Pahang · 12 October 2022

14th Assembly, 5th session, 3rd meeting · 244 turns · 31,223 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari

: Rabu, 12 Oktober 2022 Bersamaan 15 Rabiul Awal 1444 Hijrah

DOA

Bacaan doa

Yang di-Pertua (Speaker)

Al-Fatihah [bacaan Al-Quran]. Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin, Amin Ya Rabbal A’lamin.

Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita mengangkat setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah SWT pada pagi ini kita diizinkan masih lagi berada di dalam Dewan Yang Mulia ini bagi meneruskan persidangan kita seterusnya.

Baiklah, untuk urusan soalan selanjutnya. Saya menjemput....

Yang Berhormat... Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencelah untuk penjelasan sikit. Dengan izin.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Satu minit Yang Berhormat.

Berapa minit? Seminit?

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya.

Saya setengah siap.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey. Terima kasih. Sila.

Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua,

Semalam saya menyampaikan sedikit ucapan, ucapan terakhir atas keizinan Tuan Yang di-Pertua juga. Saya ingin membetulkan sikit. Saya terlupa untuk menyatakan di akhir ucapan itu, saya menyokong. Sebab pada hari Jumaat yang lepas, Yang Amat Berhormat Menteri Besar membawa Usul mengenai belanjawan saya menyokong, tapi tidak dapat berbahas kerana masa suntuk. Jadi semalam saya menyampaikan ucapan maka saya ingin membetulkan. Saya sudahi ucapan saya semalam sepatutnya dengan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, Yang Berhormat. Saya telah menyemak handsard pada hari semalam, ucapan Yang Berhormat Pelangai. Memang betul, tak ada ayat menyokong. Hanya terima kasih banyak-banyak kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Saya sangat-sangat menghargai. Terima kasih. Jadi amat wajar sekalilah ucapan itu. Terima kasih Pelangai. Baik, kita jemput Wakil dari Cheka untuk soalan.

Encik Lee Ah WongMCA · BNCheka

Terima kasih. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, soalan saya soalan pertama.

[Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan sebanyak satu juta ringgit untuk Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus.

a) Apakah pencapaian usaha ini?

b) Apakah usaha susulan jangka pendek dan jangka penjang yang akan dijalankan dan apakah impak yang diharapkan?]

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, selamat sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, terima kasih ADUN Jengka yang bertanyakan apakah pencapaian usaha bagi Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat PLUS dan juga apakah usaha-usaha susulan jangka pendek dan jangka panjang yang akan dijalankan dan apakah kesan atau impak yang diharapkan.

Untuk makluman Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan, Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus telah disediakan seperti jadual dan telah mencadangkan 46 cadangan program intervensi yang merangkumi lima kluster industri utama. Pertama Kluster Pelancongan, kedua Kluster Pertanian, ketiga Kluster Mineral, keempat Kluster Perkayuan dan kelima Kluster Perkhidmatan termasuk Pembangunan Modal Insan. Pelan Pembangunan Ekonomi Pahang Barat Plus ini telah diluluskan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus pada 3 Jun 2022.

Dan seterusnya pada 9 Ogos 2022 telah dibentangkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri ataupun JBI, di antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ataupun MITI dengan Kerajaan Negeri, iaitu kehadiran saya sendiri dan Yang Berhormat Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Kanan, MITI dan alhamdulillah telah diterima dengan baik cadangan lima kluster industri yang menjadi keutamaan bagi Pahang Barat Plus.

Berikut adalah senarai projek pelaksanaan quickwin mengikut kluster industri utama yang sedang dilaksanakan oleh agensi peneraju dan dipantau oleh Pahang Barat Plus:

Pertama, Kluster Pelancongan. Terdapat 3 Zon Pelancongan Utama Pahang adalah Zon Tanah Tinggi, Zon Semula Jadi dan Zon Persisiran Pantai dan Pulau. Dua daripada zon pelancongan ini berada di Wilayah Pahang Barat iaitu Zon Tanah Tinggi dan Zon Semula Jadi dan ditambah dengan keberadaan masyarakat Orang Asli di keenam-enam daerah dengan keunikan budaya kraftangan, kesihatan dan potensi yang dipamerkan oleh masyarakat ini. Apabila digabungkan akan menjadi satu pakej menarik yang boleh ditawarkan kepada pelancong dan sekaligus menyumbang kepada peningkatan ekonomi penduduk di Pahang Barat Plus ini. Intervensi yang diketengahkan sebagai projek-projek quickwin adalah untuk membangunkan Kompleks Perkampungan Budaya Orang Asli di Pos Betau, Lipis.

Kluster Pertanian, kluster kedua. Dua intervensi seperti sebagai quickwin yang dicadangkan iaitu pertama, Projek Pembangunan Lembu Wagyu dan Lembu Pedaging dan Lembu Tenusu di Wilayah Pahang Barat Plus. Pertama, Cadangan Pembangunan Lembu Wagyu dan Lembu Pedaging di Tanjung Gahai, Lipis. Kedua, Cadangan Pembangunan Lembu Tenusu di Kampung Jeransang, Lipis. Kedua, Pembangunan Halal Hub sebagai hub pemasaran di Bandar Gelanggi, Jerantut.

Ketiga Kluster Perkayuan, industri perkayuan merupakan satu komoditi yang berpotensi untuk diperkasakan sebagai sumber pendapatan negeri Pahang khususnya dalam Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus melalui kegiatan eksport dan sebagai pembekal input atau bahan mentah kepada keperluan industri dalam negeri yang berorientasikan perkayuan.

Bagi melestarikan bekalan bahan mentah dan dalam industri perkayuan, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang telah melancarkan program Buy Back Guarantee iaitu penglibatan masyarakat Orang Asli bagi semaian pokok balak yang mana kemudiannya dibeli balik oleh Jabatan Perhutanan dan menjadi projek serampang dua mata, di mana...di mana selain dapat menghasilkan benih pokok balak bagi penghasilan sumber huluan yang tidak putus ianya juga dapat memberi sumber pendapatan baru kepada masyarakat Orang Asli di Pahang.

Kluster keempat, Kluster Mineral iaitu Pembangunan Taman Teknologi bersepadu Lipis. Cadangan pembangunan Taman Teknologi bersepadu Lipis akan dibangunkan di Sungai Temau, tanah milik PKNP kerana sumber mineral berada di kawasan ini. Pembangunan Taman Teknologi bersepadu Lipis merangkumi komponen Kawasan Perindustrian Pemprosesan Mineral dan Akademi Mineral Negara yang bakal menempatkan pusat penyelidikan dan Pembangunan mineral negara.

Kluster yang terakhir adalah Kluster Perkhidmatan. Ianya bertujuan mewujudkan hub lokasi Perkhidmatan Perniagaan Global atau Global Business Services di Genting Highlands. Global Business Services di Genting Highlands ini bakal menarik pelabur dan syarikat multinasional kerana persekitaran yang baik dan mempunyai pelbagai tarikan pelancong bertaraf antarabangsa selain daripada kedudukannya yang strategik berdekatan dengan Lembah Klang dan bakal dihubungkan dengan laluan ECRL. Itu saja Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Kita pergi kepada soalan berikutnya. Jemput Wakil dari Semambu.

Encik Lee Chean ChungPKR · PHSemambu

Terima kasih kepada Dato' Sri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 2. Dengan sedikit pembetulan, Skim Tanah Warisan dan bukan skim warisan tanah. Sekian terima kasih.

[Apakah syarat yang dikenakan kepada mereka yang memperolehi Skim Warisan Tanah (SWT) baru baru ini dan bilakah ia akan diperluaskan ke daerah yang lain?]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada ADUN Semambu bertanyakan Skim Tanah Warisan (STW). Ini sebenarnya adalah produk baru Kerajaan Negeri Pahang dan ianya adalah tambahan daripada usaha-usaha untuk memberi ataupun rakyat negeri Pahang dapat memiliki rumah selain daripada Rumah PR1MA Pahang, Rumah Makmur, Rumah Rakyat Pahang dan lain-lain, Kerajaan Negeri juga membuat lagi satu produk dan pilot projeknya ialah di daerah Lipis iaitu di Kuala Medang.

Tujuannya ialah sepertimana yang saya katakan tadi untuk memberi peluang kepada rakyat negeri Pahang untuk memiliki rumah dan syaratnya yang seperti yang ditanya oleh ADUN Semambu ialah yang pertama sekali sudah tentulah kepada penduduk setempat. Maknanya kalau buat di… di Semambu, maknanya penduduk di Semambu diberi keutamaan. Kita tak bagi kepada penduduk daripada Pekan, daripada Damak, daripada Peramu Jaya, Kuala Semantan, itu syarat yang pertama. Dia ada circle dia.

Peserta yang berpendapatan rendah dan sederhana, adalah kita punya sifir dia dan mana-mana pemohon yang diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan. Peserta yang dipilih perlu mematuhi syarat-syarat berikut. Yang pertama sekali membayar premium tanah berjumlah RM10,000.00 sahaja dan mereka dikehendaki membina rumah di atas tanah tersebut dalam tempoh 5 tahun selepas mendapat surat tawaran. Maknanya kita bagi tapak rumah 10,000 ekar sepertimana yang di Kuala Medang, Lipis dan kena buat dalam tempoh 5 tahun.

Yang ketiga ialah kita kenakan moratorium ataupun sekatan tanah milik untuk tempoh 10 tahun. Sebabnya kita tak nak kita bagi tapak tanah, tapak rumah tiba-tiba dia jual pula tapak tersebut kepada orang lain. Kita tak nak berlaku macam itu. Jadi, tak boleh jual dalam tempoh 10 tahun. Kalau dia nak jual kena tunggu 10 tahun. Ini mandatori, Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.

Dalam keadaan macam mana sekalipun tak boleh ya, sebab kita nak protect supaya kita tidak beat the purpose, hasrat kita tercapai. Skim Tanah Warisan juga akan insya-Allah akan dipanjangkan kepada daerah-daerah lain tertakluk kepada peruntukan Kerajaan Negeri. Bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri merancang untuk melaksanakan Skim Tanah Warisan di daerah Pekan iaitu di Kampung Cik Limah, Mukim Bebar, Nenasi dengan keluasan 100 ekar. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Baik, kita pergi kepada soalan berikut. Dijemput ADUN Padang Tengku.

Dato' Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Assalamualaikum WBT. Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mewakili ADUN kawasan Kemayan mengemukakan soalan nombor 3.

[Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan bahawa jumlah hasil pertanian yang dikeluarkan adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk Pahang dan seterusnya harga pertanian asas tidak meningkat dengan mendadak.]

Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Bagi menjawab soalan nombor 3 daripada ADUN Kemayan, pihak Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah-langkah dan tindakan serta merangka perancangan untuk terus memperkasa sektor pertanian di negeri Pahang dan pendekatan yang diambil antara lainnya ialah untuk mewujudkan kerjasama dengan Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pertanian, Industri Asas Tani iaitu dari segi tanaman padi. Mewujudkan kerjasama dengan Kerajaan Pusat melalui IADA (Integrated Agriculture Development Agency), dengan izin, IADA Rompin dan IADA Pekan dalam memperluaskan program yang dinamakan sebagai Program SMART Sawah Berskala Besar. Maknanya SBB di kawasan luar jelapang dan program ini merupakan program bersepadu, tujuannya untuk meningkatkan lagi hasil padi dengan diterajui oleh pihak kementerian dan juga pihak industri iaitu BERNAS.

Yang keduanya kita memperkasa hasil pengeluaran melalui projek yang dinamakan sebagai TKPM iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Pahang merupakan negeri yang paling banyak sekali mempunyai TKPM. Kita mempunyai er… sehingga tahun 2019 er... 2022, 19 kawasan TKPM telahpun diwujudkan di negeri Pahang. Malahan tahun-tahun 2022 ni kita mewujudkan TKPM Tanjung Putus dengan keluasan 90 hektar dan peruntukan yang diperuntukkan ialah RM1.45 juta. Seterusnya tahun hadapan kita akan mewujudkan TKPM Merapoh dengan peruntukan daripada Kerajaan Pusat berjumlah RM2 juta.

Ketiganya ialah mempertingkatkan produktiviti melalui pelbagai program di bawah Jabatan Pertanian sama ada program pengembangan teknologi tanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman kontan, program pengembangan teknologi tanaman industri dan tanaman berpotensi dan juga memperkasa TKPM.

Yang keempatnya pendekatan yang diambil adalah untuk memperkasakan lagi aspek myGAP ini iaitu Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik atau Good Agricultural Practices, dengan izin, di mana petani akan dibimbing dan diberikan pengiktirafan kerana mengamalkan pertanian berkonsepkan mesra alam dengan mengeluarkan produk berkualiti dan selamat dimakan. Dan sehingga kini, Pahang telah berjaya mempersijilkan sebanyak 1,026 ladang yang merangkumi seluas 7,022 hektar dan di samping itu juga, pihak kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah juga mempromosi dan menggalakkan supaya petani melaksanakan projek yang dinamakan sebagai myOrganic iaitu di mana terdapat 43 ladang telah dipersijilkan melibatkan keluasan 154 hektar.

Tidak kecuali juga kita membangunkan usahawan industri tani bagi melaksanakan nilai tambah kepada hasil-hasil pertanian yang sudah tentunya dapat memberikan pulangan pendapatan tambahan kepada petani-petani khususnya dalam aktiviti pemprosesan tanaman mereka dan di samping itu juga, kita membangunkan kumpulan sasar melalui program pembangunan sumber manusia.

Malahan untuk pastikan bahawasanya agenda jaminan makanan peringkat negeri ini diberikan perhatian utama, satu Jawatankuasa Food Security ataupun Jaminan Makanan Peringkat Negeri telah diwujudkan dengan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar. Manakala Jawatankuasa Pemantau er… di Pahang diwujudkan dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Setiausaha Kerajaan Negeri dan kita juga mewujudkan Jawatankuasa Jaminan Makanan di

peringkat daerah yang dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan-tuan Pegawai Daerah di daerah masing-masing.

Dan sepertimana yang kita sedia maklum, bahawasanya keperluan teknologi dalam sektor pertanian ini amat penting. Lantaran itu, pihak Kerajaan Negeri telah juga menyediakan peruntukan dan memperkasakan juga, termasuk pemerkasaan perkhidmatan pembajakan di negeri Pahang. Malahan semalam kita telah melihat majlis penyerahan jentera ya... traktor 22 buah traktor daripada Kerajaan Negeri yang telah diserahkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kepada Jabatan Pertanian supaya dapat membantu petani-petani dalam mengusahakan tanah masing-masing dan sepertimana yang telah dizahirkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri, kadar sewaan yang dikenakan amat berpatutan berbanding dengan kadar yang dikenakan oleh pihak swasta di luar sana.

Malahan pihak Kerajaan Negeri juga telah mengambil inisiatif untuk mempermudahkan kelulusan bagi tanah-tanah ataupun Lesen Penempatan Sementara (TOL) untuk aktiviti tanaman kontan dan sebagainya. Ini di antara pendekatan yang diambil dan dalam konteks seumpama ini juga kita menggalakkan agropreneur muda melibatkan diri dalam sektor agromakanan ini. Malahan program usahawan tani er… menggunakan pendekatan fertigasi telah juga dirangka dan peruntukkan sebanyak RM400 juta er... RM400,000.00 telah disediakan sebagai projek perintis ke arah untuk pastikan bahawasanya aktiviti pertanian di peringkat kampung… kampung tradisi khususnya dapat di er... digerak dan diaktifkan semula.

Dalam er... kita mendakapi atau embrace, dengan izin, teknologi ataupun apa yang dipanggil sebagai precision farming, dengan izin. Itu konsep perladangan pintar ya, smart farming dengan menggunakan Internet of Things ya iaitu drone dan sebagainya. Kita… Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3.35 juta untuk tahun hadapan untuk kita melaksanakan. Jadi kalau kita lihat misal contohnya pendekatan yang diambil sudah tentu ianya jelas dan ketara sekali bahawasanya agenda memperkasa sektor agromakanan dan juga memastikan jaminan makanan yang di negeri Pahang ini dapat dilaksanakan secara tuntas. Jadi, terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut dijemput Wakil dari Chini.

Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Yang berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan pertanyaan yang ke-4.

[Sejauh mana persediaan Kerajaan Negeri menggembleng sukarelawan dalam menghadapi bencana banjir?]

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada Wakil daripada Chini yang mengemukakan soalan berkaitan dengan persediaan Kerajaan Negeri menggembleng tenaga sukarelawan dalam menghadapi bencana banjir.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah mempunyai kumpulan sukarelawan yang berdaftar, sama ada dengan pertubuhan sukarelawan kebajikan di daerah-daerah yang keseluruhannya berjumlah 1,146 orang dan juga badan-badan bukan kerajaan, NGO-NGO yang bermodulkan kebajikan di seluruh negeri Pahang dan kita juga ada Sukarelawan Pahang yang diterajui oleh Majlis Tindakan Sosial Pahang. Yang mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri adalah pengerusi kepada MTSP dan menggerakkan kerja-kerja sukarelawan ini. Dan antara langkah-langkah Kerajaan Negeri yang telah pun dan masih kita lakukan juga ialah meningkatkan kemahiran sukarelawan dalam menghadapi bencana seperti menganjurkan kursus dan taklimat berkaitan pengurusan sukarelawan sebelum, semasa dan selepas bencana

Inilah… ini termasuk baru-baru ini wakil daripada Chini juga mengikuti program jangka pendek di Jepun, di dua buah universiti termasuk Universiti Tokyo. Bagaimana kita belajar Jepun menguruskan bencana, Dato' Sri Yang di-Pertua dan Wakil daripada Semantan juga ada bersama mengikuti kursus-kursus pendek tersebut. Dan kita juga menganjurkan program simulasi berkaitan tugas sukarelawan di pusat pemindahan sementara, PPS. Kita juga menganjurkan kursus pengenalan etika dan profesionalisme sukarelawan. Dan kita juga menggalakkan sukarelawan berkolabrasi dengan syarikat korporat yang melakukan CSR, sumbangan bantuan dan tenaga bagi membantu mangsa-mangsa bencana.

Ini termasuklah program bersama dengan ROS sendiri dan juga insya-Allah tak lama lagi Kerajaan Negeri juga akan menandatangani MOU dengan Yayasan TM, yang mana Yayasan TM ini akan memberikan latihan percuma kepada sukarelawan kita, Dato' Sri Yang di-Pertua. Selain itu, suka juga saya menyebut sukarelawan Pahang juga telah… selain daripada membantu mangsa banjir er… bencana di negeri kita, kita juga telah menghantar pasukan di... ke Segamat ya, ke Terengganu dan juga ke Baling, Kedah baru-baru ini. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, sila.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Kita tahu sukarelawan terutama telah er... Kuala Sentul telah memaklumkan bahawa ia melibatkan banjir. Soalan saya, bagaimanakah er… kedudukan kebajikan bagi sukarelawan-sukarelawan kita ini, contohnya adakah mereka diberikan insurans? Terima kasih.

Terima kasih kepada Muadzam Shah... eh Bukit Ibam, yang mengemukakan soalan yang sangat baik dan sememangnya kita menjaga kebajikan para sukarelawan kita dan kita juga membuat pengiktirafan dan saya bersama rakan saya, Pengerusi

Jawatankuasa NGO, juga wakil daripada Tioman, ya sentiasa melaksanakan program-program pengiktirafan kepada sukarelawan kita ini untuk bukan sahaja memberi penghargaan kepada mereka, tetapi juga dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang bagaimana peranan sukarelawan kita ini.

Dari segi insurans, ini sebenarnya kita telah pun mengambil langkah ada NGO-NGO yang berkaitan, dia mengambil insurans kelompok, ada yang tidak ada, tapi insya-Allah kita akan seragamkan dalam masa akan datang. Terima Kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, Padang Tengku. Sila.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Assalamualaikum WBT Dato' Sri Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 5.

[Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang beroperasi di Tanjung Lumpur, Kuantan merupakan antara Maahad Tahfiz yang terbaik di negara ini namun tidak mampu menampung permintaan pelajar yang meningkat pada masa ini.

i) Adakah Kerajaan Negeri bercadang membina kampus-kampus cawangan baru di luar Daerah Kuantan bagi memenuhi permintaan pelajar khususnya di kawasan Pahang Barat.

ii) Jika ada, nyatakan penekanan khusus dan kurikulum baharu yang bakal dilaksanakan agar Maahad Tahfiz yang baharu dapat memenuhi keperluan modal insan selari dengan tuntutan semasa negara dimasa akan datang.]

Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya daripada Padang Tengku yang mempersoalkan tentang hasrat adakah Kerajaan Negeri berhasrat ataupun bercadang membina kampus-kampus cawangan baru di luar daerah Kuantan dan apakah kurikulum yang akan disediakan bagi setiap Maahad Tahfiz.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Maahad Tahfiz ini adalah salah satu daripada institusi pengajian Kerajaan Negeri yang sangat kita bangga. Semalam, kita sendiri telah dengar bagaimana apa… ucapan daripada Pelangai menyatakan pembinaan dan pembukaannya dan Kerajaan Negeri memang terus istiqamah untuk memastikan Maahad Tahfiz ini sentiasa diperkasakan dan diperluaskan dari semasa ke semasa. Cuma kita tak bolehlah serupa nak membina sesuatu benda. Mimpi, tidur malam, hari esok terus buat.

Kerana ini adalah satu mas’uliyyah. Tanggungjawab yang besar untuk melahirkan para… para huffaz yang benar-benar berkualiti dan mampu bertanggungjawab dengan apa yang mereka hafalkan daripada ayat-ayat suci al-Quran itu sendiri. Dan ini juga satu kerja yang sangat besar dan berat tanggungjawabnya kepada kita. Kita kena fikir daripada segenap sudut.

Walaupun demikian, Kerajaan Negeri telah mengadakan perancangan seperti membina satu lagi cawangan di Kuala Lipis dan dalam Bajet baru ini pun Yang Amat Berhormat Dato' Sri telah menyebutkan bagaimana kita akan cuba untuk mengatur dari satu daerah ke satu daerah mengikut keupayaan dan er… kesediaan kita untuk membina Maahad Tahfiz itu. Ada pun dari sudut kurikulum, kita ada tiga bentuk Maahad Tahfiz ni, Dato' Sri Yang di-Pertua.

Yang pertama sekali, dinamakan Maahad Tahfiz Profesional. Di sini, kita mengajak anak-anak kita hafal al-Quran dan dalam waktu yang sama mereka akan mengikuti kurikulum arus perdana. Mungkin mereka mengambil bahagian perubatan, mungkin mereka mengambil bahagian apa engineer dan sebagainya, Dato' Sri Yang di-Pertua.

Yang kedua, kita ada namanya Maahad Tahfiz Turath. Maahad Tahfiz Turath ini, kita nak melahirkan para mufassirun atau er… mujtahid di dalam agama dan sebagainya. Ini dia lebih kepada ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keagamaan. Fiqah, Tauhid dan sebagainya.

Dan yang ketiga, kita ada namanya Maahad Tahfiz TVET. Di sini kita menawarkan pelajar-pelajar untuk mengikuti kelas Tahfiz dalam waktu yang sama mereka akan dididik ilmu-ilmu kemahiran seperti pertukangan er… apa namanya baikpulih kenderaan, apa itu… memasak dan sebagainya. Apabila mereka keluar daripada Tahfiz berkenaan, mereka bukan sahaja telah menghafal beberapa surah ataupun juzuk yang kecil daripada al-Quran tetapi mereka mempunyai kemahiran. Itulah 3 kurikulum utama yang menjadi teras di dalam Maahad Tahfiz Kerajaan Negeri, Dato' Sri Yang di-Pertua.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Soalan tambahan, Dato' Sri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila, Padang Tengku.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana telah menetapkan satu Maahad Tahfiz akan dibina di Kuala Lipis dan saya difahamkan di kawasan sayalah. Soalannya bila yang di Lipis itu nak dibuat? Sebab uar-uar yang saya dengar err... bulan lapan hari itu, tapi kita tak nampak lagi err... kerja-kerja perlaksanaannya, yang pertama.

Yang keduanya, kita memahami bahawa Maahad Tahfiz ini mempunyai kepakaran-kepakaran tertentu. Soalan dan juga permintaanlah, kalau boleh di Lipis tu, kita adakan juga kursus-kursus jangka pendek yang boleh memberikan manfaat kepada penduduk-penduduk setempat berkaitan dengan ilmu-ilmu err... ilmu-ilmu al-Quran seperti apa ni er… tarannum, tajwid dan sebagainya. Juga, apa ni… ilmu berkaitan dengan bahasa-bahasa antarabangsa seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin supaya kepakaran yang ada itu dapat dimanfaatkan oleh penduduk-penduduk setempat. Terima kasih.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Atas ucapan terima kasih Padang Tengku, saya jawab sama-sama. Atas dia tanya bila masa, bila bercacak tiang itu, itulah masanya. Insya-Allah, duitnya dah diperuntukkan sebanyak RM15 juta. Doakan agar benda ini dapat dibina tahun 2022. Kita perlu kepada bantuan jabatan teknikal, apa namanya… kita perlu kepada JKR bantu kita, kita perlu kepada apa er... pihak-pihak yang ada kepakaran untuk bantu membina ini, Insya-Allah, bila siap benda tu semua akan binalah. Saya nak sebutkan tarikh, nanti saya menipu jer Dato' Sri Yang di-Pertua, tapi duit tu dah ada insya-Allah, tapak pun dah ada. Padang Tengku akan ada Maahad Tahfiz. [Ahli Dewan menepuk meja].

Yang di-Pertua (Speaker)

Insya-Allah Yang Berhormat. Baiklah seterusnya saya jemput Wakil Tanah Rata.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya pohon kemukakan soalan nombor 6.

[Projek pembinaan Klinik Kesihatan jenis 4 dengan Kuaters Kampung Raja, Cameron Highlands yang diumumkan dalam Belanjawan Persekutuan 2020.

(a) Apakah status terkini dan siapakah kontraktor yang telah dilantik untuk menyempurnakan projek tersebut?

(b) Bilakah tarikh jangka siap dan kos pembinaan keseluruhannya?

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Izinkan saya untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Tanah Rata. Tanah Rata bertanyakan soalan berkaitan dengan Klinik Kesihatan (jenis 4) yang telah diluluskan dalam Belanjawan Persekutuan Tahun 2020. Sebelum saya menjawab soalan Tanah Rata, izinkan saya berkongsi dengan Sidang Dewan beberapa maklumat penting berkaitan dengan latar belakang pelaksanaan projek ini.

Klinik kesihatan (jenis 4) Kampung Raja berserta kuarters di Cameron Highlands bukan projek yang telah diluluskan semasa Rancangan Malaysia Ke-11 Rolling Plan Ke-4, iaitu pada tahun 2020. Tapak projek ini terletak di Lot PT 2393, Mukim Hulu Telom, Cameron Highlands dan berkeluasan 1.2 hektar atau 2.965 ekar dan merupakan tapak hak milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan merupakan tapak har... ataupun PTP.

Kos siling peruntukan yang diluluskan untuk projek ini adalah sebanyak RM 47.2 juta. Projek ini merupakan projek di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan Cawangan Kerja Kesihatan, Jabatan Kerja Raya Malaysia telah dilantik sebagai Pegawai Penguasa Projek dan JKR Daerah Cameron Highlands sebagai Pegawai Selia Tapak.

Projek ini masih dalam proses reka bentuk dan belum mula pembinaan buat masa ini. Pihak Kementerian Kesihatan masih belum menerima maklumbalas mengenai cadangan pelan susun atur tapak baru daripada JKR. Berdasarkan keputusan

mesyuarat penetapan hala tuju projek pada 28 Julai 2022, status terkini projek adalah “tangguh” di skala JKR.

Untuk makluman Sidang Dewan Yang Dimuliakan, kita memang sedih dengan kelewatan yang terpaksa dihadapi ini, tapi bagaimanapun err... latar belakang bagi projek ini harus kita faham bahawa Klinik Kesihatan di Kampung Raja sedia ada sebenarnya, asalnya merupakan satu bangunan Pusat Bersalin Berisiko Rendah ataupun (ABC) yang dinaik taraf. Premis ini sangat sempit dan tiada langsung ruang tambahan untuk kerja pembangunan. Premis ini juga sentiasa berdepan dengan risiko banjir kerana terletak bersebelahan dengan sungai kecil.

Projek Klinik Kesihatan (jenis 4) Kampung Raja beserta kuarters di Cameron Highlands amat diperlukan disebabkan keperluan mendesak dengan beban kedatangan kes yang semakin meningkat dan keperluan perkhidmatan seperti radiologi, makmal dan perkhidmatan rehabilitasi bagi penduduk sekitar. Jadi secara ringkasnya Tanah Rata, status terkini adalah "tangguh", jadi tidak ada kontraktor yang dilantik. Kemudian bagi tarikh dijangka siap, pun tidak dapat kita berikan buat masa ini dan kos pembinaan keseluruhan projek dengan kelulusan sebanyak RM47.2 juta ini, buat masa ini. Itu sahaja Dato' Sri Yang di-Pertua.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Solan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tanah Rata.

