Pahang · 2 December 2024

15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 278 turns · 37,843 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari : Isnin, 2 Disember 2024 bersamaan 30 Jamadilawal 1446 Hijrah. Masa : 9.30 Pagi

DOA

Perkara Pertama: Bacaan doa.

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Marilah kita sama-sama mulakan mesyuarat kita pada pagi ini dengan membaca ummul kitab, al-Fatihah. [bacaan ayat al-Quran]. Segala puji bagi Allah. Dibuka mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan. Mudah mudahan sentosa aman makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian Hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan. Yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandu kepada pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah dipohon doa kami diperkenan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera. Salam Perpaduan. Selamat pagi. Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat sekalian, alhamdulillah marilah kita sama-sama bersyukur kepada Allah SWT dengan izin-Nya, kita semua dapat menghadiri Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada pagi yang berbahagia ini.

Seperti semuanya, umum tahu bahawa sekarang ini terutama sekali di pantai timur, di negeri jiran kita sedang dilanda banjir yang sangat dahsyat. Jadi InsyaAllah lah kita sama-sama doakan agar musibah ini dapat diselesaikan atau… atau ianya diminimumkan.

Jadi insya-Allah Yang Berhormat sekalian, kita juga dapati bahawa ada beberapa rakan-rakan kita yang tidak dapat hadir pada hari ini adalah kerana komitmen yang terbuat dari awal lagi. Baiklah, untuk meneruskan aturan mesyuarat yang seterusnya,

saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari ADUN Lantikan mengemukakan pertanyaan. Tuan Haris, haa… sila wakil.

Boleh?

Speaker

Boleh...boleh.

Assalamualaikum…

Speaker

Dia berlima tu pun dia nak berwakil pulak, orang tu, ke orang tu. [Ahli ketawa]. Tak apa first time, we understand.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Soalan nombor satu. Sehingga kini…

Speaker

Eh! Tak apa, awak tak payah baca.

Owh… haa… Soalan nombor satu.

[Sehingga kini TVET berkembang dengan begitu pesat. Sejauh mana usaha Kerajaan Negeri menyokong pendidikan TVET terutama bagi kawasan luar bandar contohnya di Jerantut?]

Terima kasih.

Speaker

Sila.

Assalamualaimum WBT dan selamat pagi, Salam Sejahtera.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Soalan yang dibangkitkan oleh ADUN Yang Dilantik ialah berkenaan dengan TVET. Iaitu sejauh manakah kerajaan negeri menyokong pendidikan TVET terutama sekali bagi kawasan luar bandar antaranya termasuk di Jerantut. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan dan kompetensi yang relevan dengan keperluan industri semasa dan pekerjaan masa hadapan. Pada masa kini, kurikulum yang dibina bagi program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) ya, TVET ni ialah Technical Vocasional Education and Training dengan izin. KPM ada… adalah… kurikulumnya, kurikulum berasaskan industri selari dengan perkembangan teknologi revolusi industri perindustrian (IR). KPM sentiasa berusaha ke arah memastikan murid-murid terutamanya di dalam bidang TVET sentiasa relevan dengan pekerjaan masa hadapan. Antara pendekatan yang dilaksanakan adalah memastikan kandungan kurikulum bagi program yang ditawarkan di peringkat sekolah dan kolej vokasional diberi nilai tambah melalui sukatan-sukatan baharu. Hal ini dapat membantu dengan menyediakan peluang dan ruang kepada murid-murid terutamanya sekolah-sekolah luar bandar untuk mengikuti bidang Pendidikan Vokasional dan sekaligus menyediakan mereka di bidang pekerjaan kelak.

Di atas kesedaran tersebut, banyak usaha telah dan sedang dilaksanakan bagi melibatkan murid-murid dalam TVET. Antaranya ialah pertama; iaitu terdapat 8 buah Kolej Vokasional yang meliputi 6 buah daerah iaitu Maran, Kuantan, Temerloh, Rompin, Bentong dan Lipis. Kolej-kolej vokasional ini menawarkan sebanyak 10 bidang pengajian (Seni Reka, Perniagaan, Pertanian, Perkhidmatan Masyarakat, Hospitaliti, Teknologi Maklumat, Teknologi Mekanikal dan Pembuatan, Teknologi Elektrikal dan Elektronik, Teknologi Awam serta Pembuatan dan Pemprosesan mengikut pengkhususan masing-masing.

Persijilan yang ditawarkan di Kolej Vokasional meliputi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia, Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dan berpeluang melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Diploma iaitu Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

Kemudahan ini turut memberi peluang kepada murid-murid di daerah sekitar sebagai contohnya murid-murid di Jerantut untuk melanjutkan pelajaran di bidang TVET di Kolej Vokasional di Temerloh dan Lipis yang menyediakan kemudahan asrama.

Pelaksanaan Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) Negeri Pahang yang melibatkan 19 buah sekolah di 9 buah daerah iaitu di Bera, Bentong, Cameron Highlands, Kuantan, Lipis, Maran, Pekan, Raub dan Rompin. Program ini melibatkan murid di tingkatan 4 dan 5. Terdapat 8 bidang kemahiran yang ditawarkan iaitu Penyediaan Makanan, Tanaman, Seni Kecantikan, Pendawaian Elektrik, Dekorasi Dalaman, Pakaian dan Jahitan, Pembuatan Perabot serta Penyejukan dan Penyamanan Udara.

Pelaksanaan program PVMA ini memberi peluang secara langsung kepada murid yang kurang cenderung ke arah bidang akademik tetapi tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke kolej vokasional dengan menekankan penguasaan bidang kemahiran selama dua tahun pengajian di Tingkatan 4 dan 5. Ini adalah juga selaras dengan matlamat asal pelaksanaan PVMA iaitu menyediakan murid untuk pekerjaan dalam bidang kemahiran atau menjadi usahawan dalam bidang kemahiran yang mereka ceburi atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Murid yang menyertai

PVMA akan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan juga sijil SPM selepas tamat Tingkatan 5.

Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang melibatkan 56 buah sekolah di seluruh negeri Pahang dan menawarkan 19 mata pelajaran iaitu Pendawaian Domestik, Katering dan Penyajian, Produksi Reka Tanda, Landskap dan Nurseri, Produksi Multimedia, Hiasan Dalaman, Menservis Motorsikal, Kimpalan Arka dan Gas, Menservis Automobil, Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara, Reka Bentuk Grafik Digital, Rekaan Jahitan Pakaian, Produksi Reka Tanda, Menservis Peralatan Elektrik Domestik, Pemprosesan makanan, Pembuatan Perabot, Pembinaan Domestik, Akuakultur dan Haiwan dan rekreasi dan tanaman makanan dan sekolah-sekolah di daerah Jerantut yang turut terlibat dalam pelaksanaan MPV ini adalah seperti berikut ini soalan YB… YB tentang daerah Jerantut iaitu SMK Inderapura, pendawaian domestik, SMK Jerantut, hiasan dalaman, SMK Damak landskap dan nursery SMK Kota Gelangi 2, menservis automobil, SMK Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, menservis peralatan penyejukan dan penyamanan udara, SMK Lepar Utara, menservis motosikal.

Pada tahun 2024, SMK Jerantut telah membuat permohonan untuk menambah kelas MPV hiasan dalaman yang dirancang untuk beroperasi pada tahun 2025. Langkah ini selaras dengan hasrat Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional KPM untuk meningkatkan enrolment murid dalam bidang TVET sebanyak 20% menjelang tahun 2025. Bagi negeri Pahang, KPI bagi enrolment murid tingkatan 4 dalam bidang TVET ditetapkan pada 28% dan pada tahun 2024 ini jumlah enrolment keseluruhannya telah mencapai 28.03%. Sekolah-sekolah di daerah Jerantut turut mencatatkan peratusan enrolment murid yang tinggi bagi aliran TVET dan butirannya seperti berikut: SMK Damak-16.19%, SMK Inderapura-49.54%, SMK Jerantut-27.62 %. SMK Kota Gelangi 2-35.94%, SMK Lepar Utara-45.9%, SMK Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak-33.64%.

Pelaksanaan Program Mata Pelajaran Vokasional iaitu pemprosesan makanan yang telah memasuki tahun yang kedua di Sekolah K11, SMK RPS Betau bagi murid-murid Asli Tingkatan 4 dan 5. Perluasan Program MPV menservis motosikal telah diluluskan dan perolehan telah dibuat bagi pengoperasian pada tahun 2025. Ini akan memberi lebih banyak peluang kepada murid-murid Asli dalam bidang kemahiran dan sekaligus mampu membanteras berlakunya keciciran dan membuka kepada peluang pekerjaan kelak. Untuk memastikan kelestarian program MPV, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyalurkan waran bagi perolehan dan naik taraf peralatan untuk 8 mata pelajaran MPV di 69 buah sekolah di seluruh negara secara berfasa. Peruntukan ini adalah di bawah Peruntukan Pembangunan P63 Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling… Rolling Plan Keempat tahun 2024. Sejumlah RM70,000.00 telah diperuntukkan bagi Fasa 1 RMKe-12 Rolling Plan Keempat Tahun 2024 yang melibatkan dua mata pelajaran MPV iaitu pendawaian domestik dan menservis peralatan penyejukan dan penyamanan udara. Sekolah di daerah Jerantut yang menerima peruntukan ini adalah SMK Inderapura, Pendawaian Domestik sebanyak RM50,000.00 dan SMK Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, menservis peralatan penyejukan dan penyamanan udara sebanyak RM20,000.00.

Bagi mata pelajaran MPV lain di daerah Jerantut, landskap dan nursery, hiasan dalaman, menservis motorsikal dan menservis automobil. Peruntukan dijangka akan diterima di bawah Fasa 3 RMKe-13 Rolling Plan Pertama bagi Perolehan Tahun 2026. Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut turut mengadakan beberapa program kolaboratif bersama dengan Pusat Latihan Teknologi Tinggi ADTEC Jerantut bagi menyemarakkan lagi pendidikan TVET di daerah Jerantut. Antaranya ialah Seminar

TVET dan Majlis Menandatangani Emolsi ADTEC Jerantut pada 16 November 2023 perjanjian ini dimeterai antara ADTEC Jerantut dengan rakan strategik industri Zinisu Polymer Malaysia Berhad dan VS Industri Berhad serta rakan strategik Sekolah Daerah Jerantut SMK Jerantut, SMK Temin, SMK Padang Saujana dan SMK Padang Piol.

Yang kedua, melaksanakan program dengan kerjasama ADTEC Jerantut antaranya program Outreach TVET, kedua seminar dan program laluan TVET menjadi pilihan lepasan SPM. Ketiga, National Training Week dan keempat, Kem Jelajah TVET dan Karnival TVET dan Jelajah Pendidikan Luar Bandar MARA. Terima kasih Dato' Sri.

Soalan tambahan.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Soalan tambahan. Dato' Sri Speaker, saya ingin bertanyakan soalan tambahan berkenaan dengan Program Perantisan Industri Menengah Atas atau nama Dia Program PIMA yang diadakan untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5. Adakah projek ini masih dilaksanakan di sekolah menengah untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang tidak minat dalam akademik tetapi lebih minat dalam bidang TVET?

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

TVET ni sebenarnya antara program yang dilaksanakan bagi memperkasakan lagi New Industrial Masterplan 2030 maknanya dengan izin, Pelan Induk Perindustrian yang baru bagi tahun 2030 dan dilihat di bawah pelan induk ini keperluan untuk tenaga kemahiran ini begitu tinggi dan mengakui aspek inilah maka kerajaan Malaysia di bawah KPM… di bawah kementerian-kementerian termasuk KKDW di bawah Kementerian KESUMA, Kementerian Sumber Manusia dan lain-lain kementerian melaksanakan program yang bersesuaian. Jadi sahabat saya daripada Semambu bangkitkan sama ada kursus atau program seperti mana yang di zahirkan tadi diteruskan ataupun diperkasakan.

Insya-Allah perkara ini akan sebenarnya sentiasa diberi perhatian malahan pihak kerajaan sendiri telah menubuhkan Majlis TVET Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri 1, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan InsyaAllah ini program seumpama itu termasuk di sekolah yang dizahirkan oleh YB Dato’ Sri… Dato’… YB ADUN Semambu ni sebenarnya diberikan perhatian yang sewajarnya.

Speaker

Soalan seterusnya Wakil daripada

Soalan tambahan Dato' Sri.

Speaker

Sila.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.

Soalan asal tadi yang saya nampak ialah apakah usaha kerajaan dalam pendidikan TVET yang disampaikan tadi saya rasa adalah kebanyakan yang melibatkan di bawah Kementerian Pendidikan. Soalan asal dia ialah apakah usaha kerajaan negeri? Saya rasa, apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri melalui kolej-kolej yang bernaung di bawah Yayasan Pahang dalam pendidikan TVET? Mohon pencerahan Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Dia bila sebut sokongan tu macam kitalah kalau kerajaan pusat buat satu program bagaimanakah kerajaan negeri nak pastikan supaya program yang dilaksanakan ini dapat dijayakan dengan penuh cemerlang? Jadi kita facilitate can be that way, dengan izin. Tapi di Pahang sebenarnya kita ada PSDC, Pahang Skills, kita ada YP Advance Skill College yang juga melahirkan graduan-graduan program yang hebat.

Contohnya kita ada Maahad Tahfiz, misalnya untuk Mahaad Tahfiz pelajar-pelajar daripada Mahaad Tahfiz ni kita latihan kemahiran. Baru-baru ni apabila kita melaksanakan program Wagyu Pahang saya bagi contoh Wagyu Pahang. Kita nak penuhkan dia punya apa nama complete cycle iaitu daripada production daripada pengeluaran daripada ini kita wujudkan benih, kita wujudkan induk tetapi pada masa yang sama kita perlukan juga untuk ternakan ini disembelih dan kita perlukan professional butcher. So di bawah program professional butcher YP Advance Skills iaitu anak syarikat daripada Yayasan Pahang telah mewujudkan program intensif kos untuk melahirkan 60 professional butcher yang ini telah pun dilaksanakan di YP Advance Skill, PSDC Pahang Skill centre ini adalah merupakan pusat kemahiran yang melahirkan pelbagai ramai graduan yang kini berada di dalam industri. Tak kira. Maknanya sama ada industri automobil dan malahan di bawah saranan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri DiRaja kerana kita ada projek ECER ya. Err… sorry ECRL… ECRL, keretapi laju. Keretapi laju East Coast Rail Link yang sedang dilaksana sekarang ni.

Maka pihak ECRL atau MRL telah juga bekerjasama dengan UMP dan juga UCYP ya UCYP, Universiti Kolej Yayasan Pahang untuk melatih anak-anak pelajar, pelatih-pelatih kita supaya mereka ini mempunyai kemahiran dalam err… ini sektor pengangkutan. So insya-Allah setelah mereka tamat, mereka ini akan diberikan peluang untuk bekerja dengan ECRL bagi menyenggara ini…sistem kereta api termasuk dan sebagainya.

So ini sebenarnya seperti mana yang saya sebutkan tadi. Ini antara contoh kesungguhan Kerajaan Negeri Pahang untuk pastikan agar Pahang ini dapat bergerak serentak, sederap dengan kerajaan pusat khususnya dalam industri…dalam kemajuan industri dan kita ada pelbagai dan contoh cadangan untuk membina

lapangan terbang. Lapangan terbang yang baru ini memerlukan kepakaran dalam bidang aeronautical dan kita juga merancang untuk menyediakan graduan-graduan yang mampu untuk menggalas tanggungjawab ini yang terdiri daripada anak-anak Pahang.

Jadi Yang Berhormat sahabat saya daripada Sabai, ini antara contoh yang mungkin Insya-Allah nanti kita buat program untuk kita teliti agar dapat kita lihat bahawa kesungguhan Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja untuk pastikan anak-anak muda ini dapat mengisi ruang-ruang ataupun peluang pekerjaan hasil daripada perancangan dan juga tindakan kerajaan negeri untuk memajukan lagi Pahang ini dapat diisi dengan sepenuhnya. Terima kasih Dato’ Sri.

Speaker

Kita pergi ke soalan nombor dua, Ahli yang dilantik.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Soalan saya nombor dua.

[Apakah kerajaan negeri akan menambah baik Jabatan Pendakwaan Syari'e Negeri

Pahang supaya dapat menangani pendakwaan kes-kes Syariah di negeri Pahang ?]

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, soalan yang dikemukakan oleh rakan baru kita, ADUN Lantikan mengenai apakah usaha kerajaan di dalam menambah baik Jabatan Pendakwa Syarie Negeri Pahang. Kita bersyukur ke hadrat Ilahi dengan usaha gigih Kerajaan Negeri untuk memperkasakan institusi agama. Pada asalnya, Jabatan Pendakwa Syarie ini hanya satu bahagian di dalam Jabatan Agama Islam Pahang.

Untuk pengetahuan Dewan, Jabatan Agama Islam ini… dia mempunyai bahagian. Ada Bahagian Pendidikan, ada Bahagian Penyelidikan, ada Bahagian Pengurusan, ada Bahagian Dakwah dan dulu Bahagian Pendakwa Syarie. Tetapi pada tahun 2019, tahun 2000…2019, Bahagian Pendakwa Syarie ini telah dinaiktarafkan iaitu 5 tahun yang lampau. 5 tahun yang lalu telah dinaik taraf menjadi satu jabatan yang bersendiri supaya urusan itu dapat diberikan pemfokusan yang lebih rapi dan lebih teratur serta lebih tersusun rapi.

Ini tujuan kerajaan negeri dan juga dapat fokus. Walaupun dia baru berumur 5 tahun, tetapi jabatan ini telah berjaya mengaturkan strateginya setahun demi ke setahun untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Seumpama kata, pada tahun 2022, Jabatan Pendakwa Syarie telah berjaya mengadakan Persidangan Ketua-Ketua Hakim Syarie seluruh Malaysia di Kuantan. Daripada persidangan itu, apa yang menariknya Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Jabatan Pendakwa Syarie telah berjaya memperkenalkan satu sistem yang dinamakan e-Dakwa. E-Dakwa ini yang

menjadikan negeri Pahang adalah negeri yang pertama Jabatan Pendakwa Syarie [Ahli Dewan menepuk meja] memperkenalkan kepada urusan pendakwaan di negeri Pahang. Jadi ini akan lebih menyegerakan dan memudahkan.

Speaker

Online.

Speaker

Dia online je lah.

Speaker

Oh, steady.

Online. Alhamdulillah, Dato’ Sri Speaker. Jadi maknanya kalau orang nak bercerai berai, kalau ada kes-kes pendakwa syarie, tuntutan dan sebagainya. Kita… sebab dia lebih cepat. Kita akan teliti benda tu. Dah…dah sedang mana pergerakannya dan keupayaannya.

Seterusnya, Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, pada tahun 2023 kita telah berjaya membentangkan satu pelan strategi untuk memperkasakan lagi Jabatan Pendakwa Syarie. Alhamdulillah, dengan usaha yang segigih mungkin oleh kerajaan negeri dengan apa terwujudnya jabatan secara bersendiri ini, maka Jabatan Pendakwa Syarie telah mampu memberikan keupayaan servisnya kepada rakyat di negeri Pahang. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Dato’ Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Soalan tambahan.

Speaker

Sila.

Dato’ Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Tanjung Lumpur. Ni… Lupa Tanjung Lumpur akan bangun. [ketawa]

Dato’ Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Terima kasih kepada EXCO yang menjawab tadi. Jadi saya ada sedikit pertanyaan. Pertamanya nak apa… tanya mengenai jumlah kes yang tertunggak. Bagaimana kita dengar kadangkala ada kes yang tertunggak. Jumlah keseluruhanlah kes tertunggak di Mahkamah Syariah. Yang keduanya punca sebablah daripada tertunggak tu dan kemudian kes apa yang paling banyak tertunggak, insya-Allah.

Speaker

Sebelum tu, kita nak ucap tahniah kepada Wakil daripada Tanjung Lumpur kerana dikurniakan DIMP baru baru ni.

Bukan…bukan Tanjung Lumpur sahaja, Dato’ Sri Speaker, bahkan daripada Beserah pun dapat juga pengurniaan daripada Kebawah Duli Tuanku. Saya dengar cerita hari ni pun Luit juga dapat. Ini adalah satu…

Speaker

Yang Luit tu belum lagi apa-apa. Lepas-lepas dapat baru kita tahniah.

Apa? Ya tetapi cerita kita hari ni…

Speaker

Beserah saya dah ucap tahniah dah.

Kes yang tertunggak yang dipersoalkan oleh Tanjung Lumpur kepada Dewan kita pada pagi ni. Ini bila sebut angka ni kita tak boleh nak jawab secara spontan. Memang adalah beberapa kes yang tertunggak. Memang kita tak nafikan tetapi tidak menjadikan benda itu sebegitu merungsingkan kerana kita berusaha dari semasa ke semasa untuk memastikan, sebab itu kita wujudkan e-Dakwa itu tadi, Dato’ Sri Yang di-Pertua untuk menyegerakan dan mengatasi masalah. Saya akan jawab secara bertulis persoalan yang dikemukakan oleh rakan daripada Tanjung Lumpur. Berapa kes yang tertunggak, apa bentuk-bentuk kes yang tertunggak tu dan bagaimana cara mengatasinya? Insya-Allah. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Speaker

Hah… sila.

Terima kasih…

Speaker

ADUN Lantikan.

Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya ada beberapa persoalan yang nak dibangkitkan secara tambahan pada Dewan yang mulia pada pagi ini.

Dato’ Sri Speaker,

Soalan saya pertama. Sekarang ni Ketua Pendakwa Syarie Negeri Pahang ni, insya-Allah dia akan err… saya rasa dia dah bersara dah pada September tahun ni. Saya rasa mungkin dah boleh jawab secara bertulis. Bilakah agaknya Ketua Pendakwa Syarie Pahang ni kita nak lantik kerana untuk menangani kes-kes yang saya kira kes syarie di negeri Pahang ni agak banyak. Walaupun ada pihak yang dok sebut bahawa Pahang ni syariah dia terganggu. Itu yang pertama.

Yang keduanya, yang saya nak…nak…nak…nak sebut sikit pada nak…nak tanya kepada Yang Berhormat EXCO. Jabatan Pendakwa Syarie Negeri Pahang ni dia tidak ada pejabat sendiri. Jadi dia menumpang di Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan. Jadi ada tak kerajaan negeri bercadang untuk menyewa ataupun ada bangunan sendiri sekurang-kurangnya menyewalah. Sebab saya percaya bahawa Pejabat Timbalan Pendakwa Raya sivil pun mereka ada satu bangunan yang mereka duduki sendiri, yang kedua.

Yang ketiga, Dato’ Sri Speaker saya nak…nak mohon sedikit makluman ataupun jawapan daripada kerajaan negeri. Pada 2017, Kebawah Duli Tuanku Sultan Pahang telah pun mencadangkan kepada Majlis Jemaah Pengampunan Negeri Pahang supaya satu kaedah yang dinamakan sebagai Diyat iaitu kaedah sebagai alternatif dalam kesalahan jenayah bunuh. Iaitu memberikan kuasa kepada keluarga untuk memberi pengampunan ataupun memberikan satu bayaran pampasan kepada keluarga mangsa. Jadi cadangan Tuan… Kebawah Duli Tuanku ni telah pun dikemukakan pada 2017. Soalan saya, adakah… apakah perkembangan saranan Tuanku ini telah dilaksanakan ataupun belum di dalam Majlis pengampunan… Jemaah Pengampunan Negeri Pahang? Itu sahaja Dato’ Sri. Terima kasih.

Terima kasih di atas soalan tambahan daripada ADUN Lantikan. Nampak betul bahawasanya ADUN Lantikan ini pengamal undang-undang Dato' Sri Speaker. Jadi maknanya parah juga EXCO nak menjawabnya. Sebenarnya tentang pelantikan kita tiga bulan lepas betul sebagaimana yang dinyatakan oleh ADUN Lantikan bahawasanya Ketua Pendakwa Syarie itu bersara. Sebenarnya, kerajaan negeri telah memberikan beberapa cadangan individu untuk menggantikan jawatan kekosongan itu. Sebenarnya juga bukan pendakwa syarie juga ada beberapa jabatan yang sekarang ini kekosongan dan kita telah kemukakan proses penggantian itu sedang di

didalam tindakan insya-Allah dalam masa terdekat benda itu akan berganti sebab kita tidak nak benda tu lama kosong. Kalau kosong, dia akan sebagaimana rakan daripada Tanjung Lumpur tadi kemukakan akan menyebabkan beberapa kes yang berat yang perlu didakwa oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri akan tertunggak dan ini akan menyebabkan apa kesukaran dan juga masalah kepada rakyat.

Speaker

Tata kelola dia tak kena la.

Ya betul. Tata kelola.

Yang Berhormat Dato Sri' Speaker,

Merujuk kepada pejabat sebenarnya kita kalau nak membuat sesuatu perubahan nak menunggu kita ni kamil mukamil kita sempurna Dato Sri' Speaker semua dah lengkap akhirnya kita tidak ada pergerakan. Kita wujudkan dulu jabatan itu kita guna kemudahan-kemudahan sedia ada supaya jabatan kita, agensi kita tu dapat bergerak juga walaupun bak meminjam kata ADUN Lantikan tadi, kita terpaksa menumpang sebenarnya bukan menumpang semua jabatan kerajaan. Dia akan duduk di... di bangunan kerajaan di mana yang kerajaan atur. Kalau seandai katanya, kerajaan nak duduk pejabat EXCO pindah ke pejabat Jabatan Agama, Pejabat Daerah... pejabat yang duduk di pejabat daerah, duduk di Pejabat EXCO tu atas aturan strategi pengaturan pentadbiran kerajaan di bawah pengurusan SUK. Jadi semua di mana bangunan kerajaan layak diguna oleh jabatan kerajaan untuk duduk di mana-mana sahaja.

Walau bagaimanapun, walau bagaimanapun, kita nak selesakan keadaan kita dengar sendiri Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Jumaat kelmarin telah mengumumkan satu peruntukan jumlahnya kita boleh buka balik semula buku untuk membina Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan di Kuantan ini. Jadi di situ akan memberikan ruang kepada pejabat agama dan juga Jabatan Pendakwa Syarie menggunakan jabatan secara berasingan di antara satu sama lain tidaklah duduk. Kita faham,memang bila duduk berkongsi ni ada kekangan nak mesyuaratlah, nak buat kerjalah agak terhimpit. Jadi sebab itu kita selalu bercakap kita minta Setiausaha Kerajaan menyediakan satu tempat dan itu yang kita dengar pengumuman daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Adapun dari segi diyat, kita menjunjung kasih di atas titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang sangat cakna kepada perkembangan agama dan syariat di negeri Pahang.

Ini membuktikan raja kita sangat-sangat menaungi apa namanya hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan. Tapi kita kena ingat juga setiap kali Paduka Baginda bertitah dalam isu-isu yang besar dan berat serta perlu kepada penelitian, Tuanku akan lapikkan titah Tuanku supaya dilaksanakan mengikut perintah undang- undang dan juga clause- clause yang sedia ada supaya benda itu dapat dilaksanakan dengan sebaiknya agar tidak berlaku percanggahan. Sebab itulah jawatankuasa syariah negeri menyediakan kertas itu dan meneliti dengan pihak berkuasa persekutuan yang ada kuasanya untuk membenarkan kita menyediakan RUU yang berkaitan dengan diyat ini. Kalau kita imbau sejarah kita yang lalu Dato' Sri Seri Speaker, ada beberapa RUU yang kita tak boleh bentang di dalam Dewan ini pada ketika itu tetapi setelah kita mendapat kebenaran daripada Dewan Parlimen untuk kita bentangkan sesuatu RUU

yang berkaitan dengan agama, maka kita dapat bentangkan. Asalnya tak ada. Jadi benda ini perlu kepada perundingan dan perlu kepada persefahaman di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan agar titah Kebawah Duli Tuanku yang menjadi cita-cita kerajaan negeri itu dapat kita laksanakan dengan sebaik mungkin di negeri Pahang Darul Makmur. Terima kasih Dato' Sri Speaker.

Speaker

Sila soalan terakhir.

Pertama sekali, saya nak dapat penjelasan sebab isu yang dibangkitkan oleh ADUN Lantikan ialah isu bawah bidang kuasa negeri. Lembaga Pengampunan bawah Mahkamah Syariah terletak bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Dia tidak terlibat dengan kerajaan persekutuan dan cadangan Tuanku dalam kerangka kemampuan negeri untuk mengurus. Saya fikir kerajaan negeri harus mengambil langkah yang drastik sebab 2017 saya fikir dah ambil masa yang panjang. Titah Tuanku dilaksanakan dan dia menepati kehendak syarak... menepati kehendak hukum syarak. Bila mana kita nak ampun ada tiga pilihan dan kes ini bukan kes hudud, kes qisas. ni kes qisas bukan kes takzir.

Dalam kes qisas, hukum bunuh ada tiga pilihan pelaksanaan hukum. Diyat, ganti rugi atau keluarga mengampunkan. Sedikit kalau keluarga mengampunkan pesalah, maka itu pilihan terbaik. Maka sebab tu Tuanku cadang supaya pandangan keluarga diambil kira kepada Lembaga Pengampunan bukan kuasa Lembaga Pengampunan penuh tapi pandangan keluarga tu diambil kira sebagai nasihat kepada Lembaga Pengampunan. Saya fikir supaya kita clear kes ini untuk kita laksanakan sebab fikir di bawah judiciary bidang kuasa di bawah mahkamah kerajaan negeri. Terima kasih.

Terima kasih kepada rakan daripada Cheka. Nampak gayanya apa yang diberikan soalan daripada ADUN Lantikan dan pandangan daripada Cheka itu tadi tidak bercanggah dengan apa yang dimaksudkan oleh kerajaan negeri. insya-Allah benda ini adalah satu perkara yang perlu kita laksanakan tetapi perlu kepada keupayaan. Kita ada Jawatankuasa Syariah Negeri. Pengerusinya, Dato' LA, ahlinya mufti kerajaan negeri dan juga Majlis Agama Islam Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Amir dan juga Majlis Agama Islam Pahang dan diorang mesti bentang di dalam Majlis Agama Islam Pahang.

Dipengerusikan sendiri oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Sultan Pahang. Setelah mereka perakui di dalam majlis seagama itu... dalam mesyuarat majlis agama, kita bersedia di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk kita bentang pula dalam Mesyuarat EXCO. EXCO mudah insya-Allah sebab yang pengerusinya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, ahlinya Dato' LA sendiri dengan SUK dan rakan-rakan EXCO ada. Sampai kertas tu ke kita orang akan perakui dan kita akan bentang dari dalam Dewan untuk disahkan menjadi enakmen RUU. Insya-Allah, kita minta apa nama jawatankuasa syariah segerakan benda itu, percepatkan. Benda ni memang apa... memang menjadi cita-cita. Kita dah cakap dari dulu tetapi tak boleh buat lagi benda tu tidak mendapat kelulusan. Bukan kita kata benda tu salah. Benda itu sangat

betul, benar dan perlu kita laksanakan cuma kita perlu perakui dalam Dewan yang mulia ini, dapatkan pengesahan. Selagi tidak ada pengesahan kita tidak ada punca kuasa untuk kita buat benda tu. insya-Allah Dato' Sri Speaker .Terima Kasih.

Speaker

Terima kasih wakil kerajaan.

Dato' Sri, sikit boleh tak? saya nak tambah sikit. sikit je.Err saya rasa saya boleh bersetuju dengan Yang Berhormat EXCO kerana..

Speaker

Bagi chance lah orang baru.

Sekejap. Err... saya rasa sebab saya bersetuju dengan Yang Behormat EXCO, isu diyat ini memerlukan persetujuan daripada kerajaan persekutuan kerana bunuh ini adalah merupakan satu kesalahan di bawah penal code dan penal code ini mesti diluluskan mesti adalah undang- undang persekutuan. Jadi saya kira bukan hanya di peringkat jawatankuasa negeri sahaja boleh membuat satu peruntukan berhubung dengan diyat ini. Saya setuju bahawa memerlukan daripada persetujuan juga daripada Kerajaan Persekutuan. Itu sahaja Dato' Sri. Terima kasih.

Speaker

Sebab kita federation, maka dia mesti mendapat kelulusan daripada kerajaan pusat dulu dan baru kita boleh implement di negeri.

Saya minta maaf. Saya bukan nak mengelirukan Dewan. Kita tidak bincang kes. Kita bincang kuasa Lembaga Pengampunan. Bukan kes bunuh. Kes bunuh yang kita tahu bawah... bukan bawah mahkamah Syariah pun. Tapi ialah kita bincang di bawah kuasa Lembaga Pengampunan tu sendiri. Tuanku maksudkan ialah bawah kuasa Lembaga Pengampunan sebagaimana yang dijawab oleh EXCO. Saya fikir jelas apa yang disebut tadi prosesnya yang perlu dilalui di peringkat negeri. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya wakil daripada Beserah.

Assalamualaikum WBT.

Speaker

Dato’ baru.

Terima kasih Dato' Sri Speaker, saya kemukakan soalan nombor 3. Terima kasih.

[Pencemaran Sungai Balok menjadi semakin serius kebelakangan ini;

a) Apakah status pemantauan kualiti air Sungai Balok sepanjang 2023 dan 2024?

b) Apakah kangkah-langkah yang telah diambil bagi memulihkan kualiti air dan keadaan Sungai Balok?

c) Berapakah bilangan kes yang telah dibawa ke mahkamah berkaitan pencemaran Sungai Balok sepanjang 2024?]

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada rakan saya daripada Beserah. Kali kedualah membuka soalan ni. Soalan cemerlang.

Yang pertamanya, Yang Berhormat Tuan di-Pertua, pencemaran sungai adalah menjadi satu tanggungjawab daripada Kementerian Alam Sekitar dan di negeri Pahang akan diletak di bawah Jabatan Alam Sekitar dan ini termasuklah mengawal dan memantau pencemaran-pencemaran yang contohnya, pencemaran terbuka, pelupusan haram atau buangan berjadual, pencemaran air, pencemaran udara, premis-premis kilang, pencemaran udara daripada kenderaan dan juga tumpahan minyak.

Antara-antara yang mengawal dan dipantau oleh JAS. Jadi sebelum saya... semuanya adalah berkaitan dengan kualiti alam sekitar kita. Sebelum saya meneruskan, saya nak mengambil kesempatan lah. Bila saya duduk tentang… tengok tentang alam sekitar ni, saya teringat Yang Berhormat Tuan di-Pertua satu ketika dulu menjaga alam sekitar. Jadi dengan adanya, Yang Berhormat Tuan di-Pertua pernah bersama-sama kerajaan negeri menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) dan juga Majlis Biodiversiti Negeri Pahang. Betul Yang Berhormat Tuan di-Pertua?

Speaker

Penggal lepas.

Terima kasih dan jasamu tetap dikenang.

Speaker

Amin.

Yang pertamanya, untuk menjawab soalan daripada Beserah. Kualiti kelas air ini, ada daripada I hingga V. Kelas I hingga kelas V dan di Pahang, sungai-sungai yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar adalah sebanyak 86 sungai. Di mana sungai-sungai ni dibina stesen-stesen untuk memantau kualiti air yang ada dalam sungai-sungai terbabit 86 sungai dan termasuklah di sungai Balok. Tetapi sungai Balok ni sungai paling special, ada sungai yang kita letak stesen pemantau secara automatik.

Maknanya kalau ada efluen daripada kilang yang bukan berkenaan yang mencemarkan air dan secara automatik akan terus dilaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar. Ingat daripada Cheka dulu, orang yang bertanggungjawab alam sekitar lah satu ketika dulu. And then, daripada kualiti air Sungai Balok sebagaimana yang ditanya sepanjang 2022, 23 dan 24 kualitinya adalah berada pada Tahap III dan alhamdulillah negeri Pahang kita sungai-sungainya berada dalam keadaan baik.

Antara negeri yang mempunyai kualiti air yang sangat baik iaitu daripada kualiti kelas I hingga ke III dan ada setengah setengah negeri yang lain, sampai kelas IV pun ada, kelas V pun ada. Kelas IV ni memang dah tercemarlah kelas III ni boleh lagi mandi-mandi sikit boleh lagi.

Tetapi ini adalah menunjukkan prestasi kerajaan negeri Pahang kita dalam memelihara alam sekitar. Dan untuk makluman YB daripada Beserah juga sungai Balok, sungai Panjang dan sungai Tonggak satu ketika dulu adalah Kelas III dan membawa masuk ke sungai Balok juga, hari ni berada pada kelas II dah naik tingkat kepada kelas II dan tahniahlah saya ucapkan kepada ADUN Beserah kita dan langkah-langkah yang diambil untuk memulihkan kualiti air, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang sentiasa memantau dan menjalankan penguatkuasaan dari semasa ke semasa terhadap premis-premis tertakluk kepada peraturan-peraturan kualiti alam sekitar iaitu Efluen Perindustrian 20 2009, Peraturan Peralatan, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Kumbahan 2009 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling.

