Pahang · 8 May 2024
15th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 365 turns · 41,698 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari Pertama
: Rabu, 08 Mei 2024
bersamaan 29 Syawal 1445 Hijrah
Masa
: 9.30 pagi
DOA
Perkara pertama: Bacaan doa.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Marilah kita sama-sama mulakan mesyuarat kita dengan membaca Ummul kitab Al-Fatihah. (Ayat al-Quran). Bismilahirrahmanirahhim (Ayat al-Quran). Segala puji bagi Allah dibuka mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah, yang maha mengasihani. KepadaNya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat maha hikmah limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas raja dan Ahli ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat, pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman makmur limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah berkatMu ke atas, kami berhimpun dipohon dianugerahkan TaufiqMu dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding menimbang bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduk sekalian. Ya Allah dipohon doa kami diperkenan. Amin Ya Rabbal Alamin.
Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions
Perkara kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.
Bismilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, selamat pagi, good morning, salam perpaduan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala kerana dapat meneruskan persidangan kita pada hari ini. Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama merakamkan rasa menjunjung kasih kita atas limpah perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berangkat menyempurnakan perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada Isnin, 6 Mei 2024 dan seterusnya menyempurnakan Titah Diraja.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Sejak berakhirnya mesyuarat penggal lalu, banyak peristiwa berlaku di dalam negeri dan negara sehinggakan kita dapat kembali bersama-sama pada hari ini. Tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya lihat pada hari ini semua Ahli-ahli Yang Berhormat bersemangat masuk dalam Dewan Yang Mulia ini di mana ia memberikan petanda bahawa semuanya sudah bersedia untuk bersidang pada mesyuarat kali ini. Apatah lagi semalam saya tempohkan mesyuarat. Maknanya ada cuti lepas perasmian, dia ada cuti sehari, dia ada tempoh sehari.
Maknanya dilihat semuanya ceria-ceria belaka. Walau bagaimanapun, persidangan kita yang terakhir yang kita… diadakan di akhir Syawal yang menandakan musim haji telah tiba, ya. Kita bersidang di akhir Syawal ini yang menandakan musim haji telah tiba. Sebab itu ada beberapa rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak dapat hadir kerana telah berlepas ke Tanah Suci bagi menunggu hari wukuf untuk melaksanakan ibadah haji. Saya difahamkan ada juga yang akan pergi selepas ini.
Kita mengucapkan selamat menunaikan fardu haji. Kalau diizinkan Allah Ta'ala, boleh berjumpa dengan Speaker Dewan Negeri di sana, insya-Allah. Speaker pun insya-Allah kalau dapat visa Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya akan pergi juga, insya-Allah.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Sidang dewan pada hari ini juga merupakan satu petanda perjalanan sistem demokrasi berparlimen di negara kita, dipraktikkan dengan bebas mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri yang telah diamalkan sejak merdeka lagi.
Umum mengetahui corak pemerintahan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Di negeri… di peringkat negeri Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang merupakan Ketua Negeri dan Dewan Negeri merupakan institusi perundangan dan badan legislatif yang tertinggi di peringkat negeri yang menggubal undang-undang.
Selain daripada badan legislative, pentadbiran negara adalah menerusi badan eksekutif dan badan kehakiman yang menjadikan pentadbiran negara saling melengkapi peranan dan kuasa di antara ketiga-tiga badan tersebut eksekutif legislatif dan juga judiciary ataupun kehakiman tidak melangkaui di antara satu sama lain. Menerusi doktrin atau konsep perasingan kuasa ini adalah prinsip penting di dalam sistem demokrasi. Objektif pengasingan kuasa adalah untuk menjaga kebebasan individu kerana penumpuan kuasa boleh menjadi ancaman kepada kebebasan individu.
Namun ini bukan bertujuan utama untuk… bukan tujuan utama pengasingan kuasa. Tujuan utama pengasingan kuasa adalah untuk memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar dan berkesan. Oleh itu, istiadat pembukaan Dewan Negeri pada hari Isnin yang lalu merupakan detik saksi perjalanan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan secara konsisten, adil, telus di negara kita.
Di samping itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana berjaya mengekalkan prestasi pendapatan negeri sebanyak melebihi RM1 bilion bagi tempoh dua tahun berturut-turut.
Dengan jumlah pelaburan dari luar negara ataupun FDI, Foreign Direct Investment serta pelaburan dari dalam negara iaitu DDI ataupun Domestic Direct Investment yang melebihi daripada… melebihi daripada RM16 bilion. Ianya sekali gus meletakkan Pahang setanding dengan negeri-negeri maju yang lain di semenanjung seperti Pulau Pinang, Selangor dan juga Johor.
Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua terutama sekali Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat rakan-rakan EXCO, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan semua pegawai-pegawai kerajaan serta agensi negeri dan Persekutuan di atas usaha dan komitmen yang diberikan bagi mencapai pendapatan tersebut. Dengan prestasi pendapatan negeri yang berjaya dicapai ini, pelbagai golongan memerlukan di negeri ini terus diberikan sumbangan daripada Kerajaan Negeri tanpa ada sebarang diskriminasi mahupun pilih kasih.
Bantuan-bantuan ini jelas menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar yang sentiasa mengambil berat terhadap keperluan rakyat termasuklah bantuan pendidikan, bantuan perubatan, bantuan kepada bakal-bakal haji, tidak termasuk Speaker dan sebagainya lagi. Boleh masuk Speaker tak? Takde ya?
Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan EXCO Kerajaan Negeri dan semua pihak yang secara langsung telah terlibat ataupun secara tidak langsung.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Rakyat perlu juga bersedia dengan sebarang kemungkinan mendepani tahun 2024, terutamanya isu ekonomi global yang berpunca dengan… daripada peperangan dan ketidaktentuan cuaca. Peperangan yang berterusan dan fenomena El Nino berpotensi untuk mempengaruhi kenaikan harga barangan khususnya bekalan makanan.
Negara perlu berhati-hati dengan fenomena El Nino yang berkemungkinan menyebabkan negara mengalami kemarau, jerebu dan gelombang haba yang bakal menyebabkan sebahagian daripada tempat mengalami cuaca panas luar… yang begitu luar biasa. Kesan fonemena ini cukup dirasai ketika ini apabila kita dapat melihat sungai kering seperti padang pasir, berlaku kematian akibat strok haba dan berlakunya penggunaan elektrik yang lebih tinggi sekali gus meningkatkan kos bil elektrik.
Saya… Malaysia dijangka terus berdepan dengan cuaca panas hingga Julai ini susulan peralihan Monsun Timur Laut dan fenomena El Nino yang melanda dunia ketika ini. Negeri-negeri yang kini dilanda cuaca panas antara 37 hingga 40 degree celsius bagi tempoh tiga bulan ini ialah Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Perlis dan juga Kedah.
Diharap perancangan rapi dapat dilakukan oleh kerajaan bagi berdepan dengan fenomena ini. Orang ramai khususnya rakyat negeri Pahang juga dinasihat mengikuti saranan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan terutamanya membabitkan aktiviti di luar rumah yang terdedah dengan panas. Saya juga difahamkan ada juga
rakan-rakan kita, Ahli-ahli Yang Berhormat yang tak berapa sihat. Jadi kalau tak berapa sihat, tak dapat hadir maklumkan kepada kita supaya kita senang cari di mana mereka kalau tidak ada di dalam dewan ini.
Konflik Israel-Palestin yang sudah berlarutan sejak tujuh dekad lalu bukan sahaja menyaksikan dunia semakin runsing tentang kesudahan kepada konflik yang berlarutan ini. Konflik berpanjangan ini telah mencetuskan krisis kemanusiaan yang dahsyat dan terkini lebih 30,000 terbunuh di Gaza serta turut memusnahkan sebahagian besar daripada wilayah di Palestin. Konflik ini perlu segera dihentikan untuk menamatkan kesengsaraan rakyat Palestin dan mengelakkan lebih banyak jiwa terkorban. Pengajaran utama kepada pencerobohan di bumi Palestin ini adalah betapa perlunya rakyat pelbagai kaum di negara ini bersatu-padu, bermuafakat dan saling membantu kerana perpaduan adalah teras yang akan membawa kepada kekuatan, kemajuan, keberkatan kepada negara.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Yang penting, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat pulang kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 yang juga Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, Raja... Sultan yang amat kita cintai dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj ke negeri Pahang yang tercinta ini.
Selama 5 tahun memerintah Malaysia bermula 31 Januari 2019 hingga 30 Januari 2024, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang mencipta sejarah apabila menjadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang rata-rata sangat disayangi oleh rakyat. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 telah meletakkan tanda aras yang tinggi di dalam pemerintahan apabila baginda dihormati oleh rakyat, disayangi oleh rakyat dan memainkan peranan yang penting dalam membawa Malaysia ke arena politik err… ke arena antarabangsa dan berjaya menyelesaikan konflik politik di Malaysia.
Era pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan Pahang selama lima tahun menyaksikan episod penuh warna-warni apabila berlaku pelbagai peristiwa termasuklah penularan COVID-19 dan kemelut politik negara. Walaupun diuji dengan pelbagai cabaran, namun baginda kekal cekal, tenang menghadapinya dan menyelesaikan permasalahan yang timbul dengan bijaksana, bak menarik rambut di dalam tepung. Menjunjung kasih Tuanku. Daulat Tuanku!
Pada Istiadat Pembukaan Penggal Ke-3 Dewan Negeri ke-15 pada hari Isnin yang lalu merupakan detik yang cukup bermakna apabila ianya buat julung-julung kalinya disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku sebagai Sultan Pahang. Sebelum ini, setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku telah dipilih dan ditabal sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16. Kita semua sama-sama berharap agar istiadat pembukaan Dewan Negeri yang akan datang ini insya-Allah dapat diadakan di Dewan Negeri kita yang baru iaitu di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) iaitu di KotaSAS. Semalam pun Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku pun telah bye bye ya bangunan lama so dia nak pergi ke bangunan baru, insya-Allah.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Saya ingin maklumkan juga bahawa err... selepas ini insya-Allah ya err... kita memulakan iaitu kita menjemput Ahli Yang Berhormat untuk kita memulakan persoalan ya apa ni jawapan lisan pada hari ini. Baiklah, saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Inderapura untuk mengemukakan pertanyaan pertama.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya mohon mengemukakan pertanyaan nombor 1.
[Apakah kedudukan semasa kewangan PAIP dan sejauh manakah kemampuan kewangan PAIP dapat menampung keperluan pembangunan dan naik taraf bekalan air?]
Assalamualaikum WBT, selamat pagi, salam sejahtera.
Yang Berhormat Speaker,
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Inderapura kerana telah bertanyakan soalan yang begitu penting yang mana mendapat perhatian netizen dan ini memberi peluang kepada saya untuk menjelaskan apa yang telah dilaksanakan oleh PAIP dan juga Kerajaan Negeri. Kita semua tahu bahawa Kerajaan Negeri sedaya upaya dan sentiasa berhubung rapat untuk membantu dan memberi kerjasama yang sehabis baik kepada Pengurusan Air Pahang Berhad iaitu PAIP. Di dalam memastikan PAIP menjadi sebuah syarikat yang mempunyai tadbir urus yang baik dan mempunyai kewangan yang kukuh. Ini penting bagi kita memberikan perkhidmatan bekalan air yang baik kepada pengguna.
Untuk makluman ADUN daripada Inderapura dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, sehingga Disember 2023, kedudukan kewangan PAIP telah menunjukkan satu peningkatan yang ketara. Buat pertama kali dalam sejarah pengkorporatan PAIP, PAIP telah berjaya mencatat keuntungan bersih bagi Tahun Kewangan Berakhir Disember 2023. Usaha ini bukan datang secara sekelip mata. Ia sudah pasti hasil saban tahun menerusi tadbir urus yang baik dan penambahbaikan berterusan dari semasa ke semasa. Peningkatan tahun ke tahun kedudukan kewangan daripada mencatatkan kerugian kasar iaitu daripada tahun 2012 hingga 2018, PAIP mengalami kerugian kasar. Selepas itu mendapat keuntungan kasar bermula pada tahun 2019 hingga 2022 dan akhirnya pada tahun lepas, PAIP telah mencatatkan keuntungan bersih. Syabas dan tahniah kepada PAIP. [Ahli Dewan menepuk meja]. Ini adalah hakikat Yang Berhormat Speaker, yang tidak boleh dinafikan kerana ianya boleh diukur dengan angka.
Tahniah kita ucapkan.
Terima kasih.
Kepada PAIP. Dapat bonus ke?
Dapat.
Terima kasih. Tahniah.
Walau bagaimanapun, saya ingin nyatakan di sini bahawa keuntungan bukanlah fokus utama PAIP. Kedudukan aliran tunai yang lebih positif dan kukuh adalah lebih diutamakan bagi memastikan PAIP berdaya saing dalam menyediakan kerja-kerja perbelanjaan modal ataupun CAPEX. Kerja-kerja perbelanjaan modal inilah yang akan menjadi fokus utama dalam memastikan PAIP mampu memberikan perkhidmatan yang baik kepada pengguna, insya-Allah. Dengan kedudukan yang kukuh ini, ianya dapat memberi keyakinan kepada Pengurusan Aset Air Pahang... minta maaf, kepada Pengurusan Aset Air Berhad ataupun PAAB untuk memberi peruntukan kewangan dalam usaha PAIP menggantikan paip-paip usang, menaik taraf loji dan tangki-tangki. Paip-paip ini untuk makluman Yang Berhormat Speaker, sebelum perang lagi kita gunakan paip AC. Selepas merdeka pun paip itu juga. Sekarang ini kita nak tukar kepada MS, mild steel yang boleh tahan dan analogi mengatakan paip AC ini asbestos ni kalau kita jentik pun dia boleh bocor. Itu menunjukkan betapa tidak kuatnya dia dan kerana terlampau lama. Bila pressure lebih sikit, bila tekanan... pressure... pressure... Yang di-Pertua...
Maknanya bila pressure lebih sikit, dia pecah, dah tutup pulak paip itu ya.
Err... tutup pulak dan ini menjejaskan kepada pengguna. Kita dah dalam proses untuk menukar semua paip bentuk AC ini kepada MS, mild steel. Walau bagaimanapun Yang Berhormat Speaker, proses ini memerlukan masa untuk melihat hasilnya secara keseluruhan. Sepertimana yang dimaklumkan, Kerajaan Negeri menerusi PAIP sedang giat melaksanakan projek Pembangunan Bekalan Air Negeri Pahang fasa pertama dan menerusi kedudukan kewangan yang kukuh ini, kita mampu melaksana projek-projek ini secara berperingkat. Peruntukan kewangan dalaman PAIP, pinjaman Persekutuan, pinjaman Pengurusan Aset Air Berhad dapat direalisasikan menerusi kedudukan kewangan yang kukuh.
Sehingga April 2024, sejumlah 217 projek berjumlah RM2.5 bilion yang diumumkan masih diberi fokus utama di samping projek-projek tambahan yang lain. Sebanyak 103 projek telah berjaya disiapkan membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta. Kerajaan Negeri Pahang dan PAIP sehingga ini mempunyai 32 projek yang sedang dalam peringkat pelaksanaan di mana Surat Setuju Terima telah diserahkan kepada kontraktor yang dilantik. Nilai keseluruhan bagi semua projek ini adalah RM461 juta.
Selain daripada itu, projek yang masih belum dilaksanakan adalah sedang giat di peringkat prapembinaan. Kerja-kerja ini termasuk kerja-kerja merancang, kerja-kerja juruperunding serta mendapatkan kelulusan pelbagai peringkat sama ada pengurusan perolehan atau kelulusan perancangan projek.
Sejumlah 82 projek sedang dalam peringkat prapembinaan yang membabitkan komitmen kewangan berjumlah RM1.91 bilion. Dan ini adalah sejajar komitmen Kerajaan Negeri sepertimana yang saya nyatakan sebelum ini bahawa hasrat Kerajaan Negeri merealisasikan pengurangan masalah bekalan air kepada 90% pada akhir tahun 2026. Justeru, marilah kita bersama berdoa agar segala perancangan berjalan lancar. Kerajaan Negeri dan PAIP akan terus berusaha memastikan mutu perkhidmatan bekalan air terus ditingkatkan dari masa ke semasa. Sebagai harapan untuk PAIP terus melaksanakan projek-projek pembangunan dan menambah baik keperluan operasi seterusnya disampaikan kepada pengguna. Kita semua hendaklah beri peluang, ruang dan masa kepada PAIP untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Pahang ini. Dan kalau boleh Yang Berhormat Speaker kita bagi kreditlah kepada PAIP ini, kepada apa yang telah mereka buat. [Ahli Dewan menepuk meja]. Jangan asyik kondem je, kutuk je, kredit tiada langsung, daripada belah sini okeylah, daripada belah sana.
Jadi tak ada... tak ada... seolah-olah tidak nampak kebaikan langsung yang PAIP laksanakan walhal PAIP telah melaksanakan usaha yang begitu gigih. Malahan sampai pukul 12.00 malam, pukul 1.00 pagi, 2.00 pagi masih lagi berusaha supaya mana-mana paip yang pecah dapat dibaikikan dengan segera. Sepatutnya yang ni kita bagi kredit dan kita bagi satu tepukan kepada pengurusan PAIP, kepada staf dan kakitangannya. [Ahli Dewan menepuk meja]. Terima kasih, Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Sila, soalan tambahan.
Yang Berhormat Dato’ Sri, soalan tambahan. Tahniah, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas penjelasan kepada soalan yang saya bawa tadi. Ingin saya mengemukakan sedikit... satu persoalan tambahan. Bila kita nak buat pembangunan infrastruktur air ini, dia makan belanja yang besar. Setakat hari ini, alhamdulillah buat julung kali kita peroleh keuntungan. Apakah sumber-sumber lain untuk pembiayaan-pembiayaan dan apakah Kerajaan Persekutuan masih memberikan pinjaman ataupun dana untuk membiayai apa-apa juga pembangunan-pembangunan baru demi untuk melestarikan pembinaan pembangunan sumber air kita ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Inderapura. Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa PAIP, Pengurusan Air Pahang Berhad merupakan sebuah syarikat swasta milik penuh Kerajaan Negeri dan telah melalui proses pengkorporatan sejak tahun 2012. Maknanya daripada JBA, dikorporat dulu dan barulah diswastakan. Oleh yang demikian, PAIP sepertimana operator-operator yang lain dan juga negeri lain tidak lagi menerima peruntukan Kerajaan Persekutuan di dalam Rancangan Malaysia dan PAIP juga perlu mencari dana sendiri bagi menjalankan projek-projek bekalan air kecuali
mendapat sedikit bantuan geran melalui Projek Bekalan Air Luar Bandar daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Dalam perjanjian penstrukturan semula bekalan air di mana PAIP dikehendaki mencari dana sendiri. Satu-satunya pembiaya terbesar untuk PAIP di negeri kita adalah menerusi pinjaman oleh PAAB, Pengurusan Aset Air Berhad dan ianya perlu dibayar dalam tempoh-tempoh tertentu yang telah ditetapkan di dalam perjanjian. Oleh itu, amat penting bagi PAIP mendapatkan hasil yang optimum tanpa membebankan ataupun tidak membebankan secara serius kepada pengguna. Bagi memaksimakan had aliran tunai sepertimana yang saya katakan sebelum ini, untung rugi bukanlah keutamaan PAIP tapi dalam masa yang sama PAIP perlu juga mempunyai kedudukan kewangan.
Sebaliknya kedudukan kewangan yang kukuh dan aliran tunai yang baik adalah menjadi penanda aras utama bagi PAIP mengemukakan permohonan pinjaman kepada PAAB. PAAB akan melihat kedudukan kewangan PAIP kalau sekiranya kedudukan kewangan PAIP itu membolehkan mereka memberi pinjaman kepada PAIP, PAAB akan berikan pinjaman dan kita akan bayar sepertimana dalam perjanjian yang akan dipersetujui secara bersama. Oleh itu, kerja-kerja menaik taraf loji pertukaran paip-paip usang, penukaran pam atau pembinaan baru loji rawatan air, semuanya perlu dilakukan oleh PAIP melalui kerjasama pinjaman dengan PAAB.
Ataupun kita buat selain daripada pinjaman dengan PAAB, kita buat melalui dana dalaman. Keupayaan PAIP untuk mengutip hasil yang optimum setakat ini baik dan ini membolehkan PAIP berdaya saing dan memberi perkhidmatan kepada pengguna melalui pelaksanaan sepenuhnya perbelanjaan modal. Pelan Projek Pembangunan Bekalan Air Negeri Pahang fasa pertama telah pun kita laksanakan dan sehingga hari ini banyak kawasan-kawasan yang telah mendapat bekalan air yang baik walaupun masih terdapat lagi kawasan-kawasan yang perlu diberi perhatian oleh pihak PAIP. Terima kasih, Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih. Sila Wakil dari Luit.
Terima kasih Speaker. Saya sikit je, saya nak tanyalah boleh tak kita muktamadkan sebenarnya bila tarikh noktahnya masalah air ini diselesaikan? Mungkin tahun bila ke? Bulan bila ke? Terima kasih.
Yang Berhormat, dalam dunia ini nak noktahkan macam kemiskinanlah sebab dia very subjective. Air pun begitu juga. Kadang-kadang di musim perayaan, pengguna banyak, ramai...
Tambahan balik kampung, ya.
Orang balik kampung. Masa tulah ada masalah. Macam masjidlah. Ada orang jumpa saya nak mintak masjid baru. Masa hari raya hari tu lah sebab masjid penuh. Saya kata kalau hari Jumaat orang sembahyang masjid macam ini boleh kita buat masjid baru tapi masalahnya masa Raya Haji, Raya Puasa je jadi masalah air ini, Kerajaan Negeri dah bagi...
Bila sembahyang subuh satu saf sahaja. [Ketawa].
Di mana itu?
Di merata tempat. Mengikut tinjauan Speaker. [Ketawa]
Okey. Tahniah Speaker kerana rajin sembahyang subuh di banyak masjid.
Allah... Speaker ini kalau pergi masjid sembahyang subuh saja, lain tak.
Jadi Yang Berhormat Speaker, Kerajaan Negeri dah bagi komitmen di Dewan Yang Mulia ini, bahawasanya menjelang akhir tahun 2026, 90%. Sebab tu saya tak nyatakan 100%. In this world Yang Berhormat, dengan izin, sometime we cannot get 100%, kita boleh dapat majoriti pun, 3/4 ke, majoriti simple pun dah bagus dah.
Ya… kalau syarikat tu Yang Amat Berhormat, 51% dah control dah.
Ha ya. Jadi untuk noktahkan bekalan air di negeri Pahang ni memang sesuatu yang boleh saya katakan agak sukarlah, tetapi kita akan bagi satu err... pencapaian yang terbaik untuk pengguna. Sebab itulah kita berusaha rapat, dulu PAIP Kerajaan Negeri kena pam duit tau, nak bayar gaji sebelum 2018, RM6 juta… RM7 juta setahun. Tapi sekarang dah mencatatkan keuntungan, itu adalah satu pencapaian yang harus kita bangga dan kita hadapkan sama bahawa bukan mudah… [Ahli Dewan menepuk meja]… bukan mudah untuk daripada rugi kepada keuntungan. Bukan mudah daripada RM600 juta… RM700 juta bertahun-tahun nak bayar gaji pun kadang-kadang tak boleh mendapat RM1 billion ringgit dan boleh berdikari dan buat bantuan seimbang. Saya harap ini rakan-rakan saya di sebelah sana kena hargai dan hayati bahawa ini bukan satu kerja yang mudah.
Sila wakil dari Cheka. Sebab dia bangun awal sikit.
Tak… Yang Berhormat Speaker saya tak habis lagi.
Oh… tak habis lagi.
Saya tak duduk lagi. Boleh saya harap err…
Boleh, saya ingat dah habis dah.
Saya harap ADUN Cheka ada kesabaran sikit, walaupun saya tahu… [Ketawa]
ADUN Cheka nak pergi ke KKB, kempen. [Ketawa]
Saya tahu, semalam pun mungkin lebih kurang dengan saya sampai rumah pukul 3.00 pagi, jadi tu yang... tak pe saya bagi laluan Yang Berhormat Speaker, sahabat saya.
Gentlemen Yang Amat Berhormat ini rupanya.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Terima kasih Speaker. Kalau kita tengok laporan audit, reserve margin bagi Kuantan ini agak kritikal, negatif 2.6 peratus. Isunya ialah kerana permintaan yang agak tinggi daripada kawasan industri Gebeng. Saya tengok perancangan laporan audit dan laporan daripada status bekalan air di Pahang didapati PAIP ada perancangan yang agak teliti dan tahniahlah kepada PAIP kerana ada planning yang tersusun untuk mencapai reserve margin sekurang-kurangnya 7.6 peratus. Persoalan saya ialah berapa sebenar jumlah hutang yang melalui novasi dengan kad persekutuan yang PAIP buat pinjaman oleh PAAB, projek-projek di bawah PAAB? Yang keduanya ialah err... kalau kita tengok daripada geran… di geran… peruntukan geran kepada err... Projek NRW, pendekatan satu... pendekatan satu ialah geran. Saya ingin mendapat pengesahan berapakah jumlah geran yang diperolehi oleh PAIP daripada pendekatan 1, NRW Kebangsaan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Cheka. NRW ni dia Yang Berhormat Speaker, kalau di kawasan bandar dan di kawasan luar bandar dia berbeza dan kita pernah mencapai non revenue water ni, yang paling tinggi satu ketika dulu, di kawasan bandar Kuantan, Temerloh melebihi 50%, pada suatu ketika dulu.
Yang Amat Berhormat, err… NRW ni di mana air yang tirihlah, air yang tak sampai, ya.
Air yang bocorlah.
Ha… air yang bocor.
Air yang tidak mengeluarkan err... yang tidak mendatangkan hasil.
Sebab… sebab Wakil Cheka sekarang ni, pakai NRW dah… standard tinggi, cakap omputih dah. [Ketawa]
Pernah jadi Menteri, Yang Berhormat Speaker.
Lupa.
Jadi yang menariknya, NRW ni semakin berkurang. Untuk makluman daripada ADUN Cheka, mana kawasan di Temerloh dulu kalau 50%, Kuantan sekarang ni kalau tak silap saya dia bawah daripada 40 dan semakin hari semakin berkurang tapi untuk noktahkan tu sepertimana kata duit tu, kita agak-agak sukarlah untuk noktahkan. Tapi yang pentingnya dalam pekerjaan… permintaan kita adalah hari ini lebih baik daripada hari semalam. Begitu juga dengan NRW ni.
Berkenaan dengan jumlah hutang ni banyak. Antara yang kita novasikan kerana dulu kita ada RM3.3 bilion hutang Kerajaan Negeri termasuklah hutang bersabit dengan air ini dan alhamdulillah, takdir Allahnya bila saya diamanahkan untuk menjadi Menteri Besar apabila dalam satu mesyuarat Majlis Kewangan Negara, bila dibentang hutang Kerajaan Negeri Pahang itu, ditayangkan di layar, Pahang menduduki tempat pertama, hutang Kerajaan Negeri Pahang. Dan kita telah bermula daripada 2018, usaha-usaha untuk mengurangkan hutang ini dan sehingga sepertimana yang dititahkan oleh Tuanku tinggal RM953 juta. Dan saya sangat bersyukur kerana Allah
Taala memudahkan kerja saya. Bila Yang Berhormat jadi menteri ketika itu, usaha-usaha semua ni telah dibuat…
Dan Ahli Parlimen Bera jadi Menteri Besar er... Perdana Menteri.
Jadi bola tu dah dekat nak masuk gol, Yang Berhormat Speaker err... Yang Berhormat daripada Cheka terus membiarkan bola tu masuk gol, maknanya melupuskan hutang tersebut. [Ahli Dewan ketawa]. Ha… jadi terima kasih juga. Senang... senang kerja.
Jangan masuk gol sendiri.
Yang itu saya kena memberi penghargaan kerana memudahkan, sebab kita dah buat banyak kemudian tiba tiba ADUN Cheka jadi menteri ketika itu, Parlimen. Bola dah nak masuk gol, dibiarnya.
Kiranya itu sebenarnya Yang Amat Berhormat, tanggungjawab semua orang.
Dato’ PS 9 pula bagi sokongan, itulah lebih kurang cerita dia. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Soalan seterusnya soalan kedua, ADUN Cheka.
Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan kedua. Terima kasih.
[Apakah perancangan kerajaan untuk meningkatkan lagi prasarana dan ekosistem Kuala Lipis sebagai Hab Pendidikan seperti yang pernah dicadang pada tahun 2013?]
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Terima kasih kepada ADUN Cheka kerana membangkit soalan berkaitan dengan Hab Pendidikan yang telah dicadangkan di Kuala Lipis. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini Dato’ Sri Yang di-Pertua, antara hasrat yang dizahirkan oleh saf kepimpinan adalah untuk memperkasakan sistem pendidikan. Malahan banyak cadangan telah dikemukakan untuk menjadikan kawasan masing-masing mahupun daerah sebagai hab… pusat pendidikan yang cemerlang dan tidak kecuali daerah Lipis.
Dan dalam usaha untuk mewujudkan hab pendidikan yang baik ini, kita kena mengadakan satu ekosistem dan juga prasarana yang sesuai dan baik dan dalam konteks seumpama ini dalam daerah Lipis, saya nak maklumkan bahawasanya terdapat sekolah-sekolah yang mana di antara yang penting di sini ialah sekolah itu sendiri. Kita ada Sekolah Menengah Kebangsaan. Ada 10 buah Sekolah Menengah Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan ada 43. Sekolah Rendah Kebangsaan 43. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ada 6, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ada 4. Satu sekolah asrama penuh iaitu MRSM Tun Ghazali Shafie. Kita juga ada sekolah agama. Sekolah Agama Rakyat Tanjong Besar-1, Sekolah Menengah Agama Padang Tengku di bawah Pengurusan JAIP, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di Kerambitlah di kawasan ADUN Cheka dan kita juga ada (SEMEKAR) Sekolah Menengah Agama Kuala Lipis di bawah Kementerian Pendidikan.
Kita juga ada Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah. Kemudian kita juga ada Kolej Komuniti Lipis dan alhamdulillah sebuah kolej komuniti yang baharu iaitu Kolej Komuniti Jelai. Insya-Allah akan dibina oleh pihak Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pendidikan Tinggi ini telah pun diputuskan oleh kerajaan dan kita juga ada atas usaha daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kita akan mewujudkan Akademi Mineral Malaysia Pahang yang akan beroperasi di Lipis iaitu di kawasan Centre Point asalnya sedang direnovate dan insya-Allah dijangkakan akhir tahun ini akan bermulanya pengajian di Akademi Mineral Malaysia Pahang. Manakala mana yang kita sedia maklum Kerajaan Negeri Pahang di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang sentiasa bergerak seiring dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam turut memperkasa prasarana juga ekosistem pendidikan di seluruh Malaysia dan di Lipis.
Antara usaha untuk mengangkat dan memperkasakan makna pendidikan MADANI iaitu ada akses pendidikan saksama maka sebuah sekolah model khas yang dinamakan sebagai Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) telah pun diwujudkan di Sekolah Menengah Kebangsaan RPS Betau mulai pada 20 Mac tahun 2023. Ini sebenarnya hasil usaha daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar sendiri kerana sebelum ini, err… sebuah sekolah atau model sekolah khas dipanggil K9. K9 ini, sekolah untuk golongan masyarakat Orang Asli. Di antara teras err… pendidikan MADANI err… ialah untuk ada accesibility ataupun akses pendidikan saksama kepada semua pihak termasuk masyarakat Orang Asli.
Dan K9 ini adalah daripada darjah 1 hingga tingkatan 3. Namun setelah diteliti, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri err… melihat bahawasanya anak-anak Orang Asli yang err… bersekolah di sekolah-sekolah biasa ini tadi, dia ada masalah dari segi keciciran. Maknanya selalu tidak… ketidakhadiran ke sekolah itu tinggi.
Maka dicadangkan model yang akan memberi tumpuan kepada er… masyarakat Orang Asli sendiri. Dan ianya hanya err… bermula daripada darjah 1 hingga tingkatan 3. Dan daya usaha daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri err… yang memohon pihak Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pendidikan, maka alhamdulillah pada tahun sudah, err… Sekolah K11 iaitu merangkumi darjah 1 hingga tingkatan 5, err… diwujudkan di Sekolah Menengah Kebangsaan RPS, Rancangan Penempatan Semula Betau ya, kawasan Orang Asli.
Dan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri sendiri telah mengesyorkan supaya diwujudkan asrama, di sekolah ini. Ini adalah satu permintaan di tahap yang satu lagi supaya anak-anak masyarakat Orang Asli ini tadi dapat tinggal di asrama dan tidak berulang-alik seperti yang ada sekarang ini. Dan err… yang di Betau ini merupakan sekolah yang pertama di Malaysia, yang diwujudkan K11, ya.
Kemudian, kewujudan pelbagai peringkat persekolahan memberi suatu suasana baru yang diharap dapat membentuk sosial budaya yang lebih positif dan menarik. Bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini, bangunan-bangunan baharu yang merangkumi blok pentadbiran, Makmal Sains serta bengkel mata pelajaran telah siap digunakan… telah siap dibangun dan digunakan.
Dan err… mata pelajaran termasuk pemprosesan makanan sebagai mata pelajaran pilihan di tingkatan 4 dan 5 diharap dapat memberi tarikan kepada murid-murid untuk meneroka disiplin baharu atau disiplin ilmu dan kemahiran yang berbeza dengan gaya hidup setempat.
Dan insya-Allah, bagi sekolah di Lipis yang K11 ini, kohort pertama murid sekolah ini akan menduduki peperiksaan SPM, tahun ini, 2024 ya, first batch, dengan izin. Mulai sesi persekolahan 2024 ini juga, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lipis telah diluluskan pengoperasian sebagai Kolej Tingkatan Enam yang pertama di daerah Lipis.
Semua aliran kemanusiaan bagi pendidikan tingkatan enam (prauniversiti) di sekolah-sekolah sekitar iaitu Sekolah Menengah Clifford dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lanar telah dipusatkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lipis bagi tujuan err… penjenamaan ekosistem pengajian agar para pelajar lebih bermotivasi dengan gaya hidup di pusat pengajian tinggi. Para-para guru yang mengajar di Kolej Tingkatan Enam juga berpeluang memantapkan budaya penyebaran ilmu secara lebih dinamik seperti sesi perkuliahan di pusat pengajian tinggi.
Penganjuran bengkel, seminar yang melibatkan Institusi Pembelajaran Tinggi Awam dan Swasta akan pasti melimpahkan kesan menyeluruh ke dalam masyarakat dengan secara sedar dengan perkembangan yang sebelum ini.
Bagi pendidikan rendah, kerajaan telah meluluskan perluasan pembinaan bangunan Prasekolah Integrasi di Sekolah Kebangsaan Penjom, Lipis, yang mengandungi satu bilik darjah serta kemudahan-kemudahan lain mengikut piawai melalui peruntukan pembangunan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan Ke-4 tahun 2024.
Dengan kewujudan bangunan ini, ekosistem pembelajaran bagi murid-murid keperluan khas, di kawasan Penjom khususnya dan daerah Lipis amnya dapat ditawarkan kepada anggota masyarakat. Ini merupakan satu-satunya prasekolah integrasi yang ada di daerah Lipis.
Selain daripada itu, pengoperasian Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lipis sejak Januari tahun 2017, telah semakin menjadi tumpuan kepada bukan sahaja penduduk daerah Lipis, malah sebilangan besar warga luar daripada negeri Pahang sendiri iaitu… atau luar daripada Lipis termasuk Kuantan dan daerah-daerah lain dan juga luar daripada Pahang, termasuk daripada Kuala Lumpur, Selangor dan sebagainya.
Dimensi pendidikan berteraskan aliran agama yang semakin menjadi pilihan menyemarakkan lagi perkembangan ilmu di daerah Lipis. Insya-Allah, pihak err… Pejabat Pendidikan Daerah Lipis juga sentiasa bersama-sama dengan perancangan pembangunan pejabat daerah dalam usaha meningkatkan prasarana dan ekosistem Kuala Lipis sebagai Hab Pendidikan. Terima kasih.
Sila, soalan tambahan.
Soalan tambahan saya ialah pertama sekali tahniah di atas apa perancangan yang telah pun dibuat untuk menjadikan Kuala Lipis sebagai Hab Pendidikan. Cuma soalan saya ialah permintaan kepada err… pelajar-pelajar untuk masuk sekolah agama ini sangat luar biasa dan kita Lipis hanya ada satu sekolah agama di bawah majlis iaitu Sekolah Agama Padang Tengku yang satu lagi ialah Sekolah Rakyat di Tanjung Besar dan Sekolah Bantuan Kerajaan.
Persoalan saya ialah apakah kerajaan bercadang untuk menambahkan lagi sekolah agama di daerah Lipis khususnya di kawasan Benta yang agak strategik? Ini nak sokong YB, err… sebab Benta ini kawasan yang sangat strategik. Dia berada di tengah-tengah, dan dia akan dapat menampung permintaan, khusus daripada sekitar-sekitarnya, sebab Pahang ni luas. Lipis ini sangat luas untuk pergi ke Padang Tengku sahaja terlalu jauh, ya. Jadi oleh kerana itu, saya mencadangkan nak… err… soalan apakah pihak kerajaan bercadang untuk menambahkan lagi bilangan Sekolah Menengah Agama di bawah Majlis Agama Islam untuk menampung permintaan yang sangat tinggi di kalangan rakyat? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Sebenarnya, memang… memang betul. Memang diakui bahawasanya kecenderungan, minat untuk anak-anak pelajar err… menyertai Sekolah Menengah Agama ini begitu ketara sekali. Malahan dalam konteks seumpama inilah kita lihat bagaimana perkembangan berlaku, misal contohnya, err… kita memperkasa sekolah-sekolah sedia ada. Sekolah Menengah Agama Relai ataupun di Kerambit ini adalah merupakan Sekolah Menengah Agama Rakyat.
Dan melalui kaedah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan iaitu mewujudkan model Sekolah Agama Bantuan Khas… Bantuan Kerajaan, sorry, (SABK) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Maka dipertingkatkan, bukan sahaja prasarana tetapi diberikan juga… ada sediakan juga tenaga-tenaga pengajar yang berkemahiran.
Dan… dan ikut skim kerajaanlah.
Mengikut skim kerajaan, dengan bantuan daripada Kerajaan Pusat. Alhamdulillah, Sekolah Menengah Agama Rakyat yang dulunya di Relai ini telah dinaik taraf sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Begitu juga dengan err… Sekolah Agama Rakyat Tanjung Besar ini, ya, Sekolah Menengah Agama Rakyat Tanjung Besar ini, memang dalam usaha untuk kita cadangkan dijadikan sebagai SABK. Dan ini, telah pun berurusan sekian lama, err… bukan sahaja di Benta, malahan di… di seluruh negeri Pahang.
Ada Sekolah-sekolah Agama Rakyat yang kini sedang err… diproses untuk err… mengemukakan bukan sahaja… telah mengemukakan cadangan supaya dapat dinaikkan taraf sebagai SABK, dan insya-Allah makna pandangan daripada rakan saya daripada Cheka tadi. Sebenarnya kita telah ada perancangan ke arah itu.
Manakala di Lipis, ada Sekolah Menengah Agama (SEMEKAL) Kuala Lipis. Ini Sekolah Menengah Agama di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan sejak ianya dibuka macam saya maklumkan tadi menjadi satu, err… ini apa nama…
Tumpuan.
Pilihan… pilihan yang err… agak err… baik daripada bukan sahaja pelajar-pelajar di persekitaran, bukan sahaja pelajar-pelajar daripada negeri Pahang tetapi pelajar-pelajar daripada luar negeri Pahang, termasuk di Selangor, dari Kuala Lumpur dan sebagainya menghantar, dan sebenarnya, err… kalau dilihat dari segi data yang ada, err… ini, kapasiti yang ada di SMK Kuala Lipis ini masih boleh menampung pertambahan hingga 10 ke 20% lagi.
