Pahang · 11 October 2022
14th Assembly, 5th session, 3rd meeting · 161 turns · 28,846 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan
Hari : Selasa, 11 Oktober 2022
bersamaan 14 Rabiulawal 1444 Hijrah
DOA
Bacaan doa.
Al-Fatihah (bacaan Al-Quran). Bismillahirrahmanirrahim (Ayat Al-Quran). Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran kepada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin, Amin Ya Rabbal A’lamin.
Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions
Perkara Kedua : Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.
Ya.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, minta izin. Saya ingin membangkitkan point of order, dengan izin.
Sila, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Parlimen Malaysia telah dibubarkan pada hari semalam. Saya berpandangan sidang Dewan kita ini perlu dilanjutkan sebab tidak semestinya mengikut apa yang dah diputuskan oleh pihak Persekutuan. Dewan kita hanya boleh bubar jika Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang selaku wakil kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang memberikan limpah perkenan setelah dinasihatkan oleh Yang Berhormat… Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk membubarkan Dewan Negeri.
Saya bangkitkan hal ini sebab saya bimbang nanti ada orang terfikir menginterpretasi bahawa Sidang Dewan kita ini tidak sah dan sebagainya sebab apa yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan, oleh Perdana Menteri itu adalah di pihak Kerajaan Persekutuan. Dewan kita masih berterusan dan saya percaya Yang Arif yang er… Yang Bijaksana Tuan Yang di-Pertua ada er… interpretasi sendiri setelah berunding dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga pihak Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri. Itulah saya bangkitkan untuk dapatkan penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pelangai.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita mengangkat setinggi-tinggi kesyukuran dan kepujian kepada Allah SWT dengan keizinan-Nya kita semua dapat menghadiri Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 pada pagi yang berbahagia ini. Saya suka melanjutkan sedikit sepertimana yang dibangkitkan oleh ADUN Pelangai di mana yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membubarkan Dewan Rakyat atas perkenan Yang Di-Pertuan Agong pada hari Isnin, 10 Oktober 2022 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Ke-14 yang akan dilaksanakan nanti.
Oleh itu Yang Berhormat, urusan kita akan terus sepertimana biasa sehinggalah Yang Amat Berhormat Menteri Besar menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang bagi mendapat perkenan Pengisytiharan Pembubaran Dewan Negeri selaras dengan Fasal 2 Perkara 26 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang. Apa-apa saya akan maklumkan kepada Dewan Yang Mulia selanjutnya. Baiklah, kita akan teruskan urusan kita pada pagi ini. Saya menjemput ADUN dari Damak kemukakan soalan. Sila, Yang Berhormat.
Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan pertanyaan pertama.
[Memandangkan isu air masih berlarutan di DUN Damak. Mohon pihak kerajaan memberikan penjelasan:
a) Apakah perkembangan terkini berkaitan projek menaik taraf Loji Air Batu Balai dan bilakah jangkaan projek ini dapat disiapkan?
b) Sejauh mana projek menaiktaraf loji tersebut dapat mengatasi masalah air terutama di kawasan Mukim Ulu Cheka?]
Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih kepada ADUN Damak yang bertanyakan soalan berkaitan dengan isu air di dalam DUN Damak.
Yang pertama, Yang Berhormat daripada Damak ingin bertanya berkenaan perkembangan terkini berkaitan bekalan daripada Projek Menaik Taraf Loji Air di Batu Balai dan bilakah jangkaan projek ini dapat disiapkan? Soalan kedua, sejauh manakah projek menaik taraf loji tersebut dapat mengatasi masalah air terutama di kawasan Mukim Ulu Cheka? Terima kasih lagi sekali Yang Berhormat kerana sangat prihatin kepada masalah air khususnya di DUN Damak.
Sukacita saya memaklumkan di Dewan Yang Mulia ini bahawa Loji Rawatan Air ataupun LRA Batu Balai terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Jerantut. Loji Rawatan Air Batu Balai kini beroperasi secara maksimum iaitu 24 jam sehari dengan reka bentuk kapasiti 4.5 MLD ataupun million litres per day di mana kapasiti sedia ada ini didapati tidak dapat menampung permintaan air semasa. Ini realiti dan hakikat dia memang tak boleh tampung oleh sebab pertambahan penduduk, pembangunan dan sebagainyalah.
Untuk makluman Yang Berhormat daripada Damak juga, masalah ini terjadi apabila sistem rawatan loji sedia ada ini tidak lagi sesuai di mana proses sistem agihan terganggu setiap kali proses pembersihan struktur dilakukan. Penutupan loji juga disebabkan oleh isu kekeruhan di mana Loji Rawatan Air Batu Balai hanya mampu merawat sehingga 1000… 1000 NTU, Nephelometric Turbidity Unit dan gangguan sering berlaku ketika hujan. Oleh sebab yang demikian, sebagai Kerajaan Negeri yang prihatin, cakna kepada rakyat satu inisiatif telah diambil bagi penyelesaian jangka masa panjang dengan menjalankan satu Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Air Batu Balai ini yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Sehingga kini, status perlaksanaan projek ini masih di peringkat awalan iaitu di fasa Rujukan Perunding oleh pihak KPLB. Ini adalah amalan biasa setiap projek yang menelan belanja yang banyak er… fasa terma rujukan perunding mesti kita laksanakan.
Anggaran keseluruhan bagi cadangan projek ini adalah bernilai RM45.4 juta. Projek ini dijangka akan dimulakan pelaksanaannya pada awal tahun 2024 dan er… pelaksanaan projek ini saya yakin dapat mengatasi masalah bekalan air dengan sepenuhnya bagi kawasan Batu Balai, Damak hingga ke Perlok dan Ulu Cheka sehingga ke Kampung Baharu, Jerantut. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Damak juga, Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Air oleh pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan menaik taraf kapasiti loji kepada 7.5 MLD hingga 12.5 MLD iaitu million litres per daylah MLD ni termasuk pembinaan muka sauk baharu, pam, tangki pembersih penapis, tangki imbangan menara baharu dan lain-lain di mana ianya dapat mengatasi masalah sumber air yang tidak cukup.
Selain itu, cadangan pembinaan tangki menara berkapasiti 1 MLD bagi Kampung Baharu dan Damak yang menggunakan inline booster dapat mengatasi masalah ketiadaan simpanan untuk tempoh 2 hari. Cadangan pembinaan jajaran paip baru ni
juga akan dilaksanakan di dalam skop projek ini di mana jajaran ini adalah sepanjang 27.5 kilometer bagi sistem baru, sambungan jajaran dan naik taraf.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Cuma saya ingin memaklumkan bahawa penukaran paip ni untuk menaik pam, tangki air dan sebagainya mengambil masa sedikit. Jadi saya harap pihak Yang Berhomat daripada Damak dapat memaklumkan kepada penduduk di Damak bahawanya usaha-usaha kerajaan telah dibuat. Peruntukan telah pun dapat, cuma dia mengambil masa sikit. Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri meminta juga supaya Pengurusan Air Pahang Berhad dapat memantau dan membantu untuk program jangka masa pendek. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan berikutnya dijemput Wakil dari Bilut.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan soalan nombor 2.
[Paip-paip air di sekitar Bentong semuanya sudah uzur, lama dan mudah pecah. Adakah PAIP mempunyai perancangan untuk menggantikan dan menukar paip-paip air ini?]
Terima kasih Yang Berhormat daripada Bilut yang bertanyakan berkenaan dengan paip air juga di sekitar Bentong dan apakah perancangan untuk mengganti dan menukarkan paip-paip ini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Secara purata aduan paip pecah bagi daerah Bentong dalam tempoh 1 bulan adalah sebanyak 2 kali bagi kawasan DUN Bilut. Ini adalah maklumat yang saya dapat daripada pihak PAIP, maknanya dalam tempoh 1 bulan 2 kali. Daripada 28, 30 hari, 2 kali saja aduan yang kita terimalah, aduan paip pecah.
Kawalan tekanan air juga telah dilakukan oleh Unit Agihan bagi mengurangkan kejadian paip pecah ke tahap paling minima. Tindakan pembaikan dilakukan segera oleh Unit Selenggara bagi memastikan tempoh gangguan bekalan air berada pada tahap minima selain dapat mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil ataupun Non Revenue Water dengan izin, Yang Berhormat Dato Sri Yang di-Pertua... NRW.
Walau bagaimanapun, PAIP ataupun Pengurusan Air Pahang Berhad telah merancang dalam program jangka masa panjang di bawah Program NRW iaitu pelaksanaan penggantian paip di 5 buah kawasan melibatkan peruntukan sebanyak RM12.1 juta. Program ini akan dimulakan... bermula pada tahun 2023 dan dijangka siap secara berperingkat mengikut kawasan sehingga tahun 2024.
Untuk makluman Yang Berhormat daripada Bilut, antara kawasan yang terlibat adalah penggantian paip AC 250mm, milimeter. AC ni asbestos cement yang ada sekarang
ni yang agak uzur kalau pressure lebih sikit dia akan bocor. Iaitu dari Simpang LRA Janda Baik ke elektrik solar, Janda Baik 7 kilometer. Yang kedua, penggantian paip AC 200mm dari tangki R2, R3 ke tangki R4 Bukit Tinggi sejauh 3 kilometer. Yang ketiga, penggantian paip AC 100 milimeter dan 150 milimeter dari simpang Loji Rawatan Air Janda Baik ke ILMU ataupun Sugeh Resort, Janda Baik.
Yang keempat, pemasangan paip MS 200mm. MS ni mild steel, yang ni lebih tahan... lebih jauh lebih baik daripada asbestos cement di kilometer 74.5 Lebuh Raya Karak - Bentong. Yang kelima, penggantian paip poly 160mm kepada mild steel ataupun MS, 250 milimeter di Jalan KL Lama panjangnya lebih kurang 19 kilometer. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Sila, 1 soalan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya mendapat aduan tentang kenaikan tarif untuk non domestic. Dengan ini saya mohon penjelasan Kerajaan Negeri tentang kenaikan ini dan soalan kedua adalah apakah kadar baru yang ditetapkan dan soalan ketiga, adakah ini melibatkan...
Cukup 2 soalan sahaja.
Sektor pendidikan...
2 soalan... 2 soalan.
...dan rumah-rumah ibadat dan saya mohon penjelasan Kerajaan Negeri.
Soalan 1 dan soalan 2 ya.
Kalau boleh sebab ini bukan soalan panjang. Mohon penjelasan. Okey, terima kasih. Saya mohon Yang Amat Berhormat memberi penjelasan.
Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Tarif non domestic ini adalah daripada Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat yang tentukan dan kita follow saja. Dan apa yang saya terima setakat ini dan dia buat... dibuat kajian oleh pihak Kerajaan Negeri ianya tidaklah terlalu tinggi dan masalahnya sehingga hari ini saya mendapat saya minta juga maklum balas daripada pihak PAIP saya dapati tidak ada isu besar sangat malahan pihak industri pun mereka kata tidak membebankan sangat kepada mereka. Jadi, pokok pangkalnya ini adalah arahan daripada Kerajaan Persekutuan dan kita Kerajaan Negeri kita ikut jelah. Sebab Kerajaan Persekutuan sekarang ni walaupun telah dibubarkan sebelum ini adalah hampir selari dengan Kerajaan Negeri. Jadi, saya fikir tak ada masalah sangat. Terima kasih, Dato' Sri Yang di-Pertua.
Baiklah, Yang Berhormat. Soalan berikutnya saya jemput Wakil Padang Tengku.
Assalamualaikum WBT, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 3.
[Apakah perancangan Kerajaan Negeri ke arah merealisasikan Daerah Lipis dinobatkan sebagai UNESCO Global Geopark]
Assalamualaikum WBT.Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada rakan daripada Padang Tengku.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Mencari produk baharu untuk memastikan er... ini... industri pelancongan di negeri Pahang ini terus mendapat tempat adalah satu perkara yang sangat diperlukan. Malah kita juga nak memastikan bahawa negeri Pahang ini akan menjadi salah satu daripada destinasi pelancongan iaitu yang berteraskan kepada ekopelancongan kerana itulah Kerajaan Negeri Pahang komited untuk menjadikan daerah Lipis sebagai UNESCO Global Geopark. Sebagai prasyarat untuk menjadikan UNESCO Global Geopark, daerah Lipis perlu terlebih dahulu mendapat pengiktirafan sebagai tapak Geopark Kebangsaan. Beberapa langkah awal telah diambil termasuk cadangan pembangunan Lipis Geopark ini telah dimasukkan dalam Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2020 dan beberapa cadangan projek berimpak tinggi telah digariskan dalam Rancangan Struktur Negeri Pahang 2050. Rancangan... perancangan dan cadangan projek infrastruktur ini merupakan sebahagian daripada komponen penting dalam pembangunan Lipis Geopark.
Kerajaan negeri melalui Perbadanan Taman-taman Negeri Pahang (PTNP) telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama Jabatan Mineral dan Geologi...
Geosains, Jawatankuasa Geopark Kebangsaan dan semua pemegang taruh yang berkaitan bagi menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Geopark Lipis.
Jawatankuasa ini berfungsi sebagai penggerak kepada semua usaha pembangunan, pendidikan, pemulihan, promosi dan penyediaan dokumen yang diperlukan bagi mendapat pengiktirafan sebagai Geopark er... UNESCO Global Geopark.
Selain daripada itu, Kerajaan Pahang akan mengadakan Majlis Pelancaran Aspirasi Lipis Geopark. Majlis pelancaran tersebut menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan daerah Lipis mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO Geopark... Global Geopark Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan berikutnya, saya jemput Wakil Ketari.
Assalamulaikum WBT dan salam sejahtera, soalan saya nombor 4.
[Berapa lama jangka masa yang diperlukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memproses permohonan bantuan-bantuan kebajikan dan apakah punca kelewatan bagi sesetengah permohonan?]
Yang Behormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Jangka masa yang diperlukan adalah 2 minggu untuk siasatan dilakukan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum sesuatu permohonan diluluskan... permohonan bantuan ya diluluskan dan ianya akan mengambil pula tempoh 1 bulan untuk mengambil kira semua dokumen diperlukan adalah lengkap jadi sebarang kelewatan bagi sesetengah permohonan adalah kerana dokumen yang tidak lengkap dan er... kekangan permohonan yang semakin meningkat dari sehari ke sehari, Dato' Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasihYang Berhormat. Soalan berikutnya, Wakil Cheka.
Salam Sejahtera Dato' Sri Speaker, soalan saya soalan ke-5.
[Yayasan Pahang mengeluarkan biasiswa dan pinjaman untuk mahasiswa. a) Apakah pencapaian akademik (CGPA) para penerima biasiswa dan pinjaman Yayasan Pahang sejak lima tahun yang lalu ?
b) Apakah peratusan graduan yang memperoleh ijazah kepujian Kelas Pertama atau lain-lain anugerah kecemerlangan pelbagai ketegori ?
c) Apakah peratusan yang mengikuti kursus profesional berbanding dengan bukan profesional ? d) Sejauh manakah para graduan yang meminjam atau menerima biasiswa memperoleh pekerjaan selepas tamat pengajian ?]
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat saya daripada Cheka yang menanyakan tentang Yayasan Pahang telah mengeluarkan biasiswa dan pinjaman untuk mahasiswa. Apakah pencapaian akademik kepada para penerima biasiswa dan pinjaman Yayasan Pahang sejak 5 tahun yang lalu?
Er... pencapaian purata akademik penerima biasiswa dan pinjaman Yayasan Pahang adalah di antara 2.80 ke 3.00. Soalan yang ke-2 daripada Cheka, apakah peratusan graduan yang memperolehi ijazah kepujian kelas pertama atau lain-lain Anugerah Kecemerlangan pelbagai kategori? Peratusan graduan yang menerima… memperolehi ijazah kepujian kelas pertama dan anugerah-anugerah lain adalah melebihi 11% daripada keseluruhan pelajar.
Cheka juga menanyakan tentang peratusan mengikut kursus profesional berbanding dengan bukan profesional? Jumlah penajaan tahun 2022 bagi program profesional adalah seramai 210 orang iaitu 12% berbanding 1,535 orang pelajar iaitu 88% dari program bukan profesional dan soalan yang terakhir daripada Cheka, manakah para… sejauh manakah para graduan yang meminjam atau menerima biasiswa memperolehi pekerjaan selepas tamat pengajian? Hasil daripada kajian penilaian program, kursus tajaan Yayasan Pahang dan hala tuju pelan strategik oleh Institut Maklumat dan Analisa Pasaran Buruh pada tahun 2020 adalah seperti berikut:
1) Yang telah memberi respons - 1,521 orang 2) Menyambung pengajian sebanyak - 44 % 3) Yang dapat peluang bekerja - 44 % 4) Yang tidak bekerja - 12 %
Terima kasih, Dato' Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu adakah pemberian pinjaman dan biasiswa Yayasan Pahang mengambil kira keperluan guna tenaga dan pekerjaan masa depan seperti big data ke, kelab teknologi ke? Soalan ke-2, gred purata 2.8 hingga 3.00 itu nampaknya kurang memuaskan. Adakah Yayasan Pahang akan mengambil tindakan susulan untuk meningkatkan CGPA? Terima kasih.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Memang kita di Yayasan Pahang menjalankan kajian dan kita membuat er... apa… dapatan daripada kajian itu iaitu mengemas kini bidang-bidang yang wajar kita taja, yang memberi peluang kepada anak-anak pelajar kita seumpama bidang farmasi, kejuruteraan teknologi, ekonomi kewangan Islam, perakaunan, persijilan profesional,
pertanian dan industri halal, pelancongan dan warisan, sains dan data kepintaran buatan, automa... automasi dan robotik dan sebagainya, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Dalam waktu yang sama persoalan yang ke-2 di… kemusykilan daripada Cheka atas apa prestasi anak-anak kita. Sudah tentu kita dari semasa ke semasa berganding bahu dengan pihak-pihak sekolah untuk memberi motivasi kepada anak-anak kita supaya mencapai apa namanya kejayaan yang lebih cemerlang, sebab itulah Kerajaan Negeri sendiri memperkenalkan bantuan-bantuan supaya pelajar-pelajar ini lebih fokus dan lebih memberi… menitikberatkan pendidikan mereka supaya mereka mendapat keputusan dengan lebih cemerlang lagi. Terima kasih, Dato' Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan berikut, saya jemput Wakil dari Tras.
Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili Tras mengemukakan soalan nombor 6.
[Sila nyatakan jumlah peruntukan telah diagihkan kepada NGO (Non Govermental Organization) di Pahang oleh Kerajaan Negeri Pahang?]
Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada ADUN Sabai mewakili er... sahabat beliau iaitu ADUN Tras bertanyakan tentang jumlah peruntukan yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri kepada NGO ataupun Non-Governmental Organization di Pahang. Setakat ini, peruntukan yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri kepada badan-badan bukan kerajaan ini adalah berjumlah hampir RM1.9 juta bagi tahun 2022. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan berikut saya jemput Wakil dari… Wakil kepada Tanah Rata.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili Tanah Rata untuk mengemukakan soalan 7.
[Jalan Perhubungan di Kawasan Perkampungan Orang Asli. Sila nyatakan perancangan kerajaan untuk menjalankan projek pembinaan dan penaiktarafan jalan perhubungan yang sedang atau bakal dijalankan di kawasan Kampung Orang Asli?]
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Bagi menjawab pertanyaan dari Tanah Rata mengenai jalan perhubungan di kawasan perkampungan Orang Asli bagi perancangan serta pembinaan dan menaik taraf yang sedang ataupun bakal dijalankan di kawasan kampung Orang Asli.
Pejabat Daerah Tanah Cameron Highlands melalui Bahagian Pembangunan Daerah telah bekerjasama dengan pihak JKR Daerah Cameron Highlands bagi mendaftarkan semua jalan-jalan di kawasan perkampungan Orang Asli di daerah Cameron Highlands kecuali Kampung Cenang Cerah, Pos Lemoi ke dalam Sistem MARRIS. Bagi Kampung Cenang Cerah, tiada jalan sedia ada ataupun jalan PLB untuk akses rangkaian perhubungan ke kampung tersebut yang menjadi prasyarat bagi pendaftaran jalan ke dalam sistem MARRIS.
Setakat hari ini, beberapa jalan kritikal serta berisiko telah dibuat pembaikan oleh pihak JKR menerusi syarikat YP Maintenance. Jabatan Kerja Raya selaku agensi pelaksana yang diamanahkan oleh pihak kerajaan untuk menjalankan projek pembinaan naik taraf jalan perhubungan melibatkan kawasan kampung Orang Asli di negeri Pahang.
Tiga (3) projek infrastruktur jalan melibatkan perhubungan kampung Orang Asli di negeri Pahang yang telah berjaya disiapkan oleh JKR sepanjang tahun 2021 sehingga September 2022. Pertama, membina dan menaik taraf jalan di Kampung Orang Asli Simpai, Pekan.
Kedua, membina jambatan baru di Kampung Orang Asli di Sungai Gabong, Bentong. Ketiga, membina jalan keluar masuk dan tempat letak kereta di bangunan ruang niaga pintu RPS Kedaik, Rompin dan sebanyak 4 projek infrastruktur perhubungan… jalan perhubungan kampung Orang Asli di negeri Pahang yang diserah kepada JKR sebagai agensi pelaksana oleh pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Jabatan Kemajuan Orang Asli yang masih dalam peringkat perancangan dan pembinaan.
Pertama, membina jalan dari Pos Tenau, Muallim, Perak ke Pos Senderut, Kuala Lipis. Kedua, membina jalan perhubungan dari Pos Simoi Lama ke Pos Lenjang. Ketiga, membina jalan kampung Orang Asli dari Pos Betau ke Pos Lenjang. Ketiga, menaik taraf jalan luar bandar dari Simpang FELCRA Ulu Kerut - Kampung Orang Asli Bot-Bot - FELDA Jengka 7 ke kilang sawit Jengka 18 di daerah Maran. Bagi Jabatan Kemajuan Orang Asli di negeri Pahang, untuk tahun 2022 pembaikan dan naik taraf jalan di Pos Telanok sedang dilaksanakan melalui konsesi jalan di bawah seliaan JKR. Pihak JKR juga sedang dalam tindakan untuk memohon peruntukan bagi menaik taraf jalan Pos Terisu dan Pos Baung.
Bagi projek pembaikan jalan Fasa 2, pihak JAKOA merancang untuk membina baru jalan di perkampungan seperti berikut:
1) Bina baru jalan konkrit Kampung Panggen ke Kampung Kuala Boh sepanjang 8 kilometer.
2) Membina baru jalan konkrit dalam Kampung Sungai Ruil melibatkan kos sebanyak RM100,000.00.
Sekian, terima kasih, Dato' Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Wakil dari Chini.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan pertanyaan yang ke-8.
[Sistem telekomunikasi banyak yang terganggu semasa banjir melanda Pahang pada hujung tahun 2021 dan awal tahun 2022. Apakah persediaan kerajaan negeri menghadapi musim banjir akan datang?]
Terima kasih er... Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Chini kerana telah mengemukakan soalan yang sangat baik. Untuk makluman sidang dewan, semasa banjir melanda Pahang pada hujung tahun 2021 dan awal tahun 2022, sebanyak 571 stesen pemancar di 381 infrastruktur telekomunikasi telah terjejas di seluruh negeri Pahang.
Punca utama gangguan… punca utamanya adalah gangguan kepada sistem komunikasi ini adalah disebabkan oleh pemutusan bekalan elektrik oleh pihak Tenaga Nasional (TNB) atas sebab-sebab keselamatan apabila paras air semakin naik. Daripada 381 infrastruktur telekomunikasi yang terjejas ini, sebanyak 18 infrastruktur sahaja yang tenggelam akibat dinaiki air. Sebagai persediaan untuk musim monsun yang akan datang, pihak kerajaan sentiasa melakukan penambahbaikan dan mengambil berat tentang keperluan komunikasi ketika berlakunya musim banjir. Di antaranya adalah untuk kita mengambil pendekatan dengan membina platform yang lebih tinggi, untuk menempatkan peralatan elektronik telah pun bermula di seluruh 18 lokasi infrastruktur yang terlibat, di mana 12 pun telah selesai dan 6 lagi dalam… siap dalam masa terdekat.
Untuk makluman di seluruh negeri Pahang, pihak Telco sejak 2014 hingga 2021 telah menaik taraf dan memperkasakan sebanyak 85 lokasi pemancar telekomunikasi. Ini termasuk 7 lokasi pemancar yang terletak di daerah Pekan dan telah siap dilaksanakan seperti berikut:
1) Kampung Sijau; 2) Kampung Padang Rumbia; 3) Kampung Sepaku; 4) Kampung Temai; 5) Kampung Temai Hilir; dan juga di 6) Bandar Pekan, di mana platformnya telah dinaik araskan.
Selain daripada itu juga antara usaha-usaha yang dijalankan yang pertama menjalankan semakan status atau kualiti perkhidmatan telekomunikasi di semua pusat pemindahan banjir… pusat pemindahan sementara yang termasuk kerja-kerja proses mengoptimumkan rangkaian dan persediaan pemasangan Cellular-On-Wheels, dengan izin Yang Berhormat Tuan di-Pertua dan portable-BTS sekiranya diperlukan.
Yang Kedua, mengaktifkan Jawatankuasa Kerjasama Khas menangani bencana di antara MCMC dan semua Telco di peringkat negeri. Yang ketiga melaksanakan kerja-kerja pemulihan perkhidmatan dengan kolaborasi dan penyelarasan bersepadu di antara MCMC, Telco-Telco dan agensi-agensi pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah sekiranya diperlukan.
Diharapkan dengan kerjasama erat semua pihak, yang terlibat dan langkah-langkah kesiapsiagaan yang telah diambil dan jalankan akan dapat meminimumkan lagi impak kepada pengguna sistem telekomunikasi semasa bencana banjir berlaku di negeri Pahang insya-Allah. Sekian, Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan berikut Wakil Sungai Lembing.
Tuan Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 9.
[Berkenaan Tanah Lot FELDA yang masih kosong dan telah dicadangkan kepada generasi kedua FELDA, apakah perkembangan status di dalam Negeri Pahang.]
Terima kasih, Dato' Sri Yang di-Pertua. Terima kasih ADUN Sungai Lembing yang bertanyakan soalan berkenaan dengan tanah kosong kawasan FELDA. Atas usaha Kerajaan Negeri, Jabatan Aset FELDA bersetuju bagi pihak Kerajaan Negeri melaksanakan Skim Tanah Rakyat atau dengan singkatan STR kepada generasi baru FELDA dengan mengekalkan status GSA dan menggunakan seksyen 10 bagi memudahkan proses pemberian hak milik kepada anak-anak peneroka. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan berikutnya, Wakil dari Teruntum.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, soalan saya nombor 10.
[Bangunan Kompleks Makmur Kuantan sudah 9 tahun, saya telah membangkitkan status Bangunan Kompleks Makmur ini tetapi masih tiada jalan penyelesaian. Mohon pihak kerajaan mengemukakan cara penyelesaian bagi pemilik lot-lot kedai tersebut untuk bangunan ini dan bilakah ia dapat diselesaikan?]
