Pahang · 3 December 2024
15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 391 turns · 45,673 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari : Selasa, 3 Disember 2024 Bersamaan 1 Jamadilakhir 1446 Hijrah
Masa : 9.30 pagi
DOA
Perkara Pertama: Doa.
Bacaan doa. (Ayat al-Quran). Segala puji bagi Allah, dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepadaNya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan. Mudah-mudahan sentosa, aman makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli-ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkatMu ke atas kami berhimpun, dipohon anugerahkan TaufikMu, dipohonkan menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
PERTANYAAN-PERTANYAAN KEPADA MENTERI BESAR
Perkara Kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.
Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, selamat pagi dan salam sejahtera. Marilah kita er… menghadiri Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada pagi yang berbahagia ini. Baiklah, untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat yang seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Tioman mengemukakan pertanyaan. Sila Yang Berhormat.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya ingin mengemukakan soalan nombor 1. Terima kasih.
[Musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut (MTL) sudah bermula pada awal November 2024. Laut bergelora manakala paras air Sungai Pahang telah naik dan mengalir deras. Minta kerajaan:
i) Nyatakan apakah status bekalan ikan pada masa ini?
ii) Apakah tindakan kerajaan dalam membantu pengusaha ternakan ikan sangkar Sungai Pahang khususnya bagi yang terkesan banjir?
iii) Apakah strategi kerajaan dalam subsektor perikanan agar mencapai keterjaminan makanan khususnya bagi negeri Pahang?]
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat er… Tuan Speaker. Terima kasih kepada sahabat saya daripada Tioman yang bertanyakan tentang er… bekalan atau status bekalan ikan pada masa musim er… Monsun Timur Laut. Juga bertanyakan apakah tindakan kerajaan dalam membantu pengusaha ternakan ikan sangkar Sungai Pahang khususnya bagi yang terkesan banjir dan soalan ketiga, strategi kerajaan dalam subsektor perikanan agar mencapai keterjaminan makanan khususnya bagi negeri Pahang.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Kerajaan sedar bahawa musim Monsun Timur Laut iaitu daripada bulan November hingga Mac, pada November 2024 dan Mac 2025 adalah antara cabaran kepada keterjaminan makanan. Pekerjaan nelayan yang mendaratkan ikan sama ada dari laut atau darat sangat penting bagi proses pengeluaran ikan yang mana… yang mana menjadi punca pendatan… pendapatan bagi nelayan dan pada masa yang sama sangat penting sebagai bekalan makanan rakyat.
Pada masa sekarang, bekalan makanan daripada sumber perikanan adalah mencukupi di negeri Pahang. Jika kita merujuk kepada rekod pendaratan ikan tahun 2023 iaitu terdapat 136,853 metrik tan setahun ya, yang nilaiannya lebih kurang dalam RM1.32 bilion. Ini didaratkan di negeri Pahang Darul Makmur dan er… kalau kita lihat misal contohnya dari segi demand ya, keperluan di negeri Pahang, kita kira penduduk lebih kurang 1.7 juta penduduk dan mengambil kira er… seorang penduduk akan keperluannya lebih kurang 44.7 kilogram ya… setahun dia kira… ni kiraannya, maka kita dapati akan berlakunya kelebihan er… sebanyak 60,863 metrik tan setahun dan er… kalau dikira dibahagi pula dengan bulan terdapat lebihan sebanyak 5,700… 5,071 metrik tan… yang boleh kita er... pasarkan keluarlah, keluar daripada negeri Pahang. Jadi maknanya bekalan untuk makluman, er… alhamdulillah bekalan ikan di negeri Pahang mencukupi.
Manakala bagi soalan kedua, bantuan kepada pengusaha yang terjejas oleh banjir ataupun bagaimanakah cara untuk membantu pengusaha-pengusaha, penternak-penternak ikan sangkar ni khususnya di sepanjang Sungai Pahang. Kita pertama sekali memaklumkan lebih awal melalui notis dan surat sejak awal Oktober lagi sebelum Monsun Timur Laut ini supaya bersedia menghadapi Monsun Timur Laut dan kemungkinan banjir. Jadi, kita semua minta dia bersedia. Meminta pengusaha atau penternak memeriksa dan mengikat sangkar dengan kukuh. Yang ketiganya, merancang dan menjual ikan yang sesuai saiz pasaran sebelum musim tengkujuh dan melaporkan kepada Pejabat Perikanan Daerah masing-masing jika terkesan dengan bencana dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Kalau mengikut rekod, kerajaan melalui Jabatan Perikanan telah membantu pengusaha-pengusaha akuakultur negeri Pahang yang terkesan tersebut melalui Bantuan Tabung Bencana seperti berikut. Tahun 2020 nilai bantuan ialah
RM307,425.00 yang melibatkan 45 penternak. Tahun 2021 nilai bantuan ialah RM463,000.00 yang melibatkan 179 penternak. Tahun 2022 nilai bantuan ialah RM1 juta… RM1.951 juta yang melibatkan 275 penternak. Tahun 2023 nilai bantuannya hanyalah RM192,470.00 melibatkan 42 penternak. Manakala bagi tahun 2024 iaitu banjir awal tahun 2024 dan kemarau El Nino pada pertengahan tahun ini, nilai bantuan ialah sebanyak RM589,301.00 yang melibatkan 67 pen… penternak. Bantuan-bantuan tersebut diberikan dalam bentuk makanan ikan dan mu… bagi musim baharu penternakan ikan mereka dalam bentuk input pertanian, ini… input ni… perikanan.
Bagi soalan ketiga, strategi kerajaan. Sektor perikanan terbahagi kepada 3 subsektor iaitu praktikan… perikanan tangkapan ataupun perikanan laut. Yang keduanya, akuakultur atau dahulunya dikenali sebagai ternak air dan yang ketiganya perikanan darat, perikanan sungai. Untuk rekod, prestasi pen… pendaratan atau pengeluaran ikan pada tahun 2023 ialah seperti berikut. Perikanan tangkapan iaitu perikanan laut sebanyak nilaiannya RM910 juta er… merangkumi 85% daripada nilai keseluruhannya. Akuakultur sebanyak RM354 juta iaitu lebih kurang 14% dan perikanan darat sebanyak RM53.5 juta iaitu 1%. Jumlah keseluruhan pengeluaran ikan merangkumi ketiga-tiga subsektor ini bagi negeri Pahang ialah 136,853 metrik tan yang bernilai RM1.32 bilion dan ia merupakan peningkatan kira-kira 6% dari sudut kuantiti dan 15% dari sudut nilai berbanding tahun 2022 iaitu dalam tahun 2022 ialah 129,522 metrik tan yang bernilai RM1.15 bilion. Ia adalah tertinggi di Pantai Timur sekali gus mengekalkan status negeri Pahang sebagai peneraju perikanan di Pantai Timur. Makna kalau dibanding dengan negeri yang ada di Pantai Timur, Kelantan, Terengganu, Pahang ni kira penerajulah, juaralah maknanya.
Bagi subsektor perikanan tangkapan, beberapa, beberapa faktor kelebihan di negeri Pahang ialah kerana perairan muka Kuala Kuantan yang lebih dalam berbanding perairan ke jeti utama di negeri lain. Kemudahan ini termasuk kemudahan infrastruktur di jeti perikanan kendalian LKIM dan pasaran harga pasaran ikan yang kompetitif. Jadi, rekod menunjukkan ada juga vessel-vessel daripada negeri Terengganu, Kelantan, Johor yang masuk ke pangkalan semenjak 2022 ni masuk ke Pahang. Jadi, kerajaan melalui Jabatan Perikanan akan terus memudah cara termasuk mempertingkatkan kecekapan melalui proses pengurusan, pemantauan serta penguatkuasaan terhadap vessel-vessel penangkapan ikan.
Manakala bagi akuakultur seiring dengan hala tuju dan fokus utama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan iaitu memperkasa industri akuakultur khususnya di negeri Pahang, Projek Pembangunan Integrasi Akuakultur (PPIA) Sistem Sangkar Bersepadu bernilai kira-kira RM6.89 juta sedang dilaksanakan bagi tahun 2024. Ia melibatkan 5 daerah, 11 kluster dan 43 orang peserta. Melalui peruntukan yang disalurkan pada tahun 2024, sebanyak 272 petak sangkar tambahan telah siap dibina. Selain bantuan lain seperti bakul sangkar baru, stor makanan, rumah operasi, pelbagai input ternakan, makanan ikan dan benih ikan untuk tempoh satu pusingan ternakan iaitu antara 6 ke 8 bulan. Insya-Allah dijangkakan pengeluaran penternak ikan sangkar di 11 kluster tersebut akan dapat ditingkatkan dari 242 metrik tan setahun iaitu pengeluaran sedia ada yang bernilai RM4.84 juta akan meningkat kepada 378 metrik tan setahun yang bernilai RM7.56 juta apabila beroperasi kelak.
Manakala bagi tahun 2025, Jabatan Perikanan telah mengangkat sebanyak 10 permohonan kluster baru di sepanjang sungai-sungai Pahang yang melibatkan 69 orang peserta dengan implikasi kewangan kerajaan sebanyak RM4.24 juta dan insya-Allah jika pihak kementerian meluluskannya bermakna ia akan terus meningkatkan pengeluaran hasil ternakan khususnya ikan patin dari Sungai Pahang. Bagi menyokong ternakan ikan sangkar, kerajaan melalui Jabatan Perikanan akan terus
memperkasa kedua-dua pusat pengembangan akuakultur iaitu di Bukit Tinggi, Bentong dan Perlok, Jerantut bagi pengeluaran benih ikan ternakan dan juga pelepasan umum iaitu di sungai-sungai dalam negeri Pahang.
Pada tahun 2024, jumlah pengeluaran benih pelbagai spesies ikan telah mencapai 5 juta ekor berbanding 4.9 juta ekor pada tahun 2023. Bagi meningkatkan pengeluaran akuakultur, galakan akan terus diberikan supaya menggunakan tanah di Zon Industri Akuakultur (ZIA) dan sehingga kini masih terdapat baki kira-kira 4.1% iaitu kira-kira 1,352 ekar yang masih terbuka untuk aktiviti akuakultur yang sesuai. Sehingga sekarang terdapat 14 aktiviti akuakultur komersial yang menghasilkan pengeluaran bernilai RM114.78 juta manakala jumlah… sejumlah RM77.67 juta adalah daripada kawasan gazet air.
Bagi subsektor ketiga iaitu perikanan darat atau perikanan sungai, rekod pendaratan pada tahun 2023 adalah 1,920 metrik tan yang bernilai RM53.5 juta. Walaupun pendaratan perikanan darat di negeri Pahang adalah yang kedua tertinggi di Malaysia, tetapi nilai Ringgit Malaysia pendaratan ikannya adalah tertinggi sekali kerana spesies ikan-ikan di negeri Pahang adalah lebih bernilai tinggi. Jadi, subsektor ini mendapat manfaat besar daripada 2 pusat iaitu Pusat Pengembangan Akuakultur di Bukit Tinggi, Bentong dan Perlok, Jerantut. Di mana sejumlah 2.241 juta ekor benih ikan daripada pelbagai spesies iaitu kelah, patin buah, tamalian, kerai, baung, tenggalan, sebarau, terbol, lampam sungai telah dilepaskan ke sungai-sungai dalam negeri Pahang dalam tahun 2024.
Usaha yang sama akan dilaksana pada tahun 2025 dengan pertambahan usaha baru iaitu pembiakan spesies ikan jelawat. Ia akan dilaksanakan dengan kepakaran penyelidik Jabatan Perikanan dari Institut Penyelidikan Perikanan Glami Lemi Negeri Sembilan. Kerajaan yakin spesies ini boleh menjadi sumber kekayaan baru sepertimana ikan kelah yang sudah mampan pengeluaran dan pasarannya. Pada masa sekarang, harga pasaran ikan jelawat adalah antara RM300.00 ke RM500.00 sekilo.
Subsektor perikanan darat juga akan diperkasakan melalui pindaan undang-undang sedia ada iaitu Kaedah-kaedah Perikanan Perairan Sungai Pahang 1991 yang sedang diproses. Ia termasuklah larangan pelepasan ikan berbahaya ke perairan umum. Itu bagi melengkapkan sokongan kepada undang-undang persekutuan yang telah melarang mengimport, menjual, memelihara, menyimpan atau mempamerkan family genius atau spesies ikan hidup tertentu berbahaya termasuklah spesies ikan baung ekor merah. Dan pelbagai strategi telah pun diambil oleh Kerajaan Negeri Pahang termasuklah kita mengadakan pertandingan ‘Moh Tangkap Ikan’ ataupun ‘Moh Tangkap Baung Ekor Merah’ di pelbagai tempat termasuklah di daerah Jerantut, di Lipis, Jerantut ni kita di Jerantut, di Lipis, di Pekan, di Temerloh.
Dan ini penting kerana baung ekor merah ni dia predator, dia boleh makan ikan-ikan yang ada dalam sungai. Malahan kalau untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker, dia… pernah kita anjurkan pertandingan ni bila dia tangkap ikan yang besar tu lebih… lebih daripada 20 kilo. Bila belah perut tu tengok dalam tu ada ikan… ikan patin yang besar. Jadi, cuba bayangkan kalau ikan ni membiak, malahan dia sedang membiak sekarang ni. Maknanya ikan-ikan asli kita, ikan jelawat, ikan kelah, ikan kerai, tenggalan dan lain-lainlah memang boleh pupus.
Jadi, mohon kerjasama daripada semua supaya jangan lepaskan ikan ni ke sungai ataupun kita cuba lepaskan ikan-ikan yang kita tak tahu kita beli tengok lawa, lepas tu
kita lepaskan ke sungai. Ini yang jadi mangsa sebenarnya. Jadi, Yang Berhormat Tuan Speaker, itulah jawapan saya. Terima kasih.
Terima kasih Wakil Kerajaan Negeri. Saya jemput..
Soalan tambahan.
Tioman, ya sila.
Yang Berhormat Timbalan Speaker,
Saya ingin mengajukan soalan tambahan memandangkan dalam jawapan ketiga tadi menyebut beberapa subsektor perusahaan ataupun kategori yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan. Soalan saya, adakah Jabatan Perikanan mempunyai cadangan untuk melebarkan subsektor ini seperti contohnya ikan sangkar di Pulau Tioman kerana di Pulau Tioman pun ada air tawar, ada sungai yang berpotensi untuk membiakkan ataupun memelihara ikan sangkar ini?
Yang keduanya, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan negeri. Saya yakin dan percaya Wakil Kerajaan Negeri banyak idea tentang ini iaitu berhubung dengan ikan perhiasan. Saya tidak pasti adakah dia termasuk di bawah Jabatan Perikanan. Namun, di Pulau Tioman dan juga di Rompin di Empangan Pontian, memang ada ikan green arowana. Jadi, adakah sekiranya jenis ikan ini termasuk di bawah kategori yang dipelihara ataupun diberi keprihatinan oleh Jabatan Perikanan, adakah langkah-langkah untuk memperkembangkan pembiakan ataupun mengambil tahu hal ikan arowana di Rompin ini? Itu soalan saya. Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya daripada Tioman yang mengajukan soalan tambahan. Pertamanya, berkenaan dengan aktiviti akuakultur di Pulau Tioman yang juga mempunyai air tawar ya. Sebenarnya ia tidak ada kekangan di mana kawasan tu ya, yang sekarang ni sebab khususnya apabila kita fokuskan kepada Sungai Pahang ni sebab dia sungai tu besar. Jadi kalau kita adakan aktiviti akuakultur misal contoh sangkar, ianya lebih kondusiflah ya tetapi ini tidak menghalang kita mewujudkan ataupun melaksanakan projek akuakultur di tempat-tempat lain, di sungai-sungai yang selain pada Sungai Pahang termasuklah di Tioman ni, insya-Allah. Jadi, kalau sekira boleh berhubung dengan Jabatan Perikanan yang akan memberikan nasihat dan juga panduan serta keperluan untuk merealisasikan hasrat mewujudkan aktiviti akuakultur di Tioman ni sendiri. Ianya tidak terbatas kepada kawasan ya.
Dan berkaitan dengan subsektor ikan perhiasan Arowana misal contohnya. Sebenarnya, Jabatan Perikanan menggalakkan. Malahan kalau kita lihat misal contohnya ada usaha daripada Jabatan Perikanan mengadakan kempen ikan hiasan
untuk anak-anak muda kerana sebenarnya potensi ikan perhiasan ni tinggi juga. Ia boleh dijadikan sebagai produk jualan, marketing dan ianya mestilah juga mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Perikanan sebab kita bimbangi kerana ikan hiasan ni ada setengah-setengah tu, saya ingat kalau dia mengikut yang ini kajian yang dibuat antara sebab baung ekor merah ni boleh masuk ke sungai-sungai kita kerana dia punya bentuk tu lawa. Dia… ekor dia merah kan. Baung biasa, baung biasa tu begitu tapi baung ekor merah ni dia bentuk dia lawa. Tanpa disedari, oleh kerana kecantikan dia, dia bela kemudian akhirnya semacam mana dia telah ni ikan ni telah termasuk ke dalam sungai dan bila masuk dalam sungai, dia membiak. Ini yang kita bimbang sebab tu yang tu kena dapat juga pandangan daripada Jabatan Perikanan kerana ianya akan menjadi ancaman.
Ini cukup risau sebab asal apa nama baung ekor merah ni bukan daripada kita. Dia bukan ikan asli kita. Sebab tu dia kata ikan daripada Mekong. Ikan daripada luar yang import tu. Akhirnya masuk dan sekarang ni ikan tu telah masuk ke belah-belah hulu. Sebab tu kita lihat misal contoh, bila kita buat kempen menangkap baung ekor merah ni di Tanjung Gahai… di Lipis, Jelai. Kita dah dapat tangkap lebih 100 lebih kilogram ikan tu. Makna ikan ni dia start daripada bawah. Difahamkan, kalau ikut cerita dia bermula daripada kuala ni, belah-belah Pekan. Dia naik tu sampai ke belah hulu dah sekarang ni dan ini kalau kita tak bendung habis kita punya ikan asli kita akan pupus.
