Pahang · 9 May 2023

15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 253 turns · 35,068 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari

: Selasa, 9 Mei 2023

Bersamaan 18 Syawal 1444Hijriah

DOA

Perkara pertama: Bacaan doa.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bismilahirrahmanirrahim [Ayat al-Quran]. Segala puji bagi Allah di buka Mesyuarat Dewan Negeri yang menyebut nama Allah, yang maha pemurah, yang maha mengasihani kepada-Nya terpulang segala puji- pujian. Ya Allah yang bersifat maha hikmah limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman makmur limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekelian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufiq-Mu dipohonkan menyuluh memandukan kepada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran, kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah dipohon doa kami diperkenanakan. Amin Ya Rabbal A’lamin.

Baiklah, untuk meneruskan Aturan Urusan Mesyuarat pada kali ini, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Sabai mengemukakan pertanyaan yang pertama.

[Gangguan Audio]

[Kerugian dan trauma yang dialami mangsa Insiden banjir Disember 2021 memang tidak terkata walau berapa pampasan dan bantuan disediakan oleh kerajaan. Projek tebatan banjir adalah langkah wajib bagi mengurangkan risiko banjir berulang. Apakah perkembangan projek tebatan banjir di seluruh negeri Pahang, khasnya di Daerah Bentong?]

Assalamualaikum WBT. Selamat pagi salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat daripada Sabai yang nampaknya begitu prihatin berhubung dengan tebatan banjir kerana Yang Berhormat ini faham bahawa di negeri kita ini kadang-kadang Yang Berhormat Yang di-Pertua sampai 2 kali banjir.

Yang di-Pertua (Speaker)

2 kali setahun.

Jadi, ya 2 kali setahun. Cuma hari ini soalan itu biar jelas sikit. Lazimnya, saya ingin mengemukakan soalan nombor satu [kurang jelas]. Sebab boleh jimatkan masa ni.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Pengairan dan Saliran ataupun JPS sedang melaksanakan 4 projek merangkumi Rancangan Tebatan Banjir ataupun kita selalu sebut RTB dan Pembangunan Lembaga Sungai Bersepadu yang kita selalu sebut PLSB dengan kos keseluruhan projek sebanyak RM501.46 juta yang telah pun diluluskan. Manakala status projek-projek RPB tersebut adalah seperti berikut:

Yang pertama, tajuk projek RTB Pekan Fasa II - Parcel 2 Pembinaan levee Sungai Pahang. Levee ini technical term kalau tak silap saya... Dato’ Sri daripada Benta ni engineer, ban.. ban dia lebih kurang begitulah... ban tapi bahasa cantiknya levee. Buat di daerah Pekan. Kod kerjanya ialah Pembangunan Lembangan Sungai dengan membina tebatan banjir sungai di kawasan Pekan serta kerja-kerja berkaitan. Status projek ini untuk makluman Yang Berhormat daripada Sabai 69%. Tarikh mula siap… tarikh mula 10 Julai 2017 dan dijangka siap sepatutnya telah siap tapi ada masalah teknikal dan kontraktor, ianya berlaku sedikit kelewatan.

Manakala yang kedua ialah PLSB Sungai Kuantan Pakej 1 - menaik taraf Sungai Belat dan membina struktur pencegah banjir. Ini di dalam daerah Kuantan. Skop kerjanya ialah pembangunan lembangan sungai dengan membina tebatan banjir sungai di kawasan Sungai Belat, Kuantan serta kerja-kerja berkaitan. Ini hampir 100% Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, iaitu 99.73%. Cumanya sekarang ini pihak kontraktor memerlukan sedikit masa lebih kurang 3 bulan bagi tujuan kemasukan bekalan elektrik.

Yang ketiga iaitu projek PLSB Sungai Kuantan Pakej 3 membina ban pencegah banjir di Perkampungan Cenderawasih serta mempertingkatkan ban sedia ada di Perkampungan Sungai Isap. Ini di daerah Kuantan dan baru bermula kerja sahaja lebih kurang 3%.

Yang keempat ialah RTB Sungai Semantan, Temerloh Fasa 1, Temerloh. Yang ini saya masih ingat Dato' Sri Speaker, mohon dari Kementerian. Alhamdulillah telah pun diluluskan. Iaitu membina ban tebatan banjir yang merangkumi kawasan bandar Mentakab serta kerja yang berkaitan. Ini pun baru mula sahaja lebih kurang 8%.

Manakala terdapat 3 lagi projek yang sedang dalam peringkat reka bentuk dan pelantikan kontraktor dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM168.7 juta. Projek tersebut adalah seperti berikut:

Yang pertama RTB Sungai Jelai, Lipis Fasa 1 di daerah Lipis, iaitu membina ban tebatan banjir untuk kawasan di sekitar Sungai Jelai, Lipis serta kerja yang berkaitan. Status projek ini masih di peringkat reka bentuk oleh kontraktor yang dilantik oleh JPS Malaysia.

Yang kedua ialah PLSB Sungai Kuantan Pakej 2 - Sungai Pandan dan Sungai Kuantan. Skop kerjanya ialah membina ban tebatan... ban tebatan pencegah banjir di Sungai Pandan dan Sungai Kuantan di Bukit Rangin serta kerja yang berkaitan. Statusnya ialah masih di peringkat perolehan oleh JPS Malaysia. Tender telah dikeluarkan pada 11 April 2023 dan akhir sekali ialah RTB Tanjung Gahai, Lipis di

daerah Lipis, membina ban tebatan banjir yang merangkumi kawasan Tanjung Gahai serta kerja yang berkaitan. Statusnya ialah dalam proses pelantikan kontraktor oleh JPS Pahang. Ini adalah peruntukan Kerajaan Negeri dengan kos sebanyak RM7.7 juta.

Manakala bagi daerah Bentong, YB Sabai sebenarnya nak tunggu yang ini lah, daerah Bentong. Bagi daerah Bentong, Kerajaan Negeri melalui JPS telah membuat kertas permohonan cadangan RTB Bentong secara off-budget kepada Kerajaan Persekutuan dengan anggaran kos sebanyak RM410 juta pada tahun 2022 dan sehingga kini cadangan projek ini masih dalam tindakan Kerajaan Persekutuan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

[Berapakah jumlah keluasan tanah yang telah diusahakan sebagai penanaman padi di kawasan Chenor dan Negeri Pahang serta berapakah jumlah tan metrik yang dapat dihasikan dalam setahun?]

Assalamulaikum WBT. Wakil Chenor bangkitkan tentang penanaman padi khususnya di kawasan Chenor dan di negeri Pahang iaitu berapa kawasan yang terlibat dan juga hasil jumlah tan metrik yang dapat dihasikan dalam setahun.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Sebenarnya soalan ini kalau berkaitan dengan padi Yang Berhormat Dato’ Sri yang [kurang jelas] dengan izin, boleh menjawab dengan lebih detail penanaman padi, pengeluaran dan juga beras hasil daripada pemprosesan padi. Jadi, kalau ada soalan-soalan tambahan ya berkaitan dengan padi secara khususnya Yang Amat Berhormat Dato' Sri boleh respons ya.... antara pegawai kanan BERNAS yang cukup prihatin dan berpengalaman luas ini… isu padi.

Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini Dato' Sri Yang di-Pertua, luas kawasan padi di daerah Maran sendiri berjumlah 377 hektar. Luas kawasan padi yang terletak dalam kawasan DUN Chenor berjumlah 348 hektar dan baki 29 hektar lagi terletak di luar iaitu dalam kawasan DUN Luit tetap… tetapi kalau kita lihat dari segi kawasan-kawasan penanaman padi di DUN Chenor, saya nak maklumkan Paya Kertau. Paya Kertau ada 93 hektar skim kecil dipanggil er… skim kecil ini skim tak boleh tanam 2 kali setahun menggunakan.... [kurang jelas] dan sebagainya.

Paya Chenor Seberang 66 hektar, Paya Sentang 79 hektar, yang ini di luar skim, yang itu ditanam di luar skim ini ditanam sekali setahun mengharapkan air hujan. Paya Pesagi 62 hektar, Paya Baharu Bukit Cempedak 48 hektar dan dalam tahun 2022, luas kawasan er… padi di DUN Chenor ini ialah semuanya 263 hektar. Dengan hasil jumlah yang dikeluarkan 817.34 metrik tan, iaitu purata hasil lebih kurang 3.1 metrik tan per hektar dan pencapaian pengeluaran negeri Pahang bagi musim pertama pada tahun 2021/2022 adalah jumlahnya 33,464.72 metrik tan, iaitu purata hasil sehektar ialah 3.88 dan kalau kita lihat misal contoh perbandingan peringkat nasional 2020. Peringkat nasional 3.654 metrik tan per hektar dan tahun 2021, 3.768 metrik tan per hektar.

Jadi, kita Pahang 3.88 tinggi sikit pada purata nasional dan er… saya ada memaklumkan makna kalau misal contohnya kita di Pahang ni kita ada kawasan jelapang padi. Kita difahamkan kita ada kawasan yang baharu tidak satu di Rompin satu lagi di Pekan dan dikendalikan oleh IADA, IADA bukan nama orang ya. ingat IADA Pekan, IADA Rompin, IADA kita sebut 'AIDA', Integrated Agriculture Development Authority ataupun dengan izin ya, Agensi Pembangunan Pertanian Bersepadu Rompin dan di Pekan. Dan di Rom… di Pekan ada 6,199 hektar, di Rompin ada 2,920 hektar semuanya di bawah jelapang padi seluas 9,119 hektar. Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Dato' Sri Tuan Yang di-Pertua,

Saya cuma nak tahu rancangan masa depan ya. Kemudian tanaman padi ini berkaitan dengan food security negeri. Terima kasih.

[GANGGUAN AUDIO]

... padi paya itu satu saya tengok itu. Mungkin nanti kalau boleh kita lihat sejarah, mengapa jadi begitu. Ada setengah tempat itu, dia cukup tempa. Tapi saya rasa itulah cabaran kita insya-Allah. Saya yakin bahawasanya ...

er... boleh mencelah sedikit?

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh.

Saya setuju dengan apa yang EXCO cakap tadi. Sebabnya pertanian tanah ini penting. Contohnya apabila kita melihat sendiri Musang King. Kalau kita makan Musang King di daerah Raub lebih sedap daripada kawasan lain.

Betul itu Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, betul. Bila ADUN apa nama… Tras maklum begitu, memang tepat sekali kata ...

Yang di-Pertua (Speaker)

Dia lebih betul lagi ADUN Tras ini dengan kerajaan sekarang [ketawa].

Bak kata orang muda-muda la, padu lah. Tapi sebenarnya saya tengok, tengok saya bagi contoh Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, ini ADUN Cheka. Macam gitu. Di kawasan saya, lain benar Yang Berhomat. Macam mana kalau kita makan keladi kemahang di kawasan Budu, di kawasan perhutanan kita tak dapat. Tapi cuba pergi ke kawasan Tanjung Lumpur, letak keladi di Tanjung Lumpur, tak merah katanya.

Maknanya hatta tanah yang sama, keladi kemahang dia kata. Sebab kawasan tertentu itu sesuai. Kalau di Budu, di Kemahal, maknanya kawasan Benta lah, insya-Allah ada juga sedikit belah-belah Raub tu, betul tak ini sahabat saya daripada er... maknanya bayangkan kalau demam itu Yang Berhormat Dato' Sri, maknanya peratus yang tidak ... tapi kalau diambil letak sekali, dia keluar pada kawasan itu, dia buat .. Maknanya kawasan tak kena, kawasan itu kena sesuai dengan tanah.

Saya ingat ini cabaran dia dan insya-Allah. Tetapi setakat ini IADA Pekan nampak ini… Rompin sedang mengusahakan penanaman padi ini secara bersungguh-sungguh. Kita terpaksa ratakan dia punya paya, dulunya dia tidak sama. Jadi bila kita bekalkan air contohnya, dia tidak sama dan yang paling utama sekali ialah sikap petani. Ini yang sebenarnya yang kadang-kadang dia tanamnya apa namanya… variety-variety yang dia luar daripada setengah kawalan-kawalan ataupun cadangan-cadangan daripada agensi.

Namun insya-Allah ya, pandangan daripada Yang Berhormat Cheka tadi kita ambil kira dan cabaran kita ialah untuk meningkatkan daripada 3 er... lebih metrik tan per hektar ini kepada tahap Sekinchan yang pergi 13, 14 metrik tan sehektar, yang ini kita usahakan insya-Allah.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

[Berapakah jumlah terkini guru berstatus tidak tetap di Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan apakah usaha Kerajaan Negeri agar mereka diserap ke jawatan guru tetap?]

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya daripada Ibam yang mempersoalkan mengenai guru-guru sementara ataupun guru-guru yang berstatus tidak tetap di sekolah agama. Berapa ramaikah dan apakah usaha kerajaan bagi membantu mereka supaya menjawat jawatan tetap di sekolah-sekolah agama.

Sebenarnya kita ada 168 orang guru yang tidak berjawatan tetap di sekolah menengah agama. Usaha kerajaan memang banyak untuk apa… membantu sekolah-sekolah agama ini supaya perjawatan mereka itu dapat dibantu dari semasa ke semasa tetapi untuk kita maklum di Dewan Yang Mulia ini, perjawatan sebenarnya di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Kerajaan Persekutuan.

Jadi kita boleh memohon dari semasa ke semasa untuk mendapat perjawatan yang lebih banyak supaya kita boleh tawarkan kepada guru-guru yang berjawatan tidak tetap dan guru-guru ini bolehlah memohon secara online di apa… online JPA supaya apabila ada perjawatan itu dibuka dan temuduga dipanggil mereka bolehlah, terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

[Infrastruktur - Jalan

a) Berapakah peruntukan membaiki jalan-jalan Persekutuan dan Negeri mengikut daerah-daerah dalam Negeri Pahang pada tahun 2023?

b) Mohon menurap semula jalan bermula daripada simpang Bandar Lanchang, laluan Kampung Mempatih sehingga Felda Lakum sejauh 15 kilometer.

c) Berapakah peruntukan jalan-jalan Pembangunan Luar Bandar (PLB) untuk daerah-daerah dalam Negeri Pahang?]

Terima kasih Yang Berhormat,

Bismillahirrahmanirrahim

Yang di-Pertua (Speaker)

4 ini ya…. 4 lagi.

Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih kepada Encik Hassan daripada ADUN kawasan Lanchang kerana telah mengemukakan pertanyaan ke-4 ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Permohonan peruntukan untuk membaiki jalan-jalan Persekutuan bagi… untuk tempoh tahun 2023, yang berjumlah RM414 juta yang kita pohon dan mengikut daerah-daerahnya, yang pertama Bentong RM19 juta, Bera RM38 juta, Cameron Highlands RM14 juta, Jerantut RM19 juta, Kuantan RM177 juta, Lipis RM45 juta, Maran RM23 juta, Pekan RM14 juta, Raub RM10 juta, Rompin RM21 juta, Temerloh RM30 juta. Tempoh peruntukan untuk tahun 2023.

Manakala permohonan peruntukan untuk Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM200 juta. Kos pembaikan jalan negeri di bawah peruntukan MARRIS di mana agihan mengikut daerah adalah seperti berikut. Yang pertamanya Bentong RM9 juta, Bera RM12 juta, Cameron Highlands RM8 juta, Jerantut RM13 juta, Kuantan RM23 juta, Lipis RM21 juta, Maran RM15 juta, Pekan RM18 juta, Raub RM19 juta, Rompin RM18 juta dan Temerloh RM25 juta.

Dan ... mengikut pecahan-pecahan daerah peruntukan yang dipohon. Bagi menjawab soalan (b) Yang di-Pertua, pihak JKR kita telah mengemukakan permohonan untuk peruntukan bagi pembaikan jalan yang sebagaimana yang ditanyakan ADUN Lanchang, kepada pihak cawangan senggara CSFJ dan JKR Malaysia pada 3 Januari 2023 untuk pertimbangan dan juga kelulusan oleh pihak Kementerian Kerja Raya dan kerja-kerja pembaikan hanya akan dilaksanakan setelah kelulusan peruntukan dari Kementerian Kerja Raya ini diluluskan kelak.

Bagi menjawab soalan (c), peruntukan jalan-jalan pembangunan buat sementara ini untuk tahun 2023 adalah bergantung kepada kelulusan yang dimohon oleh agensi-agensi berkaitan bagi daerah-daerah yang berkaitan.

Tidak tetap, maknanya bergantung kepada permohonan. Jalan-jalan kampung ke jalan… bergantung kepada permohonan daripada setiap daerah-daerah yang dikemukakan oleh wakil rakyat masing-masing.

[GANGGUAN AUDIO]

... takda atap la Tuan Yang di-Pertua, begitu juga jalan. Sebagai contoh kita beritahu. 3 tahun yang lepas, negeri Pahang kita, kita mohon RM273 juta. Kemudian diluluskan hanya RM147 juta. Hanya 47% tak cukup, tolak begitu sahaja. 2021 kita mohon RM230 juta diluluskan RM150 juta oleh Kerajaan Persekutuan dan 2022 kita mohon RM300 juta, yang diluluskan hanya RM132 juta. Tak cukup lagi nak [tidak jelas] dan benda ini berlaku seterusnya. Dan apabila jalan ini tidak diselenggara dengan baik, ia akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk. Jalan ini dia 7 tahun sahaja jangka hayat dia. Makna kalau daripada 2015 Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita hanya diluluskan 40% sampai sekarang ini dah melebihi 7 tahun.

Bayangkan lah kita dalam musim tengkujuh. Musim tengkujuh, negeri Pahang dah la tak dapat bajet yang mencukupi, akhirnya hujan yang lebat jalan pun telah [tidak jelas] yang itu semua jadi tercabut. Tapi kita harapkan pada masa akan datang ni peruntukan yang lebih baik dapat kita terima untuk kerajaan negeri Pahang. Dan kita juga sedia maklum kekangan kewangan juga memainkan peranan penting dalam pengagihan peruntukan kepada kerajaan negeri. Bukan kerajaan kita je nak. Kerajaan Kelantan pun nak, Kerajaan Terengganu pun nak. Baiki jalan ni bukan kita je yang bermasalah satu Malaysia bermasalah.

Khususnya kepada pantai timur Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang semuanya jalan bermasalah. Jadi kita haraplah tuan Yang di-Pertua dari tahap peruntukan kerajaan negeri dapat diterima untuk memastikan kualiti jalan raya di Pahang ini akan lebih bertambah baik demi masa akan datang. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan berikutnya.

[Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Felda Sungai Retang

a) Projek PGBF di Sg Retang telah dijenamakan semula kepada Rumah Pahang yang diuruskan oleh Kerajaan Negeri, berapa unit yang akan dibina dan berapa unit yang telah siap?

b) Bilakah rumah tersebut mula dijual atau boleh dibeli?

c) Bagaimanakah cara jualan rumah tersebut dan apakah kelayakan untuk membelinya?

d) Sekiranya jualan rumah tersebut melalui e-Perumahan Pahang, berapa % khusus untuk generasi baru di Felda Sg Retang?

e) Bagaimanakah status pemilikan rumah tersebut? Hakmilik kekal atau pajakan?]

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Bismillahirrahmanirrahim Assalamulaikum WBT selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua begitu juga kepada Tahan yang mengemukakan soalan berkaitan dengan Projek Generasi Baharu Felda (PGBF) di Felda Sungai Retang. Soalannya ada lima sub soalan berkaitan dengan berapa unit yang akan dibina dan berapa unit telah siap. Kedua kerajaan negeri telah mengambil alih 10 tapak projek PGBF yang telah terbengkalai dari pihak FELDA untuk dibangunkan semula mulai 12 April 2021. Pembangunan semula projek ini adalah melalui kaedah kerjasama dengan pihak pemaju di mana kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang peruntukan kewangan sebaliknya kerajaan negeri memperolehi penempatan dari pembangunan ini. Er... berkaitan dengan berapa unit yang di er... bina bagi projek rumah Pahang er... di FELDA Sungai Retang, sebanyak empat ratus unit akan dibina secara fasa di mana pembangunan fasa pertama melibatkan baik pulih sebanyak 104 unit dan dijangka siap pada Disember 2023.

Soalan seterusnya berkaitan dengan bila rumah tersebut mula dijual atau boleh dibeli?

Permohonan bagi rumah Pahang telah mula dibuka sebenarnya pada 11 November 2022 dan boleh dipohon melalui sistem e-Perumahan berdasarkan kelayakan-kelayakan seperti berikut:

Pertamanya, pemohon adalah dari golongan generasi kedua peneroka FELDA atau sepenuhnya menetap atau bekerja di negeri Pahang dalam rancangan berkenaan atau dalam gugusan rancangan yang sama. Seterusnya Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat di bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Ketiga jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan. Keempat, tidak mempunyai tanah atau rumah atau kedua-dua sekali yang didaftarkan atas nama pemohon atau suami/isteri permohonan tersebut.

Seterusnya, tidak pernah memiliki kediaman yang sama atau nama isteri dan bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh kerajaan dan akhirnya yang menetap di negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang pada lima tahun.

Soalan seterusnya berkaitan dengan kelayakan untuk membelinya. Er... Jualan akan dibuat melalui Perjanjian Sewa Beli, Sales and Purchase Agreement dengan izin, di antara pembeli dan pemaju selepas pembeli lulus semakan kelayakan sebagaimana syarat-syarat yang disebutkan tadi. Pembeli boleh memohon pinjaman perumahan menerusi Institusi Kewangan atau Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

Dan soalan seterusnya Tahan bertanya tentang berapa peratus khusus untuk generasi baru di Felda Sg Retang? Pemohon adalah… pemohon up data melalui e-Perumahan untuk tapisan. Perhatian projek termasuk projek seratus peratus dikhususkan untuk generasi kedua FELDA atau yang menetap atau yang bekerja di dalam kawasan berkenaan sahaja atau dalam gugusan yang sama. Keutamaan diberi kepada pemohon dan kepada pemohon yang di kawasan yang sama. Jadi itu tadi tentang status pemilikan rumah sama ada status pemilikannya hak milik kekal atau pajakan. So, status pemilikannya adalah pajakan selama 99 tahun mengikut [tidak jelas]

Dato' Seri Yang di-Pertua soalan tambahan saya pertama sekali yang pertama.

[GANGGUAN AUDIO]

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih. Pertama berkenaan dengan er... Pinjaman yang tidak .... untuk makluman. Pinjamanya ialah melalui institut kewangan-kewangan daripada kewangan yang dan er... kepada yang tidak memiliki slip gaji er... sebenarnya er... kita telah berusaha untuk membantu mereka-mereka yang er... mencari kaedah bagaimana untuk membantu kepada mereka yang tidak mempunyai slip gaji dan ini lah perhatian dan tindakan kerajaan membantu mereka yang tidak mempunyai slip gaji. Kemudian, berkenaan dengan progress kerja ... sebelum ini pihak kontraktor ada masalah. Projek bermula tahun 2021 di dalam situasi COVID-19 dan memang ada kelewatan dan kita akan tengok balik apa puncanya dan terima kasih lah kepada Tahan yang bagi… yang kemukakan soalan ni dan semak balik dengan pihak pemaju apa masalah yang dihadapi.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Yang Berhormat Dato' Sri. Soalan tambahan. Pada musim pilihan raya baru ni saya lihat projek itu telah dijalankan telah dimulakan tapi sekarang projek itu telah terbengkalai semula setelah sekian lama setelah saya ingat dua penggal projek terbengkalai. Jadi saya nak tahu status projek Perumahan di FELDA Bukit 1 er... Bukit Sagu 1 tu sekarang dan saya ingin penjelasan kaitan dengan apa yang disebutkan tadi er... Kerajaan tidak kerajaan negeri tidak mengeluarkan modal ke? Sebaliknya mendapat untung daripada projek tersebut. Boleh tolong jelaskan. Terima kasih.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Projek yang di Bukit Sagu?

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

FELDA Bukit Sagu 1. Eh… FELDA Bukit Sagu 2

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat nak bercakap kene berdiri. Ini bukan Mesyuarat JKK.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Minta Maaf Yang di-Pertua.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih kepada Sungai Lembing yang mengemukakan soalan tambahan. Yang Bukit Sagu 1 ini dia termasuk dalam sepuluh… sepuluh yang di bawah er... dengan kerajaan Kerajaan Negeri projek melalui pemaju ini. Jadi yang terbengkalai tu ialah semasa sebelum ini dan sekarang ini dah melalui pemaju dalam proses pembinaan. Jadi er... ini juga sikit akan pantaulah dari semasa ke semasa er... pastikan ia berjalan seperti dirancang. Sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Seterusnya...

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

[Apakah status terkini draf Rancangan Daerah Tempatan Bentong (RTD) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Janda Baik? Adakah kerajaan Negeri sudi mempertimbangkan pembatalan perancangan tersebut?]

Dato' Sri Johari bin HarunUMNO · BNPelangai

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Selamat sejahtera dan selamat pagi. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Ketari atas soalan yang dikemukakan. Yang Berhormat Ketari er... bertanyakan tentang status RTD Bentong dan juga RKK Janda Baik. Jadi soalannya adalah, adakah kerajaan sudi mempertimbangkan untuk membatalkan perancangan tersebut?.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Rancangan Tempatan Daerah Bentong atau RTD 2035 in er.. ketika ini dalam proses untuk mendapatkan nombor warta, bagi pewartaan dan dimasukkan, dikuatkuasakan di daerah Bentong dan manakala Rancangan Kawasan Khas (RKK) Janda Baik, ditangguhkan buat sementara waktu bagi memberi peluang kepada Kerajaan Negeri untuk meneliti secara terperinci serta membuat menyelarasan bersama jabatan-jabatan teknikal yang terlibat.

Bagi kedua-dua rancangan ini pihak Kerajaan Negeri er... ketika ini tiada perancangan untuk membatalkan kedua-dua rancangan ini er.. untuk maklumat Yang Berhormat Ketari, RTD atau Rancangan Tempatan Daerah Betong 2035 ini merupakan Rancangan Tempatan Daerah keseluruhan bagi daerah Bentong dan ia menggantikan RTD 2020, sekarang ini yang baru RTD 2035 dan keseluruhan Bentong, Janda Baik adalah sebahagian daripada er... dalam Rancangan Tempatan Daerah 2035 inilah dan Janda Baik ialah RTD 2035 ini er... kita zonkan sebagai kawasan pelancongan.

Jadi RTD in terus dia bukan Janda Baik sahaja, ada banyak juga kawasan-kawasan di dalam daerah Bentong yang perlu kita naik taraf ataupun kita ubah, ubah suai dari tahun 2020 yang RTD sebelum ini. Jadi RTD ini kita teruskan dalam proses pewartaan. Dan manakala bagi RKK Janda Baik, ini yang menjadi isu dan er... kita... RKK Janda Baik ini memang khusus untuk Kampung Janda Baik yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Bentong beberapa tahun yang lalu dan RKK ini adalah proses lazim yang dilakukan oleh MITI. Untuk er... melaksanakan pembangunan secara lebih tersusun dan sistematik dan untuk Janda Baik ini, Kerajaan Negeri juga menangguhkan RKK ini setelah mendapat bantahan daripada penduduk di Kampung Janda Baik sendiri dan kita tangguhkan dan kita tidak batalkan RKK ini.

Saya secara peribadi telah er... berurusan dengan pihak-pihak yang membantah RKK ini dan kita telah berbincang dan menyatakan bahawa eloklah kita tangguhkan. Walaupun mereka meminta untuk membatalkan dan kalau kita batalkan maknanya langsung tak ada apa-apa, kita stop teruslah, kita berhenti teruslah. Jadi kebimbangan yang diutarakan ataupun kebimbangan yang dinyatakan oleh penduduk Kampung Janda Baik ini adalah berkaitan dengan cadangan pengambilan pengambil alihan tanah ini yang menjadi cerita kejadian tanah ini memang payah sikit lah.

Jadi mereka membantah RKK ini sebab dalam RKK ini banyak dijangkakan untuk kita mengambil alih tanah. Namun begitu, dalam RKK ini bukan sahaja pengambilan tanah, ia ada banyak lagi yang dinyatakan dalam perancangan-perancangan tersebut untuk pembangunan lebih tersusun.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, dan Yang Berhormat sekalian,

Di Janda Baik ini kalau kita tengok hari demi hari jumlah chalet ataupun resort yang er.. di yang ada di Janda Baik ini semakin bertambah. Sekarang lebih hampir ataupun hampir 200 buah chalet ataupun resort yang berada di dalam Kampung Janda Baik yang tak adalah besar mana pun. Jadi pemberian itu telah meningkat begitu drastik dalam tempoh 10 tahun. Namun kemudahan asas adalah kemudahan asas yang sama, jalan yang sama. Jadi, kalau kita tengok setiap hujung minggu er... trafik jam ataupun kesesakan lalu lintas begitu ketara sekali.

Jadi, lantaran itulah maknanya PBT ataupun Majlis Perbandaran Bentong kita wujudkan RKK. Benda ini penting. Jadi dengan adanya Rancangan Kawasan Khas ini tadi, banyak perkara yang kita boleh lakukan khususnya jalannya tadi. Masalah sekarang ini pembangunan yang begitu memang tidak tersusun sebabnya tidak ada pengawasan Majlis Perbandaran Bentong disitu. Jadi sebab itulah, kita pihak Kerajaan Negeri er.. tetap prihatin dengan apa juga keresahan daripada penduduk tempatan.

Namun, kita tangguhkan RKK tersebut, yang tidak kita batalkan. Supaya kita tangguh tu kita boleh berunding kita boleh buat engagement dengan semua pihak yang terbabit apakah yang terbaik, khusus untuk Janda Baik ini. Kalau kita tidak buat sesuatu mungkin 10 tahun akan datang keadaan akan menjadi lebih teruk. Terima kasih.

Su Keong SiongDAP · PHKetari

Kawasan tertentu memang dialu-alukan, tapi apa yang difahamkan rancangan RKK Janda Baik ini telah menimbulkan banyak kerisauan dan kebimbangan penduduk di sekitar kerana sepertimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pelangai ia melibatkan pengambilan tanah dan mereka risau apabila tempat ataupun kawasan yang diusahakan mereka diambil alih dan akan menjejaskan terutamanya kehidupan mata pencarian mereka dan juga secara keseluruhan, mereka bimbang corak kehidupan di situ, perkampungan dan juga keunikan Janda Baik ini akan hilang.

Jadi saya harap kerajaan dan mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk menangguhkan projek ini agar apa tu.. feedback daripada [tidak jelas] berkenaan diambil sebelum kita melaksanakan sebab mereka memang khuatir pembangunan besar-besar, moden-moden di kawasan-kawasan lain mungkin adalah baik. Tapi di Janda Baik, kita perlu menjaga ekosistem dan keunikan tempat tersebut. Jadi, saya berharap dalam usaha Kerajaan Negeri untuk mendapat apa tu… pendapat dan juga feeback daripada mereka, kesemua isu-isu keunikan tempat itu dipertimbangkan. Kita boleh bangun satu tempat sebagai satu..

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, apa soalannya?

Su Keong SiongDAP · PHKetari

...sektor pembangunan pelancongan. Tetapi ya.. yang penting adalah soalan saya yang penting adalah kita kekal akur dan mencari tarikan keunikan tempat itu. Jadi

bagaimana kita nak cari satu kesinambungan-kesinambungan di mana sektor ini boleh dimajukan di kawasan Janda Baik tetapi tidak menjejaskan kawasan tersebut terutamanya mata pencarian penduduk-penduduk di situ.

Dato' Sri Johari bin HarunUMNO · BNPelangai

Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua, er.. sepertimana yang saya beritahu tadi itu, kita memang tangguhkan RKK tadi supaya kita membuat engagement direct dengan penduduk di Janda Baik. Kita faham bahawa apa yang dibimbangi oleh penduduk tempatan adalah pertanian pengambilan tanah. Saya juga setuju. Ini adalah cadangan, maknanya PDT ataupun Majlis Perbandaran Bentong untuk menguruskan RKK ini mereka buat proses kaedah-kaedahnya untuk apa namanya untuk menjayakan RKK ini, itu adalah cadangan dan perkara ini telah dibawa agar penyelenggaraan awam dan sebagainya itu adalah cadangan daripada pihak [tidak jelas].

Jadi er.. usaha pengambilan tanah, kita faham. Makna nombor satu sekali adalah tentang pelebaran jalan. Apabila nak melebarkan jalan sendiri Janda Baik di kebanyakan jalan yang ada itu belum diwartakan lagi. Jadi dia perlu pengambilan tanah kiri dan kanan jalan masih lagi, jalan yang ada sekarang ini adalah masih lagi jalan tanah penduduk. Jadi pengambilan tanah perlu dibuat untuk kita wartakan jalan ini secara rasmi dan kelebaran jalan tersebut ini isu utama tentang jalan.

