Pahang · 13 October 2022
14th Assembly, 5th session, 3rd meeting · 303 turns · 18,010 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari
: Khamis, 13 Oktober 2022 bersamaan 16 Rabiulawal 1444 Hijrah
DOA
Bacaan doa.
Bismillahirrahmanirrahim [Ayat al-Quran]. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha mengasihani kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli- ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufik-Mu dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan amin Ya Rabbal A'lamin.
Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions
Perkara kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dapat meneruskan Persidangan pada hari ini dan untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat pada kali ini, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Ketari. Silakan Yang Berhormat.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera soalan saya nombor 1.
[Berapakah jumlah terkini rumah mangsa-mangsa banjir pada Disember 2021 lalu yang telah dibaik pulih dan siap yang masih dalam proses baik pulih dan
yang telah menerima bayaran tuntutan baik pulih daripada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan?]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, Selamat pagi, Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya ingin menjawab soalan yang dikemukakan oleh ADUN Kawasan Ketari.
Soalan Yang Berhormat adalah berkaitan dengan berapakah jumlah terkini rumah mangsa-mangsa banjir pada Disember 2021 yang lalu yang telah pun dia baik pulih dan siap ataupun yang masih dalam proses baik pulih ataupun yang telah menerima bayaran balik tuntutan baikpulih daripada Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Peruntukan sejumlah RM39,845,630.56 telah disediakan bagi bantuan yang melibatkan rumah-rumah rosak akibat banjir pada Disember 2021. Peruntukan ini meliputi projek pembangunan bina baru rumah yang diberi peruntukan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ataupun KPKT dan juga daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar KPLB dan juga kita punya bantuan daripada UAE. Yang ni kita menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Agong kerana telah berusaha mendapatkan bantuan daripada UAE.
Seterusnya ialah baik pulih rumah bawah RM5,000.00 serta baik pulih kediaman bawah RM200,00.00, yang ni daripada ICU Pahang manakala daripada segi detail nya untuk makluman Yang Berhormat daripada Ketari daripada detailnya breakdown pecahan nilai rumah yang diperuntukkan jenis bantuan rumah yang melibatkan bina baru rumah, sumber daripada KPKT RM952,000.00, Daripada KPLB bina baru rumah juga RM225,000.00. Daripada UAE, RM12,175,000.00. Baik pulih rumah bawah RM5,000.00 sebanyak RM4.9 juta, baik pulih kediaman… baik pulih kediaman yang diperuntukkan daripada ICU Pahang fasa pertama bawah RM200 ribu berjumlah RM8.5 juta.
Dan baik pulih kediaman daripada ICU fasa kedua bawah RM200,00.00 juga bernilai RM13 juta. Jadi jumlah keseluruhan RM39,845,630.56. Manakala daripada status pelaksanaan yang melibatkan bina baru rumah dan baik pulih kediaman adalah seperti berikut; Jenis bantuan yang bina baru rumah daripada KPKT jumlahnya 17. Dalam pelaksanaan 16, dalam pelaksanaan maknanya sedang buatlah. Yang telah siap satu.
Manakala daripada KPLB bina baru rumah juga jumlah tiga, dalam pelaksanaan tiga. Dalam pelaksanaan ini, maknanya bila-bila masa boleh siaplah Yang Berhormat. Tapi kita selagi kita tak serah kita takkan tak siap sepenuhnya. Tapi benda ni semua dah lebih daripada 60 peratus 30 peratus. Manakala sumber daripada UAE, bina baru rumah 123 buah rumah, dalam pelaksanaan 111, yang telah siap 12. Baik pulih rumah di bawah RM5,000.00 berjumlah 1,839, dalam pelaksanaan pembinaan 606, yang telah siap 1,233. Manakala baik pulih kediaman ICU fasa pertama bawah 441 siap… telah siap kesemuanya.
Cuma yang fasa kedua, ada 750 buah dalam pelaksanaan 46. Yang telah siap 706. Maknanya jumlah semua sekali 3,135. Dalam pelaksanaan 782 yang telah siap 2393. Daripada segi perbelanjaan bagi peruntukan yang terlibat adalah seperti berikut; Bina baru rumah daripada KPKT RM952 er…ribu. 26970 juta. Yang dah belanja
RM26,800.00. Peratus perbelanjaan 2.8 daripada KPLB RM225,000.00 belum belanja lagi. Bina baru UAE 12 juta telah belanja RM10.77 juta, 88% baik pulih rumah bawah 5049 juta telah belanja 33.67%. Baik pulih kediaman fasa pertama bawah ICU Pahang RM8.5juta telah belanja RM…6.576.90%. Fasa kedua peruntukan RM13 juta sebanyak RM10 juta. Peratus perbelanjaan 80%.
Itu sajalah Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya ingat jawapan saya cukup detail lah berkenaan dengan soalan yang ditanya oleh ADUN Ketari. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih. Baik seterusnya saya menjemput…
Soalan tambahan, soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, ramai mangsa banjir masih tidak dapat terima wang bantuan dari pihak Kerajaan selepas permohonan-permohonan dihantar. Bagaimanakah Kerajaan akan menolong mangsa-mangsa ini dan macam mana nak urus selepas ni? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada YB Teruntum. Lain daripada kepekaan Yang Berhormat sampai ke Cambodia mencari mangsa-mangsa yang dilarikan, Yang Berhormat juga peka juga kepada agihan. Untuk makluman Yang Berhormat, ketua isi rumah yang belum dia ada yang belum diagih ada rekod dengan saya. Kuantan 280, Temerloh 2358 akan dibuat penyerahan pada minggu depan. Bentong 318 ketua isi rumah, pekan 348.
Antara kelewatannya ialah yang pertama sekali ada di antara mangsa-mangsa banjir ni tidak datang semasa kita buat penyerahan. Yang keduanya ada maklumat-maklumat yang tidak lengkap. Jadi sebab ini duit kerajaan, kita harus perhalusi walaupun mereka itu mangsa banjir. Kita tidak mahu tersilap bagi. Mana yang tak yang tak sepatutnya dapat, dapat. Yang sepatutnya dapat tak dapat. Itu je.
Walau bagaimanapun agihan secara keseluruhannya berjalan dengan lancar dan baik cuma ada lagi yang bukan tak dapat tapi belum dapat lagi dalam proses pengagihan. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kemayan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili ADUN Kemayan pertanyaan nombor 2.
[Kerajaan Negeri telah melancarkan Sistem Pengkalan Data Perladangan (e-Ladang) baru-baru ini.
a) Mohon jelaskan tujuan sistem ini dibangunkan dan manfaatnya kepada pemain-pemain industri perladangan.
b) Apakah jenis maklumat yang dikumpulkan melalui sistem e-Ladang]
Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua, er... saya ingin mengucapkan tahniahlah kepada Bahagian Teknologi Maklumat bawah BPEN yang telah menyediakan sistem e-Ladang ini. Er... yang paling penting sekali pada kita, kita tak perlu bayar apa-apa ini adalah di atas kepakaran yang kita ada sendiri dan ini diakui sendiri oleh MPOB bahawa negeri Pahang adalah merupakan negeri yang pertama sebenarnya er... untuk kita, apa nama mengadakan e-Ladang ini melancarkan Sistem Pengkalan Data Perladangan er… atau e-Ladang ini, iaitu bertujuan untuk mengetahui lokasi.
Yang keduanya, keluasan ladang dan ketiganya jumlah pekerja perumahan dan lain-lain kemudahan yang ada di ladang tersebut. Dia agak komprehensif dan juga umur pokok tersebut. Maksudnya kita kena tahu, contohnya kelapa sawit di Negeri Pahang ni kita kena tahu berapa umur, kita tak boleh nak terbang sekali semua dia mesti ada stages dengan izin maknanya tahun ini tebang sejumlah ini, tahun depan tebang sejumlah ini, tahun depan tebang sejumlah ini supaya apa, supaya pengeluaran tersebut ianya dapat kita kawal er... tujuannya untuk membantu kerajaan untuk merangka dan merancang Dasar Sektor Perladangan.
Membantu kerajaan menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan lagi. Seperti kita tahu, dari segi pekerja dan sebagainya, memudahkan capaian maklumat perladangan mengikut jenis tanaman. Kita nyatakan memudahkan urusan pemantauan dan penyediaan laporan dapat dibuat dengan cepat dan sistematik dengan data tersebut kerajaan dapat merangka dasar dan program yang sesuai bagi memajukan lagi sektor perladangan di negeri Pahang. Selepas itu Internet of Things dan sebagai yang disebut oleh Wakil daripada Benta semalam semuanya boleh diaplikasikan.
Er... Yang kedua sistem e-Ladang merupakan satu data… pengkalan data yang berpusat mengumpulkan maklumat syarikat, maklumat ladang, maklumat pekerja dinyatakan hasil pengeluaran sektor perladangan di negeri Pahang. Sebanyak 10 jenis komoditi yang dilaporkan dalam Sistem e-Ladang dan 7 Jabatan yang bertanggungjawab, adalah seperti berikut. Apa saja tanaman yang ianya lebih kepada 100 ekar atau 40 hektar kita tafsirkannya sebagai ladang.
Jenis komoditi dan agensi contohnya Pahang bagi sawit, Lembaga Sawit Minyak Sawit Malaysia ataupun MPOB, getah, Lembaga Getah kemudian kayu getah, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia er... atau MPIB, Koko, Lembaga Koko Malaysia, Jabatan Pertanian Pahang, Kenaf, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara hasil hutan ataupun Ladang Hutan di Jabatan Perhutanan, kemudian kita ada juga teh yang kita ada teh
kita di Cameron Highlands. Jabatan Pertanian, durian Jabatan Pertanian, kelapa, Jabatan Pertanian dan apa-apa tanaman sahaja yang dimaksudkan tadi dan ditafsirkan sebagai ladang yang lebih daripada 100 ekar. Terima kasih.
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Chini.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua saya kemukakan pertanyaan yang ketiga.
[Sejauh manakah tindakan dan langkah yang telah diambil oleh pihak berwajib untuk menangani spesis ikan asing di Sungai Pahang seperti Ikan Baung Merah?]
Assalamualaikum WBT, Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Chini bertanyakan tindakan dan langkah yang telah diambil oleh pihak berwajib untuk menangani spesis ikan asing di Sungai Pahang seperti ikan baung merah, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Dato' Sri Yang di-Pertua, ikan baung ekor merah ini ataupun dipanggil BEM (baung ekor merah) dengan nama saintifik Hemibagrus Wyckioides yang berasal daripada Sungai Amazon ini agaknya ini sebutan dari bahasa Portugis dan sebab-sebab Brazil ini bahasa Portugis. Mampu membesar berukuran hingga 130 cm ataupun 51 inci dengan berat maksimum mencecah 80 kg dan ikan spesis ini dilaporkan jenis ikan keli yang terbesar di Asia.
Jabatan Perikanan Negeri Pahang telah menyedari kehadiran spesis ikan asing ini di perairan perikanan darat Negeri Pahang melalui pendaratan ikan yang ditangkap oleh nelayan darat. Untuk makluman Dato' Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang mulia, nelayan darat perlu melaporkan kepada Jabatan Perikanan sekiranya hasil tangkapan yang mereka perolehi terdapat ikan asing terutama sekali termasuk baung ekor merah.
Sewaktu dalam konteks ini Jabatan Perikanan telah mengetahui kehadiran spesis tersebut di Sungai Pahang iaitu dalam tahun 2021 sebanyak 22.3 tan metrik, manakala hingga Ogos tahun 2022 ini bilangannya, jumlahnya makin meningkat hingga 38 metrik tan. Kewujudan ikan baung ekor merah ni dilihat semakin berleluasa di mana ia menjadikan ikan tempatan sebagai diet utama. Ia merupakan sejenis ikan air tawar kategori pemangsa agresif, predator dengan izin yang paling merbahaya di dunia kerana ia memangsakan semua jenis ikan dan hidupan lain di habitatnya.
Itulah sebabnya banyak negara termasuk Malaysia melarang kemasukan spesis ikan ini untuk melindungi habitat sungai sedia ada agar tidak diancam. Jabatan Perikanan Malaysia tidak pernah mengeluarkan sebarang permit untuk membawa masuk ikan baung ekor merah yang dikenali sebagai ikan pemangsa ke negara ini bagi tujuan penternakan ikan sangkar tak pernah sebenarnya.
Dan spesis ikan asing merupakan ancaman kepada ekosistem kerana menjadi pemangsa dan merosakkan habitat. Justeru menyebabkan ikan-ikan asli menjadi pupus. Jabatan juga membuat kesedaran awam melalui Program ceramah terbuka
Larangan Melepaskan Spesis Ikan Asing ke Perairan Umum serta edaran poster dan risalah serta garis panduan pelepasan ikan-ikan keperairan umum. Kita ada poster seumpama ini dalam bentuk yang lebih kecil dan juga poster sebesar ini menunjukkan jenis-jenis ikan predator yang ada Dato' Sri.
Jabatan juga bersama pemimpin setempat telah menganjurkan program "Moh Buru Baung Ekor Meroh"... makna ini bahasa Pahang Moh Buru Baung Ekor Meroh... jadi kalau secara bakunya Moh Buru Baung Ekor Merah… kalau Pahang Moh Buru Baung Ekor Meroh aa... cam tu dan dilaksanakan di Jerantut Feri Water Front pada 4 September 2022 dengan penglibatan bersama Yang Berhormat Ahli Parlimen Jerantut dan pemimpin-pemimpin setempat.
Dan Jabatan Perikanan juga dalam proses akhir untuk menyempurnakan pindaan undang-undang Kaedah-kaedah Perikanan iaitu perairan Sungai 1991 Negeri Pahang dan Kaedah-kaedah Perikanan Akuakultur Perikanan Darat Negeri Pahang bagi memasukkan larangan melepaskan atau menternak spesis asing ini ke perairan umum atau akuakultur, Dato' Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.
Seterusnya saya menjemput ADUN Padang Tengku.
Assalamualaikum WBT, Dato' Sri Yang di-Pertua, saya buka soalan ini dalam bentuk pantun
Dewan ke-14 sudah di pengakhiran Terima kasih Tok Wan dan rakan-rakan Soalan no. 4 saya kemukakan EXCO berkenaan sila jelaskan
[Malaysia kini berada di ambang status negara menua.
i) Nyatakan pelan jangka pendek dan jangka panjang yang dirangka oleh kerajaan negeri bagi mendepani cabaran ini.
ii) Mohon nyatakan insiatif kerajaan negeri berkaitan aspek menjaga kebajikan rakyat seperti rumah-rumah orang tua khususnya mereka yang tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai waris yang cakna kepada mereka.]