Dan untuk makluman sahabat saya daripada Tioman. Sebenarnya subsektor ni kita bercakap pasal ikan tadi tapi saya nak maklumkan bahawasanya sekarang ni dah jadi satu trend iaitu penggemar makanan ni. Yang ini yang dipanggil pelancongan makanan. Ingat ini sahabat saya daripada Triang dia tahu bahawasanya gastronomic tourism ni mak… dia pergi tu nak makan. Saya lihat bahawasanya, misal contoh kalau di Rompin tu di Leban Chondong tu ini udang tau udang galah yang menjadi satu kegilaan. Orang pergi jauh-jauh pergi sana. Bila tanya daripada mana? Daripada Melaka. Daripada mana? Daripada Johor. Datang jauh daripada Johor. Makan ikan di kedai-kedai Mak Ngah, kedai-kedai ini Azizah semua yang saya ingat lebih kurang. Jumpa semua tanya, mengapa? Dia kata viral. Tengok, makan udang galah. Di Leban Chondong di Rompin. Malahan bila pergi ke di Paloh Hinai, Paloh Hinai ada juga kedai. Walaupun... [ketawa] Leban bukan Lebai tu. Kalau Lebai Chondong lain, dia Leban Chondong ya… Leban Chondong.
Jadi walaupun begitu, dia ramai yang datang. Di Paloh Hinai misalnya, kedai Kak Chik dia panggil. Di situ masya-Allah, orang datang makan ini apa nama udang galah di… di kawasan tersebut. Di Temerloh, di Sanggang misal contohnya udang galah di kedai… kedai Saiful, kedai apa nama ni D'Patin di Temerloh ini udang galah dan harganya kus semangat, premium. Di Bentong dia ada di kedai apa nama ini dipanggil industri… kedai… kedai, ya? Er… jadi Dato' Amizar tahu dan ada juga, ada satu kedai nama dia Lubuk Hantu, ha… udang galah, menjadi kegilaan. Dia maksudnya aktiviti akuakultur ni bukan tertumpu hanya kepada ikan tetapi walaupun harganya premium tetapi penggemar peminat dia akan pergi untuk mengikuti ataupun menikmati makanan. Jadi, insya-Allah Jabatan Perikanan ada bersedia untuk memberikan khidmat nasihat dan kita Kerajaan Negeri Pahang, insya-Allah ini kalau boleh jadi sebagai bentuk… satu bentuk produk pelancongan, masya-Allah. Inilah usaha yang kita buat. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ha... sila Beserah.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ucap terima kasih pihak kerajaan di atas jawapan yang diberikan. Daripada jawapan itu, kita melihat antara penyumbang utama subsektor perikanan adalah subsektor tangkapan laut yang menyumbang sebut tadi RM910 juta setahun yang juga menyumbang lebih daripada 60% daripada hasil tangkapan. Cuma saya nak tanya soalan, adakah Jabatan Perikanan dilibatkan di dalam perbincangan dengan jabatan lain kerana kerja-kerja mengorek pasir di muara sungai ni yang berlaku sekarang ni di kawasan saya terutama sekali telah mengganggu aktiviti harian nelayan untuk keluar masuk? Bila dia korek pasir berhampiran dengan muara, muara tu akan… laluan masuk dia jadi cetek. Mereka tak boleh keluar masuk mengikut jadual yang sepatutnya. Terpaksa ikut air pasang dan air surut. Jadi ini mengganggu aktiviti harian dia. Kalau kita tidak bincang dengan Jabatan Perikanan yang me… me… apa ni yang me... menjaga kepentingan nelayan untuk membekalkan perikanan ini diibimbangi kita tak mampu nak mengekalkan pencapaian kita untuk nak menangkap ikan dengan keluaran yang begini. Kalau nelayan… aktiviti nelayan secara harian terjejas dengan aktiviti-aktiviti pengorekan pasir ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Beserah, yang membangkitkan soalan sama ada ada koordinasi antara jabatan-jabatan yang berkaitan dengan aktiviti kerana ia akan melibatkan disiplin yang lain. Jawapannya, sebenarnya memang ada. Kita mengambil pandangan daripada jabatan teknikal bagaimana caranya untuk kita apa nama laksanakan suatu projek yang untuk manfaat masyarakat dengan cara yang sebaik mungkin. Ya misal contohnya, kuala sungai-sungai ni penting sebab apa, kadang-kadang tu saya teringat ini Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat ADUN Beserah.
Kita telah mendapat permintaan daripada Persatuan Nelayan untuk membantu supaya pihak kerajaan menyediakan traktor masa tu. Nak tarik perahu-perahu ni ataupun bot-bot nelayan ni masuk ke ini apa nama er... tempat pangkalan mereka. Kenapa? Masalahnya ialah kerana ketohoran ya kerana kecetekan sungai atau muara tu sendiri. Dan ini alhamdulillah, di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar apabila beliau menerajui kepimpinan negeri, kita telah membekalkan sebanyak tiga buah traktor yang khas untuk... untuk kalau tidak diorang terpaksa tarik secara gotong-royong tarik anu tu. Dan memandangkan aktiviti ni sebenarnya kalau kita lihat ianya boleh ditangani dengan cara kita mendalamkan muara-muara sungai ni.
Itulah antara lain mengapa bila ada cadangan baru pihak-pihak yang terbabit untuk mendalamkan muara sungai, maka kita meneliti dan mengambil pandangan daripada semua jabatan teknikal sama ada Jabatan Pengairan dan Saliran, kita mengambil pandangan daripada Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan juga persatuan. Ambik pandangan bagaimana cara yang terbaik untuk kita laksanakan baru kita luluskan dengan bersyarat dengan syarat bahawasanya ini begini dan sebagainya.
Sebab tu kalau sekiranya ada tidak berlakunya keharmonian dari segi koordinasi tu, saya harap er… bolehlah YB Beserah maklumkan kita akan kordinasikan supaya matlamat kita tadi iaitu dapat kita mendalamkan muara sungai dan membantu dari segi sistem saliranlah. Makna dia akan membantu. Sebab kadang banjir belah hulu tu kita tengok sebab banjir kita tumpu kepada banjir sedangkan pada masa yang sama muara tu juga digunakan oleh para nelayan untuk keluar masuk keluar masuk. Jadi kena ada keharmonian. InsyaAllah jadi perkara terima kasih ni YB Beserah kalau dapat bangkitkan, saya akan mintak supaya jabatan teknikal meneliti untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Terima kasih.
Terima kasih er… wakil… er… soalan terakhir bagi Ketari.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Selain daripada penternakan ikan air er… ikan air tawar dalam sangkar adakah kerajaan mempertimbangkan kesesuaian penternakan ikan lautan di pesisiran pantai negeri Pahang sebab kalau dapat menjana apa memberikan peluang untuk menternak ikan lautan ia ada satu peluang pekerjaan dan juga menjana ekonomi untuk negeri seperti ikan lautan, spesies dengan izin, Giant Grouper. Ia adalah satu ikan yang banyak… yang bermutu tinggi dan harga dia premium. Jadi adakah kita mempertimbangkan kesesuaian perairan kami untuk menternak ikan air lautan?
Jawapannya? Ya, ada. Itu jawapannya, kenapa? Kita lihat misal contohnya environment yang kondusif ni, dengan izin amat sesuai bagi hidupan marin. Bukan sahaja rumput… rumpai laut, malahan dengan kerjasama dari pihak UPM pernah kita mencadangkan di Pekan untuk menternak ataupun memulakan projek bagi ketam bunga. Ketam bunga ni dia quite premium la, dengan izinnya, ketam ya. Jadi kita lihat dan kita bagikan kebenaran. Malahan lain-lain mungkin dah penuh ya maknanya mungkin tiram missal contohnya oyster yang nak kita ternakkan macam di negara lain mesti ada Australia di negara-negara lain. Ini tiram-tiram ni dia dia buat ni dalam aktiviti aquaculture kita masukkan di situ dan begitu juga dengan ikan… ikan siakap… ikan siakap… dia buat ni.
Bukan semuanya tangkapan cara di laut yang bebas, tapi dia buat dalam satu kawasan yang dikawal. Jadi persoalan yang dibangkit oleh sahabat saya daripada Ketari tadi ialah sama ada kerajaan memberikan pertimbangan dan membenarkan… memberikan kebenaran. Jawapannya, ya tetapi tertakluk kepada pelabur. Kalau sekiranya mereka berminat, kita akan salurkan melalui agensi-agensi berkaitan termasuk daripada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk kawasan yang
terbabit dan mendapat khidmat nasihat pandangan teknikal daripada Jabatan Perikanan khususnya. Terima kasih.
Terima kasih wakil kerajaan negeri. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Dilantik (4) mengemukakan soalan.
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Soalan saya nombor dua.
[Adakah kerajaan negeri bercadang untuk menubuhkan satu jawatankuasa mengkaji pelbagai enakmen dan undang-undang pentadbiran Islam Pahang yang dilihat memerlukan pindaan dan penambahbaikan seperti Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, Enakmen Jenayah Syariah dan EnakmenTatacara Mal?]
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Rakan saya daripada ADUN Lantikan bertanyakan tidakkah kerajaan berhasrat untuk menubuhkan satu jawatankuasa yang meneliti serta mewujudkan undang-undang ataupun enakmen yang berkaitan dengan keluarga Islam, jenayah syariah dan juga pengurusan Mal. Sebenarnya Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri telah mewujudkan jawatankuasa ini. Sebab itulah kita tengok sekarang ini banyak rang undang-undang telah berjaya dibentangkan di dalam Dewan Negeri ini dan telah mendapat kelulusan dan telah pun menjadi enakmen kepada Mahkamah Syariah untuk dilaksanakan. Cuma saya suka nak menceritakan memanglah rang undang-undang ataupun enakmen syariah ini berlaku perubahan dan anjakan dari satu masa ke satu masa. Pada satu ketika dulu, dia hanya terfokus kepada keluarga Islam. Sebelum itu lagi, dia hanya digelarkan sebagai Kanun Pahang.
Tetapi setelah berlaku perubahan bermula daripada 1904 dan berubah pula kepada 1937, adanya penetapan akhirnya qadhi-qadhi diberi kuasa dan juga penghulu-penghulu juga diberi kuasa. Dan pada tahun 1991, kita mendapat kelulusan daripada Parlimen untuk memperkasakan jawatankuasa membentuk enakmen dan juga rang undang-undang ini sehingga kita dapat mewujudkan Mahkamah Syariah secara berasingan. Dulu, Mahkamah Syariah ini duduk di bawah Jabatan Agama. Kalau semalam, kita sebut tentang Pendakwa Syarie di bawah bahagian Jabatan Agama, Mahkamah Syariah juga dulu di bawah bahagian daripada Jabatan Agama. Sekarang ini dia bersendirian dan dia mempunyai apa bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Dewan Negeri yang mulia ini untuk mereka membicarakan beberapa enakmen enakmen yang diperuntukkan kuasa kepada mereka. Dan alhamdulillah kita sekarang nampak perkembangan itu dari satu masa ke satu masa sentiasa kita perkasakan.
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan oleh ADUN Lantikan tadi. Sehubungan itu, jawatankuasa itu telah dibentukkan dan diwujudkan oleh kerajaan negeri yang dipengerusikan sendiri oleh mereka yang berkebolehan dan pakar di dalam bidang undang-undang yang dipengerusikan oleh Penasihat Undang-undang Negeri dan dianggotai oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Pahang bersama dengan
Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang dan juga Majlis Agama Islam Pahang dan kita lantik juga beberapa orang pakar undang-undang termasuklah Rektor ataupun Naib Canselor Universiti Islam Pahang dan pakar-pakar undang-undang daripada luar sana untuk membantu jawatankuasa ini bagi mewujudkan sesuatu rang undang-undang agar dapat disembah nasihatkan kepada Kebawah Duli Tuanku untuk dibentangkan di dalam Dewan Yang Mulia ini. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker
Terima Kasih er… wakil kerajaan, sila.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas jawapan yang saya kira satu jawapan yang membanggakan sayalah sebagai seorang pengamal undang-undang bila mana kerajaan negeri bersedia untuk membuat… menubuhkan jawatankuasa mengkaji beberapa enakmen pentadbiran Islam di negeri Pahang ini yang kalau kita lihat dari sudut pengamalannya di mahkamah, er… beberapa penambahbaikan perlu dilakukan. Saya ambil contoh satu enakmen di antaranya seperti Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Tahun 2005. Saya berpandangan perlu ada satu peruntukan khusus, contoh bagi mereka yang bermastautin yang nak kahwin yang yang bermastautin di luar negara dan berkahwin di sana dan perlu beza dengan mereka yang duduk di Malaysia pergi luar negara nak berkahwin.
Jadi dalam undang-undang… dalam enakmen keluarga Islam ini, tidak ada peruntukan-peruntukan sebegitu. Jadi, saya mengharapkan di samping senarai tokoh-tokoh yang dikemukakan oleh Yang Berhormat EXCO tadi supaya dapat dilibatkan bersama mungkin pengamal undang-undang. Di Pahang ni kita ada Persatuan Peguam Syarie Negeri Pahang yang mana mereka ni adalah orang yang secara langsung terlibat dalam melaksana dan mengamalkan Undang-undang Syarie di negeri Pahang ini. Sebab hari ni kita dapat tengok banyak sangat undang-undang yang saya kira perlu dipinda untuk membolehkan enakmen syariah itu berjalan dengan lebih baik dalam mahkamah. Terima kasih Dato'… er… Tuan Speaker.
ADUN Lantikan ni macam semalam saya sebut, dia minat undang-undang, saya ni maknanya bukan belajar undang-undang. Saya belajar Bahasa Arab dan Sastera Arab. Jadi kurang… kurang reti pasal undang-undang ni. Tetapi untuk merujukkan pada soalan tambahan ni. Untuk makluman, ADUN Lantikan bahawasanya di dalam jawatankuasa untuk mewujudkan rang undang-undang itu bukan sahaja Sahibus Samahah dan Penasihat Undang-undang, kita ada juga Ketua Hakim Syarie di dalam jawatankuasa dan kita ada juga dalam jawatankuasa itu, pengamal undang-undang sebagaimana yang disebut oleh ADUN Lantikan ini. Jadi, saya pun sangat menghargai pandangan itu dan juga cadangan itu walaupun kerajaan negeri telah melaksanakan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Terima kasih wakil kerajaan negeri. Seterusnya saya menjemput wakil dari Semambu.
Terima Kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya soalan 3.
[Majlis Bandaraya Kuantan adalah salah satu PBT yang telah menandatangani perjanjian menerima pakai Akta 672 pada tahun 2011 bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Peraturan-peraturan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi skim sisa pepejal komersial, perindustrian dan keinstitusian (2018) telah dikuatkuasakan sepenuhnya bahawa pihak berkenaan perlu melantik syarikat perkhidmatan yang berlesen dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.
Di negeri Pahang, beberapakah PBT yang melaksanakan Skim Sisa Pepejal Komersial, Perindustrian dan Keinstitusian (2018) yang memerlukan pengusaha untuk melantik syarikat perkhidmatan bagi pengurusan sampah?]
(Ayat al-Quran). Assalamualaikum WBT. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada rakan saya daripada er… Semambu.
Untuk menjawab soalan daripada Semambu, er… untuk makluman Dewan, Kerajaan Negeri melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) sentiasa memberi perhatian yang serius terhadap aspek-aspek dan usaha-usaha dalam aspek kebersihan alam sekitar dan sentiasa melaksanakan pelbagai usaha-usaha melibatkan kempen-kempen dan program-program kesedaran untuk melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab menguruskan sisa pepejal dengan baik dan kerajaan negeri ini sejajar dengan Dasar Kebersihan Negara yang merupakan inisiatif kerajaan dan kerajaan negeri untuk mewujudkan negara yang bersih, mampan dan sejahtera melalui pembudayaan amalan kitar semula di kalangan industri-industri, komuniti-komuniti dan masyarakat dalam usaha untuk melahir… melestarikan alam sekitar.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, untuk menjunjung kasih ke bawah titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang kerana telah baru-baru ini menitahkan supaya kerajaan negeri sentiasa dapat mewujudkan satu negeri yang bersih dan kita amat mengalu-alukan kepada semua pihak agar sentiasa menjunjung titah supaya menjadikan negeri Pahang ini negara… negeri yang bersih dan termasuklah dalam pengurusan sisa pepejal, sisa pepejal komersial, industri, perindustrian dan ke Institution… institusi, Keinstitusian (ICI).
Institusi… Keinstitusian merupakan sisa pepejal terkawal yang terkandung di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 Akta 672 bagi menjadikan pengurusan sisa pepejal lebih efektif dan mengurangkan masalah longgokan sisa pepejal secara haram daripada aktiviti-aktiviti komersial, industri dan institusi (ICI), dengan izin, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mewartakan dua peraturan pada 1 Ogos 2018 dan penguatkuasaan telah bermula pada 1 Mac 2020 di semua negeri yang menerima pakai Akta 672.
Peraturan ini berkaitan dengan sisa pepejal komersial, perindustrian dan keinstitusian iaitu yang pertama; Peraturan-peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Skim bagi Sisa Pepejal Komersial, Perindustrian dan Keinstitusian 2018. Kedua; Peraturan-peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Pelesenan Pengusaha atau Penyediaan Perkhidmatan Pemungutan Bagi Sisa Pepejal Komersial, Perindustrian dan Keinstitusian 2018. Peraturan-peraturan ini telah mewajibkan setiap penghasil sisa perlu mengasingkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula dan melantik syarikat-syarikat perkhidmatan pemungutan yang berdaftar dan berlesen untuk memungut sisa pepejal serta memastikan sisa-sisa pepejal tersebut dihantar ke tapak kemudahan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan masalah pembuangan sisa pepejal secara haram.