Sekarang ini resort makin hari makin bertambah, tapi jalan itu lah yang ada. Nak bas, nak dua-dua berselisih kita pun akan jadi masalah. Jadi ada perkara kita juga perlu ambil perhatian dan yang kedua tentang sungai. Jadi sungai apa nak diwartakan dalam RKK tersebut? 40 meter sebelah kanan 40 meter sebelah kiri. Jadi itu perlu diwartakan. Inilah menjadi keresahan kepada penduduk di Kampung Janda Baik tadi. Maknanya 40 meter daripada tanah-tanah dekat tepi sungai ini akan diambilalih oleh kerajaan yang telah diwartakan sebagai tanah… inilah tanah kerajaan. Jadi, perkara inilah yang kita nak kena berbincang. Jadi kita faham perkara ini dan masa yang sama Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, perlunya RKK ini tadi untuk kita membangun. Sudah pasti tindakan tidaklah sampai membuat suatu pembangunan itu begitu drastik.

Sebagai contoh di Janda Baik itu dengan banyaknya orang luar datang dan juga mengunjungi resort-resort atau pun chalet tersebut. Di Janda Baik masih ada klinik desa sahaja dan tidak ada klinik kesihatan walaupun kategori yang paling bawah masih belum ada. Jadi yang terdekat, kita memang kena ke Bentong lah. Ambulans pun tak ada, kalau ada pun kecemasan. Jadi perkara inilah yang saya fikir kerajaan memang telah mengkaji perkara ini perlu kita adakan RKK ini.

Namun kita tangguhkan seperti yang saya cakap tadi kita ambil kira segala Yang Berhormat bagitahu tadi bahawa kita perlu buat sedikitlah engagement dan juga kesedaran daripada bersama dengan perunding yang baik. Insya-Allah, apa pun kerajaan yang prihatin di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekali lagi tetap akan mengambil kira apa yang disuarakan, apa yang diresahkan oleh penduduk di dalam seluruh negeri Pahang ini. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.

Yang Berhormat, sikit je.

Yang di-Pertua (Speaker)

Silakan Yang Amat Berhormat.

Yang pertama sekali apabila Kerajaan Negeri mendapat aduan daripada penduduk di kawasan Janda Baik dan sebagai kerajaan yang prihatin kita terima aduan itu dan kita tangguhkan. Dan selepas ditangguhkan, saya telah buat kajian dengan ketua-ketua jabatan di Cameron, kita dapati kawasan ini memang ada sebab kita tangguhkan [tidak jelas]. Yang kedua ialah ada [audio tidak jelas] yang melanggar syarat [tidak jelas].Dan yang ketiga ialah keselamatan. Ini adalah alasan kukuh kerana kita tidak mahu berlaku seperti mana yang berlaku di Batang Kali, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Kalau berlaku, Nauzubillah minta dijauhkan [tidak jelas] jadi atas dasar itulah, atas dasar keselamatan [tidak jelas] Kita akan perhati dan kita akan lihat perkara ini [tidak jelas] Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat telah mendapat penjelasan panjang lebar daripada pihak kerajaan. Seterusnya soalan ke-7, Wakil daripada Beserah.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Yang di-Pertua, terima kasih. Saya kemukakan soalan nombor 7.

[Mohon nyatakan a) Jumlah pelaburan asing baharu yang diterima oleh Negeri Pahang untuk tahun 2021 dan 2022 ? b) Bagaimanakah agihan pelaburan baharu itu mengikut daerah serta jenis-jenis sektor yang terlibat ? c) Apakah inisiatif kerajaan untuk menarik pelaburan baharu untuk tahun 2023 ?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT saya ucapkan kepada Dato' Sri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada YB Beserah yang kemukakan soalan nombor 7. Soalan ini terbahagi kepada 3 bahagian. 7(a) bertanyakan jumlah pelaburan asing baru yang diterima oleh negeri Pahang untuk tahun 2021 dan 2022.

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah pelaburan asing yang diterima dan diluluskan pada tahun 2021 adalah sebanyak RM10.5 bilion, manakala bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM11.1 bilion.

Soalan 7 (b) bertanyakan bagaimanakah agihan pelaburan baru itu mengikut daerah dan juga jenis-jenis sektor yang terlibat.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Berdasarkan pecahan tersebut, antara sektor yang terlibat bagi tahun 2021 adalah sektor perkhidmatan dan sektor pembuatan. Pelaburan-pelaburan tersebut tertumpu di Bentong dan Gebeng. Manakala bagi tahun 2022 sektor pembuatan, sektor perkhidmatan, sektor penternakan serta sektor pelancongan yang menyumbang kepada pelaburan negeri Pahang ini tertumpu di Pekan, Kuantan dan Rompin.

Soalan 7 (c) apakah inisiatif kerajaan untuk menarik pelaburan baru untuk tahun 2023?

Bagi menarik lebih ramai pelabur antarabangsa ke negeri Pahang, Kerajaan Negeri membuka peluang perbincangan kerjasama melalui Lawatan Hormat dari kedutaan asing di Malaysia. Perbincangan antara kerajaan negeri dan pihak kedutaan diharap dapat membuka peluang kerjasama dua hala di mana mengikut kepakaran dan ruang dapat diterokai daripada negara tersebut.

Selain itu, perbincangan melibatkan agensi-agensi kerajaan, agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan seperti MITI dan MIDA bersama sama pelabur berpotensi juga giat dijalankan bagi meyakinkan pihak pelabur untuk memilih Pahang sebagai destinasi utama pelaburan. Melalui perbincangan tersebut juga, agensi-agensi yang terlibat akan memastikan keperluan pelabur diutamakan berdasarkan kesesuaian misi pelaburan ke negara negara yang telah dikenal pasti juga diadakan bagi meluaskan peluang pelaburan yang sedia ada.

Antara kerjasama negara luar yang berjaya dicapai berdasarkan inisiatif-inisiatif tersebut adalah dari Switzerland, Uzbekistan dan juga China. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) juga mewujudkan laman sesawang Invest Pahang, di mana kami memperkenalkan dengan izin, Location Centric Approach di mana para pelabur dijemput untuk melabur mengikut lokasi.

Sebagai contoh, taman industri di Pekan memang sesuai untuk industri automotif dan taman industri di Gebeng sesuai untuk industri berat dan ringan. Ini adalah antara usaha usaha untuk mempromosikan peluang pelaburan di negeri Pahang. Bahagian pelaburan dan penswastaan juga sedang meneliti beberapa cadangan insentif pelaburan yang belum dimuktamadkan dan kami mengharapkan melalui inisiatif baharu yang bakal ditawarkan ini kita juga dapat meningkatkan nilai pelaburan di negeri Pahang. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Wakil Kerajaan yang telah menjawab soalan yang dikemukakan cuma saya ingin mengemukakan soalan tambahan. Yang pertama, angka yang diberikan tadi, jumlah pelaburan 2022 sebanyak RM11 bilion berbanding dengan angka yang kita ada di sini. Saya terima daripada masa kita buat pemukiman RM20.6 bilion untuk tahun 2022. Bermakna ia initiation rate atau pun kadar kita boleh merealisasikan komitmen untuk pelaburan hanya 50%. Maknanya RM11 bilion berbanding dengan RM20 bilion komitmen besar. Maknanya ada separuh daripada mereka mungkin sama ada tidak jadi nak melabur atau pun masih lagi dalam proses nak mempertimbangkan pelaburan masa depan.

Cuma persoalan saya seterusnya apakah yang diutamakan Kerajaan Negeri Pahang terhadap pelaburan asing ini. Dimanakah sektor strategik, future industries atau pun future mix yang perlu kita berikan tumpuan. Contohnya, apa yang berlaku pada hari ini. Contohnya semalam kita dapati bahawa pihak kerajaan pusat Aussie telah membatalkan rayuan, telah menolak rayuan Lynas itu untuk nak meneruskan operasi. Tidakkah itu akan menjejaskan sentimen atau persepsi pelabur kerana ini telah

memberikan kesan buruk kerana kerajaan membuat keputusan berdasarkan persepsi, bukan fakta. Jadi ini akan menjejaskan usaha Kerajaan Negeri. Bila kita nak tarik orang melabur tapi dalam masa yang sama, kita batalkan lesen dia, kilang dia kena tutup. Bayangkan Lynas kena potong kepala, macam mana dia nak hidup?

Syarat yang diberikan itu supaya tutup kilang [tidak jelas] ini adalah kepala. Cuma ada [tidak jelas] sahaja. Yang ini adalah industry future. [tidak jelas] adalah merupakan industri yang paling utama masa depan. Kita bercakap soal alternatif, source of energy [tidak jelas] (dengan izin). Jadi, kalau kita tidak ambil peluang ini dengan double standard, apa kata kalau pelabur-pelabur asing yang lain datang. Kita minta juga waste dia hantar balik. Adakah mereka akan melabur di sini? Yang ini saya anggap hala tuju kita mesti jelas dan saya nak tanya apakah hala tuju kita? Di manakah target kita untuk industri-industri yang ada potensi masa depan, ada kompetatif advantage untuk negeri Pahang, terima kasih.

Terima kasih kepada YB. Beserah yang menanyakan soalan tambahan er… berkenaan dengan isu Lynas itu saya difahamkan pihak universiti telah memberi extension timeline kepada pihak Lynas untuk mematuhi syarat-syarat alam sekitar yang telah dikenakan oleh Atomic License Agency. Saya faham er… kerisauan YB dan juga penduduk-penduduk kampung di… walaupun dengan apa kerisauan pekerja-pekerja di sana tetapi kita perlu mengimbangi apa tu… kebimbangan masyarakat di sana mengenai radioactive wastre dengan izin, dan er… saya rasa keputusan kerajaan untuk memberi extension timeline dengan izin, apa tu adalah memadai supaya Lynas akan diberi masa untuk membuktikan, bahawasanya tidak ada bahan radioaktif yang membahayakan penduduk setempat.

Dari segi halatuju pelaburan, kita juga menggalakkan pelaburan dari pelbagai industri. Terutama sekali industri-industri berat, dan saya bagi contoh baru-baru ini, Kerajaan Negeri telah pergi ke New Zealand untuk memuktamadkan perjanjian dengan syarikat Sea Lake, syarikat yang membuat bot amfibia di mana syarikat tersebut berminat untuk berpindah lokasi ke negeri Pahang. Di mana mereka melihat Pahang mempunyai cost structure-cost structure dengan izin, yang lebih rendah dari segi gaji minima dan juga mempunyai potensi untuk menjadi pintu gerbang kepada Asia Pasifik. Sebab mereka mempunyai structure cost yang lebih besar di New Zealand, dengan memindahkan operasi mereka, ia akan memudahkan mereka untuk… untuk memasarkan bot-bot amfibia tersebut kepada pasaran baru seperti US dan juga Asia Pasifik.

Jadi pelaburan-pelaburan sebegini kita patut er… menggalakkan ke negeri Pahang dan kita juga sedia maklum ada begitu banyak syarikat-syarikat yang ingin berpindah lokasi daripada negeri-negeri China ke lokasi di Asia Tenggara atas pelbagai faktor dan mungkin kita boleh menggalakkan mereka melabur ke negeri Pahang juga.

Er… jadi itulah sedikit sebanyak apa itu… penjelasan daripada saya. Kita ada banyak insentif juga yang kita perlu tarik untuk er… untuk apa… merancakkan lagi pelaburan di negeri Pahang ini dan pelbagai insentif telah disediakan. Terima kasih.

Terima kasih Yang di-Pertua. Tahniah kepada kerajaan yang telah berusaha menarik pelabur luar ke negeri Pahang walaupun di waktu yang sama sebagaimana dibangkitkan oleh Beserah kebimbangan tetap ada dan saya mengharapkan Kerajaan

Pahang berusaha semaksimum mungkin bagi mempertahankan kilang Lynas. Mekanisme perlu dicari bagi melibatkan penyelesaian yang menyeluruh. Bagi pihak saya, kementerian, kita membantu meletakkan pusat simpanan bersebelahan dengan kilang yang ada. Ini yang kita cuba buat.

Saya nak bertanya ialah soal projek… status Projek Petrokimia Tanjung Agas. Ia telah mendatangkan satu… saya kira projek ini gagal dan tidak ada sebarang perancangan. Waallahualam. Boleh saya mendapatkan penjelasan tentang status Projek Petrokimia Tanjung Agas. [tidak jelas] tindakan dan saya kira perancangan itu terpaksa diubah kepada benda lain. Mungkin Kerajaan Negeri boleh mendapatkan penjelasan tentang status Projek Petrokimia Tanjung Agas. Status terkini dan status perancangan.

Terima kasih kepada YB. ADUN Cheka. Dato’ Sri Yang di-Pertua, untuk pertanyaan soalan ini saya perlu semakan fakta terkini dan kita akan kemukakan secara bertulis kepada YB. ADUN Cheka. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya, kita pergi kepada soalan nombor 8. Sila ADUN er… Wakil daripada Tanjung Lumpur.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Assalamualaikum WBT, Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya nombor 8.

[Berkaitan Kemiskinan.

a) Apakah kriteria yg melayakkan seseorang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar?

b) Bolehkah dinyatakan berapa jumlah pendapatan isi rumah dan per kapita yang melayakkan seseorang untuk dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar?

c) Mohon diberikan satu garis panduan kemiskinan termasuk miskin bandar dan miskin luar bandar?]

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Setiausaha, Yang Berhormat ADUN Tanjung Lumpur. Terima kasih dengan pertanyaan. Okey. Pertanyaan nombor lapan ada tiga. Biar saya jelaskan. Yang 8(a), yang ditanyakan oleh ADUN Tanjung Lumpur. Apakah kriteria yg melayakkan seseorang dikategorikan sebagai miskin atau miskin tegar?

Untuk makluman, Yang Berhormat Tanjung Lumpur ya, kategori…kriterianya ada dua sahaja iaitu warganegara dan juga bermastautin di Malaysia, dan untuk soalan 8(b), bolehkah dinyatakan berapa jumlah pendapatan isi rumah dan perkapita yang melayakkan seseorang untuk dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar. Okey, untuk soalan tersebut untuk lebih faham. Bagi kawasan bandar, jumlah pendapatan isi

rumah berjumlah RM2,344.00 ke bawah adalah dikategorikan sebagai miskin dan pendapatan isi rumah RM1,265.00 ke bawah adalah miskin tegar.

Manakala untuk kawasan luar bandar pula, jumlah pendapatan isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin adalah RM2,148.00 dan pendapatan isi rumah RM1,093.00 adalah untuk miskin tegar, dan perkapitanya adalah RM653.00 untuk bandar dan RM540.00 untuk luar bandar.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Seterusnya jawapan untuk 8(c). Mohon berikan satu garis panduan kemiskinan termasuk miskin bandar dan miskin luar bandar. Okey, untuk jawapan tersebut adalah, Garis Panduan untuk Miskin Bandar adalah yang berpendapatan sebanyak RM2,344.00 dan kebawah dan untuk luar bandar adalah RM2,146.00 dan kebawah. Manakala pendapatan perkapitanya adalah RM653.00 untuk bandar dan RM590.00 untuk luar bandar. Sekian Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Soalan Tambahan. [tidak jelas] Mohon pihak Kerajaan dapatkan keluarkan data [tidak jelas] orang miskin negeri Pahang ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Itu Yang Berhormat sebenarnya tengok di internet je. Soalan yang macam tu, tengok di internet, tengok di google. Kita google je, boleh dapat semua itu. Nak bagi tahulah.

Yang di-Pertua, saya minta soalan tambahan satu. Saya tengok, ni…ni general ya. Kebanyakan ukuran dibuat berdasarkan pendapatan perkapita bukan beban yang ditanggung oleh keluarga. Jadi oleh kerana itu, saya dapati kategori-kategori miskin tegar kerana jumlah pendapatannya adalah RM663.00. Sedangkan beban dia, anak dia, rumah sewa, kos-kos lain perlu diambil kira. Kerajaan Pusat telah pun mengumumkan hujung tahun ini, dia akan tamatkan, noktahkan miskin tegar dan kita harapkan Pahang juga termasuk dalam usaha ini, insya- Allah. Cuma saya fikir selain daripada ini, faktor pendapatan. Faktor-faktor tanggungan yang dihadapi setiap keluarga juga perlu diambil kira. Sekian, terima kasih.

Saya mohon mencelah, Yang Berhormat Yang di-Pertua, setahu sayalah Yang Berhormat Dato’ Sri, pendapatan perkapita termasuklah. Jadi tidak ada isu. Dan keduanya Yang Hormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, lazimnya biasanya bantuan, kadang kala ada masa kita pergi ke rumah, bukannya kita tengok ada kereta tak. JKM akan pergi rumah ke rumah. Walaupun kita masukkan dalam perbelanjaan negeri tapi disebabkan ada unsur-unsur lain yang menimbulkan bebanan kepada keluarga tersebut, yang itupun kerajaan Negeri [tidak jelas]. Terima kasih Yang Hormat Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan seterusnya. Soalan yang kesembilan. Sila daripada Adun Kawasan Padang Tengku.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Assalamualaikum WBT, Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Buah Betik Buah Peria, Walaupun Pahit tetap ditelan, Tahniah dilantik EXCO Belia, Soalan saya nombor sembilan.

[Daerah Lipis tidak mempunyai kemudahan khusus dan lengkap untuk anak-anak muda melaksanakan aktiviti sukan dan sosial sebagaimana yang ada di daerah-daerah yang lain.]

Bismillahirahmanirahim. (Bacaan dalam Bahasa Arab) Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera, Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Soalan daripada YB Kawasan Padang Tengku adalah mengenai kemudahan khusus dan lengkap untuk anak-anak muda melaksanakan aktiviti sukan dan sosial di Lipis perancangan kerajaan Negeri untuk membina sebuah pusat seperti Kompleks Rakan Muda atau Kompleks Sukan daerah Lipis.

Yang Hormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Jabatan Belia Sukan Negeri Pahang mengambil maklum dengan penuh keyakinan berkenaan sesi sukan seperti yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat Padang Tengku. Kebanyakan program sukan yang dinyatakan dari daerah Lipis keadaan fasilitis sedia ada padang sekolah, padang awam mahu pun dewan serta kemudahan sukan yang dimiliki oleh Majlis Daerah Lipis. Selain itu Lipis juga memiliki Kem Wawasan Negara bertempat di Jalan Kuala Lipis, Padang Tengku bagi pelaksanaan program-program pembangunan anak muda dan belia termasuk yang melibatkan kursus-kursus serta latihan-latihan kemahiran serta sasiah.

Dalam pada itu, daerah Lipis juga mempunyai Institut Pendidikan Guru yang mempunyai peralatan sukan yang cukup lengkap untuk pelaksanan program-program sukan dan pembangunan belia. Bagaimanapun bagi memenuhi keperluan semasa, pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang bersama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah membuat lawatan tapak Padang Tembak Semboyan bagi meninjau ke tapak cadangan pembinaan kompleks sukan negeri daerah Lipis pada tahun lalu dan telah menyenaraikan projek ini sebagai antara keutamaan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang.

Justeru, permohonan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi pelaksanaan projek ini dalam Royal Plan tiga Rancangan Malaysia Ke-12 telah diangkat untuk tindakan lanjut pihak Kementerian Belia dan Sukan. Dan kerajaan Negeri telah dimaklumkan bahawa Permohonan pembinaan projek ini telah dihantar kepada pihak Unit Perancangan Ekonomi Negeri untuk dipertimbang bagi kelulusan peruntukan. Sehingga kini, pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia tidak menerima keputusan dari pihak EPU.

Sementara itu, kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Pahang tetap memberi tumpuan kepada bakat sukan yang ada di kalangan anak muda di daerah Lipis. Setakat ini terdapat dua sukan utama yang dibangunkan di Lipis iaitu bola sepak dan sepak takraw. Majlis Sukan Pahang dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Pahang dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah mewujudkan program Pembangunan

Sukan Sepak Takraw di SK Sekolah Kebangsaan RPS Betau. Program ini memberi tumpuan kepada pembangunan atlet wanita dan Orang Asli di kawasan daerah Lipis yang melibatkan umur 13 hingga 16 tahun.

Sementara itu, bagi sukan bola sepak, terdapat satu program khusus iaitu Pusat Latihan Daerah. Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan atau NFDP telah diwujudkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Seramai 100 orang atlet lelaki dilatih pelbagai peringkat umur iaitu 13 hingga 17 tahun terlibat dalam penganjuran program ini. Pusat ini memulakan fasiliti sedia ada di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford termasuk penginapan di asrama sekolah tersebut. Terima kasih.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Terima kasih kepada jawapan yang diberikan oleh EXCO. Untuk makluman daripada pembinaan Kem Wawasan Negara dan juga IPT untuk makluman sahaja dan untuk makluman tidak dapt digunakan IPT tempatan sebab ia memang ada program-program yang dianjurkan peringkat kementerian pusat Pusat. Masalah sekarang ini kita memang tidak ada satu pusat pun nak berbanding dengan daerah yang lain. Justeru itu kita memang menunggu program ini ataupun pusat ini akan dilaksanakan dan sementara untuk menunggu itu saya nak mencadangkan atau mungkin juga satu pertanyaan juga.

Bolehkah kerajaan bekerjasama dengan Majlis Daerah umpamanya, jika ada satu dewan yang di dewan Majlis Daerah di Padang Tengku yang penggunaannya sangat terhad dan tidak aktif. Jadi, kalau dewan itu boleh kita selenggarakan dengan menaik taraf dan kita dapat menggunakan sebagai pusat ini dan di situ sebenarnya berdekatan dengan beberapa kemudahan yang lain. Di sebelahnya ada padang bola, ada dua gelanggang gasing, ada petanque, ada dewan terbuka yang diluluskan oleh pertandingan atau permainan sepak takraw dan juga bola tampar. Dan saya kira untuk sementara menunggu projek-projek yang tak tahu bila dan sebab apabila saya tanya Jabatan Belia dan Sukan, mereka menjawab dah hantar permohonan tetapi kelulusan tidak pasti.

Oleh itu itu saya harapkan bagi menampung keperluan yang mendesak bagi penduduk-penduduk di kawasan di sini. Saya cadangkan supaya dipertimbangkan apa yang telah saya sebutkan. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Untuk permohonan kompleks kami di Lipis yang saya nyatakan tadi Yang Berhormat, saya sendiri akan membuat susulan dengan pihak EPU dan juga Kementerian Belia dan Sukan untuk dapat jawapan lebih tepat kepada mereka. Berkenaan dengan cadangan untuk bangunkan satu dewan setanding dengan prasarana di Lipis, Saya perlu turun padang bertemu dengan pihak Yang Berhormat sendiri dan juga wakil daripada PDT Lipis untuk melihat kesesuaian lokasi atau prasarana tersebut, insya-Allah Yang Berhormat. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya amat bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Padang Tengku tadi, bahawa sekiranya tiada fasiliti sukan boleh kita kurniakan seperti dewan orang ramai untuk menaik taraf agar memberi fasiliti,

sama ada secara sementara atau permanent kepada orang ramai. Jadi soalan saya, setahu saya, ada juga masalah yang sama di daerah lain seperti Cameron Highlands, di mana contoh seperti Lembah Bertam Cameron Highlands, gelanggang bola keranjang telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek tebatan banjir tetapi kerajaan masih belum membina semula gelanggang bola keranjang. Jadi, sama ada pihak kerajaan negeri atau ECXO Belia boleh memberi pertimbangan untuk menaik taraf fasiliti seperti Dewan Orang ramai di Lembah Bertam Cameron dan juga di daerah-daerah lain. Terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih ADUN Tanah Rata atas soalan yang dikemukakan sebentar tadi. Untuk kita upgrade fasaliti kemudahan sukan ia ada spec tertentu yang perlu kita patuhi. Jadi saya tidak boleh jawab terus soalan ini sebab saya perlu bersama dengan pihak Majlis Sukan Pahang misalnya dan Ahli Yang Berhormat dan tengok kesesuaian. Nanti kalau kita ambil untuk fasiliti sukan, orang ramai nak buat kenduri kahwin di dewan tersebut contohnya, tak dapat. Jadinya tidak boleh bagi jawapan terus kena tengok kesesuaian spec dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat, Terima kasih Dato’ Sri.

Assalamualaikum WBT Dato’ Sri , Soalan saya nombor sepuluh.

[Berapakah jumlah kes tuntutan pengguna melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia yang telah diselesaikan di Negeri Pahang untuk tahun 2018 hingga kini dan apakah kategori kes tuntutan yang tinggi?]

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Salam sejahtera semua, Yang Berhormat Dato' Sri Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Batu Talam kawan saya yang bertanyakan soalan terhadap tribunal. Untuk kenyataan Yang Berhormat semua, untuk tahun 2018, sebanyak 153 kes. Untuk 2019, 167 kes. Untuk tahun 2020 sebanyak 136 kes. Untuk 2021, sebanyak 130 kes, untuk tahun 2022 sebanyak 231 kes.

Soalan untuk… apakah kategori kes tuntutan yang tertinggi. Untuk makluman semua, tuntutan kes yang paling banyak adalah pakej umrah sebanyak 99 kes, untuk telefon sebanyak 78 kes, untuk kereta 70 kes dan untuk bengkel kereta, 68 kes. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kita bagi pihak masyarakat, maknanya ada di antara negeri bagi sesuatu kes dia agak lama, bolehkah saya nak tahu berapa lamakah tempoh masa yang diambil untuk nak memproses satu-satu kes? Yang keduanya, berapakah banyak kes itu yang telah diselesaikan. Kalau mengikut ini, mengikut tahunnya semua lebih daripada lebih 100. Daripada lebih daripada 100 ini, berapa banyak kah kes ini yang telah di selesaikan?

Yang keduanya saya ingin tahu juga, berapa kalikah tribunal ini bersidang? Kerana ini melibatkan sebahagian daripada pengadu tertunggu-tunggu kerana ia mengambil masa yang begitu lama. Jadi berapa kalikah tribunal ini bersidang?

Yang ketiganya, apakah pendekatan proaktif yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk nak memberitahu ataupun menggalakkan masyarakat khasnya di kampung-kampung tradisional, kampung Orang Asli kerana mungkin sebahagian daripada kita mendapat akses internet yang agak baik tetapi bagi kampung-kampung tradisional dan kampung Orang Asli dia dari segi akses internet ini dia kurang. Jadi apakah ini pendekatan proaktif kerajaan untuk nak memaklumkan memberitahu kepada ini… masyarakat bagi mereka menggunakan tribunal ini bagi tujuan [tidak jelas]. Sekian, terima kasih.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih, soalan tambahan. Untuk menjawab, berapa hari tribunal bersidang. Untuk makluman semua, setiap minggu kita bersidang. Okey, untuk menyelesaikan semua kes. Dan untuk satu kes, kalau boleh kita cuba nak selesai dalam tiga bulan. Yang tadi yang saya bangkit itu, semua kes yang tadi yang bawak 99 kes, untuk kereta semua selesai. Kita semua selesai. Okey dan untuk kampung Orang Asli, kampung tradisional ini, untuk makluman semua, kalau kes di tribunal ini tidak melebihi RM50,000.00, dia boleh bawa ke tribunal. Untunglah kebijaksanaan pengguna. Kalau ada kes-kes ini sebenarnya tidak bawa ke mahkamah, boleh dibawa ke tribunal. Tapi ramai rakyat tidak tahu. Inilah kerja-kerja ADUN perlu bagitahu kepada penduduk setempat. Kalau ada kes, bawaklah ke tribunal. Tak payah cari lawyer pun. Terima kasih Yang di-Pertua.

Maksud saya tadi progress, contoh program-program ini di kampung-kampung tradisional nak memaklumkan kepada masyarakat di kampung. Kita lihat kuranglah program-program yang diadakan di kampung-kampung untuk menegakkan ataupun nak memberitahu kepada masyarakat setempat. Yang keduanya, di daerah Raub... saya sendiri mendapat maklum daripada pihak polis, pada tahun lepas sahaja, kes scammer ini melibatkan wang wang sebanyak RM4 juta, ni kena tipu. Dan pada tahun ini sehingga Mac, lebih kurang RM800,00.00 yang telah terlibat dalam kes scammer. Jadi saya nak tahu adakah kes scammer ini termasuk di dalam [tidak jelas].

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua,

Kalau kes lebih yang tadi saya katakan, untuk tribunal, kita hanya boleh terima kes tidak melebihi RM50,000. Kalau kes lebih RM50,000 kalau RM60,000 kita pun boleh terima. Tapi tuntutan hanya tidak boleh melebihi RM50,000. Kalau untuk yang kena scammer tu, itulah jadi kes polis. KPDN akan cuba turun, kalau kita boleh bantu, kita bantu.

Di pejabat daerah Raub juga kita ada pejabat. Kalau sesiapa yang perlukan bantuan dari KPDN sila ke pejabat. Kalau tidak, boleh call saya jugak. Saya kemukakan telefon saya yang saya janjikan sebelum ini... 012-9818819. Call saya. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, ada orang nak berkenalan ni. [Ahli Dewan ketawa]. Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian....

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang Berhormat Yang di-Pertua... sekejap ya. Baru-baru ini maaf ya. Saya... i... saya ingat semua orang tahu ni, saya ramai scammer. Di Mynmar, di Cambodia, juga isu pemerdangangan manusia. Kalau semua orang tahulah, untuk makluman Yang di-Pertua. Yang kena tipu ini, bukan 200,000 aje... 800,000 pun ada... juta-juta pun ada. Kalau ini orang tamak, kita tak boleh tolong. Kita dah bagi tahu jangan terpedaya dengan scammer -scammer ini. Tapi orang masih... Macam kita cakap pemerdagangan manusia ini bahaya di Myanmar, di Cambodia. Jangan pergi kerja. Tapi orang masih pergi. Apa kita boleh buat. Kalau kita dah cakap dengan penduduk... dia tak mahu dengar.

Nak mencelah sikit. Yang Berhormat Yang di-Pertua, nak mencelah sikit. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya tahu wakil Kerajaan dia pernah pergi menyelamatkan beberapa orang yang telah menjadi mangsalah. Minta Yang Berhormat berkongsi sikit pengalaman beliau semasa operasi menyelamat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila Yang Berhormat, pergi ke Myanmar, pergi ke sempadan Thailand dan Myanmar.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasihlah, ini keluar tajuk ini. [Ahli Dewan ketawa]. Tak apa-tak apa, kita kongsi beramai-ramai.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ianya boleh keluar tajuk di atas kebenaran Yang di-Pertua Dewan. [Ahli Dewan ketawa]. Keputusan Yang di-Pertua Dewan adalah muktamad. Sila. Kita nak dengar sebenarnya. Ini satu perkara yang menarik.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Sebenarnya kes pemerdagangan manusia ini bermula dari Filipina. Untuk pertama kali. Mungkin selama 10 tahun dahulu dah mula. Lepas itu, yang Filipina ini… ada satu presiden yang begitu kuat. [tidak jelas] kalau tak silap nama dia. Dia itu keras sikit, dia lawan sindiket. Itu sebab, semua orang pindah, pindah ke mana? pindah ke Cambodia. Lepas itu pindah ke Cambodia ini, [tidak jelas] memang tempatlah lahirlah ini… gangster dengan sindiket [tidak jelas].

Itu sebab... kita... dia menarik orang semasa... sebelum ini, sebelum 2019 memang perkara ini belum bangkit lagi atas ekonomi yang baik dan tempat itu tidak perlu buat scammer pun. Dan selepas itu, selepas COVID ini, ramai yang bussines dia jatuh dan terpaksa digunakan scammer ini sebagai pendapatan mereka. Inilah puncanya. Lepas itu, kalau scammer ni atau sindiket ini… kalau boleh kita cari tempat kerajaan yang lebih tidak apa tu… tidak berkesan seperti macam Mynmar. Di Kemboja sekarang,

scammer atau sindiket ini dikurangkan sebab kerajaan ambik tegas terhadap sindiket-sindiket…

Yang di-Pertua (Speaker)

Ambil tindakan…

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Ambil tindakan. So, mereka tangkap dan sekarang semuanya berada di kawasan Myanmar seperti Myawaddy dan Pacilli dan Maulm, kalau tak silap saya. Itu tempat yang utama untuk pemerdagangan manusia, tempat inilah tempat yang seperti di dewan inilah tempat jual organ. Okey sindiket ini dia… dia di cuba hebat sangatlah you sampai ke sana kalau apa tu yang mangsa sampai ke sana, yang pertamanya dia cek darah, cek kesihatan dia dan er… dia simpankan rekod.

Kalau masa dia panggil jadi scammer, dalam satu minggu dia ajar, dia akan pasti tak pukul dia, sayang sama dia. Kalau minggu kedua you tak dapat scam apa target yang diberikan, sebanyak katakan USD3000 sehari, target dan… andai yang mangsa akan di torture dengan elektrik, dipukul, dikurung, tidak diberi makan. Itu cara dia seksa dia orang. Lepas tu kalau dia tak dapat juga lagi, dia akan mula dijual. Orang sampai di sana harganya dengan harga USD13,000 seorang. Macam mana kira? Sebab dia ada orang tengah di Malaysia atau ada orang tengah di Myanmar yang panggil kawan dia ke sana untuk kerja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ini Yang Berhormat pernah ke sana la ni?

