Pahang · 2 August 2022
14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 217 turns · 15,642 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari
: Selasa, 2 Ogos 2022
bersamaan 4 Muharram 1444 Hijiriah
DOA
Perkara Pertama: Doa.
Al-Fatihah [bacaan Al-Quran]. Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin, Amin Ya Rabbal A’lamin.
Mengesahkan Peringatan Mesyuarat
Perkara Kedua: Mengesahkan Peringatan Mesyuarat.
Mengesahkan Peringatan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 pada 28, 29, 30, 31 Mac dan 1 April 2022 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon Dewan tangguh sekejap boleh tak? Saya tertinggal nota atas meja. Sekejap je.
Baik. Sila Yang Berhormat. 2 minit Dewan ditangguhkan sebentar.
[Persidangan disambung semula]
Mengesahkan Peringatan Mesyuarat
Perkara Kedua: Mengesahkan Peringatan Mesyuarat.
Mengesahkan Peringatan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 pada 28, 29, 30, 31 Mac dan 1 April 2022 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon izin membawa cadangan bahawa peringatan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 pada 28, 29, 30, 31 Mac dan 1 April 2022 di Dewan Negeri Wisma Sri Pahang, Kuantan disahkan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, soalannya ialah suatu cadangan bagi mengesahkan peringatan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 pada 28, 29, 30, 31 Mac dan 1 April 2022 di Dewan Negeri Wisma Sri Pahang, Kuantan telah pun mendapat sokongan. Sekiranya tiada apa-apa pindaan, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada. Peringatan Mesyuarat tersebut disahkan dengan tiada pindaan.
Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions
Perkara ketiga: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Alhamdulilah, marilah kita angkat setinggi-tinggi rasa bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinnya kita telah dapat bersama-sama berada di Dewan Yang Mulia ini bagi menghadiri Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 pada pagi yang berbahagia ini. Saya mengucapkan taniah di atas kehadiran Ahli Yang Berhormat kerana dapat bersama-sama mulai pagi ini hingga ke akhirnya.
Baiklah, sebelum saya membenarkan soalan dan pertanyaan, saya ingin memaklumkan bahawa saya akan benarkan dua soalan tambahan kecuali jika ada masa yang berlebihan saya boleh benarkan satu lagi soalan tambahan. Yang ke-2, jawapan-jawapan yang diberikan mestilah tidak melebihi masa 5 atau 6 minit. Jadi saya pohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menggunakan masa yang amat terhad ini dengan sebaik-baiknya. Baiklah untuk memulakan urusan mesyuarat seterusnya, saya menjemput Ahli Yang berhormat dari kawasan Pulau Manis mengemukakan pertanyaan. Sila Yang Berhormat.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT.
Dato’ Yang Di-Pertua, saya mohon izin untuk mengemukakan soalan nombor satu.
[Melalui Sidang Dewan yang lalu, YAB Menteri Besar Pahang telah menyatakan persetujuan dan meluluskan beberapa projek berkaitan dengan permasalahan air yang berlaku di beberapa daerah termasuk DUN Pulau Manis.
Sehubungan itu, saya mohon untuk mengetahui sejauh mana pihak PAIP turun bagi melihat serta memantau masalah dan mengambil tindakan penyelesaian.]
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri Besar.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN Pulau Manis yang begitu cakna berhubung dengan isu bekalan air bukan sahaja di kawasannya, malahan di seluruh Negeri Pahang. Saya ingin mengambil peluang di Dewan Yang Mulia ini untuk menjelaskan kedudukan dan keadaan semasa isu bekalan air ini
kerana ianya merupakan satu isu yang mendapat perhatian rakyat negeri pahang. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sesungguhnya isu bekalan air ini merupakan satu isu yang sangat kompleks, menuntut perancangan yang rapi, menagih bajet yang cukup besar serta memerlukan tempoh masa untuk diselesaikan.
Namun saya istiqamah bahawa isu ini boleh diselesaikan jika kita benar-benar fokus dan bersungguh-sungguh mahu menyelesaikannya demi kepentingan rakyat. Inilah komitmen saya, insya-Allah. Oleh itu, saya bersama jentera Kerajaan Negeri Pahang telah melaksanakan pelbagai pendekatan termasuk memantau dengan lebih dekat segala usaha menambahbaik pembekalan air di negeri ini melalui perbincangan hampir setiap minggu dengan pengurus-pengurus PAIP di daerah-daerah seluruh Pahang.
Alhamdulillah, saya telah berkesempatan bertemu dan mengadakan perbincangan dengan kesemua pengurus-pengurus PAIP di dalam daerah negeri Pahang. Pendekatan turun padang bertemu PAIP-PAIP daerah ini adalah janji dan ikrar saya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat ketika berucap dalam sesi penggulungan di Dewan Yang Mulia ini pada 1 April yang lalu. Sesi perbincangan ini turut melibatkan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai-pegawai Daerah, Ketua Pegawai Eksekutif PAIP, Pengarah KPLB Pahang, pihak TNB dan pegawai-pegawai saya sendiri. Pendekatan ini jelas menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi dan kesungguhan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu ini.
Ini kerana setiap perbincangan yang diadakan adalah khusus bagi mendalami permasalahan yang timbul di setiap daerah dan yang lebih penting mencari jalan penyelesaian yang tuntas. Pihak PAIP telah mengutarakan segala permasalahan di setiap pelusuk daerah secara terperinci dan seterusnya menggariskan projek-projek menaiktaraf yang patut dilakukan serta kerja-kerja lain bagi menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan-kawasan tumpuan atau blackspot. Hasil daripada perbincangan tersebut, lebih RM2.3 bilion diperuntukkan daripada pelbagai sumber kewangan untuk melaksanakan 237 projek. Jumlah 237 projek ini merangkumi 77 projek yang telah siap, 34 projek dalam pembinaan dan selebihnya masih dalam peringkat rekabentuk. Projek ini melibatkan penyelesaian masalah terputus bekalan air dan tekanan rendah, penurunan rizab margin loji, jaringan bekalan air baru, ke… kekerapan paip pecah dan penurunan kecekapan peralatan.
Projek-projek ini juga melibatkan pemasangan paip baru pelbagai saiz sepanjang lebih 250 kilometer bagi menyelesaikan kekerapan paip pecah dan terputus bekalan. Selain daripada itu daripada keseluruhan 237 projek ini, terdapat 35 projek yang menjadi keutamaan, seperti mana yang saya umumkan di Dewan Yang Mulia ini pada 1 April lalu atau kira-kira empat bulan yang lalu. Berikut adalah status dan perkembangan pelaksanaan setiap projek tersebut.:
Pertama Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, pertama lima projek telah siap iaitu projek naiktaraf peralatan mekanikal dan elektrikal di Loji Rawatan Air Seberang Tembeling, Jerantut. Seterusnya projek naiktaraf muka sauk di Loji Rawatan Air Seberang Tembeling Jerantut, projek naiktaraf sistem agihan di Bukit Koman, Raub. Projek pemasangan pam di kampung Gemuruh, Pekan. Ini kawasan Yang Berhormat ADUN Pulau Manis, dah siapkan? Dan projek penggantian paip di Kampung Bolok Hilir Temerloh.
Manakala enam projek dijangka disiapkan tahun ini dengan purata pembangunan semasa melebihi 60 peratus iaitu:
i) Projek pemasangan pam di Rumah Pam Kobat. ii) Loji Rawatan Air Karak Fasa 2. iii) Pemasangan pam air bersih di Loji Rawatan Air Belimbing Pekan. iv) Projek naiktaraf sistem rawatan di Loji Rawatan Air Seberang Tembeling, Jerantut. v) Pemasangan kabel dia muka sauk Loji Rawatan Air Bera; dan vi) Pemasangan paip dari Sungai Koyan ke Tanjung Gahai di Lipis.
Manakala projek bekalan air antara Negeri di bawah ECERDC iaitu dari Kemaman ke Gebeng sepanjang 29 kilometer. Pembinaannya ketika ini adalah mengikut jadual dan dijangka siap pada Jun 2023. Manakala baki 23 projek dalam proses menyiapkan reka bentuk.
Impak kepada semua projek ini dijangka akan dinikmati sehingga lebih daripada 140,000 akaun pengguna bagi kesemua daerah termasuklah pelabur industri dan komersial yang baru. Secara tidak langsung ianya akan merancakkan lagi ekonomi penduduk setempat dan Pembangunan akan datang. Ini adalah satu tanggungjawab besar Kerajaan Negeri Pahang dan PAIP untuk melaksanakan projek-projek ini di seluruh Pahang. Perkembangan projek-projek ini dipantau rapi oleh kerajaan negeri.
Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan perkara, projek-projek ini memerlukan masa untuk disempurnakan. Saya mensasarkan masalah air di negeri Pahang ini akan dapat diselesaikan sekurang-kurangnya 90 peratus dalam tempoh masa lima tahun akan datang. Maknanya 2022, 2028, 2029 insya-Allah 90 peratus masalah air di negeri Pahang ini akan dapat diselesaikan.
Menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Pulau… Pulau Manis mengenai masalah bekalan air di kawasan Dewan Negeri Pulau Manis, PAIP telah mengenalpasti tiga lokasi yang mengalami masalah tekanan rendah dan terputus bekalan air. Bagi kawasan Kampung Gemuruh yang melibatkan 50 akaun pengguna, pihak PAIP sedang melaksanakan projek pemasangan booster pump dengan kos RM50,000.00. Projek ini dijangka siap pada bulan ini.
Bagi kawasan FELCRA Seri Makmur, perkembangan… Perkampungan Seri Makmur dan PPSK Seri Makmur yang melibatkan 700 akaun pengguna, pihak PAIP akan melaksanakan projek penggantian paip dari Loji Rawatan Air Belimbing ke Rumah Pam PPSK Seri Makmur sepanjang 8.5 km melibatkan kos RM3 juta. Projek ini dijangka siap pada Mei 2024. Manakala bagi kawasan Kampung Belimbing yang melibatkan 700 akaun pengguna, pihak PAIP akan melaksanakan projek membekal, memasang dan mentauliah pam air bersih dan kerja-kerja berkaitan Loji Rawatan Air Belimbing melibatkan kos RM250,000.00. Projek ini dijangka siap pada Oktober 2022.
Bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang berhasrat untuk mengetahui status projek-projek PAIP di kawasan masing-masing, saya mencadangkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat boleh terus berhubung dengan Pengurus-pengurus Daerah PAIP di kawasan masing-masing. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Baiklah kita pergi kepada soalan berikutnya, saya jemput wakil dari Bukit Ibam.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan pertanyaan nombor dua.
[Berapakah jumlah dan keluasan Skim Tanah Rakyat yang telah dilulus dan telah diwartakan mengikut Daerah di dalam Negeri Pahang?]
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada ADUN kawasan Bukit Ibam yang bertanyakan soalan jumlah dan keluasan Skim Tanah Rakyat yang telah dilulus dan telah diwartakan mengikut daerah di negeri Pahang. Kerajaan negeri sangat menyedari bahawa keperluan rakyat untuk memiliki tanah sendiri sama ada bagi membina rumah kediaman mahupun melakukan aktiviti pertanian.
Bagi merealisasikan hasrat rakyat ini, kerajaan negeri telah memperkenalkan Skim Tanah Rakyat ataupun STR yang merupakan suatu bentuk pembangunan tanah berkonsepkan rancangan tanah kelompok. Skim ini mula diperkenal dan dilaksanakan pada tahun 2021. Kawasan tanah yang dibangunkan melalui skim ini akan dijadikan lot kediaman atau dimajukan dengan aktiviti pertanian dengan objektif untuk meningkatkan lagi taraf sosial ekonomi masyarakat. Pelupusan secara pemberimilikan dilakukan di bawah Seksyen 76 Kanun tanah negara. Manakala pendekatan pelupusan secara pemberimilikan yang dilakukan adalah sama… sama ada melalui pemberimilikan secara terus kepada individu atau diserahkan kepada pihak pemaju yang dilantik.
Dalam hal ini pihak pemaju yang dilantik adalah terdiri dalam kalangan pemaju daripada sektor swasta atau agensi kerajaan yang berkaitan, yang mana telah dikenalpasti oleh kerajaan negeri berkeupayaan untuk menjayakan serta membangunkan sesebuah Skim Tanah Rakyat. Mana-mana kawasan yang disyorkan untuk dibangunkan melalui pelaksanaan Skim Tanah Rakyat, perlu terlebih dahulu diisytihar dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat bagi tujuan membolehkan penandaan kawasan yang hendak dibangunkan serta penyediaan pelan susunatur STR berkaitan untuk mengelakkan daripada berlakunya permohonan yang berlapis.
Pelaksanaan Skim Tanah Rakyat ini juga merupakan satu pendekatan serampang dua mata iaitu selain rakyat mendapat tanah yang kerajaan negeri berikan untuk dibangunkan sebagai kawasan kediaman atau pertanian, kerajaan negeri juga boleh meningkatkan kutipan hasil melalui bayaran cukai tanah yang perlu dibayar oleh pemilik tanah. Sehingga 30 Jun 2022, jumlah keseluruhan Skim Tanah Rakyat yang telah diisytihar dan diluluskan oleh kerajaan negeri adalah sebanyak 83 skim. Jumlah keseluruhan keluasan tanah bagi 83 Skim Tanah Rakyat yang dinyatakan adalah seluas 5,164 hektar atau bersamaan dengan 12,761 ekar dan boleh dikatakan hampir semua daerah terlibat dengan STR ini.
Sebagai contohnya Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, kalau mengikut daerah, di Jerantut ada 17 Skim Tanah Rakyat, 1,600 ekar. Manakala di Lipis 36, yang melibatkan keluasan 811 hektar. Temerloh ada enam, 466 hektar. Raub ada lima, 556 hektar. Kuantan ada tujuh, 148 hektar, Maran ada sembilan, 723 hektar. Pekan ada satu, 683 hektar. Cameron Highland ada dua, 173 hektar.
