Pahang · 10 December 2021
14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 253 turns · 14,940 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari : Jumaat, 10 Disember 2021
bersamaan 5 Jamadilawal 1443 Hijrah
Masa : 9.30 pagi
DOA
Perkara Pertama: Bacaan Doa
Al-Fatihah [bacaan al-Quran]. Bismillahirrahmanirrahim Segala puji bagi Allah, dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepadaNya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan taufikMu, dipohonkan menyuluh, memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. [Bacaan dalam Bahasa Arab]
Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions
Perkara Kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur kehadrat Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan pada hari ini dan untuk meneruskan Aturan Urusan Mesyuarat pada kali ini saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Padang Tengku, silakan.
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor satu.
[Kerajaan telah memperkenalkan Program Kampung Angkat GLC - Transformasi Desa (TERASA) oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bagi membangunkan dan meningkatkan kesejahteraan kampung yang dipilih:
Nyatakan: Berapakah jumlah GLC yang terlibat dan implikasi kewangan serta jangkaan (expectation) kerajaan terhadap pembangunan fizikal dan pembangunan sumber manusia kampung-kampung tersebut dari segi jangka panjangnya.]
Assalamualaikum WBT, selamat pagi, salam sejahtera Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada ADUN Padang Tengku yang bertanyakan soalan mengenai TERASA ataupun Program Kampung Angkat State GLC Transformasi Desa yang bertanyakan berapakah jumlah GLC yang terlibat dan apakah implikasi kewangan dan sebagainya. Sukacita saya memaklumkan bahawa Program Transformasi Desa Pahang ataupun kita panggil TERAS.
Ini adalah prorgram yang kita bincang beberapa kali, kita ingin melibatkan state GLC ataupun anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri supaya sama-sama turun ke padang dan ianya bagi tujuan pembangunan modal insan bukan pembangunan fizikal kerana saya percaya bahawa state GLC ini boleh memainkan peranan untuk membantu masyarakat-masyarakat di kampung.
Dan ianya telah dipersetujui oleh Kerajaan Negeri dan lagi pun state GLC sekarang daripada segi pendapatan mereka agak baik, kedudukan kewangan. Jadi saya minta supaya mereka dapat gunakan sedikit daripada keuntungan yang mereka perolehi untuk turun ke padang membantu masyarakat-masyarakat di luar bandar.
Program ini dilaksanakan pada bulan Januari yang akan datang, 2022 yang melibatkan 29 buah syarikat dan 39 buah kampung mewakili semua daerah termasuklah kampung-kampung Orang Asli. Sukacita juga saya memaklumkan bahawa kampung-kampung ini telah dikenal pasti oleh Pegawai-pegawai Daerah. Dan ianya akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh satu tahun dan akan dilaksanakan secara berterusan. Maknanya setiap tahun Program TERASA ini akan kita laksanakan. Peruntukan bagi program ini tidak banyak ya, Tuan Yang di-Pertua, antara RM30,000.00 ke RM50,000.00 sahaja sekali turun ke kampung yang berkenaan.
Dalam masa yang sama, TERAS juga akan memberi fokus kepada program-program seperti pendidikan iaitu kelas tuisyen berdasarkan modul-modul tertentu. Fokus juga kepada sosial ekonomi iaitu program-program keusahawanan dan pertanian dan juga program sosial dan kebajikan iaitu progam-program kemasyarakatan seperti gotong-royong, sukan dan seni budaya. Itu sahaja Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.
Soalan tambahan Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya nak ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana bagi saya ini satu tindakan baik dan berani kerana sebelum ini banyak dah program-program transformasi yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti Gerakan Desa Wawasan, Gerakan Agropolitan, Rimbunan Kasih, IADP dan sebagainya tetapi kita nampak program-program ini tidaklah mendapat kejayaan yang memberangsangkan. Ini mungkin disebabkan oleh faktor yang utama ialah kemiskinan sikap er… payah untuk berubah, berasa dalam zon selesa… terperangkap dengan er… apa… putaran kemiskinan.
Soalan saya ialah apakah pendekatan yang dilakukan oleh TERASA dalam usaha menangani masalah sikap ini? Itu yang pertama. Yang kedua ialah kolaborasi di antara agensi-agensi yang berkongsi kepakaran sumber dan juga tenaga untuk saling bantu-membantu dan lengkap melengkapi er… dalam… supaya sejarah kegagalan program-program yang telah saya sebutkan tadi tidak berulang pada TERASA ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sukacita saya maklumkan di dalam Dewan Yang Mulia ini bahawa Program TERASA ini bukan dibuat… dirancang secara overnight. Maknanya hari ini kita ingat nak buat, esok kita terus laksanakan. Program ini telah melalui beberapa kali perbincangan, mesyuarat dan sebagainya dan ianya Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah meminta Pegawai-pegawai Daerah terlibat secara langsung untuk memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar dan tidak gagal.
Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk saya mengatakan sama ada ianya gagal ataupun tidak tetapi daripada apa yang diberitahu kepada saya program ini sangat simple… ya… sangat simple… sangat mudah di mana state GLC akan pergi ke sesebuah kampung… er… mungkin mereka memikirkan kampung tersebut perlu dibuat gotong-royong, maka akan dibuat gotong-royong.
Kalau sekiranya perlu bagi tuisyen kepada kanak-kanak selepas berbincang dengan pemimpin tempatanlah, ya. Berbalik kepada soalan daripada ADUN Padang Tengku tadi, sukcita saya mengatakan memang ada kolaborasi antara GLC ni, kita tak nak berlaku redundant, dengan izin, ataupun pertindihan. Sebagai contohnya, Yayasan Pahang yang memang kita tahu mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan, jadi er… setiap GLC kalau sekiranya buat pendidikan mereka akan berbincang, berkolaborasi dengan Yayasan Pahang supaya ianya tidak menjadi apa ni perbezaan yang melampau dan ini menyebabkan apa yang dihasratkan akan menjadi gagal.
Jadi yang lain-lain… kita juga akan cuba untuk er… saya difahamkan bahawa akan ada satu modul khas untuk membangunkan modal insan di peringkat komuniti dan ianya akan dilaksanakan di kampung-kampung angkat. Jadi saya percaya, fokus utama pembangunan TERAS ini akan adalah… berasaskan kepada pendidikan kerana hasrat kita supaya anak-anak kita di luar bandar mendapat pembelaan sewajarnya. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Seterusnya saya pergi kepada soalan dua. Silakan, Yang Berhormat Tahan.
Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor dua.
Konflik gajah dan manusia dilihat seperti tidak berkesudahan yang turut memberikan kesan kepada ekonomi rakyat apabila kemusnahan kebun dan tanaman berlaku akibat konflik ini, oleh itu;
1. Apakah perancangan dan usaha jangka pendek dan panjang dalam menangani perkara ini?
2. Apakah bentuk bantuan atau insentif yang boleh diberikan kepada mereka yang mengalami kemusnahan kebun dan tanaman?]
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
ADUN Tahan menanyakan soalan berkaitan dengan konflik gajah dan manusia dan apakah tindakan pihak kerajaan dalam menangani isu ini. Sebenarnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, untuk menangani konflik gajah dan manusia ini kita memerlukan perancangan iaitu jangka pendek dan jangka panjang dan pihak kerajaan juga telah melibatkan Jabatan Perhilitan.
Jabatan yang bertanggungjawab tentang kehidupan liar supaya dapat membantu kita memahami dan juga menanangi… menangani isu ini dengan lebih berkesan. Malahan dalam er... konteks yang ada pada hari ini, banyak pembangunan er... telah disarankan untuk mengambil kira er... aspek-aspek termasuk kawasan-kawasan rayuan er... hidupan liar, gajah, harimau dan sebagainya.
Malahan ada projek misal contohnya CSR ya, CSR er... Central Spine Road, dengan izin ya, yang dibina daripada er... Pelangai ya er... kawasan ini… Yang Berhormat er... Dato’ Sri Diraja Pelangai, mantan Menteri Besar hingga ke Kota Bharu. Malahan ada seksyen ataupun bahagian di Lipis tu, dia bina laluan gajah. Makna ada bridge tu dia panggil bridge tu, supaya gajah boleh lalu melintasi lebuh raya ini tanpa er... perlu er... orang kata melintas lebuh raya, dia ada viaduct dia sendiri, insya-Allah.
Jadi dalam konteks yang seumpama ini er... dengan kerjasama Jabatan PERHILITAN, operasi tangkap gajah er... telah dilaksanakan dan sehingga Oktober tahun 2021, sebanyak 13 ekor gajah telah ditangkap iaitu 1 ekor gajah ditangkap di Kampung Orang Asli Tiat Baru di Lipis, 1 ekor ditangkap di Kampung Karak Setia, Bentong, 11 ekor telah ditangkap di daerah Jerantut iaitu melibatkan Kampung Rebus, Kampung Doja, Kampung Pasir Durian dan FELDA Kota Gelanggi 3.
Yang ini Yang Berhormat Pulau Tawar yang juga mempengerusikan, yang er... dilantik sebagai pengerusi apa nama… pengerusi er... maknanya gajah liarlah maknanya. Dia expert pasal ini. Saya difahamkan baru ini YB er... Pulau Tawar, ada gajah yang ditangkap? Yang baru-baru ini? Se… sebelum kita sesi sidang Dewan? Minta perjelas.
Terima kasih ADUN Benta. Semalam kita ada tangkap seekor gajah di Taman Negara. Dia… dia… di… di Taman Negara. Takat ini kita ada 11 ekor lagi kita dalam proses tangkap dan akan pindah ke Kenyir, Terengganu.
Jadi, saya ini mohon senaraikan kepada ADUN Tahan. Nanti bila balik ke Jerantut, boleh juga bincangkan minum-minum kopi, borak-borak dengan pengerusi gajah yang memangnya kiranya rodonglah di Jerantut untuk dapat maklumat yang lebih terkini ya mengenai pergerakan gajah, dan apakah langkah-langkah yang boleh kita tangani untuk menenangkan gajah-gajah yang selalu merayau dalam keadaan yang apa nama? Boleh merosakkan aktiviti ekonomi di kampung dan sebagainya.
Manakala dalam er... untuk perancangan jangka panjang pula, er... Jabatan PERHILITAN telah membina pagar elektrik gajah atau lebih dikenali sebagai Sistem Pemasangan Pagar Elektrik Gajah (SPEG). Jabatan telah melaksanakan pemasangan pagar elektrik gajah di Kampung Som, daerah Jerantut er... dengan jajaran sepanjang 18 kilometer, Kampung Sementeh di Temerloh dengan panjang jajaran 7.3 kilometer dan di Kampung Orang Asli Mentelong er... Rompin dengan panjang jajaran 2 kilometer. Dan ianya melibatkan kos er... RM1.28 juta dan kos penyenggaraan tahunan sebanyak seratus lapan puluh… lima… er... RM158,000.00 lebih kurang ya untuk er... dia ini senggarakan.
Juga er... Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk mendapatkan er... kolar satellite gajah ya. Makna nak pasang er... ini… rantailah ataupun kolar di gajah ini sebagai kaedah sistem pengenasan awal… pengesanan awal yang mana ia boleh me… er... memantau pergerakan gajah di kawasan konflik er... dan tindakan menghalau gajah liar ini dapat dilaksanakan daripada memasuki kawasan pertanian atau kebun tanaman penduduk. Itu yang antara langkah-langkahnya.
Pada masa yang sama, er... saya yakin dengan penubuhan jawatankuasa dasar sekuriti makanan ya, negeri Pahang yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar. Perkara-perkara ini akan dibincangkan supaya kita dapat rangka satu er... strategi er... pelan tindakan untuk er... sedikit sebanyak mengurangkan kesan er... akibat daripada er... ini maknanya aktiviti gajah yang masuk ke kawasan-kawasan kampung dan kawasan-kawasan tanaman.