Penguatkuasaan peraturan ini akan dapat mengawal lambakan sisa pepejal dan pembuangan sampah secara haram khususnya sisa-sisa komersial, sisa perindustrian dan keinstitusian dan seterusnya mengurangkan sisa pepejal yang dilupuskan di tapak pelupusan. Kementerian dan kerajaan juga akan mengambil tindakan mendenda kepada penjana sisa yang gagal mematuhi perkara-perkara di bawah peraturan ini. Untuk makluman, sebagaimana ditanya, banyak manakah PBT yang terlibat? Semua PBT yang terlibatlah. 11 PBT terlibat dan semua negeri terlibat menerima pakai Akta 672 termasuklah 11 PBT di dalam negeri Pahang kita. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya, sila.
Terima kasih wakil kerajaan negeri er… saudara daripada Bebar menjawab soalan saya. Cuma saya ada beberapa soalan berkenaan dengan Akta Penggunaan Akta 67… 672 ini. Di kawasan saya terutamanya di kawasan perindustrian IM 3 merupakan kawasan kedai dan merupakan kawasan perindustrian di mana kebanyakan pengusaha itu merupakan pengusaha SME. Er… saya... saya difahamkan juga ada beberapa negeri yang mengguna pakai Akta 672 ini, contohnya di Perak, tapi er… harga pengutipan sampah ni telah diserap oleh kerajaan negeri untuk mengurangkan beban kepada pengusaha terutamanya pengusaha SME.
Soalan saya kepada kerajaan negeri, adakah pihak kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk menyerap kos ini untuk meringankan beban terutamanya mereka atau pun pengusaha SME yang er… kerana kos sampah yang agak membebankan untuk mereka. Terima kasih.
Er… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Terima kasih daripada pandangan er… daripada Semambu, yang begitu prihatin terhadap nasib-nasib kepada pengusaha-pengusaha SME yang ada di kawasan Yang Berhormat Semambu. Dan kerajaan akan meneliti, akan mengambil, dan meneliti dan melihat apa yang telah dilakukan di negeri-negeri lain ya, contohnya kita belajar daripada negeri yang telah berjayalah melaksana program ini sebagaimana kata ulamak ada 3 perkara. Kalau kita dalam hidup ini, tiga perkara. Pertamanya; kalau kita nak, sama ada nak jadi orang bodoh ataupun orang cerdik ataupun orang bijaksana. Orang yang bodoh ni apabila dia buat kesilapan, dia akan buat kesilapan lagi. Orang yang cerdik ni, dia buat kesilapan dia akan er…tidak akan mengulangi kesilapan, mengambil tindakan yang baik. Dan orang yang bijaksana adalah orang yang belajar daripada orang yang telah berjaya.
Jadi kita akan tengok, kita akan tengok daripada negeri Perak apa yang telah dilaksanakan, yang boleh membawa kesejahteraan dan kebaikan kepada pengusaha-pengusaha SME termasuklah memberi peruntukan-peruntukan bagi membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha SME yang termasuklah dalam rakyat dalam negeri Pahang ini, ‘Mensejahterakan Rakyat Negeri Pahang’. Terima kasih
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan saya, biasanya yang di Pahang pelupusan sampah sama ada di… di… di… dihapuskan melalui landfill dengan izin ataupun secara terbuka dan juga ada yang menggunakan insinerator. Adakah Kerajaan Pahang ya er… memikirkan untuk menggunakan teknologi lain, di mana sisa-sisa pepejal ini mungkin ada yang boleh digunakan untuk membuat baja. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan negeri sentiasa mengambil perhatian terhadap kaedah dalam kaedah kita melupuskan sisa pepejal. Jadi untuk masa yang akan datang, kita selaras dengan
dasar kerajaan ataupun kerajaan… kerajaan kitalah pada masa akan datang ingin mewujudkan satu persekitaran yang bersih iaitu net zero carbon. Net zero ni, maknanya kita tiada pelepasan khususnya di tapak pelupusan sampah ada melting gas. Kita nak mengurangkan kadar pelepasan GHG ni Green House Gas kepada udara dan untuk menuju ke arah net zero carbon. Sebab itu dalam proses untuk pelupusan sisa pepejal ni, kaedah-kaedah yang terbaru diguna pakai adalah untuk mewujudkan satu sistem yang kita namakan waste to energy dan waste to energy ni kita… pembakaran secara terus.
Maknanya pusat-pusat… sampah-sampah dikumpulkan dan dihantar ke pusat-pusat er… apa pemindahan dan pusat pemindahan dihantar terus kepada kilang yang akan melupuskan sampah secara pembakaran yang lebih… yang mengurangkan pelepasan gas ke udara. Teknologi yang begini ada telah diguna pakai di negara-negara maju termasuklah negara China tu sendiri yang telah berjaya membuktikan bahawa waste to energy adalah cara masa hadapan kita untuk melupuskan sampah. Dan alhamdulillah hari ini, kaedah pelupusan sampah di negeri Pahang adalah negeri yang baik dan antara negeri yang terbaik dalam kita mengawal pelupusan sampah dalam negara kita… negeri kita ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya saya menjemput wakil dari Beserah.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya mengemukakan soalan nombor 4.
[(a) Berapakah bilangan kemalangan jalan raya di kawasan DUN Beserah pada tahun 2023 dan 2024? Berapakah bilangan kematian akibat kemalangan pada tahun yang sama?
(b) Apakah punca utama kemalangan jalan raya di kawasan DUN Beserah dalam tempoh tersebut dan apakah langkah yang telah diambil oleh pihak berwajib bagi mengurangkan kadar kemalangan ini.]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan terima kasih jugalah kepada Beserah yang mengemukakan soalan berkenaan dengan nak tahu tentang bilangan kemalangan-kemalangan di DUN Beserah di tahun 2023-2024 dan apakah langkah-langkah pihak berwajib bagi mengurangkan kemalangan tersebut? Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk tahun 2023 jumlah kemalangan er… jumlah kemalangan biasa adalah 2,091 dan kemalangan maut 4 orang manakala pada tahun 2024 sehingga 30… data saya 30 September 2024 ni kemalangan biasa 1,512 dan jumlah kemalangan maut 6 orang. Jadi antara punca… punca-punca kemalangan di kawasan zon Beserah ni.
Yang pertamanya, kebanyakan ialah sikap atau kecuaian pemandu itu sendiri yang tidak mematuhi sepenuhnya peraturan jalan raya terutama sekali penunggang-penunggang motosikal ni banyak. Yang keduanya, haiwan ternakan yang menyumbang juga kepada statistik kemalangan di kawasan ni seperti lembu, kambing yang berkeliaran di jalan dan yang ketiganya, penjaja… penjaja haram yang menjaja
yang bukannya haram pun penjaja-penjaja yang tidak… yang menjaja tanpa ada kebenaran yang menjaja pada kedudukan yang berisiko. Kemudian lori atau jentera yang letak di bahu jalan, ada tepi di bahu jalan yang boleh mengundang bahaya dan menyumbang juga kepada kemalangan jalan raya dan selain itu terdapat juga puncanya adalah kerana sepanjang jalan kiri kanan tu banyak pembangunan baru perumahan dan juga pembangunan komersial di tepi-tepi jalan utama dan terdapat juga kawasan-kawasan yang tiada papan tanda yang amaran yang jelas dan tanda amaran yang jelas dan terdapat juga kawasan-kawasan yang gelap di waktu malam.
Jadi, untuk menangani masalah tersebut atau mengurangkan kadar kemalangan yang tinggi di zon Beserah ni, beberapa agensi yang berkaitan telah mengambil tindakan. Sebagai contohnya PDRM, Polis Diraja Malaysia telah meningkatkan tahap rondaan di kawasan tersebut. Kemudian tindakan penguatkuasaan seperti mengeluarkan saman dan sebagainya dan yang ketiganya program Community Policing bersama IPD Kuantan bersama dengan penduduk kawasan yang terbabit.
Begitu juga Jabatan Veterinar telah mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan kemalangan akibat ternakan berkeliaran di DUN Beserah. Untuk… Yang Berhormat Speaker, pada tahun 2024 Jabatan Veterinar telah menerima 5 aduan ternakan berkeliaran di kawasan DUN Beserah ini di mana pihak jabatan telah mengadakan 10 perjumpaan dan mengeluarkan surat amaran kepada penternak-penternak yang membiarkan ternakan berkeliaran. Pihak jabatan juga Veterinar telah mengadakan 4 operasi penangkapan ternakan yang berkeliaran di bawah Enakmen Kawalan Kerbau Lembu 2001 di mana 3 ekor lembu, 6 ekor kerbau, 15 ekor kambing telah ditangkap dan operasi Enakmen Kawalan Kerbau Lembu ini yang dijalankan melibatkan Jalan Bypass Damansara ke Gebeng, Jalan Pantai Pelindung-Gebeng dan kawasan perumahan Beserah. Kalau tengok statistik tindakan yang yang diambil oleh pihak Jabatan Veterinar ni, pada tahun 2023 aduan diterima hanya 2 tetapi tahun ni 2024 setakat ini adalah 5. Begitu juga perjumpaan dan perjumpaan yang telah diadakan pada tahun 2023, 7 perjumpaan tetapi tahun 2024 sehingga kini 10 dan bilangan operasi seperti maklum tadi tahun lepas 3, tahun ini sehingga kini 4.
Manakala pihak Majlis Bandaraya Kuantan pula sentiasa memantau dan mengambil tindakan ke atas penjaja-penjaja yang menjalankan perniagaan secara haram ini yang menjaja dan terutama sekali di kawasan-kawaan yang berkedudukan berisiko serta penguatkuasaan ke atas lori atau jentera yang diletakkan di tepi atau di bahu jalan yang boleh mengundang bahaya dan menyumbang kepada kemalangan jalan raya.
Manakala berkaitan dengan lampu jalan, lampu isyarat adalah di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya Cawangan Kejuruteraan Elektrik Pahang. Untuk makluman, di kawasan Beserah ini terdapat 8 persimpangan lampu isyarat, 5 persimpangan lampu isyarat pejalan kaki dan 1,290 bilangan lampu jalan di… di bawah seliaan JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Pahang dan sepanjang tahun 2024 ni JKR Cawangan Elektrik Pahang telah menjalankan kerja-kerja pembaikan seperti pembaikan lampu sodium tu dan pemasangan 2 unit lampu solar di Jalan Beserah, FT002. Kemudahan pembaikan lampu isyarat, lampu jalan… pembaikan sistem lampu-lampu isyarat di persimpangan Jalan Beserah FT002 dan pembaikan lampu isyarat pejalan kaki di SK Cherating FT003 dan pemasangan 6 unit lampu solar di Jalan Kuantan-Chendor FT003. Pemasangan 8 unit lampu solar di Damansara, Kuantan Bypass FT003. Pemasangan 8 unit lampu solar di Sungai Karang, Jalan Kuantan Bypass FT03. Pemasangan 25 unit lampu solar di hadapan SIRIM, Jalan Kuantan Bypass FT003 dan pada tahun lepas 2023 pemasangan 70 unit lampu solar di interchange Sungai Ular FT003.
Seterusnya untuk tahun 2025 ni, JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Pahang telah menghantar pemohonan peruntukan untuk pembaikan sistem lampu jalan dan lampu isyarat serta pemasangan lampu solar yang dianggarkan berjumlah RM2.3 juta di kawasan-kawasan berikut. Ianya Jalan Kuantan Bypass FT03 dari Semambu hingga ke Gebeng, kemudian Jalan Kuantan-Kemaman FT03 daripada Gebeng ke Chenor, Jalan Kuantan-Beserah FT02 dari Bandar Kuantan hingga ke Balok dan Jalan Pintasan Kuantan ke Sungai Ular FT14 dan FT101 dari SIRIM hingga ke interchange Sungai Ular dan adalah diharapkan permohonan tersebut akan mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kerja Raya supaya sistem lampu jalan, lampu isyarat ini dapat diselenggara dengan berkesan bagi memastikan pencahayaan yang sempurna di sepanjang laluan di DUN Beserah.
Ya, sila.
Soalan tambahan ya Tuan Speaker. Terima kasih kepada wakil kerajaan di atas jawapan yang panjang yang diberikan tadi. Alhamdulillah, ada beberapa usaha yang saya lihat yang merunsingkan penduduk Beserah itu sedang dalam tindakan terutama sekali lampu-lampu jalan. Daripada statistik yang diberikan itu kita dapati bahawa kadar kemalangan yang yang berlaku di DUN Beserah itu, 5 kemalangan setiap hari kalau daripada angka yang diberi tu kita bahagikan dengan 365 hari ini adalah angka yang agak tinggi bagi kawasan kecil Beserah ni, Beserah… dia tak besar dia kecil je cuma dia padat.
Salah satu daripada faktor penyumbang yang saya rasa tidak dinyatakan di sini adalah keadaan jalan. Laluan sepanjang Kuantan ke sempadan Chendor tu laluan kawasan Beserah ni tidak ada run of drain, air bertakung atas jalan dia tidak ada longkang tepi jalan, jadi air tak boleh nak pergi ke mana dia akan bertakung. Bila air bertakung musim hujan macam sekarang ni dia akan menjejaskan pemanduan dan juga akan mengganggu keselamatan sama ada kereta ataupun penunggang motosikal khasnya di kawasan saya tu kawasan perindustrian tu banyak pengguna… penunggang motosikal. Jalan berlopak ada bertakung air dan juga berlubang.
Soalan saya, adakah satu tindakan diambil untuk nak memulihkan balik longkang-longkang saliran di sepanjang laluan daripada Kuantan ke sempadan? Semua tak ada longkang tu. Kalau dulu mungkin buat kecil atau dah pecah, sumbat dan sebagainya campur dengan pembangunan. Adakah ada sebarang usaha ataupun tindakan untuk nak melihat… menilai balik keperluan longkang untuk mengalirkan air hujan daripada bertakung di atas jalan?
Yang kedua soalan saya, berapakah tempoh respons daripada pihak terutamanya pihak JKR apabila ada aduan jalan berlubang? Macam sekarang ni, memang banyak dan musim hujan. Kita kena faham akan mudah untuk jalan berlubang dan sedang berlaku sekarang. Tapi dah seminggu ni saya tengok masih lagi tidak ada tindakan diambil untuk nak menampal sekurang-kurangnya sementara bagi mengelakkan kemalangan berlaku. Berapakah response time ataupun daripada aduan itu dibuat untuk diperbaiki? Terima kasih.
Terima kasih kepada Beserah yang mengemukakan soalan tambahan. Er… untuk apa ini er…pertama berkenaan air bertakung di jalan dan jalan berlubang ni. Yang ni insya-Allah sebab kawasan-kawasan ini di bawah selenggaraan ataupun konsesi iaitu kalau jalan persekutuan ni di bawah Road Care dan biasanya setiap aduan akan diambil tindakan. Kalau berlubang tu biasanya dia akan buat... pothole, biasanya dalam er… sekitar dalam 48 jam atau 24 jam ke 48 jamlah biasa tindakan akan diambil. Jadi kalau ada kawasan-kawasan ni, kawasan Yang Berhormat ni kalau lebih sampai seminggu tu tak… bagitahu hantar gambar ke saya… ambil gambar send location. Okey itu aje. Cuma saya nak maklumkan jugak ya untuk kawasan saya tengok kawasan yang... yang kerap berlaku kemalangan, yang statistik dia maintain setiap… tiap tahun daripada tahun 2023 ke 2024 ialah Balok. Kawasan Balok, kawasan tinggi. Balok aje tahun… tahun lepas, 615 dan tahun ni kemalangan biasa ya, tahun ini 523 sehingga 30 September. Jadi saya haraplah semua pengguna-pengguna jalan raya supaya berhati-hatilah ya, mematuhi peraturan yang ditetapkan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya tadi tertarik dengan jawapan yang disebutkan bahawa kerajaan negeri ada membuat apa… apa tindakan untuk mengatasi kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh binatang ternakan ni. Baik, soalan saya, saya nak tanya Yang Berhormat EXCO adakah tangkapan kepada binatang ni biasa dibuat oleh PBT kebiasaannya? Dan saya nak tanya Yang Berhormat EXCO, adakah bila berlaku kemalangan tu kita boleh membenarkan orang awam yang ada pada waktu kejadian tu untuk tangkap binatang-binatang yang ada pada ketika itu yang terlibat dengan dalam kemalangan tu? Yang dekat nak mati tu bolehlah kita sembelih, tapi yang masih berkeliaran tu, boleh tak the rest tu kita tangkap, tangkap tu ikutlah kita nak jual ke nak buat kenduri ke ikutlah. Itu soalan saya pertama Yang Berhormat Speaker.
Soalan saya yang kedua, adakah kerajaan negeri bercadang untuk memperkenalkan enakmen ataupun membuat apa-apa undang-undang khusus untuk kita nak hukum penternak-penternak ni yang biarkan binatang dia berkeliaran ni. Sebab saya rasa dalam Dewan Undangan Negeri Perak dah ada satu cadangan untuk mengadakan enakmen menghukum mana-mana penternak yang secara sengaja membiarkan apa nama ni ternakan mereka berkeliaran. Cuma akan timbul isulah bila berlaku kemalangan tu, penternak ni tak mengaku kan dia punya binatang tu. Tapi saya rasa mungkin kita ada mekanisme yang terbaik untuk kita memastikan jalan raya tu is exactly dengan izin, selamat untuk pengguna-pengguna jalan raya, Tuan Speaker. Terima kasih.
Yang Berhormat Speaker, er… semua undang-undang ni dia ada tertakluk kepada er... diguna pakai oleh agensi dan jabatan-jabatan tertentulah. Contohnya tadi kalau lembu, tiba-tiba kita tangkap lembu yang berkeliaran tu, dia bukan setakat tidak mengikut peraturan salah berparang tu. Er… tapi seperti makluman tadi untuk penangkapan… operasi menangkap lembu ni er… dia terletak di bawah enakmen er... enakmen apa ni? Kawalan Kerbau Lembu 2001 dan biasanya operasi bersamalah dengan pihak PBT dan sebagainya.
Terima kasih wakil kerajaan negeri. Seterusnya, saya menjemput wakil dari Ketari.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya nombor 5.
