Pahang · 1 April 2022
14th Assembly, 5th session, 1st meeting · 172 turns · 16,867 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari
: Jumaat, 1 April 2022
bersamaan
29 Syaaban 1443 Hijrah
DOA
Bacaan Doa.
[Ayat al-Quran] Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah, masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin, Ya Rabbal A’lamin.
Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions
Perkara Kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.
[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan pada hari ini dan untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat pada kali ini saya menjemput Yang Berhormat daripada Tanah Rata. Silakan.
Selamat pagi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon kemukakan soalan nombor 1.
[Anak Syarikat Pahang Corp:
Sila jelaskan fungsi lima anak syarikat Pahang Corp iaitu Pahang Corporate Management Services Sdn. Bhd., Pahang Water and Energy Resources Sdn. Bhd., Pahang Orang Asli Corporation Sdn. Bhd., Koridor Utiliti Pahang Sdn. Bhd. dan PahangGo Sdn. Bhd.]
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada ADUN Tanah Rata yang bertanyakan soalan mengenai anak syarikat Pahang Corp, di mana ADUN Tanah Rata meminta kerajaan menjelaskan fungsi 5 anak syarikat Pahang Corp iaitu Pahang Corporate Management Services Sdn. Bhd., Pahang Water and Energy Resources Sdn. Bhd., Pahang Orang Asli Corporation Sdn. Bhd., Koridor Utiliti Pahang Sdn. Bhd. dan PahangGo Sdn. Bhd.
Untuk makluman ADUN daripada Tanah Rata, Pahang Corporation Sdn. Bhd. ataupun Pahang Corp yang diperbadankan di Malaysia pada 21 Mac 2019 merupakan syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang yang mempunyai anak-anak syarikat seperti berikut:
Yang pertama, anak syarikat pertama Pahang Corporate Management Services Sdn. Bhd. di mana ianya bertindak sebagai syarikat yang menjalankan pengurusan korporat syarikat, latihan dan insurans berkaitan dengan semua anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang yang merangkumi beberapa sektor iaitu kesetiausahaan syarikat, khidmat akaun, pengauditan perakaunan, percukaian korporat, pengurusan audit dan nasihat perundangan korporat. PCMS juga dahulu dikenali sebagai Pahang Technology Resources Sdn. Bhd.
Anak syarikat yang kedua iaitu Pahang Water and Energy Resources Sdn. Bhd. di mana ianya diberi hak konsesi penggunaan sumber air dan penggunaan jeti atau marina yang membenarkan Pahang Water and Energy Resources ataupun PWE mengeluarkan konsesi kecil penggunaan sumber air kepada operator-operator sumber air mentah sedia ada dan yang baharu untuk tujuan kutipan berdasarkan caj, tarif atau fee. PWE juga berperanan sebagai penyelaras bagi aktiviti pembangunan sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang melibatkan aset Kerajaan Negeri.
Manakala anak syarikat yang ketiga iaitu Pahang Orang Asli Corporation Sdn. Bhd. ataupun nama ringkasnya ORACO yang bertindak sebagai One Stop Center bagi pengurusan tanah rizab Orang Asli yang berpontensi dari segi aktiviti ekonomi untuk memberi manfaat yang optimum kepada masyarakat Orang Asli di negeri Pahang.
Yang keempat ialah Koridor Utili Pahang Sdn. Bhd. ataupun KUP, di mana ianya bertindak sebagai Agensi Penyelaras Koridor Utiliti Negeri ataupun Pengurusan Infrastruktur Utiliti yang mendapat pelantikan daripada Kerajaan Negeri. Semua syarikat penyedia utiliti dan kontraktor yang dilantik adalah diwajibkan untuk mematuhi garis panduan laluan kemudahan utiliti negeri Pahang dan menyerahkan semua permohonan berkaitan kerja-kerja pengorekan dan pemasangan utiliti kepada Koridor Utiliti Pahang untuk proses mendapatkan kelulusan permit dari pihak berkuasa melulus serta proses mengemaskinikan data utiliti yang berkaitan.
Yang akhir sekali PahangGo Sdn. Bhd. ataupun PahangGo juga bertindak sebagai sebagai One Stop Center kepada aplikasi perkhidmatan digital online seperti sistem e-parkir, aplikasi pembayaran hasil kerajaan, pembayaran kompaun, kutipan caj utiliti, sistem aduan rakyat dan sebagainya. PahangGo ditubuhkan bagi meneroka bidang
baru dalam perkembangan ekonomi digital dan aplikasi dalam talian terutama dalam perkhidmatan kerajaan. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan, Yang Berhormat Dato’ Sri...
Tanah Rata… Tanah Rata…
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada jawapan daripada Dato’ Sri Menteri Besar. Soalan saya adalah, ada dua, memandangkan kebanyakan syarikat-syarikat… anak syarikat tersebut melibatkan diri dalam kutipan fee daripada orang awam. Oleh itu, soalan saya adalah soalan satu, soalan pertama adalah adakah syarikat-syarikat tersebut diaudit oleh Ketua Audit Negara dan lepas tu akan dibentangkan kepada Dewan Negeri ni dan soalan kedua ialah bagaimanakah kita boleh menjalankan semak dan seimbang atau dengan izinnya, check and balance, terhadap syarikat-syarikat tersebut. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Tidak semua syarikat ni untuk sementara waktu ini kita diauditkan sebab contohnya macam ORACO baru sahaja ditubuhkan dan apabila ianya telah selesai segala-galanya, kita akan diauditlah dan ianya adalah proses biasa. Sebab ini adalah satu syarikat yang berdaftar, bukan kita tubuh yang tidak berdaftar. Ia adalah satu syarikat yang berdaftar yang mendapat kelulusan dan ianya adalah tertakluk kepada semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh apa ini, ROS.
Yang kedua Dato’ Sri Yang di-Pertua, memang tujuan kita yang pertama selain daripada untuk kita mempercepatkan suatu proses untuk mengurangkan birokrasi dan ianya memang ada check and balance. Jadi, mudah untuk kita mengawal kerana kita ada satu badan atau ada satu vehicle yang mengawal apa jua kerja-kerja yang dibuat oleh syarikat berkenaan dan tujuannya tidak lain tidak bukan untuk memudahkan dan untuk kita menyekat birokrasi.
Maknanya ini macam ni ada One Stop Center. Contohnya seperti PahangGo di mana semua akan diselaraskan dengan Pahang Go aktiviti yang berkaitan dengan PahangGo dan begitu juga dengan ORACO. Maknanya dia ada satu badan yang boleh menguruskannya. Dan saya juga dimaklumkan bahawa syarikat ini bukan incorporated. Ianya incorporated melalui undang-undang tapi pendaftaran syarikat. Jadi, dia ada yang diperlukan, ada yang tidak diperlukan, tidak semua tertakluk kepada Audit Negara Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.
Semantan.
Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, saya ingin tahu tentang pencapaian kewangan Pahang Corporation dan anak-anak syarikatnya. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Mengikut laporan yang sampai kepada saya, prestasi kewangan kumpulan Pahang Corporation ini adalah tidak negatif. Ini untuk tahun 2021 tetapi masih belum diaudit, insya-Allah akan diaudit pada bulan April ini. Pahang Corp telah mencatat keuntungan sebelum cukai dan sebelum zakat dan cukai RM2.3 juta. Manakala PCMS RM949,679.00 ini adalah untung sebelum cukai er… sebelum zakat dan cukai ya Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Manakala PWE RM909,000.00 mencatat keuntungan kasar. KUP RM1.4 juta, PahangGo RM359,000.00, menjadikan jumlah bagi keuntungan kumpulan sebelum zakat dan cukai ialah RM5.9 juta. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga jawapan daripada Dato’ Sri Menteri Besar. Kalau sesetengah syarikat-syarikat tersebut tidak perlu dijalankan oleh audit, oleh Ketua Audit Negara, oleh itu yang paling penting ialah kalau tidak dijalankan audit oleh Ketua Audit Negara maka Ahli-ahli Berhormat dalam Dewan ini kita tiada hak kita tiada hak untuk akses dan semak seimbang prestasi syarikat-syarikat tersebut. Yang paling penting adalah bagaimanakah kita boleh jalankan semakan seimbang kepada syarikat-syarikat ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Walaupun tidak ada audit oleh Audit Negara tetapi ianya diaudit oleh Audit Dalam dan juga Audit Luar. Malahan mana-mana anak syarikat yang kita rasa terutama sekali yang tidak mendapat keuntungan, ada satu atau dua anak syarikat Kerajaan Negeri telah kita arahkan forensic audit, di mana kita ingin tahu kerugian. Lazimnya yang mengalami kerugian yang besar ataupun apabila kita merasakan ada sesuatu yang kita rasa mungkin menyalahi peraturan dan salah guna kuasa dan sebagainya.
Jadi tidak semestinya semua itu kena melalui proses Audit Negara. Dan dalam masa yang sama juga semua syarikat ini boleh diakses er… akaunnya daripada pendaftar syarikat Dato’ Sri Yang di-Pertua ya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Seterusnya saya jemput Teruntum.
Yang Berhormat Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.
[1. Sejauh manakah pencapaian MOTAC untuk sasaran 15 juta pelancong di negeri Pahang?
2. Apakah statistik terkini bagi industri pelancongan di setiap daerah negeri Pahang?]
Terima kasih wakil dari Teruntum. Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya nak tanya Teruntum, dia bila saya cakap dia tak keluar ya, sebab semalam dia keluar. Saya bercakap, saya bagi dia laluan, lepas itu saya mula cakap dia keluar, ini kali tak keluar ya? Keluar ke tak keluar? Saya nak tanya.
Tak keluar tapi semalam tak adil bagi kita itu saja.
[Ketawa] Yang ini yang saya suka wakil rakyat er… wakil dari Teruntum. Dia ada je jawab di belakang ini. Ha, ini orang politik. Orang politik dia mesti kena ada jawab di belakang ini.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Er… soalan nombor dua yang ditanya oleh Teruntum. Sejauh manakah pencapaian MOTAC untuk sasaran 15 juta pelancong di negeri Pahang. Yang Berhormat Yang di-Pertua, sejak kita mengadakan Tahun Melawat Pahang 2017 sehingga 2019 pencapaian kita 13 ke 15 juta pelancong. Tetapi selepas sahaja kita dilanda dengan COVID saya nak maklumkan bahawa pencapaian kita untuk tahun 2020, pencapaian kita adalah 7,359,698 pelancong dan pada tahun 2021, pencapaian kita hanya 2,210,680 pelancong. Ada orang tanya saya kenapa 2.2 million? Saya bagitahu pasal kita darurat banyak. Kita duduk rumah tak boleh keluar, semuanya tak boleh, maka pelancong kurang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kita juga membuat er… apa namanya bukan setakat kita tahu kehadiran pelancong tetapi juga kita tahu berapa banyak pelancong itu belanja ya. Saya ada anggaran, bukan anggaran, saya ada angka untuk tahun 2020. Perbelanjaan pelancong yang kita kehadiran pelancong sebanyak 7.3 juta tersebut ialah sebanyak RM6.6 bilion dan pada tahun 2021 perbelanjaan pelancong sebanyak 1.9 bilion iaitu penurunan untuk kedua-dua tahun yang nak dibandingkan tahun-tahun sebelumnya adalah sebanyak 69.95%.
Bukan itu sahaja Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita dari segi statistik kita dalam 2 juta, 2.2 million Yang Berhormat Yang di-Pertua, sebanyak 2.181 juta adalah merupakan pelancong domestik dan 6,305 orang daripada ASEAN. Maksudnya daripada Indonesia daripada negara aseanlah Thailand, Filipina dan 22 juta… 22,573 dari antarabangsa. Bukan itu sahaja Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita juga… dari pelancong antarabangsa sebagai contoh, kita juga ada statistik menunjukkan bahawa daripada 22,000 itu, dari negara yang mana paling ramai? negara adalah China
sebanyak 16,924. Saya pun tak tahu kenapa dia dalam COVID tahun 2021 tahun lepas mereka boleh datang.
Malah kita juga ada dari Afganistan ada seorang yang datang, daripada Algeria 2 orang je datang. Jadi begitu detail sekali apa er… apa namanya jawapan atau pun er… apa yang kita ada statistik yang kita ada dan jika ianya mengikut soalan nombor 2 ianya mengikut statistik terkini pelancongan di bawah seliaan ini seperti yang saya nyatakan tadilah maknanya penurunan sebanyak er… 69.95% daripada tahun-tahun sebelumnya, sebelum COVID. Terima kasih.
Baiklah.
Soalan tambahan. Er… terima kasih jawapan dari wakil kerajaan. Soalan tambahan saya adalah berapa target dengan izin, pelancong yang akan melawat ke Pahang pada 8 bulan yang akan datang ini maknanya sampai 2022. Lagi adalah… juga macam mana kerajaan akan membantu hotel-hotel swasta yang terjejas teruk sebelum ini. Soalan ketiga saya tanya, apa status terkini pada projek yang sedang dijalan di pantai Teluk Cempedak dan kenapa syarikat yang terlibat dalam projek menaiktaraf di kawasan Teluk Cempedak ini adalah bukan dari syarikat tempatan Pahang. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Petua.
Teluk Cempedak itu apa namanya projek apa? sebab dia banyak projek, ada dari JPS ada daripada…
Dia… dia… saya tengok sana banyakkan naik sign board er… membuat kedai baru er… menaikan taraf. Tetapi bila saya tanya bukan dari syarikat dari Pahang. Saya pelik, Pahang macam tidak ada kontraktor, kena ambil dari luar. Kalau tidak silap dari Kelantan.
Yang Berhormat Yang di-Petua,
Kita di Malaysia ini kita menjalan… Kita di Malaysia ini kita menjalankan apa namanya sistem yang telus dari segi er... apa nama dari segi kita melantik mana-mana kontraktor atau pun pemaju ya. Kadang-kadang Yang Berhormat Yang di-Pertua, tanah tersebut adalah tanah persendirian. Jika tanah persendirian, Kerajaan Negeri tidak mempunyai hak ya untuk melantik siapa-siapa kecuali melantik siapa-siapa atau pun nak pastikan syarikat tersebut daripada Pahang, tetapi jika kontrak tersebut di bawah Kerajaan Negeri, seliaan Kerajaan Negeri yang itu kita pasti.
