Pahang · 13 May 2024

15th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 509 turns · 28,826 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Pertama Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari

: Isnin 13 Mei 2024 Bersamaan 4 Zulkaedah 1445 Hijrah

DOA Perkara Pertama: Doa.

Bismillahirahmanirahim [bacaan al-Quran]. Segala puji bagi Allah di buka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Mengasihani kepadaNya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah Ya yang bersifat Maha Hikmah limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan. Mudah-mudahan sentosa aman makmur limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkat mu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan Taufik mu dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding menimbang bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah dipohon doa kami diperkenankan. Amin Ya Rabbal Alamin.

PERTANYAAN-PERTANYAAN KEPADA MENTERI BESAR

Perkara Kedua: Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri Besar.

Speaker

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera dan Selamat Pagi.Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat meneruskan persidangan pada hari ini. Hari ini agak berlainan sedikit. Selalunya Speaker baca doa, tapi hari ini kita bagi Setiausaha baca doa.

Sebelum kita memulakan Aturan Mesyuarat, Saya ingin memaklumkan beberapa perkara. Pertamanya, Yang Berhormat EXCO Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang bersama FELDA Negeri Pahang berbesar hati menyumbangkan produk Usahawan FELDA Pahang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Ada di meja. Bagus Exco Baru ni Yang Amat Berhormat. Dua kali dah sumbang. Hari esok ada lagi? Kalau ada hari esok hantar ke pejabat (ketawa). Pejabat kita semualah.

Yang Berhormat Speaker, minta izin mencelah.

Speaker

Boleh. Ya.

Kalau boleh saya minta Exco FELDA ini bagi juga kepada Ketua Jabatan yang hadir. Mungkin bukan hari inilah. Di lain masa. Takkan diaorang nak cium bau je, tengok barang kan. Terima kasih Speaker.

Speaker

Itu satu cadangan yang baik Yang Amat Berhormat. Lain kali siapa nak sumbang, sumbang sekali untuk pegawai-pegawai kita yang memang mereka ini turut hadir di dalam mesyuarat kita. Boleh Yang Berhormat semua?

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Terima kasih banyak Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar Pahang. Bahawasanya memang kita dah serahkan sekali yang berada dalam dewan kecuali yang sebelah atas sana tu sahaja yang Berhormat Dato' Sri. Terima kasih banyak Dato' Sri.

Speaker

Baik hati [ketawa]. Begitu juga Ahli Dewan Negeri dari Kawasan Chini dengan kerjasama Projek Pembangunan Peneroka (PPP), Sentuhan Kasih FELDA Chini Timur 2 juga menyumbangkan cenderamata berupa buah Apollo Melon. Ha… buah Apollo Melon Yang Berhormat… Yang Amat Berhormat saya pun tak pernah tengok lagi buah Apollo Melon ni, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Ha… jadi semua kita boleh rasalah buah Apollo Melon. Ini bukan Apollo DAP punya tu kan. Bukan [ketawa]. Yang roket DAP tu, Apollo juga kan? Ha… bukan. Ini yang Chini punya er wakil rakyat daripada Chini. Produk-produk tersebut telah diedarkan oleh pihak urus setia yang diletakkan atas meja Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian.

Seterusnya. Saya mohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengisi borang Kajian Kepuasan Pelanggan ya yang telah diedarkan. Ini bertujuan untuk menambah baik lagi keupayaan dan kecekapan tadbir urus Dewan Negeri. Baiklah. Teruskan dengan atur Aturan Urusan Mesyuarat pada pagi ini, saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Ketari untuk mengemukakan soalan pertama.

Su Keong SiongDAP · PHKetari

Terima kasih Dato' Sri Speaker. Dato' Sri Speaker, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada komponen parti-parti Barisan Nasional khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Dato' Sri Speaker yang telah bantu berkempen untuk memenangkan calon Kerajaan Perpaduan di KKB yang lalu. [Ahli Dewan menepuk meja]. Terima kasih. Soalan saya nombor enam.

[Program kebajikan Bantuan Prihatin Pahang adalah merupakan satu program kebajikan yang amat baik dan memanfaatkan golongan tertentu warga Negeri Pahang. Apakah keseluruhan jumlah peruntukan yang telah di sediakan untuk program ini sejak ia dimulakan. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memperluaskan program Bantuan Prihatin Pahang agar lebih ramai warga Pahang dapat menerima bantuan melalui program ini.]

Assalamualaikum WBT. Selamat Pagi. Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Ketari yang bertanyakan soalan Bantuan Prihatin Pahang. Saya lihat daripada soalan ni ada dua perkara. Yang pertama, apakah keseluruhan jumlah peruntukan yang telah disediakan untuk program ini? Dan juga adakah kerajaan negeri berhasrat untuk memperluaskan program Bantuan Prihatin Pahang? Sebelum saya menjawab soalan saya ingin respons sikit di atas ucapan penghargaan dan terima kasih dan ini semua adalah Barisan Nasional Yang Berhormat Speaker adalah membantu di atas kemenangan Tioman dan Pelangai tempoh hari. [Ahli Dewan menepuk meja].

Yang Berhormat Speaker,

Bantuan Prihatin Pahang merupakan Inisiatif Kerajaan Negeri Pahang yang telah diperkenalkan pada tahun 2020 dan diteruskan sehingga kini. Sehingga tahun ini Yang Berhormat Speaker dan juga makluman ADUN Ketari, kita telah membelanjakan sebanyak RM141.78 juta bagi pelaksanaan program-program di bawah Inisiatif Bantuan Prihatin Pahang. Pecahan peruntukan adalah seperti. Pecahan peruntukan mengikut tahun adalah seperti berikut, pada tahun 2021 sebanyak RM31.30 juta, pada tahun 2022 RM30 juta, pada tahun lepas 2023 juta ... Pada tahun lepas 2023 RM42.40 juta dan bagi tahun ini sehingga minggu lepas RM38.08 juta. Jumlahnya RM141.78 juta.

Yang kedua, Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk memperluaskan program ini? Yang Speaker, Kerajaan Negeri Pahang sentiasa prihatin dan sedar bahawa keperluan dan manfaat pelaksanaan inisiatif ini dan sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Pahang akan sentiasa komited dan akan menambah baik lagi pelaksanaan inisiatif Bantuan Prihatin Pahang serta akan meluaskan lagi skop-skop program ini di bawah Inisiatif Bantuan Prihatin Pahang agar lebih ramai lagi rakyat negeri Pahang akan mendapat manfaat daripadanya. Sebagai contoh, bagi tahun 2023 dan 2024 Kerajaan negeri Pahang telah memperkenalkan beberapa program yang terbaru di bawah Inisiatif Bantuan Prihatin Pahang.

Antaranya ialah program Berkhatan Anak Pahang dengan peruntukkan sebanyak RM1 juta kepada 3,000 penerima. Yang ini ada syarat berkhatan ni. Berkhatan kali pertama Yang Berhormat Speaker. Sebab ada yang kata MB yang kali kedua? kali kedua tak boleh, sendirilah dan umurnya mestilah tingkatan, tingkatan tiga ke bawah.

Speaker

15 tahunlah.

15 tahun. Ni saya kena begitu awal-awal supaya jelas ya. Dia tidak jadi macam Bantuan Kahwin Kali Pertama. Ha kali kedua nak, ketiga nak dan sebagainya.

Yang kedua ialah Program MyLesen Prihatin Pahang juga diperkenalkan bagi menyediakan subsidi Lesen Motor kepada golongan muda yang berumur 18 hingga 21 tahun, yang melibatkan peruntukan sebanyak RM720,000. Seterusnya, peruntukkan kepada Majlis Kebajikan Negeri Pahang sebanyak RM600,000, badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera BAKAT sebanyak RM100,000 manakala Persatuan Keluarga Polis sebanyak RM50,000 di bawah kluster pemberian apresiasi pembedahan katarak mata dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta yang memberikan manafaat kepada 500 warga emas.

Kerajaan Negeri juga turut memperkasakan program-program sedia ada di bawah Bantuan Prihatin Pahang bagi meningkatkan keberkesanan dan manfaat kepada penerimanya. Antaranya ialah Bantuan Prihatin Pahang Kluster Siswa telah ditingkatkan daripada RM300.00 pada tahun lepas telah dinaikkan kepada RM400.00 tahun ini Yang Berhormat Speaker. Untuk setiap penerima melibatkan penambahan peruntukan daripada RM8.87 juta kepada RM14.18 juta.

Yang kedua ialah Bantuan Prihatin Pahang Jemaah Haji yang kini dikenali sebagai Barakah Haji Pahang telah ditingkatkan daripada RM500.00 tahun lepas kepada RM750.00. Setiap penerima melibatkan penambahan peruntukan sebanyak daripada RM1.0 juta kepada RM1.5 juta dan juga insentif perkahwinan kali pertama bagi pasangan bukan Islam dan juga pasangan daripada masyarakat Orang Asli yang melibatkan 3000 pasangan. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Sila, Wakil daripada Ketari. Soalan tambahan.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Terima kasih Dato' Sri Speaker.

Ya memang dan syabas kepada Kerajaan Negeri Pahang atas inisiatif-inisiatif yang memang bagus. Cuma saya nak tanya adakah kerajaan sudi pertimbangkan untuk memperluaskan lagi kepada golongan terutamanya suri rumah yang bekerja di rumah dan tanpa insurans sebab Kerajaan Persekutuan sedang telah melaksanakan Skim Insurans Suri Rumah yang cuma RM120.00 satu tahun. Mungkin ini juga boleh dipertimbangkan kepada suri rumah-suri rumah yang layak dan juga yang kepada ibu tunggal yang untuk meringankan beban kos sara hidup mereka. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Ketari. Untuk makluman Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini, setiap Bantuan Prihatin Pahang berasaskan kepada kedudukan kewangan Kerajaan Negeri. Itu yang pertama. Kalau ikutkan memang kita nak bagi macam-macam tetapi bergantung kepada peruntukan ataupun hasil yang kita dapat. Selepas kita tolak, apakah perbelanjaan tetap yang harus kita keluarkan sebagai contohnya gaji untuk penjawat awam? Itu dah tetap lebih kurang RM50 juta sebulan, setahun RM600 juta gaji dan juga lain-lain kos yang kita

tidak dapat elakkan. Dan cadangan daripada Ketari tadi berhubung dengan ibu tunggal.

Ibu tunggal ini kita kategorikan bukan semua ibu tunggal sebab ada ibu tunggal yang kaya Yang Berhormat. Jadi yang ini kita keluarkan. Kita er... ibu tunggal miskin di sana sebab kita menghargai ibu tunggal kita panggil ibu mulia... kita... Ibu mulia tu kalau Ahli-Ahli Yang Berhormat dengar kalau rakan-rakan saya EXCO bercakap, ibu mulia itu maknanya ibu tunggal yang miskin dan kita telah memperuntukkan RM2.1 juta untuk ibu tunggal dan ini dalam pelaksanaan. Manakala cadangan Yang Berhormat tadi untuk bantuan suri rumah, kita akan fikirkan dan kalau sekiranya kedudukan kewangan mengizinkan, tidak ada masalah.

Yang pentingnya Kerajaan Negeri Pahang prihatin dan sentiasa membantu rakyat yang memerlukan di negeri Pahang ini Yang Berhormat Speaker, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Sila Wakil daripada Chini.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Soalan saya apakah status penyaluran Bantuan Prihatin Pahang (BPP) untuk tahun 2024 yang terkini?

Yang Berhormat Speaker. Terima kasih kepada ADUN Chini. Yang Berhormat Speaker, ADUN Chini bagi apa tadi? Apollo?

Speaker

Apollo Melon. Watermelon saya tahulah tapi Apollo saya tak tahu.

Boleh saya tanya ADUN Chini. Sebab apa Apollo Melon? Adakah dia bentuk macam roket ya [ketawa] ataupun...

Speaker

Boleh tunjukkan contoh tu.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Saya tunjukkan ini, mohon izin. Ini buah dia. Tapi ini saiz yang dah gred rendah sikit, dia sebab ini dah penghujung buah pengeluaran. Buah yang pertama sulung dan produk melalui bantuan prihatin... bantuan pembangunan peneroka disalurkan ke Projek Sentuhan Kasih ini. Ini yang kali pertamalah. Jadi saya pun mohon maaf seperti cadangan daripada Yang Berhormat Menteri Besar, kita tak dapat bekalkan kepada semua. Tapi insya-Allah Dato' Sri MB, kita kalau ada yang pengeluaran kedua nanti, kita tambah kepada semua ketua-ketua jabatan [Ahli Dewan menepuk meja], pegawai-

pegawai daerah lagi boleh sumbang Dato' Sri, kita sumbang. Tapi Dato' Sri boleh lulus sikit peruntukan [ketawa]. Terima kasih.

Speaker

Boleh... boleh... boleh [ketawa].

Yang Berhormat Speaker, mencelah sikit. Itu bukan gaya roket itu, gaya bulan [ketawa].

Speaker

Tapi bulan dia bulan kuning. Kalau hijau tadi saya tak bagi tunjuk [ketawa]. Pasal kuning, okay. Soalan tambahan.

Yang Berhormat Speaker,

Saya ingin menjawab soalan tambahan daripada ADUN Chini. Untuk makluman Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Dewan, sehingga sekarang ini ada 20 jenis insentif untuk tahun inilah yang kita akan bagi dan 7 Bantuan Prihatin Pahang yang telah dilancarkan. Antaranya ialah Moh Karnival Makmur yang mana satu daripadanya telah selesai kita laksanakan. Manakala 6 lagi dalam proses pelaksanaan dan peruntukan ialah sebanyak RM8.45 juta. Program-program yang dibuat bagi tahun ini antaranya ialah program Berkhatan Anak Pahang, inisiatif perkahwinan kali pertama untuk masyarakat Orang Asli dan dan juga bukan Islam. Jemaah haji telah pun dilaksanakan kerana ibu mulia seperti mana yang saya katakan tadi.

Kemudian rumah anak yatim yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam pelaksanaan dan juga Majlis Kebajikan Negeri Pahang dalam pelaksanaan. Dan sehingga bulan Mei, ada lagi 3 tambahan Bantuan Prihatin Pahang yang bakal dilancarkan mengikut garis masa yang telah ditetapkan. Dengan jumlah peruntukan RM18 juta yang akan memberi manfaat kepada 60,000 orang... Speaker. Tambahan tersebut ialah pelajar tahun pertama 2.2 juta orang, kita bagi juga duit poket kepada anak-anak kita ataupun kepada cucu-cucu kita.

Speaker

Berapa ringgit seorang yang pelajar pertama itu?

RM100.00 Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Zaman dulu, zaman Barisan Nasional dulu kita ada bahagi ke?

Ada... ada.

Speaker

Pelajar RM100.0 ke RM50.00, RM60.00 saya lupa dah.

Pokoknya, kita ada bagilah Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Alhamdulillah. Maknanya kita bagi kepada semua pelajar-pelajar tahun satu ya?

Ya. Kita juga memberi peruntukan kepada mahasiswa-mahasiswi yang berada yang berada di IPTA sebanyak RM400.00 dan juga kepada Pengerusi JPKK, JPKKOA, Tok Batin, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha JPKK yang melibatkan RM1.68 juta, Speaker. Maknanya Yang Berhormat Speaker, apa yang kita dapat daripada hasil kita, kita serah kembali kepada rakyat. Memang kita serah sikitlah sebab kita sebagai kerajaan yang memerintah yang pentingnya rakyat. Rakyat mendapat bantuan daripada kita. Sebab itulah di kawasan-kawasan yang bukan di... dipegang oleh kerajaan pun kita bagi bantuan tetapi terus kepada rakyat. Pokoknya, rakyat mendapat bantuan.

Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Speaker

Soalan tambahan yang terakhir.

Pertama, saya ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana Bantuan Prihatin Pahang ramai yang dapat manfaat insya-Allah. Cuma isu yang saya ingin dapat penjelasan ialah mekanisme pemilihan peserta. Sebab kadang-kadang yang dapat tu berulang-ulang. Daripada zakat pun dia dapat, daripada JKM pun dia dapat, daripada pelbagai sumber. Tapi yang tertinggal tercicir tu memang tercicir. Jadi kita... sebab itu mungkin bagi saya kita ada satu back... big data yang perlu kita ada supaya yang berulang-ulang tu tak dapat pada dia dan yang langsung tak dapat di kampung langsung terbiar. Itu minta penjelasan, mekanisme pemilihan peserta. Terima kasih.

Yang Berhormat Speaker. Terima kasih kepada ADUN Cheka. Saya tidak nafikan Yang Berhormat Speaker tapi saya rasa seorang dua saja tapi seorang dua ini janganlah besar-besar sangatlah bawa ke Dewan. Sikit aje, ada seorang dua aje Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Isolated... Isolated cases.

Sebab kita pun ada sumber data. Ini duit kerajaan. Satu sen pun kita kira duit kerajaan ini. Audit ada, SPRM ada. Tidak mungkin kita purposely ini ataupun dengan izin dengan sengaja memberi kepada seseorang itu dapat dua tiga kali dan banyaknya bantuan daripada selain daripada kerajaan, MUIP dan sebagainya, baguslah Yang Berhormat Speaker. Kita sebagai Wakil Rakyat, kita patut bangga sebab Kerajaan Negeri bagi, MUIP bagi, lagi benda lagi? BAKAT bagi, TERATAI bagi, baguslah tu. Lagi banyak lagi bagus, apa masalah dia?

Speaker

Wakil Rakyat setempat pun bagi kadang-kadang.

Wakil rakyat setempat pun bagi. Lagi banyak lagi bagus. Jadi, saya fikir ini tidak ada masalah. Janganlah sebab ada mungkin seorang dua dan sebagainya yang berlapis, kita nak besar-besarkan isu ini. Sebab kita ini manusia, Yang Berhormat lagi tahulah kan. Kadang-kadang dipanggil ustaz. Ustaz daripada ADUN Cheka. Maknanya apa ni Yang Berhormat Speaker. Maknanya lagi banyak dapat orang yang memerlukan bantuan, lagi bagus jadi... apa dia Benta? Benta ini nak menyampuk (ketawa).

Sila, sila Cheka. Saya bagi laluan. Boleh Yang Berhormat Speaker?

Speaker

Boleh... boleh.

Yang Berhormat, saya bukan pertikai ya, saya bukan pertikai. Bagi saya kalau nak dapat 4, 5 kali pun tak apa. Cuma yang kita er... ialah kalau yang tercicir itu, itu je. Soal kalau kita duit banyak kita bagi banyak kali pun saya sangat setuju tapi yang tercicir tu dan saya bangkitkan bukan kerana ada kes ya, bukan kes. Ini tulus ikhlas saya tanya. Apa mekanisme supaya tidak berlaku keciciran yang layak dapat tiba-tiba tak dapat.

Yang Berhormat Speaker, saya fikir tercicir ini saya tidak nafikan tapi sebenarnya saya katakan tadi, seorang dua, sebab kita ni manusia bukan malaikat. Tetapi saya nak bagi tahu kepada semua ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Setiap pemberian khususnya duit kerajaan. Kita ada data-data tertentu dan kita ada maklumat-maklumat tertentu. Sebagai contohnya bantuan rumah rakyat Pahang, pengerusinya Yang Hormat Dato' Pegawai Daerah, pengerusi dia dan mereka ini mesti berdaftar dengan e-Kasih. Bukan kita boleh bagi sesuka hati. Jadi er... maknanya kalau sekiranya ada tercicir seorang, dua itu,

Speaker

Maklumlah, maklum.

Kita maklumlah sebagai kesilapan manusia. Tetapi sepatutnya Yang Berhormat Cheka, nombor telefon saya pun ada Yang Berhormat terus contact saya. Er... tuan, ada kawasan Cheka ada yang tercicir, patut dapat ke tidak dapat. Nanti saya hantarlah penyelaras DUN Cheka pergi hantar, saya tidak mintaklah DUN Cheka hantarkan. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Boleh ADUN Cheka boleh hantar juga tetapi bersama Yang Amat Berhormat ada. Soalan seterusnya. Soalan nombor dua wakil daripada Pulau Tawar.

Tuan Yohanis bin AhmadPAS · PNPulau Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker. Soalan saya nombor dua.

[Industri tanaman Koko antara komoditi penting negara dengan sumbangan kepada RM 8 Bilion pada tahun 2023. Apakah perancangan kerajaan Pahang untuk memajukan industri komoditi Koko ini pada masa akan datang?]

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.

ADUN Pulau Tawar menanyakan berkenaan komoditi koko. Saya terutama sekali er...nak berkongsi dengan ADUN Pulau Tawar ni bagi saya, sebenarnya untuk makluman Dato' Sri Speaker dalam dewan yang mulia ini. Dia pengeluar komoditi koko ini, bagi ADUN Pulau Tawar, you tahu tak mana negeri-negeri, negara yang pengeluar koko yang antara 10 yang ini terbanyak.

Tuan Yohanis bin AhmadPAS · PNPulau Tawar

Tempat saya tak tahulah Yang Berhormat. Tapi mengikut yang saya baca tu ada 5 negara yang mengambil daripada Malaysia ni, sebab Malaysia ini biji koko dia berkualiti. Maknanya Malaysia salah satu daripada lima negara.

Jadi saya nak kongsi maklumat ini. Dia sebenarnya negara yang banyaknya ialah di Benua Afrika dengan Latin Amerika, pertama Nigeria, kedua Brazil, ketiga Ghana, keempat Cameroon, kelima agaricus, keenam Ekuador, ketujuh Indonesia, kelapan Dominican Republik, kesembilan Peru, kesepuluh Colombia, kesebelas Mexico, kedua belas Papua New Guinea, ketiga belas, Sierra Leone, orang sebut Sierra Leone, keempat belas Uganda, kelima belas Venezuela, keenam belas India. Jadi dah tengok, ini negara-negara yang banyak mengeluarkan koko. Kemudian soalan kedua, bukan soalan tambahan, soalan pagi ini nak bertanya. Kita tahu ini, ini ADUN ni sebab waris,

Speaker

Ini sebab warislah dia bertanya.

Sebab cerita pasal koko, hebat Pulau Tawar cerita pasal koko, okay. Coklat antara yang terhebat, coklat senarai coklat yang popular, ini apa nama, kita tidak payah tanyalah, kita terus kongsi, kita kongsi terus. Coklat tu, antara coklat yang terhebat di dunia. Nombor satu, ini sebutan jangan ikut sangat, kita orang kampung dia. Dia tulisan dah Cissia, Cissia maknanya daripada Zurich, Switzerland.

Speaker

Betullah tu.

Betul ya. Lepas tu Vosges Haut… Vosges Haut daripada Chicago.

Speaker

USA lah.

Er...apa nama Dato' Sri Speaker.

Speaker

Kampung saya pulak dah, yang nombor tiga Saffron Bougerv. Saffron Bougerv ini, Berkeley, USA juga. Yang keempat Jacques Torres. Jacques Torres ini daripada New York, Amerika, nombor 5 Norman Love Confections, Florida.

Speaker

Patchi ni nombor berapa? Tak tahu nombor berapa Patchi.

haah... Valrhona nombor enam France, nombor tujuh Godiva chocolatier, yang ini Belgium, nombor lapan Richard Donnelly Fine Chocolate, Santa Cruz, tempat waris tu California.

Speaker

USA, dekat San Jose.

Kemudian, nombor sembilan Richart, Richart dari Paris, France, nombor sepuluh

Speaker

Richard tu kalau ejaan Richard tapi dipanggil Richard.

Sebab kena tanya Dato’ Sri juga Richard dari France. Nombor 10 Puccini Bomboni, Amsterdam.

Speaker

Yang Berhormat wakil Benta, Yang Berhormat Pulau Tawar bagi tahu kalau pergi tu ajak lah dia sekali.

Kome nak mengetea sekali di sana, insya-Allah. Jadi maknanya kita lihat di sini. Pengeluar koko yang terbesar banyak daripada Afrika dan juga di Latin Amerika, tetapi pengeluar coklat tersohor di dunia banyak di Amerika dan di Eropah. Tidak ada negara Afrika di sini yang. Malahan di Asia tidak ada kalau Jepun di antara yang ke bawah. Jadi cuba tengok.

Sebab tu saya sekali berkesempatan, Dato’ Sri YB Speaker pergi ke Australia di Tasmania, Cadbury dengan izin, kilang Cadbury. Bila tengok dia beritahu dia tak ada koko pun di Australia, tanam koko, dia import. Jadi koko dari luar dan dia hasilkan coklat. Sebab tu saya kagum jugalah maknanya bila waris saya dari Pulau Tawar. Dia cerita pasal koko, jadi minat itu. Kita nak beritahu negara yang tidak mengeluarkan koko mengeluarkan coklat yang paling hebat di dunia. Jadi menjawab soalan daripada Pulau Tawar.

Speaker

Oo…Itu mukadimah lah.

Tiada mukadimah, jadi nak cerita nak menggalakkan sebab dia bertanya pasal koko. Pertama sekali, keghairahan kita untuk menanam koko ini bagus. Tapi pada masa yang sama kita nak lihat betapa hebatnya kebijaksanaan orang di Amerika tidak tanam pun koko. Dia beli koko-koko kita ni tadi termasuk koko daripada kawan-kawan kita, saudara kita dari Pulau Tawar, Lipis tetapi banyaknya Lipis sana yang menanam koko, proseskan, buat dan jual kepada kita. Macam mungkin kalau kita sebut Snickers, Amerika, Toblerone daripada di Amerika juga. Lepas tu apa nama Nutella, Itali, Ferrero Rocher Itali. Lepas itu coklat yang paling sihat sekali, Dato’ Sri Speaker tahu tak coklat yang paling sihat sekali.

Speaker

Pada saya, coklat ini semua tak sihat. Okay apa Yang Berhormat?

Dark chocolate yang sihat sekali untuk jantung, sebab YB Pulau tawar kata, kalau kita stress ni kita makan coklat. Tenang sikit, jadi coklat yang sihat sekali dark chocolate. Coklat untuk kesihatan.

Speaker

Apa nama coklat Yang Berhormat, ulang sekali lagi.

Dark chocolate, dark chocolate. Yes, dark chocolate.

Speaker

Make sure pronunciation right okay.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Mencelah sedikit, nak tanya wakil kerajaan. Saya dapat maklum di Kuala Lumpur tu ada terdapat Raub coklat, betul ke? Produk daripada Raub. Terima kasih.

Tidak mustahil sebab Raub ini dia ada tanam koko. Malahan ada gred yang dirujukkan sebagai Raub punya gred mana koko gred yang hebat. Dia ada insya-Allah.

Yang Berhormat Speaker, Saya tengok coklat Raub ini terdapat di Hotel W, W Hotel.

Hotel W, wakil daripada Tioman duduk di Hotel W. Saya menengok je Hotel W dari KLCC sebelah dengan Hotel W. Tetapi kita dulu kita ada. Saya bukan nak, nak tapi saya tengok hotel saya banyak Sofitel di Morocco duduk kat sofitel. Di Sofitel. Tapi saya tak ada satu share pun, tak ada share. Jangan kisah ini, saya pun tidak kenal tuan punya hotel. Rakan saya dalam Dewan yang mulia Yang Berhormat Dato’ Soffi tidak dapat duit kopi, satu sen pun tak ade.