Oh patutlah ADUN Bukit Ibam tanya sebab Rompin tak ada. Jadi Rompin lepas ini kena… kena mohonlah. Rompin, Bera, Bentong tak ada. Sebenarnya Bera, tapi teringat ke Dato' PTG [ketawa]. Jadi tiga daerah ini tak ada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, jadi saya harap andainya ketiga-tiga daerah ini berminat, bolehlah membuat permohonan dan insya-Allah kerajaan negeri akan bantu. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Baiklah kita pergi kepada soalan berikutnya, saya jemput wakil dari Bilut. Sila.
Yang Berhormat Tuan di-Pertua, soalan saya soalan nombor tiga, terima kasih.
[Soalan berkenaan dengan rancangan pemulihan sektor pelancongan dalam negeri,
a. Apakan tindakan kerajaan negeri untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang terlibat dalam sektor pelancongan? Adakah kerajaan mempertimbangkan untuk memansuhkan kutipan lesen perniagaan dan cukai taksiran bagi pihak SME yang terlibat?
b. Apakah usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan daya tarikan Pahang di kalangan pelancong asing?]
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih kepada wakil daripada Bilut yang menanyakan soalan nombor tiga. Yang Berhormat Yang di-Pertua Kerajaan Negeri Pahang sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak seperti Kementerian Pelancongan, MOTAC, Tourism Pahang, Pihak Berkuasa Tempatan dan mana-mana agensi untuk membantu menyalurkan peruntukan dan pembangunan penyelenggaraan kemudahan dan infrastruktur pelancongan kepada pemain-pemain industri serta acara… penganjuran acara-acara pelancongan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sektor pelancongan merupakan sektor yang saling berhubungkait. Ianya bukan sahaja sebagai apa nama… saja pemain industri berskala besar tetapi juga perusahaan kecil dan sederhana. Pandemik yang melanda baru-baru ini telah menjejaskan industri pelancongan. Walau bagaimanapun seperti yang ditanya oleh wakil daripada Bilut, sememangnya kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk kita memansuhkan kerana tafsiran cukai ini ianya adalah di bawah Akta 171 di mana ianya terpaksa dibawa ke Parlimen, Parlimen sahaja kerana aktiviti di bawah Parlimen.
Walau bagaimanapun, kita telah mengambil pendekatan iaitu sebagai contoh bagi premis-premis er… yang melibatkan er… SME sebagai contohnya budget hotel ataupun restoran dan sebagainya. Sebagai contohnya Majlis Bandaraya Kuantan kita memberikan diskaun sebanyak 50 peratus sebagai contoh, iaitu empat bulan, Jun hingga September. Begitu juga dengan Majlis Daerah Bera sebagai contoh kita memberikan insentif supaya mereka boleh membayar secara beransur-ansur. Begitu juga dengan semua Majlis Daerah mengambil pendekatan yang ianya tidak
bertentangan dengan Akta 171 dan er… sebagai contoh Majlis Perbandaran Bentong, pengurangan bayaran denda lewat sewa, sebagai contoh pemansuhan er… pembatalan bagi tahun tersebut kerana tidak dapat beroperasi. Itu kita boleh buat.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Bagi merancakkan… bagi soalan kedua, bagi merancakkan lagi er… meningkatkan lagi daya tarikan er… pelancongan di negeri Pahang ini, pertamanya kita telah mengadakan aktiviti promosi di peringkat antarabangsa. Satunya kita telah menghadiri iaitu Arabian Travel Market di mana kita mengadakan program B2B Business To Business, My Destination 2022 dan kita telah bekerjasama dengan Agensi Pelancongan Malaysia (SAFTTA) dan program ini telah diadakan di Dubai dan 40 agensi pelancongan dari Malaysia, ha ini dia orang bayar sendiri mengikut kita, dan mereka akan bertemu dan menjual pakej-pakej tersebut kepada travel agent untuk yang menghadiri B2B. Yang keduanya kita bersama dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menjayakan London Craft Week di London. Walau bagaimanapun dalam masa yang sama juga kita telah mengadakan program iaitu business matching dan juga B2B dan sambutannya sangatlah menggalakkan.
Selain daripada itu, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun mengumumkan bahawa dia telah melancarkan… saya mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar iaitu Pahang Ocean Paddle International Challenge. Ini satu acara kanu yang pertama kalinya dibuat kerana kita nak mengexplore pantai kita seluas… sepanjang 290 kilometer dan ada lima peringkat yang telah dilaksanakan. Saya juga nak maklumkan di sini selain daripada itu Yang Berhormat Yang di-Pertua, ini peringkat antarabangsa dan dihadiri dijangka 500,000 peserta dalam negeri dan luar negara.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kita… sejak dibuka dari bulan Januari hingga sekarang ya, bulan Julai, kita telah mengadakan 19 acara… 19 acara iaitu acara-acara tradisi dan juga acara-acara apa namanya… tradisi maknanya kita dah adakan lama, setiap tahun kita adakan cuma masa COVID mungkin kita berhenti, kita tak dapat adakan. Sebagai contohnya Fraser's Hill International Bird Race, tahun ini telah masuk tahun ke-33. Kita ada juga sebagai contohnya CULTRA ataupun Cameron Highlands Ultra. Ini, Yang Berhormat Yang di-Pertua, dia ada empat kategori. Kategori pertama 100 kilometer berlari 14 jam, yang kedua 50 kilometer. Yang Berhormat Yang di-Pertua boleh try tahun depan.
Kemudian kita ada juga Cherating Surf Festival. Kita ada 19 semuanya. Ini kita boleh bagi maklumkan Yang Berhormat, wakil daripada Bilut. Kemudian kita ada cara baru ya, yang akan kita adakan dalam bulan September ini iaitu Pahang Ocean Paddle International Challenge, whack the wave, itu nama tag line dia. 7 hingga 11 September. Kemudian, Rompin Park… Rompin State Park Bird Race dan kemudian Rimba Raid Kampung Janda Baik. Dia bukan serbu la, ini nama je lah, tapi semuanya mengikut SOP dan apa yang telah ditetapkan. Dan acara-acara ini sebenarnya ya, bakal menggamit, apa nama… peserta-peserta datang ke Pahang ini sebagai contoh mereka akan datang dengan family dan sebagainya tapi yang paling penting sekali viralty dengan izin, iaitu acara tersebut kita keluarkan di dalam sosial media dan menyebabkan orang akan mengingati Pahang. Terima kasih.
Soalan tambahan. Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih kepada pihak kerajaan kerana menjawab soalan saya. Soalan saya adalah, memandang keadaan COVID-19 semakin serius sejak bulan lepas kena tanya apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk membantu sektor pelancongan untuk menangani wabak 19… wabak COVID-19 ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sebagai contohnya di hotel-hotel dan juga tempat-tempat penginapan kita punya SOP yang telah kita tetapkan. Yang keduanya saya nak maklumkan semalam… kelmarin saya sempat pergi ke salah satu pada resort yang berada… yang di Cherating… di Sungai Ular. Beliau menyatakan bahawa booking, booking resort tersebut untuk weekend, available yang hanya boleh dibooking adalah Mac tahun hadapan. Maksudnya Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita cubalah kalau datang hari Sabtu hari Ahad, kita nak walk-in kita datang ke… ke mana-mana hotel di Kuantan ini, tentu kita tidak akan dapat bilik.
Sebab apa? Sebab sememangnya dari segi sambutan ataupun kehadiran pelancong ke Pahang ini sangat apa namanya… menggalakkan kerana apa? Kerana kita banyak perkara yang kita boleh offer pada mereka. Walau bagaimanapun kerajaan sentiasa sebagai contohnya nak bagi sikit ya, kita semasa ada COVID-19 kita juga membantu iaitu er… rakan-rakan kita yang terlibat secara terus sebagai contoh, er… er… ini tour guide, pemandu pelancong, pemandu bot dan sebagainya itu, kita membelanjakan er… iaitu kluster mereka ini sebanyak lebih RM500,000.00. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Semambu, ya silakan.
Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua, er… menurut tinjauan UNESCO er… baru-baru ini, Tasik Chini tersayang kita tidak lagi memenuhi kriteria untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian Rizab Biosfera Dunia dan berisiko dilucutkan statusnya sebagai Rizab Biosfera. Bagi er… usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan daya tarikan Pahang di kalangan pelancong asing, saya rasa penting ataupun lebih asas kita perlu mempersiapkan dan juga memastikan er… khazanah rizab ataupun er… alam sekitar kita terjaga dahulu. Jadi saya minta tanya bahawa apakah langkah yang diambil sekarang sehingga 30 September supaya kita dapat mengekalkan status WNBR ini? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon izin daripada ADUN Lanchang untuk menjawab soalan daripada Semambu. Terima kasih ADUN Semambu yang membangkitkan berkenaan dengan er… Tasik Chini ini. Dua minggu lepas saya ada pergi ke Tasik Chini dan saya meninjau sendiri keadaan di sana dan lebih kurang 80 peratus kawasan-kawasan dia di Tasik Chini telah pun kita baik pulih. Dan bersabit dengan er... persediaan kita untuk mendapat kelulusan daripada UNESCO, kita telah usahakan dan semalam ucapan saya di Istana Pekan pun ada saya menyentuh er… perkara ini di mana Kerajaan Negeri komited untuk memastikan supaya pengiktirafan UNESCO itu kita akan dapat perolehi. Namun begitu, setakat cakap saja tidak jadi. Jadi apa tindakan kita?
Yang ini YB. Semambu tolong catit kemudian tolong bagitahu pada kawan-kawan ya. Yang pertama sekali Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat MMK Yang Keenam… yang ke-26 pada 14 Julai 2021 bersetuju untuk mewartakan tanah kerajaan sebagai Hutan Simpan Chini mengikut seksyen 7 Akta Perhutanan Negara 1984. Tasik Chini telah diwartakan Hutan Simpan Chini seluas 6,502 hektar. Dia punya nombor warta itu PW 5559. Cantik nombor ini. Hari ini hari apa? Selalu kedai buka hari apa? Ini untuk yang… yang berminatlah [ketawa].
Minta maaf. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya nak bagi… saya nak memberi sedikit peringatan lah. Jangan buat joke dalam Dewan ini. Nanti hansard kita keluar habis.
Tapi kalau tak ada joke, mengantuk kita ni. Apa salahnya sekali sekala kan, asalkan tidak menimbulkan… apa orang kata tidak sedap didengar lah. Tapi joke ni selalunya suka orang dengar. Nak pula joke daripada ADUN Lanchang ya [ketawa]. Jadi, itu yang pertama. Pewartaan Hutan Simpan Chini Yang Berhormat ya.
Yang kedua penghijauan kawasan. Projek pemulihan Tasik Chini dengan menanam tutup bumi di kawasan seluas lebih kurang 200 hektar dengan kos sebanyak 3.95 juta hektar menggunakan peruntukan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan. Projek telah mula dimajukan pada 23 Ogos yang lalu dan telah pun selesai pada 31 Julai. Status penghijauannya telah mencapai… kalau ikut laporan 90 tapi saya cuma bagi 80 peratus lebih supaya ada lagi ruang-ruang untuk ditanam lagi dengan penanaman tutup bumi.
Seterusnya, kita mengambil tindakan terhadap kawalan hakisan dan mendapan. Projek Pemulihan Kawalan Hakisan dan Mendapan di dalam… di dalam zon penampan Tasik Chini sepanjang 1.75 kilometer dengan kos sebanyak RM2.5 juta telah selesai 100 peratus pada 22 Jun 2022. Kos projek ini menggunakan Wang Pemulihan Bersama dan projek dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang.
Seterusnya, ekoran daripada itu kita juga telah membuat engagement dengan masyarakat Orang Asli dan kita telah buat program buy back guarantee tapak semaian Tasik Chini. Maknanya masyarakat Orang Asli yang berminat untuk menyemai benih, di mana kita memberi jaminan untuk membeli semula benih tersebut. Setakat ini ada 14 orang peserta daripada Kampung Gumum, Kampung Cendahan, Kampung Pupuk dan Kampung Melai.
Peserta dibekalkan kelengkapan asas tapak semaian dan dibenarkan menjalankan kerja-kerja pengumpulan dan penyemaian biji benih dan anak pokok dari hutan berdekatan. Setiap anak pokok yang mencapai ketinggian lebih kurang tiga kaki akan dibeli oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dengan harga RM3.00 sepokok. Sehingga kini sebanyak 3,344 pokok telah dibeli oleh Jabatan Perhutanan Negeri untuk digunakan semula di Tasik Chini untuk ditanam.
Dalam masa yang sama juga kita telah mengadakan Kempen Kesedaran bersama Badan Bukan Kerajaan dan penduduk Tasik Chini. Program penanaman pokok telah dilaksanakan pada 5 dan 6 Februari yang lalu. Keseluruhan peserta seramai 400 orang yang terdiri daripada 25 NGO dan penduduk kampung. Sebanyak 3,000 lebih anak pokok telah ditanam semasa program dan 1,000 anak pokok diserahkan kepada penduduk setempat. Ini adalah usaha-usaha kita Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua dan ada lagi usaha-usaha yang kita akan buat untuk kita pastikan dan Kerajaan Negeri sedaya upaya akan cuba memastikan supaya pengiktirafan UNESCO terhadap tasik ini dapat dikekalkan. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Ya, baiklah kita pergi ke soalan berikutnya. Saya jemput wakil dari Muadzam Shah.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan er… saya mohon kemukakan soalan… pertanyaan nombor empat.
[Apakah pihak kerajaan bercadang untuk menarik lebih ramai pelabur dalam bidang penternakan lembu tenusu dan menjadikan Negeri Pahang pengeluar susu terbesar di Malaysia dan berapa jumlah kuantiti susu segar yang dihasilkan sehingga kini setiap hari?]
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Selaras dengan usaha pemerkasaan agenda seperti makanan, Pahang telah menubuhkan jawatankuasa sekuriti makanan peringkat negeri yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar.
