Pahang · 31 March 2022
14th Assembly, 5th session, 1st meeting · 221 turns · 39,126 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari
: Khamis, 31 Mac 2022
bersamaan
28 Syaaban 1443 Hijrah
DOA
Bacaan Doa.
[Ayat al-Quran] Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah , limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk Negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin, Ya Rabbal A’lamin.
Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions
Perkara Kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar
[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan pada hari ini dan untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat pada kali ini saya menjemput Yang Berhormat daripada Sungai Lembing. Silakan.
Assalamualaikum Tuan Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 1.
[Apakah pelan tindakan pihak Kerajaan Negeri dalam menangani masalah banjir dalam masa jangka pendek mahupun dalam masa jangka panjang?]
Assalamualaikum WBT. Salam se... Salam sejahtera.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN Sungai Lembing yang bertanyakan soalan apakah tindakan pihak Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah banjir dalam masa jangka pendek mahupun dalam masa jangka panjang? Untuk makluman Ahli-ahli Dewan kejadian banjir pada awal Januari dan penghujung Disember tahun 2021 adalah akibat Monsun Timur Laut di mana pada tempoh tersebut negeri kita telah menerima curahan hujan luar biasa yang mengakibatkan sistem sungai dan saliran kawasan perumahan dan perbandaran tidak dapat menampung aliran dan mengakibatkan berlakunya kejadian banjir.
Mengikut rekod yang diberikan oleh Jabatan Meteorologi adalah jabatan yang bertanggungjawab untuk er...memberi maklumat akan taburan hujan pada 16 hingga 19 Disember tahun lalu selama empat hari Yang di-Pertua, 16 hingga 19 adalah antara 150mm hingga 824mm rekod taburan hujan berbanding kadar normal pada lazimnya taburan hujan adalah 250mm hingga 300mm, itupun untuk tempoh 30 hari. Tetapi untuk tempoh Disember tahun lalu 150mm hingga 820mm dalam tempoh empat hari. Lazimnya ialah 250mm hingga 300mm, itupun untuk tempoh 30 hari itu sebabnya berlaku banjir.
Di samping itu juga, kejadian air pasang besar yang berlaku dalam tempoh tersebut telah memburukkan lagi kejadian banjir di kawasan tepi pantai terutamanya di daerah Kuantan, Pekan dan Rompin. Dato’ Sri Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri mengambil berat tentang isu banjir ini dan telah merangka beberapa strategi bagi mengatasinya. Bagi tujuan jangka pendek sepertimana yang telah ditanya oleh Yang Berhormat dari Sungai Lembing tadi, Kerajaan Negeri telah merangka strategi-strategi berikut: sehingga 10 Mac 2022 Jabatan Pengairan dan Saliran ataupun JPS Negeri Pahang telah menerima peruntukan Persekutuan sebanyak 20.36 juta untuk kerja-kerja pemuliharaan sungai serta menaiktaraf kolam takungan banjir dan empangan bagi mengurangkan risiko banjir di setiap daerah seperti pecahan berikut.
Suka saya nyatakan di Dewan Yang Mulia ini bahawa 20.36 juta ini adalah permohonan daripada Kerajaan Negeri melalui JPS yang diangkat kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Persekutuan meluluskan. Dia tak datang secara tiba-tiba je.. tiba-tiba datang RM10 juta RM20 juta mesti datang daripada kita untuk mengemukakan permohonan. Jadi aa...pecahan daripada RM20.36 juta itu, ialah untuk memelihara sungai sebanyak 158 projek Dato’ Sri Yang di-Pertua. Aa.. bernilai RM16.54 juta.
Yang kedua, menaiktaraf kolam takungan banjir 36 projek RM1.9 juta, menaiktaraf empangan 2 projek 1.8 juta iaitu menjadikan keseluruhan 20.36 juta. Jadi 158 projek ini Dato’ Sri Yang di-Pertua saya tidak mungkin untuk saya baca satu-satu lah tapi kalau ADUN Sungai Lembing berminat untuk tahu satu persatu boleh jumpa saya ya..dan saya boleh bagi draf jawapan ini untuk Yang Berhormat ADUN Sungai Lembing kerana banyak sangat ya... nanti aa... makan masa yang terlampau panjang. Di samping itu juga, pihak JPS Negeri Pahang telah juga menerima peruntukan sebanyak RM6.14 juta bagi melaksanakan 42 kerja-kerja kecemasan di luar jangka selain daripada yang tadi sebanyak aa... RM20 juta tadi JPS sendiri ada menerima peruntukan sebanyak RM6.14 juta bagi tujuan kerja-kerja kecemasan sebanyak 42 projek.
Manakala Jabatan Kerja Raya juga giat melaksanakan kerja-kerja pembaikan jalan dan cerun yang rosak akibat banjir. Sehingga kini lapan lokasi telah diluluskan di bawah program Selenggaraan Berkala (Pavement) ataupun turapan berjumlah RM5.4 juta di lima lokas... lima lokasi yang diluluskan di bawah Program Bukan Turapan berjumlah RM5.3 juta dan lima lokasi telah diluluskan di bawah program pembaikan cerun iaitu berjumlah RM14.48 juta. Jadi aa.. saya pun tidak aa...berhajat untuk menyebut lima lokasi tersebut tetapi senarai yang ada dengan saya ADUN Sungai Lembing kalau berminat bolehlah berjumpa dengan saya ya...untuk mendapatkan lebih detail.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah mengadakan mesyuarat post-mortem banjir Negeri Pahang di mana mesyuarat ini diadakan bersama-sama dengan semua Pegawai Daerah dan agensi-agensi yang terlibat bagi penyelesaian berkaitan isu banjir yang berlaku di bawah di Pahang. Mesyuarat ini seperti mana yang saya katakan baru-baru ini ialah kita panggil semua DO setiap daerah aa... bersama-sama dengan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengarah JKR, Pengarah JPS dan juga Jurutera JKR Daerah, Jurutera JPS Daerah.
Dan aa.. ianya saya dapat jumpa dalam tempoh lebih kurang 10 hari semua dapat jumpa, tiga isu je er... tiga perkara je yang saya minta, yang pertama punca banjir, yang kedua semasa banjir apakah masalahnya, yang ketiga apakah cadangan selepas banjir, cadangan jangka pendek, jangka masa panjang dan juga jangka masa sederhana, ya. Jadi aa... daripada perjumpaan tersebut, saya telah minta semua Pejabat Daerah dan Pengarah JKR untuk memberitahu apakah keperluan yang mendesak yang difikirkan jangka masa pendek yang boleh membantu aa... Kerajaan Negeri ataupun semasa kita menghadapi banjir kerana banjir ini sebelum ianya berlaku hujan lebat dan sebelum dapat bantuan daripada BOMBA, PDRM, maknanya lokal komuniti lah yang mula-mula sekali aa... membantu mangsa-mangsa banjir, jadi inilah yang kita nak tahu.
Jadi antaranya yang dikemukakan ialah walky talkie, kemudian saya dapati ada terputus bekalan kita nak buat helipad RM100,000.00 sahaja Dato’ Sri Yang di-Pertua helipad. Kemudian selain dari kemudian boat apa spiderboat ke apa yang boleh naik atas jalan, boleh naik dalam sungai, er… bot apa tu saya lupa. Boat amfibia. Ha, yang tu pun kita dah senaraikan. Dan alhamdulillah total keselurahan RM53 juta dan saya telah kemukakan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan er… saya fikir tidak ada masalah ya, untuk mendapatkan kelulusan ini RM53 juta.
Maklum balas yang saya dapat agak positif, jadi bila dapat yang ni makna kerja-kerja awalan kita boleh buat. Sebab di Pahang aje yang kita buat kerja-kerja sebagai contohnya dry run sebelum banjir kekadang sesetengah tempat melalui PKOB yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Mereka telah membuat dry run kononnya kalau berlaku banjir yang memang patut dibuat dan sebagainya. Dan peruntukan ini kalau dapat nanti kita akan salurkan.
Begitu juga dengan Pihak Berkuasa Tempatan di setiap daerah akan terus dilaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan longkang-longkang Monsoon Drain dan parit-parit secara berkala bagi mengurangkan risiko jika berlakunya banjir kilat setiap hujung tahun. Bagi tindakan jangka sederhana dan jangka panjang bagi mengatasi masalah ini JPS Negeri Pahang telah menerima kelulusan peruntukan pada tahun ini berjumlah RM109 juta.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi Rolling Plan Ke-2 dengan Rancangan Malaysia Ke-12 untuk melaksanakan 11 projek jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir. Kos keseluruhan pelaksanaan projek-projek ini berjumlah RM1.9 billion yang akan dilaksanakan secara berperingkat. Lagi sekali saya ingin nyatakan di Dewan Yang Mulia er… bajet yang turun ini bukan datang begitu sahaja ianya datang daripada Kerajaan Negeri dan melalui JPS.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
JPS Negeri Pahang juga telah menghantar er… yang ini juga yang kita baharu hantar 36 permohonan cadangan projek jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir di Negeri Pahang melalui Rolling Plan Ke-3, Rancangan Malaysia Ke-12 meliput… meliputi skop kerja tebatan banjir, pemuliharaan sungai-sungai, menaik taraf sistem pengairan dan saliran, Pelan Induk Saliran Mesra Alam dan Pembangunan Limbangan Sungai Bersepadu dengan anggaran peruntukan berjumlah RM1.29 billion.
Untuk makluman Yang Berhormat daripada Sungai Lembing projek yang berada pada keutamaan pertama dalam senarai tersebut adalah Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Lembing dengan anggaran berjumlah kos RM94 juta. Kita bagi priority kepada Sungai Lembing.
Jadi er… manakala pihak JKR Negeri Pahang melalui BPEN juga telah mengangkat 8 permohonan cadangan pembinaan jalan-jalan baharu yang boleh dijadikan sebagai jalan alternatif ketika banjir dengan anggaran kos sebanyak RM16.14 billion dalam permohonan Rolling Plan Ke-3 Rancangan Malaysia Ke-12 kepada pihak Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Jadi Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua itu ajalah yang dapat saya sampaikan dan saya juga ingin maklumkan bahawa jalan yang selalu putus di LPT yang selalu naik banjir tu kan, yang selepas banjir yang sering kali dalam Tik Tok saya, dalam FB pun ada yang saya katakan yang ini kena bagi keutamaan kerana hendak dapat roti pun tak ada di Kuantan. Sebab lori bawak roti pun tak boleh lalu.
Jadi untuk makluman Ahli Dewan, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk melaksanakan projek menaik aras Lebuh Raya Pantai Timur di kawasan laluan LPT yang sering dinaiki air seperti di Lanchang dan projek ini jangka akan bermula pada tahun ini juga iaitu pada bulan Julai tahun 2022 [Ahli Dewan menepuk meja]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Itu sahajalah yang dapat saya sampaikan saya fikir dah cukup menyeluruh cuma saya tidak dapat baca projek satu demi satu sebab terlampau banyaknya projek yang telah diluluskan. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Peramu Jaya.
[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Dato’ Sri Yang di-Pertua saya ingin mengemukakan soalan nombor 2.
[Sistem perniagaan secara berpusat dapat memberi peluang dan menjana pendapatan komuniti setempat, disamping menjadikan lokaliti setempat sebagai produk pelancongan. Apakah pendekatan yang akan dan telah dilakukan bagi memperkenalkan produk tempatan secara berpusat dan sistematik untuk tujuan memperkenalkan pelbagai produk tempatan kepada orang luar dan pelancong asing?]
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai langkah bagi memperkenalkan produk pelancongan tempatan dalam kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong asing.
Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah melalui penyertaan dalam Ekspo Pelancongan Maya 2021 er… yang dianjurkan oleh Persatuan Teknologi Pelancongan Digital Malaysia pada 27 hingga 29 Ogos 2021. Ekspo ini merupakan satu platform pemasaran maya untuk pemain-pemain industri yang terlibat secara khusus dalam pakej dan perkhidmatan domestik. Melalui penyertaan dalam ekspo ini para pengusaha pelancongan dapat berinteraksi secara maya dengan pengunjung dan menawarkan pakej-pakej pelancongan yang ada di Negeri Pahang untuk ditempah.
Penerokaan, dua… penerokaan peluang kerjasama dengan penggiat industri pelancongan di luar negara Eropah melalui penyertaan dalam World Travel Market di London yang merupakan pameran pelancongan kedua terbesar di dunia. Melalui pameran yang diadakan, Kerajaan Negeri dapat memperkenalkan produk-produk pelancongan yang ada di Negeri Pahang dan menggalakkan kehadiran pelancong melalui pakej pelancongan yang ditawarkan. Insya-Allah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua pada bulan lima ini akan Arab Travel Mart. Ha ini satu lagi er… apa namanya ekspo pelancongan yang besar di peringkat Asia.
Yang ketiga, Kerajaan Negeri juga melalui Tourism Pahang juga giat memperkenalkan produk-produk pelancongan tempatan menerusi laman sesawang rasmi Tourism Pahang di mana pengunjung boleh mendapatkan maklumat penginapan, tempat-tempat menarik, pakej-pakej pelancongan, dan kalendar pelancongan semuanya dalam satu platform.
Kerajaan Negeri juga melalui PahangGo Sdn. Bhd. telah menjalinkan kerjasama dengan pela…pelabur asing dari China iaitu M-Trip Sdn. Bhd bagi membangunkan Projek Aplikasi Mudah Alih Bagi Pelancongan di Pahang ini adalah market untuk negeri China.
Selain daripada itu, pendekatan terkini dilakukan dengan membawa masuk produk-produk Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) penduduk setempat seperti produk makanan tradisional serta barangan seni dan kraf. Sebagai contoh, Kompleks Serambi Teruntum di Kuantan merupakan sebuah pusat jualan produk-produk tradisional Pahang seperti sambal hitam, gerai-gerai pakaian, seni kraf batik dan ukiran serta barangan tempatan yang lain. Kompleks ini juga menempatkan gerai Lemang To’ki yang terkenal di Bentong sebagai tarikan utama pelancong. Selain daripada itu, usaha mendapatkan agensi pelancongan untuk memasukkan kawasan perniagaan ini di dalam pakej pelancongan
mereka juga merupakan salah satu langkah untuk memasarkan produk tempatan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bukit Ibam.
Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya mohon mengemukakan soalan nombor 3.
[Bencana banjir yang telah melanda sebahagian negeri di Malaysia ini menyebabkan ramai petani dan penternak ikan yang telah mengalami kerugian.
Soalannya,
a) Berapa ramai yang terkesan dan berapakah jumlah kerugian tersebut.
b) Apakah bentuk bantuan yang disediakan untuk mereka ini serta berapakah jumlah dana yang diperuntukan?]
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. ADUN Bukit Ibam bertanyakan tentang keadaan banjir yang melanda Pahang yang menyebabkan petani dan penternak terjejas dan mengalami kerugian. Berapakah ramai mereka yang terlibat er… nilai er… kerugian atau kerosakan yang dicatat dan apakah bentuk bantuan yang disalurkan oleh pihak Kerajaan.
Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini kejadian banjir yang melanda Negeri Pahang pada awal ataupun pada akhir bulan Disember dan pada awal Januari tahun 2022 ya. Er… akhir Disember 2021 dan awal Januari 2022 telah memberi kesan kerugian kepada 2,173 petani dan penternak di seluruh Negeri Pahang. Dan akibat daripada itu kerosakan tanaman dan kematian haiwan dan er… ternakan dan er… perikanan telah melibatkan 31,530,127 iaitu terdiri daripada 1,249 pesawah dan 490 pekebun sayur dan buah-buahan, 140 penternak haiwan ternakan dan 294 penternak ikan.
Dalam konteks ini kerajaan mewujudkan berapa insentif, bagi er…membantu mereka-mereka yang terkesan. Melalui Kementerian, bantuan khas kepada petani yang mengalami pengurangan atau kehilangan pengeluaran hasil akibat kesan bencana terdapat dua insentif iaitu Tabung Bencana Tanaman Padi ye… TBTP iaitu bantuan kepada petani dan pengusaha di dalam kawasan jelapang padi atau di luar jelapang padi. Bantuan berbentuk kewangan dan bukan kewangan termasuk input pertanian tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa induk TBTP.
Manakala peruntukan di bawah pembangunan semula projek Agro Makanan PPSPA ye, bantuan kepada golongan petani, penternak, nelayan, pertubuhan peladang, pemasar agro makanan, pengusaha agro culture, pengusaha IT, pengusaha agro pelancongan dan persatuan mahupun koperasi berasaskan pertanian yang berdaftar dengan jabatan dan agensi yang berkaitan. Bantuan bukan kewangan atau input pertanian, peralatan mesin dan sebagainya mengikut nilai kadar yang ditetapkan atau
bantuan lain yang bersesuaian dan diluluskan oleh jawatankuasa induk PPSPA. Petani dan Penternak yang terjejas mengalami kerugian boleh mendapat bantuan daripada Program Pembangunan Semula Projek Agro Makanan. Bentuk bantuan sepertimana yang saya nyatakan tadi, er… kewangan dan bukan kewangan.
Bagi pesawah padi yang berdaftar menerima bantuan kewangan tabung bencana tanaman padi dan berpeluang menerima sehingga RM5,400 dengan kadar RM1,800.00 bagi setiap hektar dan maksimum bantuan ialah untuk 3 hektar yang dikreditkan ke dalam akaun pesawah. Bagi pengusaha Industri Asas Tani, yang barangan atau peralatan mereka musnah ditenggelami banjir, mereka layak menerima sehingga RM50,000.00. Manakala bagi pengusaha Tanaman Makanan, mereka pula boleh menerima sehingga maksimun RM60,000.00 melalui bantuan Tabung Pembangunan Semula Projek Agro Makanan dalam bentuk input pertanian.
Sebanyak RM62 juta telah disediakan melalui dua tabung bencana yang berkaitan bagi membantu mereka-mereka yang terkesan. Dan er… peringkat pertama telah pun diterima oleh jabatan melalui Jabatan Pertanian melibatkan peruntukan RM429,155.00 yang melibatkan 72 petani. Bantuan insentif yang disalurkan dalam bentuk input peralatan dan mesin, lain-lain yang berkaitan. Peruntukan tersebut dalam proses perolehan dan jangka akan diagihkan pada bulan April hingga Julai insya-Allah. Bantuan peringkat kedua, telah pun diluluskan dengan anggaran sebanyak RM2.692 juta melibatkan 434 petani. Peruntukan dijangka akan disalurkan dalam…akan disalurkan er…pada bulan April ni kepada Jabatan Pertanian.
Manakala, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah selesai membuat agihan bantuan peringkat pertama pada seramai 395 penternak yang terjejas, berupa bantuan segera dalam bentuk makanan ternakan hey dan kidz ternakan. Manakala peringkat kedua, yang melibatkan 140 penternak er…Veterinar akan dibantu dan…insya-Allah di jangka pada lewat April atau awal Mei bantuan ini akan dapat disalurkan.
Manakala, Jabatan Perikanan telah menerima peruntukan sebanyak RM1.9 juta dalan…dan dalam proses perolehan yang melibatkan er…sebutharga pembinaan sangkar ikan baru, perolehan makanan ikan, perolehan benih ikan, perolehan input akuakultur dan peralatan pembaikan. Jadi…er…itulah jawapan yang saya dapat maklumkan pada Dewan Yang Mulia ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Teruntum.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4.
[BANTUAN UNTUK GOLONGAN MISKIN (BPP)
Kerajaan Negeri Pahang telah mengumumkan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2021 bagi memastikan kebajikan setiap lapisan masyarakat di negeri ini sentiasa terjaga.
1. Berapakah jumlah permohonan BPP di setiap daerah Negeri Pahang?
2. Manakah tempat yang mempunyai permohonan BPP yang paling ramai di kawasan Teruntum? Mohon pihak kerajaan senaraikan mengikut kaum.]
Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan daripada wakil daripada Teruntum yang bertanyakan berapa jumlah permohonan Bantuan Prihatin Pahang, setiap daerah Negeri Pahang. Jadi saya akan jawab berdasarkan kepada permohonan sahaja ye. Dan untuk makluman wakil daripada Teruntum jumlah permohonan kesemuanya ialah 24,195 yang mana untuk Kuantan 7,272; Pekan 2,536; Cameron Highlands 325; Rompin 1,617; Maran 1,806; Bentong 1,518; Lipis 1,561; Temerloh 2,893; Jerantut 1,823; Bera 1,497 dan Raub 1,347 jumlah keseluruhan 24,195.
Bagi soalan yang kedua, manakah tempat yang mempunyai permohonan Bantuan Prihatin Pahang yang paling ramai di kawasan Teruntum. Ye…yang paling ramai yang paling tinggi ialah di Kampung Tengah, Kampung Jawa dan Lorong Teruntum yang mana pecahan mengikut kaum sepertimana yang dipinta er…kaum Melayu 260, Cina 172, India 34, Orang Asli 1; jumlah keseluruhan 467 ye… untuk kawasan yang…yang disebutkan ini.
Namun begitu Dato’ Yang di-Pertua, saya suka untuk memaklumkan kepada er… bukan saja wakil teruntum tapi Ahli-ahli Dewan yang lain sebenarnya jumlah yang kita berikan untuk Bantuan Prihatin Pahang daripada Fasa 1 hingga Fasa 4 lebih daripada 300,000 bakul makanan yang telah diedarkan kepada seluruh rakyat Negeri Pahang yang terkesan akibat Covid-19 Dato’ Yang di-Pertua yang membabitkan er… peruntukan sejumlah lebih kurang RM31,310,688.00. Terima kasih Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Terima kasih jawapan daripada wakil Kerajaan. Er… alamat yang saya dapat er… mungkin er… setiap permohonan akan dibahagi RM250.00 tak tahu betul tak. Adakah info saya salah? Kalu ikut kiraan saya RM250.00 itu kalau bahagi kepada 12 bulan maknanya sebulan hanya RM21.00 insentif dia.
Saya tak tahu Dato’ Yang di-Pertua mana Teruntum dapat maklumat er… tentang er… Bantuan Prihatin Pahang jumlah RM250.00 dan saya minta nanti Teruntum lepas ni berjumpa dengan saya untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Okey. Terima kasih kepada wakil Kerajaan. Er…soalan tambahan saya adakah Kerajaan mempunyai perancangan er…lain yang lebih efektif supaya untuk mencapai matlamat menjaga kebajikan setiap lapisan masyarakat di Negeri Pahang selain dari er…Bantuan Prihatin Pahang.
Saya…agak musykil juga dengan soalan daripada Teruntum ni er…saya rasa kita telah pun melaksanakan program kebajikan untuk rakyat Negeri Pahang ni,
sepertimana yang kita sebut dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebut daripada yang mula lahir sehinggalah kepada yang kepada meninggal dunia, akibat COVID.
Semua sekali kita dah cover dengan izin Dato’ Sri Yang di-Pertua. Jadi sekiranya ada lagi cadangan daripada Teruntum boleh mengemukakan kepada kitalah ya, sebab kita nak tengok nak masuk sekolah ni insya-Allah tak lama lagi kita bagi semua murid tahun satu RM100.00 ya. Kita bagi Pahang Pride Student Card, kita bagi Pahang Pride Kasih untuk warga emas, kita bagi untuk ibu tunggal, kita bagi untuk wanita, kita bagi untuk mereka anak-anak dibawah B40. Kita bagi Laptop dan sebagainya, kalau ada lagi yang tak cukup minta wakil daripada Teruntum untuk mencadangkan.
Baiklah…soalan seturusnya saya menjemput Yang Berhormat Muadzam Shah.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera Dato’ Sri Yang di-Pertua saya kemukakan soalan pertanyaan nombor 5.
[Penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun dapat menyumbang kepada kesejahteraan demokrasi Negara Malaysia.
Apakah ada usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memasukkan subjek Pengajian Am untuk diajar kepada pelajar tingkatan 4 & 5 bagi tujuan meningkatkan pemahaman mereka untuk melaksanakan haknya sebagai pengundi yang berpengetahuan?]
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan saya daripada Muadzam yang mengemukakan soalan berkaitan dengan had umur mengundi 18 tahun kepada er… er… masyarakat kita di negara kita Malaysia. Apakah usaha Kementerian Pendidikan dalam memasukkan Pengajian Am untuk diajar kepada anak-anak kita tentang pengetahuan, pemahaman mereka tentang melaksanakan tanggungjawab ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya sangat bersetuju dengan apa yang dikemukakan oleh rakan daripada Muadzam bahawasanya anak-anak kita ini perlu didedahkan dengan pengetahuan-pengetahuan am berkaitan dengan kenegaraan, cinta kepada tanah air, semangat bagaimana untuk menjaga anak bangsa, agama ini perlu dititikberatkan. Sememangnya itulah dari dulu kita dapat er… pendidikan di sekolah-sekolah kita.
Dan terkini pun Kementerian Pendidikan difahamkan mengadakan pembelajaran sejarah kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 untuk memberikan pendedahan ini. Apakah maksud demokrasi, bagaimana pelaksanaan demokrasi dan apa bagaimana pelaksanaan pilihan raya dan penubuhan kerajaan itu sendiri melalui apa pilihan raya itu. Ini bertujuan untuk menaikkan kesedaran kepada anak-anak kita.
Namun demikian sebagai tambahan Dato’ Sri Yang di-Pertua, er…kurikulum pembelajaran di sekolah tidak mencukupi untuk kita meletakkan kepercayaan kita,
kesedaran untuk anak-anak kita. Peranan kita semua, NGO, Ahli-ahli Dewan, ibu bapa menye…memberikan kesedaran kepada anak-anak betapa mereka itu adalah anak Malaysia, mereka itu adalah keluarga Malaysia, mereka itu adalah bangsa Malaysia yang perlu bangkit dan bertanggungjawab. Mereka perlu berpijak di bumi nyata dan mereka tidak perlu duduk di awang-awangan. Mereka tidak perlu berlakon seolah-olah mereka bukan anak Malaysia lagi jadi ini tanggungjawab kita bersama sebenarnya Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Soalan seterusnya kita jemput Yang Berhormat Bukit Ibam.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya memohon mengemukakan pertanyaan nombor 6.
[Jalan Keratong - Bahau dan Jalan Segamat - Kuantan merupakan jalan utama dari Selatan yang juga menghubungkan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan ke negeri-negeri dari Kawasan Pantai Timur.
Apakah Kerajaan bercadang untuk menaik taraf jalan raya ini supaya menjadi lebih selesa?]
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Ahli Dewan daripada Bukit Ibam bertanyakan soalan berkaitan dengan naik taraf Jalan Keratong - Bahau dan Kuantan - Segamat. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan, jalan yang dimaksudkan adalah er... Jalan Keratong - Bahau adalah Jalan FT11, Jalan Segamat - Kuantan adalah Jalan FT12.
Cadangan menaik taraf kedua-dua jalan ini iaitu Jalan Keratong - Bahau dan Jalan Kuantan - Segamat ini sebenarnya telah diangkat dalam er... Rancangan Malaysia Ke-11 lagi. Sebagai hasilnya er...bagi Jalan FT12 iaitu Jalan Segamat - Kuantan sebahagian daripadanya telah selesai dilaksanakan, iaitu er...er...jalan Fasa 1 er... sebanyak RM400 juta telah dibelanjakan untuk projek ini menaik taraf jalan daripada standard R3 kepada R5 dan er...sepanjang 47 kilometer pembinaan lapan lokasi untuk lorong memotong dan menaik taraf 3 jambatan dan 14 persimpa...persimpangan.
Jadi untuk jalan er...Jalan Segamat - Kuantan er...kita masih lagi mengangkat er...cadangan dalam Rolling Plan ketiga ini untuk fasa kedua dan begitu juga dengan Jalan FT11 iaitu Keratong - Bahau kita sekali lagi mengangkat cadangan tersebut. Setelah terlaksana projek dijalankan apabila diluluskan oleh Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kewangan.
Soalan tambahan
Ya.
Er…terima kasih er…terima kasih jawapan dari Wakil Kerajaan. Saya juga er…nak maklumkan pada banjir lepas saya mengikut Bahau ke balik ke Kuantan. So bila saya keluar dari persimpangan er…sebelum sampai ke Muadzam saya kena er… jammed dekat sana lebih kurang 3 jam. Atas sebab traffic light yang di Muadzam tu berfungsi. Maknanya kereta lepas traffic light semua kena jammed sampai dekat er… 50 kilometer dekat 3 jam saya jammed dekat sana. So, ada kerajaan akan kaji traffic light di masu… nak masuk Muadzam tu akan dipindah ke atau macam mana?
Lagi satu bila saya balik dari er…ke Kuantan pulak ternampak jalan tersekat er… jack…kereta jammed dari Kuantan hala ke Paloh Hinai. Saya tengok keadaan jammed pun lebih kurang 30 kilometer. So mintak kerajaan kaji semula dua traffic light ini yang er…dalam er…dalam lebuh raya Tun Razak kalau tak silap panggil er… macam mana kita nak asi…atasi masalah ini bila musim er…perayaan er…begitu banyak kereta, terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya faham apa yang dibangkitkan oleh wakil daripada Semambu itu. Alternatif kepada er…lampu trafik adalah rasanya flyover ya tetapi Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya percaya apa yang dilalui oleh wakil Semambu adalah satu keadaan yang luar biasa kerana faktor apa ni terputusnya hubungan jalan di LPT akibat er…banjir dan saya fikir untuk musim-musim perayaan jugak ada sedikit kesesakan walaupun kerana sebahagian besar yang tinggal di Lembah Klang itu memang orang-orang daripada luar bandar. Fenomena ini adalah fenomena yang er…biasa di…di Malaysia dan pastinya kerajaan sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki jaringan jalan raya yang sedia ada.
Tapi malangnya pertambahan kenderaan persendirian Dato’ Sri Yang di-Pertua, di negara kita ini meningkat sangat tinggi kita pemilikan kenderaan persendirian di Malaysia antara yang tertinggi di er…Asia sebenarnya Dato’ Sri Yang di-Pertua. Jadi sebagai er…rancangan jangka masa panjang Yang Berhormat kerajaan untuk mengatasi masalah itu sebenarnya kita ada er… apa apa yang dikatakan HNDP ataupun Highway Network Development Plan patutnya kita ada perancangan jangka masa panjang untuk memastikan jalan raya kita ini mempunyai sistem jaringan yang bersepadu.
Jadi maksudnya er… Yang Berhormat selain daripada Jalan Bahau - Keratong itu kerajaan akan menaiktaraf dan juga becadang untuk membina baharu beberapa jalan supaya kita ada alternatif apabila ada yang masalah sebagai contoh antara jalan yang dicadangkan er…dalam tempoh sehingga tahun 2020 ini adalah bina baru Jalan Langat, Pelangai, Bera, Muadzam ke Tanjung Agas ya maksudnya kita melintasi Negeri Pahang daripada Lembah Klang ke Pantai Timur dengan jajaran baru tapi pastinya ianya memakan kos yang sangat tinggi.
Selain daripada itu beberapa jalan lain akan dinaik taraf Jalan Bentong - Pelangai, Simpang Pelangai - Muadzam, Muadzam - Ibam dan Bahau - Keratong ini adalah 4 jalan yang sebenarnya kita rasa akan dapat menyelesaikan masalah ini untuk jangka masa panjang. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Er… terima kasih jawapan dari wakil kerajaan. Setiap tahun saya akan guna ini jalan 2 kali. Balik ke Johor sebab ayah tinggal di Johor, er…selalu saya jalan pada waktu malam saya rasa ini jalan er…jalan raya ini amat bahaya sebab kurang lampu dan er…kurang er…signboard-signboard er…binatang liar yang boleh jumpa pada waktu malam som saya minta kerajaan keluarkan satu statistik untuk berapa kemalangan telah mengakibat maut di jalan ini dan macam mana kita nak naikkan taraf er… supaya kemalangan begitu kurang kepada rakyat Pahang, terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Er…saya akan jawab soalan berkaitan statistik secara bertulis jadi strategi pengurangan Dato’ Sri Yang di-Pertua kita cuba er…mengurangkan penggunaan persendirian dan meningkatkan er…sistem pengangkutan er…apa ni pengangkutan awam di negara kita Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih, seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Chini
Soalan tambahan
Okey
Boleh ya?
Boleh, satu saja.
Okey terima kasih dari Semambu. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Rujuk balik kepada jalan di Segamat – Kuantan, saya difahamkan er… jalan tu menjadi agak pelik er… khususnya dari Muadzam Shah ke Kuantan. Ada yang empat lorong, kemudian di er… jadikan tiga lorong kemudian dua lorong kemudian tiga lorong balik jadi saya jugak nampak er… ada longgokan-longgokan tanah di tepi jalan. Jadi mintak penjelasan bahawa adakah projek itu selesai dan sebenarnya apa yang berlaku dan apa yang boleh diperbaiki? Terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Er… projek yang telah diserahkan kepada kontraktor itu pada dasarnya telah selesai. Apa yang menyebabkan sebahagian jalan itu dikekalkan dua lorong, ada dijadikan tiga lorong, itu berdasarkan sebenarnya kemam…er…kesesuaian peruntukan kewangan kerajaan semasa yang bersesuaian juga dengan load dengan apa…kesesakan lalu lintas yang ada pada masa kini. Tapi, untuk jangka masa panjangnya sebenarnya perolehan tanah telah pun dibuat untuk membolehkan dalam masa akan datang seluruh jalan itu akan er…di…dibuat secara dua lorong sehala. Itu yang…yang sedang di…dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat. Soal timbunan batu di kiri kanan jalan itu, itu adalah isu penyenggaraan, saya percaya dan insya-Allah kita beri perhatian dan ambil tindakan yang sebaiknya Yang Berhormat.
Seterusnya Yang Berhormat Chini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon kemukakan pertanyaan yang ke-7.
[Apakah perancangan FELDA bagi membantu mengurangkan pengangguran di kalangan generasi baharu?]
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Terima kasih er…kepada ADUN Chini yang membangkitkan pertanyaan ataupun soalan nombor tujuh. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA melalui Majlis Belia FELDA Malaysia dan juga Majlis Belia FELDA Negeri dengan inisiatif serta kerjasama FELDA Plantation Management atau ringkasnya P…FPM telah membuat inisiatif dan memberi peluang kepada belia dan generasi FELDA mendapatkan kerja di ladang dengan mudah melalui Kerja Borong Kecil atau ringkasnya KBK dalam sektor perladangan sawit. Kerja-kerja operasi ladang sawit melibatkan lima jenis kerja utama seperti kerja-kerja menuai, memangkas pelepah, membaja, merumput dan lain-lain.
Selain itu juga, Jabatan Penternakan dan Pertanian FELDA telah diperuntukan oleh kerajaan sebanyak RM1 bilion bagi Program Pembangunan Peneroka atau ringkasnya PPP dalam mempelbagaikan sumber pendapatan peneroka dan generasi baharu melalui geran Projek Peneroka (Komuniti), Projek Komersial (Rintis) dan pelaksanaan model baharu dengan kerjasama rakan strategik iaitu Agro Bank.
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi melalui Majlis Belia FELDA Malaysia juga bekerjasama dengan Belia Mahir telah membuat jelajah bersama Syarikat Hartalega dalam membuka dan memberi peluang pekerjaan kepada generasi dalam bidang pembuatan sarung tangan getah.
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA juga melalui Majlis Belia FELDA Malaysia dan juga Majlis Belia FELDA Negeri turut merangka jelajah Program MyLeap, Kerjaya Belia Malaysia, program bekerja di kilang-kilang berasaskan kejuruteraan dan sebagainya.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Saya ingin menyebutkan di sini juga dalam masa yang ringkas ini bahawa Yang Berhormat ADUN Chini juga merupakan seorang belia yang lahir dari kilang Majlis Belia Negeri dan ramai juga di kalangan Ahli Yang Berhormat Wakil-wakil Rakyat dalam dewan ini yang lahir dari kilang Majlis Belia Negeri mahupun Majlis Belia FELDA. Ini sesungguhnya sedikit sebanyak memberi kefahaman kepada kita semua khususnya yang melibatkan anak-anak muda Belia FELDA dan juga er… Majlis Belia Negeri.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Dalam hal ini juga bukan sekadar Majlis Belia FELDA tetapi melalui PERKESO Negeri Pahang juga menguar-uarkan terdapat dua inisiatif utama yang ada dilaksanakan untuk membantu mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan kadar pengambilan pekerja dalam kalangan generasi baru.
Suka saya sebut di sini, dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur dengan meluluskan beberapa program yang dicadangkang… dicadangkan untuk dilaksanakan oleh PERKESO di bawah Belanjawan 2022 Negeri Pahang Darul Makmur yang bertemakan “Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama, Rakyat Sejahtera”.
Pada tahun ini, persediaan rapi dalam aspek pemadanan golongan pencari kerja aktif telah dirangka secara lebih teliti dan bersasar di mana 20 sesi profiling tambahan telah dirangka melalui bajet yang diperuntukan untuk dilaksanakan bagi mengenal pasti secara langsung golongan pencari kerja yang sukar mendapat akses terus kepada Portal MYFutureJobs. PERKESO juga dengan kerjasama agensi berkaitan dan pemimpin setempat akan turun padang bagi melengkapkan profiling golongan pencari kerja yang terpinggir ini untuk dibantu secara terus untuk memastikan tiada yang terpinggir daripada peluang yang disediakan.
