Pahang · 10 May 2023
15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 305 turns · 37,760 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari
: Rabu, 10 Mei 2023 Bersamaan 19 Syawal 1444 Hijrah
DOA
Bacaan doa.
Al-Fatihah. [Bacaan Al-Quran] Bismillahirrahmanirrahim. [Bacaan dalam Bahasa Arab] Segala puji bagi Allah dan dibuka Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Mengasihani kepadaNya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat maha hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas raja dan Ahli-Ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan. Mudah-mudahan sentosa aman makmur limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenankan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerah taufikMu. Dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding menimbang bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sendiri sekalian. Ya Allah dipohon doa kami diperkenankan. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions
Perkara kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.
Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera, Salam Pahang 1st dan Salam MADANI. Ahli-ahli... Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan kita pagi pada pagi ini. Saya lihat pada pagi ini, kehadiran sangat memuaskan dan Ahli-ahli Yang Berhormat semuanya nampak ceria kerana ramai yang mendapat hadiah semalam.
Saya tak sangka rupa-rupanya Ahli-ahli Yang Berhormat ni, dia berlatih senyap-senyap dan bila main boling semalam tengok-tengok jadi juara. Jadi kita nak maklumkan juga bahawa kenapa kita pilih permainan boling ini kerana inilah satu-satu permainan yang boleh selain daripada mengeratkan silaturrahim sesama kita, tetapi semua orang boleh main. Mudah, ambik bola, lontar. Dia tidak macam main permainan-permainan yang lain.
Saya masih ingat lagi di tahun 1999, apabila ketika itu saya mula menjadi Ahli Yang Berhormat bersama-sama dengan Yang Berhormat daripada er... Benta dan juga Cheka. Kita main bola ketika itu, tapi tu kita semua muda, boleh. Sekarang ni kita semua dah… dah berumur sikit, bukannya tak boleh main, tapi stamina kurang.
Jadi sebab itulah semalam saya lihat semua dapat hadiah. Ada yang tak dapat hadiah, maklumkan kepada Yang di-Pertua, kita boleh buat Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh bagi hadiah lain pula yang belum dapat hadiah. Saya ingat semua dapat. Tapi yang paling penting sekali kita dapat mengeratkan dan saya telah maklumkan kepada Setiausaha Dewan supaya kita cari tarikh bilakah sebenarnya permainan boling ini dijadikan sukan ADUN ini. Ini satu sejarah juga kerana ia dapat er... siapa sahaja nanti yang akan apa… namanya mengambil alih sebagai Yang di-Pertua atau sebagainya. Kita... kita kekalkan apa namanya, ukhwah dan juga persahabatan seperti ini. Dalam dewan kita boleh berbeza pandangan tetapi di luar dewan kita kekalkan ukhwah Islamiah kita.
Baiklah, untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat kita pada pagi ini, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan... dari kawasan Padang Tengku untuk dari... minta maaf Yang Berhormat, Allah. Maklumlah, Speaker baru ni, dia tempat-tempat letak tu tak berapa reti lagi rupanya fail ni di sini. Dah makan dah ya. Yang Berhormat, nak bercakap, berdiri.
Minta maaf, saya memang... tapi saya makan ubat pagi ni.
Eh… betul la Yang Berhormat, saya belum makan ubat. Sila soalan pertama Ahli daripada Semambu.
Selamat pagi. Salam Malaysia MADANI.
Saya memohon izin Dato' Sri Yang di-Pertua untuk kemukakan soalan nombor 1.
[Sila memperincikan kutipan hasil RM1.027 billion ringgit yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri pada tahu 2022. Dari segi sektor, daerah dan jenis kutipan hasil.]
Assalamualaikum WBT, selamat pagi, salam sejahtera. Saya nampak mukadimah Yang di-Pertua panjang lebar. Cuma saya nak tanya satu soalan. Yang di-Pertua dapat nombor berapa semalam sukan boling?
Yang Amat Berhormat, saya top 10. Nombor 10 lah. [Ketawa]
Tahniah Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Semambu yang mengemukakan soalan bersabit dengan jumlah kutipan hasil bagi tahun lepas dan Yang Berhormat berminat ingin mengetahui bagaimanakah atau minta kerajaan negeri memperincikan kutipan tersebut daripada sector, daerah dan juga jenis kutipan.
Lagi sekali, saya suka mengulangi bahawa angka tidak pernah berbohong. Angka yang kita perolehi ini adalah yang sebenar-benarnya yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri melalui kutipan hasil. Cuma ada perbezaan sedikit Yang Berhormat bertanyakan RM1.027 bilion yang diperolehi oleh kerajaan. Itu adalah sasaran, tetapi Kerajaan Negeri berjaya mendapat sehingga 31 Disember 2022 berjumlah RM1.288 billion.
Manakala daripada segi detail nya dan perbandingan kutipan hasil Kerajaan Negeri pada tahun 2022 dan 2021, kita dapat jenis hasil bagi tahun lepas daripada segi cukai tanah, kita, Kerajaan Negeri mendapat RM754 juta. Berbanding dengan tahun 2021, RM508 juta. Hutan, RM134 juta tahun lepas, sebelum itu, RM102 juta. Air RM23 juta. Sebelum itu,RM16 juta. Lain-lain hasil RM284 juta. 2021 RM164 juta, Geran Persekutuan RM91 juta tahun lepas 2021, RM73.53 juta.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua agensi kerajaan kerana telah berjaya mencapai dan merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri [Ahli Dewan menepuk meja]. Kalau tidak mana mungkin… pinjam ayat Yang di-Pertua, mana mungkin...
Ini macam Perdana Menteri je. [Ketawa]
Mana mungkin pencapaian ini dapat dilaksanakan. Seterusnya, daripada jumlah tersebut, kutipan hasil meliputi hasil tanah dan lain-lain hasil bagi Pejabat Daerah dan Tanah termasuk Pejabat Tanah dan Galian Negeri. Pada tahun 2022 dan tahun 2021 adalah seperti berikut.
Pejabat Daerah dan Tanah Bentong pada tahun lepas berjaya mendapat RM70 juta. Sebelum itu, RM66 juta. Cameron Highlands, RM16 juta 2022 hampir RM15 juta tapi sebelum itu lebih sikit, RM16 juta lebih sikit. Jerantut RM55 juta tahun 2022, sebelum itu, 2021 RM31 juta. Kuantan RM182 juta. 2021, RM125 juta. Lipis RM39 juta sebelum itu, RM20 juta. Pekan RM51 juta 2022. 2021, RM40 juta. Raub RM30 juta. Sebelum itu, RM13 juta. Temerloh RM50 juta sebelum itu RM25 juta. Rompin RM63 juta sebelum itu RM46 juta. Maran RM45 juta sebelum itu RM16 juta. Bera 2022 RM36, 2021 RM28 juta dan Pejabat Tanah dan Galian 2022 RM133 juta sebelum itu RM91.44 juta.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Lagi sekali saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Pegawai Daerah di seluruh Negeri Pahang kerana telah berjaya mencapai dan meningkatkan kutipan hasil. [Ahli Dewan menepuk meja]. Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih er... Dato' Sri Yang di-Pertua. Terima kasih di atas penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya mohon pertimbangan Dato’ Sri Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mempertimbangkan untuk tidak meningkatkan cukai tanah atau cukai taksiran dalam tempoh 5 tahun ni dan berharap agar remisyen yang lebih tinggi atau yang lebih besar dapat diberikan kepada warga-warga Pahang. Saya mohon mengemukakan soalan saya, apakah rancangan kerajaan dalam tempoh 5 tahun ini untuk meningkatkan ataupun menambah kutipan hasil dengan tidak meningkatkan kadar cukai? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya ucapkan terima kasih lagi sekali kepada ADUN Semambu yang begitu prihatin, kerana bimbang ada kemungkinan pihak Kerajaan Negeri menaikkan cukai tanah untuk masa-masa yang akan datang. Saya suka memberi jaminan di Dewan Yang Mulia ini Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, walaupun ada beberapa garis cadangan yang akan kita laksanakan untuk 5 tahun yang akan datang saya memberi jaminan di Dewan Yang Mulia ini bahawa tidak ada cadangan untuk menaikkan cukai tanah dalam masa 5 tahun. [Ahli Dewan menepuk meja] itu jaminan Kerajaan Negeri.
Jadi apakah cadangan-cadangan yang akan kita laksanakan kerana kita tidak boleh maintain kekal dengan status quo yang ada ini kerana kita tahu kenaikan gaji, barang naik dan pertambahan penjawat awam dan sebagainya jadi Kerajaan Negeri kena berusaha untuk mempertingkatkan lagi hasil untuk Kerajaan Negeri. Antara usaha yang kita akan laksanakan ialah pastinya usaha-usaha ini berterusan ialah supaya kita dapat meningkatkan hasil tanah tanpa menaikkan cukai tanah. Antaranya apa yang akan kita buat? Kita akan meningkatkan kutipan hasil yang berulang. Sebagai contohnya, sekarang kita ada 700 tak silap saya 740,000 hak milik tanah. Yang ini kita akan tingkatkan hingga 1 juta.
Bermakna bila kita dapat tingkatkan hingga 1 juta Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, hasil tahunan untuk meningkatkan hasil kita akan meningkat dan begitu juga proses untuk menukar syarat. Kita akan tingkatkan kecekapan kerana syarat tanah ini akan menambahkan jumlah hak milik sepertimana yang saya katakan tadi dan saya dapati juga bahawa sehingga hari ini masih ada lagi agensi-agensi kerajaan seperti FELCRA, RISDA, TNB yang masih belum dapat mengeluarkan hak milik tanah, yang mana tanah itu adalah tanah mereka, tapi kita akan pastikan mereka akan dapat hak milik tanah dan ini dalam masa yang sama akan meningkatkan hasil kepada Kerajaan Negeri.
Seterusnya Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, ialah usaha untuk meningkatkan penguatkuasaan. Saya ingin memaklumkan di Dewan Yang Mulia ini, bahawa Kerajaan Negeri telah menubuhkan Elite Group, lebih kurang 2 atau 3 tahun yang lepas. Yang ini kita tubuh, ada 20 orang yang diberi latihan yang secukupnya
yang akan berada di mana-mana, di setiap daerah untuk melihat dan memantau. Walau bagaimanapun saya dapati masih tidak cukup. Jadi insya-Allah kita akan usahakan supaya tindakan penguatkuasaan ini akan ditingkatkan lagi di masa-masa yang akan datang supaya dapat mengelakkan ketirisan dan kebocoran. Terima kasih, Dato' Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Sila.
Terima kasih, Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Pertama saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri kerana berjaya meningkatkan hasil yang sangat ketara khususnya kepada Pegawai Daerah dan Pentadbir di Raub dan di Maran yang saya tengok peningkatannya sangat luar biasa. Di Raub, daripada RM13 juta kepada RM30 juta dan di Maran RM16 juta kepada RM45 juta. Ini satu pencapaian luar biasa. Tahniah.
Cuma saya ingin bertanya, apakah pihak kerajaan tidak berhasrat untuk membagi diskaun atau potongan kepada mereka yang advance membayar untuk tempoh 5 tahun ke hadapan sebagai contoh? Bermakna dia dibenarkan boleh bayar lebih awal supaya dia tidak terikat setiap tahun nak kena bayar dan sebagainya. Kalau sekiranya dapat dipertimbangkan, saya fikir ada antara kita yang mampu bayar untuk tempoh 2 tahun ke hadapan 3 tahun atau 5 tahun ke hadapan. Mungkin kerajaan boleh pertimbangkan satu potongan ataupun diskaun boleh diberi kepada mereka? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Satu soalan yang sangat baik. Dan untuk makluman Yang Berhormat daripada ADUN Cheka, selain daripada diskaun yang dicadangkan itu, Kerajaan Negeri telah memberi pelbagai insentif. Terutamanya kepada penjawat awam dan lain-lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Jadi cadangan daripada ADUN Cheka itu kita akan pertimbangkan. Terima kasih.
Saya benarkan satu soalan walaupun kita hanya tiap-tiap soalan dua. Tapi saya benarkan satu soalan lagi. Sila wakil daripada Jenderak kerana hal tanah ni elok kita ada satu, dua soalan. Okey.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Soalan tambahan. Soalannya, caj kelestarian atau fee kelestarian telah mula diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri sejak tahun 2022. Sejauh manakah pengenalan cukai atau fee kelestarian ini telah dapat menyumbang kepada usaha meningkatkan hasil Kerajaan Negeri? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada ADUN Jenderak. Sebenarnya, kalau Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua masih ingat cadangan ini adalah daripada Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua ketika itu menjawat EXCO Pelancongan. Boleh Dato' Sri Yang di-Pertua sahkan? Boleh Dato' Sri Yang di-Pertua sahkan?
Saya sahkan. [Ketawa]
Baik, terima kasih. Sah. Ekoran daripada cadangan tersebut saya suka memaklumkan bahawa cadangan tersebut kita kenakan RM3.00 untuk satu malam bagi mereka yang menginap di hotel di negeri Pahang. Dan ini sebenarnya telah meningkatkan hasil Kerajaan Negeri di mana pada tahun lepas hampir RM9 juta kita telah buat kutipan bila kita mengenakan caj ini. Dan caj ini adalah antara usaha-usaha yang kita kira di bawah kategori lain-lain hasil. Supaya dengan tujuan untuk meningkatkan hasil bagi Kerajaan Negeri. Tujuannya ialah antaranya ialah untuk kita marketing balik. Tourism, pelancongan di negeri Pahang ini dan dalam masa yang sama kita ada duit yang kita dapat ini, kita akan buat penambahbaikan daripada infrastruktur. Terima kasih, Dato' Sri Yang di-Pertua.
Soalan seterusnya, sebelum itu saya nak mengalu-alukan kehadiran tetamu-tetamu kita yang berada di galeri kita bagi satu tepukan kepada tetamu-tetamu kita. [Ahli Dewan menepuk meja]. Soalan seterusnya wakil daripada Lanchang. Nombor dua.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor dua. [Menurut manual prosedur Jabatan Perikanan untuk ternakan ikan air tawar, tiada sebarang aktiviti industri dalam radius 2km dari sangkar ikan untuk tumbesaran ikan patin atau tilapia. a) Apakah kriteria diberi kebenaran pam pasir berhampiran kawasan penternakan ikan sangkar di Kampung Pangsenam dan Kampung Tengah, Temerloh yang telah lama beroperasi?
b) Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menggalakkkan lebih ramai pengusaha penternakan ikan patin wujud di tepi sungai sebagai satu industri penternakan ikan sangkar ke arah satu tarikan pelancong ke Negeri Pahang?]
Terima kasih.
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, semalam saya mengaku saya tak pergi mainan boling. Sebab apa saya tengok syarat yang dikenakan...
Yang Berhormat Benta, yang itu saya dapat nombor 10 tu kalau tak saya dapat nombor 11. [Ketawa]
Sebab dalam syarat tu dia kata berboling dengan pasangan. Jadi kebetulan saya tak ada pasangan. Saya tak biasa berboling dengan orang yang lain ni. Sebab tu yang saya kira saya tak pergilah. Ha… tu sebab saya minta maaf Dato' Sri saya tak bolinglah semalam.
Tak apa, dimaafkan.
Jadi alhamdulillah Dato' Sri Speaker, ADUN Lanchang bangkitkan tentang industri perikanan. Dan persoalan yang ditanya ada dua soalan. Pertama sekali, apakah kriteria yang diguna pakai untuk meluluskan permit-permit pam pasir. Termasuk yang berhampiran dengan kawasan penternakan ikan sangkar di Kampung Pangsenam dan di Kampung Tengah Temerloh dan yang keduanya ialah apakah langkah yang diambil oleh kerajaan menggalakkan lebih ramai pengusaha ternakan ikan patin, dalam mewujudkan atau menggalakkan lagi industri perikanan ini. Sebelum saya menjawab terus kepada soalan ini saya nak maklumkan di sini bahawasanya, er… pihak kerajaan mendapat pertimbangan pada semua pihak. Khususnya, katalah di Temerloh. Kita tahu bahawasanya industri perikanan ini er... khususnya er… perikanan air tawar ini dia amat mendapat sambutan yang hebat, ya. Saya nak maklumkan, ya.
Kerana kita sepertimana yang kita sedia maklum, ia merupakan sumber protein dan kalau saya nak beritahu dia punya profile, bilangan pengusaha ikan air tawar ni di daerah Temerloh… di daerah Temerloh yang merangkumi dua Parlimen… kawasan Parlimen, Dato' Sri. Pertama Parlimen Temerloh dan juga Parlimen Kuala Krau. Kesemuanya berjumlah 476 pengusaha, 476 pengusaha . Malahan kalau kita lihat misal contohnya sangkar bilangan sangkar yang... yang terbabit, adalah lebih kurang er… dalam er… 4,600 sangkar yang terlibat. Ini bab yang penternak ini perikanan.
Pada masa yang sama, saya juga nak berkongsi. Iaitu di daerah Temerloh ini, kita ada kontraktor ada lagi satu profesion, kontraktor yang didaftar di bawah CIDB khususnya Kelas G1, dulunya kelas F… Kelas F. Jumlah ni, 1,045… 1,045 dan yang aktifnya 700. Mengapa saya bahagikan gambaran ini kerana dua-dua ini adalah satu profesion yang juga diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Iaitu juga kita kena tengok, apakah kesan dia?
Kesan dia begini. Pihak penternak ikan ini tadi dia akan menternak ikan dan menghasilkan bekalan ikan. Ini bawah agenda food security, dengan izin keterjaminan makanan. Tetapi pada masa yang sama ada penduduk ramai penduduk di dalam, saya bagi zon negeri Pahang dan termasuk di daerah Temerloh ni yang memerlukan keperluan kemudahan asas. Apakah kemudahan asas itu? Sepertimana yang rakan-rakan sahabat-sahabat, ADUN-ADUN, Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini, bangkitkan. Kepentingan jalan, binaan, rumah...
ECRL.
...ECRL dan lain lain, dan ini memerlukan bekalan. Kerana kalau kita tidak ada bekalan untuk construction material, (dengan izin), iaitu bahan-bahan binaan, maka ia akan memberi kesan kepada kos dan juga tidak dapat kita selesaikan permasalahan ini. Sebab itu dalam konteks seumpama ini, kita didatangi dengan pelbagai permohonan. Daripada pemimpin masyarakat termasuk Wakil-wakil Rakyat, mohon supaya kita selesaikan masalah Rumah Rakyat Pahang, PR1MA, Rumah Makmur, rumah yang PPRT dan sebagai-sebagainya. Maka di sinilah itu pihak kerajaan terpaksa mengimbangi antara food security dan juga kesan impak daripada kekurangan bahan binaan.
Dan ini dibangkitkan oleh bukan sahaja rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, oleh rakan-rakan daripada kedua-dua belah pihak. Mengapa kita tidak menyegerakan kelulusan permit termasuk pengeluaran pasir? Dan itu juga semalam saya lihat ramai juga sahabat-sahabat kita, Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini bangkitkan tentang masalah banjir. Apakah langkah kerajaan? Dan apabila kita sebut berkenaan dengan RTB ataupun Rancangan Tebatan Banjir. Tidak boleh kita nafikan bahawasanya...
Yang di-Pertua, kering tekak. Tidak boleh kita nafikan...
Wakil Benta, kita menjawab soalan ni. Kalau boleh, cepat sikitlah. [Ketawa]
… antara… [ketawa] Saya teringat Dato’ Sri, bila Dato’ Sri sebut tahun 1999. Dato’ Sri, saya, wakil Cheka, kita kira anak muda masa tu. Pegang mic ini kiranya berebut ya Dato’ Sri, tapi alhamdulillah, setelah 24 tahun kita melalui, kita bertemu semula hari ni. Alhamdulillah.
Cuma... wakil Cheka tetap belah sana. Dia tak belah sini. [Ketawa]
Dia ingat nak satu perahu, tapi perahu lain-lain, daripada dulu lagi.
Sekejap je Yang Berhormat. Sekejap je, kami sini sekejap je. Insya-Allah.
Dato’ Sri boleh bagi satu tepukan kepada wakil Cheka. [Ahli Dewan menepuk meja]. RTB, mantan Menteri. Menteri NRE, Wakil Cheka nii mantan Menteri, selalu sebut pasal RTB... RTB. Rancangan Tebatan Banjir yang telah diluluskan RM2 bilion di kawasan Pahang semasa YB Menteri... Cheka jadi Menteri... tapi yang lulusnya Perdana Menteri. Ahli Parlimen Bera lah. Maknanya Menteri bagi je, kalau tak PM tak sign, tak lulus. Jadi, ha... maknanya, alhamdulillah. Jadi RTB ini meliputi pengorekan sungai. Kalau kita tidak ada peruntukan seumpama itu, kita pelawa pengusaha-pengusaha pasir ini datang dan kita bahagikan permit itu supaya mereka mendalamkan pasir kita dan mengambil pasir itu tadi dijual, pasir sungailah. Mendalamkan pasir… dalam ke sungai... dalam ke pasir, mintak maaf. Mendalamkan sungai.
Jadi bila mendalamkan sungai, kita dapat satu keratan sungai yang lebih dalam dan kita boleh bukan saja dapat mem... membekalkan bahan binaan kepada industri binaan, tetapi pada masa yang sama, kita juga dapat menyelesaikan permasalahan keperluan asas, rumah, jalan, lain-lain binaan yang diperlukan bahan-bahan binaan tersebut dan juga menyelesaikan masalah banjir itu tadi, nampak.
Tapi pada masa yang sama, kita juga nak jaga food security. Jadi makan buah serba-salah. Sebab itu dalam konteks seumpama ini, kita telah meletakkan garis panduan, iaitu garis panduan untuk meluluskan permit pasir ini tadi telah pun disediakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Mohon izin. Saya nak tunjuk. Garis Panduan Pengambilan Pasir Sungai (Pindaan 2020) yang ada lambang Kerajaan Malaysia ini... ini... ini... daripada kementerian bagi pindaan dan digariskan pelbagai, bawah ni, lokasi pengambilan pasir.
Tahun... tahun berapa tu?
2020, pindaan. Baru lagi, 2020. Maknanya hari itu dah ada dah. Dia sebenarnya, dia dipanggil DID Manual, (dengan izin) manual Jabatan JPT dulu masa memula saya bekerja. So, kita tambah baik dan sekarang kita ada ni, garis panduan yang ini yang sebenarnya. Persoalan daripada ADUN Lanchang mengatakan apakah kriteria yang diambil untuk meluluskan permit pasir ini? Yang inilah. JPS kita tengok. Bila permit pasir, kita kemukakan laporan yang saya terima daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian. Kita sebenarnya di Temerloh ini kita ada jumlah 25 permohonan LPS bercantum permit bagi tahun 2022 hingga 2023 dan termasuk memperbaharui yang baru.
Pasir sungai atau pasir lombok ini yang paling banyak, 22 dan sebagai-sebagainya dan di kawasan er... Temerloh ini, dalam DUN Kuala Semantan, ada empat. Namanya Jania, Mariah Jusoh, Nor… Norsukairee Samsudin, Uzaizan... Usaizan Abu Bakar. Di
Jenderak ada tiga, Teh Han Keong, Shariff bin Azib, Abdullah Awang Brahim. Di Lanchang... di Lanchang ada Sabaruddin bin Mat Ali, Rosli bin Basri, Norhana Ahmad. Di Mentakab ada Wong Siew Sian. Saya ada satu, permit yang dah lulus tapi belum dibuat bayaran, DUN Kuala Semantan ada 2, Hamdan Said, Jamaluddin Mohamad, DUN Lanchang ada, Hamdan Sulaiman, AKNZ SDN. BHD.
Tujuan tadilah, bukan sahaja dia membekalkan binaan untuk bahan binaan ini… ini… ini… bahan-bahan untuk binaan tetapi pada masa yang sama menyelesaikan masalah permit, eh masalah banjir tadi. Jadi, maknanya yang ini saya kira jawapannya ini. Ini dia asas yang digunakan untuk meluluskan dan dibentangkan JKPT, dibincangkan semua jabatan teknikal bagi pandangan. JMG bagi pandangan, JKR bagi pandangan, lain-lain jabatan teknikal bagi pandangan. Satu hari proses dibincangkan, diteliti baru diangkat untuk kelulusan, angkat tu bawa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri... EXCO ya PTG uruskan.
Jadi, saya kira ini soalannya, pertama apakah kriteria yang diberi? Ha… ini persoalannya.
Panjang lagi ke Yang Berhormat?
Ya?
Panjang lagi ke? Jawapan dia?
Yang kedua, balik kepada cerita tadi. Saya harap lepas ni tak ada soalan tambahanlah, itu jawapan saya, panjang sikit tu… kecuali tak faham betullah. Yang keduanya (b) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai lagi? Ha… ni memang. Memang galakan. Sebab apa ikan patin ni kalau sebut ikan patin Temerloh, Temerloh. Patin mana? Temerloh. Durian mana? Raub. Durian Pahang? Dok, bukan. Dia sampai, dia kata ini durian Pahang? Bukan, Raub. Dia bukan kata Pahang, betul tak? ADUN… ADUN Tras. Betul tak?
Betul, betul. Mungkin jadi satu joke sekarang ni. Durian bukan daripada Pahang, tapi daripada Raub.
Telo dia...
Yang Berhormat, jangan sebut je, bawa lain kali [Ahli Dewan ketawa]
Insya-Allah ya. YB ya, boleh ya. Dia kabor, “Pahang! Maulah”. Raub… Raub… Raub tu. Patin Temerloh ni punya hebatnya dia punya hebat, sampai ke Kuala Lumpur orang kata patin mana? Temerloh, walaupun datang daripada lombong Puchong, bin ke Temerloh tu. Kalau sebut patin Temerloh… Penghulu Jazam, er… padu.
Boleh saya mencelah sikit. Apa yang dicakap tadi saya ingin menambah sikit ya… saya rasa mungkin boleh diambil kira. Biasanya sesuatu kawasan yang contohnya kalau kawasan pertanianlah, kadang-kadang dia buat penternakan lembu dulu, kemudian orang buat rumah. Jadi, orang rumah ni complaint, dia kata lembu ada, busuk bau. Jadi saya rasa, cuma mungkin ada penyelesaian lain daripada pihak apa ni tadi yang menternak ikan dengan lombong pasir. Siapa dulu? Pasir dulu ke ternak ikan dulu? Sebab saya tengok kat sini statement dia pasir tu lama sama ada dia dulu ataupun ikan dulu sebab benda ni pun kena ambil kira. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Saya nak maklumkan satu kes. Nama pengusaha ni Wan Zahari, dia ni duduk di Kuala Krau. Mengkernya, alah mengker pulak…
Bahasa baku Yang Berhormat, bahasa baku Yang Berhormat.
Minta maaf Dato’ Sri, orang kampung.
Kalau nak, kalau nak guna bahasa tersebut, kena minta izin pada saya.
Dengan izin, mengkernya, Dato' Sri. Dia ni, menternak ikan ni tadi lebih kurang dalam 30 kaki je daripada pam pasir. Lepas tu saya menanya ke dia, ada masalah tak? Eh takde hal dia kabor. Kome ni takde hal. Dia kata pam pasir kan 30 kaki je duk sini, dia tak ade masalah. Takde gangguan? Takde masalah. Yang jadi gangguan ni ikan mungkus ter, ikan mungkus, ikan kecil. Ikan reyu ke apa? Ikan bador. Ikan reyu, ikan bador dan lain-lain yang sewaktu dengan dia. Dia masuk ke dalam sangkar ni tadi, dia mengigit ke badan ikan patin. Yang itu yang buat kojol tu yang ikan patin tu. Bukan kerana dia lemas dek kerana itu, dia kabor ke saya, dia kabor ke saya. Dia yang buat ni, lama tu.
Jadi, maknanya kehadiran pam pasir dengan apa nama sangkar ni tadi sebenarnya bukan yang jadi faktor sangat tetapi yang menjadi faktor ialah kerana paras air itu kurang. Ha… ini fenomena. Dato' Sri tahu tak? Di Venice sekarang ni, kadang-kadang tu gondola, Dato' Sri biasa pergi kan?
Ada pernah pergi.
Pernah pergi?
Saya pernah pergi 2 kali ke Venice.
Dato' Sri kalau tengok tu, kalau gondola dekat Venice tu, dulu dia boleh berkayuh tu. Sekarang dekat Venice tu, kadang-kadang air tohor sampai orang boleh jalan kaki dalam sungai. Ini fenomena dunia. Maknanya perubahan iklim menyebabkan air paras air tu, dia surut. Jadi, fenomena ni berlaku juga di Sungai Pahang, semua. Jadi, dia surut air tu, bila surut tu tadi, berubah. Jadi, sangkar ni tadi dia terapung. Jadi, di Pangsenam ni saya ingat yang ni pihak JPS sedang membuat kajian sebab bila dia ada tu, dia ada berubah dia punya aliran sungai. Dulu tu ni ada pasir kat tengah-tengah tu. Tujuan kita tadi sebab pasir tu ada untuk kita keluarkan pasir. Bila kita sedut pasir tu tadi maka aliran air sungai tadi, dia berubah. Bila dia berubah yang sangkar yang tadi yang dulunya dia duduk tempat air yang dalam jadi tohor, tohor ni bahasa baku?
Baku ya, bahasa baku.
Tak payah minta izinlah. Jadi tohor. Jadi, bila tohor tu tadi, yang ini yang menyebabkan yang sangkar dia ni tadi terapung. Dia maknanya...
Yang Berhormat saya bagi seminit lagi.
Okey, jadi dalam konteks seumpama ni saya harap tak ada soalan tambahan sebab tu saya... jadi, galakan tadi memang banyak, macam-macam kita bagi. Saya kalau nak sebut ni kang, saya akan melanggar pula arahan daripada Yang di-Pertua. Jadi, saya harap semua tu lepas ni kalau tak jelas lagi, saya minta ADUN Lanchang kita duduk nanti borak kat luar. Insya-Allah saya perjelaskan, saya bagi yang buku ni. Kalau ikut perikanan, dia keluar buku dia panggil Malaysian Standard. Ha… ini saya nak tegurkan sikit, bukan nak tegur, nak membetulkan sikit. Sebab apa ADUN Lanchang sebut, menurut manual prosedur Jabatan Perikanan untuk ternakan ikan tawar, ikan air tawar tak ada aktiviti industri dalam radius 2 kilometer daripada sangkar.
Puas dah saya mencarinya, kalau boleh bagi saya itu, manual itu. Saya panggil pengarah, saya suruh dia panggil Ibu Pejabat. Dia tak ada dia kabor tapi ada yang adanya, Malaysian Standard, Good Agriculture Practices (GAP) maknanya kalau
pertanian tu GAP la kan… Good Agriculture Practices (GAP), ha… ni Good Agriculture Practices Agriculture Farm General Guidelines, dengan izin, Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Yang ni sebenarnya dia takde manual prosedur tu, manual prosedur ni takde saya puaslah cari nak tunjuk ke mana, kalau boleh tu kita borakkan saya minta ADUN Lanchang tunjuk ke saya manual tu. Saya nak supaya jangan, supaya dapat kita betulkan rekod. Jadi kita tengok, biar kita tengok buku yang sama, Dato' Sri ya.
Terima kasih.
Dato' Sri baca buku ni tadi ADUN Padang Tengku tapi saya baca tadi ADUN Semambu. Jadi...
Silap Yang Berhormat. Baru 2 hari jadi Speaker.
Itu la pasal. Maknanya kita missing. Terima kasih.
Terima kasih Dato' Sri. Saya tak bercadang untuk soalan tambahan. Pergi ke soalan nombor 3.
Terima Kasih Dato' Sri Yang di-Pertua, saya minta soalan nombor 3 dijawab. Terima kasih.
[Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf kehidupan Orang Asli yang di mana, ada di kalangan mereka yang masih bergantung hidup dengan hasil hutan dan masalah tanah adat?]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan saya daripada Tras yang menyoalkan tentang apakah usaha Kerajaan Negeri bagi membantu masyarakat Orang Asli yang mana untuk mendapatkan sumber ekonomi dia, mempertingkatkan sumber ekonomi dia yang selama ini hanya bergantung kepada hutan pencariannya.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Orang Asli dengan hutan ini bagaikan cincin dengan jari tak boleh dipisahkan Dato' Sri. Bagaikan rantai dengan leher.
Aur dengan tebing...
Aur dengan tebing. Kalau kita pisahkan mereka dengan hutan ni memang agak sukar tetapi walaupun demikian, Kerajaan Negeri tidak membiarkan mereka begitu saja. Usaha demi usaha telah dilaksanakan bagi memastikan masyarakat Orang Asli ini dapat dipertingkatkan kehidupan mereka berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kita semua kerana dia itu adalah manusia yang sama. (Bacaan dalam Bahasa Arab). Mereka itu adalah bahagian daripada bangsa dan keturunan yang sepatutnya kita bersama, bertolong bantu, berkenal sapa untuk kehidupan.
Hasil daripada itu, sebanyak RM60 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, JAKOA bagi mempertingkatkan prasarana kehidupan mereka, memudahkan bekalan air, memudahkan bekalan api, memudahkan apa jalan, dewan, sekolah dan sebagainya untuk dibinakan di kawasan Orang Asli supaya mereka dapat diperhebatkan. Itu sebab kita tengok hari ini, Timbalan Speaker er... Parlimen kita adalah daripada orang Asli. Ahli Parlimen Cameron Highlands. Pengarah, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli juga adalah daripada orang Asli sendiri. Pengarah JAKOA Negeri Pahang pun adalah daripada Orang Asli sendiri yang ...
Senator, senator kita daripada Pahang, daripada Orang Asli.
Ini adalah hasil daripada didikan, pembinaan yang diusaha, dipertingkatkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Terkini, Kerajaan Negeri Pahang telah mengadakan usaha sama dengan JAKOA. Contohnya dengan mempertingkatkan nilai diri yang ada pada Orang Asli itu sendiri. Kita gerakkan Yayasan Pahang melalui KIPP supaya mereka ini dididik. Kita bina mereka supaya mereka mendapat peluang pekerjaan.
Seramai, yang terbaru ini, seramai er... 26 orang mengikuti pelbagai kursus Dato' Sri Yang di-Pertua. Begitu juga er..., kita telah memperhebatkan kebolehan mereka di dalam usaha untuk membina modal diri mereka supaya mereka boleh pandai berpomen boleh wiring dan sebagainya, dengan izin Dato' Sri Yang di-Pertua, seramai 40 orang kita didik mereka duduk di Yayasan Pahang sana dan juga dengan GIATMARA kerana GIATMARA ni di bawah kementerian yang sama kita bina juga mereka, bawa mereka ke tempat latihan di GIATMARA supaya mereka pandai. Kalau minat menjahit, jahitlah kalau minat apa membaiki motor dan sebagainya Dato' Sri Yang di-Pertua.
Kerajaan Negeri Pahang juga telah memperuntukkan sebanyak 69 buah ladang untuk menjadi sumber hasil kepada Orang Asli ini supaya mereka boleh berhidup. Ada setengah keluarga itu dapat pendapatan sampailah kepada mencecah RM1,000.00,
RM600.00 dan sebagainya sebulan. Ini kita nak menampung usaha penduduk Orang Asli yang kampungnya sebanyak 262 buah kampung iaitu 25,000 apa Ketua Isi Rumah, Dato' Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Sila.
