Pahang · 9 May 2024

15th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 292 turns · 33,456 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Pertama Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari

: Khamis, 9 Mei 2024 Bersamaan 30 Syawal 1445 Hijrah.

DOA

Bacaan doa.

Speaker

Assalamualaikum WBT. Marilah kita sama-sama memulakan mesyuarat kita pada pagi ini dengan membaca Ummul kitab Al-Fatihah. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, (bacaan dalam Bahasa Arab). Segala puji bagi Allah di buka mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Mengasihani. kepadaNya terpulang segala puji pujian. Ya Allah yang bersifat maha hikmah limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat, pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman makmur limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini.

Ya Allah, kami sekalian Hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyat sekaliannya. Ya Allah berkat mu ke atas, kami berhimpun dipohon dianugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan kepada ketika kami berunding menimbang bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah dipohon doa kami diperkenankan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam perpaduan, selamat pagi semua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama merafak syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat meneruskan persidangan kita pada hari ini. Hari ini adalah hari yang ke-3 iaitu hari kedua perbahasan kita. Insya-Allah kita akan menghabiskan perbahasan kita pada hari ini dan insya-Allah pada hari esok kerajaan akan mula membuat penggulungan ataupun menjawab segala perbahasan yang telah pun dibahaskan oleh Ahli Yang Berhormat.

Baiklah, untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat pada kali ini, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Padang Tengku untuk mengemukakan pertanyaan pertama.

Dato' Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Assalamualaikum WBT Dato' Sri Speaker,

Soalan yang pertama saya tujukan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Soalan nombor satu.

[Kerajaan Negeri telah meluluskan satu kawasan di Padang Tengku sebagai Bandar Pertahanan (Defence City) di Daeah Lipis. Sejauh manakah tahap kemajuan perlaksanaann Lipis sebagai Bandar Pertahanan dan apakah implikasi serta kesan positif berkaitan kuasa beli penduduk setempat serta kesan anjakan berganda terhadap pembangunan Daerah Lipis khasnya.]

Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera, Yang Berhormat Speaker. Saya nampak YB Speaker pagi ini lain macam. Sahabat saya daripada Benta mengatakan Speaker ni makan ubat awal pagi ini.

Speaker

Pukul 6.30.

Pukul 6.30. Terima kasih kepada ADUN kawasan Padang Tengku yang bertanyakan soalan berkenaan di satu kawasan di di dalam kawasan beliau sebagai yang mana kita merancang dan sedang melaksanakan sebuah bandar pertahanan ataupun defence city. Jadi, beliau bertanyakan sejauh manakah status kemajuan pelaksanaan setakat ini? Sukacita saya maklumkan di Dewan Yang Mulia ini bahawa kawasan perindustrian Padang Tengku Fasa II ini telah dikenal pasti sebagai kawasan yang sesuai untuk dimajukan bagi projek-projek berasaskan industri pertahanan. Setakat hari ini, terdapat dua syarikat yang berminat untuk memajukan projek berasaskan industri pertahanan di kawasan tersebut.

Pelaburan pertama yang bernilai RM150 juta oleh syarikat Ketech Asia Sdn. Bhd ini merupakan kilang pembuatan peluru pertama di Malaysia. Syarikat ini berpengalaman dalam menguruskan keperluan peluru Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri. Untuk makluman ADUN Kawasan Padang Tengku, pembangunan kilang di atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang ataupun PKNP yang dipajak kepada syarikat dengan keluasan seluas 100 ekar ini telah mencapai 82% status pembinaannya sehingga 15 haribulan tiga, sehingga 15 haribulan tiga dan dijangka siap sepenuhnya untuk beroperasi pada suku tahun 2024.

Ayat ni, “dijangka siap” ADUN Padang Tengku. Dijangka siap, bukan akan siap. Jadi dia beza. Kerajaan Negeri berjaya mengurangkan hutang daripada RM3 bilion kepada RM900 juta dan Kerajaan Negeri membayar hutang, ha itu lain. Saya tak pernah sebut bayar hutang tapi saya kata Kerajaan Negeri berjaya mengurangkan hutang, beza tu. Jadi saya harap ADUN Padang Tengku balik, bagi tahu orang kawasan dijangka siap, jangan balik pula, MB kata akan siap. Itu dah cuba mengelirukan. Bila tak siap esok,

dia mainlah sentimen persepsi dan sebagainya. Kita. Kita tak main persepsi, sentiment, kita main yang fakta… fakta… fakta.

Speaker

Bukan auta.

Bukan. Jadi fakta ini ialah Yang Berhormat Speaker, dia tak boleh konar dah. Kalau lahir 1.10.2008, 1.10 Ia. Dia tak jadi 10 bulan 1 dan sebagainya. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Speaker, kelulusan dasar diperoleh daripada Kementerian Dalam Negeri pada 4 Mac 2022 bagi mendapatkan lesen mengilang peluru di bawah Seksyen 12 Akta Senjata 1960 (Akta 206) di Kuala Lipis bermula pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2024.

Pembukaan kilang tersebut dijangka bakal membuka 150 peluang pekerjaan yang baru. Selain daripada itu, terdapat satu lagi pelaburan yang berpotensi bakal bertapak di Kawasan Perindustrian Padang Tengku Fasa II iaitu kilang kereta perisai oleh MILDEF International Sdn. Bhd. Tapak tapak projek tersebut telah diluluskan kepada PSK ataupun Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang. Manakala agensi pelaksana projek adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang. Kini, pihak syarikat sedang dalam rundingan memuktamadkan pelaburan dan dijangka… dan dijangka mula melabur apabila pelaburan fasa satu daripada kilang peluru Ketech Asia Sdn. Bhd beroperasi sepenuhnya.

Sejajar dengan kelulusan projek kilang pembuatan peluru dan kilang kereta perisai ini, semua bentuk pelaburan yang berkaitan pertahanan akan dicadang untuk dilaksanakan dalam Kawasan Perindustrian Padang Tengku Fasa II. Secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan upah dan kontrak perkhidmatan melalui peluang-peluang pekerjaan yang bakal ditawarkan kelak kepada penduduk tempatan. Seperti kita semua sedia maklum, pelaksanaan projek pembangunan terutamanya pelaburan komersial akan menjadi pemacu kepada perkara-perkara seperti berikut.

Yang pertama, akan berlaku peningkatan ekonomi setempat melalui peningkatan penduduk dan peningkatan perbelanjaan isi rumah. Kedua, limpahan ekonomi dari sudut permintaan, perkhidmatan, perumahan dan utiliti. Ketiga, penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan untuk penduduk sekitar. Keempat potensi membuka ruang kepada peniaga tempatan untuk meningkatkan pendapatan berikutan saiz pasaran yang semakin bertambah dan akhirnya peningkatan perbelanjaan pelancongan dan rekreasi daerah Lipis. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Dato' Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Soalan tambahan Dato' Sri Speaker.

Speaker

Ya

Dato' Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Alhamdulillah, projek kilang peluru sedang rancak dijalankan sekarang ini, tetapi persoalan yang saya nak timbulkan di sini ialah...

Speaker

Yang Berhormat ada senapang, ada, tak ada?

Dato' Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Ada.

Speaker

Ada, boleh la beli situ

Dato' Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Ada senapang klasik pun ada. Gurau… gurau. Alhamdulillah, persoalan saya ialah mengenai kilang kereta perisai yang tanah telah pun disebut oleh Dato' Sri tadi. Ia telah pun di… di tanah PSK. Isu yang saya nak bawakan sini ialah saya difahamkan ada banyak juga negeri-negeri yang berminat untuk membawa ke negeri merekalah. Jadi persoalannya, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan bahawa kilang itu akan tetap dibina di kawasan yang telah ditetapkan. Dan juga sebelum tengokkan isu-isu berkaitan dengan er… gangguan bekalan air yang selalu berlaku di kampung persekitaran yang mungkin menjejaskan keputusan pelabur untuk melabur di situ. Terima kasih Dato' Sri.

Terima kasih ADUN Padang Tengku. ADUN ni beria betul ya untuk supaya memastikan apa ni er… pembesaran kilang kereta perisai ini dapat dilaksanakan di kawasan Padang Tengku juga. Untuk makluman Yang Berhormat Speaker, sekarang ni di Pahang ni, semua daerah kita dah ada kawasan perindustrian. Dan er...

Speaker

Satu daerah, satu kawasan perindustrian.

Satu daerah satu ataupun dua. Ini adalah komitmen Kerajaan Negeri semasa saya membuat lawatan ke Shanghai dan ke Nanning tempoh hari dan ramai yang berminat. Tetapi kita kena kaji juga ya kita nak ballance kan juga kemasukan pelaburan. Berbalik kepada soalan daripada sahabat saya daripada ADUN Padang Tengku. Kilang kereta perisai ini merupakan pembangunan pembesaran daripada kilang peluru di mana pelabur dijangka melabur apabila pelaburan fasa pertama daripada kilang peluru Ketech Asia Sdn. Bhd beroperasi sepenuhnya.

Maksudnya Yang Berhormat daripada Padang Tengku er… bagi saya agak sukar untuk dia pergi ke tempat lain. Sebabnya kita dah ada er… kilang peluru ni. Jadi bila dah ada kilang peluru, dia akan cuba sekalikan dengan kereta perisai ini. Kita dah lock dia. Sebab itulah PKNP ataupun Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang sebagai agensi pelaksana bagi projek kilang kereta perisai dan sebagai One Stop Agency (OSA) bagi pelabur akan membantu memudah cara pihak syarikat sepanjang proses rundingan dengan mengadakan perbincangan bersama agensi-agensi teknikal di negeri Pahang.

Perbincangan bersama agensi-agensi teknikal ini adalah bagi memastikan syarikat dapat mematuhi syarat-syarat pembangunan di negeri Pahang terutamanya untuk meyakinkan er… pelabur khususnya di daerah Lipis. Untuk makluman ADUN Padang Tengku juga saya telah mengarahkan PKNP dan juga PSK untuk membuat tindakan susulan dan keep in touch dengan pihak yang terbabit supaya untuk kita memastikan syarikat ini tidak lari ke tempat lain lah ya.

Dan bersabit dengan bekalan air, saya telah difahamkan oleh er… PAIP, rundingan sedang dijalankan untuk memastikan bekalan air tidak menimbulkan masalah apabila kilang ini dibina di kawasan Padang Tengku ini. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih. Sila wakil daripada Cheka.

Pertama saya ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana telah pun berjaya membangunkan kawasan 100 ekar di Padang Tengku, saya kira penyumbang kepada ekonomi setempat dan saya jangka peluang pekerjaan lebih pada 300, 400 orang bila kedua-dua kilang... Persoalan saya ialah apakah Kerajaan Negeri mempunyai share dalam Ketech Asia Sdn. Bhd. dan apakah mekanisme supaya pelabur ini setelah dia buat pelaburan, dia bukan mengambil kesempatan. Sebab kita bagi...

Speaker

Yang Berhormat, dia tak ambil kesempatan dia ambil mana yang sempat je (ketawa).

Ha tu yang kita bimbang. Jadi kalau kita ada share contoh kita pengalaman Pahang lah dulu kita ada masalah di kilang simen. Akhirnya, kita terpaksa lepaskan dan kita bimbang takut-takut pelabur ini dia kalau kita tak ada share mungkin pegangan kita lebih kuat. Itu minta penjelasan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Speaker,

Saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Cheka yang memberikan pandangan ya. Tapi untuk makluman Yang Berhormat Speaker, apa yang telah dimaklumkan oleh ADUN Cheka sebentar tadi kita dah buat bermula pada tahun 2018. Untuk makluman Yang Berhormat. Sebab tu, kita boleh dapat sampai RM1 bilion. Contohnya, dulu kita tak ada Pahang Mining Corporation ya, zero. Bila kita tubuh Pahang Mining Corporation telah memberi sumbangan kepada Kerajaan Negeri berpuluh juta, angka tepat saya tak ingatlah. Saya takut nanti di pusing-pusing pula. Saya tak ada angka tepat tetapi berjuta-juta yang disumbangkan kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Speaker

Maknanya lebih daripada RM10 jutalah.

Ha... lebih. Pahang Mining Corporation, Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands, ha lagi benda lagi. Ada enam yang saya tubuhkan yang kosong, akhirnya enam-enam ini ditubuhkan, semuanya mendatangkan hasil kepada Kerajaan Negeri dan kita elak ketirisan dan kebocoran. Berbalik dengan saham dan sebagainya semua, kita tidak lepas begitu sahaja. Maknanya kalau kita bagi kepada PSK, tiap-tiap tahun PSK akan dapat kutipan sewa. Kita dulu kadang-kadang ada permohonan, kita bagi milik tanah. Sekarang ini tidak ada kita tidak akan bagi milik tanah kita bagi pajakan dan Kerajaan Negeri masih ada pegangan.

Jadi ini yang... yang kita buat setakat hari nilah. Walau bagaimanapun saya ucapkan terima kasih kerana mengingatkan saya. Alhamdulillah ya. Macam kita sembahyanglah, kita tahu dah lepas ini nak sembahyang Zohor tapi azan masih berkumandang di udara. Sebenarnya kita dah tahu. Macam ADUN Cheka ni macam tu jugalah. Kalau macam ni lah Yang Berhormat Speaker, Pahang ini amanlah… amanlah. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Sebabnya Yang Amat Berhormat, sebab manusia ni sifat manusia ni dia selalu lupa. Ha ini sifat manusia, lupa. Sebab tu ada azan, ada jam ya, sebagainya dia pelupa. Okay soalan terakhir.

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Saya nak tanya tadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebut tadi satu kawasan, satu industri… satu daerah, satu industri. Saya nak tahu di Maran di mana kawasan industri?

Speaker

Belum jumpa lagi. [Ketawa].

Yang Berhormat Speaker,

Sebelum itu nak tanya ADUN daripada Kuala Sentul tak pergi jamuan (tidak jelas)? YB jawatankuasa kan?

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Ya... ya. Dah minta maaf dah [ketawa] tak dapat pergi.

Tak bukan apa, sebab saya sayang pada YB ni. Saya takut esok kalah jawatankuasa tu [ketawa].

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Betullah.

Jadi ginilah ya. Yang maksud tu saya punya tu general statement. Semua daerah di Pahang ini akan ada kawasan perindustrian dan di Maran pun dah telah dikenal pasti. Maksudnya dikenal pasti itu bukan dia jadi. Sebab tanah ini, dia banyak proses dia. Kadang-kadang kita bimbang ianya berlapis. Ada permohonan dan ada nak buat sekolah dan sebagainya. Ada di Maran tu ada dua, tiga tempat yang telah dikenal pasti tetapi masih belum dimuktamadkan.

Speaker

Kadang kadang nak cari tempat yang strategic, Yang Amat Berhormat.

Ha nak cari tempat strategik, nak cari mungkin nak letak di Kuala Sentul, kawasan industri itu kan. Ataupun nak letak di tempat-tempat lain. Jadi er… Kuala Sentul sahabat saya jangan bimbanglah ya, insya-Allah confirm ada di Maran. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Okay, soalan seterusnya kita pergi kepada soalan nombor 2. Wakil dari Chini.

Dato' Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Jenderak.

Speaker

Jenderak. Minta maaf tu nombor tiga.

Dato' Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Pertanyaan saya nombor 2.

[Apakah bentuk dan jumlah bantuan atau insentif yang ditawarkan oleh kerajaan bagi menggalakkan lagi golongan belia di negeri Pahang untuk menceburi bidang pertanian?]

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.

Terima kasih kepada sahabat saya daripada Jenderak yang bertanyakan tentang insentif yang ditawarkan oleh kerajaan bagi menggalakkan golongan muda bagi menceburkan diri dalam sektor pertanian ya.

Er… untuk Dato' Sri Speaker, program yang ditumpukan kepada golongan muda ini dinamakan sebagai Agropreneur Muda yang telah diwujudkan untuk golongan muda

yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Ianya bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan Agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian... rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman untuk pertanian, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani.

Objektif program ini ialah menarik golongan muda berumur antara 18 hingga 40 untuk menceburi bidang pertanian. Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju, meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti, kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi serta penyediaan pasaran yang kompetitif dan juga menjadikan industri Agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan yang mampan.

Kumpulan sasar yang merupakan er... seperti mana yang saya telah katakan tadi, 18 hingga 40 tahun dan skop program merangkumi er… ini industri tanaman, perikanan dan ternakan dan jenis-jenis bantuan itu dia… banyak juga bantuan. Antaranya dipanggil Geran Agropreneur Muda (GAM) adalah bantuan daripada kerajaan kepada Agropreneur Muda bagi membantu mereka meminimakan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan.

Geran ini diberi dalam bentuk barangan, nilaian maksimumnya RM20,000.00 dan tidak perlu dibayar balik. Ini geran Dato' Sri Yang di-Pertua er… tak perlu dibayar balik dan hasil dan impak pemberian geran disasarkan memberi faedah ekonomi kepada penerima geran dan perniagaan untuk jangka masa panjang.

Keduanya memberi khidmat nasihat teknikal dan latihan, khidmat nasihat teknikal dan latihan serta intensif yang… secara intensif yang bersesuaian melalui program program yang dilaksanakan oleh jabatan, agensi atau syarikat yang dilantik oleh Kementerian er... Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkaitan dengan projek yang dijalankan. Dan kalau kita lihat misal contohnya untuk pertanian, antara projek yang diceburi yang boleh layak untuk mendapat bantuan ini termasuklah tanaman sayur tanaman... tanaman singkat masa, fertigasi, cendawan, perusahaan madu kelulut dan projek industri asas tani. Manakala bagi Jabatan Veterinar misalnya... dia program ini mencakupi tiga-tiga sektor. Jadi maknanya Jabatan Pertanian, Veterinar, Perikanan.

Kalau Veterinar misal contohnya, kita boleh menceburkan diri dalam ternakan ruminan iaitu lembu, kerbau, kambing, bebiri, rusa. Ternakan unggas macam ayam, itik, puyuh. Ternakan bukan ruminan selain unggas seperti arnab dan juga perkhidmatan sokongan serta input ternakan seperti penghasilan makanan ternakan dan permanian beradas ini artificial insemination. Dan bagi Jabatan Perikanan, ianya mencakupi projek akuakultur, penangkapan ikan di laut, pembenihan ikan, ikan hiasan dan pemprosesan produk perikanan.

Dan bantuan atau insentif selain pada Geran Agropreneur Muda, juga termasuk Geran Pemadanan (CUP) atau bahasa Inggerisnya Change Upgrade Product. Maksimum geran bantuan ini tadi ialah RM60,000.00. Dipanggil Geran Pemadanan iaitu geran 70% geran dan usahawan kena mengeluarkan 30%. Dan ini termasuk... misal contohnya kajian pembangunan kualiti produk, reka bentuk, pembungkusan... packaging, dengan izin, pelabelan, peningkatan kapasiti, pengeluaran penambahan... penambahbaikan premis dan termasuk juga perolehan papan tanda perniagaan. Kemudian kita ada Geran Pemadanan (HIP), High Impact Product, dengan izin. Maksimum gerannya adalah, bantuannya ialah RM200,000.00 iaitu 50% daripada geran dan 50% lagi daripada usahawan.

Dan seterusnya ada geran membina dan menaik taraf infrastruktur pusat agro pelancongan kepada pengusaha. Maksimum er... bantuannya ialah RM200,000.00. Kita ada juga program Rezeki Tani yang bantuannya maksimum yang diberikan ialah RM10,000.00. Ini termasuk perolehan peralatan, input perikanan, bahan mentah, lesen, pembungkusan dan sebagainya. Dan di bawah Jabatan Perikanan juga ada Mild Agroprenuer Perikanan, myAP namanya. Maksimum bantuannya RM150,000.00 dan juga kita ada Program My Komuniti Perikanan, myKP. Maksimum bantuannya ialah RM50,000.00. Jadi insentif dan bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan khususnya di bawah agenda persekuriti atau keterjaminan makanan ini banyak.

Jadi kalau sekiranya sahabat saya daripada Jenderak nak tahu detail, boleh pergi ketiga-tiga jabatan ini. Pertanian, Veterinar dan juga Perikanan dan kita ada banyak insentif-insentif ini boleh dimanfaatkan oleh golongan-golongan yang berminat termasuk golongan muda yang dinamakan sebagai Agropreneur Muda.

Speaker

Yang Berhormat,

Boleh ya kalau macam Wakil daripada Jenderak panggil tiga-tiga buat dialog kat kampung, macam itu senang, tak payah pergi satu-satu.

Boleh, apa tak bolehnya. Kita akan bagi fakta, kita akan bagi yang sebenarnya supaya tidak mudah dikelirukan oleh mana-mana pihak. Sebab kita banyak. Lebih lagi nak ataupun tak nak je.

Speaker

Betullah, terima kasih.

Speaker

Okay, soalan seterusnya, ada soalan tambahan? Hah, sila.

Tuan Yohanis bin AhmadPAS · PNPulau Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Kita tengok tadi banyak insentif yang dibuat oleh pihak kerajaan khususnya Jabatan Pertanian. Cuma di sini saya nak bertanya tentang angka. Berapakah kita telah berjaya menghasilkan usahawan berhasil untuk negeri Pahang sepanjang tempoh yang ada ini dan khususnya mereka yang berumur 18 hingga 40 tahun dan berapakah daripada golongan tersebut melibatkan golongan wanita muda? Sekian, terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat ini, Yang Berhormat Pulau Tawar ini, dia nama dia ini bahasa Melayunya Yohanis tapi kalau dalam bahasa Inggerisnya Your Highness [ketawa]. Bahaya nama tu. Sila jawab Wakil Kerajaan.

Terima kasih YB Dato' Sri Speaker. Saya teringat bila Dato' Sri Speaker sebut tu, dia nama tu kadang dia unik macam nombor plat kereta. BGU 6422 [ketawa]. Jadi kita tengok BGU 6422. Terima kasih.

Speaker

[Ketawa].

Speaker

Sila jawab Yang Berhormat.

Tak, pagi ini kita...

Speaker

Ceria sikit, kita kena ceria, suasana ukhwah.

Sebenarnya, YB Yohanis ini daripada Pulau Tawar. Jadi Pulau Tawar ini saya ada DNA Pulau Tawar.

Speaker

Dia... ini Wakil apa pembangkang, dia ada dua-dua, Pulau Tawar ada, Pulau Manis pun ada [ketawa].

Oh gitu ya. Dia ada macam orang kata... Pulau Tawar, Pulau Manis tapi kalau ada kencing manis, dia ada kencing tawar tak?

Speaker

[Ketawa]. Tak ada Yang Berhormat. Kencing tawar tu maknanya sihatlah.

Dato' Sri Speaker,

Minta maaf ya. Ini waris saya daripada Pulau Tawar. Dia tak panggil Pulau Tawar ya... Pulau Tawa. Dia sebenarnya kita ada senarai Agropreneur Muda yang telah kita bantu. Malahan saya kalau boleh bagi statistik ya, daripada tahun 2021 hingga tahun 2024 ini, kita ada di bawah Jabatan Pertanian ada 62 orang yang kita tengok ada

menyeluruhlah di setiap daerah kita ada. Kemudian di melalui Jabatan Perikanan, malahan daripada tahun 2020 hingga tahun 2023 kita ada 16 iaitu di Bera ada 2, Jerantut 1, Jerantut ini Mohd Zarif bin Mahmood, nama dia. Dia pembenihan ikan air tawar... hatchery. Kemudian di Kuantan ada 1, di Lipis ada 2, Maran ada 1, Mohd Khairuddin Mat Noh. Pekan ada 4, Rompin ada 1, Temerloh ada 4. Ternakan ikan air tawar dalam sangkar ini banyak yang ada bantu dia dan begitu juga dengan Veterinar.

Jadi kita ada senarai ini banyak juga yang kita ada di bawah Veterinar dan malahan dalam tahun 2014, kalau kita tengok 2014, veterinarnya ada 5 yang dibantu, 2015 ada 22, 2016... sorry ini apa nama 2015 ada 17, 2016 ada 5 dan seterusnya termasuklah saya tengok 2018 ada hampir 15. Kita ada banyak yang... ada senarai yang mungkin insya-Allah saya bagi kepada yang Berhormat ADUN Pulau Tawar untuk melihat bahawasanya kejayaan program Agropreneur Muda ini dan malahan keutamaan kita bagikan kepada mereka yang dah ada projek.

Misal contoh dia dah ada projek, dia nak membesar dan meningkatkan lagi nak memajukan lagi perusahaan dia, yang ini yang kita berikan keutamaan. Dan insya-Allah saya rasa marilah sama-sama kita menyeru kepada golongan muda, Agropreneur Muda supaya dapat menghampiri jabatan-jabatan, agensi agensi yang berkaitan ini, ada belaka. Misal contohnya, kalau kita misal contoh kalau kita sebut nak tanam nenas, misal contohnya, jadi Lembaga Pembangunan Nanas ini ada bantuan solo, dia ada belaka. MARDI misalnya contohnya. Saya ingat ini err... YB Pulau Tawar kenal Ketua Pengarah MARDI Malaysia?

Tuan Yohanis bin AhmadPAS · PNPulau Tawar

Waris ke Yang Berhormat?

Speaker

Habis waris belaka deme ni ([ketawa].

Waris kome ni sampai Australia, Amerika, ke UK, rata...

Speaker

Baka baik macam itulah Yang Berhormat.

Benih yang baik ini dia campak ke mana dia akan jadi er... campak ke laut jadi pulau, orang kata gitulah.

Speaker

Pulau Tawar itu [ketawa]. Campak ke laut jadi pulau, itu jadi Pulau Tawar itu.

Tapi kalau bawa ke bukit dia jadi Musang King [ketawa]. Jadi Yang Berhormat Dato' Sri, er... maknanya MARDI ini dia ada teknologi terkini. Sebab itu kita nak perkenalkan IoT ini, Internet of Things, dengan izin dan juga sekarang ini kita memperkenalkan

Artificial Intelligence, dipanggil Kecerdasan Buatan, yang menggunakan ini apa nama, pendekatan er...

Speaker

Oh itu istilah dia? Maknanya itu… apa namanya… dalam Bahasa Melayunya, Kecerdasan Buatan? Okey.

Tidak pakar dalam bahasa. Mungkin ramai sahabat-sahabat saya pakar dalam bahasa. AI kita ingat Artificial Insemination, atau permanian berhadas. Tapi AI di sini Artificial Intelligence, maknanya Kecerdasan Buatan. Dan dia menggunakan kaedah di mana er... robot ataupun komputer, tapi kita masukkan ini, apa ini… intelligence manusia dalam. Jadi yang ini kena kita lihat supaya tidak disalahgunakan. Tapi insya-Allah, ini pendekatan yang er... akan kita buat.

Speaker

Terima kasih wakil daripada kerajaan. Seterusnya soalan nombor 3, Wakil daripada Chini. Minta maaf tadi sebab dia dekat-dekat berdua tu. Chini dengan Jenderak.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, er... saya kemukakan pertanyaan yang ke-3.

[Apakah status pewartaan perkampungan masyarakat orang asli (OA) khususnya di DUN Chini?]

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Terima kasih kepada sahabat saya daripada Chini yang mempersoalkan tentang urusan pewartaan perkampungan Orang Asli di dalam DUN Chini. Sebenarnya di dalam er… usaha Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang, kita telah memberi perhatian kepada 9 buah kampung di er... DUN Chini ini, kampung Orang Asli.

Tetapi daripada 9 buah kampung ini, kita telah mengemukakan sebanyak er... 4 buah permohonan kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pahang. 4 buah permohonan itu melibatkan Kampung Dusun, Kampung Tasik Mentiga, Air Hitam dan Kampung Gumum.

Ada permohonan-permohonan itu, er... setelah kita teliti, mendapat jawapan daripada Pihak Berkuasa Tanah, masih di dalam penelitian pihak Jabatan Teknikal, seperti contoh di Kampung er... Dusun dan juga Kampung Tasik Mentiga, tetapi ada juga yang dalam keadaan berlapis dengan pemilik-pemilik asal seperti di Kampung Air Hitam dan Kampung Gumum.

Insya-Allah, er... ada 4 buah kampung lagi seperti Kampung Dusun, Kampung Batu Gong, Kampung Tasik Mentega, Kampung Belukar Nangka, Kampung Tanah Merah, dalam usaha Jabatan Kemajuan Orang Asli untuk mendapatkan peruntukan daripada pihak kementerian untuk membuat permohonan mengukur perimeter bagi kita boleh

mengemukakan permohonan kepada Pihak Berkuasa Tanah Negeri. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Speaker

Seterusnya. Soalan nombor 4, Wakil daripada Sabai.

Salam Sejahtera, selamat pagi Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Saya mengemukakan soalan nombor 4.

[Harga rumah kediaman di dalam kebanyakan projek perumahan baru adalah tinggi, di luar kemampuan kumpulan B40. Kumpulan berpendapatan rendah amat memerlukan projek perumahan kos rendah dan sederhana. Adakah sebarang perancangan bagi pembangunan projek perumahan sedemikian, termasuk projek Rumah Makmur di DUN Sabai?]

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada Sabai. Untuk makluman, rakyat negeri Pahang amat bertuah kerana Kerajaan Negeri memang amat menitikberatkan keperluan penyediaan perumahan, khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan juga yang sederhana.

Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri telah mewujudkan beberapa program-program perumahan untuk membantu rakyat, dalam memiliki rumah. Sebagai contohnya, di antara program-program yang telah dilaksanakan sebelum ini dan sehingga terkini adalah termasuklah Rumah, Rancangan Rumah Murah, Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR), PR1MA Pahang, Rumah Makmur, Rumah Penjawat Awam, Rumah Pahang (PGBF), Rumah Rakyat Pahang, Rumah Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA), Rumah Bantuan Mangsa Banjir, Projek Perumahan Rakyat, daripada PPR, KPKT, Perumahan PR1MA Malaysia, Rumah Mesra Rakyat (SPNB), Perumahan Generasi Baru FELDA, Projek Sinar Lestari (YaPEIM), Rumah FELCRA Berhad.

Daripada 2020 hingga April 2024, er... perumahan yang telah siap ini adalah lebih kurang sebanyak 13,772 unit rumah, manakala yang siap pada tahun hadapan dan 2026 adalah sebanyak 6,500 lepas itu, 21 biji rumah akan siap dibina sepenuhnya. Jadi hampir 20,000 rumah telah kita providekan untuk rakyat di negeri Pahang, dan bawah skim ini. Bagi DUN Sabai, untuk makluman DUN Sabai, sebanyak 40… 429 unit Rumah RRM dan PAKR telah dibina serta 185 unit di PAKR Kampung Muhibbah Benus, 96 unit di Telemong dan di Muhibbah Karak, 32 unit, RRM Kilat er... Karak dan 20 unit di RRM, 32 unit di RRM Kilat Karak dan 20 unit di RRM Karak.

Bagi Projek Rumah Rakyat Pahang yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Pahang, er... yang telah memberikan subsidi harga sebanyak RM75,000.00 seunit bagi membantu rakyat kurang berkemampuan dalam negeri Pahang ini, yang diberikan secara percuma Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Dan bagi kawasan DUN Sabai ini, terdapat 12 unit Rumah RRP telah dibina. Iaitu masing-masing 2 unit di Fasa 1, Fasa 2A dan Fasa 2B dan 6 unit dalam Fasa 3.

Manakala 8 unit dalam proses pembinaan dalam Fasa 4. Bagi Projek Rumah Makmur, harga jualan ini adalah bernilai RM80,000.00 seunit dan bagi membantu, untuk membantu golongan berpendapatan seisi rumah di bawah RM5,000.00 sebulan.

