Pahang · 10 May 2024

15th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 307 turns · 45,941 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Pertama Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari : Jumaat 10 Mei 2024 bersamaan 1 Zulkaedah 1445 Hijrah.

DOA

Perkara Pertama : Bacaan doa.

Speaker

Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera, salam perpaduan marilah kita sama-sama memulakan mesyuarat kita pada hari ini dengan membaca umul kitab. Al-Fatihah. [bacaan Al-Quran]. Segala puji bagi Allah dibuka mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Mengasihani kepadaNya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat, pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman makmur limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkatMu ke atas, kami berhimpun dipohon Anugerah Taufik Mu, dipohonkan menyuluh memandukan kepada ketika kami berunding. Menimbang bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah dipohon doa kami diperkenan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua : Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.

Speaker

Bissmilahhiramanirahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan selamat pagi, salam perpaduan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan pada hari ini. Sebelum kita meneruskan aturan selanjutnya, saya ingin memaklumkan bahawa Yang Berhormat EXCO Hal Ehwal FELDA Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang bersama FAMA Negeri Pahang berbesar hati menyumbangkan produk usahawan FAMA Pahang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Lain kali buat lagi. Goodies bag tersebut telah diedarkan kepada pihak urus setia dan diletakkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Untuk meneruskan aturan mesyuarat pada kali ini, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Cheka untuk mengemukakan pertanyaan nombor 1.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Saya kemukakan soalan 1.

[Apakah kesediaan kerajaan untuk perlombongan bahan nadir (REE) di Pahang sebagai sumber pendapatan negeri?]

Assalamualaikuam WBT, selamat pagi, salam sejahtera. Yang Berhormat Speaker saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Cheka yang bertanyakan soalan apakah kesediaan kerajaan negeri untuk perlombongan bahan nadir ataupun REE, dengan izin di Pahang sebagai sumber pendapatan negeri. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Cheka, saya dengan beberapa kepimpinan Kerajaan Negeri telah pun melawat ke satu tapak di Perak pada 25 September yang lalu. Di mana ini merupakan lawatan kerja untuk melihat sendiri Projek Perintis Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif di Mukim Kenering, daerah Hulu Perak, negeri Perak. Tujuan lawatan tersebut untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker adalah untuk melihat serta mempelajari teknik perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif yang dilakukan tanpa menjejaskan alam sekitar.

Susulan daripada itu, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk dijadikan projek perintis NR-REE dan Mesyuarat Majlis... Mesyuarat Kerajaan MMK Ke-13 pada tahun ini pada 3 April yang lalu telah meluluskan cadangan Projek Perintis NR-REE di negeri Pahang seluas luasnya 220 hektar di Sungai Wang, Mukim Hulu Jelai, daerah Lipis. Kerajaan Negeri dalam peringkat pemurnian fasa akhir, Prosedur Operasi Standard ataupun SOP Perlombongan NR-REE di negeri Pahang yang diterajui oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang ataupun PTG dan Pahang Mining Corporation ataupun PMC sebelum diangkat untuk pertimbangan dan keputusan pihak berkuasa negeri.

Kerajaan Negeri juga mengamalkan sikap terbuka kepada mana-mana pengusaha atau pelabur sektor perlombongan untuk menjalankan eksplorasi NR-REE di negeri Pahang dan juga bersedia untuk menawarkan kerjasama bagi pembukaan kilang memproses NR-REE di Malaysia khususnya di negeri Pahang. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Terima kasih, sila soalan tambahan.

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Oleh kerana REE Malaysia ini tidak ada radioaktif dan dia terdedah kepada kadar kecurian yang sangat tinggi. Saya kebetulan ialah dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen tentang REE. Kita boleh bayangkan satu hilux REE yang belum diproses harganya RM500,000.00, 2 hilux RM1 juta. Dan dia menarik err... kadar kecurian yang sangat tinggi kerana dia proses sangat mudah. Jadi saya cadangkan 2 perkara yang pertama sekali ialah supaya Kerajaan Negeri mengenal pasti dan terus gazet kawasan ini sebagai kawasan yang dipantau rapi untuk mengelak sebarang kecurian. Terutama Pahang ni antara negeri yang punya deposit yang agak tinggi.

Yang keduanya ialah bila kerajaan bercadang untuk melakukan explorer terhadap kawasan ini. Isu kita ialah Kerajaan Persekutuan melarang eksport keluar raw dalam bentuk raw mereka diproses. Perak mendapat kebenaran khas untuk eksport raw setelah diproses. Kita bimbang nanti bila kita buat pelombongan, kita hanya simpan sahaja dan negeri tidak dapat hasil. Sehubungan dengan itu, alangkah baiknya kalau sekiranya Kerajaan Negeri juga memohon Kerajaan Persekutuan untuk hasil yang di lombong untuk... untuk kenal pasti kawasan ini juga dibenarkan untuk eksport keluar dan err... di... juga dicadangkan supaya syarikat Kerajaan Negeri dapat mempunyai saham yang besar dalam sebarang usaha perlombongan supaya hasil dapat kita tingkatkan dengan lebih baik.Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Cheka tetapi sukacita saya maklumkan di Dewan Yang Mulia ini apa yang dinyatakan oleh Yang Berhomat Cheka tadi, semuanya telah pun diambil kira oleh Kerajaan Negeri. Berhubung dengan eksport ke luar negara, untuk makluman ADUN Cheka di dalam satu mesyuarat bersama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, selepas sahaja saya melawat di Perak, saya telah bangkitkan perkara ini supaya sekiranya Pahang juga mengeluarkan bahan nadir ini, kita pun nak hantar juga kita pun nak eksport juga dalam bentuk yang telah diproses dan ianya dalam tindakan pihak kerajaan.

Jadi err... bab kecurian ini, saya fikir Kerajaan Negeri Pahang telah pun secara maksimum supaya kerja-kerja aktiviti perlombongan yang tidak sihat ini diambil tindakan sewajarnya. Sebab itulah pada peringkat awalnya kita mengenakan kompaun. Hari Isnin, kita tangkap kenakan kompaun. Tapi hari Rabu ataupun Jumaat ada lagi aktiviti tersebut dan akhirnya saya telah buat keputusan, Kerajaan Negeri dalam EXCO saya minta Penasihat Undang-Undang supaya setiap aktiviti ini tidak lagi dikompaun tetapi terus dibawa ke mahkamah dan tindakan pun pada peringkat awalnya agak... agak tidak begitu ringan.

Contohnya, RM50,000.00 sahaja dan itu pun saya telah bangkitkan supaya RM50,000.00 ini tidak menggerunkan mereka aktiviti... yang melaksanakan kerja ini. Dan akhirnya yang terkini saya dimaklumkan bahawa sesiapa yang mengerjakan aktiviti secara haram ini, baru-baru ni pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman dibayar didenda RM200,000.00 dan semua jentera telah dilucutkan haknya dan ini adalah satu usaha yang telah dibuat daripada dulu lagi dan sebab itulah kita berjaya dapat hasil yang tinggi 2 tahun berturut-turut kerana kita telah berjaya menguruskan ketirisan dan kebocoran. Jadi, apa yang dibangkitkan oleh ADUN Cheka tadi, Kerajaan Negeri telah pun buat beberapa tahun yang lalu. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Soalan… ini… bagi wakil daripada ni, Tras.

Terima kasih Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Lepas tu wakil daripada Kemayan.

Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Terima Kasih kerajaan. Saya nak kongsi sikitlah ataupun nak bertanya bagi pihak kerajaan. Sebelum ini, kita difahamkan ataupun rakyat difahamkan bahawa bahan nadir bumi ini adalah ataupun REE adalah banyaknya radioaktif ya. Boleh tak pihak kerajaan mengeluarkan satu jadual sebab saya difahamkan memang ada jadual… jadual radioaktif dan non-radioactive supaya rakyat tidak keliru. Terima kasih.

Yang Berhormat Speaker,

Satu cadangan yang baik daripada Tras dan pihak Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan, terima kasih.

Speaker

Sila wakil daripada Kemayan.

Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Susulan lawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ke Perak. Adakah kaedah ataupun teknik perlombongan tersebut menjejaskan alam sekitar?

Yang Berhormat Speaker,

Daripada segi pemerhatian sayalah sebagai layman ya… sebagai layman dan juga beberapa rakan yang lain termasuk kepimpinan negeri. Kita mendapati teknik atau kaedah perlombongan yang digunakan yang di Perak tersebut tidak begitu menjejaskan alam sekitar. Makna yang kata zero tu tidaklah tapi contohnya kalau kawasan tersebut 200 ekar mungkin dalam 10 ekar sahaja yang terlibat dan ada sedikit penebangan.

Kemudiannya, penebangan ini sangat minima tidak dibuat sesuka hatilah, ada kontrol dan sebagainya dan ianya terkawal dan dipantau setiap masa terutama sekali supaya tidak berlakunya hakisan tanah, tanah runtuh dan sebagainya. Untuk makluman ADUN daripada Kemayan juga, kaedah dipanggil ISL ataupun In-Situ leaching, dengan izin Yang Berhormat Speaker dilakukan dengan kesan minimum terhadap alam sekitar dan ianya ternyata berbeza dengan kaedah perlombongan tradisional dilakukan secara terbuka yang mengakibatkan banyak pokok yang ditebang. In-Situ

leaching… ada… ada Bahasa Melayu sikit situ… situ. Kalau in-sini leaching, macam mana Speaker?

Speaker

Itu kena tanya Insinyur sebelah tu. [Ahli Dewan ketawa]

Ada komen Yang Berhormat daripada Benta? In-Situ Leaching… saya mencadangkan supaya ayat In-Situ Leaching ini kalau ditukar kepada in-sini leaching itu, ada apa-apa makna tak? [Ahli Dewan ketawa]

Yang ini kalau kita tengok memang in-situ ini istilah memang di situ. Ha… in-situ memang dia Bahasa Inggeris tapi sebenarnya in-situ tu macam kita ni ha in situlah. Ia tak in sini… di situ, die kabor di situ… in-situ maknanya in-situ tu di sini tapi dia tak ada in sini tapi di sini. [Ahli Dewan ketawa]

Speaker

Leaching tu leceklah ya?

Speaker

Leaching tu macam leceklah?

Jadi, itulah Dato’ Sri Speaker. Kalau in sini tu kita apa nama kena buat kajianlah Dato’ Sri.

Speaker

Terima kasih.

Terima kasih daripada sahabat saya daripada Benta. Makna orang putih pun pinjam ayat Bahasa Melayu ya… situ ya. [Ketawa]. Dato’ Speaker kata apa tadi? Leaking?

Speaker

Leaching… lecek… lecek tu dia macam berair-berairlah.

[Ketawa] Speaker dah makan ubat ke belum?

Speaker

Itulah malam Jumaat ya, hari ni Jumaat ya. [Ketawa]

Dan untuk makluman Ahli Dewan, insya-Allah Kerajaan Negeri akan menentukan kaedah perlombongan yang terbaiklah dan yang terbaik, yang mesra dan selamat di samping kita memaksimakan hasil pengeluaran sumber. Sekiranya kita buat di Pahanglah dan saya berharap supaya ADUN Cheka yang juga merupakan… tadi Yang Berhormat daripada Cheka ada mengatakan beliau juga merupakan Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan supaya dapat membantu Kerajaan Negeri sekiranya di mana perlulah terutama sekali apa yang telah saya bangkitkan supaya kita boleh mengeksport bahan yang telah diproses. Setakat ini, hanya Perak yang diberi kebenaran. Makna precedent dah ada dah. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih.

Satu soalan tambahan, boleh? Satu je.

Speaker

Kita sebenar dah 1, 2, 3, 4 dah ni.

1, last.

Speaker

Okey, saya bagi peluanglah untuk hari ini pasal hari Jumaat.

Sebab hari Jumaat. Kalau boleh dikongsi di dalam Dewan ini daerah mana kawasan mana yang mengikut kajian yang mempunyai reserve REE yang… yang banyak atau yang besar? Terima kasih.

Yang Berhormat Speaker,

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains di Pahang ni yang banyak ialah di… di Lipis, di Raub dan juga di Bentong ada sikit, REE nilah. Apa yang saya laporkan dan saya difahamkan mengikut rekod yang ada pada saya lebih kurang… ada… lebih kuranglah tapi ini yang sumber daripada JMG, 1.4 juta tan, dia

punya hasil itu. Kalau kita convert to RM lebih kurang RM80 bilion. Ini sumber daripada JMG.

Setakat hari inilah sebab saya tahu nadir bumi ini, katanya dia macam emas juga, kalau berebut-berebut sangat, dia boleh lari ke tempat lain. Kalau di Lipis ngan Raub tu, kalau berebut-berebut sangat takut dia lari pulak ke Pekan ke, ke Rompin ke ataupun dia hilang terus daripada radar. Mana tahu kan. Jadi, insya-Allah ini mendatangkan hasil kepada kerajaan… Kerajaan Negeri dan bila hasil banyak kepada Kerajaan Negeri, lagi banyak bantuan yang kita boleh beri kepada rakyat, Yang Berhormat Speaker. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Minta maaflah ya Wakil Beserah. Tak ada di Beserah ya, takyah dicarilah [ketawa]. Seterusnya soalan kedua, wakil daripada Kuala Semantan.

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera semua, terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Soalan saya nombor 2.

[Lesen Pendudukan Sementara (LPS) untuk Pengusaha Ikan Sangkar

Berapakah jumlah Lesen Pendudukan Sementara (LPS) yang telah dikeluarkan kepada pengusaha ikan sangkar di sepanjang Lembangan Sungai Pahang sehingga tahun 2023 mengikut daerah?

Berapakah kadar bayaran tahunan yang dikenakan kepada setiap lesen yang dikeluarkan?]

Waalaikumussalam WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, soalan ADUN Kuala Semantan ini dari segi lesen TOL - Lesen Pendudukan Sementara bagi sangkar ikan. Jadi, berapakah jumlah LPS yang telah diluluskan di sepanjang Sungai Pahang hingga tahun 2023?

Saya nak maklumkan iaitu di Bera kita telah meluluskan 12, di Jerantut 45, di Lipis 13, di Maran 50, di Pekan 10, di Rompin, Rompin... Rompin ni kira bukannya tapi kira di tepi Sungai Rompin tu 12, di Temerloh 33 dan sebenarnya hampir 600 permohonan LPS ni untuk ni… apa ni ikan sangkar yang telah dikemukakan kepada pihak pentadbir tanah daerah masing-masing dan ianya diproses oleh Pejabat Tanah dan dihantar ke Pejabat Pengarah Tanah Galian.

Jadi, dia banyak dia punya dan untuk pemprosesan ini pihak pejabat tanah kena mendapatkan maklumat daripada jabatan teknikallah. Teknikal tengok misal contoh sesuai atau tidak, sebab pada masa yang sama ada juga aktiviti-aktiviti lain di sepanjang sungai dan kita ada rizab sungai dan sebagainya. Jadi, kadar yang dikenakan ialah RM50.00 satu hektar ataupun RM50.00 per 10,000 meter persegi, dia punya keluasan… dia ikut keluasan dan sebab saya maklumkan termasuk di… di Temerloh ni.

Malahan di Temerloh kita mendapat permohonan banyak, 296 permohonan yang telah di... maknanya ia diterima daripada pengusaha-pengusaha dan sepertimana yang telah saya menyatakan sebanyak 33 telah pun yang mematuhi semua ni apa nama syarat-syarat termasuk syarat teknikalnya telah pun diluluskan di Temerloh err… insya-Allah err… Pejabat err… ini Pejabat Pengarah Tanah Galian masih lagi memproses dan err… ianya akan berterusan dari masa ke semasa. Terima kasih.

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Soalan tambahan.

Speaker

Soalan tambahan daripada Kuala Semantan.

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Dato’ Sri Speaker,

Err… saya mendapat maklumat langsung daripada pengusaha-pengusaha ikan sangkar ini ada yang dah setahun. Sebelum itu dia dapat LPS ini kemudian dia mohon semula sampai setahun masih belum ada kelulusan dah melangkau tahun. Jadi itu persoalannya dan saya juga ingin bertanya apakah halangan-halangan antaranya oleh pihak err… Pejabat Tanah dan juga PTG untuk mengeluarkan lesen pendudukan sementara ini? Terima kasih.

Ia sebenarnya sebab itu kita mohon err… kita buat apa nama… permohonan LPS ini err… dia kira setiap tahun ya sebab dia akan dikaji dari masa ke semasa. Yang lulus tahun sudah, kemudian tahun yang sekarang kadang-kadang ada pembangunan yang telah pun dirangka, dirancang di kawasan itu sebab itu dipanggil LPS. Jadi, sebab itu err… tempat-tempat ini kita mendapatkan maklumat daripada jabatan teknikal, JPS misal contohnya dia nak buat ini apa nama err… rancangan tebatan banjir. Ia melibatkan kawasan sungai dan kebetulan masa itu masih tak ada lulus kelulusan untuk projek berkenaan, kita bagi kelulusan. Nama pun LPS, lesen penempatan sementara.

Jadi itu sebabnya err… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita terpaksa membuat penelitian tahun demi tahunlah. Jadi kalau sekiranya Yang Berhormat ADUN Kuala Semantan ada kes-kes yang lebih jelas beritahulah jadi kita tengok apa alasan dia jadi kalau secara menyeluruh itu tak sesuai sebab ada kalanya misal contohnya, dia berlaku kemarau kan jadi kawasan itu dah kering, dia minta kat kawasan itu, kita tak nak la masa dia minta esok kita luluskan dan kemudian dia kata kita luluskan dan dia nak buat tempat itu dah ada beting apa nama… pasir dan sebagainya jadi dia kata tak sesuai dah dan ada sesetengah tempat misal contohnya kawasan… kawasan Buntut Pulau situ ada err… apa nama jambatan…

Speaker

ECRL… ECRL dan juga jambatan.

Ha… ECRL err… benda itu kita kena tengok jadi benda ini er… apa nama sungai ini dia berubah regime dia, dia panggil regime, dengan izin, dia berubah kadang-kadang dia dalam lepas itu esok tohor dia jadi macam ini jadi terdampar dan peristiwa ini banyak berlaku dan pengusaha-pengusaha mengeluh kerana perusahaan mereka ini terjejas dek kerana aliran sungai itu berubah jadi itu sebab yang kita kena sentiasa menelitilah sebab saya katakan tadi jabatan teknikal akan beri pandangan dan insya-Allah kalau ada YB kes-kes yang lebih khusus beritahu, kita tengok… nanti kita tengok apakah sebab-sebab mengapa ini err… ianya terpaksa ditolak ataupun dikaji semula. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, soalan nombor 3 wakil daripada Tioman.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya mohon mengemukakan err… pertanyaan nombor 3. Terima kasih.

[Apakah ada usaha daripada pihak kerajaan negeri utk menambah bilangan gerai PLB di kampung-kampung untuk masyarakat setempat?]

Dato’ Sri Speaker,

Rakan saya daripada Tioman menanyakan tidakkah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menambahkan bilangan gerai PLB di kampung-kampung untuk masyarakat setempat. Soalan ini memang baik pada pandangan saya cuma kita untuk membina sesuatu bangunan itu kita perlu kepada penelitian tak kiralah gerai ke, dewan ke, apakah keperluannya. Jadi memang tak dinafikan err… di Tioman ini ada membuat permohonan di Kampung Pianggu iaitu Mukim Endau begitu juga Desa Perdana dan juga Meripoh… Meripoh ya Mukim apa… Keratong err… permohonan ini boleh kita bang… angkatkan kepada pihak KKDW seandainya mereka mempunyai err… apa ruang ataupun hak untuk meluluskan perkara itu dan boleh juga kita angkatkan kepada pihak SDO dan tidak mustahil juga melalui Kementerian Pembangunan Koperasi, Dato’ Sri Speaker.

Kerajaan Negeri setakat ini tidak ada halangan seandainya pihak kementerian dapat memberi kerjasama dan meluluskan apa err… untuk pembinaan gerai tapi kita kena pastikan keperluan di kawasan ataupun di lokasi berkenaan itu sebenarnya. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Speaker

Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon soalan tambahan satu.

Speaker

Okey, sila.

Apakah langkah-langkah positif ataupun proaktif dari pihak kerajaan berhubung dengan gerai-gerai PLB yang terbiar ataupun terbengkalai dan adakah juga pihak Kerajaan Negeri bercadang gerai-gerai yang sedia ada ini boleh disewakan kepada pihak JPKK ataupun err… NGO-NGO serta koperasi. Terima kasih.

Sebab itu tadi saya sebutkan Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita ini kadang-kadang didesak oleh masyarakat setempat kita pun bina. Rupa-rupanya kita beri dia empat, lima pintu kedai… sepintu pun tak berniaga. Ada setengah tempat itu sebulan sekali sahaja dia berniaga, kita pun tak tahu macam mana. Jadi penelitian yang seumpama itu kita terpaksa ambil kira melalui Pejabat Daerah, Pejabat Pembangunan Luar Bandar ataupun agensi-agensi yang menyediakan peruntukan yang seumpama itu. Jadi bila dah timbul isu macam rakan saya daripada Tioman sebut ini, adanya gerai-gerai yang tidak beroperasi ditanya tidakkah nak disewakan tidakkah err… benda itu boleh je, kita boleh runding.

Mungkin dalam tindakan daerah err… rakan saya daripada Tioman kalau ada berlaku di Rompinlah, berpakat dengan DO, dengan Penghulu dan Ketua Kampung bagaimana nak diorganisasikan gerai-gerai yang tidak apa… berfungsi itu tadi. Benda itu boleh err… boleh dirundingkan peringkat… peringkat daerah bahkan peringkat mukim sahaja pun kadang itu sesetengah tempat itu di peringkat kampung sahaja.

Kerajaan dah buatlah la, pakatlah guana gaya supaya benda itu tidak… tidak terbiar cuma kerajaan ni kadang-kadang itulah bila kita tak buatkan ada desakan-desakan supaya suruh buat. Bila kita dah buat, kadang-kadang satu kampung itu sampai ada lima biji dewan Dato’ Sri Speaker tak tahu bila dia mengguna, tak tahu. Err… jadi apa namanya… akhirnya minta maaf Dato’ Sri Yang di-Pertua mohon izin kita membuat kerja (Bacaan dalam Bahasa Arab), “tidak menghilangkan lapar dan tak menghabiskan dahaga, yang timbul adalah pembaziran”. Terima kasih Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Sudah? Jadi… sila. Ada lagi? Okey, satu lagi soalan tambahan.

Dato’ Sri Speaker,

Saya err… nak tahu dia ada isu berkaitan dengan kedai-kedai yang di… yang di… apa diwujudkan oleh PLB. Ada isu berkaitan dengan sewa atas sewa. Sewa di atas sewa. Penyewa pertama dia sewa kemudian dia tak laksanakan apa-apa perniagaan. Kemudian dia sewa kepada penyewa yang kedua. Jadi isunya, ada berlaku dan bagaimana kerajaan menangani kerana apa bila penyewa kedua menyewa pada penyewa pertama daripada majlis dia akan menyebabkan harga itu tinggilah? Terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Memang orang kampung kita dia suka begitu, dia minat begitu. Makna kalau boleh tiga kali kita tindih itu. Jadi apa nama… itu hobinya orang kampung Yang Berhormat Ustaz. Jadi kalau dia maknanya suka berenang, kita beri ke dia berenang, janji dia mengundi kita je, ya betul Ustaz? Tak sekarang ini macam mana kita nak knowledge kan diaorang. Kita beri… kita kata ini gerai kita buat enam pintu. Ha… angkat tangan saya nak. DO pun bagi, eh dia tak niaga…betul. Tapi sewa dia bayar err… dia simpan sahaja, sewa dia bayar. Kita nak marah dia bayar sewa err… tetapi kita…

Boleh… boleh mencelah sedikit?

Boleh tapi tunggu sedikit.

Sikit… sikit sahaja.

Tak, saya… saya nak memuaskan Tahan ini. Tidak saya karang yang tak tahan. [Ahli Dewan ketawa]. Jadi apa nama… Dato’ Sri Speaker, bila dia tak meniaga tapi dia sewa yang jadi mangsa orang kampung… orang kampung nak beli garam, orang kampung ini dia tak boleh beli garam tengah malam, dia ada mitos dia. Kalau beli garam…

Speaker

Kenapa? Kenapa Yang Berhormat tidak boleh garam tengah malam?

Tak, kalau saya bercerita nanti ADUN Tahan tak tahan pula. Jadi… [ketawa]

Speaker

Kita cerita… kita cerita di luar err… luar dewan.

Dato’ Sri… Dato’ Sri Speaker,

Ini sahabat saya Kerdau… dia sebenarnya begini. Bila Tahan sebut bila dapat tu menyewa dia sebenar menyewa ni adalah satu bentuk perniagaan [Ahli Dewan ketawa]. Dia meniaga juga, dia meniaga… dia menyewa. Dia dapat… orang tanya awak meniaga menda dia sewa dia meniaga tu, the nature of bussiness tu kerja dia menyewa.

Speaker

Inovasi. [Ketawa]

Tapi dia orang kata ini dia selalunya kalau dia macam kita dapat kita sub kan... tapi makna kita sub ni kita… kita bagi ke orang yang satu lagilah. Tapi kalau sampai dua kali sub... sub… suwey la. Jadi itu je lah. Terima kasih. [Ahli Dewan ketawa]

Jadi apa namanya. Itulah cara orang kampung kita diaorang apa… berniaga. Saya pun bersetuju dengan sahabat saya Kanda EXCO Kanan yang berpengalaman memberikan apa pandangan kepada kita dalam dewan ini. Memang itu tabiat kita di mana-mana pun. Ni tadi Dato' err… wakil daripada Tioman tanya tidakkah kerajaan berhasrat untuk menambahkan geran? Kita nak jawab tidak berhasrat karang dia kata apalah punya kerajaan tak berhasrat untuk membangunkan masyarakat. Kita jawab berhasrat ha… itu guana gaya pulak geran yang terbiar. Jadi serba tak kena. Pagi sejuk, tengah hari panas, petang rengit, malam gelap, bila nak betulnya. [Ahli Dewan ketawa]. Terima kasih, Dato' Sri Yang di-Pertua.

Speaker

Sila, wakil dari Tras.

Saya just tadi nak tambah je. Duit dibayar bulan-bulan tapi jadi stor, itu je lah.

Sedikit soalan tambahan. Saya fikir tujuan gerai ni dibina untuk berniaga bukan untuk dapat hasil bagi pihak Majlis Daerah… Majlis Daerah dapat hasil. Kita… pandangan saya ialah kita mesti tegas bahawa 6 bulan dia tak meniaga, kerajaan akan batalkan lesen dia, bagi pada yang nak meniaga supaya tidaklah akan berlaku nanti. Dia sewa walaupun dia bayar tapi tujuan tak sampai. Matlamat yang dikehendaki oleh PBT tak sampai. Tujuannya ialah kita untuk meniaga yang kedua… sekejap. Yang kedua ialah tempat yang lebih strategik. Saya tengok banyak gerai dibina tetapi kadang-kadang wat gapo orang tak nak meniaga. Tempat yang tidak strategik, jauh dan sebagainya. Saya fikir… ini sekadar pandangan saya sajalah.

Dato' Sri Yang di-Pertua, ADUN Cheka ni dia ahli PAS.

Speaker

Speaker... Speaker...

Dato' Sri Speaker,

ADUN Cheka ni dia Ahli Parlimen, dia punya minda dia… pemikiran dia… bertaraf bandar raya [Ahli Dewan ketawa]. Jadi… jadi… jadi maknanya, kedai macam di bandar Kuantan, di bandar Temerloh ataupun yang lebih dekat lagi di bandar Kuala Lumpur memang boleh kita buat gitu. Kalau di kampung kita nak buat begitu, kadang-kadang kawan ADUN Cheka. Kita pun, Allah… nak keras karang jadi serba-salah. Tauke kedai tu pak sedara, yang membelinya anak saudara, yang tukang lulusnya pupu-poyang. Jadi kalau kampong… di kedai, memang itulah dia maknanya, tajuknya begitu. Bukan tak setuju tapi saya rasa tunggu Kampung Kuala Tekal, DUN Kerdau tu jadi bandar raya kita buat macam tu.

Speaker

Yang Berhormat,

Tak apalah kita go case by case, case by case kita tengok. Tapi sebenarnya Yang Berhormat saya nak kongsi juga sebenarnya memang orang kampung kita ni kalau JKKK dia dapat kedai, JKKK sebelah tu nak kedai juga. JKKK ini dapat futsal JKKK sebelah tu nak futsal juga. Ini masalah dia jadi kadang-kadang dia benda tu terlalu banyak dibuat. Kita tak nak buat dia cakap ini Wakil Rakyat tak ada daya maju dan daya saing. Tak boleh nak mendapatkan peruntukan ini satu hal juga.

Dato' Sri Speaker… Dato' Sri Speaker ada pengalaman menda tu?

Speaker

Saya berada di sini sejak tahun 1999. Yang ada sini lagi kawan-kawan saya yang lamalah. Wakil daripada Benta dan wakil daripada Jengka eh… wakil daripada Cheka, dia dulu masuk pastu dia keluar, pastu masuk balik, keluar masuk balik.

Dato' Sri Speaker, cara menjawab macam bagi pihak kerajaan je.

Speaker

Saya memang dilantik oleh kerajaan tapi saya kena…

Speaker

…saya kena berlaku adil.

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Dato' Sri Speaker, tambah sikit lagi boleh?

Speaker

Boleh.

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Begini yang disebut tentang sewa atas sewa tadi.

Speaker

Tak habis lagi. [Ketawa]

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Sebab penjelasan daripada sahabat saya daripada Kerdau tadilah kan kome ni dekat aje Kerdau yang Sanggang ni sebelah-sebelah je. Saya tengok isu sewa atas sewa ni kadang-kadang dia jadi satu masalah kepada gerai-gerai yang ada di tempat apa ni pihak berkuasa tempatan ini. Jadi mungkin kena ada satu kaedah bagaimana untuk mengawal sewa atas sewa ni makna kena kenal pasti betul-betul mana yang benar-benar peniaga kadang-kadang macam disebut oleh Benta tadi sampai tiga lapis sewanya kan. Jadi perkara- perkara macam ini, mungkin kita kena teliti dan beri pada orang yang benar-benar nak meniagalah Dato' Sri. Terima kasih Dato' Sri Speaker.

Saya bersetuju...

Speaker

Okey…okeylah.

Dengan sahabat saya daripada Semantan ini Dato' Sri Speaker, bukan tak setuju tetapi masa kita menawarkan gerai tu kepada dia. Dia cuma tidak menyebut kalimah Wallahi Wabillahi Watallahi je nak niaga [Ahli Dewan ketawa]. Dia bukan main tunjuknya buku bank, tunjuk apa namanya… apa mesin nyor dia, mesin kelapa dia, oh gaya macam nak niaga betul. Jadi kita kena jual, apa nak buat? Memang saya dah kabo dua hari lepas, di antara gaji Ahli-ahli Yang Berhormat kena tipu.

Speaker

Okey, soalan seterusnya. Soalan nombor 4, wakil daripada Tanah rata.

Tuan Ho Chi YingDAP · PHTanah Rata

Terima kasih. Dato' Sri soalan saya nombor 4.

[Man and Biosphere (MAB) Mossy Forest Penubuhan Man and Biosphere (MAB) Mossy Forest di Cameron Highlands oleh Kerajaan Negeri Pahang yang bertujuan menggabungkan pemuliharaan dan pembangunan amat digalakkan.

Jelaskan pelan kerajaan untuk memanfaatkan penubuhan MAB untuk mempertingkatkan usaha memelihara khazanah alam sekitar dan

meningkatkan tahap pembangunan ekonomi penduduk setempat pada masa yang sama]

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada ADUN Tanah Rata. Di Cameron Highland ini memang baru-baru ni dianugerahkan tempat pemandangan paling indah antara 41 pemandangan paling indah. Dan juga Kerajaan Tempatan, kawasan majlis yang Bandar Paling Bahagia dan saya ucapkan tahniahlah kepada Cameron Highlands. Penubuhan Man and Biosphere (MAB) Mossy Forest di Cameron Highlands adalah selaras dengan Blueprint Pahang Destinasi Warisan Dunia iaitu salah satu blueprint yang akan menjurus kepada transformasi ke arah ekonomi yang berasaskan khazanah. Yang menggariskan hasrat pelaksanaan pembangunan yang sumber berasaskan pengiktirafan tapak atau kawasan sebagai warisan sejagat.

Program Man and Biosphere ni merupakan inisiatif utama UNESCO, dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertu dalam pemuliharaan biodiversiti dan pembangunan mampan. Program ini menyediakan ruang melalui penyediaan pelan pengurusan serta kawalan bagi mengurangkan konflik di antara aktiviti-aktiviti manusia dan juga di kawasan sekitar. Penubuhan MAB ini, Mossy Forest adalah platform yang sesuai bagi tujuan pemeliharaan khazanah alam dari penerokaan yang tidak terancang dan pada masa yang sama menjadi platform untuk menarik pelancong-pelancong ke tapak ekopelancongan bertaraf antarabangsa.

Perkara ini sekali gus dapat memperkasakan ekonomi penduduk-penduduk setempat dan serta memperkenalkan budaya-budaya dan warisan di sekitar kawasan Cameron Highlands. Pihak Kerajaan Negeri dengan kerjasama melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan kerjasama Universiti Putra Malaysia telah merangka satu Pelan Induk Pembangunan Taman Eko Rimba Mossy Forest.

Pertamanya, terdapat empat strategi yang dirangka untuk mencapai objektif melalui strategi kemudahan. Menerusi strategi tersebut, kemudahan-kemudahan dan fasiliti-fasiliti yang berada di Taman Eko Rimba Mossy Forest ini akan dibangunkan semula dengan memberikan penekanan terhadap keseimbangan ekosistem Mossy Forest. Antara objektif tersebut adalah satu, penghasilan produk-produk ekopelancongan yang unik serta berdaya maju.

Kedua, mewujudkan strategi bagi pembangunan semula kawasan rekreasi kawasan ini bagi tujuan pembentukan pengalaman rekreasi dan konservasi sumber. Ketiga, penyusunan strategi bagi pemasaran berkesan untuk produk-produk ekopelancongan di kawasan rekreasi terlibat. Keempat, merangka pelan tindakan bagi melaksanakan semua strategi-strategi yang telah dikenal pasti dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan ekopelancongan di kawasan ini dan dengan adanya Mossy Forest ini sudah tentu akan dapat meletakkan nama Cameron Highlands di peta antarabangsa dan menggalakkan lebih ramai lagi pelancong-pelancong akan berkunjung ke Cameron Highlands. Dengan kawasan yang indah, dengan segala yang ada di Cameron Highlands sudah sewajarnyalah Cameron Highlands ini dikenal pasti sebagai antara Bandar Paling Bahagia dalam Malaysia ini.

Speaker

Soalan seterusnya, kita pergi ke soalan nombor 5 wakil daripada Ketari.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, soalan Ketari nombor 5.

[Apakah status terkini permohonan peruntukan (Notis Pemberitahuan Kecacatan [NOD] ) untuk baik pulih kerosakan jalan, hakisan tebing sungai dan keruntuhan cerun di sepanjang Jalan Bentong - Kuala Lumpur Lama (FT 68)?]

Tuan Ir Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih juga kepada Yang Berhormat ADUN Ketari yang mengemukakan soalan atau pertanyaan kenaikan peruntukan dan Notis Pemberitahuan Kecacatan [NOD] di sepanjang Jalan Bentong-Kuala Lumpur Lama (FT 68).

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Bagi tahun 2022, peruntukan yang telah diluluskan adalah sebanyak RM900,000.00 untuk kerja-kerja pembaikan pavement, RM2.3 juta untuk pembaikan bukan pavement dan RM2.5 juta untuk pembaikan cerun.

Untuk pembaikan pavement ini, err… satu di Seksyen 38.50 – 41.00, ini landmark dekat simpang Janda Baik, kosnya RM900,000.00. Mula 18.02.2022 dan siap pada 01.06.2022. So, kerja dah siap 100%. Manakala kerja-kerja bukan pavement di Seksyen 67.00, landmark dia dekat terowong ECRL iaitu membaik pulih tebing dan jalan runtuh, kos RM2.3 juta, mula pada 13.01.2022 dan siap pada 29.08.2022. Pun dah siap 100%.

Dan kerja-kerja pembaikan cerun di dua kerja iaitu di Seksyen 56, landmark dia di Kolam Air Panas. Kos RM1.8 juta. Mula pada 20.1.2022 dan siap pada 19.05.2022. Kerja dah siap sepenuhnya dan satu lagi di Seksyen 43.4, landmark dia dekat Simpang Janda Baik. Kerja-kerja memasang gabion, kos RM745,000.00, mula pada 29.06.2022 dan siap pada 28.10.2022. Itu untuk kerja tahun 2022.

Bagi tahun 2023, peruntukan yang telah diluluskan adalah sebanyak RM1.8 juta untuk kerja pembaikan pavement. Ini di Seksyen 47.00 hingga Seksyen 49.50. Kos RM1.0 juta. Mula pada 24.02.2023 dan siap pada 31.05.2023. Kerja dah siap sepenuhnya.

Dan kedua di Seksyen 70.00 hingga Seksyen 71.00. Kos RM800,000.00. Mula pada 01.06.2023 dan siap pada 04.09.2023. Kerja dah siap 100%. Manakala kerja-kerja bukan pavement, ada dua kerja. Pertama di Seksyen 49.00 hingga 49.50 iaitu kerja baik pulih bahu jalan yang runtuh, kos RM80,000.00. Mula pada 20.06.2023 dan siap pada 18.09.2023. Dan kerja keduanya di Seksyen 70.00 hingga 70.80 iaitu menaik taraf longkang sedia ada. Kos RM250,000.00. Mula pada 20.06.2023 dan siap pada 04.09.2023.

Bagi permohonan pembaikan pada tahun 2024, permohonan peruntukan telah dihantar kepada pihak Kementerian Kerja Raya… Kementerian Kerja Raya melalui Cawangan Senggara Fasiliti Jalan JKR Malaysia pada 25 Oktober 2023. Bagi permohonan kerja-kerja pembaikan melibatkan Jalan Persekutuan dan kepada Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR Malaysia pada 5 Februari 2024, bagi kerja kerja pembaikan melibatkan cerun di Jalan Persekutuan dan juga Jalan Negeri.

Hingga kini, JKR Pahang telah menerima kelulusan untuk melaksanakan pembaikan pavement di 2 lokasi dengan kos RM3 juta dan pembaikan cerun di 3 lokasi dengan kos RM6 juta. Kerja kerja di tapak dalam proses pelaksanaan. Sekian, terima kasih.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Terima kasih Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Sila.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Soalan tambahan saya adalah, yang pertama apakah untuk tahun 2024, apakah jumlah peruntukan yang dipohon? Kalau tak boleh angka tepat… ataupun percentage yang kita dapat? Dan yang kedua, sebahagian besar jalan tersebut sedang digunakan oleh kontraktor-kontraktor ECRL yang menggunakan kenderaan berat dan juga menyumbang kepada kerosakan jalan raya dan semua itu. Adakah apa-apa mekanisme Kerajaan Negeri untuk memastikan kerosakan yang dilakukan oleh kontraktor ini akan dibaik pulih? Atau apakah penyelenggaraan dia?

Tuan Ir Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Soalan yang pertama tadi berkaitan dengan peruntukan, saya sudah maklum tadi peruntukan untuk tahun 2024 ni, satu untuk kerja-kerja jalan, pavement RM3 juta dan kerja-kerja pembaikan cerun ada RM6 juta dan manakala kerja-kerja kerosakan jalan akibat laluan kenderaan berat daripada… oleh ECRL... err… saya percaya bahawa pihak ECRL ini sendiri err… tu dalam apa ini, err… dia akan membaiki mana-mana jalan kerosakan disebabkan oleh kerja-kerja yang dilaksanakan untuk kerja-kerja ECRL.

Soalan tambahan satu. Agak lain sikit tapi saya nak kaitkan apa yang dibangkitkan soal kerosakan jalan. Ada isu besar sikit kita di laluan Jerantut-Benta, di mana lombong bijih besi di Kampung Baru dan lori-lori bijih besi ni kita tahulah dengan besarnya dengan beratnya dan baru diturap dan masih rosak lagi. Maknanya saya ingat kalau lori ECRL dia terpaksa tanggung kos. Apakah pihak kerajaan bercadang untuk lori-lori yang bawa bijih besi ini yang menyebabkan kerosakan teruk kerana beban yang sangat besar, yang tak mampu ditampung oleh jalan kita? Saya kesian JKR terpaksa baiki setiap kali baiki balik. Apakah mekanisme supaya pihak yang menyebabkan kerosakan ini juga menanggung kos bagi mengurangkan beban kerajaan? Terima kasih.

Tuan Ir Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Berkenaan jalan tersebut, saya akan semak balik dengan pihak JKR. Sebab isu ini saya tiada maklumat dan insya-Allah saya akan semak.

Speaker

Soalan seterusnya kita pergi kepada soalan nombor 6.

Dato’ Sri Speaker, saya kemukakan soalan nombor 6.

[Pelaburan Asing Bersih Negara 2023 sebanyak RM 39.5 Billion berbanding RM 74.6 billion (2022), menurun sebanyak 47%;

a) Apakah kesan penurunan FDI bersih 2023 negara kepada pelaburan di negeri Pahang?

b) Apakah perancangan atau polisi kerajaan negeri untuk menggalakkan pelaburan dalam bidang Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (Renewable Energy)

c) Berapakah nilai pelaburan di Pahang setakat 2023 dalam bidang Tenaga yang Boleh Diperbaharui?]

Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum WBT. Terima kasih YB Dato’ Sri Speaker dan juga terima kasih kepada sahabat saya ADUN Beserah yang bertanyakan soalan nombor 6 dengan satu pertanyaan, 3 soalan sebenarnya. Soalannya berbunyi demikian, saya akan jawab satu persatu.

Pelaburan asing bersih negara 2023 sebanyak RM39.5 bilion berbanding RM74.6 bilion pada tahun 2022 menurun sebanyak 47%. Soalan pertama (a), apakah kesan penurunan FDI bersih 2023 negara kepada pelaburan di negeri Pahang?

Yang Berhormat Speaker,

Jumlah FDI pada tahun 2022 adalah RM11.01 bilion. Manakala pada tahun 2023, kita berjaya meraih jumlah FDI yang lebih tinggi iaitu RM11.7 bilion. Penambahan sebanyak 6%. Dari segi impak kepada FDI, ia tidak mempunyai kesan sebenarnya. Sungguh pun begitu, angka pelaburan domestik ada penurunan sebanyak RM4 bilion disebabkan persaingan sengit antara negeri… antara negara. Dan juga sentimen pelaburan semasa. Peningkatan FDI ini dilihat memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi negeri Pahang di mana hasil… kutipan hasil negeri pada tahun 2023 mencapai RM1.306 bilion berbanding RM1.28 bilion pada tahun 2022.

Saya selaku Wakil Rakyat muda memang amat kagumlah dengan kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita yang berjaya meningkatkan hasil Kerajaan Negeri melebihi RM1 bilion buat dua tahun berturut-turut. [Ahli Dewan menepuk meja]. Syabas Dato’ Sri.