Kawalan pencemaran daripada stesen pemindahan sisa pepejal dan kambus tanah 2009 yang menyumbang efluen terolah ke dalam sungai Balok dan di samping itu juga, JAS negeri Pahang turut menjalankan program kesedaran bersama dengan pihak-pihak industri dan juga masyarakat setempat bagi menjelas dan memelihara kualiti air di setiap sungai dan negeri Pahang termasuklah sungai Balok.

Dan soalan terakhir. Bilangan kes yang telah diambil tindakan sepanjang tahun 2024 sebanyak 4 kompaun telah dikeluarkan ke atas premis-premis yang telah melepaskan efluen yang melebihi had yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan iaitu 3 kompaun di bawah peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling, Efluen Perindustrian 2009 dan satu kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Kumbahan 2009.

Kegagalan menjelaskan kompaun tersebut akan menyebabkan tindakan mahkamah diambil terhadap premis. Dan saya dimaklumkan juga pada tahun ini, satu tindakan mahkamah telah diambil berdasarkan kompaun-kompaun yang telah diberikan. Terima kasih.

Soalan tambahan Speaker. Terima kasih kepada wakil kerajaan di atas penjelasan tentang status sungai Balok ni. Sungai Balok ni dia ada special sikit la. Pemantauan dia memang secara dia rigid sikit… online. Kerana apa kerana di hulunya adalah merupakan kawasan perindustrian yang banyak industri-industri berat.

Dan apa yang berlaku sebenarnya apabila berlaku pencemaran sahaja, ada isu dan kes, persepsi negatif kepada masyarakat adalah kepada kilang dan ini memberikan persepsi yang buruk kepada industrial player. Mereka semua ni adalah merupakan reputable industrial player. Pemain-pemain industri yang mempunyai reputasi international dan mempunyai standard yang tinggi dalam pengawalan alam sekitar.

Maka bagaimanakah tindakan kerajaan terutama sekali Jabatan Alam Sekitar dalam engagement nya kepada public untuk bagitahu sungai ni tahap III. Maksud tahap III tu, airnya boleh digunakan untuk aktiviti pertanian… untuk perikanan. Tapi tak boleh minum, nak minum kena rawat dulu. Itu kena bagi public awareness dan engagement kepada public supaya mereka tahu bahawa bila berlaku pencemaran, status sungai ini selamat atau tida. Kita tak nak bila berlaku saja orang semua terus kata tak selamat dah.

Jadi ini akan bagi kesan buruk kepada imej industrial players itu tadi yang mereka begitu menjaga dalam alam sekitar ini. Terima kasih.

Terima kasih daripada rakan saya daripada Beserah, Yang Berhormat Tuan di-Pertua, apa yang laporan yang telah kita terima dan berdasarkan pada kes-kes yang berlaku, kadang-kadang yang melibatkan apabila kita tak boleh terus nak beritahu benda tu bahaya. Kadang-kadang kita perlu melakukan siasatan.

Sebagai contoh, bukan sahaja di Balok yang berlaku baru-baru ni, bahkan di kawasan saya sendiri, di kawasan Bebar pun berlaku kerana disyaki pembuangan sisa-sisa yang telah diproses yang terpaksa dilupuskan oleh pihak-pihak terbabit. Tapi ada pihak-pihak tertentu telah mengambil jalan pintas dengan membuangkan bahan-bahan buangan tersebut di kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya dibuang di tepi sungai, di sebelah IWK.

Dan saya menerima laporan ini dan apabila kita dapati kita telah meminta pihak JAS mengambil tindakan dengan segera dan apabila mengambil tindakan segera pertamanya untuk memastikan keselamatan kepada penduduk-penduduk. Contohnya, apabila berlaku pencemaran udara seperti bau yang sangat kuat dan juga pencemaran air. Pertamanya, kita nak check dulu kualiti air. Kalau kualiti air itu boleh selamat, mana boleh masih boleh digunakan dengan kandungan-kandungan yang dilepaskan ke dalam air tersebut dan tindakan-tindakan susulan akan diambil oleh Pihak JAS menjalankan siasatan.

Sehingga kini ada di antara yang terjadi di kawasan saya tersebut dan juga di kawasan YB Berserah, baru-baru ni berlaku bulan Oktober. Tindakan yang diambil adalah melakukan siasatan terperinci. Yang saya dimaklumkan [tak jelas] telah dilepaskan dan tetapi saya tak bolehlah… kita nak …maknanya nak membuka semua,

memberitahu secara… siapa syarikat terbabit kerana siasatan masih dilakukan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar dan kita.

Insya-Allah, dengan bukti-bukti yang kukuh, kita akan membawa ke depan pihak-pihak yang terbabit dan apa yang dilaksanakan oleh pihak JAS menjalankan siasatan dan memastikan keselamatan itu akan jadi keutamaan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar. Dan kita pun err...sebagai rakyat negeri Pahang.

Sentiasalah saya menyeru kepada kita semua agar sentiasa memperletakkan diri kita dengan maklumat-maklumat yang berguna untuk kita dapati dan sebagai satu pedoman kepada kita semua. Kadang-kadang apa...apa yang berlaku Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Kadang-kadang apabila saya menjelaskan sesuatu perkara di hadapan ramai, kadang-kadang didapati ada setengah-setengah mereka kurang mendapat penjelasan atau kurang mendapat maklumat kerana kadang-kadang tak melihat daripada...daripada berita-berita yang disiarkan dari masa ke semasa. Contohnya, apa yang berlaku di Balok. Kita pun dapat tahu kerana kita membaca dalam media, apa yang berlaku di kawasan Balok dan juga yang diterbitkan oleh pihak kerajaan. Jadi, saya menyuruhlah kepada semua pihak agar sentiasa mendedahkan diri kita kepada maklumat-maklumat yang sentiasa disiarkan oleh pihak media yang disahkan oleh kerajaan dari masa ke semasa. Untuk mendapat maklumat-maklumat yang lengkap supaya tidak menyiarkan berita-berita yang boleh menyebabkan menjadi keadaan tak menentulah di kalangan masyarakat kita.

Speaker

Terima kasih. Saya nak pergi ke soalan seterusnya.

Dato' Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Satu, boleh, tambahan sikit.

Speaker

Soalan seterusnya err...kita pergi Soalan nombor 4, Wakil daripada Inderapura.

Dato' Sri Yang di-Pertua.

Speaker

Wakil kita nak cepatkan sikit. Pasal kita nak rehat minum pagi dan kemudian kita nak mula perbahasan.

Dato' Sri Speaker, saya mohon mengemukakan soalan nombor 4.

[Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.]

Speaker

Terima kasih wakil.

Dato’ Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Dato Sri Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada rakan saya daripada Inderapura yang ber... yang menge...menge...mengemukakan pertanyaan berkenaan dengan err...bagaimana untuk kaedah mengurangkan kesesakan Jabatan Kecemasan di Hospital Tengku Ampuan Afzan ataupun (HTAA) Kuantan.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Isu kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan ini adalah merupakan isu pengurusan hospital negeri err...yang menjadi keutamaan kerajaan negeri khususnya oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Jadi cabaran utama yang dihadapi oleh pesakit adalah tempoh masa menunggu pesakit yang panjang di Jabatan Kecemasan.

Jadi untuk itu, satu kajian mengenai perkara ini telah diadakan pada 10 hingga 13 err...Februari 2023 yang melibatkan pesakit yang dirujuk kepada lima jabatan, iaitu Jabatan Perubatan Am, Jabatan err...Pediatrik, Pembedahan Am, Ortopedik, Jabatan Ob… Obstetrik dan juga Ginekologi ya. Jadi daripada hasil kajian mendapati proses kerja yang melibatkan rawatan oleh jabatan, oleh pegawai perubatan dan pakar dalam Jabatan Kecemasan, dalam Jabatan Kecemasan seterusnya dirujuk kepada 'Primary Team' mengambil masa yang agak panjang kerana melibatkan proses-proses kerja. Pelbagai jabatan lain termasuk Sokongan Klinikal iaitu Jabatan Patologi dan juga Radiologi.

Jadi proses kerja ni ini boleh dipendekkan atau dibuang err...prosesnya err...dan perlu ditambah baik. Seterusnya dapat mengurangkan masa menunggu dan mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan. Jadi untuk mena...menangani isu-isu ini, beberapa langkah telah diambil oleh pihak err...kesihatan.

Yang pertamanya, 'Direct Admission' dengan izin dari klinik kesihatan. Ini merupakan kemasukan terus pesakit daripada klinik kesihatan ke Wad ke ‘Ward Primonity’ tanpa perlu melalui Jabatan Kecemasan. Primonity bermaksud pesakit yang memerlukan rawatan lanjut oleh Jabatan Perubatan Am, Pembedahan Am, Pediatrik, Ortopedik atau Jabatan Obstetrik dan Ginekologi ya. Jadi garis panduan 'Direct Admission' ini telah diedarkan kepada semua hospital dan klinik kesihatan di Negeri Pahang pada 6 November 2000 apa...2023 yang lalu.

Yang keduanya ya, mempastikan jumlah pegawai yang mencukupi. Jabatan Kesihatan Pahang sentiasa memastikan pegawai perubatan yang mencukupi di err...Jabatan Kecemasan di setiap syif-syif yang telah ditetapkan.

Yang ketiga...tiganya meningkatkan pegawai kecekapan pegawai perubatan iaitu perkukuhkan 'Credential link' dan 'Privilege' bagi semua pegawai perjawatan di jabatan masing-masing untuk meningkatkan kompetensi dan pengetahuan terkini bagi pegawai perubatan yang telah lama bertugas.

Dan yang keempatnya, memastikan keputusan ujian darah dapat diperoleh dengan segera. Bagi langkah ini, penambahbaikan telah dilakukan oleh pihak pengurusan hospital. Antaranya adalah sekiranya ujian dilakukan ujian yang ulangan dalam sela masa yang singkat. Ia boleh dijalankan di wad.

Dengan syarat pesakit adalah kes yang stabil dan sememangnya perlu dirawat di dalam wad. Jadi ujian ini juga termasuklah ujian radiologi seperti x-ray atau CT scan akan dibawa ke... ke wad.

Yang kelimanya mewujudkan Bed Management Unit ataupun BMU. Ini kaedah 'Borderless Ward… Ward’ ya, dengan izin telah digunapakai dengan mewujudkan Bed Management Unit yang diketuai oleh pengarah hospital untuk memastikan semua katil-katil, operasi dalam hospital boleh diguna... digunakan tanpa ada sempadan setiap jabatan.

Jika berlaku kejadian katil bagi jabatan yang memerlukan kemasukan wad. Keputusan ini akan dibuat oleh BMU untuk memastikan semua pesakit dimasukkan ke wad dengan segera. Setelah keputusan dibuat di peringkat Jabatan Kecemasan. Jadi semua faktor yang menyumbang kepada peningkatan bed waiting time pesakit mestilah diatasi oleh Bed Management Unit bagi memastikan kemasukan pesakit ke wad dengan kadar segera.

Yang keenamnya, memanjangkan waktu perkhidmatan di dua buah klinik kesihatan di sekitar bandar Kuantan iaitu di Klinik Kesihatan Bandar Kuantan dan juga klinik kesihatan di UTC telah dibuka perkhidmatannya sehingga jam 9 malam bagi memudahkan rakyat untuk mendapatkan rawatan di dua klinik tersebut.

Dan yang ketujuhnya, mempromosikan perkhidmatan atas panggilan selepas waktu pejabat di 6 buah klinik kesihatan di Kuantan. Iaitu 6 buah klinik di sekitar Kuantan perkhidmatan atas talian selepas waktu pejabat. Sebagai salah satu langkah terbaru untuk mengatasi kesesakan pesakit di Jabatan Kesihatan err... Kecemasan dan Trauma di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Pesakit ini boleh hadir terus ke Klinik Kesihatan Balok, ke Klinik Kesihatan Bukit Goh, Klinik Kesihatan Sungai Lembing, Klinik Kesihatan Gambang, Klinik Kesihatan Kurnia dan Klinik Kesihatan Paya Besar untuk rawatan kecemasan.

Tuan Yang di-Pertua,

Kesimpulannya, pelbagai usaha telah dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang bagi menangani isu kesesakan Jabatan Kecemasan Dan Trauma di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan juga hospital-hospital lain di negeri Pahang. Kesemua langkah-langkah ini telah dikemaskini melalui Pelan Tindakan Isu Kesesakan Jabatan Kesihatan dan Trauma Negeri Pahang yang telah dipersetujui pada Mei 2023 dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang akan sentiasa memantau dan

menambah baik perkhidmatan kecemasan dari semasa ke semasa bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dapat diberikan kepada seluruh rakyat di negeri Pahang. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya Soalan nombor 5. Wakil daripada Batu Talam.

Terima Kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Soalan saya nombor 5.

[Apakah sektor utama dalam industri di negeri Pahang ketika ini dan bagaimana ia menyumbang kepada ekonomi negeri?]

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua, sahabat saya ADUN Kawasan Batu Talam telah bertanyakan apakah sektor utama dalam industri di negeri Pahang ketika ini dan bagaimana ia menyumbang kepada ekonomi negeri? Berkenaan dengan sektor utama, Pahang merupakan salah satu negeri yang pesat membangun dalam sektor pembuatan dengan beberapa sektor utama. Ada empat disenaraikan di sini.

Pertamanya, Petrokimia dan Kimia. Kawasan Perindustrian Gebeng berhampiran dengan Pelabuhan Kuantan menjadi hab utama untuk industri petro kimia. Ini merupakan industri hiliran minyak dan gas ataupun downstream dengan izin Dato' Sri Yang di-Pertua. Syarikat besar seperti BASF-Petronas, Petronas MTBE dan juga Dialog memainkan peranan penting dalam menghasilkan bahan kimia dan produk petrokimia berkualiti tinggi.

Selain itu, industri pembuatan dan juga pembuatan logam dan keluli. Industri pemprosesan logam termasuk aluminium adalah sektor antara sektor utama di Pahang. Sebagai contoh, kilang pemprosesan aluminium Press Metal dan juga kilang keluli yang begitu besar Alliance Steel (M) Sdn. Bhd. yang terletak di Gebeng. Kita juga mempunyai Camel Power (M) yang merupakan pembekal terbesar bateri kepada syarikat automotif Geely daripada China dan di mana Camel Power (M) ini 80% daripada pembuatan... daripada hasil keluaran mereka adalah untuk industri eksport keluar. Begitu juga, dengan kilang tayar yang besar yang akan dibangunkan oleh Maxtrek ini bakal operasi pada pertengahan tahun depan insya-Allah Dato' Sri Yang di-Pertua. Sektor-sektor ini menyumbang kepada eksport dan memenuhi keperluan pasaran global.

Ketiga, produk berasaskan sumber asli. Produk pembuatan daripada kayu, kelapa sawit mahupun getah adalah sangat penting di mana Pahang begitu kaya dengan sumber asli yang menjadi asas kepada pembuatan perabot, minyak sawit dan juga produk getah. Dan selain itu, sektor bahan termaju sektor bahan termaju seperti produk seramik dan bahan binaan berkembang dengan sokongan teknologi dan juga pelaburan asing. Bagaimana ia menyumbang kepada ekonomi negeri. Sektor industri dan pembuatan merupakan penyumbang utama di mana di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail

menyaksikan ekonomi Pahang bertumbuh sebanyak 5.2% pada tahun 2023. Ia mengatasi pertumbuhan nasional sebanyak 3.6% dengan nilai keluaran kasar... maaf Keluaran Dalam Negeri Kasar RM64.9 bilion. Ia merupakan pertumbuhan ekonomi yang kedua terpantas antara negeri-negeri di Malaysia.

Sektor pembuatan menyumbang peratusan signifikan daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar negeri iaitu 21.6% dengan nilai RM14 bilion pada tahun 2023 dan ini merupakan satu peningkatan sebanyak RM13.7 bilion berbanding tahun 2022. Eksport produk pembuatan seperti bahan kimia dan logam membantu tingkatkan hasil perdagangan negeri. Nilai eksport pada tahun 2023 adalah sebanyak RM32.7 bilion berdasarkan Laporan Sosioekonomi Negeri Pahang tahun 2023 yang dikeluarkan pada tahun ini. Dari segi peluang pekerjaan, industri pembuatan mencipta ribuan peluang pekerjaan di pelbagai peringkat yang menyokong ekonomi keluarga dan komuniti setempat. Ini dapat dibuktikan dengan peratus…peratusan pengangguran dari tahun 2023 adalah 2.5% dan trend ini menurun kepada 2% pada tahun 2023. Ia seiring dengan pertumbuhan ekonomi 5.2% yang saya maksudkan tadi.

Ketiga, pembangunan infrastruktur, keperluan sektor pembuatan mendorong pembangunan infrastruktur seperti pelabuhan, jalan raya dan bekalan tenaga yang lebih efisien. Projek seperti pembesaran Pelabuhan Kuantan dan juga Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka beroperasi pada Januari 2027 akan memberi manfaat langsung kepada industri ini. Dan akhir sekali, Pahang menjadi destinasi pelaburan utama dalam sektor pembuatan melalui insentif dari Zon Ekonomi Pantai Timur ataupun (ECER) dan juga dilihat oleh para pelabur asing sebagai lokasi strategik untuk pengeluaran dan eksport. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Sedikit soalan tambahan Dato' Sri Speaker. Err... saya ada dua soalan tentang…yang pertama tentang kita punya banyak kawasan yang kita gazetkan sebagai zon industri, hampir semua daerah kita ada zon industri. Tapi sayangnya sebahagian besar yang kita gazet itu tidak ada sebarang pelaburan dibuat dalam tempoh yang panjang 20 tahun tidak ada sebarang pembangunan. Saya ingin dapat penjelasan fokus kerajaan terhadap kawasan yang digazet sebagai industri yang tidak mendapat sambutan di Temerloh, di Jengka hampir semua daerah kita gazet tapi kosong. Ya itu soalan pertama. Apa... Apa hala tuju kawasan-kawasan ini?

Yang kedua, tentang cabaran sekarang kepada kepada industri elektrik dan elektronik. Kita dapati beberapa syarikat yang membuka kilang di Pahang terpaksa berdepan dengan penutupan mungkin kerana proses teknologi yang lebih cepat sekarang. Contoh di...di Kuantan di... termasuk di Jengka. Daripada 5,000 pekerja sekarang tinggal hanya beberapa ratus pekerja. Jadi mereka... company-company ni terpaksa satukan kerana tekanan faktor-faktor luar. Jadi, saya bimbang tentang penutupan industri ini menyebabkan kesan secara langsung kepada pekerja rakyat Pahang. Terima kasih.

Terima kasih rakan saya daripada Cheka. Untuk kawasan-kawasan industri, Kerajaan Negeri Pahang memang berhasrat untuk memajukan sebanyak mungkin kawasan industri di daerah-daerah lain. Tapi hakikatnya pelabur-pelabur mereka akan

tumpukan kepada kawasan-kawasan yang mempunyai infrastruktur yang... yang lebih maju sebagai contoh di Kuantan. Tapi ia tidak bermakna kita... kita tidak mengambil serius pembangunan di daerah lain. Malah Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah tubuhkan satu agensi Pahang Barat Plus yang bertumpukan kepada industri-industri di Pahang Barat. Sebagai contoh, kerajaan negeri telah berjaya menarik pelaburan kilang peluru di Padang Tengku yang bakal beroperasi sama ada lewat tahun ini ataupun awal tahun depan. Dan ini menunjukkan bahawasanya kerajaan negeri tidak... tidak apa ini... kerajaan negeri memandang serius terhadap keperluan untuk daerah-daerah lain. Kami jangkakan er... pembangunan taman industri di daerah lain seperti Temerloh akan lebih rancak selepas pembangunan Stesen Keretapi ECRL di mana kita akan mempunyai rangkaian-rangkaian logistik yang lebih... lebih efisien dan lebih luas. Selain itu, kita ada pembangunan Central Spine Road dengan izin ini juga akan bakal membuka lebih banyak lagi kawasan... er... kawasan jalan raya untuk membuka industri er... insya-Allah.

Tapi berkenaan dengan soalan penutupan itu, ia bergantung kepada er... business cyclelah kepada pertumbuhan ekonomi industri tertentu di mana kerajaan negeri akan cuba sedaya upaya untuk membantu syarikat tersebut tetapi kita tak... kita tidak boleh membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk selamatkan satu kilang. Sekiranya kilang itu terus rugi tapi kerajaan negeri akan cuba sedaya upaya sekiranya kilang tersebut boleh diselamatkan dan ia di bawah keupayaan dan kemampuan kewangan kerajaan negeri untuk membantu. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, saya nak pergi ke soalan seterusnya. Soalan seterusnya, Wakil daripada Semambu.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor enam.

[Malaysia dijangka menjadi negara tua menjelang tahun 2043 dengan 14% daripada penduduk terdiri daripada populasi yang berumur 65 ke atas. Apakah rancangan kerajaan negeri dalam menghadapi isu ini?]

Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada Yang Hormat Dato' Sri Speaker. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan juga kepada sahabat daripada Semambu yang menanyakan persoalannya apakah rancangan kerajaan negeri dalam menghadapi isu penuaan di negeri Pahang.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Berdasarkan data unjuran penduduk yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2024 Malaysia sedang menuju ke arah status negara tua menjelang tahun 2046 apabila 14.3% daripada jumlah penduduk adalah warga emas yang berumur antara 65 tahun dan ke atas. Pada tahun 2024 terdapat seramai 2.6 juta warga emas iaitu 7.7% daripada 34.1 juta orang penduduk di Malaysia ketika ini. Daripada jumlah tersebut lebih 113,000 warga emas iaitu 6.8% daripada 1.7 juta orang

adalah penduduk dari negeri Pahang. Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan persekutuan sememangnya peka akan perubahan struktur demografi penduduk dan sentiasa komited bagi menyelesaikan isu berkaitan penuaan penduduk ini.

Di peringkat persekutuan, beberapa dasar berkaitan penuaan penduduk telah diperkenalkan seperti berikut. Di antaranya adalah Dasar Warga Tua Negara yang digubal pada tahun 1995 dan Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara yang diguna pakai pada tahun 1998 telah dikaji semula. Susulan ini Dasar Warga Emas Negara dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara telah dirangka dan diluluskan oleh kerajaan pada 5 Januari 2011. Dasar ini berasaskan kepada pendekatan pembangunan modal insan sepanjang hayat dengan memberi tumpuan kepada aspek persediaan, pencegahan dan pengukuhan selain mengambil kira keperluan mendaya upayakan golongan warga emas.

Dan yang keduanya adalah Dasar Kesihatan Warga Emas di mana ia telah dibentuk pada tahun 2008 untuk mencapai tahap kesihatan yang optima bagi warga emas melalui perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan yang berkaitan dengannya yang menyeluruh dan bersepadu. Strategi-strategi yang ditekankan dalam dasar ini ialah promosi kesihatan, menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif dan berkesinambungan. Seterusnya, perancangan dan pembangunan sumber manusia dan sistem rangkaian maklumat dan penyelidikan pembangunan bekerjasama antara agensi dan sektor dan perundangan.

Seterusnya Dasar Keluarga Negara yang telah diluluskan pada 2010 mengutamakan perspektif keluarga dalam segala usaha pembangunan sosial ekonomi bagi melahirkan generasi berkualiti. Dan selain itu, sebagai salah satu strategi utama bagi menyokong pemerkasaan komuniti dalam aspek penjagaan warga emas. Beberapa inisiatif lain telah dilaksanakan khususnya di peringkat negeri Pahang kita sendiri.

Di antaranya adalah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Pusat Aktiviti Warga emas ini merupakan khidmat yang mencorak jangkauan dan pencapaian kepada warga emas dengan berganding bahu bersama-sama agensi-agensi lain dan pertubuhan sukarela kebajikan. Dengan adanya program sebegini, warga emas yang masih aktif berpeluang untuk terus berada dalam komuniti dan menyumbang pengalaman dan pengetahuan mereka.

Sejak penubuhan PAWE sehingga Jun 2024 seramai 1,786 warga emas telah berdaftar dengan 12 PAWE di negeri Pahang ini. Dan selain daripada itu, bagi kita menangani isu penuaan ini, Program Khidmat Bantu Di Rumah Negeri Pahang juga telah ditubuhkan di negeri Pahang. Program Khidmat Bantu Di Rumah Negeri Pahang dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Tindakan Sosial Pahang dan Gabungan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan. Program ini merupakan satu program yang memberi khidmat sokongan sosial kepada warga emas dan OKU terutama mereka yang tinggal bersendirian semasa ketiadaan ahli keluarga di rumah.

Sehingga September 2024 seramai 302 orang sukarelawan telah melibatkan diri dalam program ini yang telah memberi manfaat kepada 2778 orang warga emas dan juga OKU dan kita ada juga Unit Penyayang Warga Emas. Program Unit Penyayang Warga Emas pula menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan kepada warga emas untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan di hospital dan klinik dan juga yang disediakan oleh kerajaan dan juga swasta. Skop program juga diperluaskan untuk perkhidmatan-perkhidmatan lain bagi urusan keperluan sosial warga emas. Unit Penyayang Warga Emas digerakkan oleh NGO Majlis Kebajikan SeMalaysia dengan dipantau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Seterusnya kita juga ada perkhidmatan penjagaan warga emas di mana perkhidmatan ini adalah perkhidmatan alternatif kepada waris ataupun penjaga untuk menempatkan secara sementara warga emas dalam jagaannya di institusi bagi tempoh tertentu disebabkan tuntutan tugas di luar kawasan atau negara atau apa-apa sebab yang memerlukan warga emas ditempatkan di institusi dengan jaminan keselamatan.

Melalui JKM, kita juga ada bantuan untuk orang tua dan di samping itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah memberikan beberapa bantuan bagi memastikan kebajikan warga emas terbela melalui inisiatif Bantuan Orang Tua. Bantuan ini bertujuan membantu menampung keperluan asas warga emas supaya mereka boleh terus tinggal bersama keluarga dalam komuniti. Penempatan warga emas di institusi merupakan alternatif terakhir sekiranya warga emas tidak mempunyai waris atau saudara mara.

Bagi tahun 2024 hingga September 2024, JKM negeri Pahang telah menyalurkan bantuan orang tua kepada 8,925 orang warga emas dengan peruntukan sebanyak RM4,462,500.00 juta. Bantuan ini membantu untuk menampung keperluan asas warga emas supaya mereka boleh terus tinggal bersama keluarga di dalam komuniti. Bantuan penjagaan OKU terlantar pesakit kronik terlantar. Dalam usaha meringankan beban perbelanjaan penjagaan yang dihadapi oleh keluarga dan bagi mengelakkan atau mengurangkan kemasukan warga emas terlantar ke institusi, kerajaan telah menyediakan bantuan penjagaan kronik terlantar berjumlah RM300.00 sebulan kepada penjaga bagi tahun 2024 hingga September. Bantuan ini telah diberi kepada 2,447 orang penjaga dengan kos sebanyak RM1,226,500.00 juta dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) berdaftar dengan Pusat Jagaan Warga Emas bagi memastikan pengendalian, piawaian dan kualiti perkhidmatan ditetapkan JKM yang telah melakukan pemantauan berterusan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993.

Sehingga September 2024 sebanyak 12 jagaan pusat warga emas di negeri Pahang di bawah kendalian PSK yang merangkumi 678 orang kini telah berdaftar dan dipantau di bawah akta ini. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Pahang juga memberikan insentif kelahiran Kerajaan Negeri Pahang. Bagi mengimbangi pola demografi penduduk, Kerajaan Negeri Pahang telah memperkenalkan inisiatif Program Anak Kebanggaan Pahang iaitu Permata Makmur di bawah Belanjawan 2023 bagi menggalakkan kadar kelahiran di negeri Pahang. Setiap bayi yang dilahirkan di negeri Pahang akan menerima sagu hati sebanyak RM300.00 bagi simpanan dan pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu berpantang. Sehingga kini, seramai 4,179 penerima telah mendapat manfaat daripada 25,000 penerima yang disasarkan setiap tahun.

Itu sahaja, Dato' Sri Speaker. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Seterusnya kita pergi ke soalan nombor 7. Wakil daripada Tahan.

Assalamualaikum WBT Dato' Sri Speaker. Soalan saya nombor 7.

[Apakah perancangan kerajaan bagi meluaskan liputan rangkaian 5G khususnya di daerah Jerantut? Setakat ini apakah senarai Telco yang telah tersedia dengan rangkaian 5G di daerah Jerantut?]

Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan terima kasih juga sahabat saya dari Tahan. Sebelum menjawab soalan ini, patik mewakili pacal-pacal hamba rakyat dari seluruh Raub menjunjung tinggi kasih kesisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Kebawah Duli Baginda Tengku Ampuan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang atas limpah perkenan mencemar duli berangkat menziarahi dan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah Raub semalam. Dan patik juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kesisi Duli-Duli Tuanku atas keprihatinan, kecaknaan dan sikap mengambil berat setiap kali rakyat di Raub dan juga di Pahang menghadapi musibah dan bencana.

Menjawab soalan sahabat saya dari tahan, Dato’ Sri Speaker, perluas… pelaksanaan peluasan liputan 5G telah bermula pada tahun 2021 dengan tumpuan diberi ke negeri-negeri pantai Barat, khususnya di Lembah Klang dan sehingga 31 Oktober 2024, sebanyak 360 struktur pemancar 5G telah dirancang di negeri Pahang. Dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 355 stesen pemancar 5G telah pun siap dan beroperasi sepenuhnya. Pelaksanaan perluasan liputan 5G bagi fasa berikutnya di seluruh negara termasuk di Pahang masih di peringkat perancangan yang melibatkan pihak Digital Nasional Berhad dan juga entiti kedua penyedia 5G iaitu U Mobile. Dijangkakan pelaksanaan fasa berikutnya pada tahun 2025 akan memfokuskan negeri-negeri di Pantai Timur, Sabah dan juga Sarawak. Pengguna di daerah Jerantut sudah boleh menikmati rangkaian 5G daripada beberapa syarikat penyedia perkhidmatan utama seperti Maxis, Celcom, Digi, UniFi Mobile dan juga Yes dan Pelan 5G yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat ini meliputi pelan prabayar dan juga pascabayar dengan pelbagai harga dan faedah mengikut kesesuaian pengguna.

Liputan rangkaian 5G bagi kawasan berpenduduk bagi daerah Jerantut ini, setakat ini tertumpu di kawasan bandar sahaja dengan kadar pencapaian liputan 5G bagi daerah Jerantut sehingga Ogos tahun ini telah mencapai 31.8% manakala di peringkat negeri Pahang, 66% dan Kerajaan Negeri Pahang telah berunding dengan Digital National Berhad, untuk pelaksanaan 5G untuk fasa berikutnya pada tahun hadapan kerana kita minta DNB memberi tumpuan kepada daerah-daerah lain termasuk juga di Jerantut, Raub, Cameron Highlands, Lipis, Maran dan Bera agar wujud keseimbangan liputan 5G di seluruh negeri Pahang ini. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Speaker

Sila soalan tambahan.

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya daripada DUN Exco Multimedia. Er… Apa yang saya harapkan untuk tahun depan tu, kalau tak keberatanlah untuk memberi fokus kepada er… DUN Tahan er… pada apa… untuk liputan 5G memandangkan sekarang ini semua maklumat dan perkhidmatan berada di hujung jari. Kerajaan negeri pun memperkenalkan beberapa e-perkhidmatan, e-Dakwa, e-Tanah terutama di kawasan pedalaman Ulu Tembeling dan juga di kawasan mukim er… mukim Tembeling Tengah yang agak jauh dengan bandar. Jadi kalau liputan 5G ini ada, mungkin mereka boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian untuk er… segala urusan merekalah.

Yang kedua, saya nak menarik perhatian EXCO untuk memberikan perhatian kepada isu err… terputus bekalan ataupun liputan internet dan juga talian yang kerap berlaku di kawasan kampung Gusai. Boleh katakan dalam sebulan 3 4 kali berlaku isu ini, saya mohon perhatian daripada EXCO. Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Untuk soalan yang pertama, sememangnya kerajaan negeri seperti yang saya maklum tadi telah mengadakan perbincangan khusus dengan TNB untuk menyebar luas liputan dan rangkaian 5G ini ke seluruh negeri Pahang termasuk daerah-daerah yang sedikit pemasangannya iaitu di… termasuk di Jerantut, Raub, Lipis, Cameron Highlands, Bera dan Maran iaitu kita akan pastikan wujud keseimbangan di seluruh negeri Pahang.

Bagi soalan yang kedua, err… memang kita sedar masalah ini. Dia unik sikit di DUN YB ini khususnya di Kampung Bantal, Mat Daling dan Gusai. Gusai ini yang paling hujung ya YB, sebabnya dia isu dia berbeda dengan kawasan-kawasan lain sebab ada gangguan ni ada dua. Pertama, runtuhan err… ranting dan juga dahan pokok, dan yang kedua gangguan daripada hidupan liar termasuk juga tupai apa… untuk kabel fiber optik ni. Tapi kita dah address isu ini dan sekarang ni daripada tak silap saya Kuala Tahan, Gusai ini kita tengah minta pihak syarikat ganti kabel fiber optik ini sebab dia dah usang dan dah lama dan telah bermula pada Mac tahun ini dan Insya-Allah akan siap penghujung tahun hadapan YB, sebab panjang jaraknya lebih kurang 40km.

Jadi memang kebetulan saya Januari ni saya nak turun ke Tahan untuk melihat projek ini supaya berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Dan jika Ahli-ahli Yang Berhormat ada keperluan dari segi liputan atau rangkaian untuk struktur pemancar 5G ni boleh adu terus kepada saya dan kita boleh lagi berunding dengan pihak TNB sebelum start fasa 2 pada tahun hadapan. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Saya nak pergi ke soalan seterusnya. Sila soalan seterusnya wakil daripada Padang Tengku.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Soalan saya soalan nombor 8.

[Skim Perlindungan PERKESO.

a) Nyatakan jumlah terkini warga Negeri Pahang yang telah mencarum ke dalam skim-skim perlindungan PERKESO mengikut jenis pekerjaan terutamanya Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).

b) Mohon maklumkan langkah-langkah proaktif pihak kerajaan bagi mempromosi skim perlindungan khususnya kepada golongan berkerja sendiri dan golongan suri rumah agar dapat dimanfaatkan oleh seramai mungkin mereka yang layak. ]

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih juga err… Jab… err… pertanyaan dari sahabat saya dari Padang Tengku. Satu soalan yang cukup baik dan untuk manfaat untuk rakyat Pahang. Untuk menjawab soalan nombor satu, jumlah caruman untuk Skim Keselamatan Sosial pekerja sendiri atau lebih dikenali oleh kita cakap, Orang Berinsurans Sendiri (OBS), adalah jumlah dari Januari hingga ke Ogos 2024 adalah seramai 9,777. Mengikut pecahan sektor adalah seperti berikut.

Untuk ejen pegawai insurans dan jual beli rumah ada 241, Kesenian seperti penari, pelukis adalah 100. Untuk pengulang makanan adalah 1,419, Pembinaan adalah 399, Pembuatan seperti perabot 243, err… Pengangkutan barangan makanan seperti Grab… Grabfood 712, Pengangkutan penumpang er… Grab… Grab Car 214, Penjagaan perawatan dan pemulihan kesihatan contohnya fisioterapi adalah 99, Penjaja 1,194, Penternakan 127, Perhutanan 18, Perikanan 82, Perkhidmatan isi rumah 150, Perkhidmatan Profesional 141, Perkhidmatan sokongan contohnya petugas NGO atau persatuan 2,775, Peniagaan online seperti penjual Shopee adalah 164, Pertanian 1,643, Premis penginapan seperti homestay ada 41 teknologi maklumat err… adalah 14. Skim ini melindungi pekerja dari sebarang kecederaan berkaitan bencana kerja err… so yang faedah-faedah yang didapati adalah seperti di berikut faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, faedah orang tanggungan, faedah pengurus mayat sehingga RM2,000.00, faedah pemulihan, faedah pinjaman pendidikan dan er… caruman yang perlu dibayar oleh err… pencarum ini adalah err… ada dalam kerajaan ada 4 pelan err… Pelan 1 RM13.10, Pelan 2 RM9.40 sebulan er… Pelan 3 RM36.90 dan Pelan 4 RM49.40 sebulan.