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua,
Terima kasih ADUN Teruntum tanyakan soalan berkaitan dengan Kompleks Makmur Kuantan. Untuk makluman Dewan, kesemua 89 pemilik lot tidak mempunyai hak milik strata kerana Joint Management Board ataupun Pengurusan Badan Bersama gagal ditubuhkan oleh pemaju iaitu Syarikat Abi Construction Sdn. Bhd. sepertimana tertakluk di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 Akta 757 dan walau bagaimanapun pihak Majlis Bandaraya Kuantan telah melakukan sesi libat urus bersama pemilik lot antara tahun 2013 hingga 2016. Bermula 1 Ogos 2016, Majlis Bandaraya Kuantan ketika itu Majlis Perbandaran telah mengadakan perbincangan mengeluarkan surat dan ke lokasi pemilik untuk mendapatkan maklumat dan dokumen sebanyak 76 pemilik memberi maklum balas manakala 13 gagal ditemui.
Untuk makluman, MBK telah menyediakan kertas kerja cadangan pembangunan semula sebagai tambahan kepada transformasi bandar ataupun UTC yang berada di sebelah bangunan Kompleks Makmur ni dan dibawa kepada Kementerian Kewangan Malaysia pada tahun 2016 untuk permohonan peruntukan namun sehingga kini tiada dapat jawapanlah. Perincian pemilikan, penilaian… nilaian dan isu tanah dibincangkan semula pada 3 Ogos 2021. Bagaimanapun kertas kerja cadangan pengambilalihan balik dan permohonan peruntukan yang telah disiapkan akan diangkat semula kepada MOF melalui Kerajaan Negeri. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila,Teruntum.
Terima kasih jawapan dari Wakil Kerajaan. Soalan tambahan saya adalah saya nampak dalam kompleks ini adakan… menjalankan perniagaan. Jika bangunan ini tidak mempunyai CF telah diluluskan, jika berlaku kemalangan atau kebakaran di bangunan kompleks ini, siapakah yang akan bertanggungjawab terhadap kes-kes seperti ini dan kepada mangsa-mangsa? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua,
Er... soalan ini melibatkan dari segi aspek perundangan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 dan juga Undang-undang Kecil Bangunan Pengurusan Bersama. Jadi, saya akan bagi jawapan bertulis kerana saya tidak… jawapan yang diberikan tidak selari dengan peruntukan undang-undang. Saya akan bagi jawapan bertulis tu.
Terima kasih Yang Berhormat. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah selesai aturan mesyuarat pertanyaan dan jawapan. Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dan pihak kerajaan yang telah memberikan jawapan dengan jelas dan terang. Saya bercadang untuk menempohkan dewan kita untuk bersarapan pagi.
Sebelum itu, suka saya memaklumkan di dalam Dewan Yang Mulia ini, pihak dewan telah menjemput pemerhati daripada para pelajar Universiti Kolej Yayasan Pahang
(UCYP) dan juga Kolej Profesional Mara… Kolej Profesional Mara ya [Ahli Dewan menepuk meja]. Baik, terima kasih. Ada antara mereka pelajar dari negara jiran iaitu Bandar Lampung, Indonesia iaitu saudari, Salsabila Qurrati Aini Arakumara, ya itu dia. Terima kasih dapat sama-sama menghadiri dewan kita mudah-mudahan anda semua dapat mempelajari sesuatu dari sidang Dewan Yang Mulia ini dan saya tak lupa juga pemerhati daripada Bukit Ibam yang telah bersama-sama kita pada pagi ini.
Oleh itu Yang Berhormat kita akan… saya akan tempohkan dewan ini dan berharap dapat kembali ke dewan pada jam 10.45 pagi… jam 10.45. Saya berharap semua Ahli-ahli Yang Berhormat berada di dewan untuk kita meneruskan aturan mesyuarat selanjutnya. Mesyuarat ditempohkan. Terima kasih.
[Persidangan ditempohkan pada jam 10.14 pagi]
[Persidangan disambung semula]
Rang Undang-UndangBill
Perkara Ketiga: Perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2023) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2023.
Assalamualaikum WBT, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Majlis sekarang ialah satu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2023 dan bagi peruntukan jumlah wang itu untuk maksud tertentu; dan satu usul yang berbunyi:
“Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan Seksyen 9 Akta Kumpulan Wang Pembangunan Negeri dan mengikut ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Perbekalan Air dengan ini bersetuju meluluskan anggaran perbelanjaan bagi tahun 2023 daripada Kumpulan Wang tersebut sebagaimana yang ditetapkan di dalam Rang Anggaran Perbelanjaan Bahagian I, II dan III, 2023 yang dibentangkan dalam Persidangan ini sebagai Kertas DN 28/2022.”
Rang Undang-Undang ini dan Usul ini telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Jumaat, 7 Oktober 2022 dan telah pun mendapat sokongan. Rang Undang-Undang dan usul ini akan dibuka untuk perbahasan. Sukacita saya memaklumkan bahawa ruang perbahasan yang diberikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, sepertimana biasa dihadkan masa seban… seba… sebanyak 10 hingga 12 minit sahaja untuk perbahasan.
Suka juga… sukacita juga saya memaklumkan bahawa Perintah Dewan Bilangan 3 Tahun 2022 pemberitahu… dimaklumkan bahawa Aturan Urusan Mesyuarat yang telah diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat pada 28 September 2022, hari Rabu yang lalu dibatalkan dan diganti dengan Aturan Urusan Mesyuarat yang akan diedarkan sebentar lagi selepas ini.
Oleh itu, perbahasan akan dibuka pada hari ini sahaja, untuk Ahli-ahli Yang Berhormat dan pagi tadi saya telah berbincang dengan wakil-wakil parti akan kedudukan ini dan mereka telah bersetuju bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat yang dipilih mewakili parti sahaja untuk berbahas pada hari ini hinggalah ke sebelah petang. Kerana kita akan meneruskan untuk hari esok, pihak kerajaan akan menjawab dan seterusnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan menggulung pada hari berikutnya.
Terima kasih atas persetujuan Pengerusi-pengerusi Parti yang berjumpa dengan saya pagi tadi. Oleh kerana kita tengah bersiap sedia dan menunggu saat dan ketikanya pembubaran kita, apabila di er... diisytiharkan nanti oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja. Bagaimanapun, persidangan kita ini mempunyai keabsahan, cukup dan mengikut peraturan-peraturan yang ada.
Ahli-ahli Yang Berhormat jangan bimbang, boleh terus berbicara dan berbahas sehingga masa yang akan saya maklumkan kemudian. Baiklah, saya rasa jelas untuk itu saya dengan ini menjemput Wakil daripada Peramu Jaya untuk menyampaikan perbahasan. Sila, Yang Berhormat.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, wabihi nasta'in dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua yang memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk membahaskan belanjawan negeri Pahang 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada 7 hari bulan Oktober 2022 yang lalu.
Ibarat bunyi seloka Melayu:
Tanggam kukuh, simpulan mencengkam, Kekuatan simpulan, tanggam bersepadu, Dipisah sukar, terus berpadu.
Maksudnya, sesuatu usaha yang dijalankan dengan wawasan yang jitu akan menghasilkan hasil yang terbaik. Begitu juga dengan pembentangan belanjawan tersebut yang telah mampu melonjakkan ekonomi negeri ke arah yang lebih menyeluruh dan mampan.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Adam Smith di dalam bukunya yang berjudul “The Wealth of Nations” menggariskan ekonomi mampan berpaksikan kepada 3 elemen utama. Yang pertama ialah pendapatan melebihi perbelanjaan, yang jelas menunjukkan bahawa pembentangan belanjawan 2023 dengan anggaran pendapatan sebanyak RM1.083 billion dan perbelanjaan sebanyak RM1.071 billion.
Keduanya ialah tanggungan hutang tidak melebihi pendapatan. Ini juga jelas di mana hutang adalah sebanyak RM952.21 juta sedangkan pendapatan adalah sebanyak RM1.083 bilion. Selain daripada itu, kriteria yang ketiga ialah taburan ekonomi dinikmati oleh rakyat secara menyeluruh di pelbagai manfaat yang diterima oleh rakyat yang telah dibentangkan dalam belanjawan 2023. Natijahnya… natijahnya ialah pembentangan belanjawan bagi tahun 2023 adalah yang terbaik dalam sejarah yang pernah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini melebihi RM1 bilion. Syabas dan syabas.[Ahli Dewan menepuk meja]
Kepada kakitangan kerajaan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga telah tidak melupakan jasa dan sumbangan bakti di atas memperkasakan ekonomi negeri Pahang. Oleh sebab itu, kita bersyukur, kita amat bersyukur kerana bonus pun dapat 1½ bulan gaji sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri kepada kita. Yalah, tak tepuk, ni sebab kalau MB umum, kena tepuklah ya [ketawa]. [Ahli Dewan menepuk meja]
Saya nak menyentuh satu aspek iaitu aspek perumahan. Kalau kita lihat Kerajaan Negeri Pahang melalui projek Rumah Rakyat Negeri Pahang (RRP) pada tahun 2023. 1 unit diberikan kepada Parlimen dan 8 unit kepada Ahli Dewan Negeri dengan kos RM30.75 juta dan ini merangkumi lebih kurang pembinaan sebanyak 350 unit. PR1MA Pahang, 1,000 unit, Rumah Makmur, 483 unit bakal siap. Projek Rumah Mesra Pahang, 500 unit dan ada juga Perumahan Generasi Baru FELDA. Secara anggaran kasarnya, pembinaan rumah di negeri Pahang pada tahun hadapan adalah antara 2,500 hingga 3,000 unit setahun.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Dalam penyediaan perumahan ini, saya melihat beberapa aspek yang penting untuk kita memberi perhatian. Yang pertama ialah kos pembinaan masih dianggap tinggi meskipun kos pelaksanaan dikategorikan rendah. Tempoh siap projek juga agak panjang kerana ianya dibina secara manual. Berkemungkinan juga setengah-setengah projek terbengkalai akibat masalah kontraktor dan sebagainya dan yang paling utama ialah mutu dan kualiti tidak terjamin dan setara.
Oleh sebab itu, saya mohon mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar pembinaan rumah melalui kaedah Industrialized Building System ataupun IBS dapat dipelopori oleh Kerajaan Negeri kerana sistem ini membolehkan rumah pasang siap dilaksanakan dengan kos yang lebih minima, penggunaan bahan yang optima, penggunaan tenaga kerja yang kurang, kualiti yang baik, kurangkan masa pembinaan dan yang penting ianya lebih murah.
Saya ambil satu contoh iaitu Syarikat SP Setia Alam, membina sebanyak 25,000 unit rumah dan komersial pada tahun 24… 2004 dan siap 2006 sebanyak 25,000 unit. Meskipun ini berskala besar tetapi pada hemat saya memadai di negeri Pahang kita laksanakan pada skala yang kecil tetapi ianya lebih menyeluruh meliputi sasaran pembinaan rumah kita setiap tahun. Saya mencadangkan agar kerajaan boleh mendapatkan pelabur luar bagi menjadi agen penggerak IBS melalui insentif yang menarik. Nombor 2, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri boleh melantik kontraktor tempatan untuk menjadi pelaksana dalam projek pembinaan IBS dengan latihan daripada CIDB dan sebagainya.
Ketiganya, Kerajaan Negeri boleh menggalakkan industri berasaskan pasir untuk pembinaan panel IBS bagi mengurangkan kos. Saya yakin dan saya penuh yakin jika ianya dapat dilaksanakan, insya-Allah negeri Pahang adalah merupakan negeri pertama berjaya mewujudkan pembinaan IBS melalui insentif, saya ulangi melalui insentif dan dokongan Kerajaan Negeri ini.
Saya terus ingin melanjutkan perbahasan saya kepada isu kawasan. Masalah yang pertama ialah banjir khususnya di Pekan. Meskipun kita menerima ini sebagai satu lumrah tetapi ikhtiar kita di dalam pembinaan projek tebatan banjir sedikit sebanyak dapat menangani masalah banjir. Saya ingin mencadangkan bagi memastikan masalah banjir dapat ditangani dengan baik, adalah dicagat… dicadangkan agar satu dasar jelas dan dasar jelas ini perlu mempunyai insentif terbaik bagi digubal untuk memastikan bahawa masalah muara cetek dapat diatasi melalui kaedah mengekalkan kedalaman limbangan sungai agar laluan air berjalan lancar terus ke laut.
Saya ambil satu contoh yang ketara, iaitu bagaimana kita melihat bahawa kaedah on-going dragging dengan izin, boleh dilaksanakan seperti yang terdapat di Shanghai, China. Yang dilaksanakan oleh Shanghai, dragging yang melibatkan pendalaman berterusan kuala yang mana hasil daripada pendalaman tersebut debrisnya digunakan untuk penambakan dan yang lebih penting ianya… muara tersebut boleh digunakan sepanjang tahun dan pengaliran… pengaliran air terus lancar dan risiko banjir sungai dapat diatasi.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin menyentuh tentang perlombongan pasir. Tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah menubuhkan Syarikat Pasir Pahang Berhad. Saya mencadangkan agar industri perlombongan pasir tidak sahaja bergantung kepada eksport semata-mata.
Sebagai contoh, di Pekan industri perlombongan pasir begitu giat dijalankan tetapi malangnya pada saat ini pasir tidak dapat dipasarkan kerana masalah logistik yang tinggi. Saya mencadangkan agar hak penghasilan bahan binaan berasaskan konkrit dapat diusahakan dengan adanya komponen pasir ini.
Keduanya, jika usaha mengatasi banjir dengan mendalamkan sungai melalui kaedah perlombongan pasir yang terkawal, insya-Allah saya yakin manfaat pasir boleh juga digunakan secara berskala besar untuk tebus guna kawasan yang rendah dan berpaya untuk dimajukan. Saya mengambil contoh, di kawasan saya lebih kurang 50% kawasannya adalah berpaya. Saya anggap Pekan ini khususnya di kawasan saya seperti Holland, landau, tiada bukit tetapi masalahnya ialah untuk dimajukan kawasan-kawasan tertentu isu utamanya ialah berpaya. Jadi dengan adanya penggunaan pasir ni, saya yakin kita dapat bangunkan lebih banyak kawasan yang berpaya.
Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang Sekolah Kebangsaan Pahang Tua. Sekolah Kebangsaan Pahang Tua ini terletak sekarang lebih kurang 5 meter dari tebing sungai. Hakisan pada kadar yang membimbangkan. Kawalan hakisan perlu dipertingkatkan meski… meskipun ada tindakan yang telah diambil tetapi ini tidak mencukupi kerana ianya memerlu tindakan yang lebih lanjut agar tebing sungai tidak runtuh dan struktur sekolah tidak terganggu.
Keduanya, saya ingin menyentuh tentang kedudukan paya Pahang Tua, Langgar yang merupakan kawasan jelapang padi. Kawasan ini telah diusahakan pada tahun 1926 lagi kalau mengikut sejarahnya tetapi masalahnya di kawasan ini ialah muka sauh cetek dan fungsi pam sering rosak. Ini mengakibatkan keluasan kawasan sebanyak 1,275 hektar dan bilangan petani yang terkesan ialah sebanyak 548 orang. Jadi buat masa ini, petani di kawasan ini cuma bergantung harap kepada air hujan sahaja.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin menyentuh lagi satu isu iaitu Jambatan Sultan Abu Bakar. Saya telah membangkitkan isu ini beberapa kali kerana saya amat risau bahawa kemusnahan bakal terjadi seandainya masalah pulau ini tidak diselesaikan. Saya telah jelaskan dengan teori dan dengan contoh sekali di Sidang Dewan yang lepas bagaimana jambatan ini boleh mengalami keruntuhan kerana pada ketika saya bentangkan di dewan ketika itu, paras tanah ke lantai jambatan cuma 2 meter. Sekarang ni dah jadi 1 meter. Maksudnya pulau ini bergerak.
Pulau tumbuh ni bergerak dan sekarang gerakan itu telah pun sampai ke bawah Jambatan Sultan Abu Bakar dan pengaliran air sungai cuma berjalan di sebelah kiri ban sahaja. Ini amat merbahaya kerana apabila sentimentasi menjadi semakin banyak di bawah jambatan pengalir… pengaliran air tertumpu di kawasan yang tiada ban dan jika paras air tinggi, kerisauan rasuk jambatan akan runtuh. Saya ulang lagi sekali, kita risaukan fenomena ini boleh mengakibatkan jambatan akan runtuh.
Meskipun ada sedikit usaha telah dibuat, saya menghargai usaha tersebut tetapi usaha tersebut tidak mencukupi untuk kita memastikan bahawa jambatan tersebut terselamat kerana kita pun dah hampir musim tengkujuh dan kita memerlukan usaha yang lebih mantap bagi mengelakkan masalah jambatan tersebut menjadi suatu musibah yang kita geruni. Saya ingin memetuk… ingin memetik, memetuk pula dah. Ni mood pilihan rayalah kot.
Saya ingin memetik filem Tiga Abdul. Dalam filem Tiga Abdul, watak Saddiq Segaraga bukan Syed Saddiq… Saddiq Segaraga dan watak Abdul Wahub. Saddiq Segaraga
bertanya kepada menantunya Abdul Wahub, “anakanda marah tak?” Jawab Abdul Wahub, “siapa kata anakanda marah? Bukan marah tetapi nasihat”. Begitu juga saya, saya nak gunakan konteks ini. Saya nak gunakan konteks ini kalau orang kata YB… YB ADUN Peramu Jaya marah tak? Saya bukan marah, saya tak marah. Nasihat.
Itulah yang saya nak sampaikan tentang isu jambatan ini kerana saya perlu memberi pandangan dan nasihat yang sewajarnya agar musibah itu tidak menimpa kita, insya-Allah dan langkah-langkah tertentu perlu kita ambil.
Tanam ubi tanam selasih, Membina pagar dengan sokongan, Mohon berhenti, terima kasih, Saya mohon menyokong.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Bilut. Silakan.
Yang Berhormat Tuan di-Pertua,
Er... salam sejahtera. Pertamanya saya ingin merakamkan terima kasih ke atas memberi kesempatan saya mengambil bahagian dalam perbahagan… perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2023 (2022) Usul Anggaran Pembangunan dan Pembekalan Air Tahun 2023 yang dibentangkan oleh YAB. Menteri Besar pada hari Jumaat lepas.
Pada hari 18 haribulan Disember tahun lalu negara kita dilanda banjir paling teruk dalam sejarah tempoh beberapa dekad ini. Keadaan ini telah menyebabkan banyak kawasan di seluruh negara mengalami impak yang amat drastik. Bencana ini telah meragut berpuluh-puluh nyawa rakyat manakala ribuan rakyat hilang tempat tinggal dalam sek... sekelip mata dan terpaksa berteduh di pusat pemindahan bencana. Pahang merupakan negeri yang paling teruk dilanda banjir besar. Antara kawasan yang teruk dilanda banjir termasuk Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan.
Walaupun kejadian banjir sudah berlaku, mangsa-mangsa di kawasan tersebut masih dibelenggu ketakutan dan trauma dalam setiap kali hujan. Sebagai ikhtibar daripada kejadian banjir besar tahun lalu saya mencadangkan Kerajaan Negeri seharusnya membuat persiapan yang secukupnya pada setiap er... musim tengkujuh hujung tahun supaya nyawa dan keselamatan rakyat sentiasa terjamin. Daripada menyeli… menyalahkan cuaca yang tidak menentu, lebih baik jika Kerajaan Negeri mengambil tindakan yang lebih pro… proaktif dan profesional untuk menangani masalah yang mungkin berlaku semasa kejadian banjir.
Saya cadangkan Kerajaan Negeri untuk menyediakan satu talian hotline bantuan bencana khas di setiap daerah supaya mangsa banjir dapat meminta bantuan secepat mungkin jika berlakunya bencana. Cadangan ini adalah pengajaran daripada pengalaman yang lalu di mana ramai mangsa tidak dapat menghubungi pihak berkuasa dalam masa yang singkat dan ini juga menyebabkan anggota bomba dan
penye… penyelamat terlepas peluang keemasan untuk menyelamatkan mangsa dan menghindari kehilangan nyawa yang terharga. Selain daripada…
Yang Berhormat Yang di-Pertua, mohon izin er… Bilut?
Sila.
Saya ingat nak menjawab dalam penggulungan tapi elok saya jawab teruslah sebab yang pertama sekali apa yang dibangkitkan oleh Yang berhormat daripada Bilut tadi Kerajaan Negeri dah buat dah. Kita dah buat dah. Yang pertama sekali Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan berjumlah RM40 juta untuk persediaan menghadapi banjir. Antaranya ialah apabila kita buat post mortem tidak pernah berlaku dalam sejarah, saya bersama Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan memanggil Pegawai Daerah selaku Pengerusi Pusat Khidmat Operasi Bencana.
Kita minta 3 perkara yang pertama punca banjir, semasa banjir dan cadangan dan semua Pengerusi PKOB telah mengemukakan cadangan mereka dengan dan tidak ada satu pun yang Kerajaan Negeri tolak berjumlah RM47 juta. Antaranya ialah pusat pembinaan kekal, kita buat di Pekan di Maran dan di Lipis. Kemudian helipad yang sempurna di mana sebelum ini kita dapati terputus bekalan makanan, tidak boleh dihantar, kita buat helipad kemudian kita beli bot amfibia. Kita menyediakan sedikit peruntukan untuk latihan dan lain-lain lagi.
Yang kedua, berhubung dengan hotline tadi. Sekarang ni bilik gerakan sedang direnovate untuk naik taraf. Maknanya Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan di Dewan Yang Mulia ini apa yang dibangkitkan oleh ADUN Luit tadi Kerajaan Negeri dah ambil tindakan. Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sila teruskan.
Terima kasih Yang Amat Berhormat er... jawapan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ini kenapa saya bangkitkan isu ini adalah pengalaman er... tahun lepas kerana er... hot… hotline bagi pejabat saya termasuk handphone saya er... berbunyi ataupun dapat call banyak lebih daripada 100 call. Masa itu, ketika itu er… ketua rakyat ataupun mangsa-mangsa tidak dapat dihubungi. Saya… saya ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana telah pun membuat persiapan. Harap-harap er... hal ini ataupun perkara ini boleh membantu dan apa tu boleh er… mendapat ada effection bagi kemungkinan besar banjir akan datang di hujung tahun ini.
Okey, saya teruskan ucapan saya. Selain daripada itu, kerajaan juga perlu memastikan talian ini er… okey. Selain itu, Kerajaan Negeri juga perlu menambahkan jumlah anggota pasukan menyelamatkan di kawasan merah hotspot banjir besar supaya lebih bersedia untuk menghadapi kejadian banjir besar. Hal ini demikian
kerana bilangan tenaga anggota penyelamat yang tidak mencukupi, sering menangguhkan kerja menyelamat dalam setiap bencana maka ini merupakan kewajipan pihak kerajaan untuk memastikan jumlah anggota penyelamat adalah mencukupi bagi memastikan kecekapan kerja menyelamat semasa diperlukan perkhidmatannya.
Antaranya setiap pasukan penyelamat juga perlu memastikan semua peralatan penyelamat yang dimiliki adalah lengkap dan berfungsi. Segala perat… peralatan menyelamat yang tidak mencukupi mesti dibeli dan dilengkapkan dengan segera agar kerja penyelamat tidak tertangguh akibat kekurangan peralatan menyelamat seperti tahun lepas. Saya pasti semua pihak tidak ingin sejarah hitam tersebut berulang lagi. Oleh itu, saya mesti mengingatkan Kerajaan Negeri dalam Dewan Undangan Negeri ini bahawa usaha pencegahan dan er... ban bantuan bencana mesti bersiap sedia sepenuhnya untuk menghindari sebarang kehilangan nyawa.
Kedua, pada tahun lepas Bentong dan Raub juga telah menghadapi masalah jalan runtuh di beberapa jalan. Antaranya jalan utama dari Bentong ke laluan FT08, Jalan Bentong ke Gua Musang Seksyen 15 hingga 20 yang sama telah memak… memakan masa selama setahun untuk siap dibaiki manakala jalan utama dari Lurah Bilut ke Raub, jalan dari Sungai Penjuring ke Tras telah runtuh buat 2 kali dan Jalan Lama ke Bentong ke Bukit Tinggi juga menampaknya keruntuhan di beberapa tempat.
Ini menunjukkan dengan jelasnya bahawa terdapat banyak pembinaan jalan di Bentong-Raub berisiko jalan runtuh. Dengan ini saya mencadangkan Kerajaan Negeri membuat kajian menyeluruh terhadap jalan raya di Bentong dan Raub dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan yang secukupnya sebelum berlakunya kes kemalangan jalan raya. Pendekatan ini juga dapat mengelakkan kemalangan jalan raya yang serius dan juga kesulitan yang dialami yang disebabkan penutupan jalan dan kerja-kerja penyelenggaraan selepas runtuhan.
Ketiga, Stesen Bas Bentong merupakan destinasi pertama yang akan menentukan tanggapan pelancong terhadap Bentong. Oleh itu Kerajaan Negeri perlu memastikan keindahan dan keselesaan stesen bas tersebut agar pelancong yang datang ke Bentong ini mendapat tanggapan yang baik. Tambah… tambahan pula disebabkan gerai penjaja di stesen bas tersebut yang semakin usang lagi mengalami kebocoran air, penjaja tidak dapat beroperasi seperti biasa apabila hujan lebat melanda. Hal ini juga sudah banyak kali dilaporkan kepada Majlis Perbandaran Bentong dan namunnya masih tiada tindakan selanjutnya untuk menyelesaikannya.
Selain itu, meter elektrik gerai dan wayar elektrik yang digigit tikus juga harus dibaiki. Penjaja semakin dibelengga… dibelenggu dan dibimbangi oleh kemungkinan kebakaran akibat kebocoran elektrik… elektrik namun sehingga hari ini kami amat kecewa dengan tiada tindakan inisiatif dari Kerajaan Negeri.
Di samping itu disebabkan bonggol laju di pintu masuk perhentian bas, maka kemalangan mudah berlaku terutamanya dengan kehadiran pemandu yang melulu. Masalah kebersihan di stesen bas yang semakin teruk juga wajar diambil perhatian terutamanya apabila burung layang-layang yang semakin membanjiri stesen bas di mana najisnya sukar dibersihkan. Kesemua hal ini perlu ditangani oleh pihak berkuasa dengan secepat mungkin. Saya pernah melawat per... perhentian bas bersama ADUN Ketari sebelum ini. Mengikut pemerhatian kami masih banyak kawasan yang perlu dibaiki dan er... di perhentian bas tersebut. Sebagai contoh, banyak kerusi kon… konkrit yang rosak dan bukan sahaja menyusahkan pengguna malah menjejaskan penampilan bandar.
