Pahang · 7 December 2021

14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 222 turns · 32,803 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari : Selasa, 7 Disember 2021

bersamaan 2 Jamadilawal 1443 Hijrah

Masa : 9.30 pagi

DOA

Perkara Pertama: Bacaan Doa

Yang di-Pertua (Speaker)

Bismillahirahmanirahim. Segala puji bagi Allah, dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk Negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menJadi, Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh, memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. [Bacaan dalam Bahasa Arab]

PERTANYAAN-PERTANYAAN KEPADA MENTERI BESAR

Perkara Kedua: Pertanyaan-pertanyaan Kepada Menteri Besar.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah dan marilah kita bersama-sama bersyukur Ke hadrat Allah SWT dengan izin-Nya, kita semua dapat menghadiri Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-14 pada pagi yang berbahagia ini.

Baiklah, untuk meneruskan aturan mesyuarat yang seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Muadzam Shah untuk mengemukakan soalan, silakan.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, Pertanyaan nombor 1.

[Berapakah jumlah pelaburan asing yang dibawa masuk sepanjang tempoh Mac 2020 sehingga September 2021?]

Assalamualaikum WBT, selamat pagi dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada ADUN kawasan Muadzam yang begitu prihatin mengenai pelabur asing di Negeri Pahang di mana Yang Berhormat ingin mengetahui berapakah jumlah pelabur asing yang telah dibawa ke Negeri Pahang daripada tahun 2020 hingga 2021.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Berdasarkan laporan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia ataupun MIDA, jumlah pelaburan yang diluluskan di Negeri Pahang adalah seperti berikut. Bagi tahun 2020, kita bahagi kepada 2 iaitu 1 er... tempatan bernilai RM2.432 bilion manakala pelaburan langsung asing RM4.319 bilion menJadi,kan kesemua jumlah pelaburan di Negeri Pahang pada tahun 2020 ialah RM6.751 bilion. Manakala bagi tahun ini sehingga Jun, pelaburan tempatan RM441 juta manakala pelaburan asing RM508 juta. Jumlah keseluruhan RM0.94 bilion.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Walau bagaimanapun, saya telah mendapat angka yang tidak rasmi daripada Unit Antarabangsa, Pejabat SUK, di mana jumlah pelaburan sehingga Disember ini mencecah RM12 bilion, insya-Allah. Manakala untuk tahun hadapan walaupun tidak ditanya oleh Yang Berhormat daripada Muadzam, sukacita saya maklumkan untuk tahun hadapan 2022 penetapan sasaran bagi jumlah pelaburan tempatan dan asing di Negeri Pahang disasarkan sebanyak RM18 bilion. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan tambahan, sila.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih jawapan daripada pihak Kerajaan. Soalan tambahan saya, berdasarkan kepada jawapan jumlah pelaburan tersebut, berapa banyak pula peluang pekerjaan yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat? Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Sudah tentulah apabila ada pelaburan asing akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Pahang dan mengikut rekod yang diberitahu kepada saya, sekiranya benar-benar RM12 bilion ini mencapai sasaran untuk tahun ini, lebih kurang 10,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan di Negeri Pahang. Pelbagai kategori, pelbagai kemahiran. Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Tahan.

Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.

[Apakah langkah-langkah proaktif yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk jangka masa pendek dan panjang bagi mengelakkan berlakunya krisis air di Negeri Pahang sebagaimana yang telah berlaku di beberapa negeri lain seperti Selangor dan Terengganu?]

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada ADUN Tahan. Saya menjangkakan ADUN Tahan akan bertanyakan soalan gajah sebab selalu asak saya pasal gajah tapi rupanya bertanyakan soalan yang er... mengenai jangka masa pendek langkah-langkah proaktif kerajaan bagi mengelakkan krisis air di negeri kita.

Untuk makluman Yang Berhormat daripada Tahan, langkah-langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan tidak berlaku krisis bekalan air Negeri Pahang ada 3 pendekatan. Antaranya ialah memastikan sumber air mentah sentiasa mencukupi. Kedua, menaik taraf loji-loji rawatan air sedia ada bagi menambah kapasiti serta melaksanakan program penggantian paip air yang lama iaitu paip asbestos. Yang ketiga, membina loji-loji rawatan air yang baru.

Ini adalah 3 pendekatan yang kita er... tindakan proaktif yang kita ambil dan untuk penjelasan yang lebih lanjut sebagai contohnya, memastikan sumber air mentah mencukupi. Ini ada masalah, kadang-kadang di mana kita menghadapi sumber air terjejas di loji-loji rawatan disebabkan penyusutan sumber air ketika musim kemarau. Yang kedua ialah masalah er… kekeruhan sumber air mentah yang tinggi.

Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri melalui PAIP cuba mengatasi masalah ini dengan beberapa cadangan projek pembinaan Off River Storage dan empangan yang mana yang telah Kerajaan Negeri cadangkan dan diangkat dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Dalam masa yang sama juga, PAIP telah dan sedang membina beberapa projek tangki pra pemendapan bagi mengatasi masalah kekeruhan air di kawasan-kawasan yang sesuai. Bagi tujuan itu, pembiayaan projek-projek ini adalah di bawah peruntukan geran oleh Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri Pahang adalah antara negeri yang paling banyak memohon peruntukan dalam usaha memastikan kelangsungan sumber bekalan air di Pahang. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Tahan, antara projek-projek yang telah diluluskan dan sedang dalam pelaksanaan adalah seperti berikut. Pertama, kerja-kerja segera, bagi mengatasi masalah kekeruhan yang tinggi di loji rawatan air Sungai Bilut. Setakat ini kemajuan pembinaan ialah 43% dijangka siap pada tahun hadapan bulan September.

Yang kedua, kerja-kerja segera bagi mengatasi masalah kekurangan tinggi di Loji Rawatan Air Semantan. Kemajuan pembinaan ialah 57% dijangka siap Ogos pada tahun hadapan. Ketiga, kerja-kerja segera bagi mengatasi masalah kekeruhan yang tinggi di Loji Rawatan Air Sungai Kerlau. Kemajuan pembinaan 66% dijangka siap pada bulan Ogos juga tahun hadapan. Seterusnya kerja-kerja menyiapkan off river storage (ORS) di Chini. Kemajuan pembinaan setakat ini 35% dijangka siap Ogos 2022 manakala kerja-kerja menyiapkan off river storage (ORS) di Lipis kerja pembinaan dijangka akan dimulakan pada hujung Disember 2021.

Manakala, daripada segi menaik taraf loji-loji rawatan air yang sedia ada, antara masalah yang kita hadapi adalah kapasiti loji-loji rawatan air yang semakin berkurangan dan paip-paip agihan air yang lama dan uzur menyebabkan sering berlaku paip pecah.

Projek menaik taraf loji rawatan air dan pengantian paip-paip asbestos dirancang untuk memastikan kapasiti loji rawatan air di sedia ada meningkat dan bekalan air yang lebih stabil dapat dibekalkan kepada pengguna. Insya-Allah pada tahun hadapan, pihak PAIP bercadang menggunakan dana dalaman PAIP sebanyak RM80 juta bagi melaksanakan projek-projek seperti berikut.

Antaranya ialah membina komponen sistem rawatan air Loji Rawatan Air Benta, Lipis, menaik taraf sistem bekalan air dari Tanjung Putus ke Jeram Besu, Ulu Atok. Ketiga, membina dan menaik taraf sistem Loji Rawatan Air Terla serta kerja berkaitan. Keempat, membina dan menaik taraf sistem Loji Rawatan Air Seberang Tembeling. Kelima, memasang paip mild steel 400mm dari Loji Rawatan Air Terloi di Tanjung Putus, Raub sepanjang 6,400 meter. Keenam, memasang paip mild steel 400 meter sebanyak 3 kilometer di jalan Temerloh - Triang. Ketujuh memasang mild steel yang mana mild steel lebih baik daripada asbestoslah. Tuan Yang di-Pertua.

Sepanjang 7 kilometer di kawasan Tanjung Gahai, Kuala Lipis. Yang kelapan, memasang paip mild steel 250 mm sepanjang 2 kilometer di kawasan POLISAS Semambu Kuantan. Dan akhirnya memasang paip mild steel 300mm sepanjang 850 meter dari kaki Benta ke Simpang Jerkoh, Kuala Lipis.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Selain daripada peruntukan dalaman PAIP sendiri tersebut, PAIP juga berjaya mendapat pembiayaan sejumlah RM76 juta daripada Pengurusan Aset Air Berhad ataupun PAAB. Dan PAIP sudah pun merangka projek-projek yang sesuai untuk turut dilaksanakan pada tahun 2022. Manakala bagi rawatan loji baru, cadangan ini adalah untuk memastikan pengeluaran air bersih dapat memenuhi permintaan semasa dan pembangunan baru pada masa akan datang. Salah satu projek utama yang akan dilaksanakan oleh pihak PAIP dan Kerajaan Negeri Pahang adalah pembinaan sebuah loji baru berkapasiti 400 juta JLH di Bukit Puling yang mana boleh menampung bekalan air daerah Kuantan sehingga tahun 2040.

PAIP juga bercadang untuk memperuntukkan dana berjumlah RM23 juta pada tahun hadapan bagi tujuan menggantikan sistem pam di Kobat dan kerja-kerja berkaitan untuk menjana kapasiti tambahan sebanyak 20% di Loji Rawatan Air Semambu di samping memastikan kelangsungan bekalan air bertambah baik di daerah Kuantan.

Kerajaan Negeri melalui PAIP juga aktif untuk mencari pembiayaan bagi menaik taraf bekalan air daripada beberapa agensi pembiaya seperti Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB), agensi-agensi kerajaan lain seperti FELDA, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan juga Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Yang Hormat Yang di-Pertua,

Itu sahajalah penjelasan saya. Harap dengan penjelasan yang agak panjang ini dapat memuaskan hati daripada ADUN Tahan dan juga rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Terima kasih Yang di-Pertua.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Beserah.

Terima kasih Yang di-Pertua. Kita ucapkan tahniahlah kepada PAIP di atas usaha-usaha proaktif yang diambil untuk mengatasi masalah air di Negeri Pahang. Cuma saya ingin tanya kepada pihak kerajaan, bila kita berada di keadaan krisis ini, saya pasti PAIP mesti ada Emergency Management System dia er… untuk nak activate situasi krisis bagaimana? Ada tak dikelaskan atau dikategorikan kawasan-kawasan yang penting utama untuk diaktifkan er… perancangan emergency ini supaya tidak berlaku krisis yang besar. Contohnya, kalau di kampung-kampung tradisional kalau mereka tidak ada air 3 hari masih boleh bertahan kerana dia ada sumber lain. Dia boleh ada telaga, dia ada sungai dan sebagainya.

Tapi kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar kawasan perumahan, dua hari tidak ada air sahaja akan jadi krisis. Maka Emergency Management System PAIP ini perlu ikut kategori ini. Kalau sekiranya kawasan bandar pinggir bandar dua hari ke satu hari setengah tiada air mesti activated emergency. Kawasan kampung mungkin empat hari, lima hari baru activated. Ada tak sistem ini di peringkat PAIP? Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada ADUN Beserah. Kalau jawapan ringkasnya ada… ada tapi untuk saya elaborate sikit dia… air ini dia berkait dengan TNB bekalan elektrik. Dia bukan secara solo. Dia kait mengait, bermakna kalau ada gangguan bekalan elektrik akan menyebabkan apa ini… menyebabkan gangguan kepada bekalan air. Dan untuk memulihkannya sudah tentu akan mengambil masa. Tetapi setakat hari ini, saya daripada segi prestasi PAIP lah ya, sebagai contohnya boleh menggunakan sumber dalaman bermakna PAIP setakat hari ini yang saya dapat tahu memang mereka menjalankan kerja dengan cekap.

Apa-apa aduan yang diberikan kepada mereka dengan cekap cumanya kadang-kadang masyarakat bagi tahu hari ini bagi tahu pukul 10, seolah-olah pukul 11 nak ada dah bekalan. Sedangkan perkara itu tidak boleh berlaku. Macam kita la, kalau kita kahwin pun dapat anak kalau Tuhan izin, paling kurang 9 bulan. Mana boleh hari ini kahwin esok dapat anak.

Jadi, tindakan jangka pendek dan jangka panjang memang ada. Sebagai contohnya, menghantar tangki-tangki air ke tempat-tempat yang bermasalah. Cuma kalau boleh kita mendapat maklumat awal diberitahu kepada PAIP dan insya-Allah mereka akan mengambil tindakan dan kita faham sangat kalau tiada air, tiada bekalan elektrik memang agak mengganggu kehidupan seharian kita. Dan insya-Allah seperti mana yang telah saya bentangkan sebentar tadi, usaha-usaha ini akan terus kita laksanakan, tingkatkan kerana negeri kita ni luas dan PAIP pun di Negeri Pahang ini kalau tidak silap saya kalau dicantum-cantumkan, daripada Kuala Lumpur sampai ke London panjang. PAIP yang digunakan ini kalau dijentik boleh pecah sebab dah terlampau lama.

Jadi, usaha-usaha ke arah itu akan buat dan yang pentingnya ada tindakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan bekalan ini akan lebih baik daripada sebelumnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bilut... Bilut

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Ya, Yang Hormat Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya adalah, bila sekarang hujan lebat ini akan mengakibatkan air Sungai Bilut teruk, itu sebab loji-loji Bilut tidak berfungsi itu akan mengakibatkan kawasan sekeliling tidak bekalan air. Itu sebab saya nak tanya pihak kerajaan apakah langkah-langkah ataupun cara untuk mengelakkan keadaan sebegini? Bila lepas hujan lebat tiada bekalan air. Ini berlaku di kawasan Bilut.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya rasalah ADUN Bilut ini tahu jawapan dia. Dia… air itu tidak akan berlaku keruh secara sendiri, mesti ada sebab. Bilut ini antaranya ialah… yang kita dapat maklumat ialah pasal kebun durian Musang King. Itu sebenarnya sedikit sebanyak menjejaskan, mengeruhkan air di kawasan Yang Berhormat. Tetapi kita juga bendung perkara ini dan sebab itulah dikenakan tindakan-tindakan Kerajaan Negeri telah ambil supaya salah satunya untuk memastikan air di Lembah Bilut ini dapat dikurangkan kekeruhannya. Itu salah satu sebablah Yang Berhormat. Tetapi hujan lebat juga mempengaruhi. Ini secara… secara automatik.

Bila berlaku hujan lebat maknanya sisa-sisa yang ada tidak kiralah apa-apa benda dalam yang di tepi sungai dan sebagainya ke dalam sungai. Sebab itu di Sungai Ichat, Cameron Highlands, kita kuat kuasakan. Sebabnya apabila mereka membuat kebun haram, botol-botol racun, tin-tin racun akan dibuang berhampiran dengan gigi sungai. Dan apabila hujan, apabila hujan turun, air-air itu terkena ke botol dan sebagainya akan menyebabkan sisa-sisa esok mengalir ke dalam sungai. Dan ini menyebabkan,

menimbulkan bahaya kepada mereka yang menggunakan air tersebut. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya bertanya pada kerajaan, ada satu projek yang dipanggil Sabo Dam yang dibina empat tahun lepas untuk menyelesaikan masalah air keruh sungai, apakah status ini? Sabo Dam, yang dibina empat tahun lepas.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya tidak mendapat maklumat lanjut tetapi memang adalah perkembangan, status setakat ini belum saya dapat tahu dengan sejelas-jelasnya. Kalau saya jawab mungkin kurang tepat. Jadi, saya rasa lebih elok saya dapatkan maklumat yang lebih tepat dan saya akan bagi tahu kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat Cheka.

Soalan… soalan. Soalan seterusnya. Saya menjemput Yang Berhormat…

Yang di-Pertua, saya mewakili sahabat saya Yang Berhormat Tanjung Lumpur mengemukakan soalan ke-3.

[Rumah-rumah rakit telah banyak dibina sepanjang Sungai Kuantan terutama dari Sungai Isap ke Bukit Rangin.

Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menJadi,kan rumah-rumah rakit ini sebagai tarikan pelancongan bagi Negeri Pahang?]

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada soalan daripada, Wakil daripada Tanjung Lumpur dan sememangnya kita di dalam industri pelancongan ini, kreativiti adalah sangat penting untuk kita menyajikan perkara-perkara baru atau aktiviti-aktiviti baru dan rakit… rumah rakit adalah salah satu daripada experiencing iaitu pengalaman seseorang itu untuk berada di tempat tersebut, dalam waktu tersebut kerana ini adalah sebahagian daripada produk pelancongan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Sememangnya dari segi kementerian er... pihak Kementerian Pelancongan kita masih lagi belum mempunyai dasar yang jelas tentang rumah rakit ini. Dan walau bagaimanapun kita tahu bahawa ianya sekarang ini telah menjadi satu produk baru dan untuk itu kita faham bahawa penginapan alternatif ini, satu perkara yang sangat

sangat diminati terutama sekali kepada mereka yang tinggal di Kuala Lumpur, bandar-bandar besar yang tidak pernah ada pengalaman seperti ini.

Dan kerana itulah Majlis Bandaraya Kuantan mengenal pasti 2 pengusaha utama yang menjalankan aktiviti penyewaan rumah rakit di Rumah Rakit Bukit Rangin dan Rumah Rakit Sungai Isap. Pihak Bandaraya juga telah mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pengusaha di mana… untuk memperkemaskan dan memperelokkan aktiviti rumah rakit berkenaan.

Jadi, kita sebenarnya mengalu-alukan walaupun dasar… secara dari segi kementerian masih lagi dalam kajian tetapi kita Kerajaan Negeri sememang kita mengalu-alukan. Membantu pihak pengusaha untuk mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Tanah dan juga Pejabat Daerah Kuantan. Ini di antaranya sebab kita mesti berdaftarlah dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan juga pejabat tanah kerana sungai ataupun tebing sungai itu juga memerlukan ini…ini kebenaran tanah TOL. Permohonan untuk kita buat TOL supaya dibenarkan oleh pejabat tanah untuk beroperasi.

Dan yang keduanya, untuk mendapatkan peruntukan menambah baik rumah-rumah rakit berkenaan supaya rumah rakit tersebut walaupun tidak perlu tandaslah kan. Sebab dia… tandas… tandas dia… tandas xlarge, tandas yang besar ya, tetapi kena ada jugalah contohnya ini… dari segi keselamatan, kemudian security, kemudian bekalan api air. Apakah bekalan api tersebut nak kita bawa daripada er... daripada atas… er... ataupun daripada bekalan biasa kerana kadang-kadang kalau air naik, ok, ye dak? Wayar tersebut ikut naik, tapi kalau surut mungkin wayar tersebut putus dan sebagainya.

Jadi, semua perkara ini kita kaji dengan baik untuk kita memastikan bahawa ini merupakan satu produk baru dan bukan sahaja di Kuantan ini malah di Chenor pun saya difahamkan ada, di Temerloh kemudian di Rompin dan tempat-tempat di Lipis, tempat-tempat yang ada sungai. Ini adalah salah satu produk pelancongan yang baru. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, terima kasih. Soalan seterusnya. Saya jemput Yang Berhormat Cheka.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan ke-4.

[Hari Warga Emas disambut pada 1 Oktober setiap tahun. Kebajikan warga emas yang memerlukan bantuan dititikberatkan oleh Kerajaan Negeri Pahang.

a) Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu warga emas yang kurang sihat/kurang bernasib baik yang memang memerlukan bantuan, selain bantuan one-off kepada warga emas yang berusia 80 ke atas?

b) Pusat Penjagaan Warga Emas atau Rumah Orang Tua biasanya dikendalikan oleh pihak swasta. Adakah Kerajaan Negeri Pahang merancang untuk menubuhkan Pusat Penjagaan Warga Emas yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri?]

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Untuk menjawab soalan 4 daripada Cheka, berkenaan dengan bantuan terhadap warga emas. Untuk makluman Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh mempertimbangkan sekiranya ada permohonan untuk bantuan bulanan kepada warga emas yang memerlukan dengan kadar RM500.00 sebulan.

Bantuan alat tiruan dan sokongan juga boleh diberikan mengikut keperluan warga emas terbabit. Ini yang dilaksanakan oleh JKM dan yang terkini seperti mana semalam yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, 18,000 orang warga emas di Negeri Pahang akan menikmati kemudahan Kad Kesihatan Warga Emas mulai 1 Januari 2022. Kad kesihatan ini yang mana kita akan kreditkan sejumlah RM500.00 untuk mereka mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan ubat daripada panel klinik yang berdaftarlah. Nanti kita akan bagi makluman kepada semua Ahli Dewan berkenaan dengan panel klinik dan bagaimana kad kesihatan ini akan dilaksanakan.

Dan berkenaan dengan soalan ke-2, rumah ataupun pusat penjagaan warga emas orang tua, buat masa ini memang kita tidak ada lagi yang dibiayai oleh kerajaan mahupun JKM di Negeri Pahang. Sekiranya ada kita akan hantar ke Rumah Seri Kenangan (RSK) ataupun Rumah Ehsan di Selangor. Tetapi seperti mana juga yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Besar semalam sewaktu pembentangan belanjawan, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang sekarang ini sedang membina Kompleks Warga Emas di Bandar Wakaf Madinah Mawaddah di Penor Kuantan yang mana ianya mengandungi 106 unit rumah yang akan menempatkan 200 penghuni. Dan fasa 1 dijangka siap di akhir tahun 2022 dan penghuni yang pertama dijangka akan menghuni Kompleks Warga Emas ini pada Mac 2023. Dan ianya akan menJadi, desa warga emas terbesar di Malaysia. Terima kasih.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Soalan tambahan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan pertama, memang kami mengalu-alukan usaha kerajaan untuk melaksanakan Kompleks Warga Emas tetapi yang bercirikan bandar Islam moden ini. Soalan saya ialah, adakah desa warga emas ini juga akan membantu warga emas yang memerlukan dari pelbagai kaum?

Soalan ke-2, rumah kebajikan ataupun rumah orang tua ini yang dibiayai oleh pihak swasta dalam tempoh penularan COVID-19 ini menghadapi masalah kerana sokongan orang ramai ini berkurangan. Jadi, adakah kerajaan membantu rumah orang tua yang dikelolakan oleh pihak swasta? Terima kasih.

Berkenaan dengan… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Kompleks Warga Emas yang sedang dalam pembinaan di Bandar Wakaf Madinah Mawaddah ini, saya kira tidak ada satu polisi ataupun dasar mengatakan ianya adalah khusus untuk muslim sahaja. Ya, sekiranya sesuai dengan permohonan ianya akan dipertimbangkan. Cuma konsep desa warga emas itu, adalah konsep er... bandar Islam moden, ya. Dan dia memang, Kompleks Warga Emas ini tak macam biasa yang kita tengok. Macam asrama macam itu kan, dia akan ada rumah teres, dia ada semi-D er... dia sebenarnya berbentuk wakaf ya.

Jadi, ini pun kita akan bagi apabila ianya nak dilaksanakan nanti, nak terima penghuni, kita akan bagi taklimat pada semua Ahli Dewan bagaimana permohonan dan sebagainya untuk soalan yang kedua tadi er… adakah kita bercadang untuk memberi bantuan. Sebenarnya bantuan ini, kita bagi secara one-off banyak er… saya nak menjawab Wakil daripada Cheka ini adalah tertakluk kepada permohonan ya. Mereka juga ada bekerjasama dengan pihak JKM dan pihak JKM juga ada menyalurkan permohonan ini kepada kita.

Dan saya sendiri telah beberapa kali sebenarnya melawat rumah-rumah jagaan orang tua swasta yang ada sekitar di Negeri Pahang terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, soalan berikutnya saya jemput Yang Berhormat Tanah Rata.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin kemukakan soalan No. 5.

[A. Sila nyatakan kadar vaksinasi dalam komuniti orang Asli mengikut Daerah di Negeri Pahang dan faktor peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan komuniti ini.

B. Sila nyatakan jumlah warga pekerja asing yang menerima vaksinasi mengikut Daerah di Negeri Pahang.

C. Apalah langkah-langkah Kerajaan bagi memastikan tiada seorang daripada mereka yang tercicir daripada divaksinasikan.]

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih ke atas peluang yang diberikan untuk saya menjawab soalan daripada Tanah Rata yang bertanyakan mengenai status semasa kadar vaksinasi. Soalan pertama Tanah Rata adalah:

A. Sila nyatakan kadar vaksinasi dalam komuniti orang Asli mengikut Daerah di Negeri Pahang dan faktor peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan komuniti ini.

Jadi, Yang Berhormat Tanah Rata. Kalau saya nak bacakan satu-persatu kadar vaksinasi semua daerah ini akan mengambil masa yang panjang dan bila cakap pasal vaksinasi juga. Kita kena faham kita ada dos 1, dos 2, penggalak dan saya rasa tidak sesuai kita bincang di sini dan kita akan berikan secara bertulis. Tapi secara ringkasnya Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Negeri Pahang kita tahu mempunyai jumlah penduduk Orang Asli yang terbesar di Semenanjung dan statistik terkini yang dikeluarkan oleh JAKOA pada tahun 2021 ini adalah seramai 86,532 sehingga 6 Disember pada tahun ini sebanyak (91.6%) ataupun 46,674 populasi dewasa telah menerima dos 1 dan 45,485 ataupun (83.3%) telah menerima dos yang lengkap.

Untuk makluman sidang Dewan Yang di Muliakan, sehingga 5 Disember tahun ini sebanyak 7,536 penduduk Orang Asli telah dijangkiti COVID-19. Walau bagaimanapun, terdapat peningkatan kes yang agak ketara dalam kalangan masyarakat Orang Asli sejak bulan Julai pada tahun ini. Berdasarkan pemantauan di peringkat daerah, komuniti masyarakat Orang Asli terdedah kepada risiko jangkitan daripada tempat kerja mereka dan pergerakan keluar masuk individu berisiko ke perkampungan Orang Asli juga memberikan sumbangan.

Di samping itu juga, terdapat sebahagian komuniti Orang Asli yang kurang mematuhi SOP yang kita tetapkan menyebabkan penularan wabak ini. Justeru itu, aktiviti pemerkasaan komuniti dalam membudayakan norma baharu di kalangan masyarakat Orang Asli serta peningkatan liputan vaksinasi dalam kalangan Orang Asli sentiasa menjadi, agenda utama kerajaan Negeri.

Soalan kedua Yang Berhormat berkaitan dengan:

B. Jumlah warga pekerja asing yang menerima vaksinasi mengikut Daerah di Negeri Pahang.

Juga akan diberikan dalam bentuk jadual lengkap. Secara ringkasnya sehingga 9 November, seramai 132,260 warga asing di Negeri Pahang telah menerima vaksin dos 1 dan 121,265 orang telah menerima dos yang lengkap. Secara keseluruhannya kita ada 132,260 ye yang… yang kita dapat kesan dan kita vaksinkan.

Sebahagian mereka ini masih belum menerima vaksin dan seterusnya untuk atas pelbagai sebab saya kira Yang Berhormat.

Soalan ketiga:

C. Apakah langkah-langkah Kerajaan bagi memastikan tiada seorang daripada mereka yang tercicir daripada divaksinasikan.

Sidang Dewan Yang dimuliakan, seperti yang sedia maklum bahawa vaksinasi bukanlah satu perkara yang diwajibkan dalam apa perundangan di negara kita. Walau bagaimanapun berbagai langkah telah diambil untuk memastikan tidak ada warga negara asing yang tercicir dalam diberi vaksin kita sentiasa bekerja dengan bekerjasama dengan jabatan, agensi atau individu berkepentingan dengan warganegara asing, untuk menyediakan kemudahan vaksinasi termasuklah aktiviti walk in di mana-mana pusat-pusat pemberian vaksin (PPV) ataupun aktiviti out reach ataupun aktiviti jangkau luar tanpa mengira status kewarganegaraan. Di samping itu promosi untuk menggalakkan vaksinasi di kalangan penduduk termasuk warganegara asing sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Soalan tambahan. Tahniah dan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana melak ukan inisiatif untuk memastikan bahawa daerah kawasan Cameron Highlands adalah antara yang kadar vaksinasinya agak tinggi. Bukan saja di negeri kita, tapi di Malaysia. Yang ini terima kasih kepada inisiatif pihak kerajaan.

Dan saya ini soalan saya adalah:

A. Untuk vaksinasi dos penggalak ataupun lebih dikenali sebagai booster dose, adakah inisiatif yang sama akan dilakukan kepada golongan Orang Asli dan juga golongan pekerja asing di negeri kita?

Dan jika ada kos tambahan dikenakan kepada majikan sekiranya mereka yang nak ambil dos penggalak ini. Terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Er… dalam hal untuk kita mengekang pandemik COVID-19 ini, kita sememangnya akan sebaik mungkin, akan mengvaksinasikan seramai mungkin er... penduduk di dalam negara kita ini. Sama ada warganegara ataupun tidak.

Jadi, dari segi gerak kerja kita ini, kita akan teruskan daripada masa ke semasa. Tapi dari segi soal kos itu er... buat masa ini tidak ada satu er… dasar dari oleh pihak Kerajaan Negeri. Dan saya percaya pihak Kerajaan Persekutuan akan boleh mempertimbangkan sekiranya ada keperluan untuk kita bersama-sama mengurangkan kos kepada majikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih er... ulasan daripada pihak kerajaan. Soalan saya tentang er... vaksinasi booster. Saya didapati bahawa ramai er... apa itu warga emas ataupun penduduk di Negeri Pahang ini. Bila mereka dapat apa itu… appoinment temu janji booster. Tapi mereka tidak berani nak ambil booster ini kerana mereka mungkin mereka dapat informasi yang tidak tepat atau whit… ataupun banyak apa itu berita palsu yang diviralkan er... apakah langkah yang diambil oleh kerajaan bahawa boleh mengelakkan er... berita pal… palsu ataupun boleh meningkatkan atau meninggikan er... booster ini yang diambil oleh warga di Negeri Pahang ini. Sekian.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Wakil Bilut berkongsikan kebimbangan sebahagian daripada warganegara kita rakyat kita yang masih lagi teragak-agak untuk mengambil vaksinasi dos, booster dose ini. Untuk makluman sidang dewan sebenarnya bukan sahaja booster dose. Bahkan untuk dos kedua yang diwajibkan pun masih ramai lagi yang belum menghadirkan diri. Tapi inilah kita hidup dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan dalam akta kita, kita tidak meletakkan ini satu perkara yang mandatori diwajibkan.

Jadi, sememangnya agak sukar untuk kita memaksa orang. Ya, dan inilah peranan kita bukan sahaja peranan agensi-agensi kerajaan. Bukan sahaja khususnya jabatan kesihatan, bukan jabatan kesihatan sahaja, bukan jabatan-jabatan keselamatan yang membantu jawatankuasa pengurusan bencana sahaja. Bahkan segenap lapisan masyarakat termasuklah saya fikir terutamanya kita sendirilah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri ini ‘we have to walk the talk’. Kita sama-sama kehadapan membuktikan bahawa er... kepentingan keberkesanan er... vaksinasi kedua dan booster dose ini. Sama-sama kita apa promosikan Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Ketari.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya No. 6.