Walau bagaimanapun, sehingga kini, cadangan Projek Rumah Makmur tidak akan… tidak ada lagi yang dibina di kawasan Bentong, dan pihak kerajaan sangat mengalu-alukan cadangan-cadangan daripada kawasan-kawasan seperti DUN Sabai, untuk dilaksanakan Rumah Makmur ini dan saya juga meminta Ahli-ahli Yang Berhormat agar memastikan bahawa setiap rakyat, lapisan rakyat yang memerlukan perumahan ini agar dapat sama-sama menggunakan aplikasi ePerumahan Pahang untuk, mendaftarkan sebagai, untuk proses pemilikan rumah.

Kalau kawasan Cameron Highlands, nak rumah, masuk dan daftarkan. Beritahu kepada kawasan-kawasan, rakyat, kawasan masing-masing yang memerlukan rumah ini supaya daftar. Di mana sahaja di kawasan dalam negeri Pahang ini. Dan kerajaan akan meneliti dan mendapati data-data tersebut, dan apabila menepati angka-angka yang sesuai, kerajaan akan menimbang untuk membina perumahan-perumahan yang sepatutnya dibina di kawasan-kawasan terbabit. Sekian, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua.

Speaker

Soalan seterusnya, kita bagi kepada soalan er... nombor 5, Wakil daripada Kuala Semantan.

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Terima kasih Dato' Sri Speaker, soalan saya nombor 5.

[Kesesakan Tempat Meletak Kenderaan di HOSHAS Temerloh. Apakah perancangan kerajaan untuk mengatasi kesesakan tempat letak kereta di kawasan parkir Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HOSHAS) khususnya pada waktu puncak yang kerap kali berlaku sejak kebelakangan ini?]

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih er… Kuala Semantan, yang mengemukakan soalan berkenaan dengan isu tempat letak kenderaan Hospital Temerloh.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah atau ringkasnya HoSHAS adalah merupakan Hospital Berpakar Major dengan kapasiti 60, er... 650 katil. Ini juga… ia juga merupakan lead hospital bagi Hospital Kluster Pahang Tengah yang menerima kes-kes rujukan daripada Hospital Jerantut, Hospital Bentong, Hospital Bera dan Hospital Jengka, selain daripada klinik-klinik kesihatan yang berdekatan.

Dato’ Sri Speaker,

HoSHAS ini turut menerima rujukan kes-kes kompleks dari Hospital Kluster Barat daripada Hospital Kluster Pahang Barat iaitu daripada Hospital Kuala Lipis dan juga Hospital Raub. Ini berikutan kedudukannya yang strategik berdekatan dengan laluan

masuk dan keluar Lebuhraya Karak - Pantai Timur. Dan jaraknya yang lebih dekat dengan Hospital Kluster Pahang Barat berbanding dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan. Keadaan ini secara tidak, secara langsung telah menyebabkan HoSHAS ini, menerima jumlah… menerima masuk jumlah kenderaan membawa pesakit serta waris pesakit yang tinggi bagi tujuan menerima rawatan susulan dan kemasukan buat yang menyumbang kepada kesesakan di kawasan parkir.

Dato' Sri Speaker,

Isu kesesakan parkir di HoSHAS merupakan isu yang turut berlaku di semua hospital pakar di seluruh negara sebenarnya. Kesesakan ini akan berlaku pada hari Isnin hingga Jumaat. Semasa er... Klinik Pakar Hospital beroperasi terutamanya di waktu puncak daripada pukul 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari. Pada masa ini, HoSHAS mempunyai 678 petak parkir bagi kemudahan waris dan pesakit.

Dato' Sri Speaker,

Sebagai langkah untuk mengawal kemasukan kenderaan oleh waris serta pesakit, beberapa langkah telah er... dilaksanakan er... pertamanya, HoSHAS telah mengadakan kaedah temujanji berperingkat di klinik pakar iaitu pesakit hanya boleh mendaftar 30 minit lebih awal sebelum temu janji, sebelum waktu temu janji agar jumlah pesakit ini dapat dikawal dan lebih teratur dan memberi ruang kepada waris pesakit merancang perjalanan ke hospital.

Manakala langkah keduanya pula, HoSHAS telah merancang untuk memperkenalkan kaedah temu janji secara digital melalui aplikasi HoSHAS yang telah dibangunkan bagi memudahkan pesakit serta waris pesakit mengesahkan kehadiran ke Klinik Pakar tanpa perlu tergesa-gesa hadir ke hospital di awal pagi. Aplikasi ini dijangka akan dapat digunakan pada awal Julai 2024 setelah mendapat kelulusan dari daripada ibu pejabat er... Kementerian Kesihatan Malaysia. Adalah diharapkan pendekatan ini dapat melancarkan perjalanan pesakit menerima rawatan serta menambah baik er... menambah baik er... pengalaman pesakit di hospital dengan lebih teratur dan lebih selesa.

Selain itu, er... Dato' Sri Speaker, HoSHAS juga telah melaksanakan polisi dalaman di mana kakitangan hospital tidak dibenarkan meletak kenderaan di kawasan parkir di hadapan Klinik Pakar sehingga pukul 2.00 petang. Ini bagi memberi kemudahan kepada waris pesakit meletak kenderaan. Kakitangan hospital diarah untuk meletak kenderaan mereka di belakang… di… mereka di kawasan parkir yang disediakan di belakang hospital dengan kapasiti 120 petak parkir yang telah siap dibina pada bulan Ogos 2021. Dan er... yang keempatnya pula, er... untuk makluman di bawah er... pelan jangka panjang pembangunan HoSHAS, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah mengemukakan satu er... telah mengemukakan kepada Bahagian Perancang, Kementerian Kesihatan Malaysia, pelan pembangunan bagi membina blok baru tambahan dengan jumlah katil sebanyak 400 katil untuk blok wanita dan kanak-kanak di dalam tapak hospital sedia ada, keluasan 2.24 ekar.

Selain daripada pembinaan wad dan kemudahan klinik, pembangunan blok ini juga mengambil kira pembangunan kompleks parkir bertingkat di bahagian basement sebanyak 450 parkir tambahan yang akan menjadikan sebanyak jumlah keseluruhannya berjumlah 1,128 lot parkir. Jadi, hal ini akan dapat membantu mengurangkan masalah kesesakan tempat di HoSHAS ini. Perancangan permohonan blok tambahan baru ini dicadangkan dalam… dicadangkan pada permohonan Rancangan Malaysia Ke-13 akan datang. Sekian.

Speaker

Soalan seterusnya kita pergi pada soalan nombor 6 Wakil daripada Semambu.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Terima kasih Dato' Sri Speaker. Soalan saya soalan 6.

[Pohon Kerajaan Negeri senaraikan Memorandum yang telah ditandatangani dengan pihak pelabur asing atau tempatan dalam 10 tahun kebelakangan ini. Pohon senaraikan juga daripada pelabur-pelabur yang telah menandatangani Memorandum, pelabur manakah yang telah memulakan perniagaan dan jumlah pelaburan mereka.]

Speaker

Anak saya lah ya... [Ahli Dewan ketawa].

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan terima kasih juga kepada sahabat saya ADUN Semambu yang bertanyakan soalan, pohon Kerajaan Negeri senaraikan memorandum yang telah ditandatangani dengan pihak pelabur asing atau tempatan dalam 10 tahun kebelakangan ini, dan juga pohon senaraikan juga daripada pelabur-pelabur yang telah menandatangani memorandum, dan pelabur manakah yang telah memulakan perniagaan dengan jumlah pelaburan mereka.

Baik, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Pahang telah menerima pelbagai jenis cadangan projek pembangunan, untuk dilaksanakan dan keutamaan sentiasa diberikan kepada projek-projek yang mampu menjamin peningkatan hasil kepada Kerajaan Negeri dan memberi kesan limpahan ekonomi kepada penduduk setempat. Dalam tempoh 10 tahun iaitu 2013 sehingga 2023, PSK telah menandatangani sebanyak 235, Perjanjian Jual Beli mahupun Pajakan dan juga pajakan dan 22 Memorandum Persefahaman ataupun dengan izin MoU, merangkumi projek FDI dan DDI.

Daripada jumlah MoU tersebut, empat daripadanya telah direalisasikan melalui Perjanjian Jual Beli/Pajakan di mana ia telah menyumbang kepada pendapatan Kerajaan Negeri Pahang sebanyak RM534.2 juta dan empat projek tersebut adalah nombor satu, Alliance Steel di mana, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan YB-YB sedia maklum, pada tahun lepas, mereka telah memulakan pembesaran kilang ataupun expantion dengan izin, Fasa 2 dengan kos pelaburan sebanyak RM8 bilion. Yang kedua, Sealegs International mana mereka telah commit untuk melabur sebanyak RM425,000,000 juta dan Sealegs ini adalah satu syarikat yang menarik berpangkalan di New Zealand. Mereka adalah pembuat bot amfibia.

Pada YB-YB, Dato' Sri Speaker yang biasa tengok cerita James Bond, bot amfibia tu, dia ada roda atas darat kalau dia Teluk Cempedak tu dia boleh terus masuk er... masuk laut.

Speaker

Dia…dia boleh hidup dalam dua alam.

Dua alam… dua alam. Betul-betul Yang di-Pertua, dua alam. Terima kasih Dato' Sri Speaker. Dua alam dan sebabnya Sealegs ini ingin pindah daripada New Zealand ke Kuantan adalah satu, dia punya… dia punya kos untuk membuat bot tersebut adalah terlalu tinggi dengan apa… dengan undang-undang yang ketat. Kos para jurutera yang gaji jurutera yang sangat tinggi dan juga mereka juga perlu import 7,000 spareparts daripada seluruh dunia. Dan sekiranya mereka pindah ke Kuantan, maka kos base mereka akan jadi jauh lebih rendah.

Mereka sekarang ni jual bot tu dengan harga RM1 juta. Kalau dia pindah ke Kuantan, mungkin kita boleh kurangkan harga jualan tersebut untuk RM700 juta ataupun lima… maaf RM700,000.00 ataupun RM500,000.00 berbanding dengan RM1 juta. Dan saya difahamkan orderbook untuk company ini adalah 16 bulan dan bot ini boleh digunakan untuk tujuan memancing, menyelamat mangsa banjir, untuk tujuan pemantauan tentera dan sebagainya. Dan saya perlu ucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato' Sri Speaker kerana telah memainkan peranan besar untuk membantu kami mendapatkan pelaburan ini, sebelum beliau menjadi Dato' Sri Speaker, beliau cuba memujuk company Sealegs ini untuk melabur di Kuantan. Saya difahamkan CEOnya berkata “boleh, dengan satu syarat”, Dato' Sri… Dato' Sri Sharkar ketika itu kena buat bungee jumping. Bungee jumping tuan-tuan dan puan-puan.

Speaker

Er... saya buat ya. 40 meter daripada atas bawah turun hanya untuk negeri Pahang.

Dato' Sri, selaku anak jantan sejati menyahut cabaran tersebut ya.

Speaker

Terima kasih.

Beliau terjun dengan beraninya. Masa terjun saya… legend kata dia jerit Pahang First semasa terjun itu. Apabila telah melakukan terjunan tersebut, maka CEO tidak ada pilihan melainkan untuk memindah kilang ke Kuantan. Terima kasih Dato' Sri Speaker. [Ahli Dewan menepuk meja]. Ketiga adalah Muhibbah Engineering di mana mereka telah bersetuju melabur untuk membina Projek Kuantan Maritim Hub. Projek ini telah diumumkan pada tahun 2016 dan pada Pusat Maritim Hub ini mereka akan membina kapal, membuat pembaikan kapal dan juga membina pelantar minyak ataupun dengan izin offshore platform. Kos pelaburan dijangka RM2 bilion dan akan siap sepenuhnya pada tahun 2028 jangka... dijangka siap.

Dan akhir sekali, Syarikat Amat Bayu, telah menandatangani perjanjian untuk membina sebuah kilang palet kayu untuk tujuan biomass dan jumlah pelaburan ataupun kos projek tersebut adalah RM1.12 bilion dan mereka telah menyewa pajakan

tanah sebanyak 30 hektar untuk tujuan tersebut dan biomass ini amat diperlukan oleh negara-negara seperti Jepun yang memang mencari sumber tenaga yang baru selepas tragedi er… tragedi Fukushima ya, reaktor nuklear Fukushima, mereka mencari sumber tenaga yang lain dan biomass adalah salah satu pilihan mereka. Terima kasih YB Dato' Sri.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Soalan tambahan Dato' Sri.

Terima kasih kepada wakil Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Peramu Jaya atas jawapan daripada… untuk menjawab soalan saya. Cuma pertanyaan saya ialah daripada 22… 22 MoU yang telah ditandatangani, hanya 4 sahaja yang telah berjaya. Untuk yang 4 berjaya ini, apakah sebab mereka akan melabur di Pahang dan untuk 18 yang lain kenapa masih tak ada direalisasi pelaburan mereka dan ketiga er... sebenarnya apa advantage apa tu competitive advantage negeri Pahang berbanding dengan negeri lain untuk pelabur melabur di negeri Pahang.

Yang 18 syarikat yang tak jadi sign MoU tu adalah pelbagai sebab antaranya ada yang tukar syarat er... setelah membuat perjanjian ataupun persefahaman dengan Kerajaan Negeri. Ada yang ada masalah dari segi modal dan ada yang menghadapi cabaran selepas fenomena COVID-19 yang melanda satu dunia baru-baru ini. Di antara kelebihan Kerajaan Negeri Pahang ataupun negeri Pahang ialah kita masih mempunyai tanah yang banyak dan kita ada Kluster Taman Industri yang… yang maju seperti Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebut di Gebeng er... di Pekan kita ada ekosistem untuk automotif. Saya ada sebut kilang-kilang kertas besar yang bertapak di Bentong.

Advantage dia nilai tanah dan ke hadapan kita ada satu perancangan yang besar di mana kita ada perancangan untuk membuat apa itu… membina (ECRL) East Coast Rail Link, dengan izin. Kita ada perancangan untuk membina lapangan terbang baru dan juga Central Spine Road dan Kuantan Port juga bakal diperbesarkan di masa-masa akan datang dan semua ini adalah infrastruktur bersepadu yang boleh membantu memacu pelaburan ke dalam negeri Pahang di masa-masa akan datang. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya. Wakil daripada Batu Talam.

Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, pertanyaan saya nombor 7.

[Apakah usaha kerajaan untuk menggalakkan Badan Bukan Kerajaan, syarikat swasta dan Badan Berkanun untuk memperbanyak program-program Corporate Social Responsibilities (CSR) bersama pusat-pusat jagaan yang berdaftar di bawah JKM?]

Assalamualaikum WBT, terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker serta sahabat yang bertanyakan soalan yang berbunyi, apakah usaha kerajaan untuk menggalakkan Badan Bukan Kerajaan, syarikat swasta dan Badan Berkanun untuk memperbanyakkan program-program CSR bersama pusat-pusat jagaan yang berdaftar bersama di bawah JKM. Er... Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri amat menggalakkan penglibatan syarikat swasta serta Badan Berkanun untuk membantu dan menyalurkan sumbangan melalui pelaksanaan program CSR bersama-sama pusat jagaan yang berdaftar di bawah JKM.

Sebagai insentif untuk menggalakkan penyertaan syarikat swasta mahupun Badan Berkanun, pihak jabatan telah membangunkan sistem MyCorporate Care (MyCC) yang merupakan satu kaedah alternatif untuk mendapatkan sumbangan oleh pusat jagaan ataupun Pertubuhan Sukarela Kebajikan yang berdaftar selain daripada menggunakan kaedah yang sedia ada, sistem ini memudahkan sektor korporat, syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk menyalurkan sumbangan kepada pusat jagaan yang berdaftar berdasarkan keperluan yang dikehendaki.

Selain daripada itu, kita juga menyediakan modul yang mana satu platform mengenai maklumat keperluan pusat jagaan dan membolehkan sektor kerajaan, swasta korporat, syarikat swasta, NGO dan individu yang berhasrat melakukan Tanggungjawab Sosial Korporat. Modul ini juga membantu menyumbang untuk mengetahui keperluan sebenar yang disenaraikan oleh PSK yang… PSK ni er... Pusat Sukarela Kebajikan er... keperluan PSK melalui kaedah suai... suai padan. Ia juga memastikan sumbangan diberikan kepada PSK yang berkelayakan dan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan atau Akta Pusat Jagaan 1993.

Rasionalnya aktiviti-aktiviti ditaja atau dianjurkan oleh Badan-badan Bukan Kerajaan, syarikat swasta dan badan berkanun adalah satu inisiatif yang harus digerakkan secara kolaborasi dan berterusan. Manfaat yang diperolehi hasil dengan penglibatan ini sangat berguna kepada golongan sasar yang mendapat perkhidmatan di pusat jagaan seterusnya menjadi pemangkin kepada pengendali pusat jagaan untuk meneruskan operasi. Selain itu, melalui pelaksanaan program ini, segala sumbangan ini dapat dilebarkan secara lebih luas supaya semua yang layak dapat menikmati manfaat ini.

Contohnya, sumbangan tidak tertumpu kepada pusat jagaan di sekitar bandar sahaja tanpa mengira pusat jagaan di luar bandar yang tertentu lebih memerlukan. Pusat jagaan yang kurang berkemampuan juga dapat menjalankan dan meneruskan operasi lebih baik dan lancar. Segala kejayaan ini nanti akan memberi implikasi positif bukan sahaja kepada pusat jagaan setempat malah kepada seluruh pusat jagaan di negeri Pahang amnya. Sekian terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, kita pergi kepada soalan nombor 8. Wakil daripada Tioman.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Saya mohon mengemukakan soalan atau pertanyaan nombor 8.

[Apakah status permohonan mini stadium dan litar lumba di Kuala Rompin?]

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Tioman atas soalan berkenaan status permohonan mini stadium dan litar lumba di Kuala Rompin.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Kementerian Belia dan Sukan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM6 juta melalui Rolling Plan 4 Rancangan Malaysia ke-12 bagi pembinaan mini stadium dan mini kompleks atau mini kompleks sukan di Kampung Kolam, Rompin. Lawatan tapak dan perbincangan berkenaan skop kerja projek oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan bersama Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah dan Tanah Rompin, Majlis Daerah Rompin serta wakil Yang Berhormat Tioman sendiri telah diadakan pada 8 Februari yang lalu.

Dijangkakan proses tender bagi projek ini akan dilaksanakan pada tahun 2025. Skop pembinaan mini stadium di Kampung Kolam ini merangkumi kerja-kerja awalan, pembinaan trek lapangan sintetik, sebuah padang bola sepak, sebuah mini astaka berkapasiti 200 orang, lampu limpah, kerja-kerja elektrikal dan mekanikal. Serta kerja-kerja yang berkaitan. Bagi permohonan pembinaan litar lumba drag di Kuala Rompin pula, pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang terus komited mengekalkan permohonan ini dalam senarai permohonan peruntukan Rolling Plan 5, dengan izin, Rancangan Malaysia Ke-12 berdasarkan cadangan lokasi baharu pembinaan iaitu di Kampung Selendang, Tioman.

Projek ini merangkumi kerja-kerja awalan pembinaan litar premix sepanjang 1.5km. Kerja-kerja elektrikal dan mekanikal serta kerja-kerja berkaitan yang melibatkan kos anggaran RM6 juta. Insya-Allah Kerajaan Negeri Pahang akan terus memberikan perhatian khusus kepada pelaksanaan dan perancangan kedua-dua projek ini. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.

Speaker

Soalan seterusnya. Ada soalan tambahan? Ha... sila, satu lagi.

Yang Berhormat Dato' Speaker,

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada Kerajaan Negeri kerana telah er... menjawab pertanyaan dengan detail berhubung dengan dua perkara tadilah. Jadi er... dalam masa yang sama saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas juga kepada penganjuran er... 50,000 yang er... jelajah kembara motosikal er... pada masa yang lalu dengan jayanya di peringkat negeri Pahang dan saya ingin memberitahu juga kepada Wakil Kerajaan bahawa kita sangat perlu litar lumba ini kerana ramai anak-anak muda kita pergi ke Johor, ke Sepang dan er... sukan permotoran ini sangat baik sekali sambutannya di negeri Pahang dan satu ketika kita pernah lulus litar lumba ini sebanyak RM42 juta er... di Lakum, Temerloh. Namun masa pemerintahan 22 bulan itu ditarik balik er... dibawa ke Kedah. Jadi saya harap dengan karisma Wakil Kerajaan Negeri untuk meneruskan usaha ini, dapatlah anak-anak

muda Pahang untuk er... bersama dalam sukan permotoran ini pada masa akan datang dan soalan saya, adakah pihak kerajaan bercadang untuk membuat lawatan kerja ke tempat-tempat er... tersebut? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tioman. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Berkenaan minat anak muda terhadap sukan permotoran ini memang kita, Pihak Kerajaan Negeri sangat menyedari dan seperti kata Yang Berhormat Tioman. baru-baru ini Kerajaan Negeri menganjurkan er... Himpunan RXZ Fighter di Serambi Teruntum yang julung-julung kali diadakan di negeri ini dan kehadirannya cukup ramai sehingga mencecah lebih er... dari 50,000 orang [Ahli Dewan menepuk meja] dan serata peminat RXZ dari seluruh negara termasuk dari Singapura hadir dalam himpunan dua hari ini dan ketika event tersebut…

Speaker

Yang Berhormat, berapa satu motor... motor RXZ... RXZ kan? Berapa sebiji sekarang ini orang jual?

Kalau yang saya punya tahun er... 2000 harganya RM30,000 Dato' Sri. Ada yang lebih mahal.

Speaker

Dulu harga asal?

Harga asal dulu lebih kurang RM6,000.00-RM7,000.00...

Speaker

Kita beli 10 ya... kali RM30,000.00, RM300,000.00 boleh dapat motor...

Kalau Dato' Sri Speaker minat kita boleh tolong carikan.

Speaker

Saya, Yang Berhormat, lesen motor pun tak ada. [Ahli Dewan ketawa]

Dato' Sri Speaker,

Er... masa event RXZ Fighter ini berlangsung sebenarnya manfaat dari sudut pelancongan cukup tinggi ke negeri Pahang. Masa itu lah hotel semua penuh di Kuantan ni, homestay semua penuh dan restoran-restoran kedai makan di Kuantan tak dapat nak cater er... kehadiran lebih 50,000 peminat sukan permotoran khususnya RXZ.

Dan menjawab soalan Yang Berhormat er... Tioman berkenaan komitmen Kerajaan Negeri Pahang ketika ini terhadap sukan permotoran. Selain rancangan di Rompin ini, ada sebuah litar di Pekan yang turut akan kita lewati... lawati nanti. Keperluan untuk bangunkan semula litar ini. Cumanya untuk kemudahan dan infra litar permotoran ini dia menelan belanja yang cukup besar.

Ini kita kena kerjasama rapat dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk memajukan serta membangun litar-litar lumba yang sebenarnya sangat sesuai untuk kita bangunkan ketika ini untuk mengelakkan anak-anak muda kita menggunakan jalan raya, satu kawasan jalan yang tidak sesuailah. Sepatutnya ada tempat khas seperti litar ini untuk mereka teruskan minat dalam sukan permotoran dan Kerajaan Negeri Pahang komited dan bersungguh-sungguh untuk memenuhi hasrat minat er... golongan anak muda dalam sukan permotoran. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Soalan seterusnya soalan nombor 9. Ya, daripada Tras.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Soalan saya nombor 9.

[Berapa banyak peluang pekerjaan yang perlu kerajaan negeri sediakan untuk tahun 2024?

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Dato' Sri Speaker. Untuk menjawab soalan dari ADUN Tras, setakat Mac 2024, seramai 31,129 pencari kerja berbanding 2018, peluang pekerja aktif telah direkodkan. Berdasarkan jumlah ini, sebanyak lebih kurang 29,000 peluang pekerjaan aktif perlu disediakan oleh Pihak Kerajaan Negeri Pahang melalui PERKESO dan agensi Kerajaan Negeri sekiranya hendak memberi peluang kepada semua pencari kerja terlibat untuk bekerja di negeri ini.

Kerajaan Negeri Pahang melalui PERKESO di dalam Bajet Belanjawan Negeri Pahang pada tahun ini juga telah menyediakan sebanyak 11 program karnival berskala sederhana dan satu program karnival negeri yang akan membantu menyediakan 3,700 peluang pekerjaan baru di negeri ini. Selain ini lebih kurang 118,000 peluang pekerjaan aktif semasa yang boleh diperolehi di seluruh Malaysia. Sekian, terima kasih.

Speaker

Seterusnya soalan... oh, sila. Wakil daripada Beserah.

Terima kasih Dato' Sri Speaker. Soalan tambahan saya tentang er... peluang pekerjaan tadi. Di antara pencari-pencari pekerjaan seramai 31,000 yang berdaftar dalam My Future Jobs melalui PERKESO itu, er... apakah kelayakan ataupun peringkat kelayakan yang... yang mereka ada untuk mencari kerja dan sektor mana pencari kerja ini paling ramai? Sektor yang er... yang sedang mereka cari ini, sektor yang mana yang menjadi pilihan pencari-pencari, 31,000. Sebab kita hanya boleh

sediakan 2,000 peluang pekerjaan sahaja sedangkan pencari pekerjaan adalah 31,000. Yang 29,000 ni sektor mana pilihan mereka untuk bekerja? Terima kasih.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Er... terima kasih er... ADUN Beserah. Saya tak ada rekod, nanti saya akan bagi jawapan bertulis, okey, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, nombor 10.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, mewakili Panching yang jauh soalan dia nombor 10.

[Kerajaan negeri dilihat kurang mempromosikan dan mengambil tindakan untuk projek-projek dan kawasan pelancongan di Kuantan dan Pahang amnya. Pahang dianugerahi Ilahi kawasan semulajadi yang menarik dan cantik untuk dikunjungi seperti pantai-pantai dari Kuantan hingga Rompin, Sungai Pahang, air-air terjun, Sungai lembing serta Taman Negara. Mohon tindakan dapat dilakukan bagi menggalakkan pelancongan dan menjana ekonomi negeri.]

Speaker

Yang Berhormat Panching sekarang ini berada di Madinah... Madinah ke Mekah? Madinah ya? Tak silap semalam dia ada hantar gambar ke saya. Madinah menunaikan fardu haji, awal pergi. Sila.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Dalam soalan... soalan Yang Berhormat Panching yang menyatakan Kerajaan Negeri dilihat kurang mempromosikan dan mengambil tindakan untuk projek-projek dan kawasan pelancongan di Kuantan dan Pahang amnya dan Yang Berhormat Pancing mohon tindakan dapat dilakukan untuk menggalakkan pelancongan dan menjana ekonomi negeri.

Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat, Kerajaan Negeri memang mengambil berat tentang sektor pelancongan di negeri Pahang. Dari aspek promosi, Tourism Pahang bekerjasama erat dengan MOTAC Pahang dan juga Tourism Malaysia untuk er... aspek promosi termasuk penganjuran acara pelancongan sepanjang tahun. Eksposisi pelancongan, penerbitan bahan-bahan promosi, penganjuran lawatan suai kenal dan lain-lain. Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) untuk memelihara dan memulihara aset-aset pelancongan di negeri Pahang.

Untuk projek pelancongan, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Kerajaan Negeri dalam belanjawan tahun ini memperuntukkan peruntukan yang besar untuk membangunkan sektor pelancongan. Antaranya RM3 juta untuk infra dan fasiliti pelancongan, RM500,000.00 untuk menaik taraf dan er… memelihara kawasan tinggalan sejarah Tok Gajah, Mat Kilau. RM500,000.00 ribu untuk kemudahan pelancongan di Hutan Lipur Parit Fall Cameron Highlands. RM300,000.00 ribu untuk Kompleks

Perkampungan Budaya Orang Asli di Lipis. RM2.2 juta untuk pembangunan pelancongan berasaskan flora atau perhutanan. RM3 juta untuk eko pelancongan Sungai Pahang. RM600,000.00 ribu bagi Projek Merapoh The Caving Paradise.

Selain itu, bagi daerah Kuantan, MOTAC meluluskan projek er… penyelenggaraan pada tahun 2022, RM200,000.00 untuk Sungai Lembing. Tahun lepas RM700,000.00 untuk menaik taraf Jeti Shahbandar Kuantan dan juga penyelenggaraan infrastruktur pelancongan di Sungai Lembing. Pada er… pada masa yang sama, MOTAC juga meluluskan bahawa Rolling Plan Keempat RMKe-12 untuk menaik taraf kemudahan pelancongan di paya bakau Kuantan dengan jumlah kos RM4 juta.

Dengan usaha-usaha ini, semoga ia dapat memberi impak yang besar untuk membantu pelancongan di negeri Pahang. Terima kasih.

Speaker

Sila.

Soalan tambahan.

Speaker

Sila wakil daripada Luit.

Terima kasih Dato' Sri Pegerusi… Dato' Sri Speaker.

Speaker

Boleh, boleh boleh. Pengerusi boleh, Speaker boleh.

Kita sedia maklum, pelancong ini bukan sahaja tertarik pada alam semula jadi, tetapi daripada sumber-sumber untuk sebagainya, kita tengok pelancong ni berminat dengan budaya dan cara hidup kita. Jadi soalan saya kepada pihak kerajaan, apakah kerajaan beri perhatian kepada cara hidup seperti apa ni… makanan ke, muzik, pakaian sebagainya untuk kita menggalakkan lagi menyemarakkan lagi yang ini menarik pelancong ke negeri kita. Terima kasih.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Luit, memang untuk pelancongan bukan sahaja alam semula jadi. Satu usaha daripada Kerajaan Persekutuan adalah program homestay di mana pelancong-pelancong dapat hidup bersama dengan orang kampung merasai cara hidup tempatan, budaya, makanan, adat resam dan untuk maklumat Yang Berhormat Luit, pada tahun lepas, kita telah… MOTAC telah meluluskan dua kluster baru dan tahun ini ada tiga kluster baru dalam proses penilaian dan semakan dan menjadikan jumlah homestay di Pahang, 18. Terima kasih.

Speaker

Sila, Wakil daripada Cheka.

Terima kasih. Pertama saya ucap tahniah kepada kerajaan di atas usaha yang sangat bagus. Cuma soalan saya satu masa dulu kita Sungai Kuantan kita ada cruise untuk bawak pelancong. Tapi sekarang ini dia tutup. Saya ingat dah tak berfungsi. Soalan saya ialah apa masalah yang dialami?

Yang kedua kalau kita tengok kita ada empangan yang agak menarik, Empangan Chereh. Walaupun ada sikit masalah tapi kita gagal manfaatkan. Kalau tengok compare dengan er… dengan empangan beberapa tempat yang lain, dijadikan sebagai kawasan industri pelancongan untuk bawa di kawasan-kawasan empangan tersebut. Soalan saya, apakah kerajaan berhasrat untuk jadikan Empangan Chereh ini sebagai satu kawasan tarikan industri pelancongan yang kita boleh bangunkan di situ?

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Cheka. Untuk persoalan tentang cruise di Sungai Kuantan. Memang kita rasa bersyukur kalau berbanding dengan sungai-sungai di negeri lain sebagai contoh, di Melaka. Saya secara personal saya rasa Sungai Kuantan jauh lebih cantik dan berpotensi untuk dibangun… untuk dibangunkan.

Perkhidmatan Cruise tidak ditutup sepenuhnya tapi untuk menarik river cruise sekarang memang sudah ada dalam perancangan dan kita menghadapi sedikit isu teknikal di mana keadaan Sungai Kuantan itu perlu berkapasiti untuk menampung river cruise yang besar. Ini masih dalam proses dan tindakan Kerajaan Negeri dan untuk tentang cadangan Yang Berhormat Cheka mengenai pelancongan untuk empangan. Terima kasih atas cadangan, kita akan mengkaji. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih kepada wakil kerajaan. Soalan terakhir pada pagi ini. Soalan nombor 11. Wakil daripada Beserah.