Akhir sekali Yang Berhormat Tuan di-Pertua, memandangkan Dewan Negeri Pahang ini akan dibubarkan dalam beberapa hari lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada Ahli-ahli Dewan dan juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri dalam beberapa tahun kecemerlangan… beberapa tahun ini. Saya ingin mengucapkan er… terima kasih kepada seluruh kakitangan kerajaan dan penjawat awam Kerajaan Negeri. Saya juga ingin memohon maaf jika ada salah dan silap di sepanjang penggal ini berjalan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua Ahli Dewan yang bakal dicalonkan semula ataupun yang akan berehat selepas penggal ini berakhir dan semoga kita jumpa lagi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bilut. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Teruntum. Silakan.
Salam sejahtera kepada semua. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, isu pemerdagangan… pemerdagangan manusia ini bukan satu jenaka dan tidak harus dipandang enteng. Dalam berapa lawatan saya ke negara Kemboja dan Thailand, anak Malaysia telah ditipu dan dipaksa menjadi buruh paksa. Saya juga mendapati bahawa anak Malaysia telah menjadi sasaran utama sindiket pemerdagangan manusia. Anak-anak Malaysia dipuju… dipujuk dengan pelbagai tawaran kononnya gaji di sana lebih tinggi. Selepas sampai di sana, mereka diseksa hingga 3 hari diberi… tidak diberi tidur dan makan.
Salah satu kes melibatkan seorang rakyat Perak yang bernama Goh Zhan Feng yang berumur 23 tahun telah diseksa dan didera sehingga mati negeri Thailand… negara Thailand. Encik Goh merupakan seorang siswa pendidikan di industri Perguruan Malaysia dan beliau mempunyai masa depan yang cerah tetapi beliau didera dan dihantar oleh sindiket ke Hospital Mae Sot, Thailand menggunakan nama palsu dan mayatnya tidak diuruskan selepas beliau meninggal dunia. Saya telah pergi ke negara Thailand bagi menguruskan proses bawa debu tulang Encik Goh balik ke Malaysia. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan berapa bilangan kes pemerdagangan manusia telah dilaporkan di Pahang dan apakah tindakan kerajaan dalam menyelesaikan kes-kes tersebut?
Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri pernah...
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya rasa ADUN Teruntum ni ada jumlah-jumlah berapa mangsa di Pahang ni. Sebab sampai di Perak pun Yang Berhormat dia boleh tuntut… tahu. Takkan di Pahang tak tahu? Lepas itu Yang Berhormat pula selalu pergi ke Cambodia. Tunjuk video masa kita breakfast, kan? Jadi boleh Yang Berhormat bagi tahu terus. Terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih Menteri Besar. Di Pahang, saya tak tahu tapi mangsa di Kemboja ada 1,000 lebih, di Myanmar ada 1,000 lebih, di Tachiri, Myanmar ada 200 lebih, di Laos
ada 200 lebih. Jumlah lebih kurang 3,000 lagi anak Malaysia tapi orang Pahang saya tak tahu berapa. [Ahli Dewan ketawa]
Yang di-Pertua,
Dia… ADUN Teruntum ni, dia banyak memberi pembelaan ya kepada ini… mangsa-mangsa termasuk di Perak. Ni… ADUN Teruntum nak bertanding di Perak ke? [Ahli Dewan ketawa]
Saya selamatkan semua anak Malaysia tak kira dari mana. Sarawak pun saya selamatkan, anak Pahang pun kita selamatkan [Ahli Dewan menepuk meja]. Itu sebab saya nak tahu berapa anak lagi terkandas di sana? Saya akan cuba selamatkan semua mereka balik. Saya sambung. Terima kasih yang… Dato' Hormat Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri telah membuat kenyataan bahawa 31 Projek Rumah PRIMA Pahang telah dibatalkan berikutan kegagalan pemaju perumahan menyiapkan projek mengikut syarat yang ditetapkan. Pada 30 hari bulan September 2022, saya telah menerima aduan daripada segolongan pembeli PRIMA yang menyatakan kerajaan dan kontraktor yang terlibat tidak dapat menunaikan perjanjian 24 bulan yang telah dibuat. Pihak kerajaan sendiri telah mengaku dalam surat bertulis bahawa projek tersebut adalah projek sakit dan mohon pembeli mendapatkan nasihat guaman.
Saya amat hairan dengan jawapan dalam surat tersebut. Pihak kerajaan sendiri yang pilih Y&S Mutiara Construction Sdn Bhd sebagai kontraktor untuk projek tersebut tetapi pembeli sendiri perlu tanggung kos guaman sewaktu kontraktor tidak dapat menunaikan perjanjian. Saya berpendapat pihak kerajaan harus membela nasib rakyat bukannya kontraktor seperti yang ditulis dalam perjanjian dan saya sendiri pun telah baca perjanjian tersebut adalah dibuat antara Y&S Mutiara Construction Sdn Bhd dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang. Saya percaya pihak pembeli pun tidak mahu dengar sebarang alasan dari pihak kerajaan. Jawapan yang mereka nak adalah apakah jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh pihak kerajaan?
Saya juga difahamkan bahawa Pejabat Menteri Besar telah terima surat aduan daripada pembeli PRIMA Cherating tetapi saya berasa amat dukacita bagi pihak pembeli kerana pihak Pejabat Menteri Besar tidak memberi sebarang penjelasan kepada mereka. Jika Menteri Besar dan EXCO tidak tahu apa yang berlaku, jom saya ajak Menteri Besar dan untuk turun padang bersama-sama dan jumpa dengan para pembeli. Bayangkanlah jika anda merupakan salah satu seorang pembeli. Janganlah mengabaikan luahan rakyat yang ditipu oleh kontraktor yang tidak bertanggungjawab. Di sini saya juga ingin bertanya apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan terhadap syarikat Y&S Mutiara Construction Sdn Bhd dan siapakah pemilik sebenar syarikat tersebut? Sekiranya pemaju ini telah dibatalkan, bagaimanakah bayaran deposit dan Perjanjian Jual Beli pembeli. Sekira pemaju penyelamat dilantik, bagaimanakah bayaran baru akan… adakah pembeli perlu menanggung?
Saya memohon pihak kerajaan negeri supaya kaji betul-betul sebelum memilih mana-mana syarikat untuk mana-mana projek di Pahang. Berkaitan dengan PRIMA Cherating Pahang, pihak kerajaan perlu bertanggungjawab. Cukuplah sekali tipu-tipu dan kasihanlah pembeli.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua,
Monsun banjir semakin dekat. Beberapa kawasan di Teruntum termasuk Lorong Seri Kuantan 27, 28, 28/1, lorong 33, 34 dan 37 perkampungan Kampung Jawa dan kawasan Bukit Setongkol sering mengalami masalah banjir sekiranya musim hujan. Sungai Galing dan longkang Kampung Jawa merupakan tempat utama air disalurkan tetapi dasar Sungai Galing penuh dengan pasir. Jikalau pasir tersebut tidak diurus, air hujan akan penuhkan Sungai Galing dan seterusnya mengakibatkan banjir. Oleh itu, saya harap kerajaan boleh mengambil tindakan segera dengan mendalamkan dasar Sungai Galing ini.
Dato' Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Dewan Yang Mulia ini juga dimaklumkan bahawa Jabatan Pengairan Saliran (JPS) telah mengemukakan permohonan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi melaksanakan projek pemulihan Sungai Galing dan menaikkan taraf kawasan rekreasi di sekitarnya. Pada 15 Ogos 2021, Datuk Bandar sendiri membuat kenyataan bahawa peruntukan ini bukan sahaja untuk menaikkan taraf kawasan berhampiran tetapi juga termasuk kerja-kerja mendalamkan semula sungai sepanjang 22.7 km. EXCO Kerajaan Tempatan dan Perumahan juga turut hadir bersama. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan apakah status terkini pelaksanaan projek tersebut?
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua,
Saya di sini juga ingin membangkitkan masalah kekurangan bilangan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pahang. Saya difahamkan Sekolah Jenis Kebangsaan… Jenis Kebangsaan Cina di sekitar Pahang tidak mencukupi sekurang-kurang 70 orang guru pada masa ini. Masalah ini juga telah berterusan sejak 60 tahun dahulu dan masih tidak dapat diselesaikan. Saya di sini berharap pihak kerajaan boleh membuat sesuatu bagi menyelesaikan masalah tersebut. Adakah pihak kerajaan akan membiarkan masalah ini berterusan 60 tahun lagi?
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Dalam RMK10 pada tahun 2011, kos sebanyak RM300 juta telah diluluskan oleh Kementerian Luar Bandar untuk membina Lebuh Raya Sungai Lembing-Jerantut. Dalam RMK11 pula RM640 juta telah diperuntukkan untuk projek yang sama pada tahun 2017. Lebuh raya ini hanyalah 42 kilometer dan pihak Kerajaan Negeri sendiri telah membuat kenyataan bahawa projek ini dijangka siap dalam tempoh tiga tahun sahaja. Saya berasa amat dukacita kerana saya tidak nampak sebarang proses dengan projek tersebut. Kos dianggar dalam RMK10 dan RMK11 tetapi projek tersebut masih tidak menjadi realiti. Saya memohon pihak kerajaan menjelaskan status terkini projek tersebut dan bagaimana dana sejumlah RM940 juta ini telah disalurkan. Syarikat apa yang terlibat dalam projek pembinaan tersebut?
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua,
Masalah ketidakcukupan parkir di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bukanlah perkara yang baru. Pihak kerajaan telah memberi kemudahan kepada pelawat parkir di depan bangunan MBK tetapi ia masih tidak mencukupi. Pelawat MBK er... pelawat HTAA yang parkir di depan bangunan MBK perlu menyeberangi jalan besar yang sibuk. Ini akan meningkatkan risiko kemalangan dan tidak menyelesaikan masalah.
Dato' Yang di-Pertua,
Saya difahamkan cadangan membina bangunan tempat parkir bertingkat telah diterima oleh pihak kerajaan. Pelan untuk bangunan tersebut juga telah siap tetapi projek pembinaan masih belum mula sehingga kini. Oleh itu, saya memohon pihak kerajaan untuk memulakan projek pembinaan bangunan parkir ini bertingkat secepat mungkin bagi menyelesaikan masalah ketidak cukup tempat memparkir kereta.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua,
Ini bukan pertama kali saya sebut dalam Dewan Yang Mulia ini mengenai anggaran hasil negeri Pahang. Setelah meneliti anggaran hasil dalam Bajet 2023 Negeri Pahang, saya mendapati jumlah anggaran hasil daripada denda dan hukuman meningkat sekurang-kurangnya 40% iaitu RM3.9 juta. Ini bukannya satu jumlah yang kecil. Daripada jumlah RM13.3 juta, sekurang-kurangnya 24% iaitu RM3.2 juta adalah daripada denda-denda dan rampasan. Saya juga mendapati kerajaan telah membuat anggaran hasil daripada denda-denda dan rampasan telah meningkat sebanyak 75% iaitu RM1.3 juta.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya juga sebut banyak kali mengenai masalah tersebut. Sebagaimana satu kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan patut mendidik rakyat Pahang supaya menjaga er... mengikut peraturan dan undang-undang bukannya membuat anggaran kerajaan akan menerima lebih banyak hasil daripada denda dan hukuman. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, mengapa Kerajaan Negeri membuat anggaran sebegitu? Adakah Kerajaan Negeri suka menghukum rakyat daripada mendidik? Saya ulangi, ini bukan pertama kali saya bangkit masalah ini. Saya mohon Kerajaan Negeri insaf dan membetulkan sifat sebegitu.
Jika kerajaan yakin sangat bahawa mereka akan mendapat lebih banyak hasil daripada denda dan hukuman, saya mohon pihak kerajaan untuk memperjelaskan bagaimana dan siapakah sasaran utama pihak kerajaan? Sekian, mohon menyokong, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Teruntum. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Padang Tengku, silakan.
Assalamualaikum WBT. Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan dalam Bahasa Arab). Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua kerana sudi dan membenarkan saya untuk turut sama membahaskan belanjawan yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada Jumaat yang lalu. Belanjawan yang bertemakan 'Negeri Stabil, Rakyat Sejahtera' sesungguhnya satu belanjawan yang cukup menarik dan belanjawan yang memukau sehingga ada pihak-pihak tertentu menyifatkan ini belanjawan yang menyebabkan ada orang yang sakit kencing manis. Ini saya tengok pada satu YouTube yang sempat saya tinjau. Ini sebenarnya satu nikmat kepada kita di atas kemurahan rahmat Allah SWT, negeri kita aman damai kerana kita telah dikurniakan satu kerajaan yang stabil.
Sepanjang tempoh 5 tahun kerajaan ini berjalan, kita dapat lihat pencapaian-pencapaian cukup baik, misalnya kutipan hasil yang telah pun menjangkau RM1.0 billion. Begitu juga kerajaan mampu untuk menangkis tohmahan yang dibuat oleh sesetengah pihak yang telah menyatakan kerajaan kita sebagai kerajaan yang bakal bankrap. Namun begitu, kita mampu untuk mengurangkan hutang kita daripada RM3.0 bilion hingga tinggal sekitar RM900 juta saja... RM952 juta. Begitu juga keupayaan kita menarik pelabur-pelabur yang pada ketika itu kita berdepan dengan ancaman COVID-19 dan yang pentingnya nikmat kejayaan, kemakmuran yang kita capai dapat kita panjangkan, sampaikan, pulangkan kepada rakyat melalui berbagai-bagai skim bantuan, ransangan dan kebajikan.
Sesungguhnya kejayaan ini adalah terhasil daripada kebijaksanaan pimpinan politik dan kecekapan pegawai-pegawai kerajaan juga tentulah sokongan daripada rakyat yang memberikan negeri Pahang menjadi negeri yang tidak kacau bilau dan kita melihat keadaan kita begitu stabil berbanding dengan sesetengah negeri yang saling bertukar kepimpinan.
Daerah Lipis khususnya Padang Tengku turut menerima limpahan kesejahteraan dan kemakmuran yang melalui berbagai-bagai projek mega umpamanya pembangunan wilayah ekonomi Pahang Barat Plus, kilang peluru dan insya-Allah Padang Tengku juga, Lipis juga akan dapat defend city, bandar pertahanan. Kemudian kita juga tadi diuar-uarkan di dalam soalan dijawab oleh EXCO Pelancongan berkaitan dengan Lipis Geopark, Bandar Baru Lipis 3.0, Kampus Maahad Tahfiz Profesional cawangan Lipis di Kampung Bapong dan insya-Allah melalui strategi-strategi dan inisiatif yang ditawarkan melalui belanjawan 2023 ini pastinya rakyat Pahang akan terus menikmati kemakmuran dan kesejahteraan ini dengan syarat Barisan Nasional terus menerajui kerajaan selepas PRU yang ke-15 nanti.
Kesempatan ini saya ingin turut sama membahaskan berapa perkara yang telah dilontarkan oleh bajet kita iaitu berkaitan yang pertama, strategi merangsang kemajuan ekonomi. Saya tertarik dengan usaha untuk mempromosi aktiviti-aktiviti dan mempergiatkan sektor pelancongan dengan mengeksploitasi alam-alam semula jadi yang banyak di negeri Pahang ini. Padang Tengku sebenarnya tidak terkecuali dengan produk-produk pelancongan alam semula jadi yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi.
Umpamanya kita ada Hutan Lipur Terenggun, Pusat Rekreasi Sungai Yu,Taman Negara Relau, satu lagi yang terbaru ialah Lembah Tanum, Gua Bama, Bukit Peninjau, Tasik Selimbang, Empang Jalih, Lubuk Beriang dan pastinya gua-gua Merapoh dan gua-gua di sekitar Chegar Perah dan ini merupakan satu produk pelancongan yang harus dieksploitkan begitu baik dan kawasan-kawasan pelancongan ini kita mengalu-alukan berbagai pihak supaya menganjurkan aktiviti-aktiviti di peringkat antarabangsa.
Umpamanya sebelum COVID dulu Merapoh ada berbagai-bagai program yang bertingkat er... bertaraf antarabangsa, larian dan sebagainya, memanjat gua, pergi daripada gunung, mendaki gunung dan semuanya merupakan projek-projek yang bertaraf antarabangsa tetapi agak pudar kerana beberapa isu dan kemudahan yang perlu kita tingkatkan. Umpamanya akses jalan, bilik air, jeti perlu dipertingkatkan di tempat-tempat yang tertentu.
Saya nak apa mengingatkan semula ataupun mengimbau semula satu cadangan menjadikan Merapoh sebagai bandar pelancongan dan ini ada dimaktubkan oleh satu pelan... Pelan Pembangunan Merapoh yang telah digagaskan oleh Yang Berhormat ADUN Lanchang, EXCO Pelancongan satu ketika dulu sekitar tahun 19 er… sekitar
tahun 2014. Saya masih ingat lagi bersama-sama dengan Jabatan Pembangunan er... Perancang Bandar dan Desa telah dikeluarkan satu Pelan Pembangunan Ekonomi er... Pelan Pembangunan Merapoh dan yang cukup komprehensif dan di dalam pelan itu berbagai-bagai kegiatan, aktiviti, cadangan dikemukakan bagi menjadikan Merapoh sebagai bandar pelancongan. Saya nak tanya apakah statusnya sekarang sebab kita nampak agak slow dan tidak begitu lancar keadaannya.
Saya juga nak melihat ataupun membawa pengetahuan dewan ini Dato' Yang di-Pertua, iaitu tentang kedudukan keadaan terkini Taman Negara Sungai Relau di Merapoh. Ini merupakan satu destinasi yang menarik pelancongan dan kita apa nama sangat-sangat gembira kerana pemimpin-pemimpin utama kita daripada Duli Yang Mulia Tuanku sampai Pemangku Raja, Dato' Menteri Besar, semua dah turun ke kawasan ini tetapi ada berapa perkara yang perlu kita pertingkatkan. Umpamanya Santuari Kelah di Merapoh, Sungai Jeram yang dulu menjadi tempat yang popular, terkenal dengan ikan kelahnya tapi ikan sekarang dah makin tak ada dah. Kalau ada pun kecil-kecil kurus-kurus je. Jadi saya nak minta pihak kerajaan tengok atau adakan program pemulihan dan pembiakan semula bagi ikan kelah ini.
Begitu juga pakej mendaki gunung. Gunung Tahan daripada laluan Merapoh yang dahulunya kita ber... pakej itu 4 hari 3 malam dan 4 hari 3 malam ini merupakan pakej yang agak sesuai tetapi hari ini katanya pakej itu telah dipanjangkan tempohnya. Ini menyebabkan keresahan kepada pelancong-pelancong kerana mereka terpaksa duduk dalam tempoh yang lama di... di apa nama proses pendakian itu. Tong-tong sampah yang tidak disediakan umpama di kawasan apa nama Sungai Relau itu, tak ada tong sampah. Begitu juga dengan apa er... apa nama ni surau, bilik air yang kotor dan ini saya ingat perlu diambilkan tindakan segera.
Satu daya penarik yang baru yang ada di Merapoh inilah Tree Top Walk iaitu satu laluan di... di antara pokok ke pokok yang setingginya lebih daripada 40 meter dan juga laluan sepanjang 700 meter, yang ni kita nak minta sekarang ni dah… dah siap dan kita nak tunggu bilakah ianya dibuka kepada orang-orang awam kerana nampaknya ini satu daya... daya apa nama pelancongan yang menarik dan kita cadangkan supaya jangan setakat kita ada Tree Top Walk yang hanya sekadar melihat dan menengok pokok-pokok tetapi mungkin boleh ditambah lagi dengan beberapa perkara yang lain umpamanya pembinaan mini zoo er... kita boleh ternak landak, kita boleh ternak arnab. Kita boleh tengok di Genting tu di Bukit Tinggi tu orang datang tengok arnab pun dah… dah begitu menarik untuk kanak-kanak. Jadi saya kira ini satu daya penarik yang baru.
Begitu juga oleh kerana kita nak jadikan ini sebagai tempat tumpuan, kemudahan-kemudahan penginapan, chalet, pondok pondok dan dorm-dorm. Mungkin dorm-dorm yang apa pondok-pondok yang simple-simple saja. Sebagaimana yang kita tengok di... di beberapa tempat di mana pelancong-pelancong yang nak mendaki gunung dia hanya memerlukan rehat dalam waktu yang tidak begitu panjang dan dia dapat memanfaatkan kemudahan-kemudahan ini dan kita cadangkan juga di kawasan ini supaya diadakan dewan-dewan untuk tujuan seminar dan majlis-majlis keraian, keramaian dan sebagainya termasuk penganjuran majlis-majlis perkahwinan di dalam taman.
Satu cadangan yang dikemukakan oleh pihak guide yang ada di sana supaya dibina tandas di Kem Koi dan juga Kem Botak yang merupakan satu tempat perhentian mesti untuk kita sampai ke puncak Gunung Tahan dan kewujudan Merapoh juga boleh dilengkapkan lagi dengan mewujudkan sukan-sukan ekstrem seperti flying fox, abseiling ataupun wall climbing dan kita tengok satu kegilaan baru yang menjadi uar-
uar, yang menjadi apa nama ni er… orang ramai ialah apa yang dibuat di Dabong. Di Dabong iaitu Trip To Dabong dan saya dah pergi tengok, tinjau di Dabong. Sebenarnya apa yang ada di Dabong, ada juga di Merapoh dan berapa tempat kita. Jadi kenapa orang dari seluruh negara gila… bergila-gilaan untuk pergi ke... ke... ke apa nama tu ke Dabong itu? Jadi kalau Dabong boleh memanfaatkan alam semula jadinya, saya tidak nampak Padang Tengku, Tahan, Bera semua mempunyai kemudahan-kemudahan ataupun keindahan-keindahan yang seperti ini.
Seterusnya Dato' Sri Yang di-Pertua, satu lagi kawasan yang saya kira pihak pelancongan perlu beri perhatian ialah Tasik Terenggun. Tasik Terenggun ni kalau satu ketika dulu… 20 tahun dulu er... ia merupakan satu tumpuan, tempat tumpuan sebagai kawasan riadah, rekreasi, sukan keluarga dan sebagainya bagi penduduk-penduduk di kawasan bandar Lipis sebab di kawasan Lipis ni dia tak ada tempat macam tempat orang lainlah, macam-macam kemudahan ada. Di Tasik Terenggun nilah tapi hari… kalua pada kalau pada masa dulu Terenggun ini satu kawasan yang meriah tapi hari ini Terenggun sunyi sepi.
Jadi untuk itu saya nak mencadangkan supaya Terenggun ini dilihat dan dibangunkan semula sebagai tempat untuk sukan riadah keluarga dengan aktiviti air dan berperahu dan berkanu dan juga mungkin boleh kita membuat kolaborasi dengan Jabatan Perikanan. Kita ada beberapa tasik dan kolam di situ. Jadi kalau kita lepaskan ikan er… boleh jadikan aktiviti memancing dan sebagainya. Nak menarik lagi tuan-tuan satu masa mungkin kita boleh er… buat aktiviti menangkap ikan. Di Tahan ada ni aktiviti menangkap ikan tapi di sungai.
Jadi kita nampak ini potensi-potensi yang perlu kita… kita pergunakan sebaiknya ataupun kita tengok di Sepilok, di Sandakan. Saya tengok apa ni tempat pemulihan kera apa ni beruk… beruk… Orang Hutan. Bukan dia, satu lagi yang hidung (ketawa) kan… kan beruk belanda tu kan. Jadi dia... dia... dia bukannya di kandang dan sebagainya tetapi dia letakkan makanan dan tempoh-tempoh tertentu, waktu tertentu kemudian kera, beruk ni datang. Jadi saya tengok di Padang Tengku ni di antara masalahnya ialah masalah kera dan beruk ni. Memang banyak mengacau masuk ke dalam rumah. Mungkin kita boleh tempatkan di situ. Kita guna apa ni, ambil tiket, tambang dan sebagainya ha… pukul 10.00 kita bagi makan dia datang, pukul 5 karang dia datang lagi. Ni satu cara yang saya tengok boleh mengatasi masalah beruk-beruk dan kera-kera yang banyak ini, dengan kita... wujudkan satu tempat yang khusus bagi mereka yang tidak ada gangguan.
Juga di Terenggun ni juga kita boleh buat laluan jalan kaki untuk berjogging dan sebagainya dan tak mustahil kalau kita... dia akan jadi daya penarik untuk kita membuat majlis-majlis keramaian, keraian ke, perkahwinan dalam taman sebagaimana yang telah disebutkan awal tadi. Dekat dengan sebelah tu ada... ada flat perguruan, flat rumah-rumah guru. Flat gurulah yang… yang terbengkalai yang tidak diaktifkan ataupun tidak digunakan, dimanfaatkan secara yang… yang apa nama maksimum. Flat-flat itu saya kira boleh kita gunakan sebagai penempatan-penempatan. Mungkin jadikan homestay ataupun tempat-tempat persinggahan, sewa-sewa bilik dengan kadar yang murah. Jadi ini sudah tentu akan mendaya men… men… menambahkan daya penarik di kawasan Terenggun.
Satu lagi yang saya, tadi saya dah sentuh sikit sebanyak tentang satu lagi aktiviti pelancongan yang perlu kita... kita tingkatkan atau kita galakkan ialah Trail Tourism iaitu apa nama ni pelancongan menggunakan keretapi. Ini memang satu kegilaan baru yang saya nampak dalam tempoh selepas COVID ini, dua, tiga bulan ni saya telah berpeluang untuk menyambut beberapa rombongan yang er... dua rombongan.
Satu datang daripada Bahau naik keretapi pergi ke Lipis lepas tu dia pergi Padang Tengku, kemudian satu lagi kumpulan yang datang daripada KL Sentral naik keretapi kemudian pergi ke Kuala Lipis dan ke apa Chegar Perah dan di situ mereka ni datang dalam tempoh yang singkat. Dia pergi pagi sampai pukul di stesen Kuala Lipis dalam pukul 3, 4 pagi. Kemudian dia berjalanlah dia melihat persekitaran, malam kang dia balik. Jadi, di… di situ kita perlu galakkan, perlu wujudkan kemudahan kepada mereka misalnya tempat makan.
Dia orang datang di Dabong tadi tuan-tuan di antara sebab mereka datang ialah nak makan mi udang tu... nak makan mi udang, nasi kerabu. Jadi, tapi dekat Lepeh, saya ingat majlis kena tengok ni dekat Lepeh nak cari makan hari Sabtu, hari Ahad memang ada kesukaranlah... kesukaran yang kita amat sangat, betul dak? Sebab orang Lepeh ni tak tahu dia tak… di mungkin family yang cukup erat, rapat dia duduk di rumah. Jadi nak harapkan kepada orang-orang tempatan mungkin tak ada. Jadi, kita buatkan kiosk-kiosk, buatkan gerai-gerai atau bangunkan gerai-gerai yang sedia ada itu dengan meletakkan makanan-makanan tradisional kita. Makanan-makanan tempatan sebab orang dia datang memang nak rasa makanan tempatan, dia tak nak rasa tempat lain. Tempat lain, tempat dia pun ada.