Malahan selain daripada itu juga, kita telah menubuhkan jawatankuasa teknikal menangani isu sekuriti makanan… bekalan makanan negeri yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Sri SS, Setiausaha Kerajaan Negeri yang akan terus memantau status bekalan makanan negeri dan pelaksanaan tindakan-tindakan susulan.
Intervensi yang dirangka bagi menangani isu bekalan makanan selain memperincikan inisiatif jangka masa pendek, sederhana dan panjang merentasi semua sub sektor agro-makanan. Kalau dilihat dari segi er… statistik yang kita ada, susu segar. Pengeluaran tahun 2021 di negeri Pahang, kita mengeluarkan 7.62 juta liter. Keperluan penduduk hanyalah 3.2 juta liter. Perbezaan atau lebihan ialah 4.42 juta liter, iaitu kalau diambil dari segi self supply ratio dengan izin, ataupun nisbah sara diri ialah 238 peratus. Maknanya kita lebih ya, lebihan.
Namun soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat er… daripada Muadzam Shah ialah sama ada pihak kerajaan bercadang untuk menarik lebih ramai pelabur dalam
bidang penternakan lembu tenusu di negeri Pahang ini. Jadi bagi menjawab soalan itu Dato' Sri Yang di-Pertua, pihak Kerajaan Negeri bercadang memang mempunyai perancangan untuk meningkatkan pelaburan di dalam bidang penternakan lembu tenusu.
Dan pada masa ini Kerajaan Negeri bersama dengan Kerajaan Persekutuan telah terlibat dalam pembangunan penternakan tenusu di daerah Rompin melibatkan Program Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Program Lembah Tenusu Muadzam ataupun Muadzam Dairy Valley dengan izin.
Di antara syarikat yang terlibat melabur dalam penternakan tenusu di lembah tenusu Muadzam adalah Syarikat Farm Fresh Berhad, Syarikat Makmur Dairy dan terbaru ini ialah Rompin Dairy Farm. Keseluruhan ladang-ladang ini melibatkan er… keluasan 3,979 ekar. Er... sorry ini melibatkan bilangan ternakan, 3,979 ekor ternakan tenusu. Dan Kerajaan Negeri juga dalam perancangan melaksanakan Program Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus yang melibatkan daerah Lipis, Bentong, Raub, Jerantut er... Cameron Highlands dan Bera di mana sektor penternakan tenusu menjadi salah satu bidang keutamaan untuk dikembangkan.
Di Pahang Barat Plus, pihak kerajaan telah menyediakan kawasan rizab haiwan untuk tujuan penternakan tenusu di Bukit Kajang di Raub seluas 700 ekar, Sungai Ketam di Raub seluas 217 ekar, Lembah Jaya dan Kampung Gun di Bentong 38 ekar dan er... di Telemong, di Bentong 50 ekar. Pada masa ini seramai 10 penternak telah melaksanakan penternakan tenusu di kawasan terbabit dengan jumlah ternakan tenusu sebanyak 370 ekor.
Dan er... dalam tahun 2021 di mana saya telah zahirkan tadi iaitu er... sebanyak 7.6 juta susu segar telah dikeluarkan. Manakala dalam tahun 2022 sehingga bulan Mei pengeluaran susu segar adalah sebanyak 2.97 juta liter dengan pengeluaran harian purata 19,800 liter sehari dan pada masa kini negeri Pahang antara negeri yang tertinggi mengeluarkan susu segar di Semenanjung Malaysia kita nombor satu Yang Berhormat Dato Sri Yang di-Pertua. Di Malaysia, kita jatuh nombor dua selepas Sabah. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya, sila Triang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, daripada jawatan er…… jawapan Kerajaan Negeri bahawa daerah Bera juga dimasukkan dalam perancangan Kerajaan Pahang untuk membangunkan bidang penternakan lembu tenusu. Jadi soalan saya adalah di manakah lokasi tersebut dan keluasan berapa dan adakah ini melibatkan tanah yang diusahakan oleh pekebun tempatan?
Yang Berhormat Dato Sri Yang di-Pertua,
Dalam perancangan Kerajaan Negeri, kita dapati bahawasanya penternak-penternak yang sedia ada, ada yang berskala kecil, ada yang berskala besar. Namun kita mempunyai perancangan yang menyeluruh melibatkan er... penternak berskala besar dan berskala kecil Dato' Sri. Dan ini tidak terkecuali termasuk di Bera dan er... kawasan-kawasan yang terbabit ini ada yang melibatkan kawasan-kawasan yang telah dipunyai, ada hak milik dan er... Jabatan Veterinar sentiasa membuat engagement lah dengan izin, dengan penternak-penternak ini dan Insya-Allah kita membuka ruang seluas-luasnya untuk pastikan er... sub-sektor penternakan bukan saja tenusu, malahan sub er... ini pedaging juga diberikan keutamaan.
Dan ini selaras dengan pengumuman Kerajaan Pusat yang telah dibuat pada bulan Jun er... baru-baru ini iaitu pihak Kerajaan Pusat telah meluluskan pembiayaan di bawah apa yang dipanggil sebagai Dana Pembiayaan Agro Makanan Keluarga Malaysia (DPAKM) sebanyak RM800 juta di bawah Agrobank bagi menjamin kesinambungan aktiviti pengeluaran makanan dan kalau sekiranya saya boleh bagikan pecahan, Yang Berhormat Dato Sri Yang di-Pertua, RM300 juta bagi ternakan ayam, RM200 juta bagi ternakan ruminan lembu dan kambing, RM100 juta bagi tanaman sayur-sayuran, RM100 juta bagi usahawan mikro, RM50 juta bagi usahawan mikro baru dan RM50 juta bagi usahawan muda agropreneur muda dan ini merangkumi termasuk tadi
Dan apakah pembiayaan skim pembiayaan di bawah Agrobank ini? Iaitu had maksimum pembiayaan bagi ternakan ayam, ruminan dan sayur-sayuran ditetapkan hingga RM5 juta maksimum, RM5 juta pembiayaan. Manakala had maksimum pembiayaan bagi usahawan mikro, usahawan mikro baru dan usahawan muda agropreneur adalah sehingga RM500,000.00 dan tempoh bayarannya ialah sehingga lapan tahun setengah dengan termasuk lapan tahun setengah termasuk enam bulan tadi dibagikan moratorium tidak perlu dibuat pembayaran atau diserviskan er... pinjaman ini.
Jadi ini sebenarnya yang ingin dihasilkan, jadi insya-Allah di Bera ini sebenarnya perancangan kita termasuk di Bera. Kita telah kenal pasti baru ini, tanah yang dimiliki oleh PSK untuk kita er... usahakan dan juga kita… juga mengambil kira penternak yang sedia ada kalau sekiranya ada YB Triang… ada penternak yang mempunyai ternakan ada aktiviti dan perlu membesarkan, yang itu boleh juga er... mengemukakan cadangan dan berurusan dengan pihak Veterinar dan juga pihak Agrobank untuk pembiayaan insya-Allah.
Soalan tambahan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, er... Kerajaan Negeri Pahang belum menjawab di daerah Bera lokasi mana dan keluasan berapa dan soalan kedua adalah tadi Yang Amat Berhormat menyatakan bahawa Kerajaan Negeri melancarkan Skim Tanah Rakyat untuk membantu rakyat memiliki tanah sendiri bagi aktiviti er... kediaman ataupun pertanian. Jadi saya nampak tadi jawapan Yang Amat Berhormat di daerah Bera tiada kelulusan Skim Tanah Rakyat. Jadi apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengambil keseimbangan di mana pembangunan dapat dibangunkan tapi tidak menjejaskan sumber pendapatan pekebun kecil sebab di daerah Bera khasnya di Triang...
Yang Berhormat... Yang Berhomat...
... mengharap, ramai yang menunggu kelulusan tanah hak milik.
Yang Berhormat...
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Triang… dia Skim Tanah Rakyat ini kita laksanakan secara menyeluruh. Tetapi pada masa yang sama apa yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri er... yang telah pun diberikan kelulusan. Faham tak? Er... yang ini yang dapat itu. Yang belum lagi itu dalam proses sebab dia kena mengenal pasti pertama sekali tapak yang bersesuaian. Macam saya kata tadi Bera itu sebenarnya kita ada dah cadangkan tapak, tetapi penternak telah pergi tengok kawasan itu tidak begitu sesuai, kadang kalanya profil.
Macam saya ini Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, di kawasan saya, kawasan saya di Benta ada satu tapak yang dikhaskan untuk untuk rizab haiwan tapi tempat yang disediakan itu dia berprofil tinggi. Jadi ada setengah tempat itu dia tinggi bukit dia dan penternak telah mengusahakan dan terdapat beberapa insiden yang lembu itu dia tergelincir, dia licin jatuh patah kaki. Jadi kita terpaksa ini er... ini sebab apa, muka bumi ini dia wujud er... oleh Allah SWT dengan berbagai-bagai bentuk topografi. So kita kena tengok kesesuaian. Sebab itu yang saya katakan tadi di Bera itu kita telah buat cadangan dan dilihat bahawasanya dia tidak bersesuaian.
Jadi kita sedang meneliti tempat-tempat yang sesuai untuk dilaksanakan. Jadi jangan dikaitkan maknanya cara apa nama sceptical nya dengan izin, ya pessimistic maknanya usaha pihak kerajaan ini tadi kita buat secara menyeluruh dan saya menyatakan di sini kalau ada, mempelawa ADUN Triang untuk berurusan dengan pihak Veterinar dengan penternak yang berkaitan dan kita akan cuba bantu, insya-Allah.
Okey Yang Berhormat. Baik, terima kasih. Baiklah, kita pergi kepada soalan berikutnya sila wakil dari Chini.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan yang kelima.
[Semasa pembentangan Belanjawan 2022 pada 6 Disember 2021, beberapa pengumuman telah dibuat berkenaan Program Pride Pahang, antaranya Pahang Pride Kids, Pahang Pride Kasih, Pahang Pride Student dan lain-lain. Setelah setengah tahun berlalu, apakah status dan perkembangan pelaksanaan program-program tersebut.]
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada wakil daripada Chini yang mengemukakan soalan nombor 5 berkaitan dengan Program Pahang Pride Pahang ataupun program kebanggaan Pahang ya, dan sememangnya kita telah memperkenalkan beberapa program termasuk Program Anak Kebanggaan Pahang ataupun Pahang Pride Kid, Pahang Pride Kasih yang melibatkan warga emas, er... pelajar kebanggaan Pahang ataupun Pahang Pride Student, siswa kebanggaan Pahang, atlet kebanggaan Pahang dan banyak lagi Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Ini adalah sebenarnya untuk juga kita selain daripada kita menjaga kebajikan mereka tetap… rakyat Pahang pelbagai lapisan masyarakat, kita juga ingin mewujudkan semangat patriotisme sayangkan negeri Pahang yang tercinta ini. Dan untuk menjawab soalan daripada wakil daripada Chini berkenaan dengan Program Anak Kebanggaan Pahang ataupun Pahang Pride Kid setakat ini, setakat 25 Julai 2022 seramai 7,274 bayi ya, telah pun didaftarkan untuk menerima inisiatif daripada program Pahang Pride Kids ini yang berjumlah RM200.00 seorang. RM100.00 dalam bentuk barangan bayi dan RM100.00 lagi dalam bentuk Akaun Bank Rakyat yang kita buka untuk anak tersebut, yang mana ianya juga mendapat insentif insurance coverage dengan izin Dato' Sri Yang di-Pertua, sebanyak RM2000.00
Dan melalui program ini juga kita telah mengambil inisiatif untuk menanam pokok yang mana Bank Rakyat telah pun menaja penanaman 25,000 batang pokok yang mewakili satu batang pokok mewakili seorang anak kita dengan kos RM10.00 satu batang pokok dan dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan telah pun dilaksanakan di setiap daerah dalam negeri Pahang ini Dato' Sri Yang di-Pertua.
Dan untuk kelayakkan mereka yang lahir di negeri Pahang pada tahun 2022 namun begitu kita ada pengecualian kepada daerah-daerah yang bersempadan dengan negeri lain yang terpaksa melahirkan di negeri lain kerana kekurangan kemudahan untuk bersalin di daerah tersebut. Contohnya di kawasan Padang Tengku, Merapoh mereka terpaksa bersalin di Gua Musang. Di Rompin ada yang terpaksa ke Segamat ya. Di Kemayan ada terpaksa ke Bahau ya. Tetapi kita juga telah mengambil inisiatif untuk kita upgrade ataupun naik taraf klinik kesihatan di daerah tersebut untuk membuat kelengkapan bilik bersalin untuk ibu-ibu supaya dapat mengelakkan mereka ini bersalin di negeri lain, Dato' Sri Yang di-Pertua.
Itu berkenaan dengan program anak Kebanggaan Pahang atau pun Pahang Pride Kid. Untuk Pahang Pride Kasih iaitu kad kesihatan warga emas pula Dato' Sri Yang di-Petua, 18,000 kad diperuntukkan untuk warga emas negeri Pahang melibatkan Fasa 1 bagi 9,009 penerima bantuan warga emas Jabatan Kebajikan Masyarakat dan fasa 2 itu 8,991 penerima daripada 42 kawasan Dewan Undangan Negeri. Sehingga 5 Julai 2022 sebanyak 8,062 keping kad telah berjaya diedarkan dan masih berbaki 474 keping kad dalam proses agihan kepada penerima. Seramai 219 penerima telah meninggal dunia, 182 orang berpindah dan 68 orang lagi tak dapat dihubungi.