Soalan kedua, apakah perancangan ataupun polisi Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pelaburan dalam bidang Tenaga Yang Boleh Diperbaharui? Dalam erti kata, Renewable Energy. Kerajaan Negeri Pahang dan juga agensi-agensi invest Pahang yang ditugaskan untuk menarik pelaburan memang mengalu-alukan semua cadangan ataupun proposal untuk tenaga yang boleh diperbaharui. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk tingkatkan sumber tenaga dari sumber-sumber yang boleh

diperbaharui untuk menjadi 40% daripada jumlah sumber pada tahun 2035 dan sasaran yang begitu tinggi iaitu 70% sumber tenaga yang boleh diperbaharui menjelang tahun 2050, di mana kita jangkakan Malaysia boleh capai karbon sifar bersih ataupun dengan izin, NETS Zero pada tahun tersebut. Dan kami telah menerima begitu banyak cadangan ataupun proposal yang melibatkan ladang solar, yang melibatkan solar terapung dengan izin, floating solar, yang juga cadangan-cadangan stesen pengecasan elektrik untuk kenderaan elektrik.

Berkenaan dengan ladang solar, kami melihat cadangan tersebut secara case by case. Ia sebab ladang solar ini dia ada kos peluang dengan izin, opportunity cost. Sekiranya kita gunakan tanah tersebut untuk ladang solar, maknanya ia tidak boleh digunakan untuk tujuan lain. Sebagai contoh, untuk tanaman pertanian, sebagai contoh, untuk tanah perindustrian. Dan kita perlu ingat, sungguhpun Pahang ni keluasannya besar saiznya 36… 36 juta kilometer persegi tetapi 57% daripada saiz tersebut perlu dirizabkan untuk kawasan tadahan air, perlu dirizabkan untuk hutan khatulistiwa kita yang begitu istimewa. Bermaksud yang kita hanya boleh membangunkan Pahang ni dengan saiz tanah 43%. Jadi saiz tanah 43% ini perlu dimaksimakan sebaik mungkin dan kita perlu teliti apakah cadangan tanah yang sesuai untuk tujuan solar ataupun tenaga boleh diperbaharui.

Baik untuk soalan ketiga. Berapakah nilai pelaburan di Pahang setakat 2023 dalam bidang tenaga yang boleh diperbaharui? Nilai pelaburan komited melalui Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Pahang pada tahun 2023 dalam bidang tenaga yang boleh diperbaharui adalah berjumlah RM800 juta untuk projek Pahang Wind Farm ataupun tiang penjana tenaga angin atau Energy Sdn. Bhd. dan PSK telah menyerahkan permohonan projek-projek pelaburan dan fail yang telah diluluskan berkaitan projek Renewable Energy kepada Pahang Water and Energy Resources Sdn. Bhd. pada tahun 2021 bagi tindakan penyelarasan selanjutnya.

Saya pun sebenarnya terkejut dengan cadangan ini sebab saya duk ingat wind farm ataupun tiang tenaga angin ni hanya boleh dilaksanakan di lokasi-lokasi tertentu di dunia. Sebagai contoh di California ke, di Eropah ke tetapi ini sebenarnya menurut pelabur antarabangsa, boleh. Dengan syarat tenaga… tiang tenaga angin tersebut ataupun wind farm tersebut mempunyai kelajuan sekurang-kurangnya minima 5 meter persaat. Jadi sebelum mereka mendirikan tiang jana kuasa angin yang begitu besar itu mereka perlu mendirikan sebuah menara kecil dengan izin, Wind Mast yang mengukur kadar kelajuan angin di lokasi-lokasi yang dicadangkan di Pekan, di Rompin, di Lipis dan sebagainya.

Untuk memastikan data selama 6 bulan itu mencapai kelajuan minima 5 meter dari segi kelajuan angin. Untuk pelabur balik modallah orang kata. Kalau tidak, projek ini tidak boleh menjadi waiver. Jadi sama-samalah kita mendoakan agar kajian ini berjaya supaya Pahang jadi negeri pertama dalam Malaysia yang akan ada projek tenaga angin ataupun Wind Farm, insya-Allah. Terima kasih YB Yang di-Pertua.

Boleh, satu soalan?

Speaker

Sila.

Terima kasih Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Kita bagi Tras kemudian Beserah.

Bagaimana pula dengan tenaga yang digunakan ombak? Adakah untuk digunakan…

Speaker

Ombak?

Ombak… ombak… untuk menyelidik tenagalah baru, macam gitu.

Speaker

Ombak…

Laut… laut…

Terima kasih sahabat saya daripada Tras. Sehingga kini kita belum terima apa-apa cadangan untuk jana kuasa daripada ombak. Sebenarnya saya difahamkan satu alternatif sedang diwujudkan oleh GLC daripada negara China, Shanghai Electric Company semasa saya pergi Ekspo err... Ekspo Perdagangan di Germany. Mereka ada teknologi Floating Wind Solar. Maksudnya tenaga angin terapung di laut. Tapi saya percaya ini adalah satu teknologi baru dan saya perlu meneliti dan berbincang dengan pakar-pakar di syarikat tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut adakah teknologi ini boleh diguna pakai di perairan negeri Pahang. Terima kasih.

Speaker

Sila wakil daripada Beserah.

Terima kasih Dato’ Sri Speaker, terima kasih pihak kerajaan di atas jawapan diberikan. Memang kita akui cabaran yang besar untuk kita nak beralih kepada sistem ataupun kepada perkara baru daripada perkara lama. Tapi nak tak nak suka tak suka, kita kena merancang hari ini untuk beralih. Hari ini kita bergantung sumber tenaga kita kepada sumber-sumber berasaskan fosil sama ada arang batu ataupun gas. 70% tenaga kita elektrik ke dan sebagai jana kuasa pemanasan… heating, industri semua gunakan elektrik yang berasaskan kepada arang batu ataupun natural gas. Jadi 70%, maka ke arah negara yang zero carbon discharge ini kita kena merancang sekarang dan cabaran memang besar.

Cuma saya nak tanya ada tak satu roadmap yang kita buat untuk negeri Pahang, bagaimana kita nak menjana dan melaksanakan perancangan tersebut sehingga boleh tercapai sasaran 2040 kita adalah merupakan negeri low carbon emission? Negeri yang ada pengeluaran hasil karbon yang yang rendah. Yang kedua, adakah polisi bagaimana untuk penjanaan tenaga solar ini ada saiz ataupun kuantiti tertentu kerana dia sama macam pertanian. Dia kena ada economies of scale, dia tak boleh buat ladang solar kecil-kecik. Dia tidak menjanakan keuntungan ataupun boleh pulangan. Dia mesti ada saiz ataupun kuantiti tertentu yang boleh dijana supaya pelabur ini boleh mendapat keuntungan. Ada tak garis panduan yang diberikan dari segi scale ladang solar yang perlu dibina di negeri Pahang? Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya daripada Beserah. YB Dato’ Sri Speaker, sebenarnya Kerajaan Negeri ada perancangan untuk net zero dalam negeri Pahang. Ia masih dalam peringkat kajian dan akan diambil kira untuk Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang ataupun Pahang Economic Masterplan yang bakal dilaksanakan ataupun dikaji oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Pahang. Dalam perancangan tersebut, kita juga perlu mengambil kira arah tuju Malaysia sepertimana yang saya sebut tadi kita ingin menjana 70% daripada sumber tenaga daripada tenaga yang boleh diperbaharui.

Ya, saya setuju dengan sahabat saya daripada Beserah kita perlu beralih daripada ekonomi yang berteraskan minyak dan gas ataupun carbon base economy kepada ekonomi yang lebih lestari, yang lebih hijau. Tapi kita perlu ingat transisi ini, peralihan ini adalah satu yang begitu sukar. Itu sukar sebab selama 100 tahun ataupun berdekad-dekad kita telah… kita memerlukan minyak dan gas untuk pelbagai keperluan bukan sahaja untuk jana tenaga, malah sebagai contoh untuk pengeluaran plastik.

Adakah kita ada substitute… alternative untuk plastik sekarang ni? Jawapannya tidak bukan untuk jangka masa yang terdekat ini. Tapi saya percaya dengan kewibawaan manusia untuk membuat inovasi dan mudah-mudahan saintis-saintis kita boleh menemui satu kaedah untuk mengurangkan tenaga-tenaga ataupun bahan-bahan seperti plastik, chemical, malah nitrogen yang berasaskan daripada industri minyak dan gas.

Kita juga boleh ambil contoh pengeluaran makanan. Dalam dunia ini ada 8 bilion manusia. Untuk memberi makan kepada 8 bilion ini kita perlu ada penggunaan baja nitrogen. Menurut kajian-kajian tertentu tanpa baja nitrogen… tanpa baja ammonia, fosfat dan sebagainya kita tak boleh memberi makan kepada 4 bilion manusia kerana nitrogen digunakan untuk semua bahan makanan. Semua apa… baja untuk gandum, untuk nasi dan sebagainya. Ini kesukaran yang kita hadapi… cabaran. Tapi saya setuju, kita perlu beralih. Suka tak suka kita perlu beralih.

Tapi dengan, dengan kadar kemampuan kita. Sebab negara-negara barat ni dia sudah lama ke hadapan. Ya ada banyak negara yang masih belum di tahap pembangunan yang tinggi, mereka perlukan kegunaan minyak dan gas untuk masa yang terdekat ini supaya mereka boleh membangun dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara barat. Sebab itu negara-negara yang maju ini perlu bantu negara-negara yang mundur. Sebagai contoh, di Afrika, mereka tidak mempunyai sumber yang banyak ataupun kekayaan yang tinggi… hasil kekayaan yang tinggi yang bolehkan mereka beralih terus kepada ekonomi hijau. Benda ini makan masa.

Speaker

Terima kasih.

Berbalik dengan err… saya belum habis jawab lagi [ketawa].

Speaker

Oh… belum lagi. Panjang juga ya mukadimah [ketawa].

Mukadimah. Err… berbalik dengan pertanyaan berkenaan dengan soalan saiz ladang minima. Menurut… menurut pemain-pemain industri, saiz minima untuk ladang solar...

Speaker

150…

Adalah menurut merekalah 40 ekar sebagai rule of term, 1 megawatt memerlukan 3.5 ekar tanah dan anggaran kos untuk 40 megawatt ni adalah RM50 juta. So, ini adalah ladang solar yang paling kecillah untuk orang kata balik modal kepada pelabur. Itu sahaja YB Dato' Sri. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Dato’ Sri Speaker, untuk soalan tambahan.

Speaker

Okey last.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Terima kasih Dato' Sri Speaker. Saya cuma nak minta penjelasan daripada wakil kerajaan kerana daripada kenyataan apa tu pertanyaan daripada sahabat saya Beserah yang menyatakan Pelaburan Asing Negara pada 2023, sebanyak RM39.5 bilion dan telah menurun sebanyak 47% berbanding dengan 2022.

Speaker

Yang Berhormat kita dah pergi soalan lain dah Yang Berhormat.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Tak err... tak maksudnya yang untuk pelaburan asing pertanyaan YB Beserah tadi.

Speaker

Okey.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Cuma… saya cuma nak mintak penjelasan daripada Kerajaan Negeri kerana apa yang saya dapat daripada Sinar Harian yang bertarikh 1 April 2024, FDI negara sebenarnya pada 2023 adalah meningkat sebanyak err… bukan meningkat adalah berjumlah RM188.4 bilion untuk FDI pada 2023. Itulah saya mohon penjelasan daripada wakil Kerajaan Negeri ataupun err… berkenaan dengan ini sama ada FDI negara telah menurun atau meningkat sebenarnya. Terima kasih.

Kalau saya boleh petik sumber... terima kasih sahabat saya daripada Semambu. Kalau saya boleh petik sumber MIDA, pada tahun 2023, Malaysia telah merekodkan jumlah Pelaburan Asing sebanyak RM188.4 bilion berbanding RM163.3 bilion pada tahun 2022 iaitu sebanyak... itu peningkatan sebanyak 15.3%. Jadi untuk pertanyaan YB, kita perlu rujuk kepada yang menanya soalanlah YB Beserah kita. Dari sumber yang beliau dapat mengenai penurunan tersebut. Sebab saya hanya menjawab kepada pertanyaan beliaulah.

Saya jawab soalan daripada... Dato' Sri. Saya rujuk ini daripada data daripada Bank Negara. Ini FDI… net FDI… bukan gross FDI. Okey, ini net FDI. Mungkin kita ada approved FDI tapi belum tentu lagi. Tapi yang dah betul-betul melabur adalah sebanyak ini.

Speaker

Makna dia dah buat kerja tanah. Ha… contohnya, dia melaburlah, contoh. Okey, kita pergi soalan seterusnya. Soalan nombor 7, wakil daripada Padang Tengku.

Dato' Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Assalamualaikum WBT, Dato' Sri Yang di-Pertua. Sebelum saya menanyakan soalan ni saya tengok ke galeri yang ada di depan. Saya nak ucap… saya nampak apa ni DJ… DJ rumah terbuka saya. Jadi saya nak ucapkan selamat datang kerana beliau membawa rombongan daripada Majlis Belia Negeri Pahang. Selamat datang ke Dewan ini [Ahli Dewan menepuk meja]. Jadi soalan saya ialah soalan nombor 7.

[Apakah latihan yang akan diberikan kepada Suri Rumah untuk melahirkan Usahawan Suri Rumah sebagaimana yang dinyatakan dalam Matan Belanjawan Tahun 2024?]

Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato' Sri Speaker dan terima kasih kepada sahabat yang bertanya daripada kawasan Padang Tengku. Soalan sahabat kita adalah mengenai apakah latihan yang akan diberikan kepada suri rumah untuk melahirkan usahawan suri rumah sebagaimana yang dinyatakan dalam Matan Belanjawan tahun 2024?

Ya, suri rumah yang berpengetahuan mengenai teknologi IT adalah merupakan satu kelebihan kerana ianya boleh meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mereka sekiranya ianya digunakan dengan betul. Jadi untuk itu, kami telah menyediakan satu latihan penting iaitu latihan mengenai kepentingan teknologi IT. Sehubungan itu, peserta-peserta akan dipilih mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan bagi menyertai Program Usahawan Suri Rumah ini.

Peserta-peserta Anggun Niaga dan Anggun Usaha bagi tahun 2022 dan juga 2023 antaranya akan dipilih untuk menyertai program ini. Program ini diwujudkan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran serta memberi latihan insentif dalam bidang keusahawanan dan perniagaan secara atas talian.

Melalui program yang disediakan, peserta akan dilatih menggunakan teknologi terkini dan telefon pintar ke arah suri rumah celik digital. Program yang akan diadakan juga akan mengajar suri rumah cara untuk memanfaatkan platform digital dan media sosial dalam mempromosikan dan menjalankan perniagaan atas talian. Ini termasuk pengenalan kepada e-Dagang, pengurusan media sosial, pemasaran kandungan dan strategi pemasaran digital untuk menarik pelanggan serta meningkatkan penjualan. Dengan penyelesaian program ini, peserta tidak hanya akan meningkatkan literasi digital mereka tetapi juga akan memperoleh kemahiran praktikal yang dapat digunakan untuk meningkatkan pendapatan keluarga mereka. Sekian, terima kasih.

Speaker

Sila.

Dato' Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Soalan tambahan Dato' Sri Speaker. Tadi ada disebut ada peserta Anggun Niaga dan satu lagi Anggun apa tadi? Anggun Sutera? Anggun? Anggun Usaha ha... Anggun Niaga dan Anggun Usaha. Selain daripada itu, kita semua tahu bahawa Dato' Sri Speaker, suri rumah tangga ini banyak lagi rakan-rakan sengaji dia umpamanya usahawan bawah err... Amanah Ikhtiar.

Speaker

Rakan WhatsApp. Rakan WhatsApp pun ramai juga.

Dato' Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Ha… [ketawa]. Amanah Ikhtiar, RISDA, bimbingan RISDA, bimbingan Pertanian, FELDA dan pelbagai lagilah. Jadi saya nak tanya adakah boleh program ini juga melibatkan kumpulan-kumpulan ini dan jika boleh, bila? Bagaimana cara nak mendaftar? Bila program itu dilaksanakan? Supaya kehadiran apa ni usahawan wanita yang banyak ini dapat dirasai. Terima kasih.

Speaker

Minat betul Padang Tengku ni pada suri rumah tangga ya [ketawa].

Terima kasih kepada soalan tambahan tersebut. Untuk makluman semua ya, peserta-peserta yang menyertai program ini bukan sahaja yang peserta baru tetapi juga

termasuklah peserta daripada yang telah dijalankan oleh agensi-agensi tadi yang RISDA ke Amanah Ikhtiar. Sebenarnya di dalam program yang kami sediakan termasuk dah mereka-mereka ini dan untuk makluman juga sebenarnya Anggun Usaha ini adalah program yang dinamakan Anggun Usaha yang terdiri daripada wanita-wanita B40 dan Anggun Niaga adalah golongan ibu tunggal B40.

Ha… itu beza dia tapi masih lagi wanitalah dan program ini akan kita jalankan seawal bulan Jun tahun ini dan cara untuk wanita-wanita di luar sana untuk mendapatkan ataupun menyertai program ini ialah dengan melihat media sosial Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang juga melalui pejabat-pejabat ADUN dan juga pemimpin setempat. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, soalan nombor 8. Wakil daripada Jenderak.

Dato' Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Sri Speaker. Soalan saya nombor 8.

[Pertubuhan belia secara dasarnya wujud sebagai platform untuk melatih belia-belia untuk meningkatkan lagi nilai-nilai kepimpinan, kesukarelawan, pendidikan dan lain-lain. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk menggalakkan lagi belia-belia Pahang untuk bergiat aktif dalam pertubuhan belia?]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, terima kasih juga sahabat saya Yang Berhormat Jenderak atas soalan berkait dengan pengukuhan aspek kepimpinan dan juga usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk menggalakkan belia di seluruh negeri ini terlibat aktif dalam pertubuhan-pertubuhan belia. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, sebelum saya menjawab soalan ini, saya mengalu-alukan kehadiran barisan kepimpinan belia Majlis Belia Negeri Pahang yang baharu yang akan menerajui Majlis Belia Pahang dalam tempoh 2 tahun sehingga 2026 yang diterajui oleh saudara Shaharuddin Ahmad. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

Kampung Teluk Ira.

Usahawan yang juga pemilik Laziz Patin dan juga Timbalan Presidennya, saudara Megat Suhai Osman, Pegawai Pertanian Daerah Bera kalau tak silap dan gandingan rakan-rakannya dan kita harap sinergi pengalaman, ada usahawan ada pegawai pertanian, cikgu, pegawai IT dan latar belakang lain akan mampu memberi suntikan baru kepada negeri ini.

Speaker

Yang atas tu boleh duduk. Diaorang semua dah tangkap gambar dah. [Ahli Dewan ketawa]

Speaker

Dato' Sri Speaker,

Sesungguhnya pelbagai inisiatif, usaha dan juga strategi telah dilaksanakan dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk meningkatkan aspek kualiti kepimpinan belia sekali gus menggalakkan belia-belia di seluruh negeri ini untuk terlibat aktif dalam pertubuhan-pertubuhan belia sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun persekutuan dan antara inisiatif julung-julung kali diadakan oleh Kerajaan Negeri Pahang adalah pelaksanaan Program Pemerkasaan Persatuan Belia Pahang atau Youth Empowerment Society atau juga dikenali sebagai YES Pahang yang melibatkan 3 peringkat pelaksanaan iaitu daerah, zon dan juga negeri. Program ini dirangka khusus untuk melahirkan pemimpin belia yang benar-benar berkualiti dan yang terbaik atau dengan izin, Cream of The Cream sekali gus mampu mewarisi kepimpinan negeri ini pada masa depan.

Melalui program YES ini, seiring peribahasa "Jikalau menampi, jangan tertumpah padinya". Peserta dipilih secara rapi melalui beberapa saringan ketat bermula di peringkat daerah hingga ke peringkat negeri. Setiap anak muda yang terlibat dalam program YES ini perlu memperuntukkan masa selama 2 hari untuk kursus Fasa 1 iaitu di peringkat daerah, 4 hari untuk kursus Fasa 2 iaitu di peringkat zon dan 5 hari untuk kursus Fasa 3 iaitu di peringkat negeri. Ini bermakna pemimpin belia yang berjaya menyertai sehingga 3 fasa YES ini perlu memperuntukkan keseluruhan 11 hari bagi menyempurnakan program yang julung-julung kali diadakan ini.

Model program YES ini dirangka dengan cermat, tersusun dan juga rapi mencakupi kemahiran kepimpinan, kemahiran komunikasi, pembentukan daya saing dan ketahanan jati diri yang tinggi, kecekapan pengurusan pertubuhan belia serta pendedahan kepada cabaran-cabaran masa kini yang perlu dihadapi oleh belia.

Dan matlamat akhir daripada program YES ini, kita berhasrat melahirkan pemimpin pelapis belia yang benar-benar kompeten untuk menerajui pertubuhan-pertubuhan belia di seluruh negeri Pahang dan keberadaan mereka kemudiannya mampu menarik anak-anak muda belia dari seluruh negeri ini untuk terlibat aktif dalam pertubuhan-pertubuhan belia sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun persekutuan. Dan pemimpin-pemimpin belia yang terpilih ini kemudiannya akan disenarai pendek daripada program YES ini dan berpeluang untuk menyertai satu program khusus yang insya-Allah kita akan laksanakan pada Julai ini iaitu Retreat Khas Pemimpin Muda Pahang bagi menentukan hala tuju dan jatuh bangun belia di negeri Pahang selepas ini.

Retreat Pemimpin Muda Pahang ini akan menjadi platform penting untuk kita mendengar suara-suara daripada pemimpin-pemimpin belia untuk kita berkomunikasi mencapai persetujuan dan kata sepakat. Apa hala tuju yang nak dibawa selepas daripada ini supaya pemimpin-pemimpin belia ini dipandu dengan fokus dan matlamat yang jelas demi manfaat anak-anak muda dan belia di seluruh negeri Pahang ini.

Dan selepas daripada kita mencapai kata putus tentang hala tuju belia negeri Pahang ini yang banyak perubahan selari dengan peredaran masa maka selepas daripada itu

kita akan melangkah lebih jauh lagi termasuk antaranya menjalinkan kerjasama dengan belia-belia dari negeri lain khususnya negeri Sarawak sepertimana yang dihasratkan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan hasrat Kebawah Duli Paduka Mulia ini telah saya sampaikan kepada delegasi Sarawak yang kebetulan berkunjung ke negeri Pahang ini beberapa minggu lalu dan alhamdulillah disambut dengan cukup baik dan mereka sendiri telah... sedang memperhalusi cadangan kerjasama yang akan kita rintis dan Sarawak adalah permulaan.

Selepas daripada ini, kita akan rintis kerjasama dengan belia-belia dari negeri-negeri lain pula dan kita harap melalui pelaksanaan program YES, Retreat Pemimpin Muda Pahang ini dan macam-macam kerjasama dengan belia-belia negeri lain dan kita dapat melahirkan kualiti hebat pemimpin-pemimpin muda atau belia dari seluruh negeri Pahang dan ia akan menjadi katalis atau pemangkin kepada wujudnya minat serta kecenderungan di kalangan belia dari seluruh negeri Pahang ini untuk terlibat dan kemudiannya bergerak secara aktif dalam pertubuhan-pertubuhan belia di seluruh negeri Pahang ini, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.

Speaker

Okey, kita pergi ke soalan seterusnya.

Dato' Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Terima kasih Dato' Sri. Soalan tambahan sikit.

Speaker

Ada soalan tambahan juga?

Dato' Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Boleh?

Speaker

Err... nak cepat. Kalau tidak kita lambat. Tak ada hal.

Dato' Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Sikit aje. Okey, yang pertama saya nak ucap tahniahlah atas usaha memperkukuhkan belia di dalam negeri Pahang. Tak apalah soalan itu, saya jumpa sendirilah dengan Yang Berhormat EXCO. [Ahli Dewan ketawa]

Speaker

Steady Jenderak. Soalan seterusnya, soalan nombor 9.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Assalamualaikum, selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Soalan saya soalan nombor 9.

[Apakah mekanisma kawalan harga barangan runcit dan keperluan asas oleh kerajaan negeri bagi kawasan-kawasan terpencil dan pedalaman di negeri ini?]

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Dato' Sri Speaker. Boleh kita bincang kat luar tak? [Ahli Dewan ketawa]. Tak boleh? Okey, saya bagi jawapan ya. Terima kasih ADUN Sungai Lembing telah mengeluarkan soalan yang begitu baik sekali. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri atau Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang sentiasa menjalankan pemeriksaan dan pemantauan ke atas premis perniagaan bagi memastikan peniaga memantau undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan dalam melaksanakan urusan peniaga. Pihak kementerian sentiasa menggerakkan anggota penguatkuasa dan pegawai pemantau harga di pelbagai peringkat peniaga sama ada peringkat pengilang, pemborong dan peruncit di seluruh kawasan meliputi bandar dan luar bandar.

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan antara mekanisme yang dan usaha yang telah dilaksanakan oleh kementerian bagi kawalan harga bagi barangan runcit dan keperluan asas oleh Kerajaan Negeri bagi kawasan-kawasan terpencil dan pedalaman di negeri adalah seperti berikut. Menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Dalam peruntukan perundangan tersebut antara tindakan yang boleh diambil ke atas peniaga adalah penguatkuasa anti pencatutan di mana peniaga akan dikenakan tindakan sekiranya mengambil keuntungan tinggi yang tidak munasabah. Di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, juga tindakan menguatkuasakan perintah kawalan harga, tanda harga oleh penjual peruncit.

Selain itu, pihak kementerian turut melaksanakan skim harga maksimum musim perayaan bagi perayaan utama di Malaysia. Di dalam skim ini, pihak kementerian telah menetapkan harga beberapa barang terpilih yang menjadi tumpuan perayaan tersebut sama ada di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit. Err… pihak kementerian juga telah menjalankan pemeriksaan serta pemantauan meliputi seluruh rantaian pengedaran, pembekalan barangan dan perkhidmatan di seluruh negeri telah dijalankan bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang yang telah dikuatkuasakan oleh KPDN.

Bermula dari 1 Januari, ini untuk maklumat ADUN Sungai Lembing. Bermula daripada 1 Januari 2024 hingga kini, sejumlah 16,274 premis perniagaan telah diperiksa di mana 4,389 premis adalah kawasan luar bandar dan 11,885 adalah kawasan bandar. Daripada jumlah pemeriksaan tersebut, sebanyak 189 kes telah dihasilkan dengan nilai rampasan berjumlah RM952,000.00 dan kutipan kompaun berjumlah RM107,900.00. Pemantauan harga secara harian dilakukan… juga dilakukan oleh pegawai pemantau harga di premis terpilih di seluruh negeri Pahang seperti pasar raya, pasar besar, pasar basah, pasar mini dan kedai serbaneka 24 jam.

Untuk menolong kawasan terpencil, kita adakan Jualan Rahmah dan Jualan Makmur. Program ini adalah program jualan barangan keperluan harian terdiri daripada barang makanan mentah atau siap dan barang bukan makanan dikategorikan sebagai barang keperluan harian. Program ini dilaksanakan dengan penglibatan peruncit, pasar raya besar, pasar raya dan pasar raya mini dan kedai runcit yang mana digalakkan untuk memberi pengurangan harga barangan semasa program jualan berlangsung antara 10% hingga 30% berbanding harga pasaran semasa berdasarkan tempat untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia, untuk bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup.

Sepanjang… untuk pengetahuan ADUN Sungai Lembing, sepanjang tahun 2023 KPDN Negeri Pahang telah melaksanakan sebanyak 486 Jualan Rahmah di seluruh negeri Pahang. Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara hidup telah melaksanakan program penyeseragaman harga sejak tahun 2009 dengan menanggung kos pengangkutan pembekal ke kawasan pedalaman yang terpilih bagi 7 barangan keperluan bersubsidi atau kawalan seperti tepung gandum, gula putih bertapis kasar, beras putih dan minyak masak, err…minyak masak 1 kilo, Gas Petroleum (sebiji tong gas) dan petrol RON 95 dan diesel.

Objektif program ini adalah membolehkan penduduk di luar kawasan bandar pedalaman dapat membeli barangan keperluan bersubsidi tersebut pada harga ditetapkan oleh kerajaan iaitu seperti di bandar. Bagi negeri Pahang sebanyak empat tempat… zon terlibat program sehingga kini. Mungkin ada untung sikit untuk ADUN Tahan. Ada dua tempat untuk dia. 1 Zon Kuala Tahan, Zon Kampung Bantal, 1 untuk Tioman, Zon Pulau Tioman dan satu di Zon Pekan. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan Dato’ Sri. Isu yang dibincangkan ini ialah kawalan harga barang di kawasan terpencil dan pedalaman dan saya cadangkan untuk atasi isu ini, lantik sukarelawan daripada pertubuhan belia untuk turun padang bantu agensi penguatkuasa yang saya rasa kita semua sedar bahawa agensi ini hanya dapat kita lihat memainkan peranan khususnya sewaktu musim perayaan. Untuk sepanjang masa meneliti isu harga barang ini termasuk di kawasan bandar, di kawasan luar bandar dan pedalaman. Saya rasa kita perlu engage, dengan izin, pertubuhan belia atau mana-mana sukarelawan untuk bekerjasama dengan agensi penguatkuasa bagi memantau harga barang sepanjang masa. Bukan sekadar musim perayaan sahaja. Sekian, terima kasih.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Sabai. Err… saya haraplah semua orang menjadi sebagai orang… sebagai pengguna yang bijak, okey. Err…kita minta semua orang menjadi mata dan telinga untuk KPDN. Kalau mendapati mana-mana tempat jual dengan harga yang mahal, sila hubungi KPDN, kita ada 9 aduan… 9 saluran boleh buat aduan dalam website. Err… tambah lagi satu, telefon saya, betul. [Ahli Dewan ketawa]. Nak sebut sekali lagi orang marah dah, 012-981 8819. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Soalan yang seterusnya soalan nombor 10, wakil daripada Pulau Manis.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, soalan saya nombor 10.

[a. Sejauh mana kejayaan sektor ekopelancongan di Negeri Pahang?

b. Kompleks pelancongan Tasik Chini didapati telah lama tidak beroperasi.

Apa perancangan kerajaan negeri bagi memastikan Tasik Chini menjadi lokasi pelancongan popular di Malaysia memandangkan pihak

UNESCO telah bersetuju untuk meneruskan pengiktirafan sebagai Rezab biosfera?]

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Pulau Manis.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Soalan (a) antara kekuatan Pelancongan Negeri Pahang adalah sektor ekopelancongan dan kita bersyukur kerana pelbagai kejayaan telah diperolehi. Antaranya pada tahun lepas, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah memperakui daerah Lipis sebagai Geopark Kebangsaan. Yang keduanya, Cameron Highlands diiktiraf sebagai antara 51 tempat tercantik di dunia.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Untuk soalan (b) yang bertanyakan tentang pelancongan Tasik Chini. Perancangan Kerajaan Negeri antaranya pertama, pembaikpulihan Kompleks Pelancongan Tasik Chini dilaksanakan melalui tender dan request for proposal, dengan izin kepada pelabur berpotensi dan berkelayakan mengurus bangunan kompleks pelancongan. Permohonan telah diterima pada Februari dan dalam proses penilaian. Pihak PSK akan mengangkat permohonan tersebut kepada Pihak Berkuasa Negeri setelah permohonan lengkap diterima dan penilaian selesai.

Kedua, pihak PTNP (Perbadanan Taman Negeri Pahang) juga dalam tindakan untuk membangunkan kajian saintifik pembangunan pelancongan Tasik Chini dan menjalankan bengkel libat urus melibatkan masyarakat Orang Asli, komuniti setempat, NGO pada bulan depan… pada bulan depan untuk mendapatkan seberapa banyak input untuk penyediaan Pembangunan Pelan Pengurusan Tasik Chini, bawah peruntukan EFT.

Ketiga, Tourism Malaysia bersama Pusat Penyelidikan Tasik Chini menghasilkan 2 pakej pelancongan di Tasik Chini, yang masih beroperasi iaitu Lake Chini Exploration, Lake and Forest Experience, dengan izin dan Forest and Indigenous Experience. Keempat, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang melalui projek penanaman pokok dan program Buy Back Guarantee dengan komuniti Orang Asli.

Kelima, Jabatan Perikanan Negeri Pahang juga telah melepaskan 40,000 ekor ikan dalam program Man and Biosphere 360° anjuran Majlis Biodiversiti Pahang. Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat, walaupun Kompleks Pelancongan Tasik Chini sekarang masih dalam tindakan untuk mendapatkan operator baru. Walau bagaimanapun, sekarang di Tasik Chini terdapat kemudahan yang ditawarkan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) yang merangkumi penginapan asrama dan studio, tapak perkhemahan, surau, bilik mesyuarat, medan komuniti, kafe dan kemudahan… kemudahan berkayak dan banyak lagi.

Program-program juga telah dilaksanakan oleh pihak PPTC di Tasik Chini adalah modul ekopelancongan kalau ikut senarai ada 16. Jadi tuan-tuan dan puan-puan, err... sorry Yang Berhormat-Yang Berhormat, kita berharap bahawa err... kita boleh mengambil kesempatan juga melawat Tasik Chini walaupun Kompleks Pelancongan Chini belum sedia tetapi kita sudah ada PPTC. Terima kasih.

Speaker

Soalan terakhir.

Soalan tambahan boleh? Dato' Sri? Terima kasih err... Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.

Soalan tambahan saya adalah kawasan ekopelancongan biasanya terletak dalam hutan err... dan sebagainya. Contohnya, Taman… Taman Negeri Endau-Rompin, Air Terjun Pandan. Err... soalan saya adalah kawasan ini, macam mana Kerajaan Negeri nak memastikan err... kawasan ini sentiasa terjaga dan terpelihara daripada impak pembangunan, pembalakan, perlombongan dan sebagainya?

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhor err... Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Untuk err... tempat-tempat pelancongan yang berasaskan ekopelancongan di negeri Pahang. Kita lihat err... destinasi-destinasi berlainan dia mempunyai owner yang berlainan dan mempunyai peraturan-peraturan yang berlainan yang perlu dipatuhi. Jadi sebagai contoh, Taman Negeri Rompin kita difahamkan bahawa dia dalam tindakan Kerajaan Negeri untuk diwartakan.

Manakala untuk air terjun-air terjun, kita ada air terjun yang telah pun dibangunkan sebagai destinasi pelancongan tapi juga ada air terjun yang masih dalam kajian untuk aspek keselamatan, kemudahan dan lain-lain lagi. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Sila, wakil daripada Chini. Soalan pasal Tasik Chini, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Yang Pertama saya nak ucap terima kasih kepada ADUN Pulau Manis yang cakna bagi kawasan DUN Chini. Err... jiran… jiran. Jadi adakah pihak kerajaan berhasrat untuk membuat lawatan untuk melihat kawasan Tasik Chini ni?

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang Berhormat Dato Speaker err… Dato' Sri Speaker,

Memang Yang Berhormat Chini telah err… menjemput saya untuk melawat. Jadi insya-Allah jangan risau kita akan ambil masa aturkan jadual untuk melawat. Terima kasih. [Ahli Dewan ketawa]

Speaker

Insya-Allah. Soalan terakhir, kita silakan err… wakil daripada Chini.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya kemukakan pertanyaan yang ke-11.

[Berapa ramai usahawan FELDA di negeri Pahang yang menghasilkan produk sendiri seperti kerepek dan lain-lain produk?]

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih Yang Berhormat Dato Sri Speaker,

Assalamualaikum WBT, terima kasih kepada Yang Berhormat Chini sahabat saya bertanyakan soalan berapa ramai usahawan FELDA Negeri Pahang yang menghasilkan produk sendiri seperti kerepek dan juga lain-lain produk? Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Yang Berhormat Dato' Sri, FELDA terus memainkan peranan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi peneroka dan generasinya dengan melahirkan usahawan dari pelbagai sektor dalam menyediakan pelbagai inisiatif strategik untuk meningkatkan kapasiti dan kemahiran usahawan FELDA.

Ingin saya nyatakan di sini, berikut adalah bilangan usahawan FELDA di negeri Pahang yang aktif dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dengan izin mengikut kategori perniagaan.

Pertama, tanaman berjumlah 199, ternakan berjumlah 1,576 usahawan, akuakultur bernilai eer... berjumlah 89 usahawan, perniagaan 1,861 usahawan, perusahaan 307 usahawan, kraftangan 250 usahawan, dan juga perkhidmatan 1,926 bermaksud keseluruhannya enam ribu dua… 6,208 usahawan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 2,418 usahawan FELDA di negeri Pahang iaitu 38.95% aktif dalam menghasilkan produk mereka sendiri seperti perusahaan makanan iaitu kerepek, makanan tradisional dan juga makanan fermentasi. Dan juga produk kraftangan berasaskan tekstil iaitu batik dan songket serta kayu dan juga logam iaitu pisau, parang dan juga dekorasi ukiran kayu.

Langkah proaktif yang dilakukan oleh FELDA dalam memperkasakan potensi usahawan FELDA Negeri Pahang telah melahirkan seramai 25 usahawan berjaya, mencapai jualan lebih daripada RM1 juta dalam tempoh 1 tahun yang seterusnya menjadi model dan juga tunjang kepada para usahawan FELDA yang lain.

Ini menunjukkan keberhasilan program pembangunan usahawan di kalangan peneroka dan juga generasi FELDA yang tidak hanya membantu dalam menjana pendapatan tambahan tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada generasi baharu.

FELDA akan terus memberikan sokongan dan juga bimbingan kepada para usahawan untuk memastikan mereka terus berdaya saing dan juga berkesan dalam memajukan ekonomi setempat.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker iaitu kepada pihak FAMA dan juga usahawan-usahawan yang telah bersama menyumbang produk-produk yang dapat kita pada hari ini, iaitu, yang antaranya pertama, ucapkan terima kasih… merakamkan terima kasih kepada usahawan Zati D’ Hati Resources yang berasal daripada Pekan yang memberi kita hari ini sambal hitam dan sambal Pahang.

Keduanya, Hakimah Bakery daripada Kuantan memberikan kita iaitu biskut bangkit kelapa. Yang ketiga adalah PJ Food Industries daripada Kuantan, pes opor dan juga Ikhtiar Emas Trading daripada Jerantut yang membekalkan kepada kita hari ini ialah maruku halus.

Saya ucapkan… inilah antara usahawan-usahawan yang perlu kita lahirkan selain daripada usahawan-usahawan FELDA, inilah antara usahawan-usahawan negeri Pahang yang boleh mempunyai jenama yang baik untuk kita perkembangkan pada hari ini. Sekian, terima kasih banyak-banyak Yang Berhormat Dato' Sri.

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Soalan saya, apakah usaha-usaha yang dirancang oleh pihak kerajaan bagi terus meningkatkan lagi usahawan di negeri Pahang ini?

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Terima kasih kepada sahabat saya, Yang Berhormat daripada Chini. Pihak FELDA, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pihak FELDA sebelum kita menghuraikan Kerajaan Negeri ingin saya menyatakan bahawa Pihak FELDA telah memberikan pelbagai inisiatif dan juga insentif kepada usahawan-usahawan di Malaysia dan juga untuk usahawan di negeri Pahang.

Di antaranya program PPP yang telah mereka bangunkan dan insya-Allah di bawah Kerajaan Negeri Pahang, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar Negeri Pahang telah memperuntukkan dan juga Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 untuk pelaksanaan program adaptasi dan juga pecutan digital. Kita dapat hari ini rata-rata usahawan, rata-ratanya kita sendiri. Saya dapat melihat rakan-rakan kita semua bertiktok, semua ada Facebook, semua Instagram.

Ini adalah satu platform yang baharu. Bukanlah kata baharu sangat tetapi boleh digunakan sebagai adaptasi untuk usahawan-usahawan boleh buat pecutan yang lebih baik. Ada usahawan itu menjual tudung. Dahulu lecturer tapi hari ni jual tudung, income dia 1 bulan, err... income semasa nak hari raya je, RM2.2 juta. Bermaksud melalui online services.

Ini antara salah satu yang kita perlu huraikan dan saya ucapkan banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar dan juga Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan kita lebih kurang RM500,000.00 untuk usahawan-usahawan ini mendapat adaptasi dengan pelbagai inisiatif-inisiatif digital yang perlu kita berikan kepada usahawan-usahawan tersebut. Ini antara inisiatif Kerajaan Negeri Pahang yang akan disupport, akan disokong oleh ya, produk-produk dan juga agensi-agensi lain. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah selesai membincangkan 11 pertanyaan dan jawapan. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan pada pagi ini untuk kita minum pagi. Tapi sebelum itu, saya hendak err... mengalu-alukan kehadiran atau kedatangan wakil-wakil pemerhati kita. 4 orang daripada Angkatan Tentera Malaysia. 8 orang daripada Majlis Belia err... ini bangun untuk kali ketigalah diaorang dan 10 orang daripada Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota [Ahli Dewan menepuk meja]. Dan saya bercadang untuk menempohkan pada… dan kita kembali pada pukul 11.45 pagi. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan pada pukul 11.15 pagi]

[Persidangan disambung semula]

Menimbang Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Daripada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan PahangMotion

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Menimbang usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja daripada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di hadapan majlis ialah satu usul yang berbunyi:

“Bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini, bersetuju Menjunjung kasih Atas Limpah Perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berangkat menyempurnakan Titah Diraja kepada Dewan Negeri.”

Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan telah pun disokong dan dibahaskan pada 8, 9 Mei 2024. Seramai 25 orang ahli telah mengambil bahagian membahaskan usul tersebut.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada hari ini pihak kerajaan akan menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan yang lepas. Saya ingin memaklumkan bahawa penggulungan pihak kerajaan akan dimulakan dengan EXCO Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang. Ini kerana Yang Berhormat EXCO terlibat dalam sesi raptai program yang melibatkan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang selepas penggulungan.

Seterusnya saya suka maklumkan bahawa, tempoh masa penggulungan adalah selama 30 minit atau kurang dan hari ini juga merupakan hari Jumaat, suka saya… jadi suka saya menasihatkan Ahli-ahli Yang Berhormat agar kita tidak kerap mencelah-celah ya, mencelah ketika sesi penggulungan. Untuk itu, sukacita saya menjemput err... EXCO Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang untuk memberikan jawapan. Silakan.

Terima kasih YB Dato' Sri Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (Bacaan dalam Bahasa Arab). Saya ingin mengambil kesempatan untuk merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan keizinanNya kita, Ahli-ahli Dewan dapat diberi kekuatan, kesihatan yang baik dalam menyampaikan mandat yang diamanahkan serta dapat berkumpul bersama-sama dalam menyempurnakan persidangan kita pada kali ini di Dewan Yang Mulia ini.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Dato' Sri Speaker kerana telah memberi peluang kepada saya sebagai penggulung yang pertama dalam sesi penggulungan kita pada hari ini. Begitu juga kepada rakan-rakan Ahli Dewan Negeri yang telah mengemukakan soalan semasa sesi soal jawab yang berkaitan dengan portfolio saya mahupun ketika perbahasan usul ucapan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang dibawa oleh Yang Amat

Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail pada hari pembukaan sidang dewan yang lalu.

YB Dato’ Sri Speaker,

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas keprihatinan dan buah fikiran baginda dalam memartabatkan usaha kerajaan baginda untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat jelata di negeri ini.

Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua rakan Ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan khususnya yang menyentuh mengenai portfolio saya iaitu Yang Berhormat Ketari, Beserah, Semambu, Bukit Ibam dan Tras. Insya-Allah, segala soalan tambahan yang dikemukakan oleh semua rakan Ahli Dewan saya akan jawab secara bertulis.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Ingin saya maklumkan sidang Dewan Yang Mulia pada hari ini bahawa jumlah nilai pelaburan komited yang masuk ke dalam negeri Pahang pada tahun 2023 adalah sebanyak RM16.44 bilion iaitu terdiri daripada pelaburan asing sebanyak RM11.67 bilion dan pelaburan domestik sebanyak RM4.8 bilion berjaya diperolehi berbanding RM20 bilion, pelaburan asing RM11.1 bilion dan pelaburan domestik RM9.56 bilion yang direkodkan pada tahun 2022 iaitu penurunan sebanyak RM4 bilion. Kebanyakannya pelaburan domestik dan terdiri daripada bagi jumlah keseluruhan pelaburan berjaya dibawa masuk ke dalam negeri Pahang.

