Pahang · 30 March 2022

14th Assembly, 5th session, 1st meeting · 201 turns · 28,919 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari

: Rabu, 30 Mac 2022

bersamaan

27 Syaaban 1443 Hijrah

DOA

Bacaan doa.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepadaNya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan TaufikMu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin, Ya Rabbal A’lamin.

Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulilah, marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur kehadrat Allah SWT kerana dapat meneruskan Persidangan pada hari ini dan untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat pada kali ini saya dengan sukacitanya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Padang Tengku, silakan.

Dato’ Yang di-Pertua,

Saya mewakili ADUN Padang Tengku mohon mengemukakan soalan nombor 1.

[Pembangunan Tanah Rezab Melayu (TRM) Di Negeri Pahang:

i) Senaraikan: Jumlah terkini keluasan tanah yang telah digazetkan sebagai Tanah Rizab Melayu (TRM) di seluruh Negeri Pahang mengikut Daerah.

ii) Menyatakan apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan Tanah Rezab Melayu (TRM) yang strategik dan berpotensi demi meningkatkan ekonomi orang melayu.]

Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan yang dibangkitkan oleh ADUN Padang Tengku ialah berkenaan dengan Tanah Rizab Melayu di negeri Pahang. Ada dua soalan yang dikemukakan di Sidang Dewan ini. Yang pertama, ADUN Padang Tengku ingin bertanyakan keluasan tanah yang telah digazetkan kepada… sebagai Tanah Rizab Melayu di seluruh negeri Pahang mengikut daerah.

Untuk makluman Sidang Dewan sehingga 25 Februari 2022, jumlah keseluruhan keluasan Tanah Rizab Melayu di negeri Pahang yang diwartakan di bawah Enakmen Rizab Melayu (ERM) adalah seluas 436,910.47 hektar atau bersamaan dengan 1,079,629.28 ekar.

Butiran terperinci jumlah keluasan kawasan Tanah Rizab Melayu mengikut daerah adalah seperti berikut: Di Bentong terdapat 5,034.86 hektar, di Bera... kalau PTG disebut Bera. Saya pun tak tau yang mana satu, Bera ke Bera ke… Bra… er... apa dia ustaz? Bera… Bera… nanti kita rujuk kepada pakar Bahasa Melayu.

Tapi saya suka menggunakan Beralah. Ya. Orang Lepih panggil Bera tapi PTG pun bukanlah orang bandar sangat [ketawa], orang Mela. So, Bera 38,536.85 hektar, Cameron Highlands 2,682.79 hektar, Jerantut 96,734.35 hektar, Lipis 56,825.79 hektar, Maran 60,760.42 hektar, Pekan 52,260.44 hektar, Raub 13,582.37 hektar, Rompin 19,355.32 hektar, Temerloh 59,481.23 hektar, Kuantan 31,656.05 hektar. Menjadikan jumlah keseluruhannya 436,910.47 hektar.

Itu bagi jawapan yang pertama. Yang kedua, ADUN Padang Tengku bertanyakan perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan Tanah Rizab Melayu yang strategik dan berpotensi bagi meningkatkan ekonomi orang Melayu. Tanah Rizab Melayu yang strategik dan berpotensi terutamanya dari sudut ekonomi akan dibangunkan mengikut kesesuaian dan keperluan khususnya untuk masyarakat Melayu setempat.

Antara strateginya ialah yang pertama sekali ialah pelaksanaan Skim Tanah Rakyat (STR) yang mana ianya merupakan suatu bentuk pembangunan berkonsepkan Rancangan Tanah Kelompok (RTK). Tanah Rizab Melayu yang dibangunkan melalui pendekatan ini adalah sama… adalah sama dengan… untuk dijadikan lot kediaman atau diusahakan dengan aktiviti pertanian dengan objektif untuk meningkatkan lagi taraf sosioekonomi masyarakat orang Melayu.

Melalui pendekatan ini, kerajaan negeri akan dapat manfaat strategi serampang dua mata yang mana kawasan tanah kerajaan yang berkenaan bukan sahaja dapat dibangunkan dengan Skim Tanah Rakyat malahan keluasan Tanah Rizab Melayu

yang sedia ada turut dapat dipertingkatkan apabila kawasan tersebut seterusnya akan diwartakan sebagai kawasan simpanan Melayu di bawah Enakmen Rizab Melayu. Dalam hal ini sejumlah 7,814.37 hektar keluasan kawasan Tanah Rizab Melayu akan dapat ditambah daripada jumlah keseluruhan sedia ada 436,910.47 hektar pada awal tahun 2022.

7,814.37 hektar kawasan yang terlibat dengan pembangunan Skim Tanah Rakyat (STR) tersebut akan diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu dan tindakan ini akan dapat membantu hasrat Kerajaan Negeri untuk merealisasikan usaha meningkatkan keluasan Tanah Rizab Melayu secara berterusan.

Yang keduanya ialah pengurangan premium bagi pembangunan Tanah Rizab Melayu. Pada masa yang sama Tanah Rizab Melayu sedia ada juga turut dibangunkan bagi tujuan pembangunan projek perumahan untuk memudah cara pemilikan rumah ataupun hartanah di kalangan masyarakat orang Melayu di negeri Pahang.

Premium yang dikenakan kerajaan negeri untuk setiap kelulusan hanya separuh sahaja daripada nilaian sebenar jumlah premium tanah yang perlu dibayar oleh pemilik tanah. Pendekatan ini sesungguhnya jelas telah dapat banyak membantu mengurangkan kos pemilikan tanah, kos pembangunan serta pada masa yang sama dapat menyumbang kepada peningkatan peratusan pegangan atau pemilikan tanah masyarakat orang Melayu di negeri Pahang.

Yang ketiga ialah pengecualian syarat pembelian Rumah Kos Sederhana Rendah bagi Tanah Rizab Melayu. Dalam proses kawalan kelulusan pemajuan di negeri Pahang, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang menggunakan Pekeliling Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang Bil. 1/2019 iaitu mendapatkan keperluan penyediaan 30% Rumah Kos Sederhana Rendah bagi pembangunan yang dibuat di atas tanah milik.

Namun dasar ini dikecualikan bagi pemajuan di atas Tanah Rizab Melayu bagi memberi ruang pembangunan yang bernilai tinggi dapat dilaksanakan di atas Tanah Rizab Melayu. Bagi Tanah Rizab Melayu di kawasan perbandaran, semua Rancangan Tempatan (RT) Daerah di negeri Pahang telah dizonkan sebagai kawasan pembangunan baru seperti perumahan, komersial dan industri.

Di daerah Kuantan contohnya, kawasan-kawasan seperti Pinggiran Putra, Cempaka Aman dan Kempadang Perdana telah dizonkan sebagai kawasan perumahan terancang yang dapat meningkatkan nilai tanah dan potensi pembangunan di kawasan-kawasan tersebut.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, itu sahajalah bagi jawapan yang dikemukakan oleh Padang Tengku. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Muadzam. Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah mohon Yang Amat Berhormat MB, memberikan pencerahan berapakah pertambahan Tanah Rizab Melayu sehingga 2022 ni? Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya tidak mempunyai angka tepat tetapi seingatan saya selepas ataupun sebelum merdeka Tanah Rizab Melayu negeri Pahang ni 8% lebih sahaja yang telah ditetapkan dan sekarang ni ada dalam 12% lebih sikit, maknanya ada peningkatan dalam 3%. Jadi… er… angka sebenarnya tapi tak lari jauh sebab saya ingat sangat nombor 8 favourite nombor saya jadi Tanah Rizab Melayu dapat 8 perpuluhan berapa peratus saya tak ingat tetapi sekarang ini dah ada 12%. Ada peningkatan dalam 3% lebih kurang. Pokoknya ada peningkatan untuk rizab. Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Cheka.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Terima kasih Dato’Sri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan ke-2.

[a) Apakah matlamat dan target yang hendak dicapai oleh "This Is Pahang-2022 -Unlimited ?

b) Apakah strategi dan cara pelaksanaan agar matlamat itu tercapai?]

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya nak membuat sedikit pembetulan, Yang Berhormat di-Pertua. Semalam apabila saya cakap taufan ryan... bukan Taufan Ryan, Taufan Rai. Mintak maaflah Ryan… Rai. Silap sikit kepada Wakil daripada Bilut semalam apabila saya menerangkan tentang taburan hujan yang begitu… yang begitu banyak yang kita terima disebabkan oleh Taufan Rai yang melanda Filipina tetapi ianya sampai ke mari.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua,

Er… bagi soalan er.... nombor 2, Wakil daripada Cheka. Soalan pertama, majlis pelancaran This Is Pahang 2022 - Unlimited telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah er… pada 17 Januari 2022 yang lalu. This Is Pahang 2022 - Unlimited telah yang merupakan tema baru industri pelancongan Pahang bagi… dan… adalah bermatlamat untuk mempromosi berbagai, kepelbagaian produk pelancongan di negeri Pahang.

Dua tahun wabak pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia dan semestinya industri pelancongan merupakan industri yang paling terjejas teruk. Dengan adanya tema pelancongan baru ini kerajaan negeri telah menetapkan sasaran sebanyak 8 juta orang pelancong akan mengunjungi destinasi pelancongan yang terdapat negeri ini.

Bagi merealisasikan tema pelancongan This Is Pahang 2022 – Unlimited, pelbagai inisiatif telah dirangka sepanjang tahun 2022 bagi menambah bilangan pelancong di negeri ini. Negeri Pahang sinonim dengan kepelbagaian alam semula jadi yang menjadi tarikan pelancong di dalam dan di luar negara seperti Tioman, Taman Negara, Cameron Highlands dan sebagainya.

Terdapat juga acara pelancongan peringkat antarabangsa yang akan diadakan iaitu Ocean Canoe International Challenge iaitu acara sukan air bertaraf dunia yang diadakan di jajaran persisiran pantai sepanjang 240 km. Terdapat juga program iaitu Pahang Hiking Day yang telah dilancarkan pada 20 Mac 2022 yang baru-baru ini kita mengenal pasti sebanyak 79 bukit dan juga gunung yang ianya boleh dijadikan destinasi mendaki oleh pencinta-pencinta pendaki di negeri Pahang ini dan lebih pada 2,000 batang sungai yang ada, yang… ianya juga boleh dijadikan tempat untuk mereka… er… hiking ataupun untuk mereka beriadah, yang melibatkan semua daerah seperti yang saya nyatakan.

Aktiviti ini bermanfaat mempromosikan lokasi... er… pendakian di setiap daerah di samping membantu menjana ekonomi pengusaha hotel dan resort serta penduduk setempat di kawasan tersebut. Selain daripada itu Tourism Pahang juga akan menyertai expo-expo pelancongan yang akan diadakan di dalam dan juga di luar negara bagi mempromosi kepelbagaian produk-produk pelancongan negeri Pahang.

Sebagai contohnya bulan 5 ini kita ada Arabian Tourism Mart di mana… di Dubai akan diadakan expo pelancongan yang besar. Selain daripada itu kita juga akan terus aktif mempromosi di sosial media. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat dari pihak kerajaan.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Yang Berhormat, ada pendapat yang mengatakan kejayaan pelancongan di Pahang banyak bergantung kepada Genting Highlands Resort sahaja. Padahal tempat-tempat penarikan yang lain masih kurang berjaya. Mintak pencerahan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Di waktu yang biasa ya sebelum COVID, kehadiran pelancong adalah sebanyak… seramai 15 juta orang dan separuh daripadanya pergi ke Genting Highlands dan separuh daripadanya di merata tempat di seluruh negeri Pahang. Jadi sebab itulah sememang… sebab itulah kita akan terus mempromosi supaya limpahan pelancong ini dia bukan hanya tertumpu kepada Genting Highlands tetapi juga kepada tempat-tempat lain seperti di Lipis sebagai contohnya er… apa namanya seperti juga di… di… Taman Negara yang naik di sebelah Lipis. Begitu juga di tempat-tempat lain apa namanya di… di… apa nama di… di… Tioman, di Kuantan dan sebagainya.

Sebab itulah kita sentiasa akan cuba sedaya-upaya mencuba memperkenalkan produk-produk baru, hah. Jadi, insya-Allah pada hari esok Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan melancarkan satu produk baru iaitu Astro-tourism. Bukan astro tu… bukan astro yang… apa astro juga. Er… dia satu… baseball, ini… apa… er… salah satu daripada pasukan baseball di Texas tu nama dia Astro juga tapi ini Astro-tourism. Jadi, Astro-tourism tu kita tunggulah pelancarannya pada hari esok Yang Amat Berhormat Dato’ Sri akan melancarkannya di tingkat 7.

Kita tak boleh nak panggil orang ramai-ramai. Kita yang penting sekali produk tersebut akan dihebahkan ke seluruh er… pelusuk dunia tentang apa yang ada selain daripada hiking, canoe kemudian hari esok, Astro-tourism. Apa itu Astro-tourism? Esok akan ada jawapannya. Jadi ini adalah sebahagian daripada usaha kita dan dalam masa yang sama juga kita juga akan upgrade, dengan izin, tempat-tempat pelancongan yang lama yang memerlukan penaiktarafan, penaik taraf dan juga apa er… apa namanya mungkin ditambah baik tempat-tempat tersebut.

Jadi Yang Amat Berhormat Yang Di-Pertua, sememangnya kita tidak menyangkal bahawa Genting Highlands selain daripada ada theme park kerana sebab itulah Genting Highlands pun dia kena progress juga. Dia tidak boleh di takuk yang lama saja sebab tulah dia diruntuhkan theme park lama dibuat theme park baru kerana apa? Kerana mereka juga nak pastikan bahawa produk yang mereka ada itu ianya sejajar dengan kehendak masa dan waktu dan begitu juga Tourism Pahang.

Jadi kita bernasib baiklah. Apa nak buatkan? Yang penting orang yang masuk ke Pahang sebabnya Yang Berhormat daripada Cheka, sikit lagi sebab tanah tinggi yang ada semuanya di Pahang. Genting Highlands, Cameron Highlands, Bukit Fraser, Bukit Tinggi. Jadi kita ni beruntung, sungai, Taman Negara dan lain-lain lagi. Pulau tercantik di dunia salah satu daripadanya dan lain-lain lagi. Terima kasih.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan tambahan.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Beserah… Beserah.

Terima kasih Dato’ Sri Yang Di-Pertua,

Saya ucap tahniahlah kepada kerajaan negeri atas segala usaha yang dibuat untuk memulihkan industri pelancongan. Cuma saya ingin bertanya tidak adakah pilihan, tagline dia cantik dah, This Is Pahang 2022-Unlimited lepas tu ada Astro-tourism cuma boleh tak kita tukar kepada Bahasa Melayu untuk tujuan nak merakyatkan pada negeri Pahang? Kita bimbang kita seronok bangkit This Is Pahang 2022 - Unlimited, Astro-tourism tetapi orang Pahang sendiri tak tahu. Bahasa daerah ke? Kita... kita... popularkan tagline dalam Bahasa Melayu kemudian buat dia punya terjemahan. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Kita bagi tahu think globally, act locally ha. Kita ni tourism Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita bukan hanya untuk di Malaysia sahaja. Kita juga untuk di luar negara. Jadi kalau orang Vietnam, saya ingat dia lebih selesa untuk ianya tagline tu dalam Bahasa Inggeris tapi kita boleh, insya-Allah. Itu satu apa saranan yang baik, insya-Allah. Kita akan juga bukan setakat Bahasa Melayu, kita juga akan buat Bahasa Arab [ketawa]. Moh Pahang, kita… Bahasa Arab saya nak mintak boleh Yang Berhormat daripada Kerdau? Bahasa Arab, This Is Pahang apa dia? [Ahli Dewan ketawa].

Kena buat kelas bahasa kalau begitu Dato’.

Apa? Apa? Kalau This Is Pahang dalam Bahasa Arab? Lepas ni kita akan tambah Haza Pahang [ketawa]. Boleh idgham? Boleh ha… [ketawa]. Jadi insya-Allah saya ingat kita, saya ingat ini satu cadangan yang baik maknanya This Is Pahang ini kita bukan sahaja buat dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Arab, Bahasa France, Bahasa Mandarin, Tamil dan lain-lain lagi. Terima kasihlah, ini satu apa satu cadangan yang sangat baik er… supaya semua negara dalam dunia ini dia tahu, This is Pahang. Terima kasih. Sawadekap [ketawa].

Minta laluan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Triang, sila. Triang.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Syabas kepada Kerajaan Negeri yang melancarkan Hiking Day dan saya difahamkan bahawa di daerah Bera, Bukit Senorang dipilih sebagai destinasi untuk mendaki dan Bukit Senorang terletak di lokasi dekat dengan sempadan Negeri Sembilan. Untuk menarik pelancong supaya singgah lebih lama di daerah Bera, saya rasa Tasik Bera juga memainkan peranan yang penting. Jadi apakah situasi terkini tentang Tasik Bera Resort?

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Sememangnya Tasik Bera ini di dalam kita dalam upgrading Yang Amat di-Pertua dan kita tahu bahawa antara kekangan yang ada pada Tasik Bera itu adalah penginapan. Jadi sebab itulah kita sekarang sedang berusaha untuk kita pastikan bahawa penginapan itu cukup dan kita pun kita pun tahu sekarang ini Bera ini adalah antara kawasan parlimen yang paling bertuah sekali di Malaysia kerana di situlah tempatnya Perdana Menteri Malaysia. Jadi itu tak ada masalahlah. Saya nak… saya cakap je… kepada Perdana Menteri, hari ini saya cakap, esok dia akan luluskan, insya-Allah. Tunggu dulu dia balik daripada Doha ya dan This Is Bera, Haza Bera. [Ahli Dewan Ketawa].

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan pertanyaan nombor 3.

[Sejak Pelancaran Pahang Pride Kid dilaksanakan,

a) Berapakah jumlah permohonan yang telah diterima dari seluruh Pahang?

b) Berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan dan jumlah sumbangan yang telah disalurkan?]

Dato’ Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Wakil daripada Bukit Ibam yang mengemukakan soalan nombor 3 yang saya kira memang ramai Ahli Dewan sendiri yang nak tahu juga tentang Program Pahang Pride Kid yang mana kita semua maklum bahawa Program Pahang Pride Kid ini telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sewaktu pembentangan bajet yang lepas. Dan sebenarnya untuk pelaksanaan Pahang Pride Kid ini, kita pada ketika itu hanya ada tempoh tak sampai dua minggu sebelum tahun baru dan oleh kerana kita telah mengumumkan bahawa semua bayi yang lahir di negeri Pahang akan diberikan insentif berjumlah RM200.00. Yang mana RM100.00 dalam bentuk barangan bagi ibu dan bayi dan RM100.00 dalam bentuk akaun bank.

Dan alhamdulillah, Bank Rakyat telah bersetuju untuk bekerjasama dengan kita namun begitu hanya 1 April, bermula 1 April barulah akaun ini dapat diactivatekan. Dan kita telah pun menghantar barang bayi dan untuk rekod yang layak… permohonan lebih 3,000 Dato’ di-Pertua, tetapi yang layak hanya dalam 1,600 setakat hari ini dan kita telah pun menghantar, menziarahi mereka ni lebih daripada 50%. Dan insya-Allah dalam bulan April ini akan dapat diselesaikan dan selanjutnya saya yakin bahawa ia tidak akan mengalami sebarang kelewatan ya. Dan untuk ini kita membelanjakan… kita memperuntukkan sejumlah RM5 juta, yang mana RM2.5 juta kita akan masukkan

ke akaun Bank Rakyat untuk tujuan pembukaan akaun dan RM2.5 juta lagi akan dibayar secara tuntutan yang dibuat oleh pembekal kepada Unit Pembangunan Wanita.

Suka juga saya menyebut Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin juga memberi penghargaan kepada Jabatan Hutan Negeri Pahang, Jabatan Perhutanan kerana kesemua bayi yang lahir ini dengan kerjasama juga Bank Rakyat telah bersetuju untuk diadakan Program Tanam Pokok. Yang mana selepas raya ini, insya-Allah kita akan lancarkan di Pantai Serandu, Pekan. Yang mana semua bayi yang lahir akan ada pokok dia sendiri dan kita akan tagging nama-nama bayi yang lahir dan insya-Allah tempat-tempat lokalitinya setelah kita kenal pasti di setiap daerah akan ada laman Pahang Pride Kid Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pulau Manis, sila.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya nak tahulah sebab saya dengar tadi ada kumpulan layak, ada kumpulan tak layak. Saya memikirkan bahawa semua rakyat yang lahir di Pahang akan kita raikan. Jadi sekarang ini ada pula timbul jawapan macam itu. Saya nak minta penjelasan sikit atas kapasiti apa yang menyebabkan berlakunya layak dan tak layak?

Terima kasih Wakil daripada Pulau Manis. Semua yang lahir di negeri Pahang layak. Jadi permohonan yang dibuat secara online itu ramai juga anak negeri Pahang. Mungkin dia duduk Pahang tapi dia bersalin di Kuala Lumpur, dia bersalin di Terengganu ya jadi dia pun memohon jadi ini yang di kategori tidak layak itu. Mungkin dia memang duduk di Pahang tapi dia bersalin di KL ya ataupun dia bersalin di… balik kampunglah Kota Bharu dan sebagainya. So, kita tidak menerima permohonan sedemikian, Dato’ Yang di-Pertua.

Dato’ Yang di-Pertua,

Jadi maksudnya seperti yang saya bercakap dalam ucapan saya semalamlah, maknanya kita nak menyelesaikan biasiswa Yayasan Pahang pun kita tengok orang Pahang. Jadi sekarang ini ramai masyarakat kita bila nak bersalin je dia hantar orang rumah dia balik, balik negeri supaya mak mertua yang jaga. Jadi yang ini saya rasa kena ada kempen ini, selain daripada tanam pokok itu tadi, kena ada juga kempen ke arah supaya kita merakyatkan orang Pahang ini biar betul-betul lahir di Pahang supaya dapatlah sedikit manfaat jumlah rakyat Pahang akan nampaklah ramai. Terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya nak mencelah sedikit sahaja. Dia sebenarnya kita tidak terlalu rigid untuk pemberian ini. Sebagai contohnya, kalau di Cameron Highlands dia sepatutnya lahir di Hospital Cameron Highlands tetapi sebab dia ada complicated sikit kena bawa ke Ipoh. Jadi yang itu kita akan pertimbangkanlah. Sebab niat dia memang sepatutnya deliver di Cameron Highlands tapi atas sebab songsang ke apa ke dan kena apa ni kena operate ke dia bawa ke Ipoh.

Begitu juga mungkin di Bera, sepatutnya lahir di Bera tapi kena bawa ke Negeri Sembilan, Tampin dan juga di Rompin, Merapoh sebagai contohnya. Yang itu kita akan pertimbangkan. Tujuan kita buat Pahang Pride Kid ini sebenarnya untuk menggalakkan suami isteri untuk lebih aktif lagi sebab kita setahun, YB Adun Muadzam senyum sebab dia dah aktif dah Yang di-Pertua. [Ahli Dewan Ketawa]. Sebab kita nak galakkan pertambahan er… jumlah penduduk di Pahang kerana sekarang ini jumlah penduduk yang sebenarnya angka yang saya dapat yang terkini adalah 1.67 juta sahaja.

Dan ada juga yang kahwin tidak dapat anak dan sebagainyalah. Jadi kita nak tambahkan dan sekarang ini ada 25,000 mengikut angka tahun lepas. 25,000 sahaja bayi yang dilahirkan so kita negeri yang besar jadi nampak kita di Pahang ini kurang produktif sikitlah. So untuk nak bagi produktif, kita bagi Pahang Pride Kid atau Bahasa Melayunya daripada Beserah tanya pula kenapa tidak diMelayukan. Pahang Pride Kid dalam Bahasa Melayu, Anak Kebanggaan Pahang. Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya ingin menambah, ucap terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan sebenarnya ini memang idea atau ilham Yang Amat Berhormat sendiri er… kerana apabila kita melihat saya nak tambah sedikitlah memang statistik kita er… saban tahun ya dia tidak lari dalam 23,000 ke 25,000 kelahiran. Kalau kita tengok contoh tahun ini insya-Allah murid-murid tahun 1 yang akan masuk darjah 1 di Pahang ini lebih kurang dalam 27,000. Tapi untuk tahun 2021 ini, kita agak yang lepas kita agak kurang sikit, tak tahu PKP kenapa dia kurang daripada biasa dalam 21,000 sahaja.

Tapi kita tetap menganggarkan untuk tahun 2022 kita akan ada 25,000 yang lahir dan betul sepertimana Yang Amat Berhormat kata, kita memang mengambil kira mereka yang di sempadan Pahang seperti di Bera yang akan lahir di Bahau, di Merapoh, di juga di apa ini Rompin iaitu Selancar dan Segamat. Dan kita ada maknanya mereka yang lahir kita akan bagi mereka pengesahan ya. Pengesahan Wakil Rakyat, pengesahan Tok Penghulu, pengesahan Tok Empat, insya-Allah kita akan bagi juga mereka ini.

Tapi kita juga ada plan jangka panjang kita, yang mana kerajaan juga telah berbincang dengan pihak Majlis Agama Islam Pahang, yang mana untuk tempat-tempat yang bersempadan dengan negeri lain ini kita sedang mengenal pasti er.... klinik kesihatan yang… yang ada, contoh di Selancar untuk kita buat er... apa ini bilik bersalin untuk kes-kes yang normallah, yang tidak complicated. Er... maknanya akan ada labour

room dalam dua katil dan 10 katil untuk er... observation ward dia panggil dan juga sebuah ambulans.

Dan ini dalam peringkat er... perlaksanaannya insya-Allah er... kita cuba secepat mungkin untuk er... mengadakan kemudahan ini, dan juga di Pulau Tioman, ya di Pulau Tioman er.... sahabat saya Wakil daripada Tioman er... dan juga EXCO Kesihatan ya sedang er... apa ni cuba untuk mengadakan bilik bersalin di Pulau Tioman itu sendiri, Dato Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, ada sedikit tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, ya Peramu Jaya… Peramu Jaya.

Baik, terlebih dahulu saya merakamkan penghargaan terima kasihlah khususnya Wakil Kerajaan. Bila sebut Serandu itu kawasan saya, saya terasa banggalah kerana Pahang Pride Kid ini dilancarkan, bukan dilancarkanlah… diawalkan di Serandu. Ini satu ibarat kata pepatahlah, “sesuatu yang baik itu bermula dengan suatu yang baik juga”. Jadi ini kalau istilah kita panggil inovasi dan kreativiti, syukur alhamdulillah. Cuma saya nak… nak pastikan satu perkara sebab ini perkara penting. Soalannya, jenis pokok apakah yang akan ditanam di Serandu? [Ahli Dewan ketawa]. Sebabnya saya membangkitkan ini kerana kalau tak betul tanam pokok, kawasan itu, pasti tak hidup.