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Pernah, itu sebab tahu sangat tu. [Ahli Dewan ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Nasib baik Yang Berhormat tidak dijual. [Ahli Dewan ketawa]

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Sebab er… lebih umur dia tak nak juga. [Ahli Dewan ketawa]. Okey, apa yang dia nak ni umur 17 sampai 23 er… 17 sampai 23. Dia boleh beli masuk di Myawaddy dengan harga USD 58,000. Itu harga. So kalau mangsa sampai ke sana dia akan mula dengan harga USD13,000. Lepas daripada pembeli A jual kepada pembeli B...

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat saya nak tanya, kalau Yang Berhormat ni berapa harga? [Ahli Dewan ketawa]

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Itu sebab sekali tengok tu dengan tambahan USD2,000. A jual ke B, B jual ke C tambah tambah tambah di Myawaddy paling mahal USD58,000, itu habis dah tapi dengan umur 17 sampai 23. 23…24 sampai 30 dengan harga USD38,000, turun

USD20,000. Kalau di er…di Kemboja, dia hanya boleh jual dengan harga USD38,000. Itu harga maksimum, lepas itu dia pindah orang ni ke Myawaddy, tunggu jual organ.

Hah inilah pemerdagangan manusia. Saya sedaya upaya telah menyelamatkan sampai bulan Mac seramai 96 orang dan er… saya [Ahli Dewan tepuk meja] saya er… telah dua kali menghadapi M-16, memang dia orang nak tembak saya. Itu sebab sekarang saya tak boleh pergilah, kalau saya pergi ni memang dia tarik sayalah. Bukan harga berapa, nak matikan saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Jangan Yang Berhormat nanti kena Pilihan Raya Kecil. [Ahli Dewan ketawa].

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

So apa punca yang saya nak bagitahu kepada semua ADUN-ADUN, Yang Berhormat-Yang Berhormat kerana kita beritahu orang muda sila jaga-jaga jangan tertipu terpedaya dengan gaji lumayan, gaji lumayan yang diberikan sebagai katakan kerja dekat apa tu housekeeping sebanyak USD2,000. Itu semua tipu. Bila dia sampai sana sahaja, bukan, bukan, bukan itu kerja pergi cuci lantai kena jadi scammer. Er… itu yang paling teruk ialah seksa dia kurung dalam bilik gelap lebih kurang 6 hari, 7 hari dan dia gari tangan atas katil mungkin 7 hari tidur berdiri, makan berdiri, berak pun sama. Macam tu diseksanya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Siapa nak tahu cerita lebih lanjut boleh hah boleh jumpa saya. [Ahli Dewan ketawa]

Yang di-Pertua (Speaker)

Baik, nombor telefon pun dah dapat [Ahli Dewan ketawa]. Terima kasih er… Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita selesai membincangkan 10 pertanyaan dan jawapan dan saya bercadang untuk menempohkan persidangan pada pagi ini untuk minum pagi dan persidangan disambung semula pada pukul 10 err… 11.45pagi. Sekian, persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan]

[Persidangan disambung semula]

Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin untuk membawa satu usul di Dewan Yang Mulia ini yang berbunyi:

"Bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini, bersetuju Menjunjung Kasih Atas Limpah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berangkat menyempurnakan Titah Diraja kepada Dewan Negeri."

Saya berharap usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan yang Mulia ini.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di hadapan majlis ialah satu usul yang berbunyi:

“Bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju Menjunjung kasih Atas Limpah Pekenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berangkat menyempurnakan Titah Diraja kepada Dewan Negeri."

Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan telah pun mendapat sokongan. Sekarang kita meneruskan dengan aturan urusan selanjutnya.

Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion

Setiausaha Dewan

Perkara Keempat: Perbahasan usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan semula usul tersebut kepada perbahasan. Dengan ini saya menjemput ahli dari kawasan Tioman untuk membahas usul tersebut. Silakan.

Bismillahirrahmanirrahim (Bacaan dalam Bahasa Arab). Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih saya ucapkan kerana memberi laluan kepada saya untuk membahaskan perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 DUN Pahang Yang Ke-15.

Sidang yang dimuliakan, saya mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, kerana dengan izin dan limpah kunia, Allah SWT telah memberi laluan kepada saya untuk membahaskan serta menjunjung kasih Atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang pada kali ini.

Dan tahniah serta syabas juga Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, kerana telah dilantik sebagai Speaker Dewan. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar Pahang kerana dapat memimpin Negeri Pahang dan seterusnya juga membantu rakan-rakan Yang Berhormat sepanjang PRU dan khususnya saya sendiri di PRK DUN Tioman. Negeri Pahang bertuah kerana dalam Titah Ucapan Diraja menyentuh pelbagai aspek kehidupan bermula dengan urusan pentadbiran dan pengurusan di setiap peringkat lapisan Kerajaan Negeri sehinggalah rakyat di bawah naungan Tuanku.

Kain Tenun dibuat selendang, Ikat kail memancing baung, Tuanku ibarat pohon yang rendang, Tempat rakyat tumpang bernaung.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Nyata dan jelaslah Tuanku sangat prihatin dan cakna menyentuh isu yang sangat sinonim dan dekat di hati rakyat jelata di negeri ini. Baginda turut menyentuh tanggungjawab kita semua agar terus bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan sehabis baik demi kelangsungan dan kesejahteraan serta kebahagiaan rakyat di dalam negeri Pahang.

Kelangsungan sebuah kerajaan ditunjangi sepenuh tanggungjawab setiap insan di kalangan kita semua dan dituntut agar rakyat di negeri ini terus diberi perhatian yang serius. Melahirkan masyarakat yang seimbang dengan kemajuan yang dicapai dalam negeri ini agar dapat dinikmati seluruhnya. Rakyat yang berbilang bangsa, agama serta lapisan umur.

Teras kesaksamaan dan keadilan dituntut agar rakyat di negeri ini sentiasa beroleh keselesaan pada tahap yang sepatut dan sebaiknya. Merangkumi aspek limpahan ekonomi yang sama-sama dinikmati, sama-sama berpeluang meraih dan mencapai hasil juga Kerajaan Negeri dipulangkan kembali kepada rakyat di luar sana.

Dengan beberapa pendekatan dan strategik serta inisiatif baru oleh Kerajaan Negeri perlu sentiasa dikenalpasti dengan sedaya upaya mewujudkan suasana yang lebih baik di negeri ini dari semasa ke semasa. Sebab itulah dalam Titah Diraja Tuanku telah membangkitkan dan menggesa isu-isu yang berkaitan rakyat dengan pencapaian hasil baru negeri ditingkatkan dan usaha baru ke arah memantap dan memperkasakan peranan dan penguatkuasaan dalam banyak sudut demi kepentingan dan kebaikan semua pihak tidak diabaikan.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua dan Sidang Dewan Yang dimuliakan,

Ini termasuklah usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan seluruh jentera pentadbirannya secara komprehensif atau menyuruh berkaitan memperkasakan wanita di negeri ini kerana mereka juga merupakan tonggak atau tulang belakang kepada kestabilan rakyat di negeri ini.

Pembangunan masyarakat Orang Asli antara kaum yang yang terbesar, kelompok penduduk di negeri er...negeri ini diberi perhatian yang serius dalam pencapaian kehidupan mereka agar sama dengan masyarakat kaum yang lain. Peranan anak-anak muda dan belia yang sangat penting ditadbir urus dengan sebaiknya yang akan mewarisi generasi yang mendatang.

Tidak dilupakan, peranan-peranan, badan badan bukan kerajaan atau NGO turut membantu keharmonian, perpaduan dan cetusan idea khidmat bakti sukarela selama ini. Bahkan mereka mendapat pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri, selama ini dihormati di dalam dan di luar Negeri Pahang.

Keprihatinan baginda Tuanku terhadap pembangunan modal insan turut dizahirkan, terutamanya melibatkan pembangunan sahsiah, moral dan sivik serta amalan agama yang dituntut seluhurnya agar rakyat mempunyai perisai atau daya tahan jati diri serta ketahanan mental, fizikal serta spiritual di kalangan masyarakat sama ada di dalam bandar, pinggir bandar mahupun luar bandar demi agama, bangsa dan negeri tanah air tercinta ini.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Ini adalah bentuk-bentuk pencegahan awal daripada anasir-anasir negatif yang menular dalam arus kemodenan anak bangsa di negeri ini. Suka saya menyebutkan antara usaha-usaha Kerajaan Negeri antara lain yang diberi pujian dan pengiktirafan dengan naungan Tuanku adalah Rumah Rakyat Pahang. Saya masih ingat, ketika mana rakyat berdepan dengan isu perumahan yang menghantui golongan yang tidak mampu memiliki rumah kediaman yang selesa untuk ahli keluarga, di mana Rumah Rakyat Pahang terus dinikmati oleh rakyat di negeri ini. Bahkan di seluruh pelusuk daerah telah dibina Rumah Rakyat Pahang bagi mereka yang layak dan terpilih bagi menerima, memiliki rumah yang selesa termasuklah di kawasan-kawasan yang ekstrim seperti di Hulu, Tembeling, Cameron Highlands dan Pulau Tioman.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Rasa bertuah dan terima kasih serta syukur terhadap Allah dan tidak keterlaluan menitis mata di saat penerima-penerima, menerima rumah RRP ini daripada Kerajaan Negeri. Syabas dan tahniah diucapkan juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana terus komited dan konsisten bersama barisan EXCO untuk terus menambah bilangan RRP ini dari semasa ke semasa. Inilah yang dikatakan hasil yang dipungut oleh Kerajaan Negeri dipulangkan balik kepada rakyat.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua,

Menjunjung kasih Titah Diraja, Kerajaan Negeri terus berada di atas landasan yang baik dan sentiasa ke arah yang lebih baik sebagaimana harapan baginda Tuanku terhadap Kerajaan Negeri, kerajaan jajahan takluk Tuanku akan sentiasa cuba sedaya upaya memastikan yang kurang ditambah, yang baik ditambah baik lagi pada masa akan datang.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua,

Rakyat negeri ini bertuah mempunyai seorang putera raja yang cakna dan prihatin dengan izin, down to earth. Dan inilah the beauty of monarchy system in our state. This is Pahang. Dengan izin Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua.

Yang dapat mengimbangi kestabilan, kesejahteraan, keteraman, kemakmuran, kesaksamaan dan keadilan sebuah Kerajaan Negeri naungan Tuanku, Pahang Darul Makmur

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua,

Raja dan rakyat berpisah tiada Negeri Pahang Makmur sentiasa Menjunjung kasih titah diraja Rakyat hidup aman bahagia.

Selain daripada itu Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Tuanku turut menzahirkan keadilan dalam aspek pentadbiran Kerajaan Negeri secara profesional antara lainnya agihan nikmat yang dicapai diagih sebaiknya peruntukan-peruntukan kepada mereka yang selayaknya termasuklah isu di kalangan ahli-ahli politik, sama ada pembangkang mahupun di pihak kerajaan yang sama turut berkhidmat untuk rakyat kerajaan tuanku sebaiknya. Termasuklah mereka di jabatan kerajaan, NGO-NGO dan lainnya di mana telah kita ketahui selama ini Kerajaan Negeri telah berbakti kepada golongan yang disebutkan tadi.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, sama ada pihak Kerajaan Negeri mahupun pihak pembangkang, sama-sama kita mendukung dasar Kerajaan Negeri yang baik selama ini dan perancangan yang dirancang pada masa akan datang adalah demi kesejahteraan rakyat di negeri ini. Saya penuh yakin Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, kebersamaan kita semua akan melahirkan sumber inspirasi yang baik kepada rakyat di negeri ini bagi menikmati keamanan, kemakmuran serta kesejahteraan daripada sebuah pentadbiran Kerajaan Negeri yang baik dan pemimpinnya berjiwa besar serta sentiasa berlapang dada bagi yang cakna kepada rakyat jelata di negeri ini.

(Bacaan ayat Al-Quran) dengan izin Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, begitu banyak yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sebagaimana sering diperkatakan dalam ucapan Yang Amat Berhormat Dato' Sri selaku Ketua Kerajaan

Negeri berhubung dengan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan kepada rakyat di negeri Pahang ini bermula dari buaian sehinggalah ke liang lahad. Ada pakej-pakej tertentu, inilah merupakan negeri-negeri ataupun antara negeri yang banyak melakukan dan melaksanakan kebajikan kepada rakyat. Titah nasihat Tuanku buat kita semua tanpa mengira fahaman politik, sewajarnya dipandang serius dalam semua aspek dan yang paling penting rakyat terjaga kebajikan dan lain-lainnya termasuklah aset alam sekitar seluruhnya dipelihara untuk tetapan serta nikmat generasi akan datang.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Sedikit saya ingin sebutkan di sini kepada rakan saya bagi pihak kerajaan, kalau boleh saya sebut dalam bentuk pantun.

Indah bulan kerana cahaya, Indah matahari kerana haba, indah JKR kerana jalan raya, namun traffic light di Teluk Gading belum ada.

Jadi, saya Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, ucap terima kasih...

Yang di-Pertua (Speaker)

Sejak menjadi wakil daripada Tioman, sejak jadi apa namanya ketua backbencher ni pandai berpantun pula dah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mohon mencelah.

Jadi saya terima kasih atas pantun daripada rakan saya, daripada Tioman dan untuk makluman Dewan, bahawa Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk melaksanakan dan merancang untuk membina traffic light di Teluk Gading ini. Dan insya-Allah saya akan minta pihak JKR untuk melihat perkara ini untuk memastikan traffic light tersebut dapat kita pasanglah di Teluk Gading itu supaya pantun ini tidak ada lagi akan datang. Insya-Allah.

Terima kasih, wakil Kerajaan yang telah memaklumkan bahawa sejumlah peruntukan sebanyak RM1 juta telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan mudah-mudahan dapat dilaksanakan segera demi kebaikan dan kepentingan pengguna jalan raya bersama.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Sama-samalah... di akhir ucapan ini, kita sama-sama menjaga kelestarian negeri serta berdoa yang baik-baik sentiasa kerana kita ini akan terus mengurus dan mentadbir selagi, orang kata nyawa ada di badan, lagi menjadi pilihan rakyat dan tak mustahil kita juga akan bekerjasama secara sukarela pada setiap masa demi kebaikan bersama.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Dengan kata-kata tersebut, saya dengan ini menyokong Usul menjunjung kasih titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang dan moga-moga Tuanku dilanjutkan usia dan dikurniakan kesihatan tubuh badan sentiasa dan berpanjangan, sekian, Assalamualaikum WBT, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila wakil daripada Cheka, untuk perbahasan.

Bissmilahirahmanirahim, (Bacaan ayat al-Quran).

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh EXCO Kerajaan Negeri dan rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat. Alhamdulillah, pertama sekali saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan menyokong Usul Titah Tuanku pada Pembukaan Sidang Penggal pada kali ini.

Ayat yang saya ambilkan tadi ialah satu peringatan Allah kepada kita semua. Allah Ta'ala menyebut, kalaulah penduduk maksudya kalaulah penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan bukakan pintu keberkatan yang turun daripada langit, yang keluar daripada bumi. Akan manusia mendustakan peringatan tersebut, maka Allah akan datang kepada mereka pelbagai bencana mudah-mudahan mereka kembali ingat pada Allah SWT.

Yang di-Pertua,

Kali pertama dalam sejarah Dewan Negeri Pahang mencatatkan jumlah pembangkang yang paling besar pada kali ini, seramai 17 orang. Saya ucapkan terima kasih pada pengundi-pengundi di Pahang yang telah memilih wakil-wakil yang telah kita dengar keputusan tersebut. Apa yang penting ialah kami bagi komitmen atas titah Tuanku untuk menjadi pembangkang yang konstruktif, pembangkang yang bina turut mencadangkan beberapa cadangan-cadangan yang baik bagi pembangunan negeri Pahang.

Kita tidak akan jadi pembangkang yang hanya membangkang semua apa yang dibuat oleh kerajaan. Tapi di waktu yang sama, kita perlu ada check and balance dalam pembangunan negeri Pahang. Keseluruhan ucapan titah Tuanku merumus kepada perkara-perkara yang besar dan saya lihat kepada perkara-perkara tersebut isu keprihatinan Tuanku terhadap isu pembangunan yang tidak merosakan alam sekitar. Kami menyambut baik er... titah Tuanku tersebut dan saya yakin Kerajaan Negeri juga melaksanakan program memelihara dan beri perhatian kepada isu soal alam sekitar.

Apa yang boleh saya sebutkan di sini ialah, kita akui bahawa beberapa projek-projek yang dilaksanakan di peringkat negeri bukan saja perlukan pemantauan, tapi peningkatan penguatkuasaan. Tuanku mencadangkan suatu peruntukan besar diberi kepada penguat kuasa supaya mereka boleh laksanakan tugas, tanggungjawab dengan lebih berkesan. Tanpa peruntukan yang... yang cukup, kemudahan teknologi yang canggih, penguat kuasa kita tidak mungkin dapat me... me... membuat pemantauan terhadap pembangunan yang berlaku di Pahang dengan jumlah yang luas.

Sebagai contoh Jabatan Alam Sekitar, kita akui Pahang ini memang tak cukup ya jabatan, Pejabat Alam Sekitar yang hanya ada di... di..., se... seingat... setahu saya ada dua atau tiga sahaja untuk kawal seluruh negeri Pahang. Dan kita di peringkat Persekutuan telah mengubah Akta Alam Sekitar yang menyebabkan denda sampai RM15 juta. Namun, kalau sekiranya penguat kuasa tidak cukup untuk sampai di tempat lokasi yang berlaku pencemaran... punca pencemaran, kita akan gagal membawa mereka ke mahkamah, dan kegagalan ini menyebabkan Akta yang... yang kita... kita... gubal tak dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Sebagai contoh juga saya ingin menarik perhatian soal er… pembalakan. Kita akui bahawa pembalakan ini sebenarnya menjadi hasil bagi negeri. Tetapi setengah-setengah projek pembalakan menyebabkan berlaku percemaran alam sekitar yang sangat serius. Sebagai contoh, terkadang projek-projek ini berselindung di bawah projek er... penanaman semula hutan, yang menyebabkan mereka membuat tebangan 80% dengan istilah… istilah guna ialah ‘cuci mangkuk’.

Saya minta Kerajaan Negeri menghentikan segera projek cuci mang... er... penebangan hutan er... ‘cuci mangkuk’ 80%... 90%. Walaupun di atas nama untuk tanam semula hutan, kajian yang kita buat mendapati daripada jumlah kelulusan yang diberi kepada penebangan balak tahun 2020, 73,360 hektar, namun penanaman semula hanya 5% sahaja, sedangkan kelulusan itu diberi untuk projek tanam semula hutan. Ternyata selepas balak ditebang, bukit digondolkan, penebang... penanaman semula tidak dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dan ini pun kita perlu buat pemantauan daripada 5% ini, berapa peratus yang berjaya ditanam semula?

Saya selalu masuk kawasan hutan dan saya juga melihat tentang bagaimana projek penanaman hutan dibuat, dan saya juga mengucapkan tahniah satu projek yang sedang dilaksanakan di kawasan Sungai Lembing, penanaman semula hutan. Saya fikir ini antara kawasan yang agak berjaya dari pemerhatian saya. Apa yang jelasnya er... sungai kita termasuk sungai yang tak mungkin kita dapat lagi melihat Sungai Pahang yang jernih. Punca besar kita ialah selain pada pembalakan ialah perlombongan pasir ya.

Pemantauan yang saya buat mendapati pasir-pasir dibersihkan tidak mengikut peraturan yang sebenar. Sepatut mereka ada takungan, dua tiga takungan, barulah air itu dilepaskan. Tapi sebahagian besar pengusaha pasir, dia basuh pasir tersebut di tepi sungai menyebabkan aliran pencemaran terus masuk ke sungai. Keladak inilah yang menyebabkan sungai kita bertambah cetek dan bertambah teruk. Jadi, saya mengalu-alukan Tuanku supaya bukan sahaja kita nak suruh penguat kuasa kita, tapi peruntukan dan penambahan kakitangan perlu dibuat.

Selain pada faktor yang kedua ialah pelom... perlombongan er... pasir. Perlombongan juga menyumbang besar pada pencemaran alam sekitar, di samping isu er... Musang King yang… ladang Musang King yang luas yang menyebabkan faktor-faktor ini mendatangkan kesan yang besar kepada sungai-sungai kita.

Suka saya maklum kepada Dewan Yang Mulia, beberapa loji kita di Pahang ini tak boleh proses air. LRA tak mampu nak proses kerana turbiditynya sangat tinggi, kekeruhan yang sangat tinggi. Sebagai contoh di Raub, lebih daripada 3,000 NTU. Macam mana loji nak bersih? Loji terpaksa ditutup kerana tak mampu, kerana keladak sungai yang sangat keruh.

Apa yang… yang kita mampu buat, kita luluskan di peringkat zaman saya, kita luluskan satu projek untuk buat er... takungan sebelum air itu dipam kepada loji. Tapi yang

jelasnya bahawa kita mesti... pemantauan dan er... perlu dibuat dengan lebih rapi supaya projek-projek ini tidak merosakkan alam sekitar negeri kita yang kita kasihi ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Selain daripada projek tersebut, saya juga ingin er...er...melihat tentang pembangunan yang seimbang, juga disentuh oleh Tuanku dalam ucapan. Pembangunan yang seimbang ini saya dapati bahawa sebahagian besar kita di Pahang ini berlaku ketidakseimbangan penggunaan mengikut daerah. Ada daerah yang sangat tertinggal, Lipis, Jerantut sebagai contoh ya. Sedangkan kawasan-kawasan, daerah-daerah ini adalah penyumbang besar hasil negeri sama ada perlombongan, pembalakan atau sebagainya. Tapi sayangnya, hasil itu gagal dapat kepada daerah-daerah tersebut.

Saya mohon pertimbangan Kerajaan Negeri sekiranya kita boleh buat satu mekanisme supaya sekurang-kurangnya 10% hasil daerah diserahkan kepada daerah tersebut. Sebagai contoh, katakanlah 10 juta balak dikeluarkan daerah Lipis, maka 10% hasil balak itu ialah terus disumbang, disalurkan kepada Pejabat Daerah Lipis ataupun Majlis Daerah Lipis bagi membangunkan Pelan Pembangunan Daerah Lipis.

Apa yang berlaku sekarang ialah semua kelulusan dibuat di peringkat negeri dan daerah tidak ada kuasa, hatta termasuk pemantauan. Dengan kaedah ini, saya fikir kita boleh memantau semua hasil keluar daripada negeri. Contohnya berapa banyak balak yang ditebang walaupun kelulusan diberi, tapi pemantauan daerah boleh terus memantau berapa jumlah tan metrik er... lombong, bijih besi yang dikeluarkan.

Jadi, oleh kerana itu kita bimbang berlaku dua perkara. Pertama, berlaku ketirisan hasil yang menyebabkan kita hilang hasil kerana pemantauan. Sebab pemantauan ini perlu daerah turut memantau supaya hasil tidak berlaku ketirisan dan insya-Allah kita dapat menjana. Saya jangka kita lebih daripada separuh ya, daripada hasil kita boleh kita tingkatkan kalau sekiranya pemantauan dapat dibuat lebih rapi di peringkat daerah tetapi daerah dapat hasil daripada ha... pengeluaran hasil daerah masing-masing. Dengan cara ini, daerah itu ada dana, ada duit yang boleh membangunkan kawasan tersebut dan akan berlaku perseimbangan pembangunan pada setiap daerah.

Yang ketiga, isu yang berlaku juga ialah tentang cadangan supaya kawasan-kawasan hutan simpan kekal dapat dipertahankan sebagaimana ucapan dalam Titah Tuanku dan juga ucapan waktu... Pahang ini antara penyumbang besar pada hutan... kelestarian hutan dan capaian net zero kita, 2030 disasarkan oleh Kerajaan Persekutuan, Pahang antara negeri yang menyumbang dengan mengekalkan lebih pada 50%. Hingga setakat ini, 1.6 juta hektar atau 57% hutan kekal kita… kita gazet.

Namun apa yang jelas, hutan simpan ini kadang-kadang diceroboh ya. Data-data yang ada saya menyaksikan bagaimana hutan simpan kekal kita turut diceroboh oleh pelbagai pihak ya... dan tahniah kepada pihak Jabatan Hutan yang telah melakukan pemantauan dan ambil tindakan terhadap penceroboh tersebut.

Namun apa yang jelas, bahawa mereka ini kadang-kadang... pencerobohan berlaku di tempat yang kita buat projek pembalakan ‘cuci mangkuk’ tadi. Hutan yang dah bersih ditanam Musang King beribu hektar ya. Tahniah pada Kerajaan Negeri, khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang ambil tindakan tegas kepada pencerobohan Musang King yang berlaku di Raub dan sebagainya. Cuma saya ingin dapat penjelasan, apakah tindakan-tindakan yang Kerajaan Negeri telah buat selama ini dan status terkini saman Kerajaan Negeri terhadap pengusaha-pengusaha tersebut?

Dan saya harap jangan ada di antara kita yang membela orang yang melanggar peraturan dan Dewan yang Mulia [Ahli Dewan menepuk meja] kita harus menjadi ya... bersama-sama memelihara tanggungjawab kita, bersama dengan Kerajaan. Kalau berlaku pen... pelanggaran undang-undang, peraturan maka kita mesti bersama-sama mempertahankan tindakan Kerajaan tersebut.

Sehubungan dengan itu juga saya mencadangkan supaya kawasan tadahan air… kawasan tadahan air digazetkan sebagai kawasan yang tak boleh diluluskan penebangan balak. Hampir 30% air di Pahang masih lagi bergantung kepada sumber air bukit ya... masih lagi. Lantaran itu, pence er… kelulusan penebangan balak kawasan ini mendatangkan implikasi yang besar kepada penduduk. Sebagai contoh, saya di kawasan DUN Cheka, baru ini saya pergi ke satu kawasan di mana penduduk bergantung kepada sumber air bukit Kampung Lentang di Lipis. Hampir 60 hari mereka tidak mendapat bekalan air bersih kerana mereka berada pada hujung paip dan mereka bergantung kepada sumber air bukit.

Apa yang mendukacitakan, saya difahamkan kawasan ini juga telah diluluskan penebangan balak. Maksudnya mereka akan hilang punca air. Lantaran itu saya mohon pertimbangan pihak kerajaan supaya menyemak kembali dan mewartakan kawasan tadahan air sebagai kawasan hutan simpan kekal bagi menjamin generasi akan datang termasuk jugalah beberapa tempat-tempat lain yang saya fikir pergantungan kepada sumber air bukit ini sangat masih... masih besar dan insya-Allah di samping dia melestarikan alam sekitar, kita juga membantu penduduk dalam melaksanakan usaha mereka dalam kehidupan seharian.

Tuan Yang di-Pertua…Dato' Sri Tuan Yang di-Pertua,

Saya ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri telah pun er...kita telah pun mengadakan...menandatangani satu perjanjian pada 23 Disember 2020 dengan Pengurusan Aset Air Negara. Dengan itu, Kerajaan Pusat telahpun melupus kira hutang bekalan air luar bandar sebanyak RM1 bilion dan syarikat PAIP mendapat pinjaman sebanyak RM1.1 bilion… dengan termeterainya perjanjian pada 23 Disember 2020 yang turut disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Persoalan saya ialah, berapakah jumlah pinjaman hingga setakat hari ini yang telah diluluskan oleh PAAB kepada er… syarikat PAIP dan dengan hasrat bahawa dengan pinjaman tersebut kerajaan mampu untuk menaik taraf beberapa loji-loji air di luar bandar termasuk loji air Mela yang saya fikir sangat penting dia loji terlalu lama, macam disebut oleh EXCO tadi bahawa perumahan makin bertambah, penduduk makin bertambah tapi loji, jalan raya masih lagi kekal dalam bentuk yang sama. Jadi oleh kerana itu, penaik taraf loji loji air ini perlu disegerakan di samping kita berusaha untuk mengurangkan kadar er…NRW yang sangat er…yang juga agak tinggi di negeri Pahang.

Yang di-Pertua,

Di samping itu saya juga ingin menyentuh soal…soal peruntukan pembangunan jalan-jalan raya khususnya di kawasan DUN Cheka saya tengok kita perlu naik taraf jalan daripada Kerambit ke Jerantut, yang saya rasa kawasan-kawasan lain hampir semua dah itu… walaupun saya dah maklum pada…pada di peringkat persekutuan, saya bawa isu dalam Parlimen juga tapi melalui Dewan Negeri ini saya yakin Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga boleh mengangkat isu-isu ini bagi menyelesaikan masalah jalan-jalan yang belum dinaik taraf di negeri Pahang. Dan saya juga merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada er…Tuanku yang telah

menyentuh soal peruntukan kepada pembangkang yang diminta supaya diberi peruntukan yang sama sebagaimana yang rakyat telah pilih.

Saya memantau tentang laporan Titah Tuanku. Hampir semua media-media utama mengambil topik ini sebagai topik utama mereka er…hampir semua. Bermakna bahawa Titah Tuanku disambut oleh sebahagian besar media perdana. Jadi kita harapkan dengan Dewan Yang Mulia ini juga, kita Kerajaan Negeri dapat laksanakan hasrat Tuanku. Kami dipilih oleh rakyat dan kita tahu bahawa bila kita dipilih, rakyat bila berlaku satu musibah, mereka akan datang ke pusat khidmat, mereka minta bantuan bila berlaku bencana yang perlu segera dan ini pun pemantauan dibuat oleh pejabat daerah bukan bagi peruntukan kecuali peruntukan pusat khidmat. Saya mengalu-alukan Titah Tuanku.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih banyak dan menyokong penuh Titah Tuanku. Terima kasih. Assalammualaikum WBT.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih wakil daripada Cheka. Macam Menteri Alam Sekitar bercakap. [ketawa] Sila, seterusnya wakil dari Tras.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum WBT, salam sejahtera, Salam perpaduan, salam madani. Terima kasih Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya pada tengah hari ini bersama-sama mengambil bahagian membahaskan Titah Diraja.

Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua,

Di kesempatan ini juga patik ingin menjunjung kasih di atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang telah menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada 8 Mei 2023 bersamaan 17 Syawal 1444 Hijrah. Di pagi yang mulia ini, saya ingin menyentuh beberapa perkara yang telah dititahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Sebelum itu, dikesempatan ini juga saya merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail di atas pelantikan sebagai Menteri Besar Pahang kedua serta barisan EXCO, Yang di-Pertua Tuan Speaker, Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Juga ucapan taniah saya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 kerana telah berjaya mewujudkan Kerajaan Perpaduan Madani.

Titah Baginda Tuanku secara umumnya, banyak menekankan pembangunan negeri Pahang secara lestari, penjagaan alam sekitar dengan konsep Environmental Social Governance (ESG) bagi membolehkan memaksimumkan hasil negeri serta memanfaatkan kepada rakyat. Satu perancangan yang bersistematik dan berefisien tinggi bagi generasi yang akan datang perlu dirancang. Baginda juga banyak menekankan konsep berintegriti, beramanah, bekerja secara profesional, bermurah hati serta menggalakkan pemberian inisiatif kepada rakyat dan tenaga kerja, kepada

para pemimpin, penjawat awam, kontraktor serta perseorangan. Dalam konsep pembangunan lestari ini, sebelum er… sebelum sebenarnya negeri Pahang boleh memanfaatkan hutan-hutan yang ada sebagai konsep negara net zero emissions. Seperti mana daripada Cheka beritahu tadi ya.

Cumanya Kerajaan Negeri Pahang kena membuat kajian bersama dengan Kerajaan Pusat terhadap pemain-pemain industri yang mengeluarkan karbon supaya mereka dapat menyumangan er… menyumbangkan pengurangan karbon atau dalam bentuk kata lain sumbangan wang kepada kerajaan, serta memberi insentif kepada er… pekilang-pekilang dan bersama-sama mengurangkan pelepasan gas berkarbon. Saya amat bersetuju dengan pendirian Baginda supaya Kerajaan Negeri tidak lagi bergantung hasil tradisional seperti aktiviti pembalakan dan pengorekan tanah mineral ataupun galian.

Aktiviti-aktiviti tersebut boleh ditukarkan kepada aktiviti-aktiviti eko- pelancongan, pertanian berkomersial iaitu seperti tanaman durian Musang King, halia dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti mineral mestilah menggunakan konsep yang dibenarkan dan tidak merosakkan alam sekitar serta dapat menghasilkan produk hiliran bagi tujuan peluang pekerjaan penduduk setempat. Pelabur-pelabur yang berteknologi tinggi juga digalakkan tapi tidak mendatangkan pencemaran alam sekitar.

Cadangan kedua, supaya Kerajaan Negeri melalui JKR Negeri menyatakan grade quality setiap jalan yang akan dibuat. Secara tidak langsung, orang ramai dan rakyat boleh menilai membuat aduan serta merta di atas kualiti jalan yang tidak berkualiti. Ini kerana di antara jalan yang tidak sampai sebulan, ini pengalaman di Parlimen Raub, yang telah dibuat, rosak. Seperti er… yang dinyatakan oleh EXCO sebentar tadi, di mana nilai ataupun ketahanan jalan itu kurang lebih 7 tahun, ini tak sampai sebulan ya.