Sebagai tambahan kepada ADUN Chini juga Sidang Dewan, kami juga merancang er…kepada Majlis Belia FELDA serta Majlis Belia Negeri untuk membuat lawatan kerja ke ladang-ladang Yayasan Pahang, di mana suatu ketika dahulu semasa Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama rakyat jelata ke ladang-ladang ini telah memperlihatkan bagaimana proses memotong pelepah, mengambil buah sangat mudah dan kita lihat ramai anak-anak muda bekerja di sana dan tidak lagi er… menjadi satu kekangan sebenarnya.
Oleh kerana hal ini boleh memberi manfaat kepada anak muda kita insya-Allah kita akan buat lawatan secara berkala ke ladang-ladang tersebut dan saya memuji satu langkah yang diambil oleh pihak Yayasan Pahang ataupun YPH di mana dia buat sedikit sebanyak perubahan teknologi daripada pemotong buah kelapa sawit Harvester sebagai contoh kerana ini sedikit sebanyak memberi er… satu persepsi kepada anak muda dengan teknologi-teknologi baru ini, boleh menaikkan semangat dan tarikan untuk mereka daripada menganggur bekerja di ladang-ladang tersebut. Terima kasih Yang di-Pertua.
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Luit.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, pertanyaan saya, soalan saya ialah pertanyaan nombor 8. Terima kasih.
[Apakah status "bandar purba" di bandar Maran yang terbengkalai sejak tahun 90-an?]
[Ayat al-Quran] terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih kepada ADUN Luit yang bertanyakan tentang status bandar purba di bandar Maran. Saya menjawab bagi pihak EXCO Kerajaan Tempatan. Bagi menyelesaikan masalah bandar purba daerah Maran yang terbengkalai sejak 1990, pihak Majlis Daerah Maran telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama jabatan… Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT pada 9 Februari 2022 dengan memutuskan dua perkara berikut, iaitu pihak dae… Majlis Daerah Maran boleh dan akan meneruskan projek terbengkalai dengan melantik pemaju baru sebagai pemaju penyelamat tanpa peli… pelikuidasi daripada syarikat asal.
Pihak daerah… Majlis Daerah Maran juga dinasihatkan mendapat nasihat perundangan dari Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri atau panel peguam bagi memulihkan projek yang terbengkalai tersebut. Buat masa ini, pihak Majlis Daerah Maran sedang meneliti beberapa cadangan proposal, dengan izin daripada dua company, syarikat pemaju yang berminat untuk meneruskan projek tersebut. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya.
Sikit je saya dengan satu perkataan tu pe… pelikui… pelikuidasi. Saya khuatir ada di kalangan kita tak faham. Minta jelas sikitlah. Terima kasih.
Pelikuidasi dalam bahasa mahkamah. Pada pengamatan saya iaitu syarikat dahulu telah gulung tikar dan tak mampu dan tak layak tuntut apa-apa daripada projek tersebut. Itu fahaman saya. Saya tengok dalam Google tadi [Ahli Dewan ketawa], saya harap benda ni betullah. Saya bukan peguam, cuma loya buruk saja. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita selesai membincangkan lapan pertanyaan dan jawapan. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan pagi ini untuk minum pagi dan persidangan disambung semula pukul 11.00 pagi. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan pada pukul 10.24 pagi]
[Persidangan disambung semula]
Menimbang Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion
Perkara Ketiga: Menimbang Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan Majlis ialah satu Usul yang berbunyi:
“Bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini, bersetuju Menjunjung Kasih Atas Limpah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berangkat menyempurnakan Titah Diraja kepada Dewan Negeri.”
Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan telah pun disokong dan dibahas pada 28, 29, dan 30 Mac 2022. Sehingga kini seramai 26 orang Ahli telah mengambil bahagian membahaskan Usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat, pada hari ini pihak kerajaan akan menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan yang lepas. Untuk itu, dengan sukacitanya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, dipersilakan.
[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin-Nya kita dapat berada di Dewan Yang Mulia di pagi ini. Di sini saya mengambil bahagian kesempatan serta mengambil maklum berkenaan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang sempena Pembukaan Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14, 28 Mac 2022 yang lalu.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya menjawab dua, tiga segmen, sekarang saya menjawab segmen usahawan. Untuk mak…untuk makluman semua Ahli Dewan, pada 28 Mac 2022 (Selasa) yang lalu, satu sidang media oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah memperkenalkan satu inisiatif baharu untuk usahawan Pahang iaitu Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro…Mikro Negeri Pahang atau dikenali dengan nama…dengan nama I-PUSH, di mana skim ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang yang diumumkan dalam Belanjawan Negeri Pahang 2022 dengan peruntukan sejumlah RM20 juta.
Secara keseluruhan, Skim I-PUSH yang dilaksanakan pada 2022 ini dapat memberi manfaat lebih 2,500 penerima usahawan mikro yang terjejas ekoran pandemik COVID-19. Antara kelebihan skim ini adalah pembayaran balik pembiayaan tanpa faedah selama lima tahun, tempoh pembiayaan termasuk satu tahun pertama moratorium diberikan.
Saya yakin dengan soalan-soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat ADUN Ketari, Teruntum dapat menjawab persoalan yang dinyatakan dua, tiga hari sudah. Maka,Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian bolehlah untuk menghebahkan
kepada usahawan di kawasan masing-masing untuk buat permohonan bagi skim ini di portal rasmi smu.pahang.gov.my bermula 1 April 2022 sehingga 30 April 2022.
Proses kelulusan mengambil masa selama dua minggu atau satu bulan dan selepas tarikh tutup pembayaran… pembayaran akan dibuat kepada penerima yang berjaya dianggarkan 1 Jun 2022. Maka dengan ini, jelaslah Kerajaan Negeri Pahang sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited membantu usahawan yang terjejas untuk menjamin kesejahteraan rakyat Negeri Pahang.
Hal Ehwal FELDA. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan yang adukan oleh Yang Berhormat ADUN Jengka berkenaan dengan memudah cara dalam menangani bekalan api dan air di kediaman yang telah siap dibina di FELDA atau lebih tepat rum… satu lot dua rumah. Kerajaan Negeri sememangnya prihatin terhadap keperluan-keperluan kemudahan asas seperti api dan air untuk kegunaan rakyat termasuk di Tanah Rancangan FELDA.
Namun, terdapat beberapa halangan bagi pihak FELDA di mana termaktub dalam Akta GSA 17(A)(C) dan 17(D). Namun dalam seksyen 37, FELDA boleh merangka undang-undang kecil dan berunding dengan Kerajaan Negeri, JKPTG dan juga pihak yang berkepentingan, JPN.
Walau bagaimanapun, dalam Mesyuarat MMK Ke-13/2022 se… petang semalam setelah habis Sidang Dewan, telah memutuskan untuk membenarkan pembinaan dua rumah satu lot di kawasan FELDA dengan mematu… mematuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada FELDA dan setelah memperolehi sokongan persetujuan wakil FELDA, wakil EXCO daerah masing-masing, juga mendapat tandata… tandatangan pengesahan Pegawai Daerah masing-masing termasuk daerah kecil.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Seterusnya, berkenaan dengan Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF), Kerajaan Negeri telah menerima secara dasar 10 tapak PGBF yang terbeng… terbengkalai selama ini di mana lima daripada… nya ko… di FELDA Kota Gelanggi 2, Jengka 1, Jengka 11, Bukit Tajau dan Keratong masih dalam… terlibat dengan isu perundingan dengan pihak kontraktor dan FELDA. Namun begitu, lima tapak tersebut akan diserah sepenuhnya oleh FELDA kepada Kerajaan Negeri untuk tindakan selanjut setelah semua isu-isu perundingan diselesaikan oleh pihak FELDA.
Manakala, lima tapak berbaki iaitu di FELDA Jengka 6, FELDA Jengka 12, FELDA Bukit Sagu, FELDA Kampung Awah dan FELDA Sungai Retang daerah Jerantut, Kerajaan Negeri telah menerima serahan sepenuhnya daripada FELDA dan tindakan selanjutnya telah diambil oleh Kerajaan Negeri menerusi Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
Er..
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua…
Yang di-Pertua, minta pen… penye… pencelahan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya nak tanya Wakil Kerajaan er…berkenaan dengan er…binaan semula ataupun er…penyambungan semula projek terbengkalai di FELDA Sungai Retang. Saya difahamkan er…400 unit ya, 400 unit dan saya nak er…penjelasan, adakah 400 unit itu bila siap, akan diisi sepenuhnya er…oleh ge…anak generasi kedua FELDA Sungai Retang ataupun ia juga turut melibatkan juga anak generasi kedua FELDA Padang Piol yang berham…yang berjiran dengan FELDA Sungai Retang. Terima kasih.
Terima kasih ADUN Tahan. Untuk FELDA Sungai Retang 400 unit. Hanya khas untuk generasi baru FELDA Sungai Retang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri turut berhasrat untuk melaksanakan pemberian hak milik kepada entiti-entiti yang terdapat di kawasan FELDA, khususnya di kawasan bandar di mana-mana skim FELDA. Sebagai contohnya, koperasi, pengusaha-pengusaha kedai, pasar raya dan sebagainya. Ha…ini kita bagi hak milik kepada mereka bukan hak milik kepada FELDA, kerana status kedudukan sekarang mereka tidak ada status, kerana kebenaran kepada FELDA sahaja untuk jadi buka kedai koperasi, stesen minyak dan sebagainya. Hal ini boleh dilaksanakan melalui proses pemutihan kepada entiti-entiti terbabit. Kerajaan Negeri juga akan mengumumkan kaedah permohonan ini dalam masa yang terdekat. Dalam segmen KPNDHEP Pahang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sebagai kerajaan yang prihatin dan serius dalam menangani kos sara hidup yang meningkat pada masa kini, pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan harga barangan berpatutan dan stabil. Menerusi Program Jualan Keluarga Malaysia (JPKM) Peringkat Negeri Pahang, sebanyak 55 siri JPKM telah dilaksanakan di kawasan 14 Parlimen Negeri Pahang.
Perancangan JPKM dilaksanakan dua kali sebulan bagi setiap parlimen yang melibatkan kos per… pelaksanaan melebihi RM335 ribu. Saya ingin menegaskan bahawa usaha ini diharap dapat menjadi pemangkin booster kepada masyarakat luar bandar terutama pengguna untuk merancang pembelian dan membuat pilihan yang bijak bagi mengurangkan be…bebanan perbelanjaan isi rumah, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi.
Menjawab soalan…Yang di-Pertua, menjawab soalan DN, ADUN-ADUN, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih penghargaan kepada Yang Berhormat ADUN Teruntum. Takde dalam Dewan ni. dan Jengka atas soalan cadangan yang dikemukakan kepada pihak Kerajaan dalam Sidang Dewan Yang Mulia ini. ADUN Teruntum mencadangkan Kerajaan mengeluarkan statistik rasmi bagi jumlah peniaga yang tergulung tikar bermula pada 18 Mac hingga kini dan apakah cara penyelesaiannya.
Sepanjang tempoh pandemik COVID-19 yang melanda negara kita, pastinya akan ada pengusaha-pengusaha peniaga yang telah gulung tikar tidak terkecuali untuk Negeri Pahang. Data yang telah diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Negeri Pahang sebanyak 1,748 daripada Mac 2020 hingga Disember 2021 di mana tahun 2020, 1,218 orang yang peniaga gulung tikar… tahun 2021 530 orang.
Satu pendekatan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah ini dengan melalui inisiatif Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (I-PUSH) seperti yang saya nyatakan tadi di mana skim ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri yang diumum bagi dalam Belanjawan 2022 dengan peruntukan sejumlah RM20 juta.
Bagi menjawab soalan ADUN Jengka. Mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya pihak kerajaan Negeri mengambil proaktif dalam mencari penyelesaian bagi isu kekurangan tenaga buruh terutamanya di kawasan FELDA. Cadangan ini adalah sangat baik dan mulia. FELDA Plantation telah membuat inisiatif dan memberi peluang kepada belia-belia FELDA mendapat kerja di ladang dengan mudah iaitu Kerja Borong Kecil… singkatannya KBK dalam sektor perladangan sawit. Kerja-kerja termasuk operasi ladang iaitu kerja-kerja membaja, menuai, memangkas pelepah dan merumput.
Insya-Allah apabila 1 haribulan 4 ini sempadan negara dibuka, sempadan negara dibuka… mungkin ada kemasukan buruh-buruh asing daripada Indonesia, Bangladesh dan sebagainya.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sesungguhnya semua fokus memperkasakan ekonomi adalah komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memastikan usahawan syarikat mampu meneruskan kelangsungan hidup dan perniagaan. Kerajaan juga tidak sesekali meminggirkan golongan usahawan mikro penjaja kecil selaras dengan keprihatian Kerajaan terhadap seluruh rakyat Negeri Pahang. Besarlah harapan kita semoga seluruh rakyat Pahang tanpa mengira kaum berusaha ke arah memperkasakan ekonomi negeri pada setiap masa selaras dengan apa yang telah diwarisi oleh pemimpin-pemimpin kita terdahulu.
Baru-baru ini Kementerian Usahawan dan juga Koperasi bersama dengan Kerajaan Negeri dalam Kerajaan Keluarga Malaysia yang dipimpin oleh Menteri UMNO telah memberi peruntukan sebanyak RM3,000.00 seorang kepada usahawan-usahawan TEKUN, usahawan-usahawan AIM…Amanah Ikhtiar Malaysia yang diadakan di Temerloh di Pahang yang dianggarkan berjumlah RM50 juta kepada usahawan-usahawan, peniaga-peniaga yang terkesan akibat banjir. Akhir kata saya berharap agar semua cabaran, dugaan, ujian telah dihadapi dapat dijadikan sebagai pengalaman, kekuatan untuk mengorak langkah lebih jauh. Seterusnya saya menjunjung, menyokong sepenuh Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang sempena Pembukaan Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 pada 28 Mac 2022.
Wabillahhitaufik Walhidayah Wassalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sukacita saya mengingatkan kepada Ahli Yang Berhormat bagi pihak Kerajaan masa yang diberikan
adalah selama 20 minit untuk menjawab. Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Sains Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang
Yang Berhormat Yang di-Pertua. Boleh saya tanya satu soalan sebab yang saya nampak Yang Berhormat Lepar tidak ada dalam Dewan ini. Jadi soalan saya adalah adakah isu yang kita bawa bawah potfolio beliau akan dijawab oleh Wakil Kerajaan lain ataupun Yang Amat Berhormat nanti.
Ya, akan dijawab mana yang apa yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih. Sila Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Sains Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT dan selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk turut sama dalam sesi penggulungan dalam Dewan Yang Mulia pada hari ini.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menjunjung kasih juga di atas sokongan dan dorongan yang tiada berbelah bahagi buat Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bak kata pepatah raja dan rakyat terpisah tiada.
Kapal panjang layarnya bebas, Layarnya berkat pimpinan nakhoda, Negeri Pahang tanahnya luas, Raja dan rakyat terpisah tiada
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Pelan jalinan digital negara fasa 1 yang bermula pada tahun 2020 kini berada dalam tahun terakhir untuk pelaksanannya. Bagi projek pembinaan menara telekomunikasi sebanyak 270 menara baru telah disasarkan untuk dibina di seluruh Negeri Pahang. Sehingga kini, 28 Februari 2022 sejumlah 26 menara baru telah pun siap dibina dan beroperasi manakala baki 244 menara lagi sedang dalam pelaksanaan dan dijangka akan siap berperingkat sehingga penghujung tahun 2022.
Perincian bilangan menara baru yang akan dibina adalah seperti berikut…di daerah-daerah berikut. Kuantan sebanyak 32 menara baru akan dibina, Pekan 22 menara baru akan dibina, Rompin 32 menara baru, Maran 11 menara, Temerloh 13 menara baru, Bentong 15 menara baru, Raub 25 menara baru, Cameron Highlands 23 menara baru, Bera 16 menara baru, Lipis 53 menara baru, Jerantut 28 menara baru.
Manakala bagi projek menaik taraf stesen pemancar pula sebanyak 902 stesen pemancar sedia ada akan dinaik taraf. Sehingga 28 Februari 2022 sebanyak 867
menara pemancar sediada telah dinaik taraf manakala baki 35 stesen pemancar dalam pelaksanaan dan dijangka selesai dinaik taraf pada penghujung Mac 2022.
Bagi projek penaiktarafan rangkaian jalur lebar tetap sebanyak 18,260 premis di Negeri Pahang telah disasarkan untuk dilengkapkan dengan rangkaian gentian optik. Sehingga 28 Februari 2022 sebanyak 75,653 premis telah selesai dinaiktaraf manakala baki sebanyak 42,607 premis dan dalam peringkat pelaksanaan dan akan selesai dinaiktaraf pada penghujung tahun 2022.
Statistik telekomunikasi bagi Negeri Pahang telah mencatatkan peningkatan apabila semakin banyak projek di bawah JENDELA ini telah disiap dilaksanakan. Kadar liputan Jalur Lebar Mudah Alih 4G untuk Negeri Pahang… 4G untuk Negeri Pahang pada suku kedua 2020 sebelum JENDELA adalah 89% dan kadar liputan ini akan terus dipertingkatkan. Apabila bilangan projek yang siap semakin bertambah pada penghujung tahun 2022 nanti yang akan terus melonjakkan lagi kadar liputan Jalur Lebar Mudah Alih 4G Negeri Pahang untuk mencapai sasaran 96.9% seperti yang ditetapkan di bawah Fasa 1 Projek JENDELA.
Bagi lokasi yang jauh ke pedalaman, melalui projek ini, projek jalur lebar tanpa wayar satelit, iaitu broadband wireless access dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua, BWA dilaksanakan di 69 kampung Orang Asli di seluruh Pahang. Sehingga kini pelaksanaan di 69 kampung Orang Asli telahpun siap dan masyarakat Orang Asli telah mula mendapat perkhidmatan internet secara kolektif percuma untuk tempoh 2 tahun.
Secara keseluruhannya inisiatif JENDELA yang dilaksanakan oleh Kerajaan serta SKMM ini telah memberikan satu impak yang besar dalam memenuhi keperluan masyarakat khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman dalam memastikan mereka tidak ketinggalan dalam era teknologi pada hari ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang secara berterusan memberikan sokongan yang padu kepada pelaksanaan Projek JENDELA ini selaras dengan pengiktirafan telekomunikasi sebagai salah satu utiliti asas selepas elektrik dan juga air.
Dalam hal ini polisi baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan adalah memberi keutamaan dari segi proses kelulusan. Pembinaan menara-menara telekomunikasi yang dibina di atas tanah milik Kerajaan Negeri. Melalui polisi ini menara-menara yang sedang dibina, yang akan dibina, dapat diberikan kelulusan lebih cepat dan seterusnya membolehkan proses pembinaan menara-menara baru ini bermula dengan secepat yang mungkin. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Walaupun indikator dan statistik telekomunikasi Negeri Pahang mencatatkan peningkatan hasil daripada pelaksanaan projek-projek di bawah JENDELA, maklumbalas daripada semua pihak sama ada daripada pemimpin masyarakat mahupun Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Yang Mulia ini terhadap liputan dan perkhidmatan internet di lokasi masing-masing adalah sangat-sangatlah dialu-alukan. Kita Kerajaan Negeri dan SKMM memaklumkan sebanyak 11,262 aduan berkaitan rangkaian telekomunikasi di Pahang telah diterima pada tahun 2021.
Namun demikian, pada 28hb Mac 2022 jumlah aduan yang diterima di Pahang adalah sebanyak 1,132 aduan dan jumlah ini telah merekodkan penurunan jika dibandingkan data bagi tempoh yang sama untuk tahun 2021 itu sebanyak 3,236. Oleh yang demikian, pihak SKMM… Kerajaan telah meminta untuk menyediakan portal JENDELA yang boleh menjadi pusat rujukan tentang liputan rangkaian perkhidmatan jalur lebar tempat tinggal masing-masing ataupun membuat aduan terus kepada pihak penyedia perkhidmatan.
Portal ini… Ahli-ahli Yang Berhormat, bolehlah dilayari di laman web JENDELA map di pautan jendela.my dan apabila… dan aplikasi JENDELA map juga boleh dimuat turun melalui Google play store ataupun Apple play store. Kalau kita pergi Tuan Yang di-Pertua, kalau kita pergi ke handphone masing-masing, smart phone masing-masing, kita boleh memuat turun aplikasi yang dinamakan JENDELA dan setiap rakyat atau khususnya kepada kepimpinan tempatan ataupun Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membuat aduan terus untuk kita menjalankan semakan dan juga aduan-aduan yang kita terima daripada pengadu-pengadu. Jadi portal JENDELA ini kita tengok sangat pentinglah kepada kepimpinan tempatan untuk memastikan Kerajaan dapat melaksanakan projek ini dengan lebih cepat dan berkesan.
Bagi...Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat ADUN Damak, Sungai Lembing dan juga Ketari, fokus utama Kerajaan Negeri Pahang pada masa ini bersama dengan pihak SKMM dan juga pihak-pihak pemberi perkhidmatan telekomunikasi adalah untuk meningkatkan perkhidmatan 4G di semua kawasan yang berpenduduk dengan kapasiti dan liputan yang lebih menyeluruh dapat memberikan kualiti perkhidmatan yang lebih baik dan juga lebih stabil.
Bagi kawasan Kampung Janda Baik dan Felda Mempaga, terdapat 13 stesen pemancar sedia ada telah dinaik taraf kepada teknologi 4G, manakala sebuah menara baru akan dibina iaitu di penempatan Kawasan Orang Asli Aji Kubur untuk menyediakan liputan 4G kepada komuniti Orang Asli di kawasan berkenaan.
Bagi DUN Damak pula, sebanyak 16 menara baru yang akan dibina yang akan menyediakan liputan 4G di kawasan penduduk luar bandar, di mana dua darinya telah siap beroperasi sejak semenjak Jun 2021 daripada 16 menara baru yang akan dibina untuk perhatian ADUN Damak, dua telah siap beroperasi semenjak DUN… semenjak Jun 2021.
Manakala pembinaan bagi 14 menara dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2022. Bagi proses menaik taraf stesen pemancar ke rangkaian 4G, sehingga kini sebanyak 66 stesen pemancar telah siap dinaik taraf dan baki empat stesen pemancar akan siap pada bulan April 2022, untuk makluman ADUN Damak ye. Manakala proses menaik taraf infrastruktur jalur lebar tetap dari teknologi berasaskan kabel tembaga kepada gentian optik yang membolehkan akses jalur lebar tetap berkelajuan tinggi di 5,669 premis dalam DN Damak sedang giat dilaksanakan.
Pihak SKMM amat mengharapkan agar semua pihak dapat memanafaatkan portal JENDELA tadi yang saya perkatakan tadi yang telah…yang telah disediakan bagi menyalurkan maklumat-maklumat yang terperinci dan aduan-aduan yang lebih spesifik agar tindakan yang dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan juga berkesan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
PahangGo kita telah ditubuhkan pada 2019 dan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Tujuan utama penubuhan syarikat berkaitan Kerajaan Negeri ini. PahangGo adalah untuk memacu usaha pendigitalan di dalam Negeri Pahang. PahangGo bertanggungjawab untuk membantu agensi Kerajaan Negeri dan syarikat berkaitan Kerajaan Negeri mengadaptasi pendigitalan dalam memberikan perkhidmatan dan pengoperasian. Pengadaptasi digital dipercayai mampu untuk meningkatkan lagi produktiviti serta apresiasi pengurusan perkhidmatan Kerajaan dan operasi syarikat di agensi negeri.
Pahang juga berperanan...PahangGo juga berperanan untuk menggalakkan gaya hidup digital di kalangan rakyat Pahang. Kita semua sedia maklum peredaran zaman sekarang ditambah dengan penularan pandemik COVID-19 menjadikan gaya hidup digital bukan lagi pilihan tetapi menjadi salah satu kemestian. Saya berharap rakyat Pahang akan sentiasa menyokong inisiatif digital yang diusahakan oleh Pihak Kerajaan Negeri untuk kemudahan dan manfaat semua pihak. Contohnya adalah aplikasi mobil PahangGo.
Dari awal pelancaran 2019 hingga tahun 2022 aplikasi PahangGo telah menunjukkan peningkatan penggunaan dengan penambahan pengguna sekitar 3,000 hingga 6,000 pengguna sebulan. Pada tahun 2019 sebanyak 17,000 pengguna, tahun 2020 meningkat kepada sebanyak 134,000 pengguna, tahun 2021 sebanyak 212,000 dan sehingga ke hari ini jumlah pengguna telah meningkat kepada 240,000 pengguna.
Secara puratanya jumlah transaksi bulanan adalah berjumlah 150,000 transaksi merangkumi pelbagai perkhidmatan Kerajaan dan swasta dengan nilai transaksi mencecah RM1.3 juta sebulan.
Pada 2022, perkhidmatan baru yang akan ditambah dalam versi baru aplikasi ini adalah pembayaran bil-bil. Contohnya berkaitan bil-bil TNB, Indah Water, pinjaman PTPTN, bayaran sewa premis PKNP dan rumah PAKR serta pembelian tambah nilai permainan atas talian, mobile game dengan izin, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, yang dipercayai mampu menarik minat pengguna-pengguna untuk menggunakan PahangGo. Versi baru aplikasi PahangGo ini akan dilancarkan pada pertengahan bulan April tahun ini. Saya berharap seluruh rakyat Pahang akan terus menyokong aplikasi ini dengan memuat turun dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan dengan sebaik-baiknya. Maklumbalas penambahbaikan sangat dihargai dan boleh disalurkan ke laman sosial PahangGo.
Menjawab Yang Berhormat ADUN Triang… menyentuh pertanyaan ADUN Triang. Caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pembayar bil PAIP melalui aplikasi PahangGo pada masa ini adalah RM1.00. dan caj perkhidmatan ini adalah dikutip bertujuan untuk memastikan modul PAIP kita di dalam…dalam aplikasi PahangGo sentiasa diselenggara dengan baik dan disokong juga oleh bantuan-bantuan khidmat pelanggan dan penambahbaikan terhadap modul PAIP pada masa akan datang. Pengguna juga boleh mendaftar akaun PAIP di aplikasi dan boleh melihat bil-bil terdahulu dan kadar penggunaan semasa. PahangGo sentiasa mengkaji keperluan dan kadar nilai ini dari masa ke semasa dan sehingga kini purata pembayaran bil PAIP mela… melalui aplikasi PahangGo adalah kira-kira 5,000 transaksi sebulan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Pertanyaan daripada ADUN Bilut, sehingga kini perkhidmatan parking digital melalui aplikasi mobile PahangGo telah dilaksanakan di daerah Kuantan, daerah Maran, daerah Bentong dan juga Cameron Highlands. Perkhidmatan ini akan diperluaskan ke
daerah Jerantut dan Raub dalam masa terdekat. Penentuan pelaksana parking digital ini bergantung kepada ketersediaan Pihak Berkuasa Tempatan dari segi integrasi sistem dalaman serta sistem kompaun dan juga sistem hasil.
Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak menentukan sebarang tempoh peralihan penggunaan sepenuhnya kepada pembayaran atas talian memandangkan penjualan kupon parking masih menunjukkan kaedah kupon masih diguna pakai oleh orang ramai, terutamanya golong… golongan-golongan yang berumur dan masih kurang berkebolehan menggunakan perkhidmatan atas talian.
Walaupun begitu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa menyarankan penggunaan perkhidmatan atas talian oleh orang ramai bagi memudahkan urusan dan mengurangkan sentuhan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pahang Skills Development Centre (PSDC) dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, telah merangka Pelan Digital Negeri Pahang yang akan dilancarkan insya-Allah pada suku kedua tahun ini. Pelan ini akan menjadi panduan bagi pendigitalan Negeri Pahang dalam empat teras utama iaitu Infrastruktur Digital, Kerajaan Digital, Inklusif Digital dan Industri Digital. Pelan ini yang pada awalnya dirancang untuk dilancarkan pada tahun 2021 ditangguhkan oleh kerana pandemik COVID-19. Namun Inisiatif Digital yang direncanakan telah pun mula dibangunkan oleh peneraju yang terlibat.
Antara Inisiatif Digital yang dinyatakan dalam Pelan Digital Negeri Pahang yang telah dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat adalah Pemodenan Pengurusan Mineral oleh Pahang Mining Corporation. Memperluaskan penggunaan sistem penguatkuasaan dan parking digital Pihak Berkuasa Tempatan, membangunkan Sistem Pemantauan dan Pengurusan Prestasi Kerajaan Negeri Pahang oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, menyediakan komuniti wifi setempat, memperkasakan surau dan masjid sebagai Institusi Digital Ummah menerusi aplikasi MyKariah, pembangunan Sistem e-Pelaburan oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan dan mewajibkan telekomunikasi sebagai utiliti asas ketiga untuk semua projek pembangunan hartanah di Negeri Pahang.
Bagi mempromosikan budaya hidup dan adapja…adaptasi digital di kalangan rakyat dan penggiat industri di Negeri Pahang pula, beberapa program telah dirancang pada tahun 2022. Antaranya adalah Anugerah Digital Pahang, Ekspo Digital Pahang serta Program Sumbangan Kasih Digital.
Saya berharap rakyat Pahang dan pemain industri akan turut mengadaptasi pendigitalan dalam pengoperasian dan aktiviti-aktiviti harian. Kerjasama di antara agensi-agensi kerajaan, pihak-pihak industri dan rakyat sangatlah penting bagi memastikan Pahang menjadi negeri yang ke hadapan dalam menerajui ekonomi digital ke arah Pahang Digital ready dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Kukuhnya Kerajaan Pahang kerana sokongan rakyat, Kuatnya Barisan Nasional bagaikan suasa, Berubahnya teknologi setiap saat, Kuncinya pendigitalan di setiap masa.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri Pahang menyokong juga usaha-usaha mengadaptasi Teknologi Pendigitalan ataupun Internet of Things dalam memajukan lagi sektor industri. Untuk itu, MPC dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Pahang Skills telah me…telah melaksanakan satu program yang dinamakan Program Myskill…MyReskill Internet of Things bagi menyokong industri terutamanya syarikat-syarikat PKS di dalam Negeri Pahang.
Sebanyak 56 syarikat telah mengambil bahagian dalam program ini yang telah bermula sejak tahun 2021. Setiap peserta diberikan latihan-latihan secara comprehensive dan interactive secara percuma oleh tenaga pakar selain dibekalkan dengan starter kit Internet of Things untuk tujuan latihan. Sasaran penyertaan syarikat yang menye… menyertai program ini adalah sebanyak 250 syarikat dalam Negeri Pahang menjelang tahun 2022.
Manfaat daripada program ini, boleh menyumbang kepada pertumbuhan produktiviti… produktiviti buruh yang lebih tinggi, meningkatkan daya saing dan seterusnya melahirkan industri-industri yang tangkas dan juga cekap. Kerajaan Negeri Pahang menyokong penuh kerjasama antara Pahang Skills Development Centre dan juga MPC dalam usaha untuk melatih dan membingging… membimbing syarikat-syarikat PKS di Negeri Pahang bagi meningkatkan lagi penggunaan teknologi digital selaras dengan perkembangan dan kepesatan era Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Menyentuh dengan program-program berkaitan inovasi dalam Negeri Pahang, Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited mendukung agenda… agenda inovasi. Agenda ini begitu kritikal dalam memastikan penyampaian perkhidmatan dalam kerajaan khususnya dapat digerakkan dengan lebih pantas selaras dengan perkembangan teknologi yang begitu pesat.
Pada ketika ini, kedudukan negara dalam Global Innovation Index atau GII Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, berada di kedudukan 36 daripada 132 negara. Dan kedudukan ini perlu dipertingkatkan bagi terus kekal berdaya saing dalam ekonomi global. Setiap tahun Program Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam akan diadakan bagi mengumpulkan inovasi-inovasi dalam Penyampaian Perkhidmatan Awam merangkumi kategori ICT dan bukan ICT, untuk dipertandingkan dan diberikan pengiktirafan. Program MPIPA ini turut diperpanjangkan ke… kepada siri peringkat negeri dan diadakan bersekali dengan Hari Inovasi Negeri Pahang yang melibatkan penyertaan dari institusi-institusi pengajian tinggi awam, swasta, institusi pendidikan menengah rendah dan turut terbuka kepada juga orang-orang aram… orang awam.
Bagi tahun 2022 ini, penganjuran program tersebut dilancarkan pada September 2022. Pengiktirafan dalam MPIPA ini dan hari inovasi ini akan dibawa ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa melalui penyertaan di konvensyen atau ekspo berkaitan inovasi anjuran badan-badan tinggi awam dan juga swasta.
Mengakhiri ucapan pergulungan saya Yang Hormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam perbahasan kali ini. Yang terutamanya telah mengumpulkan soalan-soalan Dewan berkaitan portfolio saya iaitu daripada ADUN Triang, daripada ADUN Bilut, ADUN Ketari, ADUN
Sungai Lembing, ADUN Damak dan Ahli-ahli Dewan Negeri yang turut sama memberikan soalan tambahan daripada ADUN Dong. Pandangan dan idea terhadap Portfolio Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.
Dengan segala peruntukan-peruntukan dan perancangan-perancangan yang telah dan akan dilaksanakan nanti, sudah tentu akan lebih maju dan mensejahterakan lagi Negeri Pahang Darul Makmur. Insya-Allah.
Pokok berdiri tunjangnya hebat, Ranumnya buah nikmati bersama, Kepimpinan negeri sentiasa erat, Saling berukhwah dan bekerjasama.
Dengan ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat bagi pihak kerajaan . Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Dipersilakan.
[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar Pahang dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri. Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah-Nya dapat kita bersama-sama dalam Mesyuarat Penggal…Pertama, Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang ke-14 yang telah pun bermula pada ini… Isnin lalu.
Saya juga merafak sembah dan menjunjung kasih ke atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang merasmikan pembukaan Sidang Dewan pada Isnin lalu. Pada Sidang Dewan kali ini dan juga sidang-sidang Dewan yang lepas, persoalan, isu, cadangan dan hasrat berkaitan portfolio saya iaitu Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli di Negeri Pahang telah pun sedikit sebanyak menjadi perbincangan kita di…di Dewan dan saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh er... di bawah portfolio saya.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri sentiasa memberikan perhatian yang serius dalam menumpukan usaha-usaha ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang. Mengambil kesempatan ini, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli mewakili keseluruhan masyarakat Orang Asli Negeri Pahang untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan amat berbesar hati di atas keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Kraf dan Warisan Orang Asli Negeri Pahang yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan MMK ini… baru-baru ini.
Penubuhan jawatankuasa ini adalah merupakan satu usaha dalam memperkasakan aktiviti pembangunan sosioekonomi yang dapat memberi faedah kepada masyarakat Orang Asli dan juga meningkatkan taraf hidup ke arah yang lebih baik. Jawatankuasa Pembangunan Kraf dan Warisan Orang Asli Negeri Pahang ini juga bertujuan untuk melahirkan ramai usahawan kraf dan dalam kalangan masyarakat belia dan beliawanis Orang Asli di mana jawatankuasa ini dapat digunakan sebagai platform untuk merancang hala tuju usahawan Orang Asli dengan memberi tumpuan kepada strategi meningkatkan pengeluaran ini hasil kraf dalam pelbagai ini bentuk produk.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Prasarana luar bandar yang berkualiti dan mencukupi adalah amat penting bagi menyokong pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat luar bandar serta dapat mewujudkan persekitaran kehidupan yang kondusif serta er... membuktikan bahawa Kerajaan Negeri tidak meminggirkan golongan luar bandar. Oleh yang demikian, seperti yang semua sedia maklum bahawa untuk tahun 2022, Kerajaan Negeri dengan kerjasama erat Kementerian Pembangunan Luar Bandar KPLB telah dan masih dalam melaksanakan sebanyak 100 buah projek pembangunan kawasan di luar bandar di seluruh Negeri Pahang.
Semua ini merangkumi pelbagai jenis projek seperti bekalan air luar bandar, bekalan elektrik luar bandar, jalan luar bandar, jambatan luar bandar, jalan perhubungan desa, perhubungan ameniti sosial, projek pemajuan kawasan, projek bersepadu er... Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung PROSPEK serta peruntukan kepada agensi-agensi di bawah ini… KPLB. Kos keseluruhan yang diperuntuk oleh untuk melaksanakan sepanjang tahun 2022 bagi projek-projek yang saya sebutkan tadi adalah sebanyak ini RM390.89 juta.
Cuma dalam peruntukan ini saya ingin membuat memberitahu Sidang Dewan jua bahawa er... KPLB jua telah menyediakan sebanyak RM39,950 juta, RM39,950 juta haa… betul la tu RM39,950 juta untuk bekalan air ini di luar bandar dan ianya sedikit sebanyak melibatkan sebanyak ini 14 projek. Jadi kita berharap la semoga sedikit sebanyak ini KPLB dapat membantu PAIP sebagaimana banyak yang diangkat ataupun diajukan oleh Ahli-ahli kita Yang Berhormat semasa Sidang Dewan.
