Pahang · 29 March 2022
14th Assembly, 5th session, 1st meeting · 176 turns · 29,865 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari
: Selasa, 29 Mac 2022
bersamaan 26 Syaaban 1443 Hijrah
DOA
Bacaan doa.
Al-Fatihah [bacaan Al-Quran]. Bismillahirrahmanirrahim [Ayat al-Quran]. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran kepada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin, Amin Ya Rabbal A’lamin.
Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions
Perkara Kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.
Ya, saya jemput wakil daripada Cheka. Sila. Pertanyaan pertama.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan pertanyaan pertama.
[Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pajakan tanah individu sehingga 99 tahun.
a) Apakah syarat yang dikenakan kepada pemohon ?
b) Pada tahun 2021, berapakah permohonan telah diluluskan di setiap daerah di Negeri Pahang ?]
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih ADUN daripada kawasan Cheka yang bertanyakan soalan berkenaan dengan pelanjutan tempoh pajakan tanah individu sehinga 99 tahun. Soalan yang ditanyakan ada dua. Yang pertama mengenai syarat yang dikenakan kepada pemohon?
Yang kedua pada tahun 2021, berapakah permohonan telah diluluskan di setiap daerah?
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri diberikan kuasa melalui Seksyen 90A, Kanun Tanah Negara [Disemak 2020] (Akta 828) untuk melanjutkan tempoh pegangan hak milik bertempoh. Kerajaan Negeri boleh membuat keputusan untuk meluluskan atau menolak permohonan melanjutkan tempoh pegangan hak milik bertempoh menurut pertimbangan serta budi bicaranya.
Sekiranya kelulusan diberi oleh Kerajaan Negeri, maka kelulusan tersebut adalah tertakluk kepada pengenaan bayaran premium sepertimana yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri berdasarkan kepada kadar yang telah ditetapkan dalam Kaedah– Kaedah Tanah Pahang 1992.
Dalam mempertimbangkan permohonan melanjutkan tempoh pegangan hak milik, syarat–syarat yang dikenakan kepada pemohon adalah :
(i) masih mempunyai baki tempoh pajakan / pegangan hak milik;
(ii) tiada pelanjutan tempoh pajakan / pegangan hak milik akan diberikan melibatkan mana–mana hak milik yang didapati telah melakukan pelanggaran syarat sama ada bawah Seksyen 115, 116, 117 atau 125, Kanun Tanah Negara sehingga remedi (remedy) selesai dilaksanakan; atau belum menyelesaikan / menyempurnakan pengubahan Kategori atau Syarat Nyata tanah bawah Seksyen 124 atau 124(c), Kanun Tanah Negara terlebih dahulu atau belum menyelesaikan / menyempurnakan permohonan bawah Kaedah 58(B), Kaedah–kaedah Tanah Pahang 1992.
(iii) pihak pemohon perlu juga mengemukakan ringkasan kertas kerja cadangan pembangunan tanah milik tersebut sekiranya masih belum ada sebarang pemajuan dilakukan semasa permohonan dikemukakan melalui Borang 31, Kaedah–kaedah Tanah Pahang (KTP) 1992;
(iv) juga perlu mendapatkan ulasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan selari dengan nisbah plot (plot ratio) yang telah ditetapkan; dan
(v) pemohon telah menjelaskan cukai tanah hak milik tersebut.
Itu syarat-syarat yang dikenakan kepada pemohon bagi tujuan melanjutkan tempoh.
Soalan kedua, kelulusan yang diberikan setiap daerah. Berhubung jumlah kelulusan melanjutkan tempoh pegangan / pajakan hak milik yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri sepanjang tahun 2021, rekod menunjukkan 23 permohonan telah diluluskan.
Jumlah kelulusan mengikut daerah adalah seperti berikut: Cameron Highlands (2), Jerantut (2), Lipis (3), Rompin (1), Temerloh (3) dan Kuantan (12). Jumlah keseluruhan 23. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Sila.
Tuan Yang di-Pertua,
Sekiranya permohonan lanjut tempoh pajakan telah diluluskan tetapi pemohon tidak mampu menjelaskan caj yang dikenakan. Soalan pertama apakah yang harus dibuat oleh pemohon? Yang kedua adakah rayuan untuk mengurangkan caj dipertimbangkan oleh kerajaan. Dan ketiga, kalau sudah tamat tempoh pemohon masih lagi tidak mampu menjelaskan bayaran, apakah tindakan kerajaan terhadap pemilik tanah? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Ketiga-tiga soalan tersebut semuanya berkaitan dengan ketidak kemampuan bayaran dan pengurangan premium. Sukacita saya maklumkan di Dewan Yang Mulia ini yang pertama sekali boleh membuat rayuan. Kalau sekiranya er… tuan punya tanah tersebut tidak mampu membayar boleh membuat rayuan. Dan begitu juga boleh membuat rayuan premium dengan mengemukakan alasan-alasan tertentu. Dan setakat hari ini untuk makluman ADUN daripada Cheka Kerajaan Negeri sentiasa mempertimbangkan akan rayuan permohonan untuk pengurangan premium. Dan ini kita akan beri berdasarkan case by case.
Dan sekiranya masih tidak mampu lagi saya berharap beliau mengemukakan lagi surat rayuan dan mengemukakan sebab-sebab mengapa tidak mampu. Sebagai contohnya kalau beliau seorang pencen atau pesara kerajaan, pendapatannya berapa dan sebagainya dan kita boleh pertimbangkan juga. Kerana bukanlah dasar kita bila tidak mampu kita rampas tanah. Bukan dasar kita macam tu. Dasar kita adalah supaya semua tanah-tanah di negeri Pahang dapat diurus dan diatur dengan baik dan ada peraturan-peraturan dan syarat-syarat tertentu harus kita patuhi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Ya, Sila Triang.
Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri Pahang pernah mengumumkan untuk melanjutkan tempoh pajakan tanah bagi rumah kampung termasuk kampung baharu, kampung tradisional er… sehingga pajakan 99 tahun dengan pengecualian bayaran premium. Jadi, tidakkah kerajaan berhasrat untuk meneruskan dasar yang baik ini?
Soalan kedua, sebab saya nampak pada tahun 2021 tiada kelulusan untuk daerah Bera. Jadi soalan saya adalah berapa lamakah proses diambil untuk er… daripada pemohonan sehingga kelulusan. Er… dahulu kerajaan prosesnya er… prosedurnya adalah pemohon perlu serah balik geran asal dan membuat permohonan baru lepas itu prosiding ini telah simplify dengan tidak perlu hantar geran asal tapi hantar borang sahaja. Saya Nampak ini satu penambahbaikan. Cumanya masa pemprosesan itu ambil masa lama juga. Terima kasih.
Terima kasih ADUN daripada Triang, terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Ha… dasar yang baik lazimnya Kerajaan Negeri akan teruskan malah kita pertingkatkan lagi. Sebagai contohnya Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri bersetuju bagi mereka yang kahwin bagi kali pertama, dahulu RM200.00. Sekarang ini kita naikkan RM50.00 jadi RM250.00 [Ahli Dewan menepuk meja]. Maknanya itu dasarnya kita pertingkatkan.
Manakala proses ini permohonan tanah mesti melalui proses-proses tertentu dan perlu ada tindakan-tindakan tertentu sebagai contohnya kena ada pemohon, bawa pada mesyuarat, JKPT. Kemudian bawa kepada PTG, PTG proses dan sebagainya. Proses ini kita tidak dapat elakkan, sebab tanah ni adalah satu sumber yang sangat terhad Dato’ Sri Yang di-Pertua. Jadi dia tidak boleh mohon hari ini, sebulan dua lulus, tak boleh.
Jadi dia melalui proses-proses tertentu yang ni kita tidak dapat elakkan ya. Jadi proses ini perlu dilalui. Kalau di Bera kalau Pejabat Daerah jarang buat mesyuarat, maka lambatlah proses tersebut dan wakilnya kena ada juga. Jadi proses itu kena… kena diikuti dan dipatuhi. Itu lah Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Dulu sebab proses ini sebelum disimplify secara purata pemohon tunggu enam tahun dia hantar borang untuk tahun 2012 dan dapat kelulusan 2018. Selepas itu proses ini telah disimplifykan tapi pemohon masih tunggu lama. Sebab ada rumah-rumah kampung tunggu kelulusan untuk membuat loan dengan bank untuk mengubahsuai rumah. Jadi saya harap supaya Kerajaan Negeri mengambil perhatian er.. untuk mempercepatkan proses ini. Pastinya untuk rumah-rumah kampung. Terima kasih.
Terima Kasih Dato’ Sri Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya ingatkan Dewan Yang Mulia ini, permohonan untuk mendapatkan tanah tidak semestinya permohonan itu diluluskan, itu kena ingat itu. Enam tahun akhirnya dapat juga, tak apa. Tapi ada enam tahun tak dapat. Jadi itu yang pertama sekali kita ahli-ahli dewan ni kene beritahu kepada… di kawasan kita yang mohon tanah.
Yang pertama kena beritahu diorang tidak semestinya tanah ini diluluskan. Itu yang pertama kena beritahu. Jadi yang berhormat daripada Triang kena beritahu. Tak semestinya dia mohon tanah ni, dia lulus, tidak. Kalau macam itu siapa mohon tanah dia dapat. Mohon tanah dapat. Sebab tanah ini adalah satu kawasan yang terhad sepertimana saya katakan tadi. Kemudian yang kedua kemungkinan kerajaan ada sebab-sebab untuk merancang untuk masa hadapan.
Katalah kawasan yang dipohon itu kita nak buat hospital contohnya, ataupun nak buat sekolah, nak buat is... laluan ECRL. Sebab tu lah mengambil masa yang lama. Jadi er... satu perkara yang harus kita ingatkanlah kepada pemohon-pemohon ni Dato’ Sri Yang di-Pertua ialah pemohon-pemohon yang mohon tanah ini tidak semestinya diluluskan. Kalau-kalau diluluskan alhamdulillah.
Sebab itu dia mengambil masa yang lama, sebab kita harus teliti permohonan ini satu demi satu, kita tak nak bila lulus esok, ada projek yang nak dibuat. Kadang-kadang tanah tersebut berlapis. Ah Chong bin Ali… Ah Chong ini minta kawasan ini, kemudian Ali mintak kawasan ini. Muthusamy minta kawasan ini. Dia berlapis. Jadi kadang-kadang kita tidak boleh buat keputusan. Jadi kita tinggal macam itu je lah. Itu lah Dato’ Sri Yang di-Pertua terima kasih.
Terima kasih yang Berhormat. Baik kita pergi ke sedutan berikutnya. Sebelum itu saya suka nak mengingatkan Ahli Yang Berhormat, pegawai kerajaan dan para pemerhati sentiasa memakai mask ye dalam dewan ini, kerana kita masih lagi tertakluk dengan SOP yang telah disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan. Terima kasih. Baiklah saya jemput YB. daripada Ketari. Soalan kedua ya, sila.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor dua. [Negeri Pahang sangat berkait rapat dengan perubahan iklim. Ekoran dari banjir yang berlaku baru-baru ini dan tahun demi tahun sebelum ini, boleh nyatakan lebih terperinci daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang berapakah jumlah serta peratus 1. Hutan Simpan Dilindungi 2. Hutan Simpan Pengeluaran 3. Pertanian dalam kawasan hutan 4.Penggunaan lain dalam hutan 5. Jumlah lesen pembalakan yang dikeluarkan di Bentong dan negeri Pahang]
Terima kasih.
Terima Kasih Yang Berhormat daripada Ketari. Masa menjawab ni Dato’ Sri Yang di-Pertua boleh buka mask tak?
Untuk menjawab tu terpulang lah. Sekiranya tak jelas. boleh lah. Kepada yang sedang berucap sahaja.
Boleh ya.
Boleh.. sila. Untuk tidak menganggu, boleh.
Buka mask kena berucap selalu he.. he… Bagi menjawab soalan daripada ADUN Ketari. Yang pertama sekali saya nak beritahu Yang Berhormat daripada Ketari, di negeri Pahang ini kita ada tanah seluas 3.6 juta hektar. 3.6 juta hektar. Daripada jumlah keseluruhan keluasan tersebut, 57% ataupun dengan lebih tepatnya 57.07% daripada jumlah keluasan ini merupakan kawasan berhutan iaitu bersamaan dengan 2.04 juta hektar.
Kawasan berhutan negeri Pahang merupakan penyumbang terbesar kepada kawasan berhutan di seluruh Semenanjung Malaysia. Daripada 2.04 juta hektar kawasan berhutan ini, 1.6 juta hektar merupakan kawasan hutan simpan kekal di negeri Pahang. Bagi menjawab soalan berapakah peratus… dia ada lima soalan ya, ADUN Ketari tanya lima soalan. Hutan simpan dilindungi, hutan simpan pengeluaran, pertanian dalam hutan simpan, penggunaan lain dalam hutan, jumlah lesen pembalakan yang dikeluarkan di Bentong dan negeri Pahang.
Yang pertama, berhubung dengan hutan simpan di… di lindungi. Bagi kawasan hutan perlindungan jumah keluasan adalah 645,751.04 hektar atau bersamaan 40, 50% daripada jumlah luas hutan simpanan kekal. Dapat ADUN Ketari? Sempat salin tak? Jadi yang ini boleh beritahu kepada pengundi-pengundi di Ketari ya. Jangan… jangan ubah figure plak. Angka tidak berbohong Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Yang kedua hutan simpan pengeluaran. Bagi hutan simpan pengeluaran jumlah keluasan adalah 948,863.21 hektar bersamaan 59.5% daripada jumlah luas hutan simpanan kekal. Dapat ya... Dapat? Terima kasih.
Yang ketiga, pertanian dalam hutan simpan. Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah memberikan permit penggunaan bagi tujuan pertanian dan penternakan di dalam hutan simpanan kekal sebanyak 38 permit dengan daerah Cameron Highlands adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 28 permit. Perincian jumlah permit pertanian dan penternakan yang ada sekarang ini adalah seperti berikut, Cameron Highlands 28 sepertimana yang saya katakan tadi, 39.481 hektar, Jerantut tak ada, Bentong tak ada, Kuantan, Pekan, Maran ada tiga permit melibatkan keluasan 3.795 hektar, Lipis tak ada, Raub ada 7 melibatkan 9 hektar, Raub tak ada eh… Raub ada 7 permit 9 hektar, Rompin tak ada, Temerloh, Bera pun tak ada. Itu er… jumlah pertanian dalam hutan simpan.
Yang keempat penggunaan lain dalam hutan. Permit penggunaan bagi lain-lain maksud yang dikeluarkan oleh Jabatan adalah berjumlah 121 permit. Sebagai contohnya untuk pembinaan Menara Telekomunikasi, rekriasi, pembinaan mini hidro laluan talian elektrik, laluan rel keretapi dan jalan hutan. Permit penggunaan bagi jalan Hutan adalah tertinggi iaitu 42 permit.
Pecahannya adalah seperti berikut. Di Cameron Highlands ada 9, di Jerantut ada 17, Bentong ada 23, Kuantan, Pekan, Maran disekalikan ada 42. Lipis 14, Raub 7, Rompin 2, Temerloh, Bera 7. Itu bagi penggunaan lain selain daripada hutan. Yang kelima ialah jumlah lesen pembalakan yang dikeluarkan di Bentong dan negeri Pahang.
Setakat ini hanya 3 lesen pembalakan yang dikeluarkan bagi daerah Bentong pada tahun 2021 iaitu bersamaan dengan 2.17% daripada jumlah lesen dikeluarkan iaitu 138 lesen. Perincian lesen mengikut daerah lain adalah seperti berikut. Kuantan Pekan Maran 31, Rompin 30, Temerloh Bera 20, Jerantut 35, Lipis 24, Raub 5, Bentong 3. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua, er... soalan saya apakah penguatkuasaan atau undang-undang yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri bagi mengawal pembukaan tanah atau hutan dan juga er… hutan simpan dan juga milik individu. Contohnya kalau kita lihat di kawasan Janda Baik di Sungai Chemperoh er… Bukit Repin, saya tidak pasti itu adalah tanah hutan simpan atau individu. Kalau kita lihat dari Google Satelit, ada kelompong-kelompong tanah-tanah yang telah diteroka dan sebagainya.
Jadi apakah tindakan penguatkuasaan daripada pihak Kerajaan Negeri dan juga di kawasan seperti Hulu Benus juga? Itu soalan saya.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Sepertimana yang dikatakan sebelum ini Kerajaan Negeri tidak berkompromi berkenaan dengan penerokaan tanah haram. Jadi dengan dengan kata lain penguatkuasaan sentiasa diteruskan. Malahan Kerajaan Negeri telah menubuhkan pasukan elit untuk mengenal pasti kawasan-kawasan yang diteroka secara haram untuk diambil tindakan. Dan er… perkara ini adalah satu perkara yang berterusan. Maknanya kalau kita ada laporan, kalau kita jumpa tindakan akan diambil dan kita juga menggunakan perkhidmatan MYSA yang ada di Temerloh tu untuk melihat dan meninjau sekiranya ada kawasan-kawasan yang diteroka secara haram.
Jadi er… saya mengalu-alukan kalau sekiranya ada Ahli-ahli Yang Berhormat ada maklumat berkenaan penerokaan tanah haram ini sila bagitau kepada PTG ataupun kepada Unit Penguatkuasa tindakan selanjutnya. Sebabnya kita tidak mau kehilangan hasil, tidak mau ketirisan berlaku. Dan disebabkan penguatkuasaanlah yang kita kuatkuasakan selama ini Dato Sri Yang di-Pertua, peningkatan hasil kita telah dapat kita tingkatkan. Sebagai contoh kita berjaya mendapat hasil sebanyak RM866 juta. Ini semua adalah kerana kita menguatkuasakan ketirisan dan kebocoran dan juga penerokaan secara haram.
Kalau YB daripada Ketari ada maklumat bagitau ya, jangan main rasa je. Kalau tengok ada kelompong mana-mana bagitau. Insya-Allah kita akan ambil tindakan. Bagi tau pada DO boleh, bagitau pada PTG boleh. Sebab kita sangat er… jangan dipertahankan pula ya.
Kita nak bersama dengan Kerajaan Negeri, boleh? Ha, mengangguk tu kira boleh la. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan, okey. Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua, okey er… saya ingin bertanya apakah tindakan ataupun undang-undang er.. SOP yang dikenakan oleh pihak Kerajaan Negeri terhadap er… tanah milik individu. Er… kerana kalau kita lihat kalau… er… kalau tanah milik individu ni, kadang-kadang mereka ini bukak tanah buat kerja-kerja tanpa mengikut SOP yang dikenakan.
Jadi apakah tindakan pantas yang diambil kerana ia menyebabkan kerosakan yang teruk juga kepada alam sekitar dan juga keadaan sungai yang berdekatan. Contohnya sekali di Janda Baik juga, kita ada gambar-gambar di mana selepas je bencana banjir yang berlaku pada Disember tahun lepas ketika ini… ketika hujan er… berlaku mesti berlaku air yang sangat deras dan air sangat keruh sehingga hari ini.
Jadi ia seperti membuka jalan kepada er… keadaan pencemaran alam sekitar dan sebagainya.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Tanah milik ini adalah tanah milik individu. Memang kita er… adalah kawalan-kawalan tertentu. Sebagai contohnya kalau sekiranya pada tanah milik tersebut ada emas, ada bijih, terpaksalah kena mendapat kebenaran daripada pihak Kerajaan Negeri sebelum mengusahakan tanah tersebut.
Dan lain-lain untuk untuk dia buat rumah atau bercucuk tanam dan sebagainya itu… itu adalah satu perkara yang… yang boleh dilaksanakan oleh tuan punya tanah. Kecuali dia melanggar syarat. Contohnya kalau tanah pertanian, kemudian dia buat bangunan… yang tu tak bolehlah sebab tu yang salah satu daripada hasil kita yang dapat yang yang dapat kita kutip sekarang ini kerana ramai yang melanggar syarat.
Yang pertanian dia buat bangunan, yang bangunan dia buat pertanian dan sebagainya. Ini pun juga kita er… harus mendapat er… maklumat daripada orang ramai sebab kadang-kadang tanah milik ini sukar untuk kita er… masuk atau er… masuk ke dalam kawasan mereka, sebab ini tanah milik mereka.
Tetapi kalau sekiranya ada maklumat boleh bagitau kepada kita. Begitu juga kalau sekiranya ada berlaku pencemaran dan sebagainya, Kerajaan… pihak Kerajaan boleh mengambil tindakan, terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan….
Chini…
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Adakah berlaku pencerobohan dalam hutan dan apakah tindakan er… Kerajaan terhadap pencerobohan ini?.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Memang ada pencerobohan penerokaan secara haram ini. Sebagai contohnya pada tahun lepas kalau tak silap saya la, ada 70 kes yang telah… 70 lebih kes yang telah diambil tindakan dilaporkan dalam Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri.
Dan daripada kes tersebut er… 50 kes adalah yang melibatkan penerokaan hutan. Jadi… dan er… setakat hari ini, seperti mana yang saya katakan tadi, ada kaitan dengan soalan daripada ADUN Ketari, kita telah mengenakan kompaun penerokaan secara haram ini hampir RM4 juta Dato’ Sri Yang di-Pertua, yang telah kita kompaunkan. Dan untuk makluman Ahli-ahli Dewan juga, kompaun ini telah Kerajaan Negeri telah naikkan semenjak 2 tahun yang lepas. Maknanya… kalau saya tak ingat la dulu berapa… tapi kalau dulu sangat rendah. Contohnya kalau dulu RM10,000.00 sekarang ini dah lebih daripada RM10,000.00. Angka tepat saya tidak ingat.
Tetapi memang kita dah naikkan jumlah kompaun yang dikenakan. Jadi er… saya juga er… di bawah peruntukan tanah ini juga kita er… kita kenakan denda yang langgar syarat, saya dah sebut dah tadi, dan kita juga telah mengambil pemutihan untuk tanah-tanah haram ini kita legalisedkan dan Kerajaan Negeri juga menggalakkan untuk mana-mana individu yang untuk kalau sekiranya ingin membuat pertanian daripada tanah pertanian nak buat bangunan, tukar. Tukar syarat mohon daripada Kerajaan, ataupun daripada bangunan nak buat pertanian, tukar syarat. Yang ni kita akan proses dengan secepat mungkin kita tidak mahu berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak sihat terutamanya sekali aktiviti yang melanggar syarat. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Okey Yang Berhormat, baik kita pergi pada soalan berikutnya. Sila wakil dari Muadzam Shah.
Assalamualaikum WBT, terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya kemukakan pertanyaan nombor 3. Antara strategi baru penambahan penghasilan Negeri Pahang 2022 ialah melalui sektor pelancongan; i) Apakah pihak kerajaan ada cadangan untuk menjadikan rumah rakit salah satu produk pelancongan utama di Negeri Pahang?
ii) Apakah usaha yang telah dilaksanakan setakat ini oleh pihak Tourism Pahang dalam mempromosikan rumah rakit? iii) Apakah ada cadangan Rumah Rakit ini di lesenkan sebagaimana homestay?
Assalamualaikum WBT Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Er… rakan kita daripada Muadzam bertanya ada 3 soalan. Er… pertama kedua itu saya rangkumkan ya.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Bagi soalan satu dan soalan dua ya, usaha pihak tertentu untuk turut serta dalam er… sektor pelancongan amat dihargai iaitu terutama sekali rumah rakit ini. Ianya terdapat ye produk seperti ini di… contohnya terdapat di Leban Condong ya, di sepanjang sungai Rompin termasuk juga di Sungai Isap dan juga er… Bukit Rangin.
Konsep penginapan alternatif seperti ini diharap akan dapat menambah aktiviti sedia ada khususnya di negeri Pahang. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri masih meneliti pelbagai aspek berkenaan keselamatan dan kesesuaian er… struktur rumah-rumah rakit tersebut bagi memastikan ianya benar selamat dan mematuhi syarat-syarat yang ditetap… yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Pengairan dan Saliran. Disebabkan ianya dibina di dalam sungai yang mempunyai syarat-syarat yang perlu dipatuhi.
Soalan seterusnya Yang Berhormat Yang di-Pertua, buat masa ini rumah rakit masih dalam penelitian pihak Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia untuk dimasukkan dalam Garis Panduan pengalaman Homestay Malaysia. Saya juga telah membangkitkan ini perkara ini di dalam dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelancongan Negara ye… yang dipengerusikan oleh Menteri tentang keperluan kerana ianya tidak termasuk dalam garis-garis tertentu.
Konsep homestay yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelancongan Seni dan Kebudayaan Malaysia atau MOTAC mempunyai kriteria-kriteria tertentu. Antara syarat-syarat yang ditetapkan adalah bagi sebuah homestay ianya sekurang-kurangnya mempunyai 10 buah rumah yang mempunyai agihan yer… bilik-bilik satu atau dua bagi membolehkan pelancong tinggal bersama dengan keluarga… ini homestay.
Walau bagaimanapun, rumah rakit adalah penginapan alternatif yang disediakan oleh individu-individu tertentu terutamanya bagi peminat-peminat aktiviti memancing. Perbezaan ketara di antara dua jenis penginapan ini memerlukan penilaian dan penelitian terutamanya dari segi keselamatan.
Kita juga memerlukan Yang Berhormat Yang di-Pertua, iaitu garis panduan ini supaya ianya boleh didaftar. Didaftarkan kepada… di bawah jabatan ataupun Kerajaan Tempatan. Apabila ianya didaftarkan di bawah apa namanya majlis perbandaran ataupun majlis daerah, kerajaan tempatan, maka bukan setakat cukai tetapi juga ianya boleh kita monitor. Ini adalah merupakan perkara yang sangat penting kerana kita tak tahu tiba-tiba rumah rakit tersebut hanyut dan sebagainya. Terima kasih.
Baik, soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat Teruntum.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.
[ISU HASIL LAUT DAN BOT NELAYAN ASING
Berdasarkan satu berita yang bertarikh 7 Mac 2021, nelayan asing guna bot klon untuk mengaut hasil laut yang bernilai sebanyak RM1.5 juta dan perkara ini berlaku di lautan Pantai Timur.
1. Berapakah bot nelayan asing yang telah dikesan dari tahun 2019 sehingga
kini?
2. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan terhadap bot nelayan asing?
3. Mengapakah kes pencerobohan masih ketara sedangkan kerajaan mempunyai undang-undang yang khususnya mengawal keselamatan lautan negeri Pahang?]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Teruntum menanyakan tentang pencerobohan nelayan asing dalam perairan negara dan juga di perairan Pahang. Soalannya ada berapakah bot nelayan asing yang telah dikesan dari tahun 2019 hingga kini?
Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, 2 agensi utama iaitu Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah mengambil tindakan dan dalam tahun 2019, Jabatan Perikanan telah dapat menahan 8 bot nelayan asing. Manakala APMM 51, menjadikan 59 dalam tahun 2019 dan tahun 2020, Jabatan Perikanan telah menahan 6 bot nelayan asing dan APMM 20, iaitu jumlah 26 dalam tahun 2020.
Manakala dalam tahun 2021, Jabatan Perikanan telah menahan 3 bot nelayan asing dan APMM telah menahan 3, menjadikan 6. Jadi, keseluruhannya daripada tahun 2019 hingga kini, terdapat 91 kes-kes di mana bot-bot nelayan asing telah pun dikesan dan ditahan di perairan kita. Terima kasih.
Manakala soalan kedua, apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan terhadap bot-bot nelayan asing. Pencerobohan nelayan asing di perairan Malaysia adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 51(1)(a) Akta Perikanan 1985 dan jika disabitkan kesalahan, tekong ataupun nakhoda bot boleh didenda maksimum RM6 juta dan bagi setiap anggota kru maksimum denda ialah RM600,000.
Kegagalan membayar denda tersebut menyebabkan pesalah nelayan asing tersebut dipenjarakan. Manakala bot dan peralatan menangkap ikan yang destructive tersebut boleh dirampas mengikut Seksyen 52 Akta yang sama dan vessel yang telah lucut hak boleh dimusnahkan di darat mahupun dijadikan tukun di laut. Mengikut rekod Jabatan
Perikanan Negeri Pahang dari tahun 2019 hingga 2021, sebanyak 16 kes tangkapan telah berjaya dibuat dan melibatkan kompaun dan denda berjumlah RM1.274 juta.