Untuk menjawab err… Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah carumannya hanya RM120.00 sebulan er… setahun yang er… dapat faedah-faedah yang dapati adalah seperti berikut faedah perubatan, faedah hilang upaya kekal er… bayaran pukal boleh sehingga RM30,000.00, faedah pemulihan jasmani atau dialisis pembiayaan boleh bayar sehingga RM50,000 dalam satu tempoh er… dibayar kepada pencarum, faedah elaun keuzuran, faedah pengurus mayat boleh sampai RM3,000.00, faedah pencen penakat.

Untuk err… menjawab soalan,

[Skim Perlindungan PERKESO.

b) Mohon maklumkan langkah-langkah proaktif pihak kerajaan bagi mempromosi skim perlindungan khususnya kepada golongan berkerja sendiri dan golongan suri rumah agar dapat dimanfaatkan oleh seramai mungkin mereka yang layak.]

Langkah yang proaktif telah diambil oleh pihak kerajaan untuk err… untuk ramai lagi warga Pahang mencarum, jadi pencarum pada PERKESO Kerajaan MADANI ini telah err… membuat satu… apa itu offer kepada orang ramai orang yang membayar hanya RM23.30 setahun dan 90% akan ditanggungkan oleh kerajaan sebanyak RM209.50 untuk setahun sahaja untuk err… kedua adalah pencarum kena bayar 100% oleh kerajaan yang seperti err… ada 4 err… ada 3 Pelan seperti anggota penjawat awam, anggota nombor 2 sukarelawan badan beruniform seperti RELA, nombor 3 penyelia dan petugas komuniti seperti err… JPKK dan JKKB dan pelan nombor 4 err… untuk nombor 4 adalah untuk Contract Service bagi sektor awam adalah RM592.80

ditanggung penuh oleh kerajaan. Langkah-langkah yang telah dilaksanakan kerajaan bagi mempromosikan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah adalah seperti berikut, err… baru-baru ini Menteri Kewangan telah memperuntukkan RM50 juta bagi melanjutkan tanggungan bayaran Caruman SKSSR untuk melindungi lebih 400,000 suri rumah wanita yang berdaftar di bawah eKasih seluruh Malaysia. Itu sahaja Tuan Speaker, terima kasih.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Soalan tambahan err… Dato’ Sri.

Speaker

Sila.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Pertamanya, saya nak ucapkan tahniah kepada usaha yang telah dilakukan oleh pihak PERKESO tapi saya tengok dari segi bilangan pencarum suri rumah saya ingat bilangan itu terlalu terlalu kecil la 100, 150 err… kalau tak silap saya tadi daripada jawapan. Jadi saya ingat mesti ada usaha yang perlu dipertingkatkan sebab saya kira golongan suri rumah ini merupakan golongan yang teramai dan seharusnya manfaat ini di err… dapat kita sebarkan kepada seberapa ramai yang… yang yang mungkin. Justeru itu saya mencadangkan supaya mungkin ada kerjasama dibuat dengan EXCO Wanita, mungkin juga pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi, JPKK dan sebagainya. Itu perkara yang pertama yang saya nak sebut.

Yang kedua, ialah kita tahu di antaranya keperluan kepada pusat rehabilitasi iaitu sebagai satu pusat rawatan dan pemulihan yang ini saya ingat tak ada pun di negeri Pahang ini jadi saya nak minta kalau boleh diwujudkan satu pusat ini supaya ada di negeri Pahang dan saya nak syorkan supaya boleh diadakan di Bandar 3 er… Lipis 3.0. Itu soalan saya dan cadangan saya. Terima kasih.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih soalan tambahan dari Padang Tengku. Untuk Skim Keselamatan Sosial Rumah di Pahang telah err… dari Januari hingga ke September 2024 adalah 8,664 orang. Untuk rumah itu saya err… saya kena err… soalan pulang balik kepada JKM untuk menjawablah sebab itu bukan bawah saya. Saya jaga PERKESO sahaja. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Sebenarnya skim ini adalah sangat baik terutama sekali kepada pekerja-pekerja gig ini, Gig Economy yang mereka tidak ada safety net, tidak ada insurans tetapi kerajaan melalui PERKESO telah pun menyediakan skim ini. Begitu juga dengan untuk suri rumah atau kerja sendiri yang lain-lain lagilah. Sebenarnya bayaran yang sangat minima tetapi coverage yang sangat berpatutan kerana malang tidak berbau. Sila, wakil daripada Tanah Rata.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Dato’ Sri Speaker,

Soalan tambahan saya adakah kerajaan ada perancangan untuk membuka pejabat PERKESO di daerah Cameron Highlands memandangkan tiada lagi pejabat dan PERKESO kena tumpang di pejabat seperti di majlis daerah, pejabat daerah dan sebagainya. Terima kasih.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih soalan dari Tanah Rata err… pejabat di Pahang sekarang hanya ada di Kuantan, Temerloh dan Bentong. Memang dah kurang adil bagi rakyat yang tinggal di Cameron Highlands tapi memang kita setiap bulan kita ada hantar pegawai ke Pejabat Tanah Daerah yang di… sudah diketahui oleh Tanah Rata dan setiap kalau tak silap saya lah hari Rabu setiap minggu err… minggu ketiga pegawai akan ke sana. Untuk makluman, kalau siapa YB-YB juga di sini ingat untuk nak manfaat untuk rakyat-rakyat mereka bolehlah kita adalah err… ada apa itu… bas bergerak PERKESO bolehlah kalau nak minta bila masa… masa bila calllah saya. Semua phone sudah tahu kan? Tak payah bangkitkan [Ahli Dewan ketawa] Call saya, okay kita aturkan untuk manfaat untuk semua rakyat. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Kita pergi ke soalan seterusnya soalan nombor 9 wakil daripada Sabai.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Soalan saya nombor 9.

[Kawasan Karak sering menjadi tarikan kepada pengunjung khususnya pada hujung minggu. Antara lokasi popular ialah Gunung Halia, malangnya pusat tarikan tersebut tidak mempunyai sebarang kemudahan asas. Apakah kerajaan mempunyai sebarang idea untuk menyediakan kemudahan di pusat tersebut?]

Puan Leong Yu Man]DAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker,

Bagi soalan yang dikemukakan, Yang Berhormat Sabai, Pejabat Daerah dan Bentong telah memasukkan Gunung Halia, Karak dalam senarai tarikan pelancongan ke Bentong dan sedang merancang pembangunan infrastruktur yang bersesuaian dengan aktiviti rekreasi oleh pendaki dan pencinta alam. Terima kasih.

Speaker

Soalan terakhir. Kita minta wakil daripada Damak.

Dato’ Sri Speaker,

Soalan saya nombor 10.

[Adakah kerajaan negeri mempunyai perancangan bagi mewujudkan Pusat Sehenti (One Stop Center) di daerah Jerantut yang berfungsi salah satunya sebagai tempat mempromosikan jualan produk Industri Kecil Dan Sederhana (IKS)?]

Speaker

YB ini dia slow number [ketawa] slow sahaja.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Assalammualaikum WBT. Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, terima kasih kepada rakan er… daripada Damak yang mempunyai persoalan adakah kerajaan negeri mempunyai perancangan bagi mewujudkan Pusat Sehenti (One Stop Center) dengan izin di daerah Jerantut yang berfungsi salah satunya sebagai tempat mempromosikan jualan produk Industri Kecil dan juga Sederhana ataupun IKS.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Dan juga Yang Berhormat untuk makluman Dewan, kerajaan negeri sedang meneliti dua cadangan mewujudkan pusat sehenti produk Industri Kecil dan juga Sederhana oleh Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus dan juga Majlis Daerah Jerantut. Di bawah Kluster Pertanian Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus, Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus sedang bekerjasama dengan pihak SIRIM Berhad untuk membangunkan Pusat Teknologi Jangka Hayat, Lestari Makanan dan Minuman di daerah Jerantut. Pusat yang dicadangkan untuk dibangunkan di Bengkel IKS Tebing Tinggi ini akan berfungsi sebagai Pusat 4P dengan izin iaitu pertamanya, pemprosesan. Keduanya pembungkusan. Ketiga, pelabelan dan juga pemasaran produk IKS iaitu untuk membangunkan produk-produk masing-masing.

Objektif utama cadangan pusat ini adalah untuk memastikan usahawan-usahawan IKS menghasilkan produk dalam skala besar dan juga serta memastikan produk yang dihasilkan memenuhi kriteria persijilan untuk menembusi pasaran yang lebih besar. Buat permulaan, produk utama yang akan diberikan fokus adalah produk sambal hitam. Dalam usaha menaikkan kapasiti pengeluaran produk berkualiti tinggi melibatkan beberapa usahawan IKS yang terpilih. Pihak SIRIM juga akan membantu menjalankan peranan dalam aspek penyediaan latihan, penggunan mesin dan juga peralatan di Pusat Teknologi Jangka Hayat ini serta menjalankan program bimbingan persijilan Halal. Selaras dengan usaha meningkatkan bilangan usahawan yang mendapatkan pengiktirafan sijil Halal dan juga MeSTI.

Majlis Jerantut juga mempunyai perancangan bagi membangunkan sebuah pusat sehenti bagi mempromosikan Produk Jualan Usahawan IKS iaitu di kawasan Pusat Pertanian Temin, Mukim Pulau Tawar iaitu seluas lebih kurang 2,315 hektar. Cadangan ini telah diangkat sebagai projek dalam RMK-12 daerah Jerantut. Projek ini

juga telah dibentangkan kepada pihak ECERDC semasa lawatan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC ke daerah Jerantut pada tahun 2022 yang lalu.

Pembangunan pusat sehenti ini dikenali sebagai Pusat Rehat dan juga Rawat Temin ataupun dengan izin RNR Temin yang mengandungi pelbagai komponen pembangunan seperti kemudahan kawasan hentian rehat kepada pengunjung seperti medan selera, tandas, stesen minyak dan juga kemudahan-kemudahan lain, juga pusat jualan kraftangan, bengkel IKS dan juga gerai buah-buahan tempatan. Juga pusat operasi dan juga pusat informasi pelancong yang sedia ada. Permohonan peruntukan bagi permohonan Kawasan Rehat dan Rawat Temin ini akan diteruskan dalam senarai cadangan projek RMK yang ke-13. Selain dari itu, kerajaan negeri juga sentiasa memberi keutamaan kepada peniaga-peniaga yang mengusahakan dan juga produk-produk IKS seperti penyediaan premis perniagaan yang bersesuaian dengan pengusaha IKS di bandar Jerantut.

Keduanya, menjemput pengusaha IKS di dalam program-program daerah bagi tujuan promosi. Yang ketiganya, menggunakan produk produk IKS sebagai cenderahati dan juga hadiah program-program rasmi jabatan untuk mempromosikan produk tersebut. Yang keempat, memberikan insentif yang besesuaian kepada para usahawan yang terlibat sama dalam mempromosikan pelancongan di daerah Jerantut. Dengan izin Yang Berhormat Dato' Sri. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah selesai membincangkan 10 pertanyaan-pertanyaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan saya bercadang untuk menempuhkan persidangan pada pagi ini untuk memberikan laluan kita minum pagi dan saya dapati bahawa soalan yang begitu baik dan kemudahan jawapan pun begitu baik daripada kerajaan. Jadi saya ucap tahniah walaupun adakalanya saya terpaksa tidak memberikan laluan kerana kekangan masa dan saya bercadang untuk menyambung semula persidangan kita pada pukul 11.45 pagi. Persidangan ditempoh.

[Persidangan ditempohkan]

Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024Bill

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga: Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024 dan Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2025.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat. Masalah di hadapan majlis sekarang ialah suatu enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu dan satu usul yang berbunyi bahawa Dewan ini mengikut peruntukan Seksyen 9 Akta Kumpulan Wang Pembangunan dan mengikut ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Perbekalan Air dengan ini bersetuju meluluskan perbelanjaan-perbelanjaan bagi tahun 2025 daripada kumpulan wang tersebut sebagaimana yang ditetapkan di dalam Rang Perbelanjaan Bahagian I, II dan III Tahun 2025 yang dibentangkan dalam persidangan ini sebagai kertas mesyuarat, Bilangan DN 26/2024.

Rang Undang-undang dan usul ini telah dibawa oleh yang Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada hari Jumaat, 29 November 2024 dan telah pun mendapat sokongan. Rang Undang-undang dan usul ini akan dibuka untuk dibahas. Sukacita saya ingin maklumkan bahawa ruang perbahasan yang diberikan perlulah digunakan dengan sebaiknya. Ahli-ahli Yang Berhormat hendaklah berbahas secara beretika, berhemah dan menyampaikan hujah dengan bernas. Setiap ahli Yang Berhormat diberi masa 15 minit sahaja bagi perbahasan. Seperti yang dimaklumkan, saya telah mengaturkan jadual perbahasan yang melibatkan seramai 15 orang Ahli Dewan Negeri berbahas pada hari ini. Oleh itu, saya ingin menjemput Ahli Dewan Negeri kawasan Tioman untuk berucap. Sila Yang Berhormat.

Bismillahirrahmanirrahim. [bacaan dalam Bahasa Arab]. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang dikasihi, Yang Berhormat Timbalan Speaker. Pada pagi yang penuh barokah ini, marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya serta izin inayah-Nya dapat kita bersama dalam Dewan yang mulia ini untuk membahaskan Belanjawan Negeri Pahang 2025 yang dibentangkan pada Jumaat yang lalu oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dengan sepenuh keprihatinan tulus dan telusnya demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat seluruhnya. Selawat serta salam SAW Nabi Muhammad junjungan besar sekalian Nabi. Ahli-ahli Yang Berhormat dan para sidang Dewan yang dimuliakan sekalian. Setinggi junjung kasih kesisi Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. Duli Paduka Baginda Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Moga terus karar kekal memerintah bersemayam di atas singgahsana naungan Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur yang indah lagi permai ini.

Yang Berhormat Speaker. Terima kasih diucapkan kerana saya berpeluang membahaskan usul Belanjawan negeri Pahang 2025 yang menempa sejarah negeri ini. Bahkan juga bukan sahaja ianya merangkumi semua aspek secara keseluruhannya tetapi juga membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kemakmuran rakyat dan pembangunan negeri yang mampan. Tidak keterlaluan, saya katakan ianya mencakupi secara total kualiti pengurusan atau Total Quality… Quality Management mahupun secara total kualiti organisasi atau dengan izin-Nya Total Quality Organisation. Yang mana dilihat efektif dan efisien sekali. Syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja. Faktanya tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2022 melepasi sasaran satu bilion daripada ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja memperlihatkan setulus hati dan telus menterjemahkan apa yang dikata, dikota sebaiknya dengan pelbagai saranan dan cadangan hasil mahsul yang diperolehi selama ini dipulangkan kembali kepada rakyat negeri ini.

Sungguh bertuah rakyat di negeri Pahang Darul Makmur ini. Laras bahasa pembentangan bajet pada kali ini. Pancar dari lubuk sanubari seorang Menteri Besar yang memahami nadi rakyat. Hala tuju yang jelas sepenuh tanggungjawab digalas kerana Allah sekalipun dalam keadaan pelbagai kesukaran dan kepayahan. Terus bersemangat didokong bersama semua kita di dalam Dewan yang mulia ini dan boleh dikatakan apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja secara total spiritual atau total quality spiritual dengan izin di mana agenda dilaksanakan sehabis baik bagi memastikan sedaya upaya kepada rakyat dalam keadaan baik, aman dan makmur menikmati kehidupan seharian berpaksikan belanjawan yang bertemakan Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan telah dibentangkan sebaiknya. Dan pencapaian ini bukan sekadar angka semata-mata tetapi simbol kepada keberkesanan kepimpinan dan pengurusan negeri yang cekap, telus dibantu oleh para barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, pegawai kanan, para pegawai serta kakitangan penjawat awam dan kita semua yang berada dalam Dewan yang mulia ini mahupun di luar sana.

Yang Berhormat Timbalan… Yang Berhormat Timbalan Speaker. Suka saya bawakan salah satu kajian lepas oleh [tak jelas] tahun 2023 dalam artikel bertajuk Dengan Izin, Financial and Victory, Please Policy School of Social and Economic Development of the Country menekankan bahawa dasar kewangan dan belanjawan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sosio ekonomi yang secara semula jadinya melibat aspek sosiologi, memahami hubungan dan keutamaan sosial dalam masyarakat adalah kritikal bagi perancangan dan pelaksanaan belanjawan yang berkesan.

Penyelidikan ini juga menyoroti keperluan untuk mekanisme kewangan yang mempertimbangkan pembangunan sosial memastikan bahawa perbelanjaan belanjawan mengurus dan pembangunan bersepadu secara holistik sejajar dengan keperluan masyarakat yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, Belanjawan Pahang 2025 jelas berpaksikan rakyat dan masyarakat dengan menekankan beberapa aspek penting yang mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kesejahteraan sosial dan kemakmuran ekonomi.

Fokus terhadap golongan rentan, pembangunan prasarana, sektor pertanian dan pendidikan menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak hanya memfokuskan kepada pertumbuhan ekonomi yang menjadi tunggak utama tetapi juga memastikan setiap lapisan masyarakat dari segenap lapisan mendapat manfaat yang adil dan saksama. Seterusnya melindungi dan prihatin golongan rentan. Merujuk kepada United Nations

Electronic Government Development Index survey dengan izin, golongan rentan atau durable groups terdiri daripada wanita warga emas, orang kelainan upaya (OKU), orang miskin, belia. Bahkan kerajaan menekan cakna terhadap semua lapisan masyarakat termasuklah pinggir bandar, luar bandar dan pedalaman tetap mendapat sentuhan termasuk mereka anak-anak negeri yang berada di luar negeri Pahang turut menikmati sentuhan daripada pembentangan bajet ini.

Contohnya, golongan rentan juga merupakan nilai teras keenam keadilan sosial dalam Dasar Keselamatan Negara 2021 hingga 2025 diterjemahkan sebaiknya mengikut acuan dan kemampuan kerajaan negeri dan tidak dinafikan sama sekali, apalagi yang difikirkan oleh kerajaan negeri bagi menyantuni rakyat di seluruh pelusuk daerah-daerah dalam negeri Pahang. Seperkara lagi, kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja menjenamakan semula Bantuan Prihatin Pahang atau ringkasnya BPP dan Program Pahang Makmur sebagai inisiatif Makmur Pahang atau IM Pahang.

Ini tidak hanya bersifat kosmetik atau retorik, tetapi dinamika langkah strategik untuk menyeragamkan semua bantuan dan inisiatif ini di bawah satu payung yang lebih tersusun dan berkesan serta lebih sistematik agar semua dapat didokumentasi data-data agar dapat elakkan keciciran.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Matlamat utama dan significant program ini umpamanya terus diperkasakan dengan nilai tambah yang sinergi hasilnya lebih baik untuk rakyat seluruhnya. Juga setiap lapisan masyarakat dari mula pasangan berkahwin mendapat kelahiran zuriat bayi yang baru sehingga warga emas dapat merasai nikmat kemakmuran yang diperjuangkan kerajaan negeri. Bahkan sehingga kematian juga, waris mendapat inisiatif tertentu ringankan beban.

Betapa ini mencerminkan nilai keprihatinan dan komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat negeri Pahang juga turut mendapat jolokan antara satu-satunya negeri yang mempunyai kapasiti dan ability negeri yang terbaik oleh NADMA bagi pengurusan banjir dengan cekap dan sistematik di Malaysia. Tahniah dan syabas negeri Pahang. IM Pahang adalah satu pendekatan inklusif yang meliputi pelbagai aspek kehidupan antaranya, golongan bayi dan kanak kanak. Program seperti Permata Makmur dengan peruntukan RM65 juta untuk meraikan kelahiran bayi di negeri Pahang ini.

Pelajar, bantuan pendidikan melalui Program Tunas Makmur dan Bantuan Pelajar IPT dengan peruntukan hampir RM17 juta memastikan generasi muda mendapat akses pendidikan yang berkualiti, meringankan sedikit beban pelajar dan para ibu bapa. Warga emas dan OKU kad kesihatan melalui Kad Kesihatan Kasih Makmur dan subsidi pembedahan mata yang memastikan kebajikan golongan berkaitan terus disantuni dan julung-julung kali diperkenalkan. Sudah pasti ramai akan dapat manfaat ini nanti. Ini merujuk kepada pembedahan mata, Yang Berhormat Timbalan Speaker.

Oleh yang demikian, dengan rendah dirinya saya menyeru agar semua pihak memberikan sokongan penuh kepada Inisiatif Makmur Pahang ini yang pastinya akan membawa impak positif kepada setiap lapisan masyarakat di negeri ini. Seterusnya pembangunan prasarana tumpuan terhadap pembangunan asas seperti akses kepada air bersih, baik pulih jalan raya dan pembangunan infrastruktur luar bandar mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat di seluruh pelosok negeri.

Oleh itu, kerajaan negeri telah memperuntukkan hampir RM91.7 juta perkhidmatan bekalan air melalui PAIP bagi memastikan rakyat di kawasan pedalaman menerima akses air bersih yang berkualiti. Moga-moga pada tahun 2026, kemuncak kepada kestabilan bekalan air ini melalui PAIP sebagaimana yang diharapkan akan Berjaya khususnya… untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Speaker dan sidang Dewan yang dimuliakan, khususnya di zon-zon merah seperti Rompin termasuklah Pulau Tioman, Raub, Temerloh, Jerantut, Cameron Highlands, Lipis, Maran dan yang sewaktu dengannya.

Manakala RM94.6 juta untuk baik pulih jalan raya dan pembangunan infrastruktur atau infrastruktur kompleks pejabat kerajaan. Langkah penting untuk memperbaiki aksesibiliti dan meningkatkan kualiti hidup penduduk di kawasan terpencil. Pelaksanaan sistem pemantauan kualiti air untuk kawasan kritikal atau zon merah seperti yang diperkatakan tadi bagi menambah baik pengurusan sumber air negara secara negeri... secara lestari.

Pembangunan prasarana ini bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan rakyat tetapi juga membuka peluang ekonomi baru. Jalan yang lebih baik meningkatkan akses ke pasaran manakala bekalan air yang mencukupi menyokong sektor pertanian dan pelancongan serta pembinaan rumah yang semakin meluas dan mencabar di kawasan baru demi rakyat dan ekonomi negeri Pahang.

Salah satu inisiatif dalam Belanjawan Pahang 2025 adalah melaksanakan Pangsapuri Pahang yang bertujuan memberi akses perumahan kepada golongan muda dan mereka yang berpendapatan rendah. Inisiatif ini adalah langkah penting dalam memastikan kebajikan semua generasi terjamin terutama bagi mereka yang menghadapi cabaran ekonomi. Saranan ini adalah satu langkah berani Kerajaan Negeri Pahang bagi menyediakan hala tuju persediaan masa hadapan bagi kediaman yang selesa dan mencukupi serta satu alternatif pelbagai mengikut kesesuaian bertepatan kemajuan semasa dan tapak yang terhad di dalam bandar mahupun di pinggir bandar.

Kajian yang dijalankan oleh Sanny dan Norie pada tahun 2001 terhadap responden dari kalangan belia Bumiputera menunjukkan bahawa kemampuan pemilikan rumah di kalangan golongan ini adalah sangat terhad. Kebanyakan belia tersebut hanya mampu membeli hartanah kediaman yang berharga di bawah RM150,000.00 seunit. Oleh itu, kerajaan tidak henti-henti memikirkan keperluan dan harga yang mampu milik sebaiknya.

Umum tahu cabaran harga barangan juga tidak murah pada hari ini. Sebab itu rumah RRP, bantuan penuh kerajaan dari RM75,000, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja naikkan dan tambah lagi peruntukan RM5,000 menjadikan nilainya sekarang RM80,000.00. Keadaan ini mencerminkan cabaran besar yang dihadapi oleh golongan muda khususnya yang berasal dari latar belakang ekonomi sederhana atau rendah dalam memiliki kediaman sendiri. Faktor-faktor seperti pendapatan rendah dan kos sara hidup yang tinggi menjadi penghalang utama kepada pemilikan rumah di kalangan mereka. Implikasi daripada kajian ini menegaskan perlunya inisiatif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik yang lebih banyak dan berpatutan.

Program seperti Pangsapuri Pahang yang memberi keutamaan kepada golongan muda dan berpendapatan rendah adalah satu langkah positif ke arah penyelesaian masalah ini. Justeru, bagi memastikan lebih banyak golongan muda dapat menikmati golongan kehidupan yang stabil dan sejahtera, fokus diberikan kepada golongan muda untuk membantu mereka memiliki kediaman sendiri pada harga mampu milik.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Dalam pada itu, peruntukan sebanyak RM36.8 juta kepada sektor pertanian dan asas tani. Kerajaan negeri terus menunjukkan komitmen tinggi untuk memajukan sektor ini sebagai pemacu ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Sektor pertanian yang kukuh bukan sahaja memastikan kestabilan bekalan makanan tetapi juga keterjaminan makanan pada masa akan datang. Turut membuka peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan luar bandar dan menyokong pembangunan inklusif. Langkah ini seiring dengan visi Kerajaan Negeri untuk membangunkan negeri secara holistik dan mampan.

Belanjawan Pahang 2025 dengan fokus kepada sektor pertanian membuktikan keprihatinan kerajaan negeri dalam melindungi sumber makanan dan memperkasakan ekonomi desa juga IKS berasaskan pertanian. Dalam sektor pendidikan. Saya suka sebut di sini sebagai contoh Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah atau UniPSAS sebagai Institut Pengajian Tinggi Negeri Pahang memainkan peranan penting dalam memperkasa pembangunan sumber manusia dan pendidikan di negeri ini, Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan RM12 juta sebagai geran tahunan untuk mengurus dan membangunkan universiti ini. Peruntukan ini bertujuan untuk memperkasakan lagi peranan dan fungsi UniPSAS dalam menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan di negeri ini. Kerajaan begitu serius dalam perkara ini ibarat adik bongsu sememangnya diperlukan peruntukan tambahan manakala prestasinya semakin baik. Sebagai universiti penuh pertama milik kerajaan negeri, UniPSAS menawarkan pelbagai jurusan pengajian dari peringkat asasi hingga doktor falsafah. Memberikan peluang pendidikan yang berkualiti kepada rakyat Pahang khususnya generasi muda.

Keputusan kerajaan negeri juga memberi penekanan kepada UniPSAS juga bertepatan dengan keperluan untuk menyediakan pelbagai peluang pendidikan tinggi yang tidak hanya memenuhi permintaan akademik tetapi juga menyumbang kepada pembangunan masyarakat Islam dan ummah secara keseluruhan.

Speaker

Yang Berhormat err… minta gulung.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Dengan peruntukan ini, diyakini UniPSAS dijangka akan terus berkembang memperkenakan lebih banyak program pengajian baru. Eloklah sesiapa yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Pasca Siswajah…Siswazah UniPSAS satu pilihan yang baik. Kerajaan negeri juga, dalam Belanjawan 2025 memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi langganan Jalur Lebar Satelit di kawasan-kawasan yang menghadapi masalah capaian internet. Langkah ini adalah inisiatif penting untuk memastikan lapisan masyarakat terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar dapat menikmati akses kepada internet yang stabil.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Saya ingin sebutkan sedikit di kawasan saya, seterusnya dalam Belanjawan Pahang 2025. Kerajaan negeri tidak lupa untuk memberikan perhatian khusus kepada Dewan

Undangan Negeri DUN Tioman dengan peruntukan lebih daripada RM2 juta yang akan digunakan untuk beberapa inisiatif penting bagi memajukan kawasan tersebut. Peruntukan ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan pembangunan ekonomi dan sosial yang seimbang di seluruh Pahang bertepatan antara daerah yang mempunyai gugusan pulau yang banyak dan saya cadangkan agar diwujudkan satu nukleus khas menangani ketirisan hasil sumber dari kelestarian pulau ini agar turut serta dalam menjana hasil kepada kerajaan negeri pada masa akan datang.

Zoning-zoning khas boleh dirujuk dalam RKK Pulau Tioman, zoning khas Taman Laut, zoning khas Perhilitan, zoning khas PBT dan zoning khas pemain industri pelancongan di Pulau Tioman dan seterusnya peruntukan-peruntukan yang turut disalurkan iaitu RM1.53 juta untuk pembinaan Balai Cerap ataupun Baitul Hilal di Kampung Tekek, Pulau Tioman. Pembinaan Balai Cerap ini, bertujuan untuk meningkatkan kemudahan penyelidikan dan pendidikan berkaitan astronomi serta menjadi tarikan pelancongan baru di pulau tersebut. Bahkan banyak tapak atau lokasi melihat anak bulan Tekek, Pulau Tioman adalah lokasi strategik dan sangat jelas melihat anak bulan. Ianya perlu disusuli pelan tindakan dan perancangan strategik untuk lain kemanfaatan pada masa akan datang. Dan begitu juga, peruntukan sebanyak RM500,000.00 untuk pelaksanaan Kad Pengangkutan Feri Tioman, yang dikhususkan kepada Pulau Tioman. Program ini akan meringankan kos perjalanan penduduk setempat sekaligus menyokong mobiliti dan kesejahteraan mereka.

Disarankan BPEN melakukan kajian bagi membantu kerajaan negeri, peruntukan jangka masa panjang atau lainnya seperti kos subsidi kepada operator feri agar tidak bergantungan peruntukan semata-mata peruntukan tersebut setiap tahun, tetapi satu mekanisme situasi menang-menang dengan operator yang menanggung keperluan harga tiket untuk lokal dan pelancongan domestik, meningkatkan lagi kemasukan pelancong ke Pulau Tioman yang terkenal kecantikannya sebagaimana, pernah ditayangkan dalam filem South Pacific pada tahun 1959 dahulu.

Dan untuk akhirnya, beberapa cadangan yang telah disebut iaitu Festival Pelancongan Tioman, Tioman ECO Advanced Challenge, penganjuran antarabangsa di Pulau Tioman dengan kerjasama Yayasan Pahang, UniPSAS dan UMP di luar dari dan juga dari luar negeri Pahang. Inter… International Conference on Islamic Studies and Development antara program ataupun perancangan yang diaturkan di Pulau Tioman, mudah-mudahan mendapat keprihatinan daripada kerajaan negeri.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Sebagai kesimpulannya, Belanja… pa… Belanjawan Pahang 2025 yang telah dibentangkan dengan tema ‘Prestasi Dipertingkatkan, Kemakmuran Dipertahan’, jelas mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kemakmuran rakyat dan pembangunan negeri yang mampan dari peningkatan kesejahteraan semua golongan lapisan masyarakat.

Inisiatif makmur sebagaimana kita katakan tadi juga, saya yakin bahawa dengan sokongan penuh daripada semua pihak, Belanjawan Pahang 2025 akan membawa kita lebih dekat kepada matlamat untuk menjadikan Pahang sebagai negeri yang lebih sejahtera, maju dan inklusif.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Kita dapat berbangga apabila Pahang dapat melangkah ke hadapan dengan negeri maju seperti Selangor dan Johor dari segi prestasi kutipan hasil dan pengurusan negeri. Ini mencerminkan wawasan kepimpinan negeri yang konsisten dengan aspirasi rakyat. Sebagai wakil rakyat, saya di DUN Tioman, saya menyeru agar semua Ahli Dewan menyokong Belanjawan Pahang 2025 ini dan belanjawan ini bukan hanya sekadar dokumen perancangan tetapi asas kepada kesejahteraan dan masa depan negeri yang lebih gemilang.

Anak beruang terlekat sudu, Anak harimau tertelan garpu, Kerajaan negeri berbuat sehabis mampu, Semoga rakyat senyum selalu.

Yang Amat Dato'… Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja,

Bentang bajet Jumaat lalu, Bonus sebulan setengah tersipu-sipu, Tahun depan bonus dua bulan manalah tahu, Doakan yang terbaik agar negeri bertambah maju.

[Ahli Dewan tepuk meja]

Terima kasih.

Yang ketiga pantun. Khas untuk Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Kita, Timbalan Speaker dan juga semua Ahli Dewan.

Burung Merpati, burung Kedidi, Terbang hinggap di tepi kali, Budimu Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja dan Kerajaan negeri tidak terperi, Kami ingat dan semat di hati. Insya-Allah jumpa lagi dan kami undi lagi.

Dengan itu, saya dengan penuh rasa hormat dan tanggungjawab menyokong penuh kepada Belanjawan Pahang 2025 yang telah dibentangkan dengan jayanya oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang.

Sekian, Assalamualaikum WBT. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Ahli Dewan Negeri Tioman. Seterusnya saya menjemput Ahli Dewan Negeri Cheka. Dipersilakan.

[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. [bacaan dalam Bahasa Arab]. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, memberi ruang pada saya untuk mengambil dan berbahas tentang belanjawan yang telahpun dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Memulakan perbahasan saya memetik firman Allah Taala dalam surah An-Nisa ayat 58 [ayat al-Quran]. Maksudnya: Sesungguhnya Allah Ta'ala menyuruh kamu menyerahkan segala urusan amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di kalangan manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil, sesungguhnya Allah Ta'ala dengan segala suruhannya memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu dan sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Mendengar lagi sentiasa melihat. Memulakan err... kajian terhadap laporan belanjawan yang telah pun dibentang oleh Yang Amat Menteri Besar Dato' Sri Diraja, yang telahpun mencatatkan hasil tiga tahun berturut-turut lebih pada RM1 billion. Saya mengucap tahniah atas kejayaan tersebut.

Walau bagaimanapun, saya melihat tentang sumber, hasil yang dicapai oleh negeri dalam tempoh tiga tahun berturut-turut ini ialah bersumber daripada satu kenaikan cukai tanah yang kerajaan perkenalkan, yang ke-2 pada tahun lepas kerana FELDA dan FELCRA membuat pembayaran ke atas tanah yang telahpun err... digunakan sebanyak RM20.45 juta manakala FELCRA, RM17.18 juta dan tukaran syarat RM9.86 juta dan denda serta hukuman telah meningkat sebanyak RM63.27 juta. Saya melihat faktor-faktor kenaikan hasil ini ya bagus tetapi dia bukan sumber yang mampan. Dia bukan hasil yang berterusan sebagai contoh, FELDA RM20.45 juta hasil daripada Notis 5A dan ini tidak mungkin berulang pada tahun-tahun akan datang. Kita perlukan satu sumber yang lebih konsisten supaya negeri dapat maintain pendapatan tersebut dan kita jangka sebenarnya Pahang punyai potensi yang besar sebagaimana dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Kalau kita lihat tentang akaun yang belum terima kerajaan negeri pada tahun 2023 sebagaimana Laporan Audit Negara sebanyak RM395.21 juta yang kita belum terima. Ini termasuk tunggakan cukai 2023 sebanyak RM374.10 juta dan pinjaman ternakan haiwan yang belum dibayar kepada kerajaan negeri sebanyak RM3.99 juta manakala lain-lain hasil sebanyak RM13.12 juta dan kalau kita tengok tunggakan hasil tanah antara yang paling banyak di daerah Kuantan RM181.03 juta manakala Bentong RM14.12 juta, dengan kata lain bahawa sebenarnya kita punya potensi hasil yang banyak tetapi tentulah hasil-hasil begini memerlukan satu penilaian terhadap usaha berterusan pihak kerajaan untuk menjana pendapatan yang lebih mampan. Sebagai contoh, dalam belanjawan, kita tak disentuh tentang usaha kerajaan untuk perlombongan REE sedangkan kita tahu sekarang dunia sangat perlu. Banyak negara dunia telah pun bergerak ke arah melaksanakan perlombongan.

Perak sebagai contoh telah pun mendapat geran daripada kerajaan persekutuan untuk pilot projek perlombongan REE dan Perak sekarang sedang bergerak ke arah membuka kilang. Demikian juga negeri lain Kelantan, Terengganu, Kedah dan sebagainya. Pahang juga punya hasil yang banyak. Saya fikir kita perlu untuk mencari sumber-sumber baru yang lebih mampan supaya hasil berterusan dapat kita gandakan dan saya yakin sebenarnya kita punya insentif-insentif yang besar. Sebagai contohnya, selain daripada apa yang kita ada di peringkat negeri Pahang, kita punya hutan lebih kurang 2.06 juta hektar. Kita menyumbang 57% keluasan hutan kepada negara kita dan kita telahpun berjaya err... gazet 1.6 juta sebagai Hutan Simpan Kekal. Pahang sebenarnya bukan paru-paru Negara ya... kita menyumbang ke arah offset carbon yang sangat besar. Namun, hasil daripada hutan yang kita simpan termasuk reserve taman negara, reserve taman negeri kita tak dapat hasil… sedikit hasil yang dibayar oleh kerajaan persekutuan dalam konteks kita tidak memproses balak.

