menggunakan peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang dikreditkan secara terus ke akaun JKKKB. Kerajaan Negeri pada masa yang sama menyediakan elaun mesyuarat kepada Pengerusi, Setiausaha serta elaun pengendalian mesyuarat berjumlah RM111,600.00.
JKKKB memainkan peranan utama dalam menghubungkan masyarakat di Kampung Baru dengan agensi ataupun dengan jabatan Kerajaan Negeri. Hal ini bertujuan bagi memudahkan penyelarasan sesuatu dasar ataupun agenda pembangunan Negeri di semua peringkat masyarakat. Selain itu, JKKKB juga dipertanggungjawabkan untuk membantu Kerajaan Negeri menangani masalah kemiskinan, pendidikan, kesihatan dan isu-isu berbangkit di kalangan masyarakat Kampung Baru. Struktur dan kegiatan JKKKB sentiasa diperkemaskan selaras dengan fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) di Negeri ini.
Kerajaan Negeri telah melaksanakan kajian persempadanan JPKK bertujuan… JPKK lah. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang bertujuan
untuk menilai kewajaran bagi pertambahan, percantuman dan pengurangan JPKK di Negeri Pahang. Susulan itu, sebanyak 66 JPKK Negeri Pahang adalah dicadangkan untuk penubuhan baharu dan tiga (3) JPKK digabungkan daripada 543 JPKK sedia ada menjadikan keseluruhan 606 JPKK. Inisiatif ini dibuat untuk memastikan tiada rakyat yang tercicir dan terlepas pandang dalam memberi perkhidmatan yang efisen serta bantuan kepada rakyat yang memerlukan. Jika sebelum ini elaun yang diterima JPKK adalah RM500.00, Kerajaan Negeri memberikan tambahan RM250.00 menjadikannya RM750.00.
Ini merupakan tambahan peruntukan daripada peruntukan tahun 2021 sebanyak 7.66 juta ringgit. Kenaikan elaun Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Pahang ini memberikan implikasi tambahan berjumlah RM1.69 juta.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Belanjawan Tahun 2022 Kerajaan Negeri Pahang yang dibentangkan hari ini dengan peruntukan 1.031 bilion ringgit. Ini menunjukkan peningkatan Belanjawan Negeri meningkat dari tahun ke tahun. Semua ini tidak dapat dicapai tanpa adanya kestabilan politik di mana kesinambungan kepimpinan yang terdahulu yang telah meletakkan asas pentadbiran yang kukuh menjadi pendorong kepada saya untuk melakukan apa yang terbaik untuk negeri yang disayangi dan rakyat yang sentiasa di hati.
Selama 42 bulan dua minggu dengan takdir Allah Subhanahu Wata’ala, saya diberi kepercayaan menerajui Kerajaan Negeri Pahang, bersama rakan-rakan Exco Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai tertinggi Kerajaan Negeri, pegawai kanan negeri dan pegawai-pegawai daerah serta anak-anak syarikat Negeri Pahang yang sentiasa cuba melakukan penambahbaikan untuk kemajuan negeri bagi manfaat rakyat dari semasa ke semasa. Berkata sama sekata, berdiri sama sebaris dan bergerak sama sederap dalam satu pasukan.
Belanjawan ini menepis dakwaan pihak tertentu yang meramalkan Pahang akan menghadapi krisis kewangan yang teruk malahan mengatakan Pahang gagal mungkin gagal membayar gaji penjawat awam selepas PRU yang lalu kerana ketika itu Kerajaan Negeri tidak sealiran dengan Kerajaan Pusat. Namun, dengan izin Allah, Alhamdulillah kita telah menunjukkan bahawa Pahang mampu berdikari. Inilah Pahang! This is Pahang! Dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Belanjawan Tahun 2022 ini bersifat inklusif bukan hanya libat urus di kalangan pembuat dasar malahan mengambil kira pandangan rakyat dari segenap lapisan masyarakat dan kelompok termasuklah pandangan yang dilontarkan di portal e-belanjawan Negeri Pahang dan media sosial untuk dipertimbangkan menjadi intipati Belanjawan Tahun 2022 Negeri Pahang.
Kata orang tua-tua, “yang dimakan rasa, yang dilihat rupa dan yang didengar bunyi”. Maksudnya tiap-tiap satu pekerjaan itu hendaklah sempurna baik pada rupa, pendengaran dan perasaan. Begitulah juga harapan saya terhadap Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2022 ini akan dapat menyentuh jiwa setiap dari kita.
Pada Sidang DUN kali ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama berjuang memerangi pandemik COVID-19 yang melanda seperti PDRM, tentera, petugas kesihatan, Pegawai-pegawai Daerah, Pegawai
Kerajaan Persekutuan dan Negeri, MTSP dan Sukarelawan NGO serta ramai lagi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang tidak dapat saya sebutkan satu persatu.
