Pahang · 11 May 2023
15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 298 turns · 41,993 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari
: Khamis, 11 Mei 2023
Bersamaan 20 Syawal 1444 Hijrah
DOA
Bacaan Doa
Al-Fatihah. Bismillahirrahmanirrahim [Bacaan dalam Bahasa Arab]
Segala puji bagi Allah yang dibuka Mesyuarat Dewan Negeri yang menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenankan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan taufik-Mu, dipohonkan menyuluh, memandu pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenankan. [Bacaan dalam Bahasa Arab]
Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions
Perkara Kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar
Assalammualaikum WBT. Salam Sejahtera, Salam Pahang1st, Salam Kerajaan Madani Selamat Pagi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur pada Allah SWT kerana kita dapat meneruskan persidangan kita pada hari ini. Hari ini adalah merupakan hari yang kedua di mana Yang Berhormat er… akan er… apa Wakil Kerajaan hari ketiga ya Yang Berhormat Wakil Kerajaan akan menjawab segala persoalan dan juga perkara-perkara yang diajukan oleh ketika kita mengadakan perbahasan pada 2 hari yang lalu.
Untuk meneruskan Aturan Mesyuarat pada kali ini, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari er… Tanjung Lumpur untuk mengemukakan pertanyaan. Silakan, soalan 1.
Assalammualaikum WBT. Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan soalan nombor 1.
[Mohon penjelasan kenapa ADUN-ADUN pembangkang tidak diberikan kelayakan untuk menandatangani borang biasiswa bagi pelajar-pelajar di bawah DUN yang dimenangi oleh setiap ADUN? Mohon dipertimbangkan kerana rakyat telah memberi mandat kepada ADUN di kawasan mereka. Dalam pada masa yang sama, ini menyukarkan kepada rakyat untuk menandatangani borang biasiswa.]
Assalammualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera.
Yang berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN Tanjung Lumpur yang bertanyakan kenapakah ADUN-ADUN pembangkang tidak diberikan kelayakan untuk menandatangani borang Yayasan Pahang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat di Dewan Yang Mulia ini, sukacita saya ingin memaklumkan walaupun perkara ini telah pun dimaklumkan bahawa mulai tahun ini 2023, Kerajaan Negeri Pahang telah pun er… memansuhkan tandatangan bagi mana-mana pemohonan biasiswa yang perlu ditandatangani oleh Wakil-wakil Rakyat ataupun wakil kepada Wakil Rakyat.
Prosedur ini adalah bertujuan untuk memudahkan er… para pelajar, mahasiswa-mahasiswi untuk membuat permohonan kerana mereka telah dibenarkan membuat pemohonan secara online dan ini memudahkan kita semua, memudahkan Wakil Rakyat dan memudahkan para pelajar. Jadi saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menyebarkan perkara ini kepada anak-anak kita di kawasan masing-masing supaya mereka boleh membuat permohonan secara online. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Tahniah kita ucapkan kepada Yayasan Pahang kerana telah mengambil inisiatif yang lebih baik. Sebab saya ingat lagi masa saya jadi Wakil Rakyat itu, bertimbun-timbun nak sign. Tinggi betul. Maknanya betul-betul 2,3 jam kita kena tumpukan untuk menandatangan. Sila, wakil daripada Tioman.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya ingin mengajukan er… soalan tambahan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri MB. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas la kepada Yayasan Pahang kerana banyak jasa kepada warga pelajar di negeri ini. Bahkan seingat saya la, umur 10 tahun er… saya lahir 1973. Kalau tak silap saya, Yayasan Pahang bermula 1983. Jadi, daripada Darjah 1 sehingga Darjah 6, sekolah menengah, kolej, universiti, buat BBA, buat Master, buat PhD bahkan dalam Dewan ini saya rasa kalau saya tanyalah Ahli-ahli Yang Berhormat Yang di-Pertua, ramai yang dapat pinjaman ataupun Yayasan er… Pahang ini biasiswa.
Saya salah seorang daripadanya.
Dan saya pun salah seorang. Saya ingat di kalangan kita kalau saya tanyalah ya, siapa di kalangan Ahli Yang Berhormat pernah dapat pinjaman ataupun biasiswa boleh angkat tangan tak? Saya… Alhamdulillah maknanya ramai. Cuma tinggal lagi belah sana, belah sini haa… itu tak apa. Maknanya Yayasan Pahang ini dia tak mengira ideologi.
Tapi masa itu tak belah sana. (ketawa)
Belum lagi. (ketawa) Cuma Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya lihat Yayasan Pahang ini sangat er… kalau boleh kita beri lagi kawasan luas supaya bangun lagi ladang boleh bantu warga pelajar di negeri ini dan alhamdulillah saya nak tanya soalan saya ialah apakah Yayasan Pahang selama ini memberi sumbangan peruntukan dalam bentuk pinjaman atau biasiswa kepada para pelajar warga negeri Pahang ini dari segi jumlah ataupun sumbangan selama ini berapa banyak atau apa yang boleh dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar kita. Terima kasih Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Tioman yang bertanyakan soalan dan begitu prihatin berkenaan dengan bantuan ataupun pemberian biasiswa Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang. Suka saya memaklumkan di sini, kita seharusnya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin kita kerana telah mewujudkan Yayasan Pahang pada tahun 1983 lagi dan sehingga sekarang ini [Ahli Dewan menepuk meja] sehingga akhir tahun 2022, Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang telah pun berbelanja sebanyak RM1.4 bilion untuk anak-anak kita di seluruh negeri Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja] Jadi, Dato' Sri Yang di-Pertua, bayangkan RM1.47 bilion ini kalau duit RM50 penuh tak Dewan ini?
Penuh Dato’ Sri, penuh-penuh. Kalau bagi sedikit-sedikit seorang kita pun lagi bagus. (ketawa) [Ahli Dewan ketawa]
Yang itu bisa diuruskan. (ketawa) Berbalik kepada soalan daripada ADUN Tioman sebentar tadi, bantuan pendidikan ini bermula hanya sebanyak RM1.5 juta pada tahun 1983 yang mana kita bagi kepada program pendidikan, sukan dan kebudayaan. Kemudian pinjaman pendidikan selain daripada biasiswa dan sehingga hari ini, seperti mana yang saya katakan tadi RM1.47 bilion yang melibatkan seramai 1.78 juta orang pelajar yang mendapat faedah dan manfaat daripada apa yang telah dilaksanakan
oleh Yayasan Pahang. Saya ucapkan terima kasih kepada Wakil Rakyat Pembangkang kerana tidak segan dan silu mengaku bahawa pernah menerima bantuan daripada biasiswa Yayasan Pahang. Syabas dan tahniah. [Ahli Dewan menepuk meja] Saya harap sumbangan ini dapat dimanfaatkan dapat dikembalikan kepada negeri Pahang dalam bentuk jasa dan perkhidmatan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Sila, Wakil Cheka.
Terima kasih. Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Antara penerima ya?
Saya penerima. Er… bahkan untuk makluman Dewan Yang Mulia, saya dibagi dulu dalam bentuk pinjaman tetapi bagus Yayasan Pahang ni bila pelajar cemerlang dia tukar pinjaman kepada biasiswa dan saya termasuk orang yang tak payah bayar kerana cemerlang dalam peperiksaan. Masa tu jadi Presiden Persatuan Anak Pahang. Soalan saya ialah, apakah kerajaan berhasrat untuk melebarkan peluang ini kepada kakitangan kerajaan? khususnya kerajaan Pahang untuk mendapat juga dalam bentuk pinjaman ataupun biasiswa bagi kakitangan kita melanjut pelajaran di peringkat ijazah, master ataupun PhD. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Satu soalan yang baik. Yang Berhormat daripada ADUN Cheka ingin melanjutkan pelajaran lagi ke?
Tengok kalau ada peluang, insya-Allah.
Kalau Yang Berhormat… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, sekiranya ADUN Cheka ingin membuat PhD, mintak semalam hari ni kita luluskan [Ahli Dewan ketawa].
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat daripada DUN Cheka. Jawapannya ada dan malahan walaupun kita katakan biasiswa, pinjaman ada kes-kes tertentu kita akan bincangkan di dalam lembaga pengarah dan kita akan pertimbangkan dan ianya memberi manfaat kepada pemohon dan kepada kerajaan negeri biasanya kita luluskan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Seterusnya soalan kedua Wakil daripada Kuala Semantan.
Asalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan EXCO dan semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang dikasihi sekalian.
Dari hulu ke muara,
Soalan saya nombor dua.
[Bantuan Prihatin Pahang 2022 (BPP Murid Tingkatan 5 dan 6
a) Bayaran ini hanya dibuat kepada sebahagian pelajar di daerah Temerloh sebelum PRU15 yang lalu. Bilakah bayaran akan dibuat kepada baki pelajar yang belum menerimanya? b) Apakah bayaran ini akan dibuat setiap tahun kepada semua pelajar tingkata 5 dan 6 di Negeri Pahang?] Terima kasih.
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
soalan daripada ADUN kawasan Kuala Semantan bertanyakan tentang Bantuan Prihatin Pahang khususnya berkaitan dengan murid tingkatan 5 dan 6 iaitu… ha, ini jawapan saya. Pertama sekali bayaran bagi er… ataupun er… saya nak maklumkan begini. Yang Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Negeri tadi telah pun memberi penjelasan bahwasanya agensi seperti Yayasan Pahang ni telah pun menyalurkan bantuan kepada pelajar-pelajar malahan kalau kita lihat misal contohnya dahulunya bantuan ni dipanggil sebagai Biasiswa Pahang Sekolah Rendah dan dijenamakan sebagai Biasiswa Sekolah Rendah, BSR dan juga Biasiswa Pahang Sekolah Menengah dan kemudiannya dijenamakan sebagai Biasiswa Sekolah Menengah, BSM yang tadi yang ADUN Tanjung Lumpur sebut mengenai berkenaan dengan borang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Berkenaan dengan mensign borang ni kadang tak lulus tak guna juga. Biar tak sign borang tapi lulus. Ha…itu yang unik nya kalau nak kita mensign tapi tak dapat tak guna. Biar tak sign tapi dapat.
Sekarang ni dia formless la tak ada borang lagi lah. Formless, dia tak ada online terus. borang
Dia tak payah dan kita tahu sebab apa kita jadi begitu sebab kita memberi sasaran kita bantuan kita tanpa mengenal…tanpa mengambil kira latar belakang…yang
pentingnya kriteria dia tu…maksudnya latar belakang tak kiralah sokongan ke fahaman dalam bentuk fahaman apa sekalipun kan? Politik ke kaitan dari segi apa, tak ada. Kita tengok…
Ha, mazhab mana? Kabilah mana? Kita tak kira.
Jadi kita bagi kalau sekiranya layak dibagi bantuan kepada golongan B40 itu yang pentingnya insya-Allah dan ini telah pun dilaksanakan daripada dulu lagi tak ada masalah tak timbul masalah pun sebenarnya. Kadang-kadang kita pun sendiri Dato’ Sri Yang di-Pertua tak sedar pun yang pelajar tu dah dapat dah. Misal contohnya mana kadang-kadang bila dah dapat tu tak ada pula keluarga datang, terima kasih YB, dapat bantuan. Tak ada. Dia tak sedar pun. Macam dia biasa… tapi ini diteruskan.
Jadi…apa yang dilaksanakan yang bawah kepimpinan Yang Berhormat Menteri Besar, selain daripada bantuan biasa ini, Biasiswa Sekolah Rendah, Biasiswa Sekolah Menengah ni. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri telah melancarkan apa yang dipanggil sebagai Bantuan Prihatin Pahang dan Bantuan Prihatin Pahang ini adalah tambahan, tambahan kepada apa yang dah ada ini. Jadi Bantuan Prihatin Pahang ini dia ada kluster dia dan kluster yang kita kaitkan Yang Berhormat ADUN Kuala Semantan kaitkan itu ialah Bantuan Prihatin Pahang, BPP murid tingkatan 5 dan tingkatan 6 dan kita mula dan tahun 2022. Jadi kita bagi tingkatan 5 dan tingkatan 6 ni RM100.00 satu orang kita bagi.
Semua dapat Yang Berhormat ya? Semua dapat? Tingkatan 5 dan tingkatan 6?
Kita bagi. Kita dapat. Maknanya kita bagi ini. Jadi bila kita bagi tu kita tak tahu masa bila tu pilihan raya tu sebab pilihan raya umum ni kita bagi sentiasa, bagi, bagi, bagi, bagi yang Temerloh ya. Bila kita dah bagi sumbangan tahu-tahu nya ada perisytiharan ini bukan kerja kita kerja di Kuala Lumpur lah. Maknanya diumumkan pilihanraya, bubar parlimen pilihanraya. Jadi kita tengah bagi tu ganjil lah sikit kerana kita ni… kita juga kena… maknanya Yang Amat Berhormat Dato’ Sri selaras dengan keputusan daripada kerajaan pusat juga menghadap Kebawah Duli Mulia Tuanku dan Tuanku berkenan bubarkan DUN kita. Bila bubar DUN kita, guana buat sekarang ni? Ini kita tengah bagi ni. Kalau kita terus bagi kan ada pula pihak kata, ini dah melanggar dari segi etika pilihan raya. Jadi kome pun pakat-pakat kita berhenti dulu. Ha, ini dia kita berhenti dulu berkempen secara baik berhentilah.
Itu sebab soalan daripada ADUN Kuala Semantan tanya hari tu berhenti, bila nak bagi? lepas pilihan raya kita ni ada peraturan. Peraturan tu peraturan kewangan, bulan Disember kita kena tutup akaun. Bila kena tutup akaun tutup lah akaun. Makna tak boleh nak pandai-pandai mengeluarkannya sebabnya hanya komitmen bayaran-bayaran tertentu sahaja yang boleh dilangsaikan. Jadi bila dah semua okey, kita bentang semula dalam Dewan dan dalam bulan Februari, Pejabat ini Kewangan ataupun Pejabat Daerah telah mohon untuk teruskan semula ni bantuan. Jadi kita teruskan.
Dan alhamdulilah er… dalam pada 30 haribulan 3 ha, 30 Mac sebab saya tanya tadi… tanya ke urus setia er… Dewan… bila kita minta soalan ni? Saya difahamkan soalan ni telah pun dipohon daripada ADUN-ADUN bulan dua… bulan dua ya?
Bulan dua. Ha…sebab kita ni bulan lima dah ni saya kira eh tak akan lah YB tak tahu kita dah bagi. Rupa soalannya tadi bulan dua, bulan dua kita belum bagi lagi.
Jadi bulan dua tu kita baru salurkan kepada Pejabat Daerah…Pejabat Daerah dan Tanah? Ke Pejabat Tanah dan Daerah? Pejabat Tanah Daerah ya.
Ha, sebab soalannya, jawapannya PDT. PDT, Daerah dan Tanah patut PTD, Pejabat Tanah dan Daerah. Kita salur kepada Pejabat Daerah dan kita bagi pengagihan ni kita buat selesai 30 haribulan Mac, YB ya. 30 haribulan Mac Dato’ Sri Yang di-Pertua. Jadi selesai dah tu tak ada masalah. Jadi kita bagi semua sekali jumlahnya banyaklah. Jadi semua kita dah selesai.
Kemudian tambahan daripada itu dia ada Pahang Bright student ni yang kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dia bagi lah. Apa dia Pahang Bright Student ni? nama Bahasa Inggeris tapi bright ni bright ni cerdik. Pahang Bright Student ni kita bagi kepada pelajar semua pelajar yang B40… B40 ha, kita bagi ni kad diskaun. Kita bagi kad tu nilaian dia RM100.00. Dia boleh pergi ke kedai MBS. Kita buat satu persefahaman dengan kedai MBS ni untuk beli barangan sama ada alat tulis, buku waima pakaian seragam ataupun keperluan bag sekolah maka MBS bagi diskaun mungkin antara 20%-30%.
Ini kita beri kepada pelajar-pelajar dan er… di samping itu juga tambahan daripada itu ini tambahan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri bersetuju juga bagi lagi kepada pelajar tahun satu namanya Bantuan Awal Persekolahan RM100.00 untuk setiap orang ianya tak kira anak DO ke, anak YB ke, baik pembangkang ke... baik kerajaan ke... anak EXCO ke... anak siapa juga lah yang layak masuk di tahun 1 ni dapat RM100.00 seorang. Dan tahu berapa banyak sekolah yang terlibat? Sekolah semua yang terlibat ni 736 sekolah. Murid yang terlibat nya 25,253 orang. Jumlah kewangan ataupun jumlah peruntukan yang terlibat ialah RM2,525,300.00. Kita bagi semua. Dia tidak melalui er...
Walaupun tidak melalui YB-YB di kawasan, tapi semua ni kita bagi tanpa mengira latar belakang keluarga ni tadi. Hijau ke biru ke...
Semua dapatlah?
Semua dapatlah. Oren ke ape benda semua dapat. Takde warna pun kita bagi juga. Janji dia ialah masuk sekolah Tahun 1. Okey YB Dato' Sri? Jadi itulah nak ngabor…
Saya mungkin cucu lah…anak tak ada dah.
Cucu lah ya... cucu cicit ke ape. Jadi, bantuan pendidikan ini memang menjadi satu agenda yang rapat di hati Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar. Tepuklah. Terima kasih.
Dato' Sri Yang di-Pertua...
Ada soalan tambahan?
Dato' Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada penjelasan yang panjang lebar dan terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah begitu prihatin dengan para pelajar kita. Cuma sedikit saya nak tanya apakah bayaran prihatin ini dan bayaran-bayaran yang disebutkan oleh Exco tadi akan diteruskan pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang? Terima kasih.
Saya mula er... dah dah jelas, jelas... jelas. Tak faham lagi ke rupanya. Saya ingat begitu. Rupanya soalan dia, soalan lain. Ingat nak tanya lagi lah mahu betul maknanya dah jelas dah ni rupanya nanya sama ada terus ataupun tidak.
Yang Amat Berhormat Dato' Sri ni kalau bab belajar ni sebenarnya memang rapat. YB tahu tak, pernah pergi ke kampung Yang Amat Berhormat Dato' Sri dilahirkan ini. Nama kampung dia Tanjung Gahai (TG) Tanjung Gahai. Zaman Yang Amat Berhormat Dato' Sri pergi sekolah, masa tu naik keretapi je Dato' Sri ye, makna kalau pergi hari Jumaat, lepas tu… hari Isnin belum tentu lagi…cuti-cuti Malaysia walaupun masa tu tak ada tersebut.
Sebab apa, kemudahan masa itu naik keretapi dengan bot. Saya pergi sekali. Bukan pergi sekali banyak kali dah Dato' Sri tapi masa tu nak melepaskan ikan di Sungai Jelai. Dato' Sri kata naik bot. Saya mula pikir dah dua tiga kali. Saya kata mana er... vest ni, mana nya saya pakai kemas tu saya pakai kemas...
Yang Berhormat, nak terus ke tak terus ni er... biasiswa... sebab...
Tak, tak mau dengar cerita ke... cerita ini... saya nak ngabor Allahuakbar. Dato' Sri Yang di-Pertua masa tu sekolah kira jalan kaki je kan.
Jalan kaki.
Duduk dalam kem... sekolah dalam kem. arwah ayahanda masa tu tentera dak...
Tentera…
Duduk dalam kem…baling batu itu ha…memang sekolah itu di dalam kem. Ini nak mencerita kome dulu belah hulu belah hulu waktu susah... naik…
Saya pun tak tak duduk sangat dalam kem kita pun naik sekolah tu...
Lari la selalu nya?
Pergi sekolah tu turut naik bot masa tu...
Naik bot? Eh…pelik kalau sekiranya dalam dalam kem tu naik bot pulak.
Naik bot.
Er...duduk di kampung.
Pasal Kampung Bintang antara dia ada dua pilihan Yang Berhormat sama ada naik bot atau naik roket. Pasal bintang jadi kita naik bot lah. Naik bot, air sungai…
Jadi Yang Berhormat Dato' Sri dah mengalami tu kesulitan bagaimana kesulitan anak-anak pelajar yang duduk di luar-luar bandar. Ekoran pada itulah tapi cerita tadi Dato’ Sri, tak habis lagi... Cerita nya Dato' Sri ni bawak bot, dia punya konar baring saya mula gayat jugak tapi lepas pada tu sedap Dato' Sri kalau macam ini. Ini dah pun dia kabo rupanya bawak sebelah tangan je. Tangan kiri pulak tu er... konar.
Jadi kalau boleh rakan-rakan ADUN daripada seberang sana datang ke Tanjung Gahai Dato' Sri ya boleh. Makna Dato' Sri akan ooi seronok betul rasa masa tu kalau macam ni dia bawak boleh bukak vest lepas tu saya buka vest terus. Takde hal. Okey balik pada cerita tadi.
Oleh kerana Yang Amat Berhormat Dato' Sri datang daripada kampung, dia tahu betapa susahnya anak-anak kampung tadi Dato' Sri telah bersetuju Dato' Sri ye bukan kata nak tamat diteruskan dan ditambah baik lagi [Ahli Dewan menepuk meja] ini cerita dan kita akan bagi macam kita bagi semua sekali. Anak YB, anak tak YB er.... Ini apa nama ini, muslimat ke muslimah ke. Sama ada penggiat seni dan lain-lain insya-Allah.
Jadi jawapan tadi insya-Allah akan diteruskan dan ditambah baik. Ini jaminan Yang Amat Berhormat Dato' Sri. Terima kasih.
Soalan seterusnya. Soalan er... nombor 3. Sila Yang Berhormat Tahan.
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera Dato' Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 3.
[Isu kebajikan orang asli
a) Apakah langkah dan usaha bagi menangani keciciran pelajaran bagi anak-anak Orang Asli ?
b) Berapakah jumlah anak-anak Orang Asli yang telah dan akan ditempatkan di sekolah-sekolah rendah dan menengah di Pahang? Minta nyatakan secara khusus bagi anak Orang Asli di dalam DUN Tahan?]
Terima kasih Dato' Sri yang di-Pertua, sahabat saya daripada Tahan bertanya mengenai keadaan pelajar-pelajar sekolah daripada masyarakat Orang Asli yang mana keadaaan mereka yang keciciran dan juga beliau bertanya tentang jumlah apa namanya kemasukan pelajar Orang Asli di sekolah khususnya di dalam DUN Tahan.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Sesungguhnya kerajaan sememangnya serius di dalam pendidikan sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Dato'… Dato' Sri Benta sebentar tadi. Kita bertungkus lumus untuk memastikan pendidikan. Tak kira masyarakat Melayu, Orang Asli, Cina, India di negeri kita, Pahang Darul Makmur ini.
Kerajaan kita menubuhkan JAKOA semenjak sebelum merdeka lagi kemudian sehinggalah merdeka dan ke hari ini dipertahankan JAKOA itu tak lain tak bukan kerja utamanya adalah untuk memastikan kebajikan orang asli, keselamatan Orang Asli, kehidupan Orang Asli, kemajuan ekonomi Orang Asli dapat dibela dan dijaga serta dipelihara dengan sebaik mungkin termasuklah di negeri Pahang Darul Makmur.
Sebab itu JAKOA, dia buat kerja ini. Dia pastikan pelajar-pelajar ini dapat dimasuk anak-anak Orang Asli ini dapat dimasukkan dan didaftarkan ke sekolah-sekolah. Setelah itu bukan lepas tangan, disediakan pengangkutan seandainya perlu kepada pengangkutan, adanya bas-bas sekolah kemudian disediakan bayaran kos bayaran kepada pelajar-pelajar Orang Asli yang tak mampu seandai kata ada pembayaran-pembayaran tertentu yang perlu dilaksanakan dan ditunaikan oleh Orang Asli itu sendiri.
Manakala pelajar Orang Asli yang meningkat ke peringkat menengah, JAKOA akan menyediakan apa itu wang saku kepada pelajar-pelajar ini supaya mereka dapat berbelanja untuk menguruskan pembelajaran mereka sesuai dengan tuntutan yang
ada di sekolah-sekolah berkenaan. JAKOA juga akan memberi motivasi kepada anak-anak ini supaya mereka terdidik dan bersemangat untuk belajar dan pergi ke sekolah. Dalam waktu yang sama, masih ada juga lagi, tidak dinafikan pelajar masyarakat Orang Asli ini yang jauh hati, yang malu, yang sukar untuk pergi sekolah. Mereka ini akan dijejak. Ada program jejak pelajar oleh apa pegawai-pegawai kita pergi ke kampung-kampung dengan mengadakan hubungan sama ada dengan batin atau pun ketua kampung ataupun individu-individu yang berpengaruh yang boleh kita mendapatkan kerjasama mereka supaya anak-anak Orang Asli ini dipujuk dan dirayu dibawak kembali ke sekolah untuk mereka mengambil pendidikan.
Bukan sekadar itu, kita ada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah memberi kerjasama kepada kerajaan negeri Pahang supaya anak-anak Orang Asli ini diberi ruang dan peluang untuk belajar. Guru-guru disediakan. Bahkan mereka ini dibuatkan program yang sama semacam mana dilaksanakan oleh JAKOA.
Seumpama kata diadakan program Kempen Jom Sekolah ataupun Ziarah Cakna ataupun Program Moh ke sekolah, lawatan apresiasi yang diadakan ke pusat-pusat seperti UiTM, pusat-pusat pengajian tinggi di KIPSAS, UNiPSAS ataupun di Yayasan Pahang supaya mereka rasa bersemangat untuk jadi macam mereka yang berjaya melanjutkan pengajian mereka ke pusat pengajian yang lebih tinggi. Hal ini dilaksanakan bukan sahaja di DUN Tahan, di setiap kampung Orang Asli yang ada di seluruh Negeri Pahang.
Tidak memadai dengan itu, Kerajaan Negeri Pahang yang apa namanya telah meminta bantuan daripada Jabatan Pendidikan supaya pujuk anak-anak ini kalau seandainya boleh mereka ini duduk di asrama bersama dengan cikgu mereka dan rakan-rakan mereka supaya mereka dapat belajar sebagaimana orang lain dapat belajar juga. Sebab itulah kita ada sekolah rendah, pelajar lelaki seramai 303 orang yang duduk di asrama, pelajar perempuan seramai 358 orang yang duduk di asrama yang membawa jumlah kepada 661 orang di seluruh Pahang pelajar Orang Asli ini berada duduk di asrama untuk mendapat pendidikan daripada sekolah-sekolah kita dan juga kalau kita perhatikan di DUN Tahan kita telah minta pujuk anak-anak Orang Asli ini duduk di asrama.
Seramai 7 orang pelajar lelaki berjaya kita pujuk untuk duduk di asrama dan 3 orang pelajar perempuan yang membawa jumlah seramai 10 orang yang berada di asrama di sekolah di DUN Tahan. Alhamdulillah, usaha tidak terhenti sekadar itu sahaja, Kerajaan Negeri Pahang juga telah menggemblengkan tenaganya melalui Yayasan Pahang. Apabila biasiswa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri sebentar tadi dan juga Yang Berhormat Dato' Sri Benta juga dilebarkan kepada pelajar-pelajar Orang Asli untuk mereka mendapat dan menikmati biasiswa sekolah rendah dan biasiswa sekolah menengah.
Untuk pelajar Sekolah Rendah seramai 2,025 orang pelajar di seluruh Pahang telah menikmati, pelajar Orang Asli di seluruh Pahang menikmati biasiswa Sekolah Rendah dan 1,800 orang pelajar Orang Asli sekolah menengah yang juga dapat menikmati biasiswa Sekolah Menengah daripada Yayasan Pahang.
Setelah itu, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar pada tahun lepas tidak berpuas hati dengan prestasi rayuan, pendidikan pelajar-pelajar Orang Asli, Yang Amat Berhormat Dato' Sri telah minta Yayasan Pahang memperkenalkan satu program Baca Cepat Kawanku (BCK). Pada 2022, seramai 352 orang pelajar telah kita ambil untuk masuk di dalam program ini yang asalnya mereka bukan sahaja tidak
pandai membaca, menulis dan mengira, tidak kenal apakah huruf dan angka. Alhamdulillah berkat idea murni, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar kita mereka ini telah reti membaca, mengenal huruf dan boleh mengira dengan baik Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Kita juga pada tahun 2023 ini kita pertingkatkan lagi jumlah pelajar yang apa namanya Orang Asli yang tidak tahu menulis, membaca dan mengira ini untuk dibawa di dalam program ini, seramai 505 orang Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Merujuk kepada persoalan, berapakah ramai pelajar Orang Asli yang berada di sekolah pada ketika ini? Di seluruh Pahang, kita mempunyai jumlah murid seramai 10,129 orang pelajar sekolah rendah, 4,123 orang pelajar sekolah menengah. Manakala di DUN Tahan, kita mempunyai 152 orang pelajar sekolah rendah dan 16 orang pelajar sekolah menengah. Walaupun demikian, usaha yang telah kita buat, kenyataan yang telah kita dapat daripada pembentangan ini, saya juga bagi pihak kerajaan negeri merayu kepada rakan-rakan Ahli Dewan semua agar kita berganding bahu dari semasa ke semasa memujuk sedara mara kita, rakan taulan kita daripada masyarakat Orang Asli ini supaya mereka minat untuk belajar, sekolah dan kerajaan negeri akan berusaha sedaya mungkin sesuai dengan kehendak Orang Asli itu.
Kalau dia nak belajar cara berkaraoke, kita sedia karaoke Dato' Sri Yang di-Pertua. Kalau dia nak belajar…cara apa namanya sambil bermain, sedia alam sekitar dia, kita pergi ke kampung dia, bawa cikgu, ajar. Ini Yayasan Pahang buat begini dengan JPNP. Terima kasih, Dato' Sri Yang di-Pertua.
Soalan seterusnya, soalan nombor empat. Sila, Yang Berhormat dari Beserah.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan saya, nombor empat.
[Mohon nyatakan
a) Jumlah peruntukan yang diterima daripada kerajaan persekutuan untuk kerja-kerja membaiki jalan raya seluruh negeri Pahang pada tahun 2021 dan 2022?
b) Berapakah jumlah peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri untuk kerja-kerja mambaiki jalan raya negeri Pahang untuk tahun 2021 dan 2022?]
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Terima kasih saya ucapkan kepada rakan saya ADUN Beserah. Daripada dulu sampai sekarang, tak pernah lekang dengan soalan. Mungkin saya sama kampung dengan dia.
Yang pertamanya untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, panjang keseluruhan jalan persekutuan di dalam Negeri Pahang adalah yang terpanjang dalam Malaysia, lebih daripada 3,900 km. Manakala jalan negeri ataupun kita namakan jalan MARRIS.
MARRIS ni Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, adalah bermaksud Malaysian Road Records Information System, MARRIS dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Dinamakan jalan MARRIS ataupun jalan yang menyeliputi jalan negeri, jalan kampung dan juga jalan ladang. Itu dinamakan jalan MARRIS. Dalam Negeri Pahang ni adalah berjumlah lebih daripada 43,036 km.
Untuk makluman YB Beserah, peruntukan tahunan yang kita terima untuk membaiki jalan raya di dalam Negeri Pahang ini, kita telah bahagikan kepada dua kategori. Pertamanya, peruntukan penyelenggaraan jalan persekutuan dan keduanya adalah peruntukan penyelenggaraan jalan MARRIS yang lebih dikenali sebagai jalan negeri yang meliputi inilah jalan negeri, jalan kampung dan juga jalan ladang.
Peruntukan sebagaimana soalan Yang Berhormat ADUN Beserah, peruntukan yang diterima bagi tahun 2021 dan 2022 adalah seperti berikut, permohonan yang kita buat pada tahun 2021 adalah berjumlah RM250 juta dan pada tahun 2021 juga permohonan tersebut telah diluluskan hanya sebanyak RM157 juta. Dan pada tahun 2022, permohonan yang kita buat oleh pihak Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM391 juta manakala kelulusannya hanyalah sebanyak RM132 juta sahaja. Hampir separuh.
Manakala peruntukan yang diterima oleh jalan negeri pada tahun 2021 dan 2022 di bawah Jabatan Kerja Raya adalah seperti berikut, 2021 sebanyak RM254 juta dan 2022, RM262 juta. Semuanya ini jalan negeri adalah bergantung kepada panjangnya jalan yang ada dalam negeri kita. Kalau dulu ada 30,000, dia bayar ikut 30,000. Kalau kita ada 45,000 kilometer, dia bayar ikut 45,000 kilometer.
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Sidang Dewan juga, pertambahan yang ketara dalam jalan negeri ini adalah salah satu yang saya ingat adalah satu usaha yang tak putus-putus daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita. Dulu ada 30,000 sahaja, tapi dengan kesungguhan Yang Amat Berhormat Menteri Besar akhirnya telah didaftarkan lagi jalan MARRIS ini kepada 43,000. Tahniah dan terima kasih Yang Amat Berhormat. (Ahli Dewan menepuk meja) dan akhirnya kita telah menerima lebih banyak peruntukan untuk menyelenggara jalan-jalan negeri dalam negeri Pahang. Sekian terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan sila.
Terima kasih Wakil Kerajaan di atas jawapan yang begitu lengkap tentang data. Saya suka nak tanya soalan ni bukan apa, sebab kita kena maklumkan kepada public, kepada rakyat betapa susahnya untuk kita nak menyelenggara jalan yang rosak dengan 3,900km panjang seluruh Negeri Pahang untuk federal, 43,000km untuk jalan luar bandar, kampung dan sebagainya. Jadi kalau Kerajaan Persekutuan hanya luluskan setakat RM157 juta untuk ini, kita hanya dapat lebih kurang 1,000 lebih saja 1km kos penyelenggaraan yang memang sudah pasti bila kita tampal biasa saja, itu je lah kos yang boleh dapat.
Jadi, ini yang sebenarnya kita nak bagi faham kepada masyarakat supaya tidak timbul kekeliruan ataupun salah faham dari sudut penyelenggaraan ini. Sebab itu saya
bangkitkan ini, soalan tambahan saya adalah adakah jumlah yang diterima ini sejajar dengan panjang dan luasnya jalan kita ini berbandingkan dengan negeri-negeri lain? dan adakah perbandingan kita buat dengan negeri-negeri lain yang dapat memberikan orang kata apa keadilan dari sudut jumlah diterima dengan jumlah keluasan panjang yang kita ada.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon izin mencelah daripada rakan sejawat saya daripada kerajaan. Saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Beserah yang nampaknya begitu prihatin yang berusaha untuk memahamkan public dan tetapi apa yang saya lihat, tidak. Alam nyata tidak jadi begitu, banyak public yang mempersoalkan Kerajaan Negeri. Cuma di sini saya nak beritahu kepada Yang Berhormat, kita memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, setelah kita mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kerja Raja (JKR).
Daripada dulu lagi saya tengok track record sebagai contohnya kalau JKR mengemukakan kepada kita untuk tahun ini perlu RM500 juta, untuk repair seluruh jalan di negeri Pahang ni. Tetapi kelulusan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan, tak sampai RM500 juta. RM150 juta, RM200 juta. Ini masalahnya, dan sudah tentulah ada jalan-jalan yang tidak dapat kita repair, kita baiki dengan kadar yang segera.
Walau bagaimanapun Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya telah membangkitkan perkara ini, di dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Besar bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, selain daripada isu air, sekarang ni isu jalan. Kerajaan Persekutuan ada menyatakan baru-baru ini mengatakan bahawa sekarang ini jalan negeri ditambah baik, sebabnya ada peruntukan khas khusus yang diberikan, tetapi Jalan Persekutuan, memang bertambah teruk sebab tidak ada peruntukan yang diberikan. Jadi saya telah kemukakan masalah ini.
Jadi sama-samalah kita berdoa apabila Kerajaan Negeri memohon, bukan kita datang angka RM500 juta datang begitu saja. Ini angka yang dikaji, yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang. Dengan alasan-alasan, dengan lokasi-lokasi tertentu. Tetapi Kerajaan Persekutuan meluluskan tidak sampai setiap mana yang diminta. Ini halangan kita. Sekian, untuk makluman ADUN daripada Beserah. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Boleh...boleh. Sangat boleh.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Untuk makluman sidang Dewan, pekara yang berkaitan dengan jalan raya ni, memang tak habis-habis kita bincanglah dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan kita menggunakan apa saja cara untuk kita memastikan bahawa kita kalau boleh nak dapatkan peruntukan yang lebih, dan kita juga berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah membawa isu ini dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, supaya perhatian yang lebih dapat diberikan kepada negeri Pahang yang mempunyai jalan yang sangat panjang ini, dan saya terima juga kepada soalan daripada ADUN Beserah, kerana sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Ahmad Berhormat Menteri Besar,
peruntukan yang kita terima sejak daripada 2015 sampailah sekarang boleh dikatakan purata yang yang diluluskan hanyalah 40%.
2015 sampai 2022 ini hampir 8 tahun, sedangkan jalan umur jalan ini adalah berusia 7 tahun je maksimum. Kalau lebih 7 tahun, dia kira dia dah meninggallah. Manakala buat baru, ganti baru, korek baru, buat baru yang lebih mahal. Jadi sebab itu kadang-kadang kita ni nasib kita dahlah lulus 40% tapi bila baru-baru ni bulan 11, 12, 1, 2 hujan pula lebat, peruntukannya tak ada, kurangnya peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang hantar kat sini mengakibatkan kerosakan yang teruk dan menjejaskan kepada pengguna-pengguna jalan raya. Tetapi jalan negeri tak ada masalah sangat. Jalan Persekutuan ni yang kita mengharapkan bajet dan peruntukan daripada kerajaan pusat yang diluluskan hanya 40%.
Contoh Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita mohon 2018, RM279 juta, yang lulus RM49 juta je. RM279 juta ini, kita mohon kepada Kerajaan Persekutuan. Diluluskan hanya RM49...RM45 juta. Bukan kita main mohon je. RM279 juta ini, yang sebagaimana dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, adalah diselaraskan oleh Jabatan Kerja Raya mengikut keperluan. Maknanya kalau umur tu dah sampai, dia kena turap. Kalau jalan tu kena teruk sangat sampai umur dia, Yang Berhormat ADUN Beserah, dia kena baiki semula. Jadi keseluruhan pada 2018 itu, dikumpul-kumpul di semua di seluruh negeri Pahang, RM279 juta, lulus RM49 juta. 2022, kita mohon RM333 juta, lulus RM75 juta je. Macam mana nak repair?
Ibaratnya kalau kita buat rumah, kita rumah kita nak harga RM100 ribu, dia berikan RM30 ribu je. Maknanya mungkin tak ada atap, tak ada apalah, tak ada simen, tak ada tile, tak ada apa, tak ada bilik air. Maknanya begitulah juga jalan raya, kalau kita mohon sebanyak RM300 juta, lulus RM75 juta, sudah tentu akan kita menghadapi masalah.