Terima kasih, wakil daripada Padang Tengku. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan pertama daripada Padang Tengku, berkaitan dengan pelan jangka pendek dan jangka panjang yang dirangka oleh Kerajaan Negeri er…bagi mendepani cabaran status negara menua er... negeri Pahang selaras dengan polisi Kementerian juga telah mewujudkan Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri Pahang yang menunjukkan komitmen kerajaan untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan negara. Jadi buat masa ini, kita di setiap daerah sudah pun mempunyai pusat aktiviti warga
emas yang mana memfokuskan kepada lima dimensi aktiviti iaitu aktiviti penuaan sihat, penuaan aktif, penuaan produktif, penuaan positif dan penuaan menyokong persekitaran er… dan rumah warga emas pula yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat kini di seluruh negeri Pahang ada 19 buah rumah.
Bagi soalan yang kedua inisiatif kerajaan, Kerajaan Negeri juga memfokuskan ya untuk mereka yang er… warga emas yang tidak ada waris dan sebagainya, er… kita memberi bantuan am sebanyak RM350.00 sebulan dan er… kita juga mulai tahun ini 2022 telah memperuntukkan RM10 juta untuk program kad kesihatan warga emas atau pun kad Pahang Pride Kasih yang mempunyai kredit RM500.00 bagi warga emas ini mendapatkan rawatan di klinik-klinik swasta yang menjadi panel dengan Kerajaan Negeri dan er… kita semua juga telah mendengar dalam belanjawan baru-baru ini dinaikkan lagi peruntukan untuk kad kesihatan warga emas ini kepada RM20 juta dan saya kira lebih ramai lagi yang akan mendapat manfaat atau pun faedah daripada kad kesihatan warga emas ini. Buat masa ini telah 22,000 orang Dato’ Sri Yang di-Pertua yang menerima kad kesihatan warga emas.
Soalan tambahan Dato’…
Sila.
Er… saya… kebimbangan saya ialah terutama pada bujang-bujang terlajak ini di mana mereka tak kahwin, tak ada waris dan sakit demam kencing berak yang… yang berdikari tiada masalah yang ada… yang ada yang macam ini. Jadi hasrat kerajaan pun nak meramaikan penduduk sekarang 1.6 juta di Pahang ini. Jadi kalau dia orang ini tak kahwin, mungkin hasrat ini agak terganggulah. Jadi soalan saya lah adakah kerajaan mempunyai perancangan yang khusus bagi mengadakan program-program rangsangan bagi menggalakkan bujang-bujang terlajak ini berkahwin. Terima kasih.
Buat masa ini kita belum ada er… program yang sedemikian Dato’ Sri Yang di-Pertua, tetapi kita mengalu-alukanlah sekiranya ada mana-mana pihak termasuk Padang Tengku untuk membantu bujang-bujang terlajak tapi saya hairan juga kenapa bujang sahaja yang menjadi persoalan ya er… sekarang ini sebenarnya ramai kita akui khususnya golongan profesional juga memilih untuk tidak berkahwin.
Walau bagaimanapun, saya kira Program Pahang Pride Kid yang kita telah buat mulai tahun ini juga adalah satu pakej rangsangan untuk rakyat Negeri Pahang ini menambah penduduk Negeri Pahang Dato’ Sri Yang di-Pertua, dan Alhamdulillah kita telah pun er… Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun mengumumkan tambahan insentif kalau RM200.00 pada tahun ini, tahun depan RM300.00. Jadi bolehlah Padang Tengku pun untuk tolong merancang-rancang kot untuk menambahkan bilangan penduduk negeri Pahang. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Boleh la buat program bertemu jodoh Padang Tengku. Baik, seterusnya saya jemput Yang Berhormat Triang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan soalan lima.
[Sila senaraikan perkhidmatan yang telah dibuka dan akan dibuka di Hospital Bera.]
Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih di atas ruang untuk menjawab soalan Triang yang bertanyakan mengenai senarai perkhidmatan yang telah dibuka dan akan dibuka di Hospital Bera. Sidang Dewan Yang Dimuliakan, projek Hospital Bera telah diserahkan secara rasmi oleh Kementerian Kerja Raya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 27 Mei tahun ini dan Hospital Bera telah memulakan operasi secara rasmi pada 1 Julai 2022 melibatkan unit kecemasan dan pusat saringan alternator dewan bersalin. Pada 2 Ogos 2022, dewan bersalin, wad bersalin 8 katil dan wad kanak-kanak 8 katil telah mula beroperasi secara rasmi sehingga 14 September 2022, lapan kelahiran direkodkan di Hospital Bera. Untuk makluman juga, sehingga 1 September 2022 perkhidmatan lain telah beroperasi adalah termasuk unit farmasi, unit patologi dan unit sajian.
Untuk pengoperasian berikutnya, jangkaan tarikh adalah seperti berikut unit x-ray pada 19 September ya sepatutnya telah ada sekarang Yang Berhormat, unit er… atau pun wad dewasa 3 Oktober, klinik pakar 3 Oktober, unit forensik 3 Oktober, unit rehab 3 Oktober dan unit hemodialisis 3 April tahun hadapan. Pengoperasian kesemua unit di Hospital Bera adalah secara berperingkat bergantung kepada penerimaan peralatan dan juga pengisian sumber manusia. Hospital Bera dijangka dapat beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun hadapan.
Soalan tambahan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, disebabkan saya tidak berpeluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini dan ini isu penting melibatkan nyawa, saya mohon diberi lebih masa. Saya ingin menyatakan dua kisah benar yang berlaku di Triang. Pada bulan lima tahun ini, seorang pak cik yang berasa tidak selesa dibawa oleh ahli keluarga ke Klinik Kesihatan Triang. Apabila sampai tiada orang, waktu tu er… masa gelap er… keadaan di Klinik Kesihatan Triang gelap dan pada masa itu family memang panik. Mereka tidak nampak nombor telefon yang boleh dihubungi un… er… di unit kecemasan. Pada masa itu pak cik tersebut masih sedar diri dan boleh mengadu kesakitan. Ahli er… seterusnya ahli keluarga membawa dia untuk pusing-pusing mencari doktor di klinik-klinik swasta. Malangnya semua klinik-klinik tutup. Masa itu pak cik itu sedar diri lagi dan dengan bantuan seorang kawan, mereka balik semula ke Klinik Kesihatan Triang. Pada masa itu, sudah terlalu lewat… pak cik telah meninggal dunia.
Pada bulan lepas, jam 4.00 pagi saya membawa seorang pesakit er… yang mengadu sakit dada dan tidak… pengsan di Hospital Bera. Apabila sampai Hospital Bera, ini kali pertama saya menjejak masuk Hospital Bera selepas ia beroperasi. Saya tidak tahu di
mana unit kecemasan. Saya sendiri pun panik, cari-cari mana unit kecemasan tapi akhirnya nasib baik pesakit yang dibawa itu apabila sampai ke Hospital Bera…
Yang Berhormat…
… tidak bernadi tapi akhirnya berjaya diselamatkan. Jadi dengan dua insiden ini, saya ada beberapa permintaan. Yang pertama, saya mohon kerajaan mengkaji semula adakah pendapat er… penamatan perkhidmatan ambulans di Klinik Kesihatan Triang sesuai kerana untuk ambulans bertolak dari Hospital Bera sampai Bandar Triang, masa yang diambil lebih lama daripada ambulans bertolak daripada Klinik Kesihatan Triang dan Triang mempunyai kepadatan penduduk… penduduk yang paling tinggi di daerah Bera. Dan kedua, saya mohon untuk menambah baik unit kesihat… unit kecemasan baik di klinik ataupun di hospital. Sebagai seorang penduduk atau layman yang jarang er… melawat klinik apabila sampai mereka tidak tahu di mana unit kecemasan kerana tiada petanda petunjuk yang sangat jelas khususnya pada waktu malam. Dan kedua, nombor telefon yang dipaparkan memang tidak jelas dan…
Yang Berhormat…
sangat er… dan sangat kecil, jadi saya mohon ini…
Yang Berhormat, ringkaskan.
Jadi saya mohon er… tindakan kerajaan, surat rasmi saya telah hantar pada bulan lima tapi sampai sekarang tiada tindakan.
Sila.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin apa er… bertanya kepada Wakil daripada Triang adakah Yang Berhormat pernah mendengar sistem MERS 999?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, memang kita menggalakkan penduduk untuk menelefon 999, tapi apabila mereka sudah membawa pesakit sampai pe… er… klinik adakah mereka masih perlu telefon 999 lagi. Mereka sudah berada di klinik.
Jadi pada masa kejadian, Yang Berhormat sendiri tidak mendail 999?
Baik, saya nak teruskan soalan seterusnya ya.
Belum dijawab lagi… sebab ini melibatkan nyawa.
Saya dah bagi tiga kali, tiga kali Yang Berhormat.
Sebab ada pertanyaan daripada Pe… er… EXCO jadi saya kena er… kena jawab. Saya er… pesaki… untuk insiden kedua, pesakit itu jiran saya jadi daripada menelefon 999 lebih baik saya bawa sendiri.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, er… saya dah dapat jawapan jadi saya mohon sedikit masa untuk berikan penjelasan kerana ini soal keselamatan, ini soal nyawa jadi er… sepatutnya kita yang berada dalam Dewan ini pasti ingat saya daripada kecil lagi tengok tv hitam putih Dato’ Sri Yang di-Pertua, kalau ada kecemasan dan tekan 999... dan 999 ini adalah talian untuk pengurusan panggilan kecemasan. Jadi kadang-kadang kecemasan ni macam-macam Dato' Yang di-Pertua, mungkin disebabkan oleh jenayah, disebabkan oleh apa ni kemalangan dan kadang-kadang dia, dia rasa cemas nak bunuh diri pun dia tekan 999. Ini nombor yang perlu kita ingat dan perlu kita didik.
Dan hal pengurusan ambulans Dato' Sri Yang di-Pertua, sebenarnya hasrat apa... Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, kita nak semua klinik-klinik kesihatan ini ditempatkan dengan ambulans. Jadi dari segi pengurusannya diselaraskan oleh MERS ini ataupun dia ada satu nama pusat, Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan tetapi adakalanya walaupun ambulans ada di... di satu klinik ada... adakalanya dia satu kampung satu tempat tu ada dua kemalangan, dua insiden pun kita tidak dapat memberikan apa orang kata err... kemudahan ambulans ini secara serta-merta.
Jadi secara keseluruhannya Dato' Sri Yang di-Pertua, sehingga hari ini kita bawa ada 54.3 peratus klinik kesihatan yang mempunyai ambulans. Dan berdukacita sikit kita terdapat 17 ambulans yang telah lupus dalam proses penggantian. Insya-Allah tahun depan akan ada.
Menjawab soalan yang khusus berkaitan dengan Bera. Di seluruh daerah Bera kita sepatutnya ada 10 buah ambulans yang ditempatkan tiga di hospital, satu di Bukit Mendi, satu di Kemayan dan yang satu di Bandar 32. 2 dalam proses pembaikan iaitu untuk KK Triang dan KK Tembangau. 2 dalam proses pelupusan belum diganti. Walau bagaimanapun Wakil Triang... tender telah dikeluarkan oleh ataupun telah uruskan oleh Hospital Bera untuk mendapatkan 5 ambulans lagi dalam tempoh terdekat. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Baik soalan seterusnya.
Soalan tambahan. Berkenaan dengan Hospital Tengku Tengku Ampuan Afzan. Soalan singkat saja err... 5 tahun lepas saya pernah tanya tentang kemungkinan untuk adakan tempat letak kereta secara bertingkat di HTAA. Jadi hari ini saya ingin tanya kembali bahawa adakah rancangan ini boleh ataupun akan dilaksanakan. Terima kasih.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Seperti mana saya jawab kepada Wakil Teruntum. Semambu mungkin ada urusan lain. Jadi lain kali apa Teruntum dengan Semambu sama-sama dalam Kuantan kita pakat-pakat. Ini adalah satu cadangan daripada pihak pengurusan HTAA yang telah diangkat kepada Kementerian Kesihatan sejak Rancangan Malaysia Ke-11 yang lalu. Tetapi sehingga hari ini keputusan masih belum dibuat. Jadi, ini di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri tetapi walau bagaimanapun usaha-usaha untuk mengatasi kesesakan tempat letak kereta ni berjalan.
Dua minggu lepas saya difahamkan ada satu perbincangan untuk mewujudkan err... mechanical err... apa ni parking bertingkat yang mechanical sepertimana yang ada di Kuala Lumpur itu. Jadi saya tak boleh memberikan secara tepat apakah statusnya hari ini. Tetapi usaha sedang dan terus dijalankan, Dato' Sri Yang di-Pertua.
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Sungai Lembing.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon kemukakan soalan nombor 6.
[Mohon pihak kerajaan negeri untuk membina trek atau litar tertutup untuk tujuan aktiviti permotoran anak muda cadangan tempat di Bandar Kuantan, Jengka, dan Rompin]
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada ADUN kawasan Sungai Lembing atas soalan yang ditujukan kepada saya iaitu berhubung dengan permohonan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk membina trek atau litar tertutup untuk tujuan aktiviti permotoran anak muda. Cadangan tempat di bandar Kuantan, Jengka ataupun Rompin.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Bagi err.. memenuhi kehendak golongan anak muda dan mereka yang berminat dalam sukan permotoran ini bagi mengelak aktiviti lumba haram dan sebagainya. Pihak Kementerian Belia dan Sukan telah memasukkan permohonan pembinaan litar drag di Kampung Tebu Hitam, Rompin bernilai RM4 juta dalam Rolling Plan 3 Rancangan Malaysia ke-12. Rolling Plan 3 Rancangan Malaysia ke-12 dan menunggu keputusan dari pihak EPU. Bagi bandar Kuantan dan Jengka pihak Jabatan Belia dan Sukan Pahang bersedia untuk mengangkat permohonan dalam Rolling Plan berikutnya berdasarkan kesesuaian tempat yang dipersetujui.