Jadi seolah macam Pahang Pride Kid ini pulak orang er... orang Pekan maaflah orang Pekan manggil mampus. Ha kita tak nak pokok itu mampus, yang kita hendakkan biar pokok yang sesuai dan pada masa yang sama kita perlukan kawasan yang luas untuk kita laksanakan agar satu hari besok mungkin ada 1,000 pokok, 2,000 pokok maksudnya Pahang Pride Kid ini meriah la ketika itu. Jadi saya nak tanya jenis pokok ini [ketawa] kerana ini pentinglah untuk kita hayati. Terima kasih.

Biar Sha, biar saya jawab. Mohon… mohon mencelah ya. ADUN Peramu Jaya jangan bimbang sebab kita mintak Jabatan Hutan uruskan dan dalam masa sama saya pesan kepada er... Jabatan Perhutanan supaya batang pokok… batang itu bila dia besar nanti tidak besar sangat kerana [ketawa] sebab dia di kawasan perumahan. Jadi er... batang dia itu memang sederhana je la ya walaupun er... Jabatan Perhutanan kata elok batang besar dia kata, sebab orang Pahang negeri besar kan. Tapi jangan bimbang Jabatan Perhutanan akan advice kita.

Terima kasih, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dah pun menjawab dan sebenarnya memang kita akan er... Jabatan Perhutanan akan kenal pasti pokok yang bersesuaian. Er... dia tak semestinya sama di Serandu dengan di tempat lain ya. Sepertimana yang dinyatakan tadilah sebab di pantai Serandu pokok yang berhampiran dengan pantai dan kita pastikan ia bersesuaian kerana bukan sahaja sebagai satu er... simbolik er... lahirnya anak kebanggaan Pahang ini, tetapi juga kita

mengharapkan ianya juga akan menjadi tumpuan pelancongan juga ya er... dan selain daripada anak itu juga nanti dia boleh datang er... untuk melihat sendiri pokok yang ditanam er... sempena dengan nama anak tersebut. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik. Sila, Tanjung Lumpur.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Satu soalan lagi.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Sedikit tambahan. Jadi er... saya rasa kalau untuk menggalakkan kelahiran anak-anak di Pahang bukan sekadar kempen beri hadiah kepada bayi yang baru lahir tapi boleh juga kalau er... saya mencadangkan untuk kita bagi hadiah yang lebih besar kepada ibu yang melahirkan anak paling ramai. Contohnya, satu ibu 10 orang anak [ketawa] dapat rumah sebiji [Ahli Dewan ketawa]. Ha itu memang… itu memang confirm galaknya. Kemudian satu lagi mungkin juga boleh kempen apa EXCO er... Dakwah, Agama dan sebagainya boleh kempen satu bapa dua ibu [Ahli Dewan ketawa], satu bapa tiga ibu. Yang ini memang sangat-sangat menggalakkan, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Bukan… terima kasihlah kepada ADUN er... Tanjung Lumpur. Sebenarnya bukan kita nak lancarkan kempen, Kerajaan Negeri telah pun hampir memutuskan untuk sekarang ini kahwin… kahwin kali pertama kita dah naik daripada RM200.00 ke RM250.00. Untuk kali yang kedua, kita nak bagi RM500.00, yang kahwin bagi kali kedua. Tapi mendapat tentangan daripada EXCO Wanita [Ahli Dewan ketawa] dan er... rupanya ramai daripada antara kawan-kawan saya ini dalam EXCO berani di depan je, di belakang jangan-jangan cakap ya siapa yang sokong siapa yang tak sokong tadi. Rupanya takut juga.

Jadi… [Ahli Dewan ketawa] jadi kita dah bercadang er... Yang Berhormat Tanjung Lumpur, kita nak bagi RM500.00 untuk kali kedua tetapi tidak dapat diteruskan, jadi mungkin lepas ni kita akan bincang baliklah, mengambil kira pandangan daripada Tanjung Lumpur. Jadi kita boleh katakan dalam Dewan, Ahli Yang Berhormat daripada Tanjung Lumpur telah mencadangkan supaya [ketawa] yang kali kedua ini dapat diberikan elaun. Kita… er... kita berbinkan Tanjung Lumpur. [Ahli Dewan ketawa] Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih.

Dato’ Yang di-Pertua,

Saya tak bangkang sebenarnya, saya kata boleh bincang. Tapi sebenarnya eloklah kita mengelakkan daripada kemudaratan tapi saya… [ketawa] saya setuju dengan

ADUN Tanjung Lumpur itu mungkin kita boleh er... kenal pasti, insya-Allah ibu-ibu yang er... kita memang ada saban tahun sebenarnya kita buat Anugerah Ibu Mithali sebagainya tetapi mungkin er... ini juga adalah satu cadangan yang baik dan Tanjung Lumpur sendiri saya tahu ada 13?16… 16 satu ibu ya kita bagi… [ketawa]

[Ahli Dewan ketawa] Semua bersemangat, Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan yang menarik ini. Soalan…

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Kalau ada rumah, maknanya kalau lebih daripada 10 maknanya Tanjung Lumpur kena bagi yang pertama la sebab 16. Ini luar biasa ini, makna satu team bola boleh buat Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tahniah Tanjung Lumpur.

Ya, er... dia satu ibu tu. Jadi tak semestinya kena dua ataupun tiga. Sorang pun dah ada 16 kan. Jadi [ketawa] er... jadi apa ini insya-Allah kita akan... akan er... apa ini pertimbangkan dan mungkin saya akan bagi cadangan er... kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga dalam MMK akan datang untuk memberi er... pengiktirafan ataupun bentuk insentif kepada ibu-ibu yang melahirkan er... anak-anak yang ramai ini Dato’ Yang di-Pertua.

Er... dan saya juga ingin memaklumkan saya tertinggal satu maklumat tadi, er... selain daripada akaun Bank Rakyat yang di dalamnya ada RM100.00 er... kita juga secara automatik anak-anak ini akan mendapat Pelan Takaful ya sejumlah RM2,000.00 untuk kemalangan dan kematian ya. Jadi… dan juga mereka ini akan diberikan er... apa ini keahlian percuma untuk Kelab Nuri Bank Rakyat yang mana ianya juga mempunyai pelbagai lagi apa ini er... faedah-faedahnyalah seperti bila dia besar dia ada tuisyen percuma dan sebagainya, Dato Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah, soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang Hormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.

[YAYASAN PAHANG

Pada tahun 2018, Yayasan Pahang memperuntukkan RM 4 Juta bantuan awal persekolahan kepada 20,000 pelajar sekolah rendah dan menengah.

1. Berapakah jumlah peruntukan yang diberi kepada pelajar sekolah rendah dan menengah oleh Yayasan Pahang dari tahun 2018 sehingga kini?

2. Berapakah pelajar mendapat manfaat daripada peruntukan tersebut? Mohon pihak kerajaan huraikan statistik mengikut kaum.

3. Apakah sumber pendapatan utama bagi Yayasan Pahang?]

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kerana memberi ruang untuk saya menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Wakil daripada Teruntum. Soalannya berkaitan dengan biasiswa sekolah rendah dan menengah yang dikelolakan oleh kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang. Sebenarnya persoalan ini saban Persidangan DUN dikemukakan oleh rakan-rakan Ahli Dewan kepada kerajaan dan pun dah diperjelaskan. Walaupun begitu, ada baiknya juga maka adalah ruang kerajaan mengulang-ulangkan cerita, apa budi usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang dalam membantu kebajikan pembelajaran anak-anak kita.

Persoalannya ialah difokuskan kepada tahun 2018, Yayasan Pahang telah membelanjakan sebanyak RM4 juta. Sebenarnya Yayasan Pahang membantu er... pelajar-pelajar ini bukan semenjak 2018, bahkan daripada tahun 1983 lagi. Mungkin Wakil daripada Teruntum baru lahir waktu itu er... telah melak… melaksanakan aktivitinya membantu anak-anak pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Wakil daripada Teruntum juga minta apa perjelaskan dari sudut jumlah pengagihan yang telah diberikan kepada anak-anak kita, pelajar mengikut kaum.

Er... bolehlah saya bagikan Bantuan Awal Persekolahan Murid-Murid Tahun 1 Sesi 2021 sumbangan kerajaan negeri kalau mengikut kaum, orang Melayu seramai 20,000 orang dapat. Kawan-kawan kita daripada masyakat Cina seramai 2,000 orang, India seramai 637 orang, etnik Sabah, Sarawak 223 orang, Orang Asli 1,400 orang, lain-lain 269 orang. Adapun statistik penerima set peralatan sekolah Program Pahang Pride Student 2022 data kategori murid miskin dan miskin tegar iaitu seramai 28,000 orang di kalangan orang Melayu, Cina 2,000 orang, 671, India 2,014, etnik Sabah dan Sarawak 300 orang, orang Asli 11,000 orang, lain-lain 758 orang.

Kemudian itu kita ada jugak statistik penerima kad diskaun Program Pahang Pride Student 2022 dalam kategori B40 dan M4… 40 iaitu jenis kaumnya Melayu 165,000 orang, Cina 22,000 orang, India 7,000 orang, etnik Sabah, Sarawak 1,830 orang, Orang Asli 14,000 orang, lain-lain 3,113 orang. Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya saya menjemput… ada soalan tambahan? YB… sila.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan tambahan, er… C… er… saya tak dapat jawapan. Boleh… mohon… mohon ulang.

Apakah sumber, kita dapat dari mana? Bagus juga Wakil daripada Teruntum ni, dia menyoalkan sumber halal ke tak halal, takut… mana tahu entah haram kang ek. Tapi memang bukan duit loteri… memang bukan duit judi tetapi dia adalah hasil yang diusahakan oleh agensi-agensi kerajaan negeri di bawah kelolaan Yayasan Pahang daripada estet-estet kita… sawit ataupun getah, alhamdulillah. Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Soalan tambahan. Apakah syarat-syarat minimum untuk er… pelajar-pelajar di Pahang ini untuk memohon er… yang syarat-syarat minimum la makna saya, untuk memohon untuk Yayasan Pahang ini? Terima kasih.

Kerap sangat soalan ini. Tulis, lepas tu tepek dekat kereta, di rumah, di pejabat Wakil daripada Teruntum. Mesti orang Pahang, belajar di sekolah, kemudian itu apa namanya orang susah, lima enam syarat je, takde banyak pun Dato’ Sri Yang di-Pertua. Jika ada lima enam syarat itu, kita akan pertimbangkan untuk mereka mendapat BSR ataupun BSM. Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Muadzam Shah.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera, terima kasih Yang Berhormat er… Dato’ Sri er… Yang di-Pertua. Saya kemukakan pertanyaan saya nombor 5.

[Apakah ada cadangan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk;

i) Menaiktaraf Hospital Muadzam Shah

ii) Menaiktaraf Klinik Kesihatan Leban Chondong.]

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih di atas soalan yang diberikan untuk saya menjawab soalan daripada ADUN Muadzam. Sebelum saya menjawab soalan Muadzam Dato’ Sri Yang di-Pertua, ingin saya merakamkan ucapan Selamat Hari Doktor Sedunia untuk seluruh doktor di negeri Pahang ini [Ahli Dewan menepuk meja], yang kita tahu bukan sahaja merawat kita masa sakit tetapi sentiasa memberikan apa, nasihat atas kesihatan diri dan persekitaran di negeri Pahang ini.

Sebelum saya menjawab soalan ini juga, mungkin saya ingin menambah apa yang di er… bangkitkan soal kelahiran anak Pahang tadi oleh Kuala Sentul ya. Alhamdulillah kita di Bera, insya-Allah masalah kelahiran anak Pahang yang didaftarkan di Negeri Sembilan ini dapat kita kurangkan apabila Hospital Bera akan beroperasi saya jangka dalam pertengahan tahun ini. Sepatutnya telah pun ber… boleh beroperasi pada bulan

April ini, tapi disebabkan sikit kelewatan er… dalam hal-hal perabot hospital, maka ianya tidak dapat dioperasikan lagi.

Er… me… berbalik kepada soalan daripada Muadzam er... Muadzam bertanyakan soalan berkaitan dengan perkhidmatan kesi… kesihatan naik taraf perkhidmatan kesihatan di Muadzam iaitu pertamanya, menaik taraf Hospital Muadzam dan keduanya untuk menaik taraf Klinik Kesihatan Leban Chondong. Berkaitan dengan Hospital Muadzam ya sebenarnya Yang Berhormat, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang ini sentiasa mencari jalan bagaimana nak menaik taraf er… perkhidmatan kesihatan di seluruh negeri ini sebenarnya.

Jadi dalam hal er… hospital di Muadzam ini, kita pernah mencadangkan dalam Rolling Plan er… Ke-2 Rancangan Malaysia Ke-12 untuk membina satu blok baru untuk Unit Kecemasan dan Trauma, Perkhidmatan Sokongan kli… Klinikal, patolo… Unit Patologi, Rehabilitasi, Rekod Perubatan, Bekalan Bahan Steril, Unit Radiologi dengan kos berjumlah RM60 juta. Ianya telah pun dicadangkan tetapi masih belum diluluskan dalam Rolling Plan Ke-2.

Dalam Rolling Plan Ke-3, er… ianya tidak dapat menjadi dalam senarai keutamaan di atas beberapa keperluan ataupun keutamaan yang lain. Walau bagaimanapun, cadangan naik taraf ini akan diangkat dalam rolling plan seterusnya, memandangkan Hospital Muadzam kita fikir masih mempunyai keperluan dan keutamaan untuk dinaik taraf bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Soalan kedua berkaitan dengan Klinik Kesihatan Leban Chondong. Klinik Kesihatan Leban Chondong ni Dato’ Sri Yang di-Pertua, satu klinik yang sebenarnya sangat lama usianya, telah dibina pada tahun 1969 dan pada tahun er… 2013 telah diklasifikasikan menjadi klinik er… KK5 mengikut Piawaian Perkhidmatan Kesihatan. Jadi untuk er… sepatutnya mengikut piawaian yang baru ini perkhidmatan di klinik ini memerlukan pertambahan ruang farmasi, makmal dan bilik rawatan berserta dengan dua unit kuarters kelas G dengan purata kedatangan pesakit di klinik ini sekarang ni antara 70 hingga 100 orang sehari.

Jadi dengan keadaan usia klinik yang lebih dari 50 tahun ini, yang mana infranya agak usang dan sempit dan er… dengan apa liputan perkhidmatan untuk 16,000 orang, kita percaya sememangnya klinik ini perlu dinaik taraf. Jadi sehubungan dengan itu Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mencadangkan pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 5 Leban Chondong yang baru er… perlu dibina dengan… di tapak yang baru kerana tapak yang ada sekarang ini tidak sesuai saiznya.

Jadi saya percaya perkara ini sememangnya dalam perhatian Yang Berhormat Muadzam. Jadi saya harap Yang Berhormat Muadzam dapat bantulah rakan-rakan kita di PKD ini untuk menyegerakan tapak baru itu. Jadi secara kesimpulannya memang er… Klinik Leban Chondong ini perlu dinaik taraf dan kita akan angkat dalam rolling plan seterusnya, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Dato’ Haji Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Semantan.

Dato’ Haji Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan iaitu status permohonan menaikkan taraf Klinik Kesihatan Temerloh. Saya yakin er… Wakil Bera sedia maklum, kalau dilihat banjir tahun lepas dan banjir awal tahun lepas dan juga hujung tahun lepas, keadaan er… klinik kesihatan begitu teruk sekali dan sudah pasti ianya tidak sesuai lagi untuk ditempatkan, dikekalkan di kawasan situ. Kami di peringkat daerah, Mesyuarat Tindakan Daerah sering kali bincangkan hampir dua tahun, membincangkan isu ini dan saya difahamkan kita telah mengenal pasti tapak baru er… untuk dipindahkan klinik kesihatan tersebut. Terima kasih.

Terima kasih atas keprihatinan Kuala Semantan er... di dalam rancangan Rolling Plan Ke-3 er… yang diangkat oleh Jabatan Kesihatan Temerloh masih belum lagi dalam senarai keutamaan, jadi kita sama-sama usahakan, kita kaji balik Yang Berhormat. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, soalan seterusnya saya menjemput Ahli Dewan Negeri Pulau Manis.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon me… mengemukakan soalan nombor 6.

[Isu bekalan air bersih dan jalanraya yang sempurna dengan lampu jalan bukan satu isu yang asing dipersoalkan oleh rakyat. Lebih-lebih lagi apabila banjir melanda di Pahang pada akhir tahun 2021 dan awal Januari 2022 banyak menyebabkan jalanraya yang ada rosak di kampung-kampung tradisional seperti jalanraya ke Kg Seri Makmur, Kampung Belimbing dan beberapa kampung tradisional yang lain. Begitu juga dengan pembekalan air bersih ke Kampung Seri Makmur yang selalu terputus bekalan. Adakah perancangan khas dari pihak berkenaan bagi mengatasi masalah tersebut?]

Assalamualaikum WBT dan selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Bagi soalan Wakil YB Pulau Manis berkenaan isu bekalan air, jalan, lampu jalan di Kampung Seri Makmur dan Kampung Belimbing yang terkesan akibat ni bencana banjir. Kerajaan Negeri melalui PAIP telah membuat rancangan jangka.... jangka masa pendek dan panjang bagi mengatasi masalah bekalan air di Kampung Seri Makmur dan Kampung Belimbing seperti berikut ya.

Pertama, membuat pembaikan paip hantaran yang pecah HDPE 250mm dari loji rawatan air ke Rumah Pam PPSK yang ni Seri Makmur ni pembaikan er… paip pecah. Kedua, membuat pengasingan outlet di tangki balancing antara Kampung Belimbing dan Kampung Seri Makmur. Ketiga, penggantian paip.... pipe jacking di simpang.... di

simpang tiga Seri Makmur ha ni Belimbing YB taulah agaknya. Keempatnya, membina S-Bend di kawasan Lata Mentagan ni Pekan… di Pekan.

Pihak PAIP Berhad dalam proses er… menyediakan dokumen tender untuk melantik kontraktor dan kerja-kerja di atas dijangkakan siap pada bulan Ogos 2022. Keduanya, perancangan jangka panjang, PAIP bercadang untuk melaksanakan penggantian paip hantaran baru dari HDPE kepada MS... MSCL 200mm ini menukar paip la maksudnya dari LRA ke Rumah Pam PPSK Sri Makmur sepanjang 5.8 kilometer dengan anggaran kos sebanyak ni... RM3 juta. Ini jangka masa panjang berpandu kepada kelulusanlah yang... yang... yang ketiganya, jangka pendek... pendek sekalinya kalau tak ada air telefon ke PAIP maknanya hantar lori tangkilah. Ha itulah yang jangka paling pendek.

Keduanya, bagi isu mengenai... mengenai kerosakan jalan sebenarnya pihak Pejabat Daerah dan Tanah Pekan telah menyenaraikan senarai jalan-jalan yang rosak akibat bencana banjir tempoh hari dan telah mengemukakan kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan juga Kementerian berkaitan ini semua daerah pun telah diambil dan pihak Kerajaan Negeri telahpun menghantar kepada Kementerian berkenaan yang berkaitan.

Insya-Allah, bila sampai bajet ataupun kelulusan kerja-kerja ini akan dilaksanakan dan pihak JKR Pahang juga melalui JKR Daerah dan syarikat konsesi yang dilantik akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan tersebut menggunakan ini peruntukan MARRIS dan isu ketiga ialah bagi kerosakan lampu jalan. Sebenarnya lampu jalan ni bilnya memang dibiayai oleh ni KPLB tinggal lagi kalau rosak maknanya YB kenalah melaporkan kepada TNB dengan menggambil nombor... nombor tiang sebab kita... kita tidak tahu berapa banyak ya lampu yang rosak. Jadi pengadu hendaklah melaporkan kepada TNB dengan mengambil nombor tiang tu untuk dilaporkan kepada ini TNB. Itu sahaja. Terima kasih, Yang di-Pertua.

Er… soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Yang pertamanya, terima kasihlah di atas maklumat yang disampaikan dan insya-Allah penduduk di kawasan setempat yang berkenaan akan menikmatilah kemudahan-kemudahan yang telah disediakan tersebut. Saya ingin menarik perhatian di sini er… masalah jalan. Masalah jalan di bawah bidang JKR tapi sekarang ini kita nampak bahawa JKR ni memainkan peranan dengan ada er… apa ni agensi-agensi sampingan seperti YP Maintanance, ada MARRIS, ada KH Road Maintanance Sdn Bhd jadi yang boleh menjalankan er… penyelesaian masalah yang dibangkitkan mengikut bidang dan tempat-tempat yang diberikan kepada mereka.

Tapi bagaimana dengan PAIP ni? PAIP ni tidakkah dia berminat juga untuk membuat kaedah ini? Kaedah ada agensi-agensi lain yang boleh membantu supaya tidaklah perkara ini semua tertanggung kepada PAIP sahaja. Jadi saya nak bertanya adakah pihak PAIP juga berminat untuk mencari beberapa agensi yang membantu bagi mempercepatkan penyelesaian permasalahan rakyat ini kalau berkaitan dengan air? Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Oleh kerana PAIP ini adalah sebuah syarikat jadi segala kerja-kerja pembaikan ini memanglah di bawah apa ni tanggungan PAIP tadi. Tinggal lagi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi projek-projek yang baru sebenarnya memang ianya di bawah ni peruntukan ni KPLB tetapi apabila kita sudah pun menyiapkan kerja-kerja tu memang kita serahlah kepada PAIP. Jadi itulah satu kementerian yang membantu er… ni er… sebenarnya PAIP. Contohnya lojilah, LRA, Loji Rawatan Air yang diperlukan mungkin tambahan kepada penduduk yang baru tadi ha yang ini KPLB bayar apa er... KPLB membiayai tapi setelah kita membina dan kita akan serah kepada PAIP selepas itu PAIPlah mengurus ataupun memaintainkan ini er… loji tadi. Jadi inilah maksudnya peranan ini KPLB yang membantu ini PAIP ni tadi. Itu sahaja Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Triang.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon izin kemukakan soalan 7.

[Apakah perancangan kerajaan untuk memansuhkan caj perkhidmatan online bagi bayaran bil air melalui laman web PAIP dan PahangGo App?]

Er… terima kasih er... kepada Yang Berhormat Triang kerana telah mengemukakan soalan berkenaan caj perkhidmatan. Perkhidmatan online yang kita sediakan er... oleh penyedia-penyedia perkhidmatan seperti PahangGo, seperti laman web PAIP dan lain-lain adalah untuk bertujuan memudahkan urusan pembayaran bil air tanpa memerlukan pengguna membayar secara manual di kaunter-kaunter pembayaran PAIP. Kerana ini sudah tentu kita dapat menjimatkan lagi masa, dapat menjimatkan lagi tenaga dan juga kos kepada pengguna untuk datang sendiri ke PAIP dan buat masa ini kerajaan tiada mempunyai perancanganlah untuk er... memansuhkan lagi caj perkhidmatan online ini yang digunakan.

Walau bagaimanapun, ada perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan secara percuma oleh kerajaan contohnya melalui PahangGo. Contohnya pembayaran melalui untuk pembayaran cukai tanah. Makna gunakan aplikasi PahangGo diberikan secara percuma tiada caj sebarang bayaran dan juga secara untuk membayar cukai pintu dapat diberikan juga secara percuma untuk er... membayar cukai pintu. Inilah er... perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kerajaan secara percuma buat masa ini dan juga caj perkhidmatan ini untuk pengetahuan YB Triang.

Caj perkhidmatan ini adalah untuk memastikan supaya setiap modul-modul... modul-modul PAIP yang ada dalam aplikasi ini dapat diselenggara dengan baik namun dan juga untuk memberikan bantuan khidmat pelanggan. Sekiranya ada masalah kita menyediakan perkhidmatan tersebut dan juga untuk masa akan datang untuk penambahbaikan terhadap modul-modul PAIP er... bagi pengguna-pengguna yang menggunakan aplikasi contohnya seperti PahangGo.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Er… soalan tambahan, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Memang sekarang zaman digital dan kita memang menggalakkan rakyat untuk membuat bayaran online dan saya rasa ini sudah menjadi trend sekarang bukan sahaja bil utiliti dan pelbagai bayaran lagi. Jadi saya rasa mungkin kerajaan boleh mengkaji bagaimana untuk memansuhkan caj ini. Sebab kalau bayar melalui PahangGo er... cukai tanah, cukai taksiran boleh dikecualikan caj, saya rasa bil air pun boleh juga. Kalau kita bayar bil elektrik TNB, tak perlu. Terima kasih.

Er… PahangGo dan juga er… PAIP akan sentiasa mengkaji keperluan dan kadar caj ini dari masa ke semasa bergantunglah kepada jumlah transaksi yang digunakan oleh pengguna-pengguna dalam PahangGo. Jika sekiranya er… jumlah yang transaksi yang digunakan boleh… membolehkan kita memberikan secara percuma, insya-Allah kita akan berikan secara percuma. Dan ini akan dikaji daripada masa ke semasa oleh pihak kerajaan.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Soalan tambahan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya er… tentang er… aplikasi PahangGo ini. Kami er… saya dapati er… maklum bahawa ada beberapa daerah telah pun er… mengguna apa tu er… PahangGo untuk pembayaran parking er… di beberapa daerah lain lagi. Tetapi perkhidmatan ini tidak meliputi di seluruh negeri Pahang. Bolehkah saya tahu bilakah er… perkhidmatan akan ini akan di er… apa tu diliputi di seluruh negeri Pahang kerana sekarang zaman apa tu digital kita boleh bagi satu cara untuk apa tu memansuhkan kupon tidak lama lagi? Itu sahaja daripada saya. Terima kasih.

Terima kasih kepada soalan daripada YB Bilut. Soalan yang amat baik. Memang parking digital ini memang kita akan buat er… di seluruh Pahang. Dan ini adalah satu-satunya aplikasi yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan negeri yang melibatkan seluruh daerah dalam negeri… dalam negeri. Pahang adalah negeri yang pertama menggunakan aplikasi membolehkan kita boleh parking kereta di mana-mana. Contohnya macam kita ada di Kuantan dan isteri kita pergi ke Bentong contohnya atau ke Cameron Highlands kita boleh top up atau tambah nilai di Kuantan sahaja ataupun kita ada mesyuarat di sini dan kita parking kereta kita di luar sana dan kita tak perlu pergi ke kereta untuk tambah nilai. Kalau kita pakai kupon kita kena pergi ke kereta kita kena gores yang lain.

Tapi inilah kebaikan aplikasi PahangGo yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri bagi memudahkan urusan rakyat dan kita memang berhasrat, kerajaan negeri memang berhasrat untuk memperluaskan lagi kegunaan PahangGo, aplikasi ini semua untuk parking ini seluruh daerah-daerah. Sekarang ini di Bentong, di Cameron Highlands, di Maran, di Kuantan dan juga tidak lama lagi mungkin akan di daerah-daerah lain mengikut kesesuaian dan mengikut jumlah kereta yang ada dan keperluan dan kesesuaian di Majlis-majlis Daerah tersebut. Ini akan kita perluaskan di seluruh daerah dalam negeri Pahang ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik. Soalan terakhir pada pagi ini saya jemput Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Jengka.

Assalamualaikum. Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon jawapan pertanyaan nombor 8.

