Pahang · 8 December 2021

14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 260 turns · 30,409 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari : Rabu, 08 Disember 2021

bersamaan 3 Jamadilawal 1443 Hijrah

Masa : 9.30 pagi

DOA

Perkara Pertama: Bacaan Doa

Yang di-Pertua (Speaker)

Bismillahirahmanirahim. Segala puji bagi Allah, dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan taufikMu, dipohonkan menyuluh, memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. [Bacaan dalam Bahasa Arab]

Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bismillahirahmanirahim. Assalammualaikum WBT, salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita mengangkat setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah SWT, masih lagi memberi nikmat sihat, kelapangan dan kekuatan kepada kita semua untuk berada dalam persidangan kita pada pagi ini. Marilah, untuk Aturan Urusan Mesyuarat selanjutnya saya menjemput Wakil dari Tanah Rata mengemukakan soalan.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Tuan Yang... Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon izin mengemukakan soalan nombor satu.

[Sila senaraikan projek-projek pembangunan di Negeri Pahang yang tidak dapat disiapkan di bawah RMK-11, yang akan disambung dan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) mengikut daerah dengan perbelanjaan masing-masing.]

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

ADUN Tanah Rata bertanyakan soalan tapi saya merasakan bukanlah satu soalan hanya Yang Berhormat meminta supaya saya menyenaraikan projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-11 dan seterusnya yang akan disambung di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 mengikut daerah dengan perbelanjaan masing-masing. Betul, Yang Berhormat? Okey. Maknanya tidak ada soalan tambahanlah, sebab minta senarai je.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Senarai projek… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, senarai projek ada. Ya… detail, mengikut daerah dengan kos semua sekalilah. Tapi kalau saya baca semua ni, rakan-rakan saya mungkin tidak berpeluang untuk menjawab soalan-soalan yang lain. Jadi Yang Berhormat kalau ingin tahu lebih lanjut boleh… saya boleh bagi. Sebab ini tidak ada rahsia dan memang telah pun diumumkan oleh pihak kerajaan.

Walau bagaimanapun…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Tanah Rata…

Walau bagaimanapun saya cuba ringkaskan. Untuk detail saya tidak sebut tapi saya cuba ringkaskan iaitu untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 21 projek sambungan daripada Rancangan Malaysia Ke-11 yang disambung pelaksanaannya di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. 271… YB ya… yang merangkumi pelbagai Kementerian, daerah dan kategori projek termasuk fizikal dan bukan fizikal dengan kos keseluruhan adalah sebanyak RM19.894 bilion. Saya ulang lagi sekali, kos keseluruhan ialah RM19.894 bilion, dapat YB Tanah Rata? Okey.

Bilangan projek sambungan mengikut daerah adalah seperti berikut… ikut daerah bolehlah Yang di-Pertua… kalau detailnya tak sempat nak sebut… Bentong ada 16, berjumlah… saya bulatkanlah YB ya… saya bulatkan. Maknanya saya tidak sebut sampai ke sen-sen… saya tak sebutlah. Bentong 16 projek yang melibatkan RM1.632 bilion, Bera 20 projek RM1.011 bilion, Cameron Highlands 11 projek RM221 juta ya, Jerantut RM1.7 bilion 26 projek, Kuantan 48 projek RM6.36 bilion, Lipis 21 projek melibatkan RM2 bilion, Maran 10 projek RM513 juta, Pekan 46 projek RM2.4 bilion, Raub 23 projek RM2 bilion, Rompin 16 projek RM179 juta, Temerloh 21 projek RM805

juta dan pelbagai daerah, makna daerah yang tidak saya tak sebut tadilah, 13 projek RM972 juta. Itu sahajalah Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya… YB.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih jawapan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Soalan saya adalah, apakah langkah-langkah yang akan diambil di pihak kerajaan bagi memastikan ataupun kita memastikan projek-projek pembangunan itu sentiasa boleh mematuhi jadual masa supaya tidak dibawa ke Rancangan Malaysia yang akan datang seperti RMK-13 nanti? Sebab kita memandangkan senarai yang diberikan oleh Dato’ Sri Menteri Besar tadi adalah sebanyak 271 projek dibawa ke RMK-12 dari RMK-11. Oleh itu tinggilah jumlahnya juga. Oleh itu, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Kerajaan? Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Satu soalan yang saya fikir agak baik. Sebenarnya di peringkat Kerajaan Persekutuan dan peringkat Kerajaan Negeri, kita ada mengadakan mesyuarat iaitu 3 kali ataupun 4 kali setahun yang mana akan dipengerusikan secara bersama, sama ada dengan Menteri ataupun dengan Timbalan Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Dan baru-baru ini kita telah mengesan, ada beberapa projek yang kita istilahkan projek sakit. Dan antara yang kita kenal pasti ialah projek ini daripada Kementerian. Apabila contohnya, Kementerian buat klinik ataupun hospital. Bajet daripada Kementerian er… urusan tender dan sebagainya Kementerian dan ianya dikawal selia oleh Kementerian manakala pihak Kerajaan Negeri ataupun Jabatan Kesihatan Negeri tidak diberi peluang untuk memantau projek tersebut.

Dan kita telah… saya telah membangkitkan perkara ini. Di antara sebab-sebab yang menyebabkan kelewatan ialah kerana Kerajaan Negeri tidak berpeluang melihat atau memantau bersama projek-projek yang sedang dilaksanakan kerana itu adalah projek Kementerian. Tetapi kita telah dapat satu understanding supaya perkara ini akan dipantaukan secara bersama. Itulah di antara perkara-perkara… antara perkara yang telah dikesan tetapi yang lain-lainnya kadang-kadang faktor cuaca, banjir dan sebagainya menyebabkan kelewatan berlaku juga projek.

Kita tidak mungkin mendapat zero deffect maknanya zero… 271 projek contohnya akan dilaksanakan mengikut ketetapan masa. Mesti ada satu taupun dalam 10, 15%, 20% projek yang tidak dapat diteruskan. Sebab itulah kita panggil projek… projek sambungan. Banyak sebab dia kadang-kadang masalah kontraktor pun ada ya, tetapi apa yang kita buat sekarang ini ialah Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita

cuba meminimakan… meminimakan supaya projek dapat disiapkan mengikut yang dijadualkan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, terima kasih… ya sila.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Er… soalan saya tentang er… Central Spine Road. Mengikut kenyataan er… Menteri Kerja Raya pada Oktober yang lalu, beliau berkata peruntukan bagi pelaksanaan ke Simpang Pelangai Central Spine Road tidak termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Bolehkah saya tanya, adakah kerajaan memastikan er… apa itu Central Spine Road di… di dari Bentong ke Simpang Pelangai akan diteruskan?

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Perkara ini kita telah bangkitkan semasa perjumpaan dengan Menteri di JPM iaitu Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa Mohamed supaya ianya dimasukkan di dalam er… perancangan untuk yang akan datang. Dan Kerajaan Negeri memang sentiasa memperjuangkan supaya jalan tersebut dapat direalisasikan, insya-Allah. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Seterusnya saya menjemput Wakil dari Bukit Ibam.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan soalan nombor 2.

[Sektor pelancongan antara yang paling terkesan oleh pandemik COVID-19 dan Pahang telah beralih dari Pemulihan Fasa 3 ke Fasa 4

• Apakah perancangan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu sektor ini bangkit semula; Nyatakan perbelanjaan yang diperuntukkan.

• Adakah dalam perancangan Kerajaan Negeri untuk mempromosikan kawasan baru di Pahang supaya banyak pilihan untuk pelancong dalam negeri, luar negeri Pahang dan luar negara?]

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada Wakil daripada Bukit Ibam. Sememangnya kita sangat terkesan dengan COVID ini. Terutamanya iaitu industri pelancongan dan er… kita pun telah beralih ya, daripada fasa 3 kepada fasa 4. Antara selain daripada bantuan yang kita berikan kepada pemain-pemain industri, kita juga Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3.4 juta.

Er… tahun lepas untuk dilaksanakan tahun ini untuk 25 projek di seluruh negeri Pahang di bawah Projek Penyediaan Infrastruktur dan Fasiliti Pelancongan Kawasan Pelancongan Negeri Pahang 2021. Antara fokus yang diberikan adalah untuk menambah baik dan juga membaik pulih kawasan-kawasan tarikan pelancong bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.

Bagi yang ke-2, Yang Berhormat Yang di-Pertua, iaitu kita sentiasa akan terus mempromosi er… Negeri Pahang kerana itulah insya-Allah, awal tahun depan kita juga akan melancarkan tagline kita. Tahun ini, ‘This is Pahang’. Tahun depan mungkin er… lain ataupun mungkin sama ataupun mungkin ada tambahan. Itu insya-Allah, kita tunggu sahaja.

Er… dan yang kedua, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita akan terus membuat promosi sama ada ianya dalam bentuk er… sosial media ataupun dalam bentuk pertandingan dan begitu juga dalam bentuk bersemuka. Kita juga menghadiri pameran-pameran dan juga travel mart ya, yang kita yang paling penting kita dapat berjumpa dengan pemain-pemain industri er… yang ada.

Bagi negeri Pahang bagi produk-produk baru ya, ada produk lama tetapi kita bagi nafas baru. Sebagai contohnya kita akan terus mempromosi Taman Negeri Rompin yang baru ini antara tempat yang saya kira semua Yang Berhormat kena pergi. Standard dia standard luar negara. Sama standard er… dengan Yosemite Park. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dah pergi ke Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua?

Yang di-Pertua (Speaker)

Belum lagi.

Ah… belum lagi nanti boleh ikut sekalilah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh, bawa sekalilah. [Ahli Dewan ketawa]

Yang keduanya, sebagai contoh Lubuk Yu. Ini di antara kawasan baru yang kita rasakan perlu diberi… diberikan promosi dan ada er… dia punya niche market dia ataupun market yang tersendiri yang mempunyai kelebihan tersendiri.

Yang ketiganya, sebagai contoh Titik Tengah Semenanjung. Ini di kawasan Lanchang. Yang Berhormat dah pergi Yang Berhormat? Pun belum lagi?

Yang di-Pertua (Speaker)

Belum lagi.

Ah… belum lagi. Kemudian sebagai contoh Sungai Lembing El Dorado of The East, ya. Ini di antara produk lama tetapi kita akan bagikan nafas baru dan banyak lagi seperti Taman Negara dan sebagainya.

Er… termasuklah Genting Highlands ya, Genting Highlands er… insya-Allah saya… saya difahamkan bahawa pihak Genting Highlands akan membuka iaitu satu theme park baharu iaitu yang dinamakan sebagai Sky Worlds. Ya ini nanti kita boleh jemput semua wakil-wakil apa nama rakan-rakan kita Wakil Rakyat, percumalah. Saya akan er… dapatkan bagaimana untuk dapatkan apa namanya tiket percuma untuk seorang. Sebab satu tiket pun mahal juga. Nanti mereka akan umumkan. Kita dah melawat dan kita telah tengok ya. Bagaimana persediaan-persediaan akhir bersama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh er… EXCO dan kerana itulah Yang Berhormat Yang di-Pertua, setiap masa dan setiap ketika.

Contohnya Tasik Biru di Rompin. Itu di antara produk baru yang kita perkenalkan. Cuma Tasik Biru ini dia tak boleh mandi. Kalau mandi maknanya terus mandi sekali. So dia sebab dia contain iron dia ataupun lead dia terlalu tinggi tak boleh mandi. Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sentiasa dan kita juga nak ucapkan terima kasih kepada er… kepada… kepada aktivis… bukan aktivitis Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, orang yang datang ke Pahang.

Kemudian mereka selfie mereka er… down… upload gambar-gambar tersebut sama ada di dalam ini Facebook ataupun Twitter, Instagram, TikTok dan sebenarnya ini sebenarnya membantu juga kita. Ya, membantu juga kita er… untuk supaya kita mendapat promosi membuat promosi selain daripada ya kita mengadakan pertandingan dan sebagainya. Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ya, sila Bukit Ibam.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Er… saya kira terima kasih pertama saya nak ucapkan kepada Pengerusi Jawantankuasa Pelancongan. Er… dia tentu ingatlah pada 7 November 2020 Pengerusi telah melawat Tasik Biru er… 10 November 2020 Pengerusi Jawatankuasa Wanita juga er… Pembangunan Wanita telah melawat Tasik Biru dan pada 10 Ogos 2020, Tourism Pahang berserta dengan agensi pelancongan dan juga pihak media telah pergi ke Tasik Biru.

Jadi, saya… soalan saya ialah di Tasik Biru er… minta maaf Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, selain daripada Tasik Biru di Bukit Ibam, kita ada juga Jeram Leleh. Jadi, persoalannya mungkin Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan tahu masalah di Tasik Biru. Jadi, soalan saya ialah apakah usaha dan tindakan daripada Tourism Pahang bagi menyelamatkan Tasik Biru supaya ia tidak ber… menjadi sebagaimana Tasik Merah di Bukit Ibam yang sekarang telah tertimbus.

Yang kedua, soalan tambahan saya ialah adakah peruntukan khas yang er… yang… yang ada untuk membangunkan kawasan-kawasan baru seperti ini dan berapakah nilanya? Terutamanya di Ibam ini dia ada satu lagi yang kita namakan Jeram Leleh. Er… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, setakat ini usaha-usaha adalah daripada gotong-royong daripada DUN dan juga NGO-NGO tempatan. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kita sememangnya memberikan galakan dan juga kita sememangnya ingin… ingin memperbanyakkan lagi produk-produk pelancongan yang ada di Negeri Pahang ini. Kita sangat mengalu-alukanlah, kalau sekiranya kita ada produk-produk baru yang tentunya ia bermula dengan er… dengan kita kenal pasti produk tersebut dan ianya juga akan mengambil masa untuk sampai ke peringkat yang matang dari segi pembangunan dan juga dari segi… dari segi apa nama ini memastikan bahawa ianya menjadi tarikan.

Saya ambil contoh, mula-mula saya menjadi Wakil Rakyat dulu er… di Kuala Gandah itu tak ada apa pun ada. Yang Berhormat Kuala Semantan boleh confirmkan tak ada apa. Ia cuma kawasan tersebut orang tangkap gajah itu sahaja. Bila saya mula jadi Wakil Rakyat, saya bagitahu kawasan ini ada potensi untuk dibangunkan. Jadi kita di Negeri Pahang ataupun di mana-mana negara… negeri di Malaysia ini er… Kementerian Pelancongan mereka mempunyai peruntukan untuk membangunkan sama ada infrastruktur dan juga membangunkan kawasan tersebut.

Selain daripada Kerajaan Negeri ya, Kerajaan Negeri saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat kerana telah memperuntukkan peruntukan yang agak banyak juga untuk kita bangunkan kawasan-kawasan ini. Dan kerana itulah kita sangat mengambil er… apa namanya ini… ini er… ambil peduli ataupun kita akan memberikan tumpuanlah jika sekiranya kita diajukan dengan produk-produk baru maka kita akan pergi melawat dan kita akan tengok pertama sekali accessibility ataupun jalan nak masuk.

Kemudian er… fasiliti di sana ada tandas ke dan bagaimana kaedah-kaedah dari segi er… apa nama kawasan tersebut dan yang ketiganya adalah bagaimanakah penduduk-penduduk tempatan mereka boleh apa er... apa yang kita sebut sebagai menangguk ataupun mereka boleh menjadikan tempat tersebut sebagai sumber pendapatan mereka iaitu boleh… mereka boleh membuka mungkin gerai, tempat minum, tempat makan, tempat souvenirs.

Dan kemudian satu lagi kita nak lihat juga apakah tempat tersebut memerlukan penginapan. Kalau sekiranya ianya jauh dari Rompin ataupun yang jauh dari bandar yang terdekat tidak ada er... ini penginapan, maka mungkin kita boleh bangunkan er... homestay dan sebagainya.

Jadi, dia sangat holistik sebenarnya. Tapi walau bagaimanapun saya ucap terima kasih dan insya-Allahlah, jika sekiranya Wakil dari Ibam memperkenalkan ke kawasan Jeram… Jeram?

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Leleh.

Leleh? Oh… Jeram Leleh ini dia meleleh la? Saya ada satu Yang Berhormat Yang di-Pertua, kat kam… kat Lanchang ini dia ada Sungai Leleh. Jadi Sungai Leleh dan Jeram Leleh. So, boleh ajukan.

Dan yang keduanya tentang Tasik Biru. Sememangnya ke… Kerajaan Negeri sentiasa mengkaji kerana kita tahu bahawa kawasan tersebut adalah kawasan bekas lombong ya. Dan kawasan tersebut masih lagi ada lombong yang masih aktif lagi, dan insya-Allah kita akan er... kaji. Jika sekiranya kita perlu lakukan sesuatu yang boleh meng… merosakkan er... kawasan tersebut, insya-Allah kita… kita akan bawa kepada ke… Kerajaan Negeri untuk buat keputusan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan berikutnya saya jemput ADUN Pulau Manis.

Dato' Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan soalan nombor 3.

[Berapakah jumlah tapak Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang ada di Pahang? Adakah kawasan tersebut telah penuh diisi dengan peserta dan adakah Kerajaan Negeri berhasrat menambah tapak Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) khas buat orang muda bagi mengatasi masalah pengangguran?]

Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Pertama sekali saya ingin er... merakamkan terima kasih ya, penghargaan kepada sahabat saya daripada Pulau Manis, yang telah membangkitkan satu soalan yang cukup baik, relevan terutama sekali dalam keadaan yang kita hadapi sekarang ini, berkaitan dengan isu pengeluaran makanan.

Jadi, persoalan yang ditanya oleh sahabat saya ialah tentang apa yang dipanggil sebagai tan… Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) ya. Jadi untuk makluman, TKPM ini adalah merupakan satu strategi oleh pihak Kerajaan di bawah Dasar Pertanian Negara untuk er... mentransformasikan sektor pertanian dengan menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar ya. Er... dan secara komersial dan menggunakan teknologi tinggi er... oleh usahawan termasuk daripada sektor swasta dengan kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Pusat er... ke… Kerajaan Negeri.

Dan er... dalam konteks yang seumpama ini, kita er... ingin memaklumkan bahawasanya di Pahang ini, alhamdulillah ya, jumlah TKPM yang kita ada di negeri Pahang sebenarnya er... peringkat asalnya ada 18 ya. Dan er... terkini… terkini ya daripada 18 ini, kita sekarang telah pun er... menambah 2 lagi, menjadikan 20 lah.

Dan er... makna kelulusan yang kita perolehi ada 2 dalam tahun ini ya tahun 2021 ini, ada 2. Dan er... kalau saya boleh namakan ya, TKPM ini yang 18 ini, iaitu TKPM

Inderapura, Kuantan, kemudian Permatang Lawang, Kuantan juga dan er... di Pekan ialah TKPM Salong, TKPM Kota Perdana. Manakala di Rompin ialah TKPM Janglau, TKPM er... Sepayang dan er... Muadzam Shah. Manakala di Maran kita ada er... TKPM Serengkam. Di Bera er... TKPM Charok Puting dan er... Tebing Tinggi. Manakala di Temerloh, kita ada TKPM Lanchang iaitu merupakan er... Skim Pertanian Moden yang melibatkan er... usahawan swasta dan juga usahawan bimbingan Jabatan Pertanian. Di Jerantut kita ada er... TKPM Rengat. Kemudian di Bentong kita ada TKPM Lebu, di Raub er... Ulu Sungai, di Lipis TKPM Jelai dan Atong, dua.

Dan er... untuk er... TKPM negeri, kita ada er... TKPM Bunian di Maran. Dan yang saya katakan, yang kita telah er... meluluskan atau mendapat kelulusan kepada 2 TKPM yang baru ialah di Pulau Manis di Kuantan dan baru-baru ini TKPM Merapoh di Lipis. Jadi semua sekali ada… ada 20. Dan dia melibatkan er... dalam 322 peserta semua sekali jumlahnya. Dan er... sahabat saya telah bertanya sama ada terdapat kekosongan di TKPM ini.

Saya nak maklumkan bahawasanya, kita ada kekosongan ya iaitu di TKPM Inderapura er... sejumlah 4 er... kekosongan, Permatang Lawang ada 3, di Sepayang, Rompin ada 1, di er... Jerantut ada 1, di Atong… Sungai Atong ada 1 dan di TKPM Bunian, Maran ada 2. Dan er... sama ada pihak Kerajaan Negeri berhasrat untuk menambah tapak Taman Kekal Pengeluaran. Ini inisiatif yang kita telah usahakan. Alhamdulillah dengan inisiatif daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar sendiri ya, yang mencadangkan supaya kita er... memperbanyakkan lagi TKPM di negeri Pahang ini. Kita antara yang paling banyak sekali TKPM di seluruh Malaysia.

Dan er... dalam konteks seumpama itu, maka atas inisiatif yang sama dengan kerjasama daripada er... Berhormat Dato’ Sri SS ya, Setiausaha Kerajaan Negeri, er... maka TKPM Tanjung Putus ini telah di… diilhamkan dan diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri dan er... disediakan peruntukan untuk itu. Manakala bagi er... TKPM Merapoh ya alhamdulillah pihak Kerajaan Pusat telah er... meluluskan er... bajet sejumlah RM1 juta bermula pada tahun 2022 lah, insya-Allah.

Dan salah satu lagi Projek TKPM yang sedang diberi pertimbangan yang sewajarnya ialah di Jengkalah ya. Er... ini Wakil Jengka telah membangkitkan dalam sesi er... Sidang Dewan yang lalu dan er... pihak… ini… Jabatan Pertanian dengan kerjasama daripada er... Pejabat er... Pengarah Tanah Galian (PTG) dan Pejabat Tanah er... Maran telah er... mengenal pastilah beberapa lokasi yang mungkin sesuai untuk dilaksanakan Projek TKPM yang baru ini. Jadi yang ini pun kita akan apa nama usahakan, insya-Allah.

Dan er... mengenai cadangan TKPM untuk… khusus untuk anak-anak muda, sebenarnya TKPM Tanjung Putus dan juga TKPM Merapoh ini sebenarnya memberi tumpuan kepada usahawan-usahawan atau agropreneur-agropreneur muda yang akan diberikan peluang untuk menjayakan er... Projek TKPM ini, insya-Allah. Terima kasih.

Dato' Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Ya Dato’ Pengerusi, soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Dato' Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Berdasarkan kepada sejarah, kita mendapati bahawa RTP, Rancangan Tanah Pemuda yang diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak telah menampakkan satu kejayaan di mana berlaku penempatan contohnya di Sri Gemuruhlah, Pekan.

Jadi, saya nak bertanya kepada pihak Kerajaan, adakah pihak Kerajaan bercadang untuk mendapatkan khidmat anak muda bagi menyertai Projek TKPM ini, secara khusus? Sebab, kalau kita lihat sekarang ini, kebanyakan anak muda berada dalam keadaan tidak ada pekerjaan kerana desakan pk… PKP COVID-19 ini. Jadi kita lihat, adakah ini merupakan satu peluang terbaik, kita menawarkan kepada mereka satu projek seperti ini, di mana-mana kawasanlah dalam Pahang untuk menyelesaikan sedikit masalah yang dihadapi oleh penganggur- penganggur orang muda pada masa ini. Terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Sekali lagi terima kasih kepada er… sahabat saya ADUN Pulau Manis yang membangkitkan mengenai isu ini dan ianya cukup relevan sebab dalam er… masa PKP ataupun pandemik COVID-19 ini, kita dapati bahawasanya anak-anak muda begitu kreatif dan bersemangat dalam menceburkan diri dalam er… pelbagai sektor termasuk ini agromakanan iaitu sektor agro ini sendiri dan malahan er… saya suka nak memaklumkan er… kepada Dewan Yang Mulia ini bahawasanya usahawan-usahawan muda ini dia begitu berani Dato’ Sri untuk menceburkan diri dalam bidang-bidang yang… yang baru.

Misal contohnya, katalah er… ini di er… Janda Baik ye Janda Baik kawasan er… Janda Baik ini anak-anak muda dia menceburkan diri dalam er… mengusahakan er… ini tanaman fig, buah tin ya, buah tin dan diusahakan secara serius, secara ini komersial hinggakan ada di kalangan mereka yang telah melebarkan dia punya aktiviti ini di luar daripada kawasan Pahang, ia bermakna dia dah buat di Janda Baik tapi kemudian itu dia juga er… melebarkan er… apa nama aktiviti dia ini di luar daripada bumi kita Pahang. Makna anak-anak Pahang sebenarnya berjaya mengeksport kemahiran mereka hingga ke luar, peringkat luar, ini fig. Halia misal contohnya tanaman halia itu sendiri diusahakan, ada yang telah diusahakan oleh anak-anak muda.

Begitu juga vanila di Temerloh ini kawasan er… apa nama sahabat saya daripada Semantan. Dia er… ini di antara peneroka, perintis, pioneer, dengan izin, er… tanaman-tanaman seumpama ini dan er… ada juga aktiviti penanaman er… ataupun pengusahaan er… ini cili secara fertigasi yang dibuat di Lebu misal contohnya secara besar-besaran dan telah menghasilkan er… yang apa nama hasil pertanian yang boleh dibanggakan dan er… itu sebabnya er… hasrat Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar bila kita zahirkan mengenai Pahang [tidak jelas] ini, ialah untuk kita er… melahirkan dan juga memperkasakan anak-anak muda khususnya dalam bidang agromakanan.

Sebab itu, Tanjung Putus ini adalah merupakan satu kawasan TKPM yang keluasannya lebih kurang dalam 90 hektar yang dikenal pasti akan dilaksanakan maknanya projek tanaman sayur-sayuran secara er… ini moden menggunakan teknologi IoT misalnya Internet of Things dan sebagainya dan ini er… adalah di antara pendekatan yang kita ambil termasuk juga di Merapoh dan dalam konteks seumpama

ini er… pihak Kerajaan Negeri dengan kerjasama daripada er… pihak ini Suruhanjaya er… ini Multimedia MCMC er… dengan izin, kita memohon supaya pihak MCMC er… memperkasakan liputan er… talian telefon ini supaya er… kita dapat menggunakan teknologi-teknologi terkini. Anak-anak muda ini dia… dia boleh menggunakan teknologi terkini ini dalam melaksanakan projek-projek mereka dan sudah tentu ianya mempunyai potensi yang cukup luas. Jadi, insya-Allah, perkara ini akan diberikan penekanan yang cukup khusus. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, terima kasih.

Yang di-Pertua, mohon mencelah sedikit boleh?

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Saya ucap terima kasih er… pada rakan sejawatan saya dari pihak kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat Yang di-Pertua juga dan juga rakan sejawatan saya, er… berhubung dengan agro er… pertanian ini saya ingin memaklumkan juga kepada rakan dari Pulau Manis. Bersyukur kita pada Allah SWT kerana Kerajaan Negeri dalam er… pembentangan bajet baru ini, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang ada menyatakan tentang er… TKPM Tanjung Putus. Ini satu perkara ataupun perkhabaran yang amat gembira er… menggembirakanlah anak-anak muda kita untuk menceburkan diri dalam pertanian dan tambahan sedikit daripada saya info berhubung dengan er… pertanian ini, baru-baru ini saya ada merasmikan ya Projek Tanaman Roselle di daerah Rompin.

Merupakan er… satu tanaman dan juga Rompin merupakan pengeluar roselle yang terbesar di Malaysia ya er… ini satu perkara yang amat baik dan kami telah membuat MoU er… untuk anak muda seramai 25 orang termasuk 5 orang daripada daerah Pekan ya dan saya mengesyorkan TKPM ini juga boleh menceburkan er… inisiatif ataupun er… tanaman baru ini diperluaskan di daerah-daerah lain. Terima kasih kerana er… saya difahamkan er… eksport ke Australia dalam bentuk kordial dan juga lain-lain amat memberangsangkan di sana. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Baiklah…

Dato’ Sri, saya ini er…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ha… sila.

Mohon maaf tadi, yang saya maksud yang tadi yang 18 itu termasuk di Pulau Manis er… yang dua itu ialah Tanjung Putus dan er… Merapoh yang terima kasih sahabat saya. Jadi dua… dua ini memang khusus untuk… untuk anak-anak muda. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, baiklah. Soalan berikutnya, saya jemput Wakil dari Damak. [Batuk]

Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor empat.

[Memandangkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam proses membuat pindaan Rang Undang-Undang 355. Mohon penjelasan pihak kerajaan berkaitan;

a) Apakah tindakan dan penyelarasan yang telah dilakukan bagi memastikan usaha tersebut dapat dilaksanakan sebaiknya?

b) Sila nyatakan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi memperkasakan pelaksanaan undang-undang Syariah tersebut di negeri Pahang?]