Okey, terima kasih YB EXCO yang menerangkan masalah ataupun berkenaan tindakan kerajaan ya. Soalan tambahan daripada saya, soalan ini ada berkenaan dengan tanah adat jadi boleh tak terangkan sikit sama ada tanah adat ini ataupun mungkin juga tanah rayau yang mana mereka pertikaikan. Terima kasih
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Istilah tanah adat ataupun tanah rayau ini tidak ada di dalam enakmen. Ada di dalam sebutan biasa orang ramai untuk meraikan saudara kita daripada Orang Asli. Walaupun demikian, bukan bererti kita tidak apa mengambil berat kerana kita tahu dia perlu kepada tempat duduk yang selesa dan sesuai dengan jiwa mereka. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan, kita minta JAKOA membuatkan lot-lot tanah mereka ataupun digazetkan dengan izin, tanah khas untuk masyarakat Orang Asli. Beberapa buah kampung, saya tak dapat nak sebutkan jumlahnya, telah pun mendapat kelulusan.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Usaha untuk melaksanakan kerja ini terlalu teknikal. Perlu kepada kerjasama di antara JUPEM, di antara PTG, Pejabat Daerah, supaya kita dapat mengukur secara halus sehingga kita dapat memastikan tanah itu digazetkan, dengan izin kepada masyarakat Orang Asli. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih. Soalan yang seterusnya, soalan nombor 4, wakil daripada Sabai. Eh, minta maaf, wakil daripada Padang Tengku. Minta maaf, sorrylah [ketawa].
Assalamualaikum WBT. Dato' Sri Yang di-Pertua.
Lompat si katak lompat, Lompat sampai ke pekan, Soalan saya nombor 4, EXCO berkenaan sila jelaskan.
[Hospital Kuala Lipis adalah hospital yang menjadi tempat rawatan susulan oleh hospital-hospital daerah di kawasan Pahang Barat.
a) Nyatakan perkhidmatan-perkhidmatan kepakaran yang ditawarkan oleh hospital Kuala Lipis dan apakah perancangan kerajaan bagi meningkatkan kemudahan dan mutu perkhidmatan sesuai dengan tarafnya sebagai Hospital Pakar Minor.]
Terima kasih kepada rakan saya daripada Padang Tengku. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya pun seperti ADUN daripada Benta. Minta maaf banyak-banyak tak dapat datang semalam. Sebabnya pertamanya kaki sakit, terlanggar rel keretapi semasa melawat projek ECRL di Bentong.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat sahabat saya takut ke saya. Oh, rupanya isu lain dia tak datang.
Yang pertama, terlanggar besi, besi palang ECRL itu. Insya-Allah ECRL akan siap. Yang keduanya, semalam ada kes, abang ipar masuk Hospital UIA, emergency punya operation. Jadi tak dapat datang, minta maaf Dato' Sri. Tapi kalau datang pun Dato' Sri Yang di-Pertua jangan risau sebab memang tak masuk top 10, tak lepas.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Padang Tengku kerana telah mengutarakan soalan yang sangat baik iaitu di antara hospital-hospital yang telah dikategorikan sebagai Hospital Berpakar Minor adalah Hospital Lipis. Di mana, sehingga Februari 2023 sebanyak 14 kepakaran telah ditawarkan di Hospital Lipis.
Yang pertamanya, Perubatan Am, yang ke-2 nya Pediatrik, ke-3 nya Psikologi, ke-4 Pembedahan Am, ke-5 Ortopedik, ke-6 Obstetrik dan Ginekologi, ke-7 Otorinologi tak pandai sebut, ini Otorinolaringologi. Yang ke-8 nya Oftalmologi, ke-9 Patologi, ke-10 Radiologi, ke-11 Anesthesia, ke-12 Kecemasan dan Trauma, dan 14 Pembedahan Mulut dan Pergigian Kanak-kanak. Pada masa yang sama, kita juga menambah akses, adalah untuk keutamaannya adalah untuk menambah akses kepada rakyat bagi kepada perkhidmatan klinikal dan pelbagai inisiatif telah dimulakan sebagai contohnya. Ini adalah bagi menambah akses rakyatlah kepada perkhidmatan klinikal.
Kita menambah baik, contohnya dengan mewujudkan Hospital Kluster. Hospital dinamakan Hospital Kluster Pahang Barat. Yang keduanya dengan mewujudkan lawatan pakar perubatan secara berkala dan juganya Global Surgery. Bagi menambahkan kapasiti hospital, dimaklumkan juga bahawa pihak KKM dengan izin Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia telah bersetuju untuk Jabatan Kesihatan Negeri Pahang log in, dengan izin Yang di-Pertua atau mengunci masuk permohonan Projek Naik Taraf Dewan Bedah Ketiga Hospital Kuala Lipis dengan kos berjumlah RM5 juta ke dalam sistem MyProject pada 10 April 2023 dan pihak Kementerian kini sedang menunggu kelulusan lanjut daripada pihak Kementerian Ekonomi.
Saya juga nak mengucapkan terima kasih kepada ADUN Benta kerana sentiasa dalam Mesyuarat EXCO la ya, selalu mengutarakan kemudahan fasiliti di Hospital Lipis ini, terutamanya berkaitan dengan Dewan Bedah ini dan alhamdulillah kita telah mengunci masuk log in supaya dengan kos berjumlah RM5 juta dapat kita laksanakan di Hospital Lipis.
Buat sementara ini, Dewan Bedah yang baru, kita, sementara menunggu dibangunkan di Hospital Lipis, melalui inisiatif Hospital Kluster Pahang Barat dan inisiatif Global Surgery, pesakit-pesakit yang memerlukan pembedahan khususnya pembedahan yang melibatkan perkhidmatan Ortopedik dan perkhidmatan Pembedahan Am telah mula dihantar untuk menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands bermula pada Disember 2022. Sehingga ini, sehingga kini, sejumlah 16 pembedahan yang melibatkan kes daripada Kuala Lipis telah selamat dibuat di sana. Dan alhamdulillah juga, Yang Berhormat Yang di-Pertua, pertama kalinya pembedahan laparoscopy telah dapat dilaksanakan di Hospital Cameron Highlands baru-baru ini. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Ya, ada soalan tambahan?
Soalan tambahan Dato' Sri. Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada EXCO yang telah memberikan penerangan tentang Hospital Lipis ini. Saya sebenarnya dapat beberapa aduan lah tentang kemudahan-kemudahan sedia ada. Umpamanya jumlah katil yang tak mencukupi, kemudian keperluan parking, juga yang paling penting sekarang mendesak ialah keperluan mesin pembedahan mata. Saya tak reti nak sebut macam EXCO juga, dia punya nama itu. Tapi adalah pada saya senarai itu. Nanti saya boleh bagi dengan kos-kos harga dan sebagainya. Dan juga mungkin keperluan orang datang jauh ya, food court tak ada dan sebagainya. Tapi untuk membangunkan di kawasan lokasi yang sedia ada tu saya nampak dia tak begitu mungkin sukarlah ke kawasan yang sempit dan sebagainya.
Jadi, saya nak tahu apakah perancangan terdekat ini dalam usaha kita untuk memastikan bahawa er... apa ni kemudahan-kemudahan yang er… membesarkan lagi keupayaan Hospital Lipis supaya ianya dapat setaraf dengan menjadi hospital daripada minor jadi kepada major sebagaimana hospital di Kuantan dan hospital di Temerloh. Untuk makluman tuan-tuan, banyak kes yang dirujuk ke ke apa nama ni tempat panjang ni sedangkan daripada Lipis nak pergi Kuantan ni kena jalan roller coaster tu. Jadi saya ingat, er... perancangan untuk pembinaan satu lokasi yang baru perlu diwujudkan dalam tempoh lima tahun. Saya minta komen daripada EXCO.
Terima kasih kepada Yang Berhormat DUN Padang Tengku dan pihak kerajaan akan mengambil saranan dan perhatian daripada Padang Tengku. Tapi untuk menjawab sekarang ni tak boleh nak jawablah sebab tiada dalam maklumat. Jadi, walau bagaimana pun saranan dan pandangan daripada Padang Tengku itu dan keluhan daripada Padang Tengku itu akan diambil… diberi… diberi perhatian. Contohnya, Klinik Mata, nama tu pun saya tak berapa nak ingat tak ada dalam Oftalmologi, Oftamologi ada Oftalmologi nak sebut tu kena pandai juga ye Oftalmologi. Oftalmologi dan kita pembesaran parking dan lain-lain tu adalah melibatkan peruntukan dan akan dibawa ke perhatian Jabatan Kesihatan Negeri untuk diperhalusi dan dikaji akan
keperluan ini dan sekiranya keperluan ini didapati sesuai akan terus diangkat kepada pihak kementerian untuk dimohonkan projek peruntukan seterusnya untuk dilaksanakan, insya-Allah.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, er... saya mohon mengajukan soalan tambahan kepada wakil kerajaan. Saya ada dengar dalam penjelasan er... menjawab soalan tadi tentang kluster-kluster. Jadi er... saya ingin bertanyakan er... kluster yang dimaksudkan tadi, adakah melibatkan kepakaran yang disalurkan kepada hospital-hospital lain dan adakah Hospital Rompin ini er... terangkum ataupun tersenarai dalam Hospital Kluster? Mohon penjelasan dari pihak kerajaan. Terima kasih Yang di-Pertua.
Yang Berhormat itu ingat kita jawab bertulislah pasal kita bercakap pasal Hospital Lipis je. Boleh satu lagi.
Terima kasih.
Hospital Rompin ni dia lain soalan lain ni Hospital Lipis.
Yang Berhormat Yang di-Pertua sebab dia sebut kluster tu kita nak faham jugak kluster tu.
Terima kasih kepada ADUN Tioman dan er... terima kasih juga tahniah kerana maklumat sebegini memang patut kita tanyalah supaya mendapat kita mendapat satu pengetahuan baru. Apa yang dah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan juga pihak Kementerian Kesihatan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dalam negeri Pahang kita. Contohnya, Hospital kluster ini adalah kita adalah sekumpulan hospital-hospital yang kita gabungkan, yang kita bahagikan kepada tiga iaitu kita namakan yang tadi di sana kita namakan di sebelah barat kita namakan Hospital Kluster Pahang Barat di mana Hospital Pahang Barat yang terdapat di dalamnya adalah Hospital Raub, Hospital Cameron Highlands dan Hospital Kuala Lipis.
Dan Hospital Kuala Lipis adalah lead hospital, hospital yang menerajui hospital kluster ini kerana mempunyai 14 pakar tadi dan di mana Hospital Kluster Pahang Tengah pula lead hospitalnya adalah peneraju hospital tersebut adalah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh (HOSHAS) dan Hospital yang termasuk dalam Kluster Pahang Tengah ialah Hospital Bentong, Jerantut, Jengka dan Bera di mana Hospital Kluster Pahang Timur dan peneraju hospital tersebut adalah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sendiri dan di mana hospital-hospital terlibat ialah Hospital Pekan, Rompin dan Muadzam Shah.
Dan di mana soalan daripada rakan saya tadi Hospital Rompin dan Mersing belum ye belum ada perkhidmatan pakar yang banyak jadi merujuk kepada HTAA nanti akan memberikan er... perkhidmatan pakar di Hospital Rompin di mana perkhidmatan kepakaran ini diberikan kepada penduduk di mana diadakan lawatan pakar-pakar dalam kluster tersebut secara berkala untuk memberikan kemudahan kepada rakyat, contohnya seperti pesakit-pesakit dalam wad dan juga pembedahan yang dilaksanakan di dalam hospital kluster tersebut.
Melalui penyampaian ini, melalui inisiatif hospital pakar ini Hospital kluster ini, diharapkan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan yang bersepadu yang melibatkan semua hospital dalam kluster melalui sistem pengurusan-pengurusan perkhidmatan yang lebih efisien.
Saya pergi ke… Yang berhormat takpelah kita pergi ke soalan yang Ke-5 wakil daripada Sabai. Kalau tak kita abis nak bertanya. Saya boleh amik ketetapan kita takyah tanya 10 soalan kita tanya 5 soalan je. Jadi tak bolehlah semua EXCO menjawab. Jadi kita nak supaya semua EXCO dapat menjawab soalan-soalan tertentu. Jadi kalau boleh jawab pertanyaannya precise, dengan izin dan saya minta maaf teliti dan jawapan pun kena apa namanya… apa Yang Amat Berhormat Menteri Besar? Yang Amat Berhormat Menteri Besar selalu sebut tu. Sharp and…
Short and sharp dan padu.
Short and sharp dan padu.
Baik. Salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Berhormat Dato Sri Yang di-Pertua. Saya mohon izin untuk kemukakan soalan nombor 5. Terima kasih.
[Usaha Kerajaan Negeri menyantuni usahawan mikro melalui Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro (Skim I-PUSH) amat dialu-alukan. Adakah RM20 juta yang diperuntukkan bagi tahun 2022 telah dimanfaatkan sepenuhnya? Berapakah jumlah permohonan yang diterima dan diluluskan, mengikut pecahan kaum? Berapakah peruntukan Skim I-PUSH bagi tahun 2023?]
Sila.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua dan er... terima kasih kepada Sabai yang merupakan soalan berkaitan dengan usahawan yang soalannya berkaitan dengan Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro ataupun Skim I-PUSH er... adakah RM20 juta diperuntukkan pada tahun 2022 telah dimanfaatkan sepenuhnya?
Berapakah jumlah permohonan yang diterima dan diluluskan mengikut pecahan kaum? Berapakah peruntukan Skim I-PUSH pada tahun 2023?
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro ataupun dengan ringkas yang dipanggil Skim I-PUSH merupakan inisiatif daripada pihak Kerajaan Negeri Pahang yang diumumkan dalam Belanjawan Negeri Pahang pada tahun 2022 dengan peruntukan permulaan er... ada dua fasa. Fasa pertama dan fasa kedua yang berjumlah RM20 juta dan tambahan sebanyak RM10 juta pada tahun 2023. Bagi fasa pertama yang dilaksanakan pada tahun 2022, kelulusan pembiayaan yang telah diberikan kepada ataupun seramai 751 orang yang melibatkan peruntukan berjumlah RM7.15 juta.
Manakala baki peruntukan, fasa pertama sebanyak RM12.5 juta tersebut akan diagihkan dalam fasa kedua pada tahun 2023, bersama-sama dengan peruntukan tambahan sebanyak 10 juta pada tahun 2023 yang menjadikan jumlah keseluruhan untuk diagihkan pada tahun ini berjumlah RM22.85 juta. Pentadbiran BPEN, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang telah menerima permohonan-permohonan melalui sistem atas talian (SMU) ataupun Sistem Maklumat Usahawan ni Pahang berjumlah 245… eh 2,415 permohonan dan kini dalam proses pengagihan dana melalui bank yang dilantik iaitu Bank Muamalat dan dijangka akan selesai dalam bulan Jun ni dan er... Skim I-PUSH ni tidak pernah memperuntukkan kuota khusus bagi mana-mana daerah mahupun DUN atau Parlimen, bangsa atau kaum.
Namun, peratusan permohonan berdasarkan kepada bangsa dapat rumuskan seperti yang lampiran yang disertakan ni. Er... kalau mengikut permohonan mengikut bangsa, Melayu 3,020 orang atau dalam peratusannya 92.16%, Cina 441.34%, India 196.6% atau lain-lain 17 ataupun 0.51 %. Jadi er... itu antara jawapan yang dapat dikemukakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Dato' Sri Speaker, mohon soalan tambahan. Saya difahamkan tempoh permohonan bagi bantuan I-PUSH ini, daripada tarikh diiklan, ditemuduga dan diberi kelulusan itu saya rasa satu tempoh yang panjang. Tak silap saya dalam permohonan terkini yang telah diluluskan adalah disiarkan pada bulan November tahun 2022 dan baru dua hari lalu pemohon telah diberi kelulusan. Saya rasa satu tempoh yang cukup panjang. Golongan yang betul-betul yang telah membuat permohonan dan yang memerlukan bantuan untuk mengembangkan perniagaan ini adalah golongan yang betul-betul berminat untuk menceburi bidang tersebut dan saya rasa tempoh tersebut sepatutnya perlu dikurangkan kalau dalam tempoh 2 bulan itu cukup bagus.
Apakah kerajaan ada cadangan untuk mengurangkan tempoh tersebut supaya golongan yang telah membuat permohonan ini tidak kita letakkan dalam keadaan situasi yang menunggu-nunggu untuk mengharapkan bantuan tersebut. Sekian, terima kasih.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Kita memahami proses yang sebelum ini dan pihak Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang, kita telah mewujudkan satu task force… mengadakan task force untuk mengurus proses Skim I-PUSH ini dan biasanya kita buat iklan itu lebih kurang sebulanlah tempoh iklan dan selepas bulan tu kita akan mengadakan proses temuduga. Temuduga juga melibatkan penglibatan di peringkat daerah yang dianggotai oleh Pegawai-pegawai Kanan Daerah dan juga pihak PBT dan pihak daerah pun mengambil masa untuk membuat proses temuduga dan selepas siap proses temuduga, dia akan hantar balik laporan kepada pihak BPEN untuk kita membuat tawaran peruntukan tersebut. Insya-Allah kita akan cuba lagi untuk perkemaskan dari segi masa sepertimana yang dibangkitkan oleh Sabai tadi.
Terima kasih. Soalan seterusnya, soalan nombor 6. Wakil daripada Kuala Semantan.
Assalamualaikum WTB dan salam sejahtera. Dato' Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.
[Cukai Taksiran Oleh PBT:
a) Sila kemukakan butiran terperinci prestasi kutipan Cukai Taksiran di semua PBT negeri Pahang bagi tahun 2022?
b) Apakah faktor-faktor yang dikenalpasti menjejaskan prestasi kutipan Cukai Taksiran tersebut?
c) Sila nyatakan apakah inisiatif dan kaedah yang dilakukan bagi melonjakkan prestasi kutipan cukai tersebut?]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Yang Mulia ini. Yang berhormat Kuala Semantan bertanyakan soalan berkaitan dengan prestasi Kutipan Cukai Taksiran Am PBT di negeri Pahang tahun 2022 dan apakah faktor-faktor yang menjejaskan prestasi dan apakah inisiatif yang diambil untuk meningkatkan hasil Kutipan Cukai Taksiran ini.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Secara keseluruhannya prestasi kutipan Cukai Taksiran Am bagi kesemua PBT di negeri Pahang er... bagi tahun 2022 menunjukkan peningkatan berbanding dengan tahun 2021. Jumlah keseluruhan kutipan Cukai Taksiran bagi semua PBT bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM183.65 juta berbanding dengan kutipan pada tahun 2021 iaitu sebanyak RM177.91 juta yang mana peningkatannya adalah sebanyak RM5.74 juta ataupun 3.23%.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Masa yang sama peratusan prestasi pencapaian bagi kutipan hasil bagi keseluruhan PBT adalah sebanyak 85.25% berbanding dengan anggaran cukai yang telah ditetapkan. Manakala jumlah kutipan tunggakan cukai bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM32.4 juta berbanding dengan RM22.36 juta pada tahun 2021 dan peningkatan adalah sebanyak 45.08% iaitu bagi kutipan tunggakan inilah.
Dato' Sri Yang di-Pertua.
Suka saya er… untuk membacakan perincian prestasi kutipan Cukai Taksiran Am bagi setiap PBT di seluruh negeri Pahang. Yang pertama, Majlis Bandaraya Kuantan. Anggaran hasil cukai yang ditetapkan adalah sebanyak RM76.3 juta anggaran dan hasil kutipan pada tahun 2022 adalah sebanyak RM66.4 juta, iaitu pencapaian sebanyak 87.02%. Manakala Majlis Perbandaran Temerloh anggaran adalah sebanyak RM18 juta dan hasil kutipan adalah sebanyak RM13.8 juta iaitu 77.17%. Majlis Perbandaran Bentong anggaran RM63.9 juta dan kutipan adalah sebanyak RM57.8 juta pada tahun 2022 pencapaian sebanyak 90.47%.
Manakala Majlis Daerah Bera anggaran sebanyak RM5.8 juta dan kutipan adalah sebanyak RM4.7 juta iaitu 82.34%. Majlis Daerah Cameron Highlands anggaran adalah sebanyak RM9.5 juta dan kutipan adalah RM8.85 juta iaitu 93.17%. Manakala Majlis Daerah Jerantut, anggaran adalah sebanyak RM7.4 juta dan kutipan adalah sebanyak RM6.1 juta, 83.48%. Majlis Daerah Maran, anggaran adalah sebanyak RM2.8 juta, kutipan adalah sebanyak RM2.4 juta, 85.31%.
Majlis Daerah Pekan, anggaran RM8.6 juta dan kutipan adalah RM7.3 juta, iaitu 84.85%. Majlis Daerah Raub, anggaran RM8.5 juta dan kutipan adalah RM7.04 juta, iaitu 82.84%. Majlis Daerah Lipis, anggaran RM3.9 juta, kutipan adalah RM3.6 juta, iaitu 93.49%. Majlis Daerah Rompin, anggaran adalah sebanyak RM4.79 juta, kutipan adalah sebanyak RM3.93 juta, iaitu 81.93%. Dan akhir sekali, Lembaga Pembangunan Tioman, anggaran cukai adalah sebanyak RM852,228.26 dan kutipannya adalah sebanyak RM740,081.22 iaitu pencapaian sebanyak 86.84%.
Seterusnya berkaitan dengan punca-punca yang menjejaskan prestasi, Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, daripada apa yang diperhatikan bahawa punca-punca berkaitan dengan kita tidak mencapai 100% hasil kutipan ini yang pertama adalah dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu dan yang kedua bencana alam seperti banjir besar dan yang ketiganya adalah pemilik-pemilik harta bagi sektor industri masih lagi terkesan dengan pandemik COVID-19. Seterusnya kedudukan kewangan, pembayar cukai itu sendiri dan seterusnya pemilik premis diisytiharkan muflis dan akhir sekali kurang kesedaran untuk membayar cukai taksiran.
Dan seterusnya apakah inisiatif yang kita ambil ataupun yang dilaksanakan oleh PBT Negeri Pahang adalah seperti berikut. Yang pertamanya mempelbagaikan saluran pembayaran. Seperti pertama mengadakan kutipan luar ataupun kaunter bergerak di taman-taman perumahan dan juga lain-lain tempat difikirkan sesuai. Dan yang keduanya... mengadakan task force kutipan dari rumah ke rumah serta premis perniagaan, kaedah bayaran secara ansuran, kemudahan bayaran secara dalam talian dan menjadikan kaunter pandu lalu ataupun drive-thru.
Sebenarnya mengadakan promosi dan menawarkan ganjaran kepada mereka yang membayar cukai taksiran, antara insentif yang telah dilaksanakan... pertama
menawarkan hadiah ataupun cenderahati bagi pembayar cukai terawal setiap tahun. Kedua, memberi rebat kepada er... memberi rebat pengurangan denda Notis E ataupun notis supaya membayar cukai tunggakan kadar dan memberi surat perhargaan kepada syarikat-syarikat bagi pembayaran cukai terbesar.
Dan seterusnya menggiatkan lagi usaha-usaha penguatkuasaan yang bersesuaian. Pertama, mengeluarkan notis pra mahkamah, waran tahanan kepada pemilik yang dikenalpasti mempunyai tunggakan yang tinggi atau tempoh yang lama. Yang kedua, mengeluarkan Notis E kepada pemilik yang mempunyai tunggakan cukai taksiran dan menjalankan pindaan nilai tahunan ke atas pemilik yang telah membuat ubah suai bangunan. Mengadakan rundingan dua hala antara pemilik dan juga pihak PBT dalam menyelesaikan tunggakan cukai taksiran dan akhir sekali bagi kes-kes bankruptcy sekiranya bayaran pernah dibuat, pengecualian bayaran denda lewat dipertimbangkan. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Jawapan yang sangat komprehensif. Kita pergi kepada soalan seterusnya. Soalan nombor 7. Wakil daripada Cheka.
Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua. Saya kemukakan soalan nombor 7.
[Kerajaan Negeri difahamkan telah mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak untuk mengadakan perdagangan kredit karbon. Mohon penjelasan lanjut dan apakah status terkini?
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Saya ucapkan kepada Dato' Sri Yang di-Pertua dan juga rakan-rakan Ahli Yang Berhormat. Soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat YB Cheka adalah seperti berikut. Kerajaan Negeri difahamkan telah mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak untuk mengadakan perdagangan kredit karbon. Mohon penjelasan lanjut dan apakah status terkini?
Baik, terima kasih kepada YB ADUN Cheka di atas soalan tersebut. Perdagangan kredit karbon masih dalam penelitian oleh pelbagai pihak. Untuk makluman, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) kini dikenali sebagai Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam tindakan memuktamadkan kerangka dasar pasaran karbon. Sehingga kini, ada beberapa sesi libat urus dan rundingan telah diadakan oleh Kerajaan Negeri bersama pihak yang berminat melalui Bahagian Pelaburan dan Penswastaan.
Namun, rundingan masih belum dimuktamadkan berikutan dasar pasaran karbon negara yang masih dalam tindakan pembangunan yang seterusnya. Dan dasar ini akan menjadi garis panduan kepada Kerajaan Negeri di masa hadapan. Bagi sebarang urusan berkaitan dengan perdagangan kredit karbon, Kerajaan Negeri telah diminta untuk merujuk atau menguruskannya melalui Kerajaan Persekutuan.
Memandangkan Kerajaan Persekutuan menggunakan dengan izin, focal point bagi pelaporan kepada badan antarabangsa. Kementerian juga telah menyatakan bahawa terdapat keperluan untuk membangunkan sistem dan proses yang jelas supaya mana-
mana pihak sama ada Kerajaan Negeri ataupun pihak swasta yang menjalankan perdagangan kredit karbon perlu melaporkan kepada Kerajaan Persekutuan. Ia bagi memastikan setiap pelaporan memenuhi syarat dan tiada pengiraan berganda berlaku. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan sikit. Pertama, terima kasih di atas jawapan yang lengkap dan tepat dengan apa yang saya bangkitkan. Memandangkan Pahang ini mempunyai keluasan hutan simpan yang sangat besar 1.5… 1.6 juta hektar dan kita mempunyai kawasan tanah gambut yang juga luas. Kita ada di Rompin, di Pekan, di Kuantan dan sebagainya. Tanah gambut adalah penyerapan karbon yang tertinggi selain daripada buluh.
Soalan saya ialah, oleh kerana kerajaan telah pun menyerahkan kepada Bursa Malaysia untuk menjadi agensi dalam urus niaga kredit karbon, saya fikir polisi Kerajaan Persekutuan membenarkan urus niaga dalam bentuk domestic emission trading scheme (DETS) melalui agensi di bawah dalam negara. Saya fikir peluang besar terbuka untuk Pahang sebab kita boleh deal direct dengan Petronas, dengan TNB yang sangat memerlukan. Mereka perlu beli, termasuk juga sawit kita. Kalau kita tak ada green certificate, sawit kita akan double cukai bila masuk ke pasaran Eropah.
Jadi oleh kerana itu semua jualan sawit kita dan produk Malaysia mesti ada green certificate. Green certificate ini dia mesti beli hutan kita dan saya fikir Kerajaan Negeri akan menjadi, mendapat dana tambahan dengan keluasan 1.6 juta hektar ladang tanah hutan simpan yang kita masih ada. Dari pandangan saya, saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atau usaha inisiatif ini dan peluang ini terbukalah untuk kita menambah pendapatan bagi negeri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Cheka di atas cadangan tersebut. Saya setuju di atas komen tersebut di mana di masa hadapan kita ada peluang cerah untuk perdagangan kredit karbon. Pertama sekali seperti YB sebut tadi, kita ada khazanah hutan simpanan yang begitu besar di negeri ini, Dato' Sri yang di-Pertua. Pada ketika ini, apa yang saya fahamkan pasaran kredit karbon dalam negara kita masih dalam keadaan membangun di mana Kerajaan Persekutuan masih sedang mengkaji kerangka rang undang-undang yang lebih lengkap untuk pasaran ini dan kita tidak mempunyai jumlah pembeli karbon kredit dan penjual karbon kredit yang besar seperti yang ada di negara-negara maju dan seperti yang diucapkan oleh YB Cheka, hutan paya bakau ini mempunyai potensi yang besar di mana ada kajian yang menyatakan kadar penangkapan ataupun penyerapan karbon oleh hutan paya bakau adalah 8 kali lebih berkesan daripada hutan khatulistiwa yang ada di negeri Pahang.
Oleh itu, di masa hadapan, Kerajaan Negeri akan teliti bagaimana kita boleh melipatgandakan usaha untuk menanam semula pokok-pokok dan juga untuk menanam semula hutan paya bakau agar kita dapat menangkap karbon secara optima di mana Kerajaan Malaysia berhasrat untuk mensasarkan target dengan izin, net zero carbon di masa hadapan. Tapi cabarannya buat masa sekarang ini kita tidak ada rangka rang undang-undang yang dimuktamadkan.
Selain itu, kita tidak ada polisi cukai karbon ataupun dengan izin, carbon tax yang akan memaksa syarikat-syarikat yang memerlukan carbon credit ini untuk membeli kredit karbon di pasaran. Baru-baru ini Bursa Malaysia telah melancarkan carbon credit
exchange yang baru. Ini satu permulaan yang baik tetapi carbon credit yang diperdagangkan masih diperoleh daripada luar negara seperti daripada China dan Cambodia.
Kita masih belum ada projek carbon credit yang diusahakan dalam negara ataupun dalam negeri Pahang kerana cabarannya projek-projek kredit karbon ini memerlukan jangka masa yang panjang untuk direalisasikan dan ia melibatkan komitmen dengan masyarakat setempat dan mana-mana pemaju perlu bekerjasama dengan komuniti setempat, contohnya dengan masyarakat Orang Asli sebagai contoh ya, sekiranya mereka ingin menanam paya bakau di kawasan Orang Asli dan ini memakan jangka masa yang panjang di mana er... kepercayaan perlu diperoleh oleh masyarakat setempat supaya mereka sama-sama dapat mengusahakan projek komuniti yang akan apa mengujudkan er… kredit karbon yang akan diberi sijil oleh pensijil-pensijil yang terkenal sebagai contoh Syarikat Alvera di antarabangsa dan insya-Allah, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan cadangan tersebut. Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Seterusnya soalan nombor 8, Wakil daripada Jenderak. Sila.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker,
Pergi Jenderak untuk beli santan, Soalan yang ke-8.
[Siapakah golongan yang layak untuk memohon Bantuan Anggun Niaga? Bagaimana cara untuk memohon dan bilakah jangkaan penerima akan menerima bantuan tersebut?]
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua serta sahabat kita, Yang Berhormat ADUN Jenderak yang bertanyakan soalan. Siapakah golongan yang layak untuk memohon Bantuan Anggun Niaga. Bagaimana cara untuk memohon dan bilakah jangkaan penerima akan menerima bantuan tersebut?
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Bagi Program Pembangunan Ekonomi Wanita Negeri Pahang, salah satu Kerajaan Negeri memberi fokus kepada usahawan kecil Ibu Tunggal melalui program yang dinamakan Program Anggun Niaga. Bantuan Anggun Niaga merupakan bantuan yang dikhususkan kepada Ibu Tunggal Golongan B40 yang mempunyai perniagaan kecil-kecilan, berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan. Jumlah bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM1,000.00.
Permohonan adalah secara atas talian dengan mengimbas “QR Code” atau mengisi link yang telah ditetapkan oleh Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Pahang. Tawaran untuk permohonan telah dibuka sehingga Mac 2023 yang lepaslah untuk tahun ini dan sesi akan dilaksanakan bagi memilih 700 orang usahawan kecil Ibu
Tunggal yang layak daripada 1,200 permohonan yang telah kita terima. Cuma hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil temuduga. Setelah mendapat senarai pemohon yang lulus temuduga, penyerahan akan dibuat di setiap parlimen dan jangkaan penyerahan adalah bermula seawal pertengahan Jun 2023. Sekian, terima kasih, Yang di-Pertua.
Terima kasih. Soalan tambahan?
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Soalan tambahan saya er… berapakah er… berapa ramaikan pemohon yang telah menerima bantuan Anggun Niaga ini? Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua, apakah maksud pertanyaan tadi? Adakah untuk tahun ini ataupun tahun-tahun yang lepas?
Er… jumlah keseluruhan.
Okey, setiap tahun daripada tahun lepas kita memberikan bantuan sebanyak 700 orang setiap program dan cuma untuk tahun ini, kita fokuskan kepada golongan Ibu Tunggal dan pada tahun lepas er… 700 orang juga dan terdiri daripada bukan saja Ibu Tunggal cuma kita memanggil juga peniaga-peniaga Wanita Golongan B40 yang betul-betul berminatlah seperti yang dikatakan tadi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Kita pergi kepada soalan seterusnya. Soalan nombor 9. Sila ADUN, Wakil daripada Tanah Rata.
Terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua, dan izinkan saya mengemukakan soalan 9.
[Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin
a) Nyatakan jumlah syarikat dan jumlah pekerja asing yang terlibat dalam Pelan Rekalibrasi berdasarkan Daerah dan tahun sejak pelaksanaan pelan ini?
b) Nyatakan syarat-syarat untuk menyertai Pelan Rekalibrasi?]
Terima kasih er… pertanyaan dari Tanah Rata. Sebelum ini, Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengumumkan, semalam saya dapat markah terendah, saya dapat hadiah juga. Terima kasih. Nanti kalau tak tau main macam saya, dapat hadiah juga. Jangan takut.
Dapat nombor berapa Yang Berhormat?
Last sekali. [Ahli Dewan ketawa]. Untuk menjawab soalan Tanah Rata er… untuk permohonan untuk syarikat untuk dari 28 hari bulan, bulan 2 dari Disember 2020, sampai ke 31 hari bulan Oktober 2022 er… apa dalam 22 bulan, okey.
Pemohonan yang dimohon oleh majikan adalah di Kuantan adalah 3,005 syarikat, dan di Cameron adalah 461 er… majikan yang memohon untuk program RTK, yang kita ringkaskan yang Warga Asing yang dimohon oleh di Kuantan adalah 379 orang dan di Cameron adalah 3,572 orang.
Untuk menjawab soalan nombor 2, apa syarat-syarat dia? Syarat untuk majikan. Untuk majikan adalah sektor perkilangan, pameran, pertanian, ladang, perlombongan, kuari, pegawai keselamatan, pembantu rumah asing dan perkhidmatan, dan sektor tidak dibenarkan untuk memohon adalah peniagaan tekstil, tukang emas, tukang gunting rambut, rumah kebajikan dan kitar semula.
Untuk syarat-syarat penggajian pekerja asing adalah seperti warganegara, jantina, had umur, bayaran levi, kelayakan pas dan juga tidak di dalam senarai disyaki dan senarai hitam dan bukan bankrupsi, dan juga ada kes yang belum selesai dengan Jabatan Immigration Malaysia.
Untuk warga asing, kita panggil PATI. Syarat-syarat untuk kelayakan, hanya 15 negara sahaja kita yang dipertimbangkan Indonesia, Bangladesh, Thailand, India, Philippine, Kemboja, Laos, Nepal, Myanmar, Sri Lanka, Vietnam, Pakistan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Kazistan. [Ahli Dewan ketawa]. Okey, Kazistan.
Kazakhstan. Turkmenistan.
Hanya 9 negara saja untuk pembantu rumah asing. Thailand, Kemboja, Nepal, Laos, Vietnam, Filipina, Sri Lanka, India dan Indonesia, er… yang untuk er... PATI-PATI ini perlu mendaftar dengan Program Rehiring dan dalam Program 6p atau lebih dikenali, dan mempunyai perjalanan negara asal yang masih sah laku sekurang- kurangnya 18 bulan.