[Mohon nyatakan jumlah 'Foreign Direct Investment - FDI yang dicatatkan untuk Negeri Pahang dari tahun 2022 hingga Jun 2024. Sila senaraikan jumlah pelaburan dari Negara China yang telah memasuki Negeri Pahang serta jumlah dana yang telah dilaburkan untuk tempoh tersebut.]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Salam Pahang 1st, salam ‘Maju Terus Pahang’. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih saya ucapkan kepada rakan ADUN saya daripada kawasan Ketari. Beliau mengemukakan satu soalan dan soalannya adalah seperti berikut. Mohon nyatakan jumlah Foreign Direct Investment dengan izin, FDI yang dicatatkan untuk negeri Pahang dari tahun 2022 hingga Jun 2024. Sila senaraikan jumlah pelaburan dari negara China yang telah memasuki negeri Pahang serta jumlah dana yang telah dilaburkan untuk tempoh tersebut.
Jumlah projek pelaburan langsung asing FDI yang diperolehi negeri Pahang dari tahun 2022 sehingga bulan Jun 2024. Berdasarkan memorandum perjanjian yang dimeterai atau dalam erti kata dengan izin, Memorandum of Agreement adalah sebanyak 15 projek dengan jumlah pelaburan komited adalah sebanyak RM22.67 bilion. Jumlah pelaburan langsung asing komited telah meningkat dari RM11.01 bilion pada tahun 2022 kepada RM11.67 bilion bagi tahun 2023. Namun bagi pelaburan berpotensi FDI bagi tahun 2024 masih dalam peringkat rundingan dan tindakan oleh SGLC ataupun syarikat berkenaan, kerajaan negeri sedang dijalankan dengan pihak pelabur. Tambahan dari itu, jumlah projek pelaburan langsung asing FDI yang diluluskan Lesen Pengilang dalam erti kata Manufacturing Licence di bawah bidang kuasa Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi tahun 2022 hingga bulan Jun 2024 bagi negeri Pahang adalah sebanyak 13… 30 projek berjumlah RM1.32 bilion.
Jumlah pelaburan asing FDI, berdasarkan kelulusan Lesen Pengilang oleh MIDA telah menunjukkan peningkatan drastik pada tahun 2023 iaitu sebanyak 886 juta berbanding 27.2 juta pada tahun 2022. Sebagai rumusan, negara China telah melabur sebanyak 5 projek dengan jumlah nilai FDI komited berjumlah RM14.49 billion dan
sebanyak 3 projek dari negeri China telah diluluskan oleh Lesen Pengilang oleh MIDA berjumlah RM20 juta, tapi ini ada timing differences YB, di mana sebagai contoh, saya ambil Alliance Steel di mana kilang tu dah ada, cuma disebabkan oleh moratorium. Mungkin lesen pengilang akan diluluskan kemudian. Terima kasih.
Terima kasih. Saya jemput Ketari.
Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Soalan tambahan saya. Saya ucap tahniah dan syabas ke atas usaha kerajaan negeri untuk menarik… menarik pelaburan asing yang jelas meningkat terutamanya pada tahun 2023. Walaupun kita menerima tohmahan daripada pihak-pihak yang tertentu yang mengatakan kita pajak tanah kepada negara lain dan semua ni, tapi ini adalah satu usaha yang… yang… yang patut kita lakukan untuk menarik investment ke negeri Pahang ini.
Dan soalan tambahan saya adalah daripada peningkatan dan usaha untuk menarik investment ini. Berapakah peluang pekerjaan yang telah pun dijana terutamanya dari negeri China ini, yang dinyatakan 5 projek telah diluluskan dan 3 telah mendapat kelulusan MIDA yang berjumlah RM20 juta. Berapakah peluang pekerjaan dari segi anggaran yang telah pun dicapai oleh kerajaan negeri dalam negeri Pahang?
Terima kasih sahabat saya ADUN Ketari. Dari segi peluang pekerjaan, biasanya kita meminta kerajaan… er... kerajaan pula, maaf syarikat asing memperuntukkan 70 hingga 80% daripada peluang pekerjaan untuk kerja tempatan tapi jumlah sebenar saya akan kemukakan kemudian kerana saya tak ada figure tu dalam tangan setakat ni tapi kita akan... figure tu ada tapi kita akan apa maklum kemudian dalam jawapan bertulis, insya-Allah. Terima kasih.
Soalan tambahan?
Saya jemput Tanjung Lumpur.
Berikutan dengan itu, saya ada beberapa soalan. Yang pertama, mungkin pihak kerajaan ada angka berapa jumlah sebenar pekerja-pekerja daripada China yang datang bekerja di sini sebab ramai ada di MCKIP di Gebeng dan beberapa sektor lain. Yang keduanya, apa jumlah mengikut taraf sebab ada yang masuk tu kerana profesional dan sebagainya dan mungkin buruh biasa, mungkin ada klasifikasi tu mungkin ada jumlah-jumlahnya. Jadi kalau kerajaan ada angka tersebut, insya-Allah waktu penggulungan nanti pun boleh, insya-Allah.
Boleh saya celah? Terima kasih soalan dari Tanjung Lumpur. Sebenarnya yang jawab soalan ni saya. Okey, untuk MCKIP sekarang ada 2,000 lebih orang China yang profesional, okey yang local 4,000 lebih. So jumlah lebih 7,000 orang, lebih kurang. Okey, terima kasih. Itu sahaja jawapan.
Saya jemput...
Yang Berhormat Speaker.
Ya, EXCO... EXCO berkenaan saya jemput, sila.
Terima kasih rakan EXCO saya yang menjawab sepantas kilat [Ahli Dewan ketawa] sebelum saya sempat bangun untuk menjawab. Menjawab kepada soalan YB Tanjung Lumpur, saya ingin menambah sahajalah daripada jawapan sahabat saya di mana kita menggalakkan sebanyak mungkin peluang pekerjaan diberikan kepada rakyat tempatan tapi kadang kala kita tidak ada kemahiran iaitu skill sets di mana skill tertentu untuk teknologi, untuk bidang kejuruteraan tertentu kita terpaksa import tapi di mana kita boleh utamakan pekerja tempatan kita akan utamakan. So, kita amalkan praktis Pahang First and Malaysian First, insya-Allah. Terima kasih
Yang Berhormat Speaker. Satu soalan, boleh?
Saya... oleh kerana masa dah singkat. Jadi kita ada lima soalan lagi belum selesai. Jadi, saya menjemput wakil dari Jenderak.
Yang Berhormat Timbalan Speaker pertanyaan saya nombor 6.
[Apakah program-program yang telah dijalankan oleh Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang?]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker dan juga sahabat daripada Jenderak yang bertanyakan mengenai dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang. Seperti yang kita maklum ya, peruntukan untuk Program Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang ini telah diluluskan sebanyak RM1 juta. Bermula dari tahun 2022 sehingga 2026 dan sehubungan dengan itu, program yang telah dijalankan oleh dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang pada tahun ini adalah sebanyak 30 program merangkumi 10 kluster yang telah ditetapkan dan program-program tersebut adalah seperti yang pertama Seminar Remaja Unggul Aspirasi Negeri Pahang di bawah kluster undang-undang yang telah dilaksanakan di 6 daerah iaitu Temerloh, Maran, Kuantan, Rompin, Kuala Lipis dan juga Cameron Highlands. Yang keduanya, lawatan ke Studio Hub Teknologi dan Ekosistem Inklusif dan Program Misi Ekosistem Inklusif Lestari di bawah kluster keluarga.
Dan seterusnya Program Bidadari Sihat dan juga EMAS di bawah Kluster Kesihatan yang dilaksanakan di 6 Parlimen iaitu Cameron Highlands, Muadzam Shah, Pekan, Rompin dan juga Indera Mahkota. Program Perkasa Remaja Islam di bawah Kluster Agama. Seterusnya Program Bakat Kepimpinan Wanita Pahang di bawah Kluster Kepimpinan. Digitalisasi Cabaran Peluang dan Insentif Terkini di bawah kluster Pekerjaan.
Seterusnya, Program Pemerkasaan Sains dan Teknologi Kanak-kanak Asli Cameron Highlands di bawah Kluster Teknologi. Pemupukan Perkembangan Bahasa melalui inovasi pendigitalan pendidikan di bawah Kluster Pendidikan diadakan di daerah Kuantan dan juga Bera. Seterusnya, Bengkel Pengukuhan Budaya dan Ketrampilan Wanita peringkat negeri Pahang 2024 di bawah Kluster Warisan dan Seni Budaya. Seterusnya yang ke 10, Melestari Usahawan Wanita Pemasaran digital di bawah kluster keusahawanan di empat daerah iaitu Raub, Pekan, Maran dan juga Temerloh.
Inilah di antara program-program yang telah diadakan oleh 10 kluster di bawah dasar dan Pelan Tindakan Wanita ini dan ada beberapa lagi program yang belum dilaksanakan dan insya-Allah akan diselesaikan sebelum akhir tahun 2024. Terima kasih, Timbalan Speaker.
Terima kasih. Saya menjemput Tioman.
Timbalan Speaker,
Soalan tambahan kepada wakil kerajaan. Baru-baru ni adakan Program Suri Anggun. Suri Anggun ya? Anggun Suri terbalik, sorry. Jadi soalan saya memandangkan tarikan sangat menggalakkan dan sambutan juga sangat baik, adakah pihak kerajaan bercadang untuk meneruskan program tersebut dan melibatkan semua kaum ataupun bangsa iaitu Cina, India dan juga OA? Terima kasih.
Terima kasih kepada sahabat daripada Tioman dan juga terima kasih kerana turut berminat dengan Program Anggun Suri. Saya tak pasti sama ada kita di sini termasuk Timbalan Speaker tahu apakah itu Program Anggun Suri. Program Anggun Suri ini adalah program kahwin beramai- ramai, bukannya kahwin ramai tapi kahwin beramai-ramai, maksudnya ada banyak pasangan di dalam majlis tersebut dan insya-Allah seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Jumaat lepas, di mana program ini akan diteruskan untuk tahun 2025 dan alhamdulillah, walaupun tahun 2025 belum menjelang lagi, belum timbul lagi, dah ada dah yang bertanya untuk menyertai program ini.
Dan yang terakhir maksud saya yang ketiga terakhirlah sebab kita ada 4. Yang pertama di Kuantan telah... telah berlangsung dan baru-baru ini 1 hari bulan 12 kita telah mengadakan program ini di Bera dan insya-Allah minggu hadapan di Kuala Krau dan seterusnya di Cameron Highlands dan dah ada yang bertanya untuk menyertai program ini pada tahun hadapan. Maksudnya mereka berterima kasih kepada kerajaan negeri telah mewujudkan program ini bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mengadakan majlis perkahwinan dan kita juga sebenarnya menjemput semua kaum bagi menyertai program ini. Okey, sekian. Terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya saya menjemput wakil dari Chini.
Yang Berhormat Speaker,
Main bowling di musim tengkujuh; Saya kemukakan pertanyaan yang ke-7.
[Apakah inisiatif / program yang telah dilaksanakan kepada golongan belia dalam usaha kerajaan memperkasakan golongan tersebut?]
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan juga terima kasih sahabat saya dari Chini. Beliau kalah semalam main boling sebenarnya, dua kali dah dia kalah.
Yang Berhormat Speaker,
Soalan yang ditanya adalah berkaitan usaha untuk memperkasa belia di negeri Pahang ini dan untuk makluman Sidang Dewan sekalian, sesungguhnya banyak program yang telah diatur oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk memperkasa belia di negeri Pahang ini. Saya akan sebutkan program-program utama yang telah kita laksanakan.
Yang pertamanya adalah Program Pemerkasaan Persatuan Belia Pahang atau Youth Empowerment Society atau lebih popular dengan nama YES. Program ini julung-julung kali diadakan iaitu pada tahun ini di mana melalui program ini kita mengasah bakat kepimpinan belia dan melatih mereka dari sudut kemahiran berkomunikasi, kemahiran berpersatuan dan kemahiran dalam sudut kepimpinan itu sendiri dan melalui program YES ini, ia diadakan tiga peringkat iaitu dikenali dan dikenal pasti bakat-bakat di peringkat daerah masing masing. Kemudiannya ditapis untuk pergi ke peringkat kedua iaitu di peringkat zon dan yang terbaik dipilih untuk peringkat ketiga iaitu peringkat negeri dan peserta Program YES ini akhirnya saya ingat yang di peringkat negeri lebih kurang 50 orang, jadi aset penting kepada kerajaan negeri ketika ini.
Program kedua adalah Festival Belia Negeri Pahang di mana Festival Belia ini dilaksanakan pada setiap tahun untuk memberi peluang kepada kepimpinan belia, penggerak belia dari seluruh negeri Pahang untuk terlibat aktif dalam bidang keusahawanan dan pada tahun ini, festival belia ini pertama kali dianjurkan di rumah belia itu sendiri iaitu di Wisma Belia dan mendapat sambutan yang cukup hebat di mana lebih 50,000 belia dari seluruh negeri Pahang hadir menyertai Festival Belia ini dan pelbagai program yang menyentuh minat, keperluan dan kehendak anak muda disedia dan dianjurkan sepanjang festival belia ini berlangsung.
Dan selain itu, di negeri Pahang ini kita punya Anugerah Khas Belia Kerajaan Negeri Pahang di mana belia-belia yang hebat dalam bidang kepimpinan, belia-belia yang hebat dalam bidang berpersatuan dan NGO serta dalam bidang keusahawanan disaring oleh mereka yang cukup berkaliber barisan panelnya untuk dipilih menerima Anugerah Khas Belia Negeri Pahang ini yang disempurnakan sendiri oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang.
Selain itu, kita juga ada program khas Sukarelawan Anak Muda Pahang In Action di mana melalui program ini kita bekerjasama dengan agensi-agensi dan pihak berkuasa termasuklah bomba dan penyelamat untuk melatih anak-anak muda kita dalam bidang kesukarelaan dan melalui program sukarelawan ini, kita mahu belia-belia kita mahir untuk membantu dan mencurah bakti kepada anggota masyarakat termasuk ketika mengalami bencana atau musibah.
Seterusnya adalah persidangan Dewan Belia Negeri Pahang dan ada kelainannya selepas 3 kali penganjuran Persidangan Dewan Belia Negeri Pahang ini di mana turut melibatkan Yang Berhormat Speaker sendiri di mana pada tahun ini selepas 3 kali penganjurannya, buat pertama kali pemilihan ADUN-ADUN Belia ini adalah secara undian di peringkat DUN masing-masing dan akhirnya kita berjaya memilih 42 ADUN Belia yang bersidang juga di Dewan Yang Mulia ini mengutarakan pandangan, pendapat, kehendak dan keperluan belia dari seluruh negeri Pahang itu sendiri.
Untuk program seterusnya Yang Berhormat Speaker, adalah rangkuman kepada usaha-usaha kita ini. Insya-Allah pada bulan ini kita akan menganjurkan buat julung-julung kalinya retreat Pemimpin Muda Pahang melibatkan lebih kurang 100 belia terpilih dari negeri Pahang ini yang berbeda latar belakang, profesional, kemahiran untuk memberi kefahaman kepada mereka tentang perjalanan panjang kerajaan negeri Pahang ini dan pada masa yang sama kita nak dengar daripada anak-anak muda yang terpilih ini, apa masalah, apa cabaran, apa keperluan, apa kehendak dan permintaan anak-anak muda ini terhadap Kerajaan Negeri Pahang kerana kita yakin bahawa zaman kerajaan tahu segala-galanya sudah lama berakhir. Kita nak dengar sendiri daripada anak muda ini keperluan mereka sesuai dengan cabaran masa kini dan insya-Allah kita akan pertimbang, kita akan perhalusi segala permintaan dan
keluhan ini untuk kita angkat mana yang sesuai dan yang program yang utama juga adalah sekarang kita telah merintis kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak.
Ini adalah atas titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang untuk belia di Pahang ini belajar dengan belia di Sarawak dan saya sendiri telah bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Dato’ Sri Abdul Karim mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan ternyata belia di sana yang juga dikenali sebagai Belia Sarawak atau SABERKAS memang lebih terampil, lebih terkehadapan dan banyak yang kita boleh belajar daripada belia Sarawak ini dan sekarang kita sedang mengadakan kerjasama ini. Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah berjumpa dengan pihak di sana untuk memperkukuhkan kerjasama antara belia Pahang dan juga belia Sarawak. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya, sila Chini.
Tahniah kepada YB EXCO Belia, juara boling semalam sebab YB EXCO Pelaburan tiada. Apakah langkah perancangan seterusnya untuk memperkukuh kerjasama antara belia Pahang dan juga belia Sarawak?
Terima kasih Yang Berhormat Chini. Seperti yang saya maklum tadi, kita telah mengadakan perbincangan di peringkat saya dan Menteri Belia dan Sukan Sarawak dan ketika ini satu lagi perbincangan sedang diadakan antara Jabatan Belia dan Sukan Pahang dengan Jabatan Belia dan Sukan Sarawak dan insya-Allah bermula pada tahun hadapan ni, selepas kita mendapat kelulusan bajet daripada kerajaan negeri, kita akan merintis hubungan dengan kerjasama ini dan insya-Allah belia-belia terpilih dari Pahang akan ke Sarawak untuk kita adakan seminar dan program khas untuk bersama dengan SABERKAS atau belia Sarawak tadi, insya-Allah.
Terima kasih, saya jemput Tanah Rata. Tanah Rata.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan tambahan saya kepada wakil kerajaan, adakah kerajaan mempertimbangkan untuk menyediakan satu laporan yang
mungkin ringkas tentang pendapat yang diutarakan oleh belia dalam Persidangan Dewan Belia? Sebab saya rasa Yang Berhormat sebelah sini pun sangat berminat untuk tahu pendapat golongan belia. Terima kasih.
Saya bersedia untuk berkongsi maklumat tersebut. Tapi yang lebih penting macam yang saya kata tadi Yang Berhormat, pada bulan ini kita akan ada satu retreat khas bersama dengan anak-anak belia, anak-anak muda dari seluruh Pahang. Saya ingat dalam 3 atau 4 hari retreat ni saya rasa dalam retreat khas ini yang saya akan terlibat secara menyeluruh akan ada lebih banyak maklum balas dan pandangan daripada belia.