Jadi insya-Allah, maknanya buat masa ini, err… dilihat bahawasanya keperluan untuk membina Sekolah Menengah Agama yang baharu, err… tidak dilihat sebagai terlalu kritikal. Malahan Sekolah Menengah Agama Padang Tengku sendiri, melalui usaha yang telah dibuat oleh pihak kerajaan negeri akan ditambah baik, akan diperkasakan, dan ditambah kemudahan-kemudahan dan insya-Allah perkara ini sedang dalam tindakan. Jadi, err… memang saya mengakui… pihak kerajaan mengakui bahwasanya kecenderungan untuk mengikuti sekolah aliran agama di negeri Pahang ini makin meningkat dan memang pihak kerajaan memberikan perhatian, insya-Allah. Terima kasih.
Soalan seterusnya soalan ke-3, wakil daripada Lanchang.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, soalan saya nombor 3.
[Mohon kerajaan membaiki serta naik taraf jambatan gantung Kampung Dala penghubung antara kebun-kebun dan kawasan perkampungan di sekitaranya.]
Terima kasih Dato' Sri Yang… Dato' Sri Speaker, saya dikemukakan oleh Lanchang mengenai tentang naik taraf jambatan di Kampung Dala. Pembangunan luar bandar ni memang salah-satu usaha gigih Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Desa dan Luar Bandar, Dato' Sri termasuklah err... kampung-kampung di mana jua dan di Kampung Dala ini. Jambatan ini memang rosak dan perlu kepada baik pulih. Sebenarnya Ketua Kampung dan Tok Penghulu, memang ada menyebut perkara ini kepada pihak kerajaan dan kerajaan pun dah kenal pasti melalui Pejabat Daerah err… untuk dibaik pulih, insya-Allah. Kosnya pun kita dah tahu, speknya pun kita dah tahu macam mana nak buat, cuma
kita tunggu peruntukan sebab di daerah Temerloh ni ada banyak jambatan rosak Dato' Sri. Kita dah… dah err... berusaha membaik pulih, contohnya di Mambang Berulang, di Seboi, di Kuala Krau.
Kuala Kaung tu dapat jambatan baru.
Ya, bahkan di Temerloh tu sendiri dapat jambatan baru, Dato' Sri Speaker.
Tahniahlah kita ucapkan yang minta-minta dulu.
Ya, daripada dua lorong sekarang ni kita nak jadikan empat lorong termasuklah Kampung Dala, tapi tidaklah empat lorong Dato' Sri, Kampung Dala ini. Kita naik taraf saja, insya-Allah.
Terima kasih kepada pihak kerajaan. Err... soalan tambahan saya ialah err... pertamanya saya ucap terima kasih atas perhatian tersebut. Cuma err... biasanya jambatan gantung ni kita bermasalah apabila musim banjir. Adakah pihak kerajaan err... mengambil kira untuk naik taraf tersebut, membuat pengukuran daripada tahap banjir yang berlaku baru-baru inilah kerana setiap kali banjir, dia akan rosak apabila kayu-kayu ataupun balak yang sangkut pada jambatan tersebut? Jadi adakah termasuk dalam penambahbaikan dalam naik taraf tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Dato' Sri Speaker atas soalan tambahan yang dikemukakan oleh rakan daripada Lanchang. Kita ni Dato' Sri Speaker, memanglah kalau boleh maknanya macam di mahligai di syurga, berjalan. Makna tidak ada masalah dan tak ada rintangan, tetapi demikianlah dijadikan oleh Allah SWT kepada kita manusia ni, ujian. Ada masa susah, ada masa senang, ada masa kemarau, ada masa banjir. Jadi benda itu kalau boleh kita atasi kita atasi, insya-Allah. Kita ada jentera kita, ada JKR, ada PLB. Mereka ini kita gerakkan supaya meneliti, boleh kita ada upaya kita atasi… kita atasi. Tetapi hukum Allah SWT tidak ada makhluk boleh atasi, Dato' Sri Speaker. Sekian, terima kasih.
Soalan seterusnya soalan ke-4, wakil daripada Tioman.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya mohon kemukakan soalan nombor 4. Terima Kasih.
[DUN Tioman adalah sebuah DUN yang meliputi kawasan kepulauan dan kawasan pesisir pantai yang luas dan terdedah kepada ancaman bencana alam semasa musim Monsun Timur Laut seperti hakisan pantai teruk yang melibatkan Pantai Kuala Pontian, Pantai Mempisang, Pantai Kg. Jawa dan lain-lain. Sehubungan itu, apakah cadangan dan status justifikasi permohonan melibatkan kawasan hakisan pantai ini?]
Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, terima kasih daripada wakil Tioman. Yang pertamanya, untuk makluman sidang dewan, err... kejadian hakisan pantai ni memang kritikal berlaku di seluruh negara dan di kawasan kita negeri Pahang kawasan yang terlibat ialah yang melibatkan kawasan daerah Kuantan, Pekan dan juga Rompin. Dan jenis pantai kita di Pahang ni adalah yang tidak dilindungi oleh zon penampan seperti pokok bakau yang menyebabkan garisan pantai kita terdedah secara langsung… dengan secara langsung dengan faktor… faktor hakisan semula jadi seperti ombak, angin, arus dan pasang surut.
Dan apatah lagi dalam musim tengkujuh, pantai ini akan mengalami hakisan yang sangat ketara disebabkan ombak daripada Laut China Selatan dan kenaikan paras air serta tiupan angin kencang dari arah Timur… daerah Timur Laut dan hakisan pantai. Menurut National Coastal Erotion Studies, dengan izin Yang di-Pertua, (NCES) 2015 dan mendapati bahawa kawasan ini adalah mengalami kehakisan dengan kadar yang melebihi 4 meter setahun.
Jadi Kerajaan Negeri err... juga melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengemukakan permohonan-permohonan untuk mengatasi masalah hakisan pantai di beberapa tempat di kawasan Rompin dan antara kawasan-kawasan yang terlibat permohonan tersebut adalah Kampung Genting Tioman, Kampung Salam Tioman, Kampung Air Batang Tioman, Kampung Pantai Bernas, Pantai Pisang di Kampung Teluk Gading, Pantai Sungai Lumpur di Kampung Jawa, Pantai Kampung Seringkin dan juga di Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Kuala Pontian sebagaimana yang telah di… soalan yang telah ditimbulkan oleh wakil daripada Tioman. Dan JPS juga telah mengemukakan sekali lagi permohonan-permohonan tersebut dalam Rolling Plan Ke-5 (RP5), dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua RMK yang ke-12 nanti, insya-Allah.
Memang Yang Berhormat, kita ni dipanggil open sea. Kita punya sebab Laut China Selatan ni… dia luas dia tak macam Selat Melaka, dia ada penampan jadi sebab tu lah bila angin Timur Laut tu bertiup memang hakisan pantai ini adalah satu masalah sebenarnya. Ada soalan tambahan? Sila.
Err... Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker. Soalan tambahan saya kepada pihak kerajaan. Adakah pihak kerajaan akan melihat lebih mendalam perkara ini khususnya juga selain ucapan tahniah kepada pihak kerajaan kerana banyak tempat-tempat yang disebutkan tadi, ada yang sudah siap, ada yang dalam proses pembinaan. Tapi satu perkara juga saya nak sebut di sini iaitu di Pantai Kuala Rompin tu bakal diwujudkan, insya-Allah err… Caravan… Rompin Caravan Park. Jadi mungkin juga kawasan ini akan terdedah kepada hakisan jadi mohon pihak kerajaan err... melihat juga kawasan seumpama ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Err... sukacitalah saya maklumkan ke dalam Dewan Yang Mulia ini, bahawa antara projek-projek hakisan pantai yang telah siap dilaksanakan di daerah Rompin. Pertamanya ialah Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Tanjung Pahang, Rompin dan keduanya Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pulau Kampung Mukut, Pulau Tioman dan projek dalam pelaksanaan pula adalah seperti Projek Mencegah Hakisan Pantai di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin yang sedang dilaksanakan. Dan untuk maklumat… makluman daripada wakil daripada Tioman, JPS dan Kerajaan Negeri melalui Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) giat menjalankan kajian untuk mengatasi masalah hakisan pantai kita di negeri Pahang ini.
JPS juga, negeri Pahang juga telah dan sedang melaksanakan perancangan jangka panjang dalam mengatasi masalah hakisan dan mengenal pasti isu-isu dan kaedah penyelesaiannya dan dalam Pelan Pengurusan Garis Pantai Bersepadu di… atau dikenali sebagai Integrated Shoreline Management Plan, dengan izin Yang di-Pertua. Dalam kajian ini, ISMP Pahang yang pertama telah disiapkan pada tahun 2005 dan kajian semula ISMP Pahang ini sedang dalam pelaksanaan dan dijangkakan siap pada Oktober 2025 dan kajian-kajian tersebut mengambil kira isu-isu berkaitan masalah hakisan di muara dan juga di setiap pantai di pesisiran pantai negeri Pahang. Insya-Allah, kita akan mengambil kira pandangan wakil daripada Tioman ini bagi pihak Kerajaan Negeri.
Seterusnya wakil daripada Pulau Manis. Soalan nombor 5.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya nombor 5.
[i) Sejauh manakah peruntukan MARRIS bernilai lebih RM400 juta ringgit telah digunakan khusus bagi memperbaiki dan menambah baik jalan raya di seluruh negeri Pahang setakat ini? Bagaimanakah kaedah pengagihan peruntukan ini? Apakah fokus utama peruntukan ini?
ii) Apa perancangan kerajaan bagi menangani isu mendapan jalan dan beberapa tempat yang sama sering berlaku tanah runtuh apabila tiba musim Monsun Timul Laut (MTL)?]
Pandai main golf, pandai main bowling, pandai YB Pulau Manis ni semalam, Yang Amat Berhormat err… tak sangkalah. Wakil Cheka… saya ingat dia wakil daripada ni Jengka pun pandai juga. Ingat orang suruh dia bagi ceramah, dia main bowling agaknyalah. [Ketawa]
Terima kasih err... Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Terima kasih juga kepada Pulau Manis yang mengemukakan soalan berkaitan dengan peruntukan MARRIS. MARRIS
ini ialah Malaysia Road Record Information System, pangkalan data bagi semua jalan-jalan negeri di seluruh Malaysia ni.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Untuk makluman, peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) yang diterima oleh JKR Pahang pada tahun 2023 adalah sebanyak RM262,587,420.00 dan lain-lain agensi iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran ataupun JPS sebanyak RM50 juta dan Pihak Berkuasa Tempatan sebanyak RM136,407,873.13. Peruntukan ini telah digunakan bagi pembaikan dan penyelenggaraan jalan seluruh negeri Pahang. Err... manakala err... dari segi kaedah pengagihan peruntukan ini err... JKR Negeri Pahang mengikut keutamaan err... dan keperluan kerosakan jalan di setiap daerah termasuk panjang jalan yang berdaftar dalam sistem MARRIS dan fokus utama peruntukan ini adalah untuk menyelenggara jalan MARRIS yang merangkumi pembaikan cerun err... selain jalan tu lah... cerun runtuh, jambatan, pembetung dan lain-lain kerosakan berkaitan dengan jalan MARRIS dan err... berhubung soalan yang berkaitan dengan perancangan err... untuk menangani isu mendapan jalan di beberapa tempat yang sering berlaku.
Bagi tahun 2024, er... setakat April, 30 April 2024, pengagihan kali pertama adalah yang diterima oleh JKR Pahang adalah sebanyak RM104,595,000.00. Daripada pengagihan kali pertama yang diterima, sebanyak 201 kerja telah diluluskan untuk tujuan penyelenggaraan dan pembaikan jalan yang merangkumi cerun runtuh, jalan mendap, pembaikan jambatan dan lain-lain yang berkaitan. JKR Pahang telah mengenal pasti lokasi-lokasi yang berlaku mendapan dan tanah runtuh. Kerja-kerja akan dilaksanakan segera setelah mendapat kelulusan.
Selain daripada itu juga, bagi jalan-jalan yang kerap berlaku mendapan dan kerosakan, kaedah Special Treatment, dengan izin seperti Cool In-Place Recycling (CIPR) akan digunakan err... dalam… di dalam pembaikan jalan yang sering berlaku rosaknya. Sebagai contohnya, mendapan yang berlaku di Jalan Pelak-Belimbing C106 akan dibaiki menggunakan kaedah CIPR ni. Kerja penyelenggaraan dilaksanakan menggunakan peruntukan penyelenggaraan kali pertama MARRIS dan kerja penyelenggaraan dijangka bermula pada 6 Mei 2024 dan kos penyelenggaraan sebanyak RM2.6 juta. Manakala bagi pembaikan cerun pula, setiap kaedah pembaikan yang akan dilaksanakan akan disemak err... oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya Malaysia bagi mengenal pasti kaedah pembaikan yang bersesuaian dengan kos yang optimum. Sekian, terima kasih.
Ada soalan tambahan? Sila wakil daripada Pulau Manis.
Terima kasih Dato' Sri Speaker. Soalan tambahan saya adalah err... adakah err... dibolehkan keutamaan pembaikpulihlah sekiranya berlaku err... kita monsun timur laut, kita tahu kadang-kadang jalan… jalan utama tu ada berlubang dan boleh menyebabkan kemalangan dan ada kemalangan jiwa. Bolehkah letak priority utama untuk membaiki jalan tu contoh ada lubang ke kita beri priority utama untuk pembaikan pulih… membaik pulih segera. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Err... pengagihan jalan MARRIS ni dia berperingkat bukannya sekali sahaja dalam setahun. Agihan peringkat pertama, kedua, biasanya sampai tiga kali. Jadi dalam tempoh tersebut tu err... sekiranya berlaku mana-mana kerosakan, jadi kita boleh pertimbangkannya. Pihak jabatan ataupun pihak agensi ini boleh dipertimbangkan untuk dibaiki dalam err... agihan-agihan tersebut. Sekian, terima kasih.
Saya difahamkan dulu jalan MARRIS ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar… Yang Amat Berhormat Menteri Besar… dulu jalan MARRIS kita ni sikit… pendek daripada Negeri Sembilan [ketawa] tetapi kita kaji balik. Saya ingat lagi, kita kaji balik ha… ini yang kita dapat, err... pendek daripada Melaka. Cuba bayangkan dulu kita tak masuk dalam apa namanya dalam jadual kita atau dalam senarai kita kemudian kita kaji balik, alhamdulillah. Soalan seterusnya wakil daripada Jenderak.
Terima kasih, Dato' Sri Yang Berhormat Speaker. Pertanyaan saya nombor 6.
[Apakah perancangan Kerajaan Negeri Pahang dalam usaha untuk meningkatkan lagi sektor perindustrian di Pahang?]
Terima kasih Dato' Sri Speaker dan juga terima kasih kepada sahabat saya YB ADUN Jenderak yang telah kemukakan soalan iaitu apakah perancangan Kerajaan Negeri Pahang dalam usaha untuk meningkatkan lagi sektor perindustrian di Pahang? Kerajaan Negeri Pahang melalui Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang 2023-2027 telah menggariskan beberapa Teras Strategik. Bagi strategi untuk meningkatkan sektor perindustrian di negeri Pahang, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran peningkatan jumlah pelaburan sebanyak 5% setiap tahun bagi pelaburan Zon Perindustrian iaitu Gebeng, Pekan, Estet Bentong, MCKIP antaranya bagi memacu ekonomi negeri Pahang.
Kerajaan Negeri Pahang pada 23 April 2024 baru-baru ini telah menghadiri Mesyuarat Majlis Kerjasama Bersama (Joint Cooperation Council (JCC)) Ke-5 di Guangxi, China bagi meninjau kemajuan projek Taman Perindustrian Berkembar antara kerajaan Malaysia dan China iaitu Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Gebeng, Kuantan dan juga Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia, (CMQIP) di Qinzhou, China. Yang Berhormat Menteri Besar turut menekankan beberapa cadangan untuk penambahbaikan pelaksanaan Taman Perindustrian berkembar ini seperti berikut.
Pertamanya, meningkatkan peranan MCKIP dan CMQIP sebagai pusat inovasi untuk sektor strategik, memanfaatkan industri sedia ada seperti besi dan keluli dan komponen kenderaan elektrik (EV) bagi mewujudkan program latihan TVET serta pusat R&D melalui kerjasama dengan universiti tempatan atau institut latihan di Pahang seperti Kolej Yayasan Pahang dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) untuk memanfaatkan program sedia ada di bawah Akademi dalam Industri.
Kedua, mempromosikan Taman Logistik Antarabangsa Kuantan Malaysia-China (MCKLIP) bagi hab… sebagai hab bagi industri perkhidmatan 2.0 yang memberi tumpuan kepada industri logistik bersepadu, memanfaatkan Pelabuhan Kuantan, ECRL dan juga Lapangan Terbang Kuantan.
Ketiga, mengukuhkan sinergi antara MCKIP dan CMQIP dengan memberi tumpuan kepada kedudukan kompetitif Malaysia sebagai peneraju minyak sawit serta peranan Pelabuhan Kuantan untuk memudahkan lebih banyak perdagangan minyak sawit dibawa masuk ke China melalui Pelabuhan Qinzhou.
Selain itu, delegasi Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Yang Berhormat Menteri Besar turut mengadakan pertemuan kunjungan hormat dengan Tuan Yang Terutama Liu Ning, dengan izin, Party Secretary Guangxi bagi mengukuhkan kerjasama perdagangan dan pelaburan serta menarik minat lebih banyak lagi pelabur China ke MCKIP untuk memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga komited dalam pembangunan industri aeroangkasa di negeri Pahang sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Tindakan Khas Daerah Kecil Gebeng 2035 yang dilancarkan pada 13 September 2022. Melalui cadangan pembangunan projek Lapangan Terbang Antarabangsa dan bandar aeroangkasa yang akan dibangunkan di Seksyen 4 Kawasan Perindustrian Gebeng. Ia juga telah menarik minat ramai pelabur dari dalam dan luar negara kerana projek ini mempunyai potensi besar serta merupakan industri yang sedang berkembang serta ia menjadi satu pemangkin bagi pertumbuhan ekonomi negeri Pahang di mana Kerajaan Negeri juga mensasarkan untuk menguasai sekurang kurangnya 1% daripada pasaran Maintenance, Repair & Overhaul, dengan izin, Asia Pasifik yang dianggarkan bernilai RM15 trilion.
Lanjutan daripada itu, Kerajaan Negeri juga mengadakan sesi libat urus bersama pihak Malaysia Space Agency (MYSA) dalam usaha untuk menerokai peluang kerjasama dalam bidang space science dan kerjasama dalam bidang sains, teknologi terutamanya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta pembangunan sumber manusia selaras dengan Dasar Angkasa Negara 2030 yang dilancarkan pada tahun lepas.
Manakala PKNP berdasarkan Pelan Guna Tanah di sekitar stesen ECRL, agensi ini sedang mengenal pasti beberapa kawasan yang berpotensi yang boleh dibangunkan terutamanya di Kawasan Perindustrian Gebeng, Bentong dan Kompleks Makanan Halal Gambang di Paya Besar. Dengan wujudnya pembangunan di sekitar stesen ECRL ini secara tidak langsung dapat menyumbang dalam pembangunan ekonomi negeri Pahang.
Bagi Kawasan Perindustrian Gebeng, PKNP dalam perancangan membangunkan tapak IKS baru yang berkonsepkan Park Management untuk memberi peluang kepada pelabur tempatan dan dari luar dalam sama-sama merancakkan lagi pertumbuhan Kawasan Perindustrian Gebeng. Akhir kata PKNP juga sedang mengenal pasti kawasan-kawasan industri baru terutamanya di Wilayah Pantai Pahang Barat dengan mengambil kira Projek Lingkaran Tengah Utara dalam erti kata Central Spine Road yang kini sedang dilaksanakan secara berperingkat di samping dapat mewujudkan keseimbangan pembangunan ekonomi di wilayah-wilayah negeri Pahang. Terima kasih.
Wakil daripada ni... daripada Ketari dulu lepas tu wakil daripada [batuk] Beserah.
Terima kasih Dato' Sri Speaker. Kawasan... kawasan di daerah Bentong adalah amat strategik dan berpotensi dalam sektor perindustrian memandangkan ia terletak berdekatan dengan wilayah Kuala Lumpur dan juga dengan pelaksanaan ECRL pada tahun 2027. Soalan saya, apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan daerah Bentong mengambil peluang dan bersedia untuk memajukan sektor perindustrian di daerah Bentong untuk memaju... memacukan sektor ekonomi di dalam negeri Pahang yang apa yang dinyatakan oleh er... Yang Berhormat tadi memang adalah rancangan-rancangan tetapi saya nampak tidak begitu banyak terhadap kawasan Bentong. Jadi adakah apa-apa perancangan Kerajaan Negeri untuk daerah Bentong khususnya?
Terima kasih sahabat saya ADUN Ketari. Buat masa ini, pihak BPEN telah… akan mengkaji beberapa cadangan pembangunan terutama sekali di stesen ECRL Bentong yang bakal dibangunkan err... tidak lama lagi dan kita melihat apakah cadangan-cadangan mengenai Transit Oriented Development ataupun pembangunan yang boleh dilakukan dalam... dalam radius 20 atau 30 kilometer dalam kawasan stesen tersebut dan perkara ini akan dimaklumkan kelak. Saya setuju dengan kenyataan YB di mana Bentong ni dekat dengan Kuala Lumpur dan kita juga telah berjaya menarik minat pelabur-pelabur daripada luar negara.
Sebagai contoh, ND Paper yang bertapak di Bentong memberi peluang pekerjaan tapi pada masa yang sama kita perlu imbangkan dengan keperluan err... keperluan industri-industri tempatan yang sedia ada seperti Pascorp Paper. Saya juga telah terima beberapa cadangan pelaburan di Bentong tetapi tidak dapat kawasan yang sesuai. Sebagai contoh, ada syarikat yang ingin apa tu... bangunkan gedung untuk bahan-bahan letupan tetapi kita tidak boleh letak syarikat ini dalam kawasan perindustrian kerana kalau ia meletup, semua orang meletup dan kita perlu cari satu tanah yang sesuai di mana ada zon penampan ataupun buffer zone supaya syarikat ini boleh menyimpan gedung letupan ini yang digunakan dalam industri oil and gas ataupun minyak dan gas supaya mereka dapat melakukan operasi dengan selamat.Tapi usaha-usaha sedang giat dijalankan untuk mencari pelabur-pelabur yang sesuai di Bentong. Terima kasih.
Sila wakil daripada Beserah.
Terima kasih Dato' Sri Speaker. Saya tertarik dengan penjelasan pihak kerajaan tentang kapasiti yang sedang dibangunkan di MCKIP dan usaha yang sedang dibuat di CMQIP err... rakan di negara China. Cuma soalan saya ialah apakah bidang-bidang tertentu yang kita akan hantar di CMQIP? Berapa banyak syarikat-syarikat kita yang melabur di CMQIP seperti mana syarikat-syarikat daripada China datang melabur di Kuantan di Gebeng dalam MCKIP? Dan err... apa yang utama adalah apabila mereka melabur di Kuantan, mereka boleh mengeksport talent mereka, sumber mereka. Di
MCKIP sekarang err... 30% adalah tenaga kerja daripada China... daripada China. Maknanya mereka boleh eksport tenaga kerja ke Malaysia. Jadi kalau syarikat-syarikat Malaysia mengusahakan industri di... di...
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya nak buat pembetulan bukan 30%... 20% yang terkini.
Okey minta maaf saya buat pembetulan.
Sebab... sebab 30% tu banyak tu.
Dulu... dulu memang 30% sekarang ni MITI telah letakkan 20%.
Dulu bukan 30%... 40%. Dululah... kalau kira dululah.
Tapi apa yang saya nak cerita adalah err... mereka boleh eksport sumber tenaga mereka ke Malaysia. Dan kita pula ada kawasan industri di China yang joint dengan MCKIP… CMQIP. Jadi syarikat mana daripada negara kita yang berusaha… yang mengusahakan industri di CMQIP dan berapa ramai yang kita nak eksport talent kita ke sana supaya dia ada reciprocal action, dengan izin. Dia ada tindak balas yang seimbang antara dua belah pihak. Terima kasih.
Terima kasih kepada sahabat saya ADUN Beserah. Memang kalau kita lihat antara dua taman industri ini jumlah pelaburan sebenarnya lebih tinggi daripada China ke Malaysia. Sebab negara China ni mempunyai sumber modal yang sangat-sangat tinggi, suka tak suka kita err... para pelabur China adalah pelabur yang paling banyak menunjukkan minat di negeri Pahang. Jadi sekiranya kalau kita tidak mengambil peluang pelaburan daripada negara China amatlah rugi negeri Pahang dari segi pembangunan. Tapi kita perlu imbangkan dengan pelabur-pelabur dari negara-negara lain seperti di Eropah, daripada Timur Tengah err... untuk orang kata dengan izin, diversify portfolio pelabur-pelabur yang masuk dari negara asing.
Mengenai pelaburan syarikat-syarikat Malaysia ke China, kita mengalami cabaran untuk melabur di sana kerana seperti semua sedia maklum, China ni dia boleh apa… dia boleh dengan izin, manufacture apa sahaja ya, they can manufacture anything, dia boleh buat apa saja. Dia ada kekuatan err... dari segi pembuatan kilang dalam semua bidang. Kalau kita tengok kedai DIY ni semua kita ambil daripada China. Saya yakin tiada satu pun diambil daripada kilang tempatan. Jadi inilah kekuatan mereka sebagai gergasi ekonomi yang kita tak dapat elak. Dan syarikat kita sekiranya syarikat-syarikat Malaysia pergi ke sana, mereka tidak nampak insentif tertentu...
YB… YB boleh pandang saya. Jangan pandang ke dia.
Masalah...
Pandang ke Speaker. Dia bukan Speaker, belum lagi.
Okey, okey. Saya ralit cuba... cuba tekankan berapa point dan saya pandang muka... [Ahli Dewan ketawa]
Tapi saya faham Yang Berhormat tengah penuh semangat tadi...
Saya terlupa pandang muka Speaker yang amat handsome dan saya akan toleh ke kiri, maaf.
Ini... ini antara… antara perkaralah dia… bila bercakap tu kita kena itu biasalah. Kadang-kadang kita memang nak menjawab soalan yang di... ditanya tu jadi tapi dia amalan dia kena pandang Speaker sebab tu Speaker kena bersih-bersih sikit.
Maaf Dato' Sri Speaker dengan izin. Okey err... mana dah saya tak ingat dah [Ahli Dewan ketawa]. Okey, berkenaan dengan insentif syarikat Malaysia yang...
Yang… Yang Berhormat tadi berhenti gergasi China ni sebagai gergasi ekonomi...
Ha... gergasi ekonomi maka untuk syarikat Malaysia melabur ke China, saya berpendapat mereka perlu diberikan insentif tertentu mungkin untuk tempoh masa yang singkat bawah lima tahun supaya mereka dilindungi daripada gergasi-gergasi ini untuk bersaing dengan mereka. Berilah peluang syarikat-syarikat kita yang mempunyai kepakaran dan dalam bidang tertentu seperti Musang King ke, sarang burung untuk bertapak di negeri China. Kalau semua bidang syarikat-syarikat China nak bersaing dengan company syarikat Malaysia maka alamatnya ia akan menjadi cerita yang samalah, same old story. Tak ada syarikat Malaysia pun yang boleh bertapak di negeri China.
Oleh itu, perkara ini perlu diperhalusi oleh kedua-dua pihak di mana mereka perlu memilih industri ataupun sektor-sektor tertentu yang perlu diceburi oleh syarikat-syarikat Malaysia. Saya lihat di sana kita adalah berniaga jual durian Musang King dan juga produk-produk sarang burung. Tapi masih di skala yang begitu kecil belum di skala yang besar sedangkan pasaran... pasaran China itu begitu besar dengan penduduk RM1.4 billion. Terima kasih.
Soalan seterusnya kita pergi ke soalan nombor 7.
Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, pertanyaan saya nombor 7.
[Sejak kebelakangan ini dilihat ramai pengemis berkeliaran di sekitar bandar di negeri Pahang. Ini akan mencacatkan dan memberi imej buruk kepada Kerajaan Negeri. Apakah tindakan dan usaha Kerajaan Negeri dalam mengatasi isu pengemis ini?]
Speaker bukan Yang di-Pertua. Sekarang dah tukar.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan juga sahabat yang bertanya. Okey, sebelum itu saya ingin menerangkan dan menjelaskan mengenai apakah maksud orang papa ya. Mengikut Seksyen 2 Akta Orang Papa 1877 Akta 183 adalah merujuk kepada seorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang-orang yang lazim mengunjungi tempat itu ataupun hingga menimbulkan kacau ganggu.
Tafsiran kedua ialah seorang yang berpeleseran yang dijumpai di sesuatu tempat awam sama ada atau tidak ia mengemis, yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan. Dan bagi menjawab soalan tersebut, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat secara berterusan melaksanakan err… operasi berjadual atau berkala bagi tempat-tempat yang dikenal pasti menjadi tempat pengemis bertapak. Manakala operasi tidak berjadual atau tidak berkala dilakukan berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai.
Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang juga telah giat melaksanakan di peringkat negeri dan juga daerah melalui program penerangan yang diberi nama 'Bijak Membantu, Elak Tertipu' bertujuan membanteras aktiviti mengemis selain menyedarkan masyarakat supaya lebih bijak agar tidak tertipu oleh individu atau kumpulan yang mengambil jalan mudah meraih keuntungan atau err... di atas sikap pemurah segelintir masyarakat pada masa kini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Tuan Speaker,
Mohon pertanyaan tambahan. Kalau kita lihatlah pengemis ni dia banyak apa kategori daripada kanak-kanak, dewasa, pastu ada yang cacat OKU dan ada juga yang kita nampak macam PATI sikit, Pendatang Tanpa Izin ni kan, bawa anak kecil ke sana ke sini. Jadi kita nak tanya kepada pihak kerajaan, kluster-kluster ni penguatkuasaannya di bawah siapa? Kadang-kadang bila kita mintak ni untuk nak kuat kuasa sesuatu kumpulan dia kata ini PATI ini di bawah agensi jabatan lain. Jadi penguatkuasaan tak dapat dilaksana. Jadi adakah semua apa yang dikategori sebagai kumpulan-kumpulan pengemis ini kita nak tanya di bawah mana penguatkuasaan? Terima kasih.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Operasi untuk pengambilan orang-orang papa yang menurut akta yang dibacakan tadi tidak terpakai di atas kes orang papa yang disyaki berpenyakit mental. Juga kes orang papa disyaki mempunyai masalah kesihatan kronik atau penyakit berjangkit, kes orang papa bukan warganegara, maksudnya orang bukan warganegara ni dia tidak termasuk dalam akta ditetapkan. Seterusnya kes orang papa yang memegang kad UNHCR, juga kes orang papa disyaki penagih dadah dan… dan kes yang mengutip derma tanpa kelulusan dan semua yang saya sebutkan tadi tidak termasuk dalam akta yang telah ditentukan. Sekian, terima kasih.
Tiada, kita pergi ke soalan seterusnya. Wakil daripada Tanah Rata.
Terima kasih Dato' Sri Speaker, soalan saya soalan 8.
[Nyatakan usaha kerajaan dalam mencungkil bakat atlet baharu dalam kalangan pelajar untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi demi meningkatkan mutu sukan negeri Pahang.]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Tanah Rata atas soalan mengenai usaha kerajaan dalam mencungkil bakat atlet baharu dalam kalangan pelajar untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang err... Speaker,
Kerajaan Negeri Pahang telah melaksanakan pelbagai usaha serta inisiatif bagi mencungkil bakat baru di kalangan para pelajar. Terbaru, Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Sukan Pahang dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah menjalin satu bentuk kerjasama yang erat, jitu lagi konsisten bersama dalam usaha untuk mencungkil bakat atlet baharu di peringkat akar umbi khususnya di sekolah bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
Melalui inisiatif ini, pihak Majlis Sukan Pahang dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah mengenal pasti serta melantik guru-guru yang berkelayakan dan berkemahiran dalam bidang sukan di setiap daerah di seluruh negeri Pahang sebagai jurulatih sambilan untuk mencari, mencungkil serta melatih atlet-atlet di kalangan para pelajar sekolah rendah dan juga menengah. Jurulatih-jurulatih di kalangan guru ini akan menerima allowance daripada Majlis Sukan Pahang mengikut tahap sijil yang mereka miliki. Kadar allowance adalah seperti bagi Lesen A, berjumlah RM750.00 sebulan, Lesen B, RM600.00 sebulan manakala lesen C RM500.00 sebulan.
Melalui inisiatif dan kerjasama ini, kita akan mempergiat dan memperkukuhkan pelaksanaan Program Pembangunan Sukan Prestasi Tinggi bagi melahirkan atlet-atlet berprestasi tinggi di kalangan para pelajar sekolah untuk diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Sukan-sukan yang terlibat melalui program ini adalah seperti hoki, olahraga, sepak takraw, ragbi dan bola jaring yang dilaksanakan di Sekolah Sukan Negeri Pahang iaitu di Seberang Temerloh dan Sekolah Sukan Malaysia di Gambang. Hasil dari kerjasama erat ini, pasukan hoki lelaki dan wanita yang terdiri dari pelajar Sekolah Sukan Negeri Seberang Temerloh telah berjaya merangkul pingat emas di SUKMA pada tahun 2022 di Kuala Lumpur.
Bagi memastikan program pembangunan sukan di Pahang ini terus rancak dan berkesinambungan, Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Sukan Pahang telah menganjurkan beberapa kejohanan tertutup Pahang yang mensasarkan penyertaan di kalangan pelajar-pelajar sekolah di setiap daerah di negeri ini. Antara kejohanan yang telah dilaksanakan adalah Karnival Future Elephant Warrior Hunt, Karnival Pantai Timur, Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Pahang, Kejohanan Olahraga Tertutup Pahang, Revos Swimming Championship 2024. Kejohanan-kejohanan ini dilaksanakan secara berkala setiap tiga bulan.
Selain itu, Majlis Sukan Pahang juga sentiasa menggalakkan persatuan dan kelab sukan untuk menganjurkan lebih banyak kejohanan serta program bagi mencungkil bakat-bakat baru. Malah, bagi memastikan kelestarian bakat sukan di negeri Pahang terus berkembang sambil melentur buluh dari rebungnya, seramai 1,504 orang pelajar telah menyertai sesi pencarian bakat Majlis Sukan Pahang yang melibatkan 22 program sepanjang tahun lalu. Daripada jumlah tersebut, seramai 417 orang bakat baru telah disaring dan dipilih bagi menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih sepenuh masa Majlis Sukan Pahang bagi Projek Bakat SUKMA 2026/2028.
Di samping itu, Majlis Sukan Pahang turut melaksanakan pengukuhan kepada program pembangunan bakat dengan penjenamaan semula program kepada tiga segmen utama iaitu Young Elephant Warrior libatkan atlet bakat di bawah umur 15 tahun, Future Elephant Warrior iaitu atlet pelapis di bawah umur 17 tahun dan Golden Elephant Warrior iaitu atlet SUKMA di bawah umur 21 tahun.
SUKMA di Sarawak pada tahun ini iaitu pada Ogos ini telah menyenaraikan seramai 603 atlet Pahang iaitu melibatkan 327 atlet dan 276 atlet wanita di bawah umur 17 tahun iaitu atlet muda di bawah program Future Elephant Warrior. Atlet-atlet ini pula telah menikmati allowance latihan sekurang-kurangnya RM250.00 sebulan bermula bulan Januari lalu berbanding hanya RM100.00 sebulan pada tahun-tahun sebelum ini. Peningkatan kadar elaun sehingga 150 peratus ini adalah inisiatif julung-julung kali dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi menambah baik kebajikan atlet termasuklah di kalangan para pelajar.
Hakikatnya, Kerajaan Negeri Pahang sentiasa bersungguh-sungguh melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mencungkil dan mengetengahkan bakat atlet-atlet baru di kalangan pelajar sekolah sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Sekali gus memastikan agenda kebajikan para atlet sentiasa terbela. Langkah ini penting bukan sahaja untuk membantu mengekalkan kesihatan mental dan fizikal para pelajar, mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah dan mengelakkan mereka daripada terjerumus kepada aktiviti yang tidak sihat, sebaliknya memupuk perpaduan, menambahkan pendapatan mereka dan meningkatkan jati diri anak-anak Pahang melalui bidang sukan.
Tidak terhenti setakat itu, di peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang pula, Kerajaan Negeri turut komited dalam memberikan penumpuan kepada pembangunan sukan komuniti bagi mencungkil bakat sukan termasuklah di kalangan pelajar sekolah dan atlet kurang upaya. Banyak programnya antaranya adalah program Inspire I-Talent iaitu program pencarian bakat yang dikhususkan untuk pelajar dari golongan orang kurang upaya.
Melalui program ini, mereka yang terpilih akan diserap untuk menyertai beberapa acara berprestij sukan termasuklah Para SUKMA Kebangsaan. Antara pemain Pahang yang dilahirkan melalui program ini adalah Loh Chi Hui (atlet memanah) dan Mohd Syazwan (atlet tenis berkerusi roda) di mana mereka kini telah mewakili negara untuk bertanding ke peringkat yang lebih tinggi.
Dato' Sri Speaker,
Begitulah deretan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Sukan Pahang dan juga Jabatan Belia dan Sukan Pahang untuk mencungkil bakat-bakat baru atlet di kalangan pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah di seluruh negeri Pahang ini. Terima kasih.
Terima kasih wakil daripada kerajaan. Kita terus ke soalan seterusnya. Ada soalan tambahan? Apa soalannya? Sila YB.
Terima kasih Dato' Sri Speaker, soalan tambahan saya. Menteri Belia dan Sukan mengadakan lawatan kerja ke Cameron Highlands pada 6 Mei beberapa hari yang lepas dan mengatakan bahawa perlu adanya fasiliti kolam renang untuk terus mencungkil bakat err... atlet renang di Cameron Highlands. Jadi soalan saya, adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneliti dan err... menyokong cadangan untuk membina kolam renang di Cameron Highlands? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Saya percaya permohonan kolam renang di Cameron Highlands ini dipohon oleh Ahli Parlimen Cameron Highlands. Mungkin kesesuaiannya di tempat sejuk ni kita kena tengok juga Yang… Yang Berhormat. Cuma dari segi infrastruktur…
Dia… kita boleh buat indoor, indoor swimming pool.
Err… Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan Yang Berhormat Tanah Rata, Kerajaan Negeri Pahang sentiasa terbuka untuk menambah baik, meningkatkan fasiliti sukan di seluruh negeri Pahang dan ketika ini pun memang banyak pembukaan pusat serta fasiliti sukan di seluruh negeri Pahang. Contohnya di Jerantut, sekarang kita bangunkan sukan Pusat Latihan Sukan Muay Thai. Di Temerloh sekarang dengan Pusat Latihan Silat dan Pusat Latihan Gimnastik yang baru dan kita boleh tengok keperluan di Cameron Highlands berkait dengan kemudahan sukan renang. Terima kasih, Dato' Sri Speaker.
Soalan seterusnya. Soalan nombor 9. Wakil daripada Beserah
Dato' Sri Speaker, saya kemukakan soalan nombor 9.
[Kerajaan telah memperuntukan hampir RM4 Juta untuk mengatasi masalah pengganguran di negeri Pahang;
i) Berapa banyakkah syarikat yang telah terlibat di dalam program Pahang 1st Job setakat Februari 2024? ii) Berapa ramaikah jumlah pencari pekerjaan yang mendaftar di dalam Sistem Pangkalan Data Pekerjaan Pahang, CariKerja@Pahang?
ii) Apakah bidang-bidang pekerjaan yang ditawarkan di dalam Sistem CariKerja@Pahang?]