Speaker

Yang Berhormat sudah makan ubat ke hari ini. Sila teruskan.

Saya makan coklat. Jadi sebenarnya, koko ini di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi, ya. Ada satu kementerian yang ditubuhkan khas, errr... dan Lembaga, sorry, ada satu lembaga yang ditubuhkan khas dipanggil Lembaga Koko Malaysia (LKM) yang sentiasa prihatin dan proaktif dalam mempastikan pembangunan tanaman koko terus maju dan berdaya saing.

Dan er... Program insentif dan galakan yang diberikan kepada pengusaha tanaman koko di Pahang adalah seiring dengan perancangan kementerian dan Lembaga Koko Malaysia di seluruh Malaysia.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, pekebun kecil koko akan diberi insentif peluasan kawasan penanaman koko melalui program Rangsangan Pengeluaran Hasil Koko (RPHK), pada tahun 2022 hingga 2023. Pakej insentif ini termasuk penyediaan kawasan, penanaman pokok, pelindung koko dan tanaman integrasi pokok koko, ini koko dan pokok buah-buahan serta penyelenggaraan kebun.

Pahang juga menerima pembangunan seluas 20 hektar di daerah Lipis, dan tahun ini dibangunkan sebuah mini pemerosesan koko untuk memastikan kualiti koko yang dihasilkan berkualiti. Jadi yang ini, Lembaga Koko, terima kasih kepada Lembaga Koko yang ada pejabat dia, YB ini, Dato' Sri Speaker, pejabat Lembaga Koko ini, dia ada satu pusat penyelidikan dan pembangunan koko. Di mana Dato' Sri? Takyah jawab, saya jawab sahajalah.

Speaker

Yang Berhormat jawablah. Kalau saya menjawab saya dah ADUN, saya bukan, saya Speaker. Saya tak perlu jawab.

Dato' Sri Speaker, saya nak tanya ini. Sahabat saya daripada Jengka. Jengka?

Speaker

Wakil Jengka.

Kat mana ini, pejabat ini, Lembaga Koko.

Speaker

Yang Berhormat Jengka, sila jawab.

Tuan Yohanis bin AhmadPAS · PNPulau Tawar

Saya jawab boleh?

Speaker

Dimaklumkan di mana er... ini Pejabat Lembaga Koko, Jengka.

Terima kasih Dato' Sri Speaker,

Saya ingat dia tak tala ke saya rupanya tala jugak ke saya. Lama mengonar nak jawab soalan. Jengka ada dekat Jengka 18, Lembaga Koko, er...

Saya ingat, saya bimbang jika ADUN Jengka dia tak tahu dia ada pejabat Lembaga Koko di Jengka. Lagipun, saya tengok ini apa nama ini sahabat saya daripada Jengka

monyok pada pagi ini itu pasalnya itu saya nak saya nak kejutkan dia supaya bersemangat dia...

Speaker

Sebab dia pun dah tanggal songkok tadi [ketawa].

Ha itulah, nak menjawab dia pakai songkok. Sebenarnya ada pejabat di, di Jengka. Pejabat Penyelidikan dan Pembangunan. Pengurusnya ialah Dr. Rozita. Pernah jumpa Dr. Rozita? Ada dia Pengurus di situ. Jadi, Pulau Tawar boleh pergi ke Jengka, ya. Jadi, dia meluluskan 70,000 pusat pemprosesan koko di Kampung Putu, di, kawasan mana itu? Kawasan Kampung Putu Dato' Sri, kawasan Cheka. Nak tahu sama ada ADUN Cheka, dia ini apa nama maklum tentang perkara ini.

Maklum cuma, saya tengok jawapan soalan tak jawab lagi ini. Soalannya, apakah, apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memajukan industri koko di Pahang. Jadi saya rasa kita straight pada jawab soalanlah.

Dan inilah masalahnya. Ada sekiranya saya nak beritahu, pusat pemerosesan ini, ini koko ini dibuat di Putu, di kawasan DUN Cheka. Makna inilah insentifnya, antara. Bukan buat Sogo di situ, tidak. Dibuat untuk maknanya, diproseskan, supaya di situ nanti keluar pula coklat Putu, daripada Lipis yang hebat kerana kita ada misal contohnya, kampung-kampung misal contohnya program tanaman baru, 23,001 hektar. Lulus 10 hektar dan tahun 2022 di Kampung Limau Purut, Kerambit, kawasan Cheka. Lah patut saya tak payah menjawab ya.

Ada maklumat… ada maklumat.

Ada. Jadi, [ketawa]. Jadi, tak cicir ini. Jadi, Kampung Limau Purut, Kerambit 10 hektar. 9 orang terlibat. Pada, ini ADUN Cheka tahulah 9 orang ini. Tahun 2022. Tahun 2023, Kampung Limau Purut juga, 7 orang lagi kita beri bantuan, RM19,000.00, 1 hektar, 10 hektar. Kemudian kelulusan penanaman koko, ada RM2,000.00, 1 hektar. 69 hektar semuanya. 80 orang menerima bantuan dia nama, keluasan penanaman koko. Maknanya, kawasan dah sedia ada diperhebatkan.

Antaranya pemberian insentif input pertanian, baja sebatian, racun rumpai, racun serangga, racun kulat, alat pemangkas, pam racun. Kita bagi di mana? Di Triang, 14 hektar, ada 3 orang yang terlibat. Kampung Jerangsong, Damak, 1.6 hektar, 2 orang yang terlibat. Di Kerambit, 25 hektar, 27 orang yang terlibat. Pos Senderut, Lipis, 16 hektar, 33 orang yang terlibat. Kampung Kechor Tui, Lipis, 6.85 hektar, 7 orang terlibat. Kampung Kubang Rusa, Lipis, 2 hektar, 4 orang yang terlibat. Ulu Jelai, Lipis, dalam 2 hektar, 4 orang yang terlibat.

Ini insentif ini tadi yang kita bagi digalakkan supaya, petani-petani koko ini dapat memperkasakan lagi, ini apa nama, ini industri er... koko ini tadi. Dan er... pelbagailah yang er... yang, yang kita ini laksanakan dan juga menggunakan teknologi terkini. Mungkin besok, satu ketika Lembaga Koko minta supaya er... menganjurkan 1 lawatan kerja, kan. Ini mungkinlah, bawa yang dia orang ini pergi, pergi melawat. Lawat ke negara-negara yang mengeluarkan coklat.

Speaker

Pergi ke Sierra Leonelah [ketawa].

Sierra Leone, yang untuk penanam kokolah.

Speaker

Pengeluar, pengeluar coklat.

Pengeluar koko di Afrikalah, ya. Ini di. Tapi kalau nak tengok yang mengeluarkan coklat haa, kat Amerikalah, tempatnya Insya-Allah. Jadi er... saya rasa itu di antara er... insentif yang telah diberikan. Makna Lembaga Koko ini sentiasa terbuka. Kita kecil je sebenarnya dari segi pengeluaran itu, tetapi seperti mana yang telah dizahirkan oleh kerana nilai dia, ya, nilai dia tinggi, ya maknanya mencecah berbilion sebab apa? Ini, sebab itu kalau kita nak tengok ini Dato' Sri Yang di-Pertua, coklat yang termahal sekali di dunia. Dia nama dia, Tok ak.

Dia To'ak macam mana dia nak menyebutnya itu. Tokaok ke apa? Jadi maknanya antara 100 ke 300 USD, dia punya nilaian dia. Jadi, er... Insya-Allah satu hari kita mahu melihat supaya coklat-coklat yang dihasilkan di Malaysia ini, akan termasuk dalam senarai tersohor di dunia suatu hari insya-Allah dan juga hasil daripada penanaman sumbangan daripada petani-petani koko, termasuk di Pahang ini di masa akan datang Insya-Allah.

Speaker

Terima kasih. Ada soalan tambahan?

Tuan Yohanis bin AhmadPAS · PNPulau Tawar

Soalan tambahan. Terima kasih wakil kerajaan, berkenaan jawapan yang cukup baik tadi. Cuma er... disebut tadi kalau nak ajak saya pergi, alhamdulillah, tapi yang Switzerlandlah, pergi Switzerland, bukan Afrikalah. Ajak Dato' Speaker sekali. Baik, terima kasih. Cuma saya nak bertanya tentang, kita lihat pusat penyelidikan pembangunan koko tu di Jengka tu dia selalu buat kajianlah.

Contohnya pada 12 Januari 2023, dia selalu membuat kajian tentang kematangan buah koko itu, dari segi saiz, dia warna, berat dan sebagainya. Jadi tadi dah diterangkan juga tentang er… berpuluh mungkin berpuluh ratus ya, hektar tanah yang digunakan yang disebut di Lipis, di Kampung Limau Purut. Jadi, saya nak tanya

adakah yang terlibat dengan penanaman koko ni individu ataupun secara berkelompok? Yang terkinilah, sekian.

Yang ini, ada yang berkelompok, ada yang sendiri-sendiri. Dia buat dia, dia apa nama, apa nama tanaman dia ni secara runcit-runcit dan sebenarnya satu ketika dulu, Dato' Sri Yang di-Pertua, Dato' Sri Speaker, sorry. Dia tanaman koko ini menjadi satu tanaman baru. Yang ditanam banyak termasuk di kampung saya, saya di kebun saya ini arwah mak saya pun nanam koko. Tapi satu ketika itu, bila pasaran dia, kemudian dia tak menentu, jadi orang menebang, pokok koko ini. Ditebang pokok koko tu sebab dia, dia intensif dia juga, dia ambik dia dibelah kemudian dia kena jemur, dia ada cara dia.

Akhirnya bila ada tanaman-tanaman lain yang baru, diorang tebangkan. Ni... apa nama... koko ni banyak yang dah ditebang satu ketika dulu sangat di Raub banyak pokok, di Triang, di kawasan saya di Benta banyak, Pulau Johor dan sebagainya. Tapi di tebang tu, tinggal yang sikit-sikit je. Sebab tu sekali maknanya Lembaga Koko Malaysia dia memberi insentif ni. Ini di bawah Kementerian Perladangan dan er... Komoditi dia macam sawit juga, er... sebab tu kita akan er... bekerjasama dengan agensi pusat sebab dia ada pejabat satu di Jengka iaitu satu yang cover tapi Insya-Allah ye dengan cara ini, kalau sekiranya ada kecenderungan misalnya contoh kawasan tu tadi er... nak dibuat secara berkelompok (STR) misalnya Skim Tanah Rakyat kita nak tumpukan kepada koko, kerana harga koko di meningkat sekarang ni meningkat harga koko tapi komoditi ni Dato' Sri Yang di-Pertua kadang naik, turun naik, turun naik, jadi, itu akan memberi cabaran.

Speaker

Flat situated turun naik, turun naik.

Dato' Sri, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, dijemput wakil daripada Semambu.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Terima kasih Dato' Sri Speaker. Soalan saya soalan nombor 3.

[Berapakah kampung Orang Asli yang terdapat di negeri Pahang dan pohon senaraikan Kampung Orang Asli yang masih tiada kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan raya mengikut daerah.]

Terima kasih Dato' Sri Speaker. Er... saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan daripada Semambu yang bertanya mengenai Hal Ehwal Kampung Orang Asli, Dato' Sri Speaker. Persoalannya er... tentang kemudahan asas seperti air, api dan

jalan. Beliau ingin mengetahui berapa banyakah lagi kampung-kampung Orang Asli yang tidak mendapat bekalan er... seumpama itu.

Sebenarnya di negeri Pahang Darul Makmur ini, kita mempunyai 266 buah kampung Orang Asli, Dato' Sri Speaker dan hampir 80% daripada 266 buah kampung itu, telah kita usahakan untuk memiliki bekalan api, air dan jalan dan tidak dinafikan ada beberapa buah kampung lagi yang masih belum memiliki bekalan-bekalan yang seumpama itu seperti api. Api ada 51 buah kampung Orang Asli yang masih belum memiliki bekalan api. Ertinya 215 buah kampung dah ada. Kemudian itu air. Air ini sebanyak 7 buah kampung Orang Asli yang masih belum mendapat bekalan air.

Ertinya kita sudah ada 259 buah kampung yang memiliki bekalan air. Adapun perhubungan jalan terdapat sebanyak 47 buah kampung Orang Asli yang masih lagi belum memiliki jalan perhubungan. Ertinya kita sudah memiliki 219 buah kampung, er… sambungan jalan untuk berhubung di antara kampung Orang Asli dan masyarakat di luar.

Kalau disebutkan oleh rakan daripada Semambu untuk mintak nama senarai kampung berkenaan, saya boleh sebutkan tetapi banyaklah. Contohnya di Muadzam. Muadzam, ada 6 buah kampung yang tidak memiliki bekalan api iaitu Banai, Dong, Gambir, Kemara, Kemomoi er... dan juga Kampung Seri Langkap Lama. Manakala di Raub kita ada 5 buah kampung yang belum miliki api iaitu Kampung Kelik, Telaga, Bukit Telaga, Kampung apa Sungai Dalam, Delam. Sungai Kepong dan Sungai Kenong. Manakala di Cameron Highlands. Kita...

Boleh mencelah sikit.

Di klik tu ada Solar sel.

Seperti juga di apa kampung er... kita pasang solar di Kampung Penjuring. Penjuring ni pasang solar. Solar ni dipasang oleh (KKDW), Dato' Sri Yang di-Pertua. Cameron Highlands, Kampung Terlimau, Kampung Kampung Lemoi dan Kampung Chenan Cerah dan juga di Pekan, Kampung Padang. Rompin pula terdapat 2 buah kampung iaitu Kampung Mentelong, Kampung Simpok dan di Bentong, Kampung Penjuring. Di Jerantut, Kampung Kuala Atuk. Di Kuala Lipis, banyak. Kampung Jernang, Kampung Titung, Kampung Sempar, Kampung Cerus, Kampung Cincin, Kampung Curuk, Kampung Sungai Jelai, Kampung Tungau, Kampung Gempoh, Lenjang, Pagar Sop Kee Ang, Kenderung, Dayuk, Rakuh, Ngening, Bandar Simon Lama, Labu, Cherong Tidol, Sawih, Tigol, Bukit Long, Kuala Sindirod, Rangan, Jangap, Rengang, Bertang, Kabang. Itu yang tak ada api.

Tetapi sebenarnya kerajaan dah berusaha. Contohnya macam di Lipis ni. Saya menjawab sekali apakah langkah-langkah kerajaan, pihak kerajaan telah mengadakan projek bersama (TMB) Mini hidroelektrik yang sedang dilaksanakan di Pos Lenjang dan di Pos Titok yang dijangka akan dapat membantu kampung-kampung berkenaan mendapat bekalan api dan selesainya dianggarkan pada tahun 2026 insya-Allah.

Dato' Sri… Dato' Sri Speaker.

Adapun bekalan air yang tiada sistem retikulasi terdapat sekurang-kurangnya satu sumber air alternatif seperti sistem tube well, JAKOA sistem Bakas KKM dan telaga serta perigi. Ini sebagai alternatif kepada kampung-kampung berkenaan seperti di Muadzam Kemara, Bukit Telaga di Raub, Sungai Delam, Kepong, Kenong. Adapun di Pekan Kampung Orang Asli Padang. Di Jerantut, Kampung Orang Asli Kuala Atuk.

Manakala dari segi jalan pula di Muadzam, terdapat 2 buah kampung. Kampung Orang Asli Chemomoi dan Kemara, di Raub, terdapat 2 buah kampung yang belum lagi ada jalan iaitu Kampung Delam dan Sungai Kenong. Di Cameron Highlands. terdapat sebuah kampung iaitu Chenan Cerah. Di Pekan pula, Kampung Orang Asli, Padang Genin dan Jong. Manakala di Rompin terdapat sebuah kampung iaitu Semupok di Jerantut, Kampung Kuala Atuk dan Kampung Sungai Kucing. Di Bera, Kampung Orang Asli Lubuk Tembangan. Jadi, itulah nama-nama kampung yang tidak mempunyai jalan di di daerah-daerah berkenaan termasuk di Lipis juga.

Jalan premix, crusher run telah dibina namun berlaku kerosakan yang serius dan dalam proses permohonan peruntukan untuk membaik pulih iaitu Kampung Jernam, Titong, Sempar, Cherus, Cincin, Corok, Sungai Jelai, Tumu, Gempur, Lenjang, Pagar, Sop Kee Ang, Kenderung, Dayuk, Rakuh, Ngening, Bandar Simon Lama, Labu, Cherong Tidol, Sawil, Tigol, Bukit Long, Kuala Sindirod, Rangan, Jangap dan Chelang.

Jadi, Dato' Sri Yang di-Pertua. Itulah senarai-senarai nama kampung, yang masih lagi belum ada kemudahan asas er... daripada yang diminta oleh rakan daripada Semambu di Kampung- Kampung Orang Asli. Terima kasih Dato' Sri Speaker.

Speaker

Soalan. Ada seorang tambahan.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Terima kasih Dato’ Sri Speaker, er… terima kasih sahabat dari Kerdau menjelaskan dan beri senarai yang kampung-kampung Orang Asli yang tak ada kemudahan asas. Cuma pertanyaan saya kepada wakil kerajaan negeri adalah er...

Adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai satu tempoh masa yang diberikan untuk memastikan kampung-kampung Orang Asli yang tiada infrastruktur awam ni untuk mencapai status sifar dalam masa depan? Terima kasih.

Terima kasih Dato' Sri Speaker, di atas soalan tambahan. Kita kalau boleh seluruh di negeri kita ni semuanya selesa, jalannya, airnya dan apinya. Pada tahun 2000 dulu, sebahagian besar daripada kampung-kampung yang kita sebut ni langsung tak ada apa-apa. Contohnya saya nak sebutkan kampungkan Kampung, Kampung Lemoi, Limau Tulip. Itu nak pergi ke kampung tu kena mendaki bukit di Cameron Highlands.

Speaker

Lemoi, saya dah pergi.

Dan kalau nak turun daripada dakian kena pakai tali. Tapi sekarang ini kita dah buat jalan er... apa namanya daripada simen. Dato' Sri Speaker. Jadi, kita berusaha…

Speaker

Cameron Highlands.

untuk menyelesaikan masalah- masalah membina ini. Dia terpaksa kita gembelingkan kita punya keupayaan yang sangat besar, kerana diorang jauh. Satu. Yang kedua. Contohnya kalau golongan kaum Bateq itu Dato' Sri Speaker, kampung dia tu bulan Januari duduknya di seberang kanan mudik eh… bulan Mac dah kiri mudik pula. Jadi dia, 2, 3 bulan sekali berpindah... berpindah, kita tengah mengatur nak buat jalan hala ke sini dia dah pindah hala ke sana pulak dah. Jadi ini di antara faktor-faktor yang kita susah untuk meletakkan jangka masa yang tepat untuk kita mengesan jauh tempat yang apa... bergunung-ganang, berbukit bukau, sungai, hutan rimba kemudian faktor tanah.

Dato' Sri Speaker,

Tanah ini kadang-kadang kita nak buat jalan eh... rupanya tanah... apa namanya er... yang telah digazette? Tak boleh kita apa... nak tebang sewenang-wenangnya. Jadi benda ini, dalam pengetahuan kerajaan, kerajaan berusaha segigih mungkin untuk menyelesaikan permasalahan itu tetapi dalam waktu sama kita ada kekangan-kekangan yang terpaksa kita akur juga. Terima kasih Dato' Sri Speaker.

Dato' Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Terima kasih. Satu soalan tambahan.

Speaker

Soalan. Wakil daripada Padang Tengku.

Dato' Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Saya nak mintak sikitlah... daripada EXCO tengok-tengokkan iaitu di Bechah Kelubi. Di Bechah Kelubi di Teluk Gunung di mana kita minta diwujudkan tadika di... dan pihak KEMAS telah pun bersetuju dan katanya dah ada peruntukkan untuk membawa cikgulah di sana tetapi isunya sekarang ialah penempatan atau bangunan untuk diwujudkan bangunan tadika itu sebab tak ada tempat er... dicadangkan di surau. Tapi di surau tu kita takut ganggu kegiatan-kegiatan er… keagamaan yang dirancang di Bechah Kelubi itu. Kalau boleh Kerajaan Negeri boleh tengok sikit macam mana untuk kita menyelesaikan masalah ini. Ini isu lama dah ni.

Terima kasih atas soalan tambahan yang dikemukakan oleh rakan daripada Padang Tengku mengenai untuk pembinaan bangunan tadika. Saya rasa benda ini saya akan bawa kepada er… KEMAS dan juga akan bincang di dalam MMK. Bagaimana untuk kita merungkaikan faktor tempat ini lah benda yang tadi akan macam… macam rakan

daripada Semambu juga ada benda kekangan-kekangan Dato' Sri Speaker, insya-Allah. Terima kasih kepada rakan er... Padang Tengku di atas pandangan dan cadangan.

Speaker

Terima kasih.

Soalan Seterusnya kita pergi kepada wakil Damak soalan nombor 4.

Dato' Sri Speaker, saya mengemukakan soalan nombor 4.

[Pada tahun 2018 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menitahkan bagi memartabatkan tulisan jawi pada papan tanda seluruh Negeri Pahang.

a) Sehingga tahun 2023, sejauh manakah perlaksaan penerapan tulisan jawi di seluruh negeri Pahang?

b) Berapakah jumlah kutipan kompaun yang telah dikenakan bagi yang tidak mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan negeri sejak arahan dikeluarkan?]

Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Terima kasih kepada Damak telah mengemukakan soalan berkaitan dengan er... untuk memartabatkan tulisan jawi pada papan tanda di seluruh negeri Pahang. Untuk makluman sidang Dewan, Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang ke-15 yang bertarikh 29 Mei 2019 telah meluluskan cadangan penyeragaman penggunaan tulisan jawi serta saiz tulisan jawi pada papan tanda, tunjuk arah, papan iklan premis perniagaan, papan tanda bangunan, papan tanda jalan dan lorong di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan negeri Pahang.

Untuk makluman Damak, hanya jenis perniagaan sahaja yang disyaratkan perlu disertakan dengan tulisan jawi. Manakala perkataan-perkataan lain adalah terpulang kepada pemilik perniagaan. Jenis tulisan jawi yang boleh digunakan adalah Sakkal Majalla, Uthman ataupun Arabic style dan bagi tujuan semakan ejaan perkataan untuk tulisan jawi ini bolehlah dirujuk dan mendapat pengesahan daripada Munsyi Dewan Jawi di UniPSAS terlebih dahulu dan ukuran saiz tulisan Jawi dicadangkan adalah sama ada sama saiz atau minima separuh daripada tulisan rumi yang di pada papan tanda dan sehingga Disember, 31 Disember 2023, sebanyak 110 kompaun telah dikeluarkan berjumlah RM15 ribu kepada pihak-pihak yang tidak mengikuti arahan-arahan pelaksanaan papan tanda tulisan Jawi di negeri Pahang. Terima kasih.

Soalan tambahan. Terima kasih kepada YB Exco yang telah menjawab soalan tadi.

Pertamanya saya ucapkan tahniah. Ia kerana usaha yang begitu baik dan juga yang menyeluruh dalam pelaksanaan tulisan Jawi ini yang sepatutnya disokong oleh semualah. Yang keduanya berkaitan dengan badan tadi er… badan yang memantau tulisan jawi tadi berada di UniPSAS kan. Jadi kalau di peringkat er… daerah-daerah macam mana, contohnya, kalau kita menemui tulisan-tulisan yang silap, contohnya hari itu, saya pernah terjumpa er… bahasa inggeris diterjemahkan dalam Jawi. Contohnya, welcome jadi welcome itu ditulis wau… ya... Iam… kaf… mim… ah… jadi YB EXCO agama lagi tahu la jadi wau… lakum…, jadi maknanya tu jadi macam beratlah. Jadi macam mana kita nak tangani kalau berlaku masalah kitorang jumpa terus nak rujuk kepada siapa yang supaya tulisan-tulisan ni dapat dipeliharalah ia supaya maknanya tidak menjadi yang sebaliknya.

Kemudian ketiga, saya ingin membuat cadangan supaya selain daripada menggunakan font Arabic tadi apa semua, apakah kalau kiranya di… di perkenalkan tulisan khat? Ia kerana tulisan khat ini lebih menarik mata memandang ia kalau kita implementkan pada kedai atau pihak pejabat-pejabat kerajaan. Itu sahaja terima kasih.

Terima kasih kepada soalan daripada Damak. Antara bandar paling bahagia di Jerantut, 3 bandar paling bahagia...

Speaker

Bahagia.

Jerantut dan juga Cameron Highlands.

Speaker

Cameron Highlands.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.

Er… pemantauan ini kita dilaksanakan oleh Pihak Kerajaan Tempatan, Majlis Daerah Tempatan dan Perbandaran ataupun bandar raya yang akan memantau daripada pelaksanaan tulisan Jawi di seluruh negeri Pahang. Kawasan-kawasan PBT dan dari segi semakan perkataan ini. Kita… sebab itu saya kata tadi… kita. Pertamanya bila kita buat pemohonan itu akan dirujuk terlebih dahulu kepada er… Munsyi Dewan Jawi ni di UniPSAS. Memang perkara ini kadang-kadang berlaku ada disebabkan apa ni… ejaan yang melibatkan bahasa orang putih itu belum masuk bahasa Jerman lagi belum masuk bahasa Holland lagi.

Jadi, kadang-kadang dia ada kekhilafan yang berlaku tersebut. Tetapi sekiranya kita ada ataupun terlihat mana-mana papan tanda yang er… kita nampak salah dan kita bolehlah memaklumkan kepada pihak Majlis Daerah ataupun Kerajaan Tempatan terbabit untuk diperbetulkan dan cadangan daripada Damak ini memang baik. Memang tulisan khat tu memang nampak cantik lah. Tapi kadang-kadang ada juga orang ni tidak boleh baca terus. Bila dah berpusing banyak tu kan… dia dah jadi lain macam dah. Jadi antara kita memartabatkan tulisan jawi ini adalah untuk pertamanya,

kita nak mendidik seluruh rakyat dalam negara kita. Bukan sahaja orang Melayu juga boleh baca jawi. Kalau boleh kita nak mintak daripada Tanah Rata baca jawi juga.

Kalau boleh satu hari daripada Semambu pun membaca jawi juga. Jadi kita nak ambik sese… apa... sesenang yang mungkin bila dia dah pandai esok, dia sendiri boleh buat tulisan khat. Jadi terima kasih kepada Damak, jadi kita akan cubalah. Walau bagaimanapun, satu cadangan yang baik kita akan cuba tengok dari segi apa… berbincang dan pelaksanaannya. Kalau boleh membawa kebaikan kepada kita semua. Insya-Allah kita akan laksanakan dalam negeri Pahang. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya.

Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya.