Saya rasa retreat khas ini kita akan compile dan kita bersedia nak berkongsi dengan Ahli-ahli Yang Berhormat sebab saya percaya pasti ada pandangan yang menyentuh kepentingan kawasan atau DUN masing-masing yang boleh kita perhalusi bersama, insya-Allah. Terima kasih.
Tuan Speaker, Tuan Speaker…
Baiklah kita pergi ke soalan seterusnya iaitu saya menjemput Panching.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 8.
[Apakah status terkini bekalan beras tempatan untuk negeri Pahang? Berapa jumlah beras yang mampu disediakan oleh kerajaan negeri membantu rakyat, terutamanya golongan B40 untuk meringankan beban mereka dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup?]
Salam sejahtera, terima kasih soalan dari YB Panching. Untuk menjawab soalan penghasilan padi pada tahun 2023 di Pahang adalah sebanyak 18,372 metrik tan. Lepas pembuangan sekam padi itu jadi beras, so lebih kurang perolehan dalam 60%. So jumlah yang kita dapat adalah 11,023 metrik tan.
Di bawah… untuk soalan yang nak tolong golongan B40 di bawah portfolio saya Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, kita ada menjalankan Program Jualan Rahmah dan Jualan Makmur. Bermula Oktober 2024, pihak KPDN telah mengadakan Jualan Rahmah di seluruh DUN di negeri Pahang. Sekali lagi, saya ulangi jika YB-YB berminat untuk adakan Jualan Rahmah di kawasan sendiri bolehlah memohon melalui saya sendiri. Yang selaras… saya boleh selaras dengan KPDN. Tetapilah malangnya sampai hari ini banyak kali saya telah sia-sia mengeluar phone number saya hanya seorang sahaja contact saya, Kuala Sentul. Er… kalau tak ada nombor nak sebut lagi
nanti orang marah. Kuala Sentul yang pernah call saya tentang Jualan Rahmah er... itu sahaja satu orang yang lain tak pernah ada. Saya nak bantu rakyat, so jaga-jagalah minta semua YB call saya. Saya... saya bagi sekali lagi phone number saya 012-9818819.
Ya, sila Kuala Sentul.
Terima kasihlah YB EXCO sebab sebut Kuala Sentul ya. Kebetulan saya nak bertanya soalan jugalah kepada YB EXCO ini. Apa pendapat YB berkenaan dengan isu beras ini yang dikatakan beras tempatan dikampitkan dalam… sebagai beras import. Terima kasih.
Biar saya habis dulu ya, belum habis lagi ini. Kita juga ada Jualan Agro Madani yang di bawah EXCO Kanan iaitu ADUN Benta. Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang sendiri telah menyokong inisiatif penanam padi di Pekan yang bertujuan meningkatkan produktiviti pengeluaran beras khususnya di Pahang untuk membantu rakyat. Untuk tahun 2025, Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan sebanyak RM2.52... RM2.52 juta untuk program Jualan Makmur Kluster Perayaan. Jadi, beras murah adalah dijual di jualan… Jualan Rahmah, Jualan Makmur dan Jualan Agro Madani di bawah FAMA.
Untuk tadi ya untuk menjaga… mungkin ramai tak tahu kos mana sekarang adalah RM26.00 untuk jualan beras tempatan. Tahu tak ini dari tahun bila? Ada siapa tak boleh bagi tahu saya? Tak tahu kan, saya bagi tahu. Ini berdasar pada tahun 2008 lagi. Masa harga rantai pada masa itu adalah RM9.00... RM990.00 satu metrik tan. Tapi sekarang… pada masa sekarang adalah RM1,300.00 metrik tan… RM1,300.00 per metrik tan. Itu sebab kerajaan tengah mengkaji macam mana kita nak melaraskan, macam mana nak turun harga ini. Boleh Kuala Sentul, saya dah bagi jawapan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya, sila Panching.
Yang pertama, kalau dapat kongsi kita Pahang ada juga mengeluarkan beras tempatan. Cuma isunya beras tempatan ini tidak ada di pasaran utama. Yang keduanya kerajaan pada 15 Februari 2024 ada memperkenalkan Beras Putih Madani.
Pada harga 1 kilo RM3.50, 5 kilo RM12.50 dan 10 kilo dengan harga RM30.00. Soalan saya sejauh manakah beras-beras ini dapat berada di pasaran? Sekian.
Terima kasih Panching sekali lagi. Kerajaan Pahang sedang er... cuba mengeluarkan beras Pahang yang telah diluluskan kepada Syarikat Konsortium Padi dan Beras Rakyat, untuk beras Pahang. Okey, yang untuk… tapi ini masih dalam menyediakan perjanjian dan kerjasama dalam perbincangan. Untuk yang soalan tadi, memanglah beras tempatan ini memang tidak… kita secara jujurlah memang tidak cukup di pasaran. Atas sebab apa? Kenapa? Sebab bila beras ini tak cukup semua restoran yang berniaga ini semua beli beras tempatan, import itu dia tak beli. Itulah menjadi semakin kurang di pasaran, beras tempatan. Kita kena akurlah tapi kita cuba. Sebagai kerajaan kita cuba sebab ini beras makanan utama. Terima kasih.
Terima kasih Wakil Kerajaan. Seterusnya saya menjemput wakil dari Cheka.
Yang Berhormat Pengerusi, saya mewakili rakan saya ADUN Cheka mengemukakan soalan nombor 9.
[Apakah kerajaan bercadang untuk menjadikan Lipis sebagai Bandar Warisan Pahang memandangkan Lipis adalah ibu negeri Pahang pada 1898 sebelum berpindah ke Kuantan pada 1955?]
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat Tanjung Lumpur yang bertanyakan soalan bagi pihak Yang Berhormat Cheka. Untuk soalan 9 buat masa ini, kerajaan negeri belum ada perancangan untuk menjadikan Lipis sebagai Bandar Warisan Pahang. Walau bagaimanapun, melalui Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) dan agensi strategik lain yang berkaitan, kerajaan sedang menumpukan usaha untuk mendapat pengiktirafan UNESCO Global Geopark bagi daerah Lipis dengan kerjasama Kementerian Sumber Alis... Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Elemen warisan merupakan elemen penting bawah pengiktirafan ini. PTNP telah mengenal pasti tapak warisan budaya, tapak warisan geologi dan tapak warisan biologi dalam kawasan Lipis Geopark. Selain itu PTNP telah mengh... menghasilkan blueprint Bahang... blueprint Pahang Destinasi Warisan Dunia 2024 - 2028 sebagai panduan dalam mewujudkan pelancongan berasaskan warisan. Selain itu, Majlis Daerah Lipis dengan kerjasama PlanMalaysia sedang menyediakan Kajian Rancangan Tempatan Majlis Daerah Lipis (Penggantian) 2035 dan kini dalam peringkat Laporan Draf Rancangan Tempatan (Awam). Dalam kajian ini telah dicadangkan untuk mempromosikan daerah Lipis sebagai Bandar Warisan Sejarah yang merupakan potensi yang perlu dikena... diketengahkan. Melalui penjenamaan semula sebagai Bandar Warisan Lipis, daerah ini mampu untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk hadir. Terima kasih.
Terima kasih wakil negeri.
Soalan tambahan.
Sila, Padang Tengku.
Ini soalan ini daripada Lipis. Jadi wakil Lipis ada, saya kena tanya. Di Lipis ini memang kita tahulah banyak bangunan-bangunan sejarah tapi semuanya usang, buruk, lapuk. Jadi saya nak tanya, apakah kerja-kerja pembaikan, pemulihan yang telah dilakukan oleh jabatan-jabatan seperti Jabatan Warisan, mungkin Majlis Daerah dan sebagainya sebab kita tidak nampak sangatlah perubahan dari segi itu? Itu yang pertama. Yang keduanya er... kita ada satu yang dikenali sebagai galeri... galeri apa ini Lipis di rumah bekas kediaman, bekas kelahiran er... bekas menteri… apa menteri, Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Najib. Jadi soalan yang saya nak kemukakan di sini, di situ juga terbiar dan tidak ada orang yang menguruskannya. Adakah kerajaan tidak berhasrat untuk er... Perbadanan Muzium Negeri Pahang mengambil alih dan juga menempatkan sekurang-kurangnya seorang kurator di situ? Terima kasih.
Terima Kasih Yang Berhormat… YB Padang Tengku. Untuk soalan pertama mengenai bangunan-bangunan lama. Memang betul kita faham bahawa Kuala Lipis merupakan bekas ibu negeri Pahang dan terdapat banyak bangunan peninggalan sejarah yang menjadi daya tarikan pengunjung. Jadi untuk Majlis Daerah Lipis, mereka memang ada cadangan dan usaha untuk penge... pengekalan, pemuliharaan dan pengindahan 14 bangunan warisan dan bang... bangunan kedai lama. Selaras dengan objektif untuk bentuk... pembentukan imej bandar lama Kuala Lipis. Untuk maklumat tambahan kepada Yang Berhormat Padang Tengku, kerajaan juga melalui Jabatan Warisan Negara telah mengangkat dan mewartakan beberapa tapak di Kuala Lipis sebagai tapak warisan dan sekarang masih dalam usaha untuk mengangkat tapak lain dalam Lipis Geopark untuk menjadikan bangunan-bangunan lama ini diwartakan dan diiktiraf sebagai tapak warisan. Untuk soalan 2, terima kasih atas cadangan. Mungkin kita Perbadanan Muzium mungkin akan mempertimbangkan cadangan ini. Terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya, saya menjemput soalan yang terakhir wakil dari Sabai.
Yang Berhormat Tuan Speaker soalan saya nombor 10.
[Isu perumahan di kawasan FELDA kerap dibangkitkan oleh peneroka FELDA di kawasan DUN Sabai. Saya difahamkan pengurusan FELDA tidak membenarkan bekalan elektrik untuk rumah kedua di tapak rumah yang sedia ada dan juga pembinaan rumah di kawasan ladang. Ada ahli keluarga peneroka yang yang telah membina rumah tetapi pengurusan FELDA larang penyambungan bekalan elektrik. Saya mohon kerajaan negeri campur tangan mengatasi isu ini.]
(Bacaan dalam Bahasa Arab) (Ayat al-Quran). Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan di-Pertua dan terima kasih juga sahabat saya daripada Sabai dan juga sebelum saya ingin menjawab soalan ini, Saya ingin menambah sedikit mengenai… saya nak menambah kepada iaitu pertanyaan restoran di Bentong tadi yang sangat popular di Bentong iaitu namanya Restoran Cinta Rasa Airena iaitu kedai Cikgu Mat dekat kawasan Taman Industri. Kalau sesiapa yang ingin ke Bentong singgahlah itu antara makanan popular di Bentong dan banyak lagilah makanan-makanan popular di Bentong, insya-Allah boleh menghubungi saya. Bersama saya juga ada bersama dengan Dato' DO dan juga Dato' YDP Bentong yang hadir juga boleh bersama insya-Allah. Insya-Allah, terima kasih banyak kepada...
Jangan lupa Lemang To'ki juga.
Lemang To'ki ya itu syarat wajib, insya-Allah terima kasih banyak Yang di-Pertua kerana menambah Lemang To'ki antara salah satu hotspot pelancongan yang telah dibawa oleh kerajaan negeri, insya-Allah terima kasih banyak.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Err... Yang Berhormat Sabai telah pun menanyakan iaitu isu perumahan di kawasan FELDA yang kerap dibangkitkan oleh peneroka dan juga generasi peneroka iaitu di kawasan beliau iaitu DUN Sabai. Saya difahamkan ramai er... Ahli-ahli Dewan pada hari ini dan sebelum-sebelum ini dan insya-Allah masa akan datang juga akan mempertanyakan soalan-soalan yang sama kerana apa kerana kita adalah Wakil Rakyat kepada rakyat-rakyat yang berada di luar sana. Dan hari ini, setelah itu Yang Berhormat… soalan rakan saya daripada Sabai saya bertanyakan iaitu difahamkan pengurusan FELDA tidak membenarkan bekalan elektrik untuk rumah kedua di tapak rumah yang sedia ada dan juga pembinaan rumah di kawasan ladang. Ada ahli keluarga peneroka yang telah membina rumah tetapi pengurusan FELDA melarang penyambungan bekalan eletrik dan juga pihak beliau memohon perkara ini dapat diatasi. Yang Berhormat Dato'... er... Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat-Yang Berhormat, pengurusan FELDA telah pun memberikan kebenaran bagi kemasukan elektrik kepada rumah anak-anak generasi yang telah siap dibina dalam lot rumah peneroka asal iaitu dua rumah satu lot ataupun 2R1L seperti berikut.
Kebenaran pertama pada 27 Mei tahun 2022 dan juga kebenaran lanjutan pada 3 Oktober 2023. Namun setelah dibuat semakan semula berkaitan perundangan tanah mengikut Akta Tanah iaitu Kawasan Penempatan Berkelompok 1960 iaitu Akta 530
dan juga Kanun Tanah Negara (KTN), terdapat kekangan perundangan berkaitan isu tanah dan juga tapak binaan iaitu dua rumah satu lot yang perlu dipinda serta ditambah baik. Oleh itu, FELDA telah pun menangguhkan sementara kebenaran ini dan tidak lagi membenarkan sebarang penyambungan meter elektrik ke rumah kedua selepas 31 Disember 2023 yang lalu. Walau bagaimanapun, bagi rumah yang telah siap sepenuhnya sebelum tempoh 31 Disember 2023, FELDA telah pun membuat perbincangan bersama dengan pihak TNB iaitu Tenaga Nasional Berhad bagi kebenaran memasang meter tambahan seperti mana di bawah Seksyen 24 Akta Bekalan Elektrik iaitu untuk kewajipan membeli bekalan elektrik sehingga 31 Disember 2023 sahaja.
Untuk makluman Yang Berhormat, Akta GSA berkaitan perkara ini sedang dalam proses penambahbaikan dan juga pindaan melalui Badan Kawal Selia Felda (BKSF) di Jabatan Perdana Menteri telah mengetuai pindaan ini bersama dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Galian, Pejabat Tanah Galian (PTG), Pejabat Daerah Tanah dan juga Jabatan Pengurusan Tanah FELDA dan juga beberapa agensi-agensi lain serta melibatkan Jawatankuasa Peneroka Belia dan juga Pertubuhan Kami Anak FELDA untuk turut sama dan juga sesi libat urus ini bersama dengan pemegang taruh dan juga Pihak Berkuasa Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan telah pun dilaksanakan sebelum ini.
Antaranya pada 3 hingga 5 September 2024, zon satu Wilayah Alor Setar dan juga Wilayah Trolak dan juga pada 23 hingga 25 September yang lalu 2024 zon kedua Wilayah Raja Alias, Wilayah Mempaga, Wilayah Johor Bahru dan juga Wilayah Segamat dan pada 20 dan 22 Oktober 2024 yang lalu zon yang ketiga iaitu Wilayah Terengganu, Wilayah Gua Musang, Wilayah Kuantan yang terlibat juga Wilayah Jengka. Proses ini pada akhir pindaan iaitu akta yang terlibat akan memerlukan kelulusan menteri yang bertanggungjawab kepada FELDA iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Seterusnya perlu dibentangkan pula di dalam Parlimen sebab itu Yang Berhormat Speaker, pada hari ini juga kita bersidang namun Parlimen pun bersidang mereka juga memperjuangkan perkara yang sama iaitu maksudnya satu Malaysia memperjuangkan hak untuk peneroka. Tahniah jugalah kepada Wakil Rakyat-Wakil Rakyat kita terutama sekali di negeri Pahang ni untuk memperjuangkan perkara yang sama.
Yang di-Pertua,
Malah Yang Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar dan juga kerajaan negeri dan juga FELDA senantiasa berusaha untuk mencari jalan dan cara untuk membolehkan kelulusan sementara. Malah dibahas juga di Parlimen untuk pembinaan elektrik ini dan di dalam rumah ataupun dua rumah satu lot ini dapat diberikan kebenaran terutama di kawasan tapak rumah asal peneroka diperolehi sebelum perkara ataupun pindaan dapat dimuktamadkan. Saya selaku EXCO FELDA dan juga anak peneroka FELDA, saya yakin dan percaya di dalam dewan ini juga ramai anak-anak FELDA, cucu-cucu FELDA juga memahami bagaimana keluh-kesah kita yang berada di bawah sana yang berada di sini mahu di sini mahupun di sana. Perkara hala tuju kita tetap yang sama sebab itu Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja selaku Menteri Besar mengarahkan saya untuk membuat rayuan sementara kepada FELDA, kepada Parlimen untuk mendapatkan kelulusan sementara, namun akta melanggar.
Kalau kita mahu melaksanakan perkara itu akan mengakibatkan satu Malaysia akan melibatkan perkara yang sama berlaku. Namun dari segi perkara ini, kita cubalah berbincang dan kita akan berbincang bersama di peringkat FELDA dan juga peringkat pejabat yang bersesuaian, pemegang taruh dan punca kuasa. Insya-Allah apa yang
kita perjuangkan, perkara ini dapat diselesaikan. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada rakan-rakan semua yang ada hari ini Wakil Rakyat-Wakil Rakyat semua dan juga pengamal kita juga sebagai pengamal undang-undang yang dipilih haruslah bersama dan memberikan fakta ini untuk dikongsikan kepada semua lapisan masyarakat dan juga FELDA dan juga generasi di luar sana agar tiada pihak yang mengambil kesempatan kerana dalam isu ini semuanya melibatkan undang-undang bukan sahaja di peringkat negeri malah di peringkat negara yang perlu diputuskan. Saya menyeru kepada rakan-rakan semua hari ini bukan kerajaan negeri tidak memberikan kebenaran namun perkara ini melibatkan akta yang perlu dipinda hingga ke peringkat Parlimen. Sekian, Yang Berhormat Speaker.