Terima kasih Dato' Speaker... Dato' Sri Speaker. Untuk menjawab soalan ADUN Beserah, kawan saya. Inisiatif Pahang 1st Job yang akan dilaksanakan melalui Majlis Pekerja Negeri Pahang yang buat masa ini masih belum dilancarkan. Juga di bawah selia... seliaan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang. Ia adalah terbuka kepada semua majikan di negeri Pahang yang berminat untuk mengambil peluang untuk memperolehi insentif gaji bagi penawaran pekerja kepada graduan yang terlibat. Proses penawaran ini adalah terbuka kepada semua majikan. Majikan yang berdaftar melalui portal MYFutureJobs.
Untuk makluman ADUN Beserah, Pahang 1st Job ini memberi peluang pekerjaan kepada 100 orang graduan anak Pahang yang terdiri daripada IPTA/IPTS di negeri Pahang yang terpilih. Graduan ini akan dibayar sebanyak gaji RM2,500.00 sebulan selama tempoh 6 bulan. Untuk… sebab err… untuk Pahang 1st Job, kita masih belum dilancarkan dan setakat ini yang majikan yang berdaftar untuk makluman, yang berdaftar dengan MYFutureJobs di Pahang adalah 4,570 majikan.
Untuk menjawab soalan (b), Sistem Pengkalan Data Pekerja Pahang masih belum ada lagi tapi untuk data ini senang dibangunkan dan akan diintegrasikan dengan nama sesawang Investment Pahang secara berperingkat. Sebanyak RM2.5 juta telah diperuntukkan untuk bagi membangunkan sistem pengkalan data tersebut. Untuk makluman juga ADUN Beserah, bagaimanapun, sebab kita tak boleh tunggu, kita juga kena bagi kerja kepada anak-anak Pahang. So, setakat Mac 2024, terdapat seramai 112,262 pencari kerja di Negeri Pahang yang berdaftar di Portal MYFutureJobs dan daripada jumlah tersebut, seramai 31,129 pencari kerja yang sedang aktif mencari pekerjaan.
Untuk menjawab soalan (c), bidang-bidang pekerjaan yang akan ditawarkan di dalam sistem cari kerja Pahang akan merangkumi semua mengikut sektor industri seperti berikut:
i) Pembinaan; ii) Pembuatan; iii) Perkhidmatan; v) Pertanian & Penternakan; dan iv) Perlombongan.
Sekian, terima kasih.
Sila.
Terima kasih wakil kerajaan di atas penjelasan. Soalan tambahan saya adalah, bila anggaran akan dilancarkan Program Pahang 1st Job serta Pengkalan Data Pekerjaan Pahang itu akan dilancarkan? Yang keduanya, apakah insentif-insentif yang diberikan apabila mereka menyertai program yang dilancarkan oleh err… Kerajaan Negeri nanti? Terima kasih.
Terima kasih soalan dari ADUN Beserah. Err…Kita jangkakan untuk Pahang 1st Job ni akan mula pada err… Januari atau Mac 2025 dan insentif-insentif yang tadi saya bangkitkan adalah 100 orang graduan yang kita bayar gaji si… se…sebanyak RM2,500.00 untuk tempoh 6 bulan. Terima kasih, Dato' Sri.
Seterusnya, saya jemput wakil daripada Sabai.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, soalan saya nombor 10.
[Negeri Pahang memang popular dengan pelbagai produk pelancongan.
i) Berapakah statistik kehadiran pelancong ke Negeri Pahang bagi tahun 2023?
ii) Apakah inisiatif baru yang dilaksanakan bagi memacu pembangunan sektor pelancongan negeri Pahang?]
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan Yang Berhormat Sabai. Untuk tahun 2023, negeri Pahang telah menerima ketibaan pelancong seramai 13,231,064 orang dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM11.89 billion dan kita telah mencapai sasaran yang ditetapkan pada tahun lepas. Untuk destinasi pelancongan yang paling ramai dikunjungi top 3, dengan izin adalah Genting Highlands, Kuantan dan Cameron Highlands. Manakala bagi pelancong antarabangsa ikut negara yang paling ramai mengunjungi Pahang, top 3, dengan izin adalah Singapura berikutan dengan China dan Indonesia.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di… Dato’ Sri Speaker,
Untuk tahun ini, ada inisiatif baru dari Kerajaan Negeri untuk merancakkan lagi sektor pelancongan di mana kita akan menganjurkan Malaysia International Tourism Expo Pahang, MIT Pahang pada bulan Oktober di Kuantan untuk menjadikan negeri Pahang sebagai hab pertemuan pemain-pemain industri dari seluruh negara Asia Tenggara dan dunia. Di samping itu, Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang juga akan bekerjasama untuk mengga… menggalakkan dan menganjurkan lebih banyak acara pelanco… pelancongan bertaraf dunia dan pada masak… pada masa yang sama, usaha promosi diteruskan Kerajaan Negeri Pahang bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk mempromosikan negeri Pahang dengan menye… penyertaan dalam pameran pelancongan. Penganjuran latan… lawatan suai kenal dengan izin, Fam Trip (Familiarition Trip) dan juga Tourism Malaysia telah menyediakan platform E-risalah untuk menghebahkan maklumat produk pelancongan.
Pada masa yang sama, Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Pahang, (MOTAC Pahang) juga turut memperkukuh aktiviti pelancongan melalui Community Based EcoTourism (CBET) dengan menggalakkan komuniti tempatan terlibat dalam industri pelancongan. Err… MOTAC Pahang juga menggalakkan pengusaha produk pelancongan untuk meyer… menyertai program Penilaian MYTQA sebagai pengiktirafan kepada produk mereka, terima kasih.
Soalan terakhir.
Soalan tambahan Dato’ Sri.
Ada? Sila.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Err… di kawasan saya ada beberapa pusat pelancongan err… yang memerlukan bantuan dan pembelaan daripada Kerajaan Negeri khususnya berkaitan dengan err…
penyediaan prasarana jalan. Jalan yang menghubungkan pusat-pusat ini, err… jalan tanah yang perlu diturap dan err… saya ucapkan terima kasih juga kepada EXCO Pelancongan err… kerana melapangkan masa untuk bertemu dengan beberapa pengusaha pusat-pusat pelancongan ini err… untuk err… mendapatkan bantuan. Saya mohon Kerajaan Negeri dapat bantu err… pengusaha pusat-pusat pelancongan ini kerana pusat-pusat ini kerap juga menerima pelancong dari luar dari semasa ke semasa err… itu saja, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sabai. Memang kalau kita melihat daerah Bentong termasuk kawasan Yang Berhormat Sabai, salah satu kekuatan adalah ekopelancongan dan setiap tahun Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan menyediakan bajet untuk menaik taraf ataupun menyelenggara infrastruktur diproduk-produk pelancongan. Jadi dengan ini, err… daerah Bentong dan juga kawasan Sabai juga turut dimasukkan dalam bajet infrastruktur. Tapi minta maaf saya tak ada senarai buat sekarang. Saya minta sekiranya ada permohonan, permohonan boleh biasanya dikemukakan melalui 3, err… 3 platform iaitu Pejabat Tanah dan Daerah, yang kedua err… Majlis Daerah ataupun Majlis Perbandaran yang ketiga, Tourism Pahang. Dengan ini saya mohon Yang Berhormat Sabai boleh mengem… mengemukakan cadangan untuk kita mempertimbangkan, terima kasih.
Soalan terakhir untuk hari ini. Err… sila wakil daripada PadangTengku.
Assalamualaikum WBT Dato’ Sri Speaker, soalan saya soalan nombor 11.
[Mohon Kerajaan Negeri Pahang memaklumkan bilangan setinggan FELDA di setiap wilayah berdasarkan isi rumah yang meliputi kriteria berikut:
i) Rumah-rumah yang dibina di lot-lot kediaman peneroka.
ii) Rumah kedai yang dijadikan rumah kediaman.
iii) Lain-lain bangunan yang diubahsuai sebagai rumah kediaman.
Apakah langkah-langkah proaktif Kerajaan Negeri Pahang bagi menangani isu setinggan FELDA ini demi merealisasikan dan memperkasakan FELDA sebagai sebuah penempatan moden yang tersusun?]
(Bacaan ayat al-Quran) Assalamualaikum WBT Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Terima kasih kepada ayahanda Dato’ Yang Berhormat Padang Tengku kerana memberi soalan. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’, masalah perumahan khususnya isu penempatan setinggan merupakan isu utama yang sering dibangkitkan oleh generasi baharu FELDA di tanah-tanah rancangan dan ia juga memberi kesan langsung kepada iklim politik setempat.
Sehingga kini Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, bilangan penempatan setinggan di semua rancangan FELDA negeri Pahang adalah seperti huraian berikut. Wilayah
Kuantan sebanyak 583 unit, Wilayah Jengka sebanyak 1,779 unit dan juga Wilayah Mempaga sebanyak 540 unit dan keseluruhan unit ialah 2,902 unit.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Daripada 2,902 unit tersebut sebanyak 1,334 unit yang membawa maksud sembilan pu… 45.97% adalah rumah-rumah yang telah dibina di lot-lot kediaman peneroka manakala 814 unit bermaksud 28.05% rumah kedai yang dijadikan rumah kediaman dan lain-lain bangunan yang dikenal pasti diubah suai sebagai rumah kediaman berjumlah 754 unit yang membawa maksud 25.98%.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Seperti yang Yang Berhormat Dato’ sedia maklum, penempatan setinggan di kawasan rancangan FELDA ini sebenarnya adalah menyalahi peruntukan undang-undang Seksyen 30, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, dan juga Seksyen 425, Kanun Tanah Negara (KTN). Oleh demikian, Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan juga sidang Dewan Yang Mulia ini, Kerajaan Negeri dengan kerjasama FELDA telah mengambil inisiatif untuk memperkasakan FELDA sebagai sebuah penempatan moden yang tersusun melalui pengisytiharan 18 kawasan dalam FELDA ataupun dalam wilayah FELDA sebagai Skim Tanah Rakyat ataupun dipanggil STR yang diperuntukkan untuk generasi baru FELDA negeri Pahang.
Kawasan yang disenaraikan sebagai STRFP adalah seperti berikut. Pertama Mempaga 3 sebanyak 190 unit, Triang 1-100 unit, FELDA Lakum-150 unit, Chegar Perah 1-38 unit, Tembangau 2-190 unit, Kechau 1-65 unit, Krau 1-65 unit, Jenderak Selatan-115 unit, Kumai-150 unit, Sungai Kemahal-150 unit, Sungai Tekam Utara-86 unit, Jengka 5-214 unit, Jengka 20-87 unit, Jengka 24-239 unit, Kampung New Zealand-61 unit, Kampung Panching Selatan-70 unit, Lepar Hilir 1-34 unit dan akhir sekali, Lepar Hilir 2 sebanyak 106 unit dan membawa maksud keseluruhan unit yang direadykan ialah 2,110. Dasar berkaitan bidang kuasa dalam memuktamadkan syarat pemilikan serta kaedah pelaksanaan telah ditetapkan dan permohonan yang memenuhi syarat akan diselaraskan oleh Kerajaan Negeri bersama FELDA kelak. Yang Berhormat Dato’ Sri, terima kasih banyak.
Tambahan Dato’ Sri Speaker.
Sila.
Dato’ Sri Speaker,
Pertama sekali saya nak ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang di atas pelancaran Skim STR tapi itu merupakan… Dato’ Speaker merupakan err… program jangka panjang program. Jangka pendeknya kita selesaikan sebab saya tengok angka ni tinggi 2,902. Maknanya ada setinggan di… di FELDA sekarang ni. Macam mana kita nak selesaikan sebab kita nak wujudkan FELDA sebagai satu kawasan kampung tersusun, cantic, indah tapi dengan adanya rumah-rumah yang tidak semenggah ni saya kira ini akan mencacatkan pandangan dan juga hasrat kita.
Jadi soalan saya yang pertama, apa yang kita nak buat? Langkah yang kita nak buat kepada rumah-rumah yang saya sebutkan tadi. Terutama tak ada api dan sebagainya tu, adakah kita nak runtuh ke dan kalau kita nak runtuh, apakah apa nama perancangan kita jangka pendek? Jadi di situ saya nak tanya pulak adakah perancangan kita nak bahagikan misalnya pocket land yang ada di tanah tu di situ dibangunkan untuk tujuan membina rumah-rumah transit untuk mereka sewakan bagi mengatasi sementara… sementara apa ni STR kita dapat dilaksanakan. Terima kasih.
Terima kasih banyak Yang Berhormat Padang Tengku. Bahawasanya buat masa ini, inisiatif Kerajaan Negeri Pahang telah melakukan STRF. Ini adalah satu inisiatif Kerajaan Negeri Pahang untuk membantu kepada terutama sekali anak-anak Pahang ataupun terutama sekali anak-anak peneroka yang telah ingin kembali kepada FELDA. Untuk pengetahuan dan sidang Dewan Yang Mulia ini, bahawasanya inisiatif Kerajaan Negeri Pahang bersama dengan FELDA telah dilaksanakan dan buat masa ini itulah apabila semua penduduk yang telah ataupun semua anak-anak peneroka ataupun peneroka-peneroka membuatkan di tanah haram itu. Iyalah perkataan haram ini tidak boleh dihalalkan.
Sebab itu pada pandangan Kerajaan Negeri Pahang, kita telah mengutarakan cadangan untuk mempercepatkan proses STRF ini untuk memudahkan anak-anak yang telah pun melakukan pendudukan haram ini dapat kita selaraskan supaya dia mengambil tempat dalam STRF yang telah kita utarakan kepada semua peneroka dan juga semua apa nama FELDA-FELDA yang di bawah Kerajaan Negeri Pahang. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Saya ingin dapat penjelasan. Kalau kita tengok status tanah FELDA ini yang ada hari ni tanah tepi jalan dengan tanah tepi hutan sama taraf. Sedangkan realitinya tanah tepi… tepi jalan besar ini dia punya nilai value yang sangat tinggi tapi oleh kerana skim yang ada di FELDA menyebabkan sama taraf, tanah tepi hutan dengan tanah tepi jalan utama. Saya fikir sampai masa pihak FELDA, zaman Almarhum Tun Razak kita ucap tahniah dia telah melihat kerangka pada waktu itu tapi kerangka kita ialah kerangka generasi kedua, ketiga FELDA. Apa penyelesaian? kalau STF tak boleh selesai, dengan hanya dua ribu lebih, puluh ribu. Kita isu besar kita ialah kita minta peneroka, anak peneroka kekal stay di FELDA bagi bantu kekurangan tenaga buruh tapi mereka tak boleh duduk satu rumah berkongsi dengan 10 adik-beradik, itu penyelesaian mesti dicari.
Saya cadangkan dua perkara untuk penjelasan. Yang pertama, status diberi kelonggaran kepada tanah-tanah yang berstrategi untuk dibangunkan. Contoh kerajaan pernah ambil FELDA Sungai Buaya menjadi satu kawasan bandar baru. Bandar Pusat Jengka sebagai contoh, dia sangat kritikal bila permintaan tinggi menyebabkan kos perumahan yang sangat melampau, RM400,000.00 satu unit.
Kenapa? Kerana keluasan tanah yang sangat sempit. Sedangkan kalau kita lihat kalau kita ambil kaedah pembangunan Sungai Buaya sebagai contoh kita akan dapat bangunkan kawasan-kawasan berstrategi ini untuk dibangunkan oleh pihak kerajaan.
Yang kedua ialah tentang pendekatan kita terhadap skim perumahan yang gagal. Jengka 11 sebagai contoh, kita Kerajaan Negeri dah ambil alih tapi masih gagal lagi dan kecurian berlaku. Kabel dicuri, frim dicuri sebab bila gagal projek ini kita akan rugi berkali ganda. Saya mohon supaya perkara ni dapat diberi perhatian, terima kasih.
Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato’ Sri Cheka dan juga terima kasih banyak Dato’ Sri dan ini saya ingin maklumkan daripada sidang Dewan ni Yang Berhormat Dato' Sri iaitu ialah mengenai pindaan Akta GSA…
Dato’ Sri.
Silakan, silakan.
Berkenaan dengan Perumahan Generasi Kedua FELDA, pihak Kerajaan Negeri Pahang kita telah menerima satu cadangan, proposal daripada Kerajaan Pusat di bawah FELDA iaitu untuk melantik syarikat bagi melaksanakan membaik pulih atau menyiapkan projek-projek PGBF di seluruh negeri Pahang dan di dalam peringkat pelaksanaan… dalam peringkat pelaksanaan dan melibatkan lebih kurang 1,850 unit rumah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan diambil alih oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri telah meluluskan cadangan tersebut yang di cadangkan oleh pihak FELDA.
Kerajaan Negeri telah bersama dengan Lembaga Perumahan dan Tanah Pahang (LPHP) bekerjasama untuk memastikan projek ini dapat dilaksanakan… projek-projek rumah terbengkalai ini dan kita dapat menyiapkannya agar dapat didiami oleh generasi-generasi kedua.
Untuk makluman, sidang dewan juga satu ketika dulu memang projek PGBF ini dicadangkan oleh Perdana Menteri kita pada waktu itu Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib kita dan akhirnya apabila telah kalah dalam pilihan raya dan projek tersebut telah tidak dicadangkan untuk diteruskan dan akhirnya memberi kesan kepada negeri Pahang sendiri sedangkan tanah tersebut adalah milik FELDA.
Jadi sekarang apa yang Kerajaan Pahang cuba laksanakan adalah untuk membaik pulih, untuk memastikan projek yang mula-mula ini diinisiatifkan oleh FELDA dapat disiapkan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri kita yang terpaksa menanggung apa yang telah ditinggalkan sebelum ini oleh kerajaan yang telah apa memberhentikan projek PGBF. Itu sahaja.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah selesai membincangkan 11 pertanyaan dan jawapan. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan bagi… untuk sesi pagi ini untuk kita minum pagi dan kemudian kita akan sambung balik persidangan. Kita sambung semula pada pukul 12.00 tengah hari. Saya bagi setengah jamlah untuk kita berehat, minum-minum dan kemudian kita kembali semula pada pukul 12.00 untuk kita sambung semula persidangan kita. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan pada jam 11.39 pagi]
[Persidangan disambung semula]
Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan PahangMotion
Perkara Ketiga: Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Speaker, saya mohon izin untuk membawa satu Usul di Dewan Yang Mulia ini yang berbunyi:
“Bahawa Dewan Negeri Pahang Yang Bersidang Pada Hari Ini, Bersetuju Menjunjung Kasih Atas Limpah Perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Berangkat Menyempurnakan Titah Diraja Kepada Dewan Negeri.”
Saya berharap Usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan Yang Mulia ini.
Yang Berhormat Dato‘ Sri Speaker,
Saya mohon menyokong Usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di hadapan Majlis ini ialah satu Usul yang berbunyi:
“Bahawa Dewan Negeri Pahang Yang Bersidang Pada Hari Ini, Bersetuju Menjunjung Kasih Atas Limpah Perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Berangkat Menyempurnakan Titah Diraja Kepada Dewan Negeri.”
Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan telah pun mendapat sokongan.
Sekarang, kita meneruskan dengan Aturan Urusan selanjutnya.
Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan PahangMotion
Perkara Keempat: Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Sekarang saya kemukakan semula Usul tersebut kepada perbahasan. Dengan ini, saya menjemput Ahli Dewan dari Kawasan Tioman untuk membahaskan Usul tersebut. Silakan, Yang Berhormat Tioman.
Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan ayat al-Quran). Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker kerana pada tengah hari ini memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Usul Titah Diraja Menjunjung Kasih yang dibawakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, sebentar tadi.
Sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15 dan Dewan yang dimuliakan, setinggi-tinggi Junjungan Kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, seterusnya Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Dewan yang dimuliakan, saya mengambil kesempatan juga di sini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih atas tunjuk ajar, nasihat dan pandangan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdi bin Wan Ismail yang merupakan peneraju Kerajaan Negeri Pahang bersama barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, para pegawai kanan, para pegawai, kakitangan seluruh dalam negeri Pahang ini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Jelas dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, kita melihat bagaimana Kebawah Duli Paduka Baginda menitikberatkan beberapa tonggak dalam memacu kejayaan negeri Pahang ini. Antara perkara yang dibangkitkan ialah berhubung kait dengan prestasi hasil Kerajaan Negeri, ketirisan Kerajaan Negeri, prestasi ekonomi dan pembangunan negeri. Sedikit perkara menyentuh alam sekitar, pertanian dan keterjaminan makanan, begitu juga urusan yang berkaitan pendidikan dan pembangunan modal insan, dakwah Islamiah serta peningkatan pelaburan asing, pemangkin ekonomi negeri selain bantuan Kerajaan Negeri atau BPP, Bantuan Prihatin Negeri serta pengurangan kadar kemiskinan tegar di dalam negeri kita Pahang Darul Makmur ini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya sangat teruja dan sangat bangga melihat keprihatinan Kebawah Duli Paduka Baginda, sebagaimana dalam Titah Diraja mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri terhadap pencapaian hasil melebihi RM1 bilion untuk dua tahun berturut-turut. Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada Kerajaan Negeri Pahang [Ahli Dewan menepuk meja] dan sudah pasti Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang selaku peneraju dalam pentadbiran ini, kita berikan satu ucapan syabas dan tahniah, kerana dua tahun berturut-turut ini bukanlah satu perkara yang mudah dan dalam meneraju kepimpinan sebuah negeri Pahang yang semakin hari semakin mencabar tetapi masih lagi dapat mengekalkan prestasi yang berdaya saing berbanding dengan negara… negeri-negeri lain di dalam negara kita Malaysia ini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker yang saya kasihi, mudah-mudahan Dato’ Sri Speaker terus dapat menangani dan mengurus hal ehwal dewan dengan cemerlang. Dalam masa yang sama, insya-Allah kita melihat Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku juga menyentuh dengan tegas dan hemahnya supaya kita semua berpegang kepada prinsip mendahulukan kepentingan rakyat untuk kemakmuran negeri dan rakyat yang tercinta negeri ini.
Dalam pada Kerajaan Negeri menempa kejayaan, perolehan hasil meningkat naik, turut ditekankan agar terdapatnya usaha berterusan untuk menjana sumber-sumber pendapatan yang baharu bagi mewujudkan sinergi jangka masa panjang yang lebih dinamik pada masa-masa akan datang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Kerajaan Negeri telah berbuat sehabis baik dengan kejayaan kutipan hasil yang tinggi, dizahirkan atau dipulangkan balik kepada rakyat melalui insentif dan inisiatif yang pelbagai dalam bentuk bantuan dan kebajikan serta bantuan-bantuan lain kepada rakyat dalam negeri ini.
Dalam hal ini, ucapan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang kita yang mana telah memperuntukkan ratusan… jutaan ringgit bagi penduduk, kalau dalam bahasa kampungnya bukan setakat di daerah-daerah tetapi di atas bukit, banjaran, pedalaman yang terpencil, di hutan, kampung tradisional, di kalangan warga FELDA, di kalangan warga FELCRA, luar bandar, pinggir bandar, anak rantau Pahang, mahasiswa, anak muda, di pulau dan sebagainya. Semuanya mendapat nikmat dan juga sentuhan daripada Kerajaan Negeri termasuklah kluster-kluster yang lain.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Bukanlah kita untuk membodek Kerajaan Negeri tetapi itulah hakikatnya yang telah kita lalui selama berpenggal-penggal selama ini, melihat bahawa Kerajaan Negeri terus-menerus membantu rakyat di negeri ini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Begitu juga terhadap pelaksanaan penguatkuasaan terhadap tanah-tanah kerajaan yang diceroboh turut dibangkitkan, yang mana inilah antara ketirisan yang berlaku yang mana akhirnya hasil-hasil cukai ataupun hasil pendapatan kerajaan tidak dapat dipungut. Namun, atas keberkesanan penguatkuasaan yang berterusan dan penuh hemah itu tadi, Kerajaan Negeri telah dapat mengumpulkan cukai atau pendapatan
hasil tanah khususnya sehingga disebut melebihi RM740 juta ringgit dalam pendapatan Kerajaan Negeri.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Titah Diraja turut melibatkan libat urus yang baik di semua peringkat dan meletakkan Kerajaan Negeri yang aman makmur. Di sebalik rakyat sebagai tonggak utama, komposisi dalam memperuntukkan perbelanjaan pembangunan dan juga perbelanjaan mengurus dengan penuh hemah. Sudah pasti kerajaan ini akan dapat ditadbir dengan baik.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya juga melihat dalam banyak-banyak Titah Diraja, pada kali ini tidak kekang ataupun tidak lekang disebutkan juga tentang penglibatan anak muda terus-menerus dalam arus pembangunan Kerajaan Negeri Pahang. Kali ini diletakkan di bawah bidang pertanian dan dikaitkan juga dengan keterjaminan makanan kepada anak-anak muda supaya mereka ini dilibat secara langsung dan kita tahu bahawa negeri Pahang ini ada jelapang padi. Merupakan sumber keterjaminan makanan untuk negara dan juga negeri kita khususnya. Jadi, saya mohon mencadang dalam pembentangan dan perbahasan hari ini agar diwujudkan kembali iaitu ibaratnya Tanah Rancangan Pemuda kepada anak-anak muda atau atas apa nama sekali pun yang dapat menjurus kepada penglibatan anak-anak muda dalam negeri ini.
Kita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri kerana telah mewujudkan juga Skim Tanah Rakyat dan boleh dikatakan semua Wakil-wakil Rakyat dalam negeri Pahang ini khususnya pimpinan kerajaan yang memerintah Kerajaan Perpaduan pada hari ini memperolehi Skim Tanah Rakyat ini yang dapat diagih-agihkan kepada penduduk ataupun rakyat di luar sana. Tidak kira usia, tak kira jantina. Boleh dikatakan setidak-tidaknya mereka memiliki sekeping tanah untuk bercucuk tanam.
Jadi dalam hal untuk kita mengambil hati, menjaga generasi pada masa akan datang, saya melihat Skim Tanah Anak Muda ini perlu diperkenalkan juga walaupun secara kecil-kecilan, walaupun secara berperingkat. Namun sudah pasti ia akan dapat menarik minat anak muda yang tidak seperti ayah-ayah kita terdahulu boleh bercucuk tanam di laman rumah, di belakang rumah. Walaupun seekar tetapi untuk anak anak muda pada hari ini, kalau tidak dibimbing, tidak diberi garis panduan, tidak dibantu sebaiknya mungkin mereka akan lihat dan tengok sahaja tanah-tanah yang ada di sekitar penglihatan mereka.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang yang mana semalam kita sama-sama menghadiri International Conference on Contemporary Education in Islamic World. Di bawah seliaan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah yang berlangsung dengan gemilang dan julung-julung kalinya diselaraskan oleh universiti ini. Menghimpun para sarjana Islam dari seluruh dunia. Tahniah dan syabas sekali lagi kepada Kerajaan Negeri Pahang bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita [Ahli Dewan menepuk meja] dan kepada EXCO berkenaan juga yang menerajui portfolio berkenaan. Saya ucapkan terima kasih kerana ini merupakan satu penampilan ilmu dan intelektual di kalangan para sarjana dan sudah pasti universiti ini akan melahirkan student ataupun para pelajar sarjana pada masa akan datang. Dan difahamkan insya-
Allah jika tiada halangan pada tahun ini akan melahirkan graduan-graduan, doktor falsafah dan juga Master Degree di universiti tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Kita juga… disebut pada hari semalam dan difahamkan bahawa ada twinning program akan dilaksanakan di bumi Pahang ini melibatkan kerjasama antara dua negeri… dua negara termasuk negara-negara di Timur Tengah. Dan ini adalah satu langkah yang sangat baik yang akan memberi peluang kepada anak-anak bangsa kita untuk meneruskan dan menyambung belajar dalam bidang-bidang tertentu dengan kerjasama negara kita… negeri Pahang kita dengan negeri luar… negara luar.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya juga suka untuk menyebutkan bagaimana Kerajaan Negeri telah mensasarkan kestabilan dengan pelan tindakan pada 2026 untuk PAIP akan stabil bekalan dan sebagainya dan dalam soal jawab lisan awal pagi tadi, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kita ada menyebut bahawa dalam kita meletakkan kestabilan bekalan air terawat dan sebagainya sudah pastilah akan ada masalah-masalah tertentu. Namun begitu, ucapan terima kasih dan tahniah saya juga ingin sampaikan kepada pengurusan PAIP negeri Pahang kerana dalam keadaan kita memang ada masalah tertentu khususnya pada hari-hari keraian ataupun hari raya sebagai contoh. Tiap-tiap tahun memang kita ada menghadapi masalah tetapi kita mengharapkan moga- moga dengan peruntukan hampir RM300 juta lebih yang disasarkan pada tahun 2024 ini diperuntukkan kepada PAIP, akan dapat sedikit sebanyak meningkatkan kualiti perkhidmatan dan juga kualiti bekalan air… air mentah ataupun air terawat ini ke seluruh pelusuk daerah dalam negeri Pahang ini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Bukan senang kerana air ini sumber utama kehidupan kita dan kita Wakil Rakyat pun kadang-kala memang rasa fobia. Sampai sahaja hari raya memang kita dah menjangkakan. Namun begitu, atas kesedaran dan kepekaan tadi, kita mohon juga kepada Pegawai Daerah dan juga YDP sama-sama dan juga PAIP daerah untuk mengambil tindakan awal supaya dapat meminimakan masalah yang kita hadapi ini dan saya yakin, percaya, insya-Allah dengan keyakinan dan juga keiltizaman Kerajaan Negeri dan juga PAIP itu sendiri dengan peruntukan yang lebih RM300 juta ini sebagaimana dalam Titah Diraja ada menyatakan perkara ini. Mudah-mudahan isu air ini akan bertambah baik khususnya di zon-zon merah… yang saya sebut zon-zon merah ini termasuklah Rompin, Temerloh, Jerantut, Raub, Maran ya.
Bukan apa Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekali-sekala dia tak ada air ini, dia akan tutup 35,000 akaun… 50,000 akaun. Jadi benda-benda ini memang sangat err... orang kata kita memerlukan tindakan segera dan insya-Allah saya pun sempat berbisik dengan CEO PAIP tadi err… di luar tadi. Makna komitmen Kerajaan Negeri akan terus-menerus memastikan bahawa PAIP ini sentiasa membantu dan sentiasa bersiap sedia untuk mengatasi perkara ini. Terima kasih juga saya ucapkan kerana di tempat saya setakat ini walaupun ada masalah tetapi masih dalam keadaan terkawal. Terima kasih, PAIP.
Boleh gulung Yang Berhormat?
Ada sikit lagi.
Boleh gulunglah tu.
Ya, baik Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya ingin menyatakan rasa terharu dan rasa gembira pun ada apabila Kerajaan Negeri telah memperuntukkan rumah RRP ini. Dalam setiap kali ucapan, saya akan bangkitkan perkara ini kerana antara wow faktor yang menggembirakan penduduk-penduduk rakyat dalam negeri Pahang ini khususnya mereka yang tidak mempunyai tempat berteduh yang baik dan tempat menginap daripada hujan dan panas yang baik. Dengan adanya peruntukan RRP ini ataupun Rumah Rakyat Pahang ini sekurang-kurangnya di samping rumah PPRT, rumah peruntukan daripada agensi-agensi lain tetapi rumah RRP ini juga memberi satu impak yang besar dalam kehidupan rakyat di dalam negeri Pahang ini.
Ditambah pula dengan kemuliaan dan juga kurniaan Ru’RASA oleh Kebawah Duli… Kebawah Duli Tuanku Baginda kita dengan mengurniakan Ru’RASA ini, maka bertambahlah makmur di negeri kita ini dengan binaan-binaan rumah yang hampir RM75,000.00. Masuk basuh kaki sahaja. Bagaimana saya lihat keluarga-keluarga yang dapat rumah ini begitu gembira dengan anak-anak melompat sana sini. Kerana apa, tak pernah dapat rumah sebegini termasuklah rumah RRP tadi. Jadi saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar Pahang kita. Terima kasih daun keladi. Kalau boleh tambah lagi, insya-Allah.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Seterusnya saya ingin bangkitkan sikitlah perkara yang ada kaitan iaitu tengah hot sedikit di kawasan saya iaitu tentang bekalan baja subsidi padi ini. Jadi, saya tidak bercadang untuk membahas panjang perkara ini. Cuma saya mohon daripada Kerajaan Negeri kalau dapat mempertimbangkan supaya kalau dapatlah TOL... TOL err... tanah sawah padi ini, kita cadangkan buat blanket approval, dengan izin. Makna kata tak perlulah tiap-tiap tahun kita nak renew. Kita buat macam Air Asia, siapa bayar awal murah sikit, contoh. Bayar lima tahun sekali lagi bagus macam kita renew lesen.
Jadi kalau tiap-tiap tahun asal lambat fail tu naik dah tersangkut baja. Sedangkan tiap-tiap tahun dia dapat dan dia tanam padi. Jadi saya kira kalaulah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri selaku orang yang pengalaman dalam Industri Padi Negara (BERNAS). Benda tiap-tiap tahun saya rasa kita buat macam Pahang Mining bagi tiga tahun, lima tahun terus TOL ini. Jadi dia orang bayar, pastu dia nak bayar geran dia bayar jadi senang. Tak ada terputus bekalan baja subsidi, tidak terputus err... subsidi RM500.00 yang BERNAS bagi hasil jualan padi. Jadi ini saya kira sangat membantu dan kita pun dapat mengurangkan err... krisis emosi dan tekanan jiwa, pesawah-pesawah dan juga Wakil Rakyat sendiri.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Satu lagi saya ingin bangkitkan di sini ialah Pulau Tioman. Pulau Tioman ini terkenal dengan indah permai, gunung-ganang dia, pantai laut dan sebagainya. Ikan cantik-cantik.
Gunung je... dia ganang tak ada, dia satu gunung je.
Ya. Minta maaf Dato’ Sri dia terlebih. Gunung je.
Gunung-ganang, tak ada gunung. Kalau ganang tu, banjaran-banjaran tu... gunung satu.
Baik, saya tengok gunung ni Semukut tu dua macam gunung-ganang juga nampak. [Ahli Dewan ketawa]
Bolehlah panggil ganang kalau macam tu. [Ahli Dewan ketawa]
Ya... ya terima kasih Dato’ Sri. Jadi Dato’ Sri Speaker, saya ni ialah alhamdulillah, terima kasih atas sokongan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri, rakan-rakan, Speaker sendiri, ya. Dah masuk 4 penggal saya tengok banyak projek dapat. Kadang kala kena batal. Kita dah gembira dah. Dah canang sana sini masuk kampung sebab penduduk pun khabor, jadi YB Tioman jangan datang tiga... empat kali setahun. Kita datang 450 kali dah. Jangan datang ke Tioman, tidur Tekek sahaja, kita tidur semua kampung belaka dah. Datang ke sini, jangan bawak kontraktor kita pergi seorang datang ke sana err... apa... janganlah duduk di Hotel Berjaya, kita tidur rumah orang kampung, ikut belaka dah. Tapi begitulah keadaan kita lumrah manusia tak ada benda yang boleh puasnya. Tapi nak menyebutnya dalam masa yang sama. Kita dah lapangan terbang dah batal. Panjang kapal terbang... lapangan terbang pun dah batal balik. Jadi, kita tak tahu di mana ruang kita nak bagi kredit kepada penduduk Pulau Tioman ni sebab datang projek kita Kerajaan Negeri fight. Kita EXCO pergi fight pun beria-ia pergi lobi Persekutuan, dapat. Tiba-tiba kena batal pula, duit ada. Lambat buat kang kena tarik balik.
Jadi ini antara masalah-masalah yang dihadapi pembangunan di Pulau Tioman dan bayangkan nak buat tandas atas jeti demi keselesaan pelancong-pelancong pun nak kena Laporan EIA. Sebab itu saya mohon sangat kalau diadakan rundingan sehabis baik dengan Taman Laut ni... Taman Laut ini, kerana apa? Kalau boleh kita zoningkan, jangan keseluruhan pulau tu jadi taman laut. Payah orang kampung nak cari makan. Masa COVID-19 dulu, saya sendiri pun menangis, sebab apa? Dahlah pelancongan tak datang, pelancong tak ada, nak pergi ke laut pun tak boleh, dengan musim
tengkujuh, lepas tu dua batu nautika. Dua batu nautika ni bendalah boleh carinya. Kalau bot kecil-kecil tu jadi banyak sangat halangannya.
Jadi kalau boleh saya bukanlah nak menidakkan taman laut tu, bagus dia ada. Tapi kalau dia duduk kat pulau yang tak ada orang lagi bagus. Makna dia tak ada masalah dengan orang, dia jagalah pulau tu. Jadi kalau susah kita mintak zoning saja. Zoning tu maksudnya, sebab rata-ratalah kalau saya ingat rakan-rakan ada yang buat PhD di Tioman tu tentang kelestarian pelancongan, dia kata Dato’ YB, kami ini duduk sehari dua hari cemuh dah sebab tak ada aktiviti dia khabor. Nak pergi banana boat tak boleh sebab taman laut, nak pergi apa nama naik jetski, taman laut. Jadi benda kami boleh naik?
Ini adalah antara yang saya nak sebutlah. Saya terpaksa sebut juga sebab nanti orang kampung... penduduk khabor saya tak bawa Usul ini ke Dewan. Jadi untuk akhirnya, Yang Berhormat Speaker saya mohon sangatlah merayu kalau dapat Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan ini dan Kerajaan Perpaduan ini dapatlah kita bincang betul-betul perhalusi supaya penduduk di Pulau Tioman ini dia tak jadi macam zoo, macam zoo manusia. Minta maaf, dengan izin saya sebut Dato’ Sri Speaker.
Dan untuk akhir sekali, ingin saya nyatakan saya mohon juga Kerajaan Negeri mempertimbangkan. Oleh kerana kita ni banyak pulau selain Pulau Tioman, Dato’ Sri Speaker. Mungkin Dato’ Sri Speaker boleh melawat sekali kita buat lawatan khas, lawatan kerja. Tengok bagaimana pulau-pulau sebanyak 21 buah pulau ini err... ada pulau-pulau yang duduk dekat dengan darat. Contohnya yang saya bangkitkan tentang hakisan tadi, hakisan pantai. Dulu Pulau Pontian ni sekolah dalam laut dah sekarang ni. Tapak sekolah dalam laut, tapak masjid dalam laut, tapak bomba dalam laut belaka. Jadi adalah bukit kecil dulu sekarang jadi pulau. Jadi baru-baru ini saya alhamdulillah pernah bangkit beberapa kali dan baru-baru ini, Pegawai Daerah Rompin dan juga team Majlis Daerah bersama buat lawatan kerja. Kalau boleh kita nak mintak dipertimbangkan. Dua buah pulau kecil ini kita letak di bawah pentadbiran Majlis Daerah.
Kalau nak letak TDA dia jauh, dia nak jaga pulau Tioman lagi, Pulau Labas lagi, Pulau Berhala dan macam-macam. Jadi itulah hasrat saya dalam hal ini, moga dapat dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri. Yang penting juga Taman Laut tu la Dato’ Sri Speaker, terima kasih banyak. Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang yang banyak membantu dan seterusnya Dato’ Sri Speaker err... barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta para pegawai dan rakan rakan Ahli Mesyuarat, rakan-rakan Yang Berhormat dalam dewan ini dan juga tak lupa kepada Pegawai Daerah Rompin serta GM TDA yang banyak membantu pentadbiran pengurusan daerah dengan baiknya. Jadi dengan kata-kata itu, saya menyokong Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Titah Diraja pada hari ini. Terima kasih.
Dijemput wakil daripada Cheka.
Bismillahirahmanirrahim. (Bacaan ayat al-Quran), “dan inilah jalanku yang lurus hendaklah kamu mengikutinya dan janganlah kamu menyimpang dan sikap kasar daripada jalan yang sebenar”. (Bacaan ayat al-Quran). Terutama saya ucapkan terima
kasih kepada Tuan Speaker yang memberi ruang kepada saya untuk turut sama membahas Usul Titah Diraja sempena Pembukaan Mesyuarat Penggal Pertama... Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada Isnin lalu.