[Apakah halangan-halangan yang menyebabkan sehingga kini pihak Felda masih belum dapat mengeluarkan surat secara rasmi/surat hitam putih yang membenarkan pembinaan rumah kedua di tapak kediaman peneroka asal? Ini menyukarkan kemasukan elektrik dan air?]

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Bismillahhirahmannirrahim. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada ADUN Jengka bertanya tentang kebenaran pembinaan dua rumah dalam satu lot dan juga halangan-halangan.

Kebenaran pembinaan dua rumah dalam satu lot telah diumumkan di Hari Sambutan Peneroka FELDA 2017. Pihak Berkuasa Negeri pada dasarnya bersetuju dengan pembinaan 2R1L, dua rumah satu lot dengan syarat membuat permohonan pertukaran syarat nyata tanah tersebut. Ini kerana geran hak milik yang didaftar hanya membenarkan satu unit bangunan kediaman sahaja. Halangan-halangan ada 2 seksyen dalam Akta GSA iaitu 17(c) menyatakan bahawa hanya boleh mendirikan sebuah kediaman sahaja.17(d) Akta GSA, tidak boleh mendirikan kediaman lain selain daripada membina tandas di luar, reban ayam, kandang kambing dan sebagainya. Bilik mandi di luar dibolehkan kerana cukai hanya dibayar untuk satu bangunan kediaman sahaja dalan geran tersebut. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat daripada pihak kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita selesai membincangkan 8 Pertanyaan dan Jawapan. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan pada pagi ini untuk minum pagi dan persidangan disambung semula pukul 11.15 pagi. Persidangan ditempohkan. [Persidangan ditempohkan pada jam 10.40 pagi]

[Persidangan disambung semula]

Sambungan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga: Sambungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamulaikum WBT. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di hadapan majlis ialah satu usul yang berbunyi

“Bahawa Dewan Negeri Pahang Yang Bersidang pada hari Ini, bersetuju Menjunjung Kasih Atas Limpah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berangkat menyempurnakan Titah Diraja kepada Dewan Negeri.”

Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, dan telah pun mendapat sokongan. Sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Sungai Lembing, saya ingin maklumkan bahawa, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang mohon izin keluar sebentar untuk menyempurnakan satu majlis di luar sana, dan insya-Allah Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan hadir semula.

Sekarang, saya kemukakan semula… tersebut pada perbahasan, dengan ini saya menjemput Yang Berhormat daripada Sungai Lembing. Silakan.

Assalamulaikum WBT. (Ayat al-Quran). Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, hari ni giliran saya pulak diberi peluang untuk bersama-sama membahaskan titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14.

Tuan Yang di-Pertua,

Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana dalam titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, telah er… memuji er… apa yang pihak kerajaan negeri laksanakan… lakukan untuk rakyat dan juga untuk negeri Pahang yang tercinta ini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga telah menegaskan betapa pentingnya kita Wakil Rakyat mesti memainkan peranan menunaikan amanah dan tanggungjawab er… kepada rakyat.

Jadi dalam hal itu, Tuan di-Pertua, salah satu daripada perkara di serata-rata tempat di negeri Pahang ini er… adalah isu bekalan air. Isu bekalan air ini er… kita minta pihak berkaitan perlu kita er… menjalankan tindakan segera, tindakan jangka pendek tindakan jangka panjang. Kalau… pihak kerajaan memaklumkan kita luluskan sekalian projek air sekian-sekian juta iaitu mengambil masa Tuan di-Pertua. Sedangkan orang kampung yang ada masalah air ini, kita bila dengar keluhan mereka kita yang tahu macam mana er… masalah tersebut.

Jadi saya berharap, di mana-mana yang perlu macam di Sungai Lembing kalau nak tukar paip di Sungai Lembing RM13 juta lebih kurang belanja, Tuan Yang di-Pertua. Itu baru paip air di ulu Sungai Lembing belum lain-lain lagi. Jadi saya berharap dalam hal ni di samping Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dah mengumumkan kelulusan beberapa projek-projek air, jadi er… projek segera di mana-mana yang pihak PAIP memikirkan perlu misalnya kalau di bandar Sungai Lembing, pasang cepat tangki air yang besar di bandar tu.

Kemudian di mana tempat yang perlu kita pasang booster Tuan Yang di-Pertua supaya air tu lancar dan cepat, laju untuk memenuhi keperluan penduduk. Ni kang tak abis-abis Tuan Yang di-Pertua, tiap dua bulan paip pecah, tiap dua bulan paip pecah orang mengamuk. Marah Ketua Kampung last-lastnya marah ke YB sebab air kat rumah tak ada. Jadi itulah er… realiti er… kehidupan yang ada er… di kawasan-kawasan yang ada masalah bekalan air.

Jadi saya berharap Tuan Yang di-Pertua, mesti ada tindakan segera. Tindakan jangka pendek, tindakan jangka panjang, kalau perlu hantar tanker cepat. Kemudian bahagian aduan, dari segi bekalan air juga mesti alert. Sebab kadang-kadang lambat, tindak… lambat respons… Ketua Kampung respons, lambat. Kena YB respons baru segera. Jadi itu antara perkara-perkara yang perlu kita ambil tindakan.

Tuan Yang di-Pertua,

Di samping itu juga, di Sungai Lembing ini ada air paip ada bekalan air bukit. Kalau di tengah bandar Sungai Lembing itu Tuan Yang di-Pertua, berselirat paip-paip air dekat beratus-ratus er… mereka ambik air daripada dalam tanah. Air semula jadi untuk disalurkan ke kampung-kampung.

Jadi ada empat kawasan air bukit yang perlukan penggantian paip-paip lama, baik pulih, menaik taraf… jadi kita mintaklah er… kalau air bukit ni bukan di bawah PAIP tapi di bawah Jabatan Kesihatan atau ada juga agensi-agensi kerajaan yang boleh er… itu… menyalurkan peruntukkan untuk kita er… membaiki segera perkara tersebut, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua,

Di samping itu juga, baru-baru ni saya berpeluang berkempen di Johor, di Melaka dan lain-lain lagi. Di Johor dah mula anak-anak muda dibenarkan mengundi, jadi kita tengok er… kalau di kawasan saya di Parlimen Paya Besar… 20,000 lebih rasanya pengundi muda, di Sungai Lembing 4,000 lebih.

Jadi dalam hal ini er… kita perlu er… mendengar, meneliti dan juga mengkaji apa dia kehendak golongan muda, Tuan di-Pertua. Bagi kita di… Kuantan ni, di negeri Pahang Tuan di-Pertua, anak muda mengadu er… supaya pihak kerajaan mendirikan satu litar permotoran khas untuk anak muda kalau dulukan gamat di Kuantan ni berlumba tu tapi sekarang ni dah sunyi sepi.

Jadi saya berharap, er… satu er… litar permotoran khas didirikan di Kuantan. Dulu kalau ikut er… wakil pihak kerajaan dah lulus di Jengka, tiba-tiba bajet tu kene hijack bawa ke Kedah. Jadi kita berharap la er… keperluan anak-anak muda ni kita kena ambik perhatian kita kena dengar, Tuan di-Pertua.

Selain daripada itu, rayuan orang muda mohon Kad Insurans kepada er… pemuda Foodpanda yang kerja sepenuh masa ni. Pemuda Foodpanda yang kerja sepenuh

masa ni, kita tengok mereka ni er… tak ada pembelaan. Jadi saya mencadangkanlah er… Kad Insurans kepada mereka macam kita warga emas kita ada, kad untuk warga emas kad kesihatan kita bagi bantuan, pertolongan kepada mereka dan juga golongan belia yang lain. Di samping itu juga, Tuan Yang di-Pertua, mereka juga ada mencadangkan supaya kita mohon daftar untuk hibah bagi keluarga B40.

Tuan Yang di-Pertua,

Di samping itu juga, di Sungai Lembing ini, kalau dulu bijih timah, lombong, sekarang ni ada lombong yang masih berjalan. Satu lagi bauksit di Bukit Goh. Bauksit di Bukit Goh ni kalau dulu fenomena, Tuan di-Pertua, hebat… gema, gempa di seluruh negeri Pahang ini sebab dia menjana kegiatan ekonomi, malangnya pada masa itu, banyak aktiviti-aktiviti haram. Jadi, duit tu mengalir pada kerajaan ataupun pada pihak yang sepatutnya er… mungkin tak capai pada sasaran.

Tuan Yang di-Pertua,

Berkenaan dengan bauksit ni dah lima tahun… orang Bukit Goh, peneroka-peneroka Bukit Goh, Bukit Kuantan, menunggu-nunggu, ternanti-nanti er… ada setengahnya meluap-luap dalam dada ni sebab pendapatan tak ada, Tuan di-Pertua. Jadi dalam hal ini, kita tak boleh berdiam diri, Tuan Yang di-Pertua. Pilihan raya pun dah dekat, orang marah. Saya berharap pihak FELDA, pihak kerajaan negeri er... apa lagi yang berkaitan er... PTGnya er… itu apa er... M… MCP… Mineral tu kita kan ada 1 badan agensi mineral er... dan juga kerajaan negeri kita kena buat sesuatu. Orang cari makan takde. Bergantung kepada er... anak-anak. Dah 5 tahun Tuan Yang di-Pertua jadi saya berharap benarlah kita perlu permudahkan.

Kalau sekiranya kita dah nak tutup kawasan tu sebab nak… nak di apa nak dimulakan tanam semula tak boleh kawasan tu apa ni diusahakan dengan bauksit. Kalau kita nak jadikan dia sebagai er… ni kawasan pembangunan ke ataupun kita nak jadi dia sebagai er… lembah solar ke, terpulang Tuan Yang di-Pertua, kita bincang yang terbaik yang pentingnya er… pendapatan mereka tu, tersekat ataupun tersangkut.

Saya berharap benar, berkai… berkaitan dengan er... lombong bijih timah Tuan Yang di-Pertua. Lombong terbuka ni kita tengok se... er... sejak akhir-akhir ini macam bawak malapetaka pulok. Er... lo… lombong terbuka ni. Sebab bila lombong terbuka ni habis, Sungai Lembing kan mas… famous… masyhur tentang terowong-terowong bawah tanah ni. Habis terowong sana terowong sini kena sodok. Jadi bila hujan lebat Tuan Yang di-Pertua, air turun, air macam hari tu jadi banjir yang macam-macam er... di bandar Sungai Lembing termasuklah juga terowong untuk pelancongan ni, pun terpaksa ditutup Tuan Yang di-Pertua.

Jadi er... kalau kita nak er... membenarkan aktiviti perlombongan Tuan Yang di-Pertua jangan sampai merosakkan er… tanah merosakkan er... dalam bumi ya. Perlombongan secara terbuka tu kita cuba er... ada satu kaedah yang saya er… dengar di Australia er... perlombongan bentuk simple iaitu kita tau je kawasan mana yang ada er… bijih Tuan Yang di-Pertua, kita terus gali ke dalam. Pastu angkat ke atas er… satu kaedah baru di Australia er… Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua,

Er... di samping itu juga… pada era Kerajaan PH memerintah selama 22 bulan, habis BTN, JASA, Seranta ditutup. Sedangkan kita tau BTN er... JASA, Seranta nilah sebenarnya er... agensi yang dapat daripada masa ke semasa er... membantu er...

kepada petugas-petugas terutamanya untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang ni supaya mereka ni bersemangat tinggi.

Kita, Tuan Yang di-Pertua, parti memerintah di Pahang ni UMNO ni Barisan Nasional kita akar umbi kita kena kukuh dan kuat. Er... itu sebabnya orang nak bunuh UMNO tak boleh Tuan Yang di-Pertua. Sebab akar umbi kita kuat. Nak bunuh pemimpin boleh datang boleh pergi kalau dah terpaksa nak buat macam mana. Tapi akar umbi, semangat parti, perjuangan er... masyarakat menjadikan negara kita Malaysia dan juga Pahang sepertimana yang ada pada masa sekarang ni adalah semangat rakyat. Semangat akar umbi.

Jadi saya er... berharap dalam hal ini saya memujilah er... hasrat Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang untuk kita er... mengadakan… membentuk satu macam akademi er... politik untuk kita melatih er… bukan saja orang muda Tuan Yang di-Pertua tapi er... kita orang-orang lama ni pun daripada masa ke semasa kita kena semarakkan semangat tu. Bila kita sekali sekala berkumpul, berhimpun, menyanyi lagu berjaya ke er... di sana, di sini, Tuan Yang di-Pertua datang balik semangat tu untuk kita memperjuangkan… mempertahankan parti dan pastikan negara kita ni Tuan Yang di-Pertua terus aman, makmur dan maju jaya.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya nak bertanya kepada pihak er… kerajaan negeri orang muda bertanya bukan saya yang bertanya. Skim Tanah Warisan ni, bila pihak kerajaan negeri nak laksanakan sebab er… Skim Tanah Warisan ni er… kita bagi tapak rumah kepada generasi-generasi muda Tuan Yang di-Pertua jadi ini jugak kita tau salah satu daripada masalah ataupun hasrat daripada er… golongan muda ni ataupun pasangan-pasangan muda untuk er... membeli ataupun mendapatkan rumah atau tapak rumah.

Selain daripada itu sejak akhir-akhir ini Tuan Yang di-Pertua, isu capaian internet sejak akhir-akhir ini menjadi-jadi. Masalah di sana masalah di sini. Saya berharap Tuan Yang di-Pertua, supaya er... usaha untuk mempertingkatkan er... di… perlu segera er... banyak er... halangan-halangan ataupun gangguan tele er... komunikasi ni er… perlu kita er... upgrade kalau kita nak melangkah ke era maju. Dulu ada 3G, 4G ini dah beberapa negeri dah nak naik kepada 5G, Tuan Yang di-Pertua. Jadi dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua kita perlu er... pihak kerajaan ya... pihak yang bertanggungjawab kita perlu berusaha ke arah tu. Kalau tidak kita akan tertinggal Tuan Yang di-Pertua daripada segi pembangunannya.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan er... pengalaman er... sayalah berkempen di Melaka dan di Johor saya tengok kita Pahang antara kawasan yang kita kena jaga. Je… Jementah di Segamat ya... di Jementah di apa Kemelah ya... DUN kita kalah dulu memang er… parti lain menang. Dia pegang dua penggal lepas tu dia hilang kali ini dia menang lagi.

Tapi saya tengok Tuan Yang di-Pertua er… kalau er... pilihan raya sekali lagi di hari yang akan datang ni calon yang berkenaan tu terus menjalankan kerja er... mendekati masyarakat terutama sekali mendekati er... anak-anak Melayu yang kampung yang susah tu saya fikir kalau pilihan raya sekali lagi er... mungkin kita boleh rampas. Kita jangan terkejut, macam di Sungai Lembing sendiri Tuan Yang di-Pertua, er... masyarakat Cina nampaknya sekarang ni dah er… berubah dah. Ada tanda-tanda nampaknya mereka tu positif kita tengok er... ada tanda-tanda tu. Boleh balik semula er… dulu dia kata ini kali mau cuba er… kali 22 bulan dia sudah serik sudah takut Tuan Yang di-Pertua. Banyak teruk 22 bulan. Kita rasa macam apa? Diserang garuda, gelap, tak ada harapan masa 22 bulan tu.

Jadi, kita berharap Tuan Yang di-Pertua dalam masa, jangka masa yang ada ni er... pihak kerajaan negeri dan kita semua sekali kita teruskan usaha. Apa yang Kerajaan Negeri buat tu dah baik dah. Takda benda takda perkara yang kerajaan negeri tak sentuh Tuan Yang di-Pertua. Jadi kita, saya percaya er... dengan menggemblengkan usaha, bersatu di er... di kalangan masyarakat kita kukuhkan akar umbi er… dan juga kita jaga kawasan dan juga orang-orang kita masing-masing.

Macam hari akhir sebelum undi di Johor saya ingat lagi. Saya berpeluang er... berjumpa er… dengan er… Pengarah Jentera Barisan Nasional Negeri iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan er... jadi tiba-tiba pada hari itu wanita datang mengadu. Datang mengadu tak ada mengadu lain Tuan Yang di-Pertua, masalah kewangan.

Jadi er… alhamdulillah perkara tersebut dapat diselesaikan. Er... jadi itulah contohnya juga untuk negeri Pahang yang tercinta ni kita perlu bersiap sedia. Apa saja kita tak perlu takut Tuan Yang… Tuan Yang di-Pertua sebab Allah mengatur segala-galanya. Kita teruskan usaha kita, kita buat dengan niat yang ikhlas yang murni bahawa kita nak membela agama membela rakyat. Saya percaya Allah bersama dengan kita.

Itulah Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Saya mohon menyokong. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Tanjung Lumpur. Silakan.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah (Ayat Al-Quran).

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, muslimin dan muslimat yang dikasihi dan dirahmati oleh Allah SWT. Pertama-tama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran di atas nikmat iman dan juga nikmat Islam dan seterusnya kita merafakkan rasa syukur kerana pada hari ini kita masih dikurniakan oleh Allah SWT kesempatan untuk kita dapat bersama-sama berada di dalam dewan ini dan saya bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam Ucapan Menjunjung Kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, dan insya-Allah pada pagi ini saya mengajak untuk muslimin dan muslimat kita melihat sepotong hadis Nabi SAW yang mana nabi menyebutkan bahawa ada daripada kalangan manusia yang sangat dirindukan oleh syurga Allah SWT.

Kebiasaannya kita mendengar bahawa manusia itu yang merindukan syurga, sentiasa berdoa kepada Allah agar dikurniakan syurga tetapi golongan ini adalah golongan yang disebut oleh nabi sebagai golongan yang syurga rindu kepada dia. Ada 4 golongan kata Nabi SAW (Bacaan dalam Bahasa Arab), syurga itu merindukan kepada 4 golongan.

Yang pertama, (Bacaan dalam Bahasa Arab) itulah golongan yang sentiasa membaca al-Quran sama ada waktu sempit ataupun waktu lapang, mereka sentiasa membaca akan ayat-ayat Allah SWT. Yang kedua, (Bacaan dalam Bahasa Arab) itulah golongan yang sentiasa memelihara lisan, tiada perkataan daripada lidah-lidah mereka melainkan (Bacaan dalam Bahasa Arab) itulah perkataan-perkataan yang baik,

perkataan-perkataan yang mulia dan yang ketiga (Bacaan dalam Bahasa Arab) iaitu orang yang sentiasa memberikan makanan kepada orang-orang yang lapar dan yang keempat kata nabi (Bacaan dalam Bahasa Arab) iaitulah orang yang berpuasa pada bulan Ramadan.

Jadi, mudah-mudahan ianya sedikit sebanyak memberikan suntikan jiwa untuk kita berhadapan dengan bulan Ramadan bagi kita menambah kebaikan-kebaikan. Semoga kita semua termasuk daripada kalangan mereka yang dirindukan oleh syurga Allah SWT.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya suka untuk merujuk kepada rumah RRP ataupun Rumah Rakyat Pahang yang dibina oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk membina rumah. Seawal-awalnya saya mengucapkan terima kasih kerana projek ini, program ini… projek ataupun programlah kita sebut bantuan ini adalah satu bantuan yang sangat-sangat baik dan sangat menggembirakan terutama kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk membina rumah dengan kos sebanyak RM65,000.00.

Saya membawa isu ini kerana beberapa kontraktor yang terlibat di dalam pembinaan rumah ini memohon agar pihak kerajaan menilai kembali harga tersebut RM65,000.00 dalam situasi harga besi, simen dan kayu yang naik secara mendadak terutama kayu. Besi sekarang ni lebih kurang RM3,000.00 satu tan, simen telah pun naik harga dan kayu pula boleh dikatakan hari-hari naik harga. Beli minggu ni lain harga, beli minggu depan lain pula harga. Jadi, ini sangat membebankan kepada pihak kontraktor. Setakat ni mereka bagitahu…

Yang di-Pertua (Speaker)

Pihak kerajaan mohon laluan…

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Ingin nak mencelah sedikit. Kerajaan negeri sudah bersetuju di atas rungutan. Keprihatinan kerajaan negeri terhadap kontraktor-kontraktor yang membuat Rumah Rakyat Pahang dah naik daripada RM65,000.00 kepada RM75,000.00, terima kasih.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Terima kasih. Jadi, saya tak perlu panjang lagilah sebab kontraktor pun dia minta antara RM75,000.00 sehingga RM80,000.00 makna harga yang… harga yang bersesuaian. Jadi, terima kasih kepada pihak kerajaan sebabnya yang lepas tu ada ramai kontraktor yang dia tolak sebab tidak sanggup buat dengan harga yang… harga yang sedemikian.

Isu yang kedua yang ingin saya bangkitkan ialah berkaitan dengan banjir. Kempadang di antara kawasan baru yang dinaiki air. Alhamdulillah kita ada buat pertemuan dengan pihak kerajaan, dengan pihak MBK dan sebagainya tetapi apa yang menjadi kebimbangan dalam situasi pembinaan rumah yang semakin banyak di sekitar tu. Kita bimbang pada masa yang akan datang banjir ni akan menjadi lebih-lebih besar.

Maka di antara inisiatif yang dicadangkan di sebelah Kempadang tu sebagaimana yang dilakukan di Sungai Isap pembinaan rumah pam yang kemungkinan boleh sedikit mengawal seperti di Sungai Isap pada baru-baru ini dapat sedikit dikawal dengan

penggunaan pam er… penggunaan pam yang mana saya difahamkan oleh pihak JPS, pam bagi kali ni dipinjam daripada negeri Perak atau pam yang lebih besar daya tarikan air yang lebih kuat. Jadi, dia membawa maksud cadangannya untuk supaya kita apa upgrade payah cakap Melayu ni, cakap orang putih baru reti sikit, nak kabor apa naik taraf ha… naik taraf daripada pam yang sedia ada ni kepada pam yang lebih baik kerana terbukti di Sungai Isap pada baru ni dapat dibuat sedikit kawalan air itu daripada terus er… terus naik dan begitulah juga cadangan di peringkat di kampung… di Kampung Kempadang.

Kemudian yang ketiganya kemalangan jalan raya yang sering terjadi di u-turn tanah putih tu. Orang daripada bandar dia menghala ke Gambang dan bila dia nak pusing ke bandar semula, u-turn tu di Tanah Putih, di Tanah Putih yang mana pada baru-baru ini er… kemalangan maut melibatkan 3 beranak dan kemudian berlaku lagi kemalangan maut juga makna dalam masa yang terdekat ini berlaku beberapa kemalangan maut di situ dan sebelum daripada ini telah pun banyak berlaku. Jadi, mohon pada pihak kerajaan untuk buat sedikit kajian, mungkin mengubah sedikit sebanyak sistem jalan supaya tidak berlaku lagi ataupun mengurangkan lagi kemalangan maut yang boleh berlaku di situ.

Kemudian saya juga nak menarik perhatian er… berkaitan dengan telah ada warga asing ataupun kanak-kanak warga asing yang saya lihat muka dia tu macam Rohingyalah hampir-hampir begitu yang minta sedekah di traffic light di lampu isyarat dan sebagainya dan telah jumpa di 2, 3 tempat di IM dan pernah juga berlaku di Permatang Badak. Jadi, apa yang saya bimbangkan kalau benda ni dibiarkan satu masa esok nanti akan ada sindiket dia akan mengambil kesempatan yang akhirnya kita tak boleh nak kawal sebab terlampau ramai dan dia mencacatkan pandangan daripada pihak luar kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Kemudian yang kelima saya juga membawa suara er… saudara-saudara kita yang menjaja di lampu isyarat. Saya sedikit kontra dengan Terengganu, Johor yang mana mereka tidak membenarkan penjaja itu menjaja di lampu isyarat tetapi saya lebih suka kalau sekiranya pihak Kerajaan Pahang membenarkan mereka berniaga er… tetapi diletakkan dengan syarat-syarat er.... yang lebih baik.

Di antaranya diberikan lesen supaya dapat hadkan, supaya taklah ramai sangat berniaga situ. Jadi agak lebih… lebih terkawal dan diberikan seragam dan sebagainya supaya dia keli… kelihatan lebih cantik dan lebih… lebih terkawal. Dan diberikan juga kursus dan juga penerangan, cara-cara untuk mereka menjaja supaya mereka tidak mengganggu lalu lintas dan seterusnya boleh membawa… membawa kemalangan.

Dan yang terakhir er… Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya masih lagi membawa hasrat. Walaupun dah berulang kali dan pernah pergi ke JKR dan sebagainya, tetapi setiap kali bila er… saya minta pandangan daripada Ketua Kampung dan sebagainya, er… apa isu nak bawa ini er… Ketua Kampung kata ustaz bawalah sekali lagi. Sampai bila kata saya nak bawa isu ini? Dia kata bawa sampailah kerajaan bina jejambat di hadapan Sekolah Menengah er…Tanjung Lumpur kerana dengan jumlah rumah yang semakin bertambah, kereta yang semakin sibuk er… jadi pastinya kesukaran ibu bapa nak menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Maka jejambat itu adalah alternatif yang terbaik. Bukan sahaja cepatkan masa dia. Malahan lebih selamat jikalau sekiranya mereka melintasi er… dengan menggunakan jejambat untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

Dan terakhir, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri, terima kasih kepada semua pegawai-pegawai kerajaan, agensi-agensi kerajaan yang selama

ini banyak membantu dan memberikan er… kerjasama er… untuk kebaik… untuk kebaikan er… kita bersama dan seterusnya er… selamat berpuasa dan selamat melangkah ke gedang… ke gerbang Ramadan Al-Mubarak. Mudah-mudahan kita semua diberkati oleh Allah dan mendapat natijah daripada puasa (Bacaan dalam Bahasa Arab). Mudah-mudahan kamu bertaqwa kepada Allah SWT. Assalamualaikum WBT. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Lumpur. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Ketari.

(Ayat al-Quran) Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat-Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan. Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan Menjujung Kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Tuan Yang di-Pertua,

Pada Di… Disember lalu, negeri Pahang yang kita kasihi telah dilanda duka apabila bencana banjir telah berlaku dan rakyat menerima kesannya. Ada yang kehilangan wang ringgit, harta benda dan juga ada yang kehilangan orang tersayang. Ketari adalah kawasan yang telah dilanda banjir dengan begitu teruk sekali. Saya melihat sendiri bagaimana rakyat meratapi kehilangan er… harta benda mereka dan mereka cuba mengutip sisa kehidupan yang ada untuk meneruskan kehidupan mereka. Namun selepas banjir, sejauh manakah perancangan kerajaan negeri untuk menangani masalah ini?

Tuan Yang di-Pertua,

Melalui pengamatan dan menginsafi kejadian banjir yang telah berlaku, beberapa masalah yang menjurus kepada kejadian banjir ini telah dikenal pasti dan ianya melibatkan sistem perparitan dan saliran… dan saliran yang sudah lama di Bentong. Saya ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan, bagaimanakah daerah Bentong ini hendak mencapai sta… status bandar raya seperti yang dirancangkan jika sistem perparitan dan saliran serta pelbagai lagi masalah infrastruktur yang lain masih tidak diselesaikan, dibaiki dan dinaik taraf?

