Pahang · 29 November 2024
15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 112 turns · 13,670 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan. Hari Jumaat, 29 November 2024 bersamaan 27 Jamadil Awal 1446 Hijrah. Bacaan doa.
Al-Fatihah. Bismillahirrahmanirrahim. [Ayat al-Quran]. Segala puji bagi Allah. Dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Mengasihi, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian, Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun, dipohon anugerahkan taufik-Mu, dipohonkan menyuluh, memandukan kepada... pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah. Dipohon doa kami diperkenan, Amin Ya Rabbal Alamin.
Mengesahkan Peringatan Mesyuarat
Perkara Kedua. Mengesahkan Peringatan Mesyuarat.
Mengesahkan Peringatan Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada 5 September 2024 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Selamat Pagi, Salam Sejahtera. Yang Berhormat Speaker. Alhamdulillah, Speaker senyum saja daripada mula-mula masuk tadi. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya mohon izin membawa cadangan bahawa peringatan Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada 5 September 2024 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan disahkan.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Soalannya ialah satu cadangan bagi mengesahkan peringatan Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada 5 September 2024 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan telah pun mendapat sokongan. Sekiranya tiada apa-apa pindaan, Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan setuju. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju, sila nyatakan tidak. Tiada. Peringatan mesyuarat tersebut disahkan dengan tiada pindaan.
Peringatan mesyuarat disahkan dengan tiada pindaan dan dibawa untuk pengesahan Yang Berhormat Speaker.
Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri BesarQuestions
Perkara Ketiga. Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.
Yang Amat Berhormat Dato Sri Diraja Menteri Besar. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur kepada Allah SWT dengan izin-Nya, kita semua dapat menghadiri Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang yang Ke-15 pada pagi yang berbahagia ini. Saya ingin mengalu-alukan kehadiran Ahli-ahli Yang Berhormat ke persidangan ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kelihatan ceria, baju pun ada yang sama, pakai biru dan ceria dan bersedia untuk membahaskan Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar. Saya dan Dewan yang mulia ini ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pusat kerana sudah pun membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada 18 Oktober 2024 yang lalu. Belanjawan 2025 bertemakan Ekonomi Madani Negara Makmur, Rakyat Sejahtera telah... adalah belanjawan ketiga yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sejak menjadi Perdana Menteri pada 24 November 2022. Belanjawan 2025 adalah tertinggi yang pernah diumumkan iaitu RM421 bilion meliputi RM335 bilion belanja mengurus, RM86 bilion pembangunan dan tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
Belanjawan ini sedang dibahaskan di Dewan Rakyat dan tentunya Belanjawan 2025 ini menjadi platform penting bagi melaksanakan reformasi fizikal yang inklusif dan adil serta memberikan penekanan kepada kebajikan sosial dan keadilan ekonomi.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri di bawah kepemimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Diraja, Menteri Besar Pahang kerana telah berjaya mencipta hatrik jumlah kutipan melebihi RM1 juta...RM1 bilion... RM1 bilion selama 3 tahun berturut turut. Kalau Piala Dunia ni dia boleh simpan terus Piala Dunia tu sejak tahun 2022. Kerajaan ini sekaligus membuktikan... kejayaan ini sekaligus membuktikan prestasi kepimpinan kerajaan negeri ini pada ketika ini sangat cemerlang serta ber...setanding dengan negeri-negeri maju yang lain seperti Selangor dan Johor.
Pada tahun ini, kerajaan Pahang sudah pun berjaya mencatat kutipan sebanyak RM1.144 bilion melebihi sasaran ditetapkan RM1.137 bilion pada tahun ini. Berdasarkan kutipan terkini, kerajaan Pahang kini menjadi negeri di kedudukan ketiga mencatatkan kutipan hasil tertinggi selepas Selangor RM2.2 bilion dan Johor RM1.8 bilion. Pahang First. Maju Terus Pahang. Moto oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini dihayati, diterapkan dan terpahat di dalam hati untuk sama-sama kita majukan negeri ini.
Lihatlah hasilnya kerana angka tidak pernah berbohong. Ini saya pinjam kata-kata Yang Amat Berhormat. Rekod tadbir urus yang cemerlang ini adalah satu kejayaan yang pastinya menjadi kebanggaan seluruh rakyat Pahang. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita tahu bahawa kita sekarang ini telah pun memasuki musim tengkujuh. Penduduk di negeri ini diminta bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut atau
lebih dikenali sebagai musim tengkujuh di Malaysia yang sudah pun bermula bulan ini dijangka berlarutan hingga ke Mac pada tahun hadapan. Sepanjang tempoh musim tengkujuh ini, Pahang seperti kebiasaannya akan berdepan dengan bencana banjir.
Oleh itu, saya menasihati orang ramai khususnya mereka yang tinggal di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya perlu berpindah ke pusat perpindahan sementara atau PPS. Kerajaan Negeri bersama-sama agensi keselamatan lain pastinya sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir. Marilah kita sama-sama berdoa agar cuaca tidak seteruk seperti dahulu dan bencana besar tidak berlaku di negeri Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin memaklumkan bahawa saya akan menghadkan kepada lima (5) pertanyaan pada hari ini untuk dikemukakan bagi memberikan ruang kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar membentangkan Bajet Negeri Pahang 2025 sebentar lagi. Begitu juga pertanyaan lisan, saya akan hadkan kepada dua (2) atau tiga (3) sahaja soalan tambahan dan ianya mestilah ringkas, padat supaya kita tidak bersidang dalam masa yang…kita boleh bersidang dalam masa yang telah ditetapkan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sedang bersiaran secara langsung melalui Facebook Dewan Negeri Pahang. Oleh itu, kita perlu peka kerana kita sentiasa disaksikan dan diperhatikan dan dinilai oleh pengguna-pengguna media sosial.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga ingin memaklumkan bahawa kertas-kertas Mesyuarat Dewan Negeri telah pun diedarkan di dalam fail persidangan adalah bersifat embargo hingga 6 Disember 2024, hari Jumaat. Oleh yang demikian, kertas-kertas mesyuarat tersebut tidak dibenarkan untuk diulas dan dibahaskan sebelum tarikh tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Semambu untuk mengemukakan pertanyaan.
Yang Berhormat Dato’ Sri…
Sekejap saya nak mohon perhatian Dewan, Yang Berhormat Dato’ Sri. Sebab pagi ni ada banner-banner provokatif dinaikkan di kawasan DUN saya berkenaan dengan peruntukan. Jadi saya nak maklum er… pada Dewan saya tak ada kena mengena dengan banner ni yang mengatakan pengkhianatan kepada rakyat BN, DAP nafikan peruntukan wakil rakyat pembangkang dan yang kedua rakyat pilih wakil rakyat bukan pilih penyelaras. Cuma saya nak straight to the point tak ada kena mengena dengan saya dan bukan kerja sayalah nak buat provokasi murahan macam ni.
Okey. Okey. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Sri pun tahu kan, kalau saya nak buat saya buat press conference.
Okey… okey. Okey, terima kasih.
Kalau dia rasa tak puas hati nak saman…
Yang Berhormat kita, soalan yang pertama.
…kita jumpa di mahkamah. Alright. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Bagi pihak Yang Berhormat Semambu, saya kemukakan soalan pertama.
[Adakah Sistem Pentadbiran Tanah berasaskan Web Negeri Pahang yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang akan termasuk juga bagi urusan permohonan tanah dan semakan status permohonan tanah?]
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN kawasan Semambu yang soalannya dibacakan oleh ADUN daripada Tanah Rata yang bertanyakan soalan berhubung dengan Sistem Pentadbiran Tanah berasaskan Web Negeri Pahang yang akan diperkenalkan oleh negeri Pahang dan termasuklah juga urusan pemohonan tanah dan semakan status permohonan tanah.
Untuk makluman, Yang Berhormat daripada kawasan Semambu dan rakan-rakan Ahli-ahli Sidang Dewan, saya ingin maklumkan bahawa Kerajaan Negeri sekarang ini sedang ke arah pembangunan sistem e-Tanah bagi mengukuhkan urusan pentadbiran tanah yang akan juga melibatkan untuk permohonan tanah serta semakan status permohonan tanah dan lain-lain urusan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Secara tidak langsung dengan adanya sistem pembangunan e-Tanah ini, pelaksanaan e-Tanah di negeri Pahang ini akan memudahkan rakyat untuk
mendapatkan maklumat dan perkhidmatan secara atas talian berbanding dengan yang ada sekarang ini dan semua urusan berkaitan bayaran cukai tanah juga boleh dibuat di mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Pahang dan ini menjadikan sesuatu urusan itu lebih cepat dan cekap. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Boleh saya mencadangkan ataupun mengemukakan soalan tambahan.
Boleh. Sila.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja. Apakah status terkini berhubung dengan pembangunan sistem e-Tanah dan bilakah agaknya dijangka perkara ini atau sistem ini boleh diguna pakai oleh rakyat di negeri Pahang ni? Terima kasih Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada ADUN Tioman yang mengemukakan soalan tambahan. Buat pada masa ini. sistem e-Tanah ini masih belum dilaksanakan dan sehingga kini pihak kementerian dan kerajaan negeri dalam proses menyediakan kontrak perjanjian yang dijangka akan ditandatangani pada bulan Mac tahun hadapan. Setelah diteliti oleh pihak kerajaan persekutuan dan juga oleh pihak kerajaan negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang Negeri akan meneliti kontrak perjanjian tersebut dan selepas kontrak perjanjian tersebut dimulakan, insya-Allah pembangunan sistem ini akan bermula selepas 6 bulan kontrak ditandatangani dan dijangka pada bulan September 2025. Tempoh pembangunan sistem ini mengambil masa 24 bulan mengikut tempoh maksimum dan sistem ini akan go live untuk diguna pakai oleh semua rakyat Pahang menjelang tahun 2027. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, er… memandangkan er… tanah ini satu perkara yang baru dan mungkin rakyat juga ingin tahu lebih lanjut pada masa akan datang dan sekiranya jadi kenyataan, soalan saya berapa agak-agak anggaran pembangunan e-Tanah ini yang akan dilaksanakan dan dari segi kemanfaatan atau juga kelebihan yang diterima oleh rakyat pengguna sistem e-Tanah ini dan soalan kedua saya. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Yang Berhormat Speaker. Sudah tentulah apa yang dibuat oleh kerajaan negeri mendatangkan faedah kepada rakyat dan begitu juga dengan sistem e-Tanah ini mendatangkan faedah kepada rakyat. Apa yang menariknya ialah sistem e-Tanah ini tidak melibatkan kos kerajaan negeri. Kos adalah ditanggung oleh kerajaan persekutan sebanyak RM128 juta dan kontrak ini memakan masa lebih kurang 14 tahun dan faedahnya banyak.
Antaranya ialah Ease of Doing Business, dengan izin kita boleh menarik minat pelabur dan yang kedua semua pemilik-pemilik tanah dia boleh akses di mana-mana tidak perlu pergi ke pejabat daerah atau pun pejabat tanah. Dan kita boleh meningkatkan kutipan hasil tanah seterusnya boleh mempercepatkan urusan tanah. Kita juga boleh mengelakkan daripada berlakunya penipuan melalui sistem e-Tanah ini dengan adanya sistem ini datanya lebih komprehensif dan bersepadu dan er… sudah tentulah ianya meningkatkan lagi kecekapan. Sebab itulah Kerajaan Negeri er… bersetuju dengan sistem e-Tanah ini yang mana ianya telah diluluskan oleh Kabinet. Terima kasih Dato’ Sri Speaker.
Soalan seterusnya.
Terima kasih. Pertama sekali saya ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kerajaan negeri. Sistem e-Tanah ini sebenarnya telah pun diguna pakai di beberapa buah negeri dan saya tengok sangat efisien dan sangat berkesan. Insya-Allah, dengan harapan tadi kita akan lebih mempercekapkan urusan kita. Cuma saya ingin dapat penjelasan. RM128 juta ditanggung oleh kerajaan persekutuan sepenuhnya, bukan pinjaman? Yang keduanya, apakah mekanisme boleh diwujudkan untuk synchronize dengan pihak PBT? Contohnya, pembayaran cukai pintu dan sebagainya yang juga boleh dibayar melalui sistem e-Tanah bukan hanya di antara pejabat daerah sahaja. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya ucapkan terima kasih juga kepada ADUN Cheka kerana ketika Kabinet membincangkan e-Tanah ini, Yang Berhormat ADUN Cheka adalah salah seorang daripada Jemaah Menteri yang menyokong e-Tanah. Terima kasih. Dan RM128 juta duit kerajaan persekutuan bukan pinjaman selama 14 tahun dan er… sama ada kita nak synchronize dengan PBT dan sebagainya kita lihat kepada perjanjian yang akan diteliti oleh kedua-dua pihak kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dan sekiranya ada keperluan kebaikan untuk negeri pada masa itu, kita akan masuk. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Soalan seterusnya soalan nombor 2.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya kemukakan pertanyaan nombor 2.