Alhamdulillah, pembukaan mesyuarat kali ini begitu bermakna kerana ia merupakan titah pertama Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku selepas ditabal sebagai Sultan Pahang pada tahun 2019 dan terus dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong. Sesungguhnya Titah dan peringatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin A-Mustafa Billah Shah merupakan satu peringatan yang sangat serius khususnya bagi kita dalam mentadbir dan memaju negeri Pahang, negeri yang makmur dengan sumber hasil, pelbagai bangsa yang tinggal secara aman dan makmur di negeri ini. Keprihatinan baginda dalam soal masalah rakyat terserlah bila mana baginda menyatakan secara khusus beberapa perkara seperti prestasi tadbir urus, pembangunan negeri, pendidikan dan modal insan serta dakwah Islamiah.
Dato’ Sri Yang… Speaker,
Saya ingin melihat satu perkembangan yang kita harus lihat secara serius. Dewan Negeri Pahang ni tak ada siaran langsung persidangannya. Bukan saja tak ada siaran langsung, rakaman pun tak dibenar. Ucapan yang baik daripada ADUN Tioman tak didengar oleh penduduk Tioman yang dia bawa. Demikian juga wakil-wakil yang lain. Hari ni sebenarnya siaran langsung ni dah jadi normal. Orang menjala ikan pun buat siaran langsung. Kita Sidang Dewan Negeri tak boleh buat secara langsung.
Yang Berhormat Speaker,
Saya nak bagitahu kepada ADUN Cheka, saya telah mengarahkan Speaker untuk membuat siaran langsung tetapi oleh sebab provokasi yang melampau daripada pihak Perikatan Nasional yang cuba mengambil mileage yang mengatakan kalau MB anak jantan buatlah live, buat itu. Jadi, atas sebab itulah kita tarik balik sebabnya PAS akan claim, Perikatan Nasional akan claim mileage... sebab kami desaklah nak buat ini. Speaker dah bersedia anytime je nak buat live tetapi disebabkan ada cabaran yang melampau dan cuba nak ambil mileage sekiranya dibuat secara live, kita tarik balik.
Kita rasionallah, bila tak ada siaran langsung dan kita tak benarkan siaran langsung, timbul provokasi itu kerana tak ada secara langsung.
Yang Berhormat, sidang akan datang kita ada secara langsung. Okey, teruskan.
Saya ucap terima kasih banyak. Saya ni menyampaikan hasrat pemberita… media.
Tak… tak… sila… sila… yang itu kita dah selesai dah dan pada bulan 8 ni kita akan ada siaran langsung. Insya-Allah.
Terima kasih banyak.
Yang Berhormat Speaker,
Saya mendapat maklum balas pulak selepas provokasi melampau, mereka setuju supaya Sidang Dewan ini tidak dibuat secara langsung untuk kali ini, media-media. Jadi, nampak kontra kat situ tak tahulah media ni makan kiri kanan. Dengan Cheka dia cakap macam ni, dengan saya dia cakap macam ni, tetapi maklumat yang saya dapat kebanyakan media mengatakan kepada saya Yang Berhormat Speaker, saya… kami setuju supaya tiada siaran langsung kerana terdapat provokasi yang melampau terhadap kepimpinan kerajaan.
Jadi, bukan cara dia macam tu. Kita sepatutnya kalau nak sesuatu dalam poket orang, kita bincang elok-elok, bukan dengan mengatakan anak jantanlah… itulah… inilah dan sebagainya. Saya memang anak jantan, kalau tidak… kalau tidak… saya Wan Rosdy binti Wan Ismaillah. [Ahli Dewan ketawa]
Terima kasih.
Yang Berhormat Speaker, dengan izin.
Wan Rosdiah.
Ya.
Saya rasa provokasi dan sebagainya, pandangan yang buruk bila kita tak ada siaran langsung. Jadi, bila siaran langsung orang boleh tahu apa yang diucap, dibahas dan sebagainya. Apa pun, saya ucap terima kasih kepada Dato’ Sri Speaker yang telah beri komitmen tadi.
Keputusan saya bukan disebabkan oleh provokasi daripadanya kerana kita dah bercadang dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri bahawa saya telah mencadangkan dan mereka setuju. Selepas ini pada bulan 8 ini akan ada siaran langsung. Jadi, jangan ada yang ponteng-ponteng ya.
Untuk sidang kali ni boleh tak dibuat rakaman?
Untuk sidang akan datang. Itu, saya telah putuskan okey. Teruskan Yang Berhormat.
Baik. Pertama sekali saya melihat pengurangan hutang Kerajaan Persekutuan daripada RM3.31 bilion kepada RM993.62 juta merupakan satu perkara positif dan tahniahlah kerana kita berjaya mengurangkan. Namun, kalau sekiranya kita teliti pengurangan tersebut, pengurangan sebanyak RM2.316 bilion hutang yang dilangsaikan itu yang diingat bahawa sejumlah RM2.074 bilion hutang Kerajaan Pahang terhadap Kerajaan Persekutuan, dia merupakan hutang hapus kira, bukan kerana kita bayar hutang. RM2.074 bilion itu kerana novasi syarikat air PAIP dengan Kerajaan Persekutuan lalu Kerajaan Persekutuan hapus kira sebanyak RM2.074. Ada pun yang kita bayar sebenar ialah RM2.42 juta saja. Lagipun, saya ucap tahniahlah bukan saya nak complaint. Saya nak sebut bahawa angka yang sebenar ialah sebanyak RM2.42 juta dan saya mohon Kerajaan Negeri melalui Yang Amat Berhormat Menteri Besar…
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya nak tanya ada juga, apa masalahnya? Daripada RM3.5 tinggal RM950 juta, apa… apa masalahnya? Apa masalahnya?
Ya, terima kasih. Masalahnya ialah kita bukan bayar, orang lupus kira. Kita kena clear supaya jangan dianggap kita bayar hutang sebab bukan kita bayar. Kerajaan Persekutuan pun kira hutang. Saya menandatangani waktu itu 7 tahun tak selesai isu novasi air. Perak err… Kedah 5 tahun, Perlis hampir 5 tahun, kita berjaya selesai tiga… tiga. Saya beri keutamaan untuk…
Yang Berhormat Speaker,
Saya dalam kenyataan saya berterusan saya mengatakan Kerajaan Negeri Pahang berjaya mengurangkan hutang daripada RM3.2 bilion kepada RM952 juta. Saya tidak pernah mengatakan Kerajaan Negeri Pahang bayar hutang. Jadi, benda-benda macam ni yang cuba diputarbelitkan cuba mainkan persepsi dan sentimen yang menimbulkan orang di bawah jadi keliru. Apa salahnya ADUN Cheka setuju dan memang kena setuju sebab kita berjaya mengurangkan hutang. Kaedah bagaimana nak kurangkan hutang itu terpulang kepada kebijaksanaan dan kepandaian Kerajaan Negeri. [Ahli Dewan menepuk meja]
Itu yang pentingnya, jangan kita nak belit, nak hide cash, oh… ni dia duit RM300 bilion, nak hide cash, bukan macam itu. Yang pentingnya hutang tu kurang. Kaedah 7 tahun… 5 tahun… itu terpulang kepada cara kita untuk menyelesaikan hutang kitalah. Terima kasih.
Macam nilah kalau saya hutang dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar RM10,000.00, lepas tu saya cakap Yang Amat Berhormat boleh halalkan? Halal. Makna, habis la hutang tu, contoh… contoh… contoh. Jadi, kita teruskan Yang Berhormat.
Ya, teruskan, terima kasih. Kita ada satu lagi hutang dengan Kerajaan Persekutuan yang saya fikir Kerajaan Negeri mampu dapat penghapusan iaitu hutang SUKMA. Lama dah ni hutang ni. Saya fikir mungkin kita boleh cari jalan bagaimana untuk Kerajaan Persekutuan juga melupuskan hutang SUKMA. Kita ni penganjur satu masa dulu, tapi sepatutnya Kerajaan Persekutuan menanggung kos tapi diletakkan beban kepada Kerajaan Negeri. Apapun ini pandangan saya. Yang keduanya ialah soal tentang hal kutipan hasil. Dalam Titah Tuanku, Baginda menyebut tentang pencapaian kutipan hasil hingga setakat ini ialah sebanyak 26.5% daripada sasaran. Saya ingin menyatakan… mendapat penjelasan tentang bagaimana strategi kita untuk meningkatkan sasaran kutipan hasil ni?
Dato’ Sri Speaker, saya nak tanya sikit, hutang SUKMA tu yang mana? Berapa? Berapa?
Dulu yang sama… isu air dengan SUKMA sebenarnya 2 beban yang menjadi tanggungan Kerajaan Negeri pada masa itu.
Sebab seingat saya, SUKMA sudah bayar dah, dah selesai dah.
Dah selesai?
Dah, dah selesai dah.
Yang Berhormat baca berita lain ni. Dah selesai, dah selesai. [Ketawa]
Okey, terima kasih. Jadi, 26.5%, soalan saya ialah bagaimana… apakah strategi Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran bagi meningkatkan hasil sebab pertama sekali kita lihat beberapa hasil baru perlu kita teroka? Kita Pahang ni ada REE saya fikir dia akan jadi sumber negeri. Yang kedua produk pelancongan kita yang sangat banyak dan mungkin kerajaan juga boleh pertimbangkan soal bagaimana untuk meningkatkan premium balak yang dah lama kita tidak semak. Saya fikir sampai masa
untuk meningkatkan hasil negeri di samping carbon tax, cukai karbon yang boleh dipertimbangkan di mana kilang-kilang industri melepaskan pencemaran. Kerajaan Negeri terpaksa tanggung dan satu perkara yang… yang juga boleh dilihat ialah bila mana Pahang yang antara negeri yang menyumbang besar kepada hasil taman…
Yang Berhormat Speaker,
Saya sangat setuju pasal karbon tu tapi pasal premium balak tu saya harap ADUN Cheka semak balik sebabnya pada 2018, 31 tahun Kerajaan Negeri Pahang tidak menaikkan cukai dan permit balak negeri Pahang berbanding dengan negeri-negeri lain yang tidak mahu sebut. Dua, tiga kali naik dalam masa 31 tahun tersebut dan pada 2019 atau 2020, kita dah naiklah premium balak semua. Ini baru berapa tahun kalau nak naik lagi. Itu pun nak naik selepas 31 tahun tersebut bagai nak pecah Dewan… Wisma Sri Pahang ni. Persatuan macam-macam persatuanlah bersabit dengan kayu-kayan yang datang dan saya suka menyatakan Dewan Yang Mulia ini bahawa kenaikan premium cukai balak di negeri Pahang ini adalah lebih rendah lagi daripada beberapa negeri lain. Terima kasih, Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih, soal saya sebut tadi soal taman negara. Pahang menyumbang sebanyak 2,477 kilometer persegi daripada keluasan sebenar taman negara, 4,343 kilometer persegi. Kerajaan Persekutuan sebenarnya telah pun bagi komitmen, ni zaman Bera jadi Perdana Menteri untuk membayar hasil taman-taman negara yang telah berkorban tidak ambil hasil seluas 2,477 kilometer persegi dan ini bukan taman negeri, ini taman negara. Komitmen Kerajaan Persekutuan pada waktu itu ialah untuk membayar pampasan kepada negeri yang reserve tanah dia untuk taman negara. Saya rasa ini di antara perkara yang mungkin boleh dilihat sebagai sumber-sumber baru bagi Kerajaan Negeri. Insya-Allah, semoga dengan hasil yang banyak itu kita dapat membangunkan negeri kita dengan lebih cemerlang.
Tuan Speaker,
Saya juga ingin menyentuh soal tentang sumber daripada yang dititah oleh Tuanku ialah tentang industri pelancongan khususnya di kawasan Geopark Kebangsaan di kawasan Lipis. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berjaya mendapat pengiktirafan tersebut. Namun, apa yang penting ialah selain pengiktirafan ialah pelan strategi bagi membangunkan kawasan Geopark dan limpahan daripada program ini kepada kawasan-kawasan sekitar. Kita akui bahawa kita Pahang mendapat antara negeri yang saya rasa satu-satunya di Malaysia yang punya semua ekopelancongan… produk pelancongan berbanding negeri-negeri lain. Kita ada pulau… Tioman, 10 tercantik dunia. Kita ada tanah tinggi, Genting Highlands, Fraser Hills dan err...
Cameron Highlands.
Cameron Highlands. Kit... kita ada pulau yang... pantai yang sangat cantik. Kita ada gua yang sangat menarik. Tapi berdasarkan jawapan daripada EXCO tadi, fokus
hanya tiga kawasan, Cameron Highlands, Kuantan dan Genting Highlands. Jadi, saya fikir Tioman...
Minta laluan.
Err... Genting Highlands…
Saya minta laluan.
Kuantan...
Mungkin err... Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya ingin err... membetulkan apa yang dita... ditujukan Yang Berhormat Cheka. Tadi dalam jawapan kita menyatakan mengikut statistik destinasi yang paling ramai dikunjungi, tapi ini tidak bermaksud Kerajaan Negeri mengetepikan mana-mana destinasi. Setiap daerah kita ada hala tuju untuk membangunkan supaya setiap err... setiap daerah ada satu... sekurang-kurangnya satu tempat pelancongan menjadi keunikan dan tarikan. Terima kasih.
Terima kasih err... sebab saya tengok kita punya produk bagus dan kita dah habis berjuta ringgit untuk bangunkan produk tersebut. Kalau kita tidak laksanakan agenda program, produk ini akan hilang. Contoh Gua Kota Gelanggi, banyak perkara… duit dah dibelanjakan. Gua Gunung Senyum, banyak kita dah habis belanjakan tetapi dia gagal menjadi destinasi pelancongan. Saya fikir saya bukan nak… nak beleber, saya bukan nak komen, saya hanya mencadangkan supaya Pelan Pembangunan Industri Pelancongan di Pahang mengambil kira tempat-tempat tersebut.
Bila kita isytihar Tioman sebagai bebas cukai, jauh beza dengan Langkawi jauh beza dengan tempat lain. Cabaran ada tapi dia merupakan satu produk yang perlu kita manfaatkan. Sebagai contoh, dalam se... dalam ekopelancongan ya, ini data pada saya, kita ada... daerah Bentong ada 47 daripada 51 kawasan ekopelancongan kita di kawasan-kawasan yang berada di Janda Baik. Janda Baik, 47 daripada 51 daerah... di daerah Bentong. Err… demikian juga kalau tengok daerah-daerah lain ya, di Raub ada 12 kawasan ekopelancongan, di Kuantan ada empat, Temerloh ada dua, err... Cameron Highlands ada dua, Rompin ada empat dan Pekan ada satu yang baru diwujudkan.
Maknanya ekopelancongan ini ialah merupakan produk yang sangat baik untuk kita jadikan daya tarikan pelancongan. Saya lihat bahawa dua el... dua cabaran besar. Yang pertama, semua kawasan-kawasan ini bergantung kepada keindahan sungai. Sebarang kemusnahan pada sungai menyebabkan semua ekopelancongan ini akan rosak sebab hampir semua kawasan ialah kawasan yang tepi sungai ya terutama di Janda Baik.
Jadi kalau melihat kepada data yang ada, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan gazet kawasan ekopelancongan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan pembalakan berlaku. Sekiranya pembalakan dibenar akan rosak sepenuhnya dan jutaan duit telah dibelanjakan oleh pihak swasta, pihak kerajaan dan sebagainya. Dan saya fikir di antara perkara-perkara yang mungkin boleh kita pertimbangkan perkara tersebut.
Di samping itu, selain daripada itu, err… Dato’ Sri Speaker, saya ingin menyentuh soal pelancongan dalam konteks err… sejarah. Lipis, ibu negeri Pahang yang pertama. Banyak kawasan bersejarah. Masjid yang tertua berada di Lipis, bangunan-bangunan zaman Inggeris masih ada. Namun kalau sekiranya kita tidak peruntukkan kewangan untuk memelihara, dia akan musnah. Dalam titah Tuanku waktu jamuan, Tuanku menyebut penemuan kubur di Pekan yang mendedahkan Pahang antara negeri yang awal…
Di Pahang Tua.
Di Pahang Tua. Pahang antara negeri yang awal menerima Islam. Tapi kalau produk sejarah ini tidak di… di… dilakukan penjagaan, pendanaan untuk… untuk penjagaan, dia akan musnah, dia akan hilang. Saya pergi ke Makam Mat Kilau, adalah pagar dijaga tapi kosong. Tak ada apa. Ini sebagai contoh.
Jadi, oleh kerana itu mengambil kira tang Lipis merupakan ibu negeri pertama dan banyak mempunyai sejarah, Yang Amat Berhormat Menteri Besar memang sentiasa berada di sana dan Tuanku sendiri pun banyak kali turun ke Lipis dan melawat tempat-tempat yang bersejarah ini, saya fikir ini di antara produk pelancongan sejarah yang perlu kita bangunkan, yang kita perlu pelihara.
Akhir sekali, saya ingin juga ingin menyentuh soal tentang aktiviti dakwah yang dibangkitkan oleh Tuanku, tentang bagaimana perlu tingkatkan aktiviti dakwah dan alhamdulillah, saya juga telah lihat tentang perlunya kita membangunkan satu dokumentari ataupun inventori tentang… tentang produk-produk pelancongan dan usaha-usaha dakwah yang dibuat di peringkat negeri Pahang. Ada yang kadang-kadang kita timbul rungutan kerana masjid-masjid banyak kosong, tak ada kuliah, tak ada pengajian.
Saya ingin dapatkan penjelasan daripada EXCO berkenaan, berapa… berapa orang yang dah diberi tauliah untuk mengajar di negeri Pahang ya dan berapa ramai yang tauliahnya dibatalkan kerana faktor umur, faktor dia meninggal dunia dan sebagainya dan bagaimana proses mengganti supaya masjid-masjid tidak terbiar kosong? Dan kita ada isu tentang isu cabaran sosial yang dialami oleh rakyat.
Dan akhir sekali ialah tentang kita tahu bahawa baru-baru ini penutupan Pasar Raya Darul Makmur (PDM). PDM banyak dibuka hampir setiap daerah, ya. Ini err… waktu kita lancar, kita sebut sebagai nak selesaikan masalah… masalah fardu kifayah umat Islam. Alhamdulillah, dana besar dikeluarkan untuk bina PDM. Tiba-tiba hari ini seluruh PDM ditutup, seluruh Pahang dan kalau seluruh Pahang bermakna ada pengurus… ada masalah pengurusan. Kalau satu PDM tutup, mungkin masalah pengurusan di tempat tersebut. Tapi kalau seluruh negeri, dia menggambarkan satu imej yang sangat tidak baik.
Kita dah belanja banyak, saya dapat… ingin dapat penjelasan berapa kos yang telah kita belanja? Berapa kerugian yang terpaksa ditanggung sebab pasar raya ini pasar raya milik Majlis Agama Islam dan apakah mekanisme bagi mengatasi ataupun menutup balik, membayar hutang-hutang yang masih tergantung?
Tuan… Dato’ Sri Speaker,
Saya fikir itu ucapan saya pada tengah hari ini. Terima kasih. Assalamualaikum WBT.
Terima kasih wakil daripada Cheka. Sebelum saya menangguhkan, seorang lagi. Kita jemput wakil daripada Tras. Kemudian kita akan berehat dan kita akan kembali pada pukul 2.30 petang.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Sebelum saya memulakan ucapan saya, saya nak tanya Dato’ Speaker sikit. Dewan baru nanti ada jam masa untuk berucap tak?
Dewan baru nanti, kita belum masuk lagi dewan tu.
Saya kena pakai jam sayalah untuk berucap.
Boleh… boleh. Nanti, itu… itu ada Yang Berhormat, boleh tengok ke belakang.
Saya kena pusing…
Sesekali tak apa. Jangan terus lihat di sana saja. Sesekali, okey. [Ketawa]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani kepada semua Ahli Mesyuarat Dewan Negeri, tuan-tuan, puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Terima kasih Dato’ Sri Speaker kerana memberi laluan pada tengah hari ini untuk saya bersama-sama membahas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
Sebelum itu, saya ingin merafak sembah serta menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang di atas perkenan Baginda merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-15 ini.
Dato’ Sri Speaker,
Saya mulakan dengan ekonomi pelancongan. Dalam semakan saya pada tahun 2023, negeri Pahang telah berjaya meningkatkan jumlah keseluruhan kedatangan pelancong sebanyak 29% lebih daripada sasaran, dengan anggaran RM11.89 bilion telah dibelanjakan. Kedatangan sebelum pandemik 2019, pelancong Pahang sekitar 11.023 juta yang datang. Sasaran pada tahun 2023 sekitar 10.26 juta pelancong. Alhamdulillah, melebihi sasaran 29% iaitu 2.97 juta pelancong lebih pada sasaran. Namun, jumlah kedatangan pengunjung ke permata negeri Pahang iaitu Bukit Fraser. 2023 masih belum melebihi 90% kalau dibandingkan pelancongan sebelum err… pandemik berlaku.
Bukit Fraser yang dahulunya masyhur dengan alam dan warisannya di seluruh dunia terutama di kalangan pemerhati burung, khususnya pemerhati dari Singapura dan Jepun kini merosot dari pelbagai sudut. Mengapa perlu saya tekankan beberapa kali di dalam sidang Dewan Yang Mulia ini? Jika dibandingkan dengan kawasan lain, Bukit Fraser yang sangat unik ini terbukti berpotensi tinggi untuk menarik pelancong luar negara dan juga pelancong yang mencari keunikan alam semula jadi, warisan dan juga untuk… dengan izin, wellness tourism. Jika kita lihat daripada peratusan pelaburan di Bukit Fraser ini sebahagian besarnya adalah Kerajaan Negeri dan juga swasta. Malah kini pihak swasta seperti Shahzan Inn, Pines Resort sedang berusaha dan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menaik taraf hotel-hotel mereka dan resort mereka.
Terdapat juga ramai pengusaha swasta lain seperti Stephen's Place, MCM Outdoor Nature Villa yang berusaha meningkat alam semula jadi Bukit Fraser selain mempunyai penambahan nature guide terlatih daripada orang tempatan dan juga pihak FH Events yang kini banyak menjalankan aktiviti berkaitan alam dan warisan seni. Pemain-pemain industri pelancongan ini penting untuk menjayakan Bukit Fraser sebagai salah satu destinasi yang popular. Kita harap kerajaan… pihak kerajaan dan juga pihak swasta melalui ataupun err… di satu arah yang betul.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Pihak Kerajaan Negeri tidak boleh melihat daripada kepentingan aset Kerajaan Negeri sahaja tanpa bekerjasama dan memberi inisiatif kepada pelabur-pelabur yang telah sedia ada termasuk hotel-hotel, rumah tumpangan serta termasuk alam sekitar serta ekosistem yang sedia ada. Tambahan pula, dengan nilai mata wang negara yang dianggap kompetitif ini, Kerajaan Pahang mestilah mengambil kesempatan untuk membuat dasar baru bagi menarik para pelancong yang dahulunya… yang dahulunya dikenali sebagai Little England.
Dahulunya Bukit Fraser diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser di mana terdapat seorang pengurus besar yang memantau setiap segala urusan Bukit Fraser. Bermula 1997, tugas ini diambil alih oleh Majlis Daerah Raub dan Bahagian Pelancongan dan Promosi Bukit Fraser dijalankan oleh Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser yang kini di bawah pengurusan Tourism Pahang manakala Majlis Daerah Hulu Selangor turut mempunyai kawasan yang diuruskan di sini begitu err… begitu juga dengan Tourism Selangor.
Semenjak selepas 1997, Bukit Fraser semakin hilang dari tarikan asalnya. Semakin tidak terurus apabila tugas-tugas ini dipecah-pecahkan. Masalah pentadbiran, pengurusan infra err… infrastruktur asas menjadi permasalah utama sebagai contoh di sinilah. Jalan-jalan utama kurang penyelenggaraan, air bersih, elektrik selalu
terputus, gangguan monyet, binatang lain, babi termasuk yang lain ya dan err… pengambilan sampah semasa puncak err… semasa orang ramai pun agak lewat dan saya difahamkan juga kerugian masa putus air di tahun lepas err… pihak peniaga kerugian lebih kurang RM250,000.00. Dalam semakan saya dengan penduduk-penduduk lama pada awal zaman British memerintah dahulu ada satu kajian telah dibuat berkenaan Bukit Fraser.
Bukitnya agak berpasir sedikit. Jika diuruskan dengan betul kemungkinan besar… jika diuruskan dengan tidak betul kemungkinan besar akan… akan berlaku banyak tanah runtuh. Sebab itu zaman British hanya satu jalan sahaja dibuat turun untuk memastikan pemeliharaan alam sekitar terjamin maksud dia turun naik. Selepas itu British ada membuat satu cadangan turun err… untuk jalan lain iaitu terus di belakang Kampung Tras. Mengikut maklumat ketika itu, kos pembinaan dianggarkan oleh British RM15 juta. Projek ini terpaksa diberhentikan kerana dipercayai ianya meningkat sehingga RM100 juta ketika itu.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Pada pandangan saya untuk memantapkan kembali menjadikan Bukit Fraser salah satu tarikan err… tarikan pelancongan yang utama perlu ada pengurusan tertinggi yang boleh bekerjasama serta boleh memberi arahan terus kepada agensi-agensi kerajaan yang terbabit tanpa ada birokrasi atau mengambil masa yang lama. Perlu juga difikirkan penglibatan pihak swasta dalam pengurusan ini.
Saya juga ingin menyentuh berkenaan penerokaan tanah kerajaan, kes mahkamah. Kerajaan Malaysia rugi lebih pada RM200 bilion setahun disebabkan oleh ekonomi gelap. Apa itu ekonomi gelap? Gejala rasuah, salah guna kuasa, ketirisan cukai yang tidak dapat dikutip dan lain-lain. Apa yang hendak saya katakan di sini ialah usaha Kerajaan Pahang untuk mengutip cukai-cukai daripada hasil bumi negeri Pahang itu sendiri dari sumber-sumber tanah tanpa sah. Saya menghormati kesungguhan usaha Kerajaan Negeri dalam memaksimumkan pendapatan Kerajaan Negeri dan mengubah dasar terhadap tanah-tanah pencerobohan yang tak sah ini. Ya, dasar baru ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan isu penerokaan tanah-tanah kerajaan yang tidak sah dan sekali gus untuk kerajaan memperolehi hasil cukai dan dimanfaat kembali kepada rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Penerokaan tanah yang tidak sah ini sebenarnya telah berlaku semenjak awal tahun 60-an lagi. Ada yang kini melebihi 30 tahun, 20 tahun dan sebagainya. Sebagai contoh, Kampung Temalian yang berada di Mukim Dong yang telah diterokai semenjak tahun 60-an lagi yang bertujuan untuk penempatan dan pertanian bercucuk tanam. Permohonan mereka untuk mendapat geran sehingga hari ini masih lagi dalam harapan. Begitulah juga di kawasan lain seperti Sungai Ruan, Sungai Klau, Tras, Ulu Sungai, Batu Talam dan sebagainya. Penerokaan tanah kerajaan ini melibatkan pelbagai etnik, kaum dan pelbagai alasan serta lapisan taraf kehidupan masyarakat. Ada yang susah dan ada yang tauke-tauke besar.
Dalam semakan pengetahuan saya, lebih 400 ekar penerokaan tanah kerajaan di seluruh negeri Pahang telah berlaku. Saya tidak mahu mempertikaikan siapa betul siapa salah di sini. Cuma ingin berkongsi pendapat dan pandangan bagi menyelesaikan masalah ini lebih lagi sebagai ADUN Tras dan sebahagian daripada ADUN Kerajaan. Saya mengharapkan kerajaan dapat mengutip hasil dan juga pekebun-pekebun boleh terus mencari nafkah. Secara umumnya, saya boleh
pecahkan kepada dua kategori peneroka ini. Peneroka baru dan peneroka lama. Tidak boleh dinafikan oleh pihak kerajaan mungkin ada akan menjawab terlepas pandang dan juga ada alasan yang tidak cukup kakitangan untuk memantau kawasan tersebut dan juga mungkin ada ketirisan yang lain.
Yang Berhormat,
Cuma saya nak betulkan sedikit fakta. Ia seolah-olah… saya sebagai Speaker err… sebab saya tahu ini sebab saya jadi EXCO empat penggal. Sebenarnya, bukan kita yang bawa ke mahkamah, diaorang yang saman kita. Dia yang menyaman Kerajaan Negeri okey, sebenarnya Kerajaan Negeri ketika itu saya nak jawab sedikit sebab saya tahu benda ini biar…. biar benda ini berada dalam landasan yang betul. Sebenarnya Kerajaan Negeri cuba membuat penyelesaian tetapi disebabkan oleh ketidak puas hati, pihak peneroka… mereka telah mencabar Kerajaan Negeri ke mahkamah, sebenarnya. Itu err… itu… itu sebenarnya kes dia err… jadi… jadi kita seolah-olah kita Kerajaan Negeri kita kena betulkan itu.
Maknanya Kerajaan Negeri memang tidak ada langsung niat untuk membawa perkara ini ke mahkamah. Malah, Kerajaan Negeri telah pun memberikan beberapa alternatif untuk penyelesaian dan kemudian peneroka tersebut membawa perkara ini ke mahkamah dan itu yang menyebabkan keputusan yang terkini bahawa mahkamah menolak err… mahkamah menolak itu… itu err… itu pembetulan, itu kena betul tu.
Boleh saya memberi pandangan sedikit. Saya rasa ialah parti bersama kerajaan kita jangan hantar isyarat yang salah kepada rakyat. Kalau berlaku pelanggaran peraturan undang-undang kita bela yang langgar kita dah hantar isyarat yang salah saya fikir kita kena… saya ucap tahniahlah kepada Kerajaan Negeri yang bertegas dengan prinsip ini. Ini bukan satu ekar dua, beribu hektar. Jadi, kita kena hantar signal yang betul, jangan bela orang yang langgar undang-undang. Jangan err… jangan bela orang yang langgar peraturan. Terima kasih.
Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua, saya tak habis bercakap lagi. Cuma saya tidak pertikaikan masalah keputusan mahkamah. Cuma saya ingin bagi pandangan supaya ia lebih jelas kepada semua sebenarnya. Mungkin itu salah faham anggapan. Tidak boleh dinafikan oleh pihak kerajaan. Ya mungkin ada yang menjawab… okey ini yang tadi. Sebagai ADUN kerajaan, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya inisiatif-inisiatif baru dibuat supaya kedua-dua pihak… pihak kerajaan dan peneroka dapat duduk bersama-sama berbincang dan tidak melibat kepada orang yang ketiga ataupun orang tengah.
Maksud saya di sini sekiranya tanah, contohnya tanah PSK atau tanah kerajaan lain perlu melantik atau membuat perjanjian dengan pihak Syarikat A, sebagai contoh. Kemudian, Syarikat A pula akan mengurus perbincangan dengan peneroka-peneroka. Ini sebagai contoh, ya.
Yang Berhormat Dato'… Dato' Sri Speaker,
Saya sebenarnya itu tak habis saya cakap tadi kan. Saya bukan nak… nak… nak… pertikaikan apa ni keputusan mahkamah, sebenar saya nak beri kredit kepada kerajaan. Saya kagum serta tabik. Saya tabik sekarang kepada kekanda Dato' Sri MB sebagai dan serta Ahli Mesyuarat Negeri ya bukan nak mengampu ni Dato' Sri, ya bukan nak mengampu, ini saya cakap yang fact sikit apa.
Mengampu sikit tak apa, kan sama-sama kerajaan kena ampu. [Ketawa]
Ini realiti. Saya kagum dengan idea kerajaan Pahang ya dapat menyelesaikan perlombongan haram. Dengan mewujudkan Skim Pelombongan Kecil (SPK) [Ahli Dewan menepuk meja], itu yang saya nak sampaikan ini tapi belum habis lagi saya nak bercakap, mungkin Dato' Speaker agak keliru.
Saya sebagai Speaker, saya nak pastikan kita berada di landasan yang betul sebab saya berada ketika itu. Jadi, saya kena jawab kerana ini Dewan Yang Mulia. Saya kena nyatakan apa yang benar. Sebab ini di dalam pengetahuan saya kalau sekiranya saya tidak memberikan jawapan yang betul. Maknanya saya pun tidak bertanggungjawablah. Itu pada pandangan saya. Jadi, saya pun minta maaf kepada Yang Berhormat kerana terlalu cepat.
Dato' Sri Speaker, sebenarnya kalau kita nak sampaikan satu hujah berjalan dia kena panjang sikit bercerita. Tapi kalau kita ambil sikit dia akan jadi...
Saya… seorang je yang tahu panjang ini… iaitu wakil daripada Benta je hat itu memang panjang. [Ahli Dewan ketawa]
Okey. Saya sambung balik tadi yang mana telah dapat menyelesaikan permasalahan perlombongan haram sekali gus dapat membantu orang kampung setempat mencari nafkah di mana lebih kurang 56 lesen telah dikeluarkan. Tahniah kepada kerajaan negeri Pahang. Apa yang saya nak disebutkan di sini, Dato' Sri Speaker, kerajaan dapat mewujudkan suasana perlombongan individu. Sebab saya pun macam daripada Cheka juga saya, bekas Timbalan Menteri Air Tanah dan Sumber Asli. Saya tahu yang…
Yang Berhormat, sekejap Yang Berhormat saya nak mengambil kesempatan. Saya nak terangkan. Saya nak terangkan kalaulah satu ekar tanah tu dia tanam dengan 35… 35 pokok durian… 35 pokok durian dan dia ada 11,000… 11,000 ekar, betul Yang Amat Berhormat Menteri Besar? 11,000 ekar. Kalau 35 cuba tolong kira Dato' SFINO,
dia memang tunggu duit ya dak ini kita nak clearkan ni dalam dewan ni. 35 pokok kali dengan 11,000 ada berapa pokok tu? 385,000. Kalau satu pokok mengeluarkan hasil 60 biji sebab saya ada… saya ada dusun durian tapi enam ekar jelah. Berapa ada tu? Kemudian kali dengan 1.5 kilo, untuk average 1 dan kemudian kali dengan X kebun RM25.00, berapa jumlah dia? Ini RM25.00 ini paling… paling minimum, Yang Amat Berhormat. 25, kalau… kalau dia jual sendiri RM40.00… RM50.00, ini Musang King berapa jumlahnya? Tak RM660 juta… RM900 juta satu musim. Cuba kita bayangkan berapa kehilangan hasil Kerajaan Negeri.
Jadi sebab tu Kerajaan Negeri bertegas untuk itu cuma nak bagitahu mana pergi duit, bayar tak bayar income tax itu kita tak check lagi. Sila Yang Berhormat, sambung. Minta maaflah, saya bukan… saya nak menerangkan.
Tak apa. Dato' Speaker, saya sebenarnya nak bagi kredit sekali lagilah kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana Kerajaan Negeri Pahang adalah negeri yang pertama yang mengeluarkan Skim Perlombongan Kecil (SPK). Dalam rujukan saya tak ada negeri lain lagi. Sebagai bekas Timbalan Perdana... [Ahli Dewan ketawa], Timbalan Menteri Air dan Sumber Asli, saya ingin kongsi di sini, kongsi di sini, bukan apa saya ingin menghargai di sini sebab benda ini bukan perkara yang senang… menghargai eh… bukan perkara yang senang di mana kalau kita buat perlombongan yang besar ini skim yang kecil, betul.
Maknanya apa ni Skim Perlombongan Kecil (SPK), kalau yang besar memerlukan dua autoriti iaitu Kerajaan Pusat, perlombongan operasi dan juga Kerajaan Negeri, kawasan untuk kawasan. Itu yang saya ingin sampaikan sebab saya menghormati di atas kebijaksanaan Kerajaan Negeri Pahang dan saya penuh yakin tanah penerokaan lama tak kiralah apa Musang King ke, yang lain ke, ini juga boleh kita kendalikan. Kita… kita bincang bersama-sama dengan… dengan peneroka-peneroka yang ada untuk kita selesaikan secara baik. Saya tidak akan mempertikaikan masalah ataupun keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah. Jadi Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya rasa masa pun dah banyak ya… [ketawa]
Tak apa, kalau sekiranya lewat, kita semua lewat makan. [Ketawa]
Okey.
Sila… sila… sila, teruskan.
Okey, err.. seterusnya saya ingin menjelaskan sikit untuk kebajikan rakyat. Malaysia bakal menjadi negara tua menjelang 2030. Dalam masa hanya 7 tahun ini, peluang kita untuk membuat persediaan, negeri Pahang telah membuat beberapa tindakan awal inisiatif kepada golongan warga emas seperti Kad Kesihatan Warga Emas, program membantu di rumah kepada warga emas yang miskin dan tinggal bersendirian dan bantuan sukarelawan dan peruntukan oleh Kerajaan Negeri Pahang
yang disalurkan melalui NGO iaitu Gabungan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan ataupun ringkasannya GPSK Negeri Pahang. Pogram Kerajaan Pahang ini adalah kesinambungan dari inisiatif yang telah dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan. Tahniah.
Difahamkan juga terdapat usaha dari pihak yang berkaitan untuk meningkatkan pendaftaran Rumah Sejahtera sebagai pusat jagaan berdaftar mengikut Akta Pusat Jagaan 1993. Maka dengan ini saya mencadangkan agar Rumah Sejahtera Perkampungan Ibadat, ya Kampung Sempam, Raub, Mukim Gali yang diuruskan oleh… yang diuruskan ketika ini oleh NGO, diambil alih dan naik taraf sebagai Rumah Seri Kenangan Mini dalam ringkasannya RSK Mini di bawah peruntukan Kerajaan Negeri. Sepertimana Rumah Seri Kenangan yang telah diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini.
Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Rumah Sejahtera Perkampungan Ibadat ini merupakan tanah Kerajaan Negeri Pahang yang masih belum diwartakan tetapi dalam permohonan untuk diwartakan. Kini, DUN Tras agak relevan untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri Pahang memandangkan bilangan penerima bantuan warga… warga tua sekitar 700 orang daripada 1,767 penerima bantuan JKM di seluruh daerah Raub. Di negeri Pahang, Dato’ Speaker belum ada institusi warga emas berbandingkan institusi kanak-kanak seperti Rumah Tengku Ampuan Afzan dan Rumah Tengku… dan Rumah Kanak-Kanak Sultanah Kalsom yang kedua… kedua-duanya… yang kedua duanya berada di daerah Kuantan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Ingin sekali lagi DUN Tras menegaskan keperluan untuk diwujudkan sebuah institusi warga emas di daerah Raub ini sebagai satu daerah menua. Memohon dipertimbangkan juga, rumah-rumah warga emas tua di kawasan Sempalit, Sungai Ruan diambil alih oleh kerajaan.
Dato’ Sri Speaker,
Saya juga ingin menyentuh perihal tanah yang lainnya. Dalam semakan saya ada sebahagian tanah PSK yang belum ini tidak diuruskan dengan baik yang menyebabkan terbengkalai dan ada yang lari daripada tujuan asal yang dicadangkan. Rungutan ini disuarakan oleh beberapa persatuan bumiputera di kawasan Raub. Salah satu cadangan pembangunan bercampur di atas tanah kerajaan seluas 19 ekar secara swasta, pengswastaan di Bandar Raub, Jalan Cheroh, Mukim Gali, daerah Raub. Yang patutnya disiap pada 18.3.2018… dia bermula dan tempoh siap 18.3.2023, sampai sekarang tak siap. Projek rumah kedai Pusat Perniagaan Putera di Jalan Tengku Abdul Samad, saya terpaksa bawakan di dewan untuk suara... suara-suara persatuan-persatuan...
Panjang lagi ke Yang Berhormat?
