Pahang · 9 December 2021
14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 192 turns · 36,936 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari : Khamis, 09 Disember 2021
bersamaan 4 Jamadilawal 1443 Hijrah
Masa : 9.30 pagi
DOA
Perkara Pertama: Bacaan Doa
Bismillahhirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang Darul Makmur. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan taufikMu, dipohonkan menyuluh, memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. [Bacaan dalam Bahasa Arab]
Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions
Perkara Kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah SWT, pada pagi ini dapat lagi kita bersama-sama di Dewan ini untuk meneruskan persidangan kita. Pada pagi ini kita mempunyai 8 soalan dan saya berharap Ahli Yang Berhormat telah pun bersedia. Baiklah. Untuk itu, saya persilakan pertanyaan pertama dari ADUN Bukit Ibam. Sila.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan soalan nombor 1. Terima kasih.
[Akhir-akhir ini kita sering mendengar aduan pencerobohan hutan terutamanya Hutan Simpan.
a. Nyatakan keluasan Hutan Simpan di Pahang dan Keluasan Hutan Simpan Kekal yang masih ada.
b. Nyatakan berapa banyak tindakan yang telah diambil serta nilai denda yang telah dikenakan terhadap penceroboh.]
Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih saya ucapkan kepada ADUN daripada Bukit Ibam yang bertanyakan er… soalan berkaitan dengan aduan pencerobohan hutan, terutamanya hutan simpan dan er… Yang Berhormat, daripada Ibam ingin tahu berapakah keluasan Hutan Simpan di Pahang dan keluasan Hutan Simpan Kekal yang masih ada, tapi untuk makluman Yang Berhormat Dato Sri Yang di-Pertua, hutan simpan dan hutan simpan kekal ini sama je, dia bukan er… apa ni dua entiti yang berbeza. Ini soalan pertama, ada dua soalan.
Yang kedua, tindakan yang telah diambil. Sukacita saya maklumkan di Dewan Yang Mulia hari ini, er… sehingga November 2021, keluasan kawasan Hutan Simpan Kekal di negeri kita, iaitu seluas 1.597… 1,597,967.44, apa ini… hektar yang mana 44% daripada keseluruhan kawasan hutan di Negeri Pahang. Manakala di er… luas kawasan hutan di Negeri Pahang ialah seluas 2,039,819 iaitu 57% daripada jumlah keseluruhan tanah Negeri Pahang, hutan simpan kita ada 44% tapi keseluruhan luas kawasan di Pahang ialah 57% daripada kalau tidak silap saya, daripada 3.6 juta keluasan tanah. Manakala bagi soalan kedua, berapa banyakkah tindakan yang diambil setakat 15 November, sebanyak 68 kes yang telah diambil manakala jumlah kompaun yang dikenakan ialah RM753,500.00 dan er… ganti rugi yang dikenakan ialah RM1,715,630.43. Terima kasih Dato’ Sri’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya memohon mengemukakan soalan tambahan. Sekiranya ini berkaitan bolehlah Yang Amat Berhormat menjawabnya. Terima kasih.
Soalan saya ialah pada tahun 2018 saya pernah menyarankan di Dewan ini supaya syarikat-syarikat yang mendapat konsesi-konsesi balak ini, menyumbang kepada
Kerajaan Negeri untuk menanam semula spesies pokok-pokok kayu balak. Jadi soalan saya, apakah setakat hari ini adakah apa-apa sumbangan yang telah diberikan oleh syarikat-syarikat yang menerima konsesi balak ini untuk program tanaman semula hutan? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Memang benarlah ADUN daripada Bukit Ibam pernah membangkitkan supaya mereka yang mendapat ataupun syarikat yang mendapat konsesi balak ini, contribute semula kepada apa yang telah mereka usahakan ekoran daripada pandangan cadangan daripada yang Bukit Ibam. Kerajaan Negeri telah pun er… menaikkan kalau dulunya RM10.00, sekarang ini er… RM12.00 untuk dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan Hutan iaitu RM12.00 permeter padu.
Jadi er… daripada duit inilah, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan akan gunakan untuk pembangunan hutan sepertimana tanam pokok dan pemuliharaan hutan dan juga aktiviti-aktiviti lain seperti kempen dan sebagainya. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Bukit Ibam yang telah membangkitkan perkara tersebut dan Kerajaan Negeri telah pun mengambil tindakan.Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Dato’ Sri… Beserah.
Terima kasih Dato Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin bertanya sedikit pihak negeri dan tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh wakil… pihak negeri, iaitu 57% daripada keluasan Negeri Pahang ini, adalah merupakan hutan. Saya ingin mendapat penjelasan ada tak standard atau piawaian ataupun garis panduan atau sasaran berapakah jumlah hutan yang sebenar yang kita sasarkan patut kekal dalam Negeri Pahang. Sekarang kita 57% berapa sebenarnya? Kalau orang nak tebang hutan ini sampai setakat mana? Ada tak sasaran tersebut? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Ini soalan yang sangat baik. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, setiap negeri yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat Tanah Negara, mestilah sekurang-kurangnya 50% hutan simpan. Tetapi kita di Negeri Pahang, sudah lebih 7%. Walau bagaimanapun, baru-baru ini saya telah meminta Excolah, dalam Mesyuarat Exco kita telah meminta supaya sasaran Kerajaan Negeri walaupun kita dah lebih 7% tetapi kerana ini adalah satu yang baik untuk generasi yang akan datang kita telah mensasarkan supaya mencapai 60% mana kita ada peningkatan 3%.
Sebab kita rasa ini adalah satu usaha yang sangat baik demi kelestarian Negeri Pahang dan er… saya percaya hasil daripada perbincangan saya dengan jabatan perhutanan ianya akan dapat dicapai dan kalau Yang Berhormat daripada ADUN
Beserah melihat daripada setahun ke setahun bermula 2018, peningkatan rizab hutan yang telah kita wartakan sentiasa meningkat. 2018 saya tak ingat tetapi yang saya ingat 2019, 6,000 hektar lebih, 2020 dan 2021 sentiasa ada. Jadi, ini adalah satu usaha kita bersama, usaha Keluarga Pahang supaya generasi akan datang dapat menikmati kelestarian di Negeri Pahang. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan kedua, boleh?
Boleh, boleh.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Minta maaf Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingat macam mesyuarat pula.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan tahniah di atas iltizam yang tinggi untuk meningkatkan hutan simpan, cuma saya ingin mendapat sedikit penjelasan. Seingat saya pada sesi yang lepas ada dibangkitkan bahawa kita mohon supaya Kerajaan Persekutuan memberikan pulangan daripada usaha kita ini dalam memastikan kita preserve oxygen supply, dengan izin, dalam negara ini besar. Bagaimana kedudukan pulangan ataupun bayaran yang diberikan oleh Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Pahang? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Ini pun satu soalan yang baik yang boleh memberi peluang kepada saya untuk menjelaskan kepada Ahli-ahli Dewan. Untuk makluman Dato’ Sri Yang di-Pertua, oleh sebab kita di Semenanjung, Negeri Pahang adalah yang paling tinggi sekali merizabkan hutan simpan berbanding dengan negeri-negeri lain. Saya masih ingat ketika pemerintahan 22 bulan ya… kita mendapat pampasan yang tidak sewajarnya iaitu kita mendapat rendahlah. Kalau ikut logik, 50% lebih yang tertinggi, kita mendapat nombor 1 dan saya tak ingat tapi lebih kurang apa ni RM7… 8 juta lebih kurang macam tulah tapi pokoknya ada negeri lain yang lebih rendah daripada kita dapat lebih daripada kita.
Jadi, dalam mesyuarat tersebut saya telah bangkitkan ini kerajaan 22 bulan dulu, cuma saya kata saya harap pengiraan untuk agihan pampasan kepada negeri yang menyimpan lebih hutan ini hendaklah dibuat secara telus kerana melihat kepada apa yang Kerajaan Pahang dapat, tidak sewajarnya. Itu kita dapat sekali. Selepas pada itu tak dapat dah dan maknanya semua negeri tidak dapatlah.
Kemudian baru-baru ini, Mesyuarat Tanah Negara, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan pun ada, Dato’ PTG pun ada, saya membangkitkan lagi sekali. Saya kata
Kerajaan Negeri Pahang seharusnya mendapat pampasan yang sewajarnya kerana Negeri Pahang adalah yang paling banyak merizabkan hutan dan ini adalah kos melepas. Maknanya bila kita rizabkan lebih banyak hutan ianya adalah kos melepas kepada Negeri Pahang. Kita tidak boleh balakkan, kita tidak boleh keluarkan mineral tetapi kita simpan ni adalah bukan sahaja untuk Pahang tetapi untuk negeri-negeri lain juga dan alhamdulillah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang telah pun mengarahkan supaya pampasan atau ganjaran yang sewajarnya harus diberi kepada negeri-negeri yang mempunyai hutan simpanan yang lebih daripada yang lain-lain. Maknanya dengan kata lain insya-Allah, Pahang akan mendapat lebih daripada negeri-negeri lain tetapi setakat ini belum dapat, mungkin tahun depanlah.
Jadi, untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingat lagi masa tu YB Sim saya ingat, eh sorry Yang Berhormat daripada Teruntum pernah bertanyakan pasal hutang Kerajaan Negerikan? Jadi, saya sukacita dimaklumkan bahawa secara kasarnyalah kalau 57% ataupun separuh daripada 57% ni kita balakkan, kita usahakan kita mungkin mendapat hasil sampai RM15 bilion tapi sebab kita berjiwa besar, Keluarga Malaysia, kita korbankan sedikit kos melepas tapi dalam masa yang sama saya harap Kerajaan Persekutuan akan memberi pertimbangan yang sewajarnya. Insya-Allah, Yang Berhormat daripada ADUN Beserah saya fikir tahun depan kita akan mendapat ganjaran dan seperti mana janji Kerajaan Negeri Pahang apa yang kita dapat, kita akan pulangkan balik kepada rakyat, insya-Allah. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. [Ahli Dewan menepuk meja]
Soalan tambahan. Tuan Speaker, bolehkah saya dapat penjelasan daripada kerajaan bahawa kami, berdasarkan laporan media bahawa Lynas yang pada tahun lepas telah dapat kelulusan untuk membina satu PDF di dekat Hutan Simpan Batu Ketam. Kami tahu hutan simpan ini sangat penting tapi bolehkah kami tahu mengapa kelulusan Kerajaan Negeri akan bagi kepada Lynas untuk bina satu Permanent Disposal Facility (PDF) dekat sana dan apakah statusnya? Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya rasa soalan yang dikemukakan daripada Tras ni keluar tajuk sikitlah. Jadi, saya tidak berhasrat untuk menjelaskan lebih lanjut tetapi yang tapak yang awal tersebut telah pun dibatalkan oleh Kerajaan Federal. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan seterusnya, jemput Wakil daripada Chini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon kemukakan soalan yang ke-2.
[Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam pemuliharaan semula kawasan Resort Tasik Chini sebagai kawasan pelancongan]
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sememangnya Kerajaan Negeri akan dan telah pun bersungguh-sungguh untuk kita mengembalikan semula keindahan Tasik Chini yang mempunyai cerita dan legenda yang tersendiri. Saya nak maklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Tindakan Pemulihan Tasik Chini bagi menyelaras semua tindakan pemulihan kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri telah pun juga telah pun meluaskan kawasan Tasik Chini apa namanya Rizab Biosfera dari 6,922.96 ribu hektar kepada 9,147.18 ribu hektar.
Di samping itu, sebahagian daripada kawasan baru Rizab Biosfera Tasik Chini akan diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal Chini bagi memastikan kawasan tersebut tidak lagi diteroka di masa akan datang. Tambahan lagi, Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk memulihkan kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini dengan menanam tanaman tutup bumi dan penanaman pokok di kawasan berhampiran kawasan tasik. Kerja-kerja pemulihan telah juga dijalankan bagi mengelakkan sebarang efluen dari masuk ke Tasik Chini.
Kita tengok bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri dan kami seluruh sebahagian besar daripada Exco ya, boleh katakan semua Excolah pergi apabila kita mengadakan program pertama kita penanaman semula pokok-pokok di Tasik Chini. Terdapat beberapa projek pemuliharaan dijalankan bersama agensi kerajaan iaitu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Jabatan Perikanan Negeri Pahang, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Pahang serta Institusi Pengajian… Institusi Penyelidikan Perhutanan iaitu FRIM. Projek pemuliharaan ini membabitkan aktiviti penanaman semula hutan, pembinaan nurseri ikan serta pelepasan ikan bagi menambah sumber perikanan air tawar, pemulihan tebing Tasik Chini dan pemuliharaan teratai.
Kerajaan telah bersetuju untuk tidak membenarkan sebarang bentuk pembangunan selain daripada tujuan penyelidikan di Tasik Chini untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai Taman Hutan Negeri yang juga dikenali sebagai tapak Rizab Biosfera pertama di Malaysia di bawah Program Man and Biosphere (MAB), United Nations for Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO).
Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, kalau merujuk kepada, terima kasih kepada pihak kerajaan atas jawapan. Soalan saya, merujuk kepada resort itu apabila kalau Kerajaan Negeri telah menjadikan kawasan Rizab Biosfera maksudnya adakah usaha kerajaan untuk resort ini untuk diteruskan untuk pelancongan ataupun tidak?
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sememangnya kawasan tersebut kita jaga, sudah tentulah resort tersebut akan kita kekalkan dan er… jika ada pembangunan-pembangunan yang baru, kita pastikan bahawa kelestarian dan juga pembangunan-pembangunan resort bukan pembangunan-pembangunan yang kita nak buat theme park dan sebagainya. Pembangunan-pembangunan resort di masa akan datang jika ada permohonan, kita
pastikan ianya akan dibawa dalam jawatankuasa yang telah dibentuk, memastikan bahawa semua ya, terutama sekali er… ini… hutan, pokok-pokok flora dan fauna dapat kita jaga dengan baik dan kita nak pastikan bahawa Tasik Chini ini, seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat tadi bahawa kita nak wariskan kepada generasi akan datang, jadi kita pinjam ya. Apa yang kita ada ini, kita pinjam. Jadi apabila kita pinjam Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita kena jaga baik-baiklah. Janganlah kita pinjam, kita jahanamkan, itu orang punya kita kena ingat itu orang punya, kita kena jaga baik-baik. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Baiklah soalan berikut…
Soalan tambahan.
Jemput Wakil Teruntum.
Soalan tambahan ya. Er... terima kasih Wakil Kerajaan. Tasik Chini I ingat merupakan satu nama yang cukup famous di seluruh dunia tapi tarikan untuk pelancong ke tempat sana agak kurang. Boleh saya tahu macam mana kerajaan nak menarik lagi ramai pelancong ke tempat itu? Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sememangnya Tasik Chini 2, 3 tahun yang lepas apabila kita, apa namanya… apa namanya kehadiran pelancong kurang dan er… kita tahu bahawa antara sebabnya adalah kawasan tersebut tidak dijaga.
Walau bagaimanapun, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengambil ketetapan, pertamanya; kita perbesarkan kawasan rizab hutan dahulu, okey. Yang keduanya; kita pastikan bahawa er… infrastruktur dan juga accessibility dapat… terdapat dengan apa nama… terdapat dan ianya di dalam keadaan yang baik dan yang ketiganya; kita nak pastikan keadaan resort seperti yang dinyatakan oleh Wakil Chini tadi beroperasi mengikut apa yang diperlukan.
Jadi kemudahan, Yang Berhormat Dato’ Sri, bolehlah kita meneruskan promosi kita dan sememangnya ramai Yang Berhormat Yang di-Pertua, bahawa orang suka dengan Tasik Chini ini kerana Tasik Chini ini juga sinonim ya, selain daripada kawasan main biosfera (main biosphere) yang terbesar di negara ini yang telah diiktiraf oleh UNESCO, tetapi ia juga adalah merupakan satu kawasan yang mempunyai legenda yang tersendiri.
Jadi pemulihan diteruskan dan insya-Allah kita dari masa ke semasa kita akan cuba mempromosikan kerana kita tidak mahu mempromote kawasan tersebut, jika kawasan tersebut juga tidak mampu untuk menerima pelancong yang datang ya, ataupun kawasan tersebut tidak seperti apa yang diharapkan oleh pelancong kerana dalam
apa namanya pelancongan ini, kita sentiasa melaksanakan apa yang kita katakan sebagai carrying capacity. Keupayaan dan kemampuan kawasan tersebut menerima pelancong datang mestilah bersesuaian dengan facilities dan keadaan kawasan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.
Baik Teruntum. Soalan berikutnya.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 3.
[Spesies haiwan yang wajib dilesenkan oleh Kerajaan Pahang.
1. Sila senaraikan spesies haiwan yang wajib dilesenkan. Berapakah kadar bayaran lesen untuk setiap spesies haiwan yang telah disenaraikan?
2. Adakah kompaun yang akan dikenakan ke atas pemilik bagi semua jenis haiwan yang tidak mempunyai lesen sama?
3. Berapakah jumlah kompaun yang telah dikeluar oleh pihak MBK ke atas pemilik haiwan yang tidak memohon lesen dari tahun 2019 sehingga September 2021?]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
ADUN Teruntum bertanyakan tentang isu ataupun soalan lesen haiwan. Saya nak maklumkan di sini bahawasanya pihak Kerajaan sama ada Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri er… menetapkan bahawasa ada kategori-kategori haiwan yang perlu dilesenkan dan antaranya ialah apa yang dipanggil sebagai unggas.
Ya, kategori unggas dan haiwan seperti er… yang lainnya ialah khinzir ataupun babi dan anjing dan bagi kategori unggas ini di bawah Enakmen Perladangan Unggas (S.2 EPU 2005). Jabatan Veterinar diberi tanggungjawab untuk memastikan dengan enakmen ini, aktiviti ladang unggas akan dapat dikawal dan juga dipantaulah supaya ianya tidak memberi kemudaratan kepada masyarakat.
Jadi, kategori unggas ya, yang dinamakan ialah seperti ayam, itik, ayam belanda, ayam mutiara, puyuh, merpati, burung unta, burung emu, e… emu ya dari apa-apa jenis ataupun apa-apa jantina, umur, baka atau generasi (hybrid atau kacukan) termasuk telur dan apa-apa burung lain perlu dilesenkan mengikut Seksyen 2 Enakmen Perladangan Unggas ya. Ini burung, ini maknanya burung betullah ya, bukan burung lain, bukan burung anu… burung yang unggas. Burung lain tu kena jawab masa kita minum kopi ya.
Manakala ini - unggas dan fi dia, fi dia ialah antara 500 hingga 5,000 ekor fi dia RM50.00 jer satu tahun. Antara 5,001 hingga 10,000 - RM100.00, 10,001 hingga 15,000 - RM200.00, 15,001 ekor hingga 20,000 - RM300.00, 20,001 ekor hingga 25,000 - RM400.00 dan 25,000 ekor… 25,001 ekor ke atas - RM500.00.
Kita di Pahang ini, kita telah pun melesenkan er… sebanyak 213 ya di bawah kategori ini dan daripada 213 itu terdapat er… yang ini dipanggil reban ya yang terbuka dan tertutup. Yang tertutup ataupun terbuka… sorry, yang terbuka 41, yang tertutup selebihnya dan makna selebihnya itu ialah 172. Daripada 172 itu Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi… hah ini... Yang di-Pertua, kita telah menutup 3 yang terbuka ini, so sekarang ini tinggal 169 berbaki yang terbuka.
Dan er… bagi lesen pulak, anjing ya maka ini tertakluk di bawah PBT, di bawah Pihak Berkuasa Tempatan dan kalau dilihat dari segi soalan berikutnya er… ADUN Teruntum bertanyakan kompaunlah. Adakah kompaun dikenakan kepada pemilik kalau sekiranya mereka tidak mempunyai lesen? Sebenarnya memang. Kalau mereka tidak mempunyai lesen bukan sahaja kompaun, pemilik atau premis tersebut di bawah Enakmen Perladangan Unggas ini boleh diambil tindakan hingga didakwa di mahkamah dan dendanya memang antara RM2,000.00, ada pelanggaran mengikut fasa-fasa ya… berikut. Ada yang RM5,000.00, tidak kurang daripada RM5,000.00, tidak lebih daripada RM10,000.00 dan boleh dikenakan penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Dan pelanggaran-pelanggaran kerana tidak mempunyai lesen ini adalah satu kesalahan yang boleh didakwa tetapi di bawah enakmen ini juga ia memberi kuasa kepada pihak ini, Pengarah Veterinar untuk mengeluarkan kompaun dan kompaun yang dikeluarkan tidak kurang daripada RM300.00 dan tidak melebihi RM2,000.00 untuk kompaun tersebut.
Kalau sekiranya, ianya berulang-ulang maka selanjutnya pihak Pengarah akan er… ataupun pegawai pelesen akan mengambil tindakan untuk membuat pendakwaan di Mahkamah untuk pastikan bahawasanya pematuhan kepada enakmen ini dilaksanakan secara telus.
Jadi, dalam konteks seumpama ini, saya nak maklumkan bahawasanya begitu juga dengan PBT. Mereka ada Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing ya, yang memberi kuasa kepada pihak PBT untuk mengeluarkan lesen kepada pemilik-pemilik ataupun mereka yang nak memelihara anjing dan untuk makluman er... Yang Berhormat Teruntum, dia… anjing ini bukan sebarangan anjing. Kalau saya dapat sedikit sebanyak ya, dia ada lebih kurang er… anjing jenis spesies yang boleh, yang boleh dilesenkan.
Misal contohnya er… sama ada er… secara terbuka atau restricted. YB. Teruntum nak tau ke? Ya, jenisnya? Dobermen, Biasa, Rottweiler, Spits, German Shepherd, Assiation, Dalmation, Boxer, Mongol, Dachshund, Labrador. Kemudian dia ada Alaskan Malamute, American Staffordshire, Estrela Mountan Dog, Groenendael, Malinois, Miniature Bull Terrier, Neapolitan Mastiff, Rafeiro do Alentejo.
Dan baka anjing yang terlarang, er ni apa ni… Akita, American Bulldog, American Pit Bull Terrier ni American memang banyak yang… yang terlarang la. Canaria Dog, Dogo Argentino, Fila Brasileiro, Kai Dog, Owtcharka, Perro de Pastor…
Yang berhormat yang di-Pertua, American dream takde, American dream?
Russian European Laika, Tibetan Mastiff, Tosa Inu. Jadi anjing-anjing ini tidak boleh dilesenkan dan er… untuk makluman, sebenarnya mulai pada tahun 2022, untuk melesenkan anjing-anjing ini, pihak pemilik atau pemohon mesti me… er… melampirkan sijil kesihatan daripada Jabatan Veterinar sebelum pihak PBT boleh mengeluarkan lesen-lesen.
Dan er… kompaun er… yang telah dikeluarkan sebenarnya di bawah Veterinar, Jabatan Veterinar, terdapat er… 14 er… kompaun yang telah dikeluarkan atas kesalahan sama ada tidak mempunyai lesen ataupun premis kotor di bawah Veterinar.
Manakala di bawah er… soalan yang ditanya oleh er… Teruntum ialah berapakah yang telah dikompaun oleh pihak MBK. Jumlah kompaun yang telah dikeluarkan oleh pihak MBK bagi tahun 2019 hingga 2021 iaitu September [batuk] maaf, September 2021.
Dan tahun 2019, 73 kompaun telah dikeluarkan oleh pihak er… Majlis Bandaraya er… MPK masa tu Majlis er… Perbandaran Kuantan 2020, 58 kompaun. Dan dalam 2021 pihak bandar raya telah mengeluarkan 142 kompaun kesemuanya. Dan er… itu yang jawapan saya. Terima kasih.
Soalan tambahan. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak kerajaan sekiranya kerajaan mendapati haiwan tertentu tidak er… berlesen. Haiwan tersebut juga tidak mempunyai pemilik dan adakah Kerajaan Negeri akan membuat tangkapan dan membunuh? Terima kasih.
Ini, tadi kita menujukan kepada pemilik. Soalan Teruntum ni kata, haiwan tu. Haiwan tu dia… dia maknanya dia nak bebas. Yang ada pemilik tu, kita kenakan kepada pemilik. Jadi dalam dunia ni sebenarnya, kita kena ada juga kebebasan yang terhad ya, tak boleh nak bebas ikut suka. Jadi bagi haiwan yang tidak berlesen, maksud saya ni, haiwan tak berlesen ni maksud… maksud di sini anjing la ye dak.
Takkan er… ayam nak kena ada lesen jugak kan, unggas kan? Saya nak maklumkan bahawasanya kucing pun, kucing pun dia takde lesen. Malahan er… kuda pun sebenarnya dia… dia… dia takde lesen. Hanya saya difahamkan Kerajaan Pusat akan mengadakan satu akta er… untuk memastikan kebajikan haiwan ini terpelihara. Kalau kita nak apa nama pelihara er… misal contoh kucing, masa-masa akan datang yang berbentuk komersial.
Sebab sekarang ni kita kucing dah ada yang dijual, kucing ada yang sampai beribu-ribu ringgit. Yang ini akan masuk di bawah Akta Kebajikan er… haiwan yang akan dikuatkuasakan. Tapi bagi haiwan liar yang ni tadi, maka 2 hari lepas saya ingat, hari semalam kot, sahabat saya daripada er… Lepar telah maklumkan bahawasanya pihak PBT mengambil tindakan-tindakan tertentu.
Mengikut er… kesesuaianlah. Ada yang menangkapnya dan er… mengambil langkah-langkah yang bersesuaianlah termasuk kalau sekiranya ianya didapati membahayakan er… masyarakat, macam anjing liar, anjing gila. Saya ingat perkara ini dia akan mendapat nasihat daripada Jabatan Veterinar untuk terpaksa di…
mungkin dihapuskanlah. Kalau tidak pun, dia akan cuba untuk dirawat dan er… kalau sekiranya ada mereka yang berminat untuk er… memelihara haiwan-haiwan ini, maka er… mereka boleh membuat permohonan dan urusan-urusan selanjutnya boleh diambil tindakan. Terima kasih.
Soalan tambahan lagi.
Terakhir ya Yang Berhormat Teruntum.
Terima kasih Wakil Kerajaan. Soalan tambahan saya adalah di Teluk Cempedak selalu banyak kera yang mengacaukan pelancong ke sana. So, dan juga er… saya er… mendapat aduan juga melukakan pelancong di sana yang cuba kera itu yang merebut makanan dari pelancong. So, apakah tindakan kerajaan er… terhadap kes ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri er… yang di-Pertua,
Dia sebenarnya sahabat saya daripada Lanchang dia maklumkan bahawasanya sesetengah haiwan ni jadi daya penarik. Kalau kita pergi ke zoo, kita lihat ada juga unggas-unggas, ada… ada binatang, haiwan termasuk kera, monyet dan berbagai spesies. Ada yang cenekoh ada orang kata kan, er… dia orang kampung la dia kata gitu. Ada yang dia panggil lontong er… lotong ke lontong… lotong. Lotong, dia er… YB kena hati-hati. Kalau minta er… saya nak lotong er… dapat benda lain. Lontong dengan lotong. Lotong ni lain.
Jadi dia menjadi daya tarikan. Manakala haiwan-haiwan seumpama ini dia adalah terlindung di bawah Akta Perlindungan, ini… haiwan iaitu Jabatan Perhilitan diberi tanggungjawab. Dalam konteks seumpama ini, sebenarnya er… pihak Jabatan Perhilitan telah pun diberi maklum tentang kehadiran yang banyak haiwan-haiwan termasuk monyet-monyet di beberapa tempat termasuk juga di Teluk Cempedak ni.
Dan pihak Jabatan Perhilitan ada mengambil langkah-langkah yang wajar, setengahnya dia memasang perangkap. YB ya, tengok pasang perangkap. Sebab kita ni tertakluk di bawah Akta Perlindungan Haiwan ni tadi. Kita tidak boleh tembak begitu saja er… kita kena kawal dan ada agensi yang berkaitan.
Dan er… usaha-usaha telah dibuat namun dilihat bahawasanya er… spesies ini dia membiak er… dengan begitu cepat dan nampaknya er… mengikut maklumat yang diterima termasuk daripada Majlis er… Bandaraya Kuantan. Kadang kalanya dia terlalu jinak hingga sampai ke masuk ke kawasan McD, dengan izin, ya dan dia nak tumpang makan sekali.
Dan er… masalah kita ialah kalau Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis er… Bandaraya Kuantan mengambil tindakan er… menghapuskan mereka, dia akan timbul pulak satu kecaman daripada kelompok yang er… pro kepada er… apa nama ini haiwan ini. Dia banyak NGO, ini… YB, sebab tu dalam konteks seumpama ini, kita
terpaksa menangani secara er… berhemah dan insya-Allah ianya dalam tindakan pihak yang berkuasa. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan berikutnya. Saya jemput Wakil dari Triang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin kemukakan soalan 4.
[Selaras dengan konsep “Keluarga Malaysia” yang diketengahkan Perdana Menteri, apakah perancangan kerajaan untuk mengeratkan keharmonian kaum dan agama dalam negeri Pahang?]
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Untuk menjawab soalan daripada Wakil daripada Triang berkenaan dengan konsep Keluarga Malaysia yang diketengahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah perancangan kerajaan untuk mengeratkan keharmonian kaum dan agama dalam Negeri Pahang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri Pahang mengambil pendekatan menyokong dan memberikan kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan dasar-dasar yang telah diperkenalkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Ini termasuklah Dasar Perpaduan Negara yang telah dilancarkan pada 15 Februari 2021 yang merupakan Dasar Payung yang julung kali dihasilkan oleh kerajaan secara khusus bagi memupuk, mengukuh serta memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat melalui konsep perpaduan Keluarga Malaysia.
Dasar ini menetapkan agenda dan hala tuju perpaduan nasional berdasarkan 3 teras utama iaitu patriotisme dan demokrasi, identiti nasional dan ekosistem perpaduan dan untuk Negeri Pahang, kita juga telah mewujudkan Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri yang mana ia dianggotai oleh pelbagai kaum dan kita juga bersama-sama dengan Jawatankuasa Rumah Ibadat untuk memastikan agama-agama lain juga dapat menjalankan aktiviti keagamaan mereka dan dapat difahami oleh masyarakat di negeri Pahang ini secara amnya, dan engagement, dengan izin, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dengan pelbagai NGO-NGO dan juga persatuan-persatuan yang mewakili kaum dan juga agama di negeri Pahang ini terus kita buat.
Dan kita juga melaksanakan pelan-pelan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan seperti Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga, Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021-2030, Pelan Tindakan Masyarakat India dan Pemantapan Modul Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah dan sekretariat Rukun Negara di peringkat universiti.
Jadi kita juga baru-baru ini telah melancarkan Bulan Perpaduan Negeri Pahang tetapi oleh kerana kekangan PKP kita, kita terpaksa melaksanakan program secara maya
dan insya-Allah dalam ucapan penggulungan nanti saya akan perjelaskan lagi dengan lebih terperinci. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Ya.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Malaysia sebagai satu negara yang berbilang kaum dan agama. Sejak kecil lagi sejak masa sekolah kita diajar untuk saling menghormati dan kita diajar bahawa er… agama Islam sebagai agama rasmi negara tapi kaum lain juga mempunyai kebebasan untuk menganut agama masing-masing. Saya difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang memberi peruntukan kepada masjid-masjid, surau-surau untuk kerja penyelenggaraan, pembinaan baru. Jadi soalan saya adalah, adakah Kerajaan Negeri Pahang merancang untuk memberi peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam untuk kerja penyelenggaraan?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sebenarnya kita memang ada er… memberikan peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam ini tetapi secara permohonan ya. Sekiranya ada permohonan dan sekarang ini juga kita sedang bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan. Kerajaan Negeri bekerjasama memastikan tapak-tapak rumah ibadat ya, berkenaan dengan hak milik mereka dan sebagainya ya kerana kita… banyak rumah ibadat ini kita dapati dibina di er… secara tidak sah, tidak ada hak milik ya, tanah kerajaan dan sebagainya. Sekarang ini kita sedang men… men… apa mengemaskinikan er… berkenaan dengan tapak-tapak rumah ibadat yang ada di Negeri Pahang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baik. Soalan berikutnya saya jemput Wakil dari Peramu Jaya.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Main boling kategori orang lama, mohon bertanya soalan nombor 5.
[Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi memastikan lebih ramai atlet yang berpotensi dapat dilahirkan daripada negeri Pahang dalam sukan olahraga?]
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada ADUN Peramu menanyakan soalan nombor 5.
Burung serindit, burung kenari, Terbang hinggap di tepi kali, Budimu dan jasamu ADUN Peramu tidak terperi, Saya di pihak kerajaan akan ingat dan semat di hati.
Hah… pantun itu.
Jawapan Yang Berhormat.
Hah, jawapan…jawapan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Majlis Sukan Pahang telah mengambil langkah mewujudkan Pelan Pembangunan Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang 2021-2030. Tujuan pelan pembangunan sukan ini adalah satu blueprint bagi meningkatkan mutu sukan di Negeri Pahang dalam jangka masa 10 tahun akan datang.
Sasaran utama pelan ini adalah untuk kesinambungan sukan-sukan SUKMA yang mana Negeri Pahang akan menjadi salah satu negeri yang mempunyai atlet yang berkualiti. Sukan olahraga adalah salah satu sukan yang tersenarai dalam Pelan Pembangunan Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang 2021-2030.
Bagi sukan olahraga khususnya, Majlis Sukan Pahang telah membuat satu kolaborasi dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang bagi merancang dan memperkasa program sukan ini. Pencarian bakat akan dibuat dari peringkat akar umbi melalui Program Pencarian Bakat atau Talent Indentification, dengan izin. Senarai sekolah bagi latihan pusat adalah seperti berikut.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Soi Kuantan, Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan, Pekan, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Saujana, Jerantut, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kerayong, Bera, Sekolah Menengah Kebangsaan Perwira Jaya, Rompin, Sekolah Menengah Kebangsaan Karak Setia, Bentong, Sekolah Menengah Jengka 16, Maran, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bahaman, Temerloh dan Sekolah Menengah Kampung Raja, Cameron Highlands. Ini adalah pencarian bakat yang melibatkan Majlis Sukan Daerah, Majlis Sukan Pahang dan juga Majlis Sukan Malaysia.