[5.1: Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk pembangunan kemudahan sukan di kawasan Bentong. Ini adalah kerana kemudahan sedia ada sudah uzur dan belia di Bentong tiada tempat yang sesuai untuk melakukan riadah.

5.2: Ketari memohon pertimbangan Kerajaan Negeri untuk membina stadium mini Bentong yang lengkap dengan kemudahan sukan untuk kegunaan warga Bentong.

5.3: Di Ketari, terdapat peningkatan ketagihan dan penggunaan dadah jenis "ice" atau Metamfetamina di kalangan belia yang masih bersekolah dan belia di kawasan Felda. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi membendung dan menghapuskan aktiviti ini?]

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada er... ADN Ketari atas soalan yang telah diajukan tadi kepada saya ya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ADUN Ketari kerana soalan yang dibangkitkan sangat baik dan saya tahu beliau Wakil Rakyat yang selalu membuat perjumpaan dengan Wakil-wakil Rakyat dan juga mentadbir di kawasan Bentong itu. Jadi, merujuk kepada soalan yang dibangkitkan itu, saya er... memandangkan di bahagian Bentong Barat masih tidak memiliki kompleks dan kemudahan sukan yang lengkap.

Maka pihak Jabatan Belia dan Sukan Pahang telah menyenaraikan bagi pembinaan sebuah kompleks sukan mini di daerah Bentong dalam Rolling Plan Ke- 2 (RMK-12) dengan nilai penggunaan peruntukan sebanyak RM5 juta sejak dulu lagi dah tetapi oleh kerana masalah semasa, kita akan terus er... membuat pemantauan dan juga rujukan yang menJadi, keutamaan bagi pihak jabatan. Walau bagaimanapun, permohonan ini juga ada kebergantungan er... kepada kelulusan tanah oleh pihak Pejabat Tanah dan Daerah Bentong ye.

Er... seterusnya pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang juga sentiasa bekerjasama dengan Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah bagi melaksanakan program-program pembangunan diri dan memupuk nilai-nilai murni di kalangan anak muda dari semasa ke semasa. Dan er... untuk makluman Yang Berhormat Ketari juga, er... bagi membendung masalah penggunaan dadah di kalangan anak muda, pihak jabatan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan agensi-agensi terlibat. Ini termasuklah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang sendiri dan juga daerah er... begitu juga dengan pihak AADK er... Daerah Bentong sudah semestinyalah.

Dan kalau kita tengok dari segi er... statistik er... kes-kes data Orang Kena Pengawasan (OKP) AADK Bentong bagi kawasan DUN Ketari September 2016 sehingga September 2021, saya nak bacakan yang dua pu… er... tahun dua ri… 2020

ke 2021. Sebagai contoh jumlah OKP daerah Bentong pada September 2020 (259) manakala September 2021 (187). Manakala jumlah OKP DUN Ketari, September 2020 (113), September 2021 (84 orang). Kes Dadah Metha… Methamphetamine DUN Ketari, September 2020 (91 orang) manakala September 2021 hanyalah 64 orang.

Yang Berhormat er... ADUN Kawasan Ketari boleh rujuk er... sendiri juga er... nanti di er... Agensi Antidadah Kebangsaan Bentong. Begitu juga dengan kerjasama FELDA Wilayah Kuantan er... Jabatan Pendidikan Negeri Pahang ya. Kalau saya nak tunjuk di sini banyak gambar-gambar Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua ye er... makna kata AADK di Bentong ini sangat aktif er... begitu juga Yang Berhormat er... boleh rujuk dengan Yang Hormat Pegawai Tadbir Daerah atau Pegawai Daerah di sana. Memang saya tengok ini penuh ya.

Pada 18 haribulan Oktober er... walking er... message bertemu komuniti di sekitar kawasan Ketari. Kemudian ada… lagi Program Walking Message bertemu komuniti di sekitar Taman Sri Siantan er... di Taman Kolej pada 20 Oktober 2021. Kemudian Omnipresence AADK di sekitar kawasan Ketari pada 20 Oktober 2021. Begitu juga pertemuan dengan Encik Mohd Khairun bin Abdullah, Penghulu Mukim Bentong ye er... dengan peringkat akar umbi kerjasama dengan AADK pada 26… 26 Oktober 2021. Begitu juga dengan er... Tuan Haji Abdullah bin Abdul Hadi, Timbalan Pengerusi Rumah Komuniti Chamang er... dengan masyarakat setempat pada 27/10/2021 dan yang terakhir sekali di sini saya tengok pertemuan bersama Encik Azhar, seorang wakil komuniti penduduk Ketari bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai isu remaja terlibat dadah pada 28 Oktober er... hari bulan sepuluh er... 28 Oktober 2021, dan terkini kalau Yang Berhormat Kawasan tengok dalam FB pun hari ini masih ada lagi program berjalan oleh AADK di kawasan Bentong tersebut.

Jadi, ini er... sedikit sebanyak menjawab persoalan… persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADN Kawasan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan berikutnya, saya jemput Yang Berhormat Padang Tengku.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, sekarang dah masuk musim tengkujuh, pertanyaan saya nombor 7.

[Mohon Kerajaan menyatakan:

1. Perkembangan pelaksanaan Projek Infrastruktur Komunikasi di bawah inisiatif Jalinan Digital Negara bagi kawasan Dewan Negeri Padang Tengku dan implikasi kewangan yang terlibat bagi menjayakan projek tersebut.

2. Langkah-langkah bagi memastikan syarikat-syarikat telekomunikasi memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi setimpal dengan bayaran yang dikenakan kepada pengguna di kawasan terlibat memandangkan pengguna telah membayar kos perkhidmatan yang tinggi walaupun perkhidmatan yang diterima berada di bawah tahap memuaskan meskipun telah berulang kali kajian dibuat berkenaan liputan telekomunikasi di kawasan terbabit.]

Terima kasih kepada rakan saya daripada Padang Tengku yang selalu mengemukakan soalan-soalan berkaitan dengan… telekomunikasi. Er... bagi pelaksanaan Pelan JENDELA Fasa 1, Projek Pembangunan Infrastruktur Telekomunikasi yang sedang dilaksanakan di Dewan Negeri Padang Tengku sehingga 2021 adalah seperti berikut:

Pertama, pembinaan 12 menara baru di kawasan penduduk luar bandar dalam kawasan Dewan Negeri Padang Tengku, di mana satu daripadanya telah pun siap iaitu di Kampung Gua Kalong dan telah pun ke udara pada Julai 2021.

Keduanya, menaik taraf 71 stesen pemancar yang sedia ada daripada er... dan sebanyak 34 stesen pemancar telah pun siap dinaik taraf seperti di kawasan Kampung Pagar Sasak, Kampung Gelenggang, Sungai Tanum, Kampung Relong, Sungai Temau, Chegar Perah, Pekan Padang Tengku, Pekan Merapoh, FELDA Kechau 1 dan 6, Sungai Yu, Bukit Tujuh, Kampung Gua, Kechor Tui, Kampung Mentara Baru, Kampung Laluh dan Kampung Persit.

Yang ketiga, pula adalah pelaksanaan penyambungan rangkaian gentian optik di 711 premis luar bandar dalam kawasan Dewan Negeri Padang Tengku. Yang keempat adalah penyediaan liputan jalur lebar menggunakan teknologi satelit di dua kampung Orang Asli dalam kawasan Negeri… Dewan Negeri Padang Tengku iaitu kawasan Orang Asli Teluk Gaung dan kawasan Orang Asli Sekin. Kesemua projek yang dinyatakan di atas untuk kawasan negeri… Dewan Negeri Padang Tengku dianggarkan bernilai lebih daripada RM60 juta.

Bagi menjawab soalan rakan-rakan bagi memastikan syarikat-syarikat telekomunikasi memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, sukacita saya maklumkan di sini bahawa setiap syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi atau telco adalah dikawal selia oleh pihak MCMC.

Bagi menangani isu kualiti perkhidmatan, setiap telco tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan seperti Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS), dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, yang telah menetapkan piawaian kualiti perkhidmatan yang perlu dipatuhi termasuk kelajuan akses jalur lebar, capaian liputan perkhidmatan, kualiti panggilan dan lain-lain lagi. Ketidakpatuhan kepada peraturan ini boleh menyebabkan tindakan boleh diambil terhadap syarikat pembekal perkhidmatan berkaitan.

Di samping pendapatan… penetapan MSQoS, antara tindakan lain yang diambil dalam memastikan syarikat pemberi perkhidmatan memberikan perkhidmatan yang setimpal dan berkualiti adalah pihak SKMM memastikan yang pertamanya, menjalankan kerja-kerja kawal selia dengan membuat audit dan semakan terhadap kualiti secara berkala di seluruh negeri bagi memastikan pematuhan yang berterusan kepada MSQoS itu dipenuhi.

Yang kedua, melakukan intervensi kepada aduan-aduan yang diterima bagi memastikan pihak pemberi perkhidmatan menyiasat dan membuat penambahbaikan… yang sewajarnya.

Yang ketiga, mengambil langkah-langkah penguatkuasaan seperti mengeluarkan notis peri… peringatan dan amaran, dan kompaun kepada syarikat pemberi

perkhidmatan yang tidak memenuhi piawaian serta gagal memberikan tahap perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna.

Dan ke-empat adalah menyemak dan mengemas kini peraturan-peraturan, kod pengguna, mahupun akta yang berkaitan dari semasa ke semasa supaya ianya sentiasa relevan dengan situasi dan teknologi terkini.

Ketidakpatuhan terhadap Standard Manda… Mandatori bagi Kualiti Perkhidmatan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 105 (3) AKM 1998 dan jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 242. Sepanjang tempoh 3 tahun yang lepas, pihak SKMM telah mengeluarkan sejumlah 130 notis ketidakpatuhan terhadap pembekal perkhidmatan bagi pelanggaran standard minimum yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Soalan tambahan Dato’… Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Terima kasih kepada jawapan yang dikemukakan oleh EXCO. Saya kira satu jawapan yang menyeluruh er... semua kawasan-kawasan dalam DUN Padang Tengku telah pun diliputi dan kita amat menunggu dan meletakkan harapan yang tinggilah masalah er... ini dapat kita selesaikan.

Saya nak buat pertanyaan tentang Pusat Internet Komuniti yang kita tahu kalau di Padang Tengku ini kita ada sebanyak 6 er... 5… 5 Pusat er... internet ini tapi daripada pemerhatian saya, saya nampak kurang meriah. Kurang sambutan yang diberikan oleh er... penduduk-penduduk setempat. Jadi, persoalan saya apakah langkah-langkah Kerajaan er... untuk memastikan bahawa er... dan pusat internet ini er… betul-betul memberikan manfaat kepada penduduk setempat.

Yang keduanya, baru-baru ini er… Menteri Komunikasi Multimedia Tan Sri Annuar Musa telah menyatakan bahawa er… akan ada penjenamaan semula kepada pusat internet ini dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) dan er… satu DUN satu. Persoalan yang saya nak timbulkan sini bagaimana dengan pusat-pusat internet yang lain macam saya sebutkan di Padang Tengku tadi ada er… ada 5. Jadi, er… mungkin ada pusat-pusat yang akan ketinggalan.

Dan yang terakhirnya, soalan saya yang ketiga ialah pada 29 Ogos 2021 yang lalu telah ada pelancaran Projek Perpustakaan Komuniti Merapoh di Pusat Internet Merapoh iaitu kolaborasi di antara er… SKMM apa er… SKMM dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang dan juga Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim UTM. Er… saya ingin tahu apakah kedudukan ataupun progress er… projek ini dan sejauh mana er… projek ini dapat menJadi, pemangkin kepada penduduk setempat dalam membudayakan penggunaan ataupun amalan internet ini sebagai satu er… norma baru dalam kehidupan kini dan juga masa akan datang. Terima kasih.

Panjang pertanyaan [ketawa]. Yang pertamanya, er... kedudukan pusat-pusat internet. Pada baru-baru ini, kerajaan melalui er... SKMM melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah akan er... mengubah ataupun menaik taraf ataupun menukar kepada Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia di mana di pusat-pusat internet yang sedia ada ini kemudahan infrastrukturnya seperti peralatan yang er... lebih baik akan ditempatkan di pusat-pusat internet tersebut bagi er... menaik tarafkan, bagi meningkatkan lagi kualiti penggunaan ataupun peralatan di kalangan-kalangan pengguna-pengguna.

Sudah tentu peningkatan er... ataupun penambahan peralatan di pusat-pusat internet ini akan menarik lebih banyak perhatianlah… diharap akan menarik lebih banyak perhatian di Pusat Ekonomi Digital ini di mana salah satunya juga digunakan sebagai satu pemangkin untuk kepada generasi-generasi ataupun pengusaha-pengusaha, peniaga-peniaga di dalam talian untuk meningkatkan taraf hidup mereka di kawasan masing-masing. Berkaitan dengan soalan yang berkaitan SKMM ataupun pusat er... di perpustakaan.

Jadi, saya er... tak dapat memberikan er... maklum atau data yang lebih tepat buat masa ini dan insya-Allah saya akan memberikan jawapannya secara bertulis kepada rakan saya Padang Tengku. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik. Soalan berikutnya, saya jemput Yang Berhormat daripada Jengka.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor lapan.

[Berapakah keluasan tanah FELDA Plantation di Pahang dan berapakah hasil cukai yang dibayar kepada Kerajaan Negeri setahun?]

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih ADUN Jengka yang bertanyakan tentang keluasan tanah FELDA Plantation yang sekarang ini nama FELDA Global Ventures Malaysia Sdn. Bhd. Keluasan di Negeri Pahang sejumlah 142,588.73 hektar. Cukai berbayar bagi tahun 19 er… 2021 berjumlah RM24,015,957.86 (RM24.02 juta). Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan. Er... soalan tambahan saya iaitu er... berapakah ekar ataupun hektar tanah-tanah FELDA yang sudah dapat hak milik dan belum dapat hak milik. Yang kedua, berapa purata cukai per hektar yang dibayar kepada Kerajaan Negeri.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Jengka. Mengikut rekod pengurusan tanah Jabatan FELDA Ibu Pejabat, sebanyak 138,349.07 hektar yang diberi hak milik oleh Kerajaan Negeri kepada FELDA Plantation dan 4,300 lebih kurang yang belum dapat hak milik iaitu di FELDA Plantation FGV Keratong 11 dan Chini Timur 4 dan ianya jika

dikeluarkan hak milik notis 5A kita akan mendapat RM2.2 juta lagi cukai pada Kerajaan Negeri. Purata cukai per ekar lebih kurang RM173.00 atau hingga RM175.00 per ekar kerana ianya status tanah pertanian. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, soalan terakhir pada pagi ini saya jemput Yang Berhormat Semambu.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya soalan sembilan.

[Apakah langkah kerajaan untuk menangani isu banjir kilat di kawasan perumahan, dan adakah satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengendalikan isu tersebut?]

Assalammualaikum WBT. Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Semambu menanyakan soalan berkaitan dengan banjir. Sebelum saya jawab soalan ini saya nak maklumkan bahawa er... memang dah ada jawatankuasa dah yang bertanggungjawab untuk mengatasi masalah banjir terutamanya di bawah Jawatankuasa Bencana Daerah yang dipengerusikan oleh er... Tuan Pegawai Daerah dan yang keduanya, er... Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh YDP ya, masing-masing di setiap daerah.

Dan juga kita ada satu task force team, dengan izin, yang telah ditubuhkan pada tahun 2020 untuk kita mengatasi masalah er... kebersihan termasuk masalah pembersihan kawasan-kawasan longkang yang terlibat dengan banjir yang diketuai oleh er... bandar raya, Datuk Bandar dan agensi-agensi yang terlibat adalah SWCorp, JKR, JPS, Roadcare, Alam Flora, YP Maintenance dan er... juga jabatan-jabatan yang berkaitanlah. Jadi, itu, jawatankuasa yang bertindak untuk mengatasi masalah banjir yang terdapat di… di Kuantan dan juga Negeri Pahang.

Untuk jawapan berkaitan dengan masalah banjir kilat di kawasan perumahan, er... pihak Majlis Bandaraya Kuantan telah mengambil tindakan jangka pendek dengan er... membaik pulih longkang-longkang yang rosak dan tersumbat dengan kos sebanyak RM2.5 juta dan juga membina longkang-longkang baru bagi mengatasi masalah banjir dan saliran dengan kos hampir sebanyak RM7 juta.

Untuk jangka masa panjang, pihak Kerajaan Negeri er... sedang menyemak dan membuat kajian berkaitan kawasan-kawasan yang selalu dilanda banjir kilat dan antara cadangan penyelesaian adalah menyediakan er... tadahan ataupun retention pond untuk menyimpan dan mengumpul air. Walau bagaimanapun, cadangan ini memerlukan kos yang sangat besar di samping masalah pengambilan tanah dan juga penyediaan rizab.

Yang kedua, membesarkan dan membaik pulih longkang-longkang sedia ada yang telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat oleh jabatan yang terlibat seperti JKR melibatkan jalan-jalan persekutuan, Majlis Bandaraya dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Dan yang ketiga, membersih sungai-sungai utama dan tindakan pembersihan Sungai Galing telah dilaksanakan sejak bulan 10 yang lalu. Untuk makluman juga, er… pada

21 Oktober, saya bersama dengan Jawatankuasa Bencana Daerah Kuantan dan juga Majlis Bandaraya er… JKR, YP Maintenance, Roadcare, Alam Flora, SWCorp telah melawat kawasan telah dilanda banjir kilat pada awal tahun baru ini pada 5 Januari di Jalan Lim Hoe Lek dan juga di Jalan Pasar.

Ada beberapa cadangan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah banjir di jalan ini terutamanya dengan membesarkan cross culvert dengan izin, yang melintang antara er... apa ini Hotel LA dan melintang cross ke stadium ye. Pada masa lawatan er... memang didapati bahawa inlet adalah 4 meter persegi er... 4 kaki persegi sedangkan outlet dia adalah 2 kaki persegi. Ini menyebabkan berlakunya bottle neck, dengan izin, yang apabila berlakunya sampah-sampah tersumbat dan airnya akan melimpah di atas jalan.

Yang keduanya, cadangan untuk er… mendalamkan er… parking di hadapan Stadium Darul Makmur sebagai kawasan retention pond ini memerlukan kos yang agak besar la ye. Sebenarnya dulu Padang MPK 2 ini er… adalah memang retention pond, dry pond atau wet pond yang digunakan untuk menyimpan sementara air sebelum disalurkan ke Sungai Galing. Jadi, ini juga memerlukan kos yang sedang dalam perancangan Kerajaan Negeri untuk memohon peruntukan daripada er… pihak Kerajaan Persekutuan ye.

Kerja-kerja pencucian juga telah dibuat berselaras bersama dengan agensi-agensi terlibat iaitu SWCorp, Alam Flora dan agensi-agensi pembersihan untuk memastikan segala sampah-sampah yang tersumbat perlu dibersihkan sebelum selewat-lewatnya akhir bulan Oktober. Kita ini dah masuk bulan November. Walau bagaimanapun, kerja-kerja pemantauan ini sentiasa dipantau oleh pihak er… apa ini SWCorp, JKR dan juga Majlis Bandaraya ye. Manakala kawasan-kawasan yang tidak ada er... tidak ada peruntukan kawasan pembersihan yang di bawah pihak SWCorp, pihak Majlis Bandaraya telah memohon peruntukan daripada MARRIS untuk melakukan kerja-kerja.

Manakala untuk er... jangka panjang pula er... Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran, JPS Bahagian Saliran Mesra Alam telah merancang untuk melaksanakan kajian pelan induk saliran mesra alam ataupun PISMA, di beberapa kawasan perumahan antara kajian PISMA telah dilantik consultant ialah Projek Lembangan Sungai Kuantan, iaitu komponen saliran mesra alam kawasan kajian merujuk kepada blok rancangan kecil Tanjung Lumpur, berluas 40 kilometer persegi ya. Kajian …. dijangka siap pada akhir tahun 2021 tahun ini hasil dari kajian ini nanti, akan dibentangkan kepada Kerajaan Negeri pada jangkaan Februari 2022 sama ada untuk menerima dan mengguna pakai PISMA sebagai rujukan dalam perancangan pembangunan bagi mengurangkan isu banjir kilat serta pencemaran air menerusi pembangunan yang mampan.

Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) merupakan dokumen yang menerangkan isu-isu dan kelemahan berkaitan sistem sedia ada dan kualiti air serta cadangan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan dan berdasarkan penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir kilat dan kualiti air di kawasan bandaran sebagai panduan dan rujukan pembangunan yang lebih sistematik untuk pembangunan yang bakal dilaksanakan di masa akan datang.

Penyediaan PISMA, di bandar Rompin juga telah dijangka mula pada tahun 2022 tahun depan melalui peruntukan negeri dan kos sebanyak RM1.5 juta. Kerja-kerja menaik taraf sistem saliran dan membina kolam takungan di Triang Central Daerah Bera juga dijangka bermula pada tahun 2022 melalui peruntukan Kerajaan Negeri.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah siap melaksanakan kajian Pelan Induk Mesra Alam… Mesra Alam Cameron Highlands pada akhir tahun 2018.

Menurut kajian tersebut sistem saliran sedia ada perlu ditambah baik dan sistem saliran sistematik perlu diwujudkan. Laporan tersebut turut mencadangkan beberapa langkah amalan pengurusan terbaik yang perlu dilaksanakan pada pengurusan air larian hujan. Permohonan peruntukan sebanyak RM80 juta bagi menambah baik sistem saliran yang sedia ada telah dipohon dalam RMK-12 dan belum diluluskan lagi. Walau bagaimanapun, pihak jabatan akan mengemukakan semula permohonan tersebut dalam Rolling plan ketiga dalam RMK-12 nanti. Sekian.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Terima kasih atas penjelasan tadi. Pagi tadi saya baru turun dengan wakil Majlis Bandaraya Kuantan, Encik Khairul untuk turut meninjau salah satu tempat yang ada isu dengan sistem perparitan, Jadi, saya ucapkan tahniah kepada pihak MBK yang banyak memberikan bantuan. Persoalannya adalah banjir kilat selalunya berlaku di kawasan perumahan yang mana kita boleh tackle ataupun kita boleh er... selesaikan tumpukan isu itu, dengan kos ataupun bajet yang saya jangka tidak begitu banyak.

Masalahnya adalah kepada maklumat yang kita dapat sebab penduduknya kalau berhadapan dengan banjir kilat sekiranya kita tidak ada satu pendekatan untuk berbincang ataupun menerima maklum balas kepada mereka agak sukar bagi pihak jurutera untuk kemudian mengemukakan cadangan. Maka di sini pejabat saya telahpun kena mengambil inisiatif la, telah pun kenal pasti 14 kawasan di bawah Semambu yang mana terdapatnya isu banjir kilat. Jadi, di sini persoalannya adalah bagaimana suara ataupun pungutan pendapat daripada pihak penduduk wakil penduduk ini dapat disampaikan kepada pihak kerajaan supaya peruntukan diberikan untuk tangani. Terima kasih.

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, kita ada jawatankuasa kampong, JKK melibatkan kampung dan juga KRT. Mereka ini adalah peranan sebagai apa ni penyampai ataupun orang tengah antara pihak penduduk dengan pihak agensi untuk menyampaikan masalah ini dan kita juga ada wakil-wakil majlis di setiap kawasan Jadi, inilah yang perlu mereka salurkan dan terima kasihlah kepada er... Semambu kerana... dan pihak bandar raya akan mengambil tindakan untuk memastikan terutamanya longkang-longkang perumahan yang lama yang saiznya dibina tidak mengikut apa ni yang keadaan sekaranglah dan er... kalau saya maklumkan tadi sebanyak RM7 juta telah diperuntukkan untuk membaik pulih longkang-longkang lama yang untuk mengatasi masalah banjir kilat ini.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan tambahan.

Terima kasih Wakil Kerajaan. Saya nak tanya, er... saya baru tahu jasa… er... Jawatankuasa khas telah ditubuhkan di Kuantan tetapi saya nak tanya kenapa saya dengan er... Semambu tidak pernah dijemput dan telah tidak pernah dibagi tahu apa yang sudah dilakukan pada jawatankuasa khas. Bolehkah kerajaan anggap kita ini sebagai pembangkang dan tidak pedulikan dua wakil kita… dua wakil kita ini? Saya haraplah kerajaan jangan er... bagi dua er... tolonglah kawasan kita, jemput kita, kita tau apa yang kerajaan sedang buat. Terima kasih.

Ahli-ahli Dewan er... jawatankuasa ini tidak ada orang-orang politik ya… semua agensi kerajaan, sama ada jawatankuasa bencana peringkat daerah ataupun jawatankuasa teknikal ataupun Task Force Team yang disebutkan tadi, tidak ada orang politik. Jadi, kalau YB nak masuk jawatankuasa ini, mungkin masuk sebelah sini dululah ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita selesai membincangkan 9 pertanyaan-pertanyaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya mencadang untuk menempohkan persidangan pagi ini untuk minum pagi dan persidangan disambung semula pada pukul 11.10 minit pagi. Saya memohon ahli-ahli Yang Berhormat bergerak keluar dewan dalam keadaan tertib dan mematuhi penjarakan fizikal. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan pada pukul 10.39 pagi]

[Persidangan disambung semula]

Perbahasan Rang Undang-Undang Dan UsulBill

Setiausaha Dewan

Perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan (2022) 2021 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2022.

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamualaikum WBT. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Majlis sekarang ialah;

“Suatu enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu dengan maksud tertentu”

dan satu usul yang berbunyi:

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan Seksyen 9, Akta Kumpulan Wang Pembangunan Negeri dan mengikut ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Perbekalan Air dengan ini bersetuju meluluskan Anggaran Perbelanjaan bagi tahun 2022 daripada Kumpulan Wang tersebut sebagaimana yang ditetapkan di dalam Rang Anggaran Perbelanjaan Bahagian II dan III, 2022 yang dibentangkan dalam Persidangan ini sebagai Kertas DN 24/2021.”

Rang Undang-undang dan Usul ini telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada hari semalam, 6 Disember 2021 dan telah pun mendapat sokongan. Rang Undang-undang dan Usul ini akan dibuka untuk dibahaskan.

Seperti yang dimaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan telah dipersetujui, kita mencadangkan seramai 15 Ahli-ahli Yang Berhormat akan berbahas pada hari ini dan kita berharap Ahli-ahli Yang Berhormat akan dapat mematuhi masa yang telah ditetapkan kerana kita masih lagi berada dalam Persidangan SOP. Saya harap semua Ahli-ahli Yang Berhormat dapat memahami perkara tersebut.

Baiklah, untuk meneruskan Persidangan kita pada pagi ini, saya dengan ini memohon dan menjemput Yang Berhormat daripada kawasan Muadzam Shah bagi memulakan perbahasan pada pagi ini. Sila, Yang Berhormat.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, [Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT. Terima kasih kerana memberi peluang saya untuk menyampaikan Perbahasan di Dewan Yang Mulia ini. Terlebih dahulu saya ingin melafazkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya saya diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan tentang Bajet 2022.

Tuan Yang di-Pertua,

Perkara pertama ialah berkaitan dengan pembentangan Bajet 2022 semalam adalah tentang bajet kali keempat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang

Ke-5. Bermula dengan pembentangan bajet pertama selepas dilantik sebagai Menteri Besar iaitu Bajet 2019, kemudian Bajet 2020, Bajet 2021 dan 2022 pada hari semalam. Kalau kita merujuk kembali pembentangan bajet bertahun-tahun yang lepas, 2019 dalam situasi keadaan negeri, kita di Pahang tidak bersama dengan Kerajaan Pusat. Anggaran pendapatan ialah pada ketika itu RM703 juta, bukan RM8 juta… RM703... RM703.8 juta tetapi pendapatan sebenar yang dapat adalah RM847.9 juta iaitu lebihan lebih kurang RM144 juta. Itu situasi kita tidak bersama dengan Kerajaan Pusat.

Kemudian pada tahun 2020, dalam situasi negara dan dunia dibelenggu oleh masalah COVID-19 yang menjejaskan ekonomi seluruh dunia, anggaran pendapatan ketika itu RM744 juta dan pendapatan sebenar melebihi… kita dapat RM850 juta dan lebihan RM106 juta dan anggaran pendapatan pada tahun 2021 lebih kurang RM800.7 juta dan sehingga semalam seperti yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, pendapatan kita telah melebihi daripada anggaran iaitu sudah berada RM812 juta.

Jikalau kita menyingkap kembali dalam pembentangan bajet pada Bajet 2020 pada November 2019 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di Dewan Yang Mulia ini, pihak kerajaan mensasarkan kutipan hasil negeri mencecah RM1 bilion dalam tempoh 3 hingga ke 4 tahun. Alhamdulillah pada semalam tidak sampai 3 ataupun 4 tahun, baru 2 tahun daripada tarikh er… 2019 itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah merealisasikan sasaran tersebut dalam Bajet 2022 dengan anggaran kutipan hasil melebihi RM1 bilion iaitu RM1.036. [Ahli Dewan menepuk meja].

Bukan setakat anggaran kutipan hasil sahaja melebihi RM1 bilion, malah buat kali pertama juga, belanjawan mengurus juga melebihi mencecah RM1 bilion iaitu RM1.03... RM1.031 dengan lebihan pendapatan RM5.7 juta.

Tuan Yang di-Pertua,

Kita semua kena akui bahawa pendapatan dan hasil yang meningkat ini juga tidak datang atau muncul dengan sendiri ibarat pepatah melayu “yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang”. Sudah pastilah hasil yang diperolehi berkat usaha dan kegigihan pihak Kerajaan Negeri Pahang yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar walaupun dalam keadaan ekonomi seluruh dunia terkesan akibat pandemik COVID-19, alhamdulillah Kerajaan Negeri Pahang terus dilimpahi rezeki.

Jadi, untuk itu saya mohon semua Ahli Yang Berhormat bangun dan memberi satu tepukan penghormatan [Ahli Dewan menepuk meja] dan tahniah kepada pihak kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan pihak pentadbiran kerajaan dan penjawat awam yang diketuai oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri telah berjaya membentang Belanjawan Tahun 2022 melebihi RM1 bilion.

Tuan Yang di-Pertua,

Rakyat di luar sana mungkin tertanya-tanya ke mana hasil Kerajaan Negeri ini dibelanjakan. Alhamdulillah Kerajaan Negeri Pahang telah berkongsi hasil-hasil yang diperolehi dengan rakyat di negeri ini melalui pengagihan secara bersasar. Sebahagian hasil dibelanjakan untuk tujuan mempercepatkan pemulihan ekonomi negeri serta membantu golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 daripada

pelbagai aspek sama ada dari segi program atau bantuan secara langsung kepada keluarga, individu dan juga perniagaan.

Kalau kita melihat pembentangan Bajet semalam, tumpuan Kerajaan Negeri pada masa ini adalah meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri secara pasif dan juga memberi keutamaan kepada rakyat supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka setelah negara dilanda COVID-19 dengan memfokuskan lima strategi utama, yang pertama memenuhi keperluan asas rakyat, keduanya melengkapkan kemudahan asas rakyat, ketiga mensejahterakan kehidupan dan pembangunan sosial ekonomi, keempat memulihkan pasca COVID-19 melonjak ekonomi negeri dan yang kelimanya memantapkan pentadbiran.