5 minit… 10 minit lagi. Pada mulanya… pada mulanya dikhaskan untuk golongan bumiputera tapi kini hanya mampu dilihat sahaja. Walaupun projek ini mampu disiapkan tetapi ia jauh daripada sasaran asal. Saya mencadangkan supaya Zakat
Pahang, Majlis Agama Islam dan Wakaf membangunkan kawasan tanah lapang di depan Masjid Besar Sultan Abu Bakar serta kawasan masjid lama Tengku Abu Bakar... bandar, untuk dijadikan kompleks bumiputera supaya kaum-kaum bumiputera dapat bersaing dengan kaum-kaum lain. Pihak Zakat Pahang, Majlis Agama Islam, Wakaf boleh melantik juruperunding yang profesional untuk menguruskannya.
Saya juga ingin menyentuh Dasar Perumahan PRIMA Kerajaan Pusat. Walaupun kita berada di negeri, tapi ini penting. Rumah... rumah PRIMA ini nak sebut ni, di belakang Taman Tengku… Tengku Faris, Batu Talam. Projek ini sepatutnya siap tiga tahun lepas tapi terbengkalai sehingga hari ini. Dalam semakan saya lebih… ini yang kita nak tekankan lebih 50% daripada pembelinya adalah penjawat awam dan ada yang telah membayar yang begitu banyak. Saya mencadangkan satu saluran ataupun jawatankuasa negeri bagi menyelesaikan masalah projek-projek terbengkalai ini. Walaupun di federal, kita kena wujudkan untuk sama-sama bantu.
Saya juga ingin menyentuh kawasan rayau atau tanah adat Orang Aslilah. Jadi, saya harap, ni saya ringkaskan dan harap rizab ataupun kawasan rayau Orang Asli dapat digazetkan dengan segera. Ini penting satu lagi, kes batu sempadan. Permohonan tukar syarat. Ini penting sebab dia bukan berlaku di Raub sahaja. Dia berlaku di daerah Pahang ya. Tanah-tanah ini yang dimiliki tahun 30-an hingga 40-an. Di dalam geran tangan atau inquiry untuk diambil jalan dan dibina jalan. Maksud di sini, masa zaman dulu diambil jalan, dibina jalan. Tetapi tidak dinyatakan dalam pelan atau geran batu-batu sempadan.
Jalan ini serta keluasan yang sebenar dalam geran tak ada. Masalahnya apabila pemohon mahu menukar syarat daripada pertanian ke kediaman, permohonan ini tidak dapat diproses kerana tiada batu sempadan yang dinyatakan dalam geran tersebut. Tanah-tanah pusaka yang berstatus pertanian ini kini diduduki oleh generasi kedua, ketiga, sukar untuk dipecahkan geran dan tukar syarat. Ini melibatkan Kampung Bekas SC, Singapore-China, Ulu Gali. Nama tempat ya. Tok Machang jugak, kawasan Dong, Jeram Pangking ke Pamah Rawas dan saya difahamkan lebih 100 kes batu sempadan ini yang wujud. Rasa itu sajalah. Dato' Sri Speaker…
Saya boleh bagi 2 minit...
Dengan ini saya menyokong Titah Diraja dan saya ingin juga mengucapkan mungkin tidak terlewat, Selamat Hari Raya kepada semua. Assalammualaikum WBT.
Terima kasih wakil daripada Tras. Tras dengan Cheka ni… dua-dua hebat seorang Menteri Air, sorang Timbalan Menteri Air. Maknanya dua-dua banyak airlah. [Ketawa]
Ahli Ahli Yang Berhormat sekalian,
Sebelum saya menangguhkan apa namanya persidangan kita pada sebelah pagi ini, saya juga nak maklumkan bahawa kita ada 2 jemputan jamuan raya iaitu satu Menara Kuantan 188, diadakan di pelantar Restoran Kuantan 188 bermula pada 11.00 pagi hingga pukul 3.00 petang. Masih ada lagilah ni.
Yang keduanya, Tenaga Nasional Berhad, Majlis Mesra Aidilfitri Tenaga Nasional bermula 12.30 tengah hari hingga pukul 2.00 petang. Masih ada lagi. Bertempat di Wisma TNB Kuantan. Jadi saya ingin menangguhkan persidangan kita pada sebelah pagi ini dan kita menyambung semula pada pukul 2.45 petang.
[Persidangan ditempohkan pada jam 1.29 tengah hari]
[Persidangan disambung semula]
Sambungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan PahangMotion
Perkara keempat: Sambungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Assalamualaikum WBT dan selamat petang, persidangan kita bersambung semula. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian. Kita masih lagi di dalam Usul yang berbunyi bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berangkat menyempurnakan Titah Diraja kepada Dewan Negeri. Pada petang ini kita menyambung semula perbahasan atas titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan saya akan memberikan ruang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Usul ini.
Baiklah, saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Kuala Sentul.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Bismilahirrahmanirrahim. Awal pertama bersyukur saya ke hadrat Ilahi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian berucap dalam perbahasan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang atas Titah Diraja menyempurnakan perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ke-3 Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-15.
Pohon nan rimbun di tanah lembah, Pokok ciku berbuah lebat, Dari Kuala Sentul merafak sembah, Kesisi Tuanku permata hati rakyat.
Sesungguhnya negeri Pahang amat bertuah kerana dinaungan dan dipayungi oleh seorang pemerintah… raja pemerintah yang sentiasa dekat di hati rakyat. Kepekaan dan keprihatinan Kebawah Duli Tuanku kepada kehidupan rakyat jelata ketika senang dan susah menjadi pemangkin dan pendukung utama kepada kemajuan dan pembangunan negeri. Sifat semula jadi inilah menzahirkan Tuanku sebagai jantung hati rakyat, tempat bersandar… tempat berteduh. Sesungguhnya derma kurniaan Tuanku kepada pembangunan negeri, nasib serta kebajikan rakyat jelata tiada taranya dan ia sekali gus mengukuhkan hubungan terindah antara raja dan hamba rakyat. Menepati falsafah dan warisan turun temurun Istana Pahang, raja dan rakyat berpisah tiada.
Kami di barisan pembangkang menjunjung tinggi Titah Diraja yang mahukan kami memainkan peranan sebagai semak dan imbang dalam membantu usaha membangunkan negeri dan mengutamakan kebajikan rakyat. Di samping merafak sembah atas Titah Diraja yang mahukan hak kami diiktiraf dan diterima sesuai dengan keputusan rakyat dalam sebuah negara demokrasi dan saranan Kebawah Duli Tuanku
supaya tidak berpolitik sepanjang masa. Sesungguhnya Titah Diraja di mana sahaja Tuanku berangkat, bagaikan embun dan gerimis. Setitik menjadi lautan, sebutir menjadi daratan. Ianya menjadi sinar cahaya, pembakar semangat dan semarak kerja di kalangan kami. Tuanku junjungan payung mahkota, jantung hati rakyat jelata. Semoga Allah sentiasa memelihara, sihat Tuanku di singgahsana takhta. Daulat Tuanku.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Saya juga ingin menyentuh beberapa perkara di dalam perbahasan kali ini. Bersangkutan dengan isu-isu semasa dan perkara-perkara yang memerlukan kesinambungan… perbincangan mesyuarat Dewan yang lepas. Terutama berkenaan dengan jawapan bertulis yang sepatutnya dijawab oleh pihak kerajaan. Saya dapati pihak kerajaan tidak menyediakan jawapan sehingga ke hari ini. Sudah 5 bulan berlalu. Terakhir saya menyemak Sistem Soalan Dewan Negeri masih tidak dijawab. Mengikut catatan, kerajaan perlu menjawab setelah satu jam disampaikan Borang A di dalam Sistem Soalan Dewan Negeri.
Persoalannya, bagaimana kami mahu menjalankan tugas kami untuk semak dan imbang perjalanan pengurusan kerajaan sekiranya pihak kerajaan tidak memberi jawapan yang sepatutnya? Rakyat di luar sana memberi amanah kepada kami untuk menyampaikan suara mereka. Persepsi akan timbul sama ada pihak kerajaan tiada jawapan atau tidak berani berdepan permasalahan yang rakyat bangkitkan. Saya mohon penjelasan dari pihak kerajaan.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Antara persoalan yang saya ingin bangkitkan adalah apakah status terkini 10Projek Perumahan Generasi Kedua FELDA yang juga dikenali sebagai Rumah Pahang. EXCO Perumahan baru masuk. Terlalu lama masa dibazirkan dan menidakkan keperluan mendesak anak-anak FELDA yang sangat memerlukan rumah. Jumlah rumah sebanyak 1,850 buah ini boleh menampung penduduk FELDA seramai hampir 10,000 orang penduduk. Sekiranya kita mengambil purata satu keluarga mempunyai lima ahli keluarga. Ini juga termasuk generasi ketiga FELDA yang dilahirkan oleh generasi kedua.
Dari tinjauan saya, projek ini akan bermasalah dan tidak akan siap sekiranya tiada tindakan drastik. Masalah yang dihadapi oleh pemaju projek ini bukan sahaja merencatkan perjalanan projek, malah akan berdepan dengan tindakan undang-undang oleh pihak kontraktor yang tidak mendapat bayaran. Jumlah bayaran tertunggak kepada kontraktor yang dimaklumkan kepada saya mencecah sehingga RM17 juta. Saya pasti pihak kerajaan melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang telah bertemu dengan kontraktor-kontraktor yang terlibat dan kedudukan sebenar perkara ini. Satu perkara lagi dapatan saya ialah…
Dato Sri Yang di-Pertua,
Mohon mencelah. Terima kasih daripada Kuala Sentul. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa sebelum ini pihak kerajaan ada menerima cadangan, saranan daripada pihak FELDA untuk melaksanakan… memberi kebenaran kepada sebuah
syarikat untuk melaksana dan menyiapkan rumah di negeri Pahang dan Kerajaan Negeri bersetuju dan tiada halangan menerima pakai cadangan tersebut dan membenarkan syarikat tersebut untuk memulakan projek bagi menyiapkan… menyambung kerja-kerja yang terbengkalai.
Dan buat masa ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Pihak Lembaga Perumahan sentiasa memantau progres-progres yang sedang dilaksanakan oleh pihak syarikat terbabit dan dan kita dapati bahawa ada kerja-kerja yang sedang dijalankan dan kita akan sentiasa memastikan bahawa syarikat tersebut akan dapat menyelesaikan masalah terbabit dan kita akan mengambil tindakan-tindakan yang sesuai. Jika kita mendapati bahawa projek tersebut tidak dapat dijalankan dengan sebaiknya. Buat masa ini di FELDA Sungai Retang, FELDA Retang, kita telah memberikan sebilangan sebanyak 37 nama kepada syarikat terbabit sebagai pembeli yang untuk diangkat kepada pihak kewangan sebagai… sebagai untuk meluluskan pinjaman dan akan meneruskan projek tersebut dan insya-Allah bahawa LPHP telah mengadakan pertemuan-pertemuan dengan pihak-pihak terbabit dan kita akan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi memastikan projek tersebut dapat dijalankan dengan sebaiknya.
Teruskan, Kuala Sentul.
Saya ingat YB EXCO nak bagi tahu masa penggulungan. Okey err... terima kasih atas jawapan kerana ada cadangan. Tapi bagaimanakah status pemaju sekarang bersama kontraktor-kontraktor yang ada sekarang ni, adakah akan diteruskan ataupun perlu ada tindakan-tindakan yang diambil kerana Yang Berhormat Dato' Sri Speaker...
Err... mohon mencelah, mohon mencelah Dato’ Sri. Kita...
Sila YB.
…dengan pihak pemaju ini kita tak masuk campurlah dengan dia punya apa cara dia nak melaksanakan. Cuma kita sebagai pihak kerajaan ingin kita dapat memastikan bahawa syarikat yang dilantik ini dapat menunaikan tanggungjawab dia. Urusan dia nak melantik siapa itu bukan urusan kitalah ya. Kita dapati bahawa sekiranya berlaku kepincangan besok dan syarikat yang kita lantik tak dapat menunaikan tanggungjawab menyelesaikan projek ini, kita akan mengambil tindakan yang sesuai. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Saya dah meninjau projek ini dan saya dapati pemaju yang dilantik ini juga mempunyai isu dalaman yang boleh menyebabkan projek ini gagal. Terdapat isu penipuan tandatangan antara pengarah dan melibatkan mahkamah. Jadi, saya rasa tak nampak. Kalau tiada tindakan drastik perlu diambil kepada...
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Sebagaimana yang saya nyatakan tadi bahawa err... kita tidak melantik syarikat terbabit bahawa syarikat tersebut telah mendapat kebenaran atau persetujuan daripada pihak FELDA untuk melaksanakan projek kerja-kerja yang terbengkalai ini. Jadi pihak Kerajaan Negeri menghormati pandangan FELDA tersebut dan bersetuju untuk melantik syarikat tersebut untuk melaksanakan kerja-kerja di bawah kawalan selia Lembaga Perumahan. Itu yang kita laksanakan ketika ini. Urusan dalaman tu kita menunggu keputusan mahkamah, Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kuala Sentul,
Kerajaan Negeri tidak ada kuasa. Kuasa melantik kontraktor adalah dari FELDA. FELDA ni Persekutuan, Kerajaan Negeri hanya apa namanya memantau sahajalah dan ianya di dalam inilah Lembaga Perumahan, masuk dalam program Perumahan kita. Kita tunggulah apa keputusan daripada FELDA, insya-Allah.
Saya mohon betulkan Yang Berhormat Dato' Sri Speaker ya, kontraktor yang dilantik adalah daripada LPHP. LPHP yang melantik pemaju untuk projek ini. Pemaju itu yang melantik kontraktor-kontraktor. Jadi soalan saya pada pemaju ini bukan pada kontraktor-kontraktor ini.
Kita hanya bersetuju dengan cadangan daripada pihak FELDA dan pihak FELDA mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar bersetuju menerima syarikat tersebut untuk melaksanakan kerja-kerja tu. Jadi daripada pihak kerajaan melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang, kita telah melalui MMK telah melantiklah pemaju tersebut sebagaimana kita bersetuju dengan pihak FELDA dan pada masa sama, sebab bila berlaku dalam negeri Pahang, kita perlu mengawal selia memastikan projek-projek yang sebelum ini dilaksanakan oleh pihak FELDA dan kini kita kena memastikan projek tersebut siap pula ni Kerajaan Negeri Pahang, kita menggalas tanggungjawab orang yang tak siap sebelum ni. Ha… itu yang saya nak beritahu. Terima kasih.
Marah nampak.
Ada burung. [Ahli Dewan ketawa]. Saya Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya membangkitkan perkara ini sebab kita sama-sama nakkan projek Rumah Generasi Kedua ni siap. Bukan kita nak mencari salah siapa. Saya membangkitkan perkara ini dari Dewan Sidang Pertama lagi sebab LPHP err... FELDA telah menyerahkan projek ini kepada LPHP pada tahun 2021 dan sehingga sekarang masih belum siap dan saya mendapat aduan daripada kontraktor-kontraktor dan orang ramai.
Okey, Yang Berhormat teruskan.
Jadi saya harap kita sama-samalah Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Insya-Allah.
Dato’ Sri,
Minta maaf… minta maaflah ya. Saya bagi pihak kerajaan ni kita akan sentiasa ingin memastikan bahawa setiap projek yang dilaksanakan dalam negeri Pahang ini dapat disiapkan dengan sebaik-baiknya dan kita sebenarnya kita tak tahu masalah yang berkaitan dengan syarikat terbabit yang disarankan oleh pihak FELDA. Tetapi kini kita dalam proses untuk memastikan setiap perjalanan atau pelaksanaan projek tersebut dapat dipastikan menepati syarat-syaratnya. Kita juga nak memastikan bahawa pembeli-pembeli juga dipastikan selamatlah untuk daripada sekiranya membeli rumah tersebut dapat menerima rumah tersebut dalam keadaan yang baik. Sebab itu di Sungai Retang kita telah menawarkan 37 nama baru kepada syarikat terbabit untuk diproses bagi untuk membeli rumah yang kita sedang bina tersebut.
Teruskan wakil daripada Sentul. Yang ni kita ingat kita… kita… kita bagi tajuk lainlah pula.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Kita masih lagi di dalam bulan Syawal. Isu yang biasa setiap tahun kita dengar yang menjadi rungutan dan keluhan rakyat Pahang adalah isu air. Anak cucu balik beraya ramai-ramai di kampung menghadapi masalah air dan ini menyebabkan kesukaran untuk persiapan hari raya. Tujuan bergembira menyambut hari raya bersama keluarga menjadi satu kepayahan dan penderitaan kepada mereka. Pada saya, masalah yang sebenar bukanlah di peringkat operasi daerah-daerah di mana pekerja-pekerja PAIP bertungkus-lumus membantu penduduk. Ada pekerja yang bekerja sehingga malam raya untuk memastikan bekalan air sampai kepada mereka. Sebagai contoh, di kawasan saya, pihak PAIP berusaha sehabis baik menyediakan tanker-tanker bekalan air di mana ada tempat-tempat yang mempunyai tekanan air rendah. Saya puji PAIP ni YB Dato' Sri Speaker.
Tahniahlah PAIP.
Masalah sebenar adalah di peringkat structure, perancangan, pelaksanaan dan teknikal di peringkat PAIP negeri. Kita semua maklum masalah air ini antaranya kerja-kerja penggantian paip lama yang sedang berjalan dan dalam peringkat rundingan. Pihak PAIP sebenarnya perlu menerangkan dan memberitahu kepada rakyat. Sementara menunggu kerja-kerja siap, perlu ada langkah-langkah solusi untuk jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang untuk bekalan air yang berterusan. Bukan tiba-tiba tiada air… tiba-tiba tiada air.
Saya juga ingin mengulas pihak CEO PAIP yang datang ke Maran baru-baru ini atas arahan permintaan Penyelaras DUN dan Tuan CEO memohon maaf kepada rakyat yang menghadapi putus bekalan air. Pada saya, seorang CEO tidak perlu meminta maaf kepada rakyat tetapi perlu meminta maaf kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang sepatutnya memohon maaf kepada rakyat. CEO PAIP perlu menjawab dan bertanggungjawab kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang menguruskan negeri. Perbuatan ini menggambarkan kegagalan pihak kerajaan.
Yang Berhormat Speaker.
Lawyer, Yang Amat Berhormat. [Ketawa]
Kuala Sentul ni dia...
Dia Lawyer. [Ketawa].
Dia Lawyer saya tahu… dia tengok rakan-rakan ADUN ramai yang mengantuk. Dia usik la. Tapi cuba Yang Berhormat Speaker fikir kalau satu CEO buat kesilapan semua MB kena minta maaf. Logik ke tak logik? Habis kerja MB nak jadi kerja apa? Kerja mintak maaf, MB minta maaf jelah. Tak pernah buat dek orang ni Kuala Sentul. Nanti kita usik tempat lainlah, kita jumpa tempat lain [ketawa]. Terima kasih Speaker.
Saya nak pukul menantu, sindir anak. [Ketawa]. Kami sebab isu air ni kami YB-YB Pembangkang juga mendapat kesan yang sama apabila rakyat susah dan marah. Begitu juga dengan aduan paip bocor dan putus bekalan. Kalau aduan dibuat kepada bekas Wakil Rakyat kawasan saya dan disampaikan kepada pihak PAIP olehnya dalam masa dua hari selesai. Ini saya baca dalam Facebook di kawasan saya. Saya nak tanya juga pihak PAIP ini ada SOP atau SOP aduan atau tidak? Saya percaya syarikat PAIP ini, sebagai sebuah agensi kerajaan yang penting mesti mempunyai SOP aduan yang komprehensif. Bila aduan dibuat, berapa lama tindakan dan langkah-langkah seterusnya.
YB Dato' Sri Speaker,
Pada bulan Ramadan yang lalu, saya mengagihkan zakat kepada asnaf dan yang memerlukan bantuan melalui masjid-masjid di kawasan saya. Saya mengadakan majlis berbuka puasa di setiap masjid sempena bulan yang mulia dan saya ada dalam kawasan FELDA, daripada 9 kampung. Di majlis tersebut, sudah pasti Pengurus FELDA akan bersama-sama dengan saya. Beliau merupakan Pengurus Rancangan yang bertanggungjawab kepada penduduk dan mengetahui penduduk mana yang asnaf dan susah dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa masjid.
Walaupun kami dinafikan peruntukan dari kerajaan untuk membantu tetapi kami sebagai Ahli Dewan Negeri yang bertanggungjawab terus berusaha mencari sumber-sumber lain untuk membantu rakyat. Duit sumbangan bulan Ramadan yang dikatakan peruntukan kepada kami dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar hanya RM5,000.00 setahun. Saya ada 10 masjid dan sumbangan RM500.00 diberi kepada setiap masjid untuk berbuka puasa. Jadi RM5,000.00 yang diberi daripada oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, hanya untuk itu sahaja. Apa pun, saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Di sini saya ingin memohon penjelasan sebenarnya daripada sahabat saya, YB Pelangai yang baru dilantik menjadi EXCO Hal Ehwal FELDA. Saya dimaklumkan EXCO Hal Ehwal FELDA mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Pengurus FELDA Wilayah Jengka kerana Pengurus-pengurus FELDA ada bersama dan mengiringi saya semasa mengagihkan zakat. Perkara ini amat mendukacitakan dan sangat tidak berpatutan. Ini seperti YB EXCO menghalang tugas-tugas seorang Pengurus FELDA atau penjawat awam. Begitu juga kami ini seorang Ahli Dewan Negeri yang juga merupakan Wakil Rakyat yang dipilih secara demokrasi berperlembagaan.
Sepertimana titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang pada 28 Mac 2024, pemerintah mestilah adil dan bukan hanya memimpin dari golongan penyokong sendiri tapi juga dari seluruh rakyat di dalam lingkungan pemerintahannya.
Buah pedada dalam baldi, Masak nasi hari petang, Hidup kita biar berbudi, Hingga mati dikenang orang.
YB Dato' Sri Speaker,
Kuala Sentul menjunjung Titah Diraja dan mohon menyokong. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih wakil daripada Kuala Sentul. Kita jemput wakil daripada Semambu.
Salam Sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam Pahang 1st. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang pada hari kedua sesi Dewan Negeri kali ni. Kerajaan Negeri Pahang mencatat hasil melebihi RM1 bilion untuk dua tahun berturut-turut dan pengurangan hutang negeri sebanyak 70% merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan di
bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, EXCO Kerajaan Negeri dan semua penjawat awam negeri Pahang atas kejayaan tersebut. Hasil cukai perlu dimanfaatkan dalam membantu rakyat negeri Pahang dan pembangunan negeri Pahang untuk kesejahteraan bersama.
Dato' Sri Speaker,
Saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri dan Dewan Yang Mulia ini berkenaan dengan satu laporan yang bertajuk "Ada Balak di Balik Sawit" bertarikh 1 April 2024 di Malaysia Kini yang ditulis oleh pemberita bernama Low Choon Chyuan dengan kerjasama Pulitzer Center’s Rainforest Investigations Network. Ia mempunyai beberapa isi penting yang perlu mendapatkan perhatian dalam Dewan Yang Mulia ini.
Pertama, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) telah membangunkan kawasan hutan yang terletaknya Sungai Kancin sebagai ladang sawit sejak tahun 2014. Penduduk di Kampung Tanah Pindah yang bergantung kepada Sungai Kancin sebagai sumber air telah terjejas kerana air menjadi keruh dan tidak sesuai untuk mendapatkan sumber air. Kedua, kawasan yang dijadikan ladang hutan... hutan dengan keluasan 8,093 hektar yang juga telah diklasifikasikan sebagai kawasan sensitif alam sekitar turut juga bersempadan dengan hutan yang telah diwartakan sebagai rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah pada tahun lepas. Kawasan tersebut juga mempunyai kawasan jilat garam di mana haiwan liar datang untuk mendapatkan mineral.
Ketiga, dalam laporan tersebut juga menyatakan bahawa penanam sawit di kawasan tersebut yang bermula pada Oktober 2015 err... tapi menurut laporan, hasil sawit hampir 90% telah rosak disebabkan pencerobohan gajah. Menurut laporan tersebut juga, Jabatan Alam Sekitar di antara 2001 hingga 2023 telah meluluskan pembersihan kawasan yang seluas 94,000 hektar di Semenanjung Malaysia untuk penanaman kelapa sawit dan di antara tersebut, 50% adalah di dalam negeri Pahang. Dengan itu, saya memohon pertimbangan Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula kelulusan tanah yang dijadikan ladang kelapa sawit melalui syarikat GLC ataupun syarikat swasta. Persekitaran perlu dilindungi dan pembalakan seperti ini yang telah menjejaskan alam sekitar perlu dihentikan serta-merta. Ia bukan hanya berlaku di Kampung Tanah Pindah. Setahu saya penduduk di Kampung Ganoh, Bukit Ibam juga menghadapi perkara yang sama.
Dato' Sri Speaker,
Saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemantauan Pelaburan dan juga Jawatankuasa Khas Birokrasi serta Tadbir Urus untuk meningkatkan pelaburan di negeri Pahang dan mengurangkan kerenah birokrasi. Realisasi pelaburan sangat berkait rapat dengan masalah kerenah birokrasi di sesuatu tempat. Saya mohon agar kedua-dua jawatankuasa di peringkat negeri dapat ditubuhkan dengan dua tujuan.
Pertama, memastikan realisasi setiap potensi pelaburan di negeri Pahang dalam jangka masa yang ditentukan. Kedua, mengurangkan karenah birokrasi untuk mempercepatkan setiap pelaburan, pembangunan dan permohonan daripada rakyat. Kelebihan dan kesesuaian negeri Pahang menjadi tempat pelaburan asing dan domestik perlu ditonjolkan dan Pahang akan lebih menarik pelabur sekiranya dapat mengurangkan karenah birokrasi yang seiring dengan Titah Diraja.
Bagi menggalakkan penglibatan golongan muda dalam program pertanian untuk mencapai Revolusi Pertanian 4.0, saya setuju dengan cadangan yang dilontarkan oleh YB Tioman tadi. Saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan program penyewaan tanah lot Kerajaan Negeri untuk sementara waktu dalam tempoh satu hingga dua tahun kepada anak-anak muda yang berminat dalam pertanian di setiap kawasan DUN.
Saya yakin ia akan menarik banyak anak-anak muda untuk terlibat dalam pertanian. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas usaha untuk membina tugu peringatan bagi watak anime Jujutsu Kaisen yang bernama Nanami di pantai Kuantan. Usaha tersebut menarik perhatian peminat di seluruh dunia dan hangat dibincang di sosial media selepas pengumuman dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang. Saya amat berharap pengusaha-pengusaha sektor pelancongan termasuk dengan Tourism Pahang dapat menghargai peluang ini untuk mempromosi Kuantan dan Pahang sebagai destinasi pelancong untuk semua.
Dato Sri Speaker,
Tahniah atas kejayaan negeri Pahang di bawah Menteri Besar telah memberi sebanyak 20 jenis Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kepada rakyat-rakyat negeri Pahang. Semoga bantuan-bantuan tersebut dapat diteruskan untuk meringankan beban hidup rakyat dan seterusnya mengubah kualiti kehidupan mereka. Saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini dengan beri cadangan untuk bantuan kit Pride Kasih yang diberikan kepada warga emas dengan nilai RM500.00 setiap tahun. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana terus memberikan nilai RM500.00 kepada penerima-penerima lama setiap tahun.
Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Pahang untuk terus menambah nilai RM500.00 dalam kit Pride Kasih yang sedia ada tanpa memerlukan warga emas untuk mengambil kad yang baru setiap tahun.Ia bukan sahaja merupakan satu penjimatan. Ia juga menyenangkan warga-warga emas terutamanya mereka yang tiada kenderaan dan bergantung kepada anak ataupun rakan.
Dato' Sri Speaker,
Ingin saya membawa beberapa isu kawasan untuk perhatian Dewan Yang Mulia ini. Pertama, saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini berkenaan dengan isu tekanan air rendah di Kampung Padang Tradisional, Taman Impianku dan juga Kampung Padang Damai. Isu tekanan air rendah telah berlanjutan untuk satu tempoh yang lama. Tekanan air rendah di kawasan tersebut telah menyebabkan penduduk-penduduk menghadapi masalah untuk menjalankan aktiviti harian.
Saya memohon pihak Kerajaan Negeri terutamanya Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) untuk menyelesaikan isu tekanan air rendah ini secepat yang mungkin. Cadangan untuk mengaktifkan semula loji Kampung Padang perlu dipertimbangkan untuk memberi pembekalan air yang terurus dan tidak terganggu sepanjang masa. Harap pihak PAIP dapat menyelesaikan tekanan air di kawasan tersebut secepat mungkin.
Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mencadangkan kepada Kerajaan Tempatan dan juga Kerajaan Negeri untuk mewajibkan setiap pemohon lesen perniagaan di bawah PBT terutamanya penjaja untuk mewajibkan pencaruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri atau dikenali sebagai (SKSPS) setiap tahun sebagai perlindungan diri dan juga untuk keluarga. Pencaruman tersebut di bawah
PERKESO, hanya RM23.30 setahun ataupun bersamaan dengan 6 sen sehari dapat menikmati 8 jenis faedah termasuk faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara dan 6 jenis lagi faedah. SKSPS dengan harga asalnya RM232.80 telah disubsidi oleh kerajaan sebanyak 90% perlu dimanfaatkan untuk kepentingan peniaga, penjaja dan juga kesejahteraan keluarga mereka dan saya difahamkan negeri Melaka telah mewajibkan setiap penjaja ataupun setiap pemohon perniagaan lesen PBT untuk mencarum PERKESO.
Dato’ Sri Speaker,
Peraturan-peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2018 telah menetapkan bahawa Kerajaan Tempatan tidak lagi bertanggungjawab untuk menguruskan sampah di kawasan perindustrian bangunan stand alone seperti stesen minyak dan juga bangunan komersial. Namun, saya mendapati bahawa bukan semua negeri yang mempraktikkan amalan ini kerana kesannya yang begitu besar terhadap pengusaha.
Untuk makluman Tuan Speaker, kawasan Semambu mempunyai tiga industri kecil dan sederhana iaitu Semambu, Indera Mahkota 14 dan Indera Mahkota 3. Kawasan-kawasan ini dikategorikan sebagai kawasan perindustrian dan sejak tahun 2003 sampah tidak lagi dikutip. PPSPPA ataupun dinamakan SWCorp. mewajibkan setiap pengusaha untuk melantik kontraktor sendiri setiap bulan dengan bayaran di antara RM100.00 hingga RM150.00 bergantung kepada kekerapan.
Jika tidak melantik, SWCorp. berhak mengeluarkan kompaun kepada setiap pengusaha, dengan itu saya memohon Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Tempatan untuk mempertimbangkan pengurusan sampah di kawasan perindustrian kecil dan sederhana untuk menguruskan sampah oleh SWCorp. ataupun PPSPPA. Harap pelaksanaan pengurusan sampah dapat diuruskan oleh Kerajaan Tempatan seperti dulu. Dengan itu, saya menamatkan ucapan perbahasan saya di sini dengan menjunjung kasih Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Terima kasih.
Terima kasih wakil dari Semambu. Seterusnya, saya ingin menjemput wakil daripada Luit untuk memberi.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah. (Bacaan ayat al-Quran). Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan sampailah giliran saya Yang Berhormat Speaker memberi laluan kepada saya untuk sesi perbahasan pada petang ini. Pertamanya, saya menjunjung kasih atas titah ucapan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Sultan… Al-Sultan Abdullah Al-Muktafi Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. Err… syukur juga saya dapat bersama-sama dengan Ahli Dewan yang lain, Ketua Jabatan, pemerhati-pemerhati dalam sidang kali ini dan hujung Syawal ini sempat saya ucapkan Selamat Hari raya, mohon maaf, zahir dan batin. Cuma sebelum saya nak meneruskan perbahasan saya Yang Berhormat Speaker, saya nak menyanyi sebenarnya, boleh?
Sila… sila, ini slot Yang Berhormat.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya nyanyi lagu ni separuh je kalau saya nyanyi penuh semua kena berdiri. Jadi saya nyanyi ye. Ya Allah Yang Maha Kuasa Lanjutkan Usia… kat sini kita kena berhenti sekejap. Kita guna perkataan Duli Yang Maha Mulia sekarang kita sudah tukar kepada Kebawah Duli Paduka Baginda. Jadi saya nyanyi sekali lagi. Saya cuba kalau boleh dipakai oleh Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri tukar la lagu ini. Ya Allah Yang Maha Kuasa Lanjutkan Usia Duli Paduka Baginda. Dedededede… ha… itu ya. Sila… sila.
Yang Berhormat Speaker,
Dia belum tukar. Saya tak boleh dicross dalam Dewan Yang Mulia ini sebenarnya masih boleh guna Duli Yang Maha Mulia dan masih boleh gunakan Kebawah Duli Paduka Baginda, boleh… dua-dua boleh. Jangan… jangan keliru ya… kalau nak elaborate lagi… masa minum-minum kita boleh elaborate, sebab tuanku hanya bagitahu kepada Jemaah Pangkuan, kepada saya, kepada tertentu, seolah-olah benda ni tidak berubah. Okey, harap Ahli Dewan semua faham, terima kasih.
Terima kasih pencerahan daripada Jelai, terima kasih. Baik Yang Berhormat Speaker, menyentuh tentang Dewan Undangan Negeri Luit ini, saya pertamanya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, swasta sebagainya di kawasan saya yang saya kira memang kerja berdedikasi, yang kerjanya apa ni bersungguh-sungguh, yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato' kitalah… Dato’ DO kita Dato’ Sharuddin Jali ya. Err… dan kita sempat bersama di pejabat daerah, dalam Mesyuarat Pembangunan Daerah didapati di kawasan saya ini, ada lebih 30 atau hampir 40 projek-projek… senarai projek yang sedang dijalankan dan ada yang baru. Jadi saya rasa memang itu satu kerja yang yang tough la ya untuk kakitangan di kawasan DUN saya. Dan 38, 40 projek ini, berkaitan dengan 7, 8 kementerian juga.
Jadi saya ucapkan syabas dan tahniahlah. Semoga apa ni kakitangan kerajaan kita di kawasan DUN Luit ini dapat melaksanakan kerja-kerjanya. Sebab dalam buku audit pun saya terbaca juga ada ditulis. Rumusan Audit, saya baca sikitlah. Pembangunan Hartanah Komersial daerah Maran baik dan mencapai objektif. Sebanyak 82.1% projek yang diluluskan berjaya disiapkan. Jadi ini satu buktilah bahawa kakitangan kita di jabatan kerajaan di Maran… di Luit berjaya melaksanakan kerja-kerja dengan baik dan kerja-kerja ini banyaklah Yang Berhormat Speaker melibatkan kerja-kerja apa ni jalan raya… berkaitan jalan raya, berkaitan jambatan, simpang-simpang jalan, kerja-kerja sungai, infra, sungai, tebatan banjir dan sebagainya.
Juga bangunan-bangunan, kuarters, asrama, sekolah, klinik dan taman-taman ni semua antara projek yang sedang dijalankan dan akan dijalankan. Namun demikian, dalam sokongan kita kepada usaha kerajaan ini terdapat sedikit kekhuatiran sayalah sebab kita dapat laporan daripada Jabatan Pembangunan Negeri bahawasanya prestasi pelaksanaan projek… program pembangunan dalam Rolling Plan Ke-4 RMK Ke-12 sehingga April 24, menunjukkan prestasi negeri ya bukan prestasi Maran ya… prestasi negeri ini sangat rendah data dia.
Saya tak nak sebutlah berapa peratus, biar kita sama kita tahu cukuplah. Sangat rendah, jadi bila rendah ini, di antara yang tercorot juga ya. Kita kalau dalam industri ini, kalau rendah sangat, kalau bawah 25 consider tutuplah tak reliable projek tu. Kalau 25 hingga… 25 hingga berapa ya… hingga 50 syaratnya. Err… boleh apa ni… boleh buat safe audit dan sebagainya. Jadi data menunjukkan bahawa prestasi perbelanjaan ikut negeri kita ini memang sangat rendah dan saya juga nak menyentuh dan berharap kepada pihak kerajaan dapat meneliti, mengenal pasti dan meningkatkan prestasi ini. Mungkinlah, pada pandangan saya antara faktor-faktornya, mesyuaratlah sebab dalam kawasan projek ini biasa kita ada project planning, perancangan projek dan projek ini dibincang dalam mesyuarat.
Jadi, saya percaya boleh kita sebut dari sudut mesyuarat ini tak efisien antara faktor yang boleh merendahkan prestasi… peratusan prestasi kita ini. Sebab saya kira tak kiralah mesyuarat tu di peringkat unit apa jabatan atau agensi atau daerah atau macam kita peringkat Dewan Negeri sekali pun kita kena rasa bahawa kehadiran mesyuarat kita ni… mesyuarat kita hadir ini ialah mesyuarat high profile meeting, dengan izin ya. Makna kita kena anggap mesyuarat tu mesyuarat penting. Jadi kita kena datang dengan data-data, dengan maklumat dan kita mampu membuat keputusan-keputusan segera dalam mesyuarat itu. Antara faktor-faktor yang boleh membantu mempercepatkan prestasi projek yang dibuat dalam negeri kita ini. Sebab ada kalangan… saya pun ada pengalaman mesyuarat dalam agensi kerajaan pun memang ada isu-isu begini. Isu-isu yang ta... yang mesyuaratnya sambil lewa sahaja. Sampai boleh memohon takpelah maklumat ini akan saya bawak mesyuarat akan datang. Saya tidak ada maklumat, bos saya tak ada sebagainya.
Jadi antara faktor-faktor nampak kecil tapi dia memberi kesan kepada prestasi kita di dalam melaksanakan kerja. Dan juga satu lagi antara faktornya tapi orang alim sebut ni subjektif. Macam Yang Berhormat Jelai sebut subjektif. Ada orang alim kata ada satu ketika nanti manusia itu akan dibelenggu oleh peraturan yang mereka buat sendiri. Agaknya di masa kita je kot. Jalannya di bawah kuasa Majlis Daerah serah kepada kontraktor, kontraktor pun pening, mak ayah meninggallah apalah. Jadi dia berbolok-bolok, berbelit-belit. Ini antara faktor juga yang menyebabkan kita lambat dalam melaksanakan projek.
Yang Berhormat Speaker,
ADUN Luit bangkit tentang prestasi. Sebenarnya prestasi ni biasanya kita ukur mengikut fakta yang ada. Jadi kalau kita menyentuh mengenai projek, kemudian kita katakan err… kegagalan ini, dia banyak sebab kegagalan ni. Tapi saya [ketawa] nak menarik perhatian sebab bila ADUN Luit bangkitkan mungkin ada pegawai datang sambil lewa jawab begitu. Saya takut nanti dia memberi gambaran yang negatif.
Biasa kita buat mesyuarat, kita akan teliti. Teliti mengenai, khusus mengenai projek. Dia banyak faktor. Antara lainnya yang saya nak maklumkan, kita sebenarnya tidak menjangka COVID melanda negara. Tetapi COVID-19 ini telah melanda bukan sahaja negara, seluruh dunia, dan ini memberi kesan kepada prestasi, sebarang projek yang dilaksanakan dan ini semua tahu sebenarnya.
Impak daripada COVID ini, bukan sahaja menyebabkan industri-industri tertentu tu err… menjadi ini, apa nama, tertekan dek kerana sumber-sumber yang berkaitan itu, susa… sukar didapati dan juga kosnya meningkat. Sebab itu, dalam konteks yang seumpama ini, saya rasa err… kita kena mengambil kira juga faktor-faktor yang err…
di luar daripada kawalan kita dan kalau sekiranya kita nak bangkitkan saya ingat lebih baik YB Luit bangkitkan projek mana. Jadi kita boleh zero down dan kita boleh juruskan kepada itu supaya dia berlaku adil kepada rakan-rakan err… kepegawaian di peringkat… semua peringkat kerana kalau dibuat secara general, dia akan tempelak kepada semua, dan ini saya rasa tak begitu adillah ya, terima kasih.