Oleh itu, saya ingin berkongsi beberapa cadangan kepada pihak kerajaan agar bencana besar ini tidak belu… berulang lagi. Seperti yang kita ketahui, taburan hujan yang turun bermula pada 17 Disember 2021 lalu adalah dua kali ganda daripada yang biasa diterima di negeri Pahang. Jumlah air hujan yang turun tidak dapat ditampung oleh sistem perparitan dan saliran yang sudah lama dan akhirnya berlakulah banjir… kawasan Ketari.

Maka dengan ini saya mencadangkan… mencadangkan kepada pihak kerajaan agar memperbaiki dan menaik taraf sistem perparitan dan saliran di kawasan Ketari dan juga di kawasan-kawasan sekitar dalam daerah Bentong. Sistem perparitan dan… dan saliran yang baru dan moden akan dapat menampung jumlah air yang banyak dan juga membantu pengaliran keluar air tersebut sekali gus dapat mengelakkan banjir.

Saya percaya sistem perparitan dan saliran yang sedia ada kini lebih tua dari usia saya dan maka ia perlu digantikan dengan sistem yang baru dan dinaik taraf dengan kadar yang segera. Jika tindakan untuk menaik sistem perparitan dan saliran ini tidak dijalankan dengan segera, saya khuatir Ketari akan tenggelam sekali lagi. Selain itu juga, saya mohon kepada kerajaan negeri agar projek-projek membaiki dan membesarkan saliran di sekitar kat… Ketari dijalankan dengan serentak bukan berperingkat agar projek ini dapat disiapkan pada waktu yang sama, seragam dan masalah banjir ini dapat dielakkan secara menyeluruh di dalam kawasan Ketari dan daerah Bentong.

Tuan Yang di-Pertua,

Projek Tebatan Banjir juga sangat penting di dalam daerah Bentong. Pada sesi yang lepas saya pernah bangkitkan isu ini juga. Ini adalah kerana kedudukan Bentong itu sendiri dikelilingi oleh sungai-sungai yang kini mudah melimpah apabila hujan lebat. Projek Tebatan Banjir ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan isipadu air sungai dan dapat mengurangkan risiko banjir di kawasan Bentong. Projek-projek Tebatan Banjir ini berimpak tinggi, perlu dilaksanakan disiapkan dengan segera kerana ia dapat mengurangkan risiko banjir dan kejadian banjir kilat mahupun banjir besar dapat dielakkan.

Dan kalau lihat Tuan Yang di-Pertua, kalau selain daripada tebatan banjir, kerja-kerja mendalamkan sungai di sekitar Ketari, Bentong juga perlu dilaksanakan dengan segera. Kerana apa saya katakan dengan segera? Kerana cuaca kita pada hari ini dengan perubahan iklim adalah tidak menentu dan kita tidak boleh meramal banjir besar yang akan berlaku seperti pada tahun lepas, Disember pada tahun lepas dan baru-baru ini juga pada Mac tahun ini, berlaku sekali lagi banjir di Ketari yang menggelam… menenggelamkan er… sehingga paras pinggang sekali lagi di Kampung Chegar Medang, di Taman Chegar Medang dan di kawasan-kawasan lain Kampung Baru, di… sedikit di kawasan Sungai Marong dan sebagainya, dan di Janda Baik juga. Malah er...Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga telah turun sekali lagi me… melihat keadaan itu.

Jadi saya lihat untuk… dalam masa yang singkat ini, dalam kadar yang segera, kerja-kerja untuk mendalamkan sungai adalah diperlukan dilakukan unt… sementara kita merancang untuk projek tebatan banjir ataupun projek-projek membaiki dan membaik pulih sistem pengaliran dan sebagainya.

Oleh itu, saya harap kerajaan negeri memainkan peranan yang sangat penting dan segera mengambil tindakan yang drastik agar bencana banjir ini dan bencana kilat tidak lagi berlaku. Ya, kita tidak dapat mengelak ujian daripada Allah SWT, namun peranan kita dalam kerajaan negeri dan juga sebagai Wakil Rakyat, kita me… dan juga sebagai pegawai-pegawai kerajaan, kita mesti mengusahakan sesuatu untuk mengelakkan daripada ia berulang, kerana saya percaya kawasan Ketari sebelum ini tidak pernah selain pada tahun 1972, banyak kawasan di Ketari yang tenggelam secara tiba-tiba dan ia sangat er… mendatangkan trauma kepada penduduk Ketari khususnya.

Dan juga, saya juga ingin memohon kepada kerajaan negeri supaya peruntukan JPS ditingkatkan. Ini kerana setiap kali aduan kita kepada JPS mengenai saliran, sungai dan sebagainya, kita kerap kali mendapat jawapan yang agak mengecewakan iaitu kekurangan bajet, tiada bajet dan sebagainya. Jadi saya sangat berharap isu ba… er… peruntukan untuk JPS ini dapat ditambah baik kerana di seluruh negeri Pahang

ini, kita banyak sungai-sungai dan ia juga banyak penempatan di tepi-tepi sungai yang melibatkan penduduk.

Ini contoh yang saya tunjuk pada tahun 2019 se… tebing di Kampung Perting runtuh. Ini tahun 2019 dan selepas tahun… dan selepas 2 tahun, Mac 2022, se… se… er… selepas banjir besar 2021 dan Mac 2022, ia telah runtuh lagi sampai ke hujung dan pada gambar terbaru, baru saja dibaiki di… di… dicuba untuk dibuat tebing.

Dan proses itu mengambil sehingga 2 tahun dan saya harap perkara ini tidak akan berulang lagi di tempat-tempat lain dan kita tidak mahu kerana kelewatan bajet kerana tiada bajet dan sebagainya ini akan mengakibatkan kehilangan nyawa ataupun kemusnahan yang besar. Jadi saya harap sangat er… ianya dapat membantu pihak JPS untuk merangka dan memberi pelan dan membuat kerja-kerja mereka dengan lebih efisien.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada keprihatinan kerajaan negeri dalam memberikan sumbangan wang ihsan bantuan banjir kepada mangsa banjir. Namun, adakah semua mangsa banjir ini menerima Bantuan Wang Ihsan ini kerana saya juga mendapat seperti kawasan-kawasan lain, mendapat aduan bahawa ada setengah daripada mereka masih lagi tercicir namanya.

Jadi saya harap isu-isu ini dapat segera diselesaikan kerana mangsa banjir ini mereka sudahlah kehilangan harta benda, trauma dan sebagainya. Jadi, sedikit Bantuan Wang Ihsan ini dapat meringankan dan memberikan sedikir er… berita yang baik kepada mereka.

Selain itu juga, saya ingin membawa perhatian kepada Sidang Dewan ini terutamanya kepada kerajaan negeri mengenai aduan yang banyak saya terima daripada penduduk di Ketari iaitu bantuan baik pulih rumah mangsa banjir. Saya dimaklumkan ada mangsa banjir yang tak dapat menunggu bantuan itu tiba, jadi mereka telah membaik pulih terlebih dahulu rumah-rumah mereka dan apabila mereka telah membaik pulih rumah mereka terlebih dahulu maka bantuan baik pulih itu mereka tidak dapat kerana mereka telah repair dulu pintu, bumbung dan sebagainya.

Jadi bagi saya ini adalah tidak adil kerana mereka perlu keluar wang sendiri dan mereka tidak dapat ganti rugi. Hanya penduduk yang menunggu bantuan dapat mereka menerima bantuan baik pulih. Jadi saya harap kerajaan negeri dapat melihat perkara ini dan dapat membantu penduduk-penduduk yang telah mengeluarkan dahulu wang mereka untuk membaik pulih rumah mereka. Dan begitu juga mengenai aduan yang saya terima mengenai rumah-rumah mangsa banjir yang masih belum dibina sehingga hari ini.

Saya difahamkan mereka dapat bantuan untuk membina semula rumah namun selepas hampir 4 bulan masih ada rumah penduduk yang belum diusik dan mereka ya betul, kerajaan negeri memberikan bantuan menyewa rumah, namun begitu ada penyewa yang menyewa di kawasan yang banjir. Jadi bila banjir kali kedua berlaku di kawasan Ketari sekali lagi mangsa banjir ini perlu menghadapi banjir dan perlu kehilangan harta benda mereka. Jadi perkara ini berulang, berulang… berterusan tanpa dapat menyelesaikan dengan lebih baik.

Jadi juga saya sangat berharap perkara ini dapat diselesaikan dan saya juga senada dengan Yang Berhormat Cheka yang semalam membangkitkan mengenai bantuan

buat peniaga yang terkesan akibat bencana banjir. Saya telah er… saya lihat perkara ini juga sangat serius kerana ramai peniaga, terutamanya gerai makan, gerai-gerai dan sebagainya mereka kehilangan harta benda dan sebagainya namun mereka tidak mendapat bantuan. Jadi mereka ini juga terkesan dengan banjir dan saya sangat berharap kerajaan negeri juga dapat melihat dan memandang berat tentang isu yang dihadapi oleh peniaga-peniaga terutamanya mangsa-mangsa banjir ini juga.

Selain itu juga saya ingin men.... men.... memberikan sedikit teguran kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana selepas kali kedua Ketari dilanda banjir...

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya hanya nak... saya hanya nak memaklumkan di sini, bahawasanya kejadian banjir yang pernah berlaku di termasuk di negeri Pahang ni dia berlaku beberapa kali dan sebenarnya bukan saja di Bentong. Kalau sebelum ni di Bentong dalam tahun 2021 iaitu pada 3 Januari 2021, berlaku banjir di negeri Pahang dan apabila berlaku banjir ini sebenarnya saya dapati bahawasanya bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan pada ketika itu Kerajaan Pusat dia agak lama sebenarnya, agak lama dan jumlah bantuan adalah lebih kurang dalam RM500.00 dengan dibantu oleh kerajaan negeri sebanyak RM500.00 lagi yakni mangsa banjir dapat RM1,000.00.

Jadi untuk makluman, tujuan saya tu adalah untuk menyatakan bahawasanya di bawah kerajaan hari ini baik di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri kalau kita kata pada hari ni iaitu di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Jumlah bantuan yang disalurkan kepada mangsa banjir minima dia ialah lebih kurang dalam RM10,000.00 iaitu pertama Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir, RM500.00 untuk mereka yang terjejas maknanya peralatan elektronik letrik RM500.00 yang dapat rebet daripada TNB.

RM1,000.00 untuk membantu membaiki kenderaan-kenderaan yang rosak akibat banjir. RM2,500.00 diberi bantuan untuk er… dipanggil keperluan asas, ya, RM2,500.00 dan bantuan untuk baiki rumah antara RM5,000.00 ke RM15,000.00. Malahan bagi rumah yang musnah kerajaan akan membina baru rumah dengan peruntukan sebanyak RM56,000.00 malahan kerajaan negeri menampung, menambah lagi sebanyak RM19,000.00 menjadikannya RM65,000.00 ni apa nama ini RM75,000.00… RM75,000.00.

Dan bantuan yang disalurkan ini sebenarnya agak cepat sebenarnya malahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila turun ke Bentong beberapa kali walaupun lontaran kritikan oleh beberapa pihak termasuk pihak pembangkang menyatakan bahawasanya tidak ada keprihatinan daripada Perdana Menteri mahupun Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar tapi pemimpin malahan banjir yang berlaku termasuk di Bentong ni yang tak pernah berlaku sejak 40 tahun dahulu yang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berangkat mencemar duli, Perdana Menteri, Menteri Besar, dan bantuan banjir ini telah dapat disalurkan dengan segera dengan jumlah yang besar dan hanya masalahnya ialah terdapat senarai pemohon-pemohon dari bantuan banjir ini yang sebenarnya ada pertindihan… yang ada...

Yang di-Pertua (Speaker)

YB… YB Ketari... sebentar ya, sekejap ya.

…ada sedikit pertindihan dan malahan ada pihak…

Masa saya tak payah ambil ya. Saya banyak lagi nak cakap.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya bagi...

…ada pihak saya nak maklum ya... ada pihak yang memohon misal contoh satu rumah ketua isi rumah memohon, mendaftarkan kemudian ada juga anggota keluarga yang memohon dan ini perkara ini berlaku sebenarnya di Bentong pada peringkat awalnya ada 1,600 yang memohon tetapi setelah dibuat pemurnian terdapat lebih daripada 300 yang berlapis dan perkara-perkara seumpama ini sebenarnya adalah ini... apa nama... perkara yang perlu diteliti.

Saya nak maklumkan kepada Dewan Yang Mulia, ini Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, oleh kerana Bantuan Wang Ihsan ini dalam berbentuk cash, dalam bentuk tunai dengan izin, kakitangan Pejabat Daerah, kakitangan Majlis Perbandaran Bentong khususnya saya bercakap pasal Bentong dalam nak menyelesaikan pemberian Bantuan Wang Ihsan ni terpaksa bekerja daripada siang sampai pukul 4:00 pagi. Saya sendiri terlibatlah sebagai penyelaras ini DUN Ketari dan Bilut, pukul 4:00 pagi terpaksa mengira duit. Pertamanya, mula-mula RM1,000.00. Bila bantuan khas untuk ini keperluan asas ini RM2,500.00 tu, bila kita ada lebih kurang 3,000 paket atau 4,000 paket. Dikira… kira… kira… tu short. Maklum saja bila kerja sampai tengah malam.

Malahan kita menambah Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, anggota sukarelawan daripada MTSD, anak-anak muda kita bagikan lebih daripada 15 orang yang membantu ini Pejabat Daerah sebab itu dalam konteks seumpama ini saya terpanggil untuk memberikan penjelasan, pembelaan kepada mereka di belakang tabir tadi iaitu kita sebenarnya saya sendiri sebagai penyelaras bagi Bilut dan Ketari mahu kalau bolehnya kita laksanakan bantuan ini malahan kita pergi ke rumah… ke rumah tapi kita tak mampu buat begitu ni Yang Berhormat Ketari. Sebab apa ada setengahnya mangsa banjir ni dia tidak ada di rumah tu dan pada ketika itu ada COVID-19 yang er... yang… yang… yang berlaku yang… yang apa nama… menyebabkan kita terpaksa melaksanakan SOP.

Sebab itu dalam konteks seumpama ini saya tahu bahawasanya ramai di kalangan mereka tidak dapat bersuara dalam Dewan Yang Mulia ini. Saya nak maklumkan bahawasanya lillahitaala sebenarnya kita memang bekerja bertungkus lumus nak pastikan mangsa banjir itu dapat diberikan pembelaan, bukan saja dapat menerima wang.... Bantuan Wang Ihsan yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan dengan jumlah yang besar dan dalam tempoh yang segera atas hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melaksanakannya bagi dengan secara segera tapi masih lagi ada kekangan kerana kita terpaksa memurnikan penerima-penerima. Ini kerana terdapat beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan. Sebab itu saya ingat kalau ada

Yang Berhormat nama senarai tu daripada kita melontarkan satu kenyataan yang seolah-olah mewujudkan suasana yang kita tidak cekap.

Saya mohon izin, supaya YB dapat menyampaikan senarai itu kepada saya insya-Allah kita akan ambil tindakan. Kalau mereka layak untuk mendapat yakni kita akan segerakan insya-Allah ini setakat saya nak maklumkan dan juga projek-projek sebenarnya dalam penggulungan kalau diizinkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri er... ini Menteri Besar, sebenarnya kita ada ambil tindakan. Bila turun, bila banjir, Menteri Besar turun banyak kali. Perdana Menteri mengarahkan Menteri-menteri Pusat turun dan saya sendiri bersama-sama dengan JD, dengan pemimpin masyarakat pergi turun tengok banjir yang pada 18 Disember yang lalu dan banjir yang baru ni 17 apa nama… Mac walaupun ketika itu Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, dengan baju merahnya, samping merahnya sebab pada ketika itu kita ada PAU kan.

Kita bergegas turun pergi menengok-nengok sungai Bentong dan kita telah pun mengambil tindakan. JPS telah pun mengambil tindakan, ada perkara-perkara yang kita ambil tindakan dan insya-Allah kita ada pelan tindakan jangka pendek dan jangka sederhana dan jangka panjang. Dan pada ketika ini saya nak maklumkan Jabatan Pengairan dan Saliran ya… sedang mengadakan sesi VA untuk projek-projek Rolling Plan Ke-3 ya… Rolling Plan Ke-3 dan saya telah maklumkan kepada pihak JPS khususnya kepada Timbalan Ketua Pengarah JPS Malaysia 1, Yang Berhormat Dato’ Sabri Mulok supaya mengambil tindakan untuk pastikan pelan tindakan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bentong ataupun Bentong ini dijadikan sebagai satu agenda priority yang akan kita laksanakan. Untuk makluman ini Dewan Yang Mulia dan khususnya pada Yang Berhormat Ketari yang telah membangkitkan perkara ini tadi. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Teruskan.

10 minit tambahan lagi ya. Yang Berhormat Benta terima kasih di atas maklum balas. Saya tak abis cakap lagi. Kita bukan mencari salah lagi tetapi kita hanya ingin menambah baik dan juga memberikan pandangan.

Tapi Yang Berhormat, saya tengok… minta maaf, pada ini apa nama ini 18 hari bulan Yang Berhormat turun ke Ketari. Saya tahu Yang Berhormat bawa mineral water bagi kepada mangsa banjir dan membuat kenyataan. Membuat kenyataan bahawasanya PRN Johor kita boleh laksanakan tapi... er… ni apa projek Tebatan Banjir terangkak-rangkak macam perlahan. Saya ingat... itu... itu adalah dakwaan yang tidak tepat.

Betullah saya menyatakan bahawa kewangan yang kita ada itu… kita boleh mengutamakan rakyat yang sedang berlaku bencana dan sebagainya jadi…

Jadi maksudkan dengan hanya membawa… ya… ya. Maksud saya di sini, Yang Berhormat Yang di-Pertua…

… kita membazirkan kewangan jadi saya rasa kenapa kita nak membangkit isu PRN dalam isu hal ini.

Maksud saya di sini Yang Berhormat Yang Di-Pertua…

Bagi saya…

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, maksud saya begini kalau saya…

Yang Berhormat saya banyak lagi perkara nak berbahas. Yang Berhormat boleh berbahas esok dengan giliran Yang Berhormat.

Misal contohnya, Wakil Ketari… Wakil Ketari betul-betul ikhlas dan jujur patutnya kita boleh bertemu dan tidak membangkitkan perkara dalam dewan ini tetapi membuat kenyataan. Kenyataan-kenyataan yang tidak…

Macam mana kita nak bertemu Yang Berhormat kita banyak kali bangkitkan bahawa libatkan ADUN Pembangkang dalam mesyuarat daerah dan sebagainya supaya kita dimaklumkan isu-isu semasa, isu-isu yang berkaitan tetapi tidak. Kami tidak langsung dimaklumkan apa-apa perkara. Tidak ada langsung info yang diberikan kepada kami ADUN Pembangkang. Kami perlu bertanya sendiri setiap kali kepada Pegawai Daerah, kepada…

Tak, ADUN Ketari berbohong. Saya nak menyatakan di sini saya mencabar ADUN Ketari, saya mencabar ADUN Ketari mengatakan bahawasanya ADUN Ketari tidak mendapat info yang tepat dari pihak kerajaan kerana ADUN Ketari bertemu dengan yang…

Saya kata…saya tidak mendapat info yang tepat tapi kami tidak dijemput dalam mesyuarat-mesyuarat tindakan daerah.

...Tidak… tidak…

Saya nyatakan tersebut. Saya bukan kata saya bukan dapat info yang tepat… even yang tepat saya terima… menghubungi sendiri pegawai-pegawai yang terlibat…

Dato Yang di-Pertua, maksud saya di sini saya tahu ADUN Ketari sentiasa berurusan dengan pejabat daerah, sentiasa berurusan dengan Majlis Perbandaran Bentong. Ini perkara yang nyata tetapi di dalam Dewan Yang Mulia ini, menyatakan seolah-olahnya ADUN Ketari tidak ada langsung ni… saluran untuk menyalurkan pandangan. Itu tak betul, sebenarnya.

Kami menyatakan bahawa kami perlu dilibatkan dalam mesyuarat tindakan daerah. Itu adalah sangat penting.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat… Ahli-ahli yang berhormat, minta duduk, duduk dulu. Duduk semua Yang Berhormat, Ahli yang berhormat. Saya, Yang Berhormat pihak kerajaan, kita ada masa peluang untuk kita memberi jawapan selepas pada hari esok boleh menjawab untuk pihak kerajaan. Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Ketari…

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya… saya akur dengan Standing Order dalam Dewan Yang Mulia ini, tapi saya nak maklumkan di sini saya tidak reda kalau sekiranya ada Ahli Dewan Yang Mulia ini yang berbohong di dalam dewan. Saya nak maklumkan…

Saya berbohong apa?

Maksud saya… maksud di sini…

Apa? Apa maksud Yang Berhormat Benta ada menyatakan yang kita berbohong?

Apabila… apabila… dak... dak... saya sebenarnya 5 penggal dalam Dewan Yang Mulia. Bukan saya nak mencabarnya tapi your guys was senior was there sebelum ini. Saya nak maklumkan saya melihat bahawasanya kita nyatakan dalam Dewan Yang Mulia ini perkara-perkara yang benar. Saya tahu Ahli-ahli Yang Berhormat sebenarnya kita kerajaan negeri, sistem pentadbiran kita termasuk di pejabat daerah, di pihak berkuasa tempatan sentiasa memberi ruang dan muka kepada Wakil-wakil Rakyat termasuk Wakil-wakil Rakyat daripada pembangkang. Wakil-wakil Rakyat

pembangkang sentiasa mendapat ini apa nama… layanan daripada agensi-agensi kerajaan…

Saya tidak menafikan perkara itu Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak menafikan perkara itu.

Termasuk… termasuk maknanya daripada pejabat daerah, jadi dalam konteks seumpama ini saya mohon… saya mohon… saya tahu bahawasanya bila ini Yang Berhormat Ketari pergi ke lapangan, ambil gambar maklumkan kepada pihak berkuasa perkara-perkara yang seumpama ini pihak berkuasa termasuk PBT sendiri mengambil tindakan sebab itu dalam konteks seumpama ini saya rasa adalah satu…

Kita tidak menafikan perkara itu. Kita mengutarakan tentang penglibatan kami ADUN Pembangkang dalam mesyuarat-mesyuarat yang di mana mesyuarat tersebut membincangkan isu-isu semasa di kawasan.

… satu gambaran yang tidak tepat sekiranya Yang Berhormat Ketari menyatakan bahawasanya dia tidak mendapat maklumat tentang perancangan termasuk di kawasan di Bentong dan di kawasan Ketari sendiri. Yang Berhormat Tuan di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, panjang lagi?

Saya panjang lagi nak bercakap.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya bagilah... 5 minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

Jadi Tuan Yang di-Pertua, sejak kejadian banjir yang besar berlaku pada Disember lalu banyak infrastruktur… er… yang menjadi kegunaan harian rakyat telah musnah terutamanya dan belum dibaikilah. Ada setengah tempat belum lagi dibaiki terutamanya jalan-jalan kampung… er… dan juga tebing-tebing runtuh sepanjang jalan lama KL – Bentong, Jalan Genting Sempah dan juga kawasan sekitar Kampung Ketari, Kampung Janda Baik dan juga kampung-kampung Orang Asli. Terdapat juga jambatan putus di Lentang dan juga di Janda Baik sehingga hari ini belum diganti.

Dan untuk itu dalam sektor pelancongan di Janda Baik adalah sektor yang paling terjejas akibat bencana banjir lalu. Ramai pengusaha chalet dan resort mengalami kerugian dan kerosakan harta benda akibat dipukul arus deras banjir. Begitu juga dengan peniaga-peniaga kecil Janda Baik… peniaga-peniaga kecil. Jadi Janda Baik ini adalah satu lokasi pusat penginapan terkemuka di negeri Pahang.

Kedudukannya yang dekat dengan Kuala Lumpur telah menjadikan ianya tumpuan terutamanya kepada warga Lembah Klang. Namun keadaannya kini sudah berubah selepas banjir. Janda Baik kini bukan lagi Janda Baik yang dulu. Air sungai masih lagi keruh tidak sejernih seperti dahulu dan masih banyak sisa sampah, kayu di tebing sungai, infrastruktur seperti jambatan runtuh juga masih lagi ada di tepi-tepi sungai di kawasan Janda Baik.

Oleh itu saya ingin bertanyakan kepada kerajaan negeri apakah peranan dan perancangan kerajaan negeri bagi membantu membaik pulih sektor pelancongan di Janda Baik ini dan membantu pengusaha chalet, resort dan peniaga kecil di kawasan Janda Baik dan bilakah infrastruktur ini di kawasan Janda Baik akan dibaik pulih?

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan negeri juga… kerajaan negeri yang juga kerajaan tempatan masih lagi saya kira kekurangan dalam krisis pengendalian krisis bencana dan pasca banjir. Saya masih ingat lagi sewaktu kejadian banjir besar melanda masalah kekurangan bot dan jentera untuk membantu mangsa banjir adalah isu utama pada ketika itu.

Kerajaan Negeri kini telah memberikan perhatian dan membuat persediaan rapi dalam menghadapi bencana banjir. Namun setiap kerajaan tempatan juga agensi kerajaan perlu dilengkapi dengan kelengkapan terkini untuk tujuan penyelamat.

Pengendalian pasca banjir juga harus diberikan perhatian oleh kerajaan negeri. Kelengkapan mengutip sampah dan jentera-jentera pembersihan perlu disediakan secukupnya. Kita perlu belajar dari kejadian banjir yang telah berlaku ini, agar masa hadapan kita akan lebih tersedia menghadapi bencana banjir.

Saya ingin juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai yang telah membantu Ketari dan Bentong dalam kerja-kerja pembersihan pasca banjir. Jentera milik MBSP adalah yang sangat efisien bagi saya dan saya rasa ia boleh menjadi contoh kerajaan negeri untuk persediaan di masa hadapan.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak baik kerajaan negeri, kerajaan pusat, NGO, orang ramai yang datang membantu membersihkan kawasan-kawasan er... syarikat-syarikat juga yang telah membersihkan Ketari selepas bencana banjir. Ini bukan tugas yang mudah dan saya kira sehingga hari ini pun kerja-kerja pembersihan masih lagi berjalan.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya saya ingin membawakan masalah setempat di Ketari untuk perhatian dewan ini seperti beberapa Ahli Berhormat yang lain, saya ingin membangkitkan juga isu air. Isu air ini adalah isu yang sering dibangkitkan dalam dewan. Kerajaan negeri perlu ambil serius dan segera bertindak untuk menyelesaikan masalah ini, kerana ia bukan berlaku di Ketari tetapi berlaku di seluruh negeri Pahang. Contohnya di Ketari, tekanan air rendah, air keruh di sekitar Mempaga dan sebagainya. Selain itu, isu paip pecah sering berlaku di Kampung Perting dan Kampung Janda Baik.