Begitu juga kemudahan-kemudahan yang transport... transport dia sebab dia datang dengan keretapi, dia perlukan transport dan juga bangunan-bangunan bersejarah yang ada di di Lipis itu perlu ditingkatkan. Hari ini ada 3, 4 bangunan sejarah yang telah dimasukkan ke dalam apa telah didaftarkan dengan Jabatan Warisan tetapi kita tidak nampak apakah peranan dan faedah nikmat yang didapat yang dapat kepada bangunan-bangunan ini sebab bangunan-bangunan nampak juga terbiar dan terpaksa menggunakan peruntukan dan daripada Majlis Daerah yang sudah tentu tidak dapat menyenggarakan apa nama bangunan-bangunan sedia ada, sebab orang nak datang keindahan bangunan kena jaga, kebersihan bangunan kena jaga dan dia perlukan guide-guide untuk menerangkan apa nama ni kenapa mereka datang dan apa keistimewaan-keistimewaan yang ada di situ.
Berikutan dengan itu, saya nak bawakan isu yang perlu kita tangani iaitu bila dah tourism maknanya naik keretapi, masalah keretapi tu pulak. Masalahnya tuan-tuan, stesen-stesen kereta api di Lipis ni banyak yang telah diupgradekan. Misalnya stesen kereta api di Kuala Lipis tetapi sehingga hari… sehingga sekarang ni saya difahamkan macam tak sudah, macam tak siap, mereka terpaksa gunakan bangunan yang belum pun diserahkan kepada… kepada pihak yang sepatut menggunakannya. Jadi maknanya dia main masuk… masuk secara yang tidak tidak dibenarkanlah kerana bangunan tu tak… tak siap, stesen tu tak siap.
Begitu juga dengan Stesen Kereta Api Padang Tengku. Stesen Kereta Api Padang Tengku katanya mahal berjuta-juta perbelanjaannya, depoh dibuat tapi laluan rel ataupun line untuk masuknya tak siap. Jadi, bila tak siap tuan-tuan, saudara-saudara, Dato' Yang di-Pertua, dia kena hantar balik ke… ke Mentakab. Jadi, tidak dapat digunakan. Jadi, dulu saya dah menghadapi masalah, 400… 40 buah rumah telah dirobohkan kerana nak beri laluan bagi membina apa nama ni depoh ni tapi dah 2 tahun berlaku depoh tak dapat diguna...
Masa dah habis, lebih dah, lebih dah daripada yang ditetapkan, dah lebih 5 minit tapi saya bagi peluang kat Dato'… YB, 2 minit lagi.
Dato',
Saya ingat biasanya bunyi-bunyi loceng, ke saya tak dengar? Tak dengar ya, okey, tak apalah [ketawa]. Jadi tuan-tuan, Dato' Yang di-Pertua, Stesen Kereta Api Padang Tengku saya dah sebut kemudian stesen kereta api di Kampung Chegar Perah. Dah siap tapi tak boleh pindah pula sebab katanya semboyan tu tak dapat dipindahkan, tak masuk dalam spek kerja JKR. Jadi, sampai sekaranglah gunalah juga platform yang lama, stesen kereta yang lama walaupun bangunan sudah siap. Dengan itu, saya mohon menyokong. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja].
Terima kasih Yang Berhormat Padang Tengku. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Damak, silakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. (Bacaan dalam Bahasa Arab)
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih kerana memberikan ruang untuk saya berbahas pada tengah hari ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah khususnya kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar Pahang di atas pembentangan belanjawan bertemakan, ‘Negeri Stabil, Rakyat Sejahtera’. Semoga ia membawa manfaat kepada seluruh rakyat Pahang dengan adil dan saksama, insya-Allah. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Maidah, ayat 8 (bacaan ayat Al-Quran) yang bermaksud, “wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan kebenaran kerana Allah dan menjadi saksi dengan benar dan adil dan janganlah disebabkan kebencian kamu terhadap sesuatu kaum, kamu berlaku tidak adil kepada mereka. Berlakulah adil kerana ia adalah merupakan perkara yang paling dekat dengan ketakwaan kepada Allah SWT dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui perkara-perkara yang halus dan detail”.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya pada pagi ini, pada tengah hari ini tidak mahu berbicara panjang ya kerana memandangkan Parlimen pun sudah dibubarkan dan saya yakin kita pun tak berapa nak sangat dah mendengar cakap panjang ni. Jadi oleh itu, saya mengambil kesempatan pada pagi ini. Pertama, saya mewakili Damak dan juga Tahan kerana kami berada dalam Parlimen yang sama, Parlimen Jerantut ingin mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih khususnya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang bagi saya Tuanku adalah merupakan ikon yang menjadi er... menyebabkan kita bersatu, menyebabkan kita berpadu dan kami di Jerantut khususnya di DUN Damak apabila Tuanku turun, kami amat merasa cukup gembira dan kita dapat bersatu-padu, berukhwah tanpa mengira parti politik, agama dan kaum. Jadi, sekali lagi saya sangat bangga dengan apa yang telah dilakukan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia PRP kita.
Yang kedua, saya ucapkan juga tahniah ya kepada kalau saya nak gelar ayahanda… ayahandalah ataupun kekanda Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar Pahang. Bagi saya di awal Kerajaan Negeri Pahang, di awal selepas PRU 14 apabila kita mewujudkan suasana muafakat, bagi saya ia adalah satu suasana yang sangat manis, suasana yang sangat harmoni dan saya yakin inilah yang menyebabkan Kerajaan Negeri Pahang berada dalam keadaan stabil dan kami daripada pihak kalau dulu mungkin sebahagian daripada kerajaan, hari ini saya tak tahu apa istilah yang boleh saya gunakan tapi kami insya-Allah akan terus mengambil sikap menyokong perkara-perkara yang baik dan insya-Allah kami akan memberikan pandangan bagi usaha-usaha menambah baik usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang.
Jadi, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga seluruh barisan EXCO kerana khususnya di DUN Damak dengan kaedah… kaedah berjumpa, berbincang dengan Yang Amat Berhormat. Banyak isu-isu yang telah dapat kita selesaikan antaranya isu lombong bijih di Perlok, isu pembalakan di Kampung Baru, isu pemilikan tanah dan juga isu pencemaran dan lain-lain. Saya rasa alhamdulillah saya cukup bersyukur termasuk yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang tadi berkaitan dengan peruntukan yang cukup besar untuk membaiki… menaik taraf NRA di Batu Balai… di… di Batu Balai ni. Saya rasa cukup bersyukur dan kalau saya tidak dicalonkan untuk PRU 15 pun dan tak menang, saya rasa saya dah alhamdulillah dapat laksanakan tugas dengan sebaik-baiknya, alhamdulillah.
Juga saya ingin mengambil kesempatan pada hari ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh pengarah-pengarah, ketua-ketua jabatan yang telah memberikan kerjasama kepada kami dan saya juga rakamkan dalam Dewan ni ucapan terima kasih saya kepada 3 orang iron ladylah saya panggil yang pernah menjawat jawatan Pegawai Daerah Jerantut. Antaranya ialah Yang Mulia… Yang Mulia Dato' Tengku Nor Asmaliza Ku Lah yang menjadi Pegawai Daerah mula-mula saya menjadi ADUN di DUN Damak.
Kemudian yang kedua ialah Yang Mulia Tengku Zahirah Tengku Kamaludin dan yang ketiga sekarang ini ialah Cik… Puan Khairun Nissa Aris dan bagi saya mereka sangat memberikan kerjasama yang baik dan alhamdulillah banyak kebaikan yang telah kita capai pada hari ini dan saya harap beri tepukan kepada mereka. [Ahli Dewan menepuk meja]
Seterusnya saya ingin mengambil kesempatan juga mengucapkan terima kasih kepada semua warga DUN Damak, DUN Tahan… mewakili DUN Tahan dan juga warga Jerantut. Alhamdulillah berkat muafakat, berkat bersatu, saya rasa tidak ada isu-isu yang kita kata tegang dalam… dalam DUN kita dan sikit jikanya timbul isu-isu yang orang kata sensitif, alhamdulillah ia dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Jadi akhir kalam, saya ingin juga merakamkan ucapan tahniah kepada Dato' Sri Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan kerana sepanjang kami berkhidmat di Dewan ini dan dalam perbahasan kami telah diberikan ruang yang seadil-adilnya jadi sekali lagi kami ucapkan terima kasih kepada Speaker dan Timbalan Speaker. Jadi akhir sekali saya ingin menyampaikan satu er... serangkap pantun.
Kalau ada sumur di ladang, Boleh kami menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang dan menang lagi pada PRU15, Boleh kita berjumpa lagi.
Insya-Allah (bacaan dalam Bahasa Arab), saya er... mohon menyokong. Assalamualaikum WBT.
Terima kasih BY. Damak. Seterusnya saya menjemput YB. Ketari. Silakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat... Yang Berhormat-Yang Berhormat, yang er... Pegawai-pegawai Kerajaan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana telah memberikan ruang buat saya untuk berbahas pada petang ini.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan Negeri Pahang pada hari Jumaat yang lalu. Saya kira pembentangan ini er... pembentangan belanjawan ini adalah yang luar biasa sedikit kerana ia dibentangkan lebih awal daripada bajet belanjawan pusat. Namun kita faham kerana apa.
Tuan Yang di-Pertua,
Meneliti er... belanjawan yang telah dibentangkan pada hari Jumaat lalu, Ketari ingin membangkit beberapa isu yang berkaitan dengan perkara-perkara yang disentuh dalam belanjawan yang telah dibentangkan. Pertama sekali, Ketari ingin menyatakan sokongan terhadap usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri untuk menangani masalah kemiskinan haid di kalangan remaja wanita dari golongan B40.
Ramai yang tidak menyedari betapa seriusnya isu kemiskinan haid ini. Ini bukan sahaja melibatkan remaja bahkan ia melibatkan semua wanita dari golongan B40. Oleh itu Ketari meminta er... pertimbangan pihak Kerajaan Negeri agar usaha dan inisiatif ini diperluaskan kepada golongan wanita bukan sahaja golongan remaja tetapi untuk semua wanita dari golongan B40.
Kemiskinan haid ini juga bukan sahaja berkaitan dengan isu kesusahan golongan wanita untuk mendapatkan tuala wanita, tetapi kekurangan air bersih untuk membersihkan diri ketika haid... didatangi haid juga antara aspek yang… yang termasuk di dalam kemiskinan haid ini. Ini membawa kepada perkara kedua yang ingin saya sentuh dalam ucapan saya.
Tuan Yang di-Pertua,
Ketari meneliti semua usaha yang telah disenaraikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkaitan dengan isu air di negeri Pahang. Ketari berharap, rancangan yang dirancangkan ini akan siap pada waktu yang telah ditetapkan dan akan memberikan manfaat kepada rakyat negeri Pahang.
Masalah air ini adalah masalah yang sudah lama dan berulang-kali dibangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini. Bahkan pada April yang lalu, jika kita rekod... kita lihat pada rekod sidang... rekod sidang, hampir setiap Ahli Dewan Negeri membangkitkan isu air. Air ini adalah sumber yang paling penting buat manusia. Kita perlukan sumber air bersih untuk minum, masak, membersihkan diri dan sebagainya. Jadi ia adalah sangat... ia adalah seperti keperluan asas untuk setiap insan.
Jadi Ketari berharap dengan adanya campur tangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga perbelanjaan sebanyak RM322 juta untuk membiayai 14 projek perkhidmatan bekalan air untuk tahun hadapan, masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Kerajaan Negeri perlu ada urgency dengan izin, untuk menyelesaikan masalah air ini.
Tuan Yang di-Pertua,
Satu lagi isu yang Ketari mengharapkan urgency dengan izin, daripada Kerajaan Negeri ialah isu berkaitan dengan pasca banjir. Sudah hampir setahun negeri Pahang yang kita sayangi ini dilanda bencana banjir namun di kawasan Ketari, saya sebagai Wakil Rakyat masih menerima aduan mengenai isu baik pulih rumah rakyat yang dilanda banjir.
Bersama-sama saya adalah senarai di sini ada lebih kurang 30 senarai penerima mangsa-mangsa banjir yang rumah mereka masih lagi belum siap dibina ataupun belum siap dibaiki dan terutamanya penduduk dari Kampung Taman Chegar Medang, Kampung Chegar Medang dan Kampung Benus. Dan mereka ini, penduduk-penduduk ini telah menunggu hampir lebih 10 bulan untuk rumah mereka dibaik pulih.
Jadi saya berharap hal ini dapat diselesaikan dengan segera oleh pihak kerajaan sama ada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat yang telah dibubarkan. Kerana ini adalah janji daripada pihak kerajaan pada… semasa selepas kejadian banjir berlaku bahawa pertolongan akan diberikan namun sehingga hari ini masih ada berapa er... lebih kurang 30 penama yang kita terima masih belum di… siap lagi baiki rumah mereka dan mereka juga risau jika bencana banjir akan berlaku, sekali lagi rumah mereka akan er... mungkin ditenggelami atau rosak akibat banjir jadi selepas 10 bulan masih lagi masalah ini belum selesai.
Selain itu juga saya mendapat aduan mengenai perihal kontraktor yang diberikan projek untuk baik pulih rumah mangsa banjir ini. Mangsa banjir memaklumkan kepada saya bahawa keadaan rumah yang telah dibaik pulih ini seperti melepas batuk di tangga. Ada juga yang mengatakan kerja baik pulih ini sebenarnya bukan untuk membantu mangsa banjir tetapi untuk kontraktor semata-mata. Jadi saya harap pihak kerajaan boleh melihat perkara ini dengan lebih serius dan menyiasat apa sebenarnya yang sedang berlaku.
Begitu juga dengan hal-hal infrastruktur yang rosak akibat banjir. Pada hari Jumaat lalu, setelah Kerajaan Negeri Pahang membentangkan belanjawan negeri, Kerajaan Persekutuan pula telah membentangkan Belanjawan Negara di sebelah petang. Saya telah meneliti er... meneliti belanjawan yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan dan satu perkara yang telah menarik perhatian saya iaitu kebenaran untuk menggunakan peruntukan MARRIS bagi menggantikan… membaiki dan menggantikan jalan, jambatan dan longkang yang rosak akibat bencana banjir.
Baru-baru ini saya telah menerima balas... menerima maklum balas daripada Jutera Daerah di Jabatan Kerja Raya Bentong yang er... yang berkaitan dengan pertanyaan saya mengenai pembinaan Jambatan Sungai Kuali di Janda Baik yang musnah akibat banjir dan er... jawapan balas itu mengatakan bahawa ia tidak dapat dibina pada tahun ini oleh pihak JKR.
Jadi saya rasa kalau kita lihat ini adalah gambar yang di mana jambatan yang telah musnah. Di Janda Baik ada dua jambatan. Satu, Jambatan Sungai Lampin dan Jambatan Sungai Kuali. Satu saja jambatan yang dibina, satu lagi tidak tapi dan saya
merasakan kedua-dua jambatan ini amat diperlukan oleh penduduk setempat dan diperlukan oleh orang ramai yang datang untuk melancong ke Kampung Janda Baik.
Ini kerana Janda Baik adalah kawasan yang sangat-sangat terkesan akibat banjir yang berlaku. Jadi saya mohon kawasan-kawasan ini diberikan perhatian segera oleh Kerajaan Negeri untuk baik pulih pasca banjir dan kalau kita lihat ada satu jalan yang menuju ke ILMU juga sehingga kini masih rosak dalam tempoh 10 bulan ini. Jadi saya rasa demi keselamatan pengguna dan orang kampung, kita perlulah baik pulih segera sebab er... saya lihat jalan yang rosak ni tak panjang pun tapi sehingga hari ini masih dalam keadaan seperti selepas banjir berlaku, sudah hampir 10 bulan dan saya harap ia diberikan perhatian yang lebih kepada Kampung Janda Baik kerana ia adalah kawasan pelancongan dan ia adalah kawasan untuk penduduk kampung menjana ekonomi mereka dan ekonomi Kerajaan Negeri. Jadi saya mohon 2 kawasan ini tidak dipinggirkan.
Tuan Yang di-Pertua,
Yang terakhir ialah Ketari ingin bawakan isu… perhatian Sidang Dewan Yang Mulia ini iaitu isu rumah atau kuarters kerajaan yang tinggal… yang tidak dihuni… dihuni oleh penjawat awam. Kuarters ini apabila di… tidak dihuni maka ia tidak dijaga dengan baik dan dipenuhi dengan semak samun. Saya banyak menerima aduan tentang hidupan liar yang masuk ke kawasan-kawasan perumahan mereka di kuarters ini dan keadaan ini memberikan gangguanlah kepada penduduk-penduduk yang tinggal, penghuni-penghuni di kuarters ini dan saya berharaplah juga Kerajaan Negeri memandang serius hal ini dan supaya kuarters-kuarters ini dibaik pulih ataupun dilakukan sesuatu supaya kerja-kerja pembersihan ada dan ia boleh digunakan dengan sebaik-baiknya.
Kalau kuarters itu tidak selamat, lakukan sesuatu supaya tidak ditinggalkan terus bertahun-tahun tanpa penghuni dan akhirnya yang datang penagih dadah, hidupan liar ataupun penyakit... nyamuk aedes dan sebagainya. Kemudian er... selain itu juga Ketari ingin mengambil kesempatan untuk mengemukakan pertanyaan kepada Kerajaan Negeri berkaitan dengan projek Rumah Rakyat Pahang (RRP). Ketari berharap Kerajaan Negeri sewaktu sesi penggulungan nanti boleh memberikan jumlah pecahan penerima manfaat projek ini mengikut kaum kerana ini adalah pertanyaan dari penduduk. Mereka mahukan jawapan ini daripada pihak Kerajaan Negeri dan yang terakhir juga saya ucapkan tahniah juga kepada Kerajaan Negeri, ya...
Yang Berhormat Yang di-Pertua...
Silakan.
Saya mohon izin Ketari, berhubung dengan Rumah Rakyat Pahang ni, yang pertama sekali Pengerusinya adalah Dato' ataupun Tuan Pegawai Daerah, yang mempengerusikan untuk siapa yang layak, menentukan tanpa mengira bangsa ataupun kaum. Yang terkini untuk makluman Yang Berhormat, saya pergi ke Lipis, turun padang dah bila diberitahu ada 2 buah rumah daripada kaum Cina yang uzur,
teruk sangat dah bila saya pergi, saya terus meluluskan 2 buah rumah kaum Cina di Lipis.
Maknanya kaum ni tak timbul, kita kira siapa yang benar-benar layak, sebab tu di negeri Pahang ni bila kita sebut Bantuan Prihatin Pahang, kita sebut bantuan prihatin yang bersasar. Bila kita sebut Rumah Rakyat Pahang, kita bagi kepada mereka yang benar-benar layak, malahan ada satu kes tersilap, di mana isterinya er... yang lelaki itu memang betul miskin tetapi isterinya tidak di... di disebut jawatan dan sebagainya dan apabila kita dapati tidak layak, kita tarik balik. Jadi, saya ingat benda ni tak timbullah, ini semua kecil punya hallah Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Terima kasih.
Ketari membangkitkan kerana persoalan ini datang daripada penduduk setempat, jadi kita tolong menyampaikan. Jadi terima kasih kepada jawapan Menteri Besar di atas jawapan tersebut...
Tapi Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, sebagai ADUN Ketari yang kita tahu rajin turun padang, baru ni pun buat apa ni... bajet kena kencing manis. Eh! Kena kencing manis pulak [Ahli Dewan ketawa]. Apa bajet yang manis, baguslah, kan? Lepas tu, sila duduk Yang Berhormat.
Maknanya buatlah research sikit, buatlah kajian sikit. Ini siapa bagi tahu cakap, siapa bagi tahu cakap, kita kena filter ya Yang Berhormat Yang di-Pertua, betul tak? Ya, Yang Berhormat kena... kena kaji, tengok dulu, jangan main cakap ikut suka saja, yang... yang bab tadilah, yang lain-lain tu nampak okey sikitlah. Terima kasih Yang Berhormat [Ahli Dewan ketawa].
Itulah Yang Berhormat, sebab tu saya bertanya er... bertanya.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, kita...
Beza bertanya dengan kenyataan...
Yang Berhormat... Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Tadi baru je minum dengan Yang Berhormat daripada Ketari, banyak benda kita sembang, yang tu pun tak tanya, pasal apa? [Ahli Dewan ketawa] Patut tanyalah yang tu.
Sebab nak rekod...
Nak tanya dalam Dewanlah, tak apa, sila.
Ya... dalam Dewan ada rekod. Nanti orang kata kita tak tanya. Okey baiklah, lepas ini saya nak memuji pula [ketawa].
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang kali ini kerana memberikan perhatian yang lebih kepada masyarakat Orang Asli. Namun begitu, saya juga harap disegerakan pewartaan tanah-tanah Orang Asli di kawasan yang belum diwartakan lagi kerana ini menjadi kerisauan mereka juga. Walaupun dia kata ini tanah mereka tetapi selagi belum digazet ataupun diwartakan, ia seperti tidak 100% jadi mereka risau, jika tanah diambil dan sebagainya, ia untuk menyakinkan pihak mereka. Jadi kita harap ia disegerakanlah oleh pihak Kerajaan Negeri.
Okey yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Sidang DUN pada kali ini adalah Sidang DUN yang terakhir bagi Penggal Ke-14 ini, jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakyat negeri Pahang khususnya di kawasan Ketari kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk mewakili suara mereka di dalam Dewan Yang Mulia ini. Sepanjang 4 tahun saya menjadi Wakil Rakyat di kawasan Ketari, saya telah banyak belajar dan ia satu pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada semua pegawai-pegawai kerajaan, Yang Berhormat-Yang Berhormat dan sebagainya lagi-lagi pegawai-pegawai kerajaan di daerah Bentong yang memberikan kerjasama apabila kita memerlukan dan juga er... dan juga kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat di dalam Dewan Yang Mulia ini serta kepada Speaker berdua.
Jadi, er... saya rasa berbesar hati dengan penghormatan ini dan sebagai ADUN yang termuda di Dewan Yang Mulia ini, saya ada sedikit pantun untuk rakyat Ketari, khas untuk Ketariku:
Bintang barat terbit petang, Bintang timur terbit pagi, Jika tidak melarat panjang, Ada umur ketemu lagi.
Sekian, terima kasih. Ketari menyokong. [Ahli Dewan menepuk meja].
Terima kasih Yang Berhormat Ketari. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Sungai Lembing. Silakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Bacaan ayat Al-Quran).
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Terima kasih kerana dapat memberi kepada saya bersama-sama membahaskan ucapan bajet yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Utama Menteri Besar Pahang bagi tahun 2023. Pertamanya saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar di atas bajet yang dibentangkan.
Saya percaya dalam bajet tersebut melengkapi, menyentuh segala-gala aspek terutama yang bersangkutan, yang berkaitan dengan masyarakat, orang tua, orang muda, warga emas, usahawan, petani dan semua sekali juga dalam bidang keagamaan.
Tuan Yang di-Pertua,
Dalam hal ini kita berharap mudah-mudahan bajet ini akan sampai kepada rakyat kemudian rakyat juga seharusnya dapat memikirkan macam mana perkembangan kita di negeri Pahang ni, sampai ke tahap sekarang ni, kita dah mencapai pendapatan RM1 bilion.
Jadi, makna negara kita ni... negeri kita ni Tuan Yang di-Pertua, dah nak melangkah sebagai salah satu daripada kelab negeri-negeri maju di Malaysia ni. Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Utama kerana bantuan kepada rakyat, bukan sahaja rakyat, malah pelajar-pelajar sekolah tak ada peringkat yang Kerajaan Negeri tak sentuh daripada pelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, remaja sampai kepada mahasiswa.
Jadi, kita berharap kepada rakyat terutama sekali rakyat negeri Pahanglah supaya memandang perkara ini secara serius bahawa inilah dia kerajaan yang kita perlu bagi sokongan untuk meneruskan kepimpinan meneraju Pahang Darul Makmur ini, Tuan Yang di-Pertua.
Di samping itu juga Tuan Yang di-Pertua, kita dah tahu ini adalah sidang yang terakhir di Dewan pada kali ini, bagi saya antara perkara utama yang saya ingin fokuskan adalah berkenaan dengan cadangan Jalan Sungai Lembing - Jerantut. Pada beberapa bulan yang lepas, tahun lepas kalau tak silap saya er... Menteri Pusat datang ke Kuantan mengumumkan bahawa cadangan Jalan Sungai Lembing ke Jerantut nanti akan dilaksanakan pada tahun 2030 iaitu dalam Rancangan Malaysia Yang Ke-12.
Kemudian saya juga suka mengimbau kembali pada tahun 2018… 2017 kalau tak silap saya, masa itu Menteri Pertahanan ada mengumumkan kebetulan Menteri Pertahanan
er... merasmikan Pewakilan Bahagian Paya Besar pada masa itu, mengumumkan bahawa cadangan Jalan Sungai Lembing ke Jerantut ini akan dilaksanakan melalui Projek Jiwa Murni. Jadi itulah, kemudian satu lagi saya pun nak bertanya sebab saya mendapat maklumat daripada Kementerian Kerja Raya bahawa di Kementerian Kerja Raya masih tak ada menerima pun kertas cadangan Jalan Sungai Lembing - Jerantut buat masa ini.
Tuan Yang di-Pertua,
Kita tahu bahawa tak lama lagi Lapangan Terbang Antarabangsa Gebeng akan didirikan. Dengan pelaksanaan ataupun terdirinya… terbinanya Lapangan Terbang Antarabangsa Gebeng, kemajuan Kuantan, Pahang ini diharapnya akan semakin pesat dan maju. Begitulah juga dengan adanya lapangan tersebut, pelancong-pelancong yang berminat untuk pergi ke Taman Negara sudah tentulah er… kalau ada cadangan Sungai Lembing ke Jerantut ataupun Sungai Lembing ke Lepar Utara nanti er… akan memudahkan lagi… akan menambahkan… memudahkan lagi… menambahramaikan lagi pelancong-pelancong yang akan er… berkunjung.
Selain daripada itu, Pahang Timur dan Pahang Barat akan bersambung. Sekarang ini antara Pahang Timur dan Pahang Barat daripada Kuantan nak pergi ke Lipis nak pergi Cameron Highlands sikit punya jauh. Dengan adanya cadangan jalan tersebut akan dapat merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan memudahkan lagi perhubungan. Di samping itu juga, er... perkembangan Bandar Tun Razak itu sendiri akan semakin… semakin maju.
Jadi kita sangat berharapkan dalam ini untuk menambahkan lagi kemajuan Pahang... negeri Pahang kita ini di mana dalam bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, kita telah menarik ramai pelabur-pelabur datang untuk melabur ke negeri Pahang. Jadi saya berharaplah bahawa cadangan ini kita perlu ambil berat. Sebab daripada tahun 1980 lagi kalau tak silap saya pada masa tu Tuan Yang di-Pertua, EXCO umumkan cadangan Jalan Sungai Lembing –Jerantut.
Tuan Yang di-Pertua,
Di samping itu juga, saya teringat titah cadangan Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang mencadangkan supaya kita buat bandar baru Sungai Lembing ni… buat bandar baru di Sungai Lembing ni. Sebab Sungai Lembing ini kita dah tahu, tahun lepas banjir sampai 4, 5 kali. Jadi dengan adanya cadangan Jalan Sungai Lembing - Jerantut, lepas tu kita buat satu penempatan baru ataupun bandar baru, ini akan memajukan lagi kawasan kita.