Sudah pastilah hasil diperolehi ini dibelanjakan untuk tujuan mengurus Negeri Pahang termasuk emolumen atau pembayaran bayaran gaji, elaun penjawat awam, perkhidmatan dan perbekalan aset dan lain-lain termasuklah kalau kita lihat dalam buku anggaran perbelanjaan itu di bawah tajuk 40,000 pemberian dan kenaan bayaran tetap meningkat daripada RM224 juta pada tahun 2021 meningkat kepada RM440 juta iaitu peningkatan RM182.5 juta dan saya berharap perbelanjaan ini semua dapat memberi manfaat kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua,

Seperkara lagi, saya mengucapkan terima kasih di atas sikap prihatin Yang Amat Berhormat Menteri Besar bila mana menambahkan bilangan Rumah Rakyat Pahang setiap tahun. Kerajaan Pahang mula memperkenalkan RRP pada tahun 2020 iaitu 2 buah rumah setiap DUN dan seunit setiap Parlimen dengan jumlah keseluruhannya 98 unit dengan peruntukan RM6.37 juta dan pada tahun 2021 er… bilangan ini bertambah kepada 4 unit setiap DUN dan 2 unit setiap Parlimen dalam bentuk 2 fasa yang berjumlah keseluruhannya 206 unit dengan peruntukan RM13.47 juta. Pada tahun 2022, seperti diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam bilangan unit bertambah lagi kepada 6 unit setiap DUN dengan jumlah keseluruhannya 266 unit dengan peruntukan berjumlah RM19.95 juta.

Kalau kita kira dalam tempoh 3 tahun… dalam 3 tahun Kerajaan Negeri membina 570 unit rumah dan membelanjakan RM39.79 juta hampir RM40 juta dan mereka yang menerima ini adalah rakyat yang susah, miskin tegar, ibu tunggal dengan tanggungan anak yang ramai, ada yang masih bersekolah dan yang lebih menariknya rumah ini diberi secara percuma.

Saya kira ini adalah sumbangan Kerajaan Negeri yang cukup besar ertinya kepada rakyat yang benar-benar susah. [Ahli Dewan menepuk meja] Saya boleh katakan, semasa membuat penyerahan “kunci rumah” ya, kepada penerima-penerima ini boleh dikatakan semuanya menitiskan air mata ya, kerana mereka tidak pernah terfikir, mereka tidak pernah terbayang, tidak pernah terlintas di fikiran mereka bahawa dalam keadaan mereka yang benar-benar susah, daif tiba-tiba tersergam ya sebuah rumah 3 bilik yang cukup selesa pada mereka untuk bertumpang teduh, membesarkan anak-anak di masa hayat mereka masih ada.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Perkara ke-2, ialah berkaitan dengan er… saya nak menyentuh berkaitan dengan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (PSK). Saya mengucapkan tahniah di atas usaha pihak Kerajaan Negeri mewujudkan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri

atau PSK. Setakat yang saya faham, antara peranan PSK ini ialah mengurus dan mentadbir tanah-tanah kerajaan yang telah diberi milik kepada PSK.

Pihak PSK juga berperanan menarik pelabur… pelaburan ke atas tanah-tanah PSK ini. Ini adalah usaha yang baik bagi memastikan tanah-tanah yang berpotensi dapat dimajukan sama ada bagi tujuan pertanian, perladangan, ternakan ataupun pembangunan komersial dan sudah pasti usaha ini meningkatkan hasil negeri. Walau bagaimanapun, PSK selaku tuan tanah er… saya lihat ada beberapa perkara yang perlu diperkemaskan dan perlu diperkukuhkan. Saya bangkitkan perkara ini kerana ada 2 projek dalam kawasan saya yang melibatkan tanah PSK.

Yang pertamanya, berkenaan projek Perumahan di Bandar Satelit di bandar Muadzam Shah. Dalam perjanjian tersebut tertulis “selepas 15 bulan pelaksanaan kerja dijalankan, pihak pemaju mesti membina Rumah Kos Sederhana Rendah berjumlah 98 unit yang berharga RM68,000.00 setiap unit”. Walau bagaimanapun, sehingga kini sudah hampir… saya rasa lebih kurang 6 ataupun 7 tahun lah er… pembangunan tersebut, Rumah Sederhana Rendah masih belum dilaksanakan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Harga barang binaan semakin hari semakin naik, saya bimbang akhirnya ianya tidak dibina yang menJadi, mangsa ialah rakyat yang berada dalam kategori susah yang sepatutnya sudah layak mendudukinya dan sudah lena tidur dalam rumah tersebut tetapi sehingga kini hanya mimpi sahaja ya.

Dan seperkara lagi, yang menJadi, masalah bila mana rakyat selalu bertanya kepada Wakil Rakyatnya er… “pemaju tu buat ke atau tidak? Rumah Kos Sederhana Rendah, MB dah umum… hah ini MB dulu lah er… Pelangai dah umum dalam perasmian, pemaju akan sediakan 98 unit Rumah Kos Rendah.” Jadi, er… masalah kepada saya untuk menjawab sama ada dibina atau tidak.

Kes ke-2 yang berlaku er… ialah berkenaan projek cadangan ternakan udang galah high impact project sebuah industri akuakultur di Kampung Tanam Kedaik. Saya pun tidak pasti di mana er... silapnya, tetapi yang pasti, yang ruginya ialah pihak Kerajaan Negeri tidak dapat hasil, rakyat juga rugi sebab sepatutnya penduduk setempat berpeluang untuk dapat pekerjaan dan secara umumnya sudah pastilah sosioekonomi tidak dapat berkembang. Dengar ceritanya pelabur ada tapi sudah lebih 7, 6 tahun masih juga tidak beroperasi.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Sehubungan itulah, saya mencadangkan… ya… beberapa perkara yang perlu diperkemaskan dan diperkukuhkan, PSK selaku tuan ataupun pemilik tanah itu. Pertama berkaitan dengan perkara-perkara yang melibatkan pemantauan dan pelaksanaan kerja atau kontrak dan memastikan pihak pelabur mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui dan ditandatangani. Ini bertujuan mengelakkan pihak pelabur melanggar perjanjian manakala pihak PSK pula takut terlepas pandang ya.

Saya percaya pihak pengurusan PSK akan dilihat lebih cekap sekiranya ada isu-isu yang berkaitan dengan pasal kontrak yang tidak dipatuhi oleh pelabur proses pengeluaran notis peringatan dikeluarkan bagi memastikan pihak pelabur sentiasa mengikuti perjanjian dan tindakan segera undang-undang perlu diambil sekiranya pihak pelabur didapati ingkar dari perkara yang sepatutnya.

Yang kedua, sekiranya perlu saya cadangkan, pihak PSK perlu melantik lebih ramai penasihat-penasihat korporat profesional bagi membantu pihak PSK melaksana… melakukan analisa dan kajian yang terperinci atas setiap cadangan pelaburan daripada pihak swasta contohnya menjalankan analisa seperti unjuran kewangan dan indicator-indicator seperti kadar pertumbuhan tahunan majmuk ataupun C.A.G.R., Compound Annual Growth Rate, dengan izin Yang di-Pertua.

Yang ketiganya, saya juga mencadangkan bahawa jika perlu ada satu mekanisme kerjasama PSK dengan pihak kepimpinan tempatan bagi memastikan outcome atau impak yang maksimum kepada ekonomi tempatan setiap daerah sebelum cadangan dilaksanakan dan yang ke-4 nya, saya juga berharaplah siasatan lebih terperinci di tapak perlu diadakan sebelum menimbang kelulusan kepada pihak-pihak pelabur ini sebab berlaku permohonan-permohonan yang diluluskan kepada pihak pelabur ini bertindih dengan permohonan-permohonan individu orang-orang kampung.

Untuk mendapat kelulusan individu orang kampung ini memakan masa 10 hingga 20 tahun sedangkan kelulusan kepada pihak pelabur melalui PSK ini er… mungkin ia memakan masa 1 hingga 2 ataupun 3 tahun sahaja. Jadi, saya berharap perkara ini juga diberi perhatian dan pertimbangan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Perkara ke-3 berkaitan dengan isu air. Saya faham isu air ini adalah isu negeri bukannya isu setempat er… membabitkan soalan-soalan lisan pun ada melibatkan isu air ini. Walau bagaimanapun ini adalah masalah rakyat dan perlu saya suarakan di Dewan Yang Mulia ini.

Gangguan bekalan air di kawasan saya kerap kali berlaku iaitu terutama di kawasan FELDA gugusan… FELDA Gugusan Chanis, Gugusan Selancar dan juga area… kawasan Perantau Damai. Saya percaya DUN er… Ibam pun mengalami masalah sama boleh dikatakan dalam tempoh sebulan tu 2 atau 3 kali, ada sahaja masalah atau aduan daripada rakyat mengadu masalah bekalan air. Tidak ada.

Jadi, er... sebab sumber atau punca air dari adalah dari kawasan er... dia punca air ini daripada Sungai Pukin di Kawasan saya mengalir ke Sungai Keratong. Jadi, dari Sungai Keratong tu lah ada er… loji rawatan air dan air itu semula dipam balik ke er… ke belah er… Selancar, Chanis dan juga Perantau Damai termasuk juga sebelah Ibam.

Jadi, masalah utama er… ialah paip-paip air dari jenis AC paip. AC paip ini memang paip yang peringkat awal lagi dibina dan juga HDPE yang telah berusia dan kerap kali pecah. Bila paip fesyen lama ni tidak boleh buka besar ya, dia buka lebih sikit paip akan pecah dan bila buka kecil pula tekanan air dalam paip itu rendah dan akan menyebabkan rumah-rumah yang berada di kawasan tinggi tidak dapat air.

Jadi, inilah masalah rungutan rakyat yang sentiasa pihak kami terima. Er… selain daripada itu sekiranya berlaku kerosakan ataupun break down di loji rawatan di Sungai Keratong ini untuk pulih. Bila dah pulih tu, nak sampai balik air ke kawasan yang paling hujung sekali di Selancar tu mengambil masa 3 hingga 4 hari. Walaupun loji tu dah pulih, tapi air nak sampai itu 3 ke 4 hari sebab terlalu jauh. Jadi, er… saya berharaplah perkara-perkara ini dapat perhatian daripada pihak Kerajaan Negeri dan saya sendiri sudah turun er… melawat kawasan-kawasan tersebut dan kenal pasti beberapa masalah dan er… dan jalan penyelesaiannya perlu menukarkan paip-paip retikulasi terutama di kawasan Gugusan Selancar.

Selain daripada itu terdapat juga er… kena buat pemisahan jajaran er… di satu pam penggalak tu ada booster, kena buat pemisahan jajaran paip ke pam ke booster bagi meningkatkan kapasiti suction tank… dan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, masa dah sampai…

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Masa dah sampai.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh buat penggulungan sikit.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Okey. Er… Tuan di-Pertua, saya berharap agar masalah rakyat yang sudah berpuluh tahun ini kita dapat perhatian dan er… Kerajaan Negeri.

Tuan di-Pertua,

Tahun 2022 ini adalah tahun pemulihan ekonomi dan bajet tahun 2022 bersifat inklusif dengan mengambil kira pelbagai faktor. Hasil diperolehi tahun ini berjumlah melebihi RM1 bilion tidak er… tidak dapat tercapai tanpa adanya kestabilan politik.

Saya percaya rakyat di luar sana akan melihat dan menilai bahawa politik yang ikhlas akan stabilkan negeri dan memakmurkan rakyat. Akhir kalam, saya dengan rasa tanggungjawab akan sama-sama membantu Kerajaan Negeri Pahang untuk memacu ekonomi negeri dan dengan ini mohon menyokong. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Muadzam Shah. Saya jemput wakil dari Panching.

Assalamualaikum WBT, Tuan Speaker, Yang Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dan juga barisan Exco, Ahli-ahli Yang Berhormat seterusnya seluruh Ahli Sidang Dewan sekalian.

Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala kerana pada kesempatan ini diberi peluang untuk sama-sama berbahas er… Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Dato’ Sri Menteri Besar.

Terlebih dahulu saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Menteri Besar diatas kejayaan er… memperoleh perolehan yang lebih daripada sasaran dan seterusnya membawa Pahang ke arah perbelanjaan melebihi RM1 bilion er… pada tahun 2022.

Tuan Yang di-Pertua,

Antara perkara yang ingin saya sentuh dalam ucapan perbahasan ini ialah kegembiraan saya sendiri bila melihat di antara isi kandungan bajet dibentangkan itu ialah pembinaan semula rumah er… kos rendah yang berjumlah er… 1200 unit di PAKR Pandan yang sangat-sangat dinantikan oleh er… rakyat kerana rumah RRP yang disediakan oleh kerajaan yang sangat er… baik tetapi tidak semua rakyat yang susah itu memiliki tanah dan er… tidak juga mudah sebenarnya kami di peringkat pejabat ADN untuk mendapatkan penama-penama bagi mengisi er… permohonan rumah RRP kerana sebahagian besar mereka yang er… yang er… miskin ini tidak memiliki tanah.

Dengan adanya tawaran ataupun cadangan untuk pembangunan 1,200 unit er… rumah kos rendah di PAKR Pandan memberi harapan baru kepada rakyat yang saya kira beribu permohonan daripada rakyat untuk memiliki rumah dan rumah-rumah ini sewajarnya dan sememangnya dinantikan oleh mereka yang berada pada kategori B40.

Cuma harapan saya supaya pembinaan rumah selepas ini tidaklah sebagaimana rumah yang dibina sebelum ini. Kita lihat ada er… rumah yang dibina itu dalam keadaan yang tidak sempurna. Lantainya tidak rata, longkangnya tidak mengikut spesifikasi yang akhirnya menyebabkan banjir kilat walaupun belum berlaku banjir di tempat lain. Jadi, menyebabkan mereka yang dapat menikmati rumah tetapi masih lagi er… terpaksa berhadapan masalah air masuk dalam rumah dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua,

Suka juga untuk saya menyebut di sini er… tahniah kepada Kerajaan Negeri di atas peruntukan yang agak besar kepada institusi agama dalam er… Negeri Pahang. Yang mana peruntukan RM147 juta dan er… peruntukan yang besar ini saya kira dapat benar-benar dimanfaatkan untuk memperkasakan institusi-institusi agama dalam negeri terutamanya yang melibatkan aset utama Kerajaan Negeri iaitu Sekolah Menengah Agama Negeri yang juga disebut sebagai SMAN.

Tuan Yang di-Pertua,

Sekiranya kita melihat sebahagian daripada Sekolah-Sekolah Menengah Agama SMAN ini telah ada pun sekolah yang menghampiri jumlah pelajarnya 1,000 orang dan bangunan-bangunan yang dibina telah er… mula padat. Kalau saya boleh bagi contoh, di antara sekolah yang mendapat sambutan yang ramai ialah Sekolah Ihsan dan juga Sekolah Khairiah.

Sekolah Ihsan contohnya berada di kawasan banda raya yang mana rakyatnya telah melebihi daripada 500 ribu orang dan kalau kita lihat setiap tahun akan ada lebih daripada 60% permohonan-permohonan yang terpaksa ditolak untuk memasuki Sekolah Agama Ihsan dan juga Sekolah-sekolah agama yang lain. Begitu juga kalau kita lihat di sekolah er… Khairiah contohnya, bilangan pelajar yang ramai dan bangunan yang sangat padat, berada di tepi jalan utama dan saya kira perlu ada er… perancangan untuk mewujudkan sekolah kedua bagi mengisi permintaan permohonan yang tinggi daripada er… rakyat.

Dan baru-baru ini kita lihat er… KUIPSAS telah pun dinaik taraf kepada UnIPSAS dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri di atas pengiktirafan ini dan saya kira UnIPSAS ini customer utamanya nanti, pelanggan utamanya nanti juga adalah datang daripada pelajar-pelajar sekolah

SMAN, untuk mengisi tawaran-tawaran dan mengambil manfaat daripada pengiktirafan, penaiktarafan universiti ataupun UnIPSAS.

Tuan Yang di-Pertua,

Di antara perkara juga yang saya kira perlu diberi perhatian dalam memperkasakan institusi agama terutamanya SMAN di er… Negeri Pahang ialah perlu menilai kembali penggredan gaji pegawai utama ataupun pemain utama di sekolah-sekolah SMAN iaitu pengetua.

Kalau kita lihat gred gaji pengetua-pengetua nya masih lagi pada gred gaji 48 dan masih ada juga gred gaji 44. Dan saya kira sekolah-sekolah kebangsaan, pengetua-pengetua mereka telah 10 tahun yang lalu berada pada gred gaji 52 dan telah pun ada mereka yang berada pada time-based gred gaji er… 54.

Dan sebahagian daripada gred… grading gaji itu juga kalau saya silap mungkin boleh betulkan, juga diberikan berdasarkan status sekolah. Sekolah bandar dan juga sekolah luar bandar. Bagi sekolah bandar, diberi gred gaji 48 dan sekolah luar bandar diberikan gred gaji pada… gred gaji pada… gred gaji 44.

Dan saya kira sekiranya kita ingin memberi galakan dan semangat kepada pengetua-pengetua kita untuk er… memaju serta meletakkan institusi kita pada institusi yang cemerlang juga, maka kita kena letakkan juga gred yang sama kepada mereka di atas usaha, penat jerih mereka membangunkan institusi agama sekolah di dalam negeri kita.

Tuan yang di-Pertua,

Di sekolah er… pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Agama Negeri, er… sebagaimana juga pelajar-pelajar sekolah lain berhadapan dengan masalah. Masalah diri, masalah keluarga, masalah kawan-kawan dan berbagai masalah yang menyebabkan mereka terkesan dan terganggu pembinaan akhlak dan juga pembelajaran mereka.

Cuma saya lihat, di Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri ini tidak ada perjawatan er… guru-guru kaunseling. Tidak ada perjawatan Guru Kaunseling yang profesional yang saya kira jawatan itu sangat penting pada ketika ini, di mana anak-anak kita ini berhadapan dengan cabaran yang sangat membimbangkan. Tidak sebagaimana berlaku di zaman kita pada suatu ketika dahulu. Oleh yang demikian, saya suka mencadangkan kepada Kerajaan Negeri terutama Jabatan Agama Islam Pahang untuk mewujudkan jawatan Guru Kaunseling Terlatih di sekolah-sekolah er… SMAN dan dengan cara ini dapat membimbing, mengawal serta mengatasi er… kewujudan masalah-masalah moral dan akhlak yang melibatkan pelajar-pelajar kita.

Tuan Yang di-Pertua,

Pernah dibangkitkan juga di dalam Dewan Yang Mulia ini berkenaan dengan guru-guru ASPA yang berkhidmat membantu kecemerlangan institusi sekolah agama negeri. Suka juga untuk saya mencadangkan dengan bajet yang besar disediakan oleh Menteri Besar untuk guru-guru ini diserapkan kepada status Contract of Service supaya mereka juga mendapat kelebihan-kelebihan sebagaimana yang dinikmati oleh staf yang lain. Sebahagian daripada guru-guru ASPAini juga memiliki kelayakan ikhtisas seperti Diploma Pendidikan dan sebagainya, dan sebahagian mereka juga diiktiraf hingga diberi kelayakan untuk menanda kertas peperiksaan, tetapi masih lagi

juga statusnya guru ASPA yang saya kira tidak diberikan keistimewaan seperti tiada KWSP, tiada PERKESO, tiada kenaikan gaji. Sedangkan penat lelah mereka juga setara dan sebanding dengan guru-guru yang lain yang ditawarkan pendapatan gaji yang lebih istimewa.

Tuan Yang di-Pertua,

Suka juga untuk saya mencadangkan di sini supaya kita di peringkat Kerajaan Negeri mempunyai GLC-GLC yang kita lihat semakin cemerlang er… pendapatannya dan sekiranya boleh dicadangkan supaya sekolah-sekolah menengah agama ini diJadikan sekolah angkat kepada GLC-GLC ini untuk membantu sekolah-sekolah ini lebih berdaya saing, maju er… pada masa yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua,

Dan dalam kesempatan ini juga, suka untuk saya membangkitkan beberapa isu er… di tempat saya terutamanya berkaitan dengan sistem perparitan, dan saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada JPS yang saya kira tahun ini er… penyelenggaraan parit dan longkang dilakukan lebih awal ya, pada bulan Oktober dan sebelumnya ya. Tidak sebagaimana tahun-tahun yang sebelumnya. Cuma saya suka juga mencadangkan supaya setiap tahun ada sahaja parit-parit utama ini yang dinaik taraf dari parit tanah ke parit konkrit er… kerana setiap kali diadakan er… proses cuci parit ini, maka keluasan parit ini semakin… semakin besar dan sebahagian itu melibatkan jalan-jalan kampung juga er… berlaku runtuhan kepada jalan-jalan kampung ini.

Jadi, sekiranya parit-parit utama ini setiap tahun ada sahaja dinaik taraf kepada parit konkrit maka kita dapat menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan tumbuh-tumbuhan yang mengganggu aliran air dan sebagainya. Sekiranya kita setiap tahun menaik taraf parit-parit ini, dan saya kira parit-parit terutama contohnya di Taman Tas. Kadar… jumlah penduduk telah melebihi 30,000 ribu orang tetapi salirannya kita lihat er… bila pergi melalui Permatang Badak dan Chendering tiada tempat pemprosesan air yang baik menyebabkan penduduk di Permatang Badak terpaksa mencium, menghidu bau air yang busuk pada setiap pagi. Jadi, keadaan ini, mewujudkan keadaan yang tidak sihat ya, dan tidak baik bagi penduduk kampung yang terpaksa melalui setiap hari aliran air daripada taman yang begitu pesat membangun pada ketika ini.

Juga suka saya sebutkan di sini berkenaan pengurusan sampah yang melibatkan kampung-kampung hari ini, di pinggir-pinggir bandar raya. Kita, Kuantan dah naik taraf kepada bandar raya tapi kalau kita lihat di jalan-jalan contohnya di apa ini jalan utama menuju ke Gambang masih ada lagi sampah yang terlalu banyak longgokannya ya. Jadi,, boleh Jadi, kerana kurangnya kesedaran sivik daripada rakyat kita. Saya tengok ada satu tempat itu setiap hari diletakkan sampah tilam. Hah, ini hari-hari ada je yang buang tilam kat sampah tu, dan masyarakat kita ini seolah-olahnya menganggap pekerja-pekerja er… apa Alam Flora ini, mungkin er… pekerja upahan mereka agaknya sehingga mereka membuang sampah tanpa membungkus, tanpa meletakkan sebaik-baiknya dan bilamana ditarik balik kelebihan tong sampah besar ini maka kita akan lihat, maka akan adalah suara-suara yang marahlah.

Jadi, kepada er… di kampung-kampung tradisional di pinggir bandar ini kita lihat juga berlaku kepesatan pembinaan rumah yang melibatkan rumah taman. Rumah taman ini masih ada lagi pengurusan sampah yang baik tetapi rumah-rumah kampung juga telah banyak dibina rumah-rumah anak-anak dan sebagainya, tetapi tidak ada

pengurusan sampah yang baik yang menyebabkan mereka terpaksa mencari tong-tong sampah yang jauh, dan bilamana tong sampah kita tarik kerana tiada kesedaran meletakkan sampah dengan baik, akhirnya mereka longgokkan sahaja sampah di pinggir-pinggir jalan yang menyebabkan berlakunya kekotoran, hilangnya seri kepada persekitaran dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua,

Tadi ada juga dibangkitkan oleh pembahas yang pertama tentang paip. Saya melihat setengah tempat di kampung er… hanya dibina… contohlah saya ambil tadi, kampung di pinggir bandar ini, rumah dah banyak tetapi main paipnya hanya berada di luar dan masyarakat kampung terpaksa menarik air dalam jarak yang jauh er… menggunakan paip er… poly warna hitam itu er… menyebabkan mudah berlakunya pecah dan tekanan air yang sangat-sangat rendah. Jadi, saya kira, pihak PAIP perlu melihat kembali keadaan ini supaya dapat memberi keselesaan. Kita di Kuantan ini, mungkin kurang berlaku masalah ketiadaan air tetapi yang biasa berlaku ialah tekanan air yang sangat rendah.

Yang terakhirnya Tuan Yang di-Pertua,

Saya ingin mengajak kerajaan untuk menilai, melihat juga keadaan trafik di bandar Kuantan yang sangat-sangat teruk terutamanya selepas PKP ini di Bukit Rangin, di bandar er… Jadi, walaupun... kalau hujung minggu kita boleh katakan trafik teruk ini kerana kehadiran pelancong-pelancong tetapi kalau pada hari biasa weekday, kita akan lihat, kita terpaksa berhadapan dengan traffic jam yang sangat panjang er... di jalan bypass, jalan utama dan sebagainya. Antara yang biasa saya lihat dilakukan oleh pemandu-pemandu ini pada waktu pagi adalah mencari jalan-jalan alternatif, jalan kampung supaya mereka boleh lepas dari traffic jam. Jadi, mungkin boleh kita boleh lihat jalan-jalan alternatif untuk mengurangkan kesesakan jalan yang utama er… mengurang kesesakan jalan utama dan boleh er… melancarkan perjalanan setiap hari.

Jadi, saya kira, Tuan Yang di-Pertua, Itulah dia ucapan ringkas saya. Semoga ada manfaat untuk diri kita bersama. Saya mohon menyokong bajet Menteri Besar. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih YB. Panching. Saya jemput wakil dari Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua,

Perancangan bandar raya yang juga amat penting untuk memastikan susun atur keperluan, kemudahan awam selaras dengan keperluan dan kehendak penduduk tempatan. Tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri kerana berjaya menjadikan Menara Kuantan 188 sebagai tarikan dan mercu tanda baru di Kuantan. Walau bagaimana pun, kualiti bangunan yang berada di sekeliling bandar Kuantan juga harus dijaga. Berdasarkan pemerhatian saya, bangunan yang berada di sekitar bandar Kuantan harus melakukan er… pembaharuan. Pada pendapat saya, kualiti bangunan di sekeliling Menara Kuantan 188 haruslah setanding dengan kemegahan Menara ini.

Seterusnya saya juga berasa Kerajaan Negeri haruslah bertindak secara konsisten jika terdapat sebarang usaha untuk memperbaharui bangunan. Sebagai contohnya, bangunan IPD Kuantan yang telah usang haruslah diperbaharui dan bangunan-bangunan di sekitar er… sana juga amatlah usang.

Saya mendapati bangunan hadapan bangunan IPD Kuantan telah dicat semula tetapi bangunan office para pegawai polis yang berada di belakang bangunan IPD tidak dicat. Semasa saya menjalankan tugas saya di bilik IO, saya mendapati pelbagai kerosakan pada bangunan IPD Kuantan.

Kerosakan yang paling jelas adalah keretakan er… pada bangunan IPD Kuantan. Penghawa dingin yang di kaunter IPD juga tidak berfungsi dengan baik. Saya berasa Kerajaan Negeri haruslah er… menitik berat isu tersebut kerana isu tersebut melibatkan imej kerajaan. Perkara sebegini tidak haruslah berlaku pada bangunan kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua,

Dalam tempoh PKP ini saya telah diberitahu oleh beberapa pengadu yang positif COVID-19, tidak diambil terus ke hospital. Saya berasa amat dukacita apabila saya menerima aduan tersebut. Salah satu pengadu yang positif COVID-19 tinggal bersama ahli keluarganya yang ramai telah er… setelah saya menerima aduan tersebut, saya pun terus menelefon ke PKD COVID-19 er...Kuantan melalui telefon yang diberi oleh pihak Tengku Ampuan Afzan tetapi panggilan telefon saya kepada PKD 09-5667980, nombor yang diberi oleh pihak HTAA tidak menjawab, tidak dijawab. Kenapa perkara seperti ini boleh akan berlaku? Ini merupakan satu perkara yang harus diberi perhatian oleh pihak Kerajaan.

Pengadu tersebut telah tunggu di rumahnya selama 3 hari untuk diambil oleh ambulans ke Pusat Kuarantin. Adakah hospital di Kuantan menghadapi sebarang masalah? Saya dengan ini memohon penjelasan daripada pihak Kerajaan jika pesakit COVID-19 tersebut tidak dihantar terus ke Pusat Kuarantin dalam masa yang terdekat ini akan meningkatkan risiko ahli keluarga dijangkit oleh penyakit yang sama.

Seperti apa yang dinyatakan oleh KKM, Varian Delta ini amat merbahayakan dan sesiapa boleh dijangkiti dalam masa lima saat sahaja. Perkara ini merupakan perkara yang benar-benar berlaku di Kuantan. Oleh itu, saya berasa pihak Kerajaan haruslah sentiasa audit operasi PKD COVID-19 di Pahang untuk memastikan operasi memutuskan rantaian pandemik ini efisyen dan efektif.

Saya dengan ini juga mengemukakan satu soalan kepada pihak Kerajaan. Bagaimanakah pihak Kerajaan boleh memastikan semua pesakit COVID-19 dapat dihantar ke Pusat Kuarantin dalam masa yang tersingkat?

Tuan Yang di-Pertua,

Walaupun pandemik Covid 19…

Dato’ Sri Yang di-Pertua

Yang di-Pertua (Speaker)

YB.

Mohon saya dapat penjelasan sedikit daripada er... Teruntum ya kalau boleh berikan maklumat terperinci berkaitan dengan pesakit dan er... latar belakang keluarga yang dimaksudkan untuk siasatan. Terima kasih Dato’ Speaker.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih wakil Kerajaan, saya akan bagi kemudian. er... Tuan Yang di-Pertua, walau pandemik COVID-19 belum habis, masalah demam denggi juga tidak harus dipandang enteng. Pada bulan Julai, saya difahamkan beberapa kawasan di bawah Teruntum telah menjalankan kawalan rektor denggi. Sebagai contohnya, di Lorong Kubang Buaya secara khususnya sebanyak 2 kali er… semburan dengan izin, fogging dia… telah diadakan.

Tetapi saya masih malapi…mendapati bilangan nyamuk aedes tidak berkurang. Pejabat saya telah mendapat beberapa aduan mengenai nyamuk aedes di kawasan rumah pengadu. Oleh itu, saya harap pihak Kerajaan dapat mengambil tindakan yang serius untuk membendung wabak denggi.

Saya juga ingin bertanya ke… kepada pihak Kerajaan, berapakah bilangan pesakit yang menjang… jangkit penyakit demam denggi dari Januari 2021 sehingga kini.

Tuan Yang di-Pertua,

Setelah saya meneliti Laporan Ketua Audit Negeri Pahang Bagi Tahun 2019, ada beberapa masalah yang saya wajib nak bangkitkan. Masalah yang pertama berkaitan kedudukan kewangan KYP Education Sdn Bhd atau dikenali sebagai KESB yang kurang stabil. Berdasar laporan audit 2019, tunai yang kesetaraan tunai pada akhir 2018 berbaki negatif sejumlah RM6.66 juta. Apakah sebab sebenarnya menyebabkan kesetaraan KESB berbaki negatif? Adakah ini disebabkan tadbir urus korporat yang lemah? Saya memohon Kerajaan Negeri supaya meneliti masalah tersebut secara terperinci dan menjalankan instituitional reform, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, supaya masalah tersebut tidak membebankan kedudukan kewangan Yayasan Pahang.