Manakala er... dari segi aspek kita peringkat negeri, Jawatankuasa Penyakit dan Perosak Tanaman yang dipengerusikan oleh er... dan diurusetiakan oleh Jabatan Pertanian Negeri yang dianggotai oleh agensi-agensi di bawah MAFI dan juga Jabatan PERHILITAN turut membincangkan isu yang berkaitan. Dan er... bagi mengurangkan kemusnahan ataupun risiko kemusnahan ini, maka antara yang telah dicadangkan ialah pertama; mengelakkan daripada merancang pembangunan projek pertanian di kawasan yang berpotensi sebagai destinasi rayau gerombolan gajah atau kawasan yang dikenal pasti mempunyai mineral jilatan dalam er... licking salt, dengan izin ya. Makna garam jilatan gajah khususnya projek di tanah milik kerajaan. Pandangan dan ulasan secara rasmi dari pihak Jabatan PERHILITAN perlu diberikan keutamaan di peringkat awal perancangan projek.
Manakala bagi pembangunan projek di tanah persendirian atau hak individu, er... padangan daripada pihak Jabatan PERHILITAN juga er... disarankan er... untuk diambil kira bagi membangunkan projek-projek yang berbentuk pertanian, insya-Allah.
Kemudian er... ada juga cadangan untuk mewujudkan tabung bencana khusus er... di peringkat negeri akibat daripada serangan haiwan yang menjadi ancaman kepada tanaman er... tanaman bukan sahaja gajah maknanya khinzirlah ataupun er... ini apa ba alif ba ya, babi er... dan juga haiwan-haiwan lain, kera, monyet dan sebagainya. Dan er... ianya er... sebenarnya telah pun dibawa ke perhatian Yang Berhormat Menteri Pertanian ya dalam Mesyuarat di antara Menteri Pertanian dan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri. Perkara ini telah dibangkit oleh Pahang iaitu kita perlu ada dipanggil safety net er... jaringan keselamatan bagi melindungi pengusaha-pengusaha.
Kalau sekiranya pihak kerajaan er... serius dalam memastikan agar sekuriti makanan kita ini terjamin, maka kita juga perlu ada satu er... langkah-langkah atau sistem di mana er... pemain-pemain utama dalam pertanian ini juga perlu dilindungi kerana mereka menanam modal yang tinggi tetapi kalau sekiranya tidak dilindungi akibat daripada antara lainnya er... risiko-risiko termasuk ancaman daripada hidupan liar, gajah dan sebagainya, maka musnah er... segala er... pelaburan mereka.
Malahan di Muadzam Shah misal contohnya, penanam-penanam ataupun peserta TKPM Muadzam Shah telah terlibat dengan er... fenomena ini di mana lebih daripada RM2 juta er... anggaran kerugian dialami oleh er... petani-petani yang er... mengusahakan tanaman nangka er... dan ini tidak mendapat sebarang perlindungan.
Itu yang dukacitanya, sebab itu perkara ini dibangkitkan dan kita telah sarankan kepada Kerajaan Pusat supaya mengambil langkah-langkah yang telah diambil oleh negara-negara lain, bukan sahaja negara maju tetapi negara-negara membangun termasuk di Afrika dan er... di Laos, di Vietnam untuk mewujudkan apa yang dipanggil sebagai insurans er... pertanian, yang memberi perlindungan kepada petani-petani.
Dan er... untuk itu juga sebenarnya oleh kerana perkara ini kerap berlaku khususnya di kawasan-kawasan TKPM. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar telah er... menyarankan dan telah er... meluluskan peruntukan-peruntukan untuk melindungi kawasan-kawasan projek khususnya TKPM. Walaupun misal contohnya untuk Muadzam Shah ini, Kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan er... sebanyak RM300,000.00 lebih maknanya kalau secara khususnya tanda untuk membina pagar elektrik ini yang jumlahnya ialah RM334,544.00 telah dilaksanakan.
Yang lain-lain ini, Kota Perdana, Jelai, Pulau Tawar, ini semua er... telah dibina pagar elektrik dengan peruntukan Kerajaan Negeri. Misal contohnya Kota Perdana er... projek bernilai RM220,939.00 telah diluluskan. Di Jelai sendiri, TKPM Jelai, kawasan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, RM336,752.00, di Pulau Tawar RM100,000.00. Tapi saya teringat kepada apa yang telah di er… ungkapkan oleh er… Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja, ADUN Pelangai.
Kadang-kadang satu insiden itu ada pula rahmat kepada pihak lain macam contohnya kalau kereta itu kemalangan, yang mangsa er… pemilik kereta itu memang jadi mangsa tapi workshop pula dia dapat pula rahmat makna membaiki kereta, tak kadang-kadang dia begitu. Jadi dalam konteks seumpama ini gajah masuk yang jadi mangsanya petani tetapi kontraktor pula dapat er… ini apa nama manfaat daripada kerja-kerja yang dikeluarkan untuk membina pagar dan parit-parit gajah ini jadi kadang-kadang itu er... inilah maknanya ketentuan Allah SWT. Jadi mungkin ada rahmat juga ini ADUN er… Tahan dengan er… kehadiran er… gajah er… ini apa nama babi hutan, kera, monyet ini kadang dia ada pula peluang… peluang rezeki.
Mohon mencelah.
Allahuakbar, sila.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Bukan itu sahaja. Sebagai contoh, sepasang suami isteri bercerai. Salah seorang itu boleh kahwin dengan orang lain pula [Ahli Dewan ketawa]. Janda itu boleh kahwin dengan mungkin dapat teruna. Makna ada dia faedah itu, ianya ada. Terima kasih, terima kasih Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Maknanya saya rasa begitu juga. Bila Speaker misal contohnya dia nak rehat, jadi Timbalan Speaker jadi Speaker [ketawa] contohlah kan. Jadi er… saya rasa setiap satu kejadian itu kita kena dia ada positif ada… ada rahmatnya, insya-Allah. Makna saya yakin er… misal contohnya kalau sekiranya gajah itu memusnahkan katakanlah RM1 juta, insya-Allah kita doa mudah-mudahan Allah SWT akan memberi limpahan maknanya mungkin dapat lebih RM2 juta, RM3 juta lagi hasil daripada aktiviti lain dia ada. Ini semua ujian, dugaan Allah SWT apa nama turun kepada kita semua jadi kalau er… gajah ini sebab ketentuan dia perancang er… Allah. Er… manusia merancang kita boleh buat pagar elektrik seluruh Negeri Pahang ini tapi macam mana pun ada celah juga er… kalau tidak gajah er… ini menyerang besok mungkin tikus pula.
Gajah ini dia… dia er… pagar dia… dia macam pagar nak kata Abu Nawas tidak, tapi kalau sekiranya dia buat pagar itu maknanya yang jenis haiwan kecil-kecil ini tikus, monyet, beruk, er… ini apa nama, orang pun kadang juga ada juga dia masuk menceroboh begitu tapi maknanya ada juga ancaman dari pihak lain tapi insya-Allah, inilah dugaan ini dia akan menguji pemimpin-pemimpin er… daripada peringkat paling tinggi hingga peringkat er… ini lapangan di kampung untuk menangani dan menyelesaikan permasalahan er… ini rakyat dan masyarakat hinggalah akhirnya dunia kiamat, insya-Allah. Terima kasih. [Ketawa]
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada Wakil Kerajaan di atas jawapan yang telah er… dikemukakan. Er… untuk makluman Sidang Dewan, pada ketika ini saat kita sedang bersidang er… pihak apa itu Unit Tangkapan Gajah sedang membuat pemindahan gajah er… yang ditangkap pada hari Selasa baru ini di Kuala Tahan dan saya juga ucap terima kasih di atas er… peruntukan yang telah diumumkan oleh Dato’ Sri Menteri Besar sebanyak RM1 juta untuk er… [Ahli Dewan menepuk meja] untuk er… memberikan er… kita kata er… untuk menjaga kebajikan petani-petani yang berhadapan dengan er… konflik gajah yang mengganggu dan yang merosakkan tanaman mereka.
Namun er… satu perkara lagi yang perlu kita juga ambil perhatian, saya difahamkan Unit Tangkapan Gajah yang berada di Negeri Pahang ini, unit anggotanya hanya 10 orang yang kena cover satu Pahang dengan kenderaan sebuah sahaja yang telah berusia lebih daripada 10 tahun. Yang ramainya, er… anggota Bahagian Operasi Bersepadu Khazanah yang masuk hutan untuk er… tengok er… pantau orang-orang yang membuat pemburuan haram tapi untuk er… operasi Unit Tangkapan Gajah ini hanya 10 orang sahaja. Mereka itulah yang cover er… seluruh Pahang.
Bayangkanlah satu er… kes berlaku di Tahan, kes berlaku di Rompin dalam masa yang terdekat macam mana dia orang er… sekali operasi kadang itu makan masa dua minggu sehingga mereka tak boleh nak buat er… panggil er… gantian ataupun dia orang panggil pertukaran di antara er… di kalangan anggota. Itu adalah isu kebajikan yang nak saya bangkitkan yang mungkin er… boleh juga diberikan perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Ini satu pandangan yang baik. Baru ini er… ADUN Teruntum, dia bangkit tentang monyet yang menumpang sajian la kalau waktu pagi, breakfast dengan pengunjung di Teluk Chempedak kalau dia makan kat McD itu ada juga monyet datang nak menumpang. Saya telah bangkitkan perkara ini kepada Ketua Pengarah PERHILITAN, Jabatan PERHILITAN er… Malaysia, Dato' Kadir ini kebetulan anak er… ini Temerloh la, orang Buntut Pulau… Buntut Pulau. Dia Ketua Pengarahnya jadi yang boleh bercakap dengan haiwan ini, kita ini selain daripada ADUN er… Pulau Tawar tak berapa reti bercakap dengan gajah, harimau ini. Yang boleh bercakap ini ialah PERHILITAN, sebab ini memang khas untuk jabatan yang boleh mengendalikan yang hidupan liar ini.
Mungkin dia orang boleh bercakap dengan beruk, dengan monyet, cenekoh, dengan lotong dan menjadi masalahnya perjawatan ini ialah di bawah JPA, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Dia nampak mungkin masalah gajah ini dari segi aspek kewangannya sebagainya kita ini maknanya kawasan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, kawasan Jelai TKPM Jelai masuk gajah. Ini apa nama buah nangka itu yang dah ranum tengah nak petik itu, tetiba gajah datang bagi assalamualaikum, dia pergi masuk ke dalam… habis.
Di Muadzam, menangis-nangis. Di tempat-tempat lain anak muda, Agropreneur Muda, orang putih kata hard-earned money yang dikutip duit itu melabur dalam itu er… sektor pertanian, gajah datang. Tetapi, macam tadi ADUN Tahan maklumkan kita di dalam Dewan Yang Mulia ini, kita nak sarankan perkhidmatan er… ini awam ini mohon jasa baik daripada Ketua Pengarah menimbangkan aspek perjawatan ini bukan sahaja di Jabatan PERHILITAN, di tempat-tempat yang strategik lain. Malahan kita di Pahang terpaksa mewujudkan satu unit dipanggil Unit Elit Penguatkuasaan. Sendiri kita wujudkan supaya dapat kita pantau bukan sahaja pencerobohan, er… di tanah-tanah kerajaan, hutan-hutan simpan tetapi juga aspek yang seumpama inilah, tengok gajah, meronda sebagai-bagainya, tak cukup.
Nak harap ke PERHILITAN dia pergi sini, gajah sana mengaum dah ataupun gajah er… itu gajah ini yang… yang ADUN Lanchang ini nak buat tiger show dekat dengan apa nama Lanchang, kena tengok juga. Maknanya, PERHILITAN kena pergi ke situ, orang yang sama. Lepas itu bila kita kata misal contohnya gunakan kenderaan, kita minta supaya kenderaan yang lebih canggih sebab gajah ini kalau setakat kenderaan
yang Land Rover yang dah 20 tahun dahulu dia senyum je [ketawa]. Maknanya, nak memanjat bukit ger…ger… ger… tolak kita ha… er… sepuluh… maknanya sepuluh orang menolak tak er… gunakan juga peruntukan tak ada.