Dan kalau ada laporan dari majikan yang asal dan direkodkan dalam sistem Jabatan Immigration, tidak layak. Okey, tidak layak menyertai program RTK 2.0 dan er… Kalau juga ada dalam senarai hitam, memang tidak dibenarkan. Kelayakan untuk PATI adalah sekurang-kurang umur 18 ke atas dan juga menjalani saringan pemeriksaan
kesihatan dan diperakui fit to work, maknanya dia sihatlah untuk kerja, itu saja dibenarkan. Sekian terima kasih, Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, Kementerian Dalam Negeri ada mengumumkan bahawa sejak tahun lepas. Program Rekalibrasi Tenaga Kerja menjana pendapatan sebanyak RM700 juta untuk tahun 2022. Maka untuk tahun ini berapakah pulangan hasil ataupun anggaran hasil yang akan dijana melalui program tersebut? Terima kasih.
Er... yang saya tahu tu 700 itu sebagai bukan hasil iaitu sebagai kompaun. Kompaun kepada majikan atau kepada warga asing. Untuk maklumat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya tak ada maklumat untuk ini dan saya kalau boleh saya nak bagi jawapan dalam bertulis dan untuk… untuk lebih ketahui umum semua JTK tidak… pada tahun... awal tahun ni JTK sudah tidak terlibat dalam rancangan RTK ini. Dan ini semua telah diambil alih oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
So, untuk syarikat- syarikat atau warga asing ingin memohon dalam rancangan ini, saya mohon ke imigresen, jangan ke JTK salah jalan pula tu, rugi masa. Er... Saya hanya boleh lagi bagi tahu apa yang dalam sektor pekerjaan yang dapat diluluskan lebih cepat itu dalam sektor 3D. Kita panggil 3D. Itu sektor kotor (dirty), bahaya (dangerous) dan sukar (difficult). Yang selalu tidak… tidak apa…
Dirty,dangerous & difficult.
Difficult.
Okey.
Dan dia… orang Malaysia ini yang selalu taknak kerja dalam apa di sektor perkilangan yang lainlah akan diutamakan. Okey, itu sahaja.
Terima kasih wakil daripada Kerajaan. Soalan kita yang terakhir untuk hari ini iaitu seorang nombor 10. Sila wakil daripada Tioman.
Yang Hormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mengajukan pertanyaan nombor 10. Terima kasih.
[Rompin terkenal dengan acara Royal Pahang Billfish International Challenge. Untuk menarik lebih ramai pelancong dengan penganjuran acara, adakah acara Golf Monsun Cup dianjurkan pada tahun ini dan dijadikan acara tahunan?]
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada YB Tioman yang menanyakan soalan 10. Acara 'Golf Monsoon Cup' dianjurkan bawah inisiatif dan usaha Yang Berhormat Tioman selaku penaung. Ia merupakan acara tahunan dan pernah disertai 3 orang pemain golf dari dalam dan luar negeri Pahang. Tahniah kepada Yang Berhormat Tioman. Penganjuran acara ini dapat mempromosikan Rompin sebagai destinasi kepada peminat-peminat golf. Jadi untuk tahun ini, cadangan tarikh adalah pada hujung tahun. Kerajaan Negeri melalui Tourism Pahang akan memberi sokongan dan masukkan dalam kalendar acara pelancongan negeri Pahang.
Terima kasih semua. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita selesai membincangkan sepuluh pertanyaan dan jawapan, saya bercadang untuk menempohkan persidangan pagi ini untuk minum pagi dan persidangan disambung semula pada pukul 11.30 pagi. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan pada pukul 11.30 pagi]
[Persidangan disambung semula]
Sambungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion
Perkara ketiga: Sambungan perbahasan usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, di hadapan majlis adalah satu usul yang berbunyi:
“Bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju menjunjung kasih atas limpah perkenan kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berangkat menyempurnakan titah diraja kepada Dewan Negeri. Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan telah pun mendapat sokongan. Sekarang saya kemukakan semula usul ini kepada perbahasan”.
Dengan ini saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat… Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Padang Tengku untuk membahas usul tersebut.
Bismillahhirrahmanirrahim. [Bacaan dalam Bahasa Arab)]. Terima kasih kepaa Yang Berhormat Dato' Sri Speaker kerana beri ruang dan peluang untuk saya turut sama membahaskan Titah Diraja yang telah disempurnakan pada hari Isnin lepas. Saya juga mengambil kesempatan dan peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Sri atas pelantikan sebagai Speaker dan juga Timbalan Speaker yang... kepada Yang Berhormat Encik Lee Chin Chen, ADUN Bilut sebagai Timbalan Speaker.
Saya percaya Speaker mampu menjalankan tugas dengan baik berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki sebagai ADUN... sebagai EXCO dan juga akan mengendalikan Aturan Mesyuarat Dewan walaupun terpaksa berhadapan dengan komposisi Ahli Dewan yang hampir seimbang pada hari ini.
Di kesempatan ini juga saya nak mengucapkan taniah kepada Dato' Sri… Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail di atas pelantikan sebagai Menteri Besar untuk kali yang ke-2 setelah beliau berjaya meletakkan negeri Pahang sebaris dengan negeri-negeri maju yang lain seperti Selangor, Johor, Pulau Pinang dan di atas kepercayaan juga diletakkan sebagai Naib Presiden UMNO. Orang yang ke-3, pemimpin yang ke-3 dalam barisan pemimpin UMNO hari ini.
Di peluang ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Indera Dato' Zulkifli Yaacob atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang baru di samping penghargaan yang setinggi tingginya kepada bekas... bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato'…Yang Hormat Dato' Sri Dr Sallehuddin Ishak yang telah menunjukkan perkhidmatan yang begitu cemerlang dan gemilang dalam mengemudikan negeri Pahang sebagaimana pantun lama:
Burung punai mati dipanah, Jatuh seekor tepi telaga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang jua.
Dan pastinya saya tidak lupa kepada rakan-rakan Ahli Dewan yang menang di kawasan masing-masing sama ada yang baru mahupun yang lama dan saya mengucapkan selamat datang ke Dewan Negeri Pahang dan marilah kita bersama-sama untuk kita sama ada kerajaan mahupun pembangkang untuk kita jadikan Titah Diraja Pemangku Raja Pahang yang… sebagai satu panduan untuk kita menjalankan amanah bagi kita membela dan terus memperjuangkan nasib rakyat dengan penuh kejujuran, penuh integriti. Maka kita marilah bersama-sama untuk kita memberikan idea yang membina bagi membantu kerajaan dengan memberikan hujah-hujah yang bernas dalam dan janganlah kita berbalah, janganlah kita berkelahi sebaliknya kita bersatu demi membela nasib rakyat sebagaimana yang telah disarankan oleh Tuanku.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya meninjau dan mengamati Titah Ucapan dan ada beberapa isu yang menarik perhatian saya. Di antaranya perkara yang dibangkitkan nombor 19. Saya bacakan, “ingat dalam usaha kita mengejar kemajuan negara dan negeri, kita tidak boleh sama sekali membelakangkan alam sekitar dan kehidupan” dan banyak rakan-rakan yang telah mengulas isu ini tetapi di antara isu yang menarik dan saya kira belum disentuh lagi ialah berkaitan dengan isu pembuangan sampah-sarap, pembuangan sampah merata-rata. Dan wujudnya kawasan-kawasan pembuangan sampah secara haram.
Kalau di kawasan DUN Padang Tengku ataupun Lipis, di Merapoh sahaja tak kurang daripada 6 kawasan dan memang Padang Tengku ni memang terkenal dengan tempat buang sampah. Setiap kali musim perayaan, memang di tepi Lebuh Raya CSR menuju ke Kelantan itu secara rutin, tak henti. Setiap musim perayaan dan musim cuti dan sebagainya sampah-sampah banyak dilonggokkan di situ.
Tetapi sekarang ni, kita tahu dan kita telah tinjau wujudnya kawasan-kawasan pembuangan sampah di merata-rata, diletak di tepi-tepi sungai, diletakkan di apa nama ni di lopak-lopak tertentu, di kawasan-kawasan tanah-tanah terbiar, di tepi-tepi bahu jalan dan sebagainya dan ini merupakan sesuatu perkara yang sepatutnya tidak berlaku kerana kita semua tahu bahawa kita berada dalam negara yang maju. Tapi kita tahu inilah risiko sebagai sebuah negara maju daripada rekod ataupun kajian yang telah saya jumpa.
Kes pembuangan sampah ni bukan isu Tuan Yang di-Pertua... bukan isu orang Padang Tengku, bukan isu orang Lipis, bukan isu orang Pahang, bukan isu orang Malaysia tetapi di seluruh dunia. Dan di Malaysia ni saja sejumlah 26 juta.... 626 juta... 699 tan telah dikenal pasti sampah dibuang setiap hari. Dan kalau ikut dari segi perseorangan ni ataupun purata setiap penduduk kita yang membuang sampah ini setiap rakyat Malaysia membuang sampah 1.17 kilo sehari. Jadi ini merupakan isu yang serius sebab itulah Tuan… Tuan… Dato' Sri Yang Di-Pertua, saya mengharapkan bahawa isu ini ditangani dengan baik.
Yang menjadi persoalan sampah ini terutamanya di kampung-kampung tradisional di mana dia tidak ada perkhidmatan. Kalau di kawasan Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Kerajaan Tempatan, memang ada yang mengutip sampah. Tetapi di kampung-kampung, macam disebutkan tadi diletakkan di belakang rumah dan di kawasan yang memang menyakitkan mata memandang dan akan mendedahkan
kepada faktor-faktor kesihatan, pencemaran bau, pencemaran apa nama ni alam sekitar, apa namanya air dan sebagainya.
Dan inilah merupakan satu usaha yang perlu kita lakukan, dan untuk itu... saya dulu kalau di Padang Tengku ataupun di Lipis ni... kita ada satu tempat yang diletakkan… dikenali sebagai Tong Komuniti ataupun Tong Pusat. Tetapi sekarang ni apabila apa kawasan-kawasan berkenaan telah diwartakan sebagai kawasan perkhidmatan majlis, maka tong-tong itu telah tak ada. Dulu orang kampung tolong 'tumpang tui' lah, dia menumpang buang sampah ke situ. Kesedaran ni memang tinggi dah, orang tak nak dah... banyak dah, tak nak dah buang sampah di keliling rumah dan sebagainya.
Jadi orang kampung pergi hantar ke pusat-pusat ni. Kemudian dalam satu taklimat yang diberikan oleh pihak majlis dengan apa ni, Sisa... Jabatan Sisa Pepejal ini mereka telah dimaklumkan bahawa buang sampah menggunakan tong yang disediakan di kawasan-kawasan ini merupakan satu kesalahan. Ini menyebabkan mereka akan jadi lebih takut dan akhirnya membuanglah sampah di merata-rata.
Dan saya kenal pasti di kawasan-kawasan di Kuala Lipis ini ada beberapa lokasi. Pertama, kawasan Terenggun berhampiran dengan Kem Wawasan Negara di kawasan di mukim... apa ni... di sempadan... Mukim Gua dengan Mukim Penjom. Kemudian di Simpang Kampung Lalang. Di Jambatan Kuala Kechau 8, di Sungai Bedung Kampung Petola di Mukim Kechau, di Jalan Lipis-Benta. Di Merapoh saja macam disebutkan tadi ada 6 lokasi dan Merapoh ni… satu kawasan er… pelancongan. Jadi, kita memang ini akan memberikan nama yang tidak begitu baiklah kepada apa ni kerajaan kita dan penduduk setempat.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Er… sekarang ni masalah mereka ni masalah undang-undang. Mereka nak dapatkan perkhidmatan sampah, mereka kena bayar… bayar. Kalau nak majlis, kena bayar, kena bayar cukai pintu. Kena bayar cukai pintu. Tapi orang kampung dia rasa terbeban dengan cukai pintu ini. Dia tak nak bayar. Kita telah buat perjumpaan di Merapoh macam yang saya sebutkan tadi, mereka menolak. Dia tak nak sampah tapi tak nak bayar cukai pintu ini.
Jadi saya nak cadangkan supaya mungkin kerajaan boleh mengasingkan atau buat satu… satu apa nama ni satu kaedah cukai khas sampah maknanya kepada kampung-kampung tradisional yang tidak memerlukan perkhidmatan er…yang lain nak cuci longkang ke nak lampu ke dan sebagainya sebab mereka dah ada di bawah perkhidmatan luar bandar maka mereka ini hanya dikenakan cukai khas bagi kutipan sampah. Maka di situ Alam Flora dan lain-lain agensi yang berkaitan boleh memberikan perkhidmatan kepadanya dan ini mungkin tidak membebankan er… pengguna-pengguna. Itu cadangan yang… yang saya kira er… mungkin boleh menyelesaikan sedikit sebanyak masalah ini.
Yang keduanya, mengadakan satu kaedah yang membolehkan komuniti melantik er… kontraktor-kontraktor tertentu tetapi yang jadi masalah yang ini mungkin dari segi kawalan harga dan sebagainya. Maka kita perlu ada satu mekanisme untuk memastikan bahawa kontraktor-kontraktor yang dilantik ini er… mereka mematuhi er… akta-akta tertentu apa nama enakmen-enakmen tertentu yang membolehkan kawalan harga di… dilakukan.
Dan yang seterusnya saya mencadangkan mengwujudkan semula perkhidmatan tong-tong pusat ataupun tong komuniti di lokasi-lokasi strategik yang satu ketika dulu diwujudkan. Cuma masalah di sini bila ada tong itu semua dilonggokkan dan sampah juga akan jadi banyak dan busuk kerana apa ni terlalu banyak dan melebihi kapasiti ataupun kemampuan… keupayaan tong-tong itu er… menerima sampah-sampah yang begitu banyak. Dan… dan…
Yang Berhormat, ada… ada seminit dua lagi.
Ya, habis dah? Baru… baru cerita hal sampah ni.
Yang Berhormat, Yang Berhormat dah cakap 10 minit 38 saat.
Ya… ya… ya… dan seterusnya mewujudkan tapak pembuangan secara… secara berzon di di daerah-daerah di kawasan-kawasan tertentu. Seterusnya, saya nak menyebutkan tentang beberapa isu di kawasan saya.
Yang pertamanya, berkaitan dengan er… guru-guru sekolah, guru di Sekolah Agama Padang Tengku. Sekolah Menengah Agama Padang Tengku ni masalah guru mata pelajaran Bahasa Inggeris dan juga guru apa nama ni er… ni bahasa Bahasa Melayu. Guru Bahasa Inggeris sekarang langsung tak ada. Dulu kita ada, kemudian ditukarkan ke sekolah yang lain dan digantikan pula guru Bahasa Arab. Jadi guru Bahasa Arab, guru agama dah berlebih sedangkan masalah guru Bahasa Inggeris tak diselesai. Itu berkaitan dengan isu sekolah yang saya… yang saya nak sebutkan.
Saya ni juga nak sebutkan di sini tentang satu lagi isu, satu lagi isu terakhir ni iaitu berkaitan dengan er… Tadika Perpaduan. Dalam tahun 2019… 2020 saya dapat kelulusan er… daripada menteri… Menteri Perpaduan… apa ni… Datuk Halimah Mohamed Sadique pada ketika itu sebanyak RM200,000.00 untuk pembinaan Tadika Perpaduan di bangunan tadika perpaduan di Padang Tengku tapi malangnya sampai sekarang bangunan itu tidak dibina… tidak dapat dibina tak tahu dengan apa sebab dan sebagainya.
Jadi saya nak minta EXCO yang berkenaan cuba teliti perkara ini apa sebab dan sebagainya dan sekarang ini untuk makluman Dato’ Pengerusi er… Dato' Speaker, er… dah 3 kali dah tadika di Padang Tengku ini berpindah randah. Jadi kesian budak-budak ni setiap 2 tahun sekali, setahun sekali mereka terpaksa menyiapkan barang dan sebagainya untuk berpindah. Jadi untuk tu saya nak minta isu Tadika Perpaduan di Padang Tengku ni diatasi dan pembinaan dapat disegerakan. Saya ingat itu sahaja er… Dato' Sri, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat er… dari Padang Tengku. Kita juga nak mengalu-alukan anak-anak kita daripada Sekolah Menengah Teknik Kuantan. mKita bagi tepukan (Ahli Dewan menepuk meja). Untuk makluman anak-anak sekalian, ada 4
orang di sini yang daripada sekolah teknik iaitu yang baru bercakap tadi wakil daripada Padang Tengku, wakil daripada Tras, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri kita yang baharu dan Speaker yang sedang bercakap (Ahli Dewan menepuk meja). Seterusnya kita jemput wakil daripada Beserah.
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua di atas keizinan membenarkan saya sama-sama mengambil bahagian di dalam kita menyokong Titah Diraja yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja semasa sesi pembukaan Dewan pada hari Isnin yang lepas. Ada beberapa perkara yang ingin saya petik dan saya sentuh di dalam membahaskan Titah Diraja ini.
Yang pertama, baginda telah menyatakan kegembiraan baginda apabila Kerajaan Negeri telah berjaya menarik pelaburan sepanjang tahun 2022 sebanyak RM20 bilion untuk negeri Pahang. Dan saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada wakil daripada Semambu yang telah memberikan pencerahan kepada persoalan saya semalam kerana dalam Titah Diraja dan juga jawapan daripada pihak kerajaan menyatakan bahawa pelaburan itu kita terima RM11 bilion tapi daripada angka yang diterima, kita ada RM20 bilion maka perbezaan itu kerana RM11 bilion adalah daripada pelaburan asing. RM9 bilion adalah daripada pelaburan domestik maka memang angka yang tepat adalah RM20.6 bilion.
Jadi, tahniah dan setinggi tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana telah berjaya menarik pelabur untuk datang melabur di negeri Pahang. Sudah semestinya ia bukan satu tugas yang mudah terutama sekali di dalam pasca COVID-19 ini setiap daripada negeri bersaing untuk mendapatkan pelabur dan juga untuk nak meningkatkan dan memacu pergerakan ekonomi negeri masing masing.
Namun begitu ada beberapa perkara yang saya ingin kemukakan di dalam Dewan ini iaitu yang pertama sekali kita perlu mencari satu niche ataupun satu keutamaan serta advantage yang ada di dalam negeri Pahang untuk kita memper… mempertingkatkan lagi keyakinan pelabur-pelabur untuk melabur dalam negeri Pahang dan kita perlu seiring dengan negeri-negeri maju dalam negara ini yang ada pada hari ini. Contohnya, kita tidak tidak ada kekurangan jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, dibandingkan dengan Selangor, dibandingkan dengan Johor kerana semua negeri-negeri yang maju ini contohnya Selangor berjaya menarik RM60 bilion pada tahun 2022. Negeri Johor menarik RM70 bilion pada tahun 2022. Negeri Pulau Pinang menarik RM76 bilion pada tahun 2021.
Kesemua negeri ini mempunyai logistik yang sama dengan negeri Pahang. Semua negeri ini ada pelabuhan. Negeri lain tak ada pelabuhan, termasuk Pahang tetapi mereka berjaya mempertingkatkan pelaburan mereka kerana ada conducive environment yang disediakan untuk pelabur-pelabur dan meyakinkan mereka. Maka keyakinan pelabur untuk datang ke negeri Pahang ini dan melabur perlu kita pertingkatkan. Justeru itu, tindakan Kerajaan Persekutuan yang menarik lesen pemprosesan daripada kilang LYNAS itu, dija… ditakuti… dikhuatiri akan menjejaskan keyakinan pelabur untuk datang melabur ke negeri Pahang.
Saya mengharap dan saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya berbincang semula dengan MOSTI, dengan Kerajaan Persekutuan supaya mempertimbangkan, menarik balik er… syarat-syarat yang ditetapkan kepada LYNAS. Saya dapati bahawa LYNAS ini telah beroperasi 12 tahun hampir dan apa yang
dinyatakan oleh public sebelum ini adalah tidak tepat. Fakta telah ada, maknanya kita perlu buat keputusan berdasarkan data. 12 tahun data boleh dikutip. Data apa yang kita perlu? Data pencemaran air, data pencemaran udara, data kesihatan, semua kita boleh dapat dan tidak pernah ada pelanggaran syarat daripada lesen LYNAS dan kenapa kita hukum mereka pelabur ni? RM3 bilion pelaburan mereka dan sekiranya kita sekat mereka dan berhentikan proses mereka bermakna kita telah menghilangkan keyakinan pelabur-pelabur asing kepada keputusan yang kita buat.
Yang kedua Yang di-Pertua, kita juga mengharapkan bahawa hasil yang diberikan kepada kawasan-kawasan industri ini, saya sokong cadangan daripada Yang Berhormat Cheka supaya dikembalikan certain percentage, dengan izin, beberapa peratus kutipan hasil daripada kawasan industri yang telah kita wartakan ini. Pekan ada automotif, di Gebeng kita ada industri kimia dan petrokimia dan di kawasan-kawasan lain, semua ini dan namun kawasan industri yang ada ini infrastrukturnya amat menyedihkan.
Kawasan saya contohnya, kawasan Perindustrian Gebeng daripada sempadan Kemaman sehinggalah ke bandar Kuantan adalah kawasan yang mempunyai loading yang berat, nilaian lalu lintas, pelbagai muatan tidak kurang daripada 100 tan satu kontena lalu kawasan itu. Maka loading dia tak sama dengan kawasan di Lipis. Tak sama, beban dia tak sama. Maka kerosakan dia akan jadi lebih cepat. Kerosakan dia akan jadi lebih teruk dan dalam masa yang sama, jalan yang sama digunakan oleh orang awam. Maka ini yang akan menjejaskan reputasi, kita menyediakan suasana yang kondusif kepada pelabur.
Jadi saya mencadangkan supaya hasil yang dikutip di kawasan industri Gebeng contohnya atau kawasan Pekan dan sebagainya, daripada mana-mana pihak ditubuhkan tabung maintenance, tabung penyelenggaraan infrastruktur supaya sebarang kerosakan di kawasan tersebut boleh dibaiki menggunakan sumber daripada tabung yang disumbangkan ini.
Tidak perlu kita… kita tahu jalan ini jalan persekutuan. Kita kena mohon dana daripada persekutuan. Kerajaan Negeri tak boleh nak buat sebab ini jalan persekutuan. Tapi kalau kita ada tabung penyelenggaraan untuk infrastruktur, jalan raya ke, elektrik ke, air dan sebagainya, maka kita gunakan tabung ini untuk membaik pulih sebarang kerosakan yang berlaku di kawasan yang loading berat ini.
Tuan Yang di-Pertua,
Sama juga saya juga menyambut baik usaha-usaha kerajaan dan ucap tahniah di dalam membangun dan memacu perkembangan ekonomi negeri Pahang. Projek ECRL sedang pesat, sedang bergerak sekarang. Kawasan saya terlibat. Namun apa yang saya perlu berikan cadangan dan juga penambahbaikan di dalam perkara ini adalah...
Er… Beserah, minta laluan sikit.
Sila.
Sebelum pindah kepada agenda. Saya er… pandangan Beserah, saya fikir di antara usaha yang boleh dibuat oleh kerajaan negeri ialah meningkatkan promosi pelaburan luar er… bersama-sama dengan MITI di peringkat Persekutuan untuk… untuk menjalin kerjasama dalam setiap misi pelaburan luar negara. Saya fikir ini antara mekanisme sebab mungkin banyak tempat, banyak pelabur luar yang tidak mengetahui kemudahan yang kita ada di Pahang. Dan dengan cara kita bersama dengan misi tersebut, saya fikir kita boleh meningkatkan daya tarikan kepada pelabur-pelabur luar. Ini pandangan saya.
Saya sokong er… pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Cheka dan saya harap supaya ianya diberikan pertimbangan dan dimasukkan dalam...
Dato' Yang di-Pertua… Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Mohon mencelah hanya untuk sedikit penjelasan, pencerahan sebenar usaha-usaha dari masa ke semasa sebenarnya Kerajaan Negeri, daripada dulu lagi dah memang ada menyertai trade mission, dengan izin, misi pelaburan yang diterajui oleh MITI dengan penglibatan MIDA dan juga MATRADE. Ini memang kita buat.
Pada masa yang sama, misi pelaburan ini juga dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri dengan mengetuai rombongan… rombongan pelaburan er… Singapura, Thailand dan juga ke Eropah. Dan juga begitu juga dengan wakil-wakil kerajaan, masing masing juga er… melaksanakan usaha menarik pelabur dan ini telah pun membuahkan hasillah, insya-Allah jadi mana hanya untuk penjelasan, macam saya mohon supaya penjelasan ni tidak menampakkan seolah-olah kerajaan negeri tidak mengambil inisiatif atau tidak melibatkan diri dalam misi pelaburan.
Tetapi sepertimana yang kita sedia maklum, tadi Yang Berhormat daripada Beserah maklumkan misal contohnya Selangor, Johor, Pulau Pinang. Mereka mempunyai advantage yang berbeza. Macam orang main golflah. Saya tak… i'm not a golfer, dengan izin, saya bukan golfer tapi handycap lain-lain, kedudukan kita. So kita kena fikirkan yang terbaik, misal contohnya. Jadi, terima kasihlah.
Terima kasih. Sila Beserah, sambung.
Terima kasih penjelasan daripada Wakil Kerajaan tadi. Ya, kita menyertai misi itu kita akui. Memang sentiasa tapi persaingan dengan negeri lain pun kita perlu ambil kira sebab negeri lain pun menyertai misi yang dibuat oleh MITI ataupun MAIDA. Maka inilah yang kita perlu buat bahawa bagaimana kita nak meyakinkan pelabur, mereka… Pahanglah, first choice. Ha… baru kata Pahang 1st.
Yang BerhormatTuan Yang di-Pertua,
Baik. Projek ECRL di tempat saya sedang berjalan pesat, begitu juga dikatakan bahawa kita akan ada projek lapangan terbang, di kawasan saya. Saya ucap terima kasih di atas usaha ini untuk memajukan dan juga memberikan limpahan nikmat kepada rakyat. Namun, projek yang dicadangkan ini perlu tidak memberikan ganggu-gugat ataupun perlulah dilaksanakan secara baik. Ada beberapa isu yang perlu kita halusi dan juga perlu kita tangani dengan baik.
ECRL contohnya. Saya dihubungi oleh beberapa orang penduduk di kawasan saya di Kampung Kubang Ikan, Chendor. Melibatkan 20 keluarga yang tanah mereka kena ambil sebab projek ECRL. Tapi yang malangnya, tidak ada satu pihak pun daripada kerajaan yang datang berjumpa dengan penduduk beritahu benda ni yang tanah mereka kena ambil. Yang datang dan jumpa adalah pihak konsultan. Bagaimana pihak konsultan boleh datang jumpa padahal pengerusi JKKK pun tak tahu? Tok Penghulu pun tak tahu.
Maka ini kelemahan yang kita perlu urus dengan baik. Maka bila orang ketiga, pihak ketiga datang, beritahu bahawa, "Encik… Pakcik, tanah Pakcik nak kena ambil ni. Rumah ni kena roboh dah ni, laluan ni”. Terkejutlah orang kampung. Datang jumpa saya, "YB, saya nak duduk mana?" Menangis… menangis, ya sudah pasti, dia duduk situ. 40 tahun, beranak cucu tapi tiba-tiba tanah kena ambil tanpa sebarang makluman daripada pihak kerajaan. Yang datang beritahu adalah pihak konsultan yang minta supaya dia diambil supaya jadi konsultan bagi pihak penduduk, yang ini berlaku.
Maka saya harap tambah baik cara kita melayan rakyat di dalam kita nak mengembangkan atau membangunkan negeri. Mereka yang telah duduk, yang ada geran, sudah ada 10 keluarga. Yang tak ada geran, ada 10 keluarga. Yang tak ada geran ni pula lagi sedih kerana dimaklumkan pihak ECRL tak akan bayar. Mereka dah duduk situ. Mereka ni duduk situ hanya untuk tapak rumah, Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Ada 2 minit lagi.
Yang Berhormat Dato’ Sri, saya ingin mencelah sikit.
Mencelah banyak Yang di-Pertua, banyak buang masa.
Boleh ADUN Beserah?
Boleh, saya benarkan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Negeri kita ni bukan mengamalkan jungle law. Tu yang pertama. Saya nak pastikan bahawa ada prosedur, ada tatacara dan ada engagement. Cuma saya tidak dapat maklumat lengkap. Insya-Allah, saya akan jawab dalam penggulungan. Tidak mungkin kerajaan boleh ambil begitu saja tanpa berjumpa dengan tuan milik tanah. Saya rasa mungkin ada misscommunication, kekeliruan ataupun mungkin ada bisikan-bisikan yang negatif menyebabkan berlakunya. Insya-Allah, saya akan jawab dalam penggulungan, Yang Berhormat. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya harap dapat diberikan sedikit pertimbangan sebelum sebarang tindakan. Sebab ada sebahagiannya, Yang Berhormat untuk makluman Dewan, sebahagiannya bila konsultan datang, “Pakcik kena pindah, kena cari rumah sewa”. Terpaksa pindah, cari dah rumah sewa. Benda ni kita tak tahu kepala ekor lagi ni. Jadi saya harap cara kita melayan, berkomunikasi dengan rakyat perlu diperbaiki, perlu ditambah baik supaya tidak timbul persepsi-persepsi negatif atau dibatuapikan oleh pihak-pihak lain. Jadi itu yang pertama.
Yang kedua, saya juga ingin menyentuh Titah Diraja tentang perumahan. Saya ucap tahniah, syabas Kerajaan Negeri Pahang. Cemerlang di dalam usaha untuk nak memberi rumah mampu milik kepada rakyat. Banyak projek, rumah PR1MA ada, rumah makmur ada, RRP ada, macam-macam projek. Ini adalah usaha yang perlu kita berikan sokongan dan Titah Diraja juga minta supaya ditambahkan lagi. Saya sokong supaya kita menambahkan rumah. Cuma, satu perkara yang perlu kita tambah baik juga adalah jaminan kepada mereka yang telah membeli ni.
PR1MA Cherating sepatutnya siap pada tahun 2020. Hari ini jadi hutan balik. Pembeli telah bayar. Sebahagian mereka kena keluar RM15,000.00. 10%, 150... Rm15,000.00. Tapi sampai sekarang rumah tak ada. Bila datang jumpa, pemaju lari dah. Dua kontraktor dah lari. Bila pembeli datang jumpa Bahagian Perumahan, perumahan kata kena runding dengan pemaju. Bila minta dengan pemaju nak refund RM15,000.00, pemaju kata kita tak boleh bayar RM15,000.00, kita boleh bayar separuh je. Nak ambil… ambil, tak nak kena bawa ke mahkamah. Inikah cara kita nak… nak bantu rakyat?
Cuma sekarang ni bukan salah kerajaan 100%, tidak kerana jaminan bahawa hak mereka dilindungi daripada perkara-perkara ini. Kontraktor perlu diberikan tanggungjawab dan bertanggungjawaban. Sekiranya berlaku kegagalan, pembeli perlu dilindungi. Hak mereka perlu diutamakan. Jangan kita anggap sebab bila pemaju kata, “eh, kami dah bayar kerajaan banyak ni. Tak boleh nak bayarlah”.
Yang Berhormat Dato' Pengerusi,
Ingat ini, minta izin sikit. Dia biasanya, bawah Akta Perumahan memang ada. Malahan kita wujudkan tribunal, macam mana yang ADUN Teruntum wakil kerajaan maklumkan. Kita ada tribunal, housing tribunal, yang mana segala complaint, aduan kita akan ajukan dan pihak yang terbabit ini akan buat siasatan. Jadi memang ada, dia
ada ini er... hak masing masing dan perkara ni hendaklah dirujuk kepada er... agensi yang bertanggungjawab. insya-Allah.
Terima kasih er… Wakil Kerajaan.
Minta Wakil daripada Beserah gulung.
Cuma… cuma kita faham cuma kita harap Kerajaan jadi pemudah cara kepada… kepada rakyat ini jangan kita tending, jumpa Perumahan kata macam ni, jumpa pemaju kata dia tidak ada tanggungjawab. Kita jadi pemudah cara kepada orang pembeli ini. Mereka pun tidak tahu tribunal dan sebagainya maka ini yang kita harapkan tambah baiklah.
Saya pergi kepada perkara lain. Pihak PBT terutamanya Majlis Bandaraya, tahniah kerana usaha yang baik di dalam er... mewujudkan Bandar Lestari banyak usaha-usaha telah dibuat oleh pihak Majlis Bandaraya Kuantan untuk mengindahkan bandar Kuantan, mencantikkan landskap kawasan-kawasan...
Minta gulung Yang Berhormat ya.
Ya… ya hampir nak gulunglah ni, sekejap lagi. Berapa banyak ni kita ganggu sikitlah ya Tuan Yang di-Pertua. Er… maka tanam pokok supaya ada… ada cantik dan sebagainya cuma yang perlu ditambah baik adalah maintenance pokok tu. Kadang-kadang pokok ni sampai nak rebah dah dan satu kes di kawasan saya, 19 Januari 2023. Kawasan taman permainan, pokok tumbang ribut hempap budak mati seorang, patah tangan 1 orang, 6 butir kereta... 6 buah kereta rosak. Tidak ada wakil daripada Majlis Bandaraya datang jumpa mangsa ni. Yang ada malam tu masa nak kebumikan mangsa ada bagi duit RM500.00 lepas tu tak datang langsung.
19 Januari 2023, saya cuba hubungi Majlis Bandaraya nak jumpa supaya apa sebenarnya yang boleh dibantu mereka ni. Kereta baru beli di… dihantar bengkel kos RM15,000.00, hempap teruk. Jadi maksud saya pokok tu kalau dah tanam tu cantik. Tapi kalau rasa dah orang dah buat aduan, merbahaya perlu tebang, tebanglah. Sebab kalau orang tebang kena saman. Saya difahamkan setiap pokok tu diinsuranskan.
Maka kalau pokok ni hempap atau ada mangsa atau ada kerugian, perlu diberi ganti rugi, kena datang pihak wakil daripada PBT kena jumpa mangsa beritahu, kena pandu mereka, kena nak buat tuntutan, bagaimana? Buat apa? Ini tidak ada sehingga terpaksa mereka engage lawyer buat duit lagi untuk dapat hak mereka. Yang ini saya rasa perlu ditambah baik. Cantik dah bandar hias dan sebagainya. Tapi pihak er… bahagian penyelenggaraan perlu kita tambah baik.
Yang di-Pertua,
Saya juga nak… nak tutup dah ni. Er… saya tertarik dengan Wakil daripada Benta dulu, sekarang pun masih lagi menjaga perikanan dan pertanian yang melabel ataupun yang memberikan gelaran 'unsung heroes' kepada para nelayan. Saya rasa itu adalah gelaran yang sangat tepat kerana kalau tanpa mereka kita tak boleh makan ikan ni kecuali orang mungkin Jenderak dia ada kolam ikan, dia ada dan sebagainya lainlah.
Kita ni nak pergi ke laut tak boleh nelayan ni yang tolong kita tapi nasib mereka perlu kita berikan keutamaan. Mereka di kawasan saya ada 5 sungai, muara sungai yang telah cetek. Nelayan terpaksa ber... bersabung nyawa untuk nak pergi ke laut, terpaksa daratkan bot di tengah laut. Waktu surut tak boleh masuk muara dah… dah timbul dan perkara ini telah dibangkitkan lebih 20 tahun... lebih 20 tahun. Tidak ada satu pun muara sungai di kawasan saya yang telah diusahakan untuk nak perbaiki makna tempoh 20 tahun kalau 2 tahun 1 projek cukup dah selesai dah tapi satu pun tak ada bermakna macam nelayan ini rasa diri mereka ini tidak dihargai usaha mereka jadi kita kata mereka ‘unsung heroes’ tapi nasib mereka kita tidak dapat nak bagikan keutamaan.