Bagi fasa 2 kita, masih dalam peringkat memasukkan data dan menerima… dan 8,991 orang penerima dijangka akan menerima kad kesihatan warga emas ini. Dan kita juga… saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan telah bersetuju untuk kita menambah fasa 3 iaitu 4,200 orang penerima kad kesihatan warga emas ini dan setakat ini sudah hampir RM200,000.00 telah pun digunakan atau pun telah pun dituntut dengan pihak kerajaan.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Berkenaan dengan Pahang Pride Student kad pula. Untuk Pahang Pride Student ini kita ada dua dua inisiatif. Yang pertama kita telah mengedarkan pakej kembali ke sekolah Pahang Pride Student yang mana seramai 50,000 pelajar miskin dan miskin tegar di negeri Pahang telah pun menerima kit tersebut yang berjumlah satu set bernilai RM100.00 dan peruntukan yang diperuntukkan ialah RM5 juta. Dan untuk kad diskaun 20 peratus usahasama dengan MBS Bookstore yang mana 249,000 pelajar daripada seluruh negeri Pahang menerima manfaat tersebut. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Baiklah kita pergi kepada soalan berikutnya saya jemput wakil dari Sabai.
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan yang keenam.
[ Berikan senarai dan jumlah wang yang diterima oleh Sekolah-sekolah Tamil di Pahang dari Kerajaan Negeri Pahang sejak Tahun 2020.]
Dato' Sri Yang di-Pertua
Saya mengucapkan terima kasih kepada Sabai yang bertanya mengenai senarai dan jumlah wang yang diterima oleh sekolah-sekolah Tamil di Pahang dan kerajaan… dari kerajaan pada tahun 2020. Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) menerima peruntukan bagi sekolah-sekolah Tamil di negeri Pahang adalah seperti berikut:
Pada tahun 2019 - 2020 sebanyak RM715,000.00. Pada tahun 2021 sebanyak RM101,000.00. Pada tahun 2022 sebanyak RM1,070,000.00 dan juga Yayasan Pahang telah menyalurkan biasiswa kepada pelajar-pelajar Sekolah Tamil ini pada tahun 2020 seramai 671 orang dengan jumlah RM200,000.00. 2021 seramai 655 orang sebanyak RM196,000.00. Pada tahun 2022, 698 orang sebanyak RM209,000.00, Dato' Yang Di-Pertua.
Ini tidak termasuk peruntukan yang dipohon oleh PIBG kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang melalui ADUN-ADUN kawasan seumpama:
PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Selborne sebanyak RM6,000.00. PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Mentakab sebanyak RM1,000.00. PIBG bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sri Telemong sebanyak RM2000.00. PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan Kuala Lipis sebanyak RM 1,000.00. PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang Bee Yong sebanyak RM2,000.00, PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Palas sebanyak RM5,000.00, PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kuala Terla sebanyak RM5,000.00, PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Boh 1 sebanyak RM5,000.00. PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Blue Valley sebanyak RM5,000.00. PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Karak sebanyak RM3,000.00, PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Shum Yip Leong sebanyak RM5000.00, PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Selborne sebanyak RM1,000.00 bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Karmen sebanyak RM1,000.00,
PIBG bagi Sekolah Jenis Kebangsaan ladang Tamil Ladang Cheroh sebanyak RM3,000.00, PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Karmen sebanyak RM1,000.00, PIBG bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Menteri sebanyak RM1,000.00, PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Jerantut sebanyak RM2,000.00.
Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Sila YB.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya adalah SJKT Sungai Jerik telah tumpang atas tanah SJK (C) menggunakan geran tanah tempat yang sama lebih 60 tahun. Adakah kerajaan negeri akan memberi sebidang tanah baru untuk SJK (T) Sungai Jerik, sekian terima kasih.
Dato' Sri Yang di-Pertua
Memang dari dulu kerajaan ini bersifat terbuka dan akan membantu jika ada tempat yang sesuai dan permohonan yang dibuat serta peruntukan pembinaan bangunan yang disediakan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Sila YB.
Bagaimanakah dengan status pembinaan Sekolah Jeram di Indera Mahkota? Terima kasih.
Sekolah Jeram. Saya terpaksa jawab secara bertulis kerana saya tidak ada maklumat sekarang.
Sebenarnya sekolah itu boleh di… supposed to be done by 2016…2016, tapi sampai sekarang belum dibina lagi. Masih angkat apa tanah sahaja. Walaupun peruntukan sebanyak 14 milion telah diberikan daripada Kerajaan Pusat..
Tetap juga saya jawab daripada saya menipu Dato' Sri Yang di-Pertua, baik saya jawab bertulis [Ahli Dewan ketawa].
Setuju Yang Berhormat. Oleh kerana soalan itu jauh Yang Berhormat Sabai, so pihak EXCO minta secara bertulis, okey. Lagi? Tak ada. Baik saya jemput wakil daripada Cheka.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan ketujuh.
Pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) akan memanfaatkan usahawan tempatan.
a) Adakah projek ini berjalan mengikut jadual yang ditetapkan?
b) Sejauh manakah ECRL telah memanfaatkan usahawan dan kontraktor tempatan, khususnya usahawan dan kontraktor anak negeri Pahang?
c) Apakah nilai kontrak perkhidmatan dan pembekalan yang berjaya diperoleh oleh usahawan dan kontraktor tempatan, khususnya anak negeri Pahang?
Oleh kerana Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Pengangkutan dan Kesihatan er... mendapat cuti sakit hari ini, saya minta Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menjelaskan jawapan soalan tujuh.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada ADUN Cheka yang bertanyakan soalan ECRL.
Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Cheka, cerita ini di Lipis ya. Baru ni er... Mesyuarat EXCO baru-baru ini, kita telah masukkan er... satu lagi persetujuan supaya er... rel disambungkan ke… sampai ke Lipi,s untuk futurelah, dan juga sampai ke Rompin. Makna Kerajaan Negeri telah bersetuju, maknanya bila siap ECRL ini insya-Allah pada tahun 2026 er... akan... diterus lagi usaha-usaha untuk memberi kemudahan asas kepada rakyat.
Bagi menjawab er... soalan daripada ADUN Cheka, yang pertama sekali saya ingin bagi tahu bahawa kemajuan semasa kerja-kerja yang dibuat ialah sebanyak 42.37% kerja-kerja semasa. Dan untuk makluman Yang Berhormat daripada ADUN Cheka juga, saya sendiri telah pun pergi bersama dengan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, bersama dengan er... apa ni CEO, MRL Dato’ Sri Darwis daripada sempadan Terengganu-Pahang sehinggalah sampai ke sempadan er... Pahang-Selangor. Kita dah pergi tengok kemajuan kerja dan nampaknya alhamdulillah er... walaupun mungkin tidak berapa mengikut jadual tetapi kerja sedang berjalan dengan lancar dan licinlah dan ini juga termasuk er... lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melihat terowong di Karak er... tempoh hari.
Er... bagi soalan nombor dua. Bagi kontraktor tempatan buat pada masa ini er... tidak ramai yang terlibat. Ini disebabkan er... kerja-kerja awalan ini banyak melibatkan kerja-kerja yang er... apa ini kepakaran, specialist. Jadi er... di mana kepakaran tersebut er... kita dapati er... belum sampai ke tahap yang dikehendaki oleh MRL lah. Walau bagaimanapun er... kalau sekiranya kerja-kerja ini telah selesai, kerja yang melibatkan stesen akan banyak diberikan kepada kontraktor er... tempatan. Dan er... sehingga kini nilai kerja yang telah kita beri kepada syarikat tempatan di negeri Pahang adalah bernilai sebanyak RM187 juta yang melibatkan er... sebanyak 30 syarikat tempatan yang berjaya memperoleh kerja bagi projek ECRL. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Silakan.
Adakah Kerajaan Negeri puas hati dengan prestasi sekarang? Kalau tidak, apakah usaha berterusan? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Selagi kerja ini tak siap selagi itu lah Kerajan Negeri tidak puas hati. Bila kerja dah siap baru kita puas hati. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Ya.
Dato' Sri Yang di-Pertua, soalan tambahan dari Semambu
Ya Semambu.
Er.... Terima kasih. Er... selepas projek ECRL disiapkan pada… menjelang tahun 2026, saya difahamkan kita akan er... diberikan ataupun akan dioperasikan 18 set lokomotif untuk mengangkut setiap lokomotif 3,500 tan barangan ataupun freight Jumlahnya adalah sekitar 26 juta tan setahun. Saya amat bimbang bahawa adakah kapasiti er... ataupun dari segi perkilangan, pengeluaran industri kita di Pantai Timur khususnya di Pahang, adakah kita cukup untuk memenuhi kapasiti ECRL tersebut. Bukankah kita harus mula merancang, saya nampak kita ada MCKIP, ada juga PKNP projek-projek er... tanah-tanah... Taman Industri Perindustrian. Jadi apakah langkah-langkah lain yang boleh diambil oleh pihak kerajaan supaya kita boleh memanfaatkan
kapasiti freight yang akan menjadi begitu besar yang menjelang 2026 nanti? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya harap ADUN Semambu jangan bimbang sebab menjelang 2026, kita akan ada Kuantan International Airport, situ pun boleh bawa kargo juga. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan berikutnya. Saya jemput wakil... dari Tanah Rata.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin kemukakan soalan nombor lapan.
[Program Kerjaya ECER. Nyatakan jumlah peserta yang menyertai program kerjaya ECER mengikut daerah sejak tahun 2018 dan jelaskan prestasi program tersebut.]
Terima kasih er... Dato' Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada ADUN Tanah Rata yang bertanyakan soalan kepada saya pada pagi ini. Sesungguhnya.... er... saya mewakili pihak kerajaan ingin mengucapkan syabas dan tahniah sebenarnya kepada ECER kerana banyak jasa dan juga er... peduli pada Kerajaan Negeri Pahang iaitu negeri ini sendiri termasuklah usahawan-usahawan yang di bawah seliaan ECER. ECERDC telah berjaya melaksanakan program kerjaya ECER melalui PENJANA dan juga Kumpulan Wang COVID-19, di mana empower ECER dan entrepreneur ECER sejumlah hampir 6,170 peserta telah menyertai program sejak tahun 2018 sehingga kini.
Prestasi program tersebut diukur melalui kejayaan peserta program yang ditawarkan serta diterima bekerja di pasaran terbuka. Seramai ataupun sejumlah hampir 90% peserta program yang telah dilatih berjaya mendapat pekerjaan. Selain daripada itu program keusahawanan ECERDC juga turut mewujudkan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat dan ECERDC juga dalam polisinya untuk memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan serta merangsangkan ekonomi sepanjang masa keberadaan ECERDC di negeri Pahang. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan ini berkenaan dengan pelaburan di ECER. Dua bulan yang lalu, kita bawa… Majlis Pembangunan ECER atau pun ECERDC telah memaklumkan bahawa mereka sedang berusaha menarik pelaburan daripada sebuah syarikat pembuatan RV, kenderaan rekreasi dari Germany di wilayah ECER tapi belum tentunya... lagi di mana lokasi dia. Oleh itu soalan saya adalah adakah kerajaan sedang berusaha untuk mendapat pelaburan daripada syarikat Germany tersebut dan apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato di-Pertua, berkaitan soalan tambahan yang dibangkitkan oleh ADUN Tanah Rata ini er... kita pihak Kerajaan Negeri melalui... usaha Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Pahang telah melakukan er... beberapa perbincangan dengan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri berhubung dengan pelaburan yang dibangkitkan er... oleh ECERDC berkaitan dengan kenderaan tersebut er... yang mana er... pangkalannya di Jerman. Perkara ini masih dalam proses perbincangan dan er... begitu juga er... berkaitan dengan daerah atau pemusatan tempat kilang tersebut juga masih lagi dalam perbincangan untuk er... tindakan selanjutnya.
Jadi saya untuk menjawab perkara ini secara detail boleh saya ingat boleh kita rujuk dengan pihak Pelaburan Kerajaan Negeri sama ada secara bertulis ataupun perbincangan secara terus dengan pihak pelaburan Negeri Pahang. Terima kasih tuan di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan berikutnya saya jemput wakil dari Padang Tengku.
Assalamualaikum WBT, Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor sembilan.
[Kerajaan sentiasa menyediakan peruntukan menaik taraf jalan luar bandar bagi pengguna jalan raya. Mohon nyatakan berapakah peruntukan yang diterima dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi maksud penyelenggaraan dan bina baru jalan luar bandar bagi tahun 2022 mengikut pecahan setiap daerah?]
Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua, yang memberi laluan dan terima kasih juga lah kepada Yang Berhormat Ahli daripada Padang Tengku yang menanyakan soalan mengenai peruntukan jalan luar bandar di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan keduanya ialah pecahan mengikut daerah dan ketiganya adalah penyelenggaraan jalan-jalan di luar bandar.
Bagi tahun 2022 terdapat se... sejumlah tujuh projek jalan luar bandar atau JALB yang yang baru dan projek bersambung telah diluluskan melibatkan kos keseluruhan
projek sebanyak RM363,500,000.00 di negeri Pahang dan siling tahun 2022 bagi kesemua tujuh projek berkenaan ialah sebanyak RM1,450,000.00. Bagi projek Jalan Perhubungan Desa ataupun JPD pula terdapat sejumlah 225 projek diluluskan melibatkan kos keseluruhan projek berjumlah RM 24,385,000.00. Ianya melibatkan di seluruh negeri Pahang.
Pecahan projek berkenaan mengikut daerah, saya ingin membaca dengan mengikut apa yang saya lampirkan ialah mengikut Parlimen. Jadi daripada 14 Ahli Parlimen dan Ahli Parlimen Indera Mahkota sebanyak 33 projek dipanggil Jalan Perhubungan Desa yang menilai sebanyak RM2,920,000.00.
Di Kuantan sebanyak 11 projek jumlah sebanyak RM580,000.00. Di Paya Besar satu projek Jalan luar bandar bernilai RM6,000,000.00 dan siling tahun 2022 adalah sebanyak RM250,000.00 dan projek di Paya Besar, Jalan Perhubungan Desa sebanyak 11 projek, yang bernilai RM1,075,000,00.
Di Pekan sebanyak 33 projek Jalan Perhubungan Desa yang bernilai sebanyak RM2,770,000.00.