Insya-Allah, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar akan sentiasa komited bekerjasama dengan KPLB serta jentera-jentera Pembangunan Luar Bandar yang terlibat untuk memastikan supaya projek-projek yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ini berketepatan dengan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang semasa merasmikan Pembukaan Sidang Dewan agar Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bekerjasama rapat bagi melaksanakan projek-projek yang mendesak di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dan juga Belanjawan Tahun 2022 serta projek berimpak tinggi di Negeri Pahang agar setiap peruntukan yang diterima dibelanja dengan cepat dan betul supaya rakyat menerima manfaat dan… dan yang sebaiknya.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung JPKK merupakan sebuah organisasi yang berperanan menguruskan tadbir kampung serta menjadi medium penghubung antara pentadbiran peringkat daerah dan juga negeri bersama dengan penduduk-penduduk kampung. Majlis Amanat dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung JPKK Negeri
Pahang Darul Makmur Sesi 2022/2023 telah selesai disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 22 Mac er... tahun inilah tahun 2022.
Sempena Majlis Penyampaian Watikah kesemua 543 orang Pengerusi JPKK telah dilantik bagi penggal baharu 2022 berkuatkuasa 1 Januari 2022. Kerajaan Negeri Pahang menzahirkan ucapan tahniah di atas pelantikan tersebut dan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada kesemua Pengerusi JPKK atas khidmat dan budi yang dicurahkan pada penggal-penggal yang lepas. Kerajaan Negeri dari masa ke semasa sentiasa menambahbaik dasar-dasar yang dibangun… dibangunkan untuk rakyat.
Berdasarkan tatacara Pengurusan JPKK yang dikeluarkan oleh KPLB yang menyatakan kriteria bagi menubuhkan sebuah JPKK perlu memenuhi kriteria bilangan penduduk iaitu di Semenanjung Malaysia sebanyak 1,000 orang penduduk atau 200 buah rumah adalah melayakkan bagi sebuah… sesebuah JPKK ditubuhkan. Bagi Negeri Pahang, anggaran penduduk pertengahan tahun berasaskan data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia populasi penduduk di Pahang adalah berjumlah 1.6 juta orang. Jumlah ini menunjukkan anggaran institusi JPKK sewajarnya ditambah di Negeri Pahang bagi memenuhi keperluan rakyat di sesebuah komuniti setempat.
Selain itu, berdasarkan fakta jarak, sesebuah JPKK perlu ditubuhkan bagi membolehkan penduduk mendapat manfaat yang sewajarnya. Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, Kerajaan Negeri Pahang berpandangan sudah tiba masanya untuk mengkaji saiz persempadanan JPKK di seluruh Negeri Pahang. Atas inisiatif ini, beberapa siri bengkel dan libat urus dibuat bagi mendapatkan maklum balas bersama pemimpin di peringkat akar umbi, Pentadbir Daerah, Ahli Majlis Mesyuarat dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang bertanggungjawab di setiap kawasan terhadap keperluan menambah JPKK baru atau penggabungan institusi JPKK bagi memantapkan lagi pentadbiran di kawasan tersebut.
Selain penelitian bagi… penelitian bagi setiap kawasan dibuat sebanyak 62 JPKK baru telah pun ditubuh dan dipersetujui di peringkat Pihak Berkuasa Negeri. Kerajaan Negeri berharap penubuhan JPKK baru ini akan turut dipersetujui oleh Kerajaan Pusat agar pelan pembangunan sosial dan fizikal dapat didokong dan dipimpin di masyarakat di peringkat ini akar umbi.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Seterusnya, saya ingin…
Yang di-Pertua, minta laluan sedikit.
Baik.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon er...penjelasan daripada pihak kerajaan berkenaan dengan persempadanan er...kawasan-kawasan yang er...melibatkan pertambahan JPKK. Untuk DUN Tahan ini memang telah berlaku pertambahan er... dua JPKK yang baru daripada 26 sebelum ini telah menjadikan 28, iaitu JPKK Kampung Sungai Putat dan juga JPKK Kampung Padang. Soalan saya, er...untuk sesi ini setelah berlaku persempadanan di seluruh Negeri Pahang, berapakah berlaku er... pertambahan JPKK? Satu.
Yang kedua er... saya difahamkan ada ramai juga Tok Empat-Tok Empat yang ditukar di atas faktor umurnya, faktor kesihatannya. Soalan saya, apakah bentuk insentif ataupun apa tu…apa tu penghargaanlah yang diberikan kepada mereka? Kerana ada setengah itu ada berkhidmat belasan tahun dan puluhan tahun. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tahan. Bagi pertambahan JPKK yang baru yang dicadangkan adalah sebanyak 62 di seluruh Negeri Pahang. Jadi sebelum mana ni kita ada 543 campur 62 maknanya kita ada 605 JPKK di seluruh Negeri Pahang yang barulah. Keduanya mengenai penghargaan kepada ini Tok Empat-Tok Empat yang bersara ataupun yang pencen mahupun yang sakit dan sebagainya. Sebenarnya ini adalah mengikut keperluan semasalah untuk kita nak memberi sumbangan dan sebagainya. Setakat ini tidak ada satu panduan yang tetap untuk kita beri sumbangan kepada ini pengerusi JPKK. Insya-Allah dengan pandangan Tahan ini kita akan cuba menambah baik dan mencadangkanlah untuk memberi ini sumbangan-sumbangan kepada ini pengerusi JPKK. Terima kasih Yang Berhormat.
Mohon mencelah Yang di-Pertua,
Ya
Berdasarkan kepada maklumat yang diberikan sebentar tadi 62 JPKK yang baru akan diwujudkan. Dan manakala 543 yang lama telah pun mendapat watikah. Jadi sekarang ini saya nak bertanya, agak-agaknya bilakah 62 orang yang baru ini tadi akan diberikan watikah untuk memulakan kerja mereka? Sebab di peringkat kampung dah tahu belaka dah. Ha jadi saya bimbang kalau nanti yang lama bertugas, yang 543 itu dia tak jaga dah kawasan yang dapat tu sempadan yang baru. Jadi dia biar jelah sebab kata dah ada nama dah diangkat. Jadi kalau boleh la yang 62 ni tadi dapat seberapa segeranya supaya masing-masing dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti rakan-rakan yang telah pun mendapatkan watikah. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Pulau Manis sebenarnya bagi pihak kerajaan negeri telah pun bersetuju meluluskan pertambahan JPKK 62 di peringkat negeri, tinggal lagi prosesnya ialah kita memohon kepada KPLB pertambahan 60 jadi yang ini belum lagi mendapat jawapan daripada ini KPLB. Insya-Allah bila dapat kelulusan dan peruntukan tu yang pentingnya
peruntukan tulah, bila lantik kita nak bayar elaun itu, insya-Allah kalau dah dapat jawapan peruntukan tu kita akan laksanalah dengan secepat mungkin.
Dato’ Yang di-Pertua,
Ha…
Sepatutnya kita mendapatkan dahulu keputusan dan persetujuan daripada PKLB. Bila mereka dah bersetuju dengan cadangan kita 62, barulah kita keluar borang. Barulah maknanya ini mereka dilantik ini dah tak sangsi lagi. Saya bimbang kalau tiba-tiba KPLB buat ragam pulak er…maknanya ada beberapa orang pulak tolak lagi dengan keadaan status tadi yang disebut tadi 200 buah rumah baru boleh, Jadi saya bimbang tiba-tiba berlaku benda, malu kita, borang dah keluar, orang kampung dah tahu, ha ini ayat dia. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Pulau Manis. Insya-Allah sebenarnya dari segi elaun ataupun kelulusan JPKK di peringkat Negeri Pahang ini tertakluk kepada negeri. Pernah semasa zaman 22 bulan ni menanggung JPKK ataupun masa itu JKKK di Negeri Pahang. Ha jadi Pulau Manis jangan risaulah, kalau tak lulus pun kerajaan negeri insya-Allah akan tanggung.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya seterusnya saya ingin terus kepada soalan-soalan tambahan yang ditimbulkan masa perbahasan. Yang Berhormat Peramu Jaya ada membangkitkan tentang isu tentang Rancangan Tanah Kelompok Khas (RTKK) Orang Asli di mana menyarankan Kerajaan Negeri supaya melaksanakan proses pemutihan dan kenalpasti RTKK yang belum diluluskan kepada Orang Asli dan memastikan pemaju membayar premium dan cukai untuk memastikan manfaat kepada Orang Asli.
Untuk makluman sebanyak sembilan belas (19) yang kita kesan daripada RTKK Pekan telah dimajukan oleh pihak syarikat ataupun badan-badan tertentu. Yang mana ianya boleh dianggapkan kurang kemaslah dari segi kelulusan dan juga pemberimilikan atau pun pembangunan projek dengan penduduk setempat. Pejabat Daerah Tanah Pekan telah melaksanakan mesyuarat penyelarasan bersama JAKOA, ORACO dan YB. Ahli Dewan Undangan Negeri, tak tahu manalah Pekan punya negeri sebagai tindakan untuk mengumpulkan maklumat dan pemutihan tanah-tanah yang telah dimajukan dan mesyuarat susulan bersama badan-badan atau pihak tertentu tadi, akan diadakan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan isu RTKK ini Orang Asli tadi.
Untuk makluman juga, penubuhan Orang Asli Corporation Sdn. Bhd. (ORACO) adalah berfungsi untuk memutihkan tanah-tanah di kawasan penempatan atau perkampungan Orang Asli yang diceroboh oleh syarikat atau individu, termasuk jugalah pembangunan oleh agensi-agensi kerajaan yang kurang kemas kepada Enakmen Tanah Negeri tadi. Kerajaan yakin dan percaya dengan kaedah begini akan
memberi faedah yang baik kepada masyarakat Orang Asli, di samping menjamin hak tanah tersebut kepada ini masyarakat Orang Asli.
Seterusnya YB. Cheka, berkenaan isu jalan rosak, isu lampu jalan rosak. YB Cheka memohon pembaikan dan penggantian empat lampu jalan di Kampung Penjom yang telah pun rosak sejak tahun 2018. Terima kasih atas keperihatinan YB mengutarakan isu ini. Kerajaan Negeri bersama Pejabat Daerah Tanah Lipis akan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah lampu jalan yang rosak ini. Insya-Allah, dalam masa terdekat, perkara ini akan diselesaikan.
Jika terdapat sebarang aduan kerosakan mengenai lampu jalan ni, penduduk orang ramai bolehlah melaporkan melalui talian 15454 sebenarnya yang beroperasi 24 jam. Lampu jalan ini yang di bawah projek KPLB. Sebenarnya KPLB membayar bil sahaja, untuk maintenance ini atau pun rosak, kita kena lapor kepada TNB, KPLB tak repair, jadi tengok pada tiang lampu itu berapa nombor tiang itu, jadi kita call ini TNB, untuk nak memastikan lampu menyala semula.
Terdapat beberapa isu dan cadangan yang dibangkitkan oleh YB. Tahan yang melibatkan portfolio saya. Pertama, YB. Tahan mencadangkan kerajaan Negeri membina jambatan yang lebih baik bagi menghubungkan Kampung. Bantal dan Kampung Gusai memandangkan jambatan sedia ada dibina oleh pihak persendirian diragui keselamatan. Untuk makluman, Projek Jalan Perhubungan di Perkampungan dari Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling dan Jambatan Ke Sk Gusai, Jerantut, Pahang yang merangkumi skop pembinaan dan naik taraf Jalan di Kampung Kuala Sat dan Kampung Bukit Mat Daling sebenarnya telah diluluskan di bawah Program Jalan Luar Bandar ataupun (JALB) di bawah KPLB dan status semasa projek ialah dalam peringkat penilaian tender.
Ha ini saya tak perasanlah sama ada kita ada 100 projek, jadi kita minta YB. Tahan berhubung dengan saya untuk menentukan sama ada berapakah peruntukan yang telah dilulus dalam kelulusan 2020 sebanyak RM390 juta tadi. Kedua memohon Kerajaan Negeri memaklumkan status projek penyambungan paip air daripada Kampung Bantal ke Kampung Mat Daling. Projek bekalan air daripada Kampung Bantal ke Kampung Mat Daling dan Kampung Tanah Pindah serta kawasan sekitar telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah peruntukan Rolling Plan Ke-2 Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu pada tahun 2022.
Melalui Projek Air Luar Bandar (BALB) dan kos keseluruhan berjumlah ini RM5 juta... ini...apa...Wakil daripada Pulau Tawar pun tak ada...Tahan juga kan...dengar je la... Projek ini melibatkan skop awalan, kerja pemasangan paip dari Kampung Mat Daling ke Kampung Tanah Pindah, pembinaan tangki sedutan baharu di Kampung Mat Daling, pembinaan tangki perkhidmatan baharu di Kampung Tanah Pindah dan pemasangan paip retikulasi melibatkan anggaran 50 buah rumah akaun baharu.
Projek ini adalah er…peringkat pelantikan perunding reka bentuk yang dijangka selesai pada pada penghujung tahun 2022. Proses reka bentuk dan kelulusan reka bentuk dijangka akan diperoleh serta projek sedia ada untuk ditender pada penghujung tahun ini. Pembinaan projek dijangka akan mengambil masa dua tahun dan siap pada tahun 2025 lebih kurang.
Seterusnya, YB Tahan ada memohon pembinaan jambatan baru di Kampung Sungai Putat. Kerajaan Negeri telah memohon peruntukan... di bawah peruntukan Rolling Plan Ke-3 Rancanan Malaysia Ke-12 bagi membina jambatan konkrit di Kampung Sungai Putat, Jerantut, Pahang sebanyak ni... RM5 juta.
Selain itu, memohon pihak Kerajaan memaklumkan status urusan temuduga peserta FELCRA Kampung Sepial yang masih belum berkeputusan sejak temuduga tersebut diadakan di Dewan Majlis Daerah Jerantut pada tahun 2010. Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut sedang menyemak dan membuat pengesahan pelan racik yang dikemukakan oleh pihak FELCRA. Sekiranya semua dokumentasi adalah teratur, sesi undian lot peserta akan dibuat dalam tempoh ni... tiga bulan. Ini adalah jaminan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut. Seterusnya ialah, YB. Ibam juga ada membangkitkan isu jambatan gantung Sungai Rekoh yang telah musnah. Kerajaan Negeri telah memohon peruntukan Rolling Plan Ke-3 Rancangan Malaysia Ke-12 bagi mengganti Jambatan Gantung di Kampung Rekoh, Rompin sebanyak ni...RM12 juta. Kedua, YB. Ibam juga ada membangkitkan tentang pendidikan anak-anak Orang Asli di pedalaman dan memohon Kerajaan Negeri melaksanakan program khas memberi penerangan kepada ibu bapa dan anak-anak Orang Asli tentang kepentingan pendidikan. Bagi perkara ini, Kerajaan Negeri bersama-sama Yayasan Pahang dan JAKOA menjadikan pendidikan sebagai agenda utama dalam memaju ataupun memajukan modal insan dalam kalangan masyarakat Orang Asli.
Untuk makluman,Yayasan Pahang telah pun memperkenalkan program Baca Cepat Kawanku (BCK) untuk membasmi murid tidak boleh membaca seawal tahun satu lagi. Pada tahun 2021 sebanyak program rintis, dua buah Sekolah Orang Asli telah mengikuti program ini dan hasilnya kesemua murid yang mengikuti program ini sudah boleh membaca.
Untuk tahun ini, ianya akan diperluaskan kepada tujuh buah sekolah Orang Asli lagi. Manakala pembangunan komuniti Orang Asli iaitu melalui Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Orang Asli ataupun PETAMA telah melatih lebih tujuh orang... 700 orang bagi meningkatkan kemahiran mereka. Program ini juga melahirkan pembantu penggerak yang dikenali sebagai Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Orang Asli yang merupakan ‘ejen merubah’ dalam komuniti mereka sendiri termasuklah kepada ibu bapa dan kanak-kanak Orang Asli.
Selain itu…
Pengerusi…
JAKOA dan Kerajaan Negeri juga akan merancang pelbagai program pendidikan yang telah dan akan dilaksanakan di pelbagai peringkat termasuklah di perkampungan dan pedalaman. Antaranya ialah program permuafakatan, pendidikan iaitu perkongsian ilmu dan motivasi kepada pelajar dan ibu bapa.
Program Bina Insan serta bantuan-bantuan sokongan berbentuk bantuan peralatan, wang saku, makanan, makanan tambahan dan pengangkutan disediakan bagi memastikan anak-anak Orang Asli terus melanjutkan persekolahan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Pahang, Yayasan Pahang, JAKOA serta agensi yang berkenaan akan mempergiatkan lagi dalam merancang program bersifat pembangunan jati diri dan motivasi yang akan dilaksanakan melibatkan anak murid, belia dan ibu bapa supaya penekanan dan kesedaran mereka terhadap kepentingan pendidikan sentiasa menjadi keutamaan. Terima kasih kepada YB... YB Ibam.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, mohon er…
Ya… ya…
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya nak memperbetulkan er… tentang sungai tadi bukan Sungai Rekoh tetapi Sungai Keratong, er… Jambatan Kampung Rekoh. Terima kasih juga kerana memberi perhatian kepada er… anak-anak di Perkampungan Asli kita. Terima kasih.
Terima kasihlah, maknanya tak berapa dengarlah.. tak apa lah... lepas ini... bagi tahulah mana yang betul. Jadi di kampung ini macam-macam nama. Saya ada satu di Sungai Lembing… JPKK dia Sungai Rimau... Sungai Rimau pengerusi JPKK dia pulak wanita. Jadi eloklah wanita yang jaga rimau ni. Kalau orang lelaki jaga rimau tak menjadi... [ketawa]… tak apalah... diluarlah kita ambil nama yang betul.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Akhir kata saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua hadirin Yang Berhormat telah menyuarakan pandangan serta cadangan penambahbaikan yang melibatkan kumpulan sasar di bawah portfolio saya. Saya menghargai segala cadangan dan teguran dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan input yang diterima.
Saya bersama jentera di bawah portfolio saya dari masa ke semasa sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memastikan hak dan kepentingan penduduk luar bandar dan Orang Asli terpelihara. Justeru kami sentiasa mengalu-alukan cadangan penambahbaik dan sebarang bentuk kerjasama daripada semua pihak. Sekian terima kasih. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum WBT.
.YB. YANG DI-PERTUA DEWAN
Terima kasih. Yang Berhormat seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. Sila.
[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat Sidang Dewan yang dirahmati lagi dikasihi sekalian. Alhamdullillah, segala puji bagi Allah SWT kita semua masih diberi kesempatan pada ketika ini dan semua untuk terus berada di Dewan Yang Mulia ini bagi melaksanakan amanah rakyat sebagai Ahli Yang Berhormat dan seterusnya saya menyokong penuh titah Diraja Kebawah Duli Yang Mulia Pemangku Raja Pahang pada 28 Mac 2022 yang lalu.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi...Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum memulakan sesi penggulungan izinkan saya menyantuni beberapa soalan yang dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat.
Kepada ADUN Sungai Lembing telah membangkitkan mengenai keperluan mendengar keluhan anak muda bagi membina litar permotoran di Negeri Pahang. Untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri sebelum ini telah mendapat kelulusan dari Kementerian Belia dan Sukan iaitu litar lumba permotoran di Jengka 23 sebanyak peruntukannya RM40 juta.
Namun semasa Kerajaan PH memerintah peruntukan tersebut telah ditarik balik di bawa ke negeri Kedah. Namun Kerajaan Negeri tidak berputus asa terus melangkah ke hadapan mencari ruang dan peluang seterusnya berusaha Alhamdullilah pada ketika ini Kerajaan Negeri telah mengenalpasti tapak seluas 33.43 hektar di Kampung Tebu Hitam, Rompin yang akan dijadikan litar motor cross.
Pihak Jabatan Belia dan Sukan telah mengangkat cadangan pembinaan motor cross ini bagi Rolling Plan Ke-3 Rancangan Malaysia Ke-12. Yang Berhormat juga ada membangkitkan mengenai keperluaan penyediaan keperluan insurans kepada anak muda yang bekerja sebagai penghantar makanan seperti Grab... Grab Food dan Food Panda.
Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sebenarnya telah mempunyai skim khas dalam melindungi kepada 20 sektor pekerjaan termasuk sektor pengangkutan dan penghantaran makanan...makanan ini. Terdapat empat pelan perlindungan yang murah yang disediakan bagi melindungi pendapatan bermula RM1,050.00 sehingga RM3,950.00 dengan caruman serendah RM13.10. sehingga RM49.40. sebulan. Perlindungan ini bukan sahaja untuk melindungi diri mereka, malahan turut melindungi waris yang ditinggalkan sekiranya berlaku sebarang kematian atau hilang upaya kekal akibat pekerjaan yang dilakukan.
Pada tahun 2021, perlindungan kepada golongan ini telah dimanfaatkan sepenuhnya di bawah inisiatif lindung dengan 100% bantuan caruman bagi pelan kedua yang diurus secara berpusat oleh agensi platform masing-masing untuk mendapat manfaat selama setahun daripada tempoh pendaftaran diaktifkan.
Manakala di bawah Bajet 2022, kerajaan telah menyediakan Skim Pekerjaan Sendiri atau ringkasnya SPS padanan caruman di bawah kategori SPS iaitu bantuan berupa padanan 80% ataupun 80 percent kadar caruman di bawah pelan kedua iaitu perlindungan gaji sebanyak RM1,550.00. Di bawah inisiatif ini, Orang Yang Bekerja Sendiri atau OBS hanya perlu memperuntukan sebanyak RM46.60.00 untuk perlindungan yang akan diaktifkan selama setahun bermula pembayaran diterima.
Terdapat pelbagai jenis faedah yang boleh dimanfaatkan di bawah skim bencana kerja pekerjaan sendiri termasuklah faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, faedah orang tanggungan, elaun layanan sentiasa, faedah
pengurusan mayat, kemudahan pemulihan jasmani, vokasional dan faedah pendidikan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Lebih 15 libat urus telah dilaksanakan bersama agensi dan kumpulan sasaran ini bagi mempromosikan berkenaan skim ini dan setakat 28 februari 2022, secara keseluruhannya sebanyak 59 OBS baru telah didaftarkan Negeri Pahang di bawah Akta 789. Peluang juga masih terbuka luas untuk mana-mana golongan ini yang telah atau akan tamat perlindungannya atau masih belum pernah dilindungi untuk merebut insentif yang disediakan di bawah SPS padanan caruman SPS yang terbuka sehingga 31 Disember 2022 melalui laman portal https://matrix.perkeso.gov.my. Aplikasi mudah alih PERKESO ataupun hadir di mana-mana 54 cawangan PERKESO di seluruh negara.
Berhubung soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat juga, kerajaan turut memberi perhatian kepada Sukan Massa dan rekreasi. Pada tahun ini sahaja, Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Belia dan Sukan dan juga Majlis Sukan Pahang akan menganjurkan Malaysia Sports League 2022 atau ringkasnya MSL 2022 di peringkat daerah mulai Mac hingga Mei dan peringkat negeri pada Jun hingga Julai 2022. MSL 2022 ini akan melibatkan lima sukan teras iaitu futsal lelaki, wanita, bola keranjang, bola jaring, sepak takraw dan juga badminton.
Ini bertujuan untuk memberi lebih banyak peluang kepada warga Negeri Pahang bagi menjalani gaya hidup sihat dan kekal aktif setelah sekian lama berada dalam keadaan pandemik yang tidak menentu.
Sebagai tambahan juga untuk makluman sidang Dewan, kita juga akan mengadakan Pahang Ride Day pada bulan tujuh ini yang mana akan dilancarkan cadangannya oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang secara serentak di seluruh negeri melibatkan 7 er…melibatkan 11 daerah dalam Negeri Pahang. Begitu juga Pahang Mega Scuba Dive 2022 pada Jun ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Seperti yang kita semua sedia maklum, negara akan memasuki fasa endemik mulai 1 April 2022. Justeru, pelbagai program telah diatur bagi memenuhi ekspektasi rakyat khususnya golongan anak muda, belia, golongan pencari kerja dan sebagainya. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana telah memperuntukan sejumlah peruntukan yang besar bagi melaksanakan pelbagai program kepada anak muda Negeri Pahang.
Untuk makluman, pada tahun 2021 Kerajaan Negeri telah melaksanakan tanggungjawabnya berkaitan perlindungan keselamatan sosial kepada rakyat di Negeri Pahang dengan pembayaran keseluruhan faedah sebanyak RM34.2 juta setakat 31 Disember 2021 meliputi perlindungan kepada lebih 19,584 majikan dan 261,342 pekerja semuanya.
Selain itu Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Bagi memastikan industri terus bertahan, sebermula pandemik COVID-19 sehingga setakat 31 Disember 2021, di Negeri Pahang sahaja, PERKESO Pahang telah menyalurkan lebih kurang RM602 juta di bawah program subsidi upah melibatkan 24,429 kelulusan permohonan majikan yang merangkumi 184,552 permohonan dari
pekerja-pekerja. PERKESO Pahang juga turut menyalurkan bayaran faedah sebanyak RM3.37 juta kepada lebih 4,476 kes tuntutan melibatkan COVID-19 yang diluluskan setakat 31 Disember 2021.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan sidang Dewan yang dikasihi sekalian. Seterusnya, bagi memastikan golongan lepasan sekolah, graduan, penganggur dan orang kehilangan pekerjaan, golongan mudah terjejas OKU, peserta Program Return To Work, bekas banduan, miskin tegar, gelandangan dapat memperoleh peluang pekerjaan, Kerajaan Negeri telah merangka dan akan terus mengatur pelbagai program.
20 sesi profiling telah dirangka untuk membantu dalam aspek penyediaan data pencari kerja bagi golongan mudah terjejas agar tidak ketinggalan dengan insentif yang telah disediakan oleh Kerajaan Pusat. Seterusnya, 11 siri jelajah, empat…11 siri jelajah ke seluruh daerah dalam Negeri Pahang, empat mini karnival dan satu karnival kerjaya peringkat negeri turut dirangka bagi membantu golongan pekerja… pencari kerja di luar termasuk golongan mudah terjejas iaitu di kalangan penganggur lebih 180 hari, penerima faedah, bekas tentera, Orang Asli, bekas banduan, OKU, pekerja berumur lebih 50 tahun ke atas.
Kerajaan Negeri juga dalam cadangan insya-Allah perkara ini akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang iaitu Pahang Labour Council yang mana akan diselaraskan sebaiknya untuk memastikan pekerja-pekerja warga Negeri Pahang secara khususnya untuk ditempatkan peluang-peluang pekerjaan yang ada di dalam Negeri Pahang ini termasuklah di Industri Gebeng.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Tahniah juga hari ini Kerajaan Negeri telah bersama dengan Alliance Steel (M) Sdn. Bhd. mengadakan MoU sebentar tadi dan kita saksikan semua. Ini juga satu perkara yang sangat membanggakan kita yang mana akan menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak di Negeri Pahang ini. Dan dengan adanya labour council ini sedikit sebanyak dengan kerjasama PERKESO Pahang akan diselaraskan dengan institusi-institusi pendidikan, kemahiran dan juga pusat-pusat pengajian lain untuk mewujudkan kursus-kursus khas yang boleh dibuat match making dengan er... dengan industri-industri ini yang berprestij tinggi.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Seterusnya pada tahun 2021, merujuk kepada penumpuan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dalam melaksanakan program dan mengurus belia dan sukan ketika negara menghadapi kesan pandemik COVID-19 adalah lebih terarah kepada memberikan kesedaran tentang pematuhan SOP terutamanya dalam penggalakan sukan dan rekreasi melalui pelaksanaan dan pemantauan sport bubble volunteer yang melibatkan 188 orang sukarelawan yang dilantik seluruh Negeri Pahang.
Pada tahun 2022 pula, dalam mengurus belia era endamik COVID-19 ini, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang akan melaksanakan program-program yang membantu kerajaan dalam merancakkan ekonomi negeri dan negara bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Penumpuan lebih kepada memberikan galakan kepada masyarakat untuk mengikuti acara sukan yang pelbagai bagi meningkatkan tahap kesihatan kendiri. Program Kesukanan Kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai acara dalam Malaysia Sport League ataupun yang saya katakan MSL akan dilaksanakan sepanjang tahun khususnya pada 2022 ini.
Tahun ini yang akan melibatkan seluruh masyarakat di seluruh Negeri Pahang khususnya. Program berbentuk penerapan kesukarelawanan juga masih menjadi keutamaan pada tahun ini dan ianya adalah bagaimana menjunjung Titah Kebawah Dulia Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja Pahang bagi menjaga kelestarian alam sekitar.
Maka, konsep kesukarelawanan yang diterapkan kepada belia juga turut memberi penumpuan yang sama melalui program Rakan Muda Day Out yang telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Hutan Negeri Pahang iaitu program gotong-royong dan menanam pokok di seluruh Negeri Pahang di tempat-tempat yang telah ditentukan. Manakala program sahsiah kepimpinan pembangunan sosial pula akan dilaksanakan dalam pelbagai bentuk program sama ada secara atas talian mahupun secara visual.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Manakala bagi meningkatkan ekonomi belia, jabatan masih meneruskan melaksanakan program galakan dan penjanaan peluang pekerjaan sama ada secara atas talian mahupun visual pada tahun ini seperti Kursus Youth Career, Webinar, Web Digital dengan izin Kursus Youth Agrotech serta turut menganjurkan Karnival Keusahawanan Belia sempena Hari Belia Negara peringkat Negeri Pahang pada pertengahan tahun ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dan Sidang Dewan yang diraikan sekali… sekalian, menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Majlis Belia Negeri Pahang menggerakkan inisiatif Go Green yang memberi perhatian kepada kluster utama alam sekitar dengan menjalankan program-program alam sekitar di Negeri Pahang. Inisiatif Go Green telah menggerakkan melalui sosial media dengan kempen kesedaran berkenaan kepentingan menjaga alam sekitar dan alam sekeliling.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Seterusnya, biar saya beralih kepada Temasya Sukan Malaysia edisi Ke-20 yang sebelumnya tertangguh ekoran penularan wabak COVID-19 kini sah bakal anjurkan pada 29 September hingga 08 Oktober 2022 yang di kenali sebagai SUKMA 20MSN 2022 bertempat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Dalam sukan ini akan dipertandingkan 31 jenis sukan iaitu 16 sukan wajib dan 15 sukan pilihan. Kontinjen SUKMA Negeri Pahang akan menyertai 26 jenis sukan dengan jumlah keseluruhan kontinjen dianggarkan seramai 514 orang termasuk pegawai dan juga atlet.
Tahun 2022 akan menyaksikan tiga kejohanan utama iaitu kejohanan Sukan SEA Hanoi, Vietnam 2022 mulai 12 - 23 Mei 2022. Setakat ini, seramai 23 orang atlet Negeri Pahang telah disenaraikan iaitu melibatkan 8 orang atlet silat, 5 orang atlet bola tampar, 1 atlet berbasikal wanita, 3 atlet e-Sport, 1 atlet gimnastik, 2 atlet Olahraga, 1 atlet boling, 1 atlet menembak dan akhir sekali 1 atlet taekwando.
Kejohanan kedua pula melibatkan kejohanan Sukan Komenwel dikenali sebagai dikenali… sorry. Kejohanan Sukan Komanwel akan diadakan di Birmingham 2022 akan berlangsung pada 28 Julai hingga 08 Ogos 2022 di Birmingham, England telah menyenaraikan seramai 2 atlet iaitu seorang daripada sukan lawnball iaitu saudari
Nurul Ariani binti Jamil dan seorang daripada sukan angkat berat iaitu saudara Mohd Nasir bin Roslan.
Dan yang ketiga kejohanan Sukan Asia pada tahun ini dikenali sebagai Asian Games Hangzhou 2022 akan diadakan di Hangzhou Zhejiang, China pada 10 hingga 25 September 2022. Dan Majlis Sukan Negara pada ketika ini sedang menyediakan senarai pendek atlet yang terlibat. Walau bagaimanapun seramai 14 atlet dalam senarai atlet senarai atlet podium bagi tahun 2022 melibatkan sukan lawnball, sukan pencak silat, sukan gimrama, sukan olahraga, sukan taekwando dan tenpin bowling.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Saya mengambil masa sedikit untuk menyentuh juga er…rakan ADUN yang membangkitkan iaitu ADUN Chini supaya Kerajaan Negeri dapat memberikan perhatian kursus kepada generasi muda dengan mempelbagaikan kemudahan aktiviti sukan dan riadah.
Untuk makluman ADUN Chini dan juga rakan-rakan Dewan sekalian, pihak KBS pada tahun 2022 ini, akan melaksanakan pelbagai program untuk semua peringkat umur bagaimana saya sebutkan tadi dalam Malaysia Sport Lead iaitu liga yang mana banyak lagi akan menumpukan kepada pembangunan sukan di peringkat akar umbi, Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Di mana kebanyakan akan disertai oleh generasi muda dalam masa yang sama program-program kegemaran generasi muda ini dari kelompok tertentu turut akan dilaksanakan seperti program rekreasi, sukan ekstrem, seni mempertahankan diri dan tidak lupa juga kepada sukan kecergasan.
Berhubung kemudahan, pihak KBS sentiasa memantau dan cuba memenuhi keperluan semasa dengan menambahbaik kemudahan sedia ada dan membina kemudahan sukan yang baru. Namun, ianya memerlu kerjasama erat semua pihak di seluruh agensi negeri dan kebangsaan selagi perlu melihat kepada faktor kewangan semasa negara dan juga negeri.
Sebagai makluman dalam Rolling Plan 1 dan 2, Rancangan Malaysia Ke-12 pihak Kementerian luluskan projek naiktaraf dan satu bina baru kompleks-kompleks sukan di Negeri Pahang. Bagi RP3 pula, pihak jabatan telah mengangkat 12 permohonan baru.
Selain itu, pada tahun 2021 sebanyak 42 projek kecil naik taraf kemudahan sukan telah dilaksanakan dan permohonan-permohonan baru bagi tahun 2022. Pihak JBS sentiasa mengangkat permohonan berdasarkan permohonan-permohonan daripada pemimpin-pemimpin setempat dan keperluan semasa pembangunan sukan dan juga belia di Negeri Pahang.
Sebagai maklumat tambahan ya…yang telah pun dilaksanakan futsal berbumbung di DUN Chini sendiri yang menelan belanja hampir RM350,000.00 telah siap dibina atas inisiatif ADUN Chini sendiri. Kompleks Sukan Pahang yang dalam pembinaan tunggu masa untuk er…dicadangkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kita untuk pecah tanah dalam masa terdekat ini.
Begitu juga Kompleks Sukan di Cameron Highlands dalam pembinaan. Kompleks Rakan Muda Raub dan juga Jerantut, naik taraf ya juga telah siap. Kompleks er… Rakan Muda di Maran dan juga Pekan. Saya mengambil kesempatan ini untuk maklumkan pada Sidang Dewan, laman skateboard, telah diluluskan dalam bajet bekalan yang lalu sebanyak RM150,000.00 ya yang mana MSP akan menerima
peruntukan ini, dan kita akan buat kolaborasi dengan Majlis Bandaraya Kuantan untuk dilaksanakan projek tersebut yang kita namakan Bandaraya Skateboard of Pahang nanti dengan izin-Nya.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Banyak lagi perkara-perkara yang melibatkan kemudahan asas kemudahan riadah dan sukan dalam Negeri Pahang yang telah di er…peruntukan dalam Perbekalan Bajet yang lalu, dan kita kira bajet yang telah diuar-uarkan oleh Kerajaan Negeri pada masa yang lalu merupakan satu projek ataupun Bajet yang berani ya, sehingga RM1 billion ya.
Inilah yang dikatakan dengan adanya dapatan hasil Kerajaan Negeri er… sampai ke RM1 Billion, insya-Allah perkara ini akan dipulangkan balik kepada rakyat dalam bentuk seperti ini lah ye er… kemudahan-kemudahan sukan, keperluan-keperluan rakyat termasuklah yang banjirnya, termasuklah yang COVIDnya ye. Kalau abis tersebut di sini bagaimana anak muda diraikan dalam bentuk er… semasa bantuan COVID… kit makanan dan sebagainya.
Hampir satu juta lebih Kerajaan Negeri telah memperuntukkan. Ini er…mengambil kira keperluan anak muda yang bersasar. Dan kalau ikut er… apa yang selalu diperkatakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang… selalu juga diingatkan kepada kami, naratif tentang bantuan-bantuan Kerajaan Negeri. Kalau kita tengok banjir sampai sekarang dekat RM100 juta, begitu juga COVID dekat RM100 juta. Kalau kita kumpul-kumpul ni beratus juta yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri kepada rakyat di Negeri Pahang. Ini menunjukkan bahawa, naratif kalau kita susun baik-baik daripada Minal Mahdi llal Lahdi…daripada buaian sehingga ke liang lahad.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Daripada…buaian sehingga ke liang lahad dalam Bahasa Arab dia sebut dengan izin, Minal Mahdi Ilal Lahdi…daripada kandungan. Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya lihat ini satu perkara yang cakna rakyat sebab itu Kebawah Duli Yang Maha Mulia er…Pemangku Raja Pahang ye bertitah supaya cakna rakyat. Dan saya tengok bila mayat COVID pun diberi kos untuk pengurusan ya bukan sahaja di darat, bahkan sampai di Pulau Tioman saya tengok. Ini suatu perkara yang er…rakyat er…merasakan kesyukuran terhadap peruntukan-peruntukan yang meringankan beban mereka…
Mohon laluan.