Encik Chiong Yoke KongDAP · PHTanah Rata

Terima kasih. Soalan saya adalah, adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk memperuntukkan tanah yang baru sebagai gantian untuk menjayakan projek Klinik Kesihatan tersebut? Terima kasih.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Pelaksanaan projek-projek kesihatan adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan. Sekiranya... sememangnya projek ini tidak bersesuaian, pihak Kerajaan Negeri sedia menerima permohonan berdasarkan skala-skala yang memenuhi keperluan pembinaan sebuah Klinik KK (4) ini. Tidak pernah lagi kita tidak memberikan tanah untuk keperluan apa... Kerajaan Persekutuan apatah lagi untuk tujuan kesihatan Yang Berhormat.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Triang dulu... lepas tu baru Tahan.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, setelah lebih 10 tahun menunggu, akhirnya Hospital Bera sudah siap dan mula beroperasi, akan tetapi perkhidmatan ambulans di Klinik Kesihatan Triang telah berhenti. Saya mohon penjelasan kerajaan dan adakah kerajaan sedar bahawa bandar Triang mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi di daerah Bera tetapi tiada ambulans.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya jawab soalan Triang bersekali dengan soalan berkaitan dengan Hospital Bera hari esok.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik. Tahan, sila. Tambahan.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih. Saya nak mengemukakan... nak kemukakan yang berkaitanlah. Berkaitan dengan er… Kuarters Kesihatan di Kuala Tahan yang telah siap berapa tahun yang lalu. Isu yang berlaku ialah masalah bekalan air yang mengganggu penghuni-penghuni di Kuarters Kesihatan Kuala Tahan yang menyebabkan kakitangan setengah itu terpaksa menumpang mandi di Klinik Kesihatan. Isu ini, bila saya kemukakan kepada pihak er… PAIP, dia sebut ada kaitan dengan JKR ketika pembinaan. Jadi, saya mengharapkan agar perkara ini dapat diselesaikan demi keselesaan kakitangan kita, insya-Allah. Terima kasih.

Boleh saya dapat penjelasan. Adakah klinik yang dimaksudkan Klinik Kesihatan (jenis 4), Kuala Tahan?

Ya, kuarters... kuarters Klinik Kesihatan.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Sebenarnya untuk Klinik Kesihatan Kuala Tahan ini pihak Kerajaan telah mengangkat untuk cadangan binaan baru dalam rancangan ataupun dalam Rolling Plan Ke-3 Rancangan Malaysia Ke-12. Saya percaya perkara ini akan diambil kira dalam apa er... pembinaan baru itu nanti. Walau bagaimanapun, sekiranya ada keperluan segera, bolehlah Yang Berhormat jumpa saya, kita cari jalan macam mana nak menyelesaikan masalah itu secara segeranya.

Err... Dato' Sri Yang di-Pertua, err... yang nak... nak dibina baru tu adalah klinik. Sekarang ni saya sebut berkenaan kuarters yang baru dibina beberapa tahun dan telah diduduki sepenuhnya oleh kakitangan, yang... isunya masalah air. Kadang-kadang sampai tiga minggu tak ada air di... di kuarters tersebut.

Baik. Terima kasihlah di atas makluman diberikan oleh Tahan, ya. Saya pun tak dapat spec pembinaan cadangan baru itu. Sekiranya kuarters ini tidak termaktub dalam apa ni… dalam cadangan yang akan datang, akan dikekalkan. Jadi, kita err... pastinya kita kena apa… segerakanlah, ini satu keperluan asas Yang Berhormat ya. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan berikutnya, jemput Wakil dari Ibam.

Datin Samsiah binti ArshadUMNO · BNBukit Ibam

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Saya mohon mengemukakan pertanyaan nombor 7.

[Berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada Belia di Pahang dalam membantu pembangunan ekonomi mereka khususnya DUN Bukit Ibam

(a) Sila nyatakan dalam sektor apa dan di manakah peruntukan itu disalurkan.]

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada ADUN Ibam, satu-satunya ADUN yang mempunyai tasik berwarna-warni. Tasik biru, tasik merah dan tasik hijau, ya. Soalan yang dibangkitkan pada hari ini iaitu berhubung kait dengan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada belia di Pahang dalam membantu pembangunan ekonomi termasuk juga di DUN Bukit Ibam serta nyatakan sektor er… apakah peruntukan disalurkan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Kerajaan Negeri tidak memperuntukkan secara khusus peruntukan pembangunan kepada belia ya, di negeri Pahang. Bahkan apa-apa peruntukan yang melibatkan pembangunan fizikal er... adalah disalurkan melalui sama ada er... melalui MBK sebagai contoh ya ,Taman skateboard di Bandaraya Kuantan ini.

Begitu juga kalau melalui KBS ya, disalurkan direct... terus sebagai contoh Kompleks pembangunan... err... Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang yang sedang dalam pembinaan. Ini merupakan peruntukan-peruntukan yang menjurus kepada pembangunan-pembangunan ya. Justeru itu apa yang Kerajaan Negeri buat setakat ini adalah menyalurkan peruntukan untuk pentadbiran dan juga pengurusan serta aktiviti-aktiviti kepada belia di negeri Pahang melalui Majlis Belia Negeri dan disalurkan pula kepada Majlis Belia daerah-daerah.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua,

Peruntukan yang disalurkan oleh jabatan ini adalah secara menyeluruh mengikut daerah dengan menggunakan peruntukan sedia ada jabatan. Program pembangunan ekonomi belia yang dilaksanakan pula adalah secara maya dengan menggunakan platform yang disediakan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan melalui program webinar daripada Akademi Pembangunan Belia Malaysia serta Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan. Program ini adalah dilaksanakan secara terbuka untuk semua menggunakan aplikasi Facebook live dan Zoom. Manakala bagi pelaksanaan secara berfokus mengikut daerah-daerah, Kerajaan Negeri dalam keadaan sedia ada sehinggalah kepada masa-masa akan datang, akan meneruskan kursus-kursus sebagaimana yang dirancang dan yang juga telah dilaksanakan.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua,

Untuk makluman ADUN Ibam juga, program ekonomi belia yang dilaksanakan adalah mengikut keperluan semasa dalam membantu menggerakkan ekonomi belia dan dilaksanakan secara atas talian. Manakala modul program adalah mengikut kumpulan semasa. Ianya banyak difokus kepada pembangunan ekonomi dalam bidang pertanian. Sebagai contohlah... sebagai contoh kita libatkan Majlis Belia Negeri Pahang dengan penanaman roselle di Rompin, yang mana melibatkan peserta-peserta anak muda dari seluruh daerah-daerah dalam negeri Pahang.

Dan terbaru ini melalui JKPTD daerah Rompin telah meluluskan seluas tanah 45 ekar untuk memberi laluan kepada anak-anak muda dengan kerjasama MARDI, Jabatan Pertanian, Majlis Belia Negeri dan juga pihak konsultan daripada universiti tempatan, membangunkan tanaman roselle secara berkelompok dengan penduduk Kampung Perpat seluas 45 ekar. Dan dalam hari ini juga, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM45,000.00 kepada Majlis Belia Negeri... Majlis Belia Daerah Rompin untuk program tersebut. Ini adalah salah satu dari inisiatif Kerajaan Negeri untuk memberi ruang dan peluang kepada anak-anak muda belia ini berkecimpung dalam pertanian untuk ekonomi mereka.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Kerajaan Negeri juga... saya amat berterima kasih melalui Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Kalau ikut peruntukan Kerajaan Negeri kepada Majlis Belia Negeri ya... sangat banyak ya. Kalau tengok hampir RM1 juta lebih yang mana kalau ikut pentadbiran dan pengurusan tersebut, Majlis Belia Negeri sahaja hampir RM250,000.00, manakala Majlis Belia Daerah RM20,000.00.

Berbalik kepada di DUN Ibam, antara perkara yang diselaraskan peruntukan kepada ADUN kawasan iaitu peruntukan RM50,000.00 ya... RM50,000.00 untuk penganjuran motocross yang dibangkitkan tempoh hari oleh ADUN Ibam dan termasuk juga court takraw yang dibina secara bergotong-royong oleh penduduk dan juga anak muda di Kampung Lubuk Batu. Ini adalah beberapa perkara yang boleh saya salurkan kepada pengetahuan er... Yang Berhormat ADUN Ibam. Termasuk juga bukan Rompin... termasuk juga di Paya Besar, yang mana Geran Perintis Anak Muda melalui peruntukan yang disalurkan kepada TKPM melibatkan satu ekar kepada anak-anak muda. Ini juga antara perkara yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Pusat untuk membantu anak-anak muda kita di negeri Pahang. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat, seterusnya saya jemput Wakil dari Semantan.

Dato' Nor Azmi bin Mat LudinUMNO · BNKuala Semantan

Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya ingin mengemukakan pertanyaan nombor 8. Terima kasih.

[Dunia digital pada hari ini sangat penting kerana bukan sahaja untuk tujuan perhubungan tetapi juga satu sumber menjana pendapatan. Apakah usaha kerajaan negeri bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dan dapat mengambil bahagian dalam dunia digital?]

Bismillahirrahmanirahim, terima kasih kepada rakan saya daripada Semantan. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dan dapat mengambil bahagian dalam dunia digital?

Bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak terpinggir dan dapat juga terlibat sama dalam dunia digital, Kerajaan Negeri bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua, telah mewujudkan sebanyak 111 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia iaitu kita namakan dia PEDi seluruh negeri Pahang dan Pusat Digital ini... Pusat Ekonomi Digital cerita ini terletak di kawasan luar bandar dan bukan sahaja menyediakan capaian internet secara kolektif tapi juga menyediakan tenaga pengajar yang profesional… yang profesional dan menawarkan pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, keusahawanan multimedia dan sebagainya dengan matlamat menggalakkan lebih ramai masyarakat di luar bandar untuk terlibat sama dalam aktiviti ekonomi digital. Sekian Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat, seterusnya saya jemput Wakil dari Sungai Lembing. Sila, Pulau Manis bantu.

Dato' Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Saya mewakili ADUN Sungai Lembing mohon mengemukakan soalan nombor 9.

[Mohon pihak kerajaan negeri untuk menambahkan lagi bilangan permohonan Skim I-PUSH untuk membantu lebih ramai lagi anak muda yang ingin bergiat aktif dalam bidang usahawan.]

Dato' Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih kepada Yang di-Pertua. Terima kasih kepada ADUN Sungai Lembing yang bertanyakan tentang permohonan status Skim I-PUSH usahawan bagi Kerajaan Negeri Pahang. Skim I-PUSH merupakan satu inisiatif Kerajaan Pahang yang diumumkan dalam belanjawan 2022 dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.

Ini bukan janji manis, “tiada janji, lihat bukti” di mana fasa pertama telah diberi kelulusan kepada 751 usahawan kecil yang melibatkan peruntukan sebanyak RM7.15 juta. Penyampaian Skim I-PUSH yang pertama ini akan disampaikan oleh Yang Amat

Berhormat Menteri Besar Pahang kepada pemohon yang berjaya pada 17 Oktober 2022. Bakinya… di mana bakinya akan dibuka permohonan Skim I-PUSH ini pada 1 November 2022. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih kepada Yang Berhormat, seterusnya soalan terakhir kita pagi ini. Jemput Wakil dari Tanjung Lumpur. Ya, Tahan.

Dato' Sri Yang di-Pertua, mewakili Tanjung Lumpur, saya kemukakan pertanyaan nombor 10.

[Banjir kilat kerap terjadi di beberapa tempat di Kempadang Makmur, Kampung Anak Air dan Kempadang Sejahtera apabila hujan lebat beberapa jam sahaja walaupun kawasan ini terletak berhampiran laut. Antara puncanya adalah disebabkan tambun tanah pembangunan perumahan baru yang tinggi yang berada di sekitarnya. Apakah usaha kerajaan negeri untuk mengelakkan banjir kilat?]

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Yang Hormat Yang di-Pertua. Oleh kerana demi menjimatkan masa... Wakil daripada Tanjung Lumpur pun tidak ada saya akan memberi jawapan secara bertulis kerana ini akan lebih cepat dan banyak agenda lain lagi kita akan bincang. Terima kasih Yang di-Pertua.

Dato' Sri Yang di-Pertua...

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya... sila.

Saya walaupun EXCO tak jawab, saya nak menyelit sikitlah. Saya ini tak dapat peluang berucap. Jadi antara benda yang saya nak ucap... adalah isu-isu berkaitan banjir dalam DUN saya. Kalau sebelum ini, dalam DUN Tahan ni bila berlaku musim banjir ni...Taman Ria dan juga PR1MA Paya Gunung banjir.... hujan lebih sikit... pukul 1.00 pagi... 2.00 pagi... kita turunlah. Orang kampung... penduduk beritahu banjir kilat. Tapi selepas daripada kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak JPS, alhamdulillah kira-kira tahun lalu, alhamdulillah banjir lebat macam mana pun setakat hari ini, hingga hari ini dua taman tu tidak berlaku banjir kilat.

Cuma satu lagi, saya ucap terima kasih kepada JPS. Satu... satu lagi laluan er... di... menghala ke Felda Padang Piol. Ada satu selekoh yang kami kenali dengan Chicken Corner, Selekoh Ayam. Sebab dulu dia ada gerai menjual ayam segar situ. Bila berlaku hujan lebat air akan penuh atas jalan. Hujan lebat, air akan penuh atas jalan. Tak tahu apa punca. Cumanya ada yang mengatakan punca sebab di sana ada kilang sawmill yang mungkin awal pagi sisa-sisa dibuang, mungkin menutup… menutup aliran

sungai. Cumanya saya mengharapkan agar perkara ini dapat diatasi sama ada jangka masa pendek atau panjang, kerana isu ini bila dia akan menyebabkan jalan rosak. Dah ada kejadian motor tumbang, apa tu... apa tu pancit... tayar pancit bila berlaku hujan yang berterusan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat atas....

Dato' Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Saya nak menjawab bagi pihak Kerajaan Negeri iaitu pada tahun lepas, Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama saya, bersama ADUN Tahan pergi melawat di kawasan Corner Ayam. Dulu ada jual ayam situ dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah bersetuju bersama Puan DO Daerah Jerantut mohon peruntukan kepada kementerian untuk pastikan kenaikan aras di kawasan tersebut sehingga daripada Corner Ayam, sampai ke atas bukit di Jalan Garuk.

Kalau ini dapat peruntukannya dalam Rancangan Malaysia Ke-12, mungkin kita dapat menyelesaikan masalah banjir, sikit je banjir tu. Saya selalu lalu jalan tu. tetapi kadang-kadang selekoh je terus ada air. Sebab tu Yang Berhormat ADUN Tahan dia sentiasa pakai kereta besar-besar supaya selekoh itu apabila banjir Yang Berhormat selamat. Insya-Allah dalam masa terdekat, kalau Kerajaan Malaysia diperintah oleh Barisan Nasional pasti peruntukan tersebut diberikan RM9.07 juta akan dapat dilaksanakan dan menyelesaikan masalah Corner Ayam. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, terima kasih pihak Kerajaan. ADUN daripada Pulau Tawar yang telah memberi jawapan yang cukup jelas ya, kepada ADUN Tahan. Saya harap perkara tu dapat diterima dengan baik.

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah selesai soalan dan jawapan. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian pada sesi pagi ini. Saya bercadang untuk menempohkan Sidang kita untuk kita sama-sama menikmati minum pagi dan kita akan mendengar pula selepas ini pihak Kerajaan akan memberi pandangan atau jawapan seberapa ringkas yang boleh ya atas segala pandangan yang telah disampaikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Sebelum itu suka saya memaklumkan bersama-sama kita pada pagi ini urus setia telah menjemput para pelajar daripada IPTA, IPTS iaitu pagi ini pelajar daripada… mahasiswa daripada Universiti Islam Antarabangsa seramai lapan orang [Ahli Dewan menepuk meja]. Sila. Ada? Di mana? Ha... terima kasih dan juga Kolej Komuniti Kuantan seramai sebelas orang [Ahli Dewan menepuk meja]. Terima kasih dapat hadir dan mengikuti persidangan kita pada pagi ini.

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tempohkan Dewan ini dan kita masuk kembali dalam Dewan pada pukul 11.00 pagi. Persidangan ditempohkan. Terima kasih.

[Persidangan ditempohkan pada jam 10.30 pagi]

[Persidangan disambung semula]

Menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022Bill

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga: Menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli... Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terima kasih kerana dapat bersama-sama berada dalam Dewan... Yang Mulia ini untuk kita meneruskan aturan kita mesyuarat selanjutnya, Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022 telah dibentang pada 7 Oktober 2022 dan telah dibahas pada 11 Oktober 2022. Beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut.

Pada hari ini, pada pagi ini saya meminta pihak kerajaan untuk menjawab, memberi pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengikut masa yang telah ditetapkan. Sekiranya ada perkara-perkara yang tak sempat untuk disampaikan, pihak kerajaan bolehlah menjawab secara bertulis. Baiklah, untuk itu saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang untuk membuat penggulungan. Sila Yang Berhormat.

Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negeri, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Berlayar malam menyusur bahtera, Cerah haluan cahaya pelita, Negeri stabil rakyat sejahtera, Tok Wan pemimpin kesayangan kita.

[Ahli Dewan menepuk meja].

Pertamanya saya ingin mengucapkan bersyukur ke hadrat Allah SWT, dengan izin dan kurnia-Nya dapat saya berada di sini pada ketika ini, walaupun hampir saya... hampir... hampir enam bulan saya tidak dapat menjalankan tugas rasmi kerana masalah kesihatan. Alhamdulillah dengan berkat doa-doa sahabat-sahabat, doa-doa Yang Berhormat sekalian telah er... Allah makbulkan dan pada ketika ini saya dapat berada bersama dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian.

Di kesempatan ini juga saya merakamkan penghargaan di atas pembentangan Bajet 2023 oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar di atas penyediaan peruntukan bagi portfolio saya khususnya dan negeri Pahang am... amnya. Portfolio saya telah menerima jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM64.64 juta iaitu kenaikan sebanyak tiga kali ganda berbanding tahun 2022. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sangat mengambil berat terhadap kesejahteraan rakyat di dalam memastikan pemilikan rumah dan kemudahan awam yang terbaik untuk rakyatnya.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Isu berkaitan Kerajaan Tempatan. Sehingga 30 September 2022, Pihak Berkuasa Tempatan telah berjaya membuat kutipan sebanyak RM320 juta iaitu sebanyak 74.76% dari anggaran yang disasarkan. Kita masih ada lagi beberapa bulan untuk mencapai sasaran kutipan bagi semua setiap PBT di negeri Pahang. Manakala untuk peruntukan Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Pahang telah menerima peruntukan sebanyak RM2 juta bagi membina dan membaik pulih fasiliti awam dalam kawasan PBT di negeri Pahang melibatkan 20 projek dan peruntukan MARRIS bagi menyenggara dan menaik taraf jalan-jalan di kawasan PBT sebanyak RM1.4 juta.

Manakala untuk peruntukan Kerajaan Persekutuan, melalui hubungan baik antara Kerajaan Negeri Pahang dan pihak persekutuan, sejumlah RM27.8 juta telah disalurkan melalui Pihak Berkuasa Tempatan bagi melaksanakan projek baik pulih fasiliti awam, Program ke... Pembasmian Kemiskinan Bandar, itu baik pulih rumah, projek pembangunan dan naik taraf taman-taman awam, membina dan menaik taraf gerai serta menaik taraf kemudahan pelancongan.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Bawah portfolio saya telah melaksanakan beberapa rancangan terutamanya Rancangan Tempatan Daerah (RTD) dan Rancangan Kawasan Khas ataupun RKK. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pengumuman bahawa Kerajaan Negeri yang akan... akan memperuntukkan sebanyak RM220,000.00 melalui Belanjawan Negeri Pahang 2023 bagi melaksanakan Kajian-kajian Rancangan Tempatan Negeri Pahang serta Rancangan Tempatan Daerah di Rompin, Maran dan Bera.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada tahun ini sebanyak satu draf Rancangan Tempatan Daerah dan dua draf Rancangan Kawasan Khas akan diwartakan setelah diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Kerajaan iaitu RTD Bentong 2035 (Penggantian), RKK Teluk Gading dan RKK Gugusan Pulau Tioman, Rompin.

Manakala untuk menerima anugerah peringkat antarabangsa, saya ingin mengucap... mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan meluahkan rasa bangga kerana Majlis Bandaraya Kuantan telah menerima anugerah di peringkat antarabangsa iaitu Anugerah The Buildings Green Apple Award 2022 yang telah diterima pada 30 Mei 2022 di Waldorf, London. Anugerah Ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada semua pihak di atas usaha-usaha membantu pemeliharaan dan pemuliharaan dalam... alam sekitar. MBK telah mengangkat projek mural di lorong belakang Jalan Mahkota dan Jalan Besar bagi tujuan pertandingan ini. Mana-mana Yang Berhormat yang masih belum lagi melawat kawasan ini, dipersilakan sebelum kita habis Dewan ini, percuma tak payah bayar ya... tak payah bayar.

Manakala untuk status Projek Menaik Taraf Stesen Bas Bentong yang telah dibangkitkan oleh er... YB Bilut, er... Majlis Perbandaran Bentong telah mengadakan cadangan untuk menaik taraf Stesen Bas Bentong dalam peringkat pelantikan perunding dan juga akan dilaksanakan dalam tahun 2023.

Manakala... manakala dalam aspek perumahan... ini kita dah biasa dengarlah, Rumah PR1MA Pahang, Rumah Makmur, Rumah Rakyat Pahang, di mana Kerajaan Negeri telah komited untuk menyediakan Rumah Mampu Milik kepada rakyat negeri Pahang meskipun berdepan dengan cabaran dengan peningkatan harga rumah yang melambung tinggi di seluruh negara susulan kenaikan harga barang binaan yang mendadak.

Sebagaimana Persidangan Dewan yang lalu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menyatakan bahawa harga Rumah PR1MA Pahang masih kekal dengan... dalam harga RM150,000.00 kerana ini akan memberi peluang kepada rakyat-rakyat yang berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah. Apabila kenaikan kita berikan, menyebabkan harga rumah ini akan meningkat dan ini menyukarkan rakyat untuk memiliki rumah. Ini adalah satu kepritahinan... keprihat... keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menjaga kebajikan berkaitan dengan pemilikan rumah oleh rakyat-rakyat negeri Pahang ya.

Sehingga hari ini Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak 138 projek PR1MA Pahang dan masih aktif melibatkan pembinaan sebanyak 44,803 unit rumah. Daripada jumlah ini, sebanyak 6,564 unit telah siap dibina dan diserahkan kunci kepada pembeli. Jangkaan saya pada akhir tahun ini kita akan mencapai sasaran rumah siap sebanyak 7,000 unit.

Manakala bagi Rumah Makmur Pahang sebanyak 25 projek telah diluluskan melibatkan 7,904 unit rumah. Kerajaan Negeri akan terus mengekalkan dasar pelaksanaan kedua-kedua Rumah Mampu Milik ini pada tahun hadapan untuk memastikan... er... bagi memastikan rakyat yang berpendapatan rendah akan tetap dapat memiliki rumah sebagaimana yang mereka idamkan.

Ini ada soalan berkaitan dengan PR1MA Cherating ni. Saya jawab bertulislah kerana YB dia tak ada kat sini. Oh ada? Ada ya YB Sim, baru masuk. Minta maaf YB Teruntum. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat ADUN Teruntum, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan notis penamatan kepada pemaju iaitu Syarikat Y&S Mutiara Construction Sdn. Bhd. susulan kegagalan pihak syarikat melaksanakan dan menyiapkan 108 unit rumah fasa satu er... Rumah cera... PR1MA di Cherating, Mukim Sungai Karang, Kuantan.

Dengan penamatan perjanjian ini Kerajaan Negeri boleh melantik pemaju menyelamat bagi meneruskan baki projek yang terbengkalai. Pembeli boleh meneruskan urusan jual beli rumah tersebut dengan pihak pemaju baru. Dalam masa yang sama pembeli berhak menuntut bayaran ganti rugi melalui Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR). Tuntutan yang boleh dibuat adalah... ialah deposit yang dibayar kepada pemaju, ganti rugi kelewatan penyerahan pemilikan kosong dan lain-lain tuntutan yang berbangkit dengan Perjanjian Jual Beli.

Kerajaan Negeri tidak terikat untuk apa-apa pampasan kepada pembeli sebaliknya ia merupakan tanggungjawab pemaju. Kerajaan Negeri adalah pihak yang memiliki tanah tersebut dan sebenarnya pihak Kerajaan Negeri, Bahagian Perumahan sendiri telah memanggil pemaju dan juga pembeli untuk mebincang perkara ini. Tetapi setelah NOD, Notice of Demand dikeluarkan kepada pemaju, nampaknya pihak pemaju masih lagi gagal menjalankan projek ini dengan alasan masalah pekerja dan juga kos kenaikan barang.

Manakala bagi Rumah Rakyat Pahang ataupun RRP ya, adalah menjadi agenda utama Kerajaan Negeri untuk membela nasib golongan miskin dan daif dalam pemilikan rumah. Sehingga kini Kerajaan Negeri telah menyiapkan dan menyerahkan sebanyak 231 rumah kepada peserta. Manakala bagi sebanyak 343 unit rumah sedang dibina dalam perancangan. Rumah RRP ini meliputi semua kaum tidak pada sesuatu kaum sahajalah. Setakat ni kita dapat ke semua semua kaum yang ada termasuk juga orang asal kita ya, mendapat rumah.

Manakala bagi cadangan penggunaan IBS untuk Rumah Rakyat Pahang, kerajaan negeri mengalu-alukan mana-mana pembekal atau pengilang yang ingin membuka kilang melabur dalam Negeri Pahang bagi memudahkan kontraktor-kontraktor tempatan untuk memanfaatkan teknologi IBS dalam dalam pembinaan. Manakala kenaikan harga rumah yang mana diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar daripada RM65,000.00 pada tahun ini kepada RM75,000.00 sebuah pada tahun hadapan 2023.

Manakala kita ada satu program baru itu dikenali sebagai Program Rumah Mesra Pahang ataupun RMP yang diadaptasi daripada Rumah Mesra Rakyat SPNB ya. Dalam Dialog Anak Muda bersama Menteri Besar yang diadakan bulan lepas, ada berapa perkara yang telah dibangkitkan salah satu ada golongan muda untuk memiliki rumah. Jadi dengan satu produk baru yang diperkenalkan iaitu Rumah Mesra Rakyat Pahang pada tahun hadapan yang berharga RM75,000.00, pemohon akan diberi pembiayaan kerajaan negeri sebanyak RM15,000.00, yang akan dibina di atas tanah milik sendiri manakala baki bayaran boleh dibuat atas... mohon melalui duit skim pinjaman yang dikenali sebagai SJKP, Skim Jaminan Kredit Perumahan yang diuruskan oleh KPKT dan juga MOF ya. Ini adalah satu kaedah yang kita nak mengatasi masalah pembeli-pembeli yang tidak layak untuk buat pinjaman dengan bank.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Rumah Pahang atau Generasi Baru. Sebanyak 1,856 unit rumah dari Projek Perumahan Generasi Baru FELDA yang terbengkalai telah diambil alih oleh kerajaan negeri untuk membaikpulih dan dibina sebanyak di 10 lokasi yang berikut iaitu di FELDA Kota Gelanggi 2 sebanyak 1044 unit, FELDA Jengka 1; 120 unit, FELDA Jengka 11; 180 unit, FELDA Sungai Retang; 400 unit, FELDA Bukit Tajau; 100 unit, FELDA Bukit Sagu; 300 unit, FELDA Jengka 12; 50 unit, FELDA Kampung Awah; 56 unit dan FELDA Keratong sebanyak 7 unit dan projek ni akan jangka disiap dalam tempoh tiga tahun yang akan datang.

Untuk makluman Ahli Dewan semua permohonan untuk memiliki rumah baru atau Rumah Pahang Generasi Baru, diuruskan oleh Lembaga Perumahan Hartanah Pahang dan tidak boleh memohon melalui pegawai, orang-orang yang lain, pengurus FELDA dan sebagainya. Ya, yang bertanggungjawab adalah di bawah pendaftaran Lembaga Perumahan Hartanah. Ini berlaku di beberapa kawasan baru-baru ini dan Yang Berhormat Pulau Tawar sendiri telah dapat selesaikan dan terima kasih Yang Berhormat kerana Yang Berhormat Pulau Tawar sendirilah yang bertanggungjawab untuk melaksanakan... untuk mendapatkan projek ini daripada pihak FELDA yang tidak ada kemampuan kewangan untuk membuat.. untuk membaik pulih Rumah-rumah Generasi Baru FELDA.

Manakala untuk bantuan rumah banjir merujuk kepada Yang Berhormat Ketari. Bantuan baik pulih rumah banjir adalah di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui ke KPKT, KPLB dan Pejabat Pembangunan Negeri. Kerajaan Negeri turut memantau kemajuan pelaksanaan baik pulih rumah melalui semakan laporan yang dikemukakan oleh agensi-agensi tersebut. Sekiranya terdapat mana-mana mangsa banjir yang masih belum menerima bantuan baik pulih yang... boleh mengemukakan semula melalui Pejabat Daerah dengan verifikasi kerosakan yang disahkan oleh agensi-agensi teknikal. Ini berapa perkara yang sentuh tentang berkaitan dengan rumah banjir yang untuk membantu rakyat yang terlibat dengan ada yang rosak dan sebagainya

Dan akhir sekali saya memohon ampun dan maaf sempena Sidang DUN terakhir pada penggal kali ini mungkin ada salah silap salah dan silap semasa saya...

