Pahang · 29 December 2022

15th Assembly, 1st session, 1st meeting · 23 turns · 3,548 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Negeri Pahang Ke-15, di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari : Khamis, 29 Disember 2022

Bersamaan 5 Jamadilakhir1444 Hijrah

DOA

Perkara Pertama: Doa.

Bismillahirahmanirrahim. (Bahasa Arab) Segala puji bagi Allah, dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Mengasihani kepadaNya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat, pergaulan mudah-mudahan sentosa aman makmur limpah kebahagian meliputi penduduk Negeri Pahang ini.

Ya Allah kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyatNya sekelian. Ya Allah berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan taufikMu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. (Bahasa Arab) Ya Allah dipohon doa kami diperkenankan. Amin Ya Rabbal Alamin.

PEMASYHURAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PAHANG

Perkara Kedua: Pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Memanggil Dewan.

Setiausaha Dewan

“Bahawasanya Dewan Negeri Pahang Yang Keempat Belas telah dibubarkan pada 14 Oktober 2022. Dan bahawasanya Fasal (4) Perkara 26 Bahagian II Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang memperuntukkan bahawa Dewan Negeri baharu ini hendaklah dipanggil bersidang pada tarikh yang tidak lewat daripada sembilan puluh (90) hari dari tarikh pembubaran itu.

Maka oleh yang demikian, Beta, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah DK., SSAP., SIMP., pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada Beta di bawah Perkara 26 Bahagian II Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang dengan ini memanggil Dewan Negeri Pahang Bersidang dan menetapkan 29 Disember 2022 pada pukul 9.30 pagi sebagai tarikh dan waktu bagi permulaan Persidangan Pertama Penggal Pertama Dewan Negeri Pahang Yang Kelima Belas, yang akan diadakan di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Diperbuat di Pekan, pada 8 Disember 2022, dengan Titah Perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.” 2

PEMILIHAN YANG DI-PERTUA DEWAN NEGERI

Perkara Ketiga: Pemilihan Yang di-Pertua Dewan Negeri.

Setiausaha Dewan

Majlis Mesyuarat Dewan Negeri Pahang akan menjalankan urusan pemilihan Yang di-Pertua menurut Perkara 27 Fasal (1) dan (1A) Bahagian II Undang- undang Tubuh Kerajaan Pahang, dan menurut Peraturan Mesyuarat 1, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negeri Pahang.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi salam sejahtera. Tuan Setiausaha Majlis. Saya dengan ini membawa usul yang berbunyi iaitu:

“Yang Hormat Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Negeri dan Ahli Dewan Negeri (Tambahan). Beliau juga telah bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih.”

Saya berharap usul ini mendapat sokongan dari Dewan Yang Mulia ini. Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Setiausaha Majlis, saya menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang sebentar tadi. Terima kasih.

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul telah diterima dan disokong, maka dengan ini saya memasyhurkan bahawa Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negeri Pahang dan Ahli Dewan Negeri (Tambahan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Perkara Keempat: Yang di-Pertua Dewan Negeri Mengangkat Sumpah.

Saya mohon izin untuk mempersilakan Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan masuk ke dalam Dewan ini bagi mengangkat sumpah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bismillahirahmanirahim. Bahawa saya, Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin yang telah dipilih menjadi seorang Ahli Dewan Negeri (Tambahan) dan seterusnya dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan dengan sesungguhnya mengangkat sumpah atau berikrar bahawa saya dengan setianya akan menunaikan kewajipan sebagai Ahli Dewan Negeri dan Yang di-Pertua, dengan seberapa daya upaya saya dan saya akan benar-benar taat dan setia kepada negeri Pahang dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang. Wallahi, Wabilahi, Watallahi. Ya Allah, tolongi akan daku bagi yang demikian. 3

Setiausaha Dewan

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan menyarungkan jubah kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan.

[YAB. Menteri Besar Pahang menyarungkan jubah Yang di-Pertua kepada YB. Yang di-Pertua Dewan yang baru dilantik]. [Ahli Dewan menepuk meja.]