Jadi saya harap projek mendalamkan ataupun me… melebarkan muara sungai untuk nelayan… jeti-jeti nelayan ini kita berikan perhatian sekurang-kurangnya ada perancangan 2 tahun sekali lagi ke ataupun satu tahun satu.
Tuan Yang di-Pertua, banjir satu lagi…
Yang Berhormat, kita ramai lagi orang ni kita kena ada yang ini pun curi masa orang ni pun tak betul juga ni.
Ya… ya... saya tak curi orang curi masa saya banyak juga Yang di-Pertua, jadi curi sama curi ni okey sikit kot saya tak tahu la… [Ahli Dewan ketawa]. Last… last okey, akhir, point saya yang terakhir, satu minit. Banjir kawasan saya juga adalah kawasan yang selalu yang… yang selalu flood prone yang sentiasa banjir…
Dah 20 minit Yang Berhormat.
Banjir di kawasan saya ini disebabkan ada punca dia yang utama sekali adalah kerana er… sistem dia pembentungan tu culvert ini terlalu kecil dah bina 30 tahun dulunya dengan perumahan dan pembangunan yang ada tak cukup nak menampung air hujan 1 jam lebat je rumah tu banjir kerana bottle neck dia duduk di sini juga telah diangkat hampir 20 tahun kalau sekiranya setahun kita belanja RM20 juta untuk nak mangsa banjir kalau kita peruntukkan sekali RM20 juta tu untuk baiki ni.
Yang Hormat Yang di-Pertua, mohon mencelah. Boleh Dato’ Sri? Sekejap je.
Sekejap mencelahnya tu Yang di-Pertua…
Tak. Saya nak tanya juga sebab saya pun isu yang sama lebih kurang…
Ha… nak tanya.
Seorang boleh duduk tak? Boleh?
Terima kasih ADUN Beserah. Boleh Yang di-Pertua?
Macam yang saya cakaplah sebab itu berdiri tu…
Okey saya dengar er… dengar kata daripada ADUN Beserah 20 tahun… 20 tahun tapi saya nak tanya Wakil Beserah pernah tak minta dengan JPS untuk sediakan er… kajian ataupun bajet berapa untuk mendalamkan sungai tu ataupun macam mana? Silakan.
Patut beritahulah pada Menteri dulu.
Dah pernah… dah pernah. kita bukan setakat menteri... sebab itu saya kata 20 tahun tu maksudnya saya dah tanya orang sebelum saya lagi pun dah angkat benda sama telah ada costing, telah ada sistem atau method untuk nak baiki macam mana ada dah cuma duit je tak ada, nak turunkan duit ni…
Ha… itu maksud saya cost itu berapa?
Ha… ada ke tak? Memang besar.
Sebab saya Yang Berhormat Yang di-Pertua, sorry saya fikir macam Sungai Endau di tempat saya tu RM55 juta saya ingat lebih 20 tahun juga lebih kurang. Kos itu tinggi jadi saya nak tahu juga kos yang di Beserah itu berapa lebih kurang?
Tak apa, kita nak minta Beserah gulungkanlah? Kita ramai lagi yang nak berucap ni.
Saya nak gulunglah ni. Banjir tu tadi cuma kalau boleh kita peruntukan untuk katalah untuk satu tahun punya kos kita bantu banjir ni kita perbaiki sistem ini.
Yang Berhormat sila gulung, tolong.
Cuma satu lagi bantuan mangsa banjir. Terima kasih Kerajaan Negeri telah menghulurkan bantuan segera semasa banjir, pindah. Tapi ada lagi mangsa banjir di kawasan saya yang tak dapat kerana mereka tak pindah pada masa itu tapi namanya telah disahkan dan telah didaftarkan mangsa banjir. Cuma dia tak pindah di pusat pemindahan banjir. Dan juga telah dijanjikan akan diberikan bantuan. Tapi sampai hari ni, masih tidak ada… tidak ada… banjir.
Terima kasih Wakil Beserah, saya… saya…
Saya mohon…
Saya… Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya nak menyokong Yang Amat Berhormat Menteri Besar waktu dalam ucapan kita ada one off budget yang kita dah lulus untuk Pahang ni sebenarnya RM2 bilion untuk atasi banjir. Saya mengalu-alukanlah er... Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memastikan bahawa bajet yang telah kita allocate untuk banjir semua kawasan dapat kita perkasakan, insya-Allah. Dan saya pun dah bincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya projek-projek yang dah diluluskan di peringkat negeri Pahang ni dapat diproceed dan janji beliau dia akan teruskan jadi mohon insya-Allah, kerjasama yang baik ini daripada Kerajaan Negeri saya yakin isu banjir kita… kita dapat RM2 bilion, insya-Allah, kita… banyak tempat boleh selesai. Terima kasih.
Okey Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih di atas er… bagi masa kepada saya lebih dan saya mohon menyokong, terima kasih.
Terima kasih Wakil daripada Beserah, 8 minit lebih. Sila, Wakil daripada Ketari.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mengucapkan terima kasih er… atas peluang yang diberikan kepada Ketari dan membenarkan saya membahas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang sempena dengan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Yang Ke-15 pada 8 Mei 2023 yang lalu. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan merafak sembah dan menjunjung kasih atas Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang telah menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Yang Ke-15. Saya mengalu-alukan Titah Tuanku yang menyentuh dan menekan keperluan untuk Kerajaan Negeri dan juga Ahli-ahli Berhormat di dalam negeri Pahang yang mulia ini terus menjaga keharmonian serta kegemilangan untuk membangun ekonomi dan fizikal serta meningkatkan pendapatan negeri demi kemakmuran rakyat negeri Pahang.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Sri atas pelantikan Dato' Sri sebagai Yang Berhormat Speaker Dewan Yang Mulia ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada YB Bilut yang telah dilantik sebagai Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Pahang. Saya penuh yakin pelantikan Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua ini akan membawa Dewan Yang Mulia ini ke tahap demokrasi dan kelancaran persidangan yang lebih tinggi dan teratur.
Dato' Yang di-Pertua,
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail atas yang telah mendapat kepercayaan Ahli Dewan Negeri dan sekali lagi telah dilantik sebagai Menteri Besar Pahang serta [Ahli Dewan menepuk meja] EXCO Kerajaan Negeri Pahang.
Pasca Pilihanraya Umum Ke-15. Ia juga merupakan taktik… detik yang bersejarah di mana pada pertama kalinya, satu Kerajaan Perpaduan telah ditubuhkan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Jelai. Saya penuh yakin Kerajaan Perpaduan dengan pimpinan Yang Amat Berhormat Jelai akan menumpu perhatian sepenuhnya dan bekerja keras untuk memastikan kesejahteraan, kemakmuran dan keharmonian rakyat negeri Pahang senantiasa diutamakan dan terpelihara.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Izinkan saya mengambil peluang perbahasan Titah Diraja Pemangku Raja Pahang untuk membangkitkan beberapa isu berkaitan dengan kawasan saya Ketari. Yang pertama, Infrastruktur Pembekalan Air di bawah PAIP. Memang banyak Ahli-Ahli Yang
Berhormat di dalam Dewan ini telah membangkitkan isu bekalan air yang… dalam perbahasan masing-masing. Kawasan DUN Ketari juga tidak terkecuali dan ia adalah pengetahuan umum bahawa isu kebocoran paip air adalah satu masalah yang berlaku hampir setiap hari, daripada Kg Perting ke kawasan Janda Baik.
Masalah kebocoran paip air kerap berlaku dan hampir pada setiap hari, Pejabat Pusat Khidmat saya akan menerima aduan berkenaan kebocoran paip di kawasan saya. Kebocoran paip air ini yang sering berlaku ini boleh menyebabkan kerugian dari segi kewangan di mana Non Revenue Water dengan izin, air yang tidak berhasil menjadi satu isu serius yang dihadapi oleh kita di negeri Pahang. Mujur, ingin saya rakamkan di sini bahawa pihak PAIP memang selalunya mengambil langkah yang secepat mungkin untuk membaiki dan/atau menyelesaikan aduan yang dibuat oleh Pejabat saya.
Saya memang faham bahawa masalah yang dihadapi sering kali adalah disebabkan sistem perpaipan yang uzur dan usang. Paip-paip tersebut perlu diganti semula, terutamanya di kawasan Janda Baik. Kita juga faham bahawa kerja-kerja penggantian paip-paip ini memerlukan peruntukan yang besar dan… untuk menyelesaikan masalah ini.
Jadi saya di sini, ingin berharap pihak Kerajaan mengambil inisiatif dan perhatian berkenaan dengan isu ini dan berusaha untuk memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan/ataupun kerjasama daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) untuk menyelesaikan masalah yang dibelenggui rakyat ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya dan rakyat Pahang boleh mendapat perkhidmatan air yang lebih baik selain daripada mengurangkan kerugian akibat kerugian air yang dirawat.
Isu yang keduanya, ingin saya bangkitkan adalah berkenaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Janda Baik. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pelangai, EXCO KPKT yang telah memberi jawapan secara panjang lebar berkenaan pertanyaan saya mengenai Rancangan Kawasan Khas (RKK) ini. Kita semua sedia maklum, kawasan Janda Baik memang merupakan kawasan pelancongan yang amat berpotensi tinggi untuk dimajukan dengan perancangan yang baik daripada Kerajaan Negeri.
Namun begitu, saya berpendapat sebarang perancangan untuk membangun kawasan tersebut perlu mengambil kira ekosistem dan corak kehidupan yang telah wujud sekian lama di kawasan Janda Baik. Memang saya akui bahawa terdapat beberapa infrastruktur yang perlu dinaik taraf seperti sistem pembekalan air yang sering bermasalah dan juga sistem pembuangan sampah-sarap yang amat berkurangan di kawasan tersebut dan juga pembangunan yang tidak terancang.
Jadi, saya percaya masalah ini boleh diatasi oleh agensi-agensi berkenaan dengan komitmen dan perancangan yang betul. Ingin saya rakamkan di dalam Dewan Yang Mulia ini bahawa kebanyakan penduduk-penduduk sekitar amat risau dan bimbang bahawa RKK ini akan menjejaskan mata pencarian dan corak kehidupan yang wujud di kawasan tersebut.
Saya tertarik dengan jawapan YB EXCO yang telah mengatakan bahawa RKK ini ditangguhkan oleh Kerajaan Negeri untuk mendapat engagement dan maklum balas dengan penduduk-penduduk sekitar. Ini adalah satu er… alasan atau sebab yang baik untuk kita mendapat pendapat dari semua er… penduduk sekitar tersebut.
Di sini, saya amat berterima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri yang mengambil maklum bantahan daripada penduduk terhadap RKK tersebut dan saya amat yakin Kerajaan Negeri akan mencari jalan penyelesaian secara “win-win” kepada semua pihak yang terlibat.
Di sini, saya berharap Kerajaan Negeri mempercepatkan dan mempertingkatkan usaha untuk mengadakan perjumpaan dengan penduduk sekitar di Janda Baik untuk mendapatkan maklum balas yang betul dan tepat.
Pada pendapat saya, apa yang penting adalah kita harus menjaga ekosistem dan juga pelihara alam sekitar, terutamanya kawasan Janda Baik yang agak… yang agar tempat tersebut yang boleh dianggap sebagai satu khazanah alam yang berpotensi dapat di bangunkan tanpa mengusik dan menjejaskan ekosistem dan alam sekitar yang unik.
Pendekatan sedemikian juga adalah selari dan senada dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang mengatakan bahawa kesemua pembangunan ataupun pelaburan tidak mencemar alam sekitar dan dalam usaha kita mengejar kemajuan negara dan negeri, kita tidak boleh sama sekali membelakangkan alam sekitar dalam kehidupan.
Isu yang ketiga ingin saya bangkitkan adalah Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak. Untuk makluman Dato’ Sri Yang di-Pertua, Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak adalah merupakan satu lebuh raya yang utama yang amat sibuk, terutamanya pada musim perayaan, musim cuti dan juga pada hujung minggu. Di kawasan Kampung Bukit Tinggi, iaitu kawasan susur keluar-masuk kawasan Bukit Tinggi adalah merupakan kawasan hotspot yang mana kemalangan jalan raya sering berlaku kerana keadaan lebuh raya dan juga kekurangan lampu jalan di kawasan tersebut.
Untuk langkah pengurangan kes kemalangan dan mengurangkan risiko kemalangan di kawasan tersebut, saya mencadangkan agar langkah-langkah yang sewajarnya diambil segera seperti pemasangan tanda-tanda keselamatan ataupun kita panggil road furniture agar pengguna-pengguna lebuh raya lebih berhati-hati dan cermat apabila kita er… mereka melalui kawasan tersebut. Saya juga amat berharap pihak pengurusan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak boleh mengambil langkah segera untuk memasang lampu jalan di kawasan tersebut agar ia dapat mengurangkan kes-kes kemalangan yang berlaku hampir setiap minggu di kawasan tersebut.
Isu yang keempat ingin saya bangkitkan adalah tentang Pembangunan Ekonomi Negeri Pahang. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan atas pelaksanaan projek ECRL yang sedang giat dan pesat dijalankan. Mudah-mudahan, dengan penyempurnaan dan pelancaran ECRL sepanjang 665 kilometer ini pada tahun 2027 ia akan memacu aktiviti komersial, menarik lebih pelaburan, meningkatkan peluang pekerjaan dan merangsangkan sektor ataupun aktiviti pelancongan di negeri Pahang.
Dalam pada itu, saya amat yakin Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Jelai akan membuat perancangan jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang dan membawa kemakmuran dan pembangunan pesat yang akan memanfaatkan keseluruhan rakyat negeri Pahang ini. Saya percaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri mempunyai pelan pembangunan dan perancangan untuk menarik pelaburan ke negeri kita. Saya cadangkan satu “blue-print” jangka masa panjang disediakan untuk membangun sektor pelancongan di negeri kita, terutamanya di kawasan DUN Ketari.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Negeri Pahang memang mempunyai kelebihan dari er… dalam sektor pelancongan yang mana ia dapat dibangunkan dengan perancangan yang rapi dan teliti. Sebagai contoh, di kawasan saya, iaitu kawasan Janda Baik terutamanya Bukit Tinggi dan juga Genting Highlands serta kawasan-kawasan berdekatan mempunyai potensi yang amat baik untuk dibangunkan dari segi pelancongan. Malah, destinasi Genting Highlands adalah satu destinasi pelancongan yang amat terkenal di kalangan rakyat Malaysia dan juga di persada antarabangsa.
Dan juga dari segi automotif, negeri Kuantan er… negeri Pahang memang mempunyai sektor pembuatan automotif yang sedang pesat membangun terutama di… di dalam daerah Kuantan dan dengan pelancaran ECRL pada tahun 2027, saya yakin sektor pembuatan automotif ini juga akan dapat dimajukan lagi dengan lebih pesat.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Isu yang kelima ingin saya bangkitkan di dalam Dewan Yang Mulia ini adalah bertentangan… berke… berkenaan dengan Rang Undang-Undang - Anti Lompat Parti.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti yang sepatutnya diusulkan untuk perbahasan dan kelulusan dalam sidang DUN kali ini telah terpaksa ditangguhkan ke Sidang yang kemudiannya untuk meneliti beberapa isu yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dipersetujui dan diluluskan oleh kedua-dua pihak dalam Dewan Yang Mulia ini.
Saya berharap kita semua memberi komitmen dan bersatu hati dalam hasrat pembentangan RUU ini kerana rakyat di luar sedang memerhatikan perkembangan landskap politik di Malaysia, terutamanya selepas “Langkah Sheraton” yang menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2020.
Saya berharap isu yang timbul dalam pembentangan RUU ini dapat diselesaikan dangan kadar segera dan satu Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dapat di bentangkan pada sidang yang akan datang. Dengan kelulusan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti, ia akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Ahli-ahli politik yang bakal dipilih oleh mereka. Iannya akan… dengan adanya Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti, saya percaya ia juga menyuburkan dan memarakkan sistem demokrasi di negara kita ini.
Dan er... isu yang terakhir ingin saya bangkitkan adalah berkenaan dengan er... masalah masa menunggu di wad kecemasan Hospital Bentong dan ketiadaan Hospital Pakar di Bentong. Saya berharap Kerajaan Negeri berusaha untuk menubuh ataupun bincang dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapat kelulusan dan peruntukan untuk membina satu Hospital Pakar di daerah Bentong yang kita memang amat-amat memerlukannya. Dengan itu, saya dengan rendah hati memohon Menjunjung Kasih dan menyokong Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Tepat pada masanya. Ini bagus. Seterusnya, kita jemput er... Wakil daripada Kuala Sentul.
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin SWT. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, para pegawai kerajaan, tuan-tuan, puan-puan, assalamualaikum dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Terlebih dahulu saya ingin berucap… mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar serta barisan EXCO yang telah berjaya membentuk kerajaan. Dan saya juga ingin mengucapkan tahniah juga kepada Yang Berhormat Dato' Sri Sharkar Samsudin yang budiman yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri yang terkini. [Ahli Dewan menepuk meja]
Saya bersyukur dan turut menyokong Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang semasa meras... merasmikan Dewan Undangan Negeri pada 8 Mei yang lalu. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pengundi DUN Kuala Sentul termasuk para pengundi muda kerana memberi saya kepercayaan untuk mewakili DUN Kuala Sentul. Insya-Allah, saya akan terus berbakti kepada Kuala Sentul dengan sebaik- baiknya.
Di samping itu saya memegang amanah dengan meneruskan niat idealisme dan perjuangan membangunkan Pahang yang lebih baik yang berasaskan dasar-dasar induknya dan nilai-nilai makruf seperti kebenaran, keadilan dan keharmonian dan menentang unsur-unsur mungkar seperti kepalsuan, kezaliman dan kehuruharaan. Kita mesti meningkatkan kerja-kerja is... islah, pembaharuan dan reformasi dalam dasar-dasar, sistem-sistem dan institusi-institusi kita termasuk reformasi di Dewan Yang Mulia ini serta membasmi kereputan politik wang, rasuah dan nepotisme.
Yang berhormat Dato' Sri yang di-Pertua,
Di Parlimen Malaysia wujudnya jawatan rasmi yang digelar ketua pembangkang dan ketua pembangkang ini mempunyai keistimewaan atau kelebihan-kelebihan tertentu. Terutama dari sudut semak dan imbang, check and balance, dengan izin. Maka dengan ini saya ingin mencadangkan agar jawatan Ketua Pembangkang DUN Pahang diwujudkan. Saya memohon agar Yang Berhormat, yang budiman sekalian untuk menyokong agar jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pahang ini diwartakan.
Saya yakin perwartaan ini akan membuka lembaran baru terhadap politik negeri Pahang dan sekali gus menandakan bahawasanya Pahang mungkin makin matang dalam melayari arena demokrasi.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Kerajaan kini perlu bertindak dan bersikap inklusif. Kenapa perlu inklusif? Kerana kita ini semua berkhidmat untuk rakyat. Rakyat wajib mendapat khidmat yang terbaik dari semua Ahli Yang Berhormat tidak kira dari kerajaan atau YB-YB Pembangkang. Kita semua sama.
Saya suka memuji sikap dan memuji sikap terbuka Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar apabila beliau semalam menyatakan beliau akan Menjunjung Titah Tuanku demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat jelata.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, sebelum titah pun dah… dah banyak dah.
Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat. Bila seorang bercakap seorang lagi kena duduk. Ha… tu peraturan dalam dewan.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, sebelum titah pun kita dah buat. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Kita selalunya bila dapat itu, senyap saja.
Itu ada masalah sikit.
Kita... kita maklum perkara itu. Tapi ada beberapa perkara yang bermain di benak fikiran saya contohnya hal-hal melibatkan penggunaan premis-premis tertentu seperti dewan dan balai raya untuk tujuan program rakyat.
Saya mohon janganlah premis-premis ini eksklusif sangat dan bagilah kami kalangan YB Pembangkang untuk menggunakannya juga. Sebagai contoh, baru-baru ni kita mengadakan er... Ahli Dewan Negeri kawasan Maran, di Maran. 3 Ahli Dewan Negeri mengadakan majlis rumah terbuka dan kami terpaksa menggunakan tapak dan meletakkan crusher run, batu-batu untuk mengadakan majlis. Jadi kami mohon pertimbangkan perkara ni.
Yang berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang kelmarin memperlihatkan keperhatinan... keprihatinan Tuanku kepada pemasalahan rakyat. Antara yang sangat signifikan adalah mengenai peranan pembangkang dalam mengambil peluang ini untuk memuji inisiatif peranan pembangkang dalam membangun negeri Pahang ini.
Justeru, saya ingin mengambil peluang ini untuk memuji inisiatif yang telah diambil oleh YB EXCO Perumahan di atas inisiatif berkat... berkaitan perumahan yang telah beliau ambil seperti moratorium LPS... LPPSA dan tindakan segera beliau dalam menanga... menangani isu rumah retak di Tanjung Lumpur. Yang baik kita puji, yang tidak baik kita akan bantah. Namun masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki.
Contohnya, duit pembelian pendahuluan pembelian rumah yang rata-rata rakyat tidak mampu. Jika harga rumah RM150,000.00 maka pendahuluan adalah RM15,000.00 iaitu lebih kurang 10%. Yang mana masih ramai rakyat tidak mampu. Ingin saya sarankan agar Kerajaan Negeri fikirkan jalan penyelesaian terbaik sama ada turunkan
wang pendahuluan ini ke 5% atau wujudkan sistem kewangan khas untuk pin... pinjaman dan jual beli.
Contoh mudah, kalau kita beli motosikal di kedai motosikal dan kita boleh meminjam dari kedai... kedai tersebut. Jadi kalau boleh difikirkan perkara yang sama, alhamdulillah. Dan ini akan mewujudkan kemudahan pinjaman kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Selain dari itu, saya juga cadangkan agar sistem sewa beli diperkenalkan semula tapi kerajaan hari ini perlu ada SOP yang dapat menjamin kutipan sewa yang lebih konsisten. Acap kali saya terima aduan daripada rakyat, yang memohon agar sewa beli diperkenalkan kembali. Saya sedia maklum, memang ada segelintir penyewa yang liat untuk buat bayaran bulanan. Tetapi ianya bukan alasan kerana sekiranya ada penguatkuasaan yang ampuh maka skim sewa beli ini boleh diteruskan.
Satu perkara lagi adalah mengenai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). Terus-terang saya katakan ianya hanyalah membebankan rakyat dan berkonsep double dipping, mohon izin iaitu proses yang sama diulangi sekali lagi walaupun submission hanya di SJKP tetapi perlu juga melalui bank. Apa kata kalau diwujudkan sistem yang bersepadu yang berkonsepkan one stop centre, dengan izin. Yang kedua adalah kadar bunga yang tinggi dibantu pula dengan kenaikan OPR yang diumumkan oleh Kerajaan Madani, akan menyulitkan lagi rakyat Pahang untuk memiliki rumah.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Hal melibatkan cukai perniagaan dan komersial oleh Kerajaan Negeri saya nak cakap mudah saja, kalau cukai naik, harga naik. Jadi saya sarankan agar segala cukai yang pernah diberi... diberitakan naik sehingga 100% itu dipertimbangkan semula. Hal ini kerana bila cukai perniagaan naik maka akan... yang akan menanggung akibat kenaikan ini adalah pengguna dan rakyat keseluruhannya.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Rakyat di Kuala Sentul telah memilih saya sebagai Wakil Rakyat mereka dan saya melihat banyak perkara yang perlu dibangkitkan. Antaranya, yang pertama, penggunaan premis seperti dewan, balai raya untuk program rakyat dan kemasyarakatan oleh pihak pembangkang. Sekali lagi saya mohon kepada pihak kerajaan untuk berilah kita untuk menggunakannya.
Yang kedua, jalan raya di Jengka 2 yang perlu diperbaiki. Saya difahamkan, MARRIS yang sudah menerima dana dari Kerajaan Persekutuan sebanyak RM400 juta. Jadi mohon disegerakan pembaikpulihan jalan ini termasuklah jalan-jalan yang disebut oleh YB Beserah tadi.
Yang ketiga, kawasan tarikan pelancong di Lubuk Yu yang telah wujud sekian lama tetapi tiada promosi atau apa program... apa-apa program yang dijalankan. Jadi saya mohon kepada YB EXCO Pelancongan, kalau kita boleh berkolaborasi mungkin kita boleh memajukan pusat pelancongan ini di Kuala Sentul.
Yang keempat adalah isu sekolah KAFA di Kawasan Kuala Sentul. Isunya adalah jumlah kelas yang tidak mencukupi dengan pertambahan pelajar-pelajar. Sebagai contoh di Kuala Sentul ada 2 kelas sahaja untuk pelajar-pelajar KAFA ini yang memerlukan sebanyak 6 kelas. Jadi saya mohon...
Yang Berhormat boleh gulung.
Saya mohon kalau boleh er... diberi peruntukan...
Sila gulung.
Okey yang terakhir, generasi ke-2 ya, rumah generasi ke-2 ni ada generasi ke-2 yang membina rumah di kawasan rumah utama. Jadi, masalah yang dihada… dihadapi ialah tidak dapat elektrik ya untuk dimasukkan. Jadi er... kebenarannya adalah daripada Pengurus FELDA. Jadi saya mohon kalau boleh EXCO FELDA yang dapat... dapat berbincang dan mencari penyelesaian untuk masalah ini.
Jadi, er... sebelum gulung, saya… saya pantunlah ya Dato' Sri Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Sarapan pagi di Parlimen Maran, Minum petang di Kuala Sentul, Rakyat di luar memberi harapan, Agar kerajaan buat yang betul.
Sekian, wassalamualaikum. Menjunjung kasih Titah Tuanku, Kuala Sentul menyokong.
Terima kasih Wakil dari kesu... daripada Kuala Sentul kita mintak Wakil daripada Inderapura.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang di-Pertua... Dato' Sri Yang di-Pertua Dewan. Alhamdulillah (Bacaan dalam Bahasa Arab). Alham… alhamdulillah dapat saya mengambil bahagian dalam perbahasan Dewan kali ini. Sidang DUN yang Ke-15, Penggal yang Ke-2. Sebelum saya pergi jauh, marilah kita sama-sama merafak syukur ke hadrat Allah SWT. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW, atas nikmat dan kurniaanNya maka saya selaku Ahli yang dipilih bagi kawasan DUN Inderapura dapat mengambil bahagian dalam Sidang Dewan kali ini lebih-lebih lagi untuk membahas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Pemangku Pahang.
Lepas itu, saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah terutama kepada Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua atas pelantikan begitu juga Dato' Sri er... Timbalan Yang di-Pertua Dewan juga atas pelantikan kedua-dua dan tidak lupa juga saya kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang sekali lagi telah terpilih untuk menjawat jawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, tahniah.
Untuk diri saya, saya hadir dalam Dewan ini sudah 5 penggal. Sudah 5 penggal, ham.... menghampiri usia 20 tahun. Alhamdulillah, dengan izin Allah semua. Jadi atas sifat itu, saya ingin membaca sepotong ayat Quran. Doa… doa. (Bacaan dalam Bahasa Arab). Dan pastinya saya seorang yang beragama Islam. Walaupun parti saya parti UMNO Barisan Nasional, agama kalimah saya nak masuk, nak mati (Bacaan dalam Bahasa Arab). Itu prinsip pertama dan alhamdulillah, rakyat telah memilih saya untuk berkhidmat lagi. Walaupun rakan-rakan saya dalam satu daerah, saya je yang tinggal, Alhamdulillah tapi saya nak melahirkan rasa syukur saya kepada Allah SWT buat sekian kali ini. Jadi saya terpaksa juga membawa harapan rakyat. Satu harapan rakyat sebelum saya beri kepada makna ayat Quran tadi ya.
Harapan rakyat di kawasan saya ini demografi dia tak... bukan kampung sangat tetapi dia juga dalam bentuk urban dan sub urban. Demografinya pula ada nelayan, ada petani, ada pekebun sayur. Yang pekebun sayur itu hantar sampai Pasar Borong Selayang. Tapi malangnya radius kawasan saya ini tak jauh, dekat je dengan Kuantan, 15 km, 20 km. Sampai saya berkhidmat ni saya tak pernah claim elaun perjalanan dalam kawasan. Saya tak layak untuk claim elaun perjalanan di kawasan sebab radius dia tidak mencukupi 50 km.
Jadi saya antara yang paling rugi. Tapi saya untung sebab pengundi saya hanya 18,000, 45 minutes around, saya boleh melawat semua kawasan saya. Alhamdulillah, ini izin Allah. (Bacaan dalam Bahasa Arab) apa ni.... (Bacaan dalam Bahasa Arab) ya. Nikmat yang Allah berikan kepada saya sebagai Wakil Rakyat boleh berkhidmat di kawasan yang menyebabkan saya boleh menang lagi, alhamdulillah.
Jadi isunya tempat saya ini, saya harap pihak kerajaan, terutamanya pembekal monopoli elektrik. Negara kita ini ada satu je pembekal elektrik. Tidak ada orang lain dah iaitu Tenaga Nasional Berhad. Satu kawasan saya itu tak ada api, pakai generator, saya amat terkejut. Bila saya dah utarakan pihak ini kena pulak RM100,000.00. Dia pulak, orang yang mohon elektrik tu kena, pasal dia under power. Kena buat subseksyen baru. Allahuakbar. Saya harap kepada pihak-pihak kerajaan ni yang bertanggungjawab, tolonglah rakyat.
Yang Berhormat, Yang Berhormat baru tahu ke tempat tu tak ada api?
Baru tahu pasal dia bawa mengadu.
Allah... 20 tahun. [Ahli Dewan ketawa]
Ya. Tapi menang lagi. Menang lagi.
Menang kalah tak kira. Tapi baru tahu tu itu pelik sikit.
Ha itulah... itulah [ketawa]. Aduh... ni tadi saya sedih saya sedih dan saya pun telah menyampaikan perkara ni kepada pihak-pihak berwajib untuk diambil tindakan sepatutnya. (Bacaan dalam Bahasa Arab). Kepada ibu bapa saya alhamdulillah, semasa saya jadi Wakil Rakyat, bapa saya masih ada hingga hari ini saya masih menumpang dengan ibu saya, dapat menumpang kasih dengan ibu. Alhamdulillah, (Bacaan dalam Bahasa Arab) saya dapat bersama-sama dengan ibu sampailah tahap pencapaian saya hari ini. [Ahli Dewan menepuk meja]
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Bab elektrik dah sudah, ini bab banjir pula. Semua orang cerita bab banjir. Memang tempat saya ada projek tebatan banjir. Betul, well done, very good. Tapi, bila manusia merancang, there is no perfection. Tidak ada perfection in design or whatever. Mesti ada kelemahan-kelemahan tertentu. Itu atas sifat baharu, sifat manusia yang baharu. Saya ingat masa mula-mula Projek Tebatan Banjir Sungai Belat dirancang, dia ada buat public engagement. Saya terlibat, saya ingat er… ahli… isteri ahli daripada Benta pada ketika itu saya berjumpa saya tak kenal lagi isteri dia. Tiba-tiba saya kenal, oh yang ini rupanya er… tapi ada sejarah tapi public engagement ada sehingga Projek Tebatan Banjir Sungai Belat itu dah mengalami 2 kali banjir.
Yang sedihnya, saya tak tahu macam mana perancangan 2 kali banjir, masih tiada elektrik lagi. Lah… sebab cerita elektrik juga. Saya terpaksa kait. Seolah-olah perancangan kerajaan ini tidak ada synchronize antara pihak-pihak tertentu. Buat dulu, elektrik kemudian. Itu yang saya terkejut. Tapi saya nak ngaborkan nak cerita ke hal, buat bagus tapi culvert kecil pula, air masuk dalam kawasan tebatan tu nak keluar ambil… ambil masa 2, 3 hari pula dan pula dah… dah kawasan lengkung itu dah tak banjir, orang ada kampung persekitaran kampung itu pula, dah kena banjir pula. Ha… dialah orang yang pertama.
Jadi saya nak ngabor, saya ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan mengambil usaha untuk buat retention pond yang jauh lebih murah. Di Kuantan ini, tidak er… dulu swampy area, kawasan bergambut. Di kawasan bergambut ini ialah merupakan tapak tadahan air. Jadi semua dah menambun untuk jadi perumahan. Luas mana kita nak tebatkan banjir, luar mana kita nak buat kepung-kepungan ini. Jadi kita perlukan satu area yang besar, 10 ekar ke, 20 ekar ke, untuk sebelum air mengalir ke sungai kita salurkan ke kawasan itu dulu. Retention pond ataupun mungkin retention lake ke whatever.
Dan seterusnya, mengenai juga ini satu lagi di kawasan saya. 2 tahun berturut- turut, petani tak boleh bersawah kerana projek kerajaan juga, Alhamdulillah. Ada juga masalah saya minta pihak kerajaan, Projek Sawah Padi Kampung Sepat tolonglah tengok sedikit ya, saya harap dapatlah cepat-cepatkan sedikit pasal rakyat ini tak boleh nak tanam padi.
Seterusnya, saya juga ucap tahniah kepada pihak kerajaan kerana buat Skim Tanah Rakyat. Kawasan saya ada juga Skim Tanah Rakyat, dah dapat geran hari ini, esok nak jual, defeat the purpose. Kadang-kadang saya juga panas hati juga, kita tolong orang merayu kat kita, minta tanah minta ini akhirnya mereka ini jual untung untuk dia. Kita ini berhati-hati la tak jual er… adik-beradik kita tak mohon tanah tapi di peringkat kampung dia jual.
Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk mengenakan moratorium. Di negeri-negeri lain, saya dah semak mereka telah mengenakan moratorium, memang ada tanah ini tak boleh dijual-beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri atau pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tak ada kita kena sebut 5 tahun, 10 tahun tak boleh jual tanah ini kalau dia jual melebihi harga pasaran jadi mereka ini pulang balik duit kerajaan. Moratorium kita kenakan moratorium untuk tempoh dan juga kalau harga itu melebih, STR biasa jual RM300.00 saja bayar RM300.00 dapat tanah sekeping yang harga dia sekarang ini RM30,000.00, RM40,000.00, Dato' Sri Yang di-Pertua. Ada lagi masa saya? Boleh lagi?
Boleh lagi, 2 minit.
2 minit sahaja? Okey, tak apa. Saya juga er… 2 minit kita baca ayat Al-Quran tadi la balik ya. Sebab kita kena ingat, ini doa ini. Umur 40 tahun siapa-siapa, saya rasa lebih dari 40 tahun ini (Bacaan dalam Bahasa Arab), “Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau ilhamkan kepadaku”, ini kalau orang putih panggil, inspire me (Bacaan dalam Bahasa Arab), “untuk bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat Kau bagi kepada aku, juga bagi kepada ibu bapaku”, (Bacaan dalam Bahasa Arab), “amal-amal soleh”, kita ini Wakil Rakyat semua beramal soleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan Program Bantuan Prihatin, macam-macam bagai-bagainyalah. Orang haji ke, orang tak haji, orang sekolah, orang universiti, orang sakit kat er… ini amal soleh, apa benda lagi nak kebajikannya habis dah kita buat. (Bacaan dalam Bahasa Arab), ya Allah reda, kita ini alhamdulillah, saya percaya saya berdoa moga Allah reda dengan apa yang saya lakukan untuk menolong rakyat tak kiralah kalau dia orang masyarakat kaum Tionghua di tempat saya, dia kenal nama saya (Bacaan dalam Bahasa Cina) Shafik er… (Bacaan dalam Bahasa Cina) itu Wakil Rakyat…YB…
Boleh… boleh gulung.