[Masalah ketidakhadiran pelajar ke sekolah antara masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah terutama bagi pelajar Orang Asli. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ketidakhadiran pelajar tersebut?]
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Terima kasih kepada ADUN err… Kemayan yang mengemukakan soalan kedua berkaitan dengan isu keciciran di kalangan pelajar Orang Asli.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua Speaker,
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang sentiasa memberikan perhatian yang serius kepada isu ketidakhadiran dan keciciran pendidikan termasuk dalam kalangan anak-anak masyarakat Orang Asli. Kementerian Pendidikan Malaysia merujuk kepada definisi keciciran iaitu murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan iaitu bersekolah tetapi keluar daripada sistem sebelum tamat tempoh pendidikan. Pada tahun 2024, kadar keciciran di peringkat sekolah menengah dalam kalangan murid Orang Asli adalah sebanyak 9.98% dengan mengambil kira kadar transisi murid Tahun 6 23 err… 2023 ke Tingkatan 1 2024. Statistik ini merangkumi murid-murid Orang Asli di sekolah KPM sahaja. Dari segi kehadiran pula, kesemua 29 buah Sekolah Murid Orang Asli (SMOA) di negeri Pahang menunjukkan prestasi err… peratus kehadiran melebihi 70% sehingga bulan September tahun 2024.
KPM atau Kementerian Pendidikan Malaysia melalui JPN Pahang telah melaksanakan beberapa program bagi meningkatkan peratus kehadiran murid Orang Asli ke sekolah. Antara program-program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2024 ialah Program Melonjakkan Kehadiran Murid dipanggil Prolokid dan Chup Badui Sikulah (CBS) khusus untuk memberi akses pendidikan asas kepada kanak-kanak Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman. KPM juga bersama-sama dengan PIBKS iaitu Persatuan Ibu Bapa Kerjasama Swasta juga mengadakan sesi libat urus dan Program Ziarah Cakna bersama-sama komuniti Orang Asli di perkampungan masyarakat Orang Asli bagi menangani isu kehadiran dan keciciran murid Orang Asli.
KPM turut bekerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli atau JAKOA dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam mengesan kanak-kanak Orang Asli yang sepatutnya berada dalam sistem pendidikan tetapi tidak bersekolah. Program Turun Padang Sistem err… Program Turun Padang ini melibatkan pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah, JAKOA, PIBKS dan NGO. Matlamat utama adalah untuk menjelaskan kepentingan pendidikan dan meyakinkan komuniti Orang Asli bahawa anak-anak mereka berpotensi untuk cemerlang dalam bidang akademik mahupun dalam bidang suk er… kokurikulum termasuk sukan sekiranya mengikuti pendidikan formal di sekolah. Pihak JAKOA pula membantu menyediakan kemudahan asas persekolahan, bantuan wang saku dan kemudahan pengangkutan murid ke sekolah terdekat.
Di samping program yang dilaksanakan, peluasan Program Sekolah Model Khas Komprehensif dipanggil Khas 9 (K9) juga merupakan salah satu strategi KPM dalam usaha menangani isu kehadiran dan keciciran murid Orang Asli yang tinggal jauh di pedalaman dan kawasan terpencil. Peluasan Sekolah K9 pasti mampu mengurangkan kadar keciciran transisi murid dari Tahun 6 ke Tingkatan 1 kerana murid tidak perlu bertukar ke sekolah lain bagi mengikuti pendidikan di peringkat menengah rendah. Sehingga kini, sebanyak 4 buah sekolah K9 yang telah dibuka di Negeri Pahang iaitu Sekolah Kebangsaan Satak di Raub, Sekolah Kebangsaan Penderas di Temerloh, Sekolah Kebangsaan Kedaik di Rompin dan Sekolah Kebangsaan Bandar 2, Paloh Hinai Pekan. Makna K9 ini Tahun 1 hingga Tahun 6 itu di situ dan Tingkatan 1 sampai Tingkatan 3 jadi enam campur tiga, sembilan tahun dia tak payah pergi ke sekolah err… luar la menengah rendah.
Dan err… model ini sebenarnya telah juga diperkenalkan di err… di SK Betau di kawasan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja er… Menteri Besar. Setelah melihat kejayaan pelaksanaan er… K9 ini, melalui cadangan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar kepada kementerian, kepada menteri pada ketika itu yang datang melawat ke SK Betau. KPM telah meluaskan konsep Sekolah Model Khas Komprehensif Sembilan ini kepada Sekolah Model Khas Komprehensif Sebelas atau dinamakan sebagai K11 iaitu pendidikan bermula dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 maknanya 9 tahun err… 11 tahun makna Tingkatan 1, Darjah 1 sampai Darjah 6… enam tahun, Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5… lima tahun. Jadi enam campur lima, sebelas err… sebelas dipanggil K11. Tahniah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar atas inisiatif yang telah mencadangkan dan projek perintis yang dilaksanakan ialah di SK RPS Betau, Kuala Lipis, di kawasan er… DN Jelai, Pahang bermula pada sesi er… ini sesi ini bermula pada tahun 2023/2024.
Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Program Kampung Angkat MADANI untuk merancakkan lagi ekonomi di peringkat komuniti penduduk desa. Ia juga bertujuan merapatkan jurang bandar dan luar bandar terutama berkaitan dengan kemudahan asas seperti air, elektrik, jalan, capaian internet dan lain- lain. Rancangan Penempatan err… Semula (RPS) Betau, err… di RPS Betau Kuala Lipis telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI, Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2024 selaras dengan saranan Kerajaan Malaysia, Alhamdulillah, terima kasih, tahniah. Terima kasih kepada KPM dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar atas inisiatif, memberi cakna dan prihatin terhadap kemajuan err… dan peningkatan err… pendidikan bagi anak-anak masyarakat Orang Asli.
Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan untuk melaksanakan Program Kampung Angkat MADANI di RPS Betau. SMK Betau turut mendapat manfaat dari program ini dengan kewujudan kelas pintar, kelas digital serta menambahbaik lagi kemudahan capaian jalur lebar untuk kegunaan murid, guru dan komuniti setempat. Bagi menunjukkan sokongan terhadap usaha ini, Kerajaan Negeri Pahang juga telah bersetuju untuk menyumbang dua unit perkakasan Satelite Starlink High Performance 1TB kepada SMK Betau yang berjumlah RM91,400.00 semuanya. Ini dapat meningkatkan lagi minat murid untuk ke sekolah dan mengurangkan ketidakhadiran dan keciciran di kalangan murid Orang Asli. KPM sentiasa komited dalam usaha menangani isu ketidakhadiran ke sekolah yang membawa kepada isu keciciran pendidikan dalam kalangan anak-anak masyarakat Orang Asli dan memastikan hak setiap kanak-kanak di negara ini untuk mendapatkan akses pendidikan yang berkualiti diberikan keutamaan. Terima kasih Dato’ Sri Speaker.
Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Adakah ada perancangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri untuk er… menaiktaraf SK Tembangau 6 yang berhampiran dengan Pos Iskandar bagi menaiktaraf menjadikan sekolah tersebut sekolah K9 atau K10 yang mana kemudahan fizikalnya telah lengkap tetapi tidak diberikan kemudahan untuk ke sekolah tersebut berbanding sekarang pelajar-pelajar daripada Pos Iskandar terpaksa berulang ke SMK Tembangau yang jaraknya lebih jauh. Terima kasih.
Terima kasih err… rakan saya daripada Kemayan. Sepertimana saya telah maklumkan bahawasanya err… model khas ini yang K9 ini dia tiada K10, dia ada K9, maknanya ataupun err… K11. Ini telah diperkenalkan dan dilihat bahawasanya ianya memberi kesan yang baik. Sebenarnya perkara ini telah disuarakan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja kepada Yang Berhormat Menteri semasa Yang Berhormat Menteri membuat lawatan ke SK RPS Betau di Lipis. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri melalui pengalaman telah maklum kepada Yang Berhormat Menteri bahawasanya anak-anak pelajar ini tadi bila dia habis Tahun 6, dia nak menyambung ke Tahun err… Tingkatan 1 itu dia berbelah bagi. Ini masalah dia bila dia balik habis sekolah itu dia masuk ke… balik ke perkampungan jadi kecenderungan untuk balik semula itu dia… err… dia menurun.
Jadi apa yang terjadi setelah disarankan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja maka program yang K9 ini diwujudkan iaitu dia tak payah pergi ke sekolah lain, dia…di situ. Malahan Yang Amat Berhormat Dato' Sri kata kalau bolehnya biar pelajar tu duduk situ daripada darjah satu sampai tingkatan lima. Supaya dia biasa, maklum dia bila tukar sekolah lain, dia akan dia rasa environment lain tu dia lain pulak. Jadi kita nak suruh biasakan. Yang pentingnya kita yakin iaitu ilmu ni, kalau kita nak berjaya di dunia, ilmu. Berjaya di akhirat ilmu, nak belajar dunia nak berjaya di dunia dan akhirat, ilmu pendidikan ini kita tekankan.
Dan ekoran daripada tu Yang Berhormat Dato' Sri telah mencadangkan dan ianya telah diambil oleh KPM. Dia buat di SK Betau tu yang jadi modal tu. Dan sekarang ni Yang Berhormat Dato' Sri maklumkan kalau boleh di situ buat asrama. Bila kita buat asrama, jadi murid tu bila dia duduk di asrama, dia tak payah berulang alik, berulang alik. Tapi kalau berulang alik itu pasal insentif yang kita bagi tu kita bagi makluman kepada JAKOA bagi insentif supaya dapat angkut anak-anak pelajar ni tadi pergi ke sekolah.
Jadi soalan tadi sama ada err... SK Iskandar ya yang di Bera ni tadi dapat di wujudkan model yang K9. Dan selepas dia mesti pergi ke K9 dulu baru dia pergi ke K11. Tapi Insya-Allah perkara ni akan dilihat di tangani kerana tujuannya untuk mengelakkan keciciran. Tetapi pada masa yg sama, inisiatif oleh pihak kerajaan ialah kita mengwujudkan atau memberi pengkhususan kepada masyarakat Orang Asli sendiri untuk menjadi pendidik. Sebab tu kalau kita lihat IPG Tengku Ampuan Afzan di Lipis ni, dia ada kursus yg khas untuk yang masyarakat Orang Asli. Di mana pelajar pelajarnya terdiri daripada pelajar-pelajar di kalangan masyarakat Orang Asli. Dan setelah mereka tamat kursus graduate, graduan-graduan ini akan ditempatkan di sekolah-sekolah Orang Asli ni tadi. Biar dia bercakap kepada menjelaskan bukti bahawasanya melalui pendidikan mereka boleh jadi pendidik berjaya. Jadi,
sebahagian besar lebih kepada 90% di kalangan graduan-graduan di IPG termasuk di Tengku Afzan di Lipis ni tadi. Dia akan ditempatkan di sekolah-sekolah Orang Asli yang dalam Pahang ni. Antaranya ialah 29 buah. Dan mereka jugalah yang akan beri rangsangan bercakap mengenai pendidikan.
Dan kita lihat misal contoh kejayaan di kalangan anak-anak Orang Asli sendiri. Misal contohnya, Yang Berhormat Dato’ Dr Ramli bin Mohd Nor, Timbalan Speaker Dewan Rakyat. Bukti daripada Pegawai Kanan Polis sekarang menjadi Ahli Parlimen Cameron Highlands dan juga menjadi Timbalan Speaker, Ketua Pengarah JAKOA sendiri adinda ataupun adik kepada Yang Berhormat Dr Ramli bin Mohd Nor menjadi Ketua Pengarah JAKOA dan Yang Berhormat Senator sedia ada adalah bekas Senator kita, Dato’ Engineer Ajis Sitin, Engineer Ajis Sitin. Dulu engineer Jurutera JKR, dia lantik sebagai Senator Ahli Dewan Negara.
Antara yang kita nak sebut satu persatu dan inilah sebenarnya inisiatif yang kita buat dan kalau secara misal contohnya, semua ini dapat menimbulkan kesedaran. Mungkin sistem ataupun K9 sendiri tidak diperlukan. Tapi kalau kecil misal, contohnya keciciran… kadar keciciran tu masih tinggi, maka bukan saja K9 yang kita wujudkan K11, malahan saranan Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja untuk mewujudkan asrama bagi masyarakat pelajar-pelajar Orang Asli ini hendaklah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih. Terima kasih.
Speaker soalan. Saya mohon untuk satu soalan tambahan.
ADUN lantikan pertama kali. Boleh.