Bismillahirahmanirrahim. [bacaan dalam Bahasa Arab] Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, mengizinkan saya untuk er… menjawab persoalan yang dikemukakan oleh sahabat saya daripada Damak yang menanyakan tentang status ataupun RUU 355 er… sejauh manakah pelaksanaannya dan juga apakah er… tindakan Kerajaan Negeri, dua soalan sekali.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

RUU 355 ini pada satu ketika dahulu 2016, memanglah panas dan hangat diperbahaskan oleh bukan sahaja Dewan Parlimen, Dewan Rakyat bahkan oleh rakyat di negara kita dan benda itu tertangguh sampai ke hari ini. Pada ketika itu, ia dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang dan disokong oleh ramai er… Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan termasuk juga rakan-rakan daripada PAS dan UMNO dan perkara ini tertangguh sampailah ke hari ini. Sebenarnya, hal ini er… dibincangkan di… apa di Parlimen bukan di peringkat DUN kerana ia melibatkan apa er… apa level Persekutuan dan sebagainya, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Namun sahabat saya ini dia er… Sahibul Madat dengan izin, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Sahibul Madat maknanya madrasah dia itu namanya Madat. Tapi sebelah rumah saya itu namanya Al-Indat. Madat ini plural, Indat ini er… Madat ini singular iaitu Indat ini plural jadi hak sebelah rumah saya itu banyak sedikit la Dato’ Sri er… Yang di-Pertua er… Indat. Jadi, saya jawab juga la walaupun bukan dalam apa bidang kuasa kita di sini.

Adapun Kerajaan Negeri senang sahaja untuk jawab kepada sahabat saya sebab dia lebih memahami dalam kaedah fiqah dalam hal-hal taqnin dan tasyniq ini dikatakan [bacaan dalam Bahasa Arab] Senang sahaja kita ikut sahaja Persekutuan on, kita negeri pun ikut. Betul tak Dato’ Sri LA? Kalau kita on dulu, dia jadi macam Kelantan bentang RUU itu tak boleh nak buat sebabkan Persekutuan tak apa er… tak on lagi. Jadi apa namanya, insya-Allah la ada pun persoalan apa yang Kerajaan Negeri buat surat khabar Fikrah yang baru…

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Yang Berhormat.

Maknanya kena dua-dua on baru jadi. [Ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

On dua-dua, Yang Berhormat.

Maknanya dia er… dia ijab dan qabul itu kena ada Dato’ Sri. Ha… baru dia positif. Tidak, tak jalan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Satu on satu off tak jadi.

Tak jadi Dato’ Sri. Dato’ Sri Yang di-Pertua, er… ditanyakan apakah inisiatif Kerajaan Negeri tentang supaya RUU ini dapat diperkasakan. Bukan senang ini nak bercakap. Semalam sahabat saya baru cakap apa macam mana nak tutup er… apa sahabat saya daripada Tahan ke daripada er… bukan… Tahan tanya pasal nak tutup kedai judi. Rakan kita daripada apa Tras dah geli dah [Ahli Dewan ketawa]. Bukan senang ini er… Bilut dah geli padahal dia pun tak berapa setuju, dia sendiri khabar tak setuju saya dengan judi ini tapi biarlah orang nak main judi. Kan ke payah benda ini er… nak nak dielemenkan benda yang sangat susah.

Jadi orang bijak pandai ada, ahli-ahli pakar apa er… pakar undang-undang, dia orang sedang duduk bersama dengan JAKIM semua pihak. Dia orang dah selesai dah detail nanti dah dipersetujui di Parlimen, Parlimen tu kita pun sendiri tengoklah dia tak macam Pahang. Pahang ini contoh… tak beramuk aman je… di sana tu beramuk hari-hari bagai nak rak tak tahu sape, mana hujung mana pangkal dah tak tahu menda dibahasnya.

Jadi Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita ikut apa yang Parlimen persetujui nanti RU… RUU 355 seandainya dibentang dan diperakui sudah tentu negeri akan ikut. Apa pun negeri buat, saya jemput sahabat saya daripada Damak, buka surat khabar Fikrah, hari

semalam dah diedar ada di dalam laman yang ke-5, saya tak… kalau tak salah saya menyenaraikan apa Dewan Undangan Negeri Pahang telah apa, usahakan untuk memperkasakan apa RUU di Negeri Pahang ini di dalam Mahkamah Syariah. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Wakil Kerajaan, yang menerang dengan jelas. Berikut saya jemput Wakil dari Ketari.

Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya No.5

[Terdapat banyak kawasan perlancongan yang memerlukan perhatian dan naik taraf infrastruktur seperti kawasan di Bukit Tinggi dan Janda Baik, terutamanya lorong-lorong jalan. Oleh itu Ketari ingin memohon kerja naik taraf lorong-lorong ini agar dapat memberikan keselesaan kepada pelancong yang datang.]

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Ketari ingin mencadangkan penaiktarafan jalan di lorong-lorong sekitar kawasan Janda Baik dan Bukit Tinggi. Sidang Dewan dimuliakan, sememangnya pihak Jabatan Kerja Raya bersama syarikat-syarikat konsesi yang dilantik sentiasa memantau keadaan jalan-jalan di seluruh negeri ini dan akan mencadangkan er…. sekiranya ada keperluan untuk menaik taraf mana-mana jalan. Tapi merujuk kepada cadangan Yang Berhormat Ketari, kita kena kenal pasti Dato’ Sri di-Pertua sama ada jalan ini adakah jalan Kerajaan ataupun ianya jalan persendirian. Sekiranya ianya jalan Kerajaan, pastinya boleh kita cadangkan. Sekiranya ia membabitkan jalan, lorong-lorong milik persendirian maka kita tidak dapatlah menaikkan taraf jalan itu, sekiranya tidak ada keperluan tanpa perbincangan dengan pemilik-pemilik tanah ini.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Walau bagaimanapun, bagi kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan Janda Baik dan Bukit Tinggi, kerja-kerja telah dilaksanakan oleh JKR dalam 3 tahun yang lepas er… bernilai lebih RM2 juta Dato’ Sri, dan selain daripada itu, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan juga telah er… menurunkan peruntukan melalui Jawatankuasa Kemajuan Kampung Baru untuk menyelenggara jalan-jalan di kawasan Bukit Tinggi.

Soalan tambahan. Terima kasih ucapan yang telah diberikan, jawapan yang telah diberikan namun begitu saya juga ingin menarik perhatian Sidang Dewan juga mengenai keadaan jalan lama KL – Bentong yang mana permukaan jalannya agak teruk dan er… kerana jalan tersebut adalah jalan yang digunakan untuk mereka yang bermain basikal dan sebagainya. Jadi permukaan jalan yang teruk ini akan mengundang bahaya dan sebagailah. Dan kita juga amat memerlukan er… lampu jalan di kawasan-kawasan jalan kampung yang masih lagi tidak ada… jalan lama yang masih lagi teruk.

Jadi saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat menggesa pihak JKR ataupun jika ia di bawah PBT dan sebagainya supaya memasang lampu jalan dan juga membaikpulihlah jalan-jalan yang diperkatakan termasuk juga jalan-jalan dari Lebu ke Mempaga yang saya telah kerap bangkitkan isu ini. Sehingga hari ini, masih ada beberapa peringkat jalan yang belum lagi dinaik taraf dan ia sangat mengundang bahaya kepada penduduk sekitar yang menggunakan jalan tersebut. Terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Mungkin perkataan naik taraf yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Ketari ini tadi penyelenggaraan agaknya ya. Naik taraf ni memerlukan satu proses yang berbeza. Walau bagaimanapun, mengambil kefahaman ianya adalah satu cadangan penyelenggaraan… penyelenggaraan kerja-kerja jalan ni, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua kita sentiasa laksanakan sekiranya ianya Jalan Persekutuan ianya akan diselenggarakan oleh RoadCare. Sekiranya ianya satu jalan yang kita klasifikasikan sebagai Jalan Negeri ianya dilaksanakan oleh YP Maintenance, dan selain itu bagi jalan-jalan kampung dan jalan pertanian ianya di… penyelenggaraan dilaksanakan menerusi konsesi er… KH Road Builders & Kukuh Global.

Jadi kerja-kerja ini kita sentiasa jalankan. Er… kalau kita tengok er… dalam tempoh beberapa bulan ni Dato’ Sri Yang di-Pertua, memanglah beberapa jalan kita nampak kerosakan dia akan lebih teruk kerana ini adalah satu fenomena di kawasan negeri-negeri di Pantai Timur dalam er… kita kata musim monsun timur laut 2021, 2022 ni, memang kerja-kerja ini agak mencabar. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya kita sentiasa memberi perhatian kepada aduan-aduan bukan sahaja daripada Yang Berhormat, dalam social media dan sebagainya, kita akan cuba senggarakan dengan baik.

Fakta yang ingin saya kongsikan dengan Dato Sri Yang di-Pertua, serta Sidang Dewan, sebenarnya panjang seluruh jalan di Malaysia ini sebenarnya kalau tengok jalan Persekutuan sahaja hampir 20% daripada Jalan Persekutuan berada dalam Negeri Pahang, ya. Jadi, satu yang sangat apa ni satu… satu panjang yang… yang sangat besarlah jumlah Dato’ di-Pertua, dan dari segi penyenggaraan Jalan Negeri pula dalam tempoh er… penggal ini bermula daripada tahun 2018 hingga sekarang kita telah menambahkan peruntukan penyelenggaraan jalan sebanyak lebih 50%. Ini adalah hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar ingin memastikan bahawa semua jalan-jalan di Pahang ini diselenggarakan dengan baik dan bagi tujuan penyelenggaraan ianya mestilah didaftarkan.

Alhamdulillah, bermula daripada tahun 2018 kita mendaftarkan lebih 2,000 kilometer jalan dan selepas itu 3 tahun berturut-turut kita mendaftarkan lebih 6,000 kilometer jalan setiap tahun. Jadi saya rasa wajarlah Sidang Dewan yang dimuliakan ini, memberi penghargaan kepada Kerajaan Negeri yang diurusetiakan oleh JKR dalam kita meningkatkan lebih separuh daripada panjang jalan. 2017 kita ada 16,000 dan pada tahun ini kita dah mendaftarkan 37,000 dalam erti kata lain dalam senarai MARRIS kita menjadi negeri yang paling banyak sekali mendaftarkan jalan di seluruh Malaysia, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih YB. Soalan berikut Wakil daripada Beserah.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6

[Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), merupakan satu institusi penting diperingkat akar umbi, sila nyatakan;

a) Apakah kriteria utama perlantikan dan pemilhan Pengerusi dan AJK JPKK?

b) Berapakah had tempoh perkhidmatan seseorang pengerusi JPKK?

c) Berapakah peruntukan pembangunan yang diberikan kepada setiap JPKK?]

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Wakil Beserah yang telah menanyakan soalan mengenai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ataupun JPKK.

Bagi pertanyaan pertama, mengenai kriteria utama perlantikan dan pemilihan, pengerusi dan jawatankuasa JPKK. Menurut tatacara pengurusan JPKK, yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), syarat umum perlantikan adalah merujuk kepada kriteria berikut. Pertamanya, warganegara Malaysia. Kedua, berumur di antara 21 hingga 35 tahun. Manakala bagi Pengerusi hendaklah berumur 40 tahun dan ke atas. Ketiga, penduduk tetap di kampung yang dipohon jawatan. Keempat, tahap pendidikan sekurang-kurangnya SPM atau setaraf. Kelima, tidak muflis. Keenam, tiada rekod sabitan kes jenayah.

Ketujuh, sihat mental dan fizikal. Kelapan, bebas daripada penyalahgunaan dadah. Kesembilan, aliran pemikiran dan daya kepimpinan dapat diterima oleh masyarakat setempat dan pimpinan tempatan. Kesepuluh, mengamalkan nilai integriti dan kepimpinan berwibawa. Kesebelas, keanggotaan sekurang-kurangnya 30% wanita. Kedua belas, keanggotaan sekurang-kurangnya terdiri dari seorang belia. Ketiga belas, tiada pertalian keluarga anak-beranak, suami isteri, adik-beradik di antara pengerusi dan setiausaha dalam satu JPKK. Dan yang akhirnya, syarat tambahan lain selain di atas yang ditetap dari masa ke semasa oleh Pihak Berkuasa Negeri ataupun KPLB. Itu adalah pertanyaan yang pertama.

Bagi pertanyaan yang kedua, berapakah had tempoh perkhidmatan seorang Pengerusi JPKK. Tempoh perkhidmatan Pengerusi JPKK adalah selama 2 tahun bagi satu sesi ataupun satu penggal.

Bagi pertanyaan ketiga, berapakah peruntukan pembangunan yang diberikan kepada setiap JPKK. Peruntukan pembangunan tidak diberi secara terus ataupun tetap kepada setiap JPKK. Ianya adalah bergantung kepada kelulusan permohonan projek yang dirancang untuk dibangun bersama melalui Kerajaan Negeri ataupun Persekutuan dan diuruskan oleh jabatan dan agensi yang berkenaan. Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Soalan tambahan. Terima kasih Wakil Kerajaan di atas jawapan yang diberikan. Antara perkara yang saya lihat er… dan juga saya perlukan penjelasan daripada pihak Kerajaan. Dalam era terkini… era masa kini, peranan JPKK adalah merupakan satu peranan yang sangat penting, institusi yang perlu diperkasakan adalah JPKK. Er… kesian saya tengok Tok Empat di tempat-tempat saya ni terutama sekali dalam zaman sekarang ni bila mereka dapat maklumat, dihantar maklumat di media sosial, mereka kena orang kata apa… er… bersedia 24 jam.

Jadi, peranan dia diharapkan oleh rakyat bukan sekadar sebagai Ketua Kampung. Rakyat mengharapkan Tok Empat ini ataupun Pengerusi JPKK ini adalah merupakan penyelesai masalah, sebagai fasilitator, sebagai spokes person daripada rakyat kepada kerajaan. Maka, kriteria sebagai Pengerusi JPKK ini, saya ingin tanya kepada pihak Kerajaan adakah perlu dilihat ataupun ada cadangan untuk melihat bahawa Pengerusi JPKK ini perlu ada mereka yang mempunyai soft skills, kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran untuk bekerjasama dengan semua ahli masyarakat kerana jika tidak, maka dia akan jadi stress.

Yang kedua, tidak menjadi satu kriteria untuk mewariskan, kalau ayah dia dulu Tok Empat, wariskan kepada anak dia. Kita harap ini boleh kita selesaikan perkara ini tidak berlaku dan yang ketiga mereka perlukan juga peruntukan, JPKK ini untuk nak menguruskan institusi JPKK kampung ini. Bukan kecil tapi perlu ada peruntukan yang sewajar dan yang padan dengannya. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Amat Berhormat…

Saya mohon minta laluan daripada Exco Luar Bandar. Saya mengalu-alukan cadangan daripada Beserah. Yang pertama daripada segi penerimaan ataupun ada kelulusan dan sebagainya tetapi sukacita saya nyatakan di sini antara kriteria yang paling utama yang Kerajaan Negeri lihat ialah sama ada ia diterima atau tidak oleh masyarakat atau kampung tersebut. Kalau dia ada ijazah pun, dia tidak diterima tak ada gunanya kita lantik dia. Itu kriteria utama, maknanya tidak semestinya dia boleh cakap, dia pandai bercakap macam… Sukarno contohnya tetapi kalau tidak diterima di kampung tersebut, lebih baik… kalau yang diam tu lebih diterima, kita ambil yang diam.

Jadi, bukanlah menjadi syarat utama sebab dalam kes ini kita lebih kepada penerimaan masyarakat. Dalam politik juga tak semestinya ada degree itu, ada ijazah diterima oleh masyarakat. Kita ambil yang jadi calon yang diterima oleh masyarakat dan kriteria yang dicadangkan tadi boleh kita pertimbangkan termasuk peruntukan dan sebenarnya ada peruntukan yang disalurkan, kadang-kadang terpulang kepada

Pengerusi JKKK yang aktiflah sebab sumber kita terhad, kita tidak boleh umumkan. Kita ada berapa JKKK semua Yang Berhormat ADUN Batu Talam?

543.

Ha… 543, lima ratus empat puluh tiga. Jadi, kadang-kadang ada yang datang jumpa minta secara one-off semua kita bagi. Kita tidak boleh umumkan satu JKKK dapat RM10,000.00, RM5,000.00 sebagainya sebab sumber kewangan kita terhad sebab kita nak bagi juga kepada peruntukan-peruntukan yang lain. Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya ingat dah jelas jawapan itu. Kita pergi kepada soalan berikut, jemput Wakil Sungai Lembing.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk kemukakan soalan nombor 7.

[Mohon penjelasan berkaitan dengan penghuni rumah terbakar di pekan Sungai Lembing, sejak dari tahun 2019 dan sehingga kini masih belum ada tindakan selanjutnya. Apakah tindakan Kerajaan Negeri?]

Yang di-Pertua,

Ahli-ahli Dewan Mesyuarat sekalian, sebelum saya menjawab soalan ini, kejadian kebakaran di Sungai Lembing ini berlaku pada 31 Ogos 2019, hari kita menyambut kemerdekaan di Padang MPK pada ketika itulah. Sebanyak 32 buah rumah telah terlibat dengan kebakaran ini dan alhamdulillah dengan kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang telah dapat mengurangkan merebaknya kebakaran yang lebih besar berlaku di Sungai Lembing pada ketika itu dan untuk makluman Ahli-ahli Dewan dan juga Sungai Lembing, Kerajaan Negeri sebenarnya telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Kuantan untuk mencari tapak yang sesuai kepada mangsa yang terlibat dengan kebakaran di pekan Sungai Lembing pada ketika itu.

Hasil daripada siasatan yang telah dilakukan oleh Pejabat Daerah Kuantan, telah mengenal pasti satu kawasan yang sesuai yang untuk dibina kediaman. Pada awalnya satu kawasan telah dikenal pasti tetapi kawasannya agak bercerun, jadi tidak sesuai untuk dibina rumah di tapak yang disediakan dan akhirnya tapak yang sesuai ini telah sebanyak 7 lokasi atau 7 boleh ditempatkan oleh 7 tapak untuk bina rumah kerana daripada 32 mangsa yang telah terlibat pada kebakaran berkenaan, pejabat daerah dan juga pihak Polis Diraja Malaysia telah diarahkan untuk menyiasat mangsa-mangsa kebakaran ini dan kita kenal pasti cuma 7 ini yang benar-benar yang duduk di rumah berkenaan, yang lain tu lebih kepada penyewa daripada kawasan luar.

Jadi, sebenarnya tapak ini telah disediakan oleh pihak apa ni pejabat tanah, cuma perlu pihak mangsa yang terlibat ini untuk membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan pihak Kerajaan Negeri juga sebenarnya telah memberikan bantuan pada hari yang berkenaan di mana sebanyak RM31,500.00 daripada wang Jawatankuasa Malapetaka Bencana Negeri Pahang telah diagihkan kepada semua mangsa yang terlibat dan termasuk juga keperluan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sendiri seperti toto, selimut, kain batik, kain pelikat, tuala dan sebagainya yang telah diserahkan oleh Pemangku Raja yang melawat pada hari berkenaan juga.

Jadi, itulah beberapa perkara yang perlu diambil tindakan oleh mereka yang terlibat dan pihak bomba juga telah menjalankan siasatan untuk memastikan keadaan keselamatan kebakaran di Sungai Lembing kerana di Sungai Lembing ini sebenarnya bangunan yang ada ni adalah berusia lebih daripada 100 tahun. Jadi, pada 10 Julai 2021, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang telah merancang untuk menangani pengurangan risiko dan penduduk-penduduk juga telah dimaklumkan di kawasan berkenaan supaya mengambil tindakan. Yang pertamanya, menyemak sistem pendawaian elektrik di kawasan masing-masing untuk memastikan tiada lagi kebakaran yang besar sebagaimana yang berlaku di Sungai Lembing pada ketika itu. Sekian, terima kasih.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Tuan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Sungai Lembing, YB Cheka.

Tuan Yang di-Pertua,

Soalan tambahan. Berkaitan dengan 7 oranglah, 7 keluarga mangsa utama yang kita apa… pihak Kerajaan membantu sediakan tapak. Jadi, mereka itu semasa kejadian… selepas kejadian telah pun masing-masing menerima sumbangan daripada NGO, Tuan Yang di-Pertua, RM28,000.00 seorang tetapi dah lama habis. Duit itu sepatutnya itulah yang sepatutnya digunakan untuk bangunkan rumah masing-masing. Jadi, saya difahamkan… RM28,000.00. Jadi, duit itu mungkin dah habis, dah tinggal berapa dah. Jadi, selain daripada tapak, kita juga minta jasa baik pihak Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat ataupun NGO untuk bina 7 rumah berkenaan. Kalau tak bukan rumah sebiji, rumah ala kuarters pun tak apa untuk kediaman mereka. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh Yang Berhormat, bagi EXCO Perumahan dulu…

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Saya perlukan penjelasan… sekejap ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Exco Perumahan menjawab. Lepas ni baru soalan Yang Berhormat.

Untuk makluman Sungai Lembing, sebenarnya peruntukan telah diberi oleh NGO kepada semua mangsa yang terlibat. Oleh kerana mereka ini belum lagi memohon tanah ni, jadi kita pun tak dapat membantu apa-apalah, kita harap mungkin lepas ni mungkin ada tindakan susulan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, sila Cheka.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Yang di-Pertua,

Saya hanya minta penjelasan, tapak kediaman disediakan untuk yang tuan rumah yang terbakar itu ialah untuk semua yang duduk di rumah itu sendiri ataupun yang menyewa. Semua dapat ke separuh sahaja?

Sebagaimana yang saya sudah maklumkan cuma 7 orang yang duduk rumah sendiri, rumah berkenaanlah, yang lain itu adalah mereka yang tidak layaklah, menyewa kawasan berkenaan.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Soalan tambahan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya nak tanya er… keadaan di kebakaran Karak itu, saya didapati bahawa telah pun menubuh satu jawatankuasa untuk membina semula rumah di er… di tapak asal Kampung Baru Karak. Bolehkah saya tanya pihak Kerajaan, bahawa apakah perkembangan pembinaan semula er… apa tu… rumah di Kampung Baru Karak, yang kebakaran pada Oktober lalu itu? Sekian.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Soalan ini tiada kaitan dengan Sungai Lembing maklumkan pada pagi ini.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Er… soalan saya tentang Sungai Lembing Yang Berhormat Dato’ Sri. Balik kepada kebakaran di Sungai Lembing. Mengapakah er… 2 soalan tambahan.

1. Adakah pemilik lain yang walaupun bukan menetap di situ dapat apa-apa jenis pampasan er… contohnya kalau yang betul-betul duduk situ dapat tapak dan

rumah tapi yang kehilangan bangunan mereka, rumah mereka, walaupun tidak menetap di situ, ada apa pampasan sampingan kita boleh er… cadangkan; dan

2. Adalah tentang mengapa mengambil masa 2 tahun, dah 2 tahun jadi ramai masih tunggu-tunggu. Jadi pohon percepatkan permohonan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih YB. Terima kasih Semambu.

Untuk makluman Semambu ya, er… 7 orang ini memang mangsa yang dikenal pasti, yang betul-betul duduk di situ dan orang itu Sungai Lembing, yang lain itu adalah mereka yang daripada luar yang duduk di bangunan situ sebenarnya masih milik er… Kerajaan lagi, kawasan berkenaan, tanah berkenaan, ya.

Dan berkaitan yang ke-2, sebenarnya kita telah lebih awal lagi telah menyediakan tapak tapi mungkin daripada 7 mangsa yang terlibat ini masih lagi belum mengemukakan apa-apa bantuan, memohon kepada pihak Kerajaan dan yang lain-lain itu semua telah diberikan bantuan sama ada oleh Kerajaan Negeri ataupun daripada pihak swasta ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah. Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan terima kasih atas soalan-soalan dan jawapan. Saya ingin menempohkan Persidangan ini untuk kita bersama-sama menikmati minum pagi dan saya berharap dalam masa rehat ini Ahli-ahli Yang Berhormat janganlah pergi jauh daripada perkarangan Wisma Sri Pahang supaya kita dapat mematuhi arahan SOP dan pada pukul 11.15 nanti kita masuk semula untuk sesi seterusnya. Mesyuarat ditempohkan. Terima kasih.

[Persidangan ditempohkan pada pukul 10.40 pagi]

[Persidangan disambung semula]

Sambungan Perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Mineral… Enakmen Perbekalan (2022) 2021 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2022Bill

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Sambungan Perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Mineral… Enakmen Perbekalan (2022) 2021 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2022.

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita masih lagi dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2022) 2021 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2022. Rang Undang-Undang dan usul ini telah dibentang pada 6 Disember 2021 dan dibahas pada 7 Disember 2021 dan perbahasan disambung semula pada hari ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman seramai 15 orang Ahli Dewan telah berucap kepada majlis. Sukacita saya maklumkan bahawa setiap Ahli-ahli Yang Berhormat diberi masa 15 minit bagi perbahasan. Bagi memulakan perbahasan saya menjemput Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri daripada kawasan Kuala er… Kuala Semantan untuk memulakan ucapan. Silakan.

Dato’ Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Barisan Ahli Exco Kerajaan Negeri, Sidang Dewan yang di hormati sekalian.

Terima Kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya bersama-sama dalam perbahasan pada kali ini. Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim Ayat ke-7; [Ayat al-Quran] “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku yang sangat pedih”. Inilah roh… inilah roh persidangan pada hari ini. Kita sama-sama berbincang mencari solusi terbaik untuk memakmur dan mentadbir nikmat yang tergalas di bahu kita bersama.

Saya ingin terlebih dahulu mengucapkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan pasukan di atas kerja kuat mentadbir negeri Pahang dengan baik. Ini dibuktikan sehingga 6 Disember 2021, Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM812.41 juta berbanding sasaran yang ditetapkan sebanyak RM800.8 juta.

Peningkatan hasil sebanyak RM11.6 er… 61 juta iaitu 11.44% cukup untuk membuktikan kecekapan pengurusan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jelas er… kestabilan politik Pahang membolehkan kerajaan memikirkan dasar-dasar terbaik untuk rakyat. Dengan pembentangan belanjawan 2022, dengan tema Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama, Rakyat Sejahtera.

Inilah keyakinan kita bersama. Bajet kali ini menyeluruh dan berdasar kepada seluruh masyarakat. Sama ada masyarakat atasan mahupun masyarakat bawahan. Bonus penjawat awam tidak pernah dilupakan. One-off untuk golongan yang memerlukan sangat menyentuh dan memakmurkan rakyat yang berpayung di negeri ini.

Kebajikan wanita, ibu tunggal, warga emas, orang kurang upaya semuanya dijaga. Denyut nadi dan suara anak-anak muda sentiasa didengari. Malah apa saja yang melibatkan rakyat negeri ini, semuanya diambil peduli. Bersyukur, Alhamdulillah. Sejak Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengambil alih kerajaan. Belanjawan Pahang sentiasa mencatat lebihan dan terus memberikan cakna yang berdasar kepada rakyat di bawah. Syabas dan tahniah sekali lagi saya ucapkan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Jika dulu kita menyambung amanah kerajaan ini, maka hari ini kita menjaga kerajaan ini. Malah esok, lusa dan kita tetap mempertahankan kerajaan ini. Saya akan memperkatakan 3 perkara dalam ucapan saya pada hari ini. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pimpinan Kerajaan Negeri yang telah memperkenalkan produk baru iaitu Rumah Penjawat Awam ataupun RPAP dan Skim Tanah Warisan.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih bagi seluruh er… penjawat awam Pahang atas inisiatif yang cakna ini. Penjawat awam ialah nadi kerajaan yang menentukan maju mundur negeri ini. Inisiatif ini sedikit sebanyak menjadi suntikan moral kepada mereka untuk terus bekerja kuat dan memajukan negeri ini. Saya berharap agar projek ini diperluaskan ke seluruh daerah-derah dalam negeri Pahang ini.

Begitu juga dengan Skim Tanah Warisan, perlu diperluaskan dan pastikan generasi-generasi baru di luar tahu dan merebut peluang yang telah disediakan oleh kerajaan ini. Pemilikan hartanah bagi generasi baru sangat mendesak jika kerajaan boleh selesai dan bantu 20% golongan ini. Ia merupakan satu pencapaian er… besar kepada Kerajaan Negeri.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Jambatan baru di Temerloh. Temerloh telah menerima 2 jambatan baru. Yang pertama, jambatan melintasi Sungai Pahang untuk laluan ECRL. Yang kedua, jambatan kedua Temerloh yang telah diluluskan zaman Bossku. Ini adalah hasil perjuangan sahabat saya, wakil daripada Lanchang yang telah berjaya untuk beliau dapatkan, untuk orang-orang Temerloh.

Walau bagaimanapun, pembinaan jambatan kedua ini yang melibatkan kos projek sejumlah RM146.3 er…37 juta, di mana dalam mesyuarat… mesyuarat penyelarasan projek yang pertama. Saya telah dimaklumkan oleh pihak JKR bahawa di mana projek ini melibatkan er…perobohan… perobohan Masjid Kampung Tebal dan bajet untuk membina semula sebagai masjid ganti bernilai RM3 er…RM3 juta. Di mana peruntukan itu termasuk dalam kos permohonan Jambatan Temerloh.