Kerajaan Negeri akan melantik akan cuba sedaya upaya mencari mana-mana kontraktor tempatan yang mampu untuk melaksanakan kerja. Tetapi jika kontrak tersebut daripada Kerajaan Pusat sebagai contoh dan tender ini adalah tender
terbuka, Arahan Perbendaharaan dan semua syarikat di seluruh Malaysia ini yang berdaftar dengan er… ini… apa ini CIDB dan juga er… ini apa namanya Kementerian Kewangan, mereka boleh mengambil bahagian. Itu di luar kemampuan kita. Tetapi jika sekiranya ada syarikat Pahang yang berdaya saing mereka boleh masuk. Tetapi kalau sekiranya kontrak tersebut contohnya air dan kemudian ada daripada Majlis Perbandaran, itu memang kita pastikan bahawa kalau boleh kita nak pastikan bahawa syarikat tersebut berdaftar di negeri Pahang. Dan yang keduanya tentang er... angka pelancongan yang akan… yang kita jangka kita menjangkakan bahawa over target is about eight million dengan izin makna 8 juta lah daripada 1hb 4 pada hari ini di mana negara kita telah pun memasuki era endemik ya… dan kita jangkakan bahawa kehadiran pelancong adalah sebanyak 8 juta. Ada lagi? Soalan nombor 2 saya lupa. Ha itu 8 juta, oh… bantuan hotel.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Melalui PahangGo, kita juga telah melaksanakan apa yang kita katakan sebagai kupon, diskaun, maksudnya terutama sekali budget-budget hotel ini yang sebagai contoh, sebagai contoh ye, budget hotel nilaian dia RM150.00 atau turun RM120.00. Kalau mereka nak bagi diskaun sebagai contohnya, takkan mereka nak bagi sampai RM80.00, RM70.00. Maka Tourism, Tourism Pahang… Kerajaan Negeri telah memberikan kupon RM30.00, RM20.00, RM50.00, mereka boleh berdaftar dengan PahangGo dan kemudian mereka akan tunjukkan dan mereka akan mendapat subsidi sebanyak RM20.00, RM30.00 ataupun RM40.00. Terima kasih.
Baik, seterusnya saya jemput..
Soalan tambahan…
Yang Berhormat ADUN Luit. Cukup. Cukuplah dulu. Saya dah bagi peluang.
Ada satu lagi.. satu lagi soalan... satu lagi soalan... minta. Terima kasih. Tentang pemaju tempatan yang di.. tadi yang saya maksudkan memang dari pihak Kerajaan. Memang dari projek MBK yang macam sebaris dekat gerai-gerai itu.
Maknanya saya tengok, bila saya pergi dua tiga kali, saya nampak tak ada, tak ada pekerja dekat sana. So saya tertanya-tanya, kenapa dilambat-lambatkan. Ini, ini projek Kerajaan. Itu sebab saya tanya, setakat tak ada kaitan dengan swasta ya. Ini Kerajaan. Itu sebab I tak tahu kenapa rakyat Pahang sedang susah. Kontraktor kita susah. Kenapa projek itu tidak di… diberi kepada orang tempatan, itu soalan saya nak tanya. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Dalam kita menentukan… menentukan er… apa namanya, siapa yang akan kita bagi, kita juga ada prosedur-prosedur yang perlu kita… kita ikut. Antara lainnya ialah dengan harga. Kalau sekiranya harga ya, yang ditawarkan oleh kontraktor tempatan itu tinggi, sebagai contoh, sebagai contoh, jadi… jadi kita ada prosedur kita, yang nak kita buat.
Kerana apa? Kerana kita tahu kadang-kadang kalau kita bagi pada harga tinggi tiba-tiba yang harga rendah tak dapat, macam-macam akan terjadi, report dan sebagainya. Jadi sebab itulah kita mempunyai er… apa namanya prosedur ataupun pelaksanaan dari segi menentukan siapa yang dapat.
Tapi seperti yang saya dinyatakan bahawa sememangnya kita akan cuba sedaya upaya untuk memastikan bahawa kontraktor tempatan dibagi. Untuk itu Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya minta er…
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Dan kadang-kadang Yang Berhormat Yang di-Pertua, ada juga kerja-kerja, kerja-kerja tersebut disub. Contohnya, saya sebagai kontraktor, saya civil tetapi saya tak pandai buat elektrik. Saya hanya buat kontrak untuk civil. Kemudian kita sub kepada kontraktor-kontraktor yang berpengalaman. Itu terserah kepada kontraktor tersebut siapa mereka yang nak mereka nak bagi buat kerja tersebut. Tetapi yang saya nyatakan kalau kerja di Teluk Chempedak ianya adalah kontraktor diberikan kepada koperasi, koperasi daripada Lipis. Haa.. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Jadi itu sudah semestilah contohnya nak buat rumput. Sebagai contohnya ya, kontraktor dia, koperasi ni dia bukan pakar rumput, kita… kita terpaksa ambil untuk, untuk, apa, untuk buat rumput ini pakar yang buat rumput. Sebagai contoh, saya nak bagi tahu ye, untuk buat tiling ni, tiling terutama sekali nak letak rumah contohnya UDA sebagai contohnya di Pahang atau pun PKNP nak… nak… nak pasang tile ataupun nak pasang marble. Sapa yang pandai pasang marble? Orang cina.
Sebab itu kita ambik pekerja tersebut orang Cina. Jadi sub kepada kontraktor tersebut. Jadi sebab itulah kita bagi tahu bahawa tak semestinya kalau sekiranya kita tanya “u daripada mana?”, “Saya daripada Kelantan”. Oh! kita bagi kontraktor Kelantan. Sedangkan dia kerja tersebut kerja sub. Jadi untuk MPK di Teluk Chempedak kita berikan kepada koperasi daripada Kuala Lipis. Terima kasih.
Baik. Terima kasih. Soalan seterusnya saya jemput Yang Berhormat Luit.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya seperti pertanyaan 3. Terima kasih.
[Apakah perancangan Kerajaan dalam pembangunan industri penternakan Negeri Pahang?]
Assalamualaikum WBT, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, ADUN Luit bertanyakan tentang perancangan kerajaan dalam pembangunan industri
penternakan Negeri Pahang. Terima kasih, ini satu soalan yang baik. Di awal pagi Jumaat. [ketawa].
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Negeri Pahang kita ini merupakan salah satu daripada negeri penyumbang yang besar kepada pengeluaran hasilan ternakan di Malaysia. Mengambil kira kepentingan industri ini kepada keperluan kecukupan makanan negara, Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan sejumlah RM 2.97 juta peruntukan pembangunan bagi sektor penternakan bagi tahun 2022. Perancangan untuk membangunkan industri penternakan pada tahun 2022 ini meliputi lima aspek.
Pertama, Meningkatkan kapasiti industri penternakan ruminan. Yang kedua, meningkatkan pengeluaran makanan ternakan berasaskan tanaman rumput. Yang ketiga, mengawal selia status kesihatan ternakan bagi meningkatkan produktiviti ladang dan keselamatan awam. Yang keempatnya galakan peningkatan pengeluaran produk hiliran berasaskan ternakan yang berkualiti dan selamat. Dan yang kelimanya, mengadakan pelbagai kursus melibatkan jurusan penternakan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran penternak.
Meningkatkan kapasiti industri penternakan ruminan. Pada tahun ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang memperkenalkan Insentif Skim Makmur Ternak yang menyediakan bantuan dalam bentuk geran pemadanan bagi perolehan baka dan induk ternakan ruminan dan geran bagi bantuan input infrastruktur dan peralatan penternakan. Dianggarkan seramai 70 orang penternak akan mendapat manfaat daripada program ini pada tahun 2022.
Peningkatan baka ternakan ruminan juga turut dilaksanakan melalui program baka ternakan daripada ladang jabatan sedia ada di Ulu Lepar, Kuantan dan Bukit Kajang, Raub. Pada masa yang sama, program pembiakbakaan ternakan ruminan diteruskan bagi meningkatkan kualiti genetik ternakan di ladang, ladang penternak.
Yang kedua, meningkatkan pengeluaran makanan ternakan berasaskan tanaman rumput. Kos makanan ternakan terutamanya makanan berasaskan isirong kelapa sawit atau Palm Kernel Cake (PKC) dengan izin, telah meningkat beberapa kali sepanjang tempoh pandemik COVID-19. Hal ini telah memberi tekanan kepada para penternak sektor ruminan yang terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi memenuhi permintaan daging untuk pasaran tempatan.
Justeru itu, bagi mengurangkan beban ini, para penternak digalakkan membangunkan homplot tanaman rumput bagi kegunaan ternakan mereka sendiri, atau boleh dijual kepada penternak lain pada harga yang lebih rendah berbanding dedak komersil.
Justeru itu, insentif Memperkasa Ekonomi Agropreneur Rizab Makanan Ternakan, ataupun ringkasannya (MEKAR) diteruskan sebagai galakan kepada penternak mengusahakan homplot tanaman rumput.
Yang ketiganya, mengawal selia status kesihatan ternakan bagi meningkatkan produktiviti ladang dan keselamatan awam. Elemen kesihatan ternakan merupakan salah satu penentu kepada kejayaan industri penternakan di Negeri Pahang Darul Makmur. Penyakit Kuku dan Mulut, Brusellosis dan Tuberkulosis pada ternakan ruminan serta penyakit Sampar Ayam dan Selesema Burung bagi ternakan unggas telah memberi kerugian kepada aliran kewangan penternak.
Oleh itu, peruntukan bagi kawalan penyakit ruminan dan unggas diteruskan bagi mengawal sebaran penyakit ternakan yang boleh menyebabkan pendapatan penternak terjejas. Pada masa yang sama program kawalan penyakit juga dirancang bagi mengawal penyakit berjangkit bawaan haiwan kepada manusia… penyakit zoonotik.
Yang keempat, galakan peningkatan pengeluaran produk hiliran berasaskan ternakan yang berkualiti dan selamat. Untuk tahun 2022 ini, pihak Jabatan Veterinar akan memperkenalkan skim insentif baharu, yang dinamakan sebagai Skim Tingkat Ekonomi dan Produktiviti Industri Asas Ternakan Pahang (STEPP) bagi menggalakkan penternak atau usahawan mengeluarkan produk hiliran yang berkualiti dan selamat untuk dimakan.
Bantuan yang diberi adalah dalam bentuk geran pemadanan bagi perolehan peralatan dan bahan binaan premis bagi menambah baik produktiviti pengeluaran dan keselamatan produk mengikut pawaian makanan yang ditetapkan. Di samping itu, program U-QAP untuk membantu pengusaha loji atau tempat penyembelihan unggas dan ruminan tempatan mencapai tahap piawaian pelesenan diteruskan pada tahun ini. Ia bagi memastikan premis pengusaha mencapai tahap keperluan keselamatan makanan yang ditetapkan.
Yang kelimanya, mengadakan pelbagai kursus melibatkan jurusan penternakan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran penternak. Untuk memastikan ladang ternakan diurus dengan baik bagi menghasilkan pengeluaran yang optimum, penternak perlu mempunyai asas ilmu pengetahuan kukuh berkaitan pengurusan ladang dan ternakan. Justeru itu, pihak kerajaan akan sentiasa membantu penternak untuk memperolehi maklumat berkaitan teknologi terkini dalam bidang penternakan melalui penganjuran kursus oleh tenaga pengajar dalaman mahupun dari luar.
Selain program pembangunan di bawah peruntukan negeri, pembangunan penternakan ruminan sama ada untuk pedaging atau tenusu diteruskan daripada peruntukan pembangunan persekutuan melalui program seperti Program Pembangunan Ruminan, Program Pembangunan Industri Tenusu Negara, Program Agropreneur Muda, Program Rezeki dan beberapa program lain di mana penternak Pahang dijangka mendapat manfaat.
Dan baru-baru ini, Menteri Pertanian telah juga mengumumkan cadangan untuk menubuhkan Lembaga Ruminan Negara. insya-Allah. Dengan langkah-langkah yang diambil ini, saya yakin dan Kerajaan Negeri yakin pembangunan industri penternakan negeri Pahang akan dapat dikembang dan diperkasakan. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Seterusnya saya menjemput
Mohon soalan tambahan. Terima kasih Tuan di-Pertua. Terima kasih kepada wakil kerajaan Dato’ Sri Benta atas pencerahan tadi. Cuma saya nak fokus sikit kepada industri penternakan ayam. Saya rasa anggaran dalam 12, 13 juta ekor ayam yang ada dalam negeri kita ini. Di mana kedudukan ayam kampung saya nak tahu. Sebab saya di Maran ni dulu terkenal dengan bandar ayam kampung. Dan dah tapi bukan
bermakna saya berminat perkataan tu, tak. Saya nak tanya tentang industri je. Ayam kampung. Terima kasih.
Terima kasih Yang Hormat Yang di-Pertua. Syabas terima kasih kepada ADN Luit. Sebenarnya memang diakui bahawasanya penggemar-penggemar ayam kampung ini memang melihat satu trend yang ada peningkatan. Ada yang suka ayam bandar, ada yang suka ayam kampung. Ada yang suka kedua-duanya, bandar dan kampung. Dan kita lihat bahawasanya, atas inisiatif ini, maka pihak Jabatan Veterinar dan juga pihak-pihak yang lain termasuk pihak swasta menceburkan diri mengambil pendekatan menggalakkan penternak untuk menceburkan diri dalam apa nama… pengeluaran ayam jenis ayam kampung.
Malahan di restoran-restoran banyak juga yang telah memperkenalkan ini apa nama… menu atau pun sajikan, sajian masakan berasaskan ayam kampung. Sebab itu dalam konteks seumpama ini, memang pihak jabatan er… mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dan insya-Allah ya, kalau Yang Berhormat ada pihak yang berminat atau Yang Amat Berhormat sendiri berminat, jadi perkara ini boleh kita laksanakan. Hanya untuk makluman Yang Hormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, peraturan kita sebenarnya menetapkan bahawasanya mulai daripada 2024, ternakan ayam ini mestilah dalam reban yang tertutup.
Maknanya dia tidak boleh lagi secara terbuka dan dilaksanakan mengikut spesifikasi, syarat-syarat yang ketat kerana tidak mahu ada kacau ganggu termasuk daripada ini… lalat lah, di neighbourhood kawasan kejiranan projek-projek yang dilaksanakan ini. Terima kasih.
Saya menjemput seterusnya Semantan. Semantan.
Boleh soalan tambahan satu tak Dato’ Sri?
Saya menjemput Semantan. Semantan.
Yang Berhormat Dato’ Sri, saya mengemukakan pertanyaan saya nombor empat. Terima kasih.
[Suasana di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) agak padat dan amat kurang privasi. Cubical adalah alat yang sangat membantu dari aspek menjaga privasi dan aurat penghuni khususnya wanita dan kanak-kanak di PPS. Berapakah aset cubical sedia ada dan berapakah aset yang ditempatkan di setiap daerah? Adakah pihak Kerajaan bercadang untuk memperlengkapkan dan menambah baik aset tersebut?.
Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan wakil daripada Kuala Semantan, suka saya memaklumkan bahawa pada masa kini kubikel yang ada di bawah selenggaraan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk seluruh negeri Pahang berjumlah 3,000 dan di bawah pegangan Angkatan Pertahanan Awam (APM) ialah sebanyak 9,564 untuk seluruh negeri Pahang.
Dan untuk daerah Temerloh ya, JKM ada 200 di bawah APM ada 1,700 dan ya, pihak kerajaan memang bercadang untuk menambah baik daripada semasa ke semasa menambah bilangan kubikel dan juga peralatan-peralatan lain untuk menghadapi sebarang bencana termasuk banjir. Terima kasih.
Seterusnya saya menjemput Cheka.
Terima kasih. Saya mohon izin untuk kemukakan soalan nombor ke-5.
