Pahang · 7 October 2022
14th Assembly, 5th session, 3rd meeting · 122 turns · 18,182 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari Pertama
: Jumaat, 7 Oktober 2022
bersamaan 10 Rabiulawal 1444 Hijrah
DOA
Perkara Pertama: Doa.
Al-Fatihah [bacaan Al-Quran]. Bismillahirrahmanirrahim [Ayat al-Quran]. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin, Amin Ya Rabbal A’lamin.
Mengesahkan Peringatan Mesyuarat
Perkara kedua : Mengesahkan peringatan mesyuarat.
Mengesahkan Peringatan Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 pada 2 Ogos 2022 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Saya mohon izin membawa cadangan bawa peringatan Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-5 Negeri Pahang Ke-14 pada 2 Ogos 2022 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan disahkan.
Bissmilahirrahmanirahim. Assalamualaikum WBT err… Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli mesyuarat sekalian, soalanya ialah satu cadangan bagi mengesahkan peringatan Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 pada 2 Ogos 2022 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan telah mendapat sokongan. Sekiranya tiada apa-apa pindaan Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila nyatakan setuju.
Setuju.
Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila nyatakan tidak. Tiada. Peringatan mesyuarat tersebut disahkan tanpa pindaan.
Pemasyhuran Daripada Yang Di-Pertua
Perkara ketiga : Pemasyhuran daripada Yang di-Pertua.
Bismirahirrahamnirahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Berhormat… Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang dihormati. Marilah kita mengangkat setinggi-tinggi rasa syukur pada Allah SWT kerana dengan izin-Nya jua kita dikurniakan kesihatan yang baik kelapangan masa untuk kita sama-sama hadir ke Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 pada pagi yang murni ini. Saya lihat Ahli-ahli Yang Berhormat kelihatan segar, ceria, bersedia untuk sama-sama kita tunaikan tanggungjawab, amanah dan tugas yang murni di Dewan Yang Mulia ini. Fokus dan komitmen kita bersama-sama amat penting untuk sama-sama memastikan masa depan rakyat yang sejahtera dan negeri yang tercinta ini. Sekian.
Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions
Perkara keempat : Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.
Ahli-ahli Yang Berhomat sekalian, saya memaklumkan bahawa sesi pertanyaan-pertanyaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan disusuli dengan
beberapa pertanyaan lisan pada sesi sebelah pagi ini. Saya ingin memaklumkan bahawa pertanyaan tambahan boleh dikemukakan sebanyak 2 atau 3, ringkas dan padat kerana kita memerlukan masa yang cukup untuk meneruskan aturan mesyuarat selanjutnya. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk soalan pada pagi ini saya silakan ADUN dari Muadzam Shah.
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato Sri Tuan Yang di-Pertua, saya kemukakan pertanyaan nombor satu.
[Berapa jumlah pelaburan luar serta nilai yang berjaya dibawa masuk ke Negeri Pahang sejak 2018 sehingga Ogos 2022 dan pecahan mengikut daerah?]
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Muadzam kerana bertanyakan soalan mengenai jumlah pelaburan luar serta nilai yang berjaya dibawa masuk ke negeri Pahang semenjak 2018 sehingga Ogos 2022 dan pecahan mengikut daerah. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Muadzam Shah, sejak tahun 2019 Kerajaan Negeri Pahang melalui Bahagian Pelaburan dan Penswastaan dan Unit Antarabangsa, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang telah menarik 11 syarikat daripada beberapa negara asing.
Antaranya ialah Singapura, Thailand dan China dan telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan anggaran nilai pelaburan sebanyak RM2.540 bilion. Selain itu pada tahun 2020, Kerajaan Negeri Pahang telah menandatangani 4 perjanjian pelaburan dengan nilai sebanyak RM1.240 juta dan seterusnya tujuh perjanjian pelaburan dengan nilai sebanyak RM11.01 bilion pada tahun ini.
Manakala bagi pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut: Pada tahun 2019 Bentong RM822,200,000.00, Kuantan RM1.4 bilion. Lipis RM10 juta. Rompin RM245 juta. Menjadikan jumlah keseluruhan RM2.5 bilion. Manakala bagi tahun 2020, Bentong mencatatkan sebanyak RM380 juta, Rompin RM40 juta, Gambang RM500 juta, Bera RM320 juta. Jumlah keseluruhan RM1.240 juta. Bagi tak… bagi tahun 2022, tahun ini, daerah Kuantan mencatatkan sebanyak RM6.5 bilion, Pekan RM4.4 bilion jumlah keseluruhan RM11 bilion. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah dan syabas kepada pihak Kerajaan yang nampak kejayaan menarik pelabur asing walaupun dalam keadaan suasana dunia dibelenggu dengan masalah COVID. Jadi, soalan tambahan saya, apakah jenis pelaburan dan syarikat yang bersetuju membuat pelaburan di Rompin sekiranya ada pada tahun hadapan?
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya dapati pada tahun 2019 sebanyak 2 syarikat iaitu Ananas Republic Private Limited daripada Singapura yang melabur di Rompin berjumlah RM30 juta dan Bonaparte Private Limited ataupun Aqina Pineapple Sdn. Bhd. daripada Singapura juga sebanyak RM20 juta. Pada tahun 2020, Golden Sea Farm di Rompin, syarikat ini daripada Thailand, RM40 juta dan pada tahun ini iaitu daripada South Ocean Development, itu daripada Singapura bernilai RM90 juta, itu daripada Rompin Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.
Wakil Beserah.
Terima kasih, Dato' Sri Yang di-Pertua.
Assalamualaikum WBT, saya ingin bertanya sedikit kepada Yang Berhormat Menteri Besar di antara jumlah hampir RM15 bilion jumlah pelaburan yang ditarik dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini sektor manakah yang menjadi tumpuan dan menyumbang kepada jumlah pelaburan yang tertinggi dan sektor manakah yang paling sedikit ataupun yang paling kecil menyumbang dalam jumlah pelaburan. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada sahabat saya daripada Berserah yang bertanyakan soalan berkenaan yang mana paling banyak melabur dan yang paling sedikit. Sebenarnya setiap pelaburan yang ingin melabur di Pahang ini kita telah membuat satu kajian yang terperinci daripada Pejabat SUK dan juga daripada Unit Pelaburan Antarabangsa dan melihat kepada angka yang ada pada saya ini saya dapati yang paling tinggi sekali ialah Alliance Steel Sdn. Bhd., RM5.5 billion. Ya kemudian yang paling sikit sekali, yang paling sikit saya kena tengok betul-betul ni. RM10 juta, The Holstein Company Sdn. Bhd.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Kita bagi tumpuan kepada semua sektor yang kita rasa boleh menjamin dan terjamin bermakna setiap pelaburan yang dibuat di negeri Pahang ini kita tidak mahu gagal sebab itu seboleh-bolehnya kita pergi kepada MOA. Sebelum kita pergi kepada syarikat berkenaan atau syarikat berkenaan datang kepada kita, kita pergi kepada agreement. MoU ni kalau sekiranya pilihan yang terakhir kerana MoU ni, future of understanding ni daripada dulu lagi kadang-kadang jadi kadang-kadang tak jadi, tapi kalau MOA dia dah ada komitmen dia ya. Sebab tu ada orang kata MoU ni, Mau Orang Untung di… MoU dia tengok-tengok, tak untung dia tak buat. Tapi kalau agreement, dia no choice dia kena buat.
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Ya. Wakil Triang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Cukai tanah kategori perindustrian meningkat secara mendadak walaupun Kerajaan Negeri memberi remission pada 2 tahun ini tapi lebih… tapi kalau untuk lebih menarik pelabur luar adakah Kerajaan Negeri akan terus mengekalkan remission ataupun mewartakan kadar yang lebih rendah?
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Soalan yang sangat baik, malangnya angka tidak ada dengan saya tetapi semasa mesyuarat dengan Yang Berhormat Dato' Seri Azmin Ali, Menteri MITI, perkara ini dibangkitkan Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya telah memberi penjelasan dengan angka dan melihat kepada negeri-negeri di mana negeri Pahang ini masih lagi dikira rendah berbanding dengan negeri-negeri lain. Jadi kalau Yang Berhormat daripada Triang boleh mendapatkan kadar cukai yang kita bandingkan antara negeri-negeri di Malaysia ini saya boleh bagikan.
Sebab semasa mesyuarat tersebut yang dibuat di Zenith, memang dibangkitkan perkara ini dan saya telah jawab bahawasanya negeri Pahang masih lagi dikira rendah berbanding dengan negeri-negeri lain. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Tambahan… soalan.
Ada soalan lain lagi? Apa?
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kadar yang rendah adalah selepas remission tapi secara black and white, mengikut warta kadar itu masih tinggi.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Tinggi rendah ini very subjektif, tetapi kita kena buat comparison. Jadi kalau Yang Berhormat daripada Triang kata tinggi berapa tingginya? Selangor berapa? Penang
berapa? Johor berapa? Pahang berapa? Ada angka tak? Kalau ada angka boleh bagi tahu pada Dewan Yang Mulia ini.
Saya tak tahu soalan ini naik. Kalau tidak, saya boleh… saya boleh bawa. Kalau saya cakap, mungkin saya tersilap, susah pula. Jadi eloklah Yang Berhormat tunggu jawapan yang saya akan bagi secara bertulis untuk Yang Berhormat buat comparison. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat, baiklah saya ingat kita pergi kepada soalan berikut. Wakil Mentakab. Sila.
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.
[Tebatan banjir di Daerah Temerloh. Sila pihak kerajaan nyatakan:
a.) Jumlah kos projek tersebut.
b.) Bilakah projek ini bermula?]
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Daripada ADUN daripada Mentakab bertanyakan tebatan banjir di daerah Temerloh, jumlah kos projek tersebut dan bilakah projek ini akan bermula? Untuk makluman Yang Berhormat daripada Mentakab, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah membuat kertas cadangan kepada Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu untuk melaksanakan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Semantan Fasa 1, Temerloh.
Kos projek adalah berjumlah RM47,837,343.70 projek ini telah diluluskan dan pelaksanaannya telah bermula pada 12 Julai 2022 dan dijangka mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan manakala selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah membuat permohonan Cadangan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Semantan Fasa 2 di Temerloh dengan anggaran kos sebanyak RM383 juta serta Rancangan Tebatan Banjir Sungai Krau di Kuala Krau, Temerloh sebanyak RM111 juta secara off budget kepada Kerajaan Persekutuan.
Off budget ini maksudnya yang tidak dibajetkan sebelum itu tetapi atas keperluan, kita mohon juga sebanyak RM111 juta. Projek ini juga telah diluluskan dan dijangka akan dilaksanakan bermula pada tahun 2023 pada bulan Januari. Saya yakin 2 projek besar ini akan memberi faedah kepada daerah Temerloh dalam mengurangkan kadar… kadar risiko banjir.
Antara skop kerjanya ialah pembinaan ban tanah, flood wall, rumah pam, outlet structure, kolam takungan dan naik taraf sistem saliran utama. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat, baiklah kita pergi kepada soalan berikut, Wakil dari Chini.
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan pertanyaan yang ke-3.
[Apakah Status Pembaharuan Tapak Biosphere Tasik Chini oleh UNESCO?].
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri telah selesai menyediakan laporan akhir Periodic Review Rizab Biosfera iaitu Tasik Chini dan kesemua cadangan penambahbaikan yang digariskan oleh pihak International Advisory Committee for Biosphere Reserve (IACBP) telah dilaksanakan mengikut kriteria yang telah digariskan oleh Statutory Framework World Network of Biosphere Reserve (IACBR). Penambahbaikan yang dilaksanakan adalah seperti berikut: Pengezonan reserve, result biosphere Tasik Chini mengikut tiga fungsi tapak reserve biosphere iaitu zon teras, zon penampan, dan zon peralihan. Kedua, pihak pengurusan reserve biosphere Tasik Chini adalah Perbadanan Taman-taman Negeri Pahang iaitu TPNP. Ketiga, Ketua Eksekutif TPNP ataupun er... Perbadanan Taman Negeri-negeri Pahang di… dikenal pasti sebagai pegawai yang bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti dalam pelan pengurusan tapak reserve biosphere.
Delegasi Kerajaan Negeri Pahang telah diketuai oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri er... telah menyerahkan Laporan Periodic Review tersebut secara terus kepada Assistant Director General of Natural Sciences and dan Secretariat Man and Biosphere (MAB) di Ibu Pejabat UNESCO Paris pada 27 September 2022 yang lepas. Kunjungan tersebut turut disertai oleh wakil tetap Malaysia ke UNESCO bertujuan mewujudkan peluang jaringan komunikasi dan jalinan kerjasama antarabangsa dengan pihak UNESCO melalui pejabat delegasi tetap Malaysia ke UNESCO terutama berhubung dengan MAB dan UNESCO Global Geopark yang mana kita juga akan mencadangkan Lipis ya sebagai Geopark.
Melalui pertubuhan tersebut juga pihak Assistant Director Natural Sciences telah bersetuju memberikan komitmen untuk membantu dalam mempastikan penilaian periodic review rezab biosphere Tasik Chini yang dihasilkan menepati penilaian iaitu International Advisory Committee of Biosphere Reserve yang akan bermesyuarat pada Februari 2023 dan seterusnya diterima di pihak International Coordinating Council pada Jun 2023.
Jadi kita jangan susah hati sangat dia macam biasa apabila dia timbul er... di surat khabar dan juga di social media ini review macam gaji jugalah kita ada apa beza dengan izin maknanya kita review performance kita macam kita di sini yer, sama ada lepas ni kalau ada PRU ye... jadi pucuk pimpinan kita review juga, kita ni. Nak bertanding lagi tak bertanding lagi. Bertanding Parlimen bertanding DUN, ini review jadi ini pun sama juga so sebab kita kerana kita mendapat apa namanya ini… ini… ini fund ataupun kewangan daripada UNESCO jadi UNESCO akan memberikan kita er...
kewangan tersebut jika sekiranya kita menepati. Jadi, kita review dan kita telah pun er... memastikan bahawa apa yang kita laksanakan itu mengikut apa yang telah kita tetapkan. Terima Kasih.
Sila Wakil Beserah
Soalan tambahan di-Pertua er... saya berminat apabila di… diceritakan ataupun di dimaklumkan oleh Wakil Kerajaan tentang langkah-langkah yang telah diambil terhadap memulihara tapak biosphere Tasik Chini ini, cuma saya ingin tanya sikit dan pencerahan. Apakah kekangan utama, apa constraint kita di dalam kita nak memenuhi er... keperluan ataupun kehendak daripada pihak UNESCO supaya er... tapak biosphere di Tasik Chini ini tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah selepas ini? Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Ketika kita mula-mula ya mendapat status Man and Biosphere ini, ini sebenarnya satu benda yang baru kepada Kerajaan Negeri dan memang kita er... pada ketika itu kita menilai ini satu pengiktirafan. Walau bagaimanapun di bawah pimpinan ke bawah… di bawah kepimpinan YAB. Menteri Besar yang baru, apabila dilihat Tasik Chini ini didapati bahawa ada beberapa perkara-perkara contohnya perlombongan dan sebagainya dan juga pembalakan dan sebagainya dan begitu juga dengan kawasan reserve yang ada ketika itu er... agak tidak besar maka tindakan-tindakan awal kita ambik.
Pertama sekali perlombongan, telah pun diberhentikan okey tak ada lagi lombong-lombong yang ada dulu kerana apa kerana er... ini tarikh luput er... tarikh luputnya masih belum lagi kita biarkan kemudian apabila mereka nak renew balik kita tak benarkan, satu.
Yang kedua, tentang reserve hutan. Kita tambah, kita perbesarkan lagi reserve hutan kekal di kawasan biosphere tersebut er... Tasik Chini tersebut dan ketiga kita menubuhkan er... Perbadanan Taman-taman untuk memastikan ada satu badan walaupun sekarang ini UKM ya Universiti Kebangsaan Malaysia telah pun er... membina er... ini apa nama ni lab ataupun ini… makmal mereka, makmal kajian mereka berskala besar sebenarnya untuk menjaga, kerana Man and Biosphere ini adalah di mana tasik Man and Biosphere ini adalah tasik tersebut digunakan apa namanya… dipelihara, tetapi juga aktiviti kehidupan manusia ni kena ada juga.
Tetapi mengikut apa yang telah ditetapkan sama ada ianya mengikut SSDG iaitu Sustainable Development Goal ataupun ASG. Jadi satu lagi saya lupa nak maklumkan bahawa kita juga telah menubuhkan Majlis Biodiversiti iaitu kita untuk kita menjaga fauna dan flora kita supaya apa? Supaya jika ada kajian yang menggunakan tumbuhan dan binatang maka dia mesti kena berdaftar dengan biodiversity… majlis biodiversiti kerana dia tidak mahu apabila mereka mendapat kejayaan kepada kajian tersebut mereka mendapat IP ataupun memohon Intellectual Properties. Intellectual Properties tersebut, dengan izin, ianya menjadi hak mereka kita tak nak tu. Sebelum ni kita tidak ada kawalan tersebut.
Pattern tersebut maknanya pattern tersebut kalau mereka… IP dan pattern tersebut ianya mesti berkongsi dengan Kerajaan Negeri dan sesiapa yang ingin membuat kajian tersebut mereka mesti melalui majlis biodiversiti. Jadi itu di antara er... keseriusnya kita untuk kita menjaga alam sekitar di negeri Pahang terutama sekali di Tasik Chini. Terima kasih.