Untuk makluman Sidang Dewan juga ada perbezaan antara Sukan Berprestij Tinggi dan juga Sukan MASSA. Sukan Berprestij Tinggi sebagaimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita pada ucapan Perbekalan Bajet tempoh hari ialah sukan-sukan yang melibatkan di peringkat kebangsaan, antarabangsa er… termasuk Olimpik dan Komanwel serta Sea Games. Manakala Sukan MASSA ini
sukan yang melibatkan rakyat yang banyak di er… anjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang.
Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Peramu juga dan Sidang Dewan, bagi atlet-atlet yang telah dikenal pasti dan berpotensi akan ditempatkan di bawah Program Bakat & Pelapis Negeri dan juga akan ditempatkan khususnya di Sekolah Sukan Pahang Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh, Temerloh dan Sekolah Sukan Malaysia Gambang. Beberapa pusat latihan juga akan dibuka di beberapa daerah dan akan dilatih oleh jurulatih yang berkelayakan.
Setakat ini telah diwujudkan 3 pusat latihan negeri iaitu di Kuantan, Temerloh dan Cameron Highlands. Semua program yang dijalankan turut mendapat kerjasama dari pihak Persatuan Olahraga Negeri Pahang. Majlis Sukan juga dalam usaha untuk mengenal pasti beberapa kawasan ataupun tempat er… untuk latihan-latihan er… atlet ini seperti di Awana Genting, Bukit Fraser dan juga di Pulau Tioman. Ini adalah untuk kesinambungan er… kejurulatihan dan juga latihan-latihan di kalangan atlet er… semasa ditempatkan di pusat latihan. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Tuan Speaker, kami boleh nampak sukan terjun air yang sebenarnya satu sukan penting untuk pasukan Malaysia untuk dapatkan pingat di kejuaraan dunia ataupun Olimpik. Kami boleh tahu Negeri Perak telah lahirkan Cheong Jun Hoong, ini adalah juara dunia dan Negeri Sarawak boleh lahirkan Pandalela, pemenang Olimpik. Bolehkah saya tahu, adakah Kerajaan Negeri Pahang ataupun dalam Negeri Pahang kami ada aquatic centre ataupun pusat akuatik yang menyediakan fasiliti terjun air dan lahirkan atlet-atlet yang peringkat antarabangsa. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada ADUN Tras membangkitkan er… sukan akuatik ataupun sukan terjun er… air. Bagi Negeri Pahang, kita er… memang ada er… penyediaan pusat dengan kerjasama er… kolam renang oleh Majlis Bandaraya atau Majlis Bandaran Kuantan. Namun begitu di Negeri Pahang er… perenang-perenang ini tidak begitu menonjol. Saya pun kurang pasti sebab apa ya kerana kalau tengok di Pahang ini, sungai banyak. Kalau disebut sungai pun, sungai apa ni dahlah luas, panjang, deras tapi tak ada lagi setakat ini er… atlet-atlet di Negeri Pahang ini, dapat johan.
Saya ingat saya boleh berbincang lebih panjang dengan ADUN Tras ini kalau dapat idea-idea yang boleh kita selitkan di Majlis Sukan Pahang ini untuk melahirkan er… atlet-atlet seperti Pandalela apa tadi? Ha ya, itu seorang penerjun yang sangat hebatlah er... untuk sukan air ni. Jadi insya-Allah er... kami di Majlis Sukan Pahang akan melihat er... keperluan semasa kerana pada hari ini memang kita tidak dapat melahirkanlah er... perenang ataupun terjun air ni. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
YB… sila Peramu Jaya.
Er... tahniah pada Kerajaan Negeri dari segi pencarian bakat dan ada Sekolah Sukan Pahang untuk melatih mereka-mereka daripada rakyat Negeri Pahang untuk bi… menjadi juara insya-Allah di peringkat negeri dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.
Saya nak menyentuh satu iaitu pencarian bakat ni syukur, bagus kita boleh cari bakat tetapi saya nak mengambil satu contoh seperti Akademi Angkat Berat di Rompin. Saya lihat bagaimana Akademi Angkat Berat ini dapat melahirkan belia-belia kita untuk menjadi jaguh kebangsaan dan boleh diketengahkan peringkat antarabangsa.
Jadi, adakah Kerajaan Negeri dapat mengadakan satu akademi yang lebih khusus untuk sesuatu sukan itu kerana itu lebih memberi impak yang lebih baik daripada kita menjurus kepada sukan yang secara menyeluruh. Sebagai contoh lagi satu saya lihat bagaimana akademi menembak dapat melahirkan jaguh-jaguh daripada Negeri Pahang yang boleh diketengahkan di peringkat kebangsaan dan seterusnya. Jadi, saya minta untuk membe… mengemukakan cadangan ini agar lebih banyak akademi-akademi ini dapat diwujudkan bagi sukan-sukan yang khusus untuk Negeri Pahang bagi membolehkan rakyat kita berjaya dalam sukan-sukan tertentu. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Terima kasih sekali lagi kepada ADUN Peramu yang begitu er... prihatin terhadap pembangunan sukan di Negeri Pahang. Saya mengambil kesempatan di sinilah mengucapkan jutaan terima kasih yang amat sangatlah kepada Kerajaan Negeri melalui YAB. Menteri Besar Pahang kerana telah memperuntukkan dalam perbekalan bajet Belanjawan 2022 kali ini er... berhubung dengan pembangunan sukan er... hampir er... RM11.9 juta ya dan juga er... termasuk e-sport RM1.3 juta. Kemudian lain-lain er... pembangunan infrastruktur dan sebagainya er... tolak campur semua sekali kira puluhan juta jugalah.
Jadi rujuk kepada apa yang dicadangkan er... tentang pemfokusan ataupun fokus er... pembangunan sukan er... ataupun er... dalam melahirkan atlet-atlet sukan, saya sangat bersetujulah sangat bersetuju kerana bila disebut Akademi Pembangunan Sukan ini sama ada pembangunan angkat berat seperti di Rompin dan juga di er... untuk er... menembak ini memang kita lihat kesan dia.
Sebagai contoh di Kejohanan er... SUKMA Perak er... Malaysia yang lalu ya, di mana er... dalam strategi kita merangka untuk mencapai dan merangkul pingat emas ketika itu, kita tak terbayang yang mana er... penembak-penembak ini telah er... menghasilkan emas yang banyak pada kejohanan tersebut ya, dan pada ketika itu telah menampung kekurangan pingat emas yang kita capai melalui kejohanan angkat berat dan sebagainya.
Jadi, ini er... membuktikan bahawa er... sekiranya kita membuat penumpuan khas dalam bentuk er... pemilihan atlet dan juga er... kategori disiplin er... sukan tersebut insya-Allah saya yakin dan percaya perkara ini dapat dicapai dan er... pada tahun 2012
sebagai contoh kita melihat Negeri Pahang telah merangkul hampir 45 pingat emas kerana apa kerana ketika itu er... salah satu er... salah satu faktornya adalah Pahang menjadi tuan rumah.
Yang keduanya dari segi er... pemfokusan tu saya ingat perlu ada kesinambungan. Jadi insya-Allah saya yakin dengan ada pembangunan akademi sukan kali ini yang disebut dalam perbelanjaan bajet er... kali ini juga insya-Allah er... pihak MSP akan er... menjurus kepada er... perkara yang dibangkitkankan, insya-Allah. Terima kasih er... ADUN Peramu.
Yang di-Pertua…
Tanah Rata. Ikut…
Terima kasih Tuan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, gembiranya saya dengar bahawa er... jawapan daripada wakil kerajaan bahawa kerajaan sedia bantu universiti kita untuk menawarkan kursus untuk atlet-atlet kita. Kursus sukan kalau saya tak silap faham. Betulkan? Okey, gembiranya saya dengar.
Oleh itu saya di sini, soalan saya juga cadangan bahawa kursus-kursus ni kalau kita boleh kita menawarkan kepada atlet-atlet yang sudah bersara sebab sebagai kursus untuk sebagai juru… jurulatih untuk melatih mereka sebagai jurulatih dan ni adalah juga usaha untuk menghargai bakat yang sedia ada, terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Er... saya ucap terima kasih kepada ADUN Tanah Rata. Satu cadangan yang baik dan kita akan lihat perkara ini pada komposisi dan posisi yang er... sewajarnya. Dan berbalik kepada cadangan-cadangan itu, saya lihat tidak mustahil Kerajaan Negeri boleh er... mengambil peduli untuk dimasukkan ke dalam er... perbincangan ataupun er... apa ni pembangunan sukan er... di kalangan mereka yang telah er... bersara ataupun er... kita buat kerjasama, MoU dengan pusat-pusat pendidikan bahkan di MSP sekarang ni pun kita ada buat kerjasama dengan er... UMP er... dengan apa ni er... Kolej Komuniti ya supaya er... atlet-atlet ini bila dia bersara nanti dia ada er... bimbingan lain ataupun ilmu lain untuk dia meneruskan kehidupan.
Tidaklah maknanya dia 20 tahun, 10 tahun menghabiskan masa angkat berat dan sebagainya, bila dia berhenti dia tak tahu benda nak buat kerja lain. Hah, ini berlaku dan saya ada adik seorang Yang Berhormat Yang di-Pertua, bekas angkat berat Rompin ya adik saya er... dan saya tengok hari ini bila ada er... kesinambungan dalam er... mengadakan MoU-MoU kemahiran dan sebagainya, akhirnya alhamdulillah, dapat kerja selepas bersara daripada angkat berat. Terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih YB. Kita pergi kepada YB… Muadzam… saya nak teruskan kepada soalan berikutnya. Masa dah cukup tiga soalan tadi. Jemput soalan berikutnya ADUN Tanah Rata.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon izin kemukakan soalan nombor 6.
[a. Sejauh manakah liputan connectivity internet menggunakan teknologi satelit MEASAT serta berapa kadar harga data dan berapa ringgit subsidi Kerajaan khususnya untuk perkampungan luar bandar dalam Negeri Pahang? b. Adakah Kerajaan berhasrat memperluaskan penggunaan teknologi ini di luar bandar dan apakah inisiatifnya?]
Terima kasih er... kepada rakan saya daripada Tanah Rata yang selalu menanyakan soalan berkaitan dengan internet.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Er... MEASAT juga menyediakan er... liputan internet kepada seluruh Malaysia yang kita namakan perkhidmatan Connect Me Now. Untuk makluman, Connect Me Now ni adalah prasarana satelit yang sangat efektif untuk er... kawasan perkampunan… perkampungan luar bandar. Di mana melalui prasarana ini wifi hotspot dipasang dengan hanya membeli baucar prabayar Prepaid Access Code atau PAC yang bernilai antara RM10.00 hingga RM40.00 sebulan untuk data 1 gigabait hingga 5 gigabait.
Buat masa ni, tiada subsidi kerajaan yang diberikan kepada perkhidmatan Connect Me Now dan sehingga ini bagi Negeri Pahang telah pun memasang lebih kurang 231 prasarana Connect Me Now terutama daerah Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut.
Bagi pihak Kerajaan juga di bawah MCMC, kita melaksanakan projek yang dinamakan Broadband Wireless Access bagi penyediaan jalur lebar melalui perkhidmatan satelit sementara… perkhidmatan satelit sementara khususnya di kawasan-kawasan yang sukar diakses dengan teknologi gentian optik dan gelombang mikro.
Projek ini memberikan capaian internet di 69 buah Kampung Orang Asli yang telah dikenal pasti di Negeri Pahang dan pada masa ini ia sedang dilaksanakan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada awal tahun 2022. Ianya menyediakan capaian internet kepada masyarakat Orang Asli secara percuma untuk tempoh dua tahun dan pelaksanaan projek ini telah melibatkan kerjasama di antara Kerajaan Negeri Pahang, MCMC dan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga jawapan daripada Wakil Kerajaan. Soalan saya adalah adakah kerajaan sedia untuk menjadikan teknologi satellite MEASAT ini sebagai satu langkah untuk jangka masa pendek bagi kita memenuhi matlamat kita dalam Pelan Digital Negeri Pahang
2025 sebab kalau kita nak pasang jalur lebar, kalau kita nak bina ja… jalur lebar ke kawasan pedalaman, apa yang kita ragu-ragu adalah adakah pembinaan ini sempat dilakukan sebelum tahun 2025 tetapi dengan adanya teknologi MEASAT ini, kita tahu pemasangan device ini adalah boleh dilakukan dengan serta-merta. Tak perlu, tak perlu pembinaan jalur lebar semua ni. Oleh itu, soalan saya adalah adakah se… Kerajaan sedia untuk menjadikan ni sebagai satu langkah jangka masa pendek. Terima kasih.
Terima kasih kepada Tanah Rata, seorang yang sangat peka terhadap internet ini mungkin boleh jadi jawatankuasa saya jugaklah. Ni er… berkenaan dengan peranan kerajaan, baru-baru ini dalam pembentangan bajet bahawa Kerajaan Negeri telah di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM60,000.00 kepada 50 kawasan yang akan dikenal pasti yang begitu teruklah liputan internet. Di mana RM60,000.00 ini akan dibelanjakan untuk menggunakan teknologi satellite ini.
Untuk pengetahuan Tanah Rata, baru-baru ini juga kita telah mengadakan satu percubaan di Tanjung Kampung, Tanjung Buluh Lipis di Jerantut mana kita menggunakan teknologi satellite dan hotspot, wifi hotspot dan saya telah dimaklumkan oleh pihak SKMM bahawa keputusannya adalah begitu baik sekali.
Dan justeru itu kita bagi pihak kerajaan melalui peruntukan bajet baru-baru ini yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah meluluskan… telah memperuntukkan RM60,000.00 itulah untuk kita bangunkan di kawasan yang kita akan kenal pasti yang masih lagi memerlukan liputan internet ini access kepada liputan internet. Dan terima kasihlah pada Kerajaan Negeri di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana meluluskan peruntukan bajet RM60,000.00 ini kepada 50 kawasan yang terbabit. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan berikutnya, ADUN Tahan.
Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Dari Tahan ke Kuantan, Bulan 12 musim tengkujuh, Kita bersidang dengan semangat persahabatan, Saya kemukakan soalan nombor 7.
[Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) adalah satu inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan generasi kedua FELDA memiliki rumah sendiri, soalan saya;
1. Berapakah bilangan projek PGBF yang belum siap di Negeri Pahang mengikut parlimen?
2. Bilakah ianya akan disiapkan?
3. Adakah jumlah rumah yang dibina itu akan dapat memenuhi keperluan sebenar generasi kedua yang tinggal di FELDA ?
4. Selain daripada PGBF, apakah perancangan kerajaan bagi memastikan setiap anak peneroka yang tinggal di FELDA dapat memiliki rumah sendiri?]
Okey.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih kepada ADUN Tahan yang bertanya tentang Perumahan Baru Generasi FELDA iaitu jumlah bilangan projek PGBF yang belum siap Negeri Pahang sebanyak 2,256 unit. Bagi projek-projek lebih 70% kesiapannya yang melibatkan Parlimen Pekan, Cameron Highlands dan Jerantut akan diuruskan oleh FELDA sepertimana dalam kertas putih FELDA berjumlah 416 unit. Bagi projek PGBF FELDA Chini yang telah dilantik kontraktor pada September baru-baru ini dan siap pada Jun 2022. Bagi projek Sungai Koyan 1A… 1 dan 1B di Parlimen Cameron Highlands, DUN Jelai dan FELDA Sungai Terkam, Parlimen Jerantut dalam proses penyiapan dokumen tender untuk ditender oleh pihak FELDA.
Bagi baki 1,840 unit projek PGBF yang di bawah 70%, pihak pengurusan tertinggi FELDA telah menyerahkan pada Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu perumahan tersebut. Peruntukan sebanyak RM200 juta yang dijamin oleh Kementerian Kewangan bagi memastikan projek tersebut dapat diselesaikan dalam masa 3 hingga 4 tahun seperti pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Bajet Pahang 2022 bagi memenuhi cita rasa generasi baru FELDA. Pecahan kawasan-kawasan mengikut Parlimen, projek PGBF yang belum siap iaitu di Maran - 366 unit, Jerantut - 594 unit, Rompin - 400 unit, Paya Besar - 300 unit, Kuala Krau - 180 unit, berjumlah 1,840 unit.
Bagi menjawab soalan nombor 4, YB DUN Tahan iaitu selain daripada PGBF, Kerajaan Negeri bersetuju diadakan Skim Tanah Rakyat dalam FELDA untuk diberi kepada generasi baru FELDA untuk membolehkan mereka mendirikan rumah sendiri mengikut reka bentuk yang standard oleh kerajaan sepertimana pembentangan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila YB.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada wakil kerajaan. Berkaitan dengan struktur rumah PGBF yang terbengkalai selama ini, er… sejauh mana struktur rumah-
rumah yang terbengkalai begitu lama itu masih boleh dibuat kerja penyambungan, maksud saya struktur dari sudut besi-besinya. Adakah masih boleh diteruskan untuk kerja-kerja penyambungan ataupun macam mana? Terima kasih.
Mengikut bahagian kejuruteraan FELDA, struktur yang ada yang terbengkalai daripada footing sampai ke grubbing, sampai ke tiang, sampai ke grubbing yang dibina selama ini tetapi tak siap, masih boleh digunakan kerana mereka menggunakan spek JKR, walaupun tidak ada kebenaran merancang tapi spek bancuhan simen er... adunan besi cukup untuk menampung apa yang dirancang oleh pihak konsultan yang dilantik oleh FELDA ketika itu. Sekian, terima kasih.
Okey. Soalan berikutnya kita jemput Wakil Beserah mewakili ADUN Tanjung Lumpur.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mewakili rakan Tanjung Lumpur mengemukakan soalan ke-8.
[1. Berapakah jumlah premis judi yang masih beroperasi seluruh negeri Pahang?
1.1 Berapa jumlah premis judi yang tidak disambung lesen operasinya pada 2021?
1.2 Adakah pihak penguatkuasa pernah mengambil tindakan terhadap premis judi tidak berlesen dan berapa jumlah premis yang telah diambil tindakan sepanjang 2021 ?
1.3 Pernahkah Pihak penguatkuasa JAIP membuat tangkapan terhadap orang Islam yang terlibat dengan kesalahan perjudian, boleh nyatakan jumlah tangkapan yang telah dibuat pada 2021?]
Bismillahirrahmanirrahim.
Yang di-Pertua,
Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian, sebelum saya menjawab soalan Beserah… oh Tanjung Lumpur ya diwakilkan oleh Beserah. Lesen premis judi ini adalah dikeluarkan oleh pihak MOF ya, kelulusan daripada pihak Kerajaan Federal. Untuk makluman, di seluruh Pahang ini sebanyak 59 premis judi yang beroperasi di seluruh negeri ini termasuklah Da Ma Cai, Toto dan sebagainyalah. Dan dari segi penguatkuasaan pada tahun ini tidak ada penguatkuasaan kerana premis judi ini sebagai non-essential, premis business yang tidak boleh menjalankan perniagaan.
Walau bagaimanapun, pada tahun sebelum ini ada penguatkuasaan dibuat oleh pihak tertentu terutamanya di bawah er... apa ni PBT. Contohnya pada tahun 2019, sebanyak 184 kes tangkapan dan juga pada tahun 2020 sebanyak 32 kes tangkapan.
Ini kesalahan ini di bawah Seksyen 26 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di bawah Jabatan Agama Islam, kerjasama antara PBT dan juga Jabatan Agama di mana kesalahan adalah tertakluk di bawah Enakmen 11 Seksyen 26 Enakmen 11 Tahun 2013 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 iaitu "mana-mana orang yang didapati berada di rumah perjudian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi RM3,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya". Ini adalah kesalahan yang dilakukan kerana mereka yang muslim tidak dibenarkan berurusan di kedai-kedai premis judi. Sekian, itu sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat. Ya Semambu, ada soalan?
Soalan tambahan.
Okey, satu.
Tentang lesen hiburan. Saya ingin tanya kepada pihak kerajaan mengapa telah pun lebih setahun sejak PKP dilaksanakan, kemudian dilonggarkan dan sekarang sektor ekonomi dibuka secara sepenuhnya. Tapi mengapakah pemegang-pemegang lesen hiburan masih tidak dapat menjalankan operasi. Bagi saya sekiranya mereka telah pun melabur begitu banyak, telah pun membayar lesen dan sekarang dalam sektor pembukaan ekonomi sewajarnya mereka dibenarkan untuk buka. Terima kasih.
Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, kebenaran untuk melakukan operasi perniagaan premis hiburan adalah tertakluk di bawah Kerajaan Persekutuan di mana sehingga kini pihak keselamatan Majlis Keselamatan Negara masih lagi tidak membenarkan, jadi Kerajaan Negeri kita patuh arahan yang dikeluarkan oleh MKN, itu sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kita telah selesai sesi pertanyaan dan jawapan, saya bercadang untuk menempohkan persidangan kita pagi ini dan kita akan sambung semula pada jam 11.30 pagi. Saya berharap Ahli Yang Berhormat dapat bergerak keluar dewan dalam keadaan yang tertib, mematuhi penjarakan sosial dan menjaga SOP sepenuhnya. Persidangan ditempohkan. Terima kasih.
[Persidangan ditempohkan pada pukul 10.46 pagi]
[Persidangan disambung semula]
Menimbang Rang Undang-Undang Perbekalan (2022) 2021Bill
Perkara Ketiga: Menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2022) 2021.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat,
Rang Undang-undang Perbekalan (2022) 2021 telah dibentang pada 6 Disember 2021 dan telah dibahas pada 7 dan 8 Disember 2021. Seramai 29 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat,
Pada hari ini, pihak Kerajaan akan menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan yang lepas. Masa yang diberikan selama 20 minit. Untuk itu, dengan sukacitanya saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, silakan.
Bismillahhirrahmanirrahim. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Utama Menteri Besar Pahang dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri yang dihormati sekalian.
Pertamanya saya memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat saya menggulung perbahasan pada persidangan kali ini. Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh portfolio saya iaitu berkaitan dengan Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang.
Di kesempatan ini saya merakamkan penghargaan di atas pembentangan Bajet 2022 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Sri di atas penyediaan peruntukan bagi portfolio saya khususnya di Negeri Pahang pada amnya di mana di bawah portfolio saya telah menerima sebanyak jumlah keseluruhan RM23.48 juta. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Sri. Sedikit pantun,
Lompat si katak lompat, Lompat berempat-empat, Bajet Pahang semua dapat, Maju Pahang, makmur berkat.
Saya berani sebut katak ya, sebab dalam ini tak ada katak, semua ori.
Lompat berempat-empat, Lompat jangan terlipat, Maju Pahang, makmur berkat, Usaha Tok Wan semua muafakat.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Utama. [Ahli Dewan menepuk meja]
Pertama, saya ingin menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian berkaitan dengan Balai Bomba di Karak dan juga penempatan Unit Majlis Perbandaran Bentong oleh er... daripada Ketari. Untuk makluman, pihak Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pembinaan dua belah... dua buah Balai Bomba baru iaitu dalam Rancangan Malaysia Ke-12 di Pahang iaitu di Balai Bomba Sungai Lembing dan kuarters serta Balai Bomba Gohtong Jaya, Genting Highlands. Justeru, permohonan ini akan diberi perhatian sewajarnya. Jadi kalau dekat dengan Ketari ini kawasan... saya rasa dah tak jauh dah ya.
Bagi yang kedua berkaitan dengan penempatan Unit Majlis Perbandaran Bentong, perkara ini telah, akan dilaksanakan pada tahun 2022 di mana pihak Majlis Perbandaran Bentong sedang mengenal pasti apa ni... bangunan untuk disewa bagi menempatkan sebahagian unit penguatkuasa di er... kawasan Genting, dekat dengan Genting Permai.
Berkaitan dengan pertanyaan daripada Beserah, pemutihan hotel dan pembangunan komersial. Kerajaan Negeri Pahang bersetuju supaya penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan dilaksanakan berasaskan prinsip pendidikan berbanding hukuman. Operasi ini dijalankan secara bersepadu dengan pihak PDRM, Kementerian Kesihatan Malaysia, MKN bagi pematuhan SOP COVID-19 oleh pihak hotel. Sebab difahamkan selepas sahaja pintu sempadan dibuka ini, kebanyakan hotel-hotel di kawasan pantai, terutamanya kawasan Beserah, memang dikunjungi oleh mereka yang ramai sehinggakan hotel ini memang tak boleh walk in, kena tempah. Terutamanya pada hari cuti dan juga hari-hari minggu.
Jadi ini tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Hotel (Pahang) 2021 yang telah menetapkan bahawa tarikh kuat kuasa peraturan tersebut adalah berdasarkan tarikh pewartaan iaitu pada 11 November 2021 baru ini dan er... peruntukan ini termasuk... peruntukan ini adalah terpakai bagi tujuan pelesenan dan kenaan caj yang berkaitan.
Berkaitan dengan soalan daripada Tanjung Lumpur berkenaan judi dan skim pinjaman wang. Soalan judi saya ingat saya dah jawab tadi. Cuma untuk makluman, skim pinjaman wang tidak berlesen ini tidak er... tidak berlesen di Tanjung Lumpur, saya rasa ini adalah melibatkan apa ni... skim yang er... tak halallah. Jadi bagi isu ini, pihak SKMM akan membuat sekatan akses laman sesawang dan portal yang berkaitan kerana ini boleh apa ni er... terutamanya mereka anak-anak muda yang terlibat dengan perjudian haram dan sebagainya. Kelulusan premis perjudian yang kita... saya bentang tadi adalah tertakluk di bawah, daripada kementerian MOFlah, Kementerian Kewangan ya.
Seterusnya berkaitan dengan caj tempat letak kereta. Ini daripada Triang ya, memaklumkan tentang berkenaan... saya ingat soalan Dewan dulu pun saya telah jawab ya. Sebab bukan sahaja di Pahang ya, di seluruh Malaysia ini boleh katakan semua dah dikenakan caj tempat letak kereta. Tujuannya kita nak mengawal supaya kereta ini tidak diletak secara tidak teratur dan juga untuk memastikan setiap pengguna itu boleh menggunakan waktu yang tertentu untuk berurusan di bandar menggunakan parking yang disediakan oleh pihak PBT.
Kalau kita tidak kenakan caj, mungkin dia letak dari pagi sampai ke petang, parking depan kedai dia, biasanya tuan kedailah dia letak. Jadi bagaimanakah pengguna-pengguna lain yang nak menggunakan ruang parking ini membuat urusan dan sebagainya? Jika tidak dikenakan caj, saya rasa dari pagi sampai petanglah dia akan letak kenderaan di kawasan-kawasan yang komersial ini, perniagaan ini. Jadi orang lain tak boleh nak menggunakan ruang ini.
Jadi dengan adanya kenaan caj ini, tak banyak pun 60 sen ya, 60 sen akan dapat membantu menyelaraskan dari segi susunan parking yang lebih baik dan juga memudahkan pengguna-pengguna lain untuk menggunakan kemudahan untuk urusan dan sebagainya. Itu berkaitan dengan parking, bukan saja di Bera ya, semua tempat kita dah kenakan caj.
Sedikit nak menjawab tentang berkaitan dengan Teruntum. Berkaitan dengan apa ni... rumah tempat sembahyang bangunan Chik Sin Tong yang terletak di Lorong Mat Kilau ya. Jadi pihak kerajaan mohon pihak YB. Teruntum mengemukakan data kematian penduduk bagi membolehkan pihak kerajaan menilai keperluan sebenar tapak sembahyang dan kematian berkenaan.
Kesesakan lalu lintas di Kuantan. Ini terutama dalam kawasan sayalah kalau nak masuk ke bandar Kuantan ini. Kita ada dua akses, pertama di Gambang dan kedua di Bukit Goh. Tapi kebanyakan mengguna laluan yang berada di Gambang, di mana di Gambang terdapat satu Batu 12 berlakunya kerja-kerja pembinaan membaiki jambatan baru dan ini memang mendapat aduan banyaklah, kesesakan sehingga 2, 3 kilometer dan juga di persimpangan masuk ke Batu 10, Jalan Gambang... kem. Memang kalau Sabtu... petang Sabtu... petang Jumaat, memang kawasan ini memang kesesakannya agak teruk.
Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah, saya sendiri telah memaklumkan kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen saya, Timbalan Menteri Kewangan untuk cadangan untuk membina jejantas ya, perkara ini telah dibawa ke pihak kementerian untuk memastikan peruntukan perlu didapatkan daripada pihak kementerian untuk membina jejantas untuk mengurangkan kesesakan masuk ke Kem Batu 10 dan kawasan-kawasan yang lain.
Daripada Panching berkaitan dengan longkang tanah di Taman Tas. Pihak Majlis Bandaraya telah jawab di sini akan mendapatkan peruntukan MARRIS bagi membaiki longkang-longkang yang terdapat di sekitar Taman Tas, bukan di Taman Tas saja, termasuk Lubuk Puyu. Saya dah pergi bulan lepas, memang apa ni... sistem perparitan masih lagi tidak ada dah pun di Lubuk Puyu dan perkara ini telah saya maklumkan kepada pihak Jawatankuasa Bencana dan juga Majlis Bandaraya untuk mengkaji semula apa ni... sistem perparitan yang berada di kawasan berkenaan.
Berkaitan dengan haiwan berkeliar daripada Cheka dan juga daripada Peramu Jaya serta daripada Bukit Ibam, kita merujuk kepada Enakmen No. 2/2001 dan Enakmen Kawalan Lembu Kerbau 2001. Definisi kerbau lembu ini termasuklah lembu, kerbau sendiri, kambing, biri-biri dan kuda tidak kira umur, jantina termasuklah tapi kita tak adalah kuda di sini ya. Kalau ada itu mungkin la tempat lain, ya. Jadi haiwan tersebut tidak boleh berada di kawasan larangan dan kawasan larangan telah didefinisikan sebagai “permukaan jalan, kawasan dalam lingkungan dua meter dari bahu jalan dan semua tempat-tempat awam.”
Jadi, ini saya minta perhatianlah er… bukan sahaja daripada pihak PBT tapi daripada pihak berkuasa seperti Jabatan Perkhidmatan Haiwan juga perlu bekerjasama dengan
PBT terutamanya di kawasan-kawasan PBT ataupun di luar kawasan PBT untuk memastikan haiwan-haiwan yang liar ini perlu dikawallah. Kalau tadi daripada Benta maklumkan tentang anjing liar. Ini haiwan-haiwan liar ni kita perlu kawal dan tindakan pihak berkenaan perlu diambil kepada mereka yang tidak atau melepaskan haiwan-haiwan ini berkeliaran terutama di kawasan-kawasan awam.
Kalau melibatkan Lebuhraya Pantai Timur ini perlu pihak ANIH lah menyediakan kawalan pagar dan sebagainya untuk memastikan keselamatan pengguna-pengguna jalan raya sebab sahabat kita daripada… daripada ha… apa… bukan Bera. Sahabat kita telah terlibat dengan kemalangan haiwan liar awal bulan 7 ataupun bulan 8 dulu. Jadi pihak ANIH… daripada Guai ya, Guai…. perlu memastikan laluan sepanjang lebuh raya itu mestilah berpagar. Kadang pagar ada tapi rosak disebabkan oleh vandalisme ataupun disebabkan oleh faktor-faktor yang lain.
Isu berkaitan dengan ikon Kompleks Teruntum dibangkit oleh Ahli Dewan Negeri Teruntum, saya nak tanyalah bukanlah saya nak tanya saya nak bagitahu Teruntum ni berapa kali Teruntum agaknya ini pergi ke Kompleks Teruntum ini? Sebab nama Dewan Teruntum. Saya dah hampir 3 kali pergi er… kalau kita perhatikan mungkin Teruntum boleh tengoklah sekarang ini ada berapa warna Kompleks Teruntum yang ada berbanding dulu. Dulu satu colour sahaja warna kuning pudar dahlah warna kuning, pudar, hampir 40 tahun. Tapi sekarang pihak PKNP telah membaik pulih imej Kompleks Teruntum dan kita telah ada 3 colour sekarang ini. Nanti lepas pada ini saya akan tanya YB. Teruntum berapa colour sebenar yang ada.
Sebenarnya, Kompleks Teruntum pihak PKNP telah membaik pulih untuk menaikkan imej Kompleks Teruntum sebagai sekarang ini jadi pusat alat telekomunikasi, menjual alat telekomunikasi dan juga yang terbaru adalah untuk menyediakan pusat andaman dan pengantin di tingkat 3 yang dulu di mana ruang ini adalah ruang untuk bermain boling.
Sekarang ada satu syarikat telah menyewa tempat ini untuk mengadakan majlis bagi majlis perkahwinan dan berkaitan dengan andaman pengantinlah. Jadi lepas pada ini kita boleh tengok duduk luar sahaja. Bagaimana rupa Kompleks Teruntum berbanding tahun sebelum 2022 ya… sebelum 2020 kita mula start bina… PKNP mula start menaik taraf ni start daripada 2020 dan siap pada awal tahun inilah. Nanti Teruntum boleh tengoklah bagaimana rupa Kompleks Teruntum sekarang ya.
Minta laluan, terima kasih Wakil Kerajaan. Tetapi luar saya tahu ada 3 colour saya tahu. Yang dekat dalam itu memang teruk. Ini sebelum Teruntum ini ada ikon untuk Bandar Kuantan. Itu sebab saya bangkitkan. Mohon… luar saya sudah tahu sudah cantik tapi dekat dalam memang teruk. Aircond teruk, escalator teruk. Itulah saya bangkitkan. Terima kasih. Parking juga kena jaga juga. Terima kasih.
Okey, terima kasih Teruntum. Kaitan dengan dataran kejat di setiap daerah di Negeri Pahang. Sehubungan itu, Padang Kemunting telah dicadangkan sebagai dataran kejat bagi daerah Kuantan untuk kegunaan rekreasi dan program kemasyarakatan serta acara rasmi peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa ini ada dikemukakan oleh daripada Inderapura ya berkaitan dengan kegunaan Padang Kemunting.
Berkaitan dengan soalan yang sama yang dikemukakan oleh Inderapura tentang permit harian yang dikenakan oleh Majlis Perbandaran kepada peniaga-peniaga. Untuk makluman semua, permit harian ini dikenakan kepada peniaga-peniaga buah bermusim ataupun peniaga-peniaga lain yang tidak mempunyai lesen. Jadi pihak Majlis Bandaraya telah mengenal pasti beberapa lokasi di mana sebahagian peniaga-peniaga ini telah menggunakan kawasan yang tidak sepatutnya berniaga contohnya di kawasan parking, di kawasan selekoh nak masuk perumahan, kawasan komersial dan sebagainya.