Saya jemput Kemayan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan tambahan saya ialah sebelum ini pihak FELDA telah memberikan kebenaran khas apa salahnya, kenapa sebelum ini boleh diberikan kebenaran khas er... sejak daripada tahun lepas hingga 31 Disember dibenarkan tak melanggar peraturan. Tapi bila kita minta lanjutkan kebenaran khas ni sehingga menunggu Akta GSA ni dipinda, kalau tengok gaya nak pinda Akta GSA ni mungkin lagi dua, tiga tahun gayanya, tu tak akan lah dua, tiga tahun warga FELDA ni yang buat rumah kedua sebab perkara ni kita yang mulakan. Kita bagi kebenaran kepada warga FELDA untuk membina rumah kedua tapi pihak FELDA tidak mengambil tindakan untuk meminda akta. Jadi er... saya mohon agar er... kelulusan khas ni dilanjutkan sehinggalah akta ini betul-betul dipinda. Sebab dah ada precedent case sebelum ni boleh, kenapa sekarang ni tak boleh nak... nak lanjutkan. Itu saja, terima kasih.
Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Kemayan. Tuan Yang di-Pertua, sebab itu seperti yang kita ataupun saya utarakan sebentar tadi. Sebab itu, inilah perjuangan dan YB Kemayan ini sebagai anak peneroka jugak yang dan juga nadi anak peneroka. Sebab itu proses ini mengambil akta yang sangat bukanlah kata sangat... sangat senang dan juga mudah untuk digubal ya dah banyak perkara perkara berlaku dalam FELDA. Selain daripada kita memperjuangkan dua rumah satu lot ni adalah berlaku bukan generasi FELDA yang buat rumah di dalam kalangan tersebut. Sebab itu, akta ini perlu dipinda dengan teliti namun saya juga menyokong juga selaku anak peneroka kita menyokong YB Kemayan utarakan supaya perkara ni dah ada precedent case 2023 terakhir iaitu kenapa tidak perlu dilanjutkan. Ya, saya bersetuju namun apa yang melibatkan akta dan juga perundangan-perundangan yang perlu kita perkemaskan dahulu untuk masa hadapan. Jangan kita fikir jangka masa yang singkat, namun di masa akan... akan masa hadapan er... dua, sepuluh tahun, dua puluh tahun akan datang berlaku ketirisan perkara-perkara yang akan berbangkit. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Tuan di-Pertua.
Terima kasih. Sila, Sabai.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Saya rasa ramai yang er... menghadapi isu yang sama dalam Dewan Yang Mulia ini. Saya rasa akta ini ya nampak macam terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan sebab anak-anak peneroka asal ini telah membelanjakan ribuan ringgit, membina rumah dan tidak diberi peluang bekalan elektrik. Saya rasa perlu mengambil keputusan yang segera sepertimana sahabat saya dari Kemayan untuk kita mengatasi isu yang dibangkitkan.
Soalan... soalan. Ada soalan tak?
Timbalan Speaker, sikit je.
Okey, yang last.
Sikit je. Saya nak tambah isu kebenaran khas tadi. Sebenarnya kebenaran khas tu diberi secara kebetulan ada PRK Pelangai pada waktu tu. Itu je.
Saya nak betulkan fakta. Kuala Sentul ni suka betul menggeletek [ketawa]. Sebenarnya fakta ini saya tak bolehlah nak keluarkan surat ni. Surat daripada FELDA ini. Yang itu... tu berbohong tu. Sila tarik baliklah, ya. Sebab berbohong kena tarik balik. Jangan suka berbohong dalam Dewan.
Okey. Fakta saya takde.
Hah, sebab itulah.
Cuma saya cakap kebetulan.
Tak.
Sebab itu saya cakap kebetulan.
Tak ada.
Bukan fakta tu.
Yang Berhormat Speaker.
Ya, sila.
Dari segi saya melihat isu ini. Apa... kenapa FELDA membenarkan membina rumah? Maksudnya api air tidak boleh dimasukkan. Ibarat kata benarkan kita kahwin tapi tak benarkan kita buat anak. [Ahli Dewan ketawa]
Okey, biar beri laluan kepada wakil Muadzam.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya tambah sikitlah sebab saya dulu pun EXCO FELDA. Ada sikit maklumat tentang perkara ini. Okey, dulu memang peringkat awal tu dibenarkan kemudian selepas disemak ada apa ni... dari segi Akta Cap Penyata Tanah, sebab hanya 1 buah rumah boleh dibina. Jadi oleh kerana orang dah buat rumah, dah bina, jadi sebab itulah FELDA bagi lanjutan masa sehingga 31 Disember tahun 2023 dan dalam masa sama juga telah diingatkan kepada semua peneroka atau anak peneroka, janganlah buat rumah selepas itu. Tunggu sehingga akta dipinda, itu sebenarnya tetapi mereka masih melanggar peraturan, buat bina di rumah dan sekarang minta masuk api dan air. Jadi sebenarnya, saya nak menjawab soalan tadi tu, maknanya lanjutan tu dibagi kerana rumah-rumah telah dibina sebelum itu dan
diharapkan sepatutnya selepas 31 Disember tu tak boleh buat rumah lagi sehingga akta itu dipinda. Sekian, terima kasih.
Saya jemput er... sorry saya jemput Wakil Kerajaan.
Sikit, sikit je Yang Berhormat. Sikit... sikit aje.
Sila... sila duduk, sila duduk.
Yang Berhormat Speaker...
Sila duduk, sila duduk.
Yang Hormat Speaker, sikit saja.
Saya minta sila duduk.
Ni isu... isu saya rasa isu ni penting. Yang Hormat Speaker, saya mohon untuk sedikit sahaja.
Saya minta Yang Berhormat duduk.
Yang Berhormat Speaker, sedikit sahaja.
Saya minta Yang Berhormat duduk. Wakil Kerajaan, sila.
Terima kasih banyak Yang Berhormat Speaker. Juga, terima kasih banyak Yang Berhormat yang telah pun memberikan tambahan... jawapan tambahan. Namun, saya ingin membetulkan sekali lagi selagi fakta saya tak boleh tunjuklah surat, ini surat... surat rasmi kerajaan, kita nak tunjuk tapi ada yang begini, saya nak menutup ajelah. Ada kat saya ni, bertanda lagi ni. Maksudnya dalam Dewan inilah kita berbicara biar betul dan saya ingin tambahkan jawapan saya tadi iaitu perkara yang berlaku di dalam FELDA ini. Insya-Allah kita serahkan kepada pihak yang berwajib terutama sekali di Parlimen. Akta ini perlu digubal di peringkat Parlimen namun kita kerajaan negeri mendesak... kerajaan negeri kita mendesak supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan lebih tuntas dan juga pantas untuk menyelesaikan masalah generasi peneroka pada hari ini. Terima kasih banyak Yang di-Pertua.
Oleh kerana soalan ini hangat, Kemayan ada sikit nak tambah? Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. [Ahli Dewan ketawa]. Merujuk kepada Muadzam Shah tadi berkaitan dengan rumah yang nak buat sebab rumah ini anak-anak peneroka ini buat bukan rumah terus siap. Dia bukan ada duit RM100,000.00, RM50,000.00 terus. Sehingga 31 Disember 2023, masih ada rumah-rumah yang tengah dibina, so dia akan siap 2024. Jadi saya mohon bila rumah ini dah siap, bukannya sebab terus anak peneroka ini buat ini, buat sikit-sikit tau. Baru ni saya pergi ziarah dia tengah buat sendiri sikit-sikit tapi air, elektrik tak boleh masuk. Saya mohonlah untuk perkara ini, kerajaan negeri terus mendesak kepada kerajaan persekutuan supaya membenarkan kemasukan elektrik dan juga air. Masalah utama ini sebenarnya air bukannya elektrik.
Yang Berhormat... sekali lagilah, saya ingat dah tutup dah rupanya Yang di-Pertua bagi lagi, ya. Terima kasih banyak Yang di-Pertua dan juga terima kasih banyak YB Kemayan. Hot betul FELDA ini. Terima kasih banyak atas keprihatinan Wakil-wakil Rakyat dalam FELDA ini. Tahniah dan terima kasih. Namun di dalam FELDA ni ada struktur dia. Sebab itu dalam FELDA, dia ada pengurus dia. Pengurus tahu siapakah peneroka itu, kan? Kematiannya, perkahwinannya, nak tambah bini pun pengurus tahu sebab dia kena sign. Dia kena tandatangan tambah isteri, tambah bini pula, tambah isteri. Minta maaf Yang Berhormat dan juga termasuk pembinaan rumah tersebut.
Sebab itu apa yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Kemayan tadi bahawanya kita telah pun memaklumkan, kerajaan telah pun maklumkan bahawanya kesiapsiagaan tarikh tamat 31 Disember 2023. Jika memang saya akui bahawa anak peneroka buat sedikit demi sedikit, ada RM50,000.00 buat dulu, ada RM50,000.00 buat dulu sampai ke siap dan waktu itu kemungkinan, itu kenalah perlu melapor kepada pihak pengurus-pengurus rancangan masing-masing. Insya-Allah, kita akan angkat perkara ini dengan cara berasingan. Terima kasih banyak Yang di-Pertua.
Terima kasih Wakil Kerajaan Negeri. Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kita selesai membincangkan 10 soalan pertanyaan-pertanyaan, soalan jawab kepada Menteri Besar. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan pagi ini untuk minum pagi dan persidangan disambung semula pada pukul 12.00 tengah hari. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan]
[Persidangan disambung semula]
Sambungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024 Dan Usul Anggaran Pembangunan Dan Perbekalan Air 2025.Bill
Perkara Ketiga: Sambungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024 dan Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2025.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita masih lagi dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 (2025) dan usul Anggaran Pembangunan dan Pembekalan Air 2025. Rang Undang-undang dan usul ini telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada hari Jumaat, 29 November 2024 dan dibahas pada hari semalam, Isnin 2 haribulan Disember 2024. Hari ini kita akan menyambung semula perbahasan Rang Undang-undang dan usul tersebut. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagaimana jadual perbahasan yang diedarkan, seramai 15 orang Ahli Dewan akan berucap kepada majlis. Sukacita saya ingin maklumkan bahawa rang… ruang perbahasan yang diberikan perlulah diguna dengan sebaiknya. Setiap Ahli Yang Berhormat diberi masa 15 minit sahaja bagi perbahasan. Bagi memulakan perbahasan, saya menjemput Ahli Dewan Negeri kawasan Jenderak untuk berucap. Sila.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker atas peluang untuk perbahasan di dalam sesi kali ini. Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail, kerana terus cemerlang dalam menguruskan negeri ini sehingga berjaya mencapai hatrik RM1 bilion kutipan hasil.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang atas pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2025 yang mengutamakan kepentingan rakyat dengan bertemakan ‘Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan’ menjadi teras utama belanjawan kali ini. Pencapaian yang hebat Kerajaan Negeri Pahang membolehkan kerajaan negeri memberikan bonus buat penjawat awam dengan jumlah satu bulan setengah gaji. Ini adalah hasil daripada kerja kuat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang mentadbir urus dengan baik dan rakyat Pahang mendapat limpahan nikmatnya melalui Bantuan Prihatin Pahang dan berbagai sumbangan untuk kepentingan rakyat tanpa mengira agama, kaum mahupun fahaman politik. Ditambah pula dengan projek-projek pembangunan infrastruktur, pendidikan dan mempertabatkan syiar Islam. Lima tekad yang telah digariskan pada saya cukup lengkap dan holistik serta sesuai dengan tema belanjawan kali ini.
Yang Berhormat Speaker,
Saya nak teruskan perbahasan saya dengan mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Agama Islam Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh, Yang Hormat Dato’ Pegawai Daerah Temerloh dan Pejabat Qadhi atas pembinaan sebuah surau baru untuk Kampung Orang Asli Pasu. Saya
perlu ketengahkan perkara ini kerana ini adalah bukti kerajaan negeri hari ini yang mendengar dan cakna dengan keperluan rakyat. Saya juga nak maklumkan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa terdapat 166 Orang Asli yang beragama Islam di kampung ini dan baru-baru ini pun, alhamdulillah, 10 orang lagi telah memeluk agama Islam.
Jadi sudah tentulah surau ini menjadi satu keperluan bukan sahaja sebagai tempat ibadat tetapi juga untuk mereka menimba ilmu pengetahuan tentang Islam dan nilai-nilai murni. Surau ini juga menjadi bukti bahawa syiar Islam terus mekar di negeri Pahang dan ini menolak kata-kata bahawa Kerajaan Negeri Pahang pada hari ini tidak menegakkan syiar Islam.
Yang Berhormat Speaker,
Di kesempatan ini juga saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan FELDA yang begitu hangat dibahaskan tadi. Sebelum itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas inisiatif Skim Tanah Rakyat FELDA Pahang (STRFP), sebagai langkah penyelesaian untuk generasi kedua dan seterusnya. Jadi, saya harap tidak ada masalah lagi selepas ini berkenaan dengan bekalan elektrik dan juga bekalan air.
Sedikit berkenaan di FELDA Jenderak Utara. Saya nak bangkitkan tentang isu berkaitan pemotongan duit lebihan baja yang melibatkan 129 peneroka di FELDA Jenderak Utara. Saya difahamkan duit yang terlebih potong ini adalah sebanyak hampir RM5,000.00 dan perkara ini telah lama berlaku serta belum diselesaikan. Saya mohon agar ianya diselesaikan segera dengan bayaran penuh. Hal ini kerana ianya menimbulkan keresahan 129 peneroka ini kepada pengurusan FELDA. Saya berharap agar isu ini dapat dipertimbangkan dengan sebaiknya agar satu penyelesaian yang tuntas dapat diadakan bagi memastikan perkara ini tidak berbangkit lagi.
Yang Berhormat Speaker,
Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan serta agensi-agensi kerajaan agar setiap projek yang sedang dilaksanakan hendaklah dinaikkan papan tanda yang mengandungi maklumat berkenaan projek-projek yang sedang dilaksanakan oleh pihak-pihak yang terbabit. Hal ini bagi memastikan orang ramai dapat maklumat yang jelas berkenaan projek-projek ini kerana ketika ini saya lihat banyak projek-projek baik yang kecil dan yang besar yang… yang segera tidak dinaikkan papan tanda ya sedangkan setahu saya, kalau dahulu ada bajet untuk dinaikkan untuk signboard kerja-kerja. Jadi, saya harap perkara ini dapat dilaksanakan kembali.
Yang Berhormat Speaker,
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak JPS, sudah tentunya Pengarah JPS ada di belakang saya ini atas bajet tebatan banjir di Sungai Krau yang bernilai hampir RM100 juta. Terima kasih. Ini ianya akan dapat mengurangkan apa ini, banjir di perkampungan antara er… pesisiran Sungai Krau sehingga ke penempatan Orang Asli.
Yang Berhormat Speaker,
Sebelum saya akhiri ucapan saya, saya juga ingin menyebut satu peristiwa iaitu Subuh Berdarah di Balai Polis Kuala Krau yang berlaku pada tahun 1948 yang menjadi sejarah serangan pengganas yang menjadi ingatan kepada seluruh warga Kuala Krau
sehingga ke hari ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak PDRM, khususnya Ketua Polis Pahang yang telah merasmikan perletakan Batu Peringatan peristiwa tersebut pada 20 November 2024. Ianya dapat dijadikan sebagai salah satu nilai tambah terutamanya di dalam sektor pelancongan khususnya di DUN Jenderak. Terima kasih juga er… kepada kerajaan pusat, kerajaan negeri dan PDRM di atas pembinaan sebuah balai polis baru yang mempunyai kemudahan dan kelengkapan yang sempurna di Kuala Krau khususnya di DUN Jenderak. Sekian, Jenderak mohon menyokong. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih wakil dari Jenderak. Seterusnya, saya menjemput wakil dari Tanjung Lumpur untuk mengambil bahagian. Dipersilakan.
(Ayat al-Quran) Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. (Ayat al-Quran) Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana telah memberikan ruang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2025. Yang pertama juga saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga kerja Pejabat Kewangan Perbendaharaan Negeri yang telah bertungkus-lumus untuk menyiapkan dokumen… dokumen anggaran perbelanjaan 2025. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh penjawat awam Kerajaan Negeri Pahang yang telah memberikan komitmen dalam setiap perancangan sehingga membantu kerajaan negeri meraih kutipan hasil melebihi daripada RM1 bilion er… pada tahun lepas. Semoga hasil negeri ini insya-Allah dapat diagihkan dengan seadil-adilnya dan dapat dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat. Insya-Allah, saya ingin menyentuh satu, dua perkara berkaitan dengan bajet itu sendiri.
Yang pertamanya, berkaitan dengan perkhidmatan er… bekalan air. Air merupakan keperluan asas untuk kegunaan rakyat er… kegunaan harian rakyat. Masalah bekalan air sama ada ketiadaan air ataupun tekanan yang rendah ini ia berlaku boleh kata seluruh Malaysialah, boleh dikatakan seluruh Malaysia… seluruh juga negeri Pahang kadangkala dan Tanjung Lumpur tidak terkecualilah er… daripada masalah-masalah yang sedemikian.
Kita semua faham bahawa kesan daripada masalah air ini ia akan melibatkan pula kepada masalah-masalah lain. Selain daripada pihak keluarga itu sendiri terpaksa bersusah-payahlah. Jadi kita fahamlah bila tidak ada air kan, kita semua faham tidak ada air. Ia juga melibatkan masalah er… ia akan menyentuh masalah ekonomi dan sebagainya sebab bila tak ada air, biasalah penduduk dia terpaksa hantar pakaian di dobi, nak hantar dobi dekat tak boleh sebab dobi dekat pun tak ada… [ketawa] tak ada air juga kena pergi dobi hok jauh dah kos minyak lagi, makan kedai lagi dan kemudian di antaranya mereka terpaksa pula pasang tangka… beli tangki, beli motor untuk pam air dan sebagainya maka ia melibatkan er… soal ekonomi. Bermacam-macamlah kita semua er… faham untuk er… kita semua faham bila berlakunya keadaan isu air ini.