Saya ingin menegur sedikit kerja-kerja yang dilakukan oleh PAIP ketika membaiki PAIP pecah. Apabila mereka menjalankan kerja membaiki paip pecah di bawah tanah kadang-kadang jalan yang diturap dengan keadaan yang tidak memuaskan, dan ini telah menyebabkan jalan lebih rosak dan membahayakan pengguna jalan raya dan ada juga jalan yang tidak diturap semula dan mengambil masa berbulan-bulan untuk turapan dilakukan dan ke… mengapa hal ini harus terjadi? Mengapa tidak dilakukan turapan segera selepas proses membaik pulih? Kerana saya risau jika er… ia akan mendatangkan kecelakaan ataupun kemalangan kepada pengguna jalan raya.

Tuan Yang di-Pertua,

Sewaktu menyempurnakan Istiadat Pembukaan Sidang Dewan Pahang pada hari Isnin yang lalu, Kebawah Duli Pemangku Raja Pahang telah menyentuh mengenai keprihatinan Tuanku mengenai kawasan tidak menerima liputan internet dan liputan yang ber… yang perlahan. Saya menjunjung kasih atas keprita… keprihatinan Tuanku mengenai hal ini. Di Janda Baik, di kawasan FELDA Mempaga, di perkampungan Orang Asli, kawasan-kawasan ini talian lipu… lip… liputan telekomu… telemuka… telekomunikasi masih lagi dalam keadaan yang menyedihkan.

Saya mohon agar kerajaan negeri memberikan perhatian mengenai hal ini sejajar dengan keprihatinan yang telah disuarakan oleh Tuanku Pemangku Raja Pahang. Masalah ini juga boleh menyebabkan rakyat ter… terutamanya pelajar yang menjalani PdPR ketinggalan dalam pelajaran mereka.

Yang terakhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyarankan kepada pihak kerajaan negeri akan… agar mengadakan program-program pendidikan politik kepada anak muda, anak belia di negeri Pahang ini. Dengan adanya Undi 18 yang telah ada dan telah bermula di PRN Johor, anak muda di negeri Pahang perlu diberikan pendedahan mengenai kepentingan politik dalam kehidupan seharian dan juga perbezaan bidang kuasa antara kerajaan tempatan, kerajaan negeri dan juga kerajaan pusat.

Ini adalah kerana ramai anak muda kita tidak tahu mengenai perkara ini dan ia bukan sekadar kepada anak muda, malah mereka yang berusia 30an, 40an pun kadang-kadang tak tahu beza apa peranan Ahli Majlis, apa peranan ADUN, apa peranan Ahli Parlimen, apa peranan Senator dan sebagainya. Jadi program-program pendidikan politik ini sedikit sebanyak boleh membantu mereka untuk mengenal tadbir urus dalam Kerajaan Negeri Pahang. Program politik yang dimaksudkan bukanlah program politik berparti, tetapi program yang berlandaskan kepada perlembagaan dan bersifat natural dan seimbang.

Akhir kata saya berharap saranan dan teguran saya serta pertanyaan saya akan mendapat perhatian daripada kerajaan negeri dan kerajaan negeri akan segera bertindak demi rakyat Pahang yang tinggal di kawasan Ketari dan Bentong. Sekian, terima kasih. Ketari mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Ketari. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Salam sejahtera kepada semua, Dato’ Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengeluarkan satu kenyataan tentang pengurangan cukai lesen perniagaan sebanyak 50% bagi peniaga pada 20 November 2020. Tetapi kebanyakan peniaga masih mempunyai maklumat yang minima mengenai pelaksanaan tersebut. Oleh itu, saya minta pihak kerajaan untuk memberi satu keterangan yang jelas kepada Dewan Yang Mulia ini mengenai cara pelaksanaan pengurangan tersebut.

Seterusnya saya juga berasa ingin nak bertanya kepada pihak kerajaan. Adakah pihak kerajaan juga sedang merancang untuk menurunkan cukai tanah dan cukai pintu pada masa yang sama? Saya berasa cukai tanah dan pintu juga harus dikurangkan sebab kebanyakan peniaga di kawasan saya sedang mengalami kesusahan pada waktu pandemik ini. Jika pihak kerajaan belum merancang untuk menurunkan kadar cukai tanah dan pintu, saya dengan ini memohon pihak kerajaan negeri untuk mempertimbangkan cadangan saya. Saya berasa amat dukacita apabila saya mendapat tahu, kedai-kedai yang biasa kit… kita kunjung telah pun ditutup akibat masalah yang dihadapi pada waktu pandemik.

Saya juga ingin memohon kerajaan mengeluarkan satu statistik rasmi mengenai jumlah perniagaan yang telah gulung tikar sejak 18 Mac 2019 sehingga kini. Jika jumlah tersebut terlalu tinggi, apakah cara penyelesaian yang efektif kepada kerajaan negeri?

Dato’ Yang di-Pertua,

Pada bulan Februari yang lepas, saya telah menerima beberapa aduan mengenai jejantas yang rosak er… di sekitar bandar Kuantan. Jejantas-jejantas yang terlibat langsung tidak dikendali dan diselenggarakan oleh pihak kerajaan tempatan. Bumbung jejantas telah pun tanggal dan tangga besi juga berkarat. Untuk makluman Sidang, bumbung jejantas diperbuat daripada bahan prospeks yang amat tajam. Jika mana-mana bumbung jatuh, ini mungkin akan mencederakan para pengguna.

Oleh itu, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah pihak kerajaan akan terus membiarkan situasi tersebut berlaku? Adakah situasi tersebut sejajar dengan visi dan misi JKR? Jika tidak, saya mohon pihak kerajaan mengambil tindakan secepat mungkin sebelum berlaku sebarang kemalangan… kemalangan yang tidak diingini.

Dato’ Yang di-Pertua,

Pasar Besar Kuantan merupakan satu tempat warga Kuantan membeli barang keperluan dapur dan kini sedang menjalankan kerja pengubahsuaian. Saya juga difahamkan, penjaja makanan petang di Pasar Besar telah lama berniaga di luar bangunan Pasar Besar Kuantan. Penjaja-penjaja yang menjalankan perniagaan di luar bangunan Pasar Kuantan perlu menghadapi masalah cuaca Kuantan yang tidak tentu. Oleh itu, saya mohon pihak kerajaan untuk mempercepatkan proses pengubahsuaian tersebut dan menyediakan satu tempat khas dalam bangunan Pasar Besar untuk para penjaja makanan sesi petang supaya tidak lagi menyusahkan mereka.

Misi kerajaan tempatan adalah untuk meringankan beban penjaja dan memudahkan mereka mencari rezeki. Jadi saya berharap pihak kerajaan akan mempertimbangkan cadangan saya. Jika pihak kerajaan mempunyai cadangan lebih baik dan untuk memu… memudahkan para penjaja pada waktu petang, saya sedia mendengar.

Dato’ Yang di-Pertua,

Pada tahun 2021, terdapat beberapa kes kebakaran berlaku di kawasan Padang Lalang. Saya sendiri telah melawat ke tempat kejadian sama juga dengan EXCO Perumahan. Setelah saya menulis dua surat mengenai maklumat mangsa-mangsa kebakaran yang diminta oleh tuan EXCO sendiri bagi tujuan bantuan kemanusiaan. Tetapi saya berasa amat dukacita kerana bantuan kemanusian tersebut belum diberi sehingga kini. Bolehkah saya tahu apa tindakan yang akan diambil oleh pihak kerajaan? Mangsa-mangsa tersebut telah banyak kali bertanya kepada saya, tetapi saya masih percaya pihak kerajaan akan menjalankan tanggungjawab sebagai pembela nasib rakyat Pahang. Oleh itu, saya minta pihak kerajaan tidak mengecewakan harapan rakyat.

Dato’ Yang di-Pertua,

Ini bukan pertama kali saya bangkit isu bangunan Kompleks Teruntum. Perjumpaan juga telah banyak kali diadakan antara pihak kerajaan dan… dengan para pemilik kedai di dalam Kompleks Teruntum. Tetapi banyak isu Kompleks Teruntum yang masih belum diselesaikan.

Isu yang pertama adalah Hakmilik Strata. Walaupun para pemilik kedai di dalam bangunan Kompleks Teruntum meru… merupakan pemilik sah kepada kedai mereka, mereka tidak mempunya Hakmilik Strata selama 40 tahun. Tuan EXCO sendiri telah janji akan menyelesaikan isu Hakmilik Strata sebelum tahun 2021. Tapi kini sudah masuk tahun 2022, adakah pihak kerajaan akan memberi isu ini berterusan selama 40 tahun lagi?

Dato’ Yang di-Pertua,

Setelah saya menerima jawapan dari Sidang Dewan Pahang pada 24 Ogos 2020, bahawa Projek Pembinaan Gantian SK dan SMK St. Thomas telah dilulus dalam Rolling Plan Nombor 3, Rancangan Malaysia Ke-11, Unit Perancangan Ekonomi, JPM. Jawapan dari Sidang Dewan Pahang juga menyatakan projek pembinaan akan dilaksanakan setelah semua prosedur permohonan pembinaan sekolah baru disempurnakan, diperakui oleh JPM. Sehingga kini saya percaya, warga St. Thomas masih tidak nampak sebarang perancangan daripada pihak kerajaan sama ada dari kerajaan negeri atau pusat. Oleh itu, saya harap pihak kerajaan boleh ambil perhatian dan tidak membuat janji kosong terutama dalam isu ini.

Dato’ Yang di-Pertua,

Setelah meneliti Laporan Ketua Audit 2020 bagi Yayasan Pahang, saya ingin mengumum… mengemukakan beberapa soalan. Saya juga berharap kerajaan boleh menjawab secara tepat dan jujur. Pertama kali… pertama sekali, kenapa perbelanjaan cukai tanah dan taksiran serta perbelanjaan pengurusan hutan meningkat sebegitu banyak? Muka surat pertama, ini laporan audit. Er... berdasarkan pengiraan saya perbelanjaan cukai tanah dan taksiran telah meningkat sebanyak 270% dari RM3.88 juta pada 2019 ke RM10.59 juta pada tahun 2020.

Perbelanjaan pengurusan hutan juga meningkat sebanyak 330% dari RM4.28 juta pada tahun 2019 ke RM14.29 juta pada tahun 2020. Adakah pihak kerajaan… adakah pihak Yayasan Pahang telah membeli mana-mana tentang tanah yang besar? Jika ya, kenapa er... kenapa pembelian yang sebegitu besar tidak dilaporkan dalam laporan

secara teliti. Adakah kewajaran di belakang pembelian tersebut? Saya mohon pihak kerajaan jelaskan.

Seterusnya, kos perbelanjaan operasi lain. Kos tersebut juga telah meningkat sekurang-kurang 190% dari RM33.8 juta pada tahun 2019 ke RM53.05 juta pada tahun 2020. Apakah kos yang lain dimaksudkan? Saya juga mohon kerajaan jelaskan angka-angka tersebut dan kewajaran Yayasan Pahang belanja sebegini.

Dato’ Yang di-Pertua,

Salah satu nota di dalam laporan tersebut juga menarik perhatian saya dalam muka surat 20. Antara peristiwa pencetusan kerugian termasuk pelanggaran kontrak. Saya mohon pihak kerajaan menghuraikan syarikat-syarikat kontrak yang terlibat dalam isu perniagaan kontrak kerana nota tersebut juga telah menyatakan terdapat bukti yang kukuh. Setiap rakyat Pahang berhak untuk kenal pasti syarikat-syarikat yang tidak menepati janji dan mengakibatkan kerugian kepada Yayasan Pahang. Saya juga berharap pihak kerajaan boleh membuat analisa yang lebih tepat pada masa depan sebelum memberi sebarang kontrak kepada syarikat.

Dato’ Yang di-Pertua,

Saya perlu memberi peringatan kepada pihak kerajaan, ini merupakan wang rakyat. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab pihak kerajaan haruslah memasti angka-angka yang saya sebut tadi dapat memberi impak secara kesan baik yang paling besar kepada rakyat. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Teruntum. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Tahan.

(Ayat al-Quran) Assalammualaikum WBT. (Bacaan dalam Bahasa Arab). Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, barisan er... EXCO Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, rakan-rakan Ahli Dewan, tak lupa juga kepada pegawai-pegawai yang bersama-sama hadir dalam er... Persidangan DUN kita pada kali ini.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Izinkan saya memulakan ucapan dengan membacakan firman Allah SWT, (Bacaan dalam Bahasa Arab). Maksudnya, “sesungguhnya kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya pada ketika itu manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia itu adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara yang tidak sepatutnya”, surah Al-Ahzab Ayat 72. Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa amanah itu adalah satu perkara yang berat sehinggakan langit, bumi dan gunung-ganang yang fizikalnya lebih hebat daripada kita tidak mampu memikulnya maka beruntunglah orang-orang yang telah melaksanakan amanah yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka dengan sebaik-baiknya.

Kita semua yang bergelar Wakil Rakyat sedang menggalas satu amanah yang besar, amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT di Hari Akhirat kelak. Kewajipan kita sebagai… sebagai Wakil Rakyat adalah untuk mengambil prihatin akan permasalahan rakyat walau serendah mana sekalipun taraf rakyat tersebut di mata manusia. Kita juga bertanggungjawab untuk memastikan mereka hidup dalam keadaan aman dan selamat, makan dan pakainya cukup serta kemudahan asas mereka disempurnakan sebaik-baiknya. Sabda Rasulullah SAW, (Bacaan dalam Bahasa Arab). Maksudnya, “setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan disoal dan dipertanggungjawabkan atas apa yang kamu pimpin”, Hadis Riwayat Imam al-Bukhari.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Tahan menjunjung kasih di atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang sempena merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima pada hari Isnin yang lalu. Titah yang menzahirkan kecaknaan yang begitu tinggi Baginda terhadap rakyat di bawah pemerintahannya. Malah Baginda juga telah berpesan agar kita semua berpegang pada prinsip mendahulukan rakyat serta kemakmuran negeri ketika berbahas. Saya juga ingin mengambil kesempatan bagi merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan negeri pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar di atas beberapa kejayaan antaranya penambahan keluasan Hutan Simpan Kekal yang kini berjumlah 1.6 juta hektar sekali gus menjadikan Pahang sebagai negeri yang mempunyai rizab hutan terbesar di Semenanjung Malaysia juga membawa pelaburan berjumlah RM10.5 bilion serta segala inisiatif dan kebajikan yang telah dilakukan demi mensejahterakan rakyat termasuk penduduk di dalam DUN Tahan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengetengahkan beberapa perkara dan permasalahan yang berlaku di dalam DUN Tahan yang saya wakili. Isu-isu yang berlarutan sekian lama yang belum lagi menemui jalan penyelesaiannya. Ianya sangat meresah dan menyusahkan rakyat. Saya berharap agar para EXCO ataupun Wakil Kerajaan boleh menjawabnya ketika sesi penggulungan. Antaranya yang pertama, ialah isu jalan Kampung Batu Balak. Jalan yang belum lagi berturap sejak 20 tahun… 22 tahun yang lalu yang hanya diletakkan crusher run sedangkan Jalan Kampung Gemunchur yang bersebelahan dengan kampung tersebut telah pun diturap. Kita nak masuk Kampung Batu Balak lalu Kampung Gemunchur ada tar, habis Kampung Gemunchur tak ada tar sampai ke masuk Kampung Batu Balak. Setiap kali hujan berlaku, berlaku hakisan yang membentuk longkang dan juga lubang.

Banyak kali kejadian jatuh motor yang mengundang kecederaan dan patah tulang akibat jalan yang tidak sempurna. Orang kampung terpaksa mengutip dan mencari sumbangan daripada orang ramai untuk membeli batu kapur dan crusher run bagi membaik pulih jalan yang rosak ini. Situasi yang sama juga dihadapi oleh penduduk Kampung Kuala Sat dan Kampung Bukit Mat Daling di Ulu Tembeling yang jalan perhubungan di dalam… di dalam kampung mereka masih belum lagi diturap.

Dato’ Sri… Dato’ Sri Yang di-Pertua, mohon mencelah ya. Adakah jalan itu telah didaftar atau belum di bawah sistem MARRIS?

Er... saya tak pasti. Saya rasa dah berdaftar saya rasa. Penduduk sangat perlukan jalan berturap agar melancarkan pergerakan mereka untuk mendapatkan keperluan harian untuk berulang-alik ke tempat kerja dan hospital serta menjual tanaman. Yang kedua, berkenaan dengan…

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua,

Saya ingin memberi penerangan penjelasan kepada YB ADUN Tahan. Dalam Rancangan Peringkat Ke-2… Pakej Ke-2, 2C, 2A, 2B, 2C sampai 2D iaitu jalan susur daripada Kuala Tor ke Kuala Sat sebanyak 7 km, daripada Sura Bantal ke Mat Daling 12 km, daripada Mat Daling ke Gusai semua kawasan YB… YB… YB DUN Tahan lebih kurang… dan satu jambatan sebanyak RM160 juta telah diluluskan oleh KPLB, dalam perancangan KPLB melantik konsultan KPLB untuk laksanakan Jalan Pakej 2A, 2B, 2C setelah bersama dengan jalan Pakej 3B iaitu antara Kampung Mat Daling sampai ke Pasir Raja.

Itu dah lulus dan dilantik kontraktor untuk laksana Pakej 3B. Tapi jalan susur yang dinyatakan oleh YB Tahan tadi iaitu semua dah termasuk dalam pakej KPLB… 2A, 2B, 2C sampai 2D sebanyak RM160 juta. Sekian, terima kasih.

Terima kasih rakan EXCO. Perkara yang kedua iaitu berkaitan dengan FELCRA Kampung Sepial. Saya menerima aduan dan juga rungutan daripada penduduk kampung berkenaan dengan status FELCRA Kampung Sepial. Saya dimaklumkan dan juga dilampirkan surat di mana temuduga telah diadakan lebih kurang 12 tahun yang lalu iaitu pada 13, 14 dan juga 15 April 2010 bertempat di Dewan MDJ. Namun sehingga kini belum ada sebarang keputusannya. Penduduk terus menunggu dan menunggu dan saya harap ianya boleh diselesaikan dengan segera, hinggakan 5 atau 6 orang pada yang terlibat temuduga telah pun kembali ke rahmatullah.

Yang ketiga, apa yang saya nak sebut itu berkenaan dengan lampu di simpang Jerantut Feri dan simpang masuk Taman Negara berhampiran dengan sawmill. Saya pernah mengemukakan cadangan kepada pihak JKR untuk memasang atau meletakkan lampu yang lebih terang di kawasan tersebut, kerana kawasan tersebut adalah kawasan utama. Di kawasan Kampung Jerantut Feri ada berhampiran jambatan dia merupakan simpang masuk ke kawasan perumahan yang menghubungkan Kampung Pedah dan juga kawasan masuk ke jalan yang menghubungkan ke Kuala Lipis.

Begitu juga dengan lampu jalan yang menjadi pintu masuk kepada Taman Negara, ada kadang-kadang hidup, kadang-kadang tak hidup. Kalau hidup pun malap sangat yang menyebabkan berlakunya kemalangan-kemalangan kecil disebabkan gelap tersebut. Saya rasa iri hati juga dengan simpang Kota Gelanggi, simpang masuk Kota Gelanggi berhampiran dengan gua Kota Gelanggi, terang betul lampu situ. Saya pun orang tanya saya kenapa situ terang sangat, tempat kita gelap sangat. Saya tak boleh nak jawab dah.

Yang ketiga berkenaan dengan madrasah atau fikhiyah Kampung Jerantut Feri. Kewujudan Sekolah Agama Rakyat madrasah atau fikhiyah ini telah dibina sejak awal 1970an. Pelajar sehingga kini ada 128 orang 68 lelaki dan 60 perempuan. Ada 4 orang guru perempuan dan 1 orang guru lelaki. Saya dimaklumkan status tanah adalah milik Jabatan Agama Islam Pahang.

Isunya saya mencadangkan agar bangunan sekolah ini dinaik taraf kerana awal 70an dan untuk makluman Dewan saya sendiri pun pernah bersekolah di situ, saya pernah bersekolah di SAR ini pada ketika sekolah rendah dulu. Dan saya haraplah ianya dapat dinaik taraf sesuai dengan keadaan dan keperluan pada hari ini.

Yang kelima, berkenaan dengan jambatan Kampung Sungai Putat, saya nak tanya sikit saja jambatan bailey ni telah dibina pada bulan puasa yang lepas dan sekarang ini kita nak masuk bulan puasa pulak dah nak hampir setahun, soalnya bilakah pembinaan jambatan baru akan dibina dan bila akan dimulakan?

Yang keenam, isu bekalan air di Kuala Tahan akhir-akhir ini kerap berlaku masalah terputus bekalan air di Kampung Kuala Tahan. Kampung Kuala Tahan atau Taman Negara ini merupakan tempat pelancongan. Jadi ini amat tidak wajar ataupun amat menyusahkan, memalukan kepada kita kalau kawasan yang menjadi destinasi pelancongan… terjadi isu-isu yang berkaitan dengan keputusan bekalan air.

Alternatif yang ada ialah sumber air graviti yang ada air bukit daripada Sungai Tabung dan ianya tidak boleh sampai kepada keseluruhan penduduk di Kampung Kuala Tahan tersebut. Dan saya mengharapkan agar kawasan Sungai Tabung ini jugak digazetkan dengan segera sebagai kawasan tadahan air oleh pihak kerajaan.

Mohon laluan… mencelah Yang di-Pertua. Saya menerima persoalan dengan air ini. Satu mesej daripada pemain industri kawasan saya, yang perlu kita lihat sebagai perkara yang serius kerana gangguan bekalan air itu melibatkan keperluan industri yang besar. Telah 2 minggu ban di Kobat pecah kerana kurangnya penyelenggaraan yang dibina.

Ban itu dibina pada tahun 2018 tidak ada penyelenggaraan menyebabkan air tidak dapat ditakung dan tidak dapat masuk ke muka sauk. Bekalan air… gangguan bekalan air melibatkan hampir seluruh bandar Kuantan. Ini telah berlangsung 2 minggu dan juga saya melihat… saya ingin ingin persetujuan daripada Yang Berhormat Tahan, setuju tak… kalau sekiranya kita buat satu usul dalam Dewan pada hari ini… kerana isu air ini hampir keseluruhan Wakil Rakyat yang bercakap ini masalah setempat, masalah bekalan air.

Dan ini menjadi satu perkara besar. Kalau sekiranya Tahan bersetuju untuk kita kemukakan satu usul dalam Dewan supaya kerajaan negeri membentuk satu pasukan khas yang mencari jalan penyelesaian secara tuntas masalah bekalan air seluruh negeri Pahang. Kerana dibimbangi kalau tidak ada satu penubuhan pasukan khas perkara yang sama akan dibangkitkan lagi. Hampir seluruh Wakil Rakyat juga akan bercakap soalan yang sama, masalah bekalan air.

Maka jika belum ada pasukan khas, tubuh satu pasukan khas yang mencari penyelesaian tuntas jangka masa setahun hingga 3 tahun daripada sekarang. Apa penyelesaian kita? Kemukakan cadangan penyelesaian dan kepada seluruh rakyat

negeri Pahang, supaya mereka tahu. Kalau tidak mereka akan cari Wakil Rakyat pulak.

Apa yang kita buat dan termasuk dalam term of reference pasukan ini ataupun terma rujukan pasukan khas ini adalah bagaimana untuk mencari sumber pembiayaan? Kita faham dia perlukan kos yang tinggi. Maka pasukan khas ini perlu diwakili oleh semua yang kepakaran teknikal termasuk ekonomi dan pembiayaan. Maka kita boleh kemukakan seluruh rakyat tahu apa yang kita sedang buat sekarang sehinggalah penyelesaian secara keseluruhan bekalan air Pahang. Terima kasih tuan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Cadangan daripada YB Andansura itu tadi, buat pada masa ini saya ingat tak perlu sebabnya saya akan menggulung dalam perbahasan nanti… hari Jumaat ini. Saya akan menjawab semua isu persoalan air ini. Sebab air ini bukanlah satu benda yang boleh diselesaikan secara serta-merta, dan sebenarnya banyak yang telah kita usahakan. Sebagai contohnya baru ini di Mentakab RM100 juta telah diluluskan. Tetapi perkara ini tidak boleh dilihat dalam masa sehari dua, ataupun sebulan dua.

Jadi semasa saya menggulung nanti saya akan menjawab dan saya akan bagi dengan detail sekali apakah usaha-usaha yang telah dibuat oleh kerajaan negeri. Saya ingat itu pun sudah memadai Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Sebenarnya banyak benda yang telah kita buat tapi cuma ada kelemahan sikit sebab mungkin kita tidak iklankan atau tidak marketkan perkara-perkara yang dibuat walaupun apa ni CEO PAIP telah turun ke daerah-daerah sepertimana arahan kerajaan negeri supaya beliau berjumpa dulu dengan tempat-tempat yang kritikal.

Perkara ini telah dibuat sebenarnya, beberapa daerah CEO PAIP telah pun pergi berjumpa dengan tempat-tempat yang bermasalah tetapi masih belum mencukupi. Jadi hari Jumaat ini saya akan detailkan lagi, apakah yang kerajaan negeri telah buat, apakah bantuan yang telah dibuat dan apakah perkara-perkara yang akan dilaksanakan di masa-masa akan datang. Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih Dato’ Sri Menteri Besar di atas respons. Saya ada 3 lagi Dato’ Sri er… Yang di-Pertua yang ke tujuh er… berkaitan dengan pelancongan. Lembah Enggang Tembeling, laluan daripada simpang nak ke Ulu Tembeling sehingga ke Kampung Kuala Sat kiri kanan tu. Lembah Enggang Tembeling ini telah dipromosikan oleh Tourism Malaysia sejak tahun 2016 semasa World Bird Fair di Rutland, England di Rutland, England oleh wakil Bird Group Taman Negara.

Sembilan spesies burung enggang telah dijumpai di sini dan menunjukkan kepentingan kawasan ini sebagai important bird area. Malah telah diterbitkan satu buku yang diberi judul Birds of Tembeling Hornbill Valley dengan kerjasama KETSA, UMT dan Bird Group Taman Negara sebagai tanda usaha bersungguh bagi menjadikan Tembeling Horn... Hornbill Valley sebagai produk baru pelancongan di Taman Negara.

Justeru, saya mohon agar agensi yang terlibat boleh bekerjasama dengan NGO tempatan, universiti tempatan bagi memulakan ekspedisi saintifik bagi sama-sama mendokumenkan Tembeling Hornbill Valley dan seterusnya mewartakan kawasan tersebut.

Sebelum akhir, yang ke lapan saya nak sentuh sikit berkenaan dengan kewujudan jambatan yang menghubungkan Kampung Purut di Kampung Bantal melintasi Sungai Tembeling ke Kampung Gusai. Pertama sekali, status jambatan tersebut saya difahamkan dibina oleh individu ataupun syarikat swasta dengan tujuan untuk mengeluarkan kayu getah pada asalnya.

Saya juga difahamkan bahawa pembinaan jambatan tersebut tidak mendapat sebarang kebenaran daripada pihak berwajib. Soalnya apakah tindakan yang telah diambil kepada mereka yang terbabit? Bagi penduduk Kampung Gusai, kewujudan jambatan itu sangat mengembirakan mereka kerana ia membolehkan kenderaan terutamanya pacuan empat roda boleh terus sampai di hadapan rumah mereka. Aktiviti kunjung mengunjung di kalangan sanak saudara lebih mudah, saya sendiri pun pernah sampai, rakan saya dari Pulau Tawar pun pernah sampai dengan menaiki pacuan empat roda ke Kampung Gusai melalui jambatan yang saya maksudkan.