Jadi pihak MBK senang membantu mereka ini walaupun mereka ini tidak ada lesen tapi pihak Majlis Bandaraya telah menasihatkan peniaga-peniaga supaya mendapatkan permit. Kalau sebelum pada ini mereka kena setiap hari perlu hadir ke Majlis untuk mendapatkan permit tapi pada musim COVID ini, pihak Majlis Bandaraya pergi sendiri turun padang mengutip. Kalau mereka tidak berniaga pada hari itu, mereka tak kenalah bayaran.
Saya difahamkan caj sebanyak RM10.00 satu hari dikenakan kepada peniaga-peniaga yang meniaga di lokasi-lokasi yang tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun pihak Majlis Bandaraya Kuantan telah menyediakan satu kawasan baru kawasan di Pasaraya Nirwana Batu 3 itu untuk memudahkan mereka-mereka ni berniaga di tempat yang lebih sesuai dan lebih selamat. Ini satu usaha yang baik yang dilakukan oleh pihak MBK untuk membantu peniaga-peniaga kecil.
Manakala saya dapat banyak pertanyaan berkaitan dengan Zoo Mini Teruntum yang telah dinaik taraf. Dulu mini zoo ni ada beberapa ekor haiwan sahaja yang dipelihara di situ untuk tarikan pengunjung. Walau bagaimanapun pada tahun ini, pihak Majlis Bandaraya telah dapat kerjasama dengan syarikat We Grow iaitu telah menjayakan konsep zoo hibrid iaitu bertemakan Dinasour Encounter ataupun Zoo Teruntum dengan kos sebanyak RM12 juta yang dibiayai oleh pihak swasta.
Jadi pihak swasta telah mengenakan tiket sebagaimana yang kita sedia maklum untuk memastikan pelaburan yang mereka laksanakan yang besar ini dapat pulangan dalam tempoh yang tertentulah. Walau bagaimanapun, Pihak Majlis Bandaraya dan syarikat bersetuju untuk memberikan harga yang promosi pada hari-hari tertentu untuk memastikan boleh semua rakyat dapat berkunjung dan menikmati er… apa ini dinasour mekatronik bukan dinasour betul yang berada di Zoo Mini Teruntum.
Kaitan dengan……
Minta celah sikit, boleh ya? Untuk makluman Dato’ Sri, sebenarnya kos ataupun harga tiket disebutkan bukannya kos penuh. Sebab itu hanya untuk di kawasan luar. Jadi kalau apa itu pengunjung perlu main interaktif games ada bayaran tambahan. Kemudian ada track skitch pun ada bayaran tambahan. Di sini saya memintalah supaya kaji semula dan dengan ada promosi yang lebih konkrit, yang lebih tetap khususnya kepada rakyat tempatan orang Kuantan, orang Pahang kalau boleh dia pegang IC… masuk dia dapat diskaun ataupun harga istimewa. Terima kasih.
Okey, terima kasih Semambu. Sekarang saya nak menyentuh tentang portfolio berkaitan dengan perumahan. Sebagaimana yang telah dimaklumkan dalam pembentangan bajet pada hari Isnin yang lalu, kita dah ada 2, 3 projek yang
dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sendiri iaitu Rumah PR1MA Pahang, Rumah Makmur, Rumah Rakyat Pahang dan terkini Rumah Penjawat Awam Pahang (RPAB) dan juga Skim Tanah Warisan. Saya tak nak menyentuh dulu details perkara ini semua telah dapat makluman berkaitan projek-projek berkenaan. Walau bagaimanapun, kita amat bersyukur kerana dengan kemampuan kewangan yang ada di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita telah meluluskan untuk projek pelaksanaan Rumah Rakyat Pahang.
Kalau pada tahun 2020, sebanyak 98 unit rumah telah dibina. Pada tahun 2021 ini satu DUN dapat 4 mengikut 2 fasa. Dan pada tahun depan ada pertambahan lagi sebanyak 6 rumah 1 DUN. Jadi keseluruhannya hampir RM19 juta telah diperuntukkan di mana sebanyak 266 unit rumah akan dibina pada tahun depan. Ini satu apa ni usaha yang baik kerana rakyat sentiasa memerlukan rumah. Cuma pula rumah yang diberi secara percuma sepertimana Rumah Rakyat Pahang ini.
Dan pihak Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk meningkatkan kos pembinaan daripada RM65,000.00 kepada RM75,000.00 seunit. Dan ini dapat membantu apa ni pemaju-pemaju ataupun kontraktor-kontraktor untuk mendapat sedikit keuntungan kerana harga barang terutamanya simen meningkat hampir 30% dan barang-barang lain-lain yang juga ya. Manakala saya nak jawab satu soalan daripada Padang Tengku…
Minta laluan…
Oh… Dato’ K…
Minta laluan…
Pulau Manis.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua,
Berkaitan dengan perumahan saya nak membangkitkan… sebab itu hari tak sempat, masa tak cukup waktu saya berucap. Ini Perumahan Awam Kos Rendah Jaya Gading, saya telah dimaklumkan bahawa pemilihan telah dibuat. Kemudian rumah tersebut telah dibincangkan tentang kelayakan peserta-peserta yang terpilih dalam bulan Februari yang lalu. Ini sekiranya dah masuk bulan Disember, jadi saya bimbang rumah tersebut tertinggal begitu sahaja dan sedang dijaga oleh 2 orang Banglalah. Saya tak kenal, saya anggap dia sebagai Bangla [ketawa].
Jadi hanya ditutup dengan tong drum je. Jadi saya bimbang, bila terlalu lama kita tinggalkan rumah yang dah siap, orang bertanya-tanya setiap hari… jadi bila masanya rakyat dapat menikmati satu kehidupan baru di rumah yang menjadi idaman kepada
mereka. Sebab terlalu lama sangat, dah 10 bulan. Jadi saya mohonlah sedikit penjelasan daripada pihak Kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Pulau Manis. Kalau kita ikut… merujuk kepada belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang ada disebut… ada 3 projek… Rumah PPRM, Perumahan Rakyat… Rakyat... RM… Rakyat Dimiliki ya, Dimiliki. Rumah ini… projek ini sebenarnya di bawah KPKT, Bahagian Perumahan. Kita bagi tapak dan projek ini sebenarnya masih lagi belum diserahkan kepada pihak Kerajaan Negeri oleh KPKT untuk kita laksanakan penyerahan.
Tapi dalam pembentangan bajet ada disentuh yer… akan dilaksanakan pada tahun depan 2022 di mana yang senarai terkini yang saya dapat daripada Luitlah… dapat senarai. Di Sungai Kemak sebanyak 100 unit, di Inderapura 100 unit dan di Jaya Gading yer sebanyak 100 unit. Itu berkaitan dengan Rumah Rakyat manakala untuk membaik pulih rumah-rumah usang, pada tahun ini sahaja pihak Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak hampir RM408,000.00 membaik pulih rumah-rumah yang daif, yang masih boleh dibaiki. Kalau yang tidak boleh dibaiki tu kita akan gantikan Rumah Rakyat Pahang. Jumlah kos sebanyak maksimum RM10,000.00 bagi sebuah rumah disediakan untuk membaiki rumah-rumah yang untuk dibaik pulih.
Saya ingin menyentuh sedikit berkaitan dengan soalan daripada…
Er… berkenaan dengan rumah baik pulih tadi, saya sangat berbesar hati dan banggalah apabila idea daripada pihak kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita telah mengeluarkan satu peruntukan khas untuk menyelesaikan masalah ini, di samping telah mewujudkan pula satu organisasi yakni ada satu barisan jawatankuasa yang bertindak untuk menyelesaikan masalah.
Hanya yang saya minta ialah kalau boleh jawatankuasa ini tadi hendaklah sentiasa mengadakan mesyuarat bulanan ke, kalau satu bulan tu ada 10 kes, 10 keslah selesaikan. Jadi supaya kita tahu permohonan yang masuk kepada er… apa ni melalui ADUN-ADUN, kita kan hantar terus kepada pihak yang berkenaan yakni dikendalikan oleh Pejabat SUK. Jadi kita tahu dah sebulan akan dapat jawapan.
Dalam masa pihak-pihak yang tertentu pergi melihat kebenarannya, pergi melihat tentang keesahan, tentang banyak mana perbelanjaan yang perlu, contohnya kalau dia mintak nak baiki rumah, orang kampong mintak nak baiki rumah, tengok dalam 5 keping je atap tapi mintak RM5,000.00… tak logiklah. Jadi kalau ada jawatankuasa bertindak macam tu maknanya dia menyelaraskan aktiviti- aktiviti ini tadi secara total, insya-Allah saya rasa projek ini memang satu projek yang glamour kepada Kerajaan Pahang. Terima kasih.
Terima kasih Pulau Manis. Saya nak memberi sedikit jawapan daripada er… Padang Tengku berkaitan dengan Rumah SPNB. Walaupun SPNB bukan bawah Kerajaan Negeri tapi kita masih lagi membantu. Kalau mengikut statistik yang diberikan di sini, sebanyak 383 unit Rumah SPNB yang masih tertangguh yang tidak dibina walaupun telah diberi geran. Selepas PRU 14 Kerajaan Persekutuan pada ketika itu, Kerajaan PH telah membatalkan untuk membina projek rumah inilah… Rumah Mesra Rakyat.
Walau bagaimanapun setelah pertukaran kerajaan yang baharu, pihak SPNB telah mendapat peruntukan untuk membina sebanyak 383 unit rumah di seluruh Negeri Pahang di mana 287 dalam pembinaan dan 96 akan diselesaikan pada tahun hadapan. Manakala di Lipis sebanyak 57 unit telah er… 57 unit yang telah diberi geran, 35 dalam pembinaan dan 22 dalam… akan diselesaikan pada tahun depan, 2022 yer. Itu rumah SPNB yang dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad.
Di samping itu pihak Kerajaan Negeri juga telah… akan membaik pulih Rumah PAKR Pandan sebagaimana yang telah dimaklumkan wakil daripada Panching yer… di mana sebanyak 1,200 unit rumah yang disahkan tidak layak diduduki oleh pihak Majlis Bandaraya dan juga daripada JKR. Saya bersama dengan Panching telah melawat kawasan ini dan er… pada tahun depan insya-Allah, Kerajaan Negeri akan memilih mana-mana pemaju yang bersedia untuk membangunkan PAKR Panching ini.
Dijangkakan pembinaan melibatkan 1,200 unit yang perlu dirobohkan dan perlu dibina baru dan pembinaan secara berstrata lebih baiklah kerana kawasan ini masih lagi walaupun ada apa ni… ban untuk mengatasi masalah banjir. Tapi kita memerlukan kalau boleh dibuat secara berstrata itu lebih baik dan lebih banyak rumah akan dibina dan lebih banyak rakyat akan dapat duduk di kawasan berkenaan. Di samping 800 unit yang sedia ada yang telah diduduki ya.
Begitu juga dengan rancangan, untuk Rumah Penjawat Awam Pahang sebagaimana yang telah dinyatakan dalam pembentangan. Rumah Penjawat Awam Pahang ye, RPAP… bukan karipap, RPAP… nama RPAP ni, ini adalah projek baharu yang akan mula dibina pada tahun depan di Bukit Goh seluas 80 ekar dan kawasan perumahan ini khusus untuk penjawat awam yer. Sebagaimana yang dinyatakan, penjawat awam ini ikut terminologynya, dengan izin… mereka yang bekerja sama ada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri ataupun GLC atau jika ibu bapa salah seorang bekerja kerajaan, anaknya boleh memohon berdasarkan guarantor yang kita gunakan kepada mereka yang penjawat awamlah.
Dan er… untuk seterusnya, projek Skim Tanah Warisan (STW), ini pun projek baharu gabungan antara… idea untuk menggabungkan Rancangan Tanah Kelompok dan juga perumahan di mana projek pertama akan dilaksanakan di Padang Tengku insya-Allah pada awal tahun depan sebanyak… seluas 70 ekar kawasan di mana sebanyak 250 peserta dalam proses pemilihan di mana pihak Kerajaan Negeri akan memastikan mereka yang mohon tanah ni akan diberi satu lot tapak rumah yang bernilai RM10,000.00 satu er… seunit. Memang murah berbanding dengan harga pasaran. Mungkin harga pasaran dalam RM20,000.00 ataupun RM30,000.00 seunit.
Jadi pihak… mereka yang layak ini akan ditawarkan rumah ini dan diminta untuk membina rumah dalam tempoh yang tertentu untuk memastikan kemudahan infra disediakan oleh Kerajaan Negeri akan dapat membantu mereka membina rumah dengan kadar yang segera ya. Kalau kita ikut keadaan yang sekarang ini, lepas kita buat infra mereka ini ada buat rumah, ada tak buat rumah, jadi menyebabkan kawasan menjadi semak samun yer. Jadi kita harapkan dengan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM15 juta ini dapat membantu menyegerakan projek Skim Tanah Warisan bukan sahaja di Lipis yer, di kawasan-kawasan lain juga kita akan laksanakan mengikut keperluan dan keutamaan ya.
Menyentuh tentang kebakaran di Sungai Lembing, yang dibangkitkan oleh ADUN Sungai Lembing, saya dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Tanah Daerah Kuantan telah menerima permohonan daripada 7 orang mangsa ini yang terlibat dan sekarang
dalam proses untuk kita memberi kelulusan untuk mereka membina rumah yer. Itu rumah ni dibina oleh mereka yang lulus berkenaan di kawasan Sungai Lembing jugak.
Manakala untuk tahun depan kita akan memperkenalkan satu… akan mewartakan… melaksanakan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Pahang yang telah kita luluskan pada Sidang DUN yang lalu untuk kita menambah baik dalam pengoperasian dan juga pelaksanaan projek-projek perumahan di Negeri Pahang. Dengan adanya Enakmen ini… Lembaga ini akan memastikan projek-projek yang akan dilaksanakan akan dikawal sepenuhnya dan diberi synergy baru itu di mana beberapa profesional akan dilantik menga… menganggotai er… dalam lembaga ini untuk membantu Kerajaan Negeri dalam melaksanakan projek-projek baru FELDA dilaksanakan oleh apa ini pihak Kerajaan Negeri.
Dan untuk makluman daripada Chenor er… pihak Kerajaan Negeri dah bersetuju melantik er… PKNP untuk membaik pulih Rumah Jaya Diri di Chenor ya. Dan insya-Allah akan bermula pada tahun depan sebanyak 184 unitlah. Insya-Allah, itulah beberapa perkara yang perlu saya nak membentangkan di sini menyentuh tentang portfolio saya. Apa yang perlu di… di…
Dato’… Pengerusi, Dato’ Speaker,
Saya ada sikit. Dalam ucapan saya… saya ada memanjangkan satu permintaan daripada kaum belia iaitu supaya Rumah MAKMUR dan juga Rumah PR1MA Pahang diberikan satu skim er… apa ini er… potongan 10% sebagaimana yang dikecapi oleh apa ini penjawat-penjawat awam. Saya er… sebenarnya menunggu-menunggu apakah respons tentang perkara ini? Iaitu pada golongan-golongan belia. Pada rumah kali pertama. Terima kasih.
Untuk Yang Berhormat Padang Tengku setakat ini, kita cuma membenarkan potongan sebanyak 10% bagi kakitangan penjawat awam. Perkara ini kita akan bawa ke pihak atasan untuk dibincangkan tentang untuk golongan belia. Tapi yang mohon sebenar tanah ni yang tanah Rumah PR1MA ini, Rumah MAKMUR ini dan sebagainya, adalah mereka yang berumur antara apa ini 30 hingga 40 tahun ya. Di mana mereka ini dah umur sebegini, mereka dari segi kewangan pun dah cukup baiklah untuk membuat pinjaman dan er… perkara ini Kerajaan Negeri akan memastikan semua golongan akan diberi manfaat juga termasuk pada golongan belia.
Jadi itulah saya sedikit sebanyak ucapan penggulungan yang nak maklumkan. Saya dengan ini memohon RUU Perbekalan 2022 dan 2021, usaha Pembangunan dan Perbekalan Air 2022 yang dicadangkan oleh Yang Amat Menteri Besar Pahang. Saya menyokong dan sedikit pantun ya:
Kuih Bulan Air Selasih, Sekian, Terima Kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat dari pihak kerajaan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang. Silakan.
Terima kasih Yang di-Pertua. Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala, dengan izinNya kita dapat berada di tengah hari ini untuk sesi penggulungan. Di sini, saya mengambil bahagian kesempatan untuk merakamkan penghargaan, ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2022 yang bertemakan “Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama, Rakyat Sejahtera” dengan menfokuskan 5 strategi utama seperti semua Ahli Dewan Negeri sedia maklum.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana berjaya mengutip hasil sebanyak 812… lebih kurang RM812 juta berbanding dengan sasaran yang ditetapkan sebanyak RM800 juta iaitu satu pencapaian sebanyak 101.44% walaupun kita sekarang masih bergelut dengan pandemik COVID-19.
Saya akan menyentuh bidang keusahawanan, segmen keusahawanan. Dalam bidang pembangunan usahawan, Kerajaan Negeri melalui Pembentangan Belanjawan Negeri 2022 telah memperuntukkan sejumlah hampir RM31 juta bagi memastikan kesejahteraan keupa... keupayaan usahawan-usahawan Negeri Pahang dalam arus... dalam urus niaga mereka serta dapat meneruskan program pembangunan usahawan dengan lebih baik dan berkesan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Bagi memperkukuhkan lagi langkah-langkah ini serta menjamin asas ekonomi yang lebih teguh, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha mengambil inisiatif segera untuk melaksanakan langkah-langkah strategik pertumbuhan ekonomi untuk rakyat Pahang termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Melalui cadangan yang telah diberikan oleh YB. ADUN Chini iaitu memberikan keutamaan kepada penjaja kecil bagi mendapatkan bantuan pinjaman kewangan untuk menambah baik perniagaan mereka.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri sememangnya prihatin terhadap isu- isu yang sedang dibelenggukan oleh usahawan terutama PKS dalam membangunkan kembali perniagaan mereka akibat daripada pandemik COVID-19. Melalui pembentangan Belanjawan Negeri 2022 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Isnin yang lalu, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi pelaksanaan inisiatif pembiayaan kewangan usahawan mikro Negeri Pahang yang melibatkan pinjaman antara RM3,000.00 hingga RM10,000.00 setiap permohonan yang akan diputuskan oleh jawatankuasa yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri.
Antara kriteria utama dalam permohonan pembiayaan ini yang diambil kira adalah usahawan yang sudah menjalankan perniagaan melebihi setahun er... melebihi setahun kerana mereka inilah yang benar-benar terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
Saya juga akan menyentuh mengenai Hal Ehwal FELDA. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, selain itu, saya... suka saya menyentuh satu persoalan tambahan yang telah dibangkitkan oleh YB. ADUN kawasan Chini, Ibam, Jengka, Padang Tengku dan Tahan berkenaan pemberian hak milik untuk lot-lot kosong bagi pembinaan rumah generasi baharu FELDA.
Sebagaimana Pembentangan Belanjawan Negeri 2022 pada Isnin yang lalu, Yang Amat Berhormat telah menyatakan keperluan tanah bagi generasi anak-anak muda FELDA. Kerajaan Negeri berpandangan tiada keperluan untuk membatalkan status GSA yang telah diwartakan di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 (Akta 530) bagi tujuan membolehkan pemilikan dibuat memandangkan Seksyen 6 (10) dalam Akta yang sama telah memberi kuasa... punca kuasa kepada Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri untuk meluluskan pemberimilikan tujuan er... pemberimilikan bagi tujuan memenuhi keperluan warga FELDA… warga baru FELDA.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Bagi Projek Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF), status tanah tersebut… status tanah GSA perlu dibatalkan bagi membolehkan kebenaran merancang dimohon kepada PBT dan juga pembiayaan perumahan boleh dilakukan bersama bank tempatan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri mendapati telah berlaku pendudukan secara tidak sah dan penerokaan tanah tanpa mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu melibatkan tanah kerajaan dalam kawasan FELDA iaitu di kawasan FELDA di Chegar Perah seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat ADUN Padang Tengku. Kerajaan Negeri memandang serius isu pelanggaran syarat tanah ini. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri akan mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perbincangan bersama FELDA untuk dijadikan tanah-tanah tersebut di bawah Skim Tanah Rakyat untuk diberi kepada generasi baru FELDA.
Di samping itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan cadangan bagi penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi 45 buah rancangan FELDA Negeri Pahang Darul Makmur di mana Wilayah Kuantan (7 buah) JPKK, Jengka (24 buah) JPKK dan Mempaga (14 buah) JPKK. Pelantikan Pengerusi JPKK oleh Kerajaan Negeri adalah di kalangan peneroka FELDA rancangan berkenaan, tanpa sebarang had umur maksima.
Tuan Yang di-Pertua…
Namun begitu, Kerajaan Negeri juga bersetuju…
Boleh mohon mencelah. Saya nak terima kasih atas pen… penerangan daripada Pengerusi Jawatankuasa FELDA kita. Cuma saya ada satu persoalan yang… mohon maaf saya terlepas hari itu nak tanya kepada Pengerusi. Iaitu berkaitan dengan status… status er… perumahan er… perumahan FELDA generasi baru… projek generasi baru FELDA di er… Taman Keratong Permai di Keratong 4. Jadi dia bermula pada tahun er... 2018 er... dan secara tidak rasmi mereka duduk pada ketika itu dan kemudian boleh masuk. Sehingga kini mereka tidak lagi mendapat er... kelulusan untuk menduduki geran bagi rumah… rumah-rumah mereka sendiri. Hanya sebagai penyewa. Jadi bagaimanakah kedudukan itu er... sekarang? Terima kasih.
Saya akan berhubung dengan pihak Perumahan Aset, FELDA berkenaan dengan masalah tersebut.
Kerajaan Negeri juga telah bersetuju Organisasi Jawatankuasa Kawasan Rancangan (JKKR) untuk dikekalkan di 70 buah rancangan FELDA iaitu di Wilayah Kuantan (13), Jengka (22), Mempaga (35) berkuat kuasa 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2023. Ini bermakna kawasan JKKR kita kekalkan dan kawasan JKKR… er JPKK kita… kita Kerajaan Negeri memutuskan untuk dikekalkan. Bermakna tiada satu rancangan ada JKK tak ada JKKR. Ini keputusan Kerajaan Negeri dan diputuskan oleh dalam Board FELDA, dan diberi ke… kelonggaran kepada Kerajaan Negeri Pahang er... baru-baru ini.
Saya menyentuh berkenaan dengan portfolio saya tentang kepenggunaan…
Dato’ Sri Yang di-Pertua, mohon laluan. Sebelum er... sahabat saya daripada Pulau Tawar pergi jauh, berkenaan dengan er... Skim Tanah Rakyat yang diumumkan tadi akan dibuka juga kepada anak-anak generasi kedua FELDA er... saya nak tanya, kalau di dalam… dalam DUN saya, ada 2 FELDA. FELDA Padang Piol dan juga FELDA Sungai Retang.
Di FELDA Sungai Retang, tanah-tanah pinggir dalam FELDA sejak sekian lama diusahakan oleh er... belia FELDA dengan tanaman fertigasi dan dia menjadi salah satu daripada er... produk baru. Dan boleh dikatakan hampir 100% pengusaha dan juga er... penanam er... sayur secara fertigasi ini diusahakan oleh anak-anak generasi kedua.
Saya er... khuatir jika sekiranya er... pemberian lot-lot tanah STR itu akan melibatkan tanah-tanah yang mereka sedang usahakan, kerana dia sebenarnya men… menjadi punca pendapatan utama kepada anak-anak generasi FELDA ini. Terima kasih.
Saya memahami masalah tanah di kawasan FELDA Sungai Retang. Tanah di kawasan FELDA Sungai Retang ada dua status. Pertama, tanah state land di pinggir FELDA Sungai Retang yang diusahakan seperti yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat ADUN Tahan. Itu tanah kerajaan, state land, bukan tanah FELDA.
Dalam kawasan FELDA Sungai Retang ada tanah pocket land atau tanah kosong kawasan FELDA yang kita telah racik untuk dijadikan STR untuk generasi baru FELDA. Untuk kawasan membantu ekonomi anak peneroka FELDA Sungai Retang itu, kita akan racik sebagai Rancangan Tanah Kelompok state land bagi Kerajaan Negeri. Insya-Allah, sesiapa yang memajukan tanah tersebut, kita akan bagi tanah. Tetapi kalau dia maju 10 ekar kita tak boleh bagi, kita hanya bagi kemungkinan 1 atau 2 ekar kerana tanah yang berada di situ sangat terhad untuk generasi baru anak peneroka. Terima kasih Yang Berhormat kerana bertanya soalan yang…
Dato’ Sri boleh nak… nak bertanya tentang yang dijelaskan oleh Pengerusi…
Boleh, boleh, boleh.
Ok er... Pengerusi, saya nak bertanya er... apa Pulau Tawar. Saya nak bertanya tentang ok… nak beri tanah tu. Adakah ia beri dalam bentuk geran ataupun sebagai LPS? Terima kasih.
STR yang dirancangkan oleh Kerajaan Negeri iaitu Sistem Tanah Rakyat mesti kita bagi hak milik antara Seksyen 10 ataupun Seksyen 76 kepada hak milik kepada generasi baru FELDA. Untuk memudahkan cerita, memudahkan cara, kita gunakan Seksyen 10. Kalau untuk lambat proses hak milik, kita gunakan Seksyen 76. Jadi Kerajaan Negeri akan memikirkan di manakah seksyen untuk dipakai untuk memastikan, memudahkan hak milik diberi kepada generasi baru FELDA, insya-Allah.
Saya menyentuh berkenaan dengan portfolio Pengguna. Sebagai Kerajaan yang prihatin dan serius untuk menangani kos sara hidup yang meningkat di masa kini, pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan harga barangan berpatutan dan stabil. Namun, kenaikan harga sayuran yang berlaku ketika ini, baru-baru ini, tidak berkaitan dengan kadar cukai tanah yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Lantaran kenaikan harga baru-baru ini merupakan satu perkara yang sangat-sangat subjektif. Iaitu berpunca daripada kenaikan harga racun, baja dan juga peralatan pertanian. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang telah melaksanakan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang pertama di peringkat negeri pada 4, 5 Disember 2021 baru-baru ini, bertempat di daerah Kuantan sebagai perintis untuk kera… Negeri Pahang dan akan diperluaskan ke daerah-daerah lain.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri telah mengadakan lawatan mengejut pada 5 Disember (Ahad) baru-baru ini bagi melihat sendiri sambutan rakyat terhadap PJKM iaitu di Tunas Manja Group Tanjung Lumpur. Semua Ahli-ahli Dewan sedia maklum, PJKM merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutama pengguna di kalangan pendapatan rendah.
Program ini menawarkan pilihan pengguna untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian seperti ayam, ikan, telur, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras serta barangan keperluan harian, sehingga diskaun sebanyak 25… 20% lebih rendah daripada harga pasaran setempat.
Saya ingin menegaskan bahawa usaha ini diharap dapat menjadikan pemangkin kepada masyarakat pengguna untuk merancang pembelian, membuat pilihan yang bijak bagi mengurangkan bebanan perbelanjaan isi rumah.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Setinggi penghargaan ucapkan terima kasih saya kepada Yang Berhormat yang telah mengemukakan semua persoalan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya. Dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua pegawai-pegawai kakitangan kerajaan yang terlibat dalam usaha persidangan Dewan Yang Mulia kali ini.
Akhir kata, sama-samalah kita menjalin kesepakatan seperti bak kata pepatah Melayu, “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”, agar kita semua Ahli Dewan Yang Mulia ini, dapat menggembleng seluruh tenaga membantu Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memastikan menjayakan Belanjawan Pahang 2022.
Segala usaha perancangan yang telah dan akan dilaksanakan nanti sudah tentu akan lebih maju dan mensejahterakan Negeri Pahang Darul Makmur, insya-Allah. Dengan ini saya menyokong… saya memohon menyokong RUU Perbekalan 2022 dan Usul Pembangunan Perbekalan Air 2022 yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat bagi pihak kerajaan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan Usul Belanjawan bagi pihak kerajaan yang telah dibawa oleh Yang… Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada Isnin yang lepas.
Pertama-tamanya saya ingin mengambil ke… juga mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di atas sokongan dan dorongan yang tiada berbelah bagi buat Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Saya di sini ingin… di Dewan Yang Mulia ini ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan yang begitu inklusif bagi Negeri Pahang, bagi tempoh 2022 yang berjumlah 1.31 bil… 1.031 bilion yang bertemakan ‘Kemakmuran Negeri,
Manfaat Bersama dan Rakyat Sejahtera’. Dengan lebihan surplus er… atau surplus, dengan izin Yang Berhormat Tuan di-Pertua, sebanyak RM5.79 juta menunjukkan kecekapan jentera Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran dan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dalam menguruskan Belanjawan Negeri Pahang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri Pahang dengan belanjawan ini telah menunjukkan satu komitmen dalam untuk melaksanakan transformasi pentadbiran Kerajaan yang berpacukan pendigitalan sebagai usaha dan inisiatif dalam mencapai aspirasi MyDigital. Ini terbukti dengan peruntukan sebanyak RM2.7 juta bagi pembangunan teknologi maklumat kepada jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri. Bagi memudahkan capaian data berkaitan dengan bantuan untuk rakyat dengan cepat dan pantas, Kerajaan Negeri membangunkan sistem data berpusat atau e-Rakyat Pahang dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM283,000.00.
Bagi menyokong pencapaian perkhidmatan pula, sebanyak RM400,000.00 telah diperuntukkan bagi penggantian infrastruktur ICT di jabatan-jabatan kerajaan meliputi komputer-komputer dan juga pencetak-pencetak yang digunakan bagi pengoperasian sistem-sistem online di kaunter. Sebanyak RM400,000.00 pula diagihkan bagi Program Pembangunan dan Pemantapan Proses Literasi ICT Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) yang mana ia memfokuskan kepada penyediaan makmal-makmal komputer di 18 buah Sekolah Menengah Agama Negeri. Kerajaan Negeri pula juga memperuntukkan berjum… sejumlah RM400,000.00 bagi menaik taraf infrastruktur rangkaian 1PahangNet di seluruh negeri Pahang. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sejak September 2020, usaha menambah baik perkhidmatan internet melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dilaksanakan di Negeri Pahang, inisiatif di bawah Fasa 1 bagi tempoh 2020 hingga 2022 kini berada pada landasan yang tepat. Bagi projek pembinaan menara baharu, sebanyak 26 menara telah siap dibina. 2 menara lagi akan siap pada penghujung Januari 2022 manakala baki sebanyak 242 menara lagi dalam peringkat pencarian tapak. Tapak-tapak menara ini di atas er… tapak-tapak menara di atas tanah-tanah milik kerajaan akan diberi keutamaan bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi proses perolehan tapak dan pembinaan menara baharu. Kesemua 270 menara ini telah disasarkan akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2022.
Bagi projek penaiktarafan stesen pemancar ke 4G, sebanyak 463 stesen pemancar telah siap dinaik taraf manakala baki 420 pemancar lagi dalam peringkat pelaksanaan. Kesemua 893 stesen pemancar ini disasarkan akan siap dinaik taraf penghujung Mac 2022 bagi seluruh negeri Pahang. Bagi projek sambungan gentian optik di premis, sebanyak 65,159 premis telah siap dilaksanakan manakala 53,101 premis dalam peringkat pelaksanaan. Kesemua 118,260 premis-premis disasarkan akan selesai dilaksanakan pada penghujung 2022.
Bagi memastikan masyarakat kampung Orang Asli tidak ketinggalan dalam arus pendigitalan, 69 kampung Orang Asli telah dikenal pasti bagi projek jalur lebar satelit. Sehingga kini, sebanyak 6 kampung Orang Asli telah selesai dilaksanakan projek jalur lebar satelit. Kampung Orang Asli tersebut adalah seperti berikut; Kampung Orang Asli Tiat, Kampung Orang Asli Kuala Boh, Kampung Orang Asli Sungai Tiang, Kampung Orang Asli Sungai Chohong, Kampung Sungai Kabuk dan Kampung Sungai Pinang.
Pelaksanaan projek ini melibatkan kerjasama di antara Kerajaan Negeri, SKMM dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Selain itu, dalam pembentangan Bajet 2022 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan RM60,000.00 setahun bagi langganan Perkhidmatan Jalur Lebar Satelit atau VSAT kepada 50 kawasan-kawasan yang mempunyai masalah capaian. Jumlah keseluruhan peruntukan ini adalah sebanyak RM3 juta. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Berdasarkan kepada status terkini pelaksanaan semua projek-projek tersebut, peratusan liputan 4G di kawasan berpenduduk di Pahang juga telah meningkat kepada 90.46% pada suku ketiga 2021 berbanding 80.83% sebelum pelaksanaan JENDELA pada suku ketiga 2020.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Bagi memastikan perkhidmatan telekomunikasi ini dapat dilaksana dan disediakan dengan lebih cepat terutamanya di kawasan pemajuan yang baharu, Kerajaan Negeri Pahang telah mengiktiraf telekomunikasi sebagai utiliti asas ketiga selepas air dan elektrik. Melalui pengiktirafan ini, kesemua kawasan-kawasan pemajuan yang baharu diwajibkan mengambil kira infrastruktur komunikasi dalam setiap perancangan yang hendak dilaksanakan.
Dalam hal ini, satu garis panduan yang dikenali dengan nama Garis Panduan Pembangunan Infrastruktur (GPPi) telah pun dikeluarkan oleh SKMM dan kini telah dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri Pahang sebagai rujukan dalam setiap permohonan baharu Kebenaran Merancang. Melalui penguatkuasaan GPPi ini, saya percaya perkhidmatan telekomunikasi di kawasan-kawasan pemajuan baharu nanti di negeri Pahang akan dapat disediakan dengan lebih cepat dan terancang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri Pahang juga memberi perhatian dan menyokong penuh usaha-usaha meningkatkan ekonomi digital yang dijalankan. Melalui pemerkasaan infrastruktur digital yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bersama dengan SKMM di bawah pelan JENDELA, serta pengiktirafan telekomunikasi sebagai utiliti asas ketiga dan mengguna pakai Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi telah jelas menunjukkan komitmen yang diberikan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri menyokong penuh pelancaran Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia iaitu PEDi kelolaan SKMM yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di PEDi Durian Tawar pada 10 Disember 2021.