Di Rompin sebanyak lapan projek yang bernilai sebanyak RM530,000.00.
Di Maran 13 projek yang bernilai sebanyak RM2,050,000.00.
Di Bera satu projek JALB bernilai RM52,000,000.00 dan siling tahun 2022 sebanyak RM250,000.00 dan di Bera juga ada lapan Projek Jalan Perhubungan Desa yang bernilai sebanyak RM760,000.000.
Di Temerloh satu projek Jalan Luar Bandar Baru nilai RM18,00,000.00 dan siiling tahun 2022 sebanyak RM150,000.00. Dan projek Jalan Perhubungan Desa sebanyak lapan yang bernilai RM580,000.00. Di Kuala Krau, 12 projek JPD, Jalan Perhubungan Desa yang bernilai RM1,050,000.00.
Di Jerantut sebanyak satu jalan luar bandar yang bernilai RM213,500,000.00 tapi siling untuk tahun 2022 banyak RM250,000.00. Dan di Jerantut juga ada 13 projek Jalan Perhubungan Desa yang bernilai RM1,970,000.00.
Di Bentong hanya ada tujuh projek Jalan Perhubungan Desa yang bernilai RM1,100,000.00.
Di Raub ada satu projek Jalan luar bandar yang menilai RM6,000,000.00.Siling untuk tahun 2022 adalah sebanyak RM150,000.00 dan bilangan projek Jalan Perhubungan Desa ada lapan yang bernilai RM1,200,000.00.
Di Lipis ada satu projek Jalan Luar Bandar yang bernilai RM66,000,000.00 dan syiling untuk tahun 2022 sebanyak RM250,000.00. Bagi projek Lipis, Jalan Perhubungan Desa ada 43 yang bernilai RM5,500,000.00.
Dan akhirnya adalah Parlimen Cameron Highlands, ada satu Jalan Luar Bandar yang bernilai RM2,000,000.00 dan siling untuk tahun 2022 banyak RM150,000.00 dan Jalan Perhubungan Desa ada sebanyak 17 yang bernilai lebih kurang RM2,300,000.00.
Walau bagaimanapun, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) tidak menerima sebarang sebarang peruntukan penyelenggaraan JALB memandangkan peruntukan program berkenaan adalah bersifat one-off dan tidak meliputi aspek
penyelenggaraan jalan-jalan luar bandar… jalan-jalan luar bandar. Jalan-jalan luar bandar yang telah siap dibina akan diwartakan sebagai Jalan Negeri ataupun Jalan Persekutuan dan didaftarkan dalam Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia ataupun MARRIS. Ianya bertujuan untuk mendapatkan peruntukan penyelenggaraan. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Dato' Sri Yang di-Pertua.
Sila Yang Berhormat.
Pertamanya saya nak ucapkan tahniah kepada kerajaan di Pahang kerana mendapat peruntukan Kementerian yang ketiga terbesar yang saya difahamkan selepas daripada Sabah dan Sarawak. Tetapi persoalan yang saya nak timbulkan di sini apa masalah tentang jalan-jalan yang rosak akibat daripada banjir, yang selalunya jalan tu tak dapat dibaiki dengan kadar yang cepat dan memberikan gangguan kepada pengguna-pengguna.
Persoalan yang saya nak timbulkan ialah apakah prosedur dan juga langkah-langkah bagi mempercepatkan dan juga mempermudahkan urusan supaya rakyat di kawasan terbabit tidak tertunggu-tunggu untuk mendapatkan perkhidmatan yang baik. Itu yang pertama.
Yang keduanya kes jambatan gantung di kampung Aur Gading yang menyeberangi Sungai… Sungai Tanum di mana banjir pada tahun 2017 sehingga sekarang jambatan itu tidak diperbaiki. Jadi bila lagi jambatan itu diperbaiki ataupun dibina baru? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Memang sebagaimana yang dimaklumkan oleh Ahli daripada Padang Tengku, kita telah mendapat peruntukan keseluruhan sebanyak RM391 juta bagi tahun 2022. Keduanya, sebahagian daripada peruntukan yang telah dirancang untuk tahun 2022 sebanyak RM60.5 juta telah dilaksanakan bagi projek-projek untuk mengatasi masalah banjir.
Di antara program-program yang telah kita dahulu ataupun kita buat, yang telah siap bagi mengatasi masalah banjir adalah Projek Jalan Perhubungan Desa, Jalan Ladang Pertanian ataupun JLP dan Program Ameniti Sosial (PAMS). Dan ini semuanya adalah program-program untuk menyelesaikan di antara isu-isu ini… banjir. Jadi sejumlah er… mengikut 11 daerah, sebanyak RM18 juta telah dilaksanakan di bawah program Jalan Perhubungan Desa. Ha, ini selesai dah, kerana program-program dah didahulukan kerana isu-isu banjir. Dan juga Jalan ladang sebanyak RM750,000.00 dan paling banyak adalah Rumah Kasih Keluarga Malaysia sebanyak 1,813 rumah yang telah diluluskan dan jumlah kos adalah sebanyak RM27,345,000.00.
Jadi jumlah keseluruhan yang kita telah bantu dalam mengatasi masalah isu banjir adalah sebanyak RM60,050,000.00. Sekian, terima kasih. Ha, satu lagi Yang Berhormat Yang di-Pertua, masalah jambatan gantung tadi, saya sebagaimana Pengerusi Pendidikan Kesihatan lah. Sebab daripada menipu, biarlah saya jawab secara bertulis.
Baik, jawapan secara bertulis ya Yang Berhormat. Baik seterusnya saya jemput wakil dari Sungai Lembing. Ada?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan soalan nombor 11.
[Apakah langkah segera oleh pihak Kerajaan Negeri berhubungan dengan isu banjir kilat yang telah dialami oleh sebahagian penduduk di dalam kawasan FELDA.]
Soalan ke 10, Semantan ya. Sila Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Koperasi.
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih ADUN Sungai Lembing bertanya tentang banjir kilat kawasan FELDA. Kerajaan Negeri melalui jabatan JPS telah melakasanakan beberapa langkah untuk menghadapi bencana banjir di kawasan FELDA, antaranya kerja-kerja pembersihan sungai, pengorekan sungai, menstabilkan tebing dan penyelenggaraan kolam-kolam takungan banjir. 2021 JPS Pahang telah belanjakan sebanyak RM230,000.00 dan untuk 2022, JPS Pahang juga memperuntukkan sebanyak RM470,000.00 peruntukan bagi menangani isu banjir di kawasan-kawasan FELDA. Sekian terima kasih.
Yang Berhomat, minta maaf tadi saya melangkaui soalan nombor 11 ya. Sekarang saya panggil, jemput ADUN Semantan.
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya ingin kemukakan pertanyaan nombor 10. Terima kasih.
[Apakah perkembangan naik taraf liputan telekomunikasi 4G yang dijalankan Kerajaan Negeri Pahang?]
Sila Yang Berhormat EXCO.
Terima Kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada sahabat saya daripada DUN Semantan kerana mengemukakan soalan nombor 10.
Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Pahang bersama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SKMM sedang melaksanakan Pelan Jalinan Digital Negara fasa satu yang telah pun bermula pada 2020 dan dijangka berakhir pada penghujung tahun 2022 dan perkembangan pelaksanaan Pelan JENDELA di negeri Pahang sehingga suku pertama 2022 adalah seperti berikut:
Yang pertamanya adalah pembinaan sebanyak 270 menara baru, di mana 28 menara baru telah pun siap dan baki 242 menara baru dalam peringkat pelaksanaan. Jumlah menara-menara mengikut daerah-daerah adalah seperti berikut:
Yang pertama di daerah Bentong bilangan menara baru akan dibina adalah sebanyak 15 er... 16 .... 15 minta maaf Yang di-Pertua. Di Bera sebanyak 16, Cameron Highlands 23, Jerantut 26, Kuantan 33 menara baru, Lipis 52 menara baru, Maran 11 menara baru, Pekan 22 Raub 25, Rompin 33 menara baru dan Temerloh 14 menara baru dan jumlah semuanya adalah sebanyak 270 menara baru.
Daripada jumlah ini sebanyak 117 lokasi adalah terletak di atas tanah Kerajaan Negeri dan dalam proses untuk perolehan tapak. Manakala baki 125 adalah terletak di atas tanah milik individu atau korporat sedang di peringkat pelaksanaan yang merangkumi kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan pembersihan tapak menara, pemasangan struktur menara dan termasuk termasuklah dua yang telah siap pemasangan menara di ladang LKPP Sungai Lembing dan Kampung Berembang, Jerantut.
Yang kedua pula adalah menaiktaraf sebanyak 902 stesen pemancar kepada rangkaian 4G di mana 856 stesen pemancar telah pun siap dan baki enam stesen pemancar dalam peringkat pelaksanaan.
Yang ketiga adalah penyediaan rangkaian gentian optik di 118,260 premis, di mana 82,952 premis telah pun siap dinaik taraf kepada capaian gentian optik dan baki 35,300 premis dalam peringkat pelaksanaan.
Yang keempat adalah penyediaan internet jalur lebar satelit di 69 kampung Orang Asli juga telah siap dilaksanakan dan perkhidmatan internet secara percuma untuk tempoh dua tahun telah mula ditawarkan kepada kawasan Orang Asli bermula pada April 2022.
Selain daripada pelaksanaan inisiatif di bawah JENDELA, Kerajaan Negeri juga turut terlibat turut sama memainkan peranan melalui pelaksanaan projek jalur lebar teknologi satelit di 50 hingga 100 kawasan yang dikenal pasti yang tidak... masih tidak mempunyai liputan internet. Projek ini dijangka awal pelaksanaan dan dirancang untuk bermula pada hujung Ogos 2022. Berdasarkan kepada pencapaian semasa semua inisiatif infrastruktur digital negeri Pahang… di dalam negeri Pahang, peratusan liputan 4G di kawasan berpenduduk di Negeri Pahang telah pun mencapai 93% pada suku pertama 2022. Pencapaian ini telah merekodkan peningkatan 5% daripada 89% kadar liputan 4G pada suku kedua 2022... 2020 sebelum pelaksanaan JENDELA bermula.
Kadar liputan ini dijangka akan terus meningkat apabila baki semua projek yang sedang dilaksanakan ini siap pada tahun 2022. Sekian Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan. Apakah tindakan pihak kerajaan kepada kawasan yang telah terlibat naik taraf tetapi liputan masih begitu lemah? Keadaan ini berlaku di kawasan saya sendiri di Kampung Paya Pulai, terutamanya Kampung Bacap, yang mana menara yang dibangunkan adalah berhampiran kawasan kampung, tetapi masih er... saya mendapat rungutan daripada orang kampung masalah internet yang lemah begitu ketara sehingga ke hari ini.
So, saya mohonlah agar pihak kerajaan menyiasat perkara ini kerana saya telah berhubung dengan pihak TM er... mereka menagatakan kabel Unifi tak sambung sampai ke kampung tersebut cuma disambung sehingga kampung bersebelahan dengan Paya Pulai iaitu Kampung Tanjung Besar. Saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB Semantan dan untuk makluman Dewan, ada dua menara barulah yang kita telah er… akan bina di kawasan DUN Semantan. Yang pertama di Kampung Charuk Puting yang telah pun siap dan juga di Kampung Gantok itu dalam pelaksanaan. insya-Allah akan siap tak lama lagi. Dan juga menaiktaraf stesen pemancar di sebanyak lapan kawasan yang pertamanya Kampung Tualang, Kampung Bintang, Kampung Pulau Besi, Kampung Bangau Tanjung... Bangau Tanjung... Bangau Tanjung, Kampung Selendang, Kampung Bachap. East Coast Highway kilometer 131, East Coast Highway Kilometer 15. Ini lapan kawasan yang telah ditaraf manakala naik taraf talian tetap gentian optik ada sebanyak 5,015.
Dan walau bagaimanapun kita akui kadang-kadang pelaksanaan ni mendapat sedikit masalah teknikal kerana dia melibatkan er... internet ya dan pihak Yang Berhormat boleh membuat aduan kepada pihak SKMM ataupun pada saya sendiri ataupun kita boleh menggunakan aplikasi dalam telefon mudah alih, aplikasi yang dinamakan JENDELA. Boleh kita muat turun daripada aplikasi mudah alih dinamakan JENDELA kalau kita buka ni Play Store, kita muat turun JENDELA dan kita boleh beritahu kawasan terbabit petanya disediakan sekali Kampung Bachap ke, kampung apa ke, kampungnya di Muadzam ke, boleh. Tengah jalan pun highway kita boleh berhenti.
Duduk kat highway itu kalau kita rasa kawasan itu tak ada liputan internet Yang Berhormat Beserah, kita lalu kita berhenti. Berhenti kereta, kita keluar kita buka JENDELA tu, kita tengok jalan depan sikit lah, kawasan yang ada liputanlah, kita turun dan kita buatkan aduan itu. Kawasan kilometer yang terbabit dan insya-Allah rungutan daripada Yang Berhormat Semantan akan kita ambil kira dalam Sidang Dewan Yang
Mulia ini untuk kita ambil tindakan-tindakan yang sebaiknya bagi memastikan liputan internet yang terbaik dapat kita berikan di kawasan-kawasan seluruh negeri Pahang insya-Allah.
Soalan tambahan.
Sila YB Triang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Di kawasan Triang ada kawasan perumahan baru sebagai contoh PR1MA Taman Puncak Jaya yang telah siap dan diduduki penghuni. Tetapi dah banyak aduan bahawa liputan telekomunikasi yang sangat lemah dan juga tiada perkhidmatan internet Unifi. Jadi soalan… dan benda ini bukan berlaku kali pertama. Jadi soalan saya adalah, apabila kerajaan membangunkan satu kawasan perumahan baru bagaimanakah Kerajaan memastikan liputan telah disediakan perkhidmatan Internet telah disediakan sebelum penduduk berpindah ke sana?