Untuk makluman Sidang Dewan, sebenarnya saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya juga pada zaman mantan Menteri Besar yang keempat belas iaitu ADN Pelangai ketika ini, pernah lulus sebenarnya di Jengka 23 iaitu sejumlah RM40 juta. Di mana dua kali lawatan tapak telah dilaksanakan dan Kerajaan Negeri telah meluluskan kawasan 100 ekar ya. Namun begitu err... selepas PH memerintah ditarik balik dan dibawa ke Kedah. Ini satu amalan politik tidak matanglah bagi saya di peringkat Pusat ketika itu yang mana projek ini adalah untuk rakyat jadi sepatutnya projek-projek seumpama ini diteruskan kerana boleh memberi impak yang baik kepada pembangunan anak-anak muda khususnya dalam sukan pemotoran.
Jadi, pada ketika ini Majlis Sukan Pahang menyokong bagi pembinaan trek atau litar tertutup untuk tujuan aktiviti permotoran anak muda di Negeri Pahang ni. Walau bagaimanapun untuk makluman sahaja sukan pemotoran ini tidak disenaraikan dalam sukan prestasi tinggi yang dibangunkan oleh Majlis Sukan Negara. Sehubungan dengan itu, Majlis Sukan Pahang akan bersama-sama membantu Jabatan Belia dan Sukan bagi perkara ini dan saya memohon juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, di mana telah melahirkan rasa sukacitanya untuk melihat di semua daerah dalam negeri Pahang ini mempunyai err... mini litar lumba ini.
Jadi, insya-Allah saya akan cuba mengangkat perkara ini sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita untuk melihat keperluan semasa ketika ini yang mana boleh membantu untuk anak-anak muda yang sangat berminat dalam sukan permotoran. Sekali gus akan menggelakkan err... lumba-lumba yang tidak diingin berlaku jalan-jalan di negeri kita ini. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya pihak Kerajaan adakah kerajaan berminat untuk menganjurkan apa ni rally, lumba kereta. Seperti kita buat di Luit baharu-baharu ni. Dan pihak Kerajaan YB Tioman juga dijemput hadir pada hari tu. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kepada ADUN Luit yang bertanya perkara itu saya ucapkan tahniah juga kepada ADN Luit kerana sama-sama telah memberi galakan kepada pembangunan permotoran dan juga ekstrem sport,
lasak, rali di kawasan beliau baharu-baharu ini. Jadi bukan saja Sukan Permotoran ini kita akan terus jalankan dan laksanakan insya-Allah, kerana penglibatan rali ini, dia tidak melibatkan jalan litar yang sedia ada ataupun bertrek tar ini... premix, dia menggunakan laluan-laluan di kawasan ladang dan sebagainya. Namun insya-Allah Kerajaan Negeri akan teruskan usaha untuk memartabatkan lagi rali lumba ini di mana-mana kawasan yang akan dipohon dan sebagaimana yang dilaksanakan oleh ADUN Luit sebelum ni. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Wakil Kerajaan jawapan diberi. Saya pernah bangkit err... apa tu mat rempit main motor di LPT Lebuhraya Pantai Timur. Okey. Sampai sekarang masih banyak... masih berleluasa main sekali style apa spiderman, superman. So apakah tindakan kerajaan. Nampaknya tiada cara penyelesaian untuk menyelesaikan masalah ini.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, terima kasih. Saya ingat telahan YB Teruntum ni tak berapa tepat. Sebab saya pun ada juga mengambil laporan daripada pihak-pihak berkuasa PDRM khususnya berhubung dengan kejadian-kejadian mat rempit ni. Namun begitu kita tidak menafikan bahawa di setengah-tengah tempat tu masih ada. Sebab itu juga Kerajaan Negeri dalam usaha untuk mengelak dan menarik anak-anak muda supaya tidak berkecimpung dalam lumba haram atau mat rempit ini kita bangkitkan dalam Dewan ini. Dan kita masukkan dalam permohonan-permohonan kita untuk mewujudkan litar lumba ini.
Sebab itu, dalam kenyataan Yang Amat Berhormat pada masa lalu menyatakan bahawa hasrat Kerajaan Negeri untuk mewujudkan litar lumba di setiap daerah. Saya kira ini satu kenyataan yang sangat menggembirakan anak muda dan kita sebagai pemimpin harus menyokong perkara ini. Dan insya-Allah saya mohon kalau boleh sebelum yang di Tebu Hitam tu dapat kelulusan daripada pihak Kerajaan Pusat melalui KBS mungkin suatu masa di Kuantan... di Kuantan ini kita mohon satu litar yang boleh diutamakan terlebih dahulu untuk mengelakkan perkara ini. Insya-Allah. Terima kasih.
Seterusnya dijemput Yang Berhormat Bukit Ibam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan soalan pertanyaan nombor 7.
[Mohon nyatakan jumlah keseluruhan pembinaan Rumah PPRT Orang Asli di Pahang bagi tahun 2021 dan 2022 serta mohon dinyatakan berapakah jumlah Pembinaan Baru dan jumlah Baik Pulih khususnya di Peringkat Dun dalam Daerah Rompin?]
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Ahli Bukit Ibam yang menanyakan soalan mengenai jumlah keseluruhan pembinaan
rumah PPRT Orang Asli di Pahang bagi tahun 2021 dan 2022 serta mohon nyatakan berapa jumlah pembinaan baru dan jumlah baik pulih khususnya di peringkat DUN dalam daerah Rompin jawab kepada pertanyaan.
JAKOA Negeri Pahang tidak dapat melaksanakan sebahagian besar projek bina baru rumah tahun 2021 dan tahun 2022 kerana faktor kos, kos pembinaan telah melebihi harga siling berjumlah RM53 ribu per unit dan disebabkan oleh kenaikan mendadak harga ni… bahan-bahan binaan. Perkara ini telah mendapat perhatian oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan kadar baru harga siling yang bersesuai dengan kos semasa telah pun diteliti.
Kalau mengikut rekod bajet JAKOA bagi tahun 2022 mengenai projek bantuan rumah ini Orang Asli iaitu PBROA Kerajaan ataupun Jabatan Orang Asli bagi tahun 2020, 2022 telah mendapat kelulusan sebanyak RM1.027 juta bagi projek perumahan iaitu bina dan juga baiki. Malangnya hanya sebanyak RM725 ribu ataupun 71 % sahaja yang dapat ini dibelanjakan, selebihnya adalah menunggu daripada harga baru daripada harga baru ataupun tambahan daripada ni KPLB.
Bagi kawasan DN Bukit Ibam pecahan projek baik pulih adalah seperti berikut pada tahun 2021 ada 2 unit Kampung Orang Asli Ganoh dan bagi tahun 2022 ada 5 unit bagi Kampung Orang Asli Air Molek.
JAKOA berharap dengan kelulusan kadar baru harga siling di bawah program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia Projek Bina Baru sebanyak RM66 ribu daripada pada peringkat awal diluluskan sebanyak RM53 ribu dah harga baru adalah sebanyak RM66 ribu manakala projek baik pulih sebanyak RM15 ribu maka pihak JAKOA yakin dapat melaksanakan semula projek bina baru dan baik pulih dengan lebih efektif dan juga efisien. Sekian, Dato' Sri Yang di-Pertua.
Seterusnya saya menjemput yang berhormat Tanah Rata.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya pohon kemukakan soalan nombor 8.
[Liputan rangkaian 4G dan telekomunikasi KOA
a. Nyatakan kampung Orang Asli yang belum ada liputan telekomunikasi, internet dan 4G?
b. Bagi Broadband Wireless Access (BWA) yang disediakan secara percuma kepada komuniti Orang Asli? Sila senaraikan kampung Orang Asli di Pahang yang bakal menerima perkhidmatan ini dan jangkaan tarikh siap?]
Terima kasih kepada ADUN Tanah Rata yang sentiasa mengemukakan soalan berkaitan internet.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, untuk saya menjawab saya nak tanya pada Tanah Rata la ni untuk khusus untuk Cameron Highlands saja ke atau untuk keseluruhan negeri Pahang untuk soalan ni.
Jadi untuk menjawab soalan Tanah Rata. Usaha penambahbaik perkhidmatan komunikasi dan internet sentiasa dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang bersama dengan pihak SKMM bagi memastikan kampung Orang Asli ini mendapat liputan atau menikmati kemudahan internet yang baik seperti juga kawasan di kawasan-kawasan bandar.
Berkaitan dengan soalan yang pertama berdasarkan pada semakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan juga JAKOA sebanyak 126 kawasan orang asli telahpun tersenarai di bawah projek infrastruktur komunikasi yang sedang dan akan dilaksanakan ini termasuklah membina menara baru dan juga perkhidmatan BWA, internet jalur lebar teknologi tanpa wayar teknologi stream.
Menjawab soalan nombor 2. Projek Broadband Wireless Access ataupun BWA merupakan salah satu projek di bawah JENDELA yang telah dilaksanakan di 69 kampung Orang Asli di seluruh negeri Pahang. Perlaksanaan di semua 69 kampung Orang Asli ini telah pun siap sepenuhnya pada bulan April 2022 dalam senarai lengkap nanti saya akan bagikan secara bertulis lah nak sebut 69 banyak sangat termasuklah di kawasan-kawasan yang di Cameron Highlands, kawasan-kawasan yang berkaitan di Cameron Highlands, Kampung Orang Asli Rening, Kampung Orang Asli Terakit, Sungai Tiang, Sungai Chonong, Panggen, Kabut, Ladang Boh, dan Kuala Boh. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih jawapan daripada pihak kerajaan. Soalan tambahan, soalan tambahan saya ini mengenai Cameron Highlands iaitu di sepanjang jalan dari jalan Sungai Koyan ke Ringlet kita sering… saya sering dimaklumkan bahawa 11 menara telekomunikasi telah dibina dan siap sedia untuk menawarkan servis.
Namun begitu er... saya rasanya liputan dia agak lemah bukannya saya katanya liputan langsung tiada, tapi ada tapi liputan kesannya sangat sikit kalau kita memandu dari Sungai Koyan ke Ringlet sepanjang tempoh kita memandu 1 jam saya pakai mesej… mesej langsung tak ada. Kalau saya dimaklumkan pengguna CELCOM, CELCOM masih baik sikit sesetengah tempat ada. Oleh itu, saya soalan saya adalah bagaimanakah Kerajaan menyelesaikan masalah ini iaitu liputan dia tidak begitu berkesan. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat kerana atas keprihatinan Yang Berhormat di kawasan Cameron Highlands dan sebanyak 11 buah menara baru telah pun dibina daripada di
antara Sungai Koyan dan juga Lembah Bertam dan sedikit sebanyak telah dapat mengurangkan ataupun menambahbaik perhubungan komunikasi antara penduduk dan juga pengguna lalu lintas.
Walau bagaimanapun, jika Yang Berhormat lalu kawasan tersebut dan mendapati bahawa liputannya kurang memuaskan kita boleh pada waktu itu mengadukan ataupun menyuarakan kesusahan kita tu dalam kita namakan aplikasi JENDELA, Yang Berhormat boleh download aplikasi JENDELA ni yang diwujudkan oleh pihak SKMM supaya menyatakan lebih terperinci koordinat dan berbagai lagi kampung mana dan dalam tu semua ada, koordinat tu pun ada kat mana kawasan bermasalah lah tu.
Jadi walaubagaimanapun, Yang Berhormat kita saya akan mengambil perhatian dan juga akan mengambil er... bersama-sama perhatian pihak SKMM untuk mengatasi masalah yang berkaitan yang berlaku di kawasan Ringlet ini sebab setakat ni tiada lagi aduan dan saya terima kasihlah kepada Yang Berhormat, insya-Allah kita akan mengambil tindakan yang sepatutnya.
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Inderapura.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan soalan nombor 9.
[Kebelakangan ini, harga barangan khususnya harga makanan semakin meningkat naik. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh KPDNHEP Negeri Pahang untuk mengatasi masalah kenaikan harga barangan ini?]
Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada ADUN Inderapura bertanya tentang harga barang semakin meningkat di akhir-akhir ini dan langkah-langkah yang diambil oleh KPDNHEP Negeri Pahang.
Kenaikan harga barang tidak asing lagi dalam masyarakat kita pada hari ini. Walau bagaimanapun, KPDNHEP sentiasa cakna dengan isu-isu semasa dengan melakukan pemantauan di seluruh negeri Pahang. Sepanjang tahun ini sebanyak 188 aduan telah diterima 83 telah diambil... diambil tindakan atas Akta Kawalan Harga Barang kepada peniaga-peniaga yang mengambil keuntungan yang tidak munasabah. KPDNHEP Negeri Pahang juga telah menjalankan 'Ops Catut 9.0', 'Ops Lantai 8.0' serta 'Ops Pasar 2022 bagi mengawal kenai... kenaikan harga barang dengan menempatkan pegawai-pegawai penguatkuasa di tempat-tempat tersebut juga inisiatif diwujudkan Jawatankuasa Jihad untuk mengawal kenaikan harga-harga barang kawalan.
Langkah-langkah seterusnya juga untuk menangani isu tersebut iaitu Kerajaan Pahang bersama agensi terlibat mengadakan program jualan harga murah Keluarga Malaysia bersama KPDNHEP dan SKMM. Dua, kolabrasi antara Kerajaan Negeri Pahang bersama KPDNHEP, FAMA dalam program jualan harga kilang dengan harga subsidi oleh kerajaan. Sekian, terima kasih.
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Damak.
Dato' Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 10.
[Terdapat aduan berkaitan haiwan peliharaan yang terbiar, telah mengganggu kawasan kejiranan di kawasan Taman Perumahan. Telah berlakunya Pencemaran Najis, Pembiakan Kutu dan juga Bunyi. Mohon penjelasan pihak kerajaan berkaitan;
a) Apakah syarat-syarat memelihara haiwan peliharaan seperti anjing di taman-taman perumahan?
b) Apakah tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah yang berkaitan pencemaran akibat binatang peliharaan?]
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Bagi menjawab soalan kepada Damak ya kaitan dengan gangguan ini lebih kepada gangguan kacau ganggu anjing. Kalau tengok pada soalan ni, untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang muliakan sebenarnya terdapat er... di bawah Seksyen 24 Akta Kebajikan Haiwan 2015. Pemunya atau pemilik haiwan peliharaan hendaklah memastikan keperluan haiwan yang sepatutnya ye. Di mana sasaran digunakan adalah meliputi undang-undang kecil berkaitan dengan yang ni kita kursus pada lesen anjing. Tiada seorang pun boleh memiliki menyimpan atau menyelenggara seekor anjing yang telah mencapai umur 3 bulan melainkan jika anjing Itu dilesenkan di bawah undang-undang kecil pelesenan anjing yang di Damak ni bawah Majlis Daerah Jerantut ya.