Terima Kasih Yang Berhormat. Ya, Pelangai.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Saya ingin bertanya, adakah Ahli Kerajaan sedar sejak bila lombong dan juga aktiviti perdagangan di kawasan Tasik Chini itu telah dibuka? Yang saya ingat lama sebelum ini, tak payah sebutlah zaman Menteri Besar siapa dan yang keduanya, adakah kerajaan bercadang untuk membenarkan hasil yang telah dikeluarkan itu termasuk hasil perlombongan dikeluarkan? Sebelum diisytiharkan tak kiralah biosphere ke best sikal apa ke tak kiralah… dikeluarkan, memudahkan orang yang telah mengeluarkan modal banyak untuk mengeluarkan hasil, dan untuk makluman Ahli Kerajaan, Menteri Besar ini bukan Menteri Besar baru dah, dah 53 bulan, empat tahun lebih. Terima kasih.
Eh er... Wakil daripada Pelangai kita… Wakil daripada Pelangai, kita mendapat status Man and Biosphere ini pada tahun 2009. Jadi lombong-lombong yang ada tu adalah lombong-lombong yang telah lama sebenarnya dari segi operasinya jadi sebab itulah apabila kita mendapat er... status tersebut kita membuat penyelarasan ya supaya...
Saya mencelah. Maksud saya sedar tak bila mula-mula sekali lombong di situ, ladang kelapa sawit yang juga dipunyai oleh Majlis Ugama Islam Pahang wujud di situ? Itu maksud saya. Sebab bila disebut Menteri Besar baru, ada Menteri Besar lama. Saya tidak nak mempertikaikan Menteri Besar baru banyak buat perkara-perkara yang baik dan bercakap dalam precouncil dan saya tak pernah pun mengata kerajaan, mengkritik kerajaan sebelum ini, tapi ni penggal-penggal akhir dewan. Apabila timbul sikit sensitiviti itu saya kena jawab. Saya bukan bertanya yang baru-baru ni. Sejak bila lombong ladang kelapa sawit dibuka di kawasan Tasik Chini? Itu maksud saya, terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Itu lama sebenarnya… lama, maknanya status itu baru lagi. Yang lama itu saya...
Jangan sebut Menteri Besar baru Menteri Besar lama.
Yang itu saya kena er... saya mohon untuk...
Elok minta maaf je.
Minta maaf dan saya akan check balik.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan berikutnya. Saya jemput Wakil dari Dong. Sila. Okey, dari Dong. Mana soalan?
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, soalan nombor 4, terima kasih.
[Apakah tindakan yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri dalam memperkasa sektor penternakan lembu pedaging di negeri Pahang untuk menyokong keperluan dalam negara berdasarkan rekod kadar sara diri bagi pengeluaran daging lembu atau kerbau negara yang masih rendah iaitu sekitar 22 peratus sahaja?]
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Pertama sekali saya nak merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada sahabat saya, Wakil daripada Dong yang telah membangkitkan satu soalan yang cukup relevan pada ketika ini kerana kita sedang hangat membincangkan tentang agenda seperti makanan negara dan sudah tentunya ia memberikan impak kalau sekiranya kita tidak menangani secara baik khususnya berkaitan dengan bekalan atau rangkaian bekalan makanan negara.
Untuk makluman Dato' Sri Yang di-Pertua, pengeluaran daging lembu di negeri Pahang pada tahun 2021 adalah sebanyak 4,739 metrik tan. Berdasarkan populasi ternakan sebanyak 142,501 ekor lembu yang melibatkan seramai 4,067 orang penternak. Berdasarkan angka ini, negeri Pahang kekal menjadi penyumbang utama daging lembu negara iaitu sekitar 2.5% penggunaan atau 12% daripada pengeluaran daging negara.
Justeru itu, bagi memperkasa sektor ini, pelbagai inisiatif telah dirancang dan dilaksanakan bagi merangsang pengeluaran daging yang lebih baik. Antaranya ialah memperkenalkan Skim Makmur Ternak. Bermula tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM600,000.00 bagi perolehan ternakan, peralatan dan bahan binaan kandang.
Seramai 80 orang penternak menerima manfaat daripada program ini. Pihak kerajaan juga akan terus menggalakkan penyertaan lebih ramai golongan muda untuk
menyertai sektor penternakan ini. Galakan dalam bentuk insentif seperti Geran Agroprenuer Muda amat membantu dalam meniupkan semangat anak muda Pahang terlibat dalam bidang usaha ini. Seramai 7 orang anak muda Pahang menerima manfaat daripada geran ini dalam tahun 2022.
Selain daripada itu, pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedang giat mengadakan kempen bagi menggalakkan penglibatan penternak lembu pedaging sedia ada untuk menggunakan baka lembu sado seperti Limousine, ini Yang di-Pertua dengan izin, Limousine, Belgian Blue dan Charolais yang mempunyai saiz badan yang lebih besar berbanding baka lembu tempatan khususnya Kedah-Kelantan ataupun KK.
Kadang-kadang tu Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, dipanggil KK itu dia bukan dia panggil Kedah-Kelantan, tapi dia panggil kurus kering. Selain daripada itu, lembu baka wagyu yang mempunyai nilai yang tinggi juga di pasaran turut akan dipromosikan bagi membantu penternak tempatan memperolehi pulangan pendapatan yang lebih baik. Penggunaan teknologi permanian beradas dan pemindahan embrio akan diaplikasikan di Pahang mulai tahun hadapan bagi mempergiatkan lagi aktiviti peningkatan kualiti genetik lembu tempatan.
Jabatan Veterinar akan sentiasa meningkatkan bilangan jurusuntik permanian beradas ataupun AI, Artificial Insemination, dengan izin, di kalangan penternak bagi menyokong keperluan perkhidmatan ini melalui siri kursus dari tahun ke tahun. Kerjasama kerajaan-swasta juga telah digerakkan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mencapai hasrat ini.
Penglibatan syarikat seperti MIG Dairy dan juga Farm Fresh melalui pembangunan projek ternakan lembu wagyu dan kerbau tenusu sama ada di Bukit Kajang di Raub mahupun di Tanjung Gahai di Lipis telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar iaitu di Bukit Kajang pada 19 Julai tahun ini dan di Tanjung Gahai dilancarkan pada 13 hari bulan Ogos pada tahun ini.
Kesihatan ternakan juga merupakan komponen penting dalam bidang penternakan. Penyakit kuku dan mulut FMD ataupun foot and mouth disease dengan izin, Brucellosis dan Lumpy Skin Disease (LSD) dengan izin merupakan antara ancaman kepada industri penternakan lembu yang boleh menyebabkan penurunan prestasi ternakan yang membawa potensi kerugian kepada penternak.
Justeru itu, langkah kawalan melalui program saringan penyakit dan pemvaksinan bagi pencegahan penyakit akan terus dilaksanakan bagi mengekang penularan penyakit ternakan yang boleh menyebabkan impak negatif kepada pendapatan penternak. Galakan pelabur dari dalam dan luar Pahang bagi sektor ini turut akan dipergiatkan melalui aktiviti tawaran pajakan dan sewaan tanah kerajaan termasuk rizab padang ragut bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran… pengeluaran di Pahang sebagai untuk… dengan izin… minta maaf. Meningkatkan kapasiti pengeluaran negeri Pahang sebagai pengeluar utama daging negara.
Langkah ini adalah selaras dengan dasar kerajaan bagi menangani isu seperti makanan dalam mengoptimakan penggunaan tanah kerajaan bagi manfaat pengeluaran makanan untuk rakyat. Selain daripada itu, program latihan dalam bentuk pembinaan teknologi melalui program kursus, seminar, bengkel dan sidang penternak akan terus diadakan dengan lebih kerap… lebih kerap lagi bagi memastikan penternak di Pahang memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap untuk diaplikasikan di ladang masing-masing untuk membantu peningkatan produktiviti pengeluaran usahawan
ternak terutamanya berkaitan disiplin pemakanan ternakan, pembiakbakaan dan pengurusan ladang secara keseluruhannya.
Di samping itu juga, pengukuhan perundangan Enakmen Kawalan Kerbau-Lembu melalui semakan dan penambahbaikan perundangan sedang dilaksanakan pihak jabatan melalui pihak Jabatan Veterinar bagi memastikan sektor penternakan kekal mampan dan tidak menyebabkan kacau ganggu kepada pihak awam. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini Dato’ Sri Yang di-Pertua, program permanian beradas ataupun Artificial Insemination (AI) dan pemindahan embrio iaitu embryo transfer dengan izin ET di bawah projek rintis penghasilan baka ternakan premium.
Pihak Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan produktiviti pengeluaran daging lembu dalam negeri telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama pihak Jerman Wagyu Academy dengan izin yang merupakan pemain industri utama bagi penternakan lembu wagyu di negeri Jerman semasa lawatan industri utama. Sorry, semasa lawatan delegasi Kerajaan Negeri ke Eropah pada Jun 2022.
Sehubungan dengan itu, bagi meneruskan agenda pembangunan ini, pihak Kerajaan Negeri akan memperuntukkan insya-Allah sejumlah dana bagi usaha-usaha memperkasa sektor pengeluaran daging lembu premium di Pahang melalui kaedah penambahbaikan kualiti genetik lembu tempatan sedia ada dengan lembu baka wagyu yang bernilai tinggi.
Antara tindakan yang akan dicadangkan adalah perolehan semen dan embrio beku lembu baka wagyu daripada negara Jerman dan input ini akan diagihkan sebahagiannya di ladang Jabatan Veterinar dan juga beberapa penternak yang terpilih. Mengadakan latihan veterinar permanian beradas (AI) dengan kolaborasi Jabatan Veterinar dan penternak dengan kolaborasi pakar dari Jerman Wagyu Academy untuk berkongsi maklumat dan kepakaran khususnya dalam program pembiakan ternakan.
Ketika ini, seramai 3 orang jurusuntik AI, Artificial Insemination melaksanakan program ini untuk seluruh negeri Pahang bersama-sama dengan 9 orang jurusuntik swasta di kalangan penternak yang menerima pensijilan sebagai jurusuntik berdaftar di bawah Akta Doktor Veterinar 1974. Pihak Jabatan Veterinar mensasarkan seramai 30 orang penternak akan dilatih di bawah program ini.
Seterusnya, kita juga akan mengadakan latihan kemahiran proses pemindahan embrio, embryo transfer (ET) dengan izin kepada kakitangan jabatan dan hanya terdapat seorang pegawai di Pahang yang mempunyai kemahiran yang bertugas di Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan (IBVK) di Bukit Dinding, Jerantut.
Di samping itu, seorang doktor veterinar di Ladang Farm Fresh, Muadzam Shah juga mempunyai pengalaman dan kemahiran berkaitan program ini. Justeru itu, adalah disasarkan seramai 15 orang pegawai akan diberikan latihan berkaitan bagi menggalakkan kaedah pembiakan.
Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, jumlah wagyu yang ada di negeri Pahang ni ialah di ladang Farm Fresh sejumlah 30 ekor wagyu er… di MIG Dairy Fresh di Bukit Kajang, Raub sebanyak 45 ekor, di Fazwa Sungai Lembing Beef Farm terdapat 15 ekor dan kesemuanya dah ada sembilan puluh ekor mengikut rekod Jabatan Veterinar negeri Pahang. Terima kasih.
Yang Berhormat. Teruskan. Okey.
Soalan tambahan.
Okey. Luit.
Terima kasih Tuan Speaker. Er... daripada perancangan, tindakan dan perbelanjaan yang disebut tadi, saya nak tanya sikit je, berapa agaknya unjuran kelompok khas daripada 22% tu makna boleh meningkat ke atau macam mana? Sebab soalan kita tadi kadar sara diri untuk kumpulan daging masih 22% jadi dengan perancangan-perancangan tindakan perbelanjaan yang dibuat tadi agak-agak berapa peningkatan jangkaan itu. Terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Wakil daripada Luit yang bertanya soalan ini Dato’ Sri.
Tumpuan kita Dato’ Sri, pertama sekali kita lihat bahawasanya kebanyakan penternak kita, menternak lembu jenis KK ni tadi, iaitu Kedah-Kelantanlah ya ataupun kadang kadang dia… er... dijenakakan sebagai lembu kurus kering. Jadi dia punya berat lembu tu lebih kurang dalam 150… 200 kilogram dia punya karkas, dengan izin. Jadi apa yang kita mengambil pendekatan Yang Berhormat Dato’ Sri ialah untuk memperkenalkan lembu-lembu yang premium termasuk lembu-lembu sado iaitu lembu er… Charolaise, Limousine, Belgian Blue dan lain-lain.
Jadi bila kita bekalkan lembu-lembu ini tadi kepada penternak dan juga kita kacukkan kita crossbreed kan dengan baka ini, maka lembu-lembu yang dapat dihasilkan ini adalah merupakan baka yang dikacukkan ataupun lembu yang sudah tentunya saiznya bertambah besar dan dijangkakan insya-Allah er… program yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak akan dapat mempertingkatkan hasil pengeluaran daging berjumlah lebih kurang 20% daripada apa yang ada pada masa kini. Jadi ini program ini sedang dibuat dan malahan kita telah mengenal pasti seramai er… sebenarnya penternak lembu sado ya, er…
Minta maaf ni Dato’ Sri Yang di-Pertua…
Ya.
…iaitu penternak lembu sado yang ada di seluruh negeri Pahang ini telah di... di... dibuat engagement supaya melibatkan diri dalam program ini. Insya-Allah dengan
kerjasama daripada semua pihak daripada Jabatan Veterinar daripada penternak maka dijangkakan lembu-lembu baka sado ini dapat dipertingkatkan.
Yang keduanya Dato' Sri, er… lembu-lembu premium termasuk wagyu yang ada sama ada di Bukit Kajang di Raub, sama ada di ini Tanjung Gahai di er... Lipis ataupun di er… Fazwa ini ladang Fazwa di Sungai Lembing kita akan buatkan crossbreeding maknanya wagyu ni baka wagyu… bull wagyu ni tadi akan di... di... di… apa nama dirancang supaya dia dapat er... crossbreed dengan local ataupun dengan lembu tempatan dan hasil daripada anak yang dihasilkan ini kacukan ni er… akan di… er … diserahkan kepada penternak-penternak tempatan. Jadi maknanya kalau sekarang ni penternak tempatan ini dia menternak lembu KK sekarang ni dia akan dapat membela, memelihara dan menternak lembu-lembu premium dan dengan cara begini kita akan dapat pertingkatkan ini pendapatan penternak-penternak yang terlibat. Terima kasih.
Yang Berhormat, baiklah. Kita pergi pada soalan berikut. Wakil dari Bukit Ibam. Sila.
Terima kasih yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Dengan ini saya mohon mengemukakan pertanyaan nombor 5.
[Ketika pembentangan bajet Negeri Pahang 2022, YAB Menteri Besar Pahang telah mengumumkan Program Anggun Pahang kepada ibu tunggal di Negeri Pahang. Sehingga kini, berapa orang ibu tunggal di Negeri Pahang yang terlibat dan apakah perkembangan program ini?]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua untuk menjawab soalan 5.
Program Anggun Niaga merupakan program bantuan khas usahawan kecil khusus untuk ibu tunggal di negeri Pahang. Semua peserta diberikan bantuan kewangan sejumlah RM1,000.00 setiap seorang bagi menambah baik keperluan perniagaan mereka. Selain itu, mereka turut diberikan latihan dan bimbingan sehingga berjaya. Sehingga kini kesemua 280 orang peserta ibu tunggal telah pun menerima bantuan khas ini yang mana penyerahannya telah dibuat pada 27 Ogos 2022, 29 dan 30 September yang baru-baru ini. Itu saja Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Baik, kita pergi kepada soalan berikut. Wakil dari Teruntum. Sila.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.
[Peruntukan Untuk Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah dan Majlis Sukan Sekolah Pahang
1. Berapakah peruntukan yang telah diberi mengikut sukan dan daerah untuk
menganjurkan Kejohanan MSSD dan MSSP dari tahun 2019 sehingga 2022?
2. Untuk Kejohanan MSSP 2019 sehingga 2022, adakah pengurus pasukan, jurulatih dan pemain-pemain yang mewakili daerah diberi elaun makan, elaun perjalanan kenderaan dan elaun tempat tinggal peserta untuk semua sukan yang terlibat? Sila senaraikan jumlah elaun yang telah diberi mengikut kategori sukan/elaun makan/elaun perjalanan kenderaan dan elaun tempat tinggal.]
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih. Saya pun juga berterima kasih kepada Teruntum yang bertanya mengenai peruntukan untuk kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah dan Majlis Sukan Sekolah Pahang. Soalan yang pertama beliau, berapakah peruntukan yang telah diberi mengikut sukan dan daerah untuk menganjurkan kejohanan MSSD dan MSSP dari tahun 2019 hingga 2022?
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kerajaan telah memperuntukkan untuk kedua-dua sukan sekolah itu sama ada di peringkat daerah ataupun negeri sebanyak RM1,182,276.00.
Dan soalan yang kedua, kejohanan… untuk kejohanan MSSP 2019 sehingga 2022, adakah pengurus pasukan, jurulatih, pemain-pemain yang mewakili daerah diberi elaun makan, elaun perjalanan ke... kenderaan dan elaun tempat tinggal serta untuk semua sukan yang terlibat? Sila senaraikan jumlah elaun yang telah diberikan mengikut kategori sukan… elaun makan, elaun perjalanan kenderaan dan elaun tempat tinggal.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kejohanan MSSP 2019 sehingga 2022, er... semua pengurus pasukan, jurulatih dan pemain-pemain yang mewakili daerah diberi kemudahan kewangan serta elaun berdasarkan kelayakan mengikut peraturan kewangan semasa. Sebagai contoh, sehingga kini pada tahun 2022, sebanyak RM207,335.00 telah diperuntukkan, dibelanjakan bagi diagihkan kepada individu-individu yang terlibat. Pada 2019, sebanyak empat… RM492,000.00 telah diagihkan mengikut daerah-daerah dan 2020, RM469,376.00 juga telah diagihkan mengikut daerah-daerah.