Manakala soalan ketiga yang dikemukakan oleh ADUN Teruntum, mengapakah kes pencerobohan masih ketara sedangkan kerajaan mempunyai undang-undang yang khusus mengawal keselamatan lautan negeri Pahang?
Untuk makluman, keluasan Zon Eksklusif Ekonomi Malaysia ini ialah 453,186 kilometer persegi ataupun 174,979 batu nautika persegi iaitu satu kawasan yang paling luas dan sepertimana yang kita sedia maklum, kawasan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia ini mempunyai sumber ikan yang paling berharga dan tinggi. Sebab itu dalam konteks seumpama ini nelayan-nelayan asing menjadikan perairan kita sebagai tempat tumpuan untuk mereka menjarah hasil-hasil laut.
Dalam konteks seumpama ini juga dikenal pasti bahawasanya nelayan asing yang paling banyak menceroboh ialah daripada Vietnam. Sebab itu selaras dengan perkara ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam lawatan rasmi baru-baru ini pada 20 Mac telah membangkitkan tentang isu ini dengan pemimpin dan negara Vietnam dan memohon supaya Kerajaan Vietnam mengambil tindakan bagi mengekang pencerobohan ini dan ianya… sebenarnya adalah usaha diplomatik selain daripada tindakan-tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Malaysia. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih kepada Wakil Kerajaan yang telah beri jawapan. Saya juga nak tanya, kenapa undang-undang yang begitu ketat pada perairan Pahang tapi masih bot nelayan luar warga asing ini lagi suka masuk ke kawasan kita. Lepas itu apakah tindakan, macam mana nak kita nak kosongkan mereka ini dari perairan kita. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sepertimana yang saya telah jelaskan tadi, di kawasan perairan kita ini dia luas dan kalau berbanding dengan negara-negara jiran seperti Thailand dan Vietnam sendiri pun, sebenarnya kawasan kita luas dan hasil laut yang ada di kawasan kita ini memang kira di antara tinggi dan yang terbaik yang ditangkap dan juga dibawa balik, dieksportkan diproses dan dieksportkan ke negara-negara asing termasuk di Kesatuan Eropah, European Union.
So itu jadi daya penarik ya… sebab tu dalam konteks seumpama ini, agensi penguatkuasaan APMM yang mempunyai kapal-kapal ronda yang besar akan meronda bukan sahaja kawasan ZEE ini ya, dia juga meronda kawasan perairan negara untuk mempastikan supaya tidak ada pencerobohan-pencerobohan yang berlaku.
Kalau tak ada misal contohnya perondaan seumpama ini, kes-kes pencerobohan ini jauh lebih tinggi tapi dalam konteks seumpama ini misal contohnya kita lihat tahun sudah 2021, 3 kes yang telah dikenal pasti. Maknanya nelayan-nelayan asing ni dah mula apa nama er… maklum bahawasanya kita remain business, dengan izin. Kita telah dakwa mereka dan ramai di kalangan mereka ini nelayan-nelayan, tekong-
tekong dan kru-kru mereka dipenjarakan. Dan bot-bot mereka yang berjuta-juta ini sebenarnya kita rampas dan kita musnahkan.
Tapi pada masa yang sama, sepertimana yang saya zahirkan tadi, iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah pergi ke Vietnam baru-baru ni dan membangkitkan isu ini supaya Kerajaan Vietnam dapat juga mengekang di peringkat the root cause. Maknanya peringkat punca masalah ini, supaya mereka memperingatkan kepada nelayan-nelayan Vietnam supaya tidak menceroboh perairan negara-negara asing, negara-negara jiran dan selaku rakan dalam anggota ASEAN sudah tentu perkara ini diambil serius oleh pemimpin-pemimpin negara-negara berkenaan.
Maknanya kita ambil tindakan. Jadi, kalau saya boleh memberikan gambaran yang ini… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, seperti Akta Dadah Berbahaya 39(b) ya… ini kalau sekira didapati bersalah mengikut apa nama kesalahan-kesalahan dengan berat dadah yang dirampas, boleh menyebabkan… sekiranya didapati bersalah iaitu hukuman mati mandatori.
Tapi pada hari ini masih lagi kita dapati bahawasanya pengedaran dadah berterusan kerana lucrativenya maknanya lumayannya hasil daripada perlakuan yang walaupun dikira dianggap cukup ini berat tapi diteruskan juga. Begitu juga dengan nelayan-nelayan asing ini they try their luck, dengan izin. Mungkin juga dia try tengok tapi kita agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Perikanan. Ada Jabatan Perikanan terpaksa memantau kawasan perairan 30 nautika batu daripada persisiran pantai sebab bot-bot jabatan agak terhad kapasitinya…
Tetapi di luar daripada itu termasuk pengairan antarabangsa, sempadan negara dengan negara-negara jiran ini, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) membuat pemantauan yang cukup teliti menggunakan kaedah-kaedah E-Navigation ataupun AIS iaitu Automatic Identification System dengan izin, yang memang digunapakai oleh apa nama… warga pelayaran.
Kalau dia on kan apa nama sistem itu Dato’ Sri. Maknanya agensi-agensi mengikut standardnya setiap ni pelayaran dalam lautan di dunia ini mesti menggunakan AIS. Tetapi kalau tidak menggunakan ia tidak merupakan satu kesalahan. Melalui kaedah inilah maka agensi penguatkuasaan telah memantau, melihat radar setiap pergerakan di lautan.
So Insya-Allah, maknanya perkara ini sebenarnya mendapat perhatian dan untuk makluman ianya sentiasa diberikan perhatian kerana khazanah negara kita adalah merupakan suatu yang cukup besar ertinya pada negara.
Soalan tambahan. Jawapan tadi telah diberikan oleh Wakil Kerajaan pada 2020 ada 26. 2021 adalah 6. Bagi saya ini penurunan sebab atas COVID. Dia orang tidak datang, sebab kita semua tidak boleh keluar.
So cadangan saya, adakah Malaysia atau Kerajaan akan meningkatkan perundangan yang lebih ketat yang lebih… mungkin… ketat terhadap warga asing yang bot ni. So minta Kerajaan kaji semula mungkin undang-undang kita tidak cukup ketat bagi dia orang, so mereka berani masuk. Jangan bagi mereka cuba masuk. Masuk saman lagi mungkin meningkatkan saman atau buat apalah saya tidak tahu. So minta pihak Kerajaan kaji semula untuk menyelamatkan nelayan tempatan. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang mengamalkan undang-undang termasuk di peringkat antarabangsa. Bila kita tangkap ini… nelayan asing ini bukan boleh kita tembak terus begitu je. Macam kita buat cara cowboykan. Tangkap tembak, tangkap tembak. Tak boleh. Dia maknanya yang mana tangkap tu, kita tahan.
Sebab tu kita tengok rampasan kalau kita tengok, kita rampas. Kemudian kita tahan mereka, kita dakwa dia. Didakwa dia… mengikut undang-undang yang ada Akta Perikanan 1985, kemudian ini yang prosesnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, sebab mahkamah kita, undang-undang negara… keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang memberi peluang dan kebebasan kepada mereka yang didakwa untuk mempertahankan diri.
Ada di kalangan nelayan-nelayan ini melantik lawyer-lawyer atau peguam-peguam untuk membela diri mereka. Sebab itu kes-kes yang kita tahan di tahun 2019, dia kadang dia sampai 2 tahun baru selesai. Dan bila selesai keputusan mahkamah mengatakan, okey rampas dan lucut hak dan menyerahkan kepada jabatan yang berkaitan, Jabatan Perikanan untuk melupuskan.
So kita tengok lupus macam mana boleh jadi tukun ke atau kita hapuskan di darat. Hapuskan di darat ini kalau sekiranya bot tu yang dah lama kalau kita tenggelamkan di laut dia reputkan. Jadi lebih baik bawa ke darat, kita kerat… kita kerat maknanya dan kita lupuskan. Tapi kalau bot itu adalah bot yang nampaknya boleh dijadikan sebagai tukun tiruan, maka kita tenggelamkan ke dasar laut untuk menjadi tukun dan menarik. Maknanya Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita… hajat kita ini memang kita geram juga sebab dia menjarah khazanah negara. Tapi kita mengikut lunas-lunas perundangan.
Sebab itu dalam kontes seumpamanya ini, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Perdana Menteri mengambil langkah secara diplomatik. Maknanya kita bertemu ni dalam rundingan dua hala baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Perdana Menteri selain daripada berbincang tentang penyediaan makanan halal bagi Sukan SEA 2021 yang akan diadakan bulan Mei tahun ini dengan menawarkan produk-produk makanan halal Malaysia ke tuan rumah iaitu Vietnam.
Selain daripada itu Yang Amat Berhormat Dato’ Sri juga telah membangkitkan tentang isu ini supaya dapat ditandatangani secara lebih diplomatik. Tidak boleh kita ambil tangkap kita pergi tembak secara sesuka hati kerana kita sebuah negara yang berdaulat, mempunyai undang-undang dan Malaysia sebenarnya terkenal sebagai negara yang sentiasa mendukung kedaulatan undang-undang.
Jadi saya harap Yang Berhormat ADUN Teruntum, kita faham… saya faham kegusaran tetapi at the same time kita kena ada… kepala yang cool head dengan izin ya, ketenangan pemikiran walaupun kita rasa geram. Dan perkara ini dibangkitkan sebab apa Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, kerana nelayan asing ini dia setengahnya very agresif… dia begitu agresif menggunakan senjata dan sebagainya.
Bukan sahaja mengancam nelayan tetapi mengancam anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim ini. So kita tidak mahu berlakunya konflik kerana isu yang
dibangkitkan oleh nelayan-nelayan asing yang menceroboh ke perairan negara kita yang tercinta ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat bagi pihak kerajaan. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Padang Tengku. Sila.
Yang di-Pertua saya kemukakan soalan kawasan Padang Tengku nombor 5.
Perpustakaan Awam Daerah dan Desa:
i. Senaraikan bilangan Perpustakaan Awam Daerah dan Desa di seluruh Negeri Pahang serta rekod kehadiran bulanan pengunjung yang hadir sepanjang tahun 2021.
ii. Menyatakan langkah-langkah proaktif Kerajaan Negeri bagi menggamit kehadiran warga setempat untuk memanfaatkan Perpustakaan Awam Daerah dan Desa sebagai gedung ilmu.
Dato’ Yang di-Pertua,
Untuk menjawab soalan daripada ADUN Padang Tengku berkenaan dengan bilangan Perpustakaan Awam Daerah dan Desa di seluruh negeri Pahang serta rekod kehadiran bulanan pengunjung yang hadir sepanjang tahun 2021. Untuk makluman Ahli Dewan, bilangan Perpustakaan Awam di negeri Pahang, kita ada sebuah Perpustakaan Awam Negeri di Kemunting, kita ada 10 Perpustakaan Awam Daerah, ada 2 Perpustakaan Awam Cawangan, 60 Perpustakaan Desa dan 1 Perpustakaan Komuniti.
Yang mana untuk tahun 2021, jumlah pengunjung yang telah berkunjung ke Perpustakaan Awam Negeri, Perpustakaan Sultan Ahmad Shah ialah sebanyak 413,515 orang, Perpustaakaan Awam Daerah dan Cawangan sebanyak 123,935, Perpustakaan Desa Dan Komuniti sebanyak 139,558 orang. Ini adalah statistik pengunjung termasuk pengunjung maya sepanjang bulan… yang mana kita tutup sepanjang Julai, Oktober 2021 akibat PKP.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Padang Tengku juga bertanya tentang langkah-langkah proaktif Kerajaan Negeri untuk memanfaatkan Perpustakaan Awam Daerah dan Desa. Sebenarnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun mengumumkan dalam pembentangan bajet yang lepas, peruntukan untuk perpustakaan telah dinaikkan daripada RM6.5 juta setahun kepada RM10 juta.
Dan Ini adalah seiring dengan keperluan semasa yang melibatkan kerja-kerja menaik taraf bangunan, keceriaan, pertambahan koleksi, susun atur dalam perpustakaan, meningkat capaian internet dan pembelian perabot baru termasuk juga untuk membeli 2 unit perpustakaan bergerak yang akan kita jalankan pada tahun ini juga, insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Terima kasih… selamat pagi untuk Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya adalah adakah pihak Kerajaan mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh masa operasi Perpustakaan Daerah dan Desa ini pada waktu malam dan juga adakah Kerajaan juga mempertimbangkan untuk membuka perpustakaan ini pada hari waktu… pada hari Sabtu atau Hari Cuti Umum.
Sebab ini menggalakkan orang ramai khususnya anak sekolah dan juga dewasa yang bekerja pada waktu siang untuk memanfaatkan perpustakaan ini pada waktu malam dan juga hari cuti umum. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua,
Bagi menjawab soalan ini sebenarnya kita mempunyai waktu yang fleksibel. Tetapi oleh kerana keadaan COVID ya, kita terpaksa menghadkan pembukaan perpustakaan orang kita. Namun begitu saya kira kita tidak menghalang kanak-kanak sekolah seperti yang dinyatakan oleh Tanah Rata sebentar tadi untuk menggunakan kemudahan di perpustakaan kerana kita juga mengadakan kemudahan Perpustakaan Maya untuk meminjam buku kita ada Ubiquitous Library Dato’ Sri Yang di-Pertua, yang mana membolehkan peminjam-peminjam untuk meminjam bukan sahaja buku daripada perpustakaan di negeri Pahang, malah di seluruh perpustakaan di seluruh negara melalui Program Ubiquitous Library ini, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Baik. Soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat ADUN Kuala Semantan.
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, pertanyaan saya nombor 6.
[Demi mendepani COVID-19, sesi persekolahan telah dijalankan secara penggiliran. Perkara ini telah menyebabkan para pelajar ketinggalan selain terdapat rungutan para guru mengenai motivasi pelajar yang semakin hilang. Apakah cadangan pihak Kerajaan Negeri Pahang untuk menangani permasalahan ini?]
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih saya ucapkan kerana memberi kebenaran untuk saya menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Semantan berkaitan dengan dem… mendepani COVID-19 ketika sisi… sesi persekolahan telah dijalankan secara penggiliran. Perkara ini telah menyebabkan pelajar ke… ketinggalan selain terdapat rungutan para guru mengenai motivasi pelajar yang semakin hilang. Ada… apakah cadangan Kerajaan Negeri Pahang untuk menangani permasalahan ini?
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di Pahang ini tidak ketinggalan kita mempunyai pusat-pusat pendidikan yang teratur dan juga tersusun rapi dengan peringkat-peringkat pengajiannya daripada rendah sampailah menengah dan sehingga ke peringkat tinggi juga. Bahkan sebagaimana titah Kebawah Duli Tuanku, kita di negeri Pahang pun telah memiliki universiti penuh iaitu Universiti Islam Pahang.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Namun demikian sekolah-sekolah sebahagiannya adalah terletak sepenuhnya di bawah pentadbiran Kerajaan Federal er… bagaimana untuk er… kurikulumnya, pengurusannya, penjadual… penjadualannya dan sebagainya. Namun demikian Kerajaan Negeri tidaklah pula berlepas tangan ataupun berdiam diri dengan isu-isu apa saja yang berang… berbangkit tentang kebajikan pembelajaran anak-anak kita di sekolah sepertimana yang dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Semantan adanya berlaku er… di kalangan pelajar yang merudum keadaannya akibat daripada penggiliran dan sebagainya.
Kerajaan Negeri Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah berusaha sedaya mungkin membantu, meminta Jabatan Pendidikan mengadakan satu pelan pendidikan yang dinamakan Transformasi Pendidikan Negeri Pahang. Dato’ Sri Yang Amat Berhormat Utama... Dato’ Sri Utama Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri telah memperuntukkan sebanyak RM338,000.00 cek kepada Jabatan Pendidikan supaya apa namanya melakukan dan melaksanakan transformasi pendidikan bagi mengatasi perkara-perkara yang seumpama ini.
Transformasi pendidikan ini sebenarnya detail, kalau saya ceritakan dalam Dewan ni jadi satu ceramah pula. Seandainya rakan-rakan ADUN berminat untuk mengetahui kita boleh berkumpul, kita minta JPNP ceramahkan kita apa itu transformasi pendidikan yang telah diideakan dan diturunkan sendiri peruntukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Tidak sekadar itu Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita di sekolah-sekolah ini kita mengenal pasti ada guru-guru kaunselor. Guru-guru kaunselor ini kita dekati, supaya mereka menjiwai hal-hal situasi pelajar ini, bagaimana mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan sebaik-baiknya dan tidak berlaku kemurungan, kemunduran sebagaimana yang kita jangkakan dan dikemukakan oleh rakan saya daripada Semantan itu.
Sebab itu Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, pada tahun lalu telah membantu pelajar-pelajar yang nak mengambil SPM se… dengan peruntukan RM114,000.00, diedarkan kepada semua pelajar ini supaya mereka dapat diberikan semangat dan bangkit untuk belajar dengan penuh jaya. Oleh yang demikian, pada tahun lalu pencapaian SPM kita tidak rendah dan tidak jatuh jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah di negeri lain [Ahli Dewan menepuk meja].
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
STPM juga menjadi pandangan apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah meluluskan RM109,000.00 diagihkan kepada pelajar-pelajar yang nak mengambil STPM supaya mereka dapat belajar dengan baik, dan dengan cemerlang dan guru-guru tidak tertekan dengan situasi penggiliran dan juga berlakunya apa namanya er… COVID-19 ini, maka hal ini telah membantu sedikit sebanyak pada pelajar-pelajar itu. Tak cukup itu Dato’ Sri Yang di-Pertua, rupa-rupanya budak ni takut pulak tak dapat makan, lapar dan sebagainya. Pengusaha-pengusaha kantin di asrama dan juga kantin di sekolah diberi juga bantuan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Utama
Menteri Besar kita dengan kos RM303,000.00 supaya mereka bekerja keras membantu anak-anak kita ni dapat belajar dengan selesa dan tidak ada keluhan.
Itu cerita tahun lalu Dato’ Sri Yang di-Pertua, kalau kita tengok apa Kerajaan Negeri Pahang buat pada tahun ini, tahun ini juga cukup besar. Dato’ Sri Menteri Besar telah mengumumkan pada Bajet yang lalu untuk mengadakan Pahang Pride Student dan benda ini bukan sekadar o… omongan-omongan kosong di dalam sidang DUN tetapi telah menjadi kenyataan apabila tenaga-tenaga ADUN digemblengkan untuk turun bertemu dengan pelajar-pelajar sekolah untuk diagihkan.
Oleh yang demikian, pelajar-pelajar di Maran seramai 4,550 barang telah diagihkan, di Lipis 5,937 barangan, di Rompin 5,590 barangan, di Pekan 5,000… 5... pendeknya ceramahlah Dato’ Sri Yang di-Pertua, macam-macamlah Kerajaan Negeri buat nak membantukan motivasi budak ini, jangan haru. Sekian saja Dato’ Sri Yang di-Pertua, wassalamualaikum.
Boleh?
Sila, Pulau Manis.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sebenarnya apa yang dinyatakan oleh Pihak Kerajaan tadi sesuatu benda yang memanglah sangat-sangat... prihatin yang diberikan oleh pihak Kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi saya ada dua perkara kemusykilan.
Yang pertama sekali, apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyalurkan peruntukan, kita nak bagi benda tu kepada student tapi kita dilarang masuk ke kawasan sekolah. Maknanya kita kena mencarilah, balai raya buruk ke, dewan mana-mana yang boleh dipakai, untuk memanggil ibu bapa ataupun anak-anak bagi mendapatkan peruntukan yang kita beri yang begitu banyak tadi. Itu satu.
Yang keduanya… yang keduanya ialah yang saya musykilkan apabila kita membuat sekolah, kita belajar secara PdPR, maksudnya menyeluruh semua murid belajar melalui PdPR daripada sekolah ke rumah pelajar-pelajar. Tapi apabila berlaku apa ini… penggiliran masa belajar, kalau kelas tu ramai murid, 38 orang maka dibagi dua 19 belajar minggu ini, 19 pelajar pada minggu depan. Jadi sekarang ini kita dapati maknanya yang… yang… yang tidak belajar pada minggu tersebut, orang kampung kabo.. duduk menangulah. Maksudnya tak ada buat apa-apa dah.
Sebelum ni dulu kita nampak semua belajar serentak. Kalau 38 orang dalam kelas itu, 38 oranglah belajar, 38 orang yang dapat bahan dan semua maklumat. Walaupun kekangannya masih ada. Tidak ada internetlah, tidak ada peralatanlah, kurangnya apa ini perhatian ibu bapaklah, yang dipersoalkan. Tapi apabila kita dah selesai masalah itu tadi, ya… kita bertungkus-lumus turun padang tengok siapa, di mana tak ada internet dan sebagainya tapi yang ditimbulkannya apabila kita belajar, seminggu yang belajar dekat sekolah, saya tiap-tiap hari tanya, hari ini belajar apa?
Soalan ye, soalan.
Kalau ada 8 subjek…
Yang Berhormat…
Soalan saya ialah… kan, kenapa kita tidak gunakan kesempatan PdPR kita yang asalnya diarahkan begitu diteruskan? Yang belajar, belajarlah secara bersemuka tetapi yang duduk di rumah tetap juga sekurang-kurangnya 1 atau 2 subjek terus diberi, supaya budak kita tidak leka dan tidak lalai. Itulah pandangan saya. Terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada sahabat saya Pulau Manis yang mempertikaikan kenapa kita tidak dapat masuk ke sekolah. Sebab itulah PRN Johor baru ini, di antara mesej kita berkempen perlunya kestabilan politik. Kita betul sekarang ini Kerajaan Persekutuan di bawah er… Pakatan Nasional, tetapi ada beberapa individu di dalam Kabinet itu masih lagi teracuni dengan fahaman-fahaman Pakatan Harapan dulu Dato’ Sri Yang di-Pertua. Jadi tabiat-tabiat yang seumpama ini masih lagi menghantui di dalam pemikiran mereka. Makanya kita takda arahlah benda hak dalam tangan orang itu tak dapat kita nak ambil tabiat dia Dato’ Sri Yang di-Pertua. Jadi kita kerajaan negeri tak nak fikir benda-benda yang negatif itu. Bukan tak nak fikir apa, masalah kita banyak, budak tak belajar budak ketinggalan sebab itu Menteri Besar ambil…
Minta laluan….
…ambil apa…
Minta laluan….
…ambil apa… pendekatan dengan membantu menyediakan peruntukan…
Minta laluan….
...tanpa kita memikirkan benda tabiat orang ini tadi. Supaya kita dapat konsisten istiqomah membantu anak-anak kita belajar tak masuk, tak masuk tak apalah dalam sekolah. Apa nak buat? Kemudian itu yang itu ke 2 masalah apa namanya penggilirannya tadi. Penggiliran ini kerana faktor COVID. Itu JPNP terpaksa membuat pendekatan yang seumpama itu sebab itu.
Ini adalah ujian kepada kita ibu bapa, guru dan pelajar rupanya selama ini sebelum kita menghadapi COVID, kita selalu memberikan motivasi, memberikan pengetahuan perlunya kerjasama mendidik ini bukan tanggungjawab cikgu seorang, bukan tanggungjawab guru di dalam kelas sahaja tetapi dia adalah juga tanggungjawab semua pihak. Kerajaan, ibu bapa, masyarakat, NGO mesti berganding bahu supaya kita dapat sederap memastikan anak bangsa kita terdidik mendapat ilmu dengan baik.
Seandainya tabiat ini telah kita laksanakan sedari dulu apabila kita menghadapi masalah yang seumpama ini kita tidak kekok. Sekarang ini seolah-olah macam kita kekok, kita tak tahu nak buat apa. Kita panik maka akhirnya ada di kalangan, saya tak nafikan sebagaimana sahabat saya Pulau Manis sebutkan, ada di kalangan anak-anak kita yang terbiar kerana mereka tidak ada motivasi. Itu sebab kerajaan negeri belanjakan dengan sebegitu besar tu saya tak cerita lagi apa yang Yayasan Pahang buat daripada dasar-dasar Kerajaan Negeri membantu pelajar-pelajar. Sila sahabat.
Soalan Speaker, bolehkah saya tahu apakah pemikiran yang diracuni oleh Pakatan Harapan kepada sekolah yang tadi dijelaskan oleh pihak kerajaan. Sekian. Apakah pemikiran yang diracuni oleh Pakatan Harapan dalam sekolah?
Pemikiran yang disebutkan Pulau Manis tadi. Terima kasih Dato’ Yang di-pertua.
Baiklah. Soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat Tanah Rata.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon kemukakan soalan nombor 7.
[Pembinaan Jalan Pintasan Cameron Highlands
Dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, DUN Ke-14, kerajaan menyatakan bahawa opsyen laluan ketiga telah dipersetujui, iaitu Jejambat dan Terowong Dari Ringlet ke FT185(Barat). Namun, keputusan kajian sebenarnya akan diketahui selepas tempoh kajian dibentangkan iaitu selepas 7 Oktober 2021.
a. Sila jelaskan keputusan kajian berkenaan dan status terkini cadangan jalan pintasan
b. Nyatakan kajian tentang impak persekitaran pembinaan terowong di kawasan Cameron Highlands yang merupakan kawasan sensitif alam sekitar.]
Terima kasih Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua.
Soalan Tanah Rata adalah berkaitan dengan cadangan jalan pintas Cameron Highlands. Dua soalan Tanah Rata pertamanya, apakah keputusan kajian dan status terkini cadangan tersebut dan keduanya, berkaitan dengan kajian impak persekitaran. Kajian dimaksudkan oleh Tanah Rata adalah kajian kesesakan lalu lintas Cameron Highlands yang selamanya telah selesai dilaksanakan pada 7 Oktober yang lalu.
Lanjutan daripada itu pihak Kementerian Kerja Raya er… dalam proses perundingan dengan EPU ataupun Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri er… dan selesai barulah dibuat keputusan sepenuhnya. Dan pada yang sama Dato’ Sri Yang di-Pertua, bagi cadangan ini, pihak JKR Negeri Pahang melalui Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri telah pun mengangkat cadangan permohonan ini kepada Kementerian Kerja Raya untuk dilaksanakan secara berfasa dalam Rolling Plan Ke-3 Rancangan Malaysia Ke-12 projek ini akan dilaksanakan apabila ianya mendapat kelulusan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya.
Bagi soalan yang kedua, mengenai kajian impak persekitaran. Untuk makluman Sidang Dewan dan seterusnya Tanah Rata, skop perundingan bagi perunding yang telah dilantik oleh Kementerian Kerja Raya sebenarnya adalah untuk kajian kebolehlaksanaan jalan pintasan Cameron Highlands ataupun kajian kesesakan lalu lintas Cameron Highlands sahaja. Di mana pihak perunding akan mengesyorkan konsep jajaran bagi jalan yang akan dilaksanakan itu manakala kajian EIA yang menjurus kepada kajian impak persekitaran itu akan dilaksanakan ketika dalam fasa penyediaan reka bentuk setelah projek ini diluluskan oleh Kementerian Kewangan Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Terima kasih Tuan… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih jawapan dari pihak Kerajaan berhubung isu lokasi jalan pintasan tersebut. Ada beberapa versi daripada pihak media dan juga dari pihak NGO dan juga rakyat tempatan. Sebab ada banyak versi. Ada yang kata er… lokasi hujung dari hujung ke mana? Sebab ada yang cakap er… dari hujung Kampung Raja ke Ringlet. Ada yang juga kata dari Tringkap ke Habu dan ada juga katanya dari Kuala Terla ke Habu. Ada pelbagai versi dari pihak media dan juga pihak NGO. Oleh itu saya juga sentiasa ditanya oleh pihak media bagaimanakah lokasi jalan pintasan tersebut. Oleh itu di sini soalan saya adalah, adakah keputusan pada mesyuarat hari bulan 7 Oktober 2021 itu ialah keputusan terakhir dan apakah keputusan terakhir itu iaitu di mana lokasi jalan pintasan itu? Terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sepertimana yang saya jawab tadi, sememangnya saya tidak boleh menjawab soalan-soalan itu secara khusus kerana ianya masih walaupun kajian itu telah selesai dibuat dan diserahkan oleh perunding kepada Kementerian Kerja Raya tetapi ianya akan
dibincangkan dengan EPU ya, sebelum dapat dimuktamadkan. Selepas itu secara terperincinya barulah kajian apa EIA akan dilaksanakan secara khusus sepertimana jajaran yang akan diputuskan itu nanti. Jadi buat masa ini Yang Berhormat, kita tunggulah keputusan yang akan dibuat Kerajaan Negeri. Terima Kasih.