Terima kasih YB Dato' Sri dan Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Baik, kalau kita dapat lihat bahawa usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat berhubung dengan sekolah untuk Orang Asli ni, saya kira satu perkara yang sangat baik dengan ada K9 dan k11 ni. Cuma kita dapat lihat bahawa bila prasarana-prasarana yang disediakan oleh kerajaan ini telah ada, telah wujud cuma isu yang yang saya rasa membelenggu masyarakat Orang Asli pada hari ini adalah berhubung dengan sikap sambil lewa ibu bapa untuk memberikan pendidikan seawal mungkin kepada anak-anak Orang Asli ni. Jadi soalan saya, apakah usaha kerajaan negeri untuk menimbulkan kesedaran kepada keluarga Orang Asli ni supaya menumpukan memberikan persekolahan seawal mungkin kepada anak-anak Orang Asli. Terima Kasih Dato' Sri.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Terima kasih kepada ADUN dilantik. Yang membangkitkan isu sikap ibu bapa ni. Saya nak berikan satu penegasan dan jaminan bahawa kesedaran di kalangan ibu bapa masyarakat Orang Asli ni dah semakin baik, dah semakin baik. Dan kita lihat misal contohnya. Saya nak paparkan nak maklum nak kongsikan bahawasanya. Cuba kita lihat dalam tahun 2023. Dalam peperiksaan SPM,
senarai calon anak-anak murid Orang Asli yang mendapat sekurang-kurangnya 5A, 5A ada 41 orang... 41. Dan dalam tahun itu juga ada seorang anak Orang Asli daripada Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong, ni Dong ni. Nama Dia Nur Dalilah binti Abdul Malik, dapat 9A dalam SPM. Ini... ni sebagai gambaran. Dulu kita tak pernah fikir pelajar-pelajar ni sebab mereka di kalangan masyarakat Orang Asli yang biasa.
Tetapi oleh kerana kita kena faham sebahagian besar daripada masyarakat Asli duduk dalam pedalaman yang kita nak bagi kesedaran supaya memberi perhatian kepada aspek pendidikan bagi mentransformasikan masa depan mereka. Sebab tu apa yang kita buat Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, kita turunkan ikon-ikon Orang Asli yang berjaya ni tadi. Macam saya maklumkan tadi guru sekarang ni. Guru-guru di kalangan Orang Asli ni kita terima masuk dalam IPG kita bagi latihan. Kemudian mereka ni keluar kepada masyarakat Orang Asli menjelaskan, kalau dulu kita yang menjelaskan sekarang ni mereka menjelaskan dalam bahasa mereka Kaum Semai, Kaum Negrito, Kaum Jakun. Dia bercakap tu tengok ni cikgu dia ni.
Kita biasa macam kita dulu kan macam kita ni macam saya ni. Contohnya kita dulu Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja, kita di belah hulu ni belah sana. Sebenarnya cikgu dah sampai sekarang ni cikgu yang mempengaruhi kita. Cikgu yang ke bawah ikutlah dia berjayalah ni dengar cikgu. Jadi kalau cikgu ni datang kalangan masyarakat Orang Asli, dia akan tengok kena pergi sekolah. Berjaya dari segi tu, Alhamdulillah. Dan kita turunkan ikon-ikon macam Timbalan Speaker. Macam Ketua Pengarah JAKOA, Pengarah JAKOA, Cikgu Jo, misalnya contoh bekas mantan Pengarah dulu dia turun penjelasan.
Insya-Allah kita bagi jaminan bukan saja Kerajaan Pusat Kerajaan Negeri bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri yang mempunyai masyarakat Orang Asli yang ramai juga di Jelai ni. Yang saya tahu tu Dato’ Sri tengok-tengok apa nama berbagai kemudahan yang dia bagi termasuk jalan-jalan yang pergi ke kawasan-kawasan yang terpencil. Dulu tak pernah terfikir kalau pergi sana duduk malam tu saya tidur sana sekarang boleh pergi melancong naik bas. Alhamdulillah, inilah usaha kita. Tapi kita kena sabarlah. Maknanya Insya-Allah, terima kasih pada Yang Berhormat yang membangkitkan keprihatinan tentang kita perlu juga mengorak langkah bawa bimbing masyarakat Orang Asli termasuk anak-anak Orang Asli supaya mereka dapat diberikan peluang untuk merubah nasib diri dan keluarga. Insya-Allah. Usaha berkesan. Terima kasih.
Dan soalan seterusnya. Soalan nombor 3. Panjang Yang Berhormat ni memberikan jawapan yang very komprehensif. Soalan Nombor 3. ADUN Tioman.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, kalau saya tanya soalan tambahan tadi lagi panjang lagi. Saya ingin kemukakan soalan nombor tiga. Terima kasih.
[Apakah status cadangan pembinaan masjid baru di Kampung Tekek, Pulau Tioman ketika ini. Adakah kelulusan peruntukan melalui Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri?]
Yang Berhormat Datuk Sri Speaker,
ADUN Tioman menanyakan tentang pembinaan masjid di Kampung Tekek. Pun Tekek ni sebenarnya dah ada masjid, cuma masjid dia agak lama. Jadi dia perlu kepada Masjid baru. Sebenarnya kerajaan negeri memang prihatin tentang pembinaan masjid. Sebab itulah di negeri Pahang sekarang ini kita memiliki sebanyak 690 buah masjid, Alhamdulillah. Di Kampung Tekek ni nak bina masjid baru memang kerajaan juga…kerajaan negeri juga memberi perhatian. Sebab itu juga pihak JKR bersama Pejabat Pembangunan Negeri telah membuat permohonan peruntukan kepada pihak MOF. Dan kerajaan negeri sendiri telah mengenal pasti lokasi tapak. Ada beberapa tapak cadangan, seandainya peruntukan itu telah tersedia nanti, insya-Allah kita akan binakan masjid.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker.
Terima kasih. Soalan yang ke-4.
Soalan berkaitan tambahan. Ya, memandangkan masa agak terhad, cuma saya cuba ringkaskan. Saya ucap terima kasih dan tahniah kepada wakil kerajaan yang telah memberi jawapan yang sangat baik dan saya ingin kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah dan syabas juga kepada wakil kerajaan yang memegang portfolio tersebut serta kerajaan persekutuan dan juga kerajaan negeri di mana di daerah Rompin, khususnya di sebelah DUN Tioman juga telah menerima bajet untuk tiga buah masjid baru ya. Di Kampung Perpat, Kampung Selendang, Felda Selendang Dua dan yang… yang ketiga dah siap. Bila-bila masa sahaja akan dibangunkan solat Jumaat.
Cuma soalan saya soalan tambahan saya sekiranya masjid di Pulau Tioman ini menjadi kenyataan dapatlah kiranya dicadangkan masjid di Tekek ini menjadi satu ikon kepada keseluruhan kampung-kampung di Pulau Tioman itu sama ada dinaik taraf seperti masjid mukim ataupun yang setaraf dengannya sebagai lambang keberadaan di gugusan Pulau Tioman yang ada hampir 23 pulau semuanya. Terima kasih Tuan Speaker.
Cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, jangan tak bangun. Cadangan yang baik dan apa namanya. Memang patut masjid ini bukan di Tekek je. Di mana-mana kita pastikan dia tu jadi ikon. Jadi, sebab itu Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, dia memperkenalkan bantuan kepada setiap masjid, 690 buah masjid ini dengan jumlah RM10 ribu.
Tujuannya apa? Nak memotivasikan jawatankuasa masjid itu supaya memastikan institusi masjid itu menjadi sebuah ikon kepada ahli kariah itu. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Ya, Yang Amat Berhormat.
Saya mohon mencelah boleh. Untuk makluman rakan saya daripada Tioman. Bab masjid ni jangan bimbanglah. Saya dah bagitau kepada Ahli-ahli Dewan semenjak 6 tahun saya jadi Menteri Besar ni sebanyak 38 buah masjid telah pun dibina di negeri Pahang dan akan dibina dengan kos RM117 juta. Jadi ADUN Tioman yang Kampung Tekek tu dalam proses la ya. Cuma saya nak tahu sapa nama Tekek tu ye. Terima kasih.
Tekek ni tercekik.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Saya pun teruja dengan soalan cepumas tu. Jadi saya nak jawab pun risau je takut salah. Tapi cerita-cerita orang tua dulu. Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja, Tekek ni asal ada tokek. Cicak. Cicak Tokek. Cicak yang harga mahal tu. Jadi di Pulau Tioman ni khususnya di Tekek ni cicak tu banyak. Jadi siapa yang nak tengok cicak tu datanglah beramai-ramai ke Pulau Tioman. Itu saja. Terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya kita silakan? Soalan No. 4. Kita ucap tahniahlah kepada Yang Berhormat kita baharu dikurniakan Dato’.
Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Soalan saya soalan ke-4.
[Projek Perumahan PR1MA Sungai Karang Darat telah tertangguh hampir 2 tahun;
a) Bilakah tarikh jangkaan baharu penyerahan rumah tersebut boleh
dilakukan?
b) Apakah punca kelewatan berlaku?]
Assalamualaikum WBT. Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kepada rakan saya daripada Beserah kerana telah mengemukakan soalan berkaitan perumahan.
Untuk makluman sidang Dewan. Makluman ADUN Beserah. Pembinaan projek ini telah kita mula laksanakan pada tahun 2021 dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP). Kita terima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana dahulu di bahagian perumahan kita telah mewujudkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang untuk memastikan projek-projek perumahan kita dapat diteruskan dengan lebih baik lagi untuk rakyat negeri Pahang. Dan LPHP ini sentiasa memantau projek-projek pembangunan ini secara berkala dan bagi memastikan projek ini dapat disiapkan mengikut spesifikasi dan juga keperluan yang ditetapkan. Dan untuk makluman sidang Dewan.
Projek ini telah mencapai peratusan sehingga 90% buat masa sekarang di mana bangunan rumahnya telah siap sepenuhnya dan hanya kerja-kerja yang berkaitan seperti kerja-kerja paip retikulasi luaran, kerja-kerja jalan dan juga proses ujian serta pematuhan sistem rawatan berpusat perlu disiapkan. Dan jangkaan siap projek ini adalah pada tahun ini hujung tahun ini dan sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) adalah dijangka pada Februari tahun 2025.
Soalan yang berkaitan dengan kelewatan adalah, pertamanya dari segi pemantauan kita yang sentiasa berlaku yang dilakukan setiap masa oleh LPHP. Punca kelewatan berlaku sebelum ini adalah pertamanya disebabkan kita terpaksa melalui pandemik… pandemik COVID-19 dan juga di mana adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah merencatkan perjalanan pembangunan Projek PR1MA Pahang ini. Dan susulan daripada itu juga akibat pandemik COVID-19 ini juga telah menyebabkan peningkatan harga bahan-bahan binaan dan juga tenaga kos kerja yang telah memberi kesan kepada aliran tunai dan juga keupayaan pemaju-pemaju yang melaksanakan sebarang Projek PR1MA Pahang ini dan kelulusan pinjaman juga, pembeli juga mengambil masa yang agak lama dan aliran tunai pembangunan terpaksa juga ditanggung oleh pihak pemaju.
Sila Yang Berhormat.
Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Sri Speaker soalan tambahan berkaitan dengan Projek PR1MA yang saya kemukakan ini. Ada sebahagian daripada pembeli ini telah dipotong bayaran sejak Februari 2023. Maknanya dah setahun lebih bayar rumah tak siap. Sepatutnya siap pada hujung pada awal 2023. Apakah inisiatif ataupun bantuan pihak kerajaan supaya sekiranya berlaku kelewatan seperti ini? Ada…ada intervensi daripada pihak berwajib supaya stop dulu pemotongan supaya tidak terbeban kepada pembeli. Pembeli kena sewa rumah dalam masa sama kena bayar rumah dia beli. Jadi kalau ada intervensi atau campur tangan pihak agensi berwajib yang boleh mengekang daripada pihak kewangan memotong gaji mereka. Maka ini akan membantu pembeli. Itu yang pertama.
Soalan yang kedua, sekiranya kelewatan berlaku dan pembeli ingin membatalkan niat untuk membeli projek Perumahan PR1MA ini bolehkah wang pendahuluan mereka dikembalikan, kerana ada beberapa kes perumahan di kawasan saya itu PR1MA juga yang tidak. Tak mula pun sepatutnya dah dah bermula tak mula pun lewat jugak. Pembeli nak mintak duit balik. Pemaju hanya boleh bagi 50% separuh sahaja. Yang ini adalah satu saya rasa ketidakadilan berlaku kepada pembeli sekiranya mereka ingin menukar pandangan ataupun idea mereka untuk memiliki rumah.
Terima kasihlah kepada rakan saya daripada Beserah. Kalau ada berlaku perkara-perkara yang berkaitan tu boleh jugak kita mesej tepi. Tak apa kita boleh bincang baik-baik dan juga untuk makluman sidang Dewan, sebagai contohnya, kerajaan sentiasa kita mengambil tahu tentang permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh pembeli-pembeli. Dan perkara ini sentiasa dibincangkan dari masa ke semasa sama ada dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ataupun dalam Lembaga LPHP yang sentiasa kita untuk memastikan bahawa tidak ada pembeli-pembeli yang dianiayailah. Sebagai contohnya di PR1MA Cherating.