Saya mencadangkan agar jambatan yang lebih baik dapat dibina oleh pihak kerajaan bagi merentasi Sungai Tembeling pada suatu hari nanti. Demi kemudahan penduduk Kampung Bantal, Kampung Gusai dan juga sekitarnya.

Sekarang ini yang terkini saya lihat adanya pengeluaran bat... kayu balak. Ada pengeluaran kayu balak daripada kawasan poh yang er... yang merentasi jambatan tersebut dengan menggunakan jambatan yang dibina tersebut. Saya tak tahu adakah jambatan... jambatan itu dibina untuk mengeluarkan kayu getah ataupun sebenarnya memang untuk mengeluarkan kayu balak tersebut dan saya ingin tahu berapa keluasan yang telah diluluskan di kawasan tersebut dan berapa lama tempoh kerja yang akan dijalankan dan saya juga ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan negeri adakah kelulusan kawasan balak er... yang telah dilulus dan di... di lakukan kerja-kerja pada hari ini...

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Sikit ya, adakah kelulusan ini akan melibatkan kawasan punca air graviti penduduk Kampung Gusai yang berada di sungai... di Sungai Aur. Akhir sekali yang ke sembilan, projek bekalan air bersih ke Kampung Tanah Pindah. Saya nak penjelasan adakah benar, saya dimaklumkan satu peruntukan... satu peruntukan telah diluluskan oleh kerajaan pusat untuk kerja menaik taraf Loji Kampung Bantal seterusnya membuat sambungan bekalan air ke tanah… ke Kampung Tanah Pindah. Berapakah kos yang telah diluluskan dan bilakah kerja-kerja er... akan dimulakan?

Dato’ Sri Yang di-Pertua, untuk akhirnya saya mengambil kesempatan ini...

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Saya ingin mencelah dan memberi penerangan kepada YB DUN Tahan. KPLB dalam makluman beritahu kepada pejabat daerah dan saya sendiri bahawa peruntukan untuk sambung er... paip air di Mat Daling hingga Tanah Pindah sebanyak 24 keluarga sudah lulus sebanyak RM6 juta. Sekarang kerja-kerja reka bentuk oleh konsultan yang dilantik oleh KPLB untuk melaksanakan kerja-kerja insya-Allah pada tahun ini kerja-kerja bermula setelah reka bentuk disiapkan oleh konsultan yang dilantik oleh KPLB.

Sebanyak RM6 juta YB DUN Tahan, lulus untuk Tanah Pindah sebanyak 24 keluarga sahaja. Sekian, terima kasih.

Terima kasih, rakan daripada Pulau Tawar. Untuk akhirnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar yang sentiasa cakna kepada rakyat di dalam DUN Tahan, terima kasih juga buat semua Ketua-ketua Jabatan yang tak lupa juga kepada Pegawai Daerah Jerantut dan semua kakitangannya serta semua agensi persekutuan dan negeri yang berada di dalam daerah Jerantut di atas segala kerjasama dan bantuan yang dihulurkan kepada saya selama ini. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Tahan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Muadzam Shah.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin melafazkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmatNya saya berpeluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul Menjunjung Kasih di atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang pada hari kelmarin.

Dalam titah ucapan Tuanku kelmarin ianya telah menyentuh banyak perkara termasuklah berbentuk nasihat, peringatan dengan tugas dan tanggungjawab kepada Wakil Rakyat. Baginda juga menasihati Wakil Rakyat agar sentiasa berpegang kepada prinsip mendahulukan rakyat serta kemakmuran negeri dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang dengan meninggalkan ingatan peribahasa Melayu, ‘yang tinggi tampak jauh, yang dekat julang bersua’. Tidak kurang juga Tuanku Pemangku Raja Pahang mengucapkan syabas atas kesungguhan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ketua-ketua Jabatan dan agensi atas kesungguhan menerajui dan melaksanakan pentadbiran kerajaan secara telus dan adil ini termasuk dalam mengurangkan impak wabak pandemik COVID-19.

Kejayaan mengembangkan ekonomi dalam negeri dan meyakinkan pelabur domestik dan pelabur asing datang masuk menjalankan perniagaan di negeri Pahang sehingga RM10.5 bilion pada tahun lepas meletakkan Pahang berkedudukan nombor 3 berbanding negeri-negeri lain di Malaysia dan membawa pelaburan asing baru er... RM5.5 bilion pada awal tahun 2022.

Tuanku juga menyentuh tentang kebajikan kepada rakyat. Pelbagai inisiatif kerajaan yang telah pihak kerajaan laksanakan seperti Pahang Pride Kasih untuk warga emas, Pahang Pride Student untuk pelajar er… dari kalangan keluarga B40 dan M40, Pahang Pride Kid pula adalah insiatif yang akan er… memberi manfaat kepada rakyat Pahang yang melahirkan anak di Pahang. Rumah Rakyat Pahang yang merupakan salah satu usaha murni yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri bermula dengan 2 unit setiap ADUN pada tahun 2020 kemudian 4 unit setiap DUN pada tahun 2021 dan 6 unit setiap DUN pada tahun 2022. Terima kasih, Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Tuan Yang di-Pertua,

Semua ini dapat dilaksanakan kerana... kerana apa? Adalah kerana kestabilan politik negeri di bawah er... Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh Yang Amat… Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Mana mungkin pertumbuhan ekonomi dapat berkembang, keya… keyakinan pelabur datang berdagang, kebajikan rakyat dapat disalurkan, keperluan asas rakyat mampu di... dipenuhi, kesejahteraan hidup rakyat dapat dimurnikan sekiranya tiada kestabilan politik dan kemakmuran negeri Pahang ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Di kesempatan ini saya ingin menyuarakan beberapa isu di dalam daerah saya untuk perhatian Dewan Yang Mulia ini. Pekara pertama yang hendak saya bawa ialah berkaitan dengan er… Balai Polis Muadzam Shah. Perkara ini pernah saya bawa di Dewan Yang Mulia ini pada 17 November 2020 dan hari ini 30 Mac 2022 saya bangkitkan semula isu yang sama.

Tuan Yang di-Pertua,

Berkaitan dengan Balai Polis Muadzam Shah ini, ada dua perkara penting dan memerlukan perhatian pihak PDRM ataupun pada pihak kementerian yang berkaitan.

Pertamanya, kekurangan anggota polis di Balai Polis Muadzam Shah. Untuk makluman Yang di-Pertua, saya bangkitkan perkara ini kerana ianya ada hubung kait dengan jumlah penduduk di Muadzam Shah melebihi 20,000 orang. Manakala kawasan jagaannya luas, kalau sebelah selatan tu sehingga ke gugusan er… Perantau Damai dan Chanis yang melibatkan FELDA Keratong 6, 7, 8, 9 dan 10 yang er… manakala di sebelah timurnya sehingga ke Kampung Kedaik. Ini termasuklah perkampungan Orang Asli, 14 ladang sawit, bandar Muadzam Shah itu sendiri dan lain-lain kawasan sekitarnya.

Sedangkan jumlah anggota polis di Balai Polis Muadzam Shah ini hanya 14 orang sahaja. Saya tanya pada anggota yang lama sejak bila jumlah anggota 14 orang ini? Beliau menjawab sejak dia bertukar di… bertugas di Muadzam Shah dia bertugas dah 10 tahun lebih dan sejak itulah jumlah anggotanya 14 orang. Sebelum tu dia tak tahu berapa lama er… jumlah sebenarnya.

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman dalam tempoh 10 tahun tersebut sudah lebih daripada 1,000 unit rumah termasuk kawasan komersial yang wujud di dalam bandar Muadzam Shah. Dengan jumlah penduduk yang lebih dari 20,000 orang dan dengan keluasan penempatan yang luas sudah tentulah banyak kes-kes yang berlaku dan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Namun jumlah anggota tetap sama dan tidak meningkat. Sudah tentu memberi tekanan dan bebanan kerja kepada 14 orang bertugas. Jumlah 14 orang anggota ini pula dibahagi pula kepada 3 syif. Makna setiap syif tu hanya dalam empat atau lima orang sahaja. Dan sekiranya ada anggota yang sakit atau cuti ianya memberi tekanan lagi pada pekerja lain memberi beban terpaksa penyambung tugasnya sampai dua syif atau selebihnya.

Yang kedua, berkaitan dengan er… Ketua Balai Polis Muadzam Shah. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, dari dulu hingga kini er… Ketua Balai hanya berpangkat Sarjan Mejar sahaja. Sarjan Mejar ini kuasa dia terhad. Dengan jumlah

penduduk yang saya maklumkan lebih 20,000 dengan keluasan yang luas saya juga mohon Ketua Balai Polis Muadzam Shah ini mestilah berpangkat pegawai ataupun Inspektor sekurang-kurangnya. Ini juga seiring dengan perkembangan pembangunan dan pertambahan penduduk selari dengan Muadzam Shah yang telah dinaik taraf sebagai Daerah Kecil Muadzam Shah.

Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu, saya mohonlah dua perkara tadi pertama masalah kekurangan anggota ini dapat ditambah mengikut kesesuaiannya dan keduanya ialah berkaitan dengan Ketua Balai Polis mestilah berpangkat pegawai ataupun Inspektor.

Tuan Yang di-Pertua,

Perkara kedua yang hendak saya bawa ialah berkaitan dengan juga dengan isu perjawatan, beban tugas kakitangan di Pejabat Tanah dan Daerah Rompin. Maklumat yang saya perolehi kelulusan perjawatan yang… untuk Pejabat Daerah dan Tanah Rompin ini pada tahun 2019 adalah 134 perjawatan. Sehingga 9 Julai 2021, 116 telah diisi daripada 134 perjawatan iaitu 86.56% ataupun ada 18 kekosongan.

Berdasarkan jumlah tunggakan fail permohonan melebihi sekarang ini lebih dari 21,000 fail jawatan paling tertekan dan terbeban adalah jawatan Penolong Pegawai Tanah. Jawatan Penolong Pegawai Tanah yang diisi adalah seramai 16 orang setakat ini. Daripada 16 orang tu dua orang daripada Penolong Pegawai Tanah ini telah diarah bertugas di Unit Kuatkuasa Negeri, Zon Timur untuk tugas rondaan serta pengurusan aduan menjadikan jumlah yang tinggal adalah 14 orang sahaja. 14 orang ini pula dibahagi pula untuk melaksanakan tugas-tugas di Unit Pulupusan, Unit Pembangunan dan Unit Teknikal.

Tugas Penolong Pegawai Daerah melibatkan permohonan-permohonan seperti permohonan pemilikan tanah 4 hektar ke atas, permohonan pemilikan tanah kurang dari 4 hektar, permohonan lesen pendudukan sementara, permohonan rancangan tanah kelompok, permohonan rancangan tanah kelompok khas, pengurusan aduan, rondaan dan sebagainya. Keperluan perjawatan ini menjadi semakin kritikal selepas pengoperasian sepenuhnya Pejabat Daerah dan Tanah Kecil Muadzam Shah dan Pusat Pentadbiran Operasi di Pulau Tioman.

Untuk makluman er…, daripada maklumat yang diperolehi daripada 14 orang ini yang tinggal ni, lima orang ditempatkan di Pejabat Daerah dan Tanah Kecil Muadzam Shah dan dua orang di Pusat Pentadbiran Kerajaan di Pulau Tioman dan hanya tinggal tujuh orang sahaja yang menjalankan tugas di Pejabat Daerah Rompin. Begitu juga dengan jawatan-jawatan lain seperti jawatan Penolong Pegawai Seni Bina dan Pelukis Pelan hanya dua orang sahaja. Begitu juga dengan jawatan er… Pembantu Tadbir. Semua itu bagi menampung keperluan perkhidmatan serta memastikan kecekapan perkhidmatan di pejabat kerajaan tersebut.

Untuk jangka pendek saya mohon mencadangkan pengambilan pegawai kontrak, pekerja sambilan harian untuk menampung kekurangan perjawatan tersebut dan mengurangkan tekanan, bebanan tugas dan kecekapan urusan kerja. Manakala bagi jangka panjang dicadangkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dapat menambah perjawatan bagi mengimbangi di tiga pejabat iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Rompin, Pejabat Daerah dan Tanah er… Kecil Muadzam Shah dan juga Pusat Pentadbiran di Pulau Tioman.

Tuan Yang di-Pertua,

Perkara lain yang dihadapi oleh masyarakat di kawasan saya samalah dengan isu-isu yang dibawa oleh rakan-rakan Yang Berhormat yang lain er… pada hari semalam dan hari ini er… macam er… sahabat saya dari Pulau Manis kalau kita tak suarakan isu ini er… di Dewan Yang Mulia ini nanti er… rakyat menganggap Wakil Rakyat tidak mengambil peduli dan tidak membangkitkan permasalahan rakyat di Dewan Yang Mulia ini.

Mengambil Titah Diraja er… Titah Diraja kelmarin… pesanan Titah Diraja semalam er… Titah Diraja kelmarin, ‘adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung’. Isu air ini sebenarnya menjadi isu utama kawasan saya yang sering menjadi rungutan dan mengakibatkan kepayahan kepada masyarakat terutamanya warga tua, warga emas di kawasan-kawasan FELDAlah, ini biasanya sebab anak-anak mereka yang ni semua dah bekerja luar tinggal yang ibu dan ayah sahaja yang dah berumur 60 lebih tahun, 70 tahun pun ada ya. Masalahnya apabila berlaku, kerap berlaku paip yang pecah dan kerosakan booster pump pun sering rosak kerana telah berusia lama.

Selain itu berlaku juga tekanan air yang rendah dan mengakibatkan air tidak sampai ke er… tangki simpanan rumah terutama di kawasan-kawasan tinggi di kawasan FELDA er… di kawasan Keratong 6 dan juga Gugusan Selancar. Jadi saya berharap pihak kerajaan dapat mencari jalan menyelesaikan masalah ini kerana isu ini bukanlah isu perkara baru. Dan akhirnya semoga Allah SWT terus memberi taufik dan hidayah kepada kepimpinan Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan diharapkan rakyat di luar sana dapat menilai yang mana kaca dan mana permata. ‘Tiada janji, lihat bukti’. PRU-15, pastikan Barisan Nasional sentiasa di hati. Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum WBT. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Muadzam. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tras.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Terima kasih Speaker kerana memberi peluang bagi saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Titah Diraja. Isu yang saya hendak bangkitkan yang pertama adalah isu jalan runtuh. Sejak tahun lepas beberapa jalan utama yang akses ke daerah Raub telah mengalami masalah yang agak serius. Menyebabkan trafik ke Raub diputuskan telah membawa banyak kesusahan kepada rakyat tempatan. Jalan utama ini termasuklah jalan lama Raub ke Bentong dan Jalan Persekutuan Raub ke Bentong. Khasnya jalan Raub lama ke Bentong. Dalam setahun ini telah berlaku sekurang-kurangnya empat kali jalan runtuh dan juga jambatan runtuh.

Tuan Speaker,

Tiap-tiap kali jalan lama ini mengalami incident jalan runtuh ataupun jambatan runtuh, jalan akses ke bandar Raub akan terputus melibatkan tiga kampung baru di daerah Raub iaitu Kampung Baru Sang Lee, Kampung Baru Sungai Chetang, Kampung Baru Tras dan satu kampung di daerah Bentong iaitu Kampung Baru Sungai Penjuring. Penduduk-penduduk di kampung-kampung ini sekiranya ingin pergi ke bandar Raub untuk urusan harian ataupun macam cikgu-cikgu, pekebun-pekebun di Raub ingin

pergi ke sekolah-sekolah dan kebun-kebun dalaman ini mereka terpaksa ambil laluan dari Jalan Persekutuan Raub ke Bentong. Malangnya Jalan Persekutuan ini pun mengalami jalan runtuh berdekatan dengan Kilang Lee Rubber pada tahun lepas.

Ini bermakna jika seorang cikgu nak pergi ke Sekolah Tras untuk mengajar dia terpaksa ambil laluan dari Raub ke Kampung Lebu di Bentong dan masuk CSR sampai ke Benus di Bentong dan melalui bandar Bentong masuk ke jalan lama Bentong ke Raub dan sampai ke sekolah. Pada asalnya cikgu ini sebenarnya hanya perlu ambil 20 minit dari Raub ke Tras, tetapi oleh kerana insiden jalan runtuh dan jambatan runtuh yang kerap berlaku dia perlu ambil masa satu jam setengah baru sampai ke sekolah. Ulang-alik sudah tiga jam. Kos masa, kos tenaga dan kos petrol bertambah kali ganda.

Tuan Speaker,

Oleh itu saya menyeru kerajaan, menjalani pemeriksaan dari masa ke semasa untuk kenal pasti tempat dan jalan yang menghadapi hakisan tanah dan mengambil tindakan menangani sebelum tragedi yang lebih serius berlaku. Saya juga harap kerajaan dapat mempercepatkan kerja pembaikan keruntuhan jalan dekat Kilang Lee Rubber supaya rakyat boleh kembali ke kehidupan biasa seawal mungkin. Tuan Speaker,

Isu yang saya nak bangkitkan seterusnya adalah isu Tanah Aina. Tanah Aina adalah pusat pelancongan berteraskan alam semula jadi yang bermula operasi sejak tahun 2011. Sekarang Tanah Aina telah mempunyai sekurang-kurangnya 6 resort di negeri Pahang, Selangor dan Johor.

Setiap resort menyediakan perkhidmatan untuk membawa pengunjung untuk mencari buah-buahan mendaki bukit dan jungle trecking. Bangunan yang dibina juga lebih banyak berasaskan kayu berbanding simen untuk menjaga dan menghormati faktor semula jadi. Hal ini membuat pengunjung lebih dekat dengan alam sekitar bukan sahaja terdapat dusun buah-buahan, di sekitar Resort Tanah Aina juga terdapat berbagai jenis sayur-sayuran dan ulam-ulaman.

Kesemua langkah ini diambil demi menjaga alam. Tanah Aina Resort mencipta sejarah di peringkat antarabangsa apabila dipilih menerima Anugerah Green Era pada Forum Ekonomi Hijau di Berlin, Jerman pada tahun 2016. Negara kita amat kaya dengan keindahan khazanah alam dan perlu dipelihara dengan sebaik mungkin. Kekayaan dan keindahan alam semula jadi negara kita turut diiktiraf oleh negara luar. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Pengarah Tanah Aina, Shariffa Sabrina semasa Tanah Aina menang anugerah ini.

Tidak dapat dinafikan Tanah Aina telah menyumbang besar kepada sektor ekopelancongan negara kita dan mewujudkan kesedaran di antara orang awam bahawa kepentingan alam sekitar kepada kita. Malangnya tiga Resort Tanah Aina telah didakwa oleh kerajaan kerana melakukan kesalahan tanpa kebenaran yang sah menduduki tanah kerajaan pada bulan ini.

Saya tidak akan sentuh merit dalam kes mahkamah ini, tapi Pahang merupakan negeri yang paling sesuai dan mempunyai banyak kelebihan untuk membangunkan ekopelancongan. Tanah Aina sebenarnya merupakan aset negeri Pahang. Oleh itu, saya haraplah isu ini boleh diselesaikan secara damai. Kerajaan Pahang dan Tanah Aina boleh duduk dan berunding cari satu formula win-win dan membangunkan ekopelancongan bersama dalam negeri Pahang.

Tuan Speaker,

Akhirnya saya ingin membagi… membangkitkan perkara di dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negeri Pahang di muka surat 29 Perkara 36(6) iaitu; “Seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa Ahli lain”. Saya ingin memohon Speaker arahkan YB Benta menarik balik perkataan ‘bohong’ yang digunakan oleh beliau masa beliau menuduh YB Ketari dalam perbahasan sebentar tadi. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih YB Tras. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Chenor.

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

Tuan Speaker,

Yang tadi saya bangkitkan adalah saya er… menggunakan perkara di dalam Standing Order ini untuk harap YB Speaker boleh mengarahkan YB Benta menarik balik perkataan ‘bohong’ yang digunakan oleh beliau semasa beliau…

YB Yang di-Pertua…

Encik Chow Yu HuiDAP · PHTras

… beliau menuduh YB Ketari…

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya ada tadi saya dengar, maksud Benta apa yang didakwa oleh Ketari menyatakan dia tak ada langsung maklumat daripada pihak kerajaan. Mustahil.

Saya tak cakap saya tak dapat langsung maklumat saya cakap…

Kami ADUN Pembangkang tidak dilibatkan dalam mesyuarat tindakan daerah…

…bukan tidak dapat langsung maklumat. Ini tidak benar sekali.

Jadi saya harap…

…ADUN Benta boleh tarik balik kenyataan tersebut terhadap saya.

Boleh buka handsard Dato’ Sri Yang di-Pertua. Boleh bukak handsard, kita tengok. Kami tak ada langsung maklumat, apa ertinya tak ada langsung maklumat? Kalau sekadar kata tak ada langsung maklumat ertinya bohong.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Tuan Yang di-Pertua, sekarang... keadaan sekarang adalah…

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

… pihak kerajaan ataupun YB daripada Benta menggunakan perkataan yang tidak sesuai er… diguna dalam Dewan Mulia ini.

Sebabnya … sebabnya kita…

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Sekarang kita harapkan Yang Berhormat daripada Benta untuk menarik balik perkataan yang tidak sesuai di dalam Dewan ini. Ini…

Boleh benarkan mereka bercakap, tapi bercakap sorang-soranglah. Sana cakap, sini cakap, sini cakap, kita pun tak tahu hujung pangkalnya. Boleh… boleh cakap tapi… er… sorang-soranglah bercakap. Kita tak nak jadi macam sarkas pula ya. Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya setuju dengan cadangan Tras supaya dikuatkuasakan undang-undang yang telah ada untuk Dewan ni kepada Ahli-ahli Dewan seandainya benda itu benar berlaku tetapi sekarang rakan kita daripada Ketari memang benar-benar tadi menyatakan dia tak ada maklumat, tak dapat langsung maklumat daripada pihak kerajaan. Ertinya beliau sendiri telah mendedahkan diri dia untuk didakwa dia berbohong. Jadi macam mana nak… nak… nak kita dakwa rakan kita daripada Benta? Tak boleh.

Tuan Speaker… Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua,

Saya mohon check balik saya tidak kata saya tidak langsung mendapat maklumat, yang kami nyatakan bahawa kita tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah jadi kita tidak tahu apa tindakan, perancangan daripada pihak kerajaan negeri dari masa ke semasa.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya… saya nampak Yang Berhormat daripada Benta tadi dia mungkin bukan.... bukan niat untuk mengatakan bohong sebab saya nampak mungkin maklumat tak betul… jangan berbohong maksud saya begitu. Saya difahamkan tidak bohong. Er… Yang Berhormat Benta tak ada dalam di sini, saya harap kita teruskan dulu dengan Peraturan Mesyuarat kita yang seterusnya. Saya minta kita teruskan dengan perbahasan. Saya jemput Yang Berhormat daripada Chini… Chenor eh… maaf Chenor sebab tadi tak berucap lagi. Sila. Ada gangguan tadi maaf. [Ahli Dewan ketawa]

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Tuan Speaker,

Saya memohon Tuan Speaker boleh bagi satu penjelasan sebentar nanti… tadi er… yang bab bagi kepada YB Ketari kerana memang satu perkataan ‘bohong’ telah digunakan oleh YB Benta tuduh kepada YB Ketari dan mengikut Standing Order seorang ahli tidak boleh guna perkataan ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya tahu.

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Oleh itu kami harap Tuan Speaker boleh bagi satu explaination atau penjelasan kepada kami. Thank you.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik. Terima kasih. Sila Chenor.

Assalamulaukum WBT. (Ayat al-Quran). Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada barisan pimpinan kerajaan, rakan-rakan EXCO, Ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan. Saya mulakan ucapan saya dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Imran ayat yang ke-79 [Ayat al-Quran].

Yang maksud, “tidak patut bagi seorang manusia yang Allah SWT berikan kepadanya Al-Kitab dan hikmah serta pangkat kenabian, kemudian dia tergamak menyatakan kepada orang ramai hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahKu dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah SWT. Tetapi sepatutnya dia berkata hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbani kerana kamu sentiasa mengajarkan isi kitab dan kerana kamu selalu mempelajarinya”.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Sesungguhnya saya tertarik dengan Titah Diraja yang menyebut berkenaan dengan impian Baginda untuk melihat sistem pendidikan di negeri Pahang ini, berada di persadanya. Jadi oleh kerana itu, tidak dapat tidak sistem pendidikan ini merupakan satu perkara yang sangat penting. Ia merupakan tunjang kepada sebuah negeri dan juga negara, dan di samping itu juga Allah SWT menyebut [Ayat al-Quran], “jadilah kamu Robbanyin”. Para ulamak menyatakan Robbanyin adalah al-ulama’ al-hukama’ orang yang berilmu dan orang yang bijaksana.

Di samping itu juga ada beberapa ciri Rabbani. Di antaranya manusia yang beriman, berilmu, bertaqwa, beramal soleh, istiqamah, prihatin, tanggungjawab, tauladan dan bijaksana. Jadi oleh kerana itu, untuk meningkatkan er… pendidikan di negeri Pahang ni er... lebih-lebih lagi di Sekolah Agama Negeri (SMAN) yang merupakan air tangan kerajaan negeri, saya ada beberapa cadangan yang melihat keupayaan kewangan negeri. Di antaranya yang pertamanya, guru-guru, berkaitan dengan guru-guru gred DG29 dan DG32, berjawatan tetap yang telah lama memiliki ijazah dan ikhtisas, diploma pendidikan perlu dinaikkan ke gred 41 atau 42 dengan mengambil kira tangga gaji semasa yang sewajarnya.

Kenaikan gred ini seiring dengan langkah yang diambil sepertimana KPM yang menaik taraf guru yang telah memiliki ijazah dan ikhtisas er... pendidikan. Justeru guru tetap gred DG29 dan juga DG32 ini perlu diberi perbela… pembelaan dengan pemberian gred latihan… laluan khas sepertimana KPM.

Saban tahun guru gred DG29 dan juga DG32 terpaksa bersaing dengan pemohon baharu yang mengajar atau graduan baru untuk gred 41. Ketika temu duga dalam keadaan kuota perjawatan yang dibuka sangat terhad, guru tetap gred DG29 dan juga 32 ini telah banyak kali menghadiri temu duga, bahkan ada yang telah melalui lebih daripada empat ke lima kali temu duga untuk bersaing dengan graduan baru er… bahkan bekas anak murid mereka sendiri.

Namun mereka masih tidak diberikan keutamaan sedangkan ramai dalam kalangan guru DG29 dan 32 ini yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bahkan juga mendapat anugerah-anugerah lain seperti Anugerah Mata Pelajaran Terbaik

Negeri Pahang, bagi mata pelajaran yang diajar peringkat SPM. Namun setiap kali temu duga, penjawatan guru tersebut tidak er... di er… belum lagi bernasib baik.