Tuan Yang di-Pertua,
Di samping itu juga, berkenaan dengan tarikan pelabur-pelabur datang melabur di Pahang ni saya juga membangkitkan berkaitan dengan kawasan bauksit di Bukit Goh. Sekarang ni di Bukit Goh dan juga di Bukit Kuantan, 406 orang peneroka yang terlibat yang putus sumber pendapatan hampir 7 tahun lepas terhentinya aktiviti bauksit.
Jadi ada usaha... 2, 3 hari lepas pun pelabur... wakil pelabur daripada Jerman datang ke Bukit Goh. Datang apa... ke Bukit Goh tengok kawasan sambil memberikan taklimat berkenaan dengan projek solar yang mereka telah jalankan di negeri Pahang ni. Jadi mereka juga berhasrat untuk melaburlah melalui projek Solar Farm di FELDA Bukit Goh. Kalau sekiranya segala-galanya berjalan dengan lancar dan perkara ini kita akan bawa kepada pengetahuan pihak Kerajaan Negeri. Bukannya apa Tuan Yang di-
Pertua, 7 tahun tak ada pendapatan. Jadi ada ada dualah pelabur-pelabur daripada Jerman dan Arab Saudi dan juga pelabur daripada Jepun pun turut menyampaikan rasa minat mereka dalam hal ini.
Jadi saya... bagi sayalah kemudian dengan pihak FELDA pun kita telah mengadakan kunjungan dan perbincangan, jadi saya berharap kalau di Selangor ya FELDA Bukit... asalnya FELDA Bukit Cerakah tu sekarang ni dah maju. Satu lagi er… Sungai Buaya pun di Selangor, FELDA juga, dimajukan. Jadi saya berharap kalau sekiranya segala berjalan lancar sokongan… dokongan daripada Kerajaan Negeri kita mengadakan Solar Farm di FELDA Bukit Goh. Kita tahu di Pahang ni di jalan.... di Gambang dekat highway pun ada solar, di Nenasi pun ada solar Tuan Yang di-Pertua, di Serandu, Pekan pun dah ada sekarang ni projek solar.
Di samping itu juga Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengalu-ngalukanlah... saya difahamkan di kawasan saya nanti projek bekalan air ya... Loji Air Bukit Puling sebesar 400 juta akan dilaksanakan, insya-Allah. Mudah-mudahan bekalan air di Sungai Lembing dan juga di Kuantan dapat kita naikkan taraf di masa yang akan datang. Begitu juga dengan Projek Perumahan Kakitangan Kerajaan di Bukit Kuin di tanah seluas 200 ekar juga akan dilaksanakan kalau segala-galanya berjalan dengan lancar dan sempurna.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya juga merakamkan penghargaan dan terima kasih banyak kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Utama Menteri Besar Pahang kerana baru-baru ini telah menyampaikan Saham FELDA kepada penduduk-penduduk di FELDA Bukit Sagu 1, 2 dan 3 selepas 12 tahun menunggu.
Jadi penghargaan terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada pihak Kerajaan Negeri, pihak Pejabat Tanah dan Daerah Kuantan terutama sekali dan juga anak-anak peneroka pun datang membantu proses mempercepatkan sijil ataupun saham itu dikeluarkan. Jadi selesailah satu masalah hanya kemudian kita juga berharap saham Felcra Sungai Batu sebelum pilihan raya ini akan dapat diberi kepada mereka-mereka yang berkenaan dan mudah-mudahan dengan itu akan dapat menyelesaikanlah keluhan rakyat yang dah menunggu saham Felcra ni dah sekian lama.
Saya juga merakamkan penghargaan terima kasih banyak-banyak kepada Pejabat Tanah Kuantan kerana masalah RTK, Rancangan Tanah Kelompok... saya ingat lagi daripada saya mula-mula sekali jadi Wakil Rakyat masa tu, alhamdulillah dekat hujung-hujung sekarang ni, boleh katakan sudah pun selesai. Jadi Tuan Yang di-Pertua, di sinilah kita lihat betapa pentingnya pimpinan Kerajaan Negeri yang dinamik, yang berwawasan dan juga kakitangan penjawat awam yang apa er... begitu er... menunaikan amanah dan tanggungjawabnya menyebabkan banyak perkara-perkara dan juga masalah-masalah dapat kita selesaikan dan juga dapat kita merungkaikan keluhan-keluhan di kalangan masyarakat.
Jadi di kesempatan yang ada ini Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya menyampaikan rasa terima kasih penghargaan yang sangat tinggilah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Sri Menteri Besar Pahang di atas pentadbiran bantuan daripada Kerajaan Negeri kepada kami Wakil Rakyat dan juga kepada masyarakat terutama sekali di kawasan saya dan juga saya menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada semua sekalilah kalangan penjawat awam, pegawai-pegawai kerajaan, jabatan-jabatan yang sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik untuk kami sebagai Wakil Rakyat ni menyelesaikan masalah-masalah rakyat.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini saya berdoa, saya percaya bahawasanya dalam pilihan raya, PRU yang ke-15 yang akan datang ni kita Pahang akan terus diperintah oleh Barisan Nasional malah kita akan dapat merampas beberapa lagi kerusi-kerusi sama ada DUN ataupun Parlimen di negeri Pahang ini. Saya berdoa mudah-mudahan pihak Kerajaan Negeri yang... di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar akan terus berusaha sedaya upaya dalam masa yang ada ni untuk kita pastikan rakyat akan menyokong kita. Jadi Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Lembing. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian seramai 7 orang Ahli Yang Berhomat telah mengambil bahagian untuk berbahas pada pagi ini. Saya bercadang untuk menempohkan Persidangan kita sebelah pagi ini dan Persidangan kita akan disambung jam 2.30 petang. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan pada jam 12.52 tengah hari]
[Persidangan disambung semula]
Sambungan Perbahasan Rang Undang-UndangBill
Perkara ketiga: Sambungan perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2023/2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2023.
Assalamualaikum WBT. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, kita masih lagi dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul yang telah dikemukakan dan pada petang ini kita akan menyambung perbahasan atas Rang Undang-undang dan Usul Perbekalan Air ini. Saya dengan sukacitanya menjemput Yang Berhormat Muadzam Shah. Silakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan perbahasan di Dewan Yang Mulia ini. Terlebih dahulu, saya ingin melafazkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya saya diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ucapan Bajet Tahun 2023.
Tuan Yang di-Pertua,
Perkara pertama adalah berkaitan dengan pembentangan Bajet 2023. Jumaat lepas, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah membentangkan Bajet kali ke-5 di Dewan Yang Mulia er... ini dan yang pastinya bajet tersebut adalah bajet terakhir bagi penggal ke-14 ini yang bertemakan 'Negeri Stabil, Rakyat Sejahtera'.
Saya amat yakin dengan rekod kerja pentadbiran Kerajaan Negeri dalam tempoh 4 tahun lebih pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, negeri Pahang berada di landasan yang terbaik dengan memperuntukkan satu perpu… RM1.071 bilion Perbelanjaan Mengurus dan RM318.83 juta Perbelanjaan Pembangunan.
Tuan Yang di-Pertua,
Keutamaan urus tadbir dan kecekapan kawalan ketirisan hasil Kerajaan Negeri adalah antara agenda utama di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dalam tempoh lebih kurang lim... 53 bulan pentadbiran, Kerajaan Negeri berhadapan dan melalui pelbagai cabaran. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Pahang berjaya mentadbir negeri ini dalam situasi sebagai sebuah negeri pembangkang kepada Kerajaan Pusat yang diterajui oleh Pakatan Harapan selama 22 bulan.
Kerajaan Negeri juga berjaya menjalan... menjalani ujian Allah SWT bila mana seluruh negara di dunia ini termasuk negeri Pahang menerima musibah akibat wabak penyakit pandemik COVID-19 selama 2 tahun lebih. Kemudian, mampu mendepani usaha memulihkan ekonomi pasca pandemik COVID-19. Kerajaan Negeri juga mampu
mengharungi kesan ekonomi er... global dunia disebabkan berlakunya perubahan geopolitik antara er… negara seperti Amerika dan China, di Turki, di Taiwan, kesan perang Ru… di Rusia - Ukraine dan lain-lain lagi.
Tuan Yang di-Pertua,
Ibarat kata pepatah Melayu, 'yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang', 'di mana ada kemahuan, di situ ada jalan' dan 'jika tidak dipecahkan ruyung, mana boleh dapat sagunya'. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah SWT pencapaian peningkatan hasil negeri bertambah setiap tahun secara konsisten bermula tahun 2018 hinggalah ke tahun 2022.
Tahun 2022 ini juga telah mencatat sejarah bila mana hasil kutipan negeri berjaya dikutip melebihi RM1 bilion iaitu sebanyak RM1.027 bilion sehingga 6 Oktober lalu. Ini adalah berkat gigih barisan er... Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, kakitangan penjawat awam sama ada negeri dan persekutuan yang diterajui oleh Yang Berhormat Dato' Sri Setiausaha Kerajaan Negeri. Sekali lagi saya mohon er... kalau boleh ya semua Yang Berhormat bangun memberikan standing ovation kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan MMK dan State GLC [Ahli Dewan bangun dan menepuk meja] yang telah menyumbang keberhasilan hasil negeri, negeri Pahang ini. Dan tidak lupa juga terima kasih kepada semua rakyat Pahang termasuk syarikat korporat, masyarakat kampung, peneroka FELDA yang telah menjalankan amanah membayar cukai tanah dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua,
Kejayaan menarik pelaburan berjumlah RM20.56 bilion ringgit adalah bukti keyakinan syarikat-syarikat pelaburan sama ada pelabur domestik dan pelaburan asing datang melabur disebabkan tawaran menarik dan kestabilan poli... politik negeri Pahang. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Pahang dalam tempoh 4 tahun lebih pemerintahan dapat mengurangkan beban hutang Kerajaan Negeri daripada RM3.31 bilion kepada RM952.21 juta tanpa membebankan rakyat adalah satu yang menakjubkan.
Tuan Yang di-Pertua,
Rakyat Pahang beruntung kerana memiliki seorang Menteri Besar yang sentiasa terbuka, telus menyatakan jumlah sebenar kutipan hasil dari se... semasa negeri dari awal tahun hingga ke hujung tahun. Sentiasa ya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar sentiasa update dalam mana-mana ucapannya, tidak pernah Yang Amat Berhormat Menteri Besar membohongi rakyat sepertimana pemimpin lain yang memfitnah menyatakan hutang negara sehingga melebihi RM1 trilion, negara nak muf... mufIis dan sebagainya, sehingga rakyat terpedaya.
Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Pahang juga sepatutnya beruntung kerana memiliki seorang Menteri Besar yang sentiasa sensitif kepada keperluan dan kebajikan rakyat. Sebab itulah kalau di... kita hayati Yang Amat Berhormat Menteri Besar selalu menyatakan dalam mana-mana ucapannya semua hasil pendapatan Kerajaan Negeri sel... selepas ditolak dengan perbelanjaan pentadbiran selebihnya akan dipulangkan kepada kembali kepada rakyat.
Atas dasar cakna dan sensitif kepada keperluan dan kebajikan rakyat, maka penyaluran… penyaluran bantuan dalam program kebajikan terus kepada rakyat pada tahun 2023 bertambah kepada RM77.95 juta menerusi pelbagai bantuan seperti Bantuan Prihatin Pahang, Program Kebanggaan Pahang, Program Pemerkasaan Wanita, Warga Emas tanpa mengira bangsa, agama, mahupun ideologi politik.
Begitu juga dengan pertambahan jumlah bilangan er... Rumah Rakyat Pahang kepada 8 unit di setiap kawasan Dewan Negeri. Ini adalah berita gembira kepada warga miskin tegar yang susah... yang hidup susah di ceruk-ceruk kampung, ibu tunggal yang terbeban mempunyai tanggungan anak ramai dan lain-lain lagi.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya adalah antara orang yang pernah memegang jawatan Pengerusi JPKK, masa tu JKKK ya selama 8 tahun. Saya tahu dan saya pernah merasa berat dengan tanggungjawab bagi memastikan kebajikan masyarakat kampung terjaga di samping menjaga keselamatan dan berusaha memajukan kampung. Ke hulu ke hilir siang malam tak tentu masa, mengharungi banjir memindahkan orang kampung, berjalan ke rumah-rumah menemui keluarga kerana ada anak-anak yang ponteng sekolah, urusan pengesahan pendapatan, pengesahan mastautin, pengesahan bujang, balu atau duda bila mana ada penduduk yang nak bernikah, menghadiri mesyuarat dengan jabatan kerajaan dan lain-lain lagi. Itu adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab ketua kampung.
Sudah tentulah saya di antara orang yang berasa amat gembira bila mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang mengumumkan kenaikan elaun JPKK daripada RM750.00 kepada RM1,000.00. Dengan kenaikan ini sudah pasti akan menjadi pembakar semangat untuk terus mencurah bakti dan khidmat kepada masyarakat kampung.
Tuan Yang di-Pertua,
Bajet 2023 adalah bajet yang terbaik dalam sejarah negeri Pahang. Setiap... tetapi sehari selepas rakyat Pahang menerima berita gembira hasil limpahan kepa... untuk rakyat, ada pula di kalangan Ahli Yang Berhormat yang telah menjelajah cuba meracuni fikiran rakyat dengan memberi analogi belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Jumaat lepas katanya “kalau makan gula-gula boleh kena kencing manis”.
Pada peringkat awal saya ingat dia memuji, tapi rupanya dia meragui. Dalam ucapannya, "boleh yakin ke Kerajaan Barisan Nasio... Barisan Nasional menunaikan janji-janji dalam belanjawan tersebut? Boleh menunaikan apa yang diperkatakan? Boleh ke kepercayaan ini diberi lagi?"
Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri Pahang di bawah Barisan Nasional tidak menabur janji palsu tetapi apa yang diberi, apa yang dihulur kepada rakyat sudah terbukti. Saya berharap rakyat Pahang di luar sana jangan sesekali terpedaya dengan fitnah dari golongan terdesak ini dan saya juga percaya ada di kalangan pengundi dah muak dengan janji palsu dan berharap tidak termakan dengan fitnah untuk kali kedua.
Tuan Yang di-Pertua,
Perkara kedua berkaitan dengan isu dalam kawasan saya. Pertama, isu air. Saya mengucap terima kasih atas kesempatan Yang Amat Berhormat turun ke setiap daerah, mendengar sendiri taklimat tentang permasalahan air. Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga telah memaklumkan isu air ini dapat diselesaikan sehingga 90% dalam jangka masa 5 tahun. Sehubungan itu, saya mencadangkan pihak Pengurusan Air Pahang Berhad... Pahang Berhad (PAIP) memaklumkan jadual pelaksanaan kerja untuk memulihkan masalah air ini di setiap daerah dalam tempoh tersebut.
Sekiranya belum buat lagi, sekiranya belum adalah kalau… dan kalau dah ada jadual perancangan, saya harap dapat mohon tolong maklumkan kepada kawasan YB... kawasan Wakil Rakyat setiap kawasan, ya. Sebab kami di bawah ni yang kena menjawab dengan orang kampung. Mereka bertanya bila nak buat? Bila nak laksanakan dan sebagainya dan sekiranya ada maklumat supaya mudah untuk kami menjawab dan menenangkan isu ini kepada masya... pada rakyat.
Tuan Yang di-Pertua,
Perkara kedua berkaitan dengan Lebuh Raya Kuantan-Segamat, saya mengucapkan terima kasih kepada bila mana Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Pantai Timur (ECRDC) Bilangan 2022... Bilangan 2/2022 bahawa pihak kerajaan meneruskan projek Lebuh Raya Kuantan-Segamat Fasa 2 sejauh 51 kilometer dari Runchang ke Simpang Tiga Keratong. Ini adalah satu lagi rahmat untuk Rakyat Pahang bila mana Perdana Menteri Malaysia daripada Kerajaan Barisan Nasional. Cuma kebelakangan ini berla… kerap berlaku kemalangan maut. Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan khasnya kepada Jabatan Kerja Raya supaya meperbanyakkan papan tanda amaran atau papan tanda memberi peringatan yang bersaiz besar di kawasan-kawasan kemalangan maut atau kawasan yang merbahaya.
Berkaitan dengan jalan saya juga menyentuh tentang jalan masuk ke Gugusan Selancar, jalan masuk Gugusan Selancar antara jalan tumpuan pengguna jalan raya dari arah Kuantan ke Johor Bahru melalui Felda Redong. Malangnya keadaan jalan pada ketika ini banyak yang rosak, berlubang dan amat merbahaya kepada pengguna kenderaan di laluan tersebut. Dalam media sosial seperti di FB menjadi platform rakyat atau netizen menyalahkan kerajaan dan juga Wakil Rakyat katanya yang tidak mengambil tahu dan sebagainya. Sebuhungan itu, saya mohon isu tersebut dapat diselesaikan dengan segera. Seperkara lagi yang perlu diberi keutamaan berkaitan jalan tersebut, saya berpandangan sudah tiba masanya perlu dibuat kajian semula dari segi struktur reka bentuknya dan jalan tersebut juga perlu dinaiktarafkan.
Tuan Yang di-Pertua,
Berkaitan dengan Balai Polis Muadzam Shah, kali pertama saya bawa perkara ini di Dewan Yang Mulia ini pada 17 November 2020 dalam Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3. Kali kedua pada 30 Mac 2022 dalam Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 dan hari ini saya bangkitkan sekali lagi untuk kali ketiga di Dewan ni. Bermaknanya sudah 2 tahun… hampir 2 tahun daripada apa ni perkara… daripada kali pertama saya membangkitkan tempoh hari. Berkaitan dengan Balai Polis Muadzam Shah ni, ada dua perkara penting yang memerlukan perhatian oleh pihak kerajaan. Pertama, berkaitan dengan kekurangan anggota polis… anggota polis di Balai Muadzam Shah.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan perkara ini kerana ianya ada hubung kait dengan jumlah penduduk yang melebihi 20,000 orang manakala kawasan pengawasannya luas. Kalau sebelah selatan hingga ke Gugusan FELDA… Gugusan Perantau Damai dan Gugusan Chanis melibatkan FELDA Keratong 6, 7, 8, 9, 10. Manakala sebelah timurnya sehingga perkampungan Orang Asli Kedaik, ini termasuklah beberapa lagi perkampungan Orang Asli, 14 ladang sawit, Bandar Muadzam Shah dan lain-lain penempatan sekitar sedangkan jumlah anggota polis di Muadzam Shah hanya ada 15 orang. Kekurangan jumlah anggota ini bukan perkara baru tetapi saya dimaklumkan dah melebihi daripada 10 tahun lagi.
Tuan Yang di-Pertua,
Dengan jumlah penduduk lebih 20,000, dengan keluasan kawasan pengawasan yang luas sudah tentulah kejadian kes-kes yang berlaku sentiasa meningkat dari tahun ke tahun namun jumlah anggota tetap sama dan tidak meningkat. Masalah ini sudah tentu memberi tekanan dan bebanan kerja kepada 15 anggota yang bertugas. Jumlah anggota 15 ini dibahagi pula kepada tiga shift bermakna yang bertugas dalam satu shift tu hanya dalam 5 ataupun 6 orang saja.
Saya juga dapat statistik jumlah anggota yang berada di balai-balai polis yang lain yang berhampiran. Contohnya di Melati - 9 orang, Kota Bahagia - 5 orang, di Bukit Ibam - 10 orang, Bandar Tun Razak - 11, Cenderawasih - 12. Bayangkan Cenderawasih tu yang yang kecil tu ada 12 orang, Muadzam hanya yang besar tu ada 15 orang, tak jauh bezanya. Jadi saya berharap perkara ini dapat diselaraskan semula.
Berkaitan dengan... dan perkara kedua berkaitan dengan jawatan Ketua Balai Polis Muadzam Shah. Untuk makluman, dari dulu hingga kini Ketua Balai Polis Muadzam Shah hanyalah pangkat Sarjan Mejar. Dengan kuasa penugasan Sarjan Mejar ini yang terhad, saya juga memohon Ketua Balai Polis Muadzam mestilah berpangkat pegawai ataupun Inspektor.
Tuan yang di-Pertua,
Saya suarakan perkara ini juga seiring dengan perkembangan pembangunan dan pertambahan penduduk selari dengan Muadzam Shah yang telah dinaik taraf sebagai Daerah Kecil Muadzam Shah.
Tuan Yang di-Pertua,
Di sini saya nak bagi sikitlah ingatan mesra kepada pihak pentadbiran jabatan. Yang Berhomat Tuan Yang di-Pertua, inisiatif perkembangan industri pelancongan adalah industri ke-3 daripada 7 inisiatif besar bagi memajukan ekonomi Pahang. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM9.1juta bagi memastikan kerancakan industri pelancongan dan penganjuran program pelancongan bertaraf dunia seperti Pahang Ocean Paddle, Pahang Billfish International Challenge dan lain-lain lagi satu usaha yang cukup baik.
Cuma yang saya nak bagi sikit ingatan mesra kepada jabatan atau agensi pelaksana program kalau buat penganjuran tu jemputlah pemimpin setempat. Sebagai contohnya penganjuran Pahang Billfish International Challenge pada tahun 2022 baru ini yang berlangsung di Rompin, Wakil Rakyat setempat pun tidak dijemput. Saya dimaklumkan ada kalangan Ketua-ketua Jabatan, Penghulu dan kepimpinan
masyarakat setempat pun tak ada jemputan. Ini bukanlah saya… orang kata nak marah seperti yang Peramu Jaya cakap tadi, nasihat [ketawa].
Tuan Yang di-Pertua,
Bajet 2023 adalah bajet bersifat inklusif merangkumi pelbagai faktor untuk kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat Pahang. Semua ini berhasil kerana pertama kestabilan politik yang diterajui oleh Barisan Nasional dan yang kedua kerana orang Pahang tidak terpedaya dengan fitnah pembangkang. Saya percaya rakyat di luar sana juga akan melihat dan menilai bahawa politik yang class akan stabilkan negeri dan memakmurkan rakyat.
Akhir Kalam, saya dengan rasa tanggungjawab dan akan sama-sama membantu dalam memajukan ekonomi dan mensejahterakan rakyat Pahang. Muadzam Shah mohon menyokong. Sekian, WBT. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih YB Muadzam. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Luit.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kerana beri peluang kepada saya berucap saya ini ucapan terakhir untuk penggal kali ini dan mungkin juga ucapan terakhir dalam Dewan yang banyak kayu ni. Insya-Allah, Dewan baru dia tak ada kayu, kot. Kita semua sekarang berada di hujung penggal ya, Tuan Speaker. Hujung penggal ni, macam atas papan anjal kat kolam renang tulah dah hujung-hujung ni nak sampai ke hujung makin lembut, dia mudah melambung-lambung. Jadi saya cadangkan jangan berpeluk hujung-hujung tu, takut jatuh ramai-ramai. Jadi sorang-sorang kena kat hujung. Jadi kalau jatuh sorang-sorang tak apa, insya-Allah.
Jadi saya pun tidak nak cakap panjang pada petang ni cuma saya nak mengimbau sikit masa selepas PRU14. Daripada PAS 8 orang ni, saya 6 orang adalah Ahli Dewan Negeri yang baru. Apa saya nak kata sini, kami 6 orang ni sebenarnya Wakil Rakyat yang beruntung… sangat beruntung kerana kita ada tiga pengalaman dalam tempoh penggal ni. Pengalaman pertama kita menjadi pembangkang tulen. Tulen ini maknanya dengan Kerajaan Negeri pun kita jadi pembangkang, dengan Kerajaan Pusat pun kita jadi pembangkang.
Lepas tu… yang tu daripada bulan Mei tahun 2018 sampai bulan September tahun 2019. Lepas tahun 2021, kita jadi pembangkang manis namanya iaitu kita bersama kerajaan. Kita bangkang juga tapi kita bangkang dalam keadaan yang harmoni, dengan senyum, dengan… dengan apa ni… bersama-sama dengan kerajaan selama 2 tahun tu. Masa tu memang pembangkang yang manislah, manis maknanya kita… macam-macam faedah kita dapat. Dana-dana diperuntukkan daripada pihak kerajaan. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Lepas tu tahun 2022 baru lagi bulan 1, kita jadi pembangkang lagi tapi kali pembangkang masam-masam manis. Ada masa-masa masam, ada masa-masa manis ya sehinggalah insya-Allah, tak lama lagi kita nak membuang undi pillihan raya. Harap tidak bermasamlah, manis terus sampai mengundi.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kami 8 orang ini sebenarnya daripada parti PAS ini, perjuangan kami mudah sahaja nak bawa kehidupan Islam dalam masyarakat itu... itu... itu matlamat perjuangan parti kami. Jadi saya ambil kesempatan pada hari ini saya nak sebut 10 perkara kenapa kita kena meletakkan apa ini dasar kerajaan ini berasaskan Islam.
Yang pertama, Islam itu diturunkan untuk semua manusia bukan untuk orang Pahang sahaja, bukan untuk Malaysia untuk seluruh manusia. Yang kedua, alam semesta ini dicipta memang daripada asas sistem Islam sendiri ya. Yang ketiga, Islam adalah sistem hidup, the way of lifelah senang dalam maksud nombor tiga. Yang keempat, Allah memerintahkan semua jin dan manusia untuk abdikan diri pada-Nya. Jadi kita tak boleh nak lari dah. [Bacaan dalam bahasa Arab]. Betul ustaz ya? Angguk itu betullah tu.
Yang kelima, Allah memerintahkan kepada umat manusia supaya bertakwa, beriman dan mati dalam Islam. Yang keenam, Rasul mengajar anak-anak dia dan zuriatnya bertaqwa beriman dan mati juga dalam Islam. Yang ketujuh, para nabi dan rasul mengajak umat masing-masing kepada Islam.
Yang kelapan, Allah hanya menerima Islam sebagai landasan hidup dan menolak yang lain, ini kuat ini. Yang kesembilan, Islam adalah nikmat yang paling besar dan yang kesepuluh pemimpin dan rakyat akan bersama di dunia dan di akhirat atas landasan Islam. Jadi itu sepuluh perkara, alhamdulillah dapat saya sebut dalam Dewan sepuluh perkara ini.
Kemudian perkara yang kedua saya nak sebut ini nak ucapkan nak sampaikan ucapan terima kasih kepada…
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua…
…Yang Amat Berhormat Menteri Besar…
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya minta laluan.
Pelangai.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Bukanlah nak mengacau atau mengganggu saudara Ahli daripada Luit, kawan baik saya juga. Ada satu yang penting itu. (Bacaan dalam bahasa Arab), itu pun penting untuk menunjukkan kepada orang-orang bukan Melayu, bukan Islam bahawa Islam untuk semua. Makna kalau kita tengok orang India susah, orang Cina susah kita orang Melayu orang Islam wajib tolong atas dasar (bacaan dalam bahasa Arab), Allah SWT tak sebut (bacaan dalam bahasa Arab), manusia… Allah SWT… manusia, terima kasih. Jangan marah ya, marah kena jual. [Ahli Dewan ketawa]
Terima kasih Dato' Sri Diraja Pelangai. Jadi Tuan… Dato' Sri Tuan Speaker maknanya dah jadi sebelaslah, tadi sepuluh saya sebut [Ahli Dewan ketawa]. Terima kasih.