Jadi cadangan ketiga saya, juga menyokong penuh di atas cadangan Tuanku Baginda untuk menubuhkan Majlis Penasihat Orang Asli Negeri Pahang. Dalam aduan masyarakat Orang Asli yang ada beberapa perkara yang sukar diselesaikan oleh pihak JAKOA seperti ibu tunggal, status ibu tunggal, konflik gajah dan manusia, tidak memahami perihal adat resam. Ini kerana semua perihal Orang Asli biasanya akan melalui JAKOA. Dengan adanya penubuhan ini, ianya sekurang-kurangnya dapat memudahkan urusan JAKOA itu sendiri. Dengan rasa rendah hati dan di atas kebertanggungjawaban ini, saya menawarkan diri untuk bersama-sama duduk dalam Majlis Jawatankuasa ini.

Dato’ Sri Tuan Yang di-Pertua,

Cadangan yang keempat, bagi membendung pencerobohan tanah kerajaan, kecurian hasil serta penerokaan hutan yang tidak sah, saya mencadangkan beberapa perkara di sini. Yang pertama, Kerajaan Negeri boleh bekerjasama dengan JPSM Pusat dengan menggunakan data satelit setempat secara mingguan ataupun bulanan. Yang kedua, kawasan-kawasan yang diceroboh oleh er… boleh dikesan dengan satelit ini melalui perubahan image yang berlaku serta penggunaan drone model terkini yang digunakan oleh pihak tentera yang beresolusi tinggi dan terbang kawalan jauh.

Yang ketiga, memberi inisiatif kepada ketua-ketua kampung, batin-batin dan penduduk setempat yang mem… yang dapat memberi maklumat. Yang keempat, menyediakan perkhidmatan pihak penguasaan tambahan secara kontrak. Luluskan… yang kelima meluluskan hukuman yang berat kepada penceroboh ini. Yang keenam mengadakan perbincangan blue print di antara semua agensi kerajaan yang terlibat dengan hutan

NGO-NGO badan bukan kerajaan, ketua kampung, JPKK, Batin dan penduduk setempat. Saya mencadangkan untuk kes-kes khusus seperti pencerobohan atau penggunaan tanah kerajaan dengan taman… dengan tanaman pokok buah-buahan yang melebihi 10 tahun haruslah diselesaikan secara berhemah, menang-menang supaya kerajaan dapat mengambil… dapat mengambil cukai dan alam sekitar dapat dipelihara secara lestari.

Pendekatan turun padang dan perbincangan dengan pihak yang terbabit perlulah diselesaikan secara baik. Manakala kampung-kampung yang wujud melebihi 20 tahun bolehlah diberi geran untuk tapak rumah serta sedikit tanah untuk mereka bercucuk tanam. Ini kerana kampung-kampung tersebut sudah dilengkapi dengan infra seperti jalan raya dan tenaga elektrik.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat,

Sebenarnya kalau tengok Perkara 35 iaitu Perkara 35, seseorang ahli tidak boleh membaca ucapan. Maknanya Yang Berhormat letak bawah boleh tapi tak boleh angkat. Ini peraturan Dewan. Terima kasih.

Okey. Saya juga menyokong penuh cadangan…cadangan kerajaan negeri Pahang bagi mewartakan Gunung Aais dan Hutan Simpan Gunung Aais tambahan sebagai Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah. Saya juga ingin mencadangkan satu rizab kawasan perlindungan untuk gajah-gajah perlu diwujudkan bagi mengurangkan konflik hutan liar dengan manusia.

Cadangan kelima mengenai projek tebatan banjir. Saya cadangkan semua projek JPS yang berisiko tinggi yang boleh menyebabkan bencana alam haruslah dibuat secara seberapa segera. D isamping itu, pihak JPS mestilah diberi peruntukan yang mencukupi bagi membersihkan sungai, parit secara berkala di samping itu mestilah mengenal pasti pembetungan saliran iaitu pembentungan saliran culvert yang lama haruslah ditukarkan dengan segera mengikut keadaan laluan air semasa bagi mengelakkan banjir kilat. Di samping itu juga pihak JPS hendaklah bekerjasama dengan pihak PTG, Pertanian, pekebun, petani supaya menjaga sungai kita daripada berlakunya halangan laluan air sungai.

Cadangan yang keenam berkenaan air bersih Pahang, khasnya di Parlimen Raub dan juga seluruh negeri Pahang. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PAIP Pahang di atas kerja pembaikpulih yang telah dilakukan. Saya ingin mencadangkan ada beberapa perkara untuk mengatasi masalah air bersih ini seperti berikut, khususnya di Parlimen Raub. Pihak JPS, PAIP, PTG, PBT, Pertanian dan badan bukan kerajaan (NGO) supaya dapat duduk bersama-sama bagi membincangkan masalah guna tanah di tebing sungai yang tidak terurus yang boleh menyebabkan hakisan cerun runtuh apabila hujan lebat. Ini mengakibatkan kekeruhan agak tinggi di mana proses loji tidak dapat dilakukan.

Biasanya loji dia boleh proses antara 1,500 NTU. Apabila berlaku kekeruhan ini, mungkin lebih di antara 10-20,000 NTU. Pihak PAIP perlu menyediakan tangki lori air tambahan kepada kawasan yang amat teruk dan selalu ketiadaan air. Pihak PAIP ataupun kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat hendaklah melantik atau memilih juru perunding, kontraktor yang betul-betul layak dan mempunyai pengalaman yang

luas supaya kerja-kerja ini dapat disempurnakan mengikut jadual yang ditetapkan. Loji-loji di Raub setakat ini lambat ya, daripada yang …lari daripada tempoh yang ditetapkan.

Cadangan yang ketujuh, infrastructure setempat hendaklah dirangka sekurang-kurangnya 10 tahun ke hadapan bagi mengatasi pembangunan yang tidak mampan seperti keperluan air, elektrik, jalan yang yang sedia ada dapat menampung pembangunan setempat. Saya mencadangkan juga satu jawatankuasa infrastruktur keperluan asas seperti air, elektrik, jalan raya perlu ditubuhkan. Ianya dapat melancarkan penyelesaian masalah air negeri Pahang. Saya juga mencadangkan di Dewan Yang Mulia ini supaya EXCO berkaitan dapat menjelaskan perancangan dan pelaksanaan serta penerangan yang jelas berkenaan perjanjian antara PAIP iaitu Pengurusan Air Pahang Berhad dengan PAAB-Pengurusan Aset Air Berhad, kerajaan pusat dan juga nyatakan tempoh seluruh siap perancangan untuk negeri Pahang.

Cadangan yang kelapan, pusat perlindung… perlindungan bayi ataupun Baby Hatch. Insiden pembuangan bayi yang perlu… lahir… yang semakin berluasa…. yang semakin berleluasa semenjak kebelakangan ini dan orang ramai turut melahirkan rasa marah terhadap perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu. Cadangan saya supaya kerajaan dapat mengadakan pelbagai program kesedaran dan juga penyediaan tempat pusat kebajikan serta pembangunan sosial antara anak dan ibu yang lebih selamat dan terjamin. Saya juga mencadangkan kursus pra perkahwinan harus digalakkan juga kepada belia-belia bukan Islam.

Cadangan yang kesembilan, Program Rumah Rakyat Pahang (PRRP) ini juga harus diperluaskan kepada pihak korporat dan swasta supaya sama-sama dapat membantu kerajaan ada bentuk kewangan sama… sama ada barangan. Ia juga boleh membantu secara sepenuh ataupun sebahagian dan juga konsep gotong-royong. Ada masa lagi?

Dan juga di sini mengambil kesempatan berkenaan dengan rumah orang-orang tua di Raub ya. Saya dimaklumkan sebelum ini sebelum 2018, peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika itu 2018, diberhentikan atas faktor tidak tidak mengikut specs. Jadi saya harap kerajaan dapat meneliti balik atau berbincang supaya rumah-rumah orang tua ini ya, Kampung Ibadah Sempam, Rumah Orang Tua Sempalit, Sungai Lui dan Sungai Klau ini dapat kita bantu ya, untuk golongan warga emas

Akhir sekali, saya juga ingin mendapat kepastian daripada kerajaan negeri Pahang supaya dapat membantu pekebun durian Musang King di Raub khasnya dan juga di Pahang di mana teknologi tinggi yang telah diusahakan oleh negeri China sekarang telah menghasilkan buah. Jadi macam manakah untuk pihak-pihak ataupun kerajaan negeri sama-sama untuk kita mengatasi masalah ataupun saingan secara global ini di masa hadapan.

Sekian terima kasih. Saya menyokong Titah Diraja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih wakil daripada Tras. Sebelum kita pergi ke wakil kita yang terakhir pada pagi ini iaitu wakil daripada Lepar. Saya ingin nak mengingatkan bahawa yang Perkara ke-36, 2. Di mana kita tidak boleh sebut perkara-perkara dalam pertimbangan… pertimbangan mahkamah seperti yang disebut tadi tentang apa, kes mahkamah di Tras, Musang King. Jadi ini kita kena ambil kira juga ya, kalau kita ikut tengok peraturan mesyuarat kita Perkara 36. Sila Wakil daripada Lepar.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Bismillahirahmanirrahim [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Pertama kali izinkan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi-pengundi di DUN Lepar tak kira bangsa dan agama yang telah memberi kepercayaan kepada saya sehingga terpilih untuk menjadi Wakil Rakyat mereka. Insya-Allah akan saya jalankan amanah ini dengan sebaik mungkin jika peruntukan dan bantuan dari kerajaan negeri Pahang akan mengalir sentiasa di DUN Lepar. Insya-Allah nasib dan rakyat di DUN Lepar akan sentiasa terbela dan sudah tentu saya akan bekerja berlipat ganda demi bangsa, agama dan tanah air. Bicara pembuka kata Dato' Sri Yang di-Pertua, izinkan saya mulakan dengan dua rangkap pantun.

Dua tiga kucing berlari-lari, Berlari-lari dikejar si ikan patin, Mak Dhani suka ke sana suka kemari, Namun kami tidak risau, sentiasa prihatin.

Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh, minta mencelah wakil daripada kerajaan. Tolong…

Ikan patin baru.[Ketawa]

Ikan patin boleh mengejar kucing.

Ikan patin baru.

Yang di-Pertua (Speaker)

Itu ikan patin dari Lepar. [Ketawa]

Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya insan baru belajar, Silap dan salah mohon maafkan.

Pada bulan Januari, kami telah mengangkat sumpah setia kepada raja dan negeri di Dewan Yang Mulia ini seterusnya pada 17 Februari 2023, kami diajak ke Cameron Highlands untuk pemukiman dan menimba ilmu. Dihadiahkan pula dengan sayur-

sayuran segar. Walaupun singkat, namun alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kalau ada rezeki yang melimpah, bawa lah kami pula menggali ilmu ke negeri China. Kalau bajet kurang, ke Thailand dan Vietnam pun tidak mengapa. Kenapa kita perlu ke negara China, Thailand atau Vietnam tapi jangan pergi ke Kemboja?

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Seantero dunia mengetahui bahawasanya negara-negara ini memang hebat dengan sistem dan kecanggihan dalam bidang pertaniannya. Bukan sahaja dalam bidang tanaman namun hebat juga dalam bidang kejuruteraan pertanian serta penciptaan jentera pertanian. Umum tahu, negeri Pahang kita ini penuh dengan tanah-tanah yang subur termasuklah di DUN Lepar ini. Ramai anak-anak muda di DUN Lepar yang memiliki pengalaman dan menghadiri kursus. Namun apabila mereka membuat permohonan tanah untuk bertani dan menternak, dilayani umpama langit dijunjung, rupanya bumi dipijak masih milik orang. Tetapi saya sebagai wakil rakyat yang masih muda juga, akan membawa senarai nama pemohon-pemohon yang berminat untuk bertani dan menternak.

Mereka terdiri daripada anak-anak muda dan bukan hanya di kalangan anak-anak Melayu dan Bumiputera, tapi ada juga dari kalangan anak-anak kaum Tionghua, India dan Punjabi. Yang ingin membantu menaikkan ekonomi setempat sudah tentu mereka ini akan membayar cukai dan dengan pembayaran cukai ini akan menambah pendapatan negeri juga akhirnya. Petani dan penternak muda ini dapat membantu mengurangkan kos kenaikan harga barang seperti ayam, daging, ikan, sayuran serta masalah kekurangan telur ayam yang sentiasa jadi igauan sehingga bermimpi setiap malam.

Kami tiada formula tapi kami ada petani dan penternak yang ingin membantu kerajaan. Insya-Allah jika diizin, saya akan bertemu dengan Yang Berhormat EXCO Pertanian untuk dipertimbangkan hasrat mereka dan seterusnya diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, insya-Allah. Namun pesanlah kepada semua yang di luar sana. Nak bertani, bertanilah. Nak teroka, terokalah dengan cara yang halal. Mohonlah dulu di Pejabat Tanah, nanti insya-Allah Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan pertimbangkan. Janganlah menceroboh tanpa izin. Tak baik berkelakuan begitu.

Dato' Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Kita sering mendengar keluhan dari rakyat negeri Pahang mengenai keinginan mereka seperti mengidam telur tembakul, mengidam macam wanita mengandung, bermimpi bila agaknya mereka akan dianugerahi mahligai yang indah walaupun selepas terjaga dari mimpi mereka sedar mempunyai rumah flat pun tidak mengapa.

Ada yang dah tua tak kahwin-kahwin kerana nak memiliki rumah dahulu, bagi… nak bagi bakal isteri rasa bangga kononnya. Kalau dah kahwin ada yang terpaksa menumpang di rumah orang tua dan mertua. Mulalah asyik gaduh saja. Yang tua tak nak mengalah, yang muda lagilah pula. Nak bermanja pun susah, rumah padat dengan penghuninya. Sebab itu orang-orang sekarang lebih memilih untuk ada anak seorang atau dua sahaja. Lain kalau rumah macam mahligai ada 14 bilik yang selesa amat. Bukan menantu saja lepas mengandung akan bersambung-sambung, silap-silap mother in law ikut berlumba juga.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Mereka semua ini menagih rumah yang mampu milik, bukan mampu melihat. Banyak rumah dibina untuk orang-orang yang berada dan berduit dan akhirnya golongan orang kurang mampu ini sekadar mampu menyewa rumah sahaja.

Jika ingin membina rumah, pastikan jangan nak untung sahaja sehingga sanggup melihat rumah yang dibina itu runtuh seperti nasib yang menimpa 22 buah rumah di kawasan Gambang Damai. Dari tahun 2020 hingga sekarang, masih tidak terbela nasib mereka. Rumah ganti tiada, ansuran bank kena bayar juga. Tidak kasihankah kita kepada mereka kerana mereka juga anak bangsa kita. Pula itu, pembelinya ramai yang terdiri daripada penjawat awam. Bila tak bagi undi, salahkan pula kepada penjawat awam. Oleh itu, minggu depan marilah kita berpakat beramai-ramai menziarahi mereka.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Kita kena pastikan membuat rumah, buatlah yang murah-murah dan elok-elok, jangan sampai kejadian tanah runtuh berlaku lagi, banjir yang terjadi seperti taman PR1MA Mahkota. Jika nak buat juga, pastikan buatlah rumah yang bertiang, rumah yang tinggi supaya harta benda tidak rosak. Rugi berpuluh ribu tapi dapat bantuan seribu dua. Adakah ianya adil kepada mangsa-mangsa banjir? Rakyat tidak gembira, rakyat marah, rakyat sakit hati. Mereka simpan dalam hati. Bila PRU akan datang tiba, mereka zahirkan dalam undi mereka.

Jagalah rakyat, insya-Allah kita akan dapat banyak barakah. Jika PRU-16, mereka masih tak nak mengundi juga yang di seberang sana, jangan bersedih, kerana pahala tetap menunggu di akhirat nanti. Apabila rakyat gembira, pahala di akhirat tak dapat dihitung dengan jari lagi. Apa nak dikejar dengan kekayaan, nanti dikejar-kejar keciciran pula. Kerugian sudah tentu, keuntungan entah ke mana. Bila kita rugi, paip air tidak berguna lagi. Namun kita perlu menimba di perigi kembali. Bak pepatah moden berkata, jangan sapu semua tapi ambil mana yang sempat. Negeri akan kaya jika rakyatnya kaya, bukan segolongan saja yang kaya. Baru kita dapat untung lebih daripada 1 bilion, insya-Allah.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita telah memaklumkan hasil dari tahun lepas kita mendapat untung lebih daripada 1 bilion. Kami dan rakyat mengucap taniah. Agihkan sebaik mungkin kepada rakyat yang amat memerlukan. Dan jangan lupa agih juga kepada kami untuk kami memakmurkan di kawasan-kawasan kami. Kami tak minta banyak pun. Bagi sejuta dua okeylah. Bagi jugalah peruntukan pengurusan pusat khidmat kami. Gaji pekerja pun dah mahal sekarang. Sewa pejabat, utiliti melambung naik. Kalau ada kereta-kereta lama tu bagilah kami pakai, tak ada kereta kecil yang besar pun jadilah.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Beberapa bulan yang lepas saya ada bertemu dengan Yang Berhormat Dong selaku EXCO Komunikasi, Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang di padang hoki. Terlanjur berbicara tidak terlewat untuk saya mengucap tahniah kepada pasukan hoki SUKMA Negeri Pahang kerana pasukan lelaki dan wanita telah mencipta sejarah buat pertama kali iaitu kedua-dua pasukan telah mendapat pingat emas SUKMA 22. Ini kerana adalah kerana sokongan dan dokongan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal

Ibrahim Alam Shah yang juga selaku Presiden Hoki Negeri Pahang. Taniah diucapkan sekali lagi.

Yang Berhormat Dong telah menzahirkan dalam perjumpaan saya dengan beliau, ingin mewujudkan satu Tabung Amanah Sukan untuk memastikan sukan di negeri Pahang tidak terbantut dengan masalah kekurangan dana. Saya mengalu-alukan niat yang baik ini dan saya berharap perkara ini akan menjadi kenyataan, insya-Allah. Jika perlu, boleh juga saya membantu apa yang mampu agar Tabung Amanah Sukan ini berjaya diwujudkan.

Melalui sukan, kita dapat memupuk semangat setia kawan, perpaduan bangsa, serta melahirkan generasi yang sihat dan cergas. Oleh itu, tolong tengok-tengokkan gelanggang yang daif, dewan-dewan prasarana semakin uzur untuk dibaik pulih. Bolehlah kita minta peruntukan dengan Menteri Kerajaan MADANI, kerana dengar kata mereka amat bertimbang rasa.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Pembangunan belia adalah penting juga kerana mereka adalah insan yang akan mengambil alih tugas-tugas kita apabila kita pergi menemui Ilahi satu hari nanti. Oleh itu jika kita dapat melahirkan belia yang berdisiplin, rajin, sopan santun, berpendidikan, beragama serta memiliki sifat kesukarelawan insya-Allah negeri Pahang akan makmur, maju dan sentosa. Memang benar anak-anak muda ramai yang mengundi kami. Namun, masih ada juga anak-anak muda yang mengundi parti kerajaan.

Oleh itu, janganlah marahkan nyamuk bakar kelambu. Kalau panas, kita pasanglah penghawa dingin. Memang hakikat kehidupan manusia. Mereka boleh mengubah selera apabila makanan yang sedia ada tidak lagi menyelerakan. Mereka akan mencari sesuatu yang baru. Seperti juga mereka rasa jemu ke... asyik ke Langkawi, sekali sekala mereka nak bertukar pula ke Pulau Tioman. Tapi masalahnya Lapangan Terbang selesa belum juga dibina di Tioman. Yang MADANI sibuk nak besarkan adalah Lapangan Terbang Subang dan Pulau Pinang.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

DUN Lepar ni ada satu Pusat Daerah Mengundi yang amat jauh iaitu FELDA Lepar Utara 1, 2 dan 4. Perjalanannya memang jauh tapi menyeronokkan sehingga boleh jamak solat. Kalau memandu kereta 110 kilometer sejam dari Gambang, kebiasaannya 2 jam 30 minit sampailah... sampailah di Lepar Utara atau di Kuala Lumpur. Jarak yang lebih kurang sama Dato’ Sri. Saya pernah dimaklumkan ada usaha untuk membina jalan raya dari Sungai Lembing ke Lepar Utara. Dengar kata jangka masanya akan jadi lebih singkat iaitu 30 minit sahaja.

Pembinaan jalan ini amat penting untuk dilaksanakan tapi bukan untuk memudahkan saya kerana saya boleh pinjam helikopter daripada kerajaan MADANI. Masalahnya ialah sekarang adalah rakyat. Kasihan mereka. Mereka sering keliru. Ada antara rakyat yang ada urusan perlu ke Kuantan, ada juga yang perlu ke Jengka, ada pula yang perlu ke Jerantut. Rasanya masalah ini telah lama mereka hadapi terlalu lama dan sudah sampai masanya perkara ini perlu diselesaikan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Berdirinya saya di sini, duduknya Dato' Sri Yang di-Pertua di atas sana dan duduknya sahabat-sahabat di sana dan sahabat-sahabat di sini, tidak bermakna saya yang

berdiri ini amat hebat kerana satu hari nanti kita semua akan kekal berbaring. Akhir kata, saya dengan ini menyokong usul menjunjung kasih atas Titah Diraja Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sekian. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih wakil daripada Lepar. Dengan gaya tersendiri ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bercadang untuk menempohkan persidangan di sebelah pagi ini dan kita akan menyambung semula pada pukul 2.30 petang dan saya harap supaya kita semua dapat hadir ke Dewan ini pada pukul 2.30 Kerana masih ramai lagi rakan-rakan kita yang belum lagi dapat berucap. Kita ada lebih kurang dalam 10 orang lagi. 10, 11 orang lagi yang akan menyambung ucapan mereka pada sebelah petangnya. Dengan ini persidangan ditangguhkan.

[Persidangan ditempohkan pada jam 1.01 minit tengah hari]

[Persidangan disambung semula]

Sambungan perbahasan usul menjujung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion

Setiausaha Dewan

Perkara keempat: Sambungan perbahasan usul menjujung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Gugur setangkai bunga melati, Berselerak kelopak celahan di dada, Sudah lama saya menanti, Izinkan saya mulakan bicara.

Selamat sejahtera, salam perpaduan dan salam Malaysia Madani. Kepada semua Ahli Yang Berhormat izinkan saya menyampaikan sepatah dua kata sebelum saya memulakan tugas saya sebagai Timbalan Speaker buat kali pertama. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta Jemaah Ahli Yang Berhormat yang telah sepakat melantik saya sebagai Timbalan Speaker bagi penggal kali ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Speaker Dewan Negeri atas lantikan beliau. Ini adalah satu penghormatan besar buat diri saya apalagi saya adalah Timbalan Speaker Dewan Negeri Pahang, bukan Melayu dan berketurunan Cina yang pertama dalam sejarah negeri ini.

Mengimbau kembali pada penggal yang lalu, saya seorang wakil rakyat pembangkang. Namun tugas sebagai pembangkang perlu dijalankan agar negeri ini ditadbir dengan baik.

Kalau menangkap si ikan bilis, Pilihlah dulu lentik bongkoknya, Kalau bercakap di dalam majlis, Fikir dahulu baik buruknya.

Saya ingin menasihatkan kepada semua Jemaah Ahli Yang Berhormat, sepanjang kita berada di dalam Dewan yang mulia ini agar kita berkata-kata dengan sopan, relevan dan tidak mengeluarkan kata-kata sensitif, racist dan sexist kepada satu sama. Setiap apa yang kita lakukan dalam Dewan ini akan merekodkan dan dijadikan rujukan president, dengan izin, pada masa hadapan. Saya sebagai Timbalan Speaker tidak akan berkompromosi dengan sebarang tingkah laku yang mencemarkan Dewan Yang Mulia ini. Ahli Yang Berhormat perlu mencerminkan keperibadian yang baik walaupun ada perbezaan, namun kita perlu selesaikan dalam sidang ini dengan keadaan dan aturan yang telah ditetapkan.

Penubuhan Kerajaan Perpaduan Negeri Pahang adalah satu sejarah buat negeri ini. Ia adalah simbol anjakkan dan kematangan demokrasi dan politik dalam negeri kita. Oleh itu, perpaduan ini perlu dijaga dengan baik agar manfaat dapat dirasai oleh seluruh rakyat negeri Pahang, kerana kestabilan politik negeri sesungguhnya memberikan kesan terutamanya dalam menarik pelabur serta menjaga kebajikan rakyat.

Akhir kata, pesan saya kepada seluruh Ahli Yang Berhormat, sepanjang saya mempengerusikan sidang ini, sekali lagi saya mohon agar tiada pertelingkahan, tuduh

menuduh dan pertikaman lidah serta kelakuan dan kata-kata tidak senonoh dan tidak sopan di kalangan Ahli Yang Berhormat baik di blok pembangkang mahupun kerajaan.

Sebagai Ahli Yang Berhormat, kita semua perlu mencerminkan keperibadian yang molek agar ia menjadi tauladan kepada rakyat, dan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mempengerusikan sidang Dewan Negeri agar ia berjalan lancar dan setiap keputusan yang dibuat membawa kebaikan kepada rakyat. Sekian terima kasih.

Baik. Baiklah, kita teruskan dengan agenda seterusnya. Persidangan kita disambung semula. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi di atas Usul yang berbunyi:

“Bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini, bersetuju menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja Pahang berangkat menyempurnakan Titah Diraja kepada Dewan Negeri.”

Pada petang ini, kita menyambung semula perbahasan atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja Pahang dan saya akan memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul ini dan saya ingin memperingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana petang ini kita perlu selesai perlu mengadakan 11 Ahli Dewan Undangan Negeri untuk mengambil bahagian. Jadi saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat mematuhi masa yang diperuntukkan sebanyak 12 minit. Baiklah, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Semambu.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam usul menjunjung kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja Pahang. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dilantik sekali lagi memegang tampuk pimpinan kerajaan Negeri Pahang dan juga barisan-barisan EXCO yang baru dilantik.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Dato’ Zulkifli Yaacob atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan negeri Pahang. Semoga di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat membawa Negeri Pahang ini ke satu peringkat yang lebih baik dan membina Pahang yang lagi makmur.

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Negeri Pahang berjaya mengutip hasil pendapatan negeri yang konsisten dengan mencapai RM1.027 bilion dan mengurangkan hutang negeri dari RM3.31 bilion kepada RM952.2 juta. Penurunan hutang sebanyak 71% hanya dalam tempoh 4 tahun merupakan satu kejayaan yang patut dibanggakan. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Tuan Yang di-Pertua,

Pelaburan negeri Pahang setakat 30 September 2022, telah mengumpul pelaburan sebanyak RM20.56 bilion dengan RM9.55 bilion pelaburan domestik dan RM11.01 bilion merupakan pelaburan asing. Bukan seperti yang dinyatakan oleh YB Beserah

tadi bahawa kami cuma mencapai success rate dengan 50%. Tahniah sekali lagi kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Manakala bagi isu Lynas, Yang Berhormat Menteri MOSTI, YB Chang Lih Kang, hanya menolak rayuan untuk pengecualian empat syarat termasuk dengan memindah proses CNL ke luar negara untuk memastikan tiada sisa radioaktif selepas ini di Gebeng ataupun di daerah Kuantan dan ia seiring dan selaras dengan Titah Diraja semalam untuk melindungi alam sekitar. Saya yakin Lynas diberi masa yang secukupnya untuk menstruktur semula cara pengoperasian mereka.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Pahang kerana telah mewujudkan laman web investpahang.com.my, yang memperkenalkan secara lanjutnya maklumat pelaburan dan insentif yang bakal dinikmati oleh pelabur-pelabur sekiranya melabur di negeri Pahang.

Namun, cadangan saya kepada kerajaan adalah kami perlu lebih proaktif menarik pelabur-pelabur asing melalui kerjasama dengan berbagai pihak terutamanya pihak syarikat swasta tempatan yang mempunyai jalinan hubungan perniagaan dengan negara lain dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan ataupun yang ditubuhkan untuk menarik pelaburan asing ke negeri Pahang seperti persatuan pedagangan dan pelaburan Guangxi Pahang dan juga NGO-NGO yang berkaitan.

Mengikut US News Global Survey 2022, dengan izin, ataupun dengan Tajuk Survey tersebut yang bernama Best Country to Invest In, negara yang paling baik untuk melabur, Malaysia berada di tangga ke-39 selepas negara jiran, seperti Singapura di tangga 4, Thailand di tangga 31 dan Indonesia di tangga Ke-35. Kami perlu usahakan lagi untuk menarik lebih ramai pelabur ke Malaysia, khususnya Pahang melalui perkenalan insentif kerajaan dan infrastruktur yang lagi lengkap dan banyak.

Bagi menyenangkan kerja-kerja permulaan pelabur sehingga bermulanya pengoperasian, saya mencadangkan untuk mewujudkan jawatankuasa khas bagi membantu pelabur, terutamanya pelabur asing. Jawatankuasa tersebut yang bertanggungjawab melancarkan proses pelaburan mereka di Pahang dan membantu mereka sehingga memperolehi kelulusan untuk pengoperasian adalah amat penting. Ia bertujuan untuk memastikan pelaburan mereka berjalan lancar sehingga manfaat dan kebaikan dapat dinikmati oleh rakyat biasa dan birokrasi dibuang jauh-jauh seperti Titah Diraja semalam.

Tuan Yang di-Pertua,

Pemangku Raja Pahang menitah bahawa harapan Tuanku agar sumber asli di negeri Pahang dapat berterusan ataupun dapat bertahan 300 tahun atau lebih lama lagi dengan pengurusan dan perancangan yang baik oleh kerajaan.

Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana hutan simpanan kekal (HSK) dan juga jumlah keluasan kawasan berhutan menunjuk peningkatan pada tahun 2021 berbanding dengan tahun yang sebelumnya. Mengikut dapatan saya, projek lahut… ladang hutan (PLH) seluas 100,505 hektar di mana seluas 89,976 hektar hutan asli telah ditebang habis. Apa yang menyedihkan adalah hanya 28,857 hektar yang juga bersamaan dengan 34% ditanam dengan tanaman ladang hutan dan selebihnya tidak diambil sebarang tindakan.

Saya sarankan untuk kerajaan untuk mengambil tindakan yang tegas dengan senarai hitamkan syarikat-syarikat yang terbabit. Sekiranya perlu mengambil tindakan undang-

undang terhadap mereka yang terbabit. Selain itu, saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana sentiasa prihatin dengan mangsa banjir dan telah memberikan bantuan wang ihsan banjir kepada mangsa yang terjejas pada tahun-tahun sebelum ini.

Namun begitu, saya amat berharapkan projek tebatan banjir terutamanya di Cenderawasih dapat disegerakan bagi mengurangkan impak banjir terhadap penduduk-penduduk kawasan tersebut. Bayangkan, setiap kali jika hujan berterusan, penduduk-penduduk yang tidak dapat tidur lena dan terpaksa berjaga malam kerana takut air akan naik secara tiba-tiba. Bukan itu sahaja, penduduk-penduduk terpaksa menanggung kerugian dari segi perabot, barangan dan masa untuk membersihkan rumah.

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah memulakan projek penebatan banjir di Cenderawasih dan harapan saya adalah harapkan projek tebatan tersebut dapat siap dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk memberi tumpuan dan mengambil tindakan proaktif bagi menyelesaikan masalah banjir kilat yang berlaku di tempat-tempat tertentu yang sebahagian besar adalah disebabkan daripada sistem perparitan.

Saya bersama dengan rakan juga telah menyediakan satu laporan berkenaan dengan hotspot banjir di kawasan saya di kawasan DUN Semambu dan nanti saya akan serahkan juga kepada Yang Berhormat Pelangai dan saya amat berharap kerajaan dan agensi yang berkaitan dapat menyelesaikan isu-isu banjir kilat yang telah menjejaskan kehidupan harian penduduk-penduduk setempat.

Tuan Yang di-Pertua,

Isu yang terakhir saya ingin mem… memanjangkan ialah isu air. Terima kasih atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam memperuntukkan RM150 juta di Temerloh dan RM68.1 juta kawasan Bentong bagi menangani masalah air seperti yang dilaporkan pada Julai tahun lepas. Saya juga ingin memohon perhatian Dato’ Sri untuk mempertimbangkan penukaran ke semua paip yang telah lama dan menaik taraf loji air yang sedia ada di daerah Kuantan. Contohnya di kawasan saya, terutama di kawasan Indera Mahkota 1, 2, Kampung Padang dan sebahagian kawasan Bukit Setongkol sering mengalami tekanan air rendah yang menjejaskan kehidupan harian penduduk setempat.

Tuan Yang di-Pertua,

Baru-baru ini masalah air keruh yang teruk telah berlanjutan lebih daripada seminggu di kawasan saya. Aduan yang saya terima meliputi 11 kawasan di seluruh Parlimen Indera Mahkota dan saya difahamkan perkara tersebut berlanjutan bermula ketika hari raya sehingga ke hari ini di mana loji air di Kobat tidak dapat menampung untuk proses kapasiti air mentah yang terlalu tinggi sehingga air tanpa terawat disalurkan kepada pengguna. Saya harap kerajaan dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya untuk segerakan penaiktarafan loji air Kobat untuk menampung pengguna yang semakin banyak di daerah Kuantan. Ingin menamatkan ucapan perbahasan saya dengan menjunjung kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang dengan pantun di bawah.