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan mengambil tempat dan seterusnya berucap kepada majlis. Ahli-ahli Yang Berhormat dimohon bangun.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Satu Pahang. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul yang dicadangan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mendapat sokongan dari Yang Berhormat Benta.

Alhamdulillah, saya memanjangkan rasa syukur kepada Allah SWT dan usul ini telah diterima dan telah mendapat sokongan dari Yang Berhormat. Saya akan menjalankan amanah ini dengan sebaik-baiknya dan menjaga Dewan Yang Mulia ini dengan penuh tanggungjawab dan saksama.

Saya akan berucap semasa penangguhan nanti. Terima kasih.

Pemilihan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negeri

Setiausaha Dewan

Perkara Kelima: Pemilihan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin membawa satu Usul di Dewan yang mulia ini yang berbunyi:

“Yang Berhormat Encik Lee Chin Chen, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bilut dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Pahang.”

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar sebentar tadi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul yang telah dicadangkan oleh Yang amat Berhormat Menteri Besar telah mendapat sokongan. Dengan ini saya memasyhurkan iaitu Yang Berhormat Encik Lee Chin Chen, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bilut dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Pahang.

4

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negeri Mengangkat Sumpah

Setiausaha Dewan

Perkara Keenam: Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negeri Mengangkat Sumpah

Encik Lee Chin ChenDAP · PHBilut

Bahawa saya, Lee Chin Chen yang telah dipilih menjadi seorang Ahli Dewan Negeri dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan dengan sesungguhnya mengangkat sumpah bahawa saya dengan setianya akan menunaikan kewajiban-kewajiban saya sebagai ahli Dewan Negeri dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan dengan seberapa sedaya upaya saya dan saya akan benar-benar taat dan setia kepada negeri Pahang dan akan memelihara, memperlindungi dan mempertahankan undang-undang tubuh Kerajaan Pahang.

Ahli-Ahli Dewan Negeri Mengangkat Sumpah

Setiausaha Dewan

Perkara Ketujuh: Ahli-Ahli Dewan Negeri Mengangkat Sumpah

Dengan ini saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Ahli Dewan Negeri Kawasan Jelai mendahului aturan mengangkat sumpah.

Bismillahirahmanirahim. Bahawa saya Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah dipilih menjadi seorang Ahli Dewan Negeri dengan sesungguhnya mengangkat sumpah atau berikrar bahawa saya dengan setianya akan menunaikan kewajiban-kewajiban saya sebagai Ahli Dewan Negeri dengan seberapa sedaya upaya saya dan saya akan benar-benar taat dan setia kepada negeri Pahang dan akan memelihara, memperllindungi dan mempertahankan undang-undang tubuh Kerajaan Pahang. Wallahi, Wabilahi, Watallahi. Ya Allah tolongi akan daku bagi yang demikian.

Setiausaha Dewan

Seterusnya Ahli-ahli Dewan Negeri Pahang seperti berikut mengangkat sumpah,

1. YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Haji Abd Razak

Ahli Dewan Negeri Kawasan Benta

2. YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad

Ahli Dewan Negeri Kawasan Kerdau

3. YB. Dato‘ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd. Ariff Ahli Dewan Negeri Kawasan Bebar

4. YB. Tuan Ir. Razali bin Kassim Ahli Dewan Negeri Kawasan Muadzam Shah

5.

YB. Dato' Sri Johari bin Harun Ahli Dewan Negeri Kawasan Pelangai.

5

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

YB. Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib Ahli Dewan Negeri Peramu Jaya

YB. Dato’ Sabariah binti Saidan Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai

YB. Encik Fadzli bin Mohamad Kamal Ahli Dewan Negeri Kawasan Dong

YB. Encik Sim Chon Siang Ahli Dewan Negeri Kawasan Teruntum

YB. Cik Leong Yu Man Ahli Dewan Negeri Triang

YB. Dato’ Sri Haji Shafik Fauzan bin Sharif Ahli Dewan Negeri Kawasan Inderapura

YB. Dato’ Abd Aziz bin Haji Mat Kiram Ahli Dewan Negeri Kawasan Batu Talam

YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Johari bin Haji Hussain Ahli Dewan Negeri Kawasan Tioman