Namun, saya fikir ruang ke depan ini ialah bagaimana kita untuk meneroka er... carbon credit. Sebagai contoh ya... di mana segala hutan kita yang kita telah gazet ini sebenarnya menjadi pendapatan bagi negeri dan... dan saya rasa err... fi termasuk

juga fi kelestarian... fi kelestarian kita sekarang ini tahun 2025, kerajaan unjurkan sebanyak RM10 juta. Namun, kalau kita tengok fi kelestarian yang... yang sepatutnya kita boleh capai hasil daripada penebangan hutan, kita tak ada taxes carbon taxes, Malaysia belum melaksanakan carbon taxes. Tetapi sampai masa kita perlu mengenakan carbon taxes. Banyak negara dunia yang telah pun melaksanakan sistem carbon taxes kepada mana-mana industri yang melepaskan karbon di udara. Ya, kita terpaksa tanggung kos ya untuk penyerapan karbon. Pahang tak boleh tebang hutan kerana pusat telah mengarahkan Pahang mesti kekal gazet hutan tersebut.

Namun apa hasil kita, ya. Maka saya lihat dalam konteks ini, kerajaan perlu melihat semula kepada fi kelestarian alam. Termasuk juga pembalakan yang menyebabkan kerosakan jalan raya, kerosakan sungai-sungai kita. Mereka tak bayar fi kelestarian. Ya, mereka kaut hasil keuntungan berjuta-juta, namun rakyat menanggung sungai yang keruh, sungai yang kotor. Bayangkan satu loji di Raub tak boleh proses air kerana NTU sampai 3000, ya... loji kita hanya boleh proses 1000 NTU tapi loji-loji air ni yang kekeruhan yang melampau ini terpaksa loji... terpaksa tutup. Bila hujan lebat, loji terpaksa tutup tapi mereka tak bayar fi kelestarian. Saya fikir sampai masa kerajaan menilai kembali. Termasuk jugalah perlombongan kita. Saya nak sebagai contoh Timbalan Speaker, saya tentang isu-isu pasir ni sebagai contoh, royalti pasir.

Hasil royalti pasir sungai tidak mencapai sasaran yang dianggarkan. Kerajaan negeri letak sasaran hasil-hasil pasir RM90.47 juta. Namun kutipan sebenar hanya RM39.1 juta 42.4%. Demikian juga tunggakan bayar perkongsian hasil kepada kerajaan negeri yang tidak dibayar. Bayaran jelaskan hanya RM1.21 juta yang sepatut dibayar RM11.98 juta, bermakna kerajaan hilang hasil RM10.77 juta menyebabkan kerajaan tak boleh bayar dividen kepada hasil pasir. Lebih malang lagi, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan 26 tapak pengambilan pasir sungai tidak menyediakan kolam endapan yang betul, kolam tidak diselenggara dengan baik ya, termasuk juga pelepasan air cucian pasir terus ke sungai dan ini menyumbang kepada kekotoran sungai kita yang sangat serius. Ya, saya sebut ini soal betapa perlunya kerajaan meneliti kembali tentang fi kelestarian supaya rakyat kita tidak... tidak hisap debu habuk daripada lori yang keluar masuk daripada lombong kita yang keluar masuk.

Namun, syarikat-syarikat ini perlu dikenakan suatu bayaran yang tanggungjawab kepada kelestarian alam sekitar. Ya, demikian juga komentar Ketua Audit Negara terhadap jarak lokasi pengambilan pasir sungai. Ya, ada kawasan yang hanya 5... 20 meter daripada kediaman daripada sekolah ya. Okey, ada empat kes yang berlaku di Pekan. Lebih malang lagi, Ketua Audit Negara buat komen terhadap empat permohonan membaharui permit pasir di Temerloh yang tidak diluluskan dan tidak disokong oleh Jabatan Pengairan dan Saliran, agensi, teknikal yang mengawal tentang pasir. JPS tak lulus kerana bercanggah dengan faktor-faktor keselamatan dan sebagainya. Namun, MMK luluskan. Mesyuarat EXCO lulus kepada empat syarikat. Bermakna agensi kita yang menasihati kerajaan negeri dengan betul dengan dari segi teknikal. Tiba-tiba dia dibatalkan oleh pihak MMK. Saya fikir perlu komentar ini perlu diberi perhatian serius.

Saya, Timbalan Speaker, saya tengok. Minta maaf lah saya bukan nak... nak komen tentang kita punya penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri. Penyata atas meja kita sekarang ni penyata untuk audit laporan Ketua Audit Negara Tahun 2020. Takde makna dah ya. Buat apa PAC bincang yang dah tahun 2020. Sepatutnya kita bincang yang... yang terkini. Ini baru tahun 2020 dan saya minta PAC supaya beri perhatian serius isu ini sebab perlunya komentar daripada Ketua Audit ini ialah untuk baik... pembaikan kita bukan nak... bukan kita nak blame mana-mana pihak, bukan nak blame kerajaan negeri. Kita semua sayang. Laporan audit saya fikir positif. Maka PAC

perlu ambil perhatian terhadap laporan tersebut dan saya fikir laporan PAC perlu banyak kali melakukan persidangan dan kalau boleh err... Yang Berhormat Timbalan Speaker, Saya suka mencadangkan kalau boleh laporan audit ini dibentang dalam Dewan Negeri supaya kita sama-sama, kita tengok mana boleh kita baiki sebagaimana dibuat di peringkat Parlimen. Parlimen, Laporan Audit Negara dibentang dalam Parlimen dibuka untuk perbahasan. Bukan untuk blame ya. Bukan ya tanggungjawab kita pihak pembangkang ialah menjadi pembangkang konstruktif seimbang bukan... bukan mengkritik melulu.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya nak teruskan kepada sumbangan kita dalam konteks negeri Pahang dalam konteks er... pertumbuhan ekonomi dari segi pertanian. Dalam belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyebut tentang er... Pahang, err… kita memperuntukkan lebih kurang 2.5% daripada sektor belanjawan kita kepada sektor pertanian dan silap Pahang punya potensi besar untuk terus meningkatkan sektor pertanian. Berdasarkan kepada keluasan tanah yang dimiliki oleh kerajaan negeri... oleh kerajaan negeri Pahang paling besar di Semenanjung. Namun kesan perubahan iklim yang berlaku perlu kita beri perhatian serius sebab sektor pertanian ialah sektor yang paling kritikal. Sebagai contoh, peningkatan paras laut ya, kalau bentuk teguran yang dibuat oleh pihak kerajaan ataupun agensi tertentu mengatakan bahawa paras air laut kita akan meningkat 0.35 meter menjelang tahun 2100 dan kalau ini berlaku, saya bimbang kawasan-kawasan pertanian kita akan ditembusi oleh air masin dan ada kesan langsung kepada kawasan industri pertanian. Ramalan daripada METMalaysia bahawa kita akan berdepan dengan kemarau yang panjang pada tahun hadapan dan kalau tengok senario biasa yang kita alami bila hujan banjir besar, berikutnya kemarau yang besar. Itu sistem yang Allah SWT atur. Apa yang penting dalam konteks Pahang ini, sebenar kita mampu menjadi hak pengeluar durian. Pahang ni, err... kita ada empat daerah Raub, Bentong, Jerantut, Lipis. Antara kawasan yang sangat potensi untuk pengeluar durian. Tapi bila sebut durian Musang King yang berlaku pada kita ialah pencerobohan tanah haram yang kerajaan terpaksa bertindak.

Saya mengucapkan tahniahlah pada kerajaan negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, baru-baru ini kita berjaya di kawasan Bentong, kenal pasti kawasan yang diteroka secara haram 1,000 hektar hasil balak kerajaan tak dapat, dahlah hasil tak dapat, cukai pun tak dibayar sebab mereka ceroboh secara haram. Saya fikir sampai masa kita cuba perjelaskan, cuba rasmikan penanaman Musang King sama ada melalui proses pemberian pajakan tahunan kepada pengusaha durian. Sebagai contoh, kerajaan jual tanah di Gebeng kepada satu syarikat sebanyak 23.9 hektar. Jual yang Menteri Besar kata dengan pajakan 99 tahun okey. Kalau kita boleh bagi industri 99 tahun, saya fikir sampai masa kita boleh melihat tentang peluang untuk penanaman Musang King di beri pajakan. Contoh 50 tahun pajakan dan Pahang mampu menjadi pengeluar hub durian yang sangat baik.

Saya tak setuju dan kita menentang betul tindakan penerokaan tanah kerajaan secara haram. Kerajaan negeri hilang hasil balak, kerajaan negeri hilang hasil... hasil hasil...daripada tanah, kerajaan negeri hilang hasil dalam tanah. Mungkin ada lombong, mungkin ada emas, ada barang berharga. Tapi penerokaan haram ni memang menjejaskan pendapatan negeri. Tetapi sampai masa untuk kita fikir macam mana untuk kita rasmikan sama ada dalam bentuk pajakan supaya Pahang menjadi pengeluar durian utama di Malaysia. Saya fikir empat daerah ni kalau kita fokus kepada pengeluaran Musang King, Pahang antara negeri yang paling baik. Saya ada sikitlah kebun durian. Pengalaman sikit walaupun payah, tapi kalau tuan-tuan nak

merasai bagaimana usaha ini, kalau tanpa kegigihan tak mungkin boleh berjaya. Sebab Musang King bukan mudah, tidak semudah sawit untuk menjaganya.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya nak teruskan kepada tentang beberapa kawasan tadahan air yang telah digazetkan kerajaan negeri.

Saya mengucapkan tahniah, kerana usaha tersebut, namun ada beberapa kawasan yang kita fikir perlu lihat kembali satu masa, mungkin oleh kerana kita tak boleh terbang hutan kerana senario yang berlaku semasa. Tapi kawasan-kawasan ni perlu kita gazetkan sama ada sebagai taman reserve negeri. Sebagai contoh, saya amat terkesan di kawasan Cheka, bila mana kerajaan luluskan satu kawasan pembalakan di kawasan pengambilan air orang kampung. Orang kampung, sumber air daripada bukit. Tiba-tiba kawasan tersebut diluluskan pembalakan dan bila hujan sekarang berlaku lumpur turun ke kampung mereka dan mereka hilang sumber air yang mereka minum. Ya, dan saya telah bangkitkan perkara ini dalam mesyuarat pembangunan daerah dan saya lihat bahawa aspek-aspek ini perlu diambil perhatian sebab daerah tak ada kuasa, kerajaan negeri dalam meluluskan kawasan, perlu kita lihat secara lebih dekat sama ada kawasan tersebut tadahan air ataupun bukan kawasan tadahan air. Termasuk juga isu-isu baru yang berlaku di kawasan Hutan Simpan Lentang. Sebagai contoh, seekor harimau yang keluar pada hutan dilanggar dan mati.

Mengikut daripada Jabatan Perhilitan Pahang masih dapat Harimau Belang, Harimau Malaya masih lagi ada di kawasan tersebut. Saya suka mencadangkan kalau kawasan-kawasan ini dapat digazetkan sebagai kawasan biodiversiti harimau, Harimau Al-Sultan Abdullah ataupun kita gazetkan sebagai taman reserve negeri supaya kawasan ini dapat kita wartakan dan kawasan-kawasan yang akan menyumbang kepada kelestarian negeri Pahang.

Selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh tentang sumbangan ataupun kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM19.96 juta kepada Muzium… Perbadanan Muzium Negeri Pahang dan saya ucap tahniah. Mudah-mudahan usaha dapat kita tingkatkan peranan muzium sebagai daya tarikan pelancong. Kita tak nak, kita peruntukkan hampir 20 juta, tiba-tiba pelancong tak pergi pun ke muzium. Saya fikir di antara kita pun mungkin ramai yang tak pernah pergi ke muzium. Kenapa perlunya muzium menjadi daya tarikan kepada pelancong. Saya fikir soal Perbadanan Muzium Negeri Pahang dengan peruntukan besar ini dapat kita tingkatkan apa yang ada dan di samping kita menambah pembaikan di samping RM110,000.00 untuk perkampungan budaya Orang Asli di Lipis dan selain pada itu, kita ada…

Speaker

Yang Berhormat, minta gulung ya.

Okey…okey, selain daripada itu, kita ada geopark di Lipis dan saya harapkan khususnya EXCO… EXCO Pelancongan dapat beri perhatian supaya kita bagaimana mekanisme untuk memajukan kawasan-kawasan pelancong. Kita akui Tioman dah digazet sebagai kawasan free… free duty, bebas cukai, tetapi kalau tak ada inisiatif terfikir, saya dulu kajian saya master saya dalam pelancongan di Tioman. Ya, saya tengok Tioman hilang daya tarikan. Dulu kita ada flight daripada Kuantan daripada

Kuala Lumpur, daripada Singapore, hari ini dah tak ada, kecuali kita sewa daripada Kuala Lumpur. Ya, Tioman 10 pulau tercantik dunia. Tapi kalau kita tak manfaatkan betul, orang pergi ke Tioman tak ada. Kalau kita pergi kawasan-kawasan pelancongan lain, kita sekurang-kurangnya ada souvenir daripada tempat tersebut yang kita boleh bawa balik sebagai kenangan. Saya fikir banyak Pahang ni kita ada laut. Kita ada pulau kita ada tanah tinggi, kita ada gua, Pahang punya sumber daya tarikan yang sangat banyak yang kita boleh manfaatkan.

Yes, Yang Berhormat Speaker, terima kasih atas perkara yang dibangkitkan khususnya berkaitan Tioman ni. Saya juga ingin berkongsilah Dengan ADUN Cheka. Saya pernah dua kali ke MoF untuk menangani masalah duty free di Tioman ni. Rupa-rupanya duty free di Pulau Tioman ni sama je macam di Langkawi. Cuma player tu takde kerana pasaran dan kuasa membeli tu tak kuat. Jadi, sebab itu saya mencadangkan kepada kerajaan negeri. Mungkin sama-sama kita dalam Dewan ini sebab ini Pulau Pahang ya. Kalau dapat duty free ni bukan sahaja di Pulau Tioman, kalau boleh di Teluk Gading tu kita ada state land. Kita buat garden and gated duty free dengan izin, macam di Bukit Kayu Hitam. Jadi kita boleh divert pelancong lokal domestik daripada Mersing mengguna pakai laluan di Teluk Gading tu. Jadi saya ingat perkara ni sangat positif. Adalah bantu… bantu bersama kerajaan negeri adalah sangat dialu- alukan, terima kasih.

Terima kasih, saya err... boleh masukkan sebahagian daripada ucapan saya.

Speaker

Terima kasih.

Termasuk juga saya sebut tadi geopark di Lipis, bila kita dah declare sebagai geopark, tapi kalau takde sebarang promosi, sebarang program dibuat akhirnya geopark akan tinggal kosong. Jadi, saya fikir kita perlu sebab, maaflah untuk saya sebut laporan audit menegur tentang pelancongan tiga tahun berturut-turut mengalami kerugian perkembangan pelancongan negeri. Saya fikir ini berlaku tahun 2022, 2023 dan 2024. Jadi ini mungkin bukan waktu EXCO yang ada hari ini. Tetapi apa yang penting ialah kelemahan itu, kita cuba cari jalan baiki je bukan buat tu tak blink. Nanti EXCO akan cuba jawab nanti. Akhir sekali, ialah saya nak bangkitkan tentang satu permohonan untuk ADUN Cheka tentang keadaan jalan raya. Ada 1 kawasan yang sangat kritikal banyak kali berlaku accident iaitu Batu 9 dan padang sasar di Lentang. 2 kawasan ni banyak kali berlaku kemalangan maut yang saya fikir perlu pelebaran sedikit kawasan tersebut. Insya-Allah saya bersedia untuk bersama-sama dengan Yang Berhormat EXCO untuk kita atasi masalah ini. Saya fikir dia tidaklah besar sangat cuma perlukan perhatian sedikit dan peruntukan daripada kerajaan negeri.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan.

Speaker

Sila… sila.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Cheka yang prihatin tentang sektor pelancongan. Memang kita mengalu-alukan segala pandangan tentang sektor pelancongan. Cumanya, saya akan jelaskan dalam sesi penggulungan. Cuma saya perlu memperbetulkan satu fakta di mana satu fakta yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Cheka tentang kerugian Tourism Pahang err... tiga tahun berturut-turut, sebenarnya ini tidak benar sebab apa yg dinyatakan dalam laporan audit negara itu, Tourism Pahang Sendirian Berhad dan ini tidak… bukan berkaitan dengan badan berkanun agensi kerajaan negeri dan saya akan bagi maklumat lanjut tentang perkara di dalam sesi penggulungan. Terima kasih. Di mana tiada kerugian dalam Tourism Pahang. Tidak pernah, okey.

Laporan audit tak betul lah.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Itu, Tourism Pahang Sendirian Berhad. Tidak sama dengan Tourism Pahang.

Ya, sepatutnya…

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Ini dua entiti yang berlainan.

Jadi isu besar ni.

Speaker

Saya minta saya minta err...

Ya, kalau… kalau sebab, sebab dia laporan audit ini. Laporan Audit Negara melaporkan… memang betul saya setuju. Tourism Pahang Sdn. Bhd. yang rugi. Syarikat, sepatut tak masuk dalam laporan audit lah kalau begitu. Jadi saya fikir sebab bila laporan audit, laporan rasmi. Dan kerajaan terpaksa jawab. Jadi saya fikir ini di antara… dan saya rasa ini… ini confirm ni nak kata Audit Negara tak betul saya fikir satu kesila… satu kesilapan besar nanti. Jadi kena… kena perbetulkan balik. Akhir sekali, saya fikir, saya, saya menyokong belanjawan telah dibentang dan insya-Allah kita sama-sama membangunkan negeri Pahang. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Cheka. Seterusnya saya menjemput Ahli Dewan Negeri kawasan Tras. Dipersilakan.

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera, salam Kerajaan Perpaduan, salam Malaysia Madani kepada semua Ahli Mesyuarat sekalian.

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Speaker kerana membenarkan saya turut bersama-sama pada petang ini untuk mengambil bahagian. Perbahasan Belanjawan Negeri Pahang untuk tahun 2025. Pada umumnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan perpaduan negeri Pahang kerana dapat mencapai prestasi pendapatan melebihi RM1 bilion setanding dengan negeri Selangor dan Johor.

Yang Berhormat Timbalan Speaker.

Di sini ingin saya memberi cadangan serta pandangan, bagi meningkatkan lagi pendapatan negeri Pahang serta memberi teguran membina, menambah baik lagi perkhidmatan kepada rakyat, selain daripada persediaan inisiatif-inisiatif yang dapat membantu rakyat.

Mencadangkan mempelbagaikan fungsi Pihak Berkuasa Tempatan iaitu PBT untuk menambah pendapatan sebagai contoh di kawasan saya. Ini terpulang kepada kawasan masing-masing yang bersesuaian err... di Majlis Daerah Raub.

Saya ingin mencadangkan menaik taraf kawasan parking Taman Bandar, Taman Tasik Raub sebagai kawasan yang mesra, iaitu diwartakan. Khususnya di Taman Tasik Raub disediakan tempat parking kenderaan campervan ataupun caravan. Motor basikal, bagi berkumpulan, individu, pengunjung luar datang untuk perberhentian serta aktiviti, mungkin juga sesuai di Bukit Fraser.

Memandangkan kepada MDR Raub untuk membuat penyediaan tapak dengan izin ya, iaitu charging station kenderaan EV. Ini boleh disediakan di tapak kawasan parking stesen bas lama terletak di tengah bandar Raub. Mengapa saya bawa perkara ini di Dewan kerana setakat ini di bandar Raub tak ada satu pun petrol station yang ada EV.

Mencadangkan bandar Raub, MDR untuk membuat tempat parking berbumbung dengan izin, premium car park dengan kadar bayaran lebih sedikit berbanding kadar harga biasa. Sebagai contoh, cadangan lokasi yang dicadangkan juga di tapak parking

stesen bas lama serta sekitar Public Bank. Dewan terbuka yang terletak di Dataran Raub juga boleh dijadikan permulaan premium car park semasa tidak digunakan.

Apa yang saya ingin bawa di sini adalah satu inisiatif baru di mana kerajaan tempatan boleh mendapatkan hasil yang lain. Saya ingin juga ya, menyentuh teras utama dalam Tekad 1, iaitu meran… merancakkan sektor pelancongan.

Ada lima buah banglo di Bukit Fraser yang masih tidak dimanfaatkan. Dalam semakan saya dari keputusan akhir mahkamah 6 Ogos 2014, kes ini telah selesai, anta… di antara Pentadbir Tanah Daerah Raub dengan Highland Resthouse. Persoalan saya, mengapa pihak tourism ataupun yang berkaitan, Perbandaran Kemajuan Bukit Fraser, MDR mengambil terlalu lama untuk mengkomersialkan kembali banglo-banglo ini.

Kini sudah hampir 10 tahun masih kosong dan rosak. Ini merugikan untuk hasil negeri. Ramai pelabur yang berimat… berminat untuk menyewa banglo ini. Di samping itu juga, saya mencadangkan untuk kerajaan menyediakan sedikit peruntukan, mewarnai bangunan rumah kedai lama yang bersejarah di bandar Raub, bagi tujuan penarikan pelancongan. Tekad ke-2, ketersediaan kemudahan asas dan infrastruktur.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Err... minta laluan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tras yang membangkitkan isu banglo di Bukit Fraser. Untuk mengelakkan kekeliruan dalam Dewan, mungkin saya akan membuat sedikit penjelasan bahawa sebenarnya perkara ini masih dalam er... tindakan mahkamah. Belum selesai lagi. Terima kasih.

Speaker

Sila, Yang Berhormat Tras.

Terima kasih kepada Menteri Besar Pahang kerana memberi komitmen dan jaminan untuk menyelesaikan infrastruktur pembekalan air seluruh negeri Pahang sebanyak 90% akhir tahun 2026.

Isu masalah air bersih ini masih berlarutan sehingga sekarang. Saya tidak mahu mempertikaikan komitmen yang diberikan, tetapi apa yang saya ingin menyatakan di sini mengenai persediaan awal, dengan izin, backup. Persediaan tindakan membekalkan air bersih kepada pengguna setempat semasa krisis berlaku.

Terutamanya krisis air bersih kerap berlaku semasa cuti umum yang panjang, perayaan, hujan yang lebat, paip bocor, kerja-kerja penyelenggaraan yang tidak berjadual dibuat. Penyediaan dengan izin backup air bersih ini tidak dapat disediakan serta-merta. Malah, kawasan yang tiada bekalan air melebihi tiga hari. Pihak kerajaan negeri mestilah campur tangan, dalam pengurusan pentadbiran PAIP Pahang.

Kami selaku ADUN, sering menjadi bahan cemuhan rakyat. Kerana masalah air bersih ini masih berlarutan dan berpanjangan.

Yang Berhormat Timbalan Speaker.

Di dalam merancang kelangsungan air bersih ini, pihak PAIP Pahang tidaklah boleh hanya bergantung kepada peruntukan Pengurusan Aset Air Berhad iaitu PAAB untuk penyelenggaraan pembaik pulih loji baru. Gantian saluran air paip-paip baru sahaja atau penyelenggaran tidak berjadual.

Sebagai contoh, kalau kita melihat negara maju seperti Jepun, yang mana kerap kali gempa bumi. Mereka kreatif, boleh mencipta bangunan tahan gegaran. Sebab itu masalah gangguan bekalan air bersih yang tidak berjadual ini dah masuk lebih pada 7 tahun. Bermula pada tahun 2014 lagi. Saya pun err... dah rasa letihlah kalau nak bercakap pasal air.

Kita harap tiada tindakan. Kita harap ada tindakan yang proaktif. Rakyat boleh terima, jika krisis air bersih yang tidak berjadual ini berlaku tidak melebihi satu hari, dengan notis awal ataupun peringatan awal. Tetapi, jika berlaku tiada bekalan air melebihi tiga hari, ya, macam mana?

Sebabnya reka bentuk tangki yang ada kita gunakan sekarang ini, boleh menahan satu setengah hari sahaja. Tetapi yang paling penting yang saya nak sampaikan di Dewan ini adalah tindakan segera. Apakah alternatifnya jika bekalan air bersih tergendala yang disebabkan oleh pelbagai faktor ini dapat ditangani.

Sebagai contoh, sama ada membekalkan beberapa lori tangki dengan segera, tangki statik, 1,000 liter ataupun sebagainya. Atas alasan yang sama, semua rakyat akan terus menghubungi ADUN, ADUN setempat. Maksudnya di sini, talian ADUN ini, talian aduan ini selalunya sukar ditembusi, dan tidak dijawab. Ini akan menjadi masalah pada rakyat.

Saya juga mencadangkan, sediakan tangki kapasiti liter air yang besar serta berkunci serta ditempat di ka… ditempatkan di kawasan yang sering berlaku krisis ini. Mohon pihak kerajaan berbincang dengan pihak Pengurusan Aset Air Berhad iaitu PAAB untuk mengambil kira kos-kos pembekalan air segera di luar jangka disebabkan oleh masalah luar jangka ini. Mungkin sebelum ini ada perbincangan dengan PAAB berdasarkan aset-aset yang ada tetapi ini kena ambil kira ya… diambil… kena ambil kira sekiranya berlaku keperluan air bersih segera. Terima kasih kepada kerajaan kerana memperuntukkan sebanyak RM600,000.00 untuk Raub dalam perbelanjaan kali ini. Tetapi saya minta kalau boleh lebih sikit lagilah.

Tekad Kedua, penyelenggaraan jalan infrastruktur negeri, jalan raya. Pertanyaan saya di sini, apakah standard yang digunakan oleh JKR? Laluan seperti Spine Road contohnya seperti daripada bulatan Mempaga di Bentong ke persimpangan UiTM, Raub, Batu Tiga kurang lebih 50 hingga 60% jalan yang beralun yang amat teruk dan berbahaya. Untuk keselamatan, saya mencadangkan waktu malam ya, pemantulan cahaya perlu di… diadakan ataupun dipanggil garisan pantulan, cat reflector kerana malam gelap.

Saya ingin menyentuhkan juga berkenaan bencana, bekalan… berkenaan dengan banjir pula di kawasan saya ya. Banjir kilat sering berlaku di sekitar Kampung Tok Machang, Gali Hiler… Gali Hilir, Bandar Raub, Raub Jaya. Semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini, taburan hujan yang ekstrem dan luar jangkaan selalu terjadi di kawasan Raub. Fenomena ini mestilah diambil kira di dalam reka bentuk baru dan saliran yang sedia ada untuk larian permukaan air.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Jumlah taburan hujan yang normal sekitar 20 hingga 30 mm. Tetapi sekarang di Raub sering kali menjadi taburan air hujan sekitar lebih 100 mm. Jika ini berlaku lebih daripada tiga hari berturut-turut, bandar Raub akan banjir kilat. Minta satu peruntukan khas untuk Jabatan Parit dan Saliran Raub, di Raub, JPS dalam mendalamkan sungai, parit dan gantian pembetung besar yang bersaiz besar, dengan izin culvert untuk aliran air ke sungai sepertimana titah Tuanku semasa mencemar duli di Tok Machang bertarikh 11 November 2024.

Saya ingin jugak masuk kepada perkara Tekad Kelima, keutuhan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara yang berterusan. Penerimaan Inisiatif Makmur Pahang Kluster B40. Saya ingin juga membawa berkenaan dengan perkampungan ibadah yang saya amat menyaut… menyahut ke perhatian Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi kebajikan rakyat memohon dan pertimbangkan agar semua rumah, rumah orang tua atau… ataupun rumah sejahtera yang berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dimasukkan sebagai penerimaan faedah di bawah Skim Pahang Prihatin sepertimana yang diterima oleh pondok-pondok dan pusat tahfiz yang disenaraikan dalam Skim Pahang Prihatin.

Difahamkan pemberian RM10,000.00 kepada pusat jagaan kanak-kanak diberikan pada Badan Amal Kebajikan Sayang Malaysia iaitu BAKASA, sebelum ini dipanjangkan ke semua Rumah Kesejahteraan sebanyak 5 buah iaitu 1 di Bentong dan 4 di Raub. Saya…

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Saya juga ingin masuk berkenaan perkara Tekad Kelima, keutuhan kesejahteraan rakyat serta kemak… kemakmuran negeri yang berterusan. Yang ini berkenan dengan projek ter… terbengkalai. Seperti dalam ucapan saya yang lepas dan juga ucapan Exco Perumahan dalam sesi soal jawab Jumaat lepas, perlu diadakan satu badan khas untuk mengambil alih projek-projek terbengkalai ini.

Ingin saya sebut sekali lagi di sini, sebagai contoh di Raub, lebih daripada tiga projek terbengkalai. Dalam semakan dan pencarian saya selama dua tahun ini, saya dapati ada pemaju bumiputera iaitu developer, dengan izin yang berwibawa dan komited di Raub. Sebagai contoh, pada tahun 1989, satu taman perumahan yang bernama Taman Bukit Indah telah dibina secara penswastaan antara PKP… PKNP dan Syarikat Cerating Hotel Sdn Bhd. Pada tahun 1999, projek ini masih gagal disiapkan. Akhirnya pada tahun 2000, sebuah syarikat penyelamat am… Amalina Holdings Sdn Bhd telah mengambil alih projek sakit ini. Alhamdulillah, ianya dapat disi… disiapkan dengan segera, bentuk yang selesa yang dan sudah diduduki. Masa berlalu, kerugian negeri Pahang dan pembeli dianggarkan RM16 juta jika projek ini tidak disiapkan. Jika kita ambil contoh dan pengajaran daripada projek ini, sebenarnya Kerajaan Negeri mempunyai kuasa dan boleh membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Di sini saya ingin menyatakan satu lagi ya… cadangan pembangunan bercampur di atas tanah kerajaan seluas 19 ekar, ini pun terbengkalai juga. Projek pens… penswastaan ini sebagai contohnya, kalau dapat dibina, dia sudah lebih pada 14 tahun. Kerajaan ataupun Pihak Berkuasa Tempatan akan mendapat… akan mendapat… cukai tidak kurang daripada RM64,000.00 setahun. Boleh kita kali lah 14 tahun.

Yang Ber… Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Saya ingin juga di kesempatan ini untuk… err… menyatakan untuk Tekad Kelima juga meneruskan pembangunan masyarakat Orang Asli. Saya menyeru kerajaan memperbanyakkan libat urus daripada pihak kerajaan kepada masyarakat komuniti Orang Asli khasnya di Pahang. Penerangan berkenaan Orang Asli Corporation Sdn Bhd iaitu ORACO, anak syarikat kerajaan negeri ataupun peranannya kepada masyarakat Orang Asli untuk menambah baik kehidupan minoriti golongan Orang Asli di Pahang dan kebaikannya kepada kerajaan negeri.

Ini penting bagi menjaga prerogatif masyarakat Orang Asli di negeri Pahang. ORACO ini hanya diwujudkan khas di negeri Pahang sahaja semata-mata bagi memudahkan masyarakat komuniti minoriti Orang Asli di Pahang untuk terus belajar bersaing dengan masyarakat komuniti yang lain. Jika masyarakat komuniti kaum Melayu dengan FELDA dan FELCRAnya, kini komuniti masyarakat orang Asli ada ORACO sebagai koperasi besar badan pengurusan ekonomi khasnya untuk masyarakat Orang Asli di Pahang. Semoga semua hasil tanah pertanian ini dapat disalurkan balik kepada masyarakat komuniti orang Asli tanpa ada ketirisan dari pihak luar.

Masyarakat Orang Asli khususnya di Pahang inginkan ketelusan dalam perkara yang berkaitan dengan ORACO. Mereka mengharapkan setiap pengurusan yang ada perbincangan dan maklumat yang terperinci dari segi penanaman semula dengan izin TSK serta melibatkan tanah adat, tanah rayau dan sebagainya. Ingin mencadangkan jika kerajaan negeri dapat mengkaji semula cara pendekatan yang dimainkan dan mencari jalan penyelesasan… penyelesaian… penye... di… [ketawa] selesai. Penat… saya minta maaf penat ya baru balik daripada Raub semalam dengan Sultan, mintak maaf.

Antara ORACO dan prophecy dengan sebahagian masyarakat Orang Asli Pahang yang mengharapkan prerogatif kaum mereka terus diterima. Bagi pelaksanaan proses pemilikan tanah sedia ada, yang ada ditanam secara individu oleh masyarakat Orang Asli ini. Ianya beri satu garisan panduan terperinci dalam erti kata mudah cara yang membolehkan mereka memahami tanpa ada sekatan dan halangan. Saya yakin masyarakat Orang Asli Pahang ini, mereka mengharapkan agar kebajikan mereka dipelihara. Diharap agar pihak kerajaan negeri dapat memberi saluran bantuan secara progresif kepada masyarakat Orang Asli negeri Pahang dan akhirnya…

Tuan Yang di-Pertua.

Speaker

Sila.

Saja suka mencelah, jangan sunyi sangat. Err… Tras pun dah penat. Jadi, dia begini… ORACO ni sebenarnya idea Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang. Kalau tak silap saya di penggal yang lalu dan terbinanya ORACO ni tak lain tak bukan sebenarnya Yang Amat Berhormat Dato’ Sri tengok masyarakat Orang Asli ni sangat-sangat tertinggal banyak dari sudut pendidikan, ekonomi, kebajikan. Jadi,

JAKOA pun tak menang tangan, maka ditop up dengan izin, ORACO ni supaya membantu Orang Asli.

Alhamdulillah, setakat ini kita dah berjaya membina tahun lepas 100 buah rumah rakyat Pahang kepada masyarakat Orang Asli secara percuma dan tahun ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang umum di dalam bajet baru ni sebanyak 120 buah pula akan dibina kepada masyarakat Orang Asli. Kemudian itu pelajar-pelajar Orang Asli yang nak masuk ke IPTA, mereka ini dibantu beri laptop sebab dia Orang Asli. Apa namanya susah, sukar dan sulit. Dia istimewa sikit. Kita beri laptop secara percuma seandainya mereka ditawarkan masuk ke pusat-pusat pengajian. Saya percaya ada beberapa rakan-rakan saudara-mara kita Orang Asli ni yang dihantui dengan rasa cemburu kepada usaha-usaha murni kerajaan negeri melalui ORACO ini. Maka dia ditanamkan fahaman-fahaman yang sebagaimana dibimbangi oleh rakan saya daripada Tras ini. Insya-Allah kita dah adakan beberapa siri pertemuan di peringkat negeri dan kita akan pergi juga ke daerah-daerah dengan pelbagai bentuk program untuk kita mendekati Orang Asli, memberi fahaman bahawasanya kita akan menjaga kebajikan dan kepentingan Orang Asli dengan lebih aktif lagi dari masa ke semasa. Terima kasih Yang di-Pertua.

Terima Kasih YB EXCO. Yang Berhormat Timbalan Speaker, akhir sekali saya memohon pihak kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa inisiatif peruntukan kepada… Yang pertama: pemandu-pemandu teksi Pahang yang pada, pada, pada tahun 2022 ada sedikit peruntukan pada mereka. Tengok pada tahun… empat tahun ni tak ada. Kalau boleh, boleh dipertimbangkanlah.

Yang kedua: memperuntukkan kepada NGO badan bukan kerajaan yang ingin memajukan dan menarik pelancong dan buat program aktivis ataupun aktiviti masyarakat, membina muzium perlombongan di Raub bagi menarik ramai pelancong Pahang, memperuntukkan one-off kepada semua surau-surau yang aktif tetapi belum mendapat pendaftaran kelayakan daripada pihak Majlis Agama Islam Pahang. Dan akhir sekali memperuntukkan sedikit peruntukan kepada badan NGO tertentu untuk memupuk kepelbagaian kaum dan budaya di dalam program komuniti masyarakat majmuk di negeri Pahang.

Sekian terima kasih, saya menyokong bajet tahun ni.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Tras. Saya beri lagi seorang untuk perbahasan. Seterusnya saya menjemput wakil dari Lepar untuk mengambil bahagian, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. [ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Demi waktu Dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi. Bahawa Tuhanmu, wahai Muhammad tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci kepadamu sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat sehingga engkau reda berpuas hati. Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu

Da memberikan perlindungan dan didapatinya engkau mencari jalan yang benar. Lalu Da memberikan hidayah petunjuk dengan wahyu al-Quran. Dan didapatinya engkau miskin lalu Da memberikan kekayaan. Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. Adapun orang yang meminta bantuan atau pimpinan, maka janganlah engkau tengking dan herdik. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kau sebut-sebutkan dan zahirkan sebagai bersyukur kepadanya.

Seperti kita sedia maklum, surah Ad-Dhuha yang saya bacakan tadi telah diturunkan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW selepas enam bulan, beliau tidak menerima sebarang wahyu atau petunjuk. Surah ini juga ditujukan kepada seorang pemimpin. Nabi Muhammad juga seorang pemimpin. Kita semua di sini juga adalah pemimpin dan surah ini akan menjadi beberapa panduan sebagai perbahasan saya pada hari ini, Insya-Allah.