Perbelaan anjing tidak lebih daripada 2 ekor, mengikut keluasan kurang daripada 1000 meter persegi dan tidak lebih daripada 4 ekor bagi keluasan premis melebihi pada 1000 meter persegi. Er... penyenggaraan anjing dalam rumah anjing di mana anjing ditempatkan dalam keadaan bersih pada setiap masa tidak mengganggu jiran.
Mengambil langkah perlu untuk memastikan bahawa anjing itu tidak membuang najis atau kencing di tempat awam dan membuang dari premisnya apa-apa bahan najis anjing itu mengikut cara atau kaedah yang tidak menyebabkan… menyebabkan kesalahan atau terganggu bau serta kesusahan kepada orang lain dan tidak mengalirkan air basuhan cucian anjing dan najis anjing ke jalan awam. Ini anjing jiran berak depan, sebelah rumah jiran. Contohlah ya. Saya rasa ini mungkin ini aduan berkaitan dengan gangguan anjing dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan anjing itu tidak akan mengganggu dengan salakan tidak berhenti-henti atau selainnya kepada jiran-jiran di bawah Seksyen Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171, Seksyen 80.
lstilah kacau ganggu termasuk ini salah satulah kacau ganggu, di mana selain daripada bau, kacau ganggu bunyi pun salakan anjing tu sebenarnya kacau ganggu kepada mungkin tuan rumah rasa okey tapi jiran ni tidak tidak rasa okeylah ya. Ni salah
satu kacau ganggu dan mengambil langkah-langkah yang perlu memastikan orang anjing itu tidak akan mengganggu dan dengan salakan yang tadilah. Memastikan anjing itu berada di bawah kawalan berkesan seseorang melalui tali atau rantai pada setiap masa apabila membawa anjing itu dibawa keluar daripada premis, keluar daripada apa ni bangunan premis pemilik tuannya ye, dan membela anjing daripada jenis baka-baka terlarang seperti yang telah disenaraikan oleh Jabatan Veterinar.
Larangan membawa anjing ke tempat awam seperti di kompleks membeli-belah, pasaraya, rumah ibadat, pejabat kerajaan, resort dan hotel dan sebagai memang tidak dibenarkan, kecuali dengan adanya kawalan. Umumnya anjing perlu mengemukakan kad vaksinasi bagi anjingnya yang masih sah dan mengesahkan status anjing yang telah dimandulkan daripada Pegawai Veterinar Negeri Pahang atau lain-lain Doktor Veterinar yang berdaftar apabila memohon lesen atau diminta oleh Pegawai Kesihatan. Kuatkuasaan akan lakukan sepanjang dari semasa ke semasa.
Bagi menjawab soalan yang kedua berkaitan dengan tindakan ye di bawah Seksyen di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171, bawah Seksyen 81, tindakan boleh diambil kepada pemunya ataupun pemilik lesen anjing er... mengikut, apabila terdapatnya aduan ataupun berkaitan pencemaran atau kacau ganggu awam yang melibatkan keselamatan dan kebersihan binatang peliharaan sekiranya didapati melanggar syarat-syarat dalam yang telah ditetapkan tindakan penguasaan seperti memberikan notis kepada pemilik.
Jika diberi notis masih tidak diambil tindakan pihak berwajib khususnya PBT boleh er... menghapuskan atau memberhentikan kacau ganggu maknanya, menghapus kalau bising mungkin tutup mulutnya. Contoh, contoh saya bagilah ye dan juga salah satu yang yang lebih serius kita boleh gunakan kompaun sehingga RM500.00 setiap kesalahan dan jika dibawa ke mahkamah boleh dikenakan denda di mahkamah jika pesalah berjumlah RM1,000.00 atau pun penjara 6 bulan atau kedua-duanya jika melanggar. Jadi saya mintalah... mereka-mereka yang memiliki haiwan peliharaan ni supaya dapat memastikan mengikut arahan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sekian.
Triang.
Soalan tambahan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Isu anjing liar dan kucing liar juga merupakan satu er... masalah yang mendatangkan kepada komuniti tempatan. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan syabas kepada Majlis Daerah Bera sebab saya difahamkan melalui liputan berita bahawa mereka telah mengambil inisiatif untuk mengubah cara tradisional iaitu tangkap dan bunuh tapi mereka menggunakan cara untuk tangkap, dimandulkan dan dilepaskan ke satu tempat untuk memelihara. Jadi adakah dasar ini juga di dilaksanakan di daerah-daerah lain di negeri Pahang.
Terima kasih Triang. Di daerah lain pun kita laksanakan kaedah yang sama. Kerana ini kita memastikan bahawa haiwan ini tertakluk di bawah Animal Rights dengan izinnya, jadi kita tak boleh bunuh dan sebagainya. Kita tangkap mandul dan kita ada satu NGO di Kuantan ni satu NGO yang mengambil anjing-anjing ni untuk tujuan mereka. Terima kasih.
Baik... Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita selesai membincangkan 10 pertanyaan dan jawapan. Saya bercadang untuk menempuhkan persidangan pada pagi ini untuk minum pagi dan persidangan disambung semula pukul 11.20 minit pagi. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan pada jam 10.49 pagi]
[Persidangan disambung semula]
Sambungan Menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022Bill
Perkara Ketiga: Sambungan Menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022 telah dibentang pada 7 Oktober 2021 dan telah pun dibuka untuk dibahaskan pada 11 Oktober 2022. Ahli-ahli Yang Berhormat telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan, perbahasan yang telah diberikan masa yang diperuntukkan. Pada hari ini, majlis menyambung untuk menimbang rang undang-undang tersebut.
Saya dengan ini sukacitanya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memberi maklum balas, ulasan dan penggulungan pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan, Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera, terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, memberi peluang kepada saya untuk menggulung beberapa perkara sempena sidang Dewan Kelima Dewan Negeri Keempat Belas pada kali ini.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Terlebih dahulu, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua kerana lagi sekali mengizinkan saya untuk menggulung perbahasan bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang dan Jawatankuasa-jawatankuasa di bawah saya.
Sebelum saya meneruskan sesi penggulungan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Yang Berhormat sama ada di pihak kerajaan Barisan Nasional, mahupun pihak pembangkang kerana telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan pada kali ini.
Sudah pastilah segala saranan dan pandangan yang disampaikan sepanjang sesi perbahasan ini akan diperhalusi demi memastikan Belanjawan 2023 Negeri Pahang ini dapat dilaksanakan dengan cara terbaik dan teratur, serta sampai ke golongan rakyat yang disasarkan.
Saya berasa begitu gembira dan bersyukur kerana belanjawan yang dibentangkan oleh pihak kerajaan telah mendapat pujian serta sokongan sebulat suara daripada pihak pembangkang. Malah, pertama kali berlaku dalam sejarah, belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Besar telah disokong oleh bekas Menteri Besar. [Ahli Dewan menepuk meja]. Tidak pernah berlaku Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Senyum sikit Dato' Sri Yang di-Pertua. [Ahli Dewan ketawa]. Tengok serius sahaja, saya pun jadi bimbang juga.
Cincin intan batu permata, Dibawa tekong dagang ke pasar, Demi kesejahteraan rakyat jelata, Bersama sokong bajet terbesar.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Seperti yang saya sebutkan semasa membentangkan belanjawan ini, sepanjang tempoh 4 tahun pentadbiran saya, Kerajaan Negeri telah merekodkan 4 pencapaian utama.
Pertama, peningkatan kutipan hasil pendapatan negeri yang konsisten, tahun demi tahun. Pada tahun 2019, kita telah berjaya memperoleh hasil sebanyak RM847 juta. Jumlah ini terus meningkat kepada RM850 juta pada tahun 2020 dan RM866 juta pada tahun 2021.
Malah, pada tahun ini, buat pertama kalinya dalam sejarah, Kerajaan Negeri Pahang telah berjaya memperolehi hasil sebanyak RM1.037 billion pada 7 Oktober yang lalu, mengatasi sasaran RM1.036 billion meskipun masih berbaki lebih 2 bulan.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya teringat soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat daripada Triang, yang membangkitkan cukai tanah kononnya negeri Pahang adalah di antara negeri yang paling tinggi mengenakan cukai tanah. Ini adalah senarai cukai perbandingan antara negeri-negeri di Malaysia, dan angka ini jugalah yang saya bentangkan semasa mesyuarat bersama dengan MITI tempoh hari yang dikongsikan secara bersama antara saya dengan Yang Berhormat Datuk Seri Azmin Ali, di mana ada pertanyaan yang mengatakan negeri Pahang adalah merupakan negeri yang paling tinggi daripada segi cukainya, sepertimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat daripada Triang.
Saya bacakan satu per satu, lepas ini kalau Yang Berhormat nak ambil pun boleh, sebab ini angka, angka tidak pernah bohong dan inilah yang sebenarnya, yang sebenar-benarnya. Tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Okey kita pergi kepada pertanian, sawit dan getah melebihi 40 hektar. Yang pertama Pahang, RM175.00, Kelantan pun RM175.00, Selangor RM150.00, dan yang lain-lain, ada yang sama, ada yang rendah daripada Pahang.
Kemudian industri, kadar per meter persegi. Kuala Lumpur RM3.80, Selangor RM0.42 ke RM2.73, Melaka RM0.60 ke RM2.04, Johor RM0.90 ke RM1.50, Pulau Pinang RM0.65 ke RM1.29, Perak RM1.04 hingga RM1.17, Negeri Sembilan RM0.46 hingga RM0.93, Kedah RM0.40 hingga RM0.80, Pahang Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Triang, Pahang, RM0.50 hingga RM0.70.
Yang Berhormat daripada Triang, RM0.50 hingga RM0.70. Ha, tulis jangan tak tulis. [Ahli Dewan ketawa] Kelantan RM0.30 hingga RM0.70, Terengganu RM0.08 hingga RM0.20.
Manakala bangunan, kadar per meter persegi. Kuala Lumpur RM4.60, Selangor RM0.88 hingga RM3.31, Perak RM1.10 hingga RM3.08 manakala Pahang RM0.40
hingga RM3.00, Pulau Pinang RM1.08 hingga RM2.58, Kelantan RM1.00 hingga RM2.00, kita RM0.40, Kelantan minimum RM1.00, kita RM0.40 sahaja, Negeri Sembilan RM0.36 hingga RM0.70, Terengganu RM0.12 hingga RM0.25. Itu bangunan.
Manakala bangunan untuk Institusi Pengajian Tinggi Awam, Johor RM0.70, Pulau Pinang RM0.22 hingga RM0.54, Pahang purata RM0.35 sahaja.
Dari segi bangunan kediaman, kadar per meter persegi. Kuala Lumpur RM0.33 hingga RM0.72, Kelantan RM0.10 hingga RM0.50, Pahang cuma RM0.05 hingga RM0.50 paling tinggi. Itu bangunan dan itu lah yang lain-lain banyak juga lah kalau saya baca tadi. Tetapi ini jelas menunjukkan bahawa er... anggapan ataupun tuduhan-tuduhan mengatakan cukai di negeri Pahang ini adalah yang paling tinggi sekali adalah tidak benar Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Minta laluan.
Sila.
Minta laluan, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat yang begitu prihatin tentang penye… pertanyaan yang dikemukakan di Dewan ini. Cuma soalan saya adalah untuk industri untuk Pahang RM0.50 itu selembut sebelum ataupun selepas remisyen?
Okey, Triang.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, selepas remisyen.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya harap dalam penggulungan saya ini tidak banyak kacau ganggu lah.
Er…... sa last one, sorry.
Sila.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Jadi persoalan saya adalah, sekiranya kerajaan Pahang boleh memberikan remisyen yang begitu banyak jadi kenapa tidak er... terus mewartakan kadar yang terendah ini? Sebab mengikut warta sekarang, untuk industri adalah RM2.50 per square meter.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Kita ini politik. Kadang-kadang kita buat itu kita tahulah akan ada permohonan untuk mendapat remisyen. Memang kita dah tahu dah yang itu. Macam kitalah kadang-kadang kita nak minta sesuatu benda kita aim high at least with somewhere in the middle. Jadi macam tu juga, bila kita letak remisyen apa ni kadar cukai yang tinggi kemudian kita tahu akan datang untuk buat rayuan kepada Kerajaan Negeri dan sebagai menunjukkan kerajaan sangat prihatin dengan rayuan kita setuju dengan remisyen, itu je. Macam premium tanah dan sebagainya itu perkara biasa, bukan satu perkara yang luar biasa. Premium kena-kena RM100,000.00 dia mintak apa ni... dikurangkan, kita bagilah 30%... 20% ni amalan daripada dulu lagi. Maknanya ada... ada fleksibel dekat situ dan ini menunjukkan bahawa kerajaan sangat prihatin kalau sekiranya ada permohonan rayuan dan sebagainya, kerajaan akan pertimbangkan seperti mana yang berlaku sekali [Ahli Dewan menepuk meja] sabit dengan cukai tanah. [Ahli Dewan menepuk meja] Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, apapun tuduhan Yang Berhormat kata Pahang tinggi itu tak betul. Tu jelah ya...
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Perkara kedua ialah kejayaan menarik masuk pelaburan yang besar ke negeri Pahang. Pada tahun 2020, pelabur telah menanam modal sebanyak RM6.7 bilion. Jumlah ini meningkat kepada RM10.5 bilion pada tahun 2021 sehingga membolehkan kita berada di kedudukan negeri ketiga terbaik di Malaysia berdasarkan laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia ataupun MIDA. Pada tahun ini sehingga 30 September yang lalu, negeri Pahang telah berjaya memperolehi pelaburan berjumlah RM 20.56 bilion. Angka ini melangkaui sasaran RM18 bilion yang kita sasarkan.
Ketiga ialah bersabit dengan pengurangan hutang Kerajaan Negeri yang signifikan kepada daripada RM3.31 bilion kepada RM952.21 juta yang sebahagian besarnya dicapai menerusi penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri Pahang. Yang terakhir, keempat ialah kejayaan penyaluran bantuan dan program kebajikan yang berterusan kepada rakyat termasuklah intervensi khusus semasa negara sedang dilanda pandemik COVID-19. Sepanjang fasa genting perintah kawalan pergerakan sahaja, kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM31.3 juta melalui Pakej Bantuan Prihatin Pahang untuk diagihkan kepada golongan sasar yang terkesan.