Masalah seterusnya melibatkan perolehan yang tidak mengikut prosedur. Laporan audit secara terang telah menyatakan 16 baucar bayaran bernilai RM170.00, RM170.00, RM541.00 tidak mematuhi prosedur perolehan ditetapkan. Perkara ini seperti ini tidak harus timbul di sebuah institusi terutama institusi kerajaan seperti KESB. Bagaimanakah pihak K… KESB boleh meluluskan perolehan tersebut sedangkan baucar bayaran tidak mendapat kelulusan dari mana-mana 2 orang pengurusan tertinggi syarikat. Adakah masalah ini juga berpunca dari tadbir urus korporat yang lemah? Pihak Pengurusan Tinggi KESB perlu menjelaskan situasi sebenarnya tersebut, memastikan dana KESB disalah gunakan oleh mana-mana pihak.

Masalah yang ketiga melibatkan prestasi akademik staff serta pelajar UCYP dan KYP. Menurut laporan audit juga, KESB tidak mendapatkan sebarang outcome atau pencapaian terhadap aktiviti dilaksanakan. Saya berasa amat kecewa kerana institut

pendidikan di bawah KESB tidak disenarai dalam Times Highest Education World University Ranking atau lebih singkat THE bagi Tahun 2022.

Kriteria penilaian THE merangkumi inovasi universiti, kepakaran pengajaran serta pengaruhan pendidikan atau dikenal… kenali sebagai research influence. Takkanlah insta…institusi pendidikan di bawah KESB langsung tidak mampu untuk mencapai sebarang kriteria yang ditetapkan. Oleh itu, saya seru pihak Kerajaan untuk memantau perkembangan prestasi institusi pendidikan di bawah KESB.

Masalah yang ke-4 melibatkan kemudahan yang disediakan oleh KESB. Menurut satu kajian dibuat antara pelajar KESB, peratusan respons yang tidak berpuas hati dengan kemudahan capaian internet yang disediakan oleh perpustakaan mencapai lebih daripada 50 peratus. Tanpa kemu… kemudahan internet yang cekap, pelajar akan menghadapi pelbagai masalah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

Ada juga responden yang memberi cadangan kepada pihak KESB untuk menaik taraf keadaan surau. Keadaan surau yang kurang lestari akan mengganggu keselesaan pelajar muslim beribadah. Saya harap pihak kerajaan boleh mengambil tindakan yang sewajar bagi menaikkan taraf kecekapan kemudahan internet serta kele… kelestarian surau.

Tuan Yang di-Pertua,

Bangunan Chik Sang Tong merupakan…

Yang di-Pertua (Speaker)

YB. Teruntum, tak dengar. Ya YB. Teruntum, cuba ulang sekali lagi.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Tuan Yang-Dipertua,

Bangunan Chik Sang Tong merupakan tempat orang Cina menjalankan upacara sembahyang, kematian. Ia dibina di Lorong Mat Kilau 14 sejak tahun 1968 dan kini sudah berusia 53 tahun. Tempat tersebut hanya boleh menampung upacara sembahyang, kematian bagi 6 orang mayat sahaja. Ini jelas tidak mencukupi sebab jumlah orang cina yang tinggal di Kuantan semakin meningkat. Saya dengan ikhlas memohon kerajaan untuk memberi sebidang tanah sekurang-kurang 5 ekar yang terletak tidak melebihi 10 kilometer di kawasan bandar Kuantan kepada pihak pengurusan Chik Sang Tong untuk meneruskan sembahyang, kematian yang semakin meningkat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bagi laluan.

Bukanlah surau ya, tokong ya? Dato’ Sri, tokong ni citer ni…

Yang di-Pertua (Speaker)

YB Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Untuk wakil kerajaan tadi surau apa tu tadi di er... KESB tengok, tengok audit, tengok audit ini laporan dalam audit

Dia dia masalah apa surau tu?

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Tidak selesa, saya tak tahu, ini dalam laporan audit. okey

Yang di-Pertua (Speaker)

YB, teruskanlah, laporan audit ya.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Okey kerajaan baca dalam audit 2019. Tuan Yang di-Pertua, di sini ingin saya memaklumkan kepada pihak kerajaan mengenai masalah yang saya dapati di Kompleks KDN di Indera Mahkota. Sesiapa yang berurus di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pahang tahulah betapa teruknya sistem penghawa dingin bangunan tersebut. Pekerja-pekerja atau pegawai-pegawai serta orang ramai yang berurusan di dalam bangunan tersebut terpaksa berpeluh akibat sistem penghawa dingin yang kurang diselenggara. Selepas saya sendiri naik ke tingkat 7 untuk meneliti situasi sebenarnya saya mendapati 2 daripada 3 unit chiller dengan izin Tuan Yang di-Pertua, telah pun rosak. Situasi tersebut telah berlaku sejak tahun 2018.

Ini merupakan satu masalah yang serius dan tidak harus dipandang enteng oleh pihak kerajaan. Secara-cara… secara pihak kerajaan mengenai premis akan menunjukkan imej kerajaan sendiri kepada rakyat. Jika sesuatu sistem penghawa dingin pun kerajaan tak mampu menyelesaikan, bagaimana Kerajaan Negeri boleh menyelesaikan masalah rakyat. Dan seterusnya saya memohon pihak kerajaan supaya mengambil tindakan sewajar dengan memberi peruntukan yang secukupnya untuk memastikan segala aset yang terdapat di premis kerajaan boleh diselesaikan dengan baik. Ini bukan sahaja boleh memastikan kakitangan kerajaan atau pegawai yang boleh bekerja dengan selesa.

Tuan Yang di-Pertua,

Selepas kerajaan membentangkan bajet bagi Negeri Pahang bagi 2022, saya juga ingin mengambil kesempatan ini memberi… memberi serba sedikit komen mengenai bajet tersebut. Pertama, saya amat teruja apabila Kerajaan Negeri sebegitu optimistik terhadap anggaran hasil Kerajaan Negeri pada 2022 sehingga membuat anggaran hasil yang sebegitu besar sebanyak 1,000 juta.

Sebelum COVID-19 pada tahun 2019 kerajaan hanya membuat anggaran hasil sebanyak RM703.8 juta. Anggaran hasil dibuat oleh Kerajaan Negeri telah meningkat lebih 10%, kadar tersebut telah jauh melebihi kadar inflasi. Adakah pihak kerajaan mempunyai keyakinan bahawa keadaan ekonomi Negeri Pahang akan menJadi, lebih baik daripada tahun 2019. Saya berharap pihak kerajaan bersifat realistik dan merangka bajet tersebut dan bukan sekadar buat bajet sahaja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Teruntum, Menteri Besar ingin mencelah

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Kita ini dalam mensasarkan sesuatu dalam masa kita belajar dulu, sasaran kita nak dapat first gred, at least kalau kita drop jatuh sikit, dan kita kena berjiwa besar kena think big. Kita mensasarkan RM1 bilion adalah satu usaha yang sangat baik sebab kita nak elakkan ketirisan, kebocoran. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Teruntum, saya cakap banyak kali dah, saya dah jumpa Menteri Luar Singapura dan setiap kali perjumpaan, ayat yang sering diperkatakan kepada saya ialah dia cakap dalam bahasa Inggeris la tapi dalam bahasa Melayu dia kata “negeri tuan ini ada macam-macam, ada laut ada Tioman… ada pulau, ada bukit, ada gunung, ada cuaca yang baik, ada mineral dan sebagainya. Berbanding dengan negara saya, di mana air longkang pun terpaksa saya proses untuk bagi rakyat Singapore minum”.

Saya menganggap ini satu pengkongsian yang baik tetapi dalam masa yang sama saya merasakan seolah-olah dia perli kita, dia air longkang pun dia proses, dia jadi negara maju. Kita ada semua benda yang diperkatakan bajet kita defisit. Jadi, saya anggap itu satu perkara yang positif dan saya berbincang dengan rakan-rakan Exco termasuk pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan kita buat ni bukan bangun pagi tadi kita kata RM1 bilion. Kita buat bajet retreat YB, tidak pernah kita buat sebelum ini kita buat bajet retreat kita bincang berapa sasaran kita, dan bukan saya kata kita mesti buat RM1.5 bilion profit tetapi tidak, ada asas-asas tertentu dan itu adalah usaha kita sebab itu saya kata serah pada Tuhan, kepada Allah supaya apa yang kita harapkannya akan menjadi kenyataan.

Saya harap YB. pun mesti bersetuju kalau dapat RM1 bilion kan sebab janji kerajaan untuk bagi balik pada rakyat. Jadi, apa masalah dia? Sepatutnya YB. cakap saya ucapkan syabas tahniah kepada kerajaan Barisan Nasional Pahang kerana membuat sasaran bajet RM1 bilion. [Ahli Dewan menepuk meja] bukan cuba nak apa ini… lari dari sasaran. Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Biar saya habis dulu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya belum habis lagi ke?

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Sikit lagi, sikit lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

1 minit lagi.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Okey, seterusnya saya juga ingin memberi komen bagi bahagian hasil bukan cukai dalam bajet tersebut. Kerajaan Negeri membuat anggaran hasil daripada denda dan hukuman sebanyak RM9.382 juta pada tahun 2020. Kerajaan hanya terima hasil denda hukuman sebanyak RM6.97 juta. Peningkatan hasil daripada denda dan hukuman mengikut kiraan saya adalah 48.99% kenaikan. Mengapa Kerajaan Negeri membuat anggaran sebegitu. Adakah Kerajaan Negeri suka menghukum rakyat dan denda rakyat. Saya memohon kerajaan super… supaya mengamalkan dasar lebih mendidik daripada menghukum. Saya tidak nafikan denda dan hukuman patut diadakan, tetapi saya, mohon Kerajaan Negeri supaya tidak meletakkan hasil daripada denda dan hukuman sebagai salah satu keutamaan dalam bajet tersebut. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey.

Okey, sebab dah tutup saya ingat saya jawab masa menggulung la.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Teruntum. Saya rasa kita pergi ke seterusnya, wakil Beserah. Sila

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, kerana memberikan keizinan saya untuk sama-sama mengambil bahagian di dalam membahaskan belanjawan Kerajaan Negeri Pahang yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar pada hari semalam untuk tahun 2022. Sebagai permulaan indikasi ekonomi dunia pada masa ini adalah sangat suram apatah lagi pada tahun 2019, 2020 sehinggalah pada saat ini keadaan ekonomi global masih lagi bergelut dalam usaha untuk memastikan kita dapat bergerak bersama seiring dan juga memastikan kedudukan juga ekonomi dunia berada dalam keadaan kembali pada keadaan yang lebih baik. Begitu juga dengan nasib kepada negara kita.

Pada tahun 2020 pengucupan ekonomi negara sebanyak 5.6% telah berlaku dan ianya telah merupakan satu perkara biasa apabila kita berdepan dengan cabaran apatah lagi cabaran yang tidak pernah kita lalui sebelum ini iaitu cabaran pandemik COVID-19. Namun begitu keberanian dan juga ketabahan usaha yang baik yang diterapkan oleh Kerajaan Negeri Pahang, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah walaupun dalam pelbagai keadaan dan kemelut yang berlaku masih lagi mempunyai keazaman yang tinggi untuk memberikan pulangan yang baik kepada rakyat Negeri Pahang melalui hasil usaha untuk meningkatkan pendapatan negeri dan juga mensejahterakan kehidupan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengimbau apa yang telah kita bincangkan dalam beberapa siri er… perbincangan perbentangan belanjawan daripada 5 tahun yang lalu semasa saya mula berada di dalam Dewan ini.

Pada tahun 2013 anggaran perbelanjaan ataupun hasil adalah sekitar RM500 juta, kemudian meningkat RM600 juta, RM700, RM800 dan ini cabaran kepada Kerajaan Negeri Pahang sekarang ini. Pada masa itu, saya masih ingat supaya kita ada perancangan supaya kita dapat menjadi sebahagian daripada ahli kelab RM1 bilion. Alhamdulillah pada tahun 2022 cabaran ini menjadi realiti seperti yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari semalam.

Untuk makluman Ahli Dewan, kita juga perlu ada perancangan apabila kita telah mencapai tahap RM1 bilion seterusnya kita perlu ada keazaman untuk melonjakkan semula atau lonjakan semula hasil dan pendapatan negeri kita. Supaya kita pula menJadi, peneraju utama penyumbang kepada KDNK negara yang besar.

Untuk makluman Ahli Dewan, setakat hari ini ada 4 negeri yang menJadi, penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar. Yang menyumbang 72% KDNK negara iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Sarawak dan juga Sabah. Jadi, saya berharap mulai sekarang, mulai hari ini di tahun hadapan kita perlu melonjakkan supaya kita tersenarai sebagai peneraju utama Keluaran Dalam Negara Kasar negara pada, mungkin dari 3 tahun dari sekarang. Yang ini kita perlu usahakan bersama. Namun kita perlu bersama-sama di dalam kita hendak menjayakan merialisasikan harapan dan juga cabaran tersebut.

Saya juga ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang walaupun ada laporan statistik negara nilai dagangan Malaysia menguncup jugak. Berkurangan sebanyak 3.6% pada tahun 2019 dan 2020. Nilai dagangan Malaysia RM1.78 trilion pada tahun 2020 berbandingkan dengan RM1.84 trilion tahun 2019. Namun begitu jumlah eksport Negeri Pahang meningkat. Mengikut laporan statistik 2020. Antara negeri antara yang mencatat, antara 3 negeri yang mencatat nilai eksport adalah Negeri Pahang. Walaupun pengucupan nilai eksport 1.4% seluruh negara, Pahang mencatat peningkatan 13.5%. Ini pencapaian yang kita rasa miracle ataupun satu perkara akan yang luar jangka. Ianya disumbang sebahagian besarnya ialah eksport besi dan keluli.

Jadi, bila kita sebut besi dan keluli dia tak boleh lari daripada kawasan sayalah yang banyak menyumbang daripada industri besi dan keluli tersebut.

Tuan-tuan dan puan-puan er… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Namun begitu, segala perbentangan dan perancangan yang telah dibentangkan ini dan digariskan dengan 5 strategi ini harus dilaksanakan dengan baik dan pantas supaya mampu mencapai matlamat dan hasrat yang telah diterapkan. Kita tidak mahu ianya hanya cantik di atas kertas tetapi bila dilaksanakan ianya mengalami pelbagai halangan ataupun tidak dapat dilaksanakan sepertimana yang dihajatkan.

Strategi pertama yang digariskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah berkaitan dengan memenuhi keperluan asas rakyat. Apakah keperluan asas rakyat. Ada tiga keperluan asas rakyat. Yang pertama makan dan minum, yang kedua pakaian dan yang ketiga tempat tinggal. Banyak yang telah diberikan dan telah dirancang oleh pihak Kerajaan Negeri berkaitan dengan tempat tinggal.

Saya dapati ada 4 skim rumah atau 3 skim rumah. Yang pertama Rumah Rakyat Pahang, Rumah PR1MA Pahang, Rumah Makmur Pahang. Dan ianya adalah merupakan satu er… inisiatif yang sangat baik untuk yang memang berketepatan untuk menyediakan tempat tinggal yang sesuai kepada rakyat. Makna ini keperluan asas.

Namun begitu ianya tidak mampu untuk hendak memenuhi kehendak dan keperluan semasa. Ramai lagi rakyat kita yang tidak memiliki rumah. Sama ada tidak mampu, dia memiliki tanah tetapi tidak mampu membina rumah. Mereka juga tidak ada er… memiliki tanah yang terhad atau rumah yang terhad. Tetapi terpaksa dikongsi dengan bersama-sama keluarga yang lain.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya mengkaji dan menilai cadangan untuk menawarkan kepada rakyat Negeri Pahang yang berkelayakan 1 lot tapak rumah setiap rakyat. 1 lot tapak rumah untuk setiap rakyat Negeri Pahang sekurang-kurangnya mereka ada aset dan mereka boleh guna tanah ini sebagai er… sebagai collateral apa? Er… sebagai cagaran untuk membina rumah.

Kalau dia hendak bina rumah tapi tanah pun tak ada dia hendak buat pinjaman sudah pastilah tidak lepas dan sebagainya. Ada sebahagian mereka yang tidak layak untuk memiliki PR1MA Pahang, mungkin melepasi skala gaji dia, tapi masih tidak mampu untuk hendak membeli rumah. Maka kalau kita boleh kira semula keluasan Negeri Pahang jumlah tanah yang ada dan bilangan rakyat yang memerlukan rumah ini mungkin 1 keluarga 1 lot tapak rumah. Maka memungkinkan berusaha dan berikhtiar untuk menduduki rumah mereka sendiri. Saya nyatakan ini sebagai kerana saya melihat apa yang berlaku di kawasan saya.

Di kawasan saya dalam senarai saya ada 95 orang di kawasan Kampung Chendor mereka telah mendiami tanah tersebut ada yang 45 tahun mohon dan setiap tahun dan memohon 4 kali ditolak. Tetapi terus memohon. Ada yang tanah mereka duduki telah er… 1 keluarga tetapi bila dah ada anak dia buat rumah sebelah itu pula. Tetapi hak milik masih tidak dapat berikan. Saya tak pasti kenapa perkara ini berlaku dalam 40 tahun memohon. Dan ini genuine kes dan benar-benar berlaku 95 orang duduk di kawasan tersebut. Dan lebih malang lagi bila mereka mendapat khabar kawasan tanah yang mereka duduki 50 tahun ini akan digunakan untuk pembangunan Daerah Kecil Gebeng. Maka mereka akan rasa, mereka ini seperti dianiaya kerana duduk di situ sekian lama, mohon tanah, bina keluarga usahakan tanah tersebut tetapi terpaksa menyerahkan balik.

Maka, saya ingin mencadangkan supaya satu langkah yang baik saya er… dapati er… Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada sebut semalam semasa menjawab soalan Ahli Dewan telah menubuhkan jawatankuasa mengikut zon timur, zon tengah dan zon barat yang diketuai oleh agensi-agensi dan ketua-ketua. Dan saya berharap ianya dapat perhalusi terutamanya yang menjaga zon timur. Dapat memperhalusi kawasan saya. Saya boleh er… saya ada senarai dan boleh berhubung dengan mereka.

Begitu juga dengan 20 pemohon yang tanahnya telah diberikan kepada PASDEC. Dan PASDEC telah memberi notis kepada mereka. Mereka telah duduk lama di situ 40 tahun, 50 tahun, mana mereka hendak pindah selepas ini. Maka saya hendak cadangkan ada usaha untuk kita selesaikan perkara ini. Kalau perlu wujudkan tapak penduduk ataupun tapak pemindahan mereka sediakan di dalam infra yang betul dan rumah yang sesuai untuk mereka pindah sebelum ianya menJadi, isu yang lebih besar atau menJadi, lebih berat.

Tuan Yang di-Pertua,

Keperluan asas rakyat kedua ialah makanan. Rakyat perlu tahu, er… rakyat perlu diberi jaminan bahawa mereka ada makan. Untuk hari ini, esok dan seterusnya. Maka untuk hendak mempastikan kemudahan ataupun keperluan asas rakyat itu ini kita dapat penuhi dengan baik maka kita perlu ada langkah-langkah lebih baik dan tersusun untuk mempastikan rakyat berjaya untuk mendapat bekalan makanan mereka. Tetapi apa yang berlaku hari ini apabila harga bekalan makanan makin meningkat. Bukan sahaja bekalan makanan semua harga barang. Bila ditanya kenapa harga naik kerana COVID. Alasan yang paling klise dan mudah untuk difahami COVID. Menyebabkan harga barang naik.

Namun apa yang berlaku bila kita turun di bawah, mereka yang menanam sayur, harga yang mereka jual kepada orang tengah ini sama seperti dulu. Tak naik pun. Tapi bila sampai dekat pasar harga dia meningkat dua kali ganda, tiga kali ganda Jadi, mana kita nak kata sebab COVID menyebabkan harga naik. Saya berikan satu contoh laporan daripada FAMA untuk tarikh 8 November hingga minggu… minggu 8 November hingga 14 November, saya ambil satu contoh sayur sawi hijau, harga di ladang adalah sebanyak RM2.95, harga borong RM4.40, harga runcit RM5.95 daripada RM2.95.

Yang di-Pertua, mohon mencelah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh Beserah bagi laluan.

Yang Berhormat ini, Beserah 8 November hingga 14 tahun berapa? Dua ribu, hari ini berapa hari bulan, harini Disember…. November, okey. Terima kasih.

Minggu ke-45 kalau tak silap dia sebut sini. Maksudnya Yang di-Pertua, daripada RM2.95 harga petani dapat sampai di pasar harga menJadi, RM5.95 maknanya 200% naik di mana silapnya ini, adakah kerana COVID perkara ini boleh berlaku sebab RM2.95 ini harga yang memang dulu harga petani dapat untuk sawi hijau, jadi ini yang kita perlu tengok dan kita perlu lihat di mana kelemahan yang perlu ada maka saya ingin mengemukakan untuk diperhalusi satu cadangan iaitu agensi kerajaan yang ada sekarang ini FAMA lah yang paling bertepatan.

Jadi, pemborong ambil semua hasil petani dan pasarkan terus atau jangan bagi pada orang tengah lain FAMA yang control kalau RM2.95 contohnya FAMA ambil harga markup lah 10-20% dan dia jual kepada terus kepada peruncit. Maknanya FAMA sebagai pemborong, maka dia tak bolehlah naik sampai 100% kalau daripada RM2.95 ataupun RM3.00. Jadi, RM4.50 pun munasabah tidaklah sampai ke tahap yang begitu membebankan.

Ini yang sebenarnya yang sedang berlaku di dalam change of supply makanan kita dalam food change supply kita. Ini sebenarnya berlaku juga kepada barangan-barangan lain, mereka yang mengeluar dan mengusahakan barangan ini dapat harga

yang sama seperti mana sebelum COVID tapi bila sampai kepada rantaian yang berterusan ini dia menaik dia selalu meningkat dan kesempatan juga diambil oleh mereka yang tamak di dalam perniagaan hingga menyebabkan perkara ini tidak dapat dikawal. Maka kita perlu ada satu tindakan yang baik yang sesuai yang mampu untuk kita er… bantu rakyat dalam memenuhi keperluan asas dia.

Yang kedua, cadangan saya supaya menggalakkan rakyat kita tahu Pejabat Pertanian. Jabatan Pertanian berusaha keras memberikan kempen, promosi supaya orang tanam sendiri sayur, gunakan satu teknologi baru, sistem baru, hidroponiknya dan bermacam-macam. Kita faham, ini adalah usaha yang kita perlu teruskan dan kita perlu berikan kesedaran dan kefahaman namun kita perlu juga melihat bagaimana kita nak bantu input ini supaya dia boleh sampai kepada semua orang supaya dia boleh memberi manfaat kepada lebih besar rakyat dan lebih ramai rakyat dan kita dapat mengawal keadaan dan juga memenuhi keperluan asas rakyat.

Saya beralih kepada strategi yang kedua yang telah digariskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah untuk kemudahan rakyat. Saya puji satu er… tindakan yang baik apabila Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan RM10 juta kepada Perbadanan Perpustakaan Awam untuk menaik taraf dan juga mempertingkatkan perkhidmatan perpustakaan dan kita telah berada dalam satu era yang mana ilmu adalah merupakan satu aset yang sangat penting.

Ilmu adalah merupakan satu perkara asas juga, boleh jadi satu perkara yang perlu ada pada setiap orang maka untuk nak menambah dan mempertingkatkan kecemerlangan ilmu rakyat dan masyarakat, maka gedung ilmu ini perlu diperkasakan Jadi, langkah yang tepat untuk kita naik tarafkan perpustakaan desa ini sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan juga pusat pembudayaan pendigital teknologi baru kerana kita tak boleh elak dah sekarang untuk menuntut ilmu perlukan teknologi, ini adalah kehendak semasa dan perlu dipenuhi dan perpustakaan desa perlu dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan digital ini dan disokong dengan baik oleh kemudahan internet jalur lebar.

Kalau tidak dia tak mampu, dia jadi macam satu proses yang tak lengkap ataupun satu cara atau kaedah yang hanya kita buat sesuatu tetapi tidak mendatangkan manafaat yang baik ataupun hasil yang berkesan. Saya juga mengharap agar perpustakaan desa ini dipertambahkan lagi bilangan mereka kerana satu DUN macam saya ini ada dua tempat je yang perpustakaan desanya saya tak pasti capaian dia bagaimana, berapa ramai orang yang pergi ke perpustakaan tersebut tapi kalau sekiranya adanya digital teknologi yang boleh dibantu maka capaian dia perlu sampai ke setiap rumah dalam kampung itu.

Mereka boleh akses kepada bahan-bahan perpustakaan ini melalui digital sekarang tak perlu pakai fizikal, buku-buku er… fizikal sebab anak-anak kita pun perlukan benda ini kerana mereka hendak mengulang kaji pelajaran mereka di rumah mereka akan menggunakan teknologi dan digital maka perpustakaan menJadi, satu elemen penting kerana itu menJadi, tempat rujukan maka kita harap perpustakaan desa dinaik taraf menJadi, virtual library untuk setiap desa Jadi, perpustakaan maya.

Seluruh orang kampung boleh akses kepada perpustakaan maka er… bahagian komunikasi dan teknologi multimedia perlu sokong dengan kemudahan internet jalur lebar.

Yang di-Pertua (Speaker)

Masa Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat .

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, bagi satu minit lagi untuk

Uishh, seminit lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Okey-okey saya cuba. Saya sambut baik dan ucap tahniah kepada kerajaan juga telah memberikan cadangan untuk membina daerah kecil Gebeng, kawasan saya. Saya masuk kawasan saya, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Daerah kecil Gebeng yang dalam proses kita nak naikkan dia kerana kita tahu bahawa daerah kecil Gebeng ini penting diberikan penambahbaikan kerana dia memberikan sumbangan yang besar kepada ekonomi dan kepulangan kepada Negeri Pahang khasnya daerah Kuantan ini.

Namun ada beberapa perkara yang perlu kita selarikan dengan kita menaiktarafkan daerah kecil Gebeng kita juga perlu melihat persiapan kita untuk memenuhi kehendak masa depan daerah kecil Gebeng ini kerana bila dia Jadi, daerah kecil Gebeng, industri itu akan duduk di bawah daerah itu maka sumber tenaga itu perlu dipersiapkan. Kalau kita kata nak Jadi,kan Gebeng itu satu bandar aeroangkasa, ada rancangan ada ada pengumuman yang dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri maka kita perlu persiapkan rakyat negeri rakyat daerah Gebeng ini dengan kebolehan dan juga keupayaan untuk menguruskan teknologi aeroangkasa supaya dia tak timbul nanti ada jurang kita nak teknologi dan sumber manusia.

Kita nak orang yang pandai ini tapi tiada maka saya harap institusi pengajian dan pendidikan yang ada di Kuantan diberikan keutamaan untuk menganjurkan bidang-bidang yang berkaitan dengan teknologi termasuk aeroangkasa supaya bertepatan dengan apa yang kita hasratkan. Yang keduanya, pemuliharaan alam sekitar kerana daerah kecil Gebeng akan menJadi, kawasan industri akan menJadi, hak pengangkutan Pantai Timur dan lebih besar maka dan dalam masa yang sama kawasan ini kawasan pelancongan maka perlu ada balance kesimbangan

pembangunan dan juga pemuliharaan dan pemulihan kelestarian alam sekitar perlu ada keseimbangan kita bimbang er… kerana terlalu teruja untuk membangun industri kita terlupa untuk memulih dan memulihara alam sekitar.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey Beserah.

Last-last penutup.

Yang di-Pertua (Speaker)

Point terakhir.

Okey-okey, saya juga mengucapkan tahniah kepada Majlis Bandaraya Kuantan di atas naik taraf sebagai bandar raya dan juga tahniah kepada seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kuantan di atas usaha mereka selama ini yang telah tanpa jemu memacu dan juga menaikkan imej Kuantan sehingga menJadi, Majlis Bandaraya. Cuma saya harap satu je, jadilah Majlis Bandaraya yang mesra kepada rakyat. Bukan untuk kita nak maju, kita nak dapatkan pendapatan tapi rakyat yang rasa tertekan. Saya ambil satu kes, yang mana baru ini Majlis Bandaraya Kuantan saya faham dia cuba nak clearkan, nak… nak bersihkan kereta-kereta rosak yang tersadai di rumah perkampungan dan sebagainya yang dah lama menjadi tempat pembiakan nyamuk sebagainya.

Saya faham, itu untuk pembersihan. Namun ada juga elemen penganiayaan. Bila kereta yang rosak itu, memang tuan dia masih guna, perlukan, cuma tak ada duit nak baiki, 2 tahun orang ke laut, dia gunakan untuk tarik bot dia dan sebagainya tapi MBK, Majlis Bandaraya tarik juga. Bila dia tengok, tak ada dah kereta dia. Dah tak ada kereta dia, mana nak pergi? Bila hubungi MBK, kena bayar. Satu hari RM100.00 caj simpan dan kena nak bayar tarik RM100.00 lagi, orang itu dahlah er... tak ini. Jadi, sebab itu saya kata, kena mesra rakyat, kena faham situasi keadaan ini.

Tuan Yang di-Pertua, mohon laluan sekejap.

Sila.

Kalau setakat ini, dalam statistik berapa buah kereta dah kena tarik?[ketawa]

Yang saya terima ini 1 aduan. 2 kereta dia kena tarik. Kereta dia rosak. Memang dia COVID-19 dia duduk rumah anak dia, kereta dia memang rosak...

2? 2 buah saya ingat YB. kawasanlah tolong aturkan benda ini.

Kalau 3 bulan, RM100.00 sehari [ketawa] 2 biji, bayangkan macam mana? Dia nak... dia tak boleh... Jadi, saya harap ada er... elemen kemanusiaan di dalam kita menguatkuasakan benda ini. Tengok... kalau kereta tu betul mengganggu lalu lintas, mengganggu permandangan, saya setuju tak ada masalah tapi kalau kereta itu duduk dalam garaj dia, rosaklah... memang lama, memang ini tapi janganlah buat begitu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey Beserah, dalam perhatian YB.

Jadi, saya rasa itulah yang dapat saya sampaikan. Saya ucap tahniah sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan di atas usaha ini. Semoga ianya mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT, saya mohon menyokong, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Beserah. Saya terpaksa memberhentikan kerana masa yang ditetapkan telah sampai sebenarnya. Seterusnya saya jemput wakil dari Pulau Manis. Sila, YB.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

[Bacaan dalam Bahasa Arab] Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada saya. Hanya saya rasa pelik sikitlah. Sentiasa saya dengan Beserah ini, dulu… kemudian. Macam dilaga-laga pula dah. Pertamanya, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang kita, yang kita sayangi, yang telah membentangkan Bajet 2022 Negeri Pahang bertemakan Kemakmuran Negeri Manfaat Bersama, Rakyat Sejahtera.