Walau bagaimanapun, jumlah pelaburan asing ataupun (Foreign Direct Investment - FDI) telah meningkat daripada RM11.1 bilion ke RM11.67 bilion. Kerajaan Negeri sentiasa bersedia dengan strategi bagi meningkatkan prestasi pelaburan negeri Pahang dalam ekosistem dan situasi ekonomi yang mencabar ketika ini. Justeru itu, beberapa inisiatif sedang dan telah dilaksanakan bagi mendepani cabaran-cabaran ekonomi domestik dan global bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negeri Pahang terus teguh dan kekal di landasan yang betul.

YB Dato’ Sri Speaker,

Bagi memastikan prestasi pelaburan negeri Pahang terus mencatatkan peningkatan, Kerajaan Negeri telah memperkasakan Invest Pahang sebagai gerbang pelaburan utama ke negeri Pahang bermula tahun 2022. Ini merupakan salah satu strategi yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi menangani isu-isu dan cabaran yang dihadapi di peringkat agensi dan State Government Linked Company (S-GLC) dalam memudah cara urusan pelaburan di negeri Pahang.

Selari dengan titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang pada Isnin yang lalu, Invest Pahang merupakan inisiatif yang Kerajaan Negeri laksanakan dalam mengurangkan karenah birokrasi di peringkat Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan dan meningkatkan potensi negeri Pahang sebagai destinasi utama yang mesra pelabur. Untuk makluman Dato’ Sri Speaker dan semua Ahli Yang Berhormat, Invest Pahang ini dipengerusikan secara bersama oleh saya sendiri selaku EXCO Pelaburan,

Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang bersama dengan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan).

Mesyuarat jawatankuasa ini diurusetiakan oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri dan dilaksanakan secara berkala mengikut jadual pada setiap hari Khamis minggu ke-3 setiap bulan. Melalui forum ini juga, Kerajaan Negeri menjalankan fungsi dan tanggungjawab menyelaras hala tuju sektor fokus pelaburan dalam memastikan semua bidang utama keberhasilan ekonomi Negeri Pahang membawa kesan limpahan daripada pelaburan yang akan dibawa masuk. Sebagai contoh, untuk 5 tahun yang akan datang, penekanan dan keutamaan akan diberikan kepada pelaburan dalam sektor perkilangan dan pembuatan aeroangkasa, pelancongan, mobiliti dan pertanian.

Saya amat optimistik bahawa lebih banyak pelaburan akan dapat dibawa masuk melalui hubungan kerjasama yang baik di peringkat jabatan negeri dan agensi pusat. Sebagai gerbang utama pelaburan, cadangan projek pelaburan yang berpotensi akan diberikan fasilitasi termasuk cadangan dan penentuan lokasi projek, penyelarasan keperluan utiliti dan infrastruktur untuk pembangunan projek.

Selain daripada projek-projek fizikal yang menjadi tumpuan utama, Kerajaan Negeri juga sedang giat mencari penyelesaian dan memainkan peranan dalam isu keterjaminan makanan khususnya untuk mengurangkan kos pengeluaran makanan ternakan, antaranya untuk ternakan ruminan seperti lembu dan kerbau, ayam pedaging, kos pengeluaran sayur-sayuran dan bijirin dan kos operasi projek pelaburan.

Menyedari kepentingan sokongan dan bantuan oleh Kerajaan Persekutuan, saya turut mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Invest Pahang bersama MIDA, Singapura dan MIDA China bagi melihat potensi, mengetahui trend ataupun perkembangan pelaburan semasa serta meninjau peluang-peluang sedia ada di negara sana. Penglibatan aktif semua anak syarikat Kerajaan Negeri (S-GLC) dalam melaksanakan pembangunan projek negeri Kerajaan Negeri dapat menggambarkan kerjasama erat antara semua agensi kerajaan dan pemain industri dalam membuat perancangan dan penilaian permohonan projek pembangunan berimpak tinggi.

Inisiatif kedua yang dilaksanakan bagi terus memacu sektor pelaburan agar terus kukuh dan berdaya saing di Malaysia dan di peringkat global adalah dengan menubuhkan satu majlis penasihat yang dikenali sebagai Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang ataupun MPEN. MPEN ini yang ditubuhkan pada 19 April 2023 dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Nazir bin Tun Abdul Razak serta dianggotai oleh pemimpin terkemuka dalam bidang korporat, tokoh usahawan dan juga penjawat awam. MPEN adalah badan penasihat yang ditubuhkan untuk memberi nasihat strategik kepada Kerajaan Negeri mengenai peluang pembangunan ekonomi, cabaran dan perkembangan ekonomi baru yang memberi fokus kepada pembangunan industri, inovasi, tarikan pelaburan, perdagangan, pembangunan wilayah dan pembangunan tenaga kerja di negeri Pahang.

MPEN juga berperanan untuk mengkaji dan menilai data dan analisis ekonomi serta bertanggungjawab menyediakan cadangan tentang pilihan dasar dan program kepada Kerajaan Negeri yang boleh membantu memacu pertumbuhan ekonomi, daya saing dan produktiviti serta menyokong penciptaan peluang pekerjaan dan pelaburan yang berkualiti di negeri Pahang. MPEN juga bertanggungjawab dalam penggubalan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang yang akan berfungsi sebagai rujukan pembangunan ekonomi oleh Kerajaan Negeri dan agensi negeri untuk diselaraskan dengan inisiatif

sedia ada dan baharu bagi meningkatkan kecekapannya melalui hubungan strategik antara agensi kerajaan, ahli akademik dan sektor swasta.

Pelan ini akan dibangunkan melalui sesi libat urus bersama agensi negeri, Persekutuan, sektor swasta, komuniti tempatan dan badan akademik. Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 23 April 2024 telah menghadiri Mesyuarat Majlis Kerjasama Bersama ataupun dengan izin, Joint Coorperation Council (JCC) di Guangxi, China bagi meninjau kemajuan projek Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia di China. Yang Berhormat Menteri Besar turut menekankan beberapa cadangan untuk penambahbaikan pelaksanaan Taman Perindustrian berkembar seperti berikut.

Pertamanya, meningkatkan peranan MCKIP dan CMQIP dengan memanfaatkan industri sedia ada seperti besi dan keluli, komponen kenderaan elektrik, mewujudkan program latihan TVET serta pusat penyelidikan dan Pembangunan R&D melalui kerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan juga Kolej Yayasan Pahang. Kedua, mempromosikan Taman Logistik Antarabangsa Kuantan Malaysia-China (MCKLIP) sebagai hab bagi industri perkhidmatan 2.0 yang akan beri tumpuan kepada industri logistik bersepadu dan ketiga mengukuhkan sinergi antara MCKIP dan CMQIP dengan memberi tumpuan kepada kedudukan kompetitif Malaysia sebagai peneraju industri minyak sawit yang utama.

Menyedari inisiatif peluang-peluang pelaburan bukan hanya tertumpu kepada perbincangan bersama pemain industri, Kerajaan Negeri Pahang turut melihat potensi pelbagai saluran promosi pelaburan melalui penyertaan dan penganjuran seminar dan sidang kemuncak. Baru-baru ini saya telah menyertai Ekspo Hannover Messe 2024 di negara Jerman. Hannover Messe 2024 merupakan ekspo terkemuka dunia menghimpunkan inovasi teknologi terkini daripada pemain-pemain industri dalam pelbagai sektor industri terutamanya dalam sektor seperti Carbon Neutral Processes dengan izin, Energy for Industry, Manufacturing X, Industries 4.0, AI & Machine Learning, Hydrogen & Fuel Cells. dan inisiatif seperti ini secara tidak langsung mampu membina reputasi negeri Pahang dengan pemain-pemain industri berpotensi dari Jerman dalam sektor teknologi digital.

Kerajaan Negeri melalui Invest Pahang telah merancang untuk menganjurkan Malaysia East Cost Convention (MECC) buat julung kali di Pantai Timur dan dijangka dianjurkan pada suku ke-4 tahun ini. Konvensyen ini bertujuan untuk mempromosikan negeri Pahang sebagai sebuah destinasi pelaburan utama di Malaysia dan menarik pelabur asing dan domestik untuk terus melabur di negeri Pahang. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga bercadang untuk menganjurkan Konvensyen Pelaburan buat rantau Asia Tenggara yang akan menghimpunkan pelabur-pelabur serantau di bawah satu bumbung dan mempromosikan peluang pelaburan di negeri Pahang. Konvensyen ini dirancang untuk diadakan pada suku ke-3 tahun ini di Singapura.

Mengambil kira trend semasa juga, kita boleh melihat dan mempelawa pemain-pemain industri dalam sektor Low Altitude Aviation, dengan izin. Industri Low Altitude Aviation ataupun penerbangan altitud rendah merupakan satu bentuk integrasi ekonomi baru bagi aktiviti yang turut melibatkan perkembangan potensi industri huluan upstream, pertengahan midstream dan hiliran downstream dalam meningkatkan transformasi pembangunan tersebut menjadi nadi aktiviti ekonomi. Salah satu komponen industri tersebut adalah penggunaan Unmanned Aaerial Vehicle ataupun kenderaan udara tanpa pemandu (UAV).

Di China pengiktirafan kenderaan udara tanpa pemandu UAV semakin berkembang dari penggunaan dalam bidang ketenteraan kepada penggunaan komersial dan awam seperti memadam kebakaran, menyembur racun dan baja hasil tanaman dan juga memantau pencerobohan nelayan asing. Penggunaan dron dan UAV sebagai perkhidmatan logistik seperti penghantaran barangan atau makanan ke rumah adalah perkara biasa dan lumrah terutama dalam kehidupan seharian masyarakat bandar di negeri China. Penggunaan UAV boleh dikomersialkan kerana mempunyai ciri-ciri yang kecil, ringan dan pantas. Potensi UAV terutama dalam menggantikan kaedah konvensional rutin harian manusia terutamanya untuk tujuan komersial yang merangkumi semua aspek ekonomi seperti perkapalan dan penghantaran pertanian, pemasaran dan sektor-sektor yang berpotensi juga.

Baru-baru ini juga saya mendapat makluman bahawa pihak Kerajaan Persekutuan juga sedang berusaha membangunkan ekosistem pengaplikasian teknologi dron dalam bidang pertanian bagi membantu meningkatkan hasil pendapatan petani dan peladang. Penggunaan teknologi dron mampu membantu meningkatkan hasil pertanian, mengurangkan kebergantungan pekerja asing serta memberi peluang pekerjaan kepada para petani terutama sekali di kawasan luar bandar. Oleh itu, saya berharap lebih ramai pemain industri dapat menceburi bidang ini memandangkan teknologi ini memang sangat diperlukan bagi memodenkan industri pertanian dan perkhidmatan logistik dalam memenuhi permintaan masa depan dan paling penting adalah menarik penglibatan generasi muda.

YB Dato’ Sri Speaker,

Pada tahun 2023, beberapa inisiatif yang berbentuk kerjasama dengan beberapa buah negara seperti New Zealand, China dan Emiriah Arab Bersatu telah dilaksanakan dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan antarabangsa ke negeri Pahang dan dalam masa yang sama memastikan tanah yang berpotensi dan strategik tidak terbiar dan dapat dibangunkan dengan segera. Kerajaan Negeri Pahang telah menjalinkan pelbagai kerjasama strategik dengan pemain industri sama ada pihak tempatan dan asing dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negeri berkembang dan baik. Hasil rundingan dengan pelbagai pelabur yang berpotensi pada tahun sebelum itu, projek pembangunan industri dan pembuatan bot amfibia negeri Pahang dengan anggaran nilai pelaburan berjumlah RM425 juta telah berjaya dimuktamadkan.

Menyedari kepentingan dan kepesatan pembangunan industri besi dan keluli, rancangan pembesaran kilang besi dan keluli dengan anggaran nilai pelaburan berjumlah RM8 bilion di Kawasan Perindustrian Gebeng turut ditekan bagi memenuhi permintaan dalam dan luar negara. Bagi memastikan perkembangan pelaburan di negeri Pahang sentiasa relevan dengan trend, dengan izin di peringkat nasional dan global. Kerajaan Negeri Pahang turut melihat potensi sektor tenaga boleh diperbaharui. Dalam erti kata Renewable Energy, dengan izin buat negeri Pahang. Kerajaan Negeri Pahang telah berkolaborasi bersama syarikat daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam cadangan Projek Janakuasa Tenaga Angin, Pahang Wind Farm.

Projek ini dijangka menjadi projek janakuasa Tenaga Angin pertama di Malaysia. Nilai pelaburan projek ini dianggarkan berjumlah RM800 juta dan berkapasiti 2 gigawatt (GW) dan bakal dilaksanakan di beberapa daerah iaitu Pekan, Rompin, Kuantan dan Lipis. Tertakluk kepada hasil kajian kelajuan angin. Selain itu, di bawah seliaan PKNP, terdapat 5 buah projek tenaga solar yang bertapak di negeri Pahang melalui syarikat-syarikat swasta seperti RE Gebeng Sdn. Bhd, Halpro Engineering Sdn. Bhd., Ragawang Powers Sdn. Bhd., PKNP Reneuco Suria Sdn. Bhd. dan P Solar Sdn. Bhd.

Anggaran nilai pelaburan adalah RM200 juta bagi setiap projek. Pihak Invest Pahang juga sedang meneliti beberapa cadangan yang melibatkan konsep solar terapung ataupun dengan izin, floating solar dan cadangan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV). Selain itu, Kerajaan Negeri juga komited dalam pembangunan industri aeroangkasa di negeri Pahang sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Tindakan Khas Daerah Kecil Gebeng 2035 yang dilancarkan pada 13 September 2022. Kerajaan Negeri mensasarkan untuk menguasai sekurang kurangnya 1% daripada pasaran Maintenance, Repair & Overhaul Asia-Pasifik yang dianggarkan bernilai RM15 trilion. Lanjutan daripada itu Kerajaan Negeri akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak Malaysia Space Agency (MYSA) dalam usaha untuk menerokai peluang kerjasama dalam bidang space science selaras dengan Dasar Angkasa Negara 2020… 2030, maaf. Inisiatif yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri bukan sahaja tertumpu kepada projek pelaburan luar negara sahaja di samping memperkenalkan Location Centric Approach bagi pembangunan yang dibawa masuk dapat dibangunkan berdasarkan sumber dan keadaan geografi muka bumi di negeri Pahang.

Kerajaan Negeri turut menetapkan fokus 6 sektor pelaburan dan industri bagi memastikan prestasi negeri Pahang berdaya saing seperti berikut. Pertama-aeroangkasa, kedua-keterjaminan makanan, ketiga-pembuatan, keempat-mobiliti atau pengangkutan, kelima-pelancongan dan keenam-syarikat pemula ataupun Start-Up Company ini. Melalui penetapan fokus sektor pelaburan dan industri ini, Kerajaan Negeri dapat mempromosikan peluang pelaburan sedia ada melalui penglibatan pelbagai program-program promosi pelaburan pada tahun 2023 di bawah payung Invest Pahang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Menurut Laporan Sosio Ekonomi Negeri Pahang pada tahun 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara (DOSM), negeri Pahang telah mencatatkan keluaran dalam negara kasar sebanyak 4.1% iaitu yang kelapan di Malaysia. Saya berharap pada tahun 2024 negeri Pahang akan terus mencatatkan peningkatan KDNK yang signifikan dan menyumbang ke arah KDNK negara. Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negeri Pahang iaitu sebanyak 51.8% bersamaan dengan RM31.8 bilion. Ini diikuti oleh sektor pembuatan yang mencatat 22.4% bersamaan dengan RM13.7 bilion pada tahun 2022.

Menjunjung Titah Tuanku untuk menjadikan negeri Pahang mesra pelabur, kita perlu sentiasa melakukan benchmarking ataupun penandaarasan terhadap kecekapan kita memproses permohonan pelaburan. Ease of Doing Business merupakan satu indeks yang diperkenalkan oleh Bank Dunia yang diguna pakai secara global dalam mengukur daya saing sesebuah negara.

Menurut rujukan indeks Ease of Doing Business, semakin kecil nilai indeks menunjukkan kedudukan yang lebih baik dari segi peraturan yang mudah untuk perniagaan dan perlindungan yang baik untuk hak milik. Indeks ini memainkan peranan penting dalam menarik pelabur asing dan akan menjadi tarikan bagi pembangunan perniagaan baru. Sehubungan itu Pejabat Tanah dan Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Perhutanan dan jabatan-jabatan teknikal yang lain hendaklah mengurangkan karenah birokrasi bagi menarik para pelabur untuk datang ke negeri Pahang dan seterusnya memberikan feel good factor, dengan izin kepada pelabur yang berurusan di jabatan masing-masing.

Speaker

Yang Berhormat boleh gulung. Dua minit lagi, setengah jam dah.

Allahuakbar.

Speaker

Panjang lagi? Boleh sambung persidangan akan datang. [Ahli Dewan ketawa]. Saya tahu Yang Berhormat banyak perkara nak disampaikan, saya faham. Tapi kita bagi 30 minit untuk tiap-tiap seorang.

Oh okey, baiklah. Saya akan cuba ringkaskan sebaik mungkin. Untuk Portfolio Sains, Teknologi dan Inovasi, kita ada beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan antaranya Minggu Sains Malaysia dan err… tahun ini kita akan laksanakan Malaysia Techlympics 2024 yang mensasarkan 5,000 jangkaan pengunjung dan akan bertumpukan kepada inovasi di peringkat err… rakyat… rakyat-rakyat di negeri Pahang.

Dari segi robotik, ini merupakan salah satu cara untuk kita menarik minat pelajar-pelajar dalam bidang sains teknologi, err… kejuruteraan dan matematik secara tidak langsung dan saya juga berbangga kerana melalui robotik ada sekolah-sekolah yang mewakili Pahang dan Malaysia di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh ada sebuah sekolah… Sekolah Permatang Keledang, sekolah Orang Asli pertama yang bertanding dalam bidang robotik di peringkat bangku sekolah di Shandong, China.

Antara inisiatif Portfolio Sains, Teknologi Inovasi adalah Program Pahang Inovatif Start-up Accelerator. Di mana ini adalah inisiatif berteraskan… untuk mewujudkan syarikat berteraskan teknologi dan selama… selama dua tahun telah mewujudkan 59 syarikat. Sebagai contoh syarikat YesHello, EXPLORIA dan Qarbotech telah berada di tahap yang tertinggi dan mencapai valuation company, dengan izin bernilai USD 1 juta dan kini Syarikat Qrbotech kini sedang berusaha mencari dana Pre-Series A sebanyak RM8 juta dan saya doakan melalui program PISA ini, Pahang dapat melahirkan satu syarikat yang berstatus unicorn dan mempunyai nilai melebihi RM1 bilion satu hari nanti, insya Allah.

Inovasi oleh Pahang Go… sukacita saya ingin maklumkan Pahang Go telah menunjukkan peningkatan penggunaan dari semasa ke semasa. Sehingga ini, jumlah muat turun mencatatkan jumlah hampir 500,000 dengan pengguna aktif bulanan sekitar 400,000. Purata jumlah transaksi bulanan pula mencatatkan bilangan 300,000 transaksi dengan nilai transaksi mencecah RM2.5 juta setiap bulan. Perkhidmatan yang paling popular adalah pembayaran parking dan kompaun atas talian dan di masa-masa akan depan… masa-masa akan datang kita akan mewujudkan application eWallet, insya-Allah.

Dengan segala perancangan yang teliti pelbagai program bagi sektor sains, teknologi dan inovasi pada tahun 2024, saya berharap ia membawa negeri Pahang ke satu dimensi baru iaitu sebuah negeri berteraskan sains, teknologi, inovasi yang dapat memacu perkembangan ekonomi, pelaburan dan perindustrian negeri.

Akhir sekali, saya menyeru kepada semua rakan-rakan Ahli Dewan agar dapat memberi sepenuh komitmen dalam menjadikan negeri Pahang sebagai salah satu destinasi pelaburan utama di negeri ini dan juga kekal kondusif dan kompetitif seterusnya memacu keyakinan para pelabur dan golongan perniagaan. Kejayaan yang bakal kita kecapi hasil daripada usaha yang digerakkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, insya-Allah akan beri manfaat yang besar khususnya kepada rakyat negeri Pahang dalam usaha menjadikan negeri Pahang tercinta ini terus memahatkan sejarah gemilang dalam mencapai tahap pelaburan yang tinggi yang juga tidak akan melupakan kecaknaan terhadap kelestarian alam sekitar dan biodiversiti yang kekal kukuh untuk generasi akan datang.

Sekian, saya sudahi dengan salam serta doa semoga kita sentiasa diberi petunjuk yang benar dalam apa jua pun yang kita laksanakan demi kemakmuran negeri Pahang. Saya mohon menyokong Usul Titah Diraja yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh [Ahli Dewan menepuk meja].

Speaker

Terima kasih wakil daripada Peramu Jaya, wakil daripada kerajaan. Seterusnya kita jemput EXCO Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang. Dan selepas ini kita akan err… saya akan tempohkan, sila.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Bismillahirrahmanirrahim [Bacaan dalam Bahasa Arab] Assalamualaikum WBT dan juga salam sejahtera dan juga salam perpaduan. Saya tinggal lebih kurang ada sikit masa ni. Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato’ Sri.

Speaker

Saya bagi 30 minit.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

30 minit? Okey, insya-Allah terima kasih banyak. Terlebih dahulu sehingga melafazkan rasa syukur ke Allah SWT dengan izin dan limpah rahmatNya, saya bersama-sama Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain diberi ruang mengambil bahagian membawa suara rakyat dan juga amanah Kerajaan Negeri di Dewan Yang Mulia ini.

Seterusnya patik menjunjung kasih kesisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan juga Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ibarat kapal dengan nakhoda, Penentu arah menuju destinasi, Tuanku dan rakyat berpisah tiada, Kasihnya dijunjung Titahnya ditaati.

Tuanku dan rakyat berpisah tiada, Dulu kini sehinggalah sekarang, Kami rakyat berasa bangga, Kebawah Duli yang kami sayang.

Titah Tuanku pada hari Isnin yang lalu akan patik junjung dan sematkan sebagai panduan patik dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada patik. Tuanku adalah payung dalam sistem pemerintahan demokrasi bagi memastikan rakyat Pahang hidup aman dan makmur di bawah kepimpinan Tuanku. Patik juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang atas perkenan Kebawah Duli Tuanku di atas pelantikan patik selaku EXCO Kerajaan Negeri.

Asah kapak tajam beliung, Terbang mari kayu berduri, Tuanku umpama kemuncak payung, Patik di bawah berteduh diri.

Setinggi-tinggi terima kasih juga dirakamkan kepada err... Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang iaitu Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk memegang portfolio Hal Ehwal Felda, Koperasi Dan Juga Usahawan.

Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan khususnya yang menyentuh portfolio saya iaitu Yang Berhormat Padang Tengku, Cheka, Kuala Sentul, Pulau Manis, Kemayan, Beserah, Jenderak, Tahan, Pulau Tawar dan juga Chini. Ini menggambarkan semua Ahli-ahli Berhormat mengambil inisiatif dan juga ingin memaklum mencakna bahawanya FELDA itu tetap di hati Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih banyak di atas keprihatinan untuk membantu FELDA pada hari ini.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Di Dewan Yang Mulia ini, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail di atas kejayaan cemerlang di dalam menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang ke peringkat yang lebih baik dari tahun ke tahun. Seperti titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berhubung prestasi ekonomi, pembangunan negeri, pendidikan dan juga pembangunan islam secara holistik di negeri Pahang.

Tidak ketinggalan juga peningkatan pelaburan asing serta inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kemiskinan tegar serta menjadikan negeri Pahang di satu landasan yang baik dari aspek ekonomi dan pembangunan modal insan. Prestasi negeri Pahang yang semakin berkembang ini jelas dapat dilihat melalui kutipan hasil melebihi RM1 billion bagi tempoh 2 tahun berturut-turut yang juga merupakan hasil limpahan peningkatan sosioekonomi negeri.

Dengan perkembangan ekonomi yang semakin positif ini, saya berharap masyarakat di semua peringkat dapat menikmati hasil usaha dan juga kerja keras yang telah Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail selaku Menteri Besar Pahang laksanakan selama ini tidak mengira sama ada mereka yang di kawasan tumpuan ekonomi di bandar mahupun di luar bandar mahupun segenap lapisan bangsa dan juga masyarakat.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Seramai 8 Ahli Yang Berhormat menyentuh soal FELDA. Antaranya Yang Berhormat Padang Tengku, Yang Berhormat Cheka, Yang Berhormat Kuala Sentul, Yang Berhormat Kemayan, Yang Berhormat Tahan, Yang Berhormat Pulau Tawar, Yang Berhormat Bukit Ibam dan juga sahabat saya, Yang Berhormat Chini. Yang Berhormat Padang Tengku mempersoalkan isu penyelesaian masalah rumah-rumah setinggan FELDA bagi memastikan perkampungan FELDA dibuat secara tersusun dan tidak mencacatkan pemandangan.

Pihak FELDA memandang serius isu ini dan telah mengambil beberapa langkah awal seperti pelaksanaan Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA yang telah dilaksanakan terlebih dahulu iaitu PGBF dan Skim Tanah Rakyat FELDA yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri. Inisiatif ini bagi memastikan isu rumah-rumah setinggan dapat diatasi dengan perancangan lebih tersusun dan juga teratur. Suka saya maklumkan kepada Yang Berhormat Chini, pelaksanaan Projek PGBF dan Skim Tanah Rakyat FELDA…

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Boleh saya celah sikit?

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Sila.

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Berkaitan dengan isu penempatan semula ataupun STRF yang dicadangkan, saya sebenarnya meneliti tapi saya tengok daripada keputusan ataupun jawapan ni, FELDA di tempat saya FELDA Chegar Perah, dia 38 unit dicadangkan untuk STR ini dan di Kechau 65 sedangkan keperluannya lebih. Saya ingat ini tidak dapat menyelesaikan masalah. Mungkin menambahkan masalah. Kat mana kita nak pergi dengan jumlah yang kecil ini?

Saya sebenar telah ambil inisiatif mengadakan perjumpaan dengan Pejabat Tanah yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Pejabat Tanah, Pegawai Kanan FELDA Wilayah Mempaga dan juga err… pegawai-pegawai di peringkat FELDA di err… pemimpin masyarakat di Pejabat Daerah Lipis di mana kita mencadangkan satu lot tanah yang pada masa ini dipajak kepada apa nama FGV untuk tanaman kelapa sawit. Sedangkan mengikut seksyen tanah itu, Seksyen 6, tanah itu ialah tanah kediaman dan perbandaran. Tapi sekarang ni dipajak untuk tanam kelapa sawit.

Dan dalam perancangan kita untuk mengatasi kelaparan tanah ini, saya mencadangkan supaya tanah seluas 50 ekar itu dipergunakan untuk kita membuat STR bagi menyelesaikan kedua-dua FELDA ini makna kita bukan untuk satu FELDA saja. Tapi untuk anak-anak generasi kedua di FELDA Chegar Perah dan juga Kechau, jadi nak mintak pertimbangan khusus tentang perkara ini. Terima kasih.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih banyak ayahanda Yang Berhormat Padang Tengku dan juga terima kasih juga di atas pandangan dan juga usaha yang telah dibuatkan. Ini menandakan Yang Berhormat sangat cakna kepada permintaan-permintaan anak FELDA yang

ingin mendapatkan tanah perumahan. Seperti sedia maklum bahawasanya satu jawatankuasa telah diwujudkan di setiap rancangan. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan bahawanya setiap rancangan FELDA ini telah diuruskan satu jawatankuasa khas, dipengerusikan oleh pengurus dan juga jawatankuasa-jawatankuasa adalah penduduk-penduduk itu.

Di antaranya adalah Ketua Peneroka… peneroka dan juga JPW, wanitanya dan juga bersamanya adalah Kami Anak FELDA, KAFnya dan juga Majlis Belia FELDA yang berada di dalam FELDA masing-masing. Sebab itu, rentetan daripada itu Yang Berhormat Padang Tengku, saya mengambil maklum dan juga saya yakin kita akan lihat secara terperinci bagaimana sebab Seksyen 6 dan Seksyen 5 ini iaitu ladang yang telah diusahakan adalah… ada kemusykilan sedikit menghasilkan dan juga caranya nak membagi balik semula kepada anak peneroka. Insya-Allah, kita akan letakkan sebagai salah satu priority ataupun kepentingan untuk menjadikan anak-anak peneroka dapat kita hasilkan perumahan mereka. Terima kasih banyak.

Saya juga ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Chini, pelaksanaan projek PGBF dan juga Skim Tanah Rakyat FELDA adalah perancangan projek perumahan bagi membantu golongan generasi baharu FELDA memiliki rumah mampu milik yang juga selesa. Sehingga kini, 3,340 unit PGBF di 29 tapak seperti kata Yang Berhormat Padang Tengku tu, memang kita ingin dapat kalau boleh sebanyak mungkin… sebanyak permohonan tetapi satu-satu rancangan tu tidak bolehlah memenuhi.

Jika ada di FELDA saya tu di FELDA Chemomoi, Bentong, Pahang ini, kita ada 555 ketua isi keluarga tapi namun untuk meletakkan satu keluarga, satu rumah, satu keluarga dapat balik, satu kemusykilan kerana keadaan tanah dan juga keperluan tanah itu terlalu besar keadaannya. Oleh itu, kita menguruskan sebaik yang mungkin agar memenuhi permintaan-permintaan. Barangkali daripada satu rumah, 555 kebarangkalian itu tidaklah semua anak-anak itu ingin mendapatkan tanah tersebut.

Namun, kita cuba memenuhi permintaan-permintaan yang telah diuruskan pada hari ini. Insya-Allah, sehingga kini sebanyak 3,340 unit PJBF di 29 tapak di mana 1,154 unit telah siap sepenuhnya, manakala baki 346 unit diurus FELDA dan juga 1,840 unit diurus oleh Lembaga Perumahan dan juga Hartanah Pahang masih di dalam pembinaan. Kerajaan Negeri dan pengurusan FELDA sentiasa memantau secara berskala supaya perancangan dan juga pembangunan dapat dilaksanakan mengikut jadual serta garis panduan yang diselaraskan bersama.

Kerajaan Negeri dengan kerjasama FELDA juga turut mengambil inisiatif tambahan untuk melaksanakan Skim Tanah Rakyat FELDA (STRF) di 18 rancangan FELDA terpilih untuk fasa awal ini melibatkan 2,120 unit dan juga Kerajaan Negeri dan FELDA akan meneruskan usaha ini untuk fasa seterusnya ke rancangan-rancangan FELDA yang lain, insya-Allah. Manakala soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Cheka juga dilihat ada kaitan dengan perancangan pembangunan di dalam kawasan FELDA yang mana Yang Berhormat mengambil contoh pembangunan seperti di FELDA Sungai Buaya.

Pada pandangan saya, sekiranya ada perancangan yang teratur, perincian yang baik, kajian pembangunan mengambil semua aspek seperti bayaran pampasan, pengambilan tanah, status tanah dan juga kelulusan pihak berkuasa negeri, Kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), persetujuan daripada FELDA dan juga persetujuan daripada Kerajaan Negeri. Insya-Allah, saya rasa dan juga amat bangga jika peneroka-peneroka ini dijadikan jutawan, dijadikan sebagai hartawan kerana apabila peneroka ini menjadi jutawan, peneroka ini menjadi hartawan, anak-anaknya pun juga

akan menjadi kaya dan juga raya. Maka Wakil Rakyat mengurangkan sedikit beban untuk memikirkan bagaimana kaedah-kaedah kita untuk membantu mereka ini. Terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Cheka.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Yang Berhormat Kuala Sentul pulak membangkitkan isu tunjuk sebab, saya… rakan saya ini berbaju biru pulak hari ni, insya-Allah. Terima kasih banyak kerana berbaju biru.

Speaker

Baju… baju lama tu.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Baju simpanan tu… tu tadi bisik dengan dia tu, masya-Allah. Yang Berhormat sahabat saya Kuala Sentul ni membangkitkan isu surat tunjuk sebab kepada Pengurus FELDA di mana beliau bersama Yang Berhormat Kuala Sentul di dalam satu program. Dalam pengetahuan saya, tiada surat amaran ataupun surat tunjuk sebab dikeluarkan oleh pejabat saya. Boleh check, tetapi saya hanya meminta beberapa penjelasan daripada Pengarah Wilayah Jengka berkaitan program yang dihadiri oleh pengurus yang dimaklumkan.

Saya juga menerima aduan bahawasanya satu majlis yang diadakan di masjid dan dihadiri oleh Yang Berhormat Kuala Sentul bersama pengurus rancangan FELDA, di mana ia mendatangkan pelbagai persepsi yang kurang baik serta boleh menjurus ke arah institusi agama dipolitikkan. Ini secara tidak langsung memerlukan saya memahami situasi sebenar bukanlah menghalang tapi nak fahami situasi sebenar yang berlaku melalui piawaian yang betul ataupun tidak tetapi tidak menghalang Yang Berhormat Kuala Sentul untuk berzakat. Malah, saya cadangkan tahun depan zakat lebih lagi supaya di Kuala Sentul tu terdapat penerimanya yang lebih banyak lagi, insya-Allah.

Yang Berhormat Kemayan pula mempersoalkan isu rumah kedua…

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Err… Terima kasih atas jawapannya. Sebenarnya isu… isu ini isu Pengurus FELDA tak boleh jumpa dengan Yang Berhormat, isu Ketua Kampung tak dibenarkan berjumpa Yang Berhormat ini isu remehlah Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Jadi, kita mengharapkan kerajaan terbuka sedikitlah. Saya percaya bukan Yang Berhormat di sini tetapi yang lebih sudu dari kuah ini yang… yang… yang dilantik menjadi penyelaras. Itulah maksud saya. Terima kasih.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Sentul. Takpe, kita pm tepilah, insya-Allah. Yang Berhormat Kemayan pula mempersoalkan isu rumah kedua yang telah dibina di atas lot peneroka asal tetapi masih belum mendapat kelulusan bekalan air dan juga elektrik. Untuk makluman Yang Berhormat, Pengurusan FELDA telah pun memberikan

kebenaran sehingga 31 Disember 2023 iaitu kebenaran kali kedua bagi kemasukan elektrik kepada rumah-rumah yang telah siap dibina dalam rumah lot peneroka asal.

Binaan 2 rumah 1 lot ini telah melanggar Akta Tanah iaitu Kawasan Penempatan Berkelompok 1960 iaitu Akta 530 di mana dalam masa yang sama, akta ini sedang dalam proses penambahbaikan dan juga pindaan. Badan Kawal Selia FELDA (BKSF) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengetuai pindaan ini dan juga proses pindaan ini memerlukan kelulusan Menteri yang bertanggungjawab kepada FELDA iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia selain perlu dibentangkan di dalam Parlimen. Kerajaan Negeri senantiasa memberi kerjasama sepenuhnya di dalam perkara ini.

Saya selaku EXCO Hal Ehwal FELDA akan berusaha untuk membantu mempercepatkan proses ini dan dalam masa yang sama akan cuba membuat rayuan kali ketiga kepada pengurusan tertinggi FELDA agar membenarkan baki-baki rumah yang siap dibina dibenarkan kemasukan eletrik dan juga air. Insya-Allah, jika permohonan ini dapat diterima.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Yang Berhormat Kemayan juga turut membangkitkan isu berkaitan pengurusan ladang oleh FELDA Plantation Management Sdn Bhd (FPM) dari segi hasil dan juga kos pengurusan. Suka saya nyatakan di sini, rekod pencapaian FELDA pada tahun 2023 menunjukkan hasil bagi kawasan yang diuruskan oleh FPM adalah baik berbanding ladang yang diuruskan sendiri. Malah, pencapaian hasil ladang yang diuruskan FELDA juga setanding dengan pencapaian industri yang di luar sana. Walau bagaimanapun, beberapa perkara…

Dato’ Sri Speaker,

Mohon mencelah. Untuk pengurusan daripada FPM ini, saya minta Wakil Kerajaan untuk menyemak secara keseluruhan berdasarkan FELDA-FELDA yang berkaitan sebab kalau tengok secara pukal, mungkin hasil itu kalau digabungkan semua mungkin lebih baik daripada hasil yang dibuat sendiri. Tapi kalau kita lihat kos pengurusan ladang yang diuruskan oleh peneroka yang buat sendiri lebih murah berbanding dengan err… potongan yang dibuat oleh pihak FPM kepada peneroka ada yang melebihi sampai RM3,000.00 lebih sebulan dan hasil yang diperolehi pun tidak mencapai err… seperti peneroka-peneroka yang buat sendiri.

Saya rasa saya mohon kepada pihak kerajaan untuk err… menyemak dan bentangkan betul-betullah kepada kita supaya kita tahu sejauh mana hasil bulanan yang buat sendiri berapa, hasil yang serah kepada FELDA berapa… berapa kos yang buat sendiri berapa, berapa kos yang dibuat oleh FELDA. Sekian, terima kasih.

Speaker

Saya tidak bercadang untuk bagi mana-mana Ahli Yang Berhormat untuk mencelah ya, sebab kita nak sembahyang zohor… sembahyang Jumaat. Zohor masuk 1.07pm. Jadi kita ada 10 minit 10… 10 …15 minit lagi untuk Wakil Kerajaan untuk menamatkan penggulungan dia.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato’ Sri, terima kasih banyak YB Kemayan. Saya akan ambil nota. Walau bagaimanapun, beberapa perkara berkaitan pengurusan juga… saya akan mempercepatkan bacaan saya ini. Pengurusan juga baca… perlu diambil kira terutama di segi perbandingan kos. Perbandingan juga perlu dibuat secara adil dengan mengambil kira pencapaian hasil di kawasan-kawasan yang berbeza. Sebagai contoh, hasil bagi kawasan berbukit dan berpaya berkemungkinan lebih rendah jika dibandingkan dengan kawasan rata. Ladang peneroka yang dikendalikan oleh FELDA/FPM diuruskan secara berkelompok mengikut peringkat dan juga ataupun blok. Hasil yang dikeluarkan akan dipuratakan mengikut luas kawasan lot peneroka berbanding hasil peneroka urus sendiri bergantung secara individu.

Dari kos operasi pula, FELDA/FPM menggunakan buruh mengikut prosedur, manakala peneroka yang urus sendiri menggunakan buruh kosong iaitu tenaga kerja yang buat sendiri yang difahami dan diketahui adalah daripada pekerja asing tanpa permit ataupun pendatang asing. Peneroka yang urus sendiri tidak mengambil kira kos operasi seperti kos baja, upah membaja, meracun, pruning, selenggara, jalan pertanian dan juga lain-lain berbeza dengan pendapatan peneroka bersama FPM adalah pendapatan bersih setelah ditolak semua kos operasi ladang.

FPM menguruskan ladang berdasarkan kos yang dipersetujui, mematuhi SOP Perladangan yang telah ditetapkan. Saya bersama pihak FELDA akan membuat perbincangan dan mengadakan sesi libat urus bersama pihak FPM dalam masa terdekat dalam usaha mendapatkan kaedah terbaik untuk meningkatkan hasil dengan kos yang optimum kepada semua warga peneroka.

Yang Berhormat Tahan memohon penjelasan dan tindakan bagi menyediakan kerja-kerja baik pulih padang awam baharu di Padang Piol. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi kerja penambahbaikan Padang Awam FELDA di Padang Piol yang dimaksudkan telah melibatkan proses dua sebut harga iaitu kerja pembaikan saliran dan juga longkang, di mana kerja ini telah diselesaikan mengikut jadual. Manakala kerja kedua adalah kerja pembaikan padang (sub soil drain) dan juga rumput di mana masih tertangguh ataupun lewat jadual di peringkat kontraktor yang telah dilantik.

Kontraktor telah pun diberi memo peringatan dan juga amaran disebabkan kelewatan ini dan juga saya telah berhubung dengan pihak FELDA dan dimaklumkan pihak kontraktor dalam proses penghantaran rumput padang dan akan menyiapkan kerja yang berbaki yang akan dijalankan pada bulan ini ataupun bulan Jun dan juga memerlukan tempoh penjagaan rumput lebih kurang 3 bulan dan kerja… kerja ini dijangka siap pada Jun 2024.

Yang Berhormat Pulau Tawar meminta pencerahan bagi penyelesaian isu rumah peneroka yang tidak terurus ditinggalkan kosong. Di sini, saya telah pun mendapat penjelasan lanjut daripada pihak FELDA berhubung perkara di mana rumah yang ditinggalkan ini adalah berkemungkinan disebabkan beberapa isu antaranya adalah pewarisan yang masih belum diselesaikan, belum lagi melantik pentadbir, peneroka berpindah ke rumah lain ataupun peneroka yang sudah menjadi warga emas perlu diletakkan di tempat-tempat yang lebih sesuai ataupun anak-anak peneroka mengambil ibu bapanya untuk tinggal bersama dengan mereka dan saya mengambil maklum perkara ini dan membawa kepada pengurusan tertinggi FELDA supaya tindakan seperti penyelenggaraan, pembersihan, penjagaan dan sebagainya dapat diuruskan oleh pengurusan rancangan tersebut dan kos yang melibatkan perkara ini akan ditolak daripada hasil ladang peneroka-peneroka terbabit.

Isu penggunaan dewan, saya harap benda ini boleh kita selesaikan secara terperinci. Insya-Allah satu mekanisme baru ya yang kita akan bincang dengan pihak FELDA dan juga Kerajaan Negeri untuk menguruskan perkara-perkara ini untuk dapat diselesaikan. Saya juga mohon maaf jika kekeliruan yang berlaku di atas perkara ini, namun penambahbaikan akan kita laksanakan kelak.

Yang Berhormat Chini pula membangkitkan persoalan tunggakan bayaran lampu jalan di jalan-jalan utama Gugusan Chini. Untuk maklumat Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Yang Berhormat Perdana Menteri semasa sambutan Hari Peneroka FELDA Kebangsaan pada 7 Julai 2023 yang lalu kerajaan… kerajaan mengumumkan akan menanggung bayaran kos operasi bil lampu jalan dalam Rancangan FELDA bermula tahun 2024 dengan implikasi kewangan berjumlah RM7.7juta setahun. Peruntukan bagi bayaran bil lampu jalan ini telah mula disalurkan kepada FELDA bagi suku tahun pertama 2024 (Januari-Mac 2024) dengan menggunakan peruntukan Perbelanjaan Mengurus (OE) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Justeru itu, segala bayaran bil lampu dalam kawasan FELDA akan ditanggung dan dibayar oleh FELDA sepenuhnya melalui peruntukan ini bermula Januari 2024. Daripada semakan awal yang dibuat, tiada tunggakan bayaran bil di kawasan Gugusan Chini. Walau bagaimanapun, semakan lanjut dibuat sebagaimana maklumat Yang Berhormat Chini. Selain itu, pihak FELDA masih dalam proses bekerjasama dengan pihak TNB Ibu Pejabat untuk mengenal pasti dan menyambung semula meter lampu dan akaun-akaun yang tersesat… yang terkesan akibat dari tunggakan bil pada tahun 20… 2023.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Yang Berhormat Padang Tengku ada menyentuh soal statistik penerima Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang atau lebih dikenali sebagai Skim i-PUSH dan juga status pelaksanaannya. Pertama kali saya ingin merakamkan sekali lagi ucapan terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang telah pun memberikan ilham yang sangat baik untuk membantu usahawan-usahawan negeri Pahang.