Pada tahun ini pula Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta melalui Bantuan Prihatin Pahang yang memberi manfaat kepada hampir 300 ribu orang pertama, 300 ribu orang penerima. Semua pihak dari segenap lapisan masyarakat kita santuni dengan sewajar dan selayaknya.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin merumuskan bahawa keempat-empat kejayaan dan pencapaian utama Kerajaan Negeri ini banyak disumbangkan oleh tiga faktor penting. Yang pertama ialah kewujudan kestabilan dalam Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Barisan Nasional sejak dari dulu hinggalah sekarang. [Ahli Dewan menepuk meja]. Saya yakin banyak agenda pembangunan dan program kebajikan rakyat akan terbantut seandainya Kerajaan Negeri berada dalam keadaan yang goyah, saling bertelagah dan tidak stabil. Kedua, strategi-strategi baru yang kita ambil telah berjaya merangsang kemasukan pelabur dengan cara dan kadar yang luar biasa. Kemasukan pelabur yang besar ini, akhirnya memberikan pulangan hasil yang lumayan kepada negeri sekali gus… [batuk] minta maaf Yang di-Pertua.
Sila Yang Berhormat.
Sekali gus membolehkan kita menggandakan pelbagai bantuan kebajikan kepada rakyat. Ketiga hubungan baik Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, banyak projek serta perancangan di peringkat Kerajaan Pusat telah memasukkan kepentingan negeri Pahang. Ini adalah sesuatu yang mesti kita pertahankan dan terus ditambah baik pada tahun-tahun mendatang.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin mengulas beberapa agenda utama yang telah dilaksanakan sepanjang penggal ini. Tujuannya sangat mudah. Pertama, kita mahu melihat apakah perkara-perkara yang telah berjaya kita laksanakan, berjalan dengan baik dan wajar diteruskan. Kedua, kita mahu menilai kelemahan yang ada agar perkara-perkara tersebut dapat ditambah baik dan dijadikan fokus demi kesejahteraan rakyat.
Saya mulakan dengan agenda perumahan Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Sejak program rumah Pahang, sejak program rumah rakyat Pahang dilaksanakan pada tahun 2020 sehingga tahun ini Kerajaan Negeri telah meluluskan pembinaan sebanyak 573 buah rumah rakyat Pahang yang diberikan secara percuma kepada rakyat miskin. Pahang adalah negeri pertama yang melaksanakan inisiatif seumpama ini [Ahli Dewan menepuk meja] dan insya-Allah seperti mana yang saya telah bentangkan pada Jumaat lalu, projek ini akan diteruskan daripada tahun hadapan dengan penambahan daripada 6 unit kepada 8 unit rumah bagi setiap Dewan Negeri [Ahli Dewan menepuk meja] dan satu unit rumah bagi setiap Parlimen di seluruh Pahang melibatkan kos sebanyak RM 30.75 juta. Malah Kerajaan Negeri telah menaikkan peruntukan pembinaan sebuah bagi sebuah rumah rakyat Pahang daripada RM 65,000.00 sebelum ini kepada RM 75,000.00 ekoran kenaikan kos pembinaan.
Selain daripada itu Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri turut menyediakan Rumah PR1MA Pahang hanya pada harga RM150,000.00 seunit dan rumah Makmur pada harga RM80,000.00... minta maaf, saya ulang lagi sekali. Selain daripada itu Kerajaan Negeri turut menyediakan Rumah PR1MA Pahang hanya pada harga RM 150,000.00 seunit dan rumah Makmur pada harga RM 80,000.00 seunit dan sebarang peningkatan kos harga rumah akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri.
Tidak terhenti di situ sahaja, pada tahun ini juga Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Skim Tanah Warisan ataupun STW. STW ni Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua boleh disebutkan macam-macam… Silaturahim Tok Wan pun boleh, Sahabat Tok Wan pun boleh, Sayang Tok Wan pun boleh. Tok Wan ni di... bukanlah Tok Wan saya... Tok Wan ni maknanya Tok, kalau di utara dia panggil Tok Wan. Jadi boleh macam-macamlah ya.
Satu lagi, sokong Tok Wan.
Ha... tu boleh juga [Ahli Dewan ketawa]. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri memperkenalkan Skim Tanah Warisan ini iaitu menawarkan lot tanah tapak rumah yang mempunyai infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik bagi memudahkan serta membina rumah idaman mereka mengikut citarasa sendiri. Dengan kata lain Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, segala infrastruktur disediakan oleh kerajaan. Maknanya satu tapak tanah tersebut kita cuci, kita ratakan, kita masuk api, kita masuk air, kita buat longkang, kita buat jalan dan kita bagi lot tapak rumah kepada mereka yang layak. Maknanya mereka buat rumah sahaja, tak perlu nak buat jalan dan sebagainya. Semua Kerajaan Negeri telah sediakan.
Jadi pilot projek kita buat di Lipis. Yang paling pentingnya Yang Berhormat Yang di-Pertua saya ingin tegaskan bahawa, dalam menangani isu pemilikan rumah dan penyediaan tempat perlindungan yang selesa... yang selesa strategi kita tidak bersifat sehala.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Kita tidak sekadar membina lebih banyak rumah tetapi kita turut memastikan harganya berpatutan malah kita meneroka inovasi-inovasi baru seperti memberi pembiayaan membaiki rumah yang uzur, menyediakan kemudahan asas yang baik di kawasan penempatan dan pelbagai lagi. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, perkara kedua yang diberikan perhatian adalah mengurangkan kerenah birokrasi khususnya dalam urusan yang melibatkan tanah. Sebaik memegang tampuk kepimpinan negeri, saya telah meminta agar bermula 1 Ogos 2018 kuasa diturunkan kepada pentadbir tanah, iaitu Pegawai Daerah dan Pendaftar, iaitu Pengarah Tanah dan Galian Pahang bagi memberi kelulusan kebenaran pindahmilik, gadaian dan pajakan tanah.
Tujuannya adalah agar transaksi pindahmilik dan gadaian yang dilakukan atas dasar atau bagi tujuan kasih sayang yang melibatkan suami isteri dan anak beranak serta waris kadim, seperti bapa dengan anak, ibu dengan anak, adik-beradik, nenek dengan cucu dan datuk dengan cucu dapat disempurnakan dalam tempoh selewat-lewatnya 48 jam. Penambahbaikan proses ini telah memendekkan urusan yang selama ini memakan masa sehingga dua tiga, bulan.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Bagi mewujudkan keseimbangan pembangunan di seluruh daerah di negeri Pahang, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus telah ditubuhkan pada tahun 2020. Melalui inisiatif ini, pembangunan ekonomi dan pelaburan di enam daerah
Pahang Barat Plus iaitu Bentong, Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Raub dan Bera akan digandakan dengan memfokuskan kepada lima kluster industri utama iaitu pelancongan, pertanian, perkayuan, mineral dan perkhidmatan. Iniasitif ini diadakan atas alasan yang mudah. Selain untuk memastikan segenap sudut negeri Pahang ini dibangunkan dengan setara dan seimbang, ia menunjukkan keyakinan Kerajaan Negeri bahawa setiap daerah di Pahang ini mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri yang boleh diteroka dan diketengahkan malah kita mahu memastikan bahawa enjin pertumbuhan ekonomi Pahang adalah pelbagai dan tidak bersandarkan satu industri atau sektor tertentu sahaja.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Satu lagi aspek penambahbaikan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah dengan mengenal pasti faktor dan punca berlakunya ketirisan hasil negeri sekali gus mengatasi secara serius dan konsisten. Oleh itu, ke melalui Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang yang telah ditubuhkan Pada 15 Oktober 2018 bagi membantu Kerajaan Negeri untuk membendung isu ketirisan dan kebocoran hasil yang merugikan pendapatan negeri.
Unit penguatkuasaan Negeri Pahang ini turut memainkan peranan penting dalam menjaga khazanah alam di ne… di negeri ini bagi manfaat segenap rakyat misalnya tindakan penguatkuasaan Ops Lestari 2 di Sungai Ichat, Cameron Highlands yang berkeluasan 230 ekar telah berjaya mengembalikan kegemilangan air dan kualiti air Sungai Ichat sebagai sumber simpanan bekalan air kepada penduduk di Cameron Highlands.
Selain itu, operasi mencegah lombong haram di daerah Lipis juga telah berjaya memastikan bekalan sumber air penduduk sentiasa terpelihara dan hutan-hutan simpan kekal tidak diceroboh dengan sewenang-wenangnya. Bagi meningkatkan keberkesanan pemantauan penguatkuasaan, Unit Penguatkuasa Negeri Pahang selaku wakil Kerajaan Negeri telah menjalinkan kerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia ataupun (MYSA) bagi membangunkan sistem pemantauan menggunakan data-data satelit. Penggunaan sistem ini memberikan anjakan kepada kemampuan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang dan agensi-agensi lain bagi menganalisa dan memantau aktiviti guna tanah di seluruh negeri Pahang tanpa melibatkan sebarang kos.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang Di-Pertua,
Bagi memperkasakan syarikat berkaitan Kerajaan Negeri ataupun State GLC maka Pahang Corporation telah ditubuhkan pada 21 Mac 2019. Matlamatnya sangat jelas iaitu kita mahu terus mengkaji cadangan pelaburan dari aspek pulangan dan risiko perniagaan serta memantau prestasi perniagaan 40 anak syarikat dan pelbagai sektor ekonomi selain menjadi peneroka sektor baru yang menjanjikan pulangan pendapatan lebih baik kepada Kerajaan Negeri seperti teknologi hijau, digital ekonomi dan infrastruktur utiliti. Selain daripada itu, sejak tahun 2018 setiap syarikat berkaitan Kerajaan Negeri telah ditetapkan untuk menyumbang secara pulangan tunai kepada Kerajaan Negeri Pahang.
Dari tahun 2019 jumlah sumbangan syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Pahang telah direkodkan meningkat setiap tahun. Dari RM12 juta pada tahun 2019 jumlahnya meningkat kepada RM38.6 juta pada tahun 2020 manakala pada tahun 2021 jumlah sumbangan syarikat berkaitan Kerajaan Negeri ialah sebanyak RM50 juta dan pada tahun ini ia terus meningkat kepada RM60 juta. Kita akan memastikan syarikat
berkaitan Kerajaan Negeri terus merekodkan prestasi yang cemerlang terutamanya menerusi pemantauan dan bimbingan daripada pihak Pahang Corporation.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin menyebut secara ringkas bahawa Pahang adalah negeri yang mempunyai program intervensi dan pakej bantuan paling lengkap serta menyeluruh kepada masyarakat Orang Asli. Komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk membantu Orang Asli ini begitu terserlah melalui penubuhan Orang Asli Corporation atau (ORACO) yang bertindak sebagai pusat sehenti atau One Stop Center bagi merancang, mengurus dan memantau aktiviti ekonomi yang akan dijalankan di atas tanah yang berpotensi yang memberi manfaat kepada masyarakat Orang Asli. Dalam soal ini, kita bukan bercakap sekadar memberikan bantuan kewangan semata-mata sebaliknya menjadi aspirasi dan tekad Kerajaan Negeri untuk memajukan Orang Asli ke peringkat yang lebih tinggi.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Bagi memperkasakan sektor pelancongan dan melindungi sumber biodiversiti, Kerajaan Negeri telah mengorak langkah proaktif dengan menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang dan Majlis Biodiversiti Negeri Pahang. Perbadanan Taman Negeri Pahang berfungsi sebagai penasihat kepada pihak berkuasa negeri mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan dasar umum tentang pemeliharaan, penggunaan, kawalan dan pengurusan serta pembangunan alam sekitar sumber dan biodiversiti Taman Negeri Pahang. Manakala Majlis Biodiversiti Negeri Pahang pula berperanan sebagai penasihat kepada Kerajaan Negeri dalam melindungi alam semulajadi dan sumber biodiversiti serta mengkaji dasar yang berkaitan dengan bio teknologi dan melindungi harta intelek negeri yang merangkum yang merangkumi aspek flora dan fauna. Inisiatif ini akan memastikan pembangunan dan kemajuan Pahang bersifat lestari dan mesra alam.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya tidak berhasrat mengulang kembali peratusan projek berkaitan bekalan air di seluruh negeri Pahang yang hendak kita jalankan pada tahun hadapan. Cuma saya boleh nyatakan dengan yakin di sini bahawa antara projek pembangunan dan penyediaan infrastruktur terbesar di negeri Pahang pada tahun hadapan adalah yang berkaitan dengan bekalan air. Agenda air ini mempunyai beberapa komponen, ini termasuklah pelaksanaan pelan strategik bagi menyelesaikan secara berperingkat gangguan bekalan air, pembinaan pelbagai infrastruktur baru di seluruh negeri, membaiki dan menaik taraf infrastruktur sosiologi dan sistem paip sedia ada.
Semakan tarikh dan kecekapan pentadbiran, pencarian sumber-sumber air baru dan pemantapan pengurusan aset-aset air negeri. Kesemua ini secara keseluruhannya melibatkan peruntukan melebihi separuh bilion yang akan dijayakan dengan kerjasama pelbagai pihak. Bagi memastikan pelaksanaan projek ini berjalan lancar, saya sendiri akan memantau status pelaksanaannya. Kita akan memastikan wujud laporan perkembangan dan kemajuan berkala yang tersusun, tegas, dan telus.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Pengurusan bencana alam adalah satu aspek yang sangat mencabar kepada Kerajaan Negeri yang menuntut inovasi dan kecek… kecekapan yang luar biasa. Untuk itu, sebanyak RM47 juta telah diperuntukkan bagi program pasca banjir di
seluruh negeri. Peruntukan ini digunakan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan banjir di negeri ini. Misalnya menerusi pembelian bot amfibia, pembinaan pusat pemindahan banjir kekal, pembinaan landasan pendaratan helikopter, pembelian intrum… instrumen sistem amaran awal banjir serta pembelian penyelamat yang ditempatkan di Pejabat Penghulu. Sasaran paling utama kita adalah memastikan keselamatan dan mengelakkan korban nyawa serta meminimakan kerugian harta benda.
Kepada semua rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan yang mulia ini saya ingin benar-benar menyeru marilah kita semua mengambil kesempatan yang ada untuk mendoakan agar negeri Pahang tidak berhadapan dengan sebarang bencana dan andai kata kita diuji marilah kita semua berikrar untuk bekerjasama dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas dengan mengetepikan segala perbezaan ideologi dan parti.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Sebelum berakhir, saya ingin memanjangkan sepenuhnya kesyukuran kepada Allah SWT kerana di atas ketentuan-Nya dan keizinan-Nya saya telah diberi kepercayaan untuk memikul amanah dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar Pahang yang ke-15 sejak Mei 2018 yang lalu. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat daripada barisan EXCO Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang berhormat Dewan Undangan Negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi atas segala sokongan, bantuan serta buah fikiran yang dicurahkan sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Pahang sejak 53 bulan yang lalu.