2021, RM220,000.00 telah diagihkan mengikut PPD dan RM58,600.00 telah diagihkan mengikut sekolah-sekolah. 2022, RM256,000.00 dan RM207,335.00 telah diagihkan mengikut sekolah-sekolah untuk keperluan yang dipersoalkan. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Ya. Teruntum. Sila.
Er…teme… terima kasih jawapan dari Wakil Kerajaan. Difahamkan hanya 8 sukan teras yang dapat peruntukan... perbelanjaan penuh, yang sukan lain ada bagi juga tapi tidak mencukupi dan er... jurulatih dan cikgu-cikgu terpaksa menanggung sendiri kos perbelanjaan dan juga termasuk atlet-atlet. Adakah kerajaan akan lebih adil pada masa yang akan dating, memberi peruntukan yang sama rata tak kira apa jenis sukan dan er... terutama di MSSP? Jika masalah ini berterusan, bagaimanakah sukan-sukan di negeri Pahang, di peringkat sekolah dapat dibangunkan? Terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kita ada anggaran 20 ke 22 acara sukan, macam-macam hingga masa musim PKP pun kita buat tapi secara onlinelah dia… dia apa… merentas desa pun secara online, bola sepak pun secara online, badminton pun secara online. Semua acara ini kita agih peruntukan mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh pihak apa… berkuasa dan berwajib. Jadi yang terlibat juga harus menuntut apa namanya peruntukan itu melalui saluran yang telah ditetapkan, terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua.
Baiklah, kita pergi…
Dato’ Speaker, soalan tambahan.
Okey, Pulau Manis, sila.
Er... yang pertama sekali sepatutnya pihak kerajaan dapat menyatakan jawapan bahawa 2019 sehingga 2020 memang tak ada… tak ada aktiviti sukan kerana kita diserang oleh pandemik COVID tapi mungkin perbelanjaan tersebut telah berlaku dalam kosong… 2022. Kemudian pertanyaan saya ialah adakah pihak pendidikan negeri Pahang membina ataupun memajukan beberapa acara sukan kepada beberapa tempat mengikut daerah supaya acara sukan tersebut boleh meningkatkan pembangunan negeri Pahang?
Saya nak tanya adakah sukan-sukan tertentu contohnya dulu kita ada Akademi Bola Sepak, sekarang dah tak ada. Adakah Akademi Kriket? Di mana berlaku? Di daerah mana? Jadi cuba nyatakan adakah perkara-perkara begitu tersebut di… dilakukan atau dilaksanakan di peringkat negeri Pahang supaya kita dapat bersainglah er... acara-acara sukan dengan negeri-negeri yang lain. Sekian, terima kasih.
Okey, Yang Berhormat. Sila.
Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua, sahabat saya daripada apa er...Pulau Manis. Saya tak tahu dia tanya pasal sukan online ke ataupun nak adakan akademi sukan, ala kullihal. Cadangan nak mengadakan akademi ni baik dan mungkin kita panjangkan kepada pihak apa Kementerian supaya benda ni diambil perhatian. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Baik, Yang Berhormat kita pergi kepada soalan berikutnya. Dijemput Wakil dari Tanjung Lumpur.
Assalamualaikum WBT, Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon pertanyaan nombor 7.
[Kehadiran pengunjung-pengunjung Pantai Anak Air hingga ke Pantai Kempadang meningkat dengan mendadak sejak akhir-akhir ini. Kesesakan ini adalah disebabkan oleh jalan laluan pantai yang sempit. Adakah cadangan daripada pihak kerajaan untuk melebarkan jalan laluan pantai daripada Yayasan Pahang melalui Anak Air hingga Pantai Kempadang?]
Terima Kasih Dato' Yang di-Pertua, untuk memberikan ruang saya menjawab soalan yang dibawa oleh Tanjung Lumpur berkaitan dengan kesesakan jalan Pantai Anak Air iaitu jalan di antara Yayasan Pahang sehingga ke Kempadang melalui pantai. Untuk makluman Sidang Dewan jalan ini adalah dikategorikan sebagai jalan kampung di bawah sistem MARRIS ataupun Malaysia Road Record Information System dan bagi tujuan er... naik taraf jalan ianya tidak boleh kita menggunakan duit penyenggaraan dan sebenarnya pihak kerajaan ataupun pihak JKR sentiasa daripada semasa ke semasa membuat penilaian untuk er... naik taraf jalan di seluruh Kuantan. Sehingga hari ini jalan ini bukanlah di bawah keutamaan dan yang sebenarnya kita dah angkat 13 jalan untuk rancangan ataupun Rolling Plan Ke-3 bagi naik taraf jalan. Walau bagaimanapun atas perhatian Yang Berhormat berikan ini kita akan semak kembali sama ada sesuai atau tidak jalan ini untuk dinaik taraf.
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut jemput ADUN Wakil dari Tras.
Tuan Speaker soalan saya soalan 8.
[Sila nyatakan statistik pengundi baru mengikut pecahan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sejak UNDI 18 diluluskan di Parlimen dan DUN.]
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada ADUN Tras yang bertanyakan tentang pertambahan pengundi er...di negeri Pahang secara automatik baru-baru ini. Jadi keseluruhan er... angka pengundi baru berumur 18 dan secara automatik adalah lebih kurang 295,538 orang dalam negeri Pahang. Jadi kalau er... ADUN Tras ingin bertanyakan tentang satu persatu, parlimen dan juga ADUN, saya juga bersedia untuk memberi angka tersebut, terima kasih.
Yang Berhormat, seterusnya saya…
Soalan tambahan.
…menjemput Wakil Tanah Rata.
Tuan Speaker, soalan tambahan.
Saya ingat saya tak benarkan lagi. Terus, Tanah Rata.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya pohon kemukakan soalan nombor 9.
[Bekalan Elektrik di Kampung Orang Asli
a.Nyatakan kampung-kampung Orang Asli di Daerah Cameron Highlands dan daerah lain yang masih tidak dibekalkan bekalan elektrik
b.Jelaskan perancangan dan garis masa kerajaan untuk menyediakan bekalan elektrik kepada kampung-kampung berkenaan.]
Ya Yang Berhormat, terus kepada jawapan.
Terima kasih Yang Berhomat Dato' Sri Speaker dan terima kasih kepada ahli daripada Tanah Rata yang menanyakan permasalahan mengenai bekalan elektrik dan bekalan elektrik yang masih tidak dibekalkan kepada di kampung bagi daerah ini Cameron Highlands ya. Menjawab kepada pertanyaan, kampung Orang Asli di daerah Cameron Highlands yang masih tidak dibekalkan bekalan elektrik adalah 3 kampung:
1.
2. Kg. Telimau, Pos Lemoi 3. Kg. Lemoi, Pos Lemoi 4. Kg. Chenan Cherah, di Pos Lemoi
Bagi menjawab mengenai perancangan dan garis semasa, ketiga-tiga kampung ini telah pun diangkat oleh Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands bagi memasukkan perancangan di dalam Rancangan Malaysia Yang Ke-12 dan pihak TNB telah juga mengadakan lawatan tapak ke kampung-kampung berkenaan sebelum ini untuk mendapatkan data dari segi bilangan ataupun jenis rumah dan akses jalan masuk bagi menyediakan justifikasi projek serta anggaran kos projek.
Dari segi laporan er... mengikut TNB hanya 2 kampung yang boleh dibekalkan kerana mempunyai akses jalan. Bagi Kampung Chenan Cherah, Pos Lemoi ianya tidak mempunyai akses ini… jalan dan kedua-dua kampung ini telah dibuat oleh TNB dengan jangkaan projek sebanyak 8… RM9.7 juta, TNB dan walau bagaimana… sementara menunggu ini bantuan ataupun bajet daripada Rancangan Malaysia Ke-12 dalam Rolling Plan yang seterusnya pihak kerajaan telah juga mencadangkan agar ianya mencari alternatif lain selain daripada sambungan direct daripada TNB.
Pihak ini… kerajaan telah meluluskan melalui KeTSA bagi mengadakan bekalan elektrik melalui mikrohidro… mikrohidro. Mikrohidro ini dilaksanakan kepada Kampung Lemoi, Pos Lemoi dan setakat ini er... projek ini adalah dalam proses oleh kerana kontraktor yang awal tu mempunyai sedikit masalah dan Pihak Kerajaan telah pun menulis surat kepada TNB untuk meminta supaya TNB sendiri untuk menguruskan er... pembangunan mikrohidro di Kampung Pos Lemoi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Kita pergi kepada…
Soalan tambahan.
Saya ingat jawapan tu dah jelas ya Yang Berhormat.
Er… soalan tambahan adalah berkenaan isu TNB.
3 minit… 3 minit.
Ya.
Sila,1 minit sahaja.
Terima kasih dan juga jawapan daripada Pihak Kerajaan. Soalan saya seterusnya adalah berkenaan dengan projek bekalan elektrik luar bandar. Ni saya terima maklumat bahawa er... projek tersebut kita tangguh… tertangguh kerana TNB masih dalam rundingan bersama dengan Kerajaan Negeri bagi tujuan mengurangkan dan mengecualikan fi talian dan sewaan tapak pencawang yang berjumlah RM249,600.00. Oleh itu, soalan saya adalah apakah penyelesaian daripada pihak kerajaan dan bagaimanakah untuk menyelesaikan pengecualian fi tersebut? Terima kasih.
Okey, terima kasih.
Soalan berkenaan ni mungkin lari sikit daripada apa soalan yang ditanyakan oleh Tanah Rata iaitu mengenai fi yang dikenakan oleh pihak kerajaan kepada penggunaan oleh ini… tanah TNB dengan kerajaan. Jadi ini kita dalam proses mencari jalan untuk meningkatkan hasil ini… negeri memang kita menengok kepada agensi dan jabatan yang menggunakan tanah-tanah kerajaan ni kita menengok supaya dapat kita mengutip sikit sebanyak hasil ni pada kerajaan. Salah satunya ialah mengenakan fi kepada projek-projek ini… TNB di tanah ni… kerajaan. Jadi apabila dikenakan fi TNB, fi tanah kerajaan kepada TNB tertentu ia telah meningkatkan kos… kos projek untuk nak menyalurkan ni apa bekalan elektrik bagi kawasan-kawasan di luar bandar. Jadi untuk ini pihak kerajaan masih lagi berunding untuk win-win situationlah. Maknanya pihak TNB kena bayar juga duit kerana mereka menggunakan tanah tapi dalam masa yang sama ianya telah dicaj kepada KPLB. Jadi untuk makluman Tanah Rata, isu ini masih di peringkat rundingan pihak kerajaan, TNB dengan juga KPLB. Sekian, terima kasih.
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Soalan kita terakhir pagi ini, sila Wakil dari Inderapura.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mengemukakan soalan nombor 10. [Sehingga kini pelbagai perkhidmatan kerajaan khususnya berkaitan kutipan hasil telah dimasukkan ke dalam applikasi mobile PahangGo. Tahniah diucapkan kepada YB. Dato' Mohammad Fakhruddin.
Untuk tahun hadapan apakah cadangan perkhidmatan baru khususnya berkaitan kerajaan yang akan dimasukkan lagi atau ditambahbaik ke dalam applikasi mobile PahangGo?]
Terima kasih er… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada soalan rakan saya daripada Inderapura. Ada guna PahangGo?
Ada… ada.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Terlebih dahulu izinkan saya untuk di dalam Dewan Yang Mulia ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail kerana telah mencetuskan idea dan ilham untuk mewujudkan PahangGo bagi mendidik rakyat Pahang dalam untuk menguasai bidang internet dan untuk makluman yang daripada Inderapura, kejayaan PahangGo adalah kejayaan kita semua. Ini adalah ekoran daripada kerjasama daripada semua pihak yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri, Setiausaha Kerajaan Negeri termasuklah juga Ahli-ahli Dewan Negeri, kakitangan penjawat awam dan seluruh rakyat negeri Pahang.
Dan ingin di Dewan Yang Mulia ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan PahangGo. Sehingga kini jumlah pengguna PahangGo adalah seramai 270,000 orang manakala… manakala jumlah transaksi bulanan adalah sebanyak 160,000 transaksi yang berjumlah sebanyak RM1.2 juta sebulan. Di antara perkhidmatan yang ditawarkan di dalam aplikasi PahangGo adalah seperti pembayaran cukai tanah di seluruh negeri, cukai pintu, cukai carian tanah, bayaran parkir di Kuantan, di Cameron Highlands, Bentong, Maran dan Jerantut, bayaran bil air di seluruh negeri, tambah nilai prepaid, mobile dan lain-lain.
Untuk maklumat… untuk makluman… makluman ADUN Inderapura, PahangGo juga merancang untuk melebarkan lagi perkhidmatan. Contohnya perancangan akhir kita adalah untuk melaksanakan e-Wallet Pahang. Menerusi aplikasi tersebut yang akan membantu kerajaan menyalurkan bantuan dengan lebih efisien kepada rakyat agar lebih terkawal dan mudah untuk dipantau.
Saya berharap juga rakyat negeri Pahang akan terus memberikan sokongan yang padu kepada aplikasi PahangGo di mana kejayaan ini adalah kejayaan kepada kita semua dan kerajaan… kejayaan kepada Kerajaan Negeri Pahang, insya-Allah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bercadang untuk menempohkan dewan ini selama 20 minit… 20 minit kerana selepas ini kita akan mendengar Rang Undang-undang Perbekalan dan Belanjawan yang akan
dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan oleh kerana hari ini hari Jumaat juga kita cukup memerlukan masa yang secukupnya. Saya percaya Ahli Yang Berhormat dapat mematuhi arahan ini dan bersama-sama masuk semula ke dalam dewan dalam pukul 10.45 minit pagi.
Saya juga ingin memaklumkan bahawa bersama -sama kita terdapat pemerhati daripada mahasiswa… siswi daripada Universiti Malaysia Pahang dan juga daripada UnIPSAS [Ahli Dewan menepuk meja] yang sama-sama kita pada pagi ini. Terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan.
Baiklah, saya bercadang mesyuarat kita ditempohkan dan masuk semula pada jam 10.45 minit pagi. Mesyuarat ditempohkan, terima kasih.
[Persidangan ditempohkan pada jam 10.18 pagi]
[Persidangan disambung semula]
Rang Undang-UndangBill
Perkara Kelima: Rang Undang-Undang.
Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) 2022 DN 26/2022. Belanjawan Negeri Pahang 2023 DN 28/2022. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) 2022.
Sila, menyokong.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2023 dan bagi maksud memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon Rang Undang-Undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan itu.
Rang Undang-Undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan (2023) 2022 dibaca bagi kali yang kedua.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dengan ini sukacita saya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyampaikan ucapan Belanjawan Negeri Pahang 2023.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon mencadangkan suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana berkat limpah rahmatnya kita dikurniakan kesihatan yang baik serta kesempatan untuk melunaskan tugas dan tanggungjawab dalam sesi pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2023 pada hari ini. Marilah kita melafazkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW semoga kita semua menjadi umat kebanggaan Baginda, insya-Allah.
Seterusnya, patik menjunjung setinggi-tinggi kasih kesisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas segala bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar sepanjang patik mengurus tadbir Kerajaan Negeri Pahang.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Belanjawan Negeri Pahang 2023 yang bakal saya bentangkan ini bukan sahaja satu kerangka dan perancangan perbelanjaan serta pembangunan negeri sebaliknya ia turut membawa beberapa pengertian yang lebih penting dan besar. Pertama, ini adalah naskah yang mengandungi agenda pembangunan sosioekonomi yang mampan dan seimbang untuk negeri Pahang. Kedua, ini adalah satu pakej pembangunan yang sarat dengan pelbagai bentuk imbuhan, bantuan, insentif serta rangsangan demi memastikan rakyat menjadi fokus dalam segenap agenda negeri.
Ketiga, ini adalah satu manifestasi komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk melonjakkan Pahang ke satu kedudukan yang lebih baik, lestari serta berupaya menjadi antara penjana ekonomi terpenting negara. Bersandarkan kepada perspektif ini maka tema ‘Negeri Stabil, Rakyat Sejahtera’ telah dipilih menjadi pasak utama kepada keseluruhan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2023.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Belanjawan kali ini merupakan kemuncak kepada suatu siri perjalanan yang penuh dengan latar politik yang unik dan tersendiri. PRU Ke-14 empat tahun lalu menyaksikan buat pertama kalinya dalam sejarah tanah air, Barisan Nasional tidak lagi menguasai pemerintahan di peringkat Persekutuan.
Peralihan kuasa tersebut sekalipun berlaku secara aman dan matang telah memberi banyak cabaran kepada Kerajaan Negeri. Saya masih ingat pada awal pentadbiran saya sebagai Menteri Besar kami dipandang serong dan diserang dengan pelbagai tekanan. Rakyat dimomokkan dengan kebencian oleh para pemimpin Pakatan Harapan sehinggalah Kerajaan Negeri difitnah kononnya memiliki kedudukan kewangan yang tenat pada ketika itu. Namun kuasa yang bersandarkan kepada kerakusan serta perebutan dalaman tersebut akhirnya tumbang dengan sendiri.
Benarlah firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 54 yang bermaksud, "mereka merancang Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang". Maka izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Pahang kerana terus meyakini pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional di negeri ini. [Ahli Dewan menepuk meja].