Speaker

Sebut. Sebutkan.

Saya bersetuju dengan Damak ni. Betul juga apa yang dijawab oleh rakan kerajaan. wau… ya… lam… kaf… mim… ni, kalau kita baca bahasa Arab dia akan bunyi wai… lun…, wai… ni maknanya macam kita baca Surah [bacaan ayat al-Quran] itu bahasa Arab maknanya tetapi ini tulisan jawi maknanya bukan tulisan Arab ertinya tulisan Melayu. Jadi kita mindsetkan yang kita baca itu jawi Melayu. Jangan kita mindsetkan yang kita baca itu Arab. Memang kalau dirujuk kepada Munsyi. Tulisannya begitu, Jawinya bukan Arabnya. Kalau Arabnya memang itulah bacaan. Betul Damak.

Tapi kalau Jawinya memang itulah bacaannya welcome… wau… ya… lam… kaf… mim... welcome… Jangan baca Arab... kalau... [bacaan dalam bahasa Arab] "celakalah engkau" maknanya... tapi dia baca… kita baca Jawi jangan baca Arab kalau baca kitab Arab kita kena buka kitab Arab ha... kita baca Jawi welcome, memang itulah ejaanya kita boleh rujuk dengan munsyi sama ada di majlis agama ataupun di apa... UnIPSAS. Terima kasih Dato' Sri Speaker, saja menambah tu pun.

Dato' Sri Speaker, ni nak tanya sikit ni Damak ni tadi er... [bacaan dalam bahasa Arab] ada pernah nampak?

Ada pernah nampak sebelum ini tapi kita dah... dah ada peringatkan. Alhamdullilah berlaku perubahan cuma di Jerantut ni sebab dia pintu masuk ke Taman Negara jadi bukan... bukan orang Rompin ke, orang Benta ke datang ini orang daripada Arab Saudi datang. Jadi kalau dibaca itu, [bacaan dalam bahasa Arab] Jerantut ni [bacaan dalam bahasa Arab] terus. Jadi Alhamdulillah dah dibaiki dan insya-Allah nanti saya akan PM tepilah pada EXCO untuk kita bincang.

Kerajaan Negeri memandang serius juga kalau kita [bacaan dalam bahasa Arab] tadi ya "celakalah kamu" kena ambil tindakan segeralah. Jadi kita minta semakan yang teliti daripada Dewan Munsyi daripada UnIPSAS, terima kasih.

Speaker

Macam kita dengan Indonesialah. Kalau kita sini kita panggil sup ekor. Kalau di Indonesia saya malas sebutlah nama sup apa. Kalau tanya sup ekor tak ada di Indonesia ni ha... di Indonesia ini sebut… boleh sebut? Speaker ya boleh kita panggil sup buntut. Kalau di Indonesia sup buntut tu makna sup ekor. Tapi... tapi kalau pergi ke Indonesia pergi pula... minta air bandung takde, nak saya minta air bandung, saya nak air... nak makan mee bandung, takde. Tak jumpa di Indonesia tapi ada di Malaysia. Jadi benda-benda ni kita kena... kena... selaraskanlah insya-Allah. Seterusnya soalan seterusnya soalan nombor lima Wakil daripada Jenderak.

Dato' Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Terima kasih Dato' Sri Speaker. Pertanyaan saya nombor lima.

[Apakah perkembangan terkini projek ECRL di negeri Pahang?]

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Er... soalan daripada Jenderak bertanyakan tentang perkembangan terkini projek ECRL di negeri Pahang.

Er… Projek Laluan Rel Pantai Timur ataupun ECRL sepanjang 665 kilometer adalah projek infrastruktur rel yang akan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Selangor. Pembinaan Projek ECRL ini dibahagikan kepada tiga seksyen iaitu Seksyen A daripada Kota Bharu ke Dungun, Seksyen B dari Dungun ke Mentakab dan Seksyen C daripada Mentakab ke Pelabuhan Klang melalui Gombak dan Serendah.

Jajaran ECRL ini merangkumi Seksyen A sehingga Seksyen C, terdiri daripada 20 buah station secara keseluruhannya. Station ECRL bermula dari... bermula dengan 2 station di negeri Kelantan maknanya Kelantan 2 station, di Terengganu ada 6 seksyen… 6 station, er... di Pahang ada 7 station dan di Selangor ada lima buah station. Station-station yang terdapat di negeri Pahang khususnya di Cherating, Cherating ini ialah station penumpang. Kemudahan station di Kuantan Port City. Kuantan Port City ada station penumpang dan station kargo. Er... station KotaSAS station penumpang sahaja, station di Paya Besar station penumpang dan kargo, station Maran station penumpang dan kargo, Temerloh station penumpang dan kargo dan Bentong station penumpang dan kargo.

Selain daripada itu, jajaran sisihan ataupun dengan izin spirline ini di negeri Pahang iaitu 2 jajaran sisihan berada di daerah Kuantan iaitu satu di Kuantan Port City 1 ataupun KPC 1 dan juga Kuantan Port City 2 (KPC 2) yang menghubungkan dengan Pelabuhan Kuantan dan satu lagi sisihan berada di Temerloh yang... yang berintegrasi dengan jajaran Keretapi Tanah Melayu er... Berhad. Jumlah keseluruhan panjang

jajaran negeri Pahang adalah sepanjang 258.64 kilometer yang merangkumi jajaran utama 237 kilometer dan jajaran sisihan sepanjang 21.48 kilometer.

Sehingga Februari 2024, status kemajuan keseluruhan projek ini telah mencapai 62.4% ini secara keseluruhan. Manakala kemajuan kerja pembinaan di negeri Pahang telah mencapai 58.97%. Dan pada ketika ini pembinaan Projek ECRL melibatkan kerja-kerja struktur utama seperti pemasangan rasuk, beam launching, pembinaan stesen, pembinaan terowong dan pemasangan landasan ataupun track laying dengan izin sedang giat dilaksanakan di sepanjang jajaran. Sejumlah 25 terowong daripada keseluruhan 30 terowong di negeri Pahang maknanya di Pahang ada 30 buah... 32 buah terowong yang telah ditembusi daripada 32, 25 telah ditembusi atau bersamaan dengan 29.35 kilometer panjang terowong.

Manakala bagi struktur jambatan sejumlah 829 daripada 1,282 rentang atau span er... untuk pemasangan rasuk-rasuk binoche telah siap dipasang di jajaran utama maknanya lebih kurang 65% lah er... dia punya er... jumlah rasuk yang telah dipasang. Kerja-kerja bagi 7 station di Pahang juga sedang giat dilaksanakan manakala bagi jajaran sisihan ke Kuantan Port, kerja-kerja tanah dan cerucuk jambatan sedang giat dijalankan.

Selain daripada itu, kerja-kerja pemasangan landasan di negeri Pahang telah bermula sejak Disember 2023 dan sehingga kini hampir 40 kilometer panjang landasan telah siap dipasang. Bagi negeri Pahang di jajaran utama dengan menggunakan track laying mesin. Pada masa ini tarikh siap projek ECRL bagi Fasa 1 dari Kota Bharu, Kelantan hingga ke ITT, Gombak di Selangor masih kekal seperti dijadualkan iaitu pada 31 Disember 2026 manakala penyiapan bagi fasa seterusnya iaitu di negeri Selangor iaitu pada Gombak hingga ke Pelabuhan Klang dijangka siap pada 31 Disember 2027.

Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih.

Er… soalan tambahan Dato’ Sri Speaker...

YBSPEAKER DEWAN NEGERI

Soalan tambahan bagi Wakil daripada Sabai.

Er… boleh tak dapatkan peratus kemajuan kerja terowong yang menghubungkan Bentong – Gombak? Sekian.

Tuan Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Bentong – Gombak er... Dato’ Sri Speaker, saya tidak ada maklumat detail er… dari segi peratusan daripada Gombak… er… apa ni… daripada Gombak… Bentong - Gombak sebab yang dibagi maklumat keseluruhan di negeri Pahang di 32 buah terowong dan 25 yang dah siap daripada 30 jadi er… maklumat detail, saya akan bagi kemudian.

Dato’ Sri Speaker, saya nak tambah sikit.

Speaker

Silakan Yang Amat Berhormat.

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, Projek ECRL ini akan siap pada tahun 2026 siap tetapi akan beroperasi pada awal tahun 2027. Ini perbincangan awal antara saya dengan MRL dan saya telah minta supaya kalau boleh dipercepatkan lagi kerana saya percaya baru-baru ini saya pergi ke China melawat pejabat mereka dan mereka sedang usahakan maknanya kalau siap 2026, kalau boleh beroperasi tahun 2026 itu lebih bagus. Itulah perkembangan terkini Yang Berhormat Speaker, terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Wakil takde? Soalan seterusnya kita pergi kepada soalan nombor enam,

Wakil daripada Kuala Semantan.

Tuan Hassanudin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Soalan saya nombor enam.

[Kawasan Perindustrian di Temerloh

Berapakah jumlah kawasan perindustrian yang terdapat di daerah Temerloh?

Apakah fokus pihak kerajaan negeri dalam membangun dan memajukan kawasan-kawasan perindustrian yang ada di Temerloh?]

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih YB Dato’ Sri Speaker dan terima kasih juga kepada sahabat saya, ADUN Kuala Semantan yang bertanyakan soalan iaitu berapakah jumlah kawasan perindustrian yang terdapat di daerah Temerloh dan apakah fokus pihak Kerajaan Negeri dalam membangun dan memajukan kawasan kawasan perindustrian yang ada di Temerloh? Baik. Di Temerloh 4 kawasan perindustrian yang berada di daerah Temerloh berdasarkan Rancangan Tempatan Daerah Temerloh 2035 penggantian iaitu pertamanya, Taman Perindustrian Temerloh di Mentakab, kedua Taman Perindustrian Songsang, ketiga, Taman Perindustrian Kampung Sempadan dan akhir sekali kawasan Industri Seberang Temerloh.

Kerajaan Negeri Pahang sentiasa memberi fokus kepada kawasan-kawasan perindustrian di negeri Pahang secara keseluruhannya dengan kerjasama semua jabatan baik di jabatan negeri dan di Persekutuan seperti Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK), Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Malaysia Investment Development Authority (MIDA), East Coast Economic Region Development Council, (ECERDC), Ministry of International Trade Industry (MITI) dengan izin dan lain-lain lagi.

Selaras dengan projek ECRL di negeri Pahang, pihak MIDA sedang melaksanakan pelan pembangunan dan pelaburan melalui Economic Accelerator Projects dengan izin projek yang boleh dibangunkan dalam radius 20 hingga 30 kilometer daripada stesen tersebut. Stesen ECRL Temerloh dicadangkan untuk menyokong industri sekitar stesen ECRL.

Fokus kerajaan negeri dalam membangun dan memajukan kawasan industri di Temerloh adalah melalui industri perkayuan dan perlombongan antaranya. Antara tindakan-tindakan yang dilaksanakan bagi menyediakan ekosistem yang kondusif dan mesra pelabur kepada sektor perindustrian negeri Pahang, Kerajaan Negeri melalui jabatan ataupun agensi telah menyediakan peruntukan untuk menyelenggara kawasan perindustrian termasuk membaiki membaik pulih jalan-jalan dan kemudahan di kawasan perindustrian di samping memudah cara urusan pelaburan sektor perindustrian.

Manakala berdasarkan kajian Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Temerloh 2035, ia memfokuskan pembangunan kawasan-kawasan perindustrian yang ada terutama Kawasan Perindustrian Temerloh er… ke arah industri berteknologi tinggi berasaskan Revolusi Industri 4.0 ke arah gabungan industri elektronik dan mikro elektronik dan juga penekanan industri drone berteknologi berasaskan kecerdasan buatan ataupun dengan izin artificial intelligence. Dapat juga cadangan untuk membangunkan kawasan perindustrian perabot Kampung Sempadan Lanchang bagi penempatan Pusat Perkhidmatan Logistik Bersepadu Berasaskan pertanian dan perkayuan di peringkat wilayah. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, kita pergi kepada soalan nombor 7 wakil daripada Kemayan.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Speaker, soalan saya soalan nombor 7.

[Apakah kategori Usahawan yang akan dapat menyertai kursus dan latihan bagi Program Anggun Maju?]

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan juga kepada sahabat dari Kemayan. Untuk makluman semua, pada tahun 2022 dan juga 2023, Kerajaan Negeri telah menyediakan bantuan khas usahawan kecil ibu tunggal yang B40 yang kita namakan Anggun Niaga.

Manakala satu lagi program yang dinamakan Anggun Usaha telah diberikan kepada golongan keluarga yang kurang berkemampuan iaitu B40 bagi memastikan para usahawan kecil ini dapat memajukan perniagaan mereka dengan lebih sistematik dan teratur.

Semua peserta Anggun Niaga dan Anggun Usaha diberi bantuan sebanyak RM1,000.00 setiap seorang bagi menambah baik keperluan perniagaan mereka dan kesinambungan kepada usaha tersebut untuk tahun 2024 ini, Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu lagi program yang dinamakan Anggun er... Anggun Maju. Anggun Maju ini adalah di mana kedua-dua peserta daripada Anggun Usaha dan Anggun

Niaga ini kita campurkan untuk kita menambah baik perniagaan yang telah mereka jalankan.

Jadi di situ kita akan memberikan latihan yang terbaik untuk mereka memajukan lagi perniagaan dan disamping itu juga kita juga menawarkan kursus Anggun Maju ini kepada golongan-golongan lain yang bersesuaian di luar sana di mana peserta untuk Anggun Maju ini, kita sasarkan seramai seribu orang yang terdiri pada Anggun Niaga, Anggun Usaha dan beberapa lagi kumpulan kecil lain. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya di jemput wakil daripada Sabai.

Terima kasih Dato' Sri Spekar, soalan saya nombor 8.

[Penubuhan Sekretariat Perantau Anak Pahang merupakan satu inisiatif yang baik di dalam menyantuni anak-anak negeri Pahang yang berada di luar Pahang dan memberi ruang dan peluang kepada mereka mendapatkan segala maklumat, inisiatif, bantuan dan kerjasama mengenai Negeri Pahang. Berapa ramaikah yang telah mendaftar sehingga kini dan apakah rancangan atau inisiatif khas yang disediakan buat mereka?]

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT, selamat pagi Yang Berhormat Dato' Sri Speakar, terima kasih. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Sabai atas soalan mengenai keberadaan perantau, Sekretariat Perantau Anak Pahang.

Yang Berhormat Dato' Sri Speakar,

Sekretariat Perantau Anak Pahang telah dilancarkan secara rasminya oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang pada 5 Januari lalu di World Trade Center, Kuala Lumpur. Pelancaran yang julung-julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang cukup baik daripada perantau anak Pahang di mana lebih 500 perantau anak Pahang meliputi pelbagai lapisan dan latar belakang serta merentasi golongan profesional, usahawan, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta sehingga kepada pelajar pelajar di institut pengajian tinggi mengambil bahagian dalam program ini dan Sekretariat Perantau Anak Pahang ini dinaungi sendiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli Haji Ya’acob.

Penubuhan Sekretariat Perantau Anak Pahang ini adalah manifestasi kepedulian dan kecaknaan serta keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang terhadap kebajikan, untung nasib dan keberadaan perantau anak Pahang walau di mana jua mereka berada. Setakat ini seramai 21,798 orang perantau anak Pahang yang bermastautin dan bekerja di luar Pahang telah mendaftar kepada Sekretariat Perantau Anak Pahang ini.

Antara objektif utama penubuhan sekretariat ini, yang pertama ianya berfungsi sebagai One Stop Center kepada perantau anak Pahang bagi mendapatkan segala

maklumat yang tepat lagi benar berhubung segala inisiatif serta polisi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang.

Yang keduanya, membantu Kerajaan Negeri Pahang membuat perancangan dan penyelarasan dari segi penyaluran bantuan kebajikan dan sumbangan kepada rakyat-rakyat Pahang yang berada di perantauan. Dan yang ketiganya, memperkukuh silaturahim, hubungan serta talian di antara Kerajaan Negeri Pahang dan juga perantau anak Pahang.

Sehubungan itu, setiap perantau anak Pahang digesa untuk mendaftar kepada Sekretariat Perantau Anak Pahang melalui google form yang terdapat di Facebook Sekretariat Perantau Anak Pahang dan juga tiktok Perantau Anak Pahang atau perantau anak Pahang boleh menghadirkan diri terus ke Pejabat Sekretariat Perantau Anak Pahang yang bertempat di tingkat 6 di World Trade Centre, Kuala Lumpur untuk sebarang urusan termasuk pendaftaran.

Setakat ini, pelbagai program telah dilaksanakan oleh sekretariat ini sejak pelancarannya pada Januari lalu. Antaranya adalah Program Larian Tok Gajah, Kuala Lumpur pada 18 Februari lalu yang menghimpunkan perantau anak Pahang dan masyarakat sekitar untuk beriadah, berlari bersama-sama terlibat dengan aktiviti sukan dan juga sebagai medium untuk mempromosi negeri Pahang kepada warga Kuala Lumpur.

Yang kedua, program pemberian baucer minyak petrol dan diesel ‘Moh Balik Beraya ke Pahang’ pada 31 Mac lalu bagi meringankan beban kewangan perantau anak Pahang yang ingin pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Dalam hal ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana menambah jumlah baucer ini yang asalnya kita peruntukkan kepada seribu orang perantau Anak Pahang terawal. Tapi bila sambutan yang cukup hebat dan menggalakkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang tambah kepada 5,000 baucar untuk Perantau Anak Pahang. Yang ketiganya, adalah Program Rumah Terbuka Aidilfitri yang dilaksanakan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini bagi mengukuhkan ukhuwah antara Perantau Anak Pahang dan juga Kerajaan Negeri Pahang.

Yang keempat, beberapa siri perjumpaan dan ramah mesra antara Kerajaan Negeri dan juga mahasiswa serta penuntut institut pengajian tinggi di seluruh negara yang berada di luar Pahang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Insya-Allah selepas ini, pelbagai program, inisiatif dan pendekatan yang akan dilaksanakan oleh Sekretariat Perantau Anak Pahang ini untuk mendekati untuk membela kebajikan anak-anak Pahang yang berada di perantauan bukan sahaja di Lembah Klang tetapi juga di seluruh negara dan negeri-negeri lain termasuk di luar negara. Ini kerana menerusi Sekretariat Perantau Anak Pahang ini, Kerajaan Negeri berhasrat untuk memastikan limpahan kebajikan turut dinikmati Perantau Anak Pahang di samping penyaluran maklumat yang tepat berdasarkan prestasi semasa Kerajaan Negeri Pahang sambil ingin membendung persepsi negatif yang cuba ditularkan oleh pihak-pihak tertentu di media sosial yang bertujuan menjejaskan reputasi dan kredibiliti Kerajaan Negeri Pahang.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Sila.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Dato’ Sri...

Speaker

Wakil daripada Tanah Rata. Soalan tambahan.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Soalan tambahan. Apakah rancangan Sekretariat Perantau Anak Pahang atau Kerajaan Negeri secara amnya untuk menggalakkan er… mahasiswa-mahasiswi negeri Pahang yang belajar di luar Pahang untuk balik ke Pahang untuk bekerja ataupun memulakan perniagaan? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Tanah Rata atas soalan tersebut. Sebenarnya sekarang kita di peringkat Sekretariat Perantau Anak Pahang ini kita sedang kemaskini data yang diperolehi di kalangan perantau anak Pahang itu sendiri dan juga mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di luar daripada negeri Pahang ini.

Dan dalam sesi perjumpaan tersebut, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang sentiasa melaporkan prestasi ekonomi dan juga peluang-peluang yang terdapat di negeri Pahang ini dan kalau fokus kepada pekerjaan misalnya tadi dan juga perniagaan, saya rasa selepas ini melalui data-data yang kita perolehi selepas kita saring yang saya sebutkan tadi, 21,798 orang melibatkan perantau sahaja belum termasuk daripada data mahasiswa mahasiswa ini, kita boleh adakan perjumpaan-perjumpaan khusus menawarkan pada mereka, mungkin ramai yang tak tahu.

Misalnya untuk orang muda, adanya Pahang Skills yang menyediakan peluang latihan kemahiran kepada pelajar-pelajar dalam tempoh 3 bulan, 6 bulan, setahun er… dalam bidang kemahiran untuk mereka menceburi bidang-bidang ini, selagi… sekaligus boleh berkhidmat di negeri Pahang bila tamat pengajian kelak dan dari sudut pentadbiran misalnya, mungkin kita akan boleh adakan sesi-sesi bersama dengan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri yang terlibat untuk kita berkongsi maklumat-maklumat ini dengan mereka. Terima kasih Yang Berhormat Tanah Rata.

Terima kasih Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Terima kasih. Soalan seterusnya kita bagi kepada soalan nombor 9 wakil daripada Sungai Lembing.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Soalan saya soalan nombor 9.

[Apakah perancangan kerajaan untuk membangunkan kawasan DUN Sungai Lembing yang boleh mewujudkan peluang pekerjaan terutamanya kepada anak-anak muda tempatan?]

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Terima kasih er… pertanyaan dari ADUN Sungai Lembing. Untuk menjawab soalan ini. Setakat Mac 2024, seramai 311 pencari kerja direkodkan di kawasan Bukit Goh dan Sungai Lembing. Untuk memastikan setiap pencari kerja memperoleh pekerjaan yang diingini, Kerajaan Negeri melalui PERKESO adalah menyerah… menyediakan kuota MYFutureJob untuk mereka mencari kerja. So… untuk Pahang sampai Mac 2024 adalah 2,018 peluang pekerjaan aktif negeri Pahang. Kalau di seluruh Malaysia adalah 118,000 peluang pekerjaan untuk mereka cari.

Untuk mewujudkan peluang pekerjaan, saya mohon wakil rakyat dari DUN Sungai Lembing, pergilah berjumpa dengan kilang-kilang kelapa sawit… lah, minta pengurus ambil pekerja tempatan atau anak muda ini boleh bekerja sebagai boilerman. Kita sebagai ADTEC Jerantut kita boleh bagi training yang free. Dia boleh belajar dekat 2… 3 bulan dekat Jerantut dan dia boleh kerja boiler. Untuk maklumat, boiler ini hanya untuk anak tempatan sahaja. Tak boleh ambil pekerja asing dan juga di sung…di Sungai Lembing ini ada peluang pelancongan juga. So, harap-haraplah anak muda kita ni boleh cari kerja lah di Sungai Lembing ini. Terima kasih.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Soalan tambahan.

Speaker

Sila.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Er… Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya kira soalan… jawapan tadi tidak berapa menepati jawapan… soalan yang saya tanyalah. Soalan tambahan saya, merujuk kepada berita daripada Utusan Online bertarikh 26 April 2024, er… tajuk dia ‘JRG Minerals, Shandong Huaxin meterai MoU projek RM15 bilion di Bukit Goh’. Soalan saya, sejauh mana perkembangan pelaburan yang dimaksudkan dan manfaat kepada warga peneroka khususnya peluang pekerjaan kepada anak-anak muda. Dan apakah ini penyelesaian… sebahagian penyelesaian kepada masalah bauksit bagi peneroka di Bukit Goh?

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Minta maaf, boleh ulang sekali lagi tak?

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Okay, merujuk pada tajuk akhbar Utusan Online bertarikh 26 April 2024. ‘JRG Minerals… JRG Minerals, Shandong Huaxin meterai MoU projek RM15 bilion di Bukit Goh. Soalan saya, sejauh mana perkembangan pelaburan yang dimaksudkan dan manfaat kepada warga peneroka khususnya peluang pekerjaan kepada anak-anak muda di DUN Sungai Lembing dan apakah ini sebahagian penyelesaian kepada masalah bauksit peneroka Bukit Goh?

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Izinkan saya mencelah. Terima kasih banyak kepada soalan Sungai Lembing. Saya mohon menjawab serba sedikit mengenai status perjanjian yang telah digembar gemburkan di dalam Utusan Online tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, bahawasanya satu majlis jawatankuasa khusus er… akan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan terutama sekali peneroka dan juga anak-anak peneroka dan juga sekitar FELDA Bukit Goh kerana belum ada kata putus lagi untuk pembangunan di dalam FELDA Bukit Goh ini.

Insya-Allah, jika kita mendapatkan persetujuan daripada Kerajaan Negeri dan juga FELDA, insya-Allah kita akan bentangkan dalam persidangan DUN pada akan datang, insya-Allah. Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Er… Terima kasih er… EXCO FELDA. Saya menjaga portfolio cari kerja. Yang untuk pelaburan ini saya tak tahu. Minta maaflah, so mungkin kita kena refer kepada EXCO Pelaburan. Okay, terima kasih.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Okay, terima kasih YB Teruntum. Sebab dalam soalan saya ini, perancangan kerajaan untuk membangunkan kawasan DUN Sungai Lembing. Saya tak bertanya peluang… stastistik mencari kerja dan saya rasa jawapan tadi merujuk kepada… lebih merujuk kepada situlah. Jadi telah jelaslah dengan soalan saya tu.

Speaker

Okay. Kita pergi soalan seterusnya. Soalan nombor 10, wakil daripada Tras.

Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Soalan saya nombor 10. Terima kasih.

[Apakah strategi dan tindakan untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang serta komitmen bagi memulihkan kegemilangan Bukit Fraser sebagai pusat pelancongan yang termasyur suatu ketika dahulu. Apakah plan untuk menarik semula pelancong pergi ke sana?]

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Tras. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, untuk menarik pelancong ke Bukit Fraser, beberapa usaha kerajaan telah dilaksanakan atau dirancang. Antaranya, pertama penyediaan infrastruktur dan fasiliti seperti pelancongan. Pada tahun ini, Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan peruntukan RM1.24 juta untuk beberapa projek termasuk pemasangan lampu jalan jenis LED, menaik taraf Pura…Pusat Rekreasi Pelancongan Paddock di Bukit Fraser, menaik taraf infrastruktur park and garden Bukit Fraser, menaik taraf infrastruktur beberapa trail di Bukit Fraser dan selain itu, pihak MOTAC pada tahun lepas juga meluluskan RM500 untuk projek menaik taraf laluan pejalan kaki di Kompleks Pelancongan Bukit Fraser juga menaik taraf Pelantar Terapung, Pusat Rekreasi Pelancongan Allan's Water, Bukit Fraser.

Yang kedua dengan er…penganjuran acara. Jadi mengikut kalendar acara pelancongan tahun ini. Terdapat 4 acara yang telah disenaraikan iaitu Fraser’s Hill International Bird Race yang akan berlangsung pada bulan depan. Kejohanan Memanah Field Kebangsaan Bukit Fraser, Fraser’s Hill Canoe Polo Competition dan Healing@Fraser’s Hill. Keempat-empat acara ini kita mensasarkan peserta dari dalam dan luar negara dan ketiga er…usaha promosi. Usaha promosi diteruskan dengan pener…penerbitan bahan-bahan er…promosi dan juga bekerjasama dengan pihak media untuk penganjuran fam trip. Ini bukan sahaja dilaksanakan oleh Tourism Pahang malah juga dengan kerjasama daripada Tourism Malaysia.