Saya juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang kerana telah banyak membantu saya menguruskan Pentadbiran Kerajaan Negeri. Terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan negeri Pahang atas sifat dedikasi dan kesungguhan [Ahli Dewan tepuk meja] [YB SUK berdiri] yang ditunjukkan. Saya juga minta maaf kerana dulu rambutnya banyak sekarang rambutnya dah tak ada. Tapi Tok Wan kata bukan tak ada rambut baru nak tumbuh.
Sekalung penghargaan juga kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri yang telah berusaha keras sehingga kita berjaya mencapai kutipan hasil mencecah RM1 bilion tahun ini. Begitu juga kepada Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri kerana telah banyak memberi nasihat dan pandangan demi memastikan kepentingan negara sentiasa terpelihara. Untuk perkongsian Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' LA ni, mana-mana yang rakan-rakan EXCO yang ada kepentingan atau menjawat jawatan dalam mana-mana Board of Director belum habis lagi Dato’ LA kata, sila keluar. Jadi Itulah punya tegasnya beliau dan sangat concern. Maknanya kita tidak mahu perkara ini berlaku yang bukan-bukan selepas daripada keputusan yang dibuat terima kasih Yang Berhormat Pegawai Undang-undang dan sudah pastilah peng... Penghargaan dan terima kasih saya kepada seluruh pegawai...
Yang Berhormat Yang di-Pertua, sekejap… err... Yang Berhormat Yang di-Pertua, cuba nak, nak… nak… nak bagi clarification sikit dengan izin, yang kita kena keluar tu bukannya untuk kita untuk anak buah kita kadang-kadang family kita kadang-kadang jawatan sebab kita ada driver kita kadang-kadang ada kita ahli-ahli parti kita ahli
Dewan minta maaf Yang Amat Berhormat. Jadi kita tak nak nanti keluar keluar ai.. dia cakap banyak betul dia orang ni dah ...
Yang Amat Berhormat, itu… Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya rasa EXCO Lanchang dia malu. Apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tu memang jelas bukan untuk kepentingan ahli EXCO, untuk rakyat jelata tinggal lagi siapa makan lada pedas barangkali.
Dengan kata lain mengisytiharkan kepentingan yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua
Dan Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua dan sudah pastilah penghargaan dan terima kasih saya kepada seluruh pegawai dan kakitangan penjawat awam negeri Pahang yang telah membantu saya selama lebih empat tahun ini segala plan dan dasar yang saya bawa tidak mungkin terlaksana tanpa komitmen dan kerja keras semua kakitangan awam Kerajaan Negeri Pahang
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Tidak ketinggalan Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Dato' Sri Timbalan Yang di-Pertua kerana telah mengurus perjalanan Dewan yang mulia ini dengan baik dan berhikmah. Saya akui ia bukanlah satu tugas yang mudah untuk menguruskan para wakil rakyat yang kadangkala bertikam lidah. Dan dalam masa yang sama Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Jangan asyik tengok belah kiri saja sampai belah kanan tak nampak ataupun tengok yang belah kanan yang belah kiri tak Nampak.
Yang Berhormat, ini salah mata saya mengelip tapi saya cuba tengok kiri kanan, Yang Berhormat membuat persepsi yang kurang tepat saya rasa. Sila Yang Berhormat.
Yang Berhormat Dato Sri Yang di-Pertua,
Namun kita semua percaya segala itu dilakukan demi membuahkan hasil yang terbaik untuk negeri yang kita cintai ini last but not least dengan izin yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua saya juga dengan penuh rendah diri ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya tidak terhingga Kepada kekanda saya yang amat saya kasihi dan hormati iaitu Yang Berhormat Tan Sri Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang ke-14 yang saya anggap sebagai guru dan mentor politik saya dan pentadbiran kerajaan negeri Tan Sri Dato' Sri DiRaja adalah tokoh yang telah memimpin saya masuk ke gelanggang politik ketika itu saya Masih bertugas di Bernas.
Malahan personaliti saya banyak diubah oleh Yang Berhormat daripada Pelangai semasa saya berkhidmat di dalam Bernas sebagai seorang pengurus jawatan terakhir saya Pengurus Kanan Wilayah Tengah.
Saya agak tegas kerana saya mengendalikan produk yang mudah rosak. Padi maknanya kalau saya kata hari ini kena pindah 20 lori padi ke Perak ataupun ke Selangor makna mesti buat kalau tidak padi rosak dan bila saya masuk politik telah mengubah personaliti saya daripada seorang yang sangat-sangat serius semasa menjawat jawatan itu kepada yang lebih banyak toleransi tolerance level begitu banyak dan insan yang membantu saya mengubah corak personaliti saya dalam politik tak lain tak bukan ialah Yang Berhormat dari Pelangai terima kasih. Sesungguhnya begitulah besarnya sumbangan yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Dato' Sri Diraja kepada saya dan begitu juga sepanjang 19 tahun.
Tan Sri Dato' Sri DiRaja menjadi Menteri Besar Pahang dan 36 tahun sebagai Wakil Rakyat. Ini pun satu rekod juga bagi kerajaan, bagi kerajaan negeri dan politik negeri Pahang. Saya tidak fikir dalam masa terdekat ada sesiapa yang boleh mengatasi rekod yang berhormat Tan Sri Dato' DiRaja selama 19 tahun dan 36 tahun sebagai Wakil Rakyat. Antaranya ialah yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua saya perlu sebut ya, ialah antara jasa yang besar yang telah dilaksanakan oleh Yang Berhormat Pelangai, Tan Sri Dato' Diraja ialah memperkasakan Yayasan Pahang sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri yang komited memajukan pendidikan anak negeri ini.
Pada tahun 1982 sahaja sehingga kini Yayasan Pahang telah membelanjakan lebih RM1.3 bilion untuk tujuan pendidikan melibatkan lebih 1.6 juta penerima. Selain itu penaiktarafan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah kepada Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah serta tertubuhnya Universiti Malaysia Pahang adalah antara hasil inisiatif dan kesungguhan Tan Sri Dato' DiRaja dalam meningkatkan taraf pendidikan di negeri ini dalam pada itu penubuhan Maahad Tahfiz Negeri Pahang sehingga terbinanya sebuah kampus tetap di Tanjung Lumpur, Kuantan pada tahun 2005 adalah cetusan idea Tan Sri Dato' Sri DiRaja jua. Malah pembinaan Lebuhraya Central Spine Road ataupun CSR Juga berjaya dilaksanakan ketika Tan Sri Dato' Sri DiRaja menjadi Menteri Besar.
Ini saya ingin berkongsi sedikit Dato' Sri Yang di-Pertua kalau tidak silap saya ketika itu mungkin yang berhormat daripada Benta boleh sahkan rakan saya dari EXCO kerajaan betul-betul cuma memberi satu laluan saja Central Spine Road ni dan di dalam EXCO yang baru Yang Berhormat Tan Sri DiRaja pada ketika itu telah berkata sama ada kalau satu naik, kita jangan buat. Kita nak dua line, dua. Double ni dua kali dan yang fight ketika itu ialah yang menjadi kenyataan sekarang ini ialah yang Berhormat Tan Sri DiRaja yang menyebabkan kita mendapat dua (tidak jelas).
Dan akhir sekali sudah tentulah ketokohan Tan Sri Dato’ Sri DiRaja sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional negeri Pahang berkat ketokohan tersebut UMNO dan Barisan Nasional telah berjaya mengekalkan mandat pemerintahan di negeri ini pada PRU-14 yang lalu meskipun tsunami politik ketika itu telah menyebabkan banyak negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional selama ini tumbang, malah kita juga tewas di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Apa yang ingin saya tegaskan di sini, bahawa sepanjang tempoh 19 tahun Tan Sri Dato' Sri DiRaja mengetuai Pentadbiran Kerajaan Negeri kami, rakyat Pahang amat terhutang budi atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Untuk itu sebagai tanda terima kasih dan hormat kita kepada Tan Sri Dato' Sri DiRaja marilah kita bersama-sama berdiri dan beri tepukan paling gemuruh oleh Tan Sri Dato'
Sri DiRaja. Meskipun Tan Sri Dato' Sri DiRaja telah mengumunkan persaraan, diharapkan Tan Sri Dato' Sri DiRaja dapat terus menegur nasihat dan memberi tunjuk ajar kepada kami selepas ini. Saya berdoa semoga Tan Sri Dato' Sri Diraja dikurniakan kesihatan yang kesihatan yang baik dan kekuatan yang berpanjangan dimurahkan rezeki serta dilimpahi rahmat dan diberkati oleh Allah SWT insya-allah.
Biji selasih bunga seroja Gugur menimpa akar Meranti, Terima kasihDato' Sri DiRaja, Atas segala jasa dan bakti.
Semoga jasa dan sumbangan besar yang dicurahkan selama ini akan menjadi benih-benih jariah yang akan terus membuahkan kebaikan dan seterusnya menjadi ibadah yang diterima oleh Allah SWT.
Amin insyaallah.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Demikian sajalah penggulungan saya pada persidangan Dewan Negeri Pahang pada kali ini. Seperti semua yang sedia maklum bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 akan berlangsung tidak lama lagi dan persidangan ini merupakan persidangan kita yang terakhir pada penggal ini. Justeru, saya mengambil kesempatan di sini untuk menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf andainya sepanjang lebih 4 tahun saya berkhidmat sebagai Menteri Besar ada tersilap kata, terkasar bahasa, terkhilaf perbuatan sehingga menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang baik tu hadir atas kesilapan diri saya sendiri.
Saya amat berharap agar ahli yang berhormat daripada kedua-dua belah pihak yang berada di Dewan yang mulia ini sama ada dari dari parti Barisan Nasional ataupun...agar berlapang dada, bersiap sedia dari segi fikiran dan emosi serta menerima hakikat bahawa akan ada di antara kita yang akan terpilih dan tidak terpilih sebagai calon untuk bertanding pada PRU-15 ini. Ini adalah ketentuan dan takdir Allah SWT, insya-Allah Kerajaan Negeri akan dibentuk selepas PRU-15 nanti berdasarkan jumlah kerusi yang akan dimenangi di peringkat Dewan Negeri manakala perlantikan Menteri Besar dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negerinya adalah di atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
Akhir sekali, patik merafak sembah menjunjung serta tinggi kasih ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan melantik patik untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar Pahang ke-15 sekali gus membimbing, memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada patik selama ini.
Sesungguhnya kepercayaan Kebawah Duli Yang Maha Seri Paduka Baginda Tuanku dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ke atas patik sepanjang perkhidmatan patik sebagai Menteri Besar Pahang amat dihargai dan disanjung tinggi. Akhir kata,
marilah kita sama-sama berdoa semoga negeri Pahang ni terus kekal maju, aman, makmur dan sejahtera agar lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan selepas ini demi manfaat rakyat Pahang.
Gurindam kasih, irama gamelan, Nyanyian dayang, lunak suara, Terima kasih rakan dan taulan, Semoga Pahang makmur sejahtera.
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Amat Berhormat yang telah membuat satu gulungan diiringi dengan kata-kata yang yang cukup menyayat hati. Walau bagaimanapun dalam keadaan begitu Dewan ini rasa gembira... rasa gembira dan rasa bersyukur kerana dapat juga menerima bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar Yang Amat Berhormat kepada kita. Bagi satu tepukan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. [Ahli Dewan menepuk meja]. Dalam masa yang sama juga oleh kerana saya pun berada di sini mungkin dalam Dewan yang terakhir... ya ada EXCO Lanchang?
Yang Berhormat Yang di-Pertua, elok jugalah kalau kita semua bangun memberikan tepukan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar selepas penggulungan tadi. Minta semua...
Belum habis lagi, tak gulung lagi, ini baru menggulung Bajet ni, ucapan apa... perbekalan. Saya nak ambil… mengambil kesempatan ini nak merakamkan juga terima kasih kepada ADUN Pelangai Yang Berhormat Dato' Sri DiRaja Tan Sri Adnan Yaakob yang mungkin tidak akan berada lagi di Dewan ini seperti mana yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat dan saya rasa bertuah dapat mengendalikan Dewan yang mulia ini di hadapan 2 tokoh besar ya.
Satu berpengalaman cukup luas yang telah mencorakkan, mewarnai pembangunan negeri Pahang yang cukup gemilang dan cemerlang dan berada pula disambung terus dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang sentiasa membuat game changer dalam pembangunan kita di negeri Pahang ini. Kita berdoa mudah-mudahan kedua-dua mereka ini yang datang dan yang pergi akan sentiasa selamat dan lindungi oleh Allah SWT.
Kita teruskan tugas kita, Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) 2022 telah dibentang dan dibahas pada 7 dan 11 Oktober 2022. Oleh itu, Majlis bermesyuarat dalam Jawatankuasa.
[DALAM JAWATANKUASA]
[Cokmar diturunkan]
Jadual B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM8,916,714.00 untuk Kepala B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, nyatakan "setuju".
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.01 - Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM113,114,189 untuk Kepala B.02 menjadi Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju nyatakan "setuju'.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM180,166,800.00 untuk Kepala B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan "setuju".
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM920,376.00 untuk Kepala B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan "setuju".
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.05 - Dewan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.05 - Dewan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM13,337,220.00 untuk Kepala B.05 - Dewan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan "setuju".
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.05 - Dewan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah
RM67,908,336.00 untuk Kepala B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan "setuju".
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM60,706,864.00 untuk Kepala B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan "setuju".
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM15,237,464.00 untuk Kepala B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, nyatakan "setuju".
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.09 - Jabatan Pertanian Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.09 - Jabatan Pertanian Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM29,368,058.00 untuk Kepala B.09 – Jabatan Pertanian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.09 - Jabatan Pertanian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.10 - Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri.
Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, Kepala Bekalan B.10 – Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada.
Tuan Speaker, Tuan Speaker.
Ya, Yang Berhormat. Ada apa.
Err… Terima kasih Tuan Speaker. Isu banjir di negeri Pahang ni amat serius kalau dengan peruntukan yang begitu kecil saya ingat ramai tempat akan jadi banjir lagi. So pada masa pada tahun depan kalau boleh kita banyak, bagi lagi banyak sikitlah peruntukan untuk Jabatan Saliran ni untuk menguruskan tempat-tempat banjir. Terima kasih.