[Pemberian suntikan vaksin booster COVID-19 kurang mendapat sambutan orang ramai berbanding dengan pemberian vaksin dos pertama dan kedua.
a) Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan dan agensi lain untuk menggalakkan sambutan orang ramai?
b) Mengapakah orang ramai kurang menerima suntikan vaksin COVID-19?]
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Cheka bertanyakan soalan berkaitan dengan pemberian suntikan vaksin booster yang kurang mendapat sambutan. Soalan pertama, wakil daripada Cheka, apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan dan agensi untuk menggalakkan sambutan orang ramai dan keduanya, mengapakah orang ramai kurang menerima suntikan booster COVID-19 ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Pemberian vaksin dos penggalak sebenarnya telah bermula pada 15 Oktober tahun yang lalu. Sehingga hari ini ataupun sehingga 20 Mac 2022, 51% daripada penduduk di negeri Pahang ini ataupun yang layak menerima booster ini iaitu 1 juta telahpun menerima dos penggalak ini.
Bagi menggalakkan lagi sambutan orang ramai untuk mendapatkan dos penggalak, antara langkah-langkah penambahbaikan yang telah diambil oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang bersama agensi-agensi yang lain adalah pertamanya membuat aktiviti suntikan secara outreach terutama kepada kumpulan sasar tertentu seperti warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kumpulan individu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu ataupun co-morbid.
Keduanya, mempergiatkan aktiviti advokasi dan promosi melalui pelbagai medium sebaran. Ketiga, menganjurkan sesi libat urus bersama komuniti di lapangan termasuklah penglibatan Jabatan Agama Islam bagi orang Islam, ketua-ketua rumah ibadat, ketua-ketua kampung dan ketua-ketua komuniti setempat. Dan yang keempatnya, menerima pelanggan untuk hadir secara walk-in di semua PPV yang sedia ada.
Soalan kedua, mengapakah orang ramai kurang menerima suntikan vaksin booster ini. Antaranya sebab-sebab yang kita kenalpasti Yang di-Pertua, pertamanya terdapat segelintir masyarakat yang tidak yakin dengan keberkesanan vaksin dalam memberikan perlindungan yang optimum dan mengurangkan keterukan jangkitan vaksin ini. Sebenarnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, daripada statistik yang ada kita boleh lihat, yang disebarkan di dalam media bahawa mereka yang telah mendapat booster ini sebenarnya kes-kes mereka tidak sampai ke tahap yang teruk, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Saya sendiri Dato’ Sri Yang di-Pertua, tiga mingga yang lepas juga, malangnya telah mendapat err… telah dijangkiti virus ini tapi alhamdulillah, duduk di rumah sahaja seminggu dan boleh kembali bertugas seminggu selepasnya. Kedua, terdapat juga kebimbangan mendapat kesan sampingan yang teruk selepas menerima suntikan dalam kalangan sesetengah masyarakat.
Ini yang banyak diedarkan di dalam social media. Ketiganya, kesan daripada apa yang dikatakan Vaccine Mongering atau ditakut-takutkan dengan vaksin dikalangan masyarakat. Keempat, akibat penyebaran isu berunsur fitnah yang dikaitkan dengan kesan sampingan ataupun Adverse Effect Following Immunisation (AEFI) ataupun kesan buruk susulan daripada imunisasi oleh setengah pihak.
Kelimanya ramai juga orang kita ini Dato’ Sri Yang di-Pertua dia 'tunggu dan lihat'. Itu sahaja dua soalan wakil daripada Cheka.
Seterusnya saya menjemput Cheka.
Yang Hormat Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.
[Pada 5 Januari 2022, Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengeluarkan kenyataan untuk mengurangkan elaun latihan atlet negara selepas menggugurkan 144 atlet daripada program latihan kebangsaan.
1. Apakah inisiatif yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan latihan barisan atlet negara yang baru?
2. Adakah Kerajaan Negeri akan merancang untuk memberi sebarang peruntukan khas bagi mengekalkan atlet negara yang telah digugurkan, khususnya atlet yang berasal dari negeri Pahang?]
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Terima kasih pada pagi yang mulia ini, sekali lagi kita dapat bersidang dan saya di er... tanya satu soalan oleh ADUN Teruntum berhubung kait dengan isu bantuan atlet-atlet di negeri Pahang. Sidang Dewan yang mulia ingin saya maklumkan di sini, pada 5 Januari 2022, Majlis Sukan Negara telah mengeluarkan kenyataan untuk mengurangkan elaun atlet negara selepas menggugurkan 144 atlet daripada Program Latihan Kebangsaan. Berkaitan perkara tersebut, untuk makluman kepada ADN er... Teruntum dan sidang hadirin… Sidang Dewan sekalian, Majlis Sukan Pahang telah selesai er... menyiapkan Pelan Pembangunan Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang 2021 hingga 2030 atau ringkasnya REVOS2030 yang bertujuan untuk memacu kemajuan sukan negeri Pahang khususnya dan negara Malaysia amnya.
Dalam perancangan tersebut atau pelan pembangunan tersebut, lima teras strategik utama iaitu kelestarian bakat sukan, atlet sukan berprestasi tinggi, fasiliti sukan berkualiti, keutuhan sokongan persatuan dan komuniti yang terakhir ialah profesionalisme pengurusan sukan menjadi panduan untuk memastikan negeri Pahang terus komited dalam melahirkan atlet yang mampu mengharumkan nama negeri mahupun negara.
Sebagai tambahan kepada soalan tersebut, ingin saya sebutkan dalam Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri sentiasa cakna kepada atlet-atlet dalam negeri Pahang bahkan semasa berlakunya mula-mula COVID-19 di mana er... beberapa atlet, jurulatih, pengurus telah menghadapi masalah semasa untuk berlatih dan sebagainya. Begitu juga dengan penangguhan SUKMA maka atlet-atlet negeri Pahang mahupun negara telah terkesan dan dengan penangguhan SUKMA ini, maka atlet-atlet negeri Pahang tidak dapat beraksi. Namun dalam masa yang sama atlet-atlet ini perlu meneruskan latihan.
Jadi Kerajaan Negeri telah dipohon jasa baik untuk membantu kelangsungan elaun-elaun atlet ini supaya disambung sehinggalah hari er... SUKMA yang sebenar. Kalau ikutnya, elaun itu akan dihentikan untuk makluman ADUN Teruntum dan Sidang Dewan sekalian namun Kerajaan Negeri telah berbelanja hampir RM700,000.00 untuk meneruskan kelangsungan elaun tersebut dan alhamdulillah bukan sekadar kelangsungan elaun tersebut disambung tetapi bantuan COVID, bantuan makanan kepada atlet-atlet bersasar juga turut disampaikan.
Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua,
Sebagai tambahan juga, melalui teras satu iaitu kelestarian bakat sukan, Majlis Sukan Pahang telah mengenal pasti beberapa inisiatif bagi memastikan program latihan atlet baru adalah lebih berkesan. Antara inisiatif yang telah dikenal pasti ialah pemerkasaan garis panduan carian bakat iaitu dengan mengadakan Program Talent Identification dengan izin, secara terbuka mahupun spesifik. Begitu juga Talent Scouting, Transfer of Talent ataupun TOT penumpuan kepada atlet wanita. Yang kedua, memacu keterlibatan komuniti dalam carian bakat. Ketiga, penggunaan ikon sukan sebagai daya penarik bakat muda sukan.
Yang keempat, meningkatkan kerjasama carian bakat di peringkat sekolah bersama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang atau JPNP. Yang kelima, penjenamaan semula program pembangunan bakat sukan negeri Pahang. Sebagai contoh, kita letakkan nama baru seperti future elephant warrior, young elephant warrior, golden elephant warrior. Ini adalah satu penjenamaan bagi menarik dan memberi peluang kepada generasi atlet baru bagi meningkatkan lagi keupayaan dan kebersamaan dalam membangunkan atlet serta pencapaian berprestasi tinggi dalam sukan negeri Pahang.
Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua,
Setakat ini tiada atlet yang berasal dari negeri Pahang yang digugurkan untuk makluman ADN er... Teruntum. Kesemua 13 orang atlet Program Podium dan 3 orang atlet Pelapis Kebangsaan dari negeri Pahang masih dikekalkan untuk menjalani persediaan bagi 3 temasya utama sebagaimana saya sebut pada awal persidangan yang lalu iaitu Sukan Komanwel di Birmingham England, Sukan Sea di Vietnam dan Sukan Asia di Hangzhou, China. Sekian sahaja Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan ADUN Teruntum, Teruntum.
Terima kasih jawapan dari Wakil Kerajaan. Er... kita faham er... atlet pun er... ada keperluan harian juga kena cari makan juga. Boleh tahu tak berapa… berapakah elaun telah diterima untuk atlet atau jurulatih juga di Pahang. Berapa elaun dia, sebulan?. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada soalan tambahan yang dibangkitkan daripada ADUN er... Teruntum. Saya er... ingin memaklumkan dalam Dewan yang mulia ini, elaun untuk atlet ini pelbagai kategori dan boleh dikatakan er... elaun-elaun ini er... adalah er... tambahan kepada kelangsungan atlet tersebut untuk meneruskan kehidupan sebagai atlet kerana mereka sepenuh masa mengorbankan masa dan jiwa tenaga untuk ataupun demi kelangsungan sukan di negeri Pahang ini.
Sebagai contoh, pada hari semalam ya saya lupa untuk menyatakan dalam Dewan yang mulia ini. Kita telah dikejutkan dengan er... satu kemalangan meragut nyawa seorang atlet er... badminton kita Wan Ezremy namanya dan alhamdulillah saya telah er... memohon Majlis Sukan Pahang menghantar team untuk mengurus jenazah beliau dan alhamdulillah telah selamat dikebumikan. Begitu juga dua hari lepas, er... seorang ayah kepada pengurus er... petanque yang berasal dari Muadzam telah meninggal dunia juga kita aturkan bahkan malam ini kita buat online tahlil kepada keluarga-keluarga arwah ini.
Ini nak mencerminkan bahawa Kerajaan Negeri bukan setakat elaun sahaja kita ambil cakna, bahkan pembangunan serta pelaburan spiritual juga makna pembangunan daripada awal atlet sampai ke mati pun kita ambil tahu. Kita buat tahlil, ritual dalam ibadat er... Islam kita. Jadi er... berbalik kepada elaun tadi saya boleh syorkan kepada ADN Teruntum untuk dapatkan secara bertulis sebab banyak, dia ada Gading Sari, Taming Sari, semua ada ya. Jadi mungkin ADN Teruntum nak mencadangkan gading apa lagi pun kita tengok iya haa… kata Gading Teruntum sebagai contoh haa… mungkin kita boleh tengok.
Itu untuk jawapan tambahan er... kepada ADN Teruntum. Terima kasih Yang di-Pertua.
Pulau Manis…
Er... Dato Sri Yang di-Pertua,
Saya juga ingin bertanya berkenaan dengan pencapaian yang telah diperolehi oleh negeri Pahang dalam tahun 2022 terutamanya dalam sukan futsal, sukan takraw dan juga sukan hoki di mana acara-acara ini telah pun dipertandingkan di peringkat awal tahun dan kita tahu bahawa pada tahun 2021, Pahang di antara pemegang er... johan ataupun naib johan dalam pertandingan tersebut. Jadi apa yang berlaku pada tahun ini? Mohon penjelasan.
Dato’ Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada ADUN Pulau Manis. Saya ucap terima kasih juga kepada rakan-rakan Sidang Dewan yang ada di antaranya er... mengambil tahu tentang sukan di negeri Pahang ini. Berbalik kepada soalan tambahan untuk er... makluman ADUN Pulau Manis er... memang betul kita dalam penyediaan atlet-atlet sukan yang melibatkan futsal, hoki dan sebagainya er... alhamdulillah pada tahun ini, kita ada dua kejohanan besar jugalah ya, yang melibatkan hoki wanita dan juga hoki er... lelaki.
Tetapi kedua-duanya kita dapat naib johan. Itu yang terkinilah yang saya boleh syor er... apa ini share di sini er... dan untuk makluman Sidang Dewan juga dalam kekangan kita mengadakan er... latihan-latihan ini, kita telah er… mengambil satu inisiatif mengadakan latihan secara online bagi er... pergerakan jasmani dan juga yang indoor. Manakala yang melibatkan pergerakan bersemuka kita telah keluarkan SOP penjarakan dan sukan-sukan yang tidak bersentuhan, maka kita teruskan. Inilah yang berlaku pada masa kini apatalah lagi dengan endemik. Pada ketika ini tiada halangan untuk bersukan er... di kalangan rakyat negeri Pahang. Sekian terima kasih Yang di-Pertua.
Baik. Seterusnya saya jemput Chini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon kemukakan pertanyaan yang ke 7. [Apakah perancangan pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan institusi kepimpinan Orang Asli ini diiktiraf dan menjadi suara rasmi kaum Orang Asli Pahang? Adakah mereka mempunyai akses kepada sistem penyampaian Kerajaan Negeri bagi menyuarakan permasalahan masyarakat yang mereka wakili?]
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, yang memberi laluan kepada saya dan terima kasih juga kepada YB. Chini bagi soalan ini, pagi ini. Dalam sistem pengurusan pentadbiran Jabatan Kemajuan Orang Asli ataupun JAKOA, JAKOA telah mewujudkan Institusi Kepimpinan Batin dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli yang dipanggil JPKKOA yang di kampung-kampung tradisional JPKK Orang Asli dia tambah OA kat depan. Ianya sebagai jentera penggerak dan saluran utama untuk menggemblengkan sumber tenaga, pembangunan dan perubahan sikap masyarakat setempat. Tujuan badan ini bagi membentuk warga masyarakat Orang Asli supaya berdaya maju dan inovatif. Institusi yang menerima elaun dan juga kemudahan yang merupakan landasan atau jambatan penghubungan di antara kerajaan dan masyarakat ini Orang Asli.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Bagi mengekalkan keberkesanan institusi ini, pihak JAKOA melalui Rancangan Malaysia Ke-12 telah menerima peruntukan khas dari kerajaan dalam merancang pelbagai aktiviti Program pemantapan pimpinan Kampung Orang Asli. Antaranya ialah mengadakan kursus kepimpinan Batin, Kursus Kepimpinan MyDesa JPKKOA, Program Kampungku Bersih, Program Pemantapan Profesionalisme Batin serta meningkatkan sistem pengetahuan teknologi dalam kalangan Batin dan juga JPKKOA. Jadi kerajaan berharaplah dengan badan dan institusi ini iaitu Batin dan JPKKOA dapat menyalurkanlah pendapat-pendapat, isu-isu dan perkara-perkara lain supaya ianya lebih bergerak dengan lebih pantas dan juga tepat. Terima kasih Yang di-Pertua.
Baik seterusnya saya jemput…
Soalan tambahan Semambu.