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Yang di-Pertua, mohon mencelah?

Yang di-Pertua (Speaker)

Pulau Manis. Satu minit Yang Berhormat.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Setelah saya mengamati pembentangan daripada pihak kerajaan saya tak nampak bahawa pihak kerajaan menyentuh tentang Perumahan Awam Kos Rendah.

Jadi perkara-perkara yang dinyatakan tadi baguslah. Makna nak bina baru, dah lulus dan sebagainya. Tetapi sekarang ni rumah yang dah siap, rumah dah siap macam bentuk taman dan pemilihan peserta dah dibuat dalam bulan Februari dulu dan saya dah bangkitkan dalam mesyuarat yang… pada sebelum ni. Tetapi saya bangkitkan semula semalam. Jadi saya tak nampak apa ni... apakah keputusan terhadap rumah tersebut? Satu.

Yang keduanya bagi Rumah Rakyat Pahang yang mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun memberikan watikah baru-baru ini, dekat dengan hotel di Tanjung Lumpur. Jadi saya rasa kalau kita nak ambil kesempatan, strategi kitalah untuk menghadapi pilihanraya maka dua perkara ni tadi memang perlulah. Rumah yang dah siap patut diserahkan, ditawarkan dan kemudian kemudian watikah yang dah dapat pun apa lagi jalan lah. Sebab itu kita dah terima watikah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey Yang Berhormat. Ya. Jelas soalan.

Dato’ Khairuddin bin MahmudUMNO · BNPulau Manis

Jadi saya minta ulasan lah sikit daripada pihak EXCO. Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya Pulau Manis. Jiran saya ya.

Untuk makluman Pulau Manis, rumah dia panggil PAKR ataupun Rumah Kos Sederhana Rendah adalah projek daripada KPKT. Empat lokasi telah dipilih iatu di Cherating sebanyak 100 unit, di Inderapura 100 unit, di Sungai Kemap, Maran 100 unit dan di Jaya Gading 100 unit.

Untuk makluman Yang Berhormat Pulau Manis bulan lepas saya telah mengadakan mesyuarat bersama dengan agensi dan difahamkan rumah ni tidak dapat diserahkan lagi. Projek-projek di... Federal... dilaksanakan kontraktor Federal tidak dapat diserahkan Kerajaan Negeri kerana terdapat beberapa kerosakan. Tak akan lah kita nak serah rumah yang rosak kepada pembeli. Jadi pihak KPKT dalam proses untuk membaikpulih dan jika ada semua baikpulih, dia akan diserahkan sebab senarai nama tu ada. Sekarang ni kita nak serah rumah pada rakyat mestilah rumah yang sempurna

kalau rumah tak sempurna takkan rakyat nak terima nak serah rumah yang tak siap. Ada empat projek. Itu yang saya ambil maklum.

Yang kedua berkaitan dengan di Swiss-Bell baru ni adalah penyerahan RRP untuk 2023. Jadi insya-Allah pada tahun depan tapi Yang Amat Berhormat Menteri Besar memaklumkan bahawa jika mana-mana kawasan Yang Berhormat tidak menyiapkan rumah yang fasa yang ada, iaitu fasa 2A dan fasa 2B pada 2022 ini, selagi dia tidak siap, projek untuk tahun depan tidak akan di diluluskan sehinggalah projek yang ada di siapkan dulu. Itu sahaja Yang Berhormat.

Untuk saya mengakhiri ucapan saya…

Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, minta maaf Yang Berhormat Tahan. Duduk. Sila duduk Yang Berhormat, Yang Berhormat EXCO Kerajaan. Masa penggulungan ini, kita seharusnya memberi penghormatan kepada pihak kerajaan menjelaskan segala hujah-hujah, isu-isu yang penting. Jadi oleh kerana, saya faham oleh kerana Dewan kita yang terakhir sidang hari ini seboleh-bolehnya kalau nak bertanya pun soalan yang ringkas padat dan memerlukan jawapan yang segera untuk kepentingan rakyat. Tapi kalau Yang Berhormat bertanya soalan yang terlalu panjang berjela-jela dan juga barangkali melangkaui seolah-olah perbahasan pula, saya tidak akan izinkan.

Jadi saya minta maaf atas isu itu. Ini masa untuk kita mendengar dan meneliti apa-apa hujah yang disampaikan oleh pihak kerajaan. Jadi okey lah saya rasa jelas kalau sekiranya Yang Berhormat nak bertanya juga, jangan lah terlalu panjang soalan itu dan terus kepada isu yang dibangkitkan. Mungkin penting untuk kepentingan rakyat. Jadi untuk Tahan saya nak dengar, apakah soalan yang nak dibangkitkan?

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak perlu memberi ulasan terus sahaja kepada soalan.

Ya, ya. Saya nak merujuk kepada pembinaan Rumah Generasi Baru di FELDA Sungai Retang. Daripada 400 unit saya ada difahamkan telah siap 104 unit walaupun tidak… belum lagi masuk api. Cuma saya nak tahu dari sudut penjualannya, adakah keutamaan diberikan kepada generasi baharu FELDA Sungai Rentang, memandangkan dari sudut cara penjualannya secara umum. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Saya nak menjawab bagi pihak sahabat saya

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, ADUN Pulau Tawar nak menjawab. Ha, kawasan FELDA. Okey.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Kerana ini kawasan FELDA. Kawasan FELDA. Kawasan saya dan kawasan FELDA

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Tahan, sila duduk Yang Berhormat. Sila duduk dulu. Kalau sekiranya berkaitan dengan portfolio Yang Berhormat dan kawasan Yang Berhormat, saya ingat Yang Berhormat boleh menggulung sekali lah dalam… dalam ucapan penangguhan.

Boleh... Boleh saya jemput Yang Berhormat. Boleh Yang Berhormat?

Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang.

Sempena… nak jawab?

Yang di-Pertua (Speaker)

Atau…nak jawab? Okey, Terima kasih.

Dato’ Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT.

Terima kasih kepada Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli-ahli Dewan semua. Alhamdulillah di sini saya mengambil bahagian, kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan ucapan setinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana bentangkan Belanjawan Negeri Pahang Darul Makmur 2023 yang bertemakan Negeri Stabil, Rakyat Sejahtera selari dengan…

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya tak dan nak menggulung yang akhir belum. [Ahli Dewan ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Duduk...duduk

Minta maaf...minta maaf.

Dato' Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Kira habislah tu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Duduk Yang Berhormat.

Saya nak maklum satu sahaja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Minta maaf...minta maaf. Yang Berhormat...Yang Berhormat Tahan. Yang Berhormat Exco Kerajaan. Duduk...duduk

Sebab diganggu oleh soalan-soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jadi beginilah ya. Saya memberi masa yang secukupnya. Jadi Yang Berhormat apa ini? Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan boleh membuat penggulungan untuk dua minit atau tiga minit. Sila.

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan sekalian hari ini merupakan sidang DN terakhir bagi penggal ini dan saya mahu ampun dan maaf jika ada salah dan silap semasa saya diamanahkan sebagai Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan bermula 2018 sehinggalah pada hari ini.

Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua, Mohon maaf kata bicara, Di lain masa kita bersua.

Sebelum mengakhiri ucapan penggulunggan ini saya memohon RUU Perbekalan 2022/2021 dan usul pembangunan yang Perbekalan… dan Perbekalan Air 2022 yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dengan ini menyokong ucapan Usul yang diumumkan. Sekian wabillahi assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat.

Dato' Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Saya juga juga menyambung ucapan penggulungan saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat sabar, Yang Berhormat.

Dato' Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Yang diganggu sebentar tadi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, Yang Hormat Tahan. Sabar er... Pulau Tawar tenang. Ambil nafas, tarik nafas. Ya saya akan bagi peluang, jangan bimbang. Yang Berhormat jangan tergesa-gesa. Izinkan sedikit masa kepada Yang di-Pertua untuk memberi sedikit penerangan penjelasan. Kalau main bangun... bangun... bangun ini saya pun tak tahu macam mana nak menguruskan Dewan nanti. Saya tahu, Yang Berhormat ada terlalu ghairah bangkali ataupun terlalu bersedia untuk menyampaikan apa perkara yang perlu dibangkitkan mengikut portfolio.

Saya tahu ADUN Pulau Tawar memang seorang Wakil Kerajaan yang cukup apa… mantap memberi ucapan yang telus. Contohnya bila Tahan tadi bertanya dia terus nak bangun tanpa meminta izin daripada rakannya sebelah. Walaupun portfolio perumahan, tapi dalam kawasan FELDA. Saya faham, ini satu… melambangkan kerjasama yang baik muafakat yang cukup erat antara satu sama lain. Baik, sekarang saya menjemput Pengerusi jawatankuasa Hal Ehwal FELDA Koperasi Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang membuat penggulungan. Silakan. [Ahli Dewan tepuk meja]

Dato' Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Terima kasih kepada Dato' Sri Yang di-Pertua, saya menyambungkan mukadimah saya tadi. Alhamdulillah rabbil alamin amin Assalamualaikum warah...

Yang di-Pertua (Speaker)

Bukan menyambung, memulakan baru dah.

Dato' Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Memulakan baru.

Yang di-Pertua (Speaker)

Alhamdulillah dah dua kali.

Dato' Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Sebab saya diganggu oleh Yang di… Speaker Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bukan menggangu Yang Berhormat.

Dato' Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Alhamdulillah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Saya menegur, saya perlu menegur bukan menggangu. Sila.

Dato' Haji Nazri bin NgahUMNO · BNPulau Tawar

Alhamdulillah di sini saya mengambil bahagian kesempatan untuk merakam penghargaan ucapan setinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana membentangkan bajet prihatin yang layak. Saya juga ingin mengucapkan syabas tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana berjaya meningkatkan kutipan hasil RM1 bilion. Selari sebaris dengan negeri-negeri yang maju seperti Johor dan Selangor.

Yang Berhormat Dato Sri Yang di-Pertua,

Setinggi perhargaan dan ucapkan terima kasih juga saya kepada semua Ahli Dewan yang mengemukan pertanyaan pelbagai isu-isu berkaitan dengan portfolio saya. Oleh kerana mood pilihanraya, semua Wakil Rakyat nak balik kawasan. Nak bersedia dengan jentera-jentera pilihanraya. Saya ucap terima kasih terutama ADUN Ibam, Pulau Manis. Saya akan jawab secara bertulis apa kemusykilan secara bertulis, ada bukti hitam putih, lagi bagus daripada secara lisan. Saya akan ambil tindakan segera.

Akhir kata sama kita bersepakat. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Dengan ini saya menyokong RUU Perbahasan 2… Perbekalan 2022 dan Perbekalan air 2023 yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Wabillahitaufik walhidayah Assalamualaikum warahmatullahi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Pulau Tawar. Pihak kerajaan memberi jawapan yang cukup jelas, padat, pendek. Ibarat kata dengan izin short and sharp.Tapi saya berharap pihak urus setia mengambillah ingatan supaya soalan-soalan itu dapat dijawab secara bertulis. Baiklah, seterusnya saya jemput Pengerusi Jawatankuasa Sains Teknologi Inovasi Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang. Silakan Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kerana telah memberi peluang kepada saya untuk membahaskan usul belanjawan yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada Jumaat yang lepas. Saya di sini ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana telah membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2023 bertemakan “Negeri Stabil, Rakyat Sejahtera”.

Syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana sehingga 7 Oktober 2022, Kerajaan Negeri

telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM1.037 bilion berbanding dengan sasaran sebanyak RM1.036 bilion iaitu melebihi 100% sasaran yang telah ditetapkan. Ini telah membuktikan bahawa jentera Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran dan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dalam menguruskan belanjawan Negeri Pahang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Sidang Dewan, sepanjang saya berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak pernah menolak setiap permohonan bantuan dan sumbangan oleh rakyat negeri Pahang yang memerlukan. Pelbagai inisiatif dan bentuk bantuan telah diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kepada seluruh golongan sasar di negeri Pahang seperti orang perseorangan yang bermula daripada bayi baru lahir, kanak-kanak, remaja, belia, warga emas, persatuan-persatuan, NGO, PIBG sekolah dan lain-lain.

Seperti juga kata Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tiada janji lihat bukti dan jika berbelanja janganlah sampai boros dan jika berjimat janganlah sampai kedekut. Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kepimpinan Kerajaan Negeri yang telah memperuntukkan sejumlah RM26.4 juta bagi inisiatif berkaitan ICT, teknologi dan pendigitalan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Menyentuh tentang pencapaian dalam bahagian komunikasi bagi projek pembinaan menara telekomunikasi baru bermula tahun 2018 sehingga 2022. Sebanyak 392 menara telah dibina di negeri Pahang, di mana 150 menara telah siap beroperasi dan 242 masih dalam pembinaan di bawah Projek JENDELA 2020 dan dijangka siap berperingkat sehingga pertengahan tahun 2023. Manakala bagi projek penaiktarafan 902 stesen pemancar sedia ada di seluruh negeri Pahang telah pun selesai sepenuhnya dia naik taraf ke... ke rangkaian 4G.

Bagi projek penaiktarafan Rangkaian Jalur Lebar Tetap, sehingga kini sebanyak 88,144 premis telah selesai dinaiktaraf manakala baki sebanyak 30,116 premis sedang dalam peringkat pelaksanaan dan akan selesai dinaiktaraf pada penghujung 2022. Bagi Projek Internet Jalur Lebar Teknologi Satelit pula, kesemua 69 kampung Orang Asli telah selesai sepenuhnya dipasang teknologi satelit ini pada bulan April 2022. Bagi perkhidmatan internet yang lebih baik dalam bangunan, sama ada premis kediaman mahupun komersial, usaha masih diteruskan bagi menambah bilangan premis kepada sasaran 220,236 premis di Pahang yang dirangkaikan dengan gentian optik pada penghujung tahun 2022.

Kadar liputan lebar… kadar liputan jalur lebar mudah alih 4G untuk negeri Pahang kini telah meningkat daripada 65.6% pada suku kedua 2018 kepada semua 93.59%. Pada suku kedua 2022 iaitu peningkatan sebanyak 28%. Perincian adalah seperti berikut; di Kuantan 98%, Pekan 95%, Rompin 89%, Maran 93%, Temerloh 96%, Bentong 95%, Raub 90%, Cameron 87%, Bera 94%, Lipis 79%, Jerantut 86%. Semalam Cameron ada kata tak capai internet di Cameron Highlands 50% sahaja. Saya tidak tahu di mana dia dapat angka 50% itu di sini menyatakan bahawa di Cameron Highland 87%.

Kadar ini dijangka akan terus meningkat apabila semua Projek JENDELA Fasa 1 yang dilancarkan pada tahun 2020 bagi pembinaan menara baru dijangka akan siap secara berperingkat bermula penghujung tahun 2022 hingga pertengahan tahun 2023 dan akan mencapai sasaran sebanyak 96.9%. Kerajaan Negeri Pahang juga telah turut

serta membiayai projek perkhidmatan internet menggunakan teknologi satelit di 50 kampung luar bandar dan pedalaman. Projek yang dikenali sebagai PRISMA Pahang Yang Berhormat Yang di-Pertua, dengan izin Pahang Rural Internet Services & Multimedia Access yang bernilai RM3 juta akan memberikan perkhidmatan internet secara percuma untuk tempoh 12 bulan di lokasi berkenaan yang bermula pada bulan Oktober 2022. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana telah meluluskan peruntukan ini bagi memastikan masyarakat luar bandar turut sama tidak ketinggalan dalam agenda pendigitalan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Negeri Pahang juga memainkan peranan penting dalam usaha untuk menambahbaik perkhidmatan komunikasi dengan memperkenalkan polisi dan pendekatan baharu bagi memastikan pelaksanaan dan pembangunan infrastruktur komunikasi dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Antaranya telah meluluskan yang pertama, mengiktiraf komunikasi sebagai utiliti awam ketiga selepas air dan elektrik. Yang kedua, pemakaian syarat penyediaan infrastruktur komunikasi dalam Kebenaran Merancang berkuatkuasa dari 10 Mei 2022. Yang ketiga, bersetuju untuk memberi hak konsesi kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang (PSK) untuk perolehan tanah bagi kegunaan tapak pembinaan menara komunikasi baru.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Izinkan saya menyentuh PahangGo. PahangGo yang ditubuhkan pada 26 Mac 2019 adalah merupakan anak syarikat milik Kerajaan Negeri yang terus memainkan peranan penting sebagai peneraju utama ekonomi digital dalam negeri Pahang. Ianya merupakan cetusan idea Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang sedang akan… yang sedar akan kepentingan ekonomi digital, selari dengan perkembangan ekonomi negara dan dunia. Kerajaan Negeri berhasrat ingin menjadikan aplikasi ini sebagai aplikasi super apps pertama di Malaysia yang menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan kerajaan dan menjadikan aplikasi mobile berkaitan negeri yang terbaik di negara ini.

Aplikasi PahangGo ini telah mencatat bilangan pengguna seramai 270 ribu dengan purata nilai transaksi mencetah… mencecah kutipan sebanyak RM1.2 juta sebulan. Jumlah keseluruhan kutipan yang diuruskan oleh PahangGo sejak penubuhannya adalah sebanyak RM37 juta. Beberapa inisiatif digital dilaksanakan semenjak penubuhannya adalah seperti, yang pertamanya parking digital di lima daerah, yang kedua sistem penguatkuasaan PBT, yang ketiga pembayaran cukai tanah, keempat carian hakmilik, kelima pembayaran kompaun semua 11 PBT, keenam bil utiliti, ketujuh top-up prabayar telco, kelapan baucer pelancongan dan eksport e-sport, kesembilan zakat, kesepuluh cukai taksiran di semua 11 PBT.

Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Besar kepimpinan Kerajaan Negeri dan rakyat negeri Pahang yang telah memberikan sokongan yang padu kepada PahangGo dalam pelaksanaan inisiatif digital yang telah kita rancang. Juga diucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai Kerajaan Negeri, kakitangan awam telah banyak membantu dan bekerjasama dalam menyelesasikan misi pendigitalan negeri serta pihak-pihak industri yang telah menjalinkan usahasama dengan pihak PahangGo.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Pelan digital negeri Pahang yang juga dikenali sebagai Pahang Digital 2021 hingga 2025 telah dilancarkan pada 31 bulan Mei 2022 adalah merupakan sebuah inisiatif perancangan lima tahun Kerajaan Negeri bagi mewujudkan ekosistem digital yang komprehensif dan berintegrasi antara sektor awam dan sektor swasta. Pelan ini melibatkan empat teras utama dengan 10 strategi, 50 inisiatif digital, 94 solusi digital serta melibatkan enam fokus industri. Dengan adanya peruntukan-peruntukan yang telah dilulus oleh kerajaan negeri kejayaan pelaksanaan inisiatif-inisiatif digital ini akan mewujudkan ekosistem digital yang komprehensif dan terbaik bagi menjadikan negeri Pahang kita sebagai negeri digital ready.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Mengakhiri ucapan penggulungan saya, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam perbahasan kali ini terutamanya yang telah mengemukakan soalan-soalan Dewan berkaitan portfolio saya iaitu ADUN Tanah Rata, ADUN Chini, ADUN Bukit Ibam, ADUN Inderapura, ADUN Muadzam Shah, ADUN Semantan, dan Ahli-ahli Dewan Negeri yang turut sama memberikan soalan-soalan tambahan, pandangan dan idea terhadap portfolio Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga dipanjangkan kepada Bahagian Teknologi maklumat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pegawai-pegawai Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan, pihak media, syarikat-syarikat telekomunikasi dan pihak-pihak yang berkaitan atas kerjasama erat dan komitmen yang padu diberikan kepada saya sepanjang saya memegang portfolio Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia negeri Pahang.

Saya juga ingin mengambil kesemp… saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas sokongan dan dorongan tiada berbelah bagi bagi Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bak kata pepatah “raja dan rakyat berpisah tiada” dan juga kepada saya, selama saya berkhidmat sebagai ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri.

Dengan segala peruntukan-peruntukan dan perancangan-perancangan yang telah disediakan dan akan dilaksanakan nanti, sudah tentu akan lebih memajukan menyejahterakan dan memakmurkan lagi negeri Pahang insya-Allah. Maju Terus Pahang, Pahang1st, This is Pahang. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong wabillahitaufik walhidayah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat, seterusnya saya menjemput, Yang Berhormat… minta maaf. Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Sila Yang Berhormat Dato'.

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang

Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Yang Hormat Ahli-ahli Dewan Negeri. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala dengan izin dan limpahnya pada pagi ini dapat kita bersama dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri Pahang Yang Ke-14 yang telah bermula pada Jumaat yang lepas.

Mengambil kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail atas pembentangan Belanjawan Negeri Pahang tahun 2023 pada Jumaat lalu. Saya ingin menzahirkan ucapan syabas juga kepada semua yang terlibat dalam pertabalan negeri Pahang yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di atas kejayaan kutipan hasil sebanyak RM1 bilion.

Dalam belanjawan tersebut juga, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membentangkan pelbagai perancangan yang strategik dan inisiatif yang begitu baik yang telah dirangka dan bakal dilaksanakan termasuk jugalah perancangan-perancangan yang berkaitan dengan portfolio saya iaitu Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli. Dengan kerjasama dan komitmen dari semua pihak , saya berharap perancangan yang telah dirangka dapat dilaksanakan dengan lancar insya-Allah.

Seperti biasa dalam sidang Dewan kali ini dan juga sidang Dewan lepas, persoalan, isu, cadangan dan hasrat berkaitan portfolio saya iaitu Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli di negeri Pahang sentiasa menjadi tumpuan utama yang diketengahkan di dalam Dewan Yang Mulia ini. Saya selaku pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuhnya portfolio saya.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian yang serius dalam menumpukan usaha-usaha ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat Orang Asli di negeri Pahang. Alhamdulillah, seperti yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dalam ucapan belanjawan tahun 2023, kita dapat lihat dalam strategi belanjawan keempat, menjamin kesejahteraan dan menjamin pembangunan Orang Asli dengan pelbagai perancangan projek dan program yang komprehensif dirangka untuk masyarakat Orang Asli di negeri Pahang. Antaranya ialah Rumah Rakyat Pahang Orang Asli (RRPOA) sebanyak 100 unit.

Kedua, Program baikpulih rumah Orang Asli yang layak dengan sasaran sebanyak 100 buah rumah. Ketiga, Program Pembekalan Air ke Kampung Orang Asli yang akan memberikan manfaat kepada 3,300 masyarakat Orang Asli di 33 Kampung Orang Asli di negeri Pahang. Keempat, Program Kebersihan di pusat-pusat pelancongan Orang Asli dengan peruntukan sebanyak RM 200,000.00.

Kelima, inisiatif perkahwinan pertama sebanyak RM300.00 bagi setiap pasangan yang diluaskan dan memberi manfaat kepada masyarakat Orang Asli. Maknanya, setakat ini Kerajaan Pusat telah pun bersama dengan kita, yang mana meluluskan RM500.00. Jadi mungkin masyarakat Orang Asli pun akan mendapat RM800.00 lah. Mana mungkin lah boleh Masyarakat Orang Asli bekerja dengan lebih keras lagi. Jangan sampai siang sudahlah, malam cukuplahkan.

Keenam, Program Kampung Angkat Orang Asli bagi usahawan tani fertigasi di tiga Kampung terpilih dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM300,000.00. Program Peduli Orang Asli mensasarkan 50% dari jumlah keseluruhan pelajar Orang Asli dibantu menyambung pengajian ke peringkat Universiti dengan peruntukan sebanyak RM200,000.00. Insya-Allah dengan kerjasama semua pihak seperti Orang Asli, Yayasan Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah serta lain-lain jabatan yang berkaitan, diharapkan semua program dan projek ini dapat dilaksanakan dengan jaya. Selain itu juga Kerajaan Negeri dan Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang turut bekerjasama dengan melaksanakan… yang melibatkan masyarakat Orang Asli di negeri Pahang.

Antara projek-projek terlibat ialah Pembangunan Infrastruktur dan Ameniti Sosial, Projek Jalan Perhubungan, Program Pembangunan Usahawan dan Ekonomi serta Program Pembangunan Modal Insan. Ada di antara program ini telah selesai sepenuhnya dan ada juga projek yang masih dalam pelaksanaan. Saya sebagai Pengerusi Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli di Pahang sentiasa menyusul projek-projek ini dengan JAKOA supaya dapat dilaksana dengan tanpa ini… masalah.

Yang Hormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Kemudahan prasarana utiliti dan ameniti sosial yang berkualiti adalah amat penting untuk meningkatkan keselesaan, kesejahteraan dan menggerakkan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar. Kerajaan Negeri Pahang tidak pernah meminggirkan keperluan dan pembangunan bagi kelompok masyarakat luar bandar terutamanya dalam penyediaan prasarana yang yang selesa. Kerajaan Negeri sentiasa menjalinkan hubungan kerjasama yang baik dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar serta agensi-agensi di bawahnya untuk memastikan kelompok- kelompok masyarakat luar bandar di negeri Pahang tidak ketinggalan dalam perancangan pembangunan.

Oleh itu seperti yang dibentangkan… dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Jumaat lalu, Kerajaan Negeri Pahang dalam belanjawan telah mengemukakan permohonan projek-projek luar bandar sebanyak RM3.47 bilion yang terdiri daripada empat kumpulan utama iaitu Jalan Luar Bandar, Jalan Jambatan Baru Luar Bandar, Bekalan Air Luar Bandar dan juga Projek Kemajuan Kawasan. Semoga semua atau sejumlah besar projek- projek yang telah dimohon ini diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Hal ini adalah penting untuk memastikan Pembangunan Kelompok Luar Bandar dalam pelbagai sudut seiring perkembangan di bandar memandangkan mereka juga mempunyai peranan besar dalam menyumbangkan kepada peningkatan ekonomi negara.

Yang Hormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung atau JPKK merupakan sebuah organisasi yang berperanan mengurus tadbir kampung serta menjadi medium penghubung antara pentadbir peringkat negeri dan daerah bersama penduduk kampung. Sebagai menghargai khidmat cemerlang Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Negeri Pahang, seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dalam ucapan Belanjawan tahun 2023, Kerajaan Negeri telah menaikkan elaun bulanan Pengerusi JPKK daripada RM750.00 kepada RM1,000.00 sebulan berkuat kuasa 1 Januari 2023.

Adalah diharapkan ia dapat menjadi pendorong kepada Pengerusi JPKK untuk menunaikan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan berusaha untuk membawa imej JPKK sebagai sebuah institusi yang berprestij dan disegani rakyat. Saya amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas keperihatinan beliau dalam menzahirkan penghargaan kepada Pengerusi JPKK.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Agenda pembangunan kampung juga tidak dipinggirkan dalam Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2023. Sebanyak RM1.21 juta akan diperuntukkan kepada 11 kampung terpilih, 10 kampung tradisi dan satu kampung Orang Asli bagi setiap daerah di negeri Pahang. Untuk Program Keceriaan Kampung, program keceriaan ini akan meliputi… meliputi aspek kebersihan, tanam-tanaman bunga dan projek-projek pertanian di kampung. Sekali lagi, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas inisiatif ini. Baru-baru ini juga KPLB telah melancarkan Program Aspirasi Kampung Sejahtera yang mana program ini mengetengahkan satu konsep yang ikonik dan komprehensif melibatkan lima aspek.

Pertama, Tadbir Urus Berkesan Inovasi dan Ekspirasi. Kedua, Ekonomi Berdaya Saing. Ketiga, Modal Insan. Keempat, kesihatan dan persekitaran serta prasarana dan kemudahan masyarakat. Dalam usaha untuk menzahirkan inspirasi Kampung Sejahtera ini, JPKK dilihat sebagai satu organisasi penting untuk memimpin masyarakat di peringkat kampung ke arah kampung sejahtera negeri Pahang.

Dan negeri Pahang telah mengemukakan sebanyak tujuh… sebanyak tujuh pencalonan kampung tradisi dan tiga pencalonan Kampung Orang Asli di mana pentadbiran ini diketuai oleh oleh JPKK dan JPPKAOA ke Pertandingan Inspirasi Kampung Sejahtera dan insya-Allah sesi penilaian telah diadakan pada Ogos dan September dan insya-Allah, keputusan bagi pertandingan ini akan diumumkan pada masa terdekat oleh KPLB.

Yang Hormat Dato' Yang di-Pertua… Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya juga ingin menjawab mengenai soalan-soalan tambahan yang telah dibangkitkan khususnya daripada ADUN Ketari, menyuarakan pandangan supaya Kerajaan Negeri memberi perhatian dan menyegerakan pewartaan tanah Orang Asli di negeri Pahang. Pewartaan tanah Orang Asli adalah merupakan antara perkara penting dalam perancangan kemajuan masyarakat Orang Asli oleh Kerajaan Negeri. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri dan JAKOA sentiasa bekerjasama untuk mengangkat keperluan kewangan bagi menyelesaikan kerja pengukuran kawasan Kampung Orang Asli secepat mungkin kepada Kerajaan Persekutuan.