Gulung dah? Ha... okey [Ahli Dewan ketawa] Tak habis, tak dan habis cakap dah. Okey, satu lagi Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya nak mohon pada pihak kerajaan ini… ini untuk rakyat, untuk… untuk wakil DUN apa… Ahli Dewan ini saya dapat beritahu, mereka ini tak boleh claim Yang Amat Berhormat jadi member yang apa… Kelab Golf Diraja Pahang, Ahli-ahli Dewan yang minat main golf ini tak boleh claim, RM2,000.00 lebih jadi saya fikir kalau pihak kerajaan boleh claim, mana anggota perkhidmatan awam boleh claim, Dewan ini bagilah kemudahan. Boleh ke Dato' Sri Menteri Besar buat gitu? RM2,000.00 lebih sahaja untuk Dewan inilah kawan-kawan saya yang tak jadi ahli lagi.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya kena lihat implikasi kewangan, saya kena berbincang dengan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri dahulu.
Tak apalah, kita ikut la cakap Menteri Besar pasal kita ahli backbenchers yang setia kepada kerajaan [Ahli Dewan menepuk meja] Dengan itu, saya mohon menyokong. Terima kasih. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Wakil daripada Inderapura. Saya nak mem er… meminta seorang lagi sebelum kita rehat iaitu Wakil daripada Damak. Sebelum itu, saya nak mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Chow Yu Hui yang dulunya ADUN Tras, sekarang ini Ahli Parlimen Raub bersama-sama dengan kita pada hari ini. [Ahli Dewan menepuk meja] Sila Wakil daripada Damak yang terakhir sebelum kita rehat.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum WBT. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk sama-sama berbahas berkaitan dengan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Mulia Tuanku Pemangku Raja Pahang. Saya sangat berharap dan berdoa agar Titah Diraja yang sangat bernas dan tuntas ini yang menyeru kita supaya berganding bahu bersama-sama dan lebih matang dalam berpolitik menjadi pedoman dan dalam menguruskan kebajikan rakyat di negeri Pahang Darul Makmur ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana kembali diberikan amanah dalam menerajui negeri Pahang bersama-sama dengan barisan EXCO.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Walaupun PRU Ke-15 sudah berlalu lebih kurang 6 bulan namun saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengundi di kawasan DUN Damak secara khususnya kerana telah memberikan mandat buat kali yang kedua kepada saya untuk sama-sama menggalas amanah iaitu dalam membawa aspirasi rakyat dan insya-Allah saya akan meneruskan tradisi ‘amar ma'aruf, nahi mungkar’ menyokong mana-mana yang baik dan menegur mana-mana yang perlu akan secara konsisten dilaksanakan, insya-Allah.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Allah SWT berfirman, (Bacaan dalam Bahasa Arab) yang bermaksud, “wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan kebenaran kerana Allah SWT, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu pihak, sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
Allah SWT dalam ayat ini mengingatkan kita bahawa kadang-kadang kita benci kepada seseorang itu secara tidak berasas oleh itu saya mengajak semua Ahli Dewan yang telah dipilih oleh rakyat ini marilah sama-sama kita mengenepikan sentimen politik kerana saya bila dilantik sebagai ADUN saya bukan ADUN kepada mana-mana parti politik, mana-mana agama dan mana-mana kaum tapi merupakan Wakil Rakyat kepada seluruh pihak. Semoga kita sama-sama dalam Dewan ini mengamalkan
konsep politik matang dan berkasih sayang sudah pasti demi kemaslahatan negeri Pahang Darul Makmur yang kita kasihi ini.
Antara perkara yang ingin saya sentuh dalam ucapan terakhir ini dan saya pasti Dato’ Sri Yang di-Pertua memberikan ruang masa yang panjang sikit sebab yang terakhir.
Yang Berhormat, kalau panjang, kita tak sembahyang… waktu Zuhur dah masuk, makan pun dah… perut pun dah lapar.
Insya-Allah, berhenti sebelum Zuhur, Dato Sri Yang di-Pertua.
Ha… okey.
Allah SWT juga berfirman dalam surah Al-A'raf, ayat 56 (Ayat Al-Quran) yang bermaksud dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi ini. Sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepada kamu dan berdoalah kepada Allah dengan perasaan bimbang kalau-kalau tidak diterima doa kita dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan supaya ia diterima. Sesungguhnya rahmat Allah kepada kita adalah dekat khususnya bagi orang yang sentiasa memperbaiki amalannya.
Berkenaan dengan titah Tuanku yang menyentuh tentang kelestarian alam. Maka saya ingin mengajak Dewan Yang Mulia ini sama-sama kita memberikan tumpuan agar sama-sama kita menjaga khazanah Allah SWT yang dikuniakan kepada kita. Antara perkara yang saya ingin sentuh khususnya dalam DUN Damak secara direct ialah berkaitan dengan Hutan Simpan Som yang berkeluasan lebih kurang 1.5 hektar. Hutan Simpan Som ini adalah hutan simpan yang pada hari ini ia telah berlaku aktiviti pembalakan sedangkan di kawasan ini ya setelah saya membuat pemantauan dan tinjauan ia terdapat lebih kurang 26 ekor gajah dan juga harimau belang serta hidupan liar yang lain.
Saya telah dimaklumkan oleh pihak JBKK bahawa permit pembalakan dikeluarkan untuk aktiviti pembalakan di sini dan telah bermulanya aktiviti penanaman durian Musang King yang sewajarnya di kawasan sebegini apabila pokok ditebang ia perlu ditanam dengan hutan semula namun saya belum pasti, apakah dilakukan environmental impact assessment ataupun tidak dilakukan di kawasan ini yang mana ia amat perlu supaya berlaku komunikasi di antara pihak berkepentingan iaitu masyarakat setempat, pemaju dan pihak berkuasa dan di kawasan Hutan Simpan Som ini juga terdapatnya kawasan rayau hidupan liar iaitu habitat semula jadi kawasan ini yang telah digariskan sebagai koridor hidupan liar di dalam Kompleks Sukan Central Forest Spine ataupun CFS.
Namun kawasan ini telah diserahkan kepada pengusaha Musang King. Apa yang menimbulkan kemusykilan khususnya kepada warga penduduk kampung ialah yang mereka memohon tanah pemilikan di kawasan tersebut, permohonan ini tidak
diluluskan dan alasannya kawasan ini adalah kawasan CFS ataupun kawasan laluan kehidupan liar.
Seterusnya Hutan Simpan Som ini adalah hutan yang sangat kaya dengan flora dan fauna namun di kawasan hutan ini saya pernah sebut di dalam Dewan ini satu ketika dahulu terdapat Taman Eko Rimba Som kawasan yang cukup strategik, laluan yang kita kata menjadi penyambung antara Jerantut dan Benta dan satu ketika dahulu pernah menjadi lokasi persinggahan pelancong dan rekreasi. Namun apa yang berlaku hari ini amat menyedihkan kawasan ini terbiar bangunan-bangunan yang menjadi hak milik Jabatan Perhutanan pun sudah terbiar. Malah ada bangunan baru pun hari ini saya lalu situ dah naik semak dan yang terbaru ialah pagar yang dibina pun naik semak juga dan ada penduduk kata ini telah menjadi kawasan jin bertendang.
Jadi saya harap pihak yang berkaitan memberikan tumpuan dan perhatian kepada isu ini. Semoga kawasan ini yang bukan sahaja ada flora dan fauna bahkan ada sungai kecil yang cukup jernih dan boleh dijadikan lokasi destinasi pelancongan. Seterusnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, pencerobohan tanah juga telah berlaku di kawasan tanah rizab melayu Kampung Som. Penduduk telah membuat aduan kepada pihak Pejabat Tanah namun hingga kini masih belum ada tindakan yang berkesan. Saya dimaklumkan bahawa kawasan tersebut ingin dijadikan kawasan (STR) Skim Tanah Rakyat dan para penduduk juga telah mengusulkan kepada pihak yang berwajib namun belum ada sebarang perkembangan positif.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Isu yang seterusnya ialah saya ingin menyentuh berkaitan dengan perkara yang pernah saya juga sentuh sebelum ini dan di… pada peringkat awal selepas PRU Ke-14 kita dalam Muafakat Nasional ketika itu apabila saya melaporkan isu yang berkaitan di Kampung Baru ini alhamdulillah jabatan-jabatan kerajaan telah turun dan dapat ditangani isu ketika itu.
Namun demikian perkara yang berkaitan dengan pencemaran ini berulang kali khususnya di kawasan Kampung Baru kerana di sana terdapat lombong dan ada ketikanya penduduk mengadu asap tebal keluar daripada corong-corong lombong ini dan kemudian bukan sahaja berlaku pencemaran udara, malah berlaku pencemaran bunyi dan ada juga penduduk yang menyatakan ketika berlakunye letupan kuari apa semua… menyebabkan cermin rumah mereka pecah saya pergi tengok kat rumah berkenaan dan yang terbaru saya juga melihat sungai-sungai yang ada di situ khususnya Sungai Teh telah tercemar dan kawasan ini pada asalnya menjadi lokasi penduduk mencari ikan air tawar tapi sudah tidak ada ikan air tawar di situ.
Ini saya harap diberi keperhatian oleh pihak Jabatan Alam Sekitar dan juga pihak Jabatan Mineral dan Galian serta pihak berkuasa tempatan agar sentiasa memantau supaya kelestarian alam kita dapat dipelihara dengan sebaiknya. Berkaitan dengan isu ini juga saya mengambil ruang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana isu pembalakan di Kampung Baru, alhamdulillah telah selesai. [Ahli Dewan menepuk meja]
Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Sri Menteri Besar Pahang dan juga isu yang berkaitan dengan perlombongan di Kampung Brau di bukit apa… di Kampung Brau yang menjadi sumber air bukit. Saya ucapkan terima kasih dan insya-Allah saya harap pihak kerajaan negeri mengambil pendirian yang tegas dan konsisten dalam memelihara ekosistem dan khazanah alam kita. Seterusnya yang terakhir walaupun
yang terakhir tapi ada banyak point di dia insya-Allah iaitu berkaitan dengan kemudahan asas.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, ada berapa minit lagi?
Zuhur masuk 1.07 minit, so ada 1.06 minit.
Insya-Allah, 1 minit.
Boleh, boleh. 2 minit lagi boleh. Yang Berhormat boleh jamak tak apa.
Nabi Muhammad SAW bersabda (Ayat Al-Quran). Nabi bersabda orang muslim berkongsi dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api. Jadi isu pertama yang ingin saya sentuh di ialah berkaitan dengan sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri, kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sebenarnya saya rasa ada pihak yang kata kami tak berterima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua…
Maaf saya menulis tadi.
Menulis ya.
Saya menulis apa yang disebut oleh YB tadi air, pandang ragut dan api. Sila.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya perhatikan ya ADUN Damak kali ini dia… dia lain macam sikit. Steady ya? Dia macam ada apa…
Ceria, ceria.
Ha… ceria, lepas tu dia macam ada geli-geli sikit [ketawa]
Terima kasih. Jadi saya ceria ni sebab first time saya berada di hadapan Dato' Sri Menteri Besar sebenarnya [Ahli Dewan ketawa) dan begitu hampir dengan Dato’ Sri Yang di-Pertua. Jadi saya ucapkan terima kasih…
Yang Berhormat, macam ini bunyi jet meninggal, Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Jadi saya ingin menyentuh tentang… saya ucapkan terima kasih kerana saya dimaklumkan bahawa Projek Bekalan Air Luar Bandar (BLB) bagi Batu Balai ini telah lulus dengan peruntukan RM60 juta. Jadi insya-Allah saya harap isu-isu yang berkaitan dengan masalah air di DUN Damak khususnya di kawasan yang berhampiran dapat diselesaikan dengan baik. Namun, ini adalah merupakan projek jangka panjang. Jadi saya ingin mencadangkan untuk projek jangka pendek.
Eh… kerana di kawasan DUN Damak ni memang banyak berlaku isu air ni, saban waktu, saban tahun, dan khususnya di waktu musim perayaan dan cuti sekolah. Jadi saya cadangkan agar Kerajaan Negeri memberikan peruntukan agar projek kaedah sistem Telaga Tiub diperluaskan dalam kawasan-kawasan yang berisiko tinggi. Terutamanya di Kampung Ulu Cheka, Kampung Koi, Kampung Damak, Kampung Baru dan Kampung Som. Jadi kalau boleh diberikan peruntukan dan diperluaskan.
Jadi untuk makluman Yang di-Pertua juga, di dalam kawasan DUN Damak ini banyak kampung-kampung yang masih lagi menggunakan air bukit ataupun air kesihatan ni. Ya malah tadi di Inderapura ada kawasan kampung yang tak ada elektrik. Di DUN Damak ini ada kawasan yang tak ada air.
Tapi kalau Inderapura tadi lama sangat, 20 tahun itu, saya baru 2 penggal tak ada air ni. Jadi saya harap pihak PAIP dapat menyalurkan projek air di kawasan er... kawasan Kampung Sempadan dalam DUN Damak. Dan saya harap juga agar pihak Kerajaan Negeri memberikan peruntukan tak kiralah nak disalurkan melalui pihak mana sekalipun supaya PAIP kesihatan ini dapat diselenggara dan dibaik pulih daripada masa ke semasa.
Seterusnya saya ingin menyentuh berkaitan dengan jalan. Jadi, dalam kawasan jalan raya, dalam kawasan DUN Damak ni kalau kita lalu sekarang memang banyak kawasan yang berlubang dan ada 2 kawasan yang putus jalannya di Batu Balai. Jadi, saya yakin pihak kerajaan telah memperuntukkan dan memang sedang projek sedang dilaksanakan untuk membaik pulih jalan yang putus ini di Batu Balai. Eh, cuma kadang-kadang tu ada lubang-lubang kecil tu ditampal-tampal. Jadi bila ditampal-tampal ni, pertama dia er... agak tidak enak mata memandang bila kita lalu tu.
Yang keduanya, bila lori-lori yang berat, khusus lori sawit, lori bijih yang lalu, maka jalan ni kembali rosak. Dan banyak berlaku kemalangan maut di kawasan ini. Jadi saya harap pihak yang berkaitan dapat memberikan perhatian. Seterusnya berkaitan dengan kesesakan lalu lintas di Sekolah Menengah Temin, khususnya di kawasan di
awal pagi waktu sekolah. Jadi saya harap kawasan ini kalau bolehlah dicadangkan dibuat satu jejantas supaya anak-anak kita tidak terdedah dengan kemalangan jalan raya khususnya di waktu ibu bapa mereka menghantar anak-anak ke sekolah.
Begitu juga di hadapan Taman ICT ke klinik kesihatan bandar Jerantut. Kawasan ini juga adalah kawasan yang sangat sesak khususnya ketika er... pesakit-pesakit pergi klinik. Jadi saya harap kalau boleh juga dibina jejantas agar pengguna-pengguna dapat menggunakan dengan sebaiknya. Dan yang berikutnya, ialah berkaitan dengan isu banjir. Saya sarankan… ingin mencadangkan di Batu Balai ini ada kawasan yang memang saban tahun, 9 buah rumah tenggelam dengan banjir di kawasan Jalan Aki Ayub 1 dan 4 buah rumah lagi di Kampung Joor Batu Balai.
Saya harap kalau boleh pihak kerajaan memindahkan mereka ini ke kawasan Tanah Rizab Kerajaan yang berhampiran dengan Loji Batu Balai. Nampaknya Dato' Sri Yang di-Pertua memandang kepada saya ni. Jadi saya rasa point… point terakhir yang ingin saya sentuh ialah isu rizab bandar Jerantut ini yang kawasan-kawasan yang strategik dan er... berpotensi tinggi yang asalnya menjadi hak milik Majlis Daerah Jerantut tetapi saya dapat makluman telah dipindahkan hak milik individu.
Jadi saya harap kawasan-kawasan ini kalau boleh jangan dilepaskan kepada individu lah kerana ada kawasan contohnya Benteng Jerantut. Kawasan ini memang meriah dengan aktiviti perniagaan satu ketika dahulu tapi sekarang dah jadi tapak parking dan malah Majlis Daerah Jerantut pula bila nak mengadakan Bazar Ramadan, dan nak membuat ekspo, terpaksa mencari kawasan-kawasan yang strategik ini kerana kawasan-kawasan ini sudah dipindah hak milik.
Antara kawasan yang begitu bernostalgialah iaitu bus stand lama, Jerantut. Kawasan ini cukup meriah dengan aktiviti perniagaan satu ketika dahulu. Tapi kalau Dato' Sri Yang di-Pertua datang ke Jerantut, telefon saya, saya belanja gulai rong, saya bawa ke tempat ini insya-Allah untuk melihat kawasan ini dah naik semak-samun dah. Jadi saya cukup agak menyedihkan situasi ini.
Insya-Allah.
Jadi akhir sekali penutupnya, saya ingin merakamkan sekali lagi ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Buat pertama kalinya kami ADUN daripada pembangkanglah dan Ahli Parlimen telah dijemput hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah pada 12 April yang lalu [Ahli Dewan menepuk meja] dan saya baru dapat mesej tadi bahawa mesyuarat yang ke-2 pula dijemput kami hadir. Saya rasa sangat orang kata lapang dada kerana apa? Kerana ini adalah platform untuk kami berkongsi idea khususnya dalam membangunkan daerah Jerantut.
Di akhir kalam ini saya ingin mengajak tuan-tuan semua agar kita bekerja secara ikhlas, saksama, hindari rasuah, berakhlak mulia. Saya yakin kalau kita mengamalkan ini, berkat daripada Allah SWT akan turun kepada kita mudah-mudahan negeri Pahang ini akan menjadi (Bacaan dalam Bahasa Arab). Akhir kalam, boleh bagi pantun sikit?
Boleh.
Hendak belayar ke Teluk Betong, sambil mencuba...
Dato' Yang di-Pertua, kira kalau dah ayat al-Quran tu, pantun tak payah dah. [Ahli Dewan ketawa]
Tak apa Yang Berhormat, dia ayat Quran dia nak er... dia nak tak apa. Dia terakhir.
Hendak berlayar ke Teluk Betong, Sambil mencuba er... labuhkan pukat, Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.
Pergi berburu sampai ke sempadan, Dapat kancil badan berjalur, Biar carik baju di badan, Asalkan hati bersih dan jujur.
Dari hulu turun ke pekan, last pantun ya… Sampannya rosak di tengah hari, Kalau selalu ingatkan Tuhan, Apa dipinta, insya-Allah akan diberi.
Sekian, ucapan saya. Damak mohon menyokong.
Dalam senyum-senyum tu Yang Berhormat sekalian, 3 minit dia curi masa [ketawa]. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, 7 orang telahpun membahas dan insya-Allah pada petang ini kita akan sambung lagi dengan 9 orang lagi supaya semua daripada kita akan mengambil bahagian di dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Tuanku. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan di sebelah pagi ini dan kita akan sambung semula pada pukul 2.30 petang. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan pada jam 1.09 tengah hari]
[Persidangan disambung semula]
Sambungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.Motion
Perkara keempat : Sambungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Pahang 1st, salam madani, selamat petang. Persidangan kita disambung semula. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat sekalian kita masih lagi dalam Usul yang berbunyi bahawa:
“Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berangkat menyempurnakan Titah Diraja kepada Dewan ini”.
Pada petang ini saya akan menyambung semula perbahasan. Kita akan menyambung semula perbahasan atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Saya akan memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan usul ini. Kita mempunyai 9 orang lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih lagi belum mengambil bahagian di dalam perbahasan ini. Kita harap semuanya dapat mengambil bahagian kerana ini penting kepada Kerajaan Negeri terutamanya untuk kita mendapat feedback daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Untuk itu, saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kuala Semantan. Silakan.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. (Ayat Al-Quran). Terima kasih kepada Dato' Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang berbahas dan menjunjung kasih menyokong usul Titah Ucapan Diraja pada pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang kali ke-15. Izinkan saya memulakan dengan serangkap pantun:
Buah kelubi tumbuh segar, Isinya cerah boleh dimakan, Saya YB baru belajar, Salah silap mohon panduan.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Dato' Sri kerana telah dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Negeri pada penggal ini. Begitu juga dengan Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua daripada Bilut. Tahniah juga saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Jelai Dato' Sri Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail kerana sekali lagi dipilih mengetuai Kerajaan Pahang pada penggal ini. Begitu juga kepada semua barisan EXCO yang telah dipilih. Tahniah juga kepada Dato' Indera Haji Zulkifli Haji Yaacob yang telah dipilih sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dan penghargaan juga kepada Yang Hormat Dato' Sri Dr. Sallehuddin Ishak,
bekas Setiausaha Kerajaan Negeri yang lalu yang telah menabur bakti di negeri Pahang kita yang tercinta ini.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Di sini saya juga mengambil peluang mengucapkan terima kasih dan jutaan penghargaan kepada para pengundi tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, warna kulit dan darjat yang telah sudi memilih saya untuk menjadi Wakil Rakyat DUN 32 Dewan Negeri Kuala Semantan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 yang lalu.
Izinkan saya membacakan sepotong ayat Al -Quran bagi menggambarkan keamanan dan kemakmuran negeri Pahang yang tercinta ini. (Bacaan ayat Al-Quran), "dan di bumi ada beberapa potongan tanah yang berdekatan. Tetapi berlainan keadaannya dan padanya ada kebun-kebun anggur dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar atau kurma yang berumpun dan tidak berumpun. Semuanya disiram dengan air yang sama dan kami lebihkan sesetengahnya daripada sesetengah yang lain pada bentuk, rasa dan baunya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang mahu berfikir dan memahami”.
Jadi alhamdulillah, kita bersyukur kerana bumi Pahang ini dikurniakan dengan tanah-tanih yang subur, bukit-bukau, hutan dan sungai dengan pelbagai hasil mahsul yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Saya gambarkan keadaan ini dengan beberapa rangkap pantun.
Dari Serli ke Tanjung Jati, Singgah sebentar di Pekan Benta, (Benta tak masuk lagi) Sebagai negeri terbesar sekali, Di dalamnya terdapat serbaneka.
Dari Pekan ke Pasir Mandi, Singgah bermalam di Kuala Bera, Gunung Tahan tertinggi sekali, Terletak dalam Taman Negara.
Dari Sanggang ke Pulau Dedari, Singgah menjala di Batu Sawar, Sungai Pahang yang terpanjang sekali, Ialah juga yang terbesar.
Di celah saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Jelai dan Kerajaan Negeri kerana telah berupaya meningkatkan hasil negeri dan membawa masuk pelaburan yang tinggi ke negeri ini pada penggal yang lalu.
Namun di celahan kerancakan, kerajaan negeri meningkatkan hasil mahsul negeri melalui pelbagai cara dengan peningkatan pengeluaran hasil mahsul semula jadi seperti balak, bahan-bahan galian melalui perlombongan, pengeluaran pasir juga peningkatan pelaburan antarabangsa. Pastikan semuanya ini dilakukan menepati Titah Kebawah Duli Pemangku Raja Pahang. Saya suka menarik perhatian kepada titah yang ke 16, 17 dan 18 yang dititahkan oleh Kebawah Duli Tuanku.
Yang 16, Tuanku menyebut… Tuanku bertitah, "kita tidak mahu hanya gah pada angka tetapi biarlah rakyat turut menerima limpahan pekerjaan yang bakal tercipta". Yang ke 17 pula titah Tuanku adalah "dan yang paling penting kesemua pelaburan yang masuk tidak mencemarkan alam sekitar di negeri saya ini".
Banyak disebutkan oleh pembahas-pembahas terdahulu perlunya kepada penguatkuasaan yang lebih tersusun dan mempunyai keanggotaan yang lebih ramai untuk memastikan semua projek dan pembangunan di negeri Pahang ini mematuhi segala kehendak-kehendak alam sekitar. Titah Tuanku juga dalam titah yang ke 18 "apa jua projek yang dilaksanakan ianya mestilah seimbang antara pembangunan dan menyokong ke arah pelepasan karbon sifar bersih atau net zero emissions".
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Demikianlah keprihatinan Kebawah Duli Tuanku terhadap kepentingan memelihara alam sekitar dalam usaha-usaha kerajaan negeri memajukan ekonomi dan meningkatkan hasil negeri.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Seterusnya saya ingin membawa perbahasan saya kepada perkara-perkara yang berkait langsung dengan tanggungjawab saya sebagai Wakil Rakyat di Dewan Negeri Kuala Semantan. Dua isu yang selalu dibangkitkan oleh warga Kuala Semantan kepada saya sama ada terus kepada saya atau melalui komen-komen di media sosial dan sebagainya iaitu isu-isu bekalan air bersih dan penyelenggaraan jalan raya.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Penyelenggaraan jalan ini dalam banyak keadaan berkait juga dengan kebocoran paip yang berada di bawah permukaan jalan tersebut. Di kawasan saya, banyak keadaan seperti ini yang berlaku. Contoh, semalam, semasa saya berada dalam Sidang DUN ini, saya mendapat mesej daripada pemimpin masyarakat setempat yang menyebutkan aduan dia tentang keadaan yang berlaku di Taman Setia Jasa. Saya sebutkan nombor lorongnya, SJ 16/1 dan SJ 16/2. Selepas dibaiki pada waktu pagi, petangnya bocor balik semula. Dan jalan di lorong tersebut kalau kita melaluinya, kita dapat tengok bagaimana keadaan rupa jalan itu yang menggerutu kerana selepas setiap kali dibaiki, dia akan berlaku kebocoran.
Ini berkaitan dengan jajaran paip yang berada di bawah jalan dan paip itu pula dibuat daripada PVC. Jadi menyebabkan tidak ada ketahanan yang sering kali berlaku kebocoran yang berulang. Ini bukan sahaja mendatangkan masalah bekalan air kepada masyarakat, tetapi juga mendatangkan masalah kepada permukaan jalan. Begitu juga di Jalan Bangau Tanjung, kalau tuan-tuan biasa di Temerloh ini, daripada Hotel Seri Malaysia hingga ke Simpang Lubuk Kawah dan Simpang Bukit Tingkat. Keadaannya berlekuk-lekir dan bergelombang. Kadangkala lubang yang terbentuk membahayakan pengguna-pengguna jalan raya, terutamanya penunggang motosikal. Ini sebahagiannya adalah akibat daripada lori-lori pasir yang menggunakan jalan tersebut secara intensif dalam kerja-kerja pengeluaran pasir di tempat tersebut.
Baru-baru ini kalau kita perasan, kalau kita tengok di media sosial, dalam satu kejadian berdekatan dengan Kampung Megat Segama. Seorang penunggang motosikal meninggal dunia selepas terlanggar lubang dan terjatuh di tempat kejadian ini berlaku dan ini berlaku pada 10 Februari yang lepas, di mana mangsa ini dikatakan baru saja berkahwin lebih kurang seminggu. 4 hari bulan dia kawin, kemudian dalam perjalanan dia nak pergi kerja, dia ni saya difahamkan kerja di highway, dia terlanggar lopak ataupun lubang, dia terjatuh menyebabkan dia meninggal dunia di jalan utama Temerloh-Jerantut di kawasan Kampung Megat Segama. Ini pastinya kita tidak ingin ianya berulang lagi pada masa-masa hadapan.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Secara spesifik berkaitan penyelenggaraan jalan raya ini, saya mohon supaya kerja-kerja penyelenggaraan ini dapat dilaksanakan di jalan-jalan berikut yang banyak diadukan oleh warga Kuala Semantan kepada saya. Yang pertama, menurap semula atau menutup lubang-lubang jalan di sepanjang laluan jalan utama antara bandar Temerloh ke bandar Mentakab.
Kemudian di jajaran yang sama juga, menyelenggara lampu-lampu jalan di sepanjang laluan tersebut. Banyak lampu-lampu jalan yang dah mati ataupun di tempat-tempat tertentu tak ada pun tiang lampu yang pada waktu malam, dahlah jalan berlekuk-lekir, kalau dilalui oleh penunggang-penunggang motosikal dia sangat membahayakan mereka.
Yang ketiga, menurap semula... atau menurap semula atau menutup lubang-lubang di laluan daripada simpang berdekatan simpang 4, berdekatan dengan Taman Sri Semantan hinggalah ke simpang berdekatan dengan er… Kolej Vokasional Sanggang. Begitu juga di jajaran ini juga masalah lampu jalan. Kalau lalu di waktu malam daripada Sri Semantan sampailah ke simpang Sanggang ini, kita dapati ianya gelap-gelita. Di sebahagian tempat ada lampu jalan tetapi su... sudah tidak menyala. Di sebahagian tempat pula langsung tidak ada tiang-tiang lampu jalan.
Perkara yang sama juga adalah perlu diperhatikan daripada laluan bandar Temerloh sehinggalah ke persimpangan Taman Setia Jasa yang bersempadanan dengan DUN Chenor.
Yang Berhormat, boleh gulung.
Apa dia?
Boleh gulung Yang Berhormat.
Uish… banyak lagi ni er... Yang Berhormat Dato' Sri.
Banyak mana Yang Berhormat?
Okey, baik.
Er… kita... takpe. Ini pengalaman pertama, kita faham.
Baik-baik. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Yang keenam, permohonan lampu isyarat di persimpangan Sekolah Kebangsaan Paya Pulai di Batu 4 ni juga berulang kali sebutkan kepada saya. Yang ketujuh, permohonan lampu isyarat di persimpangan Bukit Tingkat ataupun Lubuk Kawah antara jalan utama Temerloh-Jerantut nak masuk ke Kampung Lubuk Kawah, keadaan ini merbahaya.
Kemudian berkaitan dengan isu paip air ini, saya nak sebut juga bahawa keadaan yang berlaku, saya rasa bukan saja di Temerloh, bahkan banyak tempat di negeri Pahang ini, apa yang kita boleh istilahkan adalah kita ada masalah dengan perbekalan air ini. Loji-lojinya telah berada pada usia yang tua dan perbekalannya bermasalah. Paip-paipnya juga telah berusia terlalu lama.
Jadi apabila kita bekalkan air, kita kenakan tekanan yang tinggi, maka paip dia pecah. Bila kita tidak kenakan tekanan pula, dia menyebabkan air tak sampai kepada kawasan-kawasan tinggi dan kawasan-kawasan yang jauh daripada sistem ini, banyak sangat aduan kepada saya terutama dalam musim perayaan yang lalu.
Saya boleh sebut beberapa kampung, kalau tempat tinggi ni di Kuala Semantan, antaranya adalah di Bukit Kelulut dan juga di Desa Murni, perumahan banjir, perumahan pemindahan banjir Desa Murni Sanggang yang banyak sekali aduan kepada saya tentang air tak boleh sampai ke tempat mereka. Begitu juga di dua perkampungan Orang Asli. Kampung Orang Asli Paya Badak dan Kampung Orang Asli Paya Mengkuang. Jadi isu air ini agak meruncing di negeri Pahang.
Saya er… kemudian satu lagi saya minta diberi perhatian kepada pembinaan Jambatan Baru Temerloh yang kerap kali mengorek jalan dekat situ menyebabkan paip pecah. Pada 10 Mac, berlaku sekali paip pecah. Bila pecah tu, repair berulang kali sampai 4 kali sampai 5 hari, penduduk sekitar taman-taman dalam bandar Temerloh ni, ketiadaan air selama 5 hari. Kemudian dia berulang lagi pecah selepas daripada itu.
Ini saya nak sebut satu benda, Dato' Sri Yang di-Pertua. Yang ini penting. Saya kira sebab er... dia ada kaitan dengan satu GLC ataupun agensi di bawah Kerajaan Negeri iaitu Koridor Utiliti Pahang (KUP). KUP ni tugas dia adalah antaranya untuk menyimpan maklumat-maklumat utiliti di seluruh negeri Pahang. Dia menjadi orang tengah kepada agensi dan juga pasukan juruukur profesional yang membuat pemetaan utiliti. Bayaran yang dikenakan oleh KUP ini agak membebankan kepada pemaju dan juga kepada kontraktor.
Dan ini juga kadangkala dia boleh memberi kesan langsung atau tidak langsung kepada harga-harga rumah, harga perkhidmatan kerana dia kena bayar kos utiliti ini. Dia semacamnya redundant sepatutnya penyedia perkhidmatan pasukan profesional macam juruukur dia memang dah buat kerja-kerja utiliti ini sebelum ni dia boleh direct dengan agensi sama ada TNB, sama ada PAIP, sama ada apa sahaja dan ada dah apa ni, penguasa yang me... me... menyelaras kerja-kerja utiliti ni iaitu JUPEM.
Tetapi bila diwujudkan Koridor Utiliti Pahang ni dia semacam orang tengah. Dia ambil duit daripada pemaju, dia ambil duit daripada juruukur profesional, dia ambil duit daripada kontraktor. Kemudian yang saya nak sebut ni bukan apa kita terima kasih dengan wujudnya penyelaras seperti ni tetapi peranannya mesti ditingkatkan.
Database kepada utiliti ni mesti disediakan oleh pihak KUP dengan cara baik dan sempurna supaya dapat menjadi rujukan kepada agensi-agensi, kontraktor, pemaju dan sebagainya apabila mereka nak membangunkan satu-satu tempat dah ada dah maklumat tentang utiliti-utiliti bawah tanah ini yang kadangkala dibuat berulang kali oleh pasukan juruukur profesional dan sebagainya yang melaksanakan kerja-kerja bagi membolehkan pembangunan dilakukan di satu-satu tempat. Tapi kalau dengan kadar yang dikenakan bayaran dan sebagainya, tetapi perkhidmatan yang dibekalkan kepada sama ada pemaju, kontraktor dan juga agensi-agensi berada pada tahap yang ada sekarang, saya kira dia suatu yang sangat perlu untuk ditambah baik.
Saya ambil contoh tadilah, Jambatan Temerloh, jambatan lama tu yang nak dibina baru. Berapa kali dah, korek-korek pecah, sedangkan kita dah buat dah pemetaan utiliti. KUP pun saya rasa pasti dia sudah menyelia, pasukan juruukur profesional juga telah melaksanakan kerja-kerja mereka memetakan utiliti di kawasan tersebut, tapi bagaimana perkara ini masih boleh berlaku dan menyebabkan masalah kepada taman-taman dan rakyat di persekitaran.
Saya rasa, sikit lagi saya nak tutup dah ni Dato' Sri. Er… akhirnya saya nak sebut, saya ingin mengucapkan terima kasih, setinggi-tinggi terima kasih kepada Ketua-Ketua Jabatan dan juga Pegawai-pegawai Kerajaan di kawasan Temerloh, di Parlimen Temerloh dan khususnya di DUN Kuala Semantan yang telah memberikan kerjasama yang baik kepada saya sepanjang saya dipilih oleh rakyat untuk menjadi Wakil Rakyat di DUN Kuala Semantan. Jadi mudah-mudahan kerjasama yang seperti ini akan dapat memberikan kebaikan, kebajikan dan mendatangkan suasana yang harmoni dalam kehidupan bermasyarakat di negeri kita Pahang yang tercinta ini. Buat akhirnya, saya menyokong, menjunjung kasih kepada Ucapan Diraja Titah Pemangku Raja Pahang dalam pembukaan sidang pada kali ini. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Wakil daripada Kuala Semantan. Kita jemput Wakil daripada Chenor.