Sila
Terima kasih Yang di-Pertua. Saya ingin bertanyakan status perkembangan terkini ORACO yang disebut-sebut dalam Dewan yang mulia ini. Adakah ianya telah pun dikuatkuasakan dan mula dilaksanakan. Soalan kedua adalah tentang apakah pandangan pihak EXCO sekiranya kita adakan satu Konvensyen OA tahunan untuk supaya kita boleh mendengar suara-suara daripada akar umbi OA dan kita boleh luluskan unsur-unsur untuk bantu dan memperkasakan masyarakat OA. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Semambu. Bagi status perkembangan masyarakat Orang Asli atau pun ORACO, sebenarnya sebagaimana dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ianya benarnya baru lagi. Kita pun baru…
akaun pun tak silap baru bulan lepas masa pilihanraya di Johor baru kita dapat membuka akaun ini ORACO. Jadi pegawai-pegawai pun masih tak bergaji lagi. Walau bagaimanapun usaha-usaha lain sebenarnya telah pun kita kenal pasti dan insya-Allah lah dalam masa terdekat, sudah banyaklah program-program yang dirancang di dalam syarikat ini yang boleh membantu khususnya sosio ekonomi masyarakat Orang Asli. Dalam masih baru lagi, masih baby lah cakap, berjalan pun belum lagi, mungkin merangkak lagi. Keduanya, mengenai konvensyen. Sebenarnya kita dalam proses semua badan-badan, institusi macam JPKK, JKKB, JPKKOA, dia dalam proses kontrak dan penyambungan. Kita baru-baru ini JPKK, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun baru memberi watikah kepada penggal yang baru 2022 dan 2023, begitu juga JKKB baru ini diberi… perjumpaan di Jerantut dan insya-Allah kita nak buat JPPKOA tetapi saya berbincang dengan pengurusan kebetulan pula kita ni nak puasa dan sebagainya. Jadi insya-Allah selepas puasa ataupun raya kita akan berjumpa bukanlah konvensyen, tetapi peranan asas ataupun awal sebagaimana yang saya sebutkan tadi kepada pimpinan khususnya Batin dengan JPKKOA. Itu sahaja Semambu. Terima kasih.
Baik, seterusnya saya jemput Bukit Ibam.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan pertanyaan nombor 8. [Kerajaan Pahang telah mengumumkan umtuk melaksanakan Projek Rumah Rakyat Pahang (RRP) di Rancangan Tanah FELDA.]
Bismillahirahmanirahim. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, Terima kasih ADUN Teruntum. Fokus kerajaan negeri Pahang bukan sahaja melaksanakan RRP, Rumah Rakyat Pahang di Kampung-kampung Tradisi. Tidak ketinggalan juga focus Kerajaan Negeri Pahang untuk kepada mereka yang layak di kawasan-kawasan FELDA dengan syarat iaitu sama dengan syarat kelayakan pelaksanaan RRP di kawasan di kampung-kampung tradisi. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut, miskin tegar atau miskin serta berdaftar dalam bank data Kemiskinan Nasional eKasih yang dikemaskini tiap-tiap tahun oleh peringkat daerah,diperakui sah layak oleh Mesyuarat Focus Daerah dan Focus Negeri. Disahkan tidak mempunyai rumah, rumah sedia ada diperakui usang, daif dan tidak selamat untuk diduduki dan memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh) atau sebahagian perlu dapat kebenaran daripada pemegang-pemegang tanah yang lain. Dalam erti kata lain, kalau tanah itu kongsi, perlu dapat kebenaran daripada adik beradik atau tanah kerajaan, perlu atau pihak pejabat tanah akan mengambil tindakan selanjut bagi urusan urusan pemberimilikan tanah untuk mendirikan rumah RRP. Pelaksanaan rumah RRP mengikut kontraktor yang dipilih, dilantik oleh Pejabat Daerah dan Tanah berkenaan mengikut spesifikasi rumah harga yang ditetapkan. Sekian terima kasih.
Sila.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Soalan tambahan saya adalah, apakah asas kepada kenaikan er… Rumah Rakyat Pahang RRP daripada RM65,000.00 kepada RM75,000.00?
Saya mengariskan tiga perkara yang penting kenapa kenaikan harga RRP daripada RM65,000.00 kepada RM75,000.00. Pertama, kerana kestabilan politik Pahang yang dipimpin oleh Barisan Nasional dan didukung, didoa oleh rakan Muafakat Nasional, maka kita ada kestabilan politik. Apabila kita stabil politik, kecekapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Pegawai-pegawai Kerajaan yang diketuai oleh Dato’ SS, PTG, SFINO dan sebagainya, meningkatkan hasil kerajaan negeri Pahang, maka dengan itu kita boleh menaikkan harga daripada RM65,000.00 kepada RM75,000.00. Nombor tiga, keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang memikirkan kenaikan harga simen readymade, harga besi akibat COVID, kapal tak boleh lalu, tak boleh bergerak sebebas-bebas mungkin maka dengan itu harga barang mentah naik dan juga keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang terhadap kontraktor-kontraktor kelas G1, kelas G1 yang terkesan akibat COVID dan juga pasca banjir baru-baru ini. Maka dengan itu satu soalan tambahan yang sangat cantik untuk saya mendetailkan, dengan itu Kerajaan Negeri menaikkan 65,000 kepada 75,000 untuk menyelesaikan masalah [Ahli Dewan menepuk meja]. Sekian terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kita telah selesai membincangkan 8 pertanyaan dan jawapan saya bercadang untuk menempohkan Persidangan pagi ini untuk minum pagi dan Persidangan disambung semula pukul 11.00 pagi. Saya minta kerjasama daripada Ahli-ahli Yang Berhormat semua hari ini hari Jumaat, tepat pada pukul 11.00 pagi mohon masuk ke Dewan. Terima kasih, Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan pada jam 10.40 pagi]
[Persidangan disambung semula]
Sambungan Menimbang Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion
Perkara Ketiga: Sambungan Menimbang Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di hadapan Majlis ialah satu usul yang berbunyi:
“Bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini, bersetuju menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berangkat menyempurnakan Titah Diraja kepada Dewan Negeri”
Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan telahpun disokong dan dibahaskan pada 28, 29 dan 30 Mac 2022. Seterusnya pihak Kerajaan seramai 9 orang telahpun memberikan jawapan-jawapan pada hari Khamis, 31 Mac 2022.
Pada hari ini, Majlis akan menyambung Menimbang Usul tersebut. Sekarang saya menjemput YAB. Menteri Besar untuk menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa membahaskan usul tersebut. Silakan.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin menzahirkan, ucapan menjunjung kasih ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Keempat Belas. Pada hari isnin yang lalu.
Keberangkatan Tuanku dengan iringan lafaz titah Diraja telah menyemarakkan semangat juang dalam kalangan patik pacal-pacal sekalian dalam mendahulukan rakyat dan memakmurkan negeri ini. Intipati titah Diraja oleh Tuanku menjadi panduan yang amat berguna kepada Kerajaan Negeri serta kepada pacal-pacal Ahli-ahli Yang Berhormat.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk menggulung perbahasan bagi pihak kerajaan serta Jawatankuasa-jawatankuasa di bawah saya.
Terima kasih juga di atas segala kerjasama semua pihak sepanjang lima hari persidangan di Dewan Yang Mulia ini. Seramai 26 Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan kali ini. Terima kasih dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyatakan pandangan serta berusaha mendapatkan maklumbalas daripada Kerajaan Negeri. Mudah-mudahan Allah SWT memudahkan segala urusan kita dan mengurniakan rahmat-Nya kepada kita semua.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sepertimana yang saya nyatakan pada Rabu lalu, bahawa pada sesi penggulungan hari ini, saya akan merumuskan, sekali gus menjawab segala persoalan sambil membentangkan pelan tindakan dan perancangan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah bekalan air di Negeri Pahang ini. Saya meneliti, sepanjang sesi perbahasan kali ini, hampir setiap ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian baik daripada blok kerajaan mahupun pembangkang mengutarakan masalah bekalan air di kawasan masing-masing.
Kerajaan Negeri sememangnya mengambil berat mengenai masalah ini dan ia menjadi keutamaan utama dalam pentadbiran saya demi menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyat. Begitu pun, saya memohon agar kita semua kekal rasional dan berlapang dada apabila membicarakan isu ini. Sesungguhnya ‘adat periuk berkerak, adat lesung berdedek’ dan isu air ini merupakan satu isu yang komplek, menuntut perancangan rapi menagih bajet yang cukup besar serta memerlukan tempoh masa untuk diselesaikan.
Bagi menangani masalah air ini, Pengurusan Air Pahang Berhad atau PAIP telah melakukan transformasi besar-besaran sejak tahun 2019, pelbagai inisiatif telah dilakukan bagi mengurangkan ketirisan, meningkatkan jualan dan kutipan menambahbaik proses perolehan dan pengurusan aset serta mengukuhkan tadbir urus kewangan. Alhamdulliah, komitmen ini telah membuahkan hasil apabila PAIP menerima anugerah Emas dalam Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah. Tahniah kepada PAIP.
Pada hari ini dengan kecekapan tadbir urus kewangan PAIP telah berkemampuan peruntukan capital expenditure ataupun CapEx sebanyak RM184.4 juta pada tahun 2022 meskipun hakikatnya PAIP masih kekal menggunakan pakai tarif air pada tahun 1983. Dengan peruntukan RM184.4 juta ini, PAIP akan memberi fokus kepada penyelesaian sistem bekalan air khususnya di kawasan tumpuan atau blackspot yang mengalami masalah bekalan air serta menambah kapisiti result pengeluaran beberapa loji rawatan air seluruh Pahang.
Sebenarnya peratusan blackspot di Pahang ini hanya 4.37% yang melibatkan 20,000 akaun sahaja. Peruntukan RM184.4 juta ini akan dibelanjakan pada tahun ini yang melibatkan 70 projek di seluruh Pahang. Antara projek tersebut ialah projek memasang paip sepanjang 35km dari loji rawatan air Keloi sehingga ke Kampung Ulu Atok di Raub yang bernilai RM12 juta.
Projek ini dijangka siap pada suku kedua tahun 2023. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mencatit ini ya... untuk membuat tindakan ataupun follow-up dengan Pejabat PAIP Daerah ataupun Negeri. Yang kedua, menaiktaraf sistem bekalan air di FELDA Sungai Retang, Jerantut yang bejumlah RM3.4 juta, projek akan siap pada November tahun 2022. Ketiga, projek menaiktaraf sistem bekalan air di Pekan Awah, Maran dengan peruntukan sebanyak RM5.2 juta, projek akan ditender pada bulan Jun 2022. Keempat, projek membina menyiap dan mentauliah pemasangan tangki sedutan dan rumah pump di Pantai Damai, Rompin yang berjumlah RM346,000.00, projek akan siap pada Mei 2022 bulan depan.
Seterusnya projek penambahbaikan bekalan air di Taman Bukit Koman, Raub dengan peruntukkan sebanyak RM353,000.00, projek akan siap pada bulan depan, Mei 2022. Seterusnya projek menaiktaraf sistem bekalan air di kawasan jalan Bukit Damar ke Kampung Bolok Hilir, Lanchang dengan peruntukkan RM1.2 juta, projek akan siap pada Oktober 2022. Cadangan penggantian paip hantaran baru dari HDPE kepada
MSCL 200mm dari loji ke rumah pump PPSK Sri Makmur, Pekan sepanjang 8.5km berjumlah RM3.0 juta, projek akan ditender pada bulan Jun 2022.
Seterusnya cadangan pemasangan paip dari Simpang Koyan ke Kampung Tanjung Gahai di Jelai dengan peruntukan RM4.0 juta, projek akan ditender pada bulan April 2022. Kesembilan, penggantian paip baru seluruh Pahang dengan peruntukan RM12.1 juta. Kesepuluh, penggantian pam dan kerja-kerja berkaitan di Rumah Pam Kobat, Kuantan sebanyak RM23 juta, lima pam pertama dijangka akan siap dipasang pada bulan Ogos tahun ini. Ini akan meningkatkan kapasiti air mentah ke Loji Rawatan Air Semambu fasa pertama dan fasa kedua.
Kesebelas cadangan projek membekal dan memasang paip jenis mainsteel bersaiz 200mm dari Tangki Imbangan Jenderak Utara ke Kampung Paya Luas, Kuala Krau sepanjang 4 km dari kos… dengan kos RM1.2 juta. Ini kawasan Speaker...
Baik. Terima kasih Dato’ Sri.
Sama-sama. Yang kedua belas, membekal dan memasang kabel amour dari motor control centre ke muka sauk loji rawatan air Bera, Kompleks dengan peruntukan RM250,000.00.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Selain pelaksanaan projek-projek di bawah peruntukan PAIP, kita juga akan melaksanakan beberapa projek di bawah peruntukan pembiayaan awal Perbadanan Aset Air Berhad ataupun PAAP seperti berikut, yang pertama projek memasang paip sepanjang 15km, dari loji rawatan air Pekan Tajau sehingga ke Kampung Sri Jaya di Maran yang bernilai RM16.0 juta.
Kedua, projek pembinaan tangki air perkhidmatan dan tangki sedutan Sungai Soi, Kuantan yang berjumlah RM24 juta. Ketiga, projek menaiktaraf sistem bekalan air Bandar Pekan, Pekan dengan peruntukan sebanyak RM12 juta. Yang keempat, projek membina tangki perkhidmatan, tangki sedutan dan memasang paip dari tangki Benta ke Kampung Tersusun, Jerkoh dengan peruntukan RM5.0 juta.
Kelima, projek-projek kecil seperti menaik taraf seperti sistem bekalan air di Kampung Padang Ragut, Kampung Terengging dan Kampung Paya Luas di Temerloh, Kampung Batu Hitam, Kuantan, Kampung Pekan Lama, Pekan, Tanjung Gemok dan Kampung Bukit Kota, Rompin dan Kampung Sempadan, Lanchang dengan nilai keseluruhan RM31 juta.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Begitulah banyaknya projek yang akan dilaksanakan pada tahun ini untuk memastikan rakyat mendapat akses bekalan air yang sepatutnya. Ini tidak termasuk inisiatif Kerajaan Negeri yang melaksanakan projek rintis Off River Storage ataupun ORS di Kuala Medang, Lipis. Projek ini dilaksanakan bagi membolehkan air mentah dari sungai berhampiran disalurkan ke satu kolam takungan sebelum dibekalkan ke loji untuk dirawat. Insya-Allah akan dilaksanakan di setiap daerah di negeri Pahang.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mencatit. Lagi sekali saya ulang, saya berharap… saya amat berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mencatit maklumat yang saya sampaikan ini untuk membuat tindakan susulan dengan pihak PAIP di kawasan masing-masing.
Bagi memastikan pelaksaan projek-projek ini dapat mengikut jadual yang telah ditetapkan. Maknanya Ahli-ahli Yang Berhormat boleh pergi ke PAIP dan boleh rujuk ucapan saya semasa Sidang Dewan pada kali ini. Ini untuk tindakan follow up dan juga follow through, kalau ada follow up… tak ada follow through tak jadi juga. Ini hanya golfer yang tahu apa itu follow through. Kalau nak tahu follow through, kena main golf.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Tidak cukup dengan projek-projek yang saya sebutkan tadi, terdapat pelbagai inisiatif tambahan lain yang turut dilaksanakan oleh PAIP. Antara inisiatif tersebut ialah Pembinaan Kompleks Bekalan Air Kuantan yang disasarkan dapat membekalkan sehingga 400 juta liter sehari. Kompleks ini akan dijadikan loji rawatan air yang terbesar di Pantai Timur. Projek ini akan siap pada tahun 2026 dengan peruntukan berjumlah lebih RM800 juta, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Seterusnya pembinaan saluran bekalan air antara negeri iaitu antara Kemaman ke Gebeng yang membekalkan sehingga 90 juta liter sehari. Projek ini dijangka siap pada suku ketiga tahun 2023 dengan peruntukan berjumlah RM120 juta. Ketiga, Projek Naik Taraf Rumah Empang Kobat, Kuantan juga akan meningkatkan bekalan sehingga 60 juta liter sehari pada masa terdekat ini. Projek ini dijangka siap penghujung tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM23 juta.