Jadi kita minta supaya dia turun ke lapangan supaya mereka dapat turun, MAMPU dapat turun mungkin Yang Berhormat Dato’ Sri SS boleh maklumkan perkara ini. Perkara ini telah dibangkitkan di… di er… apa nama Dewan Yang Mulia terpaksa Kerajaan Negeri sediakan padahalnya ini adalah tanggungjawab dan tugas yang telah dikhususkan di bawah Kementerian Pusat, agensi pusat Jabatan PERHILITAN tapi kita tak boleh nak marah ke dia sebab dia yang duduk di situ kadang-kadang berbulan-bulan duduk dalam… dalam hutan.
Jadi, kita kena perakukan, iktiraf bahawasanya komitmen mereka tinggi tetapi kita perlukan juga pihak lain untuk menyokong, mendokong dan bersama dan saya mohon mungkin satu hari esok, kot-kot kalau sekiranya takdirnya Allah SWT Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN er… jadi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam haa… mungkin dia lepas itu dia khabar okey… yang ini kita tambah, yang ini tambah dan sebagainya. Ha… ini masalah…
Dato’ Sri Pengerusi… Dato’ Sri Pengerusi…
Yang Berhormat, Yang Berhormat Tahan…
Saya ingin menambah sedikit maklumat tentang hal gajah dan PERHILITAN. Memang betul Unit Gajah ada 10… 15 orang tetapi PERHILITAN ada Unit Harimau. PERHILITAN juga ada Unit Seladang. PERHILITAN juga ada Unit Rusa. Apabila berlaku kon… er… itu konflik antara gajah dan manusia, semua berkumpul. Unit-unit berkumpul, kadang-kadang sampai 18… 20 orang di satu lokasi untuk menyelesaikan masalah gajah. Begitu juga kenderaan, kenderaan di Pahang ada satu tetapi mereka menggunakan kenderaan daripada Johor untuk mengangkut dan mengangkat hantar ke Kenyir. Jadi itu sahaja unit tambahan bagi pihak sahabat saya.
Yang Berhormat, saya kira soalan ini telah pun terjawab la dah er… merangkumi….
Nak mencelah sedikit saja.
Yang Berhormat Dato’ Sri.
Sambil kita mesyuarat dalam Dewan ini, sebenarnya majlis gajah pun ada mesyuarat juga. [Ahli Dewan ketawa] Makna kita buat perancangan, dia pun ada dia punya raja
dia, dia ada dia punya Perdana Menteri dia. Kita kabor, okey ini masalahnya dia nampak gayanya kita gini okey, kita buat macam ni. Jadi kita nak bagitahu bahawasanya ada juga kemampuan manusia ni dia terhad, Allah SWT wujudkan juga. Gajah ni diorang kata kalau orang tua-tua, saya ingat kena tanya juga YB. Pulau Tawar, dia takleh cakap besar ha… datang berani misalnya Dato’ Sri. Maknanya berani awak datang ni cekak pinggang, dia datang pagi besok… dia tengok, dia kata yang mana yang anu tu… maknanya dia, dia punya apa nama kebijaksanaan dia tu, perasaan dia… sebab tu hari tu, saya pernah saran kepada menteri supaya kita hantar pakar-pakar ini kepada… mungkin negara macam Afrika… kita jangan ambik mudah. Dia mungkin dia… dia boleh menenangkan anu… apa nama… gajah, harimau dan sebagainya.
Saya pernah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri, dengan Yang Berhormat Dato’ Sri pergi melawat ke Holland satu ketika. Ada juga sebenarnya penternak kita, yang menternak er… kerbau, kerbau ni diimport, kerbau susu diimport daripada India. Kemudian kita pergi ke Armsterdam tu kebetulan ada juga penternak yang menternak kerbau jadi bila pergi lawatan ke ladang tu, Mat Salleh ni dia tengok okey. Dia konon-konon dia megahlah, oh this is… dia tunjuk ladang dia kan, maknanya… jadi bertaburan kerbau tu.
Jadi penternak ni nama dia Encik Ghafar, Dato’ Sri… Yang Amat Berhormat Dato’ Sri MB ya… dia bercakap dia panggil tu dia ada laung dah dia adalah bahasa dia. Kerbau semua datang duduk depan dia. Mat Salleh tu, “eh… you can speak to the buffalo’s?” Dia kabor, “the language? I know”, dia kabo. Makna dia faham, dia boleh cakap bahasa… bahasa kerbau tu. Macam kita di kampung tu, panggil… kerbau datang. Kucing, meow…meow… dia kucing datang maknanya saya rasa gajah ni, tapi ini kena rujuk kepada pakarlah, er… ADUN Pulau Tawar.
Gajah ni pun, ada institusi yang macam itu. Jadi maknanya, alhamdulillah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri telah meluluskan dan menyediakan tabung RM1 juta untuk apa nama memberi sedikit sagu hatilah kepada mereka yang terkesan. Jadi saya rasa dah jelaslah kalau tidak pun nanti masa time kita rehat kita cerita pasal gajah lagi sambung, insya-Allah. Terima kasih Dato’ Sri.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita beralih soalan berikutnya. Saya jemput Yang Berhormat daripada Mentakab.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin kemukakan soalan No.3.
[Dalam tempoh pandemik COVID-19, berapa banyakkah isi rumah jatuh dari kumpulan M40 ke B40 serta miskin tegar di negeri Pahang?
Apakah bantuan yang diusahakan untuk menolong mereka?]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Untuk menjawab soalan Wakil daripada Mentakab, saya ingin memaklumkan bahawa statistik berkaitan dengan pendapatan isi rumah diperoleh melalui survey pendapatan isi rumah dan kemudahan asas ataupun HIS/BA. Survey ini dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dengan kekerapan 2 kali bagi setiap 5 tahun dan yang terkini adalah pada 2019 yang telah diterbitkan pada 10 Julai 2020.
Namun begitu untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, berdasarkan kepada kajian yang dijalankan di peringkat nasional, menunjukkan sebanyak 604.4 ribu isi rumah daripada kumpulan isi rumah M40 yang berpendapatan di antara RM4,850.00 dan RM10,959.00 telah beralih kepada kumpulan isi rumah B40. Isi rumah yang berada dalam kumpulan isi rumah T20 juga, turut terkesan akibat pandemik COVID-19 yang mana sebanyak 332.5 ribu isi rumah daripada kumpulan ini telah beralih kepada kumpulan isi rumah M40.
Nilai anggaran daripada kajian ini hanya dapat dikeluarkan di peringkat nasional sahaja buat masa ini. Analisis yang lebih lengkap akan dapat diperoleh melalui survey (HIS/BA) yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 untuk tempoh 12 bulan di seluruh negara. Dapatan dari data survey ini, tidak hanya terhad di peringkat nasional dan negeri sahaja tetapi akan dapat dijana sehingga ke peringkat daerah pentadbiran.
Berdasarkan laporan anggaran pendapatan isi rumah dan insiden kemiskinan 2020 yang diterbitkan pada Ogos 2021, insiden kemiskinan mutlak Malaysia telah meningkat daripada 5.6% pada tahun 2019, kepada 8.4% manakala insiden kemiskinan di Negeri Pahang pula, meningkat daripada 4.3% pada tahun 2019 kepada 8.8%. Jadi kita mengharapkan 2022 ini, dengan kita lihat, suntikan belanjawan yang telah diumumkan, insya-Allah di Negeri Pahang ini, kita akan dapat mengurangkan kembali kadar kemiskinan akibat daripada pandemik COVID-19.
Dan antara inisiatif bagi membantu golongan ini di Negeri Pahang, kita semua sedia maklum bahawa kita telah menurunkan bantuan prihatin Pahang selama… sebanyak 4 fasa dan golongan B40 ini memang menjadi sasaran yang sentiasa diberikan bantuan selain daripada one-off RM250.00 yang telah diberi, kita juga sentiasa memberikan sumbangan bakul makanan. Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Baik. Soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bilut.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan No.4.
[Apakah garis masa bagi program vaksinasi untuk warga Pahang berumur 12 hingga 17?
Adakah sesi pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah dan menengah akan berjalan dalam bentuk fizikal pada tahun pertengahan awal 2022 seperti dijangka?
Sekiranya PdPR fizikal tidak dapat diteruskan, adakah Kerajaan Negeri Pahang akan memberi peruntukan khas kepada sekolah supaya membantu pelajar daripada keluarga B40 untuk peralatan elektronik.]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih kerana mengizinkan saya untuk menjawab persoalan yang di kemukakan oleh ADUN Bilut, er… mengenai tentang tarikh er… anak-anak remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun er… mengambil vaksinasi. Adakah waktu yang ditetapkan? Sebenarnya er… vaksin ini, untuk anak-anak kita telah er… di pusat mengambil vaksin telah ditamatkan pada 31 Oktober 2021. Namun usaha untuk melaksanakan vaksin kepada pelajar-pelajar diteruskan secara perundingan di antara pihak sekolah dan juga pihak er… PKD, Pejabat Kesihatan Daerah. Dato’ Sri Yang di-Pertua, ditanyakan juga mengenai er… sesi pembukaan sekolah adakah secara fizikal dapat diadakan ataupun masih lagi PdPR?
Sesungguhnya secara fizikal telah dilaksanakan pada masa kini dan insya-Allah er… akan diteruskan selagi keadaan kita dapat terkawal dan apa namanya er… diadakan secara bergilir-gilir mungkin minggu ni, Tingkatan 1 tu sampai Tingkatan 4, dihadirkan sebahagian dan sebahagian lagi pada minggu depan. Adapun pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan besar seperti SPM dan STP, mereka ini dibenarkan hadir secara keseluruhan dan juga ditanyakan seandainya berlaku PdPR semula adakah kerajaan berhasrat untuk membantu pelajar-pelajar ni untuk belajar?
Sememangnya kerajaan sentiasa membantu anak-anak kita ini belajar daripada dulu sampai ke hari ini dan mungkin esok lusa pun kita akan terus. Itulah komitmen kerajaan kepada anak-anak kita yang belajar di sekolah. Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua…
Sila.
Dalam sesi soal jawab ni, kalau nak beri pandangan susah sikit. Jadi saya tanya dulu kemudian saya beri pandangan. Adakah kerajaan sedar bahawa vaccination ini bukan bererti kebal? Saya ingin mengingatkan bahawa vaccination untuk COVID-19 ini, bukan seperti mencucuk cacar, atau mencucuk untuk TB, tidak.
Saya ingin berkongsi ya, sikit. Pengetahuan yang diberi kepada saya oleh doktor-doktor pakar. Pertama sekalinya virus ini, dia keluar ikut mulut dan hidung. Dia masuk ikut mata. Itu sebab perkara ini Ahli-ahli Dewan, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya tunjuk sikit ya, kita pakai ni, jaga orang, bukan jaga kita. Pakai nak jaga kita, pakai ni. Saya baru teringat bawa tadi nak bagi ahli daripada Dong dengan ini Inderapura tapi takut dia orang tak pakai. Saya ada dekat 100 di rumah. Siapa datang rumah saya bagi. Siapa datang rumah saya bagi. Siapa nak ni, datang rumahlah.
Yang keduanya kawan saya dengan suami dia, bulan 7 vaksin 2 dos complete. Bulan 9 COVID-19, bulan 10 COVID-19 tapi nasib dia orang baik berdua tak lebih pada level 3. Ada sepupu saya 1 keluarga vaksin 2 dos, anak dia akauntan dengan Petronas di
Kuala Lumpur berjumpa kawan daripada Johor Bahru ada COVID-19, balik bawa ke Janda Baik… semua kena COVID-19… isteri kawan saya meninggal.