(Bacaan dalam Bahasa Arab). Terima kasih kepada Dato' Sri Yang di-Pertua yang mengizinkan saya untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Daerah dan semua yang hadir dan juga menyaksikan persidangan kita pada petang yang mulia ini.
Alhamdulillah, saya menjunjung kasih di atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang bertitah berkenaan dengan perkara-perkara yang sangat besar yang menjadi asas kepada kemakmuran sesebuah negeri di mana Allah SWT telah menyatakan dalam Al-Quran bahawa seandainya manusia tidak menjaga khazanah, merosakkan alam sekitar maka Allah SWT telah memberi amaran. Di antaranya firman Allah SWT dalam Surah Rum ayat Ke-41, (Bacaan ayat Al-Quran). Di mana Allah SWT menyatakan telah zahir, telah nampak kerosakan di atas muka bumi dan juga di darat dan juga di laut dan Allah SWT menyatakan di antara kerosakan itu adalah hasil daripada perbuatan tangan-tangan manusia bila manusia merosakkan alam dan muka bumi ini maka Allah SWT menyatakan (Bacaan dalam Bahasa Arab). Kami rasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan-perbuatan mereka. Moga-moga mereka akan insaf dan kembali kepada Allah SWT.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Di mana dalam Titah Diraja menyatakan berkenaan dengan penguatkuasaan. Manusia ini kata Imam As-Syafie (Bacaan dalam Bahasa Arab). Mentadbir manusia, mengurus manusia, lebih sukar, lebih susah, lebih payah daripada menguruskan haiwan. Maka kerana itu, Imam As-Syafie melihat bahawa manusia ini Allah SWT berikan kepada mereka akal dan di samping itu penguatkuasaan sangat penting untuk melindung dan juga menyelamatkan khazanah dan juga apa sahaja yang berkaitan dengan keharmonian yang akan dikecapi oleh masyarakat.
Jadi, saya nak membawa beberapa perkara yang terkait dengan kawasan saya. Yang pertama sekali, sepertimana sahabat-sahabat Ahli Yang Berhormat cerita berkenaan dengan air. Pertama, saya nak ucapkan tahniah dan juga terima kasih banyak-banyak kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri yang telah pun meluluskan projek untuk pam penggalak di kawasan Kampung Awah menyelesaikan masalah penduduk Kampung Awah. Walaupun pada baru-baru ini bermula daripada Ramadan dan juga Aidilfitri. Mungkin cuaca yang begitu panas. Masyarakat, orang ramai mungkin mandi 3, 4 kali sehari ataupun lebih kerana panas menyebabkan air yang datang daripada Temerloh. Chenor menggunakan air Temerloh. Sebahagiannya menjadi tak sampai air. Air tak sampai ke Kampung Awah, ke Pekan Awah menyebabkan rakyat mula gelisah. Dari November tahun lepas sehinggalah April ini, Pejabat Pusat Khidmat DUN Chenor ini menerima 163 aduan berkenaan dengan air.
Jadi oleh kerana itu, saya ucapkan tahniah, terima kasih di atas kelulusan untuk membuat pam penggalak bagi menyelesaikan masalah. Cuma, kalaulah Temerloh tak boleh nak beri air, mungkin pam penggalak pun tak boleh nak pam. Jadi dengan sebab itulah, mungkin boleh difikirkan di sana ada satu lagi, datang daripada Batu Sawar sana pun ada satu lagi loji. Kalaulah boleh dialihkan ke situ, jadi lebih baik berbanding dengan Temerloh yang berkongsi dengan Setia Jasa yang berada dalam DUN Semantan yang begitu membangun sekarang ini banyak taman-taman. Kita takut bahawa walaupun ada pam penggalak tetapi air tak dapat juga nak dipam.
Kemudian saya juga nak ucapkan, maka…
Makna... air itu tidak menggalakkan [ketawa].
Ya, tidak menggalakkan. Jadi, oleh kerana itu, kita kena galakkan dia dengan cara yang di mana air lebih dapat kita pam. Baik, kemudian saya juga nak ucapkan terima kasih kepada Pengurus PAIP Maran dan juga dia punya team yang begitu pantas apabila ada saja aduan berkenaan dengan paip pecah dan seumpamanya, mereka bekerja sampai malam dan seumpamanya, waktu-waktu yang mereka juga sebahagian kita kira mereka ini berada dalam keadaan yang beramal solehlah menyelesaikan masalah kerana air ini terkait dengan kita nak minum, nak mandi, nak berwuduk dan juga ibadah yang lain.
Kemudian yang keduanya berkenaan dengan persimpangan keluar Tol Chenor ni. Tol Chenor ni di antara tol yang akan menerima banyak kenderaan lebih-lebih lagi pada musim-musim perayaan. Jadi oleh itu, di keluar tol ini, exit tol ini di Simpang 3 dia tidak ada traffic light. Daripada Jengka 19 itu dia selekoh menyebabkan banyak berlaku kemalangan yang menyebabkan kehilangan nyawa. Jadi, saya mencadangkan
supaya untuk menyelesaikan masalah ini boleh diadakan satu traffic light di persimpangan keluar Tol Chenor ini bagi menyelesaikan masalah yang mungkin akan dihadapi lebih-lebih lagi ketika musim perayaan dan juga berhadapan dengan selekoh yang datang daripada Jengka 19.
Seterusnya berkenaan dengan pembinaan landasan ECRL jajaran Chenor di antara yang menerima jajaran ECRL ini dan kebetulan muka bumi Chenor ni banyak yang melalui bukit-bukau. Jadi, tanah-tanah ini sebahagiannya dioffer kepada penduduk kampung.
Penduduk kampung sukalah dapat tanah untuk ditambun tapi ada masanya mereka minta tambun di belakang rumah mereka menyebabkan jiran sebelah bila hujan je dia tenggelam rupanya. Ha… dia nak selamatkan belakang rumah dia tapi jiran tenggelam menyebabkan ada perkelahian, pergaduhan dan seumpamanya. Jadi, oleh kerana itu, saya mohon supaya pihak yang berautoriti dapat bincang berkenaan dengan pembuangan tanah ini walaupun saya kira banyaklah selesainya tapi cuma ada beberapa tempat yang mana bila mereka tambun menyebabkan bila hujan, jalan pun tenggelam. Halaman rumah mereka juga tenggelam. Ini juga menjadikan masalah kepada rakyat.
Kemudian seterusnya berkenaan dengan jalan pintas daripada Jengka 7 melalui Ulu Kerut, Kampung Bot Bot Orang Asli dan juga ke Jengka 18. Saya ingin bertanyalah kepada agensi bilakah dia akan disiapkan kerana ia dapat, kalaulah berlaku banjir, maka ia boleh menjadi jalan untuk pintas kerana bila banjir ini, kawasan Pekan Tajau akan tenggelam. Kawasan di Sungai Kundang akan tenggelam. Jadi, inilah jalan alternatif untuk menghubungkan di antara sebelah Chenor ini ke Jengka 7, Jengka 6 dan seterusnya ke… sampailah ke Jengka 3 sana.
Kemudian berkenaan dengan Imam masjid ini. Di tempat saya ada Imam ni dia tua. Pernah sembahyang sekali, tengah sembahyang tu dia jatuh kerana mungkinlah dia dah tua. Maka kerana itulah saya minta supaya dapat dipantau Imam-imam yang tua. Mana-mana yang tua ini kalau mereka patut direhatkan, kena rehatlah. Kita kesian juga. Tapi dia istiqamah, nak jadi Imam. Tapi dalam keadaan yang kita menyebabkan kadang kalanya, dengan ketika sembahyang, dia rebah, dia jatuh.
Dan satu lagi berkenaan dengan masjid ini, tempat saya ada masjid-masjid ini banyak duit. Ada yang dekat RM90,000.00… masjid, tapi dia punya akaun tu dibekukan. Kerana permasalahan, berkaitan tandatangan dan seumpamanya, dibekukan. Maka kerana itulah, pada bulan puasa baru ini, oleh kerana akaun dibekukan, duit dia dalam kocek, duit-duit sumbangan orang dalam kocek dia. Dia bawalah ke mana-mana duit tu, sebab akaun masjid itu dibekukan. Maka kerana itulah, minta supaya pihak kerajaan ke boleh menyelesaikan masalah-masalah akaun di masjid yang dibekukan.
Kemudian berkenaan dengan status Masjid Jamek Chenor, saya dapat pertanyaan lah, dengan status Masjid Jamek Chenor. Apabila Pejabat Agama Chenor ditutup, maka status itu dikira macam mana. Apakah dikira sebagai masjid kariah sahaja ataupun macam mana?
Kemudian saya juga ucapkan terima kasih di atas pembinaan tempat pelupusan Al-Quran bagi negeri Pahang di pejabat… bekas Pejabat Agama Chenor yang sedang beroperasi dan saya sempat melihat bagaimana proses itu dilakukan, untuk kita membakar Al-Quran yang telah pun lama, yang kena banjir dan seumpamanya. Alhamdulillah ini juga sebahagian daripada kita nak menjaga kesucian ayat-ayat Allah SWT.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya juga ingin mengambil pasti berkenaan dengan pelancongan lebih-lebih lagi berkenaan dengan Pesta Chenor. Biasa 2000… masa 2018 dulu sebelum PKP, Chenor ini ada pesta, Pesta Air Chenor. Kemudian tukar jadi Pesta Chenor. Dan ia termasuk dalam takwim bagi Jabatan Kesenian dan juga Kebudayaan Malaysia. Jadi apakah untuk tahun-tahun seterusnya apakah ada Pesta Chenor ini ataupun telahpun dighaibkan ataupun tidak dibuat? Itu saya ingin jawapan.
Kemudian berkenaan dengan Sekolah Agama Chenor. Di mana terima kasih kepada kerajaan yang telah pun meluluskan pembinaan asrama, pembinaan asrama lelaki. Di Sekolah Menengah Agama Chenor. Alhamdulillah, cuma nak tahu bila ia akan bermula. Dan saya mengharapkan supaya ia dapat disegerakan.
Kemudian seterusnya berkenaan dengan ada sebuah surau di kawasan saya ini, air dia tertunggak sehingga RM1,000.00… RM1,000.00 lebih. Dia hantar saya whatsapp, dia tanya, kot-kot saya nak bayarlah. Jadi dia dah bayar separuh. Jadi oleh kerana itu, surau ini banyak. Di Chenor ni surau ini banyak. Satu masjid mungkin surau, tiga, empat buah surau. Jadi surau-surau ini dia akan beroperasi apabila bulan Ramadan, malam Jumaat begitu saja. Dengan jemaah yang sedikit.
Jadi oleh kerana itu, jemaahnya tak ramai. Dia kena bayar bil. Jadi oleh kerana itu, apalah kiranya kalau ada, skim percuma kepada suraulah bukan masjid. Masjid takpe jemaah ramai. Ini surau kot-kot ada skim air percuma 20 meter padu ke kepada surau yang mana jemaahnya tak ramai, dia punya income pun tak ada. Maka kalaulah kerajaan dapat memberi skim percuma kepada surau ini.
Yang Berhormat…
Ya.
Minta gulung ya.
Baik, dan akhir sekali. Berkenaan dengan kanak-kanak, dia panggil kanak-kanak kurang zat makanan. Di Klinik Chenor, ada lebih kurang dalam 7 orang saya tak silap saya, kanak-kanak yang kurang zat makanan. Jadi saya mengharapkan supaya kanak-kanak yang kurang zat makanan ini, lebih-lebih lagi yang daripada keluarga B40 ini, saya nak mendengar penjelasan apakah ada bantuan-bantuan yang lain selain daripada susu dan seumpamanya, ada makanan dan bakul-bakul makanan untuk mereka supaya anak mereka menjadi sihat, lebih-lebih lagi, bila bayi ini sihat, maka dia punya otak, akarnya jadi sihat dari segi pembelajarannya, akan menyumbang kepada kebijaksanaan mereka.
Jadi, saya kira itu saja ucapan saya dan saya mohon menyokong titah ini. Wallahualam, assalamualaikum WBT.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat kawasan Chenor. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat kawasan Sabai.
Salam sejahtera dan selamat petang. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian.
Ucapan sulung di Dewan Negeri Pahang membawa suara aspirasi warga Sabai. Agenda rakyat menjadi fokus sidang. Moga segalanya berjaya dan tercapai. Pertama sekali saya ingin menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan menyempurnakan Majlis Pembukaan Sidang Dewan Negeri Pahang kelmarin.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang telah menzahirkan pujian Baginda kepada Kerajaan Negeri, yang berada di dalam landasan yang betul, hasil negeri meningkat, ada pelbagai inisiatif yang baik untuk rakyat. Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar di atas kejayaan mentransformasikan negeri kita sebagai negeri yang berdaya maju dengan pelbagai inisiatif ekonomi mampan dan peningkatan pelaburan asing. Kesejahteraan rakyat tetap diutamakan melalui inisiatif dan insentif, berfokuskan rakyat seperti bantuan keusahawanan, I-Pos, Bantuan Prihatin, Pride Student Kit, Program Anak Kebanggaan Pahang, kad perubatan warga emas, dan Program Juadah Makmur dan banyak lagi. Semoga Pahang terus bergerak ke hadapan menjadi negeri teladan kepada yang lain.
Dato'… Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua ya,
Ucapan perbahasan saya pada hari ini akan tumpu kepada 6 isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat di kawasan DUN Sabai.
Yang pertama, perlunya fasiliti dewan serba guna dan sukan di kawasan Sabai. Sebuah dewan serba guna yang serba lengkap serta fasiliti sukan yang bersepadu menjadi keperluan dan permintaan berterusan rakyat Sabai. Tatkala dewan serba guna akan berfungsi sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan, majlis keraian, majlis rasmi dan sebagainya. Fasiliti sukan bersepadu pula amat penting bagi membina masyarakat yang sihat dan produktif.
Yang kedua, pemerkasaan ekonomi kawasan Sabai. Saya mohon Kerajaan Negeri mengkaji potensi dan peluang bagi ekonomi kawasan Sabai diperkasakan melalui strategi yang sewajarnya. Lokasi Sabai amat strategik dengan jaringan lebuh raya LPT, CSR, kurang 1 jam dari ibu negara.
Saya cadangkan agar pembukaan sebuah zon perindustrian baru dengan tawaran insentif yang menarik dikaji di mana ianya dapat menggalakkan pelbagai industri dan pelaburan baru. Yang ini akan meningkatkan peluang kerjaya, tingkatkan ekonomi dan pendapatan rakyat. Saya juga mohon Kerajaan Negeri agar potensi Sabai sebagai hub rancangan tanah pertanian bagi agropreneur seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan dikaji dan dilaksanakan.
Di samping Raub, Karak juga makin popular sebagai hub durian. Tidak kurang juga potensi Sabai sebagai pusat pelancongan eko dan agro serta penginapan desa bagi pelancong tempatan dan asing. Sama-samalah kita makmurkan Sabai.
Yang ke-3, Projek Rumah Mampu Milik. Kebanyakan projek swasta di kawasan Sabai menawarkan rumah kos sederhana dan tinggi, di mana ianya di luar kemampuan rakyat kategori B40. Perlu ada projek baru dengan tawaran Rumah Mampu Milik dengan skim pembiayaan mampu bayar. Maka, saya memohon Kerajaan Negeri agar mengikhtiarkan dan perluaskan projek Perumahan Kos Rendah dan Sederhana Rendah di Sabai.
Yang ke-4, projek terbatan banjir yang mana saya telah bangkitkan dalam soalan lisan. Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar ketika sesi soalan semalam telah memberi pencerahan bahawa, cadangan projek terbatan banjir di daerah Bentong yang bernilai RM41 juta masih di bawah kajian Kerajaan Persekutuan. Kerugian dan trauma akibat tragedi banjir yang melanda daerah Bentong pada Disember 2021 masih segar diminda. Saya berharap projek tempatan banjir daerah Bentong tersebut dapat diluluskan dan dilaksanakan segera bagi mengelakkan tragedi yang sama berulang.
Yang ke-5, isu kaum Orang Asli Kampung Ulu Pareh dalam DUN Sabai ini. Saya juga ingin menyuarakan rintihan kaum Orang Asli Kampung Ulu Pareh, Sabai. Tok Batin dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung Orang Asli berulang kali memohon bantuan saya di dalam isu tanah kaum Asli yang masih belum diwartakan. Sebarang kelewatan dalam isu perwartaan tanah Orang Asli ini, akan memberi ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk menceroboh. Saya rasa Yang Berhormat Tras juga telah membangkitkan isu yang sama ketika sesi beliau tadi.
Pada masa yang sama, ada 20 keluarga kaum Asli di kawasan Kampung Ulu Pareh ini, yang masih belum menerima bekalan air bersih dan bergantung kepada air dari kawasan bukit untuk kegunaan kehidupan seharian. Harap isu-isu ini dapat diselesaikan oleh Kerajaan Negeri.
Yang ke-6, isu infrastruktur. Beberapa isu yang sering dibangkitkan oleh warga DUN Sabai antaranya capaian internet dan telekomunikasi yang kurang memuaskan di kawasan Kampung Karak Setia dan Kampung Paya Pelantar dalam DUN Sabai. Jalan-jalan kampung yang perlu diperbaiki di Kampung Jambu Rias, Kampung Lengkung, Kampung Karak Setia, Kampung Ulu Pareh, Kampung Aji Kubur dan Kampung Cinta Manis. Kebanyakan kampung-kampung tradisional ini, di luar kawasan bidang kuasa Majlis Perbandaran, maka jalan-jalan dan sistem perparitan yang sedia ada ni sudah lama tidak dipulihkan… dibaik pulih maka sering kali saya menerima aduan daripada komuniti dalam kawasan-kawasan kampung tradisional ni.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, Barisan Ahli Majlis Masyarakat Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sambil menggalas tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat DUN Sabai, saya juga memikul amanah sebagai suara tunggal kaum India, di Dewan Negeri Pahang. Walaupun kaum India adalah minoriti di Negeri Pahang kira-kira dalam 40%... 4% maaf, 4% lebih namun kebajikan dan kesejahteraan kaum India tetap disantuni oleh Kerajaan Inklusif Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar.
Sesungguhnya, tiada pihak yang terpinggir atau terbiar dari menikmati hasil agenda pembangunan negeri Pahang. Seperti pelbagai bantuan pendidikan termasuk bantuan pada rumah ibadat, bantuan sempena perayaan, bantuan keusahawanan, bantuan kebajikan dan banyak lagi yang disalurkan kepada masyarakat India. Saya tidak nafi, memang terbaik Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar. [Ahli Dewan menepuk meja]
Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan beberapa aspirasi khusus masyarakat India negeri Pahang, untuk perhatian dan pertimbangan Kerajaan Negeri. Lebih-lebih lagi ketika pembentangan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, secara spesifik beliau telah menyatakan bahawa isu tentang kemiskinan kaum India dan beberapa program telah dilaksanakan di peringkat persekutuan untuk kepentingan kaum India.
Antara yang kita harus beri perhatian, saya harap daripada Kerajaan Negeri, peluang kerjaya sektor Perkhidmatan Awam Negeri dan Majlis Tempatan, adalah menjadi harapan kaum India agar peluang kerjaya di sektor Perkhidmatan Awam Negeri serta Majlis Berkuasa Tempatan dapat dipertingkatkan untuk permohon yang berkelayakan. Satu mekanisme khusus perlu diwujudkan untuk memantau pengambilan kakitangan daripada masyarakat kaum India.
Yang Ke-2, tapak tanah bagi pemindahan Sekolah Tamil dari kawasan luar bandar, memang sekolah-sekolah Tamil yang sedia ada ni kebanyakannya dalam kawasan ladang, estate. Berlaku penghijrahan besar-besaran daripada estate ke kawasan bandar menyebabkan er… masyarakat India yang tinggal di kawasan ladang ini sudah berkurangan. Maka banyak yang menetap di kawasan pinggir bandar atau bandar menyebabkan sekolah-sekolah ini mengalami kekurangan murid.
Rekod menunjukkan bahawa terdapat 31 buah sekolah Tamil di negeri Pahang adalah di bawah kategori sekolah kurang murid. Migrasi masyarakat luar bandar seperti dari estate ke bandar adalah antara faktor yang mencetuskan isu sekolah kurang murid. Pemindahan sekolah terbabit ke lokasi strategik baru di kawasan bandar ataupun Taman Perumahan dapat menyelesaikan isu sekolah kurang murid. Walaupun bukan semua, tetapi yang berpotensi, maka saya mohon tindakan Kerajaan Negeri bagi membantu usaha sedemikian dengan mengenal pasti dan menyediakan tapak tanah yang sesuai.
Yang ke-3, penyertaan dalam rancangan tanah pertanian, mejoriti kaum India satu ketika dulu, memang berkecimpung di dalam sektor perladangan, pertanian dan penternakan. Saya sendiri merupakan anak daripada estate jugalah, dari kawasan Karak. Terdapat ramai agripreneur termasuk dari kaum India yang mampu menjayakan projek pertanian dan perladangan dan penternakan jika diberi peluang dan bimbingan. Maka saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri memperbanyakkan lagi Rancangan Tanah Pertanian Perladangan, skala kecil dan besar ke arah meningkatkan penyertaan agripreneur. Sektor ini terbukti salah satu penyumbang ekonomi negeri dan negara.
Yang Berhormat er... Timbalan Speaker,
Apa yang saya sampaikan ini adalah apa yang telah disampaikan kepada saya untuk sampaikan dalam Dewan Yang Mulia ini. Harap diberi pertimbangan, akhir kata tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri, di atas segala usaha memacu pembangunan,
kemakmuran dan kesejahteraan negeri Pahang, dan rakyatnya. Maju terus Pahang. Sekian, terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat kawasan Sabai. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat Kawasan Panching.
Assalamulaikum WBT dan selamat petang. Timbalan Yang di-Pertua, pertamanya saya mengucapkan terima kasih di atas kebenaran mengizinkan saya untuk bersama-sama berbahas ucapan perasmian ucapan Pemangku Raja Pahang. Kesempatan ini juga mengucapkan tahniah Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan er... pada kesempatan yang ada ini, suka untuk saya menyentuh beberapa perkara yang telah juga dibangkitkan dalam ucapan perasmian Pemangku Raja Pahang.
Timbalan Yang di-Pertua,
Pertamanya, suka saya bangkitkan berkenaan dengan fasiliti kampung-kampung yang mana telah dibina perumahan-perumahan baru di atas tanah-tanah lot orang kampung. Di mana perumahan-perumahan yang ada yang dibina kita lihat er... baik untuk menambah bilangan penduduk sebuah kampung. Cuma er... pembinaan perumahan tersebut tidak diikuti dengan penambahbaikan er... seperti penaiktarafan, jalan, saliran dan longkang serta juga pengurusan sampah. Ini saya dah bangkit dalam penggal yang lepas.
Cuma saya kira hari ini banyak sekali kampung-kampung pinggir bandar yang dibina er... perumahan-perumahan dan serba sedikit memberi masalah kepada penduduk-penduduk kampong terutamanya masalah lalu lintas. Kalau di tempat saya duduk di Permatang Badak contohnya, hari ini di antara jalan utama juga sebagai jalan alternatif. Pada waktu pagi sebahagian daripada mereka yang menuju ke tempat kerja, mengambil jalan alternatif, memilih jalan kampung dan mula berlaku kesesakan. Begitu juga perumahan-perumahan yang dibina, kita lihat ada yang hanya menyalurkan air ke longkang-longkang tanah dan menyebabkan berlakunya longkang yang tersumbat, pencemaran air dan sebagainya dan sangat tidak memberi keselesaan kepada penduduk-penduduk kampung terutamanya.
Saya kira perlu ada rancangan yang baik daripada pihak kerajaan terutama daripada Majlis Bandaraya terutamanya untuk melihat bila mana diberikan keizinan, kebenaran merancang, membina sesebuah taman mestilah juga dinaiktarafkan er... kemudahan-kemudahan seperti yang disebut tadi terutamanya jalan yang sangat sempit jalan kampung mesti dilihat kembali, pengurusan sampah orang kampung dia tak ada tempat buang sampah sebagaimana taman, sedangkan tanah-tanah lot telah banyak dibina rumah dan sebagainya. Begitu juga yang paling ketara sekali ialah aliran air longkang yang mesti diuruskan dengan sebaik-baiknya.
Saya juga dulu pernah mencadangkan supaya kawasan-kawasan padat perumahan mestilah juga diadakan tempat untuk er… takungan-takungan air kumbahan sebelum dialirkan ke longkang-longkang besar yang kita lihat sebahagian kampung yang menerima er... kedatangan air-air lembah ini membawa bau yang sangat busuk pada waktu pagi.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Petua,
Perkara ke-2 yang ingin saya bangkitkan adalah berkenaan dengan isu capaian internet yang masih lagi dilihat tidak er... masih lagi dilihat agak teruk di kawasan-kawasan luar bandar. Kalau kita lihat dalam pada tahun 2020 kalau tak silap saya, telah dinyatakan bahawa akan dibina 224 menara, 224 menara yang dijangka siap pada tahun 2020 dan kalau kita lihat maklumat yang disebutkan dalam hasil daripada pembinaan… menara ini baru siap 26 menara sehingga Ogos 2020. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, baki sebanyak 218 lagi menara, bagaimanakah perkembangannya dan berapakah peratus rangkaian 5G yang telah berjaya kita naik taraf di dalam negeri Pahang?
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,
Saya juga ingin membangkitkan isu kerosakan jalan raya yang saya kira kita di Pahang terutamanya di Kuantan kalau kita lihat netizen-netizen gelarkan kita sebagai Darul Lubang yang agak mengaibkan kita. Baru-baru ni saya ada juga melalui jalan Jabor untuk masuk ke lebuh raya pusingan tu, roundabout tu, sangat-sangat teruk jalan dia er... ketika mana saya nak pergi ke Terengganu, melalui jalan tersebut sangat-sangat teruk dan saya kira jalan-jalan ni yang merupakan jalan masuk ke bandar, pekan utama kita ni mesti dilihat dan diambil kira dengan sebaik-baiknya bukan sekadar kita tampal seketika tetapi perlu dibuat penyelesaian yang sebaik-baiknya.
Saya juga membangkitkan isu kesesakan lalu lintas yang sangat teruk di beberapa traffic light, terutamanya di Bukit Rangin, di Semambu, di JUPEM, di Tanjung Lumpur yang sangat er... menimbulkan keresahan di kalangan pemandu-pemandu, terutamanya pada waktu petang. Cuma saya dimaklumkan, kita telah melaksanakan penggunaan lampu isyarat pintar di tempat-tempat yang sesak. Oleh yang demikian, saya ingin memohon sejauh manakah kejayaan kita menggunakan lampu isyarat pintar ini? Adakah telahpun mengurangkan kesakan lalu lintas ataupun penggunaan lampu isyarat tersebut masih lagi gagal untuk kita mengurangkan kesesakan di tempat-tempat yang sangat teruk pada...
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Soalan tu bagus sekalilah daripada Panching. Jadi untuk makluman daripada Panching, bahawa kita sedang berbincang untuk mencari jalan ataupun mengkaji atau mencuba sistem traffic light pintar ini. Belum lagi, tak ada lagi yang pasang. Jadi kita, kalau boleh kalau sistem itu kita bincangkan kita berjaya, insya-Allah kita akan cuba cari jalan keluar untuk mengatasi kesesakan lalu lintas ini untuk lampu pintar itu.
Okey, terima kasih EXCO, saya harap kajian nanti kita dapat selesaikan insya-Allah, masalah.
Insya-Allah kita... demi untuk kebaikan rakyat ini Kerajaan Negeri sentiasa dalam perbincangan bersama EXCO-EXCO, Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri pun sentiasa berbincang perkara-perkara yang berkaitan dengan rakyat ini, kemudahan kepada rakyat akan diberikan keutamaan, insya-Allah.
Yang Berhormat Timbalan Speaker,
Saya mohon mencelah sedikit, nak ke belakang sikit. Yang Berhormat Panching, berkaitan dengan perumahan tadi, boleh tak Yang Berhormat spesifikkan perumahan mana yang dikatakan bermasalah. Saya bimbang apa Yang Berhormat menyatakan tadi itu secara rambang yang memberi satu signal bahawa Kerajaan Negeri seolah-olah tak cakna ataupun orang kata apa, tak teratur. Jadi mungkin kalau dapat, dinyatakan perumahan-perumahan di mana sebab setakat hari ini, mana-mana projek perumahan sangat ketat dari segi nak meluluskan kebenaran merancang tu, jadi saya minta Yang Berhormat spesifikkan di mana, macam contoh tadi maknanya kumbahan tadi tu tak ada ataupun air-air yang longkang tu pergi kepada apa tempat yang berbau dan sebagainya.
Jadi nanti minta Yang Berhormat spesifikkan di mana dan mungkin kita boleh ambil tindakan, tapi kalau kita nak buat secara rambang sahaja Yang Berhormat Timbalan Speaker, bahawa kita nampak signal yang tak berapa kena sebab sedangkan PBT, pemaju sangat orang kata apa macam er... mengeluh tentang ketatnya peraturan yang dikenakan untuk meluluskan kebenaran merancang bagi satu-satu projek perumahan itu sendiri. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker.
Terima kasih, Yang Berhormat EXCO. Er... perumahan-perumahan yang saya sebutkan tadi banyak juga… ada. Kalau saya duduk di Pematang Badak memang ada perumahan itu dan kalau YB EXCO bercadang untuk melawat saya sedia untuk bawa. Ada perumahan yang saya melawat yang longkang, bukan longkang kecil, longkang besar keluar daripada pagar ini ada longkang besar yang sekiranya dibuka tempat penutup tu lebih daripada separuh kita kedalaman dia tadi dan setiap kali musim banjir maka akan berlaku sekatan air dan menyebabkan banjir. Saya kira kalau YB EXCO ada bercadang untuk melawat boleh berhubung dengan saya dan insya-Allah saya akan boleh bawa untuk kita lihat terutamanya yang saya sebut tadi longkang-longkang yang airnya hanya pergi kepada longkang-longkang tanah sahaja.
Timbalan Speaker, boleh. Saya memang sangat suka untuk pergi meninjau masalah-masalah yang dikemukakan ini. Sebagai contoh, di Tanjung Lumpur. Yang Berhormat Kuala Sentul bagitahu tadi. Jadi saya perlukan kalau boleh masa ini, suasana ini, kepada mungkin semua sekalian Yang Berhormat, kita spesifik dan saya memang sedia. Kerajaan Negeri hari ni memang kita sangat bersedia untuk melihat secara dekatlah apa juga masalah yang dikemukakan, insya-Allah. Terima kasih Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua,
Saya ucap terima kasih. Tahniah Yang Berhormat EXCO. Yang ini yang kita nak dengar sebenarnya daripada Yang Berhormat EXCO. Penglibatan EXCO untuk turun padang untuk melihat menyelesaikan masalah rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua,
Saya juga mohon kepada Kerajaan Negeri untuk melibatkan terutamanya YB-YB daripada pembangkang dalam Mesyuarat JKTD daerah-daerah. Saya dimaklumkan dah ada daerah yang jemput. Baru-baru ni di Jerantut, jemput tapi di Kuantan belum ada, mungkin belum ada mesyuarat.
Dan saya kira mesyuarat ini tidak ada apa-apa kepentingan politik melainkan kita dapat berkongsi masalah rakyat yang dapat disegerakan penyelesaian. Kalau YB pembangkang kita nak tunggu er... kalau YB lain ini kita nak tunggu sidang DUN baru kita nak bangkitkan isu, so dia akan jadi banyak isu yang kita bangkit, dah tak cukup masa. Tetapi dengan ada Mesyuarat JKTD dan kita jemput dan ini peluang untuk kita bersama-bersama berkongsi masalah yang dibangkitkan rakyat untuk kita kongsikan kepada agensi-agensi daripada kerajaan.
Saya juga mohon penjelasan daripada pihak kerajaan berkenaan dengan penggunaan bangunan-bangunan kerajaan, sejauh manakah keizinan untuk kita menggunakan dewan, bangunan, dewan orang ramai contohnya, adakah penggunaan terhad kepada program kerajaan, parti ataupun program umum sebab sebelum pada ini ada daripada kalangan kami yang menempah tetapi dibatalkan pada penghujung-penghujung masa menyebabkan menjadi sukar kepada kita untuk mencari tempat lain.
Timbalan Yang di-Pertua,
Saya juga mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan di atas kejayaan membina rumah RRP, rumah percuma kepada rakyat Pahang. Suatu inisiatif yang sangat baik dan juga dibangkitkan oleh Pemangku Raja Pahang. Cuma, antara perkara yang saya kira perlu juga diambil kira oleh kerajaan ialah kualiti rumah yang dibina.
Saya ambil contoh ada rumah yang dibina di kawasan saya yang sangat teruk strukturnya. Sebelum masuk ini dah ada keretakan yang sangat teruk yang boleh membahayakan kepada penghuninya. Ini saya kira kalau mana-mana EXCO yang terlibat yang nak tengok saya boleh bawa ke kediaman ini yang kita rasa bahaya.
Minta celah… minta celah. Kalau ini bawah portfolio saya. YB boleh call saya, kita turun. Kita turun bersama.
Yes, steady... steady EXCO. Ini yang kita nak, insya-Allah. Saya akan bagi maklumat nanti insya-Allah. Yang keduanya tentang rumah RRP, pada tahun lepas kita lihat...
Ahli Yang Berhormat… Ahli Yang Berhormat, gulung ya. Masa dah sampai.
Pada tahun lepas, pelaksanaan rumah RRP ini tiada. Terutama di DUN sayalah. Dan kalau boleh saya nak dapat penjelasan daripada pihak kerajaan kenapa tahun lepas tidak ada pembinaan rumah RRP?
Tuan Timbalan Yang di-Pertua,
Pada petang ini juga, saya juga nak menyebut tentang satu perkara yang bagi saya agak mengguris juga hati saya. Tentang perkara yang kita bincangkan semalam tentang peruntukan. Tetapi keadaan itu dah berjaya ditenangkan oleh Menteri Besar. Menteri Besar dah sebut akan menjunjung titah Tuanku.
Cumanya saya lihat ada daripada kalangan EXCO kita menaikkan postingnya di Facebooknya, saya sebut sikit YB Dong. Dia pun tak ada, memang saya ingat dia ada tadi yang membangkitkan isu berkenaan. Kita sebenarnya ada lagi maklumat tambahan tapi bila... walaupun ada maklumat tetapi kerana kita meraikan besar jiwa Menteri Besar so kita diamkan isu ini, Timbalan Yang di-Pertua. So saya harap kita nak EXCO-EXCO yang macam tadi. Jadi EXCO ini dia pemimpin masyarakat kalau boleh posting-posting sampah ini biarlah ditulis oleh cyber trooper kitalah, bukan ditulis oleh pemimpin yang menjadi panduan di page berkenaan.
Jadi saya harap perkara ni tak akan berlaku lagi lah supaya walaupun kita tak bersama tetapi kita masih lagi boleh bekerjasama dan kita pernah rasa seronok duduk dalam muafakat seketika dan mungkin lepas ini 3, 4 bulan mungkin kita berpakat semula. Wallahulalam, ini kerja Allah Ta'ala belaka, kita tak tahu [Ahli Dewan menepuk meja]. Jadi saya kata sekadar itu saja ucapan saya pada petang ni, Timbalan Yang di-Pertua. Saya dengan ini menyokong ucapan perasmian Pemangku Raja Pahang. Sekian.