Tetapi malangnya apa yang telah dimaklumkan oleh JKR baru-baru ini dalam mesyuarat penyelarasan yang kedua di mana peruntukan untuk membina semula jambatan itu tidak termasuk dalam kos projek jambatan kedua itu. Inilah yang merunsingkan, yang merisaukan seluruh masyarakat-masyarakat di dalam kawasan saya.

Saya ingin memaklumkan dalam dewan pada hari ini, masjid ini yang melibatkan 5 kampung dan lebih daripada 10 taman-taman perumahan di kawasan yang berhampiran. Saya ingin menuntut pada er… pihak kerajaan bagi memastikan masjid ini tidak dirobohkan selagi tiada masjid gantian untuk memastikan kemudahan

penduduk setempat beribadah. Jangan sampai nanti pembangunan ini merosakkan ekosistem ibadah masyarakat setempat.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya juga ingin menyentuh soal bekalan air paip di kawasan saya di Kuala Semantan. Kampung-kampung tradisi sebagai contohnya Kampung Bachap, Kampung Loyang, Kampung Kuala Sanggang, Kampung Berhala Gantang, Kampung Bintang tempat lahirnya Wakil daripada Lanchang, Kampung Teluk Ira, Sekolah Sri Tualang yang merupakan Sekolah Integrasi yang mempunyai masalah yang cukup kritikal dengan tekanan air yang begitu rendah. Siang sudah pasti tidak ada air. Malam ada air tapi bagaikan air kencing. Inilah yang merisaukan, yang sering menghantui masyarakat-masyarakat di kampung sekitar.

Saya berharap agar pihak kerajaan melihat perkara ini bagi memastikan agensi-agensi yang terlibat untuk mengkaji dan menjalankan kerja-kerja penambahbaikan supaya masalah ini dapat diselesaikan. Mungkin boleh dipasangkan booster pump bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Kita pun sedia maklum, air ini merupakan keperluan paling penting apatah lagi orang-orang Islam khususnya di malam Jumaat. Disebabkan masalah air ini, ada pergolahan di antara isteri dan suami. Inilah suatu perkara yang harus kita fikirkan bersama.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya menerima mesej daripada rakan-rakan dalam kawasan saya yang menyentuh soal saf solat berjemaah di masjid. Saya sendiri mendengar luahan masyarakat terutamanya para asatizah dan para jemaah mengenai penjarakan saf di masjid. Saya ingin memohon kepada Kerajaan Negeri agar pertimbangkan agar saf solat berjemaah dapat dirapatkan semula seperti sebelum-sebelum ini dengan SOP yang praktikal.

Hari ini stadium sudah mula diisi dengan penonton. Baru-baru ini pertandingan Piala Malaysia final, kita melihat penuh stadium. Ada antara mereka tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Pasar raya pun telah mula mengadakan jualan murah dan orang pun ramai. Tempat pelancongan juga telah dibuka. Saya berharap agar Kerajaan Negeri dapat menjadi negeri terawal melakukan usaha ini dengan consent KKM dan juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai cakna kita kepada soal ibadah dan tindakan ini, insya-Allah akan menjadikan negeri kita lebih dirahmati Allah.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya ingin menyentuh soal kenaikan harga. Zaman ini zaman perjuangan. Kenaikan harga bukan baru, tetapi sangat tak wajar berlaku di masa ini, yang menyedihkan ada di antara PBT-PBT yang terlibat… terlibat dengan menaikkan kadar bayaran letak kereta. Kerajaan Negeri perlu menasihati PBT-PBT ini, tunggu dulu. Rakyat tengah susah. Jangan kita menambahkan susah mereka. Rakyat client kita. Walaupun sikit, tetapi mereka sangat terasa. Kerajaan berilah banyak mana pun tapi kalau tak kawal kenaikan tetap tak memberi kesan kepada mereka.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya juga ingin menyentuh soal kekosongan jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, hampir lebih 6 bulan. Saya dimaklumkan oleh pegawai-pegawai Majlis Perbandaran dan juga Ahli-ahli Majlis. Banyak urusan yang tidak dapat

diselesaikan termasuk 4 tender yang telah dikeluarkan pada bulan 6 atau bulan 7 yang lalu. Sehingga kini tidak dapat diluluskan kerana tidak dapat untuk mengadakan mesyuarat, dan saya memohon kepada Kerajaan Negeri agar isu ini dapat diselesaikan segera bagi melancarkan urusan pentadbiran Majlis Perbandaran Temerloh. Kerajaan perlu juarai kawalan kenaikan harga. Di mana-mana agensi yang kita kuasai, biar mereka rasa Kerajaan Pahang sentiasa bersama mereka. Tindakan ini mungkin nampak kecil buat kita, tetapi sesungguhnya ianya sangat besar dan cukup bermakna buat mereka.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Pahang dan orang muda. MPSP, NGO Kebajikan, STW, NGO Kesukarelawan, Akademi Tok Wan, Latihan Kepimpinan. Inilah adalah antara produk Kerajaan Negeri untuk member pendedahan kepada kepimpinan pelapis. Ini adalah usaha yang baik dan wajar diteruskan. Kalau boleh, biar setiap pelusuk di negeri Pahang ini, ada pemuda-pemudi yang Berjaya menjadi pemimpin hasil daripada produk-produk yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri.

Saya ingin mencadangkan kepada Dewan Yang Mulia ini supaya Dewan Belia Negeri Pahang dapat diteruskan. Kita mengharapkan agar suasana persidangan tersebut seperti Sidang Dewan Negeri Pahang yang cukup prestij. Pandangan mereka didengari dan dijawab oleh pihak kerajaan. Setiap Ahli Dewan diberikan ilmu dan pendedahan sebenar kepada mereka, dengan ini kita boleh melahirkan barisan pemimpin-pemimpin pelapis yang hebat dan berkarisma di negeri Pahang yang tercinta ini. We need more people like Tok Wan, dengan izin.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Sebagai penutup, saya ingin membaca dua pantun.

Bandar Temerloh di Kuala Semantan, Tempat pertemuan pedagang lama, Belanjawan 2022 Pahang sudah dibentangkan, Kemakmuran Negeri Manfaat Bersama, Rakyat Sejahtera.

Pahang ini tanah kita, Pahang ini amanah kita, Pahang ini perjuangan kita, Maju terus Pahang, Pahang 1st This is Pahang.

Assalamualaikum WBT. Saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat kerana menepati masa dan mempercepatkan. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat daripada Damak.

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. [Bacaan dalam Bahasa Arab].

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, yang saya kasihi Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang, barisan para Exco seterusnya rakan-rakan yang berhormat sekalian.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah, khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan pasukannya yang telah berjaya menyediakan Belanjawan Pahang 2022. Semoga belanjawan ini dapat memberikan manfaat kepada seluruh rakyat negeri Pahang, insya-Allah. Allah SWT berfirman dalam Surahtul Baqarah, ayat 155 [Ayat al-Quran] yang bermaksud “Dan sesungguhnya kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, lapar, kekurangan harta benda, dan juga kematian dan juga kurangnya tanaman dan buah-buahan. Maka sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Kemelut ekonomi yang berlaku kini menuntut ujian, menuntut kesabaran bagi kita. Keadaan ekonomi negara dalam fasa pelan pemulihan negara sangat memberikan impak, impak ataupun kesan kepada kehidupan sekalian seharian rakyat. Semakin banyak keluhan yang kita terima daripada rakyat di bawah sana, khususnya berkaitan dengan kenaikan harga barang. Apabila harga keperluan asas seperti makanan naik, maka pelbagai lagi barangan yang berantaian dengannya turut naik mendadak. Ini sudah pasti memberikan kesan kepada rakyat, terutamanya mereka yang baru bangkit bertatih untuk kembali pulih daripada tekanan sara hidup di saat Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan.

Beberapa pakar dalam bidang telah memberikan amaran kepada kita bahawa gelombang pandemik jangkitan harian akan meningkat berlaku jika kita tidak mematuhi SOP dengan sebaiknya. Moga Allah SWT melindungi kita daripada jangkitan dan kita dengar dengan varian yang baru yang lebih ganas yang mana ini menginsafkan kita, walaupun sehebat mana idea yang kita ada, walaupun sebijak mana akal kita, kita tidak boleh melawan kuasa Allah SWT. Justeru itu, ini memberikan di dalam kita berusaha, jangan lupa kita bertawakal dan berdoa kepada Allah SWT. Justeru saya mengingatkan diri saya dan yang hadir semua dalam Dewan pada hari ini sebagai pemimpin, seharusnya kita menjadi contoh teladan yang terbaik di dalam mematuhi SOP supaya Allah SWT melindungi kita semua.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Perpaduan adalah asas kekuatan manakala perpecahan pula adalah punca kelemahan. Allah SWT berfirman dalam surah Ali ’Imran ayat 103 [ayat al-Quran] “Berpeganglah kamu dengan seteguh-teguhnya dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah”.

Allah SWT mengarahkan kepada kita supaya berpegang kepada tali, yakni dengan agama agar kita tidak berpecah belah mengikut hawa hafsu, mengikut yang peribadi, yang akhirnya membawa perbalahan dan permusuhan antara sesama kita. Apabila tercetusnya permusuhan, maka sudah pasti akan timbul penyakit benci membenci, fitnah memfitnah yang pastinya akan membawa natijah kelemahan buat ummah ini. Dan kita yakin, dengan melihat kepada kemajuan negeri Pahang dan kesentosaan kita sama-sama nikmati, ini adalah hasil perpaduan yang telah kita asaskan di Negeri Pahang Darul Makmur ini.

Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya tertarik dengan belanjawan 2022 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang menjurus kepada aspek pembangunan pelancongan. Pihak Kerajaan Negeri Pahang telah menambahbaik pelbagai kemudahan infrastruktur di seluruh negeri Pahang yang berkaitan dengan pelancongan dan khususnya di dalam DUN Damak yang saya wakili. Dan pada hari ini kita lihat bandar Jerantut, alhamdulillah, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama-sama rombongannya telah datang ke daerah Jerantut tapi saya mohon maaf kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana tidak dapat menyambut rombongan ini kerana saya diminta untuk kuarantin peribadi.

Dan kita lihat bandar Jerantut hari ini telah bertukar wajah dengan pelbagai slogan-slogan baru dan antaranya “Jerantut Adalah Daerah Pelancongan”. Tahniah saya ucapkan sekali lagi dan bagi memperkasakan lagi aspek pelancongan walaupun tidak disebut sebagai detail dan secara fokus dalam belanjawan berkaitan dengan daerah Jerantut ini, saya ingin menyuarakan beberapa penambahan dan penambahbaikan di daerah Jerantut khususnya dalam aspek pelancongan yang merupakan daerah yang terbesar dalam negeri Pahang.

Pertama, saya mencadangkan agar Jerantut ini dijadikan lokasi dengan izin, edu-tourism ataupun spiritual tourism iaitu pelancongan yang berasaskan pendidikan dan kerohanian. Ini adalah kerana setiap minggu atau hujung minggu, daerah Jerantut menerima pelancong-pelancong domestik secara khususnya begitu ramai. Kerana apa? Tarikan lokasi-lokasi pelancongan seperti air terjun, sungai dan seumpamanya.

Namun demikian, mungkin kita terlepas pandang, Jerantut ini mempunyai 16 buah pusat tahfiz dan madrasah. Yang mana saya dimaklumkan ada 12 telah berdaftar dengan Majlis Ugama Islam dan selebihnya dalam proses pendaftaran, yang bukan sahaja menjadi pusat pengajian, malah juga menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti seperti memanah dan berkuda. Jadi dengan adanya bilangan tahfiz atau madrasah yang banyak di daerah Jerantut ini, sebenarnya boleh memberi peluang kepada Pihak Berkuasa Tempatan memanfaatkan dan mempromosikannya sebagai lokasi tawaran yang unik buat para pelancong untuk dilawati, sama ada bertujuan untuk menyantuni pelajar-pelajar dan mungkin ada pelajar-pelajar anak yatim dan juga menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan sama ada berbentuk keilmuan ataupun kerohanian.

Selain itu, para pelancong juga sudah pasti akan dapat menghulurkan bantuan dengan lebih tepat dan yakin kerana hari ini terlalu banyak promosi-promosi untuk disalurkan infak tapi kita belum pasti apakah dia tempat yang sesuai ataupun benar-benar wujud. Jadi dengan mengalami suasana pelancongan yang unik ini, bukan sahaja dapat memberi suasana baru tetapi akan dapat meningkatkan lagi kualiti kefahaman ilmu dan juga kerohanian.

Yang kedua, saya mencadangkan agar lokasi-lokasi yang berpontensi untuk ekopelancongan sepanjang jajaran Kampung Baru hingga ke Kampung Ulu Cheka dan juga ke Kampung Perlok dan sampai juga ke Kampung Batu Balai dan juga kampung sempadan diwartakan dan saya harap pihak kerajaan dapat memelihara dan mempromosi kawasan-kawasan baru yang cukup bernilai ini. Dan sebagai contoh terdekat ini terdapat satu lokasi di DUN Damak yang menarik satu ketika dahulu dan menjadi tempat persinggahan tapi kini dah menjadi sepi dan tiada pengunjung iaitu Pusat Rekreasi Hutan Simpan Som yang pernah saya bangkitkan dalam Dewan ini. Kawasan yang berpotensi ini untuk tarikan pelancong dan sudah seperti ini semestinya perlu diselenggara dan dipromosikan.

Selain itu juga kawasan ekopelancongan dan sekitarnya dan kawasan sekitarnya saya harap dapat diselia dengan baik dan tidak diusik oleh tangan-tangan ghaib, yang cuba untuk merosakkan keindahan flora dan fauna. Seperti mana firman Allah SWT dalam surah Ar-Rum ayat 41 [Ayat al-Quran] maksudnya, “Telah zahir kerosakan di daratan dan juga di lautan dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebagai balasan terhadap sebahagian dari perbuatan yang mereka lakukan, mudah-mudahan mereka kembali kepada jalan Allah”.

Yang ketiga, rentetan daripada isu gajah liar masuk kampung yang kita dengar hanya di kawasan DUN Damak dan saya dimaklumkan sudah dilantik ketua penembak… bukan ketua penembak gajah ya, ketua gajah ini, tapi sebenarnya di DUN Damak ini, semenjak dua menjak ini telah belaku isu gajah masuk kampung, khususnya Kampung Baru dan ini berlaku sehingga sekarang.

Jadi saya ingin mencadangkan agar pihak Kerajaan Negeri Pahang merealisasikan Pahang yang terkenal dengan jolokan dengan negeri Tok Gajah dengan menyediakan kawasan penempatan khusus untuk habitat gajah. Saya dimaklumkan pusat konservasi gajah di kawasan er…. Dato’ Sri YB. Lanchang itu adalah tempat untuk rawatan dan juga transit untuk gajah-gajah ini. Mungkin nanti dapat diperjelaskan dan saya difahamkan oleh ketua penangkap gajah yang saya pergi bertemu dengannya di kawasan Kampung Baru ini, bahawa gajah-gajah di Negeri Pahang yang ditangkap oleh PERHILITAN ini akhirnya akan di pindah ke kawasan taman…

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Dato’ Sri,

Saya nak mencelah sikit. Bukan dilantik sebagai satu kumpulan menembak gajah. Dilantik Pengerusi Gajah Liar untuk memastikan bekerjasama dengan pihak PERHILITAN dan JKKK terlibat di kampung-kampung yang jadi mangsa kemasukan gajah-gajah liar dan Yang Amat Berhormat menghargai peranan Mergastua dan JKKK untuk menyelesaikan masalah gajah liar dengan memberikan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi tahun 2022. Bukan penembak gajah, penembak gajah salah.

Terima kasih er...Pulau Tawar di atas penjelasan ini dan saya ucapkan tahniah dan insya-Allah saya juga akan bekerjasama jika turut dilibatkan dalam usaha menyelesaikan masalah ini. Jadi saya sebut tadi, gajah-gajah ini ditangkap dan di hantar ke Taman Negara dan Taman Negeri di Terengganu dan Kelantan dan saya dimaklumkan yang di Pahang ini berisiko untuk pupus. Jadi justeru itu saya cadangkan kalau ada satu kawasan yang luas kita lepaskan gajah ini dan boleh menjadi kawasan tarikan pelancong, insya-Allah.

Yang keempat, Pekan Damak adalah lokasi utama bagi… lokasi utama yang menjadi tumpuan orang ramai khususnya di musim durian. Ia juga menjadi destinasi persinggahan bagi mereka yang ingin menerokai keindahan bukit, sungai, air terjun, flora dan fauna di kawasan sekitar. Namun sekiranya kita datang ke Pekan Damak hari ini, kita lihat ia adalah satu pekan yang seolah-olah tidak terurus dengan baik. Justeru saya mencadangkan agar dibaiki segera jalan utama, dibaik pulih sistem paip air yang sentiasa pecah dan mengalir di atas jalan besar, menyusun kembali dan menaik taraf rumah-rumah kedai yang usang, membaiki papan kenyataan yang rosak dan menyediakan sistem pengurusan sampah yang baik.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Pembangunan infrastruktur adalah untuk kesejahteraan rakyat. Merujuk kepada strategi kedua Belanjawan Tahun 2022, melengkapkan kemudahan asas rakyat, saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang sangat prihatin dalam masalah infrastruktur ini dan juga saya mengucapkan terima kasih kepada JKR Pahang dan secara khususnya di Jerantut kerana sangat proaktif apabila menerima aduan berkaitan dengan permohonan dan pembaikan jalan raya khususnya dalam DUN saya.

Alhamdulillah, lebih 90% aduan yang dibuat menerima tindak balas yang sangat baik dan rakyat dapat menikmati hari ini jalan raya yang baru dan yang dibaik pulih di semua kampung dan juga beberapa kawasan lebuh raya persekutuan. Juga tahniah saya ucapkan kepada Majlis Daerah Jerantut yang telah menaik taraf jalan raya-jalan raya di taman-taman perumahan dan juga kemudahan-kemudahan berekreasi di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan, Jerantut. Di samping itu, saya mohon penjelasan sedikit berkaitan status jalan raya baru dari Jerantut ke Benta. Apakah kerajaan merancang untuk menaik taraf jalan tersebut? Sebab yang sekarang ini daripada Bandar Jerantut, Batu Satu ke Kampung Lata Kasah dan jadi… apakah ada perancangan untuk sampai ke Benta yang sudah pasti akan menghubungkan Jerantut, Lipis dan Raub? Jika ada, bilakah projek ini akan bermula dan bilakah dijangka siap?

Manakala isu yang menghantui penduduk kampung pada hari ini seperti mana yang dibangkitkan juga oleh Semantan tadi khususnya pada Kampung Baru, Kampung Sempadan dan Kampung Perlok ialah masalah air yang seolah-olah tiada berkesudahan hingga kini. Saya juga tertanya-tanya mengapa tiada peruntukan khusus buat DUN Damak seperti yang dibentangkan bagi menyelesaikan masalah air ini. Di waktu ini, saya mendapat laporan daripada penduduk kampung khususnya Kampung Baru, mereka berdepan dengan keputusan bekalan air berminggu-minggu dan keadaan ini menjadi bertambah buruk akibat daripada sumber air bukit yang terjejas dan bertambah-tambah lagi apabila berlakunya hujan lebat

Dan untuk makluman Dewan juga, seluruh penduduk di Kampung Sempadan yang bersempadan dengan er... DUN Benta ya, bersebelahan DUN Benta. DUN Benta memang hebat lah. DUN kome ni, jadi di kawasan Kampung Sempadan itu hingga kini, tidak ada perkhidmatan air paip. Mereka bergantung sepenuhnya kepada air bukit dan saya dimaklumkan bahawa isu yang berlaku semenjak sekian lama ini adalah berpunca daripada loji air Batu Balai yang sudah lama dan tidak mampu menampung keperluan penduduk sekitar. Justeru pihak kerajaan, saya harap dapat mengambil perhatian serius kepada masalah ini.

Yang Berhormat Dato’Sri Yang di-Pertua,

Pada minggu lepas… habis masa ya?

Yang di-Pertua (Speaker)

Satu minit lagi.

Saya mendapat laporan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Tebing Tinggi er... berlaku… yang juga menjadi pusat pemindahan banjir, telah berdepan dengan

masalah siling atap yang runtuh. Dan apabila saya pergi er... ada bilik kemahiran, surau telah ditutup dan memang siling-silingnya runtuh. Jadi bila saya tanya mereka sudah membuat laporan namun yang demikian tiada tindakan segera dan saya dimaklumkan sudah hampir setahun, dua tahun dimaklumkan perkara ini. Jadi bila saya pergi saya sangat bimbang kerana ia berisiko runtuh dan membahayakan anak-anak murid. Justeru itu, saya ingat dapat diambil perhatian oleh pihak kerajaan.

Berikutnya, memartabatkan sukan, menyihatkan badan, mencergaskan minda. Sukan boleh menyatukan kita tapi saya lihat di Negeri Pahang mutakhir ini sukan-sukan berprestij contohnya bola sepak, badminton, takraw tidak ada nama-nama dari Negeri Pahang dan saya mendapat juga pandangan daripada sahabat-sahabat, nama Tok Gajah yang segah dulu tu kita sudah tukar menjadi Sri Pahang. Jadi kalau sebut Tok Gajah tu nampak gagah sikit tapi bila tukar Sri Pahang tu umph tu tiada. Jadi ini dibangkitkan oleh kawan-kawan kita dan kita harap agar ada usaha yang bersungguh-sungguh daripada pihak kerajaan akan menaikkan kembali nama bola sepak kita dan juga wakil-wakil daripada Negeri Pahang dalam sukan badminton dan juga sukan-sukan popular yang lain.

Seterusnya, akhirnya saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Exco Agama daripada Kerdau yang telah mengagaskan Madinatul Mawaddah, betul ya Dato’ Sri Kerdau, betul ya. Madinatul Mawaddah ataupun bandar Islam yang baru. Saya begitu teruja dengan gagasan pemikiran dan apa yang diasaskan ini dan apa yang telah dibentangkan sudah pasti ia akan menjadi satu model yang terbaik untuk kita jadikan, bandar Kuantan mungkin, akan jadi salah satu bandar Mawaddah, yang mana Mawaddah ini maksudnya adalah kasih sayang dan sudah pasti daripada kasih sayang itu akan melahirkan kesatuan dan perpaduan sesama kita.

Sekali lagi akhirnya yang kedua saya ucapakan terima kasih kepada seluruh kakitangan kerajaan dalam khususnya daerah Jerantut dan di DUN Damak yang memberikan kerjasama yang sangat baik kepada saya sepanjang saya diamanahkan mewakili rakyat di DUN Damak dan juga kepada Penghulu, Pengerusi JPKK yang pasti kerjasama dan ukhuwah yang dibina ini akan dapat mewujudkan budaya harmoni dalam masyarakat.

Akhirnya yang ketiga, saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang di atas pembentangan Belanjawan 2022 dan saya mohon menyokong. [Ayat Al-Quran].

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat, seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Inderapura, silakan.

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum WBT. [ayat Al-Quran]. Terima kasih Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan dalam mengambil bahagian perbahasan ucapan Bajet Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail dalam Mesyuarat kali Ke-2 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang yang Ke-14. Alhamdulillah, sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT, selawat dan salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, selaku wakil daripada DUN Inderapura, saya harap saya tak bercakap banyak-banyak. Saya suka pergi kepada point tapi maklumlah dalam Kuantan, DUN Inderapura ini dalam

Kuantan, jadi bila kita berada dalam Kuantan, kita tidak dapat lari daripada isu-isu perbandaran dan juga penduduknya ramai.

Saya fikir penduduk Kuantan kalau dahulu mungkin setengah juta daripada jumlah keseluruhan 1.5 kurang lebihlah jumlah penduduk negeri Pahang. Saya fikir mungkin er… rekod statistik saya tiada, tapi anggaran tapi mungkin salah sampai peratusan 600 ribu penduduk di daerah Kuantan. Dan mestinya terpalit dengan yang mentadbir bandarnya, Majlis Bandaraya Kuantan. Tahniah kepada kerajaan telah menaik taraf daripada bandar… bandar kepada bandaraya.

Dan semestinya ada slogan “Lestari Kuantan”. Saya amat bersetuju dengan kelestarian bandar Kuantan. Dengan penanaman pokok kiri kanan, jalan ada pokok la semua, ada juga pokok yang ditebang dan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Ada juga complain dalam apa… social media tapi teruskan mana yang patut. Cuma cadangan saya, supaya kelestarian tu tetap dengan lestari tapi kalau pokok itu diganti sering berganti identiti pokok itu. Bunga kertas tanam Bunga Kertas tapi janganlah esok lagi tiga empat tahun bunga lain pula maksud saya. Jadi kita kekalkan.

Macam saya pernah pergi ke Chiang Mai, semasa menjadi Exco. Semasa main golf. Bunga kertas itu cantik. Main golf. Salah satu lah minat saya. Nanti saya cerita pada golf, ada sikit. Jadi kalau pokok bunga kertas, pokok bunga kertas. Dulu pada suatu ketika, semasa saya kecil, Kuantan di masa zaman sekolah dikenali sebagai Palm. Pokok palma. Jadi palma dia tak hidup dah. Jadi pokok lain.

Dan alhamdulillah saya ucap tahniah kerana daya penarik kita yang baru di daerah Kuantan ini apa ni… dinasour. Tak kira la tiket tu siapa… tiket itu inisiatif swasta, ya. Suatu dulu saya kecil Taman Teruntum tu zoo, tapi kita dah beralih ke satu fasa yang lain, nak nengok benda yang baru di Kuantan, ya. Kalau boleh saya ini mencadangkan Padang Kemunting tu we have to do something orang putih khabar. Orang putih cakap, we have to do something dekat Padang Kemunting tu.

Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua,

Tempat orang jogging, jogging track, ada mini stadium. Contoh. Sebab orang pernah main kat situ. Orang berjogging ni memang suka tunjuk ke orang, tak kira laki ke perempuan ke. Dia jogging ni memang dia suka tunjuk. Kalau jogging seorang-seorang ini macam orang gila, dia tak nak. Pasal dia berjumpa kawan, boleh bercakap dengan kawan. Jadi itu new acttractive. Saya harap di Padang Kemunting,cadangan. Padang Kemunting itu kita buat mini stadium, open mini stadium dengan ada jogging track keliling tu. Orang nak berlari laju ke, berlari pendek ke contoh. Jadi apa-apa hal pun saya ucapkan tahniah.

Dan lebih saya nak memohonlah Pihak Majlis Bandaraya Kuantan supaya melihat semula, melihat semula kepada soal penjaja yang tidak ada lesen ini. Yang di collect pula dah la tiada lesen, tiap-tiap minggu collect duit. Saya pun tidak faham macam mana tiap-tiap minggu dia collect duit. Collect tu cara mana? Tapi kalau collect tiap-tiap minggu collect duit, mungkin ada… tak menuduh, quote and unquote Dato’ Sri Yang di-Pertua, mungkin ada unsur-unsur lain yang boleh masuk. Jadi supaya saya mencadangkan dan melihat balik, kita bagi je lah orang berniaga. Lesen kan dia, mudah kan dia, facilitate Pihak kerajaan.

Seterusnya… dah habis malas dah nak cakap cerita Majlis Bandaraya. Overall keseluruhannya, alhamdulillah. Dengan pentadbiran baru, lampu kelip kelap semua

dalam Bandar Kuantan, kita syukur. Lip-lap lip-lap saya tengok ya. Di apa… di bangunan baru bangunan MBK tu.

Sedikit mengenai pentadbiran daerah. Kalau daripada JKKK kepada JPKK adalah elaun naik, tahniah kepada kerajaan mengambil kira menitikberatkan soal-soal pentadbiran. Tapi malangnya institusi pemukiman ini, mukim di Kuantan ini kita ada Kuala Kuantan 1, Kuala Kuantan 2, Lepar. Jadi Kuala Kuantan 1, Kuala Kuantan 2 ini, dia punya demographic density. Menatang apa saya tidak tahu. Tapi makna kependudukan dia tinggi, demographic density, kepadatan penduduk tinggi. Jadi dalam soal itu, kita perlu melihat semula soal-soal persempadanan penghulu itu.

Kalau JKKK, JKPP… JPKK itu kita dah buat, apa kata untuk meringankan beban Penghulu ini, kita buat persempadanan semula supaya dapat diagih-agihkan. jadi maknanya ada Internal Equality. Maknanya agihan itu sama rata dari segi apa ini dalamannya. Saya ingin menanya, saya borak-borak ahli Pulau Manis. Makna saya nak tahu, dia cerita dekat saya, saya nak minta dia cerita pula. Boleh Dato’ Sri Yang di-Pertua? Minta ahli daripada Pulau Manis cerita pula, Penghulu yang paling sikit pentadbiran dia, berapa orang berapa biji rumah? Minta boleh jawapan saya?