Ini adalah satu penghormatan yang di… dipetik daripada err…usahawan-usahawan yang telah memberikan maklumat kepada saya kerana kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar mengilhamkan satu bantuan. Maklumlah, usahawan ini kadang-kadang on kadang-kadang off. Kadang-kadang ada duit kadang-kadang tiada duit. Namun dengan i-PUSH ini dapat membantu serba sedikit meringankan beban usahawan-usahawan untuk membantu secara skala kecil dan juga skala besar.

Sukacita saya ingin nyatakan… maklumkan bahawa Skim i-PUSH ini telah memberi manfaat kepada 2,258 orang usahawan yang mendapat pembiayaan Fasa 1 dan juga Fasa Ke-2. Melalui inisiatif Kerajaan Negeri sejak diperkenalkan pada tahun pada November 2022. Untuk meningkatkan kapasiti dan mengembangkan perniagaan sesebuah perniagaan atau perusahaan, sumber kewangan adalah aspek utama untuk disediakan setiap seseorang usahawan. Menyedari hakikat tersebut, Skim i-PUSH ini telah diperluaskan pelaksanaannya dengan tambahan peruntukan RM5 juta seperti mana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail di dalam Belanjawan 2024.

Berdasarkan rekod yang telah diterima Sistem Maklumat Usahawan (SMU), majoriti pemohon pembiayaan ini adalah daripada usahawan dalam bidang penyediaan

makanan dan juga minuman. Diikuti oleh usahawan dalam bidang perkhidmatan dan juga peruncitan. Suka untuk saya tekankan di sini, kemudahan pembiayaan i-PUSH ini terbuka untuk semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum. Statistik juga menunjukkan majoriti sebanyak 94.07 lebih kurang bersamaan 5,362 orang yang menerima pembiayaan ini adalah terdiri daripada bangsa Melayu.

Inisiatif ini juga boleh dinikmati oleh semua yang berkelayakan serta menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Diharap rakan saya di bawah Parlimen Bentong, Yang Berhormat Dato’… Yang Berhormat Sabai telah mendapat penjelasan berhubung perkara ini dan akan sama-sama mencari kaedah dan strategi untuk meningkatkan daya saing dan memperkasakan usahawan di daerah Bentong dan juga seluruh negeri Pahang di pasaran yang lebih global.

Speaker

Yang Berhormat boleh gulung.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Sebelum saya nak menggulung, saya ingin memaklumkan juga ada beberapa perkara-perkara yang berhubung kait dengan FELDA ini. Antaranya di Pahang, Kerajaan Negeri Pahang iaitu FELDA. Kita akan menganjurkan beberapa karnival-karnival untuk membantu usahawan-usahawan FELDA ini berdaya saing, berdaya mampu untuk menguruskan perniagaan-perniagaan mereka secara mikro, secara kecil-kecilan sehingga secara besar- besaran.

Antaranya pada tarikh 1 dan juga 2 Jun nanti, Karnival Segalanya FELDA akan dilaksanakan di Jengka, Pekarangan Stadium Jengka yang akan dilak… dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar selaku kepimpinan Ulul Amri Negeri Pahang untuk memberikan sokongan moral kepada semua usahawan-usahawan FELDA dan juga dalam karnival ini akan menerapkan beberapa perkara elemen-elemen, komponen-komponen yang boleh memberikan impak yang besar kepada anak-anak peneroka dan juga FELDA. Karnival ini bermaksud Segalanya FELDA dan juga saya ingin memaklumkan juga dan juga mempersilakan ataupun menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Dato’ Sri Speaker untuk bersama dengan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan yang akan dilaksanakan pada 12 dan juga 13 hingga 14 di MAEPS, Serdang yang akan mengumpulkan lebih kurang 500,000 yang akan hadir semasa di MAEPS.

Apa keunikan di dalam karnival tersebut iaitu hari peneroka tersebut, kita akan mengumpulkan 317 gerai setiap peneroka. Setiap rancangan FELDA yang ada di Malaysia ini sebanyak 317, kita kumpulkan mereka ini untuk gabungkan dalam satu bumbung dan akan mempamerkan produk dan juga produk makanan-makanan mereka dan kita nak letakkan sebagai Malaysia Book of Record kerana kehadiran untuk antaranya adalah untuk belia-belia yang kita akan gabungkan, anak-anak peneroka di dalam satu bumbung juga untuk berkempen selama tiga hari dua malam untuk merasai merapatkan ukhwah yang telah lama tak jumpa mak ayah, yang dah lama mungkin selepas raya tak jumpa, dia akan berjumpa di Serdang.

Sekali lagi saya ingin memaklum dan juga menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat untuk bersama dalam karnival ataupun Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan untuk meraikan ya meraikan peneroka-peneroka yang ada pada hari ini iaitu teknik yang

terbaru dan inilah perkara-perkara baru yang dilaksanakan oleh FELDA untuk meratapi dan juga untuk bersama dengan kita semua.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Dan juga di dalam usahawan ini, saya ingin buat penyentuhan sedikit sahaja iaitu beberapa kolaborasi yang boleh dibuat dan mungkin pandangan-pandangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat… Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dapat saya catatkan dan juga menjadikan sebagai satu panduan untuk kita gerakkan bersama.

Ya, walaupun kita berbilang… berbeda pegangan politik, namun kita nakkan keberhasilan ialah satu-satu untuk rakyat negeri Pahang. Walaupun kita berbeza pandangan, namun hasrat daripada Kerajaan Negeri adalah untuk mencapai matlamat itu untuk membantu dan meringankan beban iaitu untuk membantu dan juga menjadikan rakyat negeri Pahang ini selesa, aman juga makmur dan tiada masalah-masalah yang lain. Walaupun kita berbeza tempat, namun hasrat tetap sama dan janganlah kita memikir sebelah pihak kerajaan sahaja yang asyik dipersalahkan.

Namun, kita perlulah berganding bahu. Janganlah meletakkan persepsi-persepsi negatif kepada Kerajaan Negeri kerana saya yakin percaya kalau kita lihat wajah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar tidak pernah lekang untuk memikirkan masalah rakyat. Insya-Allah Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, di kesempatan ini saya memohon maaf jika terdapat soalan-soalan tambahan yang tidak dijawab hari ini dan saya akan jawab semuanya secara bertulis.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan dan juga agensi-agensi yang hadir pada hari ini dan saya lihat Dato’ DO saya pun ada di sini. Terima kasih banyak juga Dato’… Dato’ DO dan juga Dato’ YDP yang hadir pada hari ini. Yang dapat hadir daripada Bentong yang dapat hadir bersama hari ini juga dan juga daripada sekali lagi saya ingin rakamkan ucapan penghargaan dan juga terima kasih atas pandangan juga input-input yang dikongsikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.

Mengakhiri penggulungan ini, saya menyoko… saya mohon menyokong oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Negeri Pahang. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

Buah selasih daun kayu, Terima kasih, thank you YB.

Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya akan menempohkan persidangan pada sebelah pagi ini untuk memberikan laluan kepada solat Jumaat dan juga untuk kita makan tengah hari dan insya-Allah persidangan kita akan disambung semula pada pukul 3.00 petang ini. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan pada jam 12.49 tengah hari]

[Persidangan disambung semula]

Sambungan menimbang Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan PahangMotion

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga: Sambungan menimbang Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya akan meneruskan atur cara urusan mesyuarat bagi perkara ketiga iaitu menjemput wakil kerajaan bagi memberi jawapan dan pandangan. Untuk ini, saya menjemput Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang memberikan jawapan. Sila YB.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Salam sejahtera, Salam perpaduan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih Ke Bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Baginda… Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang terhadap kepentingan rakyat serta kemakmuran negeri. Saya menjunjung kasih Titah Tuanku yang menyentuh portfolio saya iaitu supaya kerajaan negeri Pahang dapat merancang untuk membentuk strategi baru pelancongan negeri dan membina persepsi awam mengenai keunikan dan keprihatinan untuk menjaga warisan berharga yang ada di negeri ini.

Yang Berhormat Speaker,

Tentang portfolio Pelancongan, Kerajaan Negeri telah menyusun kalendar acara pelancongan Pahang setiap tahun. Untuk tahun ini, lebih 40 acara diaturkan untuk menggalakkan kedatangan pelancong ke negeri Pahang secara langsung merancakkan aktiviti ekonomi tempatan serta meningkatkan hasil Kerajaan Negeri. Sila izinkan saya mengambil peluang ini untuk memperkenalkan dua signature event di negeri Pahang. Yang pertama, Fraser’s Hill International Bird Race dengan izin, Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser. Ini merupakan acara paling lama di negeri Pahang dianjurkan sejak tahun 1988. Tahun ini adalah kali ke-35, bertarikh 7 hingga 9 Jun 2024. Acara ini menawarkan peluang kepada peminat burung seluruh dunia untuk mengenal dan melihat pelbagai spesies burung endemic mahupun burung berhijrah di Bukit Fraser.

Kedua, Royal Pahang Billfish International Challenge Rompin dikenali sebagai Billfish Capital of Asia. Satu destinasi memancing ikan layaran utama di dunia. Acara ini berkonsepkan ‘tangkap dan lepas’ dapat mempromosi perairan Rompin untuk menarik pemancing-pemancing tegar dalam dan luar negara. Untuk tahun ini, acara ini akan diadakan 6 hingga 8 September. Yang Berhormat-Yang Berhormat yang saya hormati, di seluruh asia hanya 2 events sebegini yang diiktiraf layak untuk menghantar pemenang ke Offshore World Championship dengan izin, di Costa Rica, satunya di Dubai dan satu lagi di Malaysia, Negeri Pahang, Rompin acara Royal Pahang Billfish International Challenge.

Sementara itu, Acara Pahang International Ocean Festival akan diadakan Ogos tahun ini di Pantai Cherating. Ini merupakan acara sukan air yang menyasarkan penyertaan pendayung dalam dan luar negara dan juga mempromosikan Pantai Cherating.

Yang Berhormat… Yang Berhormat Speaker,

Semoga pengalaman istimewa dan kenangan indah yang dibawa kepada pelancong menerusi penganjuran acara dapat memperkukuhkan kedudukan negeri Pahang sebagai destinasi pelancongan utama dan unggul di Malaysia.

Yang Berhormat Speaker,

Pada tahun ini Kerajaan Negeri Pahang akan menganjurkan Malaysia International Tourism Expo Pahang dengan ringkasan… dengan singkatan MIT Pahang pada 8 hingga 10 Oktober bertempat di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan. Ini merupakan expo pelancongan B2B bertaraf antarabangsa anjuran kerajaan yang julung kali diadakan di Malaysia. Expo ini bertujuan untuk menjadikan negeri Pahang khususnya Kuantan sebagai hub pertemuan bagi pemain industri pelancongan untuk berhubung dan memupuk kerjasama. Program dan aktiviti yang dirancang termasuk pameran pelancongan, seminar pelancongan, sesi B2B yang memudahkan rangkaian dan interaksi perniagaan di kalangan pembeli dan penjual industri pelancongan. Pertunjukan persembahan kebudayaan yang mempamerkan tarikan dan keunikan negeri Pahang.

Yang Berhormat Speaker,

Kerajaan negeri melalui Tourism Pahang meneruskan usaha promosi dengan menyertai Expo Pelancongan dalam dan luar negara. Penganjuran lawatan suai kenal, Fam Trip di kalangan media, pengusaha pelancongan mahupun pempengaruh untuk memberi pendedahan berkaitan produk- produk pelancongan negeri Pahang. Pada bulan Januari yang lepas kerajaan negeri telah bekerjasama dengan pihak MOTAC melalui Islamic Tourism Center (ITC) bagi menyambut kedatangan sekumpulan 36 orang imam dari 14 wilayah Negara China yang menyertai lawatan pengenalan pelancongan mesra muslim dengan tema Imam Fam Trip Discover Muslim-Friendly Malaysia. Di samping itu, Kerajaan Negeri melalui Tourism Pahang juga mengadakan Fam Trip untuk menggalakkan Muslim-Friendly Tourism di negeri Pahang.

Yang Berhormat Speaker,

Seperti yang dijawab dalam soalan Dewan, pada tahun lepas negeri Pahang menerima kedatangan pelancong seramai 13,231,064 orang dengan anggaran perbelanjaan mencecah RM11.89 bilion. Angka ini merujuk kepada pelancong yang menginap sekurang-kurangnya satu malam tanpa memasukkan jumlah pelancong harian.

Yang Berhormat Speaker,

Bagi memperkasakan industri pelancongan kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan RM3 juta untuk menaik taraf dan membaik pulih infrastruktur dan kemudahan pelancongan dan juga RM2.2 juta untuk projek pelancongan berasaskan flora dan perhutanan. Projek yang dijalankan merangkumi kebanyakan daerah iaitu Rompin, Kuantan, Lipis, Maran, Raub, Cameron Highlands, Jerantut, Pekan, Bentong dan Bera.

Yang Berhormat Speaker,

Perbadanan Taman Negeri Pahang telah mewartakan Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah melibatkan keseluruhan Hutan Simpan Gunung Ais dan Hutan Simpan

Gunung Ais tambahan daerah Jerantut. Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah ini bertujuan untuk memelihara dan melindungi habitat semula jadi dan membantu meningkatkan populasi Harimau Malaya seterusnya meningkatkan keluasan kawasan rayau bagi mengelakkan konflik antara manusia dengan hidupan liar. Selain itu, majlis pemasyhuran Lipis sebagai Geopark Kebangsaan juga disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada 18 Januari 2024.

Yang Berhormat Speaker,

Bagi Program Pengalaman Homestay Malaysia, negeri Pahang menambah satu kluster baru iaitu Homestay Ulu Cheka, Jerantut dan satu kluster lagi dalam proses untuk didaftarkan, iaitu Homestay Ulu Sungai Raub, Pahang. MOTAC Pahang juga memberi perhatian tentang ketersediaan infrastruktur sokongan. Untuk makluman semua, dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 hingga Ke-12 Rolling Plan 1 hingga 4, Kerajaan Persekutuan melalui MOTAC telah meluluskan 52 projek pembangunan serta penyelenggaraan dengan peruntukan melebihi RM31.5 juta kepada negeri Pahang. Untuk tahun ini, sebanyak RM 3.185 juta telah diluluskan di bawah projek penyelenggaraan. Sehubungan itu permohonan baharu bagi menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan pelancongan negeri Pahang boleh dikemukakan demi menyokong industri pelancongan tempatan sekaligus… sekali gus menjana ekonomi setempat dengan syarat.

Yang Berhormat Speaker,

Tourism Malaysia Wilayah Timur juga aktif menjalankan aktiviti dan program promosi termasuk acara dan pameran pelancongan, lawatan suai kenal yang juga melibatkan krew penggambaran serta perfileman, kerjasama strategik sesi networking dan juga sesi perkongsian.

Yang Berhormat Speaker,

Sila izin saya mengambil kesempatan di Dewan ini untuk memperkenalkan dua produk pelancongan yang baru di negeri Pahang. Yang pertama, Via Ferrata Pulau Tioman. Via Ferrata merupakan bahasa Itali yang bermaksud satu laluan khas di permukaan bukit gunung atau gua menggunakan alat keselamatan yang lengkap. Via Ferrata Pulau Tioman merupakan Via Ferrata yang tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 610 meter dari aras laut di kawasan puncak Nenek Semukut. Jadi kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat berpeluang boleh menikmati pemandangan indah, lautan-lautan dan gunung-gunung yang juga dikenali sebagai Dragon Horns di Pulau Tioman. Ini salah satu produk baru di Pulau Tioman dan dialu-alukan, kita semua dapat menikmati peluang ini.

Kedua, Tree Top Walk di Taman Negara Sungai Relau, Pahang. Tree Top Walk di Taman Negara Sungai Relau, Pahang kini menjadi tarikan baharu kepada pencinta kehidupan flora dan fauna. Ia menjaminkan pemandangan alam yang hijau, segar dan mendamaikan kepada para pengunjung. Tree Top Walk dengan laluan sepanjang 660 meter ini sangat selesa dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur, sekaligus boleh dijadikan destinasi untuk menarik dan membawa keluarga beriadah.

Yang Berhormat Speaker,

Bagi memelihara dan memartabatkan seni budaya di negeri Pahang, pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan melalui pengukuhan seni dan budaya, pengembangan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, bimbingan seni budaya, perancangan dan penyelarasan dasar, penyelidikan dan pembangunan, dokumentasi dan penerbitan serta pembangunan produk seni bidaya… seni budaya, minta maaf. Program dan aktiviti ini juga memberi peluang kepada penggiat seni untuk terus berkarya disamping menjana ekonomi komuniti setempat.

Pada tahun ini, perancangan program dan aktiviti menepati dengan visi dan misi negara iaitu berteraskan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 - Negara Maju, Rakyat Berbudaya. Melalui DAKEN juga penerapan nilai-nilai murni dan jati diri menjadi pemangkin kepada masyarakat untuk lebih menghargai keunikan kepelbagaian budaya di Malaysia. Ia juga membantu untuk menjadikan seni budaya negeri Pahang sebagai aset pelancongan yang unik dan istimewa.

Yang Berhormat Speaker,

Kepelbagaian budaya sentiasa diutamakan dalam penganjuran program-program. Sebagai contoh, pementasan Teater Muzikal ‘Hijau’ dengan penglibatan pelbagai kaum dari prasekolah, kanak-kanak istimewa, remaja, belia dan dewasa berumur 5 tahun hingga 65… 60 puluh tahun. Bagi melahirkan pewaris dan pelapis dalam kesenian tradisional, Program Perantisan Seni Gendang Pahang telah bermula dari tahun 2022, 2023 dan akan diteruskan lagi pada tahun ini. Program ini berjaya melahirkan kumpulan pelapis yang mampu mengadakan persembahan di peringkat daerah dan negeri.

Elemen-elemen seni budaya lain turut diketengahkan adalah permainan tradisional seperti congkak, wau pungguk, hencang buah keras dan sebagainya. Masakan makanan tradisional negeri Pahang turut dipromosikan seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, Sambal Hitam Belimbing Buluh, Gulai Asam Rom Siput Sedut dan kuih muih tradisional. Tidak ketinggalan juga dalam seni persembahan tradisional, terdapat kerjasama antara Jurulatih Seni budaya Negara dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang untuk melahirkan pelajar sekolah yang mahir dalam bidang tari, muzik dan teater.

Yang Berhormat Speaker,

Untuk portfolio Perpaduan; kemajuan sesebuah negara bukan sahaja diukur dengan pembangunan infrastruktur semata-mata. Pembangunan ini perlu seiring dengan pembentukan masyarakat yang harmoni serta bertoleransi dalam suasana masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan etnik. Pendedahan kepada pemahaman… pemahaman antara satu sama lain adalah sangat penting dan perlu ditekankan merangkumi elemen silang budaya supaya masyarakat dapat menerima dan meraikan perbezaan yang wujud dan membudayakan nilai perpaduan di setiap aspek kehidupan.

Saya ingin menzahirkan rasa penghargaan yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang telah menyediakan peruntukan melalui belanjawan tahun ini untuk… untuk menerapkan elemen silang budaya supaya penghayatan, pengetahuan, pengalaman nilai-nilai persefahaman di kalangan masyarakat dapat disebarluaskan.

Sehingga Mei 2024, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pahang (JPNIN) agensi yang bawah tanggungjawab dan portfolio saya, telah

melaksanakan program berteraskan elemen silang budaya seperti Sambutan Tahun Baharu Cina sempena Program Harmoni Madani: Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia Peringkat Negeri Pahang, Program Gerak Ramah 2024: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan, Program Silang Budaya Sempena Sambutan Aidilfitri Perpaduan Negeri Pahang. Program-program berteraskan elemen silang budaya ini akan diteruskan sehingga akhir tahun untuk memastikan nilai perpaduan sentiasa diperkukuhkan.

Yang Berhormat Speaker,

JPNIN juga merancang untuk melaksanakan sambutan Minggu Perpaduan Negeri Pahang yang akan dilaksanakan pada bulan Jun tahun ini bertemakan “Perpaduan Dalam Kepelbagaian”. Ini juga adalah usaha untuk memupuk keharmonian masyarakat melalui detik-detik perpaduan atau moment of unity dengan izin.

Yang Berhormat Speaker,

Bagi memastikan perpaduan di negeri Pahang terpelihara, Jawatankuasa Tindakan Perpaduan (PADU) Negeri Pahang melibatkan keahlian ketua jabatan, wakil agensi pelbagai bidang, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), belia, tokoh akademik, agensi swasta untuk merangka inisiatif dan program untuk memantapkan perpaduan dan keharmonian masyarakat di peringkat komuniti.

Pada ruang dan kesempatan ini, ingin saya sampaikan walaupun kita mempunyai perbezaan bukan sahaja dari segi latar belakang etnik, mahupun kepercayaan agama dan ideologi, akan tetapi hakikatnya kita berpijak di bumi yang sama, berlindung di bawah awan yang sama iaitu negara kita Malaysia. Dengan rendah hati, saya mohon supaya kita semua bersama membudayakan perpaduan, meraikan kepelbagaian hingga akhirnya iklim keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan dinikmati bersama.

Yang Berhormat Speaker,

Menjaga kepentingan warisan turut menjadi… turut menjadi agenda Kerajaan Negeri. Untuk itu, peruntukan telah diberikan kepada Perbadanan Muzium Negeri Pahang dalam usaha menjaga kelestarian warisan negeri. Peruntukan tersebut melibatkan banyak kerja termasuk: satu; menaik taraf muzium-muzium negeri, dua; pembangunan-pembangunan Galeri Diraja, tiga; projek menaik taraf pembangunan Pulau Beram, Pekan yang bakal menjadi mercu tanda pelancongan domestik dan antarabangsa di daerah Pekan, empat; projek menaik taraf Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, Kampung Pulau Keladi yang turut dilengkapi dengan kemudahan inap desa, homestay suasana kampung bagi pengunjung dalam dan luar negara. Lima; pembangunan penyelidikan Pusat Kajian Sejarah dan Tamadun Al-Sultan Abdullah atau AL-ASAR. Bukan sahaja pusat kajian, malah bangunan fizikal yang dinamakan sebagai Perkampungan AL-ASAR ataupun Pekan Sega juga akan dibangunkan dan banyak lagi projek.

Yang Berhormat Speaker… Yang Berhormat Speaker,

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan Ahli Dewan dalam sesi perbahasan yang menyentuh portfolio saya. Bukan sahaja perbahasan, saya dapati bahawa untuk sidang Dewan kali ini, jumlah soalan Dewan yang diterima yang berkenaan dengan portfolio saya telah bertambah berkali ganda kalua berbanding dengan sidang Dewan yang lalu. Dengan ikhlas hati, saya mengucapkan terima kasih

kerana ramai yang minat dan prihatin khususnya tentang sektor pelancongan di negeri Pahang.

Dengan ini, sila izinkan saya menjawab persoalan yang dibangkit masa perbahasan. Untuk Yang Berhormat Lanchang yang bertanyakan, mencadangkan supaya kerajaan memberi perhatian tentang aktiviti pelancongan di Pusat Konservasi Kebangsaan Kuala Gandah dengan menaik taraf kemudahan dan fasiliti. Untuk maklumat, Yang Berhormat, kerajaan melalui projek RMK-12 telah menyediakan jumlah peruntukan RM 30 juta untuk tiga projek di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN).

Yang pertama; projek untuk memperkasakan PKGK Kuala Gandah sebagai Center of Excellence Pengurusan Gajah ke Arah Pemeliharaan Khazanah Sumber Asli Negara. Projek ini juga menekankan pembangunan kawasan ekopelancongan seperti Laman Latihan Gajah yang akan dinaik taraf untuk menyediakan aktiviti tambahan kepada pelawat.

Yang kedua; projek tebatan banjir yang memfokuskan untuk pengurangan impak dan risiko kerosakan aset akibat bencana banjir.

Yang ketiga, Projek menaik taraf kemudahan eko pelancongan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah yang merangkumi kerja-kerja, sebagai contoh, menaik taraf ruangan interpretif, menaik taraf sistem bekalan air mentah, menaik taraf tandas awam dan banyak lagi. Dan kesemua projek ini dijangka akan siap pada tahun 2025 atau tahun 2027 bergantung kepada projek yang berlainan.

Yang Berhormat Speaker,

Saya dengan rendah hati memohon kepada semua rakan Ahli Dewan supaya kita dapat bersama-sama memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan misi Kerajaan Negeri. Semoga segala usaha yang kita laksanakan akan memberi manfaat khususnya kepada rakyat negeri Pahang dan menjadikan negeri Pahang yang kita cintai ini terus melakarkan sejarah gemilang dan mencapai kejayaan demi kejayaan. Saya akhiri ucapan saya dengan dua rangkap pantun.

Sebentar, sebelum tutup ya. Terima kasih perbahasan ucapan jawapan yang sangat komprehensif. Membentangkan perancangan yang sangat teliti. Saya bangkitkan dalam perbahasan ialah isu eko pelancongan. Sebahagian besar, hampir semua yang saya senaraikan itu melibatkan sungai dan kita dapati ada beberapa usahawan yang mendapat pengiktirafan dunia antarabangsa, contohnya Tanah Aina. Mereka ini mendapat tekanan yang sangat serius. Dia tak dibenarkan, saman beberapa saman yang dibuat semata mata kerana dia… dia menggunakan sungai.

Sebenarnya eko…eko pelancongan ini mesti kena guna sungai dan saya nak… dia mendapat 30 pengiktirafan antarabangsa dan ribuan pelancong yang datang ke tempat dia. Saya fikir saya sebut ini untuk perhatian Exco berkenaan supaya kalau boleh apa mekanisme yang kita boleh bantu. Bukan sahaja dialah, semua usaha yang telah habis berjuta-juta duit sendiri untuk menarik dan dia menjadi manfaat kepada Kerajaan Negeri dalam menarik pelancong. Terima kasih.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Cheka atas pandangan tadi. Pandangan tadi dihormati dan kita akan mengambil kira untuk mempertimbangkan. Terima kasih.

Just tambah sikit je.

Timbalan Speaker

Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Berkaitan sungai dengan tasik dengan air ini lah. Saya kalau dapat pihak kerajaan tengok juga permainan apa ini… dipanggil Stand-Up Paddle Boards yang kita atas board, jalan atas air itu, yang permainan ini tak mahal pun. Dan kita, negeri kita pun, banyak ada tasik banyak sungai, banyak ya. Boleh kita popularkan. Saya nak cadang Wakil Kerajaan suruh tengok balik permainan ini. Macam di Maran sini pun kita ada tasik. Bukan setakat untuk kita tengok sahaja, kalau dapat kita manfaatkan dengan program sukan air macam ini pun elok juga. Terima kasih.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Luit. Terima kasih atas cadangan. Nanti sila saya mohon Yang Berhormat Luit nanti boleh bagi sikit info lanjutan untuk kita bersama mengkaji dan tengok potensi untuk menambah sebagai produk baru di negeri Pahang. Dengan ini, saya mengakhiri ucapan saya dengan dua rangkap pantun.

Songket dijahit dibuat kebaya, Dipakai dara idaman kalbu, Pelbagai kaum, pelbagai budaya, Pahang Makmur, Aman dan Maju.

Tenun Pahang berjalur jalur, Seninya halus indah dipandang, Diberi jolokan Darul Makmur, Maju terus…maju terus negeri Pahang.

Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang. Seterusnya, saya menjemput Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang memberi jawapan.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Tuan Speaker. Salam Sejahtera. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana diberikan kesempatan menyertai bersama-sama di dalam Mesyuarat Pertama Penggal Ke-3 Dewan Negeri

Pahang Yang Ke-15 yang telah bermula pada hari Isnin yang lalu. Mengambil kesempatan ini, saya ingin mengucapkan junjung kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang telah menyempurnakan Istiadat Pembukaan Dewan Negeri Pahang Ke-15. Saya selaku Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan menyentuhkan portfolio saya.

Tuan speaker,

Saya memula dengan portfolio Hal Ehwal Pengguna. Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian yang serius dalam menumpukan usaha-usaha bagi mengawal harga dan stok barangan keperluan harian di negeri Pahang sentiasa mencukupi di pasaran untuk kegunaan rakyat di negeri Pahang. Pelbagai perancangan dan program yang berkesan dirangka untuk memastikan keperluan harian adalah mencukupi.

Antaranya Jualan Makmur. Sehingga kini, program Jualan Makmur telah diadakan sempena Tahun Baru Cina pada 7 hingga 8 hari bulan Februari 2024 di 9 lokasi. Manakala sempena Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada 3 hingga 7 April 2024 di seluruh Pahang merangkumi 23 lokasi melibatkan RM1.7 juta. Barang keperluan adalah… yang dijual dan disubsidi adalah bersesuaian dengan keperluan perayaan ini. Subsidi barangan adalah antara 15 hingga 30% dari harga asal jualan.

Kedua, Program Jualan Rahmah. Kerajaan Persekutuan melalui KPDN Pahang melaksanakan Program Jualan Rahmah di bawah insentif Payung Rahmah bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat. Program ini kerjasama antara pemain industri sektor peruncitan seperti pasar raya dan hypermarket, dengan izin, yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian di antara 10 hingga 30% lebih murah dari harga pasaran tempatan. Program Jualan Rahmah ini disasarkan untuk dilaksanakan di seluruh 14 Parlimen dan 42 DUN di negeri Pahang. Sehingga kini, bilangan pelaksanaan Jualan Rahmah di negeri Pahang adalah sebanyak 138 program.

Bagi membantu masyarakat terutama golongan B40 yang tinggal di kawasan pedalaman mendapatkan barangan keperluan pada harga yang munasabah. Kerajaan Persekutuan melalui KPDN Pahang telah melaksanakan Program Penyeragaman Harga sejak tahun 2009. Kerajaan Persekutuan akan menanggung kos pengangkutan dari pembekal ke kawasan pedalaman yang terpilih bagi barangan keperluan bersubsidi atau barangan kawalan seperti tepung gandum, gula…gula putih bertapis kasar, beras putih, minyak sawit tulen peket 1 kilo, botol 1 liter, LPG Gas, petrol RON95 dan diesel.

Bagi tahun 2024, terdapat 5 zon di negeri Pahang yang terlibat dengan pelaksanaan program ini. So pagi tadi saya sudah bangkit ya. Tapi kali ini, tahun ini kita tambah lagi satu tempat so adalah di zon Pulau Tioman, zon Pekan, zon Kuala Tahan, zon Kampung Bantal dan zon Pos Sendirut.

Kerajaan Negeri melalui KPDN juga menggalakkan perniagaan berkonsep digital khususnya dalam sektor peruncitan melalui Inisiatif Digital Sektor Peruncitan yang bertunjuk untuk…yang bertujuan untuk meningkatkan pendedahan kepada peniaga dan pengguna melalui kemudahan eWallet dalam berurus niaga. Sehingga April 2024, inisiatif ini telah dilaksanakan bersempena program-program berikut; Karnival Jualan Rahmah Peringkat Negeri Pahang pada 2 hingga 3 Mac 2024, melibatkan pemberian baucer eWallet sebanyak RM20.00 kepada 1,000 pengguna.

Dua, Bazar Ramadan Chini, Bazar Ramadan Bandar Jerantut serta Bazar Ramadan Mahkota Square melibatkan pemberian baucar eWallet sebanyak RM20.00 kepada 5,000 pengguna dan RM50.00 kepada 78 peniaga Menu Rahmah. Program ini juga dirancang untuk diperluaskan ke lokasi lain bagi memastikan peniaga dan pengguna di negeri Pahang yang mesra dengan ekosistem masyarakat tanpa tunai. Kerajaan Negeri melalui KPDN sentiasa melaksanakan pelbagai program-program advokasi kepenggunaan bagi melahirkan pengguna bijak yang tahu hak-hak mereka sebagai pengguna serta berani bertindak melalui salur yang betul. Program-program ini dilaksanakan melalui pelbagai platform.

KPDN Negeri Pahang dengan kerjasama Pertubuhan Gema Negeri Pahang dan Gerakan Pengguna Siswa iaitu Widad University College dan Cosmopoint College Kuantan telah melaksanakan Program Mysave Food Ramadan pada 14 hingga 25 April 2024 yang merupakan satu usaha menyelamatkan lebihan makanan dan minuman yang tidak terjual oleh peniaga bazar ramadan.

Sehingga April 2024, sebanyak 22 Program Advokasi Kepenggunaan telah dilaksanakan melibatkan pelbagai kumpulan sasar seperti Kelab Pengguna Sekolah, Gerakan Pengguna Siswa, komuniti serta NGO. Pelaksanaan program-program advokasi akan segera dilaksanakan sepanjang tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat maklumat dan informasi pengguna secara lebih berkesan dan menyeluruh.

Kerajaan Negeri melalui KPDN Pahang sentiasa menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan seperti pemeriksaan dan pemantauan ke atas premis-premis perniagaan bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan untuk melindungi hak-hak pengguna. Sehingga April 2024, sejumlah 26 ribu premis perniagaan telah diperiksa di mana sebanyak 257 kes telah dihasil dengan nilai rampasan berjumlah RM1.2 juta dan kutipan kompaun berjumlah RM159,000.00.

Selain itu, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan turut dilaksanakan dengan tujuan untuk mengawal harga barangan keperluan semasa musim perayaan untuk elak peniaga menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya. Melalui skim ini, KPDN Pahang telah menetapkan harga beberapa barangan terpilih yang menjadi tumpuan semasa musim perayaan. Sehingga kini, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina telah dilaksanakan berkuat kuasa 6 hingga 14 Februari 2024 manakala Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri berkuat kuasa 5 hingga 19 April 2024.

KPDN Pahang mengalu-alukan semua pengguna untuk bersama-sama membantu menjadi mata dan telinga untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan oleh peniaga melalui pelbagai medium aduan yang boleh diperolehi melalui laman web rasmi KPDN.

Minta laluan sikit, break sekejaplah. Biasa pemantauan pada musim perayaan, saya ucap tahniahlah, memang dah berjalan. Isunya permintaan meningkat pada setiap kali musim perayaan, menyebabkan peniaga ambil kesempatan untuk naik. Kalau mekanisme ini diteruskan, dia akan mengulang benda yang sama. Saya lihat keperluan untuk kita memaksimakan bekalan sebelum musim perayaan supaya bekalan tidak... tidak ada masalah dan peniaga tidak ambil kesempatan. Kalau bekalan kurang, peniaga ambil sebab... sebab permintaan sangat tinggi. Jadi, saya fikir cadangan mekanisme untuk control ini bukan dikawal pada hari perniagaan tapi

ditingkatkan jumlah kepada pembeli supaya peniaga tidak ambil kesempatan. Terima kasih.

Tuan Sim Chin SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Cheka. Kerajaan ambil maklum perkara ini dan biasanya kita memantau dari Pegawai Penguatkuasa KPKDN akan memantau dari sehari ke sehari. Kalau Cheka boleh tengok website, kita kerja. Tiap-tiap hari kita kerja. Mereka ada bagi laporan baru saya. Okey terima kasih Cheka. Kita ambil maklum perkara ini.

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia merupakan alternatif kepada mahkamah sivil untuk pengguna membuat tuntutan tebus rugi berkenaan dengan barangan atau perkhidmatan secara murah dan tepat. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia berfungsi untuk mendengar tuntutan dengan bebas, adil dan saksama serta pada masa yang sama membangunkan undang-undang berhubung perlindungan pengguna.

Untuk tempoh sehingga April 2024, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Negeri Pahang telah memfailkan sebanyak 78 tuntutan dengan ini, di mana 28 tuntutan adalah barangan, manakala 50 tuntutan untuk perkhidmatan. Daripada jumlah tersebut, 28 kes telah berjaya diselesaikan, manakala 28 kes sedang dalam proses pendengaran. Jumlah tuntutan setakat ini adalah sebanyak RM1 juta. Manakala jumlah award adalah sebanyak RM319,000.00. Jenis tuntutan paling tinggi yang difailkan bagi tahun 2024 sehingga kini adalah pakej haji atau umrah dengan 28 kes, diikuti pengubahsuaian rumah sebanyak 11 kes.

Tuan Speaker,

Seksyen Pendakwaraya KPDN Pahang berperanan untuk menjalankan pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan di bawah akta-akta yang dikawal selia oleh KPDN. Sehingga 8 Mei 2024, jumlah tindakan kes yang dihasilkan adalah sebanyak 272 kes. Daripada jumlah tersebut, 198 kes melibatkan kompaun on the spot, dengan izin dan 74 adalah kes biasa.

Sebanyak 8 kes telah difailkan di mahkamah jenayah Kuantan pada tahun 2024 di mana 5 kes adalah dalam proses perbicaraan di mahkamah manakala 3 kes telah disabitkan dan dikenakan dengan nilai RM6,000.00. Satu kes dikelaskan sebagai kes berprofil tinggi yang melibatkan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi yang disiasat di bawah Ops Tiris melibatkan rampasan barang kawalan iaitu minyak diesel bersubsidi sebanyak RM258,000.00 yang dituduh di bawah Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM1 juta atau 3 tahun penjara.

Tuan Speaker,

Untul portfolio Sumber Manusia. Untuk makluman, Kerajaan Negeri melalui PERKESO telah memastikan pelaksanaan tanggungjawab berkaitan perlindungan keselamatan sosial kepada rakyat di Negeri Pahang melalui penguatkuasaan Akta 4 (Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969) dengan pembayaran keseluruhan faedah sebanyak RM11.7 Juta melibatkan sebanyak 2,389 kes tuntutan setakat Mac 2024. Keutamaan Kerajaan Negeri melalui PERKESO pada tahun ini melibatkan perlindungan sosial kepada lebih kurang 26 ribu majikan dan 157 ribu pekerja.

Bagi memastikan setiap pekerja yang menghidapi penyakit dan kemalangan dapat dibantu dengan segera, PERKESO juga ada menubuhkan Skuad PERKESO Prihatin bagi bertindak secara segera untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan untuk siasatan dan pembayaran segera pampasan yang diperlukan oleh pekerja atau waris terlibat. Selain itu, PERKESO juga bertindak segera melalui data-data yang disalurkan oleh pelbagai pihak menerusi Aplikasi Prihatin di bawah Program Social Synergy PERKESO.

Setakat ini usahasama di Negeri ini turut melibatkan pendaftaran lebih kurang 70% Pusat Khidmat Parlimen dan DUN yang ada. Untuk memastikan peluasan perkhidmatan perlindungan sosial di negeri ini dapat disegerakan dan dipertingkatkan, Kerajaan Negeri melalui PERKESO yang juga sentiasa memastikan aktiviti pengesanan dan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara berkala. Sebanyak 10% atau 2,678 pendaftaran majikan baru disasar pada tahun 2024. Melalui aktiviti operasi pengesanan, pengesanan yang dijalankan, setakat Mac 2024, sebanyak 9 aktiviti Ops Kesan dan 2 Ops Bersepadu telah dilaksanakan.

Tuan Speaker,

Sejak Sistem Insuran Pekerja atau lebih dikenali dengan SIP dilaksanakan dan pengguna sepenuhnya Portal MYFutureJobs bermula tahun 2020 sehingga Mac 2024, Kerajaan Negeri melalui PERKESO telah berjaya membantu seramai 33,320 pekerja mendapat pekerjaan. Usaha ini turut meliputi sebahagian 10,577 pekerja yang dilaporkan mengalami kehilangan pekerja di negeri ini dalam tempoh tersebut. Peranan yang dimainkan oleh pihak Kerajaan Negeri bersama-sama dengan PERKESO juga dilihat membantu meningkatkan semua guna tenaga di negeri ini dan mengurangkan jumlah pekerja diberhentikan dalam kalangan majikan terlibat.

Bermula Januari sehingga Mac 2024, hanya terdapat sebanyak 409 tuntutan kes kehilangan pekerja yang dilaporkan di negeri ini. Untuk memastikan tiada yang terpinggir dalam usaha untuk membantu pencari kerja di negeri Pahang, Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perkhidmatan Pekerja Sistem Insurans Pekerja (SIP), PERKESO juga sentiasa memberi perkhidmatan pekerjaan kepada pencari kerja yang terdiri daripada pelbagai golongan mudah terjejas seperti golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas, pesara, bekas banduan, peserta Program Return to Work, dengan izin, graduan, belia, wanita, Orang Asli dan berinsuran… orang berinsuran PERKESO khususnya rakyat di negeri Pahang.

Selaras dengan hasrat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, PERKESO juga telah bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi di peringkat negeri bagi memastikan perkhidmatan pekerja PERKESO dapat diselaraskan dan dijayakan dengan baik secara keseluruhan. Sepanjang tahun 2023, sebanyak 6,450 pencari kerja telah berjaya mendapatkan pekerjaan di seluruh negeri Pahang. Usaha ini diteruskan lagi pada tahun dengan sasaran sebanyak 8,200 penempatan pekerja baharu di negeri ini.

Usaha sama PERKESO bersama dengan semua majikan berdaftar di negeri ini turut dilihat mendapat sambutan yang baik dari masa ke semasa di mana sejak dimulakan pada Januari tahun 2020 sehingga Mac 2024, didapati bahawa sebanyak 4,570 majikan telah berdaftar dan menggunakan perkhidmatan percuma dari Portal MYFutureJobs ini.

Selain itu, dalam meningkat lagi usaha pengambilan pekerja baru, PERKESO juga sentiasa aktif melakukan aktiviti temu duga harian di Pusat Transformasi Bandar

(UTC), Aktiviti temu duga di premis majikan, program temu duga bersama pihak pengajian tinggi awam atau swasta dan program temu duga out reach, dengan izin, di kawasan-kawasan luar bandar bagi membantu meningkatkan akses pencari kerja untuk mendapatkan pekerjaan.

Bermula Januari hingga Mac tahun ini sahaja, sebanyak 75 aktiviti temu duga telah berjaya dilaksanakan di seluruh negeri Pahang. Untuk rujukan setakat Mac 2024, sebayak 2,018 kekosongan pekerja aktif direkodkan di negeri ini dan sebanyak lebih kurang 118,000 kekosongan aktif di seluruh Malaysia untuk direbut oleh semua pencari kerja menerusi Portal MyFutureJobs. Antara 10 peluang pekerja aktif yang direkodkan adalah seperti berikut; kerani pejabat merekodkan 534, pengurusan cawangan 451, operator loji dan mineral 394, pembantu jualan 331, pekerja hasil ladang tanaman 337.

Tuan Speaker,

Golongan suri rumah adalah tulang belakang yang penting memastikan kesejahteraan keluarga di negara ini. Setiap peranan yang dimainkan oleh golongan ini sama ada di rumah mahupun di luar rumah bagi mengurus soal rumah tangga atau sebarang urusan dipertanggungjawabkan perlu dihargai serta dilindungi dengan pelan yang sewajarnya.

Untuk itu, pihak Kerajaan Negeri melalui PERKESO sentiasa melaksanakan siri libat urus merentasi agensi dan kawasan bagi menyampaikan matlamat… maklumat berkenaan skim perlindungan menerusi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah. Setakat ini, jumlah hingga Mac 2024 sebanyak 7,545 golongan isi rumah telah berjaya didaftarkan di negeri ini. Usaha ini akan diteruskan dari masa ke semasa untuk memastikan semua golongan isi rumah terutama bagi mereka yang terdiri daripada golongan yang memerlukan dapat dibantu dan dibekal dengan skim perlindungan yang sama dengan harga mencarum sebanyak RM10.00 sebulan atau RM120.00 bagi perlindungan selama setahun. Tetapi bagi suri rumah yang belum mencapai umur 54 sahaja.