Akhir sekali tentang pengurusan Bukit Fraser seperti yang dibahaskan Yang Berhormat Tras dalam sesi perbahasan beliau pada tahun 1997 er…fungsi sebagai Pihak Berkuasa Tempatan telah diserahkan kepada Majlis Daerah Raub. Jadi setakat ini Majlis Daerah Raub ada cawangan di Bukit Fraser dengan kakitangan seramai 12 orang dan masing-masing ditugaskan untuk perkhidmatan sebagai contoh kerja-kerja pembersihan, kerja-kerja…kerja-kerja keindahan dan landskap, kerja-kerja kutipan sisa pepejal, kerja penyelenggaraan padang golf, er.. ak…kutipan aktiviti di tapak perkhemahan, pemeriksaan bagi aktiviti perlesenan, kerja penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan awam dan juga bantu jabatan bahagian atau unit yang berkaitan untuk er…pelaksanaan projek pelesenan cukai pintu dan sebagainya. Terima kasih.

Speaker

Soalan terakhir pada hari ini kita pergi pada soalan nombor 11.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, bagi pihak Yang Berhormat Tanjung Lumpur, saya kemukakan soalan 11.

[Berapakah jumlah peminjam TEKUN atau Amanah Iktihar kepada penduduk DUN Tanjung Lumpur dan berapa jumlahnya?]

[Apakah perancangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah pinjaman tertunggak tesebut?]

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih kepada Yang Berhormat, Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Beserah mewakili kepada Yang Berhormat Tanjung Lumpur di atas persoalan berapakah jumlah peminjam TEKUN atau Amanah Ikhtiar kepada penduduk di DUN Tanjung Lumpur dan juga berapa jumlahnya dan juga apakah perancangan Kerajaan untuk menyelesaikan masalah pinjaman tertunggak tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan juga Ahli Dewan yang dimuliakan,

Bahawasanya kita dapat difahami bahawa TEKUN dan juga Amanah Ikhtiar ini banyak membantu terutama sekali golongan-golongan usahawan er…yang baru bertapak dalam perniagaan mahupun ingin memperkasakan perniagaan mereka dan juga TEKUN dan juga Amanah Ikhtiar juga banyak membantu di seluruh negara dan terutama sekali di negeri Pahang ini, insya-Allah. Dan juga pada tahun 2023 seramai 534 orang sahabat usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia ataupun AIM di DUN Tanjung Lumpur telah menerima pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan Ikhtiar (SPI) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3.01juta dan juga manakala bagi tahun 2024 pembiayaan yang telah diperuntukkan dan sehingga Februari 2024 adalah kepada 505 orang sahabat usahawan AIM adalah berjumlah 790,000 orang eh RM790,000.

Untuk makluman semua Ahli-ahli Dewan, kedua-dua agensi iaitu TEKUN dan juga AIM telah menyediakan pembiayaan kepada lebih daripada 41,522 usahawan di negeri Pahang dengan jumlah lebih kurang 727.3juta. Daripada jumlah tersebut, kutipan sebanyak 637.35 juta berjaya dibuat dan juga beberapa pelan tindakan untuk mengatasi masalah bayaran tertunggak telah pun dilaksanakan dan sedang dilaksanakan seperti berikut. Pertamanya adalah penjadua…penjadualan semula akaun tertunggak. Kedua meneruskan tindakan undang undang.

Ketiga menjalinkan kerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Akaun tertunggak akan dimasukkan dalam sistem rekod perbankan dan juga kelima semakan lebih teliti kepada permohonan baharu kemudiannya keenam mempergiat kutipan bayaran balik dan tawaran diskaun untuk bayaran balik secara penuh. Demikian Dato’ Sri dan saya ingin menjelaskan Dato’ Sri ingin menambah nak ucapkan penghargaan kepada usahawan dua usahawan FELDA yang telah memberikan sumbangan kita pada hari ini iaitu usahawan daripada Wak Samien bin Wahid, peneroka yang berasal daripada fle…FELDA Selancar 2 dan juga saudari Nor Afizah binti Rosman generasi kedua FELDA Keratong 4 yang telah memberikan sumbangan kita untuk semua yang hadir pada hari ini. Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Sila, soalan tambahan.

Satu soalan tambahan, er…berdasarkan data yang ada saya ingin mendapat penjelasan berapa orang yang diambil tindakan undang-undang kepada peminjam dan er…apakah tindakan sama ada dia diambil tindakan mahkamah atau dipenjara ataupun di… jumlah bilangan dan berapa kos yang tindakan undang-undang sahaja.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih kepada Yang Berhormat er... Cheka, sekalian dan terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Saya belum lagi mempunyai data yang terbaru untuk 2024 dengan 2023 yang telah diambil er…tindakan ataupun sebarang tindakan susulan daripada itu. Namun pihak er… TEKUN dan juga AIM ni kebiasaan ya, kebiasaannya ia menghantar dahulu kepada AKPK. Kaunselingkan mereka ini dahulu sebelum dianjakkan kepada fasa tindakan undang-undang di dalam mahkamah ataupun dalam perbankan dipanggil CTOS dan juga CRISS.

Namun, pihak AKPK ini banyak membantu kepada kebanyakan usahawan-usahawan daripada TEKUN dan juga AIM untuk membantu mereka untuk menjadualkan semula pinjaman-pinjaman mereka daripada menyenarai hitam kepada usahawan-usahawan tersebut kerana nilai pinjaman TEKUN ni RM20,000, RM50,000. Ini memberikan satu sikap buruk dan juga satu sikap negatif nanti pula kepada pihak usahawan-usahawan tersebut. Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato’ Sri.

Speaker

Terima kasih.

Soalan tambahan 1.

Speaker

Sila.

Mungkin Pihak Kerajaan boleh jawab secara bertulis, saya mo… nak minta penjelasan berapakah jumlah atau bilangan mereka yang gagal seluruh negeri Pahang untuk menjelaskan er…semula pinjaman mereka dan apakah punca kegagalan mereka? Adakah disebabkan oleh kos perniagaan yang tinggi, kegagalan perniagaan ataupun apa-apa sebab lain masih? Terima kasih.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih banyak Dato’ Sri. Kita akan buat jawapan bertulis untuk Yang Berhormat dari Berserah. Terima kasih Dato’ Sri.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah selesai membincangkan 11 er… pertanyaan dan jawapan sebelum saya menempohkan persidangan. Saya ingin memaklumkan bahawa jumlah pertanyaan yang diterima bagi Sidang pada kali ini adalah sebanyak 175 soalan. Daripada semua apa nama Wakil Rakyat kita dan 43 soalan khas ditujukan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. 44 pertanyaan telah dipilih sebagai pertanyaan lisan harian manakala 131 akan dijawab secara bertulis melalui Sistem Soalan Dewan Pahang iaitu SSDP. Jumlah pertanyaan tambahan sehingga Jumaat ya sehingga hari Jumaat lepas 10 Mei 2024, tidak termasuk pada hari ini nanti apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar buat membuat penggulungan adalah sebanyak 189 pertanyaan.

Jabatan dan Agensi Kerajaan akan menyediakan jawapan bagi pertanyaan yang telah direkodkan. Jawapan ini akan dijawab secara bertulis dan akan dipaparkan di dalam sistem selepas Pihak Kerajaan memperhalusi dan berpuas hati dengan jawapan tersebut. Sekiranya Pihak Kerajaan berpendapat jawapan tersebut perlu diharmonikan. Jabatan dan Agensi Kerajaan akan menambah baik kandungan jawapan sehingga Pihak Kerajaan berpuas hati. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan kita pada pagi ini untuk minum pagi dan persidangan akan disambung semula pada pukul 11.55 pagi. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan pada jam 11.26 pagi]

[Persidangan disambung semula]

SETIAUSAH DEWAN

Perkara Ketiga: Sambungan menimbang Usul Menjunjung Kasih atas Ttah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di hadapan majlis adalah satu Usul yang berbunyi bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berangkat menyempurnakan Titah Diraja pada Dewan Negeri. Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan telah pun disokong dan dibahaskan pada 8 dan 9 Mei 2024. Seterusnya pihak kerajaan seramai 10 orang telah pun memberikan jawapan- jawapan pada hari Jumaat 10 Mei 2024.

Pada hari ini majlis akan menyambung menimbang Usul tersebut. Sekarang saya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat semasa membahaskan Usul tersebut. Silakan Yang Amat Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk membuat ucapan penggulungan. Yang Berhormat Speaker, Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan limpah rahmat serta keizinannya telah sampailah kepada giliran saya untuk menggulung Usul Perbahasan Titah Diraja pada hari terakhir persidangan kita pada hari ini.

Terlebih dahulu patik menzahirkan ucapan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah atas perkenan berangkat mencemar duli menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada hari isnin yang lalu.

Sesungguhnya keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku ke Dewan yang mulia ini cukup bermakna dan cukup istimewa kerana buat pertama kalinya Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku berangkat sebagai Sultan Pahang setelah 5 tahun mengemudikan tampuk pemerintahan negara sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang Ke-16. Patik juga menjunjung setinggi-tinggi kasih atas lafaz Titah Diraja yang menjadi panduan amat berguna kepada kerajaan, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku serta kepada patik pacal-pacal Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Bagi diri patik sudah pastinya Titah Tuanku itu akan menyemarakkan lagi tekad dan iltizam patik untuk terus mencurahkan bakti bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan dan kemakmuran negeri terus dipertingkatkan. Selanjutnya jua patik menzahirkan ucapan menjunjung kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah atas Kecemerlangan Tuanku memerintah Negeri Pahang Darul Makmur dengan penuh bijaksana selaku Pemangku Raja Pahang sepanjang tempoh 5 tahun.

Patik mendoakan semoga Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang bersama-sama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang sentiasa berada dalam rahmat pemeliharaan dan perlindungan Allah SWT, selamat sejahtera, dilanjutkan usia serta dikurniakan sihat walafiat amin.

Yang Berhormat Speaker,

Terima kasih kerana lagi sekali mengizinkan saya untuk bangun berbahas, menggulung bagi pihak kerajaan negeri serta menjawab beberapa soalan di bawah jawatankuasa-jawatankuasa Saya. Namun begitu sebelum saya meneruskan penggulungan ini terlebih dahulu sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pang Sok Tao calon Kerajaan Perpaduan yang telah memenangi Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu pada sabtu lalu dengan majoriti 3869 undi. Kemenangan ini telah meneruskan lagi kesinambungan kemenangan calon-calon daripada kerajaan perpaduan seperti di Tioman dan Pelangai dalam siri pilihan raya sebelum ini. Semoga Puan Pang Sok Tao dapat menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik dan meneruskan agenda pembangunan rakyat di Kuala Kubu Bharu dan Negeri Selangor.

Yang Berhormat Speaker,

Pada hari rabu dan khamis yang lalu kita semua telah menyaksikan seramai 25 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam sesi perbahasan pada kali ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih, syabas dan tahniah kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas secara berhemah dan sopan untuk menyatakan pandangan serta berusaha mendapatkan maklumbalas daripada kerajaan negeri. Mudah-mudahan Allah SWT memudahkan segala urusan kita dan mengurniakan rahmatnya kepada kita semua.

Yang Berhormat Speaker,

Saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan perkhidmatan bekalan air di negeri Pahang. Saya mulakan penggulungan saya dengan menyentuh isu ini kerana boleh dikatakan ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara ini sama ada di sebelah kerajaan ataupun di sebelah pembangkang. Untuk makluman Yang Berhormat Speaker, saya tidak menafikan masalah perkhidmatan bekalan air ini masih lagi berlaku dan ianya boleh… bukan boleh diselesaikan dengan sekelip mata. Seperti mana yang sering saya katakan isu bekalan air di Pahang memerlukan peruntukan yang besar, tempoh masa yang panjang serta komitmen yang cukup tinggi malah agenda meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air ini amat dekat di hati saya dan sudah pastinya ia menjadi fokus utama kerajaan negeri untuk mentransformasikan perkhidmatan ini ke arah yang lebih baik.

Yang Berhormat Speaker,

Semakan semula kadar tarif air bagi pengguna domestik di negeri Pahang yang terakhir adalah pada tahun 1983 iaitu 41 tahun yang lalu di mana kadar tarif domestik yang lama adalah 0.37sen. 0.37 sen per meter padu, satu meter padu bersamaan dengan 2000 botol air yang berkapasiti 500 mililiter. 41 tahun ni Yang Berhormat Speaker, maknanya ada Ahli-ahli Dewan ni yang belum lahir pada masa itu sekarang ni dah jadi Ahli Yang Berhormat. Punya lama tak lama tarif air ini dan ini bermakna boleh kita katakan sepanjang 41 tahun kerajaan negeri melalui Pengurusan Air Pahang Berhad atau PAIP telah memberikan subsidi kepada rakyat negeri ini secara

tidak langsung dan caj dikenakan jauh lebih rendah berbanding kos sebenar air terawat.

Walau bagaimanapun keadaan ini memberi impak negatif kepada perkhidmatan pembekalan air di Pahang. Paip-paip lama tidak ditukar, loji tidak dapat dinaiktaraf dan tangki-tangki menjadi usang dan uzur malah seperti mana sahabat saya Yang Berhormat ADUN Benta menjelaskan jumaat yang lalu bahawa paip lama jenis AC dengan izin Abestos Cement terlalu uzur dan sering pecah secara berjangkit. Kita repair di sini pecah di sana, repair di sana pecah disini. Seperti mana kata Yang Berhormat Speaker daripda Bentong… daripada Benta, engineer jadi lebih tahu daripada saya lah. Speaker setuju?

Speaker

Setuju.

Terima kasih Speaker. Sama ada kita suka atau tidak suka mahu tidak mahu kerajaan negeri Pahang melalui PAIP perlu menjalankan kerja-kerja naik taraf untuk memastikan bekalan air kepada pengguna lebih terjamin dan seiring dengan kemajuan dan pembangunan yang semakin meningkat di Pahang. Kos perbelanjaan modal ataupun dengan izin, carped untuk meningkatkan taraf perkhidmatan air sebenarnya adalah amat tinggi. Paip-paip lama perlu diganti, tangki-tangki usang perlu dibaiki dan loji-loji perlu dinaik taraf.

Pelbagai penambahbaikan telah dirancang dan transformasi paip secara keseluruhan amat dititikberatkan sejak saya menerajui kerajaan negeri dan sehingga kini alhamdulillah kita mula dapat melihat hasil yang positif. Kedudukan kewangan PAIP lebih stabil dan semakin mengukuh. Pelbagai projek projek carped telah dibuat di samping kerja-kerja operasi ataupun odd Pac dijalankan untuk tujuan rekod dan untuk makluman rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian sama ada di sebelah sana atau pun di sebelah sini. Bagi fasa pertama sahaja pembiayaan sebanyak RM926 juta telah diluluskan oleh Pengurusan Aset Air Berhad ataupun PAAB dan PAIP juga di dalam proses perbincangan untuk tambahan RM700 juta lagi bagi mendapatkan peruntukan.

Yang Berhormat Speaker,

Projek Pembangunan Perkhidmatan Bekalan Air Pahang fasa pertama kini sedang giat dilaksanakan dengan status semasa seperti mana yang saya maklumkan sebelum ini iaitu 13. Jika projek sudah siap dilaksanakan, ia bernilai RM 121.2 juta, 32 projek sedang dilaksanakan nilai RM 461 juta dan 82 projek sedang peringkat pra pembinaan bernilai RM 1.91 bilion. Di manakah projek-projek tersebut?

Yang Berhormat Speaker, saya ada senarai, di Bentong ada, di Bera ada di Cameron Highlands ada, Jerantut ada, Kuantan ada, Lipis ada. Boleh dikatakan semua daerah ada. Saya harap rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, terutama daripada sebelah pembangkang cuba dapatkan senarai ini, supaya tidak membuat kenyataan yang tidak betul ataupun mengelirukan rakyat.

Jadi, saya tidak ada halangan sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat ingin mendapatkan senarai projek-projek ini. Selepas ni boleh minta dengan pihak urus setia…

Speaker

Semua daerah ada ya Yang Amat Berhormat.

Er… Bentong… nanti, saya kena tengok juga. Bentong, Bera, Cameron, Jerantut….

Speaker

Sebelas…

Kuantan, ada… ada. Raub, Lipis, Pekan ada semua yerk, ada hah… ada semualah, boleh saya katakan ada semualah. Jadi kita boleh tahu, kalau tidak, kita tidak tahu dan mungkin kita akan mengatakan hah… ni tak buat lagilah, Kerajaan tidak ambil tindakanlah, itu dan sebagainya. Ini yang telah… senarai utama, ini projek yang telah siap dilaksanakan.

Seterusnya Yang Berhormat Speaker,

Saya sangat optimis projek-projek ini kelak akan membantu Kerajaan Negeri dan PAIP untuk memastikan hasrat meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air kepada pengguna dapat dicapai. Kita juga perlu berlaku adil kerana saya akui perancangan ini masih dalam pelaksanaan dan perjalanan penuh liku-liku masih ada, sebab kita ada projek yang dalam pelaksanaan ataupun dalam pra pembinaan.

Yang Berhormat Speaker,

Sebagai contohnya sahabat saya Yang Berhormat daripada Beserah, Yang Berhormat Beserah ada menyatakan dan memohon tindakan bagi mengatasi masalah bekalan berkaitan air di Balok. Permasalah ini benar, belum selesai dan dalam perancangan untuk diselesaikan melalui pelaksanaan projek pembangunan di kawasan berkenaan yang masih di peringkat pembinaan. YB ya, masih dalam peringkat pembinaan.

Namun permasalahan di DUN Beserah termasuk di kawasan Gebeng yang sebelum ini sangat kritikal telah pun selesai. Yang ni YB tak sebut pulak. Sehingga kini, selesainya projek ini telah mendapat penghargaan daripada Gebeng Industry Support Group dengan izin. Saya bukan cakap kosong jer, saya ada bukti. YB Beserah kalau hendak, boleh ambik daripada saya, ni suratnya. (Ahli tunjuk kertas).

Yang Berhormat Speaker,

Speaker kena tengok ni, nanti Speaker…

Speaker

Bagilah satu salinan supaya…

Bukan satu…

Speaker

… dia boleh simpan.

Lima (5) pun saya boleh bagi. (Ahli ketawa)

Speaker

Hah okay, PDF…

Jadi Yang Berhormat Beserah boleh… boleh….

Boleh mencelah sikit Yang Amat Berhormat…

Boleh, boleh.

Terima kasih Speaker. Terima kasih atas pencerahan yang diberikan. Memang kita tidak nafikan banyak usaha dibuat. Saya sebut juga, perkara ini kepada penyelesaian masalah yang besar. Industri Gebeng tu memang dulu problems sekarang dah okay, Alhamdulillah.

Saya pun berhubung rapat dengan GISG ini, mendapatkan maklumat dalam semua perkara. Cuma yang saya sebut tu, adalah benda yang kita nak bantu selesai tapi tak boleh bertemu, itu jer. Isu dia dah panjang, dah lama orang mengadu, tapi tidak… tidak di… macam seolah-olah tidak diangkat aduannya, payah, tidak ada komunikasi dalam erti kata lain. Bila nak selesai dan sebagainya, orang tanya kita.

Sebab itu saya kata, kalau, macam perancangan dah ada beritahu penduduk. Bila jangka selesai, dalam pembinaan, jadi senanglah. Itu jer isu dia. Terima kasih.

Makna Yang Berhormat tak tahulah sebelum ni. Sekarang dah tahu dah, pra pembinaan tu.

Hah… itu saya tak tahu.

Hah… sekarang ni dah tahulah.

Hah… okay.

Hah… itu yang saya bagi tahu ni. (Ahli ketawa) Terima kasihlah Yang Berhormat daripada Beserah ya.

Yang Berhormat Speaker,

Bersabit dengan kata aduan apa semua tu ada. Saya ada juga minta supaya pihak PAIP meningkatkan dia punya sistem aduan penerimaan daripada rakyat dan sebagainya. Ada dalam teks saya.

Yang Berhormat Speaker,

Projek penukaran pam-pam di rumah Pam Kobat telah pun siap dilaksanakan dan Alhamdulillah telah memberi impak yang sangat baik serta membantu menyelesaikan permasalahan di kawasan tersebut.

Untuk makluman sahabat saya daripada Beserah, sehingga kini terdapat 6 lagi projek di kawasan Beserah yang sedang dilaksana dan dalam peringkat pra pembinaan. Yang ni mungkin Yang Berhormat pun tak tahu ya. Kalau tahu lepas ni Yang Berhormat boleh bagitahu kepada rakyat di kawasan Yang Berhormat. Antaranya ialah membina tangki imbangan berkapasiti 106 juta liter sehari ataupun JLH di kawasan Perindustrian Gebeng.

Yang ke-2, pemasangan paip air dari Kemaman ke Gebeng sepanjang 29.8 kilometer. Ke-3, kerja-kerja penggantian paip di kawasan Balok sepanjang 85 kilometer dan kerja-kerja penggantian paip dari tangki industri Gebeng ke Institut Latihan Perindustrian Gebeng sepanjang 3.3 kilometer.

Yang Berhormat tahu tak sebelum ni, yang projek ni, ke baru tahu sekarang? Tahu dah.

Yang Berhormat Dato’ Sri, itu yang… itu saya… saya tahu dah, sebab projek, kita nampak. Yang saya maksudkan ni, ialah rakyat perlu ada hubungan komunikasi dengan pihak PAIP supaya tak timbul sebarang salah sangka, persoalan dan sebagainya, itu saja. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Beserah. Sebenarnya PAIP ada, tetapi saya ada dalam teks saya, kita minta supaya ditambah baik lagi selepas ini.

Yang Berhormat, saya mintak laluan sikit, sikit aje.

Er… salah satu projek tadi ialah pembinaan paip daripada Kemaman ke Gebeng. Saya dapat penjelasan apakah er… Kerajaan Negeri membeli air daripada Kemaman daripada Loji Kemaman untuk Gebeng ataupun ada perancangan kita bina elak beli sendiri untuk di Gebeng.

Yang Berhormat Speaker,

Er… kita beli pun ada juga dan masih lagi dalam peringkat perjanjian dan masih belum dimuktamadkan. Kita akan kaji buruk baik dia tapi perjanjian, draf perjanjian telah pun ada tapi masih belum dimuktamadkan sebab projek belum siap sepenuhnya.

Yang Berhormat Speaker,

Dalam pada itu, saya juga akan memastikan agar PAIP menambahbaik lagi, hah… ni yang… Yang Berhormat Beserah mintak ni. Menambah baik lagi mutu perkhidmatan bukan sahaja ketika musim perayaan, bahkan secara harian. Malah ketika perayaan Aidilfitri baru-baru ini, ramai yang menyalahkan PAIP akibat berlakunya gangguan bekalan air.

Untuk makluman Yang Berhormat Speaker,

Gangguan bekalan air baru-baru ini adalah disebabkan oleh gangguan bekalan elektrik juga yang melibatkan 9 buah loji rawatan air dan 2 buah rumah pam sehingga menyebabkan loji tidak dapat beroperasi dan menjejaskan bekalan air kepada lebih kurang 51,000 buah premis.

Maknanya dia bila air paip ni terjejas, dia bukan sebab dia sendiri, tetapi dia berkait rapat dengan bekalan elektrik tapi yang jadi mangsanya ialah PAIP. Bagi mengatasi masalah ini daripada berulang, pihak TNB, kita pun berhubung dengan pihak TNB bila berlaku masalah ini dan pihak TNB telah memberi komitmen untuk meningkatkan sistem bekalan mereka melibatkan kos RM 640 juta. Dan apa yang ingin saya jelaskan di sini adalah tidak adil untuk menyalahkan satu pihak sahaja sedangkan gangguan bekalan air ini berpunca daripada pihak yang lain juga.

Dalam pada itu, saya juga dimaklumkan bahawa gangguan bekalan elektrik ini turut disebabkan oleh peningkatan penggunaan tenaga elektrik ataupun dengan izin Yang Berhormat Speaker overload apabila ramai yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

Di samping itu, saya juga telah meminta PAIP untuk meningkatkan mutu penyelesaian aduan. Yang Berhormat ni ADUN Beserah ni, ada saya mintak ni, CEO PAIP pun ada ya. Meningkatkan mutu penyelesaian aduan, mengurangkan gangguan bekalan, pembaikan paip-paip bocor kecil dan meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air dan hal-hal kecil juga perlu diberi perhatian dan diatasi dengan segera.

Saya percaya selain daripada projek-projek pembangunan yang giat PAIP laksanakan, PAIP akan juga laksanakan projek-projek quick win dengan izin agar

penyelesaian jangka pendek dapat dibuat sementara impak secara menyeluruh menerusi projek-projek pembangunan yang lain terus dilakukan.

Antara projek quick win tersebut Yang Berhormat Speaker, saya bukan nak sebut sangat quick win ni. Semalam, saya bincang dengan pakar-pakar bahasa, saya tanya apa term Bahasa Melayu quick win tu. Saya tak nak jadi macam salah seorang Ahli Parlimen masa Rais, Dr. Rais Yatim jadi Speaker, bila dia kata “Yang Berhormat sila cakap dalam bahasa Melayu” dia sebut Rolling plan. Terjemahkan dalam bahasa Melayu, dia pun… last-last dia kata apa tau, dia kata “pelan bergulung” dah satu Ahli Parlimen gelak (Ahli ketawa). Jadi quick win ni apa ya, maksud yang… yang mendatangkan, yang boleh menyelesaikan dengan cepat sesuatu masalah tersebut tapi kita selalu guna quick win.

Antara projek quick win tersebut adalah menyiapkan inline booster di Bukit Goh, Kuantan, membina tangki sedutan dan rumah pam di Kampung Tersusun Lipis dan menaik taraf sistem bekalan air di Rumah Pam Mentakab di Temerloh. Jumlah keseluruhan projek quick win ini sebanyak 16 buah projek membabitkan komitmen kewangan dalaman sebanyak RM 12 juta. Peruntukan besar ini memerlukan kedudukan kewangan PAIP yang cukup dan kutipan hasil yang optima. Kutipan hasil ini semestinya dikembalikan untuk kegunaan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna. Inilah manifestasi komitmen dan fokus Kerajaan Negeri dan PAIP dari semasa ke semasa untuk terus meningkatkan perkhidmatan bekalan air di negeri Pahang bagi memberi keselesaan kepada semua pengguna.