Semua ADUN datang ke Dewan, Bersama sekali lontar pandangan, Berbeza parti bukan halangan, Perbaduan mesti mencapai kesefahaman.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Ahli dari Semambu. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Tanjung Lumpur.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Assalamualaikum WBT. Bismillahirrahmanirrahim. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, pertama-tama saya merakamkan ucapan terima kasih di atas kesempatan yang telah diberikan untuk sama-sama dapat berbahas berkaitan dengan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang dan alhamdulillah pada petang ini kelihatan semua sama ada Dato’ Speaker, belum Dato’ lagi ya. Apa tu? Yang Berhormat Speaker dan semua sahabat-sahabat Ahli Yang Berhormat yang kelihatan begitu segar.

Biasanya waktu ni, dia ada dua je waktu ni sesuai. Sama ada tidur ataupun Hindustan. Jadi, alhamdulillah pada hari ni pakat segar belaka. Jadi, saya nak merujuk yang pertama-tama, membaca dahulu sepotong Firman Allah SWT [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Maksudnya iaitu “mereka yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang melakukan kejahatan dan juga perkara yang mungkar dan ingatlah bagi Allah jua lah kesudahan segala urusan”.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya suka untuk membawakan beberapa isu berkaitan dengan kawasan saya sendiri. Pertama, berkaitan dengan isu banjir. Isu banjir ini, tuan-tuan sekalian, Kempadang dia menjadi satu kawasan baru yang sejak 3, 4 tahun kebelakangan ini boleh dikatakan tidak ada banjir. Maknanya kalau tak banjir itu peliklah kalau di Kempadang. Semenjak 3, 4 tahun kebelakangan ni.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasihlah kepada agensi-agensi yang terlibat membantu mangsa-mangsa banjir khususnya di Kempadang dan begitu juga dengan bantuan ataupun insentif yang diberikan kepada mangsa-mangsa banjir. Jadi, banjir di Kempadang ini tuan-tuan sekalian, kita melihat ia berlaku semenjak akhir-akhir 3, 4 tahun kebelakangan ini apabila berlakunya pemesatan pembangunan di sekeliling Kempadang sehingga banjir yang bukan sahaja di Kampung Kempadang yang paling teruk adalah di Kempadang Makmur dan kemudian melarat ke Kempadang Sejahtera sampai ke Permatang Gaharu dan sebagainya.

Jadi, kita melihat ia seperti tidak ada kesudahan dan alhamdulillah kita melihat agensi kerajaan yang terlibat memang mengambil berat dan kita yakin bahawa pihak JPS dan sebagainya yang kadangkala dapat bertemu dengan saya sendiri memang datang menziarah, melawat dan membuat sedikit sebanyak kajian tetapi saya tidak melihat pergerakan dari sudut untuk menyelesaikan masalah tersebut yang barangkali mungkin ada masalah-masalah yang begitu besar termasuklah kos-kos yang lebih tinggi yang mungkin tidak dapat dicapai oleh pihak kerajaan. Namun begitu, suka saya

mencadangkan melihat kepada contoh di Sungai Isap. Di Sungai Isap ni, tuan-tuan sekalian memang kita semua tahu bahawa banjir besar dan pernah menjadi satu kawasan yang terbesar banjirnya di Malaysia ya tuan-tuan sekalian.

Tetapi kita melihat semenjak 2 tahun ini, 2 tahun ini, setelah rumah pam itu dinaik taraf, rumah pam, sistem rumah pam itu dinaik taraf dengan lebih baik dan kita melihat ia berjaya dapat mengawal paras air itu terlebih awal. Makna sekurang-kurangnya rakyat sempat pindah ataupun air itu tidak sempat begitu tinggi dan kita mengharapkan di Kempadang ini juga mungkin pihak kerajaan boleh buat kajian untuk dibina rumah pam yang, yang sama memandangkan bahawa Kempadang ini Kempadang Makmur di antara kawasan yang paling teruk. Jadi, memiliki ribuan rumah dan ribuan penduduk.

Jadi, pada tahun lepas, Kuantan ini dapat anugerah. Anugerah apa… Bandar Paling Bahagia sempena Hari Kebangsaan 2022, haa bandar paling bahagia tu. Tapi kalau main dengan banjir ni, tuan-tuan sekalian, tak bahagia mana er... bahagiamu, deritaku. Dia jadi begitu tuan-tuan sekalian. Jadi, kita mengharapkan bahawa er... untuk masa yang akan datang, supaya masalah banjir di Kempadang ini dapat diselesaikan. Mungkin sedikit demi sedikit tu, er... insya-Allah mudah-mudahan kita mengharapkan Kerajaan Negeri dapat memberikan perhatian.

Yang kedua ialah, masalah judi. Judi, er... judi apa… judi tanpa lesen. Kita istilah judi haram, hak ini jadi dua kali haram ini. Kali pertama agama haram, satu lagi kerajaan haram. Jadi pada baru-baru ini memang saya ada buat aduan dan alhamdulillah terima kasihlah pada pihak MBK yang telah mengambil tindakan. Namun begitu, er... apa tauke-tauke judi ini memang licik tuan-tuan sekalian. Dia tutup sekejap, kemudian ada balik. Tutup sekejap, ada balik.

Jadi kita semua tahu, pertama judi ini, dia rosakkan institusi masyarakat. Sebab kita di Pejabat ADUN sendiri pun memang kita terpaksa berhadapanlah er... dengan kesusahan yang dialami oleh isteri-isteri, anak-anak mangsa kepada er... suami mereka yang berjudi. Kita terpaksa bantu tetapi er... kita merasakan bahawa perkara ini boleh dibanteras dengan cara tindakan yang er... yang lebih keras, saya rasa begitu. er... tindakan yang lebih keras er... di antaranya, ambil tindakan kepada pemilik premis judi ini, ambil tindakan yang keras sama ada batalkan terus pemilikan atau sebagainya yang menyebabkan mereka ini serik untuk tidak membenarkan lagi tauke-tauke er... judi secara haram ni dia beroperasi. Itu keruntuhan dari sudut masyarakat.

Yang keduanya, tuan-tuan sekalian dia akan menampakkan keburukan. Satu pandangan yang buruk pada pihak penguatkuasaan. Sebab ini masyarakat, pertama MPK yang ada er... penguat kuasa. Apa kata masyarakat? Penguat kuasa ini tidur ke? Begitu juga dengan polis, mereka akan sebut begitu.

Sama ada dia kata tidur, makan rasuah dan sebagainya. Ini adalah tuduhan daripada masyarakat kesan daripada apabila judi itu tutup sekejap, buka sekejap, tutup sekejap, buka sekejap. Ini adalah pandangan. Jadi, di antara cara untuk kita selamatkan tohmahan masyarakat pada pihak penguatkuasaan yang sepatutnya dihormati oleh… oleh masyarakat. Tetapi, dia akan jadi gagal apabila judi ini dia berterusan. Jadi minta pihak kerajaan ambil perhatian pada perkara tersebut.

Yang ketiga saya nak sebut dari sudut keselamatan pelajar. Yang pergi sekolah er... di Tanjung Lumpur. Walaupun isu ini yang saya sendiri sebut dah 4 kali lah berkaitan dengan jejantas, lintasan pejalan kaki dan juga motosikal oleh pelajar-pelajar ke Sekolah Menengah, Sekolah Menengah Tanjung Lumpur. Dan kita faham isu ini telah diangkat oleh Ahli Parlimen Kuantan pada baru ini di peringkat parlimen. Masuk untuk

masuk dalam RMK ke-12. Jadi er... cuma saya pada petang ini angkat sekali lagi, mohon pihak Kerajaan Negeri mengangkat pula di peringkat parlimen supaya tindakan segera dapat dilakukan.

Isu yang keempat ialah penjenamaan kampung. Ini ialah rungutan er... dan juga sungutan daripada ketua-ketua kampung sebenarnya. Saya juga merujuk kepada Kampung Kempadang. Misalnya, Pusat Tenun. Pusat Tenun ini di antara yang terkenal lah. Tapi bila sebut Pusat Tenun, alamat dia Soi. Bila sebut pusat kesihatan, alamat dia Soi. Kempadang Perdana, alamat dia Soi. Sedangkan dia berada di bawah seliaan Tok Empat di Kampung Kempadang.

Jadi, dia akan menimbulkan beberapa kekeliruan. Kekeliruan yang pertama dari sudut orang lah, er... yang dia nak datang sain dan sebagainya, tengok-tengok alamat dia Soi. Pergi ke Tok Empat Soi, Tok Empat Soi kata eh ini bukan kawasan saya, kan, mesti dia sebut begitu. Sebab er... kawasan tu memang kawasan Kempadang. Pergi pula, dia pun pergi ke Kempadang. Jadi, pening jugalah sebab alamat itu area lain. Jadi kita minta pihak kerajaan buat satu penjenamaan semula yang lebih tepat lah rasa saya supaya kekeliruan begini tidak… tidak berlaku.

Yang kelima, saya nak bawa sikit berkaitan dengan pendaftaran eKasih. Kita faham bahawa eKasih ini kalau dulu nama-nama er... pemohon itu diangkat oleh Penghulu dan Ketua Kampung. Kebiasaannya dia begitu kan? Dia begitu. Namun setelah dibuka pendaftaran online, bila buka pendaftaran online ini, er... maka ramailah yang, yang masuk. Jadi kesan yang pertama, pihak pembangunan wanita, JKM dan sebagainya, dia terpaksa buat kerja dua kali. Buat kerja dua kali sebab ikut mana pun dia kena merujuk kepada Ketua Kampung dan Penghulu juga.

Kemudian online ini juga dia mendedahkan kepada orang-orang yang tidak layak untuk…untuk memohon. Orang yang tidak layak untuk mohon tetapi dia mohon kerana nak dapat itu lah kan, kita faham. Mohon kerana nak, nak dapat duit. Jadi, ada pandangan daripada pihak Penghulu, pihak Ketua Kampung dan sebagainya supaya dibuat sedikit kajian. Mana sesuai tidak untuk pendaftaran er... apa eKasih ini secara online ataupun boleh dibuat online terus kepada Penghulu dan juga Ketua Kampung sahaja supaya nama-nama mereka itu diangkat dan bertepatan dengan kategori yang, yang dikendaki oleh apa… oleh pihak kerajaan. Ini perlu kepada perhatian.

Dan kemudian yang seterusnya berkaitan dengan masjid lah, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang, yang saya mohon perhatian. Sebab kita banyak berkuliah di mana-mana. Jadi kadangkala, tuan-tuan sekalian, imam masjid ini uzur sangat dah er... tua sangat, gigi pun tak ada dah. Gigi palsu. Jadi, yang rukun pun tak lepas lah, Al-fatihah pun tak boleh nak baca dah tapi ada sebab lain lah.

Sebab er... orang kariah er... ahli-ahli kariah tu dia segan, er... segan nak er... mengadu dan sebagainya. Jadi, banyak aduan itu datang pada kita dan kadangkala kita pergi sembahyang, kenapa teruk sangat bacaan. Tapi nak protes tak boleh, sebab dia adalah imam yang diberikan tauliah lah. Tapi dia uzur sangat lah, tak daya dah. 80 lebih, 70 lebih yang dah tak boleh… tak boleh nak baca. Dia baca Quran macam orang sejuk. Ketar je tuan-tuan sekalian.

Jadi, kita sendiri tak bolehlah nak buat apa sebab kita bukan AJK masjid dan sebagainya. Kita cuma datang kuliah je. Jadi yang er… yang berhak yang berautoriti untuk adalah pihak er... Jabatan Agama Islam Negeri Pahang untuk ambil tindakan dan kalau nak minta tolong saya pun mungkin boleh saya senaraikan beberapa er... beberapa orang. Tapi saya pun takut juga, kalau dia tahu saya mengadu, mesti lepas

ni ustaz, siap lah. Jadi, maknanya yang kita minta adalah Jabatan Agama Islam ambil perhatian dan kita pecat dan ada pula imam ini, dia tak larat dah tapi sebab elaun imam itu ada, er... maka, dia suruh orang lain ganti.

Kalau saya pergi kuliah, ustaz lah ganti, ustaz muda sikit. Dia begitu. Jadi, sedangkan dia yang bertugas sebagai imam, dia tak larat dah. Jadi ini perlu diambil perhatian sangat-sangat sebab dia melibatkan perkara rukun ya er... terhadap rukun ini kita pun faham lah solat kita, bagaimana keadaan kalau sekiranya tidak sempurna, sempurna rukun ini. Jadi kita mintalah pada pihak berauthority ini untuk ambil sungguh perhatian terhadap, terhadap perkara ini.

Akhirnya, saya juga er...mengulangi, mengulangi daripada sahabat saya, Cheka dan Lepar untuk pihak kerajaan mengambil perhatian di atas titah Pemangku Raja, supaya peruntukan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang juga diberi, er... diberikan sama rata bagi tujuan memudahkan kita untuk membantu rakyat, Insya-Allah.

Jadi, sekali lagi terima kasih er... kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua, dan saya menjunjung kasih di atas Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Lumpur. Seterusnya saya menjemput Ahli Dewan Undangan Negeri, kawasan Pulau Tawar. Sila.

Tuan Yohanis bin AhmadPAS · PNPulau Tawar

Bismillahirrahmanirraahim Assalamulaikum WBT dan salam sejahtera. (Bacaan dalam Bahasa Arab). Pertama saya mengucap terima kasih kepada er... Tuan Yang di-Pertua di atas ruang yang diberikan saya pada petang ini. Jadi dikesempatan ini saya mengucapkan taniah kepada Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pelantikan dan EXCO dan terima kasih juga pada pegawai-pegawai kerajaan yang turut hadir pada petang ini.

Pertamanya di kesempatan ini saya Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Memangku Raja Pahang, sempena merasmikan Mesyuarat DUN Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang. Titah yang saya kira sangat menzahirkan kecaknaan Baginda Tuanku kepada rakyatnya. Alhamdulillah. Saya memetik satu hadis Nabi yang menyebut tentang pemimpin. (Bacaan dalam Bahasa Arab) Nabi sebut dalam hadis ini.

(Bacaan dalam Bahasa Arab) “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab di atas apa yang kamu pimpin”. Jadi kita yang duduk dalam Dewan Yang Mulia pada hari ini disebut sebagai pemimpin dan semua kita ini dipilih oleh rakyat, di DUN masing-masing sebagai pemimpin bagi mereka. Sudah tentu kehadiran kita ke Dewan Yang Mulia pada hari ini, sepanjang lima hari kita be… be… himpun berkumpul di sini adalah untuk er... meran… merancang, merancana, mencari yang terbaik kepada rakyat di seluruh negeri Pahang. Jadi untuk itu, suka saya menyebut tentang er... pertamanya berkait dengan pembangunan insan, seperti mana disebutkan oleh ADUN Yang Berhormat daripada Tioman pagi tadi.

Dalam aspek pembangunan insan ini, kita kena jemput dan cuba cari balik mana-mana anak negeri Pahang yang pakar dalam pelbagai bidang supaya mereka ini terus berbakti di negeri Pahang. Jangan diambil oleh negeri-negeri yang lain. Kita nak mereka ini terlibat dalam GLC dan sebagainya kerana kepakaran ilmu mereka kita perlukan untuk bersama-sama membangunkan negeri Pahang yang kita sebut pembangunan insan ini mesti kuat daripada segi spiritualnya, fizikalnya, emosi, intellect dan sosial.

Jadi lima penekanan kepada er...Modal Insan ini, pembangunan insan ini perlu kita galakkan kepada rakyat negeri Pahang dan insya-Allah kita nak rakyat Pahang ini rakyat yang berkualiti, yang bahagia, berkualiti, yang turut sama-sama membangunkan negeri Pahang ini insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya menyebut di sini tentang perkara berkait dengan peladangan dan komoditi. Pada 21 Mac baru ini saya melakukan lawatan kerja ke Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara di Kuantan. Fokus saya kepada kenaf bukan pada tembakau ye. Kenaf ini untuk pengetahuan kita semua, Ahli Mesyuarat, ia berkait dengan industri yang antara negeri terawal yang memperlopor kenaf ini negeri Pahang, iaitu sekitar pada 2010 kita dah ada Pusat Industri Kenaf di Kampung Tebu Hitam di Rompin. Satu kilang yang memproses kenaf ini, yang boleh memproses sehingga 10 ribu tan batang kenaf kering setahun.

Jadi, bertitik tolak daripada itu, industri ini semakin hari semakin berkembang. Kalau kita tengok hari ini tuan-tuan Ahli Mesyuarat, antara negeri yang berusaha menaikkan industri ini… industri ini adalah Terengganu, Kelantan, Kedah dan juga Perlis, selain daripada Pahang. Maka, saya nak sebut di sini adalah, kerjasama strategik yang perlu kita buat, kerajaan negeri dengan agensi swasta perlu kita terus tambah baik. Sebagai contoh, sebagai contoh er... Teknologi Sistem Binaan Industri (IBS) yang berasaskan kenaf ini mampu menghasilkan produk berkualiti serta menjimatkan tenaga dan kos pembinaan antara 20 ke 30%. Dalam Titah Tuanku semalam, Tuanku menyebut tentang meles… Kelestarian Alam Sekitar. Salah satu er... kebaikan produk kenaf ini adalah ia menyumbang kepada er... Teknologi ini menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

Maka untuk itu saya sarankan kepada kerajaan negeri untuk er... meningkatkan lagi pengeluaran kenaf ini khususnya di daerah-daerah Kuantan, Rompin, Pekan dan sebagainya supaya anak muda kita yang memiliki tanah dia boleh mengusahakan kenaf ini, yang boleh mencapai hasil bulanan, hasil pendapatan mereka sehingga RM5,000.00 dalam tempoh 3 ke 4 bulan… tanah yang mereka miliki.

Contoh yang seterusnya er... Ahli Mesyuarat, Yang di-Pertua, contoh kebaikan produk kenaf ini adalah kajian yang dibuat oleh Universiti UniMAP, Universiti Perlis, Universiti Malaysia Perlis baru-baru ni penanaman cendawan, penanam-penanam cendawan ini mereka menggunakan benih Media Bijirin untuk penanaman pelbagai spesies cendawan. Masalah pada benih ni adalah dia terdedah kepada ancaman tikus, hama, kulat perosak.

Maka kajian daripada Universiti ini, UniMAP, Universiti Malaysia Perlis ini membuat kajian mereka telah menjumpai, mereka guna kor kenaf ini untuk menghasilkan benih Cendawan Tiram, menggunakan kor kenaf ini sebagai alternatif kepada bijirin tadi yang saya sebutkan tadi. Hasilnya benih cendawan daripada kor kenaf ini telah berjaya dihasilkan dan mengurangkan risiko jangkitan kulat dan jangka hayat dan punyai

jangka hayat lebih panjang. Ini contoh yang boleh kita ambil daripada kebaikan-kebaikan yang ada pada produk kenaf ini.

Jadi saya kira kerajaan negeri boleh mempertimbangkan saranan ini, untuk kita di samping kita menjadikan ianya pendapatan baru kepada kerajaan-kerajaan di samping kita boleh membantu anak-anak muda yang mungkin berminat untuk menanam Kenaf insya-Allah. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya nak menyebut tentang beberapa isu. Saya menyambung apa yang di sebut oleh Tanjung Lumpur tadi. Titah Tuanku semalam menyebut tentang er... berilah kepada pembangkang ini peruntukan yang adil. Saya kira ini satu harapan yang cukup tinggi daripada Tuanku Pemangku Raja Pahang.

Sementara saya duduk di sini tadi, Ahli Mesyuarat semua, saya dapat satu mesej daripada warga penduduk tempat yang saya wakili. Mereka minta kepada saya baju Khairat Kematian. Dia kata penggali-penggali kubur ni, “YB, nakkan baju”. Sebab dia kata, "Bila ada baju baru ni, semangat sikit gali kubur ni." Jadi, kos saya tengok tadi RM560.00, orang perempuan pun ada nak baju dia kata. Mana kami nak korek duit? Jadi, hujah dia kata, anak muda tadi nak gali kubur YB. Bukan kubur YB, kubur lah nak gali kubur semangat. Jadi saya kira Yang Berhormat-Yang Berhormat lain pun mungkin ada juga berhadapan dengan situasi ini.

Jadi andai kata peruntukan itu diberi pada kami, kami bolehlah bantu mereka-mereka tadi dan insya-Allah pahala dapat juga lah pada rakan-rakan Mesyuarat dan EXCO yang meluluskan, Menteri Besar sendiri yang meluluskan projek… meluluskan bajet tersebut insya-Allah. Ini contoh.

Maka, er... menjadi amanah kami di peringkat DUN yang kami wakili ini untuk menyelesaikan masalah rakyat. Antara perkara yang menjadi isu di DUN yang saya wakili ini, pertama sekali masalah gangguan bekalan air. Kampung Pulau Tawar, Kampung Batu Leja, Kampung Kelola dan Kampung Bukit Nikmat. Mereka ini jauh daripada bandar. Masalahnya adalah selalu sangat berlaku pecah… paip pecah. Bila paip pecah, yang di cari, kami. Pihak PAIP, pengurusan PAIP, Alhamdulillah buat kerja dengan baik. Bila pecah, mereka turun dan ganti. Tapi bila pecah di sini, ganti baru di sini, depan pecah pula. Jadi tak selesai masalah ni. Memang perlukan pada pergantian paip-paip lama ini Tuan Yang di-Pertua.

Maka, bila berlaku kemuncak, Hari Raya baru ni, dan Kampung Bukit Nikmat, mengadu kat saya, saya pergi ziarah, pergi tengok. Saya kata, "Tadah lah air siang." Dia kata, "Air ini tak ada daripada siang. Ada pukul 1 pagi sampai pukul 3 pagi. Kadang-kadang bunyi angin sahaja. Bunyi angin sahaja. Jadi tak keluar air."Saya tanya, "Macam mana minum? "Dia kata, "YB, Kami minum air, beli air mineral di pasar raya. Sampai bila nak beli? Jadi, isu air ni sampai tak mereka nak minum. Air nak minum. Bukan sekadar nak mandi dan sebagainya.

Maka hari ni kita be bersidang, berbincang. Carilah jalan yang terbaik untuk kita selesaikan masalah air ni di seluruh negeri Pahang ini, insya-Allah. Kita selesaikan masalah keperluan air ini yang menjadi kita faham er... Kerajaan Negeri berusaha, pihak PAIP berusaha dan insya-Allah ada di sana kemudahan-kemudahan yang pertolongan daripada Allah Ta'ala untuk kita selesaikan masalah air ini.

Seterusnya berkenaan dengan tahun lepas kita lihat fenomena filem Mat Kilau. Kebetulan Mat Kilau ni jasadnya ada di bumi Pahang dan pahlawan negeri Pahang. Sehinggakan kita tengok berbondong-bondong rakyat pelbagai bangsa datang ziarah kubur dia yang berada di kampung Kedondong, Pulau Tawar. Jadi apa yang saya lihat

waktu itu, Ahli Mesyuarat, Yang di-Pertua. Kita perlu ambil kesempatan ini, supaya kampung-kampung tradisional. Kita letakkan kampung-kampung ini satu keistimewaan kepada mereka. Kampung ini terus kita pelihara dan pulihara dan kita namakan kampung tradisional ini satu nama kampung warisan budaya pahlawan, contoh.

Kita ada tokoh-tokoh pahlawan di negeri Pahang. Tadi Yang Berhormat er... Benta sebut pagi tadi tentang pahlawan di Benta ada Kampung Budu. Kita ada di Pahang ini kampung tokoh Negarawan iaitu Almarhum Tun Razak sendiri, kampung beliau di Pekan. Jadi kampung-kampung warisan kampung tradisional bersifat warisan, negarawan er... pahlawan dan sebagainya perlu kita pelihara dan pulihara daripada masa ke semasa. Kerana akan datang, masyarakat akan datang, anak cucu akan datang nak tengok bagaimana keadaan kampung pahlawan negarawan kita yang ada negeri Pahang ini maka kita kena rebut peluang ini untuk kita naik taraf kita pelihara kampung-kampung tradisional yang ada seluruh Pahang ini supaya ia menjadi tempat pelancongan seluruh rakyat Malaysia ke kampung tersebut, insya-Allah.

Jadi akhirnya saya nak sebut satu lagi berkait dengan er... sebelum PRU baru ni ada satu program yang dijalankan di DUN yang saya wakili ini, iaitu Agihan Tanah Tapak Lot Rumah, Sis... Skim Tanah Rakyat (STR) dan perkara tersebut telah selesai di 12 buah tanah rancangan. Kita menyokong penuh apa sahaja dari usaha Kerajaan Negeri nak beri tanah pada rakyat, sama ada tapak ladang, tapak rumah.

Alhamdulillah, kita berterima kasih atas usaha Kerajaan Negeri nak beri tanah pada rakyat, ini satu usaha yang baik dan saya lihat perkara ini telah selesai di peringkat cabutan undi. Tinggal lagi rakyat bertanya bilakah mereka boleh dapat memiliki tanah tersebut untuk dibuat rumah. Maka saya tengok er... 12 tanah FELDA yang terlibat, melibatkan 248 luas kawasan lot hektar dan juga sebanyak 3,384 jumlah lot tapak rumah melibatkan 2,567 bilangan pemohon berdaftar. Isunya adalah status pelandaan…perlaksanaan tapak projek agihan tapak rumah ini, bagaimana keadaan terkini dan bagaimanakah status pembatalan GSA? Sebab ia berkait dengan FELDA dan juga lokasi yang ditawarkan itu jika ada yang tidak sesuai untuk dibuat rumah, maka saya kira dia patut dikaji balik. Dan jika projek ini bagus dan boleh selesaikan isu-isu yang berbangkit tadi, maka kita boleh buat di seluruh DUN-DUN yang ada FELDA di Negeri Pahang ini, insya-Allah.

Ini mungkin… ini projek pilot projek, dengan izin yang dibuat oleh pihak terdahulu dan saya kira projek ini kalau bagus baik, maka laksanakanlah di seluruh negeri Pahang untuk kita memberi tapak rumah kepada anak-anak muda yang berada di negeri Pahang ini. Jadi itulah beberapa perkara yang sempat saya sebut pada mesyuarat pada kali ini dan insya-Allah mudah-mudahan perkara tersebut dapat diberi perhatian dan boleh diselesaikan dalam jangka masa yang sesuai dan insya-Allah er... kita rasa gembira jika projek dan juga masalah rakyat tadi dapat diselesaikan dan saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga barisan EXCO di atas komitmen kesungguhan yang diberikan dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh Titah Tuanku. Sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Pulau Tawar. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat kawasan Jengka.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT (Bacaan dalam Bahasa Arab).

Terima kasih er...Yang Berhormat Timbalan Speaker memberikan izin dan kesempatan kepada saya untuk sama-sama membahaskan ucapan Titah Diraja. Dalam kesempatan ini, saya seperti rakan-rakan Yang Berhormat yang lain, merakamkan ucapan tahniah er... kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, kerana sekali lagi dilantik menjadi Menteri Besar Pahang untuk Penggal Ke-2. Tahniah ya. Saya juga ucap tahniah kepada Dato' Sri Speaker, tak ada petang ini dan kepada Timbalan Speaker yang baru yang dilantik dan mengharapkan supaya penggal ke-15 ini dapat mengurus perjalanan Dewan Negeri dengan baik dan adil, insya-Allah ya.

Saya mengharapkan penggal ke-2 ini, Yang Amat Berhormat Dato' Sri disayangi oleh kawan dan lawan dengan melaksanakan pemerintahan dengan lebih baik dan adil kepada rakyat, kepada wakil rakyat, sama ada di pihak kerajaan ataupun di pihak pembangkang, termasuklah kepada rakyat yang dimenangi oleh pembangkang, tadi mungkin sudah disebut oleh beberapa wakil rakyat yang lain saya ulangi. Peruntukan mesti dberikan kepada wakil rakyat pembangkang sebagaimana titah Baginda Sultan, Pemangku Raja, semalam dalam ucapannya no. 78 dan 79, jadi saya baca sikit, saya ulangi. Pada no. 78 baginda menyebut “yang menjadi kerajaan raikan pembangkang kerana mereka juga telah dipilih oleh rakyat”. Maksudnya kalau YB pembangkang nak buat kunjung hormat kepada pejabat kerajaan, nak berjumpa dengan DO-DO, maksudnya berilah kebenaran. Sebab kita bukan nak runtuhkan kerajaan, tetapi kita nak bersama membina kerajaan.

Pada nombor yang ke-79, Baginda menyebut peruntukan yang adil perlu diberikan kepada mereka juga dan inilah yang dilakukan oleh kerajaan negeri Perak, kerajaan Kedah, Kelantan dan Terengganu. Walaupun mereka melantik penyelaras DUN daripada wakil mereka, tetapi dalam masa yang sama, peruntukan diberikan kepada Yang Berhormat Pembangkang. Saya sangat meyokong titah...

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Mohon penjelasan daripada wakil Jengka. Berapakah peruntukan yang diberikan kepada wakil pembangkang dalam er... dalam Dewan Negeri di Kelantan dan di Terengganu dan juga di Kedah untuk mendapatkan penjelasan.

Terima kasih kepada Dato' Sri Exco ya, orang lama dalam dewan ini. Saya minta apa ni buah mangga tak dapat-dapat lagi.

Saya er…Dato'… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya pun mohon, saya sahabat saya ini… wakil daripada Jengka selalu kita bincang borak. Jadi biasanya kita ada usahakan juga untuk dapatkan mangga ini… harum manis, harum manis ya Dato' Sri ya. Jadi hari itu, oleh kerana kerajaan itu kerajaan Barisan Nasional, EXCO, EXCO Pertanian itu daripada UMNO. Jadi saya dah minta sahabat saya ni kalau boleh hello-hello ke EXCO Pertanian di Perlis tu supaya dapat kita sama-sama meraikan. Jadi

ini… rindu ada yang mengidam. Jadi minta jasa baiklah kalau kira UMNO tu boleh saya hello-hello. Jadi kalau ni daripada PAS tu ingat serah ke wakil Jengka la insya-Allah.

Tuan Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Yang Berhormat Yang di-Pertua, insya-Allah boleh.

Terima kasih Dato' Sri. Er... berkaitan dengan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Kelantan, Terengganu, Kedah termasuk Perak. Dari segi faktanya memang ada diberikan peruntukan itu. Cuma secara detail saya tak adalah. Tapi telah diumumkan iaitu sebanyak RM750,000.00...

Yang Berhormat Dato' Sri, saya mohon mencelah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Silakan Yang Amat Berhormat.

Kalau ADUN Jengka tak ada detail, saya nak bagi detail. Untuk tahun 2023, Kelantan, Tengganu tidak ada memberi peruntukan kepada ADUN pembangkang. Bagi Negeri Kedah, dia ada bagi peruntukan cuma RM2,000.00 sebulan. Itu detail. Saya dah sah 2, 3 kali lah. Jadi yang Berhormat ADUN Jengka boleh simpankan maklumat ini. Terima kasih.

Saya mohon er... laluan sikit... Saya nak sahkan bahawa Kelantan memberi sama banyak sebagaimana peruntukan Kerajaan. Memang sahkan. Saya sahkan minggu lepas dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Terengganu juga memberi peruntukan yang sama. Jadi...

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya baru sahkan. Pagi tadi lagi sekali bahawa Kelantan, Terengganu untuk tahun 2023 tidak ada memberi peruntukan kepada ADUN pembangkang.

Okay, kita... saya akan dapatkan detail.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Dato' Sri Yang di-Pertua, minta saya mencelah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, ADUN Ketari, sila.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Memandangkan Ahli Yang Berhormat tidak dapat memberi sebarang fakta bahawa kerajaan di Kelantan dan Terengganu ada memberi peruntukan, saya memohon agar kenyataan beliau ditarik balik. Dia tidak berasas buat masa ini. Its not…

Okey, terima kasih Dato' Timbalan Speaker. Saya ingat saya tak perlu...

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Jengka. Tadi ada Ahli Yang Berhormat Ketari minta Ahli Yang Berhormat Jengka untuk menarik balik perkataan sekiranya Ahli Yang Berhormat tidak dapat details yang diberi dalam Dewan ini.

Saya rasa saya tidak perlu tarik balik. Tadi Dato' Sri Cheka bangun, ini Timbalan Presiden, yang Presiden parti yang sentiasa berhubung dengan Menteri Besar-Menteri Besar di Kedah, Kelantan dan apa di... Terengganu. Dan telah mengesahkan dengan Menteri Besar sendiri, memang ada peruntukan sama daripada pihak kerajaan PAS di Kelantan, Terengganu kepada pembangkang. Hatta di Perak sendiri pun walaupun kerajaan yang diterajui oleh UMNO ada beri peruntukan kepada pembangkang. Sekejap, sekejap... nanti dulu.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Nak mencelah.