Tuan Speaker,

Pengangguran telah… telah menjadi isu nasional memandangkan ia memberi kesan secara langsung kepada landskap ekonomi dan sosial sesebuah negara amnya dan kepada negeri Pahang khususnya. Kerajaan Negeri melalui MPNP telah mewujudkan Dasar Pelan Tindakan Majlis Pekerja Negeri Pahang 2024 - 2029 yang akan dilancar pada masa yang terdekat.

Kajian ini melibatkan kerjasama dari semua agensi industri dan wakil akademik dan telah menggariskan lima teras utama. Peneraju hala tuju pekerja, kedua - kemampanan kapasiti organisasi, ketiga - pengupayaan sokongan sumber manusia, empat - memperkasa dan modal insan, lima - pengukuhan jalinan kerjasama. Antara inisiatif yang dicadangkan adalah dengan mewujudkan pangkalan data utama CariKerja@Pahang dan dashboard dengan izin, bagi menyepadukan proses perancang strategi MPNP yang lebih berkesan.

Selain itu, bagi menggalakkan warga Pahang yang mahir supaya peluang bekerja di Pahang, program sokongan kerja dan inisiatif-inisiatif menarik juga dicadangkan di dalam dasar dan pelan tersebut. Kesemua teras objektif, strategi dan inisiatif yang dibangunkan bertujuan meningkatkan peluang pekerjaan, produktiviti dan kecekapan yang berfungsi sebagai pencetus ekonomi di negeri Pahang.

Antara inisiatif yang akan dijalankan pada masa yang terdekat, Pahang 1st Job yang dibangkit oleh ADUN Beserah. Program Pahang 1st Job merupakan satu inisiatif kerajaan dan membantu rakyat negeri Pahang untuk mendapatkan pekerjaan. Jangkaan untuk program ini berlangsung antara Januari hingga Mac 2025. Kerajaan Negeri dalam usaha untuk mencari kaedah yang terbaik bagi menjayakan program ini demi keberlangsungan untuk jangka masa yang panjang. Program ini akan memberikan manfaat kepada 100 anak Pahang, kos gaji RM2,500.00 sebulan yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri selama 6 bulan. Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan institusi pendidikan, agensi-agensi berkaitan dan pemain industri bagi menjayakan program Pahang 1st Job.

Pangkalan Data Utama Pekerja Pahang. Sistem CariKerja@Pahang merupakan satu medium yang integrasi maklumat berkaitan peluang pekerjaan, latihan dan tawaran geran daripada pelbagai agensi di bawah satu bumbung. Pangkalan Data Utama Pekerjaan Pahang akan dibangunkan sebagai penambahan modul dalam sistem Pelaburan, Invest Pahang yang sedia ada selaras dengan one stop centre approach, dengan izin, bagi pelaburan masuk di negeri Pahang. Perkara ini akan dapat membantu Kerajaan Negeri untuk membangunkan satu sistem pelaburan yang bersepadu dan holistik. Siri forum ini akan melibatkan er… penyertaan dari jabatan, agensi, badan bukan kerajaan, pusat pengajian tinggi dan pemain industri negeri Pahang.

Penganjuran program ini menjadi satu medium kepada Kerajaan Negeri Pahang untuk membincangkan kesediaan pekerja untuk berhadapan industri 4.0 seperti robot autonomi, sekuriti siber dan teknologi AI. ketidak er… sorry ya teknologi AI ketidaksepadanan pekerja dan kekurangan tenaga kerja mahir.

Tuan Speaker,

Kerajaan Negeri menerusi ADTEC Jerantut adalah menawarkan kursus kemahiran TVET secara separuh masa dan kursus jangka pendek. Kapasiti latihan kemahiran di ADTEC Jerantut boleh menampung sehingga 600 pelajar pada satu-satu masa. Iklan pengambilan pelajar baru sesi Julai 2024 telah dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran (SPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3. Kemudahan yang disediakan kepada pelajar-pelajar mengikut kursus sepenuh masa di ADTEC Jerantut seperti penginapan disediakan, makan minum percuma 4 kali sehari, kemudahan pinjaman PTPK dan kemudahan latihan yang lain seperti bilik kuliah, bengkel, dewan kuliah, dewan makan dan asrama yang lengkap. Kadar kebolehpasaran graduan...

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat minta gulunglah. Masa dah sampai.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Okey, terima kasih Tuan Speaker. Jerantut pada tahun 2023 adalah tinggi er… lebih kurang 90%, yang menyaksikan kecemerlangan graduan kami memam er… mampu menembusi pasaran kerja dalam bidang yang berkaitan. Selain lima bidang kursus yang ada, Pusat Latihan Tinggi ADTEC Jerantut kini menawarkan kursus baharu khususnya berkaitan dengan teknologi boiler dengan izin, bagi tujuan menyediakan latihan kemahiran kepada anak-anak tempatan negeri Pahang. Sebagai permulaan ADTEC memperkenalkan kursus jangka pendek berkaitan boiler.

Antara kursus yang ditawarkan adalah Kursus Asas Pengendalian dan Penyelenggaraan Boiler, Kursus Pemantapan Boilerman dengan izin ya. Kedua-dua kursus ini adalah sebagai persediaan untuk peserta yang terlibat memenuhi syarat untuk mendapatkan er… mendapatkan persijilan kompetensi er… sebab saya banyak lagi, tidak apa saya jawab er… berkaitan dibangkit oleh ADUN-ADUN er… saya jawab sekejap ya penggulungan er…

Speaker

Yang Berhormat, mungkin saya boleh mencadangkan kepada Yang Berhormat mungkin boleh hantar secara bertulis kerana masa singkat.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Okay, saya hanya menjawab beberapa soalan sahaja okey. Terima kasih Dato’ Sri. So, soalan yang dibangkitkan oleh er… Sungai Lembing eh… er… Sungai er… ADUN Sungai Lembing bangkitkan kos sara hidup semakin meningkat. Sehubungan ini Kerajaan Negeri dimohon untuk meneliti er… cadangan seperti okay so er… KPDN akan er… telah menggerakkan seramai 137 anggota pegawai penguatkuasa seluruh negeri Pahang er… meliputi lima pejabat cawangan untuk menjalankan pemeriksaan setiap hari ke atas semua lapisan perniagaan sama di peringkat kilang, pengeluar, pemborong dan peruncit.

Kita akan er… buat pemantauanlah okey dan er… yang untuk er… juga dibangkitkan menubuhkan koperasi bagi memperkasakan ekonomi dengan mengedar bantuan gerai khas. Terima kasih ADUN er… Sungai Lembing. Untuk menjawab soalan ini er… SKM sentiasa menggalakkan penubuhan koperasi er… sebelum ini kita perlu 50 orang untuk satu koperasi dan sekarang hanya 20 orang dah boleh tubuhkan koperasi okey.

Untuk menjawab soalan dari Kemayan, mohon pihak Kerajaan Negeri mengutamakan pengambilan pekerja tempatan dan memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda berminat bekerja di dalam estet berkaitan Kerajaan Negeri seperti PKPP, FGV, FELCRA dan RISDA. Juga ini soalan dibangkit oleh er… Pulau Tawar juga er… antara isu dalam sektor kelapa sawit adalah kekurangan pekerja tempatan. Kerajaan Negeri dimohon supaya meneliti penglibatan anak tempatan di ladang serta memperhebatkan kempen kepada anak tempatan.

Kedua-dua jawap er… dua soalan yang lebih kurang sama er… itulah yang saya telah bangkit itu hari. Anak kita ini tak suka kerja bawah panas, dia suka lebih suka dalam kerja dalam sejuk. So, kita akan cubalah okey cari jalan macam mana kita nak tolong mereka ini. Okey untuk er… untuk menjawab ADUN Beserah, okey dari er… itu hari tanya daripada 31,000 permohonan kerja yang berdaftar dalam sistem MYFutureJobs. So soalan yang dibangkitkan apakah peringkat kelayakan dimiliki oleh pemohon. Izinkan saya berkongsilah sedikit ya. So, PhD 53 orang, Sarjana Master eh… 538; Sarjana Muda 10,050 orang; Diploma 7,260 orang; STPM (A-Level) 756; SPM (O Level) 5,986 orang; PMR 604 orang.

Untuk ADUN Beserah, apakah sektor yang paling ramai pemohon kerja memohon? Satu adalah pembuatan 2,917 orang; pentadbiran aktiviti sekolah sokongan perkhidmatan 2,873 orang. Untuk last sekali, er… untuk Chini. Mohon pihak kerajaan mengenal pasti strategi dan langkah-langkah bagi meningkatkan peluang pekerjaan di negeri secara keseluruhan bagi mengelakkan penghijrahan sumber manusia keluar dari negeri Pahang. So, inilah saya bagi jawapan bertulislah sebab agak panjang. So dengan inilah saya mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang. Seterusnya, saya menjemput Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang memberi jawapan. Sila.

Bismillahirrahmanirrahim. [Bacaan dalam Bahasa Arab] Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Pertamanya, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahuwata'ala kerana berkat izin limpah kurnia, inayah dan makbulnya jua, maka kita dapat bersama-sama berada di Dewan yang mulia ini bagi menjalan… menggalas tugas amanah serta tanggungjawab yang dipikulkan di atas bahu kita. Selanjutnya, patik menjunjung setinggi tinggi-kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah atas Titah Diraja sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang ke-15 pada Isnin yang lalu.

Sesungguhnya titah diraja yang diungkapkan mencerminkan keprihatinan dan kecaknaan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, untuk memastikan kita Ahli-ahli Yang Berhormat menjadikan Dewan yang mulia ini sebagai medan penting untuk bertukar pandangan, merencana serta menimbang serta berunding dengan mendahulukan kepentingan negeri bertuah Pahang ini dan rakyat. Jika diperhalusi Titah Diraja secara jelas Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku telah mengiktiraf kejayaan serta pencapaian cemerlang Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan juga Kerajaan Negeri Pahang dalam meningkatkan kutipan hasil negeri melebihi RM1 Billion untuk dua tahun berturut turut.

Pengurangan hutang negeri yang cukup signifikan dalam tempoh lima tahun ini iaitu dari RM3.3 Billion sehingga hanya kepada RM 993 juta serta ketegasan Kerajaan Negeri menangani ketirisan hasil negeri, dengan tidak lagi sekadar mengenakan kompaun semata-mata sebelum ini, sebaliknya terus mendakwa pesalah kemuka pengadilan. Ini adalah pencapaian dan kejayaan yang hebat dan cukup luar biasa. Dan kejayaan ini terhasil dari titik peluh, idea strategi serta khidmat bakti tidak berbelah bahagi daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang serta seluruh kakitangan Kerajaan Negeri Pahang. Jadi sudi apalah kiranya Ahli-ahli Yang Berhormat semua kita bagi satu tepukan gemuruh kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Yang Berhormat Speaker,

Pada awal sesi penggulungan ini, saya akan membawa perhatian seisi dewan berkaitan Portfolio Komunikasi Dan Multimedia terlebih dahulu…

… errr Speaker boleh saya mencelah sedikit. Yang Berhormat Speaker saya nak mencadangkan ulasan daripada pihak kerajaan, dulukan menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan kemudian baru kita boleh cerita portfolio cadangan sayalah. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Luit saya akan pergi juga kepada soalan-soalan itu dalam penggulungan saya ini. Dan kebetulan partner saya dari Lepar yang melihat kepada sukan. Dulu, dia selalu bertanya. Bila tak ada ini, tak ada tanya saya pasal sukan ini, tak berapa banyak. Tapi saya akan sentuh juga beberapa soalan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertamanya berkaitan pelaksanaan inisiatif Jalinan Digital Negara atau JENDELA iaitu sebuah pelan infrastruktur digital yang dibangunkan untuk menambahbaik perkhidmatan komunikasi digital negara.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, di bawah inisiatif JENDELA, terdapat 4 projek utama yang telah dan sedang dilaksanakan di negeri ini bermula dari pertengahan tahun 2021 lagi. Pertamanya, sebanyak 143 menara telekomunikasi baharu dengan liputan 4G telahpun siap dan beroperasi setakat 30 April tahun ini. Tumpuan sedang diberikan ketika ini bagi menyiapkan baki 127 lagi menara telekomunikasi yang kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan dijangka akan siap beroperasi secara berperingkat menjelang penghujung tahun ini. Kedua, kesemua 902 stesen pemancar sedia ada ke rangkaian 4G, telah siap dinaiktaraf dari perkhidmatan 2G kepada… dan 3G kepada 4G pada suku ketiga tahun 2022.

Ketiga, kesemua 69 perkampungan Orang Asli telah dibekalkan dengan perkhidmatan jalur lebar menggunakan akses WiFi yang dihubungkan dengan teknologi satelit. Ini pun dah siap dilaksanakan. Dan yang keempat, sebanyak 141,131 premis di seluruh negeri Pahang telah mempunyai capaian kepada gentian optik. Manakala baki sebanyak 39,901 premis lagi sedang dibekalkan dengan rangkaian gentian optik ini dan dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun ini. Berdasarkan kepada pencapaian semasa. Setelah inisiatif jendela ini dilaksanakan, kadar liputan 4G di kawasan berpenduduk negeri Pahang telah berjaya ditingkatkan daripada 89.1% iaitu sebelum jendela dilaksanakan kepada 94.42% pada suku pertama tahun ini.

Tumpuan masa kini adalah untuk memastikan baki 127 menara baharu untuk siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang penghujung tahun ini. Berhubung pembangunan infrastruktur komunikasi untuk liputan 5G, pelaksanaan untuk negeri Pahang telah bermula pada suku ke-4 tahun 2022 di mana pihak Digital Nasional Berhad atau DMB telah memperuntukkan sebanyak 361 struktur 5G kepada negeri Pahang. Setakat ini sehingga 30 April, sebanyak 337 struktur stesen pemancar 5G telah siap dan beroperasi, manakala baki 24 struktur disasarkan untuk siap pada penghujung penghujung suku kedua tahun ini, sekaligus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk seperti yang telah ditentukan oleh DMB sebelum ini.

Bagi pelaksanaan fasa berikutnya, ia dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini dengan mensasarkan lebih banyak lagi kawasan liputan 5G di lokasi baru dengan tumpuan akan diberikan ke kawasan Pahang Barat, khususnya di Raub, Lipis, Cameron Highlands dan juga Bentong. Bagi mencapai sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk yang disasarkan di peringkat nasional iaitu 80%.

Yang Berhormat Speaker,

Sedikit menyentuh mengenai Pelan Digital Pahang 2021-2025. Daripada 50 inisiatif yang telah dirangka, sebanyak 8 inisiatif telah berjaya dilaksanakan manakala 39 inisiatif dalam fasa pelaksanaan dan selebihnya dalam proses perancangan. Pelan Digital Pahang ini penting bagi mewujudkan ekosistem digital yang kondusif dan saling berintegrasi di antara kerajaan, rakyat dan juga industri. Di antara inisiatif yang telah berjaya dilaksanakan adalah seperti kutipan hasil Kerajaan Negeri menerusi aplikasi

Mobile PahangGo dan melalui inisiatif ini secara puratanya, RM 2.5 juta nilai transaksi bulanan meliputi kutipan parking, pembayaran kompaun, pembayaran cukai pintu, cukai tanah dan pelbagai lagi berjaya diuruskan oleh PahangGo dan PahangGo ketika ini sedang giat Melaksa… menaiktaraf sistem e-rakyat dan pembangunan Sistem Maklumat Geografi atau GIS bersama agensi-agensi Kerajaan Negeri Pahang yang lain.

Yang Berhormat Speaker.

Saya tertarik untuk mengulas isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Cheka iaitu berkaitan gesaan diadakan siaran langsung untuk Sidang Dewan kali ini. Bagi saya adalah sangat tidak wajar keterlaluan dan melampau apabila Pemuda PAS Pahang mengeluarkan kenyataan provokasi berbunyi, “kalau MB Pahang anak jantan, buatlah siaran langsung”. Bagi saya, ungkapan ini begitu kasar dan apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang menjelaskan, bahawa sememangnya Kerajaan Negeri berhasrat untuk membuat siaran langsung pada awalnya tetapi terpaksa dibatalkan disebabkan tindakan provokasi melampau tersebut, sekali lagi, Pemuda PAS Pahang mengeluarkan satu lagi kenyataan yang cukup melampau dan keterlaluan yang berbunyi, “Menteri Besar Pahang penakut”, walaupun telah dijelaskan dalam Dewan Yang Mulia ini. Bagi saya, ini bukan budaya...

Yang Berhormat Speaker, mintak laluan.

Yang Berhormat Speaker, yang pertama tuduhan tu tak betullah sebab saya ada anak tiga orang. Kalau tak jantan, tak ada anak. Memang tak betullah semua sekalilah. Lepas itu, kita memang nak buat… almost nak buat… tapi kita tangguh. Batalkan. Kemudian keluar pula statement kata… pemuda PAS keluar pula satu statement mengatakan saya penakut. Ini saya akan pertimbangkan. Saya akan mendapat suara majoriti daripada kawan-kawan semua dan juga daripada pihak yang berkecuali. Sama ada live untuk bulan depan, kita akan buat atau tidak.

Dan saya nak nyatakan di sini, kalau buat, bukan sebab provokasi daripada Pemuda PAS. PAS ini Parti Islam Se-Malaysia, ada perkataan Islam itu, tapi harap timbalan presiden, ADUN Cheka… beri nasihat sikitlah, sebab saya tak abis lagi YB, sebabnya Ketua Pemuda UMNO Pahang tidak pernah mengeluarkan kenyataan-kenyataan begitu. Cabar mencabar dan sebagainya.

Jadi ini seperti mana yang saya ingat dalam masa saya belajar dululah Yang Berhormat Cheka ya. Kita kalau nak sesuatu… saya ingat lagi lecturer saya, mengajar saya… dia kata, dia buat lawaklah dalam pukul 3.00… 4.00 petang, dah masing-masing mengantukkan… dia kata kalau kita nak sesuatu ini, dia ada cara dia. “Katalah you minat kat seorang perempuan” dia kata, “cuba you bagi tau kat dia, i minat kat you lah, I nak nikah dengan you lah”. Confirm dia tak nak, walau dia ada hati kat kita. Tapi kalau pandai, birthday dia bagi hadiah, pergi jumpa dia, baju pakai cantiklah, make up apa ni… cantik, rambut cantik dan sebagainya… daripada tak nak boleh jadi nak. Ha… itu analogi dia.

Berbalik kepada yang ini, kita memang nak buat dah. Saya dah bagi tahu dah Speaker… bagi tahu dah pada kawan-kawan… kali ini be prepare, kita nak buat live. Tetiba keluar kenyataan itu. Saya tahu, yang tersiratnya ialah apabila buat live nanti… Sidang Dewan kita ada live... ha… ini adalah perjuangan Pemuda PAS. Itu yang tersirat. Sebab itu kita tak buat, sebab kita ni politik semua. Sebab itu kita tak buat, kita

memang nak buat. Bila kita tak buat dia keluar pula, kata MB penakut. Tapi dia tak pernah ajak saya bertumbuk ke… tak pernah ajak saya berbahas.

Makna kalau dia pernah ajak saya bertumbuk... saya kata saya takut nak bertumbuk… boleh dia buat statement itu. Ini tak ada. Cuba dia pelawa saya ke. Tapi saya MB, saya ingat tak adalah saya nak tumbuk dia, nampak saya bodoh sangatlah pula kan. Tapi maknanya dia tidak pernah mengajak saya … apa-apa pun tak ada. Tapi terus dia buat statement macam tu. Ini adalah sudah tidak adil. Yang Berhormat Speaker terima kasih.

Speaker

Terima kasih.

Speaker

Sila…

Saya pun tidak bercadang nak panjangkan isu ini. Saya ingat dia pun tak pujuk… tak apa ni sebab dia confirm tak nak masuk UMNO lah, saya rasa gitulah. [ketawa]. Kalau dia nak masuk UMNO dia lain cara dia. Saya ingat dia rentetan Sidang lepas tak ada siaran langsung. Sidang sebelum tidak ada siaran langsung. Jadi… Titah Tuanku tidak ada siaran langsung. Kali ni titah tuanku… dulu Pemangku Raja, tiada siaran langsung. Kali ini Tuanku sendiri tidak ada siaran langsung.

Jadi, saya fikir mungkin kerana sentimen rasa rakyat kita nak dengarlah titah Tuanku. Sekurang-kurangnya perbahasan itu soal kedualah, macam-macam isu… Parlimen lagi hangat. Tapi saya fikir kita... saya mencadangkan lah sebagaimana Speaker cadang supaya sidang akan datang kita buat siaran langsung. Sekurang kurangnya rakyat kita boleh mengikuti. Bukan soal provokasi politik ini biasalah sebenarnya, bukan… bukan benda baharu. Kita dah lama, season dalam politik dan kita pun tidak ambil hati sangat dengan kata kata… ialah pemuda cara pemuda… wanita cara wanita. Kita, kita lebih rasional kita… Saya akan maklum apa Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebut tadi. Insya-Allah saya akan selesaikan.

Yang Berhormat Speaker,

Saya akan pertimbangkan untuk buat live atau tidak pada bulan 8 ini. Kalau masih keluar provokasi yang keterlaluan, ini saya anggap provokasi yang keterlaluan dan menyentuh peribadi. Dan saya tahu dia… dia pun sebagai pemuda dalam… dalam PAS. Lepas itu yang mendesak Ahli-ahli Dewan. Saya tak tahulah kot Ahli-ahli daripada Perikatan Nasional pakat suruh dia yang bercakap. Itu pun strategik politik juga. Kita tahu. Tapi kalau ada provokasi yang melampau, saya tidak akan buat sebabnya untuk mendapat apa ini… ucapan Dewan, kita ada rakaman. Kita ada media sosial kita sendiri. Macam macam boleh keluar tak semestinya secara live. Dan saya

dah tengoklah di Semenanjung ini, 7 negeri je yang buat live… Terengganu pun tak buat. Kalau tak silap sayalah. Ada dalam handphone saya, dah check tengok dah.

Maknanya sehingga hari ini, walaupun dah nak buat, tapi bila keluar… kita dah kata nak buat bulan 8, keluar pula lagi dia punya statement… apa tujuan dia… pelik juga saya. Makna keputusan telah dibuat. Kata pulak MB Pahang penakut. Tak pernah ajak bertumbuk pun. Tak pernah ajak berbahas pun. Tak pernah itu pun. Tetiba keluar statement. Kalau penakut Yang Berhormat… ADUN Cheka, ini penggal kelima tau. Kalau penakut dua tiga penggal jalan dah. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat… Untuk maklumat sorry… untuk maklumat Yang Berhormat Cheka, Titah Diraja ada live di Pahang Media. Okay, itu maklumat Yang Berhormat Cheka. Sila Exco Kerajaan…

Yang Berhormat Speaker,

Saya perlu sebut perkara ini sebab tindakan mencerca pemimpin nombor satu atau pemimpin utama Pahang ini bukan kali pertama. Bukan juga kali kedua. Dah banyak kali oleh Pemuda PAS Pahang ini. Kalau Yang Berhormat Cheka kata biasalah Pemuda, tak biasa Yang Berhormat Cheka. Sebab saya bersama dengan Yang Berhormat Tahan, masa kita dalam sama sama pemuda dan dah terlepas daripada talian Muafakat Nasional pun, kita masih bersahabat secara baik, tak mengeluarkan kenyataan kenyataan sebegini. Dan saya minta kenyataan sebegini agar dihentikan dan ditegur serta-merta. Sebab ini bukan budaya politik di Pahang. Budaya politik kebencian terhadap pemimpin ini perlu dihentikan serta-merta. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. [Ahli Dewan menepuk meja].

Yang Berhormat Speaker,

Selanjutnya, saya ingin menyentuh berkait dengan belia kerana sesungguhnya jatuh bangun negeri ini banyak ditentukan oleh belia yang ada pada hari ini. Berkait perkara ini saya sangat gembira dan mengalu-alukan titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang menggesa lebih ramai agropreneur muda dilahirkan di negeri ini. Dan saya selaku Exco yang turut bertanggungjawab untuk portfolio belia ini, sedia untuk mengatur satu perjumpaan khas antara kepimpinan belia di seluruh negeri Pahang ini dengan Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian dan juga Jabatan Veterinar bagi memperincikan bentuk kerjasama dan inisiatif bersama yang boleh dilaksanakan antara pihak kerajaan dan juga belia bagi memastikan titah atau hasrat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang ini mampu direalisasikan dengan jayanya.

Kerjasama dan inisiatif ini termasuklah memperkukuh penyertaan serta penglibatan belia dalam sektor perikanan, ternakan, tanaman, industri makanan dan asas tani, agro teknologi dan lain lain lagi. Melalui perjumpaan dan perbincangan ini, adalah amat penting kepimpinan belia dari seluruh negeri Pahang diberikan kefahaman yang jelas oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang saya sebutkan tadi khususnya dari segi prosedur keperluan teknikal dan kelayakan untuk mendapatkan segala bantuan atau geran yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Yang Berhormat Speaker,

Berkait dengan bidang sukan, saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang akan menghantar penyertaan kontinjen yang besar ke SUKMA Sarawak pada Ogos ini melibatkan 45 orang pengurus pasukan, 127 jurulatih serta 327 atlet lelaki dan 276 atlet wanita. Dan ketika ini kita sedang melakukan persiapan rapi dari segi latihan dan juga penyertaan ke kejohanan sukan di dalam dan di luar negara dan kita berhasrat untuk memperbaiki kedudukan negeri Pahang di SUKMA pada kali ini dan kita bersungguh-sungguh untuk menjayakan hasrat ini dan pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Sukan Negara.

Banyak inisiatif-inisiatif baru antaranya adalah berkenaan dengan kebajikan atlet itu sendiri. Sebelum ini untuk elaun latihan atlet hanya diberi sebanyak RM100.00 sebulan. Tapi dengan inisiatif baru ini, bermula Januari ini, elaun atlet adalah sekurang-kurangnya RM250.00 sebulan. Dari segi kebajikan jurulatih, sekarang kita telah menaikkan gaji minima jurulatih kepada sekurang-kurangnya, ini melibatkan jurulatih sepenuh masa iaitu sekurang-kurangnya RM2000.00 sebulan. Kerana kita percaya bahawa kebajikan atlet dan jurulatih ini perlu ditingkat seiring demi mencapai prestasi sukan yang lebih baik.

Dan antara inisiatif lain juga yang kita laksanakan adalah penubuhan Tabung Sukan Pahang yang julung-julung kali diadakan, di mana kita membuka ruang dan peluang kepada syarikat-syarikat dan juga pihak berkepentingan untuk membantu dengan menyalurkan sumbangan ke dalam tabung ini, untuk kita bantu atlet-atlet, jurulatih dan juga persatuan-persatuan sukan dan sumbangan ini dikecualikan cukai. Ini juga adalah inisiatif baru dan sehingga kini sebanyak RM770,000.00 telah kita terima melalui tabung ini dan sebahagian besarnya telah disalurkan kepada pembangunan atlet, jurulatih dan juga persatuan-persatuan sukan dan dalam soal ini saya menggesa dan menggalakkan syarikat-syarikat termasuk syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Pahang iaitu state atau state GLC untuk turut menyumbang kepada Tabung Sukan Pahang ini.

Dan selain daripada itu, sekarang kita sedang merancakkan pembinaan pusat-pusat latihan sukan di seluruh daerah di negeri Pahang ini. Kalau boleh saya sebutkan Cameron Highlands dan Raub sekarang kita sasarkan untuk olahraga bagi sukan jarak jauh. Bentong juga olahraga, tapi untuk acara balingan. Pekan olahraga juga untuk acara lompatan. Kuala Krau untuk gimnastik artistic. Bera untuk sukan petanque. Sepak takraw di Betau. Jerantut untuk Sukan Muay Thai, baru sahaja siap. Triang, Silambam dan Pekan juga kita akan majukan pusat latihan untuk kriket.

Dan yang terakhir untuk sukan ini adalah pemodenan Stadium Darul Makmur dan saya nak mengucapkan terima kasih setinggi-tingginya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail kerana telah bersetuju menyalurkan peruntukan yang cukup besar kepada stadium pada tahun lalu, lebih kurang RM2.4 juta untuk bawa satu [Ahli dewan menepuk meja] transformasi dan pemodenan yang saya rasa sudah sampai masanya sesuai stadium sebagai mercu tanda bukan Kuantan sahaja, tetapi juga di negeri Pahang.

Sebab Pahang hanya ada satu-satunya stadium iaitu Stadium Darul Makmur dan lokasinya di tengah-tengah bandar Kuantan, amat penting dan melalui pemodenan ini selepas ini insya-Allah Yang Berhormat Menteri Besar Pahang juga telah bersetuju untuk menyalurkan RM1.2 juta untuk kita tukar atau naik taraf padang atau rumput Stadium Darul Makmur daripada cowgrass sekarang kepada rumput bermuda dan sedikit bantuan daripada KBS atau Kementerian Belia dan Sukan berjumlah RM500,000.00. Makna KBS bagi RM500,000.00 top up dengan peruntukan daripada kerajaan negeri Pahang RM1.2 juta untuk kita tukar buat pertama kalinya, dan…

Dato’ Yang Berhormat Speaker

Boleh saya mencelah sikit. Dengar cerita rumput-rumput itu tadi. Apa beza rumput-rumput yang sedia ada, dengan rumput yang bakal di stadium itu? Beza sikit.

Dia Liga Malaysia ini Yang Berhormat Speaker, telah berubah jadualnya. Akan berlangsung ketika musim tengkujuh. Maknanya kalau dulu Liga Malaysia ini dia tak main pada bulan Oktober, November, Disember, Januari, Februari, sebab ketika itu musim hujan. Kalau cowgrass ni yang rumput yang sedia ada sekarang dia akan berlumpur, jadi mungkin tergendala atau tertangguh perlawanan bola sepak tersebut. Tapi dengan rumput bermuda ini, daripada penilaian dan kajian daripada KBS itu sendiri lebih kompetitif. Perlawanan boleh diteruskan, tak lah tertangguh disebabkan lumpur dan hujan dengan lebat merosakkan padang.

Terima kasih. Cuma saya sedikit permohonan daripada vice president dua Kelab Golf Diraja Pahang. Yang Berhormat Speaker, daripada Naib Presiden lah. Rumput yang lama itu nak dibuang ke,bakar ke nak dibuat apa?

Yang Berhormat Speaker, saya cerita pasal bola ini citer pasal golf ini.

Jadi kita permainan bola, permainan golf di punya lapangan, lapangan itu rumput. Kalau dalam Quran, [ayat al-Quran] cuba awak tanya ustaz-ustaz tu [ayat al-Quran] Abbah itu rumput. al-Quran dah jadikan benda itu. Jadi semua lapangan kita ini ada rumput. Permainanlah. Saya ada sebab saya tanya itu.

Yang Berhormat Speaker,

Yang Berhormat sebenarnya banyak pihak yang memang tengah melobi untuk rumput cowgrass ini [ketawa] saya yang ini, saya serah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Kalau saya selaku Naib Presiden yang Timbalan Presiden Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi saya ini nak mintak rumput hantarlah ke kelab golf. Itu je. Kalau apa Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersetuju dalam Dewan Yang Mulia ini, saya mohon selaku Timbalan Presiden Kelab Golf Diraja Pahang. Apa salahnya menyumbang rumput tapi Yang Berhormat Yang Amat Berhormat Menteri Besar banyak menyumbang ke kelab golf ini. Terima kasih.

Yang Berhormat Speaker, nak minta rumput itu tak payah masuk dewan lah [ketawa] Sikit punya hal tu. Terima kasih.

Apa-apa hal pun, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Seterusnya saya nak sentuh sikit berkenaan dengan sukan permotoran yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tioman dan memang ketika ini kecenderungan yang sangat tinggi di kalangan anak muda terhadap sukan permotoran ini. Bukan sahaja di kalangan belia tetapi juga di kalangan pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah.

Jadi, Kerajaan Negeri amat menyedari perubahan minat yang cukup luar biasa di kalangan rakyat negeri Pahang ini. Dan bila mana kita menganjurkan event RXZ fighter baru-baru ini iaitu pada Mac lalu, dapat sambutan yang cukup hebat dan bagi impak yang cukup besar kepada sektor pelancongan dan ekonomi negeri Pahang ini, kita akan melihat secara bersungguh-sungguh.

Cadangan-cadangan untuk litar lumba dan drag yang akan dan yang dah ada pun misalnya di Pekan. Sama ada litar-litar ini boleh dinaik taraf, sesuai dinaik taraf untuk memenuhi minat anak-anak muda di negeri Pahang ini kerana hakikatnya Pahang masih belum ada lagi litar seperti ini dan kita tengok di negeri lain, memang minat untuk hadir setiap event di litar-litar ini bagi kesan ekonomi yang cukup besar kepada negeri-negeri tersebut.

Yang Berhormat Speaker

Sebagai penutupnya, saya nak memetik kata-kata Yang Berhormat Menteri Besar Pahang iaitu hari ini adalah lebih baik dari hari semalam. Merujuk kepada prestasi cemerlang Kerajaan Negeri Pahang yang sentiasa menunjukkan perubahan positif dari segi peningkatan hasil negeri, pengurangan hutang kepada Kerajaan Persekutuan, peningkatan pelaburan dan KDNK, pengurangan ketirisan melalui peningkatan penguatkuasaan selain kecekapan tadbir urus yang membolehkan hari ini lebih baik dari hari semalam. Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah melakukan yang terbaik sekalipun ada perbezaan ideologi atau fahaman politik di dalam atau pun luar Dewan Yang Mulia ini demi kepentingan rakyat dan negeri marilah kita bersama-sama membina masa depan Pahang yang lebih gemilang.

Resepi kejayaan ini terletak di bahu setiap seorang dari kita di dalam Dewan yang mulia ini untuk membentuk kesatuan dan juga kebersamaan saling hormat-menghormati dan mengetepikan perbezaan yang hanya merugikan kita serta merencatkan kemajuan tanah bertuah Pahang Darul Makmur ini. Dengan kata-kata itu, saya mengakhiri penggulungan saya dengan mendukung sepenuh jiwa raga saya terhadap Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja].

Speaker

Terima kasih Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang. Seterusnya, saya menjemput Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang memberi jawapan, sila.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah keizinannya, maka dapat kita bersama-sama di dalam Dewan yang mulia pada hari ini. Ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh portfolio saya, Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.

Di kesempatan ini, patik ingin menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan Titah Diraja yang pada hemat patik yang komprehensif mencakupi segenap aspek dalam memastikan urus tadbir negeri ini berjalan dengan baik.

Yang Berhormat Speaker,

Kerajaan negeri memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat seperti mana yang dizahirkan dalam Belanjawan Negeri Pahang tahun 2024 ini. Usaha menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat menjadi fokus utama kerajaan negeri bagi membela nasib mereka yang terkesan dari segi pendapatan dan kualiti hidup. Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang akan meneruskan usaha dalam menangani isu-isu semasa bagi memastikan kesejahteraan rakyat diutamakan. Pelbagai inisiatif yang dirancang oleh Kerajaan Negeri sepanjang tahun 2024 diakui memberi manfaat kepada rakyat.

Antara program tersebut adalah bagi memperkukuhkan tadbir urus dalam Pengurusan Bencana Negeri Pahang, Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Jawatankuasa Malapetaka Negeri Pahang KWAMP bagi... iaitu meningkat… iaitu peningkatan sebanyak 31.5% bersamaan RM2.4 juta berbanding peruntukan tahun 2023, sebanyak RM7.6 juta. Kerajaan Negeri juga memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat di mana penekanan kepada aspek kebajikan dan keperluan rakyat termasuk kebajikan warga emas dan juga orang kurang upaya.

Di antara program-program berkenaan adalah seperti berikut; Pelaksanaan Program Khidmat Bantu di Rumah melibatkan peruntukkan sebanyak RM2.058 juta di mana memberi manfaat kepada 7,712 orang penerima bantuan daripada kalangan warga emas dan juga OKU. Di samping itu, pemberian secara one-off RM500.00 diberi kepada 300 orang penyelia dan petugas Program Pemulihan dalam Komuniti PPDK melibatkan peruntukkan sebanyak RM150,000.00 bagi menghargai sumbangan yang diberikan kepada golongan OKU. Pemberian bantuan secara one-off kepada 1,500 orang pelatih OKU di PPDK melibatkan peruntukkan sebanyak RM300,000.00, dengan pemberian sebanyak RM200.00 setiap pelatih.

Seterusnya pelaksanaan penanda aras premis OKU dengan tujuan untuk mengiktiraf kemudahan OKU… kemudahan mesra OKU melibatkan peruntukkan sebanyak RM500,000.00. Di samping itu juga, sambutan Hari Kebajikan yang menggabungkan sambutan Hari OKU, Hari Warga Emas dan Hari Kanak-kanak di bawah satu program yang mana… yang sama melalui peruntukan sebanyak RM250,000.00. Bantuan Prihatin Pahang diteruskan juga pada tahun 2024, menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan rakyat iaitu anak yatim di pusat jagaan berdaftar dengan JKM akan menerima RM250.00 melibatkan 450 orang penerima, dengan peruntukan sebanyak RM112,500.00. Rumah anak yatim yang berdaftar akan menerima RM10,000.00, melibatkan 14 buah pusat jagaan dengan peruntukkan sebanyak RM140,000.

Peruntukkan sebanyak RM1.5 juta kepada 500 orang penerima warga emas yang akan menerima subsidi RM3,000.00 seorang untuk pembedahan katarak mata…

Boleh mohon mencelah sekejap Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Speaker. Saya minta penjelasan kerajaan berkaitan dengan Kumpulan Wang Bencana tadi, malapetaka. Cadangan saya sebab sekarang ini apa yang… yang berlaku bencana ataupun malapetaka yang menimpa rumah persendirian atau perseorangan sahaja yang dilindungi, dapat bantuan ini. Tapi peniaga-peniaga tidak mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Terutama sekali peniaga kecil. Ada yang kena bencana ribut, terbakar. Bila warung dia contohnya goreng pisang ke, jual keropok, di kawasan saya itu ada kadang-kadang berlaku ribut, tapi tidak ada bantuan daripada Jabatan Kebajikan.

Cadangan saya supaya peniaga-peniaga kecil ini dibantu melalui insuran berkelompok. Kalau pihak kerajaan negeri boleh cover premium insurans berkelompok untuk peniaga kecil syarat dia adalah syarat-syaratnya. Bukan semua insurans boleh cover tapi kalau boleh dicari inisiatif supaya bila berlaku bencana mereka dilindungi juga. Ada juga sumbangan untuk nak mulakan balik perniagaan. Terima kasih.

Terima kasih kepada sahabat. Sebenarnya perkara ini memang ada di dalam perbincangan kita di masa akan datang. Insya-Allah. Dan seterusnya peruntukkan sebanyak RM600,000.00 kepada Majlis Kebajikan Negeri Pahang bagi membantu kelancaran pengoperasian pertubuhan tersebut dalam membantu dan melengkapi usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam bidang Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat.

Program Pahang Makmur merupakan inisiatif kebajikan daripada Kerajaan Negeri di mana penjenamaan semula program kebanggaan Pahang iaitu Kasih Makmur yang telah berjaya dilaksanakan sebelum ini. Melalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri meneruskan pelaksanaan Kad Kesihatan kepada 31,600 orang warga emas dan OKU melibatkan peruntukan sebanyak RM16.8 juta. Dan bagi menjawab persoalan daripada sahabat kita daripada Semambu dua hari lepas, di mana pemegang kad yang menerima daripada tahun 2022 boleh meneruskan walaupun tiada kad baru, sekiranya kad tersebut hilang, beliau boleh er… mereka boleh mengemukakan kad pengenalan dan kita tak perlukan kad baru, okey.

Dan seterusnya wanita Malaysia membentuk 48.5% daripada keseluruhan 32.7 juta penduduk negara. Manakala di Pahang, wanita mewakili 48% daripada keseluruhan

1.4 juta penduduk negeri Pahang. Justeru, tidak dapat dinafikan sekiranya potensi mereka diupayakan sepenuhnya, wanita boleh menyumbang dan menyertai usaha-usaha pembangunan negara dalam aspek ekonomi, politik, budaya dan sosial dengan lebih efektif.

Di negeri Pahang, pelbagai inisiatif telah dirangka bagi memperkasa wanita sebagai nadi yang menjadi penyumbang penting dalam pembangunan negara. Untuk ini, Kerajaan Negeri telah merangka pelbagai inisiatif bagi mencapai matlamat ini. Antaranya bagi merungkai isu-isu berkaitan wanita dalam sumber aspek pembangunan wanita, ianya terdapat dalam Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang (DPTWP) secara komprehensif kepada wanita dalam semua kategori dan kluster tanpa mengira bangsa. Bagi tujuan pelaksanaan program-program DPTWP ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta setahun sehingga tahun 2026.

Kerajaan Negeri juga memberi fokus kepada usahawan kecil, wanita kecil, ibu tunggal dan usahawan kecil B40 melalui program Anggun Maju. Kursus dan latihan keusahawanan akan diberikan kepada 1,000 usahawan yang layak. Program ini akan bermula Jun sehingga Disember 2024 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM420,000.00.

Peranan suri rumah boleh menjadi asas yang kukuh untuk menjalankan perniagaan. Walaupun sering dianggap kerja rumah tanpa gaji, ramai suri rumah telah berjaya membina perniagaan sendiri menggunakan masa dan kemahiran yang mereka ada di rumah. Pihak Kerajaan Negeri akan menyediakan pendidikan dan latihan keusahawanan yang boleh diakses oleh suri rumah, baik melalui program formal ataupun latihan tidak formal dalam membantu mereka memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk memulakan dan mengurus perniagaan mereka sendiri.

Memperkasa dan membangunkan pemimpin wanita muda merupakan bahagian penting dalam agenda pembangunan di banyak negara, termasuk Malaysia. Oleh itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM250,000.00 bagi program yang memberi peluang, sokongan dan pembangunan dalam memperkasakan kepimpinan wanita muda ini. Dan satu lagi adalah perkahwinan beramai-ramai adalah fenomena budaya yang mempunyai akar yang mendalam dalam sejarah dan tradisi masyarakat di pelbagai bahagian dunia.

Ianya dilakukan dengan lebih ramai pasangan pengantin dalam satu majlis yang diraikan oleh bukan sahaja keluarga tetapi pemimpin kerajaan. Untuk itu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 bagi menjayakan program ini. Bukan kahwin ramai-ramai tapi kahwin beramai-ramai itu maksudnya banyak pasangan, bukan kahwin ramai ya.

Keprihatinan Kerajaan Negeri bukan sahaja kepada orang dewasa, malah seawal kelahiran turut diberi perhatian. Program Permata Makmur tahun 2024 diwujudkan bagi menghargai anak kelahiran Pahang, yang lahir pada tahun 2024. Permohonan untuk inisiatif ini telah mula dibuka pada 1 Mei 2024. Kepada ibu-ibu di luar sana yang akan melahirkan, bolehlah mendaftar dan laman web kita adalah laman web e-Rakyat ya, boleh berdaftar di situ. Okey seterusnya, selain itu Kerajaan Negeri Pahang turut berkolaborasi bersama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri bagi melaksanakan beberapa inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2024 untuk meningkatkan peluang dan penyertaan wanita dalam ekonomi dan sokongan psikososial.

Sukarelawan Skuad Waja ditubuhkan untuk memperkasakan komuniti melalui psikososial dan aktiviti dalam komuniti khususnya wanita bagi meningkatkan kesedaran tentang isu-isu jenayah dan menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita telah merangka pelbagai program yang bersesuaian selaras dengan Teras Strategik 2, Pelan Strategik KPWKM 2021-2025 memperkasakan wanita yang mana program-program ini dilaksanakan melalui Pejabat Pembangunan Wanita Negeri. Program-program dirangka adalah selaras dengan langkah strategik di bawah... seperti di bawah ini iaitu Wanita dan Ekonomi Wanita, Wanita Selamat, Wanita Sejahtera dan juga Wanita dan Kepimpinan.