Baik, soalan terakhir pada pagi ini dijemput Yang Berhormat Peramu Jaya. Sila.
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Pagi-pagi ambil sarapan, mohon bertanya soalan nombor 8.
[Perniagaan secara 'online' merupakan trend terkini perniagaan terutama bagi golongan belia. Apakah langkah-langkah kerajaan bagi menggalakkan golongan belia menceburi dalam perniagaan 'online' dan adakah terdapat bantuan geran atau kursus bagi perniagaan online yang dijalankan oleh pihak kerajaan?]
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada ADUN Peramu atas soalan yang dibangkitkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan soalan nombor 8, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan-perkembangan terkini berhubung kait dengan aktiviti-aktiviti khususnya melibatkan anak muda di bawah portfolio saya. Jadi berkait dengan online business, Kerajaan Negeri melihat semasa berlakunya PKP, PKPD dan sebagainya, ada keperluan untuk kita membantu anak-anak muda. Jadi antara lain ialah tentang business yang amat cenderung di kalangan anak muda iaitu menjadikan sebagai sumber pendapatan dan perniagaan secara online iaitu dijadikan sebagai platform yang mudah dalam menjalankan perniagaan disamping dapat menjana pendapatan yang lumayan.
Pihak Kerajaan Negeri juga melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang sentiasa memberikan galakan kepada anak muda untuk menceburi perniagaan secara online melalui program yang dirancang seperti program keusahawanan anjuran Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Karnival Usahawan Belia dan Bengkel Usahawan Online dan samping itu juga perlaksanaan yang MyGIG diperkenalkan oleh pihak Kerajaan beberapa tahun yang lalu, telah memberi ruang dan peluang kepada anak-anak muda untuk berkongsi ilmu perniagaan bersama ahli perniagaan telah berjaya dengan menjadi mentor atau pembimbing menerusi sistem MyGIG ini.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sehubungan itu juga Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Institut Keusahawan Negara (INSKEN), juga menawarkan program-program keusahawanan sepanjang tahun secara percuma untuk golongan anak muda. Antara lain iaitu program Tunas Usahawan Belia Bumiputera ataupun ringkasnya TUBE yang dilaksanakan sejak tahun 2014 di bawah SME Corp. masih lagi relevan dan
dikenalpasti sebagai salah satu program keusahawanan bagi membantu melahirkan lebih ramai usahawanan di kalangan belia. Program ini khusus untuk belia bumiputera berumur antara 18 hingga 30 tahun dan mempunyai minat dalam pelbagai jenis perniagaan termasuklah perniagaan online, yang mana peserta akan menjalani latihan, kursus dengan kaunselor perniagaan serta pelatih berpengalaman dan seterusnya mendapat bantuan geran memulakan perniagaan.
Selain itu, Programme Connector dijalankan untuk membangunkan Perusahaan Mikro dan komuniti golongan inklusif seperti belia, wanita, B40 dan lain-lain di negara ini. Program ini dirancang untuk memberi fokus kepada segmen pasaran dan kreativiti baru dan akan datang dalam menjalani ataupun menjalankan perniagaan di mana kemahiran baharu diperkenalkan melalui kursus dan latihan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sebagai tambahan juga dalam hal ini ingin saya sebutkan bahawa melalui Kerajaan Negeri, inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang melalui peruntukan yang amat besar juga untuk bantuan perniagaan kepada anak-anak muda apabila berlakunya PKP baru-baru ini yang mana melibatkan pinjaman kepada anak-anak muda antara RM 3,000.00 hingga RM 10,000.00 dan ini insya-Allah mungkin Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan bagi pendetailan nanti.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Dalam masa yang sama juga melalui Yayasan Pahang ya ada tiga teras kursus yang diberikan bersama geran secara percuma iaitu pertama [email protected] ya tajaan sepenuhnya KPT dan Yayasan Pahang telah memperuntukan RM1.8 juta untuk tambahan dalam peruntukan tersebut bagi memberi laluan dan peluang pada anak-anak muda iaitu tempoh sebulan ya dan er… dia punya peruntukan setiap orang dapat RM3,000.00. Begitu juga Gradpreneur@Pahang – Business Junior.com dan yang terakhir iaitu Jobs@Pahang - Offshore Marine in Hospitality Management, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Begitu juga Majlis Belia Malaysia dan Majlis Belia Negeri telah melakukan kursus-kursus pemasaran digital. Kursus usahasama Shopee dan PERKESO juga menyediakan platform latihan dan berbentuk webinar.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Dengan adanya inisiatif-inisiatif dan juga peluang-peluang er… tabungan kewangan daripada pihak Kerajaan Negeri, insya-Allah dan diyakini sambutan akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan yang ingin saya kongsikan di sini insya-Allah yang terdekat ini iaitu kita akan memperkenalkan Pahang Pride Team iaitu online business secara percuma melibatkan anak muda bersasar 5,000 orang, insya-Allah. Dan ini adalah memberi peluang kepada anak-anak muda untuk terus mencebur diri dalam business online pada masa kini. Terima kasih.
Baik Yang Berhormat sekalian.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kita selesai membincangkan 8 pertanyaan dan jawapan. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan pagi ini untuk minum pagi dan persidangan disambung semula pada pukul 11.20 minit pagi. Saya mohon
Ahli-ahli Yang Berhormat bergerak keluar dalam Dewan daripada Dewan dalam keadaan tertib dan mematuhi penjarakan fizikal. Terima kasih. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan pada pukul 10.48 pagi]
[Persidangan disambung semula]
Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion
Perkara Ketiga: Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon izin untuk membawa satu usul di Dewan Yang Mulia ini yang berbunyi:
“Bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini, bersetuju Menjunjung Kasih Atas Limpah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berangkat menyempurnakan Titah Diraja kepada Dewan Negeri.”
Saya berharap usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan Yang Mulia ini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya menyokong.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon izin untuk saya dapat diberi peluang untuk membahas… berbahas er... berkaitan dengan Titah Diraja pada 28 hari bulan, mohon izin.
Sila, boleh.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Pertamanya, kalau kita amati dan dengar dengan penuh ketenangan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja pada 28 hari bulan. Kebawah Duli Tuanku merasa amat sukacita, berpuas hati dengan pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dalam berbagai-bagai perkara yang telah disentuh dalam Titah Diraja, khususnya pertama berkaitan dengan pelaburan, yang kedua hasil negeri, yang ketiga ialah kebajikan rakyat.
Dalam suasana COVID yang mempunyai kesan dalam pergerakan ekonomi dunia rantau Asia dan Malaysia, Pahang di atas kebijaksanaan dan muafakat yang baik di antara pimpinan negeri Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, rakan-rakan pimpinan kerajaan dan juga pimpinan er... kepegawaian yang dikepalai oleh Dato’ er... Yang Berhormat Dato’ Sri SS, atas kebijaksanaan muafakat yang baik walaupun suasana dunia, ekonomi dunia tidak memberangsangkan tetapi Pahang berjaya menarik pelaburan RM10.5 billion. [Ahli Dewan menepuk meja]
Ini satu angka yang besar dan ketiga di dalam Malaysia, pelaburan tertinggi yang ketiga di dalam Malaysia, yang ini melibatkan pelaburan domestik hampir RM987 juta dan pelaburan asing RM9.8 juta pada 2021. Dan lebih memberangsangkan, awal tahun 2022, Kerajaan Negeri juga berjaya walaupun suasana masih belum lagi reda, dapat memikat hampir RM5.5 billion pelaburan daripada Singapura, China, Korea Selatan dan Thailand.
Ini bermakna apa? Pelabur yakin di atas kepimpinan mantap Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang walaupun kita berdepan dengan suasana yang tidak sihat lagi dan ini harus er... menjadi satu kekuatan semangat kepada seluruh pimpinan agar terus kita mencari jalan, memperkukuhkan keyakinan rakyat kepada kepimpinan negeri dan insya-Allah di atas keikhlasan, ketegasan dan muafakat dan ingin mengangkat maruah pembangunan negeri, saya yakin kepimpinan ini akan mendapat sambutan yang cukup istimewa daripada rakyat negeri Pahang dalam Pilihan Raya ke-15 nanti. Insya-Allah, satu tepukan khas kepada kepimpinan negeri kita. [Ahli Dewan menepuk meja]
Yang kedua, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang juga amat bergembira dan menyatakan bahawa di atas kesungguhan kepimpinan negeri walaupun pada peringkat awal dulu 2018 ada pemimpin di Pahang khusus di pihak pembangkang, mengatakan negeri kita muflis dalam 3 tahun tetapi tidak. Atas kebijaksanaan ini, Kerajaan Negeri pada tahun 2021 telah dapat mengutip hasil RM812 juta, sasaran hanya RM800 juta sahaja.
Ini satu keistimewaan dan saya percaya hasrat pimpinan negeri nak membawa hasil ini kepada RM1 bilion insya-Allah akan berjaya pada tahun 2022 ini insya-Allah dan saya difahamkan saya juga mengikuti perkembangan beberapa agensi Kerajaan Pusat er...masih lagi belum menjelaskan beberapa tuntutan pada Kerajaan Negeri seperti TNB, FELCRA, FELDA tapi saya yakin Yang Amat Berhormat adalah perunding istimewa. Bila berunding lembut hati agensi kerajaan membayar terus pada Kerajaan Negeri ini, insya-Allah dan akan dapatlah hasil kita RM1 bilion pada tahun ini. Walaupun er...faktor utamanya walau bagaimana… Malaysia politik agak tidak seimbang tetapi agak tenang bila Perdana Menteri daripada UMNO ya, kerana di Pahang ini politik kita tidak bergolak, kita tidak berbalah antara satu sama lain.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun menghormati rakan-rakan dalam pembangkang dengan cara yang berhemah bukan sahaja boleh berkawan,berterus terang, bahkan bantuan-bantuan tertentu pun sampai kepada mereka bila diperlukan. Walaupun akrab er...kerana keamanan inilah membolehkan seluruh pimpinan negeri di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri dapat memikirkan secara berpusat, secara terang, secara padu untuk menghasilkan pendapatan-pendapatan kepada Kerajaan Negeri dan hasil pendapatan ini jelas sebagaimana Titah Diraja yang amat gembira dengan kebajikan rakyat, nampaknya dalam Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia mendahulukan rakyat serta memakmurkan negeri amat tepat sekali. Maknanya negeri pimpinan di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri sentiasa mengutamakan rakyat dan berusaha memakmurkan negeri.
Sebagai contoh bila hasil pendapatan kita tinggi, kebajikan rakyat dijaga. Dan saya tinjau hampir banyak daerah saya pergi bukan sahaja di kawasan saya Dong, ataupun di daerah Raub rakyat Pahang cukup merasa gembira di atas program-program bantuan yang disusun, yang diatur oleh Kerajaan Negeri Pahang. Ramai tak er...baik anak muda baik orang tua minta saya sampaikan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Kerajaan er...Menteri Besar dan juga Kerajaan Negeri Pahang. Terima kasih khas.
Di dalam Titah Diraja jelas Kerajaan Negeri memperuntukkan hampir RM75 juta bukan satu angka yang kecil untuk menguruskan COVID dan mencegah penularan COVID. Daripada RM75 juta itu, RM31 juta diberikan khusus untuk bantuan-bantuan prihatin rakyat negeri Pahang, itu tahun 2021. Tahun 2022, RM40 juta lagi diperuntukkan untuk bantuan-bantuan prihatin dan tambah menggembirakan rakyat negeri Pahang ada pula bantuan Pride Kasih, rawatan khas. Perbelanjaan rawatan khas untuk warga emas yang ini cukup menggembirakan warga emas seluruh negeri Pahang kerana mereka tidak mampu untuk pergi ke klinik-klinik swasta dan lain-lain.
Bukan itu sahaja, Kerajaan Negeri Pahang juga membuat program Pride Student dengan bantuan-bantuan peralatan sekolah dan sumber-sumber kewangan negeri dan juga Pride Kid RM200.00. Dua hari lepas, hari Sabtu lepas, saya dijemput untuk hadir ke Program Pride Kid ini dan mengumpulkan 6 bayi Ya Allah, bila dapat bantuan mereka cakap seronok dapat melihat wajah mereka seronok sungguh dan terharu di atas sumbangan Kerajaan Negeri Pride Kid ini dan dalam lawaknya mereka akan berusaha menambahkan lagi generasi baru Pahang insya-Allah ke depan ini. Ha, inilah bagusnya dasar-dasar yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Bukan itu sahaja sebab kebajikan banjir tak pernah kalau dulu-dulu banjir ini lambat dapat bantuan, kali ini banjir, banjir hari ini besok terus dapat bantuan. RM71 juta diperuntukkan untuk wang ehsan, bantuan kematian pusat pindah banjir dan ada juga bantuan sewa-sewa rumah untuk mereka yang tidak ada rumah kerana banjir. Dan juga satu yang mengembirakan lagi ialah kerajaan negeri menambah RM19,000.00 bagi setiap rumah yang dilanda banjir dengan menjadikan RM75,000.00 setiap rumah yang mana RM56,000 daripada kerajaan persekutuan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Mungkin kita tidak perasan di Pahang di dalam dewan ini persidangan kita tak pernah kecoh, aman damai kerana Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker bijaksana dan adil. Menghormati pimpinan kerajaan negeri, pimpinan ADUN-ADUN daripada kerajaan dan juga pembangkang. Sebagai contoh pada pagi ini sahaja, tak pernah berlaku mungkin di dewan-dewan negeri lain Yang Berhormat Ketari 2 kali bangkit, soalan tambahan, Dato’ Sri Speaker bagi.
Yang Berhormat ADUN Tekun… Teruntum 2 kali soalan tambahan, tak apa, bagi. Seorang lagi Yang Berhormat daripada mana tadi Triang, bagi. Oh, kalau kadang-kadang ADUN Barisan Nasional Dato’ Sri Speaker sekat. Ini menunjukkan bahawa kebijaksanaan Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dalam mengurus menyebabkan dewan kita aman tidak ada perkataan-perkataan biadap dikeluarkan dan tidak ada keluar dewan, semua diberikan kebebasan untuk memberi pandangan-pandangan bagi mengangkat kehebatan negeri yang kita sayangi ini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga lihat dan saya percaya Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dan barisan pimpinan negerinya bukan hanya memikirkan membawa pelaburan ke satu tempat tentunya kerajaan negeri memikirkan mengagihkan keseimbangan pembangunan ini. Maka saya mencadangkan supaya Majlis Ekonomi Wilayah Barat dapat digerakkan sepantas yang boleh, supaya wujud peluang-peluang pembangunan ini seimbang di antara timur barat dan memberi peluang pekerjaan yang lebih baik kepada rakyat seluruh Pahang keseluruhannya.
Sebagai makluman Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, ambil sahaja di Raub yang bekerja di Genting Highlands tak kurang dari 2000 orang. Yang bekerja di Klang, Kuala Lumpur tidak kurang 7000 orang. Jadi kalau ada pembangunan ini dapat kita sekat hijrah anak muda luar daripada Pahang dan ini lebih baik walaupun gajinya rendah misalnya tetapi suasananya tidak mendesak dari segi kehidupan. Walaupun RM2000.00, RM3000.00, gaji berbanding RM3000.00 gaji RM2000.00 gaji duduk di Kuala Lumpur.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga mengambil kesempatan untuk membangkit satu dua perkara nampaknya dalam kegembiraan rakyat dengan bantuan-bantuan yang begitu banyak untuk meringankan kesengsaraan mereka, saya merayu kepada kerajaan negeri, air selalu sangat terganggu. Kawasan Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker pun saya tengok kejap ada gangguan, sekejap ada gangguan
Ya betul.
Betul, terima kasih. Jadi hal ini air harus diberikan tumpuan alasannya air keruh, maka tak boleh supply air. Alasan yang kedua pecah paip, 10 tahun dulu pun itulah alasannya dan sekarang pun itulah alasannya. Saya harap kerajaan dapat memberikan sedikit sebanyak penyelesaian yang pantas dalam soal ini. Yang kedua saya lihat sistem komunikasi. Dalam dewan yang lepas saya dah juga membangkitkan tapi masih lagi penerimaan internet ini di tahap yang rendah.
Dan juga yang ketiga kita lihat krisis COVID ini, pejabat-pejabat Penghulu menjadi tumpuan sangat nampaknya. Tumpuan JKK tumpuan rakyat. Sebab itu saya cadangkan pada kerajaan negeri agar pejabat Penghulu ini dapat di upgredkan dan beri kemudahan-kemudahan internet, tempat mesyuarat yang elok supaya pejabat penghulu menjadi agen kepada kerajaan supaya lebih berkesan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ingat setakat itu sahajalah dan dengan ini saya menyokong sekali lagi Usul Titah Diraja. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dong. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian di hadapan majlis ialah satu usul yang berbunyi:
“Bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berangkat menyempurnakan Titah Diraja kepada Dewan negeri ini.”
Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan telah pun mendapat sokongan. Sekarang kita meneruskan dengan aturan urusan selanjutnya.
Perbahasan usul menjunjung kasih atas titah diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion
Perkara ke-4: Perbahasan usul menjunjung kasih atas titah diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan semula usul tersebut kepada perbahasan dan saya sukacita mengingatkan kepada ahli Yang Berhormat masa yang diberikan adalah selama 15 minit. Dengan ini saya menjemput ahli daripada kawasan Peramu Jaya. Silakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertama-tamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih khususnya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua yang telah memberikan ruang dan peluang kepada saya bagi membahaskan titah diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Yang Mulia ini pada 28 Mac 2022.
Titah Diraja telah banyak menyentuh soal-soal ekonomi, pendidikan, alam sekitar dan biodiversiti, good corporate governance social dan kebajikan rakyat. Saya amat tertarik dengan nasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang supaya Yang Berhormat sentiasa berpegang pada prinsip mendahulukan rakyat serta kemakmuran negeri ketika berbahas. Syukur pada pagi ini saya diberi kesempatan ini untuk menyampaikan beberapa permasalahan tertentu.
Pertamanya, saya ingin menyentuh isu jambatan Sultan Abu Bakar di Pekan. Sebagaimana kita sedia maklum bahawa jambatan ini dibina oleh pekerja Jabatan Kerja Raya. Pada tahun 1968 dengan kos RM2.5 juta. Jambatan sepanjang 600 meter merentasi Sungai Pahang ini yang merupakan jalan Pekan-Kuantan telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar pada 28 haribulan Februari 1970. Pada ketika dan saat ini, Jambatan Sultan Abu Bakar ini telah pun berusia 52 tahun. Saya ulang lagi sekali, usia jambatan berusia 52 tahun.
Masalah yang dihadapi oleh jambatan ini ialah terdapat 5 buah pulau jadian di bahagian hulu sungai dengan kapisiti lebih kurang 1 juta metrik tan pasir sedang bergerak secara perlahan-lahan hingga ke bawah jambatan. Keadaan menjadi lebih serius apabila tongkah-tongkah pokok tumbang telah tersangkut di bawah jambatan dan telah menyekat laluan air dan terus memberikan tekanan horizontal kepada tiang jambatan.
Pada ketika ini dan saat ini, kalau kita melihat di bawah jambatan Sultan Abu Bakar itu, jarak antara lantai dan pasir hanya tinggal 2 meter sahaja. Kalau kita mengikut teori fizik, saya ingin menyebut teori fizik ini kerana ia penting untuk kita ketahui bahawa berasaskan teori force and pressure, dengan izin Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Apabila daya dan tekanan horizontal melebihi tekanan vertical, maka beban tekanan mampu merobohkan jambatan tersebut. Yang lebih serius lagi ialah jambatan ini berhampirannya ada satu jambatan baru dan sebelah jambatan baru itu ada satu laluan paip, bekalan air yang disalurkan daripada Ganchong ke bandar Pekan. Dan
kita risaukan jambatan ini satu hari akan runtuh. Kita tidak mahu sejarah di Malaysia ini berulang.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ambil contoh, Jambatan Kampung Beting, Belukar Bukit di pekan Ajil, Terengganu runtuh pada 6 Mac 2022 akibat banjir dan masalah sampah sarap yang mengganggu… jambatan ini akhirnya runtuh. Jambatan Titi di Kuala Pilah pun yang sama runtuh pada 7 haribulan Mac 2022. Lagi satu contoh ialah jambatan Mengkabung di Kuala Krai runtuh pada 22 Disember 2021.
Jadi apa yang saya nak nyatakan di sini ialah saya menyarankan dan mencadangkan agar tindakan segera hendaklah diambil oleh pihak yang berwajib bagi membersihkan tongkah-tongkah pokok mati agar tidak terus memberi tekanan kepada tiang jambatan. Kerana apabila ini berlaku, jambatan akan runtuh. Yang keduanya saya memohon jasa baik juga Kerajaan Negeri untuk memikirkan kaedah. Kita ada pakar-pakar hydrologi dan sebagainya yang boleh memikirkan kaedah yang sesuai bagi mengatasi masalah pulau yang berada di bawah jambatan dan pulau yang masih bergerak agar tidak mengancam struktur jambatan.
Keduanya saya ingin menyentuh soal Rancangan Tanah Kelompok Khas (RTKK) Orang Asli khususnya di daerah Pekan. Secara kasarnya kalau kita lihat bahawa mulai Tahun 2010 hingga 2022, terdapat 23 RTKK yang melibatkan keluasan lebih kurang 6,701 hektar. Daripada 23 RTKK tersebut, 7 daripadanya melibatkan keluasan 2,212 hektar atau 30% keluasan keseluruhan telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, alhamdulillah. Malangnya... malangnya 16 RTKK yang melibatkan keluasan 4,489 hektar atau 67% keluasan keseluruhan masih tidak mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Kita memahami bahawa RTKK ini adalah salah satu verhicle ataupun kaedah yang digunakan bagi membantu Orang Asli mendapat sumber pendapatan daripada pulangan dividen daripada keuntungan pemaju, itu kita faham. Setakat ini di Pekan cuma 411 individu telah menerima manfaat tersebut. Dividen di antara RM400.00 hingga RM1,000.00. Soalnya sekarang saya penuh yakin dan percaya bahawa Kerajaan Negeri sentiasa mencari ikhtiar untuk menambahkan pendapatan Kerajaan Negeri dan ikhtiar tersebut tidak putus terus dirungkai untuk mencari hasil-hasil yang terbaru.
Saya ingin membangkitkan isu ini kerana keluasan tanah yang terlibat 6,701 hektar seandainya... seandainya premium RM500.00 per hektar, Kerajaan Negeri memperolehi RM3.35 juta. Tetapi kalau kita nak berbudi bahasa dengan pihak pemaju… berbudi bahasa ini maksud saya ialah kita kecualikan premium. Tetapi Kerajaan Negeri tidak seharusnya hilang pendapatan daripada cukai. Masalah sekarang ini ialah premium tak bayar, cukai pun tak bayar.
Saya nak ambil satu contoh di sini. Kalau daripada keluasan itu, berdasarkan RM120.00 per hektar kawasan pertanian tanaman sawit, Kerajaan Negeri mendapat cukai RM804.00 eh... RM800,400.00. Kalau nak jelas RM804,120.00 setahun. Jika kita campurkan dengan daerah-daerah lain kita boleh bayangkan ini baru kita cerita Pekan, kalau kita campur dengan daerah lain pada jangkaan saya, kita mungkin Kerajaan Negeri boleh dapat lebih kurang RM15 juta ke RM20 juta lagi tambahan hasil daripada cukai tanah ini.
Jadi oleh sebab itu, saya mengalu-alukanlah penubuhan Pahang Orang Asli Corporation Sendirian Berhad atau nama ringkasnya ORACO iaitu 70% saham dipegang oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan 30% di bawah ORACO.
Bagi memastikan keadaan ini berjalan dengan baik, Kerajaan Negeri dapat manfaat, Orang Asli mendapat dividen, pemaju boleh terus memajukan kawasan. Kita mesti memastikan bahawa RTKK Orang Asli, yang diteroka secara haram oleh pemaju, mestilah dikenal pasti agar Kerajaan dapat bertindak bagi mendapatkan pulangan hasil khusus kepada Kerajaan Negeri.
Oleh sebab itu Dato’ Sri Yang di-Pertua, proses pemutihan perlu kita laksanakan bagi memastikan tanah-tanah Kerajaan di negeri ini dimajukan mengikut peraturan dan yang lebih penting Orang Asli mendapat manfaat sosial ekonomi daripadanya, Kerajaan Negeri pun mendapat manfaat hasil tambahan khususnya untuk kita memanfaatkan kepada kebajikan rakyat Negeri Pahang.
Dato’ Sri Yang di-pertua,
Ketiganya masih tidak terlewat bagi saya mengucapkan sekalung tahniah diatas pemasyhuran Kuantan sebagai Bandaraya pada 21 haribulan Februari 2021 yang telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Bagi sebuah bandaraya, salah satu masalah ialah isu berhubung kesesakan lalu lintas. Bandaraya Kuantan tidak kecuali daripada masalah tersebut. Saya ingin mengambil satu contoh iaitu di simpang empat Jalan Teluk Sisek yang mengalami kesesakan teruk terutamanya pada waktu puncak. Ini berlaku kerana laluan ini merupakan laluan berulang alik pekerja-pekerja pejabat yang keluar pada waktu pagi dan balik pada waktu petang.
Selain daripada itu, kita juga kena mengakui bahawa kita di Kuantan ini kehadiran pelancong juga turut berminat ke kawasan Teluk Cempedak. Selain daripada itu, antara penyumbangnya ialah kehadiran mereka ini daripada Kerteh dan Chukai, Terengganu untuk membeli belah di Kuantan kerana Kuantan lebih dekat daripada Kuala Terengganu. Satu kajian daripada Universiti Malaysia Terengganu pada September 2019 menunjukkan bahawa bilangan yang turun ke Kuantan dari Chukai dan Kerteh pada setiap Jumaat yang merupakan cuti umum di Terengganu adalah antara 2,000 hingga 3,000 buah kenderaan. Kesemuanya menyumbang kepada kesesakan Bandaraya Kuantan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin menyentuh bahawa ada banyak kaedah untuk menyelesaikan masalah lalu lintas ini iaitu yang merupakan kesesakan lalu lintas di Bandaraya Kuantan. Kalau mengikut International dengan izin, International Transport Survey Revised 2020 United Kingdom. Kaedah penyuraian trafik di Bandaraya Kuantan khususnya boleh dilakukan dengan 2 kaedah.
Kaedah pertama ialah melalui dengan izin, flyover. Ini banyak menyelesaikan masalah. Keduanya, melalui sistem lampu isyarat yang efektif. Kalau kita lihat [batuk] lemas pakai topeng ni… maaf ya. Ambil nafas sikit. Di Bandaraya Kuantan pada masa ini lampu isyarat di jalan persekutuan dikendalikan oleh pihak Jabatan Kerja Raya dan Majlis Bandaraya Kuantan. Sistem lampu isyarat ini dikendalikan oleh 2 agensi yang
berbeza. Itu bukan merupakan masalah, masalahnya ialah apabila tiada kawalan berpusat maka masalah lalu lintas ini kadang-kadang terganggu. Kerana pihak JKR menggunakan relay circuit mengikut saat dan hitungan saat dan minit untuk mengerakkan simpang ke simpang dan sebagainya.
Oleh sebab itu, saya sarankan agar sistem lampu isyarat mestilah dikawal secara berpusat oleh Majlis Bandaraya Kuantan melalui sistem digital yang boleh dilaksanakan mengikut fasa agar penyuraian trafik lebih lancar dan boleh mengurangkan kesesakan.