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Boleh Dato’ Yang di-Pertua?

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh, cerita yang elok-elok ya.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Insya-Allah. Apabila perkara ini dibangkitkan semalam, berkenaan dengan JKKK, jadi sahabat kita daripada Inderapura ini berhasrat untuk membangkitkan berkenaan dengan penghulu. Saya pun menyokonglah. Apabila saya mendapati kawan saya penghulu Mukim Kuala Kuantan 2, mempunyai 19 JKKK. Penghulu Kuala Kuantan 2 mempunyai 19 JKK di bawah pentadbiran dia. Sedangkan ada penghulu di dalam kawasan saya, dia hanya 2 JKK. Dah la 2 JKK, kampung yang pertama 23 buah rumah, kampung yang kedua 30 buah rumah. Hanya satu kampung tu sahaja 400 buah rumah. Ha, itu lah pembandingannya, maka tercetus lah idea untuk membangkitkan. Terima kasih beri laluan kepada saya.

Jadi penghulu tu pun tak nak tukar-tukar. Pasal kecil. [Ketawa]

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Tak nak tukar. Tak nak. [Ketawa]

Itulah apa ini hakikat keadaannya, saya mohon mencadangkan supaya persempadanan isu… mungkin itu persempadanan ikut peta-peta dulu. Kita kena

relook balik perkara itu supaya ada effectiveness, keberkesanan dalam soal mentadbir menguruskan masyarakat di seluruhnya.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Seterusnya ini traffic juga, tapi ada kaitan juga dengan MBK sedikit dengan JKR. Kalau di sepanjang jalan Kuantan - Jalan Gambang tak kira peak hours dah situ. Dah jammed, dah jammed. Dan kita berjaya, pihak kerajaan dah berjaya menyuraikan kesesakkan lalu lintas di bandar. Tapi bila sampai ke luar bandar jadi bottle neck pula. Jadi saya mahu mencadang supaya dikaji untuk jambatan kedua.

Kalau di Korea Selatan menyeberangkan sungai, sungai apa saya tak ingat, banyak jambatan. Jadi Kuantan ini ada berapa banyak jambatan macam Tanjung Lumpur ada dua, 3 je la Jambatan Tanah Putih. Kita buat satu lagi jambatan boleh pass thru daripada bandar nak ke Sungai Isap, Permatang Badak situ satu jambatan dan yang immediate action saya mohon, supaya di buat satu lagi lane panjang sikit, simpang masuk nak masuk ke Sungai Isap tu buat retaining wall, another lane. Satu lagi barisan untuk tujuan membelok ke kanan, ya.

Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya, Alhamdulillah, berkat kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kita, banyak perubahan. Saya pun kurang yakin dulu. Kurang yakin menda untuk Bajet, RM800,000.00, eh, RM800,000.00 sikit je. RM800 juta. Alhamdulillah melebihi 100% Bajet 2021. Kita dapat capai. Dan insya-Allah saya cukup yakin, kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dengan barisan Exco yang ada, dapat mencapai pula untuk Bajet 2022 dengan RM1 bilion lebih. Saya yakin perkara ini boleh dibuat dengan berkat dan usahanya. Dan saya tertarik, bajet yang dibentangkan itu daripada lahir dapat RM200.00, tapi kalau saya nak dapat RM200.00, saya layak juga rasanya. Layak tak Dato’ Exco? Dato’ Exco Kuala Sentul? Tapi layak tapi saya kena yang lainlah. [Bacaan dalam Bahasa Arab] ha… itulah yang saya tak… saya surrender [Bacaan dalam Bahasa Arab] saya ingat Ahli daripada Bebar… dia kuat berlaku adil. Er… Ahli Bebar dia memang berlaku adil, jadi saya takut, saya khuatir [Bacaan dalam Bahasa Arab] makna kita khuatir tak berlaku adil, satu pun cukuplah. [Bacaan dalam Bahasa Arab].

Dato’ Sri Yang di-Pertua…

Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin mencelah, kepada yang… apa tadi [Bacaan dalam Bahasa Arab]

[Bacaan dalam Bahasa Arab]

[Bacaan dalam Bahasa Arab] tu… saya…

[Bacaan dalam Bahasa Arab]

Saya nak bagitaulah kepada rakan saya daripada Tioman nampaknya dia teruja… [Bacaan dalam Bahasa Arab] itu je.

Ooo jangan berdukacita pula ya. [Ahli Dewan ketawa]. Jadi daripada awal kelahiran sampai ke peringkat mati Kerajaan Negeri melakukan kebaikan… melakukan penambahbaikan. Mati COVID-19… ada duit rasanya. Ada. Saya tak tahu berapa RM2,000.00… RM3,000.00 ha. Untuk sekolah… untuk kahwin. Daripada awal, one circle of life, orang putih panggil. One circle of life… daripada birth sampai ke death. Hidup, mati Kerajaan Negeri membuat sesuatu…

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua…

… yang terbaik untuk rakyat.

Tuan Yang di-Pertua,

Mohon mencelah. Saya tertarik dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Inderapura ini. dia sebut pelbagai bantuan, insentif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, bahkan jenazah COVID-19 pun diberi bantuan. Termasuklah baru-baru ini dalam perbincangan dengan Yang Berhormat ADUN Sentul, rakan sejawatan saya… mana-mana kematian COVID-19 yang berlaku di Pulau Tioman juga bersama rakan sejawatan saya ADUN Benta juga, dimaklum bahawa mana-mana kematian yang berlaku di Pulau Tioman juga dapat insentif untuk mengeluarkan jenazah untuk post morterm dan sebagainya. Terima kasih.

Terima kasih rakan Exco. Jadi bila hal itu saya tertarik untuk menyebut sedikit ayat-ayat Allah. Ayat-ayat Allah… 2 ayat je tak banyak yang saya nak sebut. Tadi dah sebut ayat, ni ayat yang berikutnya, juzu’ yang ke-18… juzu’ ke-18, surah yang ke-23, surah Al-Mukminun… ayat yang berbunyi, [bacaan dalam Bahasa Arab] itu ayat 61 dan ayat yang ke-60… itu ayat 60 dan ayat yang ke-61. [bacaan dalam Bahasa Arab] ini yang penting. [bacaan dalam Bahasa Arab] apa yang kerajaan buat ni… [bacaan dalam Bahasa Arab] berlumba-lumba untuk membuat kebaikan, untuk membuat kebajikan.

Dah lama kita buat, alhamdullilah… tahniah sekali lagi. Makna ayat itu, [bacaan dalam Bahasa Arab] “dan orang-orang yang telah berikan apa yang mereka telah berikan”. Maksudnya orang-orang yang mengeluarkan sedekah dan menginfakkan hartanya di jalan Allah. Satu riwayat dalam tafsir mengatakan, “orang-orang yang melakukan amal-amal kebaikan yang telah mereka perbuatkan, [bacaan dalam Bahasa Arab] dan hati mereka takut dan gentar kerana apa… kerana mereka akan kembali kepada Allah SWT di akhirat kelak”. Mereka takut kalau-kalau Allah tidak menerima amalan merekaa. Moga-moga Allah menerima amalan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, rakan-rakan Exco dan kita semua Ahli Dewan Undangan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Satu minit… satu minit lagi… masa.

Hoh.. tak dan la banyak. Tapi Itu la saya nak kabor [bacaan dalam Bahasa Arab] merekalah yang berlumba-lumba. Seterusnya… saya sebagai… saya peminat pemain golf dan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar banyak membantu Kelab Golf DiRaja Pahang. Dan banyak lagi pembangunan-pembangunan yang perlu kita buat. Dan saya menyeru ahli rakan-rakan Dewan yang belum menjadi ahli kelab golf, insya-Allah ke depan ini kita ada nak buat satu perancangan yang besar dan saya menyeru… saya selaku naib presiden kelab golf… Naib Presiden II Kelab Golf DiRaja Pahang… saya nok memakaikan logo saya, perkenalkanlah sikit.

Baju ni baju free Kelab Golf bagi. Arr… adalah jugak Kelab Golf bagi… arr… adalah jugakkan…

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Mohon mencelah sikit. Saya ambil kesempatan di sini nak mengumumkan kepada Sidang Dewan bahawa Yang Berhormat ADUN Inderapura ini, menang tanpa bertanding baru ini. Tahniah.

Terima kasihlah, sikit je kawan-kawan tolong. Tapi tujuan saya bercakap ni, maknanya kalau boleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tolong lagilah Kelab Golf DiRaja Pahang ini. Dan saya nak mengiklankan supaya yang mana-mana belum jadi ahli, jadilah ahli Kelab Golf.

Kalau orang kerajaan, bayar RM2,500.00 kurang lebih… Ahli-ahli Dewan pun bayar RM2,500.00… boleh claim balik rasanya. Ha… boleh claim semula… kerajaan. Jadi main free tapi kena bayar buggy. Ha… inilah yang… kerja baru saya yang saya cari. Ni kerja barulah ni.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Mohon mencelah. Saya rasa saya nak ucapkan tahniahlah pada Naib Presiden II ye…

Ya… ya…

Menang tanpa bertanding. Kepada… tapi saya cadangkanlah dalam Dewan ini, supaya Ahli Yang Berhormat menjemput rakan-rakan kita daripada kalangan Ahli-ahli Dewan pergi ke Kelab Golf. Makan percuma…

…atas nama Naib Presiden supaya Ahli-ahli Yang Berhormat yang tak tahu, yang tak main golf, boleh jadi ahli kelab untuk kolam renang… bussiness lot tak payahlah. Itu cadangan sayalah.

Kita cadangkan. Kita tunggu nanti kita ada pembangunan baru, insya-Allah saya jemput. Makan tu…

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik... Yang Berhormat hal-hal kawasan dah tak ada ya. Dah abis yer.

Habis dah..habis.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey… Okeylah…

Dak kita versatile sikit, Yang Berhormat…

Yang di-Pertua (Speaker)

Masa pun dah mencukupi…

Ya…ya…

Yang di-Pertua (Speaker)

Lebih… lebih dah 2 minit…

Terima kasih atas masa yang diberi dan partisipasi daripada rakan-rakan yang lain. Dan saya dengan ini memohon menyokong… apa ni mohon menyokong ucapan Bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Terima kasih. Assalamualaikum WBT.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat, seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Semambu.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Terima kasih kepada Dato’ Sri Timbalan… Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua.

Dalam belanjawan ini, kerajaan mengatakan bahawa Environmental, Social & Governance (ESG) akan terus menjadi salah satu penyumbang utama kepada sumber pendapatan negeri dengan jangkaan sumbangan sejumlah RM150 juta bagi tahun 2022. Turut dikatakan bahawa pelbagai premium, royalti dan caj-caj lain telah pun dikenakan bagi meningkatkan hasil daripada sumber hutan dan aset semulajadi.

Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Pahang kerana mengiktiraf kepentingan ESG, dengan menjadi proaktif dalam menerajui agenda ESG, Pahang dapat respons secara segera kepada trend dunia supaya kita berada di hadapan gelombang perubahan untuk menangani perubahan iklim atau climate change melalui usaha nyah karbon, elektrifikasi dan lain-lain.

Akan tetapi, saya beranggapan bahawa kita tidak boleh terus bergantung kepada aktiviti ataupun industri hutan atau tanah yang tidak mapan seperti pembalakan dan perlombongan. Mengikut pengiraan saya dengan menggunakan Laporan Kewangan Pahang 2020, kebanyakan hasil negeri datang daripada tanah RM411 juta, balak RM129 juta, dan lombong, pasir, kuari dan batu sebanyak RM94 juta. Saya dapati bahawa hasil negeri yang datang daripada kegiatan pembalakan dan perlombongan adalah lebih daripada 26% jumlah hasil yang Pahang perolehi pada tahun 2020. Dato’ Sri Yang di-Pertua, peratusan yang amat tinggi.

Saya beranggapan bahawa Kerajaan Pahang harus menzahirkan idea-idea baru supaya dapat menjana hasil alternatif untuk Kerajaan Pahang. Sudah pastinya salah satu cara adalah dengan melalui keuntungan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), yang mana saya dapati RM50 juta… RM52 juta berjaya diperolehi oleh Kerajaan Pahang daripada 40 GLC untuk tahun 2021. Kejayaan ini dapat saya kaitkan dengan Pahang Corporation yang ditubuhkan pada 21 Mac 2019. Ini adalah kerana semasa penubuhan, Pahang Corp. diberikan matlamat untuk memantau semua GLC Pahang supaya lebih efektif.

Dato’ Sri Timbalan Yang di- Pertua,

Sebagai peneraju utama, Pahang Corp. menjadi syarikat utama kepada Pahang Corporate Management Services, Koridor Utiliti Pahang, Pahang Water Energy dan Resources Sdn. Bhd., dan juga PahangGo. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat mencari maklumat lebih lanjut tentang Syarikat Pahang Corp. buat masa ini. Laman sesawang mempamerkan skrin yang amat pelik yang saya tunjukkan di sini. Laman sesawang minta saya key in nombor ic. Jadi saya ikut arahanlah saya key in, tapi lepas itu apa yang munculnya lagi pelik. Dia keluar Server Error 500. Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya nampak laman web tersebut masih ibarat rumah yang masih belum siap, jika begini dimanakah digitalisasinya?.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Yang lebih serius adalah tentang ketelusan dan profesionalisme. Pahang Corp. tidak diperbadankan sebagai badan berkanun, maka tidak diwajibkan untuk membentang laporan tahunan kepada Dewan Undangan Negeri Yang Mulia ini. Tambahan pula, disebabkan Wakil-wakil Rakyat daripada kedua-dua blok tidak dapat menerima laporan tahunan tentang prestasi dan pencapaian syarikat tersebut, maka ianya umpama satu kotak hitam ataupun black box yang tidak dapat diakses dan dipantau

oleh Wakil-wakil Rakyat yang mulia di sini, walaupun ianya umpama “ibu” kepada GLC-GLC lain.

Oleh yang demikian, dalam Dewan Yang Mulia ini, saya ingin meminta pihak kerajaan di bawah YAB. Menteri Besar supaya melaporkan kemajuan dan progress Pahang Corp. kepada Dewan. Malah bukan kali ini sahaja, tetapi secara berkala. Apakah KPI-KPI kepada GLC-GLC Pahang? Berapakah keuntungan daripada PahangGo dan KUP? Apakah unjuran dividen kepada Negeri Pahang? Adakah Ketua Pegawai Eksekutifnya masih En. Mohd Khusaini? Kesemua ini haruslah dijawab dan terjawab dalam Dewan Yang Mulia ini.

Jangan salah faham. Ianya bukan lontaran kritikan semata-mata, sebaliknya saya cuba untuk membantu. Saya ingin bertanya, adakah rakan-rakan Dewan Yang Mulia ini masih ingat pernah ada sebuah Syarikat yang bernama Pahang Technology Resources? Syarikat ini digelar syarikat TECH yang begitu hebat pada masa itu, tapi akhirnya mencatat kerugian berjuta-juta ringgit sehingga ditegur oleh Ketua Audit Negara. Persoalannya, dimanakah ianya sekarang?

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Cara terbaik untuk mengelakkan kesilapan sebegini adalah dengan adanya ketelusan, dan bukannya kotak hitam. Adanya dasar inklusif, dan bukan pendekatan yang tertutup. Aspirasi Pahang Corp. supaya menjadi peneroka sektor baru seperti “teknologi hijau” memang dialu-alukan, dan saya yakin melalui sistem laporan yang terbuka dan inklusif, ianya dapat memperkasakan lagi usaha tersebut.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Balik kepada beberapa topik yang berkenaan dengan kawasan Semambu. Pertama, saya mengalu-alukan berita bahawa tangki imbangan berkapasiti 106 juta liter sehari di kawasan perindustrian Gebeng dan Loji Rawatan Air Semambu Fasa 3 berkapasiti 145 Juta liter sehari berjumlah RM619 juta akhirnya akan dibina tahun depan. Saya yakin ianya dapat membantu mengekalkan keyakinan pelabur di samping menjamin bekalan yang mencukupi kepada warga Kuantan. Saya minta pihak kerajaan menyatakan apakah jangkaan masa ianya akan disiapkan?

Kedua, kelmarin Majlis Bandaraya Kuantan ataupun MBK telah menjalankan operasi pemutihan untuk hotel dan hotel bajet dan bangunan-bangunan komersial yang lain. Penguatkuasaan terhadap premis yang memohon pengusaha-pengusaha mengemukakan pelan pembangunan yang baru membebankan kerana ianya akan melibatkan kos-kos arkitek serta kos pengubahsuaian yang lain.

Pusat khidmat saya menerima satu aduan yang mana seorang pengusaha hotel bajet er…berkenaan dengan notis untuk menghantar pelan pembangunan yang baru untuk hotel bajetnya. Kos untuk mengupah arkitek difahamkan dalam RM5,000.00 hingga RM7,000.00 dan ia masih tidak merangkumi kos pengubahsuaian jika ia tidak mematuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak-pihak berkuasa.

Ketika ekonomi sedang beransur pulih, tindakan penguatkuasa sebegini hanya akan membebankan rakyat. Sehubungan dengan itu, saya memohon kerajaan untuk menangguhkan penguatkuasaan terdahulu sehingga keadaan menjadi lebih baik.

Ketiga, saya ingin menyentuh isu kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Pantai Timur pada hujung minggu, iaitu biasanya dari arah Gombak ke Bentong pada Jumaat, dan

dari Bentong ke Gombak pada Ahad malam. Kesesakan ini sangat serius sehingga ianya mengambil masa 3 jam untuk pergerakan jarak sepanjang 50 km. Saya bimbang kesesakan ini akan menjejaskan reputasi Pahang, termasuk Kuantan sebagai destinasi tarikan pelancongan, penginapan dan industri. Saya minta kerajaan mengkaji isu ini betul-betul, dan saya cadangkan kerajaan mengambil beberapa pendekatan berikut:

1. Melaksanakan lorong boleh berpatah balik, ataupun reversible lanes, iaitu 3 lorong untuk pengguna dari Bentong ke Kuala Lumpur pada Ahad malam dan sebaliknya.

2. Memberikan diskaun tol kepada mereka yang bertolak atau balik awal.

3. Untuk jangka masa panjang, Kerajaan Pahang wajar membawa isu ini kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina lebuhraya alternatif. Buatlah sebelum keadaan menjadi semakin parah.

Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua,

Bersambung dengan isu tersebut, simpang di Bukit Rangin juga mengalami jam yang semakin serius. Bagi menjamin kesejahteraan hidup penduduk sekitar dan juga keberkesanan Jalan bypass sebagai jalan utama yang menghubungi Pelabuhan Kuantan, kluster industri Gebeng dengan luar Kuantan, kerajaan wajar mempercepatkan proses membina jejantas di Simpang Bukit Rangin.

Akhir kata, saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua barisan Exco, Wakil-wakil Rakyat, semua wakil agensi kerajaan dan urus setia dewan yang bersama dengan kita, bukan sahaja sepanjang persidangan ini, tapi selama beberapa tahun ini.

Dalam pertemuan dengan Dato’ Sri Speaker minggu lepas beliau mengatakan bahawa ini mungkin sidang yang terakhir. Mungkin beliau bergurau, tapi saya sentiasa menganggap bahawa bukan mudah kita dapat bertemu, apatah lagi untuk bersidang dalam era norma baru COVID-19 ini. Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada Dato’ Sri Speaker dan Dato’ Sri Timbalan Speaker yang banyak memberikan panduan kepada saya untuk menjalankan tugas. Saya berasa masih banyak peluang untuk kita melaksanakan reformasi institusi, yang mana saya percaya kita semua telah pun usahakan yang terbaik dan dengan hati yang ikhlas.

Nasi Dagang lauknya ikan, Dikasih kerupuk rasanya gurih, Tak lupa ku ucapkan, Beribu-ribu terima kasih.

Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih YB. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Padang Tengku.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Assalamualaikum WBT. Bismillahirrahmanirrahim [bacaan dalam Bahasa Arab] Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri

Besar, rakan-rakan Ahli Mesyuarat Kerajaan, rakan-rakan sejawat Ahli Dewan, Ketua-ketua Jabatan. Alhamdulillah kita mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT, kita dapat berada di dewan ini dikhaskan satu bajet yang saya kira begitu baik, yang begitu komprehensif dan tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama-sama dengan teamnya yang telah mengagahkan satu er… belanjawan yang amat alu-alukan. Belanjawan yang telah menunjukkan kedudukan kewangan kita yang begitu stabil dan juga iltizam kepimpinan kita yang begitu bersungguh-sungguh bekerja demi rakyat untuk kemajuan kepada kita.

Bersesuaian dengan tema “Kemakmuran Negeri Manfaat Bersama” rakyat sejahtera. Er…yang berasaskan kepada 5 strategik yang telah digariskan pada bajet ini. Saya akan menyentuh beberapa perkara yang menjadi beberapa… menjadi isu-isu di Padang Tengku yang pernah saya utarakan er…dalam sidang-sidang yang lepas tetapi belum ada jalan penyelesaian yang tuntas, yang dapat dilihat. Justeru itu, er... saya ingin mengemukakan beberapa perkara.

Pertama ialah berkaitan dengan perumahan. Sekali lagi saya nak mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang yang begitu memberi perhatian yang begitu mendalam terhadap perkara ini. Berbagai-bagai projek, skim telah dilaksanakan dalam menangani er...perumahan yang merupakan satu keperluan yang besar kepada rakyat kita.

Perumahan Rakyat Pahang… er...PR1MA Pahang, Rumah Makmur, Perumahan Awam Kos Rendah, Perumahan er...Perumahan Rakyat Dimiliki, Rumah Penjawat Awam Pahang, juga skim-skim pemulihan dan pembaikan rumah dan saya kira er... semua ini merupakan satu program yang cukup baik yang kita… sebagai rakyat Pahang, bersyukur.

Tetapi, sebenarnya yang menunggu, yang mengharapkan kepada skim-skim rumah terutama rumah-rumah yang boleh membantu rakyat-rakyat yang tidak mampu er... mengeluarkan belanja sendiri, ia begitu mendesak dan begitu tinggi. Di Padang Tengku sahaja er... senarai yang berada dalam E-Kasih, yang kita… yang ada dalam rekod saya, tak kurang daripada 140 keluarga yang sedang menunggu. Sedangkan skim-skim yang ada walaupun kita berterima kasih dan kita amat-amat mengalukan ma… misalnya Rumah Rakyat Pahang yang dahulunya bermula daripada 2 kemudian meningkat kepada 4.

Kemudian, insya-Allah pada tahun hadapan 2022 ini, kita dapat 6, dan kita percaya dengan usaha bersungguh-sungguh kita bersama er... kita akan dapat menentukan dan mencari dana-dana kewangan yang kukuh, insya-Allah er... inisiatif ini akan ditambah lagi. Dan kita percaya Dato’ Sri Menteri Besar dan juga [tidak jelas] kan menambah mungkin sampai satu kita… satu ketika nanti kita mungkin dapat 10 atau er... sedozen, 12 buah rumah bagi setiap DUN. Ini bukanlah satu yang mustahil kalau kita sama-sama berusaha.

Justeru itu, er... sebenarnya berbagai-bagai pihak telah berusaha ke arah ini. Saya nak merakamkan atau menjunjung kasih di kesempatan ini kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia er... Tuanku Yang di-Pertuan Agong, yang telah mengurniakan 15 buah rumah er... di bawah Program Rakyat… Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) kepada rakyat miskin di kawasan Padang Tengku. Jadi ini merupakan satu lagi inisiatif yang cukup mulia yang kita junjung tinggi dan er... sebesar-besar terima kasih kepada er... Tuanku di atas keprihatinan yang besar kepada rakyat kita.

Justeru itu, tuan-tuan dan puan-puan, saya juga menyeru ketua-ketua jabatan, ketua-ketua g… GLC juga mungkin boleh er... menganjurkan program-program er... CSR untuk melihat dan membantu mana-mana rakyat termiskin yang berada dalam senarai untuk kita sama-sama bantu. Di kesempatan ini, saya nak mengucapkan ribuan terima kasih umpamanya kepada er... Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang yang telah menyumbangkan sebuah rumah asnaf di bawah Program Baiti Jannati di Kampung Merapoh di kawasan saya di Padang Tengku.

Jadi, saya kira banyak lagi agensi-agensi, GLC-GLC yang sebenarnya boleh er... memberikan penempatan sama sebagaimana yang telah ditunjukkan dan juga kita mengharapkan MUIP, salah satu dari agensi yang er... perlu melihat perkara ini. Sebab dalam kes-kes tertentu er... misalannya dalam kes rumah-rumah terbakar. Rumah terbakar ini dia merupakan rumah yang er... miskin serta-merta, ya. Orang miskin serta-merta kerana tak… kalau kita bandingkan dengan banjir, mungkin banjir ada barang yang boleh diselamat. Tapi kalau rumah terbakar, habis hangus, total loss itu memang dia akan miskin dalam keadaan yang serta-merta dan perlu dibantu sebagaimana yang diceritakan oleh rakan-rakan kita Sungai Lembing tadi umpamanya, er... memakan masa yang begitu lama untuk kita me… mendapatkan rumah-rumah yang semacam ini.

Saya kira perlu ada satu skim perumahan untuk rumah-rumah ini supaya kita dapat dibantu dan MUIP er... memang sentiasa membantu tetapi dalam kes-kes tertentu, kadang-kadang pernah berlaku di tempat saya, bila kita nak utarakan er... permohonan ini, dia menyatakan ini kena dapat titah daripada Tuanku. Jadi, bila Tuanku nak datang melawat er... saya ingat ada kes-kes tertentulah Tuanku boleh datang melawat. Yang lain itu kita akan salurkan melalui organisasi yang sedia ada tetapi er... kita tahu keputusannya agak lambat dan kadang-kadang memakan masa dan ada skim-skim yang semacam ini terpaksa menggunakan skim-skim yang sedia ada, yang terpaksa berkongsi dengan er... atau mengambil kuota-kuota yang telah ditentukan kepada orang-orang yang telah kita senaraikan lebih awal.

Ha ini berkaitan dengan rumah apa nama ini… er... rumah percuma ataupun rumah… Satu lagi er... rumah yang berkaitan dengan perkara yang sama ialah rumah yang er... diberikan oleh er... apa nama ini sumbangan daripada rumah-rumah PPRT. Sumbangan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Tapi… saya kira semenjak dua menjak ini, kita macam lihat sis… program ini macam tak wujud. Saya nak beritahu di Padang Tengku, umpamanya… bukan di Padang Tengku, di Lipis, di daerah Lipis yang er... kita tahu ataupun ada 12 mukim. 12 mukim kesemuanya. Tetapi er... apa yang er... kita dapati di bawah Skim Rumah PPRT ini, di bawah kendalian GIATMARA pada tahun 2020, hanya 4 buah rumah untuk rumah baru, rumah bina baru dan er... 47 buah rumah bagi baik pulih. Tahun 2021, 6… 8 buah rumah.

Jadi macam tak… tak nampaklah. Sebab kalau di… nak agihkan kepada satu… sebuah rumah bagi 1 mukim pun tak dapat. Jadi saya kira er... ada keperluan untuk Kerajaan Negeri khususnya di bawah Exco er... Pembangunan Luar Bandar untuk berbincang dengan pihak er... Kementerian Luar Bandar untuk kita menambahkan kuota supaya er... kita dapat melihat er... angka-angka dalam senarai menunggu e-Kasih itu dapat kita kurangkan daripada masa ke semasa.

Saya juga mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih di atas usaha yang dilakukan oleh peringkat kerajaan dalam membina Rumah Pahang er... Rumah PR1MA Pahang dan juga Rumah Makmur. Di kawasan Padang Tengku umpamanya

telah do… telah pun dilancarkan satu er... kawasan ataupun satu Skim Rumah Makmur di kawasan Tanjung Jambu dan er... telah pun dilakukan upacara er... pelancaran ataupun pecah tanah oleh Yang Berhormat Exco er... Exco Perumahan yang mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dan er... telah dilakukan saya ingat dah dekat setahun jugalah apa yang telah berlaku.

Tetapi kita masih lagi tertanya-tanya tentang kedudukan sebenarnya. Sebab ada daripada penduduk-penduduk kawasan saya yang berminat untuk er... memiliki rumah tersebut, membuat pendaftaran dan permohonan dan sebagainya, mereka pergi ke laman web Perumahan er... SUK, tak ada dalam senarai er... di situ, yang menyebabkan mereka tertanya-tanya dan yang nampak ialah apa ini… billboard yang besar er... bergambar er... Menteri Besar yang ada di situ.