Orang kata sebab kita ada comorbidity makna ada kencing manis ke apa, orang sihat pun mati. Seorang bekas Timbalan Ketua Menteri lepas 2 dos… jalan. Saya bukan nak mengatakan nak meng… mempromosi Ivermectin. Ivermectin ni doktor takut nak bagi sebab kalau apa-apa hal doktor akan didakwa atas kesalahan medical negligence.
Hospital, doktor, kerajaan kena bayar berjuta-juta tapi 108 orang; saya, adik saya, sepupu saya supply… kita tak dan ambil duit pun, tak ambil untung pun, bagi je… dan baru ini 2 orang di Kampung Lebu, 110 orang alhamdulillah. Ada pekerja estate, saya bagi 60 orang… jalan, alhamdulillah dan Ivermectin ini seorang menteri, menteri kabinet level 4 dah ini tapi belum intubated lagi, doktor bagi, alhamdulillah sihat.
Seorang Setiausaha Akhbar menteri alhamdulillah, sihat. Saya nak mengingatkan vaccination bukan bermakna kebal, maka berhati-hatilah semuanya. Ada orang ingat vaccination ahh… berkelah, pergi mandi, pergi laut, rumah orang kahwin, rumah orang mati. Kahwin biar dia kahwin je jangan kacaulah, cukup dia makna akad nikah, selesai. Orang mati ini ada orang menghantar sudahlah. Itu yang saya nak berkongsi, ini peluang untuk saya memberitahu sebab saya tak nak berjumpa ini ramai-ramai ini.
Jadi, hari ni saya berkongsi dengan Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Dewan sendiri tentang apakah maksud sebenarnya vaccination dan apakah cara-cara pencegahan dan apakah kebaikan Ivermectin. Mungkin Pengarah Kesihatan ada dia tak setuju tapi saya tahu doktor-doktor kawan saya ni seludup Ivermectin ni bagi… bagi vitamin tulah ha ini vitamin satu… lepas 5 hari elok, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingat kerajaan tak payah jawablah.
Terima kasih Yang Berhormat Pelangai. Sila.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kalau nak jawab pun macam ini, kalau boleh er… apa namanya apa nama ini Wakil daripada Pelangai bagi satu seorang Ivermectin ke kita. [Ahli Dewan ketawa]
Baik, ya Bilut.
Soalan tambahan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bagi pelajaran fizikal ini kami didapat tahu bahawa sekarang pelajaran fizikal ini dia dibahagikan dua bahagian, bahagian A dan bahagian B. Jika minggu ini kita belajar er… apa tu pelajar di kumpulan A belajar, kumpulan B itu dia rehat di… di rumah. Soalan saya adalah er… kita didapati bahawa jika pelajaran ini seterusnya macam ini seperti ini er… kita merisaukan bahawa pelajar tu tidak dapat mengikuti pelajaran. Apakah langkah ataupun cara yang boleh diambil oleh apa itu Kerajaan Negeri untuk er… mengelakkan keadaan seperti ini bahawa pelajar tidak didapati ikut pelajaran di sekolah ini? Sekian.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua atas soalan tambahan dan kita juga ucapkan terima kasih kepada Wakil Pelangai yang mana sihat dan memperingatkan kita tentang apa er... penjagaan diri kita supaya dapat mengelakkan daripada penularan apa… COVID-19 ini. Mengenai anak-anak kita yang PdPR sebagaimana yang dibangkitkan oleh Bilut, sememangnya Kerajaan Negeri, kita dah cerita dalam perbincangan hari Isnin, Selasa macam mana kita beri komputer, macam mana kita beri laptop dan sahabat saya daripada Bebar dah cerita dia usaha untuk meningkatkan jaringan-jaringan supaya mereka dapat kemudahan untuk melihat… melayari pembelajaran-pembelajaran secara PdPR, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Dan juga usaha kadang-kadang sampai guru-guru ini pergi ke rumah-rumah menjenguk anak-anak didik mereka adakah mereka belajar dengan sempurna dan mengikuti apa yang disampaikan oleh pihak guru melalui PdPR. Latihan-latihan yang secara berulang-ulang adalah tujuan untuk menyemak anak-anak kita ini adakah mengikuti pelajaran yang dilaksanakan melalui PdPR.
Alhamdulillah, sebab itu hasil daripada usaha yang dilakukan secara berterusan ini, kita dapat tengok sendiri bagaimana keputusan pembelajaran anak-anak kita er… dapat menandingi apa yang telah kita lakukan sebelum berlakunya PdPR. Maknanya tidak ketinggalan anak-anak kita, tinggal lagi mungkin ada individu-individu yang terpencil mungkin kerana faktor mereka tidak berminat untuk mengikuti secara PdPR itu luar daripada keupayaan guru ataupun pihak pendidik, ibu bapa sendiri pun mengeluh anak-anak mereka dah diberikan peralatan tetapi ada yang tidur, ada yang main game, itu luar daripada keupayaan kita Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih banyak.
Baik, terima kasih. Soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat daripada Cheka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan ke-5.
[Projek Central Spine Road (CSR) Seksyen 4B dari Ladang Jerkoh ke Sega Lama merancang untuk membina satu persimpangan bertingkat di Kampung Jerkoh. Walau bagaimanapun, pemimpin dan penduduk sekitar kawasan Benta meminta persimpangan bertingkat dibina di Benta.
a) Adakah Kerajaan Negeri Pahang mempertimbangkan cadangan penduduk di sekitar Benta?
b) Kalau tidak, mengapa?]
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Wakil Cheka bertanyakan berkaitan dengan cadangan er… spur route, spur route di Central Spine Road Pakej 4 khususnya 4B di Ladang Jerkoh ke… daripada Ladang Jerkoh ke Sega Lama, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Soalannya adalah, adakah cadangan
penduduk Benta untuk mengubah cadangan spur yang awal daripada Jerkoh Link kepada Benta Link?
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri Pahang kita ambil maklum bahawa pelaksanaan CSR ini apabila jajarannya agak jauh daripada Pekan Benta berkemungkinan akan merencatkan kalau tidak merencatkan pun mengurangkan apa ini daya maju Pekan Benta yang… yang sudah lama bertapak di situ. Jadi sehubungan dengan itu, Wakil daripada Benta, Wakil Kerajaan daripada Benta telah beberapa kali mencadangkan apa cadangan ini diubah supaya lebih dekat dengan Pekan Benta tetapi malangnya apa yang dihasratkan oleh penduduk Benta ini tidak dapat dipenuhi dan walaupun jajaran ni agak jauh, kita cari jalan macam mana boleh memastikan bahawa Pekan Benta itu walaupun jaraknya jauh tapi didekatkan dengan satu jajaran jalan baru.
Sehubungan dengan itu, beberapa siri perbincangan telah dibuat dan yang antara yang terkini adalah satu perjumpaan telah dianjurkan ataupun diadakan oleh cawangan Jalan JKR Malaysia pada 22 Oktober yang lalu yang saya sendiri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya ke lapangan bersama-sama dengan wakil daripada Wakil Kerajaan daripada Benta, wakil daripada JKR negeri, JKR daerah, PTG Pahang dan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis, beberapa pimpinan masyarakat setempat juga Yang Berhormat.
Kita membincangkan persoalan ini mengambil kira semua aspek. Jadi, alhamdulillah keputusan perbincangan pada hari itu telah pun bersetuju bahawa cadangan spur route yang sebelum ini untuk kita buat untuk JKR laksanakan di Jerkoh dipindahkan ke kawasan Benta dan sehubungan dengan itu, pada 1 Disember yang lalu, Majlis Mesyuarat Kerajaan telah bersetuju pertamanya projek Benta Link yang menghubungkan Pekan Benta dengan Central Spine Road akan diangkat sebagai projek keutamaan dalam Rolling Plan Ke-3, Rancangan Malaysia Ke-12 dan keutamaan ini maksudnya top 3 Dato’ Sri Yang di-Pertua, memang insya-Allah akan diperuntukkan.
Keduanya apabila persetujuan ini telah kita terima, maka Jerkoh Interchange yang sebelum ini dicadangkan akan dibatalkan. Seterusnya Mesyuarat MMK juga bersetuju soal pengambilan tanah bagi melaksanakan projek ini akan dilaksanakan secepat mungkin. Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Baik, soalan seterusnya dijemput Sungai Lembing.
Yang di-Pertua, saya mohon kemukakan soalan nombor 6.
[Berkaitan isu tanah FELDA,
Mohon pihak kerajaan untuk memberi peluang dan ruang kepada anak muda generasi FELDA untuk memenuhkan lot-lot tanah yang masih kosong di dalam FELDA untuk mereka membina rumah kediaman yang bebas hutang.
Pembinaan rumah generasi kedua FELDA di FELDA Bukit Sagu 2 terbengkalai sejak beberapa tahun yang lalu, apakah pelan dan tindakan pihak Kerajaan Negeri?]
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Menjawab soalan daripada ADUN Sungai Lembing iaitu pemberian lot-lot kosong untuk membina rumah kediaman generasi baru FELDA, Kerajaan Negeri bersetuju membuat Skim Tanah Rakyat kepada anak-anak peneroka menggunakan Seksyen 10 iaitu tak perlu keluar daripada sekatan GSA.
Menjawab soalan nombor 2, daripada YB. ADUN Sungai Lembing iaitu tentang kegagalan FELDA menyiapkan perumahan generasi baru FELDA Bukit Sagu. Oleh kerana 22% kesiapan yang ada sekarang, maka FELDA tidak ada dana untuk meneruskan pembinaan tersebut.
Maka dengan itu dalam Bajet 2022 yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar baru-baru ini, pengurusan tertinggi FELDA telah menyerahkan kepada Kerajaan Negeri untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan er… Perumahan Generasi Baru FELDA Bukit Sagu di mana Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan sebanyak RM200 juta kepada er… pihak pengurusan untuk mempastikan di 10 tapak di Negeri Pahang diuruskan oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh 3 dan 4 tahun. Sekian, terima kasih.
Jemput Yang Berhormat Teruntum. Sila
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.
[Inisiatif Program Bandar Selamat
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.903 juta pada tahun 2019 bagi menjayakan Program Bandar Selamat (PBS).
1. Sejauh manakah keberkesanan program tersebut? Mohon pihak kerajaan menghuraikan keberkesanan program tersebut dengan menunjukkan statistik kes jenayah di kawasan yang terlibat.
2. Adakah kerajaan bercadang untuk menambah peruntukan baru bagi program tersebut?]
[Bacaan dalam Bahasa Arab] Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan nombor 7 berkaitan dengan Bandar Selamat.
Istilah Bandar Selamat adalah merupakan bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitaran Bandar Selamat perlu sentiasa dalam keadaan paling terpelihara, tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian
mengganggu gugat kesejahteraan setempat dan penghuninya sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria.
Terdapat 4 matlamat Program Bandar Selamat yang diperkenalkan oleh KPKT iaitu bandar yang bebas dari keganasan (violence) merosakkan harta benda dan nyawa seperti gejala ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya. Yang ke-2, bandar yang bebas dari kemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh, yang ke-3 bandar yang bebas dari kemerosotan sosial dan moral seperti bandar yang terlibat dengan penagihan dadah, kecurian, jenayah kolar putih, rasuah, salah guna kuasa, hilang integriti dan sebagainya dan yang terakhirnya, yang ke-4 bandar yang bebas dari kemalangan dalam dan luar bangunan seperti kemalangan jalan raya, jatuh dari bangunan, kebakaran dan sebagainya.