Kemuncak kepada segalanya ialah persembahan ucapan setinggi-tinggi junjung kasih ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Ampun Tuanku.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kepada Allah kita berserah, kepada Allah kita memohon agar Negeri Pahang ini sentiasa dalam RahmatNya, aman makmur demi manfaat bersama.
Terbang tinggi si rama-rama, Hinggap sekejap di dahan tunggal, Belanjawan Pahang dicorak bersama, Semua golongan tidak tertinggal.
Hinggap sekejap di dahan tunggal, Dahan tunggal diikat tali, Semua golongan tidak tertinggal, Inilah tanda Kerajaan Pahang peduli.
Dahan tunggal diikat tali, Dikerat untuk jadikan sakti, Inilah tanda kerajaan peduli, Tiada janji, lihatlah bukti.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya dengan ini membentangkan Belanjawan 2022 dan saya mohon mendapat sokongan semua, insya-Allah.
Saya mohon mencadangkan.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sila Yang Berhormat.
YB. Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan ditutup.
Daun selasih daun peraga, Hidup subur merata-rata, Bajet mantap rakyat lega, Itulah hasrat MB kita.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Rang undang-undang ini telah dicadang dan disokong untuk dibaca pada kali yang kedua. Sebelum perkara ini dibuka bagi dibahaskan sukacita saya menarik perhatian Yang Berhormat sekalian kepada peraturan 66 (2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negeri Pahang bahawa perbahasan mengenai rang undang-undang ini mestilah ditangguhkan sekurang-kurangnya satu jam. Oleh itu, perbahasan atas rang undang-undang ini akan dimulakan pada hari esok, Selasa 7 Disember 2021 dan akan dibahaskan bersekali dengan Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2022 yang akan dibentangkan sebentar lagi.
Sekarang mesyuarat beralih kepada aturan urusan mesyuarat selanjutnya.
USUL
UsulMotion
Perkara keenam: Usul.
Usul Anggaran Pembangunan Dan Perbekalan Air 2022. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon izin untuk membawa satu usul di Dewan Yang Mulia ini yang berbunyi bahawa Dewan ini mengikut peruntukan seksyen 9 Akta Kumpulan Wang Permohonan Negeri dan mengikut ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Perbekalan Air dengan ini bersetuju meluluskan anggaran perbelanjawan bagi tahun 2022 daripada Kumpulan Wang tersebut itu sebagai mana yang ditetapkan dalam di dalam rang anggaran perbelanjaan dalam bahagian 2 dan 3 2022 yang dibentangkan dalam persidangan ini sebagai Kertas DN 24/2021.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya berharap usul yang saya bentangkan hari ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan Yang Mulia ini.
Menyokong?
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon menyokong usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, seperti yang saya maklumkan saya akan menempohkan perbahasan usul ini untuk dibahaskan bersama-sama dengan rang undang-undang Perbekalan (2022) 2021 pada hari esok, Selasa 7 Disember pada jam 9.30 pagi. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat saya akan menyediakan selama dua hari iaitu pada 7 dan 8 Disember 2021 di mana jadual yang telah diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan dan yang telah dibincangkan bersama ketua-ketua parti. Saya berharap Ahli Yang Berhormat mematuhi jadual yang telah disyorkan.
Penyusunan dan penggiliran ini akan memudahkan Ahli-ahli Yang Berhormat membuat persediaan yang lebih rapi dengan hujah-hujah lebih fokus dan mantap. Dalam tempoh masa selama 15 minit setiap Yang Berhormat, akan membolehkan semua Ahli-ahli Yang Berhormat mengambil bahagian dalam perbahasan bajet yang dibentangkan sebentar tadi secara lebih saksama.
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat saya suka juga memaklumkan bahawa pada petang ini acara sukan riadah boling… boling akan diadakan jam 3 petang di Kuantan Megalanes Tingkat 3, Berjaya Megamall dengan kerjasama Majlis Sukan Pahang. Secara tidak langsung acara sukan ini akan mengukuhkan lagi hubungan dakwah, hubungan ukhuwah dan kasih sayang serta merealisasikan konsep Keluarga Pahang Keluarga Malaysia di samping membina tubuh badan yang sihat sepertimana yang dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya berharap semua Ahli-ahli Yang Berhormat berkelapangan akan boleh mengambil bahagian. Saya menempohkan sesi pagi ini dan sepertimana maklum kita akan bersidang semula pada hari esok, 7 Disember 2021 hari Selasa, jam 9.30 pagi.
Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat bergerak keluar dengan tertib tidak berpusu-pusu di pintu dan mematuhi penjarakan fizikal. Mesyuarat ditempohkan, sekian terima kasih. Wasalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Persidangan ditempohkan pada pukul 1.45 tengah hari]