Baik terima kasih kekanda Benta, memang cakap melalui pengalaman itu, ya. Err… saya pun pakai data je, data umum, negeri, data keseluruhan negeri tapi takpe kita teruskan juga. Err… tapi itulah…
Sorry, malahan err… saya nak menokok err… inisiatif Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar sendiri. Malahan, bila disebutkan begini, contohnya, projek ini tidak dapat dilaksanakan kerana tapak err… tak sesuai, tapak belum err… diluluskan.
Oleh kerana itu, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri, inisiatif oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri, pihak Kerajaan Negeri mengeluarkan sijil. Ini Dato’ Sri, sijil err… kebolehgunaan tanah itu sendiri, yang akan ditandatangani oleh Dato’ Sri SS dan Dato’ PTG.
Err… tiga pihak, maknanya Dato’ Sri SS, Dato’ PTG dan JKPTG, jadi ditandatangan kebolehgunaan tanah. Jadi usaha, memang kita peringkat negeri, berusaha, berikhtiar, bagaimana caranya untuk kita err… bantu bagi merancakkan err… pelaksanaan projek. Jadi untuk makluman sebagai inisiatif kita… kita mengambil langkah-langkah yang… kalau sekiranya YB err… Luit ada pandangan-pandangan yang boleh membantu, pihak kerajaan bersedia untuk mendengar dan memberi pertimbangan, terima kasih.
Baik terima kasih Dato’ Sri. Kita tak sambunglah isu tadi ya, kita teruskanlah perkara kedua saya. Err… susulan keberangkatan…
Sekejap, saya minta sikit laluan.
Ya, sila… sila.
Saya tengok laporan tentang sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Luit tentang laporan audit ini. Apa yang agak… agak pelik, tapi ini bukan, bukan nak menyalahkan mana-mana pihak, cuma saya nak dapat penjelasan. Dalam Laporan audit ini dia tidak menyebut syarikat. Dia cuma menyebut daftar syarikat.
Sebagai contoh ya, syarikat 982470-H. Kita tak tahu syarikat apa. Pada muka surat lain, err… syarikat. Err… bagi syarikat 342353-P. Rasanya agak pelik laporan tapi Laporan Audit Negara ni. Apakah dia memang… memang kaedah dia begitu sebabnya
saya yakin dia prosesnya memang betullah sebab laporan audit keluar. Cumanya isu kepada kita semualah bukan pihak pembangkang saja semua ialah, bila diguna kod, kita tak dapat err… tak dapat tahu syarikat mana sebenarnya yang ditimbulkan oleh audit.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Saya sebenarnya tak nak macam err… ADUN Cheka juga, tak nak menuding jari atau menyalahkan mana-mana pihak. Tapi saya terkejutlah, sebagai bekas apa nama, anggota Kabinet Kerajaan Pusat. Sebenarnya, akta dan peraturan yang disediakan oleh Kerajaan Pusat. Maknanya ini, sistem pengauditan itu, dia tidak membenarkan ini apa nama yang menamakan, ataupun ada sistem, dia gunakan coding-coding tertentu ini federal bukannya di peringkat ini, peringkat negeri. Jadi saya rasa mungkin err… YB sedia maklum hanya kadang-kadang kita terlupa kot.
Habis ya, tak ada dah. Susulan keberangkatan, err… Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang ke daerah Maran baru-baru ini, 20 hari bulan 3, saya berkesempatan berada di dalam bilik taklimat itu, terima kasihlah kepada pejabat daerah yang menjemput kita sekali.
Err…, namun saya nak bagi cadangan je, saya nak bagi cadangan tambahan jika sesuailah. Dalam taklimat itu, err… Yang Hormat Dato’ Pegawai Daerah cuma bentang pembangunan fizikallah sikit-sikit, tentang longkang, bangunan sebagai jalan raya, air dan sebagainya.
Saya nak cadangkan buat tambahan lagi, iaitu pembentangan Pembangunan Insan Daerah. Dato’ kena cerita jugalah kepada Kebawah Duli Paduka Baginda ini, tentang ihsan apa ini insan tempat kita. Orang… manusia dan gelandangan macam mana kita handle orang gila misalannya kalau ada orang penagih-penagih dadah itu. Sebab lepas taklimat tu memang, apa ini, Kebawah Duli Paduka Baginda, memang tekan ditanya persoalan tentang penagih dadah, ya.
Dan yang ketiganya, saya cadangkan, ada juga apa ini pembentangan pembangunan ekonomi daerah. Sebab dalam tahun ini, saya nampak banyak program di Majlis Daerah Maran sendiri, program buka gerai dan sebagainya. Latihan-latihan kepada usahawan-usahawan. Saya rasa elok dipersembahkan kepada Tuanku Paduka Baginda tentang maklumat yang apa kita buat di daerah kita. Jadi itulah, saya rasa, kalau boleh ditambahkan lagi, ya. Walaupun masa untuk satu tajuk pembangunan… pembangunan fizikal pun dah satu jam, saya rasa boleh dicompactkanlah, dikemaskan, dipadatkan lagi untuk persembahan pada Paduka Baginda.
Kemudian juga saya nak cadang juga kepada kerajaan terutamanya khusus… khususnya kepada pihak yang buat teks khutbah ini, teks khutbah. Inilah kita pun dah rasa gembira. Kita boleh rakam rasa gembira kita. Keberangkatan balik Tuanku menjadi sultan kembali sebagai sultan ke negeri… negeri ini. Elok kita cari teks-teks ataupun titah-titah, titah perintah ke, titah pesanan ke, titah peringatan ke, ditaruk ke dalam slot khutbah Jumaat.
Dengan lima… enam ratus masjid yang ada ini saya rasa, mesej-mesej ini akan sampai sementelahan pula, kita kalau ikut pada Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker
pagi tadi dia kata memang Tuanku kita ini dah berada di hati rakyat. Jadi bila ada mesej-mesej dalam khutbah ini mudah untuk sampai kepada rakyat.
Contoh yang ada sekarang ini, apabila Paduka Baginda pesan, solat berjemaah di masjid-masjid, surau-surau, dalam khutbah ya, jadi dah boleh dah jadi, perbahasan di kalangan kita di luar… luar pada masjid itu.
Jadi, saya cadangkan dapatkan lagi apa teks-teks, titah err… Paduka Baginda ini dalam mengamalkan kehidupan Islam dan letakkanlah dalam khutbah itu. Dan juga mesej-mesej ini boleh dipanjangkan lagi kepada kita punya penceramah-penceramah kuliah kita ya, macam kita di sebelah sini ramai yang ada tauliah ini, boleh bawa err… bincang dibawa dalam kuliah-kuliah dan sebagainya.
Jadi, itu saja yang saya boleh sebut cadangan-cadangan saya kepada pihak kerajaan err… dan akhirnya saya nak mohon juga kat sini, dalam Sidang Dewan ini, err… kepada kontraktor-kontraktor yang membuat kerja di kawasan saya, ECRL ke, ataupun apa ni syarikat-syarikat yang buat tebatan banjir dan sebagainya.
Mohon sangatlah mereka ini dapat meraikanlah, aduan-aduan daripada penduduk kampung. Ya, masalah-masalah yang timbul akibat projek yang dijalankan tu. Contohnya, air… air… air… apa ini air termenung, air bertakung dalam kebun dia, air tersumbat dan sebagainya dan jalan-jalan kebun yang terputus, jalan tak rata, lecah, licin dan sebagainya. Kita mohon sangat kepada kontraktor-kontraktor yang dapat projek tempat kita ini, err… peka sikitlah kepada aduan-aduan kami di DUN Luit ini.
Err… dan saya ucap terima kasih juga kepada pihak kerajaan yang pada isu-isu pada penggal yang lepas telah pun di... di… diberi perhatian.
YB Speaker,
Minta maaf, ini sahabat saya daripada Luit dia sebenarnya gini. Dia kerja-kerja kontrak ni, dia bila kita ada perjanjian satu dipanggil kontrak perjanjian antara pihak kerajaan yang mewakilkan pegawai ni apa nama Penguasa SO lah Supervisor officer dipanggil jadi, dengan kontraktor jadi pihak kontraktor kalau sekiranya dia nak melaksanakan sesuatu projek sama ada dia melaksanakan bersandarkan kepada spesifikasi… spesifikasi termasuklah syarat-syarat yang telah ditetapkan termasuk pelan, reka bentuk dan sebagainya dan juga arahan daripada SO ni tadi. Ni Supritening Officer ni maknanya ni… ni… Supervising Officer.
Jadi, kalau sekiranya misal contoh penduduk… masyarakat ada masalah, saya rasa sesuai dibangkitkan kepada pihak yang berwajib katalah projek tadi JPS bangkit dengan ni jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran supaya perkara ini dapat diambil tindakan dan boleh dikeluarkan arahan. Arahan version order pindaan ini apa nama ni pindaan ya version order (VO). So, bila dibagi VO, arahan tu kontraktor wajib mengikuti. Tetapi pada masa yang sama kontraktor juga berhak untuk menuntut kos tambahan.
Jadi kalau dibuat misal contohnya katalah sorang komplen dibuat lepas tu orang lain komplen buat akhirnya besok dia tak mampu untuk menyiapkan kerja utama dia tetapi lebih melayan kepada kehendak dan permintaan daripada mereka yang… yang terlibat dengan projek itu maknanya orang kampunglah. So, kalau ada YB ye, maklumkan kepada minta Tok Empat, Tok Penghulu maklumkan kepada Jurutera
Daerah atau jurutera projek agar perkara-perkara ini dapat diambil kira dan dikeluarkan satu arahan ni pinda kerja yang baru sepertimana yang diperuntukkan dalam kontrak yang dimeterai antara pihak ni kerajaan dengan kontraktor. Terima kasih.
Baik, terima kasih respons daripada pihak kerajaan err... dan akhirnya saya sentuh juga projek yang penggal lepas yang telah mendapat perhatian pihak kerajaan terima kasih banyak pada pihak kerajaan err... terutamanya saya menyebut tentang keperluan sebuah jambatan, di DUN Luit tu iaitu Jambatan Lubuk Paku yang menyeberang ke Kampung Kuala Wau dan telah dimasukkan dalam senarai projek-projek di Bandar Maran yang kita pernah bermesyuarat bersama dengan wakil kerajaan, Yang Berhormat Dato' daripada Peramu Jaya err… dan saya pun mohon sangat kepada wakil kerajaan angkat projek ini menjadi prioriti menjadi keutamaan untuk projek di DUN Luit ini, Bandar Maran sebenarnya. Dan selain itu, kita juga dapat respons juga daripada pentadbir daerah tentang bandar purba yang kita sebut dulu. Ada bandar purba di Bandar Maran belakang tu bandar lama yang terbengkalai. Dan juga isu penduduk 25 keluarga rumah kilang yang tidak tahu lagi apa nasib masa depan status tanah yang didiami itu.
Jadi, akhirnya saya kena rakam juga ni rasa dukacita tapi tak sedih sangat er... bila mana, hari raya baru ni kita tak dapat nak guna kemudahan kerajaan ye. Minta mohon dewan, minta mohon tempat, padang sebagainya. Jadi takpelah kira win-win kita pun ada ada hikmah juga sebaliknya. Jadi, sedih jugalah sebab kita pun kampung orang situ kan tempat… tempat kita di situ tempat lahir kita di situ tempat kita membesar di situ, tapi tak dapat nak guna ye. Jadi saya akhirilah dengan perbahasan saya ini dengan dua buah pantun.
Kain kering kain basah, Mari jemur atas tali, Jaga negeri ini tak susah, Yang susah tu jaga hati.
Yang keduanya.
Anak kecil udang galah, Mari main dalam kendi, Jangan mengundang murka Allah, Tapi rahmat-Nya yang kita cari.
Sekian, saya mohon menyokong usul Titah Diraja, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih, Yang Berhormat Luit. Sebelum saya menjemput wakil kemudian, saya ingin mengingatkan kepada Wakil Rakyat ataupun Ahli-ahli Yang Berhormat. Mengikut Perkara (19)1 Peraturan Majlis Mesyuarat iaitu Yang Berhormat tidak boleh mendedahkan maklumat seperti Laporan Audit sehingga Isnin, 13 haribulan Mei 2024. Okay, itu sahaja. Seterusnya saya ingin menjemput Ahli dari Sungai Lembing.
Bismillahirahmanirrahim. Assalamulaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Speaker, Sungai Lembing menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, atas Titah Diraja yang menzahirkan keprihatinan terhadap kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta pembangunan di negeri ini. Juga masih tidak terlambat buat patik juga mewakili warga Sungai Lembing merafak sembah mengalu-alukan keberangkatan balik Paduka Baginda ke negeri Pahang Darul Makmur ini. Semoga Allah terus mengurniakan Afiat buat Tuanku sepanjang bersemayam di takhta Kerajaan Negeri yang dicintai dan dikasihi ini.
Yang Berhormat Speaker,
Saya ingin memulakan perbahasan Titah Diraja ini dengan ucapan setinggi tahniah atas prestasi kutipan hasil negeri yang memberangsangkan seperti mana yang dititahkan oleh Tuanku Baginda… Tuanku Paduka Baginda dalam Titah Diraja tempoh hari. Hal ini dapat dicapai dengan adanya perancangan strategik yang berkesan oleh Kerajaan Negeri dan juga sokongan pelaksanaan dan operasi yang komited dan dedikasi oleh semua kakitangan-kakitangan sektor awam dalam menjayakan agenda ini. Dalam hal ini juga, Tuanku ada menitahkan agar kerajaan menitikberatkan perihal tadbir urus yang baik, akauntabiliti dan integriti dalam merealisasikan harapan sebagai sebuah negeri yang beretika dan berintegriti tinggi. Apabila berbicara tentang perihal tadbir urus yang baik dan berintegriti, suka saya mengambil kesempatan ini untuk melahirkan rasa terkilan dan kecewa atas dasar berat sebelah Kerajaan Negeri dalam menguruskan fasiliti dan kemudahan awam yang diselia oleh organisasi setempat mahupun pentadbiran awam di negeri ini.
Pengalaman saya yang terbaru adalah ketika… ketika mana saya ingin menganjurkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri peringkat Dewan Negeri Sungai Lembing, di Dewan Orang Ramai Kampung Kolek pada minggu… pada minggu lepas. Majlis anjuran Pusat Khidmat saya itu telah cuba diganggu gugat oleh tangan-tangan ghaib, Ahli Politik sehingga cuba mengaitkan nama Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk campur tangan bagi menghalang atau menutup dewan orang ramai tersebut daripada digunakan untuk majlis jamuan saya. Namun, saya melahirkan rasa syukur dan penghargaan tidak terhingga atas pertimbangan dan toleransi pimpinan setempat yang memberikan kerjasama penuh bagi menjayakan majlis tersebut. Ini baru satu contoh ketidakadilan dan tidak berintegriti Kerajaan Negeri dalam menguruskan fasiliti dan kemudahan awam yang saya sendiri alami.
Saya percaya rakan-rakan saya seperti mana yang telah disebut tadi di meja pembangkang ini juga mempunyai banyak pengalaman yang sama seperti saya alami. Besar harapan saya agar semua kita tidak kira di meja di meja pembangkang mahupun kerajaan bersama mendokong dan melaksanakan harapan titah Baginda yang menyeru kita semua untuk sentiasa menitik beratkan perihal tadbir urus yang baik, akauntabiliti dan integriti dalam setiap keputusan, tindakan dan dasar yang kita ingin laksanakan.
Yang Berhormat Speaker,
Dalam kesempatan ini, ingin saya lahirkan kegusaran rakyat di bawah atas tekanan ekonomi yang kian menekan pada masa kini. Saya kerap menerima mesej aduan dan rintihan daripada pelbagai lapisan rakyat. Yang lain… yang antara lain menyatakan kegusaran atas peningkatan barangan keperluan asas dan makanan sekali gus meningkatkan kos sara hidup bulanan rakyat di negeri ini. Saya ingin mencadangkan
kepada pihak kerajaan agar memperhalusi titah Tuanku yang meletakkan harapan tinggi agar badan penguatkuasa tidak takut dan gusar dalam menjalankan tanggungjawab dan terus proaktif dalam memperkasa tindakan penguatkuasaan undang-undang seperti pemeriksaan berkala, harga barangan kawalan dan keperluan asas di premis perniagaan tumpuan utama di seluruh negeri ini.
Yang Berhormat Speaker,
Dalam berbicara tentang kos sara hidup yang kian meningkat sekarang, Sungai Lembing melihat antara pendekatan yang boleh membantu mengurangkan tekanan ini adalah dengan membentuk kitaran pengguna dalam kalangan rakyat di negeri kita… negeri ini. Kitaran pengguna ini boleh dibentuk dengan pemerkasaan budaya dan pendekatan koperasi dalam kalangan rakyat di negeri ini. Melalui amalan koperasi ini, rakyat di negeri ini akan menerima manfaat semula terhadap apa yang mereka belanjakan sebagai pengguna dalam kehidupan seharian mereka. Semakin banyak mereka berbelanja semakin tinggi manfaat dan faedah yang bakal mereka terima daripada koperasi yang mereka sertai.
Dalam hal ini, suka saya menyeru kepada Kerajaan Negeri untuk menggagaskan inisiatif… inisiatif pembentukan koperasi dalam kalangan komuniti setempat terutamanya golongan rentan dan muda. Kerajaan seharusnya membuka jalan kepada golongan ini untuk turut serta dalam mana-mana koperasi dengan menyediakan geran khas sebagai modal awal keahlian individu dan juga modal permulaan kepada permulaan sesuatu koperasi. Besarlah harapan kita dengan berkembangnya budaya dan amalan koperasi ini, kita mampu untuk merapatkan jurang pengguna dan pengeluar barangan, sekali gus mampu untuk memutuskan jaringan monopoli satu pihak dalam mana-mana barangan dan industri di samping mampu untuk menambah aliran tunai dan kuasa beli dalam kalangan rakyat di negeri ini.
Yang Berhormat Speaker,
Perkara seterusnya yang ingin saya ketengahkan dalam kesempatan ini adalah peruntukan RM301.29 juta bagi melaksanakan 249 Projek Pembangunan Negeri dan Pembekalan Air seperti yang dibentangkan dalam sesi Pembentangan Bajet Negeri Pahang 2024 yang lepas. Soalan saya, bilakah isu bekalan air bersih di kawasan Sungai Lembing akan dapat diselesaikan dengan sebaiknya? Ini sudah kali ke-4 saya bangkitkan isu bekalan air bersih di kawasan saya ini di dalam Dewan ini. Sehingga kini, masalah ini seolah-olah tiada langkah konkrit dan serius diambil oleh kerajaan di mata rakyat Sungai Lembing untuk menyelesaikannya.
Sebagai contoh yang terbaru hampir 8 hari penduduk di Taman Perumahan Kampung Kolek terputus bekalan air. Puncanya adalah kerana berlakunya paip pecah di kawasan tersebut dan masalah berlarutan apabila paip yang ditukar itu err… apabila ditukar di err… apa ni… di sini, bocor di sana, apabila baiki di sana bocor di sini. Begitulah keadaan yang berlaku di err… kawasan Sungai Lembing ketika ini. Perkara ini sangat menyedihkan saya sebagai Wakil Rakyat bagi kawasan Sungai Lembing ini. Kawasan saya ini bukanlah dikategorikan sebagai kawasan pedalaman yang perlu dilalui dengan jalan balak. Hanya terletak kira-kira 15 hingga 20 kilometer sahaja dari ibu negeri Pahang, Bandar Raya Kuantan. Namun, nikmat bekalan air bersih untuk penduduk di sini seolah-olah mereka duduk di kawasan jauh di pedalaman pada dekad awal kemerdekaan.
Dalam hal ini juga, saya ingin memohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri daripada sejumlah RM301.29 juta untuk Perbelanjaan Pembangunan dan Bekalan Air dalam bajet yang lepas, berapa yang sudah dibelanjakan bagi tujuan penambahbaikan sistem bekalan air bersih khususnya di kawasan Sungai Lembing. Seterusnya juga… seterusnya saya juga, ingin penjelasan tentang status pemasangan booster pump, dengan izin di kawasan perumahan Bukit Goh dan Tangki Air Bukit Kuin. Apa perkembangan terkini dan sejauh manakah impaknya jika dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Harapan saya, pada persidangan akan dating sidang dewan ini tidak akan mendengar lagi saya bercakap tentang isu bekalan air bersih di kawasan Sungai Lembing.
Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak PAIP kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang masalah… masalah air yang berlaku di Taman Perumahan Kolek baru-baru ini dan saya ingin menafikan telahan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kononnya sebelah sana sahaja yang puji, sebelah sini asyik hentam saja err… dengan boleh tengok merujuk pada video live yang saya buat di Facebook saya, err... tidak ada hentaman kepada pihak PAIP melainkan kita ucapkan terima kasih di atas sokongan dan bantuan yang telah diberikan.
Yang Berhormat Speaker,
Dalam kesempatan ini, suka untuk saya menyentuh titah Tuanku untuk memperhebatkan lagi sektor pertanian dengan memfokuskan pembangunan pertanian berteknologi tinggi bagi merangsang pengeluaran makanan yang berkualiti tinggi, mencukupi dan selamat untuk dimakan. Dalam hal ini juga, baginda ada bertitah agar generasi muda perlu dilibatkan dan digalakkan dalam industri pertanian moden dan berteknologi tinggi supaya mereka boleh menjadi agropreneur muda. Bagi mencapai hasrat ini, Kerajaan seharusnya membangunkan dan mengintegrasikan kursus pembangunan teknologi tinggi dengan industri pertanian bagi menarik minat golongan muda untuk bersama dalam projek pertanian moden.
Kursus-kursus seperti pengendalian drone, pertanian, penggunaan jentera berat moden dan berteknologi tinggi. Pengurusan pertanian secara digital seharusnya menjadi fokus Kerajaan Negeri dalam membangunkan sumber manusia yang berkualiti dalam kelompok anak muda untuk sektor dan industri pertanian. Sungguh pun begitu ingin saya peringatkan kepada semua pelaksana. Semua aspirasi ini hanya boleh berjaya dicapai jika pelaksanaannya disulam dengan kejujuran, tatakelola dan pengurusan yang baik serta nilai integriti yang tinggi. Saya tidak mahu projek ini menjadi seperti projek Akademi Kecemerlangan Sukan Drone Negara (AKSADRON) yang pernah dilancarkan oleh mantan Timbalan Menteri Kewangan di kawasan Paya Bungor pada tahun 2022 dengan peruntukan kerajaan yang besar.
Namun, sehingga kini langsung tidak ada apa-apa perkembangan yang konstruktif. Pembaharuan yang hanya dapat dilihat di kawasan itu hanyalah kawasan yang telah dibersihkan suatu ketika dahulu dan beberapa buah sangkar ikan yang baru diletakkan di kawasan paya di kawasan tersebut. Perkembangan pembangunan berkaitan drone langsung tidak kelihatan. Saya kira projek ini gagal dan berlaku kebocoran dana kerajaan dalam projek ini. Alangkah baiknya peruntukan ini disalurkan kepada program drone pertanian untuk generasi muda lebih realistik dan praktikal serta rendah kosnya berbanding dengan projek ini.
Saya tidak mahu program pertanian moden untuk generasi muda menjadi seperti ini. Rancang dan laksanakanlah projek-projek dan program yang bersifat realistik dan relevan dari sudut aplikasi dan juga realiti semasa dan setempat.
Yang Berhormat Speaker,
Saya sememangnya sangat gembira apabila RM31.6 juta peruntukan telah memberi manfaat kepada 51,000 penerima biasiswa Yayasan Pahang pada tahun 2023. Sejak tahun 1983 lagi Yayasan Pahang telah membiayai pendidikan untuk anak-anak Pahang dengan kos peruntukan lebih RM488 juta.
Dalam hal ini, saya ingin menzahirkan, setinggi tahniah kepada pentadbiran Kerajaan Negeri kerana serius dalam soal pembangunan sumber manusia yang berkualiti melalui pendidikan kepada warga negeri ini. Sungguh pun begitu, saya juga ingin… inginkan penjelasan lanjut daripada kerajaan tentang pasaran kerja sumber manusia yang mendapat pembiayaan pendidikan daripada Yayasan Pahang. Apa laluan kerja yang dirancang untuk mereka ini oleh pihak kerajaan? Berapa peratuskah penerima pembiayaan pendidikan ini kembali berkhidmat di negeri Pahang? Sejauh manakah usaha dan perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan sumber manusia berkualiti tinggi negeri Pahang ini kembali menabur bakti di negeri Pahang ini?
Saya melahirkan rasa terkilan apabila mendengar ada di kalangan anak-anak Pahang yang berpotensi tinggi, berpotensi besar dan berkualiti tinggi. Tidak dapat… tidak mendapat tempat dalam pentadbiran dan struktur Kerajaan Negeri sehingga terpaksa menyumbang dan berkhidmat di negeri lain. Saya ingin menyeru Kerajaan Negeri agar memanfaatkan sepenuhnya modal insan dan sumber manusia yang berkualiti dalam kalangan anak negeri Pahang untuk membantu menguruskan pentadbiran negeri dan melonjakkan ekonomi dan pembangunan negeri.
Dalam hal ini, Kerajaan Negeri seharusnya memanfaatkan pelaburan komited yang bernilai RM11.66 bilion pada tahun 2023 untuk membuka ruang dan peluang kepada modal insan dan sumber manusia dalam kalangan anak-anak negeri ini untuk menyumbang dan berkhidmat menabur bakti di negeri ini, sekali gus menjadi tulang belakang kepada kemampanan ekosistem sosioekonomi di negeri ini.
Yang Berhormat Speaker,
Yang terakhir, saya ingin menyentuh mengenai aspek peranan-peranan Ahli Dewan Negeri. Kita semua di sini telah hampir setengah penggal dipilih dan berkhidmat untuk rakyat di kawasan masing-masing. Harapan saya kepada kerajaan supaya peruntukan kepada semua Ahli Dewan Negeri dapat diagih... diagihkan dengan adil tidak kira sama ada kerajaan mahupun pembangkang kerana pada akhirnya kita semua perlu berkhidmat kepada rakyat sejajar dengan Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka... Paduka Anakanda Tengku Mahkota Pahang. Dengan ini saya menyokong Titah Diraja. Sekian, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Sungai Lembing. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat Kawasan Kuala Semantan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera buat semua. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Terima kasih Yang Berhormat Speaker yang memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian berbahas Usul Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Saya menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan menjunjung kasih di atas ucapan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan PahangAl-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Begitu juga kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan melahirkan rasa syukur yang teramat sangat di atas kembalinya Paduka Baginda menduduki takhta sebagai Raja yang memerintah di negeri Pahang dan segala jajahan takluknya.
Saya juga ingin merakamkan ucapan menjunjung kasih setinggi-tinggi tahniah kepada Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah yang memerintah negeri Pahang sebagai Pemangku Raja Pahang selama Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah menjadi Yang di-Pertuan Agong bagi negara kita Malaysia.
Yang Berhormat Speaker,
Kita semua bersidang di sini pada hari ini adalah untuk membawa suara dan masalah rakyat untuk sama-sama kita teliti dan perbincangkan bagi mencari penyelesaian terbaik terutama di masa seluruh rakyat hari ini berhadapan dengan tekanan hidup dari sudut ekonomi dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang berlaku di sekitar kita pada hari ini. Titah Paduka Baginda Al-Sultan agar kita semua berbahas dengan prinsip mendahulukan kepentingan rakyat serta kemakmuran negeri Pahang dalam setiap hujah yang disampaikan adalah menjadi asas kepada perbahasan kita bersama di sini, insya-Allah. Dalam menanggapi perkara ini, saya mengharapkan Kerajaan Negeri dapat bertindak dengan lebih menepati lunas demokrasi sebenar. Dalam politik moden yang semakin berkembang dan terbuka di negara kita dengan memberikan layanan yang adil dan sama rata kepada kami ADUN-ADUN Pembangkang.
Rakyat pada hari ini telah lebih terbuka dengan maklumat di hujung jari yang boleh diperolehi oleh mereka untuk menilai kita semua sebagai pemimpin dan Wakil-wakil Rakyat di negeri Pahang ini. Peruntukan yang sama rata dan layanan yang lebih terbuka oleh jabatan-jabatan kerajaan kepada ADUN-ADUN Pembangkang akan membolehkan kami memberikan khidmat yang lebih baik secara langsung kepada rakyat. Sesuai dengan kedudukan kami sebagai Wakil Rakyat yang telah dipilih oleh mereka para pengundi dalam proses demokrasi pilihan raya yang telah kita lalui.
Yang Berhormat Speaker,
Sebagaimana Titah Paduka Baginda Al-Sultan berkaitan prestasi kutipan hasil negeri yang begitu baik sewajarnya peruntukan yang sama rata diberi kepada kami ADUN-ADUN Pembangkang menepati Titah Paduka Baginda Tuanku bagi mendahulukan kepentingan rakyat yang kami wakili di kawasan kami. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pemberian peruntukan RM5,000.00 setahun yang diberi pada setiap bulan Ramadan pada dua tahun yang berlalu kepada kami dan projek kecil bernilai RM30,000.00 yang diuruskan sepenuhnya oleh Pejabat Tanah dan Daerah melalui Agensi Pembangunan Luar Bandar tetapi pada hemat saya, peruntukan ini wajar disemak semula supaya diberikan sama rata atau dalam jumlah yang lebih wajar kepada kami secara bulanan bagi kepentingan rakyat yang kami wakili di kawasan kami.
Dalam masa yang sama, kenaikan tarif air yang telah pun dilaksanakan bermula Februari yang lalu menambah beban rakyat negeri ini di tengah-tengah kenaikan pelbagai cukai yang berlaku di peringkat Persekutuan termasuklah kenaikan cukai
SST daripada 6% kepada 8% yang pastinya menambah keperitan ramai rakyat di luar sana. Saya mengharapkan dengan kenaikan tarif air ini membawa bersama perkhidmatan yang lebih baik dan perlu ditingkatkan ke tahap kecemerlangan sesuai dengan kenaikan tarif tersebut.
Yang Berhormat Speaker,
Pihak pengurusan PAIP juga diminta lebih bersedia berhadapan dengan keadaan penggunaan air yang mendadak naik pada satu-satu masa. Sebagai contoh, pada musim perayaan Aidilfitri yang lalu dengan gandaan penggunaan yang tinggi di satu-satu kawasan menyebabkan kawasan yang sedia bermasalah seperti di kawasan yang tinggi dan terletak di hujung sistem rangkaian paip air bertambah buruk keadaannya yang memakan masa sehingga kadang-kala selama lima… enam hari tanpa bekalan air paip dan sistem sokongan seperti lori-lori tangki juga gagal sampai dalam masa yang sepatutnya untuk membekalkan air ke kawasan-kawasan terbabit.
PAIP diharapkan dapat meningkatkan kesediaan untuk berhadapan dengan situasi-situasi yang seperti ini. Dalam kawasan saya, kawasan-kawasan yang tinggi seperti kawasan perpindahan banjir Kampung Desa Murni, Sanggang, Bukit Kelulut dan Kampung Orang Asli Paya Mengkuang. Manakala di kawasan yang jauh di hujung sistem rangkaian paip seperti Kampung Orang Asli Paya Mengkuang… err… Kampung Orang Asli Paya Badak yang memang selalu menghadapi masalah air paip menjadi semakin buruk keadaannya pada musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini.
Yang Berhormat Speaker,
Dalam hal tarif air ini, saya ingin membawa satu aduan khusus rakyat di tempat saya berkaitan tarif yang dikenakan kepada tapak pertanian ataupun kebun yang mana satu kadar minima rata sejumlah RM30.00 sebulan dikenakan kepada tapak pertanian atau kebun. Suka saya mencadangkan supaya kadar ini hanya dikenakan kepada tapak pertanian atau kebun atau ladang yang melebihi lima ekar dan ke atas. Ini kerana pemilik-pemilik tanah terutama di kampung-kampung mereka memiliki tapak tanah dalam keluasan seumpama seperti suku ekar, setengah ekar atau tiga suku ekar yang mereka cadang untuk dibuat rumah bila pencen atau pada hari tua mereka.
Dan buat sementara waktu, mereka menanam tanaman kontan seperti sayur-sayuran, pisang atau beberapa batang pohon durian dan dalam jumlah kecil. Dan memasang paip air untuk kegunaan apabila sesekali mereka ke kebun. Tidak wajar suatu kadar minima rata RM30.00 dikenakan kepada mereka. Sebaliknya adalah dicadangkan untuk dikenakan caj mengikut kadar penggunaan bulanan yang mereka gunakan seperti penggunaan domestik yang lain.
Yang Berhormat Speaker…
Soalan sikit, bagi laluan. Kita rehat sekejap. Isu yang kita hadapi sekarang ni ialah isu penggunaan air terawat kepada sektor yang tidak sepatutnya. Basuh kereta guna air terawat, siram pokok, kebun guna air terawat menyebabkan tekanan dihadapi oleh syarikat air. Ini berlaku realiti hidup sedangkan sepatutnya dalam proses penjimatan yang dibuat oleh Perbadanan Aset Air Negara, kita dapati bahawa penggunaan air terawat ini perlu ada backup. Daripada sumber tak perlu air terawat. Siram pokok, basuh err… basuh kereta, sebenarnya tak perlu air terawat. Jadi dengan peningkatan kos, saya rasa apa di err… isu dibangkitkan oleh Semantan tadi ialah supaya suatu
mekanisme mencari alternatif kepada mengurangkan penggunaan air terawat untuk minuman sahaja. Manakala yang tempat yang tidak serius tu kita guna air yang tidak terawat. Ini mintak sekadar pandangan dan bagi mengurangkan kos pekebun-pekebun yang dibangkitkan oleh Semantan. Terima kasih.
Cuma sedikit penjelasan yang saya sebut tadi adalah tanah-tanah yang keluasannya kecil seumpama suku ekar, 3 suku ekar yang dimiliki oleh masyarakat kampung. Mereka ni cadang nak buat rumah pada masa mereka pencen ataupun hari tua mereka. Untuk sementara waktu mereka mungkin buat pondok kecil dan sedikit tanaman kontan dan sebagainya. Hujung minggu mereka datang, ketika berehat, mereka nak guna air untuk minum dan sebagainya sebagaimana yang disebut oleh Dato' Sri, ini yang saya maksudkan.
Jadi adalah tidak wajar dikenakan caj RM30.00 rata setiap bulan kepada kebun-kebun yang seperti ini. Mungkin boleh disesuaikan mekanismenya kebun yang lebih luas, 5 ekar ke atas dan sebagainya dikenakan caj rata RM30.00. Ada pun yang kecik-kecik ini, orang-orang kampung kita ada tanah sikit dia simpan nak buat rumah di hari tua, dia sambunglah air sementara kan. Jadi untuk itu, saya rasa wajar dia dikenakan caj domestik sepertimana caj-caj yang lain juga.
Yang Berhormat Speaker,
Saya juga suka menarik perhatian kita semua kepada titah baginda Sultan dalam hal pertanian dan keterjaminan makanan. Paduka Baginda bertitah tentang perlunya Kerajaan Negeri memfokuskan kepada pembangunan pertanian berteknologi tinggi bagi pengeluaran makanan yang berkualiti, mencukupi dan selamat dimakan. Realitinya, beras putih tempatan yang menjadi makanan asas utama kepada kebanyakan rakyat sehingga ke hari ini masih sukar didapati di pasaran pada harga kawalan RM26.00 yang ditetapkan oleh kerajaan.
Yang Berhormat Speaker,
Mengikut maklumat, keluasan kawasan pertanian di negeri Pahang ini adalah 1,354,320.62 hektar iaitu sebanyak 37.66% dan sudah tentu daripada jumlah itu banyak kawasan paya terbiar yang ada di seluruh daerah di negeri Pahang. Satu ketika dulu kawasan paya ini sebahagiannya adalah sawah padi yang diusahakan oleh orang-orang tua kita. Sayugia, dicadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan jelapang padi di negeri Pahang ini dengan dibangunkan sistem saliran yang baik dan berteknologi tinggi bagi pengeluaran padi dan beras. Setidak-tidaknya untuk menampung keperluan rakyat negeri Pahang tanpa bergantung kepada padi dan beras dari luar.
Yang Berhormat Speaker,
Golongan muda yang ramai di luar sana yang pada hari ini juga sukar untuk memperolehi pekerjaan boleh dilatih untuk menceburkan diri dalam bidang pembangunan pertanian moden. Pengeluaran padi beras ini sepertimana titah Paduka Baginda Tuanku yang mahu golongan muda dilatih menjadi Agropreneur Muda di negeri Pahang ini.
Yang Berhormat Speaker,
Menyentuh tentang prestasi kutipan hasil kerajaan negeri yang dilaporkan meningkat saban tahun yang menggambarkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang baik. Suka saya mencadangkan supaya elaun kepimpinan masyarakat di kawasan kampung seperti Pengerusi JPKK, Imam, Bilal dan Siak di masjid-masjid dinaikkan bersesuaian dengan ketetapan gaji minima yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Dalam hal ini juga, saya membawa suatu pesanan khas daripada rakan-rakan kepimpinan JPKK yang meminta supaya elaun pengurusan mesyuarat JPKK dinaikkan kadar… kadarnya iaitu pada kadar semasa RM100.00 untuk setiap kali mesyuarat kerana tidak mencukupi kerana dengan jumlah tersebutlah persiapan kertas mesyuarat, fotostat, alat tulis dan juga persediaan persegaran mesyuarat perlu disiapkan oleh pengerusi-pengerusi JPKK. Acap kali mereka terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri sebagai tambahan untuk perkara-perkara tersebut.
Buat akhirnya saya ingin menyentuh langsung beberapa perkara berkaitan kawasan saya selain daripada masalah bekalan air yang telah pun saya sebutkan sebelum ini. Yang pertama, projek menaik taraf Jambatan Temerloh sudah hampir siap. Saya suka mencadangkan supaya laluan Persekutuan 2 yang melalui jambatan ini dibesarkan kepada dua laluan sehala. Bermula dari Karak ke Maran atau setidak-tidaknya daripada simpang lampu isyarat bypass berhampiran dengan SMK Seri Semantan di Mentakab hingga ke persimpangan Chenor kerana laluan ini tinggi penggunaan oleh penduduk setempat semasa hujung minggu dan juga cuti umum berlaku kesesakan lalu lintas di jambatan ini. Dibimbangi jika laluan Persekutuan 2 di kawasan jambatan ini tidak dibesarkan, akan menyebabkan kesesakan lalu lintas pula di atas jambatan apabila jambatan ini disiapkan nanti.
Yang kedua, penyelenggaraan jalan di Laluan C119 daripada Hotel Seri Malaysia di Bandar Temerloh hingga ke persimpangan Lubuk Kawah dan di Jalan Temerloh-Jerantut. Keadaan permukaan jalan ini teruk disebabkan oleh lori-lori pasir yang bersaiz besar menggunakan jalan ini secara intensif bagi mengeluarkan pasir sungai di Kampung Bangau Tanjung. Masalah ini sudah agak lama dan sehingga kini tidak dapat ditangani secara baik oleh agensi-agensi yang berkaitan di daerah Temerloh.
Hal ini memerlukan suatu tindakan bersama yang diselaraskan melibatkan agensi-agensi seperti JKR, polis, JPJ, PAIP dan Pejabat Daerah sendiri. Disebabkan oleh penggunaan yang intensif oleh lori-lori di kawasan ini, permukaan jalan rosak dan pecah. Terdapat pula laluan paip air di bawahnya juga sering kali pecah mungkin disebabkan oleh usia paip yang telah lama dan lori yang berat yang melalui jalan ini menyebabkan pembaikan sementara yang dilakukan menjadikan permukaan jalan bergelombang, berlekuk-lekik dan tidak rata. Ini memerlukan tindakan bersepadu agensi-agensi yang saya sebutkan tadi.