Yang Berhormat Speaker,

Musim tengkujuh telah pun berlalu, telah pun bermula di negeri-negeri Pantai Timur termasuklah di negeri Pahang Darul Makmur. Harapan kami, semoga kita di negeri Pahang telah pun bersiap sedia jika berlaku hujan yang tidak henti-henti ini sehingga boleh mengakibatkan berlakunya banjir di mana-mana tempat termasuk tempat-tempat yang di luar jangkaan kita. Penglibatan semua agensi kerajaan bersama wakil rakyat kerajaan mahupun pembangkang adalah penting bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat diberi perhatian secukupnya.

Yang Berhormat Speaker,

Kami di DUN Lepar sentiasa bersiap-siaga jika hujan lebat masih tidak henti dan kemungkinan berlaku banjir di kawasan kami. Untuk makluman semua, rakyat Lepar amat dekat dengan saya dan sering bekerjasama dengan saya dalam menghadapi segala masalah atau keperluan serta kehendak semasa. Rakyat Lepar amat memahami situasi saya sebagai ADUN pembangkang yang tidak ada peruntukan untuk dikongsikan kepada mereka atau membantu golongan-golongan yang memerlukan. Sifat-sifat memahami dan toleransi ini telah memudahkan tugas-tugas saya sepanjang dua tahun ini sebagai Wakil Rakyat di DUN Lepar, alhamdulillah.

Saya juga mudah bekerjasama dengan semua agensi kerajaan, Tok Penghulu, ketua kampong, jawatankuasa KRT juga jawatankuasa masjid dan surau serta lain-lain pemimpin masyarakat. Di sini ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk Lepar, semua pihak-pihak yang amat mesra serta sering memberi kerjasama dengan amat baik sepanjang perkhidmatan saya sebagai wakil rakyat, Insya-Allah.

Yang Berhormat Speaker,

Keperluan dan permintaan dari belia terutamanya anak-anak Bumiputera semakin hari semakin bertambah. Kita lihat keperluan asas untuk mereka masih tidak mencukupi seperti kemudahan kewangan dalam pelajaran, pemilikan rumah mampu milik dan pekerjaan. Kos harga barang keperluan harian juga sering meningkat. Ini merisaukan kita terutama anak-anak belia kita. Gaji serta pendapatan isi rumah mereka yang amat rendah. Yang sedihnya, harga beras pun mahal amat merisaukan kita. Perkara ini berlaku berulang bila.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Beri laluan, beri laluan. Terima kasih, saya ingat fakta ini salah kalau beras itu mahal. Itu dikawal oleh kementerian, harga tetap. Okey, terima kasih.

Terima kasih kalau dah murah, alhamdulillah. Perkara ini mungkin berlaku. Perkara ini berlaku berkemungkinan rakyat di negeri Pahang makin bertambah sama ada dari segi kelahirannya. Dari segi penghijrahan belia dari negeri lain atau orang asing yang tinggal secara tidak sah di negeri Pahang Darul Makmur. Kita jangan lupa juga apabila pandemik COVID-19 berlaku, ramai rakyat Pahang pulang ke kampung halaman disebabkan diberhentikan kerja atau sebagainya. Perkara-perkara yang perkara-perkara dan sebab-sebab musabab yang saya katakan tadi mungkin menjadi penyebab kepada peningkatan permintaan serta keperluan semasa mereka kerana minyak masak pun mereka perlu berebut dengan warga asing.

Penambahan rakyat, kepulangan anak-anak Pahang serta kehadiran orang luar mencari rezeki di negeri Pahang bukanlah sesuatu perkara yang tidak baik. Malahan penghijrahan ini jika diuruskan dengan baik yakni dapat meningkatkan ekonomi setempat.

Yang Berhormat Speaker,

Di sini ingin saya mengajukan kepada kerajaan negeri untuk mengeluarkan sebuah buku panduan yang di dalamnya terdapat semua maklumat details serta syarat-syarat bagaimana orang ramai yang ingin memohon atau memerlukan sesuatu boleh mendapatkan panduannya dari buku panduan tersebut. Contohnya, bagaimana? Agensi mana? Serta contact person (dengan izin) yang boleh mereka hubungi untuk memohon bantuan perumahan, bantuan pelajaran, bantuan pertanian atau penternakan, tawaran- tawaran pinjaman atau atau apa-apa tawaran serta geran sama ada dari kerajaan negeri atau kerajaan pusat. Jika buku panduan tersebut telah ada mohon diagihkan kepada pihak berwajib dan semua wakil rakyat agar bolehlah kami kongsikan maklumat ini kepada masyarakat yang memerlukan.

Yang Berhormat Speaker,

Kita lihat banyak institusi-institusi kerajaan atau swasta yang menawarkan kursus-kursus teknikal seperti di IKM, ILP, IKBN, sekolah vokasional, sekolah-sekolah teknik dan institusi-institusi kemahiran yang lain. Program inkubator seperti yang pernah dijalankan oleh Kementerian Usahawan boleh juga diguna pakai di negeri Pahang bagi membantu lambakan pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian dalam bidang teknikal dan kemahiran. Formula Bagaimana untuk menjalankan program ini bolehlah yang Berhormat EXCO yang berkaitan memanggil saya untuk saya kongsikan maklumat serta pengetahuan yang saya ada. Insya-Allah.

Yang Berhormat Speaker,

Sukan adalah aktiviti yang boleh menyatukan perpaduan rakyat berbilang bangsa. Namun, jelas kelihatan sukan-sukan tertentu masih disertai oleh bangsa-bangsa yang tertentu. Kita tak perlu berbahas dengan detail di sini. Namun, mungkin Yang Berhormat EXCO Perpaduan boleh melihat perkara ini dan cari solutionnya

bagaimana untuk kita mengurangkan jurang dari masa ke semasa. Yang Berhormat EXCO Sukan, Yang Berhormat dan bersama Yang Berhormat EXCO Pendidikan juga perlu duduk bersama berbincang untuk mengurangkan pembaziran perbelanjaan membeli peralatan sukan di sekolah. Namun di sekolah-sekolah tersebut, kualiti sukan masih tidak meningkat juga. Saya bagi contoh pada sukan hoki. Semua sekolah rendah dan menengah di daerah Kuantan menyediakan kemudahan peralatan untuk sukan hoki. Jika kita ingin lahirkan pemain berkualiti dan yang meminati sukan tersebut, oleh itu, pemusatan dan pemfokusan perlu diberi kepada sekolah-sekolah yang tertentu sahaja.

Perincian dan formulanya boleh saya kongsikan kepada pihak berkenaan bagi memastikan matlamat ini tercapai. Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar dan Yang Berhormat EXCO Sukan banyak membantu dari segi kewangan kepada persatuan-persatuan sukan di negeri Pahang. Alhamdulillah. Di sini ingin saya ucapkan juga terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar kerana telah memberi peruntukan yang sama kepada sukan hoki.

Tidak terlewat ingin saya ucapkan tahniah kepada kontinjen SUKMA Pahang ke Sarawak. Walaupun tidak mencapai target pingat emas yang diharapkan, Namun semua pihak termasuk atlet-atlet telah pun berusaha bersungguh-sungguh setakat kemampuan yang mereka miliki. Namun dari pandangan logiknya, jika di peringkat kejohanan MSSM kita tidak perform, bagaimana pula atlet yang sama akan berjaya di Sukan SUKMA. Kilang untuk mendapatkan atlet-atlet terbaik adalah daripada peringkat persekolahan lagi. Dan kayu ukur keupayaan atlet-atlet tersebut adalah daripada kejohanan MSSM. Ramai atlet-atlet yang berbakat lahir di negeri Pahang, namun ada yang tidak berpeluang untuk memasuki ke Sekolah Sukan Seberang Temerloh, walaupun Sekolah Sukan Malaysia Gambang, oleh kerana terdapat kelemahan sistem pemilihan untuk memasuki ke sekolah-sekolah tersebut.

Kita juga kekurangan jurulatih yang berbakat kerana tidak kerana kita tidak menggalakkan atlet-atlet terbaik kita untuk menjadi guru. Kemungkinan, kemungkinan insentif-insentif tertentu termasuk biasiswa visual perlu diberikan kepada mereka bagi menggalakkan mereka menceburi bidang perguruan ini. Kita juga perlu memantau ke mana atlet-atlet kita pergi selepas tamat SPM dan memasuki universiti. Bagaimana kita akan tahu mereka… mereka ini masih cergas jika mereka, jika mereka memilih universiti-universiti yang tidak menyediakan kemudahan bersesuaian dengan sukan yang mereka ceburi. Selagi kita masih tidak berani menghantar atlet-atlet kita ke luar negara iaitu ke universiti yang melahirkan ahli-ahli sukan yang hebat. Selagi itulah kita akan lahirkan ramai jaguh kampung yang setakat berjaya di Sukan SEA sahaja. Mereka tidak mampu bersaing di Sukan Asia jauh sekali di Sukan Olimpik.

Yang Berhormat Speaker,

Kita semua sedia maklum iaitu Yang Berhormat EXCO Sukan telah menjalankan tugas beliau dengan baik. Namun beliau perlu mengubah tradisi sistem yang lama kepada sistem yang baru bagi melahirkan atlet bertaraf dunia. Maksud saya, sistem yang baru itu adalah Majlis Sukan Pahang perlulah diberi kuasa yang lebih untuk membuat keputusan dalam apa-apa sahaja kaedah yang melibatkan sukan. Pihak persatuan sukan dan pihak Jabatan Pendidikan perlu memberi mandat dan keutamaan kepada Majlis Sukan Pahang untuk membentuk hala tuju sukan di negeri Pahang. Dengan gabungan tiga badan tersebut, saya pasti pembaziran tidak akan berlaku dan kualiti akan meningkat. Namun ini adalah pandangan kerdil daripada saya sebagai seorang ahli sukan yang telah mengalami segala suka duka sepanjang penglibatan saya dalam bidang sukan sebelum ini.

Tuan Fadzli bin Mohamad KamalUMNO · BNAhli Yang Dilantik · Dong

Yang Berhormat Speaker, mohon mencelah.

Speaker

Sila.

Tuan Fadzli bin Mohamad KamalUMNO · BNAhli Yang Dilantik · Dong

Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat yang nak bagi keupayaan Majlis Sukan Pahang untuk buat keputusan. Keputusan apa?

Ia melibatkan banyak keputusan-keputusan yang kadang-kadang dari segi pemilihan atlet untuk untuk kita mengetengahkan dia ataupun penghantaran mereka ke sekolah sukan. Sepatutnya mereka kena berbincang bersama. Saya ingat nanti saya akan jumpa dengan YB apa ni EXCO dan saya akan bagi detail. Seterusnya Sea Youth Athletics Championships yang telah berlangsung di Sabah pada 28 November baru-baru ini. Setahu saya hanya seorang sahaja atlet negeri Pahang yang telah terlibat mewakili negara. Kalau tak salah sayalah. Ianya bukan kerana atlet kita tidak berbakat, namun mungkin tidak mencapai tahap yang sepatutnya. Tapi syabas diucapkan kepada adik Khairul Naim dari Sekolah Sukan Malaysia Gambang kerana memenangi pingat gangsa pada acara Lompat Kijang. Beliau berasal daripada Bukit Goh. Jadi Yang Berhormat Sungai Lembing bolehlah melawat beliau memberi sedikit gula-gula semangat. Beliau juga adalah atlet kelahiran Majlis Sukan Pahang yang pernah dilatih oleh jurulatih Encik Sivalinggam. Oleh itu, Yang Berhormat Dong juga...

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Minta mencelah sikit. Terima kasih kepada YB Lepar kerana menyebut YB Sungai Lembing. Jadi untuk pengetahuan Timbalan Speaker sebelum ni memang saya ada memberi sedikit sumbangan untuk kepada tiga atlet ni [Ahli Dewan menepuk meja] untuk menyertai pertandingan tersebut. Jadi untuk sagu hati selepas memenangi tempat ketiga tu, saya belum lagi sempat untuk menyantuni beliau. Jadi Insya-Allah selepas ini saya akan berbuat demikian. Okey, terima kasih.

Terima kasih YB. Beliau juga adalah atlet Majlis Sukan Pahang. Jadi bagi saya, Yang Berhormat Dong juga bolehlah menambahkan lagi gula-gula semangat kepada adik Naim. Insya-Allah. Yang Berhormat Speaker, pepatah saya pendek ya sekejap saya bercakap. Orang lain semua 20 minit. Yang Berhormat Speaker, pepatah orang orang tua pernah berkata 'jika ingin melentur buluh, biarlah daripada rebungnya'. Buatlah sesuatu perubahan di peringkat MSSM jika kita ingin cemerlang di peringkat Sukma. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga. Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.

Saya mendoakan agar Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dapat menjalankan tugas beliau dengan adil dan saksama demi kemakmuran rakyat di negeri Pahang. Oleh itu, pada hari ini saya memohon sekali lagi semoga peruntukan kepada kami sebagai ADUN pembangkang diberikan sama rata seperti yang diberikan kepada wakil rakyat kerajaan. [Ahli Dewan menepuk meja].

Yang Berhormat Speaker,

Semasa saya kecil, saya amat rapat dengan arwah datuk saya. Beliau pernah berpesan kepada saya, Yazid Jika kamu hendak menggapai awan di langit, kamu tidak mampu. Jadi… jadi capailah kabus di subuh hari. Jika kamu ingin berjaya di dalam Sukan Olimpik, mungkin kamu tidak mampu. Oleh itu, jadilah kebanggaan keluarga kamu dan negeri kamu. Itu sudah memadai. Dengan ini, saya menyokong bajet yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar Pahang. Sekian terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja].

Speaker

Terima kasih Ahli daripada kawasan Lepar. Untuk makluman semua, saya ingin memperingatkan kepada rakan-rakan Yang Berhormat bahawa masa yang diperuntukkan kepada semua wakil rakyat sebanyak 15 minit sahaja. Seperti apa yang wakil Lepar sebut, beliau telah pun mematuhi bukan… peraturan masa yang diperuntukkan. Yang lain, Saya untuk… budi bicara kerana ada backbencher, ketua backbencher ada…. apa tu, wakil rakyat veteran. Jadi saya beri masa lebih panjang sikit. Jadi, saya harap rakan-rakan Yang Berhormat boleh mematuhi kerana sebelah petang kita mempunyai 11 wakil rakyat lagi belum mengambil bahagian. Jadi, saya harap rakan-rakan yang berhormat boleh mematuhi masa yang diperuntuk oleh rakan-rakan Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah pagi ini, seramai empat orang Ahli telah pun mengambil bahagian dan persidangan kita akan disambung di sebelah petang. Oleh itu, saya akan menempoh persidangan di sebelah pagi ini dan akan bersambung semula jam 2.45 petang. Persidangan ditempohkan.

[Sambungan Perbahasan Dewan]

Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024Bill

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga. Sambungan Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024 dan Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2025.

Speaker

Assalamualaikum WBT. Persidangan kita disambung semula. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli Yang Berhormat sekalian. Kita masih lagi dalam Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul yang telah dikemukakan dan pada petang ini kita akan menyambung Perbahasan Rang Undang-undang dan Usul Perbekalan Air ini. Saya jemput Ahli Yang Berhormat Semambu.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2025 pada hari kedua sesi Dewan Negeri kali ini. Kerajaan Negeri Pahang mencatat hasil melebihi RM1 bilion Malaysia untuk tiga kali berturut-turut dan mencapai pertumbuhan KDNK negeri sebanyak 5.8% melebihi pertumbuhan negara adalah manifestasi kejayaan pimpinan Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, EXCO Kerajaan Negeri dan semua penjawat awam negeri Pahang. Semoga hasil pendapatan tersebut terus dimanfaatkan untuk kesejahteraan dan kebaikan rakyat negeri Pahang. Yang Berhormat Tuan Speaker,

Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada minggu lepas memegang lima teras untuk menjaga semua lapisan masyarakat dari pengukuhan ekonomi, kemudahan asas, kecekapan tadbir urus, penghasilan modal insan dan kesejahteraan rakyat. Ia mencerminkan keprihatinan dan usaha Kerajaan Negeri Pahang untuk membawa negeri ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian Pengangkutan Awam Daerah Kuantan yang disentuhkan dalam belanjawan kali ini adalah sangat mustahak dan perlu dijadikan keutamaan sebelum bandar Kuantan bertambah sesak dengan kenderaan. Keutuhan hubungan, kecekapan dan keyakinan pengguna terhadap pengangkutan awam perlu adanya tindakan drastik.

Jika semakin ramai orang bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak, ianya bukan sahaja dapat menyelesaikan isu kesesakan di bandar dan ia pasti akan menambahkan kualiti kehidupan rakyat dengan tidak perlu menghabiskan wang yang lebih untuk membeli ataupun menjaga kenderaan. Dengan Kuantan menuju untuk menjadi bandar pintar, kami amat berharap ia dapat direalisasikan dengan segera. Isu penamatan kontrak RapidKuantan di bandar Kuantan perlu diutamakan oleh kerajaan negeri dengan memastikan perkhidmatan kepada warga Kuantan tidak akan terjejas jika ditukar kepada syarikat swasta.

Selain itu, inisiatif Kerajaan Negeri Pahang dalam belanjawan kali ini untuk memperkenalkan Pangsapuri Pahang sebagai perumahan khas kepada golongan muda yang berpendapatan rendah perlu dipuji. Saya memohon untuk mencadangkan agar pangsapuri tersebut dapat dibina di daerah Kuantan dahulu sebagai perintis dan juga ibu kota negeri.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Saya ingin memetik Laporan Ketua Audit Negara 2022 berkenaan dengan masalah pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dengan isu kepuasan pengguna dan isu result margin tekanan air yang rendah di Kuantan. Hasil daripada 2,561 responden di 11 daerah, 58.6% tidak berpuas hati dengan pengurusan gangguan air berjadual. 57.56% tidak berpuas hati terhadap penyelesaian dan tindakan ke atas aduan yang dikemukakan serta 79.5% responden berpuas hati dengan pengurusan bil dan pembayaran yang disediakan oleh PAIP dengan kenaikan tarif air pada Februari tahun ini, PAIP perlu berusaha berlipat ganda bagi meningkatkan kepuasan pengguna secara keseluruhan kerana ia juga merupakan imej kerajaan negeri.

Saya juga ingin mengambil peluang ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada CEO PAIP, Datuk Saiful dan Pengurus PAIP Daerah Kuantan, Tuan Izwan yang sentiasa

membantu dan menyelesaikan masalah di kawasan. Mengikut laporan tersebut juga, daerah Kuantan mempunyai result margin air terawat yang kritikal iaitu sebanyak -2.6 disusuli dengan Cameron Highlands yang hanya 7.7%. Ia berbeza dengan result margin 10 hingga 15% yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Saya ingin bertanya kepada kerajaan negeri, apakah status Projek Air Gebeng dan Projek Air Bukit Puling yang boleh meningkatkan kadar result margin di daerah Kuantan. Selain itu, bagi merancakkan pembangunan negara, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 atau lebih dikenali sebagai (PIKAS) 2030. PIKAS 2030 merupakan kesinambungan dasar dan bantuan kerjasama awam-swasta sedia ada dengan penambahan nilai dan hala tuju yang lebih jelas. Dalam 41 projek potensi yang disenaraikan, salah satu merupakan Lebuh Raya Pantai Timur Kuantan ke Singapura (LPT 4) atau dengan izin Kuantan Singapore Expressway. LPT 4 dilihat dapat menjana pembangunan ekonomi dan pelancongan di seluruh Pahang. Saya berharap kerajaan negeri dapat memberi penekanan dan keutamaan untuk merealisasikan pembinaan LPT 4 dalam masa yang terdekat.

Manakala, bagi sektor pelancongan dengan Kuantan Port memasuki fasa pengembangan kedua Terminal Air Dalam dengan izin Deep Water Terminal. Saya juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri Pahang mengusahakan Pelabuhan Kuantan menjadi hub pelabur kapal persiaran di Pantai Timur seperti yang yang dicadangkan oleh Menteri Pengangkutan, Tuan Anthony Low pada Ogos lepas.

Mengikut statistik dari Cruise Lines International Association (CLIA), negara jiran Singapura mempunyai 236 kapal persiaran yang berlabuh di Singapura pada tahun 2022 dan bilangan tersebut semakin meningkat. Hasil industri kapal persiaran akan meningkat kepada USD1.3 bilion pada tahun 2029. Statistik yang sama juga menunjukkan bahawa setiap pelancong membelanjakan sekurang-kurangnya $100 US dollar di setiap pelabuhan yang mereka berhenti. Jika Kuantan mempunyai satu hub kapal persiaran yang bertaraf antarabangsa dan disediakan dengan pakej lawatan tentu saya yakin ia pasti akan membantu menambah hasil pendapatan negeri dan merancak lagi sektor pelancongan di Pahang khususnya Kuantan.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Saya difahamkan bahawa elaun-elaun bulanan Guru Al-Quran asrama Pahang selepas tolak dengan KWSP dan PERKESO baki hanya tinggal RM769.00 sahaja. Ia adalah tidak mencukupi terutamanya bagi guru yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Pekerjaan tersebut yang mengajar pada waktu petang bermula 2 petang sehingga 5 petang menyukarkan guru untuk mendapatkan satu lagi pekerjaan untuk menambah sumber-sumber pendapatan mereka. Dengan kewangan negeri semakin kukuh, saya mohon mencadangkan untuk menambah elaun sebanyak RM300.00 kepada Guru-guru Al-Quran Asrama seiring dengan pemerkasaan skop kerja mereka.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Ingin saya membawa isu… beberapa isu-isu setempat untuk perhatian kerajaan negeri. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini berkenaan dengan isu kesesakan jalan di Jalan Sungai Lembing dan Jalan Bukit Istana pada waktu puncak. Jalan Sungai Lembing yang menjadi laluan menghubung Lebuh Raya Pantai Timur dengan bandar Kuantan memerlukan penaiktarafan keseluruhan bagi menyelesaikan isu kesesakan pada waktu puncak dan juga isu keselamatan yang melibatkan

penduduk kawasan Kampung Padang. Saya memohon kerajaan negeri untuk mengutamakan penaiktarafan jalan tersebut untuk kesejahteraan penduduk-penduduk dan pengguna jalan raya. Selain itu, kerajaan negeri dan agensi terbabit perlu juga… perlu juga menyediakan laluan alternatif untuk penduduk-penduduk KotaSAS bagi menyelesaikan isu kesesakan di lampu trafik Bukit Istana ketika waktu puncak. Terima kasih kepada Polis Trafik Kuantan yang bertugas pada waktu puncak bagi menyuraikan kesesakan. Namun, perlu ada penyelesaian jangka panjang untuk simpang tersebut dengan kadar penghunian di KotaSAS yang semakin meningkat.

Isu ketiga berkenaan dengan isu anjing liar. Isu anjing liar memberi kesan kepada keselamatan dan kebersihan bandar. Namun, kita memerlukan pendekatan peri kemanusiaan dan sistematik dalam mengendalikan isu tersebut. Saya mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk memperuntukkan dana khas kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk Program Tangkap, Mandul, Lepas ataupun lebih dikenali sebagai (TNR) seperti yang telah terbukti berkesan di Negeri Sembilan bagi mengawal populasi anjing liar secara efektif. Kerjasama dengan NGO perlu diperkukuh melalui kempen kesedaran untuk menggalakkan pengambilan haiwan liar sebagai haiwan peliharaan. Selain itu, pembinaan pusat perlindungan sementara dapat membantu PBT untuk menguruskan anjing liar dengan lebih efektif dan holistik. Dengan itu, saya mengakhiri perbahasan saya dengan menyokong Belanjawan 2025 Negeri Pahang. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Semambu, seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Tahan. Dipersilakan.

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan Selamat petang. [Bacaan Doa] yang bermaksud: Sesungguhnya Tuhan kamu yang meluaskan rezeki bagi bagi sesiapa yang dikehendakinya dan ia juga yang menyempitkannya. Sesungguhnya ia maha mendalam pengetahuan-Nya lagi maha melihat akan hamba-hamba-Nya.

Yang Berhormat Speaker, Ahli MMK, rakan-rakan ADUN, ketua-ketua jabatan seluruh pemerhati. Pertamanya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana memberikan peluang dan ruang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang pada hari jumaat yang lalu. Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Pahang yang telah berjaya mengutip hasil negeri dengan jumlah melebihi RM1 billion buat kali ketiga secara berturut-turut semoga ianya akan terus memberi manfaat dan faedah kepada seluruh rakyat negeri Pahang termasuklah kami Ahli Dewan Negeri bukan kerajaan.

Yang Berhormat Speaker,

Di dalam Belanjawan Negeri Pahang yang telah dibentangkan dinyatakan bahawa bagi tujuan projek infrastruktur jalan kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 645.74 juta menerusi dua kementerian iaitu Kementerian Kerja Raya berjumlah RM179.92 juta dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah berjumlah RM465.82 juta. Saya mengharapkan dengan peruntukan yang ada ini dapat digunakan juga untuk menaiktaraf jalan-jalan di dalam DUN Tahan seperti jalan

daripada Simpang Sawmill hingga ke Kuala Tahan khususnya di lokasi antara simpang Paya Garok hingga ke simpang Sungai Putat dan daripada Merting ke Kuala Tahan. Ini kerana ianya merupakan laluan utama yang digunakan secara tetap oleh penduduk daripada 18 buah JPKK di samping menjadi laluan kepada para pelancong yang ingin bercuti dan beraktiviti di Taman Negara Kuala Tahan dan juga di pedalaman Ulu Tembeling.

Keadaan jalan yang mendap di bahagian tepi di bahagian tengah tidak sekata, sempit dan juga rosak boleh mendatangkan risiko yang sangat tinggi kepada pengguna sewajarnya ia diberikan keutamaan dan perhatian.

Saya juga ingin mengetahui sejauh manakah perancangan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengatasi masalah laluan utama yang sering ditenggelami air setiap kali musim banjir berlaku seperti di simpang Kampung Sepial, di Jambatan Sungai Kerak, di Jambatan Sungai The dan juga di Simpang Paya Garok yang menyebabkan terputusnya hubungan dan untuk makluman Dewan yang mulia pada ketika ini, keempat-empat jalan ataupun lokasi yang saya sebutkan tadi telah ditenggelami air.

Yang Berhormat Speaker,

Saya menyambut baik hasrat kerajaan bagi melaksanakan projek Pangsapuri Pahang khusus kepada golongan muda yang berpendapatan rendah. Saya mengharapkan agar golongan anak muda yang berada di pedalaman dan pinggir bandar turut mendapat manfaat daripada projek ini nanti yang kebanyakan mereka adalah bekerja sendiri. Bagi anak muda ini yang tidak berhijrah dan memilih untuk kekal di kampung masing-masing. Di antara mereka ada yang akan berhadapan dengan masalah untuk memajukan diri. Oleh yang demikian, saya berharap agar pihak kerajaan dapat memudah cara serta menyalurkan keperluan atau insentif kepada golongan muda ini.

Antara yang boleh saya cadangkan iaitu menganjurkan lebih banyak program inisiatif memajukan diri seperti menyediakan kawasan untuk golongan muda menceburi sektor pertanian seperti tanaman fertigasi. Tidak terkecuali juga di sektor penternakan. Saya amat teruja apabila menyebut tentang sektor penternakan. Rekod Pejabat Perkhidmatan Veterinar 2023 menunjukkan negeri Pahang adalah negeri yang tertinggi dalam penghasilan ternakan lembu iaitu sebanyak 151,283,00 ekor. Saya juga mengharapkan agar pihak… agar pihak kerajaan akan terus menyediakan pelbagai inisiatif pertanian dan penternakan terutamanya bagi golongan muda. Ianya sudah pasti dapat memangkin lagi sektor sekuriti makanan berlandaskan pertanian dan penternakan.

Saya juga ingin mencadangkan agar pihak kerajaan dapat menyediakan dan mengekalkan tanah rizab padang ragut demi kemudahan aktiviti penternakan serta pertanian. Ini sekaligus dapat mengatasi kegusaran orang awam berkaitan ternakan yang berkeliaran di tepi jalan yang sering mengakibatkan kemalangan hingga menyebabkan nyawa melayang.

Yang Berhormat Speaker,

Bagi merancakkan sektor pelancongan antaranya telah diperuntukkan sebanyak RM7.07 juta di dalam bajet kali ini ia juga termasuk RM7 juta bagi tujuan promosi pelancongan. Ini menjadikan peruntukan bagi sektor ini meningkat berbanding peruntukan tahun 2024 yang hanya sekitar RM10.1 juta sahaja. Saya mengharapkan promosi pelancongan yang dibuat akan turut mengetengah dan memperkasakan

semula Pekan Kuala Tembeling, Jeti Kuala Tembeling yang terdapat di dalamnya merupakan laluan masuk klasik ke Taman Negara Kuala Tahan bermula sejak akhir tahun 1960an sehingga awal tahun 2000 apabila jalan darat ke Taman Negara Kuala Tahan ditambah baik secara berperingkat.

Saya sendiri sempat menyaksikan dengan mata kepala saya sendiri bagaimana suasana kesibukan keriuhan dan kerancakan ekonomi berlaku di Pekan Kuala Tembeling sebagai pusat pengumpulan dan jual beli hasil pertanian, penternakan dan lain-lain kerana sering mengikut almarhum ayahanda saya yang bekerja sebagai pemandu bot termasuk jugalah via ferrata di Kampung Paya Gunung, Bukit Merah, Padang Piol, Labu Central di Kampung Labu, Pusat Konservasi Penetasan Telur Resing yang pertama di Malaysia berasaskan komuniti di Kampung Gol yang terletak berhampiran dengan Taman Negara Kuala Tahan. Di samping promosi juga perlu dibuat kepada 5 kampung di pendalaman Ulu Tembeling iaitu Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal Kampung Bukit Mat Daling dan Kampung Gusai. Setiap kampung ini mempunyai produk pelancongan mereka sendiri yang pasti akan menggamit kehadiran pelancong jika dipromosikan secara betul dan terurus ianya sangat penting bagi memastikan impak ekonomi akan dikecapi oleh penduduk setempat dan kelestarian alam akan terus terpelihara.

Yang Berhormat Speaker, dalam kesempatan ini juga ada beberapa perkara yang ingin saya ketengahkan berkaitan DUN Tahan yang saya wakili. Ianya diharapkan mendapat perhatian daripada pihak kerajaan dan agensi yang terbabit.

Yang pertama, berkaitan jalan masuk ke Kampung Masjid Lama di Jerantut Feri yang berhampiran pusat menimbang sawit dan di hadapan bangunan kedai kayu lama yang telah tidak digunakan lagi ketika ini. Jalannya rosak teruk di samping kerap berlaku paip bocor kerana ianya turut dilalui oleh lori-lori besar. Saya mengharapkan proses menaik taraf jalan ini dapat dilaksanakan dengan segera demi keselesaan penduduk Kampung Masjid Lama.

Yang kedua, berkaitan isu banjir kilat yang sering berlaku di Jalan Melor, FELDA Padang Piol apabila hujan lebat dalam tempoh yang agak lama. 3-4 tahun yang lepas apabila berlaku banjir kilat di kawasan ini, ianya akan memberi kesan kepada hampir 20 buah rumah. Namun setelah usaha-usaha secara berterusan yang telah dijalankan oleh pihak JPS, kesan banjir kilat ini hanya melibatkan sekitar 5-6 buah rumah sahaja lagi pada masa ini. Melalui pemerhatian saya dan penduduk, satu cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh pihak JKR bagi menoktahkan masalah ini ialah dengan menukar culvert drain bersaiz besar di laluan masuk ke Kampung Gajah Mati ini kerana aliran air daripada Jalan Melor ini mengalir ke situ diharapkan. Dengan penukaran culvert drain bersaiz besar akan melancarkan perjalanan air dan menamatkan masalah sisa hanyut seperti pelepah sawit yang tersangkut di muka culvert sekaligus menjadikan aliran air tersekat dan berpatah balik ke belakang hingga menjadi punca kepada berlakunya banjir kilat.

Yang ketiga, berkaitan dengan isu air melimpah di atas jalan apabila hujan lebat terutamanya di musim monsun timur laut ini hingga menyebabkan laluan terpaksa ditutup kepada kenderaan. Ianya berlaku di jalan masuk ke Kampung Air Hitam disebabkan sisa-sisa seperti pelepah sawit yang hanyut tersangkut di muka culvert. Saya juga ingin pertimbangan daripada pihak JKR untuk menukar culvert drain bersaiz besar di lokasi tersebut bagi menoktahkan masalah yang berlaku.

Yang keempat, saya sangat menghargai usaha-usaha yang telah dan sedang dibuat oleh pihak kerajaan dan PAIP Pahang bagi menangani masalah bekalan air yang sering terputus antaranya berpunca daripada paip-paip lama yang pecah.

Di Kuala Tahan, sebagai contoh, kerap kali masalah paip pecah berlaku yang memberi kesan kepada beberapa kawasan seperti perumahan FELCRA Tembeling Tengah. Secara khususnya bagi penghuni di blok Kelas A dan kelas B yang berada di kawasan yang agak tinggi. Ia juga memberi kesan kepada sebahagian penduduk yang berhampiran dengan Kampung Belebar. Penghampiran…penghantaran tangki statik oleh pihak PAIP Jerantut, sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada penduduk yang terlibat. Namun, saya sangat optimis masalah ini akan segera berakhir apabila projek penukaran semula paip lama daripada SK Kuala Tahan hingga ke simpang Kampung Gol dilaksanakan nanti. Saya mendoakan agar segala isu teknikal seperti rekabentuk lot-lot tanah yang terlibat dengan jajaran paip nanti dapat diselesaikan secepat mungkin bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.

Saya juga inginkan pencerahan daripada pihak kerajaan berkaitan dengan cadangan menaik taraf LRA Mela yang berada di kawasan di dalam kawasan Lipis tetapi turut menyalurkan bekalan air ke beberapa kawasan kampung dalam DUN Tahan seperti Kampung Sepial sekitar Kuala Tembeling dan Kuala Retang. Bilakah projek ini dijangka bermula dan berapakah kos keseluruhan bagi pelaksanaan projek ini? Yang kelima, Kampung Gusai adalah kampung yang terletak di hujung sekali di dalam Mukim Ulu Tembeling.

Berbeza dengan kampong-kampung lain yang terdapat di Ulu Tembeling seperti Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, sebahagian Kampung Bantal dan Kampung Bukit Mat Daling yang boleh diakses terus dengan menggunakan jalan darat walaupun belum diturap sepenuhnya. Bagi penduduk Kampung Gusai, jalan air masih digunakan sebagai akses utama. Namun kini terdapat jalan alternatif melalui melalui darat yang boleh Kampung Gusai dan memang sedang digunakan oleh penduduk ketika musim panas. Semua kenderaan boleh menggunakannya termasuk kereta viva untuk sampai ke Kampung Gusai dengan jarak perjalanan lebih kurang 10 km, tetapi kalau musim hujan pacuan 4 roda pun akan tertewas untuk melaluinya.

Ini disebabkan ada 3 lokasi yang berbukit tinggi yang dikenali oleh penduduk sebagai Bukit Kubur, Bukit Buluh dan juga Bukit Poh. Mewakili penduduk Kampung Gusai, dengan penuh kerendahan diri, saya ingin memohon...saya ingin memohon pertimbangan…saya ingin memohon pertimbangan daripada kerajaan negeri agar boleh diberikan satu peruntukan khas bagi meletakkan batu kapur terutamanya di tiga lokasi berbukit yang telah saya nyatakan sebentar tadi.

Semoga perhatian dan kecaknaan pihak kerajaan negeri terhadap penduduk Kampung Gusai akan mempermudahkan lagi urusan harian mereka bagi membawa masuk barangan jualan daripada bandar Jerantut bagi dua pengusaha kedai runcit, empat pengusaha kedai makan dan kira-kira sepuluh orang pengusaha kebun pisang bagi membawa keluar hasil tanaman mereka ke bandar Jerantut. Di samping boleh merancakkan lagi amalan ziarah-menziarahi di kalangan saudara mara. Untuk makluman, Kampung Gusai ini merupakan salah satu destinasi pelancong yang menerima kehadiran pelancong yang agak ramai.

Untuk akhirnya, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Pada penggal yang lepas beberapa kali saya bangkitkan berkaitan penduduk Kampung Batu Balak di mukim Kuala Tembeling berkaitan infrastruktur asas seperti jalan dan bekalan air bersih kerana

mereka masih bergantung sepenuhnya dengan bekalan air bukit sebagai sumber utama mereka. Walaupun berhadapan dengan kesukaran untuk menyelia urus bekalan air ini kerana kerap kali paip tersumbat atau patah akibat gangguan daripada gajah liar.