Terima kasih kepada ADUN Triang. Ini mungkin projek yang dah siap lama la ya, kawasan perumahan kawasan perumahan baru?
PR1MA Taman Puncak Jaya Triang.
Baru siap ya? Dah lama siap ya?
Dalam tempoh 2, 3 tahun ini.
Untuk makluman Sidang Dewan, selain daripada utiliti air dan juga tenaga elektrik liputan internet sekarang kita menjadi utiliti yang ketiga diwajibkan dalam setiap Kebenaran Merancang di setiap daerah. Jadi, kalau kebenaran merancang untuk projek projek baru, maknanya setiap kontraktor ataupun developer ya, mesti mewajib… diwajibkan untuk dia meletakkan internet sebagai satu utiliti baru dalam kebenaran untuk merancang setiap kawasan-kawasan pembangunan baru bagi memastikan liputan internet ini untuk seluruh kawasan pembinaan baru perumahan-perumahan baru, dapat disediakan kemudahan Internet kepada pemilik-pemilik rumah. Sekarang yang lama ini, kita kena buat kemudianlah untuk makluman Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Baiklah kita pergi kepada soalan terakhir pagi ini. Saya jemput wakil dari Beserah.
Assalamualaikum WBT dan selamat pagi.
Waalaikummussalam.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan yang ke-12.
Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang di-Pertua. Sahabat saya daripada Beserah menanyakan soalan berkaitan dengan pertandingan projek PR1MA di Cherating yang telah tergendala dan dilaporkan dalam media ya. Untuk makluman Beserah, pada awal tahun ini saya telah memanggil pemaju dan juga sepuluh orang pembeli ke pejabat saya untuk berbincang, untuk mengenalpasti dan juga untuk mencari jalan penyelesaian untuk membina rumah yang agak lewat dibina. Memang lewatlah ya. Kalau ikut kepada perjumpaan berkenaan, pihak pemaju telah menyatakan kelewatan disebabkan yang pertama alasan PKP lah ya.
Dalam tempoh tahun 2020 hingga tahun 2001, tidak dibenarkan sebarang pembinaan dibuat ya. Jadi ini telah menyebabkan kelewatan berlaku kerana kita tidak termasuk dalam bangunan yang seperti yang diisytiharkan oleh pihak Kementerian, bangunan kerajaan, JKR di yang tengah… tengah siap dibenarkan terus untuk membina. Manakala projek perumahan ini tidak masuk senarai, walaupun saya telah melaporkan kepada pihak KPKT untuk memberi kelonggaran kepada pemaju-pemaju PR1MA untuk meneruskan projek, di mana tertakluk di bawah kawalan pergerakan pada ketika itu. Dan pada tahun 2020 dan 2021 juga, kawasan ini telah dilanda banjir lah. Salah satu yang menyumbang kepada kelewatan pembinaan.
Walau bagaimanapun pada 15 Jun 2022, pihak KPKT, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama dengan pemaju dan juga Bahagian Perumahan, SUK Pahang telah membincangkan kelewatan ini dan pihak pemaju memberi jaminan ya, untuk menjawab soalan yang kedua punca dah beritahu dah. Bilakah tarikh jangkaan baru akan siap? Kalau ikut kepada pemaju tarikh… dia ada 3 fasa pembinaan sebanyak 496 unit. Fasa pertama sebanyak 108 unit dijangka siap 02.10.2023, lebih kurang setahun lebih lagi lah ya. Dan seterusnya dah siap akan dilakukannya fasa 1B dan fasa 1C.
Soalan yang ketiga berkaitan dengan ganti rugi bab kelewatan. Dalam perjanjian antara pihak pembeli dan juga pemaju ada dinyatakan pihak pembeli boleh menuntut kelewatan disebabkan oleh kelewatan pembinaan disebabkan oleh tindakan pemaju ya. Itu salah satu cara yang pihak pembeli boleh menuntut kepada pemaju disebabkan kelewatan. Itu saja Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
YB Cheka, Beserah dulu tanya soalan, lepas itu baru YB. YB nak tanya soalan ke? Tambahan.. soalan tambahan. Bagi YB. Berserah dulu.
Soalan tambahan daripada saya adalah adakah pihak kerajaan bersetuju ataupun mengambil langkah yang lebih berkesan sebagai pemudahcara untuk melindungi hak pembeli yang sekian lama terpaksa menanggung kerugian ini, sebagai orang tengah di dalam menyelesaikan persoalan ganti rugi akibat kelewatan. Terima kasih.
Untuk makluman Beserah, pada perjumpaan dengan pembeli itu hari, seramai 10 orang memang kita beri jaminan, pihak kerajaan akan mewakili pembeli. Sebab perjanjian telah diikat antara pemaju dan juga pembeli untuk menyelesaikan apa-apa tuntutan disebabkan oleh kelewatan oleh pemaju. Ini pihak pemaju akan menanggung lah kos pada kelewatan yang disebabkan oleh pemaju sendiri ya.
YB. Cheka, sila.
Terima kasih Yang di-Pertua. Mengenai projek perumahan PR1MA Pahang, oleh kerana harga barangan bina rumah semakin naik baru-baru ini, adakah kerajaan negeri akan menaikkan harga jualan, PR1MA… Rumah PR1MA Pahang dan juga Rumah Makmur Pahang? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Sehingga hari ini kita belum lagi bercadang untuk menaikkan harga rumah PR1MA ini. Walaupun kita tahu harga barang-barang naik, tapi buat pada masa ini kita belum memikirkan lagi lah ya. Terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kita telah selesai soalan dan jawapan sebanyak 12 soalan di sesi pagi tadi. Oleh kerana urus setia telah mengatur beberapa program pada hari ini dan kita meninggal… kita ada berbaki sedikit lagi perkara-perkara yang akan dibincangkan. Saya tidak bercadang untuk menangguhkan Dewan ini untuk minum pagi. Bagaimanapun Ahli-ahli Yang
Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan bolehlah keluar bergilir-gilir untuk minum pagi selama empat atau lima minit dan masuk semula ke dewan bagi kita meneruskan aturan urusan mesyuarat yang selanjutnya.
Rang Undang-UndangBill
Perkara Keempat: Rang Undang-Undang.
Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan (1/2022) 2022, DN 19/2022. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan (1/2022) 2022.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul tersebut.
“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang disatukan untuk perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu”.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya mahu Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon izin menyokong usul itu.
Rang Undang-Undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (1/2022) 2022 dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon mencadangkan
“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang disatukan untuk perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu”. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Perkara 44 Bahagian 2 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang menyatakan bahawa, “jika wang diperuntukkan oleh undang-undang perbekalan tidak mencukupi atau terdapat lebih perbelanjaan bagi apa apa maksud di mana-mana tahun kewangan ianya hendaklah dibentangkan di dalam Dewan Negeri dan kepala-kepala perbelanjaan tersebut hendaklah dimasukkan dalam Rang Undang-undang Perbekalan”.
Di samping itu, Seksyen 11 (3) Akta prosedur kewangan membolehkan Menteri Besar membuat pendahuluan dari Kumpulan Wang disatukan untuk menampung keperluan tersebut. Jumlah wang yang dipohon untuk perbelanjaan tambahan bagi tahun kewangan 2022 ialah sebanyak RM198,661,248.86. Tambahan ini adalah untuk maksud-maksud perbelanjaan seperti berikut.
Emolumen: RM9,600,000.00.
Untuk Perkhidmatan dan Bekalan: RM989,449.86.
Bagi tujuan aset RM12,264,200.00
Bagi tujuan pemberian dan kenaan bayaran tetap: RM175,702,158.00
Perbelanjaan-perbelanjaan lain: RM105,441.00.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Maklumat penuh bagi tujuan pertambahan ini adalah dinyatakan di dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan di dalam Persidangan Dewan ini sebagai kertas Dewan Negeri 20/2022.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Sekian sahaja penerangan ringkas saya berhubung Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Dalam (1/2022) 2022 ini dan berharap Rang Undang-undang yang saya bentangkan ini mendapat sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan seterusnya diluluskan. Saya mohon mencadang terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong usul ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan majlis ialah;
“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu”
dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas. Tiada.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Sekarang saya kemukakan masalah pada majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang, Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”
Setuju.
Dan yang tidak besetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada. Rang undang-undang tersebut dibaca kali yang kedua sekarang.
“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu”.
Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.
[Cokmar diturunkan]
Jadual T.01 - Peruntukan Diraja.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Tanggungan T.01 - Peruntukan Diraja dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM989,449.86 untuk Kepala T.01 - Peruntukan Diraja jadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada. Kepala T.01 - Peruntukan Diraja menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual T.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Tanggungan T.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM105,441,00 untuk Kepala T.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual telah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada. Kepala T.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual T.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Tanggungan T.03 Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri dibuka untuk dibahas, Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM30,000.000.00 untuk Kepala T.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju nyatakan “setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada, Kepala T.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada jadual.
Jadual B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Tanggungan B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM23,699,000.00 untuk Kepala B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada. Kepala B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual
Jadual B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Tanggungan B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM124,902,398.00 untuk Kepala B03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada. Kepala B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Tanggungan B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM2,795,000.00 untuk Kepala B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada. Kepala B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri menjadi sebahagian daripada jadual.
Jadual B32 - Kumpulan Wang Terkanun.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Tanggungan B.32 - Kumpulan Wang Terkanun dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM16,169,960.00 untuk Kepala B32 - Kumpulan Wang Terkanun menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada. Kepala B.32 - Kumpulan Wang Terkanun menjadi sebahagian daripada Jadual.
Fasal 1; Fasal 2(1); Dan Fasal 2(2).
Fasal 1; Fasal 2(1); Dan Fasal 2(2) menjadi sebahagian daripada Undang-undang. Dengan ini saya mohon Ahli Yang Berhormat membuat cadangan.
Yang Berhormat Dato' Sri Pengerusi,
Saya mahu mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Dato' Sri Pengerusi,
Saya mohon menyokong usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Masalahnya Ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1/2022) (2022) dimaklumkan pada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak setuju sila nyatakan “tidak”. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Cokmar dinaikkan semula]
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (1/2022) 2022, dibaca bagi kali yang ketiga.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon memaklumkan bahawa
“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2022 dan bagi maksud memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu”,
telah ditimbangkan dalam jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang berhormat Dato’ Sri yang di-Pertua,
Saya mohon menyokong Usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah baru Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1/2022) dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Yang tidak setuju sila nyatakan tidak. Tiada.
Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (1/2022) bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.
USUL
UsulMotion
Perkara Kelima: Usul.
Usul (1). Usul Tambahan Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2022. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon izin untuk membawa satu Usul di Dewan yang mulia ini yang berbunyi:
“Bahawa dewan ini mengikut syarat-syarat ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Perbekalan Air. Dengan ini bersetuju meluluskan anggaran Perbelanjaan Tambahan 2022 daripada Kumpulan Wang tersebut sebagaimana yang ditetapkan di dalam anggaran Perbelanjaan Tambahan 2022 yang dibentangkan di dalam persidangan ini sebagai Kertas Mesyuarat Dewan Negeri 21/2022.”
Yang berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Tambahan peruntukan adalah untuk:
i) Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri berjumlah RM8,699,960.00.
ii) Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri berjumlah RM5,500,000.00; dan
iii) Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri berjumlah RM1,970,000.00.
Peruntukan tambahan ini bagi menampung perbelanjaan dan pelaksanaan projek-projek yang memberi kesan secara langsung kepada rakyat.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Sekian sahaja penerangan ringkas saya berhubung Usul Tambahan Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2022. Saya berharap Usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan Yang Mulia ini. Saya mohon mencadang.
Sila, sokongan.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon menyokong Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri sebentar tadi. Terima kasih.
Usul ini dibuka untuk perbahasan. Tiada.
Masalahnya ialah Usul ini telah dicadangkan dan disokong. Soalannya sekarang, ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan. Ahli-ahli yang berhormat yang bersetuju dengan Usul ini, sila nyatakan “setuju”.
Setuju
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada. Usul tersebut diluluskan.
Usul (2) Penubuhan Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusat Biodiversiti PahangMotion
Perkara Kelima: Usul (2) Penubuhan Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusat Biodiversiti Pahang.
Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
saya mohon izin untuk membawa satu Usul di Dewan Yang Mulia ini yang berbunyi
“Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan Seksyen 10 (4) (b) Akta Tatacara Kewangan 1957 bersetuju menubuhkan:
“Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusat Biodiversiti Pahang”
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bilangan Ke-14 pada 6 April 2012 telah menimbangkan Kertas Cadangan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang dan bersetuju supaya Majlis Biodiversiti Pahang menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusat Biodiversiti Pahang.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua
Kumpulan Wang ini ditubuhkan bagi tujuan penerimaan peruntukan sumbangan kutipan hasil dan pembayaran perbelanjaan bagi atau berkaitan dengan pentadbiran Majlis Biodiversiti Pahang. Pentadbiran pengurusan dan pelaksanaan Pusat Biodiversiti serta pembayaran bagi semua perbelanjaan yang perlu untuk menjalankan maksud Rang Undang undang Enakmen Majlis Biodiversiti Negeri Pahang 2021 yang telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2022.
Penubuhan Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusat Biodiversiti Pahang ini akan membolehkan Majlis Biodiversiti Pahang, memperakaunkan penerimaan:
i) Sejumlah wang peruntukan dari semasa ke semasa oleh Pihak Berkuasa Negeri,
ii) Pemberian daripada kerajaan persekutuan,
iii) Apa-apa bayaran caj atau pembayaran lain yang dikutip oleh Majlis.
iv) Wang diperolehi oleh Majlis dengan operasi mana-mana projek skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Tabung.
v) Derma dan sumbangan yang dibayar ke dalam tabung oleh mana-mana Badan Berkanun, Badan Korporat, orang usahasama atau individu,
vi) Semua jumlah wang atau harta lain yang dalam apa-apa cara boleh dibayar atau terletak hak pada Majlis berkenaan dengan apa-apa perkara yang sampingan dengan fungsi dan kuasanya; dan
vii) Pungutan daripada orang awam melalui fi masuk kawasan kajian atau fi lesen kajian.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Kumpulan Wang ini akan digunakan bagi tujuan:
i) Pembayaran pembelanjaan bagi atau berkaitan dengan pentadbiran Majlis;
ii) Pentadbiran pengurusan dan pelaksanaan Pusat Biodiversiti; dan
iii) Pembayaran bagi semua perbelanjaan yang perlu untuk menjalankan maksud Enakmen Majlis Biodiversiti Pahang 2022.