Jadi, oleh itu saya sangat menyokonglah usaha kerajaan er… yang mana kerajaan dalam usaha untuk pertingkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air er… yang mana kita telah mendengar peruntukan sebanyak RM129.3 juta bagi tahun hadapan. Jadi saya juga suka nak merujuk kepada er… media yang memetik kenyataan Menteri Besar pada pertengahan 2023 lalu, yang mana er… Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menyebut bahawa kerajaan negeri komited untuk menyelesaikan 90% isu
bekalan air pada tahun 2026. Ini kenyataan pada pertengahan 2023 yang lepas. Jadi sedikit persoalan daripada saya daripada bermulanya pertengahan 2023 itu sehingga kini berapa peratuslah sasaran yang er… yang telah di… disiapkan.
Jadi kita melihat bagaimana 47 projek yang disenaraikan bagi meningkatkan perkhidmatan bekalan air. Salah satunya ialah pembinaan loji air di Bukit Puling, Kuantan… Bukit Puling, Kuantan. Jadi soalan sayanya berapakah anggaran kos bagi projek ini serta garis masa projek ini akan disiapkan sebab saya melihat bahawa ini sangat-sangat pentinglah. Kalau… saya yakinlah kalau dapat disiapkan dan beroperasi, ia dapat menampung banyak keperluan air kepada masyarakat khususnya di… di Kuantan dan pada hujung minggu pada baru-baru ini, bukan hujung minggu ini la kebiasaan bila ada isu air ini er… masyarakat, penduduk tamanlah khususnya dia akan panggil la untuk kita berjumpa dan kita berjumpa dan biasanya saya akan menjelaskan masalah air ini sebagaimana apa yang telah dijelaskan di dalam… di dalam Dewan dan rakyat secara khususnya, mereka memahami masalah isu air ini.
Cuma ada beberapa perkara yang menimbulkan persoalan di antaranya kalau saya pergi pada baru-baru ini di apa er… di Taman Kuantan Jaya, di Taman Aspen dan juga perumahan Taman Plus ini di antara perumahan yang kerap sangat tidak ada air ataupun tekanan yang sangat-sangat rendah. Isunya yang mereka bangkitkan ialah soal jadual. Jadual melepaskan air di tangki di taman mereka jadi tidak konsistenlah makna kadang hari ini dia buka air dan kemudian dua, tiga hari pula dan kemudian esok pula. Ertinya tidak mengikut jadual yang er… yang tetap sehingga timbul ada yang pandai-pandai itu, dia pergi buka sendiri je [ketawa] sebab dah dua hari dah tidak ada air akhirnya dia buka sendiri er… dia buka sendiri. Ini dah tentulah kita rasa ini adalah satu kesalahanlah kerana mengganggu apa… kerja perkhidmatan awam kan, menganggu kerja jabatan dan sebagainya tetapi er… apabila perkara itu berlaku maka sudah tentulah sebab air ini penting mestilah penduduk dia akan ambil tindakan-tindakan sendiri begitu juga dengan pemasangan… pemasangan tangki.
Pada asasnya kita tak setuju sebab bila dia pasang tangki ini, dia sedut air menyebabkan orang lain pula slow kan, yang lebih salah lagi dipasang pula selepas daripada er… sebelum daripada meter pergi ke tangki dia hok ini lagilah… lagi salah kan tetapi kerana air ini jangan katakan apa kerat paip, mati pun manusia sanggup kerana keperluan kepada… kepada air. Jadi apa yang rakyatlah, masyarakat di… penduduk yang saya sebutkan tadi apa yang mereka harapkan ialah supaya air ini dibuka ke tangki-tangki mereka ikut jadual bukan ikut aduan. Kalau ikut aduan baru dia buka tapi ikut jadual supaya mereka ini boleh settinglah masa dia, dia tahu hari ini ada, hari ini tak ada dan sebagainya. Jadi, insya-Allah saya sebut ini untuk perhatian walaupun isu air ini rasanya bahasa kita pun lebu dah dok… dok sebut dah banyak kali sangat dah dah puas dah, buka dalam Facebook pun isu air juga, buka itu pun isu air juga tetapi untuk perhatian kita… kita bersama.
Dan kemudian saya juga menyokong inisiatif kerajaan memperkasakan dusun-dusun buah-buahan seperti manggis, jambu air, mangga dengan peruntukan yang disebut sebanyak RM2.71 juta sebab kalau kita lihat dan termasuklah di Tanjung Lumpur yang sentiasa meriah dengan perniagaan, niaga buah tepi jalan dan sebagainya, tapi bila kita tanya buah-buahan ini kebanyakannya datang daripada Thailand, dia tak datang daripada negeri er… negeri Pahang sendiri tapi dia banyak datang daripada Thailand. Hok ada Pahang pun ubi kayu, ubi keledek hok itu sahaja banyaknya tetapi hok-hok lain itu tak ada kebanyakan bukan kata tak ada langsung tetapi kita merasakan terlalu sedikit. Jadi kita er… saya sangat menyokonglah apa bajet peruntukan sebanyak RM2.71 juta, cuma apa yang kita harapkan, yang saya harapkan kalau dapat kita mohonlah supaya saya dapat perincian lokasi dusun-dusun tersebut dan sebagainya.
Dan berapa peratus pula kadar guna tanah bagi sektor pertanian yang disebutkan tadi selain daripada tanaman komoditi. Komoditi ini sawit, getah dan sebagainya. Jadi ini adalah tujuan untuk kita melihat peningkatan tanaman buah-buahan itu di negeri Pahang.
Dan seterusnya saya juga nak menyentuh soal berkenaan penyelenggaraan jalan er... jalan... jalan. Saya ucapkan tahniahlah kepada pihak agensi kerajaan JKR, Roadcare yang banyak lakukan... melakukan penyelenggaraan jalan di sekitar DUN Tanjung Lumpur. Tapi untuk menarik perhatian pertama pada Yang Berhormat EXCO Kerja Raya untuk melihat keperluan menurap jalan baru di jalan Tanjung Lumpur terutama sekali daripada lampu isyarat Kempadang sehingga Sungai Soi. Dia daripada dululah mungkin bawah dia lembap ke... wallahualam yang menyebabkan saya nampak saya ikuti. Ada masa baiki tapi tak lama lepas tu dia gitu pulak kan. Mungkin itu perlu kepada itu apa saya mintak pemerhatianlah. Dan begitu juga beberapa lokasi air bertakung di jalan utama yang membahayakan pengguna jalan raya. Antaranya ialah berhampiran dengan Taman Kempadang Makmur iaitu simpang lampu isyarat Kempadang dan begitu juga bersebelahan lampu isyarat simpang Yayasan Pahang menghala ke bandar Kuantan. Dan yang ketiga jalan lama utama, jalan lama Tanjung Lumpur. Jadi masalah air bertakung ni yang ni memang lama sangat dah memang dah lama. Nanti saya bagi detaillah kepada pihak EXCO nama-nama tempat... tempat tersebut.
Dan di kesempatan ini, saya juga nak bangkitkan soal keperluan membina jejantas di laluan jalan Tanjung Lumpur FT183 Kampung Derhaka. Saya rasa ni kali kelima dah saya sebut. Sebut tu sebab desakan daripada rakyat, masyarakat khususnya ibu bapa yang menghantar anak di SMK Tanjung Lumpur tu. Daripada dulu, mereka mintak kita berusaha dan memang kita dah pun berusaha dan baru-baru ni YB Ahli Parlimen Kuantan, YB Wan Razali telah bawa jugak perkara ni dalam Perbahasan Kamar Khas pada tahun 2023. Dan jawapan yang diterima yang terkini daripada JKRnya ialah permohonan tersebut tidak diangkat bagi Bajet 2005... 2025 kerana masalah peruntukan yang tidak mencukupi. Jadi saya mohonlah agar pihak Kerajaan Negeri Pahang terus berusaha untuk supaya Projek Jejantas Kampung Derhaka ini dapat termasuk dalam senarai yang dipanggil Rolling Plan kan dalam apa RMK-13. Jadi mudah-mudahan dia tuan-tuan sekalian dapat... dapat dibina. Dah sekian lama dah hasrat rakyat di situ untuk supaya ada jejantas bagi kemudahan, bagi kemudahan terutama sekali untuk menghantar anak-anak sekolah.
Dan kemudian seterusnya, saya juga nak bawa sedikitlah isu di Flat Pak Mahat ataupun PPRS Pinggiran Putra. Isu yang pertama di sini ialah salah satu guru Quran. Ini mungkin boleh menarik perhatian pada EXCO Agama ataupun yang terlibatlah. Jadi guru al-Quran dia di sana anak-anak ni yang sekolah pagi dia kadang mengaji Quran pada sebelah petang dan kadangkala dia mengaji Quran di sebelah malam. Jadi, Yayasan Pahang, saya dimaklumkan Yayasan Pahang ni telah pun menaja seorang ustaz untuk mengajarlah mengajar al-Quran di sana. Cumanya telah terhenti pada bulan April pada baru-baru ni. Terhenti pada bulan April baru-baru ni. Jadi setelah sungutan ataupun aduan daripada penduduk di situ, saya pun cubalah untuk menghubungi mereka yang terlibat dan saya difahamkan bahawa ustaz tersebut di bayarlah ataupun ditaja oleh pihak Yayasan Pahang. Dah terhenti pada bulan 4 yang baru nilah disebabkan kerana setelah habis tempoh... tempoh kontraklah... kontrak tu jadi tidak disambung kembali. Alasan yang diberikan kerana daripada pihak Majlis Perbandaranlah tidak mengeluarkan surat dan sebagainya. Saya tidak pasti surat apa sangat tetapi saya rasa ini boleh di boleh dapat diketahui oleh pihak... pihak kerajaan kerana hasrat saya yang besar dan hasrat penduduk di situ supaya kelas al-Quran dapat di... dijalankan... dijalankan semula, insya-Allah.
Dan kemudian...
Yang Berhormat... Yang Berhormat minta gulung. Masa dah singkat.
Baru panas. Takpe... takpe, insya-Allah pengerusi. Jadi nak sentuh sikit soal kebersihan. Kita faham dah dan cuma saya melihat bahawa sekarang ni mungkin lebih baik sikitlah daripada dulu tahap kebersihan di Flat Pak Mahat dan kita pun semua faham, pihak Majlis Perbandaran pun faham. Ini soal sikap, soal attitude masyarakat di situ yang sukar untuk diubah. Namun begitu, kita perlu ingat bahawa Kuantan ni dah jadi bandar raya... dah jadi bandar raya, maka Flat Pak Mahat tu di antara perkara yang akan mencerminkan imej Kuantan tu sendiri sebagai sebuah bandar raya kan. Jadi tengok kotor dan keadaannya yang begitu kotor dan kaedah (Ayat al-Quran).
Tuan-tuan sekalian ya, kegembiraan dalam hati ni kesukaan, ketenangan dia mesti berpunca daripada pandangan dan penglihatan. Jadi kalaulah sekiranya suasana ini hari-hari dilihat, maka dah tentulah tuan-tuan sekalian bagaimana kita nak membentuk jiwa akhlak penduduk-penduduk di situ terutama sekali generasi-generasi baharu, kan. Bila dia tengok, jadi seolah-olah kekotoran ni merupakan satu perkara biasa bagi dia. Satu perkara yang tidak mendatangkan rasa bersalah tidak mendatangkan bahawa perkara tu adalah bukan perkara yang yang yang tidak baik. Kerana sebab setiap hari dia... dia melihat. Dia... penting pandangan ni untuk membentuk jiwa. Dan seterusnya daripada jiwa tulah dia akan terbentuk pula perkara-perkara positif. Ya, perkara positif yang... yang lain, kan?
Mohon mencelah.
Sila... sila.
Terima kasih kepada Tanjung Lumpur. Saya amat bersetujulah dengan pandangan Tanjung Lumpur bahawa dari keindahan tu akan turun ke hati kita. Dan justeru itu, Kerajaan Negeri Pahang juga bersama dengan KPKT. Kita juga akan... kita juga memohon peruntukan untuk membaik pulih Projek Perumahan Rakyat (PPRM) di seluruh Pahanglah. Ada orang tumbang ke?
Tak ada.
Ingat nak dengar saya jawab ni dia tumbang ke [Ahli Dewan ketawa]. Jadi untuk maklum kitalah ye untuk Kerajaan Negeri Pahang sentiasa kita mengambil tahu tentang keadaan ini dan pihak kerajaan tempatan pun akan mengambil tahulah. Dan pada masa yang sama juga, kita telah memohon peruntukan-peruntukan di mana Projek Perumahan Rakyat ini perlu dibaiki sebagaimana kata Yang Berhormat.
Bila keadaan... mintak Pengerusi sikit ya tambah. Dia tak kacau pun. Dia menjelaskan, tapi perlu kepada tambahan. Sebab bila perkara ni dilihat, dia imejnya adalah Majlis Perbandaran Kuantan itu sendiri. Jadi saya mohonlah sebab ini merupakan satu perkara yang sangat penting. Perkara yang bersih, cantik ni bila kita pandang dia akan memberikan ketenangan. Macam kita tengok orang. Manusia ni ada... ada ketikanya ada sorang tu bila kita pandang ni kita nak pandang sekali je. Lepas tu kita tak nak pandang dah. Ada pula orang bila kita pandang ni kita nak pandang lagi. Ni kalau bahasa orang Tanjung Lumpur dipanggil good looking person. Ha... kalau orang Tanjung Lumpurlah kalau bahasa kampung lain saya tak tahu. Maknanya yang kita nak kalau boleh imej Kuantan ni termasuklah di Flat Pak Mahat tu, dia begitu. Sebab macam saya sebut tadi bila orang lihat dan suasana tu orang... orang tak pandang pun penduduk tu. Orang kata apalah Majlis Bandaran macam ni pun tak jaga, orang akan pandang begitu kan? Jadi kita tak nak imej tu begitu. Jadi saya rasa cukup sekadar tu dan saya menyokong pembentangan Bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar 2025. Assalamualaikum WBT.
Terima kasih wakil dari Tanjung Lumpur. Sebelum saya menjemput wakil er… apa tu Ketari, saya ingin mengalu-alukan kedatangan pemerhati pada sesi pagi ini iaitu dari wakil DUN Tanjung Lumpur, wakil DUN Batu Talam, Pemuda UMNO Indera Mahkota dan Sekolah Menengah Teknik Kuantan. [Ahli Dewan menepuk meja]. Selamat datang ke Dewan Negeri Pahang. Seterusnya saya menjemput wakil dari Ketari.
Salam sejahtera dan salam perpaduan. Yang Berhormat Speaker, saya mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada Ketari dan membenarkan saya membahas pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2025 yang bertema ‘Prestasi Dipertingkatkan, Kemakmuran Dipertahan’ oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang dalam Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada 29 November yang lalu. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Perpaduan dan seluruh warga penjawat awam negeri Pahang atas pencapaian cemerlang dalam kutipan hasil sebanyak RM1.15 bilion untuk tahun 2024.
Sepertimana yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Jelai, ini merupakan tempoh ke… tahun ke-3… tahun ke-3 berturut-turut kita mencapai kutipan hasil sebanyak RM1 bilion setahun. Untuk tahun 2025, unjuran hasil kerajaan negeri adalah sebanyak RM1.194 bilion anggaran hasil dan daripada itu anggaran perbelanjaan mengurus diperuntukkan sebanyak RM1.182 bilion manakala anggaran pembangunan sebanyak RM399.64 juta telah pun diperuntukkan. Ini adalah satu perkembangan yang patut dipuji dan marilah kita sama-sama bekerjasama dan berusaha untuk mencapai matlamat murni Kerajaan Negeri Pahang ini.
Dalam pada itu, saya juga menyokong penuh keputusan kerajaan negeri untuk menerima pakai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam SSPA yang akan memberi kenaikan gaji sebanyak 15% kepada penjawat awam negeri Pahang. Kenaikan gaji ini akan bermula bulan Disember 2024 dan baki pada Januari 2026 yang akan melibatkan kewangan sebanyak RM55.014 juta ringgit. Dengan kenaikan gaji ini, saya yakin ia akan mendorong penjawat awam untuk terus bekerja keras dan memberi sokongan dan komitmen dalam melaksanakan amanah dan memberi mutu perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada rakyat dan juga negeri Pahang yang tercinta ini.
Yang Amat Berhormat… Yang Berhormat Speaker,
Dengan kenaikan kutipan hasil oleh kerajaan negeri pada tahun ini, kita dapat lihat daripada pembentangan Belanjawan 2025 oleh Yang Amat Berhormat Jelai, pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang telah dapat menjalankan lebih banyak projek pembangunan… program-program dan juga memberi tumpuan kepada kebajikan dan kemakmuran rakyat yang amat tepat dengan tema ‘Prestasi Dipertingkatkan, Kemakmuran Dipertahankan’.
Dalam pembentangan Anggaran Belanjawan 2025 ini, kita sama-sama dapat lihat kenikmatan… dapat nikmat kemakmuran dan kesejahteraan sejagat di antara lainnya menambah baik projek perumahan rakyat yang mana sebanyak 350 unit Rumah Rakyat Pahang (RRP) yang akan dibina dengan kos sebanyak RM80,000.00 seunit. Ini merupakan kenaikan satu peruntukan yang terdahulu. Selain itu, kerajaan juga memberi tumpuan kepada RRP yang khusus untuk Orang Asli di Pahang dengan peruntukan sebanyak RM9.84 juta untuk memastikan tiada golongan yang terpinggir dalam arus pembangunan negeri. Di sini, saya menyeru pihak Lembaga Perumahan Hartanah Pahang (LPHP) mengambil peranan yang lebih proaktif untuk membantu menyelesaikan masalah kemampuan pemilikan perumahan warga belia di dalam negeri Pahang ini.
Selain itu, Insentif Makmur Pahang di mana pelbagai insentif dan bantuan diberikan kepada rakyat daripada bayi sehinggalah ke peringkat warga emas dengan izin, from cradle to grave bagi golongan tertentu menikmati kemakmuran di samping membantu meringankan beban kos sara hidup masing-masing. Dan dari segi Orang Asli… pembangunan Orang Asli, peruntukan sebanyak RM2.03 juta untuk melaksanakan baik pulih rumah Orang Asli dan projek pembekalan air kepada Kampung Orang Asli.