Jadi saya harap er... projek ini er... dapat er... kita nak tahu statusnya dan dapat di… dipastikan ianya dapat dilaksanakan dalam tempoh yang bersesuaian. Begitu juga kita juga tertanya-tanya, kita juga mendengar ada Skim Perumahan er... PR1MA Pahang di Kampung Tempoyang. Tapi ini juga kita hanya mendengar uar-uar sahaja. Jadi kita harapkan satu kepastian dapat dijelaskan oleh er... Exco Perumahan tentang…. keduk…perkara-perkara ini sebab ini juga menjadi er... tanda tanya kepada penduduk-penduduk di kawasan saya.

Saya juga ingin mencadangkan di dalam rumah er... PR1MA Pahang dan juga Rumah Makmur ini, kita mewujudkan satu skim untuk membantu golongan belia dengan kita er... memberikan potongan 10% kepada golongan belia, khususnya yang baru berkahwin untuk memiliki rumah, untuk kali pertama. Kalau penjawat awam ada kemudahan ini, potongan sebanyak 10%, saya kira kepada golongan-golongan belia er... juga wajar kita memberikan potongan sama bagi tujuan er... mereka memiliki rumah.

Er... Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya juga ingin mengutarakan apa yang pernah er... saya ucapkan di Dewan ini berkenaan dengan Pusat Pertumbuhan Desa Kampung… Kampung Berchang yang er... pernah di… disebut oleh apa… pemajunya, pelaksananya iaitu PK… PKNP er... untuk melaksanakan projek ini tapi sampai sekarang ia jadi… masih lagi menjadi tanda tanya akan kedudukan kedua-dua perkara rumah ini.

Er... saya juga ingin memohon kerjasama ataupun jasa baik daripada Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk er... menanyakan atau mendapat berita tentang Skim Rumah Mesra Rakyat. Sebab Skim Rumah Mesra Rakyat ini memang menjadi tanda tanya dan sekarang dia tidak ada lagi er... ater… hubungan atau kaitan dengan kita. Jadi saya er... tetapi rakyat-rakyat di kawasan selalu bertanya tentang kedudukan Skim ini sebab ada rakyat-rakyat yang telah pun er... pemohon-pemohon yang telah pun dikatakan er... mendapat kelulusan untuk membina rumah ini tetapi sampai sekarang rumah ini belum dibina. Itu berkaitan dengan rumah, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Saya nak beralih ke perkara yang selanjutnya iaitu Skim Tanah Rakyat dan juga Skim Tanah er… tanah apa… Warisan. Kedua-dua skim pemberian tanah untuk tujuan tapak pertanian dan juga perumahan ini sebenarnya merupakan satu lagi er… inisiatif yang sebenarnya begitu menggembirakan rakyat dan er… saya begitu berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang yang di kawasan Lipis saya telah meluluskan er… sebanyak 91 skim yang merupakan skim yang terbesar di negeri Pahang lah. Tetapi persoalan yang er… timbul di sini ialah tujuan kita nak beri rumah memberi tanah itu

ialah untuk mengatasi masalah kelaparan tanah yang tinggi di kalangan penduduk kita tetapi apa yang berlaku setelah kita beri tanah, tanah tidak dimajukan.

Kemudian, ada tanah-tanah yang dijual sebaik sahaja dapat apa nama ini borang er… 5A itu, dah dia dah cari orang untuk… untuk membelinya. Dan juga, er… ada kumpulan-kumpulan yang mempunyai kedudukan yang tinggi yang… yang kewangan yang kukuh, mereka menjadi pembeli-pembeli pula kepada orang ini. Di kawasan saya umpamanya telah dikenal pasti er… ada seorang dua orang-orang yang berada ini er… membuat perjanjian dengan pihak peguam untuk mereka membayar kepada apa ini er… atau membeli tanah-tanah ini sampai mengumpulkan sehingga lebih daripada 10 lot dan saya kira ini satu perkara yang tidak baik dalam usaha kita untuk menangani masalah kelaparan tanah yang di… terjadi kepada rakyat jelata.

Justeru itu, saya ingin mencadangkan beberapa perkara dalam skim ini supaya kita memasukkan syarat-syarat tertentu kepada er… kelulusan bagi skim er… tanah rakyat dan juga tanah er… warisan ini. Pertamanya, saya ingin mencadangkan supaya sepanjang tempoh er… proses untuk kita mendapat kelulusan. Sebab dalam menempoh apa tempoh mendapat kelulusan ini, dia memakan masa yang panjang dulu er… jugalah dan er… sekarang mungkin dah ada satu kaedah tapi dulu-dulunya memang panjang sampai setahun… sampai lima tahun dan sebagainya.

Saya kira dalam tempoh itu er… kita boleh menyewa atau memajak ataupun memberikan lesen sementara TOL kepada peminat-peminat ataupun pemaju-pemaju yang ingin mengusahakan tanah tersebut sebelum ianya diluluskan kepada peserta-peserta er… apanya Skim Tanah Rakyat. Jadi dalam tempoh itu, kita boleh berikan kepada pemaju-pemaju yang berminat sama ada dalam bentuk individu ataupun berkumpulan er… mereka ini akan memajukan dengan tanaman-tanaman kontan dan saya kira pada tempoh itu sudah tentulah tanah ini akan dibangunkan, akan dibersihkan dan sebagainya dan kerajaan juga akan mendapat hasil daripada itu.

Saya ingin tertarik mungkin kita boleh menggunakan kumpulan-kumpulan di tempat saya yang pernah ada kumpulan belia di Kampung Dusun, satu kampung er… yang telah baru sahaja memenangi er… Desa Lestari. Hadiah Desa Lestari, Anugerah Desa Lestari di situ ada lebih daripada er… 20 orang pengusaha-pengusaha fertigasi belia di kalangan belia yang menyewa tanah-tanah persendirian yang ada di sekitar kampung dan saya kira melalui skim-skim tanah er… warisan ini ataupun tanah apa nama ini er… rakyat ini, boleh diberikan kepada kumpulan-kumpulan yang semacam ini.

Yang keduanya, saya ingin mencadangkan supaya kumpulan atau orang-orang individu-individu yang menjual tanah skim tanah rakyat ini supaya disenarai hitamkan, disenarai hitamkan daripada memiliki dan diluluskan permohonan-permohonan tanah di masa-masa yang akan datang. Kita senarai hitamkan kepada penjual dan pembelinya sekali. Yang ketiga…

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua…

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Ya, Dato’.

ADUN Padang Tengku, minta izin. Saya ingat… saya ingat tak timbul isu dah, sebab masa saya membentangkan Belanjawan, kita kenakan moratorium sepuluh tahun. Sesiapa yang mendapat tanah STW ini Skim Tanah Warisan ini, dikenakan moratorium. Maknanya dia tak boleh jual dalam tempoh sepuluh tahun. Itu pun ada er… rakan-rakan Exco mencadangkan lima belas, dua puluh tetapi saya merasakan sepuluh tahun itu sudah memadai. Jadi syarat er… syaratnya telah ada jadi tidak timbul lagi la isu ini. Minta maaf saya menjawab secara… secara terus. Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, teruskan.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Terima kasih er… saya harap perkara ini akan dapat dilaksanakan sebab perkara ini sedang berlaku. Maknanya isu-isu ini sedang berlaku er… di kawasan-kawasan ataupun di bawah sana. Kemudian saya ingin mencadangkan supaya tempoh dipanjangkan er… tadi apa nama ini pajakan tempoh… tempoh dibenarkan hak milik dipanjangkan daripada sekarang, lima kepada sepuluh ataupun lebih dan juga kadar er… proses bayaran hak milik juga dinaikkan dan kerajaan juga mengenakan syarat supaya surat hak milik tidak diberikan kepada pembeli yang telah membeli tanah-tanah warisan itu.

Er… dan seterusnya saya nak juga mengucapkan terima kasih kepada satu er… rancangan ataupun rancangan kerajaan untuk membatalkan er… tanah GSA di… di kawasan FELDA dalam usaha untuk kita memberikan tanah kepada anak-anak muda. Dan memang anak-anak muda di FELDA ini mengharapkan er… mereka dapat menyelesaikan masalah ini sebab mengharapkan begitu lama berbagai-bagai projek misalnya perumahan apa nama ini er… generasi kedua yang er… terus tidak tentu kedudukannya dan saya kira dengan pembatalan ini, kita memberikan lot-lot tanah di kawasan saya di Kechau FELDA, Kechau 1 umpamanya kita ada 15 lot tanah kosong dan juga er… tanah pocket land er… sebanyak 10 ekar dan satu lagi di kawasan FELDA Chegar Perah 1 umpamanya, ada satu kawasan seluas 251 hektar yang er… tertera di situ sebagai kawasan penempatan bandar… bandar er… FELDA Kechau 1.

Tetapi hari ini saya difahamkan patutnya tanah itu tak boleh dibina ataupun dimajukan untuk tanaman kelapa sawit dan sebagainya tetapi sekarang ini telah disewakan atau dipajakkan oleh pihak FELDA kepada apa nama FGV untuk ditanam dengan kelapa sawit dan saya nak minta Exco er… Exco FELDA supaya lihat perkara ini dan kita mungkin ambil, boleh ambil tanah yang lebih daripada 200 hektar ini eh kita buat STR untuk er… apa nama ini generasi kedua FELDA ataupun generasi-generasi er… muda di sekitarnya.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya nak beralih ke satu lagi isu iaitu berkaitan dengan bekalan air. Kita semua tahu bahawa ini merupakan isu yang besar, yang pernah… yang diakui oleh Bajet kita di dalam ucapan Dato’ Sri Menteri Besar, dia menyebut ini merupakan isu besar yang diutarakan oleh rakyat. Samalah di Padang Tengku tapi di waktu yang sama saya nak ucapkan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada PAIP, pihak PAIP yang sentiasa menadah telinga tentang cemuhan-cemuhan dan er… berbagai-bagai, bukan… kita

berkongsi la sebenarnya bukan sahaja PAIP yang menerima apa… kecaman-kecaman ini tapi Wakil Rakyat dan kepimpinan-kepimpinan setempat saya percaya menghadapi perkara yang sama. Jadi kita sama-sama menerima ini sebagai satu er… tanggungjawab dan bebanan yang perlu kita pikul.

Saya nak mengutarakan isu ini berkaitan dengan bekalan air di Merapoh sampai er… hari ini lagi. Semalam, sepanjang saya di Dewan ini, cerita isu air ini di Merapoh ini menjadi perkara yang utama. Di Merapoh ini masalahnya sekarang ini, keupayaan loji itu memang tidak menam… tidak dapat menampung jumlah penduduk yang ramai, rumah yang semakin bertambah dan juga kegagalan kita menambah keupayaan loji ini, menyebabkan pembangunan di Merapoh itu tidak dapat dilaksana sebagaimana yang dirancangkan.

Pernah er… beberapa projek seperti Projek Perumahan Impian yang ingin dilaksanakan oleh pihak SPNB terpaksa dibatalkan kerana er… mereka telah disyaratkan oleh pihak PAIP, pihak PAIP tidak menyokong tetapi boleh dilaksanakan dengan syarat pihak pemaju membina sendiri tangki er… untuk apa nama er… melaksanakan projek itu dan ini sudah pasti membebankan kos er… pembangunan yang ada yang menyebabkan pihak SPNB telah menarik diri. Begitu juga saya difahamkan er… beberapa apa pemaju-pemaju yang berusaha ingin mendirikan er… hotel-hotel dan tempat penginapan di Merapoh er… umpamanya PKPP er… juga yang telah membawa pengusaha-pengusaha bagi membina hotel juga telah membatalkan hasrat mereka kerana er… isu masalah air di Merapoh ini.

Justeru itu, saya… saya difahamkan bahawa pihak PLB…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat… Yang Berhormat masa dah mencukupi. Dah lebih pun. Kalau boleh… minta habiskan Yang Berhormat.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Saya cari…. Saya cari penutup ya, Yang Berhormat. Saya cari penutup. Apa ini isu di Merapoh ini supaya dapat dilaksanakan, dapat dicarikan peruntukan. Saya difahamkan er… kita perlukan peruntukan sebanyak er… sebanyak hampir RM6 juta untuk projek ini. Dan yang akhirnya, saya juga ingin mengutarakan satu juga isu air yang telah saya sebutkan di sini iaitu di er… Kampung Petola dan Kampung er… Kampung Dada Kering yang er… sekarang menjadi isu lain pula. Sebenarnya, saya dah utarakan dulu.

Peruntukan telah diluluskan oleh pihak er… Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebanyak RM6.5 juta. Tetapi belum dapat dilaksanakan kerana pihak konsultan menyatakan bahawa JKR er… hendak menukar jajaran er… laluan air itu bagi membesarkan er… apa nama ini… bagi membesarkan Jalan Laluan 8. Sedangkan jalan itu sekarang bukan jalan utama lagi sebab kita dah ada jalan CSR dan saya mencadangkan supaya tidak ada keperluan untuk kita masa ini untuk membesarkan jajaran itu. Kerana untuk membesarkan jajaran itu, er… terpaksa ditangguhkan projek ini, dan juga peruntukan… ditambah lagi sebanyak menjadi RM9 juta.

Jadi payah nak cari peruntukan sedangkan kita dah dapat peruntukan itu dan saya harapkan dilihat perkara ini supaya kita dapat melaksanakan dan projek jajaran jalan dan pembesaran Jalan Laluan 8 yang dicadangkan oleh pihak JKR itu supaya ditangguhkan dulu dan kita selesaikan dulu… masalah air di kampung apa ini… Dada

Kering dan Petola yang telah berpanjangan kebih daripada 12 tahun itu. Jadi dengan kata-kata itu, saya dengan lafaz bismillah er… dengan ini menyokong ucapan belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tanjung Lumpur.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. [bacaan dalam Bahasa Arab]

Yang Berhormat Dato Sri Yang di-Pertua, seterusnya yang dikasihi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, barisan para Exco, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan juga wakil-wakil daripada pihak kerajaan dan semua muslimin muslimat yang sama-sama berada di dalam dewan yang mulia ini. Pertama-tama saya mengucapkan tahniah dan juga terima kasih di atas pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2022. Semoga ianya memberikan manfaat yang begitu besar kepada rakyat secara keseluruhan bersesuaian dengan tema “Kemakmuran Negeri Manfaat Bersama Rakyat Sejahtera”.

Dan saya juga Mengambil kesempatan memohon sedikit kemaafan di atas ketidakhadiran pada hari semalam kerana err… masalah kesihatan dan pada hari ini pun masih belum sihat 100% tapi insya-Allah, Alhamdulillah dapat menyertai perbahasan dan saya Mengambil beberapa perkara yang begitu penting bagi kami, bagi saya di DUN Tanjung Lumpur khususnya sempena dengan peluang yang diberikan untuk menyertai perbahasan pada hari ini.

Pertama berkaitan dengan kegiatan judi err… online, judi ataupun juga judi yang tidak berlesen, judi ini semua haram, yang ada lesen pun haram, yang tak ada lesen itu dia haram berganda, haram kuasa dua. Tetapi saya nak merujuk kepada soal judi yang tidak berlesen yang begitu berleluasa khususnya di DUN Tanjung Lumpurlah. Kerana dalam mungkin juga mereka mengambil kesempatan di musim pandemik, ketika mana rakyat kesusahan, yang mana ada daripada kalangan mereka yang berakal pendek yang mungkin mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan daripada judi.

Lalu kita melihat bagaimana banyaknya tempat-tempat perjudian haram ini dibuka berselindung di sebalik kedai runcit, di sebalik restoran kalau di bawah pejabat saya itu, pejabat ADUN Tanjung Lumpur di jalan Tanjung Lumpur, dia dulu itu kedai CD, tapi CD orang tak pakai dah, tuan-tuan sekalian sehingga kedai itu kosong takde apa-apa pun tapi masih dibuka dan tauke kedai itu duduk dalam kedai itu dengan hanya berbekalkan laptop dan sememangnya berjudi.

Dan kita buat beberapa laporan kepada pihak polis pun tetapi kegiatan itu berterusan dan juga yang terbaru kedai yang kolam memancing udang, di Tanjung Lumpur juga telah dikenal pasti sebagai pusat untuk berlakunya perjudian haram. Saya er… mengutamakan perkara ini disebabkan walaupun kita dah banyak kali ulang perkara ini, tetapi perkara ini ia bersifat sentiasa er… bersifat sentiasa. Makna kita tutup dia akan ada yang baru, tutup akan ada yang baru. Jadi kesan-kesan dia amat buruk kepada masyarakat. Kita sebagai Wakil Rakyat pastinya kita mendapat pelbagai-bagai aduan yang sangat menyedihkan berlaku kepada masyarakat khususnyalah mungkin boleh menarik perhatian pada Exco daripada Kuala Sentul kerana dia melibatkan

wanita, isteri-isteri dan anak-anak yang teraniaya disebabkan kerana suaminya berjudi.

Perkara kedua yang saya nak bawa juga merupakan perkara yang juga memberikan kesan buruk kepada masyarakat iaitu apa skim pinjaman wang sama ada berlesen ataupun tidak berlesen ataupun dalam erti kata lain boleh kita sebut sebagai Ah Long. Dalam tempoh pandemik ini juga, kita melihat syarikat-syarikat ataupun agensi haram ini, yang haramlah mereka memang bergerak cergas, sehingga iklan-iklan mereka itu, daripada Tanjung Lumpur sampai Kempadang, habis segala tempat yang mereka boleh tampal, mereka tampal di tiang-tiang elektrik dan sebagainya dan bagaimana ini juga satu perkara yang sangat membebankan terutama sekali kepada kaum wanitalah sebab suami mereka yang banyak meminjam dan ada juga daripada kalangan perempuan yang meminjam khususnya peniaga-peniaga kecil.

Saya mengambil satu kes, satu kes seorang ibu tunggal, bila ibu tunggal ini perempuanlah. Sama ada ibu tunggal ataupun ibu tertinggal, dia memang perempuan. Dari segi peniaga kecil, dia pinjam RM2,500.00 ketika dia datang kepada saya itu, dia dah jadi RM25,000.00 dah… dah jadi RM25,000.00.., dia pinjam RM2,500.00 dan kemudian dalam tempoh tertentu dia tidak dapat bayar, hutang dia dah jadi RM7,000.00.

Ah Long yang ini rekomen pula pada dia cadangkan supaya dia pinjam pula daripada Ah Long lain untuk bayar hutang dia bayar. Pinjam dengan Ah Long ini, RM7,000.00, bayar Ah Long ini. Sampai satu peringkat dah jadi berbelas ribu tak boleh pula, dicadangkan pinjam dengan Ah Long lain untuk bayar sehingga 3, 4 lapis Ah Long daripada pinjam RM2,500.00 sampailah kepada RM25,000.00 dan RM30,000.00 untuk dia bayar.

Saya nak bagitahu daripada sudut kesan, kesan dia semua kita faham dari sudut kesusahan kehidupan dan sebagainya dan kesan yang lain pula, dari sudut keselamatan yang mana mereka ugut dan sebagainya. Jadi pada kedua-dua perkara yang saya sebutkan tadi judi dan juga soal pinjaman Ah Long dan sebagainya saya nak sebut supaya pihak kerajaan khususnya pihak keselamatan dan sebagainya supaya kalau boleh mana ruang undang-undang yang boleh kita gunakan untuk kita menyekat perkara tersebut. Walaupun kita faham bukan semua dapat kita hapuskan tetapi sekurang-kurangnya untuk mengurangi dan sebagainya. Kerana selagi mana perkara-perkara ini tidak dapat kita banteras selagi itulah institusi masyarakat kita berada dalam keadaan yang sukar dan bahaya terutama sekali dalam tempoh pandemik ini.

Kemudian perkara yang ketiga, ialah berkaitan dengan banjir. Banjir kerana kita akan, kita sekarang telah pun masuk pada zon banjirlah kita sebut, bagaimana di Tanjung Lumpur ada beberapa tempat kawasan banjir yang boleh dikatakan baru. Kalau dulu terkenal Sungai Isap, dan beberapa tempat tapi kita melihat pada tahun, pada tahun lepas banjir juga besar di Kempadang Makmur ataupun Pinggiran Putra 3 dan 4 yang sebelum daripada ini, tidak tidak banjir dan kita yakin ia adalah berpunca daripada pihak.. daripada saliran. Dan saya juga mengucapkan terima kasihlah kepada pihak JKR pihak kerajaanlah yang telah membina saliran baru membaiki saliran lama di Kampung Kempadang tapi tidak tahulah sejauh mana keberkesanan kerana kita masih belum lagi datangnya hujan lebat bertembung dengan air pasang dan sebagainya.

Cuma apa yang saya minta supaya pihak Kerajaan memberikan perhatian kepada kawasan-kawasan, kawasan-kawasan baru sebegini yang ditimpa banjir. Kempadang

Makmur misalnya sebelum ni belum pernah lagilah banjir begitu besar tapi kali ini boleh kata melibatkan 100% Kempadang Makmur dinaiki air, berpunca daripada terbinanya pembangunan-pembangunan baru yang lebih tinggi dan termasuklah yang agak menyedihkan di PR1MA yang sedang dibina di Sungai Soi.

PR1MA ini tuan-tuan sekalian, ada yang dah beli pun… rumah belum siap lagi, tapi dah tenggelam air dah tuan-tuan sekalian. Mesti orang hak beli tepuk dahi, tuan-tuan sekalian. Dia beli dah tak boleh duduk lagi, tapi rumah dah ditenggelami air. Jadi, apa yang saya nak sebut ialah supaya ia menjadi perhatian oleh pihak-pihak kerajaan.

Perkara yang keempat ialah semua kita tahu bahawa di jalan Tanjung Lumpur ni sekarang ni sedang berlakunya projek pembinaan pembetungan er… pembetungan yang sangat mengganggu terutama sekali lalu lintas. Memang… sememangnya kami ada pertemuan, perjumpaan dengan pihak kontraktor berkaitan dengan perkara tersebut. Aduan-aduan masyarakat ini memang terlalu banyak dan kita pun faham ada beberapa sebab yang dikemukakan oleh pihak kontraktor kerana masalah paras air, kerana masalah batu dan gas dalam lubang yang dikorek, kita faham.

Cuma apa yang diminta oleh pihak masyarakat ialah supaya kalau boleh, kalau boleh, pihak kerajaan dengan perbincangan dengan pihak syarikat kepada kontraktor Jalur Cahaya, supaya buat jalan alternatif, jalan alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas terutama sekali pada waktu perdana pagi dan juga petang waktu orang balik kerja. Terutama sekali di traffic light la di simpang masuk ke Pak Mahat, memang jauh jam. Puncanya tak lain tak bukan kerana projek pembetungan yang sedang dijalankan.

Di samping itu juga, kesan daripada projek tersebut berlakunya takungan air, tak tunggu banjirlah cukup sekadar hujan di hadapan Peramu itu, terdapat jalan dinaiki air lebih kurang dalam 1 kaki, sentiasa bertakung. Ini sangat membahayakan lalu lintas. Jadi, juga mohon perhatian daripada pihak-pihak kerajaan.

Kemudian sedikit lagi untuk masa yang masih ada er… permintaan daripada pihak rakyat di antaranya mesin ATM tempat keluar duit tu lah di Sungai Isap. Penduduk dia ramai, kemudian di sebelah Bandar Putra dan sebagainya yang kebanyakan mereka menyebut supaya adakan mesin ATM ini.

Kemudian juga, permintaan daripada rakyat untuk bawa khairat kematian 65 tahun ke atas bagaimana yang dibuat di negeri Kelantan lah 65 tahun kerajaan daftarkan dia dengan khairat kematian dan kemudian begitu juga KWSP i-Suri untuk suri rumah yang dicadangkan supaya kerajaan carumkan, carumkan mereka terutama sekali kumpulan B40 lah, sama ada melalui potongan bantuan bulanan dan sebagainya supaya mereka….

Kemudian satu lagi yang terakhir ialah apa tu pegawai-pegawai masjid yang tidak bergaji tetap. Jadi, ramai daripada kalangan mereka mencadangkan supaya pihak kerajaanlah, mungkin melalui MUIP untuk carumkan mereka ini di dalam PERKESO supaya mereka ada… jadi yang tidak bergaji tetap. Jadi yang ni dia tidak ada apa-apa. Jadi, kalau ada PERKESO tu, adalah sedikit perlindungan kepada mereka apabila berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Itu adalah pandangan daripada rakan-rakan penjawat-penjawat di masjid lah.

Jadi, saya kira cukup sekadar itu dan saya mengucapkan terima kasih juga kepada semua jabatan-jabatan kerajaan yang selama ni memberikan kerjasama yang baik kepada pihak kami dan mudah-mudahan Allah SWT memberkati dan merahmati kita dan saya menyokong pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2022 yang telah

dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Assalamualaikum WBT [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Ketari, silakan.

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat-Yang Berhormat, pegawai-pegawai Kerajaan.

Dari Ketari saya datang, Datang membawa hajat di hati, Belanjawan Negeri sudah dibentang, Jangan lupa kami di Ketari.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan Negeri Pahang pada hari Isnin yang lalu. Dengan pembentangan Belanjawan Negeri Pahang ini, Ketari ingin memohon pertimbangan dari pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu DUN Ketari dan saya berharap agar masalah ini dapat diselesaikan melalui peruntukan yang telah dibentangkan melalui Belanjawan Negeri Pahang.

Umum mengetahui bahawa di kawasan Ketari terdapat kawasan-kawasan peranginan yang menyumbangkan pendapatan kepada Kerajaan Negeri. Antara kawasan peranginan tersebut ialah kawasan Janda Baik dan Bukit Tinggi. Kawasan ini sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana keindahan alam semula jadi yang terdapat di kawasannya. Namun yang demikian, kawasan ini mempunyai kekurangan dari segi kemudahan perkhidmatan kesihatan.

Untuk makluman, sehingga kini di Janda Baik dan Bukit Tinggi hanya terdapat klinik desa sahaja. Ia tidak sesuai dengan status kawasan ini sebagai kawasan peranginan dan kawasan ini juga mempunyai pertambahan penduduk serta warga emas. Klinik desa yang hanya menempatkan bidan dan doktor hanya hadir mengikut hari yang ditetapkan, bermaksud tiada doktor mahupun pegawai perubatan yang tetap di klinik ini. Jika terjadi kecemasan, penduduk di kawasan ini dan pengunjung terpaksa pergi sama ada ke Bentong ataupun Selayang yang mengambil masa lebih daripada 30 minit. Klinik desa juga tidak mempunyai kemudahan ambulans untuk kecemasan.

Oleh itu yang demikian, selaras dengan strategi pertama memenuhi keperluan asas rakyat dan strategi kedua melengkapkan kemudahan asas rakyat seperti yang disebut di dalam Ucapan Belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, maka dengan itu Ketari memohon pertimbangan menaik taraf klinik desa di Janda Baik ataupun Bukit Tinggi ke klinik kesihatan dengan jenis yang bersesuaian menepati status kawasan-kawasan ini sebagai pusat peranginan dan juga bersesuaian dengan kepadatan penduduknya.

Selain itu, di Janda Baik dan Bukit Tinggi juga tiada kemudahan balai Bomba. Pada 5 September 2021, satu kejadian kebakaran telah berlaku di Janda Baik yang telah mengakibatkan hampir… sebuah keluarga hampir kehilangan seluruh kediamannya. Buat masa ini, balai Bomba yang terdekat di Janda Baik dan Bukit Tinggi ialah Balai

Bomba Bentong dan Balai Bomba Genting Highlands yang mengambil masa lebih kurang 30 minit daripada kedua-dua tempat tersebut.

Manakala di Kampung Janda Baik, mereka hanya mempunyai balai Bomba sukarelawan yang mempunyai peralatan dan tenaga mahir yang sangat terhad. Oleh yang demikian, Ketari ingin memohon agar satu balai Bomba kategori D di Bukit Tinggi bagi meliputi kawasan Janda Baik dan Bukit Tinggi. Ini kerana selain itu, selain kebakaran, kemalangan juga kerap berlaku di kawasan highway Karak sewaktu musim perayaan.

Tuan Yang di-Pertua,

Jalan raya ini dan lampu jalan juga boleh dikelaskan sebagai kemudahan asas untuk rakyat. Di Ketari terdapat lorong-lorong jalan kampung yang masih memerlukan jalan raya yang baru dan lampu jalan. Tadi telah pihak daripada er… Exco telah menjawab, namun begitu saya akan membangkitkan juga di dalam ucapan perbahasan saya ini. Contohnya yang masih memerlukan jalan-jalan baru di Kampung Chegar Medang, Kampung Janda Baik dan Kampung Perting.