Yang ketiga, keadaan cerun Sungai Pahang yang terhakis dan runtuh di beberapa kampung sepanjang Sungai Pahang seperti di Bangau Tanjung dan juga di Lubuk Kawah yang mengancam keadaan rumah penduduk dan perusahaan ikan sangkar di kawasan ini. Ada rumah yang berhampiran dengan cerun ini yang dibimbangi akan terkesan dengan cerun... dengan hakisan cerun yang berhampiran dengan rumah mereka dan juga sebahagiannya mengganggu operasi ikan sangkar yang diusahakan oleh penduduk-penduduk di sini.
Mohon supaya pihak JPS dapat bertindak terhadap isu ini untuk kepentingan penduduk-penduduk setempat. Buat akhirnya saya mohon menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada sidang kali ini. Sekian perbahasan saya, terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat kawasan Kuala Semantan. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat Kawasan Mentakab.
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk menjunjung kasih di atas titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah di Dewan Yang Mulia ini.
Yang Berhormat Speaker,
Pembangunan modal insan adalah aspek yang sangat penting dalam memacu pembangunan negara seiring dengan negara maju dan ia perlu sentiasa dititikberatkan untuk memastikan negara kita mempunyai sumber manusia yang berkualiti dan mencukupi untuk menyokong pertumbuhan perniagaan dan perkembangan industri. Justeru itu, penubuhan Institut Pengajian Tinggi (IPT) adalah mustahak untuk mewujudkan peluang pendidikan kepada generasi masa depan dan melahirkan golongan profesional dan tenaga kerja yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
Di sini saya ingin mengesyorkan supaya satu institusi pengajian tinggi yang baru dapat diwujudkan di daerah Temerloh khususnya di kawasan Mentakab dalam masa terdekat. Ini merupakan hasrat masyarakat Temerloh yang masih belum tercapai setelah berpuluhan tahun. Walaupun Temerloh merupakan bandar yang yang kedua terbesar di negeri Pahang dan mempunyai populasi dalam sekitar 200,000 orang. Namun, tidak ada satu pun IPT yang bersaiz besar di kawasan ini.
Di sini hanya terdapat Kolej Komuniti Temerloh dan Kampus Cawangan Open University Malaysia yang merupakan IPT yang bersaiz kecil jika berbanding dengan IPT-IPT yang lain. Kebanyakan IPT di negeri Pahang adalah tertumpu di kawasan barat Pahang, contohnya Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, DRB-Hicom Universiti Automotif Malaysia, Cawangan Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, University College of Yayasan Pahang dan sebagainya.
Oleh yang demikian, saya ingin menyeru agar Kerajaan Negeri Pahang dapat menunaikan impian orang Temerloh dengan mewujudkan satu IPT yang berprestij di daerah Temerloh sama ada menubuhkan kampus induk atau cawangan kampus bagi IPT awam, IPT swasta mahupun universiti luar negara di kawasan tengah negeri Pahang ini. Cadangan penubuhan IPT ini juga adalah selaras dengan cadangan berimpak tinggi di bawah teras 3 kesejahteraan sosial, Rancangan Struktur Negeri Pahang 2050 (RSNP 2050), yang mencadangkan pembangunan satu IPT berprestij bagi setiap daerah di negeri Pahang.
Yang Berhormat Speaker,
Temerloh juga dikenali sebagai Titik Tengah Semenanjung, mempunyai lokasi yang sangat strategik dan sesuai untuk dibangunkan sebagai pusat pendidikan dan perindustrian di negeri Pahang. Ini kerana perjalanan melalui lebuh raya dari Temerloh ke Kuala Lumpur dan kuat… atau Kuantan hanya mengambil masa sekitar satu jam setengah hingga dua jam.
Tambahan pula, pembinaan stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Mentakab akan memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pengangkutan antara Mentakab dengan bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia. Kewujudan IPT ini akan memudahkan dan menarik orang muda dari daerah-daerah berdekatan seperti Maran, Jerantut, Bera malah negeri-negeri berdekatan untuk melanjutkan pelajaran di sini. Daerah Temerloh juga mempunyai kemudahan hospital, stesen bas dan keretapi serta pusat komersial yang membolehkan pelajar-pelajar IPT menikmati akses pengangkutan dan kesihatan serta kualiti hidup yang baik. Kos sara hidup yang lebih rendah berbanding bandar-bandar lain dapat mengurangkan beban kewangan ibu bapa.
Persekitaran pembelajaran yang baik dan kondusif juga membolehkan pelajar menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian dan tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Kewujudan satu IPT yang baru di Temerloh akan membawa peluang perniagaan dan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Anak-anak Temerloh yang merantau jauh dapat kembali ke kampung halaman sendiri untuk mencari rezeki. Sama ada berkhidmat sebagai pensyarah, pengurus dan pekerja di IPT tersebut atau membuka kedai dan gerai di dalam dan atau kawasan yang berdekatan dengan kampus.
Di samping itu, sektor pertanian, perniagaan dan industri di Temerloh juga boleh mengadakan kerjasama dengan pihak IPT untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang akan meningkatkan kualiti produk dan taraf hidup masyarakat tempatan. Saya amat berharap semua pihak dapat menjayakan penubuhan IPT ini secara bersama demi kebaikan warga Temerloh.
Yang Berhormat Speaker,
Seterusnya, saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini ke satu isu yang amat berkait rapat dengan kehidupan harian rakyat iaitu isu kenaikan tarif air di negeri Pahang. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, tarif air di negeri Pahang telah dinaikkan sebanyak 41 sen kepada 78 sen bagi setiap meter padu iaitu lebih tinggi daripada kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu di seluruh Semenanjung Malaysia.
Walaupun ini merupakan kenaikan kali pertama dalam tempoh 40 tahun, namun kadar kenaikan satu kali ganda ini telah menyebabkan peningkatan kos sara hidup secara mendadak kepada rakyat jelata. Justeru itu, saya ingin mencadang supaya pihak Kerajaan Negeri Pahang dapat mengkaji dan mempertimbangkan semula keputusan tersebut iaitu mengurangkan kadar kenaikan tersebut supaya setaraf dengan kenaikan purata di seluruh Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, saya ingin menyambut baik langkah Kerajaan Negeri yang telah memberikan rebat air makmur kepada pengguna yang berpendapatan rendah iaitu kategori B40. Di mana inisiatif ini telah sedikit sebanyak mengurangkan beban kehidupan mereka.
Yang Berhormat Speaker,
Negeri Pahang mempunyai punca bekalan air yang baik daripada pelbagai sungai dan juga berkemampuan untuk membuat penyaluran bekalan air kepada negeri lain. Oleh yang demikian, saya percaya melalui pengurusan bekalan air yang lebih cekap dan efisien oleh Kerajaan Negeri dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) kadar kenaikan yang lebih rendah masih lagi dapat menampung kos operasi dan penyelenggaraan sistem bekalan air secara keseluruhan. Pihak PAIP juga harus sentiasa memberi perhatian kepada masalah seperti kebocoran air, keusangan paip air dan sebagainya bagi mengelakkan pembaziran sumber air yang akan meningkatkan kos operasinya. Rakyat berharap mutu perkhidmatan dan kestabilan bekalan air di negeri Pahang dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa supaya kehidupan seharian tidak terganggu akibat masalah bekalan air.
Kerajaan Negeri perlu memastikan kenaikan tarif air ini adalah setimpal dengan peningkatan kualiti air supaya semua rakyat Pahang dapat menikmati akses air bersih tanpa mengira di mana mereka berada. Di samping itu, saya ingin membangkitkan isu berkaitan kapasi… kapasiti Loji Rawatan Air Lubuk Kawah di daerah Temerloh yang telah digunakan lebih daripada 40 tahun. Penggunaan loji ini telah mencapai tahap maksimum dan tidak dapat lagi menampung permintaan bekalan air yang baharu. Jumlah bilangan akaun pengguna yang bergantung kepada loji ini adalah lebih kurang 38,000 yang berada di kawasan Temerloh, Mentakab dan Lanchang.
Walaupun penduduk kawasan ini semakin bertambah dari tahun ke setahun, namun Loji Rawatan Air Lubuk Kawah ini tidak dinaik taraf seiring dengan pembangunan tempatan. Ini telah menyebabkan sesetengah projek pembangunan kawasan perumahan dan komersial yang baharu di daerah Temerloh tidak mendapat kelulusan PAIP atas isu kapasiti bekalan air. Terdapat pemaju-pemaju yang terpaksa hilang deposit dan bayar ganti rugi kepada pemilik tanah kerana tidak boleh melaksanakan projek-projek yang telah dirancang. Perkara ini telah menjejaskan ekonomi setempat dan ramai pekerja juga telah hilang punca pendapatan. Maka saya menyaran supaya PAIP dapat menjalankan kerja-kerja menaik taraf dan meningkatkan kapasiti Loji Rawatan Air Lubuk Kawah ini dengan kadar segera. Dengan itu, saya mohon menyokong. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Mentakab. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat Pulau Manis.
(Ayat al-Quran) YB Speaker,
Bersyukur kita kepada hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia serta inayah-Nya, kita semua dapat lagi bersama-sama berada di dalam Dewan Yang Mulia ini tidak lain dan tidak bukan bagi menjalankan tanggungjawab kita sebagai Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat di kaw… kawasan kita. Tidak juga… lupa… tidak lupa juga… kita lupa memanjatkan syukur dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana atas usaha dan kesungguhan baginda serta sahabat-sahabat di dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah dalam menyampaikan dakwah di mana sehingga ke hari ini kita dapat mengecapi iman dan Islam.
Pulau Manis merafak sembah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan juga Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Sultan Iskandar Al-Haj di atas keberangkatan pulang ke negeri Pahang setelah selesai menjalankan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker dan semua Ahli Dewan kerana memberi ruang kepada Pulau Manis pada petang ini untuk membahas ucapan Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Muktafi Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah pada petang Isnin yang lalu.
Yang Berhormat Speaker,
Saya mewakili rakyat Pulau Manis ingin mengucapkan jutaan pengar… penghargaan dan terima kasih kami kepada seluruh kakitangan kerajaan dan agensi-agensi di bawah Kerajaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan seluruh kawasan di dalam DUN Pulau Manis ini terbela kebajikannya dan keselesaannya terpelihara.
Yang Berhormat Speaker,
Di dalam tik… titah Tuanku, baginda ada menyentuh berkenaan pembangunan. Suka saya menyentuh berkenaan pembangunan infrastruktur jalan raya negeri Pahang. Saya memetik laporan BERNAMA yang bertarikh 5 Februari 2018 di mana ketika itu Kebawah Duli Paduka Tuanku masih menjadi Pemangku Raja Pahang. Baginda telah melawat ke lokasi cerun runtuh di Kilometer 30 Jalan Sungai Koyan, Ringlet.
Baginda bertitah bahawa pada masa akan datang, jangan ambil mudah tentang pembinaan projek infrastruktur seperti jalan raya dan kemudahan awam lain seperti bangunan… bangunan, bekalan elektrik dan tangki air. Baginda tidak mahu membi… tidak mahu pembinaan infrastruktur awam ini dibina secara substandard atau kualiti murah kerana mengutamakan keuntungan. Biarlah menggunakan kualiti baik supaya pembinaan bertahan lama. Titah… titah Tuanku ini patut diingati sepanjang masa bagi memastikan mutu pembinaan sentiasa berada di tahap yang optimum.
Hal ini boleh kita mengambil contoh di Jambatan Bailey, Jalan Kuantan-Segamat. Pada mus… musim perayaan baru-baru ini, ramai rakyat tertekan apabila terpaksa menggunakan laluan ini bagi pulang ke kampung mahupun pulang ke kediaman mereka apabila selesai cuti beraya. Pihak kerajaan perlu memberikan solusi yang terbaik bagi menangani isu ini. Kebiasaannya, masalah akan timbul sekiranya musim mon… monsun timur laut hadir. Selain dari memastikan standard mutu pembinaan ditekankan seperti yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Paduka Tuanku.
Selain daripada lokasi itu juga banyak lokasi lain yang menjadi rosak bila musim monsun timur laut tiba. Hal ini mungkin tidak menjadi kritikal sekiranya spesifikasi binaan dipantau rapi. Implikasi buruk terlalu banyak untuk disenaraikan sekiranya hal ini tidak ditangani dengan serius. Selain daripada kerugian yang ditanggung oleh pengguna jalan raya, keselamatan pengguna juga turut terancam.
Hal ini melibatkan jalan negeri dan juga jalan-jalan persekutuan. Antara lain juga ada lampu jalan yang banyak tidak diselenggara. Saya pernah menggunakan jalan… jalan di mana jalan Kuantan-Pekan di mana lampu jalannya lebih daripada 2 kilometer tidak
berfungsi. Situasi ini sangat-sangat membahayakan pengguna jalan raya terutama pengguna motosikal.
Yang Berhormat Speaker,
Keduli… Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan juga ada menyebut berkenaan dakwah Islamiah. Di sini ingin saya menyentuh berkenaan isu kelulusan permit konsert atau persembahan yang mengganggu sensitiviti agama. Alangkah eloknya pihak penguasa tempatan meneliti relevan atau tidak terlebih dahulu sebelum mengeluarkan permit. Permit atau hiburan atau lesen hiburan.
Saya mengambil contoh hal yang terjadi di kawasan saya. Lesen atau permit untuk memulakan konsert dangdut telah pun dikeluarkan oleh Pihak Penguasa Tempatan. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk setempat dan telah membuat aduan kepada Pusat Khidmat agar menghalang aktiviti tersebut dijalankan dan pusat khidmat telah membuat bantahan kepada Pihak Penguatkuasa Tempatan dan Penguatkuasa Tempatan telah menarik semula permit lesen tersebut.
Hal ini memang dapat diselesaikan dengan membatalkan permit atau lesen tersebut ak… dan dapat menghilangkan kemarahan penduduk. Isunya kita perlu juga memikirkan kos kerugian yang akan ditanggung pihak penganjur. Hal ini tidak akan terjadi sekiranya langkah awal diambil. Walau bagaimanapun, saya merakam ucapan jutaan terima kasih kepada Pihak Penguatkuasa Tempatan Majlis Bandaraya Kuantan kerana cakna dengan bantahan yang telah dibuat oleh penduduk.
Isu ini juga terjadi di Temerloh iaitu Pertandingan Pakaian Beragam Janda-janda Daerah Temerloh. Alhamdulillah juga telah dibatalkan. Tahniah kepada Penguasa Tempatan. Pihak kerajaan juga perlu mempergiatkan lagi penerangan mengenai inisiatif-inisiatif yang disediakan dan diperuntukkan oleh kerajaan kepada golongan muda dari segi bantuan permulaan perniagaan tidak kira dari sektor pertanian, perikanan mahupun perkhidmatan. Contoh Skim i-Push, tempoh permohonan mula 1 Januari hingga 31 Januari mungkin kerajaan boleh memanjangkan sedikit tempoh pendaftaran ini agar ramai yang boleh membuat permohonan.
Yang Berhormat Speaker,
Tidak patut sekiranya saya tidak membawa isu di kawasan saya sendiri di dalam Dewan Yang Mulia ini. Isu yang saya ingin utarakan ialah berkenaan isu haiwan liar iaitu berkenaan isu anjing liar dan monyet. Isu ini sangat kritikal. Isu anjing liar ini pernah menyebabkan kemalangan motosikal di mana anjing liar ini mengganggu penunggang motosikal sehingga penunggang motosikal itu hilang kawalan lalu terbabas dan mengalami kecederaan yang agak serius.
Hal ini tidak boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan keselamatan rakyat dan implikasi lebih teruk boleh… boleh terjadi iaitu mengancam nyawa. Begitu juga dengan isu monyet di mana telah menyebabkan ketenteraman… ketenteraman penduduk terganggu di mana monyet-monyet ini memunggah tong-tong sampah sehingga sampah-sampah bertaburan berselerak di dalam kawasan perumahan. Mohon Jabatan dan Penguatkuasa Tempatan dapat memikirkan bagaimana solusi yang terbaik bagi menangani isu haiwan liar ini dari terus menganggu gugat ketenteraman rakyat.
Seterusnya, isu bekalan air yang sering menjadi keluhan sebahagian penduduk kawasan Pulau Manis. Kemarahan mereka memuncak apabila gangguan berlaku
ket… ketika mana sedang membuat persiapan menyambut kedatangan Syawal. Harapan saya untuk pihak berkenaan pihak PAIP dengan kenaikan tarif kali ini dapatlah meningkatkan mutu perkhidmatan pengurusan air. Saya juga ada memaklumkan kepada penduduk supaya bertenang dan kita memberi peluang… peluang dan ruang kepada pihak PAIP untuk menambah baik mutu servis memandangkan tariff… tarif air bar… dikira baru dinaikkan. Harapan saya mutu perkhidmatan pengurusan air dapat segera ditingkatkan memandangkan isu ini sudah menjadi isu tradisi dan sudah lama dihadap… dihadapi oleh sebahagian rakyat.
Walau bagaimanapun, jutaan terima kasih kepada kakitangan Pengurusan Air Pahang Berhad yang bertungkus-lumus memberi bantuan menghantar lori tangki bagi memberi bekalan air di kala mana gangguan bekalan air sedang berlaku. Mereka terpaksa berkhidmat di kala orang… orang lain sedang menyambut Syawal. Ini adalah antara pengorbanan kakitangan awam yang patut kita kenang. Semoga Allah saja dapat memba… membalas jasa kalian. [Ahli Dewan menepuk meja]
Yang Berhormat Speaker,
Kebawah Duli Paduka Tuanku ada juga menyebut berkenaan isu pekebun Musang King, Raub. Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Pahang di atas kejayaan ini. Walaupun begitu, diharap kerajaan memberi tumpuan permohonan tanah bagi pemohon… permohonan-permohonan yang berkelayakan dan cukup syarat permohonannya. Ada saya menerima aduan permohonan sudah tiga keturunan bermula dari datuk hingga ke cucu. Permohonan telah dibuat, akan tetapi masih belum diberi kelulusan sedangkan pemohon mereka cukup syarat dan telah lama menetap di tanah yang yang dipohon tersebut.
Saya pernah menerima aduan dari penduduk. Beliau mengadu bahawa tanah yang diusahakan sekian lama hampir 30 tahun dan tanah itu diusahakan dengan baik akan tetapi ada individu datang kepadanya memaklumkan bahawa tanah yang diusahakan itu telah dimiliki oleh orang lain dan gerannya telah dikeluarkan dan saya memohon agar pengurusan permohonan tanah perlu diperkemaskan kerana ada aduan dibuat bila datang ke Pejabat Daerah dan Tanah, pegawai memaklumkan fail permohonan tidak dapat dikenal pasti. Hal ini amat amat mendukacitakan kepada rakyat yang meletakkan harapan yang tinggi agar permohonannya dapat dipertimbangkan.
Yang Berhormat Speaker,
Isu jalan rosak juga menjadi…
Dato'... Tuan Yang di-Pertua, di mana itu orang tu memohon tanah?
Di Kampung Jaya Gading.
Di Kerdau?
Kampung Jaya, Gading.
Ha… Kampung Jaya Gading. Terima kasih.
Saya teruskan. Isu jalan rosak juga menjadi isu tradisi bagi kawasan Pulau Manis. Alhamdulillah, isu ini telah dijawab oleh Yang Behormat wakil kerajaan Yang Berhormat Muadzam dan wakil kerajaan sudah memaklumkan bahawa apabila kerosakan jalan yang disebabkan MTL, Monsun Timur Laut boleh diberi keutamaan bagi membaik pulih. Cuma apa yang terjadi di kawasan saya proses membaik pulih itu tidak berlaku dengan segera sehingga ada beberapa kemalangan yang telah berlaku.
Seterusnya saya membawa isu Perumahan Inderapura… PRIMA Inderapura yang sekarang ini dinamakan sebagai Sri Damai Jaya. Mungkin saya boleh minta pencerahan daripada wakil kerajaan masa penggulungan nanti. Isu ni pemaju tidak mahu bertanggungjawab terhadap hasil kualiti kerja. Aduan telah dibuat kepada… saya kira EXCO yang lama, EXCO Perumahan yang lama. Walaupun telah menang kes ini di peringkat Tribunal Perumahan dan Mahkamah Tinggi telah membuktikan bahawa pemaju telah gagal mematuhi spesifikasi kualiti yang telah ditetapkan, tetapi pemaju masih enggan membayar ganti rugi kecacatan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua,
Minta mencelah sikit. Minta maaflah kita pusing sikit sebabnya berkaitan dengan lesen dangdut ni. Lesen dangdut ni… di mana tempatnya?
Indera Sempurna.
Setahu sayalah kalau lesen dangdut ni memerlukan lesen hiburan ni hiburan kita perlu membawa kepada keputusan MMK, EXCO ya. Jadi kalau benda itu tak ada saya rasa benda itu mungkin melibatkan pusat hiburan dangdut secara mungkin haram. Jadi YB bagitahulah pusat tu kat mana?
Dia bukan…
Sebelum ni… selama ni dalam EXCO, Mesyuarat MMK kita tak pernah luluskan. Tak ada meluluskan sebarang lesen dangdut ya.
Terima kasih wakil kerajaan. Dia bukan pusat dangdut, dia konsert. Dia buat ada ekspo makanan dan dia ada agenda dia dangdut, malam dangdut. Poster itu disebarkan dan itulah mengganggu sensitiviti. Sebab situ kawasan tu semua kebanyakannya orang Melayu dan kebanyakannya golongan intelek duduk di situ. Bila aktiviti seperti itu dijalankan menyebabkan penduduk rasa tidak selesa dengan kehadiran program-program sebegitu.
Okey, saya teruskan. Akhir sekali, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya mewakili seluruh rakyat DUN Pulau Manis kepada kakitangan kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan di mana telah memberi perkhidmatan yang terbaik demi memastikan kelestarian terjaga. Izinkan saya menyampaikan dua rangkap pantun.
Berjalan ke pekan ditegur nyonya, Dijamu pula murtabak mayat, Pahang luas besar tanahnya, Pelbagai hasil untung rakyat.
Ambil wuduk di tepi perigi, Airnya jernih semestinya bersih, Dengar-dengar peruntukan nak bagi, Alhamdulillah terima kasih.
Sekian dari Pulau Manis. Yang Berhormat Speaker, Pulau Manis mohon menyokong.
Terima kasih wakil Yang Berhormat Pulau Manis. Seterusnya, saya menjemput wakil dari Kemayan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. [Ayat Al-Quran]. Terima kasih. Yang Berhormat Speaker. Saya di sini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana memberi ruang kepada saya bagi sesi Usul… Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana telah berjaya melaksanakan semua agenda kerajaan yang telah dirancang. Kalau kita lihat di dalam Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah baru-baru ini kita lihat apakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Kerajaan Negeri Pahang.
Ini yang kita tak boleh sangkal apa yang telah dinyatakan atau telah dititahkan oleh Paduka Baginda inilah dia realiti hari ini yang Kerajaan Negeri Pahang berjaya meningkatkan hasil. Kerajaan Negeri Pahang berjaya mengurangkan ketirisan. Kerajaan Negeri Pahang berjaya memberikan inisiatif-inisiatif baru. Kalau kita lihat BPP sampai 20 kluster yang diberikan dan tak ada di negeri-negeri lain dan inilah yang menunjukkan prestasi Kerajaan Negeri Pahang pada hari ini di landasan yang baik.
Oleh itu, saya menyarankanlah kepada kita semua supaya janganlah kita wujudkan satu persepsi yang kurang baik. Perkara yang baik kita ceritakan dengan baik ini adalah yang digembar-gemburkan sebelum ini ingin mengamalkan politik matang. Bagi saya jika perkara itu baik, kita perlu akui baik bukan hanya di dalam Dewan ini sahaja. Kalau kita lihat ada yang nak minta live dan sebagainya untuk sidang perbahasan tapi bila di luar satu kebaikan kerajaan pun tidak ingin diceritakan. Tak kiralah kita di pihak kerajaan ataupun kita di pihak pembangkang. Bagi saya perkara yang baik yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini kita perlu sebarkan kepada rakyat. Bukan hanya kami di pihak kerajaan sahaja ataupun pegawai-pegawai kerajaan sahaja yang menyebarkan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Kerajaan Negeri Pahang pada hari ini.
Saya mengharapkan juga rakan-rakan di sebelah sana bukan hanya provoke kepada Kerajaan Negeri pada hari ini tapi kita mengharapkan juga menceritakan kebaikan. Tak salah bagi saya kalau kita ingin satu kesatuan atau penyatuan yang baik, kita perlu saling ceritakan kebaikan seseorang. Jangan kita cari keburukan kalau kita cari keburukan kita akan dapat keburukan tapi kalau kita sebarkan kebaikan itu adalah lebih baik. Kalau kita nak lihat isu dan sebagainya banyak. Isu yang Kerajaan Negeri Pahang hari ini telah atasi sedikit demi sedikit perkara ini dapat diatasi.
Sebagai contoh untuk basmi kemiskinan. Saya tak dengar lagi yang di sebelah sana menyebut yang Kerajaan Negeri Pahang hari ini berjaya menurunkan 60% kadar kemiskinan tegar di negeri Pahang [Ahli Dewan menepuk meja]. Inilah satu kejayaan yang cukup baik bagi Kerajaan Negeri Pahang. Tahniah saya ucapkan dan juga dari segi perumahan. Betul mungkin ada masalah pembangunan perumahan di kawasan FELDA dan sebagainya. Tapi Kerajaan Negeri Pahang juga menyediakan Rumah Rakyat Pahang, Rumah Ru’RASA dan sebagainya sentiasa melihat kepentingan dan juga kebajikan rakyat di negeri Pahang ini.
Kalau kita nak cerita kejayaan Kerajaan Negeri Pahang ni banyak dan kalau kita dah baca Titah DiRaja tersebut satu persatu Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan telah sebutkan, telah nyatakan dari segi mengikut kluster-kluster yang telah disenaraikan dan dari segi apa dakwah Islamiah saya rasa satu jumlah yang cukup besar yang Kerajaan Negeri Pahang peruntukkan saya rasa hampir RM150 juta setahun untuk badan-badan Islam di dalam negeri Pahang.
Sebab itu kita kadang kena tengok ada sesetengah pihak dia lebih suka memuji Menteri Besar negeri lain berbanding dengan Menteri Besar yang selama ini kalau kita tengok daripada awal sampailah ke hari ini kejayaan-kejayaan telah dicapai yang negeri itu pun tak capai pun tapi mungkin sebab negeri itu ada royalti minyak duk kejar royalti minyak, royalti minyak, royalty minyak kita pun nak sebut nak banggakan negeri tersebut tapi yang ada dalam negeri ini yang cukup baik mentadbir kerajaan hari ini berjaya mengurangkan ketirisan. So, tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja]
Bagi mengurangkan ketirisan saya ingin betulkanlah, saya rasa bukan peneroka dia penceroboh. Saya rasa term, dengan izin, yang sesuai untuk mereka adalah penceroboh. Sebab tanah itu bukan tanah milik mereka tak kiralah awak nak duduk 40 tahun ke 50 tahun ke 60 tahun, 60 tahun awak makan hasil… kalau dalam Islam tu kita kata boleh dianggap haramlah hasil tanah orang lain. Tanah kerajaan, tanam pokok, ambil hasil, lepas tu dia kata dia punya. Saya ucapkan tahniah dan saya mengharapkan yang Kerajaan Negeri Pahang terus konsisten untuk memerangi golongan-golongan penceroboh ini.
Ha... kalau di Bera itu banyak tu, di Bera dia tak tanam Musang King dia buat sawit. So, tanah-tanah ini pun perlu dirampas dan perlu... bagi saya perlu kita buat satu program, mungkin STR untuk kawasan itu diberikan kepada golongan-golongan yang memerlukan. Kalau nak cerita rugi dia, kalau 30 tahun dia makan hasil sawit tu, eh… balik modal dah, dah untung banyak dah tu. Kalau ambik 50 hektar, 60 hektar.
Ha… kalau baru ini, saya ada didatangi beberapa penceroboh-penceroboh. Berani, penceroboh datang jumpa Wakil Rakyat mintak supaya err… boleh benarkan mereka ambil hasil sawit tersebut, sebab Unit Penguatkuasa dah masuk, tak benarkan dia orang masuk ke kawasan tersebut sebab kawasan itu akan dijadikan STR err… di Bera tersebut. Jadi, mereka berani mengaku, yang itu mereka yang usahakan. Kalau pencuri ini, penceroboh ni dia tak berani. Kita ceroboh rumah seseorang, kita mengaku kita ceroboh rumah dia, terus kena tangkap dia.
Tapi penceroboh tanah di negeri Pahang ini berani tapi atas komitmen daripada Kerajaan Negeri dan juga Penguatkuasa Tanah, saya rasa, saya ucapkan tahniahlah. Kalau boleh bagi rewards kepada penguatkuasa ini lebih sikit, lebih baik. Mungkin OT dia orang ni kena lebih. Jangan sampai tak cukup, dia orang nak buat penguatkuasaan, OT tak cukup. Mungkin dari segi pentadbirannya boleh bagi rewards sikitlah kepada penguatkuasa-penguatkuasa ini sebab melalui tindakan mereka, hasil yang sepatutnya dapat err… apa… apa hasil yang tak dapat kepada kerajaan dapat kepada kerajaan pada hari ini.
Saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan perumahan FELDA. Sebab kawasan saya pun ada 7 FELDA, ada 18 ladang FGV, ada lebih kurang 9 estet dan juga 30 kampung Orang Asli. Jadi, bagi saya perumahan ini satu perkara yang penting. Kalau di sesi pagi tadi semasa soalan lisan, kita lihat yang banyak rumah-rumah yang dibuat di tanah peneroka, rumah kedua dan ini adalah disebabkan kerajaan dulu, kita bagi kebenaran, boleh bina rumah di tanah ayah dan juga ibu kita. Tapi hari ini bila dah buat, mungkin sehingga 12 err… hingga 31.12.2023 dibenarkan masuk elektrik dan juga air. Ada juga yang masih belum memohon, walaupun rumah dah siap tapi masih belum memohon. Rumah dah siap tahun lepas, dua tahun lepas tapi pakai air mak ayah. Kalau rate sekarang ini, kalau penggunaan air ataupun elektrik itu lebih daripada sesuatu kadar, harga dia boleh lebih tinggi.
Jadi, saya cadangkanlah dan mohon kepada kerajaan supaya membenarkanlah terutama yang tanah peneroka. Betul, saya faham dari segi Akta Tanah itu salah, tapi atas sebab, dulu kita benarkan untuk mereka bina rumah kedua di tanah tersebut. Jadi, saya mohon supaya ada pertimbanganlah daripada pihak PAIP dan juga pihak Tenaga Nasional Berhad untuk membenarkan rumah yang dah siap ini, diberikan masuk elektrik dan juga bekalan air. Dan saya juga memohon supaya segerakan untuk… bagi peluang kepada tanah berkelompok ini dibenarkan membuat rumah lebih daripada satu. Kalau rumah, tanah tu suku ekar besar, boleh buat dua atau pun tiga rumah. Saya pun tak berani nak buat rumah belakang rumah arwah mak ayah saya, sebab tak dibenarkanlah nanti tak boleh masuk air dan elektrik terpaksalah cari rumah lain.
Selain itu, saya memohon supaya ladang-ladang dan juga estet-estet terutama yang berkaitan dengan kerajaan. Sebagai contoh, FGV ataupun di bawah Kerajaan Negeri yang ada di tempat saya adalah PKPP ataupun FELCRA dan juga RISDA, supaya mengutamakan pekerja-pekerja tempatan. Kalau kita lihat hari ini, trend di ladang-ladang FGV dan sebagainya, kebanyakannya mengambil pekerja-pekerja asing. Jadi, ruang untuk pekerja ataupun anak-anak muda yang masih berminat untuk dalam sektor perladangan ini tidak dapatlah. Jadi, saya mohon supaya Kerajaan Negeri boleh
menyuarakan, membantu supaya terutama ladang-ladang di bawah Kerajaan Negeri ataupun bawah FGV dapat diselesaikan.
Isu yang seterusnya adalah berkaitan dengan FELDA Plantation Management. Di FELDA ini, kita lihat dia ada dua, satu diuruskan oleh FPM, satu diuruskan sendiri dan ada sesetengah FELDA tu yang pengurusan FELDA yang uruskan. Yang mendukacitakan adalah FELDA… FPM uruskan ni, hasil dia lebih rendah daripada yang urus sendiri. Kos pengurusan FPM lebih tinggi daripada kos pengurusan sendiri. Ini berlaku pada diri saya sendiri, bukan pada orang lain. Saya tak tengok orang lain pun. Walaupun dengar di kalangan peneroka FELDA ni, generasi FELDA bercakap kenapa FPM caj tinggi sangat macam-macam kos. Ada yang kata kena potong dalam payslip RM3,000.00 lebih ya, Jengka ya. Perkara ini, berlaku pada hari ini dan kita mohon supaya Kerajaan Negeri… sebab di dalam Pahang ini banyak FELDA dan banyak diuruskan lot-lot peneroka ini diuruskan oleh FPM. Jadi, kita nak supaya kalau FPM bagus menguruskan ladang tersebut, sepatutnya hasil dia lebih tinggi daripada saya yang uruskan sendiri.
Sebagai contoh, bulan lepas saya boleh dapat RM8,000.00, yang diuruskan boleh… di bawah FPM boleh dapat RM5,000.00 atau RM4,000.00, sesuatu yang cukup ketara. Kalau beza 4… RM500.00 mungkinlah, kita tengok tak ada masalah sangat tapi err… bila jurang tu terlampau tinggi dan kita lihat FPM tetap mengambil untung kepada peneroka dan saya rasa itu satu perkara yang tak sepatutnyalah. Sebagai satu agensi di bawah FELDA yang sepatutnya kita ni… FELDA ni membela peneroka-peneroka ini.
Jadi, saya menyeru memohon kepada Kerajaan Negeri boleh membawa isu ini kepada Lembaga FELDA supaya isu FPM ini amat ketara sebab kontraktor yang mengusahakan ladang tersebut oleh FPM sama dengan yang saya err… upah. Jadi kenapa yang FPM uruskan lebih tinggi dan hasilnya tu, tak setinggi yang saya uruskan. Jadi itu yang menjadikan satu perkara yang pelik adakah diuruskan dengan baik ataupun tidak. Ini semua berlaku. Mungkin boleh tanya Chini, mungkin boleh tanya Jenderak, mungkin boleh tanya Jengka yang berkaitan dengan FELDA ni. Inilah dia masalah utama yang saya rasa sebelum FELDA buat perkara-perkara lain, perkara asas ni yang daripada saya dilahirkan di dalam FELDA ni sehinggalah ke hari ini dah jadi Wakil Rakyat, menda ni masih tak selesai.
Saya mohon dengan keupayaan yang ada pada Kerajaan Negeri Pahang untuk memberi sedikit pembelaan kepada warga peneroka FELDA pada hari ini.
Yang Berhormat… Yang Berhormat, panjang lagi?
Ha... ada sikit lagi.
Okey, sila.
Saya pun memang berhajat tak nak bercakap panjang tapi itulah masalahnya. Jadi perkara-perkara yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada hari ini dah cukup banyak. Kalau kita tengok, daripada mula lahir kita dapat, sehinggalah pergi haji pun dapat err… manalah orang kata kita tak “Isle” tu. Ha… kadang-kadang dia nak lebih “Isle” daripada benda lain tapi di Pahang ni, dah cukup Islam. Badan-badan yang berkaitan dengan Islam ni cukup banyak, diperkasakan lagi, kalau kita tengok Yang Berhormat Dato’ Sri Ker… err… apa ni Kerdau semalam boleh bercakap Arab, translate direct macam tu saya cukup kagum. [Ahli Dewan menepuk meja].
Tahniah kepada YB Kerdau ni, bukan semua orang boleh. Maknanya kerajaan… kerajaan hari ini, dilihat susunan dan juga apa yang ada pada hari ini mempunyai kepakaran masing-masing dan berilah kepercayaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, berilah kepercayaan kepada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri pada hari ini untuk meneruskan agenda yang telah dirancang dan juga saya ingin menyentuh sedikit sahaja berkaitan dengan air, tetap ada masalah air ini. Walaupun memang petugas-petugas di peringkat daerah, banyak berkorban. Kalau kita minta tolong tu, boleh selesai dengan segeralah.
Alhamdulillah, kalau tak musim raya tu macam tak…tak cuti raya dia. So, tahniah kepada pihak pengurusan PAIP di peringkat daerah. Walau bagaimanapun, kalau kita tengok hampir berapa… 200… RM300 juta yang diperuntukkan untuk buat kerja-kerja baik pulih paip ni di negeri Pahang pada tahun ini mestilah mengikut jadual. Saya tak naklah kalau, bila tanya, bila projek ini nak dijalankan? Oh… kita masih lantik perunding daripada mula saya jadi Wakil Rakyat sampailah hari ini.
Saya minta maaf tapi perkara itu perlu kita tegur supaya perancangan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Kerajaan Negeri untuk melaksanakan, mencapai 90 peratus masalah air ini selesai pada penghujung 2026 tidak tergendala. Kalau perancangan ini boleh mengikut jadual yang ditetapkan, Insya-Allah saya yakin sebab banyak yang bila projek-projek itu dapat diselesaikan, masalah air di kawasan tersebut dapat diselesaikan. Saya rasa itu sahaja daripada saya. Dengan ini, saya Kemayan mohon menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Sekian, assalamualaikum WBT dan terima kasih.
Terima kasih wakil dari Kemayan. Seterusnya saya menjemput wakil dari Jengka.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. (Bacaan dalam bahasa Arab). Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana memberikan ruang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Ucapan Titah Diraja yang disampaikan pada Isnin lalu. Titah yang membahaskan lebih kurang 10 teras utama. Penuh dengan nasihat membina negeri ke arah yang lebih baik, termasuk nasihat kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, semua sekali sama ada daripada pihak pembangkang ataupun daripada pihak kerajaan. Perbahasan saya kali ini hanya akan menyentuh lima perkara teras dalam Ucapan Titah Tuanku.
Pertama, Kebawah Duli Tuanku ada menyentuh tentang mendahulukan kepentingan rakyat. Alhamdulillah tahun 2024, Pahang sangat bertuah kerana Kebawah Duli Tuanku telah berangkat balik dengan selamat dan sejahtera ke negeri Pahang dan
semoga Pahang lebih berkat, maju ke hadapan tanpa sedikit pun lari daripada petunjuk-petunjuk syarak, insya-Allah.
Dalam Titah Kebawah Duli Tuanku Isnin yang lalu, Tuanku bertitah menasihatkan supaya Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas secara rasional dan mendahulukan kepentingan rakyat bukan kepentingan sendiri. Utamakanlah rakyat dan bukan kelompok-kelompok tertentu. Berilah kepada rakyat yang layak dan berhak tanpa meletakkan syarat. Dengan izin Yang Berhormat Speaker, you vote and support me, then I give you that and this. Inilah yang ditekankan oleh Tuanku dalam titahnya tentang perihal tadbir urus yang baik, akauntabiliti dan integriti setiap anggota pentadbiran Kerajaan Pahang.
Yang Berhormat Speaker.
Kedua. Tuanku menyentuh tentang ketirisan hasil negeri. Pahang ni bumi bertuah. Walaupun tak ada minyak macam Terengganu, tanahnya luas. Yang Berhormat Kerdau ya, terima kasih. Dengan izin, (bacaan dalam bahasa Arab). Pahang, bumi bertuah. Pahang kaya dengan hasil bumi yang banyak seperti bijih besi, timah, bauksit. Ni Jengka kata nak ada bauksit ini. Orang Jengka dah terbayang nak jadi jutawan dah. Peramu Jaya? Katanya. Wallahualam. Ada emas, rizab emas yang banyak. Tak tahulah dok mana.