Terima kasih Dato' Sri Speaker, saya kemukakan soalan yang ke-11.

[Skim Pembiayaan Kewangan Mikro (i-PUSH)

i) Berapa ramai penerima Skim ini sejak dilancarkan mengikut daerah?

ii) Apakah bidang perniagaan utama usahawan yang memohon?

iii) Berapakah bilangan usahawan yang gagal membuat pembayaran balik setakat ini?]

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, terima kasih banyak kepada sahabat Yang Berhormat Beserah. Soalannya berbunyi, Skim Pembiayaan Kewangan Mikro (i-PUSH). Berapa ramai penerima skim ini sejak dilancarkan mengikut daerah? Apakah bidang perniagaan utama usahawan yang memohon dan yang ketiganya, berapakah bilangan usahawan yang gagal membuat pembayaran balik setakat ini?

Seperti Yang Berhormat Dato' dan juga Ahli Dewan sedia maklum, Skim i-PUSH merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri di bawah Kerajaan Perpaduan yang memberikan pembiayaan kewangan islamic concept, dengan izin, kepada usahawan yang berkelayakan untuk mengembangkan perniagaan sedia ada dan juga rata-rata usahawan yang telah kita temui yang telah pun menerima di fasa pertama, mereka menzahirkan kesyukuran dan juga ucapan terima kasih di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar kerana melaksanakan i-PUSH ini, inisiatif ini untuk memberikan sokongan kepada usahawan-usahawan di negeri Pahang.

Sejak dilancarkan, jumlah keseluruhan penerima Skim i-PUSH ini bermula dari fasa pertama hingga ke fasa kedua adalah seramai 2,258 orang, yakni usahawan mikro. Maklumat pecahan bagi setiap daerah adalah seperti yang saya akan nyatakan iaitu pertama di daerah Kuantan, sebanyak penerima 801 penerima. Temerloh sebanyak 388 penerima. Bentong sebanyak 171, Pekan 167, Maran 163, Jerantut 144 dan juga Rompin penerimanya 133, Lipis 113 dan juga Bera 107 dan juga Raub 58 tapi Cameron Highlands ni hanya dapat 13 sahaja dan jumlah keseluruhan 2,258.

Berdasarkan rekod terkini Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, bidang perniagaan utama yang diceburi oleh pemohon skim i-PUSH ini terdiri daripada usahawan dalam bidang perkhidmatan penyediaan makanan dan juga minuman. Iaitu sebanyak 2,478 permohonan bersama dengan 43.4% daripada jumlah keseluruhan permohonan yang telah diterima. Untuk makluman semua Ahli Sidang Dewan, Penerima Pembiayaan i-PUSH ini diberikan tempoh moratorium selama satu tahun sebelum bayaran balik mula dikuatkuasakan.

Sehingga kini, semua penerima i-PUSH fasa satu dan juga fasa kedua tersebut masih tertakluk dalam tempoh moratorium yang diberikan. Sekian, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.

Speaker

Sila, soalan tambahan.

Soalan tambahan Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Terima kasih wakil kepada kerajaan di atas jawapan yang diberikan. Saya cuma ingin bertanya soalan tambahan saya ke… bidang usahawan yang paling ramai memohon Skim i-PUSH ini adalah daripada F&B er... makanan dan minuman. Bagaimana dengan bidang agropreneur ataupun usahawan tani di dalam pembiayaan permohonan Pembiayaan Mikro i-PUSH ini?

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih banyak ya kepada Yang Berhormat Beserah, terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Dato’ Sri. Program Agropreneur Muda ini dipanggil Agropreneur Muda, kita berkolaborasi bersama dengan pertanian, EXCO Pertanian bahawasanya ada Skim Agropreneur Muda iaitu skim dipanggil Agropreneur Muda iaitu geran... geran pemadanan bernilai RM20,000.00 ke… yang telah dibentangkan oleh EXCO Pertanian.

Sebab itu saya menjangkakan dalam F&B ataupun pemakanan yang dalam i-PUSH ini iaitu loan ataupun pinjaman bernilai RM3,000.00 ke RM10,000.00 sahaja. Maksudnya lebih daripada RM10,000.00 bolehlah berhubung ke jabatan-jabatan lain ataupun peminjam ataupun bank yang lain. So, ini inisiatif Kerajaan Negeri tanpa interest, islamic concept yang kita telah berikan kepada usahawan-usahawan yang bakal diterima pada yang dapat ini permohonan dan juga boleh diminta mengikut keperluan-keperluan yang telah ditetapkan oleh tatakelola yang telah diberikan untuk setiap usahawan-usahawan tersebut. Terima kasih banyak kepada Dato' Sri.

Speaker

Ini konsep mikro kreditlah yang dia bagi. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah selesai membincangkan 11 er... 11 pertanyaan dan jawapan sebelum saya bercadang untuk menempohkan, kita nak mengalu-alukan kehadiran pemerhati. Kita bagi satu tepukan sikit pada mereka ni, wakil daripada pemerhati daripada EXCO Kerja Raya dan Pengangkutan Kesihatan, wakil pemerhati daripada EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, pemerhati wakil daripada EXCO FELDA, Koperasi dan Usahawan. EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, ada wakil dia… dia nak tengok bos dia... okey tak okey. Wakil daripada Parti Perikatan Nasional. [Ahli Dewan menepuk meja]. Wakil daripada kawasan DUN Batu Talam. Wakil daripada kawasan DUN Panching. [Ahli Dewan menepuk meja]. Wakil rakyat dia tiada tapi wakil dia ada datang. Wakil kawasan DUN Beserah, patut DUN Beserah banyak bercakap hari ini, rupanya ada wakil dia, nak tunjuk saya bercakap di dalam dewan. [Ahli Dewan ketawa].

Wakil daripada Pejabat Pengurusan Pasir Pahang Berhad. [Ahli Dewan menepuk meja]. 8 orang wakil daripada Pemuda UMNO Indera Mahkota dan 9 orang wakil pelajar asasi daripada UnIPSAS, mahasiswa kita. [Ahli Dewan menepuk meja].

Terima kasih kita ucapkan kepada mereka. Beginilah caranya kita bersidang. Kita bersidang Dewan Negeri ini. Yang… Yang… Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bercadang untuk menempohkan persidangan pada pagi ini untuk minum pagi dan persidangan akan disambung semula pada pukul 11.30 pagi. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan pada jam 10.56 pagi]

[Persidangan disambung semula]

Sambungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan PahangMotion

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga: Sambungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian,

Di hadapan majlis adalah satu usul yang berbunyi bahawa,

“Dewan Negeri yang bersidang pada hari ini bersetuju menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berangkat menyempurnakan Titah Diraja kepada Dewan Negeri.

Usul tersebut telah di bawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang telah mendapat sokongan. Sekarang saya kemukakan usul… semula usul tersebut dalam perbahasan. Kita mempunyai 12 lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih lagi belum berbahas dan insya-Allah saya cukup yakin bahawa hari ini kita boleh selesaikan perbahasan usul dan pada hari esok er…Kerajaan boleh mula menjawab. Dengan ini, saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan er…Batu Talam untuk membahaskan usul tersebut. Silakan Wakil Batu Talam.

Bismillahirahmanirrahim, assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Terlebih dahulu saya ingin menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah atas titah ucapan perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ke-3 Dewan Undangan Negeri yang ke-13. Patik mendoakan agar Tuanku sentiasa dalam pemeliharaan Allah SWT.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pertumbuhan ekonomi sebanyak 10.8% pada tahun lalu. Ianya juga telah melepasi Indeks Nasional iaitu 8.7%. Maknanya kita di Pahang ini lebih daripada di peringkat ini nasional dan ini secara langsung jika dibandingkan negeri di Pantai Timur, Pahang adalah negeri yang yang terbaiklah dan tahniah kepada pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dan saya berharap agar di tahun ini kita dapat melonjak lebih lagi dan setara dengan negeri-negeri lain seperti Johor, Selangor dan juga ini… Pulau Pinang.

Saya juga ingin menarik perhatian bahawa KDNK di Raub telah pun mencapai sebanyak ini… 1 bilion iaitu sama dengan daerah Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Cameron Highlands sebanyak 1 bilion dan saya amat menyokong dengan Revolusi ini… Pertanian 4.0 kerana sebahagian besar daripada aktiviti di Cameron Highlands dan Raub adalah mengenai ini pertanian. Jadi dengan adanya Revolusi Pertanian 4.0 dan berteknologi terkini, ianya boleh menjadi ataupun menggerakkan daerah ini ke satu tahap yang lebih ini… baik lagi.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Tahniah juga kepada Kerajaan Negeri di atas kemasukan pelaburan yang dibawa kepada negeri ini lebih daripada RM16 bilion dan ini telah berjaya membawa pelabur, bukan hanya kita berjaya membawa pelabur, ini menunjukkan dengan kerajaan yang stabil dengan apa… pimpinan good governors. Jadi, insya-Allah segala perancangan ataupun pelaburan-pelaburan di negeri ini dapat dibangunkan dengan lebih hebat dan saya amat menyokonglah dengan dasar kerajaan sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi mewujudkan satu daerah satu industri dan kita akan lihatlah termasuklah apa… Raub ini.

Dalam perbahasan ini, saya ingin juga membawa sedikit isu di daerah ini… saya. Pertamanya ialah mengenai jalan. Infrastruktur jalan baru daripada Raub ke Slim River. Jalan ini sebenarnya telah dimasukkan di dalam beberapa Rancangan Malaysia (RMK) tetapi sentiasa dia bukan berpindah bertukar sehinggalah ianya masih lagi kekal di dalam Rancangan Malaysia yang ke-12. Jadi kita haraplah ada pihak kerajaan dapat membantu menyegerakan perancangan ini di mana ianya dapat sedikit sebanyak, dengan adanya jalan Slim ke… Raub ke Slim River ni dapat membantu membuka kampung-kampung yang berhampiran dan ia juga sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah kesesakan.

Maknanya daripada Slim River, daripada Perak, ia akan tembus ke er…Raub dan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesesakan. Di samping itu juga, ianya dapat membuka khususnya dari segi sektor sosio-ekonomi kepada kampung-kampung yang berdekatan. Jadi apabila terbukanya jalan ini, limpahan ekonomi ini akan banyak kepada daerah yang akan dilalui. Itulah, ini yang pertama.

Yang keduanya ialah mengenai jalan Centre Spine Road ni (CSR). Ianya bermula daripada Kuala Lumpur hingga ke Kota Bharu. Kita nampak jalan ini tidak… bukan tak ada tapi kurang exit dia apabila melalui apa ini… daerah Raub ini jauh sangat dia punya exit ni. Jadi saya mencadangkan supaya satu exit dibuat di kampung ini di Tanjong Raja yang mana jalan itu amat dekat dengan Cheroh, iaitu satu laluan yang telah diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa laluan baru ke Cameron Highlands adalah daripada Kuala Lumpur, Bentong, Raub, Sungai Koyan, Cameron Highlands. Jadi exit ni dia tidak pergi ke situ er…makna CSR ini dia tidak pergi menghala ke Cameron Highlands. Dia terus ke Kota Bharu. Jadi dengan er… permohonan saya itu, perancangan saya supaya exit di Tanjung Raja ini akan pergi ke Cheroh dalam 3 kilometer saja, 3 hingga 5 kilometer dan dari situ akan pergi ke Sungai Koyan.

Jadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun mudah balik kawasan. Kalau tidak dia berpusing sama ada dia nak pergi ke Lipis ataupun dari Raub itu melalui jalan yang agak panjang. Jadi kalau terbukanya jalan itu, lebih memudahkan untuk… mungkin pelancong-pelancong pergi ke apa… Cameron Highlands. Jadi ianya tidak secara langsung akan membuka lagi laluan limpahan kepada kampung-kampung yang berdekatan. Ini 10 kilometer di daerah Raub ini baru ada satu exit, satu di Batu Tiga kemudian di Jeram Besu er…di Jeram Besu, tiada exit. Er…Yang Berhormat Dato’ Sri Soffi ini nampaklah kawasan-kawasan itu. Jadi dengan adanya exit ini, ia amat mudah keluar Tanjung Raja pergi Cheroh kejap je dah sampai Cameron Highlands. Tapi lalulah juga Sungai Koyan itu. Jadi ini saya amat berharaplah kepada Kerajaan Negeri agar dapat membuka satu laluan ini dan ianya…

Yang di-Pertua (Speaker)

Dia dekat lagilah Yang Berhormat

Ha dekat sangat dekat

Yang di-Pertua (Speaker)

Dia makin dekat

sangat rasa rasa tak dan tukar gear kan. 3 4 mungkin sampai ke Sungai Koyan, tukar gear lagi terus sampai Cameron Highlands dah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Cameron Highlands

Dekat sangat

Yang di-Pertua (Speaker)

Makna masuk gear 4 Cameron Highlands

Gear 4 dah Cameron Highlands. Tuan Speaker ini, dia macam ADUN Lanchang juga.

Yang Berhormat Speaker,

Saya ucapkan terima kasihlah kepada ADUN Batu Talam. Tapi er…saya harap perkara ini, jangan tunggu Sidang Dewan baru YB Batu Talam bercakap. Baru ini kita ada perjumpaan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri er…dengan ketua-ketua jabatan dan juga team Pahang dengan team er…Putrajaya. Jadi kalau dibawa pada masa itu, benda itu dah di dalam perancangan dah. Ini bawa dalam Dewan, lepas itu nak tunggu… dia lambat proses itu. Jadi untuk mempercepatkan perkara ini saya harap Yang Berhormat Batu Talam boleh buat surat bawa dalam Mesyuarat JKPTD sertakan dengan plan sekali. Sebab tadi disebut Tanjung Raja. Saya pun confuse sebab di Cameron Highlands Kampung Raja, Kampung Raja. Ini Tanjung Raja di Raub ya YB?

Jadi kalau kita tahu, kita boleh ambil tindakan yang sewajarnya. Sebab memanglah lagi cepat saya boleh balik ke kawasan lagi bagus, lagi dekat dan juga YB Batu Talam dapat lah juga practical mileage untuk dia. Dia pun hendak ada kepentingan tu juga Yang Berhormat. Terima Kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat penjelasan. Sila teruskan wakil Batu Talam.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato' Sri. Itu yang kedua. Yang ketiganya adalah mengenai ECRL, yang mana daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu juga, kereta api laju. Yang saya nampak ianya ada satu stesen sebagaimana yang disebut oleh wakil kerajaan akan bangunkan di Bentong. Jadi saya mencadangkan satu laluan baru kereta api laju ini, daripada Bentong dia pergi ke Lipis. Kerana apa? Laluan kereta api pantai timur ini dia tak pergi ke sebelah sini. Maknanya kalau dari utara daripada apa… Kedah-Perak ini dia akan turun ke Segamat dulu dan baru dia naik ke Kuala Lumpur. Jadi kalau Bentong-Lipis ni dah dekat. Bentong-Lipis dekat. Makna dengan ada laluan baru mana esok di macam bas ekspres juga. Makna ada Kuala Lumpur-Kuala Lipis. Esok keretapi laju daripada Kuala Lumpur ke Kuala Lipis melalui Bentong.

Jadi saya mencadangkan agar kerajaan merancang agar mewujudkan satu laluan baru kereta api laju ini kereta api East Coast Rail Link ni ECRL daripada Bentong ke Lipis. Tapi saya tak sebut Raub lagi tapi biasanya kalau dia nak ikut mana lagi dia mesti ikut Raub juga. Maknanya Raub dapat juga lah limpahannya Dato' Sri MB. Makna dengan itu, ianya dapat menggerakkan lagi sosioekonomi ataupun pengangkutan awam daripada Pahang ke ini… ke Kuala Lumpur. Jadi kalau ada itu kita boleh dapat membayangkan yang mana pada tahun lepas, kerajaan pun telah meluluskan Geopark di Kuala Lipis.

Jadi kita nampak lah pelancong. Pelancong yang dari Kuala Lumpur ini boleh naik keretapi laju terus ke Kuala Lipis. Jadi inilah yang saya nampak sebahagian daripada infra jalan yang boleh menggerakkan lagi negeri Pahang ini ke arah satu negeri yang aktif di dalam pembangunan-pembangunan khususnya dalam... dalam konteks ini jalan ataupun pengangkutan.

Itulah sedikit sebanyak apa… pandangan saya. Saya berharaplah antara ini dapat difikirkan oleh kerajaan dapat menyokong dan membantu daerah ini… Pahang Barat ini lebih maju lagi ataupun membangun lagi. Jadi itu sahaja Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dengan ni saya menyokong Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Titah Diraja sempena perasmian Dewan. Sekian, Assalamualaikum WBT.

Speaker

Terima kasih wakil daripada Batu Talam. Seterusnya kita silakan wakil daripada Beserah. Batu Talam menepati masa. Tahniah.

Bismilahirrahmanirahim. Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker di atas kebenaran dan ruang yang diberikan kepada saya bagi sama-sama mengambil bahagian di dalam membahaskan dan juga menjunjung kasih di atas Usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri Besar di atas titah yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda pada pembukaan Dewan hari isnin yang lalu. Sesungguhnya apa yang di Titahkan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda adalah memberikan satu rangsangan yang baik kepada kita semua serta memberikan satu loncatan ataupun peluang untuk kita meneroka ke arah sistem atau perkara yang lebih baik seperti mana… seperti yang kita harapkan.

Apa yang menarik dalam titah Paduka Baginda pada hari Isnin yang lepas adalah berkaitan dengan seruan supaya kita mempermudahkan urusan pelaburan asing

ataupun pelaburan tempatan di dalam membuka perniagaan mereka, meneroka peluang perniagaan dan pelaburan di dalam negeri Pahang. Apa yang saya nak sentuh di sini adalah Pahang ini adalah negeri yang paling luas di di Semenanjung. Sudah semestinya negeri yang paling luas di Semenanjung ini memberikan impak yang besar kepada seluruh Semenanjung ini dan kita nak bawa kepada bagaimana industri revolusi 4.0 kepada 5.0 ke arah perolehan tenaga yang boleh diperbaharui.

Ini adalah transition yang sedang berlaku sekarang ini di mana dunia sedang berdepan dengan suasana yang tidak menentu dari segi iklim ataupun perubahan cuaca dan oleh kerana Pahang ini Allah kurniakan satu negeri yang paling besar dan luas, maka kita perlu ambil peluang ini adalah advantage terbaik untuk kita bersama-sama terlibat di dalam meneroka peluang baru ke arah pengeluar ataupun ke arah negeri yang menyumbang kepada renewable energy yang baik untuk Semenanjung Malaysia ini.

Saya bagi satu contoh, dalam pelancaran National Energy Transition Roadmap, dengan izin, yang dikemukakan pada baru ini, negara mensasarkan aspirasi negara pada tahun 2040 menjadi pengeluar karbon paling rendah, menjadi negara pengeluar karbon rendah berbanding sekarang dan nilai pelaburan yang perlu ada sehingga ke arah itu adalah sebanyak 415 bilion dolar. Menunjukkan bahawa ini adalah satu potensi ataupun satu peluang yang besar yang perlu kita ambil, ambil peluang ini kerana kita negeri paling besar.

Antara perkara yang ditekankan dalam Renewable Energy Transition Roadmap ini adalah berkaitan dengan penjanaan tenaga elektrik menggunakan solar. Kita tahu negeri kita negeri luas, tanah luas. Saya cadangkan peluang yang ada ini kita ambil supaya kita jadi negeri pengeluar tenaga solar terbesar di Semenanjung kerana kita ada tanah yang terbiar yang milik kerajaan, kita boleh guna dan usahakan. Kemukakan atau tawarkan peluang kepada pelabur-pelabur yang berkaitan dengan renewable energy ini supaya mereka boleh meneroka peluang ini. Kita ada tasik yang luas, kita ada floating solar farm sekarang ini. Teknologi Panel Solar Terapung.

Maka ini juga peluang yang besar. Maka saya menyarankan pihak kerajaan supaya melihat perkara ini sebagai satu perkara yang serius kerana kita bergerak seiring dengan aspirasi negara ke arah negeri yang mengeluarkan karbon yang rendah. Kita besar tapi karbon kita rendah. Jadi kita kena pelihara alam sekitar yang ada di samping itu kita mengeluarkan sumber tenaga yang… yang boleh diperbaharui menggunakan sumber bukan berasaskan kepada fossil fuel, dengan izin, bukan berasaskan kepada oil and gas atau natural gas tetapi berasaskan sumber biodiversiti dan juga sumber natural yang ada.

Yang kedua, kita ada beberapa advantage juga dalam teknologi mobility yang kita kata Green Mobility iaitu kita ada Taman Industri Automotif di Pekan, yang besar. Kita ada kawasan industri Gebeng yang juga luas serta berteknologi tinggi, yang mempunyai kemampuan untuk menjana dan juga menghasilkan satu sistem ataupun satu pengeluaran kepada kereta berasaskan green energy, electric atau hydrogen

Speaker

Dipanggil EV, Electrical Vehicle.

Electrical Vehicle. Kerana dengan kehadiran kawasan perindustrian automotif di Pekan kita dah ada teknologi automotif dan kawasan perindustrian Gebeng yang ada

teknologi ke atas… ke atas komponen-komponen yang boleh menghasilkan electrical vehicle ini maka kenapa tidak kita ambil peluang ini menjadikan Pahang sebagai hub pengeluar EV untuk tahun mungkin 10 atau 15 tahun daripada sekarang. Jangkaan yang dikeluarkan adalah kerajaan menyasarkan, kita menyasarkan bahawa pada tahun 2030 di atas jalan raya ini akan ada 125,000 EV dalam satu masa. Maknanya, dia adalah satu prospek yang besar untuk pengeluar kenderaan EV ini untuk tempoh 5 tahun, 10 tahun daripada sekarang kita akan lihat jalan raya kita akan dipenuhi oleh electrical vehicle. Maka kita ada asas itu…

Speaker

Kita boleh jual bateri.

Kita ada kilang bateri di Gebeng yang juga terlibat dalam proses menghasilkan, membekalkan bateri untuk electrical vehicle kepada syarikat-syarikat yang mengeluarkan sekarang. Dan di Pekan, kita ada assembly, kita ada pemasangan kenderaan, maka kita combinekan, gabungkan dia menjadi kita sebagai pengeluar terbesar EV dalam negara ini. Itu yang saya…

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Minta celah sikit.

Hah… sila.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Emm… terima kasih ADUN Berserah. Baru-baru ini kita ke Qinzhou saya dengan Dato’ Nizar, kita sedang… sudah jumpa dengan satu invester EV yang akan datang pada minggu depan. Okey, so harap-haraplah kejayaan kita ke China ni berjaya dapat err… apa ni, perindustrian ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat di atas pencerahan yang diberikan. Jemput saya kalau dia datang boleh juga, kita boleh bagi idea sedikit, peluang untuk kita berkongsi idea ataupun pandangan yang boleh membantu mempercepat. Cuma saranan Kebawah Duli Paduka Baginda supaya kita mempermudahkan, kurangkan kerenah birokrasi di dalam memberikan kelulusan pelabur-pelabur ini untuk meneruskan pelaburan mereka.

Kadang-kadang pelabur-pelabur ini, ya bukan kadang-kadanglah, memang business ni times is gold, masa itu sangat berharga bagi mereka. Kalau kita lewatkan permohonan mereka, kelulusan seminggu pun dia akan ubah fikiran. Dia akan pergi ke lokasi lain. Maka kerenah birokrasi yang disentuh oleh Kebawah Paduka Baginda itu perlu diambil perhatian supaya kita jadi lebih mesra kepada pelabur-pelabur termasuk pelabur domestik.

Saya juga ingin menyentuh tentang peluang yang perlu kita ambil bila kita ada joint partner. Kita ada MCKIP, Malaysia-China Kuantan Industrial Park. Kita ada CMQIP,

China-Malaysia Qinzhou dia panggil apa... “Qinzhou” Qinzhou Industrial Park di China. Kita telah membuka peluang yang besar kepada syarikat daripada China datang melabur di sini. Kita menghargai pelaburan mereka kerana banyak beri peluang dan boleh memberi kesan hiliran kepada peniaga-peniaga tempatan yang lain.

Tapi dalam masa yang sama, kita perlu juga melihat apa yang kita boleh guna atau ambil peluang bila kita boleh keluar daripada Kuantan pergi ke China. Apa yang saya maksudkan adalah, semalam kita… saya bangkitkan di Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP), 20% tenaga kerja dia adalah datang daripada China. 20% makna kalau dia ada 3,000 pekerja, 600 adalah pekerja daripada China yang memegang jawatan pengurusan tertinggi dan juga pertengahan.

Orang kita hanya sebagai pekerja-pekerja yang supervisor, supervisory pengurusan bawahan. Kenapa tidak kita melabur di China, work up perindustrian kita, syarikat syarikat tawarkan dan kita eksport tenaga kita pula ke sana. Mungkin kalau kata… perlukan 1,000 pekerja di China, kita boleh hantar 30 orang, 40 orang pun, itu telah memberikan kesan yang besar kepada kita memberikan peluang tenaga manusia kita, dihantar ke luar negara dan menyumbang untuk kemajuan-kemajuan syarikat dia dan juga kepada negeri itu atau negara kita.

Saya sentuh ini kerana mungkin seperti mana dijawab oleh Pihak Kerajaan, kesukaran untuk nak membuka perniagaan di… di China. Kita tahu dan kita sedar nak bersaing dengan China ini bukan satu perkara yang… yang mudah. Dia giant, dia besar, dia gergasi ekonomi. Dia mengawal segala-galanya. Namun kita cari kaedah bagaimana kita boleh bersama dengan mereka. Joint venture contohnya.

Maknanya kita tak boleh pergi sendiri, macam mereka datang sini, dia sendiri. Dia tak mahu joint dengan orang lain. Tetapi kita ke sana, kita cari company yang sanggup bersama, buat usaha sama, sekurang-kurangnya ada tenaga, talent, bakat daripada Malaysia berkhidmat di negara China. Kalau tidak boleh joint venture, kita buat, kita perlu juga ada insentif daripada negara untuk kita melabur di luar dan memberi peluang pekerjaan kepada tenaga kita di luar negara.

Ini pandangan yang… yang saya boleh kemukakan, cadangan yang saya kemukakan untuk penambahbaikan hubungan dua hala. Kita… memang kita tahu MCKIP ini China akan datang tapi kita di China tu, kita ada kawasan kita di sana, tapi kita tidak buka ruang sebesar dan sebaik mungkin untuk kita menyumbang kepada negeri dan negara di China itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, er… Tuan Speaker,

Saya beralih kepada isu kawasan saya. Pertama sekali adalah berkaitan dengan infrastruktur. Kawasan saya ni adalah kawasan pintu masuk sempadan Terengganu. Infrastruktur jalan raya di kawasan saya masuk je sempadan itu, dia beri imej yang tidak baik kepada negeri Pahang. Daripada Terengganu masuk sempadan, ada pintu gerbang cantik, jalan dia pula. Dulu ada orang buat, buat apa ini cerita, kalau tertidur naik bas itu, bila terjaga tuh… tau dah itu Pahang. Menunjukkan keadaan jalan raya yang, yang tidak… tidak selesa dan saya bangkitkan ini kerana ianya telah berlarutan sekian lama.

Tidak ada penambahbaikan untuk nak menyelesaikan masalah jangka masa panjang atau terlalu perlahan serta langkah yang diambil sementara ini, dia tidak mampu menyelesaikan, dia akan berulang balik dan dia menjejaskan bukan sahaja kelancaran perjalanan tapi keselamatan pengguna jalan raya. Banyak kemalangan berlaku,

kerugian harta benda pengguna disebabkan oleh kerosakan jalan ini dan laluan ini laluan yang saya sebut laluan yang er… trafik yang heavy, yang sesak sepanjang hari kerana itu, laluan pekerja industri. Ribuan pekerja industri menggunakan setiap hari laluan tersebut. Maka ini membuka kepada punca-punca kemalangan jalan raya berlaku. Antaranya infrastruktur jalan raya bukan sahaja rosak tapi…

Mohon mencelah.

Sila Yang Amat Berhormat.

Yang Berhormat Speaker,

Kita tahu isu jalan ini, sama ada jalan persekutuan ataupun jalan negeri, memang menjadi satu isu yang sering mendapat perhatian netizen. Ekoran daripada itu yang menjadi serius ialah jalan persekutuan. Jalan negeri di bawah MARRIS memang telah diakui banyak yang telah dapat kita selesaikan sebab kita mempunyai peruntukan yang cukup dan isu yang sekarang ini ialah jalan persekutuan.

Kerajaan Negeri sangat menyedari apa yang dibangkitkan oleh ADUN Beserah tadi. Bukan sahaja di Beserah, banyak tempat ke Rompin, err… ke Pekan dan sebagainya dan ekoran daripada itulah setiap kali mesyuarat, terutamanya apabila saya mesyuarat MB-MB dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya bangkitkan perkara ini dan yang terakhir ialah apabila kita ada mesyuarat dengan PMX, PM… PMX di Kuantan baru-baru ni.

Sebelum tu saya, saya bersama dengan SS, bersama dengan SFINO, PAIP, PTG tak silap saya, kami telah berkunjung ke pejabat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dua isu je yang saya bawa. Yang pertama pasal jalan persekutuan, yang kedua pasal air. Isu dia untuk makluman Ahli Dewan ini, setiap kali kita minta, yang saya bangkitkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri katalah untuk membaiki naik taraf jalan persekutuan ini RM500 juta contohnya, Kerajaan Persekutuan bagi RM150 juta, RM100 juta, jadi dia… dia jadi backlog, backlog. Saya bangkitkan perkara ini. Tidak seperti mana jalan negeri di bawah MARRIS, peruntukan cukup.

Yang Amat Berhormat menyedari, pada masa itu pun saya bawak dalam RM480 juta permohonan dan cuma diluluskan RM160. Boleh confirm dengan Pengarah JKR. Saya bulatkan angkalah RM160 juta. Mungkin 1.5 something gitulah …. satu, hah… RM157 kira tak gagallah. Saya kata 160, ingatan okey lagilah. Maknanya ini, saya harap semua ni kena faham. Jangan labelkan yang Kerajaan Negeri tak buat apa-apa, tidak berusaha dan sebagainya. ‘ Kita dah buat sehabis baik tetapi Kerajaan Persekutuan, kita nak RM500 juta bagi RM157 juta, sudah tentu ada backlog ya. ADUN Beserah pun kawan saya ya, dan seratus lima puluh… RM157 juta tersebut, saya dah bagitau kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya kata tak cukup, ini orang balun saya ini, Kerajaan Negeri ni. Dia kata “MB tunggulah”, dia kata. Tunggu ekonomi ada, duit ada, saya akan bagi lagi. Jadi kalau sekiranya kita dapat lagi ya...kalau sekiranya dapat…

Speaker

Makna nak ambil dululah Yang Amat Berhormat ya.

Speaker

Yang ada itu ambil dulu.

Hah… dah ambil dah.

Speaker

Ambil dah...[ketawa]

Dah ambil dah, dan kita dah buat, kita tak tunggu dan kalau sekiranya dapat lagi tambahan, ini bukan janji. Tagline saya. Err...apa…Tiada janji, lihat bukti. Priority yang pertama di kawasan Beserah.

Speaker

Pintu masuk.

Pengarah JKR, Wakil JKR, tolong tengok ya. Tengok, kalau dapat lagi RM200 juta tu, bukan RM200 juta bagi semua. Dak, saya letaklah kat Batu Talam skit. Saya tengok Batu Talam, dia tak berapa selesa sikit. Maknanya kita letak dekat situ. Saya bukan apa sebab memang betul apa yang dikatakan oleh ADUN Beserah tadi kemudian ramai pemerhati daripada Beserah hari ni. Jadi kita jagalah kawan kitakan. Jadi yang itulah Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Terima kasih banyak.