Walaupun kita sedang berdepan atau bergelut dengan pandemik COVID-19 yang sedang melanda, bukan sahaja negeri kita malah di dunia, namun sehingga 6 Disember seperti yang dimaklumkan, kerajaan kita telah berjaya mengumpul atau mengutip sebanyak RM812.41 juta berbanding yang kita anggarkan hanya setakat RM800.8 juta. Jadi, sekali lagi kita mendapati, kita menepis apa yang telah dikatakan oleh kerajaan terdahulu bahawa negara kita ataupun negeri kita Pahang mungkin akan menghadapi kesukaran dalam keadan kewangan dan mungkin tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan kerajaan yang mana itu merupakan satu ugutan pada ketika itu.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Seperti yang dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Kerajaan Pahang sangat mengutamakan kesejahteraan rakyat. Jadi, belanjawan 2022 di mana dengan anggaran sebanyak RM1.031 bilion yang telah dicadangkan dan tadi kita nampak

bahawa Teruntum tidak faham apa yang dimaksudkan kita memberikan satu anggaran. Ini dinamakan anggaran. Begitulah juga kalau di peringkat sekolah.

Peringkat sekolah, kita di minta membuat satu anggaran bahawa berapa ramai murid yang akan kita bagi kelulusan er… 5A ke kalau sekolah rendah ataupun 10A untuk sekolah menengah dalam pencapaian peperiksaan. Pada masa itu, kita mendapati bahawa mungkin pada masa itu bulan Januari ke, bulan Februari kita dapati bahawa mereka ini tadi dapat C pun payah tapi pengetua mencadangkan bahawa guru-guru yang terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran mesti fokuskan murid ini dapat A. Jadi,, nak tak nak kita akan bekerja. Bekerja supaya apa yang kita anggarkan murid ini tadi akan tercapai dapat A. Insya-Allah dengan kerja kuat dan sokongan daripada semua pihak, belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini tadi akan mencapai kejayaan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Seperti yang disebut oleh kawan-kawan bahawa kerajaan kita di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar memfokuskan 5 strategi utama untuk mencapai kejayaan ini. Saya tidak bercadang sama sekali untuk menghuraikan kelima-lima perkara tersebut. Tapi walau bagaimapun, daripada apa yang disebutkan oleh kawan-kawan yang telah berhujah tadi, saya hanya melihat kepada beberapa perkara sahaja untuk tengah hari ini.

Yang pertama sekali, tahniah Dato’ Sri MB iaitu telah memberi dan mengagihkan Rumah Rakyat Pahang daripada pelancarannya 2 buah, kemudian hanya dalam tempoh setahun telah pun menghadiahkan pula 4 buah kepada setiap DN dan kemudian terus mengumumkan pada hari semalam bahawa akan meningkat kepada 6 buah bagi setiap DN. Hah, inilah merupakan... dan ditambahkan pula dengan dahulunya hanya dengan peruntukan RM65,000.00 tetapi sekarang ini kerajaan telah pun mengisytiharkan bahawa RM75,000.00 pula kos rumah tersebut. Ini semua kerana nak mengimbangi er... kenaikan harga barang terutama besi dan simen dan sebagainya.

Jadi, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah memikirkan kepentingan yang nak dinikmati oleh rakyat. Pengumuman yang kedua, yang kedua ini saya nak ulas Beserahlah Dato’ Sri, Yang di-Pertua iaitu berkenaan dengan tapak rumah. Sebenarnya dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam pun dah menyebutkan bahawa...

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat...

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Ya, saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat nak mengulas ke, nak sokong ke nak apa?

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Nak ulas.

Yang di-Pertua (Speaker)

Biar pihak kerajaanlah yang mengulasnya saya ingat.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Tak, ulas sahabat dengan sahabat aje.

Yang di-Pertua (Speaker)

Oh, begitu pula. Okeylah, saya benarkanlah Yang Berhormat.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Iaitu berkaitan dengan kerajaan apa ini Pahang kita, kerajaan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun menyebut bahawa kita akan melaksanakan Skim Tanah Warisan. Maknanya, setiap daerah telah pun diarahkan untuk mengenal pasti kawasan-kawasan yang terbaik bagi kita membina tanah-tanah tersebut untuk tapak rumah dengan keluasan RM8,000.00 hingga RM10,000.00 kaki persegi dengan harga RM10,000.00 bagi setiap lot. Jadi, maknanya kerajaan telah sebut semalam. Saya tahulah sama ada Beserah keluar ke, [ketawa] tapi bila kita dengar benda ini kita rasa teruja... oii baik sungguh. Maknanya bukan setakat apa yang dijelaskan oleh Beserah tadi benar, kita tak boleh minta rumah, kita tak boleh mohon rumah kalau kita tak ada tanah, satu.

Yang kedua, kita ada seekar tanah tapi kita ada 8 beradik. Peninggalan daripada arwah orang tua kita, 1 ekar tanah kita nak kongsi dengan 8 beradik. Cuba bayang, berapa besar dan luas lot yang kita dapat dan kemudian kita akan tengok pula, kesesuaian pula dengan berbagai-bagai pokok tanaman, dusun yang ada dalam tanah seekar itulah. Di situlah ada kelapa 5 batang, di situlah ada nangka sebatang, di situlah ada durian 4 batang dan sebagainya. Jadi, dengan keadaan begini, maknanya Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita berfikir, telah ke hadapan merancang bahawa setiap daerah sila kenal pasti kawasan masing-masing tak kira di mana-mana supaya satu kawasan boleh dibuat dan dimajukan dengan memberi lot-lot rumah.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya ada dah borak dah dengan anak-anak muda. Anak-anak muda sangat teruja dan masing-masing menunggu-nunggu bilakah pelaksanaan projek ini akan dilaksanakan, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Yang kedua, iaitu berkenaan dengan RTK. Lama dah saya di sini bercakap pasal RTK ini. Jadi, sekarang ini saya nampak ada cara dan kaedah penyelesaian iaitu daripada RTK ini Rancangan Tanah Kelompok ditukar nama sikit aje, tukar nama aje STR iaitu Skim Tanah Rakyat. Jadi, saya nampak ini pun tadi diulas juga oleh kawan saya daripada Beserah iaitu Skim Tanah Rakyat ini telah diuruskan nanti oleh tiga peringkat kumpulan.

Yang pertama dipanggil kawasan Pahang Barat. Kemudian Pahang Tengah dan Pahang Timur. Jadi, kita ni berada di Pahang Timur dan saya sendiri telah pun menyerahkan dua projek RTK dalam DUN saya yang tak selesai-selesai sampai ke hari ini daripada zaman Dato’ Yang di-Pertua bersama dengan saya dalam Mesyuarat Tindakan Daerah sehinggalah hari ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bahagian saya selesai.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Hah… iya lah. Itulah saya nak cerita. Jadi, saya harap dengan tertubuhnya Jawatankuasa Penyelarasan Tanah STR ini bagi Pahang Timur saya difahamkan akan dipengerusikan oleh Dato’ Sri SS sendiri maka dua projek tanah RTK iaitu yang pertama sekali RTK Temai Seberang dan yang keduanya RTK Jaya Gading. Dapatlah diselesaikan kalau bolehlah seberapa cepat yang mungkin. Seperti yang dipersetujui oleh Mesyuarat Penyelarasan Tanah di daerah Pekan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Seterusnya… seterusnya saya juga sangat tertarik dengan sifat kerajaan kita menyantuni warga OKU, menyantuni warga emas. Di mana kerajaan telah memberikan peruntukan khas dan bukan itu sahaja mewujudkan pula jawatankuasa khas bagi menyelaraskan keadaan ini.

Jadi, sebagai bukti, sebagai bukti baru-baru ini saya tak tahu bila perkara ini lancar mungkin dah lancar tapi sebagai bukti saya baru-baru ini menerima 1500 bakul makanan khas untuk warga emas. Jadi, kita serah dan kita bergeraklah mencari warga-warga emas di dalam kampung-kampung sampai di samping kita bertanya khabar kepada mereka. Ini nampaknya Dato’ Sri Yang di-Pertua sangat disukai oleh warga-warga emas.

Jadi, bila disebut dengan warga emas dan juga OKU, maka teringatlah saya kepada soalan yang saya kemukakan kepada pihak EXCO pada hari semalam. Saya menyatakan tentang perlunya Klinik Jaya Gading dinaik taraf. Tapi Jawapannya saya nampak jawapannya tidak berapa jelas. Hanya pihak EXCO berbincang dengan saya faham sangat apa yang saya maksudkan. Yang saya maksudkan ialah untuk menampung HTAA ataupun Hospital Tengku Ampuan Afzan yang begitu sibuk sekali. Yang begitu padat sekali dengan kehadiran pesakit-pesakit.

Jadi, yang saya nampak kawasan saya ini tadi di Jaya Gading menJadi, tumpuan klinik itu daripada DUN Panching dan juga DUN er… Lepar. Dan bila saya bertanya kepada doktor bertugas, dan dia kata memang betul sekarang ni dah lebih daripada 400 orang satu hari bertumpu ke situ melainkan pesakit-pesakit yang didapati tidak upaya klinik tersebut menguruskan barulah di transferkan ke HTAA.

Jadi, sebab itulah saya satu ketika dulu dah berbincang dengan ketua pengarah klinik apa ni KKM Negeri Pahang. Dia bertanya kepada saya adakah Klinik jaya Gading ini kawasannya ada tanah sampingan? Jadi, saya mendapati bahawa ada tanah yang kita reserve kan untuk kawasan klinik ini. Jadi, kalau boleh dengan seluas 3 ekar yang ada di sebelah klinik tersebut boleh lah kita naikkan taraf klinik tersebut untuk dia menampung semua penduduk-penduduk Gambang ke daripada Panching ke daripada Lepar ke tak perlu pergi ke bandar Kuantan. Hanya singgah di Jaya Gading dan mendapatkan rawatan.

Ha… itu tujuan yang saya tanya Dato’ Yang di-Pertua. Kemudian satu lagi saya tidak tahu tapi dalam semakan dalam buku soalan, saya tidak ada jawapan atau pun pertanyaan saya tidak diangkat tapi saya nak sebut dalam Dewan ini iaitu berkaitan

dengan cadangan saya supaya sebuah sekolah agama… sebuah sekolah agama Kerajaan Pahang Kuantan ha… dibina di dalam kawasan kita ini.

Dan dalam semakan saya, bahawa ada sebidang tanah dengan keluasan 66 ekar terdapat di dalam di kawasan Indera Sempurna. Dan bila kita semak bahawa tanah itu memang tanah di reserve kan untuk pembinaan sekolah tersebut. Sekolah ini bentuknya berupa Sekolah TAHAP di Jerantut dan juga sekolah agama di er… Muadzam Shah. Sekolah Agama Pahang dia panggilkan. Sekolah Agama Pahang Muadzam Shah sebab saya pernah mengajar di situ dulu. Itu cerita dia.

Jadi, tujuan saya supaya bukan kita rasa apa yang dah ada ni mencukupi tapi kita minta supaya sebuah sekolah agama sebegitu yang ketiga diwujudkan. Sebab Kuantan ini dulu ibu negeri kita. Sekarang ini dah Jadi, banda raya kita. Jadi, patut kalau semua sekali perkara yang mencukupi pendidikan ada vokasional, ada agama, ada teknikal lengkap dalam kawasan kita. Itu tujuan saya Yang di-Pertua.

Kemudian, hari ini saya bercakap menggunakan komputer, payah sikit… [Ketawa].

Yang di-Pertua (Speaker)

Teknologi baru Yang Berhormat.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Ha, kononnya. Begitulah susah lah sedikit saya. Ha… satu lagi Dato’ di-Pertua, bila disebut pendidikan itu tadi saya berpuashatilah apabila saya sebagai satu jiwa cikgu, MB mengumumkan bahawa pelajar-pelajar akan terus dibantu. Pelajar-pelajar, setiap pelajar yang akan bersekolah akan mendapatkan kad, kad pelajar. Kad pelajar ini rupanya akan memberi potongan atau pun diskaun kepada barang-barang keperluan sekolah yang dibeli. Yang inilah yang kita kena uar-uarkan kepada orang kampung. Beritahu dia ada berapa orang anak, dia ada empat anak dapat empat kad.

Kalau satu orang beli dapat 20%, orang kedua beli 20% kena lima orang 100% lah. Hah begitu contohnya. Dan kemudian meneruskan pula sumbangan RM100.00 tapi kata tambah lagi tapi yang ini saya tak berapa nampak. Ha ya tambah lagi pula kepada setiap pelajar di awal-awal persekolahan Jadi, maknanya bahawa kerajaan kita Pahang selain daripada Yayasan Pahang yang begitu bermurah hati sejak dari dulu lagi menyumbangkan apa sahaja bantuan kepada anak-anak kita yang belajar, anak-anak kita yang nak melanjutkan pelajaran dan sebagainya belum lagi pergi tunjuk surat panggilan dan dapat RM500.00. Ha… yang inilah kalau bolehlah kita minta daripada RM 500.00 tambahkan lagi kepada RM 800.00. Ha itu contoh dia.

Jadi, maknanya cadangannya kita boleh membantu anak-anak kita belajar dan inilah dia anak-anak Pahang. Jadi, yang MB sebut maknanya bila lahir dia mesti berjiwa Pahang. Dia mesti anak Pahang. Kita bantu bagi RM 200.00. Memang betul bagus tapi yang dah berjaya sekarang ini. Kita kena pupuk dia, kita kena hantar dia supaya ibu bapa dia yang menghantar dia selesa Dato’ Sri. Hah, dapat pergi balik bayar tol, bayar minyak dengan perbelanjaan yang Yayasan Pahang bagi itu tadi. Ha… yang itu sebahagian daripada beberapa perkara yang saya nak sebut lagi.

Seterusnya Dato’ Sri,

Saya juga bila disebut Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan RM151.28 juta untuk memproses air bersih bagi kemudahan nikmat untuk rakyat Pahang. Saya

sangat-sangat bersetuju sampailah masanya maknanya keprihatinan kerajaan kita meneliti saban tahun setiap kali bersidang tak ada masalah lain yang sentiasa kita sebut mesti bergema dengan masalah air. Jadi, sekarang ini saya dahulu tidak timbul sangat masalah air, diam juga tapi sekarang ni rupanya betul.

Kalau masalah air telah meruncing di dalam kawasan kita, memang orang kampung ya, dia tidak kisah menda pun. Dia mengadu kepada penghulu, penghulu tak daya. Dia mengadu kepada Tok Empat, Tok Empat pun tak mampu. Saya dapat maklumat, dia adu pada MB. Orang Sri Makmur hantar whatsapp pada MB dan whatsapp itu saya dapat. Jadi, saya tengoklah. Terima kasihlah apabila Yang Berhormat Dato’ Sri menyebut memang kita sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Jadi, sebab itulah daripada RM151.28 juta itu tadi apalah salahnya merayu sungguh jika RM3.5 juta diperuntukkan kepada FELCRA Sri Makmur bagi menyelesaikan masalah air di mana 30 tahun lebih dah paip airnya yang telah dibina sekarang ini bila kita cuba baiki tempat ini, lepas molek tempat lain pula pecah. Pergi baiki tempat yang pecah, tempat lain pula yang pecah. Tak pernah habis Dato’ Sri, pecah memanjang.

Jadi, kalau bolehlah, saya hanya mohon RM3.5 juta je untuk menyelesaikan masalah paip air tersebut. Dan kemudian yang kedua, iaitu kawasan Kampung Sri Gemuruh, ha, yang ni pelik pulak lagi. Saya ceritakan dia pelik. Apabila berlaku kita er… membaik pulih ataupun kita menyelesaikan masalah kerosakan di muka sauk ataupun di Loji Lepar hanya dalam masa satu hari memang pemberitahuan telah dimaklumkan kepada kampung-kampung semua, kampung-kampung tersebut. Tapi bila dah baik sahaja semua kampung dapat nikmat air. Bila dah dibaiki tapi Kampung Sri Gemuruh ini terus sahaja terus bukan satu dua hari, sampai seminggu tidak sampai-sampai air juga.

Jadi, itulah, kalau bolehlah kita siasat apa masalah yang berlaku. Apabila masalah air berlaku kerosakan, Kampung Sri Gemuruh yang malang sekali sebab airnya tak sampai setelah dibaiki.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey Yang Berhormat, masalah masa sekarang ni…

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Masa… sikit lagi. Seterusnya saya…

Yang di-Pertua (Speaker)

Itu point yang terakhir Yang Berhormat.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Dua helai kertas ni je lagi. Tadak pada kertas dah. Pada telefon tak ada… pada komputer tak ada dah. [Ahli Dewan ketawa]. Ha… boleh ye.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya timbangkanlah…

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Seterusnya… ha ni, terima kasih juga saya… saya tak sangka bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyebut bahawa satu jawatankuasa untuk menguruskan membaik pulih rumah. Rumah orang kampung ni kadang-kadang atap bocor, dulu di Pekan kami bergantung pada Yayasan Rahah. Rosak je atap, jumpa Yayasan Rahah. Sekarang tak ada dah, abis dah. Jadi, sekarang ni tiba-tiba MB semalam ada sebut satu jawatankuasa dibentuk untuk menyelesaikan masalah membaik pulih rumah, Jadi, syukur kita dan apabila diberitahu lagi bahawa perkara ini telah diserahkan kepada pihak SUK sebagai tempat penyelesaian bagi masalah ini.

Terima kasih saya kepada Exco Luar Bandar kerana telah membuat semakan semula persempadanan pentadbiran JKKK. Jadi, kalau dulu-dulu kita lihat JKKK Gudang Rasau mentadbir 3 DUN, DUN Pulau Manis, DUN Inderapura, DUN Panching. Jadi, saya dah mintak dah tu supaya diasingkan. Ha, kemudian saya cerita juga lagi, JKKK Kampung Padang duduk dalam Inderapura. Orang Kampung Padang dalam 200 orang je. Tapi ketua kampungnya mentadbir Sri Melati, mentadbir Alor Beruang, mentadbir Indera Sempurna.

Indera Sempurna tu 6,000 orang. Jadi, kalau boleh biarlah pentadbiran tersebut mengikut DUN. Jadi, maknanya dapatlah saya berhubung terus. Kalau tidak nak cari Tok Empat Kampung Pahang ni di sebelah sana bukannya mudah. Ya, dan yang seterusnya terima kasih JKR. Ada belakang saya ni…

Yang di-Pertua (Speaker)

Terus yang terakhir.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Yelah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat…

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Kertas terakhir…kertas terakhir.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dah tiga kali akhir ni.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Terima [ketawa] kasih kepada JKR, dua kawasan jalan runtuh ke Belimbing telah dapat peruntukan dan sedang jalankan usaha-usaha untuk menyelesaikannya. Terima kasih kepada JPS yang sekarang ni memang longkang-longkang berada di mana.. di mana tadi ada yang sebut… longkang. Saya pun pelik juga. Sebab tempat saya alhamdullilah longkang-longkang telah dibersihkan oleh pihak JPS. Maknanya bukan sahaja perahu boleh masuk, boleh lalu. Kalau musim banjir, bot pun boleh lalu.

Dan terima kasih kepada FELCRA. FELCRA ni baru-baru ni telah mengumumkan akan memberikan surat tauliah, surat tauliah pemberian tanah RTK Kampung Bunut. Saya memang menjemput Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar untuk ke majlis tersebut. Tapi Yang Amat Berhormat jumpa saya dia beritahu memang tak lepas kerana majlis tersebut er… Yang Amat Berhormat terlibat dengan penganugerahan pingat di istana. Jadi, saya minta Yang Amat Berhormat datang ke kawasan saya masa kita buat serahan RTK Temai Seberang. Ha… begitu.

Jadi, Dato’ Sri itu sahajalah dari saya, terima kasih banyak-banyak bagi saya peluang dan Pulau Manis mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat telah ambil masa lebih daripada 3 minit. Yang Berhormat dah vaksin belum. Sudah. Booster?

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Dah…

Yang di-Pertua (Speaker)

Dah, ok dah, selamat alhamdullilah. Sebab saya dengar nafas tu… hembusan nafas tu huh… huh… huh… huh. Saya bimbang juga. Tapi insya-Allah selamat ye. Baiklah, sahabat saya Pulau Manis ni. Seterusnya saya jemput wakil dari Bilut. Sila YB.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, salam sejahtera.

Pertamanya saya ingin merakamkan terima kasih merakamkan terima kasih ke atas memberi kesempatan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan (2022) 2021, Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan… dan Perbekalan Air Tahun 2022 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Pahang.

Pantai timur akan dilanda monsun timur laut setiap akhir tahun, dan jumlah hujan akan meningkatkan dengan ketara. Jika keadaannya bertambah ekstrem, banjir teruk akan berlaku di banyak kawasan. Pada awal tahun ini, Pahang sudah mengalami ketiga-tiga banjir, tanah runtuh dan jalan rosak. Ribut yang serius menyebabkan keruntuhan tanah di jalan lama Bentong-Raub. Laluan tersebut terpaksa ditutup lebih kurang setengah tahun. Mujurlah jalan alternatif dibuka di sebelahnya dan gangguan lalu lintas dapat dielakkan.

Jalan utama dari Bentong ke Gua Musang iaitu Laluan FT08, Jalan Bentong ke Gua Musang Seksyen 15 hingga 20 yang dirosakkan akibat tanah runtuh juga ditutup sejak 24 November selama sebulan untuk kerja baik pulih. Pengguna jalan raya terpaksa mengambil jalan yang lebih jauh dan menghabiskan lebih banyak masa atas jalan raya.

Pahang berisiko tinggi banjir dan tanah runtuh pada setiap akhir tahun dan awal tahun. Justeru, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri supaya memandang serius terhadap risiko tersebut dan bersedia sepenuhnya sebelum kemalangan berlaku. Kerajaan Negeri juga dicadangkan supaya menyediakan peruntukan kecemasan

menangani bencana alam. Dana tersebut boleh digunakan dengan segera untuk membaik pulih infrastruktur dalam masa yang singkat supaya sistem pengangkutan tidak terganggu.

Kedua, kita sudah melawan pandemik lebih daripada 2 tahun sejak Februari 2020. Dalam tempoh ini, bukan sahaja pergerakan kita disekatkan malahan kebebasan kita turut dihadkan. Akan tetapi, sebaik sahaja kadar vaksinasi negara kita mencapai sasaran, kita mampu menikmati sedikit kelonggaran. Sekurang-kurangnya kita boleh merentas negeri dengan bebas sekarang.

Dalam bulan yang lalu, angka kes positif harian berlegar antara 4,000 hingga 7,000. Kalau menurut data, betullah penularan wabak telah dikurangkan, tetapi keadaan masih belum stabil dan wabak mungkin merebak pada bila-bila masa.

Semasa saya berurusan dengan penduduk-penduduk yang disahkan positif, saya mendapati sistem pengesanan kontak Jabatan Kesihatan adalah tidak lengkap. Pesakit-pesakit yang disahkan positif dikelabut dan tidak tahu apa yang perlu buat.

Walaupun mereka telah dilaporkan situasi mereka kepada Jabatan Kesihatan, namun JKN tidak melakukan saringan terhadap kontak rapat dan mereka terpaksa melakukan ujian kendiri. Ada juga yang tidak melakukan ujian kendiri mahupun tidak kuarantin. Jika penduduk tersebut telah dijangkiti COVID-19 tetapi tidak diuji ataupun diasingkan, maka dia akan menyebarkan virus itu ke orang ramai. Jika masalah seperti ini berterusan, pandemik ini berkemungkinan besar akan bertambah serius lagi.

Oleh demikian, saya mencadangkan Jabatan Kesihatan Negeri supaya menetapkan satu set prosedur operasi standard yang ketat untuk menambahbaikkan sistem pengesanan semua orang yang berkontak rapat dengan pesakit positif COVID-19 mesti disaringi dan diasingkan. Kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan mesti dilakukan di kawasan yang pernah dilawati oleh mereka. Langkah-langkah sedemikian penting untuk mem…meminimumkan risiko penularan wabak dan mengelakkan jangkiti…jangkitan dalam komuniti.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya, semenjak negara dilanda pandemik, ekonomi negara kita mengalami kemerosoton. Ramai mengalami pengurangan mahupun pengurangan pendapatan. Jutaan warga Malaysia hidup dalam kesusahan apabila kita bersidang dalam Dewan Yang Mulia ini. Pandemik ini memberi kesan serius terhadap ekonomi Malaysia dan menyebabkan kadar inflasi yang tinggi. Harga barang khususnya makanan naik dengan ketara dalam beberapa bulan ini.

Harga sayuran mencecah paras tertinggi, harga barangan keperluan harian mahupun makanan turut meningkat. Rakyat macam dalam derita, dalam lagi dibebankan. Kos sara hidup yang melambung tinggi menyebabkan kita semakin sesak nafas.

Sekiranya keadaan ini berterusan, rakyat akan mengalami tekanan ekonomi yang melampau. Oleh itu, kerajaan mesti memandang serius terhadap isu sekuriti makanan dan mengurangkan kebergantungan negara terhadap makanan import. Kerajaan juga perlu memastikan bekalan makanan Malaysia sekurang-kurangnya mencapai tahap sara diri.

Di samping itu, Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga perlu membuat pemeriksaan mengejut ke atas pasaran awam dari masa ke semasa bagi mengesan peniaga yang mengaut keuntungan yang melampau.

Keempat, sejak Oktober lalu banyak kes kebakaran besar, kecil berlaku di Bentong. Yang paling serius adalah kebakaran di Kampung Baru, Karak. Yang telah menyebabkan puluhan keluarga kehilangan tempat berteduh. Nasib baik mereka mendapat sokongan daripada orang ramai dan mampu membina semula kehidupan mereka secara beransur-ansur.

Lebih kurang 10 kes kebakaran berlaku di kawasan Bentong dalam masa 2 bulan sahaja. Hal ini sangat luar biasa dan amat merisaukan. Saya cadangkan supaya Tenaga Nasional Berhad memulakan penyiasatan…penyiasatan berskala besar di kawasan Bentong untuk mengenalkan…mengenalpasti punca kebakaran yang kerap dan meletakkan langkah penyelesaian yang sewajarnya.

Selain daripada itu terdapat banyak kampung baru dan rumah kayu di Bentong. Kebakaran akan menyebabkan impak yang lebih besar di kawasan tersebut. Di samping itu, tragedi di Karak disebabkan oleh tekanan air yang sedia ada tidak mampu menghapuskan api dengan segera.

Oleh itu, saya berharap agar agensi-agensi yang berkenaan dapat memeriksakan…memeriksa pili bomba dengan kerap bagi memastikan setiap pili bomba berfungsi dan tekanan air adalah normal untuk mengelakkan tragedi yang tidak diinginkan.

Akhir sekali, 2 sekolah rendah vernakular Cina di Pekan telah diganti papan tanda tanpa aksara Cina pada bulan lepas. Jabatan Pendidikan menggantikan papan tanda yang asalnya dalam aksara Cina dan Melayu dengan papan tanda Melayu tulisan rumi dan tulisan jawi. Insiden ini menimbulkan kontroversi dalam pelbagai komuniti. Menurut laporan media kejadian ini diakibatkan oleh kesilapan oleh pegawai Jabatan Pendidikan.

Papan tanda dalam bahasa Melayu dan tulisan Jawi. Kemudian diganti semula dengan papan tanda asal. Saya berpandangan bahawa Jabatan Pendidikan harus menangani isu yang sama dengan lebih sensitif. Lagipun memang wajar sekolah rendah Cina mengan…menggantung papan tanda bahasa Cina. Saya berharap kesilapan serupa ini tidak akan berulang pada masa hadapan. Itu saja daripada saya sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Wakil daripada Bilut. Seterusnya saya jemput Wakil dari Cheka.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih sebab memberi peluang kepada saya untuk berbahas tentang Bajet 2022 Pahang Darul Makmur. Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana berjaya membentangkan Belanjawan berlebihan pada tahun 2022. Syabas juga kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana berjaya membentangkan belanjawan surplus selama

4 tahun berturut-turut. Sejak Belanjawan Tahun 2019 terbukti pemimpin baru telah memberi nafas baru kepada Negeri Pahang.

Tuan Yang di-Pertua,

Menurut Penyata Kewangan Negeri Pahang tahun 2020, Kerajaan Negeri telah berjaya menguruskan kewangan negeri dengan berkesan dan bijak. Buktinya ialah pada 31 Disember 2020 baki wang tunai, jumlah pelaburan, keseluruhan hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri meningkat berbanding tahun 2019.

Akaun hasil disatukan bagi tahun 2020 ialah lebihan RM165 juta dan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2020 telah sempurna diaudit oleh Jabatan Audit Negara dengan penganugerahan “Sijil Audit Bersih”. Tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri yang bijak menguruskan kewangan.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mewakili Ketua Kampung mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana mulai tahun 2022 akan memberi tambahan RM250.00 kepada Pengerusi JPKK menJadi, elaun berjumlah RM750.00. Di samping itu, terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri kerana menghargai dan mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh 62 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung-kampung baru (JKKKB).

Saya menerima rayuan dan permintaan daripada Pengerusi JKKKB agar Kerajaan Negeri juga mempertimbangkan tambahan elaun sebanyak RM250.00 kepada Pengerusi JKKKB kerana mereka memikul tanggungjawab yang berat dan bekerja keras untuk kepentingan dan kemajuan kampung baru di seluruh Negeri Pahang.

Pertimbangan kerajaan akan meninggikan semangat kerja mereka dan juga akan menepati Belanjawan yang bertemakan “Kemakmuran Negeri Manfaat Bersama” saya tekankan manfaat bersama rakyat sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada kerajaan yang komited yang memastikan bekalan air bersih dapat disediakan untuk semua. Saya juga memuji usaha pihak Pengurusan Air Negeri Pahang (PAIP) kerana sentiasa berusaha untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan bekalan air yang bersih.

Di daerah Lipis, Bandar Kuala Lipis adalah pusat perniagaan yang mempunyai penduduk yang paling padat untuk menampung permintaan air bersih yang makin tinggi Loji Rawatan Air Bersih Jelai telah diluluskan peruntukan untuk naik taraf loji dan paip bekalan air bersih. Dukacita dimaklumkan bahawa projek itu merupakan ‘projek sakit’. Sudah 3 tahun berlangsung baru sahaja mempunyai 70% sahaja maka saya meminta piha…pihak PAIP bertindak tegas kepada kontraktor agar projek ini berjalan lancar mengikut jadual. Jangan hampakan rakyat yang sudah lama menunggu.

Tuan Yang di-Pertua,

Pada awal tahun 2021, daerah Lipis dilanda banjir yang teruk khasnya di Benta dan Bandar Kuala Lipis. Saya ucapkan terima kasih kepada semua agensi yang bertanggungjawab yang telah melaksanakan tugas bantu dan menyelamat dengan baik. Di bawah Jawatankuasa Bencana Daerah yang komited, Kerajaan Negeri yang

prihatin juga telah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir, tidak kira dari rumah kediaman atau premis perniagaan. Mangsa banjir juga menerima bantuan dari NADMA iaitu Agensi Pengurusan Bantuan Bencana Negara.

Atas permintaan Kerajaan Negeri Pahang yang saya fahamkan bersetuju memberi bantuan kepada mangsa yang tidak masuk ke Pusat Pemindahan Sementara atas sebab-sebab yang boleh diterima. Tahniah kepada NADMA kerana telah melakukan satu penambahbaikan yang disambut baik oleh mangsa banjir. Walau bagaimanapun, bantuan ihsan NADMA hanya diberi kepada mangsa banjir dari rumah kediaman sahaja. Saya tegaskan, rumah kediaman sahaja.