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin mulakan dengan merumus secara ringkas pencapaian utama Kerajaan Negeri sepanjang tempoh lebih 4 tahun yang lalu terdapat empat kejayaan utama yang wajar kita sama-sama soroti dengan penuh rasa bangga dan syukur. Pertama, peningkatan kutipan hasil pendapatan negeri yang konsisten tahun demi tahun. Setakat 7 Oktober 2022 iaitu hari ini, sukacita saya memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM1.037 bilion [Ahli Dewan menepuk meja] berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu RM1.036 bilion.
Ini bermakna kita telah berjaya mencapai melebihi 100% sasaran lebih awal daripada yang ditetapkan. Ini adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan. Buat julung kalinya Pahang berjaya mencapai hasil mencecah RM1.0 bilion sekali gus meletakkan kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negeri-negeri maju yang lain seperti Johor dan Selangor.
Kedua, kejayaan menarik pelaburan berjumlah RM20.56 bilion. Pada tahun ini sehingga 30 September, negeri Pahang telah mengumpulkan pelaburan berjumlah RM20.56 bilion. Pelaburan tersebut yang melibatkan RM9.55 bilion pelaburan domestik dan RM11.01 bilion pelaburan asing telah melangkaui sasaran RM18.0 bilion yang kita sasarkan. Statistik ini adalah petunjuk jelas keyakinan para pelabur terhadap potensi serta kestabilan yang ada di negeri ini.
Ketiga, pengurangan hutang Kerajaan Negeri daripada RM3.31 bilion kepada RM952.21 juta. Sepanjang tempoh empat tahun ini suka untuk saya kongsikan bahawa kita telah berjaya mengurangkan sebanyak 71.24% hutang Kerajaan Negeri. Ini bermakna secara purata kita berjaya mengurangkan 17.80% hutang negeri setiap tahun. Jika trend ini berjaya diteruskan dengan momentum serta kesungguhan yang dipamerkan oleh semua pihak tidak mustahil Pahang akan berjaya mengurangkan hutang negerinya, insya-Allah.
Keempat, kejayaan penyaluran bantuan dan program kebajikan kepada rakyat berjumlah RM77.95 juta. Seiring peningkatan hasil, pelbagai bantuan dan insentif kebajikan telah disalurkan kepada rakyat Pahang melibatkan jumlah keseluruhan RM77.95 juta menerusi Bantuan Prihatin Pahang, Program Kebanggaan Pahang, Program Memperkasakan Wanita dan warga emas. Yang menariknya bantuan ini disalurkan terus kepada rakyat merentasi segenap generasi daripada bayi yang baru lahir, pelajar, anak muda, pengantin baru sehinggalah kepada warga emas tanpa mengira batas bangsa, agama mahupun ideologi politik.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Bahagian seterusnya saya akan bentangkan Anggaran Belanjawan Pendapatan, Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun 2023. Bagi tahun 2023, kita mensasarkan kutipan hasil Kerajaan Negeri mencecah RM1.083 bilion. Unjuran hasilnya ini adalah yang paling tinggi dalam sejarah, dengan peningkatan sebanyak 4.52% berbanding Belanjawan Tahun 2022.
Daripada jumlah ini RM1.071 bilion akan diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus yang merangkumi perbelanjaan emolumen, perkhidmatan dan bekalan, pemberian dan kenaan bayaran tetap serta perbelanjaan lain dan aset dengan peningkatan sebanyak RM40 juta atau 3.73% berbanding tahun 2022. Manakala bagi perbelanjaan pembangunan, peruntukan yang akan disediakan adalah sebanyak RM318.83 juta. Jumlah ini merangkumi projek infrastruktur sebanyak RM143.53 juta dengan pembiayaan secara langsung. Manakala RM175.30 juta atau bersamaan 54.94% adalah daripada pinjaman Kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek bekalan air.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Belanjawan Negeri Pahang bagi Tahun 2023 ini akan menggariskan 5 strategi belanjawan utama:
Pertama : Merangsangkan kemajuan ekonomi; Kedua : Memperkukuhkan tadbir urus; Ketiga : Membangun infrastruktur yang mampan; Keempat : Menjamin kesejahteraan rakyat; dan Kelima : Membina generasi masa depan yang gemilang.
STRATEGI BELANJAWAN PERTAMA : MERANSANG KEMAJUAN EKONOMI
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Merancang dan mengurus ekonomi pasca pandemik adalah sangat sukar dan memerlukan pemikiran baru. Apatah lagi berdasarkan analisis daripada pelbagai pihak termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF. Keadaan ekonomi global tahun depan diramalkan begitu sukar dengan risiko kemelesetan dan kadar inflasi yang meningkat. Keadaan ini diburukkan dengan kesan perubahan iklim serta bencana alam yang diramalkan sebagai luar biasa. Maka pada tahun 2023 berkemungkinan akan menjadi apa yang disebut sebagai the year of perfect storm, dengan izin.
Namun, Kerajaan Negeri percaya dengan kelebihan dan kekuatan yang ada pada Pahang, kita akan berupaya mendepani semua ini dengan baik. Ini adalah masa untuk kita menggunakan segala kelebihan yang ada bagi memastikan Pahang bukan sahaja berupaya berhadapan dengan the perfect storm tetapi mampu bangkit sebagai antara negeri paling maju di Malaysia. Sehubungan dengan itu, di bawah strategi pertama ini Kerajaan Negeri telah menyusun 7 iniasitif besar bagi memajukan ekonomi Pahang.
Inisiatif Pertama : Memaksimumkan Kutipan Hasil
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Bagi memastikan sasaran kutipan hasil pada tahun 2023 dapat dicapai, Kerajaan Negeri telah merangka beberapa strategi baru. Selaku negeri terbesar di Semenanjung Malaysia, fokus utama kutipan hasil Kerajaan Negeri sudah semestinya
kepada hasil tanah yang dianggarkan kira-kira RM675.37 juta. Jumlah sasaran ini adalah peningkatan sebanyak RM31.6 juta atau 4.91% berbanding sasaran pada tahun 2022.
Dari Januari sehingga 6 Oktober 2022, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah mencatat pungutan hasil kutipan cukai sebanyak RM105.49 juta. Jabatan Perhutanan akan terus menjadi antara penyumbang utama kepada sumber pendapatan negeri dengan jangkaan sumbangan hasil sebanyak RM137.55 juta bagi tahun 2023 melalui kutipan bayaran premium, royalti dan caj-caj lain. Di samping itu, Kerajaan Negeri akan membuat beberapa tuntutan baru.
Bagi memastikan sumber alam semula jadi Pahang yang telah diterokai akan menyumbang semula kepada pendapatan negeri. Antara tuntutan tersebut adalah, pertama, pelaksanaan Projek Hidroelektrik Ulu Jelai. Kerajaan Negeri akan menuntut bayaran terhadap kawasan takungan, kawasan tadahan, empangan, royalti air dan pendudukan tanah daripada pihak yang terlibat. Kedua, pembangunan infrastruktur telekomunikasi. Kerajaan Negeri akan menuntut permit tahunan dan cukai daripada pemilik struktur telekomunikasi.
Selain itu, dalam usaha mempromosikan aktiviti pelancongan, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Fi Kelestariaan sebanyak RM3.00 satu malam bagi penginap setiap bilik penginapan di Pahang. Fi Kelestarian ini yang dimulakan pada tahun ini akan diteruskan pada tahun depan dengan sasaran kutipan sebanyak RM6 juta iaitu peningkatan sebanyak RM1 juta berbanding tahun 2022.
Bagi memastikan hasil kutipan Fi Kelestarian ini dimanfaatkan dengan sebaiknya, Kumpulan Wang Amanah Kelestarian ini akan ditubuhkan bagi menjamin hasil yang dikutip digunakan bagi tujuan membiayai pemasaran serta usaha mempergiat pelancongan ke arah menjadikan negeri Pahang sebagai destinasi pilihan pengunjung dalam dan luar negara. Bagi aktiviti mineral komersial pula khususnya emas, Kerajaan Negeri bercadang menubuhkan sebuah syarikat khas bagi menyelaras dan menguruskan semua aktiviti industri hiliran. Mandat utama syarikat ini akan bersifat serampang dua mata iaitu mencari pendekatan meningkatkan hasil negeri berkaitan mineral emas dan menyusun strategi untuk mencegah ketirisan yang merugikan negeri.
Selain itu, syarikat ini akan turut dipertanggungjawab mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk pengeluaran hasil emas, meneroka peluang perniagaan baru berdasarkan sumber mineral emas serta membuka peluang pekerjaan dalam industri ini. Bagi merancakkan industri perlombongan, Kerajaan Negeri akan membuka ruang meningkatkan penglibatan lebih ramai rakyat Pahang. Bagi mencapai objektif ini Kerajaan Negeri akan mengkaji secara mendalam pengenalan Skim Lombong Rakyat pada tahun 2023. Melalui skim ini satu kawasan strategik akan ditawarkan kepada masyarakat awam bagi tujuan perlombongan yang akan dibangunkan secara bersama-sama menggunakan mekanisme dan operasi perlombongan terbaik yang akan dikaji melalui anak syarikat negeri iaitu Pahang Mining Corporation. [Batuk]
Inisiatif Kedua : Menggalakkan Pelaburan
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Pelaburan langsung asing ataupun FDI dan domestik adalah kritikal dalam melonjak pertumbuhan ekonomi negeri. Atas kesedaran ini Kerajaan Negeri serius dalam membangunkan ekosistem pelaburan yang kondusif agar Pahang menjadi destinasi
pilihan pelabur. Untuk itu, Kerajaan Negeri telah mewujudkan gerbang Invest Pahang dengan memperkenalkan konsep Location Centric Approach atau ringkasnya LCA, dengan izin. Pendekatan LCA ini telah memberi impak langsung kepada penambahan 62% nilai pelaburan masuk daripada RM12.6 bilion pada tahun 2021 kepada RM20.56 bilion pada tahun 2022. Melihat kepada keberkesanan dalam melonjak kemasukan pelaburan maka pendekatan LCA ini akan diteruskan pada tahun 2023.
Ease of doing business index meletakkan negeri Pahang sebagai antara negeri terbaik dari segi penawaran fasiliti dan pemudah cara pelabur. Sudah pasti pencapaian ini membawa banyak kesan domino yang positif serta kewujudan peluang pekerjaan yang merupakan kesan spill over secara langsung kepada industri sampingan.
Pencapaian ini juga merupakan antara manfaat hasil koloborasi Pahang bersama beberapa negara pada tahun ini. Antaranya ialah Emiriah Arab Bersatu, Indonesia, Korea, China, Uzbekistan, Jerman dan Singapura. Bagi memastikan momentum kemasukan FDI tersebut berterusan dan dapat digandakan, Kerajaan Negeri telah merancang beberapa pelan pemerkasaan infrastruktur logistik.
Paling besar antara semua perancangan adalah inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Gebeng. Pelan ini akan menyaksikan Daerah Kecil Gebeng dikelaskan sebagai hab transit pantai timur yang merangkumkan keperluan logistik udara, darat dan laut.
Bagi menjayakan pelan ini, terdapat 3 inisiatif yang akan diberikan tumpuan. Pertama: Cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan yang bernilai RM2 bilion. Kedua: Pembangunan kemudahan kuarters pekerja seluas 9 ekar di Kawasan Perindustrian Gebeng melibatkan peruntukan sejumlah RM25 juta. Ketiga: Pembinaan pelabuhan darat di jajaran ECRL dan pengukuhan fungsi Pelabuhan Kuantan.
Pada kesempatan ini, saya suka kongsikan bahawa lawatan kerja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang ke Singapura pada 17 Februari tahun ini telah turut membawa beberapa hasil besar.
Antaranya adalah perkongsian maklumat, teknologi dan kepakaran khususnya berkaitan pemeliharaan khazanah dan kelestarian alam. Perkongsian amalan terbaik dalam sektor pentadbiran kerajaan, selain peluang kerjasama dan agenda pembangunan lestari serta peluang mewujudkan kerjasama dalam sektor agrotech. Keterlibatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang bagi mempromosikan Pahang sebagai destinasi pelaburan seharusnya menjadi penegasan penting kepada kita semua. Betapa setiap daripada kita mesti berganding bahu dan memberikan yang terbaik kepada negeri ini tidak kiralah dari aliran politik mana sekalipun kita wakili.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Inisiatif Ketiga : Mengembangkan Industri Pelancongan
Alhamdulillah, Pahang ini kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan semula jadi. Pantai yang indah, pulau yang cantik, sungai yang menarik, hutan yang kaya dengan khazanah alam, gua yang unik dan kawasan peranginan tanah tinggi yang memukau. Kesemua ini bukan sahaja mampu menjana pendapatan yang baik kepada negeri malah secara tidak langsung berupaya merancakkan ekonomi penduduk setempat. Berbekalkan kelebihan ini, kita mahu terus memperkenalkan Pahang sebagai industri
pelancongan bertaraf dunia. Sebanyak 19 destinasi telah dikenal pasti di bawah tapak warisan UNESCO, UNESCO Global Park, Geopark Kebangsaan dan Geotapak.
Namun, kebanyakannya masih memerlukan kajian dan penyelidikan yang mendalam. Untuk itu, sebanyak RM20 juta akan diperuntukkan dalam tempoh 5 tahun untuk menjalankan kerja-kerja kajian dan penyelidikan. Sebagai permulaan, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Taman Negeri Pahang sedang berusaha menjadikan daerah Lipis sebagai UNESCO Global Geopark. Di bawah program yang berasingan, 2 tapak baru iaitu Taman Eko Rimba Mossy Forest dan Tasik Bera akan diangkat untuk mendapat pengiktirafan UNESCO di bawah Program Man and The Biosphere.
Pahang mempunyai pelbagai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Namun, ‘jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya’. Tanpa promosi, kesemua kelebihan itu akan terus tersorok. Untuk itu, sebanyak RM3 juta akan diperuntukkan bagi menyerlahkan keistimewaan Pahang pada dunia luar melalui aktiviti promosi pelancongan.
Seiring dengan usaha strategik ini, 7 langkah utama akan menjadi tumpuan Kerajaan Negeri bagi merancakkan industri pelancongan. Antaranya, pertama: memajukan ekopelancongan Sungai Pahang dengan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi pembinaan 6 buah jeti dan papan iklan di 6 daerah persisiran Sungai Pahang. Kedua: meneruskan penganjuran pelbagai program pelancongan bertaraf dunia seperti Pahang Ocean Paddle, Pahang Billfish International Challenge, Pahang River Cruise dan Pahang Barat Trail Run dengan peruntukan sebanyak RM9.1 juta. Ketiga: mewujudkan One Stop Centre untuk mendapatkan data penggiat pelancongan dengan peruntukan sebanyak RM150,000.00. Keempat: melakukan pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur pelancongan dengan peruntukan RM1 juta.
Kelima: membangunkan sektor pelancongan berasaskan flora atau perhutanan dengan peruntukan sebanyak RM2.2 juta. Keenam: membangunkan Projek Perkampungan Al-Asar dengan peruntukan RM2 juta serta menganjurkan Pameran Pahang Craft and Textile Week dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta. Ketujuh: memberi latihan khas dan tauliah kepada penggiat industri pelancongan negeri seperti malim gunung, pemandu pelancong, jurumudi ataupun boatman serta jurualu dan caving ataupun hiking guide dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00 serta menyediakan perlindungan insurans kepada kelompok ini dengan peruntukan RM300,000.00.
Inisiatif Keempat : Merancakkan Ekonomi Industri Kecil Dan Sederhana
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Dalam merancakkan ekonomi, Kerajaan Negeri tidak pernah melupakan penglibatan industri kecil dan sederhana serta usahawan mikro. Pada tahun 2023, Kerajaan Negeri akan melaksanakan pelbagai inisiatif yang merangkumi penyediaan tapak, skim pembiayaan, persijilan serta bantuan khidmat nasihat. Dalam aspek penyediaan tapak misalnya 2 usaha khusus buat para usahawan IKS serta usahawan mikro telah digariskan. Pertama: 1 tapak akan dibangunkan di kawasan seluas 60 ekar khusus untuk usahawan IKS dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM35 juta di Bera. Kedua: mewujudkan Projek Pembinaan Usahawan di Taman Teknologi Park, Gambang dengan peruntukan sebanyak RM3.4 juta.
Selain itu, Kerajaan Negeri turut berhasrat meneruskan pembiayaan usahawan mikro Skim I-PUSH bagi membantu hampir 2,500 usahawan di seluruh negeri Pahang
dengan peruntukan sejumlah RM10 juta. Dalam aspek pensijilan halal pula, satu dana secara revolving fund berjumlah RM10 juta akan disediakan bagi membantu mereka yang layak untuk mengembangkan skop pasaran sekali gus meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap kualiti dan kesucian produk perniagaan mereka. Bagi memastikan para peniaga dan penjaja kecil baharu mendapat bimbingan serta sokongan yang sewajarnya, Unit Pemudah Cara Perniagaan di Pihak Berkuasa Tempatan akan menyediakan khidmat nasihat percuma agar perniagaan boleh dimulakan dengan terancang, segera dan mematuhi peraturan. Majlis Bandaraya Kuantan akan dijadikan perintis projek ini.
Akhir sekali, berikutan pertambahan penyertaan golongan muda yang menjadi agen dropship, Kerajaan Negeri akan menyediakan kursus percuma perniagaan secara atas talian melalui peruntukan berjumlah RM1 juta. Dengan rangkaian inisiatif ini kita harap negeri Pahang akan berupaya menyediakan satu ekosistem yang merangsang dan menyokong pengembangan IKS dan keusahawanan mikro.