Dalam konteks memperkasakan NGO bagi tahun 2023, sebanyak 32 NGO telah diluluskan peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan melibatkan lebih RM0.5 juta bagi pelaksanaan program-program pemerkasaan wanita. Sepanjang 2023, 2 NGO iaitu Persatuan Qaseh Peduli Kuantan iaitu Peduli Care dan Persatuan Jingga Wanita Peduli, telah diluluskan di negeri Pahang melalui peruntukan khas Perbendaharan NGO KPWKN yang melibatkan peruntukan sebanyak RM21,648.00. Di samping itu juga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Pahang merupakan agensi badan berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia.

Peranan LPPKN di peringkat negeri sebagai agensi pelaksana dan penyampai perkhidmatan terus kepada masyarakat khususnya di negeri Pahang. Bagi usaha tindakan pencegahan dan bantuan sokongan keluarga, LPPKN Negeri Pahang telah dan akan melaksanakan beberapa program seperti berikut. Yang pertama, kempen penerapan nilai teras keluarga yang disingkatkan KASIH. Yang ke-2, program pendidikan kemahiran keibubapaan dan bimbingan kaunseling. Yang ke-3, program psikoseksual untuk remaja dan yang ke-4, program kesihatan reproduktif dan kesejahteraan wanita.

Yang Berhormat Dato'... Yang Berhormat Speaker,

Penglibatan serta sumbangan kaum wanita ini amat diperlukan dalam membantu kerajaan membangunkan negeri. Wanita harus mempunyai rasa tanggungjawab meningkatkan keupayaan dalam memajukan diri dalam apa jua bidang yang diceburi. Bagi menempatkan diri dalam arus perkembangan semasa, menguasai teknologi adalah satu langkah yang tepat bagi wanita membina kerjaya dan empayar. Wanita perlu menghadapi perubahan dalam cara bekerja seiring dengan perubahan digital dan ekosistem seterusnya dapat memacu ekonomi keluarga dan negara tanpa mengabaikan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dan juga ibu.

Oleh kerana peranan dan komitmen wanita sangat tinggi dalam melaksanakan apa jua agenda pembangunan yang diamanahkan, Kerajaan Negeri melalui Pelan Tindakan Wanita Pahang akan memperincikan keperluan wanita dan peluang yang perlu diberikan kepada mereka terutamanya dalam bidang ekonomi dan pembuat dasar bagi memastikan mereka kekal relevan dan terus memberi sumbangan.

Seterusnya Yang Berhormat Speaker, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya iaitu Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Dan akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara yang dibangkitkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai serta kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini.

Kepada soalan-soalan yang tidak sempat saya jawab secara lisan insya-Allah saya akan menjawabnya secara bertulis dan dengan kata-kata itu saya akhiri penggulungan dan saya menyokong Titah Diraja. Wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Seterusnya, saya menjemput Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang memberi jawapan. Sila Yang Berhormat.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya, maka kita dapat bersama-sama berada di Dewan yang mulia ini pada hari ke-4 bagi menunaikan amanah dan tanggungjawab dari kawasan masing-masing.

Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Speaker kerana telah memberi ruang kepada saya untuk ucapan penggulungan dan membahas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah. Patik menjunjung kasih di atas keberangkatan pulang Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang ke negeri tercinta ini setelah 5 tahun bertahkta sebagai ketua utama negara mengetuai kepimpinan negara sepanjang tempoh pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16.

Bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kebijaksanaan Tuanku berdua dalam melunaskan amanah dan merungkai permasalahan negara yang tidak pernah dialami sebelum ini. Jasa dan kecemerlangan Tuanku akan dikenang rakyat untuk selama-lamanya.

Yang Berhormat Speaker,

Saya juga ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada kepimpinan yang dikasihi Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang telah berjaya menerajui kepimpinan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang dengan penuh kecemerlangan dengan menitik berat urus tadbir yang baik, akauntabiliti dan integriti This is Pahang, Pahang 1st, tiada janji, lihat bukti. Terima kasih juga saya zahirkan kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang membahas Titah Diraja dan turut menyentuh portfolio saya yang mencakupi hal-hal kerja raya, pengangkutan dan kesihatan.

Yang Berhormat Speaker,

Di bawah portfolio kerja raya, pengangkutan dan kesihatan, sebanyak 29 soalan bertulis telah diterima. Daripada jumlah tersebut, 4 soalan telah dijawab secara lisan manakala selebihnya akan dijawab secara bertulis.

Yang Berhormat Speaker,

Menyentuh portfolio kerja raya, peruntukan RM2.8 bilion yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk senggaraan jalan dan jambatan persekutuan tahun 2004, JKR Pahang telah menerima agihan bagi kerja pembaikan jalan, jambatan dan kerja

rutin dan lain-lain berjumlah RM153.33 juta dan daripada peruntukan tersebut sebanyak 161 kerja senggaraan sedang dilaksanakan di seluruh Negeri Pahang.

Sehingga 30 April 2024, JKR Negeri Pahang telah menerima peruntukan sejumlah RM104.595 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan negeri dan jalan kampung. Saya hargai pandangan dan izinkan saya memberi penjelasan berhubung soalan-soalan tambahan yang telah diajukan sepanjang perbahasan dua hari yang lalu. Seramai 11 ahli Yang Berhormat menyentuh soal portfolio kerja raya antaranya Yang Berhormat Batu Talam, Beserah, Lanchang, Ketari, Bukit Ibam, Sabai, Tahan, Tanah Rata, Chini, Pulau Manis dan Semantan.

Yang Berhormat Speaker,

Menjawab soalan tambahan daripada Batu Talam berkenaan cadangan baru, jalan baru dari Raub ke Slim River, Perak. Ianya telah diangkat dalam Rolling Plan 1, 2, 3 dan 4 dalam Rancangan Malaysia Ke-12, namun belum mendapat kelulusan daripada Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Ekonomi. Permohonan untuk mengangkat cadangan projek telah dibuat sekali lagi dalam Rolling Plan ke-5 RMK ke-12. Merujuk soalan tambahan ADUN Beserah berkenaan isu kerosakan jalan di Beserah. Untuk makluman Yang Berhormat, permohonan peruntukan bagi pembaikan jalan tahun 2004 telah diangkat kepada pihak Kementerian Kerja Raya melalui Cawangan Selenggara Fasiliti Jalan Kerja Raya Malaysia. Sehingga kini, sebanyak RM4 juta peruntukan telah diluluskan. Bagi pembaikan jalan di DUN Beserah meliputi Jalan Kuantan-Chukai, FT 03 dan Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, FT 02.

Yang Berhormat,

Speaker menjawab soalan tambahan penduduk Lanchang berkenaan cadangan menaik taraf laluan perhubungan di Kampung Kelubi yang sering terkesan akibat bencana saban tahun. Dimaklumkan, berdasarkan semakan JKR Negeri Pahang tetapi terdapat dua jalan perhubungan di kampung tersebut. Walau bagaimanapun, pihak JKR Negeri Pahang perlu membuat semakan status jalan dan lokasi jalan perhubungan yang dimaksudkan untuk dinaik taraf memandangkan laluan tersebut banyak melalui ladang persendirian.

Manakala berkenaan jambatan gantung yang kembali rosak selepas banjir dimaklumkan secara umum pembinaan jambatan baru oleh JKR Malaysia telah mengambil kira keperluan JPS yang mensyaratkan disediakan ruang lepas ataupun free board satu meter daripada aras banjir tertinggi atau berdasarkan pengiraan hidrologi. Walau bagaimanapun, terdapat juga jambatan gantung yang dibina oleh agensi lain seperti Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Pejabat Tanah dan Daerah. Tambahan lagi, sejak kebelakangan ini, kejadian banjir yang berlaku adalah… akibat banjir yang luar biasa yang mengakibatkan jambatan tenggelam. Merujuk kepada soalan tambahan YB ADUN Ketari, berkenaan 100 hotspot hakisan cerun di Jalan Lama Karak-Kuantan.

Dimaklumkan bahawa jalan tersebut merupakan Jalan Persekutuan FT 68, Jalan Kuala Lumpur-Bentong, Jalan Lama Bentong. Permohonan peruntukan bagi pembaikan cerun 2024 telah diangkat kepada Kementerian Kerja Raya melalui Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR Malaysia. Sehingga kini, JKR Pahang telah menerima kelulusan untuk melaksanakan pembaikan cerun di tiga lokasi dengan kos berjumlah RM6 juta dan kerja-kerja di tapak dalam proses pelaksanaan.

Manakala soalan tambahan daripada DUN Ibam agar jalan ke Kampung Orang Asli dinaik taraf dan lampu jalan di sekitar FELDA Gugusan Selancar, FELDA Keratong er… dan FELDA Keratong Indah dibaik pulih kerana membahayakan pengguna jalan. JKR Negeri Pahang memaklum terhadap permohonan ini. Untuk makluman, permohonan bagi menaik taraf jalan kampung Orang Asli perlulah dikemukakan oleh pihak JAKOA kepada pihak JKR Negeri Pahang untuk tindakan penyediaan anggaran kos dan tindakan selanjutnya.

Manakala permohonan kelulusan peruntukan bagi penyelenggaraan lampu jalan akan diangkat ke Kementerian Kerja Raya melalui Cawangan Selenggara Fasiliti Jalan. Kerja-kerja akan dilaksanakan apabila peruntukan diluluskan kelak. Menjawab soalan tambahan daripada ADUN Sabai berhubung dengan permohonan dewan serba guna di Sabai. Berdasarkan kawasan yang telah dikenal pasti dan dicadangkan.

Dato’ Sri Speaker,

Berdasarkan semakan daripada JKR Bentong dan Pejabat Tanah…Pejabat Daerah Daerah Bentong didapati pemohonan pembangunan tersebut adalah termasuk di dalam Tanah Simpanan Jalan ataupun ROW dan Simpanan Pintasan Karak Bypass. Seperti dinyatakan dalam plan… Plan Akui iaitu PA 125110. Walau bagaimanapun, setelah mendapat penjelasan daripada Pegawai Daerah Bentong, saya akan membawa perkara ini kepada pihak JKR Negeri untuk menyelesaikan berkenaan isu tanah. Jadi, saya mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Daerah Bentong yang telah memberi penjelasan kepada saya.

Menjawab soalan tambahan daripada ADUN Batu Talam, sory er…maaf daripada ADUN Tahan tentang status terkini jambatan er…terkini pembinaan Jalan Kuala Sat, Kuala Tembeling, Mat Daling yang didapati seperti sedang tergendala. Projek Jalan Kampung Mat Daling, Jerantut, Pahang ke sempadan Pahang-Terengganu, Fasa 3B merupakan salah satu projek yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Projek tersebut telah bermula pada 11 November 2021 kini dalam fasa pelaksanaan dengan cadangan jajaran asal sepanjang 42 kilometer. Walau bagaimanapun, projek pembinaan jalan tersebut terpaksa dikurangkan kepada 3 kilometer sahaja atas justifikasi seperti berikut. Pertamanya, Hutan Simpan Kekal Gunung Ais yang diwartakan sebagai Taman Harimau Al-Sultan Abdullah. Sebahagian jajaran jalan merentasi kawasan Taman Harimau Al-Sultan Abdullah yang keduanya, Jajaran asal jalan merentasi Hutan Simpan Kekal dan kawasan Central Forest Spine. Menjawab soalan tambahan daripada ADUN Tanah Rata…

Speaker, er…saya nak sedikit penjelasan. Apa yang saya bangkitkan dalam perbahasan saya sebenarnya bukan merujuk kepada Jalan Mat Daling ke sempadan Terengganu. Apa yang saya fokuskan kepada er… projek pembinaan jalan dalam kampung yang melibatkan Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal ke Kampung Mat Daling dan juga Kampung Gusai yang meibatkan ada dua jambatan. Itu yang saya maksudkan, ada 2A, 2B, 2C, itu yang… bukan-bukan yang ke sempadan Terengganu itu. Terima kasih.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Okey, Speaker saya mengambil maklum tentang perkara yang dibangkitkan itu dan saya akan beri jawapan bertulis. Er…soalan tambahan daripada ADUN Tanah Rata berkenaan dengan pembaikan pembentung culvert di Batu 51, Kampung Raja. Laluan

yang dimaksudkan ialah Jalan Persekutuan FT 59, Jalan Tapah-Cameron Highlands. Jalan tersebut masih boleh dilalui berikutan JKR Cameron Highlands telah melaksanakan kerja-kerja sementara secara kecemasan. Pihak JKR Cameron Highlands telah menyediakan Notification of Defect ya, ataupun NoD bagi pembaikan jangka panjang untuk mengatasi masalah tersebut. Ianya dalam tindakan untuk diangkat kepada JKR Negeri Pahang untuk tindakan selanjutnya dalam masa terdekat ini.

Menjawab soalan tambahan daripada ADUN Chini berkata, penyela… penyelenggaraan Jalan Segamat-Kuantan melalui kawasan Chini. Laluan yang dimaksudkan ialah laluan Lebuhraya Kuantan-Segamat ataupun Lebuhraya Tun Razak, (FT12). Laluan tersebut masih belum diserahkan sepenuhnya untuk tujuan-tujuan… untuk tujuan penyelenggaraan. Tanggungjawab pembaikan di jalan yang dibina oleh JKR dan belum diserahkan untuk penyelenggaraan adalah di bawah ibu pejabat JKR Malaysia.

Menjawab soalan tambahan daripada Yang Berhormat ADUN Pulau Manis, pihak konsesi penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri sentiasa melaksanakan tampalan jalan-jalan berlubang iaitu skop kerja rutin R01 ataupun tampalan pothole. Walau bagaimanapun, skop ini terhad kepada Jalan Persekutuan yang telah diserahkan untuk diselenggara… untuk penyelenggaraan dan jalan raya, Jalan-jalan Negeri yang didaftarkan di dalam Sistem MARRIS oleh pihak JKR Negeri Pahang.

Yang Berhormat Speaker,

Menjawab soalan tambahan daripada Semantan, berhubung dengan Laluan Persekutuan (FT02) di besarkan dua laluan sehala. Pihak JKR Negeri Pahang melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) telah mengangkat permohonan untuk menaik taraf laluan LPT2 bermula daripada Seksyen 203 iaitu di Pekan Lanchang sehingga ke Seksyen 246 Sempadan Temerloh-Maran.

Dalam Rolling Plan pertama, ke-2 dan ke-3 er… Rolling Plan 1, 2, 3 dan 4, ya, RMKe-12, namun masih belum mendapat kelulusan daripada Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Ekonomi. JKR sekali lagi telah mengangkat permohonan untuk menaik taraf laluan tersebut, dalam Rolling Plan ke-5 dalam Rancangan Malaysia Ke-12 kepada pihak er… Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Ekonomi. Kerja-kerja menaik taraf akan dilaksanakan sekiranya kelulusan diperolehi kelak.

Yang Berhormat Speaker,

Dalam memastikan jaringan jalan yang baik untuk memudahkan pergerakan rakyat di samping melancarkan aktiviti para pedagang dan menjana ekonomi negeri setempat, sebanyak 288 bilangan cadangan projek bina baharu atau menaik taraf jalan telah dipohon kepada Kementerian er… kepada kerajaan persekutuan iaitu er… Kementerian Kerja Raya dan juga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dalam Rolling Plan ke-4 rancangan dengan anggaran kos keseluruhan RM53.463 bilion.

Yang Berhormat Speaker,

Menyentuh Portfolio Pengangkutan, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengangkutan Negeri Pahang sentiasa mengambil berat berhubung isu kesesakan di… di persimpangan-persimpangan jalan utama, di bandar Kuantan serta di Jalan Utama Cameron Highlands. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh ketepuan kadar

aliran trafik terutama semasa waktu puncak atau cuti umum. Dengan pertambahan bilangan kenderaan yang tinggi dan seterusnya menyebabkan level of space menurun kepada Tahap E atau F. Jawatankuasa Pengangkutan Jalan, Jalan Negeri Pahang juga turut membincangkan isu, er… mengenai isu-isu keselamatan jalan raya di negeri Pahang seperti penyelenggaraan jalan dan sebagainya.

Yang Berhormat Speaker,

Seramai 3 Ahli Yang Berhormat menyentuh soal Portfolio Pengangkutan di antaranya Yang Berhormat Batu Talam, Ketari dan Kuala Semantan. Menjawab soalan tambahan daripada Kuala Semantan berkenaan dengan penyelenggaraan jalan C119 berhampiran Hotel Seri Malaysia di Bandar Temerloh hingga ke Lubuk Kawah.

Yang Berhormat Speaker,

Polis Diraja Malaysia, Kontinjen Pahang khususnya PDRM Temerloh telah melaksanakan penguatkuasaan undang-undang trafik di lokasi yang disebutkan iaitu di Jalan Bangau, Lubuk Kawah, laluan ke Hotel Seri Malaysia sejak akhir bulan Mei, sejak akhir bulan April sehingga awal bulan Mei. Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak enam, 56 buah lori telah diperiksa dan 61 saman telah dikeluarkan kepada pemandu lori yang, er… atas pelbagai kesalahan.

Manakala pihak Pejabat Daerah Temerloh… Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh sentiasa akan terus er… melaksanakan pemantauan secara berkala dan mengejut melibatkan agensi Penguatkuasaan Negeri dan Persekutuan seperti Unit Penguatkuasa Negeri Pahang, JPJ, PDRM serta Jabatan-jabatan lain yang menetapkan syarat permit seperti JKR dan JPS ke atas pengusaha-pengusaha pam pasir agar mematuhi syarat-syarat had muatan lori, kelajuan dan laluan yang ditetapkan di dalam permit.

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Mohon mencelah sedikit. Er… YB Speaker dan juga Exco. Terima kasih kepada penjelasan tentang apa yang disebut oleh Semantan tentang Laluan C119. Cuma isunya, Jalan C119 ini, laluan ini, keadaan permukaan jalan yang berlekuk lekir dan bergelombang ini dah terlalu lama saya rasa.

Jadi mungkin suatu usaha bersepadu perlu dilakukan oleh agensi-agensi berkaitan umpamanya pembaikan. Sebab acap kali bila paip bocor, di sini selalu sangat jadi paip bocor di bawah jalan. Jadi bila paip bocor, mungkin pembaikan yang dilakukan oleh PAIP itu tidak menepati SOP yang sepatutnya. Jadi menyebabkan, jalan itu bergelombang. Hari ini baiki besok lori besar lalu dia gelombang balik semula. Jadi ini isu yang saya rasa perlu diberi perhatianlah, terima kasih er… Speaker.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Er… terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih kepada Semantan. Er... Jalan C119 ini adalah Jalan State, Jalan Negeri ya, er… milik Jabatan Kerja Raya dan diselenggarakan oleh konsesi YP Maintenance. Insya-Allah, er… perkara ini akan diambil perhatian. Menjawab kepada soalan tambahan daripada ADUN Ketari, cadangan menaik taraf LPT.

Yang Berhormat Speaker,

Lembaga Lebuhraya Malaysia ketika ini, fokus kepada LPT 1 adalah, menangani isu banjir, dengan menaik taraf 14 lokasi, iaitu 10 lokasi yang telah dikenal pasti sebagai kawasan banjir, dan 4 lokasi sebagai kawasan berpotensi banjir secara peringkat. Manakala cadangan pelebaran Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak telah dirancang untuk pelaksanaannya dan ketika ini sedang da… di peringkat pra-pembinaan.

Menjawab soalan tambahan daripada Batu Talam mencadangkan agar Kerajaan Negeri merancang laluan baru ECRL dari Bentong ke Lipis.

Yang Berhormat Speaker,

Jalan ECRL, eh sorry, er… maaf, jajaran ECRL di negeri Pahang melibatkan pembinaan 7 buah stesen merentasi daerah Kuantan, Maran, Temerloh dan Bentong. Daerah-daerah lain juga dalam penelitian bagi pembangunan spur line yang menghubungkan daerah tersebut ke laluan utama ECRL sedia ada. Ketika ini, Pihak Bahagian Perancang Ekonomi Negeri telah melantik pihak UMPSA Universiti Malaysia Pahang bagi menjalankan kajian bagi Kebolehsanaan pembinaan spur line projek Laluan Rel Pantai Timur ECRL di negeri Pahang yang melibatkan cadangan pembinaan spur line di daerah Pekan, Rompin, Raub dan Lipis. Kajian selama sebulan ini masih berlangsung dan hasil kajian akan dikemukakan pada 12 Julai 2024 kepada Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Speaker,

Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan RM2 juta bagi tahun 2024 untuk menaik taraf kemudahan latihan Pahang Skill kepada pusat kecemerlangan dengan membangunkan kursus baru iaitu Kursus Penyelenggaraan Landasan Kereta Api selaras dengan Projek Laluan Rel Pantai Timur, yang kini dalam proses penyiapan fasiliti kursus tersebut. Dengan kerjasama pihak Malaysia Railway Link Sdn. Bhd. (MRL) dan China Communications Construction Company (CCCC) selaku kontraktor pemaju utama projek ECRL. Pengambilan pelatih seramai 100 orang akan dibuat pada tahun 2025 bagi menyertai kursus selama setahun dengan Sijil Kemahiran Malaysia.

Manakala, bagi mempromosi pelancongan kereta api di laluan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM150,000.00 untuk tahun 2024 bagi mempromosi pakej pelancongan kereta api yang melibatkan 5 stesen Keretapi Tanah Mela… Tanah Melayu Berhad ya, iaitu di Stesen Kemayan, Mentakab, Jerantut, Lipis dan Merapoh.

Yang Berhormat Speaker,

Menyentuh tentang Portfolio Kesihatan. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengagihkan peruntukan mengurus sebanyak RM1.493 bilion dan peruntukan pembangunan sebanyak RM149.278 juta kepada negeri Pahang melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

Untuk mengurus adalah… bagi tujuan pembayaran… pembayaran emolumen melibatkan 16,725 orang pegawai dan kakitangan seluruh negeri Pahang dan penyampaian perkhidmatan di bawah program pengurusan, perubatan, kesihatan awam, kesihatan pergigian, farmasi, keselamatan dan kualiti makanan, penyediaan penyelidikan dan sokongan teknikal, program kursus serta konsesi, penswastaan, makmal ubat dan stor.

Manakala bagi peruntukkan pembangunan adalah meliputi pelaksanaan projek pembangunan fizikal, penggantian dan naik taraf peralatan perubatan dan fasiliti-fasiliti kesihatan di seluruh negeri Pahang. Sejumlah RM15.5 juta telah diperuntukkan bagi menaik taraf dan membina semula 40 buah klinik daif di seluruh negeri Pahang dan 2 projek telah berjaya disiapkan iaitu Klinik Desa, Jengka 25 dan Klinik Desa… dan Klinik Desa Kampung Raja, Cameron Highlands. Manakala 38 projek lagi dijangka siap sebelum pertengahan Disember 2004.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 sebanyak 16 projek pembangunan fizikal dengan siling peruntukan sebanyak RM808.427 juta sedang giat dilaksanakan. Ini termasuk pembinaan baru Klinik Kesihatan Kuala Tahan, Jerantut dengan peruntukan RM26 juta serta pembinaan bangunan menses board, dengan izin, dan penambahan kapasiti set janakuasa tunggu sedia ada di Hospital Bentong dengan peruntukan berjumlah RM9.362 juta.

Yang Berhormat Speaker,

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang yang turut menyumbang kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti bagi rakyat negeri Pahang, di mana Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah menerima peruntukkan bagi menaik taraf perkhidmatan bersalin di 3 buah klinik kesihatan yang terletak berhampiran dengan sempadan negeri iaitu Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman, Klinik Kesihatan Perwira Jaya di FELDA Selancar, Rompin dan Klinik Kesihatan Sungai Ular, Kuantan dengan keseluruhan peruntukan RM6.37 juta.

Sumbangan ini adalah bagi memastikan rakyat yang tinggal berhampiran sempadan negeri masih boleh melahirkan anak seterusnya mendaftarkan kelahiran di dalam negeri Pahang tanpa perlu mendapat perkhidmatan kesihatan di negeri bersempadan. Pusat Bersalin Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman telah beroperasi pada September 2023 dan telah merekodkan kelahiran bayi pertama pada 03 November 2023 manakala Klinik Kesihatan Perwira Jaya FELDA Selancar, Rompin mula beroperasi pada Mac 2024 dan merekodkan kelahiran bayi pertama pada 19 April 2024.

Seramai 2 Ahli Berhormat menyentuh portfolio kesihatan, antaranya Yang Berhormat Beserah dan juga Yang Berhormat Chini. Menjawab soalan tambahan daripada Yang Berhormat Beserah, bagi projek menaik taraf Klinik Kesihatan Sungai Ular, Kuantan pula, ianya telah mencapai kemajuan kerja 100% dan dijangka boleh beroperasi sepenuhnya pada bulan Oktober 2024, selepas perolehan peralatan perubatan dan bukan perubatan selesai.

Menjawab soalan daripada YB Chini, Yang Berhormat Chini. Bagi menjawab isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat er... Ahli Kawasan Chini berdekatan dengan mesin ultrasound bagi Klinik Kesihatan di kawasan Chini. Perkhidmatan kesihatan ibu mengandung bagi penduduk di kawasan FELDA Chini disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui sebuah Klinik Kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Chini dan 5 buah Klinik Desa iaitu Klinik Desa Chini 2, Klinik Desa Chini 3, Klinik Desa Chini Timur dan Klinik Desa Salong serta Klinik Desa Mambang.

Semua fasiliti ini secara kumulatif menerima purata sebanyak 60 hingga 80 ibu mengandung sehari. Bagi memenuhi keperluan ibu mengandung di kawasan ini, sebuah mesin ultrasound telah diletakkan di Klinik Kesihatan Chini dan ia telah berfungsi dengan baik sejak 10 tahun lalu. Kerosakkan ultrasound ini tidak dijangka

dan sedang dibaiki. Sementara itu, ultrasound gantian sedang diuruskan bagi memastikan perkhidmatan tidak terganggu.

Dalam masa yang sama, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang juga telah membuat permohonan aset ultrasound baru pada tahun 2023, ke Ibu Pejabat Kesihatan Kesihatan Malaysia dan sedang menunggu kelulusan. Jabatan ini sentiasa komited untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan ibu mengandung di kawasan ini berjalan dengan lancar.

Yang Berhormat Speaker,

Kerajaan Negeri Pahang melalui Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, akan sentiasa mengambil tindakan yang proaktif dalam mewujudkan dasar dan program-program yang akan memberi manfaat yang menyeluruh kepada rakyat negeri Pahang. Pelbagai strategi dalam melengkapkan kemudahan asas rakyat melibatkan jalan negeri, Projek Laluan Rel Pantai Timur, projek-projek penyenggaraan berskala kecil dan besar melibatkan sekolah, pejabat, jambatan dan sebagainya adalah diharapkan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat Pahang khususnya.

Saya mengambil kesempatan untuk sekali lagi merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan.

Saya juga ingin mengucapkan kasih kepada…

Minta laluan. Speaker... er… saya nampak apa tu... Exco macam nak landing dah kan. Nak landing. Jadi sebelum dia landing tu, saya ingin bagi pandangan sikitlah betapa ataupun mungkin benda ini telah ada dalam perancangan er... Kerajaan. Tadi YB Exco ada menyebut berkenaan dengan projek pembinaan klinik baru di Kampung Kuala Tahan, kalau tak silap saya. Kalau tak silap saya lokasi yang bakal didirikan klinik itu, dia duduk di kawasan bukit dan berhampiran dengan er... berhampiran dengan dengan lokasi Sekolah Menengah er... Kebangsaan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah.

Hingga hari ini, isu yang dialami oleh Sekolah Menengah Kebangsaan JP SAS ini isu air lah. Penggunaan hampir 90% air bukit. Hanya 10% air er… paip kerana tekanan yang terlalu rendah di kawasan berada di kawasan tinggi. Jadi, pandangan saya, jika sekiranya er... projek baru pembinaan klinik ke, sekolah nak dilakukan nak dilakukan di kawasan itu, pihak Kerajaan perlu memikirkan untuk er... bina satu tangki khas. Satu tangki khas yang besar yang boleh cover keseluruhan bangunan-bangunan baru yang akan dibina.

Er… kalau di pergi projek rumah seratus biji yang ada di Kuala Tahan, saya dimaklumkan mereka bina tangki khas, khas untuk rumah tersebut yang insha-Allah, bila tangki khas sebegitu dibuat, dibina, ia akan menyelesaikan ataupun tidak menimbulkan masalah air yang sebagaimana yang selalu dialami oleh Sekolah Menengah Kebangsaan JP SAS pada hari ni. Terima kasih.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih Tahan. Yang Berhormat Speaker, saya ambil maklum tentang er... perkara yang diutarakan oleh Tahan dan saya akan bincang dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri serta pihak PAIP tentang isu berkenaan.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Er... saya juga ingin mengucap terima kasih kepada semua pegawai-pegawai serta kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan-urusan persidangan Dewan Negeri kali ini. Dengan segala peruntukan-peruntukan dan perancangan-perancangan yang telah disediakan dan akan dilaksanakan nanti, sudah tentu akan lebih memaju, mensejahtera dan memakmurkan lagi negeri Pahang, insya-Allah.

Di akhir Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, di akhir Titah Diraja, er... Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan menyeru semua Ahli Dewan agar sentiasa menghayati, melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Pahang. Jadi, marilah kita sama-sama menghayati, mengamal termasuk rakyat di luar sana, agar kita semua rakyat Malaysia khususnya lah orang Melayu Islam yang lebih er… tertib dan beradab dalam setiap bicara dan tingkah laku sama ada bersuara secara umum mahupun di media-media sosial.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Dengan ini, saya mohon menyokong Titah Diraja. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum WBT. Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Speaker,

Mohon kebenaran Speaker untuk saya er... mencadangkan usul tergempar, bagi Dewan ini merakamkan ucapan takziah di atas kematian Yang Berhormat Senator Datuk Mutang Tagal Yang di-Pertua Dewan Negara yang Ke-20 pada pagi tadi. Ini selaras dengan peraturan Dewan, Perkara 17(1). Jadi Yang Berhormat Speaker saya mohon supaya semua Ahli Dewan bersetuju untuk saya… untuk saya mencadangkan usul merakamkan ucapan takziah di atas kematian Yang Berhormat Senator Datuk Mutang Tagal, Yang di-Pertua Dewan Negara ini… yang ke-20 pagi tadi. Saya mohon er... usul tergempar ini mendapat sokongan semua Ahli Dewan. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Sila, Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.

Pada kesempatan ini, saya ingin mencadangkan suatu usul yang berbunyi;

“Untuk merakamkan ucapan takziah di atas kematian, Yang Berhormat Senator Datuk Mutang Tagal. Ucapan takziah ini kita tujukan kepada

seluruh ahli keluarga mendiang yang meninggal dunia pada pagi tadi di Institut Jantung Negara di mana beliau merupakan Speaker Dewan Rakyat... Dewan Negara.”

Sehubungan dengan itu, saya mohon supaya semua Ahli Dewan dapat menyokong... menyokong usul tergempar yang saya ajukan pada hari ini selaras dengan peraturan mesyuarat Perkara 17 dalam (1). Saya mohon mencadang dan mendapat sokongan Yang Berhormat Speaker. Terima kasih.

Speaker

Satu usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang ucapan takziah kepada Yang Berhormat Datuk Speaker Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi. Saya ingin dapatkan sokongan seorang ahli. Sila.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.... Dato' Speaker saya dengan ini menyokong usul tersebut.

Speaker

Terima kasih ahli Exco Kerajaan.

Satu soalan yang dibawa oleh… satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri Besar tentang usul tergempar yang setuju, sila nyatakan “setuju”. Yang tidak setuju nyatakan “tidak”.

Satu soalan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun dilulus dengan sebulat suara. [Ahli Dewan menepuk meja].

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, terima kasih kepada semua Ahli Dewan.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar.

Seterusnya saya menjemput Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Selamat Petang dan Salam sejahtera.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana telah memberi ruang dan peluang kepada saya untuk terus terlibat dalam sesi perbahasan usul Titah Diraja pada sidang Dewan pada kali ini.

Pertamanya, Saya ingin memanjatkan syukur ke hadrat Allah Subhanahuwata'ala kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya dapat saya menggulung perbahasan pada persidangan dewan kali ini dan juga merupakan sidang Dewan Undangan Negeri yang pertama buat saya selaku Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang.

Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk menjunjung kasih kepada… kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah di atas Titah Diraja sempena perasmian pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Pertama Penggal Ke-3 Dewan Negeri yang ke-15.

Tuanku putera kesayangan ayahanda dan bonda, Cemerlang negeri rakyat suka gembira, Raja dan rakyat berpisah tiada, Bijaksana memerintah negeri tercinta,

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Sektor perumahan merupakan salah satu sektor utama pembangunan dalam negeri Pahang. Kerajaan Negeri telah menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang pada tahun 2021 yang lalu untuk mengawal selia dan melaksanakan pembangunan rumah mampu milik dan sehingga kini Kerajaan Negeri masih lagi mengekalkan rumah mampu milik pada harga jualan di bawah nilai semasa untuk dimiliki oleh seluruh rakyat negeri Pahang.

Kerajaan Negeri telah meluluskan 7 Skim Perumahan Mampu Milik daripada… terdiri daripada PR1MA Pahang, Rumah Makmur, Rumah Penjawat Awam Pahang, Rumah Pahang iaitu Perumahan Generasi Baru FELDA, Rumah Rakyat Pahang, Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru' RASA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin mengucapkan penghargaan dan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di atas kebijaksanaan dalam mewujudkan inisiatif dan skim perumahan baharu Negeri Pahang. Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri telah berusaha mewujudkan skim-skim PR1MA Pahang dan seterusnya skim-skim perumahan baharu untuk memastikan keperluan asas kediaman yang merupakan human needs, dengan izin Yang di-Pertua, dapat merealisasikan impian semua rakyat dari kategori miskin tegar sehinggalah kumpulan M40 di samping meningkatkan lagi kualiti hidup dan kesejahteraan komuniti secara holistik.

Kejayaan yang telah dihasilkan oleh projek PR1MA Pahang adalah dengan penyiapan rumah berjumlah 7,664 unit, bersamaan nilai hartanah lebih daripada RM1.14 bilion telah diberi milik kepada rakyat di dalam negeri Pahang. Keistimewaan juga kepada penjawat awam dengan diberikan diskaun 10% bagi setiap pembelian rumah PR1MA Pahang. Untuk makluman sidang Dewan, Negeri Pahang pada keseluruhannya telah mengatasi negeri-negeri lain dengan mewujudkan dasar dan polisi… dan polisi serta tawaran produk-produk perumahan bagi semua lapisan rakyat. Tahniah Pahang. Tahniah Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Pahang 1st.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Projek PR1MA Pahang memberi fokus kepada rakyat Pahang berpendapatan sederhana iaitu had pendapatan isi rumah di bawah RM10,000.00 dengan harga jualan bermula daripada RM150,000.00 seunit dan sebagaimana saya nyatakan tadi, 7,664 unit telah siap dan memperolehi CCC manakala 1,291 unit lagi dalam pembinaan dan 35,184 unit di peringkat perancangan dan projek Rumah Makmur pula menghadkan pendapatan seisi rumah di bawah RM5,000.00 dengan harga jualan bermula dari RM80,000.00 seunit. Kerajaan Negeri telah meluluskan 7,804 unit di mana hampir 500 unit dalam pembinaan, manakala 7,300 unit peringkat perancangan.

Saya ingin menjawab soalan Tuan Mohd Rafiq Khan bin Ahmad Khan, DUN Pulau Manis yang menanyakan… menerima aduan penduduk yang masih ke rumah… bagi rumah PR1MA mendapat kualiti binaan yang sangat rendah dan tindakan susulan Kerajaan Negeri terhadap isu ini. Untuk makluman YB, Projek Pembangunan Perumahan perlulah melalui proses yang lengkap bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan sebelum pembinaan... sebelum pembinaan dapat dimulakan di tapak bina, bermula daripada Kelulusan Kebenaran Merancang, satu kumpulan perunding akan dilantik oleh pihak pemaju dalam mendapatkan kelulusan berwajib dari pihak PBT. Setelah proses Kebenaran Merancang diperolehi, pemaju perlu mendapatkan kelulusan pelan infrastruktur dan pelan bangunan dalam proses pembinaan projek perumahan akan dipantau secara berperingkat oleh pihak perunding yang dilantik sehingga projek semuanya siap.

Pihak perunding yang bertanggungjawab untuk mengenal pasti segala piawaian dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh PBT dan Kerajaan Negeri ini dipenuhi. Melalui lawatan tapak oleh PBT dalam proses mendapatkan sijil layak menduduki, pemaju perlu mematuhi segala kehendak dan spesifikasi yang ditetapkan seperti mana di dalam kelulusan pelan-pelan yang berkaitan. Tertakluk kepada Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, UKBS setelah kehendak kualiti mencapai kadar yang ditetapkan pemajuan tersebut akan menerima sijil layak menduduki.

Oleh yang demikian, pemaju dan perunding yang dilantik akan dipertanggungjawabkan ke atas kualiti kerja, produk hasil binaan mengikut keperluan seperti yang diluluskan sebelum proses serah kunci dilaksanakan kepada peserta yang layak. Pada tahun...

Mohon mencelah. Er… YB Speaker terima kasih kepada Exco yang menerangkan keadaan. Cumanya saya nak bertanya, er... sebab isu penduduk ini dia dah buat laporan pada tribunal dan dah Mahkamah Tinggi pun dah mengesahkan pemaju itu perlu membayar ganti rugi lah kepada penduduk dan tindakan ganti rugi itu masih hampir sampai sekarang ini lah masih tak di terimalah oleh penduduk-penduduk yang terkesan. Nak tanya itu lah sebab laporan dah buat pada Exco dan Menteri Besar sendiri dan er… laporan pun ada pada saya, saya boleh forward pada Exco sendiri insya-Allah. Jadi nak tanya itulah kalau ada perkembangan saya nak tanya boleh rakyat nak tahu, terima kasih.

Terima kasih ADUN Pulau Manis. Er… tu di Indera Sempurna?

Dia nama asalnya Perumahan Indera… PR1MA Inderapura tapi sekarang ni nama dia Sri Damai Jaya.

Kita masih lagi dalam tindakan, insya-Allah kita akan er… mengambil tindakan tentang perkara yang dinyatakan ini dan pihak YB boleh memberikan maklumat lanjut kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang nanti, insya-Allah. Dan masih dalam pengetahuan pihak Lembaga Hartanah dan… Perumahan dan Hartanah Pahang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua…

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

YB Dato’ Sri, mohon mencelah. Er… saya nak bertanya [berdehem] kepada Yang Berhormat berkenaan status rumah PR1MA di Kuala Sentul. Saya dah bangkitkan ini pada mesyuarat yang lepas iaitu Cadangan Projek Pembangunan Perumahan Bercampur bagi Perumahan Rakyat 1Malaysia di Mukim Chenor, Kuala Lumpur yang telah er… diberi persetujuan pemunya tanah oleh LPHP pada tahun 2023. Saya nak tahu status inilah sebab soalan saya dari bulan 12 hari itu tak dijawab. Lepas itu di Maran ini YB, pada taklimat persembahan kepada Tuanku masa Tuanku datang ke Maran hari itu Tuanku sendiri bertanya, adakah projek perumahan di Maran? Jadi jawapan er… Dato’ D.O pada masa tu tak ada, tak ada. Jadi saya harap projek perumahan PR1MA di Kuala Sentul ni dapat direalisasikan segera lah, terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Tadi saya ada jumpa Kuala Sentul kat luar tadi, tapi tak apa saya ni sebab kita er… baru kita mengambil alih perumahan… kerajaan perumahan ini er… jadi saya akan mengambil maklum perkara yang YB beritahu tadi dan kita nak melihat apa masalah dihadapi di Kuala Sentul tersebut, sama ada kontraktor yang terbabit ke yang kita lantik tapi masih belum berjalan ke.

Jadi, kita ingin mengenal pasti masalah-masalah yang berkaitan dan sekiranya kalau boleh kita nak Kerajaan Negeri memastikan bahawa pemilikan rumah ini mesti kita dapat dilaksanakan, rumah mampu milik ini kerana inilah satu er… perkara yang sangat penting dan keperluan kepada seluruh rakyat negeri Pahang ini. Jadi kita akan mengambil maklum apa yang YB bangkitkan ini dan kita… saya akan bawa kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang untuk diambil tindakan selanjutnya, insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Pada tahun 2021, Kerajaan Negeri Pahang telah memperkenalkan Skim Rumah Penjawat Awam dan merupakan satu skim rumah mampu milik khusus untuk penjawat awam negeri Pahang. Kerajaan Negeri telah meluluskan 870 unit melibatkan tiga daerah iaitu Kuantan, Maran dan Pekan dan dalam peringkat pelaksanaan, insya-Allah. Pembangunan perumahan ini secara dasarnya memberikan banyak pilihan kepada rakyat untuk memiliki rumah terutama penjawat awam yang berkhidmat dalam negeri Pahang dengan harga jualan bermula RM120,000 seunit sehingga RM400,000

seunit dan ia memberi pilihan kepada pembeli-pembeli untuk memiliki rumah idaman yang bersesuaian dengan pendapatan mereka.

Kerajaan Negeri Pahang juga telah bersetuju untuk mengambil alih Projek Perumahan Generasi Kedua FELDA (PGBF) yang terbengkalai daripada pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada tahun 2022 dan ia dijenamakan semula sebagai Rumah Pahang. Ini merupakan projek perumahan khas untuk generasi baru FELDA iaitu kepada generasi anak peneroka daripada golongan muda FELDA. Projek ini melibatkan pembinaan sebanyak 1,850 unit yang dijual dengan harga jualan dari RM120,000.00 seunit dan kini berada pada peringkat pembinaan Fasa 1 berjumlah 404 unit akan dijangka siap pada awal 2025.

Dan untuk makluman Sidang Dewan, pecahan mengikut daerah-daerahnya ialah Daerah Jerantut melibatkan 400 unit di FELDA Sungai Retang, 144 unit di FELDA Kota Gelanggi 2, 50 unit di FELDA Jengka 12. Daerah Kuantan melibatkan 300 unit di FELDA Bukit Sagu. Daerah Maran melibatkan 120 unit di FELDA Jengka 1,100 unit di FELDA Jengka 6, 180 unit di FELDA Jengka 11, 100 unit di FELDA Bukit Tajau, 56 unit di FELDA Kampung Awah dan Daerah Rompin menempatkan 400 unit di FELDA Keratong. Menjawab soalan daripada ADUN Kuala Sentul untuk makluman YB projek rumah Pahang ini masih dalam tempoh pembinaan dengan penyiapan di antara 46% hingga 61% manakala proses penawaran sedang dilaksanakan kepada pemohon-pemohon yang layak.

Bagi Rumah Pahang di FELDA Sungai Retang sebanyak 37 nama peserta telah diluluskan bagi memenuhi pengisian rumah untuk diberikan penawaran dan untuk Projek Rumah Pahang perjanjian usaha sama antara LPHP dan pemaju masih dalam tempoh sah dan terdapat kemajuan di tapak dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun, kita sedang menilai juga progress-progress yang seterusnya dan kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan bahawa projek ini dapat disiapkan bagi memenuhi keperluan rumah untuk generasi kedua FELDA ini.