Dan tahun ini, kita memohon lebih daripada RM400 juta. RM491 juta, kita mengharapkan peruntukan yang lebih dapat diberi kepada Kerajaan Negeri, supaya dapat menangani masalah jalan raya ini. Saya berharap dengan penjelasan ini serba sedikit ini, dapatlah Yang Berhormat ADUN Beserah memberikan sama-sama, memberikan penjelasan kepada seluruh rakyat Negeri Pahang ini…supaya tidak menyalahkan Kerajaan Negeri semata-mata. Sebab kita pun punyai peruntukan terhad dan kita terpaksa meng...mengagihkan juga peruntukan kepada perkara-perkara yang lain. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua. Jadi er…pertamanya, sebagaimana kita tahu ada syarikat-syarikat yang menjalankan projek di berhampiran jalan seperti Jalur Cahaya dan sebagainya yang mana mengakibatkan berlaku kerosakan jalan yang agak teruk. Soalannya adakah pihak pemaju tersebut turut sama mengeluarkan belanja untuk pembinaan jalan tersebut? Kerana kalau harap kepada Kerajaan Negeri sahaja, rugilah dia guna jalan Kerajaan Negeri dan kemudian dia tak keluarkan sebarang perbelanjaan untuk membina kembali jalan.
Yang kedua berkaitan dengan jalan luar bandar. Er...juga berkait dengan pemaju. Apabila pemaju dia er… majukan satu tempat. Di antaranya, kalau saya bagi contoh, di Kampung Pak Mahat. Di sana ada dua syarikat iaitu Adenland yang buat perumahan dan satu lagi Jalur Cahaya yang bina pembentungan. Jadi, er...mengikut maklumat daripada Ketua Kampung, er… jalan ke Kampung Pak Mahat daripada flat Pak Mahat ke Kampung Pak Mahat itu er... er...disepakati untuk er…dibina oleh kedua pemaju tersebut.
Jadi, difahamkan hanya Jalur Cahaya sahaja yang bina jalan dan kemudian separuh lagi yang Adenland itu sepatutnya dia bina, dia tak bina. Jadi jalan tu terputuslah. Tak ada jalan dan kemudian ada jalan. Yang Jalur Cahaya dah bina, Adenland tak bina, dan dipahamkan kepada saya bahawa telah ada perbincangan dengan Adenland tapi Adenland dia tak nak bina juga jalan tu. Jadi dia sukarlah kepada orang kampung. Insya-Allah.
Terima kasih kepada ADUN YB Tanjung Lumpur. Er… sebagaimana yang kita saya tahu, yang dimaklumkan bahawa yang dimaksud dengan jalan tadi adalah dia melibatkan Jalur Cahaya. Jadi Jalur Cahaya ini dia telah melaksanakan program untuk er... kumbahan, sistem kumbahan berpusat. Yang ini dilaksanakan di seluruh bandaraya Kuantan bagi memastikan sistem kumbahan yang lebih bersistematik dapat dilaksanakan di dalam bandaraya kita. Dan ini semua adalah tertakluk di bawah pengawasan pihak Majlis Bandaraya Kuantan. Dan ini di pihak Majlis Bandaraya Kuantan juga, kita telah menubuhkan satu taskforce juga.
Maknanya untuk kita menangani masalah yang berkaitan dengan pembinaan yang berkaitan dengan kualiti jalan raya dalam bandaraya ini. Kualiti jalan raya. Jadi kalau kena Jalur Cahaya itu, kita memberikan peringatan. Saya dimaklumkan begitu oleh Pihak Bandaraya. Kita sentiasa memantau dan memastikan pihak Jalur Cahaya membaiki semula jalan-jalan yang rosak akibat daripada pembinaan sistem pembentungan berpusat ni.
Jadi yang seperti Jalur... Adenland tadi, ada juga tertakluk kepada Majlis Bandaraya Kuantan dan pihak Yang Berhormat boleh juga menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak Majlis Bandaraya ataupun Ahli Wakil Kerajaan kita daripada untuk Bandaraya untuk bersama-sama kita melihat perkara ini dan memastikan bahawa setiap permasalahan itu dapat kita tangani dengan sebaik yang mungkinlah untuk Majlis Bandaraya. Dan ini adalah satu perkara-perkara yang dapat kita adakan kerjasama antara Wakil-wakil Yang Berhormat untuk memberikan maklumat kepada pihak kerajaan untuk diambil tindakan yang sepatutnya.
Terima kasih. Soalan seterusnya. Wakil Soalan nombor 5 ya. Er… Yang Berhormat dari Bukit Ibam.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 5.
[Apakah status terkini Perumahan Generasi Kedua Felda di Chanis?
Adakah projek ini telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Pahang ? ]
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, terima kasih Yang di-Pertua. Di bawah portfolio FELDA ni memang banyak soalan-soalan berkaitan dengan rumah generasi baru FELDA ni dan saya di sini mengucapkan terima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang mengambil inisiatif menerusi agensi Kerajaan Negeri kerana langkah ini dapat membantu... membantu kepada generasi kedua dan juga kepada FELDA bagi menyelesaikan masalah berkaitan dengan rumah generasi baru FELDA ni.
Jadi berhubung dengan pertanyaan daripada Bukit Ibam, Bukit Ibam bertanya apakah status terkini perumahan generasi kedua FELDA di Chanis? Dan adakah projek ini telah diambil alih oleh pihak Kerajaan Negeri?
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Perumahan Generasi Baru FELDA Chanis di FELDA Keratong 7 itu sebanyak 400 unit merupakan salah satu daripada 10 projek PGBF yang telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pahang secara usaha sama dengan syarikat KMDI Holding Sdn. Bhd. yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang Ke-30 tahun 2022, perkara A2 pada 3 Ogos 2022.
Semua projek yang telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Pahang dijenamakan semula kepada Skim Rumah Pahang. Pembelian pembeli Rumah Pahang akan diuruskan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang melalui sistem e-Perumahan dan tertakluk kepada terma-terma. Soalan ini lebih kurang sama dengan soalan saya hari pertama dulu.
Jadi, antara terma-terma dia ialah pemohon adalah kalangan generasi kedua FELDA yang menetap atau bekerja di negeri Pahang di dalam kawasan berkenaan sahaja atau kawasan yang sama, daripada warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat di bawah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi daripada RM5,000.00 sebulan, tidak mempunyai tanah ataupun dengan syarat nyata bangunan atau rumah kedua-dua sekali atau kedua-dua sekali yang didaftarkan atas nama pemohon atau suami isteri, tidak pernah memiliki rumah atas nama pemohon dan isteri, bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan telah menetap dan tinggal di negeri Pahang secara terus menerus tidak kurang daripada 5 tahun.
Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Soalan tambahan daripada saya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Muadzam Shah atas jawapan dan saya ingin merakamkan terima kasih dan syabas kepada Kerajaan Negeri Pahang atas keprihatinan ini dan usaha ini dapat menyelamatkan projek ini yang terbengkalai sekian lamalah di Keratong 7 ini. Cuma soalan saya, selain
daripada usaha ini ataupun inisiatif yang diambil, adakah Kerajaan Negeri bercadang juga untuk mengagihkan lot-lot kosong untuk generasi kedua FELDA? Terima kasih.
Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada soalan tambahan yang dikemukakan oleh Bukit Ibam. Jawapan kepada soalan itu memang ini salah satu usaha inisiatif daripada Kerajaan Negeri Pahang untuk melihat kawasan-kawasan dalam kawasan FELDA yang ada tanah kosong untuk kita bagi tapak-tapak rumah. Insya-Allah benda ini sedang berjalan dan kita akan lihat satu persatu kawasan-kawasan rancangan FELDA di negeri Pahang. Sekian, terima kasih.
Soalan seterusnya Wakil daripada Chenor.
Assalamualaikum WBT. Dato' Sri Yang Pertua, soalan saya nombor 6.
[Mohon penjelasan status terkini pembinaan perumahan PAKR Chenor yang telah lama terbengkalai:
a) Adakah Kerajaan Negeri telah mengambil alih untuk menyiapkannya daripada kontraktor asal?
b) Bilakah jangkaan perumahan ini akan siap sepenuhnya?]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera selamat pagi.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Chenor bertanya berkenaan dengan Projek Perumahan Awam Kos Rendah Chenor yang soalannya adakah Kerajaan Negeri telah ambil alih untuk siapkan projek ini dan bilakah jangka masa siapnya.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Sebelum ni tadi soalan nombor 5 juga ialah berkaitan dengan projek terbengkalai juga. Sebagai contoh di FELDA tadi 10 projek yang dibuat oleh FELDAlah sebelum tu kan… FELDA yang 10 projek, macam banyak projek jugalah untuk 10 tapak, 10, 10 fail, dengan izin. Ini memang satu masalah dan begitu juga dengan PAKR Chenor ni tadi. Gagal juga.
Jadi, Kerajaan Negeri selepas pada ni akan bertindak dengan begitu... Orang kata apa? Tegaslah. Insya-Allah lepas pada ni kita akan memastikan projek-projek perumahan yang berkaitan dengan kerajaan ni kita akan pastikan kita akan tapis pemaju-pemaju ni supaya lebih serius lagi. Saya memandang memang seriuslah orang kata apa, bila masalah projek perumahan ni bila terbengkalai, dia bukan saja projek tu terbengkalai, dia melibatkan kesusahan yang begitu ketaralah kepada pembeli khususnya bila contohnya seseorang tu beli rumah.
Pemaju baru nak buatlah, dah masuk perjanjian dan 30% perumahan itu berjalan, terbengkalai. Perjanjian dah sign, bank dah sign, bank dah potong. Jadi kalau dia menyewa rumah, dia kena bayar sewa, lepas tu bank dah potong pun kena bayar juga apa namanya ni pinjaman. Ini memang banyak perkara ni saya dah perhatikan. Insya-Allah dengan Lembaga Perumahan yang ada sekarang ni yang dah diwujudkan pada tahun 2022, insya-Allah kita akan memastikan selepas pada ni, masalah-masalah projek terbengkalai ni kita akan atasi.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Projek Perumahan Awam Kos Rendah Chenor ini telah lama terbengkalai sebenarnya dan pelbagai masalah dihadapi oleh kontraktor iaitu JNS Holdings Sdn. Bhd., nama sedap… dan banyak masalah dihadapi ialah dan setelah bergelut dengan pelbagai masalah dan tarik tali antara kontraktor dan kerajaan, akhirnya Kerajaan Negeri, kita tamatkan perjanjian dengan syarikat berkenaan dan pada bulan September tahun lepas 2022, Kerajaan telah melantik PKNP, telah melantik PKNP mengambil alih projek tersebut dan pada bulan 12 tahun lepas, PKNP telah melantik kontraktor baru untuk meneruskan projek ini dan kerja-kerja awalan kerja pembersihan sebab projek ni dah lama terbengkalai telah dimulakan di tapak.
Seterusnya PKNP perlu memasuki semula kebenaran merancang untuk memulihkan projek ini dimulakan semula dan terkini PKNP menyasarkan segala proses teknikal dan juga Kebenaran Merancang ini akan selesai pada bulan Julai tahun ini, Julai 2023 dan kerja-kerja sebenar insya-Allah akan bermula pada bulan Ogos 2023 untuk tempoh yang ditetapkan selama 18 bulan. Maka tarikh siap sepenuhnya projek ini adalah pada Februari 2025.
Insya-Allah Yang Berhormat Chenor, saya sendiri akan memantau rapat walaupun PKNP, saya akan memantau rapat dia orang untuk memastikan projek ini untuk berjaya dan mengelakkanlah segala sebarang kegagalan ataupun kelewatan yang kita tidak mahu lihat, insya-Allah, terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih jawapan daripada pihak kerajaan. Alhamdulillah, kita melihat keprihatinan EXCO Perumahan terhadap rumah yang telah lama terbengkalai. Saya difahamkan bahawa projek ini adalah projek silang di mana pemaju JNS Holdings itu telah pun diberikan tanah untuk menyiapkan perumahan awam kos rendah ini. Jadi bila dia gagal, apakah kerajaan bercadang nak tarik semula tanah yang dikurniakan, diberikan kepada JNS itu.
Kemudian yang keduanya berkenaan dengan status pemohon rumah ini, saya dimaklumkan bahawa dah ada pemohon-pemohon tak ada rumah ini dan sebahagian mereka ada dah meninggal. Jadi, apabila siap kelak apakah akan dibuka semula kepada pemohon-pemohon yang baru? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Ya projek ini, Projek PAKR Chenor ni adalah projek silang di mana ada 2 keping tanah yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri sebagai balasan kepada projek perumahan yang bernilai RM12 juta lebih kurang. Jadi syarikat dan juga kerajaan telah pun memasuki perjanjian. Dan perjanjian ini, maknanya kita akan sudah pasti mematuhi
lah perjanjian yang telah termaktub. Apa yang saya difahamkan, secara jujurnya, er... pemberian tanah itu adalah mengikut peratusan er... kemajuan kerja. Ya, setelah dia melepasi 50% daripada er... kemajuan projek tersebut, sebelum ini, dia er... claim separuh daripada tanah yang dijanjikan tersebut. Dan benda itu memang telah pun diberi kepada syarikat berkenaanlah.
Dan kita akan memerhati semula perjanjian ini sebabnya dia buat rumah ini bukan separuh. Contohnya kalau 200 rumah, dia dah siap 100, itu takpe jadi dia bawa ni separuh, dapatlah tanah itu tetapi dia buat serentak maknanya separuh, memang rumah tak siap lagilah. Tetapi dalam perjanjian itu, dah nyatakan bahawa dia kena, makna Kerajaan Negeri kena er... mematuhi perjanjian tersebut.
Jadi kita akan lihat semula perkara ini. Sama ada kalau kita tidak menolak kemungkinan kalau kita perlu kita ambil alih, kita ambil balik, kita tarik balik tanah ini kalau kita perlu, kalau kita ikut perjanjian ataupun undang-undang membenarkan, kita akan, kita akan lihat semula perkara ini.
Dan keduanya tentang pemohon yang dah, sebab lama, projek ini lama sangat. Jadi yang dah meninggal, kita, yang penting kita siapkan rumah ini dulu. Dan kita akan lihat semula, er... mungkin kita akan buka semula dan sebagainya permohonan yang baru.
Dan mungkin yang ada permohonan yang meninggal itu kita tengok ahli keluarga dan sebagainya, kita akan pastikan apa namanya bahawa kepentingan yang pemohon sebelum ni mungkin dah ada dipilih dan sebagainya. Kita akan cubalah, cuba untuk bantu. Dan apapun, bila dah siap esok kita akan selaraskan semula. Kita akan dapatkan semula apa namanya ini apa pemohon…permohonan yang baru. Terima kasih Yang di-Pertua.
Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih. Di antara faktor kegagalan kontraktor ialah kerana kenaikan kos selepas COVID-19. Dan purata peningkatan lebih daripada 20%. Kerajaan Persekutuan pada umumnya bersetuju untuk tingkatkan jumlah 20% itu kepada pemaju supaya projek ini tak terbengkalai dan rakyat tak rugi, kerajaan juga tidak rugi. Soalan saya apakah Kerajaan Pahang juga boleh menimbangkan cadangan yang sama untuk menilai balik kos awal yang diberi sebelum kenaikan kos mendadak selepas COVID-19 kepada pemaju-pemaju yang sedang berjalan ataupun kita stick dengan kos asal yang kita offer kepada dia? Terima kasih.
Terima kasih Yang di-Pertua. Kita lihat perkara ini, terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Cheka. Kita perhati kepada dua, satu kepada projek-projek perumahan yang melibatkan kerajaan, satu yang swasta. Jadi kita memahami Kerajaan Persekutuan pun memang mengambil perhatian yang jelaslah untuk apa yang boleh dibantu.
Sebagai contohnya macam harga simen, yang di apa dikurangkan dan sebagainya untuk meringankanlah beban. Cuma dari segi pihak kerajaan, projek-projek perumahan, sebagai contohnya PR1MA, itu yang kita tengah, sikit lagi kita tengah semak, untuk, nombor satu, tentang harga yang diminta oleh kebanyakan pemaju. Dan mungkin insentif-insentif lainlah yang saya tak dapat nak umumkan sekarang sebab masih lagi dalam, dalam orang kata apa er... penilaian sikit lagi.
Mungkin dalam sebulan dua lagi kita akan apa namanya umumkan insentif-insentif ini. Ini projek yang berkaitan dengan kerajaan. Termasuklah rumah RRP dan sebagainya yang harganya memang RM75,000.00. Ada kontraktor yang boleh buat, ada yang serahkan balik projek. Jadi kita faham itu. Jadi, selain daripada itu, kita Kerajaan Negeri cuba juga lah orang kata apa, apa juga apa namanya ini apa, kita pun kalau nak naikkan harga pula, beban pula kepada pembeli. Itu satu masalah dah, masalah juga.
Sebagai contohnya, ada satu skim perumahan itu makna RM80,000.00, kita nak naikkan ke RM95,000.00 supaya pemaju dapatlah orang kata apa bernafas sikit tapi akan bebankan kepada kumpulan B40 ini tadi. Jadi, insya-Allah Kerajaan Negeri akan tengok lah apa boleh yang kita lakukan tapi saya nampak lebih kepada insentif. er... insentif. Insentif sebagai contoh adalah macam untuk PR1MA itu kita bagi lagi orang kata apa insentif macam dia boleh er... satu projek perumahan tu 50% buat PR1MA, 50% buat apa namanya pembangunan bercampur.
Sebelum inilah, ini praktik yang apa ini yang dasar kita ada sekarang. Kita akan naikkan. Maknanya yang projek bercampur itu boleh, boleh lebih daripada 50%. Itu yang kita akan antara er... usaha yang kita lakukan. Terima kasih Yang di-Pertua.
Soalan seterusnya, saya benarkan 2 soalan sahaja. Wakil daripada Beserah, dia aktif. Lepas ini boleh tanya soalan lain pula. Er... seterusnya wakil daripada Semambu.
Selamat pagi dan salam Malaysia MADANI, saya ingin kemukakan soalan nombor 7.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan oleh sahabat saya, YB Semambu. Sahabat saya telah bertanyakan apakah fasiliti dan pemudahcara yang diperkenalkan kepada pelabur-pelabur yang ingin melabur di negeri Pahang oleh Kerajaan Negeri Pahang.
Baik, dalam usaha menarik pelabur ke negeri Pahang, terdapat pelbagai insentif dan kemudahan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Dan untuk makluman Yang Berhormat, antara inisiatif Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:
Pertamanya, Bahagian Pelaburan dan Penswastaan bertindak sebagai One Stop Agency bagi memudahcara urusan pelaburan bersama dengan Syarikat-syarikat
Berkaitan Kerajaan ataupun dengan izin, State Government-Linked Company serta agensi-agensi teknikal di peringkat negeri dan persekutuan.
Selain itu, Perbadanan Setiausaha Kerajaan juga telah membangunkan laman web, laman sesawang investpahang.com sebagai usaha mempromosikan maklumat-maklumat berkaitan peluang pelaburan di negeri Pahang, seperti Taman Industri, lokasi dan sebagainya.
Manakala, bagi memudahcara proses permohonan pelaburan pula, PSK dalam proses membangunkan sistem Invest Pahang Business Suite. Jadi, Invest Pahang Business Suite ini merupakan satu penambahbaikan daripada sistem yang sedia ada iaitu e-pelaburan di mana semua permohonan pelaburan dapat dibuat atas talian secara sepenuhnya. Ianya dapat memudahkan urusan para pelabur.
Dan seterusnya, Bahagian Pelaburan dan Penswastaan bersama Unit Antarabangsa turut memudahcara permohonan pelaburan asing serta domestik dengan mengadakan jawatankuasa pra-pelaburan dan jawatankuasa ini berfungsi untuk meneliti cadangan-cadangan projek dan menapis projek-projek yang memberi kebaikan yang tinggi, potensi yang tinggi untuk dibangunkan dalam negeri Pahang.
Para pelabur yang berkelayakan akan turut ditawarkan insentif-insentif daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan agensi-agensi pusat lain yang berkaitan. Terima kasih.
Yang di-Pertua, saya ingin kemukakan soalan tambahan. Terima kasih atas penjelasan daripada YB Peramu Jaya. Saya cuma nak tanya berkenaan dengan tadi, Yang Berhormat, menyatakan mengenai e-pelaburan dan juga One Stop Centre. Contohnya, kalau sebuah syarikat pelabur mereka membuat investment di negeri Pahang ini, berapa tempoh dan berapa lama untuk mereka dapat kelulusan? Terima kasih.
Terima kasih di atas soalan tersebut. Apabila para pelabur ingin membuat satu pelaburan, kita ada pelbagai jenis kriteria yang kita perlu lihat. Antaranya apa itu, potensi pembangunan dan kekuatan kewangan er...dan mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh pelbagai Agensi Kerajaan Tempatan seperti er... Pejabat Tanah dan Galian, Majlis Daerah dan sebagainya. Dan lain-lain syaratlah seperti, untuk mendapat er... Kebenaran Merancang dan sebagainya.
Ia, ia bergantung kepada maklumat yang diberikan kepada, er...diberikan oleh para pelabur. Sekiranya maklumat lengkap, dan kita boleh, apa proses. Biasanya dalam masa setahunlah, tapi kita, kalau boleh, kita ada projek yang kita boleh fast track ke 6 bulan. Sekiranya maklumat-maklumat lengkap dan kita dapat kerjasama penuh daripada pelabur dan agensi-agensi er...mendapati dokumen yang diberikan, maklumat yang diberikan dari segi kewangan, pematuhan syarat dan sebagainya sebenarnya lengkap. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada YB Semambu yang bantu saya memberi pencerahan mengenai jumlah pelaburan pada 2022 yang berjumlah RM20.5 billion di mana dia pecah kepada FDI dan DDI terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya.
[Adakah Kerajaan Negeri Pahang mengenal pasti sektor-sektor yang strategik agar kerajaan negeri boleh mempercepatkan pemindahan teknologi, pemindahan kemahiran dan merancakkan transformasi ekonomi negeri Pahang?]
Terima kasih di atas soalan daripada sahabat saya, Yang Berhormat Tanah Rata. Berkenaan dengan soalan itu, satu soalan yang menarik dan sudah tentu Kerajaan Negeri Pahang ingin mengenal pasti sektor-sektor yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan di negeri Pahang. Bagi pendapat saya, Kerajaan Negeri Pahang perlu er... perlu apa tu... perlu ambil peranan untuk dengan izin, play to our strengthlah. Kita kena melihat kekuatan kita sebagai negeri Pahang er...sebagai contoh saya berpendapat Kerajaan Negeri Pahang mempunyai potensi yang besar dalam sektor pertanian terutama sekali AgriTech di mana saya berpendapat kita ada begitu banyak lagi tanah yang boleh diusahakan supaya kita akan menjadi pengeluar makanan yang terbesar dalam Malaysia…kita ada potensi itu.
Jadi, kita boleh lihat contoh di Holland di mana, di mana saiz negara itu 1/200 daripada Amerika Syarikat. Tetapi yang menariknya dengan negara Belanda ni negara Holland ni dia adalah pengeksport pertanian dan makanan kedua terbesar di dunia, belakang Amerika Syarikat. Walaupun saiznya tidak berapa besar. Ini kerana mereka menggunakan begitu banyak teknik Pertanian Moden seperti Appreciation Farming menggunakan IoT di mana mereka Internet of Things dengan izin di mana mereka boleh apa er... membekalkan sensor-sensor kepada ladang-ladang pertanian untuk mengukur dengan begitu tepat, baja yang diperlukan suhu yang yang tepat dan lain-lain input seperti air yang diperlukan untuk tanaman-tanaman tertentu seperti sayur-sayur dan sayur-sayuran, buah tomato, buah-buahan dan sebagainya.
Dan kita juga menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang di mana baginda ingin melihat apa-apa pelaburan yang masuk ke dalam negeri Pahang ini perlulah mesra alam sekitar…tidak melakukan pencemaran yang begitu teruk. Sebagai contoh, kita ada pelaburan di Paloh Hinai, kawasan sahabat saya YB Chini di mana ada satu syarikat bernama Nextgreen Pulp & Paper, di mana syarikat ini adalah contoh terbaik syarikat yang menggunakan Green Teknologi.
Green Teknologi dan saya menyifatkan syarikat ini sebagai syarikat yang berada dalam pasaran Blue Ocean dengan izin. Maksudnya Blue Ocean ni syarikat ini masuk dalam pasaran yang tidak boleh tidak maaf tidak pernah dijejaki oleh mana-mana syarikat. Jadi, persaingan tidak terlalu hebat berbanding apa, er... apa dengan industri F&B ataupun makanan mana terlalu banyak pesaing sebagai contoh, dalam sektor Green Technology ini tidak terlalu banyak pesaing yang satu dunia bergerak ke arah Teknologi Hijau di mana kita semua bimbang akan apa akan apa kesan perubahan iklim di dunia ini ataupun green…greenhouse gas emission dengan izin.
So, Syarikat Nextgreen Pulp & Paper ini apa yang mereka buat? Mereka mengambil anti-fraud base ataupun buah tandan kosong dan mereka mempunyai teknik kilang atau proses untuk menukarkan buah tandan kosong ini untuk menjadi kertas A4. Bayangkan A4 Paper yang bukan sahaja itu mereka mampu membuat tisu, membuat er...apa tu cawan kertas ataupun bekas makanan yang dengan izin biodegradable dan tidak mencemarkan alam sekitar seperti pembuangan plastik.
Jadi, kita ingin menarik lebih banyak lagi syarikat seperti Nextgreen yang apa itu yang menggunakan teknologi hijau terkini dan mereka juga mengitar semula semua hasil dalam kilang itu segala sisa air dikitar semula dan antara produk sampingan yang menarik daripada kilang Nextgreen ini ialah mereka dapat menghasilkan komposisi baja. Dan baja ini adalah satu baja khas di mana ia boleh digunakan untuk orang kata merawat tanah kelapa sawit di mana tanah kelapa sawit yang begitu asetik boleh dicampurkan dengan baja yang dihasilkan oleh kilang Nextgreen ni untuk menjadikan dia PH neutral daripada terlalu asetik dia akan menjadi PH 7 sekurang-kurangnya supaya keadaan tanah itu bertambah baik untuk penanaman semula dan tanaman seterusnya.
Selain itu, Kita sedia maklum akan negeri Pahang akan membangunkan Lapangan Terbang yang baru di Gebeng, dan di situ kita ada potensi untuk industri aerospace di mana ada potensi untuk membangunkan kemudahan dengan izin MRO, Maintenance, Repair and Overhaul dengan ini, sekira apabila pembangunan ini dijalankan. Pembangunan Lapangan Terbang ini dijalankan kita berharap syarikat-syarikat aerospace terkemuka akan bertapak di Lapangan Terbang Gebeng supaya kita dapat meluaskan peluang tersebut.
Selain daripada itu, kita mempunyai kekuatan sedia ada dari segi komposisi kilang di negeri Pahang maksud saya di Gebeng, kita ada industri petrokimia, Petro Chemical yang diusahakan oleh Petronas er...ASF Chemicals dan sebagainya. Begitu banyak kilang Petro Chemicals kita ada kilang industri berat, sebagai contoh, Alliance Steel telah membuat pelaburan sebanyak RM5.5 billion lepas tu mereka ingin meluaskan er... Tapak kilang mereka, jadi kita dah ada kemudahan ini, jadi kita perlu tarik lebih banyak lagi kilang industri berat dan apa separuh berat medium and like industries dengan izin, er...sebab kita dah ada taman-taman industri yang kita khaskan untuk industri kilang berat ini.
Jadi kita boleh menarik pemain-pemain industri dalam sektor industri berat er...seperti sama seperti Alliance Steel dan Golden Frost yang yang mendirikan kilang manganese alloy dan kita boleh menarik pemain-pemain yang, yang apa begitu aktif dalam sektor petrokimia ataupun petro chemicals. Lagi apa, banyak industri nak cakap ni.
Tak pa yang tu, nanti er...wakil kerajaan boleh jumpalah sendiri. Maknanya kita, memang very comprehensive lah ye makna industri yang akan masuk ke Pahang ini. Itu yang paling penting sekali, maknanya semua sektor ada semua kluster.
Insya-Allah Dato' Sri. Tapi ada yang berpendapat kita tak boleh bermain di semua industri ataupun we cannot play in all industries kerana kebimbangannya, kita akan apa, kita akan apa, membahagikan er...membahagikan er...resource yang kita sedia ada kepada terlalu banyak industri dan kita tak dapat manfaat penuh sekiranya industri-industri tersebut dibangunkan secara kolektif. Kalau kita bermain di terlalu
banyak industri, kita tak dapat er... manfaat penuh daripada limpahan ekonomi. Satu lagi...
Yang di-Pertua. nampak wakil daripada Peramu Jaya ni ulasan yang cukup detail, alhamdulillah. Jadi semua er…Ahli-ahli Dewan yang mulia inilah mungkin YB Cheka pun ambil perhatian. Kita memang ini…dalam usaha yang kita buat menarik untuk menarik pelabur dan juga membuka peluang-peluang pelaburan ke Negeri Pahang. Insya-Allah kalau semuanya keadaan baik, politik negeri ini harmoni, saya rasa manfaatnya adalah kepada Negeri Pahang dan juga rakyatnya, insya-Allah. Jadi ini sebenarnya antara yang telah diperjelaskan, dibangkit oleh Yang Berhormat Cheka tentang usaha menarik pelaburan…perancangan pembangunan kita. Saya rasa Peramu Jaya telah memberi penjelasan. Saya rasa itu saja yang lain mungkin kita minum kopi dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih... terima kasih... Dato' Sri Benta dan akhir sekali, sebagai contoh yang terakhirlah sebelum saya duduk, adalah industri automotif, kerana YB sedia maklum, kita ada industri automotif di Pekan dan daripada kekuatan industri yang ada ni, kita boleh menarik pemain-pemain seperti electronic vehicles players dan baru-baru ni ada delegasi daripada negara Jerman yang berminat…yang mungkin berminat untuk membuat kilang recreational vehicles dengan izin ataupun caravan di mana mereka melihat er... Pahang ini boleh menjadi pintu gerbang pada Asia Pasifik untuk menjadi hub eksport caravan kepada negara-negara yang sangat membangun seperti China, Korea Selatan dan Jepun.
Jadi inilah sedikit sebanyak yang saya boleh rumuskan dan sekiranya ada soalan lain kita boleh kopi bersama. Terima kasih.
Terima kasih. Soalan seterusnya er...wakil daripada Tioman.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua.
Saya ingin menanyakan soalan ataupun pertanyaan nombor 8. Terima kasih.
[Adakah program mamogram percuma dan perkhidmatan HPV DNA masih diteruskan pada tahun 2023?]
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua dan juga kepada sahabat yang bertanya. Untuk makluman Ahli Dewan, kedua-dua program yang ditanya oleh sahabat kita ini sebenarnya telah bermula pada tahun 2020 sehingga 2022. Melalui pengumuman
belanjawan tahun 2023, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan bahawa kedua-dua program ini diteruskan untuk tahun 2023 dan bukan sahaja diteruskan, malah penerima rawatan untuk kedua-dua program ini telah ditambah daripada 4,000 kepada 6,000 penerima rawatan dan team saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar kerana begitu cakna kepada masalah kesihatan wanita di Negeri Pahang. Sekian, terima kasih.
Seterusnya, soalan wakil daripada Sabai.
Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera. Saya mewakili Ahli Dewan Negeri Sabai mengemukakan soalan ke-9.
[Infrastruktur sukan awam adalah pemangkin bagi membina masyarakat yang sihat dan produktif. Masih terdapat kawasan yang ketandusan infrastruktur sukan awam di Negeri Pahang seperti di DUN Sabai. Adakah sebarang perancangan dari kerajaan negeri bagi membina kompleks sukan awam di kawasan sedemikian?]
Ya...Sabai ni ada maklumkan ada orang meninggal.
Bismillahirrahmanirrahim. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat daripada Chini yang bertanyakan soalan bagi pihak Yang Berhormat Sabai. Dato' Sri Yang di-Pertua…bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat ADUN Sabai berkenaan sebarang perancangan daripada Kerajaan Negeri Pahang bagi membina kompleks sukan awam di kawasan tersebut.
Saya ingin menyatakan bahawa usaha membina kemudahan sukan di sebuah daerah atau di sesuatu kawasan merupakan tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan. Tanggungjawab ini dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah serta Pejabat Daerah dan Tanah. Cara amalannya agensi-agensi terlibat akan mengemukakan cadangan pembinaan kemudahan atau fasiliti-fasiliti sukan tersebut.
Dalam proses ini antara kriteria yang akan dinilai dan dipertimbang secara mendalam termasuklah yang pertama mengenal pasti terlebih dahulu sama ada terdapat tapak yang bersesuaian untuk dipilih, yang kedua sama ada wujud atau tidak permintaan yang mencukupi agar fasiliti tersebut tidak terbiar atau tidak digunakan selepas dibina sekaligus mengelakkan pembaziran.
Yang ketiga, adakah terdapat kemudahan yang serupa di kawasan yang berhampiran bagi memastikan tidak berlaku sebarang pertindihan pembangunan atau pemusatan pembangunan hanya di setengah kawasan. Yang keempat, membuat semakan dengan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan sama ada wujud atau tidak rancangan yang serupa dan yang kelima, memperhalusi status serta kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.
Selain itu, kesesuaian tapak akan diperhalusi dengan serius bagi memudahkan rakyat setempat mengakses dan mengoptimumkan aktiviti riadah atau sukan dengan selesa dan selamat. Bagi pembinaan fasiliti sukan di DUN Sabai seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sabai, Kerajaan Negeri akan melihat perkara ini secara mendalam berpandukan kriteria-kriteria yang saya gariskan tadi.
Dalam hal ini, saya ingin menegaskan bahawa Jabatan Belia dan Sukan Pahang akan memberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya berhubung permohonan ini. Kerajaan Negeri sentiasa menyokong segala usaha untuk membina infrastruktur sukan awam di daerah-daerah. Seterusnya membantu daerah dalam melaksanakan program pembangunan sukan yang lebih sistematik. Selain itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan dimaklumkan amat memahami dan menyedari akan keperluan pembinaan sebuah lagi kompleks sukan khususnya di bahagian Pahang Barat termasuklah di daerah Bentong.
Sehubungan itu, tindakan awal Jabatan Belia dan Sukan Pahang ialah menyenaraikan pembinaan sebuah kompleks sukan baharu di daerah Bentong dalam Rolling Plan Ke-4 Rancangan Malaysia Ke-12. Buat masa ini, Dato' Sri Yang di-Pertua, terdapat sebuah kompleks sukan komuniti di Pelangai, Bentong yang telah dibina pada tahun 2008 bagi menampung keperluan rakyat. Dato' Sri Yang di-Pertua saya mengambil ruang yang ada ini untuk membangkitkan satu perkara apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Pancing yang ketika waktu itu semalam saya tidak berada di dalam Dewan Yang Mulia ini kerana ada urusan lain yang perlu diselesaikan.
Dalam perbahasan beliau, beliau menyatakan dan melabelkan posting dengan izin posting saya di Facebook sebagai posting sampah dan bagi saya kenyataan sebegini tidak seharusnya diungkapkan di Dewan Yang Mulia ini, justeru saya mengambil perhatian Dato' Sri Yang di-Pertua dan seisi Dewan untuk merujuk peraturan Dewan perkara 36 (4) yang menyatakan adalah salah pada Peraturan Mesyuarat bagi seseorang ahli menggunakan bahasa biadab.
Saya tidak berhasrat untuk memanjangkan perkara ini dan pada kali ini saya memaafkan beliau atas ungkapan tersebut. Namun saya amat berharap agar ungkapan-ungkapan sebegini tidak diucapkan lagi oleh beliau terutama di Dewan Yang Mulia ini. Terima kasih. Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih... ada soalan tambahan.
Soalan tambahan. Assalamualaikum. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Er... di kawasan DUN Sungai Lembing, khususnya di kawasan FELDA, terdapat gela... er… gelanggang… banyak gelanggang futsal yang tidak dapat digunakan disebabkan berlakunya kerosakan dan sebagainya. Bayangkan lantai gelanggang futsal tersebut seolah-olah seperti mana jalan tar yang rosak yang boleh kita lihat seperti yang ada di dalam negeri kita. Jadi di FELDA saya sendiri terdapat 3 gelanggang futsal di Gugusan FELDA Bukit Sagu 1, 2 dan 3 ini, satu kawasan FELDA tu ada 3 gelanggang futsal.
Soalan, soalan Yang Berhormat. Apa soalannya?
Soalan saya, berapa gelanggang futsal yang rosak dan terbiar di negeri Pahang ini yang tidak dapat digunakan dan jika ada saya mencadangkan agar standard gelanggang futsal ini dinaik tarafkan, kalau tak sampai pun seperti standard FIFA paling kurang pun kita dapat standard seperti mana yang pengusaha-pengusaha gelanggang futsal ini buat. Jadi maknanya kalau di DUN Sungai Lembing itu kita kalau boleh ada satu. Satu pun cukup untuk peringkat awal inilah. Begitu juga di DUN Jelai lah, saya fikir begitulah, okey terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Lembing atas soalan tambahan yang ditanyakan sebentar tadi. Gelanggang futsal yang terbiar di seluruh negeri Pahang… nanti mungkin saya boleh sebut atau keluarkan kenyataan bertulis saya. Berkenaan dengan gelanggang futsal yang kebanyakannya rosak dan terbiar di kawasan di Sungai Lembing sukacita saya maklumkan bahawa gelanggang-gelanggang futsal ini kebanyakannya telah diserah oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk dibawah kawal selia Pihak Berkuasa Tempatan. Barangkali masalah peruntukan menjadi halangan sehingga mengakibatkan gelanggang-gelanggang futsal ini terbiar dan saya difahamkan ada yang diangkat terus kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk dibaik pulih.
Barangkali disebabkan kekangan kewangan itulah menjadikan perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan tapi Pihak Berkuasa Tempatan juga ada membaik pulih gelanggang-gelanggang ini cuma barangkali juga isu peruntukan tersebut. Untuk memastikan di suatu kawasan ada satu gelanggang futsal agar boleh diselenggara dengan baik yang itu nanti saya bincang dengan pihak Jabatan Belia dan Sukan Pahang untuk memperhalusi cadangan-cadangan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Lembing.
Masalahnya Yang Berhormat, setiap kampung itu tengok kampung sebelah ada futsal, dia nak futsal. Itu problem yang ada. Sebab saya pernah jadi Wakil Rakyat, kita tahulah. Seterusnya soalan yang terakhir. Wakil daripada Tras.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor 10.
[Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengekalkan keadaan semula jadi Bukit Fraser dalam masa yang sama mengalakkan pertambahan sektor pelancongan di sana?]