Sila.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih rakan daripada Tioman. Er…saya ada 2 soalan. Tadi er…ADUN Tioman ada menyebut berkenaan dengan insentif Kerajaan Negeri kepada er… jenazah yang ataupun mereka yang mati akibat er…akibat COVID.
Saya mohon pertama sekali saya nak tanya. Kadang-kadang er…ada kes yang berlaku macam ada 1 kawan saya er… ipar dia dimasukkan ke dalam er… wad oleh kerana penyakit er…hati. Prosedur dia sebelum masuk wad ni memang akan melalui prosedur PCR, RTK. Bila RTK er…negatiflah. Masuk wad dua, tiga malam bila meninggal akan proses er…akan ada proses PCR ataupun RTK. Dan disahkan er… positif dan jenazahnya akan diuruskan secara COVID. Adakah kematian yang begini pun termasuk dalam insentif yang diberikan? Satu.
Yang ke-2, er…tak silap saya kita telah wujudkan er…ADUN Belia…ADUN Belia Negeri Pahang. Saya nak tau apakah perkembangan terkini er…status terkini er…tu ADUN Belia Negeri Pahang. Bilakah terakhir bersidang?. Dan bilakah tarikh ke depan yang akan dilakukan persidangan Majlis Belia er…ADUN Belia ni? Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua atas er…ADUN Tahan sahabat saya yang membangkitkan 2 perkara iaitu tentang insentif. Saya kira tentang insentif ni er… Kerajaan Negeri Pahang amat toleransi sekali ya dan er… saya kira juga bab-bab yang melibatkan kematian, accident, sakit kronik setakat inilah pada pengalaman dan ramalan yang kita tengok di Kerajaan Negeri ini sangat memudahkan… sangat memudahkan. Jadi saya memohon ADUN Tahan, mana-mana ADUN dalam Dewan, sekiranya bertemu dengan kes-kes seumpama ini boleh panjangkan kepada pihak Kerajaan Negeri dan er…saya er…sangat tertarik bila satu perkara dibangkitkan bagaimana…ini yang di darat ya…Yang di-Pertua, ini di darat.
Yang di Ulu Tembeling, di darat juga yang di Pulau Tioman tu, contoh saya tengok bagaimana… bila diangkat kepada Kerajaan Negeri tentang kesusahan membawa satu jenazah…biasa. Kedua jenazah yang COVID, lagi teruk…lagi susah….juga Kerajaan Negeri melalui Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang meraikan dan alhamdulillah diluluskan sejumlah peruntukan atas pengesahan yang dibuat oleh pihak-pihak yang terbabit, maka perkara itu dapat diselesaikan dengan baik dan keluarga pun bersyukur atas nikmat yang telah diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri bantuan serta merta. Itu merujuk kepada soalan yang pertama.
Yang kedua tentang er…Persidangan er…Dewan Belia. Alhamdulillah last kita buat er…untuk makluman Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua…Sidang Dewan ini adalah pada tahun er…sudah ya. Iaitu melibatkan er…anak-anak muda dalam Negeri Pahang dan insya-Allah yang terdekat ini selepas Persidangan Dewan kita ini akan diadakan satu lagi er…Sidang Dewan Belia yang mana telah diuar-uarkan dalaman oleh pihak er…yang er…Speaker kita ya baru-baru ini dalam pre- council dan insya-Allah perkara ini kita akan laksanakan demi kepentingan anak muda dalam memberi pendedahan.
Dalam memberi pendedahan dalam pentadbiran, perbahasan Dewan dan perkara ini…lebih menarik lagi insya-Allah ialah dengan memberi juga peluang kepada er… rakan-rakan Majlis Belia Negeri dan juga pemimpin-pemimpin masyarakat setempat untuk membuat pilihan kepada wakil dalam Persidangan Dewan Belia itu nanti.
Yang Berhormat…
Yang ketiga Dewan tersebut dapat mem…
Yang Berhormat panjang lagi…
Ada dalam tiga empat lima minit lagi. Sikit lagi.
Ringkaskan…
Penting penting. Dalam dua tiga minit lagi. Saya nak sebut ni sebabnya ada melibatkan pembangunan wanita sikit. Ada bab-bab agama sikit, penting ni.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya ucap terima kasihlah kepada rakan sejawatan saya iaitu ADUN Maran dan juga ADUN er…apa ni ADUN Lanchang di hujung sana kerana baru-baru ini mengadakan pertama hiking day ya er…walaupun dia dalam konteks pelancongan tetapi dia ada unsur-unsur riadah, unsur-unsur sukan.
Maran pulok dah er…di DUN Kuala Sentul mohon maaf Yang di-Pertua. Di mana hiking day ni telah bergerak serentak mungkin apa Yang Berhormat ADUN Lanchang akan detailkan lagi. Cuma nak sebutkan di situ ada unsur-unsur pelancongan dan juga unsur-unsur sukan. Jadi perkara ini sangat baik dan er…insya-Allah kalau boleh diadakan lagi pada masa akan datang.
Dan dalam masa yang sama juga saya melihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, ya mencemar duli berangkat er…masa tu dan saya er… melihat juga Yang Amat Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, bukan saja di hiking day tetapi dalam dua tiga hari lepas juga berangkat mencemar duli di sukan paralimpik memanah ya er…maknanya di paralimpik memanah pun berangkat, hiking day pun berangkat. Dan yang sebelum itu telah berangkat bercemar duli mendaki Gunung Nenek Semukut…yang mana biasa-biasa orang ambik dua tiga jam nak boleh sampai ke atas tu. Tapi baru ini Pemangku Raja Pahang kita telah naik dalam masa sejam 15 minit sahaja.
Makna ini satu sukan yang boleh kita war-warkan kepada umum dan khususnya anak-anak muda yang suka kepada sukan lasak dan Yang Berhormat ADUN Chini merupakan er… rakan sejawatan saya yang menjaga er… sukan-sukan lasak ini insya-Allah kita akan panjangkan lagi termasuklah motorcross yang akan dilancarkan terdekat ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Untuk akhirnya…untuk akhirnya sekali lagi er…saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana memberi peluang er…dan masa
sedikit kepada saya untuk sesi penggulungan ini iaitu saya nak sebutkan di sini tentang peruntukan Kerajaan Negeri yang diberikan untuk blueprint pembangunan sukan dan belia Negeri Pahang. Juga satu peruntukan yang besar yang akan dimanfaatkan sebaiknya kepada anak-anak muda di Negeri Pahang ini dalam melestarikan pembangunan belia dan sukan pada masa-masa akan datang.
Dan insya-Allah dalam hal ini juga er…kita akan libatkan seramai mungkin anak-anak muda khususnya dalam er…idea yang dilontarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang berhubung dengan Pahang Pride Team insya-Allah akan dilancarkan dalam masa terdekat ini yang akan melibatkan er…hampir 5,000 anak muda er…bersasar yang akan dibekalkan tablet dan juga data-data.
Perkara ini akan dibincangkan untuk anak-anak muda kita selain er…membuka online business kepada mereka ini pada masa akan datang. Begitu juga perancangan lesen anak muda Pahang juga akan dilaksanakan pada tahun ini untuk memberi ruang dan peluang kepada anak-anak muda kita di 11 daerah ya atas kelulusan kerana apa Kementerian Pengangkutan baru saja lulus er…pakej ini dan kita cuba mohon untuk melibatkan er…500 ke 1,000 orang setiap daerah.
Kita tak tau kelulusan er…di peringkat sedikit itu adakah Kementerian Pengangkutan membenar ataupun tidak tetapi secara dasarnya perkara tersebut telah mendapat pertimbangan daripada er…JPJ Pahang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Dengan kata-kata itu, saya mohon menyokong Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang sempena Pembukaan Penggal Kelima Dewan Negeri Pahang Ke-14 pada 28 Mac yang lalu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan.
[Ayat al-Quran] Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana berikan saya giliran untuk bersama-sama rakan-rakan Wakil Kerajaan yang lain untuk er…berbahas bagi me…menyokong Usul Menjunjung Kasih yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berkenaan berangkat dan menyempurnakan Titah Pembukaan baru-baru ini.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana limpah keizinan-Nya maka dapat kita bersama-sama dalam Dewan Yang Mulia ini untuk menunaikan amanah yang telah diletakkan di atas bahu kita. Tahniah buat Ahli-ahli Dewan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang telah mengambil bahagian secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sidang kita pada kali ini.
Jelasnya dalam Titah Pembukaan yang lalu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang telah menekankan beberapa perkara yang harus diberikan keutamaan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Antaranya adalah pentadbiran kerajaan perlu menggandakan inisiatif dan pendekatan baru serta berlaku adil dan menekankan prinsip murni dalam kelangsungan kesejahteraan rakyat dan memperkukuhkan ekonomi dan meningkatkan pendapatan negeri.
Inilah jelasnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, apa yang telah dijunjung oleh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang kita jelas sebenarnya cukup teruji dalam tempoh dua tahun ini melalui fasa pandemik dan juga pada tahun yang lalu ataupun dua tahun Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita diuji dengan banjir luar biasa dan alhamdulillah berkat pimpinan Yang Amat Berhormat serta kerjasama semua pihak Ahli-ahli Dewan dan jabatan-jabatan, kita telah berjaya melalui fasa yang mencabar itu, alhamdulillah. Memang kesannya cukup besar Dato’ Sri Yang di-Pertua, kalau dilihat dari ukuran kerosakan rumah dan harta benda sahaja kerajaan membelanjakan lebih RM30 juta untuk cuba membantu masalah yang dipikul oleh mangsa-mangsa banjir.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin membahagikan ucapan saya ini kepada dua bahagian. Bahagian pertama saya cuba memberikan gambaran situasi terkini perkhidmatan kesihatan, kerja raya dan pengangkutan negeri dan selepas itu saya cuba sebaik mungkin untuk responskan jawapan kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Dewan berkaitan dengan portfolio saya.
Kerajaan sememangnya komited dalam hal-hal kesihatan negeri ini walaupun pada dasarnya perkhidmatan kesihatan ini disampaikan oleh Kerajaan Persekutuan tetapi Kerajaan Negeri sentiasa memberikan komitmen yang terbaik untuk memastikan agenda Kementerian Kesihatan tercapai.
Bagi tahun 2022, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang menerima peruntukan mengurus sebanyak RM1.32 juta meliputi lapan program. Minta maaf Dato’ Sri Yang di-Pertua, RM1.32 bilion meliputi lapan program iaitu pengurusan, perubatan, kesihatan awam, kesihatan pergigian, perkhidmatan farmasi, penyelidikan dan sokongan teknikal, keselamatan dan kualiti makanan dan program-program khusus. Bagi memastikan liputan imunisasi COVID-19 di Negeri Pahang mencapai tahap yang optimum, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah menerima peruntukan Kumpulan Wang Amanah Negara berjumlah RM1.6 juta.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, mungkin ramai yang tidak sedar dalam berhadapan dengan wabak COVID ini sebenarnya Kerajaan Negeri sepertimana yang saya katakan tadi tidak pernah lepas tangan, bahkan memberikan komitmen yang bagi saya terbaik antara yang terbaik di negara ini, Dato’ Sri.
Sebenarnya Negeri Pahang juga turut mengeluarkan sejumlah wang yang sangat besar daripada keuntungan negeri yang berjumlah RM78.66 juta. Ini satu usaha yang menunjukkan betapa sayangnya kerajaan pada rakyat di negara ini. Antara yang telah dibelanjakan Dato’ Sri Yang di-Pertua, Bantuan Prihatin Pahang yang bersasar kepada golongan bukan fasa 1 sahaja kita belanja RM31.31 juta. Pemvaksinasi Negeri Pahang berjumlah RM15.62 juta mencakupi program imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi pusat pemberian vaksin dan pemberian vaksin bagi program vaksin Pahang.
Ketiganya, perbelanjaan pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 dan stesen kuarantin bukan kesihatan dengan kos perbelanjaan RM22.24 juta. Perbelanjaan operasi sekatan jalan raya yang meliputi perbelanjaan makan minum dan persiapan tempat petugas berjumlah RM6.64 juta, lain-lain program termasuk ziarah prihatin, hebahan, sanitasi dan sebagainya berjumlah RM2.55 juta. Jadi, bagi tahun 2022 hingga kini pula RM6.75 juta telah diperuntukan bagi menampung perbelanjaan pusat kuarantin dan rawatan perbelanjaan operasi dan sekatan jalan raya, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan di Negeri Pahang ini, faktor pembangunan sangat penting di mana yang banyak dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dengan permohonan hospital dan klinik baru, naik taraf penyelenggaraan dan sebagainya. Ini pastinya menuntut satu belanjawan yang besar.
Kerajaan Negeri sentiasa cuba memberikan komitmen terbaik untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap untuk JKNP menyampaikan perkhidmatan yang cekap termasuk menyediakan tanah-tanah, premis-premis untuk fasiliti kesihatan yang terbaik. Dengan peruntukan sebanyak RM1.08 bilion sebanyak 26 projek yang terdiri daripada satu projek hospital baru, satu projek kerja awalan hospital, tujuh projek naik taraf hospital, tiga projek klinik kesihatan, 12 projek kesihatan dengan kuarters, satu projek pembinaan kuarters dan satu projek bina baru pusat hemodialisis giat dijalankan dengan sokongan Kerajaan Negeri Pahang.
Ingin saya berkongsi dengan Sidang Dewan berkaitan dengan situasi terkini COVID-19 Negeri Pahang. Jawatankuasa Kesihatan Negeri mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak khususnya petugas-petugas barisan hadapan dan juga para pentadbir pimpinan jabatan dan sebagainya dalam menjalankan tugas-tugas mengekang COVID-19 ini dengan penuh komited.
Jawatankuasa Kesihatan Negeri telah berusaha memperkasakan komuniti melalui program-program yang melibatkan penguatkuasaan peraturan yang ditetapkan dengan menjadikan mereka sebagai mata dan telinga pihak yang diberi kuasa untuk memastikan pelanggaran SOP dapat ditangani dengan segera. Perintah kawalan pergerakan di Pahang kalau dibanding dengan negeri-negeri lain amat ringan kerana kita adalah melihat secara terperinci pematuhan yang amat baik dan dalam kalangan rakyat ini termasuk jumlah anggota penguatkuasaan yang mencukupi.
Sehingga 28 Mac 2022, jumlah keseluruhan kes yang disahkan positif Negeri Pahang adalah sebanyak 164,277. Walau bagaimanapun, sehingga tarikh tersebut hanya 360 kes positif di Pahang yang memerlukan rawatan atau pada tarikh tersebut hanya 300 kes COVID-19 yang memerlukan rawatan di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan PKRC. Manakala 8,469 kes berada di bawah pengawasan di rumah. Sehingga kini, penduduk Negeri Pahang alhamdulillah yang telah lengkap menerima vaksin melebihi 70%, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Ini membuktikan bahawa usaha kerajaan bagi meningkatkan liputan imunisasi di negeri ini membuahkan hasil dengan melindungi pesakit COVID-19 daripada gejala teruk dan risiko kematian. Bagi melindungi golongan kanak-kanak, kerajaan telah mula memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada golongan tersebut melalui Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak ataupun PICKids.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Dukacita juga dikongsikan kematian akibat COVID Negeri Pahang walaupun kecil amat menyedihkan kita. Sehingga 28 Mac 2022, hanya 0.6% ataupun 1,016 kes daripada jumlah keseluruhan kes di Negeri Pahang telah meninggal dunia. Daerah Kuantan mencatatkan jumlah kematian tertinggi Dato’ Sri Yang di-Pertua, iaitu 321 kematian. Sebanyak 60.3% ataupun 613 kematian daripada kes tadi adalah daripada daripada kalangan warga emas yang usianya melebihi 60 tahun.
Justeru, Kerajaan Negeri Pahang menyeru kepada semua untuk pergi mendapatkan suntikan vaksin dos penggalak terutamanya kepada warga emas. Di samping itu, hospital-hospital dan pusat-pusat kuarantin di negeri ini sentiasa berada dalam
keadaan siap siaga dalam berhadapan dengan kemungkinan varian-varian baharu. Di kesempatan ini juga saya mewakili Jawatankuasa Kesihatan Negeri ingin merakamkan penghargaan sekali lagi kepada semua agensi yang selama ini telah sudi menawarkan fasiliti mereka untuk dijadikan sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID Berisiko Rendah yang kita tahu sebenarnya mereka mengorbankan juga kepentingan jabatan dan institusi masing-masing.
Di samping itu Dato’ Sri Yang di-Pertua, dalam mengukuhkan inisiatif meningkatkan lagi kadar vaksinasi di negeri kita ini, Kerajaan Negeri Pahang sepertimana yang dibentangkan dalam belanjawan tahun lalu telah memperuntukkan lebih RM600,000.00 untuk membantu NGO-NGO di bawah Gerakan Sihat Pahang untuk sama-sama membudayakan dan meningkatkan membudayakan gaya hidup sihat mematuhi SOP dan untuk meningkatkan kesedaran betapa er…pentingnya vaksinasi itu Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Malaysia akan beralih ke fasa peralihan endemik bermula 1 April yang akan datang. Ini merupakan exit strategy dan amat kritikal bagi kita untuk kita ke fasa endemik yang membolehkan kita kembali kepada kehidupan yang hampir normal. Nak menjalani kehidupan seperti sebelum ini memang satu perkara yang pastinya tidak akan berlaku dengan apa er…digital…dengan gaya hidup digital yang kita lalui hari ini tetapi yang penting kita cuba kembali kepada tahap kesihatan yang lalu.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Pengumuman peralihan ini ber…kebetulan di…diumum dan disambut baik oleh rakyat kerana ianya membolehkan rakyat khususnya umat Islam negara kita ini menjalani ibadah Ramadan dengan lebih sempurna dengan solat tarawih, berbuka puasa dapat kita jalani seperti biasa. Aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau boleh dilaksanakan tanpa penjarakan dan had waktu operasi premis juga tidak dihadkan.
Walau bagaimanapun, masih terdapat Prosedur Operasi Standard yang perlu diamalkan seperti pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam, penggunaan MySejahtera, amalan… dan amalan kebersihan diri. Kejayaan peralihan fasa ini bergantung kepada solidariti komuniti dan tanggungjawab individu. Pihak kerajaan tidak dapat memaksa rakyat mengikut peraturan yang dikenakan saman selamanya.
Sebaliknya setiap individu perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan, mendapatkan vaksin dan dos penggalak. Ringkasnya strategi yang dikenalkan oleh Kementerian Kesihatan dinamakan TRIIS iaitu Test, Report, Isolate, Inform dan Seek. Maksudnya uji, lapor, kita buat ujian-ujian, kita laporkan hasil ujian sekiranya positif ya… kita jauhkan diri kita dan kita maklumkan kepada pejabat kesihatan dan dapatkan bantuan. Itulah maksud TRIIS.
Di sini juga Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Selain daripada isu COVID. Satu lagi agenda kesihatan yang turut kita tekankan dalam masa kita berperang dengan COVID ini adalah usaha-usaha untuk membebaskan masyarakat kita daripada asap rokok. Saya ingin mengajak para perokok untuk menjadikan bulan Ramadan yang mulia ini sebagai titik tolak kepada usaha untuk berhenti merokok. Saya maklum yang proses transisi ini sukar namun saya percaya kita semua boleh. Insya-Allah, jika kita benar-benar mahu berubah. Jabatan Kesihatan Negeri Pahang tidak pernah berputus asa dalam menjadikan cita-cita ini satu realiti. Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok ini
sebenarnya ada disediakan di semua fasiliti kesihatan di Negeri Pahang, ini Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Sejajar dengan aspirasi ini juga, Kerajaan Negeri Pahang telah memilih beberapa pusat peranginan di negeri ini untuk diwartakan sebagai Kawasan Bebas Asap Rokok, selepas kita telah mewartakan Cameron Highlands sebelum ini. Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya merokok terutamanya kepada generasi muda.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Daripada perspektif kesihatan tidak boleh saya tinggalkan untuk berkongsi dengan situasi ancaman denggi di negeri ini. Dalam kesibukan mengekang penularan COVID-19, Jabatan Kesihatan juga terus memberi perhatian kepada penyakit-penyakit lain seperti demam denggi. Pada tahun 2022, terdapat pengurangan kes demam denggi sebanyak 43% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021, jadi kita ucapkan tahniah kepada Jabatan Kesihatan dan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan.
Bagi memastikan pengurangan ini berterusan, semua individu disarankan meluangkan masa 10 minit sahaja setiap minggu bagi melaksanakan pemeriksaan dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran kediaman tempat tinggal atau tempat bekerja.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sebenarnya nyamuk ini kita tak payah berlawan beria sangat dengan dia kerana dia tempoh jangka hayatnya sangat singkat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Ya…tak sampai 30 hari ya…daripada telur, menetas dalam tempoh 30 hari dia akan mati sendiri. Jadi kalau kita berjaya memusnahkan pusat-pusat pembiakannya insya-Allah, kita dapat mengurangkan ancaman demam denggi.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kita tahu bahawa infrastruktur memainkan peranan yang sangat penting untuk kita membangunkan ekonomi Negeri Pahang. Ingin saya kongsikan er…pencapaian kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang selama ini khususnya dalam tempoh tahun 2021 bagi projek infrastruktur jalan sebanyak 14 projek infrastruktur…infrastruktur jalan di bawah Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah berjaya disiapkan. Sebanyak 37 projek dalam peringkat pembinaan, 20 lagi dalam proses perancangan dan 7 lagi projek infrastruktur akan siap dalam tahun ini. Dalam Rolling Plan Ke-2 Rancangan Malaysia Ke-12 baru-baru ini, di Pahang telah menerima kelulusan 8 projek infrastruktur jalan di bawah Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan nilai anggaran kos keseluruhan sebanyak RM1.6 billion. Minta maaf Dato’ Sri Yang di-Pertua, 50 muka surat teksnya yang nak disampaikan dalam 20 minit.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Dengan pelaksanaan projek-projek ini. Kita harap ianya dapat er…membantu mempertingkatkan tahap kebolehcapaian rangkaian dan jaringan jalan, dapat meningkatkan pembangunan ekonomi penduduk setempat, meningkatkan pelaburan dan pembangunan ekonomi selaras dengan strategi er…ekonomi kerajaan,
meningkatkan tahap infrastruktur jalan ke kawasan tumpuan pelancangan… kawasan-kawasan pelancongan juga.
Dalam meneruskan agenda pembangunan negara terutamanya infrastruktur jalan raya, sebanyak 137 projek ataupun cadangan projek jalan telah dipohon kepada Kementerian Kerja Raya dalam Rolling Plan Ke-3, Rancangan Malaysia Ke-12. Dan sebanyak 77 cadangan projek jalan telah dipohon kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan dengan jumlah er…apa yang kita pohon ini RM38 billion, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Ini jumlah yang besar kita tak harap dapat semuanya, tapi kalau dapat separuh pun jadilah Dato’ Sri.
Perbelanjaan tahun 2021 hingga tahun 2022 sehingga Mac. Sehingga Disember tahun 2021, sejumlah RM91 juta….RM91 juta telah diterima oleh JKR Negeri Pahang di bawah projek Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan prestasi perbelanjaan bagi tahun yang lalu adalah 99.9%. Bagi tahun ini sehingga 15 Mac sejumlah RM39 juta ataupun RM 39.8 juta telah diterima dan prestasi perbelanjaannya adalah 55.2%.
Bagi penyelenggaraan Jalan Persekutuan sehingga Disember 2021 peruntukan senggara jalan yang diterima oleh JKR Negeri Pahang adalah sebanyak RM233.8 juta dengan prestasi perbelanjaan sebanyak 99.99%. Pada tahun 2022 sehingga Mac yang lalu…15 Mac yang lalu, peruntukan senggaraan Jalan Persekutuan yang telah diterima oleh JKR adalah sebanyak RM145.4 juta dengan prestasi perbelanjaan sehingga 15 Mac 2022 adalah sebanyak 31.13%.
Bagi peruntukan senggaraan cerun kerja-kerja penyelenggaraan pembaikan cerun melalui konsesi Pintas Utama Sdn. Bhd., JKR Negeri Pahang telah menerima peruntukan sebanyak RM59.54 juta bagi tahun 2021, dan sebanyak RM 59.34 juta ataupun 99.7% telah dibelanjakan. Bagi tahun 2022 iaitu se…sehingga 15 Mac, JKR Negeri Pahang menerima peruntukan sebanyak RM28.9 juta bagi kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan cerun. Sebanyak RM6.9 juta telah dibelanjakan ataupun 18.94% telah pun dibelanjakan.
Ada di kalangan Ahli-ahli Dewan er…memberi pandangan mengingatkan tentang cerun-cerun yang berisiko. Sememangnya pihak JKR Negeri Pahang sentiasa mengenal pasti kawasan-kawasan cerun yang kita maksudkan itu dan telah mengenal pasti 743 senarai lokasi cerun yang berisiko di jalan-jalan Persekutuan Dato’ Sri Yang di-Pertua. Daripada jumlah itu, er...350 lokasi cerun berisiko sangat tinggi dan 153 berisiko tinggi. Kedua-duanya tinggi atau pun er… 500 cerun ini berisiko tinggi tapi yang sangat tinggi 350.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya beralih kepada peruntukan penyelenggaraan jalan negeri, jalan kampung dan Jalan MARISS. Sehingga 31 Disember tahun lalu, Kerajaan Negeri Pahang telah menerima peruntukan sebanyak RM254.9 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan negeri, jalan kampung dan Jalan MARISS. Pencapaian perbelanjaan untuk tahun yang lalu adalah sebanyak RM254.6 juta ataupun 99.9%. Bagi tahun ini sehingga bulan Mac Kerajaan Negeri Pahang menerima jumlah RM90 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan negeri, kampung dan Jalan MARISS dan sehingga kini pencapaian pembelanjaannya adalah RM0.93 juta.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Satu perkara yang ingin saya tekankan dalam ucapan saya ini adalah berkaitan dengan pendaftaran Jalan MARISS. Sebenarnya pendaftaran Jalan MARISS ini amat penting bagi merangsang ekonomi Negeri Pahang. Perkara ini sebenarnya mendapat perhatian yang sangat serius oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar apabila saban tahun kita meletakkan sasaran… Yang Amat Berhormat meletakkan sasaran untuk pendaftaran.
Selama ini sebahagian besar daripada penyelengaraan jalan ini kita tidak dapat buat dengan sempurna kerana kekurangan dana penyelenggaraan akibat daripada kegagalan kita mendaftarkan jalan-jalan, khususnya jalan-jalan pertanian di bawah aktiviti perladangan agensi-agensi, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Bagi pendaftaran Jalan MARISS Negeri Pahang sehingga Disember…hujung Disember tahun lalu adalah 37,000 km iaitu pertambahan sebanyak 6,301 km berbanding tahun sebelumnya. Jadi JKR, alhamdulillah satu komited dalam usaha mengesan menambah lagi pendaftaran Jalan-Jalan MARISS di Negeri Pahang.
Untuk rekod tahun 2020 sebanyak 6,000 km tambah Jalan MARISS berjaya didaftarkan dan pencapaian pendaftaran MARISS tahun 2021 ini sebenarnya melebihi sasaran 5,000 yang ditetapkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Pada tahun 2022 sehingga 15 Mac, jumlah pendaftaran jalan adalah sepanjang 37,112 km iaitu pertambahan 90 km sehingga kini dan sasaran tahun ini masih lagi ditetapkan sebanyak 6,000 km.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Bercakap tentang penyelenggaraan jalan sememangnya isu ini sering kali er.. menjadi viral dalam media-media sosial. Jadi ingin saya kongsikan er...sebenarnya Kerajaan Negeri sentiasa menyelaras penyelenggaraan jalan ini er... sama ada Jalan Persekutuan, Jalan Negeri, Bandaran dan jalan-jalan kampung serta ladang. Walau bagaimanapun kita kena er...saya berharap para pengguna er…sekiranya ada sebarang isu-isu berkaitan dengan isu-isu kerosakan jalan untuk penyelenggaraan ini, eloklah dikongsikan dengan secara yang lebih spesifik, bertanggungjawab, dipanjangkan kepada agensi-agensi yang berkaitan.
Jadi kadang-kadang bila diviralkan gambar-gambar yang kita tidak tahu di mana itu susah juga untuk kita membantu untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kita Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Mohon laluan. Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih. Er...rakan daripada Guai berkenaan dengan er...penyelenggaraan jalan dan juga baik pulih jalan, saya nak er... merujuk kepada satu jalan iaitu laluan daripada er...Kuala Tahan ke Hulu Tembeling iaitu er...berlaku keruntuhan selepas daripada selekoh Rusa Kem dan sekarang telah dibaiki, Alhamdulillah.
Cumanya, saya lihat asalnya jalan itu adalah jalan dua hala sekarang ini selepas daripada berlaku keruntuhan dan telah dibaikpulih er... menjadikan laluan tersebut satu hala sahaja dengan… saya tengok dah siap. Gambar yang dia hantar kepada saya dengan pengadang jalan pun dah siap. Adakah peruntukan yang diturunkan dengan design itu sebagai kekal atau sementara waktu. Terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Agak sukar untuk saya menyediakan maklum balas bagi soalan yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Tahan. Sebenarnya er...untuk penyelenggaraan cerun kita ada unit yang khusus menyelenggarakan cerun dan untuk penyelenggaraan secara biasa kita dibuat di Negeri Pahang ini kita laksanakan melalui syarikat-syarikat konsesi.
Bercakap soal jalan dua lorong menjadi satu lorong ini, saya tidak boleh nak buat kelulusan kerana saya tidak ada angkanya tetapi kemungkinan Dato’ Sri Yang di-Pertua er.. apabila berlakunya runtuhan cerun ini perkara pertama yang perlu diambil tindakan adalah untuk memastikan kestabilan dahulu. Kestabilan… untuk memastikan cerun yang runtuh ini tidak akan keruntuhan itu menjadi lebih teruk lagi, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Mungkin saya percaya er… lorong, jalan yang dijadikan satu lorong ini mungkin bersifat sementara. Walau bagaimanapun saya akan jawab secara bertulis er... Yang Berhormat.
Yang Berhormat…minta ringkas yer…
Tuan Yang di-Pertua,
Minta laluan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mengenai pendaftaran jalan saya difahamkan bahawa ada sesetengah kawasan perumahan yang ada sejarah mungkin 40 tahun 50 tahun pada dahulunya mereka dibangunkan atas tanah geran besar. Dan sehingga kini, isu tanah belum diserahkan kepada Kerajaan belum dipecah lot lagi, masih geran besar dan mereka menghadapi masalah bahawa apabila terdapat jalan rosak, lubang jalan…pihak Kerajaan Tempatan tidak dapat memperbaiki atau menurap atas alasan kawasan itu di luar lingkungan Majlis Daerah.
Jadi sementara sebab isu tanah ini sukar dan rumit untuk diselesaikan. Sebelum isu tanah ini diselesaikan adakah Kerajaan boleh terus membantu supaya jalan-jalan di kawasan tertentu terus diselenggara.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya percaya jalan yang dimaksudkan oleh Triang ini di Kampung Kerayong Barat…
Dan juga Taman Sentosa Triang
Dato’ Sri Yang di-Pertua, jalan yang dimaksudkan itu adalah di dalam kawasan perkhidmatan Kerajaan Tempatan. Jadi apa yang berlaku Dato’ Sri Yang di-Pertua kita tahu er…pentadbiran negara kita negeri kita ini bangunkan secara berperingkat dan evolusinya mengambil masa yang panjang.
Jadi er...masa dahulu Yang Berhormat, bila kita mencadangkan projek-projek pembangunan perumahan ini kita tidak begitu rigid. Kita permudahkan, kerana kita nak beri penduduk tempat tinggal. Tapi sebenarnya er...sekarang ini kita telah apa tingkatkan lagi kecekapan prosesan tanah sepatutnya projek-projek seumpama itu dia perlu pecah lot dulu untuk buat projek-projek perumahan.
Zaman dahulu lot itu tidak dipecahkan dan sehubungan dengan itu, status jalan itu tidak dapat dicatatkan secara jelas reserved jalannya dan di situ saya fikir mengganggu urusan apa proses pengeluaran kewangan untuk kita laksanakan kerja-kerja penyelenggaraannya.
Itu andaian awal saya buat masa ini Yang Berhormat, sebab saya tak tengok yang terkininya tetapi perkara begitulah selalunya berlaku. Walau bagaimanapun, saya ambil maklum dan akan er...berikan jawapan bertulis dan juga kita pastikan kita cari jalan bagaimana jalan-jalan itu boleh diselenggarakan segera.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Di bawah Kerja Raya er…elok juga saya berkongsi dengan Ahli-ahli Dewan insya-Allah di mana yang diumumkan sebelum ini kita akan mungkin berpindah ke Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah selewat-lewatnya pertengahan tahun ini ya. Jadi er...insya-Allah kita doakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sedang apa memerhati secara dekat proses menyiapkan fasiliti di sana. Kita harap Sidang yang akan datang kita cuba untuk berada… merasa Dewan baru, Dato’ Yang di-Pertua.
Projek Central Spine Road ringkasnya 16 projek telah diluluskan di negeri Pahang. Lapan telah siap, tujuh dalam pembinaan dan satu dalam peringkat perancangan. Yang dalam perancangan ini Dato’ Sri Yang di-Pertua, adalah fasa terakhir iaitu di Sertik ke LPT Bentong dan satu lagi dalam proses permohonan iaitu daripada Karak ke simpang Pelangai. Untuk pengangkutan ringkasnya projek laluan ECRL Pantai Timur sedang giat rancak dibina dan sehingga kini hampir 35% kerja-kerja telah dilaksanakan di Negeri Pahang.
Bersyukur kita Dato’ Yang di-Pertua, kerana jajaran ECRL yang satu ketika itu dipindahkan ke Selatan Lembah Kelang telah pun dikembalikan ke jajaran asal hasil usaha gigih Yang Amat Berhormat Menteri Besar merundingkan dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor dan juga Kementerian Pengangkutan. Ini penting kerana dengan kembalinya jajaran ni ke Bentong, insya-Allah ECRL dapat bukan saja merangsang ekonomi negeri secara keseluruhan tapi boleh meningkatkan kecekapan pengangkutan awam di negeri Pahang.
Seperkara lagi berkaitan dengan pengangkutan. Majlis Perancangan Fizikal Negara Yang Ke-39 pada dasarnya telah bersejutu dengan cadangan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan dan Bandar Aeroangkasa Angkasa. Projek ini secara ringkasnya akan menjadi pelengkap kepada fungsi Kuantan sebagai Bandar Pembangunan Transit Nasional Bersepadu ataupun Hub Logistic Bersepadu yang di er…yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam erti kata lain di Pantai Timur
ini Kuantan, peranan Kuantan sebagai sebuah bandar menjadi lebih penting kerana ianya dihubungkan dengan Pelabuhan Kuantan, laluan ECRL, Lebuhraya Pantai Timur dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa dan pelaksanaannya akan dibuat secara tiga fasa dalam tempoh 28 tahun.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, itu sahajalah yang ingin saya kongsikan berkaitan dengan portfolio saya sekiranya ada sedikit masa kalau boleh diizinkan saya memberi maklum balas kepada soalan Ahli-ahli Dewan Dato’ Sri Yang di-Pertua…
Segerakan sikit. Cepatkan. Dah lebih setengah jam lebih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kalau saya karang sendiri lain Dato’ Sri Yang di-Pertua, tapi kalau saya buat karangan pula, faktanya mungkin lari kerana saya bukan pentadbir. Jadi saya baca teks apa yang diberikan kepada saya.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya rasa yang pertama sekali, saya ingin respond kepada kesedihan wakil Kuala Semantan kerana Klinik Kesihatan Temerloh yang sentiasa terendam ketika banjir ini belum dapat kita laksanakan. Yang Berhormat, saya percaya mungkin kita boleh usahakan satu taskforce di daerah bagi memastikan usaha untuk mengenalpasti tapak yang bersesuaian itu dapat kita segerakan. Tanah, banyak tanah tapi untuk KK 3 ini Yang Berhormat memerlukan keluasan 5 ekar. Jadi, insya-Allah saya cuba bantu Dato’ Sri, err…Yang Berhormat.
Seterusnya saya ingin respond kepada perkara yang dibangkitkan oleh Tahan. Saya fikir ini apa EXCO Luar Bandar dah respond tadi ya, Jambatan Kampung Sungai Putat, ya, kerja-kerja pembaikan jambatan ini akan dilaksanakan menggunakan peruntukan MARRIS. Status terkini adalah dalam fasa penyediaan rekabentuk dan seterusnya perolehan semula kerja-kerja di tapak akan bermula. Jambatan yang lebih baik untuk menghubungkan Kampung Bantal dan Kampung Gusai. Saya fikir yang ini agaknya tadi yang telah direspond oleh EXCO Luar Bandar.