Oleh yang demikian, Ketari menggesa keperluan asas ini dipenuhi oleh Kerajaan Negeri untuk kegunaan dan keselesaan rakyat negeri Pahang yang tinggal di kawasan DUN Ketari. Lampu jalan mesti diadakan dan jalan-jalan ini mesti dinaik atas… dinaik taraf atau diselenggara dengan baik. Menyentuh keadaan lampu jalan raya, saya juga ingin membawa perhatian Sidang Dewan Negeri… Sidang Dewan ini kepada keadaan lebuhraya Karak yang menghala ke negeri Pahang selepas terowong di Genting Sempah. Jika kita lihat keadaan lebuh raya Karak menuju ke Kuala Lumpur, keadaan jalan raya terang-benderang dilimpahi dengan cahaya lampu jalan.

Namun yang demikian err… jalan menghala ke negeri Pahang gelap gelita. Saya percaya Ahli Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan ini menggunakan lebuh raya Ini untuk ke Kuala Lumpur dan ke kawasan masing-masing. Oleh yang demikian, saya mohon agar Kerajaan Negeri err… memberikan tekanan ataupun meminta pihak konsesi lebuh raya ini untuk memasang lampu jalan di sepanjang lebuh raya. Ini adalah keadaan permukaan jalan lebuh raya itu sendiri yang berbukit dan licin apabila hujan lebat dan sebagainya, setidak-tidaknya cahaya lampu ini dapat membantu perjalanan dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua,

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana telah menempatkan sebuah pejabat tah… sebuah Pejabat Daerah Kecil di Genting Highlands. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri untuk mentadbir dan menguruskan sumber pendapatan negeri dengan lebih baik dan teratur. Saya juga ingin mencadangkan penempatan Unit Majlis Perbandaran Bentong di kawasan Genting Highlands. Ini bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang tempatan dipatuhi di kawasan Genting Highlands.

Walaupun ia kawasan perindustrian, namun ia tertakluk di bawah Undang-undang Kerajaan Tempatan. Isu pengurusan sampah, jalan berlubang atau rosak serta kes yang tular baru-baru ini mengenai anak muda yang berkhemah di tapak parking kereta Genting Highlands. Jadi, jika ada Unit Khas Majlis Perbandaran Bentong di Genting Highlands, akan ada lebih banyak penguatkuasaan di kawasan tersebut yang diperlukan di kawasan Genting Highlands khususnya.

Tuan Yang di-Pertua,

Pada sidang DUN yang lalu, Kerajaan Negeri telah meluluskan RUU Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang bagi menguruskan projek terbengkalai di sekitar negeri Pahang. Namun di Ketari masih terdapat banyak projek-projek terbengkalai binaan, bangunan dan rumah yang terbengkalai.

Saya faham RUU ini akan mula dikuatkuasakan pada Januari 2022. Namun begitu saya berharap selepas sahaja ia dikuatkuasakan, segala tindakan dan penguatkuasaan RUU ini dilakukan dengan segera tanpa sebarang kelewatan. Ini adalah kerana projek terbengkalai adalah satu pembaziran sumber dan ia juga boleh mengakibatkan banyak masalah seperti pembiakan nyamuk aedes, sarang penagih dadah dan aktiviti yang tidak sihat selain ia memberikan pemandangan yang tidak menyenangkan.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga di sini, ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat di atas pembukaan Lebuhraya CSR yang memberikan banyak kebaikan kepada pengguna jalan raya. Lebuh raya ini ternyata menjimatkan masa perjalanan dari Bentong ke Kota Bharu. Malah ia sangat menjimatkan masa penduduk Mempaga ke bandar Bentong.

Namun yang demikian Tuan yang di-Pertua, oleh kerana lebuh raya ini adalah lebuh raya yang tidak bertol, maka keadaan sekelilingnya tidak berpagar. Ini telah menimbulkan masalah kerana ia di kawasan sekeliling… di sekeliling kawasan lebuh raya ini terdapat ternakan lembu yang berkeliaran dan melintas di lebuh raya. Lembu-lembu ini adalah ternakan daripada warga FELDA dan orang kampung yang berhampiran.

Saya mohon agar tindakan segera daripada Jabatan Veterinar, FELDA dan agensi-agensi yang berkaitan agar masalah ini dapat diselesaikan segera kerana ia boleh mengundang tragedi di jalan raya. Mungkin warga Bentong boleh alert ataupun boleh tahu situasi keadaan di lebuh raya tersebut. Namun begitu untuk orang luar yang menggunakan lebuh raya untuk terus ke Kelantan dan sebagainya, err… mungkin mereka tidak fasih dan faham keadaan persekitaran dan ia akan mencetuskan masalah seperti tragedi jalan raya.

Tuan Yang di-Pertua,

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang telah menjawab soalan saya secara lisan. Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Exco kerana sudi menjawab persoalan saya. Namun, jawapan yang diberikan agak samar-samar, sepertinya tiada kepastian mengenai hal ketiadaan kompleks dan kemudahan sukan yang lengkap di kawasan Bentong.

Saya menuntut Kerajaan Negeri Pahang agar memandang serius akan hal ini. Ini adalah sejajar dengan Strategi Ketiga: Mensejahterakan Kehidupan dan Pembangunan Sosial Ekonomi yang telah disebut dalam Ucapan Belanjawan Negeri Pahang. Kerajaan Negeri Pahang melalui strategi ini juga telah memperuntukkan sebanyak RM1.05 juta bagi kerja-kerja menaik taraf infrastruktur yang sedia ada.

Maka dengan ini, Ketari sangat berharap agar sebahagian ataupun sedikit err… peruntukan itu dapat disalurkan untuk membaik pulih kemudahan sukan yang ada di Ketari. Ketari juga mencadangkan agar padang hoki yang terdapat di Pejabat Belia dan Sukan Bentong dinaik taraf kepada padang turf hoki… padang hoki turf. Ketari juga mencadangkan agar kompleks sukan ataupun stadium mini yang kita mohon selama ini dilengkapi dengan trek larian dibina bersebelahan dengan Kolam Benus… Kolam Renang Benus.

Tuan Yang di-Pertua,

Di dalam belanjawan Negeri Pahang yang bentangkan pada hari Isnin yang lalu banyak menyebut tentang inisiatif untuk warga penternak untuk mewujudkan lonjakan ekonomi ternakan yang juga bantuan pasca COVID-19. Namun yang demikian, kita terlupa mengenai golongan petani. Di Ketari, terdapat ramai petani yang mengusahakan ladang sayur-sayuran seperti halia dan sebagainya. Kini hangat diperkatakan mengenai kos baja dan racun yang kini mencecah hingga 200% yang kemudiannya menyumbang kepada kenaikan harga makanan. Ramai petani menyuarakan masalah ini kepada saya.

Oleh yang demikian, Ketari mencadangkan agar Kerajaan Negeri memberikan juga sedikit subsidi dan bantuan kepada para petani agar mereka tidak terbeban dengan kenaikan harga racun dan baja. Golongan ini bukanlah dari golongan yang senang, yang mempunyai ladang-ladang ataupun kebun-kebun yang besar. Kenaikan kos baja dan racun ini sangat memberikan impak yang besar kepada mereka dan keluaran produktiviti mereka juga turut terkesan. Campur tangan dan bantuan daripada Kerajaan Negeri amat diharapkan bagi membantu mereka dengan secara tidak langsung dapat menurunkan harga barangan.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua,

Saya ingin menyentuh isu banjir dan paip lama di Kawasan Ketari. Saya pasti isu banjir ini, dan paip ini err… terlalu kerap disentuh oleh Yang Berhormat di dalam Dewan ini. Isu banjir adalah isu yang berulang di kawasan Bentong. Saya akui ia tidaklah seteruk di kawasan-kawasan lain, namun begitu ia sangat kerap berlaku pada musim hujan. Saya khuatir ia akan menjadi satu musibah yang besar untuk bandar Bentong, ia perlu diberikan perhatian. Antara kawasan yang selalu dinaiki air er… ketika hujan lebat ialah kawasan seperti bandar Bentong, Benus dan juga Janda Baik. Walaupun Janda Baik atas bukit namun akan sentiasa er… kalau hujan lebat, air pasang er… kepala air dan sebagainya akan kerap berlaku banjir kilat disetengah kawasan yang rendah.

Isu banjir ini juga disebabkan oleh sistem perparitan lama di bandar Bentong dan masalah sistem saliran sedia ada. Sistem perparitan di kawasan Bentong ini sudah berusia lebih kurang 30 tahun dan ia tidak boleh menampung kepadatan penduduk di Bentong. Jabatan Pengairan dan Saliran kerap kali memberikan alasan tiada peruntukan yang mencukupi untuk membaiki atau menaik taraf tebatan banjir. Namun begitu, saya mengucapkan terima kasih juga kepada JPS kerana telah er… membantu menarik taraf beberapa tempat tebatan banjir disekitar Ketari, terima kasih banyak-banyak tetapi saya juga memohon agar kerja-kerja ini er… kerja-kerja naik taraf ini dilakukan segera selepas ini.

Saya juga mencadangkan err… kerana kita lihat, kalau dilihat… dirujuk dalam jadual Enakmen Pembekalan 2022… (2022) 2021 JPS Negeri Pahang mencatatkan peruntukan sebanyak RM 26,823,928.00. Oleh itu, saya mencadangkan agar satu pelan induk saliran mesra alam untuk bandar Bentong dibuat supaya kita dapat

mengenal pasti masalah yang sebenarnya kenapa ia kerap berulang dan masalah ini sentiasa perlu dihadapi oleh penduduk Bentong.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua,

Belanjawan Negeri Pahang dirangka untuk kestabilan dan kemakmuran rakyat negeri Pahang, saya berharap agar peruntukan yang telah diperuntukkan selama err… untuk disalurkan dan diberikan faedah kepada semua rakyat negeri Pahang tanpa mengira kaum, kawasan… tanpa mengira kawasan yang mereka tinggal sama ada kawasan ADUN Kerajaan atau pun ADUN Pembangkang.

Pembangunan untuk rakyat perlu sekata, seimbang dan saksama demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri ini. Sebelum saya akhiri ucapan saya, saya ada serangkap pantun juga;

Dari Ketari hendak ke Triang, Singgah sebentar di Lanchang, Ketari ucapkan Salam Sayang, Khas untuk Keluarga Pahang.

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Chini. Silakan

Bismillahirrahmanirrahim [ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana berpeluang dalam perbahasan Belanjawan Negeri Pahang Darul Makmur 2022 bertemakan “Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama, Rakyat Sejahtera”.

Tahun 2021 telah sampai ke penghujungnya. Dengan penuh cabaran terpaksa ditempuhi semua lapisan rakyat negeri ini akan kesan wabak pandemik COVID-19 hampir 1 tahun 9 bulan. Ada yang hilang pekerjaan, ada yang hilang perniagaan, ada yang hilang orang tersayang.

Pelbagai inisiatif, bantuan daripada Kerajaan Negeri Pahang telah disalurkan kepada semua golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 pada tahun ini. Belanjawan Tahun 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Sri Utama Wan Rosdy bin Wan Ismail dengan peruntukan sejumlah RM1.031 bilion ini memberi tumpuan kepentingan kesejahteraan rakyat dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang dengan mensasarkan 5 strategi utama.

Memulihkan keperluan asas rakyat, melengkapkan kemudahan asas rakyat, mensejahterakan kehidupan dan pembangunan sosioekonomi, pelan pemulihan pasca COVID-19, melonjak ekonomi negeri dan akhir pemantapan pentadbiran.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya ingin menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam tempoh 42 bulan 2 minggu telah berusaha gigih bersama pimpinan Exco Kerajaan Negeri dan semua pihak agensi kerajaan memastikan segala kemaslahatan rakyat terjaga. Bertetapan slogan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, “Tiada Janji Lihatlah Bukti”, “This is Pahang”, “Pahang 1st”, “Maju Terus Pahang”.

Belanjawan Tahun 2022 dapat saya rumuskan bahawa segala peruntukan dan bantuan diberikan dari bayi baru lahir hingga kepada warga emas serta golongan persekolahan hingga golongan muda. Justeru itu, Belanjawan Tahun 2022 ini mengimbangi segala keperluan dan kehendak lapisan rakyat secara keseluruhannya.

Saya juga selaku anak peneroka menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang menitikberatkan golongan generasi baru FELDA yang melibatkan 115 Rancangan FELDA Negeri Pahang dengan membenarkan kawasan pocket land dijadikan tapak rumah terutama mereka yang tinggal bersama ibu bapa sekian lama untuk memilik rumah, memiliki tapak rumah sendiri dalam Rancangan FELDA.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Dewan Negeri Chini juga ingin membawa perkara berkaitan permasalahan setempat. Antaranya, yang pertama, keperluan Pusat Hemodialisis di Klinik Kesihatan Chini seperti mana diumumkan dalam media oleh Menteri Kesihatan ketika lawatan ke Klinik Kesihatan Chini pada Jun 202 lalu…2022…2020…maaf, Jun 2020 lalu dapat dilaksanakan segera. Yang kedua, keperluan baik pulih atap rumah kepada penduduk kampung tradisional dan penduduk kampung orang Asli yang daif mendapat perhatian sewajarnya.

Yang ketiga, mewujudkan peluang kerjaya bagi menambah pendapatan kepada ibu-ibu tunggal muda untuk perbelanjaan er…keluarga. Dan yang keempat, memberI keutamaan kepada penjaja-penjaja kecil yang berniaga di tepi jalan raya untuk mendapat bantuan pinjaman kewangan bagi er…bagi membantu menambah perniagaan mereka…menambah baik perniagaan mereka.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Dengan ini, Chini menyokong Belanjawan 2022 yang telah dibentangkan. Sekian. Wabillahitaufik Assalamualaikum WBT.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tras.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Tuan Speaker, salam sejahtera. Saya ingin merakamkan terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Beberapa isu yang saya ingin bangkitkan dalam Dewan ini.

Isu pertama, saya ingin memaklumkan kepada Kerajaan Negeri bahawa penduduk Taman Muhibbah di Tranum, Raub mengalami banjir kilat yang mengalami kerugian yang besar dalam sejarah pada 12 Julai 2021 dan 21 November tahun ini. Banjir

tersebut dipercayai berlaku kerana tebing sungai yang mendekati simpang masuk ke Taman Muhibbah jadi sempit dan dasar sungai jadi cetek akibat daripada pembinaan sebuah kilang yang…ke atas sungai itu dengan menggunakan cara membentuk daratan baru.

Saya harap kerajaan tempatan dapat mengambil tindakan untuk mengarahkan kilang tersebut melebarkan tebing sungai dan mendalamkan dasar sungai supaya dapat kembalikan permukaan asal bagi melancarkan air sungai untuk mengelakkan banjir berlaku satu kali lagi.

Isu kedua, berhubung dengan draf Rancangan Tempatan Daerah Raub, Pahang 2035 yang dikemukakan beberapa bulan lepas. Dalam jilid cadangan memperkukuhkan dan mempertingkatkan kedudukan kewangan Majlis Daerah Raub, saya tertarik dengan salah satu cadangan iaitu memperkenalkan dan mewajibkan penggunaan logo Musang King Raub dalam program promosi di peringkat nasional dan juga antarabangsa.

Pihak majlis boleh mengenakan komisen ke atas setiap biji durian yang dipasarkan dengan menggunakan kotak khas dengan logo tersebut. Perunding merangka… menjangka pihak er…MDR boleh menjana pendapatan antara RM4 juta sehingga RM6 juta satu tahun.

Dan juga memperkenalkan dan mewajibkan penggunaan teknologi cip Pengenalan Frekuensi Radio iaitu RFID ke atas setiap biji durian Musang King yang dipasarkan bakal memberikan pulangan kepada majlis sejumlah lebih RM2 juta setahun. Tuan Speaker, saya rasa rancangan pembangunan tebatan tersebut perlu mengadakan dialog dengan pihak-pihak kepentingan yang relevan seperti pekebun, pemborong dan pengeskport sebelum mengeluarkan draf rancangan ini.

Dalam era post pandemik ini, saya rasa kedua-dua cadangan akan memudaratkan pasaran durian serta er…menghalang pembangunan industri durian kerana ia akan menambahkan beban kepada pekebun, pemborong dan pengeksport. Dengan penambahan beban ini, harga pasaran kemungkinan akan naik dengan ketara.

Er…Fenomena ini akan mempengaruhi kecekapan durian tempatan di pasaran antarabangsa. Tambahan lagi, kita menghadapi saingan kuat dari Thailand. Nama Durian Raub terkenal ditentukan oleh kualiti dan bukan logo atau RFID. Jika RFID dan logo Durian Raub diperkenalkan, saya bimbang akan membuka ruang kepada durian tempat lain menggunakan cara yang luar biasa untuk mendapat identiti Durian Raub ini. Pasaran dan pengguna juga akan senang dikelirukan. Tujuan yang untuk menjaminkan kualiti Durian Raub ini akan bertambah rumit pada akhirnya.

Tuan Speaker, saya rasa tanggungjawab utama MDR sebenarnya adalah untuk mewujudkan, memeliharakan dan menyelenggarakan infrastruktur dan persekitaran yang friendly untuk membolehkan pekebun-pekebun serta peniaga-peniaga dari industri durian boleh mencari nafkah mereka dengan aman dan selamat.

Satu anggapan bahawa MDR tidak mendapat manfaat dan keuntungan daripada industri Musang King sebenarnya adalah salah. Industri Musang King Raub telah mencipta nilai ekonomi yang besar kepada Raub di kebelakangan 20 tahun ini. Ia membawa kepada rantaian ekonomi yang matang kepada penduduk tempatan daripada pekebun durian, baja, penjual durian, eksport, kilang pemprosesan, durian hasil sampingan, agro pelancongan dan juga menjadi pemangkin untuk er… pertumbuhan ekonomi kepada perniagaan tempatan. Nilai ekonomi yang dicipta oleh

industri durian akan automatik membantu perkembangan ekonomi seluruh daerah Raub. Ini juga boleh dikira satu kejayaan MDR.

Tuan Speaker,

isu ketiga yang saya nak sentuh adalah isu pemusnahan pokok-pokok Musang King matang yang berlaku di Hutan Simpan Padu Dalam, Mukim Tras pada bulan Julai lalu. Dalam sembilan hari saja, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hutan secara dinamiknya menebang 15 ribu pokok durian di Hutan Simpanan Batu Talam, Mukim Tras. Pekebun-pekebun mengalami kehilangan sumber pendapatan dengan sekelip mata. Sebelum menjalankan operasi menebang pokok-pokok Musang King matang ini, adakah Kerajaan Pahang pernah berfikir dari dasar perikemanusiaan terutamanya pada masa kesusahan pandemik ini.

Pokok-pokok ini sudah diterokai selama 20 tahun. Bukan 1 tahun, 2 tahun. Pekebun-pekebun telah berusaha selama 10 - 20 tahun, baru nampak hasilnya. Pekebun-pekebun memohon geran atau license untuk menanam sepanjang tahun ini tapi sentiasa ditolak. Auhtority berkenaan memang tahu mereka menanam di sana. Jika nak ambil tindakan, kenapa tidak ambil tindakan pada awal-awalnya.

Sekarang pokok-pokok sudah ada buah. Pekebun-pekebun pun sudah bergantung kepada kebun-kebun ini untuk mencari rezeki. Mereka mencipta nilai ekonomi kepada tempatan tetapi Kerajaan Negeri datang dan musnahkan semua tak kira titik peluh yang pekebun usaha selama ini tapi…

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Kepada…

Saya mohon…saya mohon izin untuk mencelah. Boleh YB.? Terima kasih.

Yang pertama sekali, saya nak bagitau Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua, durian yang ditanam tersebut ialah di dalam Hutan Simpan. Di dalam Hutan Simpan, kita tak boleh tanam durian. Itu sepertimana yang termaktub di dalam enakmen atau pun akta. Jelas ya YB. Itu yang pertama.

Yang kedua, buahnya, kalau nak tunggu buahnya tak ada, sampai kiamat pun tak boleh tebang pokok. Sebab dia apa orang kata berfasa-fasa. Yang ini berputik, yang ini buah masak, pastu yang ini tumbuh pula. Jadi, kalau nak tunggu habis buah, memang tak boleh.

Yang kedua yang nak dikatakan penganiayaan, sepatutnya pekebun-pekebun musang king ini seharusnya berterima kasih kepada kerajaan, yang diterajui oleh Kerajaan Barisan Nasional, kerana secara tidak langsung membenarkan mereka menanam selama 22 tahun. Sepatutnya. Tanpa membayar cukai dan apa-apa. Maknanya kalau itu dikatakan penganiayaan. Tak tepat sama sekali, dan yang dibuat ni pun bukan untuk cari makan, untuk meniaga. Kalau…kalau mereka tanam, dapat buah durian, jual durian, balik beli beras dan sebagainya, itu baru kita kata cari makan.

Dan baru-baru ini kalau kita baca dalam media, ramai di antara mereka kena income tax, dan bukan setakat RM10.00, RM20.00 Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua, berjuta-juta. Jadi saya tak nampaklah apa yang dikatakan penganiayaan dan sebagainya.

Saya berharap rakan-rakan daripada pembangkang seharusnya bersetuju dengan kerajaan kerana ini adalah penerokaan tanah secara haram, hutan simpan dan akan menimbulkan banyak masalah di masa-masa yang akan datang. Jadi, tujuan kerajaan tak kira siapa. Walaupun kita dalam keadaan strength yang agak terhad, tetapi kita buat di Sungai Ichat, pun kita buat sebab kita merasakan…takkan kita nak tunggu orang sakit, sakit perut nauzubillah kematian dan sebagainya baru kita nak kuat kuasa. Kemudian di beberapa kawasan lain lagi tapi kita taklah buat secara menyeluruh.

Cuma sekarang ini kita sangat pandang serius kerana penerokaan tanah haram ini tidak sepatutnya berlaku, dan sebagai kerajaan yang ada pada hari ini, kita dengar orang bercakap di mana-mana. Di Kuala Lumpur, hah! Kalau nak tanam durian secara haram, pergi ke Pahang. Kalau nak melombong secara haram, pergi ke Pahang. Kalau nak curi pasir, pergi ke Pahang.

Jadi, ini sangat menjejaskan imej kerajaan yang ada pada hari ini. Seolah-olah Kerajaan yang ada pada masa ini dipanggil condonation. Maknanya kita… kita membiarkan perkara tersebut berlaku. Jadi, ini yang kita buat, kita tak ada niat sama sekali. Tak de niat racist ke, apa ke. Saya tak tau. Saya percayalah…saya percaya rakan-rakan di dalam Dewan ini semua bersetuju dengan kerajaan. Penerokaan tanah secara haram adalah memang salah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya nak minta YB. Tras, teruskan.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Saya bagi Triang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya…saya. YB. Tras teruskan.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Tuan Speaker,

Berhubung kenyataan MB. Ya, jika yang tanam haram yang satu tahun, dua tahun memang…mungkin akan ambil tindakan, mesti ambil tindakan tapi yang ini sudah 20 tahun. Pekebun-pekebun sudah bergantung kepada kebun-kebun ini untuk mencari rezeki. Kenapa tak boleh cari satu solusi yang win-win untuk dapatkan satu pendekatan ekonomi boleh ditumpukan kerana Musang King di Raub sangat terkenal dan kami boleh bayar cukai kepada negeri. Tetapi pada hal masa ini, tebangkan semua dan sanggup memusnahkan usaha…

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Saya minta bagi saya habiskan …

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua…

Yang di-Pertua (Speaker)

Bagi pihak kerajaan.

Saya minta perkara ini kita tidak dipanjangkan. Tadi ada rakan daripada YB. pun ada sebut pasal ESG. Kelestarian alam apa ini… hijau. Jadi er…lagi pun, ini masih lagi dalam tindakan mahkamah. Jadi, kita tunggu keputusan mahkamahlah. Jadi, saya ingat Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, kalau…kalau kita bincang, YB. cakap saya kena pertahankan dan saya tidak boleh benarkan YB. bercakap berterusan. Saya takut di luar sana seolah-olah setuju dengan YB. pula. Tanah ini adalah tanah haram. Hutan Simpan. Tanah haram memang tidak boleh diteroka secara haram. Tidak kiralah 22 tahun ke 1 tahun ke 2 tahun ke. Ianya tetap haram, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja].

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Tuan Speaker,

Oleh itu saya nak teruskan kerana saya ada jelaskan dalam ucapan yang seterusnya. Apabila ditanya di media, Kerajaan Negeri menyatakan pemusnahan pokok Musang King ini adalah untuk melindungi alam sekitar. Saya setuju bahawa menanam sebarang pertanian perlu menjaga alam sekitar tapi kerajaan boleh berbincang dengan pekebun dan mengosongkan pokok-pokok di tepi kawasan tadahan air atau sungai dan memastikan satu buffer zone diwujudkan. Kenapa nak musnahkan semua pokok-pokok yang matang. Sekiranya kerajaan….

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Tuan Speaker…

Saya…saya…

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Saya mesti meneruskan …

…mencadangkan perkara berkaitan Durian Musang King ini. Kita tidak bincangkan…

Yang di-Pertua (Speaker)

YB…YB.

Ianya telah dibawa ke mahkamah…

Yang di-Pertua (Speaker)

...pihak kerajaan menjawab.

Saya bimbang perbincangan kita ini akan jadi apa ini subjudis, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Elok kita…kita tunggu er…perintah mahkamah. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Tuan Speaker,

Walaupun kes ini masih dalam mahkamah tapi semasa penduduk-penduduk kemukakan itu, court order er…kepada ahli-ahli yang menjalankan tindakan tapi ahli-ahli yang menjalankan tindakan yang penguatkuasa pun tidak peduli. Mereka musnahkan sahaja. Oleh itu, saya mesti bangkitkan dalam Dewan ini. Dan saya nak tegaskan di sini sekiranya Kerajaan Negeri Pahang memang nak jaga kawasan tadahan air dan hutan simpan tapi mengapa pada masa yang sama kerajaan mewartakan 1,213 hektar hutan simpan yang dekat di kawasan sana dan memajakkan tanah tersebut kepada Royal Pahang Durian pada tahun 2018 yang bertujuan untuk tanam durian juga.

Tuan Speaker,

Media antarabangsa The Guardian pernah melaporkan tanah seluas 1,213 hektar sebenarnya merupakan kawasan tadahan air dan juga habitat spesies terancam harimau Malaya. Jika Kerajaan Negeri benar-benar mengambil berat tentang alam sekitar, ia tidak akan memberikan sebahagian…

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

…besar tanah yang terdiri daripada…

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

… habitat haiwan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua…Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

YB. tolong bagi laluan.

Baru-baru ini dalam satu program ataupun dalam Sidang Dewan baru ini, kita telah meningkatkan jumlah pewartaan. Saya tidak ingat jumlah yang sebenarnya tetapi setiap tahun…pada tahun 2019 sahaja lebih kurang 6,000… 6,000 ekar… 6,000 hektar yang Kerajaan Negeri telah wartakan sebagai apa… reserve hutan, dan ini jelas menunjukkan komitmen kita. YB. janganlah tengok menda yang sikit-sikit dan sebagainya. Kalau dulu 57%, sekarang ni 57.07% hutan simpan. Sekarang ini tinggal 50, bolehlah YB. bangkitkan. Ini peningkatan berlaku, setiap tahun untuk kita mewartakan hutan simpan untuk kita jaga kelestarian hutan… hutan di negeri kita.

Jadi, saya ingat, saya tak nampaklah kata Kerajaan Negeri nak kurangkan, tak jaga dan sebagainya dan tindakan yang dibuat ini untuk makluman Yang Berhormat daripada Tras, mendapat sambutan saya tengok daripada media sosial dan sebagainya. Hanya segelintir sahaja. Sebab ini adalah tanah haram, hutan simpan dan jelas termaktub. Jangan questionlah 22 tahun. Takkanlah 22 tahun, tak boleh kuat kuasa, yang setahun dua nak kuat kuasa. Tak boleh macam tu.

Yang haram tetap haram, dan sekurang-kurangnya saya ingat tadi Yang Berhormat bangun, puji Kerajaan yang ada sekarang ini kerana Kerajaan yang ada sekarang ini selepas 22 tahun berani menguatkuasakan. Ini tidak menyokong pula. Sepatutnya menyokonglah. 22 tahun, Kerajaan yang ada pada tahun ini, Kerajaan Barisan Nasional berani menguatkuasakan tanah haram yang dibuat selama 22 tahun kerana ianya melanggar dan dibuat secara haram di dalam hutan simpan pula Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. [Ahli dewan menepuk meja].

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya Yang Berhormat.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Oleh itu saya nak teruskan Tuan Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Tuan Speaker, saya memang bersetuju untuk tambah itu hutan simpanan tetapi pada perkara yang sama pada, kawasan yang sama, Kerajaan Negeri beri satu tempat bagi syarikat yang besar tetapi abaikan pekebun-pekebun yang local. Ini telah menunjukkan sebenarnya kawasan itu boleh tanam durian tetapi Kerajaan Negeri tak mahu bagi kepada local. Yang ini adalah saya nak tunjukkan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

…hipokrit Kerajaan Negeri…

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Macam mana nak bagi hutan simpan YB. faham tak? Hutan simpan mana boleh bagi tanah. Kalau boleh bagi, kita bagi. Sekarang ni tak boleh nak bagi. Salah dari segi peraturan dan kanun tanah negara.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Tuan Speaker.