Seminit lagi.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Tanam Timun Tanam Selasih, Sekian, terima kasih.
Saya mohon menyokong Usul tersebut. [Ahli Dewan menepuk meja].
Terima kasih Yang Berhormat Peramu Jaya. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Beserah. Sila.
Bismillahhirahmannirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian menjunjung kasih di atas Titah Diraja yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang pada hari Isnin, pada semalam. Er… sebelum saya meneruskan er… perbahasan berkaitan dengan ucapan Titah Diraja. Saya ingin menyentuh beberapa perkara berkaitan dengan situasi dan keadaan di tempat saya.
Yang pertamanya, saya berharap pihak er… Jabatan Agama bersama-sama dengan pihak Tenaga Nasional Berhad dapat duduk berbincang dan menyelesaikan permasalahan bekalan elektrik di masjid, surau er… di kawasan saya khasnya dan saya yakin di tempat-tempat lain pun ada mengalami beberapa gangguan bekalan elektrik. Kerana er… kebanyakan masjid dan surau yang dibina 15 tahun, 10 tahun yang lalu, adalah mengambil kira saiz dan juga keadaan semasa ketika itu. Maka pihak TNB memberikan bekalan current sebanyak, saya dimaklumkan 63amp, cukup untuk lampu, kipas dan ruang masjid pada masa itu.
Dalam masa yang sama, 10 selepas itu inisiatif jawatankuasa masjid membesarkan ruang masjid dan menambah baik keselesaan jemaah masjid dengan letak pendingin hawa, air condition. Masjid itu kadang-kadang perlukan 13 aircond. Maka dengan 63amp tidak mencukupi menjadikan setiap masjid dan surau mempunyai gangguan bekalan elektrik, selalu trip. Bila pasang lampu ke pasang aircond banyak dia akan trip dan pihak jawatankuasa masjid memohon untuk diadakan pemasangan meter baru
tetapi ditolak kerana mengikut TNB, 1 masjid hanya 1 meter sahaja boleh pakai. Maka kalau nak pasang meter baru, dia akan memerlukan pendawaian semula yang menjejaskan kos yang agak tinggi. Jawatankuasa masjid mohon untuk menambah meter dan pendawaian baru di kawasan ruang yang ditambah dan juga alatan elektrik yang ditambah sahaja. Maka itu akan mengurangkan kos dan beban kepada jawatankuasa masjid. Jadi saya berharap pihak TNB dapat memberikan pertimbangan, memberikan keizinan kepada pihak masjid dan surau menambah pemasangan meter untuk memberikan keselesaan kepada jemaah mereka.
Yang kedua, pasca banjir. Bila kita tahu pada hujung tahun lepas sehingga awal tahun ini, kita dihujani dengan hujan yang agak lebat, melebihi daripada kebiasaan, yang telah banyak menjejaskan infrastruktur setempat sama ada sungai dan juga longkang yang telah terhakis, pantai juga yang terhakis, jalan raya yang berlubang dan sebagainya. Maka tindakan segera pasca banjir untuk pembaikan dan pemulihan dapat disegerakan.
Kerana di kawasan saya terutama sekali adalah kawasan terutama sekali jalan raya er… pinggir bandar Kuantan keluar bandar Kuantan masuk kawasan saya sehinggalah ke Terengganu adalah merupakan laluan utama dan juga merupakan kawasan penggunaan lalu lintas yang tinggi, heavy traffic user. Kerana itu kawasan industri dan kalau sekiranya laluan atau jalan raya tersebut er… tidak sesuai ataupun tidak selamat, banyak gangguan, maka dia akan menyekat kelancaran lalu lintas dan lebih malang lagi dia akan menjejaskan keselamatan para pengguna jalan raya. Jadi saya mohon pihak berwajib, JKR terutama sekali, mengambil tindakan segera membaik pulih jalan raya yang rosak sepanjang laluan di kawasan Beserah sehinggalah ke sempadan Terengganu.
Begitu juga dengan keselamatan infrastruktur lampu jalan. Saya dimaklumkan bahawa banyak kali dah telah dibaik pulih lampu jalan er… di kawasan saya itu. Tapi banyak juga berlaku kecurian kabel dan sebagainya. Maka saya ingin mencadangkan pihak JKR supaya mengubah er… daripada lampu jalan menggunakan tenaga elektrik, kita tukar kepada lampu jalan menggunakan tenaga solar. Maka kita dapat mengurangkan er… kecurian kabel kerana tenaga solar ini dia tidak memerlukan rangkaian kabel er… elektrik itu.
Tuan Yang di-Pertua,
Seterusnya saya ingin menyentuh Titah Diraja yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Pemangku Raja Pahang. Antara perkara yang menarik perhatian saya di dalam titah baginda adalah baginda begitu prihatin terhadap institusi pendidikan Negeri Pahang sehingga baginda menjejas… menjelaskan di sini bahawa, baginda ingin melihat institusi pendidikan Pahang menjadi antara yang terbaik di negara dan di dunia. Atas hasrat itu, saya melihat bagaimana seruan titah yang diberikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia supaya kita meneliti semula visi dan misi semua institusi pendidikan di bawah Kerajaan Negeri Pahang.
Saya juga berkesempatan melihat, mungkin inilah peluang untuk kita semua mengetahui apa visi UCYP. Saya tengok saya bacakan di sini, visi UCYP adalah sebuah universiti yang adaptif, ‘An Adaptive University’ itu visi dia. Bagi saya, visi ini baik namun dia tidak cukup ummph… untuk nak menggerakkan kita ke peringkat dunia kerana adaptive ini adalah merupakan satu sifat me… menerima ataupun kita menyerap perubahan. Sepatutnya kita perlu inovatif, kita yang mengorak langkah. Kita yang ke depan bukan kita yang menyerap ataupun kita yang menerima apa sahaja.
Jadi kalau kita nak bergerak ke dunia… ke peringkat dunia kita perlu inovatif, perlu menggerakkan bukan menerima.
Kemudian saya melihat jugak UnIPSAS, apa visi UnIPSAS? Visi UnIPSAS ‘Menjadi Pusat Kecemerlangan Ilmu dan Keterampilan Insan’. Juga perlu kita lihat aspek ini bagi menyiapkan modal insan di negeri Pahang, adakah visi ini mampu untuk kita nak realisasikannya hingga boleh mencapai apa yang telah dihasratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.
Jika kita bandingkan dengan visi Universiti Malaya, apa visi Universiti Malaya? ‘A Global University Impacting The World’. Daripada visi ini, kita lihat di mana lokasi dan di mana situasi posisi Universiti Malaya, mereka berada dalam ranking dunia. Kerana dalam visi dia jelas menunjukkan bahawa ini yang mereka nak capai, berada dalam world class university, menjadi satu universiti yang pilihan utama. Jadi, saya menyambut baik dan menjunjung kasih di atas Titah Diraja supaya kita melihat balik visi dan misi institusi pendidikan yang ada dalam negeri Pahang di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Pahang, supaya kita mampu menyediakan modal insan untuk melalui Industrial Revolution 5.0. Ini yang dititahkan oleh Kebawah Duli Tuanku semalam.
Maka kalau kita lihat apa keperluan IR 5.0? Kita sekarang ini berada dalam Industrial Revolusi 4.0. Industrial Revolusi 1.0, 250 tahun yang lalu, adalah Revolusi Industri berteraskan air dan wap, steam and water. Kerana pada masa itu kita tengok kereta api pun dia jalan menggunakan wap. Kemudian IR 2.0 adalah Revolusi Industri yang berasaskan tenaga elektrik. Pada masa itu lebih cepat, lebih laju, mass production keluar. Itu adalah cerita 200 tahun dahulu.
IR 3.0 adalah berkaitan dengan information technology, teknologi komunikasi sedang berkembang. Dan sekarang kita berada pada IR 4.0 iaitu yang berkaitan dengan digital economy, berkaitan dengan teknologi digital. Selaras dengan hasrat itu, maka kita kena lihat bagaimana kita menyediakan tenaga-tenaga kita supaya boleh hidup dalam IR 5.0 nanti, yang mempunyai satu keperluan yang mendesak terhadap teknologi yang berkaitan dengan digital ini.
Sebab itu, saya ucap tahniah kepada Pahang Skills kerana bila saya tengok visi mereka, Pahang Skills Development Corporat… er… Centre menjadi institusi latihan kemahiran dan Pendidikan bertaraf antarabangsa menjelang 2030. Ini visi daripada Pahang Skills yang kita dapat lihat dengan jelas mempunyai satu hala tuju ke arah menyiapkan tenaga yang boleh mengisi keperluan Industri Relation 5.0. Sebab itu saya nak ucap tahniah juga kepada Pahang Skills di atas inisiatif dia menganjur dan menyediakan program serta kursus yang mampu memberikan kemahiran yang baik kepada rakyat negeri Pahang terutama sekali.
Satu kursus yang menarik perhatian adalah berkaitan dengan teknologi pengendalian dron yang bertepatan dengan IR 4.0 dan juga yang berkaitan dengan Internet of Things juga berkaitan dengan IR 4.0. Maka kita perlu beri sokongan dan dokongan yang besar kepada usaha ini. Pahang Skills Development Centre telah memulakan langkah, maka kita perlu melihat bagaimana kita mampu menyumbang dan menambah nilai kepada apa yang telah mereka mulakan ini dengan memberikan sokongan sebab sambutan kurang menggalakkan. Padahal inilah keperluan masa depan. Drone Technology, Internet of Things adalah keperluan masa kini dan masa depan, yang perlu kita berikan penumpuan sedikit untuk anak-anak muda kita, belia-belia negeri Pahang sambut program ini, kerana untuk menuju kepada satu teknologi yang lebih baik masa depan, kita tidak ada pilihan lain, kena ada kemahiran.
Melalui kemahiran ini kita mampu menyokong pertumbuhan apa sahaja sektor. Contohnya teknologi dron, IoT boleh digunakan dalam sektor pertanian dan perladangan yang besar. Kita tidak perlukan tenaga buruh asing untuk melaksanakan er… untuk nak mengendalikan ladang yang besar bila kita menggunakan menggunakan teknologi dron. Membaja, meracun dan malahan mereka sedang mencipta satu cara untuk nak memetik buah sawit gunakan motor, robot supaya ini adalah pengendalian yang kita perlu lihat, supaya sumber tenaga kita dapat kita manfaatkan sebaik mungkin.
Selaras dengan itu, saya juga ingin menyentuh bahawa, kita perlu menyiapkan institusi pendidikan ini sebagai tempat pilihan utama kepada pelajar-pelajar khasnya negeri Pahang, supaya dia jadi pilihan tempat untuk mereka meneruskan pengajian selepas tamat peringkat persekolahan. Untuk kali ini, untuk tahun ini, dua ri… sorry untuk tahun 2019 statistik daripada Jabatan Statistik menunjukkan bahawa, terdapat seramai 146,000 pelajar sekolah rendah pada tahun itu dan terdapat sebanyak 103,000 pelajar sekolah menengah.
Ini ialah er... kita punya customer, pelanggan sama ada UCYP, UnIPSAS, Pahang Skills atau apa sahaja institusi di Pahang, inilah pelanggan utama mereka. Pelajar daripada negeri Pahang 100 ribu orang lebih maka ini lah yang kita perlu sediakan ruang terbaik dan menjadi pilihan supaya kita dapat memenuhi kehendak dan juga beri manfaat kepada rakyat negeri Pahang dengan institusi yang ada.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang khasnya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dan er… seluruh tenaga gerak… penggerak Kerajaan Negeri, agensi-agensi yang terlibat yang telah berjaya menarik pelaburan yang begitu me… besar, tempat ketiga daripada negeri di semenanjung, maaf di Malaysia. Tempat ketiga di Malaysia. Dengan penarikan er… pelabur yang begitu tinggi sudah pasti kita mengharapkan manfaat yang tinggi juga kepada rakyat negeri Pahang.
Kalau kita lihat kepada statistik yang ada pada kita, kita mempunyai seramai 218,000 siswazah pada tahun 2019. Daripada 218,000 itu, 8,300 orang masih mengganggur iaitu 4.7%. Keseluruhan kadar penggangguran negeri Pahang pada tahun 2018 sebanyak 2.9%, kemudian 2019 meningkat 3.1% dan keseluruhan pengganggur yang ada di negeri Pahang tahun 2019 seramai 23,200 orang. Ini data daripada Jabatan Statistik menunjukkan bahawa kita masih ada ramai lagi pengganggur. 23,000 lagi pengganggur ada lagi dalam negeri Pahang. Sikit lagi Yang di-Pertua ya.
Dengan berjayanya kita menarik pelabur yang begini tinggi, kita mengharapkan mampu memberi peluang kepada 23,000 rakyat negeri Pahang yang menganggur ini. Khasnya kepada 8,000 siswazah yang terpaksa er… berhutang kena kerja untuk meneruskan kehidupan mereka. Jadi satu tindakan yang tegas, drastik dan berani perlu diambil terhadap pelabur-pelabur ini supaya memberi pilihan utama kepada rakyat negeri Pahang untuk bekerja.
Dan kita kena ada galakan, kempen contohnya, minta supaya rakyat negeri Pahang kita paham belia-belia ini kadang-kadang pada masa sekarang ini lebih berminat dengan gig economy. Jadi grab err punya apa er… hailing ni pemandu grab ini, dapat RM3,000.00 sebulan, RM2,000.00 3,000.00 sebulan saya dimaklumkan. Jadi dia tak berminat nak bekerja dengan orang lain kerana bebas, masa dan sebagainya.
Namun kita perlu lihat bahawa dari sudut jangka masa panjang, perkara ini perlu diurus dengan baik supaya ada keseimbangan antara keperluan dan kehendak yang ada pada diri belia. Mungkin belia perlukan err… hendak sesuatu bebas, tetapi kita perlukan mereka dalam mengisi kekosongan dan pemindahan teknologi yang ada dalam negeri kita ini.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya rasa akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang di atas usaha untuk memberikan kediaman yang sebaik mungkin kepada rakyat namun daripada data yang ada saya lihat bahawa pihak swasta perlu dilibatkan dengan lebih hebat di dalam memberikan ke… memenuhi permintaan perumahan rakyat negeri Pahang. Berdasarkan data dan statistik yang ada ini, untuk tahun 2020 hanya ada 805 unit sahaja yang bakal dibina untuk tahun yang akan ditawarkan sedangkan rumah berkembar 2 tingkat ada 2,397 unit, rumah teres 1 tingkat 8,853 unit, rumah berkembar 206 unit. Menunjukkan bahawa ketidakseimbangan penawaran rumah kos rendah. Kita harap pihak swasta juga mengambil inisiatif yang sama sepertimana Kerajaan Negeri.
Kita beri rumah percuma, rumah itu, tapi tak banyaklah yang kita boleh bagi. Namun, ramai rakyat yang perlukan rumah tetapi tidak mampu. Maka pihak swasta kena digembelingkan supaya bantu memberikan peluang memiliki rumah untuk rakyat negeri Pahang ini. Jadi, saya harap bahawa satu usaha, satu perkara yang perlu diambil perhatian. Kita kena ada satu garis panduan yang lebih tersusun baik supaya seimbang. Keperluan rumah kos rendah, rumah kos sederhana dan rumah kos tinggi.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya rasa itulah yang dapat saya err kongsikan bersama pada hari ni dan saya harap agar negeri Pahang terus maju, Negeri Pahang sentiasa berada dalam keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. Dengan ini saya men… men… menyokong. Terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat Beserah. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Bilut
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dan salam sejahtera diucapkan kepada Yang Berhormat - Yang Berhormat dan pegawai-pegawai Kerajaan. Pertamanya, sejak Disember tahun lalu, kita dilanda bencana banjir yang paling teruk dalam 40 tahun ini.
Pahang dan Selangor antara negeri yang ternampak paling parah tragedi ini telah meragut puluhan nyawa dan rakyat kehilangan ahli keluarga mere.. mereka. Pada malam 18 Disember 2021, paras air naik dan Bentong dilanda banjir kesan daripada hujan lebat yang berterusan. Pada tengah malam itu, pejab… pejabat saya menerima lebih daripada 50 panggilan meminta bantuan. Ramai warga emas terperangkap dalam rumah dan mereka tidak mampu melarikan diri. Mujurlah orang-orang muda kampung mempertaruhkan nyawa mereka dan menyelamatkan warga-warga emas tersebut. Jika tidak malapeta er… malapetaka akan terjadi.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Disebabkan banjir datang begitu pantas dan paras air mencecah 9 kaki pada malam tersebut, penduduk malah terpaksa memecahkan bumbung rumah dan memanjat ke atas bumbung untuk menyelamatkan diri. Kami telah menghubungi banyak unit penyelamat pada malam itu tetapi tiada unit yang menjawab panggilan kami. Saya selepas ini dimaklumkan bahawa bot penyelamat telah beredar ke kawasan luar bandar Bentong. Disebabkan sumber dan peralatan yang terhad, mereka tidak mampu menjalankan operasi menyelamat di bandar Bentong.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya membangkitkan isu ini di dewan yang mulia ini bukanlah kerana saya ingin menuding jari terhadap mana-mana anggota penyelamat. Saya mendedahkan hakikat ini supaya Kerajaan Negeri boleh mula melakukan penambahbaikan kecekapan kerja-kerja bantuan banjir oleh agensi-agensi kerajaan Negeri merupakan faktor utama kelangsungan hidup mangsa banjir.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Walaupun kerajaan Negeri berkali-kali menafikan banjir ini disebabkan pembalakan tetapi kalau anda berpeluang meneliti foto di Kampung Sungai Perdak, ia adalah susah untuk percaya bahawa banjir ini adalah tidak berkaitan dengan aktiviti pembalakan. Berdasarkan gambar yang disiarkan oleh media, ribuan kayu balak dihanyutkan ke Kampung Sungai Perdak dan memusnahkan rumah-rumah kampung. Lumpur melimpah ke dalam kediaman sehing… sehingga hari ini orang-orang kampung belum habis membersihkan rumah-rumah mereka.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Dalam waktu banjir, seluruh kampung bahkan sungai kampung dipenuhi longgokan kayu balak yang mengambil masa beberapa bulan untuk membersihkan aliran-aliran sungai tersebut. Itulah sebabnya media-media menyifatkan keadaan di Sungai Perdak sebagai tsunami balak. Kerajaan mesti menjalankan siasatan yang menyeluruh terhadap insiden ini dan menyelesaikan krisis ini dengan secepat mungkin. Kerajaan tidak patut membaca laporan dan membuat kesimpulan dengan melulu, ia sangat tidak adil kepada mangsa tempatan yang terjejas. Susulan banjir buruk, penduduk Bentong bertambah trauma. Mereka berasa tertekan dan risau setiap kali hujan menjadi lebat. Ini secara langsung menjejaskan kesihatan mental dan emosi mereka.
Malangnya, kerisauan mereka menjadi realiti. Pada 17 hari bulan Mac 2022, iaitu tiga bulan selepas tragedi tersebut, kejadian banjir kembali kembali berlaku di Bentong. Walaupun ia tidak seteruk banjir sebelum ini tetapi penduduk Bentong suuu… sudah berasa tidak berupaya untuk menangani banjir lagi.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Meskipun kerajaan pusat dan Kerajaan Negeri telah mengagihkan bantuan wang kepada mangsa banjir, tetapi rakyat mahukan pelan penyelesaian bencana komprehensif yang mampu mencegah banjir tetapi bukan sekadar bantuan dalam bentuk wang sahaja. Kerugian yang dialami oleh mangsa banjir adalah jauh melebihi bantuan yang disalurkan oleh kerajaan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kita berharap Kerajaan Negeri dapat merangka pelan kawalan banjir dengan segera. Mendalamkan dasar sungai dan membersihkan parit dengan kerap. Langkah-langkah tersebut penting untuk melegakan hati rakyat supaya mereka boleh berhenti bimbang tentang banjir lagi.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sebenarnya dalam perbahasan belanjawan tahun lepas, saya telah mengi… menga… mengingati Kerajaan Negeri bahawa monsun timur laut pada akhir tahun akan meningkatkan risiko banjir dan tanah runtuh. Kerajaan Negeri patut menyediakan payung sebelum hujan. Akan tetapi prestasi Kerajaan Negeri adalah mengecewakan. Tahap kesiapsediaan…
Ini banjir ni, kami orang di tepi sungai Pahang Dato’ Sri, daripada tahun 1926 lagi sampai sekarang ini tiap-tiap tahun kena banjir. Tiap-tiap tahun. Kadang 2 kali setahun tetapi bukanlah maknanya kami suka kena banjir, kami berduka juga. Sedih, bimbang. Cuma perkara yang seumpama ini bukan Kerajaan nak lepas tangan dan bukan Kerajaan sengaja benda itu berlaku, ini tumpahan air yang melimpah. Kalau kita ada gelas yang sebesar ini, kita isi air 2 gelas pada 1 gelas, sudah tentu berlaku perlimpahan dalam 1 gelas. Mustahil kita dapat tahan supaya jangan gelas itu jadi melimpah, mesti melimpah juga, itu logik.
Jadi, sekarang ini kita hanya perlu mencari jalan bagaimana untuk membantu supaya benda ini dapat kita atasi bukan hanya sekadar kerajaan, kerajaan, kerajaan, kerajaan. Sedangkan tadi Ahli daripada Bilut menyebutkan kita tidak nak menuduh mana-mana pihak, dalam waktu yang sama seolah-olah kerajaan macam merancang supaya benda itu berlaku kepada masyarakat setempat. Kita rasa sedih… kita rasa susah, gusar, rasa sangat apa dukacita apa yang berlaku kepada saudara-mara kita, rakyat kita, yang ada di negeri kita ini. Sebab itu Menteri Besar buat bagai-bagai pendekatan dan insya-Allah kita cari jalan… jangka masa panjang bagaimana pula nak mengatasi benda-benda ini. Bukan senang apabila air dah banyak, Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat… Yang Berhormat Tuan di-Pertua. Saya setuju dengan er… apa yang disebut oleh pihak kerajaan tetapi saya bangkitkan isu ini kerana dalam 10 tahun yang lepas, Bentong ini tidak pernah mengalami banjir sebegi… sebegini. Lebih kurang 80% kawasan yang…
Jadi, merasalah apa yang kami rasa selama ini…
Ya, itu sebab…
Kami merasalah…
Saya bangkitkan isu ini…kerana…
Ya…
Sakit hati rakyat Bentong, bukan Bentong sahaja di Bentong… di seluruh negeri Pahang…
Tak… tak… tak boleh kita…
Mereka menghadapi…
Selesai dengan…
Masalah ini dengan… dengan…
Dato’ Sri Yang di-Pertua, tak boleh kita…
Yang Berhormat…
Selesaikan dengan sakit hati kita…
Yang Berhormat pihak Kerajaan…
Kita kena selesai dengan hati yang terbuka, mencari idea… bangkit bersama...
Itu sebab saya…
Bukan sekadar menuding jari kepada pihak Kerajaan tak selesai masalah…
Saya bangkitkan isu ini kerana saya ingin pihak Kerajaan…
Seolah-olah kita seorang je hero
Boleh menghadapi dan menangani…
Yang Berhormat…
Menangani masalah ini…
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
sebenarnya sememangnya dari segi, er… minta maaf ya… tak pakai boleh?
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
sebenarnya dari segi prediction er… jabatan alam, Jabatan Kaji Cuaca sememangnya pada tahun ini tidak akan ada banjir yang besar, tetapi disebabkan oleh er… ini… angin iaitu Taufan Rai tak silap saya daripada Philippines yang menyebabkan, yang di luar kawalan kita, yang menyebabkan bahawa air yang sepatutnya air… air apa namanya ini hujan, yang sepatutnya turun semasa setahun, dia turun dalam masa 3 minggu, dalam masa 3 hari - 4 hari.
Jadi, ini memang di luar er… ini dengan izin, act of God lah, tak mampulah kita nak.. nak apa namanya untuk kita mengatasinya. Tapi walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri dan juga begitu juga dengan Kerajaan Pusat sememangnya kita sedang mengkaji sebagai contoh, statement yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai contohnya untuk kita cari kawasan-kawasan baru, penempatan baru kawasan yang dulunya tidak ada banjir… yang kena banjir, kita pindahkan sebagai contoh ataupun kita melaksanakan er… apa yang kita sebut sebagai pusat perpindahan sementara yang lebih sistematik sebagai contoh.
Ini di luar kemampuan kita. Memang kalau tanya mana-mana saintis dalam dunia pun, ini taufan yang daripada Filipina, yang ianya sepatutnya kita tidak kena tetapi er… apa nama… libasan angin tersebut menyebabkan ianya jatuh ke… di Malaysia ini. Walau bagaimanapun, saya ucap terima kasih kepada semua… apa namanya kita semua telah bekerja bersungguh-sungguh ya. Sebab itulah apabila er… jumlah air yang turun
itu ya dalam masa 3 hari 4 hari seperti setahun jumlah airnya, itu menyebabkan kita banjir besar, terima kasih.
Terima kasih balasan daripada pihak Kerajaan. Saya akan teruskan er… ucapan saya. Kedua, saya mengalu-alukan pengumuman Pengarah Perhutanan Negeri Pahang pada 3 haribulan Januari yang lalu, menghentikan segala aktiviti balak dalam negeri buat sementara waktu. Saya juga menegaskan bahawa langgaran ini patut diteruskan sehingga faktor punca banjir boleh dipastikan. Akan tetapi saya pada 19 hari Januari 2022 menerima aduan daripada penduduk Taman Shahbandar Height bahawa mereka terdengar bunyi pokok-pokok patah dan tumbang secara berlanjut-lanjut di Hutan Simpan Kuala Raka. Mereka risau dan bimbang bahawa kegiatan pembalakan di belakang rumah akan mencetuskan banjir.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Setelah… setelah saya menyemak laman web dan media sosial Jabatan Per… Perhutanan Negeri Pahang, saya tidak menemui sebarang dokumen yang menunjukkan pembatalan langgaran pembalakan. Saya juga meng… khuatirkan pada pihak tertentu yang melanggarkan, langgaran dan melakukan aktiviti pembersihan hutan di tapak tersebut.
Oleh de… demikian, saya dengan penduduk setempat telah membuat laporan polis di balai bo… Balai Polis Bentong pada hari yang sama dan meminta pihak polis menyiasat insiden tersebut. Malangnya sehingga hari ini tiada sebarang kemaskini berkenaan kes ini. Tambahan pula menurut papan notis yang didirikan di jalan masuk tapak pembalakan, aktiviti pembalakan yang bernombor lesen CB-02-2-21(KP)(P) itu bertujuan membersihkan tapak bagi projek membangun er… pembangunan PR1MA.
Meskipun ia adalah amat tidak munasabah untuk membina rumah di lereng bukit, akan tetapi kita masih mampu mengetahui kegunaan tanah tersebut. Selepas itu, saya menerima jawapan bertulis daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mendedahkan bahawa hanya terdapat 3 projek PR1MA di Pahang dan ketiga-tiga projek terletak di daerah Kuantan. Berdasarkan jawapan bertulis tersebut, ia adalah jelas bahawa tujuan pembersihan hutan… sikit sahaja… sikit sahaja. Pembersihan hutan di Hutan Simpan Kuala Raka bukanlah untuk PR1MA.
Papan notis tersebut telah mengelirukan rakyat. Kerajaan Negeri berkewajipan untuk menjelaskan tujuan pembersihan hutan tersebut. Saya menegaskan semua aktiviti pembalakan mesti dihentikan atas apa jua sebab aktiviti pembalakan berskala besar mendorong kepada bencana banjir. Kerajaan Negeri sepatutnya mengambil iktibar dari tragedi tahun lepas dan menghentikan aktiviti pembalakan berskala besar bagi penenangan hati rakyat. Kerajaan Negeri mesti mengambil langkah-langkah kawalan banjir yang lain pada masa yang sama.