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Makna saya tadi cakap itu betullah belajar dari Menteri Besar. Sila, teruskan.

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Terima kasih di atas penjelasan. Itulah yang saya jawab kepada pengadu-pengadu bila mereka komplen tentang jalan. Saya kata dah ada perancangan dan mengikut fasa dan mengikut keupayaan kewangan. Itu jawapan yang kita boleh bagi. Tetapi kalau setiap kali dia tanya jawapan yang sama tu, payah juga kita nak jawabnya. Jadi itu yang penjelasan Yang Amat Berhormat itu tadi memberikan satu ruang dan juga orang kata untuk beri peluang kita baiki keadaan. Kita dah tahu ada masalah dan kita perlu perbaiki mengikut kemampuan yang kita ada.

Seterusnya adalah berkaitan dengan keselamatan juga. Nelayan-nelayan. Saya sekali lagi bangkitkan muara sungai, tempat nelayan masuk keluar pergi tangkap ikan ini. Adalah penting kerana itu laluan mereka, laluan utama mereka keluar masuk. Sekiranya muara itu semakin cetek, mereka tak boleh masuk, tak boleh keluar kalau air surut. Jadi menjejaskan aktiviti harian penangkapan ikan ini. Jadi ikan pun jadi kurang, jadi mahal. Kita juga susah. Dan ianya telah dibangkitkan juga sekian lama. Lebih memburukkan keadaan, apabila kita ada aktiviti pengorek… pengambilan pasir berhampiran dengan muara. Itu lebih memburukkan keadaan sehingga boleh menjejaskan bukan sahaja keselamatan nelayan tetapi keselamatan setempat itu.

Apabila ombak besar datang, beting pasir yang melindungi jeti dan juga kampung itu juga telah habis kerana dikorek pasirnya, dia akan memberikan ombak apa ini… air pasang besar dan ombak besar akan membadai atau menghentam perumahan dan juga harta benda yang ada berhampiran. Maka saya harap kebenaran mengorek pasir muara sungai ini, kita hentikan supaya tidak mengganggu dan memburukkan lagi keadaan muara sungai yang sedia cetek di kawasan saya, di muara Sungai Ular, contohnya adalah merupakan yang paling kritikal buat masa ini. Saya harap ada… ada…

Speaker

Boleh…boleh gulung Yang Berhormat.

Gulung dah? Seterusnya berkaitan dengan PAIP juga. Satu perkara yang saya kena bangkitkan juga di sini. Kalau kita tengok dalam aduan media sosial mereka, inisiatif orang ramai buat Facebook “PAIP Pahang Buat Hal Apa Hari Ini”. Ada Facebook. Menunjukkan bahawa luahan daripada pengguna ini perlu kita ambil perhatian dan perlu kita tangani dengan cara yang lebih berhemah. Antara aduan yang paling banyak saya tengok di sini adalah aduan call tak angkat. Ini… kita tak perlu tunggu tarif air naik, nak angkat telefon. Kita tak perlu tunggu ini… sebab kita mesti ada KPI dan saya yakin PAIP ada KPI. Berapa kali, berapa saat, telefon berbunyi mesti angkat. Tapi kalau ini aduan yang diberikan oleh rakyat, maka kita menunjukkan bahawa kita tidak responsif kepada aduan.

Yang kedua. Lambat tindakan. Itu mungkin sebab mungkin perlukan kos, modal dan sebagainya untuk nak perbaiki. Tukar meter, bil naik. Ini juga adalah aduan yang…yang berlaku, dan dalam masa yang sama banyak masalah yang kita tidak tidak dapat beri penjelasan kepada rakyat, kepada orang pengguna. Kenapa kita tak boleh selesai. Contohnya di kawasan saya, ada satu kawasan Taman, Taman Balok Jaya Dua. Mengalami masalah tekanan air dah sekian lama, bertahun-tahun. Menjejaskan rutin harian penduduk di situ. Pukul 3 pagi kena bangun basuh kain sebab air tak naik. Kalau dia tak buat maknanya dia tak boleh basuh. Pukul… kena tadah air. Kadang-kadang tak dapat, tak penuh tangki. Anak nak bangun, anak nak mandi pergi sekolah, air tak ada, dan ianya telah di buat aduan beberapa kali. Banyak kali.

Bila kita tengok masalah dia, kita berhubung dengan pihak PAIP, mereka datang tengok, tekanan air ada. Tekanan air cukup tapi tak boleh nak tambah tekanan kepada kawasan itu kerana paip lama. AC pipe, dan dia tak jauh. Dia tak panjang, beberapa ratus meter sahaja. Tak sampai pun dalam dua ratus meter. Maka inilah yang perlu dijelaskan kepada… kalau kita tak ada kewangan, kena jelas kepada pengguna, kepada penduduk. Saya cuba aturkan pertemuan dengan KRT, wakil penduduk dan

juga PAIP. Dah bersetuju tapi akhirnya dibatalkan pertemuan tersebut atas arahan orang atasan.

Yang inilah sikap yang perlu kita atasi yang perlu kita ubah supaya profesionalisme urusan berkenaan pengguna, tidak ada politik di dalamnya. Siapa sahaja yang membantu untuk menyelesaikan masalah rakyat. Agensi-agensi yang berdepan dengan rakyat secara langsung ini perlu mengambil tanggungjawab ini bersama. Tak kiralah siapa pun yang terlibat. Jadi saya harap kita kena ubah sedikit cara kita untuk berurusan dengan pengguna-pengguna yang secara langsung ini. Itu PAIP.

Yang kedua pasal kawasan saya adalah pasal Majlis Bandaraya Kuantan. Saya di diberikan satu borang ini “Penyata Pemunya Penyewa” di kawasan saya, tak pasti di Kuantan, kawasan lain ada tak. Jabatan Penilaian Majlis Bandaraya Kuantan letak dalam peti surat. Katanya diedarkan oleh pihak konsultan. Cuma tidak ada maklumat. Borang ini untuk apa di isi? Apa tujuan borang ini diedarkan kepada penduduk sekitar? Adakah untuk tujuan penilaian semula cukai pintu… cukai taksiran? Ataupun untuk tujuan apa? Itu yang pertama. Sebab itu penduduk pun… saya nak tanya berapa banyak respons yang diterima oleh MBK tentang… dapat kembali borang ini? Itu yang pertama, sebab penduduk tertanya-tanya, borang ini siapa bagi, untuk apa di isi?

Yang kedua, borang ini perlu diserahkan sendiri di tingkat 8, Bahagian Penilaian Harta Jabatan Majlis Bandaraya Kuantan. Dahlah kita kena isi, kena hantar kat Majlis Bandaraya Kuantan. Satu lagi yang menyukarkan orang dan tak akan ada respon yang baik. Sekarang ni kita teknologi baru banyak, WhatsApp boleh, bagi nombor supaya dihantar, isi, scan, ambil gambar, WhatsApp boleh, pdf, e-mel boleh, Telegram boleh. Maka lebih mudah, maka kita akan dapat respon yang lebih baik.

Permudahkan urusan rakyat dan ini penting kerana dalam ni dia sebut ini, “kalau tak kembali dalam masa dua minggu, boleh denda tidak lebih dua ribu atau penjara selama tempoh tidak lebih enam bulan”. Hah, ini mengerikan. Sebab bila orang baca ini, dia jadi satu perkara yang banyak salah tafsir akan berlaku dan kita perlu permudahkan urusan rakyat. Apatah lagi dalam keadaan dan suasana hari ini, kita tak perlulah guna terlalu banyak manual ataupun terlalu er… perkara yang berkaitan dengannya.

Akhir sekali untuk kawasan saya, nak gulung dah ini. Klinik Kesihatan Sungai Ular. Alhamdulillah, kita dah ada klinik kesihatan yang baru di situ. Baik tapi suasana dia masih lagi dalam… sebab dulu dia hanya klinik desa. Kemudian kita ke klinik kesihatan. Saya difahamkan telah ada bajet untuk buat wad bersalin, klinik… jadikan ia sebagai klinik bersalin. Hari ini orang di Beserah nak bersalin, dia kena pergi Kemaman atau pun datang Kuantan. Sebab di kawasan saya sebab tidak ada klinik bersalin berhampiran di situ, maka cadangan mengadakan klinik bersalin di… wad bersalin di Klinik Kesihatan Sungai Ular. Saya sambut baik, cuma pelaksanaannya perlu disegerakan sebab saya rasa bajet dia dah ada. Cuma tak tahu di mana kekangannya sehingga dia menyukarkan pelaksanaan. Apa tu perancangan tersebut.

Akhir sekali, Dato’ Sri Speaker. Satu lagi. Baru-baru ni di bulan puasa. Bulan puasa berlaku kebakaran. Musim panas, kebakaran hutan sekitar kawasan saya…

Speaker

Dekat setengah jam dah, Yang Berhormat.

… yang… yang memberikan satu, sedikit er… orang kata apa… ketidakpuasan hati di pihak kami terutama sekali bila melihat pasukan Bomba dan penyelamat telah berusaha keras untuk memadam. Bulan puasa musim panas, telah seminggu berlarutan tapi tidak ada usaha untuk bantu mereka mengurangkan atau mengawal kebakaran tersebut. Sedangkan kita, pihak respons bencana ini, dia ada aset, dia ada…ada helikopter yang boleh bantu gunakan… bantu Bomba ni. Mereka ni dah tidak ada cara.

Maka kita boleh gunakan aset ini untuk bantu mereka, padamkan gunakan helikopter. Padamkan kebakaran itu menggunakan kaedah terbaik sebab di dalam hutan, memang payah untuk nak access. Maka kita aset yang ada itu jangan sampai seminggu lebih, baru nak…kita nak... nak cari jalan dan juga tidak ada usaha. Maka kalau sekiranya ada bencana, kita ada aset, kita perlu kerahkan, keluarkan gunakan aset ini supaya dia tidak melarat. Kebakaran ataupun bencana itu dapat dikawal dengan segera.

Saya rasa itulah yang dapat saya sampaikan. Terima kasih Dato’ Sri Speaker bagi masa dan laluan pada saya. Saya mohon menyokong

Speaker

Terima kasih Wakil daripada Beserah. Dijemput Wakil daripada Ketari.

Su Keong SiongDAP · PHKetari

Salam sejahtera dan salam perpaduan. Dato’ Sri Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada Ketari dan membenarkan saya membahas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang bersempena dengan Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-3 Dewan Undangan ke-15 pada 6 Mei 2024 yang lalu. Saya merafak sembah... sembah dan menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang telah menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang ke-15. Saya mengalu-alukan Titah ucapan Tuanku yang antara lainnya menitik berat perihal tadbir urus yang baik, akauntabiliti, ketirisan dan integriti setiap anggota pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang dan juga isu prestasi perlaksanaan projek pembangunan di bawah Rolling Plan Ke-3 Rancangan Malaysia Ke-12.

Dato’ Sri Speaker,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail serta anggota pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang atas kejayaan memperolehi kutipan hasil sebanyak RM1.306 bilion dengan sumbangan yang paling besar daripada kutipan hasil cukai tanah sebanyak RM740.35 juta. Dengan peningkatan hasil Kerajaan Negeri, pentadbiran Kerajaan Negeri dapat menjalankan lebih banyak projek pembangunan dan juga memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat negeri Pahang. Saya penuh yakin Kerajaan Perpaduan negeri Pahang dengan pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan terus menumpu perhatian sepenuhnya dan komited dalam usaha membangun negeri Pahang ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan tema “Pahang Prihatin, Rakyat Makmur”.

Dato’ Sri Speaker,

Izinkan saya mengambil peluang dalam perbahasan Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang untuk membangkit beberapa isu berkaitan dengan kawasan saya Ketari. Yang pertama adalah infrastruktur pembekalan air paip. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pengurusan PAIP Air Pahang yang telah menunjukkan peningkatan yang ketara di mana PAIP telah mencatat keuntungan bersih bagi tahun kewangan yang berakhir Disember 2023. Pencapaian ini harus dipuji kerana PAIP telah mencatat keuntungan setelah saban tahun mengalami gross loss gross profit kepada net profit untuk tahun 2023.

Saya amat yakin dengan komitmen dan usaha pengurusan tadbir urus yang baik, PAIP akan kekal menjadi sebuah syarikat yang punyai kewangan yang kukuh untuk memberi perkhidmatan bekalan air yang baik dan cemerlang kepada pengguna pengguna PAIP. Saya amat berharap dengan prestasi yang baik dan cemerlang, PAIP terus mencapai kecemerlangan prestasi dan mampu memberi fokus dalam menyediakan kerja-kerja perbelanjaan modal CapEx terutamanya penggantian paip lama demi memberi bekalan air yang lebih baik dan berkualiti.

Dato’ Sri Speaker,

Saya amat bangga apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pada hari pertama Persidangan Dewan mengambil peluang untuk menjawab isu berkenaan dengan masalah bekalan air di bawah pengurusan PAIP. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar amat prihatin terhadap masalah pembekalan air dan sentiasa hands-on dalam usaha menangani masalah bekalan air agar perkhidmatan bekalan air terus ditingkatkan dari masa ke semasa.

Dato’ Sri Speaker,

Saya sebagai ADUN kawasan DUN... ADUN kawasan Ketari ingin membawa perhatian Dewan Yang Mulia berkenaan isu kebocoran paip air di dalam kawasan saya, terutamanya di kawasan Janda Baik. Gangguan bekalan air kerap berlaku dan adalah merupakan satu masalah yang hampir berlaku setiap hari di kawasan Janda Baik. Punca masalah kebocoran paip air kerap berlaku adalah kerana disebabkan keadaan paip yang uzur, usang yang perlu digantikan seperti yang dinyatakan oleh Amat Berhormat Menteri Besar iaitu menggantikan paip-paip AC kepada MS.

Kita faham bahawa kerja-kerja penggantian paip- paip ini memerlukan peruntukan yang besar dan saya juga faham bahawa usaha-usaha sedang dijalankan untuk menggantikan sistem pembaikan perpaipan yang uzur dan usang di kawasan Janda Baik ini. Kami telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri dalam jawapan beliau di Parlimen pada 23 Mac 2023 bahawa PAIP akan melaksanakan kerja-kerja penggantian paip AC sedia ada untuk kawasan Janda Baik dengan kos sebanyak RM4.2 juta yang telah diluluskan oleh SPAN. Kerja-kerja penggantian paip ini dijangka akan bermula pada suku ketiga tahun 2023 dan dijangka siap pada tahun Disember 2024.

Dato’ Sri Speaker,

Malangnya, kini kita dimaklumkan bahawa pelaksanaan projek penggantian paip-paip AC di Janda Baik telah ditangguhkan kerana masalah bekalan air di Janda Baik adalah dianggap tidak kritikal berbandingkan dengan kawasan lain. Saya difahamkan bahawa

projek penggantian paip di Janda Baik tidak akan disempurnakan sehingga awal tahun 2027. Dengan rendah diri Dato’ Sri Speaker, saya tidak setuju bahawa masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk Janda Baik adalah dianggap tidak kritikal kerana kawasan Janda Baik adalah merupakan salah satu destinasi pelancongan eco-tourism yang terkenal di negeri Pahang.

Pelancongan adalah merupakan satu tarikan eco-tourism dan merupakan sumber pendapatan utama untuk kawasan Janda Baik. Pada musim perayaan ataupun musim cuti, ia pesat dengan pengunjung-pengunjung dari luar negeri dan luar bandar untuk menikmati kawasan peranginan dengan tempat berkelah dan homestay yang terkenal. Selain daripada itu, dengan kenaikan kadar tarif air baru baru ini, ia telah meningkatkan expectation dengan izin, expectation pengguna-pengguna yang mengharapkan perkhidmatan yang lebih baik daripada pihak PAIP kepada pengguna terhadap... dengan kenaikan taraf air tersebut.

Kita semua faham bahawa tarif air di negeri Pahang tidak pernah naik selama 40 tahun dan juga kenaikan tersebut adalah dijalankan di seluruh negara. Namun, dengan kenaikan tarif-tarif air ini, kita berharap kenaikan tarif air ini akan meletakkan PAIP ke atas kedudukan kewangan yang lebih kukuh bagi memastikan PAIP berdaya saing dalam kerja-kerja menyediakan perbelanjaan modal CapEx sepertimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Selanjutnya, kebocoran paip air yang sering berlaku ini boleh menyebabkan kerugian dari segi kewangan di mana kehilangan sumber kewangan dari non-revenue water yakni iaitu air tidak berhasil yang merupakan satu isu yang harus diminimakan oleh PAIP. Kekurangan pembaziran melalui air tidak berhasil juga akan mengurangkan kos rawatan air bersih yang dibekalkan kepada pengguna-pengguna PAIP.

Adalah diharapkan bahawa masalah gangguan bekalan air di kawasan Janda Baik dapat diselesaikan dengan secepat mungkin kerana ia amat menjejaskan ekonomi tempatan selain daripada menyusahkan penduduk-penduduk setempat dengan kekerapan gangguan bekalan air terutamanya di musim cuti dan perayaan jika gangguan ini berterusan. Di sini saya berharap pihak Kerajaan Negeri bersama dengan PAIP mengambil perhatian berkenaan isu ini dan berusaha untuk mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Aset Air Berhad, PAAB agar projek penggantian paip lama di Janda Baik dilaksanakan dengan secepat mungkin.

Saya amat berharap masalah yang dibelenggui penduduk-penduduk dapat... Janda Baik... dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Izinkan saya merakamkan di dalam Dewan Yang Mulia ini bahawa pihak PAIP Bentong memang selalunya mengambil langkah yang secepat mungkin untuk membaiki kebocoran ataupun aduan yang dibuat oleh pejabat saya. Tapi masalahnya paip-paip yang lama ini perlu diganti dengan segera.

Isu yang kedua adalah perhidmatan... pelaksanaan Perkhidmatan Rel Hubungan Pantai Timur iaitu ECRL. Sepertimana pengangkutan umum, projek ECRL yang giat dilaksanakan dan adalah dijangkakan akan beroperasi mulai Januari 2027. Mudah-mudahan dengan penyempurnaan dan pelaksanaan perkhidmatan ECRL sepanjang 665 kilometer pada tahun 2027, ia akan memacu aktiviti komersial menarik pelaburan, meningkatkan peluang pekerjaan dan merangsang ekonomi ataupun aktiviti pelancongan di negeri Pahang.

Saya amat tertarik dengan jawapan Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains dan Teknologi dan Inovasi pada hari kelmarin yang mengatakan bahawa berdasarkan kepada pelan guna tanah di sekitar stesen ECRL, 2 lokasi yang dilihat berpotensi adalah Kawasan Perindustrian Gebeng, Bentong dan juga Kompleks Makanan Halal Gambang di Paya Besar. Sememangnya ia adalah tepat untuk mengenal pasti kawasan Bentong sebagai satu kawasan strategik dan berpotensi tinggi dalam sektor perindustrian yang boleh memacu pembangunan ekonomi negeri Pahang. Kedudukan strategik daerah Bentong yang terletak berdekatan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang hanya lebih kurang 60 kilometer jaraknya dari Bandaraya Kuala Lumpur menjadikan ia amat menarik untuk dijadikan hab perindustrian dan pelancongan.

Saya amat berharap Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN) dapat memberi keutamaan dan menyegerakan kajian cadangan-cadangan pembangunan untuk daerah Bentong dalam kawasan radius 20 hingga 30 radius km kawasan stesen ECRL Bentong agar… agar kita bersedia dan menyahut cabaran dan peluang untuk menjadikan daerah Bentong sebagai salah satu hub pembangunan perindustrian dan pelancongan di dalam negeri Pahang.

Saya cadangkan satu blueprint jangka masa pendek dan panjang disediakan untuk membangun sektor perindustrian dan pelancongan di daerah Bentong terutamanya berdekatan dengan stesen ECRL Bentong yang dapat… dapat disediakan dan dilaksanakan demi kesejahteraan dan kemakmuran kawasan daerah Bentong. Dalam pada itu, saya mencadangkan bahawa selain daripada perkhidmatan pengangkutan ECRL, pihak Kerajaan Negeri perlu mempertimbang, mempertimbangkan prasarana infrastruktur dan penambah baik sistem pengangkutan yang sedia ada juga dijalankan dan dilaksanakan.

Kita semua tahu bahawa buat masa ini satu-satunya pengangkutan jalan raya utama yang digunakan adalah Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak atau lebih dikenali sebagai LPT. Lebuh raya ini adalah merupakan nadi dan satu-satunya infrastruktur pengangkutan utama yang menyambung negeri pantai timur Malaysia dengan kawasan barat Malaysia. Untuk makluman Dato’ Sri Speaker, demi menampung bakal peningkatan pengguna jalan raya… lebuh raya Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak ini, ia adalah amat penting untuk kita mempunyai perancangan yang awal untuk menaik taraf Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak yang merupakan lebuh raya utama yang amat sibuk terutamanya pada musim perayaan, musim cuti ataupun juga pada musim hujung minggu.

Selain daripada itu, jalan lama Kuala Lumpur - Bentong juga perlu diberi perhatian dari segi penyelenggaraan dan keselamatan jalan raya tersebut. Sekiranya kita meneliti kawasan jalan raya lama ini, kita akan dapati banyak kawasan jalan raya tersebut mengalami masalah hakisan tebing sungai dan juga keruntuhan cerun yang agak membahayakan. Saya difahamkan oleh pihak JKR bahawa terdapat sekurang-kurangnya 100 kawasan hot spot yang mana terdapat hakisan tebing sungai dan juga keruntuhan cerun di sepanjang jalan raya tersebut. Walaupun jalan raya ini pada kebiasaannya tidak banyak digunakan oleh pengguna-pengguna, namun ia perlu diselenggarakan dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah merupakan laluan alternatif sekiranya berlaku sebarang kecemasan di Lebuhraya Karak - Kuala Lumpur.

Oleh yang demikian, untuk mencapai hasrat Kerajaan Negeri untuk membawa pembangunan ekonomi dari sektor perindustrian dan pelancongan, ia adalah amat penting bahawa kesinambungan pembangunan prasarana, infrastruktur dan sistem pengangkutan juga dibangunkan dan dirancang serentak agar kita dapat

memanfaatkan limpahan pembangunan ekonomi yang bakal dibawa oleh pelaksanaan perkhidmatan ECRL pada tahun 2027.

Isu yang ketiga adalah berkenaan dengan sektor pertanian dan keterjaminan makanan iaitu terutamanya penanaman halia di Bukit Tinggi. Dato’ Sri Speaker, bandar Bentong memang adalah terkenal…

Speaker

Yang Berhormat, boleh tak Yang Berhormat rendahkan sikit kertas itu. Kalau ikut peraturan mesyuarat, seorang ahli, seorang ahli… seorang ahli tidak boleh membaca ucapannya, maksudnya kalau bawa rendah sikit tu tak adalah nampak baca. Ha begitu.

Su Keong SiongDAP · PHKetari

Okay, terima kasih Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Ini peraturan kita kena ikut.

Su Keong SiongDAP · PHKetari

Faham, faham. Okey, terima kasih. Dato’ Sri Speaker, bandar Bentong adalah terkenal dan sinonim dengan produk halia di seluruh Malaysia. Kebanyakan pengunjung-pengunjung yang datang ke bandar Bentong akan pasti pulang dengan pembelian produk halia Bentong. Akan tetapi ramai yang mungkin tidak tahu bahawa produk halia Bentong ini adalah kebanyakannya dihasilkan di kawasan Bukit Tinggi dan saya percaya Kerajaan Negeri mempunyai hasrat dan memberi fokus pembangunan pertanian dan pengeluaran produk makanan yang berkualiti serta seperti halia di Bukit Tinggi.

Ia adalah dikatakan bahawa kualiti tanah yang ada di kawasan Bukit Tinggi adalah amat bersesuaian dengan penanaman halia dan sememangnya aktiviti penanaman halia di Bukit Tinggi telah dijalankan sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu hingga ia menjadi satu produk makanan yang terkenal di seluruh Malaysia. Namun begitu, sepertimana apa yang berlaku di banyak kawasan-kawasan lain di dalam sektor pertanian. Penerokaan tanah kerajaan juga merupakan satu masalah yang perlu kita hadapi dan selesaikan di kawasan Bukit Tinggi. Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang cuba menyelesaikan isu penerokaan tanah kerajaan dengan peneroka-peneroka tanaman halia di Bukit Tinggi. Saya selaku wakil rakyat di kawasan Bukit Tinggi akan membantu pihak kerajaan untuk capai satu win-win situation dalam isu ini.

Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, pihak Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang iaitu PSK telah merizabkan sebidang tanah yang seluasnya 327 hektar untuk peneroka-peneroka menjalankan aktiviti penanaman halia di kawasan Bukit Tinggi. Namun sehingga hari ini, isu ini masih belum diselesaikan dan saya berharap satu penyelesaian dapat dicapai dengan pihak PSK dalam masa yang terdekat. Saya amat berharap bahawa PSK akan memulakan perbincangan semula dengan peneroka-peneroka yang telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa yang merangkumi 197 pemegang permit dalam satu golongan, sebanyak 231 peneroka-peneroka di kawasan tersebut. Ini adalah agar mereka dapat berpindah ke kawasan

yang telah dirizabkan untuk menjalankan aktiviti penanaman halia di Bukit Tinggi tersebut.

Di sini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Jabatan Perhutanan Daerah Bentong yang telah memberi kerjasama kepada saya dalam usaha untuk mendapat maklumat dan juga untuk menyelesaikan masalah-masalah yang telah lama berlarutan.

Dato’ Sri Speaker,

Akhir kata saya berharap isu-isu yang dibangkitkan oleh saya dalam perbahasan akan diberikan perhatian dan pertimbangan daripada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat negeri Pahang. Dengan itu, saya dengan rendah diri memohon menjunjung kasih dan mohon menyokong Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Sultan Pahang. Sekian terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

Tepat pada masanya. Dijemput Wakil daripada… kita ada 2 lagi, 3 lagi saya nak habiskan untuk sesi pagi ini. Kita jemput Wakil daripada Lanchang.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Sri Speaker. Pertamanya saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana beri ruang kepada Lanchang untuk sama-sama berbahas di atas Titah Paduka Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan tempoh hari.

Saya juga ingin merafakkan sembah dan junjung kasih di atas Titah Tuanku yang telah pun banyak memberi perhatian kepada pentadbiran kerajaan yang sudah tentunya tidak lari daripada sektor ekonomi yang telah banyak disumbangkan oleh agensi-agensi dan juga pemain-pemain sektor ekonomi yang telah berjaya meningkatkan hasil Kerajaan Negeri sehingga melebihi sasaran yang telah pun ditetapkan.

Jadi, sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada kerajaan dan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga sudah tentulah kita tidak melupakan juga ucapan terima kasih kepada seluruh agensi-agensi kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan yang menjadi pelaksana kepada kerja gerak kerja di bawah yang mereka memahami hasrat kerajaan dan juga pimpinan untuk melaksanakan agenda-agenda yang telah pun ditetapkan dari masa ke semasa.

Jadi, saya rasa satu ucapan terima kasih dan tepukanlah kepada seluruh anggota pelaksana jabatan kerajaan semua. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Sepertimana kita sudah sedia maklum bahawa krisis ekonomi dunia berlaku di seluruh negara dan sudah tentulah Malaysia juga tidak terkesan. Maka negeri Pahang ialah salah satu mengalami sedikit kesan daripada apa yang berlaku krisis di dunia ini tentang industri dan sebagainya. Maka sudah tentulah kita bagi pihak negeri ini perlu mencari suatu sumber ekonomi di samping yang telah sedia ada untuk menggerakkan lebih hebat lagi diperkasakan tentang bagaimana kita nak menambah lagi hasil kita pada masa akan datang.

Memandangkan dalam sidang ini juga kita telah pun dimaklumkan oleh pihak kerajaan negeri bahawa berbagai-bagai aktiviti yang telah pun dijalankan termasuklah bajet-bajet tertentu yang telah pun disediakan kepada unit-unit tertentu yang semuanya adalah untuk menambah hasil dalam negeri, supaya dengan hasil itulah kita dapat melaksanakan pelbagai program yang akhirnya yang mendapat limpahan daripada program tersebut adalah rakyat di bawah sana dan saya amat yakin dan percaya bahawa rakyat melihat kita sebenarnya.

Saya dah sebut dahulu daripada awal er… apa nama mesyuarat kita yang pertama bahawa menjadi harapan besar kepada rakyat kita di kawasan masing-masing memilih wakil mereka untuk dihantar ke Dewan ini kerana ia memberi pengharapan yang besar supaya kita dapat berbincang dengan baik dan menghasilkan satu keputusan yang baik, melaksanakan program yang natijahnya akan nanti akan berbalik kepada mereka kerana itu ialah merupakan satu harapan besarlah yang saya yakin dan percaya bahawa kita faham semua harapan itu dan kita hari ini berusaha untuk ke arah itu.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Antara perkara yang… yang dititahkan oleh Kebawah Duli Tuanku ialah tentang projek ekonomi-ekonomi seperti pelaburan dan sebagainya. Di antara perkara yang saya rasa tidak dilupakan oleh kerajaan ialah melalui sektor pertanian dan pertanian ini merupakan asas kepada pekerjaan utama rakyat kita di bawah sana yang terdiri daripada penduduk-penduduk luar bandar, sama ada daripada pertanian, penternakan, perikanan ataupun asas tani mahupun perladangan lah yang berkaitan dengan ekonomi. Oleh kerana itulah, dalam keadaan kita menghadapi kemelesetan ekonomi ini, mungkin satu perkara yang baru perlu kita naik tarafkan sedikit sektor pertanian sebagainya nanti supaya menjadi lebih berdaya saing.

Apa yang saya lihat ialah urm… satu perkara yang menarik sejak akhir-akhir ini iaitu dan er… dari pihak kerajaan tadi pun dah sebut bahawa peruntukan kepada sektor agropelancongan. Agropelancongan ini merupakan satu sektor baru yang mana… yang sedia ada pertanian itu juga sendiri dan ternakan dan sebagainya, di mana kita melaksanakan daripada satu aktiviti itu kita dapat mendapat berbagai-bagai apa er… hasil yang bakal… kalau boleh kita sebutkan bahawa dengan inisiatif tersebut, kita dapat menghasilkan pelbagai serampang.

Pertamanya, dari sudut ekonomi kita sudah tentulah petani ataupun pemain industri mendapat hasil ekonomi disebut-sebut. Yang keduanya, dalam masa yang sama juga kita dapat menarik pelancong, agropelancongan itu dan yang ketiganya ialah kita juga er… dengan menumpukan ke arah ini juga ialah menyediakan peluang pekerjaan. Tadi disebut oleh apa nama… pihak kerajaan bahawa kita ada 29,000 yang perlu kita sediakan. Kalau kita gerakkan daripada apa… sektor agropelancongan itu, maka sudah tentulah sektor-sektor tersebut juga turut menyumbang pekerjaan kepada er… pencari pekerja lah dan sekurang-kurangnya dia mengurangkan beban kerajaan untuk menyediakan peluang tadi la. Maka saya suka menyarankan bahawa urm… tadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyebut bahawa dalam sektor industri menjadikan satu daerah satu kawasan industri.

Maka suka juga saya menyarankan bahawa untuk agropelancongan itu, saya rasa perlu dibuat begitu. Setiap daerah perlu diwujudkan agropelancongan supaya dengan ini dapat menarik pelancong ramai yang datang ke tempat tersebut. Trend masa kini ialah bagaimana er… pelancong masuk ke satu tempat dia tidak seperti dulu. Kalau dulu mungkin dalam bentuk perseorangan, keluarga dan pelancong tetapi generasi-

generasi baru sekarang bergerak dalam bentuk kumpulan-kumpulan yang ramai. Saya beri contoh, kalau mereka pergi satu tempat untuk melancong dan sebagainya, dia pergi dengan gerombolan motosikal. Tadi Yang Berhormat kita daripada apa… Exco Belia dah sebut, dia ada kumpulan motosikal dan sebagainya. Pergi satu tempat ke satu tempat dengan jumlah yang besar, 30, 50 buah motosikal dan sekali berhenti satu tempat contohnya, di kedai… di tempat pelancong itu sudah tentulah mereka akan berbelanja. Maka itulah kenapa saya sebut agropelancongan ini penting kerana kita dapat… dalam masa yang sama menarik pelancong ke tempat tersebut menyumbang ekonomi dan memberi peluang pekerjaan.