Seterusnya Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air Merapoh, Lipis dengan peruntukan RM35 juta. Projek Rolling Plan Ke-2 dengan keutamaan projek ini akan ditender pada bulan Julai 2023. Seterusnya Projek Naik Taraf Loji Rawatan Mela dan kerja-kerja berkaitan dengan peruntukan berjumlah 400 er… saya ulang. Projek Naik Taraf Loji Rawatan Mela dan kerja-kerja berkaitan dengan peruntukan jumlah RM47 juta. Kerja-kerja perunding sedang dijalankan dan akan ditender pada hujung tahun ini.
Seterusnya, Projek Loji Baru Lanchang yang bernilai RM100 juta seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. er… kawasan ADUN Lanchang. Tahniah kepada ADUN Lanchang kerana berjaya mempengaruhi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa lawatan ke Lanchang dan ADUN Lanchang telah membangkitkan perkara ini dan er… Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meluluskan semasa pengumuman.
Tengoklah tuan-tuan, puan-puan tengoklah Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakan-rakan sekalian bagaimana hebatnya ADUN Lanchang. Ya. Dalam masa yang singkat boleh mempengarahui PM. Tetapi ini semua dibuat adalah untuk rakyat di negeri Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja]. Status semasa adalah peringkat awal penentuan skop dan peruntukan oleh pihak EPU, KASAR dan PAIP.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Peruntukan keseluruhan bagi pelaksanaan projek ini adalah lebih daripada RM1 bilion. Ini adalah antara persediaan Kerajaan Negeri Pahang menerima pelabur-pelabur baharu dan menaik taraf sistem bekalan air penduduk setempat.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menjawab beberapa soalan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat semasa mereka membahaskan ucapan Diraja tempoh hari. Menjawab soalan daripada Pulau Manis, untuk mengatasi isu bekalan air di Kampung Sri Makmur, Kampung Belimbing, Kampung Sri Gemuruh dan kawasan sekitarnya. PAIP akan membelanjakan RM4.15 juta bagi kerja-kerja naik taraf PAIP, muka sauk loji dan membina rumah pam baharu. Projek ini akan siap pada penghujung tahun ini Dato’ Sri Yang di-Pertua. Mana ADUN Pulau Manis.
Terima kasih Dato’ Sri MB.
Sama-sama. Sebutlah “terima kasih daun keladi, bila-bila hendak lagi”. [ketawa]
Menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Lembing. PAIP akan melaksanakan enam projek bekalan air di Sungai Lembing dengan jumlah peruntukan RM7.95 juta. Projek ini akan siap pada suku ketiga tahun 2023.
Menjawab soalan dari Yang Berhormat Sabai. Ada Sabai? Tak ada. Tak sihat, ya. PAIP sedang dalam proses… harap rakan-rakan boleh bagitau kepada ADUN Sabai ya. Untuk beliau membuat tindakan susulan. Menjawab soalan Yang Berhormat Sabai, PAIP sedang dalam proses Pembinaan Loji Rawatan Air Karak Fasa 2 yang akan siap pada suku ketiga tahun 2022, kos projek adalah sebanyak RM45 juta.
Menjawab soalan Yang Berhormat Damak, negeri Pahang telah menerima peruntukan berjumlah RM60 juta untuk Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air Batu Balai melalui Projek Bekalan Air Luar Bandar. Projek ini dalam peringkat penyediaan dokumen lantikan perunding akan dibuat pada suku tahun ketiga 2022.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Jumlah keseluruhan projek-projek bekalan air adalah melebihi RM2.0 bilion. Kerajaan Negeri Pahang bersama PAIP akan terus mencari sumber-sumber kewangan lain untuk menampung keperluan perbekalan air yang efektif di seluruh Pahang. Itulah komitmen berterusan yang Kerajaan Negeri Pahang yang ditunjangi oleh UMNO, yang ditunjangi oleh Barisan Nasional pada ketika ini. [Ahli Dewan tepuk meja].
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga telah meminta CEO PAIP untuk bertindak lebih agresif turun padang setiap dua minggu sekali, serta menyediakan pelan komunikasi yang lebih efektif bagi memastikan rakyat negeri Pahang cakna akan pelaksanaan projek-projek ini. Beliau dan pasukannya telahpun turun ke padang ke Kampung Kuala Atok, Raub dan FELDA Sungai Retau, Jerantut baharu-baharu ini. Tahniah kepada CEO PAIP.
Selain daripada itu, insya-Allah saya sendiri akan turun padang menjelajah ke setiap daerah di seluruh Pahang untuk mengadakan mesyuarat bersama Pengurus PAIP Daerah dan juga pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan tersebut. CEO PAIP akan turut dilibatkan dalam siri jelajah ini. Ia bukanlah mesyuarat biasa… tetapi ia bukanlah mesyuarat biasa seperti kelazimannya tetapi mesyuarat yang berfokus membincangkan hala tuju serta langkah penyelesaian isu bekalan air di kawasan tersebut.
Mesyuarat ini lebih kurang saya akan buat sepertimana selepas banjir Dato’ Sri Yang di-Pertua. Di mana selepas banjir, saya panggil semua Pegawai Daerah, Pengarah JKR, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri pun ada er… Dato’ Indera Pegawai Kewangan pun ada dan er… pengurus-pengurus daerah pun ada.
Dalam perbincangan tersebut, kami membincangkan 3 perkara penting. Punca banjir, semasa banjir dan isu selepas banjir. Dan yang ini pun kita akan buat macam ini juga. Makna saya bersama dengan SS, sama dengan DO mungkin pemimpin-pemimpin tempatan dan juga pengurus er… PAIP daerah termasuk CEO dan kita hendak bincang mungkin ada perkara-perkara lagi yang mungkin kita boleh selesaikan mungkin untuk jangka masa pendek Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar….
Ya.
Mungkin dapat diselesaikan segera, mudah-mudahan.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Boleh bagi stroke lepas ini ya. [ketawa]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Menjawab soalan Yang Berhormat Ketari tentang penguatkuasaan bagi mengawal tanah hutan simpan dan penyalahgunaan aktiviti ke atas tanah hak milik individu yang mana boleh menyebabkan kerosakan kepada hutan dan sungai di kawasan sekitar. Saya ingin memaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sentiasa melaksanakan penguatkuasaan bagi membanteras penjenayah alam sekitar yang dilakukan pencerobohan haram di dalam hutan simpan. Antara usaha yang dilaksanakan adalah mencegah perkara ini adalah pemantauan kawasan hutan menggunakan satelit bagi mendapatkan imej-imej terkini.
Kedua, pemantauan secara langsung menggunakan helikopter bagi melihat pembukaan kanopi pokok dalam kawasan hutan. Ketiga, risikan dan pemantauan dilapangan oleh kakitangan penguatkuasaan. Keempat, melaksanakan operasi bersepadu bersama Unit Penguatkuasaan Bersepadu Negeri bagi penerokaan haram dan pembakaran terbuka di tanah kerajaan dan tanah milik.
Yang kelima, telah menubuhkan Pasukan Elit Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang bagi membanteras aktiviti perlombongan haram, penebangan hutan yang tidak terkawal dan pencerobohan tanah. Pada tahun lepas, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang merekodkan sebanyak 57 kes melibatkan penerokaan hutan untuk mengambil hasil hutan dan juga bagi tujuan penerokaan untuk pertanian. Semua kes ini telah dibuka kertas siasatan berdasarkan peruntukan kuasa di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 pindaan 1963.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Menjawab soalan Yang Berhormat Chini, sama ada berlaku pencerobohan tanah secara haram dan apakah tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh Kerajaan Negeri, saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa berusaha membanteras kegiatan penerokaan tanah kerajaan tanpa kebenaran sah, yang merupakan satu kesalahan di Bawah Peruntukan Seksyen 42(1) Kanun Tanah Negara [Akta 828].
Kerajaan Negeri melalui Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang telah melaksanakan pelbagai tindakan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan terbabit dengan tindakan penyitaan mesin dan jentera yang digunakan penggunaan kompaun yang tinggi sehingga kepada pendakwaan kes di mahkamah.
Setakat Mac 2022, sebanyak lapan kes penyertaan mesin dan jentera bernilai RM245,000.00 telah direkodkan. Sebanyak RM87,500.00 jumlah kompaun telah dikeluarkan dan telah pun dibayar serta sebanyak lapan kes pendakwaan tan telah dan sedang dibawa ke mahkamah untuk di dakwa dan dibicarakan bagi kesalahan menceroboh tanah kerajaan.
Selain kes-kes yang disebut tadi, terdapat lagi dua kes di Bawah Seksyen 425 kanun Tanah Negara yang masih di dalam siasatan dan tindakan lanjut pihak Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang. Setiap kes pencerobohan tanah secara haram akan dimaklumkan ke unit Penguatkuasaan Negeri Pahang untuk diambil tindakan Penguatkuasaan Bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (disemak) 2020 [Akta 828].
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya melihat di dalam sidang dewan kali ini, masih lagi terdapat Ahli-ahli Berhormat yang mengaitkan pembalakan, sebagai punca banjir di Bentong baru-baru ini. Sekali lagi saya ingin tegaskan ia adalah tidak tepat dan kenyataan ini dibuat tanpa bukti yang kukuh. Hasil semakan mendapati, hasil semakan mendapati berlakunya kejadian kepala air di Karak, yang bermula di Hutan Simpan Lentang akibat hujan lebat yang berterusan selama tiga hari, bermula 16 Disember hingga hari kejadian banjir besar di Bentong iaitu 18 Disember 2021. Ini disokong dengan data taburan hujan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Bentong yang mencatatkan bacaan purata 155mm pada 18 Disember 2021. Kadar hujan 155mm hari ini dikategori sangat lebat kerana bersamaan dengan kadar sebulan seterusnya hujan pada hari biasa.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ada buku yang disediakan oleh er… Jabatan Hutan… Kajian Forensik Banjir Puing 2021 Lembangan Bentong, Pahang. Dan saya telah meminta supaya Jabatan Perhutanan Negeri mengedarkan kesemua buku ini kepada semua Ahli-ahli Yang
Berhormat supaya Ahli-ahli Yang Berhormat dapat membacanya dan memahaminya dan tidak lagi sekali-kali mengaitkan ianya adalah disebabkan oleh pembalakan.
Ini adalah Kajian Forensik Banjir Puing 2021 Lembangan Bentong, Pahang. Ini akan diedarkan oleh Ahi-ahli Yang Berhormat. Ianya cukup comprehensive saya tak sempat baca lagi tapi saya tengok sekali lalu memang sangat baiklah dan memang tidak boleh dipertikaikan sebab ini adalah kerajaan forensik, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Semakan melalui udara menggunakan dron, mendapati tiada sebarang aktiviti pembalakan, sama ada di dalam Hutan Simpan Lentang, Tanah Kerajaan dan Tanah Milik di kedua-dua lokasi. Jabatan Perhutanan Negeri Pahang juga mengesahkan, tiada sebarang aktiviti pembalakan secara sah mahu pun pembalakan haram sepertimana ditularkan di Media Sosial. Malah, saya sendiri terdapat tinjauan udara melalui helikopter di kawasan kejadian bersama pihak media, pada 13 Januari yang lalu.
Dari segi rekod, Hutan Simpan Lentang yang terlibat dengan insiden ini, telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air sejak tahun 2002 di mana aktiviti pembalakan adalah tidak dibenarkan sama sekali di dalam kawasan ini. Saya ucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada… mantan Menteri Besar, Yang Berhormat daripada Pelangai kerana telah mewartakan ianya sebagai Hutan Tadahan Air pada tahun 2002. [Ahli Dewan menepuk meja].
Tambahan dari itu, seluas 30 hektar kawasan Hutan Simpan Lentang di Sungai Krau telah dijadikan sebagai petak High Conversation Value Forest ataupun HCVF sejak tahun 2012. HCVF merupakan kawasan Hutan Perlindungan yang tidak boleh dijalankan sebarang aktiviti pembalakan. Lagi sekali syabas, tahniah kepada ADUN Pelangai, Mantan Menteri Besar. [Ahli Dewan menepuk meja].
Berdasarkan bukti forensik mendapati, ratusan runtuhan tanah yang berlaku akibat hujan yang terlampau lebat sehingga mengakibatkan banjir puing yang dibawa arus sungai. Kejadian ini juga membawa bersama runtuhan tanah, batu-batan dan pokok-pokok di sepanjang laluan banjir tersebut. Bagi mengukuhkan lagi apa yang saya telah katakan, di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat telah pun diedarkan rupanya tak dimaklumkan kepada saya.
Bagi mengukuhkan lagi apa yang saya telah katakan, di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat telah disediakan buku Kajian Forensik Banjir Puing 2021. Puing ini kena sebut betul-betul ye. Ada tak? Tak ade lagi. On The Way dah ye... macam kita main golf ada mana? On The Way… dia On The Way lah tu. Insya-Allah, insya-Allah akan dapat semua.
Bagi mengukuhkan lagi apa yang saya telah katakan… bukunya On The Way bersabit dengan buku Kajian Forensik Banjir Puing. Puing ni kene sebut betul-betul Dato’ Sri Yang di-Pertua. Sebab masa saya berkeja di Utara dulu… kalau saya nak sebut kalau sebut puing, puing tu maknanya girlfriend dalam Bahasa Siam. Kena sebut puing jangan sebut puint. Ini adalah berkaitan kegiatan kejadian banjir puing yang berlaku di Bentong baru-baru ini. Kesemua bukti dan fakta, direkodkan ada di dalam buku ini. Sebelum Ahli-ahli Yang Berhormat balik pastikan dapat buku ini ye. Dalam kerajaan itu juga dijelaskan bahawa aktiviti pembangunan di Tanah Kerajaan dan Tanah Milik di kawasan tersebut bukanlah punca utama bagi puing ini.
Saya harap agar buku ini diteliti oleh setiap ahli Yang Berhormat dan berpeganglah kepada fakta dan bukti yang telah dilaporkan di dalam buku ini, di mana kajian yang dibuat oleh pakar-pakar geologi dan hidrologi. Saya ucapkan terima kasih kepada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang atas inisiatif menghasilkan buku ini. Satu tepukanlah. Buka senang buat buku ni. [Ahli Dewan menepuk meja].