Akhir sekali, jalan utama dari Bentong ke Gua Musang iaitu la… laluan FT 08 Jalan Bentong ke Gua Musang Seksyen 15 hingga 20 ditutupkan sejak 24 haribulan 2021 selama sebulan untuk kerja baik pulih akibat tanah runtuh. Dalam tempoh ini pengguna jalan raya berasa amat terganggu kerana mereka terpaksa mengambil jalan yang lebih jauh dan menghabiskan lebih banyak masa atas jalan raya. Jabatan Kerja Raya baru-baru ini mengeluarkan notis bahawa kerja-kerja penyelang… penyelenggaraan jalan yang berkaitan telah dilanjutkan daripada sebulan kepada 1 tahun setengah. Jalan tersebut hanya akan dibuka sehingga Jun 2023.
Hal ini telah menyebabkan kesulitan besar kepada penduduk tempatan. Sesetengah pemandu malah sanggup untuk mengambil risiko memandu di jalan tertetu… tertutup tersebut untuk menjimatkan masa. Bulan lalu, jalan lama dari Bentong ke Raub juga runtuh akibat hujan lebat yang berterusan. Jalan 2 hala dari Bentong ke Raub ditutup dan hal ini amat menyusahkan penduduk tempatan. Justeru itu, saya mencadangkan agar Kerajaan dapat mempercepatkan penyelenggaraan jalan di sebelah kiri dan membuka jalan haluan kiri sementara ini untuk memudahkan mereka. Itu sahaja daripada saya. Sekian terima kasih er… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Bilut. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Semambu.
Terima kasih kepada Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas pelantikan Pengarah Jabatan Perparitan dan Saliran yang baru, Ir. Puan Roslina binti Yusop. Semoga pelantikan baru ini dapat membantu usaha Pahang mengatasi krisis banjir yang berlaku setiap tahun. Selamat menjalankan tugas.
Menyentuh isu banjir, saya ingin memaklumkan kepada Dewan Yang Mulia ini, walaupun banjir yang terbaru sudah berlalu 3 bulan tetapi masih ada yang masih belum menerima bantuan ehsan banjir sebanyak RM1,500.00. Senarai telahpun kami menghantar kepada pejabat Penghulu. Namun masih ada yang belum terima bantuan tersebut. Saya memohon Kerajaan mengambil tindakan langsung kerana bantuan kritikal ini tidak harus ditangguhkan.
Dato’ Sri Yang Di-pertua,
Pemangku Raja Pahang menitahkan bahawa kawasan Hutan Simpan Kekal telah ditambah lebih 7,000 hektar menjadikan jumlah kira-kira 1.6 juta hektar Hutan Simpanan kekal di Pahang. Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Pahang kerana gigih menambahkan keluasan HSK di Pahang.
Namun saya ingin menekankan di sini bahawa bukan semua HSK adalah hutan rimba ataupun hutan dara seperti yang dianggap oleh rakyat. Daripada 1.6 juta hektar HSK ini, hanya 646,000 hektar seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat err…Menteri Besar tadi, diwartakan sebagai hutan perlindungan.
Malahan dari tahun 2012 sehingga 2020 Kerajaan Negeri Pahang telahpun meluluskan 73,360 hektar hutan simpanan untuk ditebang dan dijadikan ladang hutan. Ladang hutan ini kebiasaanya akan dibersihkan melalui kaedah cuci mangkuk ataupun clear failing. Dan kemudian ditanam dengan pokok getah timberland tescone ataupun pokok Batai, Falcataria Mulucana ataupun Paraserianthes Falcatana, nama spesies ya.
Walau bagaimanapun di Pahang, daripada 73,000 hektar ladang hutan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri hanya 3971 hektar ataupun 5% sahaja yang ditanam semula. Baki 70,000 hektar ladang hutan yang dibersihkan dan pokoknya ditebang sekarang menjadi terbiar.
Pembalak-pembalak nampaknya lebih berminat dengan pembalakan dan hanya 5% sahaja ladang hutan yang ditanam semula. Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, Encik Abdul Khalim juga mengesahkan bahawa projek ladang hutan sering digunakan sebagai alasan untuk menghalalkan projek pembalakan cuci mangkuk. Lebih-lebih lagi sehingga hari ini, projek ladang hutan ini telah mengakibatkan keluasan hutan yang amat besar termusnah tetapi tidak nampak hasil komersial. Saya minta Kerajaan bentangkan er… apakah kemajuan komersial sehingga hari ini projek ladang hutan kita.
Isu ini serius Dato’ Sri Yang di-Pertua, persoalannya mengapa perkara-perkara yang jelas memperlekehkan integriti Kerajaan Negeri ini boleh berlaku. Ahli-ahli Dewan Yang Mulia, manusia hidup atas muka bumi yang dikelilingi oleh pelbagai flora dan fauna. Manusia akan mati sekiranya ekosistem persekitaran kita hilang. Akan tetapi sekiranya manusia pupus bumi kita sebenarnya akan menjadi lebih seimbang dan hijau.
Tuan-tuan dan puan-puan saya membawa satu tumbuhan. Teliltilah tumbuhan yang saya pegang pada pagi ini. Ianya unik, ianya adalah hasil evolusi turun temurun yang berlangsung selama ratusan jutaan tahun. Kita wajar sayang setiap tumbuh-tumbuhan sepertimana kita sayang rumah kita. Kalau kita ambil hasil hutan untuk kehidupan, ambilah dengan sikap rendah diri, dengan pengurusan manusia yang baik dan bertanggungjawab.
Balik kepada projek ladang hutan. Mengapakah selepas 70,000 hektar hutan ditebang dan dimusnahkan di Pahang, pengusaha yang tidak menanam semula hutan ini tidak diambil tindakan. Biarpun apa alasan yang diberi korporat-korporat tidak beretika ini adalah pembunuh…pembunuh flora dan fauna tercinta yang sepatutnya dipelihara mengikut titah Pemangku Raja dan juga pembunuh masa depan anak-anak kita apabila krisis perubahan iklim menjadi lebih parah.
Apakah tindakan Kerajaan terhadap mereka? Saya syorkan supaya memberhentikan projek-projek ladang hutan segera, menjalankan siasatan yang menyeluruh dan membentangkan kertas putih di Dewan Yang Mulia ini. Kertas putih ini juga harus menyiasat hubungan pembukaan ladang hutan dengan banjir yang semakin teruk di Pahang. Kepada pengusaha yang tidak beretika, saya mengesyorkan supaya kita semua daripada Kerajaan dan Pembangkang usaha kearah menggubal undang-undang supaya menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap pembunuh hutan ini.
Yang Berhormat, boleh mohon laluan. Sikit saja, sikit saja Yang Berhormat.
Menteri Besar minta laluan.
Saya bercadang untuk menjawab dalam penggulungan, tapi tadi Yang Berhormat dari Ketari ada menyebut supaya Kerajaan Negeri mengambil tindakan terhadap ladang-ladang hutan yang tidak diusahakan. Bilut. Saya suka memaklumkan di dalam Dewan Yang Mulai ini pada bulan Julai 2021, Kerajaan Negeri telah membatalkan 23,000 hektar kelulusan ladang hutan [Ahli-ahli Dewan tepuk meja].
Tahniah saya ucapkan.
Saya perlu beritahu yang ini. Okey, Ketari terima kasih.
Terima kasih banyak.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
23,000 hektar satu keluasan yang besar. Saya ucapkan tahniah.
Ya, maknanya Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua sebelum Ketari ya. Semambu, Ketari sana.
Semambu sini.
Saya saja nak bagi Ketari respon, ya. Tengok macam mana. [Ahli-ahli Dewan ketawa]. Jadi Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, maknanya sebelum Yang Berhormat daripada Semambu ini mencadangkan Kerajaan Negeri dah mengambil tindakan ini pada Julai tahun lepas lagi. Terima kasih. Walaubagaimanapun saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat.
Terima kasih.
Kerajaan Negeri akan terus mengambil tindakan yang sewajarnya.
Okey, izinkan saya teruskan terima kasih. Dato’ Sri Yang di-Pertua, Pemangku Raja sudah bertitah supaya semua agensi dan jabatan di Pahang agar meningkatkan kesefahaman dan perlaksanaan berkenaan ESG. Sudah tiba masanya kita terus meningkatkan tadbir urus kita. Menyentuh bab ESG semakan semalam saya mendapati bahawa laman web Pahang Corp masih belum berfungsi. Jadi seperti dikatakan oleh saya dalam ucapan belanjawan pada tahun yang lepas, er… saya harap Pahang Corp yang merupakan insititusi penting di Pahang dan merupakan
utama kepada Pahang Corparate Management Services, Koridor Utiliti Pahang, Pahang Water Energy Resouses Sdn. Bhd. dan juga Pahang Go, dalam app kita ini, wajarlah menampakkan imej digitalisasi dan menerajui agenda pengurusan profesionalisme dibawah konsep ESG ataupun Governance. Sediakan laman web dengan kadar segera saya harap dan bentangkanlah laporan tahunan kepada Ahli-ahli Dewan semua supaya kita semua bersepakat memakmurkan Pahang.
Balik kepada isu-isu kawasan, masa saya tidak mengizinkan. Dato’ Sri Yang di-Pertua, tentang jalan dan longkang di Rancangan Rumah Murah Semambu dan Cenderawasih. Saya pernah membawa isu sistem perparitan dan jalan usang dan rosak di RRM Semambu dan RRM Cenderawasih dalam Usul Menjunjung kasih Titah Diraja tapi tahun 2019. Jadi siap saya sebut ada ular bersembunyi di lubang dalam longkang yang rosak.
Namun selepas tiga tahun, perkara ini masih tidak selesai. Tumpuan perlu diberikan untuk menaiktaraf infrastruktur RRM Semambu dan Cenderawasih. Saya ingin meminta perhatian Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya Kuantan berkenaan dengan kondisi jalan dan longkang di kawasan tersebut. Edaran sumbangan bakul-bakul makanan sepanjang waktu PKP dapat melihat kondisi jalan kawasan perumahan tersebut terus merosot. Saya pohon agar tumpuan dapat diberikan kepada rakyat-rakyat kita yang duduk di Rumah Rancangan Murah supaya mereka tidak rasa terabai.
Masalah tanah lot yang terbiar dan tidak dibangunkan. Saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri dan MBK berkenaan dengan masalah ini yang jelas masalah dengan penduduk setempat. Di Jalan Kampung Jawa, Jalan seri Teruntum 65, Lorong Bukit Setongkol 154. Pusat Khidmat saya menerima 2 aduan berkenaan tanah persendirian yang menyebabkan masalah semak samun, nyamuk dan kemunculan ular ke kawasan perumahan yang berdekatan. Selain daripada masalah tersebut, tanah yang terbiar atau tidak dimajukan menyebabkan masalah perparitan di kawasan tersebut.
Saya bagi contoh di Perkampungan Cenderawasih di simpang masuk ke kawasan perumahan, beberapa buah rumah kampung di kawasan tersebut sering dilanda banjir kerana tiada sistem perparitan yang sempurna. Walaupun ianya melibatkan hak individu ke atas tanah tersebut, namun saya yakin Kerajaan Negeri dan MBK boleh memberikan cara penyelesaian yang dapat menjamin situasi yang menang-menang.
Akhirnya tentang isu air. Di sini saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada PAIP, Pengurusan Air Pahang kerana akhirnya telah menyambungkan air terawat kepada penduduk di Kampung Paya Pinang. Buat kali pertama dalam sejarah penempatan mereka, penduduk dapat menikmati air paip yang bersih.
Saya juga ingin sekali lagi menarik perhatian tuan-tuan dan puan-puan dalam isu pembekalan air bersih ke kawasan perumahan terutamanya di masa puncak di kawasan perumahan seperti IM 1, IM 2 dan Cenderawasih. Alasan air akan menjadi perlahan dan tekanan air rendah pada waktu penggunaan air puncak perlu diselesaikan.
Perkara tersebut perlu diselesaikan dalam masa jangka masa panjang untuk menjamin mutu kehidupan penduduk kita di Pahang. Itu sahaja ucapan saya untuk menjunjung kasih titah diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.
Tanah luas tidak ada tuannya, Tombak tajam ditanjakkan, Atas perhatian dan bantuannya, Terima kasih saya ucapkan.
Terima kasih Semambu. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Cheka.
Terima kasih salam sejahtera kepada semua warga Dewan.
Yang Berhormat Dato Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan khusus junjung kasih atas Titah Diraja daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.
Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana berjaya menguruskan kewangan negeri dengan berkesan dan bijak dengan meningkatkan pendapatan dan hasil, lalu memberi macam-macam bantuan prihatin kepada rakyat. Kerajaan Negeri menjaga kebajikan rakyat Pahang sejak kahwin atau lahir, persekolahan sehingga seseorang meninggal dunia.
Salah satu bantuan prihatin ialah kad kesihatan warga emas yang memberi perlindungan rawatan pesakit luar di klinik swasta sebanyak RM500.00 setahun. Permintaan kad kesihatan ini sangat tinggi ramai warga emas yang tidak berkemampuan memerlukan bantuan kad kesihatan ini. Saya menyeru kepada kerajaan untuk menambah dan membekalkan lebih banyak kad kesihatan kepada warga emas.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Menyentuh tentang hal pemeliharaan sumber hutan. Ekoran dari pelaksanaan dasar pengurusan hutan lestari kita sama-sama menyaksikan keluasan hutan simpanan kekal HSK terus bertambah.
Saya ingin mengucapkan syabas atas kejayaan kerajaan negeri melaksanakan dasar ini untuk menjayakan dan melengkapkan strategi perlindungan alam sekitar. Walau bagaimanapun, oleh kerana negeri Pahang mempunyai sumber hutan simpan yang paling luas dan padat di antara negeri Semenanjung, maka tanggungjawab menjayakan dasar pemeliharaan hutan tertumpu kepada Kerajaan Negeri ini sepanjang masa.
Pada masa yang sama Kerajaan Negeri memerlukan hasil kutipan hutan dan kayu kayan untuk membiayai pelbagai rancangan pembangunan dan kebajikan rakyat. Sebenarnya dasar pemeliharan hutan dan perlindungan alam sekitar adalah isu nasional bukan isu negeri Pahang semata-mata. Semua negeri semenanjung akan mengecapi faedah pemeliharaan dan keluasan hutan simpan tetapi negeri Pahang terpaksa menanggung kerugian dari segi kehilangan hasil pendapatan secara solo. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Oleh hal demikian, saya berpendapat rakyat dan Kerajaan Negeri Pahang perlu mendapat pembelaan yang sewajarnya. Dalam hubungan ini, saya berpendapat perlu diusahakan dasar yang lebih komprehensif dan saksama. Untuk berlaku adil dan seimbang, saya ingin menyusulkan Kerajaan Persekutuan menawarkan pampasan wang tunai atau peruntukan tambahan kepada negeri Pahang berdasarkan keluasan hutan simpan yang ditanam semula dan diwartakan dari semasa ke semasa.
Seelok-eloknya mekanisma pampasan ini dimasukkan ke dalam Akta Alam Sekitar dengan itu boleh menambah baik dasar perlindungan alam sekitar secara mantap dan kekal. Saya juga menyuruh NGO-NGO alam sekitar menambah baik haluan masing-masing, turun padang membantu Kerajaan Negeri dalam isu pampasan ini. NGO janganlah terlalu mudah menyalahkan Kerajaan Negeri dalam isu perlindungan alam sekitar.
Perlu difikirkan juga nasib rakyat negeri Pahang yang berkorban untuk semua negeri sepanjang masa. Pada hakikatnya, rakyat Negeri Pahang Darul Makmur juga berhak menikmati sinaran kemakmuran dan kemajuan yang setimpal berdasarkan kutipan hasil sumber hutan yang sedia ada.
Dato Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin menyentuh tentang satu hal yang kecil tetapi sangat menyusahkan saya. Hal empat lampu tiang di simpang masuk ke Kampung Baru Penjom, satu-satunya Kampung Baru Cina di kawasan saya. Empat lampu jalan di simpang masuk ke Kampung Baru Penjom dekat dengan tanah perkuburan Kampung Baru Penjom, telah rosak akibat kemalangan jalan raya.
Sejak tahun 2018 lagi saya tidak berhenti-henti telah memohon dan menyoalkan empat lampu jalan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah. Saya telah menunggu selama 4 tahun sejak tahun 2018. Jawapannya masih lagi projek ini akan dilaksanakan apabila peruntukan diperoleh. Oleh itu saya minta maaf, saya terpaksa menyuarakan hal ini dalam Dewan Yang Mulia ini agar projek yang kecil ini dilaksanakan dalam tahun ini juga. Jangan tangguh lagi. Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) minta bantu.
Tuan Yang di-Pertua,
Dalam Belanjawan 2022 Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberi tambahan RM250.00 kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung (JPKK) menjadikan elaun RM750.00 mulai Januari 2022. Janji ini telah ditunaikan.
Pada bulan Disember tahun lalu, dalam perbahasan Bajet 2022, saya juga meminta agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan juga tambahan elaun sebanyak RM250.00 kepada 62 orang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru (JKKKB) kerana mereka juga memikul tangunggjawab yang berat.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah mengumumkan tambahan RM250.00 kepada Ketua Kampung Baru mulai Januari tahun 2022 ini. Belajawan Pahang yang bertemakan ‘Kemakmuran Negeri Manfaat Bersama, Rakyat Sejahtera’ berjaya diterjemahkan. Terima kasih kepada Menteri Besar kerana mengambil berat tentang cadangan yang dikemukakan oleh saya walaupun saya seorang ADUN Backbencher.
Tuan Yang di-Pertua,
Pada awal tahun 2022 negeri Pahang dilanda banjir yang teruk. Kawasan DUN Cheka, kawasan saya khasnya di bandar Kuala Lipis teruk dibanjiri air. Saya ucapkan terima kasih kepada semua agensi yang bertanggungjawab yang telah melaksanakan tugas bantu dan menyelamat dengan baik di bawah Jawatankuasa Bencana Daerah yang komited. Kerajaan Pusat dan Negeri yang perihatin juga telah menghulurkan bantuan wang ihsan dengan cepat kepada mangsa banjir dari rumah kediaman. Saya tegaskan rumah kediaman sahaja.
Tetapi malangnya peniaga yang premis perniagaan yang dibanjiri air tidak menerima bantuan daripada Kerajaan Pusat ataupun Negeri. Mereka mengeluh mereka juga mangsa banjir dan mereka menyeru kepada Kerajaan Negeri jangan tinggalkan mereka. Berilah bantuan kepada mereka seperti tahun 2021, walaupun hanya RM500.00 sahaja. Mangsa banjir yang berniaga juga berharap Kerajaan Negeri memberi cadangan kepada NADMA iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara agar bantuan wang ihsan juga diberi kepada peniaga pada masa akan datang.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Masih lagi mengenai Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir. Penyerahan fasa kedua oleh NADMA kepada mangsa banjir sebanyak RM2,500.00 telah dilaksanakan kepada mangsa banjir di daerah Lipis. Terima kasih kepada pihak Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Lipis dan agensi berkenaan yang menyempurnakan tugas ini dengan segera. Namun saya menerima banyak aduan daripada mangsa banjir dari daerah lain, saya tegaskan, bukan dari daerah Lipis, tentang penyerahan wang RM2,500.00 yang agak lambat. Mereka mengharapkan penyerahan ini disegerakan.
Satu lagi hal yang membimbangkan penerima Bantuan Wang Ihsan ialah masalah mangsa banjir yang memberi kuasa kepada orang lain untuk menerima bantuan. Surat memberi kuasa, salinan kad pengenalan mangsa banjir dan salinan kad pengenalan wakil telah dikemukakan tetapi masih ada pihak berkuasa Kerajaan Tempatan mensyaratkan hanya ibu bapa atau pasangan mangsa sahaja boleh menerima bantuan bagi pihak mangsa banjir.
Mangsa banjir berharap pihak Kerajaan Tempatan berkenaan janganlah terlalu rigid dalam pelaksanaan penyerahan bantuan ini. Cubalah mesrakan pelanggan, longgarkan syarat, asalkan dokumen yang perlu telah dikemukakan, serahlah Bantuan Wang Ihsan itu kepada wakil mangsa banjir. Itu saja Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih [Ahli Dewan menepuk meja].
Terima kasih Yang Berhormat Cheka. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Mentakab.
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan bagi memberi ucapan di dalam Dewan Yang Mulia ini. Saya mulakan dengan merafak sembah dan menjunjung kasih di atas titah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang bernas dan penuh nasihat.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Izinkan saya menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada mangsa-mangsa banjir bukan sahaja di kawasan saya, Mentakab, tetapi juga di seluruh negeri Pahang khususnya dan di negeri-negeri lain di Malaysia. Pada persidangan Dewan sebelum ini, saya telah menye… menyebut mengenai bencana banjir ini tanpa menyedari bebe… beberapa minggu kemudian, sekali lagi negeri Pahang dilanda banjir yang teruk.
Semua orang tahu daerah Temerloh antara kawasan yang teruk terjejas dan kawasan saya Mentakab untuk banjir kali ini adalah yang terburuk. Saya mengingatkan semula bahawa sekitar bulan Disember 2021 telah ada pengumuman projek tebatan banjir bagi kawasan Mentakab dengan nilai projek hampir RM46 juta. Akan tetapi sehingga hari ini masih tiada khabar berita ataupun perkembangan projek tebatan banjir tersebut.
Oleh itu, saya memohon penjelasan daripa… daripada pihak Kerajaan mengenai sum… status projek tersebut dan pada masa yang sama menggesa supaya projek tersebut disegerakan. Di Mentakab pada pemerhatian saya secara tidak detail, ada lebih kurang 500 buah kedai yang terjejas akibat banjir dan ribuan rumah-rumah, rumah penduduk khususnya di sekitar Lembangan Sungai Semantan yang teruk terjejas. Saya melihat bahawa akibat langsung daripada bencana banjir ini sangat menjejaskan aktiviti perniagaan di mana masih terlalu banyak premis-premis perniagaan masih belum dapat beroperasi.
Saya memohon supaya kerajaan mengambil perhatian yang serius akan perkara ini dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. Kita bimbang sekiranya kurang tindakan proaktif yang diambil, sudah tentu akan menyebabkan pendapatan kerajaan juga berkurangan di samping menyebabkan kemelesetan ekonomi yang akan merugikan semua pihak. Sehingga kini saya dimaklumkan tiada sebarang bantuan kewangan diberikan kepada peniaga-peniaga.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sepertimana yang diumumkan, negeri Pahang mengalami kerugian lebih daripada RM500 juta akibat banjir. Lebih 17,000 ekor ternakan mati dengan jumlah kerugian yang besar, 251 orang penternak ikan rugi lebih daripada RM5.6 juta. Mana… manakala secara pesi… spesifik, di Temerloh sahaja kerugian premis perniagaan disebabkan banjir bernilai lebih daripada RM18.7 juta. Dan saya menegaskan premis perni… perniagaan yang paling banyak terjejas tentunya di DUN Mentakab. Walaupun data ini menunjukkan nilai kerugian tetapi kerugian sebenar premis-premis perniagan disebabkan kerosakan barang-barang jualan, kehilangan pasaran serta lost of income dengan izin, saya percaya merangkumi jumlah yang lebih besar daripada RM18.7 juta itu.
Sekali lagi saya mendesak supaya kerajaan segera bertindak menghulurkan bantuan kewangan di samping yang lebih penting ialah menyegerakan perlaksanaan projek tebatan banjir di Mentakab bagi inisiatif mitigasi banjir. Saya bimbang sekiranya tiada tindakan proaktif diambil, akan lebih menjejaskan sektor ekonomi dan tentunya akan menyebabkan pengangguran di… di negeri Pahang. Saya difahamkan juga ramai peniaga masih tunggu dan pandang apa tindakan kerajaan akan diambil untuk mengatasi bencana ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Hendaklah saya mengambil kesempatan di Dewan Yang Mulia ini untuk merakamkan terima kasih kepada NGO-NGO dan penyumbang atau penderma barangan keperluan, peralatan mahupun dana dalam bencana banjir ini. Tanpa mereka, sampah sarap yang bertan-tan tidak akan diselesaikan dalam tempoh 4 hari sahaja. Terima kasih diucapkan juga kepada Alam Flora, SWCorp dan MBT yang telah meluluskan tapak sementara pembuangan sampah.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Banyak tempat yang dibanjiri mengalami kerosakan seperti jalan berlubang dan tanah mendap masih belum diperbaiki. Traffic light antara yang paling sibuk lalu lintas dekat bandar Mentakab yang merupakan simpang 4, tidak berfungsi lagi walaupun dah 3 bulan lepas banjir. Aduan telah dibuat kepada pihak berkenaan dan saya juga menggesa tindakan segera hendaklah diambil untuk mengelakkan berlakunya kemalangan walaupun dah terjadi, nasib baik tidak melibatkan kehilangan nyawa. Buatlah dengan kadar yang segera dan jangan biarkan ada persepsi bahawa cukai taksiran, cukai tanah dan cukai pendapatan kalau bayar lambat, kena denda, tapi bila minta tolong perbaiki kemudahan awam, lambat saja.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Jambatan… jambatan Tanjung Kerayong telah lekuk disebabkan banjir baru-baru ini. Ia sangat merbahaya bagi semua lalu lintas. Saya diberitahu oleh JKR bahawa jambatan ini telah pun ditutup kerana tiada lagi selamat untuk digunakan. Untuk makluman er… di Dewan Yang Mulia ini, jambatan itu telah runtuh pagi tadi. Sehubungan itu, saya menggesa pihak ker… berkenaan dapat mengambil langkah dan tindakan segera dengan cepat mungkin untuk kesejahteraan semua.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Pada Persidangan DUN terdahulu, saya telah menyebu… menyebut tentang masalah air dan kali ini saya mengulangi lagi isu ini yang sama, iaitu berkenaan bekalan air khususnya di DUN Mentakab. Walaupun saya telah menyebut di dalam di… di dalam Dewan ini dan menggesa tindakan segera dan proaktif diambil, malangnya PAIP dilihat gagal menangani isu ini. Bekalan air lebih sering terjejas kebelakangan ini yang saya difahamkan bukan… bukan saja berlaku di Menta.. di… Mentakab tapi hampir seluruh negeri Pahang.
Bekalan air paip yang sering terganggu sudah pasti menjejaskan semua orang. Ada yang mengadu… mengadukan bahawa tekanan darah dah menjadi tinggi kerana terpaksa menanggung air di lewat malam. Begitu juga bekalan air yang sering terganggu itu turut menjejaskan perniagaan terutamanya kedai-kedai makan. Manakala water tanker dengan izin, yang ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah penduduk dan semua ini menyebabkan kualiti hidup rakyat kita terjejas.
Bayangkanlah di Taman Rimba Mentakab, bekalan air terputus sehingga 25 hari baru-baru ini tanpa sebarang penjelasan dan penyelesaian konkrit diberikan. Untuk makluman Ahli Dewan, saya secara peribadi telah menulis melalui pesanan WhatsApp kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hujung Januari tahun ini, meminta campur tangan tetapi malangnya keadaan yang sama masih berkekalan.
Oleh itu saya menggesa Kerajaan Negeri Pahang untuk segera menyelesaikan isu berkenaan bekalan air ini secara menyeluruh. Jadi ki… jika kita boleh menjual air kepada Selangor, adalah malang penduduk negeri kita ini pula yang kekurangan bekalan air. Sekian, terima kasih. Mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Mentakab. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pulau Manis.
[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk sama-sama merakamkan ucapan merafak sembah menjunjung kasih di atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat mencemar duli ke Dewan Yang Mulia ini bagi membaca titah ucapan Tuanku yang menyeru kita semua seperti yang telah dikupaskan oleh beberapa orang rakan sebentar tadi.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya sebenarnya ada beberapa perkara saja pada hari ini. Yang pertama sekali ialah sekali lagi saya merakamkan menjunjung kasih kepada Kerabat Diraja Pahang kita daripada Kebawah Duli Tuanku Agong, Tuanku Permaisuri Agong dan juga Pemangku Raja dan Paduka-paduka Anakanda, yang sewaktu banjir melanda negeri Pahang kita baru-baru ini, pada awal tahun 2021 dan er… pada hujung tahun 2021 dan juga awal tahun 2022, sentiasa bersama dengan rakyat, tidak kira masa hujan dan panas, di darat di sungai, sama-sama untuk melihat sendiri penderitaan, kesusahan dan kesukaran yang dialami oleh rakyat sewaktu banjir yang melanda.