Bagi perumahan rakyat, Kerajaan Negeri telah melancarkan Program Rumah Rakyat Pahang (RRP) pada tahun 2020 dengan kos pembinaan bernilai RM75,000.00 seunit yang diberikan secara percuma kepada rakyat negeri Pahang yang layak. Sejumlah 1,029 unit rumah RRP telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang merangkumi empat fasa pembinaan bernilai RM77.2 juta dan Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan peruntukan RM2.1 juta lagi bagi menyediakan peralatan kelengkapan rumah bernilai RM2,000 bagi setiap rumah dan peserta diberi pilihan sama ada kelengkapan perabot ataupun barangan elektrik.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Penyedian rumah seperti Rumah Ru’RASA, Rumah RRP ni tak pernah dibuat kat tempat lainlah. Jadi kita rakyat negeri Pahang sungguh amat bertuah kerana Kerajaan Negeri sentiasa menitikberatkan pemilikan rumah bagi orang yang kurang mampu ataupun miskin tegar dan rumah ini diberikan secara percuma dan juga melibatkan juga perabot-perabot ataupun peralatan elektrik diberikan kepada mereka-mereka yang betul-betul layak.

Dan di antara projek lain iaitu Projek Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah atau Ru’RASA merupakan projek bantuan peruntukan daripada Kerajaan Emiriah Arab Bersatu dengan kerjasama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Kerajaan Negeri merafak sembah menjunjung kasih kepada Sultan Pahang kerana berjaya

mendapatkan bantuan dana tersebut dalam keprihatinan Baginda bersama-sama untuk membantu rakyat miskin dan golongan daif dalam memiliki kediaman yang selesa dan juga berkualiti. Sejumlah 790 unit Rumah Ru’RASA telah diluluskan merangkumi tiga fasa pembinaan bernilai RM76 juta dan proses pemilihan peserta yang layak adalah sama seperti Program Rumah Rakyat Pahang (RRP).

Bagi Fasa 1, 160 unit telah berjaya disiapkan, 172 unit sesebuah dan 18 unit rumah jenis bertiang dengan kos pembinaan RM8.14 juta termasuk perbelanjaan perabot dan kelengkapan rumah. Pelaksanaan Ru’RASA akan diteruskan dalam Fasa 2 bagi tahun 2024 melibatkan 260 unit berjumlah RM25.3 juta dan dalam Fasa 3 bagi tahun 2025 melibatkan 320 unit berjumlah RM33 juta. Menjawab soalan daripada Tuan Nazri bin Ahmad daripada Bukit Ibam, tak ada ya, berapakah jumlah Rumah Ru’RASA yang telah dan sedang dibina dalam Bukit Ibam dan seluruh negeri Pahang? Yang itu yang telah saya nyatakan tadi lebih kurang dalam tujuh ratus… akan dilaksanakan 790 unit Rumah Ru’RASA akan dilaksanakan di seluruh negeri Pahang.

Dan di daerah Rompin, agihan kuota yang telah diluluskan adalah sebanyak 16 unit merangkumi 15 unit rumah jenis sesebuah dan 1 unit rumah jenis bertiang. Bagi Bukit Ibam terdapat 6 unit Rumah Ru’RASA jenis sesebuah dan 1 unit rumah jenis bertiang yang telah siap dibina iaitu 1 unit di Bukit Ibam, 1 unit di Desa Perdana, 1 unit di Kampung Merepoh, 1 unit di Bandar Melati, 2 unit di tapak PPRT Perwira Jaya dan 1 unit di PPRT Lubuk Batu.

Tuan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

KPKT juga telah meluluskan satu projek di daerah Bera yang melibatkan 500 unit dan Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan tapak cadangan pembangunan projek PPR, Projek Perumahan Rakyat seluas 51 ekar di daerah Pekan. Kerajaan Negeri Pahang juga akan meneruskan lebih banyak lagi perancangan perumahan… perumahan yang bakal ditawarkan yang mana ianya memberi kepentingan kepada rakyat pada masa yang sama menitikberatkan aspek lokasi kemudahan setempat dan kepentingan sosial dalam membantu menyediakan hartamah… hartanah jangka masa panjang. Diharapkan dengan adanya inisiatif-inisiatif dan program-program yang telah direalisasikan ini, rakyat dapat menikmati hidup yang lebih baik seiring dengan saranan kerajaan persekutuan dalam… dan Kerajaan Negeri dalam mengutamakan rakyat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya ingin menyentuh tentang er… Kerajaan Tempatan. Sebagaimana yang kita semua maklum, tidak dapat dinafikan seiring dengan trend pembandaran yang pesat berlaku, jumlah penduduk yang menetap di kawasan bandar juga semakin lama semakin meningkat, ramai orang datang ke Pahang ini. Berdasarkan banci 2020 dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, peningkatan kadar pembandaran negara telah mencapai 75.1% dan dijangka semakin meningkat. Situasi ini juga boleh dilihat di dalam negeri Pahang terutama di Kuantan, Temerloh dan Bentong.

Ramai juga penghijrahan daripada luar masuk ke… ke… perbandaran… ke bandaraya kita, ke negeri kita ini dan berlaku peningkatan ini yang ketara penduduk tinggal di kawasan bandar dan justeru itu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negeri Pahang akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua penduduk dalam negeri Pahang. Saya amat percaya usaha-usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik, sedia digapai oleh PBT negeri Pahang

kerana dalam keadaan semasa pun ianya telah terbukti melalui pelbagai pengiktirafan-pengiktirafan yang telah negeri Pahang iaitu kita semua terima.

Sebagai contohnya, baru-baru ini Majlis Daerah Cameron Highlands, Majlis Daerah Jerantut, Majlis Daerah Rompin telah menerima Anugerah Bandar Paling Bahagia sempena Hari Kebahagiaan Sedunia 2024 anjuran Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sebelah dia tak ada dah… Jengka. Semalam saya ada kat Damak bahawa Cameron Highlands adalah satu bandar yang paling bahagia dan bandar Rompin dan Jerantut, bandar bahagia. Yang sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, tiga-tiga itu semua bandar yang paling bahagia. Tersilap bagi fakta semalam, saya menarik baliklah ya.

Sebenarnya tiga bandar ini… tiga Majlis Daerah ni...ialah Majlis Daerah yang… tempat yang paling bahagia kerana Jerantut, Cameron Highlands dan daerah Rompin… dan Majlis Perbandaran Temerloh pula telah menerima dua Anugerah Emas iaitu satu Anugerah Perak dan satu Anugerah Khas di Public Service Innovation Asia pada 20-24 Februari 2024 atas usaha-usaha inovasi yang diperkenalkan. Dalam konteks inisiatif ke arah Bandar Rendah Karbon pula, Majlis Bandaraya Kuantan, Majlis Perbandaran Bentong telah menerima pengiktirafan Anugerah Diamond dan professional dalam beberapa kategori sempena Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2023 anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam pada tahun… 7 Februari 2024.

Terkini pada 29 April 2024, Majlis Perbandaran Temerloh dan Majlis Bandaraya Kuantan telah menerima pensijilan Asean Clean Tourist City Standard 2024-2026 anjuran bersama Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Kerajaan Negeri dengan ini ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh PBT-PBT ini yang telah menerima pengiktirafan sama ada di dalam mahupun di luar negara. Untuk negeri Pahang, Majlis Bandaraya telah pun diberikan penarafan Smart City Early Adopter pada tahun 2023 dan baki 10 PBT lagi telah memulakan usaha-usaha ke arah penarafan tersebut.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Menyentuh tentang alam sekitar, saya ingin ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah berjaya mengekalkan status Rizab Biosfera Tasik Chini dengan kerjasama daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Mesyuarat Session of The International Coordinating Council of The Man and Biosphere Programme 2023 di Paris telah memutuskan bahawa Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini di Pahang telah menepati kriteria dan secara langsung mengekalkan Tasik Chini sebagai tapak biosfera berkepentingan antarabangsa. Sinergi antara semua pihak berkepentingan telah menghasilkan semua pemuliharaan berkesan dalam mencapai hasrat Kerajaan Negeri untuk mengekalkan status Rizab Biosfera Tasik Chini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Cameron Highlands. Tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana Cameron Highlands telah dinobatkan antara 41 kawasan pemandangan yang terindah di dunia… Cameron Highlands. Dan baru-baru ini melalui Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 3 Januari 2024 telah setuju untuk meluluskan permohonan untuk menubuhkan Man and Biosphere Mossy Forest Cameron Highlands.

Selaras itu, Kerajaan Negeri Pahang kini dalam tindakan pelaksanaan kajian dan mengenal pasti perkara-perkara yang perlu dilaksanakan bagi memastikan matlamat pencalonan Mossy Forest berjaya direalisasikan. Taman Eko Rimba ini mempunyai keistimewaan pelbagai biologi dan merupakan hutan pergunangan… hutan pergunungan yang mencapai ketinggian 2,000 meter. Hutan ini terletak di Brinchang, Cameron Highlands dan merupakan hutan semula jadi yang lembap, berlumut dan basah sepanjang tahun.

Pencalonan sebagai tapak Man and Biosphere ini dijangka akan menarik lebih ramai pelancong-pelancong ke Mossy Forest baik daripada dalam mahupun di luar negara. Selain daripada perancangan pencalonan tapak Man and Biosphere Mossy Forest, Kerajaan Negeri Pahang turut mempunyai cadangan pencalonan bagi UNESCO Global Geopark, Geopark Kebangsaan, cadangan geo tapak bagi tapak budaya serta cadangan Tapak Warisan Dunia. Saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas perakuan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi daerah Lipis pada 8 November 2023 sebagai Geopark Kebangsaan dan dikenali sebagai Lipis Geopark dengan 28 Tapak Warisan Geologi, 18 tapak warisan budaya dan 6 tapak warisan biologi juga.

Pembangunan Geopark ini penting kerana tapak yang dikenal pasti merupakan sumber warisan geologi, biologi dan budaya yang perlu dipelihara pada masa yang sama membolehkan kita menggunakan sumber warisan tersebut untuk pembangunan lestari serta memperkasakan lagi ekonomi masyarakat tempatan. Wilayah Geopark Lipis seterusnya dirancang untuk dicalonkan sebagai UNESCO Global Geopark pada tahun 2025. Begitu juga Taman Negara Pahang yang dikenal pasti sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Taman Negara Pahang menyokong habitat bagi 575 spesies burung dan lebih 50 spesies ikan sungai dan pencalonan Taman Negara Pahang sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO ini akan melibatkan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang, Jabatan Warisan, Jabatan Perhilitan, Jabatan Perhutanan dan pemegang taruh lain yang akan dikenal pasti.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Sikit lagi saya menyentuh tentang hakisan pantai kita. Hakisan pantai ini, ada soalan-soalan yang berkaitan hakisan pantai daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya menggulung je lah sebagai satu rumusan untuk pemakluman kita semua. Kejadian hakisan pantai semakin kritikal berlaku di seluruh Malaysia termasuklah negeri Pahang. Oleh yang demikian, hakisan pantai adalah satu masalah negara bukan hanya masalah kepada negeri Pahang sahaja.

Di dalam Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara 2, dinyatakan terdapat 6 negeri mempunyai lebih daripada 10 pasai… pantai yang terhakis, di mana salah satunya adalah negeri Pahang dan panjang hakisan pantai adalah sebanyak 61.8 kilometer yang terhakis. Sumber laporan kajian hakisan Pantai Negara (NCES) dengan izin Yang di-Pertua, 2015. Di negeri Pahang terdapat 3 daerah yang mempunyai pantai iaitu Pekan, Kuantan dan juga Rompin.

Dan antara kawasan yang terjejas adalah pantai seperti Pantai Cherating, Taman Gelora, Balok, Cherok Paloh, Pantai Sepat, Tanjung Batu Nenasi, Pekan; Pantai Bernas, Rompin; Kuala Pontian, Rompin; Tanjung Gemok, Rompin. Selain daripada itu, jenis pantai yang kita ni jenis berpasir dan tidak dilindungi oleh zon penampan seperti pokok-pokok bakau menyebabkan garisan pantai terdedah secara langsung

dengan faktor hakisan semula jadi seperti ombak, angin, arus dan juga pasang surut. Apatah lagi dalam peningkatan paras air laut masa kini.

Speaker

Yang Berhormat

semasa musim tengkujuh…

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat panjang lagi ke?

Sikit je lagi, 5 minit lagi

Speaker

Okey, sila.

Semasa musim tengkujuh, pantai ini akan mengalami tahap hakisan yang ketara disebabkan ombak daripada Laut China Selatan dan tiupan angin kencang daripada arah timur laut. Kerajaan persekutuan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM) giat menjalankan kajian bagi mengatasi masalah hakisan pantai kita di Malaysia ini.

Pada masa yang sama, JPS juga telah dan sedang melaksanakan kajian perancangan jangka panjang dalam mengatasi masalah hakisan bagi masa…masalah hakisan ini dan bagi mengenal pasti isu-isu dan kaedah penyelesaian. Contohnya, Pelan Pengurusan Garis Pantai Bersepadu atau dikenali sebagai Integrated Shoreline Management Plan (ISMP) dan kajian ISMP Pahang yang pertama telah disiapkan pada tahun 2005 dan kajian semula ISMP Pahang ini sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada Oktober 2025.

Kajian dalam ISMP tersebut telah mengambil kira isu-isu berkaitan masalah hakisan di muara dan juga guna tanah sepanjang pesisiran pantai negeri Pahang. Langkah pengawalan hakisan pantai bagi kawasan ini merupakan kaedah yang paling efektif bagi mengatasi masalah hakisan pantai yang berlaku. Namun, ia memerlukan kos yang besar kerana melibatkan pemuliharaan muara sungai dan pembinaan struktur pemecah ombak breakwater, dengan izin Yang di-Pertua serta beach erosion protection structures dengan izin Yang di-Pertua.

Contohnya lapis lindung rock revetment groin, block concrete, temboh… tembok pengawal muara, training walls dengan izin Yang di-Pertua. Antara projek-projek hakisan pantai dan pengorekan muara yang telah diluluskan di negeri Pahang adalah kerja mencekah mencegah hakisan pantai di Pantai Sepat, Kuala Pahang.

Yang kedua, Projek pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Tanjung Pahang, Rompin. Ketiga Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Kampung Mukut, Pulau Tioman,

Rompin. Keempat, kerja mencegah hakisan pantai Nenasi, Pekan, Pahang dan berikut adalah dalam pelaksanaan projek hakisan pantai iaitu satu Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Tanjung Batu, Nenasi, Pekan, Pahang. Kedua, Projek Pemuliharaan Muara Sungai Pahang Daerah Pekan. Ketiga, kerja mencegah pantai dihakisan pantai di Pantai Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin. Berdasarkan kepada kajian-kajian yang telah dilaksanakan, JPS telah mengenal kasti… mengenal pasti projek-projek untuk dilaksanakan.

Berikut adalah projek-projek yang dikemukakan kepada Kerajaan Negeri untuk dibawa kepada kerajaan persekutuan. Pertamanya, Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Balok Daerah Kuantan, Pahang. Kedua Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Cherating, daerah Kuantan. Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Merchong, daerah Pekan dan Projek Pengawalan Hakisan Pantai Kampung Kuala Pontian, daerah Rompin, Pahang dan beberapa lagi projek yang melibatkan hakisan pantai.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan-pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Portfolio Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga dipanjangkan kepada Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri, Bahagian Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Pahang, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang, pegawai-pegawai Kerajaan Negeri mahupun persekutuan dan pihak-pihak yang berkaitan atas kerjasama erat dan komitmen yang padu diberikan kepada saya sepanjang saya memegang portfolio ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih sekali lagi kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Paduka Mulia Kebawah Duli Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di atas sokongan dan dorongan tiada berbelah bahagi buat Kerajaan Negeri di bawah kepim…kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Bak kata pepatah, rakyat, raja dan rakyat berpisah tiada dan selama saya berkhidmat sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Tuanku selalu mencemar duli menziarahi rakyat, bantuan diberi rakyat gembira tiada terperi, kebaikan Tuanku lekat dihati. Dengan segala-gala peruntukan dan perancangan-perancangan yang telah disediakan yang akan dilaksanakan nanti, sudah tentu akan lebih memajukan mensejahtera dan memakmurkan lagi Negeri Pahang Darul Makmur, insya-Allah.

Pisang emas dibawa berlayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon menyokong. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang. Seterusnya, saya menjemput EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang memberi er… jawapan, sila.

Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua Dewan. Pertamanya, saya mengucapkan salam sejahtera dan selamat petang kepada semua rakan-rakan Ahli Dewan dan yang utamanya juga kita memanjatkan puji syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, kita diberikan keupayaan untuk membela nasib baik, untung kehidupan rakyat di Negeri Pahang Darul Makmur yang kita sayangi ini.

Kita juga memanjatkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW yang telah menjadi suri tauladan. Bagaimana junjungan baginda di dalam dia sebagai seorang pesuruh Allah tetapi di dalam waktu yang sama, dia bijak untuk menjadi pemimpin dan membina…membela rakyat serta membina sebuah negara yang duduk di dalam pentadbiran baginda dalam pelbagai bentuk bangsa, rupa paras, warna kur…kulit pada ketika itu. Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa meninggikan maqam junjungan mulia kita Nabi Muhammad SAW di persemadian mulia Baginda SAW.

Kita juga mengambil kesempatan untuk menyembah ucapan setinggi menjunjung kasih di atas limpah perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah kerana berkenan berangkat seterusnya bercemar duli bagi merasmikan Persidangan Dewan Negeri Pahang kali ke-3 pada er…penggal ini yang mudah-mudahan dengan keberangkatan Kebawah Duli Tuanku menyampaikan titah perasmian, memberi semangat kepada kita Ahli Dewan untuk terus memastikan kebajikan dan kemakmuran negeri Pahang ini dapat kita laksanakan dengan sebaik-baiknya.

Kenapa tidak Ahli Dewan untuk menyokong titah perasmian Kebawah Duli Tuanku. Kebawah Duli Tuanku telah ber…me… membentangkan titah ucapan yang menonjolkan bagaimana kesungguhan Tuanku apa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Hamba Tua Tuanku, untuk memastikan negeri Pahang ini sentiasa makmur dengan baik.

Segala pujian yang telah dilontarkan oleh Kebawah Duli Tuanku kepada tubuh Hamba Tuanya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang ini sebagaimana saya teringat firman Allah SWT. di dalam Surah Al-Anbiyaa’ ayat 90. (Bacaan ayat al-quran). Mereka itu bersungguh-sungguh untuk berlumba-lumba membina kebaikan. Ini gambaran Allah SWT sendiri akan memuji apa yang disebutkan oleh hamba-Nya jika dia berlaku kebaikan. Hamba Allah SWT banyak, bukan si fulan sahaja dan tidak juga sihelan.

Siapa sahaja yang telah dizahirkan di bumi ini, mereka itu adalah hamba Allah SWT. Alhamdulillah, Kebawah Duli Tuanku telah menyampaikan titah perasmiannya yang menonjolkan satu persatu apa yang telah diusahakan oleh er… Kerajaan Negeri Pahang dan juga telah mencurahkan titah harapan baginda Tuanku supaya kita menjaga kepentingan ini bersama, agar ia tidak pincang dan tidak menjadi sebarang pertikaian di antara kita satu sama lain atau saja-saja ditelek dan diintai. Seolah-olahnya ada kepincangan setelah ianya telah di apa namanya… disaksikan oleh

Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Tuan Yang di-Pertua,

Portfolio Agama, Luar Bandar dan juga Hal Ehwal Orang Asli banyak dipersoalkan oleh rakan-rakan Dewan, bagus. Ini satu perkara yang perlu kita ambil tahu, apa kerajaan dah buat? Apa kerajaan dah usahakan dalam hal ehwal agama, hal ehwal luar bandar, hal ehwal orang asli. Seumpama contoh tentang hal ehwal agama, bagaimana isu tauliah yang dibangkitkan oleh rakan daripada Cheka. Alhamdulillah, kita tauliah ini sebenarnya di bawah kuasa penuh mutlak Kebawah Duli Tuanku.

Tauliah ini pun sebenarnya dah lama Tuanku tidak… tidak melimpah perkenan untuk beri lagi kepada siapa-siapa tetapi setakat ini memang ada kebenaran mengajar yang di… delegate kan dengan izin, diberikan kuasa kepada Majlis Agama Islam Pahang untuk dipilih kepada siapa-siapa yang memohon untuk mereka mendapat apa namanya kebenaran mengajar. Setakat ini Majlis Agama Islam Pahang, tanpa ada pengaruh daripada mana-mana pihak, telah mengeluarkan kebenaran mengajar ini sebanyak 311 kebenaran mengajar.

Ini apa yang telah mereka keluarkan kepada sesiapa yang memohon tetapi permohonan ini akan diberi penelitian yang rapi oleh Majlis Agama Islam Pahang kerana Kebawah Duli Tuanku telah bertitah, jangan ada ajaran sesat disampaikan di dalam masjid-masjid di negeri Pahang. Jangan ada unsur-unsur yang mereka mengajar itu pengaruh parti politik kepartian di dalam masjid yang diadakan di negeri Pahang ini. Jangan ada perkara-perkara yang menyebabkan berlakunya pecah belah.

Jadi Majlis Agama Islam Pahang sebagai badan yang bebas, mesti bertanggungjawab untuk memastikan apa yang disebutkan dan dititahkan oleh Kebawah Duli Tuanku dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Mungkin menyentuh soal ada tak pembatalan? Tak ada batal, kita tak batalkan apa mana-mana, bahkan kita perkasakan lagi melalui Jabatan Agama Islam Pahang.

Dengan adanya 430 orang… 436 orang guru takmir yang kita sebarkan di masjid-masjid di seluruh negeri Pahang ini, untuk mereka mengajar di masjid-masjid dengan betul dan dengan teliti dan kita sentiasa minta jabatan agama dan majlis agama memantau, jangan ada perkara-perkara seperti ajaran Ayah Pin. Sekarang ini ada pula ajaran apa namanya macam nak kata syiah, bukan syiah, nak kata apa namanya ajaran… pelik yang dikatakan Kaabah kononnya di Jordan dan sebagainya. Ini kita tak nak berlaku di Negeri Pahang Darul Makmur dan begitu juga ajaran-ajaran yang membawa kepada perpecahan.

Rakan daripada Tras ada mempersoalkan tentang…

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Dato’, minta celah sikit. Saya nak tanya, adakah kerajaan Pahang berhasrat untuk meneladani yang apa yang dibuat di Terengganu, di Selangor, di Perak dan beberapa buah lagi yang melarang ahli-ahli politik termasuk wakil rakyat untuk berceramah, berkuliah dan lain lain di masjid dan surau.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Tuanku dah berkali-kali bertitah sebenarnya. Apa namanya tak perlu ada ceramah politik di dalam masjid dan orang-orang politik tak perlu campur urusan-urusan ceramah dan ceramah itu perlu ikut jadual yang diaturkan oleh pihak masjid dan wajarnya titah Tuanku ini Kerajaan Negeri memastikan Majlis Agama Islam Pahang dapat dilaksanakan. Itu kewajaran, tetapi kenakalan sesetengah individu yang terkadang kala curang kepada titah kepada Kebawah Duli Tuanku, terkadangkala luar daripada pengetahuan kita dan keupayaan kita. Ada berlaku perkara-perkara ini. Jadi kita berharap perkara ini perlu kita mengambil fahaman yang penuh waras apa yang dimaksudkan oleh Kebawah Duli Tuanku. Terima kasih rakan daripada Padang Tengku yang menyuarakan perkara…

Sikit, penjelasan sikit. Terima kasih YB Speaker. Saya nak sikit penjelasan. Kita menerima tidak boleh berpolitik di dalam masjid, clear. Cuma nak penjelasan, adakah orang politik tak boleh mengajar langsung di masjid?

Kita jelas daripada titah Kebawah Duli Tuanku itu tidak membenarkan orang politik untuk berceramah di dalam masjid yang telah dibina dan telah di apa namanya… sah oleh kerajaan negeri. Jadi kita kena faha lah.

Maksud saya dia nak mengajar Riyadh Al-Solihin, Al-Azkar Imam An-Nawawi.

Kitab Riyadh al-Solihin itu bagus, Kitab Al Azkar itu baik, bahkan nak mengajar apa-apa Tafsir Tabari pun bagus, tetapi maknanya kita dah ada guru-guru yang dilantik, dah ada guru-guru yang ditauliah, dah ada apa namanya… tokoh-tokoh yang kita kenal pasti, kita sokong mereka tu mengajar bersama-sama. Dan kalau kita dah di sebut begitu di dalam titah Kebawah Duli Tuanku, sebagai ahli politik tidak dibenarkan ceramah, kita beri sokong ustaz-ustaz kita yang nak mengajar itu, tanpa kita apa namanya mengganggu kelas-kelas dia untuk dia mengajar seperti biasa. Beri sokongan, kita jadi anak murid.

Saya pernah bersimpuh di depan guru-guru yang mengajar walaupun kita kononnya merasa kita azhri yon, masri yon, orang keluaran graduate daripada Azhar tapi apa salahnya kita bersimpuh di depan mereka. Kelas-kelas dah diaturkan, pengajian-pengajian dah ada dan kalau kita tak puas hati, kita siap bawa lagi daripada luar negara. Baru-baru ini hampir apa namanya… 120 orang tokoh berkumpul di negeri Pahang, kita boleh pilih terasa nak daripada Mesir, ada. Terasa nak daripada Morocco, ada. Terasa nak daripada Jordan, ada. Begitulah bersungguhnya Kerajaan Negeri Pahang untuk menghidupkan majlis Ilmu di Negeri Pahang Darul Makmur dan ini bukan lagi semalam je. Negeri Pahang ini, subhanallah, Maha Suci Allah. Kita tak jemput, tiap-tiap bulan ada je tokoh kerana kemurahan hati Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya terima sambut. Siap beri lagi. Ustaz Syed Ibra awak beri kereta apa ke dia orang tu? Pakaiannya? duduk hotel mana? Kalau dia dengar saya beri hotel yang lebih kurang, tak patut Syed Ibra. Kurang-kurang letak Swiss Bell ataupun Zenith. Menghargainya ulamak yang nak datang ke negeri Pahang.

Pagi tadi… pagi tadi saya nak ke Dewan lewat sikit kerana dikunjungi oleh bekas Dekan Kuliah Dakwah Universiti Al-Azhar, Profesor Doktor Jammal Faruk. Dia dating, minta kejap je. Saya lupa dia minta sampaikan salam kepada Wan Rosdy. Takkan saya tak ingat, dia bos saya, tolong sampaikan salam. Saya pun tak teringat penyampai baru sekarang dengan lafaz assalamualaikum Yang Amat Berhormat Dato’ Sri.

Dia datang pagi tadi. Turun malam tadi datang ke sini tapi kita sibuk Dewan tak sempat nak mengatur kelas untuk dia. Kita atur dia pergi jumpa Pejabat Mufti jumpa dengan Mufti sebab Mufti free, ada sedikit ruang kita minta dia pergi menyampaikan kuliah di situ dan bertemu. Maknanya, tidak ada halangan tapi kita kena sabar lah dulu kita ikutlah titah Tuanku. Bukan kita… Tuanku tak beri kelas agama. Kita tu tak sabar dulu.

Kemudian… Sila Yang Amat Berhormat.

Yang Berhormat Speaker,

Saya cuma nak berkongsi jela. Saya pergi ke Maghribi baru ini. Dato’… Yang Berhormat daripada Kerdau pun ada ikut. Ada satu dalam slot lawatan ke masjid yang 3, yang ketiga terbesar di dunia masjid tersebut. Jadi kami sampai antara Asar-Maghrib. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Jengka, masjid tersebut selepas sahaja solat akan ditutup, tak boleh guna langsung. Lepas sembahyang Zohor tutup, lepas Asar dan Maghrib tutup lepas itu Isyak. Jadi kalau di sana pun penggunaan terhadap masjid itu begitu strict sekali. Tapi di negara kita, negeri kita tidak sampai ke tahap itu.

Padahal dalam masjid itu ialah masjid yang ketiga terbesar, makna tempat orang datang melawat apa semua tapi tidak dibenarkan. Jadi saya, itupun sebab saya datang atas tugas rasmi, memang dia bukan lah untuk kami masuk dan masa itu dia bagitahu masjid ini selepas je solat jemaah akan ditutup. Saya Tanya, dia sebab apa? Sebabnya dia kata yang menjadi punca pergaduhan satu ketika dulu, berpuluh tahun yang dulu, ada usaha untuk err… to topper the government of the day dan juga Raja dengan izin ya, berlaku di dalam masjid tersebut. Oleh itu, Kerajaan telah mengambil keputusan disanalah, Kerajaan Maghribi ya Dato’ Sri err… ADUN Kerdau, dari Maghribi, Maghribi ya yang masjid tu, Maghribi hah! Maghribi, Morocco itu samalah.

Jadi, cuma saya nak buat perbandingan je lah ya. Maknanya sampai ketahap tu sekali, lepas sembahyang, masjid tak boleh digunakan lagi untuk tujuan lain, tetapi perkara ini tidak berlaku di negara dan di negeri kita. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang menambahkan lagi penjelasan kepada kita di Dewan yang penuh bermakna pada petang ini. Kita ini maknanya patut balik main bola dah ini tapi dalam Dewan tak apalah. Tras memberi pandangan tentang Masjid Lama Raub, Masjid Abu Bakar ya, yang minta buatkan ruang perniagaan. Sebenarnya di situ, tanah itu milik Majlis Agama Islam Pahang bukan di bawah Jabatan Agama. Kerajaan Negeri tidak ada halangan seandainya Majlis Agama Islam berminat untuk apa namanya er… apa nama nak menambahkan lagi kedai-kedai dan gerai-gerai yang boleh memberi ruang kepada bumiputera untuk berniaga, seandainya boleh.

Begitu juga apa ADUN daripada Cheka yang tanya tentang PDM memang ada sebahagian daripada PDM ini ditutup tetapi ada lagi, tidak semua PDM di seluruh Pahang ditutup, sebagaimana yang disebutkan dalam persoalan di perbahasan dalam Dewan. PDM-PDM yang ditutup itu kerana keupayaan kita bersaing di dalam skala inflasi dan juga apa… perlawanan perniagaan masa kini, menyebabkan apa namanya ada kawasan-kawasan dan lokasi-lokasi yang terpaksa PDM itu ditutup tetapi macam di Kuantan ini, masih lagi beroperasi dengan baik.

Merujuk kepada apa yang dicadangkan oleh rakan daripada Bukit Ibam, tentang apa namanya er… sekolah-sekolah dan pelajar-pelajar serta imam-imam masjid. Saya bab sekolah, pelajar-pelajar sekolah ini kita nak bawa aktiviti dengan orang ramai tak boleh lah macam pelajar-pelajar universiti. Pelajar universiti dia ada namanya Program Bakti Siswa tetapi dalam waktu yang sama kita tidak ketepikan pelajar ini. Kita akan apa namanya bina apa namanya macam-macam aktiviti yang dinamakan ko-kurikulum.

Ko-kurikulum ini dia ada program apa sukan, ada program ilmiah, ada program yang berkaitan dengan apa namanya er… dia pakai uniform ini dengan izin Yang di-Pertua, nak jadi Pengakap ke Pandu Puteri ke, macam-macam program yang kita ada tapi kita kena kawal rapi. Maklumlah budak sekolah rendah dan sekolah menengah ini, daya kenakalan mereka kurang boleh dicontrol berbanding dengan budak-budak yang dah di peringkat universiti.

Begitu juga tentang Imam tadi, mintak diberikan kebajikan kepada imam. Imam ini sebenarnya dia kerja 5 kali je sehari. Masjid-masjid daerah khususnya masjid negeri dan daerah, kita dah ada peruntukan khas nak jaga masjid itu bersih macam mana, kemudian itu keselamatan macam mana. Masjid kariah ini, kita didik Jawatankuasa dia, macam mana nak jaga kebajikan masjid. Ada pun imam dia kita dah bagi err… sumbangan bukan gaji. Sumbangan dengan kos setiap imam RM850.00.

Baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bermurah hati, dekat nak raya bagi juga one-off. Betullah dibangkitkan, bahawasanya Kerajaan Negeri telah telah mendapat peruntukan, menambahkan peruntukan sebanyak RM1 bilion. RM 1 bilion itu Tuan Yang di-Pertua, kalau beri ke Syed Ibra seorang, ADUN Kerdau kaya raya billionaire tetapi kita nak kongsi bukan dengan Tok Imam jer, kita nak kongsi dengan JKKK, kita nak kongsi dengan longkang pecah, kita nak kongsi dengan jalan yang tak berapa, tak sempurna. Banyak kita nak agihkan dan perlu difikir oleh Kerajaan Negeri, bagaimana kewangan itu dapat disalurkan supaya semua perkara yang dibangkitkan dalam Dewan ini dapat dilaksanakan dengan baik.

Jadi, insya-Allah kalau kita beri sokongan kepada Yang Amat Berhormat Menteri besar dengan baik, kita tidak apa… mencari jalan perbezaan yang terlalu ketara. Mungkin Kerajaan Negeri akan menambah lagi pendapatannya. Tidak mustahil selepas daripada ini, kita akan dapat duit yang lebih banyak, peruntukan pengurusan kewangan yang lebih banyak, ramai lagi apa namanya mereka dapat kita bantu dengan baik dan dengan sempurna. Dalam pada itu, alhamdulillah, alhamdulillah, kita bantu orang-orang masjid ini, imam-imam dengan pelbagai peruntukan untuk mereka adakan aktiviti dari masa ke semasa.

Kalau dia datang, contohnya minta bantuan, terbaharu, kelmarin Masjid apa namanya… Bukit Rangin. Apa nama masjid itu saya pun lupa Saidina Ali ke Saidina Osman, minta peruntukan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri, kami nak besarkan masjid ini, ada nak perlukan peruntukan, diberi oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tidak ada sebarang halangan untuk membantu pihak-pihak masjid bagi memastikan usaha kebajikan dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Begitu juga, apa namanya disebutkan tentang program-program ibadah untuk anak-anak. Program keagamaan sebagaimana saya sebut tadi, kita dah adakan sesuai dengan keupayaan sekolah, kementerian ataupun sekolah agama dan sesuai dengan tanggungjawab pelajar dan ibu bapa menerima program yang disediakan oleh sekolah, untuk mendidik peribadi mereka menjadi anak-anak yang sejahtera dan berjaya. Damak, rakan saya daripada Damak ada er… minta tanya tentang hotel yang bukan Islam (non-Muslim) mendapatkan halal. Ada hotel yang non-muslim contohnya Zenith Hotel. Dia ada sijil halal dan banyak hotel-hotel lain lagi. Sebab dia minta, hotel yang tak ada sijil halal sebab dia tak minta. Kita tak boleh nak pergi tepek sijil halal bukan sahaja kepada hotel yang Islam… yang bukan Islam, bahkan hotel yang Islam kalau dia tak minta kita tak dapat nak bubuh.

Kalau dia mintak dengan izin Yang di-Pertua, “ahlan wa sahlan” kita berikan dia sijil halal tapi mesti ada syarat-syarat dia, yang membolehkan dia untuk diberikan sijil halal perlu dipenuhi. Grand Darulmakmur, hotel di bawah Majlis Agama Islam Pahang, pernah tak dapat sijil halal kerana S.O.P yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam bersama dengan JAKIM, dia tidak penuhi walaupun dia hotel di bawah Majlis Agama Islam, kita minta dia selesaikan dulu beberapa perkara yang telah ditetapkan kebersihan, keselamatan dan sebagainya, baru kita keluarkan dia sijil halal. Itupun setelah dia mohon Tuan Yang di-Pertua.

Berbangkit dengan persoalan yang dikemukakan mengenai mohon pihak kerajaan memastikan pengisian agama ini, tadi dah jawab, sekali gus apa yang dipersoalkan oleh apa namanya rakan daripada Jengka, rakan daripada Padang Tengku. Saya rasa dah terjawab ulang kita nak balik main bola pula lepas ni, jadi lama sangat pula nanti berulang-ulang. Harap difahami apa… Kuala Semantan mintak mengadakan peruntukan khusus, kesian ke JPKK tak ada peruntukan nak mesyuarat beli kertas pun… kus semangat.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar selain daripada beri apa namanya… elaun kepada Tok Empat RM1000.00, elaun setiausaha RM300.00, elaun kepada pengendali mesyuarat RM100.00, betul lah seratus. Ini saya ada senarainya, saya minta dengan SFINO, Pegawai Kewangan Negeri RM1 juta kepada JPKK diberi. Bukan sahaja nak mesyuarat, apa sahaja program dan aktiviti yang dia nak buat diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar melalui kelulusan MMK dan dipersetujui oleh Pegawai Kewangan Negeri. [Ahli Dewan tepuk meja]

Tak ada, tak ada isu kecuali JPKK tu… dia JPKK itu maknanya macam “ayam kena tungau” Tuan Yang di-Pertua. Hah… ayam kena tungau ni, dia mogok gitu jer, dia macam ayam tak makan. Hah… itu tak ada arahlah, dia berak ke kapur pun tak jalan. Itu, kita luar daripada jangkauan kita untuk membantu mereka. Kita hanya boleh knowledgekan, didik mereka supaya dia keluar daripada kelemahan yang mereka sedang apa alami.

Tras juga, supaya kawasan-kawasan Orang Asli ini, kawasan rayau Orang Asli dapat digazetkan. Sebenarnya Yang Berhormat Tras, bukan Orang Asli je merayau, saya baru sekarang aje berhenti merayau setelah balik daripada Mesir. Sewaktu belum pergi ke Mesir dulu, saya rajin merayau dalam hutan, cari akar penugas, cari akar teja sebab boleh jual di Pekan Sari. Nanti orang nak bersalin dia beli, Tuan Yang di-Pertua. Kerana dia nak makan lepas salin. Dia panaskan, dia minum, dia akan jadi selesa, dia akan jadi slim, cantik kerana minum air akar kayu itu. Jadi sekarang ini saya dah berhenti mencari akar kayu itu. Dengar pula dek Pengarah Hutan.

Jadi ini bukan saya je, sahabat saya daripada Jenderak pun rajin juga merayau dalam hutan. Sahabat [ketawa] saya, rajin juga. Dia ada orang memang minat merayau. Jadi kalau begitu, Yang Berhormat ADUN Jenderak kena ukur pula ke dia, jauh mana pula tanah dia sebab dia rajin merayau. Saya pula karang kena ukur juga ke saya sejauh mana.

Saya ini diamanahkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menjaga hal ehwal Orang Asli. Memang saya akan berusaha sedaya mungkin kepentingan berkaitan tanah Orang Asli ini kita kena jaga tapi tidaklah makna sejauh mata memandang begitu. Kita mesti mengikut apa nama… Akta Tanah. Peruntukan yang diberikan kepada kerajaan, menguruskan tanah itu. Orang Asli mohon macam mana, Orang Melayu mohon macam mana, Orang Cina mohon macam mana, Orang India mohon macam mana. Kalau kita semua ikut dan teliti dengan peruntukan yang diberikan, insya-Allah, sikit tak banyak, sikit sorang akan dapat.

Kita ada akta-akta dan alhamdulillah permohonan pewartaan ini telah kita laksanakan. apa… kita telah banyak kampung 154 kampung telah dipohon, 40 kampung telah mendapat kelulusan permohonan di negeri Pahang setakat ini. Makna ada progress, ada pergerakan dan insya-Allah kerja ini kita buat secara konsisten, berterusan sebab dia perlu kepada peruntukan kewangan yang besar.

Maklumlah nak ukur perimeter ini bukan satu perkara yang mudah dan juga dia perlu kepada masa dan dia perlu kepada penelitian daripada Jabatan Teknikal. Jabatan Hutan, Jabatan JPS, JKR. Banyak kerjanya dan setelah mereka semua memberikan komen ataupun syor masing-masing, baru kita boleh membuat keputusan di dalam mesyuarat, untuk kita bawa kepada MMK, sama ada diterima ataupun ditolak setiap permohonan yang dikemukakan melalui Pentadbir- pentadbir Tanah Daerah dan juga negeri.

Lanchang mempersoalkan tentang pembangunan kemudahan tempat Orang Asli nak…nak ke sungai. Betul Lanchang. Kita ni baru inilah pandai…pandai ke sungai ini. Sungai ini bahasa…bahasa berhaluslah. Sungai besar, sungai kecil. Sungai besar itu maknanya buang air besar, sungai kecil itu maknanya buang air kecil. Dulu-dulu, kalau ADUN Beserah ini dia nak pergi ke sungai besar, tak serupa dengan saya bersama Luit nak ke Sungai Besar…nak pergi ke Sungai Besar.

Orang tempat saya ni dengan tempat Luit, dulu-dulu, ini cerita dulu bukan sekarang. Dia akan cari batang banir. Tahu batang banir Tuan Yang di-Pertua? Nasib Tuan Yang di-Pertualah, tak tahu. Batang kayu yang buruk sebab itu dusun orang Melayu dulu dia tak…tak ada planning. Langsat cambah di situ, manggis cambah di situ, rambutan cambah di situ. Dia ikut di mana tempat tuan dia dahulu ke sungai besar dan ke sungai kecik.

Sekarang ini barulah ada sistem tandas ini. Kementerian Kesihatan buat Kempen Kebersihan. Ajar orang, beri tandas free. Itu tahun 70an. Saya ingat lagi itu saya sekolah rendah. Jabatan Kesihatan datang dengan KEMAS, buat kempen. Pak cik, tak boleh berak merata. Ada taun begini hepatitis macam-macam nasihat Jabatan Kesihatan beri. Baru sekarang pandai kita guna tandas. Saudara-saudara saya yang duduk di perkampungan Orang Asli ini, rakan daripada Lanchang memang tak berapa pandai juga lagi. Kalau rakan daripada Beserah, dia selubung tepi sungai…tepi laut. Ah… itu…itu zaman dulu. Sekarang tak ada dah benda itu.

Memang kita ajar untuk membina tempat-tempat buang air. Kita buatkan, kita sediakan. Bahkan kita binakan surau, kita binakan dewan. Ada benda ini. Buat dari

semasa ke semasa. Tak kiralah di Lancang ke, di mana. Saya nak beritahu kalau surau, kita sekarang ini dah bina surau yang bertaraf masjid di Kampung Orang Asli sebanyak 14 buah masjid… surau bertaraf masjid. Ada tandas, ada tok imam dan sebagainya. Hak tak ada itu, tak adalah lagi. Insya-Allah, dia akan menyusul.

Kita akan buat kerja. Kita mintak JAKOA tengok, kita minta PLB tengok, kita minta SDO tengok. Kita bantu supaya benda itu dapat kita pertingkatkan dari semasa ke semasa insya-Allah. Contoh tempat saya sendiri, Paya Sendayan. Saya tak boleh lawan hebatnya dekat apa Peneras, Jenderak. Jenderak ada masjid lawa, bersih. Yang paling cantik sekali di Kuala Boh, Cameron Highlands. Lawa, cantik. Lawa pada kampung kita lagi. Ada masjid, ada surau. Bersih, tak selekeh. Hah, ini antara unsur-unsur yang ada dalam pengetahuan kerajaan dan kerajaan buat kerja secara konsisten untuk memastikan kebajikan.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat…Yang Berhormat. Memang menarik macam dalam ceramah ini, tapi masa…masa…masa dah...dah…dah sampai ini. [Ketawa] Minta gulung…minta gulung.