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada YB Tras yang bertanyakan pelancongan di Bukit Fraser. Pahang mempunyai 5 kawasan tanah tinggi iaitu Genting Highlands, Cameron Highlands, Bukit Fraser, Janda Baik dan Tanah Tinggi. Masing-masing mempunyai tarikan yang berbeza. Mengikut Pelan Ekopelancongan Kebangsaan 2020, Bukit Fraser tersenarai
dalam kluster ekopelancongan. Kerajaan negeri Pahang mensasarkan untuk mengekalkan keindahan semula jadi dengan mengawal pembangunan, tapi menambah pelbagai program, acara dan aktiviti sepanjang tahun.
Salah satu keunikan utama di Bukit Fraser adalah kepelbagaian spesies burung yang melebihi 270 spesies sehingga dikenali sebagai IBA, Important Bird Area, dengan izin. Setiap tahun, Fraser Hill International Bird Race diadakan untuk menarik pelancong dalam dan luar negara dan tahun ini telah masuk tahun ke-34. Pada tahun 2021, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM250,000.00 untuk pengindahan landskap, pembinaan laluan perjalan kaki dan pagar keselamatan di Bukit Fraser bagi memberi keselesaan kepada pelancong. Terima kasih.
Terima kasih YB EXCO dan terima kasih juga kepada Dato' Sri. Baru-baru ini diviralkan berkenaan di tempat-tempat penginapan di Bukit Fraser dan beberapa wartawan juga menanya soalan tersebut kepada saya. Jadi soalan saya, apakah pihak Tourism, pelancongan mempunyai media sendiri atau saluran tertentu untuk membuat promosi bagi menangkis fitnah-fitnah ini atau informasi negatif. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tras. Apa yang digambarkan dalam media sosial yang viral tentang Bukit Fraser tidak menggambarkan keadaan sebenar. Bangunan yang termasuk itu sebenarnya bangunan yang tidak dibuka untuk penginapan dan memang tidak menerima pelancong. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, di Bukit Fraser terdapat 5 hotel yang beroperasi dan semua menerima pelancong. Soalan yang dikemukakan oleh YB Tras tentang promosi dan media sosial, memang selama ini Tourism Pahang melalui media sosial dan bekerjasama dengan rakan-rakan media mempromosikan dan menguar-uarkan aktiviti yang diadakan di Bukit Fraser dan juga memaklum bahawa memang Bukit Fraser mempunyai peminat mereka tersendiri khususnya pencinta alam. Terima kasih.
Bukit Fraser terkenal dengan The Little England.
Saya nak menambah sikit. Sebenarnya produk pelancongan ini, dia memang unik. Tengok orang dia pergi ke macam di Kuala Selangor, dia tengoknya sky mirror yang bayangan langit. Dia duduk situ. Lepas tu kalau kita pergi ke luar negara, UK, di err... di Perancis dan lain tempat, memang theme park ini ada haunted house. Dia buat macam tu, buat macam yang tiruanlah. Jadi kalau kita dah ada, misalnya macam tu, rumah yang berhantu ini buat apa pula kita nak ini... takut kan? Sebab tempat lain itu dia wujudkan, Dato' Sri. Dia wujudkan the haunted house.
Kalau pergi Disneyland, ada Yang Berhormat.
Yang kita dah ada ini, yang natural. Saya rasa mesti ada yang pelancong-pelancong yang berani, yang nak duduk di rumah itu. Jadi jangan don't be apologetic, dengan izin. Kita sediakan, kita kata "to those who are brave enough, who dares", kita khabar.
Jadi dia masuk situ. Bagi dia duduk situ. Pakej hebat-hebatnya. Biar berhantu tu. Yang mana satu? Dia ke berhantu ataupun yang…
Mohon mencelah. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya nak tanya rakan saya Benta. Pernah jumpa ke hantu ini?
Saya dulu-dulunya... memang dulu, zaman dululah. Dato' Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Sri.
Yang Amat Berhormat, selalunya orang yang jumpa hantu ini, dia berkawan dengan hantu.
Dato' Sri, dulu kita masa dulu, dia bukan macam sekarang. Kita pergi ke hutan semua sekali mencari lemba, tepuih, melastik burung, sorry maknanya maknanya apa... menjerat burung sebagainya.
Aktiviti kampung.
Aktiviti kampung. Maknanya kita ni berhantu juga. Hah, sebab itu yang kiranya dia, saya rasa produk macam inilah. Dia macam-macam. Ada produk dorang suka duduk tepi longkang, ada setengah orang dia suka motor kira otot motor dua-dua tayar itu atas jalan. Dah satu tayar atas jalan itu. Jadi macam-macam. So, tourism product ini adalah satu produk yang memang pelik-pelik. Ada orang minat begini, ada orang minat lain.
Bagi saya, saya mohon rakan Wakil Kerajaan daripada Triang, Ahli EXCO Pelancongan, saya ingat look into that, the possibility untuk kita bangkitkan. Mungkin ada hantu-hantu yang haunted ini, ghostbusters ini, dia panggil ghostbusters, dengan izin. Daripada seluruh dunia, turun. Daripada Brazil, misalnya itu yang memang voodoo itu, Afrika dan sebagainya. Mungkin dia duduk situ, dia buat konvensyen. Why not? After all, whoever that comes over dengan izin, yang pentingnya kita boleh promote.
So, selain daripada tengok burung, kita tengok hantu juga? Tengok hantu di Bukit Fraser.
Ataupun, maknanya kita booking hantu mana yang kita nak [Ahli Dewan ketawa].
Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya, apa namanya, kita telah selesai 10 Pertanyaan dan Jawapan. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan pada pagi ini untuk minum pagi dan kita sambung balik pada pukul 11.45 pagi.
[Persidangan ditempohkan pada jam 11.17 pagi]
[Persidangan disambung semula]
Menimbang Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion
Perkara Ketiga: Menimbang Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Di hadapan Majlis ialah satu Usul yang berbunyi:
“Bahawa Dewan Negeri Pahang Yang Bersidang Pada Hari Ini, Bersetuju Menjunjung Kasih Atas Limpah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Berangkat Menyempurnakan Titah Diraja Kepada Dewan Negeri.”
Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan telahpun disokong dan dibahaskan pada 9 dan 10 Mei 2023. Seramai 30 orang Ahli telah mengambil bahagian membahaskan Usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Pada hari ini, Pihak Kerajaan akan menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa Perbahasan yang lepas. Untuk itu, dengan sukacita saya menjemput dengan sukacitanya saya menjemput Wakil Kerajaan EXCO Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang.
Salam sejahtera, salam perpaduan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan ini. Pertama sekali, saya ingin menjunjung kasih Titah Diraja Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang ke-15. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang memberi kepercayaan kepada saya untuk bertugas sebagai EXCO Perpaduan Pelancongan dan Kebudayaan.
Negeri Pahang merupakan negeri yang terbesar dalam Semenanjung Malaysia dan mempunyai banyak tarikan pelancongan bertaraf antarabangsa. Walaupun rasa berdebar untuk memikul amanah ini banyak yang perlu dipelajari. Saya akan berusaha. Saya juga bersyukur kerana dalam Dewan Yang Mulia ini, kita ada dua bekas EXCO Pelancongan iaitu Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Inderapura. Perkongsian pengalaman dan pengetahuan mereka membantu saya dalam menjalankan tugas.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Selama ini, Kerajaan Negeri berkomited dan bergiat dalam pembangunan industri pelancongan. Dengan wabak COVID-19 pada tahun 2020 dan 2021, industri pelancongan di seluruh dunia mengalami kesan yang amat teruk. Pada tahun 2022, negeri Pahang menyambut kedatangan pelancong sebanyak 10.2 juta orang. Pada tahun ini, kita mensasarkan 13 juta orang pelancong untuk melawat negeri Pahang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri telah menyusun kalendar acara pelancongan Pahang sepanjang tahun ini yang mengandungi aktiviti bertaraf antarabangsa. Lebih 25 acara telah dijadualkan hingga hujung tahun ini. Penganjuran acara bukan sahaja meningkatkan jumlah pelancong, merancakkan ekonomi kawasan sekitar, mempromosikan destinasi pelancongan dan meningkatkan hasil negeri melalui perbelanjaan pelancong. Penganjuran acara sukan boleh mengoptimumkan hubungan sinergi antara pelancong dan sukan untuk memaksimumkan faedah ekonomi. Kita mensasarkan lebih banyak penganjuran acara sukan untuk diadakan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri melalui Tourism Pahang turut menyertai Exposisi Pelancongan Dalam dan Luar Negeri. Eksposisi pelancongan luar negara yang telah disertai adalah U.A.E dan Germany. Manakala negara yang dirancang untuk sertai adalah Indonesia, United Kingdom, China dan sebagainya. Kita juga akan mengkaji pasaran baru mempromosikan Pahang mengikut segmen tarikan dan minat yang bersesuaian.
Pelancong domestik merupakan penyumbang utama untuk kedatangan pelancong. Pahang mempunyai khazanah alam seperti kawasan tanah tinggi, pulau, pantai. Pahang, juga pintu masuk ke Pantai Timur. Oleh itu, mempunyai kelebihan untuk menerima pelancong dari Pantai Barat untuk menikmati keindahan alam semula jadi di samping lari jauh dari kesibukan kota raya. Tourism Pahang turut menyertai Eksposisi Pelancongan Dalam Negara seperti Kuala Lumpur dan Perak.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri dalam perancangan bagi mengadakan lawatan suai kenal Familiarization Trip dengan izin, Familiar Trip bagi pengusaha pelancong dari Singapura pada bulan Julai dan kumpulan dari PATA…Pacific Asia Travel Association dari Negara Jerman pada bulan Julai atau September. Lawatan ini dapat memberi pendedahan dan mempromosikan destinasi pelancongan sedia ada dan baru untuk menarik lebih ramai pelancong luar negara.
Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang dihormati,
Kerajaan Negeri berusaha memulihkan sektor pelancongan dengan penambahan penerbangan ke Kuantan. Buat masa ini, Malaysia Airlines mempunyai tiga penerbangan sehari dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Scoot, sebuah syarikat penerbangan tambang rendah yang juga anak syarikat Singapura Airlines, telah menyambung semula penerbangan dari Singapura ke Kuantan pada 26 Mac tahun ini dengan 3 kali penerbangan seminggu.
Dengan adanya penerbangan Scoot, jumlah kedatangan pelancong antarabangsa khususnya dari Singapura, dapat meningkat. Syarikat penerbangan Batik Air, yang
dahulu dikenali Malindo Air, juga akan mengaktifkan semula penerbangan ke Kuantan dari Subang ke Kuantan mulai 2 Jun tahun ini. Selain itu, kita juga mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan yang lain untuk mengaktifkan semula penerbangan ke Kuantan. Pada April yang lalu, kita mengadakan perjumpaan dengan syarikat Firefly…diharap ada berita baik untuk diumumkan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Pada tahun ini, Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan RM1 juta untuk menaik taraf membaik pulih infrastruktur dan kemudahan pelancongan dalam negeri. Ini termasuk daerah Bentong RM300,000.00, daerah Bera RM253,500.00, daerah Lipis RM300,000.00, daerah Maran RM100,000.00, daerah Raub RM30,000.00. Kerajaan Pahang juga menerima peruntukan sebanyak RM700,000.00 daripada kementerian...
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya menarik perhatian soal penerbangan tadi daripada Kuala Lumpur. Kita banyak penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Saya ingin dapat penjelasan apakah pihak kerajaan tidak bercadang untuk juga meningkatkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Tioman atau Singapura ke Pulau Tioman. Suatu masa dulu, kita ada Kuantan ke Pulau Tioman, Singapura ke Tioman dan Kuala Lumpur ke Pulau Tioman menyebabkan Tioman ini menjadi kawasan destinasi bebas cukai. Minta penjelasan.
Terima Kasih Yang Berhormat Cheka, buat masa ini memang ada penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Tioman mengikut SKS Flight, dan saya difahamkan bahawa perancangan untuk syarikat penerbangan ini akan menambah penerbangan dari Singapore ke Tioman yang memang ini satu yang kita nanti-nantikan. Terima kasih Yang Berhormat Cheka.
Mohon mencelah sikit ya. Saya ingin memaklumkan Sidang Dewan, support kepada apa ni maklumat. Kita ada satu airlines SKS ingat Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua juga tahu perkara ini dalam makluman dan sokongan Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua ketika dulu yang menyebabkan penerbangan tersebut ada beroperasi di Subang ke Pulau Tioman. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tioman. Saya teruskan. Kerajaan Pahang juga menerima RM700,000.00 daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTEC) bagi projek Pemerkasaan Sektor Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan. Projek dilaksanakan di daerah Rompin dengan kos RM250,000.00, Jerantut RM250,000.00 dan Lipis RM200,000.00. Bagi projek pembangunan bawah Rolling Plan III RMK-12, sejumlah RM8.3 juta diperuntukkan untuk kerja menaik taraf di Pulau Tioman.
Kerajaan Negeri sentiasa sedar pentingnya program latihan kepada penggiat industri pelancongan. Oleh itu, beberapa siri pelatihan akan dilaksanakan pada tahun ini. Untuk sebagai contoh khusus pemandu pelancong alam semula jadi, malim gunung, pemandu bot pelancongan dan Certificate of Tourism Related Education (CTRE)
dengan izin. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang begitu prihatin menerusi sesi perbahasan mereka yang telah bangkit tentang isu-isu pelancongan, sila izinkan saya untuk menjawab persoalan persoalan yang dibangkitkan.
Mohon mencelah Dato' Sri Yang di-Pertua, saya semalam bangkitkan isu di Lubuk Yu. Saya difahamkan ada operator yang dilantik untuk menguruskan kawasan pelancongan tersebut. Jadi adakah operator ini telah dilatih oleh kerajaan mengenai pelancongan yang sepatutnya mereka lakukan untuk memajukan kawasan tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Sentul. Saya akan jawab dalam sebab soalan Kuala Sentul pun wujud dalam sesi perbahasan dan saya akan jawab sekali nanti. Orait.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Yang Berhormat Sungai Lembing telah mencadangkan untuk pembinaan fasiliti dan dekorasi pelancongan di Sungai Lembing. Jadi untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri telah mendapat peruntukan RM5 juta daripada Kementerian Kewangan Malaysia bagi menaik taraf kawasan Sungai Lembing sebagai kawasan pelancongan. Jadi antara komponen yang telah dirancang oleh Majlis Bandaraya Kuantan adalah seperti berikut:
Pembinaan semula sebahagian kilang pemprosesan biji timah dan galeri interaktif, Pemuliharaan panggung wayang dan sistem aktiviti perlombongan, Penyelenggaraaan sebahagian terowong dan laman, naik taraf pintu Gebeng selain itu Kerajaan Negeri juga telah mendapat peruntukan berjumlah RM250 ribu daripada MOTAC bagi menaik taraf bangunan, tram, kaunter tiket dan kerja kerja di terowong Sungai Lembing.
Yang Berhormat Ketari mohon kerajaan untuk menyediakan blueprint jangka panjang untuk pelancongan khususnya di kawasan Ketari. Melalui Tourism Pahang, Kerajaan Negeri sedang menghasilkan blueprint pelancongan negeri Pahang dengan kerja sama pihak Tourism Productivity Nexus di bawah Malaysia Productivity Corporation (MPC) dengan izin. Di samping itu, Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus juga membuat kajian Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat yang merangkumi Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bera sektor pelancongan termasuk dalam kajian ini untuk menggariskan hala tuju dan projek pembangunan.
Yang Berhormat Tras yang mencadangkan aktiviti ekopelancongan sebagai penggantian untuk hasil tradisional negeri. Jadi untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua, hasil-hasil tradisional seperti gua-gua, hutan-hutan di negeri Pahang boleh dijadikan produk pelancongan untuk menarik kedatangan pelancong dan boleh menambah pendapatan negeri. Hasil bukan kayu adalah merupakan produk yang sedang diusahakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri. Sehingga kini, lebih daripada 26 eko rimba dipromosikan sebagai contoh Mossy Forest Cameron Highlands.
Yang Berhormat Pulau Tawar mohon Kerajaan Negeri memelihara kampung tradisional serta menjenamakan semula kampung tradisional, kampung warisan dan
kampung negarawan agar dapat menjadi tempat pelancongan. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Pahang sentiasa menyokong usaha sebegini dan pihak Kerajaan akan bekerjasama dengan pihak MOTAC untuk mengenal pasti kampung-kampung tradisional yang berpontensi. Pada masa yang sama, di negeri Pahang sebenarnya terdapat 16 kampung homestay yang sedang dilaksanakan. Pelaksanaan program homestay ini berobjektif untuk mengekalkan identiti dan warisan komuniti dengan memelihara dan memartabatkan khazanah warisan.
Yang Berhormat Batu Talam yang mohon Kerajaan Negeri untuk menyokong usaha daerah Raub pemeliharaan spesies Ungka yang boleh menyanyi. Kerajaan Negeri ambil maklum tentang cadangan ini. Pemeliharaan spesis Ungka atau nama saintifiknya Hylobatidae yang merupakan sejenis Mawas tinggal di pedalaman hutan Asia Tenggara dan Asia Selatan. Kerajaan Negeri akan menelitikan cadangan ini.
Yang Berhormat Batu Talam juga mencadangkan untuk mengembalikan perkhidmatan Feri Malaysia dan mencadangkan Freedom Malaysia sebagai pengendali perkhidmatan. Untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua, Feri Malaysia yang menghubungkan Semenanjung dan Borneo pada tahun 1980an terpaksa menghentikan operasi kerana kos yang amat tinggi. Jadi cadangan Yang Berhormat bergantung kepada kos. Kerajaan Negeri mengalu-alukan mana-mana pihak swasta atau individu yang berhasrat yang minat untuk menjayakan projek ini. Yang Berhormat Jenderak, Jenderak yang mencadangkan supaya Kerajaan Negeri memperkasakan perkampungan Orang Asli sebagai hub pelancongan.
Untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan JAKOA untuk mengenal pasti perkampungan Orang Asli yang mempunyai potensi pelancongan. Yang Berhormat Kuala Sentul err…Yang Berhormat Kuala Sentul dalam perbahasan beliau menuduh bahawa tiada promosi dan program di buat di kawasan pelancongan Lubuk Yu. Dengan ini saya ingin menafi tuduhan Yang Berhormat sebab kawasan Lubuk Yu memang dimasukkan dalam bahan-bahan promosi Tourism Pahang dan ada acara tahunan yang dianjurkan di Lubuk Yu iaitu Hammock Fest setiap tahun 2019, 2020 dan tahun lepas.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM100 ribu pada tahun lepas untuk menaik taraf taman rekreasi di Taman Lubuk Yu. Jadi saya berharap bahawa Yang Berhormat boleh semak fakta sebelum berbahas. Tapi walau bagaimanapun, kita mengalu-alukan hasrat Yang Berhormat untuk berkolaborasi dan memajukan lagi kawasan pelancongan di sana.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Mungkin saya bukan menuduh cuma saya tak nampak promosi yang akan diadakan sebab ramai yang datang mengadu kepada saya tidak tahu pun di mana Lubuk Yu dan ada beberapa perkara di Lubuk Yu yang saya difahamkan ada operator yang menjalankan pusat rekreasi tersebut. Jadi ada banyak aduan yang mengatakan operator itu mengenakan charge parking dan sebagainya. Tempat itu tempat terpencil.
Jadi pelancong-pelancong yang nak pergi pun bila mengenangkan ada charge terutama pelancong domestik lah pelancong tempatan tadi ya. Itu yang saya bangkitkan isu pusat pelancongan Lubuk Yu ini jadi saya nak mendapat informasi yang lebih luas mengenai promosi ke operator yang menjalankan adakah bertanggungjawab mencapai sasaran yang disasarkan oleh Kerajaan Negeri tentang
pengunjung yang sepatutnya datang ke Pahang sebanyak 10 juta. 10 juta ke 20 juta tadi?
Tahun lepas 10.2 juta.
Dan juga peruntukan RM100 ribu kepada pelancongan di Maran dan saya mohon mendapat informasi ke mana peruntukan RM100 ribu itu diagihkan. Adakah di Lubuk Yu sahaja atau berapa tempat lagi di Maran. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Sentul. Untuk peruntukan RM100 ribu itu digunakan untuk Taman Rekreasi Lubuk Yu dan untuk makluman Yang Berhormat pada tahun lepas, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM500 ribu untuk menaik taraf membaik pulih infrastruktur pelancongan di Maran. Tapi details kita akan boleh maklumkan…kita boleh bagi secara bertulis. Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, kalau kata tiada promosi Lubuk Yu saya rasa tidak benar sebab zaman ini zaman digital. Saya sendiri Google, Google sahaja, Hammock Fest Lubuk Yu ada. Ada sosial media, ada post, ada video, ada gambar. Jadi saya berharap bahawa tuduhan tiada promosi tidak benar tapi tentang aduan, tentang operator, operator kita akan ambil maklum dan saya akan dapatkan maklumat lanjut dan sekiranya boleh mungkin kita akan adakan lawatan. Terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ambil maklumlah apa yang dikatakan oleh EXCO Pelancongan kemungkinan promosi tidak mencapai tahap yang diharapkan. Jadi saya harap kita sama-sama berusaha untuk sama-sama memperkenalkan Lubuk Yu. Sebab ini kawasan Kuala Sentul ni tak ada…
Sebab Yang Berhormat pun baru lagi.
Ya, saya baru lagi.
Bagi dia hot sikit.
Kuala Sentul ni kawasan FELDA. Jadi tak ada apa yang nak ditunjukkan. Melainkan ada satu khazanah alam yang kita perlu ketengahkan dan pelihara. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya akan beralih ke portfolio kebudayaan. Kebudayaan juga merupakan elemen pelengkap dan penting untuk menjana ekonomi negeri Pahang di bawah sektor pelancongan. Dalam usaha memartabatkan seni budaya di negeri Pahang pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan pada tahun-tahun lepas. Untuk tahun ini perancangan program yang berskala besar adalah Festival Kesenian Orang Asal Antarabangsa yang akan dilaksanakan jangkaan pada bulan Julai. Program ini akan diadakan bersama dengan Program National Water Festival bawah MOTAC. Dengan adanya program sebegini, aktiviti seni budaya dapat dilestarikan di kalangan masyarakat dan memberi kefahaman dan kesedaran untuk terus menghargai mengenai seni dan budaya yang semakin terpinggir dan dilupai oleh generasi muda.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Pertama, untuk portfolio Perpaduan. Perpaduan merupakan agenda penting negara kita yang mempunyai kepelbagaian kaum dan etnik. Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited dalam memperkasakan keharmonian dan perpaduan dalam negeri Pahang bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Untuk menyokong Aspirasi Malaysia Madani terdapat tiga komponen utama iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti Rahmah.
Program yang telah dilaksanakan pada tahun ini, Program Gerak Rahmah, Jom Sihat Peringkat Negeri Pahang pada bulan Februari. Program Harmoni Peringkat Negeri Pahang pada bulan Februari. Program Gerak Rahmah, Jom Ronda SRS Peringkat Negeri Pahang pada bulan Mac, Program Gerak Rahmah, Jom Masak Bubur Lambuk Peringkat Kebangsaan yang dihadiri Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada bulan April.
Manakala perancangan program akan datang termasuk sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Pahang bertarikh 27 ke 28 Mei bertempat di Dataran Teluk Chempedak, Kuantan…semua dijemput hadir, dan juga kita akan ada Program RT4ALL Unity Plogging, pelancaran Satu Rumah Satu Jalur Gemilang, Pantun Perpaduan, Diskusi Perpaduan, Kuih Perpaduan dan banyak lagi.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Terdapat dua orang Ahli yang bertanyakan bagi pembinaan premis kekal, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan menyemak semula status pembinaan tersebut.
Untuk Yang Berhormat Luit yang mencadangkan supaya memaparkan papan tanda perpaduan di semua daerah dalam usaha mempromosikan perpaduan di negeri Pahang. Kerajaan Pahang menyambut baik cadangan yang dikemukakan sebagai salah satu usaha mempromosikan perpaduan dan pada masa yang sama memberi kesedaran kepada masyarakat tentang semangat perpaduan di negeri Pahang.
Kita akan melihat semula kaedah pelaksanaan yang bersesuaian. Akhir sekali saya mohon jasa baik Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk bersama…untuk bersama mengeratkan perpaduan memajukan pelancongan dan kebudayaan demi kemakmuran negeri Pahang. Saya sokong. Terima kasih.
Terima kasih... Pengerusi... EXCO Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan seterusnya EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang.
Salam sejahtera dan salam perpaduan, Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana diberi kesempatan menyertai bersama di dalam Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Yang Ke-15. Dan ambil kesempatan ini, saya ingin mengucapkan junjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang telah menyempurnakan Istiadat Pembukaan Dewan Negeri Pahang Ke-15.
Selaku EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam pembahasan yang menyentuhkan portfolio saya.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Kerajaan sentiasa memberikan perhatian yang serius dalam menumpukan usaha-usaha bagi mengawal harga dan bekalan-bekalan dan keperluan harian di negeri Pahang sentiasa mencukupi dan di pasaran untuk kegunaan rakyat di Pahang.
Berbagai perancangan dan program yang komprehensif dirangka untuk memastikan keperluan harian adalah mencukupi. Untuk menjaga benefit untuk rakyat, Program Jualan Rahmah merupakan program jualan barangan keperluan harian dilaksanakan dengan penglibatan pasar raya yang mana pasar raya digalakkan untuk memberi pengurangan harga barangan semasa program jualan berlangsung antara 10 hingga 30% berbanding harga pasaran semasa berdasarkan tempat untuk dinikmati oleh rakyat Pahang yang bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup. Sehingga kini, Jualan Rahmah telah dilaksanakan sebanyak 28 kali dan dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun setiap parlimen dan dalam negeri Pahang.
Untuk program penyeragaman harga, program ini diadakan bertujuan untuk menanggung kos pengangkutan dari pembekal ke kawasan pedalaman yang terpilih bagi tujuh barangan keperluan kawalan seperti tepung, gandum, gula putih, beras putih dan minyak masak paket, gas LPG, petrol, RON 95 dan diesel. Objektif program ini adalah bagi membolehkan penduduk di kawasan luar bandar dan dalam dapat membeli barangan keperluan bersubsidi tersebut pada harga yang ditentukan oleh kerajaan.
Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan. Program ini dilaksanakan dengan pemberian baucer tunai kepada 6,000 pengguna dan peniaga dalam bentuk e-wallet RM20.00 dan seorang dengan peruntukan sebanyak RM120,000.00. Projek ini juga dirancang untuk diperluaskan ke daerah lain dalam negeri Pahang dengan mensasarkan seramai 200 peniaga berlatar e-wallet luar bandar.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Untuk aktiviti penguatkuasaan KPDN. Seksyen penguatkuasaan KPDN Pahang telah merancang beberapa berapa program sepanjang tahun berkaitan penguatkuasaan dalam meningkatkan kesedaran peniaga-peniaga dan mematuhi perundangan
perniagaan dan juga perlindungan pengguna daripada peniaga-peniaga yang tidak beretika.
Antara program yang dirancang bagi tujuan tersebut adalah operasi-operasi yang telah dijalankan. Pemeriksaan khas barangan keperluan asas. Pemeriksaan secara harian bagi memastikan bekalan barangan keperluan asas seperti minyak masak, telur, gula, tepung dan ayam mencukupi di pasaran untuk kegunaan rakyat.
Ops Menu memastikan semua jenis premis menjual makanan seperti restoran mempamerkan tanda harga yang jelas bagi melindungi pengguna daripada penipuan harga jualan oleh peniaga peniaga.
Ops Catut. Operasi yang dijalankan sepanjang tahun bagi melindungi pengguna memastikan peniaga-peniaga tidak mengambil keuntungan yang tidak munasabah ke atas barangan-barangan yang diniagakan. Ops Pantau, operasi yang dijalankan pada bulan Ramadan dibeberapa lokasi tumpuan seperti bazar Ramadan, pasar awam dan pasar raya bagi memastikan bekalan makan barangan keperluan harian mudah diperolehi oleh pengguna dengan harga yang berpatutan. Ops Tiris menjalankan operasi bagi membas…membasgi…membasmi aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi oleh sindiket dan industri bagi memastikan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan dapat disalurkan kepada rakyat dengan lebih berkesan.
Untuk penguatkuasa, seksyen penguatkuasa menjalankan Program Skim Harga Maksimum Musim Perayaan yang dijalankan sebanyak 4 kali setahun pada musim-musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas. Tujuan pelaksanaan skim ini adalah melindungi pengguna daripada peniaga-peniaga yang mengambil keuntungan berlebihan. Antara program-program yang telah selesai disan…dilaksanakan bagi tahun 2023 adalah Ops Pantau, Skim Harga Maksimum Tahun Baru Cina dan Skim Harga Maksimum Hari Raya Aidilfitri.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Seksyen Pendayaupayaan Pengguna berfungsi menjalankan program pendidikan, pengetahuan dan perlindungan pengguna serta menggalakkan dan membantu gerakan kepada penggunaan dalam meningkatkan ilmu dan pengetahuan dalam hak-hak pengguna. Saya yakin pengguna-pengguna rakyat Pahang adalah bijaksana dan pandai menggunakan kuasa peng…pengguna serta bijaksana membanding harga sebelum membeli barangan. Untuk Tribunal Tuntutan Pengguna, bagi tahun 2023, Tribunal Tuntutan Pengguna negeri Pahang merancang untuk mengadakan 3 siri program penerangan bertemakan Kenali Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.
Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan usaha Kementerian untuk melahirkan pengguna bijak dan mendedahkan pengguna kepada fungsi tribunal sebagai platform pengguna membuat tuntutan tebus rugi pembeli barangan dan perkhidmatan. Untuk pengetahuan semua, tribunal tuntutan pengguna hanya menerima aduan tidak melebihi RM50,000.00 sahaja.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Untuk portfolio er…Sumber Manusia.
Mohon mencelah Yang di-Pertua
Sila-sila.
Terima kasih Yang di-Pertua. Saya ingin penjelasan er…ataupun respons daripada pihak kerajaan er…had untuk dirujuk kepada Tribunal Pengguna ini hanya RM50,000.00. Ada tak cadangan Pihak Kerajaan untuk menaikkan sebab tuntutan RM50,000.00 pengguna ni adalah terlalu kecil dan pengguna ini banyak yang tertipu ni biasanya macam scammer main ratus, ribu, berjuta. Adakah ini diberikan pertimbangan er…untuk dirujuk sebagai satu bidang kuasa tribunal itu sendiri? Terima kasih.
Terima kasih Wakil dari Beserah. Er… RM50,000.00 ini ditentukan oleh Kementerian. So kita sebagai EXCO Negeri kita hanya ikut saja. So yang bahawa ini boleh lebih, tak boleh lebih nanti kita akan bawa ke Hal Pengguna dan kita bincang semula. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Untuk portfolio Sumber Manusia, berkaitan dengan portfolio Sumber Manusia, untuk makluman sidang dewan yang mulia, Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan peluang pekerjaan kepada anak-anak negeri Pahang terbuka luas. Menurut Laporan Sosio Ekonomi Pahang 2021, kadar pengangguran di negeri Pahang menunjukkan peningkatan dari tahun 2021 hingga 20 er…2019 hingga 2021.
Berdasarkan data daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial atau dikenali PERKESO, sejumlah RM 9.1 juta telah dibayar kepada er…9,114 pekerja yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2021 akibat pandemik COVID-19. Oleh yang demikian, Kerajaan telah menubuhkan Majlis Pekerja Negeri Pahang. Fungsi utama penubuhan Majlis ini adalah untuk membuka peluang pekerjaan di taman-taman industri kepada rakyat negeri Pahang tidak kira golongan tua, muda, golongan istimewa, dan orang asal.
Penubuhan Majlis ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam memastikan pemulihan dan peningkatan sektor ekonomi di negeri Pahang. Antara fungsi-fungsi Majlis Pekerjaan adalah seperti berikut:
1. Merangkakan dasar, strategi dan inisiatif Kerajaan Pahang dalam mencipta peluang pekerjaan di negeri Pahang serta mengatasi isu pengangguran.
2. Mewujudkan rangka bersepadu dalam penciptaan peluang pekerjaan di taman-taman industri negeri Pahang.
3. Mewujudkan kerjasama bersama IPTA dan IPTS di negeri Pahang dalam menyediakan program yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak industri.
Majlis Pekerja Negeri Pahang dalam usaha untuk membangunkan Rangka Tindakan dan Pelan Strategik Majlis Pekerjaan Negeri Pahang 2023 sampai 2024 telah melantik Universiti Malaya Pahang sebagai konsultan bagi projek ini...juga dibantu oleh Jabatan
Agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia. Pemain industri di negeri Pahang ini industri dan institusi Pengajian Tinggi negeri Pahang.
Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) adalah satu cabang pendidikan yang menu…menumpukan kepada kemahiran teknikal atau dengan izin skill worker. Bagi rakyat Pahang sendiri, pihak kerajaan telah pun mempunyai pusat latihan sendiri di bawah portfolio sumber manusia, iaitu ADTEC, Advanced Technology Training Centre di Jerantut dan ILP, Industri Latihan Perindustrian di Gebeng.
Ini adalah proses pendidikan mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan terhadap amalan industri bagi menghasilkan tenaga kerja mahir dalam bidang tertentu. Kepada pelajar lepasan SPM yang mungkin kurang berjaya dalam bidang akademik, digalakkan menyertai kursus-kursus teknikal di ADTEC Jerantut dan ILP Gebeng.
Oleh kerana itu, saya yang ar…oleh kerana itu, pada saya apa yang penting sekarang ini ialah bagaimana TVET menyumbang peluang pekerjaan kepada rakyat Pahang. Apa apabila pelajar dan belia didedahkan kepada bidang teknikal lebih awal, ia menjadi laluan kerja yang mudah bagi memenuhi keperluan industri.
Jadi, anak Pahang bolehlah merebut peluang yang sudah disediakan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Ada antara bidang teknikal yang mampu menyumbang kepada keperluan orang kurang upaya juga. Sebagai contoh, pelajar ADTEC mampu menghasilkan tangan palsu menggunakan teknikal cetakan 3D dengan kos lebih kurang RM300.00. Untuk maklumat semua Ahli-ahli Dewan sekiranya kawasan ada mempunyai er…orang yang kehilangan tangan okey, bolehlah jumpa dengan saya dan kita bawa dia ke sana sebab dia mungkin dia kerat-kerat dia itu tak tahu berapa panjang itu, kita kena ukur. So setiap orang kalau OKU itu kita boleh hantar ke ADTEC ukur. Okey.
Er… Pertama sekali tahniah kepada Kerajaan dalam menubuh Majlis Pekerja Pahang. Satu usaha yang sangat positif. Cuma saya perlukan dapat data mungkin bertulis pun tak apa tentang berapa jumlah penganggur yang ada di Pahang mengikut er… daerah supaya kita boleh fokus usaha usaha di bawah Majlis Pekerja Negeri Pahang. Terima kasih.
Okey terima kasih Cheka er…nanti kita akan bagi jawapan dalam bertulis ya. So…
Mencelah sikit, boleh? Yang di-Pertua, saya ya kita ucap terima kasih fokus Kerajaan untuk membangunkan kemahiran dan apa ni melalui tumpuan, fokus diberikan kepada TVET. Cuma satu perkara yang saya rasa pihak Kerajaan perlu ambil perhatian dan juga kalau boleh ada tindakan, kesempatan yang diambil oleh pelabur-pelabur ini, mereka biasanya bila kerja-kerja yang berkaitan dengan kemahiran terutama sekali yang 3D, mereka klasifikasikan sebagai yang 3D ini, mereka outsource.
Dia contract out. Skop kerja di tempat itu, di kilang ataupun di kawasan industri itu, mereka outsource. Yang mereka ambil kesempatan hanya mengambil tenaga kerja asing kerana kos rendah. Walaupun kita ada banyak kemahiran, anak-anak muda kita
ramai, kelulusan berkemahiran. Tapi oleh kerana kesempatan diambil oleh pelabur untuk nak mengurangkan kos operasi, mereka outsource, mereka kontrakkan skop kerja itu.
Jadi peluang untuk anak tempatan yang ada kemahiran ini pun tersekat. Maka ada tak langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan supaya kesempatan sebegini dapat diatasi, terima kasih.
Terima kasih Beserah untuk maklumat Beserah. Budak-budak yang belajar di ADTEC, pelajaran tinggal satu tahun sudah di offer dah. Memang yang belajar dekat ADTEC ini memang cukup lah. Tak cukup untuk apa tu orang sudah booking. Industri sudah buat booking. Memang tak cukup. Guru besar bagi tahu saya, memang tak cukup.
Pasaran tinggi.
Pasaran terlalu tinggi. Tak cukup. So untuk menolong orang di kawasan OKU yang patah tangan, patah kaki jangan cari saya, patah tangan saja. Kalau dia nak tangan palsu tu, boleh hubungi saya. Sekali lagi saya keluarkan nombor phone saya 012 981 8819. Ingat eh, kalau ada orang yang ingin, tolong beritahu saya. Kita tolong dia orang. Bersama kita tolong.
minta- minta ulang sikit nombor telefon...
012 981 8819. Ini kali ketiga dah. Mengenai isu yang dibangkit oleh Pulau Tawar yang menjemput anak Pahang ini pulang ke negeri untuk bekerja kembali bekerja di Pahang. Saya dan jugalah Yang Amat Berhormat Kemayan juga bangkit anak muda tidak mempunyai kerja. Di sini saya sekalilah saya bangkit. Kalau anak kita nak kerja ini, kita boleh melayari website MyFutureJobs.goverment.my yang diuruskan oleh PERKESO. Untuk syarikat Alliance Steel yang tadi dibangkitkan oleh EXCO kawan saya dia juga memerlukan 500 orang yang baru-baru ni yang Lotus, pasar raya Lotus yang akan buka pada 15 bulan Jun ni dia juga beritahu saya orang tempatan cukup susah nak cari dia perlu dekat 300 orang sekarang apa dia dapat?100 lebih saja tak boleh pergi sampai 300 Itu sebablah, keperluan untuk pekerja untuk anak-anak kita nak kerja dekat Pahang ni masih lost okey.
So itu saya harap untuk YB Pulau Tawar dan Pulau Kemayan, kalau anak-anak kita nak kerja di Pahang, kalau tak dapat boleh call saya. Saya turut carikan. Phone sudah ada.
Boleh gulung Yang Berhormat?