Inisiatif Kelima : Memperkasa Bidang Kecukupan Bekalan Makanan Atau Food Security
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Mutakhir ini, isu kecukupan bekalan makanan atau food security dengan izin, semakin mendapat perhatian. Pelbagai pergolakan global telah mempengaruhi peningkatan harga dan kenaikan kos logistik. Malah perubahan iklim yang mengakibatkan cuaca ekstrem seperti banjir dan kemarau telah mengganggu hasil pengeluaran makanan. Perkara ini memberi kesan langsung kepada masyarakat awam apabila harga makanan melonjak dan bekalan makanan tidak mencukupi. Justeru, saya percaya wujud keperluan mendesak untuk kita mula bertindak secara proaktif dan bijak.
Untuk tahun 2023, beberapa langkah dan strategi telah disusun mengikut sektor dan industri dengan matlamat menyuntik rangsangan kepada industri berkaitan kecukupan bekalan dan agromakanan. Sebagai pengeluar utama daging lembu di Semenanjung Malaysia, pemerkasaan sokongan terhadap warga penternak dan industri hiliran adalah prasyarat yang mesti dikukuhkan. Justeru, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM2.9 juta agar industri penternakan Pahang terus berkembang dan kekal mampan. Bagi meningkatkan pengeluaran makanan pula, Kerajaan Negeri akan memastikan para petani yang terlibat dalam pembangunan projek pertanian terancang didedahkan dengan pelbagai teknologi pertanian terkini.
Pendekatan precision farming iaitu konsep smart farming dan Internet of Things seperti penggunaan drone bukan sahaja mampu menjimatkan kos malah berupaya meningkatkan kecekapan pengurusan ladang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran hasil. Galakan juga akan diberikan kepada orang ramai untuk bercucuk tanam secara individu atau berkumpulan. Selain itu, penanaman baru dan permulaan projek bagi tanaman buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman kontan, tanaman kelapa dan komoditi berpotensi akan diberi tumpuan.
Bagi menjayakan usaha ini, Kerajaan Negeri akan membelanjakan sejumlah RM3.35 juta bagi membantu para petani di seluruh Pahang. Malah bagi memastikan pengeluaran makanan seperti buah, sayur dan tanaman kontan menepati piawaian serta selamat digunakan, bilangan ladang berstatus MyGap yang mengamalkan good... Good Agriculture Practice, dengan izin, akan ditingkatkan.
Selain itu, beberapa inisiatif lain akan turut dilaksanakan. Antaranya ialah pertama, pengeluaran tanaman baru yang berpotensi seperti sacha inchi, vanila dan buah tin akan dipertingkat dengan mengaplikasikan teknologi green house melalui peruntukan RM1 juta.
Kedua, merancakkan penghasilan baka ternakan premium seperti lembu wagyu dengan peruntukan sebanyak RM3.4 juta [Ahli Dewan menepuk meja]. Pada masa yang sama sebanyak RM3 juta lagi akan diperuntukkan kepada 300 induk baka yang menjayakan inisiatif ini.
Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang akan turut memperhebatkan Projek Bumi Hijau Tanaman Fertigasi bagi membantu golongan rentan menambah pendapatan. Hasil ini… usaha ini telah dimulakan dengan projek rintis tanaman fertigasi cili bara oleh penghuni di Jalan Wong Ah Jang, Kuantan. [Ahli Dewan menepuk meja]
Selain itu, Program Usahawan Tani Fertigasi akan diwujudkan dengan melibatkan 40 buah kampung di seluruh Pahang. Setiap 10 individu yang layak daripada setiap kampung tersebut akan menerima RM10,000.00. Keseluruhan projek ini akan menelan belanja sebanyak RM400,000.00.
Selain itu, Kerajaan Negeri akan membangunkan satu pusat kajian dan penyelidikan atau R&D serta kilang bagi menghasilkan dedak ternakan. Sebanyak RM5 juta akan diperuntukkan untuk tujuan ini. Melalui segala inisiatif dan usaha yang telah disusun, kita berharap Pahang akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan sambil memastikan kita mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.
Inisiatif Keenam : Lonjakan Industri Asas Tani
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri dalam usaha memajukan ekonomi Pahang akan memberi perhatian yang lebih serius kepada industri asas tani. Sebanyak 4 langkah penting akan kita lakukan pada tahun hadapan.
Pertama, sebanyak RM300,000.00 diperuntukkan bagi pembangunan Industri Asas Tani. Kedua, memperkasa khidmat pembajakan Jabatan Pertanian Negeri Pahang bagi memenuhi permintaan petani. Ketiga, menumpu kepada penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan serta pertambahan kenderaan baru agar kemudahan logistik dapat ditambah baik. Langkah ini akan menggunakan peruntukan sebanyak RM665,000.00. Keempat, memudahkan kelulusan Lesen Pendudukan Sementara tanah bagi tujuan pertanian tanaman singkat.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Bagi sektor perikanan darat, Program Tambahan Pendapatan Penternak Ikan Air Tawar akan diperkenalkan berbekalkan peruntukan sebanyak RM504,000.00. Antara usaha di bawah program ini adalah bantuan input benih ikan tilapia atau patin kepada 150 penternak kecil dan sederhana yang melibatkan 10 daerah perikanan.
Bagi menjamin kelangsungan spesies ikan asal di Sungai Pahang pula, Kerajaan Negeri akan mengadakan Kempen Pembasmian Spesies Ikan Asing Pemangsa ataupun predator melalui peruntukan sebanyak RM100,000.00. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan berusaha membangun dan memulihara baka ikan asli Pahang seperti Patin Muncung, Patin Buah, Temelian dan Kelah dengan membeli benih induk
ini untuk menghasilkan sumber kekayaan baru melalui pengeluaran spesies bernilai tinggi. Inisiatif ini akan menerima peruntukan sebanyak RM100,000.00 sebagai kos permulaan.
Inisiatif Ketujuh : Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Selain memastikan pembangunan yang kita lakukan adalah lestari dan memberi manfaat kepada semua, Kerajaan Negeri akan memastikan Agenda Pembangunan Negeri Pahang adalah seimbang di seluruh negeri dan tidak hanya bertumpu di er... sesetengah kawasan. Untuk memastikan keseimbangan ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus yang berperanan meningkatkan pelaburan dan pembangunan ekonomi dari 5 kluster industri utama iaitu pelancongan, pertanian, perkayuan, mineral dan perkhidmatan di 6 daerah iaitu Bentong, Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut dan Bera dengan keluasan keseluruhan 1.98 juta hektar.
Melalui pelaksanaan pelan pembangunan ini, harapan kita hanya satu iaitu memastikan Agenda Pembangunan Ekonomi Negeri Pahang akan lebih pelbagai, berkembang serta seimbang di seluruh negeri.
STRATEGI BELANJAWAN KEDUA : MEMPERKUKUHKAN TADBIR URUS
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Kemajuan yang mampan hanya dapat dikecapi sekiranya sistem pentadbiran kerajaan dapat diperkukuhkan selari dengan perkembangan ekonomi dan keperluan masyarakat. Dalam konteks ini, terdapat 11 inisiatif utama akan dilaksanakan dengan sasaran memperkukuhkan tadbir urus Kerajaan Negeri dalam pelbagai peringkat dan sektor.
Inisiatif Pertama : Pelestarian Hutan Dan Alam Sekitar
Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM40.94 juta bagi pelbagai tujuan pembangunan dan aktiviti perhutanan. Sejajar dengan peruntukan tersebut, Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif dalam setiap gerak usaha pelestarian hutan dan alam sekitar menerusi 7 pendekatan.
Pertama, membudayakan pemakaian prinsip ESG... ESG atau Environmental, Social and Governance merupakan satu prinsip di bawah Sustainable Development Goals ataupun SDG yang mengangkat idea pembangunan dan aktiviti ekonomi secara mampan, beretika serta mengutamakan alam sekitar.
Kedua, mewartakan hutan simpan kekal. Negeri Pahang berbangga kerana sejumlah 22% daripada jumlah keluasan hutan simpan kekal di negeri ini dengan keluasan 355,000 hektar telah diwartakan sebagai kawasan hutan tadahan air. Kerajaan Negeri komited untuk memperluaskan kawasan hutan simpan kekal di negeri ini kepada 60% daripada keluasan hutan sedia ada.
Ketika ini 1.6 juta hektar kawasan hutan di negeri ini telah dijadikan hutan simpan kekal iaitu 57% daripada keluasan negeri Pahang. Atas komitmen dan kesungguhan ini, Kerajaan Negeri berharap usaha untuk pengekalan khazanah alam ini akan mendapat perhatian dan digantikan dengan pampasan yang setimpal oleh Kerajaan Pusat.
Ketiga, menjayakan inisiatif pasaran karbon. Selaku negara membangun yang mempunyai potensi pengurangan pelepasan karbon yang terhad, adalah penting untuk Malaysia mempunyai satu dasar khusus berkaitan pasaran karbon. Kerajaan Negeri sedang dalam usaha menjayakan agenda ini dengan kerjasama negeri-negeri lain. Buat masa ini, penyediaan kerangka prosedur perundangan sedang diteliti dan akan mula dibangunkan pada tahun 2023.
Keempat, melakukan kempen penanaman, ‘1 pokok, 1 rakyat Pahang’. Kempen penanaman 1 pokok, 1 rakyat Pahang merupakan antara salah satu ciri kempen 5 tahun. Bermula daripada tahun 2021 hingga 2025 yang dilaksanakan di peringkat negeri Pahang dan bermula tahun ini, setiap kelahiran bayi di negeri ini akan turut ditanam dengan 1 batang pokok. Usaha ini akan diteruskan untuk tahun hadapan.
Kelima, mengamalkan pendekatan pemindahan fiskal ekologi untuk pemuliharaan biodiversiti. Melalui inisiatif ini kita akan memperuntukkan sebanyak RM8.49 juta untuk diagihkan kepada jabatan-jabatan yang terlibat dalam aktiviti perlindungan dan pemeliharaan kawasan perlindungan seperti di Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Negeri Pahang dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang.
Keenam, melaksanakan rangkaian program pemuliharaan hutan. Pada tahun 2023, Kerajaan Negeri akan meneruskan pelbagai program pemuliharaan hutan secara mampan seperti pengekalan sijil Malaysian Criteria and Indicators National Forest dan Program Pemuliharaan Tasik Chini melalui Program Penghijauan dan Program Buy Back Guarantee bersama peserta tapak semaian Orang Asli.
Ketujuh, menubuhkan Hutan Taman Negeri Ketiga. Hutan yang terlibat adalah di sekitar er... Jajaran Gunung Berantai seluas 14,679 hektar yang meliputi beberapa kawasan menarik seperti Air Terjun Lubuk Kawah, Lubuk Yu dan Air Terjun Pelangi dengan peruntukan RM1 juta.
Inisiatif Kedua : Rancangan Kemajuan Yang Sistematik
Sekalipun kita mahu merancakkan agenda pembangunan di seluruh Pahang, kita perlu memastikan segala agenda tersebut adalah terancang. Kerajaan Negeri melalui Plan@Malaysia Pahang akan memberi tumpuan kepada rancangan pembangunan bandar bagi memastikan proses urbanisasi di negeri ini dilaksanakan secara sistematik. Untuk tujuan ini Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM220,000.00 bagi pelaksanaan kajian-kajian Rancangan Pembangunan Negeri Pahang serta Rancangan Tempatan Daerah di Rompin, Maran dan Bera.
Inisiatif Ketiga : Kawalan Ketirisan Hasil Kerajaan Negeri
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Sehingga 30 September 2022, Kerajaan Negeri telah berjaya menyelesaikan ketirisan kutipan hasil sebanyak RM257.35 juta. Ketirisan ini dikenal pasti dengan menyemak banyak perkara termasuklah perjanjian perbekalan air mentah yang telah lama tidak dikaji semula. Justeru, bagi tujuan membasmi ketirisan hasil Kerajaan Negeri kita akan melakukan penyelarasan kadar perbekalan air mentah semasa.
Inisiatif Keempat : Pemerkasaan Penguatkuasa Undang-undang
Pada tahun 2023 sebanyak RM1.06 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan kerja-kerja penguatkuasaan dan pembelian kelengkapan aset pengurusan bagi memantapkan lagi operasi penguatkuasaan di negeri ini. Selain itu Kerajaan Negeri turut menyediakan sejumlah RM905,000.00 untuk emolumen anggota Pasukan Khas Elit Penguatkuasa Negeri Pahang bagi membanteras ketirisan hasil kerajaan. Dengan jalinan kerjasama ini, kita percaya operasi penguatkuasaan undang-undang dan pencegahan ketirisan hasil negeri akan dapat ditangani dengan lebih baik.
Inisiatif Kelima : Pemerkasaan Infrastruktur ICT dan Perkhidmatan Atas Talian
Kerajaan Negeri akan terus merancakkan pembangunan infrastruktur digital dan kemudahan asas talian dalam pelbagai sektor. Ini bagi memastikan kelancaran dan kecekapan sistem penyampaian kerajaan sekali gus menjadi langkah awal untuk kita beralih kepada sebuah Kerajaan Digital. Bagi tahun 2023, sebanyak RM3.44 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan mengurus untuk perolehan infrastruktur ICT dan sebanyak RM2.2 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan bagi melaksanakan projek berkaitan teknologi maklumat. Antaranya pelaksanaan perkhidmatan online agensi kerajaan dan menaik taraf rangkaian komunikasi 1PahangNet.
Bagi tujuan pelaksanaan teras infrastruktur digital dalam Pelan Digital Negeri Pahang 2021 hingga 2025, sejumlah RM3 juta diperuntukkan pada tahun 2023 sebagai kesinambungan Program Langganan Perkhidmatan Jalur Lebar Satelit kepada kawasan yang menghadapi capaian bermasalah bagi memastikan jurang digital dapat dikurangkan.
Inisiatif Keenam : Mempelbagai Aplikasi PahangGo
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan memudahkan para pengunjung yang melawat dan beraktiviti di rimba Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bakal melancarkan 2 aplikasi atas talian. Pertama, Modul Eko-Rimba dalam aplikasi PahangGo. Melalui aplikasi ini para pengunjung yang melawat Taman Eco-Rimba Mossy Forest dan membuat aktiviti pendakian di Cameron Highlands boleh membayar fi masuk dan mendapat permit memasuki Hutan Simpan Kekal secara atas talian.
Kedua, Sistem Ekopelancongan Perhutanan Pahang, iaitu aplikasi yang mempunyai fungsi serupa dengan ekorimba tetapi akan digunakan di Hutan Simpan Kekal Negeri Pahang.
Inisiatif Ketujuh : Pemantapan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung atau JPKK
Kerajaan Negeri turut menumpu kepada usaha pemantapan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung di seluruh negeri. Untuk itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.3 juta bagi tujuan ini. Selain itu, sebagai menghargai JPKK, Kerajaan Negeri bersetuju menaikkan kadar elaun fungsi JPKK iaitu daripada RM750.00 kepada RM1,000.00 sebulan [Ahli Dewan menepuk meja] berkuat kuasa 1 Januari 2023. Semoga kenaikan elaun ini menjadi pembakar semangat untuk mereka terus mencurahkan bakti dan khidmat kepada masyarakat.
Inisiatif Kelapan : Pengurusan Bencana Pahang
Bercakap tentang bencana dan musibah, izinkan saya memetik serangkap pantun Melayu, Pusat Rujukan Persuratan Melayu:
Andainya Hujan lebat mencurah, Eloklah kita membawa payung, Andainya kawan dapat musibah, Eloklah kita segera menolong.
Berbekalkan semangat itulah Kerajaan Negeri tidak akan mengalah dan menyerah jika kita diuji dengan bencana alam. Berpeluk tubuh dan menyalahkan takdir bukanlah pilihan. Justeru untuk tahun 2023 kita sudah menyusun pelbagai langkah persediaan. Antara langkah utama yang akan kita laksanakan ialah pertama, memperkenalkan Dasar Pengurusan Bencana Negeri Pahang dan Disaster Data Bank Negeri Pahang. Dasar ini adalah bagi membantu pembuatan keputusan yang pantas dan betul di peringkat daerah dan negeri sebagai langkah untuk berhadapan dengan bencana. Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM500,000.00 untuk usaha ini.
Kedua, Program Pasca Banjir. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan 4 puluh... Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM47 juta bagi Program Pasca Banjir seluruh negeri yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 sehingga 2023. Peruntukan ini telah digunakan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan banjir di negeri ini. Misalnya pembelian bot amfibia, pembinaan pusat pemindahan banjir kekal, pembinaan landasan pendaratan helikopter, pembelian instrumen sistem amaran awal banjir serta pembelian bot penyelamat yang ditempatkan di Pejabat Penghulu-penghulu.
Selain itu, antara projek pasca banjir yang berkaitan infrastruktur jalan, saliran dan cerun yang telah diluluskan Kerajaan Negeri. Pertama ialah Projek Penyenggaraan Monsoon Drain di Pekan dan Kuantan sebanyak RM1.09 juta.
Kedua, kerja pembaikan cerun dan naik taraf infrastruktur jalan yang rosak akibat banjir berjumlah RM1.3 juta dan terakhir pemasangan sistem amaran awal tanah runtuh sebagai langkah pencegahan di 3 daerah yang mempunyai rekod dan risiko paling tinggi berlaku runtuhan tanah atau cerun iaitu di Cameron Highlands, Bentong dan Raub berjumlah RM3.5 juta. Selain itu, Kerajaan Negeri juga bersetuju meluluskan penubuhan Unit Pengurusan Bencana Negeri Pahang bagi memperkemaskan pengurusan bencana banjir supaya lebih pantas, teratur dan cekap.