PR1MA Cherating yang kita membuat 60 ekar, kita ada menghadapi masalah oleh pemaju-pemaju yang berkaitan mengambil kira masalah yang melibatkan pembeli-pembeli dan kerajaan sendiri. Kerajaan negeri bersetuju mengeluarkan peruntukan untuk membayar balik kepada pembeli-pembeli yang telah menandatangani perjanjian jual beli bagi membolehkan pembeli-pembeli tersebut terutamanya penjawat-penjawat awam membeli rumah lain pula. Kita tak nak kalau tak jadi rumah tu tak jadi buat.
Akhirnya pembeli tersebut menghadapi masalah dalam pinjaman. Terutamanya penjawat awam tak boleh pula nak beli rumah lain. Tapi Kerajaan Negeri bersetuju untuk membantu pembeli-pembeli ini dengan kita mengeluarkan peruntukan untuk melunaskan kembali. Sebagai contoh di kawasan YB itu di Cherating, kita bayar balik. Dan kita akan tengoklah apa yang YB bagi tahu tadi. Kita akan tengok dari aspek-aspek perundangan. Maknanya boleh tak kita intervensi untuk dalam proses tersebut tak… tak dapat meneruskan bagaimana… dah lewat ni kita akan tengok macamana untuk kita membantu pembeli-pembeli terbabit tapi bolehlah datang kepada kerajaan negeri yang sentiasa terbuka untuk membantu mengatasi masalah-masalah yang berkaitan seperti mana YB Beserah maklumkan tadi. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih…
After that. Tak apa…
Terima kasih YB Speaker. Saya ingin dapat maklumat yang lebih detail mungkin bertulis tentang berapa jumlah projek perumahan sakit yang dikategorikan sakit di seluruh Pahang dan status progress projek tersebut. Mungkin dia akan melibatkan fakta, mungkin saya rasa… saya pulang sama ada boleh jawab atau bertulis.
Kita tidak dapat nafikanlah…tidak dapat nafikan dalam sebarang pelaksanaan projek-projek sama ada projek kerajaan ataupun projek agensi-agensi berkaitan mesti ada akan ada menghadapi masalah. Terutama yang membabitkan pemaju-pemaju. Kadang-kadang keupayaan dari segi pelaksanaan kewangan dan sebagaimana yang daripada Cheka, YB Cheka, kita akan berikan jawapan yang apa secara bertulislah. Sebab fakta ni tak ada pada saya sekarang maknanya dah berapa siap ni secara tepatlah nanti saya salah cakap nanti masalah juga. Dan kita LPHP akan sentiasa memantau perkara ni dan mana yang masalah tu kita akan cuba baikkan... penambah baik mengganti projek-projek tersebut dengan pemaju-pemaju lain untuk memastikan setiap projek-projek yang kita buat ni dapat disiapkan walaupun dengan harga yang sangat rendah.
Kita ingin memastikan bahawa tawaran perumahan yang sebegini dapat dimiliki oleh setiap rakyat yang memerlukan rumah dalam negeri Pahang ni. Insya-Allah, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ada, sila.
Terima kasih.
YB bagi…
Soalan tambahan, terima kasih Dato' Sri Speaker. Cuma saya nak tanya apakah kemungkinan LPHP negeri kita sendiri untuk mengambil alih ataupun membuat peranan…yang mengambil peranan yang lebih… apa tu terperinci untuk menyelesaikan masalah Perumahan Mesra Rakyat ini? Sebab memang kita semua tahu projek-projek PR1MA ni banyak banyak masalah dan di kawasan Kampung Lebu juga tahun 2020 sampai sekarang... 4 tahun belum diserah lagi dan mereka bayar pinjaman tu seperti mana dinyatakan oleh Beserah.
Jadi saya nak tahu bolehkah kerajaan negeri kita pertimbangkan atau bincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk kita bantu LPHP mengambil lebih aktif peranan untuk menyelesaikan semua masalah ini.
Terima kasih daripada Ketari. Masa kita menubuhkan LPHP dan kita mendapati bahawa kita on direct the right track untuk memastikan dengan izin, Yang di-Pertua. Kita sentiasa memantau dan kita mengambil tindakan-tindakan yang proaktif kerana kita ada Lembaga Perumahan LPHP yang mempunyai ahli-ahli lembaga yang
dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri yang tahu kita terpaksa bentangkan dalam LPHP ni, setiap permasalahan yang diambil kira… diketengahkan, setiap projek-projek yang kita kategori yang perlu kita bantu sebagaimana yang berlaku di Cherating.
Dan inilah kebaikannya kita tubuhkan LPHP sebab kita nak mempercepatkan proses. Dulu kita ada Bahagian Perumahan. Jadi mungkin mengikut prosedur-prosedur yang mungkin lewat sikit… lambat sikit. Tapi dengan adanya LPHP kita, tindakan proaktif ini telah menyebabkan banyak projek-projek yang telah kita revisekan balik semula untuk kita percepatkan. Contoh baru-baru ni kita adakan town hall dengan izin, untuk bersama dengan pemaju-pemaju. Kita nak tahu semua apa masalah yang dihadapi supaya kita setiap dari masalah itu akan dapat kita atasi dengan sebaik mungkin untuk kita mempercepatkan penyiapan rumah ni.
Ini adalah satu inisiatif yang kita kata daripada kerajaan negeri melalui LPHP ni nak mempergiatkan lagi…mempercepatkan lagi projek perumahan untuk membantu rakyat ni. Tapi cadangan Yang Berhormat daripada Ketari itu akan kita lihat dan kita bincangkan. Dan kita cuba bincangkan dalam Lembaga LPHP mengikut kesesuaianlah.
Sila soalan terakhir.
Sikit je. Terima kasih Speaker yang prihatin. Soalan saya, apakah jenis program-program perumahan yang dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk membolehkan rakyat negeri Pahang memiliki rumah dengan harga yang sesuai dan berpatutan? Dan yang kedua berapakah jumlah rumah yang telah siap dan berapakah nilai dan jumlah keseluruhan rumah-rumah tersebut? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, kalau boleh kita nak cepatkanlah. Nanti kita nak sembahyang Jumaat ni… kita ada pembentangan bajet daripada Yang Amat Menteri Besar lagi. Ni terlibat nanti dengan Kuala Sentul ni lagi panjang...
Sikit... sikit je.
Duduk, duduk jugak saya nak jawab dulu. Ni rumah ni memang famous la.
Kalau Sentul boleh…boleh maklumkan dalam perbahasan.
Tak apa, saya bagi ruang. Tenanglah tenang...sabar...sabar tenang. Takpe, hari pertama baru. Ya. Yang pertamanya, saya nak terima kasih kepada rakan saya daripada Chini kerana telah mengutarakan berkenaan dengan jenis-jenis projek perumahan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.
Saya di sini dengan hati sebagai rakyat Pahang dan juga sebagai wakil Kerajaan, saya nak mengucapkan setinggi-tinggi terima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang kerana telah begitu mengambil berat di atas keperluan asas human needs dengan izin Yang di-Pertua, dengan mengilhamkan banyak idea-idea dan juga program-program perumahan untuk rakyat dalam negeri Pahang dan menyediakan kediaman yang mampu milik dan selesa untuk rakyat khususnya dalam negeri Pahang kita dan mereka juga dapat meningkatkan lagi mutu kehidupan yang lebih berkualiti bersama keluarga.
Ini antara inisiatif yang sangat baik daripada Kerajaan Negeri Pahang. Pertamanya, kita mewujudkan PR1MA Pahang, Rumah Makmur, Rumah Penjawat Awam Pahang, Rumah Rakyat Pahang (RRP), Rumah Mesra Pahang, Rumah Pahang bagi FELDA. Dan ini semua telah membawa banyak kebaikanlah kepada rakyat negeri Pahang dan sehingga kini hingga ke Oktober 2024 lebih kurang 16,000 unit rumah yang bernilai hampir RM500 juta telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang kita. Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Soalan seterusnya. Soalan ke 5 soalan terakhir.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker saya kemukakan soalan nombor 5.
[Projek laluan Bentong - Pelangai pernah disenaraikan dalam Pakej 6 Lingkaran Tengah Utama (LTU). Adakah projek tersebut masih diteruskan dan apakah status pelaksanaannya?]
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Selamat pagi Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Terima kasih kepada Sabai yang mengemukakan pertanyaan berkenaan status laluan Projek Bentong-Pelangai yang pernah disenaraikan dalam Pakej Lingkaran Tengah Utama (LTU).
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, untuk makluman Projek Jalan Lingkaran Tengah Utama ataupun ringkasnya LTU sebelum ini dikenali sebagai Central Spine Road ataupun CSR adalah sebuah lebuh raya tanpa tol yang menghubungkan dari Kuala Krai, Kelantan ke Persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur di Pahang.
Jadi lebuh raya ini dijalankan secara berperingkat bermula dengan Rancangan Malaysia Ke-9 lagi berdasarkan keutamaan kepada aspek keselamatan penyuraian,
kesesakan lalu lintas dan juga kesinambungan jajaran. Pada asalnya, pembinaan lebuh raya ini dipecah kepada 6 pakej... kepada 6 pakej.
Pakej Pertama tu daripada Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit iaitu sejauh 47 kilometer. Kuala Krai di Kelantan. Kemudian daripada jambatan, Pakej Keduanya dari Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang sejauh 60.41 kilometer dan Pakej Ketiganya daripada Gua Musang ke Kampung Relong sejauh 85.2 kilometer. Pakej Keempat, Kampung Relong ke Raub sejauh 44.65 kilometer dan Pakej kelimanya daripada Raub ke Bentong, sejauh 54.1 kilometer dan Pakej Keenam er... daripada Bentong ke Simpang Pelangai, Pahang sejauh 47.5 kilometer.
Jadi, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, untuk Pakej Keenam ni, boleh dipecahkan kepada 4 sub pakej iaitu Pakej A adalah sepanjang err... 11.35 kilometer iaitu daripada Sertik ke Karak. Jadi pakej ni telah diluluskan oleh Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kerja Raya. Projek ni telah bermula pada 12 Julai 2022 dan dijadualkan siap pada 28 November 2026 dan status kemajuan pembinaan adalah satu pembinaan semasa err… sehingga 15 haribulan 11 tahun 2024 adalah 34% berbanding jadual 32% dan projek ini lebih awal lagilah sebanyak kalau kiraan harinya 13 hari.
Manakala sub pakej 6A, 6B, 6D ni, seperti yang di err... masih lagi belum diluluskan oleh agensi pusat iaitu pakej 6B ni daripada Karak ke Kampung Sungai Perdak err... panjang 10.65 kilometer. Kemudian 6C ni err... Sungai Perdak ke Pulka, sejauh 13.5 kilometer dan pakej 6D daripada Simpang Pulka ke persimpangan Pelangai sejauh 12 kilometer.
Jadi, untuk makluman, err... Dewan, pihak kementerian telah err... meluluskan err... sebanyak RM2.5 juta dalam Rolling Plan Ke-4 ni dalam Rancangan Malaysia Ke 12 untuk menjalankan kajian kemungkinan pembinaan jali… jalan dari Persimpangan Pelangai ke Putrajaya, Wilayah Persekutuan dan kajian ini pun telah bermula daripada bermula pada 12 Ogos yang lalu, 12 Ogos 2024 dan akan tamat pada 13 November 2025. Tempoh kajiannya selama 15 bulan.
Di Lebuh Raya, KL - Karak merupakan laluan Semenanjung Malaysia laluan daripada apa ni Pantai Pantai Timur dan Pantai Barat, Semenanjung Malaysia. Dia merupakan laluan utama bagi pengguna jalan Pengguna Pantai Timur, Putrajaya. Kajian ini akan meneliti keperluan laluan altenatif baru iaitu dari persimpangan err... Pelangai ke Putrajaya dan hasil kajian ini akan menentukan hala tuju pelaksanaan pakej 6B, 6C dan 6D. Projek Lingkaran Tengah utama.
Jadi, kerajaan negeri err... menyedari keperluan dan kepentingan pembinaan jalan baru tersebut dalam dan komited bagi menyelesaikan err... isu err... trafik terutama sekali di waktu err... puncak. Puncak ni biasanya musim perayaanlah musim perayaan cuti umum panjang atau musim cuti persekolahan. Err... dan juga sekiranya err... jalan ini err... terlaksana, dia akan dapat menguraikan trafik ataupun beban kepada Lebuh Raya Karak. Sekian, terima kasih.
Okey. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Dato' Sri Speaker. Soalan saya tambahan ya err...