Di Pahang terdapat 108 Pusat Internet Komuniketi er… Komuniti sedia ada akan ditransformasikan kepada PEDi yang akan berfungsi sebagai Pusat Ekonomi Digital yang menawarkan pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan-usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian yang akan dilaksana dan disediakan oleh agensi-agensi kerajaan seperti MDEC, MEDAC, SME Corp. dan syarikat swasta lain seperti AEON dan Shopee. Senarai ini akan ditambah baik dengan penglibatan yang lebih daripada agensi-agensi serta syarikat-syarikat swasta.
Di antara peranan-peranan PEDi, adalah sebagai sebuah pusat sehenti dan dengan memainkan peranan seperti berikut yang pertamanya; menyediakan capaian internet
secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.
Yang keduanya; masyarakat setempat dapat mengikuti pelbagai kursus-kursus dan latihan-latihan yang berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran… untuk mengasah kemahiran dalam perniagaan e-dagang, serta aktiviti-aktiviti bagi menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.
Yang ketiganya; meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar dan keempat; membimbing serta melahirkan usahawan-usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.
Bagi memastikan ke semua PEDi ini dapat menarik minat dan memberikan manfaat kepada penduduk-penduduk setempat, kerajaan melalui SKMM mempelbagaikan inisiatif untuk dilaksanakan di PEDi di antaranya Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil ataupun PUPUK, kedua; perlantikan panel penasihat Pusat Ekonomi Digital Keluarga ini, ketiga; Inisiatif ’Pick Up dan Drop Off’ (PUDO).
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Menyentuh tentang PahangGo. PahangGo terus memainkan peranan pening er… penting dan sebagai peneraju utama ekonomi digital di dalam Negeri Pahang. Sejak ditubuhkan dan dirasmikan pelancarannya oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada 23 Oktober 2019 aplikasi mobil PahangGo telah menunjukkan peningkatan pengguna kepada 210,000 pengguna dengan purata nilai transaksi mencecah RM1.5 juta sebulan. Dengan beberapa produk baru diperkenal pada tahun ini seperti pertamanya Parking Digital di Maran. Kedua; carian tanah PTG. Ketiga; voucher pelancongan. Keempat; pembelian tiket eko rimba di Cameron Highlands.
Pada tahun hadapan, PahangGo akan memperluaskan lagi Parking Digital ini ke beberapa daerah lagi seperti Raub, Lipis, Pekan dan juga Jerantut. Perkhidmatan baru juga dalam perancangan seperti Marketplace khusus untuk produk-produk ikonik Negeri Pahang sebagai contohnya, Tenun Pahang dan pembaharuan lesen perniagaan PBT, tiket-tiket untuk memasuki beberapa lokasi tumpuan pelancong, pelancongan yang lain, pelancong-pelancong yang lain.
Usaha daripada itu, PahangGo juga akan meneruskan usaha mendigitalkan pengurusan dan pengoperasian beberapa GSC baru seperti Pahang Corp, Pahang Mining Corporation, Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands dan lain-lain. Pendigitalan ini akan memastikan operasi-operasi syarikat-syarikat ini akan lebih efisyen dan lebih berdaya maju. PahangGo juga akan terus membantu mendigitalkan pengurusan Kerajaan Negeri menerusi beberapa sistem yang sedang dibangunkan seperti sistem Penilaian Prestasi, Sistem Pengurusan Mineral dan lain-lain yang masih dalam perancangan seperti sistem perolehan dan bidaan atas talian.
Tahun 2022 juga akan dilancarkan pelan digital Negeri Pahang. Tujuan utama pelan ini adalah untuk mewujudkan ekosistem digital yang simbiosis antara kerajaan, pihak swasta dan juga rakyat. Kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Menteri
Besar yang telah meluluskan peruntukan sebanyak RM16.33 juta untuk pelaksanaan beberapa inisiatif utama dalam pelan digital Negeri Pahang tersebut untuk tahun 2022.
Bajet ini akan digunakan khusus untuk membantu Kerajaan Negeri dalam mengadaptasikan digital dan mempromosikan gaya hidup digital di kalangan rakyat Negeri Pahang. Beberapa program akan dilancar pada tahun hadapan bagi memberikan kesedaran kepada rakyat, potensi serta faedah yang ada dengan mengamalkan gaya hidup digital.
Antara inisiatif-inisiatif utama yang dirancang adalah seperti pertamanya untuk mengadakan Ekspo Digital Pahang. Keduanya; Pusat Perkembangan Usahawan Digital. Ketiga; Program Sumbangan Kasih Digital. Keempat; Anugerah Digital Pahang. Sistem maklumat geografi, komuniti WiFi dan juga pakej telco B40. Semua inisiatif-inisiatif ini, akan melibatkan kerjasama dengan semua agensi-agensi Kerajaan Negeri, agensi-agensi Kerajaan Persekutuan serta penglibatan pihak swasta serta rakyat.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Pada hari ini juga, kerajaan mendapati terdapat pihak-pihak tertentu yang telah menyalahgunakan lambang dan juga jata Kerajaan Negeri sebagai identiti kepada laman sosial masing-masing seperti Facebook, Instagram dan juga Whatsapp group. Ada diantaranya tidak bertanggungjawab dan telah menyalahgunakan laman-laman sosial ini, dengan memuatnaikkan perkara-perkara yang telah menghina institusi DiRaja, institusi Kerajaan Negeri dan lain-lain perkara yang telah mendatangkan kekeliruan dan keresahan kepada seluruh rakyat negeri Pahang.
Justeru itu, Kerajaan Negeri telah menguatkuasakan Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah iaitu mencegah penggunaan tidak wajar Pahang 2017 Enakmen No.18 Tahun 2017 yang telah memperuntukkan larangan penggunaan tidak wajar lambang, gelaran atau anugerah negeri Pahang. Ini termasuklah jata DiRaja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, jata DiRaja Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, dan jata Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.
Mana-mana pihak yang melanggar larangan penggunaan tidak wajar lambang Negeri Pahang ini, boleh didakwa dan dikenakan hukuman di bawah Subseksyen 3(2) Enakmen No. 18 Tahun 2017. Apabila disabitkan kesalahan, boleh didakwa dan didenda tidak kurang daripada RM250,000.00 dan tidak melebihi RM500,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Menyentuh tentang pertanyaan, Yang Berhormat ADUN Padang Tengku, secara umumnya pelaksanaan kesemua inisiatif-inisiatif jendela ini telah bermula semenjak bulan September 2020 dan inisiatif yang dalam perancangan akan siap secara berperingkat sehingga penghujung tahun 2022. Bagi perkhidmatan jalur lebar, menggunakan teknologi satelit kini dalam proses pelaksanaan dan dijangka akan siap secara berperingkat bermula November 2021 hingga awal tahun 2022.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Setiap syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi atau telco adalah dikawal selia oleh SKMM dan perlu mematuhi peruntukan perundangan dan peraturan-peraturan
yang berkaitan dengan syarat perlesenan, kualiti perkhidmatan, hal ehwal perlindungan pengguna dan lain-lain yang termaktub di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pihak industri disarankan agar meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi kepentingan pengguna dan seterusnya memperkukuhkan kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan mereka.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Menjawab pertanyaan ADUN Tanah Rata, melalui inisiatif pelan digital negara, pihak kerajaan melalui SKMM telah melaksanakan projek- projek yang telah menggunakan teknologi satelit bagi penyediaan jalur lebar, khususnya di kawasan-kawasan yang sukar diakses dengan teknologi gentian optik dan gelombang mikro. Projek ini yang dinamakan Broadband Wireless Access, dengan izin, Yang Berhormat Yang di-Pertua, akan menyediakan capaian internet percuma kepada masyarakat Orang Asli untuk tempoh dua tahun. Pelaksanaan projek ini dibiayai sepenuhnya menerusi dana kumpulan wang pemberian perkhidmatan sejagat (Dana USP) yang dikawal selia oleh SKMM.
Menjawab pertanyaan ADUN Dong, di bawah pelaksanaan JENDELA di Raub, sebanyak 26 menara baru akan dibina di Raub dan 54 stesen pemancar akan dinaik taraf ke rangkaian 4G. Manakala bagi perkhidmatan jalur lebar tetap sebanyak 4,172 premis akan dilengkapkan dengan rangkaian gentian optik. Sehingga kini, dua menara baru telah siap di Kampung Ulu Atok dan Taman Datuk Tanjung Paris. Manakala naik taraf stesen pemancar ke rangkaian 4G sedang giat dilakukan dan akan siap sepenuhnya pada penghujung Mac 2022.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerjasama daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dalam memberikan aduan ataupun maklum balas berterusan berkaitan dengan isu-isu di bawah Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia adalah amatlah diharapkan. Usaha-usaha dan gerak kerja melalui sesi libat urus di semua-semua daerah dan pelbagai lapisan masyarakat akan terus dilaksanakan bagi memastikan maklumat tepat pelaksanaan dapat disampaikan.
Saya juga ingin berterima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, yang telah memberikan kerjasama dan pemakluman yang baik kepada jawatankuasa saya, untuk menambah baik perkhidmatan, capaian internet di Negeri Pahang. Ini termasuklah daripada Peramu Jaya, Semantan, Bukit Ibam, Muadzam, Cheka, Chini, Pulau Manis, Beserah, Tahan, Padang Tengku termasuk Timbalan Yang di-Pertua sendiri, Jenderak…
Jangan lupa Jenderak tu.
Jenderak… ada.
Jenderak… ada. Terima kasih.
Dah lawat aritu… Jenderak, Inderapura dan dipasang dah siap pun di Inderapura. Dong, Tanah Rata, dan Damak. Mengakhiri ucapan penggulungan saya… saya ingin…
Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Sila.
Apa ni… adakah kerajaan tahu, di kawasan saya tu… tak taulah di tempat lain saya tak tahu, tapi tempat kawasan saya ada tiga pencawang bukan main tinggi. Soal bina bila tu jangan dikiralah ambil kira, tetapi pencawang tinggi tak berfungsi sampai sekarang. Terima kasih.
Terima kasih kepada Dong. Tapi kalau boleh beritahu sikitlah tu tahun bila siap dibina tu. Tapi saya rasa zaman apa… Dong sebagai Wakil Kerajaanlah. [ketawa]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya dah maklumkan tadi soal bila bina tu tidak penting, tapi fungsinya sampai sekarang tak berfungsi. Itulah, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Insya-Allah, saya mengambil kira pandangan daripada Dong dan kerana bila dah ada menara ni, tak banyaklah kerjanya jadi saya akan minta SKMMlah untuk kita mengadakan lawatan ke Dong lepas ni bersama-sama dengan Wakil daripada Dong, insya-Allah.
Minta laluan Yang di-Pertua, boleh?
Oh Cheka.
Terima kasih atas usaha kerajaan untuk memajukan coverage telekomunikasi di kawasan masing-masing. Pada saya, mungkin masalah ini juga dihadapi oleh semua
ADUN iaitu oleh kerana telekomunikasi ini agak teknikal, kami memohon senarai projek dan usaha penaiktarafan telekomunikasi di tempat masing-masing. Sila senaraikan dan beritahu kami dari semasa ke semasa supaya kami tahu perkembangan dan kemajuan supaya kami dapat makluman dan juga bertindak er… selanjutnya. Terima kasih.
Terima kasih daripada Cheka. Insya-Allah dan juga saya juga berterima kasihlah kepada Cheka dalam tempoh lawatan itu hari dan juga satu pencawang telah pun siap dibina dan masih berfungsi dengan baik dan insya-Allah apa yang diberitahukan oleh daripada ADUN Cheka akan kita ambil perhatian dan boleh juga membuat semakan di SKMM, laman web SKMM pun boleh kita tengok.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya pada hari ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam perbahasan kali ini terutamanya yang telah mengemukakan soalan-soalan berkaitan portfolio saya iaitu daripada Ahli Dewan Padang Tengku, daripada Tanah Rata, Ahli-ahli Dewan Negeri Dong yang turut sama memberikan soalan-soalan tambahan, pandangan-pandangan yang bernas, idea-idea yang baik terhadap portfolio Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.
Sokongan atau dokongan semua pihak adalah amat penting bagi negeri ini untuk mendepani cabaran norma-norma baharu ini untuk Negeri Pahang melonjak ke arah ke tahap yang lebih tinggi dan sebagai sebuah negeri yang berdaya maju dan juga makmur.
Dengan segala peruntukan-peruntukan dan perancangan-perancangan yang telah diperuntukkan dan akan dilaksanakan nanti sudah tentu akan lebih memaju dan mensejahterakan lagi Negeri Pahang Darul Makmur, insha-Allah.
Tanam pisang rapat-rapat, Biar puyuh senang berlari, MB, Exco dan semua bermuafakat, Agar Pahang gagah berdiri.
Biar puyuh senang berlari, Berlari sekali ayam serama, Bajet yang inklusif lagi bestari, Muafakatlah kita kesejahteraan bersama.
Dengan ini saya mohon menyokong RUU Perbekalan (2022) 2021 dan Usul Pembangunan dan Perbekalan Air 2022 yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat dari pihak kerajaan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Dipersilakan.
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpahNya dapat kita bersama dalam Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-4 Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang Yang Ke-14 yang telah bermula pada Isnin lalu.
Dalam penggulungan ini, saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan bajet yang saya anggap mempunyai jiwa yang besar atau selalu disebutkan dengan ‘This is Pahang’. Ini jelas di mana apabila kita melihat lebih kurang 70 muka surat yang dibentangkan dalam bajet. Jadi, dalam 70 muka surat itu, saya berkeyakinanlah bahawa ianya termasuk segala hasrat yang ingin dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan saya juga mengira letih jugalah mendengar iaitu 2 jam 2 minit di mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar membentangkan bajet bagi tahun ini.
Dan ada kita lihat dengan jangkauan bajet sejumlah 1 bilion mungkin kita tidak berapa yakin tetapi saya juga melihat dari segi prestasi semasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar meneraju Negeri Pahang bermula daripada 2018. 2018 tu kita tak kiralah tetapi 2019, 2020 sehingga kepada tahun ini 2021 di mana prestasi kewangan ataupun perancangan itu dapat dicapai lebih daripada 100%. Jadi, sudah tentulah saya cukup yakin dengan tema kemakmuran negeri, manfaat bersama dan rakyat sejahtera dapat kita capai.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Pada sidang kali ini dan juga sidang-sidang Dewan yang lepas, isu, permasalahan, cadangan dan hasrat mengenai pembangunan luar bandar dan Orang asli di negeri Pahang sentiasa menjadi fokus atau tumpuan utama yang diketengahkan di dalam Dewan Yang Mulia ini. Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh portfolio saya.
Mengambil kesempatan ini juga, saya mewakili keseluruhan masyarakat Orang Asli negeri Pahang mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di atas sumbangan-sumbangan dan bantuan-bantuan.
Di antara bantuan-bantuan yang telah disalurkan ialah bantuan bakul makanan bernilai RM8.5 juta, yang keduanya peruntukan sebanyak RM7.5 juta bagi Projek Pembangunan Infrastruktur dan Ameniti Sosial di perkampungan Orang Asli dan sebanyak RM13 juta bagi program pendidikan dan kebajikan masyarakat Orang Asli bagi tahun 2021 dan peruntukan pembangunan tahun 2022 adalah sebanyak RM8.7 juta akan diperuntukkan bagi projek pembangunan seperti Projek Bekalan Air Terawat,
Program Pembangunan Infrastruktur, Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Ekonomi Orang Asli oleh JAKOA Negeri Pahang akan disediakan.
Ini menandakan bahawa Kerajaan Negeri amat memahami kepentingan dan suara hati masyarakat Orang Asli Negeri Pahang dan sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan serta kemakmuran masyarakat Orang Asli dalam arus pembangunan semasa.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pahang yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas penubuhan Orang Asli Corporation ataupun ORACO yang bertindak sebagai Pusat Sehenti atau One Stop Centre (OSC) bagi merancang, mengurus dan memantau aktiviti ekonomi yang akan dijalankan di atas tanah yang berpotensi yang akan memberi manfaat kepada masyarakat Orang Asli seperti dinyatakan dalam ucapan Belanjawan 2022 pada tempoh hari.
Saya kira penubuhan ORACO ini amat disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat Orang Asli di negeri Pahang dan saya yakin dan berharap agar dengan penubuhan ORACO juga dapat membantu dalam meningkatkan lagi pembangunan Orang Asli Negeri Pahang. Perkara ini juga merupakan satu indikasi bahawa Kerajaan Negeri Pahang sentiasa memberikan perhatian yang serius dalam menumpukan usaha-usaha ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam kalangan masyarakat Orang Asli.
Dari segi pendidikan, di antara yang saya nak ucap terima kasih adalah Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk memberi laluan khas kepada pelajar-pelajar Orang Asli masuk ke dalam universiti tempatan dan saya juga mengucap berbanyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah bersetuju juga mewujudkan laluan khas kepada Universiti Pertahanan Nasional bagi masyarakat Orang Asli dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah mengarahkan MARA untuk menghantar 10 pelajar tiap-tiap tahun ke luar negara.
Jadi, inilah di antara keprihatinan Kerajaan Negeri dan Pusat terhadap masyarakat ni Orang Asli. Sehubungan itu, saya juga ingin menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan, soalan tambahan khususnya dari YB. Sungai Lembing bertanyakan tentang status projek pertanian Orang Asli di Sungai Emas di mana projek tersebut telah diletakkan di bawah ini… Koperasi Kijang Emas dan Projek Pertanian di Kampung Bukit Bangkong yang tidak dapat menampung er… kesemua peserta ini er… Orang Asli.
Projek pertanian yang dimaksudkan di Kampung Sungai Emas adalah projek RTKK Sungai Emas yang mana projek tersebut adalah sebenarnya yang dipanggil direct award daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pusat, JAKOA Pusat kepada Koperasi Kijang Mas. RTKK Sungai Mas ini dibangunkan oleh Koperasi Kijang Mas dengan keluasan 370 ekar dengan jenis tanaman kelapa sawit yang melibatkan 117 peserta.
Makluman daripada JAKOA Negeri Pahang, pengurusan ladang diurus sepenuhnya oleh Koperasi Kijang Mas Berhad dan JAKOA Pahang tidak ataupun kurang menerima laporan prestasi ladang secara berkala untuk tindakan. Pihak JAKOA Pahang juga sudah beberapa kali cuba berhubung dengan koperasi ini… Koperasi Kijang Emas ini. Jadi Koperasi Kijang Emas ini dia ada 2, satu di Kuala Lumpur, satu di Pahang dan kadang-kadangnya hilang daripada radar tetapi kurang mendapat kerjasama dari koperasi berkenaan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri dan JAKOA Negeri
Pahang akan menyelaraskan perkara ini bersama supaya isu dan masalah yang dihadapi dapat diselesaikan.
Manakala bagi projek pertanian di Kampung Bukit Bangkong pula, isu dividen Ladang Tanaman Secara Berkelompok ataupun TSK Kampung Bukit Bangkong adalah tertakluk kepada keuntungan. Pembahagian hasil TSK adalah berdasarkan kepada penyata untung rugi dan aliran tunai projek. Cadangan untuk kenaikan dividen adalah tertakluk kepada hasil semasa dan boleh dipertimbangkan sekiranya hasil mencapai target yang ditetapkan. Insya-Allahlah projek ini, saya akan cuba pantau dan meminta kepada agensi yang berkenaan untuk memastikan keberkesanan projek ini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama erat pihak Kementerian, Jabatan, Agensi dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri ataupun State GLC sentiasa giat merencana dan melaksanakan perancangan pembangunan kawasan luar bandar dalam usaha melahirkan masyarakat luar bandar yang sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk sosial, ekonomi, budaya dan persekitaran.
Prasarana luar bandar yang berkualiti dan mencukupi adalah amat penting bagi menyokong pembangunan ekonomi dan sosial luar bandar serta dapat mewujudkan persekitaran kehidupan yang kondusif sekaligus membuktikan bahawa Kerajaan Negeri tidak meminggirkan golongan luar bandar.
Sehubungan itu, untuk tahun 2022, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bakal menerima peruntukan pembangunan berjumlah RM390.4 juta yang merangkumi 101 projek bagi melaksanakan pembangunan kawasan luar bandar di 11 daerah seluruh Negeri Pahang. 39 projek yang bernilai RM26.5 juta adalah merupakan projek baharu dan baki 62 projek yang bernilai RM363.9 juta adalah projek sambungan.
Peruntukan untuk tahun 2022 ini adalah peningkatan sebanyak RM98.7 juta (33.8%) berbanding yang telah diperuntukkan untuk tahun 2021 iaitu sebanyak RM291.8 juta. Pelaksanaan pembangunan ini bakal merangkumi pelbagai jenis projek seperti Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Lampu Jalan Kampung (LJK), Membina Baru serta menaik taraf Jaringan Jalan Raya Luar Bandar (JALB), Jalan Perhubungan Desa (JPD), Projek Ameniti Sosial (PAMS) serta Projek Pemajuan Kawasan.
Penerusan penyediaan kemudahan infrastruktur berkualiti ini amat penting dalam menyokong merancakkan semula pembangunan ekonomi terutamanya dalam fasa pemulihan ini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga ingin menjawab soalan tambahan daripada YB. Ketari. Nampak YB. Ketari tak ada pula dah. YB. Ketari ada menyuarakan tentang ketiadaan lampu jalan di jalan lama serta jalan-jalan kampung di kawasan Ketari. Sebenarnya Kerajaan Negeri telah pun melaksana program yang dipanggil Lampu Jalan Kampung (LJK) sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan peruntukan peringkat awal mengikut kampung contohnya permulaan dengan satu kampung 10. Jadi sebab itulah ada di antara kampung-kampung yang besar yang mungkin tidak dapat meletakkan semua lampu di dalam kampung yang berkenaan.
Walau bagaimanapun, program ini diteruskan pada tahun 2022 dan diharap ianya dapat menambah lampu-lampu jalan kampung ini di kampung-kampung dan terima kasih jugalah kepada YB. Ketari ni. Mungkin pada peringkat awal ni beliau ni tak berapa perasan sangat kampung itu gelap, jadi sejak akhir-akhir ni mungkin dia nak terang, nak tambah lampu tu.
Keduanya, YB. Padang Tengku pula ada bertanyakan tentang status pelaksanaan Projek Pusat Pertubuhan Desa ataupun PPD Kampung Berchang, Lipis. Projek PPD ini adalah untuk meningkatkan peranan bandar kecil untuk memusat dan meningkatkan fungsi serta peranan petempatan desa.
Untuk makluman, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) sedang dalam proses memuktamadkan perjanjian usahasama bagi cadangan pembangunan 93 unit rumah di Berchang yang merangkumi tiga (3) fasa, pembangunan terdiri daripada rumah teres kos sederhana rendah, rumah teres kos sederhana dan rumah berkembar dengan tempoh pelaksanaan projek bermula 2022 hingga 2026.
Diharap dengan pelaksanaan PPD Berchang ini, menjadi pemangkin kepada pembangunan dan pemodenan desa sekaligus dapat membantu meningkatkan aktiviti sosioekonomi penduduk.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) merupakan sebuah organisasi yang berperanan mengurus tadbir kampung serta menjadi medium penghubung antara pentadbiran peringkat negeri dan daerah bersama penduduk kampung. Seperti yang dinyatakan dalam Ucapan Belanjawan 2022 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Kerajaan Negeri telah setuju menaikkan elaun bulanan Pengerusi JPKK daripada RM500.00 kepada RM750.00 sebulan.
Jadi, ini memberi impak kewangan kepada Kerajaan Negeri sebanyak, yang saya kira-kira lebih kurang RM1.8 juta. Kenaikan elaun ini diharap dapat mengurangkan beban kewangan seterusnya menjadi pendorong untuk menunaikan tanggungjawab dengan lebih berkesan.
Menyentuh isu atau perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Inderapura, Inderapura pun tak ada juga, yang memohon pihak Kerajaan Negeri mengkaji semula persempadanan mukim-mukim terutamanya Mukim Kuala Kuantan 1 dan Mukim Kuala Kuantan 2 yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dalam memastikan pengagihan persempadanan yang lebih adil kepada Penghulu-penghulu dalam melaksanakan tugas.
Kerajaan Negeri telah melaksanakan kajian persempadanan JPKK yang bertujuan untuk menilai kewajaran bagi menambah, mencantum dan mengurangkan JPKK. Hasil kajian tersebut, Kerajaan Negeri telah mencadangkan bahawa sebanyak 66 penubuhan baharu JPKK di dalam Negeri Pahang dan tiga (3) JPKK digabung… digabungkan daripada 543 JPKK yang sedia ada dan menjadikan keseluruhan JPKK di Negeri Pahang adalah sebanyak 606.
Kajian persempadanan kampung ini akan diteruskan atau diperluaskan dengan melaksanakan kajian persempadanan mukim bagi meneliti dengan lebih jelas bebanan yang dipikul oleh Penghulu sejajar dengan pertambahan kampung baharu tadi.
Bagi persempadanan semula Mukim Kuala Kuantan 1 dan Mukim Kuala Kuantan 2, perkara ini telah dibincangkan oleh Pejabat Daerah Tanah Kuantan bersama penghulu-penghulu mukim… Mukim Kuala Kuantan. Perbincangan bersetuju supaya mukim ini dipecah kepada 4… kepada 4 mukim berdasarkan jumlah penduduk dan kerja yang perlu ditanggung oleh penghulu.
Cadangan pecahan 4 mukim ini adalah seperti berikut: Mukim Kuala Kuantan 1 melibatkan 13 JPKK iaitu Bukit Setongkol, Bukit Bay Route, Bukit Sekilau, Kampung Tengah… Kampung Tengah dan Kampung Jawa, Kampung Tiram, Kampung Padang, Galling Besar, Alor Akar dan Semambu, Tanah Putih Baru, Gudang Rasau, Belukar, Kampung Sungai Isap dan er… Perkampungan Pak Ngah Aziz RTP Bukit Goh.
Bagi Mukim Kuala Kuantan 2 melibatkan 13 JPKK iaitu Pulau Manis, Sri Fajar, Sri Mahkota, Jaya Gading, Sri Damai, Permatang Badak, Pandan 1, Pandan 2, Kampung Panching, Panching Timur, Panching Selatan, Panching Utara dan Kampung Orang Asli Batu 14 Gambang. Dan mukim yang ketiga iaitu Mukim Kuala Kuantan Seberang melibatkan 6 JPKK iaitu Tanjung Api/Kampung Selamat/Galing Kecil, Peramu, Tanjung Lumpur, Kempadang, Anak Air ataupun Sungai Deraka dan Sungai Soi.
Dan mukim keempat yang dicadangkan adalah Mukim Kuala Kuantan Barat melibatkan 8 JPKK iaitu Pasir Kemudi, Bukit Kuin 1, Bukit Kuin 2, Bukit Goh, Bukit Kuantan, penduduk FELDA… FELDA Bukit Sagu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan Kampung Orang Asli Bukit Bangkong.
Inilah di antara 4 mukim yang akan dipecahkan daripada 2 mukim tadi. Selain itu, YB. Luit ada memohon…
Mohon mencelah ya. Er… mohon mencelah. Terima kasih Yang di-Pertua, saya nak tanya ini kalau ada usaha memecahkan balik JPKK yang besar-besar kepada lebih kecil, ada ke rancangan kerajaan untuk menggabungkan pula JPKK yang kecil-kecil ini er… digabungkan besar sikit. Dapat kurangkan kos sekurang-kurangnya Pengerusi KK tu dapat er… digabungkan. Terima kasih.
Terima kasih er… YB daripada Luit. Sebenarnya saya sebut tadi ada 3 JKK yang kita gabung kerana dah kecil… dah kecil er… yang terpaksa kita gabung. Dan er… ada YB. Luit memohon pencerahan berkenaan status JPKK di kawasan Luit yang mempunyai jumlah penduduk yang tinggi pulak. Tadi bergaduh ke er… yang sikit.
Kerajaan Negeri sedia maklum terhadap kawasan JPKK yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai dan kesukaran bagi JPKK menyelaraskan bantuan serta memberi khidmat kepada masyarakat setempat. Sehubungan itu, kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang tinggi seperti di Luit, Kerajaan Negeri sedang merancang untuk menubuhkan lagi 3 lagi JPKK baru di kawasan tersebut daripada 10 buah JPKK yang sedia ada.
JPKK tambahan tersebut adalah JPKK Kampung Paya Chendong, yang mempunyai anggaran jumlah penduduk seramai 1,200 orang. JPKK Kampung Charuk Keramat seramai 1,745 orang dan JPKK Pekan Tajau seramai 1,500 orang penduduk. Semoga dengan inisiatif rancangan ini dapat memperkemaskan lagi sistem pentadbiran di peringkat Luit tadi, akar umbi er… habis dah.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Akhir kata saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang berharap agar segala peruntukan perancangan dan inisiatif yang telah diumumkan akan dapat merancakkan pembangunan kawasan luar bandar dan mendatangkan ini manfaat yang baik kepada rakyat luar bandar dan juga masyarakat Orang Asli di seluruh Negeri Pahang.
Saya mohon menyokong RUU Perbekalan (2022) 2021 dan Usul Pembangunan dan Pembekalan Air 2022 yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat bagi pihak kerajaan. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. Silakan.
(Bacaan ayat al-Quran) Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Terima kasih kerana memberi laluan kepada saya untuk er… sesi penggulungan er… pada petang ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Segala puji bagi Allah SWT kerana kita semua masih diberi kesempatan kepada kita semua untuk terus berada di Dewan Yang Mulia ini bagi melaksanakan amanah rakyat sebagai Ahli Yang Berhormat, wakil kepada rakyat dan saya menyokong penuh pembentangan er… Belanjawan 2022 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 6 Disember 2022 yang lalu. Majulah Sukan untuk Negeri Pahang.
Anak teruna belayar malam, Anak dara belayar siang, Hitam putih tidak akan padam, itulah Pahang, Steady Pahang, terima kasih MB Pahang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sebelum memulakan sesi penggulungan, izinkan saya menyantuni beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat.
Daripada ADUN Luit, mencadangkan supaya diberi perhatian pembangunan sukan permotoran lasak di Luit. Perkara ini akan diberi perhatian sewajarnya oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang.
Seterusnya, ADUN Ketari, memohon beberapa perkara mengenai fasiliti sukan di kawasan Bentong. Sememangnya perkara ini akan diberi perhatian serius memandangkan daerah Bentong merupakan salah satu pusat latihan utama bagi atlet SUKMA Negeri Pahang.
Manakala bagi menjawab pertanyaan ADUN Ibam, rakan separlimen dengan saya. Sememangnya pembinaan sebuah litar lumba amat diperlukan pada masa ini dan juga litar motorcross bagi menarik penglibatan lebih ramai anak muda serta menjadi salah satu produk pelancongan.
Cadangan tapak telah dikenal pasti iaitu antara lainnya telah mendapat kelulusan di peringkat Pejabat Tanah Daerah Rompin iaitu di Kampung Tebu Hitam, Rompin dengan keluasan 33.433 ekar. Insya-Allah, perkara ini telah disenaraikan dalam Rolling Plan Ke-3, Rancangan Malaysia Ke-12 dengan anggaran kos sebanyak RM6 juta.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Begitu juga dengan ADUN Teruntum yang telah menyentuh dan membangkitkan beberapa isu kemudahan asas melibatkan tempat ibadat di kilang-kilang juga akan diambil peduli, perhatian selain dipantau sewajarnya oleh pihak Jabatan Tenaga Kerja dan juga pihak yang berkaitan.
Manakala dari ADUN Beserah telah membangkitkan supaya Kerajaan Pahang bersedia untuk menjadi negeri maju dan menyumbang besar kepada er… KDNK Negara. Dalam mencapai hasrat ini kerajaan akan berusaha meningkatkan keupayaan sumber manusia negeri Pahang selaras dengan Pelan Perindustrian Negeri Pahang yang er… mempunyai 9 inisiatif utama. Pelan ini akan memandu Kerajaan Negeri Pahang dalam merancang dan membangunkan perindustrian di negeri Pahang.
Begitu juga dengan rakan-rakan ADUN yang lain. ADUN Tanah Rata, ADUN Damak, ADUN Dong, ADUN Tras, ADUN Tahan dan juga ADUN Peramu Jaya yang telah sedikit sebanyak menyentuh hal portfolio di bawah saya.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Sepanjang tahun 2021, Kerajaan Negeri melalui PERKESO telah melaksanakan tanggungjawabnya berkaitan perlindungan keselamatan sosial er… kepada rakyat di Negeri Pahang melalui penguatkuasaan Akta 4 (Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969) dan Akta er… 800 (Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017), maaf Yang di-Pertua, dengan pembayaran keseluruhan faedah sebanyak RM27.51 juta meliputi perlindungan kepada lebih 17,729 majikan dan er… 229,819 pekerja.
Selain itu, bagi memastikan industri terus dapat er… bertahan selain menjamin pengekalan pekerjaan sedia ada oleh majikan yang terkesan dalam tempoh pandemik COVID-19, PERKESO juga akan meneruskan usaha penyaluran insentif program subsidi upah kepada majikan-majikan yang masih terus mengekalkan keseluruhan pekerja mereka.
Di Negeri pahang, bermula April 2020 sehingga setakat November 2021 PERKESO telah menyalurkan lebih kurang RM580 juta kepada lebih 13,000 perusahaan majikan yang mana memberi manfaat pengekalan kerja kepada lebih 85,000 pekerja yang terlibat serta mengelakkan daripada berlakunya perberhentian pekerja secara mendadak.