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Menjawab soalan Yang Berhormat Semambu, agar pihak Kerajaan Negeri membentangkan nilai komersial daripada projek Ladang Hutan di negeri Pahang. Saya ingin memaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bertanggungjawab mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangan kepada pembangunan sosial ekonomi negara. Salah satu aktiviti yang dirancangkan adalah penubuhan projek Ladang Hutan. Spesis pokok yang ditanam di ladang hutan adalah jenis cepat tumbuh dan mempunyai kadar dan sesuai ditanam untuk penanaman semula hutan sepertimana yang disyorkan oleh Kerajaan Pusat.
Antara spesis yang mempunyai nilai komersial yang tinggi adalah getah, timber latex clone, albizia dan kelampayan. Semua spesis ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi bagi sektor pembuatan papan lapis Viner, papan Sepai, papan Gentian. Jenis-jenis papan ini mendapat jumlah tinggi bagi pembuatan perabut yang dieksport ke luar negara dan kegunaan tempatan. Ingin ditegaskan di sini bahawa penubuhan ladang hutan di dalam Ladang Hutan Simpan Kekal adalah di dalam kawasan Hutan pengeluaran yang ter… terosok atau di greaded sahaja dan tidak melibatkan hutan perlindungan seperti Hutan Tadahan Air.
Tambahan daripada itu, kelulusan laporan air diperlukan sebelum sesuatu projek ladang hutan dimulakan dan laporan environment management plan perlu disediakan semasa operasi penubuhan ladang hutan sebagai langkah mitagasi kesan penubuhan pada alam sekitar. Di samping itu juga, zon penampan sungai tetap dikekalkan di dalam kawasan kelulusan penubuhan ladang hutan.
Tujuan penubuhan ladang hutan adalah untuk mengurangkan aktiviti pembalakan di Hutan Asli dalam jangka masa panjang. Ia juga ada digariskan dalam Dasar Perhutanan Negara 1978 dan Dasar Perhutanan Malaysia 2021 pada masa depan, kita berharap kebergantungan kepada hutan asli ini akan sentiasa berkurangan setelah semua kawasan kelulusan ladang hutan ini siap ditanam sepenuhnya. Ia sekali gus akan menggalakkan perkembangan industri perkayuan di negeri ini dengan jaminan sumber bahan mentah yang mencukupi dan konsisten dari ladang hutan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Menjawab soalan Yang Berhormat Peramu Jaya, agar Kerajaan Negeri melaksanakan proses pemutihan dan kenalpasti Rancangan Tanah Kelompok Khas yang belum diluluskan kepada Orang Asli dan memastikan pemaju membayar premium dan cukai untuk memastikan manfaat kepada Orang Asli. Saya ingin memaklumkan bahawa sebanyak 19 daripada RTK Khas Pekan telah dimajukan oleh pihak RISDA Plantation Sdn. Bhd.
Pejabat Daerah dan Tanah Pekan telah melaksanakan mesyuarat penyelasaran bersama JAKOA dan ORACO yang turut melibatkan YB Ahli Dewan Undangan Negeri sebagai tindakan untuk pengumpulan maklumat dan pemutihan tanah-tanah yang
telah dimajukan. Mesyuarat susulan bersama pihak RISDA Plantation Sdn. Bhd. akan diadakan dalam masa terdekat untuk pertimbangan Kerajaan Negeri.
Dalam hal ini, Kerajaan Pahang telah membuat keputusan untuk menubuhkan Pahang Orang Asli Corporation Sdn. Bhd. yang berfungsi untuk memutihkan tanah-tanah di kawasan penempatan atau perkampungan Orang Asli yang diceroboh oleh syarikat atau individu termasuk juga pembangunan oleh agensi kerajaan seperti RISDA dan FELCRA yang tidak patuh kepada Enakmen Tanah Negeri. Kerajaan Negeri yakin dan percaya dengan kaedah begini akan memberi faedah yang terbaik kepada masyarakat Orang Asli di samping menjamin hak tanah tersebut kepada mereka.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Mengulas cadangan Yang Berhormat Mentakab agar projek tebatan banjir di Mentakab disegerakan terutamanya di lembangan Sungai Semantan ekoran banjir besar di sekitar kawasan tersebut. Saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah pun meluluskan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Semantan Fasa Pertama dalam Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke-12dan projek ini telah pun ditender pada bulan November 2021 oleh ibu pejabat JPS Malaysia.
Maknanya sebelum Yang Berhormat bercakap itu, Kerajaan dah ambil tindakan dah ya. Yang ni kita kena tegaskan bahawasanya kita telah mengambil tindakan sebelum perkara ini dibawa dalam Dewan. Walau bagaimanapun, surat setuju terima hanya akan dikeluarkan selepas permohonan peruntukan tambahan diluluskan bagi proses pengambilan balik tanah.
Menjawab soalan Yang Berhormat Triang agar Kerajaan Negeri mengkaji perancangan pembangunan bagi mengelakkan banjir di Bandar Triang. Saya ingin memaklumkan di Dewan Yang Mulia ini bahawa Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah memasukkan permohonan kepada Kerajaan Persekutuan untuk Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Triang dalam Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12 dengan anggaran kos sebanyak RM92.5 juta.
Selain itu, Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam ataupun PISMA Bera juga telah diluluskan dalam senarai projek pembangunan bagi Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke-12, pelaksanaan dijangka bermula pertengahan tahun 2022.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Ketari berkenaan bantuan membina rumah rosak akibat banjir, Kerajaan Negeri menyedari akan kesusahan yang sudah dihadapi oleh para mangsa banjir yang telah kehilangan kediaman tempat mereka. Kerajaan Negeri dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Majlis Ugama Islam Pahang, Badan Bukan Kerajaan dan Kedutaan Emiriah Arab Bersatu telah sudi memberikan sumbangan untuk membina baru rumah-rumah yang musnah ketika banjir.
Pada masa yang sama, rumah-rumah rosak yang mana kos pembaikan dianggar tidak melebihi RM15,000.00 sebuah sedang dibaik pulih oleh agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kesemua kerja-kerja baik pulih akan selesai pada penghujung April 2022. Manakala bagi rumah-rumah yang akan dibina semula, kerja-kerja pembinaan akan bermula sebaik sahaja peruntukan diperolehi iaitu pada awal April 2022 bagi dana sumbangan Kedutaan UAE, peruntukan KPLB, KPKT, MUIP dan sumbangan NGO. Pelaksanaan
adalah melalui pejabat daerah yang terlibat dengan penyelarasan dibuat oleh Bahagian Perumahan, Pejabat SUK.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Menjawab soalan Yang Berhormat Teruntum supaya pihak Kerajaan Negeri menyelesaikan isu hal milik strata yang berlaku di bangunan Kompleks Teruntum yang masih belum diselesaikan sejak tahun 2021. Saya ingin memaklumkan bahawa pengeluaran hak milik strata bagi Kompleks Teruntum tidak dapat dilakukan memandangkan pihak pemaju iaitu syarikat Pasdec Properties Sdn. Bhd. masih belum mengemukakan permohonan pecah bahagi bangunan bawah Seksyen 9, Akta Hak Milikstrata 1985 [Akta 318] kepada pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang.
Permohonan yang dinyatakan masih belum lagi dikemukakan…
Minta celah sikit, minta celah sikit Menteri Besar. Terima kasih er… jawapan dari Menteri Besar tapi PASDEC itu pun bawah Kerajaan Negeri Pahang. Kenapa tidak boleh diluluskan? Sebab pemilik strata… pemilik ini semua tertunggu-tunggu dah 40 tahun. So, macam mana kita nak selesaikan masalah ini? Terima kasih, sebelum penggal ini lah. Kalau boleh nanti saya pun nak, nak apa nak retire jugalah. Kalau boleh nak selesai. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Bukan ADN Teruntum sahaja nak selesai, saya pun nak selesai juga. Tapi masalahnya sekarang ni di dalam apa ni hak milk itu tidak dapat kita tidak dapat laksanakan pasal Pasdec Properties dia bukan direct bukan Kerajaan ada syer 100% dalam ni. PKNP ada sikit, Pasdec sendiri dan ada lagi beberapa ni lah. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, sebab Teruntum ini sahabat saya, kita akan lihatlah perkara ini, ya.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Permohonan yang dinyatakan masih belum lagi dikemukakan oleh pemaju. Ha ni… BY. Teruntum ya. Pemaju belum mengemukakan lagi memandangkan terdapat pertikaian melibatkan status isu pemilikan tempat letak kereta bawah tanah Kompleks Teruntum yang telah dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan keputusan. So benda ni masih dalam tindakan mahkamah YB. Teruntum. Jadi, kita tak boleh bercakap banyak sangat takut nanti sub judice pula. Jadi kita tunggulah.
Untuk makluman YB. Teruntum, keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 26 November 2021 telah memihak kepada Badan Pengurusan Bersama Kompleks Teruntum di mana pemilikan keseluruhan petak di tempat letak kereta bawah tanah Kompleks Teruntum adalah di bawah Badan Pengurusan Bersama Kompleks Teruntum sepenuhnya dan diisytiharkan sebagai common property. Pasdec Properties Sdn. Bhd. tidak mempunyai kuasa ke atas pentadbiran dan pengurusan bagi keseluruhan petak-petak di tempat letak kereta bawah tanah Kompleks Teruntum.
Sehubungan dengan itu, pendaftaran hak milik strata hanya akan dilakukan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang setelah menerima permohonan pecah bahagi bangunan di bawah Seksyen 9 Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] daripada pihak syarikat juruukur tanah berlesen.
Jadi, saya harap Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua… saya minta YB. Teruntum kejarlah ya… jangan kejar dalam Dewan je, jangan kejar saya sama rakan-rakan yang lain. Nanti dulu tak habis cakap lagi [ketawa]. Jadi kena kejar juga syarikat apa ni er… hak milik strata ini untuk mendapatkan hak milik strata ni kena pergi juga ke Pejabat PTG. Sila YB. Teruntum.
Kalau saya ingat MB bagi arahan itu lagi cepat. Kita nak jumpa pegawai-pegawai begitu susah sekali. Minta tolong dari Menteri Besar tolong selesaikan masalah 40 tahun… ini kita dah 50 lebih. Dari saya kecil sampai sekarang tak dapat strata title.
Betullah tapi saya dah cakap tadi takkan YB tak faham. Suratan hak milik strata ini hanya akan dilakukan oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian Pahang setelah, YB Teruntum… setelah menerima permohonan pecah bahagi bangunan di bawah Seksyen 9 Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] daripada pihak syarikat juruukur tanah berlesen. Jadi, YB kejar syarikat juruukur ya. Kalau ada masalah, bagitahu saya, mesej saya. Okay YB? Boleh? Terima kasih YB.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Ahli Yang Berhormat Cheka bertanyakan mengenai permohonan lanjut tempoh pajakan tanah yang dikemukakan melibatkan pemohon yang tidak berkemampuan. Saya ingin menjelaskan bahawa secara dasarnya perlanjutan pajakan tanah dikenakan premium sebagai hasil kepada Kerajaan Negeri yang mana hasil terkumpul akan dikembalikan semula kepada rakyat dalam bentuk penyediaan kemudahan asas dan lain-lain.
Pemilik tanah yang kurang berkemampuan boleh cuba merayu pengurangan bayaran premium tanah melalui pentadbir tanah daerah untuk diangkat kepada pertimbangan pihak berkuasa negeri. Rayuan hendaklah dikemukkan sebelum tamat tempoh Notis 5A kerana apabila tamat tempoh Notis 5A kelulusan asal telah terbatal.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Bagi menjawab soalan-soalan berkaitan sistem penyampaian awam. Saya ingin memaklumkan bahawa dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar raya Kuantan, satu kajian pengurusan lalu lintas dan pungutan awam di pusat bandar raya Kuantan bersama Universiti Malaysia Pahang sedang dijalankan dan akan siap pada bulan September. Kajian ini bertujuan memberi input kepada pengurusan sistem lalu lintas dan pengangkutan awam yang lebih efektif bagi bandar raya Kuantan.
Dalam mendepani isu sistem saliran di kawasan bandar pula, saya ingin memaklumkan bahawa pada tahun 2022, Majlis Bandaraya Kuantan telah melaksanakan sebahagian daripada peruntukan MARRIS berjumlah RM120 juta bagi penyelenggaraan longkang termasuk kerja-kerja pembaikan dan pembersihan longkang, menaik taraf saiz longkang dan kerja-kerja pembaikan selain usaha
mendalamkan sungai dalam bandar khususnya Sungai Galing yang agak cetek akibat mendapan pasir.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sekianlah sahaja sesi penggulungan saya. Diharapkan saya telah menjawab sebahagian besar soalan yang ditujukan kepada saya sebagai Menteri Besar yang turut mengetuai jawatankuasa negeri-negeri yang dipertanggungjawabkan ke atas saya. Jika masih ada belum berjawab, insya-Allah jawapan secara bertulis dengan maklumat dan butiran yang lebih terperinci akan saya berikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kelak.
Sukacita saya rumuskan bahawa dalam kegigihan mendahulukan rakyat dan memakmurkan negeri, Kerajaan Negeri Pahang tidak pernah memilih bulu dan sentiasa menjamin pembangunan yang setara tanpa mengira kawasan Pembangkang mahu pun Kerajaan.
Ia selari dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ketika menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Dewan ini pada Isnin lalu agar jentera Kerajaan Negeri sentiasa adil, tidak memilih bulu dan berlandaskan prinsip-prinsip murni yang dipegang selama ini demi kesejahteraan rakyat Pahang. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu mencelah sikit.
Dah nak tutup ni. Kena buka balik.
Mencelah sikit.
Okaylah… jangan lama sangat mencelah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri MB, berkaitan dengan saya bangkitkan isu bauksit dah 5 tahun masalah ini tak selesai jadi er.. kalau kita nak hidupkan balik bauksit banyak masalah banyak perkara-perkara yang tak selesai saya cadang kalau susah sangat mohon jasa baik Kerajaan Negeri kita tukar syarat supaya peneroka tertunggu-tunggu… ada yang dah hilang pendapatan untuk tebus guna balik tanah, kos terlampau tinggi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Cadangan itu akan dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri, insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya fikir itu sajalah penggulungan yang dapat saya sampaikan. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat memahami dan menghadamkan apa yang telah saya nyatakan dan boleh buat tindakan susulan di mana yang perlu. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum WBT. [Ahli Dewan Menepuk Meja].
Yang Berhormat… Ahli Yang Berhormat Yang Berhormat Pelangai ada nak mencelah apa-apa? Sikit…
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
saya ingat nak mencelah pun kot-kot ada usul untuk menangguhkan Dewan, baru saya...
Lebih baik mencelah sekarang pun boleh.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana memberi saya peluang untuk bercakap sepatah dua kata. Saya mengambil peluang ini memikirkan mungkin ini Sidang Dewan, mungkin terakhir, sebelum PRU dan saya mengambil peluang ini untuk menjawab ramai pihak tertanya-tanya kenapa saya tidak menghadiri majlis-majlis, kenapa saya kurang bercakap di dalam Dewan. Jadi sebelum Dewan ini dibubarkan nanti, jadi saya mengambil kesempatan sikit masa untuk er... menerangkan sedikit sebanyak.