Boleh-boleh, tambah sikit Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Untuk isu pemerdagangan manusia, itu hari saya tertinggal sikit. Dengan izin, job scam. Apa yang berlaku sekarang, nasihat saya kepada anak-anak muda. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran pekerja di luar. Di luar negara terutama, dia akan ajak ke Singapura dan Dubai dulu. Lepas tu, dia akan bagi gaji yang lumayan. Dan mangsa ini akan bawa ke Singapura dan Dubai terdahulu. Dan kemudian akan pindah ke Bangkok. Atas alasan latihan kerja atau dinaik pangkat ke Bangkok. Kalau anak-anak muda betul ke Bangkok, kalau di Bangkok, mangsa itu dia duduk dalam kereta lebih kurang 9 jam. Kena jaga-jagalah. Itulah tempat dipanggil MESOT, itu sempadan, Thai dengan Miawadi. So di Miawadi ini, jika mangsa gagal mencapai sasaran ditetapkan oleh sindiket. Dan masa ini akan dipukul, didera, dicabul. Terutama anak muda perempuan, jaga-jaga.
Jika masih target yang dibagi oleh sindiket, dan sindiket akan menjual organ mereka dengan harga, itu hari saya lupa bagitahu, 400,000 USD sebiji jantung. Dan akan dioperate dan body akan dibuang dalam Sungai Moin ada satu sungai tu, ada Sungai Moin dan dalam ini ada buaya tak payah tanam pun kalau dioperate bila saya sampai ke sana, saya tanya kepada orang yang tinggal dekat sempadan ada tak nampak body body dia kata body tak nampaklah kalau kaki tangan tu biasa lah tengok. Fikirlah berapa orang sudah mati di sana." Lepas tu, sindiket ini akan ambil apa tu video masa dia dera dan hantar kepada keluarga. Dan minta wang tebusan sebanyak RM300,000.00 sampai RM400,000.00 kalau mangsa nak pulang.
So, apabila mangsa sudah menjadi sedikit, tempat itu lebih dikenali sebagai KK Garden. Dan memang dia kepung dia, tempat kawasan tinggi dia, tembok dia itu, dengan kawat duri setinggi 4 meter. Memang you tak boleh lari keluar. Itu sebab saya menasihatkan anak muda ni dia, "Pahang ini kita banyak kerja. Jangan pergi sampai luar negeri." Lagi untuk kes love scam, itu hari saya tak bangkit. Saya ingin juga mengingatkan anak-anak muda dan juga Ahli Dewan supaya jangan terpedaya dengan mesej yang cinta yang tiba-tiba diterima melalui media sosial atau individu-individu tidak dikenali.
Ya Berhormat Yang di-Pertua...
Yang Berhormat, Kita banyak banyak celah ni, ada seorang lagi? Sila...sila...
Satu je.
Okey. Okey.
Saya nak tanya yang ADUN daripada Teruntum, Wakil Kerajaan. Sama ada nak pergi lagi ke Burma ke tidak? Sebab ramai yang nak ikut ni.
Nanti dulu, biar habis saya cakap dulu. Kalau terima mesej untuk laki, kalau tiba-tiba nampak awek-awek yang contact you cantik-cantik, sindiket ini akan gunakan cara ini, love scam. memperdayakan kita. Lepas tu dia cinta cinta dalam phone 3, 4 bulan. Dan dia akan ajak kita pergi ke, apa ni, mempelawa kita ni ke Bangkok untuk berjumpa. Lepas tu dia akan bawa ke sana. Juga jadi sebagai mangsa. So, untuk untuk nak menyelamatkan mangsa-mangsa sekarang saya berharap lah kalau siapa Ahli Dewan Undangan Negeri berminat nak pergi bersama saya, EXCO JKR mungkin dia minat. Boleh beritahu saya kalau ada chance saya pergi. Saya bawa you pergi.
No telefon dah ada dah okey.
Mau 3 kali dah...mau kali nombor 4 ke...
Boleh gulung Yang Berhormat.
Okey okey... so, terima kasihlah semua. So Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi penerangan dan serta cadangan melibatkan portfolio saya. Saya menghargai segala cadangan dan teguran serta akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan input yang diterima.
Saya bersama jentera-jentera di bawah portfolio saya dari semasa ke semasa sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memastikan keperluan harian sentiasa ada dan mencukupi. Seterus, kami sentiasa mengalukan cadangan penambahbaik dan sebarang bentuk kerjasama daripada semua pihak. Dengan ini, saya memohon menyokong, usul, menjunjung, kasih titah, ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja dan moga Tuanku dan dikurniakan kesihatan tubuh badan sentiasa berpanjangan. Sekian terima kasih. Saya mohon menyokong.
Terima kasih EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang. Cuma saya nak ingatkan kalau kita nak baca, kita tak boleh baca. Jangan naikkan kertas tu. Ini ada perkara dalam peraturan kita. Perkara 35. Jadi, letak di bawah tak apa. Jangan dilihat. Ini antara peraturan kitalah. Saya nak bagi peluang seorang lagi iaitu EXCO kita…EXCO…sebelum kita berehat iaitu EXCO Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. Silakan Yang Berhormat.
Bismilahhirahmanirrahim [Bacaan ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk menjunjung setinggi-tinggi kasih kesisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang atas Titah Sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ke-2 Dewan Negeri Ke-15 pada Isnin yang lalu. Banyak sekali saranan serta kata nasihat yang seharusnya kita semua ambil iktibar dan jadikan perangsang untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat dan negeri tercinta Pahang Darul Makmur ini.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kesempatan dan ruang untuk melakukan penggulungan bagi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang pada hari ini. Tidak lupa terima kasih juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu yang berkait dengan Jawatankuasa ini. Bagi sesi pengulungan ini, saya akan mencerakinkannya kepada beberapa bahagian. Saya mulakan dengan segmen belia serta usaha-usaha pemerkasaan belia di negeri Pahang.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Pertama sekali saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang bersama dengan Jabatan Belia dan Sukan Pahang telah merangka satu program khas ke arah pemantapan belia dan kepimpinan organisasi belia. Bermula Jun ini, program khas ini akan mula dilaksanakan melibatkan tiga peringkat iaitu daerah, zon serta negeri dengan melibatkan enam belas program secara keseluruhannya. Inisiatif ini akan dikenali sebagai Program YES iaitu Youth Empowerment Society Program di mana intipati program akan menjurus kepada aspek pemerkasaan dan pemantapan pengurusan belia.
YES akan menjadi intervensi khusus yang diharapkan dapat mencetuskan minat serta menarik lebih ramai anak muda untuk bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakat dan juga pertubuhan. Diharapkan dengan adanya program YES ini, kepimpinan belia yang terlatih ini akan dapat menjadi pembimbing serta pelaksana bagi memperkasa pembangunan sahsiah dan insaniah belia-belia di seluruh negeri Pahang. Program ini penting dalam usaha kita untuk melahirkan kepimpinan belia yang cemerlang pada masa hadapan sekaligus menjawab pertanyaan Yang Berhormat Lepar mengenai usaha Kerajaan Negeri untuk melahirkan generasi belia yang berdisiplin, bersahsiah serta berpendidikan.
Program ini akan turut memberi fokus kepada kumpulan belia berisiko iaitu salah satu daripada lapan jenis kumpulan belia yang telah digariskan oleh Kementerian Belia dan Sukan dalam Dasar Belia Malaysia. Selain program pemantapan kepimpinan dan pengurusan organisasi, program pemerkasaan ekonomi belia turut menjadi fokus Kerajaan Negeri. Penumpuan akan diberi kepada pembangunan agropreneur muda yang telah... yang lebih sistematik. Program ini akan melibatkan keseluruhan daerah dengan penekanan kepada program pertanian yang berpendapatan tinggi. Kerajaan Negeri turut melaksanakan Program I-PUSH yang memberi manfaat kepada golongan usahawan belia untuk mendapatkan bantuan pembiayaan perniagaan.
Ramai kalangan usahawan belia yang memohon dan telah berjaya mendapat pembiayaan sehingga RM10,000.00. Malah, berapa agensi Kerajaan Negeri termasuklah Yayasan Pahang bersama syarikat-syarikat tempatan seperti Aki Burger dan Laziz Patin dan lain-lain telah menyatakan kesudian membantu Kerajaan Negeri untuk bertindak sebagai mentor atau pembimbing kepada bakal usahawan anak muda mengikuti bidang kepakaran masing-masing. Saya berharap inisiatif yang digariskan
ini dapat menjawab soalan yang ditimbulkan oleh ADUN Kemayan berhubung usaha Kerajaan Negeri membangunkan belia atau usahawan belia di negeri ini.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Untuk segmen yang kedua, saya akan menjawab dan memberi maklum balas kepada isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan sukan. Untuk itu saya akan merumuskan kesemuanya berdasarkan cakupan-cakupan berikut. Pertama, usaha mengukuhkan kerjasama dalam kalangan agensi dan jabatan-jabatan yang berkaitan dalam menjayakan program pembangunan sukan berprestasi tinggi di Pahang, saya percaya kesepakatan antara semua agensi adalah penting. Semua pihak sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan, mesti berganding bahu untuk menjayakan program pembangunan sukan secara berkesan.
Untuk itu, saya bersama-sama dengan Majlis Sukan Pahang telah mengadakan satu lawatan kerja selama satu hari di Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara pada Februari yang lalu. Dalam lawatan kerja ini, beberapa perkara telah ditekankan. Antaranya keperluan agar segala perancangan dan pembangunan sukan di Pahang mendapat sokongan dan perhatian daripada Kerajaan Pusat. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Pahang menggesa Kerajaan Pusat untuk merancakkan penyaluran dana pembangunan sukan ke negeri Pahang agar kita dapat mengejar prestasi negeri-negeri lain dalam bidang sukan dan juga pembangunan infrastrukturnya.
Paling penting di bawah portfolio ini, saya turut menekankan usaha pengukuhan gerakan sivil seperti Badan-Badan Bukan Kerajaan dan Persatuan-persatuan Masyarakat untuk turut sama memperkasa dan memajukan bidang sukan di negeri ini. Kedua, meningkatkan kapasiti serta pengetahuan kakitangan dan penggerak sukan di peringkat negeri. Kita percaya bahawa untuk membangunkan sukan di Pahang secara sistematik dan berkesan, kakitangan serta sumber manusia yang berkualiti dan berpengalaman sangat diperlukan.
Atas dasar itu, mulai 13 Mac yang lalu seramai 5 orang pegawai dari Majlis Sukan Pahang telah kita tempatkan secara berkala di Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara. Selain bertujuan memberi lebih pendedahan terhadap pengurusan pembangunan sukan di negeri ini, program ini turut bertujuan memastikan Majlis Sukan Pahang mempunyai hubungan yang rapat dengan Majlis Sukan Negara yang merupakan badan induk menguruskan sukan di negara ini. Ketiga, memantapkan kedudukan kewangan dan dana pembangunan sukan di negeri Pahang. Kerajaan Negeri sedar ramai anak-anak muda berbakat di negeri Pahang yang cukup berpotensi perlu digilap.
Walau bagaimanapun....walau bagaimanapun bagi melahirkan bakat sukan yang bertaraf dunia, ia memerlukan satu pelaburan yang besar untuk direalisasikan dan sebagai sebuah negeri yang berdaya saing, Pahang tidak berhasrat untuk hanya bergantung harap kepada Kerajaan Persekutuan semata-mata. Justeru, selaras dengan Pelan Pembangunan Sukan Prestasi Tinggi 2030, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu crowdfunding yang dinamakan sebagai Tabung Sukan Pahang. Inilah yang saya kongsikan bersama Yang Berhormat Lepar baru-baru ini. Melalui tabung ini, pihak swasta, syarikat korporat dan orang awam yang menyalurkan sumbangan kepada program pembangunan sukan di Pahang akan diberi pengecualian cukai.
Sebelum ini selain mewujudkan dana bagi pembangunan sukan, tabung ini juga sebenarnya bertujuan menjadikan program pembangunan sukan sebagai program
tanggungjawab bersama semua pihak. Malah bagi merancakkan penglibatan sektor korporat dan juga swasta, mereka dialu-alukan untuk memilih sukan angkat untuk disokong dan dibantu oleh organisasi masing-masing. Urus tadbir kewangan tabung ini akan melalui satu jawatankuasa khas yang akan dibentuk di bawah Jawatankuasa Pengurus Majlis Sukan Pahang bagi memastikan ia dapat diurus dengan cekap, telus serta mencapai hasrat yang disasarkan.
Ini adalah inisiatif terbaru yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi meningkatkan mutu dan pembangunan sukan di negeri ini. Insya-Allah, akaun bank untuk tabung ini akan dilancarkan dalam masa terdekat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Keempat, memperkemaskan strategi peningkatan kecemerlangan sukan. Saya ingin memaklumkan Dewan Yang Mulia ini, bahawa Majlis Sukan Pahang telah menyusun dan meneliti beberapa strategi utama untuk memastikan kelancaran dan keberhasilan yang positif bagi meneraju kecemerlangan sukan di negeri ini. Atas dasar itu, perancangan sukan sama ada dari aspek kejurulatihan, latihan mahu pun pertandingan perlu diperkemas agar sesuai dengan revolusi semasa.
Dalam hal ini, Majlis Sukan Pahang akan memberi fokus kepada usaha mewujudkan kualiti kejurulatihan yang tinggi dan sukacita saya memaklumkan bahawa Majlis Sukan Pahang akan membuat penyelarasan semula terhadap gaji-gaji jurulatih sepenuh masa di negeri ini. Penyelarasan semula skim jurulatih ini adalah akan dilaksanakan berdasarkan kelayakan dan pengalaman jurulatih yang dilantik oleh Majlis Sukan Pahang.
Langkah ini diharap dapat meningkatkan motivasi dan komitmen jurulatih di negeri ini dalam melaksanakan tanggungjawab mereka bagi memacu kecemerlangan sukan Pahang. Malah, inisiatif ini juga menggambarkan kesungguhan serta komitmen tidak berbelah bahagi Kerajaan Negeri Pahang dalam memajukan sukan di negeri ini. Selain memastikan jurulatih-jurulatih yang dilantik dapat mengikuti kursus-kursus spesifik, Majlis Sukan Pahang turut mengukuhkan kemampuan jurulatih dengan menetapkan KPI atau sasaran prestasi utama yang jelas bagi setiap sukan.
Sasaran prestasi ini penting kerana ia akan membolehkan kita mengukur keberkesanan serta kekuatan kita dari semasa ke semasa. Malah ia adalah satu mekanisme yang wajar dan adil dalam menilai pelantikan, penyambungan dan penamatan kontrak jurulatih.
Kelima, merancakkan usaha melahirkan komuniti sukan yang berdisiplin, berbakat dan berpengetahuan. Dalam hal ini, Majlis Sukan Pahang akan memfokuskan kepada peningkatan aplikasi sains sukan dalam pelbagai program latihan atlet di negeri ini. Jurulatih, pengurus pasukan, pembantu lapangan, kakitangan agensi sukan, tenaga pentadbiran dan semua pemegang taruh dalam sektor sukan negeri akan didedahkan dengan kaedah latihan dan pembangunan sukan berteraskan sains sukan. Perancangan kursus jurulatih yang merangkumi aspek-aspek biomekanik, suaian fizikal, pemakanan sukan, fisiologi senaman dan psikologi sukan akan dilaksanakan dengan sistematik dan meluas selepas ini, insya-Allah.
Sasaran kemuncak dan medan ujian pertama kepada semua usaha yang saya gariskan ini sudah pastilah untuk kita melakar kecemerlangan dalam 'Temasya Sukan Berprestij' termasuklah SUKMA 2024 pada tahun hadapan di Sarawak, insya-Allah.
Menyentuh berkenaan dengan Stadium Darul Makmur, Perbadanan Stadium Darul Makmur telah merangka pelbagai program dan projek menaik taraf bagi memastikan Stadium Darul Makmur lebih selesa, kelihatan menarik dan berevolusi baru terutama sempena 50 tahun usia Stadium Darul Makmur pada tahun ini.
Di antara projek naik taraf yang baharu sahaja siap ialah pembinaan trek dan balapan yang menelan belanja sebanyak RM4.6 juta. Selain trek dan balapan, Stadium Darul Makmur kini baru sahaja dilengkapi dengan lebih kurang 1,640 unit tempat duduk penonton dengan nilai peruntukan RM300,000.00.
Selain itu, pelbagai usaha lain akan turut dilaksanakan bagi menambah baik kemudahan dan fasiliti sukan di Stadium Darul Makmur. Antaranya ialah mengecat bangunan luar stadium dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00, menaik taraf tandas secara berperingkat dengan anggaran peruntukan sebanyak RM100,000.00, menaik taraf dewan tertutup yang serba lengkap dengan peruntukan sebanyak RM300,000.00.
Ada soalan tambahan.
Ya.
Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua. Nak tanya sikit, adakah ada apa-apa bentuk bantuan er... kewangan seperti biasiswa atau geran pinjaman untuk memberi peluang kepada atlet-atlet Pahang yang berkebolehan pergi ke luar negara belajar sambil berlatih, kerana kita lihat kadang-kadang keperluan di dalam negeri ini, fasiliti tak mencukupi ataupun dari segi sparring dia orang tak cukup er...handal, dia orang terpaksa pergi ke luar negara untuk nak orang kata nak er...lebih berkebolehan.
Terima kasih Yang Berhormat
Sebelum tu, saya...saya mohon er... untuk boleh jawab sekali. Er...kita ada sedikit apa yang di… di... diviralkan dalam media sosial berkenaan hutang pemain import kita, Ivan Carlos. Beliau telah beberapa kali sebenarnya telah masukkan ke dalam Twitter dia dan ini menjejaskan nama baik pasukan Pahang dan mungkin dapat jelaskan kepada Dewan Yang Mulia er...status terkini tentang beliau dan pemain-pemain import yang lain...Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lepar dan juga Yang Berhormat Cheka atas soalan yang ditanyakan sebentar tadi. Soalan pertama daripada Yang Berhormat Lepar, nanti saya dapatkan perincian andai ada inisiatif yang sedia di bawah Jabatan Belia dan Sukan dan juga Majlis Sukan Pahang dan saya percaya inisiatif ini barangkali lebih tepat di bawah bidang kuasa Majlis Sukan Pahang. Nanti saya akan bagi jawapan
bertulis.
Berhubung soalan kedua daripada Yang Berhormat Cheka er...saya nanti, saya dapatkan maklumat terperinci sebab benda ni mungkin dah viral di media sosial nanti salah jawab nanti kena balun lagi. Ya, Yang Berhormat Cheka. Terima kasih.
Sila sambung, ada lima minit lagi.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Untuk segmen yang ketiga, saya ingin sampaikan adalah berkaitan dengan kemudahan komunikasi dan jaringan internet. Meskipun menghadapi pelbagai cabaran pelaksanaan khususnya, dalam tempoh 2 tahun semasa COVID-19 melanda negara iaitu pada tahun 2020 dan 2021. Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA Fasa 1 yang bermula pada tahun 2020 kini kembali berada di landasan yang tepat.
Di bawah pelaksanaan JENDELA Fasa 1 di Pahang, terdapat sebanyak 4 projek utama telah dirancang iaitu yang pertama pembinaan menara baru sebanyak 270 menara. Yang kedua; menaik taraf stesyen pemancar sebanyak 902 stesyen pemancar. Ketiga; pelaksanan Jalur Lebar Satelit di Kampung Orang Asli, 69 Kampung Orang Asli terlibat dan yang keempat; sambungan gentian optik di premis-premis, sebanyak 118,260 premis terlibat.
Sehingga penghujung suku pertama tahun ini, pencapaian bagi setiap projek JENDELA adalah seperti mana berikut: Yang pertama, status semasa 270 menara baru disasarkan untuk dibina, kini sedang giat dilaksanakan di mana 53 menara sudah siap dibina dan 217 menara lagi dalam pelbagai peringkat pelaksanaan. Disasarkan untuk kesemua menara ini akan siap dibina pada penghujung tahun ini.
Kedua, kesemua 902 stesen pemancar telah siap dibina di bawah projek menaik taraf Stesyen Pemancar Ke Rangkaian 4G. Ketiga, sasaran 69 Kampung Orang Asli mempunyai internet jalur lebar berteknologi satelit telah siap dilaksanakan. Keempat, projek sambungan gentian optik di 118,260 premis pula telah menunjukkan perkembangan yang pantas iaitu sebanyak 103,765 premis telah siap dilaksanakan dan hanya tinggal 14,495 premis lagi dalam proses pelaksanaan.
Justeru saya ingin membetulkan fakta yang dikemukakan oleh Adin...ADUN Panching semalam, bahawa jumlah menara baru yang telah dirancang dibawah JENDELA di Pahang adalah sebanyak 270 menara. Manakala proses pembinaan menara telah bermula pada tahun 2020 dan sehingga kini 53 menara telahpun siap dan beroperasi. Baki 217 menara lagi kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan semua menara ini disasarkan untuk siap dan beroperasi selewatnya pada tahun ini.
Berdasarkan perkembangan terkini, kadar liputan jalur lebar mudah alih 4G untuk Negeri Pahang telah meningkat daripada 89.1% pada suku ke-2 2020 kepada 94.31% pada suku pertama tahun ini. Kadar ini akan terus meningkat apabila semua projek JENDELA Fasa Satu siap khususnya pembinaan menara baru yang dijangka akan siap secara berperingkat sebelum penghujung tahun ini. Dato' Sri.
Mohon…mohon mencelah.
Saya dah terima dua lagi celahan.
Yang Berhormat, kita dah pukul 1.05 Yang Berhormat.
Satu sahaja Yang di-Pertua. Saya petik data yang saya bagi itu daripada err...penerangan portal...potal maklumat rakyat. Penerangan Malaysia itu pada bertarikh 5 April 2022 pembinaan 244 menara komunikasi di Pahang. Itu sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Panching err...ini maklumat yang terbaru yang saya terima mungkin kita boleh betulkan andai ada kesilapan dari portal tersebut. Dato' Sri Yang di-Pertua, semenjak JENDELA...
Boleh-boleh gulung tak Yang Berhormat.
Sikit lagi pasal JENDELA ini Dato' Sri. Boleh saya cerita pasal 5G ini, ramai yang tanya Dato' Sri.
Bolehlah. 5G, 6G, teruslah Yang Berhormat.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Sebagai usaha berterusan dalam menambah baik perkhidmatan komunikasi di Pahang. Pelaksanaan 5G di bandar-bandar utama di Pahang telah mula...dimulakan pada penghujung tahun 2020 oleh Digital National Berhad, syarikat yang dilantik oleh kerajaan. Bagi memastikan pelaksanaan ini dijalankan mengikut perancangan Kerajaan Negeri bersama dengan SKMM sentiasa memantau dan menyelia pelaksanaan 5G di Pahang bagi memastikan perkhidmatan tersebut dapat dinikmati dan memenuhi kehendak rakyat.
Sehingga 30 April tahun ini sebanyak 159 tapak daripada 361 tapak atau 44% di Pahang telah siap dibangunkan oleh Digital National Berhad. Tapak-tapak ini melibatkan Kuantan 104 lokasi, Pekan 17 lokasi, Temerloh 13 lokasi, Bentong 14 lokasi, Rompin 11 lokasi, baki 202 tapak lagi sedang dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka akan siap secara berperingkat sehingga penghujung tahun ini. Pihak
pemberi perkhidmatan yang menyediakan access 5G kepada pengguna di Pahang ketika ini adalah CELCOM, DIGI, UMobile, YTL, Telekom Malaysia dan YUDO. Dato' Sri Yang di-Pertua, kesimpulannya, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan ini. Saya sangat berharap.
Boleh mencelah Yang di-Pertua,
Yang Berhormat dah nak habis dah. Baiklah…bagilah Yang Berhormat…dia demam kempunan pula. Silakan, sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya itu tertunggu-tunggu semalam saya ada menyebut rally lumba kereta lasak yang dibuat tahun lepas. Tak ada, tak ada respons dari kerajaan sebab ini produk bukan saja sukan tapi produk pelancongan yang saya rasa berpotensi untuk dimajukan di negeri ini. Terima kasih.
Dato Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. sebenarnya Yang Berhormat dah tanya saya tadi di luar. Tapi saya cakap. Saya kena prepare keesokan sediakan feedback.
Err...Yang Berhormat. Dia nak menunjukkan kepada orang Luit itu. Bahawa dia bertanya soalan dia. Itu sahaja. Lepas ini pula dia viralkan, tengok saya...
Setuju-setuju.
Juara berlumba. Betul Yang Berhormat. Err...betul...betul...Err...Yang Berhormat setuju dengan saya, saya pun, bersetuju dengan Yang Berhormat. Sila-sila kita nak...nak ini tangguh.
Kita nak Luit lagi kita akan sediakan jawa...jawapan bertulis untuk Yang Berhormat. Dato' Sri Yang di-Pertua, saya sangat berharap segala inisiatif yang telah disusun oleh Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail akan dapat kita jayakan dengan cemerlang. Saya ini ingin mengajak semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk kita bersama-sama memberikan yang terbaik demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri ini.
Sebelum saya mengakhiri sesi pengulungan bagi Pihak Kerajaan ini, saya dengan ini menyokong penuh segala Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku
Raja Pahang pada 8 Mei lalu. Terima kasih, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. [Ahli-ahli Dewan menepuk meja]
Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum saya menangguhkan. Saya nak mengalu-alukan kehadiran anak-anak kita ataupun adik-adik kita dari Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan yang bersama dengan kita di tempat galeri. Ahli-ahli Berhormat sekalian, saya akan menangguhkan persidangan pada pagi ini kerana kita akan memberi laluan kepada makan tengah hari dan juga solat Zuhur. Saya juga nak maklumkan bahawa bagi pihak pelancongan Pahang, Yang Berhormat-berhormat ada Jamuan Raya.
Jadi bolehlah pergi ke pekarangan Tourism Pahang dan kita ada enam lagi err...Wakil Kerajaan yang belum menggulung dan kita harap supaya tidak banyak gangguan. Kalau tidak kita terpaksa tangguh sampai...sampai pukul 7 ataupun kita sembahyang maghrib kemudian kita sambung baliklah. Jadi, kita gangguan-gangguan tu bukan gangguan maknanya mencelah-mencelah ini kita cuba kurangkan untuk kita beri laluan kepada enam Ahli Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, itu hak Yang Berhormat masing masing lah. Jadi saya hanya menyarankan.
Bukan enam, tujuhlah lagi?
Tujuh lagi, tujuh...tujuh minta maaf, tujuh betullah. Sebab dah lebih daripada pukul satu Yang Berhormat, so dengan ini…
Yang di-Pertua.
Dengan ini saya menangguhkan persidangan ke pukul 2.30 petang. Persidangan ditangguhkan.
[ Persidangan ditempohkan jam 2.30 petang ]
[ Persidangan disambung semula ]
Sambungan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Di Raja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja PahangMotion
Perkara ketiga: Sambungan Menimbang Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya akan meneruskan Aturan Urusan Mesyuarat bagi perkara ketiga iaitu menjemput Wakil Kerajaan bagi memberi jawapan dan pandangan. Saya nak hadkan kepada seorang hanya boleh tanya dua kali sahaja di dalam sesi petang ini. Makna kita tak bolehlah yang orang sama, orang yang sama, sama kerana kenapa, kita nak satu, kita nak menjimatkan masa dan kita nak beri pada Wakil Kerajaan untuk menjawab tanpa gangguan dan kalau boleh kita nak selesaikan lebih kurang dalam pukul sebelum pukul 6, insya-Allah. Untuk itu, saya menjemput. Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Silakan.
Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah keizinannya, maka dapat kita bersama-sama di dalam Dewan Yang Mulia pada hari ini. Ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh portfolio saya, Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.
Di kesempatan ini juga patik ingin menyembahkan setinggi-tinggi junjung kasih kesisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan Titah Diraja, yang pada hemat patik begitu komprehensif mencakupi...mencakupi segenap aspek dalam memastikan arus perdana negeri ini.. urus perdana negeri ini berjalan dengan baik.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri Pahang memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat sepertimana yang dizahirkan dalam belanjawan negeri Pahang 2023. Usaha menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat menjadi fokus utama Kerajaan Negeri bagi membela nasib mereka. Oleh itu, EXCO Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang akan meneruskan usaha menangani isu-isu semasa bagi memastikan kesejahteraan rakyat diutamakan.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang. Pelbagai inisiatif yang dirancang oleh Kerajaan Negeri sepanjang tahun 2023 diakui memberi manfaat
kepada rakyat. Antara program yang dilaksanakan oleh jabatan adalah bagi memperkukuhkan tadbir urus dalam pengurusan bencana Negeri Pahang. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM7.6 juta kepada Kumpulan...Kumpulan Wang Amanah, Jawatankuasa Malapetaka Negeri Pahang (KWAMP). Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang akan membuat 13 perolehan pada tahun 2023 melibatkan perbelanjaan sebanyak RM4.69 juta. Selain itu, menaikkan kadar apungan tabung bantuan bencana di setiap daerah daripada RM20,000.00 kepada RM50,000.00.
Kerajaan Negeri juga memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat di mana penekanan kepada aspek kebajikan dan keperluan rakyat termasuk kebajikan warga emas dan orang kurang upaya (OKU). Di antara program-program berkenaan adalah seperti berikut:
Yang pertama, pelaksanaan Program Khidmat Bantu di rumah ke atas warga emas dan OKU melibatkan peruntukan sebanyak RM1 juta. Program Ziarah Prihatin ini melibatkan JKM, Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang (MTSP) dan Gabungan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan (GPSK).
Program Anugerah Premis Mesra Orang Kurang Upaya Negeri Pahang telah melibatkan peruntukan RM150,000.00 bertujuan untuk memperbanyakkan akses dan kemudahan bersifat mesra orang kurang upaya. Sumbangan one-off RM250.00 akan diberikan kepada 300 orang penyelia dan petugas Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) melibatkan peruntukan RM75 juta sebagai menghargai tanggungjawab besar yang dipikul oleh mereka.
Karnival Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Negeri Pahang telah melibatkan peruntukan RM250,000.00. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan Orang Kurang Upaya menyertai sukan dan menyerlahkan potensi mereka ke peringkat lebih tinggi. Geran Pembangunan dan Insentif Khas Orang Kurang Upaya Negeri Pahang melibatkan peruntukan RM850,000.00.
Peruntukan permulaan untuk mewujudkan program khusus bersama Institusi Pengajian Tinggi Negeri Pahang untuk golongan orang kurang upaya melibatkan peruntukkan RM1 juta. Pembelian al-Quran Braille melibatkan peruntukan RM1.2 juta bagi memudahkan Orang Kurang Upaya penglihatan yang beragama Islam untuk membaca al-Quran. Bantuan Prihatin Pahang 2023 secara bersasar dan melibatkan penerima yang lebih ramai iaitu anak yatim yang berdaftar dengan JKM akan menerima RM200.00 melibatkan 700 orang penerima dengan peruntukkan berjumlah RM140,000.00.
Orang Kurang Upaya yang akan menerima RM50.00 melibatkan 36,548 orang pemegang kad OKU yang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.827 juta.
Rumah anak yatim yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menerima RM10,000.00 melibatkan 14 buah pusat jagaan dengan peruntukan sebanyak RM140,000.00.
Pemberian subsidi RM3,000.00 kepada 500 orang warga emas untuk pembedahan katarak mata melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.
Program Kebanggaan Pahang merupakan inisiatif khas untuk menghargai anak kebanggaan Pahang di mana pemberian Kad Kesihatan Pahang Pride Kasih kepada
30,600 orang penerima yang memenuhi syarat dan kelayakan melibatkan warga emas, pesara KEMAS, JASA dan Seranta, bekas Ketua Kampung, Ketua Kampung dan Orang Kurang Upaya. Penerima jabatan...bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.
Bagi mengatasi isu-isu pembuangan bayi dari terus...dari terus berleluasa, pihak JKM telah menjalankan beberapa program berbentuk pencegahan dan pemulihan seperti berikut:
Program pencegahan hamil luar nikah yang mengatasi...bagi mengatasi isu pembuangan bayi. Program Advokasi Sosial kepada ibu-ibu hamil bagi penempatan kanak-kanak di dalam jagaan orang yang layak dan sesuai.
Memperkasa Akta Kanak-kanak 2001, melalui Program Advokasi dan Kempen Jenayah Seksual terhadap kanak-kanak. Pusat Jagaan Sinar Kasih (PJSH) ditubuhkan bagi memberikan perlindungan kepada wanita berusia 18 hingga 21 tahun. Perlindungan diberikan sehingga mereka melahirkan kandungan.
Ini dilakukan bagi mengelakkan pembuangan bayi oleh wanita yang mencari jalan singkat untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Pusat Jagaan Sinar Kasih ini memberikan perlindungan kepada ibu dan bayi yang dilahirkan dengan selamat. Di samping itu juga memastikan bayi mendapat penjagaan dan perlindungan di rumah kanak-kanak sekiranya ibu kandung tidak sanggup memelihara bayi. Berdasarkan statistik pembuangan bayi di Pahang dari tahun 2022 hingga kini, terdapat 3 kes kanak-kanak telah diselamatkan oleh pihak JKM.
Minta laluan sikit. Sekiranya ada data tentang berapa bilangan anak luar nikah, anak-anak yang anak tanpa sah taraf di negeri Pahang, kalau boleh untuk 3 tahun...bertulis tak apa sebab saya ingat data ini perlu mengambil masa sedikit. Terima kasih.
Kasih atas pertanyaan daripada YB Cheka. Insya-Allah kita akan berikan jawapan bertulis tentang data yang dipohon tadi. Okey. Seterusnya, Kerajaan Negeri Pahang juga komited dalam memastikan semua perolehan pembelian bekalan makanan kering yang dibuat oleh JKM akan disalurkan kepada 159 pangkalan hadapan di setiap daerah bermula bulan Ogos sehingga November 2023 bagi memastikan kelancaran pengurusan bencana.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Melalui pembangunan wanita... melalui Jabatan Pembangunan Wanita dan Keluarga pula, wanita Malaysia membentuk 48.5% daripada keseluruhan 32.7 juta rakyat negara. Manakala di Pahang, wanita mewakili 47% daripada keseluruhan 1.68 juta penduduk negeri Pahang. Justeru, tidak dapat dinafikan sekiranya potensi mereka diupayakan sepenuhnya, wanita boleh menyumbang dan menyertai usaha-usaha pembangunan negara dalam aspek ekonomi, politik, budaya dan sosial dengan lebih efektif.
Di negeri Pahang, pelbagai inisiatif telah dirangka bagi memperkasa wanita sebagai nadi yang menjadi penyumbang penting dalam pembangunan... dalam pembangunan negara. Untuk ini, Kerajaan Negeri telah merangka pelbagai inisiatif bagi mencapai
matlamat ini. Antaranya adalah bagi memastikan isu-isu berkaitan wanita termasuk isu diskriminasi gender serta semua aspek pembangunan wanita, program-program dijalankan mengikut inisiatif dan objektif dalam Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang... secara komprehensif.
Pelbagai program dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang ini telah dijalankan seperti Program Klinik Undang-undang, Program Bijak Wang untuk pelajar institusi er... pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta. Merakyat... Merakyatkan Seni Budaya Pahang, Program Ummu Umarah Wanita Inspirasi Membangun Bersama, Program Awareness Penglihat... Penglibatan Wanita Dalam Kerjaya Gig Ekonomi Negeri Pahang, dan juga... termasuk juga Program Team Building, Program Keusahawanan Wanita, Program Bidadari Merah dan juga program-program keagamaan. Program- program ini memberi manfaat kepada wanita dalam semua kategori dan kluster tanpa mengira bangsa. Bagi tujuan pelaksanaan program-program DPTWP ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta setahun... RM1 juta setahun sehingga tahun 2026.
Bagi program pembangunan ekonomi wanita, Kerajaan Negeri memberi fokus kepada usahawan kecil ibu tunggal melalui Program Anggun Niaga seperti yang telah saya er... bentangkan semalam. Dalam aspek kesihatan pula, Kerajaan Negeri telah melaksanakan program yang juga dikenali sebagai Program Cakna Suri. Ini juga telah saya bentangkan sema... bukan semalam, pagi tadi ya? pagi tadi.
Jadinya saya terus kepada point yang keempat. Kerajaan Negeri juga akan mewujudkan Pusat Pembangunan Usahawan Wanita Pahang di empat daerah terpilih di Pahang bagi mengembangkan dan memperkasakan ekonomi wanita Pahang. Keprihatinan Kerajaan Negeri bukan sahaja kepada orang dewasa malah seawal kelahiran turut diberi perhatian. Program Anak Kebanggaan Pahang 2023 (Pahang Pride Kid 2023) dengan izin diteruskan lagi pada tahun ini khas bagi menghargai anak kelahiran Pahang yang lahir pada tahun 2023 sepertimana yang telah diumumkan dalam Belanjawan Pahang 2023, pada Oktober tahun lepas.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Selain itu, Kerajaan Negeri Pahang juga telah berkolaborasi bersama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri bagi melaksanakan beberapa program tahun 2023 untuk meningkatkan peluang dan penyertaan wanita dalam ekonomi dan sokongan psiko-sosial. Program Pemerkasaan Penjanaan Pendapatan Wanita iaitu WeJana dan WeBridge yang mula diperkenalkan pada tahun 2022 akan diteruskan dan dilaksanakan bagi tahun 2023, yang mana Program WeJana memberi bimbingan dan panduan kepada wanita yang ingin menjana pendapatan melalui aktiviti keusahawanan, namun tidak mempunyai produk mahupun pengetahuan untuk bermula. Seramai 30 peserta pada tahun 2022 di negeri Pahang telah terlibat dan telah berjaya meningkatkan purata penambahan pendapatan sehingga RM1,000.00 sebulan.
Program WeBridge pula memberi bimbingan dan latihan serta menghubungkan usahawan wanita kepada lebih banyak platform untuk memperluaskan perniagaan bagi membantu meningkatkan daya maju perniagaan mereka. Ianya melibatkan 30 peserta di negeri Pahang pada tahun 2022 dan telah berjaya meningkatkan purata penambahan pendapatan sehingga RM2,000.00 sebulan.
Dalam usaha untuk memperkasakan Skuad Waja, Jabatan Pembangunan Wanita telah membangunkan Modul Skuad Waja 2.0. Bermula pada tahun 2023, Skuad Waja
akan dilatih menggunakan Modul 2.0 ini bagi meningkatkan kompetensi Skuad Waja dalam membantu mereka yang memerlukan. Modul Skuad Waja 2.0 ini merangkumi kemahiran Bantuan Awal Psikologi atau dengan singkatan PFA dan Psikospiritual kon… iaitu konsep terapi yang mengintegrasikan unsur psikologi dan kerohanian. Contohnya terapi syukur, terapi sabar, terapi harapan dan terapi keredhaan. Perancangan pemerkasaan Skuad Waja bagi tahun 2023 juga melibatkan latihan Train of Trainers yang merangkumi penyertaan daripada pelbagai agensi bagi memastikan keberkesanan Modul Waja 2.0 ini.