Yang Berhormat Yang Tuan Speaker,

Selain daripada itu ialah juga mengenai sektor pelancongan ya. Saya ucap terima kasih dan tahniah kerana er… banyak produk yang telah disebut itu telah untuk negeri Pahang bagi menarik pelancong dalam dan luar negara. Cuma baru baru ini er… Exco Pelancongan ada sebut bahawa akan mengadakan satu bentuk replika, kartun daripada Jepun untuk er… di Kuantan kalau tak silap saya. Cuma saya kalau boleh nak minta pencerahan er… apakah kriteria yang menyebabkan kita mengambil ciri-ciri tersebut daripada negeri Jepun kalau tak silap saya kartun ini watak tersebutlah? Kenapa kita tidak memilih watak-watak bercirikan Malaysia, paling tidak negeri Pahang kan. Sebab pelancong datang ke tempat kita nak melihat Malaysia. Kalau dia nak tengok Ultraman, dia pergi ke Jepun [ketawa]. Jadi sebab itu saya kata kita mungkin ada watak-watak yang baik untuk negeri Pahang, kita tonjolkan negeri Pahang.

Ini… ini sebagaimana orang luar mengagumi Paduka Baginda Sultan kita. Saya nak cerita pada tuan-tuan, baru-baru ini saya jumpa sahabat kita daripada luar Sabah dan Sarawak. Dia bertanya saya er… tuan daripada mana. Saya kata saya Pahang. Dia kata tuan beruntung kerana apa, mempunyai seorang er… Sultan yang cukup humble, menjiwai watak, yang cukup berbeza apabila sewaktu er… Yang di-Pertuan Agong ini … satu-satunya Agong yang turun ke Sabah Sarawak. Jadi dalam suasana tersebut dia kata er… cukup beruntung orang Pahang dan sudah er… sudah tentu menjadi satu er… Tuanku sudah membawa satu image, trademark yang cukup baik untuk negeri Pahang. Maka kita perlu ambil kesempatan tersebut bagaimana pelancong datang ke sini menggambarkan watak kita orang Pahang, apa nama er… pekerjaan dan sebagainya lah yang melengkapi. Sebab itulah er… saya alhamdulillah kerana kita telah pun di apa… dianugerah oleh Allah SWT dalam keadaan begitu. Tuan-tuan dan Puan er…

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Selain daripada perancangan telah saya er… untuk sekarang saya ingin menyebut tentang beberapa masalah di tempat saya ialah tentang menambah baikkan lagi sektor perancangan pelancongan di Lanchang. Seperti mana kita maklum, di Lanchang juga ada er… pusat-pusat pelancongan seperti di Kuala Gandah, gajah, pusat pemuliharaan harimau dan juga taman biodiversiti dan yang selainnya ialah er… yang er… yang menjadi mengurangkan ialah tentang infrastruktur yang terdapat di Lanchang itu sendiri di mana kekurangan bandar tersebut perlu dinaiktarafkan supaya ia lebih menggambarkan sebagai sebuah tempat pelancongan lah oleh kerana sering di… di apa dilewati oleh pelancong-pelancong luar untuk melihat tempat gajah dan juga harimau tersebut. Jadi kalau boleh pihak kerajaan melihat bandar Lanchang itu perlu dinaikkan taraf sedikit supaya menggambarkan suasana sebagai pintu masuk daripada er… apa nama negeri jiran sebelah ke… ke apa ke… negeri Pahang.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Selain daripada itu ialah saya juga ingin menyebut masalah tempat saya iaitu pertamanya ialah mengenai Kampung Kelubi. Kampung Kelubi ini ialah satu tempat di mana sering berlakunya banjir er… dan dia dah sinonimlah. Tetapi oleh kerana di situlah tempat mereka menjalankan aktiviti ekonomi, maka perlu satu perhubungan yang lebih baik. Di sini terdapat satu titi gantung yang telah pun saya sebut sebelum ini iaitu perlu dinaik tarafkan kerana ia menjadi jalan keluar masuk untuk mereka mengeluarkan hasil ataupun penduduk di dalam tersebut yang seramainya 10 atau 12 keluarga untuk keluar masuk dan sebagainya. Dan er… mereka ini memerlukan tempat tersebut sebagai satu er… satu alat perhubungan lah walaupun keluarganya tidak ramai tapi penggunaannya menjadi mustahak kerana anak-anak untuk bersekolah dan sebagainya dan jika titi gantung ini dibaik pulih, maka sudah…

Speaker

Ada berapa rumah kat Kampung Kelubi itu Yang Berhormat?

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Ada 12 buah rumah.

Speaker

Ya ke Yang Berhormat? Sebab er… cuba check balik.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

12 buah rumah ini kalau kita ambil…

Speaker

12 buah rumah yang duduk la, 12 rumah… rumah tapi yang duduk itu berapa? Tak apa, tak apa, teruskan.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Yang duduknya ada 10. Tapi saya ingat kalau kita nak pindahkan mereka sebab ada ura-ura untuk memindahkan. Cuma kita lihat apabila kemungkinan generasi pertama er… mungkin tidak pindah tapi perlu untuk generasi yang kedua. Bila kita memindahkan tempat sebab pertamanya kemungkinan ada harapan er… tidak semua yang akan pindah kerana sumber pendapatan mereka di situ. Kebun di situ, kebun sawit di situ, kelapa apa… kebun getah di situ, kebun durian dan sebagainya di situ. Yang itu satu.

Yang keduanya, bila kita pindahkan sudah tentulah nanti generasi kedua akan meninggalkan tempat tersebut maka sudah tentulah akan mengurangkan aktiviti pertanian tersebutlah. Dan er… dan juga naik taraf ini saya sebutnya ialah mesti mengambil kira banjir yang sentiasa berlaku. Kalau pun kita tidak boleh mengambil kayu ukur sebagai banjir besar tahun 2021 er…banjir biasa pun boleh. Makna ditinggikan kerana banjir 21 itu disebut sebagai banjir luar biasa yang berlaku dalam tempoh 50 tahun sekali.

Jadi dengan dengan adanya apa nama ditingkatkan, ditinggikan. Banjir biasanya tidak merosakkan titi gantung tersebutlah yang biasa setiap tahun perlu dibaiki. Dan saya juga ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker yang selama ini saya kira mengambil berat tentang jambatan tersebutlah. Cuma saya kira untuk akan datang ini perlu dinaikkan taraf lebih baik daripada biasalah. Yang keduanya ialah di Kampung Insaf. Kampung Insaf ini juga merupakan tempat antara kampung yang teruk mengalami banjir yang lalu lah dan setiap kali banjir dan rumah juga tak banyak, tujuh apa… tujuh atau lapan buah sahaja. Dan mereka ini, saya difahamkan akan dipindahkan.

Cuma saya mengharapkan perpindahan tersebut, kita harapkan semua yang terlibat akan dapat menikmati rumah yang akan disediakan dan dalam masa yang sama ialah… saya melihat bahawa tempat ini merupakan tepi Sungai Semantan dan agak menarik apabila dikosongkan nanti dijadikan sebagai pusat rekreasi sebagaimana di tepi Sungai Pahang di Temerloh menjadi tempat peniaga-peniaga kecil dan sebagainyalah. Dan menjadi salah satu tarikan pelancong juga saya rasa untuk di kampung di tepi Sungai Semantan tersebut.

Sebelum saya terlupa ada satu lagi tentang kelubi tadi yang Berhormat Dato' Speaker iaitu Kampung Kelubi ini terletak dalam Mukim Mentakab. Baru-baru ini, saya telahpun dimaklumkan suara hati daripada Kampung Kelubi. Mereka telahpun diletakkan di dalam JKKP Sungai Kepong. Di tengah tengah di antara kampung mereka ialah JKKKP Desa Bakti. Maka kenapakah mereka tidak diletakkan dalam apa… Jawatankuasa Desa Bakti kerana mereka lebih dekat… dengan tersebut… dengan Desa Bakti dan seringkali seolah-olah mereka ini terlepas pandang dalam berbagai-bagai aktivitilah dan saya harapkan untuk akan datang mungkin pihak yang berkenaan boleh mengambil kira...

Dato' Seri Yang di-Pertua... Terima kasih kepada Lanchang, Kelubi Kelubi tentang hal kepentingan mangsa banjir.

Speaker

Kelubi ini kawasan rendah. Setiap kali banjir sikit pun dia dah naik air.

Nasib kampung situ nama Kampung Rakit, Kampung Mancis kerap terbakar.

Speaker

Itu ada Batu Kapur.

Cuma apa namanya pemindahan itu kita… Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dah bersetuju untuk buat tempat pemindahan. Orang yang nak dipindah itu pun kita dah berunding dengan dia orang, insya-Allah. Kalau dia minat nak main air, biar dia tak pindah. Kalau dia rasa nak selesa, dia ikut cadangan nanti. Tempat yang selesa untuk kita pindahkan dia. Kita kerja mindah ke orang kena banjir ni daripada tahun 70an lagi dah, dah pengalaman. Itu ada kampung banjir di sini. kampung Banjir, Dato' Seri Ahmad, Kampung Banjir di Lanchang, Kampung Banjir Lanchang.

Speaker

Desa Murni...

Bukit Nikmat, rata dah. Di Chenor, pun ada Kampung Banjir. Jadi apa namanya insya-Allah yang inipun yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri saya. Saya boleh jawab masih penggulungan. Tapi sebab ulang-ulang tu saya cerita jugalah sikit supaya balik kang kita semua lelap tidur. Maknanya ada usaha kerajaan untuk membantu mangsa-mangsa banjir ini. Hak yang tadi apa namanya… tentang dia orang terpinggir ini, kita sentiasa memberikan knowledge kepada Tok Empat-Tok Empat ini supaya dia proaktif untuk membantu orang kampung dia macam mana dia tidak ketinggalan. Kita pula sebagai wakil rakyat mesti kita dekati orang kampung ini, supaya dia… apa boleh kita bantu, apa boleh kita bersama.

Orang kampung pun dia pandai Dato' Seri Speaker. Kadang dia gi manja kampung ini, kadang pergi manja kampung itu. Macam saya di Kerdau, Kampung Kuala Tekal. Orang Cengkenik tu, dengan orang Kampung Gajah mati, kadang dia gi manja dengan Tok Empat Dato' Sarip. Sebab dia akan dapat dengan Dato' Rodzuan. Bila nampak saya tengah sibuk dengan apa orang Kampung Terat, dia gi manja dengan Tok Empat Tekal pula. Jadi bila bulan puasa, dia dapat dua, daripada Dato' Rodzuan pun dia dapat, daripada saya dapat. Kerja kita memang kena tipu. Di antara gaji kita itu, kena tipu Dato' Sri Speaker. Jadi takpelah tu, dia pandai pandailah dia sebagai rakyat nak manja dengan wakil rakyat.

Speaker

Boleh gulung Yang Berhormat…

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Terima kasih kepada apa… Tuan Speaker ke atas penerangan tersebut. Sebelum saya menggulung, cuma ada satu saja perkara. Iaitu, kebetulan yang menjawab tadi ialah EXCO daripada apa… Kerdau yang berkenaan dengan penempatan Orang Asli. Ada satu kampung di Lanchang ialah salah satu daripada Kampung Sungai Leleh. Di sini, ramai yang daripada mereka ialah bukan sebahagian, tetapi beberapa keluarga kalau tak silap saya dalam bancian kita ini lebih kurang hampir 20 orang dan Islam dan mereka ini memerlukan satu tempat yang untuk berkumpul dan sebagainya.

Dan hasil tersebut baru-baru ini telahpun didirikan, hasil gotong royong NGO dan sebagainya, sebuah surau. Dan sebelum ini mereka menukar beberapa infrastruktur yang mungkin tidak mencukupi, wang derma dan sebagainya, dan saya ada buat permohonan untuk mendirikan bilik air dan tandas yang telahpun dimohon pada Ramadhan tahun lepas dan InsyaAllah pada tahun… pada tahun ini Ramadhan dah setahun. Jadi oleh kerana belum lagi mendapat khabar berita dan saya harap selepas ini ahli Yang Berhormat EXCO boleh melihat sikit dan satu gotong-royong baru telahpun dilaksanakan pada baru-baru ini, menyediakan bilik air dan tandas yang kecillah tapi masih memerlukan permohonan tersebut. Jadi harapan insyaAllah dapat diberi perhatian.

Yang keduanya di sini ialah juga, masalah air itu memang berlaku kerana dia berada di penghujung dan saya rasa antara perkaranya ialah kita dah sebut tadi banyak perkaralah tentang tekanan rendah dan sebagainya. Cuma saya lihat bahawa

kemungkinan kita boleh melihat inisiatif lain bagi mengadakan langkah jangka pendek kerana penggunaan air di sini, contohnya, ia kes kampung-kampung terpencil sepertimana di Leleh ini mengadakan Telaga Boring atau Tube Well yang mungkin nya tidak tidak kepada PAIP yang menyediakan mungkin agensi lain seperti apa pejabat daerah ke ataupun JPS dan sebagainya bagi kegunaan harian mereka walaupun tidak… orang kata apa, menyelesaikan sepenuhnya masalah air tapi sekurang-kurangnya mengurangkan. Dan bukan di kampung Leleh sahaja di bahagian bahagian lain seperti di Sokmek dan Bolok yang asalnya kampung inilah penghujung daripada bekalan air daripada Lubuk Kawah. Maka sudah tentulah krisis kritikal ini sering berlaku terutamanya di musim perayaan. Dan dalam pada itu jugalah terdapat juga taman-taman dan sebagainya yang mengalami krisis bekalan air tersebut.

Jadi antara perkara yang saya nak syorkan juga ialah mungkin taman-taman ini kita, Pihak Berkuasa Tempatan boleh boleh menilai kerana saya pernah melihat satu tempat tapi bukan negeri Pahang, taman-taman baru yang di dalam pelan mereka menyediakan tangki air hujan kerana negara kita banyak air hujan. Tangki hujan yang yang turun daripada salur rumah terus turun ke dalam tangki yang disediakan yang berperingkat-peringkat, ditapis. Maklum ya, bukan untuk diminum tapi sekurang-kurangnya untuk kegunaan luaran, membasuh dan sebagainya.

Jadi sekurang-kurangnya itulah perkara perkara yang kita kata boleh mengurangkan masalah krisis air. Dalam masa kita nak menunggu proses yang telah dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat, tahun 2026 baru nak selesai. Kita ada lebih kurang 2 tahun lebih lagi. Jadi perkara-perkara yang boleh kita dengan bajet yang kecil dan sebagainya dan dapat menyelesaikan perkara perkara tersebut. Jadi terima kasih kepada Yang di-Pertua. Saya dengan ini menyokong titah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang pada ucapan… kepada titah pembukaan tempoh hari. Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

Speaker

Jemput wakil dari Jenderak

Dato’ Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Terima kasih. Dato’ Seri Speaker. Bismillahirrahmannirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kerana memberi laluan kepada saya untuk membahaskankan Menjunjung kasih Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustaffabillah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah sempena Mesyuarat Penggal Pertama… Ke-3 Dewan Negeri Pahang ke 15. Sebagai Ahli Dewan Negeri, marilah kita sama sama membahaskan usul ini dengan rasional serta berpegang kepada prinsip mendahulukan kepentingan rakyat dan kemakmuran negeri sebagaimana yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Tuanku.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya merasa amat bangga dengan pentadbiran Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Pahang kerana bukan sahaja negeri Pahang berjaya memperolehi hasil melebihi satu bilion untuk dua tahun berturut turut, tetapi hasil ini dikembalikan kepada rakyat dengan pelbagai insentif untuk kesejahteraan rakyat negeri Pahang.

Ini adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri Pahang yang telah dilaksanakan dengan sebaiknya untuk rakyat Pahang. Ada yang gembira, ada yang terharu, malah ada yang

menerima dengan tangisan kegembiraan. Ini bukanlah satu cerita dongeng. Pengalaman saya semasa saya berjumpa dengan penerima Rumah RRP iaitu Rumah Rakyat Pahang. Mereka ini menangis dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana membantu mereka memiliki rumah untuk mereka berteduh. Dan saya rasa amat bersyukur dan berterima kasih kerana insentif ini diteruskan lagi pada tahun ini dan selepas ini akan lebih ramai lagi rakyat Pahang yang akan menerima manfaatnya.

Dan di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang negeri Pahang berjaya menaik taraf sebuah institusi pendidikan tinggi Islam bertaraf sehingga ke tahap universiti iaitu UniPSAS. Ini menunjukkan bahawa bukan sahaja pendidikan islam di negeri Pahang terus diperkasa tetapi pada masa yang sama syiar islam itu sendiri terus diutamakan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Hari ini kita semua dikelilingi oleh teknologi. Di tangan kita ada telefon pintar. Di depan kita ada komputer. Malah, kita juga berhubung melalui pelbagai aplikasi WhatsApp, Facebook, Tik Tok dan sebagainya digunakan oleh semua golongan untuk mendapatkan informasi. Saya nak cadangkan agar Kerajaan Negeri dapat memperkenalkan lebih banyak insentif untuk golongan golongan ini menambahkan pendapatan melalui manfaat teknologi.

Saya bagi satu contoh di kawasan saya, ada seorang anak muda daripada masyarakat Orang Asli. Namanya Fida dari Kampung Orang Asli Penderas yang telah berjaya memperolehi pendapatan ribuan ringgit hasil menjual produk dan juga barangan melalui aplikasi Tik Tok. Hasil dari pendapatan itu, beliau berjaya membina sebuah rumah baru sendiri untuk beliau dan keluarga berteduh. Sebelum anak muda Fida ini mula menambahkan pendapatan, beliau telah menjalankan… menjalani bengkel multimedia dan perniagaan digital yang dikelolakan oleh Studio Multimedia PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau yang merupakan studio yang tercanggih dan pertama untuk sekolah menengah di Malaysia.

Ternyata idea untuk mewujudkan studio ini oleh Cikgu Hazeem dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau sendiri telah mengubah kehidupan seseorang seperti Fida ini. Sekiranya kita dapat mewujudkan insentif sebegini, saya yakin dan percaya akan ada lebih ramai lagi rakyat Pahang yang akan berjaya dalam perniagaan dan juga kehidupan mereka.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya memuji dan mengucapkan tahniah atas ketegasan Kerajaan Negeri Pahang dalam memastikan masalah ketirisan hasil negeri dapat dibendung. Tindakan ini adalah amat wajar dan berketepatan kerana hasil yang diambil tanpa kebenaran ini menyebabkan kesukaran kerajaan untuk memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat negeri Pahang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Di DUN Jenderak, ada satu Pusat konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan. Saya rasa Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker pun tahu tempat ini. Dulu, kita boleh pergi melihat ya, Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan ini yang diuruskan oleh Jabatan Perhilitan Malaysia. Pusat konservasi ini ialah dia memelihara seladang,

salah satu hidupan liar yang hidup di negara. Namun pusat ini tidak dibuka lagi untuk orang ramai. Saya berpandangan dan mengusulkan cadangan agar pusat ini dibuka kembali kepada orang ramai sebagaimana Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah yang mendapat sambutan yang sangat baik. Selain daripada dapat memberi manfaat daripada segi pelancongan. Pembukaan pusat ini juga akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia melihat sendiri hidupan liar seperti seladang yang sekarang ini memang susah kita nak jumpa. Pembukaan pusat ini juga mampu memberi manfaat ekonomi kepada penduduk setempat.

Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Isu yang hendak saya bawakan di dalam kawasan DUN Jenderak adalah berkenaan jalan di perkampungan Orang Asli, Kampung Paya… Paya Pelung yang mempunyai penduduk seramai 700 orang. Jadi, suasana di dalam perkampungan ini memang ada jalan yang bertar, tetapi isunya adalah jalan masuk, jalan masuk. Ianya terpaksa melalui kawasan estet dan juga perkampungan. Dan apa ni… pihak estet tidak membenarkan membuat jalan bertar.

Jadi ada satu jalan yang boleh iaitu jalan pintas iaitu dari kepada Kampung Paya Pelung ke Kampung Bukit Rekoh. Sebenarnya perkara ini telah diangkat ke apa ni… RMK-12. Iaitu Rolling Plan ke-3 tapi sehingga hari ini belum mendapat apa perkhabaran dan saya juga difahamkan dalam Rolling Plan ke-5, kita pun telah bawa tapi dengan harapan supaya Kerajaan Negeri juga dapat melihat membantu mempercepatkan proses demi untuk kemudahan dan juga kesejahteraan Orang Asli di kampung ini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Kesimpulannya, saya yakin dan percaya Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang berada di landasan yang betul dan sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai serta ketegasan Kerajaan Negeri dalam memastikan ketirisan dapat dibendung adalah bukti bahawa kerajaan hari ini sangat cemerlang dan cekap dalam pentadbiran.

Selari dengan Titah Tuanku, marilah kita bersama sama memberi pandangan dan juga cadangan yang boleh meningkatkan lagi kemakmuran, kesejahteraan negeri Pahang. Jadi sebelum saya nak akhiri ucapan saya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Hormat Dato’ DO Temerloh dan juga Tuan YDP Majlis Perbandaran Temerloh yang turut bersama. Mereka ini banyak membantu di dalam apa ini… bahagian Kuala Krau khususnya di Temerloh. Jadi, dengan itu, saya ingin mengucapkan banyak terima kasih kerana memberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Sekian Jenderak menjunjung titah dan menyokong usul ini.

Speaker

Terima kasih wakil daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, waktu menghampiri pukul 1.00 tengah hari. Saya bercadang untuk menempoh persidangan kita di sebelah pagi dan kita ada tujuh lagi iaitu wakil daripada Bukit Ibam kita bawa ke petanglah, ya. Boleh nanti supaya wakil Bukit Ibam boleh sembahyang dengan khusyuk. Insya-Allah. Kita bawa ke petang dan pada petang ini kita ada tujuh lagi iaitu Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih belum membahaskan, dan kita bagi peluang kepada tujuh ini, dan insya-Allah kita jangka akan siap lebih kurang dalam pukul 5.00 petang ini insya-

Allah. Jadi untuk itu, saya akan menyambung... kita akan menyambung semula pada pukul 2.30 petang. Persidangan ditempohkan.

(Persidangan ditempohkan pada jam 1.00 tengah hari)

[Persidangan disambung semula]

Sambungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan PahangMotion

Setiausaha Dewan

Perkara keempat: Sambungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Speaker

Assalamualaikum WBT dan selamat petang. Persidangan kita disambung semula. Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Rakan-rakan Ahli Yang Berhormat Sekalian, kita masih lagi di atas usul yang berbunyi,

“bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berangkat menyempurnakan titah diraja kepada Dewan Negeri.”

Pada petang ini kita menyambung semula perbahasan atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan saya akan memberikan peluang kepada ahli-ahli iaitu seramai 7 orang yang masih lagi belum mengambil bahagian, untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul ini. Baiklah, saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Bukit Ibam.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu'alaikum WBT dan salam sejahtera. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Yang Amat Berhormat Dato Sri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan dan para pemerhati sekalian. Pertamanya Saya juga seperti orang lain ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua, walaupun sudah agak lewat tapi kita masih lagi berada dalam bulan Syawal, hari ini hari terakhirlah. [Bacaan dalam Bahasa Arab].

Cuma untuk pengetahuan dewan sambutan Aidilfitri tahun ini agak suram dan terganggu bagi warga DUN Bukit Ibam. Sama seperti tahun sebelum ini, akibat gangguan bekalan air dan elektrik sebelum 1 Syawal lagi dan berlarutan beberapa hari selepas itu. Tidak tahu sampai bilakah masalah-masalah ini akan terus dihadapi. Perantau pun trauma nak balik pulang beraya. Biarpun isu bekalan air ini pernah saya bangkitkan beberapa kali sebelum ini. Namun insya-Allah saya akan terus memperjuangkannya sehingga warga DUN Bukit Ibam dapat menikmati bekalan air bersih dan selamat insya-Allah.

Saya bersimpati dengan rakan-rakan staf Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) yang terpaksa beraya di tempat kerja bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. Dalam masa yang sama terpaksa menelan segala cemuhan yang dilemparkan oleh netizen. Maka adalah tidak benar wakil rakyat pembangkang tidak pernah berterima kasih kepada pekerja PAIP. Mana mungkin kami melupakan orang yang telah bertungkus lumus selama ini demi menyenangkan orang ramai. Bahkan kami sendiri pernah beraya dengan para pekerja ini di lapangan kerana ingin menyiapkan kerja-kerja mereka.

Cuma saya mengharapkan pelan bertindak yang tuntas daripada pihak CEO dan pengurusan tertinggi PAIP dalam meminimakan segala masalah yang sering berlaku. Bukan hanya di kawasan bandar, tetapi tolonglah tengok sama di kawasan-kawasan pedalaman dan FELDA. Jangan sekadar berbincang di bilik mesyuarat. Tapi pantaulah juga masalah kebocoran paip. Ada yang sudah berbulan-bulan belum dapat dibaiki walaupun sudah banyak aduan dibuat oleh pengguna. Baru-baru ini, saya meninjau tangki air Kota Bahagia yang saya difahamkan sudah tidak digunakan lebih 10 tahun. Waktu saya pergi penuh dengan semak samun. Tidak dibaiki sedangkan kerosakannya tidaklah terlalu besar. Akibatnya penduduk di seluruh Kota Bahagia Meripuh, Lubok Batu dan Tenggalung sering menghadapi masalah bekalan air.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Selain isu jalan raya yang merupakan keperluan asas masyarakat, isu lampu jalan juga perlu diberi perhatian oleh kerajaan kerana ia melibatkan keselamatan pengguna. Walaupun saya difahamkan ada lampu di bawah seliaan TNB, JKR atau Majlis Daerah, namun janganlah aduan yang dibuat oleh rakyat dijadikan bola yang dipassing ke sana dan ke sini. Cubalah berbincang dengan baik agar masalah yang dihadapi tidak berlarutan. Sebagai contoh, simpang masuk ke gugusan FELDA Selancar berbulan-bulan lamanya mengambil masa untuk dibaiki. Simpang Gading di Bandar Tun Razak, beberapa simpang di gugusan FELDA Keratong dan Taman Keratong Indah. Saya juga mengharapkan agar kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menaik taraf dan menurap jalan masuk ke beberapa perkampungan Orang Asli seperti Kampung Gambir dan Kampung Ganoh.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Selain keperluan prasarana fizikal, kerajaan juga bertanggungjawab terhadap keperluan rohani masyarakat. Menepati roh amanah kepimpinan sebagaimana yang disebut oleh al-Quran, [bacaan ayat al-Quran] surat Al-Hajj ayat 41, yang membawa maksud “orang-orang yang jika sekiranya kami berikan kuasa kepada mereka memerintah di atas muka bumi”. Ada empat sifat yang disebut oleh Allah Subhanahu Wata'ala di dalam ayat ini yang pertamanya [ayat al-Quran], mendirikan sembahyang membawa maksud hubungan kerajaan tersebut dengan Allah Subhanahu wata'ala. Yang kedua [bacaan dalam Bahasa Arab] mengeluarkan zakat simbolik kepada kebajikan sebagaimana konsep zakat itu sendiri ialah untuk [bacaan dalam Bahasa Arab] diambil daripada orang kaya dan dikembalikan semula kepada orang miskin. Dan yang ketiga dan keempat, [bacaan dalam Bahasa Arab] menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah kemungkaran.

Isu sosial di kawasan pedalaman dan tanah rancangan FELDA seperti pelajar ponteng sekolah, penagihan dadah, pergaulan bebas dan lain lain lagi. Kita yakin formula penyelesaiannya ialah kembali kepada cara hidup beragama. Adanya panduan halal haram dalam tingkah laku. Justeru, antara cadangan saya ialah yang pertama. Sekolah-sekolah perlu dilibatkan secara langsung dengan komuniti masyarakat setempat dan kerapkan aktiviti bersama masyarakat. Agar masyarakat lebih peka dan cakna isu sekolah dan pelajar. Mereka lebih ambil berat jika ada melihat pelajar-pelajar yang memakai pakaian sekolah berkeliaran.

Speaker

Dia ada PIBG Yang Berhormat, tiap-tiap sekolah ada PIBG dan semua yang apa namanya mak ayah dia semuanya anak di sekolah di situ jadi sekolah buat lah,

maknanya PIBG dan PIBG, Persatuan Ibu Bapa tanggungjawab bersama. Nak bagi tahu ke Yang Berhormat Lah.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Terima kasih Dato’ Sri Speaker, cuma kalau kita harapkan mesyuarat agung mungkin setahun sekali. Sebab itulah cadangan saya dilibatkan beberapa aktiviti bersama masyarakat. Yang kedua masjid dan surau perlu meluaskan lagi skop dakwah kepada segenap lapisan masyarakat terutama golongan remaja. Yang ketiga pihak Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam juga perlu memantau kemampuan imam- imam di masjid dan surau dan mengadakan kursus atau seminar berkala kerana masih kedapatan imam- imam yang sangat lemah mutu bacaan al-Quran mereka ketika mengimamkan solat jemaah. Lalu apa kaitannya dengan sosial dengan ibadat tadi. Jawabnya amal ibadah yang tidak sempurna tidak akan memberi kesan baik kepada diri seseorang. Akhirnya akan terus merebak lah penyakit sosial di dalam masyarakat.

Maka sebagaimana kita berusaha untuk menaik taraf fizikal masjid dan surau. Diharapkan dalam masa yang sama, kita juga perlu menaik taraf mutu ibadah mereka yang mengimarahkan masjid dan surau tersebut kena pantau imam dan bilal masjid-masjid di kampung. Jangan hanya memantau kuliah-kuliah yang disampaikan oleh YB-YB Pembangkang. Kami pun tahu batas sempadan apa yang boleh disebut dan apa yang tak boleh disebut dalam masjid dan surau apatah lagi kami alhamdulillah, berpegang teguh kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Matlamat kita adalah sama iaitu mahu masyarakat memahami agama, maka sepatutnya sama-samalah kita berganding bahu dalam mendidik masyarakat agar hidup secara beragama yang menjadi formula penyelesaian kepada segala penyakit masyarakat. Yang keempat, dalam masa yang sama diharapkan kerajaan negeri dapat melihat juga kebajikan pegawai-pegawai masjid dan surau seperti imam, bilal dan siak agar dapat kiranya dinaikkan sedikit elaun mereka sesuai dengan kenaikan kos sara hidup mutakhir ini.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Tahniah kepada kerajaan negeri kerana peningkatan kutipan hasil pada tahun 2023 yang lalu. Namun diharapkan kerajaan lebih proaktif dalam mempelbagaikan lagi sumber negeri tidak hanya bergantung kepada sumber cukai termasuklah merealisasi titah Tuanku Agar Pahang dijadikan negeri yang mesra pelabur.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Dalam sebuah negara atau negeri yang mengamalkan sistem demokrasi, blok pembangkang diiktiraf sebagai sebahagian daripada kerajaan. Berperanan sebagai semak dan imbang terhadap langkah yang diambil oleh kerajaan agar dapat diperbaiki apa yang salah dan ditampung apa yang kurang. Jika setiap pihak berperanan dengan baik, maka manfaatnya akan kembali kepada negeri dan rakyat jelata. Maka kerajaan seharusnya berjiwa besar dan melihat di sudut positif setiap teguran dan kritikan yang dibuat oleh pembangkang.