Banjir yang berlaku pada tahun ini memang agak luar biasa, kerana mengikut daripada pembentangan yang diberikan oleh pegawai-pegawai er… Jabatan Kaji Cuaca, memberitahu banjir yang berlaku pada kali ini, air yang turun untuk jangka 3 bulan tapi turun dalam 1 malam… 1 hari 1 malam. Maka sebab itulah banjir ini tidak seperti zaman dulu. Bila sebut banjir, dia akan bermula daripada belah Jerantut sana, kemudian dia akan sampai ke Temerloh, kemudian dia akan bergerak sampailah ke Pekan. Tapi sekarang ini tidak.
Sekarang ni dia ikut di mana tempat curahan air tu berlaku yang lebatnya. Saya mengambil contoh Kampung Sri Damai, Kampung Jaya Gading tak pernah berlaku lagi banjir yang begini dahsyat, di mana air yang turun, air hujan yang turun menyebabkan ramai mangsa yang tidak sempat untuk berpindah. Mereka terpaksa keluar daripada rumah menyelamatkan keluarga, bawak anak masuk dalam kereta, parking kereta tepi jalan, pergi jumpa di tempat pendaftaran. Pendaftaran pun kata tak boleh dah mendaftar, dah penuh. Dia keluar, tapi atas ihsan, kasih sayang jab… er… pihak yang mendaftar di Pusat Pemindahan Banjir (PPS) ini tadi mendaftarkan nama dia, dia pun duduk tepi jalan, tidur malam tu. Besok pergi ke tempat lain, daftar lagi.
Ha… jadi, saya nak bangkitkan di sini ialah tentang masalah pendaftaran berlaku, berlaku dua tiga kali pendaftaran oleh mangsa-mangsa banjir. Jadi saya bersetujulah dengan pandangan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sewaktu melawat PPS di Kampung Sri Damai yang mencadangkan supaya satu sistem pendaftaran kita buat bagi kita selesaikan masalah. Ini masalah kepada mereka yang benar-benar mencari
tempat perlindungan. Dan di samping itu ada juga masalah yang datang daripada manusia sendiri iaitu manusia yang orang kata tamak. Dia mendaftar di PPS sa… yang pertama, besok dia bawaknya isteri dia pergi pula mendaftar di PPS yang kedua, ha jadi yang ini tamak.
Tapi yang betul-betul bermasalah kerana mencari tempat perlindungan tadi, ha itu satu perkara yang memang saya nampak apa yang… pihak Yang Amat Berhomat Menteri Besar sarankan itu hari, perlu kita laksanakan. Kalau sistem pilihan raya kita boleh buat, kita mengundi je satu kali sahaja tak boleh pergi dua tempat mengundi, kita dah pangkah, kita pergi tempat lain lagi nama kita dah diberitahu tak boleh lagi, jadi tentulah untuk ini pun kita boleh laksanakan. Itu yang pertama.
Yang kedua ialah saya nampak pada tahun ini agak keliru sikit. Banyak sangat pihak-pihak yang kita rasa… kita rasa bagus kerana memainkan peranan. Kita ada NADMA, kita ada JPAM, kita ada MKN, kita ada JKM dan kita ada Pejabat Daerah yang selama ini menguruskan. Dulu-dulu Pejabat Daerah je urus, semua beres belaka, dibantu oleh JKM. Tapi sekarang ni yang datang dari Kuala Lumpur pula, NADMA lah, MKN lah, jadi bercelaru sekali.
Jadi sebab itulah saya rasa kena cari satu penyelarasan yang bersepadu, yang bersepakat, supaya kita boleh buat untuk kebaikan rakyat. Ini sebenarnya bukan benda lain, untuk kebaikan rakyat. Sebab rakyat sekarang ini masih ada, betul sahabat-sahabat sebut tadi, masih ada lagi yang tak dapat duit er… apa ini bantuan er… BWI, Bantuan Wang Ihsan. Tapi ada yang dah dapat. Ada juga yang dapat dua kali sebab berlaku pendaftaran dua kali tapi diarahkan pulang balik. Alhamdulillah lah Tok Penghulu kena kejar pula, jumpa, pulang balik. Ha… itu yang pertama, hal banjir. Yang kedua…
Minta laluan.
Saya masa sikit je… Triang ye…
Minta laluan sekejap sahaja. Saya bersetuju… Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua, saya bersetuju dengan er… Yang Berhormat Pulau Manis untuk menyelaraskan Jawatankuasa Pengurusan Bencana tapi saya ingin er… juga memohon supaya masukkan ADUN pembangkang dalam Mesyuarat Pengurusan Bencana Daerah sebab kita diketepikan, kita dipinggirkan dan apabila diperlukan rakyat cari kita tapi kita tak ada maklumat. Sekian, terima kasih.
Terima kasihlah er… pandangan Triang itu, saya serahlah kepada pihak kerajaan. Seterusnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya walaupun ingat tak nak sebutlah masalah air ni sebab semua rakan sebut masalah air. Bangun je bercakap, berucap, masalah air. Saya pun terpaksa juga membangkitkan masalah air. Kalau saya tak bangkitkan, rakyat di kawasan saya akan menyebut “Ah, YB. Pulau Manis tak nak mempedulikan masalah air”.
Masalah air di kawasan saya ini ialah kawasan yang sangat kritikalnya ialah di Kampung Sri Makmur dan Kampung Belimbing. Dua kampung ni sebenarnya untuk makluman, Kampung Sri Makmur ialah kampung penempatan semula mangsa banjir, yang berada di pinggir-pinggir Sungai Pahang pada tahun 1970 dulu dan banjir itu besar, kemudian dia dipindahkan ke satu tempat baru dalam hutan bernama Sungai Lengkur. Di situlah mereka ditempatkan. Daripada hanya lebih kurang 140 keluarga, sekarang ini dah pergi kepada 400 keluarga. Dengan pemegang akaun untuk banjir ini sahaja tak sampai kepada 700 akaun.
Masalah yang berlaku ini ialah kerana kita kalah pilihanraya pada 2018 dulu. Peruntukan untuk membina loji dengan muka sauk baru yang boleh bergerak ke hulu ke hilir ke atas dan ke bawah tidak dapat dilaksanakan kerana Kerajaan PH tolak. Permohonan itu dah ada di atas meja menteri, permohonan itu tunggu masa untuk diluluskan. Jadi sekarang ini yang merana siapa? Rakyat. Bayangkan 1970 dulu sekarang ini 2022, 50 tahun yang lalu paip air dalam tanah memang pecah. Pecah di sana, pecah di sini. Ini perkaranya sebab itulah saya khabar berkali-kali dah, tapi saya bersyukur kerana saya JD PAIP di Pekan sentiasa mendengar keluhan dan sentiasa menyelesaikan masalah dengan apa cara.
Saya kata tak ada arahlah JD, pasanglah tangki sahaja di dalam kawasan, hantar air selalu. Tiap-tiap minggu air tiada. Jadi saya sangat berharaplah supaya perkara ini akhirnya JD khabar Dato’, 7juta tak boleh buat kalau 3.5juta kita cuba hantar. Permohonan dah hantar dah tapi tak tahulah jawapannya. Dan saya sangat berharaplah supaya Dato’ Sri Menteri Besar ya, Dato’ Sri dapatlah bantu. Sebab itu hari waktu kita jumpa dengan minum petang dengan PM, saya hulur dah surat tu, malu saya. Orang lain semua minum sahaja, saya kepit surat tapi tak ada arahlah untuk rakyat saya terpaksa buat ya, tak ada arah. Okey itu satu.
Yang kedua pula, bekenaan dengan air di kawasan mukim Lepar. Di kawasan mukim Lepar ini masalahnya ialah kerosakan di muka sauk. Air ini kering. Bila air kering, rakyat tak tahu air kering ataupun rakyat tak tahu air sekarang ini sedang pekat. Air sungai yang mengalir itu pekat, berlumpur. Rakyat tak tahu, rakyat hanya tahu air tiada tapi yang salahnya kita. Jadi sebab itulah kita terpaksa maklumkan, JD maklumkan kepada saya, saya terpaksa beritahu dengan Penghulu dan sebagainya.
Jadi untuk di kawasan Lepar ini pula yang menjadi masalahnya apabila kita dah membaiki dah dia punya muka sauk dan sebagainy,a air dah sampai tapi kampung yang sebuahnya tadi tak dapat air juga. Kampungnya ialah Kampung Seri Gemuruh. Jadi bila kami berbincang dengan JD akhirnya kami dapat tahu bahawa kampung air tak akan datang ke Kampung Seri Gemuruh kerana ada sistem pam di kawasan LKPP dulu, sekarang ini PKPP. Jadi kami merayu dengan pengurusan PKPP di kawasan tersebut supaya berkongsi air, dia tak bagi. Jadi saya cakap dengan JD, cari tempat bahagian lain yang kita boleh mengadu.
Hari ini saya hendak membentangkan bahawa saya mengadu dengan CEO PKPP supaya turunkan arahan air yang ada di dalam tangki LKPP itu dikongsi dengan penduduk Kampung Seri Gemuruh. Kalau tidak, selagi tak penuh tangki, air tak akan datang ke kampung sebelah. Sebab dia sedut, dia ada pam. Ini masalahnya. Jadi mudah-mudahan dengan keadaan begini saya rasa bolehlah kita memberikan kebajikan bersama kepada rakyat.
Perkara yang ketiga, Dato’ Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan COVID. COVID memang tak habis lagi, COVID memang terus melanda dan kita pun tak lama lagi nak isytihar dah daripada pandemik kepada endemik. Jadi kita berharaplah bahawa
masalah yang berlaku sehingga budak belajar yang saya sebutkan tadi tak boleh belajar bersemuka, boleh selesai. Dan begitu jugalah dengan bangunan sekolah nak kita pakai, nak kita guna untuk rakyat, untuk murid sekolah pun tidak boleh akan datang ini, harap bolehlah ya.
Jadi perkara yang saya nak sentuhkan yang lain tadi ialah berkenaan dengan COVID yang melanda ini. Sekarang ini pihak sekolah terutamanya sekolah-sekolah yang berasrama. Sekolah-sekolah yang berasrama bagaimana cara dia mengolahkan murid-murid sekolah yang kena COVID. Adakah dia kurung budak itu? Adalah dia hantar budak itu balik semula? Adakah dibenarkan orang luar masuk ataupun tidak?
Sebab perkara yang ini, pada saya kalau dah ada ujian, ujian di rumah buat, sampai pintu pagar buat, masuk dalam asrama okey selamat tapi tiba-tiba berlaku, berlaku budak positif dalam asrama. Yang ini perkara yang membimbangkan rakyat. Yang ini perkara yang diberitahu saya, sebab saya ini cikgu juga dulu, telefon saya ada pada dia orang, dia orang telefon.
Saya kata kenapa berlaku? Kemudian anak pun ada mengajar, menantu pun ada mengajar, semua boleh tanya. Jadi bila dia orang kata, ohh ada kebenaran boleh masuk. Ha, yang ni la maknanya tak kemas. Kenapa Jaga benarkan sebahagian daripada ibu bapa masuk? Sedangkan peraturan mengatakan tak boleh masuk. Bila masuk kalau bermasalah ini dan susahkan. Ha, ini perkara dia. Okey itu perkara yang keempat. Dan yang terakhir, sikit je hari ini saya memang ni sikit je Dato’.
Yang terakhir berkenaan dengan kebajikan. Memanglah Kebawah Duli Tuanku Pemangku Raja berkali-kali menyebut tentang kebajikan. Saya nak beritahu dalam Dewan Yang Mulia ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita Pahang ini bagi kebajikan kepada rakyat daripada mula melancar sehingga ke liang lahad. Cuba bayang. Daripada mula lahir sehingga ke liang lahad Kerajaan Pahang bagi peruntukan sumbangan kepada mereka-mereka.
Contoh, mula lahir kerajaan telah memperkenalkan satu program yang dinamakan Pahang Pride Kid. Kita YB-YB dan juga sahabat-sahabat menjelajah seluruh kawasan masing-masing untuk kita mengucapkan tahniah kerana anak dilahirkan, kita tengok anaknya sihat, kita beri sumbangan kepada si ibu dan kita sampaikan juga sumbangan kepada si anak dengan menyebutkan bahawa ini ialah pendahuluan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk membuka akaun.
Memang la kita bagi kita buka akaun itu dan kita mintalah ibu bapa yang prihatin supaya menyambunglah masuk menabung sikit-sikit, insya-Allah bertambah. Itu yang pertama. Yang keduanya waktu anak masuk sekolah Kerajaan Negeri Pahang memperkenalkan pula penyampaian bantuan peralatan sekolah, menyampaikan bantuan pula berupa duit RM100.00 untuk membeli pakaian dan sebagainya. Semua murid sekolah darjah 1 sampailah tingkatan 6, besar kecil semuanya pihak kerajaan bagi.
Yang ketiga, waktu darjah 3 isi borang dah, borang biasiswa Yayasan Pahang. Darjah 4 menikmati. Ada orang bagitahu tak dapat, bila saya tanya kenapa awak tak dapat? Sedangkan awak susah. Saya susahlah Dato’ sebab saya jumpa. Kenapa awak tak dapat? Sebab saya orang Terengganu. Yang kedua, sebab isteri saya orang Terengganu. Saya kata, syarat daripada Kerajaan Pahang kata yang pertamanya salah seorang daripada nama ini tadi ayah, mak, anak mesti orang Pahang. Mudah je. Akhirnya dia khabar dekat nak bersalin hantar balik Terengganu, memanglah anak pun dah dilahir di Terengganu juga. Jadi mula-mula payahlah tapi rupanya kalau dah
duduk 10 tahun di Pahang, boleh mendapat juga biasiswa tersebut. Daripada darjah 4 sampai tingkatan 6, tak cukup lagi. Masuk universiti bawa surat je. Surat tawaran daripada mana-mana universiti pun dapat. Ha dah berapa dah?.
Yang seterusnya, sekarang ini memperkenalkan pula yang disebut oleh sahabat-sahabat tadi kad kesihatan Pahang Pride Kasih bagi yang dibuat oleh JKM banyak dah buat tapi tiba-tiba dapat surat daripada pihak pejabat MB. Setiap ADUN tambah lagi 200 orang lagi untuk kita memperbanyakkan. Jadi maknanya sekarang ini semua ada syarat-syaratnya, ada tempatnya untuk mendapatkan rawatan dan sebagainya.
Kita bersyukur pada Allah ya bahawa begitu prihatinnya sekali kerajaan kita di bawah pimpinan Menteri Besar kita ini tadi dan yang akhir sekalinya kita nampak bila orang meninggal dunia. Haa… tapi tidaklah semua orang meninggal dunia. Pahang bagi kepada setiap mangsa yang kena meninggal kerana COVID, kerana COVID ini memang sedih. Empat orang sahaja bertugas keluarga duduk luar pagar, intai sahaja tengok dari jauh. Sayunya hati kita melihat situasi sebab… jadi MB pun sayu jugalah mendengarnya. Jadi MB pun umum, untuk mereka-mereka ini pun, MB bagi juga peruntukan bagi pengurusan tersebut.
Jadi tuan-tuan, er...tuan-tuan [ketawa] macam saya bercakap dalam itu pula… jadi untuk makluman [ketawa] maknanya, maknanya kita ini begitu prihatin sekali dalam masalah ini. Jadi saya rasa itulah di antara perkara-perkara yang saya pada hari ini dapat kumpulkan untuk saya bangkitkan bersama di antara perkara-perkara yang mungkin ada yang sahabat-sahabat tak sebut dan ada juga yang sahabat-sahabat pun dah telah sebut. Jadi terima kasihlah Dato’ Yang di-Pertua, pada hari ini memberikan peluang kepada saya er... untuk sama-sama berhujah pada hari ini. Jadi Pulau Manis mohon menyokong. Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Pulau Manis. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Damak.
Assalamualaikum WBT. Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhamad SAW, utusan Allah yang membawa mesej kasih sayang bagi semua umat manusia. Allah SWT berfirman [Bacaan dalam Bahasa Arab] yang bermaksud “Wahai Manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” Surah Al-Hujurat Ayat 13.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Yang saya kasihi, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang, barisan EXCO dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang dirahmati Allah sekalian. Saya tertarik dengan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, yang menyeru kepada kita semua agar mengambil berat soal kebajikan dan juga berlaku adil dalam demi kesejahteraan rakyat. Ia sangat bertepatan dengan kaedah fiqah yang
sering diguna pakai dalam bidang siyasah syar`iyyah iaitu [Bacaan dalam Bahasa Arab] maksudnya “polisi dan tindakan pemerintah mestilah tertakluk kepada maslahah terhadap rakyat jelata”. Definasi maslahah seperti mana yang telah disebut oleh Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah, beliau telah menyatakan bahawa maslahah itu ialah mendatangkan manfaat dan menghalang segala kemudaratan. Justeru, sebarang bentuk perkara yang memberikan kebaikan dan manfaat kepada manusia serta dalam masa yang sama ia menghalang keburukan dan kemudaratan ke atas diri mereka, adalah dianggap sebagai maslahah.
Kata Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Asy-Syafi’I, “adalah tidak wajib untuk menuruti arahan pemimpin yang tidak membawa kepada maslahah ‘ammah yakni kepada kebaikan orang ramai”. Maka difahami secara mafhum mukhalafah ataupun faham secara terbaliknya menurut arahan pemimpin yang mengandungi maslahah ‘ammah adalah merupakan suatu kewajipan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Dalam ucapan perbahasan saya pada tengah hari ini, saya ingin menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan kepentingan masyarakat khususnya di kawasan saya. Pertama, seperti mana yang sering kita sebut dan telah saya sebut dalam perbahasan di sidang yang lalu iaitu capaian internet. Dalam Titah Diraja ada menyentuh berkenaan dengan perhubungan digital, isu capaian internet di kawasan DUN Damak ini sudah menjadi satu keluhan awam, tidak kira di kawasan kampung malah di kawasan pinggir bandar dan ada di kawasan-kawasan bandar sekali.
Teknologi internet seperti kita sudah maklum adalah merupakan satu perkara asas ia sama ada kepada anak-anak di sekolah… sekolah menengah, sekolah rendah, pengajian tinggi hinggalah ya kepada kita yang ya, melakukan perkara-perkara untuk er...penyelesaian masalah harian kita. Saya dimaklumkan ya, bahawa pihak SKMM dalam rangka menaiktaraf di 37 stesen pemancar di kawasan DUN Damak dalam suku pertama 2022.
Namun hingga ke hari ini belum menampakkan perubahan yang ketara dan banyak aduan yang kita terima kawasan-kawasan kampung ada yang masih belum mencapai er...tahap yang diharapkan. Saya amat mengharap agar kerajaan dapat memperhalusi perkara ini kerana kita Malaysia bukanlah negara yang mundur dalam bidang teknologi. Kalau kita ada internet, kalau kita ada handphone secanggih mana sekalipun tapi capaian internet kita bermasalah, maka banyak fungsi-fungsi yang dapat er...tidak dapat kita gunakan.
Perkara kedua juga perkara yang telah disentuh oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sebelum ini, dan juga pernah saya sentuh dalam sidang-sidang yang lalu iaitu berkenaan dengan air yang menjadi keperluan asas yang perlu diutamakan. Dan isu yang berkaitan dengan air ini adalah sangat sensitif dan apabila berlaku keputusan air secara tiba-tiba maka orang ramai menjadi berang dan timbullah kritikan-kritikan yang tidak sepatutnya.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Di kawasan DUN Damak ini sebagai contoh ya, pernah berlaku baru-baru ini loji air di Batu Balai tidak dapat berfungsi ya, kerana akibat hujan lebat air menjadi keruh dan air sungai tahap untuk dirawat itu tidak dapat dilaksanakan dan proses baik pulih ini memakan masa sampai seminggu kadang-kadang dan ketika berlakunya krisis air,
PAIP tidak dapat membekalkan er... air melalui er... lori dengan tidak secara menyeluruh ya.
Maka timbullah masalah kepada orang ramai kalau sehari tidak apa tapi bila sampai lima hari ini ia jadi kecoh hingga kadang-kadang keluar kata-kata yang tidak sepatutnya kepada kita pihak kerajaan. Jadi oleh itu, saya sangat berharap ya, agar pihak kerajaan memberikan perhatian dan kalau boleh perjelaskan kepada pihak kami khususnya di DUN Damak ini ya, berkaitan dengan usaha naiktaraf Loji Air di Kampung Batu Balai yang saya dimaklumkan ya sudah kita mohon dan sudah lulus ya tapi saya belum nampak lagi dari sudut kemajuannya dan saya mohon kerajaan kalau boleh beri jawapan, supaya saya sampaikan kepada orang ramai di tempat saya.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Ya sebagai contohlah, Kampung Baru sebagai contoh penduduk maklumkan kepada saya mereka sudah berdepan dengan isu air ini selama 30 tahun. Saya tak tahulah betul ataupun tidak ya, tapi mereka mengadu kepada saya dan keadaan ini akan menjadi lebih berat khususnya di musim cuti sekolah, anak-anak balik dan juga musim-musim perayaan. Manakala di Kampung Sempadan hingga hari ini satu kampung masih belum menerima perkhidmatan air paip sedangkan paip air itu sudah ada sudah dimasukkan dalam kampung mereka.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Perkara yang ketiga ialah berkenaan dengan pencemaran yang menggugat kedamaian kampung. Dalam Titah Diraja tuanku telah menekankan sekali lagi betapa pentingnya memelihara alam sekitar. Untuk pengetahuan Dewan, saya begitu bimbang dengan apa yang berlaku di dalam kawasan saya khususnya di jajaran Kampung Sungai Badak, Kampung Baru dan Kampung Som dalam DUN Damak ini yang memiliki flora dan fauna yang sangat berharga.
Namun berterusan diancam dengan usaha-usaha pembalakan dan juga perlombongan. Beberapa hari lalu saya telah mendapat laporan daripada pihak warga kampung bahawa berlaku pencemaran udara dan bunyi berpunca daripada kilang berdekatan kampung yang berlanjutan hingga ke tengah malam, bunyi… bunyi kilang ini dan saya pernah berada di sana kita ada program bermalam di sana dan sampai ke waktu qiamulai sampai subuh masih lagi bunyi kilang ni sampai ke tempat kita walaupun dalam jarak hampir 1 kilometer.
Jadi saya dimaklumkan bahawa penduduk kampung telah membuat aduan kepada pihak berwajib, mungkin saman pun telah dikeluarkan, namun SOP kerap kali dilanggar. Jadi saya harap sangat pihak kerajaan memberikan perhatian dan mungkin tindakan lebih tegas dikenakan kepada pihak-pihak yang mencemarkan alam sekitar kita yang sangat bernilai ini.
Perkara yang keempat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Rizab bandar perlu dipelihara. Sekali lagi saya menyuarakan kegusaran saya lah melihat kemerosotan rizab bandar, khususnya kawasan-kawasan strategik yang telah dihakmilikkan kepada individu sedangkan tanah hakmilik Majlis Daerah Jerantut sebagai contoh makin mengecil. Cubalah lihat di bandar Jerantut di manakah tanah hak milik… hak milik Majlis Daerah Jerantut. Tapak pasar malam hari ini pun terpaksa dibuat di atas jalan raya. Harapan saya agar perjanjian berkaitan dengan pembangunan rizab bandar ini dikaji semula dan dikenakan tindakan tegas terhadap
pemaju yang tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Hari ini peniaga-peniaga kecil mengeluh apabila mendapat tahu kedai yang mereka sewa ini berada di atas tanah individu dan pastinya berdepan dengan kenaikan sewa yang tidak terkawal.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Perkara yang kelima. Berkenaan dengan solat jumaat bagi para pelajar asrama. Saya mendapat makluman bahawa sekolah-sekolah berasrama ada lagi yang masih belum membenarkan pelajar-pelajar lelaki pergi solat jumaat, khususnya pelajar SPM, pelajar STP. Ia adalah satu perkara yang perlu diberikan perhatian kerana meskipun sudah banyak masjid-masjid dan surau yang kini solat berapat-rapat.
Saya pergi ke sebuah kampung nama kampungnya Kampung Pagi saya tanya bila saya jadi imam, saya pusing belakang, lah, rapat belaka, saya pun kata rapat-rapatkan saf, saya pulak cakap suruh rapat saf. Saya Tanya dia orang ni sejak bila mula rapat ni, dia kata lama dah ustaz. Patutlah kampung dema ini dinamakan Kampung Pagi, pagi-pagi lagi dah rapat sembahyang. Jadi oleh itu saya yang saya risau ialah pelajar-pelajar kita di asrama tidak boleh lagi sembahyang jumaat di masjid. Jadi ada ibu bapa yang melapurkan kepada saya mereka terpaksa pindah daripada sekolah asrama ada yang sekolah di Raub pindah balik di Jerantut sekolah harian semata-mata nak pastikan anak mereka dapat solat jumaat.
Ini ia adalah satu perkara yang serius yang perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan dan saya yakin pihak kerajaan pun sangat mengambil berat soal perkara ini dan sedar akan situasi yang berlaku. Namun demikian saya mencadangkan, sekiranya pihak PKN ataupun MKN masih belum lagi membenarkan pelajar asrama keluar untuk solat Jumaat maka pihak berkuasa agama negeri wajar mempertimbangkan agar solat jumaat boleh dibuat di surau sekolah dengan kebenaran sementara.
Akhir kalam tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang dapat menerajui kerajaan negeri dengan keadaan yang cukup baik dan juga seluruh barisan Exco negeri dan juga pegawai-pegawai kerajaan dalam usaha memakmurkan dan memajukan Negeri Pahang Darul Makmur. Sekali lagi saya ucapkan tahniah dan saya akhiri dengan serangkap pantun.
Pucuk selasih bertunas menjulang, Dahannya patah tolong betulkan, Puasa Ramadhan kembali menjelang, Salah dan silap mohon dimaafkan.
Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan. Damak mohon menyokong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Damak. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Semantan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Bacaan dalam Bahasa Arab], Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan Ahli EXCO, sidang dewan yang dihormati sekalian. Terima kasih Yang Berhormat
Dato’ Sri Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama dalam perbahasan titah diraja pada hari ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Bukan raja sebarang raja, Hulu balang bertanjak panglima berempat, Bukan raja sebarang raja, Raja bijaksana lagi berdaulat.
Saya mulakan perbahasan ini dengan menjunjung kasih di atas titah perasmian Duli Yang Maha… Duli Yang Teramat Mulia Pemangku Raja Pahang yang penuh dengan pesanan dan saranan kepada kami Ahli-ahli Dewan demi kemakmuran negeri Pahang yang kita cintai. Tak keterlaluan bahawa titah tuanku sangat memberi makna tersirat untuk kita bersama-sama memakmurkan negeri ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah saba’ ayat 15 [Bacaan ayat al-Quran], yang mudah untuk kita faham, negeri yang baik, penduduk yang baik, akan mendatangkan keampunan Allah SWT.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan pasukan yang sentiasa bekerja keras selama lebih kurang 3 tahun 10 bulan mentadbir negeri Pahang. Hasilnya sehingga Mac tahun ini, kerajaan telah berjaya mencapai surplus berjumlah RM11 juta. Program Pahang Pride contohnya yang menyantuni seluruh golongan rakyat daripada baby, pelajar sekolah hinggalah warga emas.
Bantuan bencana, bantuan COVID, Rumah Rakyat Pahang, Rumah PR1MA, Rumah Makmur, Rumah Penjawat Awam Pahang dan Skim Tanah Warisan dan banyak lagi yang tak perlu saya sebutkan dalam dewan ini. Semua ini selari dengan tagline “Tiada Janji, Lihatlah Bukti, Pahang 1st, This Is Pahang”, sudah menjadi satu jenama viral di hati rakyat negeri Pahang ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kali ini tak banyak isu yang akan saya bangkitkan tetapi perkara ini sangat penting untuk perhatian kerajaan. Sekiranya kita tak selesaikan segera, segala kebaikan dan kecemerlangan kerajaan negeri Pahang akan menjadi sia-sia. Saya maklum Yang Amat Berhormat Menteri Besar cakna kepada isu ini dan berada dalam perhatian Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tetapi sebagai wakil kepada rakyat keluh kesah mereka di bawah, wajib untuk saya panjangkan di dalam Dewan Yang Mulia ini.