Sementara itu, Program MATAHARI iaitu meningkatkan daya tahan dan psikologi wanita yang dilaksanakan merupakan usaha meningkatkan kesejahteraan kendiri melalui strategi psikologi, pemikiran positif bagi memastikan emosi yang stabil dan tindakan yang lebih bijak serta mempromosi kesedaran pentingnya kemahiran resiliensi iaitu berdaya tahan dan adaptasi positif kepada perubahan.
Program IRIS iaitu literasi perundangan dan hak wanita juga dilaksanakan yang mana program ini memfokuskan kepada elemen pemahaman terhadap perihal penganiayaan terhadap wanita dari segi perundangan. Fokus utama program ini adalah untuk meningkatkan literasi undang-undang dalam kalangan wanita. Program ini berfungsi sebagai medium penyampaian ilmu dan pengetahuan mengenai hak individu dan dari aspek perundangan, saluran aduan dan bantuan yang disediakan kepada mangsa keganasan dan diskriminasi.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Lembaga Penduduk dan daripada... dari segi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Pahang pula adalah…Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negeri Pahang (LPPKN) merupakan agensi badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Bagi usaha tindakan pencegahan dan bantuan sokongan keluarga pada tahun 2023, LPPKN Negeri Pahang merancang beberapa program seperti berikut:
Yang pertamanya adalah Kempen Penerapan Nilai Teras Keluarga iaitu yang kita namakan KASIH. Nilai teras Keluarga KASIH merujuk pada nilai... nilai kasih sayang, akhlak sihat dan selamat, ilmu dan harmoni yang harus dihayati dan diterapkan dalam keluarga di Malaysia. Kempen penerapan lima nilai ini disampaikan menerusi hebahan infografik di media massa, media sosial dan papan iklan di setiap lokasi yang bersesuaian. Media sosial dan papan iklan di lokasi bersesuaian. Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga… Malaysia dan LPPKN Negeri Pahang memberi keutamaan penghayatan nilai teras kasih menerusi program utama yang dilaksanakan pada tahun 2023.
Menerusi inisiatif Kerajaan Negeri, kempen ini digerakkan melalui enam Program Jelajah Peduli Keluarga berskala besar yang dilaksanakan di seluruh negeri Pahang. Di samping menerapkan nilai kasih menerusi siri ceramah dan perkongsian, tips kepada masyarakat, LPPKN Negeri Pahang bersama agensi kerajaan yang lain di negeri Pahang turut menyediakan perkhidmatan lain yang memberi manfaat kepada ahli keluarga seperti perkhidmatan kaunseling, pemeriksaan kesihatan, pendaftaran subsidi mamogram dan aktiviti untuk kesejahteraan remaja di pusat interaktif anak remaja.
Pencapaian... pencapaian Januari 2023 hingga April 2023, satu Program Jelajah Peduli Keluarga di FELDA Sungai Kemahal, Bentong telah dilaksanakan dengan 197 orang peserta yang hadir mendapatkan perkhidmatan dari... dan menyertai aktiviti.
Di samping itu juga prog... er... LPPKN telah mengadakan Program Pendidikan Kemahiran Keibubapaan dan Bimbingan Kaunseling. Kerajaan Negeri Pahang mengambil berat akan kepentingan mengutamakan keluarga dan memastikan kesejahteraan keluarga sentiasa terpelihara. Bagi memastikan ahli keluarga terutamanya ibu bapa diberi ilmu dan kemahiran keibubapaan, Kerajaan Negeri Pahang memberi sokongan kepada LPPKN Negeri Pahang untuk melaksanakan program dan kursus keibubapaan secara bersiri. Pencapaian yang telah tercapai di antara Januari hingga 2023 hingga April 2023 adalah Program Smart Belanja@LPPKN dengan 5 peserta… 50 peserta, 27 peserta mengikuti sesi kaunseling individu dan 268 peserta mengikuti sesi kaunseling berkelompok.
Di samping itu juga, LPPKN mengadakan Program Psiko-Seksual Remaja. Remaja merupakan generasi penting dalam mencorakkan masa depan negara. Oleh yang demikian, golongan ini perlu dibimbing dan diberi perhatian serta sokongan untuk melalui fasa alam remaja selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan remaja yang berdaya tahan dan berperibadi mulia. LPPKN menyediakan perkhidmatan dan melaksanakan program yang bersesuaian kepada remaja menca… mencakupi kemudahan kesihatan, reproductive, kaunseling, pendidikan dan riadah supaya mereka mempunyai sikap positif terhadap kesihatan diri serta meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dan aspek fizikal, mental dan sosial.
Pada tahun 2023, perkhidmatan dan program kepada remaja ini dilaksanakan menerusi aktiviti pusat remaja kepada remaja ini, aktiviti pusat interaktif anak remaja Cafe Teen di UTC Kuantan, Program PEKERTI di sekolah dan komuniti serta di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia.
Mohon mencelah. Terima kasih. Saya rasa er… ucap tahniah la kepada apa ini Bahagian Pembangunan Wanita ini banyak program-program yang telah di… diberitahu kepada kita. Cuma saya nak tanya, ada mekanisma apa tak untuk kita mengukur kejayaan program-program yang kita buat ini. Kita tak boleh ukur dengan belanja sahaja atau pun jumlah peserta sahaja tapi saya rasa ada… ada mekanisma untuk mengukur macam kepuasan pelanggan dan sebagainya ya. Sebab sekarang, zaman sekarang ini benda tak nampak pun dah boleh ukur dah. Measureable, dengan izin. Terima kasih.
Boleh… boleh gulung Yang Berhormat.
Okey, saya sedikit lagi Yang di-Pertua sebabnya tak hadir er… tak adil rasanya saya tidak er… menyebarkan lagi kebaikan-kebaikan er… ataupun perkhidmatan ataupun keprihatinan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada rakyat ini. Sedikit lagi Dato’ Yang di-Pertua.
Sila, sila.
Okey, untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat tadi. Okey, kita mengukur macam ini sekiranya program tersebut mengurangkan masalah. Contohnya, kalau ada masalah sosial bagi remaja di suatu tempat, bila kita buat program masalah tersebut dapat dikurangkan. Jadi itu adalah satu kejayaanlah walaupun kita tidak dapat mengurangkan 100% masalah yang dihadapi.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Okey, kita er… saya ingin me… memajukan apakah kemajuan program sehingga akhir April 2023 yang telah dilancarkan oleh atau pun telah dijalankan oleh LPPKN. Kita… mengenai remajalah. Okey, seramai 4,047 orang remaja telah mengikuti Program Psiko-Seksual Remaja yang dilaksanakan oleh LPPKN. Jadi, apabila semakin ramai mereka menyertai program, jadi semakin er… banyak masa dapat kita kurangkan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Yang Berhormat… Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, penglibatan serta sumbangan kaum wanita amat diperlukan dalam membantu kerajaan membangunkan negeri. Wanita harus mempunyai rasa tanggungjawab meningkatkan keupayaan dalam memajukan diri dalam apa jua bidang yang diceburi. Bagi menempatkan diri dalam arus perkembangan semasa, menguasai teknologi adalah satu langkah yang tepat bagi wanita membina kerjaya dan empayar. Wanita perlu menghadapi perubahan dalam cara… dalam cara bekerja seiring dengan perubahan digital dan ekosistem seterusnya dapat memacu ekonomi keluarga dan negara tanpa mengabaikan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dan juga ibu.
Oleh kerana peranan dan komitmen wanita sangat tinggi dalam melaksanakan apa jua agenda pembangunan yang diamanahkan, Kerajaan Negeri Pahang melalui Pelan Tindakan Wanita Pahang telah memperincikan keperluan wanita dan peluang yang perlu diberikan kepada mereka terutamanya dalam bidang ekonomi dan pembuat dasar bagi memastikan mereka kekal relevan dan terus memberi sumbangan.
Sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan saya pada tengah hari ini, izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana telah meluluskan 5 Projek Pembinaan Pusat Pemindahan Kekal di Negeri Pahang di setiap kawasan yang terjejas dengan banjir. Pusat Pemindahan Kekal Kampung Luit, Maran adalah yang pertama dibina dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Pembinaan PPK ini telah siap 100% dan peruntukan tambahan telah diturunkan untuk menyediakan tempat memasak dan penyediaan tempat parkir kenderaan. Jumlah peruntukan diluluskan adalah sebanyak RM650,300.00 dan bakal dirasmikan pada pertengahan bulan Julai 2023.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara yang dibangkitkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai serta kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sebagai pemimpin dipilih oleh rakyat setiap dari kita telah melalui dan mengutip pengalaman yang berharga sebagai Yang Berhormat dan kita juga seharusnya merasa bertuah kerana di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail kerana telah memberi banyak insentif kepada rakyat negeri Pahang khususnya golongan wanita dan negeri yang kita sayangi akan terus aman dan makmur. Rasa bangga sebagai rakyat Pahang ini sewajarnyalah kita terapkan di jiwa dan sematkan di hati setiap warga di negeri bertuah ini.
Kesemua inisiatif kebajikan dan pemerkasaan wanita adalah manifestasi Kerajaan Negeri agar setiap golongan lapisan masyarakat di negeri Pahang sentiasa mendapat pembelaan dan perhatian. Saya mohon menyokong. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih EXCO Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Seterusnya, kita pergi kepada EXCO Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Dan Inovasi. Cuma saya nak ingatkan Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa kita tidak perlu menyebut nama ya, kita hanya menyebut gelaran sahaja. Yang Berhormat wakil daripada contohnya wakil daripada Benta ataupun Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi nama ini sebab disebut dalam peraturan er… kalau kita pergi kepada Perkara 36 er…36 iaitu (5) seseorang ahli-ahli tidak dibenarkan menyebut nama ahli lain. Jadi kita sebut gelaran sahaja. Terima kasih. Ini ingat-mengingati sesama kita, saya pun baru belajar dan kita semua kena tahu. Terima kasih, sila Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan terima kasih sekali lagi di atas peringatan tersebut. Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan keizinan-Nya, kita Ahli-ahli Dewan diberi kekuatan dan kesihatan yang baik dalam menyampaikan mandat yang diamanahkan serta dapat berkumpul bersama-sama dalam menyempurnakan persidangan kita pada kali ini di Dewan Yang Mulia ini.
Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan kita pada hari ini. Begitu juga kepada rakan-rakan Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan semasa sesi soal jawab yang berkaitan dengan portfolio saya mahupun ketika Perbahasan Usul Ucapan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada hari pembukaan Sidang Dewan yang lalu.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi junjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah di atas pelantikan saya selaku EXCO Kerajaan Negeri Pahang serta di atas keprihatinan dan buah fikiran Baginda dalam memartabatkan usaha Kerajaan Baginda untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat jelata di negeri ini. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk memegang portfolio iaitu Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi.
Seterusnya menyambung legasi beliau dalam menguruskan hal ehwal berkaitan pelaburan di negeri Pahang, negeri yang tercinta ini. Lalu banyak pencapaian hebat sepanjang Yang Amat Berhormat Menteri Besar memegang portfolio pelaburan ini untuk saya nyatakan secara terperinci. Namun apa yang boleh diungkapkan adalah beliau seorang yang sangat berusaha keras untuk memastikan pelabur-pelabur memilih negeri Pahang sebagai destinasi pelaburan yang utama walaupun beliau memikul begitu banyak tanggungjawab yang lain.
Saya juga ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan khususnya yang menyentuh mengenai portfolio saya antaranya Yang Berhormat Cheka, YB Beserah, YB Semambu, YB Sabai, Ketari dan Chini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
saya amat berbesar hati mengambil tanggungjawab yang diberikan dalam memastikan pelaburan di negeri Pahang dapat terus ditingkatkan kepada satu tahap yang lebih memberangsangkan. Pelbagai usaha dan inisiatif telah dirancang oleh kerajaan negeri bersama-sama dengan agensi- agensi kerajaan termasuk di peringkat persekutuan yang selama ini telah bertungkus-lumus untuk memastikan negeri Pahang kekal sebagai sebuah negeri yang relevan dan berdaya saing di peringkat global.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
untuk makluman Sidang Dewan yang mulia pada hari ini berdasarkan rekod pelaburan tahun 2022 yang terkumpul oleh Bahagian Pelaburan dan Penswastaan sejumlah RM20.5 bilion yang terbagi kepada pelaburan asing sebanyak RM11 bilion dan pelaburan domestik RM9.5 bilion berjaya diperolehi berbanding RM12.7 bilion yang direkodkan pada tahun 2021. Ini merupakan peningkatan sebanyak RM7.8 bilion bagi jumlah keseluruhan pelaburan yang berjaya dibawa masuk ke negeri Pahang. Walau bagaimanapun, kejayaan ini bukanlah alasan untuk kita mendabit dada dengan angka yang diperolehi. Berdasarkan rekod pelaburan 2022 kerajaan negeri telah menetapkan RM21 bilion sebagai sasaran nilai pelaburan yang perlu dicapai pada tahun 2021.
Dato’ Sri Yang di-Pertua, mohon mencelah.
Silakan.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana berjaya menarik pelaburan dari luar negeri. Terutama pelaburan dari Singapura, Thailand, China dan Korea Selatan. Sekaligus menjana tumbuhan dan kemajuan ekonomi bagi negeri Pahang. Pada Februari tahun lepas 2022 kerajaan negeri Pahang telah menandatangani MoU sebanyak RM5.5 bilion. Jadi soalan saya, berapa banyakkah yang telah direalisasikan? dan yang belum. Terima kasih.
Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Kuala Sentul bertanyakan mengenai soalan sebentar tadi.
Angka yang… yang kita sebentar tadi… yang saya sebut sebentar tadi RM20.5 bilion, angka ini adalah berdasarkan Memorandum of Agreement, dengan izin. Maksudnya keseluruhan pelaburan ini telah ditandatangani perjanjian. Maknanya bukan di peringkat MoU Yang Berhormat. Jadi dia adalah peringkat perjanjian di mana ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat ataupun telah dilaksanakan seperti pelaburan Alliance Steel, Golden Phosphorous yang ada kilang manganese, alloy dan sebagainya.
Untuk makluman, sehingga April 2023 anggaran nilai pelaburan yang berjaya diterima adalah sebanyak RM8.6 bilion merangkumi pelaburan domestik dan juga pelaburan asing yang bertitik tolak daripada hasil usaha keras agensi-agensi kerajaan negeri, persekutuan serta anak-anak syarikat kerajaan negeri Pahang sejak tahun 2022 lagi.
Untuk menyokong dan menggalakkan pelaburan kerajaan negeri dengan kerjasama agensi seperti Malaysian Investment Development Authority (MIDA) dan East Coast Economic Region Development Council (ECERDC), dengan izin serta Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI) di peringkat persekutuan telah menawarkan pelbagai inisiatif dan insentif kepada pelabur-pelabur negeri Pahang. Ini termasuklah insentif cukai, grant dan program bantuan yang bertujuan menarik pelabur dan membantu dalam perkembangan pelaburan di negeri Pahang.
Bagi memastikan lebih banyak pelaburan dapat dibawa masuk banyak ruang-ruang perbincangan yang disediakan bersama pihak-pihak yang berminat untuk melabur dalam negeri ini. Jaringan hubungan sedia ada di kalangan pemain industri dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan dari dalam di luar negara merupakan peluang untuk dimanfaatkan. Sebagai contoh kerajaan negeri telah mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan hubungan kerjasama bersama New Zealand - Malaysia Business Association, dengan izin dalam usaha untuk membawa masuk pelaburan dari New Zealand ke Negeri Pahang.
Selain mencari ruang untuk membuka peluang perdagangan produk-produk daripada usahawan Malaysia ataupun tempatan ke New Zealand. Ruang kerjasama seperti ini boleh juga diwujudkan dengan mana mana pihak yang berminat untuk sama-sama berkolaborasi dalam meningkatkan perkembangan sosial dan ekonomi negeri Pahang.
Kerajaan Negeri juga telah wujudkan jawatan kuasa prapelaburan di bawah bahagian pelaburan dan penswastaan yang bertindak sebagai one stop agency, dengan izin untuk menyelaras permohonan pelaburan. Jawatan kuasa ini secara aktif membantu
memastikan keperluan projek-projek pelaburan yang sedia ada berdaya saing dan dapat direalisasikan dengan penglibatan jabatan teknikal yang utama seperti Pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Alam Sekitar, PLANMalaysia dan Jabatan Perhutanan dengan lebih cepat, berkesan di samping mengurangkan karenah biokrasi seperti mana yang dicadangkan oleh YB Semambu.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Bagi memastikan perkembangan pelaburan di negeri Pahang sentiasa relevan dengan keperluan dan trend semasa, dengan izin dan untuk makluman sahabat-sahabat YB, YB Beserah dan sahabat-sahabat lain kerajaan, ini kini memfokuskan kepada pelaburan dalam sektor automotif, industri hijau, petrol kimia dan aero-angkasa.
Selain itu, penekanan juga akan diberikan kepada pelaburan dalam sektor pertanian serta agritek bagi memastikan keterjaminan makanan dengan harapan negeri Pahang akan muncul sebagai pembekal utama makanan nasional. Untuk tujuan ini saya akan bekerja rapat bersama kekanda saya YB Benta, EXCO Pertanian Negeri Pahang yang selama ini telah banyak menyumbang kepada kemajuan pertanian di negeri Pahang. Kerajaan Negeri akan cuba memastikan supaya pelaburan dapat dibawa ke seluruh negeri Pahang, termasuk ke kawasan-kawasan luar bandar melalui usaha-usaha penambahbaikan infrastruktur yang sedang dilaksanakan seperti yang diutarakan oleh YB Chini.
Tumpuan pelaburan dalam sektor-sektor tersebut dapat disokong dengan pembinaan kemudahan infrastruktur yang baik dan bertaraf antarabangsa seperti pembinaan projek mega di Gebeng untuk pembangunan hub transit nasional melalui pembinaan Lapangan Antarabangsa Kuantan yang bernilai RM2 bilion. Pembinaan pelabuhan darat di jajaran ECRL dan pengukuhan fungsi Pelabuhan Kuantan yang menggalakkan aktiviti import dan ekspot negara. Usaha yang dilakukan ini adalah senada dengan hasrat dan matlamat Kerajaan Negeri Pahang untuk menjadi sebuah negeri yang berdaya saing, maju mengikut arus periadaran masa yang berteraskan Revolusi Perindustrian, IR 4.0.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kepentingan peningkatan pelaburan dalam memacu ekonomi negeri tidak dapat disangkal lagi. Saya yakin dengan komitmen dan usaha yang sedang dilaksanakan oleh semua anak syarikat kerajaan negeri termasuklah Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang, Perbadanan Setiausaha Kerajaan, Pahang Corporation, PahangGo, Pahang Mining Corporation, Pahang Water and Energy Resources akan membolehkan lebih banyak pelaburan asing dan domestik dapat dibawa masuk ke negeri yang tercinta ini. Perancangan yang lebih komprehensif dan strategik akan dapat dilaksanakan apabila semua anak syarikat kerajaan negeri ini memperkasakan fungsi dan peranan masing-masing dan bergerak di bawah payung Invest Pahang dalam mendukung hasrat Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pelaburan masuk dan seterusnya menambah baik tahap sosial dan ekonomi penduduk negeri ini.
Yang Berhormat, Dato' Sri Yang di-Pertua,
Menurut Laporan Kajian Sosioekonomi Negeri Pahang yang terkini pada tahun 2021 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara di Jabatan Perdana Menteri, sektor pembuatan di Negeri Pahang mencatatkan sumbangan kedua tertinggi bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Pahang iaitu sebanyak 23.5% selepas
sektor perkhidmatan yang juga telah meningkat sebanyak 6.1% berbanding tahun sebelumnya.
Prestasi perdagangan negeri Pahang juga mencatatkan angka yang amat memberansangkan iaitu menyumbang sebanyak RM46.6 bilion pada tahun 2021 yang menyaksikan peningkatan ketara berbanding tahun sebelumnya dan meletakkan negeri ini di kedudukan ke-6 berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Angka-angka ini menunjukkan bahawa sektor perindustrian di negeri Pahang ini kekal kompetitif pasca COVID-19 yang melanda kita suatu masa lalu.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Sejak saya memegang portfolio ini, beberapa sesi libat urus bersama pemain industri di negeri Pahang telah dijalankan yang melibatkan antaranya Persatuan Pengilang Malaysia (FMM) dan Gebeng Industrial Support Group. Antara isu yang dibincangkan adalah kenaikan bil elektrik oleh TNB, isu bekalan air terutamanya di kawasan perindustrian Gebeng, perbincangan cukai tanah dan isu berkenaan naik taraf infrastruktur di kawasan-kawasan perindustrian.
Selain itu, pemain industri juga memberikan pandangan mereka tentang isu-isu berkaitan dengan er...dengan pembangunan industri di negeri Pahang dan bagaimana kerajaan boleh membantu memperbaiki keadaan. Semasa sesi tersebut, saya telah menyatakan kepada mereka bahawa kerajaan negeri mengambil maklum dan akan cuba untuk menjadi mediator kepada mereka dengan memberikan respons yang positif terhadap isu dan permasalahan yang dibangkitkan oleh pemain industri tersebut.
Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah memberi jaminan tempoh hari bahawasanya kadar cukai tanah tidak akan dinaikkan selama 5 tahun. Kita harus akur bahawa pemain industri adalah pemangkin kepada pertubuhan ekonomi negeri Pahang dan bagaimana pentingnya kerajaan memberi perhatian kepada isu dan permasalahan yang mereka hadapi.
Kerajaan Negeri Pahang bersama Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah mewujudkan unit MyMudah di ke semua Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah, seterusnya menjadikan Pahang sebagai negeri pertama #Pahang1st yang mewujudkan unit berkenaan. MyMudah merupakan satu platform untuk rakan-rakan industri menyalurkan maklumat, cadangan dan pandangan berkaitan isu-isu karenah birokrasi dan beban peraturan yang tidak wajar.
Ini menunjukkan komitmen daripada Kerajaan Negeri untuk memudahkan urusan menjalankan perniagaan, bagi menarik pelaburan, merancakkan perdagangan dan melonjakkan produktiviti. Kerajaan Negeri Pahang serius dan responsif dalam memberi sokongan, memudah cara perniagaan dengan kadar segera. Mengenai Lynas Malaysia Sdn. Bhd., Lynas Malaysia Sdn. Bhd. merupakan syarikat milik penuh Lynas Corporation Australia. Syarikat ini telah beroperasi untuk memproses nadir bumi ataupun dengan izin rare earth di Kawasan Perindustrian Gebeng yang melibatkan pelaburan sebanyak RM2.5 bilion.
Baru-baru ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Yang Berhormat Chang Lih Kang telah memaklumkan keputusan menolak rayuan pengangguran... pengguguran maaf, 4 syarat lesen pengoperasian oleh Lynas Malaysia Sdn. Bhd. Walau bagaimanapun, setelah mengambil kira kesan keputusan ini terhadap rantaian bekalan nadir bumi di
peringkat global, Yang Berhormat Menteri MOSTI bersetuju untuk melanjutkan tempoh operasi kilang pemecahan dan peresapan cracking dan leaching. Puas rujuk Kamus Dewan, menda cracking dengan leaching ni. Melanjutkan tempoh operasi Kilang Lynas Malaysia sehingga 31 Disember 2023.
Kami percaya ini bukan keputusan mudah yang dibuat kerana ianya melibatkan nasib para pekerja Lynas Malaysia dan er... dan potensi kehilangan hasil yang menjadi penyumbang kepada ekonomi negeri Pahang. Kerajaan Negeri berharap agar satu situasi menang-menang dapat dicapai berkenaan isu ini supaya bukan sahaja kesejahteraan dan kesihatan penduduk setempat dapat dipelihara, malah juga keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan berkenaan perkara ini tidak menjejaskan sosioekonomi negeri Pahang khasnya dan juga negeri Malaysia secara amnya.
Baik, saya akan menyentuh kepada bahagian portfolio Sains, Teknologi dan Inovasi. Yang Berhormat, Dato' Sri Yang di-Pertua, pusat sains merupakan sebuah pusat yang penting dalam usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai lagi aset tenaga kerja yang berkemahiran tinggi melalui pelajar-pelajar yang berminat dan berkemahiran dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik, mata pelajaran STEM. Walau bagaimanapun, negeri Pahang masih belum mempunyai sebuah pusat sains.
Walaupun negeri Pahang merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dan sedang giat meluaskan pelaburan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. Perwujudan Pusat Sains Negeri Pahang ini sudah pastinya akan memberikan impak yang besar kepada kemajuan Negeri Pahang secara khususnya dan negeri-negeri berhampiran di Pantai Timur Semenanjung. Justeru, Kerajaan Negeri Pahang telah memohon dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kami sedang merancang untuk mewujudkan pusat sains bagi tujuan pendidikan yang dirasakan dapat menjadi salah satu usaha penting untuk menarik minat generasi muda yang kelak bakal menjadi pewaris masa depan negara di dalam bidang sains, teknologi mahupun inovasi.
Program Minggu Sains Negara, MSN peringkat negeri Pahang 2023 akan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dengan sokongan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama daripada pihak Universiti Malaysia Pahang. Penganjuran Minggu Sains Negara ini adalah perlu bagi menyokong pelaksanaan di peringkat persekutuan dan turut diadakan di seluruh negara pada tahun ini. Penganjuran program MSN di peringkat negeri Pahang akan dapat membantu dalam usaha menyemarakkan aktiviti inovasi dan kreativiti negeri dalam kalangan rakyat selain memanfaatkan sains dan teknologi ke arah pertumbuhan sosioekonomi negeri.
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap sains, teknologi dan inovasi dalam kehidupan seharian. Menarik minat dan meningkatkan bilangan pelajar yang memilih jurusan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik serta untuk mendidik masyarakat dalam menghargai dan mengiktiraf sumbangan serta kejayaan dalam bidang sains. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih di atas keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang menitahkan supaya golongan Orang Kurang Upaya (OKU) tidak dilupakan dan perlu mendapat perhatian istimewa daripada Kerajaan Negeri.
Di sini saya ingin menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pahang sedang dalam rangka untuk berkolaborasi dengan Universiti Malaysia Pahang bagi memanfaatkan sumber kepakaran akademik, penyelidikan dan inovasi di UMP, khususnya dalam bidang
pemberdayaan ataupun dalam erti kata empowerment dengan izin. Empowerment untuk OKU untuk memanfaat bersama terutamanya dalam membantu menjana er... menjana sumber ekonomi yang lestari dan inklusif bagi golongan berkenaan.
Yang Berhormat, boleh gulung.
Sikit lagi Dato' Sri ada beberapa perkara lagi. Saya akan cuba ringkaskan.
Selain itu, portfolio Sains, Teknologi ada inisiatif Pahang Innovative Startup Accelerator ataupun PISA. PISA merupakan satu program kolaborasi di antara Yayasan Pahang dengan syarikat swasta Beyond4, di mana akan terbina sebuah ekosistem yang direka untuk mengenalpasti syarikat pemula, syarikat startup dengan izin yang berpotensi tinggi dan membolehkannya membentuk laluan startup tersebut dengan pengetahuan program mentor, bantuan dana dan perkhidmatan sokongan dan matlamat mewujudkan startup yang cekap dan mampan.
Program selama 3 bulan yang dirangka ini akan memberi peluang kepada syarikat pemula yang potensi tinggi menjalani latihan bersama mentor tempatan dan antarabangsa, akses pada hub inovasi, sumber dan pendedahan pasaran yang luas serta memberi pembiayaan lanjut sebagai faedah program. Terdapat sebanyak 18 buah syarikat pemula yang telah menyertai program perintis ini dan terdapat sebanyak 2 syarikat pemula iaitu YesHello dan Smart yang berjaya melepasi tahap tinggi program ini dan telah berjaya mendapat pembiayaan melalui Equity Crowdfunding (dengan izin) untuk mengembangkan lagi syarikat mereka. Saya berharap agar lebih ramai graduan-graduan di Pahang ini khususnya, mengambil peluang untuk menubuhkan sebuah syarikat pemula dengan Yayasan Pahang dan Beyond4 akan menyediakan platform yang bersesuaian untuk mencapai ke arah yang diinginkan.
Dari segi inovasi Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya ingin kongsikan menurut laporan yang dikeluarkan oleh World Intellectual Property Organization pada ketika ini kedudukan negara dalam Global Innovation Index ataupun GII berada di kedudukan 36 daripada 132 negara secara keseluruhan. Manakala berada pada tangga yang kelapan dalam benua Asia dan tangga ketiga dalam kumpulan negara Upper middle Income. Kedudukan ini perlu dipertingkatkan lagi agar kita terus kekal berdaya saing dalam ekonomi global.
Bagi tahun 2023. Saya boleh kongsikan sebanyak enam agensi negeri Pahang telah berjaya mengharumkan nama negeri Pahang di peringkat antarabangsa melalui anugerah-anugerah inovasi yang diterima dalam Public Service Innovation Asia (PSIA) Awards bersempena Malaysia Technology Expo (MTE) pada 17 Mac 2023 yang lalu. Agensi tersebut ialah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Majlis Bandaraya Kuantan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Peramu, Pekan oh Peramu DUN kawan ya, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut, Jabatan Kerja Raya Lipis dan Yayasan Pahang. Tahniah diucapkan.
Akhir sekali, saya menyeru kepada semua rakan-rakan Ahli Dewan yang ada di Dewan Yang Mulia ini agar dapat memberikan sepenuh komitmen untuk menjadikan negeri Pahang sebagai salah satu destinasi pelaburan utama di negeri ini dan juga kekal kondusif dan kompetitif dan memacu keyakinan para pelabur dan golongan perniagaan. Kejayaan yang bakal kita kecapi hasil daripada usaha yang digerakkan
oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, insya-Allah akan memberi manfaat yang besar khususnya kepada rakyat negeri Pahang dalam usaha menjadikan negeri Pahang yang tercinta ini terus memahatkan sejarah gemilang dalam mencapai tahap pelaburan yang tinggi dan juga tidak melupakan kecaknaan terhadap kelestarian alam sekitar dan biodiversiti yang kekal kukuh untuk generasi akan datang.
Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi yang banyak membantu saya menggerakkan segala inisiatif dan perancangan di bawah portfolio saya. Sekiranya ada soalan-soalan daripada Ahli Dewan yang saya terlepas pandang ataupun saya tidak menjawab secara spesifik, saya akan beri jawapan secara bertulis kepada rakan-rakan Ahli Dewan Negeri.
Sekian saya sudahi dengan salam serta doa semoga kita sentiasa diberi petunjuk yang benar dalam apa jua pun yang kita laksanakan demi kemakmuran negeri Pahang. Dengan ini saya mohon menyokong. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang. Kita juga nak mengucapkan selamat hari jadi kepada EXCO wakil daripada Peramu Jaya.
Terima kasih.
Yang juga hari ini sama dengan hari ulang tahun UMNO, 11 Mei. Seterusnya, EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang. Silakan untuk menggulung.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualikum WBT, salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar Pahang. Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang. Pertamanya, saya memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya dapat saya menggulung perbahasan pada persidangan kali ini yang juga merupakan sidang Dewan Negeri yang pertama buat saya. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan, merafak sembah serta menjunjung kasih kesisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas Titah Diraja sempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15.
Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh portfolio Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau. 4 portfolio Yang Berhormat Dato' Sri, jadi saya cuba tepati masa yang diperuntukkan. Ada 28 soalan tambahan Dato' Sri untuk portfolio ini. Saya juga teruja dengan keprihatinan ahli-ahli Yang Berhormat terhadap portfolio ini yang dizahirkan melalui soalan-soalan yang dikemukakan semasa perbahasan.
Soalan-soalan berkaitan dengan Kerajaan Tempatan. Pertamanya, berkenaan dengan Rancangan Kawasan Khas Janda Baik. Saya telah pun menjawab soalan ini pada hari Selasa yang lepas. Namun apa yang saya nak tegaskan di sini adalah Kerajaan Negeri tetap berpendirian akan mengambil kira semua perkara dan libat urus pada semua pihak atau stakeholders dengan izin sebelum sesuatu rancangan itu untuk kita laksanakan. Jadi, untuk RKK Janda Baik tetap kita dengan keputusan untuk ditangguhkan ke satu masa sehingga kajian menyeluruh dilaksanakan.
Keduanya, pusat judi haram. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjung Lumpur di atas perkara ini dan Majlis Bandaraya Kuantan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia telah mengadakan operasi pemutihan terhadap pusat-pusat judi haram di sekitar Kuantan dan termasuk premis yang tidak berlesen. Operasi ini sering dijalankan sama ada secara berkala ataupun secara on the spot apabila sesuatu aduan diterima. Di sini menyatakan bahawa data pemutihan tersebut untuk suku pertama tahun 2023 adalah seperti berikut, bilangan operasi adalah sebanyak 22 kali, Notis Tutup Premis adalah sebanyak 17 notis, kompaun, 7 kompaun dikeluarkan dan sita, 107 tablet komputer telah disita.
Seterusnya penjenamaan semula nama tempat. Merujuk kepada pertanyaan Yang Berhormat Tanjung Lumpur juga berhubung dengan nama tempat yang kurang tepat dan sering menimbulkan kekeliruan dan dalam perkara ini, Pihak Berkuasa Tempatan melalui surat Pekeliling Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Bilangan 3 Tahun 2021 akan menamakan semula jalan, taman atau premis yang berada di dalam satu-satu kawasan Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya... sekiranya terdapat permohonan atau keperluan dan permohonan ini juga perlu diangkat melalui Jawatankuasa Teknikal Nama Geografi untuk pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
Seterusnya berkenaan dengan syarat pembaharuan lesen perniagaan. Yang menjadi sedikit isu sebelum ini dan saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Mentakab yang membangkitkan isu berkaitan dengan syarat pemberian lesen perniagaan dan Kerajaan Negeri Pahang amat prihatin dengan situasi semasa ekonomi setempat. Justeru itu, pihak kerajaan telah memudahkan prosedur pembaharuan lesen perniagaan yang dengan menggugurkan dua daripada syarat daripada empat syarat yang asal iaitu salinan resit bayaran elektrik dan bil air. Yang dua ini kita gugurkan.
Namun begitu, hanya salinan resit bayaran cukai tanah dan cukai taksiran sahaja perlu dikemukakan. Jadi, ini adalah satu usaha kerajaan negeri untuk memastikan kesemua pihak bertanggungjawab membayar cukai tanah dan cukai taksiran dan kita faham bahawa ada setengah-setengah tu yang menyewa dan yang tuan punya premis tu tak bayar. Jadi isu, isu yang apa lain. Tetapi kita kena selesaikanlah. Apa pun saya telah berjumpa dengan kesemua Yang Dipertua PBT untuk kita walaupun kita ada syarat ini, kita cuba orang kata apa memudahkan juga untuk kesemua pemohon untuk perbaharui lesen-lesen perniagaan mereka.
Seterusnya Fi Kelestarian, Yang Berhormat Jenderak. Berkenaan kutipan Fi Kelestarian Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun menjawab juga dan telah dilaksanakan buat julung kalinya pada tahun 2022 dan hasil kutipan telah berjaya mencecah RM9 juta. Kutipan ini adalah hasil daripada keputusan Kerajaan Negeri Pahang untuk mengenakan fee berjumlah RM3 semalam bagi setiap bilik penginapan yang dihuni oleh semua hotel di negeri Pahang.
Penyenggaraan pokok berisiko. Merujuk kepada isu penyenggaraan pokok-pokok oleh PBT untuk mengelakkan dan mengurangkan risiko kemalangan atau bencana alam seperti yang diungkapkan oleh Yang Berhormat Beserah dan kita memang er...Pihak Berkuasa Tempatan memang ada jadual-jadual berkala untuk melaksanakan penyelenggaraan pokok-pokok di dalam kawasan PBT secara berkala menggunakan peruntukan MARRIS. Jadi pokok, memang kita buatlah jadi kekadang nama pun kecemasan jadi berlakulah perkara-perkara sepertimana Yang Berhormat Beserah beritahu kejadian yang berlaku pada 19 Januari 2023.
Kita memang amat kesal yang berlaku kepada Allayarham…Allahyarhamah adik Aliya Zahra binti Mohamad Hasnizam yang ditimpa pokok dan saya ataupun Kerajaan Negeri er…dengan insiden tersebut, kita mengarahkan ke seluruh PBT untuk mengambil tindakan proaktif bukan sahaja kita buat perkara yang biasa-biasa untuk membuat pemeriksaan kepada pokok ini, saya juga minta PBT berbincang juga dengan pihak JKR kerana kebanyakan jalan tersebut adalah jalan-jalan persekutuan… jadi kita ambil jalan, apakah jalan yang terbaik untuk bersama dengan jabatan kedua-dua jabatan ini khususnya untuk kita mengambil iktibar dari apa kejadian yang berlaku pada 19 Januari yang lalu. Insya-Allah selepas daripada ini kita mengharapkan kejadian seumpama ini tidak akan berulang kembali.
Seterusnya, Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, tempat pembuangan sampah haram. Sepertimana Yang Berhormat Padang Tengku mengutarakan perkara ini, dan er… Negeri Pahang adalah salah satu negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, iaitu Akta 672. Justeru itu, Kerajaan Negeri Pahang telah menyerahkan haknya dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan melalui SWCorp di bawah JSPN yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada perkara-perkara berkaitan dengan pemeriksaan dan sampah-sampah ini dan kita er… memang menerima bahawa masalah tapak-tapak sampah haram ini memang masih lagi berlaku. Data ini saya akan beri secara bertulis yang memang ada daripada SWCorp.
SWCorp dengan jumlah penguatkuasa yang ada dan memang sering membuat er... pemantauan dan juga serbuan kepada tapak-tapak haram ini. Ada pihak yang memang menjaga tapak-tapak sampah haram ni tadi. Jadi, insya-Allah kita selepas pada ini, kita akan memperkasakan lagi penguatkuasaan oleh SWCorp ni. Jadi, tapak-tapak sampah haram ni kita boleh er...bukan...memanglah kalau boleh kita nak hilangkan terus, tapi sekurang-kurangnya kita kurangkan untuk keselesaan rakyat semua.
Mohon... mohon soalan tambahan sikit. Terima kasih. Er… Tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah mengambil pelbagai inisiatif. Cuma saya ingin dapat penjelasan berhubung dengan penggunaan incinerator. Hingga setakat ini kita difahamkan bahawa 2 tempat, Tioman dan Cameron Highlands menggunakan incinerator. Walau bagaimanapun dia gagal kedua-dua projek ini dikatakan gagal kerana faktor pengasingan sampah.
Soalan saya ialah tapak pelupusan sampah Bandaraya Kuantan ini sangat kritikal dan berada di tahap yang sepatutnya ditutup. Persoalan saya, apakah kerajaan bercadang untuk menggunakan incinerator juga untuk Bandaraya Kuantan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Cheka di atas soalan tambahan. Er... dua.