Kemudian guru tetap gred DG29 dan 32 yang memegang jawatan utama dalam pentadbiran sekolah seperti GPK1, GPK HEM, GPK Kokurikulum, berijazah dan juga ikhtisas pendidikan, perlu diberi gred hakiki kumpulan A kerana memikul tugas pentadbiran amat sukar bagi guru berkenaan untuk memberi arahan kepada guru biasa yang lebih tinggi gred daripada mereka kerana jurang gred ini.

Yang keduanya, penambahan jawatan tetap. Majoriti guru yang berstatus kontrak menunggu tempoh yang lama untuk mendapatkan jawatan tetap kerana menunggu kuota kosong setelah guru tetap pencen ataupun meninggal dunia. Ini menyebabkan motivasi guru kontrak medu… merudum dan fokus guru terjejas dalam menghasilkan PDP yang berkualiti. Status penjawatan tetap dalam kalangan adalah menyumbang… penyumbang utama dalam menghasilkan kualiti pendidikan dan perkhidmatan yang terbaik. Kemudian yang ketiga, isu penempatan dan pertukaran dalam kaka… kalangan guru SMAN. Perlu juga mengambil kira option guru dan keperluan sekolah serta kebajikan mereka. Contohnya guru option sejarah yang di… yang ditukarkan ke sekolah lain tidak digantikan dengan guru option yang sama. Malah sesebuah sekolah tidak dibekalkan dengan guru option yang diperlukan di sekolah tersebut. Dari segi kebajikan guru, mereka diku… ditukarkan ke sekolah yang jauh daripada tempat tinggal mereka sehingga menyebabkan tumpuan terhadap tugas hakiki terjejas.

Kemudian seterusnya kemudahan dan juga prasarana SMAN masih di tahap yang sederhana. Er... sebagai contohnya sekolah SMAN yang menawarkan aliran sains tidak mempunyai makmal yang sempurna daripada segi peralatan pusat sumbernya juga tidak dilengkapi dengan buku terkini dan akses internet yang cukup. Kemudahan komputer dan juga capaian internet tidak disediakan dengan baik bagi membantu guru dalam PDP. Hal ini tidak sama dengan kemudahan yang terdapat di sekolah-sekolah di negeri-negeri yang lain.

Di samping itu juga saya mencadangkan agar dibuat satu kajian untuk mewujudkan sekolah agama elit yang bertaraf lima bintang sepertimana sekolah IMTIAZ di Terengganu. Kewujudan sekolah agama elit yang sama taraf dan kualiti sekolah berasrama penuh akan dapat menarik minat anak-anak Pahang untuk kekal belajar agama di negeri sendiri tanpa perlu berhijrah ke negeri lain. Ini akan melonjakkan lagi prestasi pendidikan Pahang kerana anak-anak pela… anak-anak pelajar yang cemerlang diberi kela… layanan yang sepatutnya mereka terima.

Kemudian, guru-guru SMAN pula perlu diberikan pendedahan dan juga kursus berkaitan Kurikulum Arus Perdana, KSSM agar mereka benar-benar menguasai kandungan DSKP er… Dokumen Standard Kurikulum dan juga Penaksiran, dan seterusnya dapat mengimplita… implimentasikannya dalam pengajaran yang sesuai dengan PDP abad ke-21 yang er.... berpusatkan kepada kemenjadian murid.

Kemudian seterusnya bagi memastikan kelangsungan SMAN dan terus relevan di persada pendidikan Malaysia, pihak JAIP er… perlu menyediakan pelan strategik jangka panjang agar dapat memastikan guru-guru pelapis yang cemerlang tahap keilmuannya dapat berkhidmat di SMAN. Oleh itu, JAIP perlu mewujudkan Program Latihan Kerjaya selama enam bulan dalam menawarkan er… dengan menawarkan kepada anak Pahang lepasan Universiti Timur Tengah dan tempatan yang cemerlang mengikuti program tersebut selepas mereka tamat menjalani program tersebut.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara er… yang telah memaklumkan kelulusan RM20.24 juta peruntukan kepada Kementerian Kewangan er... daripada Keme… Kementerian Kewangan untuk Pengurusan Air Pahang Berhad er.... di mana RM3 juta daripadanya adalah untuk penambahbaikan sistem bekalan air di Pekan Awah.

Saya juga mengharapkan dengan peruntukan tersebut berjaya menyelesaikan masalah air sejak lama yang membelenggu penduduk er… di sekitar Pekan Awah er… dan juga ada viral er... baru-baru ini berkenaan dengannya. Dan juga masalah air ini memang sentiasa disebutlah. Saya juga ingin memaklumkan masalah er… kekerapan paip pecah er… yang terjadi di Taman Jaya Diri, Kampung Lanting dan juga kawasan-kawasan yang er… berdekatan dengannya. Saya mohon agar pihak PAIP dapat meluluskan bajet bagi menukarkan paip-paip yang telah pun lama.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya sangat bangga dan juga mengalu-alukan keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang bertitah agar mempercepatkan usaha untuk membuat penempatan terbaru bagi er… mangsa-mangsa banjir yang er... sering terlibat agar mereka juga dapat er... dipindahkan. Kita masih ingat bagaimana pada tahun 70 dan juga 71, Kerajaan Pahang pada waktu itu telah mewujudkan rumah-rumah RPSB bagi mengelakkan terjadi tragedi tersebut.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Pada 20 Mac yang lalu, dan juga pada tahun yang lepas, berlaku kebakaran di FELDA Sungai Nerek yang merupakan satu tragedi er… yang kita semua tidak mahu ianya berlaku, di mana pihak bomba daripada bandar Maran yang jauhnya sekitar lebih kurang 30 ataupun 40 kilometer datang untuk memadamkan kebakaran. Jadi oleh kerana itu saya juga dimaklumkan bahawa Balai Bomba Chenor ni asalnya ada kelulusan untuk dibina di situ, tapi ada masalah berkenaan dengan tanah dan saya mengharapkan kerajaan dapat menyelesaikan masalah ini. Moga-moga segala kebakaran yang berlaku dapat diselamatkan dengan cepat, tanpa datangnya daripada jauh sepertimana yang berlaku sebelum ini.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mengakhiri ucapan saya, mudah-mudahan Allah SWT merahmati kita semua memberi kejayaan dan juga keharmonian di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dan juga semua Ahli Majlis Mesyuarat. Mudah-mudahan dengan kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, kita sama-sama banyakkan berdoa kepada Allah SWT, beramal soleh, dan moga-moga semua amalan kita diterima oleh Allah SWT.

Dengan itu saya ucap… akhiri ucapan saya dengan (ayat Al-Quran). Assalamualaikum WBT. Terima kasih, saya mohon mencera… menyokong. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Chenor. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Chini.

[Ayat Al-Quran] Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, barisan EXCO kerajaan negeri, Ahli-ahli Dewan Negeri, Ketua-ketua jabatan dalam Dewan Yang Mulia ini. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua memberi ruang untuk saya menyampaikan perbahasan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14.

Pertamanya, saya menjunjung kasih segala inti pati Titah Tuanku yang sangat menekankan agar Ahli Dewan Negeri menjalankan amanah dengan prinsip mendahulukan rakyat serta kemakmuran… kemakmuran negeri. Dengan itu, saya ingin menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Sri Utama Wan Rosdy bin Wan Ismail, di kala situasi ekonomi tidak menentu akibat wabak COVID-19, kerajaan negeri berjaya membawa masuk pelaburan sebanyak RM10.5 bilion kerana bukan… bukanlah mudah untuk meyakinkan pelabur dan ini meletakkan negeri Pahang di kedudukan ketiga antara negeri-negeri seluruh Malaysia.

Saya yakin kejayaan ini adalah kerana kestabilan kerajaan negeri dan kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta barisan EXCO dan disokong oleh jabatan-jabatan, agensi-agensi di bawah kerajaan negeri dalam menguruskan pelaburan. Seterusnya kerajaan negeri melaksanakan pelbagai strategi dalam pengurusan dan operasi bagi mengurangkan impak wavid… COVID-19 iaitu dengan membelanjakan RM75 juta bagi tahun 2021 kepada golongan sasar yang terkesan. Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri dalam mengutamakan kebajikan rakyat dengan slogan “Tiada Janji, Lihat Bukti”.

Dalam menguruskan bencana banjir, kerajaan negeri menyediakan bantuan seperti wang ihsan, bantuan kematian, bantuan keperluan di pusat pemindahan sementara dan er… pemulihan pasca banjir. Selain itu, kepantasan dalam membuat keputusan bagi menangani bencana ini di bawah pengurusan Pusat Kawalan Operasi Bencana negeri dan daerah amatlah berkesan. Seterusnya membuatkan pengurusan bencana di negeri ini tidak berlarutan lama.

Bagi aspek perumahan, Rumah Rakyat Pahang (RRP) adalah satu inisiatif menarik dalam membantu golongan miskin yang tidak berkemampuan untuk membina rumah. Aspek perumahan ini sangat terbukti berkesan kerana ia telah menjadi contoh kepada negeri-negeri lain di negara ini. Selain itu, kerajaan negeri membe… memberikan pelbagai bentuk bantuan lain kepada rakyat dari yang baru lahir sehingga warga emas. Antaranya Pahang Pride Kid, Pahang Pride Student, Pahang Pride Kasih dan banyak lagi yang tidak dapat saya nyatakan satu persatu di sini. Ini semua adalah bukti bahawa kerajaan negeri sangat memahami segala bentuk kesusahan yang dilalui oleh rakyat dalam tempoh wabak COVID-19 ini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan permasalahan di DUN Chini. Yang pertama, berkenaan jambatan Kampung Tasik Mentiga yang telah diangkat melalui Jabatan Kerja Raya Daerah Pekan dapat diberikan keutamaan pembinaannya. Saya merasakan ianya perlu menjadi kepentingan dan keperluan

memandangkan laluan jalan sedia ada tersebut sering kali ditenggelami air apabila hujan berlarutan. Jalan ini adalah laluan utama masyarakat Orang Asli di Kampung Binjai dan Kampung Tanah Putih.

Seterusnya isu gangguan bekalan air sering berlaku di kampung tradisi dan juga kampung masyarakat Orang Asli. Isu ini selalu dibangkitkan oleh masyarakat orang kampung dan saya amat berharap agar ianya mendapat perhatian utama dari pihak Pengurusan Air Pahang. Saya juga mencadangkan agar kerajaan negeri dapat memberi sedikit perhatian kepada generasi muda dengan melakukan penambahbaikan infrastruktur dan juga serta kemudahan untuk aktiviti su… bersukan dan riadah, agar mereka tidak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Di… di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri, jabatan-jabatan serta agensi-agensi yang terlibat dalam membantu tugasan di kawasan DUN Chini, terutamanya melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dalam melaksanakan usaha penanaman pokok sebanyak 200,000 batang pokok dalam jangka masa dua tahun di Tasik Chini. Jelas bahawa selain mengutamakan rakyat, kerajaan negeri juga mengutamakan isu alam sekitar dan menjawab persoalan terhadap isu di Tasik Chini.

Kedua, dalam bidang pendidikan, keutamaan sering diberikan perhatian oleh kerajaan negeri. Ini terbukti dengan nilai sumbangan RM300.00, Program Pemberian Biasiswa Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang diagihkan baru-baru ini melalui Yayasan Pahang kepada golongan B40 dan M… M… er... 40. Melalui sumbangan itu, ianya sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa dalam persediaan persiapan persekolahan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Seterusnya saya juga ingin mengambil kesempatan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dengan pengumuman yang banyak memberi manfaat kepada rakyat antaranya pengeluaran khas RM10,000.00 wang simpanan KWSP dan gaji minima RM1,500.00 yang diumumkan baru-baru ini. Ia menjadikan bukti bahawa konsep aspirasi Keluarga Malaysia cetusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berjaya diterap di kalangan masyarakat.

Mengakhiri ucapan ini:

Mengharapkan padi dalam lesung; Yang ada cuma rumpun jerami; Harapan hati bertatap langsung; Cuma terlayang ucapan ini.

YB Sharim ada di Chini; YB Shahaniza ada di Maran; Mari kita sucikan hati; Selamat menyambut bulan Ramadan.

Akhir kata, Chini menyokong. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Chini. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Sabai.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Selamat petang dan salam sejahtera kepada Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan dan juga pegawai-pegawai kerajaan. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang yang diberi untuk membahas pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya ingin bermula dengan kisah banjir yang melanda kawasan saya Disember lalu. Banyak telah dibahaskan sejak semalam, namun oleh kerana kawasan saya adalah salah satu kawasan yang terjejas dengan teruk maka menjadi tanggungjawab saya untuk membentangkan beberapa masalah yang belum diselesaikan dan memerlukan tindakan segera bagi kepentingan warga Sabai.

Banyak kawasan yang belum dibaik pulih dengan sepenuhnya selepas banjir. Antaranya adalah SJKT Karak yang masih berada dalam kondisi yang teruk akibat fenomena tersebut. Hasil dari lawatan susulan yang saya lakukan, saya mendapati bahawa keadaan sekolah ini masih dalam situasi yang tidak sesuai dan selamat kepada para pelajar. Bahagian hadapan sekolah itu sendiri sudah membuktikan kerosakan dan kemusnahan akibat banjir. Kawasan sekolah yang dulunya kaya dengan keselamatan dan penuh dengan kawalan kepada pelajar kini tidak lagi menjadi kawasan yang selamat. Risiko murid terdedah kepada bahaya lebih besar kerana dinding pagar yang runtuh sepenuhnya. Keadaan ini bukan suatu perkara biasa yang boleh diambil remeh.

Tuan Yang di-Pertua,

Walaupun berkali-kali pihak PIBG menghantar surat kepada pejabat pendidikan daerah dan Kementerian Pendidikan namun pihak sekolah dan ibu bapa masih menunggu untuk berita baik dari pihak berkuasa. Saya berharap pihak kerajaan negeri akan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya kerja baik pulih SJKT Karak dapat dilaksanakan dengan kadar segera.

Tuan Yang di-Pertua,

Di sini, saya ingin menyampaikan rasa sedih dan dukacita kerana ada di antara mangsa banjir yang terpaksa menanggung derita dan kesusahan apabila ada di antara mangsa yang mana rumahnya sendiri hanyut dan… minta maaf hanyut dibawa air. Lebih perit lagi rumah yang hanyut itu dibina di atas tanah tanpa geran dan bagaimana nasib mereka ini?

Contohnya rumah yang dibina di tepi sungai atas tanah No.22, Batu 18, Jalan Manchis, Karak. Persoalannya adakah pihak kerajaan negeri akan membina rumah baru untuk mengsa banjir ini di atas tanah yang sama atau di tempat yang berbeza dan bilakah projek akan dilaksanakan? Kita sedia maklum 3 bulan berlalu sejak banjir namun setakat ini masih tidak nampak jalan keluar, bila dan di mana rumah mereka akan didirikan. Inilah nasib warga Karak yang terpaksa menanggung keperitan dan kesusahan setelah dilanda banjir.

Tuan Yang di-Pertua,

Pejabat ADUN Sabai telah dikunjungi oleh NGO dari Selangor untuk bersama-sama membantu membina rumah bagi mangsa banjir. Persoalan saya adakah pihak NGO tersebut boleh membina rumah di atas tanah tanpa geran ini? Secara peribadi saya juga ingin membantu mereka tetapi masalah geran tanah yang dihadapi oleh mereka menge… mengelirukan saya dalam misi membantu membina semula kediaman mereka.

Tanpa putus asa saya telah menghubungi Pegawai Daerah Bentong untuk mendapat pandangan beliau. Saya…

Yang di-Pertua (Speaker)

YB…YB Sabai. Boleh letakkan teks kat bawah tak? Di bawah…di bawah. Baik.

Er… saya ulang lagi sekali. Tanpa putus asa saya telah menghubungi pegawai daerah untuk mendapat pandangan beliau. Saya disuruh hantar permohonan untuk mendapat kelulusan membina rumah di tanah tersebut. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, membina… pada 23 Februari 2022 permohonan telah pun dibuat kepada Pegawai Daerah Bentong bagi membina semula rumah kediaman akibat banjir di atas tanah yang asal. Namun sehingga kini masih belum ada sebarang maklum balas dari pihak Pejabat Daerah Bentong berkenaan permohonan yang dibuat.

Isu yang melibatkan geran tanah ini seolah-olah tiada pengakhiran… pengakhiran. Namun memandangkan keadaan mangsa banjir tinggal sehelai sepinggang, maka saya percaya pihak kerajaan negeri akan membuat keputusan yang lebih, yang boleh menbantu mangsa banjir ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Pada Oktober yang lalu, saya telah menerima aduan dari 2 orang remaja India dari Kampung Karak Setia berkenaan masalah air longkang bertakung iaitu dari longkang Sekolah Karak Setia selalu masuk ke kawasan kebun mereka. Sejurus selepas menerima aduan tersebut, saya telah melawat kebun tersebut dan mendapati semua tanaman mereka binasa akibat air yang melimpah dari longkang SMK Karak Setia. Saya dengan segera telah memaklumkan perkara ini kepada pihak Majlis Perbandaran Bentong dan Jabatan Pengairan dan Saliran Bentong untuk tindakan selanjutnya.

Kedua-dua pihak telah melawat kawasan tersebut tetapi masing-masing cuci tangan mengatakan perkara itu bukan di bawah tanggungjawab mereka. Saya tiada piilihan lain dan terpaksa membawa perkara ini kepada perhatian Pejabat Menteri Besar dengan harapan masalah ini akan diselesaikan supaya kedua-dua belia India yang bertungkus lumus mencari nafkah itu tidak hilang semangat mereka.

Pada hari akhir Sidang Dewan bulan Disember lepas, saya sempat memberi surat aduan kepada Menteri Besar. Pada 27 Disember pejabat saya telah menerima maklum balas daripada Pejabat Menteri Besar yang telah memaklumkan kepada pihak Majlis Perbandaran Bentong supaya mengambil tindakan susulan… susulan. Saya berasa gembira dan bersyukur selepas menerima surat tersebut dari Pejabat Menteri

Besar. Namun kegembiraan itu hilang bila saya menerima surat daripada pihak Majlis Perbandaran Bentong pada 22 Januari dengan berita yang tak baik.

Menurut surat tersebut saya dimaklumkan bahawa Jabatan Kejuruteraan telah menjalankan siasatan dan mengatakan bahawa longkang tersebut berada di dalam kawasan sekolah di bawah seliaan pihak sekolah sendiri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Pejabat ADUN Sabai masih tidak putus asa dan telah bawa isu ini kepada perhatian pihak PPD dan sehingga hari ini masih menunggu tanpa sebarang maklum balas berkaitan masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Persoalannya di sini, Pejabat Menteri Besar telah meminta Majlis Perbandaran Bentong untuk membuat tindakan berkaitan hal ini tetapi mengapa pihak Majlis Perbandaran menghantar surat kepada saya? Kenapa tidak ada sebarang tindakan dari Majlis Perbandaran Bentong? Mereka hanya bersikap umpama, “enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”. Tindakan mereka hanyalah menghantar surat kepada saya dan meletakkan seluruh tanggungjawab kepada saya tanpa sebarang bantuan dan pertolongan diberikan.

Walhal Pejabat Menteri Besar Pahang telah memaklumkan mereka supaya menyelesaikan masalah tersebut dengan… tindakan susulan. Namun sikap lepas tangan yang ditunju… ditunjukkan oleh Majlis Perbandaran Bentong mampu melumpuhkan usaha kita bersama dalam membantu warga Karak yang menghadapi masalah.

Tuan Yang di-Pertua,

Pada 2 Mac, wakil dari Pejabat ADUN Sabai meninjau kawasan Perumahan PR1MA untuk melihat kawasan PR1MA yang terjejas teruk akibat banjir besar. Akitiviti pembersihan dan baik pulih giat dilakukan oleh pihak Alam Flora bagi mele… melestarikan semula kawasan taman PR1MA tersebut.

Taman PR1MA dilanda banjir kilat 2 minggu yang lalu. Namun syukur kepada alam semula jadi kerana hanya beberapa rumah sahaja yang terjejas banjir di Taman PR1MA Karak. Hasil tinjauan yang dibuat oleh pihak Alam Flora mendapati bahawa fenomena banjir di PR1MA adalah disebabkan oleh air hujan yang bertakung dan tersumbat di dalam lombong yang menyebabkan air hujan dikepong di dalam lombong dan tidak… tidak dapat dialirkan ke sungai.

Menurutnya juga keadaan lombong itu mampu menyebabkan berlakunya banjir yang lebih teruk sekiranya hujan secara kerap berlaku. Hal yang lebih membimbangkan apabila aliran air yang tersangkut dalam lombong dan tidak mampu untuk dialirkan ke sungai sekiranya tiada inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

Untuk menyelesaikan masalah ini pastinya keadaan sekitar akan menjadi lebih teruk. Jalan masuk ke Taman PR1MA menjadi lubang dan pejabat kami kerap menerima aduan supaya perbaiki jalan tersebut. Saya telah dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Bentong turut menyatakan hasrat untuk memperbaiki dan meni… meninggikan jalan. Saya mene… menerima baik tindakan tersebut dan harap akan dilaksanakan tanpa mengambil masa yang lama.

Pada masa yang sama saya juga ada 1 soalan kepada Majlis Pebandaran Bentong. Adakah dengan meninggikan jalan mampu mengurangkan banjir? Sekiranya kita lihat

tahap banjir di kawasan PR1MA itu sendiri sudah melepasi paras bahaya oleh itu Pihak Berkuasa Tempatan perlulah meneliti dan mengkaji isu ini secara pragmatik dan sistematik. Sekitar mal… malahan perkara ini dan sistematik.

Seperti yang sudah saya maklumkan kawasan lombong yang tersumbat itu merupakan punca berlakunya banjir. Perkara inilah yang sewajarnya diambil berat oleh pihak berkuasa. Taman PR1MA yang dahulu dikenali sebagai lakeview kerana kaya dengan kecantikan pemandangan dan kawasan yang strategik iaitu dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan hijau. Namun nama itu bertukar kepada verse view kerana keadaan menjadi buruk dan menakutkan akibat bencana alam ini. Saya yakin Ahli Dewan semua faham akan trauma dan fobia yang dihadapi penghuni Taman PRIMA dan mangsa-mangsa banjir yang lain. Jadi saya berharap tindakan yang tegas akan dilaksanakan dengan segera bagi membendung fenomena pos banjir ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Satu lagi masalah yang dihadapi oleh penduduk Flat Taman Karak iaitu masalah tangki najis tersumbat. Ini bukan masalah baru kerana sejak lebih 6 tahun saya sentiasa menerima aduan ini. Kali ini sampai najis melimpah di kawasan dapur. Agensi-agensi kerajaan yang saya menghubungi seperti KPKT dan Majlis Perbandaran Bentong seperti biasa memberitahu perkara ini bukan di bawah seliaan mereka. Indah Water pula memberitahu bahawa flat ini tidak didaftarkan untuk sebarang seliaan.

Saya terpaksa merayu kepada pihak Indah Water supaya bantu warga flat tersebut secara CSR memandangkan ramai di kalangan penghuni flat tersebut adalah golongan, “kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang”. Selepas rundingan beberapa hari, Indah Water setuju membuat kerja pembersihan secara CSR. Kerja-kerja pembersihan yang dilakukan oleh pihak Indah Water melibatkan Blok A dan Blok B mengambil masa selama 2 hari.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Indah Water atas kesudian dan kesungguhan mereka memastikan kesejahteraan penduduk flat terjamin dan selamat serta berada dalam keadaan bersih. Namun saya tertanya-tanya, jika masalah ini berulang lagi siapakah pihak yang berwajib untuk saya rujuk? Adakah perkara ini hanya perlu dibiarkan menjadi titik persoalan? Siapakah yang bertanggungjawab ke atas flat Taman Muhibbah, Karak yang kononnya projek PPRT?

Tuan Yang di-Pertua,

Pada Sidang yang lepas, saya telah membawa isu bekalan air yang putus 4 kali seminggu. Kini ia telah upgrade kepada 4 hari berturut-turut. Saya faham PAIP sedang giat berusaha mengatasi masalah ini tetapi bilakah masalah bekalan air Karak akan berakhir?

Sudah bertahun–tahun masalah ini berterusan dan di bawa ke Dewan Yang Mulia ini untuk jalan penyelesaian memandangkan aduan dan rintihan warga Sabai semakin hari semakin bertambah. Maka saya sangat-sangat berharap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Akhir sekali, saya berharap agar kerajaan negeri dapat meningkatkan usaha dalam menangani isu-isu yang telah dibentangkan demi Sabai. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Sabai. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bukit Ibam.

(Ayat Al-Quran). Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua Dewan kerana mengizinkan saya turut sama membahaskan usul Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa membuka Sidang DUN yang lalu yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar.

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya dari titah tersebut, Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang mahukan perhatian dan tindakan kita Ahli Dewan demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat Pahang Darul Makmur. Pertamanya adalah berkaitan dengan khazanah alam sekitar untuk diwarisi kepada generasi yang akan datang.

Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Utama Menteri Besar Pahang dan Jabatan Hutan atas pertambahan lebih 7,000 hektar Hutan Simpan Kekal dan hutan simpan yang lain. Bukit Ibam amat memahami hutan merupakan antara penyumbang hasil terbesar Kerajaan Negeri Pahang selain daripada sumber galian.

Bukit Ibam mohon supaya Hutan Simpan Kekal sentiasa diperketatkan kawalannya supaya tidak diceroboh dan hutan simpan guna hasil sumber hendaklah disegerakan pemulihan penanaman pokok-pokak hutan baru selepas aktiviti-aktiviti pembalakan selesai dilaksanakan. Penceroboh-penceroboh dengan pantas akan mengambil alih kawasan tersebut dan ianya akan mengundang masalah lain.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua Dewan,

Kita tahu bahawa hutan ini juga merupakan salah satu daripada tarikan-tarikan yang pelancong terutamanya sekiranya ada hutan-hutan yang mengandungi tasik-tasik, air terjun, jeram-jeram yang membawa kepada sumber ekonomi rakyat di sekitar yang perlu dipelihara. Kalau Tanah Rata ada menyebutkan ada harimau yang perlu kita pelihara tetapi juga kita di Rompin ini terutamanya di sempadan antara Muadzam dan juga Bukit Ibam, kita ada Air Terjun Harimau Berjemur.

Jadi… ya betul. Air Terjun Harimau Berjemur yang sangat cantik yang perlu kita pelihara dan perlu diingat bahawa ianya sama sekali jangan ada pencerobohan dan aktiviti pembalakan di kawasan tersebut.