Saya tak izin lagi.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Diberi kerana ada MoU CSR, bukan kerana sebab lain. Mereka ada MoU.

Saya tak izin dia bangun, pasal apa? Jadi di Perak pun ada beri peruntukan sebanyak RM7,000.00 kalau tak silap saya. Jadi saya hanya sebut secara umum bahawa peruntukan diberi oleh kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu kepada pembangkang, saya tak sebut angkalah. Dan saya ingat benda ini boleh disahkan dengan baik dan saya sangat percaya apa yang disebut oleh Timbalan Presiden saya tadilah. Jadi saya tak perlu tarik balik. Saya teruskan?

Dato' Sri Yang di-Pertua...

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Amat Berhormat, sila.

Saya mencadangkanlah. Saya mengatakan pada tahun 2023 tidak ada peruntukan daripada Kelantan, Terengganu kepada membangkang. Kalau sekiranya perkara ini benar, saya minta Yang Berhormat daripada ADUN Jengka tarik balik. Mungkin bukan sekarang. Yang Berhormat daripada Cheka boleh buat pengesahan. Tapi saya dah buat pengesahan beberapa kali sebelum saya bercakap, bahawa inilah kedudukannya bagi tahun 2023. Kelantan, Terengganu tidak ada peruntukan untuk pembangkang. Tetapi Kedah ada memberi peruntukan untuk pembangkang sebanyak RM2,000.00 sebulan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat atas penjelasan. Jadi saya harap saya minta wakil-wakil daripada PAS ataupun Jengka buat semakan selepas ini jika sekiranya tidak ada beri peruntukan kepada pembangkang di Kelantan dan Terengganu pada tahun 2023, saya harap Ahli Yang Berhormat Jengka boleh tarik balik perkataan yang disebut pada petang ini.

Yang di-Pertua,

Saya dapat pengesahan baru. Pengesahan daripada Pejabat Menteri Besar bahawa ya, Kelantan bagi peruntukan pengurusan kepada semua ADUN-ADUN termasuk daripada UMNO, terima kasih.

Bila tu Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua?

Ini maklumat terbaru, terkini 2023. Terkini. Saya baru dapat seminit tadi daripada Pejabat Menteri Besar. Terima kasih. Saya fikir yang pentingnya kita faham menjunjung Titah Tuanku.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Cheka yang seminit yang lalu dapat berita daripada Kelantan, Pejabat Menteri Besar sendiri mengesahkan. Jadi saya ingat saya tak perlu tarik baliklah kot, insya-Allah. Saya teruskan. Jadi inilah yang dilakukan oleh kerajaan negeri Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Jadi Pahang harap menjunjung titah Pemangku Raja Pahang. Saya sangat menyokong titah Baginda yang memperingatkan kerajaan agar jangan menafikan hak rakyat, terutamanya paling penting kerajaan perlu menghormati hak rakyat memilih Ahli Dewan Negeri Pembangkang sebagai wakil rakyat mereka.

Berikan hak mereka melalui peruntukan kepada Wakil Rakyat. Walaupun dulu adalah yang mengatakan bahawa baik kita bagi terus kepada rakyat, daripada bagi kepada

Wakil Rakyat. Adalah yang kata begitu. Kalau begitu tak payahlah buat pilihan raya. Kita lantik Wakil Rakyat. Berikan peruntukan ini kepada Wakil Rakyat, ini kerana kebanyakan rakyat akan datang mengadu kepada Wakil Rakyat, berbanding datang mengadu kepada pengurus yang dilantik di DUN, di beberapa DUN. Dia akan datang apa yang disebut tadi kalau berlaku ribut, atap melayang 2, 3 keping, dia akan jumpa Wakil Rakyat. Longkang pecah, dia akan jumpa Wakil Rakyat secara direct pada waktu itu dan kita waktu itu kena korek lah duit cari untuk beri kepada mereka ini. Maka sebab itu saya ingat Pemangku Raja Pahang menyelami perkara ini dan dia sebut dalam titah Baginda semalam.

Dalam hal ini saya bersetuju dengan pandangan Pengerusi BERSIH, Gabungan pilihan raya bersih dan adil, Thomas Fahn mengatakan bahawa pemberian peruntukan yang tidak sama rata dan saksama kepada Wakil Rakyat dilihat umpama satu hukuman kepada rakyat kerana memilih Wakil Rakyat yang tidak berpihak kepada kerajaan. Ini pandangan bersih yang menyokong kerajaan. Ingatlah, sesungguhnya pemimpin yang adil itu akan berada di bawah lindungan Allah di hari kiamat kelak insya-Allah, sebagaimana yang disebut oleh Nabi dengan izin Nabi kata (Bacaan ayat al-Quran), "ada tujuh golongan yang akan berada di bawah lindungan Allah pada hari tidak ada perlindungan lain”. Yang pertama yang disebut oleh Nabi ialah pemimpin yang adil dan ini yang kita harapkan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya mohon izin. Saya nak tanya dengan rakan saya dari Jengka ini. Kenyataan ini, sebutan ini, saya kira petikan ini kita bangkitkan dalam Dewan ini, dia merangkumi semualah. Bukan sahaja masa era ini, masa pemimpin yang termasuk pemimpin-pemimpin dulu, saya kira begitu. Sebab kenyataan itu seharusnya juga kita bertanggungjawab sebab saya tahu, zaman dahulu di negeri-negeri yang dipimpin oleh bukan Barisan Nasional tidak memberi peruntukan kepada Wakil Rakyat. Jangan kita kata masa ini saja, yang dahulunya.

Mungkin sahabat saya yang juga merupakan Timbalan Presiden PAS pada masa ini sedia maklum, bahawasanya di Kelantan dahulunya tidak ada satu peruntukan pun dibagikan kepada Wakil Rakyat pembangkang. Itu yang saya nak peringatkan jangan kita buat kenyataan itu seolah-olah sesuai untuk kali ini tetapi pada ketika dulu tidak ada langsung ini apa nama… peruntukan diberikan kepada pihak pembangkang khususnya di kalangan Wakil Rakyat UMNO. Walaupun tokoh yang memimpin pada ketika itu merupakan tokoh yang hebat daripada parti yang...

Minta laluan sikit. Saya setuju apa disebut oleh Yang Berhormat. Tahun 1999 saya jadi ADUN, saya tak dapat peruntukan satu sen pun. Dan lapan-lapan pembangkang kita tak dapat peruntukan. Saya fikir apa Titah Tuanku, setelah 66 tahun, kita tutup, kita buka era baru dalam politik Malaysia dan politik Pahang. Saya fikir kita harus bersama-samalah kerajaan dan sebagainya. Saya pun dulu pembangkang, tak dapat peruntukan di Pahang, satu sen pun tak dapat peruntukan sampai habis penggal. Bukan saya sahaja, semua pembangkang. Saya fikir era itu telah berlalu, era kini era kita membina masa depan negeri Pahang yang lebih baik.

Saya bersetuju Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, tetapi kenyataan daripada rakan saya daripada Jengka tu, bila menyebut tu seolah-olah dia merangkumi ya pemimpin yang dahulu. Ha…dia katakan, itu tu yang saya nak ingatkan tu.

Terima kasih kepada sahabat saya, lepas ini dapat mempelam rasanya, insya-Allah ya Harumanis ya. Er…saya baca ayat ni dia tak sebut siapa-siapa, dia sebut umum. Tetapi siapa yang memegang tampuk pemerintahan dan dia yang berkuasa memutuskan keputusan, maka berlakulah secara adil siapa siapa pun ya.

Saya juga ucapkan tahniah kepada barisan EXCO yang lama dan baru, yang baru ramai ini. Tidak lupa juga tahniah kepada semua Ahli Yang Berhormat. Ada yang dua penggal, yang tiga penggal, yang baru. Sesungguhnya jawatan adalah amanah yang besar, yang mesti dilaksanakan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Ini kepada saya dan kepada semua ya berdasarkan kekuatan dan ilmu yang ada, inilah yang dipesan oleh Nabi kepada sahabat baiknya Abu Zarin dengan izin, Tuan Timbalan Speaker, Nabi berkata kepada Abu Zarin mengatakan (Bahasa Arab), “Kamu lemah wahai Abu Zar”. (Bahasa Arab)"Kepimpinan ini adalah amanah." (Bahasa Arab) "Kepimpinan ini pada hari akhirat nanti, dia akan bawa kepada kecelakaan dan penyesalan kalau kita tak menunaikannya. (Bahasa Arab) "Melainkan orang yang mengambil jawatan itu dengan hak nya, dia tunaikan apa yang perlu ditunaikan dengan tidak mengkhianati”. Semoga kita semua yang diberikan amanah kepimpinan ini dapat melaksanakan dengan baik, insya Allah.

Dato’ Sri Timbalan Speaker,

Baginda Pemangku Raja Pahang. Saya bagi masa sikit pasal mencelah ramai tadi ya. Baginda Pemangku Raja Pahang telah menyentuh pelbagai perkara berkaitan dengan hasrat Baginda untuk melihat Kerajaan Negeri Pahang pada hari ini melaksanakan beberapa perkara penting untuk kesejahteraan rakyat, dan dalam Titah Baginda pada nombor 29 dan 30. Baginda ada menyebut pada nombor 29, “kerapkali saya menerima laporan terhadap aktiviti penguatkuasaan seperti pencerobohan tanah, kecurian hasil tanah dan mineral serta penerokaan hutan simpan secara tidak sah”, dan nombor 30, “saya melihat aktiviti penguatkuasaan kita masih pada tahap yang lemah dan perlu banyak tambah baik”.

Justeru, saya amat mengharapkan agar pihak kerajaan, pihak Kerajaan Negeri bertegas dalam isu pencerobohan tanah, hutan simpan kekal tidak tunduk dengan sebarang tekanan daripada mana mana pihak. Bertegas ke atas 500 orang penceroboh. Kita di…dimaklumkan baru-baru di… di Raub. Tanah, yang menceroboh tanah Kerajaan Negeri walaupun ada desakan daripada Wakil Rakyat ataupun Badan NGO yang minta Kerajaan Negeri melihat dan menilai semula Undang-undang Tanah mengenai penanaman durian Musang King.

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Minta laluan.

Saya rasa ini bukan kawasan Yang Berhormat, ini kawasan Raub. Saya rasa statement itu kena betullah, yang 500 semua ya. Saya rasa tarik balik.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat,

Saya ingin memberitahu kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, sekiranya perkara-perkara yang masih dalam mahkamah kita tidak boleh sentuh dalam Dewan Yang Mulia ini. Jadi saya harap Yang Berhormat boleh mematuhi er… apa itu Peraturan-Peraturan Mesyuarat. Terima kasih.

Terima kasih Timbalan Speaker. Dari segi angka tu, saya ambil dalam akhbar saje lah. Kalau tak tepat tu, saya tarik baliklah. Akhbar sebut 500. Kemudian dari segi err… saya hanya minta Kerajaan Negeri bertegas sahaja er… dengan prinsip Kerajaan Negeri yang tidak akan mengalah kepada mana-mana yang menceroboh tanah, Hutan Simpan Kekal.

Dato’ Sri Yang Di-Pertua, menyentuh ….

Dato’, saya minta mencelah sikit. Sebabnya, kalau bercakap tanpa fakta ni, dia akan menjejaskan apa ni, penduduk setempat yang lain sebab kalau di Raub ni kalau saya menyatakan bahawa ada Kampung Melayu yang telah 20 tahun duduk Hutan Simpan. Jadi kalau kita nak bercakap benda ni, dia akan melaratlah. Jadi kalau tak tau fakta, lebih baik tak bercakap. Terima kasih.

Fakta yang saya ada, yang saya ada ialah 4,400 hektar hutan simpan di Raub telah diceroboh. Sehingga menyebabkan Kerajaan Pahang rugi jutaan ringgit dan dianggarkan 10 tahun itu Kerajaan Pahang rugi RM30 juta. Itu fakta yang saya ada.

Err…saya minta mencelah sikit sebab saya nak terangkan macam ini. Saya boleh bercakap di sini, di kawasan Parlimen Raub, contoh dia. Satu kampung, saya sebut nama kampung, Taman Liat yang terdiri daripada orang Kelantan yang telah berhijrah di Bandar Raub atau di Raub pada tahun 70an. Mereka dah duduk situ lebih pada 20 tahun, termasuk ini… kawasan simpanan. Sebab itu dalam ucapan saya tadi, kita ada perbincangan. Bukan kita terus cakap macam ni, dia akan menjejaskan penduduk di sana. Terima kasih.

Tuan Yang Di-Pertua,

Saya minta laluan sikit. Yang patut menjawab ialah pihak Kerajaan. Bukan kita sama-sama kita. Jadi apa yang diucap oleh Wakil Rakyat, pihak Kerajaan akan jawablah nanti. Saya fikir kita tak perlu polemik sama-sama kita. Ada peluang bagi kerajaan untuk jawab setelah penggulungan nanti. Saya fikir Timbalan Speaker, saya minta maaf kerana nanti banyak masa kita terganggu kerana itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, terima kasih er… Wakil daripada apa tu… Cheka. Saya, saya kiralah saya dah bagi masa panjang dari…kepada er… satu minit lagi. Kita gulung satu minit lagi.

Saya diganggu tadi, waktu saya diambil. Dato’ Sri Timbalan…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat.

Menyentuh isu Rakyat Pahang (RRP), Baginda bertitah bahawa err… kepada Pembangkang pula janganlah menghentam semua yang kerajaan buat. Apa yang baik berilah pujian, apa yang kurang berilah pandangan. Jadi di sini saya nak ucapkan tahniah kepada Kerajaan Pahang, khususnya Yang Amat Berhormat Jelai kerana telah melaksanakan satu agenda besar RRP, Rumah Rakyat Pahang ini yang sangat bermanfaat kepada rakyat. Cuma saya di DUN Jengka itu, Rumah Rakyat Pahang itu belakang rumah saya saja. Jadi waktu nak rasmi, nak serah kunci, panggillah saya. Belakang rumah, jadi orang kawasan itu, dia kata, "Mana YB Jengka?" Tak dipanggil. Jadi nanti rakyat dia akan semakin sayang kepada…

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang Di-Pertua, mohon mencelah sikit.

Tengok ada lagi celah. Saya ingat saya tak nak bagilah orang mencelah.

Sahabat sahabat, boleh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Berapa saat sahaja, boleh.

Saya kira Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua, kalau rasa benda tu kan untuk rakyat saya ingat YB ataupun ADUN kawasan boleh pergi, tengok, tak ada masalah. Insya-Allah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, sila.

Terima kasih. Justeru saya mengharapkan lot-lot kosong di kawasan FELDA dan tanah-tanah FELDA yang diambil semula pada penggal yang lalu, yang ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat dalam Ucapan Pembentangan Belanjawan dulu, yang mana komitmen Kerajaan Negeri untuk beri lot-lot kosong kepada Generasi Kedua dan Ketiga dapat direalisasikan, Insya-Allah. Cumanya apa yang menjadi masalah besar hari ini di kawasan DUN saya, khususnya kawasan FELDA. Saya ada sembilan peti undi FELDA, kesukaran untuk pertama ialah untuk membina rumah kedua di belakang rumah ayah. Kerana hari ini katanya sudah er… ditarik balik kebenaran itu saya pun tidak pasti sejauh mana keadaannya. Yang kedua masalah mendapatkan bekalan api dan air. Mereka ini…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Saya rasa masa sudah cukup kerana kita ada berapa, lapan lagi, lapan lagi wakil rakyat belum lagi bahas. Jadi saya rasa cukup lah. bagi masa untuk...

Masa tambahan tak ada, pasal tadi tadi ada gangguan banyak.

Yang di-Pertua (Speaker)

Kerana Ahli Yang Berhormat berucap pada 3.18 minit, sekarang dah 3.40 minit, dah berapa, dah bagi peluang kepada Ahli Yang Berhormat.

Akhir sekali saya menyokong, menjunjung kasih titah baginda. Sekian, Assalamualaikum.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli Yang Berhormat dari Jengka. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Batu Talam.

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih kepada Yang Maha Mulia di atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang di atas titah sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 Dewan Undangan Negeri Pahang Yang Ke-15.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Speaker yang memberi peluang untuk bersama dalam membahaskan usul titah ucapan dan juga mengucapkan tahniah kepada dua Speaker dan Timbalan Speaker yang baru dilantik pada penggal ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Kerajaan Negeri kita yang baru dan ucapkan terima kasih kepada bekas Setiausaha yang telah banyak menabur jasa dan bakti iaitu Dato' Sri Sallehuddin bin Ishak.

Dalam titah Tuanku, kita nampak ianya telah jelas dan banyak menekankan mengenai pengurusan berkehendakkan keamanan dan juga keharmonian dan seterusnya ingin melihat agar perancangan Kerajaan Negeri Pahang ini lebih jauh dapat dirancang bukan hanya untuk penggal tetapi disebut lebih daripada 150 tahun, lebih daripada 300 tahun ataupun lebih daripada itu. Jadi ini bermakna Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, seorang raja yang sangat berpandangan ini jauh. Jadi, insya-Allah lah kita harapkan kita semua sebagai Ahli-ahli yang telah dilantik dapat bersama berusaha memastikan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja dapat dilaksanakan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Bagi daerah Raub, saya lebih kurang telah pun menengok ianya… kita telah menetapkan ataupun telah melaksanakan hasrat Tuanku yang mana daerah Raub telah pun menetapkan hala tujunya untuk menjadikan daerah, sebuah daerah sebagai daerah Eco Agro tourism yang melibatkan tiga aktiviti ini… besar. Jadi selaras dengan itu, kita juga berharap dengan program-program ini dapat juga membantu membangun keadaan sosial kita ekonomi setempat. Di antara contoh yang kita telah buat ialah kita telah dapat mencuci sungai yang terpanjang di Malaysia dan telah dimasukkan dalam buku 'Guinness Book of Records' yang telah pun dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja.

Jadi dengan ini diharapkanlah agensi ataupun jabatan kerajaan dapat bersama membantu lagi agar usaha-usaha ini dapat kita teruskan bukan hanya di sungai di daerah Raub, tetapi dapat dipanjangkan di tempat- tempat yang lain. Keduanya, kita di daerah Raub telah mengwujudkan satu kawasan rehab iaitu memelihara dan memulihkan satu spesies beruk ataupun ungka. Jadi spesies ni dia special sikit. Di antara ramai-ramailah, kita panggil beruk ini ramailah, beruk inilah yang pandai bernyanyi.

Jadi hari ini Tuanku Pemangku Raja telahpun berangkat dan di antara usaha-usaha kita, kita bukan hanya menjaga rehab ini, tetapi kita cuba supaya ianya dapat kekal hidup sebagai habitat asal dan selepas itu kita akan lepaskan. Jadi dalam Dewan ini maknanya Tuanku Pemangku Raja telah berangkat melihat dan memberi makan dan sebagainya dan insya-Allah dalam 2, 3 bulan lagi, mungkin ada di antara ungka ini akan boleh lepas. Jadi kita minta lah, ingat, siapa-siapalah tapi kita minta Yang Berhormat Menteri Besar lah untuk melepaskan habitat asal habitat ini… ungka ini kepada habitat asal insya-Allah dalam 2, 3 bulan ini kita akan dapat melaksanakan ini… usaha ini.

Jadi dalam usaha ini, saya dapat membayangkan kalau kita ada Gunung Aais ini dia ada membela harimau, jadi dia boleh mengaum. Orang bahasa cakap mengaum. Dia tadi panas, biarlah sejuk sikit kan. Kita buat cerita lain, kita bawa cerita harimau. Jadi esok di Raub ni kita ada ungka pula dia boleh menyanyi. Tetapi lagu apa? Ha, itu tengoklah ungka tu dia menyanyi apa. Jadi inilah gambaran di antara hasrat atau pun kehendak Tuanku ini dapat kita realisasikan di negeri Pahang mungkin kita boleh melihat negeri kita sebagaimana yang dikehendaki oleh Tuanku dan ini juga akan menjadi satu produk pelancongan yang boleh membantu sedikit sebanyak sosial ekonomi.

Jadi kita harap lah dari segi pihak Kerajaan dapat sedikit sebanyak datang ataupun melihat usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak pentadbir Raub dan kita harapkan ianya dapat bersama-sama kita menengok kejayaan.

Keduanya, saya juga ingin mengucapkan tahniah dari segi keharmonian… keamanan dan keharmonian di mana pihak kerjaan Negeri boleh dikatakan, dengan ada hasil lebihan, yang dianggap lebihan daripada pendapatan sebelum… jadi kerajaan Negeri telahpun bukan hanya membantu menyediakan rumah ataupun RRP tadi, tetapi bagi pihak kerjaan boleh dikatakan cakap ringkasnya daripada mula manusia itu iaitu tak tahulah yang mana lahir dulu ataupun kahwin dulu, kerajaan telahpun memberi sedikit sebanyak bantuan ataupun sumbangan bagi membantu masyarakat di negeri Pahang ini sehinggalah rakyatnya kepada bantuan kematian yang disebabkan penyakit COVID. Jadi banyak yang telah dibantu oleh pihak Kerajaan.

Jadi cuma pada hari ni kita nampak bantuan-bantuan ini kita semua dah tahu. Jadi kita haraplah bantuan-bantuan ini dapat lagi di… diperkemaskan. Maksudnya kadangkala ada contoh baru-baru ni kita beri bantuan ibu tunggal. Saya pun simpati juga dengan ibu tunggal ini. Tetapi pada tahun lepas oleh kerana ada di antara ahli-ahli ibu tunggal ini tidak mendaftar di bawah Persatuan Ibu Tunggal, mereka… mereka tak dapat. Tetapi kita khabar dah suruh khabar… suruh daftar, tapi mereka ini tak daftar.

Jadi maksudnya dalam proses ini supaya kita di pihak Kerajaan dapat lagi memperkemaskan agar segala perancangan ataupun bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan dapat disampaikan kepada golongan sasar. Ini termasuklah kepada kumpulan-kumpulan sebagaimana yang dititah iaitu OKU dan juga ini Orang Asli. Jadi tahniahlah dan terima kasih kepada pihak ahli Kerajaan Negeri yang telah mewujudkan satu dasar, satu bantuan yang dapat sedikit sebanyak membantu rakyat di Negeri Pahang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya teringat… ingin juga menambah kepada Kerajaan Negeri, meningkatkan lagi satu sektor pelancongan yang pada satu ketika dulu telah dilaksanakan tetapi terhenti iaitu Feri Malaysia. Feri Malaysia ini telah diwujudkan pada tahun 1986 yang dirasmikan oleh Sultan Pahang tetapi ianya terhenti. Terhenti ini bukanlah kerana ribut dan sebagainya, tapi kerana terbakar pada tahun 1987. Jadi kita haraplah kepada Kerajaan ataupun Datuk Bandar Kuantan ataupun Jabatan ini… Pelancongan Pahang dapat mengwujudkan semula pihak Feri Malaysia ini iaitu daripada Kuantan ke Kota Kinabalu dan juga ke Sarawak, ke Kuching.

Yang mana ianya dilaksana di bawah Syarikat Feri Malaysia Sdn. Bhd iaitu anak syarikat Perbandanan National Shipping Line. Jadi dengan adanya perkhidmatan ini ataupun aktiviti ini, kita nampak di negeri Pahang ini ianya dapat mewujudkan lagi satu aktiviti yang begitu menarik. Tambahan pula tidak lama lagi ECER daripada Kota Bharu ke Kuala Lumpur akan siap dan akhirnya mungkin sebanyak kita di antara negeri yang boleh melaksanakan perkhidmatan ini memberi sumbangan bukan hanya di peringkat negeri, tetapi juga ianya dapat membangunkan, memberikan peluang di peringkat negara. Jadi kalau dah ada kapal itu bergerak daripada Kuantan ke Kuching, ke Kota Kinabalu, lepas itu di naik ECRL daripada Kota Baru pergi ke Kuantan dan juga Kuala Lumpur.

Jadi ini sikit sebanyak dapat menengahkan lagi negeri kita ini ke satu aktiviti yang lebih menarik. Saya berkata demikian kerana kita nampak daripada peringkat awal Jabatan Pelancongan Pahang ini telah mengendalikan ini… Perbadanan Bukit Fraser. Jadi saya ingin mencadangkan agar Perbadanan Bukit Fraser itu dikembalikan kepada hasrat asal untuk menjaga Bukit Fraser. Jadi bolehlah Perbadanan Pelancongan Pahang ini apa... buat kapal itu balik semula, jaga kapal itukan.

Jadi Perbadanan Bukit Fraser itu dibalikkan ke Raub dan pelancongan Pahang boleh mengadakan aktiviti untuk menggerakkan aktiviti pelancongan ini… kapal dengan menumpukan kepada kapal dan juga kereta api tadi. Jadi itulah maksud saya yang lebih kurang agar kita di daerah itu dapat melihat supaya Bukit Fraser ini dapat menjadi sebuah agensi yang dapat bergerak sebagaimana asal yang dicadangkan.

Seterusnya, saya juga ingin...

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, masa sampai dah gulung...

Masa?

Yang di-Pertua (Speaker)

Gulung...Gulung...sila, sila...

Saya minta sikit sahaja, tak banyak. Saya nampak perkembangan di negeri Pahang ini ke depan ini begitu banyak. Tinggal lagi mungkin kalau kita tidak dapat melihat ianya mungkin merugikan ataupun melambatkan pembangunan khususnya di daerah Raub. Khususnya baru-baru ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar telahpun mendapat kebenaran mengubah laluan jalan ke Cameron Highlands, di mana sebelum daripada ini, daripada Kuala Lumpur, kita nak pergi ke Cameron Highlands daripada Kuala Lumpur kita kena pergi ke Perak, makna Pahang, Perak, Selang… Pahang, Selangor, Perak... lepas tu baru balik ke Pahang.

Tapi bagi pihak Kementerian Kerja Raya telah meluluskan jalan daripada er… ke Cameron Highlands melalui Bentong, Raub dan seterusnya Cameron Highlands. Jadi yang saya nak sebutkan ialah ada satu jalan iaitu ECR, Central Spine Road ini, saya nampak Central Spine Road ini dia hanya terus daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Tidak mengambil kira masalah setempat ataupun bantuan setempat.

Satu exit perlu dibuat iaitu di Kampung Panchor, Tanjung Raja. Yang mana lebih kurang 5 KM saja daripada ECER itu akan bertemu dengan jalan itu dan ianya akan terus ke Cameron Highlands. Itu minta satu cadangan. Jadi itulah yang saya nak tambah, Tuan Yang di-Pertua.

Sekali lagi lah saya mengucapkan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dan kita sesamalah berdoa agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan keluarga sentiasa sihat dan kekal bertakhta di negeri Pahang. Sekian Assalamualaikum WBT.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat Batu Talam tentang pelancongan. Cumanya saya ingin membuat sikit pembetulan bahawa Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser pada tahun 1997 telah ada satu pindaan enakmen. Bahawa PKBF memang

berfungsi untuk merancang dan melaksanakan pembangunan pelancongan di negeri Pahang dan juga merancang dan melaksanakan program penggalakan promosi dan pemasaran pelancongan di negeri Pahang di samping menjaga aset PKBF di Bukit Fraser. Jadi, kenyataan Yang Berhormat Batu Talam bahawa PKBF harus balik kepada peranan asal, saya rasa tidak betul dari segi faktanya. Terima kasih.

Itu cadangan sahaja Yang Berhormat Dato' Speaker, sebab PKBF itu berada di Raub menggunakan Perbadanan Bukit Fraser menjaga pelancongan negeri Pahang. Jadi saya sekarang nak bagi kerja lain kepada PKBF, jaga kapal itu. PKBF tu bagi balik kat Raub, itu cadangan saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okay... terima kasih er... Yang Berhormat...

Yang Berhormat...

Yang di-Pertua (Speaker)

Yer... sila...

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya baru mendapat maklum balas... yang ni saya terpaksa jawab sekarang juga. Minta maaf daripada YB Cheka ya, sepatutnya saya nak tunggu waktu penggulungan. Saya telah sahkan melalui Setiausaha Politik saya berhubung dengan ADUN Kok Lanas yang mengatakan sehingga hari ini tiada peruntukan.

Tapi ura-ura nak bagi itu memang ada. Tapi tak bagi lagi. Berbanding dengan Kerajaan Negeri Pahang, telah pun beri peruntukan RM5,000 kepada ADUN Pembangkang sebelum hari raya. Dah bagi dah. Tapi yang Kelantan memang ada ura-ura nak bagi. Tapi sehingga hari ini tak bagi. Kemudian saya follow up lagi sekali. Saya sahkan lagi sekali dengan Pejabat Kewangan Negeri Pahang untuk berhubung dengan Pejabat Kewangan Negeri Kelantan dan Pejabat Kewangan Negeri Kelantan pun mengatakan tidak ada apa-apa peruntukan yang disalurkan kepada ADUN Pembangkang di negeri Kelantan sehingga hari ini, bagi tahun 2023.

Jadi kita tak usah panjang-panjang, insya-Allah Kerajaan Negeri ini... kita semua pun pernah berkawan dulu, kita pun bukan talak satu kan. Jadi kita usah panjang-panjang... kita cuba. Kalau kedudukan kewangan negeri... insya-Allah kita menjunjung titah, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih atas perjelasan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi saya mintalah Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang kita adalah mengadakan Sidang Dewan yang mulia, jadi saya haraplah Ali-ahli Yang Berhormat sebelum bagi ucapan ataupun

bagi apa tu… dalam perbahasan sila sahkan perkara-perkara tersebut dulu. Seterusnya saya ingin menjemput ahli Yang Berhormat dari Pulau Manis.

Assalammualaikum WBT, (Bacaan dalam Bahasa Arab)

Berbusana pahlawan dihiasi sampin Sampin dibuat kain pelikat Kalau kita memilih pemimpin, Pilihlah pemimpin yang sayangkan rakyat.

Sarang kedidi, sarang tempua, Bebelan murai, terasa bingit. Berlaku adil kepada semua, Siapalah kita ingin menongkat langit.

Terima kasih Tuan Timbalan Yang di-Pertua Speaker, saya di sini merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat dan semua Ahli Yang Berhormat kerana memberi ruang kepada Pulau Manis untuk sama-sama berbahas Titah Diraja Pemangku Raja Pahang pada kali ini. Memandangkan ini adalah ucapan pertama saya di dalam Dewan Yang Mulia ini, saya terlebih dahulu ingin merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada semua rakyat negeri Pahang yang telah menunaikan kewajipan di dalam PRU yang Ke-15 baru-baru ini.

Terima kasih yang ter... juga diucapkan kepada seluruh warga DUN Pulau Manis yang telah memberikan kepercayaan kepada Perikatan Nasional untuk menja… menjadi suara wakil rakyat di dalam DUN Pulau Manis.

Timbalan Yang di-Pertua,

Sebaik sahaja saya disahkan sebagai Ahli Dewan Negeri Pulau Manis pada malam PRU yang ke-15 baru-baru ini, saya telah meletakkan keutamaan, kebajikan rakyat DN Pulau Manis di dalam sasaran paling utama tugas saya. Menggunakan tagline dengan izin "Peka, Peduli dan Prihatin" saya terus mendekati rakyat bermula hari pertama selepas PRU yang Ke-15.

Tuan Yang di-Pertua Timbalan Speaker,

KDYMM Pemangku Raja Pahang telah bertitah agar pihak pembangkang memberikan idea- idea yang membina yang boleh membantu kerajaan di dalam menjalankan urus tadbir Kerajaan Negeri. Bagi kami, Perikatan Nasional menyambut baik titah Tuanku dan ianya amat selari dengan amalan kami selam… selama ini iaitu BPMS, Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Kami sememangnya sudi untuk menyumbang buah fikiran dan cadangan yang positif demi kesejahteraan rakyat khususnya di negeri Pahang. Kami sedar akan situasi ini kerana inilah kami dipilih dan...oleh rakyat dan kami sememangnya berkhidmat untuk rakyat.

Tuanku juga telah bertitah setelah 66 tahun kita merdeka, landskap politik kita perlu berubah dan realitinya kita ada yang berubah antaranya ialah Kerajaan Pusat telah bertukar beberapa kali, cuma di negeri kita masih belum bertukar. Baru-baru ni nyaris, tapi tak bertukar, soon insya-Allah. Tuanku ada menyentuh berkenaan Kerajaan er... sebagai Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat Pulau Manis, saya skip point nombor 7

tapi kita dah sepakat untuk harmoni berkenaan peruntukan, saya hormat Dewan Yang Mulia, saya skip satu point saya.

Sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat Pulau Manis, sudah semestinya saya berhadapan dengan golongan yang memohon… memohon bantuan dari segi pelbagai… pelbagai bantuan yang diperlukan. Sekiranya… sekiranya Kerajaan Negeri sudi menyambut saranan yang telah disarankan oleh er...Tuanku amat-amatlah kami hargai dan itu semua adalah hak kami. Kerajaan Negeri juga perlu bersikap gentleman di dalam medan politik. Kita perlu berhadapan dengan musuh kita di dalam keadaan padang yang sama rata permukaannya. Sememangnya tidak adil kita bertinju dengan keadaan pihak musuh tangan digari, mulut ditutup dan mata digelapkan. Ketika mana kita bebas menghayunkan tangan yang hinggap ke muka pihak lawan kita. Hal ini boleh dikaitkan dengan Kerajaan menyekat kehadiran ADUN-ADUN pembangkang…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat er …Yang Berhormat sila.