Berkenaan dengan jalan ini, adakah pihak kerajaan err... membuat libat urus dengan pihak stake holder, maksud saya stake holder sini adalah pekebun-pekebun di persekitaran. Sebabnya masalah yg timbul adalah, err... pekebun- pekebun yang yang ada di persekitaran tepi lingkaran ini. Mereka tak ada akses untuk keluar. Sebab kawasan sayalah contohnya banyak yang buat aduan bahawa, untuk keluar kepada jalan besar ataupun jalan untuk mengeluarkan hasil mereka terpaksa jalan yang jauh dan yang keduanya pekebun-pekebun yang berhampiran mengenakan tol baharu. Maksud nak masuk kawasan dia kena bayar.
Jadi soalan saya adalah sebelum melaksanakan jalan ataupun err... apa ni err... jalan ini, adakah pihak kerajaan mengadakan libat urus dengan semua stake holder sekurang-kurangnya 5 kilometer radius di mana akan mengurangkan masalah err... apa ni keluar atau masuk pekebun-pekebun berhampiran.] Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Terima kasih kepada Tras yang mengemukakan soalan tambahan. Seperti yang saya maklumkan tadi, ini lah dalam proses err... kajian kemungkinan err... yang dilaksanakan oleh pihak kementerian melalui Jabatan Kerja Raya dan err... biasanya bila selepas siap err... kajian ini dia akan buat laporan dan bentangkan laporan dan dan kita kerajaan negeri akan mintak pihak err... Jabatan Kerja Raya membentang dan kita akan lihat dan mengambil kira err... apa ni err... penduduk atau kampung- kampung sekitar tu. Sama ada dia memerlukan perlukan akses err... tambahan, yang perlukan akses tambahan, kita akan bina minta dia bina akses tambahan. Contohnyalah kadang-kadang tu kita kena kerja kena buat terowong di bawah lebuh raya supaya daripada kiri ke kanan tu orang kampung boleh lalu tanpa apa ni… keluar masuk tol dan sebagainya. Sekian, terima kasih. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Kita selesai membincangkan 5 pertanyaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya tidak bercadang untuk menangguhkan tetapi semasa pembentangan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, er... bolehlah kita keluar bergilir-gilir untuk er... minum pagi. Sekarang kita beralih kepada peraturan seterusnya.
Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024Bill
Perkara Keempat: Rang Undang-undang.
Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024. DN 25/2024.
Belanjawan Negeri Pahang 2025. DN 26/2024
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu.
Yang Berhormat Speaker, saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.
Yang Berhormat Speaker, saya mohon izin menyokong cadangan itu.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan (2025) 2024 dibaca bagi kali yang kedua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan ini sukacita saya menjemput Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja, Menteri Besar untuk menyampaikan ucapan Belanjawan Negeri Pahang 2025.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya mohon mencadangkan suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, pertama sekali, marilah kita merafak setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam Perbentangan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2025.
Pada hari penuh kemuliaan dan keberkatan penghulu segala hari di Dewan yang mulia ini. Pada masa yang sama, marilah kita melafazkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua menjadi umat kebanggaan baginda, insya-Allah. Seterusnya patik menjunjung setinggi- tinggi kasih kesisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas segala bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar sepanjang patik mengurus tadbir Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2025 yang akan dibentangkan ini menjadi platform untuk kita menentukan hala tuju dan perancangan pembangunan negeri yang bakal memberikan impak besar kepada kesejahteraan dan kemajuan untuk rakyat dan negeri Pahang. Sebagai sebuah kerajaan yang berteraskan kepentingan rakyat, belanjawan kali ini dibentangkan dengan penuh iltizam yang tinggi untuk memastikan setiap aspek kemakmuran negeri dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Penyediaan belanjawan ini bukan sekadar pelan perbelanjaan tetapi sebagai manifestasi kepada harapan rakyat yang menginginkan perubahan dan pembangunan yang lebih mampan serta inklusif.
Sesungguhnya Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2025 adalah ikhtiar kerajaan negeri yang telus dan menyeluruh untuk meletakkan negeri Pahang ke satu tahap yang lebih baik serta menjadikan rakyat sebagai keutamaan dalam agenda pembangunan negeri bersandarkan kepada perspektif ini, maka tema “Prestasi Dipertingkat Kemakmuran Dipertahan” telah dipilih menjadi teras utama kepada intipati keseluruhan Belanjawan Negeri Pahang untuk tahun 2025.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan rasa syukur apabila kutipan hasil kerajaan negeri pada tahun ini telah melebihi RM1 bilion untuk tempoh 3 tahun berturut-turut sejak tahun 2022. Sehingga berakhir 28 November 2024, kutipan hasil yang berjaya dicapai oleh kerajaan negeri adalah sebanyak RM1.150 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan untuk tahun 2024 iaitu RM1.137 bilion atau 101.1%. Kini, kutipan RM1 bilion bukan lagi satu angka yang kita sasarkan tetapi ia merupakan satu penanda aras yang harus kita capai dan atasi setiap tahun. Selain daripada itu, kita seharusnya berbangga apabila prestasi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) untuk tahun 2023 sekali lagi berjaya mengatasi KDNK di peringkat nasional mengulangi kejayaan yang sama pada tahun 2022.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia Ekonomi Pahang pada tahun lalu menyaksikan pertumbuhan 5.2% mengatasi pertumbuhan di peringkat nasional 3.6% dengan nilai KDNK mencecah RM64.9 bilion berbanding RM61.7 bilion pada tahun 2022. Pertumbuhan ekonomi Pahang sebahagian besarnya daripada dipengaruhi oleh kenaikan dalam sektor pembinaan 37.1% perlombongan dan pengkuarian 9.6%, perkhidmatan 6%, pertanian 2.5% dan pembuatan 2.1%.
Seterusnya, kerajaan negeri juga telah berjaya menarik pelaburan komited berjumlah RM16.1 bilion pada tahun 2023. Pelaburan tersebut terdiri daripada RM4.4 bilion, pelaburan domestik dan sebanyak RM11.7 bilion pelaburan asing. Statistik ini adalah
petunjuk jelas keyakinan para pelabur terhadap potensi serta kestabilan yang ada di negeri Pahang.
Di samping itu juga, kita turut berbangga apabila kerajaan negeri telah menerima Sijil Ketua Audit Negara dengan pendapat tanpa teguran terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pahang bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 yang telah diumumkan oleh Ketua Audit Negara. Penerimaan sijil ini adalah satu pencapaian yang amat bermakna dan bukti nyata terhadap kecekapan ketelusan dan integriti dalam pengurusan kewangan negeri Pahang. Ciri-ciri kejayaan ini merupakan usaha bersama antara kerajaan negeri, semua penjawat awam, sektor swasta dan seluruh rakyat Pahang. Semoga semangat kerjasama ini terus kekal demi kemajuan negeri tercinta.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Seterusnya saya akan membentangkan anggaran hasil, anggaran perbelanjaan mengurus dan anggaran perbelanjaan pembangunan negeri Pahang untuk tahun 2025. Bagi tahun 2025, kita mensasarkan kutipan hasil Kerajaan Negeri mencecah RM1.194 bilion. Unjuran kutipan hasil ini meningkat sebanyak 5% berbanding belanjawan tahun 2024. Daripada jumlah ini, RM1.18 bilion akan diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus yang merangkumi perbelanjaan emolumen, perkhidmatan dan bekalan. Pemberian dan kenaan bayaran tetap serta perbelanjaan lain dan aset dengan peningkatan sebanyak RM57 juta atau 5.05% berbanding tahun 2024 dengan lebihan atau surplus sebanyak RM12 juta. Manakala bagi tujuan perbelanjaan pembangunan, peruntukan yang akan disediakan adalah sebanyak RM399.64 juta.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2025 ini akan menggariskan 5 Tekad Belanjawan. Pertama, pengukuhan daya saing dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif serta mampan. Kedua, ketersediaan kemudahan asas dan infrastruktur. Ketiga, pemantapan kecekapan tadbir urus kerajaan serta kelestarian alam. Keempat, penghasilan modal insan yang berkualiti dan cemerlang. Kelima, keutuhan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negeri yang berterusan. Tekad pertama, pengukuhan daya saing dan ekonomi yang inklusif serta mampan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Tahun 2025 merupakan peluang untuk kita mengorak langkah lebih jauh dalam membina sebuah negeri yang kukuh ekonominya, makmur rakyatnya dan sejahtera lingkungannya. Untuk itu, bagi memastikan ekonomi di negeri Pahang terus dipacu dengan baik, beberapa inisiatif telah dirangka oleh kerajaan negeri agar manfaat yang dapat dinikmati oleh rakyat. Kerajaan negeri terus komited untuk mempertingkatkan lagi sumbangan dan pengeluaran sektor pertanian dalam usaha memastikan keterjaminan bekalan makanan dalam negeri Pahang. Maka dalam hal ini, kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM36.78 juta pada tahun 2025 untuk mengembangkan lagi sektor pertanian dan industri asas tani.
Bagi tujuan merancakkan sektor pertanian dan industri asas tani. Kerajaan negeri akan menganjurkan Program Mini MAHA (pertanian, hortikultur dan agropelancongan Malaysia) dengan peruntukan sebanyak RM2 juta.
Dalam pada itu, kerajaan negeri akan meneruskan beberapa inisiatif yang sedia ada seperti Program Perintis Vanila, Program Anak Pokok Terpilih, Inisiatif Dusun Rakyat
Pahang dan Bantuan Tanaman Makanan Ternakan. Bagi meningkatkan kualiti serta keselamatan produk-produk pertanian, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang melibatkan kawalan, latihan dan input teknikal berkaitan penggunaan racun perosak dengan peruntukan RM110 ribu. Industri penternakan turut menjadi tumpuan kerajaan negeri bagi memastikan isu keterjaminan makanan dapat diatasi dan pada masa yang sama menjadikan negeri Pahang sebagai salah satu negeri pengeluar utama makanan berasaskan ternakan.
Kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM24.41 juta pada tahun 2025 untuk memperkukuhkan dan memajukan lagi sektor penternakan negeri ini. Justeru itu, kerajaan negeri akan meneruskan beberapa inisiatif antaranya Skim Makmur Ternak, Projek Transformasi Ayam Pedaging, Skim Tingkat Ekonomi dan Produktiviti Pahang Industri Asas Ternakan, Skim Memperkasakan Ekonomi Agropreneur Rezab Makanan Ternakan dan Perkhidmatan Penanaman dan Penghasilan Makanan Ternakan.
Seterusnya, bagi memastikan sektor perikanan negeri terus mampan, kerajaan negeri telah bersetuju meneruskan peruntukan sebanyak RM500 ribu ringgit kepada Jabatan Perikanan Negeri bagi pelaksanaan inisiatif antaranya Program Khidmat Sokongan Akuakultur (Khidmat Pengembangan Akuakultur), Pengurusan Sumber Marin Secara Mampan dan Program Pembangunan Kualiti Perikanan Darat.
Kerajaan negeri akan meneruskan beberapa pendekatan untuk meningkatkan bidang keusahawanan. Untuk itu, inisiatif baru telah pun dirancang pelaksanaannya pada tahun 2025 iaitu Program Usahawan Makmur melibatkan peruntukan RM5 juta yang bertujuan untuk memperkasakan kapasiti perniagaan usahawan Pahang. Peruntukan RM500,000.00 juga disediakan bagi penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo.
Kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada usaha-usaha merancakkan sektor pelancongan dengan kerjasama pihak-pihak berkepentingan bagi membantu pembangunan infrastruktur dan aktiviti promosi pelancongan yang seterusnya akan meningkatkan kehadiran pelancong ke Negeri Pahang terutamanya dalam persediaan sempena program Melawat Malaysia (Visit Malaysia) tahun 2026.
Untuk itu, Kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyediakan peruntukan RM7.07 juta kepada Tourism Pahang bagi merancakkan aktiviti pelancongan di negeri ini. Sementara itu, bagi tujuan promosi pelancongan, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM7 juta bagi program promosi pelancongan, penganjuran serta penyertaan program dan acara dalam negara dan antarabangsa serta penganjuran Malaysia International Tourism Pahang (MIT) Pahang. Kerajaan Negeri turut bersetuju untuk meneruskan Program Pelancongan Kereta Api di laluan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus dengan peruntukan RM400,000.00.
Dalam pada itu, RM3 juta diperuntukkan bagi tujuan penyediaan infrastruktur dan fasiliti pelancongan di kawasan pelancongan Negeri Pahang. Selain dari itu, bagi merancakkan aktiviti pelancongan di Pulau Tioman, peruntukan sebanyak RM300,000.00 diperuntukkan untuk program promosi dan penganjuran acara pelancongan di pulau itu.
Kerajaan negeri juga turut memperuntukkan RM2 juta kepada Perbadanan Taman Negeri Pahang bagi mengurus melaksanakan inisiatif program dan juga kajian berkaitan taman negeri antaranya Kajian dan Pembangunan Maran - Chini Geopark dan Galeri Lipis Geopark ke arah pengiktirafan UNESCO Global Geopark serta
mengukuhkan penguatkuasaan di Taman-Taman Negeri Pahang. Perbadanan Muzium Pahang pula akan diperuntukkan sebanyak RM19.96 juta bagi geran mengurus dan pembangunan.