Secara dasarnya semua baki tanah Orang Asli yang belum diwartakan telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk diwartakan di bawah Akta 134, Akta Orang Asli 1954 dan Kanun Tanah Negara. Baki tanah tersebut adalah seperti berikut; Pewartaan 76 buah kampung seluas 8,958 hektar yang telah mendapat kelulusan MMK sebelum ini, di bawah rizab tujuh, rizab orang Melayu, rizab Orang Asli.

Sebenarnya di Pahang ni kita ini Orang Melayu dengan Orang Asli ini sebenarnya sama je, lebih kurang. Saya menganggap Orang Asli ini kira orang Melayu lah orang Melayu itu Orang Asli. Dan pewartaan 139 buah kampung… pewartaan 139 buah kampung seluas 38,242 hektar yang telah mendapat kelulusan MMK selepas tahun 2006 di bawah Seksyen 6, Kawasan Penempatan Orang Asli. Ketiga, perwartaan dua buah kampung, Kampung Bechah Kelubi dan Prosdet Pantos seluas 517 hektar di

daerah Lipis di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara di mana telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2001.

Kesemua 139 buah kampung yang akan diwartakan di bawah Seksyen 6 Akta 134 Orang Asli telah dimasukkan di dalam perancangan permohonan Rancangan Malaysia Ke-12, yang telah diselaraskan oleh Kerajaan Negeri dan JAKOA bagi mendapat peruntukan tahunan daripada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan kerja mengukur kawasan perkampungan tersebut, bagi membolehkan permohonan warta diangkat kepada Kerajaan Negeri.

Maksudnya kita di peringkat Kerajaan Negeri menunggu... menunggu kerja-kerja pengukur dari pihak JAKOA dan selepas itu barulah kita boleh wartakan. Isunya, pada tahun 2021, JAKOA Pahang telah menerima kelulusan untuk mengukur 14 buah kampung yang melibatkan daerah Lipis, Pekan, Rompin, Temerloh, Jerantut, Bera, Bentong dan Cameron Highlands dan sedang dalam tindakan kerja ukur oleh juru ukur yang telah dilantik oleh JAKOA.

Manakala baki 125 kampung akan dimasukkan bajet dalam rancangan… Rancangan Malaysia Ke-12 dan seterusnya mendapat peruntukan kewangan yang secukupnya bagi kerja-kerja mengukur. Soalan… Pertanyaan yang kedua daripada ADUN Tanah Rata memberi cadangan supaya Kerajaan Negeri mengemukakan semula permohonan projek pembangunan luar bandar di Cameron Highlands yang telah diluluskan namun belum… belum dilaksanakan… belum dilaksanakan iaitu projek menaik taraf jambatan kedua di Kampung Teriso projek menaiktaraf Jalan Pos Lemoi, projek bekalan elektrik… elektrik Orang Asli di Pos Lemoi.

Untuk makluman Ahli Tanah Rata berdasarkan semakan terkini ketiga-tiga projek tersebut masih belum mendapat kelulusan bagi rolling plan yang pertama, kedua atau ketiga. Sekarang ni pun tak tahu kita kedudukan sebab Parlimen telah dibubarkan, ke-4, ke-5 pun tak tahu dah. Kerajaan Negeri bersama-sama dengan KPLB Negeri Pahang mengambil maklum dan akan menyelaraskan projek-projek tersebut untuk diangkat di dalam rolling plan Ke-4, Rancangan Malaysia Ke-12 kepada ni… Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Walau bagaimanapun, saya dimaklumkan bagi projek elektrik kampung Orang Asli di Pos Lemoi yang telah dihantar bajet oleh TNB dengan peruntukan sebanyak RM9.7 juta. Oleh kerana kekangan kewangan, pihak kerajaan telah bersetuju untuk mengambil inisiatif awal dengan membina Mikro Hidro.. Mikro Hidro dan hari ini kita dalam proses dengan ni… pihak TNB, sebenarnya syarikat daripada TNB untuk melaksanakan Mikro Hidro di Pos Lemoi. Ini kita tunggu ini… TNB.

YB. Dato' Sri Yang di-Pertua,

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyuarakan pandangan serta cadangan penambahbaikan yang melibatkan kumpulan sasar di bawah portfolio saya. Saya menghargai segala cadangan dan teguran serta akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan input yang diterima. Saya bersama jentera-jentera di bawah portfolio saya, dari masa ke semasa sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memastikan hak dan kepentingan penduduk luar bandar dan Orang Asli terpelihara.

Justeru, kami sentiasa mengalu-alukan cadangan penambahbaik dan sebarang bentuk kerjasama daripada semua pihak. Saya juga sekali lagi menzahirkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar

Pahang di atas segala strategi dan inisiatif yang telah dibentangkan dalam ucapan belanjal… Belanjawan 2023. Akhir kata, saya mohon menyokong Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2023 yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum WBT.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana kita masih lagi ada masa 10 pagi, saya cadang untuk meminta seorang lagi wakil kerajaan sebelum saya tempohkan Dewan ini. Dengan itu, saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang untuk membuat penggulungan. Sila Yang Berhormat.

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahi rabbil alamin washolatu wassalamu ala asrofil ambiya iwal mursalin wa'ala alihi wasahbihi ajma'in. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan ruang kepada saya pada kali ini untuk menggulung dalam sesi pembentangan Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Menteri Besar Pahang kita pada masa yang lalu.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat sidang Dewan yang dikasihi sekalian,

Sebelum saya meneruskan sesi penggulungan izinkan saya menjawab beberapa pertanyaan lisan yang dibangkitkan oleh sahabat ADUN semalam. Untuk makluman ADUN Teruntum, Kerajaan Negeri tidak hanya menumpukan kepada sukan teras sahaja dalam memberikan peruntukan ini. Ini kerana Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Pahang memberikan tumpuan kepada semua 40 jenis sukan berprestasi tinggi yang digazetkan dalam atas pembangunan sukan.

Peruntukan kepada sukan dan Persatuan berkaitan sentiasa diberikan dari semasa ke semasa termasuk untuk penganjuran dan penyertaan kejohanan sukan. Sebagai contoh, peruntukan bagi pembangunan sukan dan anak muda pada tahun 2022 meningkat sebanyak 53.3% iaitu dengan jumlah yang diterima RM15,630,660.00 berbanding RM8,331,700.00 pada tahun 2021.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Berhubung dengan cadangan ADUN Pulau Manis yang membangkitkan, mencadangkan supaya Kerajaan Negeri merangsang pembangunan sukan di peringkat sekolah bagi mencungkil bakat baru, sukalah saya memaklumkan bahawa perkara ini telah terkandung dalam pelan pembangunan sukan berprestasi tinggi negeri Pahang oleh Majlis Sukan Pahang. Ini dapat dilihat oleh salah satu inisiatif yang terkandung dalam pelan tersebut iaitu meningkatkan kerjasama carian bakat di peringkat sekolah bersama Jabatan Pelajaran Negeri.

Melalui inisiatif ini, pemerkasaan kerjasama strategik antara Majlis Sukan Pahang dengan Jabatan Pelajaran Negeri dalam mengenal pasti bakat sukan di peringkat sekolah dan merangka formula berkesan untuk melahirkan keseimbangan prestasi akademik dan sukan. Sebagai contoh, pada tahun 2022, beberapa siri pencarian bakat sukan telah dilaksanakan bersama sekolah bagi sukan olahraga, menembak, memanah dan berbasikal. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada team bola sepak Piala Presiden dan Piala

Belia, yang mana kedua-duanya baru ini melakarkan kejayaan yang cemerlang. Kerajaan juga sentiasa meningkatkan penyaluran peruntukan dari semasa ke semasa agar pembangunan sukan di negeri ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat dan Ahli Dewan yang dihormati sekalian,

saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang kita, yang telah berjaya membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2023. Dengan membawa tema ‘Negeri Stabil, Rakyat Sejahtera’, sememangnya bertepatan dengan pengumuman yang menggembirakan rakyat Pahang.

Kejayaan negeri Pahang yang berjaya mengutip hasil sebanyak RM1.027 billion, berbanding sasaran yang ditetapkan sebanyak RM1.036 billion telah meletakkan Pahang sebaris dengan negeri-negeri yang maju di Malaysia ini. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kita. Lima strategi belanjawan utama yang menjadi asas belanjawan 2023, antaranya strategi kelima yang memfokuskan membina generasi masa depan yang gemilang yang saya ingin tekankan. Sebanyak lima inisiatif yang telah dibentangkan di bawah strategi yang kelima ini.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, yang sentiasa memberi fokus dan cakna serta perhatian kepada keperluan pembangunan belia di negeri ini. Sebanyak RM375,000.00 peruntukan bagi pelaksanaan Program Intervensi Sosial, Program Youth Career, Program Webinar Youth Digital, Kursus Youth Agrotech manakala sebanyak RM1 juta pula disalurkan melalui pelaksanaan pelbagai program dan kursus latihan untuk membangunkan belia di negeri Pahang.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua,

Tidak sekadar itu, peruntukan sebanyak RM3 juta untuk program teknokrat yang meliputi aspek seperti geran latihan, kursus kemahiran dan pembelajaran Internet of Thing dan coding, pembangunan aplikasi dan kemahiran digital serta sports cameraman merupakan bukti Kerajaan Negeri serius bagi meningkatkan taraf profesionalisme belia di tanah air ini. Penerusan Program Pahang Talent juga suatu perkara yang harus dipuji dengan memperuntukkan khas sebanyak RM50,000.00 bagi membimbing dan melatih serta menyelaras anak-anak muda negeri ini yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah untuk berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Pahang pada ketika ini, dan program ini haruslah diteruskan dari semasa ke semasa bagi memberi peluang kepada kepimpinan pelapis kita pada masa akan datang.

Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua,

Sidang Dewan yang dihormati sekalian, pembangunan sukan di Negeri Pahang sentiasa diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan rakyat di negeri ini sentiasa kekal aktif dan menjalani cara hidup yang sihat. Sepanjang tahun 2022, kita telah melihat pencapaian cemerlang atlet-atlet Malaysia di peringkat Sukan Malaysia, Sukan SEA dan Sukan Komanwel. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada atlet-atlet kita yang telah berjaya di Sukan Komanwel dan juga Sukan SUKMA baru-baru ini. Warga sukan Negeri Pahang juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kepimpinan Yang Amat

Berhormat Menteri Besar Pahang atas pemberian one-off sebanyak RM300,000.00 bagi anak muda yang mengharumkan… RM300.00 ya, bagi anak muda yang mengharumkan nama Negeri Pahang dalam bidang sukan. Melalui pemberian tersebut adalah diharapkan dapat menyuntik semangat kepada semua atlet untuk terus mengharumkan nama negeri dan negara dalam sukan yang disertai.

Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua,

Saya ingin membetulkan bukan RM300… RM300,000.00 maaf ya. Iaitu er… berhubung kait dengan Pahang Athlete yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang baru-baru ini. Bagi meneruskan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap penggiat sukan 2023, Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengaktifkan semula sukan ekuestrian di Negeri Pahang Darul Makmur. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang telah berkenan untuk mengadakan Majlis Pemasyhuran Kompleks Ekuestrian Tanjung Lumpur sebagai Kompleks Ekuestrian Tengku Mahkota.

Justeru adalah diharapkan supaya peruntukan berjumlah RM1.5 juta akan disalurkan melalui Majlis Sukan Pahang bagi tujuan baik pulih kompleks, mengadakan majlis pemasyhuran dan juga penganjuran kejohanan ekuestrian peringkat kebangsaan. Yayasan Pahang pula akan terus melaksanakan program-program bersama masyarakat Orang Asli dan golongan B40 di kompleks tersebut. Selain itu, untuk makluman Sidang Dewan sekalian, Pemasyhuran Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari juga akan dimasyhurkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada masa akan datang.

Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua,

Seterusnya, pada tahun 2023 juga akan menyaksikan Stadium Darul Makmur akan mencapai usia 50 tahun iaitu kita akan menyambut Jubli Emas. Justeru, sebagai sebuah bangunan bersejarah dan ikonik di tengah Bandaraya Kuantan adalah wajar supaya fasiliti dan persekitaran stadium dibaik pulih sewajarnya. Justeru peruntukan tambahan sejumlah RM2.35 juta akan diberikan kepada Stadium Darul Makmur bagi mengadakan Sambutan Jubli Emas serta menaik taraf peralatan serta persekitaran Stadium Darul Makmur itu sendiri, yang ketika ini Stadium Darul Makmur telah… yang sedang dibaik pulih dengan kos RM5 juta.

Bagi memastikan sejarah akan terus diingati, sebuah buku yang memperlihatkan sejarah dan transformasi stadium akan dibukukan iaitu sejarah perbadanan atau pun sejarah Stadium Darul Makmur. Ini bertujuan supaya peristiwa bersejarah sejak mula Stadium Darul Makmur ditubuhkan dapat dirasai oleh generasi sekarang khususnya anak muda.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya akan cuba ringkaskan lagi. Berbalik kepada usaha Pahang Labour Council dan juga PERKESO amat berterima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri, atas sikap cakna dan prihatin terhadap kepentingan dan perluasan perlindungan… perlindungan keselamatan sosial khususnya buat rakyat di negeri ini. Tahun ini sahaja menyaksikan sebanyak RM723,000.00 telah diperuntukkan bagi menggerakkan agenda tambahan Kerajaan Negeri melalui aktiviti pemprofilan atau pun filing system er… data pencari kerja, karnival pekerjaan dan geran padanan skim insuran pekerjaan sendiri.

Bagi mengekalkan keterlibatan secara aktif, peranan Kerajaan Negeri Pahang terhadap perluasan perlindungan keselamatan sosial dan perkhidmatan pekerjaan terutamanya bagi golongan anak muda, sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan dalam Bajet 2023, bagi pengurusan agenda dan pelaksanaan pelbagai program dan kursus latihan seperti berikut, pertama bengkel kebolehpasaran peserta sebagai Program Return To Work PERKESO Negeri Pahang, Geran Bantuan Khas Usahawan Program Return To Work, insentif tambahan kebolehpasaran golongan kehilangan pekerjaan, program baucar tunai kebolehpasaran kerjaya graduan, Siri Jelajah Program Jom Cari Kerja Anak Muda Negeri Pahang, Karnival Kerjaya Peringkat Negeri Pahang, Anugerah Tangan Emas dan Kebolehpasaran Pekerjaan Negeri Pahang, Geran Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, Geran Caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah.

Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua,

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana memberi ruang dan ruang kepada saya untuk menggulung pada petang ini dan er… saya mengharapkan mudah-mudahan Negeri Pahang Darul Makmur sentiasa aman, makmur dan sentosa dan sekali lagi ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana telah berjaya membentangkan bajet yang mana menjadi sejarah dan kita rakamkan sejarah ini bersama ya melepasi RM1 bilion pada kali ini.

Yang Berhormat Dato Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih juga kepada Yang Berhormat er… Dato’ Sri Pertua sendiri dan juga rakan-rakan ADUN, EXCO. Terima kasih juga kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai kanan, para pegawai dan juga penjawat awam dan juga anak-anak muda ya, yang berada dalam negeri Pahang ini dan juga luar negeri Pahang serta mahasiswa dan mahasiswi di Negeri Pahang Darul Makmur dan juga yang berada di luar negeri Pahang.

Dan terima kasih untuk akhirnya kepada Majlis Sukan Pahang, Perbadanan Stadium Darul Makmur, Jabatan Belia dan Sukan dan kepada semua rakyat negeri Pahang yang menerima berita gembira tentang pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kita. Dengan kata itu, saya memohon menyokong Belanjawan 2023 [Ahli Dewan menepuk meja] yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat masih boleh menunggu lagi ya supaya kita dapat menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang pada sesi pagi ini. Jadi di sebelah petang nanti bolehlah ya, kita mendengar empat lagi pihak kerajaan akan menjawab di waktu petang. Jadi boleh saya er… jemput Yang Berhormat Jawatankuasa… Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang. Boleh Yang Berhormat? Sila.

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang untuk bersama-sama dengan rakan-rakan Ahli-ahli Kerajaan yang lain er…

berbahas untuk er… menyokong Usul Belanjawan 2023 Negeri Pahang yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar… yang lalu.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan khususnya yang menyentuh portfolio Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan. Secara umumnya kita seluruh Ahli Dewan jelas bahawa Kerajaan Negeri Pahang sangat komited dan serius dalam membangunkan ekonomi dan memberikan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Negeri Pahang ini. Jadi dalam belanjawan dibentangkan baru-baru ini terdapat pelbagai manifestasi kerajaan dalam nak menyampaikan kesejahteraan hidup itu melalui infrastruktur dan… infrastruktur, kesihatan dan juga pengangkutan.

Walaupun kita tahu bahawa portfolio kesihatan dan pengangkutan ini bukanlah di bawah bidang Kerajaan Negeri Pahang. Sidang Dewan Yang Dimuliakan, di bawah Inisiatif Kelapan Pengurusan Bencana Pahang, dalam strategi kedua Belanjawan dibentangkan baru-baru ini, untuk memperkukuhkan tadbir urus, Kerajaan Negeri telah meluluskan sejumlah RM5.73 juta bagi pelaksanaan projek pasca banjir melibatkan kerja penyenggaraan infrastruktur jalan, serta langkah preventif dengan pemasangan sistem amaran awal di… sistem amaran awal tanah runtuh di tiga daerah iaitu Cameron Highland, Raub dan Bentong, di mana kawasan-kawasan ini berisiko tinggi berlaku runtuhan tebing sama ada jalan persekutuan mahupun di jalan negeri.

Sebenarnya sepanjang tahun ini sahaja, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai projek,11 projek besar laksanakan dalam nak mengatasi masalah yang berkait akibat bencana baru-baru ini. Seterusnya, pembangunan infrastruktur jalan luar bandar juga turut kita beri perhatian. Jadi di bawah Jawatankuasa Kerja Raya, pihak JKR selaku agensi pelaksana bagi sebahagian Projek Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Jabatan Kemajuan Orang Asli sentiasa meningkatkan usaha untuk mendokong inisiatif kedua yang dimasukkan dalam belanjawan iaitu Pembangunan Luar Bandar dalam strategi ketiga, membangunkan infrastruktur yang mampan.

Untuk rekod, 13 projek KPLB, JKOA di bawah JKR, yang dalam peringkat perancangan dengan anggaran kos sebanyak RM854 juta dan 18 projek KPLB JKOA di bawah JKR yang masih dalam pembinaan dengan anggaran kos sebanyak RM961 juta.

Kerajaan Negeri juga telah mengemukakan sebanyak 77 permohonan projek cadangan menaik taraf dan bina baru infrastruktur jalan kepada KPLB dalam Rolling Plan Ke-3 Rancangan Malaysia Ke-12. Dengan anggaran peruntukan sebanyak 2.535 bilion. Permohonan cadangan projek naik taraf ataupun bina baru infrastruktur luar bandar ini adalah sejajar dengan Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Kerajaan Persekutuan, di bawah fokus kedua, infrastruktur luar bandar strategi ketiga, pembangunan inklusif agenda ketiga, bajet reformis. Sekiranya diluluskan oleh Kerajaan Persekutan ini akan menjadi sebahagian daripada agenda luar bandar negeri Pahang untuk tahun hadapan.

Seterusnya, naik taraf infrastruktur jalan utama dari inisiatif ketiga menaik taraf jalan bawah strategi ketiga membangun infrastruktur yang mampan sepertimana belanjawan Pahang tahun 2023. Kerajaan Negeri telah mengemukakan permohonan sebanyak 137 projek cadangan naik taraf atau bina baru infrastruktur jalan kepada Kementerian Kerja Raya dalam Rolling Plan Ke-3 Rancangan Malaysia ke-12 dengan anggaran peruntukan sebanyak RM35.691 billion. Permohonan cadangan projek naik taraf dan bina baru struktur jalan ini sejajar dengan Bajet 2023 Kerajaan Persekutuan

di bawah fokus pertama peruntukan pembangunan strategik kedua pembangunan infrastruktur negara dan agenda yang tiga bajet reformis.

Daripada 137 senarai cadangan pembinaan projek yang dikemukakan oleh... dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya, berikut adalah antara beberapa projek keutamaan negeri selaras dengan perancangan membina baru serta melancarkan jalan-jalan raya dan lebuh raya menghubungkan semua pintu masuk utama ke negeri lain yang bersempadan dengan kita. Antaranya di Lipis Projek Benta Link, yang menghubungkan jalan Central Spine Road, pakej 4B dan jalan FT08 Lipis dan juga cadangan menaik taraf laluan Raub Sungai Koyan - Ringlet Pahang Fasa 2. Menaik taraf Jalan Brinchang ke Sungai Koyan, Kuala Lipis. Di Cameron Highlands, Projek membina One Way Loop, dua lorong sehala di Kea Farm dan menaik taraf jalan dari bulatan McDonald's ke persimpangan Brinchang atau Time Tunnel sepanjang 100 meter dari jalan berkembar, 4 lorong dua hala.

Di Bera kita mencadangkan untuk menaik taraf Jalan Gemas - Temerloh Fasa 2. Di Kuantan, pembinaan persimpangan bertingkat Bukit Rangin Seksyen 327, Jalan Pintasan Kuantan FT03. Dan satu lagi di Kuantan, pembinaan persimpangan bertingkat Pancing Jalan Kuala Lumpur - Kuantan dan banyak lagi Yang... Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, yang saya fikir kalau hendak dibacakan makan masa yang panjang. Untuk rekod, 4 projek Kementerian Kerja Raya di bawah Jabatan Kerja Raya dalam peringkat perancangan anggaran kos RM258.6 juta dan 20 Projek KKR di bawah JKR yang masih dalam fasa pembinaan dengan RM2.733 billion. Dan senarai-senarainya juga seperti mana saya katakan, bolehlah saya berikan pada Ahli-ahli Berhormat jika diperlukan.

Seterusnya saya beralih kepada penyelenggaraan Jalan Negeri di bawah Sistem MARRIS. Inisiatif ketiga menaik taraf jalan strategi ketika membangun sesuatu yang mampan sepertimana dalam Belanjawan 2023 ada nyatakan berhubung permohonan peruntukan di bawah MARRIS. Untuk makluman pemberian peruntukan penyelenggaraan jalan negeri oleh Kementerian Kewangan akan diagihkan kepada Kerajaan Negeri berdasarkan panjang Jalan Negeri yang berdaftar dan telah diperakukan oleh JKR dalam Sistem MARRIS. MARRIS bermaksud Malaysian Road Records Information System.

Untuk makluman usaha berterusan oleh Kerajaan Negeri melalui agensi JKR, JPS dan PBT telah berjaya mengesan dan mendaftarkan jalan-jalan MARRIS melebihi sasaran 5,000 setiap tahun bermula daripada tahun 2019 hingga tahun 2022. Dan sehingga kini jumlah panjang negeri err..., jumlah jalan panjang negeri yang berdaftar di dalam Sistem MARRIS adalah sebanyak 43,052.5 kilometer. Kerajaan Negeri menerima peningkatan peruntukan MARRIS dalam anggaran 3 hingga 18% setiap tahun berikutan pertambahan jalan... pendaftaran jalan di negeri ini.

Untuk makluman Sidang Dewan yang dimulakan, jalan-jalan di negeri Pahang ini untuk makluman Dato’ Sri Yang di-Pertua, Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri kita adalah negeri yang mencatatkan panjang jalan yang paling panjang sekali. Dan sehubungan dengan itu, apa... kita mendapat peruntukan yang err... seiring dengan pertambahan ini. Dan dalam tempoh lima tahun pada penggal ini, tak sampai lima tahunlah, Dato' Sri Yang di-Pertua, kita telah meningkatkan pendaftaran Jalan Negeri di bawah Sistem MARRIS ini lebih 100%. Maksudnya dalam tahun 2022 berbanding dengan rekod pendaftaran jalan pada tahun 2018, jadi kita menunjukkan peningkatan lebih 100%.

Jadi wajarlah kita berikan penghargaan kepada seluruh ataupun ketiga-tiga jabatan yang menjayakan inisiatif ini Dato' Sri Yang di-Pertua, iaitu JKR, JPS dan PBT-PBT kita.

Ini penting Dato' Sri Yang di-Pertua, bagi sesetengah orang melihat mungkin ini soal projek jalan semata-mata. Tetapi ramai kita tidak sedar khususnya pendaftaran jalan-jalan di peringkat kampung, di peringkat luar bandar seperti jalan pertanian sebenarnya kerja-kerja pembinaan jalan ini bukan sahaja kita memudahkan pengeluaran hasil negeri untuk dibawa pergi tujuan pemprosesan dan pemasaran. Tetapi sebenarnya kerja-kerja Inilah antara lain yang merangsang ekonomi penduduk di luar bandar di sinilah kita tengok kadang-kadang, di ceruk-ceruk kampung ada gerai-gerai restoran-restoran boleh hidup Dato' Sri Yang di-Pertua kerana kerja-kerja jalan seumpama ini. Jadi sebab itulah saya katakan tadi, alhamdulillah dan tempoh 5 tahun ini, kita lihat JKR, JPS dan PBT telah membuat kerja yang cukup hebat.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Diharapkan dengan pertambahan pendaftaran jalan ini peruntukan MARRIS diterima oleh Kerajaan Negeri...

Yang Berhormat Yang di-Pertua, nak tanya pasal last... Speaker.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Kalau kita tengok di Thailand Yang Berhormat di-Pertua, jalan-jalan... walaupun dia nya jalan-jalan kampung, tetapi saiz jalan tersebut ianya besar dan ianya boleh er... dilalui oleh err... kontena. Maksudnya dalam besar macam kita jalan kampung, kalau jalan apa namanya PLB ini, maknanya kereta nak berselisih pun kita kena satu kena slow sikit.

Apakah, saya nak bertanya pada Wakil daripada Kerajaan, walaupun saya boleh tanya dalam EXCO tetapi saya nak tanya sini supaya apa, supaya didengari oleh ADUN-ADUN semua. Kalau tanya dalam EXCO kami 10 orang aja yang tahu. Apakah kerajaan mempunyai perancangan di masa hadapan untuk mengkaji balik MARRIS ini jalan kampung supaya jalan tersebut mengikut spesifikasi, yang mana nanti ianya akan memudahkan err... tuan-tuan tanah ataupun penguasaha-pengusaha pertanian untuk mereka membawa hasil pertanian dia keluar. Dan dalam masa yang sama juga ianya akan mengurangkan apa yang kita sebut sebagai tanah-tanah yang terbiar ni. Dia problem... antara problemnya kita ni kerana infrastruktur tu... infrastruktur..

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhrormat soalannya? Soalannya apa? Apakah soalan tadi?

Yang di-Pertua (Speaker)

Ini menghuraikan soalannya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ha, apakah itu baharu soalan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua...

Yang di-Pertua (Speaker)

Tadi Yang Berhormat menerangkan...

Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita ni dah last dah ni.

Yang di-Pertua (Speaker)

Laluan... apakah tu soalan.

Saya... saya sebut tadi Yang Berhormat Yang di-Pertua. Minta maaflah Yang Berhormat Yang di-Pertua tak dengar tadi. Apakah kerajaan mempunyai perancangan masa hadapan untuk memastikan bahawa jalan-jalan MARRIS ini mengikut spesifikasi yang membenarkan kontena-kontena untuk membawa hasil masuk daripada luar bandar ke bandar. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ini soalan yang baik contoh kepada Ahli Yang Berhormat. Direct dan terus. Sila, Yang Berhormat.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Er... sebenarnya pihak Jabatan Kerja Raya Negeri ataupun Jawatankuasa Kerja Raya melalui JKR Negeri, JPS, dan PBT, kita sentiasa mendengar er... pelbagai masalah keluhan dan juga cadangan-cadangan er... para pengguna termasuklah antara yang diviralkan cuma masalah kita sebahagian besar daripada rakyat ini ada kalanya dia lebih suka mengadu melalui sosial media kerana bila dia blast melalui sosial media ini, nampak cepat sikit kita respon. Itu bagi pandangan mereka. Tapi adakalanya er... kita terlepas pandang juga apa yang dilaporkan di dalam atau apa yang di viralkan di sosial media itu, kerana kakitangan kerajaan Kita bukan hari-hari membelek sosial media, mereka menghadap kerja mereka.

Sebenarnya untuk apa… masalah kualiti jalan ini ada 15 saluran, Dato' Sri Yang di-Pertua, 15 saluran aduan yang boleh digunakan. Jadi yang mengambil kira cadangan yang dikemukakan oleh Lanchang ni sebenarnya er... pihak jawatankuasa bersama

JKR memang er... sedang er... dalam apa ni… rancangan untuk kita tengok bagaimanakah boleh kita tingkatkan kualiti pembinaan dan penyenggaraan jalan khususnya di peringkat negeri Pahang ini, kita cuba tengok dengan sekurang-kurangnya negeri-negeri er... yang berjiran dengan negara Malaysia ini. Kalau kita bandingkan jalan kita dengan negara-negara maju seperti di Eropah, di Amerika, di Jepun, kadang-kadang ramai orang merasakan apa… ekonomi geografi nya dan juga cuacanya, iklimnya berbeza. Antara lain yang kita tengok, menyebabkan kerosakan buka jalan ni kerana premix yang kita apa… gunakan itu seringkali dia alah kepada air hujan khatulistiwa ini.