BY, meminta hak-hak rakyat memang bagus. Kita perlu sebut apa rakyat perlu, longkang pecah, peruntukan. Tetapi kita bukan berkelahi ni. Tak tak perlu cakap dengan mengatakan begini begitu kasar, macam macam kita nak memukul ataupun nak membahan, membaham tak perlu. Cerita je.

Kita perlu apa… bantu rakyat dan selama ini memang kita membantu rakyat pun. Dan apa nama… Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun tadi sebut sebelum apa raya ke sebelum puasa, dah salurkan peruntukan kepada kita sebanyak RM5,000.00 dan tadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun sebut dah juga. Kita akan menjunjung titah Ke Bawah Duli Tuanku. Jadi harmonikan apa… kata yang baik-baik. Makna berikan buah pandangan yang baik baik, yang positif untuk sama sama kita bangunkan Dewan ini untuk rakyat. Tak ada masalah. Terima kasih.

Okey terima kasih. Saya cuma tu analogi se… kerana saya disekat nak buat kerja.

(Bahasa Arab). Analogi ini maksudnya tasbih. (Bahasa Arab). Benda yang dibandingkan dengan benda yang kena banding. Jadi tidak ada beza niat seolah-olah nak menyamakan saja. Insya-Allah kita usaha beritahu apa yang boleh kita bantu, kita bantu, insya-Allah.

Okey, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Kemayan

Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya mohon mencelah

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, ya.

Untuk Pulau Manis, bagi saya, banyak kali dah tadi er… Yang Berhormat-Yang Berhormat telah menyatakan berkaitan peruntukan dan sebagainya. Tapi bagi saya, bercakap pasal adil dan sebagainya, tapi Yang Berhormat daripada sebelah sana patutnya bersikap adil kepada Kerajaan. Adakah Yang Berhormat memberitahu ataupun menyebarkan kepada rakyat, ini adalah hasil ataupun pemberian daripada kerajaan? Pernahkah? Eh, beberapa penggal yang lepas, kita tengok daripada pihak PAS menyokong Kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu.

Peruntukan diberikan. Adakah pihak PAS menyatakan… Yang Berhormat daripada pihak PAS menyatakan kepada rakyat, ini adalah daripada Kerajaan Barisan Nasional. Pernahkah? Mungkin kita boleh scroll kita punya IG, kita punya Facebook, berapa kali kita ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah memberikan er... bantuan dan juga kebajikan kepada rakyat di kawasan kita.

Pernahkah Yang Berhormat Yang Berhormat menyatakan terima kasih dan sampaikan kepada rakyat yang ini adalah sumbangan ataupun bantuan daripada Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sebab tu, bila kita bercakap pasal adil, jangan kita adil kepada diri kita. Adil itu adalah secara keseruhan.

Meletakkan sesuatu perkara di tempat yang betul. Kalau Yang Berhormat rasa bagi peruntukan kepada Yang Berhormat itu adil kepada Yang Berhormat. Tapi, adilkah Yang Berhormat jika tidak berterima kasih kepada kerajaan negeri ataupun kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang peruntukan itu disalurkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. So saya rasa, Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah sana, sepatutnya lebih harmoni lebih…

Tuan Speaker…

Merasakan…

Tuan Speaker…

Yang Berhormat perlu…

Standing Order Tuan Speaker…

memberikan kredit ataupun terima kasih Yang Berhormat kepada Yang Amat Berhormat Menteri besar.

Speaker…

Saya rasa tak ada masalah kalau begitu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat ya.

Standing order speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, ya.

Sekarang ini floor adalah floor Pulau Manis dan dia telah bercakap dengan dengan apa gaya bahasa dan juga cara dia dan sekiranya Pihak Pihak Kerajaan atau Wakil daripada Kemayan tidak bersetuju dia boleh bercakap lepas ni. Kenapa dia membincang atau membantah seperti begini. Ini bukan tujuan untuk nak…

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, okay Ahli Yang Berhomat, sila, sila.

Sebenarnya bukan masalah membantah, saya cuma menyatakan jika kita hendak adil, kita bercakap pasal keadilan dan adil kepada Wakil Rakyat Pembangkang dan kita juga perlu adil kepada Kerajaan hari ini.

Terima kasih, terima kasih. Saya fikir Tuan Yang di-Pertua er... saya nak tenangkan keadaan er...kita tidak perlu bertengkarlah. Dia macam ini, sepanjang ucapan pun, banyak kali ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kita pun semua dengar saya ucap pun terima kasih, semua ADUN-ADUN kita ucap terima kasih. Saya fikir kita untuk tenangkan keadaan, kita bagi floor dan kita hormati. Kita boleh bagi laluan kalau sekiranya Yang Berhormat berkenaan beri laluan. Kalau dia

tak bagi laluan, saya fikir Yang di-Pertua, untuk tenangkan keadaan, saya hormati satu sama lainlah. Terima kasih banyak.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya pun bersetuju dengan kenyataan daripada er... mintak tu wakil daripada.. duduk.

Tuan Yang di-Pertua

Saya bersetuju dengan er… wakil daripada Cheka sebutkan tentang Standing Order, floor dan sebagainya dan sebab itu bila YB Cheka berucap, tidak ada gangguan itu. Kita nampak ada sentuh tapi kita perjelaskan. Misal contoh Yang Amat Berhormat Dato' Sri bila perkara ini berbangkit, beri penjelasan. Kalau tidak nanti, dia akan diviralkan dalam sosial media seolah-olah macam ada perkara yang er... yang tidak bertepatan itu, dibiarkan akhirnya akan dianggap sebagai betul. Hanya kalau boleh, sebagai ketua pembangkang, dapat maklumkan juga kepada anak buah supaya dalam perbahasan itu jangan terus er... seolah-olah menerkam kepada kami. Seolah-olah kami tidak adil. Jadi itu sebab tadi sahabat saya daripada Kemayan bangkitkan itu. Kalau nak bercakap pasal adil itu kena bercakap dalam not nada yang saya ingat bersesuaianlah. Makna kita pun ada juga ini sentimen perasaan. Saya ingat begitu. Tapi kalau boleh Yang Hormat Tuan Yang di-Pertua teliti perkara ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya perlu mengingatkan kepada semua bahawa kita.. apa itu… Masa yang memberikan laluan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat lain adalah hak kepada Yang di-Pertua. Jadi saya harap… saya haraplah Ahli-Ahli Yang Berhormat ringkaskan jika nak minta laluan ringkaskan, kerana masa kita singkat. Jadi saya jemput sekali lagi Pulau Manis dan juga sila pendekkan ucapan Yang Berhormat.

Terpaksa pendekkan. Okey terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya terus kepada isu setempat. Saya ingin menyentuh berkenaan masalah air yang dihadapi oleh rakyat dalam DUN Pulau Manis, khususnya di Sri Makmur. Isu air yang telah berpuluh tahun tidak pernah selesai, apa tindakan kerajaan berkenaan isu air di sana? Sampai bila agaknya isu air di sana boleh diselesaikan? Bayangkan ibu dan ayah kita yang berumur 70 hingga 80 tahun, terpaksa memikul air ke rumah. Cuba pejamkan mata, bayangkan sahaja. Tidak perlu berkata apa-apa. Begitu juga isu tanah di dalam kawasan DUN Pulau Manis. Ada yang masih belum dapat geran meskipun sudah berpuluh tahun memohon sedangkan dia ada paham…

Saya nak tanya sikit tu ADUN Pulau Manis yang berkaitan dengan isu air di Sri Makmur ni, bila aduan tu dah dibuat kepada pihak PAIP?

Banyak mana tu memang sekerap lah. Sepanjang sebelum raya dah sekali banyak banyak kali. Cuma saya tak dapat bilang beberapa kali dan kerap. Dan saya kerap

terima aduan. Kadang kadang sebulan sekali memang ada. Sepanjang seminggu, dua minggu saya terima aduan daripada penuduk.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Berkenaan isu air ini, di Pekan ini memang selalu aduan berlaku. Tapi kadang- kadang terdapat juga adu-aduan yang perlu kita semak dan kita teliti dan kita siasat. Banyak berlaku kadang-kadang, pihak PAIP telah melakukan kerja-kerja pembaikan ataupun menghantar bekalan-bekalan air ke tempat-tempat yang menghadapi bekalan air ini. Maklumlah cuaca panas sekarang ini. Tetapi di Sri Makmur, saya dimaklumkan ada paip pecah dan paip telah dibaikpulih. Dan juga, pam juga telah dipasang. Dan ada ketikanya, pam rosak. Akhirnya, disebabkan ada sikit tersumbat dan telah dibaiki.

Jadi sebab itu, bila kita nak bercakap, kita tidak mengelirukan. Mengelirukan perasaan orang lain, mengelirukan pemikiran orang lain. Kadang-kadang sebab sedikit itu, kita menyebabkan orang jadi terkeliru. Pengundi-pengundi kita jadi terkeliru, orang ramai jadi terkeliru. Sedangkan kita telah melakukan yang terbaik untuk memastikan bekalan air ini adalah perkara yang sensitif. Semua orang nak air. Tetapi bila kita dah baiki, kita berterima kasih lah kepada kerajaan kerana bertungkus lumus untuk memastikan bekalan air itu dapat kita berikan kepada penduduk penduduk Sri Makmur. Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Bebar, selaku caretaker Pulau Manis. Dan itulah pointnya beri laluan kepada ADUN yang dipilih boleh berhubung dengan pihak agensi. Supaya boleh berhubung dengan pihak PAIP, kemudian PAIP jawapan first hand Kalau tidak disekat, menda isu kekeliruan yang Bebar sebutkan tadi tidak timbul. Jadi saya teruskan, seterusnya…

Tuan Yang di-Pertua,

Macam ni. Kalau saya… kita ada program, kita ada program di masjid. Dan pada kita ada program di masjid, YB pun ada bersama saya. Daripada Pulau Manis pun ada bersama saya. Saya tak cakap saya pergi ke lain. Duduk bersama saya, makan sekali bersama saya. Sebagai wakil kerajaan. Jadi bila kita makan bersama-sama wakil kerajaan, Yang Berhormat boleh beritahu saya tentang masalah yang dihadapi oleh Pulau Manis. Yang Berhormat, kita makan sekali dan boleh beritahu masalah yang dihadapi supaya kita dapat sama sama menyelesaikan masalah yang terbabit contohnya, dan kita tak ada bukan kita nak gaduh tapi jangan menyalahkan bahawa kita datang kawasan tersebut bukan nak cari gaduh, tapi nak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Kalau tak ada, tak ada kekangan.

Sebab itu lagi cantik tidak disekat kehadiran kami kepada pejabat kerajaan. Seterusnya mengenai isu anak muda. Kerajaan perlu juga memberi laluan kepada pemuda untuk membangunkan ekonomi setempat. Contohnya di Kampung Belimbing, kebanyakkan anak muda di sana berhijrah keluar dan tinggal hanyalah warga tua

sahaja yang berada di sana. Hal ini perlu diberi laluan segera agar anak muda di sana dapat menjalankan aktiviti pertanian, penternakan atau sebagainya. Ini dapat menaikkan ekonomi setempat dan juga membuka peluang pekerjaan pada anak muda di sana dan sekaligus mengelakkan Kampung Belimbing akan menjadi kampung yang tidak berpenghuni. Hal ini dikritikal di Kampung Belimbing dan mungkin merebak ke Ganchong dan Pulau Rusa. Isu judi juga tidak ketinggalan di DUN Pulau Manis. Pada 1 Mac 2022, saya bersama-sama pegawai pusat khidmat telah pergi ke Majlis Bandaraya Kuantan bagi menyerahkan laporan berkenaan adanya pusat hiburan snooker tanpa lesen dan terdapat pusat perjudian haram akan tetapi apa yang menghairankan makin banyak pusat - pusat begini dibuka. Harap pihak kerajaan memandang serius isu ini kerana akan mengakibatkan keruntuhan moral dan akan menyebabkan pertambahan aktiviti jenayah dan tak bermoral di kalangan penduduk setempat. Hal ini kritikal di Taman Inderasempurna ...

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat Yang Berhormat, satu minit lagi. Ha, gulung. sila.

Dan yang Terakhir, begitu juga dengan isu di trafik light, simpang Paloh Hinai. mungkin YB Chini pun ada isu yang sama kot. Kerajaan boleh memikirkan kaedah yang baik untuk mengurangkan kadar kemalangan di situ kerana faktor jambatan dan hujung jambatan itu terus ada lampu isyarat dan telah membuatkan kemalangan di situ mungkin. Mungkin kerajaan boleh memikir inisiatif macam mana untuk memasang papan tanda atau sebagainya untuk mengurangkan kadar ke... malah menghentikan kadar kemalangan di situ. Er… saya nak sampaikan satu, pantunlah, sebab YB Tioman bagi pantun kepada Bebar, dan Bebar bagi terus hadiah kepada Tioman. Saya cuba ya, kot-kot lah Yang Amat Berhormat MB bagi.

Yang Berhormat MB disayangi semua, kasihnya tidak berbelah bagi, peruntukan itu hak semua, patut juga diberi kepada kami.

Wallahhualam. Pualu Manis memohon menyokong Titah Tuanku. Wallaualam. Assalamualaikum Warahmatulahhiwabarakatuh

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima Kasih Ahli Yang Berhormat Pulau Manis. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat Kawasan Jenderak.

Dato' Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Bismillahirahman nirrahim. Assalamualaikum Warahmatullah Hitaala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Pertamanya saya ingin menjunjung kasih ke atas Titah Oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja Pahang. Sebagai mana titah Tuanku, pelantikan kita sebagai Ahli Dewan Negeri ini adalah satu amanah untuk berkhidmat, berbakti dan memelihara nasib rakyat negeri Pahang, bukannya untuk bermegah-megah dan menunjukkan kuasa. Sebagai Ahli Dewan Negeri, kita mestilah sama sama berganding bahu untuk meningkatkan lagi pembangunan ekonomi negeri Pahang dan saya percaya kerajaan negeri sedang

berada di landasan yang betul dalam soal meningkatkan pembangunan ekonomi negeri.

Perkenan Tuanku, berkenaan penubuhan Majlis Penasihat Orang Asli Negeri Pahang juga akan menjadi satu wadah penting dalam meningkatkan lagi pembangunan masyarakat orang asli di negeri Pahang, di mana DUN Jenderak juga merupakan antara kawasan yang mempunyai banyak perkampungan Orang Asli. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang telah menguruskan negeri Pahang ini dengan amat cemerlang.

Syukur Alhamdulillah hasil pendapatan negeri yang telah meningkat kepada RM1.037 bilion pada tahun 2022. Menunjukkan bahawa pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang amat cekap dan cemerlang. Tambahan lagi, tujuh projek pelaburan antarabangsa bernilai RM11 bilion di muktamadkan. Hasil pendapatan negeri yang besar ini membolehkan Kerajaan Negeri memperkenalkan macam-macam inisiatif seperti Bantuan Prihatin Pahang, Program Kebanggaan Pahang dan banyak lagi. Sesuai dengan slogan "Tiada Janji, Lihat Bukti" kita adalah Kerajaan Negeri yang walk the talk, dengan izin.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,

Saya nak sentuh sedikit berkenaan peranan Penghulu dan Ketua-ketua Kampung. Saya berpendapat kita perlu perkasakan lagi peranan Penghulu dan Ketua-ketua Kampung sebab mereka adalah pemimpin yang paling dekat sekali dengan rakyat atau masyarakat setempat. Untuk itu, saya nak mencadangkan Ketua-Ketua Jabatan juga perlu mengeratkan lagi atau memperkuatkan lagi kerjasama bersama Penghulu dan Ketua-ketua Kampung. Suara-suara yang mereka bawa kepada Ketua-ketua Jabatan Kerajaan ini perlu diambil kira dan kalau boleh dibantu sebabnya Penghulu-penghulu dan Ketua-ketua Kampung ini lebih dekat dengan masyarakat setempat dan pastinya mereka lebih faham dan dengan isu-isu semasa. Saya yakin mereka akan lebih dihormati masyarakat kalau mereka rasa dan merasakan masyarakat tahu mereka ini mempunyai peranan yang sangat besar.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,

Di negeri Pahang ini juga lebih 1,700 penternak ikan sangkar yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri Pahang di DUN Jenderak sahaja ada lebih kurang 30 penternak yang berdaftar. Saya nak mohon kepada pihak berwajib serta agensi yang terlibat seperti Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk lihat dan kalau boleh kawal harga makanan untuk ikan sangkar ini. Peningkatan harga makanan ikan yang amat ketara dalam setahun, sampai dua tiga kali telah memberi kesan yang besar kepada para penternak ikan sangkar.

Sebagai contoh, harga makanan ikan berjenama Dinding sekarang ini dah bernilai RM76.00 untuk satu beg dan yang seberat 20kg. Untuk jenama Tipi dalam RM85.00 untuk satu beg 20kg. Dulunya harganya kurang RM10.00 ke RM20.00 daripada harga sekarang. Peningkatan demi peningkatan, telah memaksa penternak untuk menaikkan harga ikan. Kalau kita tengok hari ini, ikan patin dan talapia dijual pada tanda harga RM22.00 satu kilo ditambah pula dengan masalah lain seperti hasil ikan yang tidak memuaskan, bencana menyebabkan penternak rugi besar.

Jadi saya harap agar pihak berwajib tengoklah semula perkara ini. Kalau boleh kaji semula dan buatlah kaedah yang bersesuaian demi kebajikan penternak ikan sangkar dan nelayan sungai. Saya juga di kesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di atas keprihatinan membantu penternak ikan sangkar khususnya di Jenderak.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,

Di dalam kawasan DUN Jenderak ini saja terdapat lebih kurang 10 perkampungan masyarakat Orang Asli dengan jumlah penduduk hampir 4,000 orang. Antara isu yang sedang berlaku di sini ialah berkenaan isu persempadanan semula rizab tanah masyarakat Orang Asli. Persempadanan ini melibatkan antara perkampungan Orang Asli dengan Jabatan Perhutanan dan juga Jabatan Perhilitan. Tiada persempadanan yang jelas menyebabkan berlaku pertikaian antara masyarakat Orang Asli dengan jabatan berkenaan. Sebagai contoh, tiada persempadanan yang jelas dari Kampung Perlok hingga ke Kampung Terbol.

Saya fikir pertikaian berpanjangan seperti ini perlu diakhiri segera, sebab kita pun tahu dan faham masyarakat Orang Asli ada peruntukan dan perundangan tersendiri apabila melibatkan hal ehwal tanah rizab ini. Kalau boleh, buat satu persempadanan yang jelas supaya nanti tidak ada lagi pertikaian dan masyarakat Orang Asli boleh meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik. Saya juga berpandangan masyarakat Orang Asli ini juga boleh transformasikan lagi dari segi ekonomi, pertanian, kesihatan dan juga pendidikan. Saya menyambut baik kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah tempoh hari bahawa negara menyasarkan seramai 400 Orang Asli pada tahun ini untuk melanjutkan pengajian ke peringkat IPT.

Inilah satu sasaran yang sangat bagus dan meningkatkan lagi tahap pendidikan masyarakat Orang Asli. Saya juga berpendapat kita boleh memperkasakan perkampungan Orang Asli sebagai salah satu pusat atau hub pelancongan. Selain itu, menambah pendapatan mereka, ianya juga akan membolehkan para pelancong, baik dari dalam mahupun luar negara, mengenali budaya serta adat masyarakat Orang Asli di negeri kita.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,

Yang terakhir, saya nak mengucapkan setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan juga kepada PAIP. Untuk makluman, di DUN Jenderak saya terdapat 5 projek PAIP yang sedang dan akan dilaksanakan di kawasan black spot dengan izin, di mana kawasan ini sering berlaku isu ketiadaan air. Hal ini menunjukkan Kerajaan Negeri benar-benar serius dalam menyelesaikan masalah air. Bukanlah tak buat kerja macam ada setengah segelintir orang bercakap.

Saya nak mohon agar PAIP mengambil langkah segera dan bersifat jangka pendek sementara projek-projek sedang disiapkan. Hal ini kerana ada satu, dua kawasan yang masih berlaku gangguan bekalan air. Saya yakin dengan keupayaan Kerajaan Negeri dan PAIP dalam menyelesaikan isu air ini dan berharap perkara ini diselesaikan segera. Jadi saya akhiri dengan ucapan terima kasih dan menyokong Titah Ucapan Kebawah Duli Pemangku Raja Pahang, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat dari Kawasan Jenderak. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Luit.

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Pertamanya syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat lagi bersama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini dan masih lagi saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Puasa ada 6 hari lagi baki.

Yang keduanya, saya nak ambil kesempatan mengucapkan Ucapan Menjunjung Kasih atas Titah Diraja oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang semalam, yang saya kira dia sebuah Titah yang boleh apa ini… mencetus semangat untuk kita bersama-sama untuk membina sebuah negeri yang sejahtera, yang maju dan yang berperadaban, ada tamadun insya-Allah. Juga ucapan tahniah kepada pihak kerajaan yang berjaya menubuhkan kerajaan selepas PRU-15 dan terus diketuai oleh Yang Amat Berhormat Jelai. Juga ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Indera Haji Zulkifli bin Haji Yaacob atas perlantikan beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang baru. Semoga pelantikan ini menjadi sinar kejayaan untuk negeri demi masa yang akan datang insya-Allah.

Dato’ Yang di-Pertua,

Saya nak terus kepada isu tempat saya lah, kawasan saya. Walaupun saya juga terlibat dengan rakan-rakan, lain masalah dana peruntukan. Saya nak cerita sikitlah dana peruntukan ini. Saya sebenarnya di tempat saya Yang Berhormat Jelai ya, saya terus terang je dengan orang kampung. Kalau tak ada, saya kata tak ada lah. Tapi kesian juga kadang-kadang, dia kata ke Kerajaan. Teruknya Kerajaan ini kan. Tapi saya bayangkan kalau Kerajaan beri dana, kita pun beri juga dana kepada orang kampung ini, dia mesti kata bagus, baiknya Kerajaan ini ya. Jadi, saya percaya ya, walau macam mana pun jumpa orang kampung saya, walaupun tak dapat peruntukan dana sebagainya, tapi dia beri jaminan dia tetap mengundi saya juga dia kata. Insya-Allah. Jadi elok juga kalau ada dana tu mungkin…

Dato’ Sri yang Yang di-Pertua.

Majoriti kurang sikit kot.

Mohon izin...kan sedap bercakap…ar…manis, halus walaupun sinis. Terima kasih. [Ahli Dewan ketawa]

Insya-Allah, Pulau Manis sedang belajar, Insya-Allah.

Terima kasih Kerdau. Malam ni saya bagi point boling. Er... saya nak terus kepada isu di tempat saya, isu air ya. Isu air ini ada tiga perkara yang pertama, saya ucap terima kasihlah kepada pihak kerajaan ya, kerana projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang telah siap ya, untuk Kampung Berkat Kampung Lampung, Kampung Sentosa, Kampung Bongkok dan Kampung Serengkam.

Yang keduanya, pra pembinaan iaitu membina tangki 2,272 m3 meter padu dan rumah Pam di Sri Jaya dalam pra pembinaan. Kemudian kerja-kerja NWR atau pun None Revinue Water penggantian paip Kampung Luit, Lubuk Paku, Bukit Batu, Mentenang, Kuala Wau dan dalam pra pembinaan. Jadi saya pun nak dapat penjelasanlah daripada pihak kerajaan. Apa makna pra pembinaan tu? Dan satu lagi er... kerja-kerja NWR juga yang baik pulih tangki Sri Jaya, Luit dan Taman Keramat. Statusnya dalam pembinaan. Juga kita mohon dapat penjelasan sikit daripada pihak kerajaan.

Dan saya nak sebut juga isu masjid di kawasan saya ini ada dua masjid. Satu status pembinaan Masjid Kampung Lubuk Paku yang telah terhenti. Jadi kita nak tahu status er... bila nak bina, berapa lama pembinaan itu ataupun er... ya status Masjid Lubuk Paku. Yang kedua, status tanah Masjid Ulu Luit yang pernah kita ada sekali perjumpaan antara agensi-agensi kerajaan kerana Masjid Ulu Luit ni sangat istimewa. Dia dibina oleh er…dana penduduk kampung tu sendiri, Tuan Yang di-Pertua.

Kemudian er…isu jalan raya pun saya nak sentuh tempat saya, ada 3 perkara di sini. Yang pertamanya, status pembinaan naik taraf jalan Maran ke Serengkam yang sering terputus akibat banjir. Dulu dengar kata dah ada dah peruntukan-peruntukan itu, jadi kita nak tahu apa statusnya, ya. Kemudian yang keduanya, jalan raya di pinggir Sungai Pahang daripada Kampung Lubuk Paku ke Simpang Jengka dengan dalam anggaran RM90 juta itu, kita nak tahu status dia. Mungkin er... tahun lepas kita dengar proses pengambilan tanah.

Kemudian, Jalan 3 Kampung Berkat, dulu dikenali sebagai jalan Kuarters Peladang. Hah…itu tak panjang dalam seratus... 150 meter ya. Ar…sekarang keadaan sangat teruk dah bertahun-tahun, jadi penduduk ada 10, 11 buah keluarga di situ melalui jalan tu. Er... dan jalan raya juga untuk Kampung Embus, kampung Orang Asli kita mohon untuk naik taraf jalan tu kerana selalu tenggelam... ditenggelami banjir. Kalau banjir tak apa, kalau banjir tiga, empat hari tapi lepas banjir itu, ada air termenung. Jadi jalan itu tengelam sehingga sampai dua hingga tiga minggu. Jadi kita mohon dapat perhatian daripada pihak kerajaan juga.

Kemudian isu banjir. Isu banjir saya... kita nak tahu juga status projek tebatan banjir yang saya nampak ada papan tanda di tepi sungai itu Fasa 1 dan ada beberapa jentera-jentera sedang melakukan kerja dan kita nak tahu juga berapa fasa yang ada untuk menjayakan projek ini, kemudian jangkaan siap dan sebagainya dan kita nak tahu jugalah daripada pihak kerajaan, bagaimana projek ini boleh, nak kata menjamin payah juga ya, boleh mengatasilah masalah banjir dan membebaskan penduduk di tepi sungai ini daripada banjir di masa-masa akan datang.

Dan saya nak mengambil kesempatan juga di sini untuk menjunjung kasih ke atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang datang ke tempat saya menyantuni, memberi sumbangan dan menyelami perasaan sedih semasa banjir baru baru ini. Yang lain-lainnya ada satu dua perkara lagi iaitu untuk makluman pihak kerajaan, terdapat ada lebih dua... 25 keluarga yang tinggal di Kampung Bintang yang kita kenali sebagai rumah kilang. Jadi penduduk dia

mengadu ke saya tentang kebimbangan mereka, masa depan tempat tinggal mereka di...di kawasan itu.

Jadi kita mohon pencerahan daripada pihak kerajaan lah, apa perancangan-perancangan yang akan berlaku di situ, supaya mereka boleh bersedia untuk menerima apa-apa tindakan daripada pihak kerajaan di masa-masa akan datang, kerana di kalangan mereka semua, mereka tidak ada tempat lagi jika sekiranya diminta berpindah atau sebagainya ataupun ada apa-apa perancangan kerajaan di tempat-tempat mereka itu. Dan juga di Kampung Embus, Kampung Orang Asli ya di Kawasan saya dibina balai raya di tepi bukit tu cuma masalahnya balai raya tu tidak ada tempat letak kereta, parking kereta dan pagar tu muatlah 2 kereta sahaja saya ingat. Jadi mohon juga pihak kerajaan dapat melihat balik er... kawasan balai raya Kampung Embus tu.

Tuan Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Hari ni ada juga kawan-kawan sahabat bercerita tentang pelancongan sebagainya, saya pun nak sentuh juga nih tentang pelancongan ini. Pelancongan ini sahabat saya daripada Triang ini... lambai sikit. Kalau senyumlah lawa YB Triang ni (ketawa) betul-betul, ikhlas ni. Okey. Tahun lepas, kita di DUN Luit kita buat satu rally... rally, lumba kereta dan dapat sambutan yang sangat menggalakkan, sangat meriah di... di... sertai juga oleh Karamjit Singh, seorang pelumba antarabangsa. Dan tahun ini acara kita nak buat lagi tapi malangnya atau sedihnya Yang Berhormat Pembangkang ni dia tak boleh guna tanah kerajaan dah.

Jadi walau macam mana pun kita tak adalah sedih sangat. Cuma kali ini saya nak buat tawaranlah kepada pihak Kerajaan, hah daripada DUN-DUN, YB Dong jaga sukan dak. Saya nak offer lah ni, Bahasa Inggerisnya offerlah kalau nak peminat, kita boleh bincang dan boleh buat. Syarat utamanya buat di DUN Luit lah ya, dan kita akan cuba ajak lagi juga apa Karamjit Singh untuk datang. Sebab tahun lepas kita buat ada dalam 12 ke 14 buah kereta ya, yang bermain di rally, kita buat di ladang Kampung New Zealand. Jadi itu pun satu produk pelancongan ya YB Triang ya.

Kemudian... dalam penggal lepas, saya selalu menyebut world industry design day ini satu event, Malaysian chapter. Event yang kecil je di Kuala Lumpur. Yang kita offer pada Kerajaan Pahang, kalau berminat ambil program ini, mungkin kita buat boleh buat satu event acara tahunan Bandaraya Kuantan contohnya lah. Sebab saya rasa event ni kalau kita dapat buat, dia memberi impak yang besar kepada negeri dan pembangunan industri.

Orang kata bahasa Inggeris starting point, dengan izin ya, untuk... Untuk kita keluarkan imej baru negeri Pahang sebagai sebuah negara pra industri dan sebagainya. Sebab kita rasa cukuplah Pahang ni kita sebut kain batiklah, nasi dagang, ikan patin. Saya rasa sampai masa dah tahun ini, dah millenium dah ni. Kita tak bolehlah pihak kerajaan me...me apa ini… membuat imej baru negeri Pahang di masa-masa akan datang.

Dan lagi kita ada juga, saya rasa macam research, Pusat penyelidikan Pertanian di Sungai Tekam. Saya rasa tu satu produk pelancongan yang boleh kita bangunkan juga kalau ada kolaborasi Kerajaan Negeri dan Pusat, sebab kita rasa pelancong ni bukan melancong habiskan duit sahaja. Ada juga pelancong dalam golongan-golongan researcher, penyelidik-penyelidik dan pelajar-pelajar daripada universiti-universiti seluruh Asean, contohnya.

Saya rasa boleh kita…kita bangunkan pusat pendidikan tu sebagai pusat apa ni pelancongan juga, dan er…saya panggil Jalan Jepun. Jalan Jepun ni ialah Jalan Jerantut ke Benta, saya rasa di situ ada nilai sejarah. Saya rasa jalan tu jalan, produk pelancongan yang terbarulah kalau boleh untuk…untuk Negeri Pahang ini. Kalau di Melaka tu, dia gunakan sungai, dan tepi-tepi sungai itu ada rumah-rumah tradisional dan sebagainya. Saya rasa jalan raya, jalan Jepun, Jerantut ini kita bangunkan sebagai produk pelancongan.

Tuan Yang di-Pertua,

Makluman Dewan. Sebenarnya sepertimana yang dibangkit oleh ADUN Luit tu, memang jalan ini boleh jadi produk pelancongan. Kalau di Melbourne itu, dia dipanggil great… scenic view, scenic road, yang er… what do we call. Ada jalan yang melalui persisiran er… ni er…pantai yang menjadi tarikan. Salah satu daripada produk pelancongan yang…yang sebenarnya menjadi one of the popular, ini… tourism produk. Terima kasih.

Terima kasih Benta. Tuan Yang di-Pertua, antara perkara yang paling seronok di Dewan ini bila cadangan kita disokong, Ya Allah itulah nikmat. Disokong pula oleh kerajaan. Orang-orang senior daripada kerajaan. Betul, saya dah membayangkan jalan tu, kalau kita kena pastikan rumah-rumah tradisional, tepi jalan dibangunkan beri peruntukan sikit, bina semula. Kalau ada pekan sari, kita guna buat satu pekan sari yang bentuk tradisional.