Untuk makluman Yang di-Pertua dan Sidang Dewan, penyaluran hampir RM580 juta ya, lebih daripada setengah bilion disalurkan kepada rakyat Negeri Pahang dan untuk makluman Yang di-Pertua juga dan Sidang Dewan, er… sudah 2 kali penyerahan
mock check sebagai gimik oleh Pengarah PERKESO kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada tahun ini.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Bagi memastikan golongan lepasan sekolah, graduan, menyentuh anak-anak muda, penganggur dan orang kehilangan pekerjaan, golongan mudah terjejas, OKU, peserta program return to work, dengan izin, bekas banduan, miskin tegar, gelandangan dapat memperolehi peluang pekerjaan, sepanjang tahun 2021, PERKESO telah mengadakan lebih 136 aktiviti berkaitan temu duga dan dengan kewujudan portal pekerjaan myfuturejobs telah menjana lebih 51,000 peluang pekerjaan serta melibatkan 27,000 pencari kerja yang berdaftar serta berjaya mengembalikan bekerja lebih 7,000 pencari kerja di Negeri Pahang.
Seterusnya untuk memastikan mereka yang terlibat dengan kemalangan dan mengalami masalah kesihatan dapat kembali semula bekerja dengan baik. PERKESO melalui program return to work juga telah berjaya mengembalikan sebanyak 315 pencarum untuk bekerja semula bermula Januari hingga November 2021.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya ingin kongsikan satu pengalaman tentang mereka yang terlibat dengan kemalangan dan kembali bekerja. Pada satu program yang kami adakan, ada satu penerima di kalangan pencarum PERKESO ini, dia kemalangan di mana jentera berat telah menghempap kedua er… belah kakinya dan dihantar ke hospital dan terpaksa dipotong 2 kaki tersebut. Setelah melalui beberapa proses rawatan dan sembuh akhirnya. Mereka ini ataupun mereka yang terlibat dengan kemalangan ini diambil kembali bekerja oleh majikan dengan menyediakan prasarana yang friendly OKU.
Hah, ini saya sangat er… memujilah langkah-langkah yang diambil oleh majikan tersebut dan caruman yang dibayar kepada PERKESO telah diberi pampasan RM100,000.00 lebih. Hah, ini adalah satu contoh di mana PERKESO melalui kerjasama dengan Kerajaan Negeri Pahang telah memberi er… pulangan kepada pencarum-pencarum, sebab itu kita menyeru kepada rakan-rakan ADUN semua ya dan juga jabatan-jabatan kalau boleh menyeru semua er… di kalangan rakyat Negeri Pahang yang bekerja ini supaya mencarum kepada PERKESO.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Bagi menyambut baik bajet Belanjawan 2022 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita pada 6 Disember baru-baru ini, Kerajaan Negeri melalui PERKESO akan terus mempergiatkan lagi usaha bagi mencapai strategi ketiga dengan merancakkan penyertaan golongan belia dan pencari kerja dalam aktiviti-aktiviti temu duga.
Yang mana untuk tahun 2022 telah dirancangkan sebanyak 11 program jelajah kerjaya, 4 program mini karnival dan 1 program karnival negeri dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM450,000.00, dengan sasaran penawaran kerja sebanyak 25,000 kekosongan dan 9,000 pencari kerja terlibat, dan untuk tahun ini sahaja 11 daerah telah digerakkan dengan karnival PERKESO untuk memberi peluang pekerjaan kepada pencari-pencari kerja, dan yang terbaru di Parlimen Paya Besar dan sebelum itu di daerah Bera untuk makluman Sidang Dewan.
Bagi membantu meringankan beban dan menarik lebih ramai minat para pencari kerja. Dana khas bagi SIP Prihatin Kerajaan Negeri Pahang juga turut tersedia khas buat pekerja yang terlibat dengan aktiviti pencarian pekerjaan dan berjaya kembali bekerja dalam tempoh yang ditetapkan. Insentif ini akan diberikan melalui pemberian Elaun Mencari Pekerjaan atau ringkasnya EMP, RM300.00 selama 2 bulan dan Elaun Persediaan Bekerja sebanyak RM400.00 kepada mereka yang berjaya kembali bekerja dalam tempoh yang ditetapkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Pemberian insentif ini diberikan sekiranya individu lengkap 6 pencarian pekerjaan dan tidak dikategorikan di bawah mana-mana insentif yang seumpamanya melalui PERKESO. Inisiatif ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM1 juta dengan sasaran sebanyak 1,000 pencari kerja yang terlibat.
Umum mengetahui bahawa aktiviti ekonomi GIG, kini menjadi penyelamat kepada kebanyakan golongan pencari kerja terutamanya golongan belia yang terdiri daripada pekerja-pekerja delivery riders, dengan izin. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan akan melaksanakan inisiatif berterusan bagi membantu golongan pekerja ini bagi mendapatkan Pakej Perlindungan Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri bagi Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri.
Sebanyak RM50,000.00 diperuntukkan bagi menggerakkan aktiviti penyelarasan dan program sehari bersama delivery riders yang merupakan inisiatif pertama dan belum pernah dilaksanakan sebelum ini. Program ini akan menyasarkan 100% penglibatan daripada anggaran 2,000 golongan delivery riders di Negeri Pahang untuk mendapat manfaat di bawah akta yang diperuntukkan di bawah PERKESO.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Dalam membantu para pencari kerja terutamanya golongan rentan dan golongan mudah terjejas seperti OKU, B40, gelandangan, bekas banduan, peserta return to work untuk kembali semula bekerja, 20 sesi profiling untuk mendekati semua golongan ini akan dilaksanakan di seluruh Negeri Pahang dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM60,000.00. Sebanyak 6,000 data pekerja disasarkan melalui sesi profiling ini untuk memastikan golongan ini mendapat pekerjaan pada tahun 2022.
Keseluruhan dana yang bakal disalurkan melalui PERKESO kepada golongan sasar pada kali ini adalah sebanyak RM1.9 juta yang bakal memberi manfaat kepada lebih 19,000.00 golongan pencari kerja yang terlibat dalam aspek peluang pekerjaan, pengurusan hilang upaya dan perlindungan keselamatan sosial.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan sidang Ahli-ahli Yang Berhormat,
Selari dengan visi sukan negara pula yang bertujuan membudayakan sukan di kalangan masyarakat, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Hari Sukan Negara dengan pelbagai pengisian aktiviti sepanjang bulan Oktober.
Pada tahun 2021, di sebalik pandemik COVID-19 yang melanda negara dan Negeri Pahang. Banyak penganjuran sukan terpaksa dibatalkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 ini. Namun begitu atlet-atlet Negeri Pahang sentiasa dipantau melalui latihan yang dijalankan di rumah masing-masing secara online. Pelan latihan yang telah diubah suai bersesuaian dengan keadaan semasa.
Walau bagaimanapun, Negeri Pahang masih lagi mempunyai wakil dalam kejohanan-kejohanan utama dunia sepanjang tahun 2021. Antaranya ialah 3 orang atlet dan jurulatih Pahang telah menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2022. Manakala 5 orang atlet hoki terpilih menyertai Kejohanan Hoki Remaja Dunia Kebangsaan di Bhubaneswar, India pada 24 November hingga 5 Disember 2021 dengan menduduki tempat ke-8 daripada 16 negara yang mengambil bahagian. Begitu juga 3 orang atlet hoki wanita mewakili negara dalam Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia Wanita 2021 di Korea Selatan pada 5 hingga 12 Disember 2021.
Kejohanan Bowling Dunia IBF 2021 di Dubai pada 5-17 November 2021. Seorang atlet Negeri Pahang yang terpilih dan membantu skuad wanita kebangsaan melalui acara Fours, dengan izin, dengan memenangi pingat perak untuk negara. Beliau adalah saudari Faten Najihah binti Ahmad Faik. Seterusnya Kejohanan SSL Gold Cup Series, Switzerland bagi sukan pelayaran diadakan pada 13-19 September 2021 menyaksikan Nurshazrin Mohd Latif dan Ahmad Faizul Aswad bin Mohamed memenangi tempat ketiga kejohanan tersebut.
Seorang atlet tenis Paralimpik mengharumkan negara dan beliau adalah Muhammad Yusshazwan Bin Yusof menjuarai beberapa kejohanan dunia seperti berikut: Pertama; Kejohanan BNB Paribas Toulouse Balma France di Perancis pada 27 hingga 31 Oktober 2021, 2 pingat emas single dan beregu. Hah, ini satu pencapaian yang baik, untuk makluman Yang di-Pertua. Kedua; Montfemeil Wheelchair Tennis Open France pada 21 hingga 24 Oktober 2021, 1 pingat perak acara beregu.
Badminton juga tidak ketandusan pemain sebagaimana yang dibangkitkan oleh ADUN Damak. Apabila atlet remaja Pahang iaitu Choi Jian Sheng memenangi pingat emas bagi beregu lelaki bawah 19 tahun dalam Badminton Junior International Series Republik Czech pada 19 hingga 21 November 2021, untuk makluman Sidang Dewan sekalian.
Tahun 2022 akan datang yang juga menjadi kayu pengukur terhadap pencapaian pembangunan sukan Negeri Pahang. Ini disebabkan Majlis Sukan Pahang akan melalui beberapa kejohanan besar yang melibatkan atlet dari Negeri Pahang iaitu Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA 2022) di Kuala Lumpur, Sukan SEA di Vietnam, Sukan Asia di Beijing dan Sukan Komanwel di Birmingham, United Kingdom. Perancangan dan persiapan rapi perlu dilaksanakan bagi memastikan kita mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Bagi kejohanan SUKMA Negeri Pahang mensasarkan untuk terus berada dalam kelompok lima pasukan terbaik. Justeru peruntukan sebanyak RM2.3 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri melalui belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan digunakan sepenuhnya bagi pembelian peralatan latihan, peralatan kejohanan dan juga penyertaan kejohanan SUKMA 2022.
Beberapa pusat latihan baru juga telah dirancang pada tahun 2022 antaranya ialah Pusat Kecemerlangan Sukan Petanque di Indera Mahkota, Pusat Kecemerlangan Sukan Kayak dan Muay Thai di Jerantut. Selain itu kerja-kerja baik pulih lapang sasar sukan menembak juga akan dilaksanakan pada tahun 2022 memandangkan fasiliti sedia ada telah melalui ataupun rosak teruk dan sukan menembak merupakan sasaran emas utama bagi negeri Pahang. Peruntukan yang diluluskan bagi baik pulih
dan naik taraf ini adalah sebanyak RM1.8 juta. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Bagi memastikan atlet yang tidak ketinggalan dalam akademik dan pasaran kerja, kerjasama strategik akan diperluaskan dengan beberapa institusi pengajian tinggi dan juga pusat kemahiran. Antara lain yang telah dikenal pasti adalah Kolej Komuniti Kuantan, Kolej Komuniti Pekan dan juga Kolej Profesional Mara Kuantan yang telah bersetuju membuat pengambilan khas atlet-atlet di bawah Majlis Sukan ini. Kerjasama yang diwujudkan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mulai 2021 akan diteruskan bagi meneroka peluang kerjaya yang lebih terjamin kepada mereka.
Selain itu, kerjasama ini akan diteruskan lagi dengan pihak berkuasa tempatan dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang yang lainnya dan tidak mustahil yang berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita akan libatkan mereka ini dengan Jabatan Pertanian, SUK, er... Bahagian Perancang Ekonomi untuk er... alternatif er... TKPM untuk penternakan dan juga pertanian, insya-Allah.
Dalam belanjawan yang dibentangkan juga Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM1.3 juta bagi penubuhan akademi sukan serta pembangunan sukan e-sport. Penubuhan akademi ini merupakan salah satu usaha dalam perancangan yang lebih komprehensif bertujuan menangani kekurangan atlet berkualiti daripada program pembangunan sedia ada di peringkat persatuan selain mem… memberi bantuan dalam membangunkan sukan ini di peringkat akar umbi secara konsisten dan efektif.
Saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana meraikan gamers er... PUBG ya yang kita tengok viral di Tik Tok yang mana anak-anak muda ni pada hari ini suka kepada PUBG ni ya. Mobile Legend, Dota er... FIFA, Taken dan sebagainya. Jadi saya pun tanya juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang macam mana nak sebut PUBG tu mulanya. Sebab masing-masing er... tak berapa nak tahu nak sebut PUBG tu macam mana. Saya tanya anak saya, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri MB tanya rakan ataupun saya tak pasti tanya siapa masa tu. Mujur kami tak silap sebut ya. Biasanya orang budak-budak muda sebut PUBG er... bukan sebutan lain PUBG ke, PIBG bukan ya. Hah ini satu perkara yang kami juga kena ambil tahu kerana istilah-istilah ini, istilah anak muda masa sekarang. Permainan pun permainan anak muda yang 3-4 pagi, 5 pagi pun masih main mainan tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Untuk makluman Sidang Dewan juga pada masa kini er... banyak kelab-kelab e-sport ditubuhkan termasuklah di Temerloh oleh anak muda kita, saudara Hushin yang ada studio er... e-sport ini dan er... di peringkat negeri. Insya-Allah kita akan buat kerjasama dengan pihak Majlis Sukan Pahang dan juga stadium kita akan er... stadium kita akan tengok er... lokasi dan venue khas untuk dijadikan mini stadium PUBG ni nanti.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Konsep pelaksanaan penubuhan akademi sukan dan e-sport negeri Pahang akan memberikan penekanan kepada program kecemerlangan serta pembangunan dengan tumpuan kepada perkara berikut, pencarian bakat dan pengkhususan bakat, penyertaan dan kemudahan latihan, kejurulatihan dan pembangunan program kejurulatihan, pengukuhan pertandingan dan penganjuran kejohanan.
Penumpuan ini khusus kepada sukan yang akan memberi impak kepada golongan remaja di negeri ini untuk bergiat aktif dan diterapkan pendedahan secara profesional sebagai atlet sejak dari awal lagi. Selain itu, dengan adanya akademi sukan ini, remaja yang layak juga akan didedahkan bukan sahaja sebagai atlet, namun perkembangan dan peluang kerjaya pada masa akan datang seperti bidang kejurulatihan, pengurusan sukan, pengulas sukan mahupun pegawai sukan akan diterapkan seawal penyertaan di akademi.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri Pahang sememangnya sebuah Kerajaan Negeri yang sentiasa memberi pengiktirafan besar kepada anak muda. Selepas transisi kepimpinan Majlis Belia Negeri Pahang yang baharu pada 2 Mei 2021 yang lalu, Majlis Belia Negeri Pahang telah berjaya melaksanakan 185 program pembangunan belia. Untuk pengetahuan Yang di-Pertua dan Sidang Dewan, Majlis Belia Negeri Pahang dibahagikan kepada beberapa portfolio untuk makluman Sidang Dewan sekalian.
Pertamanya; Pertadbiran, Ekonomi dan Keusahawanan, Pendidikan, Latihan dan Kepimpinan, Kesukarelaan dan Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah, Pertanian dan Industri Asas Tani, Hal Ehwal FELDA, FELCRA, Orang Asli, Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Kebudayaan, Sukan dan Gaya Hidup Sihat, Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan dan yang terakhir sekali Hal Ehwal Antarabangsa, Penerangan, Penerbitan dan Media.
Pada 27 November 2021 yang lalu, KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudi dan berkenan mencemar duli dan menjadi Penaung DiRaja Majlis Belia Negeri Pahang pada malam tersebut. KDYMM Pemangku Raja telah melancar Logo Sambutan 50 Tahun Jubli Emas Majlis Belia Negeri Pahang. Sambutan 50 Tahun Jubli Emas Majlis Belia Negeri Pahang akan disambut pada 2 Oktober 2022 dan pelbagai aktiviti akan dirancang bagi memeriahkan sambutan 50 Tahun Jubli Emas ini nanti.
Selain itu, Majlis Belia Negeri Pahang juga akan mewujudkan satu dasar khusus sebagai panduan untuk pembangunan belia di Negeri Pahang yang menelan belanja sebanyak RM350,000.00. Majlis Belia Negeri Pahang berhasrat untuk membentuk satu Dasar Belia Pahang 2022 - 2032 yang akan dirangka bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institusi Penyelidikan & Pembangunan Belia (IYRES).
Bagi persiapan membentuk kepimpinan masa hadapan, inisiatif Majlis Belia Negeri Pahang berhasrat untuk meneruskan pelaksanaan yang telah Kerajaan Negeri Pahang laksanakan pada tahun 2020 iaitu Dewan Belia Pahang dan program Dewan Belia Pahang ini seharusnya pada pandangan kami dapat diinstitusikan sebagai satu program utama Kerajaan Negeri kepada anak muda di Negeri Pahang. Dewan Belia Pahang ini mampu menjadi platform untuk anak muda menyuarakan pendapat dan keperluan mereka kepada Kerajaan Negeri dengan lebih baik dan tersusun.
Inisiatif yang seterusnya merupakan inisiatif yang mampu menarik minat anak muda Negeri Pahang. Program ini dipanggil Felo Muda Pahang. Felo Muda adalah salah satu program internship yang memberi peluang kepada anak muda bagi memahami pelaksanaan pentadbiran negeri dijalankan. Felo ini akan ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Pejabat Exco Kerajaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar Pahang yang bertindak sebagai Pegawai kepada Exco Kerajaan Negeri
Pahang yang mana dapat membantu dalam menjalankan tugas-tugas melibatkan hal ehwal dengan pentadbiran Kerajaan Negeri khususnya yang melibatkan anak-anak muda. Bila mana kita memperkatakan undi anak muda ini bermula 18 tahun.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Majlis Belia Negeri Pahang juga turut mencadangkan perlaksanaan Program Sekolah Kepimpinan Tun Abdul Razak berikutan penggubalan Akta Pembangunan Belia & Pertubuhan Belia yang akan bermula pada 1 Januari 2022. Perlaksanaan Program SEBETAR ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM150,000.00. Program ini berfungsi sebagai medium untuk melatih 500 belia di seluruh Negeri Pahang dan mereka yang berpotensi akan diserapkan ke Dewan Belia Pahang dan Felo Muda Pahang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Majlis Belia Negeri Pahang dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail telah mewujudkan sukarelawan Tunas Warisan secara rasmi pada tahun 2018. Sebagai satu platform kepada belia ataupun anak muda Negeri Pahang untuk bergiat aktif dalam kesukarelaan serta melahirkan generasi muda yang sayangkan Negeri Pahang. Ini termasuklah penubuhan MTSP dan juga NGO-NGO Negeri Pahang dan juga NGO-NGO JKM Pahang dalam melaksanakan kerja-kerja kesukarelawan di dalam negeri Pahang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Pelaksanaan sukarelawan Tunas Warisan ini menyasarkan golongan belia berumur 13 hingga 40 tahun yang berminat dengan aktiviti kesukarelawan. Sukarelawan Tunas Warisan di bawah Jawatankuasa Kesukarelawan dan Kebajikan Majlis Belia Negeri Pahang juga terdiri daripada beberapa enam (6) kluster yang utama.
Menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Majlis Belia Negeri Pahang menggerakkan inisiatif go green yang memberi perhatian kepada kluster utama dalam sekitar… alam sekitar dengan menjalankan program-program alam sekitar di Negeri Pahang. Inisiatif go green telah menggerakkan melalui sosial media dengan kempen kesedaran berkenaan kepentingan menjaga alam sekitar dan alam sekeliling.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin juga sebutkan di sini semasa Malam Anugerah, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana turut hadir mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Kita ada hampir 13 kategori Anugerah Tokoh Belia pada hari tersebut. Dan salah satunya adalah Tokoh Anak Muda yang terlibat dengan alam sekitar. Dan ada juga tokoh anak muda di kalangan pegawai tadbir negeri.
Ini adalah satu er… kaedah untuk kita membawa kepimpinan-kepimpinan muda dalam Negeri Pahang ini selain daripada 4 saja pencalonan. Kalau 4 pencalonan ini sangat terhad di negeri-negeri lain semua buat 4, 5 sahaja tetapi di Pahang kita buat hampir 13 ke 14 pencalonan anugerah anak muda untuk kita tonjolkan kepimpinan dalam pelbagai disiplin kategori yang mereka ceburi.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Dalam pembentangan bajet yang Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang, saya inginkan ulang sekali lagi di sini iaitu RM11.9 juta melibatkan pembangunan sukan. RM3 juta melibatkan blue print khusus untuk anak muda. RM1.3 juta akademi sukan dan pembangunan e-sport, RM18.7 juta peruntukan tambahan Sukan Malaysia, perolehan peralatan dan juga MSP manakala RM1.05 juta kerja-kerja membina dewan serba guna dan juga membaik pulih infrastruktur sedia ada.
Selain itu tambahan yang melibatkan portfolio saya sendiri, portfolio er… ADUN Sentul, portfolio ADUN Pulau Tawar iaitu RM20 juta melibatkan pinjaman kepada usahawan-usahawan muda yang boleh meminjam daripada RM3,000.00, RM5,000.00 sehingga ke RM10,000.00 dan ini sedang berjalan dan proses ini dijangka akan diselaraskan dari semasa ke semasa sehinggalah habis RM20 juta tersebut.
Begitu juga RM10 juta yang mana perletakan batu asas yang diletakkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bersama dengan rakan-rakan EXCO baru ni di Tanjung Lumpur, saya ingat Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua pun ada sekali pada masa itu, yang mana melibatkan hampir 5 daerah. Ini adalah daerah pertama di Kuantan, Foodlawn dan insya-Allah, kita mendoakan semoga hub ataupun Café Kome ini menjadi tarikan anak-anak muda untuk menjadi centre mereka berkumpul, berbincang selain menjamu selera di tempat tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Selain itu juga RM1.8 juta yang disalurkan melalui Yayasan Pahang juga melibatkan peruntukan yang besar kepada anak-anak muda yang bergiat cergas dalam business, yang ingin memulakan business dan mereka yang sedia ada berbusiness pun oleh kerana terkesan dengan pandemik COVID-19 ini. Pendek kata keseluruhannya hampir dekat RM60 juta peruntukan melalui bajet yang dibangkitkan atau dibentangkan oleh Yang Amat Menteri Besar Pahang untuk anak-anak muda.
Jadi saya menyeru dalam Dewan Yang Mulia ini pada seluruh ADUN-ADUN, Wakil-wakil Rakyat menyebarluaskan perkara ini supaya anak-anak muda kita di bawah sana, di seluruh Negeri Pahang, di seluruh pelusuk daerah-daerah di Negeri Pahang akan cakna apa yang sedang disalurkan oleh pihak Kerajaan Negeri melalui peruntukan-peruntukan yang telah disediakan ini.
Rugilah kita tidak menyambut peruntukan yang diuar-uarkan oleh Kerajaan Negeri melalui Perbekalan Bajet 2022 ini, kerana apa? Kerana ini merupakan bajet yang terbesar bagi saya selaku ADUN dan juga EXCO yang duduk di portfolio berkenaan dan ini merupakan sejarah untuk kita menyantuni anak-anak muda di luar sana tak kira apa bangsa, tak kira apa agama, tak kira apa rupa.
Inilah kerajaan yang menyantuni anak-anak muda, friendly to youngters ya, dengan izin, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Jadi saya dengan ini menyokong perbelanjaan yang telah dibacakan atau diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat bagi pihak kerajaan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang. Silakan.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT, salam sejahtera.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua di atas ruang yang diberikan kepada saya untuk bersama-sama rakan-rakan Ahli MMK yang lain untuk berbahas menyokong usul belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Isnin yang lalu. Syukur alhamdulillah.
Pertama sekalinya, saya ingin menyertai bersama rakan-rakan saya yang lain merakamkan ucapan tahniah yang teramat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas satu pembentangan belanjawan yang sangat luar biasa yang sebenarnya sebahagian daripada kita tidak pernah terjangka akan terjadinya belanjawan yang sebegitu bukan sahaja soal besarnya belanjawan itu tetapi begitu inklusif sifatnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli-ahli Dewan yang mengambil bahagian dalam perbahasan selama 3 hari ini yang menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan kerja raya, pengangkutan dan kesihatan. Sesungguhnya tidak dapat kita nafikan bahawa portfolio Kerja Raya, Kesihatan dan Pengangkutan ini amat dekat dengan soal bagaimana kita nak menjayakan belanjawan yang telah dibentangkan oleh Kerajaan Negeri dan juga Belanjawan Persekutuan yang dibentangkan sebelum ini.
Merujuk kepada portfolio Kerja Raya, Jawatankuasa Kerja Raya amat menghargai Belanjawan yang telah dibentangkan oleh kerajaan dan JKR begitu komited selaku Agensi Pelaksana untuk meneruskan pelaksanaan pembangunan infrastruktur di Negeri Pahang ini khususnya kita faham dalam kekangan pandemik COVID ini cabaran untuk kita melaksanakan kerja-kerja infra sangat mencabar.
Salah satu aktiviti utama di bawah kerja raya adalah projek-projek menaik taraf ataupun membina infrastruktur jalan di seluruh negeri. Bagi tahun… bagi sepanjang tahun 2021, pihak JKR telah berjaya menyiapkan dan menyerahkan 12 projek infrastruktur jalan di bawah Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebanyak 35 projek masih dalam peringkat pembinaan dan 17 lagi masih dalam peringkat perancangan.
Antara projek-projek infrastruktur jalan di Negeri Pahang yang telah berjaya disiapkan sepanjang tahun ini adalah pembinaan sebuah jambatan baru merentasi Sungai Kuantan, pembinaan pakej 5 di Central Spine Road, menaik taraf Laluan Persekutuan 12 (FR12) dari Gambang, Pahang ke Segamat, Johor dan menaik taraf Jalan Persekutuan FT83 dari Tol Chenor ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Maran. Itu antara projek-projek utama yang kita laksanakan selain daripada projek-projek yang lain.
Seterusnya dalam perancangan projek naik taraf dan bina baru infrastruktur jalan untuk tahun akan datang melalui belanjawan Bajet 2022, pihak kerajaan akan terus menambah baik aspek kesejahteraan penduduk luar bandar dan mengurangkan
jurang pembangunan antara wilayah. Jadi untuk meransang pembangunan ini aspek jaringan jalan raya sangatlah kritikal. Bagi tahun 2022, JKR telah mengemukakan sebanyak 145 permohonan projek naik taraf/bina baru jalan dengan kos keseluruhan bernilai lebih RM25 bilion.
Jadi sebahagian besar apa yang disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini telah disenaraikan untuk dicadangkan untuk Rolling Plan Ke-2 dan seterusnya di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Antara projek yang menarik perhatian kita dalam pelaksanaan infra jalan bagi tahun yang akan datang adalah Jalan Pintasan Cameron Highlands yang juga menarik perhatian ataupun persoalan daripada Wakil Tanah Rata. Wakil Tanah rata ada membangkitkan persoalan berkaitan dengan pembinaan terowong.
Persoalan itu amat teknikal sifatnya Yang Berhormat, jadi saya pun tak boleh nak jawab secara khusus kerana sebenarnya kajian kepada pelaksanaan Jalan Pintasan Cameron Highlands atau kajian kesesakan lalu lintas Cameron Highlands yang dijalankan bermula 10 September tahun 2020 dan selesai pada 7 Oktober yang lalu baru saja diserahkan kepada pihak kerajaan, jadi dalam pengesyoran itu sebenarnya tidak disebut lagi soal reka bentuk. Jadi soal pembinaan terowong itu tidak dapat dijawab buat masa sekarang Yang Berhormat.
Seterusnya Wakil daripada Tahan ada membangkitkan soal naik taraf jalan dalam kampung yang menghubungkan Kampung Kuala Sat dan Kampung Batu Balik. Untuk er... makluman Sidang Dewan khususnya orang Jerantut ya, sampaikanlah kepada Tahan, projek ini telah diangkat dalam Rolling Plan Ke-2 dan Rancangan Malaysia Ke-12 dengan anggaran kos sebanyak RM15 juta.
Seterusnya, antara perkara yang disebut oleh Tahan juga adalah berkaitan dengan pembaikan cerun di jalan Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling yang mana Kerajaan Persekutuan sebenarnya telah meluluskan sejumlah RM28 juta untuk pelaksanaan di 4 lokasi cerun runtuh pada tahun ini dan kerja-kerja pembaikan ini telah bermula pada 30 November yang lalu dijangka siap pada pertengahan tahun hadapan iaitu tarikhnya 29 Mei, dua tahun lagi... 29 bulan Mei 2023. Manakala baki 38 lokasi cerun yang dianggarkan dalam kos RM220 juta telah dipohon kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam Rolling Plan Ke-2.
Mohon laluan.
Sila.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Saya ingin bertanya pada Wakil Kerajaan daripada Bera. Kalau pagi tadi disebut oleh Dato’ Sri Menteri Besar berkenaan dengan konsesi bila dia buat aktiviti pembalakan, dia akan menyumbang untuk penanaman semula pokok-pokok baru. Di antara faktor jalan kita ini rosak, antaranya ialah aktiviti pembalakan. Apabila lori-lori balak membawa muatan, balak tersebut menyebabkan rosak jalan kita. Dalam isu ini, adakah pihak konsesi juga berkongsi keuntungan mereka untuk memperbaiki semula
jalan-jalan yang rosak akibat antaranya disebabkan membawa muatan balak tersebut, terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Buat masa ini kita tidak ada satu sistem yang jelas dalam kita nak er... mensyaratkan ataupun nak menggalakkan sumbangan pihak konsesi ini dalam penyelenggaraan jalan tapi itu idea yang baik sekiranya kita dapat menggalakkan nilai-nilai CSR, Corporate Social Responsibility di kalangan pengusaha itu, insya-Allah boleh kita rundingkan Yang Berhormat.
Seterusnya saya ingin respons kepada Beserah yang membangkitkan soal kesesakan lalu lintas di LPT dari Gombak ke Bentong. Ini di luar kawasan tapi ini maknanya Beserah ini, dia banyak jugalah merayau ke Kuala Lumpur ya [ketawa]. Jadi er... sebenarnya masalah kesesakan jalan daripada Gombak ke Bentong ini bukan saja memberikan kesan kepada kita di Pahang tapi ianya memberikan kesan kepada sebahagian besar sosioekonomi Pantai Timur. Saya rasa isu ini juga disentuh oleh Semambu.
Jadi sebagai alternatif Dato’ Sri Yang di-Pertua, sebenarnya pihak Kementerian Kerja Raya ataupun isu kesesakan, isu jalan raya, isu lebuh raya ini di bawah Kementerian Kerja Raya dan agensi yang terbabit adalah Lembaga Lebuhraya Malaysia. Mereka telah membuat satu kajian untuk menaik taraf jalan daripada Gombak ke Bentong dalam 2 fasa. Kita, pada dasarnya, kita di Pahang ini kita lebih berminat, Dato’ Sri Yang di-Pertua, untuk kita mengkaji dan mencadangkan satu jajaran baru, outside the box kerana kita fikir kalau kita terus tumpu kepada jajaran yang hampir sama, kesesakan itu tidak dapat dikurangkan secara optimum dan dalam banyak keadaan akan terjadi bottle neck.
Jadi apa yang kita cadangkan adalah kalau boleh diwujudkan satu jajaran baru keluar daripada Lembah Klang melalui mungkin daripada Hulu Langat, masuk ke Bentong melalui Bera sampai ke Muadzam. Wakil Muadzam pun sangat menyokong, saya percaya dan boleh dipanjangkan ke Tanjung Agas kerana apa? Laluan ini bukan sahaja untuk kepentingan Pahang Tenggara tapi ini juga dapat melengkapkan infrastruktur bagi pembangunan Pahang Barat PLUS.
Kita tahu Bilut juga bercakap tentang CSR. CSR yang pakej yang terakhir Yang Berhormat akan dilaksanakan sampai ke Simpang Durian, jadi ada baiknya juga satu fresh alignment daripada Hulu Langat boleh disambungkan dengan CSR dan akan memangkinkan pertumbuhan setempat serta Pahang Selatan.
Jadi Dato’ Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin respons kepada persoalan yang dibangkitkan oleh...
Minta celah sikit... boleh?
Yang Berhormat, ada apa? Ada hal mustahak ke?
Tentang er... kesesakan di LDP. Saya...
Saya ingin nak nasihat kepada Ahli Yang Berhormat, saya menghargai kalau ada nak mencelah ni tapi lebih baik kalau tak mustahak sangat, kita boleh jumpa di luar ataupun di mana. Kita fokus kepada jawapan daripada pihak Kerajaan.
Tambahan, soalan tambahan kepada jawapan tersebut.
Sila, tak apa. Terima kasih.
Tadi sebut bahawa ianya lebih menjejaskan lalu lintas ataupun kehidupan di Pahang Barat. Sebenarnya ramai orang ataupun pengunjung pelancong dari Pantai Barat, mereka sekarang takut nak datang ke Kuantan sebab pada hujung minggu Ahad... petang Ahad mereka takut dia sangkut dalam jammed, ada yang sehingga berjam-jam jadi saya cadang selain jangka masa, penyelesaian jangka masa panjang saya pohon pihak kerajaan kemukakan satu penyelesaian apa tu... yang short term, terima kasih.
Dato’ Sri di-Pertua,
Banyak juga cadangan-cadangan short term kita itu dah menjadi long term Yang Berhormat. Ini satu masalah yang kita tidak mahu menafikan, masalah yang harus kita hadapi bersama bukan saja orang Kuantan sebagai contoh Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, dengan runtuhnya jalan daripada Simpang Pulai ke Cameron Highlands terjejas pembangunan ekonomi di Cameron Highlands. Sekiranya kita tak ada masalah yang besar dalam soal kesesakan jalan raya daripada Gombak ke Bentong, saya percaya laluan Sungai Koyan dan Cameron Highlands sangatlah sesuai untuk mengatasi masalah seumpama itu.
Seterusnya Inderapura ada membangkitkan masalah kesesakan jalan di sepanjang FT02 daripada ataupun Jalan Kuantan - Kuala Lumpur. Perkara itu sememangnya dalam perhatian dan tindakan JKR, sentiasa kita angkat cadangan ini dan kita angkat lagi cadangan-cadangan di bawah Rolling Plan Ke-2 pembinaan persimpangan bertingkat di Panching, Permatang Badak, Taman Tas, persimpangan Semambu - Beserah dan juga cadangan menaik taraf Jalan Kuantan-Temerloh untuk melebarkan lagi jalan.
Beserah ada membangkitkan juga soal persimpangan Bukit Rangin. Ini juga telah dipohon dalam Rolling Plan Ke-2. Seterusnya Luit membawa cadangan keperluan satu jambatan merentasi Sungai Pahang untuk manfaat penduduk Maran. Buat masa ini kita tahu Maran ada satu jambatan, Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah yang terletak di Chenor jadi insya-Allah JKR akan tengok sejauh mana kesegeraan keperluan segera jambatan yang dicadangkan Yang Berhormat. Walaupun kita tidak
apa... walaupun begitu kita tidak menafikan kepayahan perhubungan penduduk di antara kedua-dua belah sungai di kampung-kampung di sana.