YB. Dato’ Mustapa bin Long Ahli Dewan Negeri Kawasan Padang Tengku

YB. Encik Mohd Sharim bin Haji Md Zain Ahli Dewan Negeri Kawasan Chini

YB. Dato’ Rodzuan bin Zaaba Ahli Dewan Negeri Kawasan Jenderak

YB. Encik V Arumugam a/l A Verappa Pillai Ahli Dewan Negeri Kawasan Sabai

YB. Encik Khaizulnizam bin Mohamad Zuldin Ahli Dewan Negeri Kawasan Kemayan

YB. Encik Woo Chee Wan Ahli Dewan Negeri Kawasan Mentakab

YB. Encik Ho Chi Yang Ahli Dewan Negeri Kawasan Tanah Rata

YB. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji Ahli Dewan Negeri Kawasan Tras

YB. Encik Su Keong Siong Ahli Dewan Negeri Kawasan Ketari

YB. Encik Chan Chun Kuang Ahli Dewan Negeri Kawasan Semambu 24.

YB. Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man Ahli Dewan Negeri Kawasan Cheka 6

25.

26.

27.

28.

29.

30.

31.

32.

33.

34.

35.

36.

37.

38.

39.

40. YB. Tuan Haji Rosli bin Abdul Jabar Ahli Dewan Negeri Kawasan Tanjung Lumpur

YB. Tuan Haji Andansura bin Rabu Ahli Dewan Negeri Kawasan Beserah

YB. Encik Mohd Zakhwan bin Ahmad Badarddin Ahli Dewan Negeri Kawasan Tahan

YB. Tuan Haji Zuridan bin Mohd Daud Ahli Dewan Negeri Kawasan Damak

YB. Encik Mohd Tarmizi bin Yahaya Ahli Dewan Negeri Kawasan Panching

YB. Encik Mohd Sofian bin Abd Jalil Ahli Dewan Negeri Kawasan Luit

YB. Encik Mujibur Rahman bin Ishak Ahli Dewan Negeri Kawasan Chenor

YB. Encik Shahril Azman bin Abd Halim Ahli Dewan Negeri Kawasan Jengka

YB. Encik Yohanis bin Ahmad Ahli Dewan Negeri Kawasan Pulau Tawar

YB. Encik Mohamad Ayub bin Mat Ashri Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Lembing

YB. Encik Mohammad Rafiq Khan bin Ahmad Khan Ahli Dewan Negeri Kawasan Pulau Manis

YB. Encik Hasan bin Omar Ahli Dewan Negeri Kawasan Lanchang

YB. Encik Hassanuddin bin Salim Ahli Dewan Negeri Kawasan Kuala Semantan

YB. Encik Nazri bin Ahmad Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Ibam

YB. Encik Mohd Yazid bin Mohd Yunus Ahli Dewan Negeri Kawasan Lepar

YB. Dato' Jasri bin Jamaludin Ahli Dewan Negeri Kawasan Kuala Sentul

7

PENANGGUHAN

PenangguhanAdjournment

Setiausaha Dewan

Perkara Kelapan: Penangguhan.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon membawa cadangan bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Izinkan saya untuk menyampaikan ucapan pada mesyuarat kita pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat, hidayah serta keizinan-Nya maka Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Negeri Pahang Ke-15 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan tertib pada hari ini.

Pertamanya, patik merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku merestui pembentukan Kerajaan Negeri Pahang yang dibentuk menerusi gabungan parti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 yang telah berlangsung pada 19 November yang lalu. [Ahli Dewan menepuk meja]