Yang pertama, tentang incinerator yang di Cameron Highlands dan Pulau Tioman. Betul, memang er... kita menyatakan bahawa incinerator ini er... tidak berfungsi sewajarnyalah dan di Cameron Highlands setakat ini tidak beroperasi. Yang mana pengoperasian ini dibuat oleh Alam Flora di bawah Kerajaan Persekutuan. Dan di Tioman pun begitu juga. Masalahnya adalah sampah di negara ini boleh katakan tidak sesuai dan teknologi incinerator yang ada itu pun memang terlalu lama.
Berkenaan dengan tapak di Kuantan, tapak Jabor-Jerangau, tapak ini boleh beroperasi dalam tempoh 2 tahun lagi daripada sekarang. Dan pertamanya, menjawab soalan Yang Berhormat Cheka, belum ada lagi er... rancangan untuk menggunakan incinerator. Dan tapak ini, salah satu tapak yang masih berada adalah di dalam di bawah Kerajaan Negeri Pahang yang tidak ikut masa Akta 672 itu bermula.
Dan selepas 2 tahun ini, er… Kerajaan Persekutuan melalui JSPN telah pun, ataupun sedang mendapatkan tapak, yang tapak itu yang saya dimaklumkan dah dikenal pasti, cuma sedang menunggu er…penyelesaian dari segi untuk mendapatkan tapak itu di Kuantan juga tidak jauh dari tempat yang... yang ada sekarang ini dan setelah er… selesai dari segi pengurusan tanah, pengambilan tanah... perolehan tanah tersebut dan tapak ini akan dipindahkan kepada tapak yang baru yang jauh sikitlah dengan penduduk dan teknologi…apakah teknologi yang akan digunakan di tapak tersebut ini adalah bergantung kepada JSPN yang mana tapak ini nanti akan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan dan tidak lagi berada di bawah Kerajaan Negeri Pahang. Terima kasih.
Yang Berhormat ADUN Pelangai. Mohon mencelah sedikit.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya dulu pernah menjaga Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan berkenaan dengan incinerator ini semasa saya menjadi EXCO memang ada isu. Cuma saya nak pembetulan sedikit. Saya difahamkan ketika itulah, kegagalan incinerator ini di Cameron Highlands dan di Tioman. Kerana difahamkan cuaca, cuaca negara kita dengan negara yang kita beli incinerator tu tidak sama, dan ini menyebabkan ia tidak diproses. Tetapi semasa saya membuat lawatan, sama dengan Tan Sri Noh ketika itu di Tioman, masa kita temu bual, saya fikir itu bukan satu masalah yang 100% incinerator itu tidak berfungsi kerana masalah sampah.
Saya dapati pada kajian sayalah, berdasarkan pengalaman dan perbincangan, ianya kerana yang menguruskan, yang menguruskan incinerator itu tidak mengikut peraturan yang dikehendaki. Sebagai contohnya, sepatutnya sampah-sampah yang masuk ke dalam incinerator tersebut, kena mengamalkan sistem FIFO. First in, first out. Maknanya mana-mana sampah yang masuk, diproses, yang itu dikeluarkan.
Tetapi, apa yang berlaku, dia tidak terjadi FIFO. Tapi dia menjadi LIFO. Last in, first out. Maksudnya, di dalam gudang tersebut, yang masuk itu tidak diproses, kemudian yang sampah-sampah yang lain masuk. Dan dia menjadi backlog dan menyebabkan fungsi tidak er... dapat dilaksanakan.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah meminta supaya projek yang melibatkan berjuta-juta ringgit ini kena dibuat feasibility study supaya tidak berlaku
sepertimana apa yang berlaku di Tioman dan juga di Cameron Highlands, kerana ini membazirkan duit rakyat. Terima kasih Yang di-Pertua, sedikit penjelasan daripada saya. Terima kasih, YB Pelangai beri laluan.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar. Tuan Yang... Timbalan Yang di-Pertua, zon sebenarnya zon sempadan hijau Negeri Pahang...
Dato’ Speaker, saya nak celah sedikit.
Sila.
Sebelum, pergi ke...saya mengutarakan tentang pembuangan sampah er…secara merata-rata oleh penduduk-penduduk di kampung tradisional, maknanya diletak di mana-mana, di sungai, di tepi-tepi jalan dan sebagainya. Dan kita nampak ada kesedaran di kalangan penduduk-penduduk ni membuang sampah. Atau ini mendapat perkhidmatan daripada pengusaha ataupun syarikat yang mengangkut sampah ini tetapi er…mereka kalau nak dapat perkhidmatan kena kalau dalam Majlis kita ada cukai...cukai pintu tapi tak semua kawasan boleh masuk Majlis.
Jadi saya ada cadangkan supaya diwujudkan satu cukai khas di mana cukai itu hanya untuk kutip sampah di mana orang-orang kampung tradisional boleh masuk tetap... tanpa perlu masuk ke dalam kawasan Majlis. Itu yang saya cadangkan supaya isu membuang sampah ini er…dapat kita kawal.
Saya juga ada cadangkan supaya mungkin wujudkan satu lokasi khas. Sekarang ni macam orang Merapoh. Dia nak buang sampah, tempat sampah yang ada di Lipis. Jadi tak mungkin. Jadi akhirnya dia orang Kelantan…Terengganu ditohoklah ke mana-mana pun. Ini... ini masalah yang perlu di...ditangani. Saya juga ada cadangkan supaya tong-tong komuniti yang dulu diwujudkan di lokasi-lokasi tertentu sekarang ni apabila kawasan-kawasan itu dah ditiadakan, bila kawasan itu jadi kawasan Majlis, maknanya tong-tong sampah diletak di rumah-rumah. Jadi tong kuasa komuniti-komuniti dan tong pusat ni dah tak ada. Dulu dia orang tolong ataupun dia orang buang sampah orang kampung tradisional, dia akan buang di komuniti ini, di tong komuniti ni. Itu juga telah tiada.
Kemudian, saya juga cadangkan supaya mungkin kita boleh wujudkan skim kontraktor di mana pihak-pihak komuniti yang berhajat supaya mereka boleh engage dengan kontraktor-kontraktor ini untuk mengangkut sampah di kampung masing-masing dengan kawalan harga. Ha…ini yang saya sebutkan supaya ada usaha untuk menangani masalah sampah-sampah di kampung-kampung tradisi yang menyebabkan banyak kes Aedes dan sebagainya itu. Terima kasih, kalau boleh bagi penjelasan sikit.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Tengku.
Boleh mohon penjelasan sikit saja.
Ya, sila sila.
Berkenaan incinerator, adakah kerajaan ada perancangan untuk contoh mempertimbangkan syarikat yang menjalankan bisnes macam kitar semula sebagai cara untuk menggantikan incinerator step by step? Dengan izin.
Timbalan Yang di-Pertua, menjawab soalan Yang Berhormat Padang Tengku. Kita yang menjadi masalah hari ini adalah berkaitan dengan undang-undang. Kita apabila kita sign Akta 672 itu, kesemua tentang pembersihan awam, sampah di bawah kelolaan JSPN, SWCorp dan konsesinya adalah Alam Flora. Dalam kontrak tersebut, konsesi tersebut, dalam konsesi apa namanya kontrak perjanjian konsesi tersebut di dalam kawasan-kawasan yang diselia oleh majlis.
Untuk apa-apa juga, kalau mengikutkan akta tersebut, apa-apa jua perkara berkaitan dengan pengurusan sampah ini mesti berada di bawah SWCorp dan kontraktor sekiranya selain daripada Alam Flora, macam contohnya di Janda Baik memang ada komuniti tersebutlah yang melantik kontraktor-kontraktor untuk menguruskan sampah ni tadi tetapi kontraktor yang dilantik itu pun perlu mendapat seolah macam kelulusan daripada JSPN itu sendiri.
Jadi perkara ni memang kita katakan bolehlah kalau di kampung-kampung tu, maknanya JKK itu sendiri ataupun JPKK itu sendiri untuk apa namanya nak melantik apa-apa jua kontraktor untuk menggunakan sampah masing-masing boleh tetapi masih lagi perlu kepada SWCorp, JSPN. Jadi, kontraktor tersebut mesti pun mendapat kelulusan daripada JSPN itu sendiri, Yang Berhormat apa namanya…Padang Tengku.
Jadi inilah berkaitan 672 ini. Kita perlu ada juga berhasrat juga untuk memikir macam mana kita nak, kalau kita menguruskan sendiri, itu tak ada masalah.
Berkaitan dengan incinerator itu tadi, benda ini saya perkara yang samalah. Nombor satu sekali perbelanjaannya begitu besar untuk daripada Yang Berhormat Tanah Rata dan setakat ini kita kesemua 11 tapak pengurusan sampah yang ada di dalam negeri Pahang ini, semua masih lagi menggunakan kaedah yang konvensional. Makna landfill biasa, sanitary dan tidak ada lagi apa namanya program untuk kita membuat incineratorlah dekat situ dan apa yang ada sekarang ni adalah macam pengasingan, separation punya program, maknanya di tempat di tapak sampah itu sendiri ada yang buat pengasingan plastik dan sebagainya dan yang lain-lain itu masih lagi kekal seperti biasa.
Saya mohon meneruskan Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, berkaitan dengan zon sempadan hijau Negeri Pahang. Kerajaan Negeri Pahang menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang bersempena dengan Pembukaan Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-14 yang telah menyeru semua agensi dan jabatan negeri, jabatan di negeri Pahang agar meningkatkan kefahaman dan pelaksanaan berkaitan dengan persekitaran sosial dan tadbir urus (ESG). Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Negeri Pahang Yang Ke-4 tahun 2021 telah meluluskan Inisiatif Sempadan Hijau Negeri dalam jajaran 500 meter antara sempadan negeri Pahang dengan Terengganu, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan serta Selangor dan Johor.
Perkara ini juga telah dizahirkan melalui Garis Panduan Pembangunan di Kawasan Sempadan Hijau Negeri Pahang yang telah berkuat kuasa pada November 2022. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, Garis Panduan ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Rundingan Kertas Kerja Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) bagi Kawasan Tanah Tinggi Cameron Highlands-Kinta-Lojing (CEKAL) yang Ke-6 di PLANMalaysia Putrajaya.
Seterusnya portfolio perumahan, berkaitan dengan projek-projek perumahan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kuala Sentul. Projek perumahan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang meliputi yang pertama Skim Rumah Mampu Milik. Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak 138 projek PR1MA dengan harga RM150,000.00 sebuah di mana sebanyak 131 projek dalam peringkat pra pembinaan, 19 projek dalam pembinaan dan 35 projek-projek yang melibatkan 6,776 buah rumah telah siap dibina.
Dalam jumlah keseluruhan PR1MA yang diluluskan, secara terkumpul iaitu sebanyak 44,171 unit iaitu daripada jumlah 138 projek yang diluluskan. Manakala Projek Rumah Makmur, sebanyak 26 Projek Rumah Makmur berharga RM80,000.00 sebuah dalam peringkat pra pembinaan dan 4 projek dalam pembinaan yang melibatkan 7,649 unit rumah secara keseluruhannya. Bagi Rumah Pahang iaitu membaik pulih Projek Perumahan Generasi Kedua FELDA (PGBF). 10 projek melibatkan pembinaan semula ataupun mengambil alih 1,850 unit rumah yang berharga RM120,000.00 unit sebuah dalam peringkat pembinaan dan peringkat pertama bakal siap pada Disember 2024.
Untuk rumah kos rendah, sebanyak 2 projek PPRM yang berharga RM35,000.00 hingga RM45,000.00 seunit dalam peringkat pra pembinaan, 3 projek dalam pembinaan dan 29 projek yang melibatkan 3,968 unit rumah telah siap dibina. PPRM adalah projek di bawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Manakala projek PAKR sebanyak 1 projek PAKR berharga RM35,000.00 hingga RM45,000.00 seunit sedang dalam pembinaan dan 111 projek melibatkan 13,999 unit rumah telah siap dibina. Untuk rumah bagi rakyat miskin, kerajaan dan negeri telah melancarkan seperti yang kita tahu iaitu Rumah Rakyat Pahang yang begitu popular sekarang ini yang bernilai RM75,000.00 seunit yang diberikan secara percuma kepada rakyat miskin dan miskin tegar.
Pada masa ini, sebanyak 175 unit rumah dalam peringkat pra pembinaan dan 73 unit dalam pembinaan dan 325 unit rumah telah siap dibina. Bagi Projek Perumahan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA) sebanyak 154 unit dalam peringkat pra pembinaan dan 50 unit dalam pembinaan. Projek Ru'RASA adalah inisiatif khas daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM76 juta dan rumah-rumah ini juga akan diberi percuma kepada rakyat-rakyat yang layak.
Skim Rumah oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang turut menyumbang kepada rakyat Negeri Pahang untuk pemilikan rumah. Sebanyak 498 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang berharga RM75,000.00 sebuah dalam peringkat pra pembinaan RM319,000.00...
... Ogos 2006. Kemudian, er... KPKT mengambil alih projek ini pada tahun 2015. Dan pada tahun 2019, KPKT batalkan dana kerajaan untuk meneruskan projek ini. Soalan saya adakah projek ini akan diteruskan dan tindakan-tindakan susulan yang diambil, yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meneruskan dan er... seterus me, seterusnya, seterusnya, menjadikan satu realiti sebab Maran ini dulu dikenali sebagai 'Bandar Ayam Kampung' tapi tak jadi. Sekarang ini diubah nama menjadi 'Bandar Sejahtera'. Saya harap kali ini betul-betul sejahteralah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Sentul. Maran antara kutipan cukai taksiran yang, yang rendahlah. Jadi sebab itu kita sangat menggalakkan projek-projek pembangunan ini, jadi makin banyak rumah makin banyaklah mempunyai cukai taksiran. Jadi memang kita er... faham dan kita tahu dalam perhatian kita sebab tahun 2019 itu bertukar kerajaan. Jadi, masa itu kita ceritalah, cerita yang lepaslah dan ini kita telah follow up ataupun kita telah susul dengan KPKT dan kita sedang merayulah untuk projek ini dia masih di bawah KPKT lagi untuk projek ini akan diteruskan, insya-Allah, saya akan teruskan usaha untuk memastikan bahawa KPKT dapat memberikan kelulusan untuk menyambung projek ini, insya-Allah.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, masa sampai. Minta gulung ya.
Sikit je lagi lah, nak habiskan perumahan. Okey. Er... tentang dasar perumahan, dasar er... Pembiayaan Perumahan. Yang Berhormat Timbalan Speaker, er... saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sabai bagi pembelian rumah mampu milik secara skim mampu bayar.
Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang sedang dalam penelitian dan kajian bagi pelaksanaan skim Rent To Own ataupun RTO dengan izin, er... dan setakat ini skim sewa dan jual beli ditawarkan kepada penyewa yang memohon Projek Perumahan Awam Kos Rendah di seluruh negeri Pahang dengan kadar sewaan yang berpatutan, dan harga jualan di bawah harga pasaran melalui subsidi Kerajaan Negeri. Dan Skim RTO ini ataupun Rent to Own dengan izin, er... ada ditawarkan oleh pihak bank yang kita sedang berbincang dan skim ini juga telah dilaksanakan di Pulau Pinang dan juga di Selangor.
Dan, dengan adanya skim Rent To Own ini, kita boleh er... orang kata apa membantu pembeli-pembeli yang tidak mempunyai slip gaji dan sebagainya. Jadi, kaedah ini juga memang kita akan er... er... cuba usahakan supaya mendapat dijayakan, insya-Allah.
Dan seterusnya, tahun 2020 Kerajaan Negeri telah pun memansuhkan syarat penyediaan bayaran pendahuluan sebanyak 10% kerana syarat ini membebankan rakyat sebagaimana saranan Yang Berhormat Kuala Sentul juga.
Dan ini berdasarkan kepada hasil pemerhatian telah dilakukan oleh unit ataupun Unit Jualan, Bahagian Perumahan mendapati, mendapati ramai rakyat terpaksa menolak tawaran ini atas ketidakmampuan untuk menyediakan bayaran deposit. Dengan pemansuhan syarat ini, hasrat Kerajaan Negeri dalam meningkatkan er... kebolehmilikan rumah mampu milik untuk rakyat Pahang akan dapat dicapai.
Sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan er... pertanyaan dan membangkitkan isu-isu berkaitan dengan Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang. Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai serta kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini. Akhir kata, saya dengan ini menyokong usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Mudah-mudahan Kebawah Duli Yang Mulia Tuanku terus berada dalam hidayah dan perlindungan Allah SWT jua hendaknya, insya-Allah. Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Asslamualaikum WBT.
Terima kasih EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang. Seterusnya saya menjemput Yang…Yang Berhormat EXCO FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang. Sila.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk saya dalam sesi penggulungan perbahasan, Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja Pahang.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita semua dapat berada di Dewan Yang Mulia ini pada hari keempat pada petang ini. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Dewan Yang Mulia ini, saya merafak sembah menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja Pahang yang merupakan Titah Diraja terakhir sebagai Pemangku Raja Pahang yang begitu komprehensif sempena Pembukaan Penggal Ke-2 di Dewan Negeri Pahang ke-15 pada hari Isnin yang lalu.
Dan seterusnya, saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Jelai, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang sekali lagi, dilantik sebagai Menteri Besar Pahang bagi penggal ke-2 serta barisan rakan-rakan EXCO Kerajaan Negeri. Dan saya juga menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar bin Haji Shamsudin atas pelantikan sebagai Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Negeri Pahang dan Yang Berhormat Tuan Lee Chin Chen yang dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Negeri Pahang.
Dalam pada itu, saya juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada Dato' Indera Haji Zulkifli bin Haji Yaacob yang telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan tidak lupa juga, saya ucapkan tahniah dan zahir, ucap tahniah zahirkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang telah dipilih mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri masing masing.
Dan di kesempatan ini juga, saya menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, mantan Yang, Yang Berhormat Setiausaha, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang telah banyak menabur bakti er... kepada pembangunan khususnya Negeri Pahang Darul Makmur ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, di awal Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja, Baginda berharap kerajaan yang ada pada hari ini meneruskan keharmonian serta kegemilangan untuk membangunkan ekonomi dan fizikal serta meningkatkan pendapatan negeri demi kemakmuran rakyat Baginda.
Ini memberi gambaran bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang, di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, daripada penggal lepas sehinggalah ke hari ini berada dalam keadaan ataupun berada di landasan yang betul. Dan jika diteliti secara menyeluruh, Baginda menyentuh pelbagai aspek meliputi pengurusan dan pentadbiran berkaitan ekonomi, keperluan rakyat, kehidupan, haiwan, alam sekitar termasuklah peringatan Baginda kepada kepimpinan agar rakyat tidak terabai.
Baginda juga mengingatkan kepada majikan-majikan swasta agar menjaga hak kebajikan pekerja dan mengambil tanggungjawab dalam memberi sumbangan CSR serta kewajipan berzakat. Ini memberi peringatan agar kita semua tidak alpa dari pelbagai aspek kewajipan sebagai pemimpin dan pentadbir, dengan apa yang kita miliki pada hari ini.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, jika kita lihat hari ini, Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Jelai, selaku Menteri Besar Pahang telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan bantuan yang saya kira boleh dibanggakan sebagai rakyat Pahang di mana bermulanya daripada yang lahir sehinggalah, ke orang yang meninggal pun, er... dibantu oleh pihak kerajaan.
Maka dengan itu, wajarlah saya mengzahirkan ucapan tahniah atas kewibawaan dan kecemerlangan pentadbiran di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Jelai, selaku Menteri Besar Pahang yang setiasa mengambil cakna akan keperluan rakyat di semua peringkat dan lapisan masyarakat.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan penghargaan, terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat di atas soalan dan cadangan yang dikemukakan kepada pihak kerajaan dalam dalam Dewan dalam sidang Dewan yang mulia ini. Ini menunjukkan betapa Yang Berhormat, amat perihatin tentang kesejahteraan rakyat serta Kemakmuran negeri Pahang yang saya tercinta. Syabas, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekelian.
Tuan Yang di-Pertua,
Berkaitan dengan Portfolio FELDA untuk makluman, semua Ahli Dewan bagi pembelian rumah Perumahan Generasi Baru FELDA, (PGPF), pemohon boleh pemohon iaitu dari Generasi Baru FELDA yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji boleh memohon melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) di bawah Kementerian Kewangan. Ini er... saya rasa soalan tambahan ari tu daripada Tahan yang bertanya soalan ni ye. Antara kelayakan untuk (SJKP) ini adalah Warganegara berumur 18 tahun ke atas, pembelian kali pertama rumah kediaman pinjaman kan pinjaman sehingga RM500 ribu termasuk nilai insurans pinjaman dan yuran guaman er... tiada rekod CCRIS melebihi dua bulan bagi tempoh dua bulan terkini.
Pemohon perlu menyediakan dokumen sokongan seperti Penyata Akaun Bank, Lesen Perniagaan, atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jualan beli er… atau perniagaan. Pemohon perlu mendapat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan daripada Pegawai Kerajaan Kategori A, ataupun daripada Pengerusi ataupun er… jawatankuasa, Kemajuan Rancangan, Penghulu ataupun Pengurus Cawangan Bank. Pemohon juga boleh memohon Pembiayaan Perumahan ini di mana-mana institusi kewangan yang menyertai Skim jaminan ini seperti BSN, Agrobank dan lain lain.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Er... berkenaan dengan kelulusan ataupun berkenaan dengan er... dua rumah satu lot yang er… ada dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kelulusan lebih satu unit rumah di dalam satu lot, satu tapak FELDA telah mendapat teguran sebenarnya daripada pihak Jabatan Tanah dan Galian Negeri kerana dimaklumkan telah melanggar beberapa syarat nyata tanah dan meminta pentadbir memperhalusi semula kelulusan yang diberikan terutama berkait dengan syarat nyata tanah, syarat kepentingan Subseksyen 15(1) Akta Tanah, Kawasan Penempatan Berkelompok dan sebagainya dan perkara ini turut berhubung kait dengan pengeluaran geran baru, isu-isu perwarisan di atas tapak, rangkaian geran tanah rumah, pembiayaan, pembinaan oleh institusi bank, kos pembiayaan dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan termasuk elektrik, air, insurans dan lain-lain.
Pentadbir bersama PTG Negeri masih lagi dalam fasa perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu ini dan saranan daripada pihak PTG adalah pelaksanaan ini dapat ditangguhkan bagi membolehkan semakan akta dan seksyen terlibat dapat dilihat dikaji semula. Namun ini adalah sehingga pindaan dan penambahbaikan kepada akta dibuat terhadap Akta Tanah Kawasan Penempatan Berkelompok 1960 Akta 530 kerana tiada punca atau sumber kuasa penerangan yang membenarkan pelaksanaan dua rumah dalam satu lot ini.
Malum balas daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) juga, telah diterima pada 1 November 2022 yang turut tidak mengesyorkan pelaksanaan dasar dua rumah satu lot ini, dilaksanakan kerana ia bertentangan dengan peruntukan sedia ada Akta 530 sebagaimana dinyatakan di bawah peruntukan seksyen 17 Subseksyen 11 (3) dan (4) Akta 530.
Selain itu, mesyuarat bersama Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Jabatan Perdana Menteri (JPN) pada 22 September 2022 turut membincangkan pengwujudan Jawatankuasa Khas Pemantauan Perlaksanaan Pindah Akta Tanah Kawasan
Pendapatan Berkelompok 1960 Akta 530. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Portfolio...
Sebentar, saya me… laluan sikit. Terima kasih er... saya balik ke penjelasan yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat EXCO Kerajaan Negeri, cuma isu kita sekarang ini agak serius sebab jumlah rumah yang dibina oleh penduduk ini banyak sebab bila kerajaan bagi kelulusan satu waktu dulu, masing-masing dah buat rumah. Jadi isu sekarang ini adalah elektriklah.
[Apakah ada satu mekanisme sama ada kita boleh bekalkan sementara kepada penduduk?]
Isu ni sekarang ini rumah dah siap dan mereka tak dapat bekalkan elektrik kerana kerana bercanggah dan saya yakin nak tunggu pindaan Akta 530 ini, GSA, ia akan ambil masa yang sangat lama. Saya ingat dalam setahun dua tahun tak selesai-selesai. Cuma mungkin mekanisme yang boleh kita bantu er…penduduk ini bagaimana untuk mereka dapat bekal elektrik tanpa menunggu suatu pindaan. Sama ada kita bekal sementara dan sebagainya. Mungkin dapat penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih jawapan tambahan daripada Cheka er...berkenaan dengan soalan er... elektrik, er... ini jawapan yang saya dapat daripada saya dapat maklum balas daripada Pengarah er...FELDA Wilayah, setakat ini pengurus boleh memberi kebenaran memasang air dan elektrik rumah kedua yang siap yang siap sebelum Mei 2022. Jadi mana-mana yang siap rumah dalam tempoh masa tu, pihak pengurus boleh er... memberi kebenaran untuk menyambung api dan air.
Saya sambung kembali Yang di-Pertua, er...saya nak menyentuh juga berkenaan dengan portfolio Usahawan, er...sebelum tu saya, saya ingin menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Sabai. Berkaitan dengan Permohonan Skim i-PUSH yang mengambil masa terlalu lama untuk diluluskan, skim i-PUSH ini adalah Skim pembiayaan kewangan mikro negeri Pahang. Untuk makluman Ahli semua Dewan, untuk Skim i-PUSH ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang dengan melantik Bank Muamalat Malaysia Berhad sebagai agen penyaluran dan ketuan balik dana pembiayaan yang telah dikenalkan pada tahun 2022.
Berdasarkan pelaksanaan pada fasa pertama, pada tahun lepas, tahun 2022, tempoh yang diambil bermula dari permohonan dibuat oleh pemohon hinggalah dana pembiayaan berjaya dikreditkan er... ke akaun pemohon mengambil masa antara 6 hingga 9 bulan melibatkan 1,158 pemohon. Permohonan yang diterima di pentadbiran Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri akan melalui tujuh proses permohonan iaitu tapisan…mula Permohonan, Tapisan, Temuduga, Semakan Muflis dan AMLA oleh pihak bank dan kelulusan er…oleh kerajaan negeri dan juga termasuk pembukaan akaun semasa setelah tanda tangan perjanjian di bank dan penyumbang dana pembaikan akaun tersebut.
Namun begitu, kerajaan negeri melalui Penubuhan Jawatankuasa Task Force, Skim i-PUSH yang er… dimulakan pada tahun awal tahun ini, 2023 telah berjaya mengambil langkah proaktif dengan mengurangkan tempoh menunggu para pemohon Skim i-PUSH ini untuk fasa ke 2 bagi tahun 2023 ini. Ianya hanya mengenai masa selama 3 hingga 5 bulan bagi tempoh pemohonan dibuat oleh pemohon sehingga kelulusan
dikeluarkan yang melibatkan peningkatan sekali ganda pemohonan pada fasa ke-2 ini itu sebanyak 2,415 pemohonan.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Er...malah pada hari ini, seolah-olah kita semua sedang diselubungi satu serkup perangkap yang membantas dan membelenggu kita dalam satu lohong yang gelap tidak berpenghujung. Malaysia dan seluruh dunia diterjah musibah pandemik yang menjadikan seluruh warganya huru-hara dan tidak keruan. Namun begitu, mari kita sama-sama bersyukur atas nikmat Yang Maha Esa kita sekarang dalam keadaan fasa merancakkan kembali sektor ekonomi melalui pelbagai program dan inisiatif untuk pembangunan usahawan khususnya di negeri Pahang. Antara inisiatif dan program yang telah er... dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri terhadap pembangunan usahawan di Pahang adalah yang pertama, pembangunan Food Long Corner, berkonsepkan food court yang mana bertujuan untuk menjadikan sebagai hub usahawan belia.
Pelaksanaan projek tersebut merupakan pilot projek yang mana dibangunkan di daerah Kuantan. Terlebih dahulu bagi menilai sejauh mana keberkesanan inisiatif ini kepada pembangunan usahawan belia. Saya kira, penerangan saya berkaitan inisiatif pembangunan Food Long Corner menjawab soalan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat Kemayan. Di samping itu, Kerajaan Negeri akan menganjurkan program Karnival Hari Usahawan Negeri Pahang sempena minggu PMKS Peringkat Pantai Timur yang akan diadakan pada 23 Jun hingga 25 Jun er... pada tahun ini.
Kerajaan Negeri akan berkolaborasi bersama dengan SME CORP Malaysia bagi melaksanakan karnival ini dengan melibatkan 3 buah negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Tuan Yang di-Pertua, Ketiga, Kerajaan Negeri meluluskan lagi Skim I-PUSH untuk fasa kedua yang kini dalam proses kelulusan dan penyaluran dana pembiayaan kepada 1,518 pemohon yang berjaya diagihkan sepanjang bulan ini bermula bulan Mei hinggalah ke bulan Jun 2023 dengan melibatkan peruntukan baki peruntukan sedia ada berjumlah RM12.85 juta dan peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta dijadikan jumlah keseluruhan RM22.85 juta pada tahun ini.
Seterusnya, Progam Jelajah Usahawan Pahang yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui kerjasama semua Pejabat Daerah dan Tanah serta Pihak Berkuasa Tempatan dengan melibatkan semua jabatan dan agensi yang punya inisiatif atau program bantuan khusus untuk usahawan. Pendekatan ini bertujuan untuk menangani isu ketidaksampaian maklumat kepada masyarakat berkaitan inisiatif, program atau bantuan yang telah disediakan oleh pelbagai jabatan atau agensi khususnya untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Konsepnya adalah sehari bersama usahawan di daerah yang mana setiap jabatan atau agensi yang terlibat akan diberi masa untuk menyampaikan maklumat kepada PMKS yang hadir.
Tuan Yang di-Pertua.
Melalui Jelajah Usahawan yang diadakan kelak, Kerajaan Negeri dapat mengenalpasti usahawan-usahawan yang berpotensi tinggi untuk diketengahkan dan juga dibawa ke Malaysian International Halal Showcase atau MIHAS. Berdasarkan reputasi Kerajaan Negeri dalam MIHAS 2022, negeri Pahang telah dinobatkan Best Pavilion Award MIHAS 2023 er... 2022. Bukan itu sahaja seramai 16 usahawan Pahang telah dibawa ke MIHAS 2022 telah melakar sejarah tersendiri di mana 10 daripadanya telah berjaya menarik pelabur dari luar negara bagi mendapat tempahan dan seterusnya
membekalkan produk mereka berdasarkan permintaan negara tersebut yang mencecah hampir RM1 juta sepanjang berlangsungnya MIHAS 2022.
Selari dengan pencapaian MIHAS 2022, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyertai MIHAS 2023 dengan kapasiti sebanyak 20 usahawan Pahang sebanyak berpotensi untuk produknya dipasarkan ke luar di samping memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan. Yang Berhormat Yang di-Pertua saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan portfolio saya iaitu satu lagi koperasi. Sedikit laporan statistik perkembangan koperasi di Negeri Pahang yang dapat saya laporkan er... untuk tahun 2022. Bilangan koperasi yang telah berdaftar di Negeri Pahang adalah sebanyak 1,146 buah koperasi dengan bilangan keanggotaan seramai 302,884 orang melibatkan syer dan yuran terkumpul berjumlah RM0.44 bilion dan aset terkumpul melebihi daripada RM1.6 bilion.
Perolehan pendapatan gerakan koperasi Negeri Pahang bagi tahun 2022 sebanyak RM0.97 bilion merupakan penyumbang pendapatan kedua terbesar bagi gerakan koperasi di Malaysia selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ini menghampiri sasaran Suruhanjaya Koperasi Pahang yang meletakkan sasaran RM1 bilion pada tahun 2025. Bukan itu sahaja sebanyak 10 koperasi daripada negeri Pahang tersenarai dalam indeks 100 koperasi terbaik di Malaysia bagi tahun 2022.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Berikut 10 koperasi di negeri Pahang yang tersenarai dalam indeks koperasi terbaik di Malaysia iaitu pertama, Koperasi Makmur Malaysia Berhad berada dalam ranking ke-11 kemudian Korporasi Serbaguna Dara Berhad berada di ranking ke-17, Korperasi Felda Sebertak Pahang Berhad ranking ke-45, Koperasi Peserta Felda Sungai Koyan 2 Berhad ranking ke-53, Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pahang Makmur Berhad berada di ranking ke-60, Koperasi Felda Koyan 3 Raub Berhad berada di ranking ke-65, Koperasi Peneroka Felda Keratong 2 Rompin Berhad berada di ranking ke-66, Koperasi Pengguna Pahang Berhad ranking ke-75, Koperasi Serbaguna Daerah Jerantut Berhad ranking ke-86, Koperasi Pekebun Kecil Daerah Jerantut Berhad berada di ranking ke-94. Manakala ada 31 koperasi dari negeri Pahang turut tersenarai dalam indeks 350 koperasi terbaik Malaysia bagi tahun 2022.
Yang Berhormat minta gulung ya.
Okey ya. Fokus Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Pahang adalah untuk pendaftaran dan pembangunan koperasi bagi tahun 2023 melalui kumpulan sasar yang melibatkan belia, wanita, kariah masjid dan juga Orang Asli. SUK Pahang juga berhasrat memberi tumpuan dan menggalakkan koperasi menceburi aktiviti peniagaan berimpak tinggi di samping memberi tumpuan kepada aktiviti agro pertanian dan penternakan bagi menyokong usaha kerajaan dalam isu keterjaminan makanan.
Keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap sektor koperasi terbukti lagi terserlah melalui kelulusan Kerajaan Negeri terhadap cadangan pemberimilikan tanah kerajaan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara Akta 828 atau di bawah Seksyen 10 Akta Tanah Kawasan Penempatan Kelompok 1960 bagi tujuan tapak bangunan, perindustrian dan pertanian kepada syarikat kerjasama koperasi FELDA dalam
kawasan penempatan berkelompok bagi kawasan-kawasan yang telah dibangunkan sahaja.
Ini merupakan…ia merupakan Kerajaan Negeri yang pertama mengambil tindakan seumpama ini sehingga hari ini sebanyak 18 buah koperasi FELDA telah berjaya memenuhi proses permohonan dan telah mendapat kelulusan memiliki pemberimilikan tanah koperasi FELDA yang melibatkan 10 buah koperasi dari Wilayah Mempaga dan 8 buah koperasi daripada Wilayah Kuantan dengan adanya geran pemilikan tanah ini adalah diharapkan ianya dapat meningkatkan lagi jumlah aset koperasi serta memudahkan lagi urusan pembangunan aktiviti koperasi khususnya bagi menyelesaikan isu pelesenan sesetengah aktiviti di negeri Pahang. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Sekali lagi, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat di atas soalan dan cadangan yang telah dikemukakan berkaitan portfolio saya sebagai EXCO FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang dalam sidang Dewan Yang Mulia ini. Tidak lupa juga saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penyediaan dan jawapan bagi menjawab semua soalan-soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian.
Saya percaya semua persoalan dan cadangan berkaitan portfolio saya sebagai EXCO FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Tahan, Yang Berhormat Pulau Manis, Yang Berhormat Jengka, Yang Berhormat Pulau Tawar, Yang Berhormat Kuala Sentul, Yang Berhormat Kemayan, Yang Berhormat Sungai Lembing, Yang Berhormat Cheka yang telah mengemukakan soalan secara bertulis. Segala jawapan berkaitan dengan soalan tersebut akan dikemukakan dan secara bertulis.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Sesungguhnya semua fokus pemerkasaan ekonomi mencerminkan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memastikan usahawan syarikat mampu meneruskan kelangsungan hidup dalam perniagaan. Kerajaan Negeri juga tidak sesekali meminggirkan golongan usahawan mikro er...penjaja kecil selaras dengan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap seluruh rakyat Pahang. Besarlah harapan kita semua, semoga seluruh rakyat Pahang tanpa mengira kaum berusaha ke arah memperkasakan ekonomi negeri pada setiap masa selaras dengan apa yang telah diwariskan kepada kita oleh pemimpin terdahulu.
Seterusnya, saya berharap agar semua cabaran, dugaan dan ujian yang telah kita hadapi dapat dijadikan sebagai pengalaman dan kekuatan untuk kita mengorak langkah lebih jauh lagi. Akhir kata, saya menyokong Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang sempena pembukaan Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang pada 8 Mei 2023. Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat EXCO Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. [Bacaan ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Selamat petang. Salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk membahas Titah Ucapan Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas sokongan dan dorongan tanpa berbelah bagi buat Kerajaan Negeri selama ini di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Bak kata pepatah, Raja dan Rakyat Berpisah Tiada.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Pertama sekali, saya ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada pemimpin yang dikasihi, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Pahang untuk kali yang ke-2. [Ahli Dewan menepuk meja]. Walaupun Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah menghadapi pelbagai ujian, dugaan dan cabaran yang amat hebat tetapi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah berjaya mewujudkan Kerajaan Perpaduan bagi meneruskan kesinambungan untuk terus membantu rakyat dan membawa lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan kepada negeri Pahang yang kita kasihi.
Tahniah juga kepada Yang Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Sharkar bin Shamsuddin dan Yang Berhormat Tuan Lee Chin Chen yang telah dilantik sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Negeri Pahang serta Yang Hormat Dato’ Indera Haji Zulkifli bin Haji Yaacob di atas pelantikan sebagai Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang. Tahniah juga kepada rakan-rakan Wakil Kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negeri Pahang yang Ke-15.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah berjaya membawa begitu banyak perubahan kepada pentadbiran dan peningkatan hasil Kerajaan Negeri Pahang. Buat pertama kalinya dalam sejarah pada tahun 2022, Kerajaan Negeri Pahang telah berjaya memperolehi hasil pendapatan sebanyak RM1.288 bilion, mengatasi sasaran awal sebanyak RM1.036 bilion. Dengan pencapaian yang melebihi RM1 bilion ini Tuan Yang di-Pertua telah banyak, telah meletakkan negeri Pahang sebaris dengan negeri-negeri yang maju yang lain yang mempunyai pendapatan lebih daripada RM1 bilion.
Untuk tahun 2023, Kerajaan Negeri Pahang telah mensasarkan kutipan hasil sebanyak RM1.083 bilion. Negeri Pahang juga telah berjaya membawa masuk pelaburan yang bernilai RM6.7 bilion pada tahun 2020, RM10.5 bilion bagi tahun 2021 dan pada tahun 2022, negeri Pahang berjaya memperolehi pelaburan berjumlah RM20.56 bilion. Angka ini telah melangkaui sasaran yang telah ditetapkan iaitu RM18 bilion. Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kakitangan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang di atas usaha-usaha yang dilakukan secara berterusan serta pencapaian yang amat cemerlang ini. Tahniah saya ucapkan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato' Sri.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Dengan kestabilan politik dan kejayaan negeri Pahang memperolehi pendapatan melebihi RM1 bilion ini telah menyaksikan usaha menjaga kebajikan rakyat dapat dipertingkat dan diperluaskan lagi secara bersasar oleh Kerajaan Negeri Pahang. Saya begitu amat berbangga dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang begitu prihatin terhadap kebajikan rakyat. Sejak tahun 2020, program Rumah Rakyat contohnya, Rumah Rakyat Pahang telah diberikan secara percuma kepada rakyat negeri ini yang betul-betul layak dan memerlukan bagi setiap DUN dan Parlimen dalam negeri Pahang. Bermula dengan hanya 2 unit rumah.