Seperkara lagi berkaitan dengan jambatan dibangkitkan oleh ADUN Chini. Jambatan Tasik Mentiga cadangan ini akan diangkat permohonannya kepada pihak Pembangunan Luar Bandar dalam masa terdekat. Jambatan Gantung di Kampung Rekoh juga telah diberikan maklumbalas oleh EXCO Luar Bandar. Jambatan Putus di Lentang saya percaya dibangkitkan oleh Ketari cadangan projek bina baru Jambatan Sungai Lampin dan juga Sungai Kuali, Kampung Janda Baik, Bentong telah diangkat permohonannya kepada pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam Rolling Plan Ke-3. Projek ini akan dilaksanakan apabila peruntukan diluluskan.
Seterusnya Peramu Jaya ada membangkitkan soal cadangan kewujudan sistem kawalan berpusat lampu isyarat. Cadangan pelaksanaan sistem lampu isyarat pintar sebenarnya telah dicadangkan di tiga lokasi persimpangan terpilih iaitu persimpangan Jalan Kuantan - Chukai, persimpangan Jalan Kuala Lumpur - Kuantan FG02 dan persimpangan Jalan Kuantan - Pekan FG03. Ianya telah diangkat kepada pihak Kementerian Kerja Raya dan kita akan laksanakan setelah mendapat peruntukan.
Beserah membangkitkan masalah jalan yang dinaiki air apabila musim tengkujuh. Cadangan tiga projek naiktaraf jalan di kawasan ini telah diangkat kepada Kementerian Kerja Raya dalam Rolling Plan Ke-3 Rancangan Malaysia Ke-12 dan kita apabila terima insya-Allah ya kita laksanakan. Maksudnya perkara ini memang dalam perhatian Kementerian er… Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang.
Saya kira Teruntum ada membangkitkan isu u-turn di tengah di Tanah Putih ya. Er… tindakan diambil kita akan baiki sistem lampu jalan di lokasi berkenaan dan kita cuba angkat permohonan untuk pastikan site yang lebih selamat di situ. Walaupun ada kemalangan maut yang saya dimaklumkan tetapi daripada siasatan er… itu belum lagi termasuk dalam kawasan hot sport ya. Jadi walau bagaimanapun… walaupun ada satu, dua kemalangan kita tetap beri perhatian tapi ianya buat masa ini bukanlah satu kawasan hotspot.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya fikir itu sajalah soalan-soalan yang saya sempat berikan respons selebihnya boleh kita jawab secara bertulis dan lebih baik lagi insya-Allah kita sama-sama ke lokasi untuk melihat keadaan sebenar dan apa yang boleh kita usahakan secara segera. Saya ucap terima kasih kepada semua yang memberikan perhatian, saya dengan ini menyokong usul menjunjung kasih yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Minta laluan. Tuan Speaker, kerana ini adalah yang baru saya dapat, kerana pagi ini yang tadi saya bangkitkan di Dewan bahawa jalan lama Raub ke Bentong dan jalan runtuh yang dibaikpulih minggu lepas, pagi ini runtuh lagi. Oleh itu saya harap pihak kerajaan boleh ambil perhatianlah.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Baru ini saya lupa wakil daripada Bilut kot rasanya ataupun yang minta jalan itu di apa jalan runtuhan jalan di Raub itu dibaiki segera ya…seorang cikgu yang berjalan jauh er...yang pusing satu jam setengah kan, sebenarnya saya nak respond hari itu, jadi tak sempat saya respond hari ini.
Soal jalan ini, Dato’ Sri Yang di-Pertua, kalau kita nak bina cepat sangat dia runtuh semula pun cepat juga kerana kajian apa tentang struktur tanah dan sebagainya perlu dibuat secara teliti. Sebelum kita mereka bentuk struktur yang nak dibina jadi kita ambil maklum tentang masalah itu dan insya-Allah kita cari jalan terbaik macam mana untuk pastikan kejadian itu tidak berulang.
Tuan Speaker, yang itu jalan..
Terima kasih Yang Berhormat...
Jalan er…YB Guai yang sebut adalah Jalan Persekutuan tapi yang tadi saya sebut adalah jalan lama Raub ke Bentong itu jalan runtuh sebenarnya dibaik pulih minggu lepas. Tapi hari ini runtuh lagi. Okey.
Kita siasat dan kita ambil tindakan sewajarnya Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang. Silakan.
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum WBT [Bacaan dalam bahasa Arab] Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberi ruang kepada saya dan peluang untuk sama-sama di sesi penggulungan bagi menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan di dalam sidang DUN Ini. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat serta rakan-rakan ADUN sekalian.
Kita merafakkan syukur ke hadrat Ilahi dengan keberangkatan Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah bagi merasmikan Dewan kita pada kali ini. Maka kita nampak dengan jelas di atas titah perasmian Tuanku menunjukkan dan menonjolkan berapa…betapa kepentingannya…betapa pentingnya di dalam memantapkan ilmu pengetahuan di negeri kita Pahang Darul Makmur. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT [bacaan dalam Bahasa Arab] “Allah SWT senantiasa mengangkat kedudukan orang-orang beriman dan orang-orang yang memiliki ilmu pengetahuan dengan kedudukan demi kedudukan di antara satu sama lain”.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Pahang tidak pernah berdiam diri dan sentiasa bertungkus lumus memastikan setiap agensi pendidikan sama ada Yayasan Pahang atau pun pusat-pusat pengajian tinggi dan juga menengah mereka beroperasi dengan sebaik mungkin. Bagi memastikan anak-anak didik kita sentiasa mendapat ilmu pengetahuan yang sesuai dengan peredaran zaman dan masa serta keperluan yang dituntut oleh masyarakat pada masa kini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Dalam waktu yang sama, Kebawah Duli Tuanku sebagai raja yang menaungi hal ehwal agama Islam, maka sudah tentulah menjadi agenda utama kepada Kerajaan Negeri untuk memartabatkan syariat agama kita di bumi Islam yang penuh barakah ini. Allah SWT menyatakan di dalam firmannya [Bacaan dalam Bahasa Arab] “Agama di sisi Allah SWT itu adalah agama Islam”. Maka sesuai dengan itu juga Kerajaan Negeri Pahang melalui agensinya sama ada Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam, Jabatan Pendakwa Syarie, Jabatan Mahkamah Syariah, Jabatan Mufti sentiasa
bersama dalam menggemblengkan tenaganya untuk memastikan agenda agama ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
Kerja-kerja untuk memantapkan apa namanya pengetahuan agama serta dakwah Islamiah, pemeliharaan akidah, hal institusi halal dan haram serta pendidikan sentiasa diberikan perhatian sebaiknya-baiknya dengan bukan sahaja teori-teori dan kata-kata tetapi dengan jumlah-jumlah peruntukan serta pelaksanaan yang telah dibuatkan. Ini sudah tentu kita dapat perhatikan sendiri daripada apa yang telah dinyatakan serta diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Utama Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail di dalam sesi pembentangan bajetnya. Beliau telah memberikan pemerhatian yang khusus kepada institusi keagamaan ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan ADUN di dalam Sidang Dewan ini selama kita bersidang bagi membawa suara orang ramai untuk diberi perhatian dan tindakan kita bersama.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, merujuk kepada persoalan yang dikemukakan oleh ADUN Beserah yang berkaitan untuk meneliti misi dan visi pendidikan di institusi pelajaran di Negeri Pahang ini. Begitu juga dicadangkan supaya Kerajaan Negeri Pahang untuk meneliti pendidikan generasi muda yang berkaitan dengan IR 4.0 seperti kursus drone dan berkaitan dengan internet yang dapat membantu sektor pertanian dan lain-lain.
Dato’ Sri Yang Di-Pertua,
Bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beserah. Visi dan misi institusi pendidikan di Negeri Pahang antaranya seumpamanya UnIPSAS adalah menepati dengan penubuhannya untuk menjadi pusat kecemerlangan ilmu dan melahirkan modal insan yang berketrampilan. Sebab itulah ia ini bermula dengan satu kolej yang kecil tetapi ia mengangjakkan melakukan pelanjakkan menjadi sebuah Kolej Universiti dan terkini dia telah dimasyhurkan sebagai sebuah universiti sepenuhnya.
Tidak dapat untuk kita menerima pengiktirafan daripada pihak berwajib di kementerian sana bahkan daripada pihak antarabangsa melainkan kita telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak-pihak berwajib pada masa terkini. Seumpamanya kita telah berjaya menerima pengiktirafan daripada Universiti al-Azhar bermula semenjak 2015 sehingga kini. Kita mampu untuk menghantar pelajar hanyasanya di negara kita Malaysia Negeri Pahang Darul Makmur berjaya menghantar anak kita di tahun yang ketiga tidak perlu untuk kita masuk tahun pertama dan kedua. Ini bererti, UnIPSAS telah dapat pengiktirafan keilmuannya dan akademiknya,serta penguasaan Bahasa Arabnya daripada universiti yang tertua di dunia iaitu al-Azhar al-Sharif.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Selain daripada UnIPSAS telah berjaya menerima pengiktirafan daripada pihak Kementerian Pendidikan dan pada Universiti Timur Tengah dan sebagainya, kita juga telah menghasilkan air tangan UnIPSAS yang mampu memberikan pulangan kepada Kerajaan Negeri. Kerjaya Alumni UnIPSAS di hakim Mahkamah Syariah, peguam Syarie, Pegawai Sulh, Pegawai SOCSO, Pengarah Amanah Raya (Cawangan), ahli-ahli peniaga, guru-guru, pengarah bank, Kadi-kadi, pengarah-pengarah di syarikat, pegawai polis, pensyarah di IPTA dan IPTS dan pelbagai bidang lagi yang telah diceburi oleh air tangan UnIPSAS itu sendiri. Ini sebagai bukti bahawasanya usaha
Kerajaan Negeri melalui agensi pendidikan UnIPSAS tidak sia-sia bahkan dapat diterima pakai oleh negara kita bahkan di sejagat dunia.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Merujuk kepada UCYP, pusat anak syarikat milik penuh kepada Yayasan Pahang juga telah memainkan peranan yang begitu hebat bagi melahirkan anak-anak didik yang mendapat pengiktirafan bukan saja di peringkat negeri kita bahkan negara kita bahkan di dunia. Ini apabila kita dapat perhatikan di kalangan 12% IPTS yang telah diiktiraf kerajaan China yang membolehkan pelajar China yang belajar di sana bekerja di sektor awam mereka. Manakala 26 program sendiri termasuk satu phd, tiga master, tujuh degree dan 15 diploma.
Memulakan pengambilan pelajar antarabangsa bermula tahun 2019 yang mana sekarang telah mempunyai 70 orang pelajar antarabangsa dari China, India dan Indonesia. 15% pensyarah dari kalangan phd dan 60% pensyarah master. Pensyarah-pensyarah telah membentangkan lebih 17 hasil kajian dalam seminar antarabangsa dari tahun 2021. UCYP telah menerbitkan sejumlah 24 buah buku ilmiah yang ditulis oleh tenaga akademik mereka. Semua ini sebagai bukti bahawasanya Kerajaan Negeri telah menghasilkan pendidikan yang mendapat pengiktirafan dan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di dalam isu pendidikan di peringkat dunia pada masa kini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
UCYP juga dapat pengiktirafan daripada Universiti Yarmouk apabila berlakunya er… pembelajaran secara kerjasama di antara UCYP dan Universiti Yarmouk di dalam bidang perbankan Islam. Beberapa ramai orang pelajar telah berjaya dihantar dan mereka kini balik berkhidmat di negara kita sebagai bukti bahawasanya mereka mampu untuk menjadi anak-anak yang berjasa kepada negeri kita.
Pahang Skills telah menawarkan kursus-kursus program peningkatan kemahiran kepada para graduan, pekerja industri dan juga pekerja di sektor kerajaan yang melibatkan pelbagai agensi bagi program Drone Technology dan Internet of Things (IoT). Antara program drone yang dijayakan adalah Drone Technology untuk lepasan graduan yang memfokuskan kepada kemahiran memasang dan menerbangkan DIY dron itu. Manakala program yang dihadiri oleh belia dan pekerja industri dan agensi kerajaan adalah seperti Drone Technology & Basic UAV Operation, Drone Technology dan Aerial Data Acquisition yang menekankan kepada teori dan amali penerbangan dron itu sendiri. Selain dari itu, program Drone Technology & Aerial Data menumpukan kepada kemahiran pengendalian dron dan teknik pemerolehan data dari udara supaya data yang diperolehi lebih jelas dan tepat.
Manakala program IoT yang ditawarkan adalah program MyReskills IoT di bawah tajaan Malaysian Productivity Corporation yang memfokuskan kepada…yang memfokuskan kepada perkara yang berkaitan IoT kepada pengusaha mikro, kecil dan sederhana. Program ini membantu mereka dalam meningkatkan produktiviti melalui penggunaan IoT. Sebagai contoh, penggunaan sensor dalam mengawal suhu, kelembapan dan cahaya di projek tanaman cendawan dapat membantu meningkatkan kualiti dan bilangan pengeluaran cendawan itu sendiri.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
ADUN Beserah juga ada mempersoalkan tentang bekalan api di masjid-masjid yang semakin er...apa tidak dapat menampung keperluan semasa. Perkara ini telah diambil tindakan segera apabila kita meminta pihak TNB dapat meneliti dan insya-Allah perundingan dan perbincangan akan diadakan bagi mengatasi semua tetapi pihak masjid mestilah juga dapat memenuhi ketetapan-ketetapan yang boleh mengawal isu keselamatan supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
ADUN Beserah juga menyarankan Kerajaan Negeri menyediakan inisiatif bagi menggalakkan institusi pendidikan seperti UNIPSAS, Pahang Skills. Sebenarnya perkara ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang dan juga melalui Majlis Agama Islam Pahang dengan memberi bantuan one-off sebanyak RM500.00 kepada setiap pelajar-pelajar Negeri Pahang yang ingin memasuki ke pusat pengajian berkenaan.
Selain daripada pihak UnIPSAS sendiri er...sendiri telah menawarkan promosi berbentuk rebat yuran iaitu pengurangan yuran bagi komputer riba dan biasiswa kepada anak-anak Negeri Pahang yang layak untuk belajar di UNIPSAS. Ini semua tujuannya untuk menggalakkan serta menawarkan anak-anak kita untuk belajar di tempat pusat pengajian kita sendiri.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
ADUN Damak mempersoalkan tentang solat Jumaat di masjid dan di kawasan-kawasan sekolah di Jerantut diizinkan. Dato’ Sri Yang di-Pertua, solat Jumaat ini adalah satu fardhu yang diperintahkan oleh Allah SWT sebagaimana yang difirmankan [Bacaan dalam Bahasa Arab] “Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru pada kamu untuk menunaikan solat Jumaat maka hendaklah kamu menunaikannya dengan segera. Janganlah kamu er...hendaklah kamu meninggalkan urusan-urusan perniagaan dan dunia kamu”. Menyedari hakikat ini makanya Kerajaan Negeri bukan sahaja membina masjid-masjid dan menguruskan masjid dengan baik serta melantik imam-imam serta khatib-khatib untuk memastikan pengimarahan solat Jumaat dapat dilaksanakan. Namun apakan daya dua tahun yang lepas dunia negara kita, negeri kita, kariah-kariah kita diuji oleh Allah SWT dengan COVID-19, maka berlakulah PKP.
Dengan berlakunya PKP ini bukan sahaja pelajar-pelajar sekolah tidak dapat untuk solat Jumaat, orang-orang kampung pun tak dapat nak solat Jumaat. Orang-orang taman begitu juga, orang-orang bandar, pegawai kerajaan, tok imam, tok lebai, ustaz dan semua orang tak dapat nak solat Jumaat. Saya pada ketika itu Dato’ Sri cukup-cukup tertekan kerana waktu itu diamanahkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan yang mesti mempertahankan SOP yang ditetapkan oleh pihak JKM, MKN. Dalam waktu yang sama, saya juga Pengerusi Jawatankuasa Agama yang memperjuangkan supaya solat itu mesti didirikan. Jadi bayangkan bertempur saya sendiri dengan diri saya sendiri tapi Alhamdulillah berkat kerjasama semua pihak kita beransur sedikit demi sedikit mula daripada tak boleh sembahyang Jumaat langsung kepada boleh sembahyang Jumaat 40 orang.
Kemudian mengikut kapasiti masjid dan yang terbaru hari semalam kita telah mendapat limpah perkenan Kebawah Duli Tuanku untuk merapatkan saf kita mengikut bentangan tikar sembahyang ataupun sejadah yang diaturkan yang dibawa oleh apa ahli-ahli jemaah ke masjid-masjid. Begitu jugalah pelajar-pelajar sekolah ini tidak dibenarkan untuk solat Jumaat bukan kerana tidak benar kerana tidak menjadi kewajipan tetapi kerana ada SOP yang terpaksa kita patuhi dalam apa…ketetapan-ketetapan yang telah dibuatkan oleh pihak berwajib yang dianggotai oleh pihak-pihak
yang benar-benar mengambil kepentingan umum maslahah ‘ammah untuk dijaga dan dipelihara.
Bagi membenarkan anak-anak kita bersembahyang di…di sekolah di surau sekolah ini tergantung kepada fatwa yang berkaitan mukim ataupun mastautin. Mastautin ini orangnya wajib sembahyang dan termasuk jumlah sebagai ahli kariah yang dikira mereka itu berdosa kalau er...seandainya ahli kariah itu tidak cukup apa…tamamnya untuk solat Jumaat. Orang mukim dia wajib sembahyang Jumaat tetapi dia tidak boleh masuk korum ataupun masuk kuota sebagai cukup tamam untuk solat Jumaat. Seandainya mereka ini pergi solat Jumaat mereka tidak dikira sebagai kuota untuk mencukupkan tamam solat Jumaat.
Jadi masjid-masjid yang tidak diiktirafkan lagi tidak dikemukakan oleh Majlis Fatwa sebagai pengiktirafan sebagai sebuah masjid boleh didirikan solat Jumaat, seandainya mereka belum diiktirafkan, maka orang mukim tidak dapat untuk mendirikan solat Jumaat dan mereka itu tidak dianggapkan dapat apa melaksanakan, menggugurkan kewajipan di kariah berkenaan. Sehubungan dengan itu maka, sebab itulah Majlis Fatwa telah mefatwakan tidak dapat untuk memberi kebenaran kepada surau-surau sekolah untuk mengadakan solat er...Jumaat itu tadi.
Namun demikian, bukan erti Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama dan Jabatan Mufti melarang anak-anak kita untuk mendirikan solat Jumaat. Mereka boleh pergi solat Jumaat ke masjid-masjid yang berdekatan dengan sekolah mereka dengan mematuhi syarat-syarat SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib. Saya yakin pihak kementerian mesti mengambil perhatian yang serius dalam soal ini supaya anak-anak didik kita dapat menunaikan solat Jumaat dalam waktu yang sama kita dapat memeliharai [Bacaan dalam Bahasa Arab] memeliharai hukum yang telah ditetapkan, tempat yang tak boleh kita sembahyang kita tak dapat nak benarkan menunaikan sembahyang kerana ini tertakluk kepada fatwa agama itu sendiri.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
ADUN Panching ada membangkitkan tentang soal membina Maahad Tahfiz Hadis. Saya nak betulkan sedikit. Maahad Tahfiz ini akan dinamakan kepada sekolah-sekolah yang mengajar anak-anak kita menghafal Al-Quran itu dinamakan Maahad Tahfiz. Untuk mengajar anak-anak kita ilmu hadis, menghafal hadis, mendidik mengenai ilmu dirayah, ilmu riwayah dan ilmu er...apa sanad ini dipanggil Darul Hadis tapi tak apalah kita tidak bertengkar kepada Al-Isim namun yang kita nak fikirkan Al-Musamma' yang dinamakan ada tak benda itu. Sebenarnya nama tidak menjadi perjuangan yang begitu besar kepada Kerajaan Negeri. Pengisian itu yang menjadi per er...perkara perjuangan yang telah di…apa dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri apabila kita tertubuhnya UnIPSAS kita telah membina satu factority, Akademi Hadis di UnIPSAS itu sendiri. Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri telah meluluskan sejumlah peruntukan hampir RM300,000.00 bagi membantu UnIPSAS melaksanakan Akademi Hadis ini yang ia bertujuan untuk ke arah tertubuhnya Darul Hadis. Akademi Hadis ini mengkaji, mempelajari apa namanya ilmu hadis tetapi Darul Hadis nanti lebih besar.
Dia akan melahirkan tokoh-tokoh yang dikenali sebagai Al-Hadis, Al-Muhadis, Al-Hafiz, Al-Musniq er...apa nama Al-Fakeh banyak lagi gelaran-gelaran yang disandang oleh penghafal-penghafal hadis, penguasa-penguasa ilmu sanad yang sedang dijuruskan oleh UnIPSAS dengan ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah bersetuju melantik Fellow Kanan Hadis daripada Universiti Al-Azhar di bawa ke Pahang iaitu Syeikh Mustafa Al-Nadawi menjadi guru, pendidik kepada apa tokoh-
tokoh er...akademi kita di Negeri Pahang ini kepada kadi-kadi kita dan guru-guru agama kita. Hasil daripada itu, baru-baru ini selama sebulan sahaja Dato’ Sri Yang di-Pertua kita telah berjaya mengkhatamkan sepuluh buah kitab bersama apa namanya… Sheikh Mustafa di UnIPSAS ini dengan Jabatan Agama sebagai apa… didikan awal mukadimah, introduce kepada ilmu hadis itu di Negeri Pahang Darul Makmur.
Setinggi-tinggi penghargaan saya bagi pihak pendidikan Islam di negeri Pahang kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang telah bersetuju meluluskan sejumlah peruntukan ini dan setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Tuanku, Yang di-Pertuan Agong dan kepada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang yang telah berkenan bersetuju untuk institusi ini diadakan dan diwujudkan di Negeri Pahang.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga ingin merujuk kepada persoalan yang dikemukakan oleh rakan daripada Panching berkaitan dengan Sekolah Felda Panching Timur yang tak ada benda yang ada. Satu benda pun tak ada. Jadi ternyata sebenarnya kalau dah satu benda tak ada sekolah tu tak wujudlah. Ini tak ada, bilik itu tak ada, bilik guru tak ada, entah mana guru itu duduk mungkin sekolah pasir berdengung, Dato Sri Yang di-Pertua. Sebenarnya sekolah itu wujud tetapi apa soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Panching ini Sekolah Felda Panching Timur merupakan sekolah gred A satu sesi kategori luar bandar dengan jumlah guru seramai 29 orang yang mempunyai murid seramai 324 orang. Sekolah ini mempunyai 12 bilik darjah semua termasuklah sebuah kelas prasekolah.
Pada tahun 2021, JPN Pahang dan PPD Kuantan telah melaksanakan lima kali lawatan kerja ke sekolah berkenaan di sekitar bulan Jun dan 2022 bagi tujuan penyelenggaraan institusi Pendidikan. Sepanjang lawatan itu, Pihak JPN Pahang telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM187,000.00 bagi kerja-kerja penyelenggaraan bumbung, pintu, tingkap bangunan, garaj basikal, pembasmian anai-anai, kelawar dan lain-lain lagi. Semoga dengan usaha murni ini dapat membantu pelakar-pelajar di Sekolah Kebangsaan Panching ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
ADUN Pulau Manis ada membangkitkan tentang masuknya kita ke kawasan sekolah yang dilarang oleh pihak kementerian. Ini soalan yang luar daripada kuasa dan upaya Kerajaan Negeri kerana sekolah-sekolah ini adalah milik Kementerian Pendidikan. Walaupun tanah itu tanah milik Kerajaan Negeri tetapi tetap juga kita tetakluk kepada apa yang telah dikeluarkan oleh pihak pendidikan diaorang tak bagi masuk, kita buat program walaupun di balai raya buruk, buatlah di balai raya buruk, apa nak buat, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Merujuk kepada ADUN Teruntum yang mempersoalkan tentang peruntukan RM4 juta bantuan awal persekolahan kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Apakah syarat minimum untuk menerima. Sebenarnya soalan ini saya dah jawab er…apa di hari semalam ketika soal jawab. Bagi syarat-syarat ini pemohon itu adalah ibu atau bapa dilahirkan dilahirkan di negeri… pemohon, ibu, bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur. Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Pahang Darul Makmur mesti
mengemukakan surat pengesahan bermastautin yang dikeluarkan sama ada pihak YB, Pegawai Daerah, Penghulu Mukim, Tok Empat pun boleh. Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara adalah tidak layak memohon bantuan berkenaan. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungjawab ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.
Pemohon juga yang terdiri daripada anak yatim atau berasal…sama ada daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin, yang mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat (PPRT) diberi keutamaan. Pemohon yang sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Agama Kebangsaan, Sekolah Menengah Agama, Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur diiktiraf oleh kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur. Pendapatan isi rumah di bawah RM2,500.00, insya-Allah boleh mohon. Itulah syarat-syaratnya.
Soalan daripada ADUN Tahan, memohon…
Minta celah sekejap. Terima kasih jawapan daripada Wakil Kerajaan. Er…untuk pemohon pendapatan RM2,500.00 itu antara ibu bapa ke atau antara satu. Maknanya kalau katakan ayah dia RM2,000.00, mak kerja RM3,000.00 er... RM1,000.00 maknanya campur sekali RM3,000.00 boleh mohon tak?
Mohon boleh, dapat itu kita pertimbangkanlah insya-Allah, kalau anak dia ramai.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
ADUN Tahan memohon kerajaan negeri dapat menaikkan taraf bangunan Madrasah At Taufiqiyah Al Asriah yang telah dibina pada tahun 1970-an. Ini juga satu perkara yang menjadi apa namanya perbahasan bukan sahaja di peringkat er…kampung bahkan di peringkat negeri. Terbinanya secara cendawan tumbuh Sekolah-sekolah Agama Rakyat, Tahfiz-tahfiz yang penyudahannya tidak…jarang sangat khusnul khotimah Dato’ Sri Yang di-Pertua. Maksudnya dia sudahkan maknanya dia orang buat tu berkesudahan, berkesampaian. Dia boleh buat betul-betul. Rupanya dia mulakan dengan bismillah, sadaqallahul ‘azim itu kita kena menyelesaikan. Dosa dia kita yang kena bertaubat. Ha itu satu masalah juga Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Jadi macam ginilah tapi, alhamdulillah Majlis Agama Islam Pahang telah mengambil tanggungjawab apabila bermula tahun 2008 sekolah ini telah diletakkan di bawah pembiayaan Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang merangkumi bayaran elaun guru, geran operasi, bayaran utiliti, bayaran pentadbiran, penyelenggaraan bangunan dan lain-lain lagi. Sekolah tersebut mempunyai 1 blok pentadbiran, 2 blok asrama, 1 blok kelas, 1 bangunan kantin dan kuaters guru. Pada tahun 2021 sahaja, MUIP telah memperuntukan RM700,000.00 bagi kos membina baharu bangunan pentadbiran dan menyelenggara bangunan asrama.
Sekolah ini juga turut mendapat er…bantuan daripada pihak JAKIM bagi bantuan selenggara dan baikpulih saban tahun. Sekolah yang menggunakan…sekolah ini menggunakan kurikulum Buuth Al-Azhari maksudnya kurikulum Buuth ini kurikulum daripada University Al-Azhar, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Sekolah ini dalam
perancangan pembangunan secara berfasa bagi meningkatkan lagi prasarana bangunan dan infrastruktur sekolah bagi keselesaan pelajar, insya-Allah.
Mohon laluan Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya cuma nak mintak pencerahan tadi, disebut sekolah Madrasah At Taufiqiyah ini ada asrama. Saya nak tau betul ke ada asrama ini?
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Inilah yang dimaklumkan kepada kita oleh pihak MUIP, Madrasah At Taufiqiyah Al Asriah yang telah dibina sejak tahun 1970.
Setahu saya Madrasah At Taufiqiyah di Jerantut Feri ini tiada asrama, kerana dia merupakan Sekolah Agama Rakyat style KAFA yang pelajar habis sekolah rendah, akan pergi selepas zohor dan habis waktu asar kemudian balik. Tidak ada asrama.
Saya rasa saya tak ada sebut pasal asrama, saya sebut pasal sekolah YB. Saya sebut pasal sekolah. Bermula 2008 sekolah ini telah diletakkan di bawah pembiayaan Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang MUIP merangkumi bayaran elaun guru, geran operasi, bayaran utiliti, bayaran pentadbiran, penyelenggaraan bangunan dan lain-lain. Sekolah tersebut mempunyai 1 blok pentadbiran, 2 blok asrama, 1 blok kelas, 1 bangunan kantin dan kuaters guru. Ini dia.
Ha…itulah yang saya sebutkan tadi. EXCO sebut asrama dan ada kuarters guru.
Itu asrama dia tak…mungkin tidak beroperasilah.
Tak ada. Sebab ruang yang ada tidak membolehkan dan tidak memungkinkan ada asrama ada…ada….
Terima kasih ADUN Tahan. Walau bagaimanapun kita akan pergi ke sekolah ini untuk pastikan apa yang kita nyatakan ini supaya berlaku ataupun tidak berlaku. Terima kasih.
Terima kasih.
Sama-sama. Soalan yang dibangkitkan oleh ADUN Sabai mengenai Sekolah Tamil Karak yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir yang melanda pada hujung 2021 dan sehingga kini masih belum dibaiki. Mohon bantuan agensi untuk menyelenggarakan pembaikan kerosakan ini. Penduduk mengadu panjanglah long...longkang tersumbat dan sebagainya. Jadi bagi Dato’ Sri Yang di-Pertua, sekolah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Sabai, JPN Pahang mengambil maklum terhadap permohonan penyelenggaraan banjir di Sekolah Jenis Kebangsaan er...Tamil Karak.
Pada ketika ini, JPN Pahang sedang menyusul semula permohonan ini kepada Bahagian Pengurusan Aset, KPM termasuk beberapa lagi senarai...senarai sekolah yang ditimpa bencana banjir yang er...belum menerima sebarang peruntukan atas tujuan tersebut. Bagi isu longkang tersumbat di SMK Karak, JPN Pahang akan meyemak semula perkara ini dengan pihak JPS bagi memastikan bidang kuasa pihak yang berkaitan. JPN Pahang akan berusaha membantu menyelesaikan perkara ini dengan sebaik mungkin. Kerajaan Negeri menyokong penuh dan mengharapkan pihak JPN mengambil tindakan yang segera supaya perkara ini dapat diatasi dengan sebaik-baiknya, insya-Allah.
Dengan sokongan jabatan, sehubungan itu Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukan sebanyak 2...2...20...RM20 juta bagi pembaikpulih bagi 129 projek sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir. Dalam waktu yang sama KPM telah menyediakan sebanyak RM36 juta, peruntukan semasa bagi melaksanakan pembangunan pendidikan dalam Negeri Pahang untuk 2022. Dengan sokongan Jabatan Kerja Raya, masalah banjir yang berlaku di sekolah, telah mendapat santunan Kementerian Pendidikan Malaysia, insya-Allah.
Soalan tambahan daripada ADUN Teruntum, berdasarkan Laporan Audit Yayasan Pahang, mengapa terdapat peningkatan terhadap perbelanjaan cukai tanah dan taksiran serta pengurusan hutan, adakah terdapat pembelian tanah yang besar dari pihak Yayasan Pahang? Apakah yang dimaksudkan dengan perbelanjaan bagi kos operasi lain, dan justifikasi perbelanjaan tersebut. Antara faktor kerugian adalah pelanggaran kontrak, adalah dimohon supaya kerajaan menyenaraikan syarat-syarat terlibat dalam isu pelanggaran kontrak serta membuat analisa sebelum membuat perjanjian kontrak dengan pihak syarikat.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Seterusnya bagi soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Teruntum, laporan kewangan berkaitan yang telahpun diaudit oleh Audit Negara dan dipantau oleh Jawatankuasa Audit dan Risiko YP. Kesemua pelaporan adalah mengikut SOP yang telah diluluskan oleh badan berkuasa berkaitan. Dimohon ADUN Teruntum juga menye...memohon pihak kerajaan dapat mengambil tindakan perhatian berkenaan projek penggantian pembelian Sekolah Kebangsaaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Thomas yang telah diluluskan RMK-11 RP3.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sebenarnya Kerajaan Negeri sangat memberi komitmen yang tinggi dalam pembinaan sekolah ini dan tanah pun telah dipersetujui oleh Kerajaan Negeri, pihak PTG dan PTD saya sendiri telah semak bahawasanya tanah telah disediakan cuma hanya tinggal
lagi kita menunggu pihak Kementerian Pendidikan menyalurkan peruntukan untuk membina sekolah berkenaan.
Soalan tambahan ADUN Jengka, adalah dimohon supaya kerajaan mengambil tindakan....
Minta celah... minta celah...er...yang tadi tentang isu Yayasan Pahang tu, saya tak dapat jawapan lagi.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya kena baca lah sekali lagi ni ya...saya rasa saya dah jawab dah tu...ha...macam mana Teruntum tak ba...saya jawab bertulislah lebih jelas. Saya dah jawab dah tadi kiranya. Tapi YB tak faham...
Mungkin saya tak dengar okey.. tapi saya tak...memang tak dengar. Saya tunggu, saya sedang tunggu.
Saya jawab bertulis lebih baik.
Okey, terima kasih
Sama-sama.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
ADUN Jengka memohon supaya kerajaan mengambil segera bagi isu tangki air, pam di Sekolah Menengah Agama er...Jengka Sultan Haji Ahmad Shah Jengka, sebenarnya perkara ini dalam tindakan Kerajaan Negeri bukan sahaja di Jengka bahkan di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Sekolah Agama Dong, Raub, Sek...Kuliah Sultan Abu Bakar dan termasuk juga lah Maahad Jengka. Kita mempunyai kekangan, Sultan Abu Bakar telah kita selesaikan. Sekolah Menengah Agama Padang Tengku dalam tindakan dan juga, insya-Allah akan menyusul Maahad Jengka dan juga Sekolah Agama Dong.
Soalan tambahan daripada Bukit Ibam, kerajaan perlu mempertimbangkan serta menyalurkan pemberian one off Yayasan Pahang kepada para pelajar-pelajar yang telah mengambil one off ini ketika mereka memasuki Program Matrikulasi namun setelah mereka akan menyambung pengajian mereka ke peringkat er... universiti mereka tidak lagi layak. Insya-Allah perkara ini, mungkin kita boleh cadangkan kepada Yayasan Pahang untuk dibawa kepada Mesyuarat Ahli Jemaah Lembaga, seandainya kita mempunyai keupayaan kewangan yang sebaik, tidak mustahil Yang Amat
Berhormat Menteri Besar Pahang, selaku Pengerusi Ahli Lembaga Yayasan Pahang bersama dengan Ahli-ahli Lembaga mempertimbangkan perkara ini dengan sebaik-baiknya.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
ADUN Chenor, Ada membangkitkan beberapa persoalan mengenai Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri iaitu menaikkan taraf gred-gred guru DG29, DG32 perjawatan tetap, memiliki sijil ikhtisas, Diploma, gred DG 41 serta memberi latihan kepada er...memberi latihan dan laluan khas kepada DG41. Memberi Gred hakiki kepada Kumpulan A guru-guru DG29 dan DG32 yang memegang jawatan utama di Pentadbiran sekolah contohnya GPK HEM, GPK 1, GPK 2, GPK Kokurikulum dan Ikhtisas.
Sebenarnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, perkara ini semuanya kita bersyukur ke hadrat Allah SWT satu demi satu sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri sama ada DG29, DG30 mereka semua ini tidak pernah diabaikan usaha semasa er... dari semasa ke semasa telah dipertingkatkan dan dipergiatkan supaya kebajikan mereka, kedudukan mereka dapat dinaik taraf dengan sebaik-baiknya mengikut keupayaan dan kesesuaian masa untuk kita laksanakan. Kursus demi kursus telah diadakan sama ada di peringkat Jabatan sendiri ataupun di peringkat Persekutuan kita telah mengikuti pelbagai bentuk kursus bagi memperkasakan warga didik kita untuk mereka berkhidmat dan berbakti kepada anak-anak didik kita, Insya-Allah.
Menyentuh soal yang dikemukakan tentang pelantikan guru ini dihantar ke tempat-tempat yang jauh daripada tempat mereka er...duduk, khususnya contohnya baru ini guru ASPA yang telah dilantik di bawah contract of service. Mereka dihantar ke tempat-tempat yang tertentu sedangkan dulunya mereka mengajar di sini. Ini bukan satu perkara yang disengajakan tetapi kita terpaksa mengatur mengikut keperluan setempat, keperluan semasa pada ketika itu seandainya mereka itu mengajar di sekolah-sekolah yang perlu kepada mata pelajaran yang dikuasai oleh guru itu, maka terpaksalah pihak pengurusan menghantar mereka ke sekolah-sekolah berkenaan.
Inilah risikonya apabila kita memohon jawatan-jawatan dan pekerjaan-pekerjaan di... er...dengan pihak berwajib. Maka sudah tentu kita terpaksa akur kepada ketentuan-ketentuan dan apa arahan-arahan semasa untuk kita sama-sama laksanakan tanggungjawab kita kepada negeri kita dan negara kita. Demikianlah rupanya memerlukan kepada pengorbanan dan kesungguhan kita bagi kita berbakti.