Sesungguhnya, keprihatinan dan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam menyaksikan serta menguruskan pembentukan Kerajaan Negeri Pahang ini, mencerminkan kesungguhan dan komitmen Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk memastikan sebuah Kerajaan Negeri yang stabil dan kukuh dapat dibentuk demi manfaat rakyat dan negeri ini secara keseluruhannya. Insya-Allah, patik sekalian akan menggalas amanah, tanggungjawab serta kepercayaan besar ini dengan sepenuh jiwa raga dan hati nurani patik demi kepentingan rakyat dan Negeri Pahang Darul Makmur.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Mohd Sharkar bin Shamsudin atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negeri Pahang bagi Penggal Ke-15 ini. [Ahli Dewan menepuk meja] Saya yakin Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua mampu menggalas tanggungjawab serta menguruskan perjalanan Dewan Yang Mulia ini dengan baik dan penuh dedikasi seperti mana yang telah dilakukan oleh Yang di-Pertua Dewan Negeri pada penggal-penggal sebelum ini. Tahniah juga kepada Yang Berhormat Encik Lee Chin Chen atas pelantikan sebagai Timbalan Yang di-Pertua. Semoga Yang Berhormat turut berupaya melaksanakan tugas ini dengan baik dan cemerlang [Ahli Dewan menepuk meja].

Saya dengan rasa sukacita dan berbesar hati juga merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada mantan Yang di-Pertua Dewan Negeri Pahang iaitu YH. Dato’ Sri Ishak bin Muhamad dan mantan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Pahang iaitu YH. Dato’ Sri Mohamed bin Jaafar atas segala jasa dan sumbangan besar menguruskan perjalanan Dewan yang mulia ini dengan penuh bijaksana, adil dan saksama. [Ahli Dewan menepuk meja] Sesungguhnya budi dan jasa Dato’ Sri Ishak bin Muhamad dan 8

Dato’ Sri Mohamed bin Jaafar akan sentiasa dikenang dan dijadikan tauladan kepada kita semua, Insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Seterusnya, saya ingin menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memenangi kerusi Dewan Negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 yang lalu. Alhamdulillah, semua Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negeri Pahang Ke-15 sebentar tadi. Oleh itu, bermulalah tugas dan amanah secara rasminya Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai wakil rakyat yang mewakili kawasan Dewan Negeri masing-masing. Sudah pastinya tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat cukup penting dan menuntut pengorbanan yang besar terutamanya dalam memastikan kebajikan setiap rakyat sentiasa terjaga.

Namun, dalam soal ini, saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sama ada dari blok Kerajaan mahupun daripada blok pembangkang agar sentiasa berhemah ketika mengemukakan hujah, saling hormat-menghormati serta tidak bertindak keterlaluan sehingga mengguris perasaan mana-mana pihak. Sekarang adalah masa untuk berkhidmat kepada rakyat serta menunaikan janji serta komitmen yang telah kita zahirkan ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 yang lalu.

Negeri ini perlu dibangunkan atas asas kestabilan politik yang kukuh agar pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan tersusun dan sektor ekonomi negeri dapat dipacu ke arah yang lebih baik. Kita perlu bergerak ke hadapan dan sebagai Kerajaan Negeri, kami akan berusaha sedaya upaya melaksanakan apa yang telah dirancang sebelum ini terutamanya menerusi Belanjawan 2023 yang telah pun diluluskan di Dewan yang mulia ini pada penggal yang lalu. Manakala, bagi blok pembangkang pula, saya pinta Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian agar dapat menjalankan fungsi semak dan imbang dengan sebaik-baiknya demi memastikan negeri ini terus kekal maju dan berdaya saing.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Melihat kepada pakaian kita pada hari ini, memang jelas daripada blok Kerajaan hitam, blok Pembangkang putih. Ianya melambangkan bendera Negeri Pahang [Ahli Dewan menepuk meja]. Walaupun kita tidak ada kesepakatan, tidak berbincang dan ini adalah secara kebetulan dan ini juga merupakan satu petanda yang sangat baik untuk negeri Pahang dan juga bagi Kerajaan Negeri Pahang, insya-Allah.

Yang berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Akhir sekali, marilah kita sama-sama berusaha dan mendoakan agar tempoh lima tahun ini akan menjadi satu penggal yang menyaksikan kebangkitan Pahang menjadi negeri yang stabil, makmur dan harmoni insya-Allah.