Dalam mencapai matlamat bandar bebas daripada keganasan, PLANMalaysia Ibu Pejabat telah mengeluarkan Panduan Pelaksanaan Reka Bentuk Bandar Selamat Yang dikenali sebagai CPTED ataupun C.P.T.E.D. iaitu crime… dengan izin, 'Crime Prevention Through Environmental Design ' atau dalam istilah Bahasa Melayunya adalah ‘Pencegahan Jenayah Melalui Reka Bentuk Persekitaran’ yang meliputi beberapa perkara iaitu Panduan Pelaksanaan Pencahayaan, Panduan Pelaksanaan Laluan Pejalan Kaki, Panduan Pelaksanaan Penyediaan Bollard & Rel Penghadang, Garis Panduan Pemasangan CCTV di Premis Perniagaan dan Tempat Awam serta Manual Pelaksanaan Pemetaan GIS Jenayah.
Dalam kesemua langkah tersebut, 5 langkah pelaksanaan segera telah dikenal pasti di bawah Program Bandar Selamat iaitu Pengasingan Laluan Pejalan Kaki dengan Jalan Bermotor. Kita boleh tengok di Bandar Kuantan ini bagaimana pengasingan antara laluan pejalan kaki dan juga kenderaan bermotor ya seperti di Jalan Gambut, Jalan Tun Ismail dan sebagainya. Itu penyediaan bollard atau pagar.
Mencuci, mengemas kawasan-kawasan semak dan terlindung kerana kawasan semak ini mungkin boleh menjadi tempat penagih dadah, kegiatan jenayah judi dan sebagainya dan ke-3 laluan awam tidak terlindung atau terhalang dari pandangan awam. Contohnya persimpangan-persimpangan, kalau ada semak-samun ataupun structure yang boleh menghalang pandangan akan di… dimusnahkanlah ya dan yang ke-4 nya ialah pencahayaan, menerangkan kawasan-kawasan gelap yang menjadi sasaran atau tumpuan jenayah.
Bagi setiap Pihak Berkuasa Tempatan, pemantauan berkala mengenai program, aktiviti dan kadar jenayah dipantau di bawah Jawatankuasa Bandar Selamat yang melibatkan pelbagai agensi di peringkat daerah. Jawatankuasa Bandar Selamat ini dipengerusikan oleh YDP masing-masing setiap PBT.
Baru-baru ini saya bersama dengan Dato’ Bandar Kuantan dan beberapa agensi telah meninjau beberapa kawasan yang telah dipasangkan dengan lampu dikenali sebagai… untuk smart city ya, smart city di mana lampu-lampu ni dicontrol oleh handphone… handphone. Contohnya malam tu saya pergi di Jalan Lim Hoe Lek dekat dengan stadium, di mana lampu jalan tu boleh diterang dan boleh dimalapkan… 5, melalui control ajer oleh pegawai berkenaan.
Jadi, apabila waktu malam mungkin pencahayaan itu boleh dikurangkan jadi kita menjimatkan tenaga elektrik, waktu lain dia boleh diterangkan tujuannya er… di samping menjimatkan elektrik ia juga membantu jenayah. Kalau kawasan gelap ni er… maklumlah macam banyak-banyak perkara boleh berlaku ya. Kalau-kalau kawasan yang gelap, semak-samun, mungkin ada pihak yang mengambil kesempatan
menjalankan ragut, mencuri dan sebagainya. Itu adalah beberapa kaedah yang telah dijalankan oleh pihak PBT untuk mengendalikan program Bandar Selamat.
Dari segi indeks jenayah ini di Kuantanlah, berlaku banyak penurunan kes perbandingan antara 2019 sehingga Oktober 2021 di mana kesalahan jenayah keras sebanyak 258 kes pada 2019 dan turun kepada 115 kes. Ini mungkin berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan mengurangkan jugak kejadian jenayah dan manakala jenayah harta benda seperti mencuri er… mencuri motorsikal, mencuri bank, pecah rumah dan sebagainya.
Daripada 1,274 kes pada 2019 turun kepada 706 kes pada tahun ini sehingga Oktober dan ini mungkin salah satu berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan juga yang boleh mengurangkan kejadian kes.
Manakala berkenaan pelaksanaan projek fizikal Bandar Bandar Selamat yang dilaksanakan pada tahun 2019 yang telah diterima dari Kementerian Dalam Negeri di bawah Program Bandar Selamat sebanyak RM350,000.00 di kawasan Jalan Haji Abdul Rahman.
Antara projek yang telah dilaksanakan adalah pencahayaan, laluan pejalan kaki, rel penghadang dan papan tanda peringatan jenayah dan beberapa daerah lain juga menunjukkan penurunan kes jenayah dengan pelaksanaan yang tadilah... CPTED tadi.
CPTED tadi dapat mengurangkan kes jenayah dan er… menyebabkan mungkin criminal atau penjenayah-penjenayah ini berhati-hati apabila banyak langkah-langkah atau pun notis-notis telah diperingatkan kepada er… penghuni komuniti untuk memastikan bandar kita selamat dan juga bebas daripada segala ancaman jenayah yang lainlah. Okey.
Soalan tambahan.
Ya, Teruntum.
Mohon Pihak Kerajaan senaraikan syarikat-syarikat atau agensi Kerajaan yang terlibat dalam projek PBS ini. Adakah syarikat-syarikat yang terlibat memperolehi projek tersebut secara tender terbuka? Terima kasih.
Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan, sumbangan daripada er… peruntukan Kerajaan untuk Bandar Selamat adalah er… disalurkan kepada PBT ya. Contohnya di Kuantan lah, jadi segala peruntukan ini adalah mengikut tatacara yang telah dinyatakan dari segi pelantikan kontraktor. Kita tidak buat secara perlantikan terus tetapi lebih merujuk kepada sebut harga dan sebagainya.
Baik, terima kasih pihak Kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita selesai membincangkan 7 pertanyaan dan jawapan. Saya bercadang untuk menempohkan Persidangan pagi ini untuk minum pagi dan Persidangan disambung semula pukul 10.00 pagi.
Dan saya jemput apabila sampai masa pukul 10.00 pagi, Ahli-ahli Yang Berhormat masuk balik ke Dewan kerana hari ini hari Jumaat. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan pada pukul 9.45 pagi]
[Persidangan disambung semula]
Sambungan Menimbang Rang Undang-Undang Perbekalan (2022) 2021Bill
Perkara ketiga: Sambungan Menimbang Rang Undang-Undang Perbekalan (2022) 2021.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) 2021 telah dibentang pada 6 Disember 2021 dan telah pun dibuka untuk dibahaskan pada 7 dan 8 Disember yang lalu.
Pada hari semalam, kita telah mendengar Wakil-wakil Kerajaan telah memberi ulasan dan jawapan. Pada pagi ini kita akan menyambung menimbang Rang Undang-Undang tersebut dengan menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah, Sumber Asli, Tenaga dan Air Negeri Pahang dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Ekonomi Negeri Pahang untuk membuat penggulungan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia, salam Keluarga Pahang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk menggulung perbahasan bagi pihak Kerajaan serta portfolio-portfolio di bawah saya sempena Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Ke-14 pada hari ini.
Penggulungan ini adalah sebagai menjawab pelbagai persoalan yang ditimbulkan oleh rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) 2021 yang berlangsung selama 2 hari iaitu bermula pada 7 dan 8 Disember yang lepas.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat di atas komitmen yang telah diberikan sepanjang tempoh perjalanan Persidangan Dewan Negeri yang mulia ini, bermula 6 Disember 2021 yang lalu. Persidangan kali ini pada hemat saya, menyerlahkan kematangan Ahli-ahli Yang Berhormat dan ternyata ukhwah persahabatan sesama Ahli-ahli Yang Berhormat tanpa mengira batasan dan fahaman politik sentiasa terpelihara.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga saya kepada semua para pegawai yang terlibat, yang telah merangka, menyemak, menyemak semula seterusnya menyiapkan ucapan Belanjawan Negeri 2022 seperti yang saya telah bentangkan. Para pegawai ini adalah termasuk Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri hinggalah kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri dan Timbalannya, seterusnya kepada pegawai-pegawai di bawah kelolaan mereka.
Malah, ia dibantu pula oleh pegawai-pegawai di Pejabat Menteri Besar sendiri. Oleh itu, layaklah mereka ini untuk saya berikan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga pada awal ucapan penggulungan saya ini [Ahli Dewan menepuk meja]. Saya juga turut menghadiahkan pantun kepada mereka.
Pakai baju kancing suasa, Disuai samping bercorak papan, Orang berbudi, kita berbahasa, Terima kasih saya ucapkan.
[Ahli Dewan menepuk meja]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Ini adalah kali ke-4 saya membentangkan Belanjawan Negeri dan pembentangan kali ini adalah pembentangan yang paling lama iaitu mengambil masa selama 2 jam 2 minit. Kata orang, er… Dato’ Sharkar, dia bila sebut 2 jam 2 minit, dia ketawa. Dia ketawa bukan sebab saya bercakap lama, dia teringat cerita Gus Dur. Untuk mendapat maklumat lebih lanjut, Yang di-Pertua boleh tanya kenapa Gus Dur mengambil masa 2 jam 2 minit untuk selesaikan er… apa ni… projek yang beliau rancangkan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kata orang dari segi pengurusan lama… kata orang dari segi pengurusan masa memang tidak elok untuk kita membentang terlalu lama. Namun suka untuk saya nyatakan, belanjawan kali ini mengambil kira semua pandangan-pandangan rakyat. Kita telah mengadakan retreat input bajet, melancarkan e-portal dan er… menilai setiap pandangan yang diutarakan di media massa dan media sosial.
Justeru, semestinya Kerajaan Negeri ingin memastikan agar bajet kali ini menyentuh semua golongan dan juga mengambil kira semua pandangan. Jadi tidak mengapalah masa yang diambil agak panjang sedikit tetapi banyak berita-berita baik yang telah disampaikan.
Dalam menentukan sasaran kutipan hasil dalam setiap pembentangan Belanjawan Negeri, sudah pasti Kerajaan Negeri telah mengambil kira segala strategi, potensi, sumber dan kemampuan untuk mencapai sasaran tersebut. Yang paling mustahaknya ialah dalam mencapai sasaran kutipan tersebut, ia sekali-kali tidak akan membebankan atau mendatangkan kesusahan kepada rakyat di negeri ini.
Bagi maksud kutipan hasil pada tahun 2020, di sebalik cabaran berdepan dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pertama, Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip RM850.46 juta bersamaan 114.31% iaitu melebihi daripada sasaran kutipan.
Semasa saya membentangkan Belanjawan Tahun 2022 pada hari Isnin yang lalu juga, saya telah menyebut bahawa pada tahun ini, kutipan hasil Kerajaan Negeri telah melebihi sasaran awal, iaitu sebanyak RM812.41 juta berbanding sasaran yang ditetapkan sebanyak RM800.80 juta. Dan kutipan ini disasarkan terus meningkat menjelang penutupan akaun pada 31 Disember nanti.
Jika kita lihat pencapaian-pencapaian sebelum ini, ingin saya nyatakan dengan komitmen daripada semua pihak, sama ada rakan-rakan Yang Berhormat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan
pasukannya, Yang Berhormat rakan-rakan Ahli-ahli Dewan, Badan-badan Berkanun dan GLC, serta rakyat secara keseluruhannya, insya-Allah, jangkaan kutipan hasil pada tahun 2022 sebanyak RM1.036 bilion, mampu dicapai oleh Kerajaan Negeri [Ahli Dewan menepuk meja].