Minta izin. Bauksit ke boxing? [Ahli Dewan ketawa]
Okey ya, bauksit ya. Emas, balak, nadir bumi, air sungai yang panjang. Tak pernah kering, insya-Allah. Walaupun ada kering sikit dan lain-lain lagi. Itu khazanah kekayaan yang Allah beri kepada negeri Pahang. Sawit, getah dan sebagainya. Namun, jika tidak diurus dengan baik dan tidak ada penguatkuasaan dan penguatkuasaan yang longgar akan mengakibatkan berlakunya ketirisan. Ketirisan hasil negeri banyak berlaku pada banyak perkara, antaranya kecurian hasil bumi disentuh oleh Tuanku dan pencerobohan tanah kerajaan secara besar-besaran sehingga melibatkan ribuan hektar.
Bukan ratus hektar, ribuan hektar dan ia dibiarkan begitu lama. Kesilapan kerajaan yang lalu, ia dibiarkan begitu lama tanpa sebarang tindakan. Apabila dibiarkan lama, maka ia menjadi masalah yang sangat complicated untuk diselesaikan. Tambahan pula, penceroboh-penceroboh haram ini dibela oleh Ahli Yang Berhormat yang berada dalam kerajaan. Sepatutnya apabila berada dalam kerajaan, dia kena berpihak dan mendokong usaha-usaha dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang dia berada dalam kerajaan tersebut.
Tuanku menyebut sebagai rakyat, kita mesti patuh kepada titah. Tuanku mengatakan “Beta berharap agar semua pihak menghormati keputusan mahkamah dan beta berharap agar kerajaan tidak gusar, tidak takut mengambil tindakan ke atas penceroboh”. Saya ada sebut perkara ini dalam Sidang Dewan yang lalu tapi masa tu masih dalam kes mahkamah. Jadi Dato’ Sri MB pun sebut dia tak nak jawab sangat sebab masih dalam kes mahkamah. Sekarang kita… kemenangan telah berpihak kepada Kerajaan Negeri. Tuanku kata kerajaan jangan gusar, jangan takut untuk mengambil sebarang tindakan yang bercanggah dengan undang undang.
Ketiga, hutang Kerajaan Negeri…
Mohon celah.
Ya.
Yang Berhormat Jengka, saya difahamkan kes yang disebutkan tadi, plaintif telah masuk ke mahkamah dan memfailkan rayuan. Terima kasih.
Saya teruskan. Hutang Kerajaan Negeri. Berdasarkan rekod Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Pahang suatu ketika dulu pernah menjadi negeri yang mempunyai hutang paling besar. Dato’ Sri Menteri Besar sebut pagi tadi ditayangkan di layar. Saya tak tahulah perasaan ketika itu macam mana ya. Maksudnya Pahang berhutang paling besar berbanding daripada negeri-negeri yang lain. RM3.3 bilion, waktu itu sebelum 2019. Alhamdulillah, berkat usaha dan kerja keras kerajaan ketika itu, kerajaan ketika itu. Err... faham-fahamlah ya. Maka 70 peratus hutang Kerajaan Pahang berjaya dihapus kira yakni sebanyak RM2.1 bilion dengan Kerajaan Persekutuan.
Yang Berhormat Speaker,
Saya nak mendapat penjelasan daripada Jengka. Kerajaan ketika itu, kerajaan 22 bulan ke, kerajaan 17 bulan ke, kerajaan 14 bulan? Terima kasih.
Terima kasih. Saya sengaja tak nak sebut tadi. Nak mintak biar ada yang bangun tu. Biar lama sikitlah. Kerajaan ketika itu, err... Perdana Menterinya, Datuk Sri Ismail Sabri dan Menteri KASAnya, Dato’ Sri Tuan Ibharim Tuan Man. Jadi di bawah Perikatan Nasionallah waktu itu. Saya nak mengelak menyebut benda-benda begini tapi tak ada arahlah MB tanyakan saya sebutlah. Okey, baik.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Hutang tu bukan pasal air aja. Pasal air, pasal ada lagi Cheka sebut pasal apa? Sukan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar buat kerja bersungguh-sungguh dengan teliti minta dengan Kerajaan Persekutuan bersetuju. Tapi kalau tak ada tukang pinang takkan ada orang bertunang. Kita dah pinang, orang yang menerima pinangan tu dia terima, maka pandailah meminang tu. Tetapi sekarang ni rakan daripada sebelah sana tak berapa pandai meminang. Ini yang dia tengah pening kepala macam mana nak cari ilmu meminang tu ha... supaya bila dia meminang laku pinangan dia. Terima kasih.
Terima kasih Kerdau. Saya tak habis lagi dia dah mencelah tu. Saya petang...
Hutang dah selesai negeri pun dah untung, jadi-jadilah cakap pasal hutang ceritalah pasal lain. Kan dah kata tadi hal rakyat kena selesaikan, hutang-hutang... asal bersidangnya hutang. Wallahualam, tak faham. [Ahli Dewan ketawa]
Terima kasih Kerdau. Orang mengaji Mesir dia cakap (bacaan dalam bahasa Arab), jelas terus tanpa konar. Orang mengaji Pakistan, dia cakap secara hikayatan. Dia konar dulu, pergi ke point dia yang dia macam cerita Hindustan. Berbeza dengan cerita Arab. Bangun lagi. [Ahli Dewan ketawa]
Sebab... sebab itu, Hindustan hero jahat menang sokmo. [Ahli Dewan ketawa]
Yang Berhormat Speaker,
Nak bagi hilang mengantuk sikit. Saya kurang semangat sikit petang ini bukan apa, jiran saya Chenor pergi Mekah. Jiran saya Lepar ada temu janji dengan doktor. Jadi saya keseorangan pada petang ni. [Ahli Dewan ketawa]. Saya sambung lagi.
Yang Berhormat Speaker,
RM2.1 bilion, hutang lagi ya. RM2.1 bilion, alhamdulillah telah dihapus kira menjadikan hutang terkini kerajaan Pahang apa yang disebut dalam titah Baginda, RM993.62 juta tahniah, alhamdulillah. Ini baru nak sebut dia punya point, kenapa saya konar ke situ tadi. Saya masih ingat dan saya quote ucapan Dato’ Sri Menteri Besar ketika menggulung ucapan pada Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, 8 Disember 2023. Apa Dato’ Sri sebut? Saya quote ini, “walau bagaimanapun saya ingin...”, sebelum tu, dia hurailah. Usaha untuk dapat dihapus kira RM2.1 bilion diusahakan dalam jangka masa lama sejak 2018... diusahakan oleh Kerajaan Negeri. Tapi di hujung tu, “walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Cheka ketika itu selaku Menteri Alam Sekitar dan Air telah pun meluluskan ataupun menurunkan tandatangan”. Maknanya kalau main bola ini, example, yang kalau main bola, dia tolong tendang je, bola masuk, tapi nak bawa bola ke gol hok inilah... lama ni dia gelecek... gelecek... gelecek sampai ke gol.
Maka Menteri KASA tolong tendang mudah je kerja dia masuk ke golnya. Maknanya apa? maknanya menunjukkan betapa pentingnya pengakhiran itu. Pengakhiran yang baik. Kalau bagi kepada yang akhir itu ditendang bola tak masuk gol...
Yang Berhormat mintak laluan. Yang Berhormat Speaker, dia kuasa muktamad Perdana Menteri, satu. Itu tidak siapa boleh nafikan dan Perdana Menteri ketika itu
adalah Ahli Parlimen Bera, yang ke-9. Yang kedua, bola yang saya maksudkan itu kalau tak tendang pun memang nak masuk ke gol dah [Ahli Dewan ketawa]. Memang bola akan masuk ke gol dah. Kalau ditendang memang dah bergolek dah. Jadi maknanya ada dengan tak ada pun benda tu diluluskan jugalah sebab saya dah... dah bagi tau benda tu dah luluskan. Itulah cerita dia. Saya ingat cukuplah pasal peruntukan ni buang masa je. Saya ingat boleh pergi ke angka nombor 3 lah. Terima kasih Jengka. [Ahli Dewan ketawa]
Okey.
Untuk saya panjang lagi ini 15 minit, maknanya...
Jengka. Yang Berhormat Speaker, boleh saya mencecah?
Tak boleh, saya... saya tak mencelah pun dia tadi.
Sekejap aja.
Sikit aja sebab err... bila Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebut Bera tadi. Masa tu saya Setiausaha Politik kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-9. So kalau bak kata Yang Amat Berhormat Menteri Besar walaupun sepak ke mana pun kita akan alihkan gol itu supaya masuk. [Ahli Dewan ketawa]
Terima kasih.
Saya minta sikit laluan ya.
Ya, sila.
Mungkin Dewan ni tidak... tidak ada maklumat. Salah satu di antara Perjanjian... Agreement... Novasi Pahang dengan PAIP dengan PAAB ialah satu-satu negeri, negeri lain tak termasuk syarat ni, Pahang saja dia letak syarat penguatkuasaan perjanjian ini hanya boleh kuat kuasa dengan syarat tarif air dinaikkan. Tanpa kenaikan tarif perjanjian tak boleh kuat kuasa. Apa yang berlaku, Pahang tergantung hampir 2
tahun. Walaupun perjanjian dah sign. Apa yang boleh kita bantu? Saya setuju dengan Speaker bahawa siapa-siapa yang pegang jawatan kita harus tanggungjawab. Tak kisah siapalah.
Saya pun bukan nak bagi kredit, tapi soalnya ialah akhirnya kerana syarat Pahang inilah menyebabkan kita buat keputusan tarif air bukan domestik dinaikkan. Semata-mata nak beri ruang Pahang dapat benefit daripada perjanjian. Tarif air bukan domestik naikkan pada tahun 2022 sebelum pilihan raya. Alhamdulillah, Pahang dapat manfaat kerana syarat perjanjian. Negeri lain tak letak syarat. Syarat itulah menyebabkan kita naik tarif air bukan domestik, cuma domestik baru naiklah. Jadi saya fikir itu di antara content perjanjian yang menyebabkan bukan saja sepak masuk gol. Masuk gol pun kalau sekiranya kita tak... tarif air tak naik gol tu referee batalkan. Terima kasih. [Ahli Dewan ketawa]
Okey. Sila... sila Jengka.
Okey, saya pergi ke tajuk lainlah. [Ahli Dewan ketawa]. Nampak panjang sangat tajuk ni. Yang keempat, apa yang disentuh oleh Duli Tuanku ialah pengurangan kemiskinan tegar. Tuanku juga menyeru agar aktiviti dan program mengurangkan kemiskinan tegar perlu diteruskan dan dirancang dengan sebaik-baiknya. Saya ucap tahniahlah daripada empat ribu lebih pergi kepada seribu lebih. Usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Supaya tiada kelompok masyarakat yang terpinggir.
Insya-Allah, perkara ini akan dapat dilakukan dengan lebih baik dengan sentiasa mengemas kini database fakir miskin agar tidak terjadi pembuangan beratus-ratus kampit beras rosak dimakan bubuk dan pek-pek bantuan barang dapur dibazirkan, dibakar dan dibuang begitu sahaja di kawasan pelupusan haram seolah-olah tidak ditemui golongan fakir miskin di negeri Pahang ini. Perbuatan tersebut walau atas alasan apa pun... apa pun adalah satu perbuatan fasad. Dan saya percaya ada berlaku unsur penyelewengan pihak-pihak berkenaan yang perlu disiasat oleh pihak berkuasa kerana orang kampung yang saya temui di kawasan itu berkata, ini bukan kali pertama.
Pembuangan beratus-ratus kampit beras dan pek-pek makanan barang dapur bukan masalah duit peribadi tetapi soal etika.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Mohon izin, saya mencelah. Sebenarnya ini bukan masalah Kerajaan Negeri dan saya rasa ini bukan masalah Kerajaan Persekutuan kerana individu yang berkenaan pun telah membuat pengakuan dan dah minta maaf serta dah bersedia untuk mengambil tanggungjawab. Jadi, ini lebih kepada individu bukan masalah kerajaan. Jadi kalau kita bincang hal individu yang tak ada di dalam dewan ini kurang manislah, Yang di-Pertua. Jadi, saya minta sekali lagi kita lompat ke yang ke-5 lah pula ADUN Jengka. [Ahli Dewan ketawa]
Yang Berhormat Speaker, saya nak beri peringatan kepada pimpinan YB yang ada dalam ni.
Dak… Yang di-Pertua,
Yang Amat Berhormat Menteri Besar kepada ADUN-ADUN Kerajaan dan juga kepada semua ADUN-ADUN yang diagihkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barangan Kerajaan Negeri. Ketika masa COVID ke, masa banjir ke, sentiasa dia telefon seorang-seorang. Dato’ Syed, barang yang Kerajaan Negeri hantar dah deliver? Dengan izin. Selagi kami orang tak deliver, dia takkan diam diri. Dia pastikan benda tu sampai kepada orang sama ada oleh JKM ataupun oleh Pejabat Daerah ataupun oleh apa namanya Pejabat DUN sendiri.
Maknanya kita ambil tanggungjawab, hak. Kalau hak kerajaan kita tak buat apa sewenang-wenangnya kerana kita tahu semua benda itu bukan sahaja di dalam dewan ini tetapi di dalam Mahkamah Rabbuljalil kita akan ditanya yang mempersoalkan, yang kena soal. Tidak ada siapa akan dikecuali. Sebab itu Yang Amat Berhormat Menteri ambil berat cuma tak nampak lebai je Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana dia tak pandai pakai kopiah putih tapi lebai bukan pada kopiah putih. Terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih. Ya, sila.
Okey, jadi conclusion. Saya berpendapat ada kewajaran pihak berkuasa seperti polis, SPRM, Lembaga Kawal Selia Padi dan Beras, SWCorp. menyiasat perkara tersebut.
Nak juga Yang di-Pertua. Itu hal individu, biarlah pihak berkuasa ambil tindakan ke tak ambil tindakan. Dia orang yang bertanggungjawab. Jadi, ini bukan… bukan masalah Menteri Besar, bukan masalah EXCO Kebajikan, bukan masalah ADUN Kerdau, masalah dia orang dengan pihak SWCorp. ke, dengan polis ke, dengan SPRM. Biarlah… dia buat kerjalah. Makna contohnya Jengka buat maksiat, ha… biar je Jabatan Agama, Jabatan Penguatkuasa yang menyiasatnya. Yang saya beria-ia sangat gi ngelecek buntut ADUN Jengka buat benda? [Ahli Dewan ketawa]
Kalau saya cakap lagi, saya rasa Kerdau bangun lagi, rasa. [Ahli Dewan ketawa]
Baik… baik.
Rasulullah pesan [Bacaan dalam Bahasa Arab], “Sebaik-baik individu seorang Muslim itu tinggalkan benda yang tak ada kena-mengena dengan kita”. [Bacaan dalam Bahasa Arab], “Tinggalkan cakap begini dan cakap begitu”, pesan Nabi kita. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. [Ahli Dewan ketawa]
Al-Fadhil daripada Pakistan belajar agama, jaga benda ini. Ini benda yang kita cakap ni esok kena tanya ni. Jadi, itu saja pandangan saya. Saya sayangkan ADUN Jengka.
Yang Berhormat.
Okey, itu pandangan Kerdau. Beliau seorang pemimpin, bekas Timbalan Menteri dan perkara yang dibuat ini adalah isu besar sehingga seluruh negara gempar. (CAP) Persatuan Pengguna pun mintak supaya diambil tindakan. Okey, cukup setakat tu.
Baik, saya pergi kepada point saya yang seterusnya ialah yang terakhir. Yang tadi panjang lagi tapi kalau saya cakap dia bangun lagi. Yang terakhir ialah err… perkasakan ataupun upgrade pasukan pemantau yang lebih agresif. Kalau belum ada, tubuh. Kalau sudah ada, perkasakan.
Saya nak sebut iaitu berkaitan isu kebocoran air paip. Semua tempat berlaku, kebocoran air paip. Tidak dibaiki dalam tempoh yang lama. Bila kita tanya err… PAIP. Dia kata tak ada aduan daripada penduduk ataupun pengguna. Bila kita jumpa pengguna, dia kata… saya orang biasa ustaz sebab from Pakistan ni dia begitulah ya. Bila kita tanya pengguna, dia kata mmm… ustaz dah 3 bulan dia kata… ada 3 bulan lama. Dah aduan dia kata, saya pun tak pasti PAIP ke betul atau pengguna yang betul. Jadi, saya melihat pihak pengurusan PAIP mestilah mengupgradekan dan memperkasakan pasukan pemantau yang lebih agresif dan efisien bagi memantau dan mencari lokasi air terawat terbuang dalam tempoh yang lama tanpa menunggu aduan daripada pengguna.
Ini kerana pengguna tidak sama sikapnya, ada yang prihatin, cakna, bertanggungjawab bila dia tengok bocor walaupun bukan kawasan rumah dia, dia akan buat aduan kepada PAIP. Di sana ada pengguna selagi rumah dia ada air walaupun bocor di depan rumah dia, rumah dia air tak putus. Jadi, tak ada gangguan, jadi dia pun malaslah… orang lainlah report.
Jadi, di situ menuntut supaya pihak PAIP sendiri ada pasukan yang agresif, efisien, dia pergi check, lalu dia baiki. Kalau kecil tu kena cepat. Kalau besar dia punya bocor tu kena lagi cepat supaya air terawat ini tidak membazir begitu banyak. Jadi, kita boleh mengurangkan kos operasi. Tadi, pagi tadi, Yang Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar sebut apa ni PAIP untung. 2023 untung, 2022 untung cuma tak sebut untung berapa. Ha… mungkin dalam penggulungan boleh sebut kot untung berapa. Jadi, untung tulah kalau kita kemas lagi kita punya pengurusan tadi, yang bocor kita baiki. Insya-Allah, keuntungan lebih besar, insya-Allah.
Jadi, Yang Berhormat Speaker, saya ingat sekadar tu saya menyokong Titah Baginda. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Jengka. Seterusnya iaitu Wakil Rakyat yang terakhir iaitu wakil dari Padang Tengku.
Bismillahirrahmanirrahim. [Bacaan dalam Bahasa Arab].
Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana memberikan peluang untuk saya bersama-sama menitahkan… membahaskan Titah Diraja pada sidang kali ini. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Dewan yang masih menunggu dan juga Ketua-ketua Jabatan masih berada di dewan kerana saya yakin climax kepada perbincangan kita pada hari ini ialah antara Kerdau dengan apa Jengka tadi.
Kalau di stadium ini orang dah mula keluar daripada stadium tapi hari ini saya nampak masih lagi ada bersama-sama. Jadi, saya ucapkan terima kasih. Saya juga menjunjung kasih kepada dan juga mengucapkan tahniah kesisi Kebawah Duli Tuanku yang telah melunaskan tanggungjawab beliau sebagai… tanggungjawab Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang Ke-16 dan dengan cemerlang dan gemilang sekali dan sudah tentu ini menjadi ingatan dan sejarah kepada negara kita di Malaysia. Isnin lalu, Tuanku telah kembali semula melafazkan titah ucapannya di sidang ini dan seterusnya ianya menjadi satu panduan untuk kita Ahli-ahli Dewan membahaskan dan juga menentukan dasar-dasar negeri kita, insya-Allah.
Di antara Titah Tuanku yang menarik perhatian saya ialah tentang ketirisan hasil negeri. Baginda telah melahirkan rasa bangga di atas langkah-langkah dan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam membanteras kegiatan mencuri hasil bumi dan juga pencerobohan tanah-tanah kerajaan dan membuktikan bahawa tindakan kita sekarang telah diendors oleh Baginda Tuanku dan tindakan kita ini sebenarnya tindakan yang tepat dan betul dan di atas sebagaimana kita semua maklum, keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang telah memberikan kemenangan kepada pihak Kerajaan Negeri dalam kes ini telah memberikan satu kekuatan baharu untuk kerajaan mengambil tindakan tegas dan berani terhadap pihak-pihak yang membelakangkan undang-undang ini.
Tahniah juga kepada Kerajaan Negeri dan juga pegawai-pegawai penguat kuasa yang bertindak cekap dan telus dan ini sekarang ini kita tidak boleh lagi berkompromi dalam hal-hal yang menyebabkan ketirisan dan juga hal-hal yang menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar dan sebagainya yang hanya merugikan negeri kita walau apa pun sekali alasan yang diberikan oleh err… penceroboh-penceroboh ini bagi menghalalkan tindakan mereka. Saya percaya masih banyak lagi tanah-tanah yang telah diceroboh secara haram… bila dah ceroboh ni haramlah ya. Tadi kawan saya, rakan saya daripada… daripada Kemayan dia sebut err… penceroboh tak boleh sebut peneroka. Jadi saya amat setuju dalam kes ini. Maknanya kita percaya banyak lagi, tadi dia sebut berlaku juga di Bera dan saya percaya ini berlaku di seluruh negeri, di Lipis umpamanya dan tak terkecuali di Padang Tengku err… pencerobohan… cerobohan ini banyak berlaku.
Jadi Yang Berhormat Speaker,
Saya percaya penceroboh-penceroboh ini bukan orang… orang miskin, bukannya orang yang biasa-biasa, kerana nak tanam apa nama durian Musang King, nak tanam
kelapa sawit, nak tanam apa-apa pun dalam bentuk ladang yang begitu besar, ia memakan kos yang tinggi. Saya ada la sikit tanah di kampung tu dalam empat ekar dan sebagainya, saya nak tanam Musang King ini… durian Musang King di tanah tu saya berdeeh juga nak cari duitnya. Jadi, saya percaya yang ni memang err… terdiri daripada orang-orang yang kaya-raya, orang-orang yang ada modal dan sebagainya. Justeru itu, tuan-tuan apa ni Sidang Dewan Yang Berhormat Speaker, kita jangan takut dan teruskan tindakan ini untuk memastikan bahawa tindakan err… penguatkuasaan ini dan usaha-usaha pembanterasan ini dapat dijalankan dengan cara yang lebih komprehensif sebagaimana yang disebut oleh rakan daripada Jengka tadi. Dalam hal ini saya… saya bersetuju dengan kenyataan yang dinyatakan oleh beliau.
Tuan Speaker,
Mungkin ada pula yang mendakwa bahawa mereka ini menceroboh kerana mereka tak ada tanah, maka terpaksalah mereka apa nama ni menanam ataupun menggunakan err… tanah-tanah kerajaan. Yang ini mungkin betul kepada petani-petani ataupun apa nama rakyat-rakyat jelata kita yang duduk di kampung, yang baru berhijrah ataupun sebagainya. Mereka ni memang… memang betullah tak ada tanah. Maka dia kata dengan alasan untuk meneruskan kehidupan, dia… dia meneroka ataupun menduduki tanah-tanah kerajaan ini untuk buat tanam getah ke, tanam apa nama sayur-sayur ke dalam bentuk yang kecil-kecilan seekar dua ekar atau mungkin kecil daripada itu lagi dan juga buat rumah, buat pondok dan sebagainya. Itu… itu mungkin kecil. Itu mungkin, apa nama? Ada kebenarannya dan inilah yang sepatutnya Tuan Speaker, diberikan keutamaan dan perhatian khusus oleh pihak kerajaan untuk kita atasi.
Justeru itu, kita tidak pernah apa menafikan bahawa benda ini berlaku. Sebab itu wujudnya kumpulan-kumpulan yang menduduki tanah-tanah seperti wujudnya setinggan-setinggan dan di tanah-tanah apa nama ni… tanah-tanah rizab jalan, setinggan sungai, setinggan… keretapi, tanah keretapi, setinggan gua, setinggan FELDA tadi sebagaimana kita bincang. Ini semua adalah daripada keadaan di mana tidak ada tanah menyebabkan mereka terpaksa meneroka di situ.
Namun begitu, sebenarnya kerajaan telah pun sejak daripada dulu telah mewujudkan berbagai-bagai skim di antaranya Rancangan Tanah Pemuda. Tadi disebutkan oleh rakan saya daripada Tioman. Kita kena kembalikan semula dalam bentuk apa nama pun Rancangan-rancangan Tanah Pemuda ini. Kita dulu ada Rancangan Tanah Pinggir. Sekarang ini… kemudian kita ada apa ni Rancangan Skim Tanah Kelompok yang kita kenali sekarang ni sebagai STR, Skim Tanah Rakyat dan juga skim apa nama? Tanah Warisan yang merupakan satu pendekatan baru di mana kerajaan telah mempermudahkan urusan pengurusan tanah ini.
Justeru itu, err… saudara-saudara dan Ahli Dewan yang apa nama, dihormati sekalian, kita sebagai Ahli Dewan dan pemimpin masyarakat sewajarnya memastikan bahawa tiap-tiap kawasan kita err… kita perbanyakkan dan Kerajaan Negeri saya yakin menyokong tindakan ini untuk kita memperbanyakkan err… rancangan-rancangan skim seperti SPR… apa STR dan juga apa STW ini.
Saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Di Padang Tengku saja sepanjang saya jadi Yang Berhormat, sebanyak 21 Skim STR telah pun diluluskan. Namun begitu, saya nak mintaklah, dipermudahkan sedikit urusan sebab daripada 21 itu ada sem… ada sembilan skim lagi yang belum… yang tertangguh yang kita belum dapat ber… walaupun kita dah cabut apa nama… undian lot tetapi belum di… dapat di…
dikeluarkan err… Notis 5A kerana err… urusan apa nama ni… pewartaan sebagai Tanah Rizab Melayu.
Jadi saya ingat err… perkara ini minta diberikan…. ada sembilan skim saya tak tahu di mana. Kalau saya tanya di Pejabat Tanah Lipis dia katakan err… apa ni? Perkara ini ada dah di Kuantan, maksudnya mungkin di PTG ataupun di Pejabat Menteri Besar di mana saya tidak pasti. Tapi ini menjadikan satu pertanyaan oleh apa rakyat kerana kita dah cabut lot ini sebelum pilihan raya yang lepas lagi iaitu sekitar tahun 2021.
Yang Hormat… Yang Berhormat Speaker,
Saya juga ingin mencadangkan err… satu lagi perkara yang menjadi apa nama ni err… pendekatan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang dapat mengatasi ketirisan ini ialah Skim Pelombong Kecil. Skim Pelombong Kecil ini telah dimulakan di kawasan saya di kua… di Mukim Kechau, di mana er… sebanyak 49 lesen telah dikeluarkan dengan kutipan hasil yang selama ini hasil ini kita tak tahu err… apabila dibuat secara haram, diteroka secara haram oleh err… pelombong-pelombong ini, kutipan tak… tak berlaku tetapi insya-Allah ataupun apa ni… apa yang kita dapat sekarang ini kutipan hasil sebanyak dua… RM2.38 juta pada tahun… pada tahun 19… pada tahun 22… 2022.
Maknanya kita ada pendapatan, pertambahan kepada pendapatan negeri dan saya yakin dan saya nak cadangkan supaya Skim Pelombong Kecil ini diperluaskan sebab tadi disebut juga oleh apa nama rakan saya daripada Jengka, di Pahang ini macam-macam tempat di mana-mana pun ada… ada sumber-sumber mineral yang banyak dan terutamanya emas ini.
Jadi saya nak cadang diperluaskan lagi. Sekarang saya… kita hanya ada di di Mukim Kechau dan di… di Luit, di Luit. Ini dua… dua tempat yang ada dan diperluaskan, misalnya di Lipis ini, di Lepeh ini, boleh kata seluruh daerah Lepeh tu err… Cheka, semua ada… ada emas dan banyak kegiatan-kegiatan haram agaknya, sebab kita nampak lombong-lombong secara tersorok-sorok dan sebagainya sedang berlaku dan err… perkara ini perlu kita… kita perluaskan dan apa nama ni… ada lagi kelulusan baru yang sepatutnya ki… apa nama… yang satu kes ini yang di Kechau tu sekarang ini belum diperbaharui. Maknanya kita nak mintak pihak kerajaan segera memperbaharui lessen-lesen mereka supaya mereka dapat meneruskan kegiatan mereka dan hasil negeri dapat kita kutip di situ.
Di samping itu, saya nak mintak juga ada 64 lagi lesen peke… apa ni… Skim Pelombong Kecil ini Fasa 2 di Mukim Kechau ini juga diluluskan bagi mengelakkan aktiviti mencuri hasil-hasil bumi ini dapat kita hentikan. Dan jugak di tempat-tempat lain di Mukim Kechau, selain daripada di Mukim Kechau, di Mukim err… Batu Yon, di Mukim Telang semua sini ada kegiatan-kegiatan ini yang seharusnya kita juga memastikan mereka juga diberikan lesen-lesen pekebun-pekebun kecil ini.
Perkara yang kedua yang disentuh oleh Baginda Tuanku ialah berkaitan dengan pemerkasaan pertanian dan keterjaminan makanan. Dan saya kira saya ada satu soalan yang saya kemukakan dalam Dewan ini tapi mungkin akan dijawab secara… secara bertulis berkaitan perkara ini di mana kita telah pun di… dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)… NAHRIM telah pun membuat satu ramalan ke kajian ke yang menyatakan bahawa kita akan menghadapi tempoh err… kemarau yang akan berlanjutan bermula tahun depan sehinggalah 10 tahun, 2035, perkara ini akan berlaku.
Walaupun kita tidak pasti sama ada ia benar-benar berlaku tetapi persediaan mesti kita… kita buat dan saya harap err… isu ini akan ada jawapan. Saya ada tanya juga macam mana masalah keterjaminan… keterjaminan air. Proses untuk menjamin air-air dapat kita laksanakan. Tapi dalam kes ini saya nak… nak… nak menyentuh tentang keterjaminan makanan yang seharusnya juga menjadi satu perkara yang penting.
Kerajaan mestilah memastikan bahawa tanah-tanah yang telah dilupuskan kepada agensi-agensi, kita ada bagi tanah kepada PKPP, kita banyak juga bagi tanah pada PKNP, kepada Yayasan Pahang, agensi-agensi yang lain err… Peladang dan sebagainya dan kita harap tanah-tanah yang dilupuskan err… kepada agensi-agensi ini dibangunkan untuk tujuan-tujuan pertanian dan lain-lain jenis yang boleh menjamin err… apa makanan dan apa ini… bahan-bahan yang makanan yang akan kita… kita yang akan menjadi satu sumber untuk kita meneruskan kehidupan dalam tempoh yang… yang mendatang ini. Contohnya, tentang Taman Pengeluaran Kekal Makanan ini banyak di… telah diluluskan di… di apa nama ini tempat saya di Merapoh, kita juga ada satu lot tanah yang telah kita berikan untuk tujuan ini tetapi hingga sekarang tanah ini belum pun kita nampak usaha-usaha untuk dimajukan.
Kalau tak silap saya EXCO Pertanian dalam jawapan beberapa err… dalam sidang-sidang yang lepas ada menyebut soal Merapoh ini yang dikatakan akan disegerakan dan di dalam jawapan itu telah menyebut bahawa err… dia akan memberikan keutamaan kepada… kepada kumpulan belia dan inilah masanya untuk kita melaksanakan titah Tuanku yang mengajak atau mencadangkan supaya kumpulan belia ini diwujudkan dalam bentuk teknologi pertahanan dalam teknologi tinggi atau moden…moden ini.
Seterusnya, kita menggalakkan orang ramai bercucuk tanam secara individu atau berkumpulan dengan memperluaskan err… satu projek yang telah diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Projek Kebun Dapur, Kitchen Garden dan saya nampak satu ketika dulu Jabatan Pertanian begitu rancak untuk melaksanakan Program Kebun Dapur ini tetapi di akhir-akhir ini nampak agak suram.
Jadi saya kira ini peluang juga untuk kita bangkitkan kerana konsep ini sebenarnya err… bukanlah satu konsep baharu. Pada ketika kita beberapa lama dahulu menghadapi krisis permakanan ini melalui beberapa agensi kerajaan khasnya kalau di Pahang ini kita ada dulu (IADP) Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu. Mereka telah melaksanakan apa yang dikenali sebagai Projek Bumi Hijau. Jadi untuk itu, kita kena galakkan setiap kawasan-kawasan lapang yang ada di kawasan rumah dan sebagainya dan lain-lain tempat termasuk err… apa nama ini pusat-pusat pertanian.
Kita ada pusat pertanian kalau di… di sebelah Padang Tengku kita ada sekurang-kurangnya tiga pusat pertanian iaitu Pusat Pertanian err… Speaker… Pusat Pertanian Padang Tengku, Pusat Pertanian di Kechau, Pusat Pertanian di Merapoh. Saya nampak tanahnya memang luas berpagar cantik tetapi di dalamnya tidak terurus dengan baik dan tidak dapat menunjukkan satu contoh yang baik. Jadi kalau boleh kita boleh usahakan kita panggil penduduk-penduduk setempat apa ini… belia-belia untuk bangunkan dan majukan pusat-pusat pertanian ini supaya dia nampak kesannya dan boleh mengeluarkan hasil-hasil terutama dalam tanaman-tanaman yang berbentuk tanaman kontan ini.
Jadi saya nak… begitu juga nak mengajak Jabatan Pertanian membangunkan juga selain Jabatan Pertanian err… haiwan juga… Jabatan Veterinar… Jabatan Veterinar Jabatan err… FAMA umpamanya membangunkan tanah-tanah mereka kalau Jabatan err… ada satu… ada banyak tempatlah berkaitan dengan pusat perkhidmatan
veterinar ini nampak pun sama juga macam pertanian tadilah ya kalau boleh kita bangunkan err… ada bangunan-bangunan di situ macam setengah-setengah itu nak runtuh saya duduk fikir juga ya kalau kita bagi ke petani-petani, penternak-penternak kalau payah sangat kita buat reban kambing sahaja. [ketawa] Buat reban kambing, buat reban ayam, buat reban mungkin lembu gunakan teknologi moden kita usahakan supaya ianya dapat kita… kita manfaatkan.
Yang Berhormat, Yang Berhormat… gulung ya. Gulung.
Itu… okey, insya-Allah yang err… kerana minta digulungkan. Begitu juga yang lain-lain ini err… saya nak sebutkan juga tentang tanah STR tadi kalau boleh sebelum kita majukan juga untuk bentuk pertanian secara moden ini sebab sebelum kita luluskan kadang kala ia makan… memakan kadang-kadang… bukan kadang-kadang memang memakan masa yang lama jadi kita bangunkan dulu tanah-tanah STR ini. Mungkin nanti dalam tempoh yang beberapa lama itu… tanah itu telah dimajukan. Kita dapat hasil daripada kita biarkan dieramkan begitu lama kan macam tempoh… tempoh tadi sepuluh tahun baru kita boleh bagi agihkan kepada… kepada peserta jadi ini menyebabkan tanah ini tidak dapat dihasilkan.
Yang akhirnya sebagai penggulungan ini, saya nak juga sentuh tentang prestasi ekonomi dan juga pembangunan negeri yang disentuh oleh Tuanku. Err… benda ini juga berkait dengan kami di daerah Lipis. Di daerah Lipis kita tahu satu daripada rancangan baru yang telah diperkenalkan ialah pembangunan Bandar Baru Lipis 3.0 sebagai usaha untuk mengembalikan apa nama ini… memacu ekonomi daerah Lipis dan sebagainya. Sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih kalau satu ketika dulu Lipis ini agak ketinggalan selepas saja kita dipindahkan ibu negeri ke Kuantan, Lipis agak suram yang tinggal ialah bangunan-bangunan sejarah yang tidak terurus dengan yang sedang yang tidak terurus dengan baik.
Tapi saya nak ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri mungkin melalui agensi-agensi yang di… di… yang mula menggerakkan err… apa operasi masing-masing. Misalnya, Pengisytiharan Lipis Geopark Kebangsaan. Peranan yang boleh dimainkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur, Unit Pembangunan Ekonomi Wilayah Pahang Barat Plus, Perbadanan Taman Negeri, MOTAC, Pejabat Daerah Lipis, Majlis Daerah Lipis, tidak mustahil Lipis ini boleh dibangunkan dan sekarang kita nampak dah perubahan Lipis dah sangat berbeza. Kalau dulu bandar Lipis bandar mati, hari ini saya nak jemput tuan-tuan pergi ke Lipis terutama pada malam Sabtu err… bandar Lipis begitu meriah berbanding dengan dahulu.
Jadi saya nak ucapkan terima kasih kepada pejabat apa nama err… Kerajaan Negeri dan tahniah kepada DO Lipis yang mempunyai idea yang berbagai-bagai yang saya kira mampu untuk membawa Lipis ini ke err… apa ini ke arah yang lebih baik [Ahli Dewan menepuk meja] dan untuk itu… untuk membangunkan… membangunkan apa nama Lipis ini, maka saya nak sebutkan tadi tentang pembangunan Bandar Baru 3.0 ini, kita dah sediakan tanah yang agak luas hampir apa nama… lebih daripada 300 ekar jadi kami amat mengharapkan bahawa ia dapat dirancangkan dengan segera supaya ia menjadi satu pusat pentadbiran sebagai alternatif bandar Lipis yang telah tepu.
Justeru itu, saya nak mencadangkan… kami nak mencadangkan supaya diwujudkan pembinaan Kompleks Gunasama Pejabat-pejabat Persekutuan sebab hari ini banyak pejabat-pejabat persekutuan terutamanya pejabat Belia ini di antara Pejabat… Pejabat Belia dan Sukan, Pejabat Penerangan, Pejabat Pendaftaran Negara, Pejabat Kebajikan Masyarakat, Pejabat Perikanan, Pejabat FAMA, MARA, Perhilitan, Pejabat Ukur dan Pemetaan, Amanah Ikhtiar, Agensi Dadah Kebangsaan, Pejabat Perpaduan, semuanya pejabat-pejabat ini wujud ataupun beroperasi di rumah-rumah kedai dan premis-premis yang tidak menggambarkan err… apa nama kecekapan dan sebagainya.
Baru ini saya pergi Jamuan Hari Raya di Pejabat apa nama… Kebajikan Masyarakat dia pun mengadu dia kata kami ini kena pindah dah, dia duduk letak di premis Hotel Seri apa… Hotel Lipis Plaza itu jadi dia kata tak dapat lagi tempat nak pindah ini. Jabatan-jabatan ini saya rasa perlu dikumpulkan di satu tempat dan pejabat gunasama itu sangat penting untuk kita di samping ia dapat membangunkan err… apa namanya sebagai satu mercu baru kepada Bandar Lipis 3.0.
Begitu juga apa kita nak menyeru pejabat-pejabat kerajaan belum beroperasi di Lipis, umpamanya Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Pejabat KDNHEP, Pejabat Pengangkutan Jalan, JPJ, PERKESO, Pejabat Alam Sekitar, MOTAC, Perbadanan Taman-Taman Negeri dan juga Pejabat Lipis Geo err… Geopark harus ataupun menggunakan kesempatan untuk membina operasi masing-masing dan pejabat masing-masing di tapak yang disediakan iaitu Lipis 3.0 dan juga saya nak mencadangkan supaya disegerakan Pembinaan Akademi Kenegaraan sekarang ini beroperasi di apa ini Lipis Centre Point dipindahkan sebagai kampus kekalnya di tapak ini, kompleks sukan dan aktiviti belia dan juga pusat rehabilitasi PERKESO diwujudkan di kawasan berkenaan.
Itulah di antara cadangan-cadangan saya dan insya-Allah bandar Lipis dan Lipis akan menjadi pembangun... pemangkin kepada pembangunan di wilayah Pahang Barat ini. Dengan kata kata itu, saya akhirkan bicara saya. “Padang Tengku, pandangan cantik, budayanya menarik, makanannya enak terbaik, orang yang molek-molek”. Dengan itu, sekian wabilahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya menyokong Titah Diraja. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Padang Tengku. Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk hari ini saya perhatikan seramai 13 orang Ahli telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Persidangan kita akan disambung semula pada hari Khamis, 9 Mei 2024 bersamaan 30 Syawal 1445H bermula pukul 9.30 pagi. Persidangan ditempohkan.
(Persidangan ditempohkan pada jam 6.12 petang)