Pada Mesyuarat Penggal Pertama…. pada Mesyuarat Pertama Penggal Ke-3 Dewan Negeri Ke-15 iaitu pada bulan Mei yang lalu ketika membahaskan Titah Diraja. Saya sekali lagi membangkitkan perkara ini beserta dengan kebimbangan penduduk kampung berkenaan dengan nasib punca air bagi kegunaan harian mereka. Setelah dimaklumkan oleh Pejabat Hutan Daerah bahawa kawasan berhampiran punca air bukit mereka akan terlibat dengan aktiviti pembalakan. Justeru, pada ketika itu dengan membawa suara dan hasrat daripada penduduk Kampung Batu Balak, saya telah meminta agar kerajaan negeri mempertimbangkan satu peruntukan khas bagi membina telaga tiub untuk manfaat penduduk Kampung Batu Balak. Alhamdulillah, sejak 7 minggu yang lalu, projek ini telah dilaksanakan yang mengambil masa 24 minggu bersama 3 lagi projek lain iaitu pembinaan surau baru, jalan perhubungan dan jambatan yang merintangi Sungai Jenderak dengan kos keseluruhannya lebih kurang RM2.5 juta di bawah projek Kampung Angkat Madani di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta ataupun UKAS. Mewakili penduduk Kampung Batu Balak, sekali lagi ucapan terima kasih saya ucapkan dan sampaikan kepada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Yang Berhormat Speaker,

Setakat itu sahaja perbahasan saya terhadap Belanjawan Negeri Pahang 2025. Maka dengan ini, Tahan mohon menyokong belanjawan yang telah dibentangkan. Sekian. Assalamualaikum WBT.

Speaker

Terima kasih, Wakil dari Tahan. Seterusnya, saya menjemput ADUN yang dilantik, Yang Berhormat Dato’ Ahmad Irshadi bin Abdullah Al-Qari untuk memberi… untuk membahas.

[Ayat al-Quran]. Allahumma Solli ala Sayyidina Muhammad Wa ‘ala Alihi Wasahbihi Ajmain. Assalamualaikum WBT.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang. Alhamdulillah, marilah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita diberikan kesempatan untuk berkumpul di Dewan Yang Mulia ini di dalam suasana yang penuh keberkatan.

Pada kesempatan ini, izinkan patik pacal yang hina mempersembahkan ucapan menjunjung setinggi-tinggi kasih kesisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Atas limpah perkenan

patik dilantik sebagai ADUN Lantikan. Patik pacal yang hina berjanji akan laksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya. Insya-Allah.

Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk dilantik sebagai ADUN Lantikan mewakili golongan akademik tanpa terikat dengan mana-mana parti politik.

Sesungguhnya amanah ini adalah tanggungjawab besar yang akan saya laksanakan dengan sebaik-baiknya demi rakyat dan negeri yang tercinta. Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran. Surah Al 'Alaq ayat 1 hingga ayat 5. [Ayat al-Quran]. “Bacalah Wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk, Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.

Ini selari dengan langkah yang telah diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja, Menteri Besar dalam Pembentangan Bajet 2025. Pendidikan Islam terus diperkasakan di Pahang Darul Makmur. Di antara perkara yang diberi perhatian adalah pengukuhan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah diperuntukkan sebanyak RM12 juta. Yang kedua melalui Yayasan Pahang, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM23.9 juta bagi melaksanakan pemberian biasiswa Pahang, sekolah rendah dan sekolah menengah untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan.

Yang ketiga, menerusi Program Tahfiz Mahir dengan peruntukan RM2 juta meneruskan program tahfiz dan begitu juga selain itu, tiga program pembangunan Orang Asli dalam bidang pendidikan melibatkan peruntukan sebanyak RM2.4 juta akan diteruskan untuk pelaksanaan program BCK. Peruntukan kerajaan negeri yang begitu besar untuk tujuan pendidikan telah membuktikan kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja menyahut tuntutan salah satu Maqasid Syariah Islamiah iaitu memperkasakan akal manusia khususnya rakyat negeri Pahang menitikberatkan soal pendidikan.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Begitu juga sebanyak RM196.06 juta kepada institusi agama Kerajaan Negeri Pahang diperuntukkan. Peruntukan ini bertambah sebanyak RM33.53 juta berbanding 2024. Peruntukan Bajet 2025 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang untuk institusi agama Pahang terdapat banyak perkara yang dilibatkan sama ada Jabatan Agama Islam Pahang sendiri, Jabatan Mufti, Jabatan Mahkamah Syariah dan Pendakwa Syarie. Satu lagi langkah menyahut maqasid syariah menjaga agama. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam Surah Al Haj ayat 32. [bacaan dalam bahasa Arab]. Demikianlah perintah Allah dan barang siapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka sesungguhnya hal itu ditimbulkan oleh ketaqwaan hati.

Saya juga ingin merujuk kepada titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Tuanku dalam beberapa perkara penting.

Yang pertama, pendaftaran sekolah sgama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang iaitu MUIP yang bertarikh 18hb September 2024. Dalam titah Tuanku, Baginda telah menekankan kepentingan mendaftarkan sekolah-sekolah agama dengan MUIP, saya menyeru agar semua pihak menjunjung titah ini dengan

sepenuh hati demi memastikan sistem pendidikan agama kita lebih tersusun selaras dengan undang-undang dan mampu melahirkan generasi yang cemerlang dalam ilmu agama dan supaya tidak disalahkan di salah gunakan premis sekolah untuk tujuan yang tertentu.

Akhir kata, saya menyokong Belanjawan yang telah yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan sebelum akhir kata marilah sama-sama kita merenungi firman Allah SWT. [bacaan dalam bahasa Arab] . Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. Maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertelingkah itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Begitu juga sabda baginda Rasulullah SAW [bacaan dalam bahasa Arab]. Jadikanlah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Sebagai penutup, saya ingin mengajak seluruh rakyat Pahang untuk terus memperkukuhkan persaudaraan dan mengamalkan nilai-nilai kasih sayang, persatuan serta tolong menolong. Kita harus menjaga hubungan kita sesama umat Islam dan masyarakat keseluruhannya tanpa membiarkan budaya benci membenci, caci mencaci atau gelar menggelar merosakkan keharmonian. Dengan itu, kita dapat terus memartabatkan kedaulatan Islam dan Kesultanan Pahang serta memastikan pembangunan negeri ini terus bergerak maju dalam suasana penuh kasih sayang dan keharmonian. Sekian ucapan sulung saya. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih ADUN Ahli Yang Dilantik. Seterusnya saya menjemput wakil dari Sungai Lembing. Dipersilakan.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Terima kasih Timbalan Speaker, Yang Berhormat Timbalan Speaker. [ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Speaker memulakan sesi perbahasan ini, Sungai Lembing ingin merakamkan ucapan takziah buat semua mangsa banjir yang telah mencapai mencecah hampir 130 ribu orang termasuklah di daerah Raub, Lipis dan Jerantut dan juga di negeri jiran kita iaitu negeri Kelantan dan Terengganu. Kita doakan semoga mereka semua dikurniakan kesabaran dan kekuatan dalam mendepani musibah ini. Kita juga merakamkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada semua agensi dan anggota keselamatan yang terlibat sama ada dari kerajaan negeri mahupun persekutuan yang telah bertindak cekap dan pantas dalam misi bantuan dan menyelamatkan semua mangsa yang terlibat. Semoga Allah mengganjari anda semua dengan balasan tertinggi di sisi-Nya.

Sidang Dewan sekalian, dalam perbahasan ini juga Sungai Lembing ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Yang Amat Berhormat Jelai atas kejayaan kutipan hasil kerajaan negeri melebihi RM1 bilion bagi tempoh tiga tahun berturut-turut. Satu kejayaan yang menggembirakan rakyat di negeri ini kerana mereka mengharapkan kejayaan kutipan hasil ini akan mendatangkan kembali manfaat kepada mereka.

Besar juga harapan kami agar hasil negeri yang kukuh ini terus terus dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat khususnya melalui pelaksanaan projek- projek pembangunan baharu dan menambah baik kualiti perkhidmatan dan fasiliti kerajaan negeri. Hal ini kerana saya melihat tidak ada pembangunan baru yang berskala besar yang boleh

membuka peluang pekerjaan kepada anak- anak muda melainkan projek- projek yang telah dirancang sejak tahun 2015 atau 2016 dan siap pada pemerintahan sekarang. Saya juga mendapat aduan daripada kakitangan kerajaan, kerusi meja yang patah serta komputer yang rosak dan tak upgrade pun tidak berganti.

Saya juga ingin memperingatkan kepada kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan hasil negeri. Kerajaan negeri juga perlu berhati-hati dalam sebarang tindakan dan keputusan terutamanya dalam hal kontrak, lesen dan penguatkuasaan yang dibimbangi akan membawa kesan undang-undang kepada kerajaan negeri sendiri. Hal ini kerana saya ada mendapat maklumat bahawa kerajaan negeri sedang disaman oleh beberapa pihak. Saya mohon penjelasan. Adakah ia benar? Dan sekiranya ia benar, saya mohon agar kerajaan negeri berlawan habis-habisan kerana jika pihak kerajaan negeri kalah, sudah tentu wang rakyat akan dibazirkan untuk membayar saman tersebut. Saya juga berharap dengan kutipan hasil yang baik juga akan menjadikan kerajaan negeri menjalankan reformasi dan transformasi pentadbiran awam menjadi lebih licin dan kurang karenah birokrasi.

Hal ini penting bagi memastikan pembangunan di negeri ini dapat berjalan dengan lebih lancar dan efisien. Dalam dalam hal ini, suka untuk saya bawa kita bersama melihat langkah kerajaan Terengganu dalam memudahkan urusan permohonan tanah baru kepada rakyat yang tidak berkemampuan dan tidak memiliki tapak rumah lagi boleh dicontohi dan dilaksanakan di negeri ini. Begitu juga dengan langkah kerajaan Johor yang memendekkan tempoh kebenaran merancang Johor Super Lane (JSL) daripada 37 bulan kepada hanya 13 bulan sahaja. Wajar dicontohi dan dilaksanakan di negeri ini. Langkah ini yang sudah pasti akan memudahkan urusan pemaju dan pelabur untuk bersama membangunkan negeri ini dengan kos pengurusan dan operasi yang lebih minimum sekali gus memberikan impak kewangan yang positif kepada rakyat.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Menyentuh pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Jelai tempoh hari. Saya inginkan penjelasan peruntukan RM9 juta bagi Program Tunas Makmur. Program ini dengan kerjasama MBS bookstore membolehkan para pelajar dan warga pendidik menikmati 30% untuk pembelian buku dan alat tulis di premis kedai mereka. Ini menimbulkan persoalan tentang adakah Program Tunas Makmur ini hanya layak ditebus dan dimanfaatkan di premis MBS Bookstore semata-mata. Tidakkah langkah ini akan menimbulkan monopoli harga dan kualiti barangan serta menghadkan pilihan kepada para pelajar dan warga pendidik sebagai pengguna. Mengapa tidak dilibatkan sekali kedai buku dan alat tulis yang lain seperti SMO Bookstore, Popular, Galeri Hidayah, Darul Ansar dan lain lain lagi.

Dalam kesempatan ini juga, saya ingin melahirkan rasa terkilan dan kecewa saya dengan peruntukan RM8.5 juta yang diperuntukkan khusus untuk Program Juadah Makmur. Saya masih lagi tidak jelas apakah objektif utama pelaksanaan program ini? Jika dikatakan ingin berkongsi rezeki, terdapat cara yang lebih banyak lebih baik dan efisien untuk berkongsi rezeki dengan rakyat di bawah. Alangkah baiknya jika peruntukan RM8.5 juta ini diperuntukkan kepada kami, wakil rakyat pembangkang yang tidak menerima peruntukan… peruntukan kewangan yang adil untuk kawasan kami.

Yang di-Pertua, minta mencelah sikit.

Speaker

Sila.

Ini yang pertama sekali tentang…

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Yang Berhormat Tuan Speakar, minta saya habiskan point saya dulu boleh?

Speaker

Duduk dulu. Duduk dulu.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Yang Berhormat Tuan Speaker saya melihat buku peraturan mesyuarat.

Tak apa, boleh... boleh habiskan tapi yang pertama sekali merujuk...

Speaker

Minta, minta duduk dulu Yang Berhormat.

Merujuk kepada tadi sekolah mana tadi? Yang kerusi meja tu… kerusi meja tadi sekolah mana? Sekolah KAFA ke sekolah?

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Bukan sekolah KAFA. Itu aduan daripada penjawat awam yang tak mahu didedah.

Sekolah KAFA mana?

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Bukan sekolah KAFA. Penjawat awam yang membuat aduan kepada saya.

Penjawat awam... Dia penjawat awam ni dia ada apa, dia ada pengarah dia ada pegawai dia, dia under peruntukan dia untuk mengganti barang-barang apa barang-barang kemudahan dia yang dia ada kalau negeri, dia ada SUK, dan kalau pusat, dia ada kementerian yang bertanggungjawab sebenarnya. Dia tak payah adu dengan EXCO ataupun dengan ADUN. Itu kebijaksanaan ketua jabatan.

Kemudian itu merujuk kepada Juadah Makmur ni. Juadah Makmur ni kita hari Jumaat kita nak berkongsi dengan orang ramai. Peruntukan ini sebenarnya duit kerajaan ini bukan untuk memeriahkan ADUN-ADUN termasuklah ADUN kerajaan tetapi untuk memakmurkan rakyat supaya rakyat merasai peruntukan kerajaan itu dirasai oleh orang ramai. Tak kiralah DUN pembangkang ke ataupun DUN kerajaan ke.

Biar dia orang merasa apa yang kerajaan negeri dapat daripada hasil. Yang membuat tu pun pejabat daerah bersama bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Pahang. Kemudian pengerusi masjid, Tok Empat, ketua kampung kita agihkanlah benda tu sama-sama. Siapa yang ada berkesempatan masa itu. Terima kasih Yang di-Pertua.

Speaker, Peaturan-peraturan Dewan. Saya nak… nak mohon kita semua rujuk kepada perkara 6… 36(2) dan 36(6). Pertama tadi saya ada dengar Yang Berhormat Sungai Lembing duk sebut err… kerajaan negeri ni disaman oleh mahkamah. Jadi saya nak tanyalah kes apa saman tu. Apa pertikaian kerajaan negeri lawan siapa atau pun siapa pihak-pihak yang terlibat dalam… dalam kes tersebut. Kerana sekiranya perkara yang tersebut dalam pertimbangan mahkamah maka perkara tersebut tidak boleh dibangkitkan. Itu yang pertama. Yang kedua disebut tadi err… kerajaan negeri berhadapan dengan pelbagai pihak yang cuba untuk mengambil tindakan kepada kerajaan negeri. Jadi Perkara 36(6) disebut dengan jelas tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat terhadap Ahli-ahli yang lain. Jadi saya kira kalau takde point, tarik balik. Itu sahaja Speaker.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Yang Berhormat Timbalan Speaker, point saya tadi saya membuat penjelasan daripada err.. apa ni pihak kerajaan negeri. Jadi saya rasa...

Kena… kena sebut apa kes dia.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Timbalan Speaker, saya…

Speaker

Yang Berhormat duduk dulu. Biar Sungai Lembing jelaskan.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Saya mintak apa ni… Yang Berhormat ADUN Lantikan lebih beradablah. Saya rasa dia lebih faham tentang Peraturan Mesyuarat err… seorang lawyer. Jadi mintak izin dengan cara yang lebih baik untuk saya beri laluan. Saya boleh bagi.

Yang Berhormat saya bangkit Peraturan Mesyuarat.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Ya saya… saya pun ada Peraturan Mesyuarat juga.

Speaker

Sila. Sila.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Saya sepatutnya saya habiskan point ini sebelum Yang Berhormat EXCO mencelah err… saya punya perbahasan tadi berkaitan RM8.5 juta Juadah Makmur tadi. Kita tak menafikan, saya setuju kalau kerajaan nak buat Program Juadah Makmur. Saya pun sebagai wakil rakyat saya buat program kongsi rezeki dengan masyarakat. Apa yang saya bangkitkan adalah berkenaan perkara peruntukan. Saya sambung. Peruntukan ini alangkah baiknya peruntukan RM8.5 juta ringgit ini diperuntukkan kepada kami wakil rakyat pembangkang yang tidak menerima peruntukan kewangan yang ada untuk kawasan kami…

Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Mintak celah. Mintak celah.

Saya ingat saya nak betulkan err… figure yang err… tadi Sungai Lembing sebut tu. Mana dapat RM8.5 juta itu. Saya pun tak tahu. Juadah Makmur itu. Saya hairan saya tak tahu.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Juadah Makmur ada sebut dalam belanjawan Yang Berhormat. Terima kasih.

Saya… saya mintak sekejap jangan ganggu saya untuk perbahasan. Lepas ni kalau ada masa saya akan bagi ruang seluas-luasnya untuk…

Speaker

Sila. Sila.

Okey, saya nak… saya nak beritahu… menekankan ADUN err… lima minit lagi.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Tengok. Saya point masih banyak tapi diganggu. Saya mintak saya dapat habiskanlah point saya. Jika dibahagikan sama banyak jumlah peruntukan Projek Juadah Makmur, jumlah besar ini perlu diuruskan dengan lebih efisien bagi memastikan….

Dato’ Sri… err… Speaker saya Peraturan Mesyuarat 36(1) ni tadi.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Saya ada Peraturan Mesyuarat…

Speaker

Yang Berhormat Sungai Lembing biar Yang Berhormat ADUN Lantikan jelaskan apa… apa standing order… apa isu.

36(2) ni sebut tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah. Sekiranya pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara itu. Jadi tadi Yang Berhormat duk sebut ada kerajaan negeri disaman, berhadapan dengan kes mahkamah. Jadi saya nak tahu kes mahkamah mana. Dan kalua kes tersebut dalam pertimbangan mahkamah. Tak boleh sebut. Tarik balik.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Saya rasa cukup… kalau dapat saya jawab last sekali

Tak… tak Yang Berhormat err… Speaker, ini Peraturan Mesyuarat

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Ini dah mengganggu ucapan perbahasan saya.

Speaker

Yang Berhormat…Yang Berhormat duduk. Apa yang saya difahamkan bahawa err… memang apa isu ataupun kes mahkamah telah pun dibawa ke mahkamah tidak boleh dibangkit. Tetapi err… untuk kes kali ini Sungai Lembing tidak… tidak menyebut apa kes yang berkaitan. Dia hanya sebut kes mahkamah sahaja. Jadi saya rasa ini tidak akan…

Yang Berhormat Speake, jadi sebab itu saya kata Peraturan Mesyuarat 36(6) ni kita baca dua… dua cross reference 36(2) dan 36(6). Sangkaan.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Ini bukan sangkaan. Saya mintak penjelasan.

Speaker

Yang Berhormat cukuplah. Saya rasa pun bagi… bagi budi bicara saya bahawa ini hanya ADUN hanya minta penjelasan. Jadi saya rasa ini bukan satu sangkaan jahatlah. Sila mintak Yang Berhormat teruskan.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Jumlah besar ini perlu diuruskan dengan lebih efisien bagi memastikan nikmatnya dapat dirasai dan memberikan impak kepada semua lapisan rakyat tanpa ketinggalan. Sepanjang pemerhatian saya, Juadah Makmur yang disediakan selepas solat Jumaat bukan dinikmati oleh golongan yang tidak berkemampuan malahan warga asing yang bukan pengundi adalah golongan yang paling menikmati daripada projek ini. Tidak salah untuk berkongsi rezeki, namun saya cadangkan untuk projek ini eloklah guna peruntukan peribadi Yang Amat Berhormat Jelai sahaja. Peruntukan kerajaan negeri boleh dimanfaatkan untuk pelbagai bantuan dan program yang lebih tepat kepada sasaran dan memberikan impak kepada rakyat.

Speaker… Tuan Speaker, macam-macam Yang Amat Berhormat umumkan. Bukan hanya Juadah Makmur. Kenapa kita terfokus kepada Juadah Makmur semata-mata yang kita agih kepada orang ramai di masjid. Tinggal lagi orang lain dapat menikmati, tumpang sama orang asing. Apa salahnya? Ini rezeki yang Allah SWT beri kepada kita. Yang Amat Berhormat berikan tentang budak yang baru lahir, yang nak kahwin, masjid, budak nak masuk sekolah, budak nak masuk universiti, nak buat Rumah Rakyat Pahang, nak buat Rumah Rakyat Pahang kepada Orang Asli. Semua merasa ni… semua merasa ni. Jadi apa nama jangan loghatlah. Rakyat akan mengecapi pendapatan RM1 bilion lebih itu sebagaimana yang diagih melalui jabatan-jabatan kerajaan kepada orang ramai. Insya-Allah. Jadi teruskanlah yang isu-isu lain. Berhentilah isu tu. Wakil daripada apa… Sungai Lembing.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Takpe. Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya menyokong penuh inisiatif kerajaan dalam melancarkan kempen penanama 100 juta pokok termasuk dalam peruntukan RM2.5 juta kepada Jabatan Perhutanan Negeri bagi memastikan kelestarian biodiversity di negeri ini. Namun dalam kesempatan ini saya ingin melahirkan rasa kecewa dan terkilan saya terhadap kerajaan negeri yang sehingga ke hari ini masih lagi membisu dalam soal penghapusan hutan dan penebangan balak secara besar-besaran sekaligus mengancam kelestarian biodiversity di kawasan Sungai Lembing.

Isu ini sudah lebih dua bulan saya bangkitkan namun saya tidak menerima satu pun penjelasan rasmi daripada kerajaan negeri tentang perkara ini. Isu ini bukan isu picisan yang kerajaan boleh sapu bawah karpet begitu sahaja. Ini isu penting tentang masa depan kelestarian alam di kawasan Sungai Lembing yang merupakan kawasan utama tadahan air hujan dan sumber air bersih utama bagi penduduk daerah Kuantan. Ingin saya tegaskan tidak ada gunalah tanam sebanyak mana pun pokok yang baharu jika pokok yang sedia ada pun tak mampu nak jaga dan har… hargai. Jangan… saya ingin menegaskan bahawa saya telah menghantar beberapa surat rasmi kepada pihak-pihak berkaitan termasuk Pejabat Perhutanan Negeri Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan agensi berkaitan. Namun tiada jawapan rasmi diberikan sehingga kini selain daripada jawapan Pengarah Perhutanan Negeri yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 9 Oktober 2024 yang lalu. Namun persoalannya… persoalan utamanya masih belum terjawab.

Saya juga ingin mengemukakan 9 soalan utama berkaitan isu ini yang sehingga kini masih tidak dijawab antaranya. Pertama apakah status tanah tersebut? Adakah telah diwartakan sebagai tanah pertanian dan bilakah ianya diwartakan? Yang kedua, kepada kontraktor pemaju manakah ianya dianugerahkan apakah telah melalui prosedur kewangan yang sepatutnya? Ketiga, berapakah keluasan kawasan yang terlibat bagi tujuan pertanian tersebut? Yang keempat, tanah tersebut dijual dipajak atau bagaimana? Yang kelima, jika dijual berapakah nilai yang dijual? Adakah di bawah harga pasaran atau atas harga pasaran?

Yang keenam, jika dipajak berapa tahunkah tempoh pajakan? Dan apa hasil yang kerajaan peroleh…perolehi? Yang ketujuh, berapa lama tempoh perolehan hasil jika ada bagi kerajaan negeri? Yang kelapan, apakah telah dibuat penilaian terhadap jenis kayu dan berapa penilaiannya? Mustahil tiada pengeluaran kayu terhadap

dibuat...dibuat terhadap kawasan seluas itu. Yang kesembilan, apakah ada laporan… dibuat laporan penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) sebelum projek dimulakan atau dianugerahkan? Jika ada, mohon dikeluarkan untuk tatapan awam segera. Yang ke-12, sorry, point saya yang ke-12. Isu ini juga melibatkan kepatuhan kepada undang-undang berdasarkan perintah kualiti alam sekeliling. Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling 2015.

Sebarang pembukaan kawasan hutan untuk pertanian melebihi 20 hektar atau pembangunan di kawasan bercerun lebih 25° memerlukan laporan EIA. Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling Pindaan 2024 menetapkan hukuman penjara mandatori sehingga 5 tahun atas kegagalan mematuhi syarat ini. Justeru, adakah kawasan ini telah mematuhi peraturan ini? Sejak dari awal saya menerima surat daripada pihak Pasukan Gerakan Am PGA, saya telah nyatakan saya akan perjuangkan perkara ini sehingga saya tahu cerita sebenar tentang perkara ini. Namun, kebi…kebisuan kerajaan negeri khususnya Yang Amat Berhormat Jelai terhadap isu ini menjadikan saya tertanya-tanya.

Yang Berhormat Timbalan Speaker.

Speaker

Ya, sila.

Saya nak bertanya.

Speaker

Silakan wakil kerajaan.

Sungai Lembing. Jadi nak tahu cerita sebenar. Adakah sebelum ini dah pernah jumpa Pengarah Perhutanan untuk dapat penjelasan?

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Terima kasih Yang Berhormat EXCO, saya dah berjumpa dengan Pengarah Perhutanan err...sekadar maklumat saya terima itu bukan di bawah hutan simpan kekal di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Saya difahamkan Pengarah Perhutanan dah bagi penjelasan sebenarnya. Apa isu lagi? Tak percaya kepada Pengarah Perhutanan atau bagaimana?

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Isunya, persoalan saya tadi yang saya baca dari nombor satu sampai sembilan belum lagi terjawab. Boleh Yang Berhormat EXCO. Okey.

Speaker

Yang Berhormat saya minta gulung ya. Dah sekarang dah 18 minit tadi dah campur masa tadi yang celah.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Okey, Yang Berhormat saya ada dua tiga point saja lagi. Minta apa ini pertimbanganlah sebab saya banyak gangguan habis.

Speaker

Ya, saya dah bagi 3 minit lebih tapi tak apa secepat mungkin.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Selain itu, dalam kesempatan ini juga saya ingin lahirkan rasa dukacita dan sedih serta mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang maut dan cedera parah akibat terlanggar binatang ternakan di atas jalan raya di laluan Gugusan FELDA Bukit Sagu yang lalu. Kes yang sama juga telah berlaku di laluan Jalan Sungai Lembing sekitar kaw... kawasan Kampung Kolek hingga ke Kampung Kuala Kenau. Saya ingin mohon bertanya apakah jalan penyelesaian terkini yang diambil oleh pihak yang berkaitan bagi mengatasi masalah ini?

Sudah banyak kerosakan harta benda, pengguna jalan raya dan nyawa mereka telah melayang disebabkan kemalangan dengan binatang terkan... ternakan ini. Saya berharap satu jalan penyelesaian terbaik dapat diambil segera bagi memastikan keselamatan pengun... pengguna jalan raya lebih terjamin dan memberi kesedaran kepada pihak penguasa ternakan untuk lebih bertanggungjawab menjaga ternakan mereka. Saya tidak sanggup lagi untuk mendengar dan melihat kes-kes ini berlaku lagi selepas ini.

Di kesempatan ini, juga saya ingin menyentuh juga isu kenderaan berat dan kerosakan infrastruktur jalan raya khusus di FELDA seperti di Bukit Goh, Bukit Kuantan dan Bukit Sagu. Jalan raya FELDA yang sempit dan tidak direka untuk menampung kenderaan berat kini mengalami kerosakan serius termasuk jalan berlubang, merekah dan mendap, jalan yang sempit dan uzur khususnya di jalan utama FELDA Bukit Goh. Pernah saya bangkitkan dalam sidang DUN sebelum ini.

Saya mengharapkan kerajaan benar-benar serius mengambil tindakan bagi menaiktaraf jalan tersebut. Bukan sahaja menurap dengan tar yang baru tetapi juga melebarkan jalan tersebut dengan mengikut spesifikasi tahap tinggi bagi menampung kenderaan berat yang banyak menggunakan jalan tersebut. Selain itu, jalan mendap berhampiran Sungai Riau sehingga sekarang masih belum dibaiki walaupun aduan telah dibuat terhadap jalan tersebut. Pengguna sangat merasa bimbang jika berlaku perkara tidak diingini seperti tanah runtuh sewaktu melalui jalan tersebut.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Ini nak landing ya. Okey, saya menyambut baik dengan pertambahan peruntukan bagi pelaksanaan projek baik pulih rumah Orang Asli dan pembekalan air dengan peruntukan RM1.5 juta pada tahun ini kepada RM2.03 juta untuk tahun hadapan. Persoalan saya, bagaimanakah peruntukan ini diagihkan dan berapakah yang telah dibelanjakan untuk kawasan perkampungan Orang Asli Sungai MAS dan Bukit Bakong dalam kawasan DUN Sungai Lembing? Selain itu, di kesempatan ini juga saya ingin membawa aduan tanpa henti daripada penduduk Kampung Batu Sawar, Kubang Puyu dan Bukit Bakong yang masih lagi mengalami masalah bekalan air bersih yang terganggu hampir setiap hari disebabkan masalah saluran bekalan paip air utama pecah.

Saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan negeri khususnya pihak PAIP dapat turun dan berkomunikasi dengan lebih rapat bersama dengan komuniti di 3 kampung. Ini bagi memberikan penjelasan dan penerangan tentang perancangan sedang dijalankan bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan air bersih yang sedang mereka hadapi.

Sungguhpun begitu, saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak pengurusan air PAIP, Pahang PAIP yang telah memberikan respons yg sangat efektif dan responsif dalam setiap aduan. Bekalan air bersih di kawasan komuniti dalam DUN Sungai Lembing. Terbaru, saya ingin merakamkan rasa bangga dan terima kasih atas tindakan pantas PAIP dalam menyelesaikan aduan kebocoran paip saluran utama oleh penduduk tempatan di Bukit Sagu berjaya diselesaikan dalam masa yang singkat sahaja. Terima kasih PAIP atas tindakan tindak balas yang responsif ini.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Mengakhiri perbahasan ini, saya ingin tegaskan kepada pihak kerajaan supaya lebih berjiwa besar dan matang dalam menerima teguran dan kritikan khususnya daripada pihak pembangkang yang berperanan sebagai semak imbang kepada kerajaan. Kerajaan seharusnya tidak cepat melatah dengan segala teguran tetapi perlulah bersikap positif dan berusaha menambah baik perkhidmatan yang akhirnya akan memberikan manfaat terbaik kepada rakyat. Oleh itu, sekian sahaja perbahasan saya pada petang ini. Insya-Allah, kita sama-sama membangunkan negeri ini. Saya menyokong. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih wakil Sungai Lembing. Seterusnya, saya menjemput Wakil Batu Talam. Dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Salam. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera.

Terima kasih Tuan Speaker yang memberi laluan kepada saya untuk turut sama membahaskan usul Belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2025. Terlebih dahulu patik menjunjung setinggi-tinggi kasih kesisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang yang mencemar duli berangkat ke daerah Raub menyantuni mangsa-mangsa banjir di daerah Raub pada hari semalam.

Moga mereka mangsa banjir ini banyak bersabar dan redha di atas dugaan yang… yang menimpa. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Pahang di atas pencapaian cemerlang dalam pelbagai aspek kemajuan negeri Pahang. Berdasarkan data terkini, Pahang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dari segi KDNKnya, pertumbuhan ekonomi, pelaburan serta menguruskan hutang negeri yang yang baik. Kalau diukur dari segi ranking pun. Kita tengok kita boleh menjadikan negeri yang ketiga ataupun top three di semenanjung Malaysia. Jadi saya cukup yakin kerajaan negeri boleh terus pergi ke hadapan bagi memastikan dapat kita berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik lagi.

Saya turut ingin membincang mengenai BPP, Bantuan Prihatin Pahang yang telah ditukar nama kepada Inisiatif ini... Makmur Pahang jadi kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai program dalam bentuk pelbagai ini kluster dan semua langkah-langkah ini telah memberikan manfaat kepada rakyat dan dapat jugalah mengurangkan sedikit dari segi kos sara hidup ataupun membantu rakyat di negeri Pahang. Dan banyak yang kita lihat dari segi peruntukan pun ditambah cuma dalam pengalaman tugas banyak kumpulan-kumpulan ataupun kluster-kluster yang perlu kita... kita tengok.

Mungkin ada satu kumpulan lagi yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan iaitu warga emas. Warga emas yang... yang er... boleh berdikari ni... yang boleh menguruskan diri sendiri ni, kita ada tempat di rumah orang tua. Tetapi bagi warga emas yang tidak boleh menguruskan diri ini mereka ni akan menjadi masalah nak dihantar ke hospital pun, hospital akan kadang-kadang tidak cukup untuk memberi masa yang lama tinggal di hospital. Sebaliknya kita terpaksa juga menguruskan ni... warga emas ni. Jadi saya ingin mencadangkan supaya kerajaan dapat memikirkan mewujudkan satu pusat er... ni yang kita panggil rawatan lah kepada warga emas ni yang tidak mengurus... yang tidak boleh menguruskan apa... diri sendiri ni tadi. Jadi ini er... saya cadangkanlah.

Yang keduanya, begitu jugalah apa dengan warga emas juga tadi tidak boleh menguruskan diri. Tapi ada bukan hanya warga emas tetapi err... masyarakat yang mempunyai masalah apa mental ni. Saya pernah juga bertanya kepada Kementerian ataupun Jabatan Kesihatan dari segi peratus rakyat kita di Malaysia ni err... lebih kurang sebenarnya di Malaysia ni 30% yang mempunyai penyakit mental. Mental ni bahasa lembut sikitlah bahasa kampung kita panggil gila je, kan gila.

Yang Berhormat... Yang Berhormat Tuan Speaker. Ini termasuk juga wakil-wakil rakyat ya. Tak… Tak… sebab dia mental ni dia merangkumi semua, mungkin ada kita tengok.

Misal contohnya maknanya dipanggil mental stress. Sebab tu kita perhatikan tadi ada masanya kita tengok ada sesetengah penghujahan tu dia luar daripada kawalan. Saya harap kita jangan termasuk dalam golongan tu lah insya-Allah, mudah-mudahan kalau tidak nanti termasuk dalam senarai tu Ahli-ahli Wakil Rakyat Yang Berhormat, terima kasih.

Saya pun sebenarnya ada di antara pelajar-pelajar kita universiti yang buat intern ataupun praktikal di pejabat saya. Kadang saya tanya pensyarah ni mengenai err... pelajar di university lah. Saya menanyakan soalan tadi juga saya tanya adakah masalah ni wujud di universiti? Dia menyatakan kepada saya pun lebih kurang 30% juga para pelajar di universiti ini mempunyai penyakit mental kata dia. Ianya bermula daripada murung. Ni murung duduk senyap-senyap, seorang-seorang ataupun bercakap seorang-seorang. Haa tu kira... kira mental tu nak mula… mula lah tu. Kadang-kadang ada yang hak tak makan ubat pagi kan, tak makan ubat petang, yang jenis tak makan ubat dan sebagainya. Haa itulah dalam ini... kategori tu. Jadi apabila kita menghadapi masalah ni, kita nak hantar klien ni puas menanya dalam negeri Pahang ataupun luar dan sebagainya. Sebab itulah ianya agak sukar juga. Jadi sebab itulah saya mencadangkan pada kerajaan negeri kita boleh mulalah mencari-cari untuk nak mewujudkan pusat bagi kumpulan-kumpulan ni. Itu tambahan daripada apa BPP ataupun inisiatif ni Makmur Pahang ni tadi.

Saya juga ingin menyokong usaha kerajaan bagi mewujudkan apa... e-Tanah ni... e-Tanah ni supaya dapat dipercepatkan di kawasan saya ini di Raub lah kan. Saya ada menemui seorang apa janda. Janda ni biasa kita jumpa tetapi janda ni janda kaya sikit dan janda kaya ni dia bukan apa janda Malaysia. Janda Vietnam. Janda Vietnam cukup kaya. Satu ketika memakai baju macam kerengga, petang-petang berjalan di kampung, janda Vietnam yang kaya. Kayanya janda ni adalah kerana satu ketika mungkin pengusaha-pengusaha atau mungkin ada di antara rakyat Malaysia ni yang pergi melanconglah ke Thailand, ke Indonesia, ke Vietnam tadi, Kemboja dan sebagainya. Dan akhirnya, yang ini kes ini berkahwin dengan orang Vietnam. Bawa balik ke Raub, lepas berkahwin dengan Vietnam kebetulan suaminya mati. Dan suami ni adalah pengusaha Musang King. Jadi Musang King tentu banyak hasil kan? Dan pengusaha Musang King ni yang suami pertama tadi mati. Lepas tu dia jadi janda, dia kahwin lagi dan kahwin pula kepada pengusaha Musang King yang kedua. Ha… tadi dah kaya, ini lagi kaya kerana apa Musang King. Saya dimaklumkan tidak kurang daripada 50 ekar Musang King. Ni ada tanah dan tanah tu adalah tanah haram. Jadi janda tu pun siapa nak pergi, pergilah siasat yang lebih tu. Saya setakat itu je dulu ha kan... janda Vietnam tadi... jadi sebab itulah kalau kita masih...