Wakil daripada Dong ada mencadangkan pembinaan jalan baru daripada Damak melalui Ulu Dong… Dong ke Central Spine Road untuk merangsangkan ekonomi penduduk. Itu juga satu cadangan yang baik akan diteliti cadangan ini dan akan diangkat kepada pihak Kementerian Kerja Raya. Selain daripada itu, Dong dan juga saya fikir wakil kerajaan yang ada dalam Exco juga bersetuju bahawa jalan Batu Malim ke Slim River yang sebelum ini kita cadangkan ini yang belum dapat luluskan diubah ke lokasi yang baru iaitu daripada Pos Buntu, Raub ke Ulu Slim River. Perkara ini dalam perhatian dan kajian pihak JKR untuk diangkat ke Persekutuan.
Beralih kepada projek yang istimewa yang saya sebutkan tadi, Central Spine Road. Projek ini bukan saja soal satu jalan 4 lorong, 2 hala yang besar yang nampak gah. Tapi lebih penting projek ini akan menjadi satu alat untuk merangsang ekonomi di Wilayah Pahang Barat Plus. Dan sehingga kini, Ahli-ahli Dewan, 16 pakej dalam pelaksanaan projek ini dan 8 daripadanya telah siap, 7 dalam pembinaan dan 1 pakej dalam peringkat perancangan reka bentuk. Jadi Bilut bertanya berkaitan dengan pakej 6. Pakej 6 ini dibahagikan kepada 5 pakej iaitu 6A daripada Sertik ke Lebuhraya Pantai Timur telahpun diluluskan dan selebihnya akan dilaksanakan dalam pelan seterusnya iaitu 6B hingga 6D bagi jarak perjalanan daripada Karak ke Simpang Pelangai.
Beralih kepada aktiviti penyelenggaraan jalan negeri, sepertimana Ahli-ahli Dewan tahu bahawa ekonomi di Negeri Pahang ini banyak berasaskan hasil bumi, pertanian dan juga perlombongan dan ini pastinya memberikan satu kesan kepada penyelenggaraan jalan di Negeri Pahang.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kita sekarang ini jalan di Negeri Pahang ini jalan negeri sehingga hujung tahun ini sehingga 30 November kita telah mendaftarkan 37,000 kilometer. Jadi, satu negeri yang paling panjang jalannya yang didaftarkan di seluruh negara. Maksudnya bila jalan panjang itu bukan saja kita dapat belanja perbelanjaan penyelenggaraan yang lebih besar dia adalah hasil kepada Kerajaan Negeri, pada masa yang sama ukuran 37,000 kilometer ini dengan kapasiti pengurusan JKR pada angka bilangan kakitangan yang sama, struktur yang sama sangat mencabar. Jadi, kita tak nafikan sememangnya ada kekurangan dalam urusan penyelenggaraan kita.
Jadi kita harap semua bukan sahaja Ahli Dewan, segenap masyarakat, kita sama-samalah bertanggungjawab bagaimana boleh kita menjadi pengguna yang baik, bagaimana boleh kita daripada semasa ke semasa memberikan maklum balas tentang keadaan jalan kita itu dengan lebih bertanggungjawab lagi.
Saya faham sebahagian besar daripada rakyat ini bila dapat masalah dia concern, dia mengambil berat dia nak perkhidmatan lebih baik tapi adakalanya dengan memuatkan aduan itu dalam social media adakalanya memberikan persepsi yang tidak kena dan implikasi yang tidak baik. Wajar kita untuk sama-sama apa ini, menggunakan saluran-saluran yang telah disediakan untuk memastikan respons kita kepada permasalahan itu dapat diatasi dengan lebih cekap lagi.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Daripada RM371 juta peruntukan penyelenggaraan negeri yang diterima pada tahun ini, RM258 juta telah diagihkan. Dia nak peruntuk pelaksanaan penyelenggaraan
melalui syarikat-syarikat konsesi. Sehingga November yang saya sebut tadi, November tahun ini kita telah menambah 6,400 lagi panjang jalan kita daftarkan jadikan 37,000 dan kita mengharapkan pada tahun hadapan sejumlah peruntukan yang lebih besar akan diberikan oleh persekutuan untuk kita menyelenggarakan jalan-jalan kita dengan lebih baik lagi.
Seterusnya, bagi penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan, JKR Negeri telah menerima keseluruhan peruntukan sebanyak RM293 juta sepanjang tahun ini termasuklah peruntukan bagi penyelenggaraan cerun-cerun. Jadi, RM233.7 juta untuk jalan penyelenggaraan jalan dan RM59 juta untuk penyelenggaraan cerun. Bercakap soal cerun, ini juga satu fenomena biasa yang terpaksa kita hadapi maksud saya aduan-aduan dan kes-kes cerun runtuh.
Untuk makluman sidang Dewan, di seluruh Negeri Pahang untuk di Jalan Persekutuan sahaja ada 740 cerun dalam pemantauan pihak Kerajaan. Daripada 740 itu, 349 adalah cerun yang sangat tinggi risikonya, 153 mempunyai risiko yang tinggi, 240 mempunyai risiko yang sederhana. Jadi, untuk tahun ini, sebenarnya 6 kejadian tanah runtuh telah dilaporkan maksudnya bagi sepanjang Monsun Timur Laut 21-22 ini, 6 kejadian tanah runtuh telah dilaporkan dan kerja-kerjanya telah dilaksanakan membabitkan jalan-jalan di Bentong, Cameron Highlands dan Lipis.
Isu cerun ini dibangkitkan oleh Tanah Rata yang mengharapkan satu pendekatan yang lebih cekap secara digital. Jadi, cadangan itu saya ambil maklum dan pihak kerajaan akan bincang dengan Kerajaan Persekutuan macam mana untuk kita bangunkan satu sistem yang lebih cekap. Ketari ada membangkitkan masalah keadaan jalan Kuala Lumpur - Bentong yang memerlukan penyelenggaraan dan lampu jalan. Soal penyelenggaraan sebenarnya ianya telah pun dijalankan sepanjang 6.6 kilometer daripada laluan tersebut telah pun ataupun dari Kampung Lebu ke Mempaga telah pun selesai dilaksanakan penyelenggaraannya.
Tapi soal lampu jalan ini bukan di bawah peruntukan MARRIS. Insya-Allah, kita akan bincang dengan Pejabat Daerah Bentong macam mana untuk kita kaji dan kita angkat cadangan sekiranya ianya benar-benar memerlukan. Tanjung Lumpur ada membangkitkan soal keperluan jalan alternatif bagi mengurangkan kesesakan. Jadi, ini juga untuk makluman sidang Dewan, bukannya satu projek JKR tapi kita akan minta pihak JKR membantu pihak syarikat pelaksana ini mencadangkan atau membincangkan dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau macam mana pihak syarikat ini boleh membantu mewujudkan menyediakan jalan-jalan sementara untuk memudahkan pengguna di kawasan tersebut.
Seterusnya bagi infastruktur yang lain di bawah JKR, perbelanjaan pembangunan infastruktur JKR bagi tahun 2020 sebanyak RM60.83 juta akan diperuntukkan bagi penyelenggaraan dan naik taraf. Antaranya kuarters dan pejabat-pejabat kerajaan. Terdapat peningkatan peruntukan bangunan berbanding tahun sebelum ini sebanyak RM27.73 juta ataupun 83.78%.
Akhir sekali berkaitan dengan infastruktur, Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin kongsikan sedikit perkembangan berkaitan dengan PPSAS ataupun Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri Pahang yang akan menggantikan Wisma Sri Pahang yang kita duduk sekarang ini yang telah pun berusia 54 tahun. PPSAS akan menjadi satu ikon terbaru negeri dengan reka bentuk kompleksnya yang diaspirasikan daripada jata negeri. Selain daripada mengaplikasikan teknologi hijau demi penekanan kepada pemeliharaan alam sekitar di samping ruang pejabat yang lebih selesa dan menggunakan teknologi terkini dalam pentadbiran.
PPSAS yang dibina di KotaSAS dalam peringkat akhir dan penyiapan dan proses perpindahan dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat bermula daripada Mac tahun hadapan.
Akhir sekali untuk portfolio kerja raya, kita melihat bahawa secara keseluruhannya Bajet 2020 ini akan er…yang diterima…yang akan diterima oleh Negeri Pahang ini akan membantu kita meningkatkan lagi kecekapan dalam perancangan, pengurusan dan penyelenggaraan insfrastruktur yang ada di Negeri Pahang ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya beralih kepada portfolio kesihatan… panjang juga…banyak juga soalannya. Walaupun penyampaian perkhidmatan kesihatan ini tidak dilaksanakan di bawah Kerajaan Negeri tapi Kerajaan Negeri khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar sangat memberikan perhatian dalam soal kesihatan di Negeri Pahang ini. Oleh yang demikian, jelas dalam menghargai kesihatan rakyat Negeri Pahang ini dalam belanjawan yang dibentangkan telah memberikan fokus yang jelas ya kepada peningkatan taraf kesihatan rakyat.
Hal ini amat dihargai oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang khususnya apabila diumumkan satu pengwujudan Pasukan Gerak Sihat Pahang yang dijangkakan dapat membantu gerakan untuk mengwujudkan budaya cara hidup sihat di kalangan rakyat bagi menyokong NGO-NGO lain ataupun gerakan-gerakan lain yang sedia ada seperti KOSPEN, COMBI dan Duta Ubat.
Dalam aspek pembangunan premis-premis kesihatan Negeri Pahang, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang ini telah menerima sebanyak RM343 juta di bawah peruntukan pembangunan. Ini tidak termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Sebelum ini saja kita telah terima sebanyak RM343 juta dan daripada peruntukan tersebut er…99.57% telah pun dilaksanakan. Pelaksanaan Projek Rancangan Malaysia Ke-12 dilaksanakan secara berterusan dan terkini projek pembangunan JKNP telah memasuki rolling plan yang pertama dan dengan projek-projek sambungan sebanyak 25 projek dengan syiling peruntukan sebanyak RM1 bilion.
Bagi kesihatan awam Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Usaha-usaha pihak Kementerian Kesihatan untuk er…menaik taraf klinik-klinik desa menjadi klinik-klinik kesihatan seperti mana yang dibangkitkan oleh Pulau Manis akan terus berjalan. Sebanyak 18 buah klinik selama ini telah dinaikkan taraf kepada klinik kesihatan dan 3 buah klinik desa telah dinaiktarafkan pada tahun lepas dan tahun ini iaitu KK Sungai Ular, KK Kuala Wau dan KK Kuala Tiga. Sebanyak 22 lagi klinik desa yang perlu dinaik taraf dan satu projek naik taraf KD telah pun dicadangkan dalam Projek RMK-12 rolling plan ketiga iaitu di Lembah Bertam, Cameron Highlands antaranya. Senarai bagi klinik-klinik boleh saya kongsikan bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang berminat.
Seterusnya, saya ingin sentuh berkaitan dengan soal vaksinasi, dos penggalak. Ini bukan sahaja isu Negeri Pahang tapi ini isu nasional. Walau apa pun isu ini dibangkitkan kita harus faham ini bukanlah satu perkara yang kita suka nak buat tapi kita perlu buat untuk mengekang pandemik ini daripada berterusan. Dan pemberian vaksin ini adalah sebenarnya dibuat secara sukarela dan percuma. Sehingga 5 Disember 2021 seramai 87,000 orang yang layak telah menerima suntikan vaksin dos penggalak. Pada masa yang sama sebanyak 1.16 juta telah lengkap menerima vaksin.
Menjawab soalan Mentakab berkaitan dengan sijil digital vaksin yang tidak dapat dikemas kini. Jadi, mana-mana individu yang mempunyai masalah ini sebaiknya bolehlah merujuk pada pusat pemberian vaksin yang memberikan suntikan untuk semakan rekod mereka. Kalau di mana mereka ambil suntikan sebelum ini, di situlah sepatutnya mereka pergi.
Dalam menguruskan soal pandemik ini Dato’ Sri Yang di-Pertua er…pihak Kerajaan tidak dapat lari juga daripada apa ni… kemarahan rakyat, bila berkaitan dengan kompaun. Bagi penguatkuasaan Undang-Undang Kesihatan Awam oleh Kementerian Kesihatan… Pahang sebenarnya antara negeri yang sepertimana yang dihebohkan banyak mengeluarkan kompaun untuk pencegahan dan pengawalan penyakit. Melalui Akta Penyakit Berjangkit 1988 Akta 342.
Jadi, bagi menjawab isu ini Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita kena faham bahawa dalam nak mengekang masalah penyebaran wabak ini, Negeri Pahang ini kita duduk di kawasan yang tengah dan Negeri Pahang ini ada 7 negeri yang bersempadan dengannya. Jadi, kalau tidak tegas dalam soal kawalan ini, kita jadi sebuah negeri yang sentiasa terkesan dengan apa sahaja perubahan ataupun keseriusan wabak di negeri-negeri yang berjiran dengan kita. Kita berjiran dengan Terengganu, Kelantan, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
Jadi, alhamdulillah ya, walaupun berat tanggungjawab yang terpaksa dipikul oleh pentadbiran Kerajaan Negeri, alhamdulillah kita antara negeri yang nampak terkedepan dalam usaha pemulihan ini Dato’ Sri Yang di-Pertua. Dalam menghadapi COVID-19 ini jugak er… sebahagian daripada kita tidak sedar bahawa ada lagi ancaman-ancaman kesihatan yang lain. Denggi dah berpuluh-puluh tahun terus kekal menjadi ancaman kepada masyarakat kita.
Secara ringkasnya Negeri Pahang, walau bagaimanapun menunjukkan penurunan yang ketara bagi tahun ini ya, dari segi kesnya. Cuma saya nak kongsikan daerah Kuantan masih lagi menjadi daerah yang tertinggi kesnya dan DUN Teruntum antara kawasan yang hotlah Yang Berhormat. Jadi, saya sekali lagi berharap agar kita melihat bahawa soal denggi ini adalah soal tanggungjawab kita secara bersama. Kita kena faham bahawa sebenarnya nak menguruskan denggi ini tidak sesusah kita nak menguruskan COVID-19 kerana kita apa…soal nyamuk aedes ini kalau semua orang boleh pastikan pembiakan nyamuk di rumah ataupun persekitaran tempat tinggal masing-masing itu dapat dihentikan… insya-Allah, wabak itu tidak akan merebak.
Masa Yang Berhormat, panjang lagi ke? Boleh…
Baik Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Buat penggulungan akhirlah.
Tebal betul teks yang diberikan. Akhir sekali saya menyentuh sedikit soal pengangkutan. Kita tahu bahawa pengangkutan menjadi pemangkin kepada
pembangunan sosio ekonomi setempat dan sehubungan dengan itu Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan telah melancarkan Dasar Pengangkutan Negara 2019 - 2023. Kita tidak berapa perasan kerana pada ketika itu kita berdepan dengan pandemik. Jadi, yang paling penting soal pengangkutan ini adalah kesalinghubungan er… di antara satu sistem pengangkutan dengan sistem yang lain.
Jadi, kita sudah biasa dengan jalan raya di Negeri Pahang dan kita juga ada lapangan terbang, kita ada pelabuhan tapi sekarang ini kita sebagai Pusat Konurbasi Pantai Timur… Kuantan ini cabaran kita ialah bagaimana kita nak meningkatkan kecekapan antara sistem ini, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Rahmat kita dapat apabila Projek ECRL telah diluluskan dan sedang dilaksanakan. Sehingga sekarang ini 28.56% yang pastinya akan menjadi rangsangan kepada pembangunan ekonomi di Negeri Pahang dan dijangka secara keseluruhannya projek ini akan siap pada tahun 2026.
Pembinaan ECRL ini Dato’ Sri Yang di-Pertua sememangnya menarik perhatian er... ramai pelabur untuk terus melabur di Negeri Pahang. Dan pembinaan ini akan membabitkan pembinaan juga 7 buah stesen ECRL di negeri ini yang kita pasti setiap stesen ini akan seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi di kawasan masing-masing.
Dan dalam pembinaan er... ECRL ini juga, ada juga impaknya er... kepada masyarakat yang terkesan maksudnya gangguan ekonominya. Sebagai contoh, di Temerloh Dato’ Sri Yang di-Pertua, seperti mana yang dibangkitkan oleh Semantan beberapa kali, 31 pengusaha ternakan ikan sangkar terjejas pendapatannya. Alhamdulillah, er...pihak Kerajaan Negeri seterusnya melalui MRL dan er... Kementerian Pengangkutan telah mengusahakan pembayaran sagu hati yang besar jugalah jumlahnya, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Seterusnya, yang menarik perhatian kita untuk yang… yang seterusnya untuk masa hadapan, kita dah dengar cadangan pemajuan Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan dan Bandar Aeroangkasa Pahang. Er... kerja-kerja er… cadangan ini telah berjalan beberapa tahun dan akhirnya alhamdulillah, kita rakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang ini di atas persetujuan meluluskan permohonan ini. Jadi, kita bagi pihak Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih.
Saya fikir itu sajalah yang sempat saya ketengahkan dalam masa yang ada ni Dato’ Sri Yang di-Pertua. Jadi, secara kesimpulannya, Bajet yang dibentangkan pada kali ini Dato’ Sri Yang di-Pertua memang sangat inklusif sifatnya dan menyentuh semua… semua er... peringkat. Yang penting, setiap daripada kita kena ambil peranan dan tanggungjawab bersama untuk memastikan er... apa yang telah dirancang dapat dilaksanakan sebaiknya.
Saya dengan er... dengan ini Dato’ Sri Yang di-Pertua, er... menyokong Usul Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Kerja Raya. Seterusnya saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang. Sila Yang Berhormat, dalam masa yang sama, 20 minit.
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan selamat petang. Alhamdulillah [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya sebagaimana rakan-rakan yang lain untuk memberi sedikit jawapan dan juga penjelasan kepada persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan Ahli Dewan Negeri yang kita berhimpun di Dewan Yang Mulia ini bagi membincangkan tentang kepentingan negeri kita Pahang Darul Makmur yang tercinta.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang telah berjaya membentangkan sebuah Bajet yang telah mengambil kira pelbagai pihak dan juga ins… institusi kerajaan bagi memastikan Negeri Pahang serta rakyat sentiasa terpayung di bawah payung yang teduh dan dapat melaksanakan kehidupan dengan selesa.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Begitulah pada sesi yang lalu, Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan RM119 juta bagi per… Perbelanjaan Mengurus dan juga RM9.62 juta Perbelanjaan Pembangunan untuk Jabatan Agama Islam Pahang di dalam sesi 2021.
Selain peruntukan Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan juga turut membantu bagi memastikan kerja-kerja pendidikan, agama dan juga dakwah di Negeri Pahang dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Sehubungan itu, hasil daripada usaha murni ini, pelbagai tugasan dan juga aktiviti dapat dilaksanakan untuk kepentingan pendidikan, agama dan juga dakwah.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Dalam pada itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang juga telah er... bersama dengan Kerajaan Negeri, telah berusaha untuk membantu di dalam pelbagai aktiviti-aktiviti yang bersifat er... keperluan yang mendesak seumpama pembelian sebanyak 16 buah kenderaan kepada 13 buah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang dan 2 buah peja… di 2 buah… 2 buah van kepada Pejabat Agama Islam Daerah dan juga Masjid Negeri, dengan jumlah RM1.7 juta.
Bayaran one-off telah diperkenalkan sebanyak RM300.00 kepada 350 orang guru Quran asrama dengan jumlah peruntukan RM105,000.00. Dan juga Insentif Kecemerlangan SPM Tahun 2020 kepada pelajar-pelajar seramai 214 orang penerima, dengan jumlah RM155,000.00. Saguhati kepada seramai 31 orang pelajar selepas er... lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (SMAN) Pahang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar juga telah diperuntukkan sebanyak RM62,000.00.
Bayaran Khas One-Off RM750.00 kepada 1,032 orang Imam Kariah dengan jumlah RM774,000.00 telah diperuntukkan. Bayaran… Bayaran Khas One-Off RM250.00 kepada 888 orang Bilal dan 889 orang Siak, dengan jumlah RM444,250.00. Bayaran Khas One-Off RM300.00 kepada 2,628 orang guru kelas pengajian Al-Quran Fardhu Ain (KAFA) dengan jumlah peruntukan RM788,400.00.
Bayaran One-Off RM500.00 kepada 401 orang guru Takmir, 15 orang penyelia surau/masjid dan 40 orang penyelia KAFA dengan jumlah RM228,000.00. Inisiatif pemberian jubah Pegawai Masjid kepada seramai 5,829 orang Imam, Bilal dan Siak
seluruh Negeri Pahang dengan kos keseluruhan RM624,412.00. Inisiatif kepada er... pasangan pengantin sebanyak RM200.00 bagi setiap pasangan yang baru er... melangsungkan perkahwinan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Demikianlah pelbagai usaha pendekatan bagi memastikan kerja dan khidmat bakti para er... us… er... Imam, Bilal, guru Quran telah diiktiraf dan juga telah diambil kira oleh Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin secara ringkasnya untuk menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan ADUN seumpama Pulau Manis, Panching tentang pembangunan sekolah agama. Sebenarnya perkara ini telah dicatatkan dan telah dipersetujui unt… untuk… dan dimasukkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan kita berharap perkara ini akan menjadi kenyataan kepada kita semua dengan terbinanya satu lagi sekolah agama di Negeri Pahang Darul Makmur.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sahabat saya daripada Panching juga ada membangkitkan tentang usaha bagaimana untuk menaik taraf ataupun gred guru-guru kita, guru-guru besar dan pendidik-pendidik kita. Insya-Allah perkara ini juga di dalam kajian dan penelitian Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang dan juga Khidmat Pengurusan. Mudah-mudahan insya-Allah mereka akan dapat menerima er... apa usaha ini dengan jayanya pada tahun 2022 nanti.
Begitu juga dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Panching tentang guru-guru yang telah dilantik er... dilantik melalui ASPA. Perkara ini telah men… mendapat perhatian oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada Oktober 2021. Lalu apabila dibentangkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan hal ini telah dipersetujui untuk er... meluluskan pelantikan mereka secara contract of service seramai 100 orang guru, insya-Allah, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Begitu juga sahabat saya daripada Panching mencadangkan dan mengusulkan supaya sekolah-sekolah agama Kerajaan Negeri ini dima… dijadikan anak angkat kepada GLC supaya dapat er... dibantu dan dimajukan sekolah-sekolah berkenaan. Sesungguhnya Kerajaan Negeri sememangnya mengalu-alukan bahkan usaha ini telah dilaksanakan sendiri oleh pihak ASPA dan Yayasan Pahang bagaimana untuk membantu sekolah-sekolah agama ini terus maju dan berdaya er… berdaya saing.
Sungai Lembing juga er… meminta supaya guru-guru KAFA diberikan perhatian dan kebajikan mereka dapat diambil kira. Kerajaan Negeri sememangnya komited dan sentiasa membantu guru-guru KAFA dan baru-baru ini sahaja mereka er… sebagaimana yang saya sebutkan di awal tadi mereka telah diberikan inisiatif sebanyak RM300.00 kepada er… setiap guru selain daripada apa yang disumbangkan oleh pihak JAKIM sebanyak RM500.00.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sahabat saya daripada Tahan ada mengemukakan soalan tambahan mengenai usaha apakah pihak Kerajaan terhadap anak-anak kita daripada golongan Orang Asli yang
tertinggal. Sesungguhnya Kerajaan Persekutuan telah membina kombinasi dengan Kerajaan Negeri supaya anak-anak Orang Asli ini dapat diberikan perhatian yang baik. Pelbagai aktiviti dan juga program disediakan seumpamanya “Program Chup Badoi Sikolah” iaitu dengan terjemahan “Jom Pergi ke Sekolah” telah diperkenalkan di beberapa buah sekolah termasuklah Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan, Sekolah Kuala Sat, Sekolah LKTP Kechau 1, Sekolah Kebangsaan Teluk Gunung Kuala Lipis dan er… aktiviti-aktiviti yang lain seperti menyediakan makanan dan minuman serta ziarah cakna ke rumah-rumah pelajar yang er… yang sukar untuk hadir ke sekolah dan juga aktiviti-aktiviti seperti permainan, sukan, gym dan juga menyediakan TV-TV hiburan untuk mereka berhibur sambil belajar.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Usaha ini telah membuktikan bahawasanya seramai 250 orang er… 250 orang calon SPM pada tahun lalu telah berjaya di dalam pemeriksaan er… peperiksaan mereka iaitu seramai 198 orang ertinya 79.20% pelajar Orang Asli telah berjaya di dalam peperiksaan SPM mereka dan ini mereka telah diberikan pengiktirafan oleh Menteri Besar Pahang kita sendiri pelajar yang mendapat 5A ke atas dengan sumbangan khas diberikan sebagai galakan kepada anak-anak pelajar Orang Asli.
Begitu juga seramai 44 orang calon STPM di kalangan anak-anak Orang Asli ini, mereka hampir 50% telah berjaya dan dua orang yang mendapat 4 flat dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah berjumpa dan memberi sumbangan kepada pelajar berkenaan sebanyak lima er… RM1,000.00 pada setiap seorang pelajar, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Namun, biasalah jangan kerana Orang Asli, orang hak tak asli ini kalau pemalas tu pemalas la tak pergi ke sekolah, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Juga dibangkitkan oleh rakan kita daripada er… Teruntum mengenai er… UCYP. Sesungguhnya UCYP sememangnya pada tahun 2020 ada mencatatkan sedikit penurunan er… penurunan keuntungan walaupun belum pada tahap kerugian. Hal ini mungkin di… er… hal ini telah dikenal pasti kerana situasi COVID dan pelbagai er… apa faktor yang telah menyebabkan sedikit penurunan berlaku kepada UCYP. Insya-Allah, Kerajaan Negeri sentiasa memberikan perhatian dan meneliti setiap IPT, IPTS yang ada di Negeri Pahang ini agar mereka berjalan dengan lancar dan sempurna.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sahabat saya daripada Bukit Ibam juga membangkitkan supaya er… geran yang kita berikan kepada anak-anak kita untuk melanjutkan pelajaran di IPTA dapat dinaikkan dengan jumlah yang lebih besar lagi. Ini cadangan yang sangat baik, sesungguhnya Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang. Walaupun demikian, seandainya ada anak-anak kita memohon kita sentiasa memberikan perhatian dan cadangan ini juga akan dibawa kepada er…apa er…meja Mesyuarat Ahli Lembaga untuk mendapat kelulusan dan juga diberikan perhatian yang sebaiknya. Insya-Allah Dato’ Sri Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dengan sedaya er… sebaik mungkin agar anak-anak kita serta pelajar-pelajar kita diberikan perhatian yang sebaik-baiknya.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana telah meluluskan pelbagai peruntukan bagi mem… er… memperkasakan institusi agama Islam dari aspek merealisasikan ilmu, dakwah dan
teknologi yang berteraskan kepada revolusi perindustrian keempat iaitu sebanyak RM147 juta. [Bacaan dalam bahasa Arab].
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada urus setia Jabatan Agama Islam Pahang yang sentiasa merealisasikan segala tugasan-tugasan yang diamanahkan oleh Kerajaan Negeri khususnya di kala menghadapi er… pandemik COVID-19 baru-baru ini. Mereka sentiasa komited memastikan khidmat bakti dapat dilaksanakan di pejabat-pejabat agama, di masjid-masjid dan juga di mana tempat sekalipun. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada semua urus setia yang telah bertungkus-lumus untuk melaksanakan agenda Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sesungguhnya dengan er… usaha yang begitu gigih oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang sebagaimana yang telah saya sebutkan secara ringkas dan sedikit daripada begitu yang banyak telah di er… disumbangbaktikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang se… er… selaku Ketua Negeri Pahang ini adalah bukti.
Apa yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam Surah At-Talaq Ayat 2 hingga 3 telah dapat kita realisasikan sebagaimana yang difirmankan [Bacaan dalam Bahasa Arab], “barang siapa yang membina ciri-ciri ketakwaan kepada Allah SWT di dalam kehidupan mereka, Allah SWT memberikan jalan keluar walaupun asalnya nampak macam sempit”.
Nampak macam sukar dan susah tetapi Allah SWT berikan jalan keluar kerana ciri-ciri ketakwaan itu kita bina di dalam jiwa masyarakat dan rakyat di Negeri Pahang Darul Makmur dan akhirnya Allah SWT menyatakan [Bacaan dalam Bahasa Arab], Allah SWT akan memberikan rezeki yang melimpah-ruah tanpa kita sangka. Mudah-mudahan rezeki ini Allah kekalkan dan Allah limpahkan dengan penuh keberkatan kepada Negeri Pahang Darul Makmur.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon menyokong RUU Perbekalan (2022) 2021 dan Usul Pembangunan dan Perbekalan Air 2022 yang diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Darul Makmur. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja].
Terima kasih Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam yang cukup masa. Seterusnya, saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Sila, Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. [Bacaan dalam bahasa Arab] Assalammualaikum WBT dan salam Keluarga Malaysia dan Keluarga Pahang. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar
Pahang dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang saya hormati dan saya kasihi sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah keizinanNya maka dapat kita bersama-sama di dalam Dewan Yang Mulia pada hari ini. Saya memulakan ucapan penggulungan ini dengan merakamkan ucapan tahniah, syabas dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang telah membentangkan Belanjawan 2022 Negeri Pahang. Ternyata ianya bukan sahaja merupakan sebuah bajet yang sangat baik dan menyentuh pelbagai aspek tetapi boleh saya simpulkan sebagai sebuah bajet prihatin, empati dan sensasi.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri memberikan komitmen yang cukup tinggi dalam melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19. Usaha ini perlu dilakukan berterusan agar kebajikan dan kesejahteraan rakyat di Negeri Pahang ini terjaga dan terbela. Oleh itu, Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang akan terus er… meneruskan usaha menangani isu-isu semasa bagi memastikan agenda kesejahteraan rakyat dapat diutamakan.
Dalam suasana pandemik yang membadai, sudah pastinya terdapat sebahagian rakyat yang terkesan dari segi pendapatan isi rumah. Walau bagaimanapun, kebersamaan antara para pimpinan serta rakyat dalam mendepani situasi ini, telah berjaya membina keakraban yang utuh dalam kalangan semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang etnik, kaum, ras, mahupun agama.
Hal ini memperlihatkan dimensi perpaduan merentasi setiap sudut di Negeri Pahang ini melalui manifestasi yang persis dengan konsep Keluarga Malaysia yang pastinya menjadi aspirasi dan agenda utama kepimpinan negara. Kerajaan Negeri Pahang komited dalam memperkasakan keharmonian dan perpaduan warga Negeri Pahang melalui perancangan bersasar bagi memastikan setiap warga Pahang berada pada tahap yang selesa dan terjamin melalui kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Julung kalinya, pada tahun ini Bulan Perpaduan Negeri Pahang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 17 September 2021 secara maya dan menyaksikan pengisian interaktif berkonsepkan atas talian melalui platform media sosial. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM35,000.00 bagi menjayakan program ini dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional selaku urus setia telah melaksanakan program bertemakan ‘Pahang Negeriku’ sebagai aspirasi rakyat Pahang yang cintakan perpaduan dan bangga menjadi anak Pahang. Dan saya kira itulah juga yang memberikan inspirasi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mencipta terma Pahang Pride Kid dan juga Pahang Pride Student Card sewaktu pembentangan bajet baru-baru ini.
Antara program atas talian yang telah dilaksanakan, Majlis Ilmu Sempena Bulan Perpaduan, Sembang Santai@One Unity Cafe, Segmen Khabar dari Daerah dan Promosi #PahangNegeriku. Pengisian pada tahun ini memberi fokus secara atas talian atas faktor kekangan pelaksanaan program-program secara fizikal dan ianya akan dijadikan perintis dan di masa hadapan akan dilaksanakan dengan lebih meluas sekiranya keadaan semakin pulih dan mengizinkan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat,
Selari dengan aspirasi Keluarga Malaysia, kita juga menyokong usaha Kementerian Perpaduan Negara yang menghasilkan KAMI@Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021 - 2025 yang memberi fokus kepada empat (4) dimensi yang dikenali sebagai K.A.M.I iaitu K - Karib, A - Accessibility, M - Majmuk, dan I - Inclusivity. Pada bulan November yang lepas, Negeri Pahang menjadi destinasi pertama Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara telah melancarkan Sesi Maklum Balas Rakyat KAMI ataupun Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021 - 2025 Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di Bentong bagi mengumpul pandangan, idea, program dan aktiviti yang bersesuaian bagi mengukuhkan perpaduan Keluarga Malaysia. Sejajar dengan itu, sesi maklum balas rakyat ini telah berlangsung di seluruh daerah-daerah di Negeri Pahang secara serentak pada 25 November 2021.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Insya-Allah, pada tahun 2022, program-program yang telah direncanakan adalah seperti kita meneruskan Bulan Perpaduan Negeri Pahang, RT Cares 2.0, Ziarah Perpaduan 2.0 dan juga Program Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti KRT. Keseluruhan program ini akan menerapkan konsep pengukuhan perpaduan dan kesedaran komuniti untuk saling bekerjasama memantapkan keharmonian kaum di Negeri Pahang. Konsep rakan strategik akan menjadi kaedah pelaksanaan bagi mencapai sasaran yang lebih menyeluruh dan berkesan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Bagi tahun 2022, kita telah mendengar bagaimana Yang Amat Berhormat telah memperuntukkan sejumlah peruntukan yang agak besar kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang untuk melaksanakan program-program kebajikan iaitu sejumlah RM21,815,000.00. Peruntukan Belanjawan ini adalah untuk manfaat ke semua kumpulan sasar yang menjadi client kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sesungguhnya, keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap keperluan kumpulan sasar ini memperlihatkan penambahan beberapa peruntukan seperti kepada Tabung Pengurusan Bantuan Bencana yang mana telah disebutkan dinaikkan daripada RM3 juta sebelum ini kepada RM7.6 juta dan kadar Bantuan Bencana Daerah Pahang dinaikkan daripada RM20,000.00 kepada RM50,000.00 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM550,000.00.