Ketiga, Peruntukan Kumpulan Wang Amanah Jawatankuasa Malapetaka Negeri Pahang ataupun KWAMP. Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM7.6 juta bagi tujuan pengurusan bantuan kepada mangsa bencana di seluruh negeri selain menaikkan kadar apungan Tabung Bantuan Bencana di setiap daerah daripada RM20,000.00 kepada RM50,000.00.
Inisiatif Kesebelas : Bantuan Khas Kewangan Kepada Kakitangan Kerajaan
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya menjangkakan ramai yang ternanti-nanti pengumuman berita baik kepada 8,000 penjawat awam Kerajaan Negeri Pahang. Sesungguhnya Kerajaan Negeri tidak pernah melupakan jasa dan komitmen penjawat awam negeri Pahang dalam memastikan agenda pembangunan negeri dan masyarakat dicapai.
Sebagai penghargaan dan sanjungan... sebagai penghargaan dan sanjungan tinggi kepada kakitangan awam yang sentiasa mendokong aspirasi serta agenda kemajuan negeri Pahang, Kerajaan Negeri Pahang berbesar hati memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak 1 setengah bulan gaji [Ahli Dewan menepuk meja] kepada setiap penjawat awam di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.
Bayaran ini akan dikreditkan kepada mereka sebanyak 1 bulan gaji pada tahun ini dan setengah bulan gaji pada Januari 2023 yang melibatkan keseluruhan peruntukan sebanyak RM33 juta [Ahli Dewan menepuk meja]. Ini adalah kerana kita berjaya mendapat RM1 bilion Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, usaha keras mereka kita harus hargai dan sanjungi.
Terima kasih, Yang Amat Berhormat.
STRATEGI BELANJAWAN KETIGA : MEMBANGUN INFRASTRUKTUR YANG MAMPAN
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Kemakmuran sesebuah negeri hanya akan akan dicapai apabila keperluan asas penduduknya dipenuhi. Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab adalah menjadi keutamaan saya untuk memastikan setiap rakyat menerima kemudahan asas seperti bekalan air bersih, jaringan jalan raya yang lengkap dan sistematik dan kediaman yang selamat.
Pembangunan infrastruktur yang mampan ini harus bersifat menyeluruh, strategik dan berupaya memberi manfaat terbaik kepada masyarakat. Maka bagi menjayakan strategi penting ini sebanyak 4 inisiatif utama telah dirancang.
Inisiatif Pertama : Memenuhi Keperluan Bekalan Air
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Bekalan air merupakan satu isu yang kompleks, menuntut perancangan rapi, bajet yang cukup besar serta tempoh masa untuk diselesaikan. Namun, Kerajaan Negeri tidak pernah berkompromi atau teragak-agak untuk memberi sepenuh komitmen bagi menyediakan kemudahan bekalan air terbaik untuk rakyat. Bagi tempoh 5 tahun dari 2001 hingga 2025, sejumlah RM2.3 bilion diperlukan untuk menyelesaikan kekurangan rizab margin di loji rawatan air, kekerapan paip pecah, kadar kehilangan air yang tinggi dan mengatasi masalah di lokasi-lokasi hotspot di seluruh negeri.
Alhamdulillah, saya sendiri telah mengotakan janji saya pada Sidang Dewan Negeri... saya sendiri telah mengotakan janji saya pada Sidang Dewan Negeri April lalu dengan turun padang dan menjelajah ke setiap daerah untuk meneliti Perancangan Pengurusan Air Pahang Berhad. Hasilnya sebanyak 217 projek telah dikenal pasti di seluruh negeri yang meliputi antaranya projek pembinaan Loji Rawatan Air baru di Bukit Puling di Kuantan, Karak di Bentong, Lanchang di Temerloh, Pulau Tawar di Jerantut serta menarik taraf... serta menarik taraf kapasiti beberapa Loji Rawatan Air di Lipis, Bentong, Jerantut, Temerloh, Bera, Rompin, Pekan dan Kuantan.
Bagi mengurangkan pembaziran menerusi kehilangan air ataupun NRW, non revenue water pula, program penggantian paip-paip asbestos cement secara berfasa di semua daerah melalui program pemasangan paip-paip baru sepanjang lebih 250 km telah dirancang di seluruh negeri. Seterusnya dalam menjamin sumber air mentah yang berterusan Kerajaan Negeri telah melaksanakan projek-projek pembinaan Off River Storage ataupun ORS atau Projek Takungan Air Pinggiran Sungai di Lipis dan Pekan.
Kerajaan Negeri juga telah memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan 10 lagi ORS dan 16 empangan kecil. Bagi mengatasi masalah kekurangan air pula, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan projek membina Pre-Sedimentation Tank di 3 loji rawatan air di daerah Raub. Pada masa hadapan, Kerajaan Negeri merancang untuk turut melaksanakan projek Pre-Sedimentation Tank ini di kawasan lain mengikut keperluan.
Bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM322 juta bagi pembiayaan 14 projek perkhidmatan bekalan air. Hasil hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan... kerajaan sekaranglah bukan… bukan kerajaan 22 bulan... bukan kerajaan 17 bulan, kerajaan sekarang. Hasil hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri memperolehi peruntukan daripada pelbagai agensi antaranya projek bekalan air luar bandar seperti di Kampung Chegar Perah, Kampung Dada Kering, Mela, Merapoh, Sungai Temau di Lipis, Batu Balai di Jerantut, Pulau Tioman di Rompin dan daerah-daerah lain yang dikenal pasti.
FELDA juga memperuntukkan bajet untuk tujuan penambahbaikan bekalan air di kawasan FELDA seperti di Bukit Sagu, Kuantan; Jengka Utama, Maran; Sungai Retang, Jerantut dan Jenderak Utara, Temerloh. Manakala ECERDC turut membantu menyiapkan projek penyaluran air bersih dari Kemaman ke Gebeng untuk memastikan kestabilan bekalan air di kawasan industri Gebeng, sekali gus menarik pelabur asing ke negeri ini.
Keseluruhan inisiatif dan projek-projek utama ini adalah antara langkah proaktif dan progresif Kerajaan Negeri untuk memastikan bekalan air bersih tidak lagi menjadi isu kepada rakyat. Apa yang boleh saya tegaskan ini hanyalah permulaan. Kita akan terus mencari inisiatif serta cara baru dari masa ke semasa untuk menambah baik kemudahan dan sistem yang ada.
Inisiatif Kedua : Pembangunan Luar Bandar
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Pembangunan luar bandar tidak pernah kita sifatkan sebagai sekadar sisipan atau secondary dengan izin, sebaliknya kita sedar bahawa kawasan luar bandar Pahang mempunyai peranan, potensi dan sumbangan tersendiri dalam membina kemajuan negeri ini. Dalam hal ini salah satu strategi adalah menjalinkan hubungan baik dan mengadakan kerjasama erat dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Untuk rekod pada tahun 2012 Kerajaan Negeri telah menerima 114 projek di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM411.2 juta. Kerajaan Negeri juga telah mengemukakan permohonan 56 projek jalan luar bandar kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan anggaran peruntukan sebanyak RM2.174 bilion.
Selain itu, Kerajaan Negeri turut mengemukakan permohonan sebanyak RM1.3 bilion merangkumi projek-projek jambatan luar bandar, program pemajuan kawasan dan bekalan air luar bandar. Sekiranya kesemua permohonan ini diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan ia akan menjadi sebahagian agenda luar bandar Pahang pada tahun hadapan.
Inisiatif Ketiga: Menaik Taraf Jalan
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Jalan raya bukan saja menjadi mekanisme perhubungan utama malah hadir sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi dan sosial negeri ini. Justeru, sistem dan keadaan jalan raya yang baik serta selesa sangat penting. Untuk memastikan perkara ini Kerajaan Negeri telah memohon peruntukan daripada Kerajaan Pusat bagi melaksanakan beberapa perancangan untuk menambah baik jaringan jalan raya di negeri ini. Antaranya, perancangan membina baru jaringan jalan raya dan lebuh raya yang menghubungkan semua pintu masuk utama di negeri lain yang bersempadan dengan kita.
Permohonan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 yang dibuat pada tahun ini adalah berjumlah RM7.8 bilion yang merangkumi antara projeknya di bawah MARRIS, cadangan Projek Benta Link dan One Way Loop di Kea Farm, Cameron Highlands. Bagi kerja-kerja menaik taraf jalan raya pula, sebanyak 137 cadangan projek jalan telah dipohon kepada Kementerian Kerja Raya dengan anggaran peruntukan sebanyak RM35.69 juta dan sebanyak 77 cadangan projek jalan telah dipohon kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan anggaran peruntukan sebanyak RM2.54 bilion.
Inisiatif Keempat : Menaik Taraf Kemudahan Pengairan Dan Saliran
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Bagi kemudahan pengairan dan saliran, saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion untuk pelaksanaan 10 projek tebatan banjir di seluruh negeri ini secara berperingkat. Antaranya adalah rancangan tebatan banjir daerah Lipis, Bentong dan Temerloh.
Kerajaan Negeri akan bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan projek-projek ni dilaksanakan tersusun pada tahun hadapan. Bagi tujuan menaik taraf kemudahan pengairan dan saliran, Kerajaan Negeri akan menggunakan peruntukan pembangunan sebanyak RM15.62 juta. Projek-projek ini merangkumi pelaksanaan projek tebatan banjir, pengurusan lembangan sungai dan projek pasca banjir. Jumlah peruntukan ini menyaksikan peningkatan sebanyak 50.94% berbanding peruntukan tahun 2002.
Selain itu, Kerajaan Negeri turut meluluskan peruntukan sebanyak RM8.4 juta bagi pembangunan projek pemuliharaan koridor sungai dan menaik taraf sistem saliran. Berkenaan isu banjir kilat yang sering berlaku di taman-taman perumahan pula projek pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur longkang dan kolam takungan akan dipergiat dan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta. Akhir sekali suka saya memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM5.5 juta untuk pembangunan dan menaik taraf stesen-stesen pemantauan hujan dan paras air.
STRATEGI BELANJAWAN KEEMPAT : MENJAMIN KESEJAHTERAAN RAKYAT
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Susulan pelbagai program turun padang dan sesi lawatan, Kerajaan Negeri menyedari bahawa ramai rakyat kita yang sebenarnya masih terkesan dengan impak pandemik COVID-19. Memandangkan hasil Kerajaan Negeri kini sudah mencecah RM1.0 bilion maka adalah wajar hasil tersebut dikembalikan dengan selayaknya demi manfaat rakyat di luar sana.
Maka strategi keempat yang memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat ini akan dijayakan dengan 8 inisiatif utama yang sebahagian besarnya menyentuh aspek kebajikan dan keperluan rakyat.
Inisiatif Pertama : Kemudahan Perumahan
Salah satu sasaran Kerajaan Negeri adalah memastikan rakyat dan penduduk yang menetap di negeri ini mampu memiliki rumah. Justeru pelbagai inisiatif bagi tahun 2023 akan dilaksanakan merangkumi projek perumahan rakyat dengan penambahbaikan yang signifikan. Misalnya pertama, pelaksanaan Projek Rumah Rakyat Pahang atau RRP yang diberi percuma akan diteruskan khusus buat kelompok yang tidak mampu membeli rumah kerana pendapatan yang kecil atau tergolong dalam kategori miskin serta tidak layak membuat pinjaman.
Jika pada tahun ini kelulusan melibatkan 6 unit bagi setiap Dewan Negeri dan 1 unit setiap Parlimen seluruh Pahang namun pada tahun 2023, Kerajaan Negeri akan menambahkan jumlah tersebut kepada 8 unit untuk setiap Dewan Negeri [Ahli Dewan menepuk meja] dan 1 unit di setiap Parlimen dengan melibatkan kos sebanyak RM30.75 juta. Yang menariknya Kerajaan Negeri turut berbesar hati untuk meneruskan penyediaan barangan keperluan untuk rumah-rumah ini dengan peruntukan sebanyak RM2,000.00 bagi setiap rumah dengan nilai keseluruhan RM700,000.00.
Kedua, pelaksanaan Rumah Rakyat 1Pahang ataupun PR1MA Pahang yang dimulakan pada tahun 2012 akan kita teruskan pada tahun hadapan. Bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri merancang untuk membina 1,000 unit Rumah PR1MA Pahang.
Ketiga, pelaksanaan Rumah Makmur Pahang akan diteruskan pada tahun depan bagi memenuhi keperluan rakyat berpendapatan rendah. Pembinaan Rumah Makmur Pahang yang berharga RM80,000.00 seunit mensasarkan pemilikan rumah dari golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah serta masih tidak memiliki rumah.
Pada tahun 2023, Kerajaan Negeri mensasarkan sebanyak 483 unit bakal disiapkan yang menjadikan jumlah Rumah Makmur Pahang pada tahun hadapan ialah 7,904 unit. Meskipun menerima pelbagai tekanan kesan dari kenaikan harga bahan binaan namun demi kesejahteraan rakyat Kerajaan Negeri memutuskan untuk tidak menaikkan harga sekali gus mengekalkan harga jualan Rumah Makmur Pahang pada kadar RM80,000.00 seunit dan Rumah PR1MA pada harga RM150,000.00 seunit [Ahli Dewan menepuk meja]. Sebarang peningkatan harga rumah akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Ketetapan ini dibuat kerana kita mahu memastikan rakyat Pahang terus berpeluang memiliki rumah mampu milik dengan harga terendah di negara ini.
Keempat, pengenalan Projek Rumah Mesra Pahang pada tahun 2023 yang diilhamkan daripada konsep Rumah Mesra Rakyat. Rumah Mesra Pahang menawarkan diskaun 20% daripada jumlah RM75,000.00 harga rumah. Projek ini melibatkan 500 unit rumah dengan jumlah kos keseluruhan RM7.5 juta.
Kelima, Pelaksanaan projek Skim Tanah Warisan ataupun STW diteruskan pada tahun 2023 melibatkan peruntukan sebanyak RM15 juta. Projek ini yang dilaksanakan tahun ini di Kuala Medang, Lipis menyediakan infrastruktur asas serta akses jalan raya, penyediaan tapak dan ukur, bekalan air dan elektrik serta fasiliti awam yang lain seperti tapak surau, kawasan lapang dan lain-lain. Peserta program ini hanya perlu membayar premium tanah pada kadar RM10,000.00 sahaja bagi satu lot tanah tapak untuk membina rumah idaman mereka yang berkeluasan 8,000 kaki persegi. Kerajaan Negeri bersetuju agar Skim Tanah Warisan ini diperluaskan ke daerah-daerah lain.
Keenam, Kerajaan Negeri bersetuju mengambil alih usaha membaik pulih 10 tapak Perumahan Generasi Baru FELDA yang terbengkalai daripada pihak FELDA. Pengambilalihan ini melibatkan usaha sama pemaju swasta dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang yang melibatkan sebanyak 1,850 unit rumah dengan harga RM125,000.00 seunit. Projek ini akan dijenamakan semula kepada Skim Rumah Pahang. Pemilihan pembeli yang layak akan diuruskan oleh LPHP melalui sistem e-Perumahan. Keutamaan akan diberi kepada generasi ke-2 FELDA dan seterusnya mereka yang menetap dan bekerja di negeri Pahang dalam gugusan rancangan yang sama.
Ketujuh, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sejumlah RM3.1 juta pada tahun 2023 bagi pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan untuk semua Perumahan Awam Kos Rendah termasuklah PAKR Sungai Pandan, Kuantan, Projek Perumahan Rakyat Disewa, Rumah Pangsa Pak Mahat Tanjung Lumpur, Kuantan dan PAKR lain di seluruh negeri.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Selain mengusahakan pemilikan rumah kepada mereka yang tidak berkemampuan, Kerajaan Negeri juga tidak sesekali melupakan mereka yang sudah memiliki rumah namun memerlukan bantuan baik pulih. Oleh itu Skim Bantuan Baik Pulih Rumah di bawah peruntukan pembangunan melalui Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Pahang akan diteruskan pada tahun 2023 dengan peruntukan sebanyak RM1 juta. Selain itu Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM6.3 juta bagi kerja-kerja membaik pulih 10 unit rumah yang daif di setiap Dewan Negeri di seluruh negeri Pahang.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Inisiatif Kedua : Mengutamakan Kebajikan Warga Emas Dan OKU
Berhubung hal ehwal kebajikan warga emas dan OKU, sukacita saya umumkan bahawa pelaksanaan Program Khidmat Bantu di Rumah dengan peruntukan sebanyak RM1 juta akan dilaksanakan tahun depan.
Program yang melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang dengan kerjasama Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang dan gabungan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan akan dijalankan dengan cara ziarah prihatin ke atas warga emas dan golongan OKU yang telah dikenal pasti. Dalam usaha memperbanyakkan akses dan kemudahan bersifat mesra OKU, Program Anugerah Premis Mesra OKU
Negeri Pahang akan dilaksanakan pada tahun hadapan dengan peruntukan sebanyak RM150,000.00.
Menyedari tanggungjawab besar yang dipikul oleh penyelia dan petugas Program Pemulihan Dalam Komuniti ataupun PPDK satu sumbangan one-off sebanyak RM250,000.00 akan diberikan kepada 300 orang penyelia petugas PDK. Sumbangan ini akan menelan belanja sebanyak RM75,000.00.