Dalam waktu yang sama, tidak bererti Kerajaan Negeri, tidak mengambil berat soal kebajikan dan keperluan mereka, seandainya ada keperluan dan ada kemudahan serta ruang untuk mereka mempertimbangkan, mereka boleh merayu dan memohon untuk mendapat pertimbangan daripada pihak berwajib untuk tukar ke tempat-tempat yang mereka inginkan dan seandainya tempat itu, ada keperluan dan ada kekosongan, sudah tentu pihak pentadbiran tidak akan abaikan apa yang mereka perlukan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Dengan sedikit sebanyak jawapan itu saya harap dapat memenuhi apa yang telah dipersoalkan, yang dikemukakan oleh ADUN. Mungkin ada sedikit sebanyak kekurangan saya memohon maaf dan tidak mustahil saya akan bersedia untuk menjawab secara bertulis kepada rakan-rakan ADUN yang terlepas pandang ataupun terkhilaf pandangan di dalam Sidang DUN yang penuh dengan keberkatan ini.
Saya juga sebagaimana rakan-rakan yang lain ingin menyokong Usul ini yang di bawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang terhadap Titah Kebawah Duli Tuanku di dalam Sidang DUN yang penuh mulia ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon menyokong. Sekian, Wabillahitaufikwalhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Assalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Dipersilakan.
Bismillahhirahmannirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan salamsejahtera.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar Pahang dan Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah keizinanNya maka dapat kita bersama-sama di dalam Dewan Yang Mulia pada hari ini. Ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh portfolio saya, iaitu Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.
Di kesempatan ini juga ingin menyembahkan setinggi-tinggi junjung kasih ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan Titah Diraja yang pada hemat yang komprehensif mencakupi segenap aspek dalam memastikan urus tadbir negeri ini berjalan dengan baik. Menjunjung kasih juga kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah menghargai inisiatif-inisiatif kebajikan yang telah dilaksanakan di bawah jenama Pahang Pride yang membanggakan Negeri Pahang.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Almarhum Tengku Abdul Rahman pernah berkata kita semua adalah rakyat Malaysia dan kemerdekaan ialah yang menyatukan kita. Ingatlah bahawa tolenrasi adalah kekuatan kita sebagai rakyat dan bangsa. Oleh itu Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Negeri Pahang juga terdiri daripada masyarakat majmuk memerlukan integrasi yang kukuh dan perpaduan yang utuh untuk terus membangun menjadi sebuah negeri maju yang unik dan disegani.
Justeru, perpaduan dan integrasi tidak boleh dilupakan bagi menjayakan segala perancangan pembangunan yang telah direncanakan. Untuk itu, beberapa perkara telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negeri Pahang, antaranya ialah kita telah menambah bilangan Kawasan Rukun Tetangga dari 547 KRT pada tahun 2021 kepada 552 KRT setakat 22 Mac 2022. Kita juga…manakala bilangan Skim Rondaan Sukarela SRS adalah sebanyak 469 SRS.
Kita optimis terhadap pertambahan bilangan KRT dan SRS pada tahun 2022 berdasarkan situasi semasa negara memasuki fasa peralihan ke endemik.
Dan bagi memperkasakan Rukun Tetangga, Kerajaan Persekutuan juga dengan kerjasama Kerajaan Negeri telah merangka Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 bagi melaksanakan empat agenda gerak kerja iaitu Gerak Kerja KRT Sejahtera, Gerak Kerja KRT Selamat, Gerak Kerja KRT Bersih dan Indah serta Gerak Kerja KRT Sihat. Bagi merealisasikan inisiatif-inisiatif ini dan sebagai menghargai peranan KRT dalam mendokong agenda perpaduan dan budaya sukarelawan, Kerajaan Persekutan telah memperuntukan geran sejumlah RM6,000.00 kepada setiap KRT yang melibatkan jumlah sebanyak RM3,312,000 bagi keseluruhan 552 KRT di seluruh Negeri Pahang. Penyerahan geran ini telah pun disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada 23 Mac 2022 di Bentong baharu-baharu ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Usaha pengukuhan perpaduan adalah menjadi tugas setiap warga demi memastikan kehidupan yang selesa. Dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar mentadbir Negeri Pahang, diyakini bukan sahaja mampu mengekalkan iklim perpaduan semasa malah menambah baik ke tahap yang jauh lebih baik.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Bagi portfolio Kebajikan pula bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri telah memperuntukan perbelanjaan yang agak besar bagi melaksanakan inisiatif kebajikan bagi rakyat keseluruhan. Kira-kira RM21,815,000 telah diperuntukan untuk dimanfaatkan oleh kesemua kumpulan sasar. Antaranya golongan orang kurang upaya di mana telah diperuntukkan RM745,000.00 kepada 52 Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) bagi meningkatkan potensi pemulihan OKU dan mengelakkan kecacatan menjadi lebih teruk.
Selain daripada sumbangan one-off sebanyak RM250.00 diberikan kepada 300 orang penyelia dan petugas PPDK di seluruh Pahang begitu juga Penubuhan Majlis Penasihat OKU yang telah diluluskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan dilihat menjadi mekanisme penting dalam pelaksanaan pelbagai program dan dasar berkaitan OKU.
Inisiatif yang dirangka khusus bagi warga emas pula kita telah mendengar er… penjelasan baharu-baharu ini daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri berkenaan Pahang Pride Kasih ataupun Kad Kesihatan Warga Emas di mana telah diperuntukan sebanyak RM10 juta dan telah pun dilancarkan pada 18 Januari yang lalu di daerah Rompin.
Agihan untuk Fasa 1 melibatkan 9,009 penerima Bantuan Warga Emas JKM. Manakala Fasa 2 melibatkan 8,991 penerima daripada 42 kawasan Dewan Undangan Negeri yang akan diuruskan oleh wakil-wakil Yang Amat Berhormat Menteri Besar di setiap kawasan di Dewan Undangan Negeri. Dan saya kira er…saya boleh berkongsi berita gembira dengan Ahli Dewan apabila semalam dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah bersetuju untuk kita menambah lagi 4,200 penerima bagi program Fasa 3 Kad Kesihatan Warga Emas ini. [Ahli Dewan menepuk meja] yang akan membabitkan peruntukan sejumlah RM2.1 juta.
Agihan kad Fasa 1 telah pun mula dibuat dan Fasa 2 akan dimulakan insya-Allah pada bulan April hujung bulan April, insya-Allah.
Selain itu, kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM150 ribu kepada Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri bagi pelaksanaan Program Pembangunan Kesejahteraan Warga Emas di setiap daerah.
Kita juga tidak tinggalkan kebajikan kanak-kanak kita melalui Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Pahang Kerajaan Penarafan Bintang TASKA. Peruntukan RM350 ribu tahun ini. Peranti Digital anak-anak penerima bantuan JKM yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan juga kepada penghuni 4 institusi JKM yang mana ianya membabitkan peruntukan RM 2.2 juta iaitu 1,500 peranti digital.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Wanita Malaysia membentuk 48.5% daripada keseluruhan 32.7 juta penduduk rakyat Malaysia. Manakala di Pahang wanita mewakili 47% daripada keseluruhan 1.68 juta penduduk Negeri Pahang. Justeru, tidak dapat dinafikan, sekiranya potensi mereka diupayakan sepenuhnya, wanita boleh menyumbang dan menyertai usaha-usaha pembangunan negara dan negeri dalam aspek ekonomi, politik, budaya dan sosial dengan lebih efektif.
Berdasarkan laporan berkaitan jurang gender dalam dan luar negara banyak lagi yang kita perlu perjuangkan. Menurut World Economic Forum (WEF) 2020, didapati Malaysia berada di tangga ke-104 daripada 153 buah negara dan berada di tangga ke-9 dalam kalangan negara ASEAN. Ini merupakan salah satu indikator untuk kita melihat pencapaian wanita dalam negara.
Manakala di Negeri Pahang, skor Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) 2020 bagi indikator sub-indeks peluang dan penyertaan ekonomi mengikut negeri 2020, Pahang merupakan antara empat negeri tertinggi dengan skor 0.761 yang menunjukkan penyertaan wanita Pahang yang begitu aktif dalam sektor ekonomi. Di Negeri Pahang pelbagai inisiatif telah dirangka bagi memperkasa wanita sebagai nadi yang menjadi penyumbang penting dalam pembangunan negeri.
Untuk ini, Kerajaan Negeri telah merangka pelbagai inisiatif bagi mencapai matlamat ini antaranya, pertama bagi merungkai isu-isu berkaitan wanita termasuk isu diskriminasi gender serta semua aspek pembangunan wanita ianya diperhalusi dalam dasar dan pelan tindakan wanita Pahang secara komprehensif. Di PTWP ketika ini di peringkat editing dengan izin, proof reading dan designing, yang dijangka siap pada Mei 2022 yang mana akan memperincikan pelbagai program bermanfaat kepada wanita dalam semua sektor dan kantegori…dan kategori tanpa mengira bangsa. Bagi tujuan pelaksanaan program-program di bawah di PTWP ini Kerajan Negeri telah memperuntukkan RM1 juta setahun sehingga tahun 2026.
Bagi program Pembangunan Ekonomi Wanita, kita akan memfokuskan kepada usahawan kecil, ibu tunggal melalui program Anggun Niaga. Tawaran untuk permohonan telah dibuka sehingga 28 Februari 2022 yang lepas. Sesi temuduga akan dilaksanakan bagi memilih 280 orang usahawan kecil ibu tunggal yang layak daripada 670 permohonan yang diterima.
Kita juga maklum tentang program yang dikenali sebagai program Cakna Suri iaitu ujian Mamogram secara percuma. Bagi program ini kira-kira 49.7% daripada kuota yang telah diperuntukkan iaitu seramai 2,982 orang wanita dari seluruh Negeri Pahang telah pun men mendapat manfaat daripada inisiatif ini dalam tempoh 6 bulan bermula Oktober 2021 sehingga Mac 2022. Selain itu, saringan awal kanser servik HPV DNA
percuma turut disediakan kepada 2000 orang wanita Negeri Pahang pada tahun ini, yang akan mula dilaksanakan pada bulan April ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
keprihatinan Kerajaan Negeri melalui program anak kebanggaan Pahang walaupun saya telah menjawab soalan wakil daripada Bukit Ibam ingin menambahkan sedikit kerana program ini saya kira merupakan satu program yang er… boleh dikira sebagai program wow factor ye yang diwujudkan khas bagi menghargai anak kelahiran Pahang yang lahir pada tahun ini sepertimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Belanjawan Pahang 2022 pada Disember tahun lepas.
Setakat 29 Mac tahun ini pihak urus setia telah menerima sebayak 3,810 permohonan. Dan saya ingin menyentuh tentang selain daripada menerima barangan ye untuk ibu dan bayi kita ada skim akaun simpanan i-Nuri dengan kerjasama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia dan kita juga bekerjasama dengan pihak Bank Rakyat sepertimana saya telah sebut dan juga Jabatan Perhutanan untuk mewujudkan Program Laman Pahang Pride yang dijangka 25 ribu pohon pokok akan ditanam pada tahun ini, mewakili setiap bayi yang lahirkan dengan kos keseluruhan RM250 ribu.
Bagi program ini, er…kita telah menyediakan lokasi sebelum ini saya tak ada sebut jadi hari ni saya nak sebutkan lokasi-lokasi yang telah pun dikenalpasti di Cameron Highlands, di Sungai Terla dengan keluasan 9.27 hektar, di Lipis di HSK, Sungai Ketil 10 Hektar, di Raub HSK Tersang 4 hektar, Jerantut di HSK Som 1 hektar dan kita kenal pasti tambahan tempat lain.
Di Indera Mahkota di Taman Bandar 14 hektar, di Kuantan di dua lokasi iaitu di HSK Bukit Galing 3 hektar dan Taman Tasik Lestari 4 hektar, di Paya Besar di Pasir Puteri Sungai Lembing 1 hektar, di Pekan di Pantai Tanjung Selangor dan Pantai Serandu 2 hektar, di Maran di HSK Telemong 1.7 hektar, Kuala Krau di Gunung Senyum 3 hektar, Temerloh di HSK Lakom 8 hektar, Bentong di Lentang, Bera di tapak Ramsa 2.9 hektar dan Rompin di HSK Mencali 5 hektar yang menjadikan keseluruhan Laman Pahang Pride ini keseluruhannya berkeluasan 69.47 hektar. Dan saya melihat bahawa program ini telah mendapat liputan yang sangat meluas dan mendapat sambutan yang sangat baik daripada rakyat Negeri Pahang.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Selain itu, Kerajaan Negeri Pahang turut berkolaborasi bersama dengan Pejabat Pembangunan Wanita Negeri bagi melaksanakan beberapa inisiatif baru pada tahun ini termasuklah Penubuhan Sukarelawan Skuad Waja yang mana er…setakat Disember 2021 seramai 9603 orang ahli Skuad Waja telah direkodkan bagi Negeri Pahang. Dan kita juga telah menjayakan Sambutan Hari Wanita 2022 Negeri Pahang pada 08 Mac 2022 secara online dengan mengadakan webinar bertajuk Saksama berjan…bersak…Saksama Bersama Gender E-kualiti Today for A Sustainable Tomorrow yang dihadiri kira-kira 600 wanita Pahang secara atas talian.
Sepanjang Tahun 2021, 17 NGO telah diluluskan di Negeri Pahang sebagai peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan NGO yang melibatkan peruntukan sebanyak RM228,000.00. Mereka diberi peluang untuk melaksanakan program yang diperuntukan tersebut sehingga tahun ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang begitu mengambil berat dan memahani dilema yang ditanggung oleh kaum wanita melalui inisiatif yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Dua perkara yang menarik perhatian saya dan Wanita Pahang adalah pertama, Memperkasa Institusi Hakim di bawah mahkamah syariah bagi mempercepatkan proses penceraian yang panjang yang kadang kala yang boleh memudaratkan pasangan yang ingin bercerai. Dan kedua memperkenalkan Akta Pembiayaan Kewangan yang mana pihak bank boleh membekukan akaun bank suami atas arahan Mahkamah berkaitan nafkah dan lain-lain tuntutan melibatkan kewangan ketika bercerai.
Pihak bank juga dibenarkan membuat bayaran daripada akaun suami yang telah dibekukan tersebut terus kepada isteri. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah Hiwalah. Ianya akan pasti dapat menyelesaikan banyak masalah wanita khususnya wanita yang telah bercerai, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli yang Berhormat, penglibatan serta sumbangan kaum wanita amat diperlukan dalam membantu kerajaan membangunkan negeri. Wanita harus mempunyai rasa tanggungjawab meningkatkan keupayaan dalam memajukan diri dalam apa jua bidang yang diceburi. Bagi menempatkan diri di dalam arus perkembangan semasa, menguasai teknologi adalah satu langkah yang tepat bagi wanita membina kerjaya. Wanita perlu menghadapi perubahan dalam cara bekerja seiring dengan perubahan digital dan ekosistem seterusnya dapat memacu ekonomi keluarga dan negara tanpa mengabaikan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
Oleh kerana peranan dan komitmen wanita sangat tinggi dalam melaksanakan apa jua agenda pembangunan yang diamanah, Kerajaan Negeri melalui pelan Wanita Pahang yang saya sebutkan tadi, memperincikan keperluan wanita dan peluang yang perlu diberikan kepada mereka terutamanya dalam bidang ekonomi dan membuat dasar bagi memastikan mereka kekal relevan terus memberi sumbangan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada semua Ahli Yang Berhormat yang seperti mana yang saya sebutkan tadi banyak menyentuh tentang kebajikan ye khususnya er…dan kita memang fokus kepada kebajikan oleh kerana kita masih lagi dalam pandemik COVID-19 dan saya telah menyebutkan jumlah yang telah kita belanjakan secara keseluruhan untuk bantuan Prihatin Pahang sahaja RM31 juta Dato’ Sri di-Pertua. Jadi sebagai pemimpin dipilih oleh rakyat, setiap dari kita telah melalui dan mengutip pengalaman yang berharga sebagai Yang Berhormat dan sebagai Yang Berhormat kita seharusnya merasa bertuah kerana di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar negeri kita ini kita harus terus menyayangi negeri kita supaya kita terus aman dan makmur.
Saya boleh dikatakan bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar, telah memimpin kita dengan izin Dato’ Sri Yang di-Pertua lead by example. Kepimpinan melalui teladan. [tepuk tangan]. Dan saya juga boleh mengatakan bahawa, beliau sentiasa mengajak kita semua menjadi a rainbow in someone’s cloud. Menjadi pelangi apabila orang lain berada di awam yang mendung. Tu adalah pepatah Bahasa Inggeris Dato’ Sri Yang di-Pertua. Try to be a rainbow someone’s cloud. Saya rasa itulah yang telah
dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan semua kita yang ada di dalam dewan ini.
Dan rasa bangga sebagai rakyat Pahang ini, sewajarnya lah kita terapkan di jiwa dan kita sematkan di hati setiap warga di negeri bertuah ini. Program-program Pahang Pride Kid, Pahang Pride Kasih, Pahang Pride Student dan nanti ada Pahang Pride Teen ya, adalah cetusan ilham Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai manifestasi sebuah Kerajaan Negeri yang sentiasa cakna dan prihatin terhadap semua golongan lapisan masyarakat di Negeri Pahang yang mahukan kita semua berbangga menjadi anak Pahang.
Semua ini hanya akan dapat dilaksanakan dengan political will, kesungguhan melaksanakannya dan kebersamaan pemimpin dan rakyat yang diperolehi dari mandat selepas PRU yang ke-14. Saya yakin dan percaya rakyat negeri ini akan terus memberikan kepercayaan kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk menerajui negeri ini pada PRU yang ke-15. Berdasarkan perkembangan politik negara mutakhir ini, PRU mungkin akan diadakan dalam masa terdekat dan barangkali ini juga adalah Sidang Dewan Negeri Pahang yang terakhir. Segala kemungkinan itu tidak boleh kita tolak.
‘Jika dayung sudah di tangan dan sampan sudah di air, mana mungkin berpatah langkah naik ke daratan’. Rakyat pasti akan memilih yang mana kaca, yang mana intan. 22 bulan adalah pengajaran…22 bulan adalah lipatan sejarah hitam yang takkan hilang dari ingatan dan 22 bulan yang mengajar rakyat erti sebuah kestabilan. Kata pujangga ‘jangan murah di mulut, mahal di timbangan’. Hanya petah menabur janji tetapi tidak dapat dilaksanakan. Sebaliknya trek rekod cemerlang Barisan Nasional Pahang dengan hashtag ‘Tiada Janji, Lihatlah Bukti’ telah berjaya memakmurkan negeri ini. [Ahli Dewan tepuk meja].
Sebelum saya mengundur diri, Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya minta supaya kita semua ingat walaupun Dato’ er…sahabat saya daripada Lanchang melancarkan This Is Pahang Unlimited tapi saya nak menambah juga lah This Is Pahang Always, A Rainbow In Everyone’s Cloud. Saya dengan ini mohon menyokong. Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat, seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang. Silakan.
Assalamulaikum WBT [Ayat al-Quran]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih juga di atas keizinan bagi saya melibatkan diri dalam sesi penggulungan bagi pihak Kerajaan atas Usul Junjung Kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dan disokong oleh sahabat saya ADUN Dong pada 29 Mac yang lalu.
Ucapan junjung kasih juga atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bertitah merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-14 pada 28 Mac 2022 yang lalu. Dirgahayu Tuanku.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia dan negara kita telah mendorong kerajaan menilai semula dasar semasa yang berkaitan termasuk Dasar Agromakanan Negara 2021 - 2030 atau ringkasannya DAN 2.0. Usaha ini bagi menjamin seluruh sekuriti makanan melalui transformasi sistem makanan negara. Keutamaan dasar itu memfokus usaha mempertingkatkan produktiviti dan pendapatan serta kualiti hidup dalam kalangan pengeluar sektor makanan.
Bagi mencapai matlamat DAN 2.0, kaedah pertanian pintar menjadi fokus untuk memodenkan sektor ini. Ia bertujuan meningkatkan produktiviti yang merangkumi semua subsektor agromakanan. Pertanian pintar ini juga adalah antara aktiviti pertumbuhan ekonomi utama yang telah digariskan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Jabatan Pertanian telah mula menerapkan teknologi pertanian pintar ini bermula di projek utama jabatan seperti di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang mana mempunyai pengusaha komersial, muda dan kawasan yang Agropreneur Muda mempunyai liputan internet yang terbaik. Jabatan juga telah menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat swasta yang telah mengamalkan sistem pertanian pintar dalam pengurusan tanaman mereka.
Selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2.0, Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan 2021 - 2025 telah dibangunkan bagi memperkukuhkan sekuriti makanan negara dengan mengambil kira isu dan cabaran di sepanjang rantaian bekalan makanan bermula daripada input pertanian hingga ke sisa makanan. Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara… Pelan Tindakan DSMN 2021 - 2025 ini dijangka akan dapat memmastikan kesinambungan bekalan makanan negara pada setiap masa, khususnya dalam menghadapi situasi di luar jangkaan.
5 strategi utama Pelan Tindakan DSMN ini adalah memperluaskan adaptasi teknologi dalam sistem makanan sebagai langkah pragmatik untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti sistem berteraskan skala ekonomikal dan pertanian mampan.
Yang kedua, memperkasa memperkasakan penyelidikan dan pembangunan berteraskan sekuriti makanan ke arah meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan dan input pertanian seperti makanan ternakan, baka dan benih berkualiti secara domestik. Yang ketiga, memperkasa ketersediaan data sekuriti makanan bagi mengenal pasti dan memantau tahap sekuriti makanan penduduk Malaysia berdasarkan lokaliti.
Yang keempat, Pelan Tindakan DSMN adalah menterjemahkan aspirasi keselamatan makanan sebagai tanggungjawab bersama dengan memfokuskan usaha memperluas kolaborasi strategik berteraskan sekuriti makanan antara kementerian, Kerajaan-kerajaan Negeri dan sektor swasta.
Yang kelimanya, memperkukuh tadbir urus merentas jabatan dan agensi untuk merapatkan jurang dalam sistem makanan bagi meningkatkan kecekapan pemantauan sekuriti makanan negara.
Selari dengan itu, Kerajaan Negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Sekuriti Makanan Peringkat Negeri Pahang yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar selaras dengan penubuhan Jawatankuasa Sekuriti Makanan Peringkat Nasional, yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Penyaluran insentif pengembangan teknologi dalam bentuk benih, bahan input serta kemudahan infrastruktur ladang untuk peningkatan produktiviti tanaman akan diteruskan untuk pengeluaran berskala besar sayur-sayuran, buah-buahan, kelapa, tanaman kontan, herba, rempah ratus serta beberapa komoditi yang mempunyai potensi tinggi. Ini bagi meningkatkan lagi sumbangan kepada KDNK Negeri Pahang kepada pembangunan negara.
Sehingga akhir 2021, sebanyak 670,717 metrik tan hasil dengan nilai RM2.45 bilion buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman kontan, herba dan rempah ratus, kelapa dan tanaman lain dikeluarkan dari Negeri Pahang. Pengeluaran meningkat sebanyak 7.4% berbanding tahun 2020 iaitu sebanyak 624,590 tan metrik yang disumbangkan oleh pengeluaran buah-buahan, sayuran dan tanaman kontan.
Bagi mempertingkatkan lagi sumbangan kepada sekuriti makanan negara, Jabatan Pertanian akan terus meningkatkan pengeluaran bahan makanan yang berkualiti dan selamat untuk dimakan. Keutamaan yang menjadi salah satu petunjuk prestasi utama jabatan adalah membimbing sebanyak mungkin ladang atau kebun yang mempraktikkan amalan pertanian yang baik sehingga memperolehi persijilan myGAP.
Aspek yang diberi penekanan ialah penghasilan makanan yang selamat. Selamat dimakan dan berkualiti di samping pemuliharaan alam sekitar serta menjaga keselamatan dan kebajikan pekerja. Di samping ianya berperanan dalam mengiktiraf ladang, pensijilan myGAP juga memberi manfaat kepada pengguna dengan memberi pilihan dalam memilih produk pertanian yang lebih selamat dimakan.
Bagi subsektor tanaman, pensijilan myGAP sehingga kini terdapat beberapa skop telah diperkenalkan di bawah pensijilan myGAP yang memfokuskan bidang tertentu iaitu myGAP.AM ataupun Tribus Apini dan Tribus Meliponini bagi penternakan lebah madu dan kelulut manakala myGAP.TBM (Tanaman Bukan Makanan) memfokuskan kepada jenis tanaman yang bukan bagi tujuan dimakan seperti pengeluaran tanaman hiasan.
Atas keprihatinan kepada keperluan pengguna dan dorongan untuk memberi pengiktirafan kepada pengeluar pertanian yang sanggup memberikan usaha yang lebih bagi meningkatkan mutu hasil mereka, Jabatan Pertanian akan memperkenalkan satu lagi skop baru iaitu pensijilan myGAP yang dinamakan sebagai myGAP.PF atau Pesticides Free, dengan izin.
Skop Pesticides Free ini ialah memberi pengiktirafan kepada ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik serta tidak mengguna pakai racun perosak sintetik dalam proses pengeluaran mereka. Ekoran daripada pertambahan skop ini, pengguna boleh mendapatkan pilihan yang terbaik bagi bahan makanan mereka.
Skop Pesticides Free ini juga diperkenalkan bagi menghargai usaha pengeluar hasil pertanian yang menitikberatkan soal kualiti dan keselamatan produk mereka. Pengusaha begini sanggup mengeluarkan modal yang lebih bagi menjamin hasil produk mereka berkualiti dan yang paling penting ianya tidak menggunakan racun perosak daripada jenis kimia sintetik seperti kebanyakan racun yang terjual di pasaran sekarang.
Usaha mereka dalam menerapkan kawalan perosak secara bersepadu amat dihargai dan digalakkan. Antara usaha berkenaan adalah membina struktur pelindung ataupun green house, dengan izin bagi menghindari segala jenis perosak mendekati tanaman mereka, menggunakan kaedah yang mesra alam seperti kawalan secara biologi, mengamalkan kawalan secara kultura, seperti mengamalkan kebersihan di ladang bagi memastikan ladang tidak menjadi perumah kepada perosak.
Jabatan Pertanian menyeru kepada pengusaha yang memenuhi kriteria skop baru Pesticides Free ini untuk membuat permohonan bagi mendapatkan pengiktirafan ladang dan seterusnya dapat memberi nilai tambah kepada hasil ladang mereka. Permohonan boleh dibuat melalui semua Jabatan Pertanian di peringkat negeri dan daerah yang berdekatan dengan lokasi ladang bermula 1 Jun 2022.
Pada tahun 2021, sebanyak 259 ladang telah berjaya mendapat persijilan myGAP. Semenjak persijilan ini diperkenalkan, hanya 1,052 ladang/kebun yang memperolehi persijilan berbanding puluhan ribu lokasi pengeluaran di negeri ini. Jabatan Pertanian komited untuk terus menyakinkan para pengeluar khususnya petani kecil mengamalkan amalan pertanian baik dan memperolehi persijilan sebagai nilai tambah kepada produk mereka di samping memberi kebaikan kepada mereka dan para pembeli.
Bagi meningkatkan keupayaan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan, jabatan secara berterusan memberikan perkhidmatan pengembangan dan pembangunan pertanian melalui pemindahan teknologi kepada para petani dan pengusaha yang terlibat dengan bidang tanaman. Bagi tahun 2021, sebanyak 18,508 lawatan teknikal iaitu bersamaan dengan 124.5% daripada sasaran 14,860 lawatan telah dilakukan oleh Pegawai Pertanian dan Penolong Pegawai Pertanian yang merupakan Agen Pengembangan Tanaman (APT) untuk memberi bimbingan dan nasihat pengurusan tanaman dan industri asas tani.
Bagi menambah pengetahuan dan peningkatan kemahiran para petani, sebanyak 468 latihan telah dilaksanakan pada tahun 2021 yang memberi faedah kepada seramai 9,116 orang petani di seluruh Negeri Pahang. Sebanyak 12 latihan telah dijalankan di pusat latihan pertanian yang melibatkan seramai 810 orang peserta manakala sebanyak 456 kursus teknikal dilaksanakan di lapangan yang memberi latihan kepada seramai 8,306 petani.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Mengenai sektor perikanan, bagi sektor perikanan sepertimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Menteri Besar Pahang dalam Ucapan Belanjawan Tahun 2022 pada 6 Disember 2021 yang lalu, setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar yang telah bersetuju untuk memberikan keseluruhan bantuan berjumlah RM880,000.00 yang sangat bermakna kepada penternak dan nelayan darat atau nelayan sungai Negeri Pahang. Ia merupakan bantuan makanan ternakan ikan bernilai kira-kira RM5, 000.00 kepada 100
pengusaha akuakultur khususnya penternak ikan dalam sangkar yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Begitu juga bagi 380 orang nelayan darat atau nelayan sungai sepenuh masa Negeri Pahang yang akan mendapat manfaat setelah diluluskan bantuan in-kind dalam bentuk barangan berupa peralatan seperti jala, jaring dan peralatan keselamatan dengan nilai RM1,000.00 seorang.
Sukacita dimaklumkan dalam Dewan Yang Mulia ini bahawa umumnya projek pembangunan berhubung perikanan sedang giat dilaksanakan termasuklah bantuan kepada golongan sasar iaitu pengusaha, penternak dan nelayan bernilai kira-kira RM4.7 juta pada tahun 2022 ini. Manakala Kerajaan Negeri Pahang pula telah menyediakan sejumlah RM940, 000.00 untuk pembangunan akuakultur, pemuliharaan penyu dan perikanan darat ataupun sungai.
Bagi tahun 2022, kerajaan melalui Jabatan Perikanan akan memberikan penekanan kepada pembangunan kemahiran pengusaha akuakultur untuk membuat dan menghasilkan produk-produk baharu hasil perikanan yang boleh disejuk beku khususnya daripada ikan patin Pahang dengan kerjasama kepakaran inovasi daripada MARDI seperti tauhu ikan, tempura ikan, filet ikan, kebab ikan, sosej ikan, ikan salai, nuget dan burger ikan. Jabatan Perikanan akan terus menghantar pengusaha-pengusaha perikanan Pahang menghadiri kursus kemahiran berkenaan. Insya-Allah pelbagai produk ikan tersebut akan dihasilkan yang boleh disejuk beku untuk disimpan dan dipasarkan termasuklah secara dalam talian online, dengan izin.
Bagi tahun 2022 juga, pengukuhan perundangan berkaitan perikanan akan dilakukan melibatkan dua perundangan baru negeri iaitu berhubung penyu dan akuakultur serta Pindaan Perikanan (Darat) (Sungai). Kesemua kaedah perundangan tersebut bertujuan untuk mengurus, membangun dan memulihara sumber perikanan serta memberi perlindungan kepada spesies terancam khususnya penyu, habitat dan alam sekitarnya. Perundangan baru tersebut juga secara tidak langsung dapat menjana hasil kepada Kerajaan Negeri melalui kutipan bayaran fi pelesenannya.
Bagi meningkatkan pengeluaran akuakultur selaras bagi menjamin bekalan makanan iaitu food security, dengan izin Kerajaan melalui Jabatan Perikanan juga akan menggalakkan penggunaan teknologi baru penternakan dan menyebarluaskannya iaitu penternakan secara super intensif, dengan izin dan biofloc, dengan izin.
Penggunaan teknologi ternakan super intensive dalam sektor akuakultur merupakan satu kaedah yang telah dibangunkan secara meluas di seluruh dunia sejak 10 tahun kebelakangan ini. Negara jiran seperti Vietnam dan Indonesia juga semakin menggalakkan transformasi penternakan ke arah ternakan secara super intensif sebagai salah satu cabang sumber kekayaan baru untuk diperkembangkan di kalangan penternak mereka.
Ternakan akuakultur secara super intensive dibangunkan melalui pelbagai inovasi teknologi IR 4.0 bagi pengoperasian ternakan pada setiap hari. Ia biasanya menggunakan sistem bersepadu aplikasi komputer yang mengawal pelbagai fungsi peralatan dan mesin bagi sistem ternakan tersebut. Ia juga termasuklah penggunaan sistem solar yang dapat menjimatkan tenaga elektrik.
Kadar kemasukan benih (stocking rate) ternakan udang dalam kolam tanah secara super intensif purata benihnya ialah 200 hingga 500 Post-Larvae berbanding sistem ternakan biasa ialah 70 hingga 150 Post-Larvae per meter square, dengan izin.
Manakala bagi sistem ternakan di kolam atau tangki pula merekodkan sehingga 700 Post-Larvae bagi setiap meter persegi seperti mana telah dicatatkan contohnya oleh pengusaha ternakan udang laut Syarikat Serandu Aquaponic System Sdn. Bhd. di Pekan, Pahang.
Potensi pengeluaran bagi sistem ternakan super intensive mampu mencapai sekitar 40-80 metrik tan per hektar bagi setahun ternakan yang boleh memberi hasil bernilai kira-kira RM1 hingga RM2 juta setahun. Kaedah pelaksanaan ini berupaya meningkatkan pengeluaran udang berbanding kaedah biasa iaitu sekitar 4-10 metrik tan per hektar setahun. Kebanyakan penternakan… sistem ternakan super intensive ialah tidak memerlukan kawasan peternakan yang luas sebagaimana sistem ternakan yang biasa. Kolam-kolam super intensive boleh dibangunkan dari saiz 0.05 hektar dan 0.1 hektar bagi setiap unit dengan sistem keluar masuk air dan input lain seperti makanan dan baja dapat dikawal sepenuhnya di sepanjang tempoh ternakan.
Pada ketika ini, spesis ternakan akuakultur yang dikenalpasti amat berjaya bagi ternakan secara super intensive adalah udang laut putih mana bahasa saintifiknya Litopenaeus vannamei Yang di-Pertua whiteleg shrimp, dengan izin. Teknologi biofloc telah dibangunkan dengan memanfaatkan beberapa spesis ‘bakteria baik’ di dalam sistem ternakan ikan dan udang dalam kolam atau tangki yang boleh digunakan untuk ternakan ikan air tawar dan air payau atau air masin.
Penggunaan teknologi biofloc amat berkesan dalam mengurangkan serangan penyakit seperti Early Mortality Syndrome (EMS) yang menyebabkan kematian tinggi kepada anak Udang Putih. Laporan mendapati kadar hidup ternakan survival rate dengan izin bagi udang laut meningkat sehingga 91% bagi peternakan menggunakan teknologi biofloc berbanding 66% bagi kaedah ternak…penternakan yang biasa.
Pembangunan teknologi biofloc juga terbukti berjaya mengawal kualiti air bagi menjamin hasil ternakan akuakultur ini selamat untuk dimakan. Ia menjimatkan penggunaan air sepanjang tempoh ternakan berbanding pengusaha akuakultur yang biasanya terpaksa membuat pertukaran air yang baharu sekurang-kurangnya 20% setiap minggu sepanjang tempoh ternakan.
Melalui kerjasama daripada Malaysia Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd. Bio-Economy, teknologi biofloc yang telah dipelopori penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berjaya dipatenkan pada September 2018. Ia sedia untuk dikembangkan termasuklah kepada pengusaha akuakultur khususnya di Negeri Pahang Darul Makmur. Dengan galakan penggunaan kedua-dua teknologi baharu tersebut Insya-Allah pengeluaran Akuakultur Negeri Pahang akan meningkat selaras dengan Dasar Sekuriti Makanan Negara.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, menyentuh mengenai veterinar ataupun haiwan. Kerajaan Negeri mengambil maklum berkaitan kenaikan harga makanan hasilan ternakan seperti daging ayam, lembu, kerbau dan telur sejak kebelakangan ini susulan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.
Kepentingan jaminan bekalan makanan food security dengan izin dengan harga yang berpatutan sangat penting kepada rakyat Malaysia amnya dan rakyat Negeri Pahang khususnya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat pengeluaran daging lembu dan kerbau Negeri Pahang pada tahun 2021 adalah 9677 metrik tan iaitu bersamaan dengan kadar sara diri negara SSL Self Surficancy Level sebanyak 50%. Susu segar 76 juta liter iaitu melebihi SSL 140%, daging ayam, itik ialah 49.95 juta ekor iaitu bersamaan dengan 88% dan telur 31 juta biji, telur bersamaan hanya dengan 3.5%.
Pihak Kerajaan Negeri mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan peruntukan subsidi pengeluaran ayam dan telur bagi mengurangkan beban kos pengeluaran penternak yang meningkat akibat peningkatan harga bahan mentah. Berkaitan makanan ternakan seperti jagung dan soya. Seramai 183 penternak ayam pedaging dan 8 orang penternak ayam penelur layak menerima subsidi ini pada kadar RM0.60 sen per kilogram bagi ayam pedaging dan RM0.05 biji setiap telur yang dijual dalam tempoh antara 5 Februari 2022 sehingga 5 Jun 2022. Di harap dalam pemberian subsidi ini ia akan akan dapat memberi kebaikan kepada rakyat sebagai pengguna dan penternak. Memulakan hasil ayam dan telur yang merupakan antara makanan utama rakyat.