Sekawan tempua terbang rapat, Terbang beriring burung kenari, Tahniah kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Marilah berganding makmurkan Negeri Pahang.

Wabillahitaufikwalhidayah wassalamualalikum w.b.t. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

9

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar.

Yang di-Pertua (Speaker)

Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Majlis Angkat Sumpah Dewan Undangan Negeri Pahang telah pun selesai dan seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi bahawa walaupun kita tak sepakat, tetapi kita lihat petanda-petanda itu sangat baik di mana bendera negeri Pahang dipamerkan di dalam Dewan yang mulia ini. Hitam Kerajaan dan putih Pembangkang [Ahli Dewan menepuk meja].

Ada beberapa perkara yang ingin saya sampaikan. Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail kerana telah berjaya menubuhkan Kerajaan Campuran antara Barisan Nasional, BN dan Pakatan Harapan, PH setelah tiada satu pun parti politik yang memperolehi majoriti mudah bagi membentuk Kerajaan Negeri selepas PRU yang ke-15 yang lalu.

Saya percaya tentunya gabungan Kerajaan Campuran ini dibuat atas dasar keselesaan antara satu sama lain dan mengenepikan sentimen politik serta perbezaan ideologi. Sebaliknya memberikan keutamaan demi kestabilan dan kemakmuran Negeri Pahang. Dari segi kiraan kerusi, Kerajaan Campuran ini 25 blok Kerajaan dan manakala blok Pembangkang mempunyai 17. Tahniah kepada Barisan EXCO Kerajaan Negeri yang telah dilantik seramai 10 orang iaitu 8 daripada BN dan 2 daripada PH. Saya yakin dan percaya EXCO yang dilantik terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan baru ini mempunyai kepelbagaian latar belakang, mampu menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan baik.

Tahniah dan juga terima kasih di atas lantikan Timbalan Yang di-Pertua iaitu YB. Bilut yang akan membantu saya di setiap kali persidangan Dewan. Pelantikan semula YAB. Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail sudah tentu berdasarkan kepada prestasi dan track record yang beliau tunjukkan di penggal yang lalu. Keupayaan menjana hasil lebih RM1 bilion pendapatan negeri dan menarik pelaburan RM20.56 bilion pelabur adalah di antara kejayaan yang ditunjukkan oleh beliau.

Kejayaan ini membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan YAB. Dato Sri Menteri Besar dalam memelihara kemakmuran dan kesejahteraan rakyat serta menambahbaikkan struktur pentadbiran dan hasil negeri, “Tiada Janji Lihat Bukti, This Is Pahang”. Selain pada itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada YAB. Dato' Sri Anwar bin Ibrahim kerana telah dipilih sebagai Perdana Menteri yang ke-10. Situasi di peringkat Kerajaan Pusat berbeza dengan Kerajaan Negeri Pahang.

Di peringkat pusat, kerajaan ditubuhkan adalah sebuah Kerajaan Perpaduan setelah ianya dititahkan oleh KDYMM Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Majlis Raja Raja Melayu. Situasi ini berlaku kerana tiada satu parti politik pun yang memperolehi majoriti mudah untuk menubuhkan Kerajaan Pusat selepas PRU yang lalu dan tiada kesepakatan hasil rundingan antara parti-parti politik. Akhirnya, KDYMM Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu mengesyorkan supaya ditubuhkan Kerajaan Perpaduan dan terserahlah kepada parti-parti politik untuk bergabung di dalam Kerajaan tersebut. Hasil gabungan yang 10

disepakati, YAB. Dato Sri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri dan YAB. Dato Sri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tahniah juga kita ucapkan kepada Ahli-ahli Kabinet yang dilantik.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh YAB. Perdana Menteri akan berjaya bagi menyelesaikan masalah rakyat, mengurangkan hutang negara, memerangi rasuah, menangani kos sara hidup yang tinggi, mengecilkan kadar pengangguran dan menjadikan negara ini sebuah negara yang disebut di dalam al-Quran Baldatun Taibatan Warabul Rauful sebuah negara yang makmur dan subur serta penduduknya selalu bersyukur atas nikmat yang mereka terima.