Seterusnya, kita akan turut menganjurkan Karnival Sukan OKU PPDK Negeri Pahang bagi memberi peluang kepada golongan OKU menyertai sukan dan menyerlahkan potensi mereka ke peringkat yang lebih tinggi melibatkan peruntukan sebanyak RM250,000.00. Oleh itu, kerajaan berhasrat mewujudkan Geran Pembangunan dan Insentif Khas OKU Negeri yang akan melibatkan peruntukan sebanyak RM850,000.00. Manakala peruntukan permulaan sebanyak RM1 juta disediakan untuk mewujudkan program khusus bersama Institusi Pengajian Tinggi Negeri Pahang untuk golongan OKU berkemahiran. Di samping itu, bagi memenuhi keperluan OKU penglihatan yang beragama Islam untuk membaca kitab suci Al-Quran peruntukan sebanyak RM1.2 juta disediakan untuk tujuan pembelian Al-Quran Braille.
Inisiatif Ketiga : Pemerkasaan Wanita
Yang Berhormat Dato' Sri Yang Di-Pertua,
Wanita adalah tunjang kesejahteraan keluarga dan pembangunan negeri. Peranan dan sumbangan mereka cukup besar. Berpegang kepada pendirian ini Kerajaan Negeri terus komited melaksanakan program khusus untuk wanita Pahang yang akan dilaksanakan melalui Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Pahang. Program Anggun Niaga akan diteruskan pada tahun 2023 dengan peruntukan dinaikkan kepada RM750,000.00 untuk manfaat 700 ibu tunggal di seluruh negeri yang akan memperolehi modal perniagaan sebanyak RM1,000.00 seorang. Selain menawarkan bantuan kewangan, Kerajaan Negeri akan mewujudkan Pusat Pengembangan Keusahawanan Wanita Pahang di 4 daerah terpilih iaitu Kuantan, Maran, Temerloh dan Lipis dengan peruntukan RM1 juta.
Program Cakna Suri Tambahan dan saringan HPV DNA akan diteruskan pada tahun 2023 dengan perkhidmatan ujian mamogram percuma diberikan kepada 6,000 wanita dari dalam kelompok B40 dan M40. Program Pembangunan Keluarga akan diperkenalkan pada tahun 2023 melibatkan 2,000 ibu bapa dengan kos RM200,000.00 sebagai penyediaan sokongan bagi mengurus emosi secara efektif. Peruntukan yang disediakan bagi pelaksanaan Dasar Wanita dan Pelan Tindakan Wanita Negeri Pahang 2022 hingga 2026 adalah sebanyak RM5 juta bagi 5 tahun. Peruntukan bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM1 juta.
Semasa program Townhall Bajet Anak Muda Pahang baru-baru ini, seorang remaja berusia 18 tahun dari Luit, Maran, Raja Noradrina binti Raja Azmi ada membangkitkan isu kemiskinan haid remaja wanita pada wanita dari golongan B40… isu kemiskinan haid remaja wanita dari golongan B40. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 bagi menangani isu ini yang akan diuruskan oleh Majlis Pembangunan Wanita Pahang [Ahli Dewan menepuk meja] dan yang terakhir mewujudkan jawatan kaunselor atau Pegawai Psikologi dan Pembantu Tadbir di Pusat Wanita Pahang yang melibatkan kos sebanyak RM83,000.00. Semoga dengan menghargai dan mengangkat kedudukan serta sumbangan golongan wanita maka negeri ini akan terus makmur dan maju.
Inisiatif Keempat : Menjamin Pembangunan Orang Asli
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Pada bulan September yang lalu, sewaktu bersama-sama meraikan sambutan Hari Orang Asli Sedunia di Kuala Lipis, ucapan saya ada menzahirkan keyakinan bahawa Kerajaan Negeri adalah yang paling ke depan dalam memberi pengiktirafan kepada masyarakat Orang Asli. Penubuhan Pahang Orang Asli Corporation atau ORACO misalnya merupakan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri yang pertama di Malaysia khusus untuk membantu menguruskan hal ehwal pembangunan sosial ekonomi masyarakat Orang Asli.
Pada tahun ini sahaja, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM12.32 juta bagi menaikkan taraf kehidupan Orang Asli dalam pelbagai aspek. Bagi tahun ini ju... bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menyediakan sebanyak 100 unit Rumah Rakyat Pahang secara percuma khususnya kepada penduduk Orang as... Asli. Inisiatif ini menelan belanja sebanyak RM7.5 juta. Bukan itu sahaja, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta ringgit bagi membaik pulih rumah-rumah Orang Asli yang layak.
Seterusnya sebanyak RM1 juta akan diperuntukkan bagi melaksanakan Projek Pembekalan Air ke 33 kampung Orang Asli yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 3,300 penduduk. Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM200,000.00 bagi melaksanakan program kebersihan di pusat-pusat pelancongan di kampung Orang Asli.
Dan bagi menaik taraf dan memperindah kampung-kampung, sejumlah RM1.21 juta akan disalurkan bagi melaksanakan program keceriaan kampung yang melibatkan 10 kampung tradisi dan satu kampung Orang Asli di 11 daerah seluruh Pahang. Selain itu, kemudahan persekitaran kampung Orang Asli dan yang berhampiran dengannya akan turut dinaik taraf. Antaranya menaik taraf Hentian Rehat dan Rawat Pos Betau dengan mewujudkan sistem pengairan yang baik, infrastruktur yang lengkap, serta kemudahan awam yang kondusif melibatkan peruntukan berjumlah RM1.5 juta.
Atas keprihatinan Kerajaan Negeri, insentif perkahwinan pertama akan diluaskan juga kepada golongan Orang Asli di mana setiap pasangan pengantin baru akan menerima sagu hati sebanyak RM300.00 [Ahli Dewan menepuk meja]. Program Peduli Orang Asli akan diperkenalkan pada tahun 2023 dengan peruntukan sebanyak RM200,000.00 sambil mensasarkan 50% daripada jumlah keseluruhan pelajar Orang Asli dibantu menyambung pengajian ke peringkat universiti. Sentuhan ini akan dijayakan melalui Projek Kampung Angkat Orang Asli di beberapa kampung terpilih seperti Chemperoh di Janda Baik, Pos Betau, Lipis, Kampung Satak, Raub dan Paya Sendayan, Temerloh.
Inisiatif Kelima : Meningkatkan Tahap Kesihatan Rakyat
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Bagi memastikan kesihatan rakyat diutamakan, Kerajaan Negeri akan melaksanakan inisiatif berikut. Pertama, meneruskan Program Gerak Sihat Pahang dengan peruntukan sebanyak RM600,000.00. Kedua, memperluas Program Pemfloridaan Bekalan Air Awam di Loji Rawatan Air yang melibatkan kos sebanyak RM1 juta sebagai langkah menjamin bekalan air bersih.
Ketiga, menyediakan kemudahan klinik bersalin di 4 lagi kawasan iaitu Tioman, Selancar, Chendor dan Merapoh dengan kos RM8 juta. Keempat, memperkenalkan Program Berkhatan Anak Pahang melalui Jabatan Kesihatan Negeri untuk 3,500 anak lelaki golongan B40 yang berusia 12 tahun ke bawah dengan peruntukan RM1 juta.
Inisiatif Ketujuh : Pembangunan Institusi Agama Islam
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Dalam usaha memastikan institusi agama Islam sentiasa berupaya menjalankan fungsinya dengan berkesan, agenda pemerkasaan institusi-institusi ini akan dilakukan seiring peredaran masa dan teknologi. Perkara ini selari dengan nilai dan semangat negeri Pahang yang mengangkat budaya hidup beragama dengan harapan syiar agama akan terus memimpin dan menyinari agenda pembangunan serta pemerkasaan kesejahteraan hidup.
Berikut adalah antara inisiatif yang akan kita jayakan pada tahun 2023. Pertama, peruntukan sebanyak RM148.23 juta disediakan bagi memperkasakan institusi agama Islam. Peruntukan ini akan memanfaatkan Jabatan Agama Islam Pahang, Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang dan Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Kedua, peruntukan sebanyak RM1.85 juta akan disediakan bagi tujuan pembangunan yang merangkumi pelbagai usaha perolehan aset, perbelanjaan modal insan, pembinaan dewan serba guna dan bangunan akademik, penyelenggaraan dan menaik taraf bangunan di bawah pentadbiran JAIP termasuk Pejabat Agama Islam Daerah dan asrama sekolah-sekolah di bawah pengurusan JAIP.
Ketiga, pemerkasaan institusi pendidikan Islam akan turut dilakukan melalui penambahbaikan kemudahan peralatan mengajar dan ICT di 18 Sekolah Agama Rakyat melibatkan peruntukan RM900,000.00. Keempat, membina baru asrama lelaki di Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar Jerantut dengan kos RM7 juta [Ahli Dewan menepuk meja].
Kelima, mengiktiraf 3 buah masjid untuk dijadikan masjid warisan di negeri ini iaitu Masjid Sultan Haji Ahmad Shah FELDA Sungai Koyan, Lipis, Masjid Abu Bakar, Temerloh dan Masjid Negeri Lama, Lipis. Kerajaan Negeri juga akan men... Kerajaan Negeri juga akan menempatkan 4 orang pegawai masjid bagi 3 buah masjid berkenaan dengan melibatkan kos sebanyak RM385,000.00.
Keenam, meluluskan pelantikan 14 orang Pekerja Sambilan Harian di kalangan Orang Asli bagi membantu dalam program dakwah di kawasan Orang Asli di negeri ini. Ketujuh, meluluskan peruntukan belanja pembangunan bagi pembinaan baru Kompleks Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM200,000.00.
Kelapan, meluluskan penyelenggaraan bangunan bagi Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan Barat berjumlah RM1 juta di Jaya Gading. Kesembilan, meluluskan usaha membaiki tangki air utama di Maahad Sultan Ahmad Shah, Jengka dengan peruntukan sebanyak RM300,000.00.
Inisiatif Kelapan : Bantuan Prihatin Pahang
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Sebagai sebuah kerajaan yang dipimpin dengan keprihatinan, tahun 2023 bakal menyaksikan agenda kebajikan rakyat Pahang menikmati satu gandaan yang besar. Saya mulakan dengan Bantuan Prihatin Pahang 2023 secara bersasar yang akan melibatkan RM42.4 juta. Berbanding tahun ini, peruntukan tahun hadapan meningkat sebanyak RM8 juta dan akan melibatkan seramai 218,193 orang penerima. Antara penerima bantuan ini adalah kluster pertama pelajar dan anak muda yang terdiri daripada pelajar tahun 1, akan menerima RM100.00 seorang, melibatkan 25,146 penerima dengan jumlah RM2,514,600.00. [Ahli Dewan menepuk meja]
Kedua, pelajar SPM dan STPM akan menerima RM100.00 seorang melibatkan 25,871 penerima dengan jumlah RM2,587,100.00. Ketiga, pelajar tahfiz akan menerima RM100.00 seorang melibatkan 8,000 penerima dengan jumlah RM800,000.00. Keempat, mahasiswa di IPTA, Politeknik dan Kolej Komuniti akan menerima RM300.00 seorang berbanding RM200.00 tahun ini [Ahli Dewan menepuk meja] melibatkan 29,553 penerima dengan jumlah RM8,865,900.00.
Kelima, sumbangan untuk mengambil lesen motor kepada anak muda berusia 18 hingga 21 tahun yang akan menerima RM200.00 seorang melibatkan 3,600 penerima dengan jumlah RM720,000.00. Dan anak muda food rider yang akan menerima RM200.00 melibatkan 5,000 penerima dengan jumlah RM1 juta [Ahli Dewan menepuk meja].
Kluster kedua, golongan B40 yang terdiri daripada 5 golongan. Pertama, anak yatim di pusat jagaan yang berdaftar dengan JKM akan menerima RM200.00 melibatkan 700 penerima dengan jumlah RM140,000.00. Ibu tunggal miskin yang akan menerima RM200.00 melibatkan 7,000 penerima dengan jumlah RM1.4 juta.
Ketiga, nelayan yang akan menerima RM200.00 melibatkan 4,500 penerima dengan jumlah RM900,000.00. Petani yang akan menerima RM200.00 melibatkan 5,000 penerima dengan jumlah RM1 juta, dan yang akhirnya pemandu teksi akan menerima RM200.00 melibatkan 928 penerima dengan jumlah RM185,600.00. [Ahli Dewan menepuk meja]
Kluster ketiga, masyarakat umum yang terdiri daripada yang pertama, Orang Asli yang akan menerima bakul makanan melibatkan 30,200 penerima dengan jumlah RM1.51 juta [Ahli Dewan menepuk meja]. Penjaja harian akan menerima RM200.00 melibatkan 10,816 penerima dengan jumlah RM2.163 juta. Pemandu bot pelancong dan Malim Gunung akan menerima RM200.00 dengan melibatkan 1,000 penerima dengan jumlah RM200,000.00.
Yang keempat, OKU akan menerima RM50.00 melibatkan 36,548 pemegang kad OKU dengan jumlah RM1.82 juta [Ahli Dewan menepuk meja]. Kelima, rumah anak yatim yang berdaftar dengan JKM akan menerima RM10,000.00 melibatkan 14 buah pusat jagaan dengan jumlah RM140,000.00. Keenam, mahaad tahfiz yang akan menerima RM2,000.00 melibatkan 183 pusat tahfiz dengan jumlah RM366,000.00. Ketujuh, masjid dan surau yang mengadakan solat Jumaat akan menerima RM10,000.00 melibatkan 674 buah surau dan masjid dengan jumlah RM6.74 juta. [Ahli Dewan menepuk meja].
Kelapan, Jemaah Haji Pahang akan menerima RM500.00 seorang melibatkan 2,000 penerima dengan jumlah RM1 juta [Ahli Dewan menepuk meja]. Kesembilan, mualaf akan menerima RM200.00 melibatkan 4,642 penerima dengan jumlah RM928,400.00 dan yang kesepuluh warga emas yang akan menerima subsidi RM3,000.00 untuk pembedahan katarak mata yang melibatkan 500 penerima dengan jumlah RM1.5 juta. [Ahli Dewan menepuk meja]
Kluster keempat, pemberian apresiasi dan penghargaan kepada golongan dan entiti berikut. Pertama, veteran tentera dan polis yang masing-masing akan menerima RM200.00 seorang melibatkan 9,000 penerima dengan jumlah RM1.8 juta. Persatuan Isteri Tentera ataupun BAKAT dan Persatuan Isteri Polis (PERKEP) negeri akan menerima RM50,000.00 bagi setiap persatuan dengan jumlah RM100,000.00. Pesara Kerajaan Negeri akan menerima RM200.00 melibatkan 4,500 penerima dengan jumlah RM900,000.00. Pengerusi JPKK, Pengerusi JPKKOA, Tok Batin dan Timbalan Pengerusi JKKR masing-masing akan menerima RM500.00 seorang manakala setiausaha akan menerima RM200.00 seorang yang melibatkan 2,186 penerima dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,530,200.00 juta.
Yang kelima, NGO bagi kategori aktivis alam sekitar dan penggiat media sosial akan menerima agihan daripada jumlah RM50,000.00. Keenam, PIBG sekolah-sekolah di negeri Pahang akan menerima RM2,000.00 bagi setiap satu melibatkan 700 penerima dengan jumlah RM1.48 juta. Ketujuh, Majlis Kebudayaan Negeri Pahang akan menerima RM600,000.00 ribu dan yang terakhir Majlis Kebajikan Negeri Pahang akan menerima sebanyak RM600,000.00. Saya percaya kumpulan sasar saya sebutkan tadi bukan saja layak menerima sumbangan dan bantuan daripada Kerajaan Negeri namun mereka adalah kelompok yang benar-benar terkesan dengan gelombang pasca pandemik serta kelembapan ekonomi yang sedang kita hadapi ini.
STRATEGI BELANJAWAN KELIMA : MEMBINA GENERASI MASA DEPAN YANG GEMILANG
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Sekalipun saya meletakkan agenda pembinaan generasi masa depan yang gemilang sebagai strategi terakhir ia tidak sedikit pun mencerminkan bahawa strategi ini adalah kurang penting.
Malah sebab kepentingannyalah maka saya menyeru Dewan Yang Mulia ini untuk memberikan perhatian yang lebih serius terhadap strategi terakhir ini. Sesungguhnya kegagalan kita menyediakan generasi muda hari ini untuk menjadi pewaris masa depan yang baik hanya akan merugikan semua pihak dan kita tidak mahu melakukan kesilapan tersebut di bumi Pahang ini.
Justeru buat julung-julung kalinya Kerajaan Negeri telah melaksanakan Townhall Bajet khusus yang melibatkan penyertaan pelbagai kelompok anak muda bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas mereka dan seperti yang saya janjikan pandangan dan maklum balas yang diutarakan semasa sesi townhall tersebut telah diperhalusi sebaik-baik sehingga ada sebahagian daripadanya dijadikan inti pati dalam belanjawan kali ini.
Yang berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Inisiatif Pertama : Pendidikan anak Pahang
Biar apa pun bentuk rintangan serta cabaran masa hadapan pendidikan adalah benteng, aset serta senjata terbaik kita. Bagi memperkukuhkan kualiti dan akses pendidikan di negeri ini Kerajaan Negeri akan memperkenalkan beberapa skim bantuan baru di samping memperkasakan inisiatif sedia ada.