Manakala peniaga yang premis perniagaan dibanjiri air tidak menerima bantuan. Saya menerima keluhan daripada peniaga. Kata mereka, mereka tidak dilayan dengan adil, mereka juga mangsa banjir yang menanggung kerugian, mereka juga pembayar cukai dan bukan semua peniaga itu kaya. Oleh itu, saya ingin meminta Kerajaan Negeri memberi cadangan kepada NADMA agar peniaga juga diberi bantuan ihsan pada masa akan datang. Mengikut Pentadbir Daerah hanya melalui pengaruh ataupun usaha politik sahaja NADMA akan bertindak.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya ingin menarik perhatian pihak Veterinar tentang masalah lembu yang berkeliaran merata-rata tanpa kawalan yang baik daripada tuan lembu. Hal ini telah menimbulkan banyak masalah khasnya apabila kecelakaan jalan raya berlaku. Saya difahamkan bahawa pihak Veterinar Negeri menghadapi kekangan menangkap lembu yang berkeliaran atau mengawal bilangan lembu. Masalahnya ialah, satu, hanya satu pasukan sahaja yang menangkap lembu berkeliaran untuk satu Negeri Pahang yang begitu luas.

Yang kedua, tiada sumber kuasa untuk mendaftar bilangan lembu untuk kawalan susulan. Pihak penguat kuasa hanya boleh bertindak berdasarkan Enakmen Kawalan Tahun 2001 yang hanya boleh bertindak terhadap lembu yang berkeliaran kurang daripada 20 meter di atas jalan raya persekutuan atau jalan negeri atau di tempat awam sahaja. Pertanyaan saya kepada Veterinar Negeri, untuk membekalkan sumber kuasa kepada para penguat kuasa, adakah pihak Veterinar bersedia untuk meminda enakmen yang sedia ada atau membuat enakmen baru supaya masalah kawalan terhadap bilangan lembu dan juga lembu yang mengancam kesejahteraan hidup awam itu boleh diatasi?

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Terima kasih YB. Seterusnya pergi kepada wakil daripada Ibam. Ibam ya.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

[Bacaan dalam Bahasa Arab]. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi keizinan kepada saya untuk sama-sama membahaskan Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada pagi semalam. Dannya saya ingin merakamkan ucapan sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga team yang telah menyediakan Belanjawan 2020 Negeri Pahang. Ianya memberi mudah-mudahan dapat memberi

harapan baru kepada rakyat Pahang dalam menghadapi fasa baru COVID…pandemik COVID-19 ini.

Ada beberapa perkara yang ingin saya bicarakan dalam Belanjawan ini yang berhubung kait dengan DUN Bukit Ibam.

Pertamanya, ialah berkenaan peruntukan pembangunan er...belia dan sukan yang er...berjumlah RM11.9 juta yang RM8.7 juta daripadanya adalah pembiayaan kejohanan sukan. Jadi, saya mohon dilihat juga su…sukan-sukan lain selain daripada yang telah biasa kita dengar iaitu sukan permotoran yang saya kira ini kali kedua saya menyebutnya dalam Sidang Dewan ini.

Ia bukan sahaja menjadi kebanggaan bagi diri kita atau peserta atau juga dan juga kerajaan, tetapi juga kejoha…er...sukan ini mampu menjana ekonomi generasi kedua kita. Dan…dan ini er...iaitu contohnya ialah Kejohanan Motocross. Perlu diambil perhatian kerana ini terbukti pada 13 dan 14 November 2021, Kejohanan Motocross Keratong Open 2021 di Litar Motocross er...Bandar Tun Razak, Keratong telah berjaya menghimpunkan 400 peserta dari seluruh Malaysia dengan pelbagai kate…kategori daripada usia 12 tahun hingga malah kepada kategori wanita pun ada juga. Diharap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita yang dengan peruntukan RM5 jutanya dapat melihat sisi baru er...bagi Pelan Pembangunan Wanita er...dari sudut sukan ekstrem ini.

Kejohanan dua kali setahun ini yang bermula pada 2018 ini telah membantu peniaga-peniaga kecil di kalangan generasi kedua, malah pengusaha-pengusaha homestay di DUN Bukit Ibam malah Muadzam Shah juga mendapat manfaatnya iaitu full booking er...Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Insya-Allah, pada Februari 2022, kejohanan akan disertai oleh peserta-peserta dari Singapura, Indonesia, Thailand dan juga Philippines. Sebagai Penaung Kelab Motocross Keratong dan Keratong Biker’s Team, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri, juga kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan yang menyokong sumbangan yang diberikan kepada kejohanan ini…bagi menjayakan kejohanan ini.

Untuk itu, peruntukan menaik taraf litar yang dilaksanakan oleh anak-anak muda secara gotong-royong dan kutipan derma ini dapat dimasukkan dalam bajet RM11.9 juta dan diharap juga ianya boleh dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Negeri Pahang, mudah-mudahan.

Tuan Yang di-Pertua,

Kemudahan asas iaitu bekalan air yang saya kira telah er...di…bicarakan oleh rakan saya tadi daripada Muadzam Shah iaitu peruntukan RM151.28 juta saya kira sampai masanya PAIP untuk memberikan perhatian kepada masalah ini kerana, air ini terutama di kawasan DUN Bukit Ibam yang melibatkan 11,500 er...akaun tidak termasuk daripada ladang-ladang yang menggunakan satu akaun.

Jadi,, saya kira tadi daripada Muadzam telah mencadangkan supaya ditukar pipeline itu…saluran pipeline itu tetapi saya memberikan cadangan juga iaitu supaya loji air di Kampung Rekoh ini, di Sungai Keratong sebahagiannya ialah meliputi Perantau Damai, Selancar, Bandar Tun Razak, Keratong ini dibahagi kepada dua, iaitu ditukarkan daripada loji air ini supaya er...gugusan Perantau Damai, Kota Bahagia, kampung-kampung tradisional, Lubuk Batu, Melati, Meripoh, ladang KOSMA

dipindahkan ke Loji Air Gadak. Saya kira kerana kalau untuk kesemua ini er...untuk peruntukan menukarnya agak besar. Jadi, line…supaya loji gad…er...Loji Kampung Rekoh ini tidak me…menampung kapasiti akaun yang begitu besar.

Sekiranya berlaku apa-apa masalah kepada la…Loji Air Kampung Rekoh ini ia tidak melibatkan ka…pengguna-pengguna yang begitu besar akaunnya. Dan saya juga mencadangkan kerana loji baru di Kampung Gadak ini hanya membekalkan lojinya adalah loji baru dan hanya membekalkan air untuk gugusan Bandar Satelit ke Daik Leban Condong.

Dan sementara loji di Kampung er...Aur adalah meliputi gugusan Kampung Aur dan Bandar Muadzam Shah. Jadi, saya mohon supaya Kampung Aur juga er...Kampung Aur Seberang diberikan bekalan air bersih kerana ia masih lagi menggunakan pam daripada air perigi. Kerana ini saya dimaklumkan bahawa laluan air ke Kampung Keladan…Kampung Asli Keladan melalui Kampung Aur Seberang. Jadi,orang Kampung Aur Seberang ini tengok aje laluan paip air bersih dia tapi dia tak dapat.

Jadi, saya harap PAIP dapat memberikan perhatian untuk masalah ini kerana ini meliputi berpuluh-puluh tahun dah mereka mohon. Jadi, adalah sesuatu yang amat wajarlah kita memberikan perhatian kepada kampung-kampung ini di waktu zaman pemodenan ini mereka masih lagi menggunakan perigi.

Er...kepada klinik-klinik kesihatan, saya memohon supaya klinik-klinik kesihatan terutamanya di Bandar Tun Razak ini dinaiktaraf. Pandemik CO…Pandemik COVID-19 telah memperlihatkan banyak keperluan asas er…dan yang penting ialah tidak er…yang penting tidak mencukupi. Contohnya, bekalan oksigen, ambulans-ambulans diperlukan dengan kelengkapan dan wajarlah sekiranya er… ambulans kenderaan itu ditukar kepada yang baru kerana kenderaan-kenderaan yang digunakan sebagai ambulans ini telah melebihi usia 20 tahun. Dan saya perlu er…dimaklumkan bahawa ada ketikanya ia satu ambulans ini dikongsi dengan klinik-klinik kesihatan Chanis dan juga Perwira Jaya dan saya juga memohon supaya sekiranya bolehlah ditambahkan staf-staf di klinik-klinik kesihatan ini terutamanya er…staf-staf yang memerlukan kepentingan kepada er…penduduk-penduduk.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga er…kepada Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia yang telah mengambil inisiatif dengan pantas dan er…tepat pada masanya apabila berlaku er…sedikit masalah di Kota Shahbandar berhubung dengan er…internet ini. Jadi, er…saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Faisal, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Negeri Pahang yang telah bersama dengan teamnya yang telah turun.

Jadi, saya ingin memaklumkan di sini er…Tuan Yang di-Pertua bahawa di saat-saat kita menghadapi masalah di sesuatu kawasan itu kadang kalanya adalah perlu er…team pelaksana itu turun untuk memberi penjelasan kerana biasanya orang politik ini kalau dia yang beri penjelasan, rakyat ini tak berapa nak percaya er…Jadi, sekiranya pihak pelaksana seperti ini turun dan memberi penjelasan dengan tepat dan er…pantas maka ia akan meredakan keadaan itu dan memperjelaskan yang sebenarnya. Terima kasih saya ucapkan.

Saya juga untuk er…ingin menyentuh berhubung dengan er…Yayasan Pahang. Saya dimaklumkan bahawa Yayasan Pahang hanya memberi one-off kepada er…penerima-penerima yang sekira…sekali sahaja iaitu apabila mereka masuk matrik, mereka tidak dapat lagi er…menerima one-off daripada Yayasan Pahang

apabila mereka er…mengambil diploma ataupun ijazah. Jadi, er…di sini saya memohon sekiranya er…polisi ini dapat diubah kerana sebahagian daripada mereka ini mungkin ramai lagi bukanlah orang yang berkemampuan. Seandainya mereka mempunyai ramai adik-beradik, keluarga yang dapat masuk ke universiti pada ketika ini ia amat memerlukan. Jadi, harapan saya sekiranya ada er…lebihan yang tinggi yang besar daripada Yayasan Pahang bolehlah ia dibuat satu polisi yang dikaji semula, polisi ini untuk kebaikan mereka semua.

Saya juga ingin er…menyentuh berhubung dengan pembatalan GSA. Pembatalan GSA ini saya mengharapkan supaya Kerajaan Negeri er…mengadakan perbincangan terus dengan FELDA kerana ia bagi saya membolehkan tanah-tanah GSA yang tidak dibayar cukainya atau belum dibayar cukai premiumnya kepada Kerajaan Negeri ini dapat diasingkan dengan segera bagi membolehkan kelulusan ini dilaksanakan proses kelulusan ini dilaksanakan dengan er…dengan segera di pejabat daerah dan juga dipercepatkan permohonan-permohonan untuk generasi kedua.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa sekiranya boleh er…MMK mempercepatkan kelulusan permohonan bagi er…permohonan-permohonan perumahan generasi kedua yang mengambil masa yang cukup lama supaya saya memberi contoh sebagai er…di Keratong 5 iaitu di Keratong 5 ini telah mengambil masa yang cukup lama er…sehingga daripada tahun er…2016 sehinggalah kini masih lagi belum mendapat keputusan er…geran daripada er…Kerajaan Negeri.

Jadi, er…selain daripada itu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih juga kerana e-Pemantapan Tanah dengan kos sebanyak RM128 juta bersama-sama dengan syarikat-syarikat yang terpilih dan antaranya ialah er…di DUN Bukit Ibam telah terpilih iaitu Syarikat er…di Pekoti Timur di mana er…Syarikat Greenworld Plantation telah menyediakan er…mengadakan ladang-ladang nenas dan juga er…pisang dan ini adalah dibuat secara kerjasama dengan er…di kalangan contract farmers er…B40. Jadi, saya kira ini satu yang amat er…penting untuk memastikan B40 ini sama-sama dapat menjana ekonomi yang diperlukan untuk memastikan mereka terus bangkit mendepani masa depan yang lebih…lebih cerah.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada er…tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan team yang cakna rakyat. Jadi,, saya beranggapan apa yang telah dibentangkan semalam adalah kerana Yang Amat Berhormat adalah seorang pemimpin yang baik. Dia adalah bukan sahaja sebagai pemimpin yang baik yang mampu… bukan sahaja mampu memimpin tetapi juga sanggup dipimpin. Oleh itu, Tuan Yang er…di-Pertua, saya dengan lafaz alhamdulillah [ayat al-Quran], Bukit Ibam menyokong Belanjawan 2020. Terima kasih er…2022. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, terima kasih. Terima kasih…sebelum saya menjemput YB. wakil dari Mentakab, suka saya memaklumkan bahawa kita telah memutuskan persidangan kita akan diteruskan sehingga habis er…perbahasan yang telah kita tetapkan. Ini sebagai satu cara untuk kita mengekang dan mematuhi SOP. Sekiranya saya membuat er…membuat hentian rehat Ahli…sudah tentu Ahli Yang Berhormat akan keluar daripada Dewan dan kita nak mengelakkan daripada kontak luar Jadi, pihak KKM mencadangkan supaya kita lebih er…lebih selesa tidak ada kontak dari luar dan tidak perlu kita adakan waktu rehat di tengah hari.

Bagaimanapun, Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah mengambil masa dua, tiga minit sekiranya ada keperluan di luar dan saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga Ahli-ahli Majlis Mesyuarat yang telah mengambil bahagian dapat sama-sama kita tunggu sehinggalah ke akhir persidangan kita pada petang ini. Jadi,, itulah ya, dalam tatacara mengikut SOP ini saya harap kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat sangatlah perlu dan sangat saya…saya hargai setinggi-tingginya. Kita dah er…dah ramai, dah ramai Ahli Berhormat dah mengambil bahagian hanya beberapa wakil lagi yang belum dan lepas ini saya persilakan wakil daripada Mentakab dapat meneruskan perbahasan, sila.

Encik Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan pandangan saya di Dewan Yang Mulia ini. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah berjaya membentangkan Belanjawan 2022. Namun begitu, izinkan saya mengingatkan sebaik manapun atau sebagus manapun dasar atau polisi berkaitan dengan belanjawan, ianya tidak akan memberikan impak yang berkesan kepada rakyat sekiranya tidak dilaksanakan dengan telus, professional serta jika ianya masih lagi mempunyai ketirisan.

Saya berpendapat selain kita bersetuju untuk memajukan Pahang dengan lebih giat lagi, namun begitu perkara-perkara asas seperti kemudahan infrastruktur bukan sahaja diperbaiki malah wajib dipertingkatkan demi keselesaan rakyat. Kerana itulah di Pahang ini yang kaya dengan sumber air namun, masalah bekalan dan penyaluran air yang bersih masih lagi menjadi, isu sejak sekian lama. Saya berpandangan masalah ini bukan sahaja di kawasan saya tetapi saya juga percaya terjadi, di hampir seluruh Negeri Pahang. Apabila pengurusan air diswastakan, rakyat mengharapkan perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan profesional dapat dimanfaatkan.

Pengamatan saya, kekerapan terputusnya bekalan air khususnya di kawasan DUN Mentakab dan Temerloh keseluruhannya makin meningkat sejak kebelakangan ini. Bekalan air sangat kerap terputus manakala penyaluran air di tahap tekanan yang rendah dan saya diberitahu, peralatan-peralatan seperti pam dan paip kerap rosak barangkali berpunca dari kegagalan sama ada sebelum atau selepas diswastakan untuk menggantikan paip-paip baru atau sekurang-kurangnya melaksanakan kerja-kerja baik pulih secara berkala.

Saya mencadangkan isu bekalan air bersih ini harus menJadi, keutamaan kepada kerajaan kerana itulah saya mengulangi sekali lagi dan memohon kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam kita merangka belanjawan bagi memakmurkan Negeri Pahang Darul Makmur ini, keutamaan harus diberikan bagi mempertingkatkan infrastruktur seperti air bersih sebagai contoh. Selama bertahun-tahun saya difahamkan rumah pam di Taman Rimba Mentakab yang kerap rosak menyebabkan low pressure dengan izin bekalan air masih lagi tidak dapat diselesaikan dengan sepenuhnya. Saya difahamkan peralatan berkenaan seharusnya diganti dengan yang baru tetapi sehingga hari ini peralatan-peralatan tersebut tidak diganti dan hanya diselenggarakan.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga menarik perhatian, Dewan Yang Mulia ini, kepada penggunaan apps iaitu aplikasi Mysejahtera walaupun saya memahami, bahawa Mysejahtera ini dibina dan

dijaga oleh Kementerian Kesihatan yang ini dibidang kuasa persekutuan, namun…namun begitu saya berpandangan bahawa saya perlu mempertengahkan isu ini di sini supaya pihak berwajib boleh mengangkatnya. Terlalu kerap saya menerima aduan daripada orang ramai bahawa Mysejahtera ini gagal untuk update atau kemaskini berkaitan dengan sijil vaksinasi iaitu digital certificate yang tidak dikemas kini. Kami telah membantu dengan cara refresh dengan izin dan sebagainya tetapi sijil tersebut masih lagi tidak dapat dipaparkan. Tentunya ini telah menimbulkan kesulitan kepada pengguna Mysejahtera saya mencadangkan selain digital certificate ini, ada kaedah atau cara lain seperti sijil vaksinasi hardcopy dengan izin dikeluarkan kepada mereka yang memerlukan.

Bukan semua rakyat Negeri Pahang yang mampu memiliki telefon bimbit yang canggih. Masih lagi tentang Mysejahtera, kami sering menerima aduan di dalam keadaan telefon bimbit mereka tercicir atau hilang apabila mereka membeli telefon bimbit yang baru, mereka tidak dapat update dengan izin, dan menggunakan data mereka sepertimana yang terkandung di dalam telefon bimbit mereka yang lama. Malah langsung tidak boleh flashback the history…dengan izin, ini bermakna semua data mengenai vaksinasi telah hilang seolah-olah mereka ini tidak divaksin.

Tuan Yang di-Pertua,

Sepertimana yang kita tahu, sejak dulu lagi hujung tahun merupakan musim hujan atau monsun Timur Laut atau istilah orang Temerloh, musim pejur, tidak dapat tidak atau suka maupun tidak suka kita harus menerima keadaan ini kerana sudah menJadi, ketentuan Tuhan tetapi tentunya kita boleh melakukan mitigasi bagi mengurangkan kesan buruk daripada musim hujan ini. Sempena ketibaan musim pejur tahun ini, saya ingin membangkitkan di kawasan saya malah saya percaya di kawasan rakan baik saya ADUN Lanchang. Setiap kali hujan lebat walaupun di luar musim, akan menyebabkan terjadinya banjir kilat yang sangat menyusahkan rakyat.

Baru-baru ini di Taman Tualang Indah, bersebelahan kawasan perindustrian Mentakab banjir kilat berlaku yang saya kira agak teruk juga adalah menJadi, keperluan yang sangat mendesak untuk membuat flood mitigation dengan izin di kawasan yang telah dikenal pasti mudah dinaiki air. Ini yang harus segera dijalankan dan diambil tindakan serius.

Saya sangat bersimpati kepada penduduk yang melibatkan yang terlibat kerana membabitkan kerugian kewangan serta kualiti hidup yang terjejas malah daripada sudut yang lain nilai hartanah juga terjejas. Maka perlu barangkali untuk mendalamkan serta membersihkan longkang-longkang secara berkala dan sistematik. Hal ini juga sangat berkaitan dengan pembangunan yang pesat yang rancak yang saya berpendapat menJadi, penyumbang utama kepada masalah ini. Perlu ada perancang yang mengambil kira flood mitigation dengan izin ini sebelum kelulusan diberikan.

Pengalaman kita di awal tahun ini, apabila banjir besar melanda Mentakab khususnya. Seharusnya menJadi, titik tolak bagi mengurangkan risiko banjir tetapi malangnya saya lihat tidak ada tindakan yang benar-benar proaktif daripada pihak kerajaan mengatasi masalah banjir. Sehubungan dengan itu, saya suka merakamkan bagi pihak penduduk Mentakab, merafak sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Duli Yang Teramat Mulia Pemangku Raja Pahang yang sangat prihatin serta bersimpati malah sanggup mengambil risiko meredah banjir menghulurkan bantuan kepada rakyat. Sekali lagi saya memohon keutamaan kerajaan Pahang bagi menyelesaikan…

Yang di-Pertua (Speaker)

…boleh…

Encik Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Sekali lagi saya memohon keutamaan Kerajaan Negeri Pahang bagi menyelesaikan dan mengurangkan risiko banjir besar mahupun banjir kilat bukan sahaja di kawasan saya malah di seluruh Negeri Pahang. Saya juga menggesa supaya ADUN-ADUN pembangkang dilantik ke dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di samping peruntukan bantuan kepada mangsa banjir turut disalurkan kepada ADUN setempat tanpa mengira parti.

Yang Berhormat Dato Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon mencelah, sering kali kita, wakil-wakil rakyat pembangkang mengatakan bahawa mereka ini dianaktirikan, diketepikan kerana tidak dibawa masuk ke dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana. Untuk makluman sidang Dewan Mulia Yang dimuliakan, ini sebenarnya Jawatankuasa Pengurusan Bencana itu adalah berpunca daripada bidang punca kuasa Majlis Keselamatan Negara ya… jawatankuasanya dan sememangnya Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri bukanlah dari sebahagian daripada jawatankuasa. Jadi, tak timbul soal pembangkang ataupun kerajaan. Jadi, saya harap persepsi yang tidak baik ini boleh kita hentikan. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Encik Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Terima kasih penjelasan daripada belah pihak kerajaan. Sebab er…saya wujudkan…sebab saya bangkitkan isu ini, sebab apabila bantuan ehsan telah disalurkan tetapi kami tidak dijangan cakap, dijemput malah tidak dimaklumkan. Itulah kami rasa dipinggirkan. Okey saya teruskan.

Saya ingin menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih khususnya kepada JKR. Ada satu selekoh yang dikenali sebagai selekoh maut di jalan Temerloh-Mentakab iaitu dekat Kampung Tambun yang juga berhampiran di rumah Almarhum Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang telah diperbaiki dan diluruskan. Saya percaya dengan kerja meluruskan selekoh ini akan dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang sebelum ini hampir setiap minggu.

Pada tahun lalu memang saya berbincang dan memohon kepada JKR Temerloh untuk segera membaiki selekoh tersebut dan sekali lagi saya mengucapkan terima kasih di atas tindakan yang telah diambil dan tentunya memberikan faedah kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua,

Sebagai anak Pahang jati, saya sangat menginginkan melihat Negeri Pahang tercinta ini maju dan makmur. Saya mengambil sikap apa-apa dasar yang dibawa oleh Kerajaan BN sekiranya menguntung… menguntungkan rakyat dan memajukan Negeri Pahang akan saya sokong sepenuhnya. Pun begitu, sekali lagi saya mengingatkan supaya ketelusan dan berlaku adil di dalam semua aspek pemerintahan… pemerintahan wajib diberikan pertimbangan. Bagi meraih keberkatan, maka keadilan kepada semua tanpa mengira kaum dan agama serta pegangan politik wajib diberikan keutamaan.

Sehubungan ini, mari kita sama-sama berganding bahu bagi memajukan Negeri Pahang yang tercinta ini. Dengan itu, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, terima kasih daripada Wakil daripada Mentakab. Saya jemput Wakil dari Sabai.

Terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Yang Ke-14. Selamat pagi dan salam sejahtera kepada Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan dan juga pegawai-pegawai kerajaan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberi untuk membahaskan isu-isu yang saya kira amat perlu dititikberatkan dalam Dewan Yang Mulia ini. Sebelum saya meneruskan bahas saya hari ini, saya menyeru Yang Berhormat sekalian agar berpandangan secara terbuka dalam perkara ini iaitu isu pemberian geran tanah kepada pemohon-pemohon yang telah menunggu selama saban tahun mengharapkan jasa baik Kerajaan Negeri. Perkara ini amat serius bukan di kawasan DUN saya sahaja tetapi pejabat saya sentiasa menerima kunjungan dari pemohon yang telah memohon di kawasan lain seperti Pelangai.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Merujuk kepada jawapan bagi pertanyaan bertulis sempena Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Yang Ke-14, saya telah mendapat maklum balas bahawa Kerajaan Negeri sedia maklumkan isu sejumlah 24 permohonan dari penduduk rumah papan kawasan Taman Hijau Karak, Bentong. Pihak PBT telah memaklumkan bahawa pihak mereka mempunyai perancangan untuk membuka sebuah universiti bertaraf antarabangsa di kawasan tersebut, namun sehingga ke hari ini tiada sebarang tanda-tanda ke arah pembangunan sebegitu, malah pihak PBT tidak mampu menguruskan jalan yang sedia ada dengan sempurna selama sekian tahun.

Persoalan saya di sini ialah, adalah pihak Kerajaan Negeri mempunyai sebarang perancangan untuk penempatan semula penduduk di penempatan tersebut atau hanya akan berdiam diri sehingga mereka diusir keluar tatkala pembangunan mula dilakukan di kawasan tersebut walaupun pihak Kerajaan Negeri sudah sedia maklum tentang perkara ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Pihak Kerajaan Negeri juga sedia maklum tentang permohonan dari penempatan seperti Kampung Cherpai, Karak dan kampung tepi sungai yang masih tiada penyelesaian selama bertahun-tahun dan saya pasti dalam isu penempatan ini, tiada sebarang masalah untuk memberikan geran kepada kampung yang telah wujud selama bertahun-tahun sejak kewujudan Pekan Karak lagi. Saya ingin membawa ke perhatian Dewan ini bahawa penduduk di kawasan penempatan ini sedang sengsara selama berpuluhan tahun kerana mereka takut untuk melakukan pembaikan atau kerja-kerja pembinaan semula rumah-rumah papan yang telah usang kerana tiada geran. Mereka juga menghadapi masalah pengurusan sampah, perparitan walhal

sudah ada jambatan yang terputus selama hampir dua tahun, namun tiada sebarang penyelesaian setakat ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya yakin bahawa pihak Kerajaan Negeri juga maklum bahawa permohonan pemilikan- pemilikan sementara secara T.O.L untuk tujuan pertanian juga sangat tinggi di negeri rentetan kesesuaian geografi dan kekurangan peluang pekerjaan. Berikutan saranan Kerajaan Persekutuan rentetan kenaikan harga bekalan sayur, sayur-sayuran sehingga ke tahap menghampiri kadar inflasi yang membimbangkan, saya pasti bahawa ini merupakan masa yang terbaik untuk Kerajaan Negeri mendorong anak muda tempatan yang sedang menunggu selama bertahun-tahun untuk mendapatkan sebidang tanah untuk diusahakan dan amat jelas sekali perkara ini sudah pasti selaras dengan saranan Kerajaan Persekutuan yang sedang menggalakkan rakyat supaya menceburkan diri dalam bidang pertanian walaupun kecil-kecilan untuk mengurangkan impak peningkatan harga hasil pertanian.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya ingin menekankan tentang perlunya sebuah pangkalan data bersepadu, jabatan atau perbadanan dari pihak Kerajaan Negeri agar permohonan-permohonan yang telah menunggu setelah sekian tahun boleh mendapatkan maklum balas dan jawapan yang jelas. Saya pasti isu pencerobohan tanah juga dapat dibendung dengan adanya saluran yang dapat menjawab kemusykilan pemohon dan mendapatkan maklum balas yang sewajarnya. Saya ingin menekankan di sini bahawa sekiranya kekhilafan dari pihak Kerajaan Negeri dalam memproses, pemberian maklum balas dan menyalurkan maklum balas kepada pemohon dapat di atasi, sudah pasti isu-isu penerokaan tanah milik Kerajaan Negeri secara haram dapat dibendung dengan lebih efisien dalam jangka masa yang panjang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya amat berharap agar Kerajaan Negeri dapat meningkatkan ketelusan dalam isu pemerolehan tanah di mana seperti yang telah sebut tadi, pihak Kerajaan Negeri perlu memberikan alasan yang munasabah agar situasi seperti permohonan tanah di Sungai Klau, Telemong di mana terdapat beberapa permohonan tanah untuk pertanian secara kecil-kecilan tidak sampai 0.5 hektar. Setiap permohonan telah dibuat dan mendapat pengesahan permohonan tanah bertarikh 2 Ogos 2016 dari Pejabat Daerah dan Tanah Bentong tetapi tanah tersebut sedang diusahakan oleh sebuah syarikat swasta secara besar-besaran.

Ini secara terang-terang adalah penindasan kepada anak watan kampung ini sendiri dan saya sebagai ADN kawasan tersebut yang sepatutnya menJadi, pengantara di antara Kerajaan Negeri dan rakyat kawasan itu tidak mampu menjawab persoalan-persoalan dari pemohon yang sudah hilang sabar dengan penindasan ini kerana saya sendiri meragui ketelusan pihak Kerajaan Negeri dalam perkara ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Setiap hari pejabat saya menerima aduan tentang gangguan bekalan air tidak berjadual di sekitar Karak. Antara sebab-sebab gangguan adalah seperti paip utama jenis AC 200mm pecah, paip utama jenis PVC 200mm pecah, paip utama jenis poly 315mm pecah dan macam-macam lagi dan juga paip bocor. Berapa lama lagikah penduduk Sabai harus mendengar alasan-alasan ini. Bukankah lebih jimat jika paip-

paip lama digantikan dengan yang baru sahaja daripada membazir wang dan masa dengan kerja-kerja pembaikan. Saya amat berharap bahawa dengan dana yang diperuntukkan untuk naik taraf paip kawasan Sabai juga diberi perhatian dan akan disalurkan dengan dana yang secukupnya bagi mengatasi masalah bekalan air.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Pada 1 Oktober, satu kebakaran yang amat dahsyat telah berlaku di Kampung Baru Karak. Kebakaran bermula lebih kurang pukul 9.00 malam di mana pihak Bomba telah bertungkus-lumus sehingga pukul 12.30 malam untuk memadamkan api. Malangnya api yang membara dengan cepat telah menjilat lebih 50 buah rumah dan 8 buah kedai. Saya berada di tempat keJadi,an pada malam itu dan mendapati pihak Bomba telah berusaha sedaya upaya untuk memadamkan api dan saya ingin mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada pihak Bomba dan juga Unit Bomba Sukarelawan yang tidak kurang peranan dalam proses memadamkan api.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya tidak menafikan bahawa faktor rumah yang rapat serta bangunan kayu menyebabkan api marak dengan cepat, namun saya juga ingin menegaskan bahawa masalah tekanan air yang sangat rendah adalah faktor utama Bomba mengalami kesukaran mengawal api sebelum api marak dari Lorong 1 hingga ke Lorong 5. Saya amat berharap bahawa Kerajaan Negeri akan memandang serius perkara ini kerana selepas kebakaran besar Kampung Baru Karak terdapat beberapa kes kebakaran dilaporkan di sekitar Karak.