Saya…saya sebenarnya tadi, bila tengok kawan-kawan, Ahli Kerajaan dan juga pembangkang tak ada. Saya senang hati, saya kira borong je. Tapi tengok bila saya nak bercakap, masuk balik. Jadi saya takut karang balik macam berhutang pula, tak lelap tidur. Saya… yang saya bimbang, yang bertanya itu makin tak lelap tidur. Saya cuba ringkaskan. Damak, tanya tentang apa… jalan. Jalan tu, jalan apa namanya di yang rosak itu saya dah cek dengan JAKOA. Sungai Berjuang. Sungai Berjuang, jalannya dah dibina, molek jalannya tapi jalan nak ke Kampung Sungai Berjuang itu. Hah yang ini jalan di bawah MARRIS. Nanti saya akan pakat dengan sahabat saya yang jaga jalan. YB err… insinyur kita daripada Muadzam, macam mana nak bantu jalan itu. Kita akan tengok. Maknanya jalan kampung apa Sungai Berjuang itu tak ada masalah, yang ada masalah jalan Kampung Melayu yang nak ke Sungai Berjuang itu.

Chini tanya tentang keperluan perumahan. Ini, perumahan tadi YB daripada Bebar dah cerita. Tahun lepas sahaja Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan dan dah siap pun buat, bukan umum je. Sebanyak 100 buah apa namanya ini, Rumah RRP untuk Orang Asli dan lebih kurang RM1 juta disediakan untuk baik pulih rumah yang rosak Orang Asli. Maknanya tak ada masalah. Tahun ini Yang Amat Berhormat dalam bajet baru ini, tambah lagi daripada 100 buah menjadi kepada 120 buah rumah untuk Orang Asli dibina dan dibantu kepada mereka.

Rakan saya di Jenderak, dia tanya soalan tentang jalan daripada Kampung Paya Pelung ke Kampung Bukit Rekoh. Sebenarnya ini, saya berdua dengan dia buat kerja. Pergi masuk, ajak PLB, ajak SDO, ajak pejabat daerah. Memang dia pun tahu, dia saja nak beritahu kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawasanya dia buat kerja juga. Hah tu, dia pun tahu cerita ini sebenar. Untuk daripada Paya Pelung kepada apa… Paya Rekoh itu, kita perlu kepada bajet yang agak besar. Jadi kita kena beri kepada kerajaan sedikit masa untuk mendapatkan peruntukan yang sebesar itu.

Namun, apabila Yang Amat Berhormat tengok benda itu begitu, macam mana Ustaz Syed Ibra, masa dalam Mesyuarat Tindakan Negeri. Ada jalan kedua untuk bantu orang Paya Pelung, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri. Kita bina jalan daripada Paya

Pelung ke Bandar Kerdau tapi terpaksa lalu Ladang Biong. Ladang Biong ini estet, milik individu. Pakatlah Dato’ Syed Ibra, MB cakap. Saya pergi pakat. Ladang Biong pun bersetuju untuk bina jalan. Jadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah meluluskan sebanyak RM3 juta bagi membina jalan Kampung Orang Asli daripada Paya Pelung ke Kerdau untuk membantu untung nasib Kampung Orang Asli.

Kampung Labu, tak ada dalam soalan tapi dalam kawasan YB juga Yang Amat Berhormat bersetuju memberi RM1.5 juta untuk menaik taraf, untuk ditinggikan situ. Insya-Allah dalam tahun ini, JKR akan pastikan pihak berkenaan akan ditenderkan supaya benda itu dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Banyak lagi Tuan Yang di-Pertua tapi anggukkan itu saya faham. Maka saya dengan ini setinggi-tinggi menjunjung kasih diatas limpah perkenan Kebawah Duli Tuanku berangkat merasmikan Dewan ini seterusnya menyampaikan titah ucapan. Sesungguhnya dengan hati yang rendah menyokong segala titah ucapan yang telah disampaikan oleh Kebawah Duli Tuanku. Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih, Exco yang cukup semangat dan masa memang tidak mencukupi. Jadi saya terpaksalah berhenti er... ucapan dari Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Seterusnya, saya menjemput Exco terakhir bagi sesi petang ini iaitu Exco Kanan, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang memberi jawapan. Sila.

Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah [bacaan dalam bahasa Arab] Yang Berhormat Dato Sri... Yang Berhormat Tuan Speaker, terdahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan syabas kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker atas kewibawaan serta kecekapan kedua-duanya yang telah berjaya mengendalikan persidangan Dewan Negeri Pahang pada kali ini dengan cukup lancar dan baik sekali. Ucapan terima kasih kepada Tuan Speaker kerana mengizinkan saya terlibat sama dalam sesi penggulungan pada petang yang berbahagia ini. Insya-Allah.

Junjung Kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah atas perkenan Tuanku bercemar Duli berangkat ke Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang ke-15 bagi tahun 2004 dengan diiringi oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah sekaligus perkenan bertitah merasmikan persidangan tersebut pada 6 Mei 2024 bersamaan 27 Syawal 1445 Hijriah. Sesungguhnya titah ucapan, saranan serta nasihat bawah Duli Paduka Baginda Tuanku mencakupi seluruh aspek pembangunan serta kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat jelata di bumi Pahang yang tercinta ini.

Sungguh benar bagai dikata bahawasanya kewibawaan serta kebijaksanaan kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku dapat diperlihatkan melalui kejayaan serta kecemerlangan memerintah dan mentadbir negara sepanjang 5 tahun tempoh pemerintahan bersemayam sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16, tatkala negara dilanda badai pandemik COVID-19 serta ketidak stabilan senario politik tanah air. Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi.

Demikianlah perumpamaan yang boleh digambarkan apabila masih ada yang mempertikaikan hikmah dan kebijaksanaan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 bagi menyelesaikan konflik kepimpinan negara pada ketika itu. Malahan... malahan dalam tempoh pemerintahan Kebawah Duli Tuanku, Kebawah Duli Tuanku telah menyaksikan 4 Perdana Menteri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dalam tempoh pemerintahan baginda.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-15, PRU ke-15 demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat jelata, sebenarnya apabila tidak ada parti yang memperoleh majoriti untuk mentadbir negara secara tersendiri, maka Kebawah Duli Tuanku telah bertitah supaya membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia hasil kebijaksanaan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Sebab itu dalam sesi Dewan Yang Mulia ini, saya amat tertarik apabila Ahli-ahli Dewan berucap membahaskan Titah ucapan Kebawah Duli Tuanku menekankan aspek kesejahteraan rakyat, kesejahteraan rakyat. Ternampak, terserlah. Baik di barisan Kerajaan, Wakil-wakil Rakyat Kerajaan mahupun barisan Wakil Rakyat Pembangkang. Malahan ditekankan pelbagai aspek. Sebenarnya, tiap kali ataupun tiap Ahli berbahas antara perkara yang disentuh oleh barisan Ahli Dewan daripada saf pembangkang ialah utamakan kesejahteraan rakyat.

Utamakan kepentingan rakyat. Tapi pada masa yang sama, memang benar kata manusia mudah lupa. Kerana selepas Pilihan Raya Umum ke-6... ke-15. Kebawah Duli Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-16 pada ketika itu mohon ditubuhkan kerajaan segera. Kerana tidak ada parti yang memperolehi majoriti pada ketika itu. Maka Kebawah Duli Tuanku telah menitahkan mengadap pemimpin-pemimpin parti daripada semua kelompok dan mohon supaya berpakat, bermuafakat bersetuju menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Yang Berhormat Dato’ Tuan Speakar,

Dan apa yang terjadi, ini fakta, ini fakta, fakta sejarah. Fakta sejarah ini memperlihatkan tidak semua ketua-ketua parti atau parti yang bertanding dalam PRU yang ke-15 bersetuju. Ini fakta sejarah. Dan antara parti yang tidak bersetuju kita semua tahu parti mana. Kerana tidak mengendahkan Titah Kebawah Duli Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu.

Akhirnya, parti Pakatan Harapan bersama dengan Barisan Nasional dan juga parti-parti yang lain telah menubuhkan Kerajaan Perpaduan sebagai menyahut titah Kebawah Duli Tuanku Agong pada ketika, ini fakta. Sebab itu, kalau bercakap berkenaan mensejahterakan rakyat, menstabilkan... situasi negara demi untuk kemajuan dan pembangunan, terbukti bahawasanya Kerajaan Perpaduan telah menyahut seruan Kebawah Duli Tuanku. Saya bangkitkan ini kerana dalam sidang Dewan yakni tidak henti-henti diungkapkan itu. Tapi sebenarnya, yang menjadi petualang utama menggagalkan, melewatkan penubuhan kerajaan di peringkat pusat pada ketika itu, tidak lain dan tidak bukan. Umum semua tahu.

Sebab itu, saya nak mengingatkan rakan-rakan barisan saf kepimpinan Ahli Dewan yang terbabit supaya mengimbau kembali dan jangan mudah mengatakan bahawasanya barisan Ahli Dewan daripada barisan Kerajaan Perpaduan ini tidak mengutamakan kesejahteraan rakyat. Kita telah buktikan bahawasanya kita telah mengutamakan dengan menstabilkan keadaan politik negara pada ketika itu. Jadi

saya nak zahirkan. Makna tiap kali yang dibangkit itu kepentingan utamakan kesejahteraan rakyat. Barisan kerajaan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri kerana bertindak demi untuk kepentingan rakyat. Itu yang diungkapkan. Berbalik-balik.

Saya sebenarnya tidak mahu sangat bangkitkan perkara ini, tetapi saya nak mengingatkan kita jangan mudah lupa. Bahawasanya sebenarnya dalam Dewan Yang Mulia ini, apa yang telah dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri sebagai Menteri Besar yang memimpin Kerajaan Perpaduan Negeri Pahang Darul Makmur ini banyak. Terlalu banyak. Kalau kita sentuh tentang pengurangan kadar kemiskinan 60% telah pun dikurangkan. Kalau kita menyentuh berkenaan inisiatif Bantuan Prihatin Pahang. Ada 20 inisiatif. Pendek kata kalau kita cerita… tak habis ini… seminggu ini.

Satu demi satu demi satu inisiatif yang dibuat. Malahan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri telah maklumkan kita nak naikkan hasil ini tidak lain dan tidak bukan demi untuk kesejahteraan rakyat. Kita peruntukkan RM600 juta, kerana apa? RM50 juta sebulan komitmen Kerajaan Negeri yang telah pun tetap jadi setahun 600, 600 ini kita reservekan. Selebihnya kita pulang semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk.

Mana ada negeri, contohnya misal contoh kita buat perumahan. Kalau ikut betul-betulnya, perumahan ini sebenarnya Kerajaan Negeri telah mengusahakan PR1MA Pahang, Projek Rumah Makmur dan akhirnya Projek Rumah Rakyat Pahang free, percuma. RM75,000.00 bermula dengan RM65,000.00 kemudian RM75,000.00 sebuah… dibina. Tentu tidak mencukupi lagi tapi kita akan buat, insya-Allah ini jaminan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar.

Bercerita pasal bekalan air. Saya nak beritahu bekalan ini bukan masalah Pahang sahaja. Masalahnya mencakupi seluruh negara. Syarikat air mana ada syarikat air yang mempunyai keuntungan yang begitu tinggi kecuali di negeri-negeri yang tertentu. Malahan ada juga rakan kita yang menjadi Ahli Dewan Yang Mulia ini yang juga merupakan Ahli Parlimen yang mewakili sebuah kawasan di sebuah negeri yang lain.

Cuba tanya kualiti air di negeri tersebut. Kita dalam proses untuk memperbaiki perkhidmatan bekalan air… mana mungkin kita punya paip air ini dia punya jarak itu panjang dia kalau kita susun… Yang Berhormat Tuan Speaker, daripada Pahang ini sampai ke United Kingdom. Punya panjangnya dan sebahagian besarnya ialah AC pipe dengan izin, asbestos cement pipe yang dah 40 tahun dah 50 tahun.

Sebab itu ada rakan Ahli Dewan yang sebut pecah di sini kita baiki, pecah sini. Itu sebenarnya AC pipe ni dengan izin, asbestos cement ini bila dia kita letak… kita tanam dia, dia kukuh dalam bumi, dia padat. Tetapi kalau dia pecah, kita korek itu, itu akan mewujudkan ketidakstabilan di sebelah. Bila kita sambung, kita ganti dengan MS pipe dengan izin, paip keluli ini bila kita sambung, di sini akan pecah.

Yang itu memang bukan kata di Pahang, ambil yang dalam dunia yang hebat sekali UK, United Kingdom pun dia akan berlaku pecah itu juga. Sebab dia dah melepasi tempoh hayat dia. Kita roti Gardenia sikit, 2 hari dah tamat tempoh nak makan. Tak sanggup kita makan kan? Ini kiranya jasa benda alah ini, AC pipe ini dah 40 tahun, 50 tahun berkhidmat, tentu ada masalah dan pihak PAIP membaikinya tetapi belum cukup.

Sebab itu bila dibangkitkan bahawasanya tindakan yang diambil oleh PAIP ini seolah-olah perlahan... dengan izin. Adatlah, sebab jarak ataupun panjang paip itu sendiri, terlalu panjang. Mana mungkin kita nak siapkan dalam masa tempoh terdekat. Sebab

itu Yang Amat Berhormat Dato’ Sri memberi jaminan insya-Allah menjelang tahun 2026, sekurang-kurangnya akhir tahun 2026, 90% Dato’ Sri ya. Insya-Allah kita akan dapat kurangkan masalah ini, kita… insya-Allah ya, kita dapat kurangkan.

Air kita, kualiti dapat ditingkatkan tapi kita kena bagi kerjasama. Saya sendiri saya tengok tempat saya pekerja PAIP ini betul… tengah malam orang hari raya, kita bakar lemang kan. Bakar lemang tahan juga, kita bantai main mercun. Tuju pang! pang! pang! Main, main bunga api yeah! yeah! yeah!. Hamba Allah ini duduk berkorek mengorek anu… tu… sampai pagi untuk pastikan bekalan air dapat diperolehi.

Malahan kawasan Kerdau sendiri sahabat saya YB Kerdau bantu dengan menggerakkan tanker-tanker itu. Bukan makna kawasan yang berlaku di kawasan itu, makna kita ni kita sebagai pemimpin, orang kata what is a leader? definition of the leader? dengan izin. A leader is a problem solver, pemimpin adalah penyelesai masalah. Dia tak tunggu dah. Gerakkan bomba dapat, bomba masuk campur tangan… sebab kita… mustahil. Cuba tengok ada tangki yang tangki air tu letak di pejabat PAIP? Tak ada… semua bergerak belaka, semua nak belaka. So, kita buat. Sebab itu, dalam konteks seumpama ini kita kena ada realiti.

Kita buat perbandingan negeri kita dengan negeri-negeri lain. Jadi, baru kita tahu. Misal contoh kita nak kalau boleh kita nak ni kalau boleh pecut 100 meter ini 10 saat. Eh! tengoklah sikit ini peringkat mana 10 saat ini… contohlah kan pelari di mana… Usain Bolt bolehlah kiranya kurang daripada anu… 9 something saat. Tetapi kalau kita peringkat Asia, peringkat Tenggara Asia, dia ada standard-standard juga… kita Pahang, kita kena tengok juga. Sebab itu dalam konteks seumpama ini bila dibahaskan kawan-kawan bahas saya mesti tengok, saya kadang menggeleng kepala masya-Allah, mentang-mentanglah kita ini misal contohnya kebaikan itu banyak. Tuanku titahkan demi untuk kepentingan rakyat. Banyak kebaikan itu, tapi dah tentu ada dia punya kekurangan di sana sini.

So, sama-samalah kita bangun dan bangkit dan kita teliti masalah-masalah yang boleh kita selesaikan bersama. Contoh… kalau misal contoh kalau saya tengok saya kata, saya sebutkan, kita tak boleh nak buat ini jamuan raya di dalam dewan, bukan dewan sahaja jamuan raya. Jamuan raya boleh buat rumah, boleh buat… saya buat di tepi jalan je, hanya tepi jalan tepi R&R lah… kan. R&R Benta je. Bukan buat di dewan pun.

Bantu sikit-sikit sorang, lemang kita bakar ramai-ramai, kemudian khemah kita pinjam JPKK, kita pinjam dengan KRT. Bukan pinjam gitu je, pinjam gitu ada sesetengah bagi sewa. Insya-Allah tak payah nak, nak kita jadikan sebagai seolah-olah itu satu perkara yang begitu besar cacat celanya, tidak.

Jadi, saya nak ingatkan semula bahawasanya bercakap pasal kesejahteraan rakyat, barisan Kerajaan perpaduan mendahului junjung titah Tuanku, tubuh kerajaan. Begitu juga kita di Pahang. Saksi hidup saya dengan Dato’ Sri Syed, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri sendiri sebagai ini apa nama… pemimpin utama. Mengapa kita tidak tubuhkan kerajaan ataupun mengapa kita tubuhkan kerajaan perpaduan bersama dengan rakan daripada PH, BN dengan PH. Ada sebenarnya dalil-dalil justifikasinya, insya-Allah. Tetapi kita perintah sekarang ini kita memerintah. Kita akan buat yang terbaik yang sepertimana yang saya katakan. Insya-Allah.

Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya balik semula kepada titah Tuanku tadi. Memang kita nak buat yang terbaik. Pihak kerajaan sebenarnya setelah mendengar mengamati Titah Kebawah Duli Tuanku yang begitu ikhlas nak pastikan negeri Pahang ini hebat, maju, berjaya. Rakyatnya terus diberi pembelaan dan itu pun memang

selaras sepertimana yang dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar.

Kita bincang dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan. Tiap-tiap minggu nak menyelesaikan masalah, masalah tetap ada tetapi insya-Allah kita akan buat. Sebab itu dalam konteks seumpama ini, Tuanku bertitah, saya menyentuh berkenaan aspek portfolio saya. Dalam titah Tuanku, Tuanku titah dalam sektor agro pertanian, misal contohnya menggunakan teknologi terkini Internet Of Things, misal contohnya, insya-Allah.

Saya nak maklumkan bahawasanya kita melaksanakan, jabatan kerajaan, Jabatan Pertanian ini sentiasa memperkenalkan pendekatan yang terkini. Insya-Allah dengan teknologi… menggunakan teknologi terkini. Kita menjalankan kursus dan memberikan pendedahan kepada peserta-peserta yang berminat, insya-Allah. Malahan, kalau saya nak sebutkan di sini Yayasan Pahang misal contohnya er… terlibat dalam Program er… Keterjaminan Makanan ini dan er… apa yang dilaksanakan, alhamdulillah oleh Yayasan Pahang ialah melalui peruntukan yang dipohon daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebanyak RM6.9 juta dan er… Yayasan Pahang telah memperkenalkan tiga projek ini… projek perintislah iaitu pertamanya ialah rock melon, dengan izinlah rock melon. Yang keduanya, penanaman nenas dan yang ketiganya menjalankan projek ikan tilapia melalui sistem bioflok, bioflok.

Jadi, rock melon ini dibuat di Kuala Medang dengan kerjasama daripada seorang pengusaha yang berjaya, Rosdi dengan kelulusan sebanyak RM1.3 juta peruntukan. Kita wujudkan 20 green houses, 20 green houses dengan izin dan er… itu yang rock melon. Kemudian yang nenas ini 30 ekar sebagai perintisnya dibuat di Gambang dengan projek atau peruntukan yang diluluskan sebanyak RM2.65 juta.

Kemudian ikan tilapia ini sebagai permulaan menggunakan sistem bioflok er… ini… sistem bioflok ini, peruntukannya RM3 juta, ada 12 tangki er… yang… yang diusahakan dan baru-baru ini kita membuat tuaian yang pertama. Dan er… projek ini mensasarkan seramai 15 pelatih mahir yang akan mengusahakan projek-projek ini dengan memperolehi pendapatan lebih daripada RM2,500.00 sebulan.

Dan dalam tahun er… tahun ini juga atau tahun hadapan, Yayasan Pahang berhasrat memperhebatkan lagi program berkaitan dengan er… food security dengan izin, dengan peruntukan sejum er… sebanyak RM15 juta serta melahirkan lebih ramai lagi golongan agropreneur muda yang terlibat secara langsung dalam sektor ini dan er… kali ini kita akan menggunakan pendekatan di mana er… Yayasan Pahang akan membina dia punya green house itu seluas lebih kurang dalam satu ekar, dia satu green house. Kos dia lebih kurang RM2 juta dan menggunakan konsep fertigasi dan Internet Of Things lah, AI jugalah.

Penglibatan ini kita bagi pendedahan kepada agropreneur muda untuk melatih diberi latihan selama satu tahun dan selepas tamat latihan ini, insya-Allah agropreneur muda ini akan diberikan bimbingan dan juga bantuan dalam bentuk bantuan geran ataupun modal untuk mereka mengusahakan dan kita er… program ini akan dipantau secara khusus dengan teliti oleh pihak Kerajaan Negeri, insya-Allah.

Ini akan menjadikan er… ini projek ini sebagai landasan utama bagi membolehkan anak-anak muda menceburkan diri dalam sektor agro makanan. Saya nak… nak maklumkan juga iaitu sahabat saya daripada Semambu ada membangkitkan tentang cadangan penglibatan golongan muda dalam program pertanian ke arah revolusi

pertanian. Dicadangkan bahawa Kerajaan Negeri melaksanakan program sewaan lot tanah sementara untuk tempoh satu hingga dua tahun kepada anak-anak muda yang berminat di setiap DUN.

Jadi perkara ini kita… kita akan teliti tengok, sebab apa memang kita nak galakkan. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri telah menggariskan supaya Pahang kita ini tadi mengeluarkan makanan sendiri. Maknanya hasil makanan yang dikeluarkan ini dapat menampung setidak-tidaknya er… ini keperluan di dalam er… di dalam negeri Pahang, insya-Allah dan er… Jabatan Pertanian sedia memberi nasihat er… ini khidmat nasihat dan memberi latihan serta memantau projek pertanian yang dilaksanakan oleh petani-petani, usahawan ini termasuk agropreneur muda yang di… er… yang dikenal pasti dan yang dipilihnya nanti insya-Allah dan er…

Di samping itu juga, agropreneur muda ini juga akan diberi peluang untuk melibatkan diri dalam bidang ternakan di negeri Pahang. Malahan terdapat 64 rizab haiwan yang diwartakan dengan keluasan 4,457 hektar kawasan rizab padang ragut. Masih terdapat 19 rizab haiwan dengan keluasan 474 hektar yang boleh dimohon oleh er… usahawan-usahawan tani ini, termasuk agropreneur muda ataupun belia yang berminat melalui dan perlu memohon melalui Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (PSK) dan kita boleh memberi pertimbangan kepada mereka yang… yang layak untuk diberikan kelulusan.

Manakala, sahabat saya daripada Padang Tengku ada menyebut tentang er… Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) yang membuat kajian bahawa negara akan mengalami tempoh kemarau yang dijangka akan berlarutan bermula tahun hadapan sehingga 2035 er… ini ADUN er… sahabat saya ADUN Padang Tengku mendapatkan er… pelaporan daripada NAHRIM ya dan er… bertanya apakah persiapan, persediaan Kerajaan Negeri bagi menghadapi tempoh kemarau tersebut terutama dari segi keterjaminan makanan di masa akan datang.

Kita melihat bahawasanya er… apabila kita mendapat maklumbalas daripada agensi kerajaan, khususnya yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu seperti NAHRIM ini, dia… Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia bila dia maklumkan tentang kemungkinan berlakunya kemarau yang berlarutan selama beberapa tahun hingga 2035, maka kita membuat kesilapan. Pertama sekali misal contohnya di kawasan-kawasan jelapang padi kita er… kerajaan akan menggariskan pelan untuk bersedia menaik taraf infrastruktur prasarana di kawan… kawasan sawah padi. Sebahagian besar kawasan padi di negeri Pahang bergantung kepada sumber air sungai. Jika berlaku kemarau paras air sungai akan cetek. Sebagai persiapan… persediaan infrastruktur, rumah pam akan dinaik taraf khususnya di muka-muka sauk.

Sistem perparitan juga… sistem perparitan dan sistem pengairan akan dinaik taraf bagi meningkatkan kecekapan er… sistem agihan ke petak-petak sawah. Malahan kalau tengok dari segi variety baharu padi yang tahan lasak ini kita dengan kerjasama dengan pihak MARDI er… variety padi baharu iaitu er… kalau dilihat di sini MR315 yang diasaskan melalui gabungan induk MR253 dan MR263, variety ini dipercayai mempunyai potensi kerana mampu meningkatkan purata hasil padi yang tinggi serta tahan kepada perubahan cuaca dan serangan penyakit.

Jadi er… kita buat persiapan juga sebab kita ada jelapang padi di Pekan dan di Rompin dan insya-Allah kita bersedia ke arah itu dan er… bantuan kepada petani khususnya penanam sayur dan buah-buahan juga diberikan untuk menaik taraf sistem pengairan dan membina kolam takungan telaga tiub, tube well dengan izin, dan pemasangan sistem pengairan dilaksanakan dan er… petani juga akan diperkenalkan dengan

konsep rain harvesting maknanya kita er… akan cuba untuk memperkenalkan er… sistem rain harvesting bagi menyimpan air hujan bagi tujuan pertanian dan er… menekankan konsep pertanian pintar.

Konsep pertanian pintar ini melalui penggunaan teknologi fertigasi dan hidroponik, NFT ataupun Nutrien Film Technique dengan izin dan DFT Deep Film Technique yang ternyata lebih menjimatkan penggunaan air dalam penanaman sayur-sayuran er… akan diberikan perhatian dan er… juga kita akan melaksanakan kawalan perosak bersepadu di mana musim kemarau lazimnya akan meningkat serangan perosak ke atas tanaman. Jika tidak dikawal, ianya boleh menjejaskan hasil tanaman.

Pelaksanaan konsep kawalan perosak bersepadu ini akan dilaksanakan khususnya dari segi memberi penerangan kepada petani melalui kursus dan amalan amali secara hands on dan er… di samping itu juga kita akan memperkenalkan kempen kesedaran menanam untuk keperluan keluarga secara kecil-kecilan yang boleh membantu menampung kos sara hidup dan mengurangkan import makanan dan ini penting untuk dilaksanakan kerana ia boleh digabungkan dengan konsep zero waste iaitu menggunakan sisa bahan makanan untuk dijadikan sebagai baja kompos. Ini diperkenalkan melalui program pertanian bandar ini di mana kita perkenalkan.

Speaker

Yang Berhormat…Yang Berhormat err… sini ah panjang lagi panjang lagi?

Saya bukan apa Ini Speaker, yang menyediakan jawapan kepada kepada ini… ini jawapan yang dibangkit, soalan yang dibangkit ahli ahli Dewan terdiri daripada sahkan kepegawaian. Mereka ini bertungkus lumus tak tidur malam, menyediakan fakta, mencari jawapan. Jadi saya pun serba salah juga untuk nak ini apa nama… ringkaskan, ni mereka terpaksa hanya memperuntukkan man hours dengan izin yang cukup panjang.

Sebab itu saya mengambil kesempatan di sini saya nak merakam setinggi penghargaan. Tuan Speaker, Yang Berhormat Tuan Speaker, kepada pegawai-pegawai yang bertungkus lumus, terima kasih banyak kerana mereka ini antara the unsung heroes di belakang tabir yang membantu ahli-ahli dewan khususnya perbahasan kerajaan untuk memperlengkapkan. Saya boleh saja boleh bagi apa nama jawapan bertulis ini, saya sekarang ini pukul tujuh dah. Dia kalau ikut ni, Sahabat saya daripada Kerdau, saya ingat Maghrib masuk pukul 7.12 lagi 10 minit lagi masuk Maghrib, jadi saya tak…

Mintak izin. Saya boleh Jamak Takhir tak apa...

Ramai di sini… Insya-Allah Jamak Takhir boleh, jangan jamak takyah. Jadi saya nampakkan betul. Saya rasa kalau saya sentuh semua ni banyak sebenarnya saya nak beritahu ni sektor agro ini kita rancak. Saya nak ucap terima kasih kepada Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar Perikanan. Malahan data data yang diberikan ini saya rasa cukup bermanfaat.

Cukup bermanfaat kerana fakta fakta yang diberikan ini sebenarnya memberi kita satu keyakinan, bahawasanya kita berada di dalam landasan yang yang benar Negeri Pahang, insya-Allah. kalau misal, contohnya sebagai contoh kita ternakan misal contohnya. Banyak perkara yang kita laksanakan dengan ternakan unggas, ayam, itik dan pelbagai lagi. Malahan kita pun ada er… kita telah laksanakan projek ini, Wagyu yang saya maklumkan kita telah luluskan peruntukan tambahan, kita telah beli 161 ekor lembu premium jenis Wagyu daripada Australia dan baru-baru ini kita telah kumpul.

Sehingga hari ini, daripada ini lembu-lembu yang kita bawa masuk ni, lembu ini ada yang dah beranak. Jadi jumlah yang dah banyak 22, 22 ekor. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua… eh Tuan Speaker. Jadi kita bawa 161. Saya nak kongsi sikit nak beritahu kita bawak masuk daripada jenis Full Blood, maknanya 100% Wagyu kemudian daripada F1, F1 dan yang beranak ini daripada Full Blood pun ada beranak dan daripada F1 pun ada beranak dan sekarang ini berada di Bukit Kajang di Raub dan insya-Allah ianya akan berkembang.

Kita masa bawa masuk tu kita beli itu kita beli lembu yang bunting. Saya dah beritahu kita beli lembu bunting. Jadi kita dapat ibu dia, kita dapat anak. Setakat hari ini 22 ekor dah anak yang tarikh lahir ini apa… ini tempat lahir dia ditulis situ Raub, maknanya Bukit Kajang. Dia dulu asalnya ini mak dengan ayahnya di Australia. Tapi sekarang dia dia… kita telah Malaysian kan. Jadi ini veterinary, alhamdulillah.

Malahan saya juga nak sentuh sikit pasal yang ikan ni perikanan. Sebenarnya perikanan ini, kita kalau tengok dari segi hasil ikan, sebenarnya saya nak beritahu kalau pendaratan perikanan, tangkapan bagi tahun 2023 kita ini kiranya masuk dalam ikan laut ni Tuan Yang di-Pertua, eh Tuan Speaker, nombor 5. Maknanya Perak nombor 1, Sabah nombor 2, Kedah nombor 3, Selangor nombor 4, Pahang nombor 5. Kemudian Sarawak nombor 6, Kelantan nombor 7, Terengganu nombor 8, okey.

Lepas tu er… begitu juga dengan akuakultur. Kita mengatasi er… saudara-saudara kita daripada pantai timurlah ya kita mengatasi mereka. Malahan kalau tengok pendaratan ikan darat Pahang ni nombor 2 dari Perak cukup mengatasi. Dan peruntukan yang diterima missal Contohnya, kalau kita tengok pengeluaran ikan, makan ikan ini di Pahang kita tahun 2023 tu, 136,853 metrik tan. Nilainya ialah RM 1.32 bilion. Berbanding dengan tahun ini apa nama sebelum ini iaitu 129,522 metrik tan iaitu lebih kurang RM1.15 billion.

Dia peningkatan kuantitinya 6%, peningkatan nilainya 15%. Jadi alhamdulillah syabas saya ucapkan kepada Jabatan Perikanan yang telah berjaya melaksanakan program. Malahan dalam penggayaan hasil ikan darat kita di sungai, Jabatan Perikanan telah melepaskan berjuta ini ekor benih-benih ini ikan dan ini telah dapat menambahkan lagi sumber protein daripada ikan dan kita nak maklumkan bahawa kita akan menjalankan kempen, kempen er… membasmi ini… ikan pemangsa iaitu ikan baung ekor merah sebab ikan baung ekor merah ini dia… apa nama dia makan benih-benih ikan yang lain habis pupus. So ini kita akan buatkan kita beri tumpuan ke daerah-daerah Jerantut, Temerloh, Lipis, Pekan dan sebagainya dan insya-Allah.

Dan perkara ini kita akan laksanakan dalam masa terdekat supaya kita dapat kurangkan ini… ikan pemangsa ini, Tuan Speaker, supaya ikan-ikan kita ikan asli kita. ikan Kerai, ikan Kelah, ikan Tamalian, insya-Allah, ikan Jelawat. Tak pupus, tak pupus. Dan kalau bercerita pasal Agro Tourism, Agro Tourism saya ingat di Kuala Sat, di Kuala Tahan dia ada santuari dan santuari ikan kelah dan sebagainya kalau tengok saya nak maklumkan. Tengok sini memang cantik.

Dia tengok… kita boleh mandi sungai. Anak-anak boleh diberi pendedahan bukan sahaja di dalam kelas, tapi di luar darjah dengan melalui pengalaman di apa nama… kawasan yang semulajadi dan insya-Allah perkara ini kita akan perkukuhkan supaya Agro Tourism ini menjadi satu daya tarikan yang boleh merancakkan lagi ekonomi, pertumbuhan ekonomi di dalam negeri kita dan insyaAllah kita akan bekerjasama dengan pemimpin setempat di kawasan-kawasan terbabit. Dan err… saya hanya sedikit sebanyak ingin nak menyentuh sikit ini… Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya pasal ini, sektor pendidikan. Saya tadi saya cakap pasal agro ini tadi, kita ada yang telah dibangkit oleh rakan-rakan ADUN pun dia kata pusat-pusat ini pertanian, ada yang terbiar dan sebagainya.

Sebenarnya tidak pusat-pusat pertanian ini sebagai venue ataupun dengan izin, tempat untuk menjadi perantara antara petani dengan pegawai. Di tempat-tempat ini tadi ditempatkan pegawai-pegawai untuk memudahcara petani ini apa nama sistem pemudahcaraan dengan petani dan memang kita akui ada di setengah-setengah tempat itu dia ini… tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Tapi kita insya-Allah kita akan optimakan. Dan di kesempatan ini juga saya nak maklumkan, sebenarnya rakan saya daripada, daripada Sabai dia ada bangkit pasal sekolah SJKT Jeram ni ya, SK… SJKT Jeram.

Sebenarnya saya nak maklumkan. Pertama-tama sekali kita di Negeri Pahang ini kita ada jumlah SJKT yang… antara yang banyaklah. YB Sabai merupakan bekas guru pendidik, dia tahu. Sebenarnya kita di Malaysia dia Walaupun sekolah tu ada seorang muridnya. Kita takleh tutup. Tak boleh tutup sekolah itu dan ini berlakulah di…

Boleh mencelah sedikit. Tras. Saya nak kongsi bersama pada petang ini. Dekat kawasan sayalah, di Fraser Hill ada satu sekolah Cina, seorang murid je. Tak boleh ditutup. Lastnya kena tutup. Terima kasih.

Lastnya, kena tutup juga.

Akhirnya, kena tutuplah, sebab murid itu dah masuk sekolah menengah [ketawa]. Dia tak amik lagi dah. [Ahli Dewan ketawa]. Sebab tak ada orang lagi dah.

[Ketawa] Ya… ya…saya tahu ini…

Dato’ Sri Speaker, mencelah. Berkaitan dengan isu yang dibangkitkan ini. Saya rasa yang dekat Bukit Fraser iaitu Sekolah Cina itu sudah dibawa lesennya pergi ke Selangor dan Sekolah Tamil Bukit Fraser pun menghadapi kekurangan murid. Saya mengesyorkan kita ada beberapa buah sekolah Tamil di negeri Pahang ini, yang mana menghadapi kekurangan bilangan pelajar, bilangan murid. Saya mohon agar Kerajaan Negeri dapat menyediakan tempat tapak baru untuk kita membawa lesen yang mana menghadapi kekurangan murid ini, dapat kita pindahkan ke kawasan-kawasan yang mana mempunyai kepadatan penduduk India yang tinggi. Sekian terima kasih.

Terima kasih ini… Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih rakan saya daripada Sabai. Memang betul, tadi sahabat saya daripada Tras maklumkan memang betul. Makna Sekolah Kebangsaan Tamil Bukit Fraser, dulu ada satu orang murid tapi gurunya 6. 6 guru itu dia mengajar itu, tak tutup tapi akhirnya tutup kerana tak ada…

Dia best student, dia apa itu kedatangan penuh dan dia juga adalah… semua dia [ketawa] sebab dia seorang… [ketawa].

Semua dia… [ketawa]…

Betul… betul. Jadi sebenarnya di Pahang kita ada 37 SJKT. Maksudnya memang kita beri tumpuan. Tapi seperti mana yang sedia maklum, dia sebenarnya di SJKT Jeram ini, kerajaan telah beri kelulusan untuk dilaksanakan projek ini. Tapi akhir sekali, syarikat yang melaksanakan didapati bankrap. Apabila dia bankrap, dia terpaksa dibatalkan projek itu. Tapi yang jadi masalahnya setelah nak dipulihkan, didapati bahawa tanah yang nak dibina itu, bukan tanah yang dipunyai oleh LPS ini, Lembaga Pengelola Sekolah dan itu jadi satu syarat penting untuk Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan tanah itu milik Lembaga Pengelola Sekolah.

Sebab itu dalam kontrak seumpama ini, projek ini dah jalan. Tapi bila didapati bukannya tanah itu bukan milik LPS SJKT Jeram, maka telah diberi maklum. So Lembaga Pengelola Sekolah ini telah mohon tanah KPTG. Dan maklumat terakhir diterima iaitu bulan Mac yang lalu, pihak LPS ini telah mohon kepada KPM untuk meneruskan projek ini… SJKT Jeram ini. Dia ada 46 murid sebenarnya, 46 murid. Walau bagaimanapun 46 murid, oleh kerana sementara nak membina bangunan kekal, ada 6 kontena yang telah disediakan tapi enam kontena semua ada aircond YB

Saya sekolah kebangsaan biasa ni, aircond tak ada. Dia… malahan kipas pun terhad. Pihak ibu bapa terpaksa menyediakan kipas kipas tegak ini tadi. So yang ini memang jangan risau, dia dengar tu memang kontena tetapi very… very cozy lah maknanya sebab ramai…

Speaker

Yang Berhormat… Yang Berhormat Dah masuk waktu maghrib ini

Okey. [Ahli Dewan ketawa]. Jadi saya nak rekod… [Ahli Dewan ketawa]. Ha… yang ni hebat… hebat. Ini hebat… hebat mengingatkan saya. Dia terima kasih ini YB. Inilah Kerajaan Perpaduan. Insya-Allah. [Ahli Dewan ketawa].

Saya nak mengambil kesempatan di sini, pertama sekali Dato’ Sri saya nak mengucapkan tahniah kepada UniPSAS kerana berjaya menganjurkan International Conference on Islamic ini. [Ahli Dewan menepuk meja]. Memang dengan penglibatan daripada ramai 200 peserta dan 28… daripada 28 negara. Yang ini saya nak merakam

setinggi penghargaan pertama sekali kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar yang sebenarnya, cetusan idea ini gerakkannya, sokongan kuat daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri sendiri hingga lawatan lawatan kita ke Morocco, ke Jordan dan sebagainya. Pelawaan secara personel telah dipanjangkan dan pemimpin pemimpin tokoh tokoh yang hebat termasuk daripada Universiti Al-Azhar hadir.

Dan sebenarnya Yang Amat Berhormat Dato’ Sri memainkan peranan penting dan sebenarnya individu yang memainkan peranan yang hebat ialah Dato’ Sri Syed, iaitu wakil daripada Kerdau. Dia… sahabat saya daripada Kerdau. Saya sebagai Exco Pendidikan Dato’ Sri sebab dia situ ramai juga peserta daripada negara Arab. Jadi, saya bercakap… cakap nasib baik jamuan, saya mewakili Yang Amat Berhormat Dato’ Sri itu, yang hadir itu Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie dengan Profesor Dr Zawawi, Naib Canselor UniPSAS. Dia orang boleh cakap Arab. Bila Menteri Republik Czech… Menteri Pendidikan Republik Czech cakap Arab… saya cakap, Yang Amat Ariff … apa yang dia orang cakap ini. Saya begitu je.

Jadi Alhamdulillah, dengan persetujuan daripada Rektor Universiti Al-Azhar akan wujud pusat bahasa Arab di Kuliah Abu Bakar. Dia dah tengoklah tempat terhebat, jadi kita… anak-anak kita boleh belajar kat situ. Dia tak perlu lagi masuk madrasah di Cairo itu, dia terus daripada situ… dia akan diberi banyak, malahan Libya telah mempelawa anak anak pelajar kita belajar dengan tanpa bayaran. Dia banyak di situ dan UniPSAS telah berjaya menandatangani 14 MOU baru baru ini, dan ini akan dapat diterjemahkan dengan tindakan susulan dan insya-Allah kita akan menghantar wakil kita hasil daripada lawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita ke Morocco ke Universiti Qarawiyyin yang antara universiti tertua di dunia ya.

Dan ini akan dibuat follow up supaya kita dapat hantar anak anak pelajar kita daripada tahfiz profesional dan tahfiz turath dan tahfiz-tahfiz lain ke negara Morocco ini tadi, insya-Allah. Saya juga nak mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada para-para guru. Sebenarnya di Pahang kita ini bilangan guru kita ada 25,702 dan murid 262,366. Daripada 16 Mei ini, Hari Guru akan diadakan di negeri Pahang. Negeri Pahang akan jadi tuan rumah kepada sambutan Hari Guru Peringkat kebangsaan.

Mohon izin. Jadi kita beri laluan khas di masjid-masjid seluruh Pahang untuk membaca khutbah sempena Hari Guru.

Saya daripada tadi, eh... saya tengok khutbah tadi maknanya menyentuh pasal Hari Guru. Kita kena muliakan guru-guru kita insya-Allah, ini insan mulia. Saya tak boleh jadi cikgu sebab dia kalua anu tu dia pang!!... pang!!… dia formula lima lima [aksi]. Ha gitu kan. Jadi guru guru macam sahabat yang lain Yang Amat Dato’ Sri… makna 25,702 ini insan yang mulia insya-Allah kita doakan mudah-mudahan Allah Ta'ala akan beri rahmat, keberkatan dan keredhaan kepada mereka semua.

Dan saya nak ucapkan bagi pihak Yang Amat Berhormat Datp’ Sri dan rakan-rakan dalam barisan kerajaan, rakan daripada saf kepimpinan sokongan kerajaan dan juga daripada rakan-rakan pembangkang untuk mengungkapkan ucapan Selamat Hari Guru. Mudah-mudahan guru akan terus bertambah apa ni… passionate, maknanya dengan izin… ha okay okay. Coming. Insya-Allah.

Jadi saya itu yang dapat saya sentuh sedikit sebanyak. Terima kasih kepada semua dan yang lain itu... untuk soalan yang dibangkitkan, kita minta urus setia Dewan menghantar jawapan secara bertulis.

Jadi dengan kata-kata itu, saya insya-Allah dengan ini, saya menyokong usul junjung kasih titah ucapan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-3 Dewan Negeri ke-15 pada 6 Mei yang diusulkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar baru-baru ini. Sekian. Assalammualaikum WBT. [Ahli Dewan menepuk meja].

Speaker

Terima kasih Exco kanan. Saya difahamkan bahawa pegawai-pegawai kakitangan kerajaan semua bertungkus lumus untuk menyediakan jawapan-jawapan pada hari ini khususnya kepada Exco-Exco Kerajaan Negeri. Jadi tidak lupa jugalah kakitangan kerajaan, pegawai-pegawai Dewan Negeri juga. Marilah kita memberi penghargaan setinggi tingginya kepada semua pegawai kerajaan dan juga pegawai Dewan Negeri. [Ahli Dewan menepuk meja].

Baiklah Ahli Ahli Yang Berhormat sekalian, kita mengucapkan terima kasih kepada 10 Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan yang telah memberikan jawapan-jawapan atas permasalahan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Pihak kerajaan akan menyambung semula menimbang Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang pada hari Isnin minggu hadapan. Saya akan menempohkan persidangan pada hari ini dan persidangan kita akan disambung semula pada hari Isnin, 13 Mei 2024 bersamaan 4 Zulkaedah 1445H bermula pukul 9.30 pagi. Terima kasih persidangan ditempohkan Insya-Allah.

[Persidangan ditempohkan pada jam 7.24 petang]