Ambil sebiji buah delima, Masak sebiji di atas meja, Banyak budi sudah diterima, Bekalan air terputus menjadikan lupa.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
“YB, kome ni dah memanjang tak der air” “YB, kome ni nak membuang pun susah, bimbang tak der air nak mencuci” “YB, dah berbulan dok ada air ni”
Gambar kolah kering dan berpuluh dikirim ke Whatsapp saya ini. Semua ini adalah keluh kesah rakyat yang berada di bawah saya.
Dato’ Sri Yang di-Pertua
Ini kali kedua saya bangkitkan isu ini dalam Dewan Yang Mulia ini, ini semua menempah petaka besar bagi Kerajaan dan memadamkan rasa terima kasih rakyat kepada Kerajaan dan telah banyak memberikan jasa kepada rakyat hilang cerita seronok rakyat kepada Kerajaan yang ada “sebab nila setitik, rosak susu sebelangga.”
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Di Temerloh contohnya, sekarang ini bangunan-bangunan kedai bertumbuh kian pesat, taman-taman perumahan, kawasan-kawasan industri tumbuh melata. Keadaan ini pastinya menjadikan jumlah pengguna air semakin meningkat tetapi infra air masih sama seperti dulu. Jika usaha meningkatkan infra air seperti menaikkan taraf loji, rumah pam tak dibuatkan segera, maka PAIP akan sentiasa dikecam oleh rakyat dalam negeri ini. Kita perlu insaf, matlamat PAIP ditubuhkan adalah untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.
Oleh itu, restructure secara menyeluruh perlu dibuat segera supaya PAIP dapat memenangi hati rakyat. Sekaligus meneruskan koleksi kecemerlangan Kerajaan Negeri Pahang. Pihak atasan PAIP, nilailah keupayaan aset dan keperluan tenaga kerja di semua daerah, dari atasan hingga bawah perlu dinilai segera.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, sebagai penutup,
Tuan pergi ke Kuala Semantan, Tujuan membeli pucuk paku, Selagi ada matahari dan bulan, Hamba rakyat taat kepada Tuanku,
Kita pewaris kita penyambung, Kita penjaga Kerajaan Pahang, Amanah kita bersama.
Sekian, terima kasih Semantan mohon menyokong. Assalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat Semantan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tanah Rata.
Salam sejahtera kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam dewan ini dan juga pegawai-pegawai Kerajaan yang saya hormati. Terlebih... terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan juga merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua kerna... kerana memberikan saya peluang bagi meng... mengucapkan perbahasan menjunjung kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang pada mesyuarat kali ini.
Ucapan saya, perkara saya yang... yang saya nak sentuh yang pertama adalah loji pembakaran sampah di Cameron Highlands iaitu incinerator lebih dikenali dalam bahasa inggeris aa... loji pembakaran sampah. Pengurusan sisa pepejal ini adalah satu proses yang rumit dan juga kritikal. Incinerator ini adalah salah satu alternatif
dalam melupuskan sisa pepejal kerananya membabitkan ruang yang kecil berbanding dengan tapak pelupusan iaitu landfill, dengan izinnya.
Walau bagaimanapun, loji pembakaran di Cameron Highlands ini dia berdepan dengan masalah-masalah melupuskan sampah basah secara sempurna selain isu pencemaran alam sekitar membabitkan pelepasan gas dan juga bahan kimia yang berbahaya serta cecair yang larut resap. Lebih-lebih lagi kawasan Cameron Highlands ini adalah juga lokasi pelancongan yang amat terkenal di Malaysia.
Isu pencemaran udara ini bukan sahaja mencetuskan kebimbangan rakyat tempatan malah memberikan kebimbangan dan juga gambaran yang buruk kepada pelancong dari luar. Untuk makluman semua, Tuan Yang Di-pert... tu... Yang Berhormat Tuan Yang Di-pertua, disini saya ingin menceritakan sedikit tentang kisah sejarah loji pembakaran itu, iaitu loji pembakaran itu mula dibangun pada tahun 2010 dengan kontrak siap guna pada sebuah syarikat tempatan.
Namun begitu, kontrak itu dibatalkan pada tahun sekiter...sekitar tahun 2014 dan juga 2015 berikutan masalah pencemaran dan juga serta tahap ketidaksediaan yang rendah kerana perlu diselenggarakan dengan kerap. Dan lepas itu, pengendalian loji itu, dikontrak untuk maintenance kontrak untuk mengendalikan loji tersebut telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Alam Flora Environmental Solutions Sdn. Bhd. ataupun sebelum ini dikenali sebagai DRB Hicom Environmental Services sejak tahun 2017.
Yang Berhormat tuan Yang Di-pertua,
Kontrak pengendalian tersebut akan tamat pada tahun depan iaitu Julai 2023 dan isu terbesar loji tersebut pada masa sekarang adalah pembakaran sampah yang tidak sempurna seterusnya menghasilkan asap hitam dan juga debu. Dan isu ini berpunca adalah daripada aaa...keadaan sampah yang tidak yang...yang basah, yang tidak boleh dikeringkan dalam cuaca yang sejuk di kawasan Cameron Highlands.
Kandungan kelembapan dalam sampah di Malaysia di Cameron Highlands juga adalah sekitar 55 - 70 peratus dan cuaca yang sejuk dan kelembapan yang tinggi di Cameron Highlands... di Cameron Highlands ini telah menyebabkan sampah itu tidak boleh dibakar dengan sempurna dan oleh itu, asap hitam dan juga abu dia akan dikeluarkan sebagai kesan sampingan. Walaupun pihak kontraktor pada masa itu pada tahun 2019, mereka pernah membuat satu dialog bersama penduduk tempatan, mereka pada masa itu telah menjaminkan bahawa mereka akan menggunakan teknologi yang canggih dan baru untuk menambahbaikkan loji pembakaran itu incinerator itu.
Namun pasukan saya aaa...pusat khidmat saya sampai hari ini kita masih merekodkan pelepasan asap hitam dan abu yang berbau setiap bulan sejak tahun 2019 dan rekod yang terkini, yang saya ada juga buat laporan pada Jabatan Alam Sekitar, rekod yang terkini adalah pada haribulan 5 Mac pada bulan ini, ini rekod yang terkini. Saya ada simpan gambar video semua pun ada. Dan oleh itu, saya di dewan yang mulia ini, saya ingin memohon agar pihak berkuasa, pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan boleh meninjau semula kebolehlaksanaan incinerator tersebut di Cameron Highlands.
Sebab sekiranya isu asap hitam dan juga asap yang berbau tidak boleh diselesai dengan sempurna, maka saya di dewan yang mulia ini, saya ingin mencadangkan supaya kontrak pengendalian loji pembakaran tersebut tidak wajar diteruskan selepas
tamat tarikhnya pada tahun 2023 dan saya rasanya cadangan saya ini juga selari dengan prinsip ESG yang ditekankan dalam titah Diraja.
Yang Berhormat tuan Yang Di-pertua,
Saya ingin menegaskan bahawa loji pembakaran incinerator itu, bukannya salah satu... bukannya satu satu solusi untuk melupuskan sisa pepejal dan kita memandangkan situasi cuaca yang sejuk dan juga kelembapan yang tinggi di kawasan Cameron Highlands ini adalah lebih sesuai pihak Kerajaan menggalakkan amalan pengasingan sisa pepejal di.. punca dan juga menggalakkan amalan kitar semua 3R iaitu Reduce, Reuse Dan Recycle kepada penduduk tempatan.
Sebab untuk mengoperasi incinerator itu, kalau dia... kalau kita mula mengoperasikan kita tak boleh hentikan semata-matanya sebab setiap kali kita mengoperasikan loji pembakaran itu kita perlu banyak bahan mentah minyak dan itu melibatkan kos yang tinggi kalau kita hidup padam, hidup padam, hidup padam, dia aaa... pihak kontraktor dia akan semestinya dia menggunakan kos yang lebih tinggi. Oleh itu, mereka terpaksa mengo.. kalau mereka mengoperasikan loji itu, mereka mesti mengorperasikan sekurang-kurangnya satu bulan tak boleh henti sebab kita tak boleh semata-matanya hidup padam, hidup padam. Kalau macam tu pihak kontraktor akan memakan kos yang agak tinggi.
Oleh itu, loji pembakaran di Cameron Highlands itu, saya dimaklumkan bahawa dia memerlukan dia perlu makan... makan sampah dia perlukan sampah sekurang-kurangnya 40 tan setiap hari. Itu sebabnya mereka selalu terpaksalah membakar sampah yang basah setiap hari walaupun sampah itu tidak sempat dikeringkan. Tetapi sebab loji tersebut perlu makan sampah sekurang-kurangnya 40 tan satu hari itu pihak kontraktor terpaksalah dia berikan sampah ke loji tersebut sebab dia tak boleh berhenti, dia tak boleh padam hidup padam hidup sesuka hati itu sebabnya. Kenapa itu pihak kontraktor terpaksa memadam er… membakar sampah yang basah sebelum dia sempat dikeringkan. Itu sebab utama kenapa dia loji tersebut dia akan mengeluarkan asap hitam dan juga asap yang berbau… berbau busuk. Dan juga saya rasanya yang beracun juga.
Dan er… berbalik pada amalan 3R dan juga pengasingan sisa pepejal dari puncanya. Kalau kita melalui pembudayaan amalan pengasingan ini, masyarakat kita akan menghargai sisa pepejal sebagai satu sumber baru yang boleh diguna semula ataupun sebagai alternatif kepada sumber bahan mentah asli dan ini secara tidak langsung boleh memastikan sumber alam semulajadi diuruskan dengan bijak dan juga lestari demi kebaikan generasi yang akan datang dan juga pentingnya untuk alam sekitar kita.
Dan sebagai sebuah negeri yang sedang bergerak ke arah status negeri maju, kita katanya Pahang 1st, Pahang yang maju. Negeri Pahang kita harus meningkat dan aktiviti amalan 3R ini, pengasingan sisa pepejal isi rumah dan kita perlu meningkatkan kadar kitar semula yang boleh membanggakan di peringkat negeri dan juga kebangsaan dan juga antarabangsa.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Yang kedua, perkara kedua yang saya ingin sentuh adalah sepertimana yang telah dibangkitkan oleh ADUN kawasan Triang tadi, iaitu melibatkan Ahli-ahli ADUN-ADUN dari pihak pembangkang ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah dan juga Pengurusan er… Pengurusan Operasi Bencana. Sebab dengan melibatkan
ADUN Pembangkang dalam JKTD ini, dan juga dalam PKOB ini kita boleh lebih memahami isu-isu yang keluar berlaku di kawasan tempatan. Dan isu ini dibangkitkan bukan kerana kita mahu jadi kerajaan. Ini bukan matlamat kita.
Sebab kita nak melibatklan diri dalam PKOB dan juga JKTD, kita sahaja nak memperoleh maklumat semasa yang lebih lengkap mengenai kawasan kami dan juga kita boleh memanjangkan isu-isu tempatan yang boleh dikatakan remeh-temeh menerusi platform itu dan tidak payah kita bangkitkan isu-isu tempatan dalam sidang Dewan ini. Dalam sidang Dewan ini kita boleh membahas lebih banyak isu diperingkat negeri dan juga kebangsaan.
Dan ada 2 kebaikan sekiranya pihak kerajaan melibatkan ADUN pembangkang dalam JKTD dan PKOB. Sebab perkara ini kita bukan nak menjadi kerajaan. Kerajaan boleh jadikan kita sebagai pemerhati. Sebab fungsi utama kita, er… tujuan utama kita dalam JKTD dan juga PKOB, sahaja kita untuk memanjangkan isu-isu tempatan pada platform yang lebih sesuai. Dan kita boleh memperoleh maklumat yang lengkap semasa ke semasa. Dua kebaikan kita er… kalau kita melibatkan ADUN pembangkang dalam JKTD dan juga PKOB. Iaitu pada pertamanya, pihak pembangkang, kita tak payahlah memanjangkan isu-isu tempatan yang remeh dalam sidang Dewan Negeri.
Dan yang kedua, pihak pembangkang juga kita boleh berhujah dan berbahas berdasarkan fakta yang lebih lengkap. Dan selalunya pihak kerajaan juga selalu kata kita pembangkang suka menuduh tanpa berasas ataupun kita er… kita dituduh tidak tahu cerita kepala ekor dia lepas itu kita buat media, lepas itu kita hentam kerajaan sebab kita tak tau apa-apa pun, kita terus hentam kerajaan. Selalunya kita dituduh seperti itu. Sebenarnya kita pun tak nak. Kalau kita ada fakta yang betul, kita boleh berhujah dan membahas dengan berdasarkan fakta yang kukuh kita lebih berasas. Ini… ini matlamat kitalah sebab apa yang kita buat pada asasnya adalah untuk kebaikan untuk rakyat.
Tuan Yang di-Pertua,
Yang isu ketiga yang saya hendak sentuh adalah isu harimau. Isu harimau yang hampir terpupus. Ini perlu diberi perhatian yang secukupnya. Sebab perkara ini juga diserukan dalam Titah Diraja. Kalau menurut ahli biologi bilangan Harimau Malaya ini di Semenanjung khusunya di negeri Pahang. Kemungkinan ia kurang daripada 100 ekor. Ini bilangan yang cukup membimbangkan. Kalau faktor terbesar bilangan harimau semakin berkurangan ini adalah sebab habitatnya semakin berkurang dan iaitu hutan semulajadi semakin berkurang.
Pada mesyuarat penggal yang lalu saya benar… saya diberi peluang oleh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dalam mengambil bahagian dalam Perbahasan RRU Majlis Biodiversiti Pahang dan juga Perbadanan Taman Negeri Pahang. Sepertimana hujah-hujah yang saya bahaskan yang saya bangkitkan, saya tidak menentang usaha Kerajaan Negeri bagi menubuhkan Majlis Biodiversiti dan juga Taman Negeri. Tetapi apa yang saya bimbangkan, dalam hujah yang lepas itu ialah adakah apa yang saya bimbangkan adakah Kerajaan Negeri lebih mementingkan nilai komersial berbanding dengan memelihara dan juga memulihara alam sekitar dan juga sumber biodiversiti kita.
Dan yang kedua, adakah Kerajaan Negeri dia mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi memelihara dan memulihara biodiversiti alam semulajadi. Dalam isu ini saya amat berharap Kerajaan Negeri boleh bekerjasama erat dengan Kerajaan
Persekutuan sebab untuk memelihara dan juga memulihara alam semulajadi ini, khususnya untuk menjaga harimau yang semakin terpupus ini, yang hampir terpupus ini kita perlu sumber kewangan yang kuat. Dan inilah kita perlu kerjasama yang kuat dengan Kerajaan Persekutuan. Dan saya harap Kerajaan Negeri boleh berkerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu ini.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya mencelah, minta maaf. Harimau itu memanglah penting kerana harimau ini merupakan binatang simbol kepada kita, jata kita dan sebagainya. Jadi dari segi kerjamasa itu, er… Yang Berhormat Yang di-Pertua saya hendak maklumkan. Pertamanya saya hendak maklumkan Menteri Besar merupakan anggota kepada task force ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Kemudian diperingkat negeri EXCO yang bertanggungjawab kita… kita juga er… yang dipengerusikan oleh menteri untuk memastikan bahawa er… harimau ini dapat kita pelihara dan dalam masa yang sama juga supaya er… harimau tidak akan pupus. Dan banyak kaedah yang kita buat dan dan kerjasama yang kita buat di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat.
Dia begini Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kalau tak ada hutan harimau tak akan ada. Hutan ini yang ada adalah kuasa Kerajaan Negeri. Jadi sudah tentulah kerjasama itu ada. Jadi wakil daripada er… Tanah Rata jangan risaulah tentang itu, sememangnya ianya menjadi dasar negara. Apabila ianya menjadi dasar negara bukan setakat Kerajaan Negeri ianya bukan Kerajaan Pusat tetapi setiap rakyat Malaysia mesti mendokong aspirasi yang nak dibuat iaitu untuk menjaga harimau… Harimau Malaya ini. Terima kasih.
Tahniah kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua,
Perkara yang terakhir saya yang ingin saya sentuh adalah jawapan bertulis sidang Dewan Negeri ini. Sebab saya hendak membangkitkan, saya ingin membangkitkan bahawa jawapan bertulis sidang Dewan penggal yang lalu ini… belum lagi dimuatnaik ke laman web rasmi dalam Kerajaan Negeri Pahang. Oleh itu, kekurangan jawapan bertulis daripada pihak kerajaan telah menyukarkan kita untuk follow up isu-isu yang kita telah bangkitkan dahulu.
Oleh itu saya berharap disini jawapan bertulis itu dimuat naik ke laman web rasmi secepat mungkin dan dari masa ke semasa bukan sahaja untuk penggal yang lalu tetapi juga untuk penggal ini juga. Dan itulah ucapan saya menjunjung kasih Titah Diraja. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanah Rata. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Triang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Terima kasih diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya ingin bawa isu parking di bandar Triang dan Kerayong. Ini kali ketiga secara berturut-turut saya bahas isu ini. Sila benarkan saya straight to the point, dengan izin. Pertama, tujuan. Mengikut jawapan kerajaan, matlamat melaksanakan caj letak kereta ada tiga. Satu, mengelakkan kesesakan lalu lintas. Dua, sebagai sumber pendapatan Majlis Daerah Bera. Tiga, menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (Majlis Daerah Bera) 2020 yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Tentang matlamat satu, saya ingin menegaskan sekali lagi, kebanyakan kawasan komersial di Triang dan bandar Bera, tiada kesesakan lalu lintas. Sudah dua kali saya tunjuk gambar di Sidang Dewan ini, bukan sahaja tidak sesak, banyak tempat letak kereta kosong. Alasan kedua, kerajaan menganggarkan penambahan hasil sebanyak sembilan… RM950,000.00 setahun. Sebenarnya ianya hanya 5% daripada jumlah hasil yang boleh dikutip. Ini bukan hasil yang signifikan Tuan Yang di-Pertua. Alasan ketiga, kerajaan menjawab caj letak kereta bukan di Bera sahaja, semua tempat kita dah kenakan caj. Jadi saya ingin bertanya, bagaimana dengan Rompin dan Pekan? Kalau daerah lain boleh tangguh, kenapa Bera mesti, wajib nak jalan juga.
Di samping itu, Maran, Lipis, Jerantut semua RM0.40 sejam, kenapa Bera RM0.60 sejam? Dengan keadaan ekonomi yang belum dipulihkan, saya tidak nampak ada alasan kukuh untuk melaksanakan caj letak kereta. Oleh itu, saya amat berharap kerajaan mengkaji semula untuk membatalkan kutipan caj ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Masalah parking kedua, kekeliruan panduan. Ini kali pertama dalam sejarah, orang Triang dan orang Kerayong perlu bayar caj parking. Sejak pelaksanaan tempat letak kereta berbayar, saya tidak nampak penerangan rasmi tentang peraturan dan garis panduan. Tentu ramai belum faham lagi, mana tempat boleh letak kereta, mana tempat tidak boleh. Tiada taklimat, tiada notis, tiada papan tanda. Yang ada… penguatkuasaan datang bagi saman. Ada juga penduduk yang duduk… yang tinggal di rumah kedai, untuk mengelakkan bayaran parking, mereka memilih untuk meletak kereta di ruang-ruang lain yang tidak mengganggu lalu lintas. Tidak sangka ruang-ruang ini termasuk lorong belakang kedai juga dilukis petak baru-baru ini.
Jadi rakyat rasa bahawa seolah-olah kerajaan mengejar mereka, di mana mereka pergi, kerajaan sampai untuk kutip hasil. Ini memang menjadi satu beban kepada rakyat tempatan, dan satu contoh di Jalan Bahagia Triang, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, penduduk di sana adalah… adalah penghuni rumah. Satu barisan Jalan Bahagia penduduk rumah, di depan Jalan Gajah, kedai. Jadi, penghuni rumah meletak ke… kereta di lorong mereka okey, tapi kalau mereka terlalu banyak kereta kadang-kadang ada event ke, orang datang rumah meletak kereta tapi tempat letak… letak kereta di lorong belakang Jalan Gajah pun kenakan caj. Saya rasa ini tidak adil
kepada penghuni-penghuni rumah. Jadi saya berharap bahawa kerajaan boleh mengkaji semula.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Masalah parking ketiga, kadar saman. Jika terima saman, ada dua kadar, RM10.00 dan RM20.00. Kalau tidak bayar dalam 30 hari, ka… kompaun akan naik 15 kali ganda menjadi maksimum RM300.00. Bagi saya, ini sesuatu yang keterlaluan. 15 kali ganda Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ini tidak munasabah. Jadi saya amat berharap supaya Kerajaan Negeri dan juga kerajaan tempatan berhati terbuka mengambil kira suara-suara rakyat, mengkaji semula dasar ini di daerah Bera.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan menyatakan terdapat kesesakan lalu lintas di daerah Bera dan perlu kenakan caj letak kereta. Saya ingin menyatakan betul, ada kesesakan lalu lintas, tapi bukan di kawasan komersial, sebaliknya di Jalan Persekutuan 10, khasnya di antara Triang dan bandar Bera. Dengan penambahan kenderaan di daerah Bera dan pembangunan di Triang Central, penduduk mendapati ianya menjadi semakin bahaya dan susah untuk keluar masuk dari Jalan Persekutuan 10 ke Triang Central dan Taman Merbau. Oleh itu, diharap lampu isyarat dibina di simpang masuk Triang Central dan simpang masuk Taman Merbau yang berlokasi di tepi Marrybrown lama.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Ahli-ahli Dewan dihadkan lima… untuk menghantar maksimum lima soalan sahaja bagi Mesyuarat Dewan. Jadi saya ingin bertanya, adakah lima soalan cukup untuk kita sebagai Wakil Rakyat menunaikan amanah dan tanggungjawab kita? Saya rasa ini seolah-olah satu cubaan untuk menyekat suara rakyat. Bukan itu sahaja, penerimaan jawapan bertulis menjadi sangat lambat seperti yang dinyatakan oleh rakan saya, ADN Tanah Rata tadi. Jadi saya nampak fungsi Dewan Yang Mulia ini semakin merosot. Oleh itu, saya menyeru supaya kembalikan maruah Dewan Yang Mulia ini supaya Ahli-ahli Dewan diberikan ruang yang sewajarnya untuk menjalankan tugas kita, jangan hadkan bilangan soalan kita.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Banjir besar melanda negeri Pahang pada Disember tahun lepas termasuk Triang. Kawasan terlibat me… merangkumi PPRT Taman Triang Maju, Jalan Estate, Taman Midland, Taman Lim Chitt, Taman Ann Lok belakang masjid, Paya Tateh, Taman Jasmin, Taman Cheng Siew, Taman Triang Baru dan lain-lain. Kalau lihat kawasan banjir, ada yang lokasinya berdekatan Sungai Triang, ada yang memang asalnya kawasan hitam banjir kilat. Kawasan hitam ini biasanya tempat kediaman yang… kediaman yang wujud lama. Disebabkan kawasan tadahan air dan paya di sekeliling dibangunkan, air menjadi overflow akhirnya melimpah ke rumah mangsa. Yang menghairankan, ia berlaku juga di taman kediaman yang baru siap bina iaitu PR1MA Taman Jasmin. Penduduk pindah masuk tidak sampai satu tahun, rumah banjir teruk.
Jadi saya ingin mempersoalkan, adakah risiko banjir dimasukkan dan diambil kira dalam perancangan perumahan baru dan kenapa taman kediaman yang baru seperti ini boleh dilanda banjir teruk. Tidak dinafikan pelbagai bantuan….
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Berkenaan dengan banjir ini Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, setiap er… musimlah sebelum kita menghadapi musim banjir, saya, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri akan mendengar taklimat yang dibentangkan oleh Jabatan Meteorologi. Dan setiap kali dibentangkan taklimat, lazimnya taburan hujan tu betul, taburan hujan yang dibentangkan tu. Katalah, taburan hujan di Maran ataupun di Bera, betul. Tetapi di mana tempat nak berlaku banjirnya, selalu tak betul.
Saya dah mendengar tiga kali dah taklimat. Baru-baru ini tidak… tidak langsung disentuh pasal banjir er… puing di Bentong dalam taklimat tersebut, tapi berlaku. Begitu juga sebelum itu, hanya dicerita di tempat lain tapi tengok-tengok berlaku banjir di Maran. Jadi sebenarnya banjir ini kadang-kadang taburan hujan itu boleh diramal tetapi di mana tempat nak berlaku banjir itu sukar diramal.
Dan ini… fenomena ini terjadi sebab hujan lebat kadang-kadang tak… tak boleh menampung, tak boleh menampung. Longkang tu tidak boleh menampung hujan lebat, itu yang menyebabkan banjir. Tapi banjir ini lazimnya banjir kilat sepertimana yang berlaku di Bentong baru-baru ini, yang saya pergi baru-baru ini ialah disebabkan longkangnya yang kecil er… sungainya yang dah tohor dan sebagainya.
Jadi, bagi menyelesaikan perkara ini sebab itulah se… selepas banjir besar, Kerajaan Negeri biasanya akan panggil mesyuarat dengan DO dan JPS, JKR dan sebagainya dalam satu mesyuarat. Tetapi kali ini saya telah mengubahkan pendekatan, di mana saya bersama dengan Yang Amat Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengarah JKR, Pengarah JPS dan saya telah meminta supaya kita panggil setiap daerah, katalah Bera. kita mintak Pengarah JKR datang Pengarah JPS datang DO Bera datang.
Saya nak tau 3 perkara je, ye yang pertama sekali kita nak tau punca banjir. Yang kedua apakah isu yang dibuat semasa banjir, yang ketiga apakah cadangan. Dan hasil daripada pertemuan dengan 14 daerah tersebut Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mendapat maklumat yang cukup baik. Contohnya di Cameron Highlands, kita tidak ada pun sistem pergerakan tanah seandainya berlaku pergerakan tanah di Cameron Highlands kita tidak ada alarm, tak ada siren. Jadi yang tu kita masuk walhal kosnya RM1.5 juta sahaja. Dan jumlah keseluruhan kos yang perlu yang asas yang diperlukan untuk kita meminimakan banjir ini ialah lebih kurang RM53 juta.
Dan alhamdulillah kita telah tulis surat kepada Yang Amat Berhormat Menteri dan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak 53 juta untuk kita tentukan apa-apa yang boleh diselesaikan dalam jangka masa pendek. Itu tindakan kita. Kita nak buat benteng nak buat ban ni kos dia terlalu tinggi bawah 300 juta mengambil masa yang agak pan agak panjang.
Jadi maknanya Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, tindakan oleh Kerajaan dah ada. Cuma kadang-kadang berlaku banjir yang di luar jangka tu yang menyebabkan banjir kilat. Yang ini di luar daripada dugaan kita lah, sepertimana yang kita pergi ke sebuah tempat, ada imam masjid tu dia mintak masjidnya dibesarkan. Dia kata setiap kali sembahyang Jumaat masjid ni tak muat. Saya kata Kerajaan Negeri boleh lulus kalau sembahyang Zohor ke, sembahyang Asar ke, penuh macam tu juga. Masalahnya hari Jumaat je masjid itu penuh. Takkan la sebab sembahyang Jumaat
saja kita nak buat masjid besar. Ha, jadi macam itu lah juga kaedahnya analoginya. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya bersetuju bahawa faktor penyumbang kepada banjir banyak termasuk taburan hujan. Tapi perancangan pembangunan memainkan peranan penting juga seperti yang saya nyatakan untuk kawasan…
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Setiap projek pembangunan yang dibuat dia tidak akan terjadi begitu saja. Mesti melalui proses-proses tertentu. Paling-paling tidak enam Jawatankuasa Teknikal sebelum kita meluluskan projek terutama perumahan. Dengan JPS nya, dengan Alam Sekitarnya dengan Jabatan Hutannya dengan PTG nya dengan DO nya dengan PBT nya. Ini adalah Jawatankuasa Teknikal.