Kumpulan Wang ini akan ditadbirkan oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan lima (5) orang ahli terdiri daripada Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah Hutan Negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan Ketua Sekretariat Majlis Biodiversiti Pahang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Penubuhan Kumpulan Wang ini akan memberi gambaran sebenar berkaitan penyaluran daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, agensi agensi Persekutuan, Negeri, anak-anak syarikat Kerajaan Persekutuan dan Negeri dan orang ramai. Ia juga bertujuan memastikan rekod kewangan diperakaunkan dengan teratur dan memenuhi semua prosedur kewangan bagi Pengurusan Pembelajaran Tabung Pusat Biodiversiti Negeri Pahang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sekian sahaja penerangan berhubung Usul ini dan saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10 (4) (b) Akta Tatacara Kewangan 1957 bagi menubuhkan “Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusat Biodiversiti Pahang”.
Saya berharap usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan yang mulia ini. Saya mohon mencadang.
Terima kasih Yang Berhormat. Ada sokongan?
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon menyokong Usul itu.
Usul ini dibuka untuk perbahasan. Tiada.
Masalahnya ialah Usul ini telah dicadang dan mendapat sokongan. Soalannya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini. Sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Terima kasih, yang tidak bersetuju dan sila nyatakan “tidak”. Tiada. Usul tersebut diluluskan.
Usul (3) Usul Tambahan Siling Peruntukan Negeri Bagi Projek pembangunan dan Perbekalan Air Rancangan Malaysia Kedua Belas Tahun 2021 - 2025 Negeri PahangMotion
Perkara kelima: Usul (3) Usul Tambahan Siling Peruntukan Negeri Bagi Projek pembangunan dan Perbekalan Air Rancangan Malaysia Kedua Belas Tahun 2021 - 2025 Negeri Pahang.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua,
Saya mohon izin untuk membawa satu usul di Dewan yang mulia ini yang berbunyi:
“Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan di bawah Seksyen 9, Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] dan mengikut ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan Negeri dan Kumpulan Wang Pembekalan Air” dengan ini bersetuju meluluskan:
“Tambahan Siling Peruntukan Negeri Bagi Projek Pembangunan Dan Pembekalan Air Rancangan Malaysia ke 12 tahun 2001 - 2025 Negeri Pahang”.
Yang Berhormat Dato Sri Yang di-Pertua,
Mesyuarat Majlis Kerajaan Ke-25/2022 pada 28 Jun 2022 telah bersetuju meluluskan permohonan tambahan siling peruntukan sebanyak RM63,650,000.00 sahaja bagi
maksud Projek Pembangunan dan Perbekalan Air Rancangan Malaysia Kedua Belas Negeri Pahang menjadikan kos keseluruhan daripada RM2,532,060,170.00 sahaja kepada RM2,595,710,170.00 sahaja.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua,
Jabatan-jabatan yang terlibat dalam Tambahan Siling Peruntukan Negeri bagi Pembangunan dan Perbekalan Air Rancangan Malaysia Kedua Belas Negeri Pahang adalah seperti berikut.
a) Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri: RM25,650,000.00 sahaja.
b) Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri: RM37,500,000.00 sahaja.
c) Jabatan Pertanian Negeri: RM500,000.00 sahaja.
Senarai projek serta kos akan dikemas kini dan disemak mengikut keperluan semasa dan keutamaan negeri sebelum kelulusan bajet setiap tahun dibuat semasa Mesyuarat Dewan Negeri Pahang dan apa-apa perubahan dan penambahan tajuk projek hanya memerlukan kelulusan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Pahang atas syor Timbalan Setiausaha Kerajaan (Bahagian Pembangunan) atau Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri berdasarkan siling jabatan/agensi yang diluluskan di peringkat Dewan Negeri Pahang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sekian sahaja penerangan berhubung Usul ini dan saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 9, Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] dan mengikut ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan Negeri dan Kumpulan Wang Perbekalan Air, dengan ini bersetuju meluluskan:
“Tambahan Siling Peruntukan Negeri Bagi Projek Pembangunan Dan Perbekalan Air Rancangan Malaysia Kedua Belas Tahun 2021 - 2025 Negeri Pahang”.
Saya berharap usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan yang mulia ini. Saya mohon mencadang.
Sila sokongan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon menyokong Usul itu.
Usul ini dibuka untuk perbahasan. Tiada, masalahnya ialah Usul ini telah dicadangkan dan disokong.
Soalannya sekarang ialah usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan usul ini, sila nyatakan “setuju”.
Setuju
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada. Usul ini diluluskan.
Urusan-Urusan Am
Perkara Keenam: Urusan-Urusan Am
Kertas-kertas Mesyuarat.
Memorandum Perbendaharaan Tambahan Perbelanjaan Mengurus Tahun 2022. DN 20/2022
Memorandum Perbendaharaan Tambahan Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2022. DN 21/2022
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2020 Siri 1 Mengenai: Aktiviti Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang. DN 22/2022
Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Berakhir 31 Disember 2021. DN 23/2022
Penyata Kewangan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang (PSK) Berakhir 31 Disember 2020 DN 24/2022
Penyata Kewangan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang (PSK) Berakhir 31 Disember 2021 DN 25/2022
PENANGGUHAN
Perkara Ketujuh: Penangguhan
Ahli-ahli Berhormat sekalian. Sebelum ucapan penangguhan, saya ingin memaklumkan kita akan mengadakan sesi bergambar. Harap Ahli-ahli Yang Berhormat boleh selesai sidang ini ditempohkan, kita semua berada di hadapan pintu
utama untuk membuat satu rakaman gambar er...kenangan. Selepas sahaja selesai Persidangan Dewan kita. Baiklah sila SU.
PenangguhanAdjournment
Perkara Ketujuh: Penangguhan
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya kira setelah empat penggal saya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, saya kira inilah yang paling awal sidang Dewan yang dapat kita selesaikan iaitu [Ahli Dewan menepuk meja] hanya dalam masa yang begitu singkat sahaja. Insya-Allah saya tidak mengambil masa yang lama untuk berucap dalam ucapan penangguhan ini. Cuma sesi bergambar yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua tadi, adalah sebagai persediaan kita, kut-kut kemungkinan ini adalah sidang Dewan yang akhir sebelum PRU Yang Ke-15. Kita pun semua tahu kita ini dia ambang pilihanraya cuma tak tahu bila sahaja. Jadi kita buat persediaanlah ya.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan berkat izin dan limpah kurniaNya. Kita telah berjaya mengakhiri sidang Dewan kita kali ini dengan penuh semangat ukhuwah dan penuh berdisiplin. Inilah kelebihan dan kehebatan Negeri Pahang Darul Makmur berbanding negeri lain. Inilah Pahang "This Is Pahang, Pahang 1st".
Meskipun Kita berbeza parti dan fahaman politik, namun daya karisma dan kepimpinan yang baik telah membimbing kita untuk saling menghormati sama ada kawan dan lawan. Saya mengucapkan sekalung penghargaan kepada Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua kerana telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi sepanjang persidangan Dewan kita pada kali ini yang tidak sampai pun empat jam. Cuma yang Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, tidak bagi peluang kepada Timbalan sebab mungkin masa singkat sangat agaknyalah.
Ya, sila.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kerana telah menunjukkan sikap berhemah dan penuh kematangan ketika berhujah dalam sesi perbahasan Dewan Yang Mulia ini.
Yang Berhormat Dato'Sri Yang di-Pertua,
Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan syabas tahniah kepada salah seorang daripada Ahli Dewan kita iaitu ADUN Pelangai kerana telah berjaya menamatkan Ijazah Undang-Undangnya dengan mendapat gred purata 3.6...3.62, dengan erti kata first class. Kita bagi satu tepukan yang gemuruh [Ahli Dewan menepuk meja].
Yang Berhormat Yang di-Pertua, minta maaf.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya juga nak ucap tahniah. Bila nak start chambering? [Ahli Dewan ketawa].
Bincang karang la. Tak apa.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Mungkin ADUN Pelangai Tan Sri Dato' Sri DiRaja nak mencelah.
Mana nak cari hamba tua Raja Menteri Besar seperti Ahli dari Jelai [Ahli Dewan menepuk meja]. Sepatutnya Yang Amat Berhormat terus gulung je. Bila bila gulung tu orang lain tak boleh nak mencelah. Tetapi Yang Amat Berhormat hati sungguh baik dan mulia lah, beri peluang pula ADUN Pelangai untuk mencelah. Saya hanya mengatakan begini, saya tadi ingat ini adalah persidangan terakhir. Saya telah bertanya dengan Yang Amat Berhormat. Yang Amat Berhormat dan juga Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua yakin ada satu lagi Sidang Dewan.
Kalau Sidang Dewan ini sidang terakhir, saya nak berpesanlah sikit, sebab dalam Dewan ini saya ingat saya paling tua, 18 April 1950 sama dengan Tun Musa Hitam, sama dengan Nabi Isa, tarikh lahir itu. Tapi saya tahun 50, sudah 72 tahun. Walaupun perangai macam budak dua tahun. Berhubung dengan bela... belajar ini tadi memang saya telah tamat, mengambil masa 6 tahun. 3 tahun cuti. Jadi saya menamatkan pelajaran dalam tempoh tiga tahun. 50 kertas, A 30 lebih. B... B- ada dua, B+ ada empat. Tapi yang saya sedih sikit C+, ada empat. Bukan sebab saya bodoh, tidak. Saya ingat mungkin pensyarah tak berapa pandailah [Ahli Dewan ketawa]. Dia boleh bagi C+ pula, ai… pelik saya.
Ha… itulah lebih kurang keadaan, saya bersyukur kepada Allah, bukan untuk megah tapi pada mulanya saya bercadang untuk menjadi contoh kepada anak dan cucu dan juga saudara mara di kampung. Tetapi saya ingat ianya boleh dijadikan contoh kepada Ahli-ahli Dewan dan dipanjang kepada anak cucu [Ahli Dewan menepuk meja]. 72 tahun dapat ijazah. Ini ijazah saya yang kedua. Ijazah pertama Sarjana Muda Sastera kepujian, tahun 1975 dari Universiti Malaya.
Ini tahun 70..., 2022 insya-Allah bulan 11, konvokesyen. Siapa nak datang boleh tak datang, siapa tak nak datang boleh datang. Kita aturlah tengok macam mana insya-
Allah. Tapi saya percaya mungkin saya pun tak pergi konvokesyen ini sebab saya takut sikitlah, COVID-COVID ni. Tengok keadaan macam mana.
Terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri Besar yang juga banyak memberi sokongan kepada saya. Saya tak boleh cakap apa bentuk sokongannya tapi telah banyak menyokong. Membolehkan saya belajar dengan selesa insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat... Yang Amat Berhormat er... Menteri Besar. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja].
Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih ADUN Pelangai dan sukacita saya ingin menjelaskan di sini, sekiranya Yang Berhormat ADUN Pelangai nak mencelah bila-bila masa saya, saya rela duduk. Kerana saya tahu keberadaan saya di sini pun selain daripada ketentuan Allah SWT ialah kerana terbukanya hati ADUN Pelangai untuk memilih saya sebagai calon Jelai pada tahun 2004 [Ahli Dewan menepuk meja]. Terima kasih.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ketua-ketua jabatan serta kakitangan yang menyediakan butiran maklumat yang diperlukan daripada pihak kerajaan bagi menjawab pertanyaan Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekalung penghar... penghargaan juga kepada pihak media sama ada media arus perdana atau media sosial yang sudi melaporkan perkembangan terkini perbahasan di Dewan Yang Mulia ini.
Yang Berhormat Dato Sri Yang di-Pertua,
kita harus juga memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana berkat limpah kurnia dan izin-Nya jua, maka Negeri Pahang Darul Makmur terus aman, sejahtera dan harmoni. Malah prestasi kerajaan negeri ketika ini juga berada dalam keadaan yang baik dan memberangsangkan. Dari segi kedudukan kewangan negeri, alhamdulillah kita kini berada pada tahap yang kukuh berdasarkan peningkatan hasil dan pendapatan setiap tahun. Kerajaan Negeri sangat optimis. Kita mampu mencapai sasaran kutipan satu bilion ringgit pada tahun ini kerana sehingga 27 Julai yang lalu, sebanyak RM841 juta telah berjaya dikutip.
Sepertimana yang selalu saya ter... tekankan sebelum ini bahawa kutipan hasil ini tidak pernah sesekali membebankan rakyat. Sebaliknya Kerajaan Negeri berjaya meningkatkan kutipan hasil berdasarkan beberapa tindakan termasuklah meningkatkan kecekapan pentadbiran, mengurangkan ketirisan dan kebocoran serta melaksanakan inisiatif-inisiatif baru yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini. Sebagai contohnya ialah bagaimana kita mendapat er... hasil kutipan daripada FELDA. Apabila kita melihat rekod-rekod yang ada, FELDA menanam lebih daripada sepatutnya dan kita mereka... kita minta pihak FELDA membayar cukai, di mana tanah yang lebih tersebut mereka tidak bayar sebelum ini.