Terima kasih, Ahli Yang Berhormat kawasan Pancing. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat kawasan Tahan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Yang saya hormati, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, barisan EXCO, rakan-rakan Ahli Dewan, tak lupa juga kepada Ketua-ketua Jabatan dan pegawai-pegawai pemerhati. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Yang di-Pertua… Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang dan juga kesempatan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam ucapan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.
Timbalan Yang di-Pertua,
Saya menjunjung kasih di atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang ketika menyempurnakan Istiadat Pembukaan Dewan Negeri Pahang pada hari Isnin yang lalu. Sekurang-kurangnya ada 3 perkara penting yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang menarik perhatian saya iaitu soal penjagaan alam sekitar, penyediaan jalan raya yang baik untuk rakyat dan juga soal kebajikan masyarakat Orang Asal ataupun Orang Asli.
Timbalan Yang di-Pertua,
Pada penggal yang lepas, pada penggal ini dan dalam banyak acara dan program yang lain Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang secara konsisten memperingatkan kita tentang betapa pentingnya memelihara kelestarian alam sekitar walaupun dalam keadaan kita ingin membina kemajuan bagi negeri. Kita semua menyedari bahawa kehidupan manusia dan makhluk yang lain di dunia ini banyak bergantung dengan alam persekitaran. Allah SWT menciptakan manusia dengan
melengkapkan keperluan asas bagi membantu kita bertindak sebagai hamba yang ditugaskan untuk memakmurkan alam ini.
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran, (Bacaan ayat Al-Quran) maksudnya, "dan kepada kaum Samud, kami utuskan saudara mereka, Soleh. Dia berkata, wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah. Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu, mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadanya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya, Tuhan ku sentiasa dekat lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya”.
Ayat ini menunjukkan konsep hidup yang dinamakan amanah. Selain tujuan beribadah kepada Allah SWT, manusia dihidupkan untuk memakmurkan bumi ini dengan segala bentuk kebaikan. Konsep ini sudah diperkatakan sejak zaman awal peradaban manusia lagi. Tanggungjawab memakmurkan bumi bukan terhad kepada pembangunan materialistik semata-mata. Sebaliknya membabitkan amanah memelihara alam yang didiami hampir keseluruhan makhluk bernyawa ciptaan Allah SWT, kerana kita dan alam sekitar saling perlu memerlukan antara satu sama lain.
Timbalan Yang di-Pertua,
DUN Tahan yang saya wakili merupakan kawasan yang sangat luas berbanding dengan DUN-DUN yang lain. Sehinggakan hampir 75% keluasan daerah Jerantut itu sendiri berada di dalam DUN Tahan. Keluasan ini terdiri daripada hutan flora dan fauna terutamanya di Lembah Tembeling dan Taman Negara yang sekali gus menjadi pembekal kepada oksigen yang berkualiti. Dalam masa yang sama ia juga menjadi tempat pengeluaran kayu balak yang menjadi antara hasil utama Kerajaan Negeri. Saya difahamkan masih banyak tempat-tempat yang telah diluluskan sebelum ini tetapi masih belum lagi dibuat pengeluaran kayu.
Timbalan Yang di-Pertua,
Tanpa boleh disangkal dan kita nafikan, aktiviti pembalakan ini akan menyebabkan konflik antara manusia dan gajah yang telah dan sedang dihadapi oleh rakyat. Tidak akan menemui jalan penyelesaian. Aktiviti pertanian yang mereka usahakan musnah tanpa adanya sebarang pampasan dan mereka juga hidup dalam keadaan ketakutan jika gajah-gajah ini menghampiri kampung dan juga kediaman mereka. Mutakhir ini, ancaman kera pula kepada sektor pertanian juga semakin menjadi-jadi. Tanaman jagung, pisang dan lain-lain juga dirosakkan.
Kemunculan kera berskala besar berhampiran kediaman juga menakutkan penduduk, dan ada antaranya telah memasuki rumah-rumah penduduk. Saya merasakan perlunya penyelesaian segera dituntas bagi perkara ini. Ada negeri yang hadapi ancaman burung gagak. Mereka atasinya dengan cara membuat pelupusan iaitu dengan cara menembak. Bagi masalah kera ini, kalau kita tahan perangkap, bagi saya tidak akan memadai. Banyak mana perangkap yang kita nak sediakan? Setelah kita tangkap, apa yang kita buat?
Setakat yang saya tahu, contohnya kalau ditangkap kera di Bera, kera itu akan dipindahkan dan juga dilepaskan ke Jerantut pula. Tak selesai. Di Bera selesai, di
Jerantut tiba masalah pula. Kalau kita nak buat pelupusan, kita akan hadapi pula tentangan dan kecaman daripada para pencinta haiwan.
Tuan Yang di-Pertua, lepas tu kera Bera tu dia kelahi pulok dengan kera Jerantut. Betul dak?
Mungkinlah. Kalau kita nak buat pelupusan, kita akan menghadapi pula tentangan dan kecaman daripada para pencinta haiwan. Sedangkan mereka tiada kebun tanaman dan tiada risiko hadapi kerugian daripada ancaman kera-kera ini. Jadi saya harap pihak kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab perlu memikirkan satu mekanisme yang terbaik untuk atasi apa yang sedang berlaku demi kemakmuran rakyat kita.
Timbalan Yang di-Pertua,
Isu kerosakan jalan juga ingin saya bangkitkan. Jalan penghubung ke 5 buah kampung di Ulu Tembeling rosak teruk akibat mendapan dan cerunnya runtuh walaupun peruntukan baik pulih telah pun diluluskan dan diberikan serta kerja-kerja baik pulih sedang dibuat di sesetengah tempat, dan baru hendak dimulakan di sesetengah tempat yang lain. Namun kerosakan seperti jalan yang berlubang perlu ditampal.
Sehinggakan ada sesetengah tempat, lubang yang ada di tengah jalan itu terlalu banyak. Sehinggakan tiada ruang untuk kita mengelak. Keadaan ini menyebabkan timbul rasa tidak selesa di kalangan penduduk setempat dan membahayakan mereka. Di samping membahayakan juga kepada pengguna-pengguna luar di kalangan pelancong yang ingin melakukan aktiviti pelancongan di Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Bukit Mat Daling dan juga Kampung Gusai.
Dalam masa yang sama, lori-lori balak bertali arus melalui jalan ini dengan bebanan yang berat. Ia juga menjadi penyumbang kepada kerosakan berterusan kepada jalan ini. Saya mencadangkan agar pihak Kerajaan Negeri perlu mensyaratkan kepada pihak tauke-tauke balak ini agar mereka juga mengambil bahagian bagi membantu membaik pulih dengan menampal jalan-jalan yang pecah dan berlubang ini melalui projek CSR mereka termasuklah jalan-jalan lain yang mereka lalui.
Dato’ Sri… Timbalan Yang di-Pertua,
Masalah garisan putih di kiri kanan, di tengah jalan yang pudar dan hilang juga perlu diberikan perhatian. Laluan daripada Kuala Tahan ke Jerantut Feri antara lokasi yang menghadapi masalah ini di sesetengah tempat. Ianya sangat membahayakan pengguna terutama di waktu malam dan dalam keadaan hujan.
Timbalan Yang di-Pertua,
Ada cerun yang runtuh di laluan menuju ke FELDA Padang Piol yang sehingga kini masih belum dibaiki. Walaupun ianya telah berlaku lebih daripada setahun yang lalu. Saya difahamkan pihak JKR Jerantut telah membuat permohonan untuk baik pulih cerun ini pada April 2022, Oktober 2022 dan November 2022. Persoalannya, apakah status permohonan ini? Laluan ini merupakan laluan utama yang dilalui oleh penduduk daripada 18 buah JPKK yang melibatkan nyawa lebih kurang 20,000 orang lebih. Di samping ia juga menjadi laluan utama ke kawasan pelancongan Taman Negara, Kuala
Tahan. Saya harap perkara ini dapat diberikan perhatian yang serius sebelum berlakunya kejadian yang tidak diingini.
Saya juga ingin menyentuh berkaitan laluan Jerantut-Kuala Lipis. Secara spesifiknya di kawasan yang dinamakan Bukit Atap. Kawasan ini sering berlaku kemalangan akibat daripada lori-lori besar yang gagal mendaki bukit ini. Sering kali berlaku kejadian lori terbalik dan melintangi… melintangi laluan ini yang menyebabkan pengguna terpaksa berpatah balik dan menggunakan laluan yang lebih jauh untuk sampai ke destinasi mereka.
Pada 20 Februari yang lalu sebagai contoh, berlakunya kejadian sebuah lori yang membawa muatan batu, gagal mendaki bukit tersebut dan terundur serta merempuh 6 buah kenderaan yang lain yang berada di belakangnya. Alhamdulillah, tiada sebarang jiwa, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Saya difahamkan cadangan untuk naik taraf laluan ini telah diangkat sejak RMKe-7 lagi. Namun sehingga kini belum ada khabar berita. Saya mohon sangat agar perkara ini diberikan perhatian segera dan satu penyelesaian alternatif perlu difikirkan.
Timbalan Yang di-Pertua,
Saya seperti rakan-rakan ADUN yang lain sama ada daripada blok kerajaan mahupun pembangkang ingin menyebut juga masalah bekalan air. Saya sangat menghargai usaha-usaha yang sedang dijalankan oleh pihak kerajaan bagi menyelesaikan perkara ini. Saya juga bersyukur kepada Allah SWT di atas peruntukan lebih kurang RM5 juta yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menyalurkan bekalan air bersih ke Kampung Tanah Pindah, Bukit Mat Daling. Kerja-kerja untuk mengenal pasti jajaran jalan dan paip sedang dirangka dan juga dilaksanakan.
Namun perlu disedari juga, masih ada kampung-kampung di dalam DUN Tahan yang masih bergantung kepada bekalan air bukit 100% seperti Kampung Kuala Sat, Kampung Pagi dan juga Kampung Batu Balak. Justeru, saya mengharapkan agar aktiviti pengeluaran kayu balak dan aktiviti pembukaan ladang yang hendak dibuat tidak akan menjejaskan sumber air penduduk yang terbabit. Kawasan-kawasan tadahan air tidak boleh diluluskan untuk sebarang aktiviti pembalakan dan juga sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua,
Masyarakat Orang Asli adalah sebahagian daripada kita. Penubuhan Majlis Penasihat Orang Asli …
Yang Berhormat, sila gulung ya.
Sikit lagi ya. Penubuhan Majlis Penasihat Orang Asli sebagaimana yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku amat saya alu-alukan. Usaha bagi meningkatkan taraf hidup dan pendapatan mereka secara lestari perlu kita usahakan. Pergantungan mereka kepada hasil hutan kini semakin mengecil, memerlukan penyelesaian seperti penyediaan ladang sawit dan getah kepada mereka seperti yang dibuat di beberapa penempatan di kawasan Lipis. Isu pemilikan sijil lahir dan kad pengenalan mereka juga mestilah kita usahakan secara lebih agresif dan bersepadu.
Ketiadaan dokumen ini akan menyebabkan kesulitan dalam banyak urusan termasuk soal bantuan daripada KPM bagi anak- anak mereka yang sedang telah mula terlibat dengan kelas-kelas persekolahan di Sekolah-sekolah Kebangsaan seperti bantuan KWAM dan juga bantuan awal persekolahan. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak JAKWA, JPN dan beberapa NGO seperti Bird Group Taman Negara dan Sahabat Jariah yang telah berusaha membawa dan menempatkan anak-anak Orang Asli ini ke sekolah-sekolah dan ini sekali gus akan dapat merubah cara pemikiran, kehidupan dan juga sosioekonomi mereka pada masa akan datang, insya-Allah.
Timbalan Yang di-Pertua untuk akhirnya, saya merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah berusaha bagi memastikan rakyat negeri Pahang memiliki rumah seperti mewujudkan Projek PR1MA Pahang, Rumah Makmur, Rumah Pahang dan yang paling menjadi rebutan sekarang ini ialah Rumah Rakyat Pahang (RRP) kerana ia diberikan secara percuma. Namun bagi rumah RRP ini, saya mengharapkan pengagihannya bukan sahaja dipandang dari sudut kelayakan tetapi juga dari sudut keutamaan. Ada yang layak tapi bukan perlu diberikan keutamaan. Sebagai contoh, ada 2 orang yang layak. Seorang bujang dan seorang lagi telah berkeluarga dan ada anak-anak. Maka bagi saya, yang berkeluarga inilah yang perlu kita pilih. Saya juga mengharapkan agar pandangan dan saranan serta cadangan daripada para Penghulu juga perlu diberikan perhatian dalam kita mengagihkan rumah RRP.
Mohon mencelah YB
Sila.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya ingin memaklumkan di Dewan Yang Mulia ini bahawa pengerusi pemilihan untuk Jawatankuasa Rumah Rakyat Pahang adalah Tuan Pegawai Daerah dan juga Ahli-ahli Jawatankuasa yang lain. Dan memang kita selalu berpesan pastikan yang menerima itu adalah yang benar- benar layak. Jangan yang tak layak dapat ataupun yang layak dapat. Pastikan yang benar-benar layak dapat. Sehingga sekarang ni saya dapati tidak ada aduan sampai ke pengetahuan saya. Cuma yang saya terima ialah masih belum dapat. Kita kena ingat 2019 setiap ADUN hanya kawasan ADUN cuma 2 buah rumah sahaja Rumah Rakyat Pahang. Kemudian naik kepada 4 buah, naik kepada 6 buah, akhirnya kepada 8 buah.
Jadi insya-Allah, kalau sekiranya kedudukan kewangan negeri bertambah baik, bertambah kukuh, mungkin kita akan tambahkan lagi. Jadi daripada segi pemilihan Rumah Rakyat Pahang ini, bukan EXCO yang jadi pengerusi ataupun EXCO Perumahan ataupun Wakil Rakyat kawasan. Ianya dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah yang ada hak untuk memilih siapa saja yang difikirkan layak. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Dato' Sri Menteri Besar. Cuma apabila saya sebut tadi berkenaan dengan kelayakan dan keutamaan antara yang bujang dan juga yang telah
berkeluarga. Saya menyebut perkara ini kerana perkara ini berlaku di tempat saya, dalam DUN saya. Ada mereka yang tidak berkeluarga dapat rumah RRP. Sedangkan bagi saya keutamaan mesti diberikan kepada orang-orang yang telah berkeluarga.
Akhirnya, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhomat Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang sekali lagi telah dilantik sebagai Menteri Besar Pahang bagi Penggal yang ke-15. Tahniah juga kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan Timbalannya atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Dewan. Tahniah juga buat semua rakan-rakan ADUN yang diberikan kepercayaan oleh rakyat di tempat masing-masing bagi mewakili suara mereka pada PRU yang lalu. Marilah kita beriltizam untuk menunaikan amanah ini dan kepercayaan yang telah diberikan ini dengan sebaik mungkin.
Penghargaan dan terima kasih juga buat semua Ketua-ketua Jabatan di peringkat negeri dan daerah khususnya daerah Jerantut yang diketuai oleh Pegawai Daerahnya Dato' Khairunnissa Aris yang telah memberikan kerjasama kepada saya pada penggal yang lalu dan diharapkan kerjasama ini akan dapat kita teruskan dengan lebih baik pada penggal ini dan pada penggal-penggal yang akan datang.
Saya juga nak mengambil kesempatan untuk mengajak semua Ahli Dewan untuk kita tepuklah sedikit sebagai tanda ucapan selamat hari lahir kepada Dato' Pegawai Daerah Jerantut [Ahli Dewan menepuk meja] yang telah menyambut hari lahirnya yang ke-18 kata dia pada saya pada hari Ahad yang lalu 7 hari bulan. Akhirnya saya dengan ini mohon menyokong.
Yelah, kami ikut permintaan Ahli-ahli Kerajaan. Sila, minta Ahli Yang Berhormat Tahan bacakan doa.
Bacaan Doa. (Bacaan ayat Al-Quran)
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Tahan. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat Kawasan Tanah Rata. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan, salam sejahtera. Saya merakamkan ucapan menjunjung kasih ke atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar atas perlantikan kali ke-2 untuk menjawat jawatan Menteri Besar dan juga barisan EXCO Kerajaan. Saya juga amat berasa bangga dan bertuah kerana kawasan saya sebenarnya bersebelahan dengan kawasan Yang Amat Berhormat kawasan Jelai, di bawah kawasan Parlimen yang sama.
Pertama sekali ingin saya bangkitkan di Dewan Yang Mulia ini, isu pertanian dan khususnya isu tanah pertanian di Cameron Highlands. Cameron Highlands merupakan satu pusat peranginan tanah tinggi yang menjadi tarikan pelancong serta
juga merupakan satu pusat penanaman pertanian tanah tinggi yang terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara. Berdasarkan Draf Rancangan Tempatan Cameron Highlands, peratus guna tanah untuk tujuan pertanian di daerah ini adalah 7,508.28 hektar atau 10.54% daripada keseluruhan keluasan daerah. 47.6% guna tenaga di daerah ini adalah terlibat dalam sektor primer khususnya Industri Pertanian. Dengan kata lain, hampir separuh tenaga kerja di daerah Cameron Highlands terlibat dalam sektor pertanian. Walau bagaimanapun terdapat kekangan dalam sektor pertanian yang sedikit sebanyak menjadi penghalang kepada pekebun daripada meningkatkan tahap pertanian dan mengamalkan aktiviti pertanian mantan dan lestari.
Tuan Yang di-Pertua,
Sejak tahun 2020, para pekebun Cameron Highlands yang selama ini diberi Lesen Pendudukan Sementara (LPS) untuk bercucuk tanam telah ditawarkan sewaan berdaftar yang dikeluarkan oleh Pahang Corporation SDN BHD. Kadar sewaan baharu yang telah ditetapkan adalah sebanyak RM4,500.00 seekar setahun manakala tempoh sewaan adalah selama 3 tahun dengan opsyen penyambungan selama 2 tahun. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Pihak Kerajaan kerana menawarkan tempoh sewaan selama 3 + 2 tahun yang lebih panjang dan lebih menjamin berbanding dengan tempoh setahun yang dahulu ditawarkan dalam melalui Lesen Pendudukan Sementara (LPS) sebelum tahun 2020.
Tuan Yang di-Pertua,
Kadar sewaan yang baharu sebanyak RM4,500.00 seekar setahun sebenarnya agak tinggi dan membebankan para pekebun Cameron Highlands khususnya pekebun kecil. Hal ini demikian kerana jika kita lihat kadar LPS sebelum tahun 2020 yang berserta dengan kadar sumber air ia berjumlah RM884.00 seekar manakala kadar sewaan sekarang adalah RM4,500.00. Jadi peningkatan dia adalah hampir sebanyak 500%.
Maka kebanyakan terutamanya pekebun berskala kecil masih perlu mendepani pelbagai cabaran sektor pertanian. Antaranya, harga sayur-sayuran di Cameron Highlands sebenarnya amat tidak stabil dan bergantung kepada pelbagai faktor, terutamanya cuaca.
Dengan kata lain, sektor pertanian ini seolah-olah amat bergantung pada nasib pekebun. Yang bernasib baik, mampu mendapatkan keuntungan. Manakala yang bernasib tidak baik, mungkin juga mengalami kerugian yang besar. Maka kita telah lihat bahawa sesetengah pekebun terpaksa membuang sayur disebabkan lambakan sayur pada bulan April untuk mengurangkan kerugian ataupun cut loss.
Saya faham bahawa Kerajaan Negeri perlu juga meningkatkan pungutan cukai ataupun hasil. Maka saya di sini ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri mewujudkan sinergi yang baik dengan Kerajaan Persekutuan membincangkan satu mekanisme, di mana sebahagian cukai pendapatan yang diperoleh daripada sektor pertanian dalam Cameron Highlands boleh disalurkan kepada Kerajaan Negeri Pahang. Dengan ini, Kerajaan Negeri Pahang bolehlah mengenakan cukai berdasarkan keuntungan pekebun dan meningkatkan hasil Kerajaan Negeri.
Pada masa yang sama, tempoh sewaan tanah sebanyak 3 tahun + 2 tahun. Walaupun telah panjang, tetapi masih tidak dapat memberi jaminan yang mencukupi kepada pekebun, kerana ada pekebun khuatir bahawa jika keselamatan pegangan tanah
ataupun land continue security tidak terjamin, kebanyakan daripada mereka akan risau dan tidak akan melaburkan modal dan masa untuk menggunakan kaedah dan teknologi yang lebih canggih demi meningkatkan tahap pertanian.
Oleh itu, saya amat berharap bahawa agar Yang Amat Berhormat dan Kerajaan Pahang dapat memberi pertimbangan untuk menurunkan kos sewaan tanah pertanian dan menawarkan tempoh sewaan tanah yang lebih panjang kepada pekebun di Cameron Highlands agar bersama-sama mewujudkan ekosistem sektor pertanian yang lebih stabil, meringankan beban dan risiko pertanian, memberi dorongan kepada pekebun untuk bersama-sama menuju ke arah pertanian lestari dan pertanian pintar, serta meningkatkan tahap keselamatan dan keterjaminan makanan.
Tuan Yang di-Pertua,
Seterusnya ingin saya bangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini, cadangan pewartaan melarang pemanduan dan penggunaan kenderaan barangan termasuk kenderaan sayur di atas sebahagian Laluan 59 iaitu Jalan Tapah-Cameron Highlands dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang dari setiap hari Jumaat hingga Ahad termasuk hari kelepasan am dan cuti sekolah. Memandangkan terdapat banyak kebun di Cameron Highlands, rangkaian logistik sayuran di Cameron Highlands sebenarnya adalah amat rumit.
Maka gangguan masa akan menjejaskan masa perjalanan para pengusaha logistik yang diperlukan dan kemungkinan memudaratkan kualiti dan kesegaran sayur sayuran apabila tiba di pasaran nanti. Akhirnya, larangan kenderaan barang ini dikhuatiri akan mengurangkan bekalan sayuran di pasaran atau mungkin menyumbangkan kepada peningkatan harga sayuran disebabkan bekalan sayuran mungkin tidak mencukupi pada hujung minggu.
Saya sebenarnya telah juga mengemukakan cadangan alternatif kepada kerajaan bagi cuba mengurangkan kesesakan lalu lintas. Antaranya kita boleh menggunakan dengan sebaiknya tempat letak kereta swasta di er… hotspot kesesakan lalu lintas dalam Cameron Highlands terutamanya Kea Farm. Kita juga boleh contohnya hanya melaksanakan larangan kenderaan barangan terhadap kenderaan yang mengangkat non essential dan bukannya barangan essential untuk kita menjamin tahap keselamatan makanan dan jamin logistik er… makanan.
Maka saya dengan ikhlasnya, memohon Kerajaan Negeri untuk berbincang dengan kementerian-kementerian yang berkenaan untuk mengkaji semula larangan pemanduan kenderaan tersebut demi melindungi kepentingan semua pihak bukan sahaja pekebun sayur dan pengusaha logistik tetapi juga para pengguna di seluruh Malaysia yang berhasrat membeli sayur-sayuran yang segar dengan harga yang berpatutan setiap hari.
Tuan Yang di-Pertua,
Isu seterusnya yang ingin saya bangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini adalah isu pembangunan lestari di Cameron Highlands. Pada bulan Ogos sebuah syarikat telah diberikan permit kerja tanah untuk menjalankan kerja pembukaan tanah di atas bukit di mana jaraknya adalah tidak melebihi 1 kilometer dari Kampung Baru Kampung Raja. Akibat daripada pembukaan tanah tersebut yang tidak menepati standard dan tidak memperoleh kelulusan dalam kajian penilaian kesan alam sekitar atau EIA, banjir lumpur berlaku sebanyak beberapa kali sehingga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong juga berkenaan melawat ke Kampung Raja.
Walau bagaimanapun, saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan dan juga dan juga Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands kerana mengambil tindakan yang cepat dan cekap untuk mengambil langkah pencegahan. Cuma ada juga projek yang masih dalam dijalankan dan masih menunggu kelulusan daripada pihak kerajaan. Setakat ini saya juga difahamkan bahawa pemaju ataupun pemegang permit kerja tersebut masih belum memberi sebarang tawaran pampasan kepada para mangsa banjir.
Demi mengurangkan risiko pembangunan pada masa akan datang, saya menyeru bahawa projek-projek pembangunan di Cameron Highlands dan tanah tinggi, khususnya projek berskala besar, perlu memohon dan mendapat kelulusan EIA.
Selain itu, berlandaskan kepada prinsip ketelusan dan keterbukaan, laporan EIA tersebut haruslah diberi akses kepada orang ramai untuk sepanjang masa agar semua pihak berkepentingan termasuk penduduk tempatan boleh membaca dan memahami projek pembangunan yang berpotensi membawa impak sama ada positif atau mungkin impak negatif terhadap mereka. Ini juga membantu merealisasikan hasrat kerajaan dan juga menjunjung kasih ke atas Titah Diraja untuk menuju ke arah pembangunan lestari berlandaskan konsep ESG.
Tuan Yang di-Pertua,
Isu keempat yang saya ingin bangkitkan adalah kes banjir di Lembah Bertam, Cameron Highlands yang berlaku pada bulan Oktober 2013 yang telah meragut 5 nyawa dan mendatangkan kerugian harta-benda yang amat besar. 100 orang penduduk atau mangsa banjir telah berjaya dalam tuntutan saman kerana mahkamah tinggi telah mengenal pasti bahawa syarikat TNB selaku pemilik dan pengendali Empangan Sultan Abu Bakar bertanggungjawab kerana cuai sehingga menyebabkan banjir.
Pada bulan November 2019, Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan merayu pihak TNB. Tahun ini, Yang di-Pertua, adalah tahun ke-10 sejak tragedi banjir tersebut berlaku. Namun, penduduk dan mangsa banjir Lembah Bertam masih menunggu-nunggu keputusan terakhir kerana kedua-dua pihak sekarang masih berada dalam fasa penilaian kerosakan, assessment of damage.
Saya faham bahawa ini masih di mahkamah. Cuma saya ingin menyeru bahawa sebagai sebuah syarikat GLC yang amat mementingkan tanggungjawab sosial, korporat, CSR dan reputasi, TNB bolehlah mempercepatkan segala proses perundingan agar memberi pampasan kepada para mangsa dengan secepat mungkin.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk membincangkan isu peningkatan prestasi pentadbiran, governance. Saya ingin mengucapkan taniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri dan juga barisan EXCO atas kecekapan dan profesionalisme dalam menjalankan tugas dan mentadbir negeri. Saya di sini ingin mencadangkan kepada Dewan Yang Mulia ini untuk menubuhkan lebih banyak Jawatankuasa Pilihan Khas agar lebih ramai backbenchers dan Wakil-wakil Rakyat boleh terlibat dalam governance dalam pentadbiran untuk memberi idea dan pandangan yang lebih bernas dan menyumbang kepada peningkatan prestasi pentadbiran dan memperkasakan demokrasi.
Sebagai contoh, Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas seperti kewangan dan ekonomi, kesihatan, kos sara hidup dan pertanian dan sebagainya. Maka, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya juga ingin menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini umtuk bersama-sama menghayati dan menghargai kepelbagaian budaya, bahasa dan agama yang sememangnya merupakan aset unik dan asas kepada pembentukan masyarakat Malaysia yang majmuk dan berbilang kaum.
Antaranya, Kerajaan Pahang kini iaitu Kerajaan Perpaduan adalah salah-satu testimoni yang terbaik kepada pelbagai… kepelbagaian negeri yang terserlah. Maka kita perlulah memperkukuhkan lagi kepelbagaian demi mempertingkatkan perpaduan antara semua bangsa dan juga tanpa meringa… mengira kaum, agama dan bahasa. Nescayanya dengan memelihara dan memperkasa kepelbagaian budaya, negeri Pahang boleh menggunakan kekuatan ini untuk membangunkan negeri kita yang maju, makmur, progresif dan menjadi teladan bukan sahaja kepada negeri-negeri lain, tetapi juga di persada dunia.
Maka saya dengan ini menjunjung kasih ke atas Titah Diraja dan saya menyokong Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Tanah Rata. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat Sungai Lembing.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. (Bacaan dalam Bahasa Arab). Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua yang memberikan laluan kepada saya untuk menyertai perbahasan pada petang ini.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,
Sungai Lembing menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang atas titah menzahirkan keprihatinan terhadap kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta pembangunan negeri Pahang. Pertama kali saya berdiri di Dewan Yang Mulia ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 6,962 orang pengundi Sungai Lembing yang telah memilih saya mewakili suara mereka di dalam Dewan ini.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,
Sebelum saya membahaskan Titah Diraja, suka untuk saya membawa seisi Dewan untuk berkenalan dengan Sungai Lembing. Sungai Lembing adalah kawasan luar bandar yang terdapat di dalamnya kampung-kampung tradisi, pekan lama dan 3 rancangan besar FELDA iaitu Gugusan FELDA Bukit Sagu, Bukit Goh dan Bukit Kuantan. Sungai Lembing juga dikenali sebagai pusat bersejarah dan pelancongan yang giat membangun di negeri ini. Insya-Allah, sedikit masa sahaja lagi Sungai Lembing bakal diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Jika dile…dilihat dari er… perspektif sejarah, Sungai Lembing adalah pada masa dahulu adalah bandar terkaya dengan pengeluaran bijih timah di negeri Pahang Darul Makmur. Hatta sehingga hari ini, lombong-lombong ini masih lagi wujud namun operasinya telah dihentikan dan hanya dijadikan sebagai tempat tarikan pelancong sahaja.
Sungai Lembing juga tidak asing dengan keindahan alam semula jadi yang sangat menawan kedudukan geografinya muka buminya yang dilatari banjaran gunung-ganang dan bukit-bukau pasti akan menawan hati bagi sesiapa yang pertama kali berkunjung ke sini. Destinasi seperti Bukit Panorama, Air Terjun Pelangi dan Lata Pasir Puteri pasti akan menjadi destinasi wajib apabila berkunjung ke sini.
Dengan kedudukannya yang bersebelahan sahaja dengan Kota Sultan Ahmad Shah, KotaSAS yang akan menjadi Pusat Bandar Baru Kuantan dan Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri Pahang pasti akan membuka ruang dan peluang terbesar untuk Sungai Lembing dijadikan tarikan destinasi pelancongan dan sejarah atau orang lud… orang muda lebih faham sebagai port healing, dengan izin.
Oleh itu, saya mencadangkan Kerajaan Pahang melalui Tourism Pahang bukan sahaja memandang Sungai Lembing sebagai satu peluang keemasan untuk dimanfaatkan tetapi juga mencadangkan agar dibina fasiliti-fasiliti dan dekorasi pelancongan berkelas dunia yang mana akan menjadi tarikan pengunjung untuk bertandang ke Sungai Lembing secara tidak langsung akan menaikkan taraf sosial dan ekonomi penduduk luar bandar di kawasan ini.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,
Sungai Lembing menghadapi beberapa isu krik… kritikal untuk dibangkitkan. Isu utama iaitu infrastruktur bekalan air. Untuk makluman Sidang Dewan, Sungai Lembing walaupun menjadi sumber bekalan air bersih utama bagi penduduk Kuantan dan kawasan sekitarnya, namun Sungai Lembing sendiri tidak dapat menikmati bekalan air bersih yang stabil dan mencukupi.
Acap kali saya mendapat aduan bekalan air bersih yang sering terganggu terutamanya ketika musim perayaan dan cuaca panas. Saya menerima laporan mengenai isu bekalan air yang terjejas di beberapa kawasan seperti di Bukit Kuin, Kuala Kenau, Sungai Rimau, Kampung Kawah dan Kampung Batu Enam. Isu-isu ini berterusan walaupun Kerajaan Pahang telah ada usaha untuk… telah ada usaha daripada PAIP untuk menyelesaikannya.
Saya sendiri telah turun ke Kampung Sungai Rimau dan dapati… dan dapati penduduk di sana telah lama tidak mendapat bekalan air bersih dan kehidupan mereka adalah bergantung, er… kehidupan mereka pada hari ini adalah 100% bergantung kepada sumber bekalan air bukit. Saya sendiri dibawa oleh penduduk setempat untuk melihat sumber er… air bukit yang mereka ambil dari anak sungai di atas bukit berdekatan kawasan rumah mereka.
Sidang Dewan boleh melihat sendiri video live yang telah saya muat naik di laman Facebook saya. Hal ini juga sama berlaku kepada penduduk di Kampung Kawah. Sebahagian penduduk kampung tersebut mendakwa perkhidmatan bekalan air bersih ke kawasan mereka sangat buruk. Kadang-kadang pukul 3 petang baru ada air dengan tekanan yang rendah dan malam bekalan air kembali terputus kadang-kadang seharian itu tiada air langsung.
Inisiatif yang mereka lakukan adalah menggali perigi bagi mendapatkan bekalan air yang berterusan tetapi masalah tetap juga wujud apabila berlakunya kerosakan pan… pam air dan juga pihak KKM pula tidak mengesyorkan mereka untuk menggunakan air tersebut kerana dikhuatiri tercemar oleh air banjir yang melimpah masuk ke dalam perigi tersebut er… tiap… setiap kali berlakunya musim tengkujuh.
Saya juga telah membuat pertemuan dengan kakitangan PAIP Kuantan. Maklum balas yang saya terima masalah bekalan air di kawasan ini berpunca daripada pelbagai faktor termasuk infrastruktur yang tidak mencukupi, paip yang sudah tua dan kemudahan rawatan air yang tidak mencukupi. Akibatnya, penduduk mengalami kekurangan air, tekanan air rendah dan kualiti air yang buruk yang menjejaskan kehidupan seharian eko… dan aktiviti ekonomi mereka.
Tahniah kepada Kerajaan Negeri saya ucapkan telah melaksanakan beberapa inisiatif penyelesaian termasuk membina loji rawatan air baharu dan menaik taraf infrastruktur sedia ada. Walau bagaimanapun kemajuan dalam inisi… inisiatif ini adalah sangat perlahan tidak selari dengan pertambahan penduduk setempat menyebabkan ramai penduduk terus menghadapi gangguan bekalan air.
Maka saya ingin bertanya bagaimanakah Kerajaan Negeri Pahang menangani isu bekalan air berterusan di Bukit Kuin, Kuala Kenau, Sungai Rimau, Kampung Kawah dan Batu Enam memandangkan masalah itu masih berterusan walaupun sudah ada usaha sebelum ini. Adakah projek tangki air di Bukit Kuin mengikut jadual seperti yang dirancang? Jika ada, jika tidak, apa perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan projek ini disiapkan segera dan bila boleh beroperasi sepenuhnya? Saya juga er… ingin bertanya apakah rancangan dan inisiatif khusus yang dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi menaikkan… menaik taraf sistem bekalan air di Sungai Rimau dan Kampung Kawah?
Yang… Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,
Saya juga cakna dengan isu berhubung dengan masalah yang dihadapi oleh generasi ke-2 FELDA. Projek Perumahan FELDA Generasi Ke-2 di Sungai Lembing ada yang er… terbengkalai. Di antara 10 projek perumahan di dalam Bukit Sagu 1 er… yang diambil oleh Kerajaan Negeri dari FEL… daripada FELDA adalah di FELDA Bukit Sagu 1, Sungai Lembing. Jadi saya ingin bertanya berkenaan dengan bagaimana kemajuan projek bagi perumahan di Bukit Sagu 1 ini?