Terima kasih diucapkan kepada mantan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri yang lalu iaitu YH. Dato’ Sri Muhammad Ishak bin Muhammad dan mantan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri yang lalu YH Dato' Mohammad bin Jaafar, yang telah menjalankan tugas dengan baik. Kita mendoakan semoga kedua-dua Yang Hormat diberkati dan dirahmati Allah SWT, Amin.

Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita semua telahpun dipilih oleh rakyat di PRU yang ke-15 yang lalu. Antara Ahli-ahli Yang Berhormat pernah menjadi pembangkang dan pernah juga menjadi Kerajaan. Kepada Yang Berhormat menjadi Kerajaan, laksanakanlah tugas dengan baik demi rakyat dan negeri ini. Kepada Yang Berhormat blok pembangkang, jadilah pembangkang yang baik dan berhemah supaya elemen semak dan imbang dapat diterjemahkan di dalam Dewan yang mulia ini. Bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang baharu, saya ingin mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas. Jawatan Yang Berhormat ini adalah merupakan taklif iaitu amanah, bukannya tashrif iaitu kebanggaan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri sudahpun dibentuk. Marilah kita sama-sama akur dan menghormati proses demokrasi serta menerima keputusan PRU yang lalu dengan tenang dan berlapang dada. Demi menjaga keutuhan negeri dan negara kerana negara ini umpama harta pusaka, yang mana setiap pemimpin adalah pemegang amanah. Kepada seluruh rakyat negeri Pahang ini, marilah kita sama-sama berdoa agar negara Malaysia dan negeri Pahang yang tercinta ini sentiasa dirahmati Allah SWT serta dilindungi daripada segala bentuk bencana dan musibah.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, selepas ini pulanglah kita ke kawasan masing-masing, jalankanlah tugas, amanah dan janji-janji serta manifesto yang dibuat di PRU yang lalu. Rakyat akan menilai segala-galanya. Taburkanlah khidmat dengan cemerlang dekatilah rakyat, dengar, hidu dan hiruplah segala bentuk keluhan dan rintihan rakyat. Mahkamah rakyat akan kembali mengadili kita selepas ini apabila sampai waktunya. Bagi pihak Dewan Undangan Negeri, patik menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Sesungguhnya berkat kedaulatan dan keprihatinan kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, InsyaAllah negeri Pahang akan terus ke arah kehidupan rakyat yang lebih aman, bersepadu, makmur, stabil, sejahtera dan bertoleransi. Dirgahayu Tuanku.

Akhirnya, saya ingin memetik kata-kata yang pernah disebut oleh seorang ahli falsafah Rom yang terkenal iaitu Aristotle. All human actions have one or more of these seven causes. Chance, nature, compulsions, habit, reason, patience and desire. Atau semua tindakan manusia, terjemahan dia, terjadi berdasarkan satu atau lebih daripada tujuh sebab ini. 11

Pertamanya peluang. Yang kedua, semula jadi. Yang ketiganya, paksaan. Yang keempatnya, tabiat. Yang kelimanya, sebab atau reason. Sebab. Yang keenamnya, kesungguhan. Dan yang ke tujuhnya, keinginan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menangguhkan Dewan pada kali ini, ada beberapa perkara yang patut saya maklumkan terkini. Dewan Negeri ada memberikan setiap Ahli Yang Berhormat lencana kenderaan, buku peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negeri Pahang. Diharap Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dapat membacanya sebagai panduan. Buku warna merah ini.

Yang kedua, seterusnya. Selepas penangguhan Dewan Negeri, sesi bergambar berkumpulan akan diadakan di pekarangan Dewan Negeri. Manakala sesi bergambar individu akan diadakan di bilik rehat ADUN. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih belum mengambil gambar secara individu, bolehlah melaksanakannya selepas menikmati jamuan yang disediakan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, marilah kita sama-sama membaca Surah Al Asr [Bacaan Ayat Al Quran]. Sekian Persidangan ditangguhkan. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Persidangan ditangguhkan jam 11.05 pagi]