Jadi… tapi kita tengok sebenarnya DUN Lancang wakil Lanchang tadi kalau pergi ke Thailand nampak kualitinya boleh tahan ya, mungkin berapa dari segi beberapa aspek lebih baik. Jadi sebenarnya pihak apa… JKR sedang mengemukakan cadangan untuk membuat satu apa lawatan sambil belajar, sambil ataupun lawatan kerja, sama ada ke Thailand ataupun ke Indonesia. Dia akan pilih jalan yang terbaik dan kita buat kajian kes. Sebenarnya ini pun belum lagi dibentangkan kepada mesyuarat apa… MMK, tapi pihak JKR telah membuat satu belanjawan sejajar dengan apa… kejayaan yang kita capai tu Dato' Sri Yang di-Pertua saya rasa eloklah kita beri peluang kepada apa petugas-petugas kita untuk membuat tinjauan dan kajian ini.

Izinkan terus, izinkan saya...

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Mohon celah, mohon celah.

Er... terima kasih er... saya… jawapan dari wakil kerajaan hebat juga. Er... boleh minta wakil kerajaan buka, open lah you punya phone number bagi orang buat aduan macam belajar dekat Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Dato' Sri Yang di-Pertua, kita apa ni… bila…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Teruntum, soalan itu, boleh dibawa di luar sahaja, berbincang. Tak perlu dalam Dewan ini. Tapi tak apa lah, sila kerajaan. Sila EXCO.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya fikir Wakil Teruntum ini, er... sudah 2 penggal di Dewan ya? Semalam pun saya masa Wakil Teruntum mencelah berkaitan dengan parking bertingkat tu, ada juga fakta yang salah Wakil Teruntum kata dia yang mencadangkan parking, parking bertingkat. Sebenarnya itu adalah cadangan daripada pihak hospital daripada Kementerian Kesihatan dan sayalah yang membacakan jawapan itu 2 penggal yang lalu.

Tapi malangnya apabila saya sendiri pergi panjat sampai ke UKAS apa… tengok PFI yang dicadangkan itu nampaknya tidak mendapat respons yang baik lah daripada kerajaan. Jadi berbalik kepada cadangan ini Teruntum, kita kena membezakan diri kita dengan orang awam ya, dengan NGO, dengan Agensi Kerajaan, kita adalah Wakil Rakyat. Saya betul seorang Wakil Rakyat menjadi Wakil Kerajaan dan saya bukanlah

seorang eksekutif di dalam kerajaan. Kadang-kadang orang ramai kurang faham Dato' Sri Yang di-Pertua dia kata you are Executive Councelor ..kan.. EXCO, Executive Council. Ya.. saya Executive Councelor Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, tetapi yang ada Executive Powernya is the council, not the member, not the counselor. Jadi apabila saya pula buat kerja tu saya belum tentu lagi Yang Berhormat, kalau saya viralkan nombor telefon saya, Yang Berhormat, ya.. Saya tak tahu mungkin kita ni tah esok lusa bubar DUN tak tahu kan. Kalau tak bubar pun one day, mungkin pastinya akan terbubar dan belum tentu lagi saya menjadi calon Yang Berhormat. Kalau saya menjadi calon, belum tentu lagi saya menang bertanding Yang Berhormat walaupun dah 3 penggal menang dengan kenaikan majoriti. Kalau saya menang pun Yang Berhormat, belum tentu saya menjadi Kerajaan Negeri ini kekal.

Minta maaf Dato Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Pihak kerajaan jangan dibagi nombor yang dia minta... payah macam tu.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Cadangan Yang Berhormat, dia bukannya dia nak nombor telefon saya, dia selalu telefon saya, dia selalu mesej, dia nak dia mencadangkan seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, yang jaga bab jalan ni bertindak lebih daripada Pengarah JKR lagi. Pengarah JKR pun sebagai eksekutif sebagai pentadbir pun tak menghebahkan nombor telefon dia. Let me finish ya..

Jadi kalau esok Barisan Nasional insya-Allah menang lagi pun, belum tentu kan saya pun tak tahu bertanding tidak, hantar bertanding Parlimen atau bertanding DUN, kerusi mana saya tak tahu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat saya setuju… setuju.

Jadi ke tak jadi ntah ntah jadi Senator. Yang Berhormat. Inilah masalah kita sekarang ni Yang Berhormat semua. Kita ni berebut nak memegang kuasa berebut nak me… apa… menjadi kerajaan tapi kita tak faham pun kerajaan. Kita menjadi macam orang buta yang nak berdebat soal macam mana rupa gajah. Ada yang pegang belalai dikatanya panjang...

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Guai dah jauh sangat menyimpangnya payahlah. Saya ingat eloklah Yang Berhormat.

Jauh atau dekatnya Dato' Sri Yang di-Pertua, bukan soalnya, soalnya ini satu perkara pokok yang merosakkan negara kita ini. Seringkali perkara-perkara kecil kan,

dipolitikkan. Takkan port hole pun kita nak suruh Menteri tengok. Kita ada satu sistem penyampaian yang…

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Minta celah.. minta celah..

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey. Teruntum.

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Menteri pun boleh keluarkan nombor dia, apa lagi dengan EXCO. Bolehlah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak apa.. Sabar YB Teruntum.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya minta maaf kerana ingkar Dato' Sri Yang di-Pertua baiklah apa er... saya akan cuba meringkaskan tapi izinkan saya terus untuk mengkuliahkan sedikit [Ahli Dewan ketawa]. Yang Berhormat Menteri adalah seorang eksekutif Yang Berhormat. Yang saya sebut berjela-jela ni saya bantu Menteri menjelaskan, ini peruntukan dia. Sebahagiannya masuk dalam kantung apa ini… Kerajaan Negeri sebahagiannya dilaksanakan sendiri. Jalan macam-macam Yang Berhormat. EXCO ini… itu yang saya kata tadi, dengan izin we are not Executive The Government, The Council of Executive Council. Kita membuat keputusan secara bersama dalam MMK.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang berhormat is not Executive.

Jadi Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua bersetuju ke? Saya masukkan nombor saya semua, adu pada saya. Minggu depan, saya nak pakai telefon macam mana dengan yang sekarang pun kampung mesej...

Yang di-Pertua (Speaker)

Tukar nombor baru pula Yang Berhormat, senang [Ahli Dewan ketawa].

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya nak tanya, Teruntum masih nak mencadangkan cadangan yang bijak itu?

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Saya open.. terpulanglah kepada EXCO, nak buka ke tak nak buka.

Saya tidak pernah menyembunyikan nombor telefon saya, tapi saya minta maaf dengan izin, saya trying hard to put things in order ya. Kita… NGO buat kerja NGO, jabatan buat kerja jabatan, wakil rakyat buat kerja wakil rakyat ya.. kerajaan buat kerja kerajaan. Dato' Sri Yang di-Pertua, saya tak tahu nak start di mana dah.

Yang di-Pertua, sekejap ja.

Yang di-Pertua (Speaker)

ADUN Tioman ada apa.

ADUN Teruntum ni, dia kan pergi Cambodia, pergi mana lagi Thailand, dia bagi tak nombor handphone pada orang sana?

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Ya. Phone saya terbuka untuk semua rakyat Malaysia.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Kita ingatkan Teruntum kalau terbuka sangat pun dia tumpah ya. Ada masa kita kena tutup.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat teruskan.. Yang Berhormat.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Er.. saya rasa panjang kalau nak cerita pasal jalan kerana panjang jalan kita pun memang yang terpanjang. Er.. beralih saya kepada portfolio Kesihatan. Alhamdulillah, Kerajaan Persekutuan kita tahu perkhidmatan kesihatan disampaikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan. Jadi belanjawan untuk tahun 2023 telah dinaikkan sebanyak 11.51% ataupun RM3.729 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan RM36.1 bilion antara yang terbesar yang dicatatkan.

Ini tandanya kerajaan kita sayang kepada rakyat, tapi malangnya sebahagian daripada kita ni Dato' Sri Yang di-Pertua, kita sendiri tak berapa sayang kepada diri kita. Sebagian besar… sebenarnya masalah bebanan kesihatan yang terpaks… terpaksa ditanggung oleh kerajaan, berkaitan dengan penyakit tidak berjangkit. Yang masalah

kita ini masalah penyakit tidak berjangkit tapi ada orang bantah. Dia kata, YB. dalam tempoh apa 3 tahun yang lepas tengok kes-kes COVID sangat banyak, ramai orang mati kerana COVID. Tapi betul, elok juga kita tengok statistik yang dipaparkan itu, walaupun nampak tajuknya kematian akibat COVID, berpunca masalah COVID, tapi sebahagian besarnya adalah comorbid. Maksudnya orang yang sihat ye, orang yang Immune System nya baik ya, walaupun dia terkena jangkitan virus ini, alhamdulillah dia boleh pulih.

Jadi berbalik kepada apa yang saya katakan tadi masalah dia adalah masalah penyakit tidak berjangkit. Ia berpunca daripada gaya hidup kita. Sebab itulah Dato' Sri di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita cukup faham, cukup prihatin dalam soal ini. Sebab itu bagi 2 tahun berturut-turut tahun untuk tahun 2020 dan 23, kita beri peruntukan lebih RM1 bilion untuk Gerak Sihat Negeri Pahang. Jadi wakil apa… Jabatan Kesihatan Negeri pun ada, Timbalan Pengarahnya Timbalan Pengarah Perubatannya, jadi saya harap Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, kita sama-samalah laksanakan agenda sihat ini, walaupun tak banyak tapi kita percaya, melalui peruntukan ada ini kita boleh mender… membudayakan gaya hidup sihat di kalangan rakyat kita ni.

Masalah pemakanan ni Dato' Sri Yang di-Pertua bukan soal masalah orang makan, masalah orang masak dan menghidangkan. Kalau kita pergi ke restoran-restoran, kita kata suku-suku separuh nak cari sayur, nak cari buah, kadang-kadang tak ada. Jadi itu antara cabarannya.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya fikir itu sajalah yang saya ingin apa kongsikan dalam hujah saya menyokong usul Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar baru-baru ini. Saya dengan sekali lagi ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan agenda kerajaan dalam hal Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang. Saya dengan ini menyokong usul Belanjawan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima Kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekian, saya bercadang untuk menempohkan sidang, sidang pagi ini dan kita akan menyambung semula di sebelah petang. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan yang setia menunggu dan berada di Dewan ini, alhamdulillah. Jadi... saya percaya kita akan berjumpa semula pada petang ini jam 2.45 petang. 2.45 petang. Mesyuarat di Dewan ditempohkan, terima kasih.

[Persidangan ditempohkan pada jam 12.41 tengah hari]

[Persidangan disambung semula]

Sambungan Menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022Bill

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Sambungan Menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022.

Yang di-Pertua (Speaker)

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera, selamat petang. Persidangan kita disambung semula. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi atas perkara menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022 dan pada petang ini, pihak kerajaan akan menyambung menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan yang lepas.

Saya dengan sukacitanya menjemput Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang. Silakan.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah [Bacaan dalam bahasa Arab] salam bahagia dan selamat petang. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan laluan kepada saya untuk mengambil bahagian bagi sesi penggulungan di sidang DUN pada kali ini. Saya juga sangat-sangat menghargai dan mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Kita bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, negeri Pahang Darul Makmur sebagaimana yang kita perhati dan kita lihat sendiri, pelbagai usaha murni yang telah dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Utama Haji Wan Rosdy Wan Ismail di dalam memacukan soal pendidikan dan juga agama kita di negeri Pahang, supaya ia di… menjadi sa… sebuah institusi yang benar-benar dapat memberikan er... modal insan yang sesuai dan seimbang di negeri kita Pahang Darul Makmur.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya juga ingin mengucap… mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, yang telah memberi perha… perhatian yang begitu tinggi kepada pendidikan dan juga institusi agama supaya ia dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Namun demikian dalam melaksama… melaksanakan er... kerja pendidikan ia er... terpaksa dilaksanakan secara kombinasi di antara kita, Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Sudah tentu lah ada beberapa perkara yang perlu kita rundingkan dan kita laksanakan bersama agar ia mendapat er... dapat mencapaikan matlamat sebagaimana yang dihasratkan.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Pelbagai usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di dalam memartabatkan agama Islam, seumpama kata sebanyak 14 Rang Undang-undang semenjak tahun 2015 sehinggalah 2020, dapat kita bentangkan dan mendapat kelulusan di dalam Dewan Yang Mulia ini. Ia termasuk di dalam hal-ehwal pentadbiran

Undang-undang Islam, er... dan juga wasiat, kawa er... tu Undang-undang Kawalan Sekatan Pengembangan Agama, Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah, Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah, Undang-undang Keluarga Islam, Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah Pindaan Kali Kedua 2018, usul penubuhan Kumpulan Wang Amanah Sekolah Agama, dan juga penubuhan Kumpulan Wang Amanah Takmir dan Undang-undang Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam serta Undang-undang Murtad yang telah kita perkenalkan di dalam Dewan Yang Mulia ini dan telah mendapat persetujuan.

Ini adalah bukti komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi memastikan agama ini dapat kita laksanakan dengan sebaik-baiknya. Dan agama Islam ini, dia bukan untuk menitik beratkan kepada sesuatu individu dan puak serta kumpulan, tetapi ia mengambil kepentingan kepada masalah semua masyarakat dan individu supaya terjaga, terpelihara dan juga dapat dibantu dengan sebaik-baiknya. Seumpama kita mengambil contoh tentang soal jenayah syariah, sesungguhnya jenayah syariah yang telah kita bentangkan itu untuk memastikan kedamaian, kemakmuran, keharmonian rakyat di negeri Pahang ini dapat kita pelihara dengan sebaik-baik mungkin.

Ini sesuai dengan Firman Allah [Ayat al-Quran]. Di dalam perundangan jenayah itu, ada kehidupan yang penuh harmoni.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Begitu juga, hal ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya apabila Jabatan Kehakiman dapat kita operasikan dengan apa jenteranya yang se… sebaik mungkin. Apabila Mahkamah Syariah telah dapat dibina di daerah-daerah seumpama di Maran, di Bera, bahkan di peringkat negeri, baru-baru ini telah dirasmikan sendiri dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Dan juga kita telah dapat menyelesaikan… bukan sekadar dengan mendirikan bangunan-bangunan yang gah, kita dapat menyelesaikan banyak isu, kes-kes yang telah didaftarkan seumpama 7,000 kes yang telah didaftarkan dan kita dapat selesaikan sebanyak 4,000 kes dan sebanyak 2,000 kes masih lagi di dalam prosedur er... urusan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kehakiman.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Kita juga mengambil menitik berat soal pendidikan agama. Apabila pelantikan guru DG41 seramai 100 perjawatan di Sekolah Menengah Agama melibatkan kos sebanyak RM3 juta, telah dilaksanakan. Pembinaan bangunan baru SMAN termasuk Asrama Sekolah Menengah Agama Ehsan, bangunan kelas dan er... Dewan Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Dewan Makan Sekolah Menengah Agama Guai dan Asrama Sekolah Menengah Agama Chenor insya-Allah di dalam er... proses pembinaan di dalam waktu yang terdekat ini.

Sumbangan khas kepada 2,680 orang Guru KAFA, melibatkan RM818.00 telah juga di apa selaraskan bersama dengan apa guru-guru KAFA yang telah di er... lantik. Peruntukan khas kepada pondok dan tahfiz serta guru-guru yang melibatkan RM400,000.00. Sumbangan RM1,000.00 kepada pelajar-pelajar yang berjaya di sekolah-sekolah menengah agama dan juga di sekolah-sekolah menengah kebangsaan.

Projek Asrama Sekolah Agama Chenor telah diluluskan pro er... merujuk kepada projek Sekolah Menengah Agama Chenor ini sebenarnya telah diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12, dan insya-Allah dia akan dibina dengan kos sebanyak RM6 juta. Projek tersebut akan dilaksanakan insya-Allah dalam waktu yang terdekat, dianggarkan pada awal 2023, projek ini bolehlah dilaksanakan insya-Allah.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Kita juga er... di dalam institusi agama ini memproseskan banyak hal-hal yang berkaitan dengan er... pemakanan, penyediaan halal dan haramnya. Alhamdulillah, Jabatan Agama Islam Pahang telah memproseskan lebih 200 er.. pe… dua pengesahan Sijil Halal kita keluarkan kepada agensi-agensi dan apa hotel-hotel dan tempat-tempat yang menyediakan makan-makan… makanan dan minuman. Dan pelaksanaan pemantauan semula kelulusan sijil pengesahan yang telah kita berikan. Pelaksanaan audit pemantauan permohonan persijilan Halal, Program Kesedaran Halal kepada industri dan kursus penyembelihan dilaksanakan sebaik mungkin kepada kumpulan sasar kumpulan sasar yang telah ditetapkan.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Kita juga di dalam hal apa ini er... Undang-undang Syariah ini kita melaksanakan bagaimana untuk er... Pejabat-pejabat Agama ini dapat menyelesaikan permohonan-permohonan nikah-kahwin dan juga melatih mereka di dalam kursus-kursus yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, kita dapat melaksanakan ini dengan sebaik mungkin. Pelbagai kursus diadakan, sama ada kepada mereka yang OKU, mereka yang er... sihat dan mereka yang apa namanya memerlukan er... urusan secara segera dan sebagainya.

Begitu juga sewaktu PKP, kita telah melaksanakan dengan sebaik mungkin agar perkara ini dapat dila… dilunaskan dengan sebaik-baiknya. Jabatan Agama Islam Pahang juga kita telah pastikan, untuk menyediakan dokumen nikah cerai dan rujuk yang berkualiti tinggi dan bersekuriti tinggi. Apabila peruntukan telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM300,000.00 bagi memastikan apa nama… kad ini dapat dikeluarkan dan dilaksanakan. Dan kursus perdana kepada belia-belia yang ingin mendapatkan kebenaran dan sijil perkahwinan, juga telah dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam dengan peruntukan yang telah disediakan oleh Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Pelbagai usaha juga telah dilaksanakan di dalam memastikan hal-hal yang berkaitan dengan rujuk ataupun cerai-berai ini, dengan kaunselor dan juga pengurusan penghakiman dan sebagainya, sehinggalah sebanyak 30,000 kes telah dapat dilaksanakan pada tahun ini.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Pencapaian demi pencapaian telah kita laksanakan juga di dalam soal penyelidikan di Jabatan Agama Islam Pahang. Program penerapan akidah serta penelitian ajaran-ajaran yang menyeleweng daripada landasan agama yang sebenarnya telah dapat dilaksanakan di setiap daerah di Negeri Pahang Darul Makmur ini melalui Pejabat Agama Islam Pahang dan masjid-masjid yang telah kita kenal pasti.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Kita juga telah mengimarahkan masjid sehinggakan kita dapat melaksanakan pelbagai usaha murni bagi memastikan instit… institusi masjid ini diimarahkan dengan sebaik-baiknya. Tak kiralah dikira kala er... kita senang ataupun di kala kita ditimpa musibah dan ujian daripada Allah SWT, kita gerakkan institusi masjid ini untuk sama-sama bangkit membantu. Seumpama program penyampaian sumbangan pasca banjir er... yang dilaksanakan melalui masjid dan surau, kita dapat agihkan kepada masjid yang terlibat dengan banjir sebanyak… dengan pengumpulan hasil daripada ahli jemaah sebanyak RM1 juta kepada masjid-masjid yang terlibat.

Program taklimat AJK masjid dan perlantikan jawatankuasa yang baru 14 siri taklimat telah kita laksanakan. Majlis er... apa... pemasyhuran masjid-masjid yang dinaik taraf daripada masjid kariah kepada masjid daerah, seumpama yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pahang di dalam belanjawan baru ni seumpama Masjid Lipis Lama, Masjid Temerloh, Masjid Benta, masjid er... apa namanya Koyan dan juga usaha ini kita akan teruskan lagi di masjid-masjid yang er... terlibat di dae... di Negeri Pahang Darul Makmur. Menjadikan dua buah masjid baru disebut sebagai masjid daerah ini telah memperuntukkan aaa... melibatkan peruntukan sebanyak 100… 100… RM100,000.00 dan bagi pega... bagi pembayaran pegawai-pegawai yang dilantik serta khidmat aaa... keselamatan dan pembersihan masjid berkenaan.

Insya-Allah, hal ini akan terus kita laksanakan dengan sebaik mungkin bagi memastikan institusi masjid sentiasa dimakmurkan dan diimarahkan sebaik mungkin dapat memberi manfaat kepada masyarakat, insya-Allah. Begitu juga di dalam hal dakwah dan tarbiyah, pelbagai usaha kita laksanakan bersama masyarakat setempat sama ada kursus-kursus, seminar-seminar rehlah dakwah dan sebagainya bagi memastikan ahli kariah dapat maklumat yang tepat serta pendidikan yang sebenarnya di dalam soal akidah dan keagamaan.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Hal ini diteruskan lagi dengan memastikan pendidikan agama dapat dilaksanakan dengan sebaik-baik mungkin melalui adanya Yayasan Pahang, apabila terbinanya tiga buah Tahfiz iaitu Tahfiz Turath, Tahfiz profesional dan Tahfiz TVET sebagaimana yang sebut… saya sebutkan di awal pagi tadi bagi menjawab persoalan yang dikemukakan oleh sahabat saya daripada apa… Padang Tengku.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya juga ingin menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh rakan di dalam dewan yang mulia ini pada hari…

Yang Berhormat, Dato' Sri Yang di-Pertua boleh mohon mencelah? Tadi pihak kerajaan menjelaskan beberapa projek telah diluluskan. Saya ingin mohon penjelasan pihak kerajaan apakah status permohonan Dewan yang amat diperlukan oleh Sekolah Menengah Agama Dong? Terima kasih.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Dewan Sekolah Menengah Dong telah mendapat perhatian Kerajaan Negeri dan kita telah meminta Majlis Agama Islam Pahang meneliti dan membuat kos agar ia dapat

dibinakan. Mudah-mudahan buat kali ini dapat diatasi dengan secepat mungkin insya-Allah dengan kerjasama setiap pihak.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya ingin meneruskan lagi ada persoalan yang dikemukakan oleh rakan saya daripada Teruntum yang berkaitan dengan kekurangan guru di sekolah-sekolah agama Cina. Sebenarnya kekurangan guru ini bukan sahaja di sekolah Sekolah Kebangsaan jenis… Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, ia adalah perkara yang selalu berlaku. Kerana apa? Apabila adanya berlaku persaraan, sudah tentu sekolah itu akan berlaku kekurangan guru dan ini memerlukan sedikit masa untuk menampung kembali ataupun mengganti kembali perjawatan-perjawatan yang kosong itu tadi. Keseluruhan guru kementerian di Pahang...

Encik Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Minta celah sedikit. Terima kasih wakil Kerajaan er... sebab perkara ini berlaku dalam 60 tahun dah. So tiadakah kerajaan ada satu apa planning, berapa orang berasara dan berapa orang akan ganti? Kalau tidak perkara ini tak akan selesai. Dah 60 tahun. Terima kasih.

Dato' Sri Yang di-Pertua

Memanglah, bila ada orang nak bersara tu memang kita akan menyediakan orang yang menggantinya. Tetapi tidak se... tidak se... tidak… tidak selalunya kita berlaku perkara itu berlarutan. Banyak yang kita telah buktikan bahawasanya sekolah-sekolah apabila berlaku persaraan ada penggantian segera. Tetapi ia merujuk kepada persoalan yang dikemukakan oleh rakan saya daripada Teruntum, er... untuk makluman Dato' Sri, daripada 69 buah sekolah Cina, sebahagian besar adalah sekolah-sekolah kurang murid. Jadi kelas dicantumkan er... Tahun 1 dan Tahun 2, guru pilihan bahasa Cina lebihan sebanyak 40 orang sebenarnya.

Oleh itu, pihak Jabatan Pendidikan sedang membuat pemilih er... guru er... men.. mengatur guru ini untuk disusun atur supaya mereka dapat memenuhi sebagaimana yang sewajarnya di sekolah-sekolah berkenaan.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Antara sebab kekurangan guru di sekolah-sekolah di negeri Pahang ini khususnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina adalah seperti berikut; Tiadanya bekalan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dari awal tahun 2022. Perkara ini telah diusahakan sebaik mungkin oleh pihak Jabatan Pendidikan sebagaimana yang disebutkan awal tadi untuk menampung dengan adanya guru-guru lebihan er... sebagaimana yang disebutkan di awal tadi.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Begitu juga aaa… merujuk kepada persoalan yang dikemukakan oleh sahabat saya daripada Padang Tengku, mengenai pembukaan Sekolah Tahfiz di apa namanya… Padang Tengku, insya-Allah perkara ini kita akan atasi dengan sebaik mungkin dan sedaya mungkin kerana peruntukan pun dah siap tapak pun dah, ada cuma kita perlu kepada penelitian bagaimana untuk kita membuat pembinaannya dengan sebaik

mungkin supaya tidak berlaku kecelaruan dan tidak berlaku kekurangan dan kelemahan setelah terbinanya sekolah berkenaan.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini merasa kesyukuran ke hadrat ilahi apabila belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri menunjukkan usaha pendidikan dan usaha untuk memartabatkan agama Islam ini adalah satu usaha yang besar apabila jumlah keseluruhan untuk institusi agama sebanyak RM159 juta telah diperuntukkan di dalam belanjawan baru-baru ini, sudah tentu ia akan dilaksanakan sebagaimana yang telah di detailkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Begitu juga di dalam pendidikan Yang Amat Berhormat telah mengumumkan bahawasanya sebanyak RM36.15 juta telah diperkenalkan… telah diperuntukkan di dalam belanjawan, ini juga sudah pasti akan memberi kekuatan dan keupayaan kepada warga didik untuk mengatasi sedikit sebanyak apakah kekurangan, kelompongan, bagi ia dapat dilaksanakan kepada warga didik dan anak-anak pelajar di Negeri Pahang Darul Makmur.

Begitu juga bantuan dan er... insen… Bantuan Prihatin Pahang yang banyak menyentuh soal kebajikan pelajar anak-anak didik kita di Sekolah Rendah, di Sekolah Menengah sehinggalah sampai ke peringkat Universiti sebanyak er... 2… 2... RM 22,873,600.00 telah diperuntukkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Ini sudah tentu akan memberi ruang juga kepada kita di apa… di dalam Jabatan Agama dan Jabatan Pendidikan dan soal memartabatkan agama dan pendidikan di negeri Pahang. Sehubungan itu, saya ingin mengambil kesempatan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah mengumumkan belanjawan ini dan ia akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan sedaya mungkin walaupun barisan dan senarai perkara yang perlu dilaksanakan agak besar dan banyak, tetapi memerlukan kepada ketekunan dan fokus kepada kita sebagai jabatan yang melaksanakan amanah rakyat di negeri Pahang Darul Makmur.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya rasa itulah sedikit sebanyak penggulungan daripada saya. Setinggi-tinggi penghargaan daripada saya kepada Dato' Sri Yang di-Pertua dan terima kasih saya kepada semua jabatan-jabatan yang terlibat bagi menjayakan misi kerajaan di dalam institusi pendidikan ini dan di dalam institusi agama ini. Mudah-mudahan ia mendapat keberkatan inayah dari daripada Allah SWT. Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja].

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat bagi pihak kerajaan. Seterusnya saya menjemput EXCO Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, tiba giliran saya untuk membuat sedikit penggulungan bagi sesi Dewan kali ini yang saya kira sudah pastinya mempunyai sejarah yang tersendiri, bukan sahaja kepada diri saya tetapi juga kepada Ahli-Ahli Dewan yang lain dan saya kira sudah pasti sidang kali ini adalah sidang yang terakhir untuk penggal ini, dan saya juga ingin seperti sahabat-sahabat yang lain mengambil kesempatan Dato' Sri Yang di-Pertua, untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak terutama kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga mantan Menteri Besar yang banyak saya kira membimbing, banyak memberi panduan, begitu juga rakan-rakan EXCO, rakan-rakan daripada jabatan-jabatan dan juga Ahli-ahli Dewan yang lain.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Untuk bajet kali ini saya kira satu bajet yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, bagaimana ia begitu menyeluruh dan yang pada saya, paling penting ialah ia tidak mengabaikan satu pihak sekalipun. Seperti mana yang selalu disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ianya daripada anak yang baru lahir, sehinggalah kepada yang meninggal dunia. Semuanya diberikan perhatian dan tiga pendekatan utama yang diberi iaitu bagaimana kita menjurus kepada kebajikan rakyat di seluruh negeri Pahang dan kebetulannya sebagai EXCO yang menjaga portfolio kebajikan sudah pastilah saya merasa sangat terharu dengan peruntukan yang telah diberikan begitu besar sekali jumlahnya, bukan sahaja untuk tahun ini tetapi juga untuk tahun 2023.