Seterusnya, saya nak ucapkan… menyampaikan ucapan terima kasih atas pembentangan bajet atau belanjawan Kerajaan Negeri Pahang untuk tahun depan. Cuma saya nak sentuh sikit kalau dapat macam mana kita belanjakan kewangan kita ni untuk kita tumpukan juga kepada perubahan iklim.
Kalau dapat pihak kerajaan mengambil kira secara terperinci apakah perbelanjaan-perbelanjaan yang perlu bagi kita menangani ya ataupun mengurangkan masalah menghadapi perubahan iklim yang akan datang? Kita semua sedia maklum bahawa dunia kita ni memang dah panas, tambahan satu... satu peratus… satu darjah celcius, 1.2 darjah celcius dalam tempoh 100 tahun ataupun dalam tempoh dua generasi saja. Maknanya anak kita, cucu kita dan dunia dah mula berubah ya. Jadi kalau ikut sejarahnya sepatutnya 1 darjah celcius ini dalam 10,000 tahun baru… baru berubah tapi dalam satu tahun, sangat cepat sekarang ini ya. Insya-Allah kita dapat menikmati cara… cuaca yang baiklah sepanjang hayat kita ini, kita pun mungkin tak lama dah ya.
Kemudian er… yalah kita tahu kesan daripada pemanasan global ini banyak sangat, kenaikan air laut sebagainya er...kualiti tanah, kebakaran ya. Saya nak kongsi sikit er...ini satu pernah dengar ceramahlah ini. Dunia ni dia stabil, bulat. Bumi ini bulat, dia stabil, tak goyang, tak bergolek. Dikatakan stabil ni kerana dia ada air batu. Kutub Utara ada air batu, Kutub Utara, lepas tu dia ada air batu di bawah, hujung bawah ini, Kutub Selatan. Ini cerita ini cerita sains metafizik. Jadi dia kata bumi ini tenang, tak goyang, tak golek sebab dia ada dua hujung-hujung dia, sejuk. Jadi saya nak kaitkan dengan ini sebenarnya dengan orang Islam.
Orang Islam ni dia ada wuduk. Wuduk ni kalau tuan… Tuan er… Yang Berhormat Speaker, cuba perhati wujuk kita memang hujung-hujung itu sejuk. Sejuk hujung, sejuk muka ni, sejuk hidung, tepi ini telinga. Lepas itu tangan, sampai hujung jari kaki. Jadi maknanya kalau betul kita punya wuduk cantik mengikut teori sains metafizik ini, kita jadi orang paling tenang, kalau sahabat-sahabat bukan Islam ini boleh try. Balik tengok YouTube macam mana orang ambil air sembahyang, basuh muka, basuh tangan, telinga semua ya. Sains kata jadi inilah keterangan ni tak lama lagi akan musnah bila salji cair, air laut naik, tanah kering. Masa itu kita jangka bumi pun dah tak stabil dah.
Dan kaitan daripada perubahan iklim juga, mesti berkait dengan tanaman kita, food security. Jadi kita haraplah pihak kerajaan dapat meneliti, memerhati tentang program food security kita ni untuk penduduk di negeri Pahang, untuk Malaysia amnya dan saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah terima kasih jugalah kepada pihak daerah saya pentadbiran daerah. Dato' Pegawai Daerah kita dengan Pegawai Pertanian, Puan Shuhada namanya dah wujudkan jawatankuasa food security peringkat daerah. Jadi nampak ada kepekaan di peringkat… peringkat
pentadbiran untuk melihat ya kemungkinan-kemungkinan yang boleh kita buat untuk mengatasi masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua,
Er... saya kali ini saya tak bercakap lagilah tentang apa masalah tempat saya sebab saya kira dah lebih sepuluh kali sidang dah. Semua dah cakap dah, dah tulis belaka dalam itu. Jadi apa-apa saya rasa perkara sama saja cuma saya nak ambil kesempatan mengucap terima kasihlah kepada pihak Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri khususnya. saya boleh sebut beberapa perkaralah untuk di kawasan DUN saya ini er... kita dapat juga projek-projek yang saya kira projek besarlah.
Pertamanya isu air… isu air, paip air, tangki air, pam semua kita kata dah apa dimaklumkan telah dapat dan lulus ya. Insya-Allah, boleh menyelesaikan sedikit sebanyak masalah air di kawasan kita. Kemudian kita ada tebatan banjir dah buka tender kontraktor pun dah tengok. Tebatan banjir di Sungai Maran terutamanya di bandar Maran itu. Kemudian kita ada juga laluan jalan pinggir Sungai Pahang di Kampung Lubuk Paku. Kemudian yang terbaru hari ini saya jumpa surat khabar tadi bagus juga.
Hospital… dia tulis Hospital Maran dibina tahun depan. Ini statement dia keluar selepas 40 tahun. ADUN Luit minta hospital, lepas 40 tahun baru… baru keluar surat khabar. Jadi kita minta jaminan daripada kerajaanlah lepas 40 tahun ini sodok dululah. Sodok… terang… naikkan tiang hospital tu. Ini selepas 40 tahun baru masuk surat khabar, suspend juga ini. Tak tahu jadi ke tak jadi. Jadi kita doa kita harap daripada pihak kerajaan, kalau duit Kerajaan Pusat… Kerajaan Pusatlah minta tolong beri perhatian dan jadilah apa ini kenyataan hasrat kami di... di Maran ini untuk mendapat sebuah hospital, insya-Allah ya. Dan tidak lupa juga terima kasih saya khususlah kepada er... dua orang tokoh pimpinan tempat saya ini.
Er... Dato Sri Shahaniza ya, yang selalu berkunjung ke DUN Luit dan juga Ahli Parlimen Maran ya sama-sama membangunkan Maran sejak dulu lagi dan saya… kehadiran saya dalam DUN Luit pun menyambung kerja-kerja yang mana boleh kita sambung ya, insya-Allah. Er... kemudian saya juga nak mengambil kesempatan untuk mengucap terima kasih kepada penduduk kawasan saya dan juga wakil sahabat-sahabat saya, ada yang tak datang ni.
Tanjung Lumpur, Beserah, Pancing, Luit, Chenor, Jengka, Damak, Tahan nak ucap terima kasih kepada penduduk di kawasan kami atas kebersamaan dalam mengharungi kehidupan sepanjang kami menjadi Wakil Rakyat dan juga jika ada kelemahan, sekiranya kekurangan, kekhilafan sebagainya kami mengambil kesempatan untuk mohon ampun dan maaf insya-Allah kalau naik nama bertanding dan menang lagi kita akan baiki kelemahan-kelemahan yang ada itu, insya-Allah.
Ya, ada pantun juga ini. Nak habis dah. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pantun ini khusus kepada er... rakan-rakan dalam Dewan khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar, er... Ahli-ahli Dewan semua dari kerajaan dan pembangkang. Pantunnya berbunyi:
Engkaulah guru, Engkaulah bapa, Kami diajar banyak ilmu, Kami kenang segala jasa.
Sekian, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima Yang Berhormat Luit. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Tanah Rata. Silakan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2023 yang telah berjaya dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Jumaat yang lepas. Sepanjang tempoh 4 tahun lebih yang lalu, kita telah pun menyaksikan beberapa kali peralihan kuasa di peringkat Persekutuan dari Barisan Nasional ke Pakatan Harapan kemudiannya kepada Perikatan Nasional dan akhirnya kembali semula jawatan Perdana Menteri kepada parti UMNO.
Oleh itu, dalam tempoh… sepanjang tempoh ini kita menyaksikan banyak projek… projek-projek berimpak tinggi yang telah dibentangkan ataupun diumumkan oleh ketiga-tiga kerajaan tersebut. Ada yang jadi adanya yang belum lagi. Kalau… oleh itu hari ini saya ingin mengimbas semula projek-projek yang belum lagi disempurnakan setakat ini. Iaitu yang pertama jalan pintasan Cameron Highlands yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2020 bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands dan saya difahamkan bahawa projek tersebut masih di peringkat kajian kebolehlaksanaan pada jawapan yang saya yang diberikan kepada saya pada mesyuarat yang lepas
Dan yang kedua, projek menaik taraf jalan dari bulatan McDonald's ke Persimpangan Brinchang dan sehingganya Kea Farm di Cameron Highlands dengan anggaran kosnya sebanyak RM142 juta dan ini saya juga difahamkan ia akan diletakkan dalam Rolling Plan yang ke-2 di Rancangan Malaysia Yang Ke-12 pada tahun 2022.
Dan yang ketiga, projek pembinaan Klinik Kesihatan jenis keempat dengan kuarters di Kampung Raja, Cameron Highlands. Yang ini diumumkan pada dalam Belanjawan Persekutuan pada tahun 2020 dan Yang keempat projek menaik taraf jalan dan jambatan fasa kedua di Kampung Terisu. Projek ini juga diamanahkan oleh… kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar atau KPNLB.
Yang kelima, projek menaik taraf jalan di perkampungan Pos Lemoi juga dilaksanakan oleh JKR dan juga Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Yang keenam, usaha mencapai liputan telekomunikasi dan internet 100% untuk semua perkampungan di seluruh Cameron Highlands, yang ni sejajar dengan inisiatif Jalinan Digital Negara atau JENDELA dan saya difahamkan juga bahawa liputan telekomunikasi dan internet belum lagi mencapai 100% di seluruh daerah Cameron Highlands. Saya difahamkan ialah ada lebih kurang 50% sehingga 60%. Oleh itu, yang ni usaha yang kita perlu letak lebih banyak bagi mencapai objektif 100% liputan telco di seluruh daerah Cameron Highlands.
Dan yang ketujuh, iaitu juga inisiatif untuk mencapai bekalan elektrik 100% di seluruh daerah Cameron Highlands. Yang ini saya juga difahamkan pada jawapan mesyuarat pada Jumaat yang lepas bahawa di perkampungan Pos Lemoi adanya 3 lagi kampung yang belum lagi ada bekalan elektrik dan saya harap bahawa projek untuk
membekalkan elektrik ini boleh dilaksanakan secepat mungkin untuk supaya mencapai inisiatif ni 100% boleh dicapai secepat mungkin.
Dan untuk yang seterusnya, yang kelapan ini adalah berkenaan dengan juga pembaharuan atau reformasi institusi iaitu saya berharap pada Dewan Yang Mulia ini boleh mengiktiraf sebab saya sebagai Ahli Pembangkang tak kisahlah ada masam manis seperti Wakil daripada Luit. Bagi saya walaupun Pakatan Harapan pernah jadi kerajaan di peringkat Persekutuan tetapi pada saya, saya di Pahang memang pembangkang yang tulenlah. Tak kiranya masam manis yang pentingnya ialah saya menggalas amanah saya sebagai Wakil Rakyat.
Oleh itu saya di sini, saya berharap Dewan Yang Mulia ini boleh pada masa yang akan datang mengiktirafkan kedudukan Ketua Pembangkang… Ketua Pembangkang dan juga memberikan peruntukan yang setara ADUN Kerajaan kepada ADUN Pembangkang. Ini saya harap pada kerajaan penggal yang… yang selepas ni boleh melaksanakan dan untuk… supaya untuk memberikan kebajikan yang secukupnya kepada rakyat.
Dan kesembilan, saya berharap juga kerajaan pada masa yang akan datang juga boleh melibatkan ADUN Pembangkang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah atau JKTD dan juga PKOB bagi memastikan setiap ADUN, bukan saja ADUN Pembangkang tetapi juga Ahli Parlimen Pembangkang untuk memastikan setiap… setiap Wakil Rakyat tak kiranya dia dari pembangkang ataupun dari pihak kerajaan, kita boleh melaksanakan tugas kita dengan lebih berkesan dengan melibatkan kita dalam JKTD dan juga PKOB.
Dan yang kesepuluh, saya juga berharap sebab saya… saya tidak tahu kenapalah saya difahamkan bahawa pada sidang Dewan yang ini belum lagi kita menggubal undang-undang untuk anti… untuk undang-undang untuk Anti Lompat Parti dan saya berharap sidang Dewan perlu bertindak bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Pahang bagi menggubal undang-undang benar Ahli Dewan Undangan Negeri melompat parti. Yang ni juga selaras dengan pindaan RUU berkenaan di peringkat Persekutuan.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Mohon mencelah Tanah Rata. Undang-undang Anti Lompat Parti ini sebenarnya Kerajaan Negeri nak table dalam sidang Dewan ni tapi saya telah mendapat pandangan dan nasihat daripada Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang, yang pertama sekali perlu digazettekan dulu. Maknanya selepas dibentang, gazettekan, lepas tu baru kita boleh buat. Tetapi kita dah tetapkan tarikh ni lebih awal dan dia ada jangka masa tertentu untuk… untuk dibawa ke dalam Dewan ini. Ini masa tu tak suntuk… masa tu tak cukup. Jadi Yang Berhormat tak usah bimbanglah ya, memang dalam perancangan kita. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada jawapan yang di… yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya haraplah kerajaan yang akan datang boleh menggubal undang-undang ini dan membawa undang-undang ni dilaksanakan di dalam Dewan Yang Mulia.
Mohon mencelah.
Dan berhubung…
Pulau Manis. Ada…
Izin saya mencelah.
Sila.
Saya mendengar ucapan daripada Tanah Rata berkaitan dengan permohonan beliau untuk penggal yang akan datang supaya dibagi keistimewaan untuk berada dalam Agenda Mesyuarat, Mesyuarat Tanah, Mesyuarat Tindakan Daerah, Mesyuarat Bencana dan sebagainya. Tetapi apa yang berlaku pada hari ini saya tak nampak gambaran tersebut boleh kita perakukan kerana sebentar tadi sahabat saya daripada Muadzam mohon kita berdiri memberikan sanjungan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana kejayaan pembentangan bajet beliau tapi sedih… sedih Dato' Yang di-Pertua apabila saya memerhatikan sahabat-sahabat saya daripada pembangkang, DAP, seorang pun tak bangun.
Macam tulah baiknya Yang Amat Berhormat Menteri Besar, apa saja perkara ajak makan bersama, ajak main bersama, macam-macam program kita buat bersama tapi untuk sedikit kita menyanjung apa yang Yang Amat Berhormat bentangkan bajet pun kita tak boleh nak memberikan sanjungan, sedih saya. Saya ingat saya nak cakap kalau saya berucap hari ini. Tapi saya fikir tak tahan dah saya nampak Tanah Rata dan cakap macam tu jadi saya mencelah. Terima kasih.
Terima kasih celah daripada Wakil daripada Pulau Manis tapi saya ni… saya mengakui bahawa ini bukan kita tak dapat kerjasama dengan Kerajaan Negeri, saya perlu mengakui bahawa ni kekurangan saya juga sebab saya seorang yang introvert. Saya bukannya orang yang suka bergaul dengan orang lain. Wakil Pulau Manis boleh tanya kawan saya rakan dari PH juga, saya juga tidak berapa suka bergaul dengan mereka, saya ni seorang yang introvert [Ahli Dewan ketawa]. Oleh itu, jangan salah faham saya tak bergaul dengan orang lain bukannya saya tak nak bekerjasama dengan sesiapa-siapa sebab saya seorang yang introvert. Saya mengakui ini kekurangan saya, yang penting manfaat rakyat saya akan jaga kalau untuk perkara-perkara ataupun projek-projek yang boleh memberikan manfaat kepada rakyat saya tentunya saya akan berikan sokongan yang sepenuhnya kepada mana-mana pihak kerajaan.
Ni Yang Berhormat…
Ya… ya.
Speaker…
Masa kita tak cukup ni.
Saya nampak bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 7 hari bulan itu hari bukan untuk Pulau Manis, bukan untuk apa ni Peramu Jaya tapi termasuk… termasuk untuk Tanah Rata, termasuk untuk Triang, termasuk untuk Sabai, termasuk untuk Tras, termasuk untuk Mentakab. Terima kasih saya kepada rakan daripada PAS walaupun masam manis dia sebut, tapi bangun semua, tapi dia ni semua rakyat di kawasan dia diraikan, diberikan, apa saja tak kira apa saja musim banjir, banjir la kita, bersama kita tapi itulah saya nampak tadi, memang saya panas tadi. Okey, terima kasih. [Ahli Dewan ketawa]
Cool down Wakil Rakyat… [ketawa] Wakil dari Pulau Manis di sinilah saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak kerajaan kerana apa yang kita nak mahu ialah menjayakan semua projek yang boleh memanfaatkan rakyat kita ini yang penting dan berhubung perkara yang tadi saya kata yang saya bangkitkan tadi perkara… perkara pertama hingga perkara ketujuh yang saya bangkitkan tadi saya difahamkan itu semuanya projek-projek berimpak tinggi. Saya difahamkan bahawa tersebut… projek tersebut mungkin tidak sempat disempurnakan dalam kerajaan 1 penggal kerana atas faktor-faktor seperti kos pembinaan yang tinggi, masih dalam kajian teknikal ataupun kajian kebolehlaksanaan yang memakan masa yang amat panjang.
Saya faham er… kalau kita nak lahirkan anak pun bukannya satu bulan boleh jadi ini perlukan masa dan saya di sinilah saya berharap Kerajaan Negeri dan juga jabatan kerajaan berkenaan boleh terus berusaha mengangkat permohonan tersebut ke peringkat persekutuan untuk memastikan semua projek tersebut boleh dilaksanakan secepat mungkin ataupun dalam kerajaan yang penggal yang akan datang boleh laksanakan semua. Dan perkara yang boleh memanfaatkan rakyat tentulah kita akan usahakan bersama-sama tanpa mengira kita dari parti-parti yang mana dan pada akhirnya saya di sini juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pegawai Daerah Cameron Highland iaitu Tuan Syed Ahmad Khairulanwar, YDP Majlis Daerah Cameron Highland Tuan Hasmir, SUMBCH Tuan Maslan kerana sepanjang tempoh saya menggalas amanah sebagai seorang Wakil Rakyat mereka telah memberikan saya kerjasama yang cukup baik selama ini.
Dan juga… saya juga, saya sebagai seorang Wakil Rakyat yang dalam… yang penggal yang pertama tentulah saya ada kekurangan banyak. Saya ada kekurangan dari segi tatatertib, tatacara, dari segi gaya cakap, mungkin saya menyakiti ataupun telah buat perkara yang… yang… yang… yang Ahli-ahli Dewan yang saya hormat ni tak seronok dan di sini saya memohon maaf kalau saya menyakiti mana-mana pihak. Saya tak nak bukan nak menentang sesiapa yang pentingnya ialah kita menggalas tanggungjawab dan tugas kita sebagai Wakil Rakyat dan di sini akhirnya saya terima kasih kepada Tuan Speaker bahawa memberikan saya peluang untuk membahas pada kali terakhir dalam penggal ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanah Rata. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Cheka. Sila.
Salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Usul Belanjawan 2023 Negeri Pahang Darul Makmur. Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar kerana berjaya membentangkan belanjawan surplus atau lebihan selama 5 tahun iaitu mulai 2019 hingga 2023. Terbukti pimpinan baru telah membawa pembaharuan kepada negeri Pahang.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana bersetuju menaikkan kadar elaun pengerusi JPKK sebanyak RM250.00 iaitu dari RM750.00 kepada RM1,000.00 sebulan berkuat kuasa 1 Januari 2023. Kenaikan elaun ini pasti akan membakar semangat Ketua Kampung untuk terus berkhidmat kepada masyarakat negeri Pahang.
Tuan Yang di-Pertua,
Ada 62 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru Cina atau JKKB mereka juga memainkan peranan yang sama seperti JPKK Kampung Melayu tradisional sebagai pengiktirafan kepada jasa Ketua Kampung di samping elaun RM500.00 sebulan dari Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Pahang telah mengumumkan pemberian elaun RM250.00 kepada Ketua Kampung Baru Cina atau pengerusi JKKB mulai 1 Januari 2022. Pengiktirafan ini menaikkan semangat Ketua Kampung Baru Cina. Walau bagaimanapun, Ketua Kampung Baru Cina masih belum menerima elaun ini. Oleh itu, saya berharap Kerajaan Negeri Pahang membayar elaun dengan kadar yang segera.
Selain itu, saya juga memohon pertimbangan Kerajaan Negeri agar menaikkan kadar elaun Pengerusi JKKB dari RM250.00 kepada RM500.00 mulai 1 Januari 2023 sebagai penghargaan atas perkhidmatan Ketua Kampung Baru Cina.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Tidak lama lagi musim hujan dan banjir dijangka melanda membawa kerosakan dan kerugian kepada mangsa. Kerajaan Negeri telah membuat persiapan yang rapi dan kemas. Di antara usaha ialah membaik pulih Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan membekalkan bot kepada setiap Pejabat Penghulu. Usaha ini sangat-sangat baik
walaupun belum terlaksana. Saya berharap pihak yang berkenaan bertindak dengan cepat untuk kepentingan dan keselamatan mangsa banjir.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Tanda-tanda menunjukkan bahawa persidangan Dewan kali ini ialah persidangan kali terakhir sebelum kerajaan mengembalikan mandat kepada rakyat. Saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang telah menyokong saya ke Dewan Yang Mulia ini. Saya faham rakyat mengangkat kami ke kedudukan sekarang dan boleh menjatuhkan kami menjelang pilihan raya umum. Walau bagaimanapun bagi negeri Pahang, politik tidak bergolak, isu politik katak tidak relevan sebaliknya agenda pembangunan dan penambahbaikan mutu kehidupan rakyat berjalan lancar. Ini ialah hasil daripada pimpinan Menteri Besar yang bijaksana. Saya cukup yakin pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar Negeri Pahang akan mendapat sokongan rakyat dan memperoleh kemenangan yang lebih besar berbanding PRU14.
Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Tuan Speaker, Timbalan Speaker, semua EXCO, Ketua Jabatan dan semua individu dan pihak yang berkenaan kerana telah membantu saya, memberi tunjuk ajar dan kerjasama kepada saya hampir 5 tahun di Dewan. Terima kasih daun keladi. Saya juga mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan saya sepanjang tempoh saya berkhidmat sebagai ADUN Cheka. Dato' Sri Yang di-Pertua, sebelum saya mengundur diri, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima Kasih YB Cheka. Seterusnya saya menjemput YB Pulau Manis.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih kepada Dato' Sri Yang di-Pertua kerana memberikan saya laluan untuk sama-sama membentang, untuk sama-sama berhujah bagi membahaskan ucapan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail pada 7 Oktober 2022 yang lalu.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana berjaya membentang Bajet 2023 Negeri Pahang dengan tema, ‘Negeri Stabil, Rakyat Sejahtera’ dan insya-Allah akan menjadi pasak utama kepada keseluruhan bajet ataupun perbelanjaan negeri Pahang untuk tahun 2023.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menggariskan empat kejayaan yang sangat-sangat dibanggakan. Saya dah dengar ucapan daripada rakan pada pagi tadi, jadi saya sebutlah yang ni sebab saya tak dengar yang masing-masing menyebut.
Yang pertama sekali, kita sangat berbangga apabila peningkatan hasil negeri yang konsisten dari tahun ke tahun sejak Yang Amat Berhormat Menteri Besar dilantik sebagai Menteri Besar sehinggalah pada 6 Oktober 2022, Kerajaan Negeri Pahang berjaya mengutip hasil sebanyak RM1.027 bilion dengan pencapaian 99.13% daripada yang dianggarkan untuk pencapaian 100%. Jadi maknanya, kalau 99.13% hanya kekurangan 0.87% untuk dicapai tapi perkara ini berlaku pada 6 Oktober. Ada masa lagi kalau nak sampai kepada 31 Disember tahun 2022.
Yang kedua, kejayaan menarik pelabur berjumlah RM20.56 bilion di mana RM9.55 bilion adalah pelaburan domestik dan RM11.01 bilion adalah pelaburan asing. Ini juga sangat membanggakan kita. Yang ketiga, seperti yang kita semua maklum dan kita semua ketahui bahawa pengurangan hutang negeri daripada RM3.31 bilion hanya tinggal RM952.21 juta. Insya-Allah, pada tahun hadapan hutang kita mungkin akan dapat dikurangkan lagi. Yang keempat, penyaluran bantuan kepada rakyat sebanyak RM77.95 juta menerusi Bantuan Prihatin Pahang, Program Kebanggaan Pahang, pemerkasaan wanita, kepada warga emas dan merentasi setiap lapisan masyarakat dari bayi, pelajar, anak muda, pengantin baru semuanya mencakupi dalam bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Dan seterusnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar begitu yakin apabila menggariskan lima strategi. Nak dibelanjakan pendapatan yang diperolehi tadi telah menggariskan lima strategi iaitu merangsang kemajuan ekonomi, memperkukuh tadbir urus, membangun infrastruktur yang mampan, menjamin kesejahteraan rakyat dan membina generasi masa depan yang gemilang. Jadi sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat kerana dapat memikirkan perkara-perkara yang nak dilaksanakan untuk tahun 2023.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya tidaklah bercadang untuk bercakap pasal bajet kerana semua kita telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat dengan panjang lebar hanya setiap kita akan juga bercakap berkaitan dengan perkara-perkara yang tertentu jadi saya sebagai bekas guru sekali lagi, saya mengambil berat terhadap pendidikan. Saya memang memerhatikan agenda pendidikan yang dibawa oleh kerajaan. Yang pertama, terima kasih saya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana begitu cakna dengan kesusahan rakyat yang ada anak-anak masuk sekolah iaitu apabila tiba musim awal persekolahan dengan mengumumkan, meneruskan… menyalurkan peruntukan RM100.00 kepada setiap murid tahun 1 tanpa mengira kategori.
Tidaklah B40 sahaja tetapi semua murid er… seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Maknanya ada kawan dia telefon dia kata anaknya menangis sebab dia tak dapat, kawan dia dapat. Jadi akhirnya Kerajaan Malaysia juga pun bajetnya baru-baru ini yang mengumumkan pemberian sebanyak RM150.00 diberikan kepada seluruh murid tahun 1. Jadi RM150.00 daripada Kerajaan Pusat, RM100.00 dari Kerajaan Negeri… RM250.00. Saya rasa kita kena bersyukur, rakyat Pahang kena bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan kepada kita itu tadi.