Enakmen tanah, hutan simpan…

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Adakah ini boleh…

Tunggulah tunggulah saya cakap dulu, sabar la sikit. Dah la cakap benda yang faktanya tak berapa tepat. Jadi, hari ini Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya harap Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua tidak membenarkan bercakap dalam Dewan pasal isu durian ini kerana dalam mahkamah. Saya bimbang ianya menyumbang subjudis.

Jadi, kalau YB. nak bercakap, saya sarankan cakap tajuk lain. Kalau tidak dia akan jadi macam inilah. Rakan-rakan saya ini duk tunggu ni nak bangun semua ni nak mempertahankan tindakan Kerajaan Negeri, termasuk backbenchers. Jadi, sebab dia dalam mahkamah, saya ingat saya mohon pada Dato’ Sri Yang di-Pertua supaya YB. daripada apa ni Tras berpindah pada tajuk lain. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Speaker kerana saya seorang Adun, saya mesti cakap dalam Dewan ini. Okey, sorry pada akhirnya…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, Yang Berhormat saya ingat tajuk ini dah panjang dah, kita tukar tajuk lain, hal-hal kawasan lain.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Okey Tuan Speaker saya nak tegaskan di sini saya hanya last centre, saya haraplah Kerajaan Negeri Pahang jangan anggap yang pekebun-pekebun yang terpaksa bertanam di tanah haram itu…

Yang Berhormat Speaker, saya mohon...

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Mereka adalah aset kerajaan negeri.

ADUN Tras ni, tolong hormat la sikit.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Kepada negeri ini. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah habis ya. Terima kasih Yang Berhormat. Sila seterusnya kepada Yang Berhormat Triang. Jemput

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih diberi peluang untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022), 2021 dan Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2022.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya tertarik dengan satu Facebook post yang dikongsi oleh page Kerajaan Negeri Pahang. Pada 7 Oktober 2021 post ini dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Kuantan tentang program operasi penangkapan kucing jalanan bersama Kelab Sahabat Kucing Jalanan Pahang dan Pasukan Tindakan Cemas Malaysia. Kucing-kucing jantan yang ditangkap akan dimandulkan dan dilepaskan semula. Operasi ini mendapat sambutan hangat di kalangan netizen. Salah satu masalah yang wujud di kebanyakkan komuniti

termasuk daerah Bera ialah termasuk anjing dan kucing liar. Cara tradisional kerajaan adalah tangkap dan bunuh.

Akan tetapi ini bukan cara berkesan. Ia hanya jalan penyelesaian jangka masa pendek. Dalam satu tahun seekor anjing betina dapat melahirkan purata 14 ekor anak, kucing betina akan dapat melahirkan anak 2 hingga 3 kali dalam satu tahun. Populasi anjing dan kucing liar tidak akan terkawal jika tidak diberi bantuan manusia. Akhirnya masalah akan berulang semula. Anjing dan kucing liar bukanlah sahaja terus menderita di tepi jalan bahkan menimbulkan masalah lain yang menganggu kehidupan sesebuah komuniti.

Satu pendekatan TNR dengan izin Trap-Neuter-Release dengan izin, diperkenalkan melalui cara TNR anjing dan kucing liar diperangkap, dimandul dan dilepas semula ke tempat asal atau lebih baik dibela oleh keluarga yang sudi menjaga atau menyanginya. Kaedah TNR lebih berkesan untuk mengawal populasi anjing dan kucing liar bagi jangka masa panjang malah lebih berperikemanusiaan dan dapat mengurangkan tindakan agresif yang biasa berlaku apabila haiwan terbiar ini mahu mengawan. Satu contoh yang amat baik dapat dipelajari adalah negara Turki, di mana anjing dan kucing liar diberi lindungan yang baik. Kerajaan Turki turut terlibat dalam hal ehwal menjaga dan melindungi anjing dan kucing liar.

Oleh itu inisiatif Majlis Bandaraya Kuantan membuka lembaran baru bagi Kerajaan Tempatan di Pahang dalam pengendalian masalah anjing dan kucing liar. Saya berharap pendekatan TNR ini juga menjadi pilihan di Majlis Daerah Bera. Bersama kita mendidik generasi muda untuk melindungi nyawa dan sayangi haiwan ciptaan Tuhan serta suburkan suasana belas kasihan di masyarakat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Isu seterusnya adalah Rancangan Tanah Baru Berkelompok (RTBB). RTBB merupakan Rancangan Pembangunan Tanah kepada tanaman getah pada tahun 1970-an. Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil yang memiliki tanah kurang daripada 2.83 hektar dengan memberikan peluang kepada mereka untuk memiliki saham. Setiap tahun peserta RTBB akan diberi dividen. Jumlah peserta RTBB adalah 16,080 orang. Antaranya lebih 10,000 orang telah meninggal dunia. Walau bagaimanapun, waris peserta yang layak masih boleh terima dividen setiap tahun.

Pada tahun ini waris menerima surat daripada RISDA bahawa RISDA akan memulangkan saham modal awal bagi peserta RTBB yang meninggal dunia. Maka segala hak kelayakan dan penyertaan peserta asal dalam skim RTBB akan ditamatkan. Waris tidak berhak menuntut apa-apa faedah dan manfaat daripada keuntungan RTBB. Sekiranya ini benar, maksudnya lebih 70% peserta RTBB akan kehilangan kelayakan mulai tahun depan. Ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan waris. Sebab ada yang masih berpendapatan rendah, pengagihan dividen ini sedikit sebanyak membantu kehidupan mereka. Dengan ini saya berharap perkara ini dikaji semula oleh kerajaan supaya hak waris tidak diabaikan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kelapa sawit mencecah harga yang tinggi sehingga melebihi RM1,000.00 setan. Sepatutnya ini satu berita yang mengembirakan pekebun sawit. Masa tanam baru atau tanam semula, pekebun keluarkan kos banyak, malah kena tunggu 5 tahun tanpa pendapatan baru ada hasil. Oleh itu harga sawit yang tinggi biar pekebun rasa usaha

dan kesabaran mereka memadai. Tetapi ada sejenis manusia mereka bukan pekebun, mereka tidak perlu beli benih sawit, mereka tidak perlu tunggu pokok membesar, tidak perlu baja, racun pruning tetap berupaya kutip hasil sawit. Kerja manusia ini masuk kebun orang lain, waktu tengah malam atau awal pagi. Memerhati lot mana ada buah terus potong dan jual. Kalau kebun dipasang gate, mereka potong gate, kalau kebun dibuka longkang tanah untuk halang orang luar, mereka mampu isi longkang dengan tanah atau letak papan sebagai jambatan kecil untuk masuk kebun. Siapakah mereka?

Dulu kita namakan jenis manusia ini pencuri sawit, kini dengan pengalaman bertahun-tahun dalam kes kecurian sawit mereka sudah upgrade menjadi perompak. Dulu kalau pencuri masuk kebun, terserempak dengan tuan tanah mereka takut cabut lari. Kini kalau mereka masuk jumpa tuan tanah, mereka sanggup merompak beg dan belasah tuan tanah. Siapa yang beri keberanian kepada mereka untuk bertindak mencabar undang-undang.

Kecurian sawit yang berleluasa bukan berlaku 1 tahun atau 2 tahun tapi melebihi 7 tahun. Ada pekebun menangis depan saya, buah sawit dicuri habis berkali-kali, dia tanya saya, mana cari duit untuk beli makanan kepada keluarga. Kawasan hitam kecurian sawit adalah di Paya Lang. Tempat ini bukan besar, bukan kecil. Kalau kerajaan betul-betul berhasrat untuk menyelesaikan masalah, saya percaya tentu ada caranya. Oleh itu, saya mohon supaya satu task force ditubuh, dengan adanya kerjasama antara pihak polis iaitu unit ronda, unit siasatan jenayah, unit narkotik MPOB, JPKK, Pusat Timbang Sawit dan wakil pekebun untuk mensasarkan penyelesaian kecurian sawit khususnya di Paya Lang pada tahun 2022.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Mesyuarat yang lepas, saya bangkitkan isu bayaran letak kereta di bandar Bera dan Triang. Pada masa itu kerajaan menjawab di Dewan, apa Triang susah sangat bukan sahaja Bera, tapi Rompin dan Maran sama juga. Hakikatnya ini tidak benar. Setahu saya Rompin tidak mengenakan caj letak kereta, Maran kalau ada pun RM0.40 sejam tapi Bera RM0.60. Saya berasa kecewa kerana Majlis Daerah Bera tetap mengenakan caj letak kereta walaupun mendapat bantahan.

Mengikut jawapan bertulis yang baru saya dapat dua hari lepas, Kerajaan telah mewartakan jumlah 3,500 jumlah petak di Bandar Bera dan Triang. Matlamat untuk melaksanakan dasar ini adalah untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas memandangkan peningkatan kenderaan di Bera dan Triang. Sekali lagi saya ingin mengemukakan gambar di beberapa tempat komersial, Tuan Yang di-Pertua.

Pertama di Lorong 2, Taman Kerayong Makmur. Kedua, Taman Jasmin. Ketiga tempat komersial di Taman Sri Buntar, keempat Taman Triang Indah. Gambar ini diambil masa hari kerja waktu tengah hari, sepatutnya masa sibuk.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon dapatkan penjelasan daripada Triang bilakah gambar itu diambil Yang Berhormat?

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Saya baru sahaja nak jawab. Gambar ini diambil masa hari kerja waktu tengah hari iaitu semasa sepatutnya waktu sibuk tetapi…

Maksud saya dalam minggu hari ini ke? Minggu ini ke? Bulan ini ke? Tahun ini ke? Ataupun tahun bila?

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Saya ada tarikh dan masa di belakang gambar, kalau boleh saya tolong bacakan.

Ha, tolong bacakan Yang Berhormat.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

3 Disember, pukul 2 petang.

Ya, baru-baru ini ya. Jadi, Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya percaya gambar yang dipaparkan itu tidak boleh kita sifatkan sebagai relevan kerana kita faham kita dalam keadaan ekonomi yang masih lagi di peringkat awal pemulihan. Pastinya nak cari tempat yang betul-betul sesak di Bera memang tiadalah. Walau bagaimanapun, kalau sekiranya ekonomi sedang berjalan seperti biasa sebelum pandemik, saya fikir banyak tempat yang betul-betul sesak. Walau macamanapun, saya fikir isu ini boleh la dibincangkan dengan pentadbiran Majlis Daerah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih kepada Wakil Kerajaan. Itulah persoalan saya. Kerajaan mengikut Yang Amat Berhormat tahun 2022, bakal menjadi tahun pemulihan ekonomi selepas teruk dibadai pandemik COVID-19. Jadi, persoalannya adalah kenapa pada masa ini untuk memulakan caj letak kereta dan kenapa RM0.60 sejam?

Yang Berhormat Tuan Yang-di-Pertua,

Gambar yang saya tunjukkan tadi adalah kawasan komersial yang kurang orang, yang sunyi tapi untuk kawasan komersial yang lebih sibuk seperti Taman Emas Kerayong, Taman Kempas Jaya, Bandar Baru Kerayong, Jalan Bahagia, Jalan Temerloh, Jalan Dagangan Triang, Pusat Niaga Perdana. Tempat letak kereta pun bukannya penuh diletak kereta. Jadi, saya tidak faham matlamat kerajaan untuk melaksanakan caj adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, tapi hakikatnya kita nampak dia tidak sesuai dengan matlamat ini.

Oleh itu, demi membantu aktiviti ekonomi dan mengurangkan beban rakyat, saya minta pihak kerajaan supaya menghentikan pelaksanaan tempat letak kereta berbayar di daerah Bera,

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua…

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Gambar-gambar yang ditunjukkan itu adalah sebahagiannya. Jadi, saya fikir Yang Berhormat kalau kita balik Bera hari ini pun banyak juga kawasan yang dah sesak. Saya fikir tidak wajar untuk kita membatalkan secara keseluruhan. Tetapi kalau ada keperluan saya fikir wajar Majlis Daerah kaji semula tetapi untuk membatalkan secara keseluruhan. Saya fikir satu langkah ke belakang ya. Lebih baik kalau ada keperluan, kita kaji, Yang Berhormat tetapi bukanlah gambar itu mewakili semuanya. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih kepada kerajaan dan saya mengalu-alukan er…perhatian daripada pihak kerajaan untuk mengkaji semula dasar ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kebelakangan ini paip pecah kerap berlaku di kawasan DUN Triang. Untuk 4 bulan yang lepas sekurang-kurangnya 16 kes paip pecah dilaporkan. Ini tidak termasuk paip bocor lagi. Pasukan PAIP bergegas ke sana ke sini memperbaiki paip pecah kadang-kadang kerja sampai ke tengah malam. Penduduk juga terpaksa berdepan dengan keputusan masalah air yang sangat menganggu kehidupan seharian. Oleh itu, saya mohon kerja penggantian paip lama di lakukan di kawasan DUN Triang dengan seawal mungkin.

Saya juga menerima rungutan daripada penduduk di Taman Kerayong Makmur tentang ketidakstabilan mutu bekalan air, termasuk tekanan air rendah dan bekalan air putus apabila paip pecah berlaku. Saya difahamkan bahawa tangki air Taman Kerayong Makmur sudah rosak sekurang-kurangnya 8 tahun sehingga kini belum diperbaiki lagi. Oleh itu, mohon perhatian pihak Kerajaan Negeri supaya mempercepatkan kerja pembaikan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada usaha Kerajaan Negeri untuk membangunkan perindustrian di Triang, Bera. Akan tetapi pembangunan perindustrian secara besar-besaran di Triang bukannya sesuatu projek yang mudah dilaksanakan kerana lokasi yang susah untuk menarik pelabur luar. Berhubung dengan kawasan perindustrian yang diluluskan di Paya Lang, sebelum dilaksanakan pun telah timbul ketidakselesaan di kalangan penduduk dan pekebun kecil tempatan. Kebun yang diusahakan berpuluh-puluh tahun dilulus kepada syarikat swasta untuk perindustrian walaupun perundingan telah diadakan di antara wakil syarikat dan pekebun kecil ataupun penduduk yang terlibat. Akhirnya rundingan ini gagal sebab wujudnya jurang besar antara hasrat kedua-dua pihak.

Harga yang ditawar adalah terlalu tinggi bagi pekebun kecil. Lagipun pekebun berasa tidak berpuas hati kerana kebun tradisional dilulus kepada orang lain. Akhirnya, pekebun kecil minta bantuan parti kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka minta tanah yang diusahakan diluluskan kepada mereka manakala projek perindustrian dicadang pindah ke tempat yang lebih sesuai asalnya tiada mana-mana pihak yang rugi. Sebagai Wakil Rakyat, saya minta jasa baik kerajaan supaya masalah ini dapat diselesai secara adil untuk semua pihak.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Isu banjir kilat banyak kali dibangkit di Dewan ini, saya ingin mengucapkan syabas kerana atas usaha Majlis Daerah Bera dan JPS, sesetengah kawasan hitam banjir kilat telah ditangani dengan projek menaik taraf sistem perparitan. Walau bagaimanapun, ada tempat yang belum diselesaikan lagi sebagai contoh Taman Ching Siew dan Taman Darok. Jadi, mohon Kerajaan membaiki sistem perparitan di kawasan terlibat supaya penduduk tidak perlu huru-hara menyapu air masuk rumah semasa hujan lebat.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua,

Saya berasa kecewa dengan jawapan Yang Amat Berhormat pada hari Isnin yang lalu apabila memproseskan permohonan tanah keutamaan tidak diberi kepada pekebun yang mengusahakan tanah berpuluh-puluh tahun.

Saya mohon jasa baik Yang Amat Berhormat dan Kerajaan Negeri, supaya mengambil kira faktor sejarah pembangunan tanah yang dipohon. Sebagai contoh di Paya Lang, tanah diusahakan 50 tahun dahulu dan kerajaan pernah menggalakkan aktiviti pertanian dengan memperuntukkan berjuta ringgit untuk membangunkan sistem saliran di sana. Kini generasi pekebun betul-betul bergantung pada hasil tanah untuk menyara keluarga.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Seingat saya lah, mungkin silap saya juga lah saya rasa saya tidak ada buat kenyataan yang macam tu. Boleh BY. sebut tak apa kenyataan saya.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Kenyataan adalah pada dua hari lepas apabila saya tanya soalan tambahan di Dewan ini untuk menanyakan samada kerajaan memberi keutamaan kepada pekebun kecil semasa er…permohonan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay Yang Berhormat Triang itu soalan nya?

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Tetapi pada masa itu…

Yang di-Pertua (Speaker)

Jawapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar apa jawapannya?

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Amat Berhormat telah menjawab bahawa keutamaan tidak diberi kepada pekebun yang mengusahakan tanah berpuluh-puluh tahun.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat kita boleh semak hansard nanti untuk mendapat kepastian.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Sebab itulah, saya meluahkan kekecewaan saya di sini saya berharap bahawa kita kaji balik sejarah pembangunan tanah. Ada sesetengah tanah, pekebun dia betul-betul bergantung pada hasil tanah. Kalau tidak tiada hasil ini mereka memang tiada pendapatan lain. Jadi, pertimbangan patut diberi untuk meluluskan hak milik atau pajakan kepada mereka, bukannya pemohon dari luar yang tidak pernah mengusahakan tanah berkenaan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua,

Mohon mencelah sedikit. Saya, seingat saya lah, Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebut er...dia tidak akan memberi er…keutamaan kepada penerokaan tanah haram tetapi cuba akan mempertimbangkan juga. Maknanya bukanlah menutupkan terus tapi yang… apa ni… tidak diberi keutamaan kepada peneroka haram. Itu benda dasar dalam polisi. Terima kasih.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih. Jadi, saya minta jasa baik apabila memproseskan permohonan mungkin kita boleh kaji sejarah dan memberi pertimbangan kepada pemohon asal yang mengusahakan tanah. Keutamaan diberikan kepada mereka.

Dato’ Sri di-Pertua,

Sekiranya itu dijadikan sebagai dasar, saya bimbang ianya akan menggalakkan rakyat pergi meneroka tanah yang mana mereka suka dan selepas satu jangka masa mereka akan merasakan mereka berhak ke atas tanah itu.

Dan keduanya, Dato’ Sri Yang di-Pertua, sebenarnya Paya Lang ini sebenarnya bersebelahan dengan Bandar 34 daripada Sidang Dewan yang pertama Wakil Triang masuk ke Dewan ini, tidak ada sidang yang Wakil Triang tidak bercakap tentang Paya Lang dan antaran hujahnya dia mengatakan Bandar 34 itu akan dipindahkan tidak dilaksanakan.

Pada hakikatnya, Dato’ Sri Yang di-Pertua, sebenarnya cadangan DARA dulu untuk memajukan Bandar 34 sedang dijalankan dengan giatnya. Kita dah ada MRSM di situ, kita akan masukkan institusi pendidikan dan kem tentera sudah masuk di kawasan yang sama dan kita juga mencadangkan kawasan perindustrian di kawasan yang hampir sama. Dan projek-projek perumahan rakyat juga dicadangkan di kawasan yang sama. Jadi, saya tidak boleh membuat kesimpulan atas tajuk yang… yang umum begitu Dato’ Sri Yang di-Pertua saya fikir mungkin ada satu atau dua kes yang boleh diberi perhatian. Tapi saya fikir apa yang dibincangkan, dirancang selama ini oleh kerajaan, wajar didahulukan berbanding dengan peneroka-peneroka tanah haram. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Memang kita mengalu-alukan projek pembangunan, tapi asalkan projek pembangunan ini tidak merugikan mana-mana pihak, sama ada kerajaan atau penduduk tempatan. Dan mengenai kenyataan Wakil Kerajaan tadi, kita boleh kategorikan peneroka atau pekebun tanpa izin kepada dua kategori. Memang kita bersetuju, yang baru teroka tanah haram kita perlu kuat kuasa tapi sekarang apa yang kita selalu mempertahankan di dalam Dewan ini adalah mereka yang telah berusaha menanam atau menghasilkan tanah sekurang-kurangnya 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Sekiranya 20 tahunlah jangka masa yang telah digunakan untuk mengusahakan tanah itu, 20 tahun juga sebenarnya mereka yang mengusahakan tanah itu tidak ada ruginya kerana mereka tak bayar apa-apa cukai, macam-macam peraturan yang lain. Saya percaya er… prinsip kita sudah cukup jelas melalui apa undang-undang, akta, enakmen yang ada tu sudah cukup jelas dan saya, Wakil dari Triang lebih baik kaji semula isu ini untuk ditangani lebih baik daripada kita memberikan kefahaman yang salah. Orang yang mencuri patut diberikan ganjaran. Saya fikir itu tidak betul Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga ingin menyampaikan satu lagi last point bahawa saya dapati apabila kes isu tanah dibangkitkan di dalam Dewan. Selalu kita dapat jawapan daripada pihak kerajaan adalah mereka yang membuat tanah haram itu patut berasa bersyukur kerana sudah berpuluh-puluh tahun tidak bayar cukai tanah tapi hakikatnya, sekiranya ada pilihan mereka nak bayar cukai tanah. Mereka nak bayar tapping right, cumanya tidak diberi peluang oleh kerajaan.

Dato’ Sri Tuan di-Pertua,

Saya sudah sebutkan tadi, Kerajaan ada perancangan untuk jangka masa panjang untuk kepentingan kelompok masyarakat lebih ramai. Sekiranya… bayangkan tanah-tanah yang selama ini pelbagai institusi itu tadi milik individu, berapa banyak pula kerajaan terpaksa belanja untuk pengambilan tanah? Dan lebih besar lagi tuntutan ganti rugi yang akan dikenakan untuk projek perundingan apa… orang ramai yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Saya fikir, wajar dasar selama ini laksanakan kerajaan ada zon-zon yang tertentu yang telah diperuntukkan untuk pembangunan ada zon pertanian dan sebagainya Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli Yang Berhormat, saya ingat Triang boleh menggulung. Masa dah sampai. Ada?

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Yang di-Pertua, ucapan saya sudah selesai. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, Terima kasih Yang Berhormat. Kita pergi kepada seterusnya. Kita menjemput Wakil dari Luit.

Assalamualaikum WBT [Bacaan dalam Bahasa Arab] Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Sri, Tuan Yang di-Pertua. Yang dikasihi Menteri Besar Pahang Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Pegawai Undang-undang Negeri, sahabat-sahabat Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan serta para pemerhati yang dihormati sekalian.

Saya ada tiga ucapan. Yang pertama, ucapan pertama adalah tahniah Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan cadangan bajet yang saya lihat sangat menyeluruh dan strategi yang menepati sasaran. Dan ada pula dana untuk dibelanjakan tahun depan dan ada pula lebihan dalam dana yang dibentangkan itu.

Dan saya juga mengucapkan syabas pada Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana persembahan hampir dua jam itu nampaknya sangat bertenaga dan sangat hebat, kerana persembahan ini pastinya akan sampai lebih kepada satu juta penduduk negeri Pahang. Insya-Allah.

Walaupun ada sedikit lari pitching sebagainya tu saya rasa tiada masalah. Cuma saya cadangkan selepas ini jangan makan sambal sebelum bentang Belanjawan [ketawa]. Dan saya nak ucapkan terima kasih kepada pembentangan bajet ini kerana seeloknya yang pasti juga akan turut dinikmati oleh kami di Dewan Negeri Luit. Terima kasih juga kepada kakitangan Kerajaan, agensi-agensi yang terlibat di daerah Maran yang bekerja sehingga hari ini. Kalau pergi ke Maran, kita boleh tengok Maran sudah menjadi sebuah bandar yang cantik dan bersih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua,

Dalam strategi yang pertama itu yang memenuhi keperluan asas, saya perhatikan memang banyak lebih daripada 50% tulisan-tulisan mengenai keperluan asas ini berkisar dengan perumahan. Jadi, tidak terkecuali di tempat saya, dengan senarai nama yang saya perolehi kepada mereka yang layak mendapatkan rumah, masih terdapat penama-penama ini yang memang sangat layak. Daripada analisa-analisa penilaian yang kita buat contohnya, ada sorang ibu tunggal masih tinggal di tempat bangunan awam di kawasan masjid di Kampung Luit dengan anak empat atau lima orang dan ada pula anak yang ketiga itu sakit kronik dan sebagainya.

Jadi, saya mohon dapat minta perhatian untuk program perumahan tahun depan. Begitu juga dengan strategi kedua kemudahan asas rakyat. Saya nak sentuh jugalah seperti Ahli-ahli Berhormat yang lain bekalan air di DUN Luit ini sama juga seperti kesalahan kita menghadapi masalah bekalan air yang terputus, bekalan air tekanan rendah dan ada juga masih terdapat dua buah kampung di kawasan saya ini mengunakan air bukit macam Kampung Kuala Wau dan Kampung Orang Asli Embus.

Jadi, untuk kampung ini, saya nak mohon sangat lah pada Kerajaan agar mencari jalan atau kaedah bagaimana untuk kita menyelesaikan masalah ini. Kerana punca yang kita dapati punca pada operasi Loji Air Kertau di Chenor sudah tidak berfungsi. Jadi, saya rasa elok kalau dapat diselesaikan juga apa ini… membaik pulih loji air Kertau

kerana loji air itu sendiri membekalkan kepada, saya ingat dalam Chenor ada tujuh atau lapan kampung mungkin lebih, dan terus kepada kawasan saya ke Kuala Wau dan Kuala Embus dan juga air daripada loji Kertau ini ke Guai. Ada dua atau tiga kampung. Ingat Dato’ angguk tadi.

Dia memang ada hubungan dengan Guai tapi saya fikir sekarang ini sudah kita… Loji Kertau itu Kertau sahaja dan yang selebihnya sampaikan dari loji Triang Yang Berhormat. Dulunya betul.

Terima kasih Dato’ Sri Guai. Emm…jadi, itu satu daripada permohonan kita untuk mengatasi masalah air terutama untuk dua kampung ini yang sejak asal lagi tidak pernah merasa nikmat air paip daripada program air paip di negeri Pahang ini.

Yang kedua, tentang jalan raya perhubungan darat. Saya nak ulang balik setiap kali persidangan memang saya sebut perkara ini. Satu-satu perkara yang saya kira sangat mengembirakanlah jika dapat kerajaan menerima cadangan untuk kita membina jambatan di Sungai Pahang di kawasan Maran khasnya di kawasan Kampung Lubuk Paku itu. Yang pastinya dia akan memendekkan jalan. Jarak daripada utara Pahang ke selatan Pahang. Atau dengan lain perkataan daripada Cameron Highlands ke Rompin dan sebaliknya melalui cross ataupun rentas daerah melalui bandar Maran dan menyeberangi jambatan itu.

Dan dalam masa yang sama juga, penduduk di seberang sungai itu boleh menikmati kemudahan infra yang ada di bandar Maran seperti ada ECRL, keretapi, stesen keretapi, kita ada Lebuhraya LPT, hospital, pejabat Kerajaan dan juga sudah pasti boleh menyumbang pembangunan ataupun peningkatan ekonomi dengan berbelanja di Bandar Maran.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya berminat juga dengan satu kenyataan dalam Belanjawan menyebut Pahang Barat Plus iaitu Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Negeri Pahang Barat yang ditubuhkan pada tahun lepas. Ya…jadi, dalam kenyataan itu, salah satu kluster yang kita lihat ialah kluster perkayuan. Industri perkayuan. Saya sangat berminat dengan industri perkayuan ini kerana kalau betul dibangunkan, dia boleh jadi salah satu teras ekonomi untuk negeri kita, insya-Allah ya. Sebab kita pernah membuat cadangan juga kepada Kerajaan Negeri Sabah dulu tentang 6 sektor teras ekonomi Sabah dulu termasuk salah satunya ialah kluster perkayuan ini…industri perkayuan ini.

Sebab kita pun…Negeri Pahang pun pernah satu masa dulu terkenal dengan industri-industri perkayuan ini. Sebab ada kita mengeluarkan kayu, menjual kayu balak, buat apa molding, kita ada masa tu plywood, papan lapis. Kita ada perabut, parkir, papan lantai dan kilang-kilang banyak masa tu. Dan kilang-kilang kumpulan ASPA ada, MENTIGA…MENTIGA er…saya pun payah nak sebut ni. MENTIGA yer…MENTIGA di Pekan, Land General pun ada di Pahang.

Dan saya rasa masa tu beribu-ribu pekerja perabot ada dalam negeri kita ni. Dan zaman ini kalau dapat sarankan kepada pihak kerajaan, kita bangkitkanlah kembali industri perkayuan negeri Pahang ini yang memang telah pun terkenal sejak dulu lagi ya. Dan saya juga bersedialah kalau nak membantu pihak Kerajaan untuk kita menjadi

orang tengah mencari pemain-pemain industri untuk datang ke Pahang dan memberi… kita berdialog sebagainya untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang boleh membantu mempercepatkan proses industri perkayuan ini.