Selain dari itu, bagi memperkasa sektor penternakan di Negeri Pahang Darul Makmur yang merupakan gedung makanan negara pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan membantu pengusaha dalam penternakan dalam meningkatkan dalam penternakan dalam ladang. Dalam sektor penternakan ladang lembu dalam sektor penternakan lembu tenusu, pengeluaran susu segar dari ladang Syarikat D’Hussain Milk Company Sdn Bhd di Muadzam Shah yang mengeluaran produk berjenama Farm Fresh telah mencapai pengeluaran yang sangat memberangsangkan yang iaitu 6.98 juta liter hingga menjadikan Negeri Pahang pengeluar terbesar susu segar di semenanjung Malaysia. [Ahli Dewan menepuk meja]
Di samping itu juga pihak jabatan juga tidak ketinggalan dalam memantau projek lembu tenusu lain bagi memastikan pengeluaran dari ladang terus meningkat dari masa ke semasa. Antaranya adalah kemasukan induk lembu tenusu baru di ladang Makmur Dairy kepunyaan PKPP sebanyak 70 ekor dan First Dairy Farm 300 ekor. Pengeluaran susu dari ladang-ladang ini akan bermula pada penghujung tahun ini yang dijangka akan melonjakkan pengeluaran susu segar di Negeri Pahang ke tahap yang lebih tinggi.
Bagi meningkatkan pendapatan penternak di sektor pengeluaran daging. Selain program berbentuk insentif pihak jabatan juga menggalakkan penternak lembu pedaging yang sedia ada untuk mengusaha lembu yang bernilai tinggi khususnya bagi kacukan wagyu bagi pengeluaran daging premium.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Dato’ Sri pernah makan daging wagyu ini?
Pernah makan. Daging dia baiklah, lembutlah dari daging biasa.
[Ketawa] Antara ladang yang menternak lembu baka ini di Negeri Pahang adalah syarikat Holstein Milk Company di Muadzam Shah yang mempunyai 22 ekor lembu wagyu. Syarikat MIG Dairy Fresh di Bukit Kajang, Raub yang mempunyai 40 ekor wagyu dan insya-Allah dalam masa terdekat Yang Amat Berhormat Dato’ Sri akan membuat lawatan rasmi dan juga mengumumkan err…tentang projek
Dato’ Sri Yang di-Pertua, mohon laluan dari sahabat saya boleh sekejap. Nak bertanya ini apa di antara saya ini. Induk lembu wagyu ini berapa lebih kurang seekor harga?.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Ini…ini Wakil Tioman ini nak jadi penternak lembu. Insya-Allah dia err…induk ini harga dia hampir mencecah RM20 ribu seekor yang terpaksa diimport daripada negara luar khususnya Australia. Kalau Jepun lagi mahal sebab asalnya daripada Jepun tapi dengan adanya err…wagyu…wagyu yang dilahirkan, dibenarkan di Malaysia ini, kemungkinan ianya dapat dikembangkan dan boleh melibatkan apa ini… penternak-penternak lain yang berminat.
Seperti mana yang saya katakan tadi syarikat Fazwa Farm Product di Kuantan juga memiliki 13 ekor lembu kacukan lembu wagyu dan er...bagi mengurangkan impak wabak pandemik COVID-19 dan menjunjung titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, perancangan bagi meningkatkan pengeluaran makanan hasilan ternakan diteruskan pada tahun 2022.
Boleh mencelah sekejap. Mohon mencelah. Minta mencelah
Dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM2.97 juta.
Terima kasih Wakil Kerajaan tadi cakap tentang susu lembu. Macam mana dengan susu kambing? Antara dua, mana satu… antara yang lebih berkhasiat. Terima kasih.
[Ketawa] Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada ADUN daripada err…Teruntum. Saya dapati ADUN Teruntum ini dia…dia banyak hobi. Maknanya, kesukaan dan juga sentiasa mencari maklumat tentang err…perkara-perkara yang er...dekat dengan ini hati…ini masyarakat.
Jadi iaitu nanti er… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya akan minta ADUN Teruntum untuk minum teh dengan saya. Nanti saya bisik dekat telinga. Which one the better one. Sebab ini melalui pengalaman tidak dapat tahu daripada Yang Berhormat ADUN Tioman, dia minum susu lembu dan minum susu kambing. Dan dia mengatakan dia boleh memberikan ia ini dia punya apa ini err…penilaian.
Saya rasa yang ini kita kongsi bersama insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Mohon laluan. Err…Yang Berhormat saya rasalah, ibu… susu ibu lagi berkhasiat. Terima kasih.
[Ahli Dewan ketawa] Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya nak menjawab jugalah ya, minta maaf ambil sikit time. Er… wakil daripada Bukit Ibam saya dah lupa dah rasa susu ibu macam mana. [Ketawa].
Sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Sri yang ini kata orang putih bidang ini dispute sebab kita berdiri di sini hasil daripada er....maknanya hasil dan juga jasa susu-susu ibu yang sebenarnya di antara yang the top lah ha yang itu tidak dispute. Hanya kita dalam industri tenusu ni ha yang kita rasa susu gantung ini dia tidak termasuk dalam kategori yang saya perjelaskan tapi anyway itu memang without any dispute dengan izin.
Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Kerajaan Negeri dalam tahun ini melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pahang telah memperkenalkan apa yang dipanggil sebagai insentif Skim Makmur Ternak yang menyediakan bantuan dalam bentuk Geran Pemadanan Matching Grant dengan izin bagi perolehan baka dan induk ternakan ruminan serta Geran Penuh bagi bantuan input infrasktur dan peralatan penternakan. Dijangka seramai 70 orang penternak akan menerima manfaat daripada program ini.
Kerajaan Negeri mengambil maklum masalah yang dihadapi penternak sektor ruminan berkaitan kos dedak yang tinggi sehingga mempengaruhi kenaikan harga jualan daging segar tempatan. Di antara kaedah alternatif bagi mengatasi peningkatan harga makanan ternakan berasaskan isirong kelapa sawit khususnya dedak, pihak kerajaan menggalakkan penternak untuk mengusahakan homeplot tanaman rumput. Oleh itu kerajaan negeri akan meneruskan insentif Memperkasa Ekonomi Agropreneur Rizab Ternakan Makanan atau ringkasnya MEKAR bagi membantu penternak membangunkan homeplot tanaman rumput napier bagi mengurangkan kebergantungan kepada dedak komersial.
Di samping itu juga, pihak kerajaan juga akan melihat altenatif makanan ternakan yang lain seperti pemeliharaan black soldier fly larvae dengan izin er…BSFL sebagai sumber protien alternatif iaitu sejenis lalat yang er…mengeluarkan er...anak-anak yang boleh diproses untuk dijadikan sebagai sumber protien bagi er... ruminan.
Untuk tahun 2022, pihak Kerajaan Negeri akan memperkenalkan skim insentif baru iaitu Skim Tingkat Ekonomi dan Produktiviti Industri Asas Ternakan Pahang STEPP bagi menggalakan penternak atau usahawan berskala kecil dan sederhana mengeluarkan produk hiliran yang berkualiti dan selamat untuk dimakan. Bantuan yang akan diberikan adalah dalam bentuk geran pemadanan bagi perolehan peralatan dan bahan infrakstuktur premis bagi menambah baik produktiviti pengeluaran dan keselamatan produk mengikut piawaian makanan yang telahpun ditetapkan.
Di samping itu juga, Program Jaminan Peningkatan Kualiti Produk Berasaskan Ternakan URQAP melalui peruntukan Kerajaan Negeri akan diteruskan pada tahun ini untuk membantu pengusaha loji atau tempat penyembelihan unggas dan ruminan mencapai tahap piawaian pelesenan tempat sembelihan. Untuk memastikan ladang ternakan diurus dengan baik bagi menghasilkan pengeluaran yang optimum, penternak perlu mempunyai ilmu pengetahun yang kukuh berkaitan pengurusan ladang dan ternakan.
Justeru itu, pihak kerajaan akan sentiasa membantu penternak untuk memperolehi maklumat berkaitan teknologi terkini dalam bidang penternakan melalui penganjuran kursus, seminar, bengkel dan sidang penternak oleh tenaga pengajar dalaman mahupun daripada luar. Direkodkan sebanyak 20 pera… kursus teknikal telah dianjurkan oleh pihak Jabatan melibatkan penyertaan seramai 1,050 orang penternak.
Elemen kawalan kesihatan ternakan merupakan salah satu penentu kepada kejayaan industri penternakan di Negeri Pahang. Penyakit Kuku dan Mulut FMD Foot and Mouth Disease, Brusellosis, Tuberkulosis, TB dan Penyakit Kulit Berbintil Lumpy Skin Disease LSD dengan izin pada ternakan ruminan serta penyakit Sampar Ayam Newcastle Disease bagi ternakan unggas telah menyebabkan kerugian kepada aliran kewangan penternak. Oleh itu peruntukan bagi kawalan penyakit ruminan dan unggas di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan diteruskan bagi mengawal penyebaran penyakit ternakan yang boleh menjejaskan pengeluaran ternakan dan pendapatan penternak.
Pada masa yang sama program kawalan penyakit juga dirancang bagi mengawal penyakit berjangkit bawaan haiwan kepada manusia iaitu dipanggil penyakit zoonotik seperti Penyakit Anjing Gila Rabies dan Selsema Burung Avian Influenza. Kawalan penyakit bagi haiwan sukan seperti kuda juga diteruskan pada tahun ini. Pihak kerajaan juga akan melaksanakan peningkatan kemudahan klinik-klinik veterinar daerah bagi menambahbaik perkhidmatan rawatan haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing.
Selain bantuan yang disalurkan melalui peruntukan Kerajaan Negeri, pihak Kerajaan Persekutuan juga turut menyediakan bantuan bagi usahawan ternakan. Antaranya adalah Skim Rezeki Ternak yang mensasarkan kepada penternak berskala kecil dan sederhana yang melibatkan komoditi ruminan dan unggas. Selain itu, Kerajaan Persekutuan turut menyediakan dana di bawah Program Peningkatan Ruminan yang menumpukan kepada penternak atau syarikat yang mengusahakan penternakan lembu secara integrasi di ladang kelapa sawit untuk diberi peranan sebagai syarikat peneraju bagi membantu penternak kecil lain di bawah seliaan mereka. Program ini dijangka menyuntik sektor penternakan lembu pedaging agar terus berkembang bagi memenuhi keperluan daging lembu dalam negara.
Di samping itu juga, Kerajaan Persekutuan turut memberi insentif di bawah Program Pembangunan Industri Tenusu Negara yang mensasarkan kepada penternak lembu tenusu bagi melonjakkan pengeluaran susu segar dalam negara ke arah sara diri, SSL 100% menjelang tahun 2025. Di sebalik kesungguhan dalam membangunkan projek penternakan, penternak atau pengusaha diingatkan agar bertanggungjawab kepada projek yang diusahakan bagi mengelakkan isu sosial kepada masyarakat sekitar seperti kacau ganggu, ternakan berkeliaran, lalat dan pencemaran bau.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya nak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan semua Ahli-ahli Dewan yang telah terlibat dalam perbahasan er...Sidang Dewan kita baru-baru ini samada menyentuh er...secara khusus mengenai er...portfolio saya er...mahupun perkara-perkara yang berbangkit yang turut melibatkan penglibatan saya dalam memberikan penjelasan bagi pihak kerajaan. Jadi dalam konteks yang seumpama ini saya lihat er... pada Dato’ Sri Yang di-Pertua berlaku insiden kekecohan sikit. Semasa er.... ADUN Ketari membahaskan Titah Usul Titah Ucapan Junjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Saya nak memberi penjelasan sikit, bahawasanya dalam perbahasan yang dibangkitkan oleh ADUN Ketari yang menarik perhatian saya untuk mencelah di
situ ialah dua kenyataan ADUN Ketari. Pertama kenyataan apabila dibuat saranan bahawasanya er...ADUN-ADUN Pembangkang dicadangkan untuk duduk sebagai anggota Jawatankuasa Tindakan Daerah. Yang keduanya kenyataan yang mengatakan bahawasanya ADUN-ADUN Pembangkang tidak tahu langsung tidak ada info maklumat er....dan dalam ucapan itu juga ADUN Ketari menyebut bukan tujuan beliau untuk menuduh membuat tuduhan atau menyalahkan mana-mana pihak.
Jadi dalam konteks seumpama ini saya telah mengambil dua aspek. Pertama aspek yang menyatakan tidak tahu langsung, tidak tahu langsung maklumat mengenai perkara-perkara termasuk kejadian banjir dan juga tindakan-tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah ini. Sebab itu saya bangun dan mengatakan kerana saya tahu dan mempunyai bukti bahawasanya ADUN-ADUN bukan sahaja Ketari, tetapi daripada barisan pembangkang ada berurusan dengan agensi-agensi kerajaan. Sama ada di peringkat Pejabat Daerah sama ada di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan sama ada dengan Agensi-agensi tidak kiralah JKR, JPS, Pertanian dan lain-lainnya memang berurusan. Maknanya daripada situ ada ADUN pembangkang mendapat maklumat, mendapat maklumat, itu maksud saya.
Jadi apabila dikatakan tidak langsung, tidak langsung mendapat maklumat yang ini yang sebenarnya saya katakan ini tidak tepat, tidak tepat, malahan sebenarnya er… saya boleh bangkitkan pada hari yang Selasa yang lalu, ADUN Ketari ada menghubungi Yang Dipertua M…Majlis Perbandaran Bentong untuk memaklumkan tentang masalah yang berlaku di Taman Harmoni di Bentong yang melibatkan jalan dan kawasan yang dtenggelami air apabila hujan lebat. Dan pihak Majlis Perbandaran Bentong mengambil tindakan malahan pihak JPS mengambil tindakan yang segera menyiasat dan membuat cadangan-cadangan yang er…bersesuaian.
Dan ada juga misal contohnya Ahli Parlimen Bentong berhubungan…berhubung dengan pihak jabatan termasuk Majlis Perbandaran Bentong, bagaimana untuk memanfaatkan peruntukan yang diterima dan memohon supaya disenaraikan apakah projek-projek yang wajar dilaksanakan. Maka pihak Majlis Perbandaran Bentong telah mencadangkan melalui apa yang dipanggil sebagai Jawatankuasa Aduan di senarai nama tu, dia ada tu, senarai aduan-aduan ni tadi dikemukakan kepada pihak Ahli Parlimen Bentong untuk diteliti dan memilih yang mana satu yang perlu di…diselesaikan.
Malahan ADUN Bilut, malahan ADUN Sabai sentiasa berurusan dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Ini, ni… ni... saya terpaksa sebutkan ni, dan memberikan kerjasama yang cukup baik malahan semua agensi. Apabila saya bertemu dengan agensi-agensi di peringkat er… ni khususnya bagi DN Ketari dan Bilut, saya memaklumkan bahawasanya kita yang utama dan pentingnya adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Tidak kira daripada mana sumber yang dilaporkan, kita perlu mengambil tindakan. Sebab itu dalam konteks seumpama ini ada juga ADUN-ADUN PH…
Mohon mencelah…boleh saya…sikit, Tuan...Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker…
Sila.
Dato’ Yang di-Pertua…
Biar saya buat.. saya pun nak mencelah..nak, nak buat penjelasan jugalah.
Penjelasan sikit.
Okey…
Dato’ Sri Speaker,
Saya rasa Yang Berhormat Benta dia sedikit salah faham juga. Maksud saya bukan kata kita tak pernah, tak dapat maklumat, tak berhubung langsung, maksud saya di sini ialah apabila kita cuba buat perjumpaan dengan yang...Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong sehingga ambil masa setahun lebih untuk kita mendapat jawapan untuk berjumpa, itulah maksud saya. Apabila kita nak buat perjumpaan sedi…sangat payah untuk kita mendapatkan pertemuan, tarikh pertemuan itu mengambil masa yang lama. Kita hantar surat, kita telefon, itu maksud saya.
Kalau dari sudut kita menghubungi dari segi komunikasi, ye, kita ada komunikasi yang baik, ada respons yang baik daripada Pejabat Daerah, daripada jab…pegawai-pegawai yang lain, betul. Cumanya dari segi pertemuan berdepan mata lebih baik kerana seperti kata YB…Yang Berhormat Benta semalam, ada, ada perancangan untuk tebatan banjir dan sebagainya, bagus. Cumanya bila saya tak tahu saya bawalah dalam isu…dalam Dewan ini. Bila kita bawa dalam Dewan ni…sebab ni perkara-perkara keputusan itu tak sampai kepada saya.
Jadi sebab itu kita bawa dalam Dewan dan apabila kita bawa dalam Dewan katanya er…kita tak ambil tahu dan sebagainya sebabnya info tu tak sampai kepada kita. Jadi itulah sebabnya saya katakan kita perlukan pertemuan-pertemuan dengan er… pegawai-pegawai dan sebagainya yang terlibat untuk maklumkan kepada kita apa perancangan dan sebagainya, dan kalau perancangan itu baik kita akan sentiasa menyokong Kerajaan Negeri, tak salah pun. Cumanya info tu tak sampai bila…bila kita tak diberi maklumat.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ada hansard di depan saya ini. Saya nak…saya nak tunjuk. Hansard di depan saya, maknanya dia kata begini, ADUN Ketari menjawabkan “tetapi tidak kami tidak langsung dimaklum apa-apa perkara, tidak ada langsung ada info yang diberikan kepada kami”. Sebab itu saya bangun tu.
Sebab tu saya cakap…Yang Berhormat Benta salah faham. Saya cakap isu lain Yang Berhormat Benta maksudkan isu lain.
Saya tidak menafikan yang bangkitkan di sini, jadi bila bangkit kata saya langsung tak tahu tu…sedangkan kita tahu Wakil-wakil Pembangkang ini tadi maknanya berurusan dengan agensi dan kita tidak halang. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar pun tak halang. Maksud saya begini, info, contoh, mintak Pengerusi, maksud saya begini, dia info ni begini, kalau secara rasmi saya nak maklumkan semasa PH memerintah 22 bulan, Wakil Rakyat daripada BN tidak duduk dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah, bukan malahan bukan itu sahaja.
Saya nak maklumkan Dato’ Sri Yang di-Pertua, bila program-program dilaksanakan, saya ni sebagai Wakil Rakyat, er… mewakil Kerajaan Negeri yang telah dilantik oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar untuk membantu menyelaras bagi kawasan DN Bilut dan Ketari. Saya Ahli Dewan Yang Mulia ini. Tapi cuba bayangkan Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, di kawasan saya apabila PH memerintah, merasmikan PIBG, merasmikan program-program kerajaan, bukan Wakil Rakyat.
Kalau saya faham kalau sekiranya Wakil Rakyat Ketari kalau datang ke Benta, saya ingat saya…saya kompang dia, saya tunggu dia, saya panggil orang ramai. Haa.. ini ADUN Ketari. Saya ingat ramai er...ini pengundi-pengundi saya keluar. Tapi masalahnya yang datang merasmikan, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, ialah calon yang kalah dalam pilihan raya, dia merasmikan. Itu yang saya rasa, saya malas bangkit perkara macam ini tetapi jangan kata kita tak duduk dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah. Dulu pun kita tak duduk. Tapi yang menjadi lebih dukacitanya memanggil wakil-wakil penyelaras yang tidak ada kena mengena langsung untuk merasmikan program-program rasmi kerajaan.
Yang keduanya, Dato’ Sri Yang di-Pertua, Menteri Pertanian, apabila dia mengadakan mesyuarat antara Menteri Pertanian dengan EXCO Kerajaan Negeri. Dalam salutation dia er…EXCO-EXCO Pertanian dan juga EXCO-EXCO pembangkang. Sepatut tak boleh sebut EXCO-EXCO pembangkang, EXCO-EXCO Kerajaan Negeri. Dia tak kiralah kita EXCO Kerajaan Negeri. Tapi dia sebut EXCO pembangkang. Kalau boleh Yang Berhormat Yang di-Pertua, YB Ketari pun sedar dalam satu lawatan ke satu projek benefit yang di… apa nama, yang dipunyai oleh seorang agropreneur muda, nama dia Faiz, EXCO Kerajaan Negeri Pertanian tidak dijemput.
Saya telah pergi atas batang tubuh saya kerana Faiz ini agropreneur muda ini menjemput saya. Saya berasa serba salah. Kalau saya tak pergi, dikatakan saya tidak memberi sokongan kepada agropreneur muda. Saya hadir. Dan dalam majlis yang tersebut yang hadirnya saya lihat YB. Ketari hadir dan dia duduk di sebelah Menteri. Saya sebagai EXCO Kerajaan Negeri duduk di bucu mana tak tahu, saya tengah mencari…
Ini kalau nak cerita, cerita dua tahun lepas, baik cerita 60 tahun dulu yang Kerajaan Barisan Nasional memerintah pun dia tak pernah pun menjemput pembangkang dan sebagainya. Jadi tak payah nak cerita yang belakang-belakang Tok…Yang Berhomat… Kita sekarang ni fokus keadaan sekarang.
Dak…dak…ini…this is… saya nak beritahu….
Jadi Kerajaan Negeri…
Jadi saya nak…
Jadi Kerajaan Negeri ambillah peningkatan dan tak payahlah ikut kerajaan-kerajaan sebelum ni.. Kita guna cara baru… kata politik baru.
Tau..Dato’…dak, saya nak menceritakan layanan yang kami terima. Saya duduk situ..
[Tak jelas]
Kemudian… dak… Maksudnya gini YB... Maksud saya tu masa PH memerintah 22 bulan, kita tidak er… apa nama dijemput duduk dalam Jawatankuasa Tindakan. So sekarang ni kita memerintah, tak dijemput, maknanya fair and square lah.
Kemudian saya sebagai ini wakil Kerajaan Negeri, EXCO Pertanian, Menteri Pertanian turun, dia tak ada jemput. Rombongan itu rasa macam rombongan Menteri rasa, rasa, dia rasa gelisah melihat saya. Sedangkan sepatutnya kita both above politic. Sebab tu yang saya kata, saya tak mahu sentuh pasal itu. Hanya saya bangkitkan saya kata ialah saya tahu ADUN-ADUN pembangkang telah bertemu dengan ketua-ketua jabatan. Yang ni tidak boleh dinafikan.
Malahan misal contohnya apabila kita ada PKP, ADUN Bilut bertanya, apakah ini SOP yang perlu dilaksanakan oleh petani-petani bagi memastikan pemasaran produk-produk mereka dan Pertanian telah menggariskan begini, begini, begini, maknanya constant engagement. Jadi maksud saya di sini apabila ADUN Ketari mengatakan dia tidak tahu langsung, tidak ada info, saya rasa itu mengelirukan. Dia dapat info tetapi mungkin bukan dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah, tetapi melalui agensi-agensi yang berkaitan malahan kenyataan-kenyataan ADUN Ketari yang menyebut, aa… hari hujan turun dua kali ganda tentunya mendapat maklumat daripada sumber-sumber termasuk daripada mungkin JPS. Itu adalah, itu adalah info..
YB. Tras…Bilut...Semambu...Mintak duduk dulu. Duduk dulu.
Jadi maksud saya, itu yang saya bangkitkan. Maksud saya, saya nyatakan saya tidak mengatakan bahawasanya maklumat diperolehi daripada Jawatankuasa Tindakan Daerah, tetapi ada maklumat. Macam kita nak pegi kenduri, kita tak dijemput oleh er… ni…misal contohnya oleh pihak yang berkata tapi kita tahu Tok Empat kata ada kenduri.
Yang Berhormat Speaker,
Perlu ke saya ceritakan sehingga ada pegawai yang takut-takut nak menghubungi kami, nak menyampaikan maklumat kepada kami kerana takut ditegur dan sebagainya. Perlu saya cerita di dalam Dewan Yang Mulia ini ke? Saya ada bukti SMS, WhatsApp dan sebagainya call dan sebagainya.
Yang Hormat Yang di-Pertua…
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Dalam program yang saya laksanakan pertama kalau ADUN Ketari ya ingat balik. Di Mempaga ADUN Ketari hadir dalam program Veterinar yang saya rasmikan, ADUN Ketari ingat lagi? Datang dan saya dalam atur cara tidak ada ucapan sepatutnya oleh ADUN Ketari tetapi saya telah memberi ruang pada ADUN Ketari berucap di Mempaga. ADUN Ketari. Lepas itu, semasa di Benus apabila kita mengadakan Kursus Pertanian di Jabatan Pertanian, ADUN Ketari hadir. Saya telah memberi ruang kepada ADUN Ketari untuk berucap dan juga duduk di hadapan. Dia sebenarnya dalam itu tiada. Sampai ada yang hadirin yang jebik dekat saya. Dia jebik mungkin tidak tahu lah, saya kata jebik dekat saya sebab apa pula. Tapi saya bagi juga penghormatan kepada ADUN Ketari sebagai wakil rakyat tempatan.
Jadi maksud saya di situ, untuk mengatakan bahawasanya untuk mengatakan bahawasanya yang ADUN Pembangkang tidak ada maklumat langsung. Saya bangkitkan bukan masalah saya bangkitkan dalam kenyataan ini, handsard yang mengatakan yang ADUN Pembangkang tidak ada langsung maklumat. Itu saya kata yang ini tidak tepat. Sebab apa ADUN ada bertemu dengan dengan jabatan JPS, dia tahu apa projek yang dia laksanakan di Perting tu kita buat wall, retaining wall daripada apa nama ini…jambatan MTB, Perting 120 meter. Yang itu ADUN tentunya tahu sebab apa JPS dia ada website dia, dia ada facebook, JPS yang ADUN boleh access. Ada website yang Majlis Perbandaran, boleh access, ada website-website yang anu… maknanya kita ada maklumat. Yang Keduanya, apabila ADUN Ketari mengatakan bahawasanya saya datang disini bukan untuk menuduh atau mencari salah tapi saya nak beritahu ya di sini…
Yang di-Pertua, Semambu nak mencelah.
Saya nak beritahu ya, misal contohnya satu kenyataan yang telah dikatakan ini tidak tahulah tulis di sini, saya tidak tahu tulis di sini ADUN Ketari la YB Ketari tetapi di sini tulis “Rara, aku sakit hati tengok kerajaan berhabis-habis duit buat PRN sana sini tapi bila bencana berlaku bukan main slow tindakan diambil minta disegerakan macam-macam buat alasan bagi bajet tak ada lah kita utama yang kritikal lah, masalah yang kritikal kau tak buat”. Ya, contohnya…
Kenapa-kenapa dengan statement saya itu? Kenapa? Tuan Speaker, siren banjir di Kampung Sungai Medang dua kali banjir rosak pun masih belum dibaiki. Itu adalah antara beberapa perkara kita bangkitkan kenapa tindakan yang lambat. Dua kali kampung tenggelam pun masih lagi siren banjir tidak direpair dan sebagainya. Ini masalah yang kita dibangkitkan di mana sumber kewangan tersebut tapi di bazirkan di tempat lain….
Tidak- tidak, saya nak kata ni, kemudian ada ha…dia tulis sini satu lagi…lepas tu dia maklum…saya nak maklumkan ini pada 18 Mac, “ha…sebab tu aku banyak kali cakap dalam Dewan Negeri libatkan ADUN Pembangkang dalam mesyuarat JKTD. Libatkan kami supaya kami tahu apa perancangan dan bantu bersama tapi disebabkan kerajaan BN ini bodoh macam kau lepas tu apa-apa pun kami tidak boleh tahu apa-apa pun tak nampak apa”. Saya nak katakan Dewan Yang Mulia ini..
Tapi dia tak bohong. Tak bohong.
Bukan nak tuduh sesiapa tapi yang ini Kerajaan BN bodoh kalau sebut yang ini lah itu memang saya kata ini bagi saya membohong itu sebabnya saya bangkitkan itu.
Yang di-Pertua,
Minta laluan yang ketiga-tiga ini. Saya dah mendengar lama dah ingat hampir lebih 20 minit ni, kalau Speaker biarkan saya ingat sampai ke malam. Jadi saya ingat kita kena letakkan noktah. Kita minta EXCO Pertanian daripada Benta untuk menggulung lah ya. Jadi kalau tidak tak habis, yang ini kata gini, yang ini kata gini. Jadi padahal benda itu saya ingat tidak lah besar mana sangat Yang Berhormat Yang di-Pertua, dia cuma di bawah Perkara 36(6). Saya pun dah minta pandangan Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri untuk mengkaji dan apa ni mendapat maklumat sebab semalam saya ada satu program lain. Jadi kalau masih tidak puas hati lepas ini Ketari, Bilut, Tras boleh jumpa ADUN Benta. Masa itu kami tak campur tangan. Kalau nk bagi glove pun kami boleh bagi glove. 3 lawan 1.
YB, tapi kontroversi adalah…
Tak apa lah, saya joke ja. Kalau kita nak dapatkan hari ini siapa menang, sana menang, sini menang tak habis ya. Jadi check balik, semak balik, apa ini Ketari boleh tengok balik handsard apa yang dia cakap dan er…wakil kerajaan daripada Benta boleh tengok balik. Saya pun dah meneliti dah tidak lah sebesar mana sangat sebenarnya malahan lebih teruk daripada itu pun ada. Jadi Dato’ Sri Pengerusi er… Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya fikir elok kita minta ADUN Benta menggulung ya.
BY. Benta, saya minta gulung lah YB. Ada masa nak habis.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua…
Dato’ Sri Yang di-Pertua…
Mohon mencelah.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Inilah sebenarnya pemimpin kita yang sentiasa mahu mencari jalan penyelesaian. Saya sebenarnya bangkit ini sebab apa Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Dato’ Sri, sebab saya lihat itu dalam social media pun banyak menguar-uarkan begitu. Jadi kita dalam Dewan Yang Mulia ini…Ini Dewan Yang Mulia, tempat kita bercakap benar, kalau apa-apa yang anu tu maknanya kita pastikan jangan ungkapan itu kita buat. Yang boleh kita mengelirukan Dewan. Sebab itu yang saya maklumkan perkara yang saya bangkit tadi nak perjelaskan, sebab saya mula-mula dengar tengok ada seolah-olah ada tindakan yang dia nak buat saya menunggu juga sekiranya ada.
Jadi saya ingat perkara macam ni er…terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri. Jadi Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya dah saya dah perjelaskan lah perkara ini dan bagi saya usul yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar ini usul-usul yang baik dan disokong oleh ADUN Dong. Jadi saya sekali lagi lah maknanya mohon menyokong usul tersebut dan insya-Allah mudah-mudahan kita akan dapat manfaat daripada apa yang diambil oleh dan saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang semasa merasmikan Persidangan kita. Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum WBT. [Ahli Dewan menepuk meja].
Ekoran daripada Perbahasan ini saya…
Tuan Speaker, nak minta mencelah sekejap…
Saya nak buat ruling sedikit, saya nak buat ruling. Perkara berbangkit oleh Yang Berhormat Tras pada 30 haribulan 3, 2022 berkaitan perkara 36(6), ‘seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa ahli lain yang meminta YB Benta menarik balik dakwaan YB Ketari berbohong ketika berbahas dalam Persidangan Dewan Negeri’. Saya mengambil perhatian serius berkenaan perkara ini dan telah membuat semakan terhadap hansard serta merujuk kepada Penasihat Undang-undang Negeri, saya mendapati memang benar YB. Benta ada melunturkan perkataan bahawa YB. Ketari berbohong. Namun demikian pembacaan lanjut hansard pada muka surat selanjutnya ada menunjukkan bahawa apa yang dimaksudkan oleh YB. Benta itu sebenarnya adalah tidak tepat untuk menyatakan bahawa YB. Ketari tidak mendapat maklumat langsung sedangkan YB. Ketari sentiasa berurusan dengan Pejabat Daerah, dan Majlis Daerah Bentong.
Justeru saya berpendapat, tiada niat langsung untuk YB. Benta mengatakan YB. Ketari berkata tidak benar ataupun berbohong di dalam Dewan seterusnya bersangka jahat terhadap Ahli Dewan yang lain. Oleh itu, saya membuat keputusan bahawa tiada keperluan untuk YB. Benta untuk menarik balik perkataan bohong tersebut dan tidak perlu dibangkitkan lagi.
Tuan Speaker, ini adalah perkataan…
Keputusan adalah muktamad.
Ini adalah perkataan jahat. Tuan YB. Benta boleh guna fakta atau apa perkara yang boleh menentang tapi tak boleh guna perkataan bohong.
Membuat aduan secara bertulis.
Tuan Speaker, ini adalah labelkan YB. Ketari adalah pembohong. Ini adalah salah.
Tak…kita tak…saya…keputusan muktamad. Sekarang saya teruskan persidangan kita kepada, jemput Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Penerangan dan Komuniti Negeri Pahang. Silakan.
Asssalamualaikum WBT, Yang Hormat yang di-Pertua saya pun tak ada mood dah nak bercakap. Dia dah macam antiklimaks. Tetapi walau bagaimanapun sebagai EXCO yang bertanggung jawab pada portfolio dia, saya akan meneruskan…
Tuan Speaker, boleh minta celah sekejap.
Baru mahu start…
Bagi saya mencelah sekejap okey…
Mahu celah apa?
Saya baru mahu…
Bagi saya 2 minit saya habis.
Tak apa – tak apa you cakap.
Okey, Terima kasih. Ini perasaan saya pada penggal yang lepas sama. Semua pegawai tak mahu bekerja sama dengan saya. Kalau ingat ,ada yang kena potong gaji yang dicadangkan oleh saya dan saya tak mahu hinakan sebab pegawai-pegawai yang ada. Kalau ada betul, saya minta Menteri Besar keluar kenyataan kepada semua pegawai, kerjalah dengan ini pembangkang. Kita nak kerja, kita nak selesaikan masalah rakyat. Janganlah tak mahu jumpa kita, ini tak mahu jumpa itu tak mahu jumpa. Biar saya habis, biar saya habis...
Kalau… kalau… kalau semua orang nak bercakap Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya bila nak bercakap? [Ketawa]…..
YB…
Mungkin…mungkin…mungkin wakil kerajaan tak faham perasaan kita. Kita ini nak khidmat kepada rakyat, nak selesaikan masalah rakyat tapi pegawai tak nak jumpa. Apa kita boleh buat. Maklumat semua kita tak dapat, ini cakap dengan ikhlas hati. Dah dua penggal dah, ini kadang-kadang malam-malam mahu menangis tau tak? Kalau kita tak selesaikan masalah rakyat, kita kena marah. Rakyat call kita marah kita, apa kita boleh buat. Minta maaf la ini cakap dengan jujur hati. Okey, terima kasih.
Terima kasih Teruntum.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Minta laluan sedikit Lanchang. Sedikit sahaja saya nak beritahu. Baru-baru ini, tak sampai dua minggu ada YB. Bilut datang berjumpa dengan DO Maran dan memberi kerjasama yang sangat baik. Bilut ke er...saya tak er...Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, tapi daripada pembangkang la. Sama ada Bilut atau er...boleh confirm dengan Pegawai Daerah Maran. Jumpa face to face. Bertanya dan mendapat kerjasama yang baik. Er... jadi saya ingat pada pandangan saya, tak ada isu sangat la kalau kata pegawai kerajaan tidak memberi kerjasama yang baik ya. Nanti la dulu YB…saya cuma nak bagitahu yang sebenar, maknanya dalam masa terdekat ini ada er...Wakil Rakyat daripada pembangkang, daripada PKR dan DAP berjumpa dengan DO Maran untuk bertanyakan sesuatu.
Jadi kata kita tidak er...apa dia? Dan perkara itu pun bukan dalam kawasan beliau pun. Jadi ini jelas menunjukkan bahawasanya tidak ada diskriminasi sangat tapi of course la ada perbezaan antara Wakil Rakyat Kerajaan dengan Wakil Rakyat Pembangkang. Itu kita tidak dapat menafikan tetapi untuk kita tidak membenarkan langsung ataupun penjawat awam tidak berjumpa langsung dengan Wakil Rakyat Pembangkang, takut nak berjumpa dan sebagainya, takut kena tukar dan sebagainya, tidak berlaku di Pahang ini. Insya-Allah, terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Minta celah Menteri Besar. Cakap dengan IKHLAS hati, nak jumpa Menteri Besar senang, lagi senang dari nak berjumpa pegawai banyak susah… [Ahli Dewan ketawa]
Okey la Yang Berhormat…
Ini betul. Kita cakap betul, ikhlas. Saya puji dengan MB yang sekarang memang dia jumpa.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, sepatutnya…
Kita memang nak jumpa, tapi pegawai tak nak jumpa. Terima kasih la. Kerajaan macam ini memang susah la kita nak uruskan. Semua kalau kita nak jumpa Menteri Besar, Menteri Besar banyak tak senang la. Terima kasih.
Teruskanlah Yang Berhormat.