Begitu juga dengan Tenaga Nasional Berhad. Sebelum... sebelum ini mereka tidak pernah pun dikenakan apa-apa bayaran apabila mereka apa... meletakkan pencawang ataupun menara mereka di bumi Pahang ini, mereka free of charge selama ini dan kita telah berbincang dengan TNB bahawa mereka seharusnya membayar sewa kepada Kerajaan Negeri, dan mereka telah pun bersetuju bayar sewa. Untuk makluman tuan-tuan daripada RM841 juta yang kita kutip sehingga kini, RM100 juta adalah daripada TNB dan lebih kurang RM100 juta juga daripada FELDA dan begitu juga daripada agensi-agensi yang lain. Itulah kita mendapatkan hasil.
Dan saya juga telah berjanji bahawa Kerajaan Negeri akan kembalikan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk sumbangan, bantuan kebajikan, program pendidikan, projek pembangunan dan sebagainya. Ini termasuklah Bantuan Prihatin Pahang yang melibatkan peruntukan berjumlah RM30 juta yang kita salurkan kepada 300 penerima di negeri ini.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga memperkenalkan Program-program Kebanggaan Pahang atau Pahang Pride yang merangkumi program program khas seperti faham Pahang Pride Kid, Pahang Pride Kasih dan Pahang Pride Student yang melibatkan RM20 juta bagi manfaat bayi yang baru lahir, warga emas dan juga pelajar-pelajar sekolah. Segala bantuan ini kita hulurkan kepada setiap lapisan rakyat tanpa mengira warna kulit, latar belakang mahupun fahaman politik.
Yang Berhormat Dato'Sri Yang di-Pertua,
saya ingin tekankan lagi bahawa bantuan yang kita berikan ini melibatkan kepada setiap lapisan rakyat tanpa mengira warna kulit, latar belakang, mahupun fahaman politik dan bantuan kita ini secara bersasar. Selain daripada itu, kestabilan politik dan pembangunan infrastruktur yang baik di Pahang ketika ini telah berjaya menarik minat pelabur untuk menanam modal di negeri ini.
Berhubung prestasi pelaburan, sukacita saya memaklumkan bahawa sehingga 31 Julai baru-baru ini, negeri Pahang telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM20.5 bilion melibatkan RM9.5 bilion pelaburan domestik dan RM11 bilion pelaburan asing. Angka ini sudah melebihi sasaran yang kita tetapkan pada tahun ini, di mana kita telah menetapkan sasaran RM18 bilion tetapi sehingga kini kita telah mencapai RM20.5 bilion. Tahniah kepada Kerajaan Pahang. Tahniah kepada semua pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri Pahang.
Mengenai hutang negeri kepada Kerajaan Per... Persekutuan pula saya ingin memaklumkan bahawa daripada keseluruhan hutang yang berjumlah RM3.3 bilion, sebanyak RM1.307 bilion telah diluluskan untuk dihapus kira manakala sebanyak RM1.115 bilion telah diinovasikan kepada Pengurusan Aset Air Berhad ataupun PAAP. Ini bermakna hutang negeri kepada Kerajaan Persekutuan hanya berbaki sebanyak RM908 juta sahaja ketika ini. Sesungguhnya kejayaan meningkatkan kutipan hasil, melonjakkan kemasukan pelaburan ke negeri ini serta mengurangkan kadar hutang negeri kepada Kerajaan Persekutuan adalah berkat kerjasama semua pihak khususnya jentera Kerajaan Negeri dan agensi-agensi yang berkaitan.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Kita sekarang telah memasuki bulan Ogos, iaitu bulan kemerdekaan negara. Maka di kesempatan ini saya ingin mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk sama-sama menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan tahun ini sambil menghayati semangat pemimpin-pemimpin, para pejuang dan rakyat terdahulu yang berjuang
bermati-matian menentang penjajah. Jiwa anak muda pada zaman ini perlu diisi dengan semangat nasionalisme yang tinggi melalui penganjuran program-program kenegaraan termasuk Kempen Kibar Jalur Gemilang dan himpunan yang membangkitkan semangat cintakan tanah air. Jangan pula kita Ahli-ahli Yang Berhormat bertindak sebaliknya dengan menganjurkan himpunan yang boleh memecahbelahkan perpaduan sesama kita.
Saya juga menyeru setiap bangunan kerajaan, premis swasta, premis perniagaan serta rumah kediaman di seluruh negeri ini untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Pahang bagi menyemai semangat patriotik dan cintakan negara sepanjang bulan kemerdekaan tahun ini.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya berdoa agar kita diberi kesempatan untuk bertemu lagi dalam Sidang Dewan yang akan datang dan moga-moga dalam Persidangan Dewan yang akan datang, kita boleh mengekalkan suasana harmoni sepertimana Sidang Dewan pada kali ini dan sebelum ini. Sebelum berundur, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.
Ayuh sama-sama kita mengimarahkan sambutan bulan kemerdekaan kali ini dengan pengisian program yang yang bermakna dan berimpak di kawasan masing-masing. Dengan ini saya mencadangkan supaya Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 ditangguhkan. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sebelum saya membawa menyokong ucapan usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya juga ingin menyampaikan sedikit sepatah dua kata di Dewan Yang Mulia ini dan selalunya selama saya menjadi er… apa namanya ketua whip ini, selalunya apabila daripada penggal yang lepas, daripada penggal di mana Yang Berhormat ADUN Pelangai lagi, saya tidak pernah menyampaikan ucapan untuk menyokong Dewan.
Tetapi apapun dikesempatan ini saya nak ucap terima kasih kepada semua di atas kerjasama yang diberikan. Yang keduanya Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya juga nak ucapkan tahniahlah bagi pihak Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat ADUN Pelangai kerana baru dikurniakan gelaran Tan Sri. [Ahli Dewan menepuk meja] Tan Sri… dan ini satu penghargaan sebenarnya di atas usaha dan juga komitmen yang dibuat oleh ADUN Pelangai.
Saya juga nak maklumkan di dalam Dewan Yang Mulia ini bukan sahaja Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya, Dato' Soffi dan sebahagian daripada… daripada Ahli Dewan ini yang masih yang lama-lama sikit itu, kami sebenarnya adalah anak buah daripada Yang Berhormat ADUN Pelangai. [Ahli Dewan menepuk meja]. Banyak sebenarnya yang saya belajar daripada ADUN Pelangai ini selain daripada erti nilai kehidupan, menyayangi keluarga, kesetiaan kepada parti dan yang paling menarik sekali adalah belajar bertaki dengan dia. Kita dengan ADUN Pelangai ini kita tak boleh
mengaku kalah, tak kira macam mana kita akan bertaki. Ini satu benda kenangan yang tidak akan dapat kita lupakan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya berada di dalam er… apa namanya… berkesempatan untuk berada di bawah dua Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ADUN Pelangai dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekarang. Walaupun ya, mungkin sedikit sebanyak terdapat perbezaan dari stailnya, tetapi matlamat kita satu iaitu nak memastikan bahawa negeri Pahang bumi yang bertuah ini, akan terus berjaya dan dalam masa yang sama terus kekal sebagai kubu kuat kepada Parti Barisan Nasional. [Ahli Dewan menepuk meja]
Yang Amat Berhormat Menteri Besar stailnya sedikit berbeza. Beliau er… apa namanya.. lebih detail Yang Berhormat Yang di-Pertua, kerana beliau dulu adalah seorang er.. apa namanya… manager atau pengurus besar, pengurus menguruskan syarikat. Jadi, stail korporat itu banyak dibawa terutama sekali apabila berhubung kait dengan P&L ataupun profit and loss.
Beliau nak pastikan bahawa, pertamanya kita mesti sentiasa untung, kerajaan mesti sentiasa untung. Kerana apa? Kerana keuntungan ini akan dibagi semula kepada rakyat. Yang keduanya beliau memastikan bahawa ada direction, ada direction yang… yang mesti jelas dan kita pastikan bahawa apa yang kita perlu laksanakan itu akan kita tunaikan. Sementara Yang Berhormat ADUN Pelangai beliau more on the political, political dari segi pandangannya. Apakah keuntungan kita dari segi politiknya jika kita buat sesuatu perkara ini.
Jadi keduanya mempunyai perbezaan sedikit sebanyak, tetapi matlamatnya adalah sama iaitu untuk memastikan bahawa kerajaan yang ada ini akan berterusan. Sebab itulah Yang Berhormat Yang di-Pertua, di PRU Yang Ke-14 dahulu, walaupun kita dilanda tsunami, tetapi alhamdulillah negeri Pahang masih kekal di bawah Barisan Nasional. [Ahli Dewan menepuk meja]
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya sekali lagi nak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana apa namanya telah menjalankan tugas dengan baik dan dengan ini saya mohon menyokong Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih. Ya, sila...
Kalaulah tak kerana Sidang Dewan ni...
Berapa banyak pun boleh Yang Berhormat. Sila…
Kalaulah tak kerana Sidang Dewan ini, Dewan pun sudah ditangguh, saya kena membawa hati. Tetapi kalaulah tak kerana Sidang Dewan ini, bertaki lagi dengan ADUN Semantan ni.
ADUN Lanchang.
ADUN Lanchang, sorry.
Ini warna-warni dalam Persidangan kali ini ya. Alhamdulillah kita dah sampai ke penghujung persidangan. Saya ingin mengambil saat ini untuk mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan yang telah memberikan kerjasama yang baik kepada saya dalam mengendalikan segala urusan yang telah diputuskan. Walaupun mesyuarat kita ringkas tetapi segala persiapan dan kerjasama belakang tabir masih diperlukan. Oleh itu, saya tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan, Jabatan Kesihatan, pegawai polis, bomba, media, pegawai-pegawai hansard dan semua jabatan-jabatan lain yang turut membantu saya sebelum dan semasa persidangan kita berjalan dan berlangsung.
Ahli Yang Berhormat sekalian,
Kita masih lagi tak lupa bahawa pada 31 Julai yang lalu kita telah menyambut Hari Keputeraan Sultan Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Marilah kita sama-sama mendoakan kepada Tuanku Sultan yang amat dikasihi rakyat agar Allah SWT memberikan hidayah, inayah, kesejahteraan dan kebaikan kepada Baginda dalam memimpin negara dan negeri Pahang yang tercinta ini. Tuanku sentiasa merencana masa depan Pahang, mencintai rakyat untuk terus maju dan cemerlang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada seorang insan yang cukup istimewa, yang saya mengenali hampir 40 tahun yang lampau, 40 tahun yang lalu sebelum Yang Berhormat… masih masa.. Yang Berhormat menjadi Ahli Yang Berhormat dan saya semasa itu menjadi salah seorang pegawai di Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Daripada dulu hingga kini memang tidak ada perubahan, walaupun dikurniakan pangkat, status tapi beliau masih sederhana, mudah didekati, penyayang dan banyak mengajar kita ya, dalam apa aspek kehidupan. Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Yang Berhormat Dato' Sri DiRaja Tan Sri Adnan bin Yaakob. [Ahli Dewan menepuk meja]
Ini satu rekod yang cukup cemerlang, tidak ada lagi dalam mana-mana ADUN sepanjang kajian saya, Ahli-ahli Yang Berhormat di negeri Pahang, beliau ialah merupakan seorang ahli yang paling lama setakat ini, 8 penggal. Tak tahulah mungkin penggal yang berikut 15 ini masih berada lagi di sini, kita sama-sama lihatlah. Apa pun kejayaan itu memang sukar ditandingi. Menjadi Menteri Besar selama 5 penggal dan baru-baru ini, pada Hari Keputeraan Kebawah Duli Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 6 Jun 2022 beliau telah dikurniakan Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri. Tahniah Tan Sri. [Ahli Dewan menepuk meja]
Kita berdoa semoga Tan Sri terus maju dan cemerlang. Walaupun telah ada Ijazah Undang-undang moga-moga beliau akan terus memberi khidmat baktinya kepada rakyat dan kkhususnya kepada negeri Pahang yang tercinta sama-sama membantu Ahli-ahli Yang Berhormat memperkukuhkan parti dan terus merencana masa depan negeri Pahang yang lebih cemerlang dan gemilang lagi.
Saya juga teringat satu kata-kata Imam Al-Qurtubi Rahimahullah berkata dalam tafsirnya, “Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mereka menghormati Sultan, pemimpin dan ulama. Maka sekiranya mereka menghormati keduanya ini, Allah akan memberikan kebaikan kepada kehidupan dunia dan akhirat, dan sekiranya mereka menghina pemimpin, ulama maka Allah akan merosakkan kehidupan dunia dan akhirat mereka”.Demikianlah kata-kata Indah ulama besar untuk renungan kita bersama.
Tidak lupa juga saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli yang berhormat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli EXCO dan semua Ahli Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan ini yang telah bekerja dengan gigih, dengan sepenuh jiwa dan raga, fokus dalam… dan banyak mencapai kejayaan demi kejayaan dan kita bertuah kerana kejayaan itu diteruskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekarang yang terus membawa lagi satu transformasi... transformasi rakyat yang tak dapat kita nafikan, khususnya Yang Amat Berhormat telah berjaya membawa bajet RM1 bilion yang kita akan memasuki Kelab RM1 bilion satu hari nanti. Insya-Allah.
Jadi, ini semua tidak lain dan tidak bukan kerana kerjasama, sokongan semua pihak Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada kerajaan atau pembangkang, yang bersungguh-sungguh untuk melihat masa depan negeri Pahang yang cemerlang ini. Terima kasih saya akhirnya kepada ketua-ketua jabatan juga yang dapat sama-sama hadir pada hari ini dan sebagaimana biasa kita berada di ambang pilihan raya marilah kita berdoa mudah-mudahan Pahang akan terus maju jaya dan kita semua akan selamat sihat walafiat.
Jadi dengan kata-kata itu saya memohon kepada Ahli Yang Berhormat untuk kita bersama-sama membaca surah Al-'Asr mudah-mudahan perpisahan kita dirahmati oleh Allah. Bismillahirrahmanirrahim (bacaan ayat al-Quran). Tepat jam 12.03, saya tempohkan persidangan ini. Sekian terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Persidangan ditangguhkan pada pukul 12.03 tengah hari]