Ini, sebagai contoh yang er… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, perkara ini kemungkinan juga akan menyebabkan kita akan kehilangan banyak kawasan-kawasan tarikan pelancongan kerana ini berlaku di kawasan Bukit Ibam di mana satu ketika dulu Bukit Ibam ada Tasik Merah. Tetapi oleh kerana kurang pengawalan dan hasil pembalakan kini, Bukit Ibam kehilangan Tasik Merah itu yang satu ketika dulu dikatakan Tasik Merah ini baunya pun adalah seperti bau darah er… smell like blood, kata orang putih, dengan izin, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Dan kini saya mengharapkan bahawa kita ada lagi Tasik Biru, Jeram Leleh yang menjadi... dan juga Tasik Hijau yang menjadi kesayangan rakyat DUN Bukit Ibam diharap dapat diselamatkan daripada aktiviti-aktiviti yang akan menjejaskan kelestarian hutan kita sebagaimana yang dikendaki oleh Yang Teramat Mulia Pemangku Raja. Saya yakin bahawa dalam proses pembangunan memang ada pro dan kontranya. Cuma kita harapkan dapat mengurangkan lagi perkara-perkara yang boleh membawa kepada ketidaklestariannya hutan-hutan kita.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang juga mengingatkan kita Ahli-ahli Dewan untuk memastikan keselesaan rakyat dijaga. Salah satu daripadanya sebagaimana yang telah diutarakan oleh rakan-rakan Ahli Dewan yang lain iaitu masalah air.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya tengok TikTok Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Utama kita bersama dengan CEO PAIP. Alhamdulilah kita dapat, ada peruntukan sebanyak RM184 juta budget committed kalau mengikut TikToknyalah TikTok ya, untuk pembelian aset dan logistik seluruh daerah.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Selain berita gembira ini yang diharapkan ia dapat mengurangkan masalah-masalah air sebagaimana yang telah dilaksanakan iaitu dengan pembelian lori-lori tangki, er... tanker di setiap daerah mengikut keluasan di kawasan tersebut. Tetapi saya berpendapat kita sebenarnya ada aset-aset yang mungkin PAIP terlepas pandang iaitu di tangki-tangki simpanan air yang sedia ada. Saya bagi contoh di DUN Bukit Ibam, tangki simpanan air yang ada di Taman Keratong Indah dan juga Kota Bahagia yang sangat lama tidak digunakan. Er… jadi mungkin ada er… kebocoran di situ atau ada perlu yang kita perbaiki.

Sekiranya aset-aset yang sebegini yang kemungkinan juga ada di tempat-tempat lain, dapat kita manfaatkan, mungkin ia akan menjadi satu penyelesaian sekiranya kita bermasalah dalam gangguan bekalan air, terutamanya di DUN Bukit Ibam iaitu kita hanya ada pam air di Sungai Rekoh yang disalurkan ke Kota Bahagia, KOSMA, Bandar Melati, Kota Shahbandar, Lubuk Batu. Ini adalah ba… kawasan-kawasan yang sangat sering menghadapi gangguan bekalan air. Iaitu dalam apa ni… dalam satu bulan ni terutamanya di Kota Shahbandar ini tiga, empat kalilah er… gangguan bekalan air dan ia mengambil masa selama tidak kurang daripada tiga, empat hari.

Jadi cuma kita harapkan supaya… er… ianya dapat diselesaikan er... dengan secara yang segera. Antaranya ialah tindakan segera perlu dilaksanakan semasa gangguan bekalan air ini sebab PAIP tentunya sudah belajar daripada pengalaman-pengalaman yang lepas, iaitu kita amat sukar untuk team pemulihan mencari tempat saluran yang pecah di tengah-tengah ladang sawit, yang… dan membaiki sudah pasti ianya mengambil masa tiga hingga ke empat hari.

Jadi untuk itu hantarlah bantuan segera bagi mengurangkan Ops Jerit melalui telefon. Pinjamlah tanker-tanker dari jiran kita di Pekan atau di Bera yang berdekatan. Sekarang ini… kalau ianya kit… kurang petugas… pekerja-pekerja, ambillah pekerja-pekerja yang baru. Sekarang ini ramai gen 2 kita kehilangan pekerjaan dan peluang pekerjaan ini mungkin ak… dapat membantu mereka. Walau bagaimana…

bagaimanapun saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana bekalan air bersih ke Kampung Keladan, Kampung Aur Seberang, Kampung Baru Bukit Ibam telah pun selesai dilaksanakan. Dan ini ucapan terima kasih daripada penduduk-penduduk daripada kampung-kampung ini. Dan saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua team PAIP Rompin terutamanya team Ibam dan Muadzam. Saya mohon kemaafan dari… kepada terutamanya kepada Puan Halimatun er… dan Encik Faizal yang sentiasa sabar dan tabah mendengar Ops Jerit saya.

Yang ketiga ialah mempermudahkan urusan kemasukan bekalan air rumah ke rumah terutama di kawasan FELDA. Ini adalah satu masalah iaitu ada er… di kalangan anak-anak peneroka dan juga peneroka yang ada rumah di belakang rumah mak dia. Dia buat rumah dan mereka ini memohon untuk memasukkan er… air di kawasan rumah tersebut tetapi PAIP mintak surat sokongan daripada Pengurus FELDA. Kata Pengurus FELDA pulak, kata mintak surat sokongan daripada Yang Berhormat kawasan. Sampai semula ke PAIP, PAIP kata tak boleh sebab PAIP mesti dapatkan sokongan dari Pengurus FELDA. Jadi ada pulak yang kata kena minta surat sokongan daripada Dato’ DO, jadi pening kepala pengguna.

Yang Berhormat Kawasan lagilah pening kepala kerana surat sokongan tak laku di PAIP. Jadi er… Yang Berhormat Kawasan… saya yang… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya juga mohon supaya dipermudahkan urusan-urusan terutamanya kemasukan air di kawasan Perumahan Gen 2 FELDA Keratong 5 yang diuruskan oleh SPNB, kerana ia… rumah ni sangat banyak akaunnya iaitu lebih daripada 250 buah rumah.

Jadi saya mohonlah er… supaya Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA dan juga CEO er… PAIP supaya duduk semeja bincangkanlah perkara ini dengan baik dan elok, kerana ianya kita nak bantu rakyat hidup selesa sebagaimana Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja. Dan kepada PAIP, PAIP adalah satu business bagi kalian. Jadi logiknya lebih banyak akaun, lebih ramai pengguna, lebih banyak keuntungan yang bakal diperolehi oleh PAIP, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’Sri Yang di-Pertua,

Ini satu lagi isu yang er… menjadi igauan ngeri bagi saya sebagai ADUN Kawasan iaitu berkaitan dengan Jambatan Kampung Rekoh. Jadi jambatan ini mungkin telah menjadi satu er… kata orang diviralkan ketika ada er… peristiwa jatuhnya dua anak… anak pekerja Indonesia ladang di situ dan saya dianggap tidak bertanggungjawab kerana tidak menyelesaikan masalah er… jambatan ini.

Jadi baru-baru ini jambatan ini er… sewaktu banjir yang baru ni Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan juga Sidang Dewan, er… banjir ini telah menyebabkan jambatan gantung di Kampung Rekoh itu telah musnah sama sekali dan tidak boleh digunakan. Jadi kita ramai pekerja-pekerja di kalangan generasi ke-2 kita yang bekerja di Ladang Peetih di seberang Sungai Keratong itu yang melalui jambatan ini.

Jadi untuk jalan alternatif yang lain memang ada, tetapi ia sangat jauh mengambil masa lebih kurang 20, 30 kilometer untuk pusing melalui er… jalan di Chanis itu. Jadi ianya diharap program… projek ini saya dimaklumkan bahawa telah mendapat kelulusan dan er… daripada JKR, tetapi sebagaimana yang kita semua tahu bila cakap-cakap YB ni retorik bagi penduduk-penduduk dan di kawasan tersebut.

Jadi saya mengharapkan bahawa jambatan, satu jambatan alternatif sebelum jambatan konkrit ini dilaksanakan hendaklah dibuat dengan segera supaya membolehkan anak-anak kit… anak-anak muda kita yang bekerja di Ladang-ladang Peetih ini dapat jalan yang lebih selamat. Sebab waktu ini walaupun jambatan gantung itu tidak boleh dilalui, mereka melalui juga. Walaupun kita dah letak, pejabat daerah dah letak kalau lalu situ bergantung… risiko sendiri tetapi memang kalau berlaku sekali lagi peristiwa itu, maknanya bukan saya sahaja yang akan mendapat impak negatifnya tapi kerajaan negeri juga sama-sama menerima yang tak baik daripada pandangan rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Tuanku juga menitahkan sektor pendidikan merupakan elemen penting dalam pembangunan modal insan sesebuah negeri. Tahniah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang atas kewujudan idea Pahang Pride Student dan juga kepada Yayasan Pahang yang pada tahun 2022 er… telah menyampaikan peruntukan kepada 20,956 pelajar Melayu, 22,042 orang kepada pelajar Cina, 7,000 kepada pelajar India, 14,055 kepada pelajar-pelajar Orang Asli dan 4,943 kepada yang lain-lain.

Yang er… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya er… merasakan peruntukan ini, sumbangan ini adalah sesuatu yang sangat penting bagi memastikan kelancaran dan bagi student… anak-anak kita untuk meneruskan pengajian mereka. Cuma satu permintaan saya, iaitu Yayasan Pahang akan… er… beri one-off untuk mereka yang masuk ke institut pengajian tinggi.

Tetapi ada satu iaitu sekiranya mereka telah masuk ke matrikulasi dan mendapat bantuan daripada Yayasan Pahang untuk masuk ke er… universiti-universiti seterusnya mereka tidak dapat sumbangan itu. Jadi diharap ini dapat dipertimbangkan semula sebab sebahagian besar daripada er… anak-anak kita yang pergi belajar tu bukanlah lagi daripada kalangan yang berkemampuan. Kita tahu Wakil-wakil Rakyat Kawasan ada memberi sumbangan tetapi adalah lebih elok sekiranya ianya dari kerajaan negeri. Walaupun kita daripada YB Kawasan sebenarnya kerajaan negeri juga tetapi ianya Yayasan Pahang adalah terus direct daripada kerajaan negeri di mata er… rakyat.

Jadi, berhubung kait dengan itu juga, saya ingin menekankan satu perkara dalam kita menentukan bahawa tahap tinggi dia mesti ada juga di bahagian rendah. Yang pertamanya ialah berhubung dengan pendidikan di kalangan anak-anak Orang Asli di pedalaman. Kita perlulah menerapkan satu penerangan yang penting, pentingnya pendidikan yang perlu diterapkan kepada ibu bapa dan murid-murid yang perkampungan Asli kerana saya dimaklumkan sangat kurang daripada kalangan anak-anak Orang Asli ini yang pergi ke sekolah. Jadi, harapan saya ini dapatlah kita sama-sama di Yayasan Pahang ke dan juga JAKOA untuk mengatur sesi-sesi taklimat kepada ibu bapa di kalangan Orang-orang Asli.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Berhubung kait dengan rumah rakyat Pahang, Bukit Ibam merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga dan telah terima rumah-rumah ini sebanyak dua buah rumah dah selesai dan ucapan terima kasih daripada penerima-penerima kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kita dan juga Kerajaan Negeri Pahang. Cuma ada satu perkara yang saya suka mencadangkan iaitu satu garis panduan yang perlu diberikan kepada kontraktor. Yang ini berdasarkan pemerhatian saya ianya tidak

selaras SOP nya kerana di setiap rumah ini iaitu kosmetiknya sebagaimana contoh ya iaitu bilik air rumah-rumah ini tidak selari. Ada kontrakor yang buat bilik air dia cantik sangat, tile dia sampai atas. Dari bawah sampai atas. Dia punya apa ni dapur dia table top sinki dia tu dengan tile yang cantik tetapi ada juga yang tidak begitu.

Jadi di sini, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan juga Yang Amat Berhormat Dato’ Sri MB, perlulah kita selaraskan standard ni apa ni kepada kontraktor ini supaya ianya tidak mengundang persepsi yang tidak elok kepada kontraktor-kontrakor. Jadi mereka ini pergi ke rumah orang ini tengok rumah orang ini lain, tengok rumah orang ini lain, jadi kemungkinan dia akan mengata kenapa pula ya kontraktor ni macam mana buat yang ini, yang ni boleh pula buat tapi mungkinlah juga ada kontraktor yang lebih untuk mendapatkan pahala yang besar mungkin dengan dia dapat sedikit je keuntungan akan memberikan dia lebih lagi rezeki daripada Allah SWT. Jadi itu pandangan saya.

Penerokaan sumber baru, Tuanku juga menitahkan kerajaan negeri meneroka sumber-sumber baru bagi menambah peningkatan hasil dan pembangunan negeri. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Utama Menteri Besar kerana berjaya mendapatkan RM987 juta pelaburan domestik dan RM9.8 billion daripada pelaburan antarabangsa. Pahang sangat luas dengan ladang kelapa sawit. Dengan pelaburan antarabangsanya sebanyak RM5.5 billion awal tahun ini, saya mencadangkan kerajaan negeri dapat mendirikan kilang-kilang yang berasaskan dari sumber kelapa sawit. Saya rasa ini Yang Amat Berhormat Dato’ Sri ya saya dah memaklumkan kali yang kedua rasanya ini.

Jadi contohnya daun dan pelepah kelapa sawit boleh diproses untuk dijadikan makanan ternakan haiwan, sisa buangan dari kolam kilang sawit boleh dijadikan baja organik yang subur untuk pertanian sekiranya ia diusahakan secara besar-besaran.

Arak-arak kelapa puan; Tidak puan kelapa bali;

Saya mengharapkan pada tuan; Mohon tambah sikit je masa lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila-sila, boleh, dua minit je.

Sudah semestinyalah kilang-kilang ini, saya mohon didirikan di DUN Bukit Ibam. Ladang sawit FELDA dan swasta yang luas di sini. Kilang ini juga diharap dapat menjadikan sumber pekerjaan kepada generasi di DUN Bukit Ibam yang ramai kembali ke kampung halaman akibat kehilangan pekerjaan kerana pendemik COVID-19. Bukit Ibam tidak lagi tertindas dari arus pembangunan seiring dengan DUN-DUN lain di Rompin. Kota Bahagia, Kota Shahbandar, Bandar Melati, Bandar Perwira Jaya dan semestinya Bandar Tun Abdul Razak, Keratong tidak lagi dilihat sekadar kota bandar tinggalan DARA. Tetapi ia diharap akan menjadi kota teguh dan juga bandar kebanggaan rakyat DUN Bukit Ibam, land of opportunity dengan izin Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Dengan itu juga saya mengharapkan supaya jalan utama jalan Keratong, Bahau dan juga jalan Keratong – Segamat ini perlu dinaik taraf kerana ia merupakan laluan utama dari barat dan selatan ke negeri-negeri di Pantai Timur.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Utama kerana telah banyak membantu dalam proses kepada DUN Bukit Ibam terutamanya dalam masa pendemik COVID-19 dan juga semasa banjir. Jadi berkenaan dengan banjir ini, saya ni tak naklah cerita orang lain banjirnya baru-baru ini. DUN Bukit Ibam ni kalau di Kampung Aur di Rekoh tu dua kali setahun pun ada. Jadi cuma kita berdasarkan pengalaman dan penglihatan perlulah persediaan itu diadakan terutamanya di kalangan Angkatan Pertahanan Awam iaitu aset-aset terutamanya di saat ini yang diperlukan adalah bot jadi berdasarkan pengalaman selama ini, saya tengok Angkatan Pertahanan Awam amat kekurangan bot.

Polis juga perlu ada bot. Sebab bila banjir ini kita tengoklah di Shah Alam walaupun kita ada kenderaan berat macam mana bila dah banjir penuh tak lepas dah nak pergi. Bomba pun ada lori pun tak lepas lori nak pergi er… beri bantuan kecuali kita ada bot. Itu persediaan. Jadi untuk ini saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Utama dan juga kerajaan… agensi-agensi kerajaan, untuk makluman jambatan Kampung Aur, jambatan konkrit Kampung Aur sedang dalam proses pembinaan.

Terima kasih banyak-banyak dan juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada JKM dan lain-lain agensi kerajaan yang banyak membantu DUN Bukit Ibam dalam menghadapi waktu bencana masa ini. Untuk itu Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua Dewan dengan lafaz (Bahasa Arab) Bukit Ibam menyokong Titah Tuanku Pemangku Raja. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum WBT. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Bukit Ibam. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Jengka. Yang terakhir untuk petang ini.

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum WBT dan selamat petang. (Ayat al-Quran). Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan Ucapan Titah Diraja pada Isnin yang lalu. Kita sedia maklum bahawa negara kita Malaysia mencatatkan pelaburan yang tertinggi dalam sejarah pada tahun 2021 berjumlah kira-kira RM306.5 billion dalam beberapa sektor utama perkilangan dan perkhidmatan meski pun ekonomi global masih berdepan dengan persekitaran yang mencabar akibat pandemik COVID-19. Ini sekali gus menjadikan negara ini kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik untuk pengembangan perniagaan global dan serantau. Alhamdulillah, syukur Pahang juga telah mencatatkan pelaburan sebanyak RM10.5 billion pada tahun lalu sehingga dinobatkan kedudukan ketiga berbanding negeri-negeri lain. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan semua yang terlibat dalam menjayakan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Walaupun negara berdepan dengan wabak COVID-19 selama dua tahun lebih, banjir besar pula dua kali tahun lepas awal tahun dan akhir tahun, tahun 2021 namun Pahang masih dapat meningkatkan kutipan hasil sebanyak RM812 juta berbanding sasaran awal RM800 juta ertinya lebih… lebih kurang RM12 juta tahniah ya.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi… Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya harus betulkan fakta ini. Angka sebenarnya ialah RM866 juta bukan RM812 juta. Ada tak er... berlaku kesilapan typo semasa pihak kerajaan membentang. Sebenarnya RM866 juta bukan RM812 juta. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Alhamdulillah, naik lagi er... RM866 juta makna kita berdasarkan pada Titah hari itu makna ada pembetulan alhamdulillah jadi ertinya melebihi sasaran awal RM800 juta. Tahniah sekali lagi ingat boleh kekal lagi er... jadi Menteri Besar la. Kejayaan kutipan hasil besar ini membolehkan kerajaan berbelanja besar membantu rakyat bagi menangani COVID-19, banjir dan kebajikan-kebajikan lain. Ini menunjukkan adanya rahmat di sebalik musibah sebab itu kita diajar bila datangnya musibah sabar dan kita ucap (Bacaan dalam Bahasa Arab) kerana kita tidak tahu walaupun musibah yang besar itu kadang-kadang ada rahmat yang datang kepada kita kerana Allah SWT sahaja yang mengetahuiNya. Sesungguhnya Allah SWT masih sayang kepada kita.

Justeru saya menasihati diri saya dan pihak kerajaan negeri agar sentiasa bersyukur dengan terus beristiqamah, taat, berpegang dengan semua arahan dan larangan Allah SWT, insya-Allah jika itulah prinsip kita Allah SWT akan tambahkan lagi pendapatan negeri di masa-masa mendatang dan ini janji Allah SWT kepada hambaNya. Allah SWT sebut dalam Al-Quran dengan izin, (Bacaan dalam Bahasa Arab), Allah SWT menyatakan, “sekiranya kamu bersyukur, bersyukur dengan mentaati Allah SWT sebagai buktinya Allah SWT akan tambahkan lagi dan sekiranya kamu kufur, melanggar perintah Allah SWT, Allah SWT bukan tarik tetapi Allah SWT beri amaran azab Aku sangat dahsyat pada hari akhirat nanti”.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Di kesempatan ini, saya ingin menyentuh isu yang sangat penting yang perlu kepada penyelesaian segera iaitu isu tenaga buruh walaupun sudah diambil beberapa tindakan oleh er... pihak Kerajaan Persekutuan ada sedikit er... penambahbaikan dan sebagainya mungkin selepas kita masuk fasa endemik mungkin lebih baik lagi namun saya tetap ingin menyentuh sebagai anak peneroka saya ikuti rapat perkembangan ini. Saya pergi ke satu tanah rancangan bersama dengan anak peneroka dan dia ini warga bangsa India. Saya pergi ke kebun melur dia. Di tanah ayah dia dan er... ada sawit sepuluh ekar, saya tengok buah sawit banyak tapi tidak berkait. Saya tanya lama mana dah tak kait dia kata dah dua bulan tak kait. Kenapa? Kerana tak ada pekerja jadi saya sentuh sedikit isu ini. Semoga ada beberapa perbincangan dan penyelesaian daripada pihak kerajaan negeri yang mungkin… mungkin boleh dibawa kepada Kerajaan Pusat.

Pada 4 Mac 2022, peneroka FELDA menikmati harga sawit buah tandan… buah tandan segar. Satu tan RM1,700.00. Ayah saya datang rumah dia kata dapat sembilan tan maknanya RM15,300.00 dia dapat tolak… tolak… tolak… bersih RM14,000.00, mahal daripada gaji YB lagi ini. Itu pada 4 Mac. Pada 13 Mac, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin mengatakan harga minyak sawit dijangka mampu mencecah paras tertinggi sehingga RM9,000.00 satu tan metrik pada Jun er... Mei… Jun ini.

Kalau RM9,000.00 maknanya satu tan BTS, buah tandan segar boleh mencecah RM1,800.00 kepada RM2,000.00 satu tan namun apa yang menyedihkan kita, ladang-ladang sawit di Malaysia mengalami ketiadaan tenaga buruh asing atau tenaga kerja tempatan yang perlu kita selesaikan. Walaupun Kerajaan Persekutuan kata nak selesaikan, nak bagi er... gaji mahal mungkin sampai RM1,500.00… RM1,000.00 er... sampai RM3,000.00 tapi anak tempatan ini tak berapa nak kerja di ladang. Dia suka kerja di Mydin lagi walaupun murah eh… er... jadi tak cukup sehingga menyebabkan buah sawit terbiar di pokok kadang sampai busuk.

Jadi hilang pendapatannya jadi saya amat mengharapkan agar pihak kerajaan dapat mengambil langkah-langkah proaktif ya supaya isu tenaga buruh atau tenaga kerja tempatan ini dapat ditangani dengan baik dalam masa terdekat lebih-lebih lagi apabila kita masuk kepada fasa endemik April ini insya-Allah.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya ingin menyentuh isu kesukaran tadi telah disentuh oleh er... Bukit Ibam kesukaran untuk mendapatkan bekalan api dan air. Bukit Ibam kata tandatangan YB pun tak laku, tandatangan YB biasa tak laku ini saya tak hairan sangat tapi kalau tandatangan EXCO pun tak laku ha… itu sudah lain macam ya. Er... Pulau Tawar ya. Jadi er... kesukaran bekalan api dan air tak dapat masuk di rumah-rumah, kediaman atau bangunan yang telah siap dibina. Mereka akan datang jumpa YB setempat untuk ambil tandatangan kita sokonglah, lama karang bergelap tak ada air duduk dalam rumah jadi er... sukar, tak dapat masuk jadi jika isu ini dibiarkan tidak dipedulikan maka ia akan menjejaskan…

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya ingin nak mencelahkan pada ADUN Jengka pagi tadi saya menceritakan Seksyen 17C dan Seksyen 17D. Kedapatan saya ada Seksyen 37 Akta GSA yang membolehkan FELDA menggubal Undang-Undang Kecil bersama dengan kerajaan negeri, JKPTG dan juga JPM, Bahagian Urus setia Tanah, FELDA Bahagian Selia Tanah membolehkan untuk dibuat satu peraturan membolehkan kata sepakat membina rumah ke-2 dengan syarat pertukaran syarat nyata tanah untuk membolehkan bagi mereka yang dah buat rumah, yang dah buat rumah bukan buat baru, buat… buat rumah untuk mengadakan satu persepakat er... sepakat kata sepakat untuk membolehkan masuk air dan api.

Kerajaan negeri sangat-sangat bersetuju. Kerajaan negeri bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan… saya akan bawa usul ini dalam Mesyuarat EXCO petang ini supaya memberi kelonggaran kepada DO ataupun Wakil Rakyat setempat untuk membenarkan tandatangani borang kemasukan air dan api bagi memudahkan anak-anak peneroka yang dah bina rumah di dua… dah dalam konsep dua rumah satu lot. Terima kasih.

Terima kasih Pulau Tawar. Kesusahan kami berada di atas batu jemala Pulau Tawar [Ahli Dewan ketawa]. Jadi saya harap pihak kerajaan dapat menyelesaikan isu ini dengan memudahcarakan kepada rakyat dalam proses permohonan untuk bekalan api dan air.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya lihat daripada semalam sehinggalah hari ini, ramai Ahli Yang Berhormat menyentuh berkaitan permasalahan air, dan Dato’ Sri er... Menteri Besar pun sudah sebut dia memerlukan kepada proses yang lama dan akan digulung oleh Dato’ Sri esok insya-Allah. Ini kerana air adalah sumber kehidupan manusia. Orang kampung kata tak ada api, tak per lagi, tak ada air payoh.

Jadi manusia tak boleh hidup tanpa air, bahkan setiap yang hidup perlukan air. Sebab itu orang ramai tidak akan selesa sekiranya air tidak ada walaupun sehari, dalam sebulan tu kita kata dia ada, dia dapat air tak putus, api tak putus, dalam 27 hari. Tapi ada 3 hari yang air tak ada yang tu yang bisingnya tinggilah. Ha YB-YB kena bersedialah, mana YB ni?

Jadi makna betapa pentingnya air itu. Saya di kawasan saya, saya ucap tahniahlah kepada PAIP Maran yang cepat dan tangkas menangani sebarang aduan bekalan air er... tahniah alhamdulillah. Cuma kalau melibatkan pecah dan bocor besar tu makan masa yang lamalah. Allah… dengan izin, Allah SWT sebut dalam al-Quran (Ayat al-Quran), Allah SWT kata, “aku jadikan daripada air setiap yang hidup, semua yang hidup ini memerlukan air”.

Jadi saya tadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar kata dia akan sebut dalam penggulungan beberapa penyelesaian yang telah dibuat dan akan dibuat pada penggulungan nanti insya-Allah. Mudah-mudahan ia memberikan satu kebaikan kepada rakyat dalam negeri Pahang, insya-Allah.

Dalam Dewan Yang Mulia ini, saya ingin mengulangi dalam bab air ini satu isu yang berkaitan dengan tangki air. Tangki air utama dan rumah pam yang rosak yang tidak berfungsi sejak 2009, yakni 13 tahun di Maahad Sultan Ahmad Shah, Jengka yang saya telah bangkitkan tiga bulan yang lalu di dalam Dewan Yang Mulia ini.

Justeru saya harap ada tindakan segera dan serius dari pihak kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Pahang, sebab dia bawah JAIP, dalam menangani isu ini demi memastikan guru dan pelajar dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan selesa. Akhir kalam semoga Allah SWT panjangkan umur kita semua agar kita dapat bertemu dengan bulan Ramadan yang mulia Ramadan Karem. Maka dengan ini saya menyokong Usul Titah Diraja. Sekian, assalamualaikum WBT. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk hari ini saya perhatikan seramai 12 orang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan ini, dan saya mengucapkan ribuan terima kasih. Insya-Allah Persidangan kita akan disambung semula pada hari esok Khamis, 31 Mac 2022 bermula pukul 9.30 pagi dan insya-Allah pihak kerajaan akan memberikan jawapan-jawapan. Assalamualaikum WBT.

[Persidangan ditempohkan pada jam 2.41 petang]