Terima kasih. Ya, pihak Kerajaan nak respon apa-apa?
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, peruntukan ni selain daripada Kerajaan Negeri, kita dapat daripada Kerajaan Persekutuan, yang terkini ialah 2 bilion ya. 2 bilion yang terkini kita dapat dan ini kita boleh di…di minta daripada semasa ke
semasa. Bukan mandatori, bukan muktamad peruntukan ini ya. Akan ditambah dari semasa ke semasa. Terima kasih Dato’ Sri Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat …
Ya.
Teruntum jelas penerangan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM 28,711,813.00 untuk Kepala B.10 – Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju nyatakan “Setuju”.
Setuju
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.10 – Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.11 - Pejabat Daerah Dan Tanah Bentong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM 7,125,625.00 untuk Kepala B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju nyatakan “Setuju”.
Setuju
Ahli-ahli yang tidak bersetuju nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.11 – Pejabat Daerah dan Tanah Bentong menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.12 – Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM 6,421,862.00 Untuk Kepala B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.12 – Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.13 – Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM 8,154,400.00 Untuk Kepala B.13 – Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju
Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.13 – Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.14 - Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.14 – Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM 10,232,379.00 untuk Kepala B.14 – Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju
Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.14 – Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.15 – Pejabat Daerah dan Tanah Lipis dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM8,171,778.00 Untuk Kepala B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.16 – Pejabat Daerah dan Tanah Pekan dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM8,911,980.00 untuk Kepala B.16 – Pejabat Daerah dan Tanah Pekan menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.16 – Pejabat Daerah dan Tanah Pekan menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.17 - Pejabat Daerah Dan Tanah Raub.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.17 – Pejabat Daerah dan Tanah Raub dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM6,988,544.00 untuk Kepala B.17 – Pejabat Daerah dan Tanah Raub menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.17 – Pejabat Daerah dan Tanah Raub menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.18 – Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM9,850,660.00 untuk Kepala B.18 – Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.18 – Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.19 – Pejabat Daerah dan Tanah Rompin dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM7,722,681.00 untuk Kepala B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.20 – Pejabat Daerah dan Tanah Maran dibuka untuk dibahas. Tiada. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM7,612,161.00 untuk Kepala B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.21 – Pejabat Daerah dan Tanah Bera dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM 6,450,716.00 untuk Kepala B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.22 – Pejabat Tanah dan Galian Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM 12,178,962.00 untuk Kepala B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.23 – Jabatan Mineral dan Geosains Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada.
Tuan…
Masalah….
Speaker, Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua.
Ya, Teruntum.
Saya ingat ini kali ketiga err… tiga tahun saya bangkit soalan untuk Jabatan err… Jabatan Mineral and Geologi Negeri. Nampaknya peruntukannya begitu beza dari Jabatan-Jabatan yang lain. Hanya dapat RM30… 300 lebih ribu. Kalau saya bagi dekat 12 bulan saya dapat dia hanya dapat RM27 ribu sebulan. Ini agak tidak adillah bagi Geologi. Biar dia ada kementerian yang err… selalu Menteri Besar lah jawab saya. Ada tu kementerian yang di belakang tapi untuk lebih adil saya ingat perlu bagi banyak sikitlah untuk jabatan ni. Terima kasih.
Yang Berhormat nak banyak mana? Boleh bagi cadangan?
Tengok perbezaan antara semua juta-juta, ratus... Ini baru RM334,000.00 so...
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, setiap peruntukan yang kita bahaskan pada hari ini bukan kita saja-saja je letak. Bukan kita teringat nak letak RM200,000.00, kita letak RM200,000.00. Yang pertama sekali kita ada perbincangan, kita minta dengan JMG sendiri sebab JMG ini adalah di bawah Kerajaan Persekutuan federal government dan duduk di negeri Pahang sebagai Jabatan Mineral Negeri Pahang. Ada beberapa peruntukan yang mereka kemukakan untuk menambah ataupun tokok tambah daripada peruntukan Federal dan peruntukan ini bukan setakat RM334,000.00, ada lagi daripada federal.
Jadi, yang ni, yang ni Yang Berhormat kena faham ni dan yang keduanya jangan melihat kepada angka, dia kadang-kadang keperluan sesebuah agensi itu penting. Dia tidak semestinya JMG ini perlu sampai juta-juta, Kerajaan Negeri memperuntukkan sampai juta-juta, tidak sebab dia ada ayah, ayah dia sendiri ayah kandung dia di ibu pejabat, Pahang ni ayah tiri dia je, ha tu yang dapat sikit daripada ayah angkat.
Jadi, Yang Berhormat daripada Teruntum usah bimbang yang tu seperti mana saya jawab tadi. Ini bukan mandatori peruntukan ni. Sebagai contohnya banjir tadi tahun lepas tak masuk pun RM47 juta tapi bila Kerajaan Negeri ada duit, kita peruntukkan RM47 juta untuk pasca banjir dan begitu juga dengan agensi-agensi yang lain sebab kita insya-Allah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, kita mengikut keperluan. Ada permohonan daripada jabatan ataupun agensi berkaitan, kita akan bagi. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Teruntum, okey? Jelas ya?
Terima kasih jawapan dari Menteri Besar. Saya ingat semua jabatan ada bapak yang bapak yang jaga tapi lebih adillah itu sajalah saya minta, saya nampak sikit sangat kurang. Itu saja.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, kita sangat adil sebagai contoh di JMG ni, staff di Jabatan Mineral dan Geosains ni... tadi Yang Berhormat sebut geologi tau... geosains dengan geologi lain tau. Staf daripada Kerajaan Negeri kita tempatkan di JMG. Ada berapa orang staf? Kalau tak silap saya hampir lebih kurang 10 oranglah. Kalau gaji RM2,500.00 kali dengan 10, berapa dah sebulan? Jadi, dia ada, ada, ada yang Persekutuan, ada yang Negeri tapi apa pun saya boleh bagi komitmen di sini Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan jabatan-jabatan di bawah federal dan
malahan apabila ada permohonan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri lazimnya kita meluluskan permohonan daripada mereka Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM334,735.00 untuk Kepala B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM129,405,324.00 untuk Kepala B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM4,923,180.00 untuk Kepala B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM19,328,220.00 untuk Kepala B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.28 - Jabatan Mufti Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.28 - Jabatan Mufti Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM3,537,614.00 untuk Kepala B.28 - Jabatan Mufti Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.28 - Jabatan Mufti Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM8,419,272.00 untuk Kepala B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM2,211,168.00 untuk Kepala B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.32 - Kumpulan Wang Terkanun.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.32 - Kumpulan Wang Terkanun dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM101,493,490.00 untuk Kepala B.32 - Kumpulan Wang Terkanun menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.32 - Kumpulan Wang Terkanun menjadi sebahagian daripada Jadual.
Fasal 1(1); Fasal 1(2); Fasal 2(1); dan Fasal 2(2).
Fasal 1(1); Fasal 1(2); Fasal 2(1); dan Fasal 2(2); menjadi sebahagian daripada Undang-undang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Cokmar dinaikkan semula]
[BACAAN KALI KETIGA]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa:
“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu”, telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.
Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2023) 2022 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Menimbang Usul Anggaran Pembangunan Dan Perbekalan Air Tahun 2023Motion
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan (2023) 2022, disifatkan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2023 bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.
Perkara Ke-4: Menimbang Usul Anggaran Pembangunan Dan Perbekalan Air Tahun 2023.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2023 telah dibentang, disokong dan dibahas pada 7 dan 11 Oktober 2022. Beberapa Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut.
Soalannya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan. Ahli-ahli yang bersetuju nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju nyatakan “Tidak”. Tiada. Usul tersebut diluluskan.
Perkara ke-5.
Rang Undang-UndangBill
Perkara Ke-5: Rang Undang-Undang.
Rang Undang-undang Wakaf Pahang 2022. DN 27/2022
Yang Berhormat EXCO Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Wakaf Pahang 2022. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
[BACAAN KALI PERTAMA]
“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan yang berhubungan dengan wakaf dan perkara-perkara yang berhubungan dengannya.”
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Wakaf Pahang 2022, dibaca bagi kali yang kedua.
[BACAAN KALI KEDUA]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
saya mohon mencadangkan
“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan yang berhubung dengan wakaf dan perkara-perkara yang berhubung dengannya.”
dibacakan bagi kali kedua sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sesungguhnya wakaf ini adalah salah satu di antara ibadah ataupun amalan mulia masyarakat setempat ataupun seluruh rakyat di negeri ini yang telah menjadi tradisi zaman berzaman sehinggalah ke hari ini. Namun perkara ini selama ini berlaku secara tidak teratur dan tidak tersusun rapi.
Maka perlulah ia disusun dan diatur dengan sebaik mungkin supaya ia tidak berlaku kekeliruan dan kekacauan terhadap harta yang telah diwakafkan oleh si pewakaf. Maka justeru itu kerajaan bercadang di dalam Dewan yang mulia ini, agar satu ketetapan dan Rang undang-undang er… kita ambilkan persetujuan bersama agar ia dapat diuruskan dengan sebaik mungkin oleh badan-badan yang telah kita tetapkan di dalam dewan ini. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kita semua sedia maklum banyak harta-harta telah diwakafkan. Tetapi seperti yang dikatakan oleh ahli kerajaan tadi adalah tidak teratur dan di tempat saya, terdapat banyak kes salah er… kes itu ialah tanah tu telah diwakafkan pada tahun 1950-an, tetapi sampai masanya pula waris-waris menuntut hak kepada tanah yang telah diwakafkan itu.
Saya percaya dengan adanya Rang Undang-Undang Wakaf ini, maka insya-Allah kita akan dapat seperti kata ahli daripada kerajaan tadi, menyelaraskan segala-galanya dan apa-apa faedah kewangan yang akan didapati dari tanah-tanah wakaf ini akan dapat digunakan sepenuhnya untuk membangun kemudahan bagi umat Islam termasuklah sebagai contoh pembinaan masjid-masjid, surau-surau dan sebagainya.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Majlis ialah
“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan yang berhubungan dengan wakaf dan perkara-perkara yang berhubungan dengannya.”,
dibacakan kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Ya, sila.
Tuan Yang di-Pertua, Ketari menyambut baik RUU wakaf ini. Ini adalah kerana dengan adanya RUU ini, harta-harta wakaf dapat ditadbir dengan baik oleh pihak Majlis. RUU
ini juga diharap dapat memberikan Majlis kuasa yang secukupnya untuk menyiasat tanah-tanah atau harta-harta yang telah diwakafkan, yang terbiar, yang tidak didaftarkan untuk diuruskan oleh Majlis ini jika tiada pentadbir atau sesiapa menguruskannya.
Namun ada beberapa perkara yang ingin dibangkitkan atau untuk diterangkan lebih. Dalam er… pertama, berkaitan dengan kuasa Majlis kerana di dalam Draf RUU ini, jika kita boleh rujuk di mukasurat 10, 4.1B, Majlis boleh menjadi pengurus atau pentadbir bagi mana-mana mawquf yang terletak di luar negeri Pahang. Sedangkan sepatutnya Majlis hanya boleh jadi pemegang amanah untuk harta dalam negeri Pahang dan atau jika ia melibatkan harta orang yang berdomisil di Pahang.
Ini saya mohon pencerahan dan kalau boleh dinyatakan dengan lebih terang kerana peruntukan ini dilihat boleh atau sudah melangkaui bidang kuasa negeri. Satu lagi jika seorang rakyat Kelantan, ada harta di Kelantan tetapi mendaftar wakaf di Pahang untuk harta tersebut, adakah ia dibenarkan. Selain itu, tujuan wakaf ini juga boleh dinyatakan di dalam enakmen atau kaedah sebagai garis panduan. Itu sahaja, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sila, pihak kerajaan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Itulah sebabnya kita katakan di awal tadi, tujuannya sebagaimana Ketari sebut untuk menyelaraskan harta-harta yang diwakafkan oleh si pewakaf. Jadi, tak kiralah kalau orang yang mewakaf tu seandainya hartanya kebetulan di Arab Saudi dan kita apa perlu menyelaraskan melalui enakmen kita ini, dan ada persetujuan di antara si pewakaf dengan orang yang menerima wakaf, ada undang-undang diperuntukkan untuk menyelaraskan harta wakaf itu, maka kita boleh selaraskan Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Baik. Boleh ya. Terima kasih Yang Berhormat EXCO Agama.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.
“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan yang berhubungan dengan wakaf dan perkara-perkara yang berhubungan dengannya.”
Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.
[DALAM JAWATANKUASA]
[Cokmar diturunkan]
Fasal 1 hingga Fasal 54;
Fasal 1 hingga Fasal 54,
dibuka untuk perbahasan sekarang. Tiada.
Fasal 1 hingga Fasal 54;
menjadi sebahagian daripada Undang-undang hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Fasal 1 hingga Fasal 54; menjadi sebahagian daripada Undang-undang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Wakaf Pahang 2022 dimaklumkan kepada majlis sekarang. Ahli-ahli yang setuju nyatakan "Setuju".
Setuju.
Ahli-ahli yang setuju nyatakan "setuju". Ahli-ahli yang tidak setuju nyatakan "tidak". Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Cokmar dinaikkan semula]
[BACAAN KALI KETIGA]
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa,
"Suatu Enakmen untuk mengadakan Peruntukan yang berhubungan dengan Wakaf dan perkara-perkara yang berhubungan dengannya”
telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali yang ketiga yang dilulus... dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Wakaf Pahang 2022 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju nyatakan "Setuju".
Setuju.
Yang tidak setuju nyatakan "Tidak". Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Wakaf Pahang 2022, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.
USUL
UsulMotion
Perkara Keenam: Usul.
Usul Penubuhan Kumpulan Wang Amanah Kelestarian Negeri Pahang.
Yang Berhormat EXCO Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya mohon izin untuk membawa satu Usul di Dewan yang mulia ini berbunyi;
“Bahawa Dewan ini mengikut peraturan di bawah Sub Seksyen 10(4)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61), bersetuju menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Kelestarian Negeri Pahang.”