Yang Berhormat Speaker,

Lagi sekali saya ulangi komitmen Kerajaan Negeri dalam menangani isu permasalahan bekalan air di Pahang iaitu hasrat Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan 90% permasalahan bekalan air dapat dicapai akhir tahun 2026. Dah berulang kali saya sebutkan perkara itu dan status semasa saya nak beritahu juga kepada Ahli Yang Berhormat. Sehingga kini, 43 projek…43 peratus projek telah siap dilaksanakan, 15 peratus projek dalam pembinaan dan 38 peratus projek sedang di peringkat pra-pembinaan. Dalam pada itu, saya juga berharap…

Dato’ Sri, mohon…

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya minta maaf mohon mencelah sikit dalam penggulungan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri, sebab saya perhatikan... minta maaf cakap saya ingat ADUN Cheka ya. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, ADUN Cheka begitu prihatin terutama sekali berkenaan dengan bekalan air. Banyak dibangkitkan dan saya terpikir. Ada juga ni ADUN ataupun Ahli-ahli Dewan daripada barisan Pembangkang. Bila bercakap dia kata minta maaf kita bercakap ini. Dia mesti bercakap juga kerana kebenaran itu walaupun dia pahit, walaupun dia memilukan tapi kebenaran mesti diutarakan juga. Jadi oleh kerana ADUN Cheka ni, yang juga merupakan Ahli Parlimen ini...

Speaker

Kubang Kerian.

Kubang Kerian, minta maaf. Jadi Ahli Parlimen Kubang Kerian sebab mengikut data yang saya dapat maklum. Bekalan air di negeri Kelantan yang mana ADUN Cheka menjadi Ahli Parlimen di Kubang Kerian di negeri Kelantan. Dia duduk di…di apa nama ranking yang ke terbawahlah, asalnya bawah, bawah jauh lebih bawah daripada… daripada Pahang. Macam kita katakan tadi misal contoh Dato’ Sri. Kita kadang… kita berusaha, ikhtiar kita nak baiki. Daripada dulu sekarang saya ingat sangat jauh lebih baik, paip kita pecah kita baiki dan sebagainya.

Kualiti air kita memang kira di antara yang terbaiklah memenuhi WHO, dengan izin. World Health Organization. Tapi di Kelantan tu saya difahamkan. Malahan ada penduduk yang terpaksa beli pam penggalak sendiri. Ini di rumah-rumah sendiri kerana pressure kurang, kualiti air keruh teruk, coklat, mempunyai apa nama kandungan besi yang tinggi, ferrous kan. Jadi saya nak tanya sini. Ada tidak, ADUN Jengka merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian membangkitkan ini, menegur Kerajaan Negeri supaya membelanjakan sebahagian daripada belanjawan untuk menambah baik bekalan air di negeri Kelantan. Itu saya nak tahu itu.

Saya cadang YB sahabat saya YB Benta, kita gi ke Kelantanlah. Kita bahas Sidang Dewan Negeri Pahang. Apa saya bangkitkan soal di Kelantan? [Ketawa] Data-data yang ada… saya sebab tu saya tahu apa yang kita yang kita buat di peringkat kementerian. Tapi saya nak jelaskan sebahagian maklumat yang kita baca ni konon air keruh. Tuan-tuan boleh pegi, boleh tengok di Kelantan. Hotel lima bintang naik, pelbagai Bandar Baru Tunjong nak berkembang, airport baru. Kalau tak ada air, kita boleh bayangkan. Takkan hotel naik kerana tak ada air.

Jadi jangan kita terpengaruh. Saya tak nak panjang isu ni sebab kita Dewan Negeri Pahang, kita fokus Pahanglah. Dan saya pun sebut bahawa apa yang kita buat di Pahang, saya membantu di peringkat kementerian. Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun saya selalu jumpa kita bantu termasuklah. Untuk makluman 14 juta peruntukan untuk baik pulih Empangan Chereh yang pecah walaupun empangan ni bekalan air untuk negeri Pahang. Tapi pusat masa tu kita tolong. Saya luluskan 40 juta untuk baik pulih Chereh, Empangan Chereh yang pecah dan sekarang tengah berjalan. Saya tak nak bangkitkan isu tu bagi kita siapa pegang jawatan, dia bertanggungjawab dan kita laksanakan sebaik mungkin kita bina negeri kita bersama. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri, soalan saya senang je tanya. Ada tidak ni ADUN Cheka selaku Ahli Parlimen di kawasan anu dan juga sebagai orang nombor dua dalam parti yang mengikuti Perikatan Nasional membuat teguran begitu. Itu saja soalan saya, saya nak tau. Itu sebab apa kalau tengok di sini memang teguran tu memang bertubi-tubi. Saya tengok ada tanya, ada tanya. Soalan saya, ada tidak maknanya ADUN Cheka…YB ADUN Cheka membangkitkan ini. Dengan ini kerajaan yang dipimpin oleh parti yang beliau dokongi.

Jawapannya ada. Bahkan saya turun ke loji-loji air dan saya beri taklimat kepada Syarikat Air Kelantan. Kita dengar permasalahan apa yang berlaku dan apa yang boleh diatasi termasuk soal aduan Dato’ Sri. Soal aduan, kita harus akui. Jadi semua tu kita turun dan saya turun beberapa loji yang telah kita lulus di peringkat pusat untuk pantau betul perjalanan kelulusan, tempoh siap dan sebagainya. Bukan hanya disebut di sini. Saya turun dan itu sebagai jawapanlah. Saya turun dan saya buat teguran. Terima kasih.

Bukan apa, saya…saya bangkitnya. Saya tertarik sebab bila ADUN Cheka sebutkan. Saya ingat rakan saya daripada Dong ada bangkitkan. Kalau boleh dia kata, ini nasihatkan sikit Ketua Pemuda PAS ni. Ketua Pemuda PAS ni kalau tengok statement dia, dengan izin. Bukan main lagi lancangnya mulutnya. Maknanya kata tersungkur Barisan Nasional dengan DAP di KKB, saya ingat baca semula.

Jadi bila tengok situ teguran daripada sahabat saya, dia katakan kalau boleh maknanya pemuda PAS ni hormat sikit Yang Berhormat Dato’ Sri. Didik sikit janganlah maknanya celupar sikit. Oleh kerana misal, contohnya tak ada siaran langsung. Ini Sidang Dewan so dia kata penakut, macam-macam. Ungkapan yang tak sepatutnya tetapi bila perkara ini dibangkitkan Dewan. Jadi ADUN Cheka selaku Timbalan Presidennya, kira nombor dua dalam parti.

Biasalah, provokasi. So, kadang-kadang kita…bila kita sebut begitu. Ini…ini gelangganglah politik. Makna biasa provokasi. Dan saya bangkitkan ini supaya dapat diperjelaskan walaupun penglibatan daripada menteri sekarang mantan menteri. Ranking ini bekalan air di dalam negara ini, di Kelantan adalah merupakan yang tercorot. Itu saya nak beritahu dan kita jauh lebih baik tetapi cara lempangan tu kan atau kepongan sebut keponglah,

Saya, saya nak jawablah.

Ia jauh…jauh lebih dahsyat.

Kalau-kalau kita nak bertengkar, kita buka gelanggang bertengkar. Okay. Saya nak jelaskan bahawa data yang ada…data yang ada harus dilihat kepada semua sistem yang ada. Untuk makluman di Kelantan, tidak ada satu pun kelulusan empangan bekalan air sebagaimana negeri-negeri lain. 30 tahun Kelantan memerintah, tidak ada peruntukan untuk empangan bekalan air. Negeri lain banyak empangan bekalan air menyebabkan punca bekalan air tidak ada dapat disalurkan. Isu besar di Kelantan ialah masalah sumber air. Bukan masalah agihan air, sumber bekalan air.

Lantaran itu, apa yang boleh kita buat ialah ada perkara di bawah Kerajaan Persekutuan di bawah Jadual 1. Sebagai contoh, ARW. Pendekatan 1, Geran Persekutuan. Apa yang boleh kita bantu, kita bantu. Baik pulih air ni sebenarnya berlaku di semua negeri termasuk juga di Pulau Pinang dibangkit sampai sekarang tak

selesai isu air. Di Pulau Pinang mengharapkan air daripada Perak. Data saya ada dalam kepala saya semua.

Jadi kalau kita nak lihat satu persatu sempat kita bukak plan Malaysia, kita pergi ke Parlimen bawah tengok negeri-negeri. Di peringkat DUN kita fokus DUN kitalah, apa yang perlu kita bangkitkan negeri lain. Saya fikir Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya fikir, saya tak nak panjangkan isu ini sebab kita nak fokus kepada beri peluang Menteri Besar menjawab apa dibangkit oleh ADUN-ADUN. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, saya ingat, saya ingat…

Dato’ Sri Speaker,

Saya nak buktikan bahawasanya ADUN Cheka ni adalah manusia biasa. Bila kita bangkit, soalan ini, tengok cara melenting dia. Jadi kita di sini.

Speaker

Ini…ini.

Dato’ Sri Speaker saya ingat… saya ingat cukup …

Hei, Jengka duduk, Jengka. Ini peraturan. Dak, saya nak buktikan di sini. Saya melihat betapa apabila disentuh satu isu yang itu, melenting. Sebagai sepatutnya.

Speaker

Okay, okay Yang Berhormat, kita ingat.

Itu sahaja. Saya nak buktikan.

Speaker

Okay...okay. Ini…ini…Itu provokasi ya. Bukan provokasi ya. Sila teruskan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya teringat peristiwa 1996. Masa tu, Yang Berhormat Speaker, ADUN ya.

Speaker

1999.

1999. ADUN Cheka pun ada. Pengerusi Backbencher, nampak gaya macam sejarah nak berulang kembali ya.

Speaker

Dia…dia, Yang Amat Berhormat. Dia begini. Seorang jadi EXCO, seorang masih lagi pembangkang, seorang jadi Speaker. [Ahli dewan ketawa]

Hebatlah tu. Tahniah.

Saya dukacita sebab bila saya menggulung ADUN Cheka tak ada. Itu yang saya tunggu supaya saya tu, tu. ADUN Cheka tak ada.

Saya…saya…

Yang Berhormat Speaker saya ingat…

Yang Berhormat Speaker, saya tak ada, saya tak ada. Perbahasan saya, saya tak bangkit pun portfolio bawah Benta. Jadi saya rasa kalau kita teruskan.

Ingin meneruskan…

Speaker

Teruskan….

…ucapan penggulungan saya.

Speaker

Okay.

Cuma saya haraplah supaya kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat Pembangkang atau Kerajaan. Kalau sekiranya ada mana-mana projek PAIP yang telah siap, kita sama-samalah ucapkan terima kasih kepada PAIP supaya menghargai kerja mereka siang malam kadang-kadang kita tengok. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang Berhormat Speaker,

Kerajaan Negeri Pahang juga mengambil berat terhadap usaha-usaha penguatkuasaan bagi memberi tumpuan berterusan terhadap kes-kes yang menyebabkan kehilangan hasil Kerajaan Negeri. Seperti mana yang dititahkan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang ataupun UPNP tidak perlu gusar dan takut serta terus proaktif memperkasakan tindakan penguatkuasaan undang-undang.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Unit Penguatkuasaan ini telah ditubuhkan pada 15 hari bulan Oktober 2019 iaitu lebih kurang setahun lebih. Dengan takdir Allah-Nya, saya menjadi Menteri Besar dan sekarang ni begitu aktif melaksanakan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan segala pencerobohan tanah kerajaan, perlombongan haram serta pencerobohan kawasan hutan simpan dapat dibasmikan sehabis-habisan.

Untuk makluman Yang Berhormat Speaker dan juga Ahli-ahli Dewan, bermula Januari sehingga Mei 2024 tahun ini sahaja t elah mencatatkan tangkapan sebanyak 34 kes melibatkan kesalahan pencerobohan tanah kerajaan seluas… pencerobohan tanah kerajaan, Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (Akta 828).

Melombong tanpa pajakan Seksyen 158 Enakmen Mineral Negeri Pahang 2001 dan pemindahan bahan batuan tanpa kelulusan Seksyen 426 Kanun Tanah Negara (Akta 828) melibatkan sitaan 66 jentera dan 270 eksibit barang kes. Selain daripada itu, denda sebanyak RM250,000.00 berjaya dikutip hasil daripada pendakwaan ini. Syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja].

Yang Berhormat Speaker,

Kenapa kita beria sangat pasal aktiviti-aktiviti yang tidak sihat ni? Pertama sekali yang terakhir… saya, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri kita ada program di Negeri Sembilan. Semasa makan tengah hari itu, untuk makluman Yang Berhormat Cheka, sahabat saya daripada Cheka. Semasa makan tengah hari itu, ini cerita benar ni, ni saksi hidup ada… MB Negeri Sembilan boleh kata kalau nak tengok lori-lori yang datang ke, ke Negeri Sembilan hari Sabtu, Ahad ni selepas Subuh. Maknanya bawak benda-benda yang aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Malu kita kat situ… sebab itu yang kita beria sangat ni, pasal Unit Penguatkuasaan. Hari tu kena denda RM50,000.00. Saya melahirkan rasa tak puas hatilah dengan kerja-kerja yang dengan denda tersebut. Sekarang ni dah kena RM250,000.00. Baguslah maknanya.

Selain daripada itu juga, Unit Penguatkuasaan telah menyelesaikan tindakan pemusnahan struktur binaan dan tanaman di atas tanah kerajaan yang diceroboh seluas 302 ekar di seluruh Pahang melibatkan tanah kerajaan milik PSK dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri.

Selain daripada itu juga, saya ingin menyeru agar kita semua menjunjung Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang supaya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang mengetepikan semakan kehakiman pekebun durian Musang King di daerah Raub baru-baru ini. Di samping itu, pada 8 Mei yang lalu, seorang lelaki telah pun didakwa dan didapati bersalah kerana menceroboh tanah kerajaan di dalam daerah Raub serta dijatuhkan hukuman denda RM200,000.00 dan penjara 12 bulan sekiranya gagal membuat bayaran.

Yang Berhormat Speaker,

Antara perkara yang disentuh dalam Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang ialah mengenai kejayaan Kerajaan Negeri mengurangkan hutang sebanyak 70% iaitu daripada RM3.31 bilion kepada RM993.62 juta dalam tempoh 5 tahun. Kejayaan utama pengurangan hutang Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan menerusi penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri Pahang bernilai RM2.1 bilion merupakan kesepakatan dan persetujuan bersama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang secara jelas memberi keuntungan kepada Kerajaan Negeri terutamanya dalam meningkatkan perkhidmatan bekalan air di negeri ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Speaker, penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air ini sebenarnya telah ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2012 lagi iaitu ketika di bawah pentadbiran Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri yang keenam. Pasukan khas ekoran daripada itu, pasukan khas telah dibentuk di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi merundingkan perjanjian yang bersifat.... Namun, kesukaran mencapai kata sepakat menyebabkan rundingan berlarutan kerana ada beberapa terma dan syarat yang tidak dapat dimuktamadkan antara kedua-dua pihak.

Namun begitu, dengan takdir Allah SWT, saya telah diberi peluang untuk menerajui kepimpinan negeri pada 15 Mei 2018 dan menggunakan peluang yang ada, saya telah memulakan semula perbincangan tawaran Kerajaan Persekutuan sehingga ia dinoktahkan pada 26 April 2022. Terima kasih kepada Perdana Menteri Ke-9 dan Menteri Kewangan ketika itu yang turut membantu melupuskan hutang Kerajaan Negeri.

Walau bagaimanapun, saya tidak menafikan penglibatan Yang Berhormat Cheka dalam usaha, dalam usaha ini ketika Yang Berhormat Cheka sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air. Walau bagaimanapun, penglibatan Yang Berhormat Cheka hanyalah secara formaliti sahaja kerana rundingan penstrukturan semula industri bekalan air Pahang ini sebenarnya telah dimuktamadkan pada 29 September 2019 iaitu sebelum Yang Berhormat Cheka menjadi menteri lagi dan pada 30 Mac 2020, baru beberapa hari yang Yang Berhormat Cheka menjadi menteri, semua draf perjanjian yang dimuktamadkan sebelum ini dikemas kini sehinggalah kepada perjanjian penstrukturan semula industri bekalan air yang ditandatangani pada 23 Disember 2020.

Namun begitu, tanpa penglibatan Yang Berhormat Cheka, penghapusan hutang ini sebenarnya boleh sahaja dilakukan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berdasarkan Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) dan Seksyen 17 (A) dan (B). Begitu juga dengan hutang SUKMA yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Cheka yang mendakwa hutang tersebut belum dilangsaikan tetapi yang sebenarnya hutang yang berjumlah RM168.8 juta telah pun diselesaikan dengan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2022 lagi.

Kejayaan-kejayaan ini merupakan usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan pengurusan kewangan dapat diurus dengan penuh teliti dan tidak membebankan perbelanjaan negeri bagi membolehkan pelbagai bentuk pembangunan negeri termasuk penyaluran bantuan kebajikan untuk rakyat dapat diteruskan. Apa yang penting adalah kebijaksanaan kita dalam menguruskan hutang ini dan mengambil segala peluang yang ada untuk kita terus mengurangkan hutang-hutang ini dari semasa ke semasa. Cukup-cukuplah mengelirukan rakyat dengan

hanya berkisar soal istilah dan kaedah kerana pengurangan hutang adalah satu kejayaan yang perlu diakui oleh semua pihak.

Yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang adalah gambaran jelas kepada Kerajaan Negeri bahawa tidak berpeluk tubuh sebaliknya menggerakkan segenap usaha untuk mengurangkan hutang Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

Yang Berhormat Speaker, saya juga merasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai pengukuhan syiar Islam di bumi Pahang…

Boleh mencelah.

Yang kini berkembang…

Boleh mencelah.

Speaker

Sila Wakil Tras.

Terima kasih Dato’ Sri Speaker, saya just nak menambahlah. Apa yang Menteri Besar beritahu tadi adalah benar. Sekitar tahun 2019, ketika itu saya Timbalan Menteri Air dan Tanah Sumber Asli ya. Rombongan daripada Dato’ Sri MB Pahang telah mengada kunjungan hormat di kementerian kami ketika itu dan usaha persefahaman perjanjian memang telah dibuatlah, telah dimulakan pada awal 2018 di mana pihak Kerajaan Pahang telah mula mengadakan perundingan dengan pihak kementerian ketika itu tapi malangnya dalam masa proses persediaan perjanjian tersebut dimeterai, Kerajaan PH ketika itu bertukar tangan, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Yang Berhormat, teruskan.

Yang Berhormat ADUN Tras.

Yang Berhormat saya mohon penjelasan sikit. Saya tak nak panjanglah isu ini cuma kalau kita tengok perjanjian itu dimeterai pada er… bulan November, 5 November 2022. Soal saya ialah berapa, berapa jumlah sebab isu kita 7 tahun ding dong ni kerana tekanan tak dapat win-win situation, macam dibangkit oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Akhirnya kita sepakat dengan satu jumlah di mana Kerajaan Pusat bersetuju dan Kerajaan Negeri juga bersetuju.

Penjelasan saya ialah berapa jumlah terakhir yang dipersetujui dan berapakah jumlah pinjaman yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri pada pada waktu itu, terima kasih.

Yang Berhormat Speaker, jumlahnya dia berubah-ubah sebab kita bincang lama. Last sekali yang diinovasikan kalau tak silap saya RM2.1 bilion yang last sekali. Kemudian dia adalah pengurangan, pertambahan dan sebagainya dan begitu juga kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pahang, hutang ini pun akan bertambah dan dia juga mungkin berkurangan daripada semasa ke semasa. Dia tertakluk kepada urusan seharian.

Yang Berhormat Speaker,

Izinkan saya meneruskan penggulungan saya. Kali ini saya nak sentuh berhubung dengan pengukuhan syiar Islam. Saya rasa terpanggil untuk memaklumkan di Dewan yang mulia ini er… apakah pengukuhan syiar Islam yang dibuat di negeri Pahang. Yang kita semua tahu ianya sekarang ni semakin berkembang, begitu baik, subur tetapi namun begitu, ada lagi dakwaan-dakwaan yang mengatakan bahawa agama Islam di Pahang ini kononnya terancam dan ada juga yang mengatakan bahawa Pahang ini merupakan negeri sekular. Ini yang amat menyedihkan saya.

Hari ini saya nak bagitahu apa yang Kerajaan Negeri Pahang telah buat untuk mengukuhkan syiar Islam di bumi Pahang ini. Antaranya ialah untuk makluman Yang Berhormat Speaker, er… kenyataan ini menyebabkan, mencetuskan persepsi buruk kepada kerajaan yang ada pada hari ini dan ini sebenarnya boleh memecah belah… memecahbelahkan keharmonian rakyat negeri…di negeri ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Speaker, sebenarnya sudah banyak Kerajaan Negeri bagi peruntukan dan melaksanakan pelbagai program ke arah pengukuhan syiar Islam. Selain bantuan dan sumbangan yang disalurkan kepada masjid, surau, mualaf, penggantian baru menerusi Bantuan Prihatin Pahang, pengantin baru menerusi Bantuan Prihatin Pahang, Kerajaan Negeri juga telah membentangkan… Kerajaan Negeri juga telah membentangkan 14 Rang Undang-undang atau enakmen berkaitan agama Islam yang telah diluluskan di Dewan yang mulia ini. Maknanya daripada 2018 semenjak saya mengambil alih sehingga ke sekarang ini dah 14 Rang Undang-undang yang telah dibentangkan dan diluluskan di Dewan ini.

Antaranya apa dia Yang Berhormat Speaker? Rang Undang-undang menghalang umat Islam keluar daripada agama Islam, murtad. Sebelum ini tak ada. Sebelum ini siapa nak keluar daripada Islam, dia boleh keluar, dan tidak ada enakmen yang boleh kita menghalang mereka atau menyekat mereka daripada untuk menyertai agama lain, dan kita dah buat.

Yang kedua Rang Undang-undang berkaitan dengan wakaf. Kita juga telah laksana. Sebelum ni caca marba, rojak, wakaf sana wakaf sini tetapi tidak ada satu yang tersusun. Lepas tu apa dia? Rang Undang-undang berkaitan wasiat serta Rang Undang-undang berkaitan tarekat bagi menghalang penyerab… penyebaran ajaran sesat.

Selain daripada itu juga Yang Berhormat Speaker, Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pahang sedang giat membangunkan pendidikan tahfiz khusus untuk anak-anak Pahang bermula dari peringkat awal pra persekolahan sehinggalah ke peringkat diploma. Antara program tahfiz yang diwujudkan apa dia? Yang pertama sekali Tadika Tahfiz Negeri Pahang.

Pada tahun 2018, untuk makluman rakan-rakan semua cuma ada satu je cawangan tahfiz di negeri Pahang ini. Ini angka tau, angka tidak boleh berbohong. Sekarang ni saya nak bagitau, sudah ada 25 buah Tadika Tahfiz di seluruh Pahang dan modul pendidikan ini telah pun mula berkembang dan sekarangnya digunakan oleh 4,000 TABIKA KEMAS di seluruh negara. Dia ambil modul kita tu untuk digunakan di peringkat persekutuan. Daripada satu sampai 20 buah, apa maknanya? Maknanya syiar Islam berkembanglah.

Kemudian Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang di Tanjung Lumpur ada 267 orang murid dari tahun 1 hingga tahun 3. Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang menawarkan pendidikan sekolah menengah dan juga peringkat diploma. Malah, sebuah lagi Maahad Tahfiz Negeri Pahang akan dibina di DN Padang Tengku di mana majlis pecah tanah mengenainya telah pun dilaksanakan 8 Februari yang lalu. Kemudian Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang yang ditubuhkan pada tahun 2020 hasil kerjasama Yayasan Pahang dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang. Maahad Tahfiz ini merupakan satu-satunya institusi di Malaysia yang menawarkan pendidikan turath tahfiz dan kurikulum standard sekolah menengah dan Program Tahfiz Mahir yang memfokus golongan belia tahfiz dari institusi atau madrasah di seluruh Pahang dengan program latihan kemahiran jangka pendek iaitu tiga bulan termasuk dengan izin, on job training dengan jaminan pekerjaan selepas tamat latihan.

Selain daripada itu, apa, apa lagi Yang Berhormat Speaker yang kita buat? Ialah penubuhan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, yang ini juga merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk menubuhkan industri ini [Ahli Dewan menepuk meja] dan negeri Pahang juga, saya tak nak bandingkan negeri lain. Tahun lepas kita bagi empat er… RM500.00 pada jemaah haji, bakal jemaah haji. Tahun ini kita naik RM750.00, yang saya rasa negeri yang kononnya Islamic pun belum lagi melaksanakan program ini [Ahli Dewan menepuk meja]. Ini…

Speaker

Macam saya ni nak pergi haji ni dapatlah [ketawa].

Yang… yang… [ketawa]

Speaker

Tanya je Yang Berhormat. Tapi kalau Yang Amat Berhormat bagi pun saya tak nak, bagi kepada orang yang memerlukan.

Yang Berhormat Speaker daftar di mana?

Speaker

Saya daftar sendiri. Dia… apa nama? Private… private. Oo ini yang… yang daftar dengan Tabung Haji lah?

Yang daftar di negeri Pahang.

Speaker

Oo okay.

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri.

Yang daftar gelap kita memang tak bagi Dato’ Sri [ketawa].

Speaker

Yang ini daftar Al-Amin.

Yang ni mengerjakan haji bukan naik haji [Ahli Dewan ketawa]. Seterusnya, Kerajaan Negeri juga baru-baru ini ha yang ini iaitu kita menganjurkan International Conference on Contemporary Education in Islamic World yang telah menghimpunkan ahli akademik Islam. Seramai 300 peserta dari 28 buah negara termasuk Rektor Universiti Al-Azhar, Profesor Dr Salamah Daud.

Yang Berhormat Speaker, saya ingin mengucapkan syabas, tahniah, terima kasih kepada ADN Benta selaku EXCO Pendidikan [Ahli Dewan menepuk meja] yang berusaha merealisasikan perkara ini bersama-sama dengan Yang Berhormat daripada Kerdau [Ahli Dewan menepuk meja] yang telah juga berusaha, bekerjasama dalam perkara ini dan tak lupa kepada apa ni? UniPSAS yang dipimpin oleh er… Profesor Dr. Zawawi. Kejayaan penganjuran ini memperlihatkan keupayaan Kerajaan Negeri dalam menganjurkan majlis ilmu yang bertaraf antarabangsa dan diiktiraf oleh dunia. Yang Berhormat Speaker,

Dalam pada itu negeri Pahang juga turut dipilih menjadi tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada tahun ini yang akan berlangsung bermula 23 hingga 28 Mei di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan

Haji Ahmad Shah, Kuantan. Penganjuran majlis ini merupakan kali ketiga… ketika Pahang… kali ketiga Pahang dipilih. Sebelum itu kali pertama pada tahun 2011 dan kali kedua ialah pada tahun 2014.