Mungkin ubat itu rasanya pahit, tapi fungsinya merawat kesakitan. Mungkin suntikan itu terasa sakit, tapi ia adalah ikhtiar untuk menyembuhkan. Jangan mudah menganggap teguran dan kritikan itu adalah fitnah dan mencipta persepsi. Ujian juga adalah senjata yang sering digunakan oleh para pengampu dan penjilat yang sebenarnya menjadi racun yang boleh membunuh seseorang pemimpin dan

meruntuhkan sebuah kerajaan. Maka menafikan hak pembangkang adalah melanggar prinsip demokrasi. Peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada Wakil Rakyat Pembangkang masih lagi dinafikan walaupun belum menerima peruntukan sepatutnya, namun terima kasih kepada kerajaan atas pemberian sumbangan Ramadhan sebanyak RM5,000.00 kepada wakil rakyat pembangkang pada Ramadhan yang lalu. Alhamdulillah.

Namun bukan tidak bersyukur tapi diharapkan kerajaan dapat menambah lagi jumlah sumbangan Ramadan ini pada masa akan datang kerana saya difahamkan masjid di kampung pun dapat sumbangan RM6,000.00 pada Ramadhan yang lalu untuk program Ihya Ramadhan. Apatah lagi sebuah DUN yang mempunyai berpuluh-puluh buah masjid dan surau. Alhamdulillah, kami telah manfaatkan sumbangan tersebut dengan menyerahkan kepada mereka yang memerlukan.

Namun, persoalannya, bagaimana pula baki 11 bulan berikutnya. Saya mengharapkan rakan-rakan wakil rakyat Pakatan Harapan yang kini berada dalam kerajaan dapat menasihati rakan-rakan Barisan Nasional agar mengambil contoh kerajaan Pulau Pinang yang menyalurkan peruntukan bulanan kepada pembangkang atau kerajaan Selangor dan Perak yang menyalurkan peruntukan pembangunan kepada Wakil Rakyat Pembangkang. Akhirnya rakyat juga yang boleh mengambil manfaat. Kerajaan sering mendakwa bahawa kerajaan ini adalah kerajaan perpaduan. Sering diuar-uarkan termasuk ketika menyebut salam, salam perpaduan. Namun tindakan yang diambil tidak menggambarkan mahukan perpaduan sebaliknya mencetuskan permusuhan dan kebencian.

Pembangkang dihalang untuk menggunakan fasiliti seperti Dewan Orang Ramai dan padang. Sebagai contoh, baru-baru ini, saya sendiri mengadakan jamuan rumah terbuka Aidilfitri dan telah menempah Dewan Semai Bakti FELDA Keratong. Namun sehari sebelum majlis diadakan, kami dihubungi oleh Pengurus FELDA mengatakan kelulusan menggunakan dewan ditarik balik, setelah pelbagai persiapan dibuat. Alasan yang diberikan ialah mendapat arahan daripada Exco.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Saya mencelah Yang Berhormat Dato' Sri. Saya mencelah. Terima kasih banyak Yang Berhormat. Saya betulkan sikit kenyataan tu bukan mendapat arahan daripada Exco. Sepatutnya ialah permohonan itu terus kepada HQ FELDA. Terima kasih banyak Dato' Sri.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Takkanlah menggunakan dewan untuk menjamu rakyat sendiri pun diperlakukan begitu rupa sehingga ada yang datang bertemu dengan saya dan bertanya YB, Dewan itu dewan orang ramai atau dewan orang UMNO? Jangan jadi seperti kata pepatah, telunjuk lurus, kelingking berkait atau seperti ayam yang berkokok nyaring, namun, ekor terpalit najis. Najis irihati, najis dendam kesumat dan najis sombong yang tidak berkesudahan.

Saya ulang menafikan hak pembangkang adalah melanggar prinsip demokrasi. Maaflah YB Pelangai. Kalau boleh belajar bersikap profesional seperti YB Muadzam Shah ketika beliau memegang portfolio FELDA sebelum ini kerana pada tahun lepas saya dapat menggunakan apa ni dewan yang sama dan tidak timbul masalah pun bahkan dapat bersama-sama bersilaturahim dengan semua.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Minta izin saya nak betulkan sikit fakta saya memang saya minta maaflah kalau mungkin sifat kurang ajar ke apa. Bukan sifat kurang ajar. Terima kasih kepada YB Muadzam Shah sebelumnya memegangkan Exco Portfolio Exco FELDA. Sebenarnya perkara Dewan Orang Ramai FELDA ini dia ada cara tatakelola dia nak memohon.

Bukannya main begitu sahaja melalui Pengurus. Dia ada lagi peringkat atasan lagi bermaksud setiap dewan tu memang untuk orang ramai orang FELDA. Siapa pun boleh masuk tapi melalui tatakelola yang betul. Maksudnya kalau mengikut perundangan dan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak FELDA ikutlah insya-Allah ya.

Ini benda ni boleh kita bincang ha tak perlulah nak panjang lagi sebab maksudnya ikutlah prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak FELDA. Insya-Allah Yang Berhormat, kita akan bantu. Insya-Allah ya. Terima kasih banyak. Assalamualaikum.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Saya...

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Tambah sikit…

Minta laluan. Terima kasih Dato' Sri Speaker. Pengalaman saya...

Speaker

Tak ini nak tanya soalan ke nak menambah? Kalau nak menambah nak...

Tak saya...

Speaker

Tak kalau Yang Berhormat nak menambah, Yang Berhormat kena duduk belah sini. Yang Berhormat boleh bangun untuk bertanya soalan.

Okay soalan.

Speaker

Ha okay soalan. Tanya soalan.

Sebab saya lalu dua Exco FELDA, saya tak dengar lagi kena mohon di atas. Kita mohon dengan pengurus FELDA sahaja. Ini yang saya baru dengar kena mohon dengan pengurus atasan. Cannot brain lah.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Okay rasanya boleh lah terus ikutlah, ikut ya. Terima kasih.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Saya teruskan ucapan.

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Saya pun nak tanya perkara yang sama Dato' Sri. Setakat dewan sepatutnya pengurus FELDA je yang luluskan.

Speaker

Dia dalam dunia pada saya, kadang-kadang dia macam-macam. Bila kita baik dengan orang tu kita cakap macam ini. Bila kita tak baik dengan orang itu, kita bercakap macam ini. Biasalah kan, ini dunia. Jadi Yang Berhormat pun, cara penyampaian Yang Berhormat tu Jangan terlalu er… apa provokasi tau, bahasa-bahasa itu bagi bahasa yang elok sikit. Kita ni orang Islam. Jangan berkait-berkait. Jadi ini menimbulkan kemarahan. Yang Berhormat nak kan kita bersama. Saya, kadang-kadang saya pun tak syok juga dengar. Bukan saya, tapi cara bahasa tu guna bahasa yang lebih lembut lagilah. Jangan kita cuba dalam dewan ini nak kita memprovokasi.

Tengok wakil daripada Cheka. Tengok wakil daripada Berserah. Cara penyampaian itu elok, beradab. Jangan kita terlalu nampak provokasi. Yang ini yang menyebabkan orang bawah menerima benda ini dengan cara yang salah. Jadi, saya harap semua dapat apa namanya ini… perhatian ya. Bahasa penggunaan dalam Dewan ni eloklah bahasa yang lebih baik lagi. Jangan bahasa-bahasa yang memprovokasi. Nak provokasi, yang sebelah ini pun boleh provokasi. Tapi sampai bila? Yang Berhormat cakap kita ini nak bersama. Cara… cara tu cara penggunaan bahasa.

Jadi, Yang Berhormat minta lain kali penulis skrip itu lain, kali bagi bahasa yang lembut sikit ya. Ini... ini saya boleh rasailah, kita boleh cek dengan rakan-rakan yang lain. Cuma dia orang ni mungkin tak nak. Sebagai Speaker, saya kena tegur. Setakat ini yang lain-lain bahasanya baik. Terima kasih.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Terima kasih Dato' Sri Speaker. Cuma apa yang saya sebut ini menggambarkan bagaimana keadaan bila dikhianati atau pun dizalimi

Speaker

Yang Berhormat, nanti sekejap. Kita boleh bagi tahu gambaran tetapi jangan bahasa yang provokasi, bahasa yang menyakitkan hati orang lain. Bahasa yang membuatkan orang rasa tak selesa. Orang kita ini semua faham bahasa-bahasa penggunaan itu biar bahasa yang lembut. Yang Berhormat baca ayat Quran tadi tapi bahasanya tidak

menggambarkan seperti ayat yang dibaca. Dia kena... kena... kena berhikmah. (Bacaan dalam Bahasa Arab).

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya...

Speaker

Saya kena control benda ini.

Saya pun begitu juga. Saya tengok. Saya kagumlah sebenarnya. Mungkin Yang Berhormat daripada Ibam... kita berkesempatan untuk hadir dalam International Conference on Islamic Contemporary Education yang kita anjurkan. Kerajaan Negeri anjurkan. Kita panggil ulama-ulama daripada merata tempatlah seluruh dunia untuk hadir bagi kita...

Speaker

22 negara.

28 Dato' Sri. 28... dan berbagai agamawanlah, ulama daripada... tapi saya kagum sebenarnya Rektor Universiti Al-Azhar dan juga Sheikhul Al-Azhar. Yang saya hadir masa itu dengan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar dan Dato' Sri SS dengan rakan-rakan, sahabat saya, Dato' Sri Syed Ibrahim, ini... ADUN Kerdau. Ini ADUN Kerdau dia mohon maaf sebab tetamu kita ini, kita rai tetamu, tetamu kita akan berangkat balik hari ini sebab itu yang sahabat saya daripada Kerdau tidak dapat hadir, sebab Yang Berhormat Dato' Sri Menteri Besar wakilkan dia untuk menghantar pulang secara hormatlah.

Dan saya berbincang berborak, walaupun saya lihat misal contohnya, saya tak faham sangat bahasa Arab tapi tertib dia itu masya-Allah, saya tengok dia daripada di Kaherah jumpa di sana, kemudian di sini. Ketertiban dia itu membuatkan kita rasa terpegun. Betul. Mungkin Jengka tak berkesempatan. Saya ingat mungkin satu hari kita pergi misal contohnya, Alhamdulillah. YB Jengka, anak dia belajar dekat Jordan. Kat Universiti Yarmouk ke universiti mana? Al-Bait di Jordan dalam tempoh satu tahun Yang Amat Berhormat Dato' Sri pergi ke Jordan bersama dengan sama saya, kita dua kali kita jumpa. Jumpa dengan pelajar kita untuk kita temu, kerana kita nakkan modal insan yang generasi pewaris ini, memiliki, menimba ilmu bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara di tempat-tempat yang tersohor juga.

Alhamdulillah, sebab itu saya tengok. Kita ada 400 pelajar Pahang yang menuntut di Universiti Al-Azhar. Alhamdulillah, sebenarnya bukanlah saya nak er... tapi saya nak maklumkan sepatutnya saya menggulung ya. Rektor Universiti Al-Azhar itu sendiri telah bersetuju untuk melantik Profesor Madya Karbani, seorang ulama yang tersohor dalam ilmu hadis yang mengajar sekarang ini, menjadi pensyarah di UnIPSAS menjadi penyelaras bagi membolehkan anak-anak pelajar kita belajar di Universiti Al-Azhar ini, diselaraskan. Dan apa yang dizahirkan oleh Rektor Universiti Al-Azhar itu? Dia kata Profesor Madya Doktor Karbani ini adalah seorang yang cukup tawaduk.

Yang Berhormat Dato' LA, Penasihat Undang-Undang bersama dengan saya, dia kata seorang yang cukup tawaduk. Dia duduk situ aje, seorang yang merendah diri tetapi ilmu dia, ilmu hadis antara yang tersohor yang hebat, dia kata. Manafaatkanlah. Sebab itu saya diam aje tengok daripada rakan-rakan seberang sana, bukan... saya asas ini pendidikan...

Speaker

Mesej yang nak sampaikan Yang Berhormat? [ketawa]. Mesej yang nak disampaikan setelah Yang Berhormat bercerita...

Mereka ini orang-orang agama belaka. Dia pun ada juga kos, tuntutan sebagai khalifah untuk kita galas bersama. Mewujudkan masyarakat yang tertib, bersopan dan juga mematuhi syariat Islam. Sebab itu saya kata saya kagum saya dengar tetapi itulah maknanya kita orang politik bila bercakap... orang politik ini... ADUN Jengka, dia pengajian di Pakistan. Betul tak? Pakistan saya dengar.

Speaker

Dia boleh cakap Hindustan.

Tapi begitu juga Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang. Senior ke junior ini? Junior daripada Pakistan. Tapi kalau tengok cara ini rakan saya daripada Jengka bercakap, dengan Sahibus Samahah Mufti bercakap, berbeza. Tak... saya er... kita mengikuti. Sebab itu kalau boleh mesej itu sampai. Dia sebenarnya jamuan raya ini, saya di Benta tak pernah guna, saya buat tepi jalan je. Saya jamuan raya saya di Benta, tepi jalan je. Percaya tak? Saya boleh tanya ini ADUN sahabat saya, ADUN Padang Tengku. Saya buat tepi jalan saja kan? Saya tak buat dalam dewan, tepi jalan je, Lailahaillallah.

Yang pentingnya jamuan raya bukan nak buat dalam dewan. Bukan nak buat di hotel, buat tepi jalan je. Tapi bila di tepi jalan, kita panggil-panggil semua tolong kita. Jadi orang bawa khemah buruk, taruh situ khemah-khemah. Sama sama kita raikan, tak jadi masalah. Ini orang putih kata, this is not a problem, what the heck man, contohlah kan tapi itu itu orang putih cakap. Sebab apa raakan YB Dato' Sri Speaker daripada Houston, Texas, dia yang cakap. Tapi maksud saya itu point taken. Kita tengok, kita jangan meroyan sangat, saya tak nak. Sebenarnya kalau kita nak bahas ini ADUN Jengka, sebab apa Jengka ini memang tempat panas. ADUN Cheka ini dulu asal daripada ADUN Jengka.

Di situ saya duduk situ. Kita boleh bertekak sampai Bentara bawa kita keluar. Kita bukannya... bukanlah... semua anak jantan belaka, ini jantan belaka misal contohnya. Contohnyalah... so no point. Maknanya maksud saya itu kita cakap cara elok dan sebenarnya kalau ikut dari segi tertib susunan itu elok. Kalau ada sikit-sikit itu maklum sajalah, kita perbetulkan insya-Allah. Saya dah tengok lama ini perkara-perkara ini. Saya biar... biar diam aje. Saya kata eh apa ini, sebenarnya ialah orang Budu kan.

Speaker

Penggunaan bahasa itu Yang Berhormat kena nampak lebih lembut lagilah. Saya kena tegur, sebab kalau mengikut peraturan bahawa isi-isi ucapannya dalam Standing

Order kita bahawa seorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa ahli lain. Maksudnya bila kita keluarkan perkataan-perkataan yang tidak manis didengar, kita akan memberikan apa ini contoh yang tidak baik. Okey Yang Berhormat, sila sambung, saya bagi lagi.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Saya pergi kepada point seterusnya. Kalau di awal penggal lalu, Dato' Sri Speaker berjaya menganjurkan program pemukiman Wakil-wakil Rakyat bagi menambah pengetahuan Wakil-wakil Rakyat. Terima kasih dan tahniah diucapkan atas keprihatinan Dato' Sri Speaker. Kalau pemukiman yang lalu, banyak ilmu berkaitan protokol dikongsikan, maka untuk akan datang saya mencadangkan agar modul penerangan berkaitan undang-undang dan peraturan Dewan dan Wakil Rakyat itu sendiri sesuai dengan peranan Ahli Dewan Negeri sebagai polisi mereka dengan izin, agar semua Wakil Rakyat dapat benar-benar berperanan untuk membangunkan negeri yang tercinta ini. Akhirnya saya mendoakan Yang Berhormat Dato' Sri Speaker mendapat haji yang mabrur, insya-Allah.

Speaker

Yang Berhormat tak pergi ke?

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Tak pergi lagi, doakanlah saya ke sana nanti.

Speaker

Insya-Allah, Whatsapp jangan lupa. Hantar dekat-dekat sebelum wukuf.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Dengan ini Bukit Ibam mohon menyokong Usul Menjunjung Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku. Terima kasih.

Speaker

Kita dibekalkan dengan peraturan Mesyuarat Majlis Mesyuarat dan juga apa namanya Undang-undang Tubuh Negeri ya, Laws of the Constitution of Pahang. Jadi kita boleh bacalah dalam tu memang termaktub segala galanya. Macam doa yang saya baca ini, terdapat dalam ini juga sebenarnya. Sama je doa ini. Doa yang saya baca tiap-tiap pagi itu, terdapat dalam ni. Siapa baca benda itu dia tahulah, siapa tak baca dia tak tahulah. Jadi elok kita baca dan supaya kita menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri yang... ini yang dicadangkan tadi itu insya-Allah, kita akan ambil kira untuk kita adakan kursus selepas ini. Terima kasih YB daripada Bukit Ibam.

Seterusnya saya jemput Wakil daripada Damak. Kita nak tengok, perbandingan dua bahasa.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Dato’ Sri Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang dan seterusnya rakan-rakan Yang Berhormat sekalian.

Di kesempatan ini, patik ingin menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah ketika merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang pada hari Isnin yang lalu. Semoga kepulangan Baginda ke negeri Pahang dan juga saranan-saranan yang telah diberikan akan menjadi panduan dan pedoman untuk kita mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian negeri Pahang Darul Makmur yang kita cintai ini.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkhidmatan Tuanku sebagai Pemangku Raja Pahang yang sangat cemerlang. Tuanku dikagumi oleh rakyat jelata, bahkan menzahirkan sikap yang begitu adil kepada rakyat jelata dan begitu juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Ini juga terzahir apabila Tuanku turun ke daerah-daerah yang mana Tuanku telah menitahkan supaya semua Yang Berhormat, walaupun daripada pembangkang hadir bersama-sama majlis bersama Tuanku. Kami di barisan pembangkang ini amat menghargai dan berterima kasih atas sikap Tuanku yang sewajarnya kita sama-sama hargai dan menjadikan tauladan untuk kita mengekalkan keamanan dan kesejahteraan keharmonian di Negeri Pahang Darul Makmur ini. Semoga Tuanku terus dekat di hati rakyat jelata sepertimana Paduka Baginda ayahanda Tuanku.

Di kesempatan ini juga, Damak ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang di atas kejayaan yang telah dicapai khususnya dalam meningkatkan hasil negeri dan menyalurkan hasil ini kepada seluruh rakyat jelata di negeri Pahang ini. Tahniah sekali… sekali lagi diucapkan oleh Damak.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Di Dewan Yang Mulia ini, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah, ya khususnya kepada Majlis Daerah Jerantut yang dipimpin oleh Yang Hormat Dato’ Khairun Nissa binti Aris, atas kejayaan mendapat Anugerah Bandar Paling Bahagia bagi Malaysia pada tahun 2024. Jadi maknanya...

Speaker

Kita tengok YB bahagia je tengok.

Alhamdulillah, bahagia ada makna ya. Juga telah dinobatkan Majlis Daerah Jerantut sebagai pemenang kereta berhias paling popular undian awam sempena Karnival Rakyat Pahang pada tahun ini. Jadi ini menggambarkan bahawa Jerantut daerah yang subur dengan suasana harmoni, bersatu padu, hormat menghormati walaupun…

Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Daripada pelbagai kaum.

Jadi, anugerah ini, er… Bandar Bahagia ke Bandar Paling Bahagia?

Mengikut yang saya rujuk ialah Bandar Paling Bahagia di Malaysia.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua

Yang tu nak kena betul sikitlah. Er… Bandar Bahagia ini ada 3. Daerah Jerantut, dan juga Rompin, dan Cameron Highlands, Bandar Paling Bahagia. Yang 2 lagi itu Bandar Bahagia, Jerantut dan Rompin ini Bandar Bahagia.

Terima kasih ...

Speaker

Di Temerloh, kita ada Taman Bahagia [ketawa].

Tapi kita harap

Di Temerloh, dia memang lain sikit.

Tapi harapan kita bukanlah Hospital Bahagia.

Ha ya betul, nak betulkan fakta.

Terima kasih. Jadi, kita harap suasana bahagia ini terus kekal, walaupun daerah kita adalah daerah yang pelbagai bangsa dan kaum serta agama.

Dato’ Sri Speaker,

Berkenaan dengan isu-isu yang berkait dengan masyarakat setempat, sekali lagi Damak ingin membangkitkan isu yang berkaitan dengan air. Walaupun saya rasa semua YB telah membangkitkannya, tapi saya perlu bangkitkan sekali lagi. Bukanlah kita nak merendahkan pihak PAIP atau sebagainya, malah seperti mana yang kita tegaskan, kita sentiasa berganding bahu. Malah, sekiranya ada tugas-tugas yang diselesaikan oleh PAIP, PAIP ini, kita ucapkan jutaan terima kasih pada mereka.

Cuma di dalam DUN Damak ini, ada kawasan-kawasan yang hingga hari ini, maknanya daripada PRU Ke-14 hingga PRU Ke-18, maknanya, saya masih belum berjaya menyelesaikan isu-isu khususnya berkaitan dengan air. Ini yang berkaitan dengan beberapa lokasi kampung yang mana saya perlu sebut ya, supaya dapat diambil diambil perhatian yang serius oleh pihak yang berwajib.

Pertama ialah Kampung Sempadan. Kampung Sempadan ialah sempadan dengan DUN Bentalah, YB EXCO, yang mana di sini ada 115 buah rumah masih tidak menerima bekalan air paip, semenjak sekitar tahun 80an lagi.

Jadi ini adalah suatu yang yang bagi saya amat menyedihkanlah bagi pihak saya sebagai Wakil Rakyat. Kemudian kedua ialah Kampung Berau. Sebanyak 105 buah rumah juga tidak menerima bekalan air paip. Manakala yang ketiga ialah Kampung Perlok. Sebanyak 95 buah rumah menerima nasib yang sama ya. Manakala di Kampung Belukar dan di kawasan Kampung Damak, ada rumah-rumah yang tidak dapat air kerana paip air itu melalui kawasan bukit yang tinggi.

Jadi bukan sahaja di waktu musim perayaan ya, musim cuti sekolah tapi waktu biasa pun mereka tidak dapat menerima air bersih. Jadi kita ini sudah merdeka, ya 66 tahun dan alhamdulillah ya kita disini dapat mengecapi nikmat air bersih. Tapi warga kampung yang saya sebutkan tadi, mereka ini terpaksa menggunakan air bukit dan terpaksa mendaki bukit, meredah hutan untuk membaiki empangan kecil yang dibuat secara gotong-royong ya, bagi mendapatkan air bukit, dan saya sendiri menyelami keadaan mereka ni dan saya naik bukit bersama-sama mereka. Alhamdulillah, walaupun keadaan saya yang macam ini, tapi saya lepas jugak ke bukit-bukit tinggi ini demi untuk memastikan rakyat dan apa nama… masyarakat di kampung kita ini mendapat pembelaan sesuai dengan hasrat Kerajaan Negeri supaya kita bekerja sebaik mungkin untuk kebaikan rakyat kita.

Seterusnya, saya ingin menyentuh berkaitan dengan isu kemalangan maut yang berlaku di… khususnya di selekoh Kampung Lata Kasah. Lokasi tersebut terletak di Kilometer 8, Jalan Jerantut - Benta dan kawasan ini kerap kali berlaku kemalangan sehinggakan pada 1 Mac tahun lalu, dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kawasan ini. Jadi, saya menerima aduan bahawa jalan ini memang seringkali digunakan oleh kenderaan-kenderaan berat dan ada ketikanya dipandu dalam keadaan yang berbahaya. Selekoh yang tajam juga mengundang bahaya, bahkan tiada papan tanda ‘AWAS’ yang menyebabkan pemandu-pemandu ini kadang-kadang mereka terbabas dan berlakulah kemalangan maut dan di kawasan ini juga seringkali lori-lori besar, lori bijih dan lori sawit yang adakalanya membawa muatan lebih dan dipandu dengan laju dan merbahaya.

Seterusnya yang ketiga saya ingin mengenengahkan lagi, sekali lagi isu yang berkaitan dengan Jambatan Sekolah Kebangsaan Damak. Jambatan sepanjang kira-kira 20 meter dan lebar 2 meter ini ditutup kerana er… kesan hakisan akibat berlaku er… banjir pada Disember 2021. Namun demikian, tahun demi tahun sampai ke hari ini, jambatan ini belum dibaiki lagi ya, walaupun kita sudah membangkitkannya di er… di Pihak, Pihak Berkuasa Tempatan, namun alasan yang diberikan ialah masih lagi

dalam, er… dalam Jawatankuasa Teknikal, tapi maknanya terlalu lama semenjak 2021 sampai 2024 masih lagi belum siap.

Dan er… perkara ini patut dipandang serius kerana hampir 400 orang warga sekolah ini menunggu jambatan baru dan mereka terpaksa menggunakan jalan yang jauh, memusing jauh dan jalan yang… yang alternatif yang jauh itu pun kadang-kadang terdedah kepada air naik waktu tengkujuh. Kemudian berkaitan dengan infrastruktur ini juga, saya baru mendapat mesej ya, daripada orang asal dari Kampung Berjuang iaitu Encik Man bin Landik. Beliau memesejnya pada saya dia kata, “YB bila jalan kampung kas ini nak siap? Kerana dah berlubang-lubang berzaman-zaman dan semakin hari makin teruk”. Jadi saya harap pihak berkuasa tempatan mengambil perhatianlah. Jalan ke Kampung Sungai berjuang ia supaya dinaik taraf bagi memberi kemudahan kepada warga kampung.

Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang pelancongan… Industri Pelancongan Muslim. Perkara yang ingin saya sentuh ini sebenarnya sesuai dengan hasrat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang menyasarkan 3.2 juta ketibaan pelancong Muslim ke negara ini sepanjang tahun ini, berbanding 2.1 juta pada tahun lepas. Jadi Jerantut bagi saya adalah satu daerah yang strategik untuk menggamit pelancong Muslim dan bukan Islam serta mengenengahkan produk-produk yang Islamik.

Jadi, kedudukan Jerantut ini sangat strategik kerana di situ ada KTMB yang menghubungkan negeri-negeri di daerah Semenanjung dan sekarang ini ada keretapi DMU, yang mana menggamit pelancong-pelancong yang hadir khususnya untuk pergi ke Taman Negara. Jadi, stesen KTMB ini boleh dinaik taraf agar menjadi destinasi pelancongan dan Jerantut ini juga ada Hotel Darul Makmur ya, milik Majlis Ugama Islam. Hotel Firdaus juga milik orang kampung saya depan rumah betul. Haji Yusof ini memiliki Hotel Firdaus dan rumah-rumah Inap Desa yang boleh kita ketengahkan sebagai produk pelancongan.

Hotel Darul Makmur pula di Jerantut adalah tempat penginapan yang selesa kepada pelancong menawarkan makanan yang juga cukup enak, dan Paduka Baginda Tengku Hassanal pun seringkali tidur di hotel ini. Jadi, kedudukannya cukup strategik berhampiran dengan Masjid Tengku Ahmad Jerantut, berhampiran dengan Galeri Aza dan juga berhampiran dengan Dataran Asam Rong. Jadi, ini adalah satu tempat yang menarik untuk diketengahkan.

Daerah Jerantut ini juga boleh dijadikan pusat pelancongan Islamik ataupun pusat pelancongan spiritual kerana di Jerantut ini ada lebih kurang 15 Madrasah dan Tahfiz yang dipimpin oleh maulana-maulana yang terkenal di negeri Pahang ini. Contohnya, Maulana Johari, Maulana Helmi, Maulana Adli, Maulana Sharkar je tak de di sana.

Speaker

Ada...

Speaker

Insya-Allah.

Jadi, bukan sahaja boleh hadir ke tempat ini, malah kita boleh ketengahkan, kita boleh…

Speaker

Kita ada Maulana Zuridan tu okeylah.

Saya bukan Maulana ya, Mau lena.

Speaker

Mau lena.

Jadi pelancong-pelancong bukan saja boleh mengikuti program-program yang diadakan, malah di sana ada program Memanah, Berkuda, Mendengar Alunan Qasidah dan boleh belajar al-Quran. Bukan sahaja bagi, bagi pelancong Muslim, malah yang bukan Islam, ia boleh melihat er... keindahan madrasah-madrasah ini. Saya juga mengesyorkan hotel-hotel yang dimiliki oleh bukan Islam di Jerantut ini, supaya memohon Persijilan Halal daripada JAKIM. Ia kerana apa? Ini boleh menggamit pelancong-pelancong Muslim supaya sama-sama er… tinggal di hotel-hotel ini.

Dan saya juga menyarankan agar Pejabat Agama Islam Daerah dan juga Pejabat Agama Islam negerilah supaya er... menjadikan satu… kita kata usaha menarik pelancong-pelancong bukan Islam ini, supaya mereka ini dapat di didedahkan dengan keindahan Islam dengan menyediakan pamplet dalam pelbagai bahasa, menyediakan juru-juru bahasa dan juga menaik taraf masjid ye supaya masjid ini mesra bukan sahaja kepada ahli jemaah untuk sembahyang, tetapi untuk orang bukan Islam dan pelancong-pelancong supaya mereka boleh datang dan tengok aktiviti orang Islam solat.

Saya pernah tengok juga di negara-negara Eropah seperti di Jerman, di mana di Brazil yang mereka ini membuat hari terbuka masjid. Jadi kita ini kadang-kadang orang bukan Islam ni masuk dia tengok daripada jauh tapi diadakan satu tempat khusus. Duduk di atas kerusi tengok orang Islam solat. Jadi supaya apa? Supaya ini boleh menghilangkan kekeliruan ia terhadap Islam dan memberikan imej yang baik kepada mereka.

Jadi akhir sekali, dalam ucapan saya ini, saya ingin juga, juga menyatakan ucapan terima kasih kepada Paduka Baginda Sultan yang telah menyentuh tentang perlunya program-program dakwah dikembangkan dan juga saya ucap, mengucapkan tahniah kepada Pejabat Mufti, Pejabat Agama Islam, Majlis Ugama Islam yang begitu aktif di dalam menyebarkan agama Islam ini, dan bukan itu saja, saya berharap agar er… pihak berkuasa agama memantau dan juga er... apa kita kata menghalang perkembangan er... fahaman-fahaman yang boleh menggugat kesucian akidah Islam yang berpaksikan akidah Ahli Sunnah WalJamaah. Ia seperti munculnya fahaman-fahaman Liberal, Sisters in Islam, Pertubuhan Melayu Murtad, Suruhanjaya antara agama dan sebagainya.

Jadi Alhamdulillah buat masa ini keadaan ini adalah terkawal di negeri Pahang dan saya harap pihak berkuasa agama meneruskan program- program dakwah kepada masyarakat kita. Semoga keprihatinan Kebawah Duli Baginda Tuanku Al-Sultan terhadap perkembangan dakwah ini dan usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Pahang dalam menyuburkan pendidikan Islam dapat meninggikan lagi syiar Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam insya-Allah. Jadi, saya rasa itu sahaja ucapan saya pada petang ini. Saya harap ucapan saya ini, biasalah saya tak panas sangat. Tapi kerana apa? Kerana di hujung ni biasa nampak macam dah layu dah belaka.

Jadi akhir sekali, saya ingin menyampaikan satu pantun kepada Dato' Sri Speaker lah. Kalau nak jawab, jawablah.

Speaker

Ada pantun takpe saya akan jawab.

Dari Tanah Putih ke Kampung Lecar, Tahu Kampung Lecar di mana? Singgah istirehat di Kampung Kemasul, Tahu Kemasul di mana Dato' Sri?