Selaku orang lama dalam Dewan ini, ini tahun ketika 36 tahun saya menjadi ADUN. Umur 72 tahun, bermakna separuh umur saya adalah sebagai ADUN. Makna kalau tahun depan dibubarkan Dewan, Insya-Allah kalau ada lagi, maknanya saya 37 tahun dalam Dewan. 8 penggal selaku ADUN 4 tahun, Ahli EXCO 9 tahun dan Menteri Besar 19 tahun.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang kita kasihi kerana saya perhatikan, sejak mengambil alih jawatan Menteri Besar, Yang Amat Berhormat telah membuktikan beliau sebagai seorang Menteri Besar yang sangat prihatin mengenai hal-hal rakyat. Dan er… beliau telah banyak merancang, melaksanakan program dan kesemuanya ini adalah untuk rakyat. Saya terharu dan er... sangat-sangat menghargai apa yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk negeri Pahang ini.
Pasangan kahwin pun dapat peruntukan. Yang melahirkan anak pun dapat peruntukkan. Yang baru lahir pun dapat peruntukkan. Jangan ceritalah bantuan-bantuan untuk mangsa banjir sebagainya. Turun… semasa Perhimpunan Agung, saya perhatikan dan saya berasa sangat terharu. Yang Amat Berhormat Menteri Besar turun ke Bentong ada banjir kilat pula. Turun sekejap dari Kuala Lumpur ambil masa
sejam dua turun menyampaikan bantuan dan saya yakin pemimpin macam ini mesti teruskan la, mesti diberikan kepercayaan. [Ahli Dewan tepuk meja]. Beliau telah banyak membuatkan er... kita katakan meneruskan kesinambungan.
Saya ingat semasa saya mula menjadi Menteri Besar dulu, kita juga meneruskan kesinambungan Menteri Besar - Menteri Besar terdahulu. Sebagai contoh Allahyarham Tan Sri Yahya… zaman beliau mewujudkan PKNP, LKPP yang sekarang ini PKPP, Bukit Fraser Corporation sebagainya, diteruskan oleh Allahyarham Dato’ Aziz Ahmad, Allahyarham Dato’ Muhamad Jusoh, Allahyarham Dato’ Rahim Bakar, Allahyarham Tan Sri Rashid. Kemudian itu Dato’ Sri Najib, Dato’ Sri sekarang ini Tun Khalil kemudian saya.
Saya masih ingat lagi sebagai contoh er… sebuah syarikat anak syarikat Yayasan Pahang, Sumber Perindu 1,000 ekar je… hutang berjuta. Saya pun tidak pandai tetapi saya panggil kawan-kawan pandai sikit, ekonomi ke kelapa sawit atau sebagainya. Jadi saya telah berazam untuk menjadikan YPPH ini daripada 1,000 ekar kepada 125,000 ekar.
Tetapi Alhamdulillah dapatlah setakat ini 75,000 ekar hingga 80,000 ekar. Daripada 1,000 ekar… 80,000 ekar, daripada hutang dengan bank, sekarang alhamdulillah. tahun 2000 dijadikan estet, 2020, 2022 mengutip hasil. Tahun lepas sahaja YPPH menjana revenue RM470 juta. Untung sahaja RM230 juta. YPPH bagi kepada Yayasan Pahang RM150 juta. Itulah untuk biasiswa anak-anak sebagainya.
Maknanya kita terus menambah atau menambahbaik. Begitu juga dalam kelolaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekarang ini. YPPH ini revenue RM470 juta keuntungan RM230 juta bagi YP… Yayasan Pahang RM150 juta… YPPH sendiri ambil RM50 juta… bayar income-tax dekat RM10 juta… yang lain masuk sinking fund. Maknanya kita menambahbaik. Selepas ini mungkin pula Yang Amat Berhormat Menteri Besar menambah lagi keluasan Yayasan Pahang… YPPH untuk kita menjana pendapatan. Dulu harapkan balak tetapi kita nampak dah balak ini akan habis. Kita buat kelapa sawit. Alhamdulillah selesai masalah.
Contohnya saya tunjuk baru-baru ini. Yang Amat Berhormat Menteri Besar mewartakan hutan simpan kekal. Ini juga kesinambungan. Saya ingat masa saya dahulu satu kertas EXCO boleh dilihat oleh Pengarah Perhutanan Negeri. Kita mewartakan kalau saya tidak silap 300,000 hektar, bukan ekar, hektar sebagai Hutan Simpan Kekal. Ini ditambah lagi oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekarang ini. Beratus-ratus ribu ekar lagi. Maknanya kita di Pahang ini kita lah yang memberi sumbangan kepada untuk carbon free ni.
Keluasan Semenanjung ini hutan tu kebanyakannya adalah hasil dari hutan di negeri Pahang. Kita masih berhutan. Kalau tidak silap saya 56 % daripada negeri Pahang ini masih berhutan. Negeri lain dah habis. Saya berharap supaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar diberikan sokongan supaya beliau boleh banyak lagi membawa perubahan-perubahan, penambahan-penambahan perkara-perkara yang baik.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sebelum saya duduk. Saya yakin Pahang akan terus maju dengan kepimpinan Menteri Besar yang ada [Ahli Dewan menepuk meja], Insya-Allah negeri akan maju dibantu oleh Ahli-ahli EXCO dari Lanchang, Benta, Kuala Sentul, Kerdau, kemudian itu Guai, Tioman er... Batu Talam, Bebar dan juga Pulau Tawar.
Pulau Tawar saya tengok, sebagai orang lamalah, jawab soalan cukup ... saya bagi A+ lah. [Ahli Dewan Menepuk Meja]. Mudah, jelas. Bukan pula hak lain tidak jelas, hak lain dapat A… Ha… gitu. Maknanya yang lain A, Pulau Tawar dapat A+. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, A campur, campur, campur. [Ahli Dewan Menepuk Meja]
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Pahang akan terus maju, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, saya sungguh terharu. Semasa saya di Bentong, meninjau sepupu saya dan juga pak sedara waris-waris, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berada di kawasan kampung. Bila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja lalu, saya dengan mask, dengan topeng, pakai baju batik, ada kasut, seluar biasa, “Tuanku!” Saya rasa macam nak menangis. Tuanku berhenti. Dia ketuk pintu kereta, berhenti, turun, “Dato’ Sri DiRaja!” Tuanku. Berborak pula dua tiga minit.
Saya telah mendapati bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, dia betul-betul mewarisi darah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sekarang ini dan Al-Marhum Paduka nenda Sultan Haji Ahmad Shah. Sebab apabila saya mengatakan alhamdulilah Tuanku is very sensitive, Tuanku goes to the ground, Tuanku bertitah menjawab macam mana. “Dato’ Sri, saya cucu siapa? Haa... itu saya rasa terharu.
Maknanya Pemangku Raja Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengingatkan Al-Marhum Paduka nenda. Saya percaya dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dibantu oleh paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, disokong pulak dengan kerja kuat Orang Tua Negeri Yang Amat Berhormat Menteri Besar insya-Allah masa depan Negeri Pahang insya-Allah akan terus cerah dan maju [Ahli Dewan Menepuk Meja].
Kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ucapkan berbanyak terima kasih memberi peluang, sekurang-kurangnya kita menunjukkan bagaimana peraturan Dewan dijalankan. Jangan pulak esok Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, semua pula Ahli-Ahli Dewan esok mengambil kesempatan semacam yang diberi kepada ADN Pelangai. Bukan, bukan hari-hari begitu. Haa... kalau nak bercakap masa perbahasan dan sebagainya ini, ini special sikit.
Istimewa, istimewa Yang Berhormat.
Istimewa. Dalam Dewan ni saya ingat saya yang paling tua, 72 tahun. Tapi kalau nak challenge bawa kaki ke atas kepala, boleh. [Ahli Dewan ketawa]. Bila-bila saja. Insya-Allah. Ke atas dah, hari tu saya buat di sini, ambik pulak gambar pulak, keluar pulak, ambik gambar kerja lain haa, haa, haa, langsung tak jadi. Haa tunjuk. Saya, saya nak lekatkan kemari tapi anak saya kata jangan ayah, kenapa, takut tak boleh tanggal. Tak boleh tanggal angkat bawa ke hospital keluar surat khabar, bekas Menteri Besar, kaki terlekat di kepala. Berat juga, berat.
Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mendoakan supaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan rakan-rakan di Exco, Ahli-Ahli Dewan dan tidak ketinggalan pegawai-pegawai kerajaan. It be lead by State Secretary. State Secretary
memberikan pandangan-pandangan kepada Menteri Besar dan kita bernasib baik, LA kita ni, kalau saya ada kuasa, LA akan jadi AG. [Ahli Dewan Menepuk Meja].
Untuk makluman, untuk makluman, dalam rekod law journal dan sebagainya, Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri telah mengendalikan banyak kes-kes profil tinggi dan dalam court kita tak boleh kata hal mahkamah orang ni menang orang ni kalah tidak. Tapi maknanya mahkamah menyebelahi hujah-hujah yang diberikan oleh [Ahli dewan menepuk meja].
Sebut kes Mona Fandey, kes Sosilawati, kes warden melakukan apa ini murder di… di… di apa ni.. di penjara dan beliau saya tahu sebab lawyer-lawyer yang masyhur-masyhur ini, Tan Sri Shafee, Manjeet Singh Dhillon, Karpal Singh. Saya masa tu guru sekolah, saya akan pergi ke mahkamah melihat dan kalau kata orang Inggeris ni, our LA has cross sword dengan orang yang tinggi-tinggi, dan menang. Sosilawati punya defense team… fuh… tapi LA kita dengan apa ni… prosecution team dia pula, menang kes. Dapat keadilan.
Begitu pula pegawai-pegawai ni Kewangan Negeri, saya tengok tadi tanda tangan, minta maaf Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ini… Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya tadi attendance sheet kita sign, saya tengoklah sign YB-YB, Ex Officio bertiga ini. State Secretary jelas. Sallehudin, boleh baca. Maknanya thinking dia very clear. Kena pulak LA ada macam sikit kelam kabut, maknanya dia banyak, banyak kes, pikir. Be… betul.
Bagi tunjuk, tunjuk. Bagi yang SS sign tu. Minta maaf, dengan izin. Lepas tu SFINO, Allah, cakar ayam itu lagi teruk er… ni sign lagi teruk. Rupanya dia banyak virement rupanya banyak memikir hal-hal kewangan. Kelam-kabut. Sign SFINO kelam-kabut. Itulah contoh lebih kuranglah dan dibantu oleh Ketua-ketua Jabatan, maka Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat menjalankan tugas cemerlang.
Saya berdoalah sekali lagi, Ya Allah Ya Tuhanku, anugerahlah kesihatan keatas batang tubuh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli EXCO, ADUN-ADUN dan juga Tuan Speaker aamiin, aamiin ya rabbal alamin. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua saya berasa sangat terharu, terima kasih sekali lagi. [Ahli dewan menepuk meja].
Terima kasih. Yang Berhormat
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih sekalung budilah kepada ADUN Pelangai Dato’ Sri DiRaja kerana telah sememangnya telah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi pada saya selama ini, daripada mula-mula jadi ADN 2004 dan saya berada di sini selain daripada takdir Allahnya ADUN Pelangailah yang mengambil saya menjadi ADUN pada tahun 2004.
Dan saya dapati Dato’ Sri DiRaja ni selalu memberi nasihat kepada sayalah daripada masa ke semasa dan kami ada juga kadang-kadang ada juga bertukar-tukar pandangan dalam hal-hal berkaitan dengan urusan Kerajaan Negeri dan kadang-kadang Dato’ Sri DiRaja pun ada memberi pandangan kepada saya dan ada yang,
yang, yang saya fikir sesuai dan banyaknya yang sesuailah Dato’ Sri, yang boleh dijadikan pedoman untuk saya menjalankan tugas dan saya ini saya rasa adalah legasi ADUN Pelangai, mantan Menteri Besar dan juga Menteri-menteri Besar selama ini yang memastikan Negeri Pahang dapat ditadbirkan dengan baik, aman dan makmur. Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja].
Terima kasih Yang Berhormat ADN Pelangai yang memberikan sedikit sebanyak suntikan kepada Ahli-Ahli Dewan yang mulia dan saya melihat bahawa bekas Menteri Besar ni seorang yang masih bertenaga dan seorang yang masih berbisa. [Ahli Dewan menepuk meja].
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah dicadang dan disokong. Soalnya sekarang ialah usul ini hendaklah dikemukakan di Dewan ini untuk mendapat kelulusan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila nyatakan “ya”.
Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Usul tersebut diluluskan.
Rang Undang-UndangBill
Perkara Keempat (1) - Rang Undang-Undang.DN 1/2022. Rang Undang-undang Enakmen Peruntukan Diraja (Pindaan) 2022.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan membawa cadangan.
Bacaan Kali Pertama
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Enakmen Peruntukan Di Raja (Pindaan) 2022.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya menyokong usul itu.
Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan Diraja 1981.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon izin menyokong usul itu.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Peruntukan DiRaja (Pindaan) 2022, dibaca bagi kali yang kedua.
Bacaan Kali Kedua
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan Di Raja 1981.”
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Berikut adalah ringkasan berkenaan Enakmen Peruntukan Diraja (pindaan) 2022.
Enakmen Peruntukan Diraja (Pindaan) 2022 (“Enakmen ini”) dibentangkan dalam Dewan Yang Mulia ini bagi Enakmen Peruntukan Diraja 1981 yang ketika ini hanya boleh dipinda melalui pindaan yang dibentangkan dalam Dewan Negeri.
Kerajaan Pahang bersetuju untuk meminda Enakmen ini untuk membolehkan pindaan kepada Jadual Enakmen dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan tanpa perlu dibentangkan di dalam Dewan Negeri.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Fasal 1 Rang Undang-Undang ini memperuntukkan tajuk ringkas Permulaan kuat kuasa Enakmen tidak ditetapkan dan oleh itu Enakmen akan berkuatkuasa sehari selepas diwartakan.
Fasal 2 Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk memasukkan seksyen 10A baharu untuk membolehkan pindaan kepada Jadual Enakmen dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan. Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sekian sahaja penjelasan ringkas saya mengenai Rang Undang-undang Enakmen Peruntukan Diraja (Pindaan) 2022 dan saya mohon mencadang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon izin menyokong usul itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Majlis ialah
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan Di Raja 1981.”,
dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Dan Ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.
Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan Di Raja 1981.
Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.
[Cokmar diturunkan]
Dalam Jawatankuasa
Fasal 1 dan Fasal 2.
Fasal 1 dan Fasal 2. Dibuka untuk perbahasan sekarang. Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa Fasal 1 dan Fasal 2, menjadi sebahagian daripada Undang-undang hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada. Fasal 1 dan Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Undang-undang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi,
Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi,
Saya mohon menyokong Usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Peruntukan Di Raja (Pindaan) 2022 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Cokmar dinaikkan semula]
Bacaan Kali Ketiga
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon memaklumkan bahawa
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan Di Raja 1981.” telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan”.
Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon menyokong Usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Peruntukan Di Raja (Pindaan) 2022 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”,
Setuju.
Yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Peruntukan Di Raja (Pindaan) 2022, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.