Ini bersabit dengan conference ni Yang Berhormar Speaker, saya nak sentuh jugalah, nak berkongsi dengan kawan-kawan. Saya bersama dengan Yang Berhormat Benta, Kerdau, bersama dengan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan, kami telah diberi peluang untuk berjumpa dengan taraf dia kalau di Malaysia ni, Timbalan Perdana Menteri lah. Dia… apa ni ADUN Kerdau boleh, nama dia apa dia? Sheikh (tidak jelas) Azhar. Semasa kami bagitaulah, juru terjemahnya Kerdaulah. Kerdau bagitaulah dalam bahasa kita, “Ya Sheikh…. Pahang nak anjur ni” dalam bahasa Arab la kan untuk buat Islamic con… Dia kata, dia tanyalah, sajalah kenapa perlu buat dia kata, Islam ni tak perlu dah buat conference ni. Islam ni dah sempurna dia kata. Islam dah sempurna, apa lagi nak buat conference. Dia kata yang jadi masalahnya, dia bagitau kamilah, Islam dah sempurna tetapi yang jadi masalahnya orangnya, orangnya. Maknanya yang suka mentafsir yang bukan-bukan ni. Begitulah, beginilah, mengelirukan rakyat. Itu yang… itu yang kita bagitau kat dia kan? Yang Berhormat Speaker faham tak saya cakap ni?

Speaker

Faham Yang Amat Berhormat. Tetapi dia lebih faham lagi jika lain kali Yang Amat Berhormat bawak saya sekali [Ahli Dewan ketawa].

Okay… maksud saya dia kata Islam ni dah sempurna. Jadi tujuan buat conference ini ialah untuk meng… educatekan lagi kita orang Islam ni lah sebab kadang-kadang kita mengeluarkan fatwa-fatwa ataupun cakap-cakap yang mengelirukan, itu maksud dia tu. Baiklah Yang Berhormat Speaker, saya teruskan.

Boleh mencelah sikit tak Yang Amat Berhormat?

Boleh, boleh.

Speaker

Sila, sila.

Saya ambil peluang ini ucap terima kasih la dan tahniah Kerajaan Negeri Pahang, baru-baru ini dalam bulan Ramadan er… telah memutuskan supaya hari Jumaat tu separuh hari je kerja. Kakitangan kerajaan mengalu-alukan dan menghargai keputusan pihak kerajaan. Soalan saya, ada tak ruang untuk akan datang ni setiap hari Jumaat kita jadi separuh hari ataupun kita cuti hari Jumaat? Lagi… lagi memudahkan hari Jumaat ini sebagai orang Islam kan terutama sekali dia akan rasa selesa untuk mengerjakan ibadat pada hari Jumaat. Terima kasih.

Yang Berhormat Speaker,

Saya juga harus mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan kerana kita bincang perkara ini untuk… sebab dia melibatkan federal, federal tak buat jadi kita buat. Tapi Yang Berhormat SS ni dia… ada kejantanan dia, kita buat je dia kata, ha tu yang kita buat tu.

Untuk… untuk kita buat akan datang, full day tu, pokonya yang separuh hari ini confirm, insya-Allah kita akan teruskan yang separuh hari ni sebab kita dah buat. Kalau kita tarik balik jadi implikasi dia tak bagus. Tapi untuk sehari suntuk tu perlukan perbincangan yang lebih lanjut. Terima kasih Yang Berhormat daripada er… Beserah.

Jadi Yang Berhormat Speaker, apa yang saya nyatakan ini adalah menunjukkan bahawa Islam di Pahang tidak pernah goyang dan juga terancam. Yang Berhormat Speaker jangan tengok jam, psiko saya [Ahli Dewan ketawa].

Speaker

Yang Amat Berhormat, saya sebenarnya hari ini kita boleh sampai petang sebab kita tak ada pressure, tak ada tension, tak ada nak menunggu mana-mana Ahli-ahli Yang Berhormat nak berbahas lagi, tak ada dah.

Yang Amat Berhormat, kemudian kita ada Rang Undang-undang. Jadi kita, saya tak ada masalah. Saya menengok tu saya nak tengok makin ramai yang hadir. Kita bagi tepukan sikitlah [Ahli Dewan menepuk meja] kepada semua yang dapat bersama-sama dengan kita sebagai pemerhati.

Sila Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya nak beritahu juga Dewan yang mulia ini kita memperuntukkan sebanyak RM162.5 juta menerusi belanjawan tahun lalu untuk er… apa orang kata untuk kita menegakkan atau menambah baik perkembangan Islam di negeri kita. Oleh itu, saya juga menyeru janganlah lagi ada suara-suara sumbang yang cuba mengganggu-gugat dengan menyebarkan persepsi kebencian lebih-lebih lagi berkaitan agama Islam yang secara jelasnya merupakan agama rasmi Persekutuan dan negeri Pahang.

Yang Berhormat Speaker,

Izinkan saya untuk menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat daripada Cheka ada memohon Kerajaan Negeri mempertimbangkan dan cadangan untuk meningkatkan kadar premium balak yang sudah lama tidak disemak. Untuk makluman Yang Berhormat Speaker, Kerajaan Negeri telah pun meningkatkan kadar premium pembalakan pada tahun 2019 daripada kadar lama yang hanya RM1,000.00 sahaja kepada kadar mengikut jenis hutan iaitu Hutan Simpanan Kekal kadar yang dikenakan ialah RM4,200.00 sehektar setahun dengan kenaikan 76.19%. Dulu RM1,000.00 naik kepada RM4,200.00. Seterusnya… manakala Hutan Tanah Kerajaan pula kadar yang dikenakan adalah RM3,500.00 sehektar setahun dengan peningkatan 71.42%.

Untuk makluman Yang Berhormat daripada Cheka, sebelum kenaikan ini kita telah membuat kajian yang begitu teliti. Pertama sekali kita membandingkan dengan negeri-negeri lain. Pahang ketika itu 36 tahun kalau er… kalau tak silap saya kita tidak menaikkan cukai balak ini sedangkan negeri-negeri lain dah 2, 3 kali naik tapi kita tak naik dan apa yang kita naik ini adalah lebih rendah lagi daripada negeri-negeri lain cukai yang kita kenakan ini.

Speaker

Maknanya Yang Amat Berhormat boleh naik lagi la kalau nak la? [ketawa] Kalau nak la…

Er… nanti saya fikir la…

Speaker

Tapi rakyat ini kita kena jaga Yang Amat Berhormat er… nanti persepsi.

Sebab nak naik yang ini bukan mudah macam-macam. Macam-macam bantahan, tohmahan, itulah, inilah dan sebagainya la.

Speaker

Tahu, faham Yang Amat Berhormat.

Last-last saya kata kepada er… kepada syarikat kayu-kayan yang jumpa saya… saya kata Tan Sri dulu untung macam ini sekarang untung macam ini sahaja lah yang lebih itu kerajaan ambil balik saya kata. Akhirnya mereka bersetujulah Yang Berhormat Speaker. Untuk naik lagi ini, buat er… dalam masa yang terdekat ini belum ada dalam perancangan.

Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Sentul. Saya tahu dia menunggu sahaja bila saya nak menjawab soalan dia. [ketawa] Yang Berhormat Kuala Sentul bertanya apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan industri utama di daerah Maran selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk mewujudkan satu daerah satu industri.

Untuk makluman Yang Berhormat Speaker dan rakan saya daripada Kuala Sentul, Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri akan menyelaraskan kawasan industri di setiap daerah dengan kerjasama jabatan dan agensi berkaitan seperti pejabat tanah, pihak berkuasa tempatan, Lembaga Pelaburan Malaysia ataupun MIDA, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur ataupun ECERDC dan sebagainya untuk merancakkan lagi ekonomi dan meningkatkan lagi peluang pekerjaan bagi pekerja tempatan. Sehingga kini terdapat dua tapak kawasan industri Maran iaitu Kawasan Perindustrian Jengka dan Pekan Tajau. Pekan Tajau ini dekat dengan rumah Yang Berhormat kan. Dekat haa… jawablah Speaker nak dengar.

Speaker

Yang Berhormat, bangun dan jawab.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Tak la dekat sangat, rumah saya di Chenor. Jadi kalau di Simpang Pekan Tajau itu baguslah sebab saya diberitahu Stesen ECRL itu akan dibina nanti Dato’. Terima kasih.

Tak apa Yang Berhormat, kalau jauh dari rumah dia kita nak dekatkan. [ketawa] Manakala perancangan Kerajaan Negeri pada masa akan datang setelah Stesen Laluan Rel Pantai Timur ECRL Maran siap dan beroperasi adalah untuk menjadikan seperti mana kata Yang Berhormat Kuala Sentul tadi untuk menjadikan Stesen ECRL Maran sebagai pusat pengumpulan mineral untuk dibawa ke Pelabuhan Kuantan.

Yang Berhormat daripada Padang Tengku mencadangkan supaya perancangan yang rapi dibuat bagi memastikan mana-mana agensi yang masih belum beroperasi di Kuala Lipis mempertimbangkan untuk membuka pejabat atau cawangan operasi mereka di Bandar Baru Lipis 3.0.

Untuk makluman Yang Berhormat Speaker dan ADUN Padang Tengku, salah satu projek dalam perancangan di daerah Lipis ialah Bandar Baru Kuala Lipis 3.0 di Bukit Sarang, Mukim Gua, daerah Lipis seluas 360.98 hektar ataupun 892 ekar di atas bekas tapak UiTM tanah milik Kerajaan Negeri.

Lokasi projek terletak dalam Koridor Kuala Lipis, Padang Tengku yang merupakan koridor pembangunan utama yang yang strategik dengan tahap kesalinghubungan optimum. Cadangan ini bagi memenuhi pendekatan pembangunan dan Rancangan tempatan Daerah Lipis 2020 untuk mewujudkan pembangunan koridor terancang, perbandaran mampan, pengukuhan bandar warisan, memperkasakan aktiviti pertanian, pengekalan kualiti alam sekitar dan mengenal pasti potensi aktiviti perlombongan emas dan memantapkan lagi sektor pelancongan.

Bandar Baru Kuala Lipis 3.0 berpotensi untuk menjadi hub tumpuan dan menempatkan bangunan-bangunan kerajaan secara berpusat. Ini ditambah dengan perancangan pembangunan yang mampu meningkatkan lagi ekonomi di daerah Lipis dengan fokus baharu bagi aktiviti perniagaan yang mampu menarik pelabur serta pelancong dari luar dengan adanya komponen-komponen pembangunan yang penting iaitu zon perumahan, perniagaan, industri dan lain-lain.

Yang Berhormat Speaker,

Saya juga ingin mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk maklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada saudara kita di Gaza menerusi Tabung Pahang for Palestin yang diuruskan sendiri oleh Kerajaan Negeri.

Untuk makluman Yang Berhormat Speaker, tabung Pahang4Palestine telah kita lancarkan pada 28 Oktober lalu bagi mengutip derma untuk membantu saudara kita di Gaza yang dibunuh, dizalimi dan ditindas oleh rejim Israel. Setelah hampir 7 bulan

tabung ini dilancarkan, jumlah kutipan yang berjaya dikumpulkan adalah berjumlah RM1.5 juta ringgit. [Ahli Dewan menepuk meja].

Saya ucapkan terima kasih kepada para penyumbang, insya-Allah pada 20 Mei ini Yang Berhormat Speaker iaitu Isnin depan saya akan melancarkan penghantaran bantuan dalam bentuk barangan seperti ubat-ubatan, selimut dan makanan yang siap dimakan ke Gaza dengan kerjasama Wisma Putra menerusi program Ops Ihsan. Terima kasih lagi sekali kepada semua penderma atas keprihatinan nasib malang yang menimpa rakyat Gaza dan saya beri jaminan di sini bahawa setiap sen yang telah disumbangkan ini akan disalurkan terus kepada saudara kita di sana. Kita ini Yang Berhormat Speaker, RM1.5 juta itu kita jaga duit itu betul-betul. Kita tak ada la nak beli jongkong emas ke, nak melabur di sana er… dulu tak ada maknanya satu sen yang disumbangkan itu kita akan pastikan sampai ke rakyat di Gaza.

Speaker

Alhamdulillah.

Alhamdulillah. [Ahli Dewan menepuk meja] Dan marilah kita semua berdoa supaya saudara kita di Gaza terus diberikan kekuatan, kesabaran, kesejahteraan dan keselamatan.

Yang Berhormat Speaker,

Saya rasa setakat ini sahajalah penggulungan saya pada kali ini. Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati segala usaha yang kita laksanakan untuk kesejahteraan dan kemakmuran negeri Pahang. Kita semua sebagai pemimpin yang memikul amanah, biarlah kita menebar kebaikan dan menghambat kebencian. Kebaikan adalah bahasa yang dapat didengar oleh orang tuli dan dapat dilihat oleh orang buta er… saya ulang lagi sekali Speaker, kebaikan adalah bahasa yang dapat didengar oleh orang tuli dan dapat dilihat oleh orang buta. Orang yang amanah apa tandanya. Pesan orang tua-tua, orang yang amanah duduknya tinggi, tegaknya rendah, kepalanya tinggi, perangainya merendah, dibawa ketengah dia bertuah, dibawa ke tepi dia berbudi.

Berpijaklah di bumi nyata bahawa prestasi yang seharusnya menjadi sandaran dan ukuran bukannya rekayasa fitnah tidak berkesudahan. Bersyukurlah kemakmuran dan keharmornian negeri yang dinikmati ini tidak datang begitu sahaja tetapi hasil usaha, idea, keringat yang tumpah di bumi bertuah ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat membantu saya secara langsung dan tidak langsung. Yang sikit sama dirasa, yang setitik sama mencolek, yang secebis sama dikutip yang secupak sama nampak. Persoalan telunjuk lurus kelingking berkait tidak timbul memandangkan segenap lapisan masyarakat yang memerlukan dan layak sememangnya menerima manfaat dan pelbagai inisiatif yang disalurkan secara terus kepada mereka. Mekanisma dan kaedah penyaluran adalah bergantung kepada kebijaksanaan Kerajaan Negeri.

Berpada-padalah dalam berkata-kata, yang tua dihormati, yang muda disayangi, yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Masuk kampung orang jangan bawa ayam jantan, benang arang orang jangan dipijak-pijak, kalau kaki belum bertaji bongsal er… bangsal orang jangan diuji. Kalau hidup mahu dihormati, marilah bersatu hati dan hidup bermuafakat. Sama-samalah kita duduk bermufakat menjunjung adat, duduk bersama berlapang dada melerai sengketa.

Insya-Allah, jika percaya pada prestasi dan bukan bersandarkan persepsi, Pahang akan terus menikmati kemakmuran dan kestabilan di masa hadapan. Semoga saya telah menjawab sebahagian besar soalan yang ditujukan kepada saya yang mengetuai portfolio-portfolio yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Jika ada soalan-soalan yang tidak terjawab insya-Allah, saya er… saya akan jawab secara bertulis dan saya akan berikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Dari Lipis Ke Kota Gelanggi, Pergi Mencari Sayur Meranti, Adat Budaya Dijunjung Tinggi, Taat Setia Tersemat Di Hati.

Pergi Ke Hutan Memburu Rusa, Dapat Seekor Dibahagi Rata, Eratkan Perpaduan Tidak Kira Bangsa, Menjaga Kemakmuran Negeri Tercinta.

Yang Berhormat Speaker,

Saya menyokong usul Titah Diraja. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Ahli-Ahli yang Berhormat sekalian, usul ini telah dicadang dan disokong. Soalnya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan di Dewan untuk mendapat kelulusan. Ahli Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila nyatakan ya.

Yang Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila nyatakan tidak.

Tiada.

Usul tersebut diluluskan.

Rang Undang-UndangBill

Setiausaha Dewan

Perkara Keempat (1) - Rang Undang-Undang.

Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan (1/2024) 2024. DN 1/2024. Memorandum Perbendaharaan Tambahan Perbelanjaan Mengurus Tahun 2024. DN 5/2024.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

[BACAAN KALI PERTAMA]

Yang Berhormat Speaker,

Saya mohon mengemukakan rang undang undang Enakmen Perbekalan Tambahan (1/2024) 2024.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Yang Berhormat Dato Sri Speaker, saya mahu menyokong usul.

Setiausaha Dewan

“Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu.”

Yang Berhormat Speaker. Saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Yang Berhormat Speaker, Saya mohon izin menyokong usul itu.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (1/2024) 2024, dibaca bagi kali yang kedua.

[BACAAN KALI KEDUA]

Yang Berhormat Speaker,

saya mohon mencadangkan,

“Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu.”

Yang Berhormat Speaker,

Perkara 44 Bahagian Dua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang menyatakan bahawa jika wang diperuntukkan oleh Undang-undang Perbekalan tidak mencukupi atau terdapat...

Speaker

Kita berhenti sekejap untuk memberi laluan. Pada waktu Zohor…

Handphone-handphone…

Speaker

Memang waktu masuk Zohor, tapi masuk waktu … boleh terus.

Boleh teruskan? Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya ulang sekali lagi. saya mohon mencadangkan, suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu.

Yang Berhormat Speaker,

Perkara 44 Bahagian Dua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang menyatakan bahawa jika wang diperuntukkan oleh Undang-undang Perbekalan tidak mencukupi atau terdapat lebih perbelanjaan bagi apa-apa maksud di mana-mana tahun kewangan, ianya hendaklah dibentangkan di dalam Dewan Negeri dan kepala-kepala perbelanjaan tersebut hendaklah dimasukkan dalam Rang Undang-undang Perbekalan.

Di samping itu, Seksyen 11(3) Akta Prosedur Kewangan membolehkan Menteri Besar membuat pendahuluan dari Kumpulan Wang Disatukan untuk menampung keperluan tersebut.

Jumlah wang yang dipohon untuk perbelanjaan tambahan bagi tahun kewangan 2023 ialah sebanyak RM108,660,280.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lapan Juta Enam Ratus Enam Puluh Ribu Dua Ratus Lapan Puluh sahaja).

Yang Berhormat Speaker,

Perincian maklumat bagi tujuan tambahan ini adalah dinyatakan di dalam Memorandum Perbendaharaan Tambahan Bagi Perbelanjaan Mengurus Tahun 2024 Negeri Pahang yang dibentangkan di dalam Persidangan Dewan Negeri ini sebagai kertas DN 5/2024.

Sekian sahaja penerangan ringkas saya berhubung Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan (1/2024) 2024 ini dan berharap Rang Undang-undang yang saya bentangkan ini mendapat sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan seterusnya diluluskan.

Saya mohon mencadang. Terima kasih.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Yang Berhormat Speaker. Saya mohon izin menyokong usul tersebut.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian. Masalah di hadapan Majlis ialah,

“Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu.”,

dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahaskan.

Tiada perbahasan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Ahli-ahli yang Berhormat yang bersetuju sila nyatakan “setuju”, dan yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada.

Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu.

Speaker

Dewan Negeri bermesyuarat dalam jawatankuasa.

[DALAM JAWATANKUASA]

[Cokmar diturunkan]

Setiausaha Dewan

Jadual B. 03 Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Maksud Bekalan B.03 – Pejabat Kewangan dan Perbendaharan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan.

Masalahnya bahawa wang sejumlah RM34,979,280.00. [Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Empat Juta Sembilan Ratus Tujuh Puluh Sembilan Ribu Dua Ratus Lapan Puluh sahaja] untuk Maksud Bekalan B.03 – Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Ahli-Ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”.

Ahli-Ahli Dewan Negeri

Setuju

Speaker

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada.

Maksud bekalan B.03 Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri jadi sebahagian daripada jadual.

Setiausaha Dewan

Jadual B. 32. Kumpulan Wang Terkanun.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, maksud bekalan B.32. Kumpulan Wang Terkanun dibuka untuk dibahaskan. Tiada perbahasan.

Masalahnya bahawa wang sejumlah RM73,681,000.00 [Ringgit Malaysia: Tujuh Puluh Tiga Juta Enam Ratus Lapan Puluh Satu Ribu sahaja] Untuk Maksud Bekalan B.32 – Kumpulan Wang Terkanun jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan ”setuju.”

Ahli-Ahli Dewan Negeri

Setuju

Speaker

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada.

Maksud Bekalan B.32 – Kumpulan Wang Terkanun jadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Fasal 1 dan Fasal 2.

Speaker

Fasal 1 dan Fasal 2 menjadi sebahagian daripada undang undang.

Dengan ini, saya mohon Ahli-ahli Yang Berhormat membuat cadangan. Sila Yang Amat Berhormat.

Yang Berhormat Pengerusi,

Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada majlis sekarang.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Yang Berhormat Pengerusi,

saya mohon izin menyokong usul tersebut.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan (1/2024) 2024 dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “setuju”.

Ahli-Ahli Dewan Negeri

Setuju

Speaker

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada.

Majlis bersidang semula dalam Majlis Mesyuarat.

[Cokmar dinaikkan]

Speaker

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (1/2024) 2024, dibaca bagi kali yang ketiga.

[BACAAN KALI KETIGA]

Yang Berhormat Speaker,

Saya mohon memaklumkan bahawa

“Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan sejumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu”

telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan ditujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Yang Berhormat Speaker.

Saya mohon izin menyokong usul tersebut.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1/2024) 2024 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “setuju”.

Ahli-Ahli Dewan Negeri

Setuju

Speaker

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada.

Rang undang undang ini dibaca untuk kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (1/2024) 2024, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.

Perkara Keempat (2) - Rang Undang-undang

Rang Undang-undang Taman Negara (Pahang) (Pindaan) 2024. DN 2/2024.

Yang Berhormat Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang akan membawa cadangan.

[BACAAN KALI PERTAMA]

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya mohon mengemukakan… saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Taman Negara (Pahang) (Pindaan) 2024.

Yang Berhormat Speaker,

Saya mohon izin menyokong usul itu.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Taman Negara (Pahang) 1939.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.

Yang Berhormat Speaker, saya mohon izin menyokong usul itu.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Taman Negara (Pahang) (Pindaan) 2024, dibaca bagi kali yang kedua.

[BACAAN KALI KEDUA]

Yang Berhormat Dato Sri Speaker, Yang Berhormat Speaker, saya mohon mencadangkan, “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Taman Negara (Pahang) 1939.”

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Secara keseluruhannya… secara keseluruhannya Taman Negara Pahang adalah seluas 2,477 km persegi. Ianya ditubuhkan pada tahun 1939 untuk memulihara, mengayakan dan melindungi keaslian flora dan fauna bagi memastikan khazanah negara ini terus kekal hingga ke generasi yang akan datang selain sebagai sumber rekreasi termasuklah pemerhatian hidupan liar, rekreasi air, pengalaman alam sekitar, penyelidikan, pendidikan alam semulajadi dan keunikan budaya tempatan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, justifikasi pindaan adalah seperti berikut:

Memberikan Majlis Mesyuarat Kerajaan kuasa mengesahkan dan meminda kaedah-kaedah di bawah Enakmen Taman Negara (Pahang) 1939.

Kaedah-kaedah yang perlu dipinda melalui enakmen ini adalah khususnya berkenaan dengan Kadar Fi Taman Negara yang meliputi Bayaran Masuk, Lesen dan Permit serta apa-apa kaedah-kaedah lain berkaitan Taman Negara.

Kadar Fi Taman Negara yang diguna pakai pada masa kini ialah berdasarkan kepada kaedah yang dibuat di bawah Enakmen Taman Negara (Pahang) 1939. Kadar tersebut tidak pernah diubah semenjak tahun 1939.

Mana kaedah-kaedah bagi enakmen-enakmen lain yang juga memberi kuasa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk membuat dan meminda apa-apa kaedah di bawah enakmen yang berkenaan. Sebagai contoh bagi Enakmen Hotel Pahang 2020, di mana Peraturan-Peraturan Hotel (Pahang) 2021 diberi kuasa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk membuat dan meminda kaedah dan peraturan tersebut.

Yang kelima, kutipan Fi Taman Negara akan dimasukkan ke Akaun Amanah Taman Negara Pahang bagi membiayai penyelenggaraan kemudahan-kemudahan Taman Negara.

Yang Keenam, melancarkan kecekapan dalam apa-apa pembuatan atau pindaan kaedah-kaedah di bawah enakmen ini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, sekian sahaja penerangan ringkas saya berkenaan rang undang-undang ini dan saya mohon mencadang. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Speaker,

Saya mohon izin menyokong usul itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Masalah di hadapan Majlis ialah

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Taman Negara (Pahang) 1939”,

dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahaskan.

Terima kasih Dato’ Sri Speaker, pertama sekali, saya menyokong penuhlah pindaan dibuat. Kerana kita tahun 1939 lagi, tak pernah dibuat pindaan. Yang saya fikir cabaran besar pada Taman Negara… Taman Negeri ini ialah pembangunan di mana sebahagian sebagai taman negara. Dulu Taman Negara dia masuk satu pintu sekarang ni dah boleh masuk semua dan dia akan datangkan kesan secara langsung kepada rizab Taman negara kita.

Saya menyokong ini kerana melihat bahawa perlunya suatu kajian dibuat kepada fee Taman Negara khususnya Taman Negeri di bawah di negeri Pahang dan serta lesen dan permit serta beberapa perkara yang melibatkan gangguan, ganggu gugat kepada ekosistem yang ada di Taman negara. Sebagai contoh, kecurian yang sering berlaku. Kayu-kayu yang berharga dan sebagainya dan ini di antara usaha pihak Kerajaan Negeri yang saya ucap tahniah dan saya menyokong penuh pindaan ini. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan ”setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Speaker

Dan yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada.

Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Taman Negara (Pahang) 1939.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Dewan Negeri bermesyuarat dalam jawatankuasa.

[DALAM JAWATANKUASA]

[Cokmar diturunkan]

Setiausaha Dewan

Fasal 1 dan Fasal 2.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1 dan Fasal 2 dibuka untuk perbahasan sekarang. Tiada perbahasan.

Masalahnya bahawa Fasal 1 dan Fasal 2 menjadi sebahagian daripada undang undang hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada.

Fasal 1 dan Fasal 2 menjadi sebahagian daripada undang undang.

Yang Berhormat Pengerusi,

Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Yang Berhormat Pengerusi,

Saya mohon izin menyokong usul itu.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Taman Negara (Pahang) (Pindaan) 2024 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada.

Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Cokmar dinaikkan]

Setiausaha Dewan

Rang undang-undang ini boleh dinamakan Enakmen Taman Negara (Pahang) (Pindaan) 2024 dibaca bagi kali yang ketiga.

[BACAAN KALI KETIGA]

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya mohon memaklumkan bahawa “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Taman Negara (Pahang) 1939” telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya pohon.. saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang. Terima kasih.

Yang Berhormat Speaker,

Saya mohon izin menyokong usul itu.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Taman Negara (Pahang) (Pindaan) 2024 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Speaker

Dan yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada.

Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Taman Negara (Pahang) (Pindaan) 2024, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.

Perkara Keempat (3): Rang Undang-undang Majlis Bandar Raya Kuantan (Pindaan) 2024. DN3/2024.

Yang Berhormat EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang akan membawa cadangan.

[BACAAN KALI PERTAMA]

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Majlis Bandar Raya Kuantan (Pindaan) 2024.

Yang Berhormat Speaker,

Saya mohon izin menyokong usul itu.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Majlis Bandar Raya Kuantan 2021.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya mohon izin menyokong usul itu.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Majlis Bandar Raya Kuantan (Pindaan) 2024, dibaca bagi kali yang kedua.