Pada peringkat awalnya yang bernilai RM65,000.00 setiap unit dan kini telah dapat dipertingkatkan kepada lapan unit rumah bagi setiap DUN yang bernilai RM100,000.00 bagi setiap unit. Ini adalah sejajar dengan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang mahu melihat inisiatif ini diteruskan dan bilangan keluasan rumah rakyat Pahang ini dapat kita tingkatkan lagi.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri Pahang telah mewujudkan Bantuan Prihatin Pahang. Sebanyak RM42.4 juta diperuntukkan bagi tahun 2023 berbanding RM34 juta pada tahun 2022 menerusi pelbagai bentuk inisiatif yang diwujudkan melibatkan 4 kluster utama iaitu kluster pelajar dan anak muda, kluster golongan B40, kluster masyarakat umum dan kluster pemberian apresiasi.
Kalau nak sebut, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, begitu banyak sekali. Tapi di antaranya adalah, pertamanya contohnya anak kebanggaan Pahang. Awal lahir pun dah dapat bantuan. Keduanya, bantuan awal persekolahan tanpa mengira agama dan bangsa dan kedudukan. Pelajar SPM, pelajar tahfiz, mahasiswa, mahasiswi, anak yatim, ibu tunggal, nelayan, petani, pemandu teksi, warga emas, pengerusi dan setiausaha JPKK, JPKKOA, Tok Batin, perkahwinan untuk anak muda, juadah makmur, lesen motor anak muda, Pahang Pride Student dan pelbagai lagi inisiatif yang tak dapat saya sebutkan di sini. Semua ini telah membuktikan bahawa setiap daripada peningkatan hasil yang diterima oleh kerajaan selama ini akan dikembalikan semula kepada rakyat dan pembangunan negeri Pahang.
Lebih banyak lagi perancangan-perancangan dan inisiatif-inisiatif akan dilaksanakan sekiranya pendapatan hasil Kerajaan Negeri ini dapat ditambahkan lagi pada masa akan datang, insya-Allah. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang juga tidak pernah melupakan jasa dan komitmen penjawat awam negeri Pahang dalam memastikan agenda pembangunan negeri dan masyarakat dapat dicapai dengan jayanya.
Sebagai penghargaan dan sanjungan tinggi kepada kakitangan awam yang sentiasa mendukung aspirasi serta agenda kemajuan negeri Pahang, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah memberikan bantuan khas kewangan iaitu bonus sebanyak satu setengah bulan gaji kepada setiap penjawat awam di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri yang melibatkan sebanyak RM33 juta bagi tahun 2022.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri. Bahkan, Kerajaan Negeri juga telah memberikan bantuan one-off baru-baru ini sebanyak RM1200.00 kepada 8,000 penjawat awam negeri Pahang baru ini sempena Hari Raya Aidilfitri. Terima kasih kita ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan Yang Berhormat
Tuan Yang di-Pertua. This is Pahang. Pahang1st, dengan izin Yang Berhormat. Tiada janji, lihat bukti, angka yang tidak pernah berbohong.
Kerajaan yang macam mana lagi yang kita nak untuk Kerajaan Negeri Pahang ini. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada isu-isu berkaitan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya.
Sebanyak 137 cadangan projek jalan telah dimohon kepada Kementerian Kerja Raya dan sebanyak 77 cadangan projek jalan telah dipohon kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dalam Rolling Plan yang ketiga, RMKe-12 yang berjumlah anggarannya sebanyak RM38 bilion. Hanya 15 bilangan projek sahaja telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan yang berjumlah anggarannya adalah RM894 juta semasa pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari 2023 baru-baru ini.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat,
Menyentuh tentang keperluan senggaraan Jalan Persekutuan. Tempoh hayat penurapan struktur pavement jalan adalah selama 7 tahun sahaja. Justeru itu, senggaraan berkala struktur pavement ini perlu dilaksanakan dalam tempoh tersebut bagi mengelakkan ianya uzur dan juga mudah rosak. Dukacita, dimaklumkan sejak tahun 2015 hingga 2022, sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, setiap peruntukan yang dimohon hanya diluluskan secara puratanya sebanyak 40% saja sejak daripada 2015. Kiranya peruntukan yang dimohon ini tidak diluluskan, sepertimana yang kita pohon, ianya akan memberi impak yang negatif, seperti peningkatan bilangan jalan yang rosak, peningkatan kos senggaraan setiap tahun, peningkatan kes kemalangan, peningkatan aduan, peningkatan risiko tuntutan ganti rugi dan juga saman terhadap Kerajaan Negeri.
Ini adalah…saya juga merujuk kepada apa yang saya katakan sebelum ini, Tuan Yang di-Pertua. Sekiranya jalan ini kita tak cukup bajetnya, sudah tentu kita akan menghadapi risiko yang lebih besar pada masa hadapan. Untuk tahun ini saja, kita telah memohon RM491 juta dan kita harapkan jumlah yang lebih besar akan diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri untuk bagi membolehkan pembaikan Jalan Persekutuan ini dapat kita adakan dengan lebih baik lagi.
Merujuk kepada soalan ADUN daripada Chini, apakah kesan-kesan kualiti kerja-kerja pembaikan jalan sekiranya permohonan peruntukan yang dipohon itu tidak mencukupi. Sukalah saya nyatakan di sini bahawa sekiranya permohonan peruntukan yang diperlukan itu tidak mencukupi, dia akan melibatkan peningkatan kos senggaraan kepada Kerajaan Negeri setiap tahun.
Yang keduanya, peningkatan kes yang melibatkan kemalangan yang juga boleh melibatkan kehilangan nyawa, ketiganya, peningkatan aduan dan keempatnya peningkatan risiko tuntutan ganti rugi dan juga saman. Bagi peruntukan senggaraan Jalan Persekutuan tahun 2023 sehingga 15 April 2023, JKR Negeri Pahang telah menerima sebanyak RM94.5 juta peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Peruntukan Fasa 1 ini, telah banyak membantu untuk menyelesaikan masalah-masalah jalan yang didapati rosak, yang paling kritikal dan yang memberikan ketidakselesaan kepada pengguna-pengguna jalan raya, yang boleh menyebabkan kerosakan harta benda, kemalangan dan kehilangan nyawa.
Tuan Yang di-Pertua,
Bersama-sama saya ini, yang RM94.5 juta ni, di sini ada 55 senarai projek-projek yang sedang dilaksanakan dan akan dilaksanakan tak lama lagi bagi membolehkan pembaikan Jalan Persekutuan ini dilakukan dengan segera. Diantaranya termasuklah, sebagaimana daripada ADUN Semambu, termasuklah kerja-kerja pembaikan konkrit, pavement di jalan masuk ke kawasan perindustrian Semambu, yang bawah flyover Semambu, dengan izin Yang di-Pertua, yang dijangka siap pada 3 Ogos 2023 nanti. Makna, jalan bawah flyover itu akan kita baik pulih untuk memastikan kelancaran trafik dan juga jalan yang lebih baik sebagaimana yang diadukan oleh banyak netizen-netizen kita, dan ini sebagai salah satu jalan yang ambil oleh Kerajaan Negeri memohon peruntukan dan akhirnya diluluskan, dan kita telah menjalankan kerja tersebut dengan kadar segera.
Yang keduanya, kerja-kerja pembaikan di Jalan Pintasan, Gebeng secara mill and pave, mohon Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, yang dijangka siap pada 31 Mei 2023 dengan anggaran kos sebanyak RM1.579 juta. Yang ketiganya, kerja-kerja pembaikan di Jalan Kuantan-Pelabuhan secara mill and pave, dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dengan anggaran kos sebanyak RM1.11 juta dan kerja ini dijangka siap pada 10 Julai 2023 dan sebagaimana yang dinyatakan oleh ADUN daripada Pancing sebelum ini, bahawa keadaan jalan di Jabor, Jerangau yang didapati tidak disenggarakan dengan baik. Tidak dijalankan langsung juga, hari ini untuk pengetahuan Yang Berhormat Yang di-Pertua dan Sidang Dewan bahawa jalan tersebut telah dibaikpulih dan 90% telah siap, dan kerja kerja untuk mengecat jalan je, mengecat line jalan itu sudah dilaksanakan dan ini akan dijangka siap pada 31 haribulan Mei 2023.
ADUN daripada Beserah boleh lalulah lepas ni. Lalu naik jalan bulatan itu, Jabor-Jerangau itu. Jalan itu dah elok dah, dulu kalau saya pergi sendiri memang saya dapat lihat, jalan itu memang teruk tetapi biasalah. ADUN dari Beserah, kita memerlukan masa untuk memohon peruntukan, dan saya juga berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana dalam Jemaah Menteri telah mendesak supaya peruntukan segera dibagikan, bagi membolehkan jalan-jalan seperti ini dibaiki pulih, dibaik pulih dengan kadar segera kerana memang teruk dan kita mengambil masa yang singkat, peruntukan telah diluluskan. Alhamdulillah, hari ini jalan tersebut kalau Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua pergi, memang…memang first class lah, boleh tengok. Bolehlah ADUN Beserah, kita boleh lawat sama-sama.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Jumlah panjang, untuk makluman Sidang Dewan, jumlah panjang Jalan MARRIS yang didaftarkan pada tahun 2020 adalah sebanyak 30,720 km. Manakala pada tahun 2021, sebanyak 37,022 km. Manakala tahun 2022 telah didaftarkan Jalan Marris sepanjang 43,036 km dan ianya telah berjaya melebihi sasaran 5,000 km pendaftaran baru Jalan MARRIS. Semua kejayaan ini merupakan adalah inisiatif dan usaha keras daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi pendaftaran Jalan MARRIS. Tahniah dan terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar atas kejayaan ini.
Yang Berhormat untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, dalam mesyuarat EXCO ada dinyatakan bahawa kadang-kadang jalan kita ni kadang-kadang lebih pendek dari jalan di Negeri Sembilan. Maknanya kita telah, Yang Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar telah mengarahkan pihak JKR supaya mendaftarkan lebih banyak jalan lagi, saya masih ingat. Dan akhirnya hari ini, dengan panjang jalan 43,000 km ini, lebih banyak lagi peruntukan yang masuk kepada Kerajaan Negeri dan bagi membolehkan
kita mengawal selia dan menyenggara jalan negeri ini dengan lebih baik lagi. Sehingga 15 April 2023, JKR Negeri Pahang juga telah menerima peruntukan sebanyak RM90 juta untuk kerja penyelenggaraan jalan negeri dan jalan kampung.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Ni nak abis dah, kerja berkenaan dengan JKR. Jadi saya nak memberi jawapan sikit ADUN, jawapan dia kepada er… ADUN Tanjung Lumpur berkenaan dengan JKR ni. Isu keselamatan pelajar ataupun isu keselamatan pelajar berkaitan dengan jejantas. Tiada jejantas. Untuk makluman, dia tak ada pula ni. ADUN Tanjung Lumpur, pihak JKR melalui Bahagian Perancang Ekonomi telah mengangkat semula permohonan projek ni dalam Rolling Plan Keempat, Rancangan Malaysia Ke-12 bagi pertimbangan dan kelulusan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia dan KKDW kelak. Mudah-mudahan permohonan kita ini mendapat restu daripada Allah SWT dan diberikan kejayaan. Semoga pembinaan jejantas lintasan pejalan kaki ini dapat dilaksanakan. Jalan yang dinyatakan oleh ADUN daripada Tanjung Lumpur.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya juga amat menjunjung kasih di atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang telah menitahkan satu penubuhan task force bagi membaiki segera jalan-jalan yang rosak di dalam negeri ini. Insya Allah, task force ini akan dilaksanakan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Menyentuh tentang pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur, ECRL dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, telah melibatkan beberapa buah daerah di negeri Pahang iaitu daerah Kuantan, Maran, Temerloh dan juga Bentong, dan ianya juga sedang rancak dilaksanakan. Kemajuan kerja, sejak projek ECRL di Pahang sehingga 30 April 2023 telah mencapai sebanyak 42.96% menepati jadual pelaksanaan. Insya-Allah projek ini dijangka siap pada Disember 2026 dan dijangka beroperasi pada tahun 2027.
Kerajaan Negeri Pahang sentiasa memantau pelaksanaan projek ECRL di negeri Pahang secara komprehensif dan juga secara berkala. Mesyuarat koordinasi secara berlainan diadakan bagi membincang dan menangani segala isu yang berbangkit untuk memastikan kerja-kerja pembinaan dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah kita tetapkan. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Pahang juga telah memberikan perhatian yang serius dalam aspek kebajikan rakyat Pahang yang terlibat dalam pelaksanaan Projek ECRL.
Antaranya adalah dengan memastikan setiap pembayaran pampasan yang setimpal diberikan kepada semua pemilik tanah yang terlibat dalam projek ECRL ini. Yang Hormat Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman sidang Dewan, pembinaan ECRL mempunyai beberapa fasa. Untuk makluman fasa 1 merupakan pengambilan tanah tambahan sepanjang jajaran, maknanya dari Kelantan turun ke Terengganu, maksudnya jajaran sahaja sampailah ke Gombak dan Fasa 2A pula merupakan pengambilan tanah tambahan sepanjang jajaran tersebut sekiranya terdapat perubahan dalam reka bentuk.
Dan fasa 2B merupakan pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan stesen- stesen serta jalan masuk ke stesen- stesen tersebut. Dalam fasa 2B inilah terdapat 204 lot tanah milik persendirian yang terlibat dalam proses Pengambilan Tanah. 52 lot di
Kuantan, 174 lot di Maran, 1 lot di Temerloh, 17 lot di Gebeng manakala terdapat 73 lot adalah tanah milik kerajaan. Satu lawatan tapak akan dimulakan pada 15 Mei 2023 yang melibatkan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan juga Jabatan Pengurusan Penilaian Harta untuk mengesahkan penandaan lot. Dalam proses Pengambilan Tanah bagi maksud awam, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Gelian Persekutuan (JKPTG) telah menggariskan tindakan yang perlu dilaksana pada peringkat pra pengambilan, semasa pengambilan dan pasca pengambilan. Prosedur ini diguna dan dipatuhi oleh Kementerian, Jabatan Pengguna KPJ dan juga Pentadbir Tanah. Kerajaan Negeri berharap agar.
Yang Berhormat, minta gulung ya.
Sikit lagi, boleh ya.
Okey.
Kerajaan Negeri berharap agar pengambilan tanah ini tidaklah menjadi isu yang besar kerana projek ECRL akan lebih banyak mendatangkan kemudahan dan manfaat kepada negara ini khususnya kepada kejayaan dan kemakmuran negeri Pahang serta untuk rakyat negeri Pahang. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Pahang juga memberikan perhatian yang serius dalam memastikan bayaran saguhati atau ek-gratia diberikan kepada penduduk kampung dan juga masyarakat Orang Asli yang terjejas dari segi pendapatan kerana kawasan pertanian dan perusahaan ternakan ikan sangkar yang terlibat dalam projek pembinaan ECRL.
Yang Berhormat Tuan di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Bandaraya Kuantan, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan kajian dan percubaan penggunaan sistem lampu isyarat pintar. Beberapa siri perbincangan telah diadakan sebelum ini dan menetapkan sasaran pengurangan 25% hingga 30% kesesakan lalu lintas di setiap persimpangan yang terlibat di Bandar Kuantan yang mempunyai traffic light dengan izin Yang di-Pertua. Kita sedang melaksanakan kajian dan percubaan di tiga lokasi persimpangan lampu isyarat.
Yang pertamanya, persimpangan lampu isyarat KotaSAS sehingga persimpangan lampu isyarat Indera Mahkota bersebelahan Restoran Mohd Chan. Yang keduanya, persimpangan lampu isyarat JUPEM - Jalan Beserah sehingga persimpangan lampu isyarat Jalan Teluk Sisek simpang Tanjung Lumpur dekat jambatan Tanjung Lumpur tu dari JUPEM sampai Tanjung Lumpur Lampu isyarat yang bersambung sambung tu Kita nak pastikan supaya kelancaran trafik.
Yang ketiganya, persimpangan lampu isyarat Jalan Kuantan-Bypass iaitu persimpangan Semambu yang di POLISAS tu, Semambu di bawah tu dan juga persimpangan Permatang Badak. Ini kita nak tengok kesan daripada kajian tersebut dan perlaksanaan sistem traffic light pintar. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sikit
lagi la…ya kesihatan sebab saya tak sentuh kesihatan. Jadi saya nak memberitahu terdapat 17 projek pembangunan fizikal sedang dilaksanakan dalam Negeri Pahang.
Yang pertamanya, pembinaan Klinik Kesihatan dengan kuarters di Sungai Soi, Kuantan dengan kos RM32.4 juta. Keduanya, pembinaan Klinik Kesihatan di kuarters Bukit Ibam, Rompin dengan kos RM14 juta. Ketiganya, tambahan blok Hospital Jerantut dengan kos RM41 juta. Keempat, ubah suai Dewan Bedah Hospital Jengka dengan kos RM13.4 juta. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, tahun 2023 juga telah melakar sejarah bagi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dengan bermulanya perkhidmatan bersalin yang dinaik taraf di Klinik Kesihatan Tekek Pulau Tioman. Boleh bersalin di Pulau Tioman dah maknanya hari ini.
Pelaksanaan ini tidak mungkin berjaya tanpa dengan kerjasama erat daripada Kerajaan Negeri Pahang. Kerajaan Negeri Pahang telah menyalurkan sendiri peruntukan sebanyak RM2.93 juta melalui Majlis Ugama Islam Pahang dan Lembaga Pembangunan Tioman bagi membekalkan peralatan perubatan yang lengkap supaya penduduk di Pulau Tioman dapat akses yang lebih mudah kepada perkhidmatan bersalin bagi ibu mengandung dengan risiko yang bersesuaian tanpa perlu berusaha payah naik bot untuk ke Rompin ataupun ke Mersing.
Tuan Speaker, saya nak minta sikit celah, boleh? sikit permintaannya saya nak ucap terima kasih di Pantai Tengku, ni ada satu.
Duduk Tioman ke?
Tak-tak. Saya pasal pasal klinik-klinik tadi eh. Saya nak celah sikit ni saya nak minta di Pantai Tengku ni…di Kampung Chegar Perah dah dapat klinik yang baru. Tapi isunya ambulans tak adalah. Jadi orang kampung pesan dekat saya tadi cakap sikit dalam Dewan. Jadi saya cakap la ni, tolong pertimbangkan sikit. Terima kasih.
Insya-Allah, kita ambil perhatian tentang permohonan Padang Tengku ni..ada yang mencatitlah dalam ni daripada Jabatan Kesihatan Negeri, Pengarah Kesihatan Negeri pun ada. Terima kasih Pengarah. Kerajaan Negeri Pahang juga akan menaik taraf perkhidmatan bersalin di Klinik Kesihatan Perwira Jaya, Felda Selancar Rompin, Klinik Kesihatan Sungai Ular, Kuantan yang merangkumi kerja membina pusat bersalin baru dengan peruntukan RM1.72 juta untuk setiap polisi yang merangkumi kos pembinaan, perolehan aset perubatan moden, penamatan ambulans baru di Klinik Kesihatan tersebut.
Naik taraf ini dijangka selesai pada 2023…September 2023. Jabatan Kesihatan Negeri Pahang juga komited dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan sedia ada. Dari tahun 2020 hingga 2023, 5 buah Klinik Desa telah dinaik taraf iaitu Klinik Kesihatan Temai, Klinik Kesihatan Kuala Wau, Maran, Klinik Kesihatan Kuala Tekai, Temerloh, Klinik Kesihatan Kuala Labu, Jerantut dan Klinik Kesihatan Kampung Chegar Perah, Lipis sebagaimana yang dinyatakan oleh sahabat saya tadi. Chegar Perah tiada ambulans je.
Dalam masa yang sama keperluan naik taraf Klinik Desa dan Klinik Kesihatan sedia ada juga akan disemak dari semasa ke semasa sejajar dengan keperluan semasa. Sedikit lagi Yang Berhormat Yang di-Pertua. Dua minit je.
Selain daripada projek-projek di atas, penggantian alat baru, pertambahan alat baru juga terus giat diusahakan di seluruh hospital-hospital berpakar. Yang pertamanya, mewujudkan perkhidmatan CT Scan di Hospital Pekan dan juga Hospital Bentong. Kedua, mewujudkan perkhidmatan mamogram di Hospital Kuala Lipis dan penggantian mamogram di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan yang telah berusia lebih daripada 15 tahun. Ketiga, mewujudkan perkhidmatan angio biplane bagi proses perimejan angiografi untuk rawatan penyakit jantung. Alhamdulillah.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Dalam perkhidmatan kesihatan Jabatan Kesihatan Pahang telah mewujudkan 3 Hospital Kluster saya nak beritahu. Yang pertamanya Hospital Kluster Pahang Timur yang terdiri daripada Hospital Tengku Ampuan Afzan. Yang keduanya Hospital Pekan, Hospital Rompin dan Hospital Muadzam Shah. Kluster Pahang Tengah terdiri daripada Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, Hospital Bera, Hospital Jengka, Hospital Jerantut dan Hospital Bentong manakala yang ketiga Hospital kluster Pahang Barat yang terdiri daripada Hospital Kuala Lipis, Hospital Cameron Highlands dan juga Hospital Raub.
Saya menjawab daripada ADUN Ketari yang menanyakan bahawa Hospital Bentong ni…yang sebenarnya Hospital Bentong ni adalah Hospital Pakar Minor maknanya Hospital Pakar Minor dah. Dah dikategorikan kerana dia ada 6 pakar, ada Etegori Department pakar di situ. Maknanya Hospital Bentong ni bagaimana yang disuarakan ADUN Ketari memohon hospital baru, hospital pakar baru tak perlulah maknanya Hospital Bentong tu dah dikategorikan sebagai Hospital Pakar Minor. Hospital Pakar jugalah. Tujuan Jabatan Kesihatan mewujudkan inisiatif hospital kelas...
Hospital ini untuk makluman Sidang Dewan adalah untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, bersepadu melibatkan semua hospital dalam kluster melalui sistem pengurusan perkhidmatan yang lebih efisien. Inisiatif ini dapat memberikan akses kepada perkhidmatan kepakaran kepada penduduk seperti lawatan pakar dalam pelbagai bidang di semua hospital-hospital terbabit dalam kluster masing-masing dan juga bagi meningkatkan lagi pengurusan dan pembangunan sumber manusia.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat... Ahli Dewan, terdapat beberapa kategori hospital di Negeri Pahang untuk makluman. Pertamanya, hospital negeri iaitu Hospital Tengku Ampuan Afzan yang mempunyai kepakaran melebihi 25 jenis kepakaran. Yang keduanya, hospital berpakar major iaitu Hospital Sultan Haji Ahmad Syah Temerloh yang mempunyai 15 kepakaran. Yang ketiga, Hospital Berpakar Minor iaitu Hospital Kuala Lipis dengan 14 kepakaran, Hospital Pekan dengan lapan kepakaran, Hospital Bentong dengan tujuh kepakaran. Maaf tadi saya cakap enam, tujuh sebenarnya.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang akan sentiasa mengambil tindakan yang proaktif dalam memujudkan
dasar-dasar dan program-program yang akan memberikan manfaat kepada seluruh rakyat negeri Pahang. Pelbagai strategi dalam melengkapkan kemudahan asas rakyat yang melibatkan jalan negeri, Projek Laluan Rel Pantai Timur, ECRL dengan izin Yang di-Pertua, projek penyenggaraan berskala kecil dan juga besar melibatkan sekolah, pejabat, jambatan dan sebagainya. Adalah diharapkan dapat dimanafaatkan sebaiknya oleh rakyat negeri Pahang.
Saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi merakamkan setinggi -tinggi paharagaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan yang tak dapat saya nyatakan di sini satu per satu dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan juga Kesihatan…dan saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada semua pegawai-pegawai serta kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan Persidangan Dewan pada kali ini.
Dengan segala peruntukan dan perancangan yang telah disediakan yang akan dilaksanakan nanti, sudah tentu akan lebih memaju, mensejahtera dan memakmurkan lagi Negeri Pahang Darul Makmur. Insya-Allah, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Ahli Dewan tepuk meja)
Terima kasih, Yang Berhormat EXCO Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang. Seterusnya saya menjemput EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Bismillahirahmanirrahim... [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Pertamanya kita melafazkan syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan inayah-Nya kita pada minggu ini dapat berhimpun di dalam Dewan Yang Mulia bagi menunaikan tanggungjawab kita bersama-sama dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang untuk kita melaksanakan tanggungjawab kepada negeri kita, kepada rakyat dan anak bangsa ini, moga segalanya dapat rahmat dan daripada Allah SWT.
Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kesisi Kebawah Duli Tuanku Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah berkenan berangkat bercemar duli merasmikan Persidangan Dewan kita pada tahun ini. Sudah tentulah dengan keberangkatan Kebawah Duli Tuanku tambah memberi semangat kepada Kerajaan Negeri bahkan kepada Ahli-ahli Dewan untuk terus berbakti kepada Negeri Pahang Darul Makmur dengan sebaik mungkin.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan,
Saya mengucap syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan inayah-Nya juga dapat bersama dengan rakan-rakan turut serta untuk di dalam Sesi Penggulungan untuk menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan ADUN. Saya mengambil kesempatan juga untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke sisi Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar Pahang yang telah dilantik sebagai Menteri Besar dan dipilih sekali lagi. Sesungguhnya ini adalah bukti kepercayaan daripada rakyat dan juga daripada Ahli-ahli Dewan di atas kesungguhan semai bakti
yang telah dibuktikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kepada negeri ini dan kepada rakyat Negeri Pahang.
Sudah tentulah kita memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan kesisi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan juga ke semua Ahli-ahli Dewan untuk berbakti kepada rakyat dengan sebaik mungkin.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan,
Saya ingin mengambil kesempatan menyatakan sesungguhnya portfolio agama ini telah dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin adalah kerana usaha murni dan pelbagai resolusi positif yang telah dikemukakan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar Pahang kepada Negeri Pahang Darul Makmur di dalam pelbagai siri untuk memperkasakan agama seumpama kata tidak memadai dengan bantuan-bantuan yang bersifat one off tetapi juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang selama ini telah berusaha untuk memastikan Hal Ehwal Agama ini dapat dilaksanakan dengan baik dan dibentangkan dengan persetujuan Dewan secara sebulat suara.
Pelbagai RUU telah dibentangkan yang berkaitan dengan pentadbiran Islam, berkaitan dengan pendidikan Islam, jenayah syariah dan penyebaran agama selain daripada apa yang telah dipersetujui di dalam Dewan Yang Mulia ini. Alhamdulillah, ini adalah bukti kesungguhan Kerajaan Negeri Pahang untuk memperkasakan agama Islam di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, mudah-mudahan usaha murni ini diberkati oleh Allah SWT dan diberi jalan yang lebih luas untuk kita memperkasakan agama dengan sebaik mungkin.
Baru baru ini saja kita tengok bagaimana Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah turun padang dan pergi ke Masjid Negeri menyantuni bakal-bakal haji yang seramai lebih daripada 1,200 orang untuk mereka menunaikan ibadat haji. Bukan sahaja mereka didoakan dan diberikan iringan nasihat dan peringatan yang murni untuk mereka melaksanakan ibadat dengan baik dan sempurna, bahkan mereka disantuni dengan sedikit sebanyak peruntukan bagi meringankan beban dan usaha murni mereka menunaikan ibadat rukun Islam yang kelima yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada seorang muslim.
Yang Berhormat.... Yang di-Pertua Dewan,
Kita juga bersyukur ke hadrat Ilahi, institusi agama ini dijagakan dengan sebaik mungkin apabila sekolah-sekolah agama diperkasakan. Kita hanya memiliki 18 buah sekolah agama tetapi kita memberi komitmen yang sebaik-baiknya. Semoga kualiti-kualiti yang ada di sekolah agama itu dapat diperkasakan dengan sebaik mungkin. Seumpama kata, kita telah menaik taraf seramai 100 orang guru-guru sementara dijadikan guru-guru Contract of Service dengan izin iaitu mereka ini diberikan gaji dan juga elaun serta keistimewaan yang dimiliki oleh penjawat-penjawat awam yang lainnya.
Dato' Sri... Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya juga ingin menyatakan di dalam Dewan Yang Mulia ini alhamdulillah, di dalam jangka masa yang terdekat ini, pihak Universiti Al-Azhar telah menerima dan sudi untuk menerima kedatangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di dalam menyatakan Memorandum Persetujuan Kerjasama untuk diteruskan di antara Universiti Islam Pahang dengan Universiti Al-Azhar bagi memastikan pelajar-pelajar
kita dapat diterima terus untuk mengambil pengajian di Universiti Al-Azhar dan juga untuk meneruskan Sistem Muadalah ataupun Terima Belajar untuk menyambung di Universiti Al-Azhar bagi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang Darul Makmur.
Yang berhormat Timbalan Yang di-Pertua,
Ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana pada ketika ini pelajar-pelajar yang ingin menyambung ke Universiti Al-Azhar bukan sahaja mereka perlu mengambil Sijil STAM. Sijil Tinggi Agama yang telah diuruskan oleh Kementerian Pendidikan Negara kita, tetapi mereka perlu melalui temu duga khusus... melalui Imtihal Qabul, peperiksaan penerimaan daripada pihak Universiti Al-Azhar yang agak sukar dan sulit. Ramai pelajar-pelajar di negara kita yang tergendala dan terkandas untuk menyambung pembelajaran mereka ke Universiti Al-Azhar.
Saya bagi pihak Jabatan Agama Islam Pahang dan Pentadbiran Agama Negeri Pahang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada usaha murni Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Dato’ er… Menteri Besar Pahang selaku wakil daripada Jelai. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, kita juga bersyukur ke hadrat Ilahi di bawah portfolio Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, kita telah memperolehi peruntukan…
Er… Dato’ Tuan Speaker, sebelum EXCO pergi ke tajuk yang lain, saya nak balik pasal sekolah agama tadi yang disebutkan bahawa kita meningkatkan guru-guru dan sebagainya. Saya ucapkan terima kasih. Tapi ada persoalan yang saya timbulkan, saya tunggu jawapannya, tak dapat lagi iaitu di Padang Tengku ini masalah yang saya timbulkan itu, guru yang kritikal dalam Bahasa Inggeris.
Terima kasih. Itu ADUN apa ADUN er… Padang Tengku. Saya ni baru mukadimah sughro belum mukadimah kubro iya ini permulaan yang kecil belum lagi permulaan yang besar, jadi kita bermalam di Mina malam ni.
Ah…takpelah gitu sebab dah pergi ke luar bandar tadi jadi saya takut ia takkan disentuh. Okey takpe saya tunggu saya tunggu.
Iyalah akan sampai…akan sampai.
Saya tunggu
Akan sampai. Yang Berhormat Yang di-Pertua er… Dewan Negeri Pahang, kita bersyukur ke hadrat Ilahi, Kementerian Luar Bandar dan Desa juga telah memperuntukkan sebanyak lebih RM400 juta untuk projek-projek pembangunan luar
bandar bagi melaksanakan 127 projek di seluruh daerah di Negeri Pahang Darul Makmur. Mudah-mudahan dengan adanya peruntukan ini dapat mengembangkan lagi pembangunan masyarakat di luar bandar dan sesungguhnya peruntukan ini telah men…er…menunjukkan satu peningkatan sebanyak RM15 juta berbanding dengan tahun yang lalu.
Saya juga ingin menyatakan er…di dalam Dewan Yang Mulia ini bagi menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan Dewan seumpama er… daripada er…Tanjung Lumpur dan juga daripada Chenor yang mempersoalkan tentang imam yang telah uzur ataupun tidak berupaya dan tidak bermaya untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai imam di masjid-masjid yang tertentu.
Sebenarnya imam-imam ini bolehlah dicadangkan oleh pihak kampung ataupun ahli kariah melalui Jawatankuasa Masjid ataupun daripada JKK kepada pejabat agama untuk er… di apa istilahnya dengan izin di renewkan dengan cadangan-cadangan imam yang baru untuk ditemu duga dan dicalonkan kepada Jabatan Mufti dan Majlis Agama, jika sesuai mereka bolehlah digantikan. Itu pilihan yang pertama ataupun pilihan yang kedua, Jabatan Agama sentiasa meneliti dan memantau jika ada masjid-masjid yang sedemikian rupa, kita akan latihkan terlebih dahulu ataupun kaunselorkan supaya mereka dapat menunaikan er… tugas mereka sebagai imam di masjid dengan sebaik mungkin.
Ada juga sebahagian masjid er…Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, yang mana mereka itu kampung itu memang tidak ada. Itu sahaja dah yang adanya. Cari di tanah, cari di rumah, cari di atap, itulah yang paling alim dan lebainya. Maka bak kata pepatah arab “aljud fil mawjud”, apa yang ada itulah yang kita pakai dan guna untuk kita jadikan imam dan tidak ada jadi masalah seandainya kebetulan saya pergi di situ, apalah salahnya saya membantu tok imam itu atau pun ust… Yang Berhormat daripada Chenor kebetulan sembahyang di situ, apalah salahnya membantu imam itu untuk dia bertugas dan juga Jabatan Agama insya-Allah akan terus memantau dan memastikan hal ini.
Dalam waktu yang sama, Kerajaan Negeri telah meminta Jabatan Agama menyediakan satu kertas yang apa…yang apa dapat memberikan satu resolusi yang terbaik bagaimana kita nak memastikan imam-imam masjid kariah ini supaya mereka lebih berupaya dan dapat melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya.
Yang Berhormat er…Yang di-Pertua Dewan,
Merujuk pula kepada soalan sahabat saya daripada DUN Luit yang menanyakan tentang er… status perlaksanaan projek Masjid Kampung Lubuk Paku dan Masjid Kampung Batu di DUN Luit serta penjelasan tentang status tanah bagi masjid Ulu Luit, Maran. Projek ini, projek ini telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk menamatkan kontrak projek secara penamatan bersama. Penamatan bersama dengan kontraktor akan ditandatangani setelah terma dan syarat perjanjian dipersetujui oleh Jawatankuasa di per…peringkat JKR Malaysia.
Maksudnya benda ini di bawah teknikal JKR bukan di bawah teknikal Jabatan Agama tapi saya jawab bagi pihak er…sahabat saya apa namanya yang menguruskan soal JKR. JKR Pahang masih menunggu keputusan jawatankuasa untuk penamatan bersama. Insya-Allah saya akan usaha dan luangkan masa, saya akan ajak Jabatan Agama dan JKR akan pergi ziarah ke masjid ini untuk memastikan supaya benda ini dapat dilaksanakan dengan sebaik- baiknya. Tentang status bagi masjid Ulu Luit,
Maran, pihak MUIP telah mengemukakan permohonan kepada pejabat tanah agar er… status tanah itu dapat apa dipersetujui dan diluluskan.
Merujuk pula kepada sahabat saya daripada Padang Tengku yang menyoalkan tentang ketiadaan guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku. Sebenarnya bukan teda… bukan tiada guru Bahasa Inggeris ini dia…dinaikkan pangkat dan terpaksa berpindah. Pangkat yang di apa di… diamanahkan kepada cikgu ini tidak ada tempat di Padang Tengku kerana tempat itu telah dipenuhi jawatannya…jadi terpaksa dipindahkan kepada ke Sekolah Menengah Agama Batu Talam.
Namun demikian, di atas kerana sekolah agama ini YDP PIBG dia ADUN Pulau Tawar, maka Jabatan Agama telah menggantikan 3 orang guru. Keluar seorang, ganti 3 Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua iaitu seorang guru BM, Geografi dan Ekonomi, seorang guru Bahasa Inggeris, Sains dan Biologi dan seorang lagi guru Sejarah dan Sains. Mudah-mudahan dengan penggantian 3 tokoh orang guru ini dapat membantu hasrat Sekolah Menengah Agama Padang Tengku untuk mempertingkatkan nilai pendidikan anak-anak mereka di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya merujuk kepada persoalan yang dikemukakan oleh sahabat saya daripada Kuala Sentul iaitu tentang sekolah agama KAFA di apa namanya di Kuala Sentul. Sekolah agama KAFA ni sebenarnya tak ramai murid dia. Cuma kita izinkan mereka er… melaksanakan pembelajaran mereka Tahun 1 ada 17 orang murid, Tahun 2 ada 13 orang murid, Tahun 3 ada 11 orang murid, Tahun 4 ada 8 orang murid dan Tahun 5 ada 8 orang murid. Sebanyak 4 kelas KAFA dijalankan di Kuala Sentul iaitu 2 kelas di Madrasah Al-Amin dan 2 kelas di surau lama.
Asalnya betullah kata di sahabat saya, 2 kelas ini dilaksanakan di sekolah yang apa berhampiran tetapi dipindahkan ke surau kerana surau itu saya dah tengok lebih selesa ada aircond dan sebagainya dan disediakan kerusi meja yang cukup dan apa namanya boleh memadai untuk apa er… mereka belajar dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pendidikan di sekolah KAFA berkenaan. Mengenai guru, guru telah dilan…dilantik lebih daripada keperluan yang sepatutnya yang ada.
Boleh mencelah?
KAFA, ya…sila, sila.
Er…pemindahan yang di surau itu adalah penye… penyelesaian sementara apabila kita telah berbincang dengan Jabatan Agama Islam Maran.
Terima kasih. Untuk mendapat bangunan yang baru pihak pentadbiran sekolah ataupun JKK ataupun apa Pejabat Agama boleh membuat permohonan kepada JAKIM dan Majlis Agama supaya dapat membina bangunan baru sebagaimana
sekolah-sekolah KAFA yang lain. Tetapi benda ini memerlukan kepada proses dan waktu supaya peruntukan itu dapat diturunkan oleh pihak JAKIM kepada Kerajaan Negeri dan kita akan bersedia untuk melaksanakan bangunan yang baharu.
Yang Berhormat er… Yang di-Pertua Dewan,
Merujuk kepada persoalan daripada sahabat saya, Chenor er… tentang membangkitkan isu er… masalah akaun masjid beku. Kalau sahabat saya, ADUN Chenor tak boleh bantu bawa pengerusi surau dan masjid itu ke bank, saya akan suruh Jabatan Agama pergi. Kalau Jabatan Agama tak nak pergi, saya pergi ni esok. Bawa pengerusi masjid itu pergi berpakat dengan pegawai bank. Saya pun pelik juga apa pasal pengurusan masjid ini sampai ini silap… silap surau dia ni pun beku agaknya.