Di samping itu juga, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM190,000.00 untuk meneruskan aktiviti di Kompleks Perkampungan Budaya Orang Asli Betau, Lipis.
Yang Berhormat, Dato' Sri Speaker, kerajaan negeri amat memberi penekanan terhadap pengurusan sumber mineral yang mampan dan berinovasi. Oleh itu, bagi memastikan objektif ini dapat dicapai, kerajaan negeri telah menubuhkan Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. pada bulan Ogos 2020 untuk menyelaras dan menguruskan semua aktiviti berkaitan perlombongan agar ia dilaksanakan dengan lebih bersistematik dan berkesan serta meminimumkan ketirisan kutipan hasil negeri bagi mengukuhkan industri mineral pada tahun hadapan.
Kerajaan negeri melalui peruntukan RM1.6 juta yang disumbangkan oleh Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. akan melaksanakan Projek Pengembangan Industri Perlombongan Pahang merangkumi Projek Kajian Potensi dan Deposit Mineral Negeri Pahang, Projek Kajian Pra Kebolehlaksanaan Kaedah Baharu Pengangkutan Mineral dan Projek Pengurusan Sisa Lombong.
Di samping itu, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM1.61 juta bagi tujuan meneruskan pelaksanaan pembangunan Akademi Mineral Malaysia Pahang di Lipis. Peningkatan industri halal di peringkat global yang semakin cepat berkembang memberi peluang kepada kita untuk turut sama membangunkan industri halal di negeri Pahang. Ini disebabkan industri halal global dijangka akan meningkat sehingga RM2.8 trilion dolar Amerika pada tahun 2025 dengan sektor makanan dan minuman halal menjadi pasaran terbesar. Ini merupakan satu kesempatan yang tidak harus dilepaskan memandangkan Pahang mempunyai kelebihan yang strategik untuk membangunkan industri halal ini.
Dalam pada itu, menerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia (HDC) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi telah berjaya menarik pelaburan industri halal dari China berjumlah RM5 bilion sewaktu lawatan kerja beliau ke Shanghai pada bulan September yang lalu. Malah, saya yang turut sama dalam lawatan kerja tersebut telah bertemu dengan pelabur-pelabur yang telah menyatakan minat untuk melabur di negeri ini.
Begitu juga penyertaan Pahang dalam Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai pada pertengahan November lalu telah berjaya membuka pasaran produk halal Pahang di pentas antarabangsa. Bagi memastikan industri halal dapat berkembang dengan pesat di Pahang, kerajaan negeri telah mewujudkan Taman Industri Halal Gambang, Kuantan seluas 199 ekar yang telah sedia untuk menerima kemasukan para pelabur. Di samping itu juga, kerajaan negeri telah memohon kepada persekutuan untuk menyenaraikan cadangan pembangunan Taman Industri Halal, Seksyen 3, Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan seluas 730 ekar dengan fasa pertama seluas 250 ekar sebagai projek keutamaan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Dengan segala kelebihan yang ada baik dari segi lokasi dan juga pengangkutan yang strategik, Pahang berada di landasan yang tepat untuk menjadi peneraju industri halal di negara ini. Insya-Allah.
Tekad Kedua: Ketersediaan kemudahan asas dan infrastruktur.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, bagi meneruskan komitmen menangani isu bekalan air, kerajaan negeri menerusi Pengurusan Air Pahang Berhad, PAIP telah memperuntukkan RM91.97 juta bagi tahun 2025 untuk meningkatkan perkhidmatan bekalan air di negeri ini. Projek ini merupakan kesinambungan usaha kerajaan negeri dalam menyelesaikan 90 peratus isu bekalan air menjelang akhir tahun 2026.
Projek-projek tersebut merangkumi yang pertama, membina dan menyiapkan Loji Rawatan Air Bukit Puling di Kuantan dengan peruntukan RM40 juta. Kedua, membina dan menyiapkan tangki imbangan di kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan dengan peruntukan RM45 juta. Ketiga, membina dan menyiapkan Loji Rawatan Air baru di Karak, Bentong dengan peruntukan RM500,000.00. Keempat, memperuntukkan RM570,000.00 bagi pembinaan tangki sedutan dan rumah pam di Loji Rawatan Air Jelai dan pemasangan paip dari Loji Rawatan Air Jelai ke tangki Bukit Bius. Kelima, menyediakan peruntukan RM3.5 juta bagi meneruskan projek bekalan air di Nenasi, Pekan. Keenam, meneruskan projek Bekalan Air Raub dengan peruntukan RM600,000.00. Ketujuh, meneruskan projek pembinaan paip agihan air dari Kemaman ke Gebeng berkapasiti 90 juta liter sehari di Kuantan dengan peruntukan RM1.8 juta. Selain daripada itu juga, kerajaan negeri juga turut memperuntukkan RM235,000.00 kepada Badan Kawal Selia Air bagi penyelenggaraan Sistem Pemantauan Kualiti Air Atas Talian bagi daerah Cameron Highlands, Raub, Lipis dan Jerantut.
Yang Berhormat Dato, Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan penghargaan kepada kerajaan persekutuan yang telah meluluskan Projek Infrastruktur Jalan melalui Rolling Plan Ke-4 Rancangan Malaysia Ke-12 berjumlah RM645.74 juta.
Peruntukan ini diluluskan menerusi dua kementerian iaitu Kementerian Kerja Raya berjumlah RM179.92 juta dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah berjumlah RM465.82 juta. Selain dari itu, kerajaan negeri menerusi Jabatan Kerja Raya Negeri turut memperuntukkan RM94.6 juta bagi melaksanakan projek-projek merangkumi naik taraf jalan serta baik pulih dan menaik taraf kompleks pejabat kerajaan di negeri ini.
Di samping itu juga, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM300,000.00 bagi kempen Ops Selamat Bersepadu Negeri Pahang dan Program Keselamatan Jalan Raya bagi tahun 2025. Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM500,000.00 kepada Lembaga Pembangunan Tioman untuk pelaksanaan Kad Pengangkutan Feri Tioman yang dikhususkan kepada penduduk Pulau Tioman.
Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM19.89 juta bagi tujuan pelaksanaan inisiatif serta projek yang berkaitan, antaranya rancangan tebatan banjir, projek kawalan hakisan pantai dan membaik pulih muara sungai serta saliran bandar seluruh negeri. Kerajaan Negeri juga menyedari pentingnya rakyat di luar bandar menikmati capaian internet bagi tujuan pembelajaran dan kemahiran digital, maka Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3 juta bagi menyambung langganan jalur lebar satelit di kawasan yang mempunyai masalah capaian internet menerusi program PRISMA 4.0.
Tekad Ketiga: Pemantapan kecekapan tadbir urus kerajaan serta kelestarian alam.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Kerajaan negeri komited dalam memberi tumpuan kepada pembangunan bandar yang terancang dan dilaksanakan secara teratur ke arah meningkatkan kualiti hidup rakyat serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi khususnya dengan berpandukan kepada Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas. Selaras dengan keperluan pembangunan masa kini, kerajaan negeri memperuntukkan RM245,000.00 bagi tujuan penyediaan tiga Rancangan Tempatan Daerah melibatkan daerah Rompin, Lipis dan Jerantut. Selain dari itu, kerajaan negeri bersetuju memperuntukkan RM1.1 juta bagi mewujudkan blueprint Bandar Pintar Negeri Pahang, Kajian Pengangkutan Awam Daerah Kuantan dan Rancangan Kawasan Khas Tanjung Batu, Nenasi Pekan.
Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM2.5 juta kepada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bagi melaksanakan empat inisiatif untuk melestarikan alam sekitar di negeri ini. Antaranya ialah Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dan Program Communication, Education and Public Awareness, Pewartaan Hutan Simpan Kekal Baru, Geran Penyelidikan dan Program Buyback Guarantee Tapak Semaian Orang Asli Negeri Pahang.
Bagi tujuan kelestarian biodiversiti di negeri Pahang, kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta bagi pelaksanaan beberapa projek antaranya Projek Penilaian Biodiversiti Rizab Harimau Al-Sultan Abdullah, Kajian Kepelbagaian Bio... Biologi Tasik Bera, Program Saintifik Kepelbagaian Biologi dan Genetik serta Projek Pembangunan Pusat Pangkalan Data Sumber Biodiversiti. Di samping itu, kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan RM500,000.00 bagi penyediaan Dosir Pencalonan Rizab Biosfera Mossy Forest... Mossy Forest Cameron Highlands. Malah RM450,000.00 diperuntukkan bagi penyertaan ke United Nations Climate Change Conference dan International GreenTech and Eco Product Exhibition and Conference Malaysia 2025.
Kerajaan negeri akan meneruskan agenda pemantapan infrastruktur ICT dan pangkalan data dengan peruntukan sebanyak RM5.8 juta dengan meningkatkan kecekapan tadbir urus dan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Dalam pada itu, kerajaan negeri juga turut memperuntukkan RM200,000.00 bagi menganjurkan Festival Digital Pahang ataupun Pahang Teknologi Revolusi Expo.
Mengambil kesempatan ini, kerajaan negeri ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan persekutuan yang telah memperuntukkan sebanyak RM128 juta untuk pelaksanaan Sistem e-Tanah bagi tujuan transformasi Sistem Pentadbiran Tanah Secara Digital bermula tahun 2025 [Ahli Dewan menepuk meja]. Kerajaan Negeri akan meneruskan Program Karya Anak Pahang dengan peruntukan RM200,000.00 sebagai galakan lebih ramai anak-anak Pahang berkongsi karya berkaitan negeri Pahang.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri menerusi Sekretariat Perantau Anak Pahang terus berperanan menyantuni anak-anak Pahang di perantauan agar mereka tidak merasa tersisih dan sentiasa dekat dengan negeri Pahang. Untuk itu, kerajaan negeri memperuntukkan geran sebanyak RM200,000.00 bagi pelaksanaan beberapa program seperti Jamuan Mega Raya Perantau Anak Pahang, Karnival Sukan Perantau Anak Pahang, Larian Tok Gajah dan Baucar Petrol Moh Balik Beraya di Pahang [Ahli Dewan menepuk meja].
Kerajaan negeri juga berhasrat untuk meneruskan pelaksanaan Moh Karnival Makmur di setiap daerah dan diadakan bersekali dengan Karnival Tanah Pahang serta Program Sentuhan Rakyat Makmur dengan peruntukan RM5 juta.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Kerajaan negeri turut bersetuju untuk menerima pakai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam ataupun SSPA sebagaimana diumumkan oleh kerajaan pesekutuan. Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam ini akan memberi kenaikan gaji sebanyak 15% yang akan mula dibayar bermula Disember 2024 sebanyak lapan peratus dan baki 70... dan baki 7% bermula Januari 2026 yang melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan negeri sebanyak RM55.014 juta.
Oleh itu, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh penjawat awam yang terus menerus memberikan dokongan dan keyakinan dalam melaksanakan amanah ini [Ahli Dewan menepuk meja]. Sikap profesionalisme dan saling hormat menghormati menjadi adunan penting dalam memastikan negeri Pahang kekal maju dan makmur. Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah atas kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh penjawat awam negeri Pahang antaranya kejayaan Majlis Bandaraya Kuantan dan Majlis Daerah Jerantut memenangi Anugerah Penarafan Bintang pada Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan 2024 [Ahli Dewan menepuk meja].
Sebagai menghar… menghargai sumbangan dan motivasi kepada mereka untuk meneruskan kerja baik dan meningkatkan pencapaian di masa hadapan, saya mengumumkan suatu Bantuan Khas Kewangan kepada anggota perkhidmatan awam Kerajaan Negeri Pahang. Untuk itu, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan setengah gaji [Ahli Dewan menepuk meja] kepada setiap penjawat awam di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang. Bayaran ini akan dikreditkan pada tahun 2025 yang melibatkan keseluruhan peruntukan kewangan sebanyak RM33.3 juta.
Tekad Keempat: Penghasilan modal insan yang berkualiti dan cemerlang. ... Sebulan setengah [Ahli Dewan ketawa]. Tak... kawan-kawan EXCO bercadang nak bagi lebih tapi SFNO lah [Ahli Dewan ketawa]. SFNO dengan SS [Ahli Dewan ketawa].
Mintak maaf Yang Berhormat Speaker. Speaker tak ada lah ye.
Kalau ada okey [Ahli Dewan ketawa].
Tekad keempat, penghasilan modal insan yang berkualiti dan cemerlang.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Generasi yang berada di bangku persekolahan dan institusi pengajian tinggi adalah merupakan golongan yang amat penting dalam menentukan kepimpinan dan hala tuju negeri dan negara pada masa hadapan, terutamanya dalam memastikan kemakmuran yang dikecapi hari ini akan terus dapat dinikmati. Justeru, Kerajaan Negeri Pahang
melalui peruntukan Yayasan Pahang akan menyediakan insentif dan bantuan yang diharap membantu pembentukan generasi cemerlang sebagaimana berikut.