Ingin juga saya tegaskan bahawa setiap sasaran yang dibuat itu adalah berdasarkan strategi dan formula yang telah dibincangkan dengan teliti. Bukan dibuat atas dasar hendak sedapkan hati rakyat ataupun syok sendiri. Misalnya antara yang dilihat mampu meningkatkan kutipan hasil pada tahun 2022 adalah strategi transformasi pelancongan seperti Cukai Kelestarian yang akan dikutip mulai tahun depan, caj yang melibatkan penggunaan utiliti oleh syarikat-syarikat, hasil premium daripada tanah FELDA dan mengkaji semula perundangan dan perjanjian-perjanjian lama yang selama ini tidak mendatangkan keuntungan kepada Kerajaan Negeri. Adalah dijangkakan anggaran kutipan hasil daripada yang saya nyatakan tadi melebihi RM105 juta.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Bila menyebut berkenaan dengan industri pelancongan, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tourism Pahang kerana untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Yang Mulia ini, Tourism Pahang telah menerima Anugerah Pelancongan Domestik Terbaik sempena Malaysian Tourism Gold Award 2021 pada malam tadi [Ahli Dewan menepuk meja]. Tahniah kepada Tourism Pahang dan juga Exco Pelancongan, Yang Berhormat daripada Lanchang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sebelum saya meneruskan sesi penggulungan ini, saya lagi sekali ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyatakan sokongan kepada Belanjawan Negeri 2022. Belanjawan ini juga disokong bukan sahaja di Dewan, tetapi oleh rakyat secara keseluruhannya menerusi respons-respons di arus perdana dan media sosial.
Laporan daripada Pegawai Perhubungan Awam Negeri Pahang di kawasan DUN-DUN juga menunjukkan masyarakat memberi respons yang baik. Malah pertemuan saya bersama kumpulan profesional muda Pahang tempoh hari yang turut dihadiri oleh Ahli-ahli Exco, respons mereka terhadap belanjawan ini adalah amat positif.
Sokongan padu ini pada hakikatnya adalah satu cabaran dan tanggungjawab untuk saya dan rakan-rakan Exco serta pegawai-pegawai kerajaan untuk memastikan setiap perkara yang terkandung dalam Belanjawan Negeri 2022 ini akan dilaksanakan secara berkesan terutamanya belanjawan yang melibatkan kumpulan mendapat manfaat dan faedah sepenuhnya.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Di dalam perbahasan kali ini kita dapat lihat ramai Ahli-ahli Dewan yang membangkitkan isu berhubung masalah air di Negeri Pahang. Antaranya adalah Wakil daripada Beserah, Bilut, Mentakab, Bukit Ibam, Peramu Jaya dan Dong. Permasalahan kelengkapan infra untuk bekalan air sebenarnya adalah masalah di peringkat persekutuan dan melibatkan ke semua negeri termasuk Pahang. Perbelanjaan Pembiayaan Capital Expenditure ataupun CAPEX yang menyempurnakan infra bekalan air memerlukan satu perbelanjaan yang amat besar.
Menyedari keadaan ini, Kerajaan Persekutuan memperkenalkan Program Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air. Penstukturan ini melibatkan penubuhan Pengurusan Aset Air Berhad, PAB ataupun PAAB yang mana pembiayaan kerja-kerja CAPEX, syarikat-syarikat air negeri termasuk PAIP akan dilakukan di bawah PAAB.
Pelan Transformasi PAIP menyasarkan keperluan anggaran kos sebanyak RM4 bilion untuk memperbaiki Perkhidmatan Bekalan Air seluruh Pahang. Oleh kerana ia melibatkan kos yang sangat besar, perancangan ini perlu dilakukan secara berperingkat. Kos yang besar ini merangkumi keperluan untuk menjamin sumber air mentah, meningkatkan kapasiti Loji Rawatan Air, menaik taraf sistem simpanan dan penggantian paip-paip jenis asbestos cement di samping memastikan kadar Non Revenue Water ataupun NRW yang mampan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Setakat ini, PAIP dan Kerajaan Negeri Pahang telah berjaya mendapatkan sejumlah peruntukan iaitu RM2.1 bilion yang telah pun diluluskan. [Ahli Dewan menepuk meja]. Bagi maksud pengurusan banjir pula, Pengurusan Air Pahang Berhad telah mencadangkan pembinaan Pre-Sedimentation Tank bagi tujuan mengatasi masalah kekeruhan air mentah yang terlampau tinggi iaitu melebihi 1000NTU hingga menyebabkan Loji Rawatan Air terpaksa dihentikan. Tujuan pembinaannya adalah untuk memendapkan lumpur dan benda asing yang terdapat di dalam sungai sebelum dipam ke loji rawatan air. Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan cadangan tersebut dan seterusnya melantik Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang sebagai agensi pelaksanaan projek tersebut.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Bagi menjawab isu-isu pelaburan yang telah dibangkitkan oleh Wakil daripada Muadzam Shah, Beserah dan Dong berhubung persoalan berkenaan pembangunan seimbang di dalam negeri. Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa memberi fokus kepada pembangunan seimbang di seluruh kawasan Negeri Pahang. Pada awal tahun 2021, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus dan telah melaksanakan Kajian Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cadangan-cadangan pembangunan yang berpotensi untuk dilaksanakan di kawasan Pahang Barat bagi menyeimbangkan dengan pembangunan Pahang Timur, sekali gus dapat menyamaratakan projek-projek di antara daerah di dalam Negeri Pahang.
Hasil daripada Kajian Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus telah mencadangkan 5 kluster industri yang utama untuk meningkatkan pelaburan dan pembangunan ekonomi Pahang Barat Plus iaitu kluster pelancongan, kluster pertanian, kluster perkayuan, kluster mineral dan kluster perkhidmatan. Insya-Allah, dengan kerjasama dan kesungguhan semua pihak bagi menjayakan sejumlah 60 cadangan-cadangan intervensi quick wins, jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang, jurang pembangunan antara Pahang Timur dan Pahang Barat dapat dikecilkan.
Untuk makluman rakan-rakan Ahli Dewan, Kajian Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus akan dimuktamadkan… telah pun dimuktamadkan… akan dimuktamadkan pada Disember 2021. Berdasarkan kepada jumlah pelaburan Negeri Pahang yang diperolehi pada tahun 2021 adalah dimaklumkan bahawa lebih
kurang 8,000 peluang pekerjaan melibatkan pelbagai sektor dapat diwujudkan melalui pelaburan yang diterima dan ianya adalah secara berfasa.
Bagi menjawab persoalan berkaitan Pahang Corp pula, saya ingin memaklumkan bahawa Pahang Corporation Sdn. Bhd. ataupun kita sebut Pahang Corp yang diperbadankan pada 21 Mac 2019 masih aktif dan diketuai oleh Encik Mohd Khusaini bin Harumaini. Merupakan sebuah syarikat induk milik penuh Kerajaan Negeri Pahang yang berperanan sebagai syarikat cabang pelaburan yang menceburi perniagaan-perniagaan baru dalam industri dan sektor strategik yang mempunyai potensi pulangan yang kompetitif kepada Kerajaan Negeri.
Antara aktiviti perniagaan utama yang diceburi Kumpulan Pahang Corp adalah Pengurusan Sumber Aset Kerajaan, Perkhidmatan Pengurusan Korporat, Pengurusan Sumber Air & Tenaga, Pengurusan Infrastruktur Utiliti dan Pembangunan Ekonomi Digital & Internet of Things iaitu IoT. Pahang Corp juga merupakan syarikat induk yang mempunyai anak-anak syarikat seperti berikut; Yang pertama Pahang Corporate Management Services Sdn. Bhd., yang kedua Pahang Water and Energy Resources Sdn. Bhd., ketiga Pahang Orang Asli Corporation Sdn. Bhd., yang keempat Koridor Utiliti Pahang Sdn. Bhd. dan kelima ialah PahangGo Sdn. Bhd.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Dari segi prestasi kewangan, semua anak-anak syarikat mencatatkan keuntungan kecuali PahangGo Sdn. Bhd. kerana syarikat ini masih berada dalam fasa pembangunan syarikat dan pembangunan sistem yang sedang berjalan. Kumpulan Pahang Corp juga mencatatkan keuntungan selepas ditolak pulangan langsung dan tidak langsung kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2020 sebanyak RM6.8 juta, yang ini telah diaudit. Manakala pada tahun 2021 sehingga September sebanyak RM4.1 juta manakala Kumpulan Pahang Corp juga telah menyalurkan sumbangan kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2020 sebanyak RM6,003,396.00 dan sumbangan bagi tahun 2021 sehingga September adalah sebanyak RM5,570,683.00.
Di samping itu, Pahang Corp serta anak-anak syarikatnya telah menyediakan sebanyak lebih kurang 120 peluang pekerjaan kepada masyarakat umum. Manakala dalam isu yang melibatkan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri ataupun PSK, adalah dimaklumkan bahawa sehingga Disember 2021, terdapat 590 kelulusan projek di bawah Perbadanan Setiausaha Kerajaan dengan pembahagian sebanyak 258 projek bagi projek pembangunan, 236 bagi projek pertanian dan 96 bagi projek perternakan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 69 pembatalan projek telah dibuat berikutan kegagalan pihak syarikat untuk membangunkan projek-projek tersebut. Dalam pada itu, sebanyak 30 Notis Peringatan telah dikeluarkan di mana pihak PSK telah berjaya memperolehi tunggakan bayaran daripada 13 syarikat dan 3 tindakan mahkamah telah dimulakan kepada pihak syarikat yang gagal untuk respons kepada Notis Peringatan yang telah dikemukakan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Dalam sektor perancangan, terdapat beberapa soalan juga telah dibangkitkan oleh Wakil Rakyat dari Tanah Rata, Beserah berhubung isu-isu perancangan pembangunan oleh Kerajaan Negeri. Pertamanya, Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi pertimbangan sehabis baik terhadap cadangan-cadangan projek pembangunan daripada semua pihak. Ini termasuklah yang melibatkan infrastruktur asas, perumahan atau kemudahan awam. Kerajaan Negeri juga akan mengangkat
permohonan-permohonan yang berkaitan dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapat pertimbangan.
Bagi isu-isu projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, adalah dimaklumkan bahawa bagi memastikan projek-projek Rancangan Malaysia Ke-12 dilaksanakan mengikut ketetapan masa. Pihak Kerajaan Negeri telah menetapkan supaya projek-projek yang dimohon mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak EPU, JPM sepertimana Pekeliling Garis Panduan Penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12.
Projek Rancangan Malaysia Ke-12 merupakan projek yang diperolehi daripada Kerajaan Pusat. Namun bagi memastikan ia berjalan lancar, Kerajaan Negeri tetap memainkan peranan antaranya adalah, setiap projek yang akan dilaksanakan telah ditetapkan garis masa, dengan izin, timeline. Pelaksanaannya mengikut kos dan tanah yang perlu diselesaikan di peringkat pelanggan. Sekiranya projek tersebut telah diserahkan kepada negeri untuk dilaksanakan, pihak Kerajaan Negeri akan memastikan semua perancangan mengikut masa dan membuat susulan ataupun tindakan dengan rapi agar projek tersebut dapat ditender atau dilaksanakan mengikut tahun semasa.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Isu-isu tanah seperti biasa turut dibangkitkan di Dewan Yang Mulia ini. Antaranyalah… antaranya ialah Wakil daripada Tahan, Triang dan Cheka serta Semambu. ADUN Triang telah membangkitkan persoalan terhadap apakah kriteria atau syarat yang diperlukan untuk seseorang individu memohon pemilikan tanah di Negeri Pahang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Dasar Kerajaan Negeri dalam mempertimbangkan permohonan tanah adalah sepertimana peruntukan undang-undang yang telah dinyatakan dengan jelas di bawah Seksyen 42, Kanun Tanah Negara.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Selain daripada itu, terdapat juga Ahli-ahli Dewan yang membangkitkan isu-isu tanah haram. Ingin saya tegaskan bahawa Kerajaan Negeri tetap akan mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang. Justeru, Kerajaan Negeri tidak akan sekali-kali bertolak ansur dengan peneroka tanah haram, tanpa mengira apa jua alasan mereka. Pemilikan tanah oleh mana-mana individu harus diselesaikan mengikut lunas undang-undang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sebelum saya menamatkan ucapan penggulungan ini, terdapat dua perkara tambahan yang ingin saya sentuh berkaitan Belanjawan Negeri Pahang 2022. Pertamanya, Kerajaan Negeri telah bercadang untuk menaikkan sumbangan untuk pasangan… untuk pasangan yang baru berkahwin untuk kali pertama daripada RM200.00 kepada RM250.00. [Ahli Dewan menepuk meja]. Untuk kali kedua saya tak berani nak sentuh sebab saya dah terima warning letter bukan daripada isteri saya daripada kawan-kawan yang lain [Ahli Dewan ketawa].