Satu-satunya adalah kebakaran yang berlaku di Kampung Sungai Karak pada tengah malam sehari selepas kebakaran di Kampung Baru Karak di mana 3 buah rumah telah dijilat api. Bukan itu sahaja beberapa tiang lampu TNB juga mengalami kebakaran dan memberi tekanan yang amat besar kepada penduduk setempat. Saya amat berharap bahawa pihak Kerajaan Negeri dan pihak TNB akan pandang serius masalah pendawaian elektrik di bangunan lama yang boleh menJadi, faktor utama berlakunya kebakaran.

Oleh yang demikian, saya syorkan supaya kawasan-kawasan yang masih menggunakan pendawaian lama dan berisiko tinggi dikenal pasti dan dinaikan taraf supaya kita dapat menghalang daripada berlakunya sebarang malapetaka seperti kejadian di Kampung Baru Karak.

Akhir sekali, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, seperti sedia maklum ada di kalangan kita sudah menempuh tahun 2021 dengan penuh rintangan dan cabaran dan pastinya terdapat banyak peristiwa yang pahit mahupun yang manis.

Saya berharap semoga kehadiran tahun baru 2022 akan memberi makna yang besar kepada kita serta memberi dorongan untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan yang diimpikan. Slogan-slogan seperti Keluarga Malaysia, Keluaga Pahang, saya nak Keluarga Sabai jugak (ketawa) kepada er...Exco-Exco yang datang ke Sabai dari dulu saya sentiasa menekankan supaya slogan-slogan ini bukannya untuk kita er… gunakan sebagai gimik politik sahaja, tetapi kita mesti praktis.

Semasa kebakaran berlaku di Karak, saya mesti berterima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan juga er…Tengku Mahkota yang telah datang ke Karak tapi kami diberitahu jangan er… datang sebab tak mahu politikkan kedatangan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda. Yang itu

saya faham tetapi bila er… Exco-Exco yang datang, bila Menteri Besar yang datang ke kawasan saya di mana satu malapetaka yang besar telah berlaku, saya berada di sana sejak kejadian itu berlaku sampai api dipadamkan lebih kurang pukul 1, saya pula tidak diberitahu yang Menteri Besar sedang ada di kawasan saya tetapi mangsa-mangsa kebakaran telah datang kepada saya, mereka kata Menteri Besar ada di kawasan kita, you adalah YB. yang kami pilih, Wakil Rakyat mesti datang beritahu er… Menteri Besar apa masalah kami.

So, saya terpaksa chase lari kepada Menteri Besar dan beritahu beberapa perkara, beberapa masalah yang timbul kepada penduduk-penduduk er… Kawasan Sabai. So, sekali lagi perkataan-perkataan, slogan-slogan seperti Keluarga Malaysia, Keluarga Pahang itu bukan semata-mata untuk gimik politik sahaja, kita harus praktis untuk kebaikan er… rakyat. Terima kasih, dengan itu saya mohon sokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey YB. ADUN Sabai. Saya jemput Wakil dari Tanah Rata. Sila.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Pahang Bagi Tahun 2022 yang telah berjaya dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Isnin yang lepas.

Terima kasih kepada semua barisan depan frontliner yang kita hormati kerana melindungi kita ketika wabak COVID-19 yang menular di seluruh negara ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini tentang beberapa perkara yang tidak dibawa dalam Belanjawan Negeri Bagi Tahun 2022.

Yang pertamanya adalah pembinaan Jalan Pintasan Cameron Highlands. Menurut jawapan bertulis yang disediakan oleh JKR Pahang, kajian kebolehlaksanaan Jalan Pintasan Cameron Highlands ini telah berjaya dilakukan dan 3 opsyen telah disyorkan oleh pihak perunding kepada pihak Kerajaan.

Berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) yang lalu kita diketahui bahawa opsyen ke-3 telah dipersetujui iaitu jejambat dan terowong akan dibina dari Ringlet; bandar Ringlet ke Jalan Persekutuan FT185 ataupun lebih dikenali sebagai Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands FT185 dengan beberapa kajian lanjut dan penambahbaikan.

JKP telah mengarahkan supaya pihak perunding mengambil kira dan melaksanakan lebih sempurna. Namun begitu, saya dimaklumkan bahawa keputusan kajian sebenar ini hanya akan diketahui selepas tempoh kajian dibentangkan iaitu selepas 7 Oktober 2021.

Oleh itu, pada masa sekarang sudah sampainya bulan Disember, saya ingin memohon pencerahan dan juga penghuraian lanjut tentang pembinaan tersebut daripada pihak kerajaan sebab kita memandangkan opsyen ke-3 ini melibatkan pembinaan terowong, maka timbulnya kebimbangan bahawa adakah ini sesuai pembinaan terowong ini sesuai di tanah tinggi atau tidak.

Oleh itu, saya memohon pencerahan dan penghuraian yang lebih lanjut daripada pihak kerajaan, dan di samping itu pembinaan jalan pintasan ini adalah projek yang dinanti-nantikan oleh orang ramai. Bukan sahaja orang setempat Cameron Highlands tetapi juga orang ramai dari seluruh negara ini sebab Cameron Highlands ini merupakan pusat pelancongan yang amat popular di Malaysia. Pada musim…bukannya pada musim pelancongan walaupun sekarang bukan musim pelancongan pun kita selalu melihat kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands.

Oleh itu, jalan pintasan ini boleh menyelesaikan masalah lalu lintas di daerah Cameron Highlands. Oleh itu, saya amat berharap pembinaan tersebut boleh direalisasikan secepat mungkin demi kebaikan semua.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Perkara ke-2 yang saya ingin bangkitkan adalah kegagalan cerun dan kejadian tanah runtuh yang sering berlaku dalam atau di sekitar daerah Cameron Highlands. Dalam minggu lalu ataupun bulan ini juga, kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai dan Cameron Highlands iaitu FT185 yang telah meragut 2 nyawa ekoran hujan lebat berterusan dan mengakibatkan hakisan tanah. Saya di sini, ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa kejadian tersebut.

Sesungguhnya, kejadian tersebut bukannya berlaku di dalam Negeri Pahang tetapi di mana lokasinya terletak di sempadan Negeri Perak. Namun begitu Jalan Tapah - Ringlet ataupun dan Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands ini merupakan antara 2 jalan utama untuk memasuki Daerah Cameron Highlands.

Jadi, kita dimaklumkan bahawa keJadi,an tanah runtuh FT185 itu yang berlaku pada bulan September lalu sebab pada bulan September lalu telah pun berlakunya suatu keJadi,an tanah runtuh 2 bulan sebelum ini. Kejadian tersebut, selepas siasatan adalah disebabkan hakisan dan pergerakan tanah di kaki cerun yang telah menerima hujan yang lebat. Lantaran itu tiada sokongan yang kuat bagi bahagian cerun lalu keseluruhan tanah menggelongsor ke bawah termasuk sebahagian jalan raya.

Manakala kejadian tanah runtuh yang berlaku pada minggu lepas walaupun di Jalan Simpang Pulai tetapi di lokasi yang berlainan adalah berpunca daripada bahagian atas puncak bukit ekoran hujan lebat. Selalunya tanah runtuh jenis ini di lereng bukit akan membawa sekali tanah dan pokok-pokok yang di luar kawasan tarahan bukit.

Oleh itu, kita boleh lihat pergerakan tanah ini agak berisiko tinggi untuk ke semua pengguna jalan raya. Bukan sahaja pergerakan tanah akan berlakunya di kaki cerun bukit tetapinya puncak bukit pun ada risikonya dan jelas sekali kita pun tahu punca utama kejadian tanah runtuh ini bukan sebabnya pembangunan atau apa-apa, sebab jalan itu… di sekitar jalan itu tiada apa-apa pembangunan dan juga pertanian. Hah! Jalan itu hanya terletak di lokasi yang hutan simpan. Punca utama kejadian ini kita semua tahu, hujan yang berterusan dan juga lebat. Hujan yang berterusan menyebabkan tanah menjadi… menjadi, lembut dan lepas tu hujan yang lebat, dia akan menjadi, tanah itu runtuh.

Namun begitu, kita tidak boleh menjadikan itu alasan untuk membiarkan kejadian tanah runtuh ini terus memberi ancaman kepada pengguna jalan raya. Oleh itu, kita perlu satu solusi jangka panjang untuk mengurangkan risiko kegagalan cerun ini.

Namun, di Malaysia selalunya tiada peruntukan yang khusus untuk pihak JKR ataupun KKR bagi kerja-kerja pemantauan dan juga penyelenggaraan cerun. Selalunya cuma setelah berlaku kejadian tanah runtuh, baru lah kita ada peruntukan untuk kerja-kerja penstabilan cerun ataupun dengan izinnya slope stabilization dilakukan.

Selalunya ada masalah, ada hakisan tanah barulah kita ada peruntukan untuk membaiki cerun itu. Er…tapi kita tahu er…zaman sekarang sudah berbeza dengan dulu. Dengan teknologi yang er…yang canggih sekarang, pihak KKR ataupun JKR haruslah mampu selalu memantau dan juga memeriksa keadaan cerun yang berisiko ini. Contohnya, dengan penggunaan drone. Kalau ada peruntukan yang lebih baik, yang lebih, kita boleh pakai satellite untuk tujuan pemantauan cerun. Fokus kita tentulah kawasan yang berisiko er…tinggi di tanah runtuh khususnya di kawasan tanah tinggi.

Oleh itu, saya di sini juga berharap, memohon pihak kerajaan boleh lah memberi peruntukan yang khusus untuk pemantauan dan pemeriksaan cerun bagi mengurangkan risiko kegagalan cerun kepada orang ramai. Kita tahu bahawa kemalangan ini kita tidak boleh control, kita tidak boleh kawal, kita juga tidak boleh meramalkan bila-bila nya kemalangan boleh berlaku. Tetapi, hujan lebat dengan hakisan tanah ini kita boleh memantau sentiasa dengan ada nya teknologi yang canggih. Saya pastinya boleh…saya yakin pihak JKR boleh membuat pemantauan yang lebih rapi dan juga lebih lengkap kepada cerun-cerun bukit sebegitu.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Perkara yang ketiga yang saya er…yang saya nak bangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini adalah isu yang paling hangat sekarang iaitu kenaikan harga barangan keperluan ini sudah naik mendadak. Orang ramai banyak meluahkan rasa terbeban dan mereka juga terkesan dengan kenaikan harga barangan mentah seperti ayam, daging, sayur-sayuran, telur serta barang keperluan asas seperti minyak, minyak sawit, minyak…minyak yang kita untuk masak dan juga produk tenusu ini.

Semua barang ini er… macam-macam. Semua menaik… harga dia menaik mendadak. Banyak orang ramai sudah meluah dan ini adalah, saya yakin semua Yang Berhormat dalam dewan ini juga mendengar keluhan-keluhan orang ramai bahawa mereka memang terkesan akibat fenomena ini. Punca kenaikan harga er…barang ini ada banyak. Kita pun tahu, tadi ada YB-YB juga ada berbahas bahawa semua aspek dalam rantaian penghasilan, pengeluaran, pemprosesan, penghantaran dan juga pembekalan makanan ataupun barangan keperluan asas ini telah meningkatkannya kos masing-masing. Semua aspek dalam rantaian ini, semua aspek dia meningkat kos.

Oleh itu, kita disini juga tidak nak menyalahkan, er…kita nak salahkan pengeluar ataupun pekebun, petani, peniaga bahawa mereka yang sengaja menaikkan harga ini, tidak. Kita tengok balik semua bahan mentah yang diperlukan dalam rantaian pengeluaran dan juga er…pemprosesan ini, semuanya menaik.

Oleh itu, kita tidak boleh menyalahkan mereka bahawa mereka yang menyebabkan kenaikan harga ini. Yang pentingnya ialah kita perlu melakukan inisiatif yang cukup inclusive untuk membantu. Bukan katanya menurunkan tetapi kita perlu mengawal, kita perlu stabilize kenaikan harga ini. Dan tambahan pula kita boleh lihat keadaan dimana cuaca yang buruk pada…bukan pada bulan ini saja tetapi pada masa yang akan datang, kita juga boleh meramalkan cuaca buruk ini akan sentiasa berlaku telah menyekat bekalan makanan ini menjadikannya lebih mahal.

Dan ia adalah amat membimbangkan kerana nya akan menghakis kuasa beli pengguna terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Oleh itu kita…kita akan menjangkakan harga barang keperluan ini akan terus meningkat pada bulan-bulan yang akan datang seperti yang kita boleh lihat di negeri yang…di negara yang lain pun sama.

Itu sebabnya, kenapa saya di sini juga sentiasa memohon kepada pihak kerajaan sebab di Negeri Pahang, kita adalah salah satu negeri yang mengeluarkan banyak makanan. Kita…negeri kita ini ada banyak pekebun dan juga petani. Dan kenapanya saya sentiasa merayu kepada pihak kerajaan supaya boleh memberi pengecualian cukai ataupun sewaan tanah kepada pihak pekebun dan juga petani dalam tempoh 2-3 tahun ini saja.

Bagi kita untuk mengurangkan kos pengeluaran ini. Dan untuk cukai kelestarian yang telah er… yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan semalam, iaitu yang akan mula dilaksanakan pada tahun depan iaitu kadar cukai RM3.00 akan dikenakan kepada penginap hotel bagi satu malam.

Saya berpendapat ini adalah satu inisiatif yang baik… baik… bagus. Tetapi saya rasa juga buat masa sekarang, belum lagi masa yang sesuai untuk melaksanakan dasar ini. Sebab kita tengok sektor pelancongan ini, kita belum lagi pulih… belum lagi pulih sempurna daripada Pandemik COVID-19. Sedangkan kita tahu varian baru COVID-19 ini iaitu Omicron ini akan menJadi, ancaman baru untuk negara. Dan yang paling penting ialah sempadan negara kita belum lagi…belum lagi bukak semua, masih tertutup. Oleh itu, kita er… kita tiada pelancong asing ataupun ada pun kurang. Pelancong asing masih tiada.

Oleh itu, untuk kebanyakan pengusaha pelancongan, mereka masih dalam keadaan yang agak baik. Mereka belum lagi, mereka sudah menderita sejak 2 tahun, sejak COVID-19 ini akibat MCO. Dan pada tahun depan saya rasanya belum lagi sampai nya masa yang sesuai untuk melaksanakan cukai kelestarian ini. Saya…saya…saya…saya kata ini inisiatif yang bagus. Cuma belum er…masa yang sesuai lagi.

Oleh itu, saya juga difahamkan kedudukan kewangan negeri kita adalah dalam keadaan yang sangat sihat dan er…bagus. Tetapi yang penting ialah saya rasanya rakyat belum lagi. Negeri, Kerajaan Negeri, negeri kita kaya dan kedudukan kewangan kita ada dalam keadaan yang sihat dan bagus. Tetapi rakyat lagi. Kita belum sedia lagi.

Oleh itu, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa tiada maknanya kalau kita semata-matanya mengutip cukai daripada rakyat kita sendiri sahaja. Sebab untuk sektor pelancongan ini lebih baik adalah kita mengambil cukai daripada pelancong asing bukannya kalau semata-mata daripada rakyat sendiri, tak baik lah. Oleh itu, saya memohon kerajaan supaya kerajaan boleh mempertimbangkan semula dasar ini dilaksanakan pada tahun depan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Dan akhirnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan kerajaan dan juga agensi dan badan berkanun kerajaan yang telah memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, terima kasih YB Tanah Rata. Seterusnya saya menjemput wakil dari Sungai Lembing.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum WBT. [Ayat al-Quran]

Tuan Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu saya merakamkan penghargaan tahniah setinggi-tingginya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Utama Menteri Besar Pahang kerana er…di atas Pembentangan Belanjawan Pahang Tahun 2022 pada hari semalam.

Tuan Yang di-Pertua,

Belanjawan tersebut memberi fokus kepada 5 strategi utama iaitu memenuhi keperluan asas rakyat, melengkapkan kemudahan asas rakyat, mensejahterakan kehidupan dan pembangunan Sosio Ekonomi Pelan Pemulihan Pasca COVID-19 bagi melonjak ekonomi negeri dan pemantapan pentadbiran. Jadi, bagi saya Tuan Yang di-Pertua, pembentangan yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Utama mencakupi semua aspek. Takde menda yang boleh dikatakan yang Dato’ Sri Menteri Besar tak sentuh. Jadi, kita berharaplah mudah-mudahan dengan er…kita dapat melaksanakan, memenuhi, apa yang dalam ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri itu er… Negeri Pahang ini semakin mantap. Insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua,

Ada er… beberapa perkara yang saya ingin sentuh er…bagi sayalah dalam keadaan sekarang kalau masa dulu di Negeri Pahang ni er…bila kita bajet defisit, ada banyak sungutan dan rungutan. Jadi, kita sekarang ini dah melangkah ke hadapan. Kita berharap semua sekali seluruh rakyat Negeri Pahang, pemimpinnya dan segenap lapisan golongan masyarakat memberikan kerjasama bagi kita menjadikan Negeri Pahang, negeri yang terkedepan di Pantai Timur dan antara negeri yang akan melangkah maju di Malaysia ini. Insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua,

Dalam bajet ini, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar telah… Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM140 juta bagi program-program ataupun peruntukan keagamaan. JAIP, Jabatan Mufti, Jabatan Kehakiman Syariah dan lain-lain lagi.

Dalam hal ini, kita juga dalam bab-bab bidang agama ini, kita juga berharap supaya di samping pihak Kerajaan menekankan semua sekali dalam aspek-aspek keagamaan mendirikan masjid, surau, sekolah-sekolah agama dan lain-lain. Saya hanya ingin menyentuh sedikit berkaitan dengan kebajikan, nasib guru-guru KAFA. Jadi, guru-guru KAFA ni er… kalau daripada segi bidang tugas, tanggungjawab berat macam guru-guru yang lain juga. Kita tengok macam er… baru-baru ini kes COVID, macam mana guru-guru KAFA mengajar murid-murid, macam mana guru KAFA melakukan peperiksaan secara maya dengan murid-murid.

Jadi, tugas mereka teruk tetapi elaun mereka tidak memadai. Kebajikan mereka kurang. Jadi, saya berharaplah supaya pihak Kerajaan Negeri dapat memberikan pertimbangan dan juga ihsan kepada nasib guru-guru KAFA tersebut. Mereka hanya diberikan elaun bukannya gaji. Tak ada apa-apa keistimewaan yang lain, sekali sekala dapat one-off. Peruntukan lebih kurang er… elaun lebih kurang RM1,000.00 sebulan. Sedangkan tugas dalam keadaan sekarang ni kita tahu, RM1,000.00 tu tak mencukupi. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat memberikan pertimbangan sebab kita tahu peranan guru-guru agama ni walaupun guru KAFA mengajar budak-budak sekolah rendah sangatlah penting dalam masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua,

Selain daripada itu, baru-baru ini, bukan barulah agak lama juga. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang er… ada menetapkan ataupun menitahkan Kerajaan Negeri mengadakan buffer zone di kawasan-kawasan yang tertentu. Misalannya di kawasan-kawasan kalau dulukan er… Duli Yang Maha Mulia Tuanku memberikan pandangan menitahkan cadangan berkenaan dengan Chini. Jadi, saya juga berharap supaya konsep buffer zone, zon penampan ini dapat diperluaskan di seluruh Negeri Pahang.

Misalannya kalau di Cameron Highlands, tadi Wakil Cameron Highlands bercakap Tanah Rata. Cameron Highlands ini terkenal dengan sejuk, Jadi, kita kena pastikan bahawa apa-apa berlaku di Cameron Highlands ini sentiasa sejuk dan dingin sebab itu antara minat dan hasrat pelancong-pelancong datang ke Cameron Highlands. Jadi, kita kena ada pemantauan, pastikan. Kalau kita tengok pembangunan misalannya sampai ke mercu tanah-tanah tinggi pun dah ada orang tanam sayur, contoh dia.

Begitulah juga di kawasan saya, di Sungai Lembing. Flora dan faunanya, kehijauannya, Bukit Panorama misalannya. Di Bukit Panorama yang di sebelah sana tu, ada kawasan perlombongan. Kawasan perlombongan tu kalau ikut komen dari pelancong-pelancong, bila pandang kalau nak tengok matahari terbit, rosak sebab habis er… apa ni kawasan-kawasan yang sepatutnya hijau, jadi kering kontang. Sedangkan Sungai Lembing itu adalah tarikan pelancong, kehijauannya.

Jadi, itulah sebabnya penting, kita menerapkan atau pun kita menjadikan, menetapkan kawasan-kawasan yang perlu untuk jadikan sebagai zon penampan. Bukannya banjir sahaja ada penampan sekarang ni pelancongan pun kita kena er… menitikberatkan sebab itulah dia antara yang menJadi, sumber kebanggaan dan juga sumber ekonomi bagi Negeri Pahang.

Tuan Yang di-Pertua,

Di samping itu juga, saya amat tertarik er…dengan pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar terutama sekali dari segi perumahan rakyat. Rumah Rakyat Pahang, alhamdullilah er…Kerajaan Negeri pada tahun hadapan akan tambah kepada 6 biji rumah bagi setiap DUN kemudian perbelanjaannya pula daripada kos RM65 ribu, dia tambah kepada RM75 ribu. Saya menyanjung tinggi di atas keperihatinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, hanya saya berharap masa pembinaan rumah RRP tersebut biarlah kita masukkan sekali kos bekalan api dan air. Jadi, orang tu memang orang dah susah. Bila sampai masa kos bekalan api dan air. Tak de orang lain nak terkam, dia terkam Wakil Rakyat.

Tuan Yang di-Pertua,

Jadi, saya harap maknanya dalam pembinaan rumah yang akan datang ni, masukkan sekali kos bekalan api, bekalan air kemudian saya dengarnya nanti, perabot pun akan diberi. Syabas dan tahniah di atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang.

Tuan Yang di-Pertua,

Di samping itu juga, kita difahamkan hutan simpan kekal Pahang kini 1.6 juta hektar iaitu 57% daripada keseluruhan kawasan hutan Negeri Pahang ini. Ketika ini kawasan tadahan air seluas 343,503.35 hektar, 10% keluasan tanah di Pahang.

Saya ada terbaca dalam media baru-baru ini, Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Kedah, keluasan kawasan tadahan hujan, kalau tak silap saya 344,000 hektar. Dia claim minta pampasan dengan Kerajaan Pusat RM100 juta setahun. Jadi, kita berharap er… seperti mana kita tahu Yang Amat Berhormat Dato’ Sri ada mengajukan permohonan kepada Yang Amat Berhormat PM. PM pun dengar-dengarnya macam bersetuju. Jadi, kita berharaplah dengan pengorbanan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk mengekalkan kawasan tadahan hujan dan mempastikan 2, 3 negeri er… di sekeliling kita ni pun tak tandus er… bekalan air er… Kerajaan Negeri er… Kerajaan Malaysia, Kerajaan Pusat akan dapat mempertimbangkan keadaan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua,

Baru-baru ini er… Menteri Kerajaan Pusat, Tok Pa datang er… ke Kuantan mengumumkan er… Projek Cadangan Pembinaan Jalan Sg. Lembing-Jerantut yang daripada tahun 1980 lagi Wakil Rakyat pada masa itu er... membawa usul er... dalam Dewan Yang Mulia ini er... Jadi, nampaknya kerajaan er... Pusat er...dah menetapkan mungkin pembinaan tersebut akan berlangsung pada tahun 2030 nanti.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, bagi sayalah er...dengan adanya jalan-jalan er...tersebut kemudian cadangan pembinaan er...Lapangan Terbang Antarabangsa di Gebeng sudah tentulah er... kita membayangkan betapa lancarnya kepesatan ekonomi dan juga aktiviti pelancongan yang akan berlangsung di antara Pahang Barat Pahang Timur, Kuan… Sg. Lembing, Jerantut Taman Negara, Bandar Tun Razak, Jengka.

Jadi, saya juga berharap Tuan Yang di-Pertua, kalau sekiranya ada cadangan daripada mana-mana pelabur untuk mempercepatkan pembinaan jalan Sg.Lembing, Jerantut mungkin dengan cadangan satu pertubuhan pusat ekonomi yang baru bagi apa merancakkan lagi ekonomi er...di tengah-tengah antara Kuantan er...ke Jerantut er... saya berharap er... Kerajaan Negeri juga Kerajaan Pusat dapat mempertimbangkan hal tersebut er... dalam mungkin er...dalam beberapa kaedah supaya mudah-mudahan cadangan tersebut akan dapat dilaksanakan. Saya tak dapat er... bayangkan macam mana ya keadaan yang akan berlaku pada masa itu. Tuan Yang di-Pertua,

Di samping itu juga, kebajikan Orang Asli. Kebajikan masyarakat Orang Asli, Orang Asal ni pun turut er... menjadi, fokus dalam er... ucapan belanjawan YAB. Dato Sri Utama Menteri Besar Pahang. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya nak bertanya pihak kerajaan, ada dua projek er... pertanian orang Asli ni.

Pertamanya, di Kg. Sungai Emas, dulu bagi kepada Koperasi Kijang Emas. Balak habis tapi projek sampai sekarang ni tak berjalan dengan penuh lancar dan sempurna. Jadi, Orang Asli tak dapatlah elaun-elaun atau pun er... dividen-dividen daripada projek tersebut. Jadi, saya nak tanya apa dah jadi tu dengan Koperasi Kijang Emas?

Senyap. Walaupun YAB. dah umumkan ORACO tu tapi kita nak supaya kesinambungan projek tu mesti dijalankan terus.

Begitulah juga hasrat masyarakat orang Asli di Kampung Bukit Bangkong di mana er... projek-projek yang telah pun ada di Kampung tersebut tak cukup untuk er... beberapa orang atau beberapa ratus er... orang er... peserta ataupun penduduk di kawasan tersebut. Di samping itu juga, saya menyampaikan er... hasrat dan juga permohonan daripada masyarakat Orang Asli di kawasan DUN Sg. Lembing ni mohon pembinaan rumah-rumah baharu. Mohon pembaikpulihan rumah-rumah atau pun kediaman mereka yang ada pada masa sekarang ni.

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan pencapaian er... kutipan hasil er... RM1 bilion kemudian pembentangan bajet, kita pun RM1 bilion. Jadi, er... di sini kita menampakkan bahawa er... pentadbiran kerajaan kita ni er... semakin gagah, semakin kemas dan semakin menuju ke ke arah yang lebih jelas untuk kita berjaya.

Dalam hal ini, saya juga mencadangkan er... pelaksanaan mungkin beberapa aspek kita dah laksanakan konsep er...smart city Tuan Yang di-Pertua. Jadi, konsep er...smart city ni telah dilaksanakan di Putrajaya, Cyberjaya, Bandar raya Kuala Lumpur, Sri Iskandar Johor dan juga Selangor, smart Selangor.

Kita yakin Tuan Yang di-Pertua, dengan mengwujudkan sistem bandar bersepadu memberikan banyak faedah kepada rakyat bukan sahaja untuk meninggikan kualiti hidup tetapi juga untuk pastikan kemampanan dan kepenggunaan sumber yang sebaik mungkin. Penggunaan komunikasi dua hala secara digital ini juga dapat menyediakan mutu kepenggunaan dan perkhidmatan yang lebih baik.

Penyesuaian ini bergantung kepada pendekatan bersepadu daripada semua sektor ekonomi, konsumerisme, sektor swasta serta khususnya Kerajaan Pahang dan rakyat Pahang sendiri. Dengan sokongan dan infrastruktur yang tepat, bandar pintar boleh beri kesan positif kepada semua pihak serta meningkatkan taraf ekonomi dan mencipta penyelesaian bersama seiring dengan keadaan dan ekonomi semasa di negeri kita yang tercinta ini.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, itulah kita berharap er... prasarana daripada segi digitalnya kita mesti pastikan er... prasarana ter… terutama sekali di bandar ni er... mesti cukup sebab macam mana pun kita tahu pada masa sekarang ni er... beberapa tempat di bandar Kuantan pun kadang-kadang putus-putus juga er... line… line ni… line apa wireless sekarang ni.

Jadi, itu kita berharap dalam hal ini kalau kita er... benar-benar nak melangkah ke arah yang lebih gagah, lebih megah er... kita perlu bersedia ke arah itu.

Tuan Yang di-Pertua,

Er... menyebut er... berken… berkenaan dengan pasca COVID-19, kita bersyukur kepada Allah kita ni dah sampai ke dia panggil apa er... tahap 4 ya peringkat 4. Jadi, er... keadaan er... masyarakat boleh berjalan aktiviti macam biasa hanya dengan macam-macamnya ada varian ada Omicron yang ternyata lebih dahsyat lebih merbahaya er... suntikan booster yang ketiga belum tentu lagi Tuan Yang di-Pertua, mungkin akan ada yang keempat, yang kelima pada masa akan datang. Takut ada lagi varian ataupun Omicron yang baharu pula. Jadi, masalah ni tak habis-habis.

Jadi, apa yang penting sekali kepada kita semua, kepada seluruh rakyat di Negeri Pahang ni Tuan Yang di-Pertua, jangan lupa er... jaga SOP. Itu yang penting sekali. Dah kita nak makan ubat, ubat pun belum tahu lagi sama ada kita ni betul-betul kebal atau pun tidak Tuan Yang di-Pertua. Jadi, tu yang penting sekali saya menyeru kepada seluruh rakyat Negeri Pahang jaga SOP. Er... macam yang kita buat kita laksanakan pada masa sekarang ni.

Di samping itu juga bagi saya Tuan Yang di-Pertua, amalan yang diajar dalam islam, amalan makanan sunnah er... bagi saya sangat baik. Minyak habbatus sauda ataupun jintan hitam, minyak zaitun, makan buah kurma makan apa suma er... macam serbuk daripada Timur Tengah tu. er... itu antara er... boleh membantu..

Yang di-Pertua (Speaker)

YB…YB., ada makan serbuk tu?

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada makan serbuk tu?

Ada makan Tuan Yang di-Pertua tapi daun ketum tak minumlah. Ada yang kata daun ketum pun bagus Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, er... kita mengucapkan syabas dan tahniah Tuan Yang di-Pertua kepada Kerajaan Pusat dan terutamanya kepada er... YAB. Dato’ Sri Utama Menteri Besar Pahang kerana mengambil berat, prihatin dan boleh katakan Negeri Pahang ni kita bantu rakyat yang memerlukan semua terima bantuan. Habis daripada wakil rakyat, pemimpin er... parti-parti, NGO, semua turun bagi kita membantu. Itulah sebabnya kita bersyukur kepada Allah S.W.T., Tuan Yang di-Pertua, tiada dah bunyi kes bunuh diri ni. Kita bersyukur kepada Allah itu maknanya er... rakyat rasa tenteram dan selesa. Kalau dulu er... lepas terlalu banyak sekatan-sekatan. Jadi, rakyat rasa tertekan dan terseksa.

Yang di-Pertua (Speaker)

Masa Yang Berhormat.

Sikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Akhirnya…

Yang di-Pertua (Speaker)

Jaga masa Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, hati kena jaga juga Tuan Yang di-Pertua. Sikit lagi. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, er... disamping itu juga kita bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana ki… Pahang ni er... memiliki kepimpinan yang teguh, yang kuat bersemangat, berjiwa rakyat, tapi juga kita mendapat penaung iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Pahang dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Mudah-mudahan Negeri Pahang ini akan terus aman makmur dan berjaya dalam hasrat dan cita-cita kita. Tuan Yang di-Pertua dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya kita pergi kepada wakil daripada Tahan, Tahan ya. YB sila.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah [Bacaan dalam Bahasa Arab].

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, seluruh ahli mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, alhamdulillah pertama sekali saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk bersama-sama dalam persidangan pada kali ini dan diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan er... bajet bagi 2022.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ucapan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar di atas pembentangan belanjawan 2022 pada hari semalam yang merupakan belanjawan penting dalam usaha kita untuk memulihkan ekonomi dan juga sara hidup rakyat impak daripada pandemik COVID-19. Saya menyokong penekanan dalam belanjawan ini terhadap pelbagai inisiatif yang diambil dalam isu terutamanya dalam isu perumahan rakyat dan juga pemilikan tanah. Tidak kurang daripada 7 langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan negeri dalam perkara ini. Antaranya RRP, Prima Rumah Makmur, PPRM, RPAP dan juga sebagainya.

Pada masa yang sama, saya juga mengharapkan dan saya penuh yakin bahawa inisiatif ini akan melibatkan golongan anak muda sebagai salah satu kumpulan sasar utama yang akan menerima manfaat yang besar daripada inisiatif yang dirancang ini. Tahniah juga saya ucapkan di atas langkah pembatalan GSA yang merupakan tindakan proaktif bagi memastikan anak-anak muda generasi kedua FELDA juga dapat memiliki tanah juga tapak rumah dan sehingga kini telah ramai yang bertanya kepada saya bagaimana caranya mereka hendak mendapatkan er... tanah ataupun peluang untuk mendapatkan tanah terutama daripada anak-anak generasi kedua di FELDA yang saya yang berada di dalam kawasan saya.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Dalam strategi ketiga kerajaan telah meletakkan prospek kerjaya bagi belia Pahang. Saya ingin mengambil perhatian Dewan Yang Mulia ini bahawa keadaan kadar pengangguran di peringkat nasional pada September 2021 adalah masih tinggi iaitu sebanyak 4.5% membabitkan 700,290 orang. Ini sangat berbeza dengan angka

sebelum pandemik COVID-19 iaitu 3.2% ataupun 511,700 orang yang menggangur pada Januari 2020. Oleh yang demikian, prospek kerjaya ini perlu dirancang secara bersasar bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan anak muda di seluruh Negeri Pahang. Saya mengharapkan agar kerajaan kita berbelanja besar, kita tidak mahu kerajaan kita berbelanja besar bagi menyediakan peluang kerjaya tetapi akhirnya tidak sampai kepada golongan sasar yang sepatutnya. Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Jutaan ringgit yang dibelanjakan bagi pembangunan anak muda Pahang juga mestilah tidak hanya ditumpukan kepada bentuk fizikal dan material semata-mata. Aspek spiritual dan juga kerohanian juga mestilah menjadi, aspek penting dalam pembangunan anak muda. Oleh itu saya berkeyakinan penuh bahawa aspek ini akan dimasukkan ke dalam blueprints khusus anak muda yang dirancang di mana kerajaan merancang untuk membelanjakan sebanyak RM3 juta bagi tujuan blueprints tersebut.

Dalam pembangunan generasi muda ini, kerajaan sepatutnya juga menumpukan kepada pembasmian unsur-unsur negatif yang boleh mengancam kehidupan anak muda sebagai pelbagai kaum dan agama. Salah satunya adalah perjudian. Oleh kerana itu, saya melihat sudah sampai masanya ataupun mungkin Kerajaan Negeri Pahang boleh mencontohi usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, Negeri Terengganu dan terbaru Negeri Kedah iaitu langkah untuk menghapuskan er... untuk tidak memperbaharui, untuk tidak memperbaharui lesen premis perjudian. Mudah-mudahan hasil daripada pendekatan ini kita akan mendapat keberkatan daripada Allah dan juga kemakmuran daripada Allah SWT, sesuai dengan gelaran Darul Makmur bagi Negeri Pahang.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Minta celah,

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Bolehkah saya tanya wakil daripada PAS, kenapa mesti nak tutup kedai judi? Saya tahu muslim tak boleh judi, tapi bukan muslim mereka ada hak untuk judi, tapi saya bukan galakkan judi, tapi ini hak asasi bukan muslim. Oleh itu saya nak tanya PAS kenapa nak selalu galakkan tutup ini tutup itu, rokok pun tak baik tapi adakah PAS setuju untuk bankan ataupun tak setuju bagi mereka er...teruskan rokok. Sila jawab!

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Banyak benda negatif yang ada yang boleh memberikan kesan buruk kepada pembangunan negara juga insan. Saya sebut satu contoh sahaja sebagai cadangan saya kepada kerajaan negeri kita dengar nanti apa respons daripada Kerajaan Negeri.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya beralih kepada beberapa perkara yang berkaitan dengan kepentingan rakyat DUN Tahan pertama sekali berkenaan isu air. Saya pertama sekali saya ucap terima kasih banyak-banyak di atas pengumuman yang diberi oleh Dato’ Sri Menteri Besar yang mana pihak PAIP akan menggunakan dana dalaman mereka untuk menyelesaikan isu-isu berkenaan air, disebut jugak akan diberi keutamaan kepada isu berkenaan air yang berlaku di dalam FELDA Sungai Retang.

Dan saya jugak mengucapkan terima kasih kepada pihak FELDA yang saya difahamkan FELDA juga memperuntukkan satu peruntukan untuk membina tangki simpanan dalam er… FELDA Sungai Retang dan saya harap er... pelaksanaan kerja-kerja ini akan menyelesaikan masalah yang telah berlaku lebih daripada 10 tahun kepada penduduk FELDA Sungai Retang dan juga sekitarnya. Dalam masa yang sama saya juga mengharapkan agar kepentingan atau bekalan air bersih kepada penduduk kampung Tandah Pindah Bukit Mat Dali dan juga Kampung Batu Balak dan beberapa buah kampung jugak yang belum lagi er... yang belum lagi memiliki ataupun mendapatkan bekalan air bersih jugak akan terus diberikan perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri.

Seterusnya berkenaan naik taraf jalan-jalan. Saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang saya dimaklumkan akan meneruskan er… penyambungan projek jalan raya daripada Kampung Bantal ke Pasir Raja dan juga ianya akan merancakkan lagi ekonomi insya-Allah di antara Negeri Pahang dan juga Negeri Terengganu. Namun saya juga mengharapkan agar jalan dalam yang berada laluan di antara Kampung Bantal sehingga Kampung Mat Daling, jalan dalam di Kampung Kuala Sat dan juga jalan dalam bagi menghubungkan Kampung Batu Balak juga diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak Kerajaan Negeri.

Sekarang kita hampir kepada musim banjir. Di antara dua lokasi yang menjadi, hotspot kepada er… dalam DUN Tahan yang akan memutuskan perhubungan banyak kampung, daerah itulah laluan simpang Paya Garut dan juga laluan di er… Sungai Kerak iaitu menghala ke Kuala Tembeling yang menghubungkan er… Jerantut dan juga Lipis.

Dua kawasan ini sekian lama bila berlaku limpahan air akan ditengelami air dan memutuskan perhubungan dan menyebabkan ramai er… terperangkap. Oleh kerana itu saya mengesyorkan agar sama ada naik taraf ataupun naik aras perlu er… dibuat er… kepada dua laluan ini.

Di akhir sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kerana secara khusus telah menyebut er… dalam bajet yang dibentangkan pada hari semalam berkenaan dengan isu ancaman gajah liar. Saya rasa pun er… sebenarnya ada soalan kalau tak silap saya berkenaan dengan gajah ni. Tapi tak muncul lagi soalan tersebut. Jadi, saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah…

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencelah. Soalan tu bukan sengaja tidak muncul tetapinya telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Pulau Tawar, 2 bulan yang lalu, 3 bulan yang lalu. Dan atas sebab itulah baharu-baharu ini semalam saya membentangkan bajet kita memperuntukkan RM1 juta untuk membuat pembayaran ganti rugi. Jadi, dua-dua daripada Jerantut membangkitkan tetapi oleh sebab saya selalu berjumpa dengan Yang Berhormat daripada Pulau Tawar, tiap-tiap minggu dia bercakap pasal gajah ini dan akhirnya EXCO buat

keputusan beliau dilantik sebagai Pengerusi Gajah Liar Pahang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga terima kasih kepada Pengerusi Gajah Liar Pahang.

Akhir sekali saya ingin mewakili semua er… rakyat DUN Tahan er… khususnya yang terlibat dalam lawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada er… bulan yang lalu. Dan mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan er… Dato’ Sri Menteri Besar kerana beberapa kali sepanjang sesi ini telah mengadakan lawatan ke DUN Tahan. Mudah-mudahan tahan manfaat daripada er…pembangunan dan juga daripada pendapatan er… Negeri Pahang ini akan terus dapat dinikmati oleh er… rakyat di dalam DUN Tahan. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Wakil daripada ADUN Tahan. Sekarang saya jemput Wakil daripada Jengka. Sila.

[Bacaan dalam Bahasa Arab] Assalamualaikum WBT dan selamat petang. [Ayat al-Quran] Terima kasih kepada Dato Sri Yang di-Pertua, kerana memberi ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan Belanjawan Negeri Pahang 2022 yang dibentangkan semalam oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang bertemakan ‘Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama, Rakyat Sejahtera”. Satu tema yang besar yang memberi makna dalam dan bererti kepada seluruh rakyat Pahang.

Saya ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri dan pasukannya yang bekerja keras dengan penuh teliti dalam menyediakan bajet yang mampan bukan suatu yang senang untuk menyediakan bajet waktu negara dan negeri dilanda pandemic COVID-19, kerana banyak perkara luar jangkaan. Ini mari virus yang baharu pulak ni kita tak tahu harap-harap nauzubillah er… tidak memberikan kesan yang banyak kepada Negeri Pahang ini. Insya-Allah ya.

Bajet yang boleh saya sifatkan sebagai bajet yang komprehensif. Dirangka dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak demi memastikan semua golongan masyarakat merasai manfaatnya sesuai dengan tema yang di… disebut semalam.

Bajet ini juga menunjukkan bahawa kedudukan kewangan semasa Negeri Pahang berada dalam keadaan stabil walau berdepan dengan pandemik COVID-19. Syukur alhamdulillah. Bajet ini saya lihat RM1.036 bilion yang menunjukkan peningkatan sebanyak 236 juta hasil negeri berbanding 2021. Saya kira ia suatu bajet yang realistik berdasarkan asas-asas yang dinyatakan di dalam bajet yang dibentangkan semalam dan berdasarkan unjuran ekonomi Pahang yang dijangka pulih dan rancak pada tahun 2022, insya-Allah.

Aspek iman dan takwa harus dijadikan dasar dalam pentadbiran negeri. Agar Pahang terus maju dan rezeki diperluaskan oleh Allah SWT inilah er…satu garis panduan yang disebut dengan izin Allah SWT kata [ayat al-Quran]. Kalau penduduk sebuah negeri, negara itu beriman dan bertakwa kepada Allah SWT dan Allah SWT nescaya kami akan buka pintu rezeki yang berkat daripada langit dan juga bumi. Manalah tahu akan

datang Pahang ini ada minyak. Katanya Pahang ini ada emas yang banyak. Wallahu a’alam. Tak boleh sebutlah di sini. Nanti habislah korek tanah.

Dato Sri Yang di-Pertua,

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya dalam bajet yang dibentangkan semalam, antaranya yang pertama ialah pembatalan GSA di kawasan-kawasan pocket land di kawasan FELDA. Ini disebut dalam bajet. Sudah tentu perkara ini menggembirakan generasi muda peneroka FELDA. Generasi kedua, generasi ketiga. Ia sekaligus membolehkan generasi kedua, ketiga, keempat dan ia menggambarkan satu mempunyai peluang cerah untuk memiliki tapak rumah sendiri.

Apa yang dilakukan ini sangat membantu anak-anak peneroka. Saya pun anak peneroka, Dato’ Nazri pun anak peneroka. Tetapi Dato’ Nazri tak bolehlah bagi tapak rumah kepada dia, dia sudah ada. Saya pun dah ada. Apa yang dilakukan ini sangat membantu anak-anak peneroka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan tanah. Saya yakin di kalangan kita yang ada tanah Rancangan FELDA di kawasan DUN masing-masing ketika kita melawat, menziarahi beberapa keluarga kita dapati kadang-kadang lima, enam keluarga duduk dalam satu rumah terpaksa kerana mereka tidak berkemampuan. Jadi, sudah tentu apa yang telah dilakukan oleh kerajaan ini sangat mengembirakan peneroka asal dan generasi-generasi muda yang sekarang ini semakin ramai.

Cuma kita harap ialah supaya er… pemilihan peserta mestilah adil dan berdasarkan kepada kelayakannya untuk mendapatkan tapak rumah tersebut dengan kita berpandukan kepada pemimpin-pemimpin masyarakat setempat untuk kita memberikan kepada mereka yang layak insya-Allah. Tahniah Kerajaan Negeri.

Yang kedua, pembangunan sosial ekonomi komuniti rentan yang disebut semalam telah dinaik taraf di kawasan Jalan Wong Ah Jang. Kawasan ini saya pun rasa hendak pergi buat lawatan kot kawasan ini bersama dengan Dato’ Sri Shahaniza insya-Allah ya. Kawasan ini yang…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, maafkan saya…

Yang Berhormat Yang di-Pertua, elok bawa muhrimlah. Kalau berdua, tak berapa elok.

Yang di-Pertua (Speaker)

Nak tambah, nak betulkan sikit Yang Berhormat dalam tataurus Dewan ni, kita lebih sesuai memanggil Wakil Kerajaan daripada DUN Kuala Sentul, pengerusi apa gajah liar tadi, DUN Pulau Tawar daripada kita menyebut nama Yang Berhormat.

Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bukan apa ni adalah satu pembaharuan untuk memberitahu Yang Berhormat sebab tu saya panggil wakil daripada Jengka saya tak sebut nama wakil daripada Damak…ha, Jadi, dalam Dewan kita gunakan cara itu sebenarnya. Terima kasih Yang Berhormat ya.

Terima kasih Dato’ Sri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya sila.

Jadi, pembangunan sosioekonomi naik taraf jalan Wong Ah Jang dan saya gembira apabila disebut program diadakan program intervensi, transformasi positif ada anak er... terbiar yang dulu tak boleh baca al-Quran sekarang dah boleh baca al-Quran, alhamdulillah. Apa yang saya nak kaitkan di sini kita bukan hanya ada di kawasan Wong Ah Jang itu sahaja tetapi di seluruh Pahang ini kita berdepan dengan ada anak luar nikah, ada anak terbiar dan sebagainya.

Maka kita er... bersama dengan agensi-agensi kerajaan kita memberikan tumpuan mudah-mudahan supaya mereka ini juga dapat kita didik dan dalam masa yang sama manusia ni juga ada kadang-kadang kita boleh dengar nasihat ada yang nasihat pun dia tak pakai Jadi, ada manusia perlu dengan undang-undang yang perlu kita upgrade supaya mereka ini di control dengan undang-undang yang kita draf bersama untuk kebaikan kita sebagai rakyat dalam Negeri Pahang, insya-Allah.

Saya juga ingin menyentuh beberapa isu di kawasan saya. Pertama, tadi saya lihat er...pagi tadi er...Yang Berhormat dari Berserah ada menyentuh dan saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan kediaman orang-orang melayu di Jalan Besar Matau, Bandar Pusat Jengka yang saya difahamkan mereka ini terpaksa berpindah kerana sudah ada satu syarikat yang diberikan untuk memajukan kawasan tersebut. Mereka ini sudah mereka dalam 11 keluarga bertemu dengan saya bagaimana nak buat mereka sudah menduduki di situ melebihi 40 tahun dengan membayar T.O.L sehingga ke tahun 2000 T.O.L itu diberhentikan.

Mereka duduk sejak tahun 1985 bayar T.O.L setiap tahun dan mereka mohon tanah tersebut orang kampung kata sekangkang kera bukan luas pun dia nak supaya mereka dapat membina kediaman tapi sekarang mereka pun sudah mendapat notis supaya keluar daripada kawasan tersebut. Jadi, apa yang saya harapkan ialah supaya ada alternatif... okey notis itu daripada er... syarikat pemaju yang dapat projek er… untuk membangunkan kawasan tersebut ya. Jadi, mereka ini dapat notis er...sepatutnya bulan 3 baru ni mereka keluar Jadi, harap ini dapat diberikan perhatian oleh pihak kerajaan kepada mereka yang sudah lama berdiam di situ mungkin ada alternatif untuk kediaman mereka, itu yang pertama.

Yang kedua, ialah er... berkaitan er... tangki utama rumah pam yang rosak di er... Maahad Sultan Ahmad Shah di Jengka ya. Maahad Sultan Ahmad Shah di Jengka ini mereka ada pam utama yang besar ya dan saya pergi ke sekolah tersebut melihat Jadi, saya di explain oleh pengetua mengatakan bahawa pam rumah pam ini dan

tangki ini tidak boleh digunakan dari tahun 2009… dari tahun 2009 dan saya difahamkan oleh pengetua mengatakan bahawa mereka er... Pihak JKR Daerah sudah datang tengok berapa kos untuk baik pulih dan telah dinyatakan RM269,600.00 baik pulih dan saya difahamkan bahawa mereka sudah hantar permohonan kepada JAIP kalau tak silap saya tapi belum dapat kelulusan.

Jadi, yang kedua mereka juga hantar pada 7 Oktober hantar kepada KASA, Kementerian Alam Sekitar dan Air mereka hantar dan pihak KASA telah menghantar SPAN untuk pergi melihat dan saya ada sekali lihat dan pihak SPAN kata ini kena nilai semula sebab kos dia yang 2009 dengan sekarang sudah berbeza Jadi, pihak sekolah katanya akan buat surat kepada pihak Jabatan Agama Islam sebab Maahad SAS ini Jadi, saya harap ini ada perhatian daripada pihak Jabatan Agama Islam, insya-Allah.

Jadi, itu dua perkara yang saya nak sebut di kawasan saya dan sebagai akhir kalam dengan rasa rendah diri saya menyokong Bajet 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam. Sekian, Assalamualiakum WBT.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat dari Jengka yang cukup baik. Saya mengakhiri perbahasan pada petang ini dengan menjemput wakil daripada Peramu Jaya, sila.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualikum WBT, Salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua memberi peluang kesempatan dan ruang kepada saya bersama-sama menyertai perbahasan pada petang ini walaupun merupakan orang yang terakhir tetapi saya cuba lah menepati masa sebagaimana yang dikehendaki. Kalau kita lihat bahawa fokus Bajet 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bertemakan Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama, Rakyat Sejahtera jelas bahawa anggaran bajet berdasarkan pendapatan RM1.036 bilion dan perbelanjaan RM1.031 bilion maka wujudnya surplus ataupun lebihan berjumlah RM5.79 juta.

Saya ingin memetik satu madah Melayu lama, sebenarnya orang melayu ni ada nama ekonomi melayu lama dipanggil. Saya tertarik dengan bait-bait di dalam madah ini.

Tanggam bersendi-sendi, Sendi-sendi tanggam, Terpahat jitu rapat, Jitu rapat kukuk mengukuh, Untung rumah kukuh tegak.

Jadi, itu lah dari segi Bahasa Melayunya mendalam maksudnya seringkasnya saya ingin nyatakan bahawa maksudnya ekonomi yang kukuh ibarat rumah tadi berlandaskan usaha gigih, muafakat, sumber yang kukuh dan perbelanjaan ke arah berfaedah adalah merupakan kejayaan ekonomi. Meskipun saya tidak berhasrat untuk membahaskan secara total tentang bajet ini saya yakin kemakmuran negeri mampu mensejahterakan rakyat di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana kekangan dan tambatan masa saya terus ke isu utama di kawasan saya.

Sukacita di maklumkan, bahawa hasrat untuk menyelesaikan masalah air di Pekan sewajarnya merupakan kejayaan yang telah ditempa. Malangnya sehingga ini

masalah bekalan air di Pekan masih merupakan masalah yang menJadi, rungutan mereka-mereka yang telah mengalami masalah ini bertahun-tahun lamanya. Saya ingin memaklumkan bahawa tangki air Tanjung Agas Fasa 3A yang telah dilaksanakan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2020 berkapasiti 600,000 gelen yang diambil daripada Loji Air Ganchong. Malangnya semasa dalam proses penyerahan kepada pihak PAIP, berlakulah pandemik COVID-19.

Akibat daripada itu, proses penyerahan loji ini ataupun tangki ini kepada Kerajaan Negeri tertangguh dan difahamkan bahawa tanggungjawab masih di bawah LKNP iaitu Lembaga Kemajuan Negeri Pahang. Apa saya nak bangkitkan isunya mudah sahaja iaitu penduduk di kawasan saya terutama di Kampung Pasir Panjang, Kampung Sekukuh, Kampung Tanjung Agas mengalami masalah tekanan air rendah dan bekalan tidak mencukupi. Jumlah akaun yang ada di kawasan ini ialah sebanyak 2,871.

Resolusinya mudah iaitu cadangan tee off, saya ulang cadangan tee off bekalan daripada tangki ECERDC melalui kawasan industri minyak dan gas Tanjung Agas boleh masuk terus ke Sekukuh dan terus ke kampung-kampung di kawasan Tanjung Agas. Kosnya pun tidak besar itu sebanyak RM50,000.00 sahaja diperlukan dan ianya bukanlah memerlukan satu kepakaran yang tinggi memadai pihak PAIP melaksanakan secara pentadbiran masalah bekalan air dan tekanan rendah di kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi dapat kita atasi dan kita selesaikan. Kesianlah kepada rakyat kerana masalah ini bukan merupakan masalah lagi dah kalau ikut kepada keadaan perancangan kita cuma akibat tak serah sahaja kita tak boleh laksanakan tugas ini dan mereka terpaksa menunggu lagi lama. Jadi, ini saya rasa kita perlu beri perhatian kerana perkara ini masih di dalam lingkungan kuasa kita Kerajaan Negeri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Peramu Jaya, bukan... sedikit ilmu nak berkongsi.

Tak dengar, Dato’ Sri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan, saya nak berkongsi. Dalam menyampaikan hujah-hujah, Yang Berhormat pandang ke saya.

Oh, pandang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jadi,, sebab itu Speaker ini kedudukannya tinggi. Memudahkan Ahli Yang Berhormat memandang ke saya.

Insya-Allah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat pandang ke sana, pandang ke Pulau Manis semua, saya memandang ke Yang Berhormat.

Insya-Allah. Teguran diterima.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jadi, tak mahu langsung memandang ke saya, Jadi, pakai yang cukup...

Saya memang suka pandang Dato’ Speaker pun.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sesekali menghala ke saya, saya pun seronok tengok.

Seterusnya saya sambung.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh. Boleh. Saya tambah satu minit, tak apa.

Saya ingin bangkitkan satu perkaralah ya. Saya memahami bahawa Kerajaan Negeri juga menghadapi masalah. Saya nak kata masalah pun, boleh kata masalah juga tetapi kita perlu berfikir panjang untuk membolehkan Kerajaan Negeri sentiasa mendapat hasil-hasil baru daripada perkara-perkara baru ataupun perkara-perkara baru yang kita kekalkan ataupun kita naikkan kadarnya, kita dapat juga sumber yang baru. Saya ingin cadangkan, ini saya ambil contoh, mungkin contoh ini satu di Pekan sahaja, saya tak tahu di daerah lain. Saya ambil contoh kehilangan sumber air pada bulan Oktober 2021 di Pekan ya, saya bacakan ya.

Pengeluaran air 2,865,473 meter padu, 100% pengeluaran. Penggunaan 1,456,006 meter padu merupakan 50.81%. Boleh bayangkan kehilangan air 1.409497 iaitu 49.19%. Jadi, kalau kita ambil kira bilangan akaunnya 29,402. Kehilangan air hampir separuh di Pekan sahaja dan kita boleh bayangkan anggaran hasil setiap bulan ialah sebanyak RM980,000 sebulan. Maksudnya kalau kita kira dari segi mudah pengiraannya kita hilang antara RM11 hingga RM12 juta setahun air yang hilang.

Ini adalah disebabkan laporan paip lama yang masih belum ditukar itu banyak. Dulu adalah daripada asbestos simen. Saya memahami bahawa Kerajaan Negeri perlu juga menanggung kos-kos pembelian paip baru bukan bermaksud sekaligus tetapi boleh

dibuat berperingkat-peringkat. Saya bacakan saiz paip 100 milimeter, panjang paip 111.34 kilometer. Lagi satu, 150mm paip, 49.18, ada lagilah data-data yang lain sehingga 400mm. Yang saya ingin sentuh ialah, kalau kita jumlahkan jumlah asbestos simen, paip asbestos simen ini berjumlah 188.20 kilometer.

Apa yang saya nak sampaikan ialah kita mengharapkan kalau Kerajaan Negeri nak buat sekaligus memang sukar, ini untuk daerah Pekan sahaja, daerah lain pun menghadapi paip yang sama, paip lama. Jadi, saya sarankan agar ianya dibuat berperingkat-peringkat kerana di Pekan sahaja kehilangan air RM1 juta sebulan. Kalau kali dua belas bulan, RM12 juta. Kalau kali dengan 11 daerah kita boleh kiralah, berapa jumlah kehilangan air untuk satu Pahang sedangkan kalau pendapatan kita ada, RM100 hingga RM120 juta setahun, banyak perkara yang boleh kita gunakan kerana inilah sumber asli kita yang boleh kita bangunkan dan boleh kita memanfaatkan walaupun kos terpaksa kita keluarkan untuk perbelanjaan membaiki tetapi saya sarankan sejujurnyalah agar Kerajaan Negeri dapat menimbangkan, menukar secara peringkat demi peringkat dengan perancangan yang teliti dan rapi.

Saya nak sentuh lagi satu isu haiwan berkeliaran laluan utama Kampung Semangat ke lampu isyarat Kampung Lamir. Banyak orang kadang-kadang tidak merasai bahawa penggunaan lebuh raya 2 hala, kita panggil lebuh rayalah taraf kita ini, 2 hala pergi dan balik merupakan satu kemudahan yang terbaik tetapi mengikut rekod polis daripada tahun 2016 hingga 2021 dalam tempoh 6 tahun, kemalangan akibat melanggar haiwan, ini tolak langgar khinzir. Langgar khinzir pun banyak juga, langgar haiwan. Biasa lembu, kerbau, kambing, biri-biri. Kibas tak adalah kawasan tu, biri-biri.

Dalam tempoh 2016 hingga 2021 meninggal 17 orang, ada satu ketika sekali meninggal kerana kenderaan terlanggar kerbau, 4 orang sekali meninggal pada ketika itu. Cedera 72. Ini kita tidak kira kerosakan yang berlakulah kepada pengguna jalan raya tersebut, Jadi,, saya sarankanlah agar kita kena memikirkan melalui jabatan haiwan, majlis perbandaran sebelah sini masuk Kuantan, sebelah sana masuk Pekan. Kita kena fikirkan kaedah yang sesuai untuk membolehkan kita mengurangkan masalah ini dengan cara-cara yang tertentu, ibarat kita mengambil rambut dalam tepung, tepung tidak berselerak, rambut kita boleh tarik dengan selamat.

Akhir sekali Dato’ Pengerusi, saya ingin membangkitkan lagi satu perkara bagi saya yang amat penting iaitu keperluan jalan pintas dari Sungai Miang keluar dari bandar Pekan. Jalan Kuantan-Pekan kita ada 2 hala dengan 2 lorong. Jalan Pekan ke Sungai Miang, kita ada juga 2 hala 2 lorong. Tengah-tengah bandar Pekan dua hala satu lorong. Boleh bayangkan begitu berlaku masalah kesesakan di situ. Ini orang putihkan katalah, maaf cakaplah, common sense bahawa sini besar, tengah-tengah tu kecil. Akibat daripada itu, esok apabila nak buat pembangunan Muzium Pekan, saya pasti kesesakan akan lebih meruncing lagi.

Bila ada ini, jadi, kita sesak di kawasan itu. Jadi, sebenarnya saya yang dulu saya dah bangkitkan dalam er… pembentangan hujah saya yang lepas iaitu kita perlukan satu jajaran jalan pintas daripada Sungai Miang terus keluar ke jambatan Sultan Abu Bakar dengan kos RM250 juta.

Jadi, saya minta jasa baik Kerajaan Negeri melalui jasa baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar perkara ini dapat kita pertengahkan di dalam RMK-12. Kalau tidak tak ada makna dua besar tengah tu kecil, di situlah akan menJadi, timbul masalah dan orang putih katalah, maaf saya guna istilah defeat the purpose.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dengan izin ya.

Ya, dengan izin. Maaf, dengan izin. Defeat the purpose. Tambah lagi Tuan Pengerusi, dengan izin, no point. Tak ada maknanya jalan itu dibuat kalau ini yang berlaku. Saya mintalah saranan agar dapat kita buat sesuatulah kalau tidak ianya akan menJadi, ibarat gajah putih boleh digunakan tapi faedahnya akhirnya akan menJadi, bukan manfaat tetapi menJadi, musibah kepada rakyat.

Itu sahaja Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya lagi sekalilah ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang ada pada petang ini kerana orang terakhir ini dia macam orang kenduri Dato’ Sri Pengerusi, selalunya sama ada dia ada lauk atau pun lauk habis atau pun lauk lebih ada banyak. Jadi, dia dapat makan lebihlah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat sebenarnya…

Cukup masa dah?

Yang di-Pertua (Speaker)

Semua ada lebih, lauk lebih, nasi lebih, masa pun lebih ini. [Ketawa]

Iyalah sebab tak makan nasi lagi ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Itu lah. Saya boleh bagi kalau nak lagi.

Akhir kalam, Pembentangan bajet kali ini banyak faedah dapat dinikmati. Dengan perasaan rendah diri, saya memohon mohon menyokong bajet ini. Assalamualaikum WBT.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, Peramu Jaya. Hebat ya dengan puisi dan pantun sekali. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah sampai ke penghujungnya. Saya mengucapkan terima kasih pada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dapat menyampaikan hujah-hujah yang baik, mendalam, terperinci dan saya cukup kagum dan mengucapkan tahniah kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyampaikan penghujahan pada hari ini dengan baik dan lebih penting lagi dapat menepati masa.

Terima kasih juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan memberi kerjasama mendengar dan menghayati setiap perbahasan bersama-sama saya sehingga ke akhirnya. Saya lihat Wakil-wakil Kerajaan, Wakil-wakil Pembangkang masih tetap berada di Dewan ini. Inilah semangat Dewan Pahang dan dengan izin juga this is the real Pahang.

Jadi, saya bercadanglah untuk menempohkan persidangan kita hari ini dan disambung semula insya-Allah pada hari esok 8 Disember 2021.

Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saja sikit je.

The Real Pahang ada, The Fake Pahang ada?

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak ada [Ketawa].

[Persidangan ditempohkan pukul 3.19 petang]