Jadi, apa itu pun heran bin ajaib. Tak sewajarnya sebagai pentadbiran kampung yang ada sampai jadi begitu. Tetapi insya Allah dengan berkat kerjasama kita minta Pejabat Agama dan rakan-rakan di Chenor untuk pergi tengok dan bantu. Sahabat saya daripada Chenor juga bertanya tentang status pembinaan asrama sekolah agama Chenor. Kita bukan nak bina sekolah agama Chenor sahaja.
Kita ada Sekolah Agama Al-Ihsan, kita ada Sekolah Agama Guai, kita ada Sekolah Agama Pulau Tawar dan kita ada Sekolah Agama Padang Tengku dan kesemua ini telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang untuk dibina asrama dan Guai untuk dibina apa namanya Dewan Makan. Insya Allah apa namanya proses-proses untuk pemindahan telah mula dilaksanakan. Paling lewat akhir tahun, kita harap tidak akhir tahun. Dalam bulan 10 ke bulan 11, kerja penyerahan projek kepada kontraktor-kontraktor yang telah dikenalpasti oleh pihak JKR dapat dilaksanakan maklumlah Jabatan Agama tidak ada kepakaran untuk menyediakan apa pelan, nak menyediakan siapa orang yang boleh, siapa orang yang tak boleh. Kita tak kenal.
Jadi JKR yang akan bantu Jabatan Agama insya Allah, mudah-mudahan terdirilah asrama itu sebagai mana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Juga dipersoalkan oleh Chenor tentang status Masjid Chenor, Masjid Chenor tetap masjid daerah sebagai mana yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri semenjak dulu lagi. Bahkan kerajaan negeri telah meluluskan Masjid Lama Lipis dijadikan masjid sejarah dan masjid daerah. Dia asalnya masjid negeri. Dan juga Masjid Koyan dan Masjid Benta serta Masjid Jengka sebagai masjid daerah juga, Dato' Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Merujuk kepada persoalan yang dibangkit oleh Bukit Ibam. Tentang Tok Imam ni.
Boleh dapat penjelasan sikit?
Sila-sila.
Saya mengalu-alukan jawapan yang telah dikemukakan. Cuma saya tengok apakah sebab satu daerah itu kadang dua atau tiga yang diisytihar sebagai masjid daerah. Jadi apakah memang statusnya begitu ataupun memang hanya satu daerah itu satu masjid daerah. Sebab saya lihat macam contoh Jengka, kita ada dua masjid daerah. Masjid lama itu diistihar sebagai masjid daerah, kemudian masjid baru pun diisytihar sebagai masjid daerah. Benta pun sama. Di Lipis masjid daerah, kemudian di Benta pun diisytihar sebagai masjid daerah. Apakah ini memang kelaziman biasa ataupun ada minta penjelasan sikit.
Terima kasih Dato' daripada Cheka yang menyoalkan tentang kenapa setengah daerah ada dua…ada tiga. Sebenarnya, kita sedang usaha untuk meningkatkan masjid ini daripada masjid kariah kepada masjid daerah. Berdasarkan kepada keupayaan dan kemampuan kita dari semasa ke semasa. Tidak mestinya daerah ini kena ada dua, daerah itu kena ada tiga, daerah ini kena ada satu saja. Kita konsisten, istiqamah untuk menaiktaraf masjid ini dari semasa ke semasa. Insya Allah berkat kerja kuat Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, dan rakan-rakan EXCO dan dokongan ahli-ahli Dewan semua, mungkin banyak lagi masjid yang kita akan naiktarafkan. Dato' Sri Yang di-Pertua, merujuk kepada sahabat saya daripada Bukit Ibam yang menanyakan tentang elaun, Guru KAFA yang katanya diumumkan untuk naik RM100.00. Memang benar, ini yang telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan baru baru ini. Kalau tak silap, pada Februari yang lalu.
Jadi untuk menguruskan apa namanya pembayaran ini tidaklah semudah itu. Saya rasa Kerajaan Persekutuan mengambil sedikit masa dan ruang. Kita tunggu jelah. Bila dia transfer nanti kepada Pejabat Kewangan Negeri, pegawai Kewangan Negeri tidak akan peram dan jadikan duit itu tapai. Insya Allah akan ditransferkan secepat mungkin. Dan kami ini kalau boleh maknanya, kata ada je, kun je, faya kun selalu. Maknanya sampai saja duit itu terus kita deliver kepada dengan izin kepada Guru KAFA yang selayaknya menerima itu insya Allah, dan juga...
Yang Berhormat, minta gulung ya Yang Berhormat.
Gulung ya. Saya baru bentang. Minta maaf, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya berusaha untuk cuba gulung. Cuma sahabat saya daripada Ibam ini juga bertanya tentang imam-imam masjid yang surah yang bertaraf. Imam-imam surau yang menunaikan Sembahyang Jumaat. Boleh tak diberi elaun? Boleh. Tapi dengan syarat jawatankuasa masjid surau itu memohon surau dia itu untuk dinaiktaraf jadi masjid… buatlah kerja sikit, buat permohonan melalui pejabat agama pejabat agama…naikkan ke apa?
Naikkan kepada jabatan, jabatan akan bawa kepada mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang dipengerusikan oleh Mufti, kita minta Mufti cepatkan kelulusan itu, imam tu bolehlah kita syorkan kepada kerajaan persekutuan untuk diberikan elaun sebagaimana imam yang lain. Banyak lagi ni, saya rasa yang tercicir yang tertinggal tu saya akan jawab secara bertulis, saya minta maaf kepada rakan-rakan dewan
bukan saya tak nak bermalam di Mina ataupun di Muzdalifah tapi apakan daya Dato' Sri Soffi dah mengasah parang jadi kita apa-apa, Yang Berhormat Benta saya...
Speaker, saya minta sikit laluan ni sorrylah ke Mina ke dan sebagainya…tadi saya ni bukan saya baru rujuk saya keluar tadi saya rujuk dengan Pengetua tentang isu guru ni…kita bukan bertujuan untuk mempertikaikan jabatan tapi sebagai penduduk ataupun wakil rakyat di situ saya perlu ambil perhatian ni. Memang guru yang keluar di Padang Tengku ni 6 orang digantikan dengan 4 orang sebagaimana disebutkan oleh EXCO tadi, tak termasuk guru Bahasa Inggeris yang dipaksa mengajar ni guru Matematik dan Sains paksa mengajar Bahasa Inggeris sedangkan guru yang diambil tu guru Bahasa Inggeris digantikan dengan guru Bahasa Arab, jadi saya nak minta sekejap dah saya nak minta tolong kalau kita tukar.
Saya yang membenar ke? ada yang membenar ni…Yang di-Pertua.
Tak, saya yang membenar saya suruh saya nak sampaikan laporan yang baru dapat tadi...
Yang Berhormat, Yang Berhormat minta ahli dari pihak.
Saya faham Dato', isu yang dibangkit Yang Berhormat Yang di-Pertua oleh ADUN Padang Tengku iaitu kekosongan guru Bahasa Inggeris, guru Bahasa Inggeris telah diganti, dia mengajar 2, 3 subjek itu biasa, saya pun pernah jadi cikgu…saya ajar Tauhid, Adab Dan Nusus itu mata pelajaran sastera Klasik Arab saya pernah juga mengajar mata pelajaran Fiqah itu pelajaran yang berkaitan dengan hukum syarak berbeza langsung dan pengetua saya tu dalam waktu yang sama suruh juga saya mengajar Bahasa Melayu saya ajar juga, ramai yang dapat kreditnya, alhamdulillah.
Jadi cikgu ni dia tak bolehlah kerana dia ni apa tadi bidang yang utama dia Sastera Klasik Islam ataupun Sastera Klasik Arab, maka dia tak nak mengajar Fikah, dia tak nak mengajar Tauhid. Saya ni guru ni tak boleh begitu…kita sebagai seorang yang telah menandatangani untuk menerima apa-apa perjawatan sebagai guru kita sanggup untuk menerima sesuai dengan apa yang diarahkan oleh pihak pentadbiran sekolah itu apa pengetua itu sendiri dan kalau pengetua itu rasa guru dia tidak berkelayakan dengan mengajar tak mampu dia boleh buat laporan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam dan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam bersedia untuk mendengar apa rungutan yang sepatutnya dibantu, insya-Allah.
Dato' Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, saya dengan kata-kata itu sebagai rakan-rakan yang lain, ingin mengucapkan setinggi-tinggi menjunjung kasih, kesisi Kebawah Duli Tuanku, di atas titah perasmian dan juga meny…
Ada sikit dari Jengka. Boleh ya. Saya dapat maklumat, imam di surau kebenaran Jumaat ni tiada elaun langsung. Berbanding dengan imam di Masjid Kariah, dapat elaun RM850.00. Bilal RM300.00, Siak RM300.00. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk menaikkan?
Sebagaimana saya sebut, imam ni dia boleh mohonlah, kalau dia tak mohon dia tak dapat dan dia kena maklum ke pejabat agama dia boleh dapat elaun sama ada Imam Masjid Kariah ataupun Imam Masjid Solat Jumaat…tetapi yang saya fahamkan persoalan yang dikemukakan oleh rakan saya daripada Bukit Ibam, dia mendapat elaun sebagaimana apa namanya er... imam-imam lain. Jadi itu saya beri keterangan. Dia kena naik taraf sebagaimana imam masjid eh...surau dia kena dinaik taraf sebagai masjid naik, surau dia kena dinaik taraf sebagai masjid, insya-Allah kita bantu. Selagi mana di atas nama surau, pihak JAKIM dasar dia begitu.
Dia tak bayar kepada imam surau jadi kita pakatlah supaya ahli kariah itu, Tok Empat, Pengerusi Masjid buat permohonan kepada Jabatan Agama untuk dinaik taraf surau dia kepada masjid, mudah sangat bendanya. Er... hantar ke Kadi, Kadi angkat kepada bahagian pengurusan masjid, Bahagian Pengurusan Masjid kemukakan ke Jabatan Mufti untuk dibawa dalam Mesyuarat Jabatan Syariah dah dilulus, ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam di dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Kebawah Duli Tuanku kemudian terus dia... apa... dia diiktiraf sebagai masjid dan boleh dapat elaun, insya-Allah.
Minta laluan er…Timbalan Yang di-Pertua, er… maksud saya Yang Berhormat ialah er… bagaimana elaun untuk imam er...bilal untuk masjid qariah er...jadi mohon juga untuk diberikan elaun kepada surau kebenaran masjid. Mereka telah dibenarkan untuk apa ni... dinaik taraf daripada surau biasa kepada surau yang solat...solat jumaat er... cuma setakat ini pihak er... tidak ada elaun untuk mereka, jadi itu maksud saya.
Ya…ya boleh kita ubah dulu nama surau itu jadi nama masjid. Tapi yang boleh mengubahkan dan mengiktirafkan dia sebagai masjid, Jabatan Mufti. Itu... itu prosedur yang tak dapat saya nak lari dah, yang ditetapkan. Jadi saya rasa jadilah tanyanya. Saya apa namanya... Bukan Dato' Sri Soffi hari esok, kita ada lagi RUU... Yang Amat Berhormat nak menggulung. Jadi apa namanya, apa yang kita boleh bincang di belakang yang tak... tak cukup dan yang saya tak jawab, kita jawab secara bertulis. Dengan itu, saya Wakil daripada Kerdau ingin merafak sembah menjunjung kasih di atas keberangkatan Kebawah Duli Tuanku dan juga er... menyokong di atas titah perasmian Kebawah Duli Tuanku Pemangku Raja Pahang. Sekian wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima EXCO dari Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Seterusnya saya ingin menjemput er…Ahli EXCO yang terakhir pada sesi petang ini iaitu Yang Berhormat EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, sila.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera selamat petang [Bacaan ayat al-Quran]
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Pertama sekali saya merakamkan setinggi penghargaan kerana mengizinkan saya untuk terlibat sama dalam penggulungan... sesi penggulungan bagi Pihak Kerajaan yang selaras dengan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ke-2 Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-15 pada 8 Mei 2023 bersamaan 17 Syawal 1444 Hijrah. Alhamdulillah, Kebawah Duli Tuanku dalam Titah Ucapan Baginda telah menyentuh banyak aspek.
Kalau kita lihat misalnya contohnya dari segi teks ucapan Tuanku mengikut nombor siri mencakupi seluruh aspek kehidupan. Dan er...kesemuanya kalau ikut para perenggan ni ada 91 para...paragraph ataupun perenggan kerana ini saya menarik perhatian, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sahabat-sahabat saya ada menyentuh mengenai…memang menyentuh mengenai titah ucapan dan merujuk perenggan-perenggan di mana Kebawah Duli Tuanku bertitah secara dasarnya er... dan juga rakan-rakan satu kepimpinan mengambil maklum Titah Ucapan Tuanku yang amat prihatin untuk memastikan kemajuan pembangunan dan kemajuan Negeri Pahang Darul Makmur ini terus dapat dirancang, dirangka dan dilaksana dan dibangunkan er...dengan penuh ketelitian dan insya-Allah memberi manfaat, kesejahteraan kepada masyarakat, rakyat jelata yang ada di negeri Pahang ini, insya-Allah junjung titah Tuanku.
Dalam konteks ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini yang telah terlibat sama dalam perbahasan mahupun yang ingin menyatakan soalan-soalan lisan. Pada hari kedua hinggalah pada hari ini, insya-Allah dan…insya-Allah pada hari esok ada lagi iaitu YB Luit, YB Cheka, YB Lepar, YB Pulau Manis, YB Tras, Lanchang, Inderapura, Sabai, Chini, Tahan, YB Tanah Rata, Padang Tengku, Tioman dan juga Jenderak.
Saya kalau nak memperjelaskan nak mengulung ni Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mengangkat ni ada dua, tiga siri. Saya ingat tak panjang mungkin dua jam [Ahli Dewan ketawa] tapi saya melihat raut muka wajah masing-masing tu, jam dah 5.35 kalau 25 minit pukul 6, kalau 40 minit jauh melampaui pukul 6…jadi saya akan cuba nak ringkaskan macam mana caranya yang itu yang saya tengah berfikir tadi.
Duduk di luar macam mana caranya nak supaya saya dapat menjawab dan pada masa yang sama dapat memperjelaskan perancangan, dasar dan pendekatan Pihak Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam mentadbir negeri. Dan saya merasakan Ya Allah Ya TuhanKu, suasana yang ada ni cukup harmoni. Masa perasmian Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kita dengar titah, kita sama-sama mengikuti bersama majlis perasmian. Kemudian masuk ke dalam Dewan Yang Mulia ini, dengar Titah Tuanku.
Kemudian kita bergambar bersama-sama. Kemesraan itu cukup ampuh. Dan kita berbahas di sini secara serius sebab kita nak bawa isu-isu kepentingan rakyat jelata di dalam Dewan Yang Mulia ini. Kemudian kita keluar minum bersama…dia tak ikut kluster. Yang Berhormat Dato' Sri panggil ke bilik. kesempatan... ke bilik kamar Yang Amat Berhormat Dato' Sri sebab... sebenarnya Yang Amat Berhormat Dato' Sri kalau boleh nak panggil semua itu Dato' Sri... Kalau boleh hari-hari tapi apakan daya, bilik
itu kecil tapi tak tahu Yang Berhormat Dato' Sri kalau nanti bangunan baru tu, besar sikit kamar Menteri Besar itu. Jadi dapat mungkin boleh muatkan.
Dato’ Sri Speaker, saya ingat Benta mukadimah 5 minit saja…terus go to the point dengan izin…
Sabarlah Jengka, saya ni tadi saya tak kacau pun Jengka. Tak saya nak maklumkan bahawa saya hari ni…
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, YB Jengka boleh bawa kereta tak? Pandai bawa kereta yang pakai gear? Dulu sebelum ada yang automatik ni kita pakai gear. Kalau kita bawa kereta tu, kita pergi tekan gear 5 apa jadi? Yang Berhormat daripada Benta macam tu juga. Dia kena masuk gear 1 dulu, gear 2, gear 3. Jarang yang pergi-pergi terkam terus macam tu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato' Sri, saya nak menggambarkan kita berada dalam Dewan ni dalam keadaan yang harmoni ni. Yang Amat Berhormat panggil, jemput makan, sambil kita bincang. Kita bincang mengenai masalah masyarakat. Bukan semata-mata di dalam Dewan ini sahaja. Keluar pun dan masa permainan boling, ada rakan yang bila menang "give me five" [Ahli buat aksi tangan] Macam ni lah. Boleh? Haa... maknanya seronok. Maksud saya di sini ialah tidak ada suasana toksik dalam Dewan Yang Mulia ini. Sebab kita merupakan Ahli Dewan Yang Mulia yang bertanggungjawab, kerana kumpulan sasar kita ialah rakyat jelata.
Yang ini, yang pentingnya seperti mana saya bangkitkan pagi tadi, masalah nak tanda tangan borang. Kalau tak tanda tangan, tetapi yang dapat itu adalah anak buah kita, mereka yang layak, dapat. Itu yang pentingnya. Bukannya yang sebenarnya prosedur itu, maksud saya. Sebab itu dalam konteks seumpama ini, tadi saya berjumpa dengan rakan-rakan, ADUN Tahan, hah ni dia, hello, hello, bye, bye, gitu je. Suasana itu elok.
Yang mana boleh kita bantu, kita bantu dan inilah yang sebenarnya yang ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar. Saya ini, kiranya saya ingat dari segi Dewan, saya yang paling otai sekali. 6 penggal saya ni, 5 penggal sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Wakil Kerajaan tapi saya teringat ada seorang sahabat saya arwah Dato' Ishak Ismail daripada Seremban. Dia kata sembelih ayam ni, sebenarnya sekali saja. Sembelih ayam 2 kali hukumnya haram.
Jadi saya sekali lagi sebut, saya 6 kali nak kena sembelih tapi alhamdulillah lah ya… manusia merancang, Allah merancang. Saya ada di sini dan saya tak ada masalah sebab dulu saya pernah menjadi pemain bola sepak. Di gelanggang kita lawan sungguh-sungguh tapi di luar gelanggang kita bersalam kerana kita membawa misi yang sama kesetiaan kepada entiti yang kita bawa.
Pada hari ini, kebetulan insya-Allah, mudah-mudahan berterusan ya Dato' Sri, saya mewakili pihak kerajaan dengan membantu Yang Amat Berhormat Dato' Sri sebagai peneraju Menteri Besar dan rakan-rakan saya sebarisan ini, 10 orang di kalangan
kami bercerita, bincang, bagaimana kita nak bantu rakyat jelata. Bagaimana kita nak bantu mereka yang memerlukan waima daripada anak yang sekecil-kecil bayi hinggalah warga emas yang tua tak ghut, tak mampu malahan kalau kita senaraikan, bantuan yang kita bagi itulah yang selalu kita ungkap sebenarnya daripada sebelum lahir.
Maknanya kalau kita ambil... katalah kita ambil daripada kahwin, kahwin tu kita... kemudian bila lahir anak itu, anak tu kita bagi. Bila masuk sekolah darjah satu, kita bagi bantuan. Kemudian kalau dia masuk sekolah menengah, kita bagi bantuan biasiswa sekolah, biasiswa sekolah rendah, kita bagi. Bantuan awal kita bagi, biasiswa sekolah rendah kita bagi untuk Tahun 4 hingga Tahun 6.
Biasiswa sekolah menengah kita bagi, malahan kita bagi Pahang Pride Student, Kad Diskaun, tak pernah buat Kad Diskaun tu, RM100.00, pergilah. Mungkin bagi kita sikit tetapi sebenarnya bagi pelajar dan juga keluarga yang memerlukan ini ianya merupakan satu bantuan yang cukup-cukup bermakna. Malahan golongan warga emas bila kita ada kad prihatin, Pahang Pride Kasih yang RM500.00 ni nilai tu, kalau kita pergi ke hospital kita menunggu maklum saja orang ramai, yang itu tak perlu kita pergi ke klinik dan bilnya dihantar kepada pihak kerajaan negeri. Idea ni bukan idea... idea daripada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar. [Ahli Dewan menepuk meja]. Kalau kita kumpulkan semua sekali tu, percayalah, tak percaya kita pergi. Pergi tiap-tiap kawasan DUN kita termasuk rakan-rakan saya yang tidak sebarisan dengan kami di sini, memang tetap ada dan kita tidak mengambilkira sama ada pelajar atau mereka yang perlu diberi bantuan ini terdiri daripada mereka yang penyokong dari mana-mana parti, bukan begitu. Ini tidak pernah kita ungkitkan begitu sebenarnya. Sebab itu apabila Kebawah Duli Tuanku bertitah, saya yakin Tuanku bertitah tu kerana sayang kepada rakyat jelata.
Dan insya-Allah Yang Amat Berhormat Dato Sri pun sendiri telah bersetuju kita akan beri tumpuan kepada permasalahan masyarakat. Ini janji kita, ikrar kita, wa'ima di Jengka pun, misalnya contohnya kita akan bagi bantuan…betul brother, you and I kata orang putih i love you, i hate you, serupalah suami isteri, love and hate ni biasa. Betul tak? Contohnyalah 'ahlan wa sahlan'.
Jadi dalam konteks seumpama ini, saya mohon kalau boleh maknanya, bangkitkan, apa masalah misal contoh Luit kalau ada masalah? Jumpa dengan Yang Amat Berhormat Dato' Sri. Seingat sayalah permasalahan masyarakat ni, saya di Kawasan Benta, saya di Kawasan Benta tu, saya bagi contoh lah... kali ini saja saya menang 1521. Dulu paras ini jer [Ahli tunjuk jari dekat hidung].
Last election dengan izin Tuan Yang di-Pertua, PRU Ke-14 saya menang 340 makna ramai orang benci ke saya. Ramai orang tak suka ke saya, yang sukanya lebih sikit 340 tapi saya tak pergi keluar parang, asah semua, pancung mana yang tak suka ke saya. Dia ajak saya pergi, dia peluk kita peluk, tak pernah. Ini pengalaman sayalah, tak pernah kalau dia sakit kita jaga. Kita tahu dia memang dulu kuat dia, Bilik Gerakan kan... tak pernah, begitu juga Yang Amat Berhormat Dato' Sri.
Mencelah sikit. Orang Benta sebenarnya tak benci ke Dato' Sri. Tak ada, saya tanya tak benci, cuma dia tak mengundi jer. [Ahli Dewan ketawa]. Cuma satu saya nak tambah sikit, kita sebenarnya menaruh harapan tinggi kepada pihak kerajaan ini, bukan sekadar membantu rakyat. Tapi kalau boleh lebih tambah DUN, kita bersama insya-Allah. Kita memang nak bersama-sama membantu. Tambah DUN kecil pun tak apa. Makna ada peradaban, ada penghargaan negeri masa akan datang. Terima
kasih.
Itu sebab saya tengok, terima kasih rakan daripada Luit. Kalau kita boleh bercakap, dia orang kata begini, as long as you can talk. Selagi kita boleh bercakap, it's a good sigh. Makna kalau kita tak bersapa, bergurau-gurau biasa itu, yang itu problem. Don't close the door, kita jangan tutup pintu perundingan, never. That is orang kata pra syarat dalam kita berunding. Dia macam mana pun, Israel dengan Palestin, mesti bong... bang, bong... bang. Selagi ada ruang untuk berunding itu, insya-Allah. Yang ini, saya terpaksa cakap begini, kerana untuk memberi penjelasan, tidak ada langsung usaha untuk memangsakan mana-mana pihak, di mana-mana juga.
Malahan kalau saya lihat, misalnya contohnya, rakan saya daripada Beserah, tak ada di sini. Tahun 2019, masa itu, rakan ataupun nelayan-nelayan datang berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Dato' Sri, bercakap mengenai susahnya nelayan ini tadi nak masuk ke... nak pergi ke pantai kerana dia tohor kan, terpaksa tarik, menggunakan pelbagai kaedah. Yang Amat Berhormat tanya bagaimanakah kaedah yang paling baik sekali? Traktor dia orang kata. Yang Amat Berhormat Dato' Sri luluskan 4 buah traktor, 2 di kawasan Beserah. Beserah sendiri 2. Padahal kalau kita ikut YB Beserah ni kita tahulah daripada parti pembangkang, tapi tak pernah kita buat begitu. Bagi 2 biji. Kita bagi lagi. Di Kuantan, misal contoh di Kawasan Tanjung Lumpur sendiri pun kita bagi bantuan. Itu sebagai contoh.
Dan bila bertemu dengan Yang Berhormat Dato' Sri, yang dana yang dikawal kita bagi bantuan baik yang end up sekolah, baik yang sakit, sakit kronik. Insya-Allah, jadi ini penting supaya kita dapat sembah maklum kepada Kebawah Duli Tuanku. Tidak ada elemen-elemen memangsa, victimization dengan izin there is no such thing as that. Supaya gambaran ini dapat difahami (BPP) Bantuan Prihatin Pahang adalah satu bantuan yang cukup unik. Saya biasa juga pergi ke Kuala Krau itu sampai kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua, boleh cakap Kelantan "mana demo, mari bila wei, orrr…gi Dataran Mara...Mara makan colek.
Ini...ini Ahli Parlimen, sahabat saya Ahli Parlimen Kubang Kerian. Yang unik di sini kerana sahabat saya Yang Berhormat Cheka ini dia boleh mengalami dua keadaan. Ikhlasnya sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian...Kubang Kerian ya, Dato' Sri ya, Kubang Kerian. Sudah tentu Yang Berhormat dapat rasai bagaimana pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan.
Kemudian sebagai ADUN Cheka, tentu dapat rasa macam mana keadaan pentadbiran…Kerajaan Negeri Pahang. Saya sampai singgah di Lapangan Terbang Kota Bharu ada seorang anak muda, nama dia Syakirin. Saya telefon dia, "Syakirin, saya tak kenal." Saya naik itu saya borak dengan dia. Dia mencerita masalahnya. "Duduk dengan siapa?" dengan ayah. Bila saya bercerita tentang bagaimana kita paham menangani ini, masalah-masalah.
Kita ada (STR) Skim Tanah Rakyat, Skim Tanah Wawasan, kita ada PR1MA, kita ada Makmur, Perumahan Makmur. Kita ada (RRP) Rumah Rakyat Pahang, masya-Allah. Anak-anak muda sebenarnya berkeinginan untuk mengecapi perkara ini. Sehingga alhamdulillah ADUN Cheka ada di sini, tolonglah bawa kepada Kerajaan-Kerajaan Kelantan. Mungkin kita boleh…boleh laksanakan perkara seumpama ini. Hok mana
yang baik itu kita terima. Mana yang tak baik itu kita ketepikan dan kita perbaiki. Mungkin ada contoh yang di Kelantan yang baik kita gunakan. Itu maksud saya tadi.
Err...terima kasih. Saya cadang nak tanya dua soalan tadi. Yang pertama berapa soalan EXCO perlu jawab masa kita panjang sebab saya kebetulan ada appoinment lain dalam waktu yang dijadualkan bila tamat. Terima kasihlah pandangan saya, saya lihat bahawa kita, kita harus menghargai mungkin apa yang kita buat adalah satu usaha yang baik. Saya dengan Yang Berhormat Menteri sebenarnya sama-sama senior, sama-sama tahun 1999 saya dengan termasuk Tuan Haji Yang Berhormat Speaker.
Saya lihat bahawa usaha-usaha yang kita buat ini, kita combine bersama untuk melihat nilai-nilai yang baik tadi. Nilai baik yang kita boleh kongsi, kita share bersama. Nilai yang tak baik, kita sama-sama cuba atasi. Itu sikap yang kami bawa pada sesi ini dan sebelum ini pun. Insya-Allah usaha baik itu kita akan bersama-sama mendukung. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya bangkitkan ini kerana media, dia buat viral seolah-olah Barisan Nasional, kepimpinan kerajaan perpaduan, BN dan PH ini, dianggap sebagai menderhaka pada titah Tuanku. Ini maksud saya, sebenarnya saya yakin Kebawah Duli Tuanku amat prihatin inginkan rakyat jelata tidak dimangsakan. Itu yang maksudnya di sini dan dihighlightkan di sini ialah peruntukan mesti dibagi secara sama rata. Yang ini saya bangkitkan, itu yang saya maklumkan tadi. Ada 91 para…para yang ada di sini. Titah Tuanku ini ada 91 perenggan merangkumi pelbagai. Simbiosis Tuanku titahkan, kita minta kaki tangan kerajaan, perusahaan kolaborasi. Ya ini bagus.
Tapi janganlah pula bila bangkit tu, bila dalam tu, kita menyokong. Jadi, seolah-olah, kalau tak dilaksanakan, maka kami menderhaka. Nauzubillah amin zalim tidak begitu. Minta ampun Tuanku. Maksudnya sebab itu dalam konteks umpama ni mungkin tak ramai yang berani bersentuh mengenai isu ini tapi saya ini sebagai orang tualah sini, saya cakap ni, saya menyeru. Kita sit down, go and play. Kita main bola, kita membola sama kita. Biar kita main bola sama kita. Tak payah kita we are here, well enough. You fight through, kita argue dengan izin kita berbahas, kita bangkit ni. Saya yakin nak bangkit soalan ini soalan ni boleh bangkit.
Saya yakin kalau kita dah tak ada di atas bumi ini, masalah rakyat ini tetap ada. Saya selalu bangkitkan, Tuan Yang di-Pertua, saya umur enam puluh...enam tahun, arwah ayah saya dah jadi Ahli Parlimen Lipis. Sekarang saya berumur mencecah enam puluh enam tahun, sixty years...masalah masih lagi ada dan masalah ni bukan zaman kita saja. Zaman mula Nabi Allah Adam. Manusia ini memang bermasalah sebab itu dia perlukan pemimpin dan kitalah di antara pemimpin yang telah terpilih untuk menangani masalah ini.
Bukan hanya bahu ini terletak atau berat beban amanah ini terletak di bahu Yang Berhormat Dato' Menteri Besar itu dah sebabnya saya terpaksa bercakap perkara ini. Sebab saya kalau nak sentuh mengenai perkara yang dibangkit ini, saya boleh maklumkan memang perancangan. Saya EXCO Pertanian terima kasih, Yang Berhormat Dato' Sri bagi jawatan apa nama ini, EXCO Pertanian dan sekarang ini Pendidikan.
Bila bercakap mengenai pendidikan sebenarnya Yang Berhormat daripada Kerdau sahabat saya lama dah dalam bidang ini. Apabila VC datang menjumpai saya, sebab pendidikan termasuk Institusi Pengajian Tinggi, dia maklumkan saya apakah arah pandu, what is your direction untuk digunakan sebagai asas, saya telah maklumkan ada sebuah universiti (UNiPSAS) Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah. Perjalanan universiti ini cukup hebat, daripada hanya Kolej KIPSAS bergerak akhirnya menjadi full flesh university dengan izin.
Dan semua yang terlibat, daripada pemimpin dulu hingga pemimpin sekarang dan Almarhum Kebawah Duli Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah terlibat sama disusuli oleh Kebawah Duli Tuanku sekarang ini.
Saya maklumkan kepada (VC) Vice Chancellor mudah saja. Oleh kerana nama Universiti ini Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah. Telefon ini barang aneh. Kalau dia tertinggal di kampus Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah tinggal di situ seminggu, kita datang semula. Telefon tak ada di situ. Kenapa saya sebutkan begini, saya mohon maaf sahabat-sahabat. Kalau di Germany...Jerman, kita pergi ke Jerman, kita tertinggal barang dia tak akan hilang. Dia akan ada di balai polis, kita pergi situ insya-Allah akan ada. Kalau kita laluan yang kita lalu itu, kita tertinggal barang, dia akan sangkut laluan yang kita lalui. Itu maksudnya, jadi saya katakan kalau boleh dalam kampus UNiPSAS ini sendiri kita mengamalkan begitu. Alhamdulillah, because yang detail itu dengan izin. Pensyarah dia tahulah, nak bagi ilmu teras itu. Tetapi budaya itu supaya apabila mereka dewasa, mereka akan menjadi ahli masyarakat yang hebat. Kalau dia jadi Wakil Rakyat, bertamadun, madani. Ini maksud saya pendetail lan itu diteruskan.
Yang Berhormat minta gulung ya.
Saya nak gulung ini sebab saya dah tengok pukul 5.57 pm, pukul 6.00 ramai kawan-kawan saya apalah ini orang tua ini cakap. Misi dalam mengutuk ini kakitangan kerajaan. Saya nak beri maklum, saya takut terlupa. Pertama sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya merakam setiap penghargaan kepada anggota barisan perkhidmatan.
Kalau boleh dalam kampus UNiPSAS ini sendiri kita mengamalkan begitu. Alhamdulillah, because yang detail itu dengan izin pensyarah dia tahulah 5 teras tu, tetapi budaya itu. Supaya apabila mereka, dewasa, mereka akan menjadi ahli masyarakat yang hebat. Kalau dia jadi Wakil Rakyat, bertamadun, madani err... apa maksudnya itu. Pendetail lan itu diteruskan.
Yang Berhormat mintak gulung ya.
Saya hendak gulung dah ni. Sebab saya dah tengok pukul 5.57. Pukul 6.00 ramai kekawan apalah orang tua ini bercakap. Tidak jelas dalam kakitangan kerajaan saya nak bagi maklum, takut terlupa. Pertama sekali, Tuan Yang di-Pertua. Saya merakam
setinggi penghargaan kepada anggota barisan Perkhidmatan Awam. Mereka tidak ada ruang untuk membela diri. Kalau kita bangkit sini kita kata mereka tak boleh berjawab. Tak boleh nak bangun…tiba CEO PAIP tiba-tiba nak bangun, tak boleh. Ataupun Pengarah Pertanian nak err…tak boleh. MBK tak boleh, Datuk Bandar duduk geram nak terkam, tak boleh. Dato' DO-do ni daripada jauh dating…tinggal suami, tinggal isteri tak boleh. Kita bagi penghormatan 1 tepukkanlah kepada semua kakitangan. (Ahli Dewan menepuk meja)
Begitu juga mereka yang di belakang tabir. Yang duduk nak siapkan kita punya handsard, hendak sediakan jawapan-jawapan bertali arus yang saya hendak merakamkan penghargaan. Yang ini saya nak merakam penghargaan tapi istimewanya sahabat-sahabat sayalah barisan Kerajaan, Ahli-ahli backbencher pengerusi backbencher Dato' Sri Jo dan juga rakan-rakan daripada rakan tak jadi. Rakan tak jadi faham, sebab kita ni belum menjadi. Ha…Yang Amat Berhormat Dato' Sri kita belum menjadi. Jadi saya tahu ADUN Beserah dia very gentlemen. Sahabat saya daripada Damak, kami ni sepadan aja. Daripada Tahan, daripada Panching dan semua sekalilah. Yang baharu ni saya tak berapa kenal.
Daripada Lepar tu bercakap saya dengar okey. Dahsyat dia punya kiasan terkena pedih macam penumbuk 5 tan. Sampai kata kalau-kalau tak ada tak boleh nak naik kapal terbang balik powerful padu, hebat belaka. So kita dalam proses mengenali yang mana rakan-rakan yang lama itu saya kenalah jadi yang baru belum mengenali lagi.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, 2, 1 di bawah porfolio pertanian, 1 di bawah portfolio pendidikan. Jadi, kalau kita nak cakap insya-Allah saya boleh teruskan sampai ke Isyak. Tapi, hari ini ulang tahun UMNO. Parti keramat yang telah diwujudkan 11 Mei 1946, saya perlu merakam itu, kerana berdirinya saya dengan Yang Berhormat Dato’ Sri pada hari ini ialah kerana wujudnya sebuah parti yang dinamakan sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu…UMNO, United Malay National Organization yang telah berjasa memerdekakan tanah air. Sebab itu saya kena bagi penghormatan.
Dan saya janji tadi saya berjumpa dengan ADUN Tahan…sahabat saya. Di khabar kekadang saya khabar kita nak bagi jawapan bertulis. Dia mintak kalau boleh tu buat susulan. Yang ini saya nak rekodkan dalam handsard. Insya-Allah. Perkara yang dibangkitkan tadi banyak Dato' Sri. Saya tengok pun pening. Jangan kata dasar yang saya membaca pun masak kita. Insya-Allah kalau dibenarkan oleh Yang di-Pertua atau sahabat-sahabat la ke hendak saya jawab juga. Boleh, saya boleh aja jawab di sini tak ada benda tegak aja saya di sini...
Yang Berhormat.
Tapi sekiranya er…saya tanya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kalau hendak saya ni boleh saya boleh…bagi satu, satu ni dan boleh. Tapi kalau semua sahabat-sahabat semua bersetuju saya menghantar jawapan secara bertulis. Setuju Lepar? Masing masing dah jemu mendengar. Itulah pun. Betul dak. Dia di antaranya cara kita nak jawab, tak menjawab biar sampai oranglah. Kalau boleh tak yang cakap. Ha, itu la yang saya hendak dengar. Dak maksud saya tu begini. Saya kena hormat Yang Berhormat Dato' Sri selaku Presiden UMNO 1, naib presiden err...dia bisik tengok jam tu. Dato' Sri jarang dia nak melenting begitu. Insya-Allah.
Yang Berhormat.
Jadi kalau dah setuju Dato' Sri, saya mintak pejabat urus setialah Dewan hantar, pastikan setiap perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini kita kena bagi penghormatan. Make sure kita hantar soalan ataupun jawapan bertulis secara tepat. Dan copynya kepada rakan-rakan EXCO termasuk saya sendiri supaya kita boleh buat follow up. Boleh begitu ya.
Jadi saya rasa nak ambil kesempatan ini sekali lagi. Menjunjung kasih titah ucapan Kebawah Duli Tuanku Pemangku Raja Pahang dalam Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Ke-2 Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-15 baharu-baharu ini yang menyentuh semua aspek. Dan insya-Allah, saya dan rakan rakan dan juga Yang Amat Berhormat Dato' Sri selaku ketua akan melaksanakan yang terbaik demi kepentingan negeri dan juga rakyat jelata yang tercinta. Terima kasih. Mohon maaf jika adanya terkasar bahasa dan sebagainya. Saya mahu menyokong dan sekian, wabillah taufik wal hidayah wassakamualaikum warahmatullahi wabarakuh.
Terima kasih EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang. Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita mengucapkan terima kasih kepada 10 Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak Kerajaan yang telah memberikan jawapan-jawapan diatas permasalahan yang telah dikemukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan pihak Kerajaan akan menyambung semula jawapan dan pandangan pada hari esok. Saya akan penempohkan Persidangan pada hari ini dan Persidangan kita akan sambung semula pada hari Jumaat 12 Mei 2023 bersamaan 21 syawal 1444 Hijrah bermula pukul 9.30 pagi, insya-Allah. Sekian terima kasih. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan pada jam 6.06 Petang]