Bolehkah pihak kerajaan perincikan cabaran, masalah dan tin… tin… er… pelan tindakan dalam jangka masa pendek dan panjang bagi projek ini? Pada 2013, Kerajaan Negeri Pahang mengambil alih projek itu daripada FELDA dan memikul tanggungjawab ke atas pelaksanaan dan pengurusan pengurusannya. Walau bagaimanapun, kemajuan projek itu perlahan dengan laporan menunjukkan bahawa setakat 2021 hanya kira kira 20% sahaja dari daripada unit perumahan telah siap.
Dalam isu ini, saya ingin penjelasan daripada Kerajaan Negeri apakah pendekatan terkini yang dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan Projek Pembangunan Perumahan Generasi Ke-2, khususnya di FELDA Bukit Sagu itu dapat disegerakan. Saya mendesak Kerajaan Negeri untuk segera menyelesaikan masalah ini bagi memastikan nasib dan kebajikan generasi muda FELDA terbela sekaligus mampu memberikan impak besar kepada pembangunan dan kemajuan rancangan FELDA di kawasan ini.
Saya juga ingin bertanya bagaimana proses pemilihan pemohon yang layak untuk dilus… diluluskan dan siapakah yang terlibat dalam proses ini kerana er… rakyat di DUN Sungai Lembing datang bertemu saya kalau sekiranya er… apa ni er… generasi er… belia di FELDA Bukit Sagu ni datang untuk memohon rumah tu er… dengan dengan Wakil Rakyatlah. Jadi kita pun tidak ada maklumat yang secara detail untuk bagitahu kepada mereka jadi harap jawapan daripada Kerajaan Negeri boleh membantulah mereka.
Dan saya juga menggesa agar er… Kerajaan Negeri mempertimbangkan agar rumah ini diberi keutamaan kepada generasi betul-betul generasi ke-2 FELDA yang berada di dalam tanah rancangan tersebut kerana kalau dibagikan er… rumah ini jika diagihkan kepada setiap rumah peneroka yang ada di dalam er… FELDA Bukit Sagu 1 ini saya rasa itupun tidak cukup untuk kita memberi, membuka er… memberi peluang kepada orang luar untuk membeli rumah tersebut. Bukanlah saya untuk menafikan hak mereka yang layak sepertimana yang telah dijelaskan oleh YB EXCO FELDA. Di mana ada 7 kategori mereka yang layak untuk memohon perumahan tersebut.
Tetapi disebabkan perumahan ini dibuat di tanah rancangan FELDA Bukit Sagu 1 dan ramai lagi belia-belia ataupun generasi ke-2 yang masih menumpang dengan ibu bapa mereka yang memerlukan perumahan ini jadi saya fikir eloklah kita memberi keutamaan kepada mereka kerana inilah peluang untuk mereka memiliki rumah sendiri dengan harga yang lebih munasaba.
Timbalan Yang di-Pertua,
Sungai Lembing sebuah bandar yang terletak di negeri Pahang di Malaysia terkenal dengan sejarah perlombongannya dan sebagai salah satu tempat paling basah di Malaysia. Oleh kerana lokasinya di kawasan pergunungan, bandar ini terdedah kepada banjir kilat dan banjir besar apabila menerima taburan hujan yang lebat. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal Science dan Kejuruteraan Alam Sekitar, Sungai Lembing pernah mengalami beberapa banjir pada masa lalu termasuk banjir besar pada tahun 1926, 1961 dan 1971.
Sejak kebelakangan ini, banjir telah berlaku di pekan tersebut hampir pada setiap tahun bermula daripada tahun 2013, 2014, 2017, 2018, 2019, 2020, 2021, 2022 dan sehingga 2023. Memetik Titah Diraja Pemangku Raja Pahang dalam titah baginda semasa pembukaan dewan tempoh hari, yang menitahkan agar projek tebatan banjir in disegera dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. Oleh itu dalam hal ini saya ingin merujuk kepada jawapan yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar menjawab pertanyaan YB Sabai tempoh hari ada 4 projek besar yang sedang dilaksanakan oleh JPS merangkumi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) yang menelan belanja sebanyak RM501.46 juta.
Saya tertanya-tanya kenapa tidak ada kawasan Sungai Lembing yang terlibat dalam bagi mengatasi masalah banjir ini. Jadi saya ingin bertanya pihak kerajaan apakah langkah atau perancangan yang sedang atau diambil bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Sungai Lembing ini? Saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri bagaimanakah pembinaan dan pelaksanaan sistem tebatan banjir di Sungai Lembing mampu mengurangkan kesan banjir di sekitar kawasan ini dengan berkesan dengan mengambil kira corak purata hujan dan bentuk muka bumi kawasan tersebut serta jangkaan peningkatan kekerapan dan intensiti ekstrem kejadian cuaca akibat perubahan iklim?
Selain itu, apakah jenis langkah dan langkah struktur dan bukan struktur yang boleh diambil untuk mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh banjir di kawasan ini seperti pembinaan empangan, pemasangan sistem amaran awal atau pelaksanaan program kesiapsiagaan bencana berasaskan komuniti? Akhir sekali, saya inginkan penjelasan berapa anggaran kos dan potensi faedah sistem tebatan banjir seperti itu termasuk pengurangan kerugian ekonomi dan perlindungan nyawa dan infrastruktur manusia.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,
Sungai Lembing juga menghadapi isu kerosakan jalan yang sangat kritikal di kawasan ini, menyebabkan jalan-jalan persekutuan dan negeri yang perlu diperbaiki dan dinaik taraf. Kenapa saya katakan kritikal? Kerana impaknya besar sehingga melibatkan kematian.
Kemalangan jalan raya disebabkan oleh sIstem infrastruktur yang tidak diselenggara ini bukan sahaja yang pertama kali tetapi telah berulang kali terjadi. Besar harapan warga Sungai Lembing untuk memastikan hal infrastruktur terutamanya kemudahan jalan raya yang perlu mendapat perhatian lebih dan perhatian daripada bajet Kerajaan Negeri. Bagi DUN Sungai Lembing ini terdapat beberapa jalan utama yang perlu Kerajaan Negeri lihat untuk dinaik taraf antaranya jalan utama ke FGV Sagu 4, 6 dan 7, jalan utama dari simpang masuk FELDA Bukit Kuantan sehingga ke sempadan FELDA Neram serta jalan utama Bukit Goh. Jalan utama FELDA Bukit Goh bermula daripada Jambatan Sungai Mabuk sehinggalah ke simpang masuk FELDA Bukit Goh sangat perlu diberi perhatian segera. Kerana jalan ini terlalu sempit dan sibuk dengan kenderaan berat dan kerap berlaku kemalangan.
Jalan ini apabila berselisihnya dua lori yang besar salah satu lori mesti akan turun di bahu jalan untuk memberi laluan kepada lori yang satu lagi yang mempunya muatan untuk mengelakkan berlaku pergeseran antara lori tersebut. Situasi ini sebenarnya sangat membahayakan terutamanya kepada pengguna motosikal dan kereta kerana apabila lori tersebut hendak masuk semula ke atas jalan raya, kita bimbang berlakunya perkara yang tidak diingini seperti tergelincir yang menyebabkan lori tersebut terbalik dan boleh menghentam pengguna jalan raya yang lain. Kami sangat berharap agar jalan tersebut dinaik taraf dan dilebarkan sedikit bagi memberi keselesaan kepada pengguna apabila berselisih dengan kenderaan berat…
Yang Berhormat. Sila gulung. Minta gulung.
Okey. Persoalan saya, apakah sudah ada perancangan Kerajaan Negeri untuk menaikkan taraf jalan Jambatan Sungai Mabuk sehingga ke FELDA Neram ini serta Jalan Kuantan ke Sungai Lembing. Jika ada, bilakah jangkaan projek ini bermula?
Timbalan Yang di-Pertua,
Yang terakhir, saya ingin menyentuh mengenai aspek peranan Ahli Dewan Negeri. Tahniah kepada semua rakan Ahli Dewan Negeri yang telah dipilih mewakili kawasan masing-masing. Di sini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5,000.00 kepada ADUN pembangkang dalam sumbangan Ramadan yang lalu. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat membantu saya menyantuni mereka yang memerlukan khususnya di DUN Sungai Lembing. Peruntukan tersebut saya telah memanfaatkan untuk sebahagian daripada 115 anak-anak asnaf di kawasan Sungai Lembing untuk menerima sumbangan baju raya. Namun, bukanlah saya untuk mahu mengkufuri nikmat, tetapi jumlah tersebut masih tidak mencukupi untuk membantu mereka yang layak dan yang memerlukan di DUN Sungai Lembing kerana memandangkan masih ramai yang menghubungi saya untuk memohon bantuan tersebut sedangkan kemampuan kita adalah terhad.
Harapan saya kepada kerajaan supaya menambah dan meneruskan peruntukan kepada semua Ahli Dewan Negeri ini dapat diagihkan dengan adil… dan adil tidak kira sama ada kerajaan mahupun pembangkang. Kerana yang akhirnya keuntungan itu kembali kepada rakyat. Ianya juga adalah selari dengan titah Tuanku Pemangku Raja Pahang yang menitahkan agar peruntukan diagihkan dengan adil kepada semua Ahli Dewan Negeri untuk kebaikan semua rakyat. Sungai Lembing juga mengharapkan kerjasama daripada semua pihak termasuk agensi kerajaan, persekutuan, negeri dan daerah dalam melibatkan kami dalam pembangunan daerah kami. Libatkan kami dalam Majlis Tindakan Daerah. Berikan kami peranan dalam mencorak kawasan kami. Jangan risau dengan ziarah kami. Kita sama-sama mahu berkhidmat dan berbakti di kawasan kami.
Setakat ini sahaja perbahasan saya, perbahasan bagi Titah Diraja Kebawah Duli yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang sempena Pembukaan Penggal Ke-2 Dewan Negeri Ke-15. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Sungai Lembing. Sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat seterusnya, saya ingin mengalu-alukan kedatangan 2 kumpulan pemerhati pada sesi petang ini iaitu murid dari Kolej Komuniti Kuantan dan juga UNiPSAS. [Ahli Dewan menepuk meja]. Selamat datang ke Sidang Dewan Negeri Pahang. Seterusnya saya ingin menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bukit Ibam.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahhi wabaraktuh dan salam sejahtera. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. (Bacaan dalam Bahasa Arab). Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan para pemerhati sekalian. Oleh kerana ini adalah ucapan sulung saya di Dewan Yang Mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk pertamanya memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT dan memohon bantuan daripadanya bagi melaksanakan amanah yang besar ini.
Saya juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada warga DUN Bukit Ibam yang telah memberi kepercayaan kepada saya dalam PRU15 yang lalu untuk membawa suara mereka ke Dewan Yang Mulia ini.
Yang berhormat Timbalan Yang di-Pertua,
Menjunjung titah Kebawah Duli Tuanku Pemangku Raja Pahang, agar semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan mengembleng tenaga bagi meningkatkan kesedaran masyarakat yang secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar jenayah dan masalah moral. Kita sangat yakin segala penyakit masyarakat ini dapat dibendung apabila kita hidup berpegang kepada agama.
Justeru bagi memperkasakan lagi institusi agama, suka dicadangkan agar bukan sahaja diberikan elaun kepada pegawai-pegawai masjid kariah seperti masjid kampung, masjid di tanah rancangan FELDA dan FELCRA. Bahkan dapat kiranya diberikan juga elaun daripada MUIP dan JAIP untuk Imam, Bilal dan Siak di Surau-surat Kebenaran Jumaat (SKJ) di seluruh negeri Pahang. Begitu juga dalam pembentangan bajet 2023 pada 24 Februari lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan
elaun bagi 35,000 orang Guru KAFA sebanyak RM100.00 kepada jumlah RM1,100.00 dengan peruntukan tambahan lebih RM40 juta. Namun difahamkan guru-guru ini belum menerima kenaikan elaun sebagaimana yang telah diumumkan oleh kerajaan ini. Jadi mohon penjelasan daripada pihak kerajaan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,
Baru-baru ini berlaku banjir yang agak besar melanda beberapa kawasan di DUN Bukit Ibam. Ada orang kampung beritahu banjir kali ini lebih besar daripada banjir tahun 2006. Selain daripada menenggelamkan banyak rumah dan memusnahkan tanaman, ada dua jambatan gantung yang menjadi laluan utama penduduk tempatan telah rosak dan tidak boleh lagi digunakan iaitu jambatan gantung Kampung Rekoh dan jambatan gantung Kampung Aur. Justeru saya mengharapkan ada penyelesaian terbaik daripada pihak kerajaan untuk alat perhubungan orang kampung ini yang sangat penting.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,
Kesihatan adalah kepentingan semua dan tanggungjawab bersama. Memandangkan warga FELDA di gugusan FELDA Keratong, FELDA Selancar dan kampung-kampung di sekitar semakin berusia, pelbagai penyakit pun kunjung tiba. Ramai juga yang menghidap penyakit buah pinggang. Pusat hemodialisis yang terdekat ialah di Hospital Muadzam Shah. Saya pernah mendengar beberapa tahun lalu bahawa kerajaan berhasrat untuk mewujudkan pusat hemodialisis di Klinik Kesihatan Bandar Tun Abdul Razak.
Namun sehingga hari ini, tiada khabar berita. Justeru kami sangat berbesar hati jika dapat diwujudkan pusat hemodialisis di Klinik Kesihatan Bandar Tun Abdul Razak yang dapat meringankan beban ramai pesakit. Majoriti mereka adalah warga emas yang selama ini terpaksa merentas perjalanan sehingga 70 hingga 80 kilometer, ulang-alik 3 kali seminggu untuk rawatan cuci buah pinggang.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,
Semua orang memperakui bahawa air satu keperluan penting dalam hidup. Oleh kerana itu, walaupun sudah ramai Ahli Yang Berhormat menyuarakan tentang isu bekalan air sama ada dari pihak pembangkang atau kerajaan. Saya juga ingin mengambil bahagian untuk menyampaikan keluhan rakyat tentang masalah air ini. Bukan hanya ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini yang saya dengar melibatkan banyak daerah seluruh negeri Pahang. Bahkan ada beberapa kampung di DUN Bukit Ibam seperti Kota Shahbandar, Bukit Seruk, Melati, Kota Bahagia dan beberapa kampung lagi sentiasa terputus bekalan air disebabkan pelbagai masalah antaranya tekanan air rendah dan paip yang sering pecah.
Justeru tanpa melupakan jasa pihak PAIP yang besar selama ini diharapkan ada khabar gembira tentang isu air... isu bekalan air daripada pihak kerajaan, insya-Allah. Begitu juga isu jalan rosak yang menjadi igauan kepada pengguna jalan raya apatah lagi DUN Bukit Ibam termasuk juga DUN Muadzam Shah menjadi antara laluan masuk ke negeri Pahang dari negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka mudah-mudahan ia menjadi keutamaan dengan… oleh pihak kerajaan, insya-Allah.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,
Akhirnya politik ini adalah suatu yang bersifat dinamik. Apa sahaja boleh berlaku, lawan boleh menjadi kawan, kawan boleh menjadi lawan. Sebagaimana yang kita lihat realiti pada hari ini. Justeru saya berpesan kepada diri saya, rakan-rakan di pihak pembangkang dan rakan-rakan di pihak kerajaan bahawa politik kebencian dan politik balas dendam perkara yang merugikan rakyat dan negeri Pahang yang tercinta ini.
Dengan izin, saya ingin membacakan sebuah Hadis Nabi SAW semoga menjadi renungan kepada kita bersama. Sabda Nabi SAW (Bacaan ayat Al-Quran), “berpada-padalah sayang kepada orang yang kamu kasih kerana mungkin dia akan menjadi orang yang kamu benci suatu hari nanti dan berpada-padalah benci kepada orang yang kamu benci kerana mungkin dia akan menjadi orang yang paling kamu sayangi suatu hari nanti”.
Bahkan diajar oleh Al-Quran kepada kita (Bacaan ayat Al-Quran) “tolong-menolonglah, bekerjasamalah dalam perkara kebajikan dan taqwa terutamanya kepada kebajikan rakyat dan jangan bertolong-menolong dalam perkara keji dan permusuhan”.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,
Saya ingin menutup ucapan saya yang ringkas ini dengan sebuah pantun.
Biji selasih di atas bangku,
Anak ayam mematuk kangkung,
Menjunjung kasih Titah Tuanku,
Bukit Ibam mohon menyokong.
Allahualam, assalamualaikum WBT. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kawasan Bukit Ibam. Seterusnya Ahli Yang Berhormat pada sesi ini yang terakhir, saya menjemput Ahli Yang Berhormat Kawasan Kemayan.
Bismilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, alhamdullilah (Bacaan ayat Al-Quran). Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, alhamdullilah bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya dapat bersama-sama pada hari ini.
Ini adalah merupakan kali pertama saya berada di dalam Dewan Negeri Pahang. Sebelum ini pun belum pernah lagi jadi Dewan Negeri mana-mana pun. Tapi ini adalah kali pertama dan menjadi ruang kepada saya untuk er... berbahas, menyokong Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Pertama kalinya saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan juga barisan di Majlis Kerajaan Negeri Pahang di atas pelantikan sebagai Menteri Besar dan juga EXCO Kerajaan Negeri Pahang. Tahniah juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan juga Yang Berhormat Timbalan er... Yang di-Pertua.
Tahniah juga saya ucapkan kepada er... Yang Berhormat Dato' Indera Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga saya ingin mengucapkan er... ribuan terima kasih kepada er... semua jentera pegawai-
pegawai kerajaan di dalam negeri Pahang terutamanya er... pegawai kerajaan di daerah Bera itu yang dipimpin oleh Dato' Pegawai Daerah yang banyak membantu saya dalam memastikan kesejahteraan rakyat terutama di dalam DUN Kemayan.
Selain itu juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi-pengundi di dalam DUN Kemayan yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menyuarakan, menjadi wakil kepada mereka untuk menyuarakan apa yang perlu kita lakukan bagi kesejahteraan rakyat terutamanya bagi rakyat di DUN Kemayan.
Kalau kita lihat dalam Titah Diraja, banyak perkara yang telah er... Tuanku titahkan kepada kita sebagai Wakil Rakyat. Dan dalam dua hari ini, banyak perkara yang telah disentuh oleh Ahli-ahli Dewan yang er... berkaitan dengan Titah Tuanku yang saya ingin kongsikan di sini terutama adalah kejayaan Kerajaan Negeri Pahang. So, tahniah sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada hari ini boleh mencapai beberapa kejayaan dan saya yakin kejayaan ini akan terus meningkat. [Ahli Dewan menepuk meja]
Kalau kita ambil contoh paling mudah yang paling banyak disentuh oleh sahabat-sahabat Ahli-ahli Dewan yang lain er... rumah rakyat Pahang. Ha... daripada mula daripada dua pergi pada empat, pergi pada enam, sehingga sekarang pergi pada lapan. Mungkin akan datang, Yang Amat Berhormat Menteri Besar kata, dengan peningkatan hasil negeri, insya-Allah perkara ini akan dipertingkatkan lagi.
Kalau kita lihat hasil Kerajaan Negeri adalah penting, bagaimana membantu kerajaan hari ini untuk membantu rakyat. Jika hasil yang diperolehi oleh kerajaan rendah maka peruntukan yang diberikan kepada rakyat pun, saya rasa mungkin akan rendah. Tapi atas kejayaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar berjaya mencapai RM1 bilion, mungkin akan datang lebih tinggi daripada ini, mungkin lebih banyak lagi perkara-perkara baik yang boleh kita berikan kepada rakyat.
Kita juga tidak perlu lupa banyak lagi inisiatif-inisiatif lain yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Kalau kita bandingkan dengan negeri-negeri lain pun, apa yang ada di negeri Pahang ini tak kurang daripada negeri-negeri maju yang lain. Kalau kita lihat di Selangor ada kad kesihatan, di negeri Pahang pun alhamdulillah ada kad kesihatan. Dan untuk makluman Yang Berhormat, kad kesihatan ini bukan hanya kepada kawasan yang dimenangi oleh Wakil Rakyat Kerajaan.
Saya rasa kad kesihatan ini semua yang layak mengikut jumlah yang diperuntukkan akan memperolehi. Itu RM500.00 setahun. Saya rasa ini cukup baik terutama bagi kawasan saya yang kebanyakan orang-orang, rakyat di sana yang daripada kalangan peneroka yang sudah berumur seperti kata Bukit Ibam tu, saya pun jiran dengan Bukit Ibam.
So, orang Bukit Ibam pun datang ke Kemayan, Kemayan pun pergi ke Bukit Ibam. Kalau Melati tak ada air maknanya Bera Selatan pun tak ada air sebab dia pakai PAIP Rompin. Kalau kita lihat bukan hanya kepada orang yang berumur, inisiatif yang diberikan oleh kerajaan hari ini daripada mula kahwin, lahirkan anak, dapat; pergi Sekolah Rendah Darjah 1, dapat; pergi masuk universiti dapat; kahwin lagi sekali, bukan kali kedua ya tapi maknanya anak dia itu kahwin, dapat lagi. Lepas tu sehinggalah pergi haji pun dapat dan sebagainya. Banyak inisiatif-inisiatif baik yang telah direncanakan dan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.
Selain daripada inisiatif-inisiatif tersebut dengan usaha daripada Kerajaan Negeri meningkatkan pelaburan dan sebagainya, ini semua akan memberikan impak positif kepada rakyat di negeri Pahang. Cuma, saya berterima kasih kepada rakan-rakan di sebelah sana, mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas segala bantuan dan juga inisiatif di dalam Dewan ini. Cuma saya cuma mengharapkan, mengharapkan kalau tadi, kalau semalam saya mencelah, bukannya kerana tidak berterima kasih di dalam Dewan, tapi saya mohon rakan-rakan di peringkat er... di sebelah kerajaan ataupun di sebelah pembangkang, sebarkanlah ya berita-berita baik yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang ini kepada semua rakyat di kawasan-kawasan kita.
Kita tidak boleh mengharapkan hanya Wakil Rakyat di belah kerajaan menyampaikan berita-berita baik ini kepada rakyat. Saya juga mengharapkan berita-berita baik seperti Rumah Rakyat Pahang, untuk kad kesihatan dan sebagainya, bantuan prihatin dan sebagainya ini dapat disebarkan kepada semua rakyat di kawasan masing-masing.
Selain daripada kejayaan yang ada, saya juga ingin menyentuh beberapa perkara di dalam kawasan saya. Terutama dari segi infrastruktur. Kalau tadi saya tengok ramai sahabat-sahabat er... Yang Berhormat telah sentuh isu air, isu er... jalan dan sebagainya dan di Kemayan pun mengalami masalah yang sama. Tapi alhamdulillah saya ucapkan terima kasih kepada er... Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Ke-9, kerana telah meluluskan beberapa projek untuk baik pulih loji dan sebagainya bagi memastikan air di DUN Kemayan ini, kita dapat atasi masalah air tersebut.
Cuma saya mohon supaya pihak PAIP dapat menyegerakan segala projek-projek yang telah diluluskan, supaya manfaat ini dapat terus kepada rakyat dengan lebih cepat. Untuk jalan, bagi saya di DUN Kemayan tak banyak jalan negeri, kebanyakan jalan-jalan di dalam DUN Kemayan ini adalah jalan persekutuan, sebab di dalam DUN Kemayan, kita ada 7 FELDA dan kesemua jalan FELDA merupakan jalan persekutuan dan juga er... kita ada 18 ladang FGV dan cuma ada 1 kampung tradisional tetapi kita ada 30 kampung Orang Asli.
Untuk jalan negeri, saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana kebanyakan aduan-aduan berkaitan dengan jalan negeri dapat diatasi dengan cepat dan pantas. Terima kasih saya ucapkan. Cuma bagi jalan persekutuan, mungkin pihak Kerajaan Negeri boleh berbincang dengan Kerajaan Persekutuan. Kaedah bagaimana? Sebab saya difahamkan jika kerosakan jalan melebihi 1 meter pihak konsesi tidak boleh menjalankan pembaikan jalan tersebut serta-merta. Kalau lebih 1 meter kerosakan perlu minta peruntukan dan sebagainya.
So, saya minta Kerajaan Negeri berbincang dengan Kerajaan Pesekutuan bagaimana untuk memastikan supaya jalan yang rosak ini taklah besar sangat tapi lebih pada 1 meter, konsesi dah tak boleh buat. So, mintaklah bincang dengan Kerajaan Persekutuan bagaimana supaya walaupun lebih 1 meter tapi taklah besar sangat kosnya, supaya dibenarkan untuk konsesi ataupun JKR melaksanakan kerja-kerja tersebut dengan lebih cepat. Itu berkaitan dengan jalan, saya faham. Saya ni anak peneroka, bila anak peneroka, isu perumahan adalah yang utama.
Kalau di dalam DUN saya, kita ada 7 FELDA, 7 buah FELDA dan tak ada projek perumahan generasi lagi. Cuma kita ada dulu projek perumahan warga, perumahan warga ini adalah melibatkan kakitangan dan juga er... generasi boleh membeli. Tapi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana melalui Program Skim Tanah Rakyat iaitu pemberian lot-lot kepada pemohon ataupun
peserta dalam... walaupun sekarang ini dalam proses dan ada satu telah diluluskan oleh MMK, saya ucapkan terima kasih kerana program STR ini cukup baik bagi membantu generasi ke-2.
Walaupun rumah belum boleh buat tapi sekurang-kurangnya Kerajaan Negeri menyediakan lot-lot tanah kepada generasi ke-2. Kalau kita lihat, kalau di dalam DUN saya itu, saya cuba memerlukan lebih kurang dalam 3,000 lot sahaja. So, insya-Allah saya akan usahakan mencari jalan supaya dan kelulusannya saya bergantung kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besarlah.
Dengan pemberian ataupun lot-lot tersebut, insya-Allah bila mendapat hak milik dan sebagainya, boleh buat pinjaman bank dan kerajaan pun ada menyediakan skim kredit perumahan yang bagi rakan-rakan ataupun sahabat-sahabat kita yang tak ada slip gaji. So, insya-Allah, saya rasa isu-isu perumahan ini dapat kita selesaikan. Selain daripada generasi ke-2, masalah juga kepada pekerja-pekerja ladang FGV dan juga estet-estet yang persendirian. Betul, sekarang ni masa mula bekerja dia orang... mereka ada rumah di ladang-ladang dan juga di estet-estet.
Ini akan menjadi masalah apabila mereka sudah tidak bekerja. Bila mereka tidak bekerja. Mereka terpaksa keluar daripada rumah-rumah yang dibekalkan oleh er... syarikat. Apabila tak ada rumah dan mereka dan mereka terpaksa menyewa sementara di dalam er... ladang-ladang tersebut. Saya rasa sekali lagi saya ucapkan terima kasih. Ini adalah peringkat untuk menyenaraikan peserta STR di Bandar 35, Tembangau kerana 310 lebih kurang 300 er... lot telah diluluskan untuk terutama kepada peserta-peserta FELCRA di Tembangau.
Cuma sebelum ini patut dilaksanakan er… perumahan di situ tetapi atas pertukaran kerajaan dan sebagainya menjadikan satu masalah dan atas inisiatif oleh Kerajaan Negeri bagi dulu lot-lot kepada peserta tersebut. Saya ucapkan terima kasih bagi pihak peserta-peserta yang mendapat perumahan tersebut.
Kalau kita lihat pada hari ini dalam Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang pembangunan ekonomi adalah penting. Kalau di DUN Kemayan memang er... ekonomi utama adalah perladangan. Kebanyakannya adalah dipenuhi dengan ladang-ladang sawit apabila kita ada 18 FGV, ada lebih kurang dalam 7 estet persendirian dan ada 7 FELDA. So, di dalam DUN Kemayan ini adalah dipenuhi oleh er… perladangan.
Menjadi masalah kepada Generasi Ke-2 dan juga Ke-3 dan menyebabkan pengundi saya lebih kurang hampir 6,000 orang merupakan pengundi luar. Apabila mereka sudah habis belajar ataupun ingin mencari pekerjaan, tiada peluang pekerjaan di dalam kawasan. Mereka terpaksa pergi ke Kuantan, mereka terpaksa pergi ke Kuala Lumpur, Seremban dan sebagainya, Johor Bahru dan sebagainya untuk mencari pekerjaan. Saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri dengan kerjasama syarikat-syarikat GLC ataupun er... FGV yang mempunyai ladang yang besar di dalam DUN Kemayan supaya menyediakan ekonomi hiliran berasaskan kepada kelapa sawit untuk dibangunkan di dalam DUN Kemayan. Jika produk-produk hiliran ini melalui kerjasama dengan pihak swasta, insya-Allah dengan boleh mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru kepada Generasi Ke-2 dan juga belia.
Yang Berhormat, minta gulung ya Yang Berhormat.
Saya minta lebih sikitlah sebab saya last sekali hari ini. Saya ada beberapa perkara lagi di Bera ini, kalau daripada kita sekolah rendah, kita dah tahu dah dalam buku teks ke, dalam cikgu er... mengajar ke, dia kata tasik semula jadi yang paling besar sekali adalah Tasik Bera. Tapi malangnya Tasik Bera ini macam orang kata nak pergi pun tak nak pergi, nak pergi pun tak boleh nak pergi. So, saya mencadangkanlah kepada Kerajaan Negeri terutama sahabat saya, Yang Berhormat Triang merupakan EXCO Pelancongan ini supaya dapat membantulah untuk memastikan ekonomi melalui pelancongan di Tasik Bera ini kita dapat bangunkan.
Sebenarnya, walaupun Ketari tak bersetuju dengan apa rancangan kawasan khas di Janda Baik, saya amat bersetuju jika rancangan kawasan khas yang telah diluluskan di Tasik Bera ini dapat dibangunkan dengan segera. Kalau dah ada peruntukan untuk Janda Baik, saya rasa baik salurkan kepada RKK Tasik Bera. Sebab banyak ruang dan peluang yang boleh er... memberi manfaat kepada masyarakat di Bera jika RKK yang telah dibangunkan tersebut, yang telah dirancang tersebut dapat dilaksanakan. Kalau kita baca dari segi blueprint yang telah yang terdapat dalam RKK tersebut meliputi semua pihak termasuk masyarakat Orang Asli di sekeliling Tasik Bera.
Yang seterusnya adalah program-program keusahawanan bagi belia-belia. Saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya memberikan lebih peruntukan bagi program-program pembangunan usahawan. Terutama dari segi kemahiran dan sebagainya, dari segi peluang tempat untuk berniaga dan sebagainya kepada belia-belia. Sebab kalau kita fikirkan er... kemahiran yang ada kepada golongan belia ini ramai. Dia dah keluar daripada IKM dan sebagainya, daripada GIATMARA dan sebagainya. Bila dia, mereka ingin memulakan perniagaan, dia orang memerlukan sokongan.
So, saya harap, walaupun hari ini dah banyak yang kerajaan sediakan tapi saya mengharapkan supaya setiap tahun er... program pembangunan usahawan belia ini dapat ditambah. Kalau kita lihat dari segi kelestarian dan sebagainya, kita banyak hutan. Hutan yang kita ada, memang kebanyakannya dipelihara walaupun ada sedikit pencerobohan dan sebagainya. Bagi saya, satu lagi bidang pelancongan yang boleh kita buat yang saya bawa adalah aktiviti sukan lasak sebab saya ini join juga aktiviti sukan lasak tak kiralah 4x4 ke ataupun er... motocross kalau nak main motocross saya terpaksa pergi tempat YB Lepar untuk main.
Jauh tapi produk itu cukup baik kalau sekali kita buat lebih kurang 300 orang akan ikut. Baru ini di Bera hujung tahun lepas Rainforest Challenge, world international punya event buat di Bera. Saya rasa kita patut manfaatkanlah hutan-hutan yang kita ada dan saya mohon jabatan hutan boleh memudahkan... memudahkan penggunaan untuk masuk dan sebagainya. Sebab dia tak merosakkan alam sekitar ya, track yang ada dia tak tebang pokok. Tempat tak boleh lalu cuma dia letak jambatan dia sendiri saja kalau naik 4 wheel. Kalau naik motor dia tak kisah tak ada jambatan pun kita lalu dan banyak tempat-tempat.
Kalau kita lihat antara event motorcross Enduro yang besar di Malaysia adalah Rimba Raid itu pun baru ini dibuat di Mat Daling dalam DUN Tahan. Kalau kita produkkan ini, ramai sebab sahabat-sahabat saya, kawan-kawan saya sampai ke Indonesia dan juga Thailand pergi untuk main aktiviti ini dan kalau di Keratong dari segi litar motocross sekarang ini international level pun dah datang ke Keratong.
Saya rasa produk ini mungkin Kerajaan Negeri boleh fikirkan bagaimana untuk kita sama-sama develop bagi manfaat. Kalau kita lihat di Keratong tu, kalau event itu buat di Keratong limpahan itu akan dapat kepada masyarakat di Keratong. Orang meniaga pun boleh laku, ramai orang datang dekat situ. Lagi satu adalah berkaitan dengan Rizab Ramsar.
Yang Berhormat, minta. Okey.
Sikit ada last. Berkaitan dengan Rizab Ramsar. Ada satu projek pembasmian kemiskinan daripada EPU yang telah diluluskan di Kampung Kuin Lengut di Bera di bawah DUN saya er... terlewat dilaksanakan disebabkan oleh masalah kebenaran mendapatkan kebenaran jabatan hutan bagi menggunakan tanah di situ bagi projek tanaman yang telah mereka luluskan. Saya mohon agar er... kelulusan itu diberikan sebab ini adalah projek pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh kerajaan tak mungkin akan diceroboh sebab projek ini dipantau oleh pejabat daerah dan juga oleh pihak EPU. Saya rasa, saya mohon supaya projek ini penggunaan tanah tersebut diluluskan supaya manfaat untuk seluruh penduduk di Kampung Kuin Lengut dan juga masyarakat Orang Asli di sekitarnya dapat manfaatnya.
Saya mengucapkan terima kasihlah kepada er... semua rakan-rakan Yang Berhormat daripada Pihak er... Kerajaan dan juga pemangkang yang sentiasa memberi sokongan dan bagi sokongan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan bagi saya er... sokongan daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat er… penting supaya er… Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dapat er... merancang dan juga melaksanakan projek-projek er... pembangunan dan juga kebajikan untuk semua rakyat di dalam kawasan kita masing masing.
Akhir sekali er... saya ingin er... akhir sekali saya ingin menyatakan er… terima kasih kepada er... kerajaan yang sentiasa er... komited dan juga cakna. Kalau kita lihat tadi, bila sahabat-sahabat daripada sebelah sana ada aduan ini, EXCO kita terus bangun kata, “bila nak pergi?” Susah nak jumpa EXCO Kerajaan Negeri macam yang ada di negeri Pahang hari ini. Saya ucapkan taniah kepada er… Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Ahli-ahli Kerajaan Negeri Pahang. Saya rasa itu saja er... perbahasan saya pada hari ini, saya mohon maaf jika ada salah dan silap. Yang baik itu hanya daripada Allah SWT, yang buruk adalah daripada diri saya sendiri. Sekian, saya mohon menyokong. Sekian, assalamualaikum WBT [Ahli Dewan menepuk meja].
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kemayan. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk hari ini, saya perhatikan seramai 15 orang Ahli telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan saya mengucap ribuan terima kasih. Insya-Allah, persidangan kita akan disambung semula pada hari Khamis, 11 Mei 2023 bersamaan 20 Syawal 1444 Hijrah, bermula pukul 9.30 pagi. Assalamualaikum WBT. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan pada jam 5.13 petang]