Pertama, menyediakan peruntukan RM23.9 juta bagi melaksanakan pemberian Biasiswa Pahang Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan. Kedua, meneruskan Program Tahfiz Mahir dengan peruntukan RM2 juta. Ketiga, meneruskan Program Kecemerlangan SPM Pahang Top 5 dengan peruntukan RM2 juta. Keempat, meneruskan Program Tahfiz From Cradle to Grave dengan peruntukan RM10 juta. Kelima, pewujudan Akademi Rel Pahang di bawah Universiti College of Yayasan Pahang milik Yayasan Pahang berkerjasama dengan Malaysia Rail Link Sdn Bhd untuk penyediaan latihan kursus bagi para pekerja operasi rel dengan kos peruntukan sebanyak RM5 juta.
Selain dari itu, tiga program pembangunan Orang Asli dalam bidang pendidikan melibatkan peruntukan sebanyak RM2.4 juta akan diteruskan untuk pelaksanaan Program Baca Cepat Kawanku, Program Pendidikan Murid Asli dan Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Orang Asli.
Dalam pada itu, penubuhan Tadika Tahfiz Negeri Pahang merupakan antara produk pendidikan yang menerima sambutan menggalakkan daripada rakyat negeri ini. Sejak ditubuhkan pada tahun 2018, tadika Tahfiz kini telah berkembang sehingga 25 cawangan pada masa kini dengan modul pendidikan diguna pakai oleh 4,000 buah Tadika KEMAS seluruh negara.
Bagi memperlu... memperluaskan lagi peranan Tadika Tahfiz Negeri Pahang sebagai institusi pendidikan awal kanak kanak, kerajaan negeri menerusi Yayasan Pahang merancang untuk membuka tadika ini di kesemua 42 DUN] dalam tempoh 2025 hingga 2026. [Ahli Dewan menepuk meja].
Saya menyeru supaya ibu bapa dapat menghantar anak-anak mereka ke Tadika Tahfiz Negeri Pahang. Oleh itu, untuk menarik lebih ramai anak-anak Pahang mengikuti pembelajaran di Tadika Tahfiz ini, Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan RM2.52 juta bagi membiayai yuran pendidikan untuk membantu murid daripada golongan B40 di seluruh negeri Pahang.
Seterusnya menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan bagi melaksanakan beberapa program.
Pertama, meneruskan Program Pahang Lead bagi tujuan mencungkil bakat-bakat kepimpinan anak-anak muda di peringkat persekolahan dengan peruntukan RM2 juta [Ahli Dewan menepuk meja].
Kedua memperuntukkan RM1 juta bagi tujuan menjayakan Program Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia serta apre... Apresiasi Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Tahun 2024 [Ahli Dewan menepuk meja].
Peranan dan fungsi Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah ataupun UniPSAS akan terus diperkasakan dengan pemberian geran tahunan mengurus dan pembangunan sebanyak RM12 juta. Universiti penuh milik pertama kerajaan negeri ini menawarkan pelbagai jurusan pengajian daripada peringkat diploma hingga doktor falsafah. Kerajaan negeri juga menerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang memperuntukkan RM150,000.00 untuk pelaksanaan Pesta Buku Pahang dan Pahang Book Run 2025.
Dalam pada itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM160,000.00 bagi melaksanakan Projek Pendigitalan Perpustakaan Awam seluruh Negeri Pahang dan RM1.55 juta bagi Projek Pembaikan Kerosakan Bumbung Bangunan Perpustakaan Awam Sultan Haji Ahmad Shah.
Bagi memastikan isu pengangguran dapat dikurangkan, Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pahang memperuntukkan RM12.5 juta untuk melaksanakan Program Jaminan Kerjaya. Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM4.5 juta kepada Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang atau Pahang Skills bagi menaik taraf kemudahan pusat kecemerlangan bagi latihan dan implementasi pendigitalan serta RM500,000.00 bagi penyelenggaraan bangunan dan kampus.
Tekad kelima: Keutuhan Kesejahteraan Rakyat Serta Kemakmuran Negeri Yang Berterusan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, kerajaan negeri akan meneruskan pelaksanaan Rumah Rakyat Pahang pada tahun 2025 bagi membantu rakyat miskin atau miskin tegar untuk memiliki rumah yang selesa secara percuma. Malah, kerajaan negeri bersetuju untuk menambah baik pelaksanaannya dengan menampung kenaikan kos pembinaan setiap rumah daripada RM75,000.00 kepada RM80,000.00. [Ahli Dewan menepuk meja]
Susulan daripada itu, pembinaan sebanyak 350 unit Rumah Rakyat Pahang Fasa 6 akan dilaksanakan yang melibatkan kos pembinaan sebanyak RM28.7 juta melalui peruntukan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang dengan sokongan peruntukan sebanyak RM9.45 juta daripada kerajaan negeri. Pada masa yang sama, kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan yang berjumlah RM9.8 juta bagi tujuan pelaksanaan pembinaan sebanyak 120 unit Rumah Rakyat Pahang Fasa 6 khusus untuk masyarakat Orang Asli di Pahang.
Kerajaan negeri mengambil sikap proaktif dalam memastikan setiap lapisan rakyat negeri ini dapat memiliki hartanah termasuk golongan muda. Menyedari cabaran ekonomi dan kekangan kewangan yang dihadapi golongan ini, kerajaan negeri akan melancarkan satu Projek Pangsapuri Pahang khas kepada golongan muda yang berpendapatan rendah. Keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan semua generasi negeri terus terpelihara dan pelaksanaan projek bakal dibangunkan ke setiap daerah di negeri Pahang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kerajaan negeri sememangnya memberi keutamaan bagi tujuan pengukuhan syiar Islam. Syiar Islam telah menjadi asas kepada pentadbiran dan kehidupan rakyat di Pahang untuk kita terus pelihara dan perkasa agar sentiasa relevan dan seiring dengan perkembangan zaman.
Syiar Islam bukan sekadar simbol tetapi ia adalah manifestasi keimanan kita kepada Allah SWT yang merangkumi amalan, ilmu dan akhlak yang terpancar dalam kehidupan seharian kita. Di Pahang, syiar Islam terus disemarakkan melalui pelbagai usaha seperti peningkatan pendidikan Islam, pelaksanaan undang-undang syariah, memperkasa dakwah dan tarbiah serta kerjasama antara Kerajaan Negeri dan institusi agama serta masyarakat. Islam tidak hanya dimiliki oleh pihak tertentu sahaja, tetapi agama suci ini diturunkan Allah SWT untuk seluruh umat manusia.
Ini adalah amanah dan tanggungjawab yang mesti kita laksanakan secara bersama. Dengan kesatuan dan komitmen yang jitu, kita harus yakin bahawa syiar Islam di Pahang akan terus berkembang memberi sinar kepada seluruh rakyat dan menjadi contoh teladan kepada negeri-negeri lain. Bagi menyuburkan lagi pengembangan dan pengukuhan syiar Islam di bumi Pahang ini, kerajaan negeri bersetuju memperuntukkan sebanyak RM196.06 juta kepada Jabatan Agama Islam Pahang, Jabatan Mufti Negeri Pahang, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pahang. Peruntukan ini bertambah sebanyak RM33.53 juta berbanding peruntukan pada tahun 2024.
Antara projek dan program yang mendokong usaha memartabatkan syiar Islam di negeri ini adalah seperti berikut:
Yang pertama, meneruskan pelaksanaan Kompleks Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan di Indera Mahkota dengan peruntukan RM5 juta.
Kedua, meneruskan pelaksanaan pembinaan masjid baharu di Batu 3, Kuantan dengan peruntukan RM2 juta.
Ketiga, meneruskan pelaksanaan pembinaan masjid baharu iaitu Masjid Indera Sempurna, Kuantan dengan peruntukan RM3 juta.
Keempat, menganjur kursus kepimpinan dan pengurusan Islam kepada pemimpin komuniti Islam minoriti oleh UniPSAS dengan peruntukan RM1 juta.
Kelima, membina dan menyiapkan Kompleks Mahkamah Syariah Temerloh dengan peruntukan RM3.5 juta. Keenam, melaksanakan kerja-kerja pembinaan balai cerap ataupun Baitul Hilal Kampung Tekek, Kampung Tekek lagi… Pulau Tioman dengan peruntukan RM1.53 juta.
Selain daripada itu, kerajaan negeri akan melaksanakan Program Pemerkasaan Hubbul Watan berteraskan kedaulatan, kerukunan dan kelestarian sebagai naratif pemerkasaan jati diri watan Pahang dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.
Kerajaan negeri juga melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri akan meneruskan inisiatif dan bantuan kepada warga emas dan orang kurang upaya dengan peruntukan sebanyak RM1.9 juta bagi pelaksanaan Program Khidmat Bantu di Rumah.
Di samping itu, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM595,000.00 bagi pemberian secara one-off kepada penyelia, petugas dan pelatih di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti.
Bagi mengiktiraf sumbangan dan peranan wanita kepada kesejahteraan keluarga dan pembangunan negeri, kerajaan negeri akan meneruskan inisiatif-inisiatif khusus antaranya Penggubalan Dasar Wanita dan Pelan Tindakan Wanita Negeri Pahang. Program Anggun Suri dan Anggun Maju dengan peruntukan sebanyak RM3 juta.
Seterusnya, YB Speaker tahu tak Program Anggun Suri?
Tak ada Yang Berhormat.
Tak tahu ya… Anggun Suri ni marilah kita kahwin ramai-ramai.
Oo…
Eh! bukan, bukan…
Jadi…
Program kahwin beramai-ramai.
Jadi, saya tak, saya tak… Yang Amat Berhormat.
Saya ulang lagi sekali ya.
Saya tak ambil tahu pasal saya tak tergolong dalam golongan tu. [Ahli Dewan ketawa] Sangat tidak bernasib baik.
Program Anggun Suri ni ialah program kahwin beramai-ramai. Saya dah hadir sekali. EXCO Kebajikan Wanita jemput saya hari tu. Nampak meriah dan mereka sangat bersyukur. Ada yang bersalam dengan saya tu Yang Berhormat, dia kata kalau kerajaan negeri tak buat program Anggun Suri kahwin beramai-ramai ni saya sampai sekarang tak kahwin, tak ada duit.
Boleh kita galakkan supaya kita tambah umat.
Dengan peruntukan RM3 juta. Jadi, Yang Berhormat EXCO Kebajikan Wanita, jangan lupa jemput Speaker untuk program yang akan datang.
Seterusnya, seterusnya, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM700,000.00 kepada Majlis Pembangunan Wanita Pahang dan Majlis Tindakan Sosial Pahang bagi menggerak dan melaksanakan aktiviti masing masing.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, kerajaan negeri sentiasa menitikberatkan aspek pembangunan sukan dan keperluan kemudahan sukan di negeri Pahang. Untuk tahun 2025, kerajaan negeri akan menaik taraf dan menyelenggara kemudahan sukan Majlis Sukan Pahang melibatkan peruntukan sebanyak RM800,000.00. Kerajaan negeri juga memperuntukkan kepada Majlis Sukan Pahang sebanyak RM3 juta bagi membina Kompleks Sukan Benta [Ahli Dewan menepuk meja]… yakni kawasan EXCO kanan. Melalui penglibatan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.65 juta bagi meneruskan beberapa inisiatif dan program antaranya sambutan Hari Belia Negara, Hari Sukan Negara dan Program Hari Sukarelawan Anak Pahang sempena menyambut Hari Sukarelawan Antarabangsa.
Seterusnya, kerajaan negeri juga memberi peruntukan RM1 juta kepada Majlis Belia Negeri Pahang bagi mengurus dan melaksanakan aktiviti berkaitan pembangunan belia di negeri ini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Penglibatan masyarakat Orang Asli dalam pembangunan negeri Pahang tidak pernah dilupakan dan sentiasa diberi penekanan dalam setiap pembentangan belanjawan. Beberapa inisiatif diteruskan untuk masyarakat Orang Asli. Antaranya ialah pelaksanaan projek baik pulih rumah Orang Asli dan projek pembekalan air ke kampung Orang Asli dengan jumlah peruntukan RM2.03 juta.
Selain daripada itu, RM2.2 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan program seperti pemberian komputer riba, insentif perkahwinan kali pertama, sambutan Hari Orang Asli Sedunia Peringkat Negeri Pahang, program e-DOA ataupun Education Demi Orang Asli, Program Pembangunan Belia serta insentif kecemerlangan juga akan diteruskan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Pembangunan komuniti peneroka FELDA tidak mungkin tercapai tanpa penglibatan dan kerjasama erat serta muafakat daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, pentadbiran FELDA, peneroka dan seluruh warganya.