Dalam strategi mensejahterakan kehidupan dan pembangunan sosial ekonomi, saya hendak mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih dan syabas jugalah kepada Kuala Sentul, sebab bila tajuk strategi ke-3 ini, banyak cerita tentang program-program untuk wanita. Saya tidak nak perincikan, cuma saya nak bagitahu nak terima kasihlah banyak perancangan-perancangan untuk wanita kerana kita ini pasti ramai wanita-wanita yang kita sayang, kita cinta kat luar itu. Jadi, mereka pasti akan dapat manfaat kepada program-program yang diatur.

Dan dalam strategi kesejahteraan ini juga, saya nak ambil kesempatan untuk bertanya juga status JPKK untuk kawasan saya, kerana ada JPKK yang Ketua Kampungnya terpaksa berdepan 4,000 - 5,000 penduduk. Dan kita bimbang keupayaan Ketua Kampung kita ini tidak dapat menjalankan tugas yang berkesan kerana jumlah penduduk sangat ramai. Juga bagi memastikan kesejahteraan hidup masyarakat, suka juga saya nak maklumkan di sini terdapat juga apa ini…kemusnahan-kemusnahan semasa banjir dulu masih belum dibaiki sepenuhnya.

Ada beberapa tempat seperti di Kampung Senggora, jalan raya yang bukan kata tenggelam ya, tetapi runtuh. Jalan raya dah runtuh dan sangat membahayakan kepada pengguna lalu lintas kampung itu dan kita mohonlah kepada pihak agensi-agensi yang terlibat supaya dapat menggerakkan dengan segera, mempercepatkan proses membaik pulih kawasan itu.

Dalam pembangunan sukan, di tempat saya daerah Maran khususnya…ada sesuatu perkembangan menarik iaitu sukan permotoran. Banyak aktiviti-aktivi sukan permotoran di kawasan saya. Motorcross, ada motor…apa dia panggil ya? Agak Tioman tahu dak? Motor dia kecil je. Budak kecil, kanak-kanak kecil tu.

Yang di-Pertua, dia panggil pocket bike.

Pocket bike.

Pocket bike.

Terima kasih Tioman. Pocket bike sangat aktif, sangat aktif…di sekitar bandar Maran. Dan yang terkininya, er…kita cuba nak bawak masuk, kita panggil apa ini rally. Rally ini kereta racing dalam ladang, ya. Kereta racing. Oleh kerana ini saya rasa program besar ya, saya sangat berhasratlah untuk membawa perkara ini kepada pihak kerajaan khususnya saya rasa yang paling sesuai untuk saya er…mendapat apa ini er… pertolongan daripada Tioman lah sesuai dengan sukan untuk orang muda ini.

Dan kita akan bawa apa ini, kumpulan er…pakar ini untuk berjumpa dengan pihak Kerajaan untuk merealisasikan hasrat kita. Dan saya rasa ini pun satu produk pelancongan yang baru untuk negeri kita.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Saya mohon mencelah sikit Yang di-Pertua. Terima kasih kepada ADUN Luit membangkitkan tentang sukan permotoran ataupun sukan lasak, permotoran. Jadi, melalui Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, setakat ini bagi sukan lasak ataupun permotoran ini yang melibatkan pocket bike di Tanjung Lumpur, motorcross di Jerangkang…tak silap saya, saya pernah hadir sekali di Maran.

Kemudian yang terbaru, dua, tiga, empat hari lepas di Lipis ya, dan juga yang sebelum itu di Muadzam Shah yang dibangkitkan oleh ADUN Ibam, di Keratong ya. Jadi, menggambarkan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa memberi keprihatinan terhadap sukan permotoran lasak ini dan insya-Allah apa yang cuba dibawa kami akan ambil peduli dan kita akan bincangkan secara lebih detail lagi dan melalui Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang juga baru-baru ini ada telah meluluskan sejumlah peruntukan kepada ADUN Ibam, kepada er…Majlis Belia FELDA dan juga Majlis Belia Negeri daripada Cameron Highlands ke Chini dan sebagainya.

Dan sebelum itu juga, kelulusan peruntukan kepada er…Jerantut yer…ADUN Damak sebelum ini untuk menaik taraf litar sukan permotoran. Makna kata, insya-Allah kita akan buat sokongan yang terbaiklah untuk sukan ini, insya-Allah. Terima kasih Yang di-Pertua.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Saya mohon mencelah. Buat nak pembetulan daripada kenyataan daripada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan. Peruntukan untuk prorgram 13 dan 14 November yang lepas motorcross…Kejohanan Motor Cross Open Keratong itu, peruntukan itu bukan diberikan kepada saya. Ia dimasukkan ke dalam akaun Kelab Motorcross Keratong dan Keratong Bikers Team. Saya cuma penaung dia je. Bahaya ini sebut masuk dalam [ketawa] Bukit Ibam. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Bukit Ibam…

Terima kasih kepada Kerajaan. Saya kira ini satu berita baik untuk saya dan insya-Allah dalam masa terdekat kita akan berkunjung ke pejabat Tioman lah.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, sekali lagi saya mencelah. Memandangkan litar lumba yang telah diluluskan kepada negeri Pahang oleh Kementerian Belia dan Sukan ditarik balik berjumlah RM40 juta ya, saya dan juga warga anak muda serta Kerajaan Negeri sangat gembiralah ketika itu. Terima kelulusan hampir RM40 juta dan Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk membina litar lumba tersebut di Jengka 23.

Makna mengambil jalan tengah antara Kuala Lumpur dengan Pantai Timur sebelah kita ini Kuantan, Pekan dan Rompin. Namun semasa PH memerintah, dia tarik balik ke Kedah. Jadi, kita dah kerugianlah kerana patutnya benda-benda macam ini tidak menjadi isu politik kerana isu pembangunan ini, isu pembangunan sejagat yang boleh melibatkan pembangunan sukan permotoran untuk anak negeri Pahang, anak Malaysia.

Jadi, baru-baru ini, saya ada bangkitkan kepada Menteri Besar Pahang supaya diwujudkan paling tidak kos peruntukan litar lumba sebanyak RM2 juta paling tidak. Kerana apa, dalam RM2 juta ini insya-Allah, mungkin pihak JKR dan sebagainya boleh menguruskan litar lumba sepanjang 1 kilometer untuk anak-anak muda yang adrenalinnya sangat panas untuk mengadakan atau menganjurkan sekian lama dua tahun pandemik COVID-19 ini untuk drift dan juga drag serta rally sebagaimana yang dikatakan tadi. Jadi, saya ucap terima kasihlah kepada Kerajaan Negeri melalui Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang untuk anak-anak muda dalam sukan pemotoran ini. Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila teruskan. Ada 3 minit, 3 minit sahaja lagi.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya tertarik juga bila Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyebut nama seorang anak kita, Mariam binti Muzamil, ya. Beliau ialah pelajar tahun 5 Methodist Girl School, Kuantan ya. Telah mendapat apa ini Gold Medal For Canadian Special Award and Batch Young Inverted Award in Six International Competition dekat Toronto.

Apa yang menarik perhatian saya ini, beliau bukan mengatasi 600 peserta daripada seluruh dunia daripada 70 buah negara. Apa yang menarik di sini, sebenarnya saya dah menyebut dalam Dewan ini di sini, bahawa negeri Pahang sudah terkenal dengan mengeluar designer-designer bertaraf dunia. Sepatutnya kita mengambil kesempatan ini… mengambil kesempatan ini, sebab ini satu kerja insya-Allah satu kerja tele-marketing yang sangat berharga. Kita ambil kesempatan ini untuk membina ya, membina imej baru negeri Pahang yang negeri pengeluar designer dan pengeluar produk-produk industri. Jadi, untuk… untuk itu perbahasan saya lepas mungkin agak advanced sangat ataupun kehadapan sangat. Itu sebab saya tidak mendapat respons dari kerajaan pada masa itu. Dengan nak membuat institusi design centre dan sebagainya.

Tapi, kali ini saya nak cadangkan satu benda yang agak realistik sikitlah sebagai kita meraikan tokoh-tokoh design dunia…dunia di Pahang ini. Saya nak cadangkan pada Kerajaan Negeri kita menjadi host. Satu program yang kita panggil World Industrial Day Malaysia yang setiap tahun ada di pertengahan tahun. Sebab sekarang ini program ini, dijalankan oleh persatuan sahaja selama ini. Mulai 2014 err…bila kita tubuh Persatuan Pereka Industri Malaysia, kita mengambil tanggungjawab untuk menjalankan apa ini er…apa ini Design Day ini di Malaysia.

Jadi, saya rasa ada cantik juga, kalau dapat kerjasama host bersama persatuan pereka dengan Kerajaan Negeri, kita ambil alih apa ini program World Industrial Design Day yang di situ pengisiannya bukan apa kita design show, kita ada design

talk, kita ada international punya ,local apa ini… aktiviti demonstration dan sebagainya. Dan saya rasa ini sangat boleh menjadi satu lonjakan juga pada perhatian er… Malaysia pada negeri kita Pahang ini.

Dan saya rasa Tuan Yang di-Pertua,

Saya rasa sekadar itu perbahasan saya pada tengah hari ini. Saya nak mengambil kesempatan untuk menyatakan harapan sayalah agar Belanjawan ini boleh menjadi satu pemangkin kepada kehidupan kita di Negeri Pahang. Terutamanya kehidupan yang beragama ataupun dengan lain perkataan membawa Islam ke masyarakat melalui Belanjawan ini insya-Allah dan saya berdoa agar Belanjawan 2020…2022 menjadi satu Belanjawan yang diberkati oleh Allah dan berdoa segala usaha yang dijalankan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan pasukannya menjadi ibadah di sisi Allah SWT.

Jadi, saya mohon menyokong cadangan Belanjawan yang dibentangkan untuk tahun 2022 pada petang ini. Sekian terima kasih [Ahli Dewan tepuk meja].

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput…

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin untuk memberi sedikit pencerahan berhubung dengan kenyataan oleh Yang Berhormat dari Triang tadi. Sebenarnya, apa yang beliau sebut tadi adalah tidak tepat sama sekali. Saya ada hansard... hansard ini dan jelas saya ada menyatakan er…sekiranya tanah tersebut diteroka secara haram ianya tetap haram. Maknanya tidak ada keutamaan tetapi mungkin ada sedikit pertimbangan. Itu antara ayatnya dan kalau secara detailnya banyak sangat tetapi apa dia… apa statement yang dikatakan oleh YB. Triang tadi memang tidak benar. Tiada bukti yang jelas.

Saya harap YB. lepas ini boleh dapatkan hansard ini. Dan saya berharap perkara ini tidak berulang lagilah mengulang kenyataan yang tidak betul seperti mana yang diperkatakan sebelum ini. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua...

Yang di-Pertua (Speaker)

Seterusnya saya…duduk. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat daripada Dong.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Pertamanya terima kasih ke atas ruang yang diberi untuk memperbahaskan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada 6 haribulan. Bagi saya Bajet 2022 ini adalah merupakan satu sejarah paling istimewa kerana tak pernah di Pahang ini bajet mencapai RM1 bilion lebih [Ahli Dewan tepuk meja]. Ini menunjukkan apa? Ini menunjukkan bahawa pimpinan kita Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Utama Menteri Besar berjiwa besar, mempunyai sifat yang berani, mempunyai visi dan misi yang tegas dan jelas serta berhemah. Menyebabkan berani dan yakin setiap tahun berusaha bersungguh-sungguh dengan pasukannya untuk mencari sumber pendapatan negeri meningkat dan meningkat setiap tahun.

Atas ketegasan inilah, keberanian inilah yang disokong sama oleh rakan-rakan pimpinan jentera Kerajaan termasuk Dato’ Sri Setiausaha Kerajaan Negeri dan teamnya menyebabkan wujud satu pasukan negeri ini yang mantap mahu membela ke hal rakyat negeri Pahang keseluruhannya, melalui mencari sumber pendapatan baru yang meningkat ke masa semasa.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Budaya yang berani, sifat yang jelas, polisi dasar yang jelas, yang tidak mahu melihat ketirisan, yang diperjuangan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Seri Menteri Besar kita menyebabkan dalam suasana COVID-19 dua tahun, tiga tahun. Pergerakan terbatas tapi pelabur tetap yakin melabur di Negeri Pahang. Ini terbukti dengan angka bukan main-main. Saya dengar Yang Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar menjelaskan dalam soalan yang pertama pada hari yang pertama. 20, tahun 2020 kerana politik kita stabil, dasar dia jelas, polisi jelas, kemudian kita memperjuangkan ketirisan tahun 2020, pelaburan domestik dan asing hampir RM6.7 bilion.

Itu dalam keadaan negara parah, orang tetap yakin dengan kita. Dan saya dengar pada 2021 Disember Yang Amat Berhormat Dato’ Sri mengatakan pelaburan hampir RM12 bilion dan sasaran 2022 melihat pelabur semakin yakin Kerajaan Negeri mensasarkan hampir RM18 bilion pelaburan akan datang ke negeri Pahang. Bagi tepukan kepada kepimpinan negeri kita [Ahli Dewan tepuk meja].

Bila ada pelaburan dalam suasana sekarang yang ramai jobless, tak ada pendapatan, kurang pendapatan, kurang pekerjaan maka dasar ini. Dah ramai dah pelabur datang ke Pahang dengan membuka ruang pekerjaan yang luas kepada rakyat Pahang. Hanya saya merayu kepada Kerajaan Negeri Pahang supaya mesti ada keseimbangan pembangunan ini di antara barat tengah dan timur Pahang ini. Supaya peluang pekerjaan didapati di sama ratakan dan dapat direbut peluang oleh semua pihak di rakyat Negeri Pahang ini.

Yang keduanya, saya kagum Kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang berusaha keras mencari sumber pendapatan tak pernah lupa kepada rakyat Pahang. Sebab itu arah tuju “Kemakmuran Negeri Manafaat Bersama dan Mensejahterakan Rakyat” memang tepat sekali. Dalam bajet ini belia sahaja hampir dapat RM49 juta…RM49.6 juta dalam bajet ini, belia. Maknanya Yang Amat Berhormat Menteri Besar sayang kepada anak-anak muda yang ini harus kita beri sokongan berterusan, insya-Allah.

Kemudian bayi dapat, berkaitan dengan bayi Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, adalah seorang anak buah daripada Dong telefon saya. Isteri saya nak bersalin, paling lewatnya minggu ketiga bulan Disember. Beritahulah ke MB Pahang, boleh bagi tak RM200.00? Maknanya apa? Rakyat Pahang, anak muda, memberi fokus kepada ucapan Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri. OKU dapat, warga emas dapat, pelajar dapat, kakitangan awam dapat. Tak adillah Dato’ Sri Yang di-Pertua, ini ADUN-ADUN tak dapat ke? [Ahli Dewan ketawa]. Ha tepuklah kuat sikit. Tak dapat 5, 10. Tapi, Yang Berhormat Yang di-Pertua, tak payah umum la angka, bagi la envelope satu seorang selepas ini kepada kita semua. Kalau tepuk, dapatlah. Percayalah [Ahli Dewan menepuk meja].

Kemudian yang ketiga, Yang Berhormat er...Tuan Spe…er...Yang di-Pertua,

Zaman ini zaman internet. Internet ini menjadi keperluan asas, macam bekalan air bersih, macam er...elektrik. Membeli, belajar, nak semak status kesihatan semua melalui internet. Sebab itu kita minta pihak kerajaan pastikan sistem internet kita ini laju di semua peringkat baik di bandar, pinggir bandar, luar bandar kerana masa depan melalui sistem internet ini adalah punca pekerjaan, punca pendapatan pada masa hadapan.

Kawasan saya termasuk kawasan Yang Berhormat ADUN Batu Talam. Amboi banyaknya! Ada 7, 8 kampung, Allahuakbar. Kalau nak sebut salah satu, di kampung saya Ulu Temau, tempat Kawasan Yang Berhormat Batu Talam, Kampung Sejuk. Sejuk betul linenya [Ahli Dewan ketawa]. Jadi, saya harap pihak kerajaan dapat memberi perhatian khusus untuk meningkatkan kemudahan-kemudahan asas, melajukan internet kita ini.

Kemudian yang er...Yang Berhormat Tuan di-Pertua,

Ini masalah air ini, merata, ya. Dia tak akan selesai. Paip pecahnya, air keruhnya, loji teruk, PAIP tak ada duit. Sebab tarif tak pernah naik-naik. Lebih daripada 30 tahun Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, 30 tahun lebih tak naik. Tidak adil kita balun PAIP. Dan saya lihat pengurusan PAIP, bukan nak mengangkat PAIP, saya lihat, saya baca, pengurusan semakin baik. Sekarang dah ada na…dah ada dana sendiri RM80 juta, dulu tak ada pun. Ha tepuklah sikit PAIP bagi la dia semangat sikit [Ahli Dewan menepuk meja]. RM80,000.00 dana sendiri.

Makna, kalau setakat paip pecah sikit, dia terus bagi, pengurusan bagi terus. Ha, maknanya PAIP ini tidak akan dapat menampung segala kerosakan kalau tidak ada sumber. Satu sumber, inilah tadi. Saya percaya walaupun kita naikkan tarif dengan munasabah, pulas air, air keluar, rakyat tak marah. Percayalah. Ha, yang ini juga Kerajaan harus kaji.

Yang keempatnya Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Dalam ucapan Bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyentuh soal trans… transformasi sektor pelancongan negeri Pahang. Apa yang Pahang tak ada? Allah SWT beri Pahang ini sungai, gunung, hutan, tasik, gua, pulau, pantai Laut China Selatan, tanah tinggi, flora dan fauna, yang mana aset-aset ini tidak ada di tempat-tempat lain. Dan dalam er...ucapan Bajet Program Transformasi Industri Pelancongan Pahang yang telah diumumkan, kita mengharapkan outcome dia, hasil daripada Pelan Transformasi ini akan dapat melahirkan produk-produk pelancongan bertaraf dunia.

Pihak JKK juga boleh diberi konsesi kawasan aset ini untuk mencari, menjadi sumber pendapatan mereka. Dan er...bila-bila produknya bagus, pelancong datang, pelancong tentunya berbelanja dan ini memberi manfaat pada masyarakat setempat.

Kita ada pantai bersih, Laut China Selatan Rompin ke Cherating sepanjang 240 kilometer yang akan menjadi tarikan pada masa-masa hadapan. Dalam ucapan er...Yang Amat Berhormat Dato’ Sri yang membentangkan Bajet juga menyentuh tentang blueprint untuk anak muda Pahang. Maknanya pimpinan negeri amat prihatin memastikan masa depan anak muda Pahang ini cerah dalam gelanggang education dan juga ekonomi. Maka penyediaan blueprint ini pastinya akan memberi harapan baru bagi generasi pelapis anak Pahang.

Ini juga menunjukkan bahawa kita amat serius, Kerajaan serius untuk melihat keperluan masa depan anak muda. Melalui blueprint ini pastinya satu kajian terperinci akan dibuat oleh mereka yang pakar dalam bidang yang mana segala input dan dasar akan dapat menjadi blueprint, akan menjadi blueprint yang menyeluruh serta relevan 10 tahun ke hadapan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan di-Pertua,

Saya ada 3 perkara, ini masalah lokal saya nak bangkitkan. Yang pertama, saya mohon pihak kerajaan membuat kajian, wujudkan satu jalan baru di antara Damak, Ulu Dong, Sungai Ruan masuk ke Central Spine Road. Ini akan menjadi satu kawasan pembangunan ekonomi baru yang akan dapat dinikmati oleh masyarakat di dalam daerah Raub.

Yang keduanya, dah lama dah kita perjuangkan. Mungkin dah 3, 4 kali MoU di antara Negeri Perak dan Negeri Pahang. Jalan di antara Batu Malim, kawasan Yang Berhormat ADUN Batu Talam ke Slim River juga ini mohon sangat dapat diberi keutamaan supaya ini juga merupakan satu lokasi pembangunan yang baru dan akan memeriahkan lagi, merancakkan lagi pergerakan ekonomi di kawasan belah barat sana.

Yang akhirnya, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Ini nak menyentuh sikit pasal Fraser’s Hill, Bukit Fraser’s. Saya lihat Bukit Fraser’s sekarang tidak diselenggara dengan baik. Banyak jalan-jalan rosak. Bukit-bukit, cerun-cerun runtuh, pokok-pokok buluh bertaburan, tiada lampu jalan, tiada stesen minyak, liputan komunikasi dan internet yang terlalu rendah, bangunan-bangunan banyak terbiar dan tidak ada aktiviti pelancongan. Kalau ada pun sikit sangat.

Jadi, kalau boleh, sejarah PKBF ini diwujudkan pada tahun 1968. Bertujuan untuk menguruskan bandar yang kecil di Bukit Fraser itu dan fokus pada pembangunan Bukit Fraser. Tetapi melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan 1997, telah membuat keputusan Badan Pelancongan PKNP digabungkan dengan PKBF untuk membuat promosi produk Pahang di Malaysia dan luar negara. Tetapi sekarang telah wujud Perbadanan Taman Negeri yang juga berfungsi untuk mempromosi Pahang keseluruhannya. Apalah salahnya agar Kerajaan Negeri dapat memberi…memberikan pertimbangan khas PKBF ini wujud macam Lembaga Cameron Highlands.

Dengan ini saya menyokong ucapan Bajet Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, terima kasih [Ahli Dewan menepuk meja].

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat DUN. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Chenor. Sila.

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. [bacaan dalam Bahasa Arab]. Saya mulakan dengan firman Allah SWT dalam Surah Saba ayat yang ke-5 [bacaan dalam Bahasa Arab]. “Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda-tanda (kebesaran Tuhan) di tempat tinggal mereka, iaitu dua buah kebun, di sebelah kanan dan juga sebelah kiri. Kepada mereka dikatakan makanlah olehmu dari rezeki yang dianugerahkan Tuhan-Mu dan bersyukurlah kepada-Nya, negeri mu adalah negeri yang baik, makmur sedang Tuhan mu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun”.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, kerana memberi peluang untuk sama-sama membahaskan Belanjawan 2022 yang bertemakan Kemakmuran Negeri Manfaat Bersama Rakyat Sejahtera. Buku Belanjawan yang mengandungi 70 muka surat dan pembentangan yang makan masa dua jam menunjukkan keprihatinan kerajaan pada semua golongan yang dibe…yang disasarkan. Manfaat yang bermula daripada kelahiran seorang bayi sehinggalah kepada warga tua dan OKU, orang-orang muda dan belia tidak ketinggalan. Tahniah Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan Exco dan semua yang terlibat menyediakan Belanjawan 2022 ini.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Dalam perbahasan ini, saya ingin menyentuh beberapa perkara di kawasan saya. Yang pertamanya masalah air. Air adalah keperluan asas bagi kehidupan manusia dalam urusan seharian. Sehubungan dengan itu, bekalan air paip bersih yang berterusan dapat menjamin keselesaan dan kesejahteraan masyarakat. Bekalan air yang sentiasa terputus dan bertekanan rendah mengganggu urusan kehidupan penduduk di kawasan Chenor.

Saya mohon kepada Kerajaan Negeri agar memberi perhatian kepada masalah gangguan bekalan air di Pekan Awah, Bukit Lada, Taman Embun Mutiara, Kampung Lanting, Taman Jaya Diri dan kawasan-kawasan sekitarnya. Masalah gangguan bekalan ini tidak berjadual sering berlaku. Ini mungkin disebabkan paip pecah kerana telah terlalu lama tidak diganti atau bekalan air daripada Loji Air Chenor dan Temerloh tidak mencukupi untuk membantu menampung keperluan di kawasan terbabit.

Saya juga memohon pihak Kerajaan Negeri melalui Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) memberi perhatian kepada loji rawatan air di Jengka 4 yang tidak berupaya untuk merawat air yang dipam daripada Sungai Jempol apabila air terlalu keruh. Saya dimaklumkan sejak akhir-akhir ini, terdapat gangguan kepada [batuk] penduduk Jengka 6 dan juga Jengka 7 dan masalah yang berlarutan ini adalah hasilnya apabila hujan terlalu lebat dan air Sungai Jempol menjadi keruh.

Jadi, bagi menyelesaikan masalah ini saya mencadangkan supaya pihak PAIP dapat er…dapat mengusahakan supaya er…diambil daripada Loji Air Simpang Tajau yang sumbernya terjamin daripada segi kualiti dan kuantitinya iaitu daripada Sungai Pahang. Saya berharap juga pihak kerajaan dapat memasukkan bekalan air ke kawasan Kampung Ulu Lengan dan juga Kampung Ulu Kerut, Mukim Chenor Bandar yang masih ketiadaan bekalan air bersih yang dirawat. Semoga dengan strategi melengkapkan kemudahan asas rakyat dapat dicapai, insya-Allah.

Yang keduanya, pembangunan. Saya mengharapkan Kerajaan Negeri menjadikan kawasan Chenor sebagai hubpelancongan berasaskan sejarah dan juga warisan bagi daerah Maran. Kedudukan geografi yang strategik di tengah negeri Pahang dan mempunyai pelbagai landskap dan daya penarik seperti Sungai Pahang, Gunung Melati atau Bukit Kertau dan juga kawasan-kawsan perkampungan tradisional Melayu.Terima kasih kepada Majlis Daerah Maran dan warga tempatan yang terus mempromosi Chenor sebagai pilihan destinasi pelancongan domestik bagi mencapai hasrat Chenor sebagai hubpelancongan.

Saya suka mencadangkan kepada kerajaan agar yang pertamanya, membina jeti bagi tujuan rekreasi dan kemudahan bagi pelancong. Yang kedua, membina laluan khas basikal menjamin penggiat berbasikal beriadah. Yang ketiga, menaikkan taraf kelajuan internet di kampung tradisional. Yang keempat, membina gerai-gerai di lokasi strategik. Yang kelima, penyediaan tapak berkelompok rakitstay. Dan yang keenam, mohon sebuah mesin CDM, ATM untuk memudahkan urusan rakyat. Pembangunan dan juga penjenamaan publisiti kawasan Chenor sudah tentulah membawa impak pembangunan sosioekonomi penduduk.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya juga mengharapkan usaha-usaha untuk menyiapkan Perumahan Awam Kos Rendah Jaya Diri Chenor menjadi kenyataan. Terima kasih di atas keprihatinan Exco Perumahan, Yang Berhormat Lepar yang telah banyak kali turun untuk melihat projek terbengkalai tersebut. Perumahan ini telah terbengkalai sejak sekian lama dan seperti tiada kesudahan. Adalah menjadi harapan penduduk di kawasan sekitar agar pembangunan projek perumahan dapat disiapkan bagi menampung keperluan perumahan masyarakat setempat. Saya juga memohon agar pembangunan di Pekan Awah tidak dipinggirkan. Harapan masyarakat setempat agar pembangunan di Pekan Awah itu dapat diusahakan seperti mana Bandar Tun Razak, Jengka.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana mempromosikan kuih Tiga Beradik orang Chenor dalam ‘TikTok’ nya dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Sentul yang sentiasa mempromosikan Chenor khasnya, Maran dengan tagline “hak sedak di Maran”. Akhirnya sebuah pantun,

Di luar pulut di dalam kelapa, Molek bulat tidak berlubang, Keliling santan dipanggil kepala, Elok tersusun si badak kubang.

Jadi dengan pantun itu, di hujung-hujung ini mudah-mudahan Allah SWT memberi kebaikan…

Dato’ Yang di-Pertua, mohon mencelah.

Ya, sila.

Hari ini YB. Chenor ada bawa kuih Badak Kubang ke? [ketawa]

Tertinggal. [ketawa] Terima kasih. Jadi, er…akhirnya saya mengharapkan supaya belanjawan ini dapat er…terbukti di 2022. Jadi Chenor mohon menyokong. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja].

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat saya perhatikan bahawa perbahasan selama dua hari ini perbahasan yang sangat bermutu tinggi. Maknanya, Yang Amat…Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan dapat membawakan pandangan-pandangan yang…melontarkan pandangan-pandangan yang bernas, yang mana saya kira… mengambil kira semua aspek pembangunan dan juga kawasan masing-masing. Di samping juga menyampaikan rintihan-rintihan daripada kawasan masing-masing.

Jadi, saya kira perbahasan yang ada pada hari ini, sepanjang dua hari ini sangat bermutu tinggi. Saya ucap tahniah dan syabas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. [Ahli Dewan menepuk meja]. Insya-Allah, pada hari esok, pihak Kerajaan akan memberikan jawapan-jawapan, pandangan-pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi, Yang Berhormat sekalian, saya bercadang untuk menempohkan persidangan kita pada hari ini dan persidangan kita akan disambung semula pada hari esok, 9 Disember 2021, bermula jam 9.30 pagi. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan pada pukul 2.45 petang]