[BACAAN KALI KEDUA]

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

saya mohon mencadangkan, “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Majlis Bandar Raya Kuantan 2021.”

Yang Berhormat Speaker,

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Perkataan ‘bandaraya’ di dalam Enakmen Majlis Bandar Raya Kuantan 2021 (Enakmen 27) bagi versi bahasa Kebangsaan yang telah dieja sebagai dua patah perkataan kepada satu perkataan sahaja. Ini adalah kerana perkataan tersebut telah dieja sebagai satu perkataan dalam tafsiran Majlis Bandaraya di bawah seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Asas pertimbangan pindaan ini adalah bagi pertama, penyeragaman perkataan seperti mana tafsiran di bawah Seksyen 2, Akta 171. Kedua, penyelarasan penggunaan perkataan bandaraya antara Akta, Enakmen, warta, penamaan dan surat menyurat. Ketiga, mengelakkan salah faham dan cabaran di Mahkamah akibat ketidakseragaman penggunan perkataan bandaraya.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Sekian sahaja penerangan saya berkenaan dengan rang undang-undang ini.

Saya mohon mencadang. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya mohon izin menyokong usul itu.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Masalah di hadapan Majlis ialah

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Majlis Bandar Raya Kuantan 2021”,

dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “setuju”,

Ahli-Ahli Dewan Negeri

Setuju.

Speaker

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada.

Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Majlis Bandar Raya Kuantan 2021.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.

[DALAM JAWATANKUASA]

[Cokmar diturunkan]

Setiausaha Dewan

Fasal 1, Fasal 2 dan Fasal 3.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Fasal 1, Fasal 2 dan Fasal 3; dibuka untuk perbahasan. Tiada Perbahasan.

Masalahnya bahawa Fasal 1, Fasal 2 dan Fasal 3 jadi sebahagian daripada Undang-undang hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “setuju”.

Ahli-Ahli Dewan Negeri

Setuju.

Speaker

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada.

Fasal 1, Fasal 2 dan Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Undang-undang.

Yang Berhormat Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya mohon menyokong Usul itu.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Majlis Bandar Raya Kuantan (Pindaan) 2024 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “setuju”.

Ahli-Ahli Dewan Negeri

Setuju.

Speaker

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada. Majlis bersidang semula dalam Majlis Mesyuarat.

[Cokmar dinaikkan]

Setiausaha Dewan

Rang undang-undang ini boleh dinamakan Enakmen Majlis Bandar Raya Kuantan (Pindaan) 2024 dibaca bagi kali ketiga.

[BACAAN KALI KETIGA]

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

saya mohon memaklumkan bahawa

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Majlis Bandar Raya Kuantan 2021”

telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan.

Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya mohon menyokong Usul itu.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Majlis Bandar Raya Kuantan (Pindaan) 2024 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “setuju”

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada.

Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Majlis Bandar Raya Kuantan (Pindaan) 2024, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.

Perkara Keempat (4): Rang Undang-undang Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (Pindaan) 2024.DN4/2024.

Yang Berhormat EXCO Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang akan membawa cadangan.

[BACAAN KALI PERTAMA]

Yang Berhormat Speaker, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (Pindaan) 2024.

Dato’ Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon izin menyokong usul itu.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang 1973.

Yang Berhormat Speaker,

saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.

Dato’ Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

saya mohon izin menyokong usul itu.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (Pindaan) 2024, dibaca bagi kali yang kedua.

[BACAAN KALI KEDUA]

Yang Berhormat Speaker, saya mohon mencadangkan,

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Perbadanan Awam Pahang 1973.”

Yang Berhormat Speaker,

Mengikut ketetapan Enakmen Bil. 11, 1973, menetapkan bahawa Mesyuarat Lembaga PPAP perlu diadakan sebanyak 4 kali setahun. Oleh yang demikian, pindaan bilangan kekerapan Mesyuarat Lembaga Pengarah PPAP daripada 4 kali setahun kepada 3 kali setahun dibuat bagi menyelaraskan bilangan kekerapan Mesyuarat Lembaga PPAP dengan negeri-negeri lain dan selaras dengan Enakmen Bil. 11, 1973. Cadangan pindaan tersebut juga telah mendapat persetujuan melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah PPAP Bil 3/2023.

Yang Berhormat Speaker, sekian sahaja penerangan ringkas saya mengenai Rang Undang-undang tersebut.

Saya mohon mencadang. Sekian. Terima kasih.

Dato’ Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Yang Berhormat Speaker,

Saya mohon izin menyokong usul itu.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Majlis ialah

“Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Perbadanan Awam Pahang 1973”,

dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “setuju”.

Ahli-Ahli Dewan Negeri

Setuju.

Speaker

Yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada.

Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang 1973.

Speaker

Dewan bermesyuarat dalam Jawatankuasa.

DALAM JAWATANKUASA

[Cokmar diturunkan]

Setiausaha Dewan

Fasal 1 dan Fasal 2.

Speaker

Fasal 1 dan Fasal 2, dibuka untuk perbahasan. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa Fasal 1 dan Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Undang-undang hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan Negeri

Setuju.

Speaker

Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada. Fasal 1 dan Fasal 2, menjadi sebahagian daripada Undang-undang.

Yang Berhormat Speaker, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Dato’ Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Yang Berhormat Pengerusi, saya mohon menyokong Usul itu.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (Pindaan) 2024 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “setuju”.

Ahli-Ahli Dewan Negeri

Setuju.

Speaker

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada.

Majlis bersidang semula dalam sebagai Majlis Mesyuarat.

[Cokmar dinaikkan]

Bacaan Kali Ketiga

Setiausaha Dewan

Rang undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (Pindaan) 2024 dibaca bagi kali ketiga.

Yang Berhormat Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang 1973” telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.”

Dato’ Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon menyokong Usul itu.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (Pindaan) 2024 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “setuju”.

Ahli-Ahli Dewan Negeri

Setuju.

Speaker

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada.

Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (Pindaan) 2024, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.

USUL

Perkara Kelima (1): Usul.

Usul Tambahan Perbelanjaan Pembangunan 2024.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Speaker, saya mohon izin untuk membawa satu usul di Dewan yang mulia ini yang berbunyi:

"Bahawa Dewan ini, mengikut syarat-syarat ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Perbekalan Air, dengan ini bersetuju meluluskan Anggaran Perbelanjaan Tambahan 2024 daripada Kumpulan Wang tersebut itu sebagaimana yang ditetapkan di dalam Memorandum Anggaran Perbelanjaan Tambahan 2024 yang dibentangkan di dalam Persidangan ini sebagai Kertas Mesyuarat DN 5/2024.”

Yang Berhormat Speaker, tambahan peruntukan adalah untuk:

i) Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri berjumlah RM21,000,00.00 sahaja.

ii) Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri berjumlah RM2,000,000.00 sahaja.

iii) Jabatan Kerja Raya Negeri berjumlah RM45,991,000.00 sahaja.

iv) Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri berjumlah RM4,390,000.00

sahaja.

dan yang akhir Jabatan Kehakiman Syariah Negeri berjumlah RM300,000.00 sahaja.

Peruntukan tambahan ini bagi tujuan menampung keperluan perbelanjaan serta memastikan pelaksanaan projek-projek yang akan memberi kesan secara langsung kepada rakyat dapat diteruskan.

Yang Berhormat Speaker, sekian sahaja penerangan ringkas saya berhubung Usul Tambahan Perbelanjaan 2024. Saya berharap Usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan yang mulia ini. Saya mohon mencadang.

Speaker

Ada Ahli yang menyokong?

Dato’ Mustapa bin LongUMNO · BNPadang Tengku

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya mohon menyokong Usul tersebut.

Speaker

Usul ini dibuka untuk perbahasan. Tiada Perbahasan. Masalahnya ialah Usul ini telah dicadangkan dan disokong. Soalannya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan Negeri

Setuju.

Speaker

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Usul tersebut diluluskan.

Setiausaha Dewan

Perkara Kelima (2):

Usul Pelantikan Ahli Yang Dilantik Di Bawah Perkara 18A (1) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Speaker,

Saya mohon izin untuk membawa satu usul di Dewan yang mulia ini yang berbunyi:

“Bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini, bersetuju melantik 5 orang menjadi ahli yang dilantik di Dewan Negeri menurut kehendak Fasal (1) Perkara 18A, Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.”

Yang Berhormat Speaker, 5 orang ahli yang dicadangkan untuk dilantik di Dewan Negeri ini adalah seperti yang berikut:

1. YH Dato’ Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qadri

2. YH Dato’ Wong Tat Chee

3. Encik Haris Salleh bin Hamzah

4. Encik Mohd Fadzli bin Mohd Ramly

5. Encik Rizal bin Jamin

Yang Berhormat Speaker, izinkan saya menyentuh sedikit latar belakang kelima-lima orang yang dicadangkan sebagai ahli-ahli yang dilantik.

Yang pertama, YH Dato’ Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qadri. Pendidikannya ialah Ijazah Sarjana Sejarah dan Tamadun Islam Universiti Malaya. Pengalamanya adalah Pensyarah Darul Quran JAKIM, Guru Bahasa Arab Universiti Kebangsaan Malaysia,

Pensyarah Institut Pengajian Al-Quran Sultan Haji Hasanal Al-Bulkiah, Brunei dan juga merupakan Panel Program Al-Kuliyah TV3. Penghargaan yang pernah diterima oleh beliau ialah Tokoh Dakwah sempena Maal Hijrah peringkat Wilayah Persekutuan oleh JAWI tahun 1987.

Penama yang kedua, YH Dato’ Wong Tat Chee. Berasal daripada Temerloh, Pahang. Pendidikan University of Louisiana, USA. Berpengalaman sebagai Ahli Majlis Penggalakan Ekonomi Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan. Kerjaya beliau adalah Pengarah Urusan Lit Tat Property Sdn. Bhd. Dalam Khidmat Kemasyarakatan, beliau merupakan Ahli Majlis Dewan Perniaan Cina Negeri Pahang (2004-2014), Ahli Lembaga Tetap Persatuan Kochow Malaysia (2006 sehingga sekarang).

Manakala penama yang ketiga Encik Haris Salleh bin Hamzah. Berasal dari Jerantut, Pahang. Berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Universiti Islam Malaysia. Kerjaya beliau sebagai Peguambela dan Peguamcara di firma guaman Tetuan Haris Salleh & Co Managing., Ahli Majlis Daerah Jerantut (2013 – Mac 2024), Pengerusi Koperasi Kg Koi Berhad (2021- sekarang) dan juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Pahang Mining Corporation daripada tahun 2023 sehingga sekarang.

Penama yang keempat ialah Encik Mohd Fadzli bin Mohd Ramly. Berasal dari Rompin, Pahang. Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa. Kerjaya beliau peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, Peguam Syarie Negeri Pahang, Peguam Panel Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), Kerajaan Malaysia, Firma guaman sendiri – Mohd Fadzli & Co. Rompin dan cawangan Pasir Mas, Kelantan 2009 hingga sekarang. Beliau mempunyai pengalaman sebagai Pengarah Syarikat Perumahan PROAM Solution, Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang kawasan Rompin bermula 2018.

Penama yang kelima ialah Encik Rizal bin Jamin. Berasal dari Lipis, Pahang. Mendapat pendidikan dalam Bachelor in Computer Science and IT. Kerjaya beliau ialah Data Analytics Consultant daripada Januari 2023 hingga sekarang iaitu di Petronas Digital Sdn. Bhd. dan juga di NTT Data Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan Naib Presiden dan Pengurus MIS bagi Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Hannover Re Asia Pacific Branch, Head of Professional Services, Ageas Asia Insurance Limited, Head Data Management, Analytics Center of Excellence di Hong Kong.

Yang Berhormat Speaker,

Pemilihan ahli yang dilantik telah mengambil kira latar belakang keluarga, pendidikan, pengalaman, pencapaian kerjaya dan komitmen dalam khidmat bakti kepada masyarakat, aspek interpersonal... interpersonal. Ahli-ahli yang dilantik juga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan bagi memastikan hubungan masyarakat pelbagai kaum tanpa darjat.

Selain daripada itu, pelantikan ini adalah berdasarkan kepada justifikasi dan pertimbangan berikut:

Yang pertama, meluaskan perkhidmatan Kerajaan Negeri kepada rakyat jelata terutama dalam situasi politik dan sosio ekonomi yang mencabar.

Yang kedua, pelantikan tambahan Ahli Dewan Negeri mampu mengurangkan kadar atau rasuah secara keseluruhan seseorang Ahli Dewan Negeri kepada jumlah penduduk yang diwakilinya.

Ketiga, calon yang dilantik adalah di kalangan mereka yang berkaliber dan berkemahiran tertentu dan dapat berganding bahu bersama Ahli-ahli Dewan Negeri untuk menyumbangkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Saya percaya dengan cadangan pelantikan ini, ahli-ahli yang dilantik akan dapat membantu dalam mencapai visi dan misi Kerajaan Negeri dalam memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada rakyat negeri Pahang.

Yang Berhormat Speaker, sekian sahaja penerangan ringkas saya berhubung Usul ini. Saya berharap Usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan yang mulia ini. Saya mohon mencadang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membawa Usul ahli yang dilantik. Merujuk kepada Fasal (1) Perkara 18A Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Negeri Pahang. Usul tersebut hendaklah disokong oleh sekurang-kurangnya 7 Ahli Dewan Negeri dan diluluskan dengan majoriti mudah. Oleh itu, saya memohon sekiranya ada sokongan daripada Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan.

Yang Berhormat Speaker,

Saya mohon izin menyokong Usul itu.

Yang Berhormat Dato Sri Speaker,

Saya Shafik Fauzan bin Sharif juga menyokong Usul tersebut.

Yang Berhormat Speaker,

Saya Ahli dari Batu Talam mohon izin menyokong Usul. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Saya menyokong Usul itu.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.

Saya daripada ADUN Tras menyokong er... mohon izin menyokong Usul itu.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Yang Berhormat Dato Sri Speaker,

Ketari mohon izin menyokong Usul itu.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Saya Tanah Rata mohon izin menyokong Usul itu.

Speaker

Baiklah. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Usul ini telah mendapat sokongan 7 Ahli dari kawasan Tioman, Inderapura, Batu Talam, Chini, Tras, Ketari dan juga Tanah Rata. Sekarang Usul ini untuk dibuka bagi perbahasan. Tiada perbahasan? Masalahnya ialah usul ini...

Saya minta bahaslah.

Speaker

Sila.

Bismillahirrahmannirrahahim. Assalamualaikum WBT.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Perkara Fasal (1) 18A memperuntukkan bahawa Dewan Negeri boleh melantik 5 orang dan senarai nama pun dah dibaca. Cuma kami barisan pembangkang melihat 2 perkaralah.

Yang pertama, keperluan. Apa keperluan kita buat lantikan tambahan sebab pelantikan tambahan ini akan menambahkan kos Kerajaan Negeri. Tidak banyak perkara yang kita konflik di peringkat Dewan Negeri yang pembangkang tak setuju. Kebanyakannya kita bersetuju dengan apa yang dibuat termasuk Rang Undang-undang, peruntukan tambahan bajet dan sebagainya.

Maka saya fikir keperluan untuk menambah 5 orang ini kos yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri.

Yang kedua, kalau kita lihat dari segi senarai yang disenaraikan itu, ada yang lebih dulu pada kitalah. Saya minta maaflah, sepatutnya tak adalah ucapan tahniah sebelum Dewan lulus tapi dah ada viral tahniah nama tertentu sebelum viral, sebelum Dewan kita bincang lagi. Jadi, perkara ini tak sepatutnya berlakulah. Walaupun Dewan akan lulus macam mana pun kerana 7 orang sokongan dan simple majoriti. Tapi berikan saya kesempatan untuk kita lihat aspek tersebut.

Yang satu lagi aspek ialah kalau boleh kita lihat di antara calon-calon ini. Kita ada kekurangan juga ketara di skala masyarakat India dalam Dewan Negeri.

Kita hanya ada seorang saja daripada India. Dan saya lihat ada keperluan untuk diwakili oleh kaum India. Bukan soal kaum tapi kita tahu bahawa keperluan.

Yang kedua, masyarakat Orang Asal. Jadi kalau boleh kita lihat segmen-segmen tersebut untuk kita. Kalau keperluan untuk kita tambah mereka ni sepatutnya kita utamakan. Sekurang kurangnya Orang Asal nampak dia, Kerajaan Negeri membela dia dengan melantik ADUN lantikan ini dan demikian juga masyarakat Orang Asli. Di samping itu, saya lihat bahawa keperluan sejauh mana keperluan dan berapa bajet yang terpaksa kita keluarkan untuk tanggung lima-lima ADUN dilantik ini. Terima kasih.

Yang Berhormat Speaker. Ada 1, 2, 3, 4, 5 perkara dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Cheka. Saya ucapkan terima kasih.

Yang pertama sekali apabila perkara ini dibawa sudah hampir 2 tahun untuk kita kerajaan mempertimbangkan ada keperluan atau tidak dan akhirnya kita telah memutuskan bahawa ia sememangnya ada keperluan. Kita bawa dalam EXCO sebulat suara putus bahawa ada keperluan. Daripada segi kos pun kita kaji. Sama ada kita sayangkan kos untuk atau beri perkhidmatan kepada rakyat mana yang lebih penting dan kosnya pula sebab kita mempunyai kedudukan kewangan yang baik.

Bagi saya sebagai rakan-rakan semua termasuk rakan-rakan ADUN dan termasuk juga Ex-Officio, Kerajaan Negeri Pahang mengutamakan kebajikan dan kepentingan kepada rakyat berbanding dengan kos yang dikeluarkan itu. [Ahli Dewan menepuk meja]. Itu yang penting, kita kena pertimbangkan kos atau rakyat, jadi kita pentingkan rakyat. Jadi sebab itu kita buat.

Yang ketiga, konflik saya tidak nampak, kami dah bincang. Kita tak nampak ada konflik, sebab itu kita laksanakan. Sebagai kerajaan, kalau kita rasa ini merugikan kita... kita tidak buat dan ini menguntungkan... menguntungkan kerajaan dalam masa yang sama membahagiakan rakyat. Sekarang kita ada 2 ke 3 daerah Bebar yang kita dapat daerah yang bahagia?

Yang Berhormat, ada 3.

3. Mungkin dengan ada lantikan ini boleh jadi 5. Yang penting kita berupaya dan mampu membahagiakan rakyat.

Yang keempat, kekurangan yang ketara. Yang Berhormat cuba tengok dalam Dewan ini. MCA ada tak? Tak ada. Kita lantiklah seorang. Terima kasih kepada rakan-rakan daripada Pakatan Harapan yang bersetuju supaya Barisan Nasional melantik daripada MCA. Tak ada, MIC dah ada dah. Speaker nampak tak MIC? (ketawa).

Speaker

Saya nampak dengan jelas.

Jadi kita letak calon daripada MCA seorang. Orang Asli, Senator yang kuota Kerajaan Negeri, Senator daripada Orang Asli. Ahli Parlimen.

Speaker

Ahli Parlimen dan juga Senator Yang Amat Berhormat.

Pegawai Khas saya pun ada Orang Asli. Kita buat lagi ORACO, Orang Asli Corporation.

Cameron Highlands Ahli Parlimen. Jadi semuanya ini telah diambil kira dan telah dipertimbangkan dengan sehabis baik. Jadi kalau nak melihat daripada sudut kekurangan kelemahan, memang ada, itu memang ada tetapi antara kelemahan dan kekurangan jauh lebih banyak kebaikan daripada kelemahan ataupun kekurangan [Ahli Dewan menepuk meja].

Dan yang seterusnya, itulah Yang Amat Berhormat daripada Cheka lantik. Jadi saya ingat kita tak usah panjang-panjanglah perkara ini kerana saya sangat yakin dan percaya mereka ini apabila diberi peluang akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di negeri Pahang.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Yang Berhormat Speaker, boleh saya ambil bahagian sikit. Kita dulu memang dulu kita sokong Enakmen ini pada 2018 kalau tak silap dan DAP keluar Dewan. Masa itu tak sokong. Jadi maknanya perkara ini tidak timbul soal.

Speaker

2020.

2020.

Speaker

November 2020.

Dan ini tak timbul soal kita bantah soal Enakmen ini, tidak tapi keperluan satu.

Yang kedua, kita akan belanja 2 tahun ini RM1.5 juta untuk 5 orang ini. RM1.5 juta tu kalau kita gunakan untuk kepentingan apa baik pulih peparitan ke jalan negeri, dia boleh selesai banyak masalah sedangkan satu tadi kerajaan hari ini yang ada kukuh. Sokongan besar, tidak ada keperluan untuk menambah sokongan daripada Ahli-ahli ADUN lantikan.

Yang ketiga, saya minta supaya sebelum... Kita tangguhkan dulu lantikan ini sehingga kita clear, jelas peranan masing masing. Sebab yang dilantik ini aktif politician, kesemuanya dan dia akan jadi lebih politik daripada memainkan peranan dia.

Kita ada dah senarai peranan yang akan dimainkan oleh setiap ADUN yang kita lantik ini. Kita setuju tak ada masalah, tapi sebab kita tahu sekali wakil apa. Apa peranan mereka dalam Dewan ini. Kami tak jelas. Jadi kami nak sokong macam mana? Saya cadangkan supaya usul ini kita tangguhkan dulu sehingga kita jelas dulu peranan setiap ADUN yang dilantik dan dia perlu mewakili kelompok-kelompok yang minoriti. OKU, NGO itu kita sokong. Sebab itu sebenarnya. Bila kerajaan membangkitkan usul ini pada 2020 tu antara tujuan ADUN lantikan ini untuk mewakili kelompok-kelompok minoriti. Kelompok NGO, wakil NGO, wakil daripada aktivis, wakil daripada Orang Asli, profesional, profesional semua ini. Okay, wakil daripada OKU.

Jadi kami setuju. Cuma apa yang dilantik hari ini. Senarai nama ini kita tidak ada agensi personel, tidak. Apa yang dilantik ini semuanya aktif politician tidak mewakili kelompok-kelompok yang dimaksudkan dan yang ketiga tidak jelas peranan masing-masing. Jadi, kita bimbang kita belanja RM1.5 juta untuk tempoh dua tahun akan datang. Tanpa jelas apa fungsi, kita melantik ADUN lantikan ini. Itu hujah saya terima kasih, saya cadangkan ditangguhkan.

Mohon Dato’ Speaker, saya tak nampak apa yang disebutkan oleh rakan daripada Beserah yang seolah-olah kita nak melantik ini tidak ada peranan dan er…kepentingannya kepada kerajaan sebab mereka itu apa namanya telah kita teliti keupayaan mereka dan juga kebersamaan mereka dengan orang ramai. Apabila kita lantik daripada apa tokoh daripada MCA contohnya, dia akan membawa suara orang ramai daripada MCA daripada masyarakat-masyarakat yang ada di kawasan berkenaan. Dia akan bantu kita sebagaimana rakan-rakan daripada pembangkang membantu membawa suara orang ramai itu tujuannya.

Dia juga akan membantu mengurangkan beban-beban, isu-isu seperti disebut parit tadi seperti disebutkan tentang longkang disebutkan tentang jalan. Ini kita minta mereka bersama dengan kita. Begitu juga kalau di dalam hal-hal Orang Asli, dia orang boleh bantu juga, bukan semestinya kena ambik tahu tentang Orang Asli kena asli. Saya sendiri diamanahkan oleh Yang Amat Berhotamt untuk mengambil tahu tentang Orang Asli. Kita menjiwai kita merasai. Kita duduk bersama dengan dia dan kita yakin orang yang kita lantik ini boleh buat kerja dan mereka berupaya dan wajar kita lantik serta patut, pada hari ini yang Yang Amat Berhormat selama dua tahun meneliti bersama dengan barisan kerajaan keperluan itu, sebab itulah kita cadang.

Bak kata orang Melayu kita bila nak bantu orang yang biar bergolok bergadai, tetapi kita dah tengok pulak sebelum kita nak bergolok gadai. Kita (bacaan ayat al-Quran). Itu hadis Rasulullah dengan izin Dato’ Speaker.

Speaker

Silakan.

Allah merahmati satu hamba itu apabila dia tahu kadar diri kita. Yang Amat Berhormat itu sudah teliti mintak Pegawai Kewangan Negeri tengok mintak Penasihat Undang-

undang teliti, mintak Setiausaha Kerajaan perhalusi. Setelah dikaji diteliti dari segala sudut. Maka sebab itu kita Yang Amat Berhormat Menteri Besar mintak rakan-rakan EXCO bersetuju untuk kita bawak. Maka EXCO bersetuju Yang Amat Berhormat bentangkan hari ini. Setelah ada rasionalisasi yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat tadi, maka 7 orang rakan daripada ADUN-ADUN dia orang memberi sokongan. Apa yang telah dibawa. Jadi saya rasa tidak ada kewajaran untuk kita menangguhkan dan sewajarnya kita sebagaimana yang disebut oleh Cheka tadi, dia menyokong. Walaupun Baserah tak menyokong tapi wajar kita menerima pandangan daripada Cheka menyokong apa yang…

Yang Berhormat, saya rasa, saya rasa bukan kita tak sokong, kita tangguhkan dulu.

Saya rasa saya kena betulkan kenyataan. Jangan mengelirukan Dewan tadi.

Tiada keliru Cheka sebut bagi memberi pandangan. Ada beberapa perkara kena ambil kira Cheka tadi sebut. Walaupun kita sokong menda ini, memang itu ayatnya dan juga Beserah minta tangguh. Jadi, saya rasa tak perlu tangguh. Kita teruskan saja kenapa kita perlu tangguh. Kita teruskan saja, sokongan pun sudah ada. Cadangan pun dah diberikan dan benda ini wajar kita buat kerana kita nak menolong orang ramai.

Kita bekerja ni, biar berama. Dia tak ada kata maknanya tak ada yang tidak kena satu individu (bacaan ayat al-Quran) kerjasama beramai. Imam Syafie pun ada sebut di dalam pepatah beliau (bacaan ayat ai-Quran). Ini Imam Syafi'i memberikan teori cara kita bertindak dengan izin Dato’ Sri Speaker. Barang siapa yang berunding dengan jumlah yang besar (bacaan ayat al-Quran) kerja dia akan jadi lebih ramai orang yang layak. Bayangkan kalau berat itu kita pikul 10 orang tetapi sekarang ini kita pikul 20 orang. Mana jadi lebih ringan dan mana jadi lebih mudah. Dato’ Sri Speaker, saya rasa wajar kita teruskan usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Dato’ Sri Speaker, saya boleh.

Speaker

Ya…sila

Saya betul tadi, saya minta ditangguhkan satu supaya peranan. Yang kedua kita ada hantar usul…

Speaker

Saya dah ambil kira dah pandangan daripada DUN Beserah itu.

Kita ada hantar usul kepada Speaker untuk kita semak perkara ini. Pertama, kita kata hak dan ahli yang dilantik ini tidak boleh menentu dan meruntuhkan kerajaan. Itu pertama, kita usul kita tidak mahu dia menjadi anggota yang akan menentukan satu kerajaan atau akan menjatuhkan kerajaan. Itu yang pertama.