Dan kita lihat juga bagaimana peruntukan ini menumpukan, belanjawan ini menumpukan kepada masalah bekalan air dan juga tentang alam sekitar. Sehinggakan setiap anak yang lahir di negeri Pahang ini juga diberi sebatang pokok ya, sebagai bukan saja kita menyokong membina alam sekitar yang lebih baik, tetapi juga untuk menghargai anak-anak Pahang yang lahir di bumi Pahang ini, Dato' Sri Yang di-Pertua.

Saya tidak ingin mengulas satu persatu, saya rasa kita semua pun sudah tahu apa yang telah dibentangkan. Cuma saya nak respons dengan izin Dato' Sri Yang di-Pertua, kepada dua perkara, yang lain-lain tu saya kira very straight forward. Pertama daripada Cheka yang membangkitkan tentang elaun Pengerusi JKKB. Insya-Allah tunggakan ini akan kita berikan pada 19 haribulan Oktober ini. Ada satu majlis yang akan dibuat untuk kita menyerahkan tunggakan Pengerusi JKKB ini dan juga ada beberapa peruntukan untuk rumah ibadat bukan Islam yang diberikan melalui Kementerian Perpaduan yang turut akan kita sampaikan.

Dan yang keduanya Dato' Sri saya tertarik dengan wakil dari Ketari. Tak ada pula wakil Ketari dalam Dewan ini, tak apalah. Saya tertarik dengan apa yang dibangkitkan oleh wakil daripada Ketari ya, berkenaan dengan kemiskinan haid ya Dato' Sri Yang di-Pertua. Saya mengambil ruang yang ada ini untuk menjelaskan sedikit tentang kemiskinan haid ini yang mana telah dimasukkan di dalam Belanjawan 2023 ini oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Mungkin ramai yang tak faham apa yang dimaksudkan dengan kemiskinan haid in,i ataupun dalam bahasa Inggerisnya dengan izin Dato' Sri Yang di-Pertua ialah period poverty, ya.

Kita telah memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 untuk mengatasi isu kemiskinan haid remaja wanita B40 yang mana Ketari meminta supaya ia diperluaskan kepada golongan wanita dewasa juga. Dan untuk ini saya menjelaskan bahawa situasi ini apabila ada golongan wanita Dato' Sri Yang di-Pertua, yang tidak mampu memiliki tuala wanita. Ini satu perkara yang sebelum ini tidak dibicarakan secara terbuka tetapi

akhir-akhir ini ia telah dibangkitkan secara terbuka dan saya suka berkongsi dengan Dewan Yang Mulia ini, menerusi Berita Harian ya, Bank Dunia menganggarkan lebih kurang 500 juta wanita di seluruh dunia pada tahun 2018 tidak mampu memperoleh keperluan asas sewaktu haid.

Jadi dengan kesedaran inilah kita melihat dalam rekod kita di negeri Pahang ini ada 499,300 orang kanak-kanak perempuan dan wanita di negeri ini yang berumur antara 10 ke 49 tahun ya, dan mungkin ada... kita tidak ada jumlah yang tepat lagi, mungkin ada sebahagian daripada mereka yang mengalami masalah kemiskinan haid.

Sebab itulah Kerajaan Negeri terpanggil untuk memberi perhatian khusus terhadap isu ini yang mana melalui peruntukan diberikan ini Majlis Pembangunan Wanita dan juga Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang akan merangka program kesedaran untuk menyedia dengan menyediakan input serta pendidikan berkaitan kebersihan diri, kesihatan reproduktif, pengurusan haid, menekankan ciri-ciri tuala wanita yang baik dan elok serta ruang tersendiri yang selamat seperti tandas yang tertutup dan bekalan air yang bersih.

Dan ini penting kerana melalui kajian dijalankan oleh LPPKN sahaja Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, ini kajian di Kuala Lumpur ya. Ada segelintir remaja perempuan terpaksa meminjam tuala wanita daripada kawan-kawan dan ada segelintir wanita sanggup mengandung setiap tahun kerana mereka tidak mampu untuk membeli tuala wanita, ya. Isu ini juga akhirnya akan mengakibatkan krisis kesihatan dalam kalangan wanita, terutamanya jangkitan kuman apabila kebersihan tidak diuruskan dengan sebaiknya dan ini akan memberi impak buruk kepada kehidupan seharian mereka.

Jadi itulah sebabnya kita... saya rasa sungguh berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana sewaktu kita buat bengkel berkaitan bajet dan perkara ini dibangkitkan oleh seorang remaja wanita di dalam Townhall Bajet Anak Muda yang ianya diberi perhatian kerana pada say,a ini juga adalah satu perkara yang penting walaupun sebelum ini kita rasa segan-segan nak membincangkannya secara terbuka. Dan apabila Ketari memberikan pujian berkenaan perkara ini, saya nak bangkitkan juga beliau telah beri pujian dan beliau juga telah menyokong dalam Dewan ini tentang pembentangan bajet tapi malangnya bila di luar Dewan, saya ada tengok satu video tu Dato' Sri Yang di-Pertua ya, berapi-rapi mengatakan bahawa bajet yang telah dibentangkan oleh Menteri Besar ini katanya seperti memberi makan gula-gula yang banyak, boleh kena kencing manis.

Bagi saya Dato' Sri Yang di-Pertua memang... bajet ini boleh kita sifatkan sebagai satu bajet yang manis. Boleh dikatakan manis lemak berkrim Dato' Sri Yang di-Pertua, sebab apa? Memang semua orang, semua golongan dapat. Dapat manfaat dia, daripada semua pihaklah. Kalau kad kesihatan sebelum ini hanya diberikan kepada warga emas...

Ini manis... manis apa tadi? Manis, lemak berkrim ini macam donut ya [ketawa] Dunkin' Donuts yang ada krim dalam tu [ketawa], sedap.

Disukai ramai pastinya Dato' Sri Yang di-Pertua ya. Jadi dari kad kesihatan, sebelum ni kita hanya bagi kepada warga emas, sekarang ini kita dah bagi kepada pesara yang

tidak ada berpencen, kita bagi juga kepada pemegang-pemegang kad OKU. Kemudian dibangkitkan dia kata tak yakin Kerajaan Negeri ini boleh menunaikan janji-janji. Saya tak faham kenapa kalau ada lagi masih sangsi? Kerana Kerajaan Negeri sebelum ini dah buat pun, kita hanya tambah dan kita tahu kita buat kerana kita mampu Dato' Sri Yang Di-Pertua.

Kalau sebelum ini kita berbelanja mengikut kemampuan kita. Oleh kerana tahun ini kita telah mencapai hasil RM1 bilion dan kita tunaikan janji kita untuk kembalikan kepada rakyat. Tidak perlu ada kesangsian sebenarnya ya, tidak perlu menyebut bahawa 63 tahun Barisan Nasional memerintah ya, tidak tertunai janji-janji. Ini dah pasti dah. Berapa ramai warga emas? 22,000 warga emas dah pun menerima faedah daripada kad kesihatan. 23,000 anak-anak masuk darjah 1 tahun 2022 telah pun menerima wang RM100.00. Siswa kita, telah 43,000 siswa-siswi kita menerima RM200.00. Rumah Rakyat Pahang tadi disebut oleh rakan saya, dah hampir 300 lebih terbina, secara percuma Dato' Sri Yang Di-Pertua.

Jadi saya tak boleh fahamlah kalau orang kata tak yakin Kerajaan Negeri boleh tunaikan janji. Kita dah pun tunaikan. Jadi cakap dalam Dewan, dengan cakap kat luar tu kena selarilah Dato' Sri Yang Di-Pertua ya. Kemudian kata, isu air menggesa supaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyelesaikan isu air. Dia tak baca ke, tak dengar ke belanjawan. Saya rasa Wakil, rakan-rakan Ahli Dewan semua dengar. RM322 juta, Dato' Sri Yang Di-Pertua, yang diperuntukkan untuk menyelesaikan masalah air di Negeri Pahang. Ada, betul yang kata dah 63 tahun, tak selesai selesai juga. Takkan selesai Dato' Sri. Kita pun hidup, saya rasa… Dato' Sri, berapa umur Dato' Sri? Dato' Sri Yang di-Pertua, berapa umur Dato' Sri?

Yang di-Pertua (Speaker)

Hah, tanya umur.

Umur, umur?

39. [Ahli Dewan ketawa]

Dato' Sri Yang Di-Pertua,

Yang di-Pertua (Speaker)

70

Umur 39 tahun tak selesai. Masa remaja keperluannya berbeza, betul Dato' Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Betul.

Umur 20an berbeza. Sekarang umur 39 tahun pun berbeza. Jadi kita dalam kita melalui kemajuan negeri kita ya, jadi memang sentiasa dia takkan selesai. Dia selesai dunia ini bila kiamat dia selesai Yang di-Pertua, baru selesai. Perkara dengan haid pun tak selesai juga masalah dia Dato' Sri Yang di-Pertua. Dia ada masalah lain pula. Kemudian, yang orang lelaki pun dia ada juga Dato' Sri Yang di-Pertua. Kalau orang perempuan Dia menopause lelaki dipanggil andropos. Hah, Dato' Sri Yang di-Pertua ya, sama je sebab Allah Taala ini ciptakan kita lelaki perempuan ini kita dengan izin, Dato' Sri Yang di-Pertua, compliment each other.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dia kalau orang ni lelaki ni boleh bawa buah kelapa dua biji tu kira okey lagi.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Ada juga yang tak boleh bawa Dato' Sri. [Ketawa] Hah, separuh tu nak angkat sebelah nyiur pun tak lepas Dato' Sri. Hah ya. Dato' Sri Yang di-Pertua. Jadi saya rasa perkara ini tak perlu dipertikaikan, kita kena bagi sokongan. Masalah air kalau saya tengok di Maran sendiri, Wakil daripada Luit semalam pun menyebutkan telah diberikan peruntukan yang banyak. Ini adalah komitmen, bukan janji. Ini adalah komitmen yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri.

Dato' Sri Yang di-Pertua, dan dikatakan juga dia kata “moh kita tukar Pahang ni jadi macam Selangor”. Ini pun satu hal jugak, durian dengan rambutan tak sama Dato' Sri Yang di-Pertua. Mana boleh kita samakan Pahang dengan Selangor. Pahang jauh lebih baik daripada Selangor, Dato' Sri Yang di-Pertua. This is Pahang [Ahli Dewan menepuk meja]. Kenapa saya kata Pahang lebih baik jauh lebih baik daripada Selangor. Keluasan kita, hutan kita, luas 57% daripada keluasan negeri Pahang. Selangor 31% je. Dia ada pendapatan satu bilion, kita pun dah satu bilion. Kita semua the best. Apa pula kita nak jadi… dah jauh lebih bagus baik, kita nak jadi yang sebaliknya. Jadi tak perlu, tak perlu kita nak jadi Selangor, kita nak jadi Sarawak. Kita jadi Pahang. Kita sebagai anak Pahang, saya anak Pahang jati, saya begitu bangga menjadi orang Pahang. Sebab itulah kita mewujudkan Program Anak Kebanggaan Pahang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Minta maaf. Dia itu masalah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kalau kita ni bukan lahir dan berasal daripada Pahang. Jadi dia tak dapat menjiwai bagaimana nak jadi orang Pahang. Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya daripada Lanchang. Betul, dia tidak ada er...Dato' Sri Yang di-Pertua, izinkan saya tak ada sense of belonging kata orang kampung saya. Tidak ada sense of belonging, tidak ada rasa kekitaan, tidak ada rasa sayang dan cintakan tanah air ya. Jadi sebab itulah ajak jadi orang sana, ajak jadi orang sini. Sebab tu saya rasa Program Kebanggaan Pahang itu memang suatu program yang sangat baik dan

seharusnya mendapat sokongan daripada seluruh rakyat negeri Pahang Dato' Sri Yang di-Pertua.

Jadi Dato' Sri Yang di-Pertua,

Banyak dah cakap ni. Sebabnya mungkin yang terakhir tadikan, jadi kena, kena cakap Dato' Sri Yang di-Pertua. Kena garang jugalah. Jadi sekali lagi Dato' Sri Yang di-Pertua, saya pun tak nak cakap panjang. Saya rasa sahabat saya daripada Benta dan Lanchang juga banyak yang nak diperkatakan sebab mereka lagi lama di Dewan ni daripada saya. Kalau saya ini penggal ketiga, mereka lagi super senior Dato' Sri Yang di-Pertua ya. Mungkin banyak yang nak dikongsikan tapi bagi saya, banyak kenangan-kenangan manis di Dewan ini ya. Walaupun mungkin saya terpilih lagi saya tak tahu sebagai Ahli Dewan ni tapi Dewan ni mungkin kita dah ke dewan yang baru nanti Dato' Sri Yang Di-Pertua. Ya, jadi untuk Dewan ini saya kira ini adalah kali terakhir kita berada di sini dan Dato' Sri Yang di-Pertua sendiri sebagai lima penggal, sudah pasti punyai...enam penggal. Sejarah. [Ketawa] Penggal yang keenam Dato' Sri ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Nampak, nampak Dato' Sri hari ni bersemangat. Bersemangat benar.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, berapa penggal tu, hah, itu macam umur juga jangan ditanya. [Ketawa].

Tapi betul Dato' Sri Yang di-Pertua, memang nampak macam berapa 39. [Ketawa].

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Jadi saya dah menyentuh saya rasa segala perkara yang nak saya sampaikan. Sekali lagi saya rasa bajet kali ini harusnya mendapat, bukan harus, semestinya mendapat sokongan bukan sahaja daripada kita, Ahli-ahli Dewan saya kira sahabat saya Damak kata Kerajaan Negeri dah buat yang terbaik dalam ucapannya dan saya bersetuju dengan beliau. Jadi kalau dah tahu yang terbaik itu, tak perlulah kita tukar dah ya. Kita kekal yang terbaik ini. Dan kalau Luit semalam dia kata mengibaratkan seperti bapak, seperti guru dia katakan Yang Amat Menteri Besar tu, jadi jangan dilawan, pasal lawan bapak dengan guru ni, ‘tulah’ Dato' Sri Yang di-Pertua.

Jadi saya mengingatkanlah. Jadi kita pun [Ketawa], kita pun Dato' Sri Yang di-Pertua election is around the corner, dengan izin ya. Saya mengharapkan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini yang telah terbukti begitu cakna begitu prihatin kepada rakyat terus akan diberi kepercayaan dan mandat oleh rakyat selepas PRU Yang Ke-15 ini.

Dato' Sri Yang Di-Pertua,

Bangun Melur Bangun Melati, Kembang Bunga Petang dan Pagi, Biar Lebur Biar Mati, Rakyat Pahang Tetap Disantuni.

Bangun Melur Bangun Melati, Kembang Bunga Pagi Dan Petang, Pilihan Raya Kini Menjelang Lagi, Pastikan Barisan Nasional Menang Cemerlang.

Sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan saya sekali lagi terima kasih kepada semua jabatan-jabatan yang berkaitan. Terima kasih kepada semua penjawat-penjawat awam di negeri Pahang. Terima kasih kepada semua pegawai-pegawai daerah yang ada di atas sana ya, yang banyak memberikan sokongan, pandangan dan bimbingan dan terima kasih juga kepada penghulu-penghulu. Terima kasih juga kepada ketua-ketua kampung kita. Terima kasih kepada semua pihak. Terima kasih saya kepada netizen-netizen di media sosial yang saya kira banyak juga memainkan peranan memberikan kritikan-kritikan dan pandangan yang membina kepada Kerajaan Negeri Pahang khususnya.

Jadi dengan kata-kata itu Dato' Sri Yang Di-Pertua, saya dengan ini menyokong. Sekian, wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang di-Pertua (Speaker)

Dengan izin, Bulan Februari Bulan Mac, Thank You Very Much. Seterusnya saya menjemput EXCO Pertanian Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang. Silakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin. [Bacaan dalam Bahasa Arab).

Yang Berhormat Dato' Sri Yang Di-Pertua,

Terima kasih saya merakamkan kepada Yang Berhormat Dato' Sri kerana telah memberi izin kepada saya untuk terlibat sama dalam ucapan penggulungan di Sidang Dewan Yang Mulia ini, Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-5 DUN Ke-14 yang berkisar mengenai Bajet 2023.

Ya, alhamdulillah telah selamat dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar pada 7 Oktober yang lalu dan ia merupakan bajet yang cukup istimewa kerana julung-julung kalinya Pahang Darul Makmur ini telah mencecah hasil negerinya melebihi pada RM1,000 juta, 1 bilion, dengan izin. Dan sekarang ni yang kita sedia maklum dengan adanya peningkatan dari segi hasil, maka Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar yang juga merupakan pencetus, the schemer, dengan izin, yang telah berjaya dalam usaha untuk mempertingkatkan hasil Kerajaan Negeri dengan kerjasama daripada semua pihak, termasuk organisasi struktur jentera pentadbiran kerajaan, yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan di peringkat negeri dan juga di peringkat daerah. Pentadbir Tanah, Pegawai Daerah, Yang Dipertua-Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan dan semua warga perkhidmatan awam Pahang yang merangkumi atau berjumlah lebih kurang dalam 8,000 kesemuanya.

Maka sudah tentulah ia memberi ruang kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri selaku peneraju negeri untuk merangka perancangan dan inisiatif bagi melonjakkan lagi kewangan Negeri Pahang Darul Makmur yang tercinta ni.

Sehubungan dengan itu Yang Berhormat Dato' Sri, sektor agromakanan atau sektor pertanian tidak terkecuali mendapat peruntukan-peruntukan yang dapat memperkasakan lagi sektor agromakanan negeri Pahang.

Sebab itu, terima kasih kepada warga agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan atau MAFI yang telah berusaha segigihnya dalam memastikan bahawasanya agenda sekuriti makanan di peringkat negeri terus dapat diperkasakan agar rakyat jelata dan seluruh masyarakat di negeri yang tercinta ini tidak akan dinafikan hak dan juga peluang untuk menikmati makanan yang sihat, yang selamat demi meneruskan kehidupan. Pelbagai insentif telah pun dirangka dan pada umumnya, saya kira saya tidak perlu memperincikan setiap aktiviti yang terlibat dalam pemerkasaan sektor pertanian kerana sektor pertanian ini ialah merupakan satu sektor yang antara terawal dalam sektor ekonomi tamadun manusia.

Pelaksanaan aktivitinya sama, kurang lebih iaitu nak mengeluarkan makanan untuk survival Malaysia, tetapi pendekatan dan kaedahnya berbeza. Dalam era yang er… abad ke-21 ini tentunya pendekatan dia menggunakan kaedah-kaedah yang, yang canggih, dinamakan IR 4.0 - Industrial Revolution 4.0, dengan izin. Teknologi-teknologi Internet of Things dan sebagainya kerana ini adalah merupakan kaedah yang terbaik, strategi yang mantap, untuk memastikan industri makanan di negara kita ni dapat terus berada sama tinggi, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju dunia.

Sebab itu dalam pendekatan yang dilaksanakan, pihak Kerajaan Negeri juga telah merangka beberapa kunjungan dan lawatan teknikal ke luar-luar negara memperincikan, memperlihatkan bagaimana kaedah-kaedah dan teknologi ini dapat diaplikasikan di Negeri Pahang Darul Makmur ini khususnya, dan amnya di negara Malaysia yang tercinta. Beberapa siri lawatan teknikal telah diadakan. Malahan kita telah berjaya mengadakan persefahaman kerjasama untuk terus dapat menggunakan teknologi ini dalam memugarkan lagi setiap aspek industri di bawah agromakanan ini.

Contohnya kita telah pergi ke Germany, ke Jerman dan juga berbincang serta menjalin kesefahaman dengan pemain-pemain dan peneraju-peneraju ternakan di Jerman, yang mewakili persatuan yang dinamakan sebagai Wagyu Association of Germany iaitu pertubuhan atau Persatuan Wagyu Jerman dan mereka telah bersetuju untuk membekalkan embrio dengan izin, dan juga semen wagyu untuk kita… kita gunakan. Alhamdulillah, sebab wagyu ini adalah merupakan... Ini YB Lanchang tau apa itu wagyu? Wagyu…

Wagyu… wahyu tahu. Wagyu ni sejenis lembu yang dipelihara di Jepun, yang dia diurut-urut, dibagi sake kemudian dagingnya ada marbling dia 987. Dan dia Dato' Sri Yang di-Pertua, kalau kita makan masuk dalam mulut dia melting daging dia, boleh cuba, terima kasih.

Tepat sekali, tepat sekali. Ini adalah kerana fenomena yang berlaku sekarang ini sebahagian besarnya ingin mendapatkan makanan yang bertaraf premium. Kalau dulunya kita hanya melihat semata-mata makanan ini. Kita… misal contohnya kalau kita makan nasi. Ini ADUN Semantan ya, kita makan beras yang biasa je dulu. Tetapi sekarang ni, saya lihat generasi yang ada ini dia dah mula dah memilih. Dia nakkan beras wangi, dia nakkan beras yang berkualiti tinggi. Dan malahan anak-anak kita,

mereka tidak asing lagi dengan memakan makanan misal contohnya nasi daripada Jepun, daripada Korea dan beras dan komoditi ini mempunyai nilai yang tinggi. Sebab tu dalam konteks seumpama ini. Ini sebagai contoh ya, Dato' Sri Yang di-Pertua, lembu wagyu ini kita perkenalkan di Pahang. Kita wujudkan projek di Tanjung Gahai dengan kerjasama daripada pihak swasta, Farm Fresh. Kita berikan pajakan tanah seluas 300 ekar untuk dimajukan dengan ternakan wagyu di Bukit Kajang misal contohnya 700 ekar dibahagikan kepada syarikat MIG Dairy untuk menternak wagyu dan kita juga nak cross-bredkan dengan izin, dengan baka tempatan, KK. Kita mengharapkan anak ini nanti akan jadi cross-breed wagyu yang boleh kita namakan sebagai wagyu Malaysia dan insya-Allah kalau usaha ini berjaya, maka kita juga boleh menjadi pengeluar.

Pengeluar daging yang boleh dieksport hingga ke luar negara. Ini di antara beberapa pendekatan yang kita ambil. Malahan bukan itu saja, kita juga telah bekerjasama dengan syarikat di Norway untuk kita kembangkan industri akuakultur. Baru-baru ini kita telah melihat dan juga meneliti bagaimana kaedah teknologi yang boleh digunakan untuk kita perkenalkan kepada ikan tropikal. Dan sepertimana yang kita sedia maklum, ikan tropikal kita mempunyai nilai yang cukup baik. Sebab itu kalau misal contohnya ada yang mengatakan Dato' Sri Yang di-Pertua, mohon izin, “Kita nak jadi macam Selangor”, cannot be. Sebab Pahang kita ada ikan patin, kita ada ikan krai, kita ada ikan kelah, kita ada ikan jelawat, ikan-ikan yang hebat.

Jadi ikan-ikan ini merupakan ikan-ikan yang ada di sungai-sungai Pahang yang besar. Sungai-sungai Lipis, sungai-sungai Jelai, yang sekarang ini kita sedang mengusahakan supaya dapat kita perkasakan. Sebab itu Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah peruntukan untuk kita tangani ikan-ikan asing, predator seperti baung merah, yang makan ikan-ikan tropikal, ikan-ikan kita yang ada di sungai-sungai.

Sebab itu, insya-Allah usaha akan dibuat untuk kita menangani isu ini termasuk... kita akan meminda enakmen dan juga peruntukan yang ada untuk memastikan usaha pembanterasan ikan-ikan asing ini dapat dilaksanakan secara lebih berkesan. Malahan Dato' Sri Yang di-Pertua, beberapa usaha sedang dilaksanakan sekarang dan akan diteruskan dari masa ke semasa dengan penglibatan daripada petani-petani muda yang dinamakan sebagai Agropreneur Muda di semua lapangan, insya-Allah. Dan usaha ini sebenarnya kalau kita lihat dari segi pembentangan bajet yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, kita akan dapat perincikan. Dan saya tidak berhajat untuk memperincikan satu demi satu perkara-perkara yang berkaitan dengan sektor pertanian.

Hanya, saya merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri dan kepada Kerajaan Negeri yang telah memperuntukkan sejumlah yang besar untuk kepentingan pemain-pemain di sektor agro-makanan. Insya-Allah, sebagai pengiktirafan kepada pemain-pemain ini, di bawah Bantuan Prihatin Pahang (BPP), kluster agro-makanan, seramai 3779 pemain ini akan diberikan pengiktirafan dan diberikan sumbangan tanda penghargaan Kerajaan Negeri kepada mereka semua.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya amat tertarik tadi apabila membicarakan tentang perkara-perkara yang dibangkitkan oleh rakan-rakan dalam Dewan Yang Mulia ini dan di antaranya sepertimana yang rakan saya daripada Kuala Sentul zahirkan, saya tertarik dengan... tadi er… rakan saya daripada Kuala Sentul kata dia tertarik dengan wakil Ketari. Saya pun nampaknya saya tertarik dengan wakil Ketari. Kerana beliau selalu membangkitkan perkara-perkara yang luar biasa. Sedangkan saya nak maklumkan,

kebetulan amanah yang telah diberikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar kepada saya untuk menjaga dua kawasan iaitu Bilut dan Ketari di Bentong.

Sepanjang penglibatan saya hampir lebih pada 4 tahun Dato' Sri Yang di-Pertua, kadang-kadangnya Bentong ini, dia tak besar sangat. Ketari apatah lagi, misal contohnya. Waima Bilut sekalipun. Jarang sekali saya bertemu dengan wakil daripada Ketari ini. Baik masa banjir, baik masa rumah terbakar, baik apabila kita merasmikan atau mengumumkan kemudahan-kemudahan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan.

Misal contoh, banjir, YB Ketari sebutkan pasal banjir. Banjir, bila berlaku banjir sebenarnya, agensi-agensi kerajaan tampil membantu dengan kerjasama daripada pihak-pihak NGO, sukarelawan dan lain-lain. Masing-masing membantu. Tetapi sebenarnya kita tidak mendabik dada mengatakan kita yang membantu dia. Malahan ada yang wira-wira yang tidak didendang. Yang apabila berlaku bencana seumpama ini, mereka tampil ke depan menyelamatkan, membantu mangsa-mangsa dengan kudrat dan pelbagainya. Malahan ada yang menggunakan Pajero hingga tenggelam Pajero. Kerana air naik dengan begitu mendadak.

Tetapi mereka tidak mendendangkan, merekalah jaguh dan memberi pembelaan kepada mangsa-mangsa bencana ini. Sedangkan mereka bergadai nyawa. Sebab itu dalam Dewan Yang Mulia ini, saya nak zahirkan bahawasanya terdapat wira-wira yang seumpama ini, yang tidak menggunakan platform-platform, pentas-pentas untuk mengwar-warkan merekalah jaguh, merekalah yang sebenarnya yang bertindak lebih daripada pihak-pihak lain dan setiap usaha menyelamatkan mangsa ataupun menangani masalah bencana.

Namun, sudah tentulah tanpa penglibatan daripada mereka ini sendiri, tidak mungkin kita dapat menangani situasi dengan lebih baik. Pihak Berkuasa Tempatan, misal contoh di Bentong, Majlis Perbandaran Bentong, Yang Dipertuanya, ada setiap masa. Maklum kepada anak-anak buah, ada kakitangan Majlis Perbandaran Bentong yang rumah mereka ditenggelami air tetapi mereka di barisan hadapan menyelamatkan mangsa kerana amanah dan tanggungjawab [Ahli Dewan menepuk meja]. Namun mereka tidak diberikan pengiktirafan tetapi mereka juga tidak melaungkan “kamilah yang sebenarnya meranduk air, pergi menyelamatkan dalam saat waktu dingin pagi”. Tidak, mereka tidak pernah. Saban hari tanpa mengenal penat lelah, dilaksanakan. Begitu juga dengan pihak-pihak berkuasa. Polis, Bomba, RELA, ATM, Tok Penghulu, Pengerusi JPKK, Ahli-Ahli Majlis, malahan ramai lagi yang tak boleh saya sebut satu persatu.

Yang kita nak maklumkan bahawasanya mereka sebenarnya yang banyak membantu. Dua kali banjir di Bentong, Chegar Medang dan sebagainya, mereka terus membantu. Malahan Kerajaan Pusat di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri, Ahli Parlimen Bera, Naib Presiden UMNO, datang, turun, bantu. Kerajaan Pusat pun bantu. Tapi oleh kerana terlampau banyak perkara-perkara yang ditangani, perlu ditangani, ada setengah-setengahnya mungkin tidak dapat ditangani sepantas itu.

Rumah dinaiki air, tapi apa tindakannya? Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan baiki rumah. Yang tak pernah sebenarnya, Yang Berhormat Dato' Sri sebelum tu pernah banjir. Di kawasan saya sendiri saya katakan pernah banjir. Peruntukan yang diberikan hanya RM500.00 tapi di bawah kerajaan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri, selaku Perdana Menteri... Perdana Menteri yang mengarahkan. Bantuan demi bantuan diberikan sebenarnya.