Rang Undang-UndangBill
Perkara Keempat (2) – Rang Undang-undang DN 2/2022. Rang Undang-undang Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (Pindaan) 2022.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Kebajikan Masyarakat Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang akan membawa cadangan.
Bacaan Kali Pertama
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (Pindaan) 2022.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
saya menyokong usul itu.
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang 1973.”
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
saya mohon izin menyokong usul itu.
Bacaan Kali Kedua
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (Pindaan) 2022, dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan,
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang 1973.”
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Berikut adalah ringkasan berkenaan Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (Pindaan) 2022. Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (Pindaan) 2022 (“Enakmen ini”) dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini yang ketika ini memberi kuasa kepada Perbadanan untuk melantik Pengarah Perpustakaan Awam hanya daripada kalangan orang yang mempunyai kelayakan kepustakawanan yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Selain itu, jawatan Timbalan Pengarah turut diwujudkan.
Kerajaan Pahang bersetuju untuk meminda Enakmen ini untuk membolehkan pelantikan bagi Pengarah tidak lagi terhad kepada orang yang mempunyai kelayakan kepustakawanan yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tujuan pindaan ini ialah untuk membuang kekangan pelantikan dalam undang-undang yang mengikat dan mengehadkan kuasa pelantikan Perbadanan. Namun begitu, perlu ditekankan di sini, bahawa apa-apa pelantikan yang dibuat masih boleh dikenakan terma dan syarat oleh Perbadanan dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
Fasal 1 Rang Undang-Undang ini memperuntukkan tajuk ringkas dan permulaan kuatkuasa Enakmen.
Fasal 2 Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk memasukkan seksyen 12 baharu untuk untuk membolehkan pelantikan bagi Pengarah tidak lagi terhad kepada orang yang mempunyai kelayakan kepustakawanan yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, sekian sahaja penerangan ringkas berkenaan Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (Pindaan) 2022 dan saya mohon mencadang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong usul itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Majlis ialah “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang 1973”, dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas. Tiada.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Dan yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”.Tiada.
Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.
Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang 1973.
Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.
[Cokmar diturunkan]
Dalam Jawatankuasa
Fasal 1; Dan Fasal 2;
Fasal 1; Dan Fasal 2; Dibuka untuk perbahasan sekarang.
Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa Fasal 1dan Fasal 2; jadi sebahagian daripada Undang-undang hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada.
Fasal 1; Dan Fasal 2; menjadi sebahagian daripada Undang-undang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi,
saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi,
Saya mohon menyokong Usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (Pindaan) 2022 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Cokmar dinaikkan semula]
Bacaan Kali Ketiga
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa,
“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang 1973 telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan.”
Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon menyokong Usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (Pindaan) 2022 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (Pindaan) 2022, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.
USUL
UsulMotion
Perkara kelima: Usul
Usul Penubuhan Kumpulan Wang Amanah Masjid Negeri Di Bawah Seksyen 10, Akta Prosedur Kewangan 1957.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon izin untuk membawa satu Usul di Dewan yang mulia ini yang berbunyi bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(b) Akta Prosedur Kewangan 1957 (Akta 61), bersetuju menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Bil. Ke-2/2022 pada 12 Januari 2022 telah menimbang Kertas Cadangan daripada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang dan bersetuju supaya Jabatan Agama Islam Pahang menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Masjid Negeri, Negeri Pahang. Kumpulan Wang ini ditubuhkan bagi memudahkan penyaluran peruntukan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, anak-anak syarikat Kerajaan Persekutuan dan Negeri dan orang ramai. Ia juga bertujuan untuk memastikan rekod-rekod kewangan diperakaunkan dengan teratur dan mematuhi semua prosedur kewangan.
Penubuhan Kumpulan Wang Amanah Masjid Negeri, Negeri Pahang akan membolehkan Jabatan Agama Islam Pahang pertama, memperakaunkan penerimaan bantuan atau pemberian daripada Kerajaan Persekutan, Kerajaan Negeri, sumbangan dan lain-lain pendapatan yang diluluskan dan merekodkan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan di Masjid Negeri Pahang. Kumpulan wang ini akan ditadbirkan oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Kewangan Negeri Pahang dan ahli-ahlinya.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Penubuhan kumpulan wang ini akan memberi gambaran sebenar berkaitan penyaluran daripada peruntukan Kerajan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi-agensi Kerajaan Negeri atau Negeri dan Persekutuan, Anak-anak Syarikat Kerajaan Persekutuan Negeri dan orang ramai. Ia juga bertujuan untuk memastikan rekod-rekod kewangan diperakaunkan dengan teratur dan mematuhi semua prosedur kewangan bagi pengurusan Masjid Negeri.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(b) Akta Prosedur Kewangan 1957 (Akta 61), menubuhkan “Kumpulan Wang Amanah Masjid Negeri, Negeri Pahang”. Saya berharap usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan yang mulia ini. Saya mohon mencadang.
Ada Ahli yang menyokong?
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon menyokong.
Usul ini dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang. Dengan itu, saya akan membuka Usul ini untuk dibahas. Tiada. Usul ini telah dicadang, disokong dan dibahas. Soalannya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini, sila nyatakan “ya”.
Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada. Usul tersebut diluluskan.
Urusan-Urusan Am
Perkara Keenam: Urusan-Urusan Am
Kertas-kertas Mesyuarat.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2020 Mengenai: Aktiviti Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang DN 3/2022
Penyata Kewangan Yayasan Pahang Berakhir 31 Disember 2020 DN 4/2022
Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Berakhir 31 Disember 2020 DN 5/2022
Penyata Kewangan Perbadanan Muzium Negeri Pahang Berakhir 31 Disember 2020 DN 6/2022
Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands Berakhir 31 Disember 2020 DN 7/2022
Penyata Kewangan Majlis Bandar Raya Kuantan Berakhir 31 Disember 2020
DN 8/2022
Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Temerloh Berakhir 31 Disember 2020 DN 9/2022
Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Bentong Berakhir 31 Disember 2020 DN 10/2022
Penyata Kewangan Majlis Daerah Lipis Berakhir 31 Disember 2020 DN 11/2022
Penyata Kewangan Majlis Daerah Pekan Berakhir 31 Disember 2020
DN 12/2022
Penyata Kewangan Majlis Daerah Jerantut Berakhir 31 Disember 2020 DN 13/2022
Penyata Kewangan Majlis Daerah Cameron Highlands Berakhir 31 Disember 2020 DN 14/2022
Penyata Kewangan Majlis Daerah Maran Berakhir 31 Disember 2020 DN 15/2022
Penyata Kewangan Majlis Daerah Rompin Berakhir 31 Disember 2020 DN 16/2022
Penyata Kewangan Majlis Daerah Bera Berakhir 31 Disember 2020 DN 17/2022
Penyata Kewangan Majlis Daerah Raub Berakhir 31 Disember 2020 DN 18/2022
PENANGGUHAN
PenangguhanAdjournment
Perkara Ketujuh: Penangguhan
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon membawa cadangan bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana berkat izin dan limpah kurnianya kita kini berada di penghujung Mesyurat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Negeri Pahang pada hari ini.
Alhamdulillah Persidangan kita yang bermula Isnin yang lalu dengan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah disusuli sesi perbahasan pada hari berikutnya dan berakhir dengan jayanya pada hari ini.
Saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, dan juga Yang Berhormat Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua, kerana telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, dedikasi hingga kita dapat menyaksikan sesi Persidangan Dewan selama 5 hari ini berjalan dengan lancar dan harmoni.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah menunjukkan sikap penuh kematangan sepanjang sesi perbahasan di Dewan Yang Mulia ini. Sikap ini membuktikan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat mempunyai jiwa dan ketokohan seorang pemimpin.
Ucapan terima kasih juga saya hulurkan kepada Ketua-ketua Jabatan serta kakitangan yang hadir setiap hari bagi menyediakan butiran maklumat yang diperlukan oleh pihak kerajaan bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekalung penghargaan juga kepada pihak media, sama ada media arus perdana atau media sosial yang konsisten bertugas sepanjang 5 hari ini untuk melaporkan perkembangan terkini perbahasan di dalam Dewan Yang Mulia ini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan suara rakyat dapat didengari di Dewan Yang Mulia ini. Namun sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab kita harus menyampaikan hujahan dan pandangan tersebut secara berhemah dan tidak beremosi serta berkelakuan sopan dan saling menghormati.
Sebagaimana yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang agar Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan memakmurkan negeri ini. Baginda Tuanku juga bertitah mengingatkan ahli-ahli Yang Berhormat supaya tidak bersikap seperti ‘enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’. Sebaliknya Baginda Tuanku mahu semua Ahli-ahli Yang Berhormat berpegang kepada semangat ‘adat bernegeri, memagar negeri, adat berkampung, memagar kampung’, demi kebajikan dan kemakmuran rakyat dan negeri ini. Justeru Ahli-ahli Yang Berhormat perlu memahami dan menghayati bait-bait kata di dalam Titah Diraja Tuanku yang sarat dengan mesej dan pesanan untuk rujukan kita semua.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kita harus memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana negeri kita ini aman, makmur dan sejahtera. Dari segi kutipan hasil saya sangat optimis, kita mampu mencapai sasaran kutipan hasil negeri sebanyak RM1.0 bilion pada tahun ini [Ahli Dewan Menepuk Meja], terutamanya selepas kejayaan kita memperolehi kutipan hasil yang cukup memberangsangkan sehingga melebihi sasaran yang ditetapkan pada tahun lalu. Lebih manis apabila peningkatan kutipan hasil ini tidak membebankan rakyat kita.
Dari segi pelaburan, saya yakin kita mampu memenuhi KPI pelaburan Pahang yang ditetapkan tahun ini iaitu sebanyak RM18 bilion terutama selepas kejayaan kita menobatkan Pahang di kedudukan ketiga terbaik berbanding negeri-negeri [Ahli Dewan Menepuk Meja] lain kerana memperolehi pelaburan [Ahli Dewan Menepuk
Meja] sehingga RM10.5 bilion pada tahun lalu. Keyakinan saya ini adalah bersandarkan kepada komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kita semua dengan dibantu rapat oleh jentera Kerajaan Negeri yang gigih mendahulukan rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya berdoa agar kita akan bertemu lagi di dalam Sidang Dewan yang akan datang, dan moga-moga dalam Persidangan yang akan datang, suasananya akan lebih harmoni berbanding Sidang Dewan kali ini.
Sebelum berundur saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada semua umat Islam yang berada di dalam Dewan yang mulia ini. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik sekaligus dapat menyempurnakan ibadah dengan lebih sempurna berbanding tahun-tahun sebelumnya. Saya juga berharap agar kita dapat mengambil peluang di bulan mulia ini untuk meneguhkan ketaqwaan dalam diri, melipat gandakan amal ibadah, serta merapatkan silaturahim sesama kita. Dengan kebenaran solat tarawih dan program penghayatan Ramadan oleh Kerajaan Pahang, saya menyeru agar kita sama-sama mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan pelbagai bentuk pengisian yang bermakna.
Akhir sekali sekali lagi saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha gigih menjayakan Persidangan kita pada kali ini termasuklah Urus setia Dewan, pihak RELA, Bomba dan Penyelamat, petugas kesihatan, petugas agensi serta Polis Diraja Malaysia.
Dengan ini saya mencadangkan supaya Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 ditangguhkan. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, alhamdulillah kita telah sampai ke penghujung Persidangan, sebelum saya menangguhkan Persidangan Dewan ini saya ingin memaklumkan bahawa Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Negeri tidak dapat turut bersama kita dalam Persidangan kali ini kerana beliau kurang sihat. Sama-samalah kita berdoa agar kesihatan beliau terus dipelihara dan dipermudahkan segala urusan.
Saya dan Yang Berhormat Yang di-Pertua, mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Majlis Kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen yang amat baik pada saya dan yang lebih penting lagi menghormati, menghargai,
memahami dan meletakkan Dewan yang mulia ini di atas landasan yang betul dan penuh integriti. Syabas dan tahniah.
Saya dan Yang Berhormat Yang di-Pertua mengucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada penyokong kerajaan dan pembangkang, yang mana pada Sidang kali ini telah menyampaikan perbahasan yang sangat bernas, lontaran idea baik, banyak hujah-hujah yang membina dari rakyat dan negeri. Marilah kita berdoa semoga Kerajaan Pahang Darul Makmur akan terus memperlihatkan wajah baharu yang dinamik, pertumbuhan ekonomi yang melonjak, hasil negeri yang lumayan, kemudahan asas yang baik, perumahan rakyat yang tersusun, keharmonian, kesejahteraan, perpaduan dan kehidupan rakyat yang bahagia dan makmur.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian penghargaan harus juga diberikan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan dari pelbagai bahagian dan agensi yang bertugas di belakang tabir yang telah bersama-sama menjayakan Persidangan ini dari awal hingga akhir. Terima kasih kepada Yang Berhormat SUK, Pejabat Kesihatan, JKR, Polis Diraja Malaysia, Bomba, pegawai hansard, UKOMP dan Bahagian Teknologi Maklumat dan semua pihak yang turut sama-sama memberi nilai tambah memastikan kelancaran dan merealisasikan perjalanan Persidangan pada kali ini.
Terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri dan Majlis Keselamatan Negara yang banyak memberikan pandangan dan nasihat dalam memastikan SOP yang disediakan demi menjaga kesihatan dan keselamatan kita bersama.
Sukacita juga saya dan Yang Berhormat Yang di-Pertua, mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak, mudah-mudahan segala puasa amalan kita sentiasa dirahmati dan diredhai oleh Allah SWT. Ahli-ahli Yang Berhormat menjelang Bulan Ramadan yang akan tiba lama lagi Dewan Negeri Pahang menyediakan Bingkisan Ramadan, berupa kurma kepada setiap Ahli Yang Berhormat.
Edaran Bingkisan Ramadan akan disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kepada Ahli-ahli Yang Berhormat pada malam ini semasa program majlis kesyukuran yang akan diadakan di Yayasan Pahang. Bagaimanapun, saya difahamkan terdapat beberapa orang Ahli Yang Berhormat yang akan terus kembali ke kawasan masing-masing setelah selesai Persidangan. Oleh itu pada Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut bolehlah mendapatkan bingkisan Ramadhan di Kamar Yang di-Pertua.
Letih berjalan ditengah pekan, Singgah sebentar di gerai siti, Terima kasih saya ucapkan, Atas segala jasa dan bakti.
[Ahli Dewan menepuk meja]
Tuan puteri pergi ke Muadzam shah, Pulang semula sebelah pagi, Kita bertemu akhirnya berpisah, Diizin tuhan bersua lagi.
Selamat pulang kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, teruskan usaha, tugas dan amanah untuk rakyat, jaga kesihatan diri dan insya-Allah kita dapat bertemu lagi dan marilah kita tutup Mesyuarat kita dengan bersama-sama membaca surah Al-Asr, mohon restu daripada Allah jua.
[Bacaan ayat Al-Quran] Persidangan Dewan Negeri ditangguhkan.
[Persidangan ditangguhkan pada jam 12.51 tengah hari]