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Tuan Speaker, nak tanya lah.

Haa… sila.

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Janda ni mental ke tak mental?

Janda apa tadi ha… mental. Itu okey ha… sebab dia... dia pergi ke Vietnam tadi mungkin dia... dia berkahwin lepas tu dia ikut peraturan tu dan dia ada anak dia. Jadi sebab tu lah mungkin anak tadi boleh memiliki harta suami… suami tadi. Suami yang pertama ni tauke Musang King. Suami yang kedua pun tauke Musang King. Dan kebetulan pula yang kedua pun mati juga. Ha… jadi sebab tu dia sekarang janda kaya. Janda Vietnam yang kaya. Kalau nak sesiapa cari lah dekat Raub, mempunyai tanah lebih kurang 50 ekar dan tanah itu adalah tanah haram ha. Jadi dengan adanya e-Tanah ni, saya ingat itu baru satu kes, kita bimbang ada lagi kes-kes yang... yang lain yang menjadi apa masalah err... sosial juga kepada ni masyarakat ni. Jadi sebab itulah saya menyokong supaya hal ini e-Tanah ni dapat disegerakanlah bagi senang kita di peringkat pentadbiran ataupun juga masyarakat.

Dan ketiganya, saya mengucap berbanyak terima kasih pada kerajaan negeri dan pusat yang telah pun meluluskan pelbagai projek. Contohnya seperti ECRL, CSR dan juga jalan-jalan baru daripada Pahang ni daripada Raub ke Cameron Highlands. Pada peringkat awal kita terpaksa pergi ke Selangor, Selangor ke Perak, Tanjung Malim, Tanjung Malim baru pergi ke Cameron Highlands.

Hari ini Menteri Kerja Raya telah pun meluluskan, mengisytiharkan bahawa jalan ke Cameron Highlands adalah melalui kalau contoh Kuala Lumpur tu, Kuala Lumpur-Bentong-Raub-Lipis... err... tak Jelai ataupun Sungai Koyan ke... ke Cameron Highlands tu jalan baru dan juga jalan ke Slim River, Raub ke Slim River. Jadi saya dapat membayangkan jika perkara ni, contohnya ECRL pada Januari 2027 akan berjalan apa... ECRL. Jadi saya membayangkan bagaimana ni pembangunan yang akan menjadi pesat dan meriah khususnya di daerah Raub lah saya bercakap ni dia dah tahu. Sebab itulah saya di sini ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan negeri supaya mewujudkan satu pusat lagi, ini bukan pusat mental tapi pusat ni Exhibition and Convention Center. Ha… ni patut Tras ni boleh sokong. Ha… pusat-pusat konvensyen...

Boleh izin?

Terima kasih.

Saya sokong cadangan tu.

Dan kenapa Raub hari ni nak ngabor ke 45 minit je sudah sampai ke Kuala Lumpur, ke KL saya...

Dah buat dah kan, naik highway CSR, lepas itu bertembung dengan highway biasa tu sampai ke Kuala Lumpur... KLCC 45 minit. Ini bermakna radius untuk kita mengada tak semestinya kita membuat program-program yang besar di ibu kota ataupun di Kuala Lumpur tapi boleh kita pindahkan program-program macam Exhibition dan Convention.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Beri laluan sikit, bolehlah. Kalau 45 minit tu sampai, tak kena speed trap ke? Kalau saya, kira tu kena speed trap, kena saman jugak tu.

Tak, ini biasa saja, 120 je. Tak laju. Saya jalan slow saja [ketawa]. Dia limit 120 je. Hah 110, bawah sikit. Memang tak laju, boleh cubalah kan? Maksudnya, mana radius daripada Kuala Lumpur, kita tidak nak membebankan ataupun membanyakkan program-program di Kuala Lumpur tetapi kita cuba membawa program-program yang peringkat antarabangsa ini ke negeri Pahang khususnya ke Raub. Jadi kita di peringkat daerah pun sebenarnya majlis daerah telahpun pergi ke Melaka menengok pusat Exhibition di Melaka dan kita cukup yakin Raub pun maknanya KL dengan Raub pun dekat dan boleh juga mewujud dan boleh juga sedikit sebanyak membantu daerah ataupun bandar di Raub ni.

Dan ini juga, boleh juga kita nampak mewujudkan dari segi apa sektor ini, pelancongan. Dan seterusnya, saya pada hari ini ingin mengemukakan pandangan-pandangan atau cadangan daripada Raub lah. Di antaranya yang terakhirlah ini ialah mengenai hala tuju Raub itu sendiri kan. Sebabnya kita mempunyai sedikit aset khususnya pertanian berasaskan durian dan sebagainya. Jadi, kita di Raub telah menetapkan hala tujunya sebagai daerah Eco-agrotourism.

Jadi untuk inilah kita fokuskan untuk nak membangunkan daerah Raub supaya ianya menjadi sebuah daerah yang membangun yang mengaktifkan program-program dalam konteks Eco ini... agro tourism ini tadi. Jadi sebab itulah kalau kita lihat hari ini KDNK di Cameron Highlands sudah mencapai apa RM1.0 bilion tapi di Raub pun dia tak sama tetapi KDNK di Raub pun telah mencecah ini RM1.0 bilion. Jadi maknanya Raub dengan Cameron Highlands, dia punya hasil keluaran dia adalah sama. Jadi sebab itulah maknanya kita mencadangkan supaya pihak kerajaan membantu membangunkan hasrat Raub tadi, mewujudkan aktiviti-aktiviti yang berasaskan kepada Eko-agrotourism tadi.

Jadi kita haraplah, maknanya sekarang ni kita ada 11 daerah, majlis perbandaran sebagainya dan Raub pun ingin juga meningkat menjadi sebuah daerah ataupun menjadi daerah ini bandar raya. Jadi inilah yang saya nak masukkan di dalam Dewan ini supaya kerajaan dapat membantu Raub ni menjadi sebuah daerah yang maju dengan program-program yang sebagaimana yang saya sebut ni.

Satu lagi saya nak masukkan di sini ialah mengenai pembangunan Bukit Fraser. Kalau saya tak masukkan mungkin kami berbincang di luar saja. Waima pun, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang telah pun berangkat ke Fraser’s Hill, telah bertitah maksudnya kalau Fraser’s Hill tu kena ada cable car okay juga. Tapi kita bercakap di luar, tak bercakap di Dewan. Jadi di sini saya ingin mencadangkan pihak kerajaan agar memikirkan dapat mencari jalan mengkaji untuk mewujudkan cable car ni bagi memajukan lagi kawasan Fraser’s Hill sebagai satu tempat percutian atau rekreasi yang termasyhur yang ada standard di dalam negeri Pahang.

Jadi itu sajalah perbahasan saya dan katanya Tuan Speaker yang saya nampak Pahang ni dah kalau setahun, dua tahun, tiga tahun tu kita rasanya berada pada landasan yang betul. Tinggal lagi sebagaimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi pun Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja, sampai bila pun kita buat ke benda ni tidak akan cukup. Jadi kerja kita adalah untuk mencari jalan, merancang kemudahan-kemudahan dan sebagainya. Semoga mendapat faedah dan manfaat kepada rakyat. Jadi kita haraplah Pahang ini menjadi sebuah negeri yang maju dan ekonominya seimbang di dalam negeri. Tapi apa-apa pun perancangan ini ianya memerlukan sokongan berterusan daripada semua pihak. Dan kita haraplah masyarakat, rakyat memahami dan sama-sama dapat menyokong apa kerajaan negeri Pahang ini. Jadi dengan pencapaian yang kita buat, yang kita raih, kita haraplah... kita yakin yang semua benda ini akan dapat memperolehi apa kejayaan bagi negeri ataupun rakyat di negeri Pahang ini tadi. Jadi itu sahaja. Dan dengan ini, saya menyokong Belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2025. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Wakil dari Batu Talam. Seterusnya saya menjemput wakil dari Pulau Tawar untuk mengambil bahagian, sila.

Tuan Yohanis bin AhmadPAS · PNPulau Tawar

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan Selamat Petang. [Bacaan ayat al-Quran]. Bismillahirrahmanirrahim. [Bacaan ayat al-Quran] Al-Maidah: Ayat 2. Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa. Janganlah kamu bertolong bantu dalam perkara dosa dan pencerobohan. Bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah... sesungguhnya sangat berat Allah... sangat berat seksaan-Nya. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih saya ucapkan di atas kebenaran untuk saya menyampaikan ucapan pada petang ini.

Pertamanya, sekalung tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang di atas pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2025 yang pada hari Jumaat baru ini yang menyentuh tentang prestasi dipertingkat, kemakmuran dipertahan.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Saya mulakan ucapan dengan menyentuh sektor pelancongan. Jadi pada 26 Oktober baru-baru ini, satu program telah diadakan di bumi bertuah Kampung Pulau Tawar. Kampung Pulau Tawar ini adalah kampung tradisional yang mana di sana ada jasad almarhum Mat Kilau. Maka penduduk kampung yang diketuai oleh saudara Mohd Rodzi bin Rozuki selaku Pengerusi JPKK, Kampung Kedondong, Kampung Masjid, Kampung Bandar.

Mereka berpakat sama-sama orang kampung dengan jawatankuasa dia. Mereka menganjurkan satu program "Moh La Weh Ke Pekan Sehari Lama... Moh La Weh Ke Pekan Sehari Lama”. Menariknya, program yang mereka anjurkan ini adalah tema yang digunakan adalah memakai pakaian-pakaian lama. Jadi yang datang hari itu pakai pakaian lama... bertanjaknya. Kalau perempuan tu, kain batik jadi kain tudung. Ada yang yang bawa buah nyior, buah nyior tu dua. Sebab orang dulu-dulu kalau berjalan, buah nyior dengan parang, dia bawa.

Jadi program tu mendapat sambutan lah. Peniaga-peniaga ni, orang kampung peniaga ini, mereka mengambil kesempatan daripada program tu, menghidupkan suasana pekan sehari lama. Maka mereka meniaga barang-barang lama, barang antik, makanan-makanan tradisional yang jarang kita jumpa. Jadi pada pagi tersebut, acara bermula pukul 8.00 pagi. Tapi pukul 7.00 pagi orang dah bergayut kat pintu pagar. Maka tak sangka, penganjur tak sangka kehadiran hari tu mencecah hampir 5,000 orang dan peniaga. Saya pergi pukul 8.30 dah habis dah makanan. Pergi ambik gambar aje lah. Jadi pukul 7.00, 8.30, pukul 9.00 dah habis dah makanan. Sambutannya cukup menggalakkan dan ada kalangan anak muda yang balik daripada Kuala Lumpur, bandar-bandar besar balik kampung pada hari tersebut untuk meraikan program tersebut.

Jadi ini satu inisiatif penduduk kampung nak beri satu err… pada kita bahawasanya ekonomi kampung tradisional ni boleh dirancakkan dengan salah satunya elemen pelancongan dan juga ada kalangan mereka ni menjadi usahawan setempat. Maka err… secara tak langsung program pada hari tersebut dapat menjana ekonomi yang lebih baik kepada masyarakat sekitar dan juga mempromosikan kampung ini kepada masyarakat luar. Pada tahun 2021, 2022 berlaku satu fenomena apabila filem Mat Kilau dipertontonkan dan ramai rakyat Malaysia yang menonton filem tersebut dan hasilnya mereka datang ke kampung ini untuk menziarahi makam almarhum Mat Kilau termasuklah mereka yang datang daripada luar negeri Pahang dan seluruhnya.

Jadi penduduk kampung, jawatankuasa ini mencadangkan kepada kita. Antaranya adalah err… dia mintak kita membina tapak niaga khas di pesisir Sungai Pahang tersebut untuk er… untuk kemudahan mereka berniaga. Tapak khas lah yang sesuai dengan tepi Sungai Pahang yang ada baru ni yang menariknya dibuat daripada buluh. Kalau dulu kita orang kampung majlis kenduri kahwin, kita buat daripada buluh kan, kerusi buluh meja buluh. Tapi yang menariknya baru ni konsep tu diterjemah pakai buluh dan kalau ada rotan mungkin pakai rotan lah, baik. Kemudian, mereka juga meminta kepada kita untuk membina jeti khas di kawasan terbabit untuk memudahkan penduduk urusan Kampung Seberang Sungai, Kampung Gintong untuk datang ke Kampung Seberang sini di Pulau Tawar ini untuk mereka merasai suasana-suasana lama ini.

Jadi, err… di samping merancakkan ekonomi penduduk setempat, kita boleh menghidupkan kampung warisan ini dan kita boleh menarik ramai pelancong untuk datang dan mengetahui sejarah apa yang ada di kampung tersebut dan mengetahui apakah… apakah jasanya almarhum Mat Kilau ini kepada negara kita, baik. Maka er…dalam pembentangan bajet kali ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada menyebut kepada kita bahawasanya peruntukan yang diberikan kepada Tourism Pahang adalah sebanyak RM7.07 juta. Jadi saya kira apalah salahnya, jika kita perturunkan sedikit bajet kepada penduduk kampung tersebut yang mana saya kira mereka amat berterima kasih kepada kerajaan negeri jika dapat er… menyediakan tempat-tempat yang saya sebutkan tadi, InsyaAllah. Ya. Jadi saya tengok YB EXCO dah senyum tu, InsyaAllah. Jadi…

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Nak minta laluan.

Tuan Yohanis bin AhmadPAS · PNPulau Tawar

Okey. Baik.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pulau Tawar. Memang tertarik dengan acara tersebut yang di… di… dikongsi oleh Yang Berhormat Pulau Tawar. Jadi untuk makluman, memang setiap tahun kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan memperuntukkan peruntukan untuk infrastruktur pelancongan. Jadi setiap tahun permohonan dibuka kepada Pejabat Daerah dan Tanah dan Kerajaan Tempatan. Jadi, kita mengalu-alukan permohonan-permohonan daripada Pejabat Tanah dan Daerah di daerah masing-masing untuk cadangan untuk menaiktaraf ataupun mengadakan infrastruktur yang boleh berasaskan atau membantu pelancongan. Okey. Terima kasih.

Tuan Yohanis bin AhmadPAS · PNPulau Tawar

Terima kasih YB EXCO di atas pencerahan tadi. Baik. Perkara kedua yang saya nak sentuh adalah berkait dengan isu FELDA. Pertama sekali, er… saya nak bangkitkan perkara berkait rapat dengan pemasangan meter elektrik di rumah kedua dalam lot rumah peneroka. Berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh pihak FELDA pada 3 Oktober 2023, FELDA tidak lagi membenarkan permohonan pemasangan elektrik ke rumah kedua dalam lot rumah peneroka selepas 31 Disember 2023. Maknanya 2024 dah tak boleh maksudnya.

Namun, kita menerima banyak permintaan kalangan anak-anak peneroka khususnya generasi kedua dan ketiga yang mana mereka mintak FELDA mengkaji balik larangan ini kerana mereka, ada yang membina rumah untuk di diami di belakang rumah ayah dia. Err… Dan ada juga yang membina rumah kedai. Saya tak nak sebut tentang PBT dan sebagainya, sebab itu cerita lainlah. Cuma apabila mereka siap rumah ini, err… halangan mereka adalah kerana tak boleh dapat elektrik. Jadi dia terpaksa beli lampu kedai dua ringgitlah. Cas bateri pasang. Takkan nak pakai generator, jadi masalah. Maka err… bila mereka nak berniaga kedai yang mereka bina, bila tidak ada elektrik memang jadi masalah pada mereka dan pendapatan merekalah. Jadi mungkin Yang Berhormat EXCO akan memberi jawapan pada sesi penggulungan nanti, insya-Allah.

Baik, satu lagi berkait dengan err… isu FELDA juga. Pada muka surat 31, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada menyebut tentang Perkara 128 err… membina kejayaan bersama FELDA. Dalam point tersebut, Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyebut tentang peruntukan sebanyak RM2 juta bagi penubuhan Sekretariat Muafakat FELDA Pahang. Jadi saya kira, alhamdulillah cadangan yang baik. Kita di FELDA, kita dah banyak pengurusan. Ada pengurus FELDA dengan jawatankuasa dia, untuk ladang kita ada ketua peneroka, kita ada Tok Empat, kita ada sistem blog, kita ada MBFM, ada KAF ada GPW dah banyak dah.

Tapi saya faham maksud hasrat ini adalah untuk menyelaraskan One Stop Center dengan izin, baik. Cuma saya mencadangkan begini. Penubuhan sekreteriat ini untuk manfaat warga FELDA dipanggil Muafakat. Bila muafakat ni semua sekali tak ada yang tertinggal. Maka saya cadangkan sekretariat Muafakat FELDA Pahang ini kita libatkan semua Yang Berhormat ADUN yang dalam DUN dia ada FELDA kan. Tak semua ADUN ada FELDA. Tapi ramai yang ada FELDA, sama ada sebelah sini atau sebelah sana. Maka alangkah manisnya jika wakil YB ini berada dalam sekretariat ini ataupun dilibatkan secara aktif dalam program-program muafakat ini dan saya kira kalau program muafakat ini dilibatkan, kami semua, Allahuakbar betapa manisnya program tersebut, InsyaAllah. YB senyum lagi.

Jadi saya sebut muafakat, muafakat ni kalau kita di FELDA, kita sebut muafakat membawa berkat. Jadi untuk kita bina muafakat ini sama-samalah kita menjayakan program yang dianjurkan oleh sekretariat ini melibatkan semua pihak. Semua pihak terlibat tanpa kita meninggalkan siapa sekali pun, insya-Allah. Jadi untuk muafakat ni, kita… kita dengar pantun yang saya sebut ni untuk muafakat. Gendang gendut tali kecapi. Indah bersama bila berkongsi.

Ikan tenggalan terkena pukat, Jala tersirat terkena haruan, Jadikan amalan Hidup Muafakat, Pahang Muafakat Harapan Barisan Perikatan.

Speaker, saya menyokong. [Ahli Dewan ketawa]

Speaker

Terima kasih Wakil Pulau Tawar. Seterusnya saya menjemput Wakil dari Mentakab, dipersilakan.

Tuan Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Yang Berhormat Speaker.

Saya mulakan ucapan saya dengan mengucapkan syukur kerana diberikan peluang sekali lagi bersama-sama di Dewan yang mulia ini dan tentunya memanjangkan ucapan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja, Menteri Besar Pahang kerana mendapat pujian dan menerima Sijil Ketua Audit Negara bagi pendapat… bagi pendapat tanpa teguran untuk penyata kewangan negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2023. [Ahli Dewan menepuk meja]

Saya merasakan ini adalah pencapaian terbaik bagi negeri Pahang dan saya mempercayai penyediaan dan pembentangan bajet tahun ini oleh Yang Amat Berhormat MB berasaskan kepada prestasi yang telah ditunjukkan sebelum ini. Semua ini berkat kerajaan perpaduan di antara BN dan PH [Ahli Dewan menepuk meja]. Izinkan saya menyebut senarai negeri yang mendapat kepujian dan sijil Ketua Audit Negara iaitu Johor, Pahang, Perak dan Sabah dan kesemua negeri ini di bawah pemerintahan kerajaan perpaduan. Di atas semangat cakna kepada rakyat negeri Pahang yang kita kasihi ini, saya mencadangkan agar kawasan Mentakab khasnya dan Temerloh amnya perlu diberi… perlukan perhatian yang lebih untuk menjadi hub

industri teknologi tinggi AI dan pada masa yang sama menjaga alam sekitar. Di atas semangat ini saya menyokong penuh taklimat kawasan perindustrian di daerah Temerloh yang dibentangkan oleh Haji Suris bin Mihat, mantan YDP Majlis Perbandaran Temerloh yang menggariskan pelan dan gagasan yang bertujuan menyemarakkan kepesatan pembangunan di Temerloh khususnya di Mentakab.

Saya menyokong penuh flagship dengan izin, yang dicadangkan antaranya Smart Valley di samping memajukan lagi Taman Perindustrian Temerloh yang berada di bawah DUN Mentakab. Saya percaya apabila dilaksanakan dengan sebaiknya akan mendapat menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak kita di Temerloh di samping kepesatan ekonomi setempat yang sangat bagus untuk negeri Pahang pun begitu pada masa yang sama, kita perlu belajar daripada pengalaman silam dikatakan penutupan kilang menyebabkan bukan saja ramai yang kehilangan pekerjaan tetapi juga Pihak Berkuasa Tempatan kehilangan pendapatan daripada cukai sejumlah RM 1.2 juta setahun dan cukai tanah lebih kurang RM600,000.00 ribu setahun. Jadi, kita perlu berhati-hati dan juga dengan sistematik untuk memastikan hal seperti ini tidak… tidak lagi berlaku. Yang Berhormat Speaker,

Saya mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini supaya suatu inisiatif diambil oleh perajaan Pahang untuk mewujudkan sebuah universiti sama ada universiti awam atau pun swasta di kawasan Mentakab khususnya di dalam Pelan Pembangunan Smart City. Saya percaya dengan adanya universiti yang sebaiknya berbentuk Research University sama ada yang berkaitan dengan AI dan teknologi tinggi mahupun agroteknologi terkini akan mendapat memberi manfaat kepada negeri Pahang dan juga negara. Infrastruktur sedia ada untuk menubuhkan sebuah universiti tidak menjadi masalah malah saya percaya kita masih lagi memiliki land bank yang luas yang boleh dimanfaatkan untuk membina sebuah universiti. Tambahan pula dengan jaringan perhubungan yang baik iaitu ECRL dan Lebuhraya Pantai Timur yang saya fikir tidak lagi menjadi masalah kepada mana-mana pelajar dari seluruh negara yang mahu menuntut ilmu di Mentakab. Saya benar-benar memohon dan menggesa Yang Amat Berhormat MB memikirkan secara serius permintaan dan hasrat kami di Temerloh.

Saya juga mencadangkan industri pelancongan di kawasan Temerloh ditambah baik daripada sedia ada. Saya difahamkan daripada sumber MPT, ribuan kenderaan luar yang masuk ke Temerloh saban minggu untuk pelancongan tempatan yang bukan setakat mahu menikmati ikan patin tempoyak tetapi juga membelanjakan wang di pasar-pasar di Temerloh. Saya mengucapkan tahniah kepada MPT akan tetapi nampaknya pelancong hanya menumpukan kepada bandar Temerloh sahaja dan Mentakab agak ketinggalan. Saya berasa sedih jadi, saya memohon MPT, kerajaan negeri dan semua pemegang taruh untuk kita sama-sama berbincang untuk kita mencari jalan limpahan tersebut di bawa ke bandar Mentakab yang bersejarah. Saya percaya dengan cara ini secara tidak langsung akan mendapat memberi pulangan ekonomi yang besar kepada Temerloh dan Mentakab.

Yang Berhormat Speaker,

Saya tertarik dengan manifesto Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker pernah mengajukan beberapa tahun dahulu. Saya berkongsi harapan dan semangat tersebut dan hari ini saya mencadangkan di dalam Dewan yang mulia ini supaya dapat dibina sebuah persimpangan baru di kawasan Kampung Batu Kapur dari Lebuhraya Pantai Timur. Sekarang ini hanya ada dua jalan masuk daripada LPT iaitu Persimpangan Lanchang dan Temerloh tetapi saya mempercayai persimpangan baru ini juga perlu

bukan sahaja sebagai flood mitigation dengan izin di kawasan Kampung Batu Kapur tetapi juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Malah kawasan-kawasan sekitar persimpangan baru ini akan dapat dimajukan di samping nilai tanah yang tentunya akan meningkat secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi setempat dan memakmurkan rakyat. Oleh kerana kawasan tersebut juga adalah berhampiran dengan Smart City Temerloh maka adalah sangat perlu oleh itu saya mencadangkan sebuah mini UTC dibina di Mentakab untuk menjadi pusat transformasi.

Yang Berhormat Speaker,

Saya telah bercakap mengenai isu air pada setiap kali persidangan-persidangan DUN. Sejak kali pertama saya menjadi ADUN, hari ini saya akui di kawasan saya masalah air tidaklah terlalu kerap seperti sebelumnya. Namun begitu, saya masih lagi menggesa supaya isu bekalan air ini dapat diselesaikan dengan sepenuhnya bagi manfaat rakyat. Masih ada masalah gangguan air termasuklah beberapa kampung, taman yang tekanan airnya adalah terlalu rendah. Sebagai contoh Taman Rimba, Mentakab. Penduduk sini kerap sangat alami gangguan bekalan air. Kalau terdapat gangguan bekalan air er… kalau terdapat gangguan bekalan air warga Taman Rimba selalunya lambat atau lewat sehari baru dapat bekalan air berbanding dengan kawasan lain di sekitarnya apakah puncanya. Bukan sehari dua, bukan sebulan tetapi bertahun-tahun senario ini berlaku tak akan lah kejadian sebegini tidak dapat diselesaikan dah berlarutan lebih 10 tahun. Ia amat memberi kesan atau impak kepada kelangsungan hidup penduduk setempat. Sehubungan itu, saya mohon jasa baik pihak berwajib untuk mencari suatu solusi bagi menyelesaikan isu ini yang bagitu lama menghantui mereka.

Yang Berhormat Speaker,

Saya juga mencadangkan supaya projek penggantian batang paip err… penggantian batang-batang paip asbestos dengan izin, kepada mild steel pipe dengan izin, dipercepatkan dan diberi perhatian utama untuk mencapai cita-cita memajukan Temerloh dengan Smart City dan Industri. Kita tidak ada pilihan melainkan menyediakan infrastruktur terbaik dan salah satu darinya tentulah bekalan air yang bagus dan tidak terputus. Izinkan saya menegur PAIP yang saya mendapat banyak rungutan kerja-kerja membaiki paip-paip yang bocor dan pecah mengambil masa yang lama dan berhari-hari. Keadaan seperti ini perlu diatasi dan saya menggesa PAIP menilai semula serta menambah baik SOP sedia ada supaya kita dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Kenaikan kadar tarif air seharusnya seimbang dengan perkhidmatan yang lebih baik dan bukannya di takuk lama. Masalah bekalan air yang tidak mencukupi memberi kesan kepada pembangunan Temerloh. Saya mendapat banyak aduan daripada syarikat pemaju perumahan yang tidak dapat memulakan projek mereka disebabkan bekalan air yang tidak mencukupi. Saya juga telah berkali-kali membangkitkan isu berkenaan banjir di Temerloh, Mentakab dan juga Lanchang. Beberapa minggu lalu, bandar Mentakab sekali lagi dinaiki air sehingga kawasan Pasar Mentakab banjir. Malah air banjir sampai di pinggir jalan utama Temerloh-Mentakab. Saya akui ada usaha projek tebatan banjir yang sedang berjalan tetapi malangnya saya diberitahu progress projek tersebut sangat perlahan. Pada permulaannya dijadual siap tahun ini, tapi ditangguh ke tahun depan tetapi diberitahu tangguh lagi ke tahun 2026. Memandangkan keadaan cuaca hari ini yang tidak menentu dan negeri Pahang yang terdedah kepada Monsun Timur Laut saban tahun. Saya menggesa perhatian yang

lebih diberikan kepada projek ini supaya banjir besar dapat dikawal dengan sebaiknya dan tidak menyusahkan rakyat.

Yang Berhormat Speaker,

Persatuan Renang Amatur Temerloh telah menganjurkan Kejohanan Renang daerah Temerloh di Kolam Tasik Kampung Berhala Gantang, baru-baru ini. Persatuan terpaksa menyewa tempat itu yang jauhnya lebih kurang 20km daripada Mentakab. Sebab tiada facility lain yg dapat diguna pakai. Persatuan telah dapat mencungkil bakat-bakat yang dapat mewakili negeri Pahang dengan situasi atau facility yang amat terhad. Sehubungan itu, saya menyarankan sebuah kolam renang dibina di Mentakab atau Temerloh supaya lebih ramai perenang berpotensi dapat dicungkilkan.

Yang Berhormat Speaker,

Saya sekali lagi menyokong pembentangan Bajet Negeri Pahang dan mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat MB. Mari kita sama-sama berdoa dan berkerja keras dengan kejujuran di samping saya menggesa semua pihak untuk tidak suka-suka mempolitikkan isu serta masa depan rakyat Pahang. Saya percaya Kerajaan Perpaduan Pahang mampu membawa kemakmuran kepada negeri Pahang. Sekian, terima kasih. Mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih. Wakil Mentakab. Seterusnya saya menjemput Wakil dari Bukit Ibam. Dipersilakan.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. [ayat al-Quran]. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan selamat petang. Alhamdulillah [ayat al-Quran]. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan para pemerhati sekalian.

Yang Berhormat Speaker, sebelum saya meneruskan ucapan saya, saya mohon izin untuk mengalu-alukan pemerhati daripada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Ibam yang turut serta dalam Dewan kita pada hari ini.

Yang Berhormat Speaker, saya mulakan perbahasan saya dengan membacakan firman Allah Taala dalam Surah Ar-Rum ayat 41. [ayat al-Quran] telah zahir kerosakan dan kemusnahan di darat dan di lautan disebabkan oleh tangan-tangan manusia bagi dirasakan akan sebahagian daripada apa yang telah mereka lakukan. Mudah-mudahan mereka akan kembali yakni ke jalan yang benar.

Yang Berhormat Speaker, tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri dan seluruh penjawat awam negeri kerana dapat mengekalkan jumlah hasil negeri melebihi RM1 bilion 3 tahun berturut turut. Namun, hasil yang diperolehi ini akan bertambah berkat apabila dibelanjakan dengan cara yang betul dan diuruskan dengan adil dan saksama. Sabda Nabi SAW yang bermaksud, tidak berganjak dua kaki anak Adam, yakni di Padang Mahsyar pada hari Kiamat sehingga ditanya kepadanya beberapa soalan antaranya [ayat al-Quran] tentang hasil rezekinya dari mana sumbernya dan ke mana ia dibelanjakan.

Yang Berhormat Speaker, Allah mencipta manusia memiliki lima unsur. Yang pertama roh, yang kedua jasad, yang ketiga akal, yang keempat nafsu dan yang kelima hati. Semua agama sepakat mengatakan seorang manusia akan menjadi baik apabila dia berpegang teguh dengan ajaran agama. Apatah lagi agama Islam yang sangat menitikberatkan tentang amalan kerohanian yakni hubungan hamba dengan pencipta-Nya. Sabda Rasulullah SAW [ayat al-Quran] sesiapa yang Allah SWT ingin menjadikan dia baik. Caranya ialah [ayat al-Quran] diberikan kepadanya faham agama. Faham di sini bukan sekadar ada ilmu tetapi menghayati dalam kehidupannya. Maka selain keperluan prasarana-prasarana fizikal, kerajaan juga bertanggungjawab terhadap keperluan rohani masyarakat. Tidak dinafikan kerajaan telah membina banyak masjid dan surau.

Namun, tuntutan mengimarahkan rumah-rumah Allah ini seperti kewajipan mendirikan solat Jumaat juga perlu diberi perhatian. Justeru, Bukit Ibam mencadangkan agar penguatkuasaan yang lebih tegas dan lebih kerap dilakukan terhadap orang-orang Islam yang meninggalkan solat Jumaat iaitu lelaki Muslim yang cukup syarat wajib solat Jumaat ke atasnya. Mutakhir ini sangat jarang kita membaca berita, penguat kuasa agama, menangkap dan mendakwa mereka yang tidak menunaikan solat Jumaat. Fenomena meninggalkan solat Jumaat ini dilihat semakin berleluasa terutama di kawasan FELDA dan kampung sehingga mereka ini tanpa segan silu melepak di gerai-gerai makan di saat umat Islam lain mendirikan solat Jumaat. Maka konsep amar maaruf dan nahi mungkar dalam isu ini perlulah dilakukan segera. Begitu juga disarankan agar syarikat-syarikat perniagaan dan perkhidmatan menangguhkan sebentar operasi mereka untuk memberi laluan kepada para pekerjanya untuk menunaikan solat Jumaat.

Yang Berhormat Speaker, peranan pengangkutan awam sangat besar dalam kehidupan masyarakat. Sudah sewajarnya kerajaan mengambil berat berhubung hal ini. Namun, penduduk di gugusan FELDA Keratong, Bandar Tun Abdul Razak dan sekitarnya agak terkejut apabila syarikat bas MARA Liner telah menamatkan operasi bas ekspres ke Kuala Lumpur bermula awal November lalu.

Mungkin kerana ingin mengurangkan kos operasi. Tetapi janganlah daripada beroperasi tujuh hari seminggu dihentikan terus serta-merta. Justeru, cadangannya perkhidmatan bas ekspres Chini, Muadzam Shah, Bandar Tun Abdul Razak, Seremban dan KL ini diwujudkan semula walaupun hanya beroperasi tiga atau empat hari dalam seminggu. Begitu juga, pihak bertanggungjawab boleh mengkaji semula keputusan menghentikan perkhidmatan bas ke bandar Bukit Ibam yang menjadi alat pengangkutan sebahagian penduduk terutama oleh para pelajar Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam.

Yang Berhormat Speaker. Antara isu yang sering berbangkit di dalam DUN Bukit Ibam ialah serangan haiwan liar. Penduduk sering mengadu tentang serangan gajah yang merosakkan tanaman di sekitar bandar Bukit Ibam. Baru-baru ini pula, ada penduduk yang mengadu tentang serangan harimau yang membunuh ternakan mereka seperti lembu dan kerbau di sekitar ladang kelapa sawit FELDA Keratong 6, 7 dan Keratong 11. Mungkin haiwan-haiwan liar ini mula masuk ke kawasan kampung dan ladang-ladang kerana hutan yang berhampiran yang menjadi habitat haiwan-haiwan ini sudah ditebang dan diceroboh termasuk Hutan Simpan Lesung.

Untuk makluman Dewan, dalam persidangan yang lalu, saya ada mengemukakan soalan berhubung Hutan Simpan Lesung. Namun sehingga hari ini saya belum mendapat jawapan tuntas daripada pihak kerajaan. Di kawasan kejiranan pula, antara

aduan yang diterima ialah banyaknya anjing-anjing liar yang berkeliaran mengganggu dan membahayakan penduduk.

Yang Berhormat Speaker, di musim tengkujuh ini biasanya banyak jalan-jalan raya yang rosak yang menyukarkan pengguna jalan raya. Ia lebih menyukarkan pemanduan apabila garisan jalan raya yang tidak jelas. Justeru, dicadangkan pihak bertanggungjawab memantau dan membaiki jalan-jalan utama ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Begitu juga jambatan bailey di… di jalan masuk ke gugusan FELDA Selancar yang gelap gelita di waktu malam membahayakan pengguna jalan raya. Baru minggu lepas, sebuah lagi lori terbalik di tepi jambatan ini akibat keadaan yang gelap. Justeru, bolehlah pihak bertanggungjawab menyediakan lampu di kiri dan kanan jambatan bailey ini.

Yang Berhormat Speaker, terima kasih dan tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri atas komitmen untuk meningkatkan perkhidmatan bekalan air di negeri ini. Dengan peruntukan sebanyak RM91.97 juta ringgit bagi tahun 2025. Dalam masa yang sama disarankan agar pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) lebih responsif kepada aduan-aduan pengguna berhubung kebocoran paip bagi mengelakkan berlakunya pembaziran yang berterusan. Yang Berhormat Speaker, akhirnya mudah-mudahan belanjawan yang dibentang dan dibincang ini benar-benar membawa rahmat kepada seluruh rakyat negeri Pahang, insya-Allah. Banyak sama dilapah, sikit sama dicubit. Yang Berhormat Speaker. Saya menutup ucapan saya dengan sebuah pantun.

Buah strawberi buah delima

Buah mempelam buah kedondong Belanjawan Negeri Pahang 2025 Bukit Ibam mohon mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih wakil Bukit Ibam. Seterusnya saya menjemput wakil dari Inderapura. Dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker kerana memberi ruang untuk saya membahaskan ucapan bajet dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15 pada petang yang berbahagia ini. Saya tak berhajat bercakap panjang lebar. Cukup untuk saya menyatakan sokongan sepenuh 100% kepada ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang bagi tujuan untuk memakmurkan negeri Pahang. Saya ucap tahniah atas pembentangan tersebut dan semestinya kita sebagai Ahli Dewan tidak kira daripada wakil kerajaan tidak kira daripada penyokong kerajaan mahupun pembangkang sewajarnya membina menyokong memberi semangat kepada kerajaan untuk membantu rakyat bagi tujuan memakmurkan negeri Pahang ini.