Mengikut data, jumlah pendaftaran perkahwinan sehingga September tahun ini adalah seramai 880 pasangan sahaja. Justeru mengambil kira data itu, Kerajaan Negeri akan
memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM220,000.00 pada tahun 2022 untuk tujuan tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Yang keduanya ialah selepas menilai prestasi Kewangan Negeri, selepas saya berbincang dengan Yang Berhormat Pegawai Ke… Kewangan Negeri, alhamdulillah Negeri Pahang berada dalam kedudukan kewangan yang stabil dan mempunyai peruntukan kewangan yang kukuh.
Seperti yang dimaklumkan, ini semua adalah hasil titik peluh dan kerja kuat kita semua, termasuklah Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini. Justeru itu Kerajaan Negeri Pahang bercadang untuk memberi insentif kewangan (bonus) kepada semua Ahli-ahli Dewan Negeri sebagai tanda penghargaan dan terima kasih [Ahli Dewan menepuk meja]. Nama Speaker tiada dalam ni, Ahli Dewan. [Ahli Dewan ketawa]
Termasuk jugalah Yang Berhormat.
Speaker nak juga.
Termasuk juga tu Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Speaker.
Termasuk Speaker.
Terima kasih.
Walau bagaimanapun, jumlahnya masih belum ditentukan dan ia tertakluk kepada persetujuan yang akan dibawa di dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri. Insya-Allah rakan-rakan Ahli Yang Berhormat boleh tengok dalam akaun pada bulan Januari tahun depan. Yang ni untuk personal use bukan untuk bagi kepada rakyat. Yang bagi kepada rakyat tu lain. Yang ni untuk keluarga ataupun nak pergi bercuti dan sebagainya.
ADUN Pelangai sekali ke?
Ya?
ADUN Pelangai?
ADUN Pelangai? Eh ada, double agaknya. [Ahli Dewan ketawa]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Setakat itu sahajalah yang dapat saya sentuh dalam ucapan penggulungan saya kali ini dan saya berharap sebahagian besar persoalan yang diajukan kepada saya telah saya jawab dan sekiranya ada apa-apa lagi yang belum terjawab, insya-Allah akan saya jawab secara bertulis. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]
Ya, terima kasih… terima kasih pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membuat penggulungan yang cukup baik dalam masa yang cukup terhad tetapi dapat menzahirkan segala isi kandungan dan hasrat yang nak disampaikan.
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Mesyuarat dalam Jawatankuasa. Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.
[Cokmar diturunkan]
Dalam Jawatankuasa
Jadual B.01 – Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM9,555,993.00. Untuk Kepala B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B. 01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM139,479,145.00. Untuk Kepala B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.02 menjadi - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala B Kepala Bekalan B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM120,891,965.00. Untuk Kepala B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang setuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM890,265.00. Untuk Kepala B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang setuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.05 - Dewan Negeri
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.05 - Dewan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM13,713,120.00. Untuk Kepala B.05 - Dewan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang setuju nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.05 - Dewan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM70,845,462.00. Untuk Kepala B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM34,485,949.00.
Untuk Kepala B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM14,124,631.00. Untuk Kepala B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang setuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.09 – Jabatan Pertanian Negeri
Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, Kepala Bekalan B.09 - Jabatan Pertanian Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM28,870,498.00 untuk Kepala B.09 - Jabatan Pertanian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.09 - Jabatan Pertanian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.10 - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.10 - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM26,823,928.00 untuk Kepala B.10 - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.10 - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM7,068,062.00 untuk Kepala B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM6,419,678.00 untuk Kepala B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”. Tak berapa kuat Yang Berhormat.
Setuju.
Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM8,120,913.00 untuk Kepala B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.14 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.14 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM10,159,108.00 untuk Kepala B.14 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.14 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM7,745,792.00 untuk Kepala B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM8,650,094.00 untuk Kepala B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.17 - Pejabat Daerah dan Tanah Raub
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.17 - Pejabat Daerah dan Tanah Raub dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM6,851,527.00 untuk Kepala B.17 - Pejabat Daerah dan Tanah Raub menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.17 - Pejabat Daerah dan Tanah Raub menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM9,900,784.00 untuk Kepala B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM7,198,738.00 untuk Kepala B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM7,239,235.00 untuk Kepala B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM6,065,511.00 untuk Kepala B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM12,341,640.00 untuk Kepala B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua…
Ya?
Saya ingin nak tanya…
Nanti Yang Berhormat saya tengah baca habis dulu, sebentar. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM329,470.00 untuk Kepala B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ya, sila.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya tengok dari bajet yang tahun lepas lebih kurang jugak RM300,000.00 lebih untuk JMG. Untuk tahun ini jugak lebih kurang sama, maknanya sebulan hanya RM27,445.83 untuk sebulan. Saya ingat ini tidak adil jugak bagi JMG yang menguruskan satu badan kerajaan. Saya harap Kerajaan akan membagi lebih peruntukan pada tahun yang akan datang. Terima kasih.
Okey Yang Berhormat itu pandangan dia ya. Ambil perhatian nanti. Pihak Kerajaan akan mengambil perhatian.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM123,045,340.00 untuk Kepala B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang setuju sila nyata sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak setuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.24 - Jabatan Agama Islam Pahang Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kepada Bekalan B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM4,837,317.00 untuk Kepala B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang setuju sila nyata “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak setuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.25 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM19,734,026.00. Untuk Kepala B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.28 - Jabatan Mufti Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.28 - Jabatan Mufti Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM3,290,407.00. Untuk Kepala B.28 - Jabatan Mufti Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.28 - Jabatan Mufti Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM8,180,600.00. Untuk Kepala B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM1,971,000.00. Untuk Kepala B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.32 - Kumpulan Wang Terkanun.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.32 - Kumpulan Wang Terkanun dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM129,982,230.00. Untuk Kepala B.32 - Kumpulan Wang Terkanun menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.32 - Kumpulan Wang Terkanun menjadi sebahagian daripada Jadual.
Fasal 1(1); Fasal 1(2); Fasal 2(1); dan Fasal 2(2).
Fasal 1(1); Fasal 1(2); Fasal 2(1); dan Fasal 2(2); menjadi sebahagian daripada Undang-undang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi,
Sebelum saya mencadangkan boleh saya bagi penjelasan sikit tak, pasal ADUN daripada Teruntum.
Ya, daripada Teruntum.
Bersabit dengan Jadual B.23. Penjelasannya Yang Berhormat Dato‘ Sri, itu untuk makluman Yang Berhormat daripada Teruntum, Jabatan Mineral dan Galian, JMG ini adalah er... satu jabatan di bawah Kerajaan Persekutuan. Maknanya Kerajaan Persekutuan memang telah ada memberikan peruntukan er... daripada Kerajaan Pusat telah pun memberi peruntukan kepada JMG bagi tujuan untuk belanja mengurus seperti gaji dan lain-lain lagi. Kerajaan Negeri cuma kita katakan top-up sahaja bagi tujuan memberikan sokongan supaya pengurusan pentadbiran dan sokongan dapat dijalankan dengan baik. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Teruntum ya.
Yang Berhormat Dato‘ Sri Pengerusi,
Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan (2022) 2021 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Cokmar dinaikkan semula]
Bacaan Kali Ketiga
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa:
“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu”, telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan
Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan (2022) 2021 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Menimbang Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air Tahun 2022Motion
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan (2022) 2021, disifatkan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2022 bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.
Perkara Keempat: Menimbang Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air Tahun 2022.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2022 telah dibentang, disokong dan dibahas pada tanggal 6, 7 dan 8 Disember 2021 yang lalu. Seramai 28 orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut. Soalannya sekarang ialah usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Usul tersebut telah diluluskan.
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang kita meneruskan dengan aturan urusan selanjutnya.
Rang Undang-UndangBill
Perkara Kelima: Rang Undang-Undang
“Rang Undang-undang Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2021”
Kertas DN 23/2021 - Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Bacaan Kali Pertama
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2021.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Suatu Enakmen untuk meminda Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang.
Bacaan Kali Kedua
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2021 dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon mencadangkan suatu Enakmen untuk meminda Bahagian Kedua Undang-undang tubuh Kerajaan Pahang dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Izinkan saya untuk menjelaskan sedikit kenapa pindaan ini perlu dibuat ianya adalah bagi tujuan untuk mewujudkan keseragaman dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 47 dan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan dalam syarat menjadi calon dikerusi Dewan Undangan Negeri dan kerusi Parlimen bagi mengelak Kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya berhadapan dengan risiko dicabar di Mahkamah jika SPR menolak permohonan calon yang berusia 18 tahun.
Melalui Pindaan Perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang ini, selaras dengan Seksyen 5 Jadual Ke-8 Perlembagaan Persekutuan (Pindaan 2019) (Akta A1603) bagi membolehkan umur minimum calon Dewan Undangan diturunkan kepada 18 tahun. Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan majlis ialah satu Enakmen untuk meminda Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang dibacakan.
Yang Berhormat nak membahas ke atau nak apa.
Oh... menyokong, salah ya. Maaf.
Yang Berhormat menyokong, ha sila ulang sekali lagi.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Majlis ialah
“Suatu Enakmen untuk meminda Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri”
dibacakan kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Ya, sila Pelangai.
Yang di-Pertua,
Terima kasih. Saya hanya mohon izin untuk satu minit sahaja. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri khususnya kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri khusus... khususnya lagi kerana prihatin. Perkara-perkara macam ini kalau kita tidak prihatin, mungkin kita terlepas pandang dan akhirnya akan menimbulkan masalah. Ianya diadakan selaras dengan undi 18 tahun sebenarnya. Jadi maknanya siapa yang menjadi Wakil Rakyat mestilah juga berumur 18 tahun.
Saya ucapkan tahniah kerana saya berharap Penasihat Undang-undang Negeri juga akan selepas ini er... menubuhkan satu pasukan khusus. Saya dulu pernah mencadangkan tapi kurang kakitangan untuk mengkaji undang-undang yang tersangat lama macam dalam sidang, maksud saya ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyebutkan Akta tahun 1932, ada lagi. Jadi elok juga dipinda perkara-perkara sedemikian.
Tinggal lagi istilah kalau ibarat babi tu babi je lah, jangan diubah ke khinzir. Takut anak-anak cucu kita besok dia ingat khinzir itu boleh makan bubuh babi juga. Undang-undang ternakan, Undang-undang Kecil ternakan babi dan lain-lain, beruk monyet sebagai contoh. Itulah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sekali lagi dan tahniah kepada kerajaan khususnya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri, khusus-khususnya lagi kepada Penasihat Undang-Undang Negeri dan saya berharap banyak lagi Enakmen-Enakmen dan juga peraturan-peraturan di bawah Enakmen-Enakmen yang mungkin er… telah overdue untuk dikaji semula. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Pelangai. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.
Suatu Enakmen untuk meminda Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang.
Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.
[Cokmar diturunkan]
Dalam Jawatankuasa
Fasal 1(1); Fasal 1(2); dan Fasal 2
Fasal 1(1); Fasal 1(2); dan Fasal 2
Dibuka untuk perbahasan sekarang. Tiada Perbahasan. Fasal 1(1); Fasal 1(2); dan Fasal 2; menjadi sebahagian daripada Undang-undang hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada
Fasal 1(1); Fasal 1(2); dan Fasal 2; menjadi sebahagian daripada Undang-undang
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi,
Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2021 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Cokmar dinaikkan semula]
Bacaan Kali Ketiga
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa
“Suatu Enakmen untuk meminda Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang”
telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2021 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Urusan-urusan Am
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2021, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.