Lepas itu keluar. Haa…itulah style dia [ketawa]. Dah cakap, cakap, cakap, keluar. Haa...ini style pembangkang. Semua pengecut sebenarnya. [Ahli Dewan menepuk meja] Ke saya nak kena ambil tindakan disiplin sebab cakap pengecut [Ahli Dewan ketawa] Kalau dia berani duduk di luar ini kenyataan haa… dan satu lagi very unfair pada dia cakap statement yang macam itu kepada pegawai-pegawai kerajaan. Pegawai-pegawai kerajaan tidak ada er...venue untuk mereka membela diri. Ini satu benda yang tak bagus sebenarnya. Jadi saya ini nak bercakap ke tak bercakap Yang Berhormat? [Ahli Dewan ketawa]
Teruskanlah, terus sahaja.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya juga ingin mengucapkan, mengambil kesempatan untuk merafakkan setinggi-tinggi junjung kasih er...kesyukuran kepada Allah SWT dengan keizinan-Nya er... dapat kita Ahli-ahli Dewan diberikan kekuatan dan kesihatan untuk kita terus apa namanya menyampaikan mandat yang diamanahkan serta dapat berkumpul bersama-sama dalam menyempurnakan persidangan pada kali ini.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua memberikan saya peluang untuk bercakap walaupun dalam keadaan yang terakhir ini tapi better late than never er... dalam penggulungan pada kali ini. Begitu juga kepada rakan-rakan ADUN yang telah mengemukakan soalan semasa soal jawab yang berkenaan berkaitan dengan portfolio saya mahupun ketika perbahasan Usul Ucapan Junjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail pada hari pembukaan Sidang Dewan yang lalu.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini ingin untuk mengucapkan setinggi-tinggi Junjung Kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang atas keprihatinan dan buah fikiran Baginda dalam memartabatkan usaha kerajaan Baginda untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada seluruh rakyat jelata di negeri ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan khususnya menyentuh mengenai portfolio saya.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya ingat eloklah saya, izinkan saya menjawab pertanyaan ya yang disentuh oleh Yang Berhormat ketika perbahasan er...pertamanya, ADUN dari Damak. Tindakan er...soalannya tindakan yang perlu diambil oleh pihak kerajaan bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar di Damak. Pelbagai agensi kerajaan mempunyai bidang kuasa masing-masing di dalam mengatasi masalah pencemaran yang ada. Jabatan Alam Sekitar adalah salah satu daripada agensi yang menguatkuasakan perundangan berkaitan dengan alam sekitar. Namun demikian, terdapat juga akta-akta lain di bawah bidang kuasa agensi-agensi berkenaan yang mempunyai peruntukan berkenaan alam sekitar.
Bagi masalah pencemaran di kawasan Damak, antara aduan yang paling banyak diterima oleh Jabatan Alam Sekitar ialah berkaitan dengan isu perlombongan er... semakan jabatan dapati lombong-lombong yang dinyatakan tidak tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 serta peruntukan-peruntukan di bawahnya. Bagi maksud ini agensi-agensi lain memainkan peranan penting adalah Jabatan Mineral er... dan Geosains JMG… JMG dan bertindak sebagai pengeluar lesen sekaligus boleh membantu di dalam mengatasi masalah pencemaran bagi isu perlombongan itu.
ADUN dari Tanah Rata isu pupusan harimau dan habitat harimau mohon penjelasan berkaitan dengan isu ini. Adakah Kerajaan Negeri lebih mementingkan nilai komersial berbanding alam sekitar. Adakah Kerajaan Negeri memberi sumber kewangan yang cukup untuk memelihara dan memulihara alam sekitar dan juga melindungi biodiversiti.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri memandang serius isu pemuliharaan alam sekitar dan juga diversiti er...biodiversiti Negeri Pahang. Untuk makluman, Pusat Konservasi Harimau Kerajaan er...Kebangsaan, National Tiger Conservation Centre dengan keluasan 80.9 hektar telah ditubuhkan di Lanchang dan mula beroperasi pada Februari 2022. Bagi pembangunan pusat itu…nilai pembangunan pusat itu ialah RM 42,250,978.00 juta. Selain daripada itu, jawatankuasa teknikal bagi Konservasi Harimau National Tiger Conservation Task Force (MyTTF) telah ditubuhkan di Negeri Pahang selaras dengan Mesyuarat Pertama Pasukan Petugas Kebangsaan Bagi Konservasi Harimau Malaya yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 Januari 2022.
ADUN dari Cheka memohon pencerahan berkenaan dengan dakwaan bahawa industri pelancongan di negeri ini lebih tertumpu kepada Cameron er...kepada Genting Highlands. Kerajaan sememangnya tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa er... industri pelancongan di Negeri Pahang hanya tertumpu kepada Negeri Pahang. Negeri Pahang merupakan sebuah negeri yang kaya dengan berbagai produk pelancongan dan setiap daerah mempunyai produk niche er...pelancongan masing-masing. Sebagai contoh, Negeri Pahang sinonim dengan eco-tourism yang bemaksud pelancongan berasaskan semula jadi seperti Pulau Tioman er...Taman Negara, Cameron Highlands, Gua Merapoh, Tasik Bera dan banyak lagi.
Industri pelancongan di negeri ini telah menjana pendapatan hasil daripada perbelanjaan pelancong sebanyak RM12 billion hingga RM15 billion setahun. Sejumlah 38,000 bilik hotel ditawarkan kepada pelancong dan pelawat. Dari jumlah tersebut, hanya 12,000 bilik sahaja yang terdapat di Genting Highlands dan er... dan
selebihnya sebanyak 26,000 bilik hotel lagi di kawasan dan tak er... dan tarikan pelancong lain seperti Cameron Highlands, Taman Negara er... Pulau Tioman er... Kuantan, Cherating dan Fraser Hills, Rompin, Bukit Tinggi, Janda Baik dan lain-lain lagi.
Melalui angka yang dinyatakan, tanggapan bahawa Genting Highlands adalah satu-satunya destinasi pelancongan yang diberikan tumpuan adalah tidak betul dan mengelirukan. Untuk makluman…untuk makluman juga di Negeri Pahang kita mempunyai lebih 700 orang pemandu bot dan pemandu pelancong. Rekod juga menunjukkan bahawa Taman Negara dan Pulau Tioman selain daripada Cameron Highlands antara destinasi popular dan cukup dikenali di persada antarabangsa.
ADUN dari Beserah mencadangkan pihak berkuasa menggunakan slogan promosi pelancongan di Negeri Pahang dengan Bahasa Melayu dan diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris bagi merakyatkan Industri pelancongan. Bagi menggalakkan dan merancakkan industri pelancongan kerajaan negeri melalui Tourism Pahang sentiasa mencari kaedah pemasaran yang terbaik. Penggunaan terma-terma yang tertentu bagi menggambarkan keunikan dan kekuatan produk dan destinasi boleh ditawarkan kepada pelancong. Antara terma pelancongan yang telah dilancarkan sebelum ini daripada tahun 1990 ya… A Complete Tropical Exprience, 1994 Come To Nature, 19… 2008 Pahang Adventure Holidays And Nature Getaway.
Tahun 2015 Panaromik Pahang, 2017 Hogoh Pahang, 2019 dan 20 Pahang Simply Awesome, 2021 This Is Pahang, 2022 yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, This Is Pahang 2022 Unlimited. Insya-Allah idea dan pandangan Yang Berhormat Berserah akan dipertimbangkan bagi terma-terma yang akan datang.
Mohon mencelah boleh, sekejap bagi semangat sikit pada wakil kerajaan [Ahli Dewan ketawa], saya merujuk kepada statistik yang dikeluarkan Jabatan Statistik Pelancongan. Tahun 2019, bilangan pelawat domestik adalah 18,498 orang. Perjalanan pelancongan domestik adalah sebanyak 22,745 orang. Manakala perjalanan antarabangsa hanya 2,754. Ini menunjukkan bahawa kepentingan untuk kita merakyatkan terma-terma ini dalam bahasa yang mudah diterima dan menusuk dalam hati mereka lebih boleh diberikan perhatian. Bukan tak boleh guna, bagi saya bukan tak boleh kita ambil apa tu terma-terma tagline antarabangsa ya, tapi dia tidak cukup masuk kepada hati penduduk setempat. Orang kampung saya orang ke laut, di Beserah tu sebut This Is Pahang pun tu dia tak faham. Terima kasih.
Yang Berhormat kena bagi la dia faham. Tak apa, insya-Allah kita akan ambil kira. Seperti yang saya nyatakan semalam bahawa mungkin kira akan selain bahasa kebangsaan, kita juga mungkin juga akan berikan… kerana Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya nak bagi tahu kalau kita ke China, kita akan translate broser kita dalam Bahasa Mandarin, kalau kita ke India kita akan translate bahasa kita dalam err... apa namanya err... Bahasa ini Hindi, Tamil atau Hindi. Jadi This Is Pahang ni tak apa, insya-Allah kita akan mengambil kiralah pandangan Yang Berhormat daripada er... Berserah.
ADUN daripada Triang, Bukit Senorang di daerah Bera merupakan salah satu tarikan dan daerah ini. Tasik Bera saya ambil ini apa Dato PTG, Bera, Bera sebab tu Yang Berhormat Yang di-Pertua, kalau main golf dia… apa namanya piala macam open,
open golf ini tak boleh buat di Bera ni, pasal nanti dia akan jadi bra open [Ahli Dewan ketawa], tak boleh, ingat itu. Bera juga salah satu salah satu tarikan di daerah Bera. Tasik Bera apakah situasi kini, terkini berkenaan dengan pemulihan tasik resort, tasik Bera bagi menarik lebih ramai pelancong ke daerah Bera. Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri telah bersetuju menyerahkan pengurusan bangunan kompleks pelancongan Tasik Bera kepada Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser atau PKBF atau Tourism Pahang.
Dengan mengguna pakai pelaksanaan pengurusan rumah-rumah rehat di Negeri Pahang. Bagi memantapkan urusan pengoperasian tasik tersebut PSK akan memajak bangunan berkenaan kepada PKBF secara nominal dan PKBF seterusnya akan menyewa kepada operator yang berkelayakkan. Pihak PKBF kini dalam tindakan mengenal pasti beberapa operator berpontensi yang mana mampu menjana ekonomi masyarakat setempat serta memberikan hasil pendapatan kepada pihak berkuasa tempatan khasnya.
ADUN daripada Tahan, memohon kerajaan negeri mewartakan kawasan lembah Enggang Tembeling sebagai kawasan pemeliharaan spesis enggang yang telah dijadikan produk pelancongan oleh Tourism Pahang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kawasan yang dimaksudkan merupakan jajaran hutan sepanjang 30 kilometer yang terletak di Kuala Tembeling Jerantut. Kawasan ini adalah kawasan jabatan Perhutanan Negeri Pahang melalui Perbadanan Taman Negara akan mengkaji bersama dengan Jabatan Perhutanan Negeri dan Jabatan Perhilitan. Kesesuaian kawasan ini untuk diwartakan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri 2022. Ini satu cadangan yang baik untuk kita ada produk kita iaitu hornbill ataupun burung enggang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
ADUN daripada Bukit Ibam menyatakan bahawa bertanya khazanah alam sekitar adalah untuk diwarisi, mohon kerjasama, mohon kerjasama kerajaan mengekalkan hutan simpan dan hutan guna hasil, hasil hendaklah disegerakan pemulihan supaya tiada pencerobohan diambil bagi kepentingan sendiri. Insya-Allah Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita akan ambil apa namanya kira, apa yang dinyatakan oleh wakil daripada Bukit Ibam.
Wakil daripada Jengka ada menyatakan adalah tak ada ya dia, dia gi mana dia keluar sekali dengan DAP [Ahli Dewan ketawa], jangan diikut DAP tu dengan PKR tu. Adalah dimohon supaya pihak kerajaan mengambil langkah proaktif dalam mencari penyelesaian bagi isu kekurangan tenaga buruh terutama di FELDA-FELDA, ini perladangan. Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan kerjasama dengan kerajaan Indonesia bagi mendapatkan tenaga buruh dari Indonesia bagi untuk bekerja dalam pelbagai sektor termasuk perladangan. Masalah kekurangan tenaga buruh dijangka akan selesai tidak lama lagi.
Selain daripada itu kerajaan negeri melalui Kolej Yayasan Pahang turut mengadakan kursus latihan profesional perladangan. Maksudnya kita menjadi pekerja ladang pun dia ada career dia. Dia satu sistem yang sangat baik kita ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai Pengerusi Yayasan Pahang. Ini satu inisiatif yang baik sebenarnya.[Ahli Dewan menepuk meja], kepada sumber tenaga dalam kalangan anak tempatan selama 3 bulan kursus ini dan selain latihan tersebut
peserta diberikan elaun wang saku, [Ahli Dewan ketawa], mintak maaf Yang Berhormat Yang di-Pertua, makan minum dan penempatan. Ladang YPPH Gambang dijadikan sebagai pusat latihan kursus tersebut. Saya bercadang sapa yang ada ladang dan sebagainya kita tengok kursus yang diberikan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sikit je Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya nak sebut dalam 25 muka surat je. Bagi memperkasakan industri pelancongan pada tahun 2022 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk menaiktaraf dan memulihkan infrastruktur dan kemudahan pelancongan di Negeri Pahang. Ini semua daerah saya sebut daerah-daerah yang kita bagi peruntukan Kuantan RM500,000.00, Maran RM500,000.00, Raub RM250,000.00, kemudian Raub, Raub ada satu lagi RM38,300.00, kemudian Jerantut RM150,000.00, kemudian ada lagi RM96,000.00, Kuala Lipis RM75,000.00, Rompin RM100,000.00, Bentong RM300,000.00, dan kemudian er...Bentong ada RM100,000.00, kemudian Bera RM111,720.00, Temerloh kita tidak masukkan kerana kementerian Tenaga dan Alam Sekitar melalui program pemerkasaan eko pelancongan sumber asli telah meluluskan peruntukan RM400,000.00 bagi penyelenggaraan dan menaiktaraf kemudahan asas di Gunung Senyum Temerloh dan juga di Bukit Fraser Raub.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Selaras dengan terma baru kita Negeri Pahang iaitu This Is Pahang, Hadha Pahang, Inilah Pahang, Unlimited. Sektor pelancongan di Negeri Pahang memerlukan produk pelancongan baru sesuai dengan budaya melancong generasi masa kini, yang inginkan kelainan. Produk pelancongan berasaskan alam sekitar juga semakin digemari. Justeru itu Tourism Pahang telah mempromosikan aktiviti mendaki er... aktiviti mendaki melalui penganjuran Pahang Pahang Hiking Day yang diadakan di 13 lokasi seluruh Negeri Pahang yang turut disertai oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang.
Untuk makluman rakan ADUN sekalian, satu produk baru pelancongan iaitu Astro-Tourism iaitu Pahang Amazing Sky ini Dato’ Shaniza er… wakil daripada Kuala Sentul bagi tahu jangan kita pendekkan, kerana kalau kita er... ikut Alpha Vertical dia PAS [Ketawa] PAS Pahang Amazing Sky [Ketawa] baru sebentar tadi dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Keadaan ha… ini nak bagitahu ya... keadaan langit gelap yang bersih dan suasana malam yang nyaman dan sunyi terdapat di negeri ini menjadikan aktiviti melihat cakerawala di langit boleh dipakejkan bersama dengan aktiviti pelancongan yang lain di siangnya. Penambahan tempoh bermalam di negeri ini akan meningkatkan lagi perbelanjaan pelancong dan seterusnya akan mendapat menjana pendapatan tambahan kepada pengusaha pelancongan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Negeri Pahang dikurniakan khazanah warisan yang tidak ternilai harganya. Pada tahun ini Kerajaan Negeri sendiri telah memperuntukan jumlah yang besar sebanyak RM18.8 juta untuk menaik taraf muzium-muzium Negeri Pahang. Kajian dan pembangunan artifak, Muzium Masjid Sultan Abdullah, Pusat Kajian Sejarah dan Tamadun Al Sultan Abdullah (AL-ASAR), Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, Pulau Keladi dan Projek Pembangunan Pulau Bertam, Pekan.
Penubuhan Pusat Kajian Sejarah dan Tamadun Al-Sultan Abdullah (AL-ASAR) pada 22 Mac 2021 disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong di Khutub Khanah Diraja, Kompleks Muzium Diraja Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Kebawah Duli telah berpendapat cadangan mewujudkan Pusat Kajian dan Tamadun Al-Sultan Abdullah (AL-ASAR) ini amat bertepatan pada ketika kita mula dilalaikan dengan cara hidup moden yang melekakan.
Sejarah merupakan perkara penting sebagai asas untuk membangunkan sesebuah tamadun manusia. Oleh sebab itu, penulisan semula sejarah tanah air amat penting bagi membetulkan penulisan sejarah yang dibuat oleh orientalis terutama ketika penjajahan British di Tanah Melayu. Fakta-fakta yang memburukkan penduduk tempatan perlu diperbetulkan. Kerajaan Negeri juga bercadang untuk mewujudkan Perkampungan AL-ASAR di Pekan Lama bersebelahan dengan Muzium Masjid Sultan Abdullah.
Tenun Pahang adalah produk kebanggaan Negeri Pahang di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah sebagai penaung dan kita telah berhasrat untuk membawa Tenun Pahang ke persada antarabangsa. Pada Program Kraf er...London Craft Week ’yang akan diadakan pada 9 hingga 15 Mei 2022 di...di...United King...di London UK. Pameran ini diadakan...diadakan ini meliputi pameran koleksi persalinan Tenun Pahang Diraja, keluarga Diraja, pameran koleksi tradisional, pameran teknik ikat dan pameran tekstil kontemporari. Usaha membawa Tenun Pahang ke persada antarabangsa ini diharapkan akan membawa lebih banyak permintaan terhadap produk tempatan dan secara tidak langsung akan meningkatkan hasil pendapatan penggiat industri kraf-kraf negara.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Yang Amat Berhormat Menteri Besar kena pergi. Kebawah Duli Tuanku dah titahkan dan juga Yang Berhormat Dato’ Sri SS ya...jadi di London 9 hingga 12, jadi EXCO pelancongan kena mengiring la [ketawa].
Perbadanan Muzium telah mewujudkan beberapa lagi muzium baru ya di negeri ini selain galeri-galeri daerah. Antaranya Muzium Tenun Pahang Diraja, Pusat Repositorasi di bangunan bekas Kompleks Mahkamah Syariah Pahang dan Muzium Yang di-Pertuan Agong di Blok C, SUK. Jadi kita akan ada kita punya muzium row er... di sebelah padang er...er...MPK tu dan insya-Allah kita nak cadangkan juga supaya padang tersebut kalau tidak ada aral melintang untuk kita buat macam taman kerana kadang-kadang main bola sampai pukul 7 dah azan kan dekat nak azan...dia bukannya pergi masjid dia balik ke rumah kan pasal nak bersiap dan sebagainya mungkin er...ini...ini...antara cadangan-cadangan untuk kita mencantikkan er... bandar Kuantan.
Bertepatan dengan tema Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2022 yang telah ditetapkan oleh International Council Of Museums iaitu The Power of Museums, Muzium Negeri Pahang tidak terkecuali dalam perubahan persekitaran global yang berterusan untuk menyemak perancangan, strategi aktiviti-aktivitinya bagi memastikan industri permuziuman di Negeri Pahang terus berdaya saing.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri dengan usahasama agensi kerajaan telah berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan dalam pemuliharaan Sungai Ichat di Cameron Highlands. Ini kita bagi tepukan bagi...bagi tahniah bagi Yang Amat Berhormat Menteri
Besar [Ahli Dewan menepuk meja]. Sebab dia bagitau saya nak pastikan supaya air sungai tersebut daripada Kelas 4 kepada Kelas 1 dalam tempoh 18 bulan. Untuk makluman Dewan Yang Mulia, kita ada Sembilan, kita ada sumber sungai ni kita ada 242 sungai...sungai…sungai dalam Negeri Pahang. 98 adalah Kelas 1, maknanya 98 sungai, Sungai Ichat tu masa tu Yang Amat Berhormat Menteri Besar dia dengan beberapa EXCO yang lain dia minum air tu. Saya tak minum Yang Berhormat Yang di-Pertua (ketawa) saya lari kat belakang, minta maaf Yang Berhormat Menteri Besar. Dia minum air tu, dia minum. Maknanya air yang dulunya air Kelas 4 tercemar tetapi sebenarnya ianya boleh dipulihkan semula dan menjadi Kelas 1.
Kita ada 98 sungai daripada 240 Kelas 1, kita ada 128 sungai berada dalam Kelas 2 dan 16 sungai berada dalam Kelas 3. Insya-Allah nanti kita akan tunjukkan sungai-sungai Kelas 1, Kelas 2, Kelas 3 ni, insya-Allah. Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37, Akta Kualiti Alam Sekitar Sekeliling, 1974 dikeluarkan kepada pihak yang bertanggungjawab dalam isu pencemaran Sungai Pukin, Ulu Keratong yang berlaku disebabkan pelepasan sisa rawatan kilang kelapa sawit telah menyebabkan penutupan apa nama er...LRA Sungai Keratong selama 9 hari. Kertas siasatan telah dibuka bagi kesalahan ini di bawah Seksyen 25, Akta Kualiti Alam Sekitar Sekeliling, 1974. Maksudnya Yang di-Pertua kita sentiasa kita monitor er... soal alam sekitar ni.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Pemantauan dan penguatkuasaan sentiasa dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bagi menghalang kawasan-kawasan yang dilindungi daripada pencerobohan. Sepanjang 2021 pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berjaya menghalang 70…57 kes pencerobohan penerokaan haram daripada terus berleluasa. Dari jumlah itu, sebanyak 53 kes telah dikenakan kompaun dan baki 4 kes telah di bawa ke Mahkamah. Bagi pemeriksaan yang dijalankan pada tahun 2021, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah berjaya menjalankan 1,787 pemeriksaan terhadap premis-premis di Negeri Pahang di bawah Kualiti Alam Sekeliling, dan er...ini saya salah baca ni [ketawa].
Ini silapnya Yang Berhormat [ketawa] tak apa...tak apa...[ketawa]. Minta maaf Yang Berhormat Yang di-Pertua, ini ada sedikit teknikal tapi tak apa, saya nak baca tentang JAS tadi. Kita telah menjalankan 1,787 pemeriksaan terhadap premis-premis di Negeri Pahang di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang jabatan ini tadi kita lupakan ya. Tersilap sikit, biasalah Yang Berhormat Yang di-Pertua bila kita buat ucapan ni kadang-kadang A pergi B, B pergi C, nak cepat pula, pastu tengok pula Dato’ Soffi tadi kan [ketawa] wakil daripada Benta tadi er... agaknya dia bertukar sendiri [ketawa]. Akta...
Lain macam dia punya mood ya...
Ya… itulah lain macam Yang Berhormat. [Ketawa].
Sila.
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan peraturan-peraturan di bawah. Saya nak bagi tahu ni sebanyak 300 kita siasat 1,787. Sebanyak 373 Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan 34 telah dikeluarkan kepada pihak premis untuk mengambil tindakan pembetulan segera dan 367 kompaun sejumlah RM 728,000.00 juga turut dikenakan kepada pihak premis yang melakukan kesalahan. Bagi kes-kes pencemaran yang serius, Jabatan JAS Pahang turut mengenakan 19 penahanan operasi dan kelengkapan dan 69 pendakwaan telah diambil sepanjang tahun 2021.
Ini menunjukkan bahawa pihak Jabatan memandang serius dalam menangani kes-kes pencemaran alam sekitar. Terdapat 8 kes pencerobohonan di tanah kerajaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 telah dibawa ke mahkamah bagi pendakwaan. Kesemua lapan kes ini melibatkan tindakan penguatkuasaan bagi kelapan-lapan kes ini adalah di bawah Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang.
Us…usaha sedang giat dijalankan untuk pengurusan sisa buangan peralatan elektrik atau elektronik di is…isi rumah atau dikenali sebagai household e-waste. Terdapat enam sisa buangan yang telah dikategorikan sebagai household e-waste iaitu komputer…riba, telefon bimbit, televisyen, penghawa dingin, mesin basuh dan juga peti sejuk.
Untuk makluman Sidang Dewan Yang Mulia, dalam tempoh tiga bulan, sebanyak 3,000 kilogram…3,000 kilogram household e-waste berjaya dikumpulkan melalui kempen-kempen kesedaran yang telah dianjurkan Jabatan Alam Sekitar. Jika sisa-sisa buangan ini tidak dilaksanakan dengan cara yang betul dan mesra alam, ianya akan mengakibatkan kemerosotan alam sekitar dan sekali gus mencemarkan elemen air, tanah dan juga udara yang akan memberi kesan kepada ma… kesan buruk kepada manusia.
Selain daripada itu, dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan… PKP, sebanyak enam kes pelupusan… dalam PKP ya enam kes pelupusan haram buangan terjadual telah dikenal pasti di sekitar kawasan Negeri Pahang. Semua industri dan punca yang menghasilkan buangan terjadual semuanya seharusnya menguruskan sisa buangan ini mengikut kaedah yang telah diketa…ditetapkan selain daripada memastikan ianya diurus dengan lebih baik dan sempurna. Kertas siasatan telah dibuka bagi keenam-enam kes pelupusan haram ini di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekitar…Alam Sekeliling 1974. Sikit lagi Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri sangat menitikberatkan tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar, flora fauna di Negeri Pahang. Kerajaan telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada usaha Kerajaan Persekutuan memastikan… memastikan kemen…kemandirian spesies Harimau Malaya di negeri ini melalui penyertaan, penyertaan aktif Kerajaan Negeri kepada Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya.
Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, hasil kajian er…Harimau Kebang… Kebangsaan Pertama mendapati Kerajaan Negeri Pahang merekodkan kehadiran Harimau Malaya sebanyak kurang daripada 100. Ke…kepentingan pemeliharaan Harimau Malaya adalah kerana ia bertindak sebagai umbrella species, yang membawa maklumat…maksud jika Harimau Malaya terselamat daripada kepupusan,
ia memberi jaminan semua spesies kehidupan lain juga akan diselamatkan dan mengalami dan tidak dapat diselamatkan dan akan… dan dari mengalami kepupusan.
Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan, National Tiger Conservation Centre dengan keluasan 80.9 hektar er….200 ekar telah dibangunkan di Lanchang dan mula operasi ya dengan perbelanjaan RM 42,000.00. Bagi tindakan pengukusan habitat Harimau Malaya, pelbagai tindakan telah diambil oleh Kerajaan Negeri, mewartakan tanah kerajaan yang telah kenal…dikenal pasti sebagai kawasan sempadan pembabitan sempadan Pahang, Perak er… Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan juga Johor sebagai Hutan Simpan Kekal yang dikenal pasti sebagai er… sempadan hijau.
Kawasan sempadan hijau ini adalah er…sepanjang 26,000 kilometer dengan keluasan 5 ribu…5 rat…554 hektar…57 hektar. Meluluskan tambahan keluasan 127 hektar sebagai Hutan Simpan Hulu Jelai dan Hutan Simpan Ta… Tanum bagi menja… untuk dijadikan sebagai salah satu daripada koridor ekologi Central Forest Spine.
Kerajaan Negeri turut mewartakan kawasan seluas tuj… tujuh… tujuh hektar di Kampung Raja, Cameron Highlands sebagai Hutan Simpan Sungai Ikan dan sedang berusaha mewartakan empat lagi kawasan Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands seluas 337 hektar sebagai Hutan Simpan Kekal. Ini menjadikan tambahan 344 kawasan di Cameron Highlands diwartakan sebagai Hutan Kekal. Sedang… Kerajaan Negeri juga sedang mempertimbangkan untuk mewartakan kawasan seluas 863 hektar di Sungai Yu sebagai Hutan Simpan Kekal… Kekal. Usaha ini adalah insen… inisiatif untuk menyokong projek CF… CFS Kerajaan Pusat khususnya dalam pemiharaan… pemuliharaan fauna dan flora.
Kerajaan Negeri juga telah mempertimbangkan cadangan untuk mewartakan dua lagi koridor berikutan dengan tak… er… beri… ber… dua koridor berikut sebagai Taman Negeri oleh kerana 70% daripada populasi Harimau Malaya terdapat di Negeri Pahang adalah di kawasan Banjaran Titiwangsa. Taman Negara Pahang di mana dua koridor itu merupakan rangkaian yang paling penting iaitu Koridor Ekologi CFS Hutan Simpan Tanum dan Hutan Simpan Sungai Yu di daerah Lipis. Kori… Koridor Ekologi CFS Hutan Simpan Ulu Jelai, Hutan Simpan Bukit Bujang, Hutan Simpan Kekal di Lemoi iaitu di Cameron Highlands.
Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan agar semua jenut-jenut sirat. Jenut-jenut sira ni dia actually… salt lick yang mana binatang juga dia makan garam er… smut… er… salt… jenut-jenut semula jadi dapat diberikan perhatian dan diberikan perlindungan di hutan-hutan ini kerana ia merupakan sumber mineral yang penting kepada kehidupan liar.
Untuk makluman Dewan Yang Mulia, aktiviti penguatkuasaan juga telah di…di …. diperuntukan… diperkukuhkan di Negeri Pahang. Jabatan PERHILITAN melalui program utamanya iaitu Operasi Bersepadu Khazanah, mewujudan pos-pos tetap di jalan-jalan masuk utama hutan simpan di negeri ini dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Polis Diraja Malaysia, Jabatan er… Veteran Tentera, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Badan Berkanun.
Sebanyak 29 post diwujudkan di Negeri Pahang dengan kekuatan 240 orang. Anggota-anggota ini setiap post akan bertanggungjawab bagi membanteras aktiviti pelanggaran perundangan negara seperti Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Akta Perhutanan.
Kes tangkapan bagi berbagai kesalahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 bagi tempoh 2021 dan 2022 adalah sebanyak 14 kes. Manakala nilai sitaan barang rampasan adalah sejumlah 18 er…RM500,000.00.
Untuk makluman Dewan Yang Mulia…Kerajaan Negeri melalui Hutan Simpan Kekal seluas seratus…1.59 juta hektar dan kawasan berhutan seluas 2.4…04 juta iaitu 50% daripada keluasan Negeri Pahang telah juga turut melaksanakan inisiatif strategi dalam memulihara hutan alam sekitar dengan Kempen Penanaman 100 juta pokok Hutan Simpan…er…pewartaan Hutan Simpan Chini dengan keluasan 6,502 hektar dan peruntukan enam perpuluhan…RM6.45 juta bagi tujuan pemuliyaraan… pemu… pemuliharaan dengan penanaman semula pokok-pokok dan binaan benteng sepanjang 1.7 kilometer di Tasik Chini.
Selaras dengan hula… hala tuju pelaksanakan ESG ataupun Environmental, Social and Governance, Kerajaan Negeri turut mengguna… mengguna pakai elemen ini dalam sektor-sektor ekonomi berkaitan dengan alam sekitar, pelancongan, pertanian, dan juga perhutanan. Pembangunan dan kemajuan yang dirancang haruslah mengekalkan kelestarian alam sekitar, fauna dan flora.
Kerajaan Negeri juga…juga turut mengambil berat tentang Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang bagi keperluan projek pembangunan akan menyebabkan untuk sesuatu kawasan yang dibuka, namun ia harus dilaksanakan dengan impak yang paling minima kepada alam sekitar dan pemuliharaan kawasan-kawasan perlindungan flo…flora dan fauna seperti hutan simpan kekal, taman negeri, gunung-ganang, kawasan tadahan hujan, kawasan pantai dan pulau-pulau serta kawasan penempatan Orang Asli.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya kena baca ni semua sebab ini statement yang mana keraj… yang mana dalam hansard kita orang boleh rujuk, apa sebenarnya yang sedang Kerajaan Negeri buat.
Kalau boleh ringkas, ringkaskan YB.
Emm… sejam setengah lagi.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sungai Semantan yang mengalir dari Sungai Klau…belum masuk Asar lagi Yang Berhormat Yang di-Pertua, dan Sungai Bentong menuju ke Sungai Pahang sepanjang 74 kilometer, selebar 3 hingga 5 meter dan kedalaman lebih kurang 10 ke 20 meter. Bentuk keadaan Sungai Semantan tidak ketara yang mana ketinggian serta kedalaman sungai mempunyai perbezaan yang amat ketara di sesetengah tempat.
Peningkatan aliran Sungai Semantan melalui Bandar Lanchang hingga ke Batu Kapur ini, dipengaruhi oleh kenaikan paras air di Sungai Pahang dan tujuan… dan hujan lebat di Sungai Klau dan Sungai Bentong. Jika kedua-dua keadaan ini berlaku maka kemungkinan air sungai melimpah mengatasi ban sungai adalah amat tinggi. Kuantiti air yang banyak akan melimpah di tebing sungai di musim tengkujuh mengakibatkan laluan jalan kawasan pertanian semuanya ditenggelami air.
Permohonan projek dalam perancangan RMK adalah untuk mengatasi masalah yang dinyatakan. Berdasarkan kepada permintaan Jabatan Parit dan Saliran, satu kajian telah dijalankan sepanjang di sepanjang jajaran Sungai Semantan penyelesaian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM1.02 billion melibatkan tiga fasa.
Mitigasi Bandar Mentakab sedang dilaksanakan. Mitigasi banjir kawasan Ulu Semantan er…iaitu Batu Kapur, Sungai Buluh dan Lanchang akan dilaksanakan dan mitigasi banjir di kawasan hilir Sungai Semantan, maknanya selepas hilir Sungai Semantan tu juga di kawaasan Temerloh juga akan dilaksanakan.
Yang Hormat Yang di-Pertua, akhir sekali Yang Berhormat Yang di-Pertua… saya tahu Yang Berhormat Yang di-Pertua nak balik, semua orang nak balik. Saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan, kita berada di sini sejak tahun tahun 2018 ye er…macam-macam peristiwa kita er…berlaku ye dan yang terakhir tadi sebelum saya berucap tadi pun kita tengok ada peristiwa juga yang akan dikenang sehingga lari semua DAP dan PKR…takut.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, kemungkinan saya setuju dengan wakil daripada Kuala Sentul, wakil daripada kerajaan menyatakan mungkin kali ini yang terakhir kita bermesyuarat di sini. Sama ada kita bermesyuarat di sini adalah disebabkan oleh kita akan pergi ke kawasan baru, er…kawasan baru pulak…ke pusat er… pentadbiran baru di KotaSAS ataupun mungkin diadakan pilihan raya kecil, pilihan raya umum.
Tapi sebenarnya Yang Hormat Yang di-Pertua, kalau buat pilihan raya di peringkat nasional tak semestinya Kerajaan Negeri buat pilihan raya. Saya... saya yakin dengan ADUN-ADUN… rakan-rakan ADUN semua cakap kita abis tempoh jelah… apa salahnya. Sebab kita tidak ada kena mengena dengan Parlimen kerana Parlimen dan Kerajaan Negeri dua apa namanya constitution ataupun Perlembagaan yang berbeza. Undang-Undang Tubuh.
Kerajaan Negeri ada perlembagaan. Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua mungkin juga buat sekali maka kalau sekiranya ada PRU sekali dia buat, maknanya untuk Kerajaan Negeri mungkin ada di kalangan kita ada…ada di kalangan kita, tak ada. Tak ada tu mungkin tak dicalonkan atau bertanding tempat lain. Atau yang keduanya tak ada, mungkin kalah… ataupun memang bersara.
Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, sudah tentulah dalam masa empat tahun ini kita banyak perkara-perkara yang seperti yang saya nyatakan tadi dan ramai di kalangan kita yang kali pertama mungkin kita belajar dan kita bagi mereka yang akan bertanding lagi kalau ada PRN…PRU. Maknanya kita pun dah memahamilah apa yang dinyatakan.
Cumanya saya nak beritahu bahawa tempat ini adalah tempat yang mulia, tempat kita membuat dasar dan kita berbincang bersama-sama untuk kesejahteraan rakyat. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana kesistemsi ataupun istiqamah beliau nak memastikan bahawa Kerajaan Pahang pada tahun ini akan mendapat RM1 billion dari segi pendapatan kita. [Ahli Dewan tepuk meja].
Ini satu perkara yang…yang…yang saya kira motivasi kepada kita. Jadi sebab itulah setiap apa yang kita laksanakan itu ye, ianya mesti bukan setakat menguntungkan negeri tetapi juga menguntungkan rakyat. Apabila kita dapat duit banyak Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita dapat collection yang banyak, sudah tentulah kita akan boleh bagi banyak lagi kepada rakyat kerana apa…kerana pegawai kerajaan…wakil
rakyat dia tak boleh berubah dah dia ada 42 je. Dan jabatan kerajaan pun dia begitu juga dan sudah tentulah banyak lebihan yang ianya yang boleh kita kongsi dengan rakyat.
Jadi sebab itulah Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya seperti juga rakan-rakan yang lain insya-Allahlah saya nak ucapkan selamat maju jaya kepada semua dan insya-Allah kita jumpa lagi di kalau ada Persidangan akan datang di Persidangan akan datang kalau tak ada dah kita jumpa di mana-mana insya-Allah. Dengan ini saya menyokong. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan tepuk meja].
Terima kasih YB. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk makluman Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang tidak dapat menjawab soalan dan pertanyaan pada hari ini dan soalan-soalan tersebut akan dijawab secara bertulis.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sembilan orang Ahli daripada pihak Kerajaan yang telah memberikan jawapan-jawapan dan penjelasan-penjelasan di atas permasalahan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, semasa perbahasan mahupun penjelasan semasa pihak Kerajaan menjawab.
Persidangan kita akan disambung semula pada hari Jumaat 01 April 2022 bermula jam 9.30 pagi. Assalamulaikum WBT. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan pada jam 4.20 petang]