Mana mungkin sebuah satu permohonan untuk buat rumah boleh lulus macam tu saja. Dan apabila laporan teknikal ini menyokong untuk diluluskan buat projek perumahan, maka Kerajaan Negeri akan luluskan dan mereka sudah tentulah buat kajian yang terperinci. Tetapi tak tau lah dalam masa yang sama mungkin lah dalam 10 projek adalah 1 atau 2. Tetapi ini berbalik kepada kuasa Allah SWT lah, sebabnya Allah nak tunjuk dia kata sepandai-pandai kamu pun sebaik perancangan kamu pun dia kata jangan lawan aku.
Sebab itulah dalam taburan hujan tu JMG bagi laporan macam mana pun bila berlaku keadaan sebenarnya dia jadi lain daripada apa yang sebenarnya. Jadi saya kena saya nak maklumkan di Dewan Yang Mulia ini bahawa pembangunan kalau hendak dibuat dia tidak boleh berlaku begitu saja mesti ada laporan-laporan tertentu. Ada EIA nya, ada alam sekitarnya dan sebagainya. Tapi kalau nak berlaku juga kita cuba lah atasi pula. Kalau boleh Yang Berhormat bawak kepada kami cakap dalam dewan ini berlakunya banjir kilat di tempat saya ni adalah disebabkan perkara ni 1, 2, 3, 4. Ha, jadi Kerajaan Negeri bolehlah ambil tindakan. Tapi kalau nak menyalahkan pembangunan dan sebagainya tak boleh.
Pembangunan adalah satu proses yang harus diteruskan untuk kehidupan manusia di masa-masa yang akan datang. Kita tidak boleh hidup tanpa pembangunan Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya berharap Yang Amat Berhormat jangan sensitif. Saya bukan menyalahkan pembangunan, Cuma saya ingin menyatakan kenapa projek pembangunan yang baru siap juga akan banjir teruk. Ini sesuatu yang kita perlu mengkaji sebab untuk masa akan datang saya percaya tentu ada projek-projek lain yang akan dijalankan di kawasan Triang dan daerah Bera dan ini bukan projek PR1MA pertama yang dilanda banjir. PR1MA Triang Sentral sama juga dan Kerajaan Negeri juga perlu
menggunakan peruntukan untuk memperbaiki sistem perparitan dan juga err menyelesaikan masalah banjir dan banjir kilat di PR1MA Triang Sentral.
Dato’ Sri Yang di-Pertua boleh mencelah? Er… sememangnya Kerajaan sentiasa mengkaji er… dalam er… melaksanakan apa saja projek pembangunan er… dan yang terkini Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, er… kita daerah Bera telah mendapat kelulusan 1 projek untuk melaksanakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam ataupun Pisma kalau sebelum ini sebenarnya bukan kita tak mintak tapi untuk kerja-kerja yang besar seumpama ini memang di luar kemampuan peruntukan Kerajaan Negeri. Jadi alhamdulillah Kerajaan Persekutuan telah pun er… meluluskan untuk kajian saliran ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya nak mencelah nak bertanya wakil Triang agaknya apakah punca kenaikan air di di Bandar Triang. Dan berapa kerap bandar Triang ini dilanda air, dilanda banjir dalam tempoh hidup Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Untuk banjir yang berlaku pada Disember 2021 ia merupakan banjir yang paling teruk kalau berbanding dengan banjir… sejak banjir yang berlaku pada tahun 1970-an. Memang banjir teruk jarang berlaku di kawasan Triang, hanya beberapa kawasan tertentu sahaja termasuk juga kawasan-kawasan hitam banjir kilat yang sudah banyak kali saya bangkit di dewan ini.
Tapi masalahnya, persoalan yang ingin saya bangkitkan di sini adalah, ada beberapa taman perumahan baru, yang kedua, saya akan teruskan bahawa penduk tidak dapat dinafikan bahawa banyak bantuan telah disediakan kepada mangsa-mangsa banjir. Tetapi saya rasa mangsa-mangsa banjir lebih memerlukan jalan penyelesaian jangka panjang untuk mengelakkan masalah ban masalah banjir berulang.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sememangnya Kerajaan sentiasa mencari jalan sebab itu kalau dulu er… kita tak dapat apa… melaksanakan perancangan dengan sempurna dengan pelaksanaan semua ini saya percaya insya Allah masalah ini akan dapat diatasi dengan lebih baik lagi dan sepertimana kata Yang Berhormat Triang tadi banjir paling teruk tahun lebih kurang tahun 71 ye, jadi hari ni er… apa agaknya yang menyebabkan banjir itu begitu teruk sekali, adakah kita nak menyalahkan faktor pembalakan juga dalam hal banjir di Triang ini Yang Berhormat?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Dato’ Sri pihak Kerajaan sepatutnya saya dapat jawapan daripada pihak Kerajaan bukannya saya yang jawab persoalan ini.
Sidang dewan ini Yang Berhormat bukan soal soalan dan jawapan. Kita sentiasa bertukar-tukar pandangan. Saya cuma bimbang sekiranya Yang Berhormat berfikiran seperti sebahagian daripada apa rakyat kita ni yang kurang faham masalah ini mereka tak dapat menerima hakikat bahawa hujan yang melanda beberapa kawasan ni adalah dalam keadaan luar biasa. Kalau kita tengok hulu kepada Sungai Triang ini air ni datang daripada Sungai Jelebu, Yang Berhormat. Jadi berapa kali kita dengar Jelebu ini apa… mengalami banjir. Kita tahu bahawa Jelebu ni sebenarnya Yang Berhormat telah keadaan sekarang ni antara kawasan paling kering, paling panas dan Jelebu ini dia bersebelahan dengan Ulu Langat.
Jadi hujan yang sebelum ini yang biasanya macam monsun timur laut ini ya, dia jarang sekali dia melampaui banjaran Titiwangsa tapi kali ni kalau kita tengok hujan di Ulu Langat tu dia lebih awal lebatnya banjir di Selangor itu lebih awal sebelum berlakunya banjir di Jelebu, sebelum air Jelebu tu sampai ke bandar Triang, Yang Berhormat. Jadi ini perkara-perkara yang daripada awal tadi Yang Berhormat Menteri Besar cuba jelaskan sebagai contoh tahun 71 pun ada banjir besar di Kuala Lumpur.
Saya pun tidak tahu pada ketika itu pembalakan di mana yang menyebabkan banjir besar di apa… di… di… bangunan Sultan Abdul Samad pada ketika itu. Sama juga dengan banjir pada hujung tahun yang lepas, saya tak tau kawasan pembalakan yang manakah yang menyebabkan banjir di Bandaraya Kuala Lumpur. Jadi saya percaya kita sepatutnya dalam melihat satu perkara itu kita kena consider all factors mengambil kira semua faktor ye dan kita cari jalan. Tidak ada orang kata total solution satu perkara kita selesai satu perkara selesai semuanya jarang-jarang berlaku Yang Berhormat. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat panjang lagi? Ringkaskan.
Tidak, saya sering dikacau. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Dato’ Sri selalu prihatin dengan tentang isu di kawasan Triang. Selalu berusaha mempertahankan pihak Kerajaan apabila saya membangkitkan isu di kawasan Triang. Okey 2 isu lagi, tentang kecurian buah sawit. Saya telah bangkitkan isu ni pada mesyuarat lepas tapi saya di erm… man… sak… malangnya hal ini masih teruk dan masih berleluasa.
Saya nampak pekebun-pekebun hampir nak give up dan tidak tahu apakah usaha kerajaan yang telah dilakukan untuk membantu pekebun-pekebun ini. Walaupun harga sawit naik tinggi orang gembira tapi untuk pekebun-pekebun golongan pekebun ini buah sawit ini boleh nampak tapi tak boleh kutip sebagai hasil sendiri. Sebab belum kutip sebagai hasil orang sudah curi, curi habis.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Isu terakhir tentang bantuan khas COVID yang disediakan oleh NADMA. Jadi er pada tahun lepas NADMA telah menyediakan bantuan khas COVID-19 untuk kes positif dan kontak rapat sekiranya mereka dikuarantin dan dalam tempoh kuarantin kehilangan pendapatan, kerajaan memberi subsidi RM100.00 sehari maksimum 14 hari. Apabila bantuan ini diperkenalkan pada masa itu, kontak rapat wajib kuarantin 14 hari, kes
positif wajib kuarantin 14 hari. Jadi maksudnya untuk setiap pemohon, kerajaan boleh memberi bantuan maksimum RM1, 400.00. Tetapi untuk masa sekarang dengan peratus tinggi yang ramai yang sudah lengkap vaksin, tempoh kuarantin bagi kes positif adalah 7 hari manakala bagi kontak rapat kalau tiada simptom, sudah lengkap vaksin dos penggalak tidak perlu kuarantin.
Jadi maksudnya, bantuan yang dihulurkan kepada pemohon adalah RM700.00 telah dikurangkan. Jadi, saya tidak nampak kenapa kerajaan menghentikan bantuan ini sehingga 31 Mac tahun ini. Sebab mulai 1 April tahun ini, negara kita akan masuk fasa peralihan ke endemik. Jadi maksudnya, SOP-SOP akan dilonggarkan lagi. Jadi maksudnya, terdapat kemungkinan dan risiko tinggi untuk rakyat-rakyat dijangkiti COVID-19. Jadi, pada masa itu kes-kes positif masih juga kena kuarantin apabila mereka dikuarantin, pendapatan terjejas juga. Jadi, saya ingin mengambil perhatian kerajaan supaya mengkaji semula untuk meneruskan bantuan khas COVID-19, terima kasih. Itu sahaja ucapan saya, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Triang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Luit.
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, pertamanya mohon saya buka pelitup mukalah walaupun dah biasa 3 tahun pakai tapi lemas juga.
Ya boleh, boleh. Masa 15 minit.
Pertamanya, saya ucap syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat bersama dengan Ahli-ahli Dewan Negeri pada persidangan kali ini. Juga nak menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang pada hari semalam.
Seperti biasa juga saya ucap terima kasih juga kepada pegawai-pegawai kakitangan kerajaan yang bertugas di tempat saya, di daerah Maran khususnya, yang diketuai oleh Dato’ Pegawai Daerah saya, Dato’ Sharuddin Jali. Dan saya nak ucap juga satu ucapan terima kasih khas kepada Pegawai Penerangan Daerah Maran, saudara Nizam Abidin sejak akhir-akhir ni nampaknya aktif membuat apa ni er… buat video aktiviti-aktiviti yang berlaku di Maran melalui PMR atau Pusat Maklumat Rakyat Maran untuk disiarkan kepada masyarakat di luar sana.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Kita bercakap di sini pun sejak 18 lagi dah, tahun 2018. Jadi, banyak perkara kita dah sebut dalam Dewan ni, pelbagai perkara mengenai hal ehwal masyarakat kita sendiri. Jadi, Luit pun tak ketinggalan juga seperti ahli-ahli yang lain, kita banyak mengutarakan isu-isu seperti bekalan air, er… bandar purba, tebatan banjir, perumahan generasi muda, generasi apa ini… golongan termiskin yang memerlukan
rumah, kemudahan-kemudahan asas jalan raya, jambatan, kesihatan, hospital dan sebagainya.
Macam bekalan air tadi saya rasa tak hairan kalau sebelah sini bercerita tentang masalah bekalan air, tapi saya agak terkejut juga daripada Dong pun sebut masalah air. Jadi, maknanya ini bukan perkara baru ya, masalah air ini. Jadi, saya bimbang juga masyarakat di luar melihat macam kerajaan tak berfungsi sangat pasal lama sangat isu-isu begini berlarutan berpuluh-puluh, berbelas-belas tahun ya.
Jadi, sesuai sangatlah juga dengan apa ni Titah Diraja semalam yang menyatakan agar semua jabatan dan institusi dapat mempercepatkan pelaksanaan projek yang telah diluluskan. Saya rasa ini satu isu semua wakil rakyat memperkatakannya dan apa yang kita sebut pun selama ni bukanlah isu baru tetapi telah pun diutarakan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Macam kita di Luit ini sudah pastinya pemimpin dulu itu bukan orang lainlah, daripada kalangan parti kerajaan juga. Jadi kita cuma menyambung sahaja hasrat-hasrat mereka untuk menyelesaikan apa ini… permasalahan penduduk tempat kita.
Saya juga pada persidangan yang lepas Tuan Yang di-Pertua, saya juga menarik perhatian dewan mengenai beberapa cadangan seperti saya menyebut pembangunan dan industri reka bentuk, design industry. Saya juga menyebut penyertaan kalau boleh kerajaan menyertai program apa ini… World Industrial Design Day yang saya rasa memberi impak besar kepada Kerajaan Negeri. Juga saya dalam cadangan saya disokong oleh lahirnya beberapa tokoh designer daripada negeri Pahang ini.
Dari setiap tahun ada saja tokoh-tokoh, pelajar-pelajar kita anak Pahang, yang berjaya dalam pertandingan contohnya yang bertaraf dunia, tokoh-tokoh pereka industri inovasi. Dan hari ini saya nak sebut lagi seorang iaitu Saudara Bostami ya, dia orang Maran yang sekarang bekerja sebagai Designer Automotive di syarikat kereta Lamborghini di Itali. Saya rasa inilah ikon-ikon kita yang boleh kita ketengahkan menjadi satu modal kepada negeri kita untuk menaikkan imej terutama dalam industri baru industri reka bentuk ini.
Selain daripada itu juga, saya juga menyebut perkara-perkara lain mengenai apa ini tentang industri perkayuan, perabot, sukan juga. Menyebut tentang rally pada persidangan lepas. Ada satu organisasi berminat untuk menganjurkan rally di tempat kita. Jadi, ini semua perkara-perkara bolehlah kita bincangkan dari semasa ke semasa insya-Allah. Jadi, sebagai pemimpin kecil dalam masyarakat, kita bukan sahaja nak melihat pembangunan fizikal di tempat kita tetapi kita jaga juga pembangunan-pembangunan kerohanian terutamanya kepada penduduk tempat kita ni sama ada dari segi pendidikan apatah lagi dari segi keagamaan. Kejayaan kita memenuhi dan menyelesaikan masalah rakyat ni bukanlah menjadi tanggungjawab duniawi sahaja tetapi tanggungjawab kita untuk bekalan kita di akhirat nanti.
Jadi, saya ambil kesempatan juga mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pihak kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita atas usaha gigih, yang beliau usahakan untuk mensejahterakan negeri ini dan banyak dalam persidangan-persidangan kita yang lepas kita dapat maklumat tentang pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan sama ada menyediakan kemudahan perumahan, pelajaran kepada rakyat, peluang pekerjaan, program kesihatan dan yang penting juga hubungan baik di kalangan rakyat dan pemimpin di negeri ini dan dalam Titah Diraja juga semalam ada dinyatakan bahawa pihak kerajaan membelanjakan RM75 juta untuk operasi COVID-19 setahun dua ini.
Jadi, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
COVID ni sebenarnya musibah kepada kita, banjir juga musibah, tanah runtuh juga musibah dan perkataan yang terbaru saya nak sebut sini ialah tanah terbang pun musibah. Sebab pada malam kejadian banjir besar di Bentong itu saya ada di Bentong dan saya dapat bau tanah yang turun daripada puncak gunung itu dan saya percaya tanah tu bukan kategori biasa, dia terbang… biasa turun terjun ke bawah sampai tinggal permukaan batu dah atas-atas gunung tu.
Jadi, malam tu saya boleh dapat bau tanah, air mengalir dengan derasnya atas jalan raya, kayu-kayu berlanggaran sesama sendiri semua kita dengar malam tu. Jadi, saya antara ratusan orang atau mungkin ribuan orang yang terkandas di Bentong pada malam itu dan ini semua musibah. Dan kita orang Islam sudah pasti menerima musibah ini. Kita percaya bahawa ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan ada perkara yang mungkin Allah Taala nak bagitahu kita sesuatu.
Jadi, kepada rakan-rakan yang duduk di tempat yang banjir itu, kena terima juga ini sebahagian daripada kerja Allah Taala. Jangan kita asyik menyebut kerajaan sana, kerajaan sini, projek sana mengganggu banjir, punca-punca dan sebagainya. Sebab memang kita orang Islam kita percaya. Ayat Quran pun ada sebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 155. Saya nak mengaji pelat pula, tak apalah saya baca maksud dialah “Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut”, memang malam tu berasa juga takut… “kelaparan dengan berlakunya kekurangan pada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”.
Jadi, bila kita agak ingat bahawasanya ini adalah kerja-kerja Allah Taala, kita insya-Allah kita dapat bertahan. Jadi, saya ambil kesempatan ini nak menyeru kepada Dewan marilah kita bersama bersatu membawa negeri kita ini, mendekatkan diri kita ini dengan membawa kehidupan Islam dalam masyarakat ini, kehidupan Islam yang sebenarnya. Insya-Allah kita akan dapat menghadapi segala musibah, ujian-ujian daripada Allah Taala dengan lebih kuat lagi. Semoga dengan usaha ini kita berdoalah semoga Allah memberkati dan merahmati kita dan negeri kita ini.
Saya mengambil kesempatan ini juga nak mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadan dan menjalani ibadah puasa yang akan datang ini. Menjunjung kasih atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang atas Titah Baginda dan saya menyokong usul ini. Sekian terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja].
Terima kasih Yang Berhormat Luit. Seterusnya yang terakhir untuk petang ini saya menjemput Yang Berhomat Panching.
Assalamualaikum WBT, Selamat petang. Tuan Yang di-Pertua, Dato’ Sri Menteri Besar dan seluruh EXCO tidak lupa juga kepada Ahli-ahli Berhormat sekalian. Er… pertamanya terima kasih kerana diberi peluang kepada saya untuk membahas ucapan Titah Pemangku Raja Pahang. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan er… tahniah dan juga mewakili sebahagian daripada guru-guru SMAN untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang yang telahpun er…menaikkan gred er… status
kerja mereka daripada pekerja bayaran ASPA kepada Perjawatan Guru Kontrak DG41. Terima kasih Dato’ Sri MB [Ahli Dewan menepuk meja].
Jadi er… dengan perjawatan tersebut secara tak langsung dapat memberi lebih semangat kepada guru-guru kita untuk terus berbakti, membina, mendidik anak bangsa kita dan semoga er… selepas daripada ini kita akan lihat perjawatan guru-guru SMAN paling rendah pun duduk pada kategori DG41 (contract of service) insya-Allah. Cuma dalam er… perjawatan tersebut ada juga sedikit er… rugutan daripada mereka antaranya ialah berlakunya pengagihan yang tidak seimbang kepada guru-guru kontrak baru-baru ini. Serta juga sebahagian daripada mereka ada yang dipostingkan er… pada zon yang sangat jauh. Daripada tempat asal mereka mengajar.
Jadi sebahagian mereka ini sebenarnya bukan guru baru. Mereka ini guru yang dah lama mengajar dah er… dah berkeluarga di situ. Ada yang mengajar di Kuantan dipindahkan ke Lipis contohnya. Sedangkan dah ada anak, dah ada isteri. Memang agak sukar bagi mereka. Ada yang dah selesa di kuliah Pekan, dipindahkan ke Temerloh. So, saya tak pasti kajian apakah yang dibuat oleh pihak jabatan dalam menentukan kedudukan posting mereka. Apa pun saya ucapkan terima kasih mewakili guru-guru tadi. Selepas kita bangkitkan, beberapa ADUN lain bangkitkan alhamdulillah, tindakan yang sangat mesra rakyat daripada Kerajaan Negeri.
Yang keduanya, Dato’ Sri Yang di-Pertua….
Sebenarnya lama dah Menteri Besar mengatur benda ini. Tapi bagus jugalah Panching sebut itu, dapat markah sama-sama [Ahli Dewan tepuk meja].
Terima kasih EXCO. Semalam saya doa banyak ke dia bagi menang boling itu kebelakang [ketawa].
Tapi Panching menang, menang lebih satu dari saya.
Tuan Yang di-Pertua,
Er… saya masih lagi ingin menyentuh dalam ucapan saya ini berkenaan Sekolah Menengah Agama Negeri, yang saya kira antara aset utama juga sekolah kita. Di mana saya lihat ada er… kekurangan dari sudut permintaan terhadap course sains di Sekolah Menengah Agama Negeri. Kalau boleh saya kongsikan di sini, sebelum ini ada lima Sekolah Menegah Agama Negeri yang aliran sains tapi dah ditutup dua di Rompin dan juga di Maran. Yang masih tinggal lagi ada tiga. Jadi sebenarnya kita er… sangat perlukan profesional yang juga memiliki latar belakang agama untuk memimpin masyarakat pada masa yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya lihat di Pahang subur dengan Maahad Tahfiz Negeri, Maahad Tahfiz Quran bukan sahaja anjuran, bukan sahaja pembinaan daripada Kerajaan Negeri bahkan
juga ada daripada pihak-pihak swasta er… yang berusaha untuk membangunkan Maahad Tahfiz Negeri. Cuma kita mungkin ketinggalan untuk membangunkan Maahad Tahfiz Al-Hafiz Hadis yang juga merupakan sumber kedua umat Islam. Kalau kita lihat di sesetengah tempat di Pakistan, di India contoh dululah, antara negara yang sangat menitik beratkan tentang pendidikan hadis. Jadi kalaulah kita di Pahang dapat mengetengahkan er… pusat untuk pendidikan hadis saya kira itu di antara usaha yang sangat baik dan mungkin juga kita boleh manfaatkan institusi pendidikan kita yang sedia ada juga contohnya er… UNIPSAS. Mungkin kita boleh peranankannya untuk mengembangkan lagi program hadis terutamanya kepada warga SMAN.
Tuan Yang di-Pertua,
Pada kali ini juga suka untuk saya sentuh tentang isu duit banjir. Bantuan wang ihsan banjir yang diberikan oleh Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri sehingga hari ini dalam DUN saya masih ramai lagi yang belum menerima duit bantuan banjir. Saya dimaklumkan duit itu dah ada, cuma dalam proses pengagihan. Cuma jarak di antara satu err…satu group ke group yang lain agak… agak lama. Baru ini bila saya rujuk balik dengan Pejabat Daerah dia cut-off sekejap untuk selesaikan pendaftaran dan baru dibuka semula.
Jadi bagi mangsa-mangsa banjir ini, bila tengok jiran dia dapat, depan, kiri, kanan walaupun kita bagi tahu dapat er… insya-Allah dapat, tapi dia tak percaya dekat kita dah. Ha, ini dia kira dia tak dapat lagi. Jadi antara perkara yang saya kira perlu diperbaiki ialah proses kutipan data dan juga proses er… dan juga kaedah memproses data tadi ya, supaya er... usaha pengagihan dapat berjalan dengan lancar. Alhamdulillah kali ini rakyat menerima sumbangan paling banyak dan paling cepat ya paling cepat daripada Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat. Cuma mutakhir ni ada yang masih lagi yang ramai yang belum menerimalah.
Dalam er... isu memproses bantuan banjir ini suka juga untuk saya bangkitkan berkenaan dengan antara kumpulan yang banyak membantu kita dalam kerja-kerja banjir ini itu Pejabat Penghulu. Pejabat Penghulu ini ketika musim banjir, musibah, ketika berlaku apa ribut dialah antara orang yang paling sibuk. Tapi saya lihat di Pejabat Penghulu dia tidak ada kenderaan yang sesuai digunakan untuk dia redah banjir. Sikitlah yang rendah ini untuk dia pergi tempat-tempat yang susah, kampung dan sebagainya. Saya kira kena juga kita melihat kemudahan-kemudahan yang boleh kita berikan kepada penghulu dan juga pegawainya supaya dia dapat er… membantu kerajaan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan masalah rakyat ini.
Tuan Yang di-Pertua,
Antara perkara yang saya jumpa juga dalam lawatan-lawatan ke kampung-kampung ialah berkenaan dengan kesan daripada vaksin dan juga booster. Jadi ada yang selepas vaksin pertama, sakit. Ada yang selepas booster, sakit. Jadi kita tidaklah menyalahkan pihak kementerian, pihak Kerajaan. Kita pun tak tahu sebenarnya punca apa dia. Cuma saya lihat ada kekurangan sikit dari sudut er… selepas mereka yang divaksin dan mengambil booster ini, ada menerima kesan yang buruk kepada mereka ini. Tidak ada tindakan susulan daripada kementerian er… contohnya datang, uruskan, mungkin dia ada keperluan yang dia susah ke, dia perlukan ubat apa ke, dia perlukan rawatan apa ke, yang ini tak berlaku. Mungkin berlaku di kawasan lain, tapi di tempat saya tak berlaku perkara ini.
Saya ada dua, tiga kes sebenarnya di tempat saya yang kita dipanggil melawat itu antaranya kerana isu-isu berkaitan dengan vaksin ini. Jadi harap sangat supaya er…
kita dah suruh rakyat ambil vaksin, rakyat ambil ada kesan sebahagian kecil lah. Sebahagian kecil ada kesan dan saya kira yang ada kesan ni tidak perlulah kita minta NGO yang perjuangkan nasib mereka. Ada kes itu yang PPIM yang ambil kes. Saya pun ada tanya ada tak pegawai er… Kementerian datang tanya, macam mana, apa yang kena buat sebab dia dah sakit, tak boleh bekerja er… ada yang dah memang tak boleh kerja langsung daripada awalnya. Jadi, apa tin… selain daripada NGO tadi, kita sepatutnya daripada kerajaan ini, kena ada juga usaha untuk mendekati golongan yang… yang terkesan dengan proses vaksinisasi daripada pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua,
Er… untuk akhirnya, saya nak sebut sikit isu setempat di tempat saya iaitu berkenaan dengan Sekolah Kebangsaan Panching Timur. Antara sekolah yang telah dibangunkan selama 44 tahun. Walaupun sekolah ini di kawasan FELDA tapi saya kira antara sekolah yang agak ketinggalan sikit dari segi fasilitinya.
Antara kekurangan fasiliti di sekolah ini ialah sekolah ni tidak ada bilik RBT, tidak ada bilik guru, bilik rehat guru, tidak ada… tidak ada bilik kaunseling, tidak ada bilik operasi buku teks, tidak ada bilik rawatan, bilik stor. Bilik guru terpaksa juga digunakan sebagai bilik untuk simpanan barang, tidak ada surau, tidak ada bilik pendidikan muzik, tidak ada bilik simpanan barang, tidak ada bilik stor simpanan barang, tidak ada bilik j-QAF, tidak ada bilik pendidikan seni, tidak ada bilik mesyuarat Gerakan [Ahli Dewan ketawa].
Jadi saya kira, dia… perkara ini saya fikir mungkinlah guru besar ni dah mungkinlah bawak juga, tapi bila kita sebut kat sini mungkin saya harap ada tindakan daripada pihak jabatan untuk melakukan lawatan melihat dan ada cadangan er… untuk dinaik taraf sekolah di kawasan FELDA ini.
Dan er… untuk akhirnya Yang di-Pertua,
Saya juga mengharapkan kita semua supaya dapat sama-sama untuk er… doakan sahabat kita YB. Lepar ini, Dato’ Rahim. Dato’ Rahim ni saya suka Dato’ Rahim ni, dia orang er… YB. yang sangat baik er… disenangi rakyat dan setiap kali kalau YB. Rahim ni dia turun ke kawasan-kawasan kita ni untuk apa-apa aktiviti program, dia tidak akan ketepikan YB. Kawasan, Dato’ Rahim ni. YB. Lepar ini er… bantuan banjir ke, perasmian rumah ke, mesti dia akan maklumkan ik… ajak kita supaya terlibat sekali. Jadi sama-samalah kita doakan supaya diberikan kesihatan kepada er… YB. Lepar ni, insya-Allah. Saya dengan ini menyokong [Ahli Dewan menepuk meja].
Terima kasih Yang Berhormat Panching. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada hari ini seramai 14 orang Ahli Dewan telah mengambil bahagian di dalam perbahasan ini, dan saya mengucapkan ribuan terima kasih. Insya-Allah persidangan kita akan disambung semula pada hari Rabu, 30 Mac 2022, bermula jam 9.30 pagi. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan jam 3.04 petang]