Sebab itu dalam konteks ini, saya lihat tadi… saya bersetuju dengan wakil, sahabat saya daripada Kuala Sentul menyatakan bahawasanya Wakil Ketari ini, saya ingat ada masalah. Baru-baru ini, apabila kita buka jalan yang runtuh daripada bandar Bentong Laluan 8, atas sikit daripada er... Kilang Lee Rubber tu, yang terpaksa dibaik pulih tapi Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar secara rasminya membuka penghadang itu sebagai permulaan penggunaan jalan tersebut. Tidak ada kelibat beliau, dengan izin. Tidak ada kelibat.

Baru ini perasmian, saya soft launching Kompleks Renang Bentong yang menelan belanja pembaikannya RM 750,000.00. Kita buat soft launching, dengan izin. Tak ada pun kelibat ADUN Ketari, yang mana kompleks ini berada dalam kawasan dia. Saya boleh namakan satu persatu. Malahan projek yang dilaksanakan oleh JKR berderet. Yang dibangkitkan Jalan Lampin di Janda Baik.

Senarai jalan je, sikit punya banyak, saya boleh namakan satu persatu, satu persatu yang diambil oleh pihak JKR, baiki. Tentulah tidak adil kalau kita katakan kerajaan tidak memberi perhatian kepada penduduk misal contoh di Janda Baik. Hanya semata-mata kerana terdapat sebahagian daripada jalan itu yang tidak elok. Gambaran diberikan kecuali kalau dia kata okey terima kasih pihak JKR tapi sebahagiannya perlu ditambah baik, itu saya akui.

JPS mendalamkan sungai, Sungai Benus, saya pergi tengok, Tok Empat dia di... di kawasan tu pergi tengok, kalau boleh nama Tok Empat Zaharah dia pergi, kita lihat... bagaimana kita tengok jajaran yang terbaik untuk kita dalamkan Sungai Benus tu supaya dapat mengurangkan sikit kesan banjir. Tak ada kelibat. Usaha yang dibuat oleh JPS. Malahan kita telah mengusahakan insya-Allah, alhamdulillah terima kasih pada pihak JPS kita telah dapat RM 400 juta Rancangan Tebatan Banjir Bentong yang akan dilaksanakan insya-Allah, awal tahun depan.

Ini bukan main kita petik-petik gitu jer tetapi gambaran yang diberikan tu seolah-olah macam tidak ada langsung peranan input yang diberikan oleh Pihak Kerajaan mahupun Wakil Rakyat, mahupun Wakil Kerajaan. Saya yang bertanggungjawab juga di kawasan Ketari itu, tak bertemu bahu pun. Di mana kemudahan-kemudahan yang diberikan. Majlis Perbandaran betapa banyaknya. Sistem amar... Awal Amaran Banjir JPS telah dapat dipulihkan, malahan kita meletakkan banyak juga sistem-sistem amaran banjir, nak maklumkan kita prihatin.

Pejabat Daerah, rumah dibaiki sikit punya banyak bantuan-bantuan, malahan kalau kita tengok Majlis Perbandaran, deret gerai Saidina, selalu saya mengeteh kat situ petang-petang makan roti... roti canai dengan pisang goreng, hah... tosei. Yang... banjir pada ketika tu, sekarang ni dibina, Majlis Perbandaran memperuntukkan berapa juta, tambak, taruk gerai baru, surau, hebat. Ada pintu gerbang "This is Bentong" sebab kita takut orang ingat Selangor ke ni, Selangor ke. Hah... itu masalahnya. Tetapi tak ada.

Mungkin ada kawan-kawan dia kata “ah, tak dijemput”. Hah ini sedap ni. Saya ingat tunggu sudi ni, tak ada orang sambut. “Ha... tak jemput, macam mana kita nak datang?” Tak dijemput, macam mana kita nak datang? 5 haribulan sepuluh - Pembukaan Laluan 8, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar dekat Lee Rubber, tak datang. 10 haribulan sepuluh - Perasmian Pra Pembukaan Kompleks Renang Bentong - 10 haribulan, tak datang. Owh... tak jemput. Tetapi saya pelik ya, 1 haribulan sepuluh, ADUN Ketari pergi ke kawasan saya, Kampung Peruang bersama dengan Ketua PEMUDA DAPSY, Wakil MP Kuching, datang kampung saya, kawasan saya Kampung Peruang, apa jadahnya pergi, siapa yang menjemput dia. Saya tak

jemput dia, tapi dia datang. Tidak ada alasan, kalau dia sebagai ADUN Ketari, bila ada projek yang nak dilaksanakan, dia sewajarnya kena datang. Mengapa perlu ada jemputan sedangkan di tempat saya, DUN Benta N5 dia boleh gatal-gatal datang bersama dengan MP Kuching.

Kemudian apabila saya jumpa dia, mana dia YB Ketari? Kereta ada, orang tak ada. Gentlemen sikit tapi bukan gentlemen lah (kurang jelas). Saya jumpa dengan YB Kuching saya kata 'YB terima kasih datang, datang sebab saya". Thank you very much, you come to my place. Saya khabar gitu YB, Dato' Sri. Tetapi you datang, you telefon saya, kita teh tarik, kita makan juadah daripada gula kabung. Kawasan Peruang itu hebat gula kabung dia, makan. Tetapi you jangan datang 4 tahun sekali, jangan datang 5 tahun sekali, you datang kalau boleh tiap-tiap minggu. Kalau tak boleh, dua minggu sekali. Tak boleh, sebulan sekali. Tak boleh, dua bulan sekali. Tetapi jangan datang 4 tahun, 5 tahun sekali, sebab saya pening kepala.

Saya pening kepala sebab apa? Nanti orang tanya YB Dato' Sri, mana YB Kuching ini? Mana YB Ketari ni? Saya nak jawab macam mana? Saya tak tahu dia di mana. Jadi saya kata, saya pun tak boleh nak jawablah. Saya cakap dengan YB, you datang sekali, sekali you kena cakap dengan saya, di mana you. Sebab nanti orang tanya, saya boleh cakap dia pergi sini, dia pergi ke sini, dia pergi ke sini.

Tetapi jangan datang sesekali, datang selalu-selalu, selesaikan masalah masyarakat. Kalau tidak, mereka akan cari muka buruk ini. Dia akan cari muka buruk ini untuk menyelesaikan masalah masyarakat, dan kita tembak owh... pembangunan tak ada, ini tak ada. Ini yang sebenarnya saya nak beritahu, bukan itu. Sebagai Wakil Rakyat yang beretika, kita kena akui yang baik tetap baik, yang tak baik tetap tak baik. Jangan kita tertipu, not the form but resumption. Kita tentang Shamsiah Fakeh bukan kerana dia Shamsiah Fakeh, kita tentang dia kerana dia membawa ideologi komunis sebenarnya.

Kita tentang Abdullah Sidi bukan kerana dia Abdullah Sidi, tapi pembawakan falsafah ideologi yang dibawa itu yang merosakkan. Kita tentang ADUN Ketari bukan kerana nama dia gitu, tapi dia bawak ideologi ataupun budaya yang tidak sihat. Tidak memperakui apa yang baik dan apa yang tidak baik. Sewajarnya sebagai Ahli Dewan Yang Mulia ini akan mengatakan bahawasanya sumbangan daripada Pihak Berkuasa Tempatan 'hebat', tetapi ada perkara-perkara yang perlu ditambah baik oleh JPS. Ada perkara-perkara yang perlu ditambah baik. Pembaikan rumah, ada perkara-perkara yang perlu di... dibaiki, ditambah baik bukan dia rasuk, bukan dia ada hanya menggunakan kesempatan untuk membakar hati dan semangat orang ramai.

Rancangan Tempatan Bentong, Local Plan. Bentong Local Plan adalah satu rancangan yang baik, ianya sudah lama tidak diperkasakan. Saya ingat tahun 2005 tak silap saya, kita bentangkan. Mengapa? Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya nak maklumkan ini supaya dapat dizahirkan bahawasanya budaya yang dibawa tidak sihat. Kita nak bangun dan jaga penduduk di Janda Baik dengan satu perancangan pembangunan yang hebat. Belum apa-apa dah… okey Kerajaan Negeri akan mengambil alih... akan mengambik... buat pengambilan tanah kepada tanah tuan-tuan. Rumah kamu akan diroboh. Jalan ini akan dibesar.

Oleh kerana membakar semangat hinggakan penduduk sebahagiannya di Janda Baik ini menjadi emosi. Kita sebenarnya nak merancang sesuatu yang baik untuk Janda Baik. Dalam Dewan Yang Mulia ini, kita mesti perkasakan Janda Baik, kita mesti pastikan ia merupakan destinasi pelancongan yang hebat yang orang menjadi

tumpuan. Wah kata dia... apa kita boleh melaksanakan pembangunan dengan hanya air liur basi je. Kita kena ada komitmen.

Kita kena ada komitmen... ada perancangan yang hebat. Tidak berlakunya sesuatu itu tanpa satu perancangan yang hebat dan tuntas. Bagaimana kita nak melaksanakan sedangkan peringkat perancangan sudah dihalang. Ini yang sebenarnya yang saya zahirkan bahawasanya kita akan tentang budaya seumpama ini. Kita akan menjelajah, memaklumkan ingatlah pengundi-pengundi, penduduk-penduduk di Ketari, kenal pasti siapa pembela kamu.

Selama saya empat tahun lebih berada di sana, sebenarnya banyak perkara yang telah kita laksanakan. Tetapi wakil kita… pada hari ini dia tak ada. Saya ingat saya dah memang dah ready dah... bawa air botol ni. Tak... bukan apa, saya kalau... mabuk air sejuk...

Air botol tu kalau dah habis, saya boleh tambah lagi. [Ketawa]

Saya nak mohon mencelah Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya nak bagi wakil daripada Benta cool down sambil dia minum air sejuk. Tadi sebut muka buruk... muka buruk kan, tadi memang nak mencelah tapi masa itu tengah agresif sangat. Tapi saya nak bagitahu, tapi nak bagi tahu tak buruk muka ni, manis orangnya handsome lagi Yang di-Pertua. Boleh lagi Dato' Sri Yang di-Pertua...

Steady... steady.

Dato' Sri Yang di-Pertua...

Yang di-Pertua (Speaker)

Panjang lagi YB. Kalau tidak saya bagi masa...

Tidak... tidak. Saya kira nak menggulung dah ni... dalam sejam lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak apa hari ini kita yang terakhir.

Tahu... saya tengok tadi, sebab apa… bila ADUN Lanchang kata, ADUN Lanchang ye... Ketua Whip Dato' Sri... dia kata, I give u one hour. Saya ingat lagi Dato' Sri, saya berada di sana. Masa itu ya. Dato' Sri Lanchang sebelah. Saya Benta, tahun 1999. (tidak jelas) ye duduk kat situ. Kami di situ. Dato' Sri ingat ya...

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya...

Orang muda masa tu... bercakap...

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Ini nak ingatkan saya... di sebelah kiri Dato' Soffi... eh sebelah kanan Dato' Soffi. Di belakang kita Timbalan Presiden PAS sekarang ini. Yang sekarang ni Timbalan Presiden PAS. Kemudian siapa lagi, ADUN Kuala Semantan masa tu... Haji Idris er... Timbalan Mursyidul. Pastu... ha tu... maknanya kita orang berdebat dengan dia orang masa ketika itu. Dato' Sri apa nama… Dato' Yang di-Pertua ada masa itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya. Memang hebat. Yang Berhormat berdua memang hebat.

Dato' Sri,

Saya teringat wakil daripada Triang, ayahanda beliau berada di kawasan wakil Sabai sekarang ini, tapi kita gentleman. Bila bahas dalam Dewan Dato' Sri ya, kita berbahas secara oo… Lepas itu kita boleh main bowling partners, minum-minum sama. Pandangan pun memang kira tidak liciklah. Tapi kita orang muda masa itu. Sebab tu saya mengimbau kembali... melihat just like yesterday...

Sebab itu Yang Berhormat Yang di-Pertua, masa tu dah ada MN dah sebenarnya. Masa itulah lagi naik sekereta, pergi rumah MB sekali. Saya masih ingat lagi, saya drive kereta Dato' apa… ADUN PAS... ADUN Semantan sebelah saya ketika itu. Maknanya kita dah apa... adab (tidak jelas) kita dah belajar dah. Adab berbeza pandangan dari dulu lagi, dengan izin.

Sebenarnya dato' Sri , itu kehebatan. Bila sakit, saya ingat lagi arwah ini... ADUN Tahan, Haji Malik. Pergi ziarah, kita pergi ziarah, tengok semua, bincang... dalam Dewan. Memang licik, dia memang seorang... arwah ni seorang seorang pendebat yang licik. Saya akui. Tapi kita hormat sebagai somebody yang... malahan saya... I feel offended, dengan izin. Sebab apa... ini saya bukan nak mengungkit ni, Dato' Sri.

Saya pergi ke Ketari masa ke Mempaga sebagai Wakil Kerajaan, Dato' Sri. Wakil Ketari ini ada, saya jemput dia duduk sebelah saya. Dia kata okey. Wakil Ketari... no... no... I'm very gentleman... You take care and she takes care. Okey. Dato' Sri, saya pelawa dia duduk sebelah. Hormat sebagai anak. Itu beberapa siri… apa nama majlis yang kita buat. Itu caranya. Buat begitu, effect er… bekas ADUN Triang juga sama.

Dato' Sri sekejap... [minum air dan batuk]. Tapi saya rasa juga. [batuk]. Dato' Sri, sebab ni kira ni Dewan yang penggal akhir.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya. Bolehlah sikit lagi sikit.

Sikit dalam 5 minit lagi... [batuk]

Yang di-Pertua (Speaker)

Sikit. Batuk pula tu...

[Batuk] Dato Sri, sorry. Sebab itu saya melihat, ada beberapa perkara yang... saya tahu di kalangan wakil-wakil yang ada di sebelah sana, ada yang very accumulative... Saya dengar kawan-kawan… ada yang telefon wakil Sabai misalnya contohnya...

Yang Berhormat Yang di-Pertua, ini air. Saya bawak air dua. Biar lama sikit. Saya sekejap. [ketawa]

Sorry Dato' Sri. Ada yang telefon untuk menyelesaikan masalah. Saya tahu ada yang mereport, saya kata go ahead. Sebab Ahli Pentadbiran kita ni very profesional Dato' Sri. Bila ada wakil rakyat minta tolong, mereka akan bantu. Kerana kita tahu kesan daripada bantuan itu adalah manfaat yang diperolehi oleh wakil rakyat. Kita buat projek tambah baik bekalan air di Karak, walaupun wakil Karak ini merupakan wakil daripada pihak pembangkang.

Kawasan saya sendiri di Benta, di Benta kawasan saya, baru sekarang kita buat. Alhamdulillah, saya... saya tak dengki. Saya EXCO Infra... tempat kita... (tidak jelas). Kita gentleman, kita tengok, itu cara kita. Tapi saya nak zahirkan di sini bahwasanya apa yang dizahirkan oleh rakan saya daripada Kuala Sentul terhadap berapa Ahli-Ahli Dewan ini memang to me, agak unbecoming.

Hanya saya bimbang generasi akan datang ini dia akan terpengaruh. Dengan karektor-karektor tertentu yang nampaknya hebat, tetapi sebenarnya motifnya, cukup berbeza. Cukup berbeza. Bukan motif yang sebenarnya. Semuanya macam seolah-olah nak depride. Tolonglah kawasan saya, jangan dinafikan. Bukan, kita tidak nafikan. Tetapi dalam perancangan, kita ada juga aturannya, prioritynya, kerana peruntukan yang terimanya sedemikian rupa. Dia terpaksa diagihkan dengan kekangan Itulah sebabnya kadang kalanya Ia memerlukan sedikit masa untuk dilaksanakan.

Sebab itu dalam Dewan Yang Mulia ini saya kiranya liputan ada, pegawai kerajaan ada saya nak merakam setinggi penghargaan. Kepada semua rakan-rakan yang kadang-kadangnya dicemuh, kadang-kadangnya mungkin ada yang dihina, dikecam tetapi tidak dapat membela diri dalam Dewan Yang Mulia ini. Mereka tidak boleh bersuara, waima ini… Setiausaha Kerajaan Negeri ataupun barisan pegawai yang ada

di sini mereka tidak boleh menjawab. Saya berada di sini untuk mempertahankan yang hak. Mereka telah memberi sumbangan yang hebat kepada kemajuan negeri, bertungkus lumus tanpa mengenal penat lelah untuk pastikan kita berjaya dalam setiap perancangan.

Perancangan boleh kita laksanakan, boleh kita bentang, tetapi pelaksanaan itu memerlukan komitmen yang tinggi dan kesungguhan dan kebijaksanaan penggunaan pendekatan yang hebat. Sebab itu barisan yang ada dalam galeri yang menjadi pemerhati ini adalah wira-wira yang tidak didendang. Mari kita bagi satu penghormatan pada semua ni [Ahli Dewan menepuk meja] kepada mereka yang selama ini telah meletakkan finger print, foot print dengan izin mereka dalam mencatur lonjakan kemajuan negeri yang tercinta ini. Saya nak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan selama ini atas jasa dan kesungguhan mereka dalam menangani isu ini.

Marilah sama-sama, bukan semata-mata kita mengharap berusaha ke arah supaya dapat kita wujudkan sebuah kerajaan yang stabil, yang boleh memberikan impak besar kepada kesejahteraan negeri dan rakyat yang tercinta. This is Pahang. Inilah Pahang. Ini kome ni Pahang, memang inilah sebenarnya Pahang. Dan kalau boleh kita lihat kan, kalau ada orang lain tu bukan orang Pahang minta maaf saudara-saudara ya sahabat-sahabat saya, kalau bukan begitu pilihlah di kalangan kita yang terdiri daripada orang-orang Pahang. Bukan... bukannya maknanya 'asabiyyah, tidak. Tetapi maknanya patriotik. Bukan 'asabiyyah, tapi patriotik.

Insya-Allah, dengan hasrat itu, saya sekali lagilah merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar beri ruang kepada saya menggalas tanggungjawab sebagai EXCO Pertanian. Juga rakan-rakan yang banyak berkongsi di sini. Sebenarnya rakan-rakan ni, saf kepimpinan ni, kalau macam inilah dalam Dewan, sebenarnya Mesyuarat EXCO, sebenarnya… kadang-kadang lebih berapi lagi. Betul, sebenarnya. Tetapi ini semua dah masak maknanya kita ni duduk kalau tengok macam ni yang ni kalau 0 ke 10 tu Dato' Sri, mungkin baru 5 je ni, baru 5 je.

Ini kadang-kadang saya dengan Lanchang ni, dia hujung sini, saya hujung sini. 0 ke 10 itu, kadang-kadang dia pergi sampai 8, nak kona baring dah. Tetapi kita mengemukakan dengan penuh rasa kesungguhan, kerana tidak lain dan tidak bukan niatnya demi untuk kemajuan negeri dan rakyat yang tercinta. Itu yang sebenarnya.

Terima kasih pada rakan-rakan daripada saf kepimpinan barisan BN, backbencher yang telah banyak membantu memberi idea dan memberikan kerjasama. Begitu juga dengan rakan-rakan daripada saf barisan Dewan Yang Mulia ini, yang juga memberi pandangan. Walaupun kita berbeza dari segi er... ni wadah perjuangan itu, tetapi hasrat tu sebenarnya tidak lain dan tidak bukan insya-Allah niat yang murni kecuali beberapa ahli yang saya tengok, saya perhati memang tidak ikhlas dalam mengenengahkan motif.

Terima kasih kepada Dato' Sri Yang di-Pertua yang begitu sabar sekali, hebat. Saya tabik insya-Allah. Terima kasih banyak kepada semua mohon maaf saya dengan ini mohon menyokong. Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja].

Yang di-Pertua (Speaker)

Semangat sungguh YB. Terima kasih banyak-banyak. Hari ini luar biasa nampak. Seterusnya saya menjemput yang... Yang Berhormat EXCO Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang. Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Pertamanya saya ingin mengucapkan syukur pada Allah SWT kerana kita dapat lagi berada di dalam Dewan Yang Mulia ini bagi sesi penggulungan dan selalunya begitulah, kalau tanya soalan saya nombor dua ya, selepas Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tapi kalau menggulung, saya yang nombor dua akhir. Tapi kerana Yang Amat Berhormat Menteri Besar beliau sekarang ni berada di... di Kuala Lumpur kerana tugas-tugas. Kita pun tahu sekarang ini kita berada di dalam ambang pilihan raya, maka insya-Allah Yang Amat Berhormat akan menggulung esok.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya juga bersama rakan-rakan yang lain ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga kepada semua ya. kesemua anggota apa namanya penjawat awam, Dato' Sri SS, SFINO dan lain-lain lagi yang berusaha bersungguh-sungguh sehingga kita berjaya mencapai pencapaian kita iaitu sebanyak RM1 bilion dari segi kutipan hasil negeri. Ini kita kena ucapkan tahniah. [Ahli Dewan menepuk meja].

Saya nak bagi tahu nak share sikitlah. Setiap kali EXCO, ini kawan-kawan EXCO boleh er… apa namanya… ini… confirmkan sahkan. Berapa. Setiap kali Exco tu yang pertama lepas agenda, ucapan Yang Amat Berhormat er... ucapan beliau dan pesanan-pesanan yang nak disampaikan, perkara kedua beliau akan bertanya, bukan kepada Dato' Sri SS, Setiausaha Kerajaan Negeri, atau kepada Dato' LA atau kepada saya sebagai apa namanya yang sebelah dia atau Dato' Soffi, eh Dato' wakil daripada Benta atau wakil daripada ini Kuala Sentul. Tetapi kepada Dato' SFINO berapa collection kita. Setiap kali. Because our target is dengan izin to achieve one billion dan alhamdulillah kita telah capai er… apa namanya apa yang kita pastikan iaitu RM1 bilion.

Untuk mencapai kali pertama mudah. Tetapi untuk kita to maintain dengan izin untuk mengekalkan 1 bilion ini bukan satu perkara yang mudah. Jadi sebab itulah ya, sebab itulah Kerajaan Negeri perlukan kepimpinan yang mampu untuk meneruskan agenda ini.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Selaku EXCO Pelancongan Kebudayaan Alam Sekitar Perladangan dan Komoditi, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang menyentuh tentang alam sekitar, tentang er... Pelancongan tentang portfolio saya. Walaupun pada kali ini kita lihat bahawa mood agak berbeza kerana kita mengadakan persidangan kita selepas er… sehari sebelum dan kemudian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri umumkan bahawa Kerajaan Pusat telah pun bersedia untuk mengadakan Pilihan Raya Umum, akan mengembalikan semula mandat kepada rakyat, maka mood kita agak berbeza.

Kerana saya yakin dan percaya bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan bersama-sama seperti yang akan… yang telah… akan juga mengumumkan tentang pembubaran Dewan Undangan Negeri. Kerana apa? Kerana kita memikirkan biarlah kita buat pilihan raya ini bersekali. Kalau kita buat pilihan raya ini tidak bersekali, kita merugikan duit rakyat. Kalau kita buat sekali Yang Berhormat Yang di-Pertua, belanjanya sama, cuma yang kita akan tambah adalah kita print satu lagi kertas iaitu kertas Dewan Undangan Negeri.

Kita Yang Berhormat Yang di-Pertua, kadang-kadang kita bercakap soal good governance, kita bercakap soal ketelusan, soal mesti jimat cermat dan sebagai tapi bila sampai pada kita tak apa. Ha… ini dia. Bila sampai kepada kita tak apa kita buat beza tak apa, sedangkan belanjanya besar. Kita terpaksa adakan semua apa namanya ini... ini petugas-petugas pilihan raya. Berbilion-bilion, ber... berjuta-juta duit rakyat. Yang kita bezakan sedangkan perkara itu boleh kita buat sekali. Ha ini sebenarnya rakyat memerhati Yang Berhormat Yang di-Pertua. Sebab tulah kita saya difahamkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa insya-Allah ya, kita akan bersama-sama dengan er... Kerajaan Pusat untuk mengadakan pilihan raya pada kali ini.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tiga rakan yang telah menyebut tentang pertanyaan tentang portfolio saya iaitu Beserah, Luit dan Padang Tengku. Dan mereka menanyakan tentang… pertamanya Beserah. Beserah dia mesyuarat ya? Dia tak ada ya, sebab dia pergi untuk ini mesyuarat pilihan raya agaknya. Er… tentang apakah kekangan utama dalam me... memenuhi keperluan atau kehendak daripada pihak UNESCO supaya tapak bios... biosfera di Tasik Chini tidak berdepan dengan berbagai masalah selepas ini.

Saya ingat kita pun dah jawab, secara umumnya kita telah pun sebenarnya pergi ya, menghantar wakil kita diketuai oleh Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri ke UNESCO untuk kita menyerahkan dan kita bertanyakan kepada mereka, apakah lagi keperluan-keperluan yang diperlukan supaya apa? Supaya kita nak mempastikan bahawa sta... status Man and Biosphere itu dapat kita kekalkan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Soalan kedua daripada Wakil daripada Padang Tengku. Dia banyak soalannya tiga, empat tapi saya jawablah satu. Yang lain saya akan jawab bertulis. Memohon penjelasan Kerajaan Negeri mengenai status pengiktirafan Merapoh sebagai bandar pelancongan yang pernah diisytiharkan satu ketika dahulu.

Merapoh adalah salah satu daripada destinasi pelancongan utama di Lipis. Namun begitu tiada sebarang pengiktirafan rasmi okey er… kepada Merapoh. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri komited untuk menjadikan daerah Lipis sebagai UNESCO Global Geoparks. Ha… ini satu usaha yang akan dijalankan dan Kerajaan Negeri saya ucap terima kasih kepada er… Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta, untuk kita mengkaji, kemudian dalam masa yang sama untuk kita er... melakukan beberapa er… penambahbaikan supaya kita akan mencapai status er... er... ini geo… Global Geoparks ini dalam masa lima tahun.

Dan yang ketiga soalan daripada Wakil daripada Luit, menyebut tentang apakah perbelanjaan bajet er... perbelanjaan dan bajet yang telah... yang telah dan perlu

diambil kira oleh Kerajaan Negeri dalam persediaan menghadapi perubahan iklim yang akan datang. Kerajaan Negeri dalam tindakan bagi mengambil kira faktor persediaan menghadapi perubahan iklim dalam pembangunan Pelan Pengurusan Strategi Alam Sekitar dan kita telah lancarkan. Malah seperti yang dinyatakan oleh Wakil daripada Benta tadi bahawa negeri Pahang saja menerima hampir RM2 bilion ya, dari segi tebatan banjir ini. Termasuklah Sungai Semantan, Bentong, Temerloh, Bera, Maran, Lipis, Kuala Krau, Kuantan, Sungai Lembing, serata.

Serata negeri Pahang ini, Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sebanyak RM2 bilion iaitu untuk tebatan banjir supaya apa? Supaya kita pastikan bahawa kita dapat mengurangkan banjir yang akan kita hadapi. Itu sebahagian daripada usaha kita dan Wakil daripada Luit pun dah balik dah. Dia tak... dia sebelum sembahyang Asar lagi dan er... insya-Allah kita akan sentiasa berusaha ke arah er... apa nama memastikan bahawa kita bersedia.

Dalam masa yang sama Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita juga akan mengikuti apa namanya conference-conference tentang climate change ini. Antaranya kita pernah ke Glasgow bersama dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja pun berangkat juga er... walaupun waktu yang berbeza, tetapi kita ke Glasgow itu COP26 dan kita akan mengadakan COP27 ya, iaitu di Cairo iaitu United Nations Climate Change Conference ini.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya nak menyentuh sedikit tentang portfolio saya iaitu pelancongan. Saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah pun meluluskan Belanjawan sebanyak... sebanyak RM40 juta kepada er... apa namanya ini portfolio pelancongan ini, dan saya sangat gembira. Katalah kalau kali ini penggal saya yang terakhir, saya telah meletakkan batu asas. Supaya kalau dulunya er... ini portfolio pelancongan ini tidak ada income sendiri.

Tetapi alhamdulillah kita Kerajaan Negeri telah pun meluluskan enakmen iaitu Enakmen Hotel 2020 di mana kita mengenakan sedikit fi iaitu Fi Kelastarian sebanyak RM3.00 setiap satu... er... setiap bilik yang dihuni. Dan ini perkara biasa dilakukan di seluruh dunia ya. Maknanya negeri Pulau Pinang, kita ikut Pulau Pinang sebenarnya. Yang ini kita ikut Pulau Pinang, Wakil daripada Benta. Pulau Pinang telah lama laksanakan dan er... dengan... dengan ini sahaja kita akan berpendapatan sebanyak kita ada 38,000 bilik yang berdaftar. Dan kita ada lebih kurang... lebih daripada 5,000 bilik lagi yang tidak didaftar seperti Air BNB dan sebagainya.

Ini Kerajaan Negeri akan... sedang melaksanakan program pendaftaran kepada bilik-bilik ini. Kita ada 40,000 bilik dan kita... kita, kita jangka bahawa kita akan mendapat pendapatan lebih daripada RM20 juta. Campur pendapatan RM9 juta daripada er... ini tourism tax, daripada Kerajaan Pusat, kita ada lebih kurang RM30 juta saja cukup untuk portfolio pelancongan ini untuk mereka, bukan sahaja untuk kita mempromosi di dalam negeri, tetapi juga di luar negeri dan juga program-program yang kita buat yang bertaraf arabangsa... antarabangsa.