Dan saya lihat bahawa bajet yang dibentangkan begitu komprehensif meliputi pelbagai kluster dengan iltizam dengan tekad-tekad yang telah dipamerkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Selain daripada itu, Dato' Timbalan… Yang Berhormat Timbalan Speaker saya juga ingin mengucap takziah juga kepada rakyat

negeri-negeri yang terkena musibah banjir dan musibah banjir ini bukan kehendak kita. Kalau boleh negeri Pahang pun tak nak kena banjir.

Dan saya juga menjunjung kasih atas keperihatinan kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang bersama dengan Kebawah Duli Paduka Baginda… Paduka Mulia Tengku Mahkota begitu juga Paduka… Kebawah Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang yang berkenan berangkat tak kira bila dalam menyantuni menziarahi mangsa-mangsa banjir. Inilah yang ditunjukkan rakyat dan raja berpisah tiada. Dan Tuanku tidak kira apa fahaman politik kalau kita dalam Dewan ini, kita ada fahaman-fahaman tertentu, ada yang berlatar belakangkan Islam, ada berlatarkan belakang… berlatar belakangkan parti dan berbagai fahaman-fahaman kita masing-masing. Apa pun kehendaknya, kita tak dapat menidakkan suratan Allah SWT.

Untuk itu, suka saya bawa satu firman Allah Subhana Wata'ala. Yang dalam surah Ad-Dukhan mengenai musibah. Bismillahirrahmanirrahim. Saya baca kan dulu. Kemudian saya tafsir sedikit sebanyak yang saya tahu. Saya bukan tahu semua. [Bacaan dalam Bahasa Arab] tu dulu apa apa musibah? Bencana Fil Ardhi. Atas muka bumi. Jadi atas muka bumi ni macam-macam lah bencana antaranya banjir, tanah runtuh, air pasang, bencana air, pasang angin taufan. Saya nak sentuh sikit tentang taufan-taufan angin-angin ni Yang Amat Berhormat Menteri Besar bila saya menceritakan hal rakyat banyak membantu kita.

Alhamdulillah. Jadi, saya percaya ahli-ahli lain pun jumpa MB. Mungkin dia boleh menolong kita. Tapi janganlah bila kita dia menolong dah bagi benda tu dia cakap Islam ini hanya hanya kepada bukan kepada duit wang ringgit. Ini mesti amal makruf nahi mungkar. Takkanlah semua kita nak bin kan Islam. Eh, tak perlu begitu. Jadi, kebaikan yang ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ambil jelah. Tak payahlah nak komen-komen beria ria sangat dalam TikTok sana, TikTok sini. Kalau tak nak, pulang balik, senang je cakap. Saya pun… saya pun manusia, sebab tu saya tak suka TikTok. Saya tak suka TikTok.

Tapi kadang-kadang menjengkelkan. Komen-komen ni ikhlas tak ikhlas. Banyak menjengkelkan. Saya rasa sakit hati. Ya, saya bukan… saya tuju mana-mana pihak tapi itulah keadaannya. Okey, sambung balik ayat saya tadi. [bacaan dalam Bahasa Arab] untuk diri kita pun akan ada bencana. [bacaan dalam Bahasa Arab]. For that reason. Cakap omputih sikit, is very easy for Allah, Allah tak perlukan kita. Tapi semua dah ada dalam perancangan sebelum terjadinya. Dalam soal ini, kita banjir dekat mana kita nak alirkan air. Kita tak mampu tapi kita berserah mesti ada ikhtiar. Wajib kita ikhtiarkan usaha-usaha seperti mana Yang Amat Berhormat ikhtiarkan menolong orang. Itu ikhtiar.

Tapi macam kita kena faham juga. Kalau kerajaan negeri semua nak buat kita tak kemampuan. Sebab itu kita perlukan. Apa ni kerjasama dengan kerajaan persekutuan. Malahan kita tengok PMX turun ke Kelantan, turun ke Kedah. Presiden UMNO turun ke Kelantan, turun ke Terengganu. Apa nak beza kan? Tapi kadang-kadang kita bila kita bercakap tu, Allahuakbar. Saya sebab saya tak suka ya. Jadi dalam kawasan saya contohlah ya. Alhamdulillah, selepas banjir teruk di kawasan saya, DUN Inderapura dibina tebatan banjir Sungai Belat. Tebatan banjir Sungai Belat dah siap. Alhamdulillah. Satu kes di Kampung Kurnia, contoh. Di Kampung Kurnia ni kes dia kawasan laluan itu jalan utama setiap kali air pasang. Bukan kes banjir setiap kali air pasang tak ada dah air naik atas jalan sebab telah disediakan spiral pump.

Mungkin JPS… Pengarah JPS, dia tahu spiral pump tu macam mana. Dia betul-betul macam pusing-pusing pusing. Dia balik air keluar dah ada. Jadi cuma ada sedikit

pembayar sedikit kena buat flood gate yang tertentu. Di belakang rumah saya tu kena ada flood gate. Jadi saya mohon dalam Dewan ini untuk bina flood gate kecil supaya kemasukan air-air yang tertentu boleh kita bendung dan untuk itu saya juga ingin mencadangkan daripada pihak kerajaan supaya di daerah Kuantan. Saya duduk di Kuantan. Kita tidak ada garbage collector... mechanized garbage collector. Kita letak mechanized garbage collector ni di monsoon drain yang tertentu yang flow dia terus ke laut. Setahu saya, saya dah umur 59 tahun ni kita tak bina lagi garbage collector yang boleh mengumpulkan sisa-sisa pepejal tertentu dalam drain-drain tertentu. Kalau di Selangor ada, di Kuala Lumpur ada, di Desa Pandan pernah jumpa, di sebelah... dekat Kampung Baru pun ada... di sebelah bangunan PERKESO dan tak silap saya di Terengganu ada. Ada satu garbage collect... mechanized garbage collector, dia ada conveyer belt. Jadi sisa-sisa pepejal, botol boleh diangkut dan dia boleh, kita macam green tecnology lah. Saya rasa... kemudian... sikit lagi… sikit lagi.

Jadi untuk hari tu, saya ingin menanyakan apakah usaha kerajaan negeri, apabila mungkinlah kita dah tak ada tapi perancangan perlu dibuat. By year 2050... 2050 akan berlaku kenaikan air sebanyak satu meter. Setiap tahun akan naik lebih kurang satu inci paras air laut dan menyebabkan bandar Kuantan antara bandar yang akan tenggelam pada 2050. Ya… Yang Berhormat Tuan Speaker kita boleh buka rujukan http://coastal climate central organization.org. Ini data yang bukan kita, bukan Malaysia buat ni. Tapi facts nya ialah akan berlaku peningkatan air pasang. Because of global, warming dan sebagainya.

Untuk itu, Dato’ err… Yang Berhormat Timbalan Speaker saya menyokong. Terima kasih. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima Kasih wakil dari Inderapura. Seterusnya saya menjemput wakil dari Jengka. Sila.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan selamat petang. Alhamdulillah, [bacaan dalam Bahasa Arab]. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana memberikan ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan Belanjawan 2025 yang bertemakan, ‘Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan’. Saya sebagaimana YB Inderapura tadi tak cakap panjang pasal banyak perkara telah disentuh oleh mereka yang terdahulu. Lagi pun kita dah pukul 5.00 petang. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar dan pasukannya yang bekerja keras dalam menyediakan bajet yang mampan. Bukan senang untuk menyediakan bajet waktu negara sedang berdepan dengan kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, penarikan subsidi rakyat dan banyak perkara luar jangka berlaku seperti banjir, ribut dan sebagainya. Semoga Allah lindung negeri Pahang daripada banjir besar. Insya-Allah ya. Saya kira bajet ini dirangka dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak demi memastikan semua golongan masyarakat merasai manfaatnya. Khususnya apabila saya meneliti tekad kelima. Bukan Tekek. Tekek. Saya dah pergi dah Masjid Tekek. Saya dah sembahyang di situ. Tekad kelima disebut iaitu keutuhan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negeri yang berterusan.

Namun, sebesar mana pun bajet sebagai peringatan bersama, jangan kita lupa aspek iman dan takwa harus dijadikan dasar dalam pentadbiran negeri agar Pahang terus

maju dan diperluaskan rezeki dan berkat. Insya-Allah ya. YB Speaker, jumlah RM1 bilion telah meletakkan Pahang sebaris dengan negeri-negeri yang membentang bajet tahunan dalam angka melebihi RM1 bilion. Kita dok sebaris dah. Walaupun kita jauh beza dengan Sarawak...Sarawak RM15.8 bilion. Bajet dia... Banyak duit dia. Selangor RM3 bilion. Johor RM1.99 billion. Terengganu RM1.887 bilion. Perak RM1.52 bilion. Kelantan RM1.45 bilion dan Kedah RM1.26 bilion.

Justeru, dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, maka peranan kami Ahli-ahli Yang Berhormat dari Perikatan Nasional, orang kata daripada group pembangkanglah ya, dari Perikatan Nasional adalah semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan. Bukan menyanggah kebenaran dan kebaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan. Semua ini bagi memastikan kerajaan negeri tidak bertindak sewenang-wenangnya dalam merancang dan melaksanakan sebarang program dan perbelanjaan. Mekanisme semak dan imbang ini bukan sekadar untuk formaliti tetapi asas kepada pentadbiran yang berintegriti, telus dan bertanggungjawab.

Kami akan terus berperanan sebagai suara rakyat untuk meneliti setiap perbelanjaan dan dasar yang dibentangkan bagi memastikan ianya benar-benar berpaksikan kepentingan rakyat Pahang. Saya yakin bahawa Dato' Sri Diraja Yang Amat Berhormat Menteri Besar, pemimpin satu pentadbiran yang berani menerima teguran dan kritikan dan bersedia untuk memperbaiki kelemahan bagi memastikan negeri Pahang senantiasa berada di landasan pembangunan yang tepat.

YB Dato' Sri Dato'... YB Speaker. Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang menyebut dalam pembentangan bajet bahawa kerajaan ini adalah kerajaan yang berteraskan kepentingan rakyat. Justeru, saya sekali lagi nak sentuh berkenaan dengan Juadah Makmur tapi dalam bentuk yang berbeza. Kerajaan bertekad untuk meneruskan pemberian Juadah Makmur yang melibatkan kos RM8.5 juta. Dengan tujuan untuk merapatkan hubungan dan berkongsi rezeki antara rakyat dan kerajaan. Ya, amalan memberi makan kepada golongan miskin, sederhana, kaya adalah amalan mulia. Lebih-lebih lagi golongan miskin yang mesti dibantu kerajaan. Namun, jika seseorang itu kaya atau kenyang dan tidak memerlukan, maka hukumnya harus... harus sahaja. sama ada hendak bagi atau tidak.

Maka saya berpandangan. Ini pandangan ya... saya ulang. Saya berpandangan, bahawa RM8.5 juta itu lebih aula ataupun lebih utama diperuntukkan kepada segmen kerja penyelenggaraan infrastruktur awam yang juga untuk kepentingan dan keselesaan rakyat Pahang seperti membaik pulih jalan-jalan negeri. Tadi saya tengok ramai Yang Berhormat bangun. Jalan berlopak lah. Saya ingat Sabai pun bangun. Saya ingatlah. Jalan-jalan negeri, longkang pecah, uzur yang perlu diganti, tebang dan trim pokok yang bahayakan rakyat seumpama dengannya. Saya sebut ini berdasarkan realiti di lapangan dan pengalaman saya. Saya tak lah lama baru 7 tahun jadi Yang Berhormat. Saya sebut ini supaya apabila rakyat mengadu kepada pihak-pihak berkenaan, tiada lagi jawapan peruntukan tidak ada. Ataupun peruntukan err... atau tunggu peruntukan yang mengambil masa yang sangat lama. Wakil-wakil rakyat ini, rakyat akan berjumpa dengan dia. YB... anjing liar lah, jalan berlopak lah, jalan tu lah. Jadi bila kita rujuk kepada PBT, rujuk kepada JKR dan sebagainya, antara alasannya ialah tidak ada peruntukan. Jadi pandangan saya, RM8.5 juta itu pergi ke situ walaupun tadi dah sebut peruntukan A, kanan, kiri atas depan sudah bagi, tapi realiti di bawah ni macam tu, yang saya err... alami.

YB Speaker, pada 13 haribulan 11 ini sebagai pertanyaan sahaja. 13 haribulan 11 rakyat Pahang dikejutkan dengan berita PASDEC… dalam berita sebut PASDEC jual tanah industri seluas 23.96 hektar 24 hektar lah di Gebeng kepada syarikat luar

daripada China dengan menyasarkan perolehan sebanyak RM73.4 juta. Tanah industri berkenaan dijual kepada syarikat China yang merancang mendirikan sebuah kompleks bersepadu, loji penapisan minyak dan petrokimia. Saya melihat, tanah itu kuasa. Jangan mudah-mudah kita jual kuasa kita kepada orang luar. Sekejap.

Boleh saya mencelah.

Kecilnya tanah, lemahnya kuasa, besarnya tanah, kuatnya kuasa. Itulah mentaliti yang perlu ada pada pemikiran semua yang mempunyai kuasa. Kejap ya. Kalau kita jual tanah walaupun pajakan 99 tahun. Geran rumah saya geran sementara 99 tahun. Geran peneroka yang dapat geran ayah saya peneroka pun geran dia 99 tahun. Saya ingat geran di rumah saya tu dia akan tamat 2089 saya tak ada dah kot. Tapi anak cucu ada lagi lah ya... samalah dengan tanah industri. Sebab ditulis di banner, Majlis Menandatangani Perjanjian Jual dan Beli. Cuma tanah tu berstatus pajakan selama 99 tahun. Jadi, soalan saya, saya ingin penjelasan. Jadi EXCO jawab lepas ni kot. Tak sabar nak bangun. Ya, saya ingin penjelasan daripada kerajaan negeri tentang beberapa perkara.

[Pertama, Adakah tanah yang dijual itu Tanah Rizab Melayu, pertama? Yang kedua, adakah berlaku Pindah Milik melalui Borang 14 A? Ketiga, adakah tiada jalan lain selain daripada kita menjual tanah?]

Betul... sewa 5 tahun sahaja boleh kot? Jadi pelabur ni dia tak nak sewa sekejap-sekejap ni dia nak sewa 100… 100 tahun. Cuma, saya tanya adakah tidak ada jalan lain. [Yang keempat, apa jaminan kerajaan bahawa tanah tersebut tidak menjadi hak milik kekal selepas 99 tahun?]

Sebab pengusaha pelabur ni dia akan usahalah. Itu, perlu ada jaminan-jaminan supaya tidak err... pemilikan kekal itu tidak berlaku. Tapi, walaupun 99 tahun pajakan 99 tahun kita tidak ada kuasa ke atas tanah tersebut. Sebab itu perlu kepada penjelasan-penjelasan.

YB Speaker,

Saya ucap syabas… walaupun begitu, saya ucap syabas dan tahniah kepada kerajaan yang berjaya membenteras pencerobohan tanah di Perdak, 400 hektar luas 1000 ekar ye. Langkah-langkah ini sangat bagus penegasan itu dan saya teringat pada 8 Mei 2023. Pemangku Raja Pahang pernah bertitah dalam Dewan ini, 8 Mei 2023, dia sebut dalam para 29 dan 30. Dia kata kerap kali saya menerima laporan terhadap aktiviti penguatkuasaan seperti pencerobohan tanah, kecurian hasil tanah dan mineral serta penerokaan tanah simpan secara tidak sah. Saya melihat aktiviti penguatkuasaan kita masih pada tahap yang lemah dan perlu banyak ditambah baik. Jadi, kerajaan dapat kesan 400 hektar tu baguslah cuma agak lewat sikit sebab kalau tengok gambar tu pokok durian tu macam dah 10 tahun dah rasanya, maknanya lama baru kita boleh ke sana.

Last sekali. YB Speaker saya nak sentuh isu tempatan. Yang pertama, Yang Berhormat EXCO FELDA ya. Saya harap rumah generasi kedua FELDA di Jengka 11, 180 buah. Yang ini lama dah sejak 2013. 2013 sepatutnya siap 2014 oleh sebuah syarikat IHS Utara Malaysian Sendirian Berhad tapi tak siap terbengkalai begitu lama sehinggalah tahun Julai 2023 kerajaan negeri ambil alih. Kerajaan negeri ambil alih sepatut siap 2024, tapi belum siap lagi saya di dekat rumah saya, saya pun round-round dululah sebelum bersidang ni.

Dato Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Minta mencelah. Saya nak betulkan tadi bukan 2023, 2021 kerajaan negeri amik alih.

Okey. Masuk dalam ucapan. Okey dok la lagi lama tu? Julai 2021 kerajaan negeri ambil alih sepatut siap 2024. Saya dok lalu dengan kereta saya tu tengok tak berapa siap lagi. Saya tak pasti berapa peratus sudah siap. Jadi saya mohon penjelasan daripada EXCO dalam penggulungan dia. Berapa peratus sudah siap. Bila dijangka ber… mana… makna peserta boleh masuk untuk duduk.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat mintak gulung er...

Ada 3 sikit lagi… ada 3.

Mohon mencelah ya.

Speaker

Ya sila.

Saya tak dapat apa ruang tadi. Err... berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh ADUN Jengka. Sebenarnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar dah menjawab. Sebenarnya, ia merupakan satu non-issue di mana negeri-negeri lain pun kalau kita tengok, waima Kelantan, Terengganu, Kedah pun di Kulim, mereka akan memajakkan tanah kepada pelabur antarabangsa yang ingin membangunkan kawasan. Pelabur ini dia nak melabur berbilion-bilion. Dia perlu dengan izin, security of tenure ya. Kalau kita tak dapat memberikan jangka masa yang panjang, bagaimana kita nak meyakinkan pelabur untuk melabur ke dalam negeri. Ini perkara biasa yang dilakukan semua negeri, semua negara ya. Sebab mereka ingin lakukan pelaburan untuk membuat

kilang penapisan minyak, refinery. Sudah tentu makan pelaburan yang berbillion-billion dan jangka masa pulangannya sekurang-kurangnya 10 tahun.

Jadi takkanlah kita nak bagi setahun dua untuk mereka melakukan err... perniagaan Yang Berhormat, dan kita perlu apa mempermudahkan urusan investor ini bukan menakutkan mereka dengan sentiment yang bukan-bukan. Kalau begini caranya, mungkin investor-investor ini lebih berminat untuk melabur di Vietnam, di Indonesia ataupun di negara-negara lain yang lebih mengalu-alukan mereka. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya tak nak panjang lah benda tu nanti mungkin MB akan jawablah ya. Yang kedua, saya sangat bersetuju dan menyokong pembinaan Rumah Rakyat Pahang diteruskan. Walaupun kosnya naik, asal dulu RM65,000.00 kemudian RM75,000.00, kemudian oleh kerana naik bahan-bahan binaan ni sekarang RM80,000.00 terkini. Peruntukan sebanyak lebih kurang RM48 juta untuk membina 350 unit RRP Fasa 6. Apa yang saya ingin sarankan, tujuan... bagi tujuan penambahbaikan iaitu pihak kerajaan hendaklah memastikan kontraktor yang dipilih itu layak dan mahir. Setelah siap mesti dipantau pembinaannya dengan baik khususnya sistem pembetungan yang betul supaya sisa najis dan air dapat mengalir dengan betul. Jika tidak, najis akan melimpah keluar dan mengeluarkan bau yang busuk. Ini antara aduan penghuni yang datang jumpa saya sebab rumah RRP di dalam DUN Jengka ni belakang rumah saya je. Tak apalah, saya tak dijemput. Saya ingat kali ni kalau nak serah kunci panggillah. Saya hadir duduk belakang pun tak apa, insya-Allah ya. Jadi bila siap, tandas dia tu air pembetungan tak betul. Dia... naik najis tu naik ke atas. Jadi perlu kepada kontraktor yang mahir dan pemantauan daripada pihak negeri. Jadi bila dia mari ke saya tu, saya kata kena jumpa Tok Penghulu lah, di bawah Tok Penghulu lah. Tapi saya pergi jugalah. Bolehlah sikit-sikit follow sikit-sikit.

Yang ketiga, pembinaan masjid baru Jengka 19. Pembinaan ini di bawah tanggungjawab Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) bermula 28 Februari 2022 patut siap 26 Februari 2023. Namun, hampir tiga tahun belum siap, perlu dipantau, apakah sebabnya. Yang terakhir, FELDA err... FELDA membina stadium di Bandar Pusat Jengka, 2013. Sepatutnya 2013 dengan menjanjikan padang awam, situ padang awam asalnya, saya duduk Bandar Pusat 2000, tahun 2000 situ padang awam. Waktu ambil itu ada perjanjian untuk ganti padang awam kepada penduduk di Bandar Pusat. Tapi sehingga sekarang penduduk Bandar Pusat tidak dapat menikmati padang awam itu. Beberapa tahun yang lalu, err... kerajaan bina padang awam sebelah Balora Mastika patut siap Februari 2023. Sekarang sudah two thousand twenty four masih belum siap. Jadi EXCO FELDA boleh pantau dan kita mohonkan penjelasan. Insya-Allah.

Saya akhiri ucapan saya dengan dua rangkap pantun.

Burung tempua terbang ke hulu, Singgah di dahan mencari makan, Peruntukan adil ke semua penjuru, Barulah rakyat merasa aman.

Kesawah menanam padi, Buah berangan jatuh ke laman, Walau berlainan parti berdiri, Belanjawan 2025 tetap disokong teman.

Sekian.

Speaker

Terima kasih. Wakil dari Jengka.

Seterusnya Ahli yang terakhir sesi petang ini iaitu Ahli yang dilantik, YB Dato' Wong Tat Chee. Dipersilakan.

Dato' Wong Tat CheeAhli Yang Dilantik

Salam sejahtera, salam perpaduan, salam Pahang 1st. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya orang baru berasal dari Temerloh. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan kali ini. Selamat berjumpa rakan-rakan dari sebelah sini dan rakan-rakan dari sebelah sana. Kalau ada perbezaan pendapat, jangan kita berpatah berkerat. Kita sama-sama junjung amanah rakyat memperjuangkan demokrasi yang subur lagi sihat. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja, Menteri Besar dalam menyampaikan Belanjawan 2025 menjelaskan peta laluan kewangan negeri yang mantap dan berhemah. Rakyat boleh menilai, salah satu penunjuk yang cukup melengkapkan ialah hasil kutipan negeri sentiasa bertambah melepasi KPI yang ditetapkan. Di samping itu, perangkaan bagi tahun 2022 dan 2023 menunjukkan pencapaian KDNK negeri mengatasi angka purata kebangsaan.

Saya tetap yakin pertumbuhan KDNK tahun 2024 dan 2025 akan terus mengatasi angka purata kebangsaan. Kebolehan angka pertumbuhan KDNK negeri menewaskan angka purata kebangsaan adalah KPI pengurusan ekonomi yang bukan biasa-biasa tetapi cukup luar biasa. Sesungguhnya sejak memegang tam… tampuk kepimpinan negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membuktikan kecekapan dan kompetensi yang luar biasa, memimpin urus tadbir kewangan negeri sekalipun ketika berlaku serangan dan ancaman COVID-19.

Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja sentiasa menekankan kebajikan dan kesejahteraan rakyat khususnya golongan B40. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna golongan M40 dan T20 telah dilupakan. Dalam merangka perbelanjaan yang seimbang dan berfokus, Yang Amat Berhormat telah mengambil kira semua aspek kehidupan rakyat, kepentingan dan hak semua rakyat telah diangkat dan dipelihara.

Yang Berhormat Tuan Speaker.

Rel Kereta Api Pantai Timur atau ECRL dijangka siap menjelang akhir tahun 2026 atau awal tahun 2027. Dari segi saiz pelaburan, projek ini merupakan projek infrastruktur yang paling besar pernah dilaksanakan di sebelah Pantai Timur. Ketika pelancarannya dalam tahun 2017, projek ini juga disifatkan sebagai game changer yang boleh mengubah nasib ekonomi Pantai Timur khususnya di negeri Pahang. Walaupun sementara kita menanti-nantikan impian menjadi kenyataan jangan kita lupa jasa budi bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak. Walaupun dicerca, ditohmah, dihasut, diserang, Dato' Sri Najib tetap dengan visi dan misi untuk mengubah nasib ekonomi rakyat di negeri-negeri Pantai Timur menerusi pembinaan ECRL. Sesungguhnya kalau bukan kerana berlakunya penukaran kerajaan pada

tahun 2018, rakyat pantai Timur khususnya warga bandar Kuantan memang boleh menikmati perjalanan rel kereta api ke Kuala Lumpur sejak tahun akhir yang lepas.

Yang Berhormat Tuan Speaker.

ECRL membawa misi serampang dua mata. Di samping menjamin perkhidmatan penumpang yang pantas dan selesa. Ia juga menawarkan perkhidmatan kargo yang cepat lagi murah, sekaligus boleh melonjakkan aktiviti perniagaan dan perindustrian di pantai Timur. Rakyat Pantai Timur telah jauh ketinggalan dari segi pertumbuhan komersial dan perindustrian sejak hari merdeka. ECRL boleh mengubah nasib ekonomi rakyat Pantai Timur, tetapi malang seribu malang, kesal seribu kesal. Projek yang boleh mengangkat KDNK Pantai Timur telah ditohmah, diserang dan disekat dan nyaris-nyaris dibatal semata-mata atas desakkan dendam dan fitnah politik. Apa yang menimpa nasib ECRL boleh dijadikan satu pengajaran politik kepada semua pihak. Parti politik boleh bertanding merebut kuasa berhak menjatuhkan mana-mana kerajaan negeri dan persekutuan mengikut amalan demokrasi. Akan tetapi ajaran-ajaran demokrasi tidak pernah menganjurkan perbalahan dan permusuhan selepas PRU. Sekiranya berlaku pertukaran kerajaan, projek dan dasar yang menguntungkan rakyat elok sekali diteruskan tanpa gangguan.

Yang Berhormat Tuan Speaker. Walaupun pembinaan ECRL telah mengalami kelewatan akibat fitnah dan dendam politik. Kita perlu move foward, dari segala pengalaman sakit pahit. Saya ingin bertanya apakah persediaan dan perancangan yang sihat.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Mohon mencelah.

Speaker

Sila Yang Berhormat.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Terima kasih saya ingin err... pamerkan di sini bahawa projek-projek yang membawa kebaikan kepada negara khususnya negeri Pahang termasuk ECRL err... akan berjalan err... berdasarkan jadual seperti yang err... dijanjikan oleh Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Anthony Loke. Jadi tiada isu lah bahawa projek yang mengalami masalah seperti politik, tak ada isu kerajaan perpaduan komited untuk melaksanakan projek yang menjaga dan menjamin kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Terima kasih.

Dato' Wong Tat CheeAhli Yang Dilantik

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya tak ada isu lah. Saya nak tanya apakah persediaan dan perancangan kerajaan negeri merebut peluang ini untuk menambah nilai dan melengkapkan gelombang perubahan ECRL. Saya berpendapat kerajaan negeri perlu melakukan perancangan yang jelas mengenal pasti tempat dan lokasi serta cadangan content yang menarik. Akhir sekali disusuli dengan peruntukan yang

mencukupi untuk membina pusat-pusat pertumbuhan komersial di sepanjang laluan ECRL khususnya di sekitar kawasan stesen atau kompleks perhentian.

Yang Berhormat Tuan Speaker, menjelang tibanya Tahun Melawat Malaysia 2026, sekali lagi saya ingin menekankan sektor pelancongan diberi perhatian yang lebih berfokus. Walaupun memang terdapat inisiatif belanjawan yang menarik… yang menaik taraf dan mengangkat sektor pelancongan, saya berpendapat usaha-usaha tambahan perlu ditambah nilai dan dilonjakkan dari semasa ke semasa. Jika peruntukan dana menjadi masalah, apakah usaha-usaha kita memohon bantuan kewangan dari kerajaan persekutuan di sekitar daerah Temerloh. Saya melihat aktiviti promosi pelancongan tidak rancak kerana tiada inisiatif yang bersungguh-sungguh dari pihak kerajaan. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan kerajaan negeri membuat langkah breakthrough untuk memaju dan melonjakkan pelancongan daerah Temerloh. Dalam hubungan ini, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menarik pelaburan untuk mendirikan sebuah safari park yang paling besar di Asia Tenggara dalam kawasan hutan Temerloh. Saya percaya langkah ini boleh membawa impak besar kepada kegiatan pelancongan tempatan. Ia bukan sahaja boleh menarik perhatian pelancong tempatan malah mampu menjadi destinasi.

Speaker

Sila wakil kerajaan silakan.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih ADUN Lantikan. Safari park di Gambang ni kosong. Boleh ambil alih kalau ADUN Lantikan nak. Terima kasih.

Dato' Wong Tat CheeAhli Yang Dilantik

Yang Berhormat EXCO. Safari park di Bukit Gambang Resort itu sebab sebegitu kecil dan tidak ada tarikan untuk pelancong. Kalau kita boleh membina satu safari park yang lebih besar daripada Pattaya di Negara China yang boleh menarik pelancong untuk menghabiskan satu hari punya pelancongan dalam kawasan itu, maka baru ada tarikan. Okey, saya belum habis lagi, ya. Okey saya nak cerita kalau kita ada safari park yang besar, kita bukan sahaja boleh menarik pelancong tempatan. Kita boleh menarik pelancong daripada Genting Highlands. Seperti mana yang kita maklum, Genting Highlands berjaya menarik berjuta-juta pelancong asing setiap tahun. Kalau kita boleh membawa setiap pelancong asing Genting Highlands, ke Temerloh khususnya, duduk satu malam di Temerloh. Maka keperluan hotel-hotel yang bertaraf 4 bintang atau 5 bintang akan didirikan di Temerloh. Dengan lonjakkan ekonomi dan naik taraf infrastruktur yang seiring dengan gelombang kemasukan pelancong. Temerloh boleh menjadi PPT yang kedua yang banyak mencapai taraf majlis bandaraya pada masa terdekat. Yang Berhormat Tuan Speaker. Baru baru ini.

Tuan Hassan bin OmarPAS · PNLanchang

Tuan Speaker, boleh saya mencelah. Saya tertarik dengan pusat pelancongan yang ditayangkan oleh ADUN Lantikan. Di Lanchang tadi sudah ada Pusat Santuari Gajah juga ada Pusat Pemuliharaan Harimau dan Taman Biodiversiti. Kalau ADUN Lantikan

bersetuju, kita boleh wujudkan di tempat tersebutlah di Lanchang. Boleh bersetuju dengan itu?

Dato' Wong Tat CheeAhli Yang Dilantik

Yang Berhormat saya tidak ada kuasa. Serupa juga apa yang katakan Pusat Gajah Kuala Gandah tak cukup menarik pelancong asing duduk satu malam di daerah Temerloh. Kalau pelancong datang dan pergi kita tak untung apa-apa.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Tuan Speaker, saya mohon mencelah.

Speaker

Sila… sila… Yang Berhormat Ketari.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Yang Berhormat ADUN yang dilantik telah buat beberapa cadangan, tak cukup besarlah dan dia tak ada kuasa. Saya cuma nak tanya Taman Negara kita besar tak, cukup tak. Bolehkah kita promosikan Taman Negara kita?

Dato' Wong Tat CheeAhli Yang Dilantik

Yang Berhormat, Yang Berhormat Tuan Speaker, kita kena meluaskan pandangan kita. Taman Negara ialah satu Forest… National Forest. Tengok pokok, tengok binatang. Safari park bukan tengok binatang sahaja. Safari park adalah satu pembinaan. Sama besar macam Disneyland, Legoland.

Speaker

Yang Berhormat minta gulung, minta gulung.

Saya mohon mencelah, Dato' Speaker saya ingin mencelah sikit.

Speaker

Sila.

Agak-agak berapa ekar diperlukan untuk buat safari Park tu.

Dato' Wong Tat CheeAhli Yang Dilantik

500 ekarlah. Pelancong nak spend satu hari dalam baru boleh dia bermalam di Temerloh. Okey, Yang Berhormat Tuan Speaker, baru-baru ini, PTPTN telah membongkarkan perangkaan yang cukup menyedihkan. Daripada jumlah RM74 bilion yang dipinjam sejak 1997 sebanyak RM32 bilion atau 43% tidak dijelaskan mengikut jadual. Saya kira majoriti kes-kes tunggakkan pinjaman akan menjadi hutang lapuk yang tidak dapat dikutip semula buat selama-lamanya. Saya tidak mahu membahaskan isu hutang lapuk PTPTN dalam Dewan yang mulia ini kerana ia bukan urusan kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, saya ingin mengaitkan isu PTPTN dengan pinjaman pendidikan Yayasan Pahang. Saya ingin bertanya, apakah Yayasan Pahang juga menghadapi masalah kutipan hutang pinjaman pendidikan? Apakah jumlah pendidikan pinjaman yang diluluskan sejak penubuhannya, berbanding jumlah tunggakan atau hutang lapuk? Apakah tatacara dan garis panduan kutipan hutang yang diguna pakai oleh Yayasan Pahang? Memang lengkap dan sempurna, boleh menjabin… menjamin episod PTPTN tidak berulang di sini.

Yang Berhormat Tuan Speaker.

Masalah ketidakstabilan dan gangguan bekalan air negeri Pahang masih menghantui…

Speaker

Yang Berhormat.

Dato' Wong Tat CheeAhli Yang Dilantik

semua pengguna.

Speaker

Yang Berhormat, err... panjang lagi?

Dato' Wong Tat CheeAhli Yang Dilantik

Satu sahaja.

Speaker

Satu minit lagi, err... sila.

Dato' Wong Tat CheeAhli Yang Dilantik

Bekalan meliputi semua sektor industri dan komersial, bandar dan luar bandar. Walau bagaimanapun, saya melihat pembentangan bajet kali ini membawa harapan baru. Mengikut butiran, terdapat sebanyak RM92 juta peruntukan untuk menyelesaikan 90% masalah bekalan air.

Dalam hubungan ini, saya ingin memohon penjelasan, kena… kenapa KPI tidak boleh dinaikkan ke 100%? Apakah ianya dikekang oleh peruntukan dana? Walau bagaimanapun, sama ada KPI 90% atau 100%, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri atas usaha menamatkan masalah bekalan.

Yang Berhormat Tuan Speaker.

Sukan renang merupakan aktiviti riadah yang cukup sihat untuk semua lapisan rakyat, termasuk belia, dewasa dan warga emas. Walau bagaimanapun, sejak penutupan kolam renang, sebuah hotel tempatan di bandar Mentakab, semua peminat dan penyokong sukan renang sekitar daerah Temerloh merasa cukup sedih dan kecewa.

Saya telah menyemak laporan khabar mengenai keluhan ibu bapa dan reaksi persatuan renang mengenai bakat-bakat renang yang kehilangan tempat latihan. Mereka terpaksa bergerak jauh ke kolam renang di Kuantan atau Bukit Tinggi untuk meneruskan aktiviti latihan mengikut piawaian pertandingan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.

Yang Berhormat Tuan Speaker.

Saya melihat ketiadaan kolam renang awam tidak sepatutnya berlaku dalam kawasan pentadbiran PBT yang bertaraf majlis perbandaran. Oleh yang demikian, saya menyokong pendirian Yang Berhormat ADUN Mentakab supaya sebuah kolam renang sekurang-kurangnya patuh piawaian MSSM disegerakan pembinaannya dalam kawasan Majlis Perbandaran Temerloh. Saya ingin mohon, secara ikhlas terbuka dan terbuka kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja, Menteri Besar, sudi menghulurkan bantuan.

Yang Berhormat Tuan Speaker.

Dengan kata-kata di atas, saya memohon menyokong Usul Belanjawan Negeri bagi Tahun 2025. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih ADUN yang dilantik. Ahli Yang Berhormat sekalian, untuk hari ini, saya perhatikan bahawa seramai 15 orang Ahli telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan ini, dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagaimana kelaziman persidangan kita, pihak Dewan Negeri akan mengadakan acara sukan boling individu yang akan diadakan pada malam ini di Playground 6, Semambu pada jam 8 malam. Pihak Dewan Negeri telah mengedarkan t-shirt sukan untuk dipakai semasa acara tersebut berlangsung. Diharapkan Ahli yang telah mengesahkan kehadiran dapat hadir mengikut masa yang ditetapkan.

Baiklah, persidangan kita akan disambung pada hari esok, Selasa, 3 haribulan Disember 2024 bermula jam 9.30 pagi insya-Allah. Persidangan di tempohkan.