Insiatif ini yang sebahagiannya telah dilaksanakan melalui Yayasan Pahang akan ditambah baik pelaksanaannya pada tahun 2023. Antara inisiatif tersebut ialah yang pertama menaikkan bantuan one-off kepada pelajar anak Pahang yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi di IPTA yang diiktiraf. Melalui inisiatif ini pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat asasi atau matrikulasi, diploma dan ijazah sarjana muda akan menerima RM1,000.00 berbanding RM500.00 sebelum ini [Ahli Dewan menepuk meja]. Peringkat sarjana sebanyak RM3,000.00 berbanding RM1,000.00 sebelum ini dan PhD sebanyak RM5,000.00 berbanding RM1,000.00 yang melibatkan kos berjumlah RM9 juta. [Ahli Dewan menepuk meja]
Kedua, memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi pembangunan Pahang Islamic International School pada tahun 2023. Ketiga, memperuntukkan pinjaman pendidikan sebanyak RM13 juta kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi sama ada di dalam atau di luar negara. Keempat, meningkatkan bilangan anak Orang Asli ke institusi pengajian tinggi dengan sasaran sekurang-kurangnya 300 orang.
Kelima, membuka 8 cawangan Tadika Tahfiz di negeri Pahang yang baru dan perluaskan cawangan Tadika Tahfiz kepada 20 cawangan di seluruh negeri dengan peruntukan sebanyak RM1.7 juta. Keenam, membuka Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang di setiap daerah dengan kapasiti 360 murid. Ketujuh, pembangunan baru Kampus Mahaad Tahfiz Profesional Cawangan Lipis dengan kapasiti 550 murid melibatkan peruntukan RM1 juta.
Kelapan, membangunkan institusi latihan kemahiran baru Maahad Tahfiz Technical and Vocational Education and Training ataupun TVET di Penor. Bagi melahirkan tenaga kerja mahir dengan kapasiti 100 pelajar yang melibatkan peruntukan RM1 juta. Sementara itu Kerajaan Negeri akan turut memperuntukkan RM8 juta untuk belanja mengurus dan RM450,000.00 bagi menambah baik kemudahan fizikal di UnIPSAS selaku universiti milik penuh Kerajaan Negeri malah Kerajaan Negeri juga sedang dalam rancangan mencari jalan untuk terus membantu, melonjak perkembangan universiti ini dalam segenap aspek akademik, pendidikan dan infrastruktur terbaik.
Patik menjunjung setinggi-tinggi kasih kesisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku atas komitmen, iltizam serta tekad menjadikan UnIPSAS sebagai salah satu universiti terkemuka di dunia.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Bila teringat UnIPSAS ini, saya ingin mengambil kesempatan walaupun tak ada dalam teks saya. Bagi pihak Kerajaan Negeri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang berhormat Tan Sri Dato' Sri DiRaja Dr. Haji Adnan Yaakob kerana telah dianugerahkan PhD. [Ahli Dewan menepuk meja]
Inisiatif Kedua : Pembangunan anak muda Pahang
Membangunkan anak muda bukanlah satu proses yang mudah. Ia memerlukan ketelitian serta kesediaan kerajaan untuk melabur secara besar-besaran. Semakin besar kita melabur dalam pembangunan anak muda insya-Allah semakin baiklah susuk pewaris yang akan kita lahirkan. Justeru, kombinasi pembangunan sahsiah, kemahiran dan gaya hidup anak muda Pahang akan dibentuk melalui rangkaian inisiatif berikut. Pertama, pelaksanaan Program Intervensi Sosial, Program Youth Career, Program Webinar Youth Digital, Kursus Youth Agrotech dan Kursus Pengurusan Organisasi yang secara keseluruhannya melibatkan peruntukan sebanyak RM375,000.00.
Kedua, memperkasakan peranan sukarelawan Pahang melalui Majlis Tindakan Sosial yang melibatkan penyertaan anak muda dari seluruh daerah di Pahang dengan menambahkan geran aktiviti kesukarelawan kepada RM500,000.00 setahun. Ketiga, menggunakan peruntukan berjumlah RM43 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf dan membina baru Kompleks Belia dan Sukan Pahang, menaik taraf Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin, membina benteng pemecah ombak di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin, menaik taraf Kompleks Rakan Muda Maran serta menaik taraf Stadium Darul Makmur.
Keempat, pelaksanaan pelbagai program dan kursus latihan untuk membangunkan anak muda dengan peruntukan RM1 juta. Kelima, peruntukan sebanyak RM3 juta untuk program teknokrat yang meliputi… yang meliputi aspek seperti geran latihan, kursus kemahiran dan pembelajaran, Internet of Things dan coding, pembangunan aplikasi dan kemahiran digital serta sports cameraman.
Keenam, peruntukan sebanyak RM50,000.00 untuk meneruskan Program Pahang Talent iaitu program khas bagi membimbing dan melatih anak-anak muda negeri ini yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah untuk berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Pahang.
Inisiatif Ketiga : Memperkasakan Pembangunan Sukan
Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan RM500,000.00 bagi membina dan menaik taraf kemudahan sukan termasuklah mempertimbangkan cadangan pembinaan litar lumba, menaik taraf padang dan gelanggang sukan daerah di seluruh Pahang.
Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk menyalurkan RM500,000.00 bagi tujuan melaksanakan program penggalakan dan pembudayaan sukan serta program sijil dan tauliah industri sukan termasuk industri e-sport. Selain itu kita juga akan memperhebatkan program Hari Sukan Negeri dengan harapan ia akan menarik minat orang awam untuk membudayakan gaya hidup sihat. Sebanyak RM210,000.00 akan diperuntukkan bagi tujuan ini.
Kerajaan Negeri akan turut memperuntukkan sebanyak RM150,000.00 bagi penganjuran majlis anugerah persatuan dan badan sukan yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada persatuan sukan yang cemerlang. Sementara itu, sebanyak RM500,000.00 akan disalurkan bagi penganjuran sukan antara jabatan peringkat negeri Pahang 2023 bagi memupuk minat bersukan serta merapatkan ukhwah antara penjawat awam di negeri ini. Ringkasnya jumlah keseluruhan yang akan diperuntukkan bagi memastikan pembangunan sukan di negeri ini terus maju dan berkembang pesat adalah sebanyak RM1.96 juta.
Inisiatif Keempat : Projek Keusahawanan Anak Muda
Kita mahu lebih ramai anak muda Pahang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Justeru, rebutlah segala peluang yang dibuka oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2023 dalam usaha menyemarakkan semangat keusahawanan di negeri ini. Usaha ini termasuklah yang pertama penubuhan Pusat Teknologi Jangka Hayat, Lestari Makanan dan Minuman yang menawarkan perkhidmatan teknologi retort makanan dan minuman. Usaha yang turut melibatkan pelaksanaan kursus dan latihan ini diyakini mampu memberikan peluang perniagaan lebih luas kepada para usahawan khususnya anak muda dalam memanjangkan tempoh jangka hayat produk makanan mereka sehingga 2 tahun tanpa menggunakan sebarang pengawet. Anggaran peruntukan bagi pelaksanaan inisiatif ini adalah berjumlah RM500,000.00.
Kedua, menerusi pelaksanaan Karnival Hari Usahawan Negeri Pahang yang beri impak besar kepada para usahawan. Anggaran kos bagi penganjuran program ini adalah RM250,000.00.
Ketiga, memperhebatkan dan meneruskan penyertaan Kerajaan Negeri ke program pameran perdagangan antarabangsa yang melibatkan keusahawanan bagi memastikan permintaan produk usahawan Pahang sentiasa mendapat sambutan di pasaran global. Ini termasuklah Malaysia International Halal Showcase ataupun MIHAS dan Halal Festival ataupun HalFest yang melibatkan peruntukan berjumlah RM1.0 juta.
Keempat, melaksanakan kajian berkaitan pembangunan identiti produk premium perusahaan kecil dan sederhana bagi mengenal pasti produk-produk premium yang berpotensi untuk diketengahkan. Anggaran hasil… anggaran kos kajian ialah RM300,000.00.
Kelima, melaksanakan program pengupayaan pemasaran digital melalui pelantikan Pahang Corporate Management Services, PahangGo dan Malaysia Network Information Centre bagi memberi manfaat 300 usahawan Pahang termasuk dari golongan anak muda. Inisiatif ini menawarkan tunjuk ajar dan bimbingan secara berterusan selama 3 bulan bagi memastikan usahawan muda memahami selok-belok perniagaan atas talian. Peruntukan bagi pelaksanaan inisiatif ini adalah berjumlah RM300,000.00.
Keenam, peruntukan sebanyak RM2.01 juta bagi program penggalakan produk agropreneur ini termasuklah pertama, produk agropelancongan baru di negeri Pahang seperti tanaman vanila dengan peruntukan RM800,000.00. Kedua, geran pemula agromakanan agropreneur muda pemasar produk hiliran cendawan sebanyak RM210,000.00 dan terakhir latihan Professional Butcher dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.0 juta .
Inisiatif Kelima : Program Kebanggaan Pahang ataupun Pahang Pride
Program Kebanggaan Pahang ini ada satu inisiatif khas yang diperkenalkan pada tahun ini untuk menghargai anak kebanggaan Pahang. Terdapat beberapa komponen utama dalam program ini. Pertama, Pahang Pride Kids. Kerajaan Negeri akan menaikkan peruntukan bagi meraikan setiap kelahiran di negeri ni daripada RM200.00 kepada RM300.00 setiap kelahiran [Ahli Dewan menepuk meja]. Ini bermakna setiap kelahiran di negeri ini pada tahun 2023 akan menerima pakej barangan bayi bernilai RM50.00, simpanan tunai sebanyak RM100.00 dan gold bar Anak Kebanggaan
Pahang bernilai RM150.00. Sebanyak RM7.5 juta diperuntukkan bagi inisiatif ini. [Ahli Dewan menepuk meja]
Kedua, Pahang Pride Student pada pada tahun 2022, kad diskaun 20% Pahang Pride Student ini akan diberikan kepada setiap pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah bagi kategori B40 dan M40. Memandangkan terdapat permintaan untuk memperluaskan lagi kategori penerima kad diskaun ini, Kerajaan Negeri bersetuju agar kad ni turut diberikan kepada pelajar Tingkatan 6 dan pelajar institusi pengajian tinggi khas untuk anak Pahang dan pelajar yang sedang belajar di negeri Pahang [Ahli Dewan menepuk meja]. Sebagai tambahan Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM7.6 juta bagi menyediakan set bantuan awal persekolahan bernilai RM120.00 setiap satu bagi manfaat 63,376 pelajar kategori miskin dan miskin tegar di sekolah rendah dan menengah seluruh Pahang.
Ketiga, Pahang Pride Athlete. Insentif secara one-off kepada 1,000 orang atlet yang telah berjuang mengharumkan nama negeri dan negara dengan peruntukan sebanyak RM300,000.00. Keempat, Pahang Pride Orang Asli. Pelajar Orang Asli yang menerima tawaran universiti awam mahupun institusi pengajian tinggi swasta yang diiktiraf akan diberikan sebuah komputer riba. Penghargaan ini menelan belanja sebanyak (Ahli Dewan menepuk meja) sebanyak RM750,000.00.
Kelima, Pahang Pride Kasih. Kita akan menambah bilangan penerima kad kesihatan warga emas sebanyak 200 orang di setiap negeri di setiap Dewan Negeri. Ini menjadikan jumlah penerima meningkat daripada 22,200 orang pada tahun 2022 kepada 30,600 penerima pada tahun 2023 termasuklah pesara KEMAS, JASA dan SERANTA, bekas Ketua Kampung, Ketua Kampung serta 15,067 OKU penerima bantuan JKM. Pertambahan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM20 juta.
Keenam, Pahang Pride Achiever. Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberi sagu hati kepada anak Pahang yang telah mencatat pencapaian luar biasa di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, pada tahun ini beberapa kejayaan anak Pahang turut diraikan Kerajaan Negeri termasuklah Pegawai Kadet Janusa a/p Balakrishnan Muthiah, pegawai wanita pertama negara yang berjaya menamatkan pengajian dan latihan ketenteraan di United States Naval Academy dan Sekolah Kebangsaan Kempadang, Kuantan yang tercalon sebagai finalis Anugerah Sekolah Terbaik Dunia kategori inovasi [Ahli Dewan menepuk meja].
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Demikianlah perancangan pembangunan dan perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk tahun 2023. Secara keseluruhannya, nilai peruntukan yang akan kita belanjakan adalah sebanyak RM1.071 bilion yang merupakan nilai terbesar dengan peruntukan tertinggi dalam sejarah negeri Pahang [Ahli Dewan menepuk meja]. Hakikatnya peningkatan peruntukan belanjawan Pahang dari tahun ke tahun ini hanya dapat kita kecapi hasil pentadbiran sebuah kerajaan yang stabil. Dengan adanya kestabilan, pelbagai dasar dan inovasi baru dapat kita perkenalkan. Dengan adanya kestabilan, agenda pembangunan negeri dan rakyat dapat diterjemahkan dan dengan adanya kestabilan jugalah sesuatu dasar, program dan rancangan jangka panjang akan berkelansungan. Begitulah kami dalam barisan Kerajaan Negeri, ‘berkata sama sekata, berdiri sama sebaris, dan bergerak sama sederap’, dalam satu pasukan.
Jadi, tidak keterlaluan untuk saya tegaskan bahawa belanjawan ini adalah bingkisan akhir yang terhasil daripada segenap muafakat, kerja keras dan pemikiran progresif serta keterbukaan yang dipamerkan oleh Kerajaan Negeri. Saya mengambil
kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus mengambil ikhtiar dalam memberikan yang terbaik kepada negeri Pahang. Kakitangan Kerajaan Negeri, wakil sektor swasta, gerakan belia dan orang muda, para profesional, ahli agama, penggiat seni dan aktivis alam sekitar, pengamal media, pakar ekonomi dan warga pendidik, golongan wanita dan pelajar, mereka yang di bandar, di desa serta seluruh rakyat Pahang.
Dan kemuncaknya Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, sudah pastilah persembahan ucapan setinggi-tinggi junjung kasih kesisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana telah memberi kepercayaan kepada patik untuk menggalas tugas mengurus tadbir negeri Pahang Darul Makmur ini. Ampun Tuanku.
Lata Bujang Gunung Tahan; Hutan Lipur Taman Negara; Bajet Pahang penuh imbuhan; Negeri stabil rakyat sejahtera.
[Ahli Dewan menepuk meja]
Hutan Lipur Taman Negara; Tempat merimbun pohon meranti; Negeri stabil rakyat sejahtera; Tiada janji lihat bukti.
[Ahli Dewan menepuk meja]
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya menyeru marilah kita bersama-sama menanamkan tekad untuk memberikan yang terbaik bagi menjayakan segala agenda dan perancangan ini kerana saya yakin apabila segala kesungguhan ini membenihkan rasa yang baik kelak, yang untungnya ialah rakyat, yang makmurnya negeri Pahang dan marilah kita memanjatkan doa dan pengharapan agar segala usaha, komitmen serta pelan-pelan yang dizahirkan dalam belanjawan ini akhirnya... akhirnya menjadi suatu ibadat yang diterima oleh Allah SWT, insya-Allah.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Dengan kata-kata itu saya mohon mencadangkan Belanjawan Negeri Pahang bagi Tahun 2023 dan saya mohon sokongan semua [Ahli Dewan menepuk meja]. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Satu pembentangan bajet yang mantap dan jitu [Ahli Dewan menepuk meja] dan akan mendatangkan faedah kepada semua lapisan rakyat.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan itu [Ahli Dewan menepuk meja].
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini telah dicadang dan disokong untuk dibaca bagi kali yang kedua. Sebelum perkara ini dibuka bagi dibahaskan, sukacita saya menarik perhatian Yang Berhormat sekalian kepada Peraturan 66 (2), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negeri Pahang bahawa perbahasan mengenai Rang Undang-Undang ini mestilah ditangguhkan sekurang-kurangnya satu jam.
Oleh itu, saya bercadang memberi ruang kepada Ahli Yang Berhormat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini pada hari Selasa dan hari Rabu, 11 dan 12 hari bulan dan akan dibahaskan bersekali dengan Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2023 yang akan dibentangkan sebentar lagi. Sekarang, mesyuarat beralih kepada Aturan Urusan Mesyuarat selanjutnya.
USUL
UsulMotion
Perkara keenam: Usul.
Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2023, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon izin untuk membawa satu Usul di Dewan Yang Mulia ini yang berbunyi,
“Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan Seksyen lap... Seksyen 9 Akta Kumpulan Wang Pembangunan Negeri yang mengikut ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Perbekalan Air dengan ini bersetuju meluluskan Anggaran Perbelanjaan bagi Tahun 2023 daripada ku... daripada kumpulan wang tersebut itu sebagaimana yang ditetapkan di dalam Rang Anggaran Perbelanjaan bahagian satu, dua dan tiga 2023 yang dibentangkan dalam persidangan ini sebagai kertas DN 28/2022”
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya berharap agar Usul yang saya bentangkan ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan Yang Mulia ini.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon menyokong Usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sepertimana yang saya nyatakan tadi bahawa perbahasan ini akan dibuka pada 11 dan 12 hari bulan iaitu hari Selasa dan Rabu minggu hadapan sepertimana jadual yang telah diedarkan kepada Ahli Yang Berhormat. Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mematuhi masa dan jadual yang ditetapkan bagi memberi peluang kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memberi pandangan, idea dan sokongan kepada pembentangan tersebut.
Sebelum saya menempohkan persidangan kita pada pagi ini, saya ingin memaklumkan bahawa pada malam ini satu jamuan ADUN akan diadakan di Hotel Zenith pada jam 8.00 malam, pakaian batik dan saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menghadiri jamuan tersebut. Baiklah saya tempohkan Dewan ini dan kita bersidang semula pada 11 hari bulan Oktober, hari Selasa jam 9.30 pagi. Persidangan ditempohkan. Assalamualaikum WBT.
[Persidangan ditempohkan pada pukul 12.32 tengah hari]