Sehubungan dengan itu, pelbagai inisiatif perlu dilaksanakan untuk terus memperkasa dan memberi perhatian terbaik kepada warga FELDA bagi meningkatkan kualiti hidup dan memelihara kebajikan mereka. Untuk itu, pada tahun 2025, kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta bagi penubuhan Sekretariat Muafakat FELDA Pahang yang akan bertindak sebagai one-stop centre bagi mengkoordinasi seluruh program dan bantuan selain menjadi platform sebagai jambatan penghubung antara kerajaan negeri dan pentadbiran FELDA serta seluruh warga FELDA di negeri Pahang.
Kerajaan negeri juga akan meneruskan inisiatif Juadah Makmur iaitu satu inisiatif kerajaan negeri yang disediakan untuk rakyat di negeri ini melalui agihan makanan selepas solat Jumaat di sesebuah masjid di setiap Parlimen pada setiap minggu dengan peruntukan sebanyak 8.5 juta ringgit. Ini bertujuan untuk merapatkan hubungan dan berkongsi rezeki antara rakyat dan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.
Kerajaan Negeri bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan menjalin kerjasama menjayakan program Jualan Makmur Kluster Perayaan bagi membantu orang ramai mendapatkan barangan pada harga berpatutan dengan peruntukan RM2.52 juta.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, mohon izin untuk minum air. Kering tekak.
Silakan Yang Amat Berhormat. Elok duduklah.
Terima kasih, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, kerajaan negeri akan meneruskan pemberian insentif dan bantuan kepada rakyat bagi membantu meringankan beban masing-masing. Untuk itu, bagi menyeragamkan bentuk bantuan dan inisiatif sebelum ini, maka Bantuan Prihatin Pahang dan Program Pahang Makmur dijenamakan semula sebagai Inisiatif Makmur Pahang atau I.M. Pahang. Matlamatnya tetap sama iaitu usaha kerajaan negeri dalam menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada semua lapisan masyarakat daripada bayi yang baru lahir sehinggalah ke peringkat warga emas. Bagi meneruskan agenda kebajikan rakyat ini, kerajaan negeri bersetuju memperuntukkan 50.54 juta ringgit pada tahun hadapan.
Penerima Inisiatif Makmur Pahang Kluster Pelajar,
Yang pertama, kerajaan negeri dengan kerjasama MBS Books & Stationery akan meneruskan pemberian kad diskaun sehingga 30 peratus kepada semua pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi, guru dan pensyarah. Malah, semua pelajar sekolah Tahun 1 dan pelajar dalam golongan miskin tegar bermula Tahun 2 hingga Tingkatan 5 akan dibekalkan peralatan persekolahan bernilai RM100.00 dengan peruntukan keseluruhan RM9 juta menerusi program Tunas Makmur.
Kedua, Pelajar tahfiz akan menerima bantuan RM100.00 setiap seorang dengan peruntukan keseluruhan RM800,000.00.
Ketiga, Pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM akan diberikan buku rujukan dan buku latihan dengan peruntukan RM2.52 juta… RM2.5 juta.
Keempat, Pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi akan menerima sumbangan RM400.00 setiap seorang dengan peruntukan keseluruhan RM8 juta. [Ahli Dewan menepuk meja].
Manakala penerima Inisiatif Makmur Pahang Kluster Agama,
Yang pertama, Jemaah haji akan menerima wang saku RM750,000.00 setiap seorang [Ahli Dewan menepuk meja] dengan peruntukan RM1.66 juta menerusi Program Barakah Haji Pahang.
Kedua, Setiap Masjid dan surau kebenaran solat Jumaat akan menerima RM10,000.00 dengan peruntukan RM7.8 juta.
Ketiga, Maahad Tahfiz akan menerima RM2,000.00 dengan peruntukan RM400,000.00.
Keempat, setiap pasangan pengantin yang berkahwin kali pertama, saya ulang ya, setiap pasangan pengantin yang berkahwin kali pertama akan menerima RM300.00 dengan peruntukan RM2.5 juta. Kelima… kali kedua tak ada. Kali pertama sahaja [ketawa]. Kelima, setiap mualaf akan menerima RM200.00 dengan peruntukan RM1 juta. Keenam, Peruntukan RM1.3 juta bagi melaksanakan program Berkhatan Anak Pahang. Ini pun yang berkatan kali pertama je tau. [Ahli Dewan ketawa].
Seterusnya, Penerima Inisiatif Makmur Pahang Kluster B40.
Pertama, anak yatim yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menerima bantuan RM250.00 setiap seorang melibatkan kos RM100,000.00.
Kedua, golongan petani akan menerima bantuan RM200.00 setiap seorang dengan peruntukan RM1.075 juta.
Ketiga, golongan nelayan akan menerima bantuan RM200.00 setiap seorang dengan peruntukan RM610,000.00.
Penerima Inisiatif Makmur Pahang Kluster Umum.
Pertama, warga emas akan menerima subsidi pembedahan katarak mata dengan peruntukan RM1 juta.
Kedua, meneruskan pemberian kad kesihatan kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya dengan peruntukan RM5 juta menerusi program Kasih Makmur.
Ketiga, meneruskan pemberian insentif kepada atlet Pahang dengan peruntukan RM300,000.00 menerusi program Atlet Makmur.
Keempat, meneruskan pemberian sumbangan bagi meraikan setiap kelahiran anak di negeri Pahang dengan peruntukan RM6.5 juta menerusi program Permata Makmur.
Kelima, Pemberian insentif kepada Pengerusi JPKK, Pengerusi JPKKOA, Tok Batin dan Timbalan Pengerusi JKKR dengan peruntukan RM1 juta.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Sebanyak manapun kebaikan yang dilakukan, setulus mana pun pengorbanan demi agama, bangsa dan rakyat di negeri ini telah dicurahkan, akan tetap ada suara-suara yang menyanggah kebenaran dan kebaikan yang telah kita lakukan hanya kerana kemaruk kuasa dan pegangan ideologi politik yang berbeza.
Kita percaya diakhirnya rakyat akan menilai bersandarkan prestasi bukannya persepsi dengan pancaindera yang waras. Condong mata kepada yang cantik, condong selera kepada yang sedap. Jangan harap cahaya bulan, pelita menyala dipadamkan.
Mendepani cabaran ini, kita tidak akan pernah sesekali gentar berhadapan dengan golongan opportunist yang hanya tahu mencari kesalahan dan kekurangan selain menyemai benih kebencian di kalangan rakyat. Kerajaan hari ini tidak akan berganjak walau seinci, setapak jangan lalu, setapak jangan surut. [Ahli Dewan menepuk meja].
Pencapaian dari segenap aspek yang telah digapai hari ini memberikan kita semua kekuatan untuk memberi khidmat bakti kepada rakyat dan negeri tanpa kekangan kewangan yang merencatkan perancangan. Ada padi jadi, ada beras deras. Segala keinginan dapat dicapai dengan mudah dan cepat kerana kekuatan sumber pendapatan yang kita ada yang diuruskan dengan cekap. Marilah kita semua bergandingan bahu mencari kebersamaan demi negeri bertuah Pahang Darul Makmur yang tercinta. Tumpahkanlah kesetiaan tanpa berbelah bagi kerana di sinilah kita menunduk kepala menghadap Raja, bertentang muka menghadap kawan, bercekak pinggang menghadap musuh.
Mudah mudahan, tuah mengikut sepanjang jalan, tiada batang yang melintang, tiada rumput yang menjungkat, tiada onak yang menjelma, tiada tanah yang bertingkah.
Semoga segala apa yang telah dirancang dalam Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2025 ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Demikianlah perancangan pembangunan dan perbelanjaan kerajaan negeri untuk tahun 2025. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam memberikan yang terbaik kepada negeri Pahang. Penjawat awam kerajaan negeri dan persekutuan, wakil sektor swasta, gerakan belia dan orang muda, para profesional, ahli agama, penggiat seni dan aktivis alam sekitar, pengamal media, pakar ekonomi dan warga pendidik, golongan wanita dan pelajar, mereka yang di bandar, di desa serta seluruh rakyat Pahang.
Kemuncaknya, sudah pastilah persembahan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah, kerana telah memberi kepercayaan kepada patik untuk menggalas tugas mengurus tadbir Negeri Pahang Darul Makmur ini. Ampun Tuanku.
Bunga melor di tepi perigi, Harumnya wangi menghiasi laman, Kejayaan negeri semakin tinggi, Kesejahteraan rakyat jadi keutamaan.
[Ahli Dewan menepuk meja].
Sungai Pahang mengalir tenang, Membawa rahmat sepanjang zaman, Prestasi dipertingkat hasilnya cemerlang, Kemakmuran negeri terus dipertahan.
[Ahli Dewan menepuk meja]
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya dengan ini mohon mencadangkan Belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2025 dan saya mohon mendapat sokongan semua. Sekian Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Ahli Dewan menepuk meja). Terima kasih.
Yang Berhormat Speaker, saya mohon izin menyokong cadangan yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja sebentar tadi. Terima kasih.
Rang Undang-Undang ini telah dicadang dan disokong untuk dibaca bagi kali yang kedua. Ahli-ahli yang Berhormat sekalian, sebelum perkara ini dibuka bagi perbahasan, sukacita saya menarik perhatian Ahli-ahli yang Berhormat sekalian kepada Peraturan 66(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negeri Pahang bahawa perbahasan mengenai Rang Undang-Undang ini mestilah ditangguhkan sekurang-kurangnya satu jam.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada hari esok ialah hari Sabtu, 30 November 2024 dan Ahad dan hari Ahad, 1 Disember 2024 merupakan hari cuti rehat mingguan. Oleh itu, perbahasan rang undang-undang ini akan dimulakan pada hari Isnin, 2 Disember 2024 dan akan dibahaskan bersekali dengan usul anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2025 yang akan dibentangkan sebentar lagi. Sekarang mesyuarat beralih kepada aturan urusan mesyuarat selanjutnya.
Usul Anggaran Pembangunan Dan Perbekalan Air 2025Motion
Perkara Kelima:
Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2025.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Speaker,
Saya mohon izin untuk membawa satu Usul di Dewan yang mulia ini yang berbunyi:
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan Seksyen 9, Akta Kumpulan Wang Pembangunan dan mengikut ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Perbekalan Air, dengan ini bersetuju meluluskan Perbelanjaan bagi tahun 2025 daripada Kumpulan Wang tersebut sebagaimana yang ditetapkan di dalam Rang Perbelanjaan Bahagian I, II dan III tahun 2025 yang dibentangkan dalam Persidangan ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan DN 26/2024.”
Yang Berhormat Speaker,
Saya berharap agar Usul yang saya bentangkan ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan yang mulia ini.
Ada ahli-ahli yang menyokong?
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Saya memohon usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian. Saya akan menempohkan perbahasan usul ini untuk dibahaskan bersama-sama Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024 pada hari Isnin, 2 Disember 2024. Oleh itu, penempohan yang diberikan ini akan dapat memberikan peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat meneliti kandungan ucapan pembentangan Bajet 2025.
Untuk makluman, saya telah mengatur jadual susunan perbahasan pada 2, 3 & 4 Disember 2024 melibatkan 35 ahli seperti mana jadual yang diedarkan. Saya berharap ahli-ahli Yang Berhormat mematuhi jadual yang disediakan. Baiklah, saya akan menempuh persidangan pada hari ini dan kita akan bersambung semula pada hari Isnin, 2 Disember 2024.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Mintak sikit petua bukan fatwa, petua. Semua dokumen yang dibekalkan kepada kami ialah embargo sehingga 6 Disember. Bermakna semua dokumen dibekalkan tidak boleh dikeluarkan sebelum 6 Disember. 6 Disember ialah hari akhir persidangan.
Jadi saya rasa tak ada makna dokumen dibekalkan kalau kita tak boleh bahas dalam Dewan. Saya mohon petua daripada Speaker sebab kita terpaksa rujuk kepada… kepada semua dokumen tersebut dalam perbahasan termasuklah juga pandangan daripada Ketua Audit Negara dan sebagainya.
Walaupun kita tak ikut satu persatu tapi dokumen itu sangat penting untuk semua ADUN, Ahli-ahli Dewan termasuklah EXCO… EXCO kerajaan negeri. Jadi, saya mohon petua sama ada embargo sehingga hari ini supaya kita boleh gunakan semasa perbahasan terima kasih.
Yang Amat Berhormat. Yang hormat wakil daripada Cheka. Sebenarnya semasa kita nanti membentangkan laporan, kita ada jawatankuasa. Jadi ketika itu kita bolehlah berbahas, berbincang. Jadi, sebab ini adalah laporan sahaja. Laporan daripada laporan tahunan agensi-agensi kerajaan dan juga badan-badan berkanun kerajaan negeri. Jadi yang itu yang kita embargokan dan kita akan berbincang nanti kita akan nanti… pada hari 6 hari bulan kita akan meluluskan dan ketika itu kita akan bahaskan. Insya-Allah.
Ok, dengan ini saya menangguhkan persidangan.
Sekian. Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.