Dan juga saya mewakili anak-anak client penerima bantuan JKM dan penghuni 4 institusi kanak-kanak JKM seramai 1,500 orang yang akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2022 kerana Kerajaan Negeri telah meneruskan Program Bantuan Peranti Digital dan Pencetak Kanak-Kanak yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2.2 juta.
Selain itu, kita juga telah mendengar bagaimana 70 TASKA berdaftar dengan JKM akan diberikan penarafan 4 bintang membabitkan peruntukan RM350,000.00 dan 22 orang kanak-kanak di bawah Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) akan dijadikan ikon kanak-kanak, yang mana kita akan memberikan sebanyak RM10,000.00 kepada mereka ini untuk kita bagikan mereka latihan soft-skills supaya mereka ini bukan saja menjadi ikon, tetapi juga akan menjadi pemangkin kepada anak-anak remaja yang boleh menjadi kepimpinan dan teladan kepada anak-anak remaja yang lain.
Peruntukan RM150,000.00 diberikan kepada Majlis Penasihat OKU Negeri Pahang
membuktikan kecaknaan Kerajaan Negeri kepada golongan OKU di Negeri Pahang. Begitu juga apabila kita memperuntukkan RM520,000.00 kepada 52 Pusat Pemulihan Dalam komuniti (PPDK) Negeri Pahang dan sumbangan one-off RM250.00 kepada 300 orang Penyelia dan Petugas PPDK yang melibatkan peruntukan RM75,000.00 juga adalah menunjukkan keprihatinan kita kepada usaha mereka ini yang menjadi penyelia di PPDK di seluruh Negeri Pahang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin menyentuh tentang Kad Kesihatan Warga Emas yang akan dimulakan mulai 1 Januari 2022 yang mana kad warga emas ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana kita memilih 18,000 warga emas yang akan menjadi penerima kad. 18,000 warga emas ini Dato’ Sri Yang di-Pertua, akan terdiri daripada mereka yang sekarang ini menjadi penerima bantuan orang tua JKM.
Seramai 8,000 lebih dan selebihnya akan dipilih melalui pejabat-pejabat khidmat masyarakat, ADUN-ADUN di kawasan dan kepimpinan masyarakat yang mana ianya mestilah terdiri daripada warga emas yang benar-benar tidak berkemampuan yang mana kad kesihatan ini akan kita kreditkan sebanyak RM500.00 dan mereka ini boleh mendapat perkhidmatan daripada panel-panel klinik swasta yang akan dipilih di seluruh Negeri Pahang ya. Jadi, ianya akan diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang.
Dan begitu juga, keprihatinan kita kepada warga emas ini, kita telah mewujudkan Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri Pahang. Terima kasih sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah memberikan sejumlah peruntukan untuk jawatankuasa ini melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan dengan warga emas.
Dan, saya juga ingin highlight ataupun mengingatkan semula kita bahawa Kerajaan Negeri telah pun memperuntukkan sebanyak RM34,197,038.00 yang memberi manfaat kepada 679,504 orang dalam Program Bantuan Prihatin Pahang yang mana Bantuan Prihatin Pahang ini telah dipecahkan kepada 4 fasa, dan penerimanya meliputi pelbagai kategori masyarakat terdiri daripada pesakit COVID-19, kontak rapat yang menjalani kuarantin di rumah (HSO), penjaja, nelayan, operator kantin dan dewan makan, barisan hadapan (frontliners), warga emas, ibu tunggal, golongan miskin, golongan miskin tegar, OKU dan lain-lain lagi.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang menguruskan pemberian Bakul Makanan Bantuan Prihatin Pahang ini yang terdiri daripada kepimpinan masyarakat, Wakil-Wakil Rakyat, Majlis Tindakan Sosial Pahang, Majlis Pembangunan Wanita Pahang, JPKK, JPKKB, JKKR, Tok-tok Batin, KRT dan semua pihak yang terlibat.
Selain itu, golongan rentan turut diberi perhatian kerana mereka juga terjejas dan kali ini saya sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada Program Intervensi Sosial sepertimana yang telah dilaksanakan di Jalan Wong Ah Jang. Ianya sesungguhnya adalah sebuah success story di mana kita telah berjaya bukan sahaja melaksanakan penguatkuasaan ya, kita menukar daripada pendekatan melaksanakan penguatkuasaan kepada pendekatan pemulihan dan pendidikan kepada komuniti yang ada di Jalan Wong Ah Jang.
Dan semalam Jengka, Wakil daripada Jengka menyatakan keterujaan beliau untuk melawat ya insya-Allah, kita boleh aturkan dan saya juga ingin berkongsi dengan Dewan Yang Mulia ini, Program Fertigasi Cili yang juga dibantu oleh pihak Yayasan Pahang untuk komuniti di sana telah pun berjaya kita tuai sebanyak 300 kilogram, ya. Insya-Allah, bila masa tiba menuai nanti mungkin saya boleh jemput Ahli Dewan untuk bersama-sama.
Kerajaan Negeri, insya-Allah sentiasa akan komited dalam usaha membantu rakyat ya dan diteruskan program ini akan diteruskan malah ditambah lagi kesediaan Kerajaan Negeri memperuntukkan RM40 juta ke arah endemik COVID-19 ya. Dengan pelaksanaan Bantuan Prihatin Pahang ini dapat memberi impak positif di mana kumpulan sasar menerima manfaat daripada bantuan ini dan dapat meringankan beban mereka dalam menghadapi endemik COVID-19.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Seramai 6 orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan pertanyaan, isu dan cadangan sepanjang sesi perbahasan kali ini yang membabitkan portfolio saya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Cheka di atas keprihatinan terhadap pengurusan rumah orang tua di Negeri Pahang. Untuk makluman, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat tiada menyediakan peruntukan khas bagi membantu rumah orang tua yang dikendalikan oleh pihak swasta di Negeri Pahang.
Namun, kita tetap membantu sekiranya ada permohonan daripada rumah-rumah orang tua ini. Kerajaan Persekutuan pula melalui JKM ada menyalurkan geran peruntukan kewangan sebanyak RM60,000.00 kepada Pusat Jagaan Pertubuhan Pengurusan Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang di Triang, Bera dan selain itu, bantuan Pre-Prihatin berjumlah RM114,800.00 telah diberikan kepada 14 buah pusat jagaan warga emas berdaftar di bawah JKM di Negeri Pahang pada tahun 2020. Namun, Kerajaan Negeri sebagaimana dalam ucapan Belanjawan 2022 yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam proses penubuhan Desa Warga Emas yang diterajui oleh Yayasan Pahang.
Untuk makluman, Yang Berhormat daripada Mentakab, antara inisiatif bagi membantu golongan terkesan dengan pandemik COVID-19, Kerajaan Negeri telah meluluskan sumbangan one-off sebanyak RM250.00 di bawah Bantuan Prihatin Pahang kepada peserta e-Kasih miskin tegar seramai 1,594 orang yang berjumlah keseluruhannya RM398,500.00.
Untuk makluman, Yang Berhormat daripada Damak, ibu tunggal yang terbabit yang ibu tunggal yang mana mempunyai anak-anak yatim akibat pandemik COVID-19 boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak di bawah skim bantuan bulanan JKM dengan kadar minimum RM150.00 seorang dan sehingga maksimum RM1,000.00 sebulan seperti pecahan berikut: RM200.00 seorang bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah, RM150.00 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun dan kadar bantuan maksimum RM1,000.00 sebulan kepada keluarga tersebut dan permohonan ini boleh dibuat di Pejabat-pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di mana ibu tunggal itu bermastautin dan kita juga membantu mereka untuk mendapatkan biasiswa pendidikan daripada Yayasan Pahang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Yang Berhormat Sabai bertanya mengenai bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada mangsa kebakaran di Karak pada Oktober 2021. Saya kira
telah pun juga dijawab oleh rakan saya daripada Lepar. Namun begitu untuk makluman, semua 53 keluarga yang terbabit telah diberi bantuan kit bencana oleh pihak JKM dan telah juga menerima bayaran bantuan tabung malapetaka daerah sebanyak RM1,000.00 setiap keluarga.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Yang Berhormat daripada Tanjung Lumpur menanyakan tentang data berkenaan mangsa banjir dan bagi mangsa banjir ini, data disediakan oleh Pengerusi JPKK di kampung yang terlibat dan diuruskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah bersama dengan pihak JKM dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Penyelarasan data ini dibuat bagi memastikan tiada keciciran nama mangsa banjir. Namun begitu sekiranya ada, pihak-pihak berkenaan boleh menghubungi apa ni, Pejabat Daerah dan Tanah yang berdekatan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Tidak dinafikan dari dulu, kini dan selamanya Kerajaan Negeri Pahang sangat prihatin terhadap kebajikan dan program memperkasakan wanita. Sejumlah RM8,260,000.00 diperuntukkan kali ini kepada wanita dan ini pastinya akan merancakkan ekonomi, pembangunan sosial dan menjaga kebajikan wanita. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kerana merealisasikan hasrat wanita Pahang mewujudkan dasar dan pelan tindakan wanita khusus untuk Negeri Pahang yang mana telah diperuntukkan sejumlah RM5 juta bagi tempoh 5 tahun.
Dasar dan pelan tindakan ini amatlah penting kerana seluruh wanita Negeri Pahang kepada seluruh wanita Negeri Pahang sebagai panduan bagi mencapai matlamat pembangunan mapan (SDG) dalam semua aspek hal ehwal berkaitan wanita seiring dengan kehendak global. Semoga sokongan Kerajaan Negeri dalam pembentukan dasar dan pelan tindakan ini dapat membawa wanita Pahang lebih jauh sehingga ke persada antarabangsa.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kita juga akan memberi tumpuan kepada ekonomi ibu tunggal dengan mensasarkan 280 orang ibu tunggal dari seluruh Negeri Pahang supaya mereka ini boleh bebas daripada kemiskinan dan dapat menjana ekonomi melalui aktiviti keusahawanan. Bimbingan dan latihan akan diberikan kepada mereka ini sehingga mereka berjaya dan boleh berdikari.
Dari segi aspek kesihatan pula, terima kasih kerana Kerajaan Negeri melaksanakan program yang dikenali sebagai Cakna Suri yang mana Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang bekerjasama dengan LPPKN memberikan ujian mamogram secara percuma kepada wanita golongan B40 Pahang yang berumur 40 tahun ke atas. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan sepanjang tempoh dua bulan selepas PKP ini, kita telah menerima sebanyak 1,600 orang peserta. Daripada jumlah ini seorang daripadanya dikesan positif kanser payudara.
Justeru itu, pengumuman bajet tambahan bagi program untuk 2022 ini adalah satu tindakan yang sangat tepat dan sangat baik dan ianya juga telah menjawab pertanyaan daripada YB. Triang. Program ini telah dan akan terus dipromosikan oleh Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Pahang, Pejabat Setiausaha Kerajaan bersama NGO Kerajaan Negeri iaitu Pertubuhan Majlis Pembangunan Wanita Pahang ke setiap
Parlimen dan DUN di Negeri Pahang. Bukan sahaja Cakna Suri diteruskan malah ianya ditambah dengan inisiatif baru iaitu pemeriksaan HPA, DNA bagi mengesan kanser serviks. Sekali lagi terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Keseluruhan kos kali ini diperuntukkan bagi kedua-dua program ini adalah berjumlah RM1.9 juta.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Keprihatinan Kerajaan kepada wanita dengan memberikan sejumlah peruntukan untuk menyelenggara Pahang Women Centre juga disambut baik oleh wanita di seluruh Negeri Pahang. Pahang Women Centre akan beroperasi sepenuhnya sebagai pusat aktiviti, pusat kaunseling dan pusat perlindungan sementara.
Saya ingin juga menyentuh tentang Pahang Pride Kid, bersesuaian dengan portfolio saya yang merangkumi pembangunan keluarga. Terima kasih kerana memperuntukkan RM5 juta untuk program Pahang Pride Kid yang mana dianggarkan ia dapat dimanfaatkan kepada 25,000 orang bayi dan ibu di seluruh Negeri Pahang bagi tahun 2022.
Di atas peranan dan komitmen yang sangat tinggi, golongan wanita dalam melaksanakan apa jua agenda pembangunan yang diamanahkan, insya-Allah program ini saya yakin akan dapat memberikan impak yang positif kepada keluarga seluruh Negeri Pahang ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Akhirnya setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih sekali lagi, saya kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu yang berkaitan. Insya-Allah sekiranya ada yang tidak dapat saya sebutkan sebentar tadi akan saya buat secara bertulis jawapannya dan saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai, urus setia serta kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan Persidangan Dewan Undangan kali ini.
Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kali ini menagih keterlibatan semua dari kita yang dipilih oleh rakyat sebagai Wakil Rakyat di Dewan Yang Mulia ini. Tidak hanya cukup membawa permasalahan rakyat di kawasan masing-masing untuk diselesaikan tetapi menuntut cetusan idea dengan kreativiti pemikiran sebagai seorang pemimpin. Memetik kata-kata Yang Amat Berhormat Menteri Besar, “Dan apabila rakyat berhadapan dengan kita atau kita berhadapan dengan mereka, sedar atau tidak mereka akan menilai kita”.
Belanjawan negeri adalah instrumen yang akan mempengaruhi kehidupan sehingga menjadi sandaran rakyat. Saya ingin mengambil kesempatan ini menyeru agar kita semua Ahli Dewan Yang Mulia ini agar sama-sama menggembleng seluruh bukan sahaja niat tetapi kudrat membantu Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang untuk menjayakan belanjawan bertemakan “Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama, Rakyat Sejahtera”.
Kata orang tua-tua:
Biar dahi berluluk, Asal tanduk mengena, Ikan biar dapat, Serampah jangan pukah.
Apa sahaja yang kita lakukan maksudnya mestilah dapat kita capai. Sama-samalah kita jalin kesepakatan yang erat:
Berkuah sama menghirup, Bersambal sama mencolek, Terendam sama basah, Terampai sama kering.
Yang pasti Ahli-ahli Dewan semua akan pulang membawa pelbagai berita gembira dari Dewan ini dan yang pastinya ia juga akan memberikan senyuman kepada rakyat di kawasan kita semua.
Saya teringat Dato’ Sri Yang di-Pertua, kata-kata popular oleh seorang Tokoh Wanita yang menjadi ikon kepada wanita di seluruh dunia iaitu Mother Teresa. Beliau mengatakan bahawa dengan izin Dato’ Sri Yang di-Pertua, “peace begins with a smile” maknanya “keamanan dan keharmonian sejagat bermula dengan sebuah senyuman”.
Jadi, dengan kata-kata itu, Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya menyokong RUU Perbekalan (2022) 2021 dan Usul Pembangunan dan Perbekalan Air 2022 yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja].
Terima kasih Yang Berhormat bagi pihak Kerajaan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang. Dipersilakan.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, selamat tengah hari.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, kerana memberikan izin kepada saya untuk terlibat sama dalam Sesi Penggulungan Bajet 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri pada hari Isnin 6 Disember yang lalu.
Saya mendapati bahawasanya, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar atas pembentangan yang cukup holistik dengan mengambil kira serta mencakupi semua aspek dan melibatkan semua pihak selaras dengan tema “Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama, Rakyat Sejahtera”.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Tema ini amat berkait rapat dengan golongan sasar di bawah Jawatankuasa saya iaitu petani, nelayan serta penternak yang merupakan frontliners, dengan izin, ataupun pembekal utama bahan makanan kepada rakyat di negeri dan negara ini. Kehadiran para petani, penternak dan nelayan dalam pembangunan negara ini amat kritikal dan ini dapat dilihat sewaktu negara mula menghadapi pandemik COVID-19 hingga sekarang.
Pengeluar ini diberikan ruang seluas-luasnya untuk membanting keringat dan kewangan bagi memastikan rakyat mendapat bahan makanan yang mencukupi dan berkualiti. Mereka ini sebenarnya ialah wira-wira yang tidak didendang ataupun the unsung heros, dengan izin.
Merujuk kepada statistik Negeri Pahang tahun 2021, keluaran dalam negara kasar tahun 2020, Negeri Pahang mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang negative iaitu minus ataupun dengan izin, negative 5.9% namun dari 5 sektor terpenting hanya sektor pertanian yang mencatatkan pertumbuhan positif, 1.6% dengan nilai RM13.1 bilion.
Walaupun angka yang lebih besar disumbangkan dari komuniti seperti kelapa sawit, getah dan sebagainya, namun sumbangan hasil segar makanan tidak dapat dinafikan. Bagi pihak Kerajaan saya merakamkan penghargaan setinggi-tingginya dan jutaan terima kasih atas sumbangan yang tidak berbelah bahagi kepada semua petani, penternak dan nelayan di Negeri Pahang Darul Makmur.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kerajaan Pusat telah menggubal dasar Agromakanan Negara 2.0 iaitu bagi tahun 2021 hingga 2030 yang mendokong aspirasi dan hala tuju sektor agromakanan negara untuk lebih mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi. Ini bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat selain mengutamakan sekuriti serta keselamatan makanan negara.
Matlamat Kerajaan Negeri Pahang selari dengan matlamat yang digariskan oleh Kerajaan Pusat agar sektor ini terus kompetitif bersaing di peringkat internasional. Justeru itu, selaras dengan penubuhan Jawatankuasa di peringkat nasional, Kerajaan Pahang insya-Allah akan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Dasar Sekuriti Makanan Negeri Pahang yang insya-Allah, akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar. Ini sebagai komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan bekalan makanan yang terjamin kuantiti dan kualitinya, insya-Allah.
Setiap tahun Kerajaan Negeri menerima juga peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk disalurkan secara langsung kepada para petani bagi meningkatkan pengeluaran bahan makanan. Bagi tahun 2022, Jabatan Pertanian Negeri Pahang telah diperakukan peruntukan pembangunan persekutuan berjumlah RM7.515 juta melalui 12 program yang telah pun dikenal pasti dan ini merupakan antara negeri yang menerima peruntukan yang terbesar di Malaysia.
Manakala sejumlah RM7 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui 11 program dan ini menjadikan jumlah peruntukan bagi tahun 2022 sebanyak RM14.515 juta. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM3 juta ataupun 40% diperuntukkan untuk menaik taraf Agrofood Park ataupun dengan izin, Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) sedia ada dan mewujudkan sebuah TKPM baru di kawasan tanah Jabatan Pertanian di Merapoh, Lipis.
Selain itu, tumpuan peruntukan juga ialah kepada projek pembangunan tanaman buah-buahan jangka panjang dan jangka pendek serta projek pembangunan tanaman sayur-sayuran bernilai semuanya berjumlah RM2.5 juta.
Lain-lain program yang menerima peruntukan adalah seperti projek pembangunan komuniti bagi pengeluaran bahan makanan isi rumah di dalam dan di pinggir bandar.
Projek pesawah luar jelapang untuk tanaman sayur dan kontan, projek cendawan serta makanan ternakan seperti tanaman napier juga diberikan peruntukan.
Atas inisiatif Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri telah mencadangkan supaya Kerajaan Negeri memperkasakan industri padi negeri. Dalam konteks seumpama ini, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri telah pun mencadangkan agar Kerajaan Negeri bekerjasama dengan pihak BERNAS untuk memastikan pemerkasaan industri padi Negeri Pahang Darul Makmur.
Ini bertujuan untuk meningkatkan purata hasil padi dan seterusnya pendapatan pesawah di negeri ini. Perkara ini telah pun dibangkitkan oleh sahabat saya daripada er… Peramu Jaya dan setakat… status perkembangan ini amat memberangsangkan.
Malahan mulai tahun 2022 iaitu tahun hadapan, insya-Allah seluas 1,542 hektar di skim Ganchong dan Merchong di Pekan di bawah IADA Pekan akan terlibat dengan penyertaan seramai 650 pesawah manakala di daerah Rompin pula seluas 478 hektar dengan 347 orang pesawah di Paya Laka, Setajam dan Sepayang akan dilaksanakan.
Jabatan Pertanian Negeri Pahang terus beriltizam menumpukan sepenuh keupayaan dan sumber yang ada bagi meningkatkan pengeluaran bahan makanan bagi tanaman supaya tahap sara diri ataupun SSL, Self Sufficiency Level er… bahan makanan seperti tanaman cili, kubis dan tomato yang belum tercapai dapat dipertingkatkan lagi… dapat dipertingkatkan lagi.
Penyaluran insentif perkembangan teknologi dalam bentuk benih, bahan input serta kemudahan infrastruktur ladang untuk peningkatan produktiviti tanaman akan diteruskan untuk pengeluaran berskala besar. Sayur-sayuran, buah-buahan, kelapa, tanaman kontan, herba, rempah ratus serta beberapa komuniti yang berpotensi tinggi seperti tanaman fig, vanilla dan halia Bentong.
Malahan bantuan juga turut diberikan kepada pengusaha vanilla di Temerloh dan setakat ini sejumlah ataupun sebanyak RM200,000.00 telah pun diberikan bantuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan insya-Allah kita melihat usaha ini mudah-mudahan agropreneur muda ini akan menempah kejayaan yang membanggakan Negeri Pahang.
Peningkatan peruntukan juga membolehkan lebih ramai golongan muda dan B40 menerima insentif teknologi pertanian untuk mengeluarkan hasil dan juga sumber pendapatan. Kerajaan juga memberikan penekanan kepada er… pengekalan amalan pertanian yang baik yang menzahirkan lebih banyak ladang atau kebun petani memperolehi sijil MyGAP dan myOrganic untuk pengeluaran bahan makanan yang lebih berkualiti dan selamat untuk er… untuk dimakan.
Sehingga akhir tahun 2020, terdapat 792 ladang dengan keluasan 7,026 hektar telah memperolehi sijil MyGAP dan dijangkakan angka ini akan melonjak kepada 1,300 ladang menjelang tahun… akhir tahun 2022. Bagi meningkatkan keupayaan kecekapan penyampaian perkhidmatan, Jabatan Pertanian juga secara berterusan memberikan perkhidmatan pengembangan dan pembangunan pertanian melalui perpindahan teknologi kepada para petani dan pengusaha yang terlibat dengan bidang tanaman.
Pihak jabatan berterusan menyediakan latihan seperti pengurusan tanaman sayur-sayuran, tanaman kontan, pemprosesan makanan dan sebagainya bagi
menggalakkan lagi lebih ramai menceburi bidang pertanian khususnya mereka yang kehilangan pekerjaan er… khusus dalam menghadapi cabaran COVID-19.
Bagi menambah pengetahuan dan peningkatan kemahiran para petani, sebanyak 426 latihan dirancang untuk diadakan sepanjang tahun 2022 dengan penglibatan seramai 8,520 orang petani di seluruh Negeri Pahang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada rakan-rakan Ahli Dewan yang membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya. Sama ada dalam er… sesi soalan lisan ataupun er… dalam perbahasan secara tidak langsung. Antaranya ialah Peramu Jaya, sahabat saya dari Peramu Jaya, Pulau Manis, Beserah, Tahan, Teruntum, Ketari, Tras, Tanah Rata, dan tidak terkecuali juga rakan ataupun sahabat saya daripada pihak kerajaan daripada Tioman. Terima kasih di atas keprihatinan.
Saya ingin menyentuh soalan yang dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Beserah iaitu berkaitan dengan er… peranan yang wajar dimainkan oleh pihak FAMA. FAMA sebenarnya telah pun membuat pembelian hasil pertanian daripada para petani melalui Program Ladang Kontrak yang memberikan pendapatan yang terbaik kepada petani, pada masa yang sama menjual kepada pembeli dengan harga yang berdaya saing.
Pada tahun 2021 sehingga akhir November, sebanyak 757.29 tan metrik hasil telah dapat dibeli oleh FAMA daripada para petani dengan nilaian RM4.05 juta dan melibatkan 253 orang petani.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, usaha akan ditumpukan kepada mempercepatkan lagi penerimaan penggunaan teknologi moden dalam sektor agromakanan kerana pertanian pintar dikenal pasti sebagai aktiviti strategik dan berimpak tinggi yang dapat menjana semula pertumbuhan ekonomi. MAFI ataupun Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah menjadikan strategi pemodenan dan pertanian pintar sebagai kunci utama dalam usaha bagi menjayakan transformasi sektor agromakanan.
Pertanian pintar ataupun smart agriculture, dengan izin, merujuk kepada penggunaan dan er… pengintegrasian teknologi terkini dalam bidang pertanian. Kerajaan bersetuju dengan pandangan yang berhormat ADUN Beserah bahawa teknologi penting dalam pembangunan sektor agromakanan. Ia selari dengan perkembangan revolusi er… perindustrian IR4.0 yang bertujuan membantu pihak berkepentingan seperti petani, pentadbir dan semua entiti di dalam ekosistem atau industri pertanian supaya saling bekerjasama bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti penanaman dan pengeluaran hasil ke tahap optimum.
Penggunaan teknologi terkini di dalam pertanian bermula di peringkat merancang, melaksana dan memantau aktiviti pada setiap masa di mana-mana saja dengan menggunakan sistem aplikasi pengurusan maklumat ataupun dengan izin, Agriculture Information System (AIS) yang dipasang ke peranti komputer atau telefon pintar.
Teknologi pertanian pintar bukan hanya dilihat berfungsi di projek komersial yang memaksimumkan hasil malah berfungsi untuk membantu meningkatkan keupayaan pengeluaran tanaman sara diri yang bebas dari sisa baki racun dan juga menjimatkan
perbelanjaan isi rumah di kalangan komuniti setempat bermula daripada rumah kediaman, kawasan perumahan, institusi dan sebagainya.
Jabatan Pertanian bagi tahun 2021 ini telah pun menyalurkan insentif dalam bentuk teknologi mudah yang dipraktik… yang er… praktikal iaitu teknologi Nutrient Film Technics (NFT), dengan izin. Melalui program pembangunan komuniti… projek pembangunan komuniti dan program tanaman keliling rumah yang mana seramai 6,645 orang mendapat manfaat menerima set tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
ADUN Pulau Manis ada menyentuh mengenai cadangan mendapatkan khidmat golongan muda untuk mengikuti program TKPM di seluruh Pahang. Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang sewaktu meluluskan pembukaan TKPM Tanjung Putus, Kuantan telah membuat ketetapan menawarkan kepada golongan muda yang berumur antara 18 hingga 40 tahun sebagai peserta projek.
Mereka ini haruslah mempunyai pendidikan dalam bidang pertanian atau berkaitan daripada institut pengajian tinggi awam atau swasta. Di samping itu juga pewujudan 2 TKPM baru yang dijangka beroperasi di penghujung tahun 2022 dan 2023 memang dirancang untuk melibatkan sepenuhnya golongan belia daripada B40 untuk mengusahakan tanah tersebut dan er… pewujudan 19 TKPM yang sedia ada di setiap daerah di mana 11 TKPM ini adalah untuk tanaman sayur-sayuran dan tanaman kontan. Manakala 8 TKPM adalah untuk tanaman buah-buahan.
Kerajaan akan meluluskan ketetapan ini untuk pembukaan TKPM baru kerana menjadi hasrat kerajaan agar pelaksanaan projek menggunakan teknologi tinggi ke arah pertanian pintar selari dengan Revolusi Industri 4.0. Golongan muda juga dilihat mampu menggunakan teknologi moden yang terkini menggunakan aplikasi teknologi maklumat yang lebih canggih. Malahan golongan muda juga mempunyai daya tahan dan lebih kreatif untuk mencipta inovasi dan kreativiti ke arah pengeluaran hasil makanan yang lebih produktif.
Memang tidak dinafikan penyertaan golongan muda ini dalam pembangunan TKPM sebagai peluang terbaik kepada mereka untuk menceburkan diri dalam bidang agromakanan terutama sekali yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Pembangunan TKPM pada masa hadapan akan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan pendekatan terhadap penggunaan Internet of Things.
Justeru itu, pihak Kerajaan Negeri telah pun memohon kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia iaitu er… MCMC, dengan izin, untuk melengkapkan capaian… capaian telefon bagi membolehkan penggunaan teknologi terkini termasuk IoT yang saya zahirkan dan ini merangkumi semua TKPM yang sedia ada dan insya-Allah bagi TKPM-TKPM yang baru.
Malahan kerajaan telah mengumumkan dalam ucapan Belanjawan Tahun 2022 bahawa golongan muda ini akan diberikan intensif untuk memulakan projek. Bagi memastikan mereka ini mempunyai pengetahuan dan kemahiran, Jabatan Pertanian akan memberikan latihan kemahiran secara hands-on dan berkongsi pengalaman dengan agropreneur muda di TKPM yang sudah berjaya. Penyaluran intensif dalam bentuk infrastruktur, penyediaan kawasan boleh dipertimbangkan bagi golongan B40 khususnya yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
ADUN Ketari ada membangkitkan tentang isu input pertanian yang meningkat berganda-ganda. Dalam konteks seumpama ini, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar amat prihatin dalam mempastikan bahawasanya golongan petani tidak terpinggir dan diberikan pembelaan. Dalam konteks seumpama itu, insya-Allah sebanyak RM500,000.00 akan diperuntukkan sebagai insentif perolehan baja dan racun untuk diagih-agihkan kepada petani di bawah bimbingan Jabatan Pertanian dan mereka mestilah berdaftar dengan Jabatan Pertanian.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
ADUN Tras ada membangkitkan tentang beberapa isu berkaitan dengan penjenamaan er… durian Musang King daripada Raub. Kita ada logo, maknanya Majlis Daerah nak memperkenalkan logo er… Musang King Raub dan menggunakan teknologi terkini IoT, FRID. Sebenarnya ini adalah di antara reformasi sektor pertanian, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar sentiasa menekankan tentang Pahang Pride, sebab itu kita kata This is Pahang. Malahan pengalaman kita, ini Dato’ Sri Yang Di-Pertua, ini ADUN Tras, kita lihat patin, ikan patin. Ikan patin yang cukup sinonim dengan kualiti ialah patin Temerloh. Hah, ni sahabat saya ADUN Lanchang. Jadi, bila diaorang kata… bila pembeli nak membeli patin, dia kata patin mana ni? Patin Temerloh. Tanpa ragu-ragu mereka akan membeli patin tu.
Oleh kerana itu, penjual-penjual, peniaga-peniaga yang berada bukan sahaja di Pahang tetapi di ibu kota. Di Kuala Lumpur akan membeli patin, dia akan tulis situ Patin Original Temerloh, Patin Sangkar Temerloh, Patin Temerloh. That is the brandnya, dengan izin. Jadi, tanpa ragu-ragu mereka akan mengunjungi. Dia akan dapat mempromosi produk tu dengan lebih meluas.
Begitu juga dengan durian. Durian sekarang ni Musang King, YB. Tras pun ada masuk. Di Thailand dah ada Musang King, di Indonesia ada Musang King. Di negeri lain ada Musang King. Di Johor, di Perak, merata ada tanam. Malahan ada yang… dah mula dah bertanam di Sarawak, di Sabah tapi kita nak pastikan Musang King hah, ni wakil Lanchang mengatakan di Darwin, di Australia pun ada ditanam durian. Mungkin ada juga Musang King. Jadi, apakah specialtynya durian ni?
Jadi, Raub dah tulis situ. Raub Bandar Durian Musang King. Jadi, kalau sekiranya penjenamaan ini berjaya, mereka petani-petani ni yang usahakan tanaman ini, tidak perlu lagi pergi membuat marketing, secara ni agresif. Orang tau terus Musang King Raub. Ada dia punya logo tu, dia kata oh… yang ni authentic, special dan ini adalah value added. Usaha yang dibuat oleh pihak PBT khususnya Majlis Daerah Raub.
Jadi, saya mohon, kalau boleh maknanya kita mesti melihat tu dari aspek positifnya. Bagaimana caranya kita nak…
Ya, minta laluan.
Kalau misal contohnya, kalau dikenakan fee…
Speaker, minta laluan.
Sekejap.
Kalau dikenakan fee…
Sekejap.
…kalau dikenakan fee sebanyak RM3.00 lah katalah atau RM2.00, RM3.00. You know… RM2.00, RM3.00 berbanding dengan harga yang mampu dijual oleh kerana dia ada entanglement, attachment, dengan kualiti, insya-Allah, macam wagyu. Wagyu Jepun dengan wagyu Australia, dia berbeza dan wagyu local berbeza. Itu maksud saya.
Tuan Speaker,
Apa yang saya tentangkan sebenarnya bukan secara complete, menentangkan FRID. Apa yang saya katakan adalah kemungkinan besar ini bukan hak bagi Majlis Daerah. Mungkin pertanian mereka nak laksanakan polisi ini boleh tetapi berbincang dengan petani-petani, pekebun-pekebun atau pengeksport-pengeksport. Boleh berbincang tapi apa yang saya bimbangkan adalah sekiranya kami melaksanakan FRID ini, sebenarnya ini akan memberi satu ruang kepada durian-durian tempat lain untuk menggunakan teknologi seperti pirate copy untuk dapatkan FRID ni dan ini akan akhirnya it fit the purpose dan mengelirukan pasaran dan juga pengguna-pengguna durian. Ini sahaja, sekian.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Dia macam tanda halallah. JAKIM dia keluarkan. Dia ada authentic lah maknanya. JAKIM dia keluarkan. SIRIM, standard. Dia keluarkan. Jadi, untuk mendapatkan ini apa nama standard tu, dia mesti melalui satu proses yang ketat. Dia mesti ada. Makna kita lay down lah. Dia mesti okey, kalau dapat ni, MyGAP mesti ada er… maknanya proses, kilang pemprosesan, mesti ada lesen. Tak boleh nak buat kilang ikut suka belakang mana-mana tempat. Everything all in place.
Mungkin ada yang dia tulis tanda halal JAKIM tapi ada pihak juga yang tidak bertanggungjawab dia nak ciplakkan tu, tetapi kalau kita ada tu dengan tidak ada, ni apa nama ni standard yang seumpama itu. Kalau kita buat perbandingan, kalau tidak ada langsung standard tu, dia sudah tentu lebih teruk lagi. Dia akan kata, okey. This is from Raub, you know or this is…. minta maaflah ya, berbahasa Inggeris. Maknanya,
ini daripada Raub, Raub mari mah, kan. Contohlah kan. Padahalnya durian tu mungkin, durian di tempat lain tapi kalau Raub tu, mesti kita pasti.