Sebagai contoh baru-baru ini kita telah mengadakan Pahang Ocean Paddle. Yang mana ini adalah satu-satunya acara yang tidak pernah kaedah begini dila... di.. dijalankan. Maka kita adalah merupakan the IP Holder lah dengan izin, yang memegang, seperti F1 sebagai contohnya, ataupun er... lain-lain seperti Billfish sebagai contohnya, kita pegang apa nama the rights untuk melakukan ini.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya juga er... nak maklumkan, selain daripada itu Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya juga nak... nak berkongsi bahawa kehadiran pelancong ke negeri Pahang ini selepas sahaja kita dibuka, iaitu kita ambil awal tahun je lah. Sehingga sekarang kita telah menerima 6.6 juta pelancong iaitu seramai er... 1.9 juta yang pergi, mereka pergi ke pantai dan juga ke pulau, 1.9 juta. Maknanya Wakil daripada Tioman you have... you must be very busy la dengan izin. Maknanya melayani pelancong-pelancong yang pergi ke Pulau Tioman.

Kemudian ke tanah tinggi. Ini paling tinggi, 4.2 juta. Kerana apa? Kerana semua tanah tinggi berada di negeri Pahang. Cameron Highlands berada di negeri Pahang, Fraser's Hill berada di negeri Pahang, Genting Highlands pun berada di negeri Pahang. Negeri lain ada nama tanah tinggi tapi rendah. Seperti di... di er... bukan tanah tinggi, bukit tinggi. Ha bukit tinggi, dia rendah macam di... di Klang sebagai contoh, yang nak diikut daripada kita lah, Selangor. Ha… Bukit Cherakah, bukit tapi rendah.

Kemudian, kembara atau alam semula jadi, ecotourism, seramai lebih daripada setengah juta orang. 6.6 bilion er... 6.6 juta ini Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya nak bagitahu bahawa ini daripada Januari hingga September, peningkatan sebanyak 544.53%. Ini bukannya cemerlang, ini lebih daripada cemerlang, gemilang, terbilang Yang Berhormat Yang di-Pertua, dengan ha ini penting, perbelanjaan pelancong atau expenditure... tourist expenditure sebanyak RM5.58 bilion. Ha, ini sebenarnya yang kita nak. Kerana apa Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita kena ingat, daripada segi pendapatan KDNK kita, the revenue... our revenue dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua, sebahagian ya, apa namanya… kita 50% daripada KDNK kita adalah daripada perkhidmatan. Dan kita kena ingat bahawa pelancongan adalah industri perkhidmatan.

Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua sebab itulah industri ini penting. Kalau kita tengok Yang Amat... Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun sebut dalam membangunkan Pahang Barat, yang pertama adalah soal pelancongan kerana orang akan berbelanja duit. Duit tersebut akan dibelanja di hotel, di restoran, di tempat-tempat lain, stesen minyak, membeli barang-barang dan sebagainya. Kemudian duit tersebut akan berputar ya. Mereka pula apabila ramai orang, mereka terpaksa ambil orang untuk bekerja lagi, pekerja lagi, kemudian dia... apa yang disebut sebagai the multiplier effect dengan... dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua, cycle itu menyebabkan industri ini er... ekonomi ini akan berkembang dan terus maju.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Secara perbandingan ya, secara perbandingan Yang Berhormat Yang di-Pertua, tahun 2021 kita hanya menerima dua pe... dua... 2.2 juta. Yang Berhormat Yang di-Pertua tahu tak sebab apa? Sebab kita banyak sangat apa… Perintah berkurung ni orang panggil apa? Bukan… perintah ber… curfew... curfew... dengan izin. Ha darurat... Perdana Menteri Darurat... sahabat... sahabat dari Chenor ketika itu. Perdana Menteri tak ada dia darurat, darurat, darurat jadi orang tak boleh keluar rumah. Ini yang dapat 2.2 million sahaja. Tapi... tapi tahun 2020, kita menerima 7.3 juta dan pada tahun 2019 sebelum COVID kita ada lebih kurang 14 juta dan sekarang ini 6.6 juta dan kita yakin sehingga hujung tahun ni unjuran kita adalah seramai mungkin dalam 9-10 juta, inshallah.

Yang Berhotmat Yang di-Pertua,

Saya juga nak sebut tentang alam sekitar. Ini satu… kerana isu alam sekitar ini adalah merupakan isu penting. Kerana kita selalu sebut bahawa kita meminjam apa yang ada ini daripada generasi akan datang, maka kita kena jaga dia. Dia ada empat Yang Berhormat Yang di-Pertua ada dua Enakmen penting yang kita telah luluskan. Satunya adalah Perbadanan Taman Negeri Pahang, satu. Yang keduanya, Majlis Biodiversiti Pahang 2021.

Kedua-dua ni Yang Berhormat Yang di-Pertua adalah untuk kita mengawal alam sekitar ini dan kerana itulah Yang Berhormat Yang di-Pertua saya nak maklumkan kita sangat apa namanya Jabatan Alam Sekitar memainkan peranan penting. Satunya Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita sebagai contohnya dari segi pencemaran sekitar ini, kita telah pun mengenal pasti ada lapan kilang yang beroperasi secara haram dan menjalankan aktiviti peleburan tanpa kawal dan kita ambil kes ini dan kita… satu kes pelupusan haram buangan terjadual. Kita jangan mengingat bahawa ini di Bukit Kelulut dan kita telah pun selesai kan perkara ini.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Isu alam sekitar kita jangan melihat ianya hanya di… di… di kawasan hutan ataupun kawasan... kawasan-kawasan alam semulajadi sungai tetapi juga alam sekitar ni banyak terdapat di bandar-bandar sebenarnya seperti di Sungai Kim Kim di Johor bagaimana ia menyebabkan kematian.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Kerana itu Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah melancarkan Pelan Pengurusan Strategik Alam Sekitar Negeri Pahang dan kita telah pun er… apa nama bekerjasama dengan Universiti Kolej Yayasan Pahang iaitu… yang telah menubuhkan Pahang Ecology Research Centre Yang Berhormat Yang di-Pertua, yang menjalankan kegiatan alam sekitar. Dan sebab itulah dengan... dengan kita mengadakan ataupun dengan kita melaksanakan Pelan Pengurusan Alam Sekitar ini maka kita nak ingin memastikan bahawa apa yang disebut sebagai sekarang ini orang sebut ya ESG, SDG, Sustainable Developmet Goal yang mempunyai tujuh... tujuh belas matlamat itu dapat kita laksanakan dan untuk for private entity, mereka mesti melaksanakan ESG, Enviroment, Social and Governers

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya juga nak maklumkan bahawa kita… apa namanya ini… Tiger National ini ataupun dalam ini… Malayan Tiger Conservation di Lanchang telah pun siap dan insya-Allah akan beroperasi. Ini sebahagian daripada usaha kita untuk kita menjaga alam sekitar apa namanya flora dan fauna.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya ingin menyebut sedikit tentang perladangan walaupun sebenarnya pelan perladangan dengan telah pun siap tetapi oleh kerana kita ini election dengan pilihanraya, saya harap sesiapa selepas ini mereka boleh teruskan. Walau bagaimanapun kita telah melancarkan e-Ladang, di mana untuk kita mempastikan setiap perladangan kita ada data dia. Sekarang ni kita tak berapa lengkap, tetapi dengan ada e-Ladang ini kita boleh mengetahui berapa keluasan ladang, berapa pekerja, kemudian berapa rumah yang ada, berapa kapasiti pengeluaran pokok-pokok dan lain-lain lagi buah-buahan dan sebagainya. Maka kita boleh monitor dan dalam masa yang sama kita boleh membuat unjuran untuk ini... Ini data-data ini supaya kita

dapat buat unjuran tentang progress ataupun tentang planning ekonomi kita di masa hadapan. Kita juga telah mengadakan Pahang Plantation dan Commodities Festival Symposium iaitu pada… iaitu komoditi sawit dan masa depan yang kita adakan dan alhamdulillah mendapat sambutan dan insya-Allah saya harap selepas ini ianya akan diteruskan.

Yang di-Pertua,

Politik Malaysia ni Yang Berhormat Yang di-Pertua, kegawatan yang kita warisi ini dia bermula pada tahun 1999 apabila UMNO, Mahathir dan Anwar Ibrahim yang berpecah. Ini bermulanya, satu. Dan yang keduanya Yang Berhormat Yang di-Pertua dan ianya bermulalah berlakulah tertubuhnya parti PKR, kemudian tertubuhnya parti yang lain-lain lagi lah. Kalau kita tengok dari segi track record Yang Berhormat Yang di-Pertua, pembangkang ini, PAS dan juga DAP ketika itu yang... yang... yang dominanlah, yang ada sebelum 1999, mereka sebenarnya mereka sebagai pembangkang tidak banyak. Kita akan mendapat 80% 7...85%, 78% daripada undi Barisan Nasional ketika itu. Kalau kita boleh lihat PRU ke…1982, 1986, 1990, 1995 tapi PRU 1999 sebenarnya mengubah landskap politik Malaysia ini dan kita warisi ini hinggalah sekarang.

Jadi sebab itulah Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya kira pilihanraya pada kali ini rakyat mesti bijak, rakyat mesti tahu memilih manakah parti yang mempunyai track record dan manakah parti yang hanya tahu membuat janji. Rakyat masih ingat lagi Yang Berhormat Yang di-Pertua, bagaimana manifesto dipermain-mainkan. Ini soal janji Yang Berhormat Yang di-Pertua. Janji mesti ditepati, kata mesti dikota. Saya tak nak sebut lah. Dalam Islam kalau orang berjanji ni dia tidak tunaikan apa kita sebut tak baik. Jadi apa pun Yang Berhormat Yang di-Pertua janji. Jadi sebab itulah kalau di Malaysia rakyat dah tahu dah, rakyat boleh dapat bezakan. 22 bulan selepas PRU-14 ini, Pakatan... Pakatan Harapan yang memerintah. Mereka boleh tahu, mereka boleh rasa bagaimana pemerintahan Pakatan Harapan yang dikombinasi nya oleh apa? Oleh PKR, AMANAH dan juga di DAP.

Dan mereka kita boleh ingat lagi apakah tindakan yang dilakukan oleh Pakatan Harapan kepada rakyat ketika itu. Kemudian, rakyat juga boleh merasakan bagaimana Perikatan Nasional, walaupun UMNO sebagai daripadanya, itu gabungan kerajaan tetapi UMNO tidak mendokong. Sebab itu UMNO tidak masuk di dalam Barisan Nasional tidak masuk dalam Perikatan Nasional. Rakyat dapat rasakan bagaimana pemerintahan ketika itu. Sebab tu kehadiran pelancong pun 2.2 juta, pasal kita banyak apa tadi? Darurat, darurat.

Maknanya apa sebab darurat tu ini kita semua tahu sebab apa. Jadi rakyat boleh membezakan dan rakyat boleh membezakan bagaimana Malaysia yang diperintah oleh Barisan Nasional selama 61 tahun. Apakah kita tidak maju? Kalau kita tidak Maju Yang Berhormat Yang di-Pertua saya selalu sebut ini, tak akan lah rakan-rakan kita daripada Indonesia, daripada Bangladesh, daripada daripada Myanmar, daripada Nepal datang ke sini. Kerana apa mereka datang kemari? Untuk bekerja. Kerana meraka tahu di sini ada masa depan. Kita tak akan pergi ke negara yang tidak ada… yang tidak kita tak… tak dapat cari sesuap nasi.

Kita boleh lihat bagaimana hebatnya Malaysia ketika itu. Tetapi ini masalah dia Yang Berhormat Yang di-Pertua. Apabila sosial media ini tidak dapat dikawal dan kemudian kita boleh lihat sendiri bagaimana ya, kita ni Yang Berhormat Yang di-Pertua macam

tadi lah, Wakil daripada Benta saya nak pinjam sikit saya tak nak sebut pasal Ketari ni pasal dua orang dah sebut dia, tak baik, kesian dia, dia pun tak tidur malam.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Antara selfie dan realiti. Ini politician dia tu. Kita tak nak macam tu. Kita ini realiti, bekerja pagi petang siang malam. Macam wakil... Ahli Parlimen saya. Sekarang ini Wakil daripada Mentakab baru ajak dia nak berceramah. Itu pun kesian tengok dalam hujan. Itulah tak berkat, sebab itu dalam hujan. Baru sekarang dah 5 tahun, tiba-tiba orang terkejut, encik ni siapa? Dia lupa itu Ahli Parlimen. Kalau dia saja... bagi tahu dia sakit, kalau sakit Yang Berhormat Yang di-Pertua, hantarlah wakil. Kita ada wakil tapi tak, tidak… tidak berlaku.

Jadi ini antara selfie dan realiti hanya apabila ada masalah kita selfie kemudian kita letak dalam Facebook kita. Saya telah pergi ke sini tetapi masalah tak selesai. Kita hanya apa kita hanya datang untuk mendengar masalah tetapi tidak menyelesaikan masalah. Malah kita curah lagi… api itu tengah menyala, maka kita curah minyak patut kita curah air, supaya apa? Supaya politik kebencian ini dapat dibina Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Cukuplah, enough is enough Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua untuk kita. Kita ini kena ada rasa kasih sayang. Ssebab itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut Keluarga Malaysia ya.

Keluarga Malaysia ini maknanya kita ini satu keluarga. Di sinilah kita dilahirkan, di sinilah kita akan dikebumikan. So we had to take care of this nation Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Sebab itulah Yang Berhormat Wakil daripada Pelangai dia bagi tahu, mesyuarat semalam apa namanya… hari tu dia cakap last but not least. Tapi saya bagi tahu saya pula, save the best for last. Maknanya kita mesti apa… save the best for last ini apa Wakil daripada Benta? Dia pandai sikit cakap orang putih. Pasal dia belajar di Glasgow.

Save the best for last. Kita maknanya kita simpan yang terbaik itu untuk diakhir-akhir Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Yang ini kita tak nak ini. Politik selfie dan realiti ya. Mereka pergi sebab orang orang melihat er... sosial media tengok gambarnya sangat cantik, pergi macam-macam sekejap tetapi kemudian hilang. Kemudian pakai filter pula itu. Jadi yang ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua saya harap supaya kita terangkan kepada rakyat tentang selfie dan realiti ini politik yang hanya selfie kemudian tetapi realitinya mereka tidak melaksanakan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua

Sebab itulah saya yakin dan percaya bahawa PRU pada kali ini kalau kita lihat. Saya pelik pembangkang Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dia bagi tahu Kerajaan Pusat ini kerajaan tebuk atap, kerajaan tak sah, kerajaan pintu belakang tapi dia orang tak nak buat pilihanraya. Ha, ini pelik sikit. Ha, banjir. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, tak pernah ada banjir bulan November ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Kalau disebut banjir saya ni dibesarkan di tepi sungai Pahang. Kalau pun banjir sikit di Temerloh sebagai contoh ataupun di Pahang, tapi negeri lain tak banjir. Kita pernah ada banjir... banjir Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua saya nak bagi tahu Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, banjir ini, saya nak check sikit Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Sebab… saya sampai pukul berapa Yang Berhormat Yang di-Pertua?

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh, boleh.

Yang di-Pertua (Speaker)

5 minit lagi.

Saya nak sebut sikit saya baca ini bilakah Malaysia tanpa banjir. Kalau ikutkan… ikutkan sejarah, Kelantan pernah berlaku banjir besar antara Disember 2014 hingga Februari 2015. Perak, antara Februari hingga Mac, April dan Jun. Kalau kita nak buat lepas raya Cina, Jun banjir juga. Perak cakap tak boleh, ini musim musim banjir. Kedah dan Perlis pernah berlaku pada Jun dan Julai tak apa kita buat bulan Julai. Julai tak boleh, orang Kedah cakap tak boleh, ada banjir, tak boleh banjir juga. Ayak. Tapi di Pahang tak banjir. Yang ini bukan saya cakap, saya EXCO Alam Sekitar. Meteorologi itu bawah saya kaji cuaca.. saya (tidak jelas) tanya dia, apa dia.

Kemudian Pahang, Johor, Pahang, Terengganu antara Ogos ataupun… antara pernah berlaku. Antara Ogos hingga September. Oktober-November tak ada ya. Pernah berlaku, itu Johor mungkin di Johor er... malah pernah berlaku Februari hingga Mac di Johor. Bagi Sabah dan Sarawak pula pernah berlaku antara Januari, Februari, Mac dan April. Manakala Selangor, Melaka, Negeri Sembilan pernah berlaku pada bulan Januari hingga Februari, Jun hingga Ogos, Julai, Ogos dan September malah apa namanya… Disember pun pernah berlaku. Jadi bulan apakah di Malaysia ini yang tak pernah banjir? Saya nak tanya banjir, banjir, banjir.

Sebabnya Presiden UMNO cakap masa di pelancaran pemuda itu. Dia cakap dalam banjir pun election pilihanraya kita akan pastikan ia berlaku. Itu saja. Jadi mereka nak divert Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, tentang banjir,banjir. Kita pun terikut banjir, banjir. Pernah ke banjir bulan November tak pernah banjir lagi. Setakat ini lah, itu tak tahu tahun ni. Setiap bulan ada sejarah banjir antara 14 negeri ini. Kemudian sedangkan Parlimen akan dibubarkan secara automatik dalam bulan Jun.

Kalau ikut sejarah Kedah dan Perlis termasuk Melaka, Negeri Sembilan hingga ke Selangor pernah berlaku. Jadi nanti orang Selangor ini cakap tak boleh buat bulan ini pasal bulan ini bulan banjir. Wakil daripada Benta ya. Jadi bila masa kita tak boleh buat ini banjir ini buat jelah. Sedangkan tahun lepas, hari penamaan calon di melaka 5hb ya. Kemudian hari mengundi 20hb. Begitu lebih kurang macam itu November, aman saja tak banjir.

Jadi sebab itulah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua bab banjir ini... ini sebenarnya mencari alasan kita jangan doalah ya. Ya mencari alasan tapi kalau banjir pun Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, logiknya Barisan Nasional untung pasal kita Kerajaankan. Kita bagi bantuan, macam mana... kita bagi dia, cakap “jangan lupa undi kita” sebagai contoh.

Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya nak ucap terima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana bagi peluang saya jadi EXCO lagi.

Kemudian tak lupa juga kepada Yang Berhormat Wakil daripada Pelangai, bagi tahu kepada dia minta maaf semalam kat dia. Saya bagi tahu sebenarnya itu pada saya bukan satu salah, itu satu teguran saja daripada abang kepada seorang adik. Banyak saya belajar dengan beliau tentang erti kehidupan. Kita kena redha dengan ada… tapi dan banyak lagilah yang kita belajar selama-lamanya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya ini lewat sepenggalnya pada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Er... mana 23 tahun duduk di sini. Daripada hujung sana, pergi sana, pergi sini, pergi sini. Ha ini lama sekali, dua penggal. Jadi kita redha dan kita telah melakukan yang terbaik, kalau kita tak berjumpa lagi di sinilah.

Dan er... saya ini ada pantun sikit Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya juga nak ucap terima kasih kepada semua apa namanya… ini… penjawat awam yang diketuai oleh Datuk SS. Dato' Sri SS ini dulu dia DO Bentong, eh Bentong, Temerloh sorry. Dia went through the training lah sebenarnya di Temerloh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Dia bagi tahu if you can handle Temerloh, you can handle the whole nation dengan izin. Sebab itu dia jadi KPTG selama 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun kemudian beliau dipanggil balik as a state service lah iaitu perkhidmatan beliau kepada negeri dan beliau sekarang ini dah jadi SS berapa tahun? 3 tahun.

Er... 3 tahun. Cemerlang Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua laju, laju sangat kadang tak terikut tak nak laju sampai hilang rambut Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana kelajuannya. Saya, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua nak ucap terima kasih juga kepada rakan-rakan ADUN, timbalan apa nama… pengerusi saya wakil daripada Peramu, timbalan tourism, kemudian timbalan pengerusi saya Wakil daripada dua-dua tak ada di Pulau Manis, Muzium Pahang. Of course timbalan ketua bahagian saya wakil daripada Kuala Semantan dan semua yang lainlah terutama sekali my spring… my sparring partner saya, Dato' Wakil daripada Benta dan kita sentiasa bergaduhlah tapi bila sampai pada musuh, kita akan bersatu. Ha, itu satu hal kitalah. Bukan bersatu, berdua. Kita tak nak sebut bersatu, alergik sikit.

Begitu juga dengan wakil daripada Kuala Sentul, daripada ini… Kerdau daripada ini… Guai, daripada Tioman, daripada Raub, Wakil daripada Kuala Sentul ini dia dari segi nama ayah itu last name itu macam adik-beradiklah. Jadi saya jumpa jumpa saya terdengar masa perhimpunan Agung baru ini “teruk betul Menteri Besar Pahang lantik sampai dua dua adik beradik jadi EXCO”. Kita lain mak lain ayah dan semua rakan-rakan ADN yang lain. Tak lupa juga kepada rakan-rakan daripada PAS dan juga daripada PKR juga daripada PKR dan juga daripada DAP lah.

Nak kita mungkin ada berbeza pandangan tetapi semuanya membawa aspirasi rakyat tetapi aspirasi rakyat pun kena betul-betullah. Jangan kita menaikkan semangat kebencian ini. Kalau di luar negara. Kalau kita buat macam tu racist, dia bagi tahu racist dia bagi tahu dengan izin. Jadi, kita apapun kita mesti berpandukan pada perlembagaan yang ada. You have your right, we have your… your right, You have your right, I have my right. Jadi kita kena dengan izin. Kita kena berpandukan kepada itu.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya ingat cukuplah untuk setakat ini saya nak baca pantun sikit ya. Tak reti sangat lah nak berpantun ini.

Sorong papan tarik papan, Buah keranji dalam perahu, BN Pahang terbukti Parti mampan,

Rakyat terjemah next PRU.

Pucuk pauh delima batu, Ikan sembilang di cicah budu, Dua kolam pilihan untuk bersatu, Tak boleh biarlah rakyat jadi penentu.

Sorry, sorry, saya berpantun, janganlah terasa ya.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya sekali lagi ucap terima kasih banyak-banyak dan ucap tahniah juga terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua, dan juga Speaker kita, Speaker dan Timbalan Speaker yang menjalankan tugas dengan baik. Tak lupa juga kepada setiausaha kita. Saya ingat lagi first kali pertama ini Speaker kita ni… setiauaha kita daripada Pekan,… tak, Temerloh Anuar, Anuar, Anuar daripada Temerloh. Ini apa Setiausaha kita dulu yang pertamanya Encik Nasa daripada… Nasaruddin daripada Pekan. Tapi dia cakap tu dia leweh betullah. Yang Berhormat Yang di-Pertua, orang Pekan.

Masalahnya, dia leweh betul. Ingat lagi. Yang Berhormat Yang di-Pertua. Sebab dia cakap Pahang ni dia ikut sungai dia bagitaulah. yang di hulu cakap laju, Pahang Temerloh ni dia okey sikit tapi yang paling steady yang tengah tu lah kat Temerloh titik tengah semenanjung. Kemudian bila sampai ke Kuala tu dia slow. Ha, itu jadi tu. Kalau Pulau Jo… wakil dari Tioman kita tak tahu macam mana dia cakap orang putih.

Insya-Allah Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya sekali lagi ucap terima kasih kalau kita tak berjumpa, mungkin ini sajalah ya, apa namanya… jodoh kita. Kita jumpa di tempat lain. Kalau besok saya, manalah tahu lepas lepas raya mungkin ada di kalangan ADUN-ADUN ni pula jadi EXCO dan sebagainya, kalau kita buat buat permohonan, janganlah ditolak-tolak ya. insya-Allah kita jumpa lagi, kita jumpa Padang Mashsyar ini kita tak berjumpa lah Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita masuk sekali ke syurga Insya-Allah.

Dengan kata-kata ni saya menyokong Saya mohon menyokong RUU Perbekalan 2023 yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Sekian wabillahitaufik walhidayah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima Kasih Yang Berhormat

Tuan Yang di-Pertua, mintak izin satu minit, terima kasih Tuan Yang di-Pertua

Yang di-Pertua (Speaker)

Nak berucap ke nak apa ni?

Bukan saya nak beritahu sesuatu sahaja. Mengulas ucapan Dong, Yang Berhormat Dong. Saya faham sangat sorry, Benta, Benta minta maaf. Saya faham sangat beliau telah meluahkan isi hati beliau. Dalam politik memang berlakulah benda begini. Tetapi terguris hati saya mendengar satu perkataan, di mana kita ada EXCO Wanita beside Benta. Beliau telah mengeluarkan satu ayat “gatal-gatal dia datang ke kawasan saya”. Dia telah mengatakan tentang Ketari. Saya tak tahu kalau perkataan itu boleh digunakan di Dewan Yang Mulia ini memang saya tak tahu. Kalau perkataan itu tidak sewajarnya digunakan di sini, saya kembalikan responsiblities ini kepada Dewan Yang Mulia, tarik balik ataupun minta maaf sajalah ya.

Memang terguris hati saya. Memandangkan EXCO wanita beside Benta tapi tidak dimaklumkan. Tapi tak tadi tentang selfie dengan filter bolehlah beritahu Lanchang tadi tapi perkara begini kita tak pula did not advised, i think not a good thing. I live to the Dewan. If It is wrong just, say sorry thank you so much. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, what dust u mind by dia cakap orang putih saya kena cakap orang putih juga, kalau tak saya cakap tamil. ulur kem, wanekam. What does it mean by selfie and filter, what dust it mean?

Apa-apa…

I just want to know.

ya..ya apa yang apa yang saya maksudkan

Maksudnya, itu okey

Apa yang saya maksudkan tadi ialah bila Lanchang was looking for a word, our Kuala Sentul telah katakan said a filter, dia bantu dengan perkataan begitu. I mean it is a good thing she helping her friends but when Benta said “gatal-gatal dia datang ke pejabat, ke kawasan saya”. Apa yang saya maksudkan tadi ialah tak pun beritahu Benta yang perkataan itu tidak sewajarnya digunakan di Dewan Yang Mulia ini. Itu sahaja

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey YB

Yang Berhomat Yang di-Pertua,

Kalau kita pergi ke Sabah Yang Berhormat Yang di-Pertua, ada satu tempat nama dia Menggatal. Nama tempat tu Menggatal. Awak nak ke mana? Saya nak ke Menggatal. Sungai Miang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian…

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Boleh nak jawab sikit? Sebabnya nama saya disebut kan. Jadi kenapa saya rasa itu satu expression yang biasa dan tidak membawa maksud yang seksis ataupun membawa maksud yang menjurus kepada gangguan seksual. Kerana dalam bahasa Melayu ini YB ya, gatal-gatal ni macam suka sukalah, suka suka hati je. Dia tidak sampai kepada maksud yang lebih daripada itu lah, lebih yang… yang… yang Serong ya Sebab tu saya tidak la tu ada perkataan yang biasa dalam Leman ataupun masyarakat Melayu yang biasa dan bahasa pasarlah kiranya, Bahasa Pahang

Pengerusi

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat

Sikit je dia benda tu jemaah oleh syarak.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik-baik. Terima kasih, terima kasih semua. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Saya mengucapkan terima kasih kepada 10 orang ahli daripada pihak kerajaan yang telah memberikan jawapan-jawapan dan penjelasan-penjelasan di atas permasalahan yang dikemukakan oleh ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan mahupun penjelasan semasa pihak kerajaan menjawab.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Saya juga ambil kesempatan selaku manusia yang kerdil di Dewan Yang Mulia ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, yang telah memberikan kerjasama yang tidak berbelah-bagi semasa saya mengendalikan sidang selama ini. Dan saya juga mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penjawat awam daripada peringkat tertinggi sekali SS, Dato’ Sri SS hinggalah kebawah yang sentiasa cakna, yang sentiasa memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi juga kepada ahli-ahli Yang Berhormat termasuk saya lah dan

kerana saya melihat selama saya jadi wakil rakyat ini kerjasama yang sangat baik daripada penjawat-penjawat awam [Ahli Dewan menepuk meja]. Kerana kita selaku Wakil Rakyat sebenarnya kadang-kadang banyak bercakap tapi yang melaksana pelaksana dalam penjawat awam Terima kasih banyak-banyak kepada penjawat awam.

Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya sukacita untuk peringatan Ahli Yang Berhormat, hari besok bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kita ada sesi foto Ahli-ahli Yang Berhormat akan diadakan pada hari esok 13 Oktober Khamis bertempat di perkarangan Dewan Negeri. Jadi mohon Ahli-ahli Yang Berhormat berada di lokasi jam 9.00 pagi pakailah lawa-lawa, cantik-cantik hari last untuk kita bergambar. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya bercadang untuk menempohkan persidangan kita untuk hari ini dan persidangan akan disambung besok hari pukul jam… pukul 9.30 pagi. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan pada jam 5.03 petang]