Speaker

Yang Berhormat saya ini orang Pahang.

Terima kasih Dato' Sri Speaker, Semoga mendapat Haji Mabrur.

Sekian, Damak mohon menyokong. Assalamualikum warahmatullah.

Speaker

Seterusnya kita jemput wakil daripada Sabai.

Salam Sejahtera selamat petang. Er... Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Dato' Sri. Menteri Besar. Barisan er... Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian. Pertama sekali, saya ingin menjunjung kasih atas pemerintahan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah yang telah menyempurnakan penggal baginda sebagai Ketua Negara Malaysia pada Januari lepas dan telah kembali menerajui pemerintahan negeri Pahang yang kita cintai.

Saya juga ingin menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berperanan sebagai Pemangku Raja Pahang, ketika

baginda Sultan menggalas amanah sebagai Ketua Negara selama lima tahun yang lepas.

Dato' Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-ahli Dewan sekalian,

Saya menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-3 Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang Yang Ke-15 pada Isnin lalu.

Tuanku baginda telah memperakui prestasi ekonomi dan pembangunan negeri yang begitu memberangsangkan yang dapat dilihat melalui Belanjawan Negeri Pahang 2024 bertemakan Pahang Prihatin Rakyat Makmur. Sebanyak 211 projek pembangunan negeri dan pembekalan air telah dilaksanakan kerajaan bagi tahun 2023. Manakala bagi tahun 2024 sebanyak 249 projek infrastruktur serta projek-projek bekalan air di seluruh negeri Pahang dengan objektif meningkatkan lagi kemudahan asas, keselesaan dan taraf hidup rakyat di dalam perancangan dan pelaksanaan.

Pengiktirafan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, terhadap kecekapan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang dalam melaksanakan usaha menjaga hasil bumi negeri amat signifikan di mana ianya berjaya mengatasi ketirisan hasil negeri yang berpunca daripada kecurian hasil bumi dan pencerobohan tanah kerajaan di samping memastikan kelestarian sumber alam negeri Pahang.

Keprihatinan Tuanku baginda terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat baginda terserlah dengan titah baginda agar usaha pengurangan kemiskinan tegar di negeri Pahang diteruskan serta dirancang sebaik-baiknya bagi meningkatkan kualiti hidup golongan yang memerlukan dan tiada kelompok masyarakat yang terpinggir dari arus pemodenan dan pembangunan. Baginda merestui segala usaha Kerajaan Negeri di dalam memberi pelbagai bentuk bantuan, sumbangan dan inisiatif secara berterusan serta projek-projek pembangunan yang secara langsung membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi rakyat.

Baginda Sultan telah turut menzahirkan kebanggaan terhadap pelaksanaan 20 jenis inisiatif di bawah Bantuan Prihatin Pahang serta pelaksanaan Program Rumah Rakyat Pahang serta Projek Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru' RASA) yang memberi fokus kepada pemilikan rumah untuk golongan B40 di negeri Pahang. Seperti yang saya utara... utarakan dalam sidang dewan yang lepas, harap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan peningkatan bilangan Rumah Rakyat Pahang pada tahun-tahun yang mendatang berdasarkan prestasi ekonomi negeri.

Dato' Sri Yang di-Pertua.

Setinggi-tinggi syabas saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang atas kejayaan terus mentransformasikan negeri kita sebagai negeri yang berdaya maju dengan pelbagai inisiatif ekonomi dan peningkatan pelaburan asing. Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang di dalam titah Baginda telah menzahirkan ucapan tahniah kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang yang berjaya meningkatkan prestasi kutipan hasil melebihi RM1 bilion, 2 tahun berturut- turut.

Saya turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua Pentadbir Daerah yang mengambil langkah proaktif untuk mengecapi kejayaan yang kita rasai pada hari ini. Peningkatan hasil negeri ini dikembalikan kepada rakyat dan kesejahteraan rakyat

sentiasa diutamakan melalui inisiatif dan insentif berfokuskan rakyat seperti Skim Rumah Rakyat Pahang, Bantuan Prihatin Pahang yang merangkumi pelbagai bantuan persekolahan, bantuan kepada siswa Pride Student, Program Anak Kebanggaan Pahang, Kad Perubatan Warga Emas, Bantuan Keusahawanan dan pelbagai bantuan kluster bersasar dan banyak lagi.

Dato' Sri Yang di-Pertua.

Ucapan saya pada hari ini turut memberi fokus kepada beberapa isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat di kawasan DUN Sabai. Yang pertama, yang pernah saya bangkitkan di Dewan Yang Mulia ini ketika sidang yang pertama dulu. Tak lain tak bukan, berhubung dengan permohonan untuk sebuah Dewan Serbaguna di DUN Sabai. Pejabat Daerah dan Tanah Bentong telah pun membantu mengenal pasti tapak tanah yang sesuai bagi pembinaan dewan yang dicadangkan. Isunya, tapak yang dicadangkan ini di bawah pemilikan JKR dan pihak JKR Bentong telah majukan surat permohonan pelepasan tapak tersebut kepada pihak JKR Negeri. Mohon pihak JKR Negeri untuk bertindak segera untuk kita teruskan usaha pembinaan dewan ini.

Yang kedua, berhubung dengan cadangan Projek Pertanian Tanah Kelompok. Saya ingin memohon pertimbangan Kerajaan Negeri agar Rancangan Tanah Kelompok baru dikaji di kawasan DUN Sabai bagi Pembangunan Projek-projek Pertanian Mikro… Makro seperti Tanaman Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Saya rasa suatu ketika dulu ketika Dato' Sri Speaker menguasai DUN Lanchang dulu, memang ada kawasan yang Pengeluaran Tanaman Kekal ini di kawasan Lanchang.

Saya harap er... sistem ataupun projek yang dijalankan di DUN Lanchang itu dapat dikembangkan ke daerah-daerah lain. Projek-projek Tanah Pertanian mampu menjana produksi hasil tani bagi memenuhi keperluan dan permintaan pasaran domestik dan eksport. Terdapat ramai usahawan tani dengan pengalaman dan idea pertanian moden dan tawaran tanah pertanian sedemikian dapat memacu pertumbuhan ekonomi mereka dan juga kawasan DN Sabai.

Yang ketiga projek mampu milik, saya ada kemukakan soalan ini dalam soalan lisan saya, yang mana telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Exco yang berkaitan. Walau bagaimanapun, kebanyakan projek swasta di kawasan Sabai menawarkan rumah kos sederhana dan tinggi di mana ianya di luar kemampuan rakyat kategori B40. Warga kampung, pekerja estet, pekerja kilang, golongan sedemikian memang kurang mampu, malah permohonan untuk mendapatkan pembiayaan melalui bank memang ditolak. Saya mencadangkan, suatu ketika dulu ada syarikat-syarikat gergasi yang menguasai sektor perladangan er… dilibatkan dengan pembinaan rumah untuk golongan yang bekerja di estet. Di DUN Sabai saja ada IOI. Syarikat IOI telah menyediakan perumahan mampu milik kepada pekerja dia.

Saya rasa syarikat-syarikat lain yang ada dalam sektor perladangan di negeri Pahang ini Sime Darby, IOI atau Harrisons Crosfield yang syarikat-syarikat gergasi yang ternama boleh bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk menyediakan tapak dan seterusnya membina rumah mampu milik kepada pekerja-pekerja di kawasan tersebut. Dengan ini, kita dapat juga mengelakkan penghijrahan pekerja estet daripada kawasan tersebut ke kawasan bandar dan seterusnya mereka ini menyewa di… er...

Mohon mencelah Dato' Sri. Saya mengambil maklum cadangan daripada Sabai, satu cadangan yang amat baik untuk kita menyediakan er… peluang-peluang perumahan dan saya akan memanjangkan ini kepada LPHP supaya dapat bekerjasama dengan GLC-GLC yang berkaitan, terima kasih. Terima kasih Sabai.

Kita boleh ajak ni... syarikat-syarikat yang menguasai sektor perladangan ini untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan mereka boleh menyediakan perumahan mampu milik yang boleh dibeli oleh pekerja-pekerja estet kepada warga tempatan. Kebanyakan yang ada di dalam estet sekarang... sekarang ini adalah pekerja asing, Tetapi masih juga ada warga tempatan yang bekerja di estet yang mana boleh er… kita dapat kurangkan permintaan daripada golongan tersebut dan tidak bergantung 100% kepada rumah mampu milik yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.

Saya minta laluan sikit... Cheka... Sabai, minta laluan. Pertama saya ucap terima kasih atas pandangan. Saya menyedari bahawa sebahagian besar pekerja estet ini bila usia dia meningkat tua, mereka terpaksa keluar daripada ladang. Dalam keadaan begitu, dia tidak dapat pampasan perumahan dan sebagainya. Saya bukan saja nak minta pekerja supaya estet berkenaan sediakan rumah, bahkan sepatutnya dia bagi sediakan rumah percuma. Mereka dah berkhidmat 30 tahun di ladang tersebut, 40 tahun ladang tersebut dan dengan kekayaan yang diperoleh oleh ladang, sepatutnya ladang menyediakan perumahan bagi kakitangan yang telah lama menyumbang bakti kepada lading. Ini pandangan saya. Terima kasih.

Terima kasih Cheka. Dato' Sri Yang di-Pertua,

Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sambil menggalas tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat DUN Sabai, saya juga memikul amanah sebagai suara tunggal kaum India di Dewan Negeri Pahang. Walaupun masyarakat India tak bilangannya agak tak ramai di negeri Pahang, namun kebajikan dan kesejahteraan kaum India tetap disantuni oleh kerajaan inklusif Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar [Ahli Dewan menepuk meja].

Pelbagai bantuan pendidikan, bantuan kepada sekolah Tamil, bantuan kepada rumah ibadat selain Islam termasuk kuil, bantuan keusahawanan, kebajikan dan banyak lagi yang disalurkan kepada masyarakat India. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan beberapa isu yang telah dimajukan kepada saya oleh masyarakat India di luar sana untuk disuarakan dalam Dewan Yang Mulia ini. Yang pertama ini ialah isu yang hangat diperkatakan sejak lama juga berkaitan pembinaan dan pembangunan SJK(T) Ladang Jeram di Kuantan. Isu pembinaan bangunan baru Sekolah Tamil Ladang Jeram telah berlarutan selama beberapa tahun.

Walaupun tapak tanah dan dana pembinaan telah diluluskan zaman pentadbiran mantan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak lagi, projek berkenaan telah terbengkalai. Masalahnya bukan isu terbengkalai ini, terdapat beberapa bilik darjah di sekolah ini yang beroperasi dalam kontena sehingga masyarakat di luar sana

melabelkan sekolah ini sebagai sekolah kontena. Zaman moden ini, kalau ada sekolah dalam kontena, saya rasa saya tak tahulah ada tempat lain yang… sekolah yang beroperasi dalam kontena ini. Kita perlu mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini. Lama berlarutan, isu ini sering dipolitikkan dan dijadikan isu untuk menyerang Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri oleh beberapa pihak. Maka saya mohon tindakan Kerajaan Negeri dan juga Pusat agar segera menangani isu ini mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan bangunan baharu sekolah dapat dilaksanakan.

Yang kedua, saya ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang banyak membantu masyarakat India. Tapi ada cadangan baru, kalau dapat er… saya mengutarakan cadangan kepada Kerajaan Negeri agar mempertimbangkan Bantuan Prihatin sempena perayaan Deepavali. Bantuan prihatin yang dicadangkan sesungguhnya dapat menyantuni keperluan masyarakat India golongan B40 membawa sinar kegembiraan ketika musim perayaan.

Yang ketiga, peluang kerja kontrak bagi kontraktor kaum India. Kontraktor-kontraktor kaum India datang jumpa dengan saya mengadu mereka sukar untuk mendapat kontrak dalam er… PBT dalam er… agensi-agensi yang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan konsesi di negeri Pahang. Saya mohon er… jasa baik Kerajaan Negeri pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memberi kebenaran kelulusan agar kontraktor India dapat bernafas dan dapat bekerja menjalankan kerja-kerja yang ditawarkan di PBT ataupun oleh syarikat-syarikat yang memegang konsesi di negeri Pahang.

Dan yang terakhir projek tebatan banjir di Kuil Maran juga telah saya bangkitkan pada dewan… Sidang Dewan yang lalu, turut mendapat sokongan daripada Kuala Sentul tetapi masih belum ada titik noktah terhadap isu yang dibangkitkan. Setiap tahun ketika musim tengkujuh kawasan Kuil Maran dan persekitarannya ditenggelami air banjir beberapa kali. Pihak kuil terpaksa membelanjakan ratusan ribu ringgit bagi kerja-kerja membaik pulih dan pembersihan pasca banjir. Maka sekali lagi saya mohon tindakan Kerajaan Negeri bagi meminimumkan impak banjir dengan perlaksanaan projek tebatan banjir di kawasan berkenaan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Akhir sekali, tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri di atas segala usaha memacu pembangunan, kemakmuran dan kesejahteraan negeri Pahang dan rakyatnya, Maju Terus Pahang. Sekian terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong Titah Diraja. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja].

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sabai. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tahan.

Bismilllahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. [Bacaan dalam Bahasa Arab].

Yang dihormati YB Speaker, yang saya muliakan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Ahli MMK, rakan-rakan Ahli Dewan Negeri, Ketua-ketua Jabatan juga kepada pemerhati yang dikasihi sekalian.

Pertamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Speaker kerana memberikan peluang dan ruang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih di atas Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah pada hari Isnin yang lalu ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15. Sesungguhnya Titah Baginda menzahirkan kecaknaan baginda terhadap perjalanan tadbir urus Kerajaan Negeri bagi memastikan manfaat dan faedah terus dinikmati oleh seluruh rakyat negeri ini.

YB Speaker,

Izinkan saya memulakan ucapan saya pada kali ini dengan menyebut sabda Rasulullah SAW sebagai panduan dan peringatan untuk kita bersama. Sabda Rasulullah SAW [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Maksudnya “apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang Raja atau pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya pembantu yang benar dan ikhlas. Jika pemimpin itu lupa atau leka, nescaya diberikan peringatan. Jika pemimpin itu… nescaya… jika pemimpin itu mengingati, nescaya akan diberikan pertolongan kepadanya. Sebaliknya, jika Allah menghendaki selain daripadanya iaitu keburukan kepada pemimpin itu nescaya dijadikan baginya pembantu yang jahat. Jika pemimpin itu lupa dan lalai, nescaya tidak diberikan peringatan. Dan jika dia mengingati, nescaya tidak akan diberikan pertolongan kepadanya”. Hadis riwayat Abu Daud.

Insya-Allah, keberadaan saya dan rakan-rakan ADUN Bukan Kerajaan di dalam Dewan Yang Mulia ini adalah sebagai penyemak dan pengimbang. Apa yang baik akan kita sokong dan dukungi bersama. Apa yang kurang baik akan kita sama-sama perbaiki dan perelokkan. Antaranya melalui sesi perbahasan seumpama ini demi negeri dan rakyat yang kita sama-sama sayangi dan kasihi.

YB Speaker,

Dalam kesempatan ini, ada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan dan kemukakan bagi mendapat penjelasan dan perhatian daripada pihak Kerajaan Negeri. Yang pertama, pada 1 April 2024 baru-baru ini, ada satu artikel atau laporan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini di dalam News Lab Malaysiakini.com. Laporan ini hasil kerjasama dengan Pulitzer Centre Rainforest Investigation Network di bawah tajuk “Ada Balak Di Balik Sawit”. Laporan ini merujuk kepada ladang sawit PKNP di Kampung Bukit Mat Daling, Ulu Tembeling dalam DUN Tahan yang berkeluasan 8,093 hektar. Ada beberapa dakwaan yang disebut di dalam laporan ini terhadap projek yang telah bermula sejak tahun 2014.

Antaranya, yang pertama memberi ancaman kepada habitat banyak haiwan yang berada di ambang kepupusan. Yang kedua, penebangan hutan dilakukan dengan tidak teratur. Ketiga, Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) itu menyatakan pendekatan berperingkat dalam membersihkan hutan bertujuan mengurangkan kerosakan alam sekitar. Namun, imej satelit menunjukkan pembalakan dilakukan pada tompokan yang terpecah-pecah di banyak tempat. Seterusnya hasil tuaian cukup mengecewakan, separuh di ladang PKNP kira-kira 4,046 hektar sedang… sedang beroperasi dan dari situ ladang itu hanya mengeluarkan 29 tan buah segar setahun… tandan buah segar setahun. Laporan ini juga mendakwa pemilik ladang tidak

melaksanakan dengan betul cadangan EIA yang mengakibatkan pengeluaran tanaman yang rendah akibat pencerobohan gajah liar.

Bagi saya, laporan dan paparan ini sangat negatif dan memberikan kesan yang tidak baik kepada Kerajaan Negeri Pahang yang kita cintai. Soalan saya, adakah apa yang disebut di dalam laporan ini benar ataupun tidak. Jika tidak, pihak kerajaan perlu membuat penjelasan secara tuntas dan menjawab secara berfakta segala dakwaan yang dibuat oleh Malaysiakini. Saya mohon pihak kerajaan membuat tindakan bersifat praktikal di dalam memastikan syarikat atau GLC yang dilantik ini akan membawa keuntungan kepada Kerajaan Negeri dan memberi limpahan ekonomi kepada rakyat yang berada di sekitarnya.

Yang kedua, saya sekali lagi inginkan penjelasan daripada pihak kerajaan berkenaan projek pembinaan jalan perhubungan di dalam kampung di Hulu Tembeling yang melibatkan Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Bukit Mat Daling dan juga Kampung Gusai. Rakyat di bawah sering bertanya kepada saya tentang kelangsungan projek ini kerana mereka melihat tiada gerak kerja dan er… perkembangan yang sepatutnya berlaku di lapangan. Lebih-lebih lagi jangka masa projek ini sepatutnya siap pada Ogos 2025. Justeru, saya ingin bertanya apakah status terkini projek ini? Apakah ia menyebabkan projek ini dilihat seolah-olah tergendala? Adakah apa yang sedang berlaku ketika ini ada kaitan dengan er… kelemahan pihak kontraktor yang telah dilantik atau sebaliknya?

Yang ketiga. Ketika ini, kerja-kerja membaik pulih dan membina cerun di sepanjang laluan daripada Kuala Tahan ke Kampung Bantal sedang giat dilaksanakan. Namun, apa yang saya nak fokuskan di sini ialah berkaitan dengan jalan-jalan yang berlubang di sepanjang laluan ini. Terutama sekali di beberapa lokasi antaranya selepas ladang Yayasan Pahang iaitu sebelum sampai ke simpang masuk Kampung Kuala Sat.

Lubang atau kerosakan yang ada di tengah jalan itu terlalu banyak sehingga tiada ruang untuk kita mengelak. Keadaan ini menyebabkan timbul rasa tidak selesa di kalangan penduduk setempat dan membahayakan mereka di samping membahayakan juga kepada pengguna-pengguna luar, di kalangan pelancong yang ingin melakukan aktiviti di Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Bukit Emak dan juga Kampung Gusai. Telah ada sebelum ini kejadian penunggang motosikal yang jatuh dan cedera. Telah ada kejadian tayar kereta yang pecah dan juga tangki air kereta yang pecah berpunca daripada kerosakan jalan ini.

Justeru, saya mengharapkan agar pihak yang berwajib atau pihak yang melaksanakan projek khas baik pulih cerun di sepanjang laluan ini dapat membantu dan berbuat sesuatu agar lubang-lubang yang merintangi laluan ini dapat ditampal dengan sebaiknya demi menjamin keselamatan dan juga keselesaan pengguna.

YB Speaker,

Perkara yang keempat yang saya nak sebut. Umum mengetahui bahawa projek perumahan generasi baharu FELDA, PGBF di FELDA Padang Piol sebanyak 26 unit telah dilaksanakan pada tahun 2013. Pembinaan projek ini telah dilakukan di atas padang awam FELDA Padang Piol. Maka bagi memastikan penduduk FELDA Padang Piol terus mempunyai padang awam bagi membolehkan mereka melaksanakan aktiviti riadah dan lain-lain, satu padang awam baru telah diluluskan pembinaannya pada hujung pada hujung tahun 2014 dengan kos lebih kurang RM170,000.00.

Namun projek ini gagal kerana padang yang dibina tidak boleh digunakan. Bahkan wujudnya lopak-lopak air di dalam kawasan padang tersebut. Saya difahamkan pihak FELDA telah meluluskan satu lagi peruntukan untuk membaik pulih padang ini pada Julai 2023 tahun lalu dengan nilai kerja lebih kurang RM150 ribu. Saya juga difahamkan bahawa kerja baik pulih ini sepatutnya telah siap pada penghujung tahun 2023. Namun sehingga saat ini kerja-kerja baik pulih ini belum disiapkan. Bahkan saya juga difahamkan beberapa kali surat teguran dan amaran telah dikeluarkan oleh pihak FIC sebagai pegawai penguasa projek ini kepada kontraktor yang terbabit. Justeru, saya mengharapkan satu tindakan dan er… penyelesaian pantas mesti dibuat agar projek ini segera disiapkan dan tiada lagi dana awam dikeluarkan terhadap projek yang sama.

Yang kelima, saya seperti rakan-rakan ADUN yang lain sama ada di blok kerajaan mahupun bukan kerajaan. Ingin juga menyentuh berkenaan dengan masalah bekalan air. Saya sangat menghargai usaha-usaha yang sedang dijalankan oleh pihak kerajaan melalui PAIP bagi menyelesaikan perkara ini. Ambang Syawal baru-baru ini menyaksikan 5 hari sebelum menjelangnya Aidilfitri berlaku masalah masalah terputus bekalan air yang melibatkan penduduk Kampung Sungai Putat, Kampung Gajah Mati, Kampung Tanjung Betung, Kampung Batu Embun Seberang dan FELDA Padang Piol.

Kejadian ini berpunca daripada kerosakan yang berlaku di Loji Rawatan Air Padang Piol. Menurut penduduk, kejadian kali ini dikira yang paling buruk dalam sejarah. Namun, saya sangat-sangat menghargai dan berterima kasih kepada pihak PAIP Jerantut bermula dari pengurusnya dan seluruh warga kerjanya yang bertungkus lumus siang dan malam bagi melakukan kerja baik pulih.

Bayangkanlah, kerja-kerja baik pulih dibuat bermula jam 5 petang dan berakhir pada jam 5 pagi. Selepas 5 minit pam dihidupkan, kerosakan lain pula berlaku, yang menyebabkan bekalan air masih tidak dapat disalurkan kepada pengguna. Netizen semestinya akan mempersoalkan, kenapa setiap kali musim perayaan akan berlakunya masalah terputus bekalan air dan berlakunya kerosakan di LRA.

Bagi kita dan pihak PAIP sendiri khususnya, sudah semestinya perkara seperti ini tidak diingini berlaku. Jika ianya berlaku, banyak pihak akan terkesan terutamanya pengguna dan warga kerja PAIP yang er… terpaksa bekerja lebih masa dan mengorbankan waktu cuti dan waktu bersama keluarga. Namun, ada juga yang mengalami masalah terputus bekalan air tanpa mengira musim seperti Kampung Kuala Retang dan sebahagian daripada Kuala Tembeling.

Oleh kerana masalah terputus bekalan air ini sering berlaku pada setiap kali musim perayaan dan sememangnya telah boleh dijangka, saya mengharapkan agar pihak PAIP mempertingkatkan lagi kesiapsiagaan mereka dalam mendepani masalah ini seperti menambah aset-aset yang sedia ada seperti tangki statik dan juga lori tangki air agar kerja-kerja membekalkan air kepada penduduk yang terkesan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan kerap.

Mohon mencelah Speaker.

Saya tertarik dengan apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tahan tadi supaya ada langkah yang perlu diambil. Saya teringat di kawasan saya pun sama, Yang Berhormat Speaker. Ada tangki yang dah siap lama. Ada 4 tangki besar, tangki perkhidmatan service punya tanks tapi tak berfungsi. Yang saya rasa pembinaannya

adalah untuk tujuan kalau sekiranya berlaku terputus bekalan, supply akan diambil daripada tangki yang besar ini, reserve yang besar ini. Tapi tidak berlaku perkara tersebut kerana tidak digunakan, tidak berfungsi. Ada sekurang-kurangnya 4 kalau tak silap saya 4 tangki yang dah lama bina usang dan tidak berguna. Maka ini boleh menjadi salah satu daripada cadangan yang boleh digunakan di Tahan. Terima kasih.

Terima kasih.

Tahan, minta laluan sikit. Saya meneliti isu yang berlaku di FELDA yang dibangkitkan di Tahan Dato' er… Speaker. Isunya ialah loji yang dibina pada awalnya bukan untuk FELDA, untuk menampung keperluan kampung tradisi. Tapi bila pembinaan FELDA dibuat, Padang Piol, Sungai Retang, LRA yang sama terpaksa tampung di dua tiga FELDA lain. Ini membuatkan kapasitinya tidak mampu. Jadi penyelesaiannya yang telah dibuat di peringkat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ialah membina loji baru bagi menampung keperluan tersebut.

Saya setuju apa dibangkitkan sementara waktu kita boleh sediakan lori pengangkutan tapi ni bukan penyelesaian jangka panjang dan saya setuju apa dibangkitkan bahawa untuk menyelesaikan secara jangka panjang secara tuntas, sebuah LRA baru mesti dibina bagi menampung keperluan penambahan perumahan, FELDA dan sebagainya tidak lagi boleh ditampung oleh loji yang sedia ada. Terima kasih.

Terima kasih kepada rakan daripada Beserah dan juga Cheka. YB Speaker, saya terus kepada point terakhir saya pada kali ini. Pada sidang yang lalu, saya ada berkongsi di dalam Dewan ini, rasa kebimbangan penduduk Kampung Batu Balak, Mukim Kuala Tembeling terhadap cadangan pembalakan berhampiran kawasan er… empangan kecil atau tandak air yang mereka bina sejak 23 tahun yang lalu dan masih digunakan sebagai sumber air utama penduduk kampung sehingga hari ini. Masalah bekalan air terputus akibat gangguan gajah liar kerap berlaku.

Sebagai contoh, pada bulan Ramadan yang lalu, hampir setiap minggu bekalan air terputus akibat gangguan gajah liar yang memijak dan mencabut poly pipe yang menyalurkan bekalan air kepada penduduk kampung. Lebih daripada 4 jam masa yang diperlukan untuk membuat baik pulih apabila bekalan air terputus bermula daripada perjalanan ke lokasi yang mengambil masa perjalanan hampir 2 jam pergi dan 2 jam untuk balik, belum dicampur lagi dengan masa untuk menjejaki paip yang rosak dan dicabut serta kerja-kerja baik pulih.

Pada 14 Februari 2024 yang lalu, satu sesi konsultasi telah dianjurkan oleh pihak Pejabat Hutan Daerah Jerantut bersama penduduk Kampung Batu Balak, pelesen, beberapa lagi entiti dan saya turut bersama. Menyedari bahawa pembalakan di kawasan ini akan tetap berlaku dan kesannya kepada sumber air penduduk akan lebih meruncing serta gangguan gajah liar akan lebih hebat dan dahsyat, maka pihak penduduk kampung meminta agar proses penyaluran bekalan air bersih ke kampung mereka mesti menjadi keutamaan dan disegerakan oleh pihak kerajaan.

Sebelum projek bekalan air bersih itu terlaksana, sebagai penyelesaian jangka pendek dan sebelum kerja-kerja pembalakan ini dimulakan, maka saya dengan rasa rendah

diri bagi mewakili penduduk kampung ingin memohon kepada pihak Kerajaan Negeri agar menyediakan satu peruntukan khas bagi membina telaga tiub bagi manfaat 40 buah rumah dengan bilangan isi rumah hampir 100 orang. Mudah-mudahan perhatian dan jasa baik Kerajaan Negeri terhadap penduduk kampung ini akan diganjari oleh Allah Ta'ala dengan gandaan hasil mahsul Kerajaan Negeri secara berterusan, insya-Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

YB Speaker,

Untuk akhirnya, terima kasih saya ucapkan kepada pihak Kerajaan Negeri di atas segala pelaksanaan projek kecil dan besar di dalam kawasan DUN Tahan yang saya wakili. Terima kasih juga kepada semua agensi dan jabatan di peringkat negeri dan daerah atas segala kerjasama yang dihulurkan demi kepentingan dan juga kebaikan rakyat. Marilah kita berdoa agar Allah Ta'ala memberkati kehidupan kita semua serta dipermudahkan segala urusan kita dalam melaksanakan amanah Allah dan juga kepercayaan rakyat. Dengan ini Tahan menyokong Usul Titah Diraja. Sekian, Assalamualaikum WBT. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Tahan. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Tanah Rata.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan. Salam Sejahtera, salam perpaduan. Saya ingin merakamkan ucapan menjunjung kasih ke atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Pertama sekali, izinkan saya membincangkan di Dewan yang mulia ini, penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian. Saya menyokong Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda bahawa galakan dan dorongan perlu diberi kepada golongan muda ataupun agropreneur untuk melibatkan diri dan menceburi bidang pertanian demi merancakkan pembangunan pertanian mampan dan lestari. Malahan negeri Pahang yang terkenal dengan sektor pertanian merupakan antara negeri yang paling strategik untuk menarik penglibatan anak muda untuk mempertingkat sektor pertanian menuju ke arah sektor pertanian yang pintar dan revolusi pertanian 4.0.

Di kawasan Cameron Highlands sebagai contoh, kebanyakan petani kecil telah pun bercucuk tanam selama berpuluh-puluh tahun dan kini sudah tiba masanya di mana semakin ramai petani yang kian berusia tinggi, perlu membuat pilihan yang penting dalam kehidupan mereka iaitu sama ada menyerahkan kepada generasi kedua anak mereka untuk terus bercucuk tanam atau terpaksa berhenti bercucuk tanam.

Yang Berhormat Speaker,

Sesetengah petani yang berusia tinggi ini sering mengeluarkan keluhan bahawa anak-anak mereka tidak berminat untuk mengikut jejak ayah atau ibu mereka kerana atas beberapa faktor. Selain daripada harga hasil pertanian yang agak tidak menentu, tempoh pajakan dan sewa yang tidak panjang, menambah lagi unsur ketidakpastian dan memberi impak kepada mereka yang ingin meneruskan pertanian dan seterusnya meningkatkan tahap pertanian.

Cuma di sini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana sejak tahun 2020 telah memperkenalkan pembaharuan dalam polisi pertanian dengan memberi sewaan tanah sebanyak 3 + 2 tahun kepada petani melalui Pahang Corporation iaitu sebanyak 5 tahun berbanding dengan TOL yang berkuatkuasa selama setahun sahaja. Selain itu, segelintir pekebun atau agropreneur juga ditawarkan pajakan tanah yang bertempoh lebih panjang oleh Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands (PKCH) untuk tujuan pertanian.

Maka saya lihat bahawa perkembangan polisi pertanian di Cameron Highlands dan di Pahang secara amnya adalah berstrategi dan memenuhi visi negeri Pahang untuk menjadi negeri yang mampu menghasilkan bahan makanan yang berkualiti dan mencukupi. Memandangkan tempoh sewaan yang ditawarkan oleh Pahang Corporation selama 5 tahun akan tamat pada tahun ini, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar menawarkan tempoh sewaan yang lebih panjang atau pajakan yang bertempoh lebih panjang seperti tawaran pajakan oleh PKCH, khususnya kepada para petani yang selama ini bercucuk tanam dan telah menunaikan tanggungjawab dengan membayar sewa.