Jadi, semua pengusaha ni tadi yang ada di Raub ni pastikan, jangan… makna kita kena kerjasamalah. Jangan kita jejaskan durian Musang King Raub ni. Jadi, everybody got to play the role. Maknanya semua orang kena main peranan dan ianya adalah satu usaha yang baik. Maksud, itu niat tu, niat daripada Majlis tu begitu. Nothing, maka tidak ada niat, niat yang sebaliknya. Kita akan panggil, insya-Allah.
Saya yakin, Majlis Daerah akan panggil usaha semua tapi maksud saya tu di sini, kalau boleh ni… ni... ADUN Tras maknanya kita nak dengar juga sekali-sekalikan maknanya ni satu pernyataan positif daripada… daripada Tras ni. Saya pun menunggu ni, jenguk kadang. Oh… I hope kata orang putihnya, how I hope and wait that ADUN Tras ni one of this day, dia come out and say usaha pihak Kerajaan Negeri ni cukup baik. Allahuakbar, ni kira ni, hah… that is kita tengok Dato’ Sri MB ya.
Jadi, seronok sikit kita. Ni bangun je kalau bangun je, Allah apa benda. Hah, ni mesti, ini tak kena, itu tak kena, itu tak kena. Ya Allah, kita buat seribu kali benda. Fikir rasa rambut gugur ni. Nak mikir macam mana kita nak pastikan negeri kita ni sejahtera. Everyone of us. Orang yang ada di sana, anak yatim, anak yang takde ibu, takde bapa, orang miskin, orang yang kena COVID-19, yang tak kena COVID-19, Wakil Rakyat, bukan Wakil Rakyat, bakal Wakil Rakyat, mereka yang berhasrat jadi Wakil Rakyat semua dapat.
Jadi, kalau boleh tu, bangun sekali tu, kita bagilah semangat sikit. Jadi, maknanya, kurang-kurangnya hari ni kita bagi tepukan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kerana usaha yang dia buatnya sebenarnya saya tau memang sebenarnya sentiasa memikirkan rakyat jelata. Macam-macam perkara baru yang kita buat di Pahang, yang tidak ada di negeri lain. So that’s why, bukanlah maknanya kalau sekiranya ADUN Tras tiba-tiba balik belah sini, ya Allah itu kiranya macam nak kata apa nama saya malas nak nyebut apa tu, kan?
Maknanya doa kita makbullah kan tapi kira kalau datang sini tiba-tiba Tras duduk sebelah saya memang gelilah sikit kan tapi at least kalau Tras bangun hah ini satu usaha yang baik. Jadi, orang akan tengok hah,Tras ni he’s a very reasonable man, dengan izin, kan steady tengok tu. Sebab tu saya tengok er... keprihatinan ADUN Tras tapi Allah er... apa benda lagi tak kena ni. Hah, contoh contoh macam tulah, kan.
Hah, ada perkara lain selain daripada durian. Ada orang tanam sayur. You taulah orang Raub ni banyak juga orang tanam sayur, bukan sahaja ni durian. Ada yang tanam cili, ada yang buat tomato, ada malahan ada nak buat ni kubis ni. Ni ADUN Tras pernah makan kubis dekat dengan apa nama belah Sungai Krau? Er… mana kubis dia kata manis situ kubis, kata dia, kan. Er... puas juga sebab kita… kubis ni dia kata sebab kawasan tu tinggi, dia tanam tu lebih sedap daripada Cameron Highlands. At least kita kena work along that line. Differences ni, perbezaan ni biasa.
Tapi, saya yakin niat beliau tu baik. Jadi, kita kena er... bagi sokongan kepada pihak yang nak menuju ke arah yang baik ya, insya-Allah. Jadi, saya tadi dah tersasullah tu. Bukan apa Dato’ Sri, bila bercakap pasal itu, saya rasa ini apa nama perkara-perkara ni sebenarnya usaha yang dibuat oleh rakan-rakan sama ada di PBT dan sebagainya. Niatnya baik insya-Allah, kita tengok, sit down dan kita selesaikan bersama.
Saya nak pindah sikit pada sektor perikanan ya. Bagi sektor perikanan, sepertimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dalam
ucapan Belanjawan Tahun 2022 pada 6 Disember yang lalu, maknanya setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan di atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar yang telah bersetuju untuk memberikan bantuan makanan ternakan ikan kepada lebih kurang dalam 100 pengusaha agroculture khususnya penternak ikan dalam sangkar di seluruh er… negeri yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Bantuan er... yang bernilai lebih kurang RM5,000.00 bagi sepetak sangkar untuk satu pusingan amat besar ertinya kepada pengusaha dan penternak kita. Begitu juga bagi seluruh nelayan di darat sepenuh masa Negeri Pahang yang akan mendapat manfaat setelah diluluskan bantuan in fund ataupun dalam bentuk barangan kepada kira-kira 380 orang nelayan darat berupa peralatan seperti jala, jaring dan peralatan keselamatan dengan nilai setiap seorang tu lebih kurang dalam RM1,000.00.
Keseluruhan bantuan berjumlah RM880,000.00 adalah sangat bermakna kepada penternak dan nelayan darat Negeri Pahang Darul Makmur. Merujuk perangkaan perikanan sepertimana yang telah beberapa kali disebut sebelum ini tentang pencapaian sektor perikanan berdasarkan keseluruhan pengeluaran ikan melalui tiga subsektor iaitu perikanan laut tangkapan, agroculture dan perikanan darat sungai ialah sebanyak 117,317 metrik tan bernilai RM940 juta bagi tahun 2020.
Maka Kerajaan Negeri berasa yakin bahawa Negeri Pahang akan berjaya menghadapi cabaran yang akan terus menjadi peneraju industri perikanan di Pahang, Pantai Timur khususnya dan mendapat membekalkan sumber makanan melalui pengeluaran ikan yang cukup ya. Sumber protein ya, makanan protein melalui pengeluaran ikan yang cukup kepada rakyat melalui program-program pengurusan dan pembangunan perikanan mampan yang telah dijalankan pada tahun 2021.
Speaker, mohon laluan.
Okey.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Tadi er... Wakil Kerajaan ada menyebut bahawa sebagaimana pengumuman MB dalam belanjawan bahawa Kerajaan Negeri akan memberi er... insentif kepada penternak ikan sangkar yang terjejas. Disebut tadi kalau tak silap saya er… 100 orang, ya. Kalau mengikut rekod er... Jabatan Perikanan Daerah Jerantut, dalam DUN saya sahaja ada 116 penternak berdaftar. Jadi, mohon pencerahan apa bentuk kriteria yang membolehkan mereka dapat peruntukan tersebut. Terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Yang ni akan diselaraskan oleh Jabatan Pertanian eh Jabatan Perikanan, minta maaf. Jabatan Perikanan akan menyelaraskan dan er... kriteria-kriteria yang er... kelayakan tu akan di er... ditentukan dan di… maklumkan kepada er... Jabatan Perikanan di peringkat daerah dan insya-Allah kita akan kumpul data tu.
Sukacita juga dimaklumkan dalam Dewan Yang Mulia ini bahawa pandemik COVID-19 ni sepanjang 2020 hingga 2021 banyak mengekang program asal yang telah dirancang bagi sektor perikanan. Namun, umumnya projek-projek pembangunan telah berjaya juga dilaksanakan termasuk peningkatan bantuan kepada golongan sasar iaitu pengusaha, penternak dan nelayan. Daripada er... jumlah yang tahun 2020 iaitu RM2.8 juta telah meningkat kepada RM3.9 juta dalam tahun 2021.
Dan er... insya-Allah tahun 2022 melalui Jabatan Perikanan akan er... Kerajaan Negeri akan juga memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran pengusaha-pengusaha agriculture untuk membuat dan menghasilkan produk-produk baharu hasil perikanan yang boleh disejuk beku khususnya daripada ikan patin Pahang dengan kerjasama kepakaran inovasi daripada MARDI seperti tauhu ikan, tempura, ikan… fillet ikan, ikan… kebab ikan, sosej ikan, ikan salai, nugget dan burger ikan.
Masalah lambakan ikan seperti yang berlaku semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lepas tidak lagi berbangkit dengan cara mempelbagaikan per… pembuatan produk ikan yang boleh disejukbekukan dan disimpan serta dipasarkan termasuklah secara dalam talian, online.
Bagi tahun 2022 juga, pengukuhan perundangan berkaitan perikanan akan dilakukan melibatkan dua perundangan baharu negeri iaitu berhubung er... penyu dan aquaculture serta pindaan perikanan darat sungai. Kesemua kaedah perundangan tersebut bertujuan untuk mengurus, membangun dan memelihara sumber perikanan serta memberi perlindungan kepada spesies terancam khususnya penyu, habitat dan alam sekitarnya. Perundangan baharu tersebut juga secara tidak langsung dapat menjana hasil kepada Kerajaan Negeri melalui kutipan bayaran fi perlesenannya.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sahabat saya daripada Muadzam Shah ada membangkitkan tentang projek er... ternakan udang galah high impact project (HIP) zon industri agroculture di Kedaik daerah Rompin. Er... Syarikat Agro Johari Corporation Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan daripada pihak ni kerajaan untuk mengusahakan projek agroculture tu iaitu ternakan udang galah di tanah kawasan Kedaik, Rompin. Malahan dalam tahun 2013 lagi dah, lama.
Kelulusan tanah tersebut ialah sebanyak lebih kurang dalam 500 ekar dan er... kawasan ini merupakan tanah dalam zon ZIA ya, Negeri Pahang dan er... pihak ni syarikat telah mengemukakan er... pelan penstrukturan er... syarikat yang sedang diteliti oleh er... pihak Jabatan Perikanan dan juga er... pe ini peb… ini Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (PSK) dan dia masih lagi diteliti dan er... perkara ni mungkin insya-Allah akan diputuskan tak lama lagi.
Mengena… berkenaan dengan er... pihak LKIM bagi tahun 2021 sehingga November, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah menyalurkan sebanyak RM2.2 juta kepada 1,130 orang kumpulan sasar yang terdiri daripada nelayan dan usahawan dalam bidang perikanan. Sumber kewangan adalah daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan bantuan ini merangkumi bantuan sara hidup nelayan, bantuan rezeki tani, skim bantuan kebajikan dan bencana alam, bantuan bagi usahawan industri makanan dan bantuan projek agriculture kepada usahawan agriculture.
Bagi tahun 2022, LKIM Negeri Pahang akan meneruskan pemberian bantuan sara hidup nelayan dan juga bantuan-bantuan lain. LKIM Negeri Pahang mensasarkan sebanyak RM351,000.00 untuk dibaik pulih rumah nelayan bagi 27 orang nelayan di seluruh Negeri Pahang, insya-Allah. Manakala saya nak sentuh sikit mengenai sektor er... veterinar atau haiwan.
Saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar di atas keprihatinan menyediakan peruntukan kepada warga penternak dan usahawan industri hiliran berasaskan ternakan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang. Peruntukan ini sangat penting untuk memperkasakan industri ruminan pembangunan sumber makanan ternakan, program usahawan ternak, program kesihatan regulatory dan penternakan lestari serta pengukuhan perkhidmatan veterinar.
Dianggarkan seramai 120,000 orang penternak, pemilik haiwan kesayangan dan usahawan hiliran dijangka akan menerima manfaat daripada peruntukan Kerajaan Negeri sama ada melalui program bantuan atau insentif rawatan haiwan, program kawalan penyakit ternakan dan perkhidmatan berkaitan pembakaan. Bagi meningkatkan pengeluaran makanan hasil ternakan jabatan telah merancang untuk memperkenalkan program insentif makmur ternak dan galakan infrastruktur industri asas ternak.
Selain daripada itu program bantuan peningkatan jaminan kualiti produk berasaskan ternakan (UQAP) akan diteruskan pelaksanaannya bagi membantu pengusaha loji penyembelihan unggas untuk menaik taraf infrastruktur premis agar menepati keperluan keselamatan makanan yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah perlesenan loji penyembelihan unggas kawalan dan perlesenan (Pahang 2017).
Di samping itu program memperkasa ekonomi agropreneur rizab makanan ternakan (MEKAR) akan turut diteruskan pada tahun 2022 bagi menggalakkan penanaman rumput napier sebagai makanan ternakan. Dalam mengimbangi pembangunan industri penternakan, Kerajaan Negeri menerusi agensi bertanggungjawab agar akan terus komited dalam menjamin kesihatan ternakan dan bebas dari penyakit yang mempunyai kepentingan ekonomi yang zoonotic. Program surveillance dan kawalan penyakit haiwan akan terus dilaksanakan secara lebih berstrategik dan tersusun bagi mempastikan produk hasilan industri ternakan tempatan dijamin selamat untuk dimakan di samping memastikan kawalan penyakit bawaan ternakan dan haiwan kesayangan terkawal.
Selain daripada pembangunan industri ternakan dan kawalan kesihatan haiwan, pihak jabatan turut melaksanakan penguatkuasaan 4 akta iaitu Akta Binatang, Akta Kebajikan Haiwan atau Makanan Haiwan dan Akta Doktor Veterinar. Dan 2 enakmen, iaitu Enakmen Perladangan Unggas dan Enakmen Kawalan Kerbau Lembu. Di samping itu, perkhidmatan pengembangan kawalan veterinar turut diperkasakan bagi mempastikan bidang penternakan kekal relevan dan mampu memberikan pulangan yang baik pada usahawan yang terlibat.
Justeru itu, jabatan akan terus memastikan kecekapan dan kemahiran modal insan ditingkatkan di kalangan penternak. Usahawan ternak serta kakitangan dari pelbagai modul dan siri kursus seiring dengan kemajuan teknologi masa kini. Aktiviti di tanah rizab padang ragut dan ladang, jabatan juga akan terus memantau dan diperkemaskan untuk memastikan penggunaan tanah kerajaan dioptimumkan. Fokus jabatan melalui kawalan pencemaran dan kacau ganggu daripada aktiviti di ladang dan premis
penyembelihan turut dijalankan bagi memastikan aktiviti penternakan dapat terus berkembang dengan baik tanpa mengabaikan kesejahteraan awam.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan semua penghargaan kepada semua pihak khususnya semua agensi-agensi… [batuk] Dato’ Sri, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar begitu prihatin. Terima kasih saya kepada semua pihak khususnya agensi-agensi di bawah MAFI dan juga pihak urus setia di bawah seliaan Yang Berhormat Dato’ Sri SS yang telah apa nama, memastikan kelancaran perjalanan Sidang Dewan kita ini dan juga dalam menyediakan jawapan balas khususnya yang berkaitan dengan portfolio saya.
Terima kasih Dato’ Sri SS dan kepada semua wira-wira yang tidak didendang yang terpaksa bekerja sampai jauh malam Dato’ Sri dan kepada Dato’ Sri sendirilah, Yang di-Pertua Dewan dan Timbalan Yang di-Pertua atas kelancaran Sidang Dewan kita pada kali ini. Jadi, dengan itu saya dengan penuh rendah diri menyokong RUU Perbekalan 2022 (2021) serta Usul Pembangunan Perbekalan Air 2022 yang di [batuk] kedua-dua RUU dan Usul yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat bagi pihak kerajaan. Bersemangat hari ini Yang Berhormat nampaknya. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komuniti Negeri Pahang. Dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
(Ayat al-Quran) Assalamualaikum WBT salam sejahtera, Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan pengulungan di Dewan Yang Mulia pada persidangan kali ini.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan Tahun 2020 yang komprehensif dan mencakupi setiap spectrum… 2022 mintak maaf, yang mencakupi terima kasih Yang Amat Berhormat, mencakupi seluruh spektrum… dia orang petang tu akhir tu gitulah gayanya. Tapi sebenarnya kalau Yang di-Pertua suruh saya duduk, saya duduk, kita boleh balik. [Ketawa]
Takpe saya bagi peluang.
Terima kasih, saya bercadang untuk berucap…
Masa yang secukupnya untuk YB. cukup-cukup.
Sampai pukul 6.30lah, insya-Allah.
6.30 tu tak relevanlah, Dato’ Sri.
[Ketawa] 2022 yang comprehensive dan mencakupi seluruh spektrum pentadbiran negeri selama 2 jam 2 minit yang bertemakan ‘Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama, Rakyat Sejahtera’ pada Isnin yang lalu.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya juga bersyukur kehadrat Ilahi dapat juga kita Ahli-ahli Dewan berkumpul bersama-sama kali ini bagi menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita semua.
Untuk… umum mengetahui bahawa Negeri Pahang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian biodiversiti. Dengan keluasan hutan sekitar 2.04 juta hektar yang meliputi 57% keluasan negeri, Negeri Pahang bertanggungjawab dalam membangunkan negeri ini… Kerajaan Negeri Pahang bertanggungjawab dalam membangunkan negeri ini tanpa meminggirkan isu perlindungan alam sekitar dan juga biodiversiti.
Menyedari peranan tersebut, pada pembentangan Belanjawan 2022 yang telah diadakan pada 6 September… Disember 2021, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah memaklumkan penubuhan Skuad Elit Penguatkuasaan Negeri Pahang bagi membanteras aktiviti perlombongan haram, penebangan hutan yang tidak terkawal dan pencerobohan tanah. Insya-Allah, dengan adanya pasukan ini, segala usaha Kerajaan Negeri dalam membanteras aktiviti seperti ini dapat diamanahkan, dapat dijalankan dengan lebih teratur dan berkesan.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri menyedari bahawa dunia sekarang sedang menuju ke satu jalan yang mengancam keselamatan manusia sejagat dengan fenomena perubahan cuaca. Baru-baru ini, delegasi Negeri Pahang telah menghadiri Persidangan Perubahan Cuaca ataupun perubahan iklim (COP26) di Glasgow, Scotland. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang telah juga berangkat ke persidangan ini. Persidangan ini dilaksanakan bagi membincang dan menetapkan garis panduan dan komitmen setiap negara dalam mengelakkan kadar suhu dunia tidak mencecah kenaikan paras maksima iaitu 1.5 darjah Celsius.
Persidangan tersebut telah menyuarakan kebimbangan bahawa walaupun pandemik COVID-19 telah menyebabkan sebahagian urusan dunia terhenti seketika, tetapi keadaan perubahan iklim tetap tidak berhenti. Kemarau, banjir besar, kecairan glasier, kebakaran hutan, kepupusan biodiversiti, kenaikan paras air laut dan kekurangan makanan, adalah sebahagian daripada indikasi kepada masalah yang lebih menekan.
Dunia telah bersepakat pada tahun 2015 melalui Perjanjian Paris dengan komitmen untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengehadkan peningkatan suhu dunia. Namun, sehingga kini ternyata kebanyakan negara masih jauh ketinggalan dalam memenuhi komitmen tersebut. Kerajaan Negeri perlu menjadikan ianya panduan dan perlu berusaha untuk membantu negara dalam memenuhi apa yang telah termaktub di dalam Perjanjian Paris.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sebelum ke Glasgow, delegasi Negeri Pahang juga menyertai pameran pelancongan kedua terbesar di dunia iaitu World Travel Market di kota London. Walaupun tidak semeriah sebelum pandemik COVID-19, namun strategi baru dalam industri pelancongan menjadi agenda utama dalam sesi-sesi perbincangan sepanjang tempoh pameran berlangsung.
Selain daripada itu, penyertaan dalam pameran pelancongan antarabangsa ini adalah bertujuan untuk memperkasakan lagi usaha mempromosi dan meneroka peluang-peluang kerjasama dengan penggiat industri pelancongan luar negara terutamanya dengan rakan perniagaan dari pasaran Eropah.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Wakil daripada Sungai Lembing mencadangkan untuk meluaskan inisiatif sempadan hijau ke kawasan-kawasan lain di Negeri Pahang. Untuk makluman semua, Kerajaan Negeri pada November 2021 telah bersetuju supaya tanah kerajaan yang terletak di sempadan Negeri Pahang dengan negeri-negeri lain berkeluasan 557,585 hektar diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal melalui Seksyen dan Akta Perhutanan Negara 1984.
Rakan daripada Damak mencadangkan penempatan khusus untuk gajah liar. Kerajaan er… Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara iaitu PERHILITAN telah mencadangkan dua kawasan dijadikan kawasan pelepasan gajah di Negeri Pahang pada Rancangan Malaysia Ke-12. Kawasan yang dicadangkan ialah Hutan Simpan Tekam bagi menjadikan kawasan tersebut sebagai Santuari Gajah Pahang yang menelan belanja sebanyak RM34 juta.
Manakala, yang kedua adalah rizab Hidupan Liar Krau yang kos berjumlah RM87 juta. Namun begitu, kedua-dua projek ini tidak diluluskan oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Kerajaan Negeri akan mengajukan semula permohonan bagi RM87 juta untuk Rolling Plan yang ke-12.
Rakan daripada Dong ada mengemukakan cadangan supaya Kerajaan Negeri membuat kajian untuk menjadikan Perbadanan Bukit Fraser (PKBF) seperti Perbadanan Cameron Highlands untuk merancakkan ekonomi Bukit Fraser. Namun Kerajaan Negeri akan menyelaras fungsi agensi-agensi pelancongan dengan aktiviti PKBF dan selaras dengan perbadanan taman-taman negeri.
Untuk makluman Wakil daripada Dong, kita sebenarnya PKBF telah mengambil peranan sebagai badan untuk mempromosi tourism…pelancongan untuk Negeri Pahang dan semua kerja-kerja ataupun kuasa yang ada pada PKBF daripada perancangan dan sebagainya telah pun diserahkan kepada pihak Majlis Daerah Raub dan insya-Allah kita akan mencari satu kaedah yang sesuai agar kita pastikan bahawa perkara ini dapat kita selesaikan dengan baik.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Dalam usaha kita untuk memacu ke hadapan, Kerajaan Negeri akan mengimbangi antara keperluan untuk membangunkan ekonomi dan masyarakat dan pada masa yang sama bertanggungjawab dalam memastikan khazanah alam yang ada di negeri ini akan terus kekal bagi masa akan datang. Kita harus melihat khazanah ini bukan sekadar dari segi potensi pelancongan sahaja namun dari segi kepentingan strategik kepada kehidupan yang kita jalani sehingga kita kini seperti kawasan sebagai contohnya seperti kawasan tadahan air dan sumber hidro di negeri ini.
Selaras dengan tujuan itu, insya-Allah negeri juga akan melaksanakan Environment, Social and Governance iaitu (ESG), Nature Based Solutions (NBS), Nature Based Business Models (NBBM) dan serta pembangunan yang selaras dengan Sustainable Development Goals ataupun (SDG) dalam sektor-sektor ekonomi berkaitan dengan pelancongan, pertanian, dan juga perhutanan. Kerajaan Negeri Pahang di dalam membangunkan khazanah-khazanah negeri seperti hutan, pantai, laut, tanah tinggi dan lembangan sungai tanpa mengancam flora dan fauna, selaras dengan kelulusan Kerajaan Negeri berkaitan Enakmen Perbadanan Taman-taman Negeri dan juga Enakmen Biodiversiti Pahang.
Sektor pelancongan adalah merupakan antara penyumbang kepada er… penyumbang utama kepada Kerajaan Negeri. Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah memberikan fokus kepada sektor pelancongan di dalam Belanjawan Negeri Pahang Darul Makmur 2022. Dalam usaha untuk memulihkan ekonomi Pahang yang terjejas akibat pandemik ini, Kerajaan Negeri telah mempergiatkan aktiviti ekonomi antaranya aktiviti pelancongan domestik dan perhotelan.
Di dalam strategi Belanjawan Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur 2022 yang telah… Yang Amat Berhormat telah mengumumkan iaitu Pelan Transformasi Sektor Pelancongan ke arah yang lebih mantap bagi meningkatkan hasil Kerajaan Negeri. Insya-Allah, Jawatankuasa Pelancongan akan menggalas tangunggjawab ini yang telah diperuntukkan sebanyak RM8.4 juta agar penambahan kehadiran pelancong dari 50… 15 juta ke 20 juta dan perbelanjaan pelancong dari RM13 bilion setahun yang dibelanja oleh pelancong di Negeri Pahang kepada RM20 bilion setahun.
Selain daripada itu, Kerajaan telah menyusun Kalendar Acara Pelancongan Pahang yang mengandungi berbagai aktiviti bertaraf antarabangsa bagi menggalakkan kehadiran pelancong ke Negeri Pahang. Peningkatan kehadiran pelancong ini secara langsung akan merancakkan aktiviti ekonomi tempatan dan meningkatkan hasil Kerajaan Negeri melalui perbelanjaan pelancongan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Selaku Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Pahang saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah memperuntukkan sejumlah RM18.8 juta bagi mengurus, mentadbir termasuk menaik taraf muzium serta kajian pembangunan artifak. Alhamdulillah, dengan ada peruntukan tersebut ianya selari dengan beberapa transformasi yang sedang dilalui oleh muzium seperti menaik taraf muzium, menubuhkan Pusat Kajian Sejarah dan Tamadun Al-Sultan Abdullah (Al-Asar) bagi memastikan sejarah terpelihara.
Kita juga ingin menjadikan muzium ini sebagai tempat kajian, bukannya hanya tempat menyimpan artifak semata-mata. Dalam sehubungan ini, Muzium Negeri Pahang
bakal menjadi pusat rujukan dan pengumpulan segala data dan maklumat yang berkaitan dengan kebudayaan, kesenian, warisan sejarah yang mempunyai hubungan rapat di antara nilai-nilai tradisi, kerohanian dan estetika.
Sesuai dengan tema Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2022 yang telah ditetapkan oleh International Council Of Museums (ICOM) iaitu The Power of Museums, Muzium Negeri Pahang tidak terkecuali dalam perubahan persekitaran global yang berterusan untuk menyemak perancangan, strategi dan aktiviti-aktivitinya bagi memastikan industri permuziuman di Negeri Pahang terus berdaya saing.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sikit lagi. Harimau Malaya atau Harimau Belang (Panthera Tigris Jacksoni) merupakan spesies ikon Malaysia yang menjadi simbol Jata Negara. Harimau Malaya turut dijadikan sebagai ikon identiti oleh pelbagai agensi termasuk PDRM, Rejimen Askar Melayu Diraja, Jabatan Kastam dan Maybank. Pemakaian ikon Harimau Malaya melambangkan keberanian, integriti, perpaduan nasional. Kita tidak mahu menjadi seperti sebuah negara jiran, walaupun Jata Negaranya adalah singa, yang ada adalah singa batu, bukan singa hidup, hanya tugu sahaja. Singa yang betul dah tak ada dah.
Kerajaan Negeri komited terhadap tindakan strategi bagi menyelamatkan Harimau Malaya. Ini kempen untuk kita selamatkan Harimau Malaya. Berdasarkan kepada First National Tiger Survey (NTS1), anggaran bilangan individu Harimau Malaya adalah di bawah 200 ekor di seluruh semenanjung dan Negeri Pahang merekodkan bilangan yang tertinggi iaitu daripada 8 buah negeri keliaran Harimau Malaya. Jadi, maknanya kita masih banyak lagi dan kita kena jaga. Kalau tidak Yang Berhormat Yang di-Pertua, Harimau Malaya ni tinggal harimau je lah. Hari-hari mau ya, Harimau Malaya. [Ketawa].
Bilangan ini sangat membimbangkan kerana Malaysia dijangka akan kehilangan spesies Harimau Malaya selama-lamanya di dalam hutan-hutan Semenanjung dalam tempoh 5 ke 10 tahun sekiranya tindakan drastik tidak diambil dengan segera. Jadi, kita nak kempen Yang Berhormat Wakil daripada Kerajaan iaitu Dato’ ini… Wakil Sentul dan juga Wakil apa namanya daripada Bebar kita kena kempen ini.
Terutama sekali kita nak pastikan seperti yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dia dah nampak dah ni sebab tu ditubuhkan pasukan elit ni. Nak pastikan bahawa antara lainnya kita nak jaga Harimau Malaya. Nanti esok Yang Amat Berhormat Yang di-Pertua, Harimau kita tu dalam duit je lah. [Ketawa]. Harimau yang betul dah tak jumpa. Kalau nak pergi jumpa pergi zoo.
Ekoran daripada masalah tersebut, Kerajaan Negeri telah Kerajaan Negeri Pahang yang merupakan ahli kepada National Tiger Implementation Working Group (MyTWG) telah meneliti dan memperakui cadangan tindakan strategik konservasi Harimau Malaya seperti berikut; mengukuhkan usaha bagi menghentikan penurunan populasi Harimau Malaya melalui rondaan penguatkuasaan dan pengawalan (boots on the ground) serta pemeliharaan dan pemuliharaan habitat tersebut, habitat semula jadi Harimau Malaya.
Meningkatkan tadbir urus dengan baik dan keberkesanan dalam melaksanakan konservasi Harimau Malaya melalui penubuhan Pasukan Petugas Kebangsaan. Kebangsaan pun dia akan tubuh pasukan juga. Bagi Konservasi Harimau Malaya, National Tiger Conservation Task Force [Ketawa].
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Ini Wakil daripada Benta apa namanya ini Benta ya, dia bagitahu bila ini… ini… apa namanya kandang harimau. Kita pun akan buat ada satu Yang Berhormat Yang di-Pertua, di Lanchang di apa namanya Kuala Bukit Rengit kita akan ada kawasan iaitu kita dah pagar selama 200 ekar tanah iaitu di kawasan dia panggil Tiger Valley.
Lambat siap tu YB?
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Belum Yang Berhormat Yang di-Pertua. Belum siap lagi. Kemudian itu yang Wakil Benta tanya ada tak tiger show? Saya cakap ada. Apabila siap nanti tiger tersebut dia akan buat show. [Ketawa]
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
National Tiger Conservation Task Force – MyTTF, yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Unit Konservasi Harimau Malaya di bawah Jabatan PERHILITAN, Biro Jenayah Hidupan Liar di bawah PDRM dan pengukuhan Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan sebagai centre of excellence bagi konservasi ex-situ Harimau Malaya.
Memperkasakan inisiatif bagi memastikan kelangsungan hidup Harimau Malaya melalui penyediaan instrumen kewangan inovatif dan skim akreditasi habitat Harimau Malaya.
Yang Berhormat Yang di-Pertua…
Mencelah sedikit…
Saya pun nak habis dah.
Boleh mencelah sedikit Yang di-Pertua? Saya nak tanya Lanchang isu-isu apa ni pemburu haram harimau ini. Sebab harimau ini harga dia jauh lebih mahal daripada kereta BMW ni. Ya, terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Memang kita ada poacher, yang dipanggil poacher, pemburu-pemburu harimau ni membuat jerat dan sebagainya. Dan mereka saya difahamkan bahawa harimau… harimau… seekor harimau ini, kalau harga dia kalau nak beli RM230,000.00, mahal.
Kalau dapat tangkap harimau ini Yang Berhormat Yang di-Pertua, dia boleh jual dengan harga-harga yang sangat mahal.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sedikit sahaja Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua tentang politik. Saya nak sebut juga di Dewan Yang Mulia. Penggal ini adalah penggal sangat mencabar untuk kita semua. Walaupun BN tewas di peringkat pusat setelah 61 tahun memerintah, sebenarnya memberikan masa dan waktu untuk Barisan Nasional membuat muhasabah dan menilai kembali warna diri BN.
Kemenangan BN, ini kita gabung dengan MN di 7 pilihan raya kecil & terkini mendapat mandat di PRN Melaka, ertinya dan ianya menunjukkan rakyat inginkan sebuah kerajaan yang stabil, berpengalaman dan mempunyai rekod pencapaian. Bukan sahaja stabil dari segi kerusi menang di dalam… di Dewan Negeri, tetapi kestabilan dari segi gabungan parti politik terutamanya yang mempunyai keserasian dalam gabungan tersebut. Rakyat boleh menilai sebenarnya rakyat boleh menilai kerana kesemua parti-parti politik tersebut telah berpeluang untuk memerintah Malaysia sama ada negeri ataupun negara. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sebelum saya menutup penggulungan saya, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat ADUN yang mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan dengan portfolio saya. Saya mengucapkan penghargaan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan EXCO Kerajaan Negeri, serta juga rakan-rakan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan dan kakitangan awam yang terlibat kerana banyak memberi sokongan kepada portfolio yang telah diamanahkan kepada saya.
Laungan Azan telah bergema, Menuju Ke Masjid Penuh Ceria, Kemakmuran Negeri Manfaat Bersama, Rakyat Sejahtera, Aman Bahagia.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon menyokong RUU Perbekalan (2022) 2021 dan usul Pembangunan dan Perbekalan Air 2022 [Ahli Dewan menepuk meja] yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualakum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, Terima kasih. This is Pahang. [Ketawa].
Terima kasih Yang Berhormat bagi pihak Kerajaan Negeri. Hari ini masa untuk YB jawab tepat 20 minit, saya nak bagi lebih lagi daripada itu tapi dia nampak kali ini dia tepat betullah 20 minit. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya…
Yang di-Pertua tidak habis lagi [Ketawa].
Boleh bincang. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada 10 orang ahli daripada Pihak Kerajaan yang telah memberikan jawapan-jawapan dan penjelasan-penjelasan di atas permasalahan dan penjelasan-penjelasan di atas yang permasalahan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan mahupun semasa pihak Kerajaan menjawab.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menempohkan persidangan pada petang ini ada 2 perkara yang saya nak umumkan di sini. Pertamanya saya dapat nota daripada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, beliau minta saya sebab dia terkilan sebab tak sempat nak sebut tadi. Jadi dia kata er… Royal Pahang Golf Club menawarkan kepada semua ADUN-ADUN Pahang untuk memohon menjadi ahli kelab golf, yang berminat pada bila-bila masa selepas persidangan minggu ini.
Dan yang kedua…
Boleh mencelah? Nak ucapkan terima kasih.
Terima kasih. Yang Kedua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, persidangan kita pada hari esok kita akan mulakan pada jam 8.30 pagi. Oleh kerana esok hari Jumaat dan kita nak cuba selesaikan, nak habiskan persidangan kita sebelum 12.45 petang.
Jadi, saya mintalah kerjasama dari Ahli-ahli Yang Berhormat dapat datang lebih awal pada hari esok iaitu kita mula jam 8.30 pagi. Persidangan kita akan disambung semula pada hari Jumaat 10 Disember bermula jam 8.30 pagi. Assalamualaikum WBT. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan pukul 4.02 petang]