Dan seterusnya, kita juga telah dimaklumkan bahawa ya bahawa sesiapa sahaja yang mendapat tawaran selepas tamat SPM, dapat tawaran untuk pengajian di mana-mana pusat institusi pengajian tinggi bawa saja surat ke Yayasan Pahang ha… ini pun menjadi satu amalan yang sangat baik di mana er… kalau dahulunya bawa surat dapat RM500.00, sekarang ini MB umum bawa surat dapat RM1,000.00. Ini juga kebanggaan kepada kita [Ahli Dewan menepuk meja] dan bukan itu sahaja, mengejutkan kita apabila peringkat sarjana dahulu dapat RM1,000.00 tapi kali ini MB sebut dapat RM3,000.00 dan peringkat PhD daripada RM1,000.00 dapat RM5,000.00 [Ahli Dewan menepuk meja]. Ha… inilah dia… inilah dia Pahang. Sebab itulah MB selalu sebut, ‘This is Pahang’ ha… seperti sahabat saya ya iaitu daripada Lanchang ha… inilah keadaannya, ‘This is Pahang’ berlaku di depan mata kita.
Jadi Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga di Dewan Yang Mulia ini ingin… ingin membuat satu cadangan yang saya ternampak tak berlakulah iaitu dalam bajet kita iaitu bagaimana kita nak merangsang satu program pembangunan sukan kepada anak-anak kita di Pahang bukan kerana pasukan bola sepak kita sekarang ini sedang… sedang dalam keadaan kata di atas pun tidak, di bawah pun tidak tapi saya lihat satu ketika dulu kita ada projek. Projek melatih ya, projek melatih budak-budak yang pandai dan main bola sepak dan kemudian diserapkan kepada pasukan Pahang. Yang ada ini sekarang ini ialah Projek Mokhtar Dahari dekat Gambang. Itu bukan untuk anak-anak Pahang, itu untuk Malaysia. Jadi bila masing-masing dah pandai, dah mahir dia balik, dah balik, dia er… dia main la dengan negeri dia ataupun dibeli pula oleh mana-mana team yang mampu nak beli.
Jadi kalau kitalah seperti yang kita sedia maklum bahawa kita ini ada… ada satu SMK Seberang Temerloh. SMK Seberang Temerloh adalah sekolah sukan yang mendidik budak-budak sukan, semua bawa ke situ. Yang pandai hoki bawa situ, yang pandai bola bawa situ, yang pandai kriket bawa situ, yang pandai bola jaring bawa situ tapi pada saya… saya tak nampak. Jadi kalau bolehlah tumpukan sedikit pembangunan untuk sukan supaya anak-anak kita terutama kelahiran Pahang ini tadi yang kita raikan dengan Pahang Pride Kid dan sebagainya dapat… dapat menimba ilmu dan dapat pula mencurahkan ilmu kepada negeri dia sendiri.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Seterusnya, saya juga ingin membentangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kawasan saya. Yang pertama sekali tak lain tak bukan ialah berkaitan dengan RTK, STR, Rancangan Tanah Kelompok ataupun Skim Tanah Rakyat. Saya yang pertama, nak ucap terima kasih kepada pihak kerajaan kerana dua projek RTK yang tertunggu-tunggu telah pun terlaksana dan telah pun membuahkan hasil di mana semua peserta yang telah menerima seperti RTK Bunut seramai 131 peserta dan RTK Lot 5, 241 peserta. RTK Bunut ini khas untuk penduduk setempat untuk orang kampung dalam DUN Pulau Manis. Dia dah dapat geran, dia dah dapat dividen ya tetapi RTK Lot 5 ini pula memang khas dibuat oleh kerajaan untuk anggota-anggota kerajaan yang berkhidmat di dalam Pahang, di dalam Kuantan dan Pekan.
Jadi untuk makluman, hasil daripada pemilihan tersebut maka kita telah berjaya memilih 241 peserta yang ditawarkan. Jadi untuk makluman ya masa mereka mohon itu dulu semua sanggup sebab apa? Sebab… sebab sedang berkerja tetapi oleh kerana lama sangat proses nak lulus maka berlakulah dah pencen. Bila dah pencen dapat duit gratuiti ke, dapat duit pencen ke duit habis. Habis kerana sambung rumah, habis kerana pergi menunaikan umrah ya ataupun habis kerana makan angin. Jadi bila berlaku begitu tak adalah duit nak bayar. Jadi yang inilah saya berharap untuk… untuk projek-projek RTK yang akan datang janganlah terlalu panjang sangat masa ya cuba kita selesaikan seberapa segera. Saya nampak ada berapa RTK tempat saya iaitu RTK Permatang Besar, RTK Anak Air, RTK Pamah Petai, yang ni contoh yang paling dekat di hati saya dan juga satu lagi RTK Temai Seberang. Terima kasih saya, hari ini saya nak ucap terima kasih kepada Dato' PTG apabila dia fikir yang mana satu RTK Dato' K ni nak sangat ni. Jadi saya pun... akhirnya dia tahu oh... RTK Temai Seberang, 85 peserta dah tanam semula. Barulah, alhamdulillah mudah-mudahan petang ni kalaulah dibawa dalam Mesyuarat MMK agaknya dia bawa, luluslah bajet RTK tersebut supaya dapatlah kita bahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang sedang menunggu terlalu lama kerana ada RTK ini tadi contohnya RTK Tambahan Bukit Hijau, dia 58 peserta. 48 peserta baru, 10 peserta tambahan kerana mengganti waris yang meninggal.
Dia sebut dekat saya, malu saya. Dia sebut kat saya, “Dato' bila lagi RTK apa ni Bukit Hijau ni nak bagi?” Saya kata, “sabarlah, semua dah angkat dah. Pejabat Daerah dah tak ada dah fail tu semua dah lepas ke atas dah.” Tapi dia kata, “Dato' dulu saya ganti arwah ayah saya. Saya rasa, saya bimbang saya pula mati juga.” Malu, bila keluar ayat tu memang malu. Maknanya, kononnya dia menekan saya dulu ayah dia meninggal. Maka kita pilih dia sebagai waris untuk menyambung permohonan. Permohonan dia pun belum tahu lagi lulus bila masanya jadi keluarlah ayatnya. Bimbang dia juga akan mati pula.
Jadi Dato' Sri Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang saya perlu sebut di dalam Dewan ini ialah kebijaksanaan. Kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita apabila berlaku pertukaran kuasa pemerintahan, 22 bulan diperintah oleh PH. Maka yang berlaku pada masa itu ialah peserta-peserta FELCRA sangat terkesan. Tak ada bonus, tak ada dividen, sawit berlambak bawah pokok tak keluar. Lori masuk keluar balik, lori keluar kosong buah bertimbun macam bukit dalam kawasan. Kenapa? Kerana tak boleh bayar. Nak bayar sewa lori angkut pun tak boleh.
Ha... jadi saya pun dah memang pun dah bincang dengan Dato' Sri Menteri Besar sebab berlaku di dalam kawasan saya. Jadi MB khabar, beginilah mungkin sampai masa kita, kita carilah satu agensi yang macam mana boleh majukan. Jadi, alhamdulillah berkat daripada cadangan dan pandangan tersebut maka sekarang ni FELCRA pun bersama-sama memajukan sebab dah pulih tapi kita juga melantik agensi lain sebagai pemaju. Alhamdulilah, semua berjalan dengan lancar dan bagus. Jadi inilah caranya... maknanya yang MB sebut tadi ada masa kena berfikir di luar kotak ya kena berfikir di luar kotak.
Jadi saya bersyukur dengan perkara tersebut dan yang terakhir iaitu berkenaan dengan air. Saya terima kasih kerana MB dah umumkan air untuk Kampung Sri Makmur dah lulus 4.5 juta dan air untuk kampung apa ni Sri Gemuruh juga dah lulus 500,000 jadi semuanya dalam proses... dalam proses untuk dilaksanakan pada tahun... awal tahun 2023. Jadi mudah-mudahan projek ini akan memberi manfaat. Tapi walau bagaimanapun janji daripada JD PAIP bahawa kalau berlaku masalah air di dalam kawasan cepat-cepat beritahu, kita akan gunakan kaedah biasa sistem penghantaran dan sebagainya supaya air tersebut dapat dinikmati oleh penduduk setempat.
Masa sudah cukup dah YB.
Yalah, terakhir ni kertas merah pulak, yang terakhir kertas merah. Kertas merah saya ini ialah berkaitan dengan rumah siap tetapi tiada penghuni. Hari ini rumah PAKR Jaya Gading, berlaku di belakang Restoran Zaman sekarang ni, dulu saya masuk. Masuk masa tu ada jaga... ada block oleh tong drum. Sekarang ini tiada apa-apa dah. Jadi saya berharaplah Pengerusi Perumahan ambil perhatian benda ini kerana memang ramai rakyat yang telah pun dipilih... dipilih hanya kita tak boleh isytihar nama sebab katanya tak dapat apa-apa hitam putih daripada pemaju. Jadi, saya pelik juga macam mana lantik pemaju, rumah dah siap cantik, yang bimbang besok habis hilang belaka. Hilang pintu, hilang tingkap, hilang cermin, hilang lektrik apa ni lampu dan sebagainya.
Jadi itu sajalah oleh kerana saya baru dapat title yang dikatakan pencuri masa orang. Jadi saya niat tak nak curi masa orang pun. Tercuri sikit minta maaf. Jadi dengan itu
Pulau Manis mohon menyokong. Sekian, wabillah hitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT.
Terima kasih YB Pulau Manis. Kita ada 3 orang Ahli Yang Berhormat yang akan berucap saya nak cuba tempohkan Persidangan kita pada pukul 4.40 lebih kurang. Jadi ada masa untuk 3 orang lagi Ahli Yang Berhormat. Saya jemput Ahli Berhormat Jengka, selepas ni Yang Berhormat Ibam dan akhirnya Yang Berhormat Pelangai. Terima kasih. Sila.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah (bacaan Al-Quran). Terima kasih Dato' Sri Yang di Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan Belanjawan 2023 yang bertemakan, ‘Negeri Stabil, Rakyat Sejahtera’. Insya-Allah, satu tema yang sangat baik yang perlu disokong oleh semua, insya-Allah ya. Saya ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta pasukannya yang telah berusaha keras menyiapkan belanjawan ini dengan baik dan dibentang dengan baik.
Secara umumnya saya merasakan bahawa belanjawan kali ini adalah belanjawan yang baik untuk negeri dan rakyat. Kerana ia menggariskan kerangka pembangunan negeri dan mencakupi seluruh aspek kebajikan rakyat, yang tu yang kita dengar dan kita baca bersama ya.
Dato' Sri Yang di-pertua,
Saya ulang sekali lagi yang Pulau Manis sebut tadi macam dia ambil yang saya punya je. Belanjawan ini menyatakan ada empat kejayaan yang dicapai cuma lain sikitlah saya bahas lain sikit.
Yang pertama peningkatan hasil. Jadi sepanjang Barisan Nasional memerintah negeri Pahang sehinggalah zaman Dato' Sri Wan Rosdy, Yang Amat Berhormat kita maka inilah kali pertama RM1 bilion lebih hasil itu kerana beberapa faktor yang kita fahami bersama. Mungkin dulu ada faktornya, sekarang ada faktornya. Dulu dengan kejayaan dulu, sekarang dengan kejayaan sekarang. Dia berbeza.
Jadinya itu sehingga 6 Oktober kita harap insya-Allah sehingga tutup fail 12 Disember... pada bulan Disember ni mungkin melebihi lagilah. Jadi kita syukur kita Pahang Allah anugerahkan tanah yang sangat luas yang barang kali lepas ni Allah bagi lagi idea untuk kita fikirkan bagaimana untuk mendatangkan pendapatan yang lebih daripada RM1 bilion. Sikit-sikit mungkin RM2 bilion ke, Wallahualam. Itu dengan kerja keras kita bersama, insya-Allah.
Yang kedua, dilihat di situ berjaya menarik pelaburan RM20.56 bilion. Saya kira ini satu pencapaian yang baik kepada negeri Pahang. Walaupun kalau kita tengok ranking berada dalam... kalau tak silap saya nombor 6 selepas daripada Sarawak yang dapat pelaburan RM25 bilion. Lepas tu adalah Kedah, Pulau Pinang, Selangor ini negeri-negeri industri ya tapi Pahang berjaya merapatkan jurang itu sebanyak RM20 bilion banyak tu ya, tahniah ya. Yang ketiga, pengurangan hutang. Walaupun daripada RM3.31 bilion hutang negeri kita dengar pun hai… nak bayar lagu mana ni? Tapi alhamdulillah hasil kerjasama daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.
Dato' Sri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri KASA, macam MN lah ya. Makna ada satu persepakatan akhirnya ada dia panggil dihapus kira sampai RM2.1 bilion dihapus kira dan ada beberapa perkara lagi sehingga menyebabkan hutang sudah menjadi RM952 juta, tahniah ya dan yang keempat, kejayaan yang disenaraikan dalam belanjawan itu ialah kebajikan kepada rakyat. Satu jumlah besar, RM77 juta yang diberikan kepada er… rakyat RM77.95 juta. Kata YB Kuala Sentul yang penting rakyat, tak apalah YB tu tak dapat yang penting rakyat tu dapat, saya ingat boleh juga setuju ya.
Khususnya saya sangat sokong er… peruntukan yang besar diberikan kepada rakyat ini satu usaha yang sangat baik oleh mana-mana Kerajaan Negeri ataupun negara yang melaksanakan perkara ini kerana hari ini kita lihat selepas berlakunya pandemic, ada yang hilang pekerjaan. Ada yang hilang pendapatan, ada yang daripada M40 kembali menjadi B40, B40 menjadi B60. Ini berlaku kadang-kadang semua ni Wakil Rakyat, ada rakyat yang jumpa kita dia kata, “YB saya dah tak ada kerja dah. Dulu kerja di restoran sebagai apa ni pelayan restoran tapi bila berlaku PKP restoran tak boleh buka saya tak boleh kerja, duit tak ada”.
Jadi golongan-golongan macam ni sangat ramai dan kita ada pimpinan masyarakat di semua tempat dan mereka melaporkan maka pihak kerajaan memberikan peruntukan. Maka yang untungnya ialah rakyat. Jadi langkah dan dalam er… belanjawan yang dibentangkan baru ini saya lihat ada langkah-langkah persiapan yang dirangka oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah bencana.
Peruntukannya RM500,000.00 dan peruntukan RM47 juta untuk menangani pasca banjir di negeri Pahang yang diramalkan betul tak betul itu Allah tapi diramalkan tahun ni nampak besar katanya, wallahualam. Jadi persediaan itu saya kira RM47 juta tu mudah-mudahan cukuplah kecuali berlaku apa yang tak dijangka yang ni bukan kuasa kita tiba-tiba terowong dekat Genting tu runtuh. Nauzubillahlah… nauzubillah.
Jadi usaha seumpama ini sangat perlu dan Islam memang menitikberatkan berdasarkan hadis Nabi SAW dengan izin, (bacaan ayat Al-Quran), "siapa yang memudahkan urusan orang lain, kepayahan orang lain dia mudahkan Allah mudahkan urusannya di dunia dan di akhirat”, insya-Allah. Jadi Kerajaan Negeri jangan bimbanglah kalau keluar peruntukan untuk rakyat tu, insya-Allah saya kira tak dibalas tu, insya-Allah ya.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin menyentuh ish... isu air. Ada dah yang sentuh dan sebelum ini sudah sentuh kerana ia adalah isu yang kompleks, yang menuntut perancangan yang rapi, bajet yang besar dan memerlukan tempoh masa. Kadang panjang, kadang lama dan sebagainya dan ia merupakan isu keperluan utama kehidupan rakyat, sebab tu kalau berlaku air… dia ada air sebulan 27 hari, dia tak ada air 3 hari je tapi dia punya hentam YB Lanchang ya fuh... tak sedap nak dengar. Oh… bangun juga. [Ahli Dewan ketawa]
Sebab sebut nama saya, saya kena bangun. Yang Berhormat Yang di-Pertua, tak apa lepas ni kita minta je YB daripada Jengka maknanya Menteri Air tu… Menteri-menteri Air tu… Timbalan Presiden dia, kalau sekiranya terjadi apa-apa pun sedikit sebanyak ada kesan juga, makna kena doa lebih sikit, insya-Allah.
Terima kasih Lanchang. Saya tahu dah kalau saya sentuh dia memang dia bangun. Saja saya sentuh ni sebab akhir ni tak tahu boleh jumpa ke tak lepas ni. Jadi perlukan masa dia isu yang sangat penting ya. Cuma sebelum saya teruskan point saya… saya nak sebut sikit er… tahniah kepada Yang Amat Berhormat yang turun padang. Jelajah di setiap daerah, mesyuarat bersama dengan PAIP, CEO PAIP pun ada sini, mesyuarat dengan PAIP, PAIP Daerah dan sebagainya sehingga dapat mengesan ada sehingga ada 217 projek yang dikenal pasti yang perlu dinaik taraf, di upgrade dan sebagainya untuk selesaikan masalah air.
Air ini halus, lembut bukan sebarang lembut, besi pun boleh tembus. Tahniah, cuma saya dalam bab air ni ada 3 perkara saya nak sentuh. Yang pertama dalam bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat baru ni menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun dari tahun 2021 hingga 2025, 5 tahun. Memerlukan RM2.3 bilion untuk selesaikan isu air di Pahang, besar tu. Persoalannya, apa jaminan kerajaan untuk dapat menyediakan sejumlah besar itu dalam tempoh 2 tahun lebih sikit yang masih berbaki ni? Yang kedua, semenjak PAIP diperbadankan kita tidak pernah dibentangkan laporan audit dalam Dewan, seingat sayalah ya.
Oleh itu, saya mencadangkan laporan audit PAIP dibuat dan dibentangkan dalam Dewan ini. Laporan ini akan menunjukkan keadaan sebenar organisasi PAIP secara menyeluruh termasuklah hala tuju, perancangan strategik dan kewangan PAIP. Yang ketiga, yang ketiga ni ialah isu TNB, api yang ada hubungan dengan air, PAIP.
Khususnya di kawasan Jengka ini saya… kawasan lain mungkin permasalahan dia berbeza tapi kawasan Jengka kekerapan berlakunya gangguan bekalan air, saya dimaklumkan bahawa gangguan itu 60% adalah gangguan daripada bekalan tenaga elektrik 60%, berbanding dengan kebocoran paip, pam rosak dan sebagainya tetapi 60% ialah daripada gangguan bekalan elektrik.
Tapi netizen ni dia kira PAIP je, yang kena hentam tu PAIP, TNB relaks je maksudnya, tetapi yang kena hentam memang PAIPlah. CEO mungkin boleh setuju dengan sayalah. Justeru, saya harap supaya pihak TNB dapat memberikan perhatian serius dengan mengupgrade sistem bekalan elektrik dan menyediakan backup. Backup dia memang tinggi, kadang-kadang saya ingat di Batu Sawar saya kongsi dengan DUN Kerdau ni di Batu Sawar ni… di Batu Sawar ni kadang-kadang kalau api tak ada dia tak ada generator yang boleh support pam tu untuk pam air, sebab dia perlu kepada tenaga elektrik 11,000 voltan dia.
Jadi yang tu belum ada TNB maksudnya, dia kena upgrade sistem dia. Itu saya punya pandangan untuk supaya bila ada berlaku kerosakan dia ada backup dia jadi pam boleh pam. Jadi pengguna dia tak rasalah, dia tak mengamuklah maksudnya, insya-Allah. Er... jadi untuk… untuk pengetahuan Dewan, saya pun dimaklumkan di… di Batu Sawar tu er... kerja-kerja dan er... untuk mengupgrade… menaik taraf sistem api itu sedang dilakukan. Mudah-mudahan dapat disiapkan, insya-Allah.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Sebagai akhir, tadi ramai yang akhir dengan pantun ya. Saya akhir dengan ayat Al-Quranlah surah Al-Hujurat ayat 10, dengan izin. Allah kata, (bacaan ayat Al-Quran), “sesungguhnya orang beriman itu bersaudara”. Jadi jangan bermusuhlah, kalau tergigit sikit tu tak ada arahlah, kita maaflah. (Bacaan ayat Al-Quran), “maka kamu kena damaikan dua saudara kamu yang bertelagah yang berkelahi”.
(Bacaan ayat Al-Quran), “dan takutkan Allah, bertakwa kepada Allah”. (Bacaan dalam ayat Al-Quran), “supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat, insya-Allah”. Saya kira sekadar itu ucapan saya terima kasih semua. Semoga berjumpa lagi di sidang akan datang, insya-Allah. Sekian, assalamualaikum WBT.[Ahli Dewan menepuk meja].
Waalaikumussalam WBT. Terima kasih Yang Berhormat Jengka, seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bukit Ibam. 12 minit ya.
(Bacaan dalam Bahasa Arab), assalamualaikum WBT dan selamat petang.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang Di-Pertua,
Terima kasih kerana mengizinkan saya sama-sama membahaskan Belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Jumaat, 7 Oktober 2022 yang lalu. Bukit Ibam ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kerajaan di atas kejayaan mencapai peningkatan hasil berjumlah RM1.27 bilion yang daripada target RM1.036 bilion yang merupakan salah satu sejarah bagi negeri ini.
Saya percaya ini semua merupakan hasil kerja keras serta idea dan ikhtiar dari pasukan dan semua agensi dalam kerajaan bagi memastikan ianya menjadi satu kenyataan dan ini juga, saya yakin dan percaya kerana adanya kestabilan pentadbiran bagi negeri ini di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita. Untuk itu, Bukit Ibam suka menyentuh beberapa perkara dalam Bajet 2023 ini yang kiranya mampu memberi Impak besar dalam usaha kita untuk membantu rakyat.
Pertamanya, bajet RM318.83 juta yang telah diperuntukkan bagi Perbelanjaan Pembangunan dan RM143.53 juta bagi melaksanakan projek infrastruktur adalah amat penting kerana ia bakal melibatkan terutama jalan-jalan raya yang merupakan asas dalam menghubungkan aktiviti perdagangan dalam negeri ini. Atas dasar ini Bukit Ibam juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana jajaran daripada er... timur iaitu yang melibatkan Keratong er... daripada er... daripada apa ni simpang er... tu di Kuantan hinggalah kepada di Segamat dan harapan dengan peruntukan sebanyak ini ia… insya-Allah di masa akan datang dapat disambung terus kepada Jalan Keratong - Bahau kerana jalan-jalan ini bukan lagi merupakan satu jalan alternatif tetapi merupakan juga satu jalan utama terutamanya apabila melibatkan pada hari-hari perayaan dan juga ketika musim-musim banjir, antara laluan utama bagi Pantai Barat ke negeri-negeri Pantai Timur.
Seterusnya saya… dengan peruntukan sebanyak RM175.30 juta bersamaan RM54.98 dari pinjaman Kerajaan Persekutuan bagi membayar membiayai projek bekalan air, Bukit Ibam percaya dengan peruntukan sebanyak ini masalah air ini, mampu diselesaikan dengan usaha dan ikhtiar jentera-jentera daripada PAIP. Untuk itu, Bukit Ibam ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Kerajaan Negeri kerana telah merealisasikan harapan dan keselesaan, kesejahteraan bagi… untuk mendapatkan bekalan air bersih bagi penduduk-penduduk di Kampung Teladan, Kampung Baru Bukit Ibam dan Kampung Aur Seberang di DUN Bukit Ibam.
Terima kasih team PAIP yang selama ini sebenarnya telah bekerja walaupun apa jua andaian dan pandangan rakyat. Sebenarnya team PAIP bagi daerah Rompin telah bekerja dengan begitu hebat sekali untuk memastikan keselesaan rakyat di negeri… di DUN Bukit Ibam khususnya berjalan dalam keadaan yang sempurna. Mereka bekerja setiap malam… hingga ke malam apabila berlaku masalah di… masalah air di DUN Bukit Ibam. Tahniah saya ucapkan kepada team air daerah Muadzam Shah Bukit Ibam yang diketuai oleh Encik Faizal dan juga Puan Halimatul.
Bukit Ibam juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kerana dengan peruntukan RM1.3 juta kepada JPKK dan kenaikan daripada RM750.00 kepada RM1,000.00 kepada pengerusi JPKK memperlihatkan betapa kerajaan Pahang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar begitu prihatin kerana bukanlah semua Pengerusi-pengerusi JPKK ini mempunyai pendapatan yang tetap, dan alhamdulillah sekali lagi, Bukit Ibam ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana meluluskan permohonan 5 JPKK baru untuk DUN Bukit Ibam iaitu Perwira Jaya, Bandar Melati, Taman Keratong Indah, Taman Keratong Permai dan Kota Bahagia. Mudah-mudahan dengan adanya pertambahan JPKK yang baru ini, dan diterajui oleh orang-orang muda ianya mampu memantapkan lagi dan melancarkan urus tadbir Kerajaan Negeri di peringkat bawahan.
Rumah Rakyat Pahang, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dengan peruntukan RM12.3 juta DUN Bukit Ibam telah er... menerima er... peruntukan bagi rumah RRP ini, dan ini ingin merakamkan ucapan terima kasih dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada penerima-penerima rumah RRP daripada DUN Bukit Ibam kepada Kerajaan Negeri Pahang. Untuk itu sekali lagi saya ingin… Bukit Ibam ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah berusaha untuk menyelesaikan rumah-rumah generasi kedua yang terbengkalai di FELDA-FELDA berjumlah 1,850 unit dengan peruntukan RM125,000.00 sebuah dan ini akan melegakan generasi-generasi kedua termasuklah generasi kedua FELDA Keratong 7 DUN Bukit Ibam.
Dengan peruntukan ini saya yakin dan percaya yang telah di maklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Bukit Ibam ingin merakamkan ucapan terima kasih juga kerana telah menyediakan 4 buah Klinik Bersalin di DUN Tioman… di DUN Tioman dan Bukit Ibam juga, Merapoh… di Bukit Ibam dengan kos RM8.8 juta, Bukit Ibam merakamkan ucapan terima kasih kerana ia termasuklah Selancar 1, kerana kita harap dengan adanya Klinik Bersalin di Selancar 1 ini tidak lagilah perlu penduduk-penduduknya pergi ke Segamat kecuali melibatkan masalah-masalah kesihatan ibu yang kritikal.
Bagi memperkasakan wanita, alhamdulillah Bukit Ibam juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan tentunya kepada Kuala Sentul kerana telah memberi idea untuk program-program melalui MPWP. Dalam memperkasakan wanita, Program Anggun Niaga yang diperuntukkan RM750,000.00 bagi 200 penerima ibu tunggal dengan cadangan bermodal iaitu RM1,000.00 seorang, jadi saya mengharapkan baik… mudah-mudahan di masa akan datang er... insya-Allah akan lebih ramai lagi dapat diberikan er... modal untuk perniagaan ini.
Begitu juga dengan Program Anggun Usaha, bagi pengembangan keusahaan er... Keusahawan Wanita dengan peruntukan RM1 juta yang diberikan kepada daerah Kuantan, Maran, Temerloh dan Lipis itu er... Bukit Ibam mencadangkan agar di masa akan datang, dapat diperluaskan ke daerah-daerah lain kerana hari ini di mana-mana
saja daerah, wanita juga merupakan er... tonggak ekonomi… kepada ekonomi keluarga dan mereka ini begitu ramai menjalankan perniagaan. Dengan pelbagai insentif, Bukit Ibam yakin Kerajaan Negeri Pahang benar-benar telah membuktikan bahawa ia adalah kerajaan yang prihatin.