Langkah ini bukan sahaja akan memberi insentif kepada semua petani untuk bayar sewa tepat pada masanya tetapi juga akan meningkatkan hasil Kerajaan Negeri dan juga menghantar signal yang jelas bahawa Kerajaan berhasrat memajukan sektor pertanian dengan adanya penglibatan orang muda dan menawarkan sokongan dan bantuan institusi ke arah tersebut, demi mencapai usaha meningkatkan tahap sekuriti makanan.

Yang Berhormat Speaker,

Isu kedua yang ingin saya bincang dalam Dewan ini adalah cadangan mempertingkat sektor pelancongan khususnya ekopelancongan di kawasan Cameron Highlands, yang baru-baru ini diiktiraf sebagai bandar paling bahagia di Malaysia. Cameron Highlands merupakan destinasi ekopelancongan dan agro pelancongan yang menjadi tarikan kepada ramai pelancong dan pada tahun 2023, Cameron Highlands juga telah mencatatkan jumlah pelancong tempat ketiga tinggi di seluruh negeri Pahang seperti yang Exco maklumkan kepada Dewan yang mulia ini.

Di sini kita juga nampak pelbagai usaha dan inisiatif yang telah diambil untuk mempertingkat sektor pelancongan khususnya eko atau agropelancongan di Cameron Highlands. Antaranya yang kita nampak, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Kerajaan Negeri kerana baru-baru ini mengumumkan untuk mewujudkan Man and Biosphere (MAB) Mossy Forest di Cameron Highlands untuk memulihara kepelbagaian biologi dan mempromosikan pembangunan lestari.

Yang Berhormat Speaker,

Aktiviti mendaki gunung yang merupakan sebahagian daripada sektor ekopelancongan, kian menjadi aktiviti popular dalam kalangan pelancong di dalam dan di luar negara termasuk pelancong dari negara Eropah, yang antaranya amat berminat untuk mendaki gunung seperti Gunung Irau, di mana Mossy Forest terletak. Demi mempertingkat tahap ekopelancongan, saya mencadangkan agar menambah baik laman web Jabatan Perhutanan agar ia menjadi lebih mesra pengguna, memudahkan proses permohonan dan pembayaran fi bagi permit memasuki hutan, cara memaparkan senarai malim gunung juga boleh dipermudahkan dan menjadi lebih

jelas kepada er… pemohon, serta membuka permohonan malim gunung agar lebih ramai penduduk yang berminat boleh turut serta.

Yang Berhormat Speaker,

Ramai penduduk Cameron Highlands yang berminat dalam aktiviti ini telah menzahirkan hasrat mereka untuk menceburi bidang ini dan harap turut membantu mempromosikan Cameron Highlands sebagai destinasi mendaki gunung dan ekopelancongan yang strategik. Namun, kebanyakan mereka sering diberitahu bahawa permohonan malim gunung tidak dibuka ataupun sudah tutup. Saya percaya bahawa sektor ekopelancongan di Cameron Highlands dan di Pahang secara amnya akan berkembang dengan lebih pesat sekiranya peluang galakan dan sokongan diberi kepada penduduk setempat termasuk menjadi malim gunung untuk kita bersama-sama mempertingkat tahap dan mutu pelancongan.

Yang Berhormat Speaker,

Isu ketiga yang ingin saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini adalah isu yang kian menjadi topik hangat dalam kalangan penduduk Cameron Highlands iaitu pembentung, culvert yang tersumbat di Batu 51, Kampung Raja yang menyebabkan air melimpah ke atas jalan persekutuan FT 59, apabila hujan lebat. Terima kasih kepada pihak er…JKR serta agensi kerajaan lain termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dan juga er… Jabatan Pengairan dan Saliran kerana mengambil tindakan pantas untuk mengalihkan air anak sungai tersebut.

Namun dimaklumkan bahawa pihak JKR daerah tidak mampu membersihkan pembentung dengan machine yang sedia ada dan sedang memohon peruntukan agar kerja membersihkan pembentung yang tersumbat boleh bermula. Saya dimaklumkan oleh ramai penduduk bahawa bahagian jalan di Batu 51 tersebut pernah terputus pada lebih kurang 10 tahun yang lalu. Ia menyebabkan terputusnya satu satu jalan perhubungan yang menghubungkan kawasan Kampung Raja kesemua kawasan lain di Cameron Highlands. Justeru, saya berharap agar peruntukan khas ini boleh diluluskan dan disalurkan dengan secepat mungkin demi menyelesaikan masalah tersebut dan menjamin keselamatan penduduk dan juga pelancong.

Yang Berhormat Speaker,

Isu keempat yang ingin saya bangkitkan dalam Dewan ini adalah cadangan untuk mengurangkan risiko banjir di negeri Pahang khususnya di Cameron Highlands. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada banjir. Antara yang paling penting adalah hujan yang terlalu lebat. Kerajaan Negeri dan agensi-agensi kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan risiko banjir seperti membersihkan sedimen sungai, menjalankan projek tebatan banjir dan sebagainya. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000.00 bagi menjalankan rancangan tebatan banjir Sungai Ikan, Kampung Raja.

Ia termasuk juga rancangan tebatan banjir di Ringlet dan di Lembah Bertam yang telah lulus dan telah selesai pada tahun-tahun yang lalu. Di sini saya ingin mencadangkan bahawa satu jumlah peruntukan boleh disediakan setiap tahun kepada pihak JPS agar JPS boleh memulakan kerja-kerja awal atau preliminary tanpa perlu membuat permohonan. Mekanisme atau langkah ini, saya percaya boleh mempercepatkan usaha untuk mengatasi atau mengurangkan risiko banjir kerana pihak JPS daerah boleh memulakan kerja-kerja penting yang awal berdasarkan situasi semasa dan pertimbangan on the ground.

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Banjir kilat pernah berlaku di kawasan Tringkap, Cameron Highlands pada 4 bulan Disember 2023 dan menyebabkan benteng sungai runtuh. Maka saya berharap juga bahawa Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan dan meluluskan projek-projek termasuk membersihkan sungai dan juga membina flood wall yang telah runtuh demi mengambil langkah pencegahan banjir seawal-awalnya.

Yang Berhormat Speaker,

Er…isu terakhir yang ingin saya bangkitkan dalam Dewan ini adalah cadangan untuk mengasah bakat atlet renang secara sistematik di Cameron Highlands. Dalam beberapa tahun ini, ramai atlet renang muda yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah telah muncul dan mencapai pelbagai kejayaan yang yang cemerlang di peringkat negeri dan kebangsaan. Walaupun cuaca sejuk tapi ada atlet renang juga. Ramai daripada mereka telah pun meraih pingat emas, perak dan gangsa dalam pelbagai pertandingan termasuk Kejohanan Revos Swimming Championships 2024 di Kuantan pada Mac 2024 yang EXCO bangkitkan hari itu dan dua orang daripada mereka dijemput untuk menyertai MAS Malaysia Invitational Age Group, Swimming Championship 2024, dengan izin.

Walau bagaimanapun, disebabkan kawasan Cameron Highlands kekurangan fasiliti kolam renang yang ber standard tinggi, pelajar-pelajar yang berminat hanya boleh menceburi bidang ini dalam kolam yang jauh lebih kecil daripada kolam di kawasan lain untuk tujuan latihan. Setelah mendapat tahu cabaran mereka, sebuah resort di Cameron Highlands, Strawberry Park Resort juga secara sukarelanya meminjam fasiliti kolam renang kepada pelajar untuk berlatih sehari seminggu.

Namun kolam tersebut masih tidak mencapai standard yang cukup tinggi untuk tujuan pertandingan dan er…maka pelajar sentiasa perlu bertolak ke tempat lain seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan dan sebagainya untuk menyertai latihan yang lebih sistematik untuk persediaan pertandingan.

Yang Berhormat Speaker,

Seperti yang saya bangkitkan dalam sesi pertanyaan semalam, Menteri Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan kerja ke Cameron Highlands pada 6 Mei 2024 iaitu 3 hari yang lepas dan menteri juga berharap agar satu fasiliti kolam renang boleh dibina yang berstandard tinggi di Cameron Highlands untuk mempertingkat mutu latihan dan mencungkil bakat. Maka saya berharap juga agar Kerajaan Negeri Pahang boleh meneliti dan menyokong cadangan membina fasiliti kolam renang dengan mencari tanah yang sesuai bagi tujuan itu untuk bersama-sama memperkasa sukan tersebut dari peringkat akar umbi…

Yang Berhormat Speaker, saya mohon er…Yang Berhormat Tanah Rata kalau boleh kongsi dengan saya, er…berapa ramai sebenarnya yang atlet renang khususnya di kalangan pelajar di Cameron Highlands yang terlibat dalam sukan ini. Kita boleh perhalusi. Sebab setakat ini memang fokus kita untuk Cameron Highlands ini adalah acara olahraga khususnya acara jarak jauh sebab sekian lama memang er…Cameron Highlands melahirkan ramai atlet-atlet jarak jauh. Sesuai dengan er…cuaca dan suhu di sana. Jadi kalau kita ada data, mungkin kita boleh bincang dan Kerajaan Negeri bersedia untuk er…melihat kawasan yang sesuai untuk kita perhalusi cadangan Yang Berhormat.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Terima kasih banyak-banyak kepada er…Yang Berhormat EXCO atas sokongan tadi dan er… setahu saya ada 16 atlet yang selalu menyertai pertandingan. Er…setahu saya ada juga ramai er…budak-budak yang berminat. Mungkin mereka join one off dan er…antara 16 itu, saya rasa hampir semua selalu menyertai pertandingan dipelbagai peringkat daerah, negeri dan er…kebangsaan. Saya juga akan…

Sorry, sikit lagi er... Yang Berhormat apa pencapaian tertinggi 16 ini? Kalau boleh kongsi.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Er…seperti yang saya katakan tadi ada 2 orang dijemput untuk menghadir untuk menyertai MAS Malaysia Invitational Age Group Swimming Championship. Sebelum ini di 5 orang er…menyertai Kejohanan Revos Swimming Championships dan er…mendapat pelbagai pingat termasuk pingat emas. Saya boleh juga bagi butiran secara lebih terperinci. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Er… itu sahaja dapa…daripada saya dan dengan ini saya menyokong Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat kawasan Tanah Rata. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat Pulau Tawar.

Tuan Yohanis bin AhmadPAS · PNPulau Tawar

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu'alaikum WBT dan selamat petang. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker atas keizinan saya berucap pada petang ini. Terlebih dahulu saya menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang atas Titah Diraja yang menzahirkan kepetinan…keprihatinan terhadap kesejahteraan dan kebajikan rakyat di negeri ini. Er…insya-Allah pada petang ini, saya nak menyentuh pertama kali berkait berkait rapat dengan er…perkara yang… perkara berkait rapat dengan potensi koko di pasaran dunia.

Jadi er…baru-baru ini ada dilaporkan dalam er…laman sosial kementerian terbabit. Bahawasanya hasil perkongsian strategik antara Lembaga Koko Malaysia dengan syarikat terkenal tanah air, syarikat makanan, telah menghasilkan produk baru dengan dengan mengge…menggunakan 100% biji koko premium daripada Sabah dan Sarawak. Jadi Sabah, Sabah menjadi pusat er…HQ er… Lembaga Koko Malaysia. Jadi kerjasama ini amat baik kerana dapat memberi peluang kepada pekebun-pekebun koko malaysia untuk meningkatkan hasil dan mempamerkan keunikan biji koko kerana biji koko Sabah Sarawak ini er…orang Eropah beli, kita eksport kerana ia antara lima terbaik di dunia. Jadi saya buat carian sikit apa faedah koko.

Jadi koko ini tuan-tuan, namanya adalah theobroma cacao itu bahasa Yunani dia, bermaksud makanan dewa-dewa. Tapi orang islam makanan ini ada khasiat lah Allah SWT buat. Jadi koko ni peranan dia antaranya adalah khasiat dia melambatkan penuaan, lambat tua. Mana muka ni mungkin muda banyak makan koko. Betul Timbalan Speaker? Timbalan Speaker pun nampak muda. Jadi koko ni juga dia boleh

mengurangkan hormon stress. Jadi saya cadang lah kalau akan datang kita nak mengurangkan stress dalam Dewan kita makan koko. Boleh Yang Berhormat Benta? Insya-allah.

Jadi itu khasiat koko tuan-tuan, yang mana ianya baik untuk kita… mungkin pihak kerajaan negeri boleh melihat potensi yang ada pada koko ini kerana saya teringat masa saya kecil dulu di kampung… kampung saya di Kampung Pulau Tawar itu, memang keliling rumah tok saya tu koko, pokok koko. Jadi kami ni belah koko, makan mentah-mentah koko sebelum dijemur tapi lama-lama itu dia hilang begitu sahaja. Tak tahu sebab apa, potensi ni dah… koko ni tak di popularkan di Pahang. Jadi mungkin lah pihak kerajaan akan melihat kembali kerana industri koko ini menyumbang sebanyak RM8.2 billion kepada hasil eksport negara, insya-Allah.

Baik, perkara kedua saya nak sentuh adalah berkait dengan perladangan, perladangan. Baru-baru ini saya ada berjumpa dengan Persatuan Pekebun Kecil cawangan Pahang di Bera kerana ramai kalangan mereka ini berada di Bera dan sekitar Jengka. Jadi dicadangkan saya pergi ke Bera, buat pertemuan. Baik, kerajaan melalui Kementerian Peladangan dan Komoditi menyebut saya tengok baru-baru ini dalam laman sosial terbabit, menyebut tentang kursus penuai sawit profesional melalui kursus TVET khusus untuk anak tempatan, bukan orang asing, anak tempatan ini masuk kursus TVET ini dan mereka dikenali sebagai penuai sawit profesional dan anggaran tawaran gaji yang diberikan kepada mereka RM3,500.00 purata. Maka dan menjimatkan tenaga mereka hanya melakukan tiga tugasan sahaja.

Baik, perkara ini baik tapi bila kita tengok di lapangan, kalau kita tengok di lapangan kerja sawit khasnya, masih lagi kita… sektor sawit ini kekurangan pekerja. Cuma di Pahang ini kita mungkin tidak ada… mungkin dah angka tepat. Kalau orang di FELDA berapa, masih lagi kekurangan pekerja, kalau pekebun kecil pun sama, berapa lagi mereka kurang pekerja-pekerja tempatan. Bila pekerja tempatan ini kurang maka mereka terpaksa mengambil pekerja-pekerja asing untuk menguruskan kebun mereka.

Ada disediakan hari ini mesin-mesin moden untuk memudahkan urusan mereka yang terlibat dengan sektor sawit ini contohnya, mesin cantas eletrik mycut, e-cutter bateri, Canvas Evo dan lain-lain tapi penggunaannya amat terhad. Bagi mereka yang mampu beli dan mereka guna lah di kawasan yang mungkin tidak berbukit. Namun saya nak sebut di sini tentang perlunya kita melihat kembali kekurangan tenaga kerja ini… anak tempatan untuk mereka dilibatkan dengan kerja-kerja ladang di peringkat lapangan.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Minta celah sikit. Terima kasih yang berkaitan anak muda bekerja di FELDA. Setahu saya sekarang anak-anak kita ini tidak suka kerja di FELDA. Dia lebih suka kerja di bandar sebab anak-anak muda sekarang memilih kerja. Inilah masalah kita hadapi. Untuk pengetahuan Pulau Tawar.

Tuan Yohanis bin AhmadPAS · PNPulau Tawar

Baik terima kasih Yang Berhormat Exco. Maka saya fikir kita kena memperhebatkan kempen kepada mereka ini untuk lebih ramai melihat apa yang ditawarkan oleh pihak kerajaan. Memang kita ada kekangan di situ. Kalau saya tengok pada salah satu daripada masalah cabaran kerja ini laporan daripada Dasar Agro Makanan Negara (DAN). DAN ini dia DAN 1 dan DAN 2.0. Dasar Agro Makanan Negara yang telah di buat untuk 2021 hingga 2030. Salah satu daripada laporan yang kita baca ini adalah

menjadi cabaran pada sektor ini adalah kerana kekurangan penglibatan belia dalam sektor agro ini.

Kalau 2019 saya baca laporan ini lamalah, kita ambil daripada 14.8 juta tenaga kerja lebih kurang 10 er… lebih kurang berapa persen sahaja, 10% sahaja yang terlibat dengan sebahagian kerja-kerja pertanian. Memang tak ramailah yang berminat. Jadi pun turut ada masalah. Maka kita lihat sektor sawit, serta getah apatah lagi. Sektor pertanian pun menghadapi masalah sama. Apabila kita kekurangan tenaga kerja belia tempatan untuk berkhidmat di ladang dan sebagainya. Kita lihat ada tawaran-tawaran daripada kerajaan tapi masih belum mampu untuk menarik minat mereka atas faktor-faktor yang tertentu lah. Baik, seterusnya saya nak menyebut tentang perkara yang berlaku di kawasan FELDA tempat saya wakili.

Awal Ramadan baru ni ada satu kes. Kes ini kes terpencil tapi ia mungkin membuka mata pihak pengurusan FELDA untuk melihat menyelesaikan perkara ini. Awal Ramadan ini ada satu kes kematian yang melibatkan seorang pemuda, yang… yang dia pergi ke rumah sebelah rumah ayah dia, rumah tersebut ditinggalkan terlalu lama, tuan rumahi tu pergi duduk di kedai dan rumah itu tinggal lama, puluhan tahun dan tak diselenggara, tak dijaga lah. Maksudnya dengan semak-samun dan sebagainya.

Jadi pemuda ni pergi ke rumah sebelah rumah mak dia ini, dan dia cuba membersihkan kawasan tersebut. Simen yang ada di bahagian dapur tu menghempap kepada dia dan dia meninggal… meninggal dunia. Maka saya berbincang dengan tok empat dan juga pengurus FELDA, untuk pengurus dan tok empat bincang dengan tuan rumah, bagaimana nak bagi perkara ni tak berlaku di masa mendatang. Tetapi bila kita selidiki ia berkait dengan undang-undang lah. Maka tuan rumah dia ada hak rumah dia, kita bukan boleh suka-suka boleh masuk.

Jadi cumanya untuk mungkin untuk pengetahuan dan tindakan daripada sahabat saya daripada Exco FELDA, untuk tidak untuk memastikan supaya perkara tak berlaku di masa mendatang, mungkin dalam kawasan-kawasan FELDA ada rumah peneroka yang ditinggalkan dan using, yang tak terurus. Bagaimana kita nak menyelesaikan perkara tersebut mengikut undang-undang? Kalau tuan rumah tak bagi, kita bincang dengan dia dan bagaimana nak selesai? Supaya tidak berulang perkara-perkara yang seperti saya sebutkan tadi. Kita bimbang nanti jika tak diuruskan dengan baik, ada ular dan binatang berbisa dan perkara-perkara yang tak diinginilah. Mudah-mudahan perbincangan yang ada di kalangan pegawai FELDA, pengurus FELDA dan juga tok empat di sekitar kawasan terbabit akan membuahkan hasillah supaya tak berulang perkara ni.

Seterusnya berkait rapat dengan menyentuh masalah yang saya sebutkan tadi masalah air lah. Pertama saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan PAIP, khususnya PAIP Jerantut yang bertungkus lumus pada malam raya, sehari sebelum raya mereka dah bekerja untuk menyelesaikan masalah air. Saya selalu sebut dalam Sidang DUN ini, antara masalahnya adalah masalah di kampung tradisional yang jauh dengan bandar iaitu Kampung Pulau Tawar, Kampung Bukit Nikmat. Kerana kampung ni jauh daripada bandar dan mereka… dan masalahnya adalah bila paip pecah, bila paip pecah dan mereka lambat nak dapat balik air masuk ke dalam tangki mereka dan ini berlaku lagi.

Kita lihat datang pihak PAIP bawa lori dan tanker untuk bantu mereka. Alhamdulillah saya ucapkan tahniah kepada pengurusan PAIP. Cuma kawasan tersebut berlaku tiap-tiap minggu tak ada air. Kerap sangat kerana paip pecah. Maka tindakan yang perlu dibuat adalah untuk menyelesaikan perkara ini, paip yang dahulunya 40 tahun

lebih, tak penah bertukar. Jadi saya mohonlah Kerajaan Negeri untuk lihat perkara ni kalau boleh dahulukan orang Bukit Nikmat ini kerana dia bukit dan nikmat. Insya-Allah boleh pahala kita, insya-Allah. Kita dahulukan mereka kerana masalah asas ini selalu terlalu menghantui mereka. Boleh katakan tiap-tiap minggu masalah. Bila masalah paip air ni tak selesai orang yang dicari antaranya Yang Borhormatlah, selain daripada pegawai-pegawai PAIP yang ada di sekitar kawasan tersebut. Baik itu perkara yang berkait dengan paip-paip yang menjadi masalah di Kampung Bukit Nikmat.

Jadi Yang Berhormat Speaker,

Perkara-perkara yang saya sebutkan tadi khususnya berkait rapat dengan tenaga kerja dan pengurusan FELDA dan sebagainya, supaya kita dapat melihat perkara ini dengan lebih baik dan tuntas. Mudah-mudahan, usaha kerjasama yang kita buat bersama, jalin kerjasama sama-sama kita, akan membuahkan hasil untuk membantu masyarakat di luar sana menikmati kemudahan-kemudahan yang ada di negeri ini.

Jadi, saya buat akhirnya mengucapkan terima kasih dan mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Pulau Tawar. Sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat yang terakhir bagi sesi petang ini, saya ingin mengalu-alukan kedatangan wakil-wakil pemerhati Dewan Negeri daripada kawasan DUN Bilut yang pertama; yang kedua, seramai 10 orang Ahli Majlis Tertinggi Puteri UMNO Pahang; yang terakhir, seramai 8 orang pelajar dan dua orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Astana, Kuantan. Selamat datang ke Dewan Undangan Negeri Pahang.

Seterusnya, saya ingin menjemput Ahli Yang Berhormat yang terakhir bagi sesi petang ini iaitu Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Chini.

Bismillahirrahmanirrahim. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Assalamualaikum Warahmatullahi WBT dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana saya juga berpeluang dan juga menjadi ADUN yang terakhir dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja daripada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ke-3 Dewan Negeri Ke-15 pada petang ini.

Pertamanya, saya memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT, pada tahun ini kita telah dapat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan dan kita dapat menyambut Syawal dengan penuh rasa kesyukuran. Seterusnya, semoga kita semua dapat dipertemukan lagi pada tahun hadapan. Insya-Allah.

Pohon Kemboja tumbuh di darat, Akar bersirat di pohon Sena, Tuanku Sultan sanjungan rakyat, Kekal berdaulat di singgahsana.

Kalau menyalin dengan sempurna, Suratnya bersih halamannya terang, Tok Wan memimpin dengan bijaksana, Rakyatnya kasih Tuhan pun sayang.

Pohon senduduk dahan berpintal, Patah ditimpa dahan berangan, Bersatu padu semangat yang kental, Barulah negeri maju ke depan.

Patik merafak sembah menjunjung kasih atas keberangkatan balik ke negeri Pahang, negeri tercinta dan dikasihi, setelah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong dengan jayanya.

Patik juga menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan penuh jayanya sebagai Pemangku Raja Pahang sepanjang tempoh keberadaan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Ucapan sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Negeri dan Daerah serta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas prestasi kejayaan meningkatkan kutipan hasil Kerajaan Negeri dua tahun berturut-turut melebihi RM 1 bilion, sebagaimana titah pujian oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang.

Yang Berhormat Speaker,

Apa yang saya amati, peningkatan kutipan hasil Kerajaan Negeri ini adalah satu usaha berterusan Kerajaan Negeri, yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri memastikan tadbir urus yang baik serta kecekapan dan menjadikan pentadbiran ini sentiasa berintegriti. Sekiranya gaya kepimpinan dan Kerajaan Negeri ini dikekalkan, saya yakin prestasi sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Saya juga yakin kejayaan demi kejayaan akan dicipta kerana asas sering ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah sentiasa memastikan kebajikan rakyat menjadi keutamaan Kerajaan.

Yang Berhormat Speaker,

Dunia dan negara menyaksikan perkembangan ekonomi yang tidak menentu, memberi kesan kepada kehidupan rakyat pada hari ini. Walaupun demikian, ternyata Kerajaan Negeri masih mampu menyalurkan demi bantuan… demi bantuan dan memastikan rakyat tidak terlalu terbeban dengan kos hidup… kos sara hidup pada hari ini. Dengan situasi ini, saya mengharapkan kerajaan melalui agensi-agensi pelaksana dapat mempertingkatkan program-program seperti “Jualan Rahmah” demi memberi manfaat kepada masyarakat.

Dalam hal yang berkaitan juga, saya menyeru Kerajaan Negeri dapat mempertingkatkan “Jualan Makmur” di DUN-DUN dalam Pahang sepertimana dilaksanakan menjelang Aidilfitri yang lalu. Program-program anjuran kerajaan seumpama ini terbukti mendapat sambutan dan sangat memberi manfaat kepada masyarakat di mana ianya dapat meringankan beban kepada mereka.

Yang Berhormat Speaker,

Merujuk kepada laporan MET Malaysia, fenomena El Nino boleh menyebabkan cuaca lebih kering dan biasanya berlaku dalam tempoh 9 hingga 12 bulan. Cuaca yang panas dan kering ini sering dikaitkan dengan bekalan air, di mana sungai semakin cetek, memberi kesan dalam menyediakan bekalan air kepada masyarakat. Oleh yang demikian, saya berharap pihak PAIP dapat terus bersiap siaga menyediakan langkah pengurusan krisis secara komprehensif dalam memastikan rakyat sentiasa mendapat bekalan air yang sewajarnya, sekiranya terputus akibat daripada masalah cuaca ini.

Yang Berhormat Speaker,

Lebuhraya Tun Khalil Yaakob ataupun Lebuhraya Segamat-Kuantan merupakan laluan utama pilihan pengguna menghubungkan negeri Pahang dengan Johor dan juga merupakan jalan utama ke Chini. Dari Simpang Gambang ke Chini, saya mengamati bahu-bahu jalan tidak diselenggara menyebabkan semak dan lalang di kiri kanan semakin meninggi juga mendatangkan bahaya kepada pengguna. Oleh yang demikian, saya mohon agar mendapat perhatian pihak kerajaan dalam penyelesaian yang terbaik demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya di laluan tersebut.

Yang Berhormat Speaker,

Dari sudut dakwah Islamiah, menjunjung kasih atas titah Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran untuk menjadikan negeri Pahang terus makmur dan sejahtera. Suka saya memetik dari satu video titah Tuanku pada lawatan baginda ke Maran tempoh hari, di mana baginda mengingatkan kepada kita semua agar menjadi… menjaga kesucian masjid dan tiada lagi perangai lama seperti sembahyang 2 imam, kafir mengkafir, hasut menghasut dan berpolitik di dalam masjid. Selain daripada itu, ingin saya juga menarik perhatian di masjid-masjid dan surau, agar diadakan pemantauan yang berterusan supaya kuliah-kuliah yang dilaksanakan di masjid ini, tiada unsur perumpamaan mengaitkan isu politik bagi mengelak perpecahan masyarakat dan kebencian kerajaan.

Yang Berhormat Speaker,

Dalam usaha memperkasa pembangunan generasi baru terutama di luar bandar, amat diharapkan kerajaan memberi tumpuan dalam mempertingkatkan peluang pekerjaan agar mereka dapat mencari rezeki di kampung halaman ataupun tidak merantau.

Selain daripada itu, adalah diharapkan focus peluang pengajian pelajar er… peluang Pengajian Pembelajaran Kemahiran, TVET kepada generasi muda yang keciciran agar mereka yang tidak dapat menyambung ke peringkat yang lebih tinggi ini dapat menyara hidup dan…dan keluarga. Dengan usaha berterusan kepada golongan generasi muda ini, adalah diharap agar masalah sosial dapat dibendung seterusnya kesejahteraan dan kemakmuran negeri Pahang dapat dikekalkan. Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada FELCRA Kampung Baru Salong yang merupakan kampung tradisi di DUN Chini yang mendapat Johan Anugerah Kecemerlangan Aspirasi Penempatan, dalam singkatan AKAP, dan juga penerima Bantuan Program Desa Lestari Peringkat Kebangsaan (KKLW) Tahun 2023.

Hasil lawatan kerja saya di Klinik Kesihatan Chini, antara cadangan daripada doktor, Ketua Unit Chini mengharapkan keperluan mendesak adalah sebuah unit mesin scan, dengan izin ataupun mesin imbas bayi ibu mengandung yang telah rosak dan hanya bergantung dengan sebuah mesin demo dari sebuah syarikat pembekal. Saya juga berharap agar Tabika KEMAS di kawasan DUN Chini, antaranya Tabika KEMAS Perumahan DARA mendapat perhatian pihak berwajib dalam membaik pulih

bangunan yang uzur, demi memastikan keselamatan kanak-kanak tidak terjadi kejadian yang tidak diingini.

Kawasan jalan utama Gugusan FELDA Chini juga amat diharapkan agar pihak FELDA dapat bersama membantu menyelesaikan tunggakan bil lampu jalan yang telah menyebabkan tindakan pemotongan meter lampu jalan tersebut. Isu ini selalu dibangkitkan oleh penduduk setempat apabila berlakunya kemalangan dengan binatang ternakan yang berkeliaran pada waktu malam.

Yang Berhormat Speaker,

Seperti sedia maklum, Kerajaan Negeri Pahang memandang serius isu bekalan air dengan membelanjakan peruntukan yang besar dalam menyelesaikan gangguan bekalan air di seluruh kawasan yang terlibat. Termasuklah dengan pembinaan kolam takungan air, ORS Chini yang sedang dalam proses pembinaan 90 peratus dan akan siap tidak lama lagi. Namun, proses pembinaan ORS ini yang memerlukan peruntukan tambahan RM10 juta, tertangguh kerana masih belum menerima kelulusan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Penambahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) kepada masyarakat OA telah membuktikan Kerajaan Negeri Pahang cakna, dengan tidak meminggirkan mereka dalam agenda memakmurkan negeri. Bagi masyarakat Orang Asli DUN Chini, saya melihat keperluan asas bekalan elektrik di kampung mereka mendapat perhatian dengan sebaiknya kerana masih ada kampung Orang Asli ini yang masih belum menerima bekalan elektrik seperti Kampung Melai dan juga Kampung Patah Jelutong. Baru-baru ini lawatan Pengurus Besar TNB Pahang ke Kampung Melai bagi meninjau, dan amatlah diharap permohonan pembekalan akan dapat perhatian serius serta dipercepatkan.

Yang Berhormat Speaker,

Selain daripada itu, keperluan penempatan generasi baru FELDA hari ini sangat mendesak permintaannya. Saya sangat mengharap pihak kerajaan dan FELDA dapat mempercepatkan proses dan juga menambah lebih banyak lagi, menyediakan lot tapak rumah generasi FELDA di kawasan rancangan FELDA yang belum ada cadangan lot tersebut.

Yang Berhormat Speaker,

Saya mendoakan agar segala usaha dan perancangan Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dapat diteruskan dengan lancar dalam memastikan kesejahteraan dan kemakmuran Negeri Pahang Darul Makmur.

Laci penuh berisi benang, Benang dipintal jadikan tali, Mencari salah terlalu senang, Membaikinya sukar sekali.

Akhir kalam, Chini menyokong Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja daripada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum WBT.

Speaker

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Chini. Hari ini adalah Hari Syawal yang terakhir bagi tahun ini. Sempat lagi saya mengucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua agensi kerajaan, kakitangan-kakitangan kerajaan serta semua pemerhati-pemerhati di Dewan Negeri Pahang. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Untuk hari ini, saya perhatikan seramai 12 orang ahli telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua. Persidangan kita akan disambung semula pada hari Jumaat, 10 Mei 2024 bersamaan 1 Zulkaedah 1445 Hijrah bermula pukul 9.30 pagi. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan pada jam 4.44 petang]