Perkara Keenam: Urusan-urusan Am
Kertas-kertas Mesyuarat. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 : Siri 2 - Aktiviti Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang. Kertas DN 25/2021
Penyata Kewangan Negeri Pahang Tahun 2020. Kertas DN 26/2021
Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Berakhir 31 Disember 2020. Kertas DN 27/2021
Penyata Kewangan Majlis Sukan Pahang Berakhir 31 Disember 2020. Kertas DN 28/2021
Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Berakhir 31 Disember 2020. Kertas DN 29/2021
Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang Berakhir 31 Disember 2020. Kertas DN 30/2021
Penyata Kewangan Tourism Pahang (PKBF) Pahang Berakhir 31 Disember 2020. Kertas DN 31/2021
Penyata Kewangan Perbadanan Stadium Darul Makmur Berakhir 31 Disember 2020 Kertas DN 32/2021
Penyata Kewangan Lembaga Pembangunan Tioman Berakhir 31 Disember 2020 Kertas DN 33/2021
PENANGGUHAN
Perkara ketujuh: Penangguhan
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya mohon membawa cadangan bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang. Namun sebelum itu saya mohon agar Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua memberi saya sedikit ruang untuk menyampaikan beberapa perkara yang dirasakan perlu sebelum Dewan ini ditangguhkan. Pertamanya, sudah tentulah ucapan khas terima kasih saya kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan Timbalan Dato’ Sri Yang di-Pertua Dewan kerana telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sungguh baik sehingga menyaksikan persidangan kita kali ini berjalan dengan lancar [Ahli Dewan menepuk meja].
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat kerana sekali lagi telah menunjukkan kematangan yang baik dalam perbahasan di Dewan Yang Mulia ini. Ini menunjukkan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dapat menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh rakyat dengan sehabis baik [Ahli Dewan menepuk meja].
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sama ada kita sedar atau tidak, ini adalah tahun kedua kita bersidang dalam tempoh pandemik COVID-19. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana telah dapat mengatur program Dewan sebagai contohnya kita tidak perlu keluar makan tengah hari di mana Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua telah meneruskan urusan Dewan sehingga pukul 2.30... pukul 3.00 petang kerana kita tidak mahu Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila ada break tengah hari, pergi ke bandar dan sebagainya kemudian mereka masuk balik ke dalam Dewan, kita bimbang mereka membawa virus COVID-19.
Dan yang lebih menariknya Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, walaupun Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua tidak membuat, tidak ada break di tengah hari tetapi alhamdulillah Dewan ini tidak pernah kosong. Dengan kata lain, sentiasa mencukupi korum dan ini membolehkan kita meneruskan urusan mesyuarat kita sehingga pukul 2.30 petang. [Ahli Dewan menepuk meja] Tahniah kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Walaupun Negeri Pahang merupakan antara negeri terawal dapat mencapai status Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara, kita sebenarnya masih belum menang. Macam-macam perkara boleh berlaku... nauzubillah. Justeru saya ingin mengingatkan seperti juga pada sebelum-sebelum ini, sentiasalah kita patuh dengan SOP yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan tidak lupa juga kepada petugas-petugas barisan hadapan termasuklah daripada Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia kerana pada sidang kali ini pematuhan SOP dari segi penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan lain-lain perkara sentiasa dipatuhi oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat baik di dalam ataupun di luar Dewan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Sebagai seorang Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan suara rakyat dapat didengari di Dewan Yang Mulia ini. Tidak
kiralah sama ada ia dari sudut mengadu hal-hal kebajikan, memberi cadangan ataupun menyatakan pandangan. Namun adalah menjadi tanggungjawab kita juga untuk mendidik mana-mana pendapat atau permintaan yang di luar batas atau melanggar hukum perundangan. Ini termasuklah desakan-desakan yang dilihat cuba menghalalkan kegiatan-kegiatan yang melanggar undang-undang dengan menggunakan sentimen kebajikan rakyat.
Kalau menurut biarlah berakal, Kalau mengikut biarlah pintar.
Oleh demikian, saya menyeru agar sentiasalah kita menggunakan kebijaksanaan dalam menyuarakan hal-hal rakyat dan itu juga merupakan salah satu daripada tanggungjawab kita.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya pasti selepas ini rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat akan pulang ke kawasan masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab dan seperti juga yang selalu saya ingatkan sebelum ini, kita berada di akhir tahun 2021 dan bagi negeri-negeri Pantai Timur termasuklah Pahang bermaksud musim tengkujuh telah tiba. Saya berharap agar tumpuan dari segi persiapan menghadapi bencana banjir diberikan sepenuhnya walaupun kita sentiasa berdoa agar kita dijauhi oleh bencana tersebut.
Dalam isu ini, Kerajaan Negeri juga telah melakukan persiapan rapi bagi menghadapi bencana banjir. Kerajaan Negeri telah menyediakan sebanyak 787 pusat pemindahan sementara di seluruh Negeri Pahang. Pecahannya Kuantan 121, Jerantut 96, Pekan 95, Temerloh 87, Raub 84, Lipis 82, Maran 72, Bera 45, Bentong 40, Rompin 39 dan Cameron Highlands 26.
Selain dari itu, Kerajaan Negeri juga menyediakan sebanyak 140 pangkalan hadapan sebagai tempat menyimpan makanan dan keperluan semasa banjir. Pecahannya Temerloh 34, Kuantan 18, Jerantut 16, Pekan 14, Rompin 12, Lipis 12, Bera 11, Raub 10 dan Bentong 2. Dalam menghadapi isu banjir ini juga saya menyeru agar semua pihak memberikan kerjasama penuh dalam memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
Saya juga turut mengucapkan terima kasih kepada Tuan Setiausaha Dewan yang telah berjaya mengetuai pasukan di kalangan pegawai dan kakitangan Pejabat Dewan. Saya difahamkan mereka bertugas sehingga ke malam bagi memastikan persidangan Dewan ini berjalan dengan lancar. Begitu juga kepada urus setia-urus setia yang begitu cekap dan berkesan sehingga persidangan kita pada hari ini tidak menghadapi sebarang masalah [Ahli Dewan menepuk meja].
Seterusnya saya juga ucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyediakan maklumat yang diperlukan berkaitan persoalan yang dikemukakan pada persidangan ini. Ini termasuklah para pelapor yang tanpa gagal menyediakan hansard lengkap setiap hari. Syabas dan tahniah [Ahli Dewan menepuk meja].
Tidak lupa terima kasih saya kepada pasukan-pasukan keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia dan anggota-anggota keselamatan er... dan anggota-anggota keselamatan kita yang sentiasa setia menjaga aspek keselamatan. Begitu juga petugas-petugas Jabatan Kesihatan yang mengawasi dan memantau tahap kesihatan
mereka yang keluar masuk ke Wisma Sri Pahang khususnya bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Dan yang terakhirnya dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, last but not least. Saya turut menjuruskan ucapan terima kasih saya kepada beberapa golongan yang saya sifatkan sebagai petugas belakang tabir seperti pekerja-pekerja dan petugas-petugas kebersihan dan juga kepada penyedia dan pengendali-pengendali makan minum. Tidak lupa diucapkan terima kasih juga kepada para wartawan sama ada dalam kalangan mereka berada di dalam entiti berita, media sosial milik Kerajaan Negeri mahupun daripada arus perdana. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua. Akhir kata daripada saya,
Mencari ikan menggunakan jala, Sedari pagi hingga ke senja, Keperluan rakyat mendasari segala, Negeri makmur rakyat sejahtera.
Bunga teratai, bunga kemboja, Penghias taman menjamu mata, Berbincang, bertanya perkara biasa, Tersilap kata maaf dipinta.
Burung merpati terbang melata, Janganlah berkata yang bukan-bukan, Hati-hati di jalan raya, Selamat kembali ke pangkuan keluarga.
Itu sahaja ucapan saya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon menyokong Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, syukur alhamdulillah. Persidangan kita selama 5 hari telah hampir ke penghujungnya. Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas, berbincang dan melontarkan idea, pandangan, pertanyaan dan membahaskan Bajet Negeri 2022 yang holistik, signifikan yang berpaksikan kepada denyut nadi rakyat demi mencorakkan masa depan Pahang yang lebih kukuh dan menzahirkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni.
Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan kerjasama kepada saya bersama-sama Timbalan dalam menjalankan amanah yang suci ini. Sebenarnya di sinilah di Dewan Yang Mulia inilah kemuncak segala kemuafakatan. Di sinilah terpancarnya Keluarga Pahang, Keluarga Malaysia dan mu’asyarah yang diwakili oleh Yang Berhormat yang membawa suara rakyat. Yang Berhormat adalah dipilih oleh rakyat, seharusnya suara rakyat perlu diangkat dan diselesaikan dengan
sebaik-baiknya. Suara rakyat suara keramat, rakyat kini lebih bijaksana dan lebih terbuka dengan maklumat di hujung jari.
Saya dan Timbalan tidak lupa merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua jabatan dan agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu dan bekerjasama dengan saya bagi menjayakan persidangan ini yang berjalan dengan baik, selamat dan lancar. Antaranya Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang yang sentiasa menasihati kita mengikut SOP yang disediakan. Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, JKR, Pegawai Hansard, UKOMP, Bahagian Teknologi Maklumat.
Saya dapati semuanya, semua pihak telah mematuhi SOP dengan sepenuhnya dan saya mengucapkan terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Sukalah saya memaklumkan bahawa Yang Berhormat Kemayan, rakan kita N.39 tidak dapat hadir dalam Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Ke-14 atas faktor kesihatan dan masih memerlukan rawatan. Saya telah menerima suratnya bersama-sama surat laporan Doktor Perubatan. Marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah, semoga beliau kembali sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa.
Akhir kalam, saya berdoa agar Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa menjaga kesihatan, selalulah membuat pemeriksaan mengekalkan budaya makan yang sihat, hadapi stress dengan baik serta melaksanakan latihan fizikal mengikut kesesuaian dan selalu mematuhi SOP pada setiap masa dalam kehidupan kita. Saya faham tugas Yang Berhormat cukup berat, tidak cukup masa, untuk memastikan rakyat dan pengundi-pengundi sentiasa hidup dalam keadaan selamat, bahagia dan sejahtera.
Selamat pulang ke kawasan, aturlah masa bersama keluarga tersayang dan berkhidmat dengan ikhlas bagi sama-sama membina masa depan bangsa dan negara yang cemerlang. Saya akhiri dengan nukilan pendek dari saya untuk renungan.
Esok,
Embun pagi pasti menitis,
Mentari pagi bersinar lagi,
Nafas lembut menghembus,
Nadi ini berdenyut, tanpa henti,
Jari-jari halus berlumpur lagi,
Titis peluh membasahi tubuh ini,
Mencari sesuap nasi,
Mengkais secupak rezeki,
Ayuh kawan dan lawan,
Bicara di sini indah sekali,
Anak cucu menanti-nanti,
Menagih sebuah janji,
Bersatulah kita berjuang,
Berjihadlah setulus hati,
Sebelum denyut ini berhenti,
Yang pasti akan terhenti,
Kita tiada masa lagi,
Binalah, binalah esok dengan cahaya yang bersinar, Wariskan kepada anak-anak pertiwi, Untuk bumi yang bertuah ini.
Akhir kalam, marilah kita bersama-sama membaca surah al-Asr mudah-mudahan mendapat kerahmatan dan baraqah daripada Allah SWT. [Ayat al-Quran]. Sehingga kita berjumpa lagi di tahun baru 2022 dan persidangan yang akan datang akan dimaklumkan pada tarikh dan masa yang ditetapkan, insya-Allah. Saya tangguhkan persidangan ini pada jam 11.31 pagi. Assalamualaikum WBT.
[Persidangan ditangguhkan pada pukul 11.31 pagi]