Dalam memperkasakan pembangunan sukan, saya juga er... Bukit Ibam juga ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memperuntukkan sejumlah RM110 juta bagi tujuan menaik taraf Kompleks Rakan Muda, er... termasuklah Kompleks Rakan Muda dan Sukan Air di Rompin. Dan untuk itu juga, dengan peruntukan RM500,000.00 untuk membina dan menaik taraf kemudahan sukan termasuklah cadangan membina litar er... lumba.
Dengan ini, Bukit Ibam ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah memperuntukkan, telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000.00 untuk er... pembinaan litar penaiktarafkan litar er... motocross di Bandar Tun Abdul Razak, Keratong dan ianya adalah daripada usaha daripada er... peserta-peserta dan juga daripada er... Fattah Motorsport. Litar ini telah di… diakui oleh peserta-peserta er... sebagai antara litar yang terbaik er... litar motocross yang terbaik di er... di Malaysia.
Dan kejohanan er... sejak 2018 telah menganjurkan Kejohanan Motocross peringkat… bukan sahaja bagi negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak, malah melibatkan peserta-peserta dari negara jiran seperti Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia yang sebenarnya mampu menjana ekonomi belia serta penduduk setempat melalui homestay-homestay yang telah di er... tempah. Dan juga untuk itu insya-Allah, pada 12 dan 13 November 2022 ini, satu Kejohanan Antarabangsa Motorcross akan diadakan di litar motocross, Bandar Tun Abdul Razak, Keratong. Untuk itu, sidang Dewan semua, er... dijemput untuk bersama-sama dalam program… kejohanan ini.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Ibam juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kerana dalam bajet 2023, Yang Amat Berhormat telah mengumumkan bahawa bantuan sebanyak RM200.00 kepada food rider, yang akan disalurkan kepada 5,000 penerima dengan peruntukan RM1 juta. Saya… Bukit Ibam yakin, ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban ekonomi yang dihadapi oleh mereka yang terutamanya di kalangan-kalangan belia-belia.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya juga yakin dan percaya, pembangunan-pembangunan yang melibatkan kelestarian hutan dan juga er... kawasan-kawasan riadah, perlu kita ambilkan perhatian, terutamanya tentang er... keperluan-keperluan asas bagi kawasan-kawasan tersebut dan saya percaya, ini tentunya dalam perhatian Lanchang, insya-Allah di masa akan datang, ia akan mendapat er... tumpuan terutama di tempat-tempat yang baru.
Begitu juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat kerana er... dalam usaha untuk memastikan kesejahteraan rakyat, tidak melupakan juga mereka yang berada di FELDA-FELDA. Walaupun hari ini, kita anggap mungkin sebahagiannya telah menerima er… kata orang ‘durian runtuh’ hasil daripada harga buah yang begitu tinggi. Tetapi ada satu perkara yang perlu kita ingat, yang Bukit Ibam minta perhatian semua, iaitu mohon supaya peneroka-peneroka FELDA ini, bagi menjamin kedudukan dan masa depan mereka,
Bukit Ibam mencadangkan agar peneroka-peneroka ini diberikan hak milik kekal, bagi ladang-ladang dan kediamannya.
Yang Berhormat…
Untuk…
Yang Berhormat, masa dah cukup Yang Berhormat. Pendek, ringkas sahaja.
Mohon sikit lagi, er... untuk itu, er... Bukit Ibam sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih er... dan tidak terhingga kerana ada pertanian akino, er... Syarikat Akino, untuk kerjasama ini dan mohon, supaya er... Kerajaan Negeri melihat semula bagaimanakah impak kepada er... rakyat setempat. Dan untuk kesempatan ini, sebelum Bukit Ibam mengundur diri, Bukit Ibam ingin merakamkan ucapan terima kasih dan mohon kemaafan selama ini, kerana sekiranya ada kelemahan-kelemahan daripada er... yang telah er... Bukit Ibam lakukan dalam tempoh bersama kita.
Sesungguhnya segala peringatan dan er... teguran dan permohonan adalah semata-mata dengan er... keyakinan supaya Kerajaan Negeri terus berada di landasan yang betul. Sekiranya Pulau Manis mengatakan ini adalah nasihat, tetapi Bukit Ibam beranggapan, ia adalah sebagaimana yang telah di er... sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Asr, (bacaan ayat al-Quran), “sesungguhnya demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa berada di dalam kerugian, melainkan mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”. Untuk itu, Bukit Ibam juga er... ingin berpantun.
Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.
Maka, dengan lafaz alhamdulillah ala kulli ahal, Bukit Ibam menyokong. Sekian, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Ibam. Seterusnya, yang terakhir, pada petang ini, saya dengan sukacitanya menjemput Yang Berhormat Pelangai, silakan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang saya bercakap pada hari ini.
Kita semua sedia maklum, Dewan Negeri Pahang akan dibubarkan, dalam sedikit masa lagi. Dan saya menganggap ini ucapan terakhir dalam Dewan, untuk saya buat, sebelum saya bersara sepenuhnya. Setelah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri selama 36 tahun, 2 bulan dan sehingga ke hari ini, 7 hari [Ahli Dewan menepuk meja]. Selama 8 penggal dan selaku orang tua kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Menteri Besar, 19 tahun.
Saya mengambil kesempatan di sini untuk pertama sekalinya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Sri Ishak Muhamad, yang telah menjadi speaker Dewan sejak tahun 2013, 9 tahun yang lalu. Saya telah amati dan saya dapati beliau penuh kelayakan dan pengalaman dan er... telah dapat memperlihatkan sikap seorang Speaker yang sebenarnya. Seorang Speaker sebenarnya mestilah kita katakan non-participant. Walaupun dia dari sesebuah parti tertentu tetapi apabila berkhidmat atau menjalankan tugas sebagai Speaker, dia tidak boleh berat sebelah.
Dia kalau saya gunakan Bahasa Inggeris, "the Speaker must act fairly and judiciously". Maknanya mesti bertindak dengan adil dan saksama dan ini Dato' Sri Ishak telah dapat tunjukkan dengan baik dan saya sangat kagum dan kita telah melihat banyak Speaker jugak tapi saya ingat Dato' Sri Ishak ini dalam kelas yang tersendirilah, istimewanya dan beliau menguasai peraturan dan aturan dan kadang-kadang ada falsafahnya… falsafahnya pun tinggi, kata-kata hikmat dan sebagainya.
Saya telah menyanjung tinggi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan iaitu Speaker Dewan, Dato' Sri Ishak Muhamad tak patut kalau saya tidak menyebut sikit sebanyak pulak tentang Timbalan Speaker yang sekarang ini sudah menjadi Tuan Yang di-Pertua dan mempengerusikan sidang Dewan kita ni.
Dato' Sri seorang yang penyabar, temperament bagus. Kemudian itu tidak kedekut, selalu merasa buah-buahan dihantar ke rumah tapi ni lama dah tak merasa dah [Ahli Dewan ketawa] dan seorang ahli golf yang handal dan lebih daripada itu selalu sentiasa tersenyum dan berserah segala-galanya kepada Allah SWT. Itu yang cantik. Walau apapun yang berlaku…
5 Penggal Yang Berhormat.
5 ya.
Pelangai sebagai Menteri Besar bagi saya bertanding ya.
Ya… Ya.
Memang terima kasih banyaklah. Terhutang budi tu.
5 Penggal ya.
Ya. 5 Penggal.
Yalah sebab orang yang memilih tu 8 Penggal, ini yang kena pilih tu kenalah 5 je. Kalau milih… orang memilih kurang daripada kena pilih tu, beratlah sikit Tuan Yang di-Pertua, kan? Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan saya sangat menghargai dan saya perhatikan sangat membantu er... Speaker Dewan Undangan Negeri kita. Saya ucapkan tahniah sekali lagi [Ahli Dewan menepuk meja] dan jasa Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Timbalan Speaker semasa mempengerusikan sidang akan dikenang oleh ramai Ahli-ahli Dewan kita, insya-Allah.
Kepada Setiausaha Kerajaan, saya juga ingin mengucapkan penghargaan yang tinggi kerana dengan kecekapan pengurusan pentadbiran negeri yang diketuai oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan dan ini telah dapat diperlihatkan oleh Pegawai-pegawai Daerah, Ketua-ketua Jabatan Daerah dan Persekutuan termasuklah Yang Di-Pertua Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah termasuk juga guru-guru, polis, tentera kesemua mereka telah menjalankan tugas mereka dan menyebabkan negeri Pahang dapat ditadbirkan… diuruskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan licin sekali. Kepada mereka saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan. [Ahli Dewan Menepuk meja]
Saya tidak lupa kepada Pegawai Kewangan Negeri dari dahulu sampai sekarang lebih-lebih lagi yang sekarang kerana semasa saya membentangkan Bajet 2018 dahulu kita berjaya mengutip RM647 bilion… RM647 juta. Tapi pada hari ini Pejabat Pegawai Kewangan Negeri telah berjaya mengutip RM1 bilion 38 juta, RM400 juta lebih. Ni satu angka yang sangat membanggakan dan ini adalah juga hasil kerjasama pegawai-pegawai di bawah Pegawai Kewangan Negeri yang membantu Menteri Besar.
Saya percaya Ahli-ahli Dewan tertanya-tanya disebut Speaker, Timbalan Speaker, Setiausaha Kerajaan, kemudian itu Pegawai Kewangan Negeri, saya tidak lupa juga kepada Penasihat Undang-undang Negeri. Saya bernasib baik dapat berkenalan dengan beliau walaupun penghujung perkhidmatan saya sebagai Wakil Rakyat. Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri ini adalah seorang yang sangat-sangat berpengalaman dalam bidang undang-undang. Semasa menjawat jawatan, menjalankan tugas sebagai Deputy Public Prosecutor ataupun Timbalan Pendakwa Raya (DPP), beliau telah mengendalikan banyak kes-kes high profile dan dalam kes-kes ini beliau telah berjaya membuktikan bahawa tertuduh dalam kes-kes ini telah melakukan kesalahan dan kesemua tertuduh telah mendapat balasan yang diperuntukkan oleh undang-undang.
Kes Sosilawati contohnya, kes Mona Fandey contohnya, kes Kevin Morais contohnya. Semua dikendalikan oleh Yang Berhormat Pegawai Undang-undang kita sekarang ini, Dato’ Saiful Edris semasa beliau menjawat jawatan DPP, sekarang ini memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang Negeri. Beliau sebagai Penasihat Undang-undang Negeri bertanggungjawab merangka Undang-Undang, Rang
Undang-Undang untuk dijadikan enakmen dan menasihati kerajaan dalam banyak hal.
Last but not least Tuan Yang di-Pertua, bila kita mengatakan last but not least maknanya dia sebut akhir tapi yang paling penting supaya orang tak lupa. Biasanya bila kita sebut akhir ni orang tak lupa kalau sebut awal tadi orang dah lupa, last but not least yang terakhir tetapi terpenting saya ingin memberikan penghargaan kepada tidak lain tidak bukan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja].
Kalau orang lain memberi penghargaan mungkin membodek sebab pilihan raya akan tiba, untuk jadi calon sebagainya. Tapi saya nak bodek apa? Saya telah menyatakan bahawa saya akan pencen, bersara, seterusnya. Tapi alhamdulillah bukan untuk mendabik dada, baru-baru ni saya lulus LLB di Universiti Islam Antarabangsa dan keputusan pun keputusan orang tualah, CGPAnya 3.62 maknanya [Ahli dewan menepuk meja] masuk dean list. Kalau… kalau dulunya dikira sebagai First Class tapi itu tak pentinglah yang penting nak mengatakan lepas ini saya buat Chambering, insya-Allah dan mungkin praktis atau mungkin jadi konsultan tapi siapa-siapa nak menyaman orang lain nak menyaman sesiapa datang jumpa saya, saya bagi free, pro bono, tak payah bayar, insya-Allah.
Saya ingin menyatakan bahawa negeri Pahang bernasib baik mendapat hamba Allah bernama Wan Rosdy Wan Ismail. Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, anak Lipis untuk menjadi Menteri Besar. Nyata sekali selain pengalaman, kelayakan Dato' Sri Menteri Besar ni seorang yang mempunyai temperament yang baik. Temperament ni maknanya tidak emosi, tidak marah, tidak mudah excited semacam sesetengah orang, kan sesetengah orang tu dia kalau dia excited je dia melompat, dia terbaring-baring terguling-guling, tengok keadaanlah dia tengah apa, contohnya. Oh… ya main golf ada yang berguling ya. Oh... tak tahu pulak saya macam tu. [ketawa]
Yang Berhomat Tuan Yang di-Pertua,
Dari segi Emotional Quotient (EQ), saya bagi tahap tertinggi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar [Ahli Dewan menepuk meja]. Emotional Quotient ni bermakna boleh mengawal emosi dan mengatasi masalah dan juga cabaran secara positif. Dia berbeza sedikit dengan Intelligence Quotient. Ini satu sukatan kebolehan kita untuk reason out dan juga menyelesaikan masalah. Bagi Menteri Besar ini, yang ada ni Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail saya bagi kedua-duanya (IQ) Intelligent Quotient dan juga Emotional Quotient (EQ), tahap cemerlang. [Ahli Dewan Menepuk meja]
Bukan senang nak cari. Beliau prihatin pada rakyat dan yang penting saya perhatikan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato' Sri Wan Rosdy seorang yang kreatif dan inovatif. Saya ingin menyatakan di sini semua kepimpinan dahulu telah melaksanakan kepimpinan yang baik, cemerlang. Saya beri contoh sesuai dengan keadaan pada masa itu. Zaman Allahyarham Dato' Wan Aziz, Tan Sri Yahya, Dato' Sri Aziz Ahmad, Dato’ Sri Mohamad Jusoh, Dato' Rahim Bakar,Tan Sri Rashid, Dato' Sri Najib, Tun Khalil, Adnan Yaakob. Boleh dikatakan kesemua perkara yang dilakukan adalah untuk rakyat.
Contoh, PKNP, LKPP, diasaskan pada zaman Allahyarham Tan Sri Yahya tapi ni saya berdasarkan pada ingatan tak buat research beria sangatlah sebabnya ucapan terakhir dan Yayasan Pahang diasaskan oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak, 1981. Kita yang terkemudian ini untuk menambah baik.
Dan apa yang saya lihat dari segi pencapaian Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato' Seri Wan Rosdy, dengan kreativiti dan inovatifnya itu maka kita dapat lihat sebagai contoh usaha-usaha untuk menambahkan hasil… hasil negeri dan er… daripada hasil negeri ini kita dapat lihat banyak strategi dan inisiatif yang dapat dijalankan seperti yang telah disebutkan dalam ucapan belanjawan beliau. Tak ada satu sektor pun, tak ada satu kelompok pun yang tertinggal. Saya tak payahlah bacakan satu persatu pula, satu bajet… buku bajet tu dibacakan tapi makna semua telah dilakukan dengan baik dan saya berharap insya-Allah, Dato' Sri akan terus mempamerkan kreativiti dan inovatif ni sebab ianya adalah sangat berfaedah, bermanfaat untuk rakyat dan negeri Pahang.
Yang Berhormat Tuan yang Di-Pertua,
Saya berdoa mudah-mudahan Allah SWT anugerahkan kesihatan yang baik kepada Dato' Sri Menteri Besar agar terus memimpin kita, insya-Allah dan [berdehem], minta maaf. Sebak dalam hati orang yang menengok kita bercakap sedih ni dia kang kata nak menangis janganlah bercakap, orang yang menengok kita sedih ni, dalam hati dia nak menangisnya janganlah bercakap, menangis tu duduklah di rumah, kan? Cakap dalam Dewan pula tapi saya berasa sedih, saya berdoa kehadrat Allah mudah-mudahan Dato' Sri akan sentiasa sihat, dilindungi Allah selalu untuk terus memimpin kita.
Bagi saya apa pula? Ada orang bertanya, apakah sumbangan Dato' Sri Diraja Tan Sri Dr. Adnan Yaakob? Saya khabar kat dia orang Dr tak payah pakailah sebab kalau Dr, pakai kepada saya… saya cucuk orang… orang boleh mati. Jadi Honorary Doctorate tak payah pakai. Jadi Long Nan, Tok Nan pun cukup. Saya kata kat dia orang, tak payah kenang jasa saya. Saya mati tanam je dulu. Kalau tak nak tanam tinggal di rumah, biar dia berulat, itu aja saya beri tahu orang.
Dato' Sri, bagaimana Dato' Sri nak dikenang? Tak payah. Tak payah kenang-kenang. Saya cuba dah buat yang terbaik, mati esok hantarlah ke kubur. Tapi ada kengkawan beri tahu, “eh, Yayasan Pahang, Maahad Tahfiz, ada nampaknya?”
Saya pun teringat sikit. Semasa saya menjadi Ahli EXCO, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sekarang pada masa itu Pemangku Raja dan juga Tengku Mahkota berkenan saya menjadi pengerusi sejak tahun 1990 sampai saya pencen… pencen jadi MB, Pengerusi Maahad Tahfiz dapatlah wujud ke Maahad Tahfiz. Semasa menjadi Menteri Besar… mula-mula jadi Menteri Besar, Yayasan Pahang ni, balak… balak… balak… balak, sampai bila akan habis? Tengok pula estet, masa tu Sumber Perindu sekarang ni (YPPH) Yayasan Pahang Plantation Holding, 1,000 ekar. Saya kata tak boleh jadi.
Jadi kita tambahkan sekarang ini adalah 75,000 ke 80,000 ekar. Walaupun target saya pada masa itu untuk menjadikan estetnya 120,000 tak tercapai lagi tapi untuk makluman buat masa ini YPPH menyumbang RM150 juta kepada Yayasan Pahang untuk bayar biasiswa anak anak yang makan belanja sebanyak RM70 juta [Ahli Dewan menepuk meja]. Harap duit balak sekarang ni duit balak dapat ke Yayasan Pahang tak lebih RM20 juta tak banyak, tak ada dah, tak macam dulu. Nasib baik, alhamdulillah. Itulah yang dapat ditengok sikit sebanyak, Maahad Tahfiz.
Kemudian tu Kebawah Duli Tuanku menitahkan negeri Pahang ni tak pernah menang Tilawah Quran. Berbincang pula dengan guru… guru Quran di Kota Bharu tu Ustaz… Ustaz Nik Jaafar sehingga Dato' Faizul dapat memenangi Tilawah Quran
antarabangsa dan juga kebangsaan masa tu dan saya beritahu Dato' Faizul menang sekali cukup, jangan bertanding lagi takut kalah. Jadi memang rekod tak pernah kalah, bertanding sekali. Jadi sebagai akhirnya nak mengatakan inilah nasihat saya lebih kurang, minta maaf ya.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Yang berhormat anu ni… Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sebelum saya terlupa, dalam Bahasa Inggeris dengan izin, i owe the member from Lanchang an apology. Saya kena minta maaf dengan Ahli daripada Lanchang. Semasa hari pertama dulu, saya bertanyakan tentang beberapa soalan berkaitan dengan perlombongan dan juga Menteri Besar baru Menteri Besar lama, pada masa itu. Saya ingin bertanya supaya jawapannya lombong ni dimulakan sejak tahun 65, itu maksudnya tapi jawapan tu tak keluar dan saya telah terkasar dengan Ahli daripada Lanchang, saya dengan ini minta ampun maaf dengan Ahli Lanchang atas kekasaran saya tu. [Ahli Dewan menepuk meja]
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, don't worry. Everything okay.
Kalau setakat “don't worry, everything okay”, buat apa? [Ahli Dewan ketawa] Belanjalah makan ke minum ke, tahanlah sikit.
Insya-Allah, saya terima dengan baik dan er… insya-Allah nanti dalam apa namanya penggulungan saya akan jawab.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Sekali lagi marilah kita bersama-sama menyokong Yang Amat Berhormat Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail untuk terus mentadbir menguruskan negeri Pahang, insya-Allah [Ahli Dewan menepuk meja]. Kita akan menghadapi pilihan raya, nasihat saya ialah ada di antara kita akan dipilih sebagai calon, ada yang tidak akan dipilih sebagai calon sama ada barisan Kerajaan Barisan Nasional ataupun Pakatan Harapan tapi ada juga yang dipilih jadi calon akan menang. Ada juga yang akan dipilih jadi calon akan kalah.
Maknanya kita semua berserah kepada Allah SWT. Kalau kita jadi calon menang, menanglah kita, kalau kita tak dipilih jadi calon, itu yang terbaik. Mungkin kalau jadi calon, memegang kuasa, salah guna kuasa mungkin ke dalam. Minta maaf cakaplah teringat siapa yang pernah er… memikir. Seseorang itu bila masuk ke penjara contoh. Kalau kita tahulah kalau dia tahu dia tak… dia akan masuk ke penjara satu masa, dia tak nak jawatan yang dia terima, kita tak nampak.
Itulah sebabnya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sedikit nasihat saya ni. Nombor satu sekali, jalankan tugas dengan jujur dan ikhlas. Kalau boleh tolong… tolong. Kalau boleh bantu… bantu, tak dapat tolong cakap terus terang tak dapat tolong, saya pernah menolong seorang. Anak dia berkhidmat sebagai guru di
Sarawak. Minta tukar balik ke Bentong. Enam kali minta tolong ni orang, dari Sarawak tukar ke Kedah, dari Kedah tukar ke Pahang, dari Kuantan… di Kuantan tukar ke Bentong, di Bentong dia minta tukar pula dihantar ke Karak, daripada Karak minta uta... tukar pula ke Benus, Karak – Benus tu 20 minit.
Saya kata kat dia, "beginilah abang, awak balik awak bina sekolah sendiri, awak hantar anak awak mengajar depan rumah." "Ha… ya... ya Dato'". Itu contohlah, mana boleh tolong... tolong, tak boleh tolong tak apa dan jangan menghalang, jangan membantut, jangan menyusahkan orang. Jangan salah guna kuasa, jangan rasuah. Kemudian itu berlapang dada, bersabar penuh ikhlas, rela menghadapi setiap ujian, kesulitan dan ingatlah... perkara yang berlaku dalam kehidupan kita biasanya adalah perkara-perkara yang tidak disangka-sangka.
Things that happen in your life with your respect, dengan ini izin Yang di-Pertua, things that happen in your life are things that you never perceive iaitu perkara yang berlaku dalam kehidupan kita ini perkara yang kita tak pernah sangka, er... fikirlah, bagilah contoh-contoh lain kehidupan ha… yang kita tengok sekarang ini. Hari semalam, minggu lepas ke semua benda tetap berlaku dan orang yang menipu kita ialah orang yang paling rapat dengan kita. Menipu anak... ayah, menipu ayah... mak, menipu suami... isteri, menipu isteri... suami. Jangan terkejut, kawan baik kita, tak bayar hutang... kawan baik kita. Saya dah mengambil masa lebih kurang 20 minit ya, Tuan Yang di-Pertua.
Tak apa, boleh lagi satu... dua minit lagi. Sebab bukan apa nak menghabiskan, saya difahamkan pukul 5.00 ini ada Mesyuarat EXCO.
Ya, saya bukan apa ni, nak menyebut satu aje lagi. Umur saya 72, dalam Dewan ini saya yang paling tua... paling tua sekali. Sekali lagilah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak. Saya berasa sangat gembira dan berasa sangat puas hati. Dengan izin, i have no complaint being YB for the past 36... 36 years. I've done my part, i've done my best, i've tried to help as many people as possible, then everything else is up to God to judge, is not for me... bukan saya... bukan. Ini Allah Taala yang akan menentukan. Sekali lagilah, kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, patut tak sebut nama tapi ini ucapan terakhir menyebutkan, ucapan terakhir dalam Dewan, luar kang bercakap lagi, insya-Allah [Ahli Dewan ketawa]. Maknanya penghargaan setinggi-tingginya Dato' Sri teruskanlah khidmat yang begitu cemerlang and i really appreciate that you have the ability to innovate, to create new things.
Maknanya, perkara-perkara yang sedia ada itu boleh ditambahbaikkan dan Dato' Sri Wan Rosdy ada kelebihannya itu, nampak perkara bincang dan dengan dibantu oleh Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri, Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Daerah, Yang Dipertua-Yang Dipertua maka dapat dijalankan pentadbiran yang baik dan saya percaya insya-Allah… insya-Allah Dato' Sri Wan Rosdy akan dapat mengemudikan Barisan Nasional pilihan raya ini. Minta maaflah ya Pakatan Harapan dan insya-Allah akan terus dapat membentuk Kerajaan Negeri Pahang, insya-Allah [Ahli Dewan menepuk meja]. Terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Dato' Tuan Yang di-Pertua, saya sangat menghargai, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pelangai.
Minta laluan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya berasa sangat terharu mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Pelangai. Dengan ini saya mewakili Pakatan Harapan untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pelangai atas sumbangan yang diberikan kepada negeri Pahang dan juga tunjuk ajar yang diberikan kepada kita anak-anak muda dan orang baru di Dewan ini, terima kasih Yang Berhormat Pelangai. [Ahli Dewan menepuk meja].
Terima kasih… terima kasih.
Baik, saya sebenarnya tadi bagi tahu supaya Yang Berhormat Dato’ Ishak masuk mengganti saya sebab saya kira pujian-pujian itu dia tak ada di atas ini. Jadi saya rasa tak wajar tapi kerana beliau ada urusan sikit di luar sana, apa pun bagi pihak saya dan Yang Berhormat Speaker merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat… bekas Yang Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Pelangai kerana selama ini beliau banyak jasa bakti kepada Kerajaan Negeri Pahang. Dan saya juga melihat… bersama-sama dengan beliau sejak 5 penggal dahulu, bahawa beliau adalah seorang yang agak hebat... hebat.
Saya kira sangat hebatlah dari segi tangkasnya beliau di dalam Dewan ya, apa ni melawan hujah-hujah daripada pihak-pihak pembangkang. Saya ucap tahniah sekali lagi, syabas kepada Yang Berhormat Pelangai, tulus ikhlas di dalam Dewan ini memberikan apa ni… kata-kata nasihat terutama sekali kepada kami Ahli-ahli Yang Berhormat dan seterusnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Jadi bagi saya, inilah satu yang boleh kita contohi sebagai pembesar negeri kita yang pada hari ini beliau menyatakan bahawa beliau tidak lagi ada bersama-sama dengan kita. Apa pun sekali lagilah ucap setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Pelangai, bekas Menteri Besar pada hari ini yang dapat bersama-sama kita berbahas bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih banyak-banyak.
Saya… sebelum saya menempohkan persidangan kita pada petang ini, saya mohon untuk kita sedekahkan Al-Fatihah kepada bekas Yang Berhormat, Dato’ Bazain yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, Al-Fatihah (bacaan ayat Al-Quran).
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bercadang untuk menempohkan perbahasan kita pada petang ini. Insya-Allah pada hari esok, Ahli-ahli bagi pihak kerajaan akan memberikan jawapan-jawapan pada hari esok jam 9.30 pagi. Persidangan ditempohkan. Assalamualaikum WBT.
[Persidangan ditempohkan pada jam 4.54 petang]