Boleh terbangunkan lagi kebudayaan, kesenian, bunyi bunyian, silat sebagainya. Sepanjang jalan kita tak payah ambil semua jalan tu, mungkin ada portion 15- 20km. Kalau ada lori Jepun yang lama boleh hidupkan semula, boleh naik bayar RM10.00, jalan 10-15km. Lori komunis pun lalu tapi tak payahlah ya. Lori Jepun cukup lah, rendah sekali pun, lori-lori askar British sebagainya. Cantik saya rasa boleh-boleh...boleh difikirkanlah

Dan terakhir dalam pelancongan ini juga. Baru ini kita pergi berkampung di Cameron Highlands...Cameron Highlands. Saya tahu Cameron Highlands itu satu produk perniagaan yang sangat besar penyumbang... penyumbang besar di Pahang dan saya rasa kerajaan ada kena memperkasakan lagilah imej Cameron Highlands itu kalau saya difahamkan oleh pelancongan, memang imej english ya imej orang putih, dan saya rasa tak ada masalah all out. Banyak lagi saya rasa ruang-ruang dan peluang kita untuk menaikan imej inggeris di Cameron Highlands.

Tuan Yang di-Pertua,

Minta maaf. Saya terlupa nama dia, nama dia Great Ocean Road. Ini Dato' Sri Speaker dia dengar tu dia bagi text. Great Ocean Road. Jadi maknanya kita lalu tepi-tepi pantai, tengok pantai dia jadi produk pelancongan. So yang itu pun satu, you know. Boleh, boleh kita pick up idea daripada ini rakan saya daripada Luit. Terima kasih.

Terima kasih sekali lagi. Saya catit itu dan kalau ada rancangan kerajaan untuk melawat sana, jangan lupakan saya lah. Great Ocean Road itu, saya nak pergi itu. Nak ikut juga. Dan Cameron Highlands itulah tadi, itulah. Cameron Highlands itu kalau dapat betul, real english. Dengan papan tanda signboard dia, dengan jalan raya dia dengan cuaca dah sejuk. Dan kita kalau main golf sana pun boleh kita pakai macam orang english juga. Dengan topi bareta sebagainya, nampak feeling english itu dan kalau lagi hebat Cameron Highlands itu pergi 3 hari balik boleh cakap Inggeris, lagi bagus.

Kemudian, yang terakhir lah, tentang perpaduan. Saya nak offer kepada sahabat saya Yang Berhormat Triang itu. Ada satu ayat al-Quran, Surah Al-Hujurat ayat 13. Ayat Qur'an ini bukan untuk orang Melayu, untuk semua manusia siapa- siapa pun boleh pakai maksud ayat tu, “wahai manusia kami telah mencipta kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan. Kemudian kami jadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal”. Saya nampak ayat ini ,starting point untuk proses perpaduan di kalangan kita, rakyat negeri Pahang ini. Saya nak cadang kerajaan kalau… kalau DAP buat ini, memang kita tabiklah, saya rasa orang Islam ini memang tabiklah. Buat signboard atau billboard besar-besar size 10, 14, apa ini… 12 bandar ya, 10,11 bandar di Pahang ini. Buat tulis Melayu, China, India ke tak apa. Inilah ayat keraiaan yang kita pegang, bahawa kita kena mengenali antara satu sama lain. Inilah point perpaduan sebenarnya. Tak kira apa bangsa. Jadi kalau dapat promosi ke ayat ni pun, cantik juga ya. Ini untuk program perpaduan kita di Negeri Pahang

Dan Alhamdulillah daripada program-program perpaduan yang lepas pun kita nampak ada ya, ada kesan, ada perkembangan dalam proses-proses perpaduan di negeri ini. Saya rasa Yang di-Pertua, sekadar itu dapat saya dalam perbahasan saya kali ini dan akhirnya saya mohon menyokong Usul yang dicadangkan. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, Yang Berhormat Luit. Seterusnya, saya menjemput ahli Yang Berhormat kawasan Mentakab.

Tuan Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan bagi memberikan ucapan di dalam Dewan Yang Mulia ini. Saya mulakan dengan merafak sembah dan menjunjung kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang bernas dan penuh nasihat. Terlebih dahulu, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua atau Speaker DUN Pahang di atas pelantikan. Saya percaya Yang di-Pertua mampu menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang kerana selama mengenali beliau, perwatakannya yang mesra dan mudah didekati.

Begitu juga dengan Timbalan Speaker, saya ucapkan tahniah di atas pelantikan. Saya juga bersyukur kepada tuhan kerana dengan izinnya, di Pahang kita telah berjaya menubuhkan Kerajaan Perpaduan, yang saya yakini akan dapat memberikan perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih cemerlang dan juga bagi memajukan negeri Pahang yang kita kasihi. Saya anak Pahang sejati seperti mana yang saya percaya ramai dari kalangan yang YB-YB ada di dalam Dewan Yang Mulia ini. Jadi, mari kita

ambil kesempatan di dalam persidangan Dewan kali ini untuk menyumbang pandangan dan idea dengan penuh ikhlas bagi memajukan negeri Pahang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya mempercayai sebagai anak jati Temerloh, Dato' Sri Tuan Yang di-Pertua boleh bersetuju dengan saya bahawa isu yang menjadi keluhan rakyat ialah tidak lain tidak bukan masalah air. Saya sudah lupa berapa kali saya menyebut isu ini. Di dalam...di dalam Dewan Yang Mulia dan untuk berlaku adil, memang ada usaha-usaha yang dicadangkan sebagai penyelesaian seperti pengumuman mantan Perdana Menteri memperuntukkan RM100 juta sebagai penyelesaian masalah air.

Saya memohon... saya memohon dapat disegerakan peruntukan ini bagi membina loji baru dan menggantikan paip-paip usang. Menjelang raya Aidil Fitri baru-baru ini, terlalu banyak kawasan yang bekalan air terputus. Pada 18hb April, paip utama di hadapan Balai Bomba Mentakab pecah dan telah menjejaskan ribuan pengguna. Saya mengucapkan terima kasih dan taniah kepada pihak PAIP Temerloh kerana segera membaik pulih paip yang pecah.

Tetapi saya merasakan ini hanyalah penyelesaian sementara memandangkan paip-paip yang lama, yang puluhan tahun tidak diganti akan menyebabkan masalah yang sama akan berulang. Kemudiannya pada keesokan hari, iaitu pada 19...19 April sebuah pam air Loji Lubuk Kawah mula rosak. Masalah ini berlarutan sehingga ke hari ini. Bayangkanlah didalam suasana perayaan Aidil Fitri, masalah bekalan air berlaku yang pastinya menyebabkan kemarahan daripada rakyat. Kerana itulah ada penduduk sebuah kampung di Lanchang berdemonstrasi.

Saya memohon untuk direkod penghargaan dan terima kasih kepada PAIP Pahang di atas tindakan segera. Mereka mendapatkan lori tanker besar daripada sebuah syarikat swasta di Selangor bagi mengedar air kepada penduduk. Namun begitu, memandangkan kepadatan penduduk yang tinggi serta kawasan perumahan yang banyak, saya memohon supaya tanker ditambah kepada beberapa buah lagi sebagai penyelesaian sementara.

Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, saya juga menerima aduan daripada penduduk-penduduk di Lanchang meminta bantuan dan di atas dasar keprihatinan serta sesama anak Pahang, saya mengambil inisiatif membantu dengan menguruskan tanker dihantar khususnya di taman perumahan Taman Saga Indah, Saga Damai dan taman-taman berhampirannya. Seperti pepatah Melayu, cubit peha kanan, peha kira terasa juga. Jadi masalah air di kawasan saya juga merupakan masalah yang sama yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di DUN Lanchang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Dalam kita mahu pembangunan pesat, satu syarat yang penting adalah infrastruktur yang tip top dengan izin, bekalan air bersih dan terawat menjadi elemen penting yang menarik minat pemaju-pemaju swasta untuk membangun kawasan perumahan dan juga komersial. Malangnya, disebabkan masalah air yang berlarutan ini, menyebabkan pihak swasta segan untuk melabur khasnya di Temerloh. Saya menerima keluhan daripada ramai developer, di mana mereka sanggup kehilangan deposit dengan tuan-tuan tanah kerana masalah air menyebabkan permohonan mereka ditolak PAIP. Isunya, dengan masalah sedia ada serta kapasiti loji air yang tidak at par dengan izin,

dengan pertambahan penduduk serta pembangunan yang pesat, maka menyebabkan pembangunan di Temerloh terganggu.

Masalah air ini jangan dipandang ringan kerana juga melibatkan pembangunan yang tersekat yang tentunya akan memberi kesan kepada ekonomi negeri Pahang. Namun begitu, saya menaruh keyakinan yang tinggi Kerajaan Perpaduan yang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang mempunyai keazaman yang tinggi bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang saya berharap dalam penggal ini juga. Bagi pihak seluruh pengundi, DUN Mentakab khususnya dan rakyat Temerloh amnya, saya memohon bersunguh-sungguh ada berita gembira atau ada cahaya di hujung terowong yang boleh dikongsikan dengan rakyat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kawasan industri Mentakab sangat perlu diberikan nafas baru dan facelift dengan izin. Dengan lokasi yang berhampiran dengan Lembah Klang dan stesen ECRL di situ untuk membawa penumpang dan juga kargo, saya percaya dengan pendekatan yang betul dan tepat di samping inisiatif membawa masuk pelabur-pelabur, kawasan industri Mentakab boleh tubuh berkali ganda maju daripada hari ini. Saya memohon perhatian yang lebih diberikan oleh Kerajaan Negeri bagi menambah, maju serta menjadikan Kawasan Industri Mentakab yang terletak di titik tengah Semenanjung sebagai destinasi pelaburan dan industri, termasuklah industri hiliran memandangkan Pahang kaya dengan hasil bumi yang ulung. Saya menyakini ia boleh memberikan sumbangan yang besar kepada peluang pekerjaan dan ekonomi negeri Pahang.

Saya juga menerima rungutan daripada peniaga-peniaga kecil di mana dasar Kerajaan Pahang iaitu mereka yang mahu renew lesen perniagaan perlu juga jelaskan tunggakan cukai pintu dan cukai tanah. Ini mendatangkan beban kepada peniaga-peniaga kecil. Saya mencadangkan budi bicara Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mengkaji semula dasar ini, sama ada dimansuhkan ataupun ditangguhkan buat sementara waktu sehingga keadaan ekonomi pulih sepenuhnya. Ini sangat membantu peniaga-peniaga kecil di dalam keadaan ekonomi yang masih belum pulih sepenuhnya.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Di awal ucapan saya, saya telah mengatakan kesyukuran dan kegembiraan di atas pembentukan Kerajaan Perpaduan, namun ada juga sisi-sisi lain yang perlu disegerakan bagi merealisasikan keazaman kita di Pahang bagi memajukan negeri yang kita kasihi. Pengalaman saya di Temerloh, memandangkan saya satu-satunya YB atau ADUN daripada sebelah kerajaan yang menang, izinkan saya melahirkan sedikit dukacita kerana sehingga ke hari ini Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, iaitu JKPTD masih lagi tidak bersidang atau barangkali mesyuarat dijalankan tetapi saya tidak diundang.

Ini sangat mendukacitakan saya dan saya mempercayai banyak isu tempatan yang mencakupi kemaslahatan rakyat dapat diselesaikan di peringkat daerah. Juga, untuk membolehkan kita bertukar fikiran bagi memajukan daerah Temerloh yang akan menyumbang kepada kemakmuran negeri Pahang. Saya difahamkan Bentong, Cameron Highlands dan Raub telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, iaitu JKPTD, dengan Wakil Rakyat Kerajaan Perpaduan diundang dan menjadi ahli. Saya memohon untuk Temerloh dapat disegerakan Mesyuarat JKPTD ini.

Terakhir, keluh kesah penduduk Mentakab khususnya yang tinggal di pesisir Sungai Semantan, ialah jambatan Tanjung Kerayong yang hanyut akibat banjir pada 27 Mac 2022 masih belum ada khabar berita untuk dibina baru. Ini sangat menyulitkan penduduk bukan saja mereka pergi ke kebun tetapi juga apabila melibatkan kematian. Tanah perkuburan bagi penduduk Tanjung Kerayong dan kampung-kampung lain berdekatan adalah di seberang Sungai Semantan. Apabila jambatan ini runtuh, tentulah menyulitkan proses pengebumian serta menyebabkan kos yang tinggi bagi penyewaan kereta jenazah.

Saya sekali lagi memohon kerana saya telah sebut perkara ini di dalam persidangan terdahulu untuk kerajaan mempercepatkan pembinaan jambatan Tanjung Kerayong bagi kemudahan penduduk. Saya mempercayai dengan perpaduan di antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang membentuk Kerajaan Pahang pada hari ini akan mampu melonjakkan pembangunan negeri Pahang dengan lebih pesat lagi.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Berkenaan permohonan pihak pembangkang untuk dapatkan peruntukan yang sama dengan ADUN Kerajaan, saya fikir ini sangat bergantung kepada keadaan kewangan negeri. Adakah ia dapat dilaksanakan atau tidak? Atau keutamaan harus diberikan kepada kebajikan rakyat memandangkan kos sara hidup semakin meningkat. Ini bergantunglah kepada kebijaksanaan Menteri Besar kita. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Mentakab. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat kawasan Lanchang.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. (Bacaan dalam Bahasa Arab).

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Pada petang ini, er…Terima kasih kerana memberi ruang kepada Lanchang untuk turut bersama mengambil bahagian dalam titah ucapan Pemangku Raja. Di samping itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua, Timbalan, di atas lantikan sebagai Speaker menjalankan Persidangan kita pada hari ini. Juga yang tidak lupakan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan EXCO yang telah pun dilantik.

Dan seterusnya kepada seluruh Yang Berhormat-Yang Berhormat yang mana telah pun dipilih dalam PRU yang Ke-15 baru ini dan insya-Allah saya yakin dan amat percaya bahawa rakyat kita di kawasan masing yang telah pun memilih kita untuk hadir dalam Dewan Yang Mulia ini mempunyai satu pemikiran yang mereka harapkan kepada kita untuk menyelesaikan masalah mereka, maka kita bawa ke sini adalah satu amanah yang besar dan saya kira kita dapat selesaikan dalam Sidang Dewan Yang Mulia ini. Mulai pada hari ini hinggalah masa-masa akan datang.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Titah ucapan Duli Yang Mulia… Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja telah mencakupi pelbagai aspek yang saya kira mengambil satu ucapan yang cukup bijaksana. Bagi pihak Lanchang, saya ingin melihat kepada satu er… secara

keseluruhan, di mana dalam sudut ekonominya ialah beberapa perkara yang telah disentuh oleh Baginda.

Tuan Yang di-Pertua,

Pertanian adalah merupakan elemen yang penting yang mempunyai hubungan antara hidupan manusia dan alam dan ia juga sering dikaitakan di antara satu sama lain, manusia, tumbuhan dan sebagainya lah. Firman Allah Taala dalam surah al-An’am, ayat 99 yang bermaksud "Dan Dia lah yang menurunkan air dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan tanaman yang menghijau...Kami keluarkan tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma yang mengurai tangkai-tangkai yang mengurai... yang menjulai, kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa, yang tidak serupa. Perhatikanlah bagaimana buahnya pada waktu berbuah yang menjadi masak. Sungguh, pada yang demikian itulah tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman"

Hadis Rasulullah SAW juga menyebut melalui Anas bin Malik yang... yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik “Mana-mana orang Islam yang bercucuk tanam kemudian dimakan daripada burung, manusia atau binatang, tiadalah yang lain kecuali baginya adalah sedekah.”

Maka melihat daripada kepentingan tersebutlah, Lanchang ingin membangkitkan perkara khusus mengenai pertanian, khusus untuk negeri Pahang ini. Sejak akhir-akhir ini, dunia sudah dilanda dengan krisis kekurangan makanan secara global. Kekurangan makanan mungkin disebabkan oleh faktor cuaca, alam sekeliling, ataupun pertambahan manusia dari masa ke semasa yang memerlukan makanan yang banyak. Maka negara kita Malaysia tidak terkecuali daripada isu tersebut.

Tuan Yang di-Pertua,

Pahang adalah merupakan sebuah negeri yang paling luas di semenanjung. Bentuk rupa bumi yang Allah anugerahkan merupakan antara yang terbaik kita dapati. Hutan belantara yang kehijauan, tanah berbukit dan datar, sungai lebar serta panjang, purata taburan hujan yang banyak, tanah yang subur, majoriti penduduknya adalah yang berminat dengan pertanian. Maka semua itulah faktor yang baik dijadikan sebagai satu asas kepada tumbuh-tumbuhan untuk hidup dengan subur di bumi Pahang ini. Maka atas itulah saya suka mencadangkan kepada kerajaan supaya negeri Pahang menumpukan kepada pertanian secara besar-besaran sebagai sumber ekonomi negeri yang mampan, menjadi pengeluar produk-produk pertanian makanan berasaskan produk pertanian serta produk pengeluaran huluan dan hiliran yang berkaitan dengannya.

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk melaksanakan pertanian, dia mungkin memakan kos yang banyak. Besar di peringkat permulaannya untuk memulakan ring…untuk pertanian tetapi apabila berjaya, ianya memberi pulangan yang lumayan serta berpanjangan. Maka saya ingin mencadangkan kepada kerajaan jugak untuk mengeluarkan bantuan yang selama ini kita telah pun sedia maklum bahawa kerajaan tidak pernah melupakan hal bantuan tetapi untuk mengeluarkan skala yang lebih besar ini memerlukan bantuan yang lebih besar kepada usahawan-usahawan yang kina… yang kita kenal pasti untuk dinaiktarafkan sebagai pengeluar utama sama ada di dalam sektor pertanian atau

penternakan ataupun perikanan dan sebagainya. Maka dengan itulah mereka dapat menjadi penghasil, pengeksport pertanian buk... bukan sahaja untuk kegunaan dalam negeri malah di peringkat er... negara sekalipun.

Yang keduanya ialah tanah merupakan aset dan asas yang utama untuk kerja-kerja pertanian. Mengikut ja er...laporan Jabatan Pertanian pada tahun 2020, Pahang yang sebuahnya… sebuah negeri luas ni mempunyai keluasan tanah terbiar yang agak tinggi. Yang pada masa tersebut adalah lebih kurang 39,000 hektar lebih. Dan saya melihat yang terpe...kenyataan er…buletin yang terbaru pada Jabatan Pertanian, angka tersebut telah pun menurun.

Saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pertanian kerana angka tersebut daripada 39 telah turun kepada 29,391 hektar. Ini bermakna bahawa 10,000 hektar tanah tersebut telah pun dimajukan dan telah terbebas daripada yang disifatkan sebagai tanah terbiar. Maka oleh kerana faktor itulah, maka saya suka mencadangkan bahawa er... kita perlulah mengambil perhatian yang lebih serius supaya tanah-tanah yang disi... yang dikategorikan sebagai tanah terbiar itu boleh keluar daripada kategori tanah terbiar, dan diguna pakai supaya memajukan dia sebagai satu tanah yang berpotensi untuk dimajukan sebagai pertanian.

Dan kita juga telah berbincang daripada apa yang saya katakan tadi bahawa er.... tentang er... sawah padi dan sebagainya. Maka sudah tentulah daripada jumlah tanah terbiar ini, daripada tanah paya atau tanah daratan yang kemungkinannya boleh dikenal pasti sebagai sawah padi dan sebagainya, ataupun tanah daratan digunakan sebagai tanam buah-buahan ataupun sayur-sayuran.

Keluasan tanah yang begitu luas dan hampir 30,000 hektar itu saya fikir jika dimajukan sebahagian daripadanya ialah boleh mendatangkan ekonomi kepada rakyat kita di kampung-kampung, yang sebahagian besarnya mereka adalah petani-petani atau peladang-peladang di kampung-kampung kita yang menjadi teras kepada ekonomi utama orang kampung. Dan dalam masa yang sama boleh meningkatkan taraf hidup mereka yang selama ini saya yakin dan cukup percaya bahawa yang menjadi beban kepada kita di peringkat er... peringkat kerajaanlah khususnya di negeri Pahang ini.

Yang ketiganya ialah, masih lagi berkenaan pertanian. Saya amat tertarik dengan perbincangan awal tentang pertanian, kerana apa yang saya sebut tadilah oleh kerana di negeri Pahang ni sebahagian besar kita ialah kita memiliki asas faktor-faktor yang cukup baik untuk kita majukan, kita sebagai sebuah negeri pertanian, pengeluar pertanian supaya orang fikir akan datang, sebut pertanian, dia akan nampak negeri Pahang. Produk pertanian, dia akan nampak negeri Pahang. Maknanya, sepertimana kalau di negeri lain, disebut jelapang padi, dia akan nampak negeri tersebut, negeri Kedah, Kelantan dan sebagainya.

Dan maka itulah saya mengharapkan, mengambil masa kini teknologi pertanian telah pun berkembang, bergerak maju ke hadapan berbagai kaedah sistem tanaman yang digunakan adalah sistem fertigasi, sistem hidroponik secara konvensional ataupun…kaedah-kaedah tersebut telah diguna pakai hari ini. Faktor bagaimana yang telah disebut er...tanah yang tidak strength pun boleh diubah suai supaya menjadi tanah yang subur dengan teknologi tersebut. Maka saya kira sudah tidak ada masalah sebenarnya untuk kita memberi peruntukan yang besar, menjadikan er…cita-cita kita sebagai sebuah kawasan, sebuah negeri untuk mengeluarkan makanan kepada rakyat kita sendiri, malah kepada rakyat Malaysia juga.

Untuk yang keempatnya bagi melancarkan perhubungan yang baik dan selesa, saya ingin menyebut di sini bahawa er...perhubungan merupakan satu perkara yang penting iaitu jalan yang mencukupi...mencukupi untuk menghubungi ke satu tempat ke satu tempat. Jalan raya-jalan raya di Pahang ini perlu dinaik...naik...dinaiktarafkan kepada kualiti tinggi. Masalah jalan rosak dan berlubang perlu diatasi segera. Dan kita telah pun mendapati, bahawa daripada jawapan kerajaan tadi, bahawa kita mendapat banyak peruntukan.

Maka kita harapkan bahawa selepas pada ini perkara tersebut dapat diatasi. Dalam masa yang sama juga saya ingin er...menyebut bahawa bagi mengelakkan pembaziran berlaku, keselarasan di antara jabatan-jabatan juga perlu ada kerana kita melihat apabila satu projek er...penemuan dilaksanakan, contohnya pihak Jabatan Kerja Raya mengadakan projek er...menurap jalan, pembaikan jalan.

Tetapi selepas dua tiga bulan tersebut, agensi lain pula mengorek, menanam paip dan sebagainya menyebabkan belanja yang kita... kita belanja sebelum ini untuk jalan telah pun er... menjadi satu pembaziranlah, kerana kita terpaksa menurap semula selepas pada itu. Maka satu… satu keselarasan yang di antara agensi dan jabatan kerajaan perlu ditingkatkan dari masa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua,

Titik tengah semenanjung terletak di daerah Temerloh khususnya di DUN Lanchang. Saya berterima kasih kepada mantan Yang Berhormat er... yang lalu kerana telah memperkenalkan Temerloh lah, khususnya Lanchang di mata masyarakat khususnya pelancong. Untuk masuk ke negeri Pahang, sudah tentulah dia melalui Lanchang. Dan di Lanchang ini ia merupakan er…satu merupakan banyak apa nama… hubungan-hubungan untuk dihubungi, sama ada daripada pantai barat melalui er...Tol Bentong ataupun daripada pihak selatan melalui Bera dan sebagainya. Tetapi apa yang berlaku ialah er... tentang perhubungan yang saya kira amat kurang. Sebagaimana yang kita telah maklum bahawa baru-baru ini kita mengalami banjir yang besar.

Lanchang telah dua kali mengalami banjir yang besar dua...dua tahun berturut-turut. Pada tahun 2021 dan 2020... 2020 dan 2021. 2021 berlaku pada awal tahun dan hujung tahun. Maka apabila berlaku banjir besar tersebut, semua hubungan untuk masuk ke Temerloh khususnya Lanchang telah terputus, sama ada daripada Karak ataupun daripada Bera. Maka saya ingin mencadangkan bahawa satu jalan baru alternatif dibina yang bermula daripada Felda Chemomoi ke Lanchang melalui Hutan Kemasul yang menembusi Kem…yang melalui Kem Batu 5.

Di mana jalan itulah merupakan jalan balak yang digunakan…diguna pakai sewaktu banjir besar berlaku pada masa tersebut. Maka saya mengharapkan bahawa satu er…dan satu er… dalam masa yang sama juga apabila jalan tersebut dibina, ia akan memendekkan perjalanan er…untuk pergi ke bandar Temerloh khususnya ke Pantai Timur lah dalam masa yang sama sudah tentulah menggamit pelancong untuk hadir ke Temerloh dan juga khususnya di Lanchang. Seterusnya saya ingin er…

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat, er…gulung lah kerana masa dah sampai.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Er…sedikit lagi. Satu perkara khusus ialah tentang tadi disebut tentang er…Temerloh, patin ikan sangkar. Ada satu masalah di perkampungan Pangsenam, di mana terlibatnya 20 orang penternak ikan sangkar yang telah pun mulakan industri ini agak lama, kira-kira 15 tahun yang dulu. Tetapi apa yang berlaku ialah, berkaitan tersebut ialah terdapatnya er…satu pam pasir yang beroperasi di bahagian hadapan.

Maka saya ingin er… memaklumkan dan memohon budi bicara supaya pihak kerajaan boleh menghentikan operasi pasir ini kerana ia mengancam pertumbuhan ikan-ikan tersebut, di mana saya telah pun dimaklumkan mereka telah mengalami kerugian lebih daripada 50% apabila seribu ekor anak benih dilepaskan dalam sangkar…sebuah sangkar, hanya 30% hingga 40% sahaja yang hidup oleh sebab gangguan air situ. Dan mengikut Jabatan Perikanan dalam radius 2km, tidak boleh ada sebarang industri yang mengganggu pertumbuhan sangkar-sangkar.

Dan akhirnya seperti mana juga yang disebut oleh sahabat-sahabat saya yang lain ialah masalah air di…di Lanchang. Maka saya ingin menyeru sekali lagi antara perkara benda perkara yang telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri yang lalu ialah Loji Air Kampung Mempatih. Saya minta supaya perkara ini disegerakan kerana menurut er… perjumpaan saya dengan pihak pengurusan PAIP, alhamdulillah maklumat yang telah diberikan bahawa… oleh kerana Lanchang ini jauh daripada Loji Lubuk Kawah di penghujungnya, maka sudah tentulah tekanan-tekanan air begitu rendah. Maka Loji Mempatih ini perlu disegerakan supaya masalah yang telah disebut oleh sahabat saya dari juga daripada Mentakab dapat diatasi dengan segera dalam tempoh masa yang terdekat. Jadi dengan itulah saya ucapkan sekali lagi… dengan ini saya menjunjung serta menyokong Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Lanchang. Sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat seterusnya, saya ingin mengalu-alukan tetamu er… ke Sidang Dewan Pahang sesi petang ini mereka adalah guru-guru dan murid-murid Tingkatan 6 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Sira, Kuantan. [Ahli Dewan menepuk meja] Selamat datang ke Sidang Dewan Negeri Pahang. Seterusnya, iaitu Ahli er… Ahli Dewan Negeri yang terakhir pada sesi ini adalah er…Yang Berhormat kawasan Chini, sila.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya menyampaikan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Mesyuarat Penggal Ke-2 Dewan Negeri Ke-15 petang ini.

Pertamanya, sama-sama kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya memberikan kita ruang dan peluang dapat kita bersama di

Dewan Yang Mulia ini sebagai Ahli Dewan Negeri Ke-15 selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 yang lalu. Kata orang tua-tua,

Sebelum berbunga si pohon ara, Baik dibawa mudik dahulu, Sebelum diteruskan perbahasan saya, Izinkan saya berpantun dahulu.

Sebelum pulang ke Felda Chini, Singgah sebentar jumpa Tok Batin, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin.

Parang tajam tidak berhulu, Buat menetak di pohon tahan, Menjunjung kasih Titah Tuanku, Kesejahteraan rakyat dijadikan keutamaan.

Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang atas titah yang menzahirkan kecaknaan kepada kerajaan dan kebajikan rakyat negeri Pahang.

Yang berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang serta barisan EXCO Kerajaan Negeri Pahang yang telah dilantik pada penggal ini menerusi kerjasama Kerajaan Perpaduan di mana ianya seiring dengan Kerajaan Pusat. Semoga kerajaan ini dapat meneruskan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negeri demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat negeri Pahang.

Pada tahun lalu, kejayaan kutipan hasil Kerajaan Negeri sebanyak RM1.037 bilion telah memasukkan negeri Pahang dalam kelab RM1 bilion bersama negeri-negeri yang maju yang lain. Ini menunjukkan betapa seriusnya Kerajaan Negeri dalam mencari dana bagi memajukan negeri Pahang selain itu dikongsi bersama rakyat. Seperti kata pepatah, kalau sedikit secubit dirasa, kalau banyak, sama-sama lah merasa. Apa yang saya amati, peningkatan hasil Kerajaan Negeri ini sangat signifikan dan efisien dalam semua sudut bagi kesejahteraan rakyat negeri Pahang. Peningkatan ini sangat baik kerana hasilnya dikongsi melibatkan semua lapisan masyarakat. Pelbagai inisiatif melalui Belanjawan 2023 dan antaranya adalah Bantuan Prihatin Pahang.

Dengan peruntukan sebanyak RM42.4 juta, sudah pasti satu angka yang besar dan memastikan golongan sasaran dengan pecahan kluster rakyat di negeri Pahang ini mendapat manfaatnya. Saya juga melihat usaha Kerajaan Negeri membantu golongan keluarga yang tidak berkemampuan untuk memiliki rumah dengan membantu menyediakan sebuah rumah yang sempurna melalui Skim Rumah Rakyat Pahang (RRP) yang diberikan secara percuma. Peningkatan jumlah penerima RRP ini juga meningkat tahun demi tahun selari dengan peningkatan hasil Kerajaan Negeri ternyata bertepatan dengan slogan "Tiada Janji, Lihat Bukti".

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kejayaan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah berjaya menarik sebanyak tujuh projek

pelaburan antarabangsa dengan jumlah nilai pelaburan RM11 bilion. Saya pasti sudah tentu ada mekanisme membuatkan para pelabur berminat untuk membuat pelaburan di negeri Pahang ini dan yang pastinya dengan kestabilan politik para pelabur berasa sangat yakin dalam memastikan keuntungan mereka dapat er…boleh diraih dan dalam masa yang sama negeri Pahang juga mendapat hasil daripada pelaburan tersebut. Saya juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri Pahang dapat menarik pelabur untuk membuat pelaburan di kawasan luar bandar.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Sebagai Ahli Dewan Negeri Chini, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi atas Kerajaan Negeri Pahang, Jabatan Perhutanan, agensi-agensi dan NGO yang terlibat dalam usaha pemuliharaan kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini dengan aktiviti penanaman pokok hutan. Usaha ini sangat bertetapan dengan Menjunjung Kasih Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, di mana dalam titah Baginda yang sangat serius mementingkan kelestarian alam sekitar. Harapan saya juga agar kawasan resort Chini dapat dibangunkan semula sebagai kawasan tarikan pelancong di masa akan datang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Anak muda adalah aset negara untuk masa hadapan. Justeru itu, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri dan agensi-agensi kerajaan dapat mempertingkatkan program-program yang berunsur kerohanian dan ilmiah untuk diterapkan kepada mereka bagi membendung gejala sosial masa kini. Selain itu, dapat memperbanyakkan aktiviti-aktiviti kesukaan mereka kepada golongan muda terutama kawasan luar bandar supaya mereka dapat menghindari daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah sebagai contoh merempit dan penyalahgunaan dadah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Dalam usaha memperkasa komuniti dan masyarakat Orang Asli di DUN Chini secara khususnya dan negeri Pahang secara amnya, saya menyokong penuh titah baginda agar Majlis Penasihat Orang Asli ditubuhkan supaya menjadi platform bagi pembangunan masyarakat Orang Asli di negeri Pahang pada masa akan datang. Di samping itu, mohon juga agar diberi perhatian kepada kampung masyarakat Orang Asli DUN Chini berkenaan bekalan air yang sering terganggu ketika ini iaitu di Kampung Gumum dan di Kampung Tanah Merah. Saya juga mengharapkan kerajaan negeri dan agensi yang terlibat dapat memberi perhatian kepada usaha mengawal selia ternakan lembu berkeliaran yang sering menjadi isu kemalangan kepada pengguna jalan raya di kawasan-kawasan FELDA terutama di kawasan DUN Chini.

Semoga segala usaha dan perancangan kerajaan negeri Pahang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail dapat… usaha memastikan segala keperluan dan kehendak rakyat dapat direalisasikan. Akhir kata Chini menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Sekian. Wabillahi Taufik Wal Hidayah Asalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Ahli Yang Berhormat kawasan Chini.

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk hari ini saya perhatikan seramai 15 orang Ahli telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan saya mengucapkan ribuan terima kasih. Saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa Program Sukan Mesra ADUN akan diadakan pada 8.00 petang…malam ini di PlayGround No.6 Semambu. Insya-Allah persidangan kita akan disambung semula pada hari Rabu, 10hb Mei, 2023 bersamaan 19 Syawal 1444 bermula pukul 9.30 pagi. Sekian terima kasih. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan pada 5.58 petang]