Speaker

Terima kasih wakil daripada Beserah. Terima kasih.

Yang kedua kita mintak semua benda tu disemak dulu. Ada beberapa perkara. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih wakil daripada Beserah, saya dah dengar pandangan daripada Beserah.

Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Bagi, bagi ni wakil daripada Luit dulu bercakap

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Er…mengenai perlantikan ini, saya suka nak rujuk juga Laporan prestasi Program Pembangunan Negeri Pahang, Rolling Plan Ke-4 Rancangan Malaysia Ke-12. RMK Ke-12 tidak lama dah, tahun er…15,16 bulan je lagi. Tapi untuk laporan prestasi ini, Negeri Pahang ini prestasi 15.59%, manakala bahasa, bahasa kerja ini memang teruk. Jadi ada apa kaitannya dengan pelantikan ADUN. Kenapa tidak ada pelantikan yang boleh membantu Kerajaan Negeri dalam meningkatkan prestasi permohonan ini. 15% atas sedikit daripada Negeri Sabah sahaja, tengok ni.

Yang Berhormat Speaker, saya memohon izin.

Speaker

Sila.

Saya cakap, saya nak cakap sikit. 15% itu sehingga bulan April er…belum habis lagi. Inilah yang mengelirukan rakyat, ini yang masalah kita ni. Er…Yang Berhormat ni. Er…Benta nak bercakap.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya boleh maafkan Cheka sebab Cheka tiada dalam Dewan dalam penggal yang dulu. Minta maaf, Beserah, Beserah dengan Luit ada dalam Dewan yang kita di sini merupakan penggubal undang undang. Kita kena bagi contoh tunjukkan yang kita menggubal undang undang dan kita hormat dan kita patuh kepada undang-undang yang kita sendiri sudah gubalkan. Sebab tu saya rasa terkejut apabila Baserah bangkitkan tentang perkara yang patut ada pra-syarat pada pelantikan. Sepatut perkara ni kita dah bincang kita dah bahas sebelum kita membuat pindaan kepada pasal perlembagaan ini, kita ada menyentuh berkenaan dengan Perlembagaan pindaan kepada Perlembagaan. Perkara ini telah pun kita bereskan.

Maknanya perkara dah bereh semasa kita buat keputusan itu iaitu kita telah meminda Perlembagaan dan mengizinkan Dewan Undangan Negeri untuk melantik 5 orang ADUN yang dilantik ADUN Tambahan dan syarat-syarat seperti mana yang kita ikut. Kita ni patuh kepada perkara yang kita putuskan sendiri dan antara pihak yang menyokong dan mendokong pindaan kepada Perlembagaan yang telah kita buat, yang pada hari ini kita laksanakan sebagai usul oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar termasuklah rakan saya dari Beserah, kepada rakan saya dari Luit dan juga rakan, rakan saya yang ada, Jengka ada pada masa itu. Jangan berdiri. Jadi maksudnya kita dah sama-sama bersetuju. Hanya kita nak laksanakan. Sekarang ini kita nak melaksanakan mengapa kita balik semula kepada soal macam kita ungkai semula, yang ini yang tak betul.

Saya ingat, dalam Dewan yang mulia ini, Ahli-ahli Dewan belaka faham peraturan. Tapi di sana ini, di depan di atas sana itu pemerhati. Jadi dia tengok apa halnya ini, Ahli Dewan yang mulia di Dewan Undangan Negeri Pahang ini. Dia yang bersetuju, kita yang bersetuju kita yang mendokong dan dia jadi undang-undang, kita ikutlah.

Jadi kalau di situ kata dia mesti terdiri daripada kalangan pihak-pihak tertentu. Bukan satu perkara yang menjadi, mandatory dengan izin. Maksudnya tokoh pemimpin boleh datang daripada mana-mana kelompok dan ini yang sebenarnya yang kita ikut. Jadi saya nak maklumkan sebab ada ungkapan yang mengatakan kita membuat sokongan yang mana memberi advantage kepada kita dengan izin. Ada setengah pihak ada setengah parti dan pada hari ini jangan, jangan, jangan, mengiyakan itu.

Kalau kita masih lagi membangkang, maknanya nampak gaya, eh dulu sokong, sekarang tak sokong kerana seolah-olah sekarang ini dia tidak beri advantage kepada pihak kita. Dan ini yang sebenarnya sedang diperhati oleh Ahli-ahli Dewan, dan juga pemerhati-pemerhati dari dan juga di luar sana. Ini live ini, ini live Dato’ Sri. Makna kalau tengok itu.

Yang Berhormat, Yang Berhormat Dato’ Sri,

Yang, yang Cheka saya faham, Cheka tiada masa itu. Tiada di Dewan ini, tetapi rakan-rakan lain yang ada di sini sepatutnya dia kita dah bersetuju yang ini kita nak laksanakan, dan saya rasa Dato’ Sri Speaker kita teruskan dengan kuasa yang ada pada Dato’ Sri Speaker.

Yang Berhormat Speaker,

Saya mohon izin nak ulas sedikit berkenaan dengan Beserah tadi. Alasan mohon penangguhan sebab er… di kalangan yang dilantik ini tidak mewakili Orang Asli, misalnya OKU, NGO. Saya EXCO yang bertanggung jawab berkait dengan NGO misalnya, saya boleh bawa suara itu di Dewan ini. Dato’ Sabariah mewakili OKU misalnya, Dato’ Sri Syed Ibrahim mewakili Orang Asli. Tak ada isu Dato’ Sri Yang di-Pertua. Jadi alasan untuk penangguhan ni tak tepat dan tak kukuh langsung Dato’ Sri.

Dato’ Speaker,

Speaker

Masalahnya saya nak, saya nak habiskan. Sila duduk wakil daripada Beserah, sila duduk. Masalahnya ialah Usul ini telah dicadangkan dan disokong. Sebab semua dah bercakap…

Yang Berhormat Speaker sikit je, boleh? Dengan izinlah, sikit ya.

Speaker

Last. Yang pertama sekali, Yang Amat Berhormat, yang terakhir saya nak bagi peluang bercakap.

Ya yang terakhir. Terima kasih Yang Amat Berhormat Speaker,

Yang pertama sekali, Pahang bukan yang pertama mengadakan ada lantikan. Jiran kita, kita ada ada lantikan, Terengganu ada, dan ada Sabah pun ada, kemudian di peringkat Federal, dia ada lantikan macam senatorlah, lama dah buat. Jadi saya ingat tak ada, tak ada apalah Speaker, ini kecil punya hallah. Jadi, dalam politik ini Yang Berhormat Speaker kita kena pandang ke hadapan, move on, kalau kita tengok belakang tak jadi mana kita ini. Speaker setuju tak?

Speaker

Setuju [ketawa].

Terima kasih Speaker.

Speaker

Kita pandang ke depan tu saya setuju. Pasal apa, tapi kadang-kadang kadang Yang Amat Berhormat kita lari-lari pandang belakang lari-lari pandang belakang, kenapa Yang Berhormat? Pasal kita tak ada mata belakang.

Masalahnya ialah Usul ini telah dicadangkan dan disokong.

Soalnya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini, sila nyatakan “setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju, sila nyatakan “tidak”.

Ahli-Ahli Dewan

Tidak.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Usul ini telah mendapat sokongan undi, er… sokongan suara bersetuju yang lebih kuat ataupun yang lebih ramai. Jadi, oleh itu, saya memasyhurkan usul tersebut diluluskan.

Urusan-Urusan Am

Setiausaha Dewan

Perkara Keenam: Urusan-Urusan Am Kertas-kertas Mesyuarat.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2022 Mengenai: Aktiviti Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang DN 6/2024

Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Berakhir 31 Disember 2022 DN 7/2024

Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Berakhir 31 Disember 2022 DN 8/2024

Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) Berakhir 31 Disember 2022 DN 9/2024

Penyata Kewangan Majlis Bandar Raya Kuantan Berakhir 31 Disember 2022 DN 10/2024

Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Temerloh Berakhir 31 Disember 2022 DN 11/2024

Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Bentong Berakhir 31 Disember 2022 DN 12/2024

Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Pekan Berakhir 31 Disember 2022 DN 13/2024

Penyata Kewangan Majlis Daerah Lipis Berakhir 31 Disember 2022 DN 14/2024

Penyata Kewangan Majlis Daerah Jerantut Berakhir 31 Disember 2022 DN 15/2024

Penyata Kewangan Majlis Daerah Cameron Highlands Berakhir 31 Disember 2022

DN 16/2024

Penyata Kewangan Majlis Daerah Maran Berakhir 31 Disember 2022 DN 17/2024

Penyata Kewangan Majlis Daerah Rompin Berakhir 31 Disember 2022 DN 18/2024

Penyata Kewangan Majlis Daerah Bera Berakhir 31 Disember 2022 DN 19/2024

Penyata Kewangan Majlis Daerah Raub Berakhir 31 Disember 2022 DN 20/2024

PENANGGUHAN

PenangguhanAdjournment

Setiausaha Dewan

Perkara ketuju: Penangguhan

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Er… Yang Berhormat Dato’ Sri Speakar, saya minta sedikit sahaja. Boleh?

Speaker

Ya, sila, sila, boleh.

Ya, terima kasih. Saya menyambut baik kertas yang dibentangkan. Cuma beberapa pandangan saya untuk penambahbaikan ialah yang pertama sekali kertas-kertas ini diembargo sampai ke hari ini. Makna kalau boleh menyebabkan kita tak boleh nak coupe., kita tak boleh nak bentang, sedangkan hari ini hari akhir perbahasan. Kalau boleh, er… kertas-kertas audit ini ataupun laporan lebih awal dibuka supaya sekurang-kurangnya kita yang keduanya ialah soalan-soalan pertama untuk Tuan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Speaker.

Soalan-soalan Dewan ini biasa diberi pada hari berkenaan. Boleh tak kalau untuk sidang akan datang, kalau soalan lebih awal supaya kita tahu soalan apa? Soalan saya naik ke tidak esok, saya tak tahu kecuali bila sampai, baru saya tahu soalan itu dapat. Jadi itu sikit pandangan, terima kasih.

Yang Berhormat Speaker, saya nak respond pada ADUN Cheka tadi. Berhubung dengan yang dibentangkan oleh setiausaha tadi. Ianya adalah satu perkara yang hanya dibentangkan dan tidak perlu dibahaskan. Itu termaktub di dalam peraturan. Dan begitu juga daripada segi kewangan. Untuk maklumanlah, kalau bersabit dengan T, tanggungan itu pun tidak perlu dibahaskan. Itu untuk memberi makluman sahajalah Yang Berhormat Speaker, terima kasih.

Speaker

Teruskan. Sila Yang Amat Berhormat.

Yang Berhormat Speaker, saya mohon membawa cadangan bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang.

Speaker

Yang Amat Berhormat kalau nak berucap boleh, sikit.

Yang Berhormat Speaker Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan limpah, rahmat serta keizinan-Nya, maka pada hari ini kita dapat menyempurnakan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Negeri Pahang ke-15 yang telah bersidang selama lima hari bermula pada hari Isnin.

Terlebih dahulu, Patik sekali lagi menjunjung setinggi-tinggi kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat kita pada kali ini.

Sudah pastinya segala titah Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku akan patik-patik, pacal-pacal Ahli-ahli Yang Berhormat junjung dan laksanakannya dengan sebaik mungkin bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri ini akan terus terpelihara dan dipertingkatkan.

Yang Berhormat Speaker,

Sepanjang tempoh lima hari ini, saya dapati perjalanan mesyuarat kita berlangsung dengan begitu baik sekali, meskipun terdapat sedikit panas, suam-suam kuku. Tetapi itu semua sudah menjadi lumrah dalam persidangan Dewan Negeri kita.

Bagaimanapun, secara keseluruhan ia berlangsung dengan penuh semangat setiakawan dan muhibah sekali. [Ahli Dewan menepuk meja].

Ahli-ahli Yang Berhormat juga telah mempamerkan kematangan berhujah kebijaksanaan, memberi pendapat, bernas dan bijak sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang kerana apa yang juga yang diutarakan adalah demi kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Saya sangat berharap agar suasana harmoni dalam tempoh 5 hari, persidangan kita ini, tidaklah terhenti setakat ini sahaja. Ianya hendaklah diteruskan juga pada persidangan-persidangan yang akan datang.

Yang Berhormat Speaker, mengambil kesempatan berada pada penghujung dewan sidang Dewan ini, saya, sudah tentunya wajib mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat Timbalan Speaker kerana telah menguruskan perjalanan mesyuarat kita dengan begitu baik dan teratur sekali. [Ahli Dewan tepuk meja].

Speaker

Terima kasih.

Dan yang menariknya, saya dapati Speaker ni kadang-kadang, Speaker tidak merasakan diri ini Speaker masih lagi rasa macam ADUN Lanchang ataupun EXCO kerajaan lain. Itu masalahnya. [Ahli Dewan ketawa]. Jadi saya harap Speaker tapi kali ini setiap pagi Speaker makan ubat yang nampak.

Speaker

Tapi… lepas makan ubat, nampak lebih baik lebih baik.

Nampak lebih baik sikitlah. Tapi… Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat Speaker tahu. Bukan ADUN Lanchang lagi, bukan EXCO lagi dah ye. Jadi…

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Saya juga turut er… mengucapkan terima kasih kepada Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta Agensi-agensi Kerajaan yang turut hadir setiap hari serta menyediakan butiran yang diperlukan kepada pihak Kerajaan untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dibangkitkan. Saya juga turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua penjawat awam Negeri dan Persekutuan Pasukan Polis Diraja Malaysia, Petugas Kesihatan, anggota RELA, Pasukan Bomba, Petugas Media serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kelancaran persidangan kita pada kali ini. [Ahli Dewan tepuk meja].

Tidak juga dilupakan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan dengan sempurna Istiadat Pembukaan Persidangan kali ini. Ini meliputi pasukan perbarisan oleh pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia, sehinggalah kepada petugas-petugas Jabatan Kerja Raya dan Majlis Bandaraya Kuantan yang terlibat

dalam kerja-kerja persiapan tempat. Saya juga difahamkan Yang Berhormat Speaker begitu baik hati, telahpun menjamu semua pasukan Tentera Udara yang terlibat dalam satu majlis makan malam. Syabas! Tahniah, Speaker [Ahli Dewan tepuk meja].

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Yang Berhormat Speaker sebelum saya akhiri ucapan saya, hari cepat ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan, Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di seluruh negara terutamanya di negeri Pahang yang akan disambut pada 14 pada 16 Mei ini. [Ahli Dewan tepuk meja]. Selamat Hari Guru Cikgu. Terima kasih atas segala ilmu, kasih sayang dan inspirasi yang telah diberikan kepada kita semua. Semoga guru-guru sentiasa diberkati dengan kebahagiaan dan kesihatan yang baik. Teruskan menyinari dan membimbing anak-anak bangsa untuk menjadi insan yang berguna dan cemerlang.

Yang Berhormat Speaker,

Saya lagi sekali, mengucapkan terima kasih atas keterlibatan Ahli-ahli Yang Berhormat semua dalam persidangan kita pada kali ini. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, selepas ini kita akan pulang ke kawasan masing-masing, maka laksanakanlah kewajipan kita sebagai wakil rakyat dengan sebaik-baiknya.

Sebagai ketua kerajaan negeri, insya-Allah saya akan pastikan segala bentuk bantuan, sumbangan dan juga pembangunan akan terus dilaksanakan dengan sebaiknya di semua kawasan kerana ini adalah kewajipan saya untuk memastikan setiap rakyat di bumi Pahang ini mendapat limpahan kemakmuran yang sama rata.

Semoga Ahli-ahli Yang Berhormat semua, selamat kembali ke kawasan masing-masing dan berhati-hatilah ketika memandu. Saya juga berdoa kepada Allah SWT supaya mengurniakan rahmat-Nya kepada kita semua, dengan setiap rakyat negeri ini terus hidup dalam suasana yang aman, makmur, sejahtera dan saling hormat menghormati antara satu sama lain serta dilindungi daripada segala musibah, bencana dan malapetaka.

Bunga Dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan Burung Tempua, Melihat rusa tepi perigi, Salam perpisahan untuk semua, Di lain masa bertemu lagi.

Yang Berhormat Speaker, saya mohon membawa cadangan bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang. Wabillahi taufik Wal hidayah Wassalamualaikum WBT.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya berdiri untuk memberikan er… memberikan sokongan kepada cadangan usul Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar er… pada kali ini. Sebelum tu, saya nak sentuh sikit. Sebenarnya pertama sekali saya juga mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan tahniah kepada Dato’ Sri Speaker dan Timbalan Speaker yang telah menjalankan persidangan dengan begitu baik sekali mengikut peraturan.

Saya sebut ke sini ikut peraturan-peraturan Dewan dan er… malahan mungkin ada ketidak rasa kepuasan di hati mana-mana Ahli er… semasa kita melalui proses persidangan ini termasuk dalam perbahasan. Namun, saya nak maklumkan nak berkongsi di sini iaitu pertama sekali kalau kita lihat misal contohnya, United Nation (dengan izin) Bangsa-bangsa Bersatu, dia mempunyai 193 anggota dalam Bangsa-Bangsa Bersatu tetapi, yang menguasai Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu ini ialah er… United Nations Security Council, Majlis Keselamatan er… Bangsa-Bangsa Bersatu, yang terdiri daripada 15 anggota. Dan 15 anggota ni tadi, walaupun 15 anggota tetapi yang menguasai segala galanya ialah 5 anggota tetap. Iaitu er… Amerika, UK… United Kingdom, Rusia, China dan Perancis. Lima ni mempunyai kuasa veto. Salah kalau salah satu negara er… tetap ni tadi menjadi anggota tetap ni tadi memberikan veto walaupun satu resolusi itu tidak dapat diteruskan.

Tetapi kita, Alhamdulillah, kita di dewan yang mulia ini kita berpandukan kepada peraturan majoriti, walaupun simple majority dia mengatasi suara minoriti. Jadi, saya ucapkan tahniah kepada Dato’ Sri Speaker dan Timbalan Speaker dan kepada Barisan Pembangkang, biasalah tu ADUN Cheka, Beserah, Jengka ye, yang kita bincang ni kita macam main bolehlah main bola ikut peraturan. Selagi referee tak tiub kita pangkah kaki tu biasalah tu. Saya pernah main bola Dato’ Sri, di Kelantan di Stadium Sultan ni… Muhammad tu, so main, kalau referee tak tiup kita… ni terjahlah. Tapi kalau tiup kita berhenti dan akhir permainan kita salam.

Saya pernah Dato’ Sri dalam er… tempoh ini Pilihanraya ataupun penggal bermula 1999 kita main bola dengan dengan wakil Cheka ni dulu. Wakil Jengka main kat Stadium Darul Makmur, orang sorak semua sekali. Tapi dalam Dewan ni, kalau tengok tu memang Dato’ Sri, Dato’ Sri Speaker, Yang Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, tak percaya betul tak. Kita berhambat kat situ, saya ingat Jengka duduk kat tepi sana. Saya duduk kat kawasan Pulau Tawar tu, ni er… YB ni… Dato’ Sri Speaker duduk mana Dato’ Sri.

Speaker

Saya tempat er… wakil Cheka Yang Berhormat selepas saya dan kemudian sebelum saya tu Yang Berhormat daripada ni Beserah, Dato’ Fauzi.

Makna kita tengok tu tapi, bertekak Dato’ Sri Tapi, bila main bowling, kita berboling sama-sama. Maknanya main boling bukan boling, boling tu maksudnya, kita main boling partner yang sama main bola tapi dalam dewan, kita berhujah dengan semangat yang bersungguh-sungguh kadangkala tu nampak garang sikit. Tapi insy-Allah saya rasa, kita ada titik-titik persamaan er… kalau yang sudi datang ke Benta, insya-Allah kita teh tarik duduk di Seberang Golok, bukan Golok sana tu, di seberang jambatan yang RNR dipanggil Seberang Golok tu. Duduk bincang dan sebagainya insya-Allah.

Jadi sekali lagi lah saya mengambil kesempatan di sini. Saya mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa er… menyinggung perasaan rakan-rakan Ahli Dewan yang mulia ini. Insya-Allah kita doa agar Allah SWT memberikan rahmat, keberkatan dan keredaan kepada kita semua. Jadi dengan itu Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon menyokong usul cadangan usul penangguhan Dewan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri. [Ahli Dewan tepuk meja].

Speaker

Ahli-ahli yang Berhormat sekelian,

Sebelum saya menangguhkan persidangan kita pada hari ini, saya ingin juga mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana kita dapat berkumpul selama 5 hari pada Mesyuarat Penggal Pertama, kali ke er… penggal… Penggal ke-3 Dewan Negeri Pahang ke-15 yang bermula pada 6 Mei 2024 yang lalu dan berakhir insya-Allah pada hari ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang menjayakan mesyuarat kali ini termasuklah Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Majlis Perbandaran Kuantan, JKR, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, er… Majlis Sukan Pahang dan semua pihak yang tak dapat saya sebut satu persatu pada hari ini.

Kita juga nak ucapkan selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Jururawat semalam ya kepada jururawat dan ibu-ibu kita yang tercinta.

Patik juga ingin mengambil kesempatan sekali lagi untuk menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang ke-15 yang merupakan detik cukup istimewa apabila ianya julung kali disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda sebagai Sultan Pahang.

Junjung kasih juga kepada Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana 5 kali, baginda berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Dewan negeri ini ketika menjawat tugas sebagai Pemangku Raja Pahang.

Alhamdulillah, selama lima hari mesyuarat kita pada hari ini berlangsung, saya dapati mutu perbahasan dan ucapan setiap Ahli Dewan bertambah baik. Perjalanan mesyuarat kali ini juga berjalan lancar dengan suasana yang baik dan harmoni. Walaupun sedikit sikit-sikit ada sikap itu. Itu biasalah ibarat kata orang tua mesti kena ada asam garam. Menjadi tanggungjawab bagi setiap Ahli Dewan memberikan contoh dan teladan yang baik serta bersopan santun bertatasusila ketika bersidang di Dewan yang mulia ini.

Di sini, saya dan Timbalan Speaker, Yang Berhormat Timbalan Speaker ingin memohon maaf sekiranya sewaktu saya mempengerusikan mesyuarat ini, ada terkasar bahasa kadang-kadang terlepas cakap. Sebagai manusia biasa, kita juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Saya juga ada membuat teguran ketika Ahli Berhormat sedang berucap supaya kita dapat mengekalkan adab dan tutur bicara sewaktu er… berpandu kepada peraturan Dewan kerana ini adalah majlis pembuat dasar tertinggi di peringkat negeri. Saya dan

Timbalan memohon maaf kepada beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya tegur secara nada yang keras… yang agak keras. Ada yang sederhana kadang-kadang sambil berjenaka supaya kita tidak mengantuk ketika mesyuarat berlangsung. Marilah kita sama-sama sentiasa mematuhi peraturan-peraturan Dewan sama ada yang termaktub di dalam buku peraturan Dewan atau ianya dibuat secara pentadbiran insya-Allah. Segala kekurangan dan kelemahan sama ada perjalanan mesyuarat, penganjuran acara-acara ataupun lain-lain kelemahan kita sama-sama perbaiki dan lakukan yang terbaik di mesyuarat yang akan datang.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan di atas kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu. [Ahli Dewan menepuk meja]. Calon Pang Sock Tao berjaya mempertahankan kerusi ini dalam persaingan 4 penjuru selepas pilihan ke-15 lalu. 9 siri PRK diadakan iaitu di PRK Padang Serai, PRK Tioman, PRK Kuala Terengganu, PRK Simpang Jeram, PRK Pulai, PRK Pelangai, PRK Jepak, PRK Kemaman dan terbaharu PRK Kuala Kubu Bharu. Dari siri PRK berkenaan.

3 dimenangi oleh Perikatan Nasional iaitu PRK Padang Serai, PRK Kuala Terengganu dan PRK Kemaman. 6 lagi dimenangi oleh gabungan Kerajaan Perpaduan iaitu PRK Tioman, PRK Simpang Jerang, PRK Pulai, PRK Pelangai, PRK Jebak dan PRK Kuala Kubu Bharu. Keputusan ini menandakan bahawa kerjasama antara gabungan Kerajaan perpaduan semakin baik diterima rakyat. Dalam suasana politik semasa parti-parti politik perlu menyesuaikan diri dan melihat ke hadapan serta saling bantu membantu di antara satu sama lain.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Dewan yang telah memberikan kerjasama yang baik semasa saya mempengerusikan mesyuarat ini dan saya yakin dan percaya segala pandangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan diambil kira oleh pihak Kerajaan. Saya mendoakan selepas ini semua Ahli-ahli Yang Berhormat pulang ke kawasan masing masing menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Ingatlah bahawa wakil rakyat menggalas amanah cukup besar yang hendak ditunaikan dengan jujur dan bijaksana. Wakil rakyat itu bukan sahaja mewakili rakyat yang mengundi mereka semasa pilihan raya tetapi juga rakyat yang tidak menyokong atau tidak mengundi mereka semasa pilihan raya. Ia amanah cukup besar buat insan yang bergelar wakil rakyat.

Al-Farabi dalam dua bukunya, Al-Madinah Al-Fadhilah, The Virtuous City ataupun Al-Siasah Al-Madaniyyah. Politikal rejim menghuraikan struktur sosial dan politik yang berpusat kepada kebaikan bersama iaitu good common goods dalam masyarakat. Menurutnya, kebaikan masyarakat hanya dicapai melalui keadilan, kesaksamaan dan pemimpin yang bijak. Beliau juga membayangkan bahawa sebuah masyarakat yang harmonis di mana semua pihak berperanan untuk mencapai kebahagiaan kolektif bukan hanya untuk kebahagiaan individu.

Kerana itulah dengan penuh keinsafan, saya berpesan dan mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk kita muhasabah tentang peranan masing-masing dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Pahang keseluruhannya. Harapan rakyat kepada wakil rakyat sudah tentu pasti untuk melaksanakan amanah dengan baik sehingga mampu menyelesaikan bukan sahaja masalah kawasan masing-masing tetapi juga negeri dan negara. Berkilat papan seperti cermin… sebab MB pun… Yang Amat Berhormat Menteri Besar dua kali berpantun,

Berkilat papan seperti cermin, Bila dibidas dibalangnya kusam, Berat badan menjadi pemimpin, Bekerja keras siang dan malam,

Jauh di darat berladang cengkih, Terasa penat menghayun cangkul, Tanggunglah mandat pemimpin terpilih, Ringan berat silalah pikul,

Penat badan singgah lelah, Makan madu baru nyaman, Ada yang menang ada yang kalah, Jauhkan diri dari permusuhan.

Terima kasih. Persidangan Dewan Negeri ditangguhkan.

[Persidangan ditangguhkan pada jam 2.33 petang].