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Bilangan Ke-36/2022 pada 14 September 2022 telah menimbang Kertas Cadangan dan bersetuju supaya Kerajaan Negeri menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Kelestarian Negeri Pahang. Kumpulan Wang Amanah ini ditubuhkan bertujuan untuk memperakaunkan dalam Bahasa Melayu. Terimaan daripada Kerajaan dan lain-lain sumbangan untuk pembiayaan pemasaran dan kegiatan aktiviti pelancongan di negeri Pahang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Kumpulan Wang ini akan dikreditkan dengan wang daripada Kerajaan Negeri dan sumbangan daripada badan berkanun, sektor swasta, syarikat berkaitan kerajaan, orang awam, persatuan, pertubuhan antarabangsa ataupun tempatan serta terimaan lain yang diluluskan oleh Pegawai Kewangan Negeri.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua... Dato' Sri Yang di-Pertua,
Kumpulan Wang ini akan digunakan bagi tujuan berikut:
(1) Bayaran bagi menjalankan aktiviti pemasaran berkaitan pelancongan;
(2) Perbelanjaan untuk menyediakan makan minum, perjalanan dan penginapan peserta penceramah, pensyarah, etamu jemputan dan pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dengan Wang Kumpulan ini; dan
(3) Lain-lain perbelanjaan diluluskan oleh Pegawai Kewangan Negeri.
Kumpulan Wang ini akan ditadbirkan oleh satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri sebagai Timbalan dan empat orang Ahli lain terdiri daripada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Setiausaha Bahagian Perancangan Ekonomi dan Penolong Setiausaha Pelancongan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Penubuhan Kumpulan Wang ini akan memberi gambaran sebenar berkaitan penyaluran daripada peruntukan Kerajaan Negeri dan sumbangan daripada badan berkanun, sektor swasta, syarikat berkenaan, syarikat berkaitan Kerajaan, orang awam, persatuan, pertubuhan antarabangsa ataupun tempatan serta terimaan lain. Ia juga bertujuan mepastikan rekod-rekod kewangan diperakaunkan dengan teratur dan mematuhi semua prosedur kewangan bagi menguruskan perbelanjaan Kumpulan Wang Amanah Kelestarian Negeri Pahang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Sekian sahaja penerangan berhubung Usul ini dan saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini mengikut Peruntukan di bawah Sub Seksyen 10(4)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61), bagi menubuhkan wang... Kumpulan Wang Amanah Kelestarian Negeri Pahang. Saya harap Usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan yang mulia ini. Saya mohon mencadang.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini dibuka untuk perbahasan. "Tiada". Masalahnya ialah Usul ini dicadang dan disokong. Soalannya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini nyatakan "setuju".
Setuju.
Yang tidak setuju nyatakan "Tidak". Tiada. Usul tersebut diluluskan.
Urusan-Urusan Am
Perkara Ketujuh: Urusan-urusan Am.
Kertas-kertas mesyuarat.
Penyata Kewangan Negeri Pahang Tahun 2021 DN 29/2022.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1 Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang DN 30/2022.
Penyata Kewangan Majlis Sukan Pahang Berakhir 31 Disember 2021 DN 31/2022.
Penyata Kewangan Yayasan Pahang Berakhir 31 Disember 2021 DN 32/2022.
Penyata Kewangan Perbadanan Stadium Darul Makmur Berakhir 31 Disember 2021 DN 33/2022.
Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang Berakhir 31 Disember 2021 DN 34/2022.
PENANGGUHAN
PenangguhanAdjournment
Perkara Kelapan: Penangguhan.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon membawa cadangan bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Alhamdulillah syukur kepada Allah, kini sudah tiba kita sampai ke penghujung persidangan pada kali ini. Saya bersyukur kepada Allah Subhanahuwataala kerana perjalanan persidangan kali ini begitu lancar dan teratur, meskipun kita terpaksa memendekkan tempoh persidangan yang sepatutnya berlangsung selama 5 hari.
Walau bagaimanapun apa yang penting ialah objektif persidangan ini telah berjaya mencapai matlamatnya iaitu membawa dan mengangkat isu-isu rakyat untuk dibahaskan di Dewan yang mulia ini, malah kita juga telah mencapai kata sepakat dengan meluluskan Belanjawan 2023 Negeri Pahang demi manfaat rakyat [Ahli Dewan menepuk meja].
Sudah pastinya pujian harus diberikan kepada Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Dato' Sri Timbalan Yang di-Pertua... kerana telah dapat mengendalikan aturan persidangan kita dengan begitu cermat dan baik sekali [Ahli Dewan tepuk meja]. Kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, baik daripada blok kerajaan mahupun pembangkang, saya menzahirkan ucapan syabas tahniah dan terima kasih di atas penglibatan aktif Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian dalam sesi perbahasan kita pada kali ini.
Setiap perbahasan dan celahan berlangsung dengan aman dan tenteram serta tiada sebarang provokasi melampau ataupun pertikaman lidah antara sesama kita. Ucapan terima kasih juga saya hulurkan kepada ketua-ketua jabatan dan agensi serta
kakitangan yang hadir setiap hari bagi menyediakan butiran maklumat yang diperlukan oleh pihak kerajaan bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.
Sekalung penghargaan kepada pihak media sama ada media arus perdana ataupun media sosial yang konsisten bertugas sepanjang persidangan ini untuk melaporkan perkembangan terkini perbahasan di Dewan yang mulia ini. Saya juga menzahirkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha gigih menjayakan persidangan kita pada kali ini termasuklah Urus Setia Dewan, pihak RELA, Bomba dan Penyelamat, petugas kesihatan, petugas agensi serta pihak Polis DiRaja Malaysia.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, dengan ini saya mencadangkan supaya Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Pahang Ke-14 ditangguhkan. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingin menyampaikan sedikit ucapan terakhir di Dewan Yang Mulia ini bagi menyokong Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa kita telah pun sampai pada penghujung.
Penggal ini adalah merupakan penggal yang sangat penuh dengan kenangan dan juga peristiwa yang tidak dapat kita lupakan terutama sekali di peringkat pusat, Kerajaan Pusat. Tapi apa pun ini ada satu pengajaran kepada kita insya-Allah. Saya di dalam perbahasan ataupun di dalam menyokong Usul saya pun telah pun mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Yang Berhormat Yang di-Pertua, Timbalan Speaker, jabatan kerajaan dan terutama sekali yang Yang Amat Menteri Besar, rakan-rakan EXCO dan juga rakan-rakan daripada Dewan Undangan Negeri sama ada pembangkang dan juga penyokong dan tak lupa juga kepada wakil ataupun Yang Berhormat daripada Pelangai yang telah memberikan peluang kepada saya untuk bertanding, melantik saya menjadi EXCO. Dan kita ucapkan syabas kepada beliau dan kita harapkan supaya beliau akan terus dengan kehidupan baru yang akan beliau hadapi.
Dan kepada kita seperti biasa seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat ada di antara kita akan kekal di sini, ada di antara kita mungkin berpindah tempat, ada di antara kita mungkin tidak bertanding, tidak masuk dalam list dan ada di antara kita bertanding tetapi kalah. Jadi berbagai-bagai yang akan kita lalui yang paling penting sekali kita harapkan supaya kita sentiasa memperkukuhkan ukhwah kita sebagai Ahli yang berada di Dewan yang mulia ini selama empat tahun dan insya-Allah saya yakin dan percaya bahawa kita berdoa agar kita akan mendapat keberkatan dan juga mendapat rahmat daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk meneruskan kehidupan kita di masa-masa akan datang. Saya ingin menyampaikan serangkap pantun,
Kalau ada sumur di ladang, Boleh kita menumpang mandi, Kalau ada umur panjang, Boleh kita berjumpa lagi.
Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mohon menyokong Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, Ahli-ahli EXCO dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Alhamdulillah saya memuji dan mengangkat rasa syukur pada Allah SWT Persidangan ini, Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Pahang Ke-14 telah selamat dan hampir ke penghujungnya. Hanya beberapa detik lagi kita akan tutup tirai persidangan ini. Ibarat kata pujangga, “kalau berdayung sampai ke Pulau, kalau mendaki sampai ke puncak”.
Saya dan Yang Berhormat Timbalan ingin lagi sekali merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat yang dikasihi Ahli-ahli EXCO, Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada pihak Kerajaan ataupun pembangkang yang telah mengambil bahagian dalam setiap perbahasan, walaupun ringkas tetapi memberikan kerjasama yang baik, fokus dan hadir dalam setiap-setiap kali persidangan.
Komitmen daripada semua pihak ini mencerminkan anda... mencerminkan tanda sokongan kepada saya dan Dewan ini dan secara tidak langsung memberi sokongan yang penuh kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar dan kerajaan yang penuh jasa dan khidmat ini.
Persidangan kali ini memberi pengertian yang cukup besar bagi diri saya antaranya kita sudah pun berada di ambang pembubaran. Tiba masanya mandat kepada rakyat akan dikembalikan. Sudah jadi lumrah antara kita sudah pasti ada yang berpisah atau mungkin bersua lagi. Sebagai orang politik Yang Berhormat sedia maklum.
Anda bertuah sudah pun berada dalam Dewan yang mulia ini. Ada ribuan lagi yang berada di luar Dewan sedang berjuang bermati-matian untuk berada di sini. Untuk perhatian Yang Berhormat, sejak pilihan raya yang pertama hingga keempat belas iaitu 63 tahun yang lampau hanya terdapat seramai 482 insan sahaja yang pernah menduduki di Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat boleh tatapi nama-nama tersebut di dinding Bilik Rehat yang telah kita paparkan.
Hanya 482 sahaja selama 63 tahun, betapa besar, betapa bertuahnya diri kita Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berada di Dewan ini yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, Cina dan India menggambarkan rupa bentuk, bangsa, negara yang kita cintai ini. Demikianlah... demikianlah nasib kawan-kawan kita yang di luar sana yang sentiasa memimpikan tempat yang mulia ini.
Bagaimanapun kita bersyukur kerana telah dapat berjuang dan berbakti kepada negeri yang tercinta ini. Usah gusar dan gundah gelana, teruskan kehidupan ini dengan sabar dan tabah di mana kita berada, tidak penting. Yang perlu kita terus berkhidmat dan mencurahkan titik keringat kepada agama, bangsa dan negeri yang tercinta. Ibarat kata pantun;
Tumbuk padi biarlah lumat, Potong serai dikerat-kerat, Taat kepada Allah, berkhidmat kepada umat, Inilah bekalan untuk akhirat.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bagi mengambil... sebuah negara akan runtuh jika perlembagaan yang dijunjung... tidak ada perlembagaan yang dijunjung. Sebuah rumah tangga juga akan berkecai jika tidak ada rukun hidup yang dipatuhi.
Demikianlah sebuah Dewan. Sebuah Dewan yang mulia boleh menjadi huru-hara jika setiap kita tidak meletakkan Standing Orders atau Peraturan Mesyuarat di tempat yang sepatutnya. Saya menjalankan tugas dan amanah dengan kuasa ini berdasarkan kepada Standing Orders yang telah kita persetujui bersama. Itulah kitab saya yang perlu difahami, dihayati dan dipatuhi oleh Ahli-ahli Dewan. Yang di-Pertua dan Standing Orders adalah ibarat roh yang tidak boleh dipisahkan. Tugas Inilah yang saya pikul secara adil dan saksama. Tidak sesuka hati saya mengenepikan Standing Orders ataupun menggunakan kuasa saya sewenang-sewenangnya. Apa pun Standing Orders ini perlu saya pikul dan menjadi satu amanah yang perlu saya teruskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga ingin mengucapkan ucapan terima kasih dengan hati yang tulus ikhlas kepada ketua-ketua jabatan yang membantu saya bagi melancarkan lagi setiap kali persidangan Dewan ini terutamanya Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, PDRM, Jabatan Bomba Malaysia… tidak lupa juga kepada pegawai belakang tabir, kumpulan hansard, media dan setiap yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung. Saya akui sesungguhnya sumbangan bakti tuan tidak kelihatan tetapi sesungguhnya ianya cukup memberi pertolongan yang tertinggi dalam menjayakan kejayaan setiap kali persidangan di Dewan yang mulia ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adalah tidak lengkap jika saya tidak melafazkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah bersama-sama merancang, melakar masa depan negeri Pahang. Sesungguhnya Tuanku sentiasa memberi pandangan prihatin dan teguran dalam menjayakan setiap pembangunan kita di negeri Pahang ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin menyampaikan satu, membaca satu firman Allah. Secara ringkas Bismillahirrahmanirrahim (bacaan Ayat Al-Quran). Maksudnya “Dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi di langit dan di bumi melainkan yang tercatat dalam kitab yang jelas Luh Mahfuz". (Ayat 75). Semoga firman Allah ini memberi keinsafan kepada kita di mana, ke mana dan bagaimana nasib dan masa depan kita dah tersurat dalam kitab yang jelas di Luh Mahfuz. Reda dan bertakwalah.
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya lagi sekali menyusun jari sepuluh memohon ampun maaf andai kata silap, kasar bahasa sepanjang saya menjalankan peraturan Dewan selama dua penggal ini. Saya berdoa mudah-mudahan Ahli-ahli Yang Berhormat akan terus bersama-sama lagi dan sekiranya tiada, kita menerima hakikat bahawa itulah perjuangan liku-liku hidup yang kita lalui.
Akhir sekali, minta maaf, saya juga rasa tidak lengkap jika tidak mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang selalu prihatin menyokong dan bersama-sama memberi pandangan dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih juga kepada ADUN Pelangai… ADUN Pelangai dan Menteri Besar ibarat dua adik kembar yang sentiasa membuat game changer terhadap negeri yang tercinta ini. Saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat boleh memberi tepukan kepada mereka berdua.
Apa yang baik daripada Allah SWT. Apa yang kurang adalah kelemahan saya sendiri.
Terkenang Indah Tasik Chini Tiupan bayu di waktu pagi Tamatlah sudah kita di sini Ada rezeki berjumpa lagi
Kisah Chini penglipurlara Diolah dalam pelbagai bahasa Majulah Pahang rakyat sejahtera Itulah perjuangan setiap masa
Dulu Teratai hidup melata Anak keli main di paya Ampun maaf saya pinta Sepanjang berkhidmat di Dewan yang mulia
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, marilah kita bersama-sama menutup tirai Penggal yang ke-14 ini tepat pada jam 1.32 tengah hari dengan bersama-sama membaca surah Al-Asr. Mudah-mudahan kita diberi semangat dan dirahmati Allah sekalian [bacaan Ayat Al-Quran].
Persidangan kita ditempohkan pada tarikh, masa yang akan dimaklumkan kemudian. Sekian. Wabillahi taufik wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Persidangan ditangguhkan.
[Persidangan ditempohkan pada jam 1.32 tengah hari]