Selanjutnya, peruntukan sebanyak RM2.2 juta untuk pelaksanaan program pemberian komputer riba, insentif perkahwinan dan sambutan Hari Orang Asli Sedunia Memastikan masyarakat Orang Asli sentiasa akan dapat perhatian daripada kerajaan negeri yang prihatin. Pembangunan komuniti peneroka FELDA yang saya… pembangunan komuniti peneroka FELDA, saya menyambut baik peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM2 juta bagi penubuhan Sekretariat Muafakat FELDA Pahang yang akan bertindak sebagai one stop center bagi mengkoordinasikan seluruh program dan bantuan selain daripada menjadi penghubung antara kerajaan negeri dengan warga
FELDA di negeri Pahang. Daripada inisiatif dan peruntukan-peruntukan yang dinyatakan di atas, ia menunjukkan Kerajaan Negeri Pahang senantiasa memberi fokus tumpuan dan pertimbangan kepada warga Pahang dengan secara menyeluruh demi pembangunan negeri yang seimbang.
Yang Berhormat Speaker,
Izinkan saya mengambil peluang ini dalam perbahasan pembentangan Belanjawan 2025 untuk membangkit beberapa isu berkaitan dengan kawasan saya iaitu Ketari. Yang pertama, infrastruktur pembekalan air paip. Dalam perbincangan anggaran Belanjawan 2025, kerajaan negeri telah memperuntukkan jumlah sebanyak RM91.97 juta bagi tahun 2025 untuk meningkatkan perkhidmatan bekalan air di negeri ini. Peruntukan ini adalah dijangka akan menyelesaikan 90% isu bekalan air menjelang akhir tahun 2026 iaitu lebih kurang 2 tahun dari sekarang.
Sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini, PAIP telah mencatat keuntungan bersih bagi tahun kewangan yang berakhir tahun Disember 2023. Selanjutnya dengan peningkatan kadar bayaran bekalan air pada tahun ini, saya yakin PAIP akan mencatat kenaikan hasil dan mendapat keuntungan yang lebih ketara berbanding dengan tahun-tahun yang sebelum ini. Dengan kenaikan hasil dan juga peruntukan daripada kerajaan negeri pada tahun 2025, saya amat berharap pengurusan PAIP mempunyai komitmen dalam menjalankan pengurusan urus tadbir dengan baik untuk memberi perkhidmatan bekalan yang baik dan cemerlang untuk demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna-pengguna PAIP.
Yang Berhormat Speaker,
Sebagai ADUN kawasan Ketari, saya ingin membawa Dewan Yang Mulia ini berkenaan isu kebocoran paip dalam kawasan saya yang sering berlaku di kawasan saya terutama di kawasan seperti Janda Baik, Kampung Perting. Hampir setiap kali kita bersidang, saya terpaksa membangkitkan isu gangguan bekalan air di dalam kawasan saya yang langsung belum nampak ada penambah baik ataupun tiada penyelesaian daripada pihak pengurusan PAIP. Kita dapat lihat isu atau masalah yang dihadapi oleh pengguna-pengguna PAIP ini adalah amat serius dan masalah bekalan air adalah dibawa oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan Yang Mulia ini. Dari Tras, Mentakab hingga ke Tahan dan baru sebelum ini, Tanjung Lumpur juga membangkit isu masalah bekalan air.
Gangguan bekalan air kerap berlaku akibat kebocoran paip adalah merupakan satu masalah yang berlaku hampir di setiap kawasan terutamanya di Janda Baik dan Kampung Perting. Masalah gangguan bekalan air ini adalah amat merunsingkan dan mengganggu pengguna-pengguna kawasan seperti Janda Baik yang merupakan tempat destinasi pelancongan ekotourism yang menjana salah satu sumber pendapatan utama untuk kawasan Janda Baik.
Pada musim perayaan atau musim cuti. Ia pesat dengan pengunjung-pengunjung dari luar bandar untuk menikmati kawasan peranginan dengan tempat berkelah dan homestay yang terkenal. Malangnya, sering kali… kerap kali berlaku, tiada bekalan air. Jadi ini adalah satu serius… masalah yang sangat serius.
Yang Amat Berhormat… Yang Berhormat Speaker,
Selain daripada masalah dan gangguan air yang dihadapi oleh pengguna-pengguna PAIP, kebocoran air yang serius telah menyebabkan kerugian. Kerugian dari segi
kewangan kepada kerajaan negeri di mana kehilangan sumber kewangan daripada Non Revenue Water iaitu air tidak berhasil yang merupakan salah satu isu yang amat serius dan harus ditangani oleh PAIP dengan segera. Menurut jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air di dalam Parlimen pada 22 Oktober 2024, kadar air tidak berhasil untuk negeri Pahang pada tahun 2023 adalah kadar 47.7% iaitu langsung tiada penurunan ataupun pembaikan jika berbanding dengan kadar 47.6% untuk tahun 2022.
Yang Berhormat Speaker,
Pembaziran sumber kewangan air tidak berhasil pada kadar 47.7% adalah satu masalah yang tidak boleh kita terima dan masalah ini perlu ditangani dengan secepat mungkin. Kerajaan pusat telah mensasarkan purata kadar sebanyak hanya 31% Non Revenue Water iaitu air tidak berhasil untuk tahun 2025 dan negeri Pahang adalah jauh… terlalu jauh tinggi daripada purata kadar nasional yang disasarkan tersebut. Negeri Pahang secara keseluruhan adalah berada tempat ke-4 tinggi selepas Perlis, Kelantan dan Kedah. Jadi kita perlu ada tekad dan komitmen untuk menyelesaikan ataupun menurunkan kadar Non Revenue Water in.
Pada kadar 47.7% Non Revenue Water ini, ia bermakna hampir separuh daripada air yang dirawat yang juga bermakna hampir separuh kos untuk rawatan air bersih yang dibekalkan kepada pengguna-pengguna adalah dibazirkan. Dengan demikian, jika kita dapat mengurangkan Non Revenue Water ke tahap yang lebih rendah, ia akan menjimatkan kos air dirawat di samping... di samping ia menyelesaikan isu-isu kebocoran paip air yang menghantui begitu ramai pengguna-pengguna PAIP dengan izin... dengan izin, satu win win situation untuk semua pihak.
Oleh itu, saya amat berharap pihak pengurusan PAIP memandang serius perkara ini dan mengambil langkah ataupun inisiatif yang sewajarnya untuk mengurangkan kadar Non Revenue Water di negeri Pahang dan juga masalah gangguan bekalan air akibat kebocoran paip yang dihadapi oleh pengguna di seluruh negeri Pahang.
Isu yang kedua adalah pembinaan Tol Genting Highlands. Pada tahun 2023, ia telah ditularkan gambar pemasangan struktur plaza tol di jalan Batang Kali, Gohtong Jaya. Isu ini telah menarik perhatian warganet dan penduduk sekitar yang telah membuat spekulasi kemungkinan pengutipan kadar tol di kawasan tersebut. Kemudiannya, kita telah dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan bahawa pembinaan struktur plaza tersebut tidak memperolehi sebarang kelulusan dan demikian perintah berhenti kerja iaitu Stop Work Order telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Bentong.
Yang Berhormat ...
Ya … sila.
YB... YB celah sikit, boleh. Mintak maaflah Dato'... Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya tadi tengah fikir sama ada nak memberitahu ataupun menjawab soalan
ataupun memberitahu kepada YB tentang PAIP ni, Non Revenue Water ni memang kita awarelah, kerajaan negeri aware. Bukanlah makna kerajaan negeri duduk saja, ya. Lembaga PAIP pun dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan bersama dengan Dato' LA kita dan juga SFINO termasuk saya sendirilah. Dan kita dapati bahawa banyak paip-paip di dalam negeri Pahang ni yang telah uzurlah.
Banyak kebocoran yang dihadapi dan bermula… saya dimaklumkan tak lama lagi kita akan memulakan projek untuk menggantikan paip-paip lama dengan paip-paip baru. So kita harap dengan penggantian ini dapat kita kurangkan lagi Non Revenue Water, so dapat menjimatkan lagi hasil dan menambah keuntungan kepada PAIP Negeri Pahang kita di bawah kerajaan negeri. Terima kasih.
Yang Berhormat Speaker,
Memang saya menerima baik apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat EXCO. Sebagai satu contoh di Janda Baik telah pun diumumkan dan diperuntukkan sejumlah peruntukan untuk menggantikan paip uzur ini. Tapi menurut PAAB, Pengurusan Aset Air Berhad, mereka mengatakan situasi tidak kritikal. Jadi ditangguhkan hingga sekarang. Jadi inilah isu yang saya maksud bila kita nak beri komitmen ataupun lebih serius tentang ini untuk menunjuk kepada PAAB, kita perlu selesaikan masalah ini. Memang kita semua terima paip yang uzur iaitu asbestos tidak boleh dipakai lagi. Kita kena ganti dengan ms steel, tapi peruntukan dia kita kena berusaha untuk menyelesaikannya. Saya terima baik apa yang telah pun dijelaskan oleh YB EXCO tadi. Yang Berhormat Speaker saya nak teruskan… itu… YB, memang telah kita… akan dilaksanakan proses tersebut bukan di Janda Baik sahaja baik di seluruh negeri Pahanglah, YB.
Betul… betul. Saya faham itu sebab saya nak bagi contoh adalah, bila kita ada masalah yang kukuh, bila PPAB kata tak kritikal, kita kena terima. Bukan kita... kena usaha lagi untuk selesaikan... katakan memang kritikal di Janda Baik tu memang kritikal. Tapi jawapan yg diberi oleh PPAB kata tidak kritikal. Bila kita kata jelas kepada penduduk sana, mereka ketawa dengan kami… suruh mereka datang Janda Baik, tinggal di situ baru mereka dapat perasan apa yang mereka hadapi. Bukan kita nak bertengkar ke apa tapi masalah tu kita sama-sama tahu. Kita kena berusaha untuk menyelesaikannya.
Yang Berhormat Speaker, izinkan saya teruskan. Walaupun ia dikatakan...
Minta gulung.
Ada lagi banyak ooo… [Ahli Dewan ketawa]
Sila, mintak... minta minta gulung ya.
Dah… dah prepare sehingga tengah malam... pagi. [Ahli Dewan ketawa]
Sila. Mempercepatkan, sila.
Walaupun ia dikatakan bahawa jalan raya tersebut adalah milikan persendirian, ianya tidak dikecualikan daripada kehendak undang-undang untuk mendapatkan segala kelulusan daripada pihak berkuasa. Saya mengambil kesempatan ini untuk menanya status terkini projek tol plaza yang dimulakan oleh pihak Genting tersebut. Adakah ia akan dijalankan ataupun akan dibatalkan? Oleh kerana ia merupakan penghubung jalan kepada banyak tanah milik persendirian dan lain… yang lain di kawasan tersebut, seperti kediaman persendirian, komersial. Ia adalah penting untuk kerajaan negeri memastikan sebarang pembinaan plaza tol tersebut tidak menjejaskan dan tidak membimbangkan warga-warga di kawasan tersebut.
Saya berharap sebarang perancangan untuk melaksanakan kutipan tol di jalan raya tersebut adalah akan mengambil kira kepentingan keseluruhan pengguna-pengguna dan pemilik hartanah yang perlu menggunakan jalan tersebut. Baru-baru ini, ia juga diwar-warkan bahawa keseluruhan jalan raya tersebut dari Genting Sempah hingga ke Genting Highlands telah pun diberi pajakan ataupun milikan kepada pihak pengurusan Genting. Adakah ini benar? Kita nak tanya. Saya berharap pihak kerajaan jika ia benar akan membenar... akan mempertimbangkan semula keputusan kerajaan negeri tersebut kerana pemberian milikan pajakan tanah ke atas keseluruhan jalan raya tersebut akan menjejaskan dan juga membelakangkan kepentingan ramai orang di situ. Perkara ini harus dipertimbangkan dengan lebih teliti oleh kerajaan negeri. Walaupun hasrat kerajaan negeri adalah murni dan baik kerana ini akan mendatangkan persepsi yang salah di kalangan rakyat dan warga sekitar.
Isu yang terakhir Yang Berhormat Speaker saya dalam pembentangan Belanjawan 2025. Selain daripada peruntukan yang lain untuk sektor pelancongan, kerajaan negeri telah memperuntukkan jumlah sebanyak RM7.7 juta kepada Tourism Pahang untuk menganjurkan program pelancongan... promosi pelancongan di Pahang. Di sini, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tourism Pahang atas kejayaan menganjurkan Malaysia International Tourism Kuantan pada bulan Oktober yang lalu iaitu MIT. Ia adalah merupakan satu ekspo yang julung kali dianjurkan dan berkonsepkan perniagaan kepada perniagaan iaitu B2B yang pertama dilaksanakan oleh kerajaan negeri di Malaysia. Saya difahamkan ekspo tersebut adalah inisiatif baru yang menyediakan platform bagi menarik pelaburan industri pelancongan di negeri ini dan ianya akan diadakan sebagai acara tahunan. Syabas dan tahniah di atas... kepada… diucapkan kepada Tourism Pahang atas penganjuran ekspo ini dan dengan ini sempena Program Melawat Malaysia Visit Malaysia tahun 2026, saya menyeru kerajaan negeri untuk mempertimbang… untuk memberi peruntukan yang setimpal untuk promosi industri pelancongan yang merupakan sektor ekonomi yang utama dan penting di negeri Pahang.
Akhir kata, saya berharap isu yang dibangkitkan oleh saya dalam perbahasan ini akan memberi perhatian dan pertimbangan daripada kerajaan negeri dan dengan itu saya
dengan rendah diri memohon menyokong pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2025. Sekian, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat Ketari. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Luit. Saya ingin mengambil kesempatan ini juga mengucap tahniah kepada Yang Berhormat Luit telah pun menerima darjah kebesaran DIMP pada hari semalam. Sila. [Ahli Dewan menepuk meja]
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih atas ruang perbahasan yang diberikan kepada Luit. Dalam perbahasan ini, saya macam ikan tiga rasa juga saya pun ada tiga rasa saya nak bentang dalam perbahasan saya. Yang pertamanya rasa syukur ke hadrat Allah… ke hadrat Ilahi dengan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih dan menjunjung kurnia Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah. Juga Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj serta Kebawah Duli Paduka Baginda er... Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas pengurniaan anugerah Darjah Kebesaran yang disebutkan oleh Tuan Speaker tadi. Ampun Tuanku, Junjung Kasih Tuanku.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Merujuk kepada kawasan saya. Ni rasa yang kedua pulak tadi rasa yang pertama. Rasa kedua ni saya nak rakamkan rasa gembira saya dan berterima kasih kepada kakitangan kerajaan yang diketuai oleh YH Dato' Pegawai Daerah kita, YH Dato' Khairun Nissa binti Aris ya, serta para pekerjalah dalam kawasan saya dan kontraktor ke keselamatan, kebersihan sebagainya, yang saya lihat memang bertungkus-lumuslah bekerja dalam kawasan saya dan saya doa semoga khidmat bakti mereka ni menjadi ibadat di sisi Allah SWT.
Penggal lepas er... Penggal Yang Ke-14 tu, kita bercerita tentang permohonan untuk mengatasi masalah banjir dan air. Alhamdulillah dan kawasan saya, kerja-kerja mengatasi masalah banjir, tebatan banjir dan kerja-kerja pemasangan paip air sedang rancak dijalankan dan kita yakin insya-Allah kita percaya sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan er... beban musibah banjir pada tahun ini. Dan sama-samalah kita berdoa agar DUN Luit khasnya negara kita amnya selamat daripada musibah banjir… musibah banjir serta ribut petir dan seterusnya saya nak rakam jugalah ucapan terima kasih kepada mereka tadi.
Yang Berhormat er... Speaker,
Tak ada rasalah. Di daerah Maran ni disenaraikan lebih 30 projek dalam RMK-12 dan ada 11 lebih kurang 11 Projek tersenarai dalam DUN Luit. Ada yang dalam perancangan ada yang sedang dilaksanakan dan ada yang telah siap. Namun, ada beberapa perkara yang saya nak sebut juga dalam kawasan saya ini. Mohon perhatian daripada pihak kerajaan agar dapat menyegerakan projek menaik taraf simpang Kampung Sentosa, Jalan Besar daripada Maran ke Temerloh tu agar menjadi lebih
selamat yang lebih selesa kepada para pengguna di kawasan kampung tu, kerana sejarah-sejarah lepas memang ada banyak kemalangan kat kawasan tu yang melibatkan kemalangan maut juga.
Kemudian, saya nak sebut juga Masjid Lubuk Paku. Saya dimaklumkan oleh pihak kerajaan telah pun mengenal pasti beberapa kontraktor dan saya harap pihak kerajaan dapat membuat pelantikan dengan segeralah bagi membina masjid tersebut kerana pembinaan masjid ni telah tertangguh sekian lama ya dan menjadi rungutan penduduk-penduduk. Untuk makluman Yang di-Pertua, saya kalah kat Kampung Lubuk Paku tu sebab masjid tak siap. Jadi, insya-Allah kerajaan akan siapkan dan saya menang lepas ni di Lubuk Paku. [ketawa]
Sebab itu dia… saya… saya mintak mencelah. Saya bimbang kot lebih teruk lagi kalahnya di peti undi tu.[Ahli Dewan ketawa]
Terima kasih, Yang Berhormat Kerdau. Er... mana tadi dah [Ahli Dewan ketawa]. Juga dalam RMK-12 kita termasuk juga membina jambatan Jalan Lubuk Paku. Yang ni, tadi kata kalah dengan ada jambatan esok menang pulak di Lubuk Paku. Yang ini pun telah termasuk dalam senarai RMK-12 ya saya ucap kasih kepada pihak kerajaan kerana menyenaraikannya dan saya harap dia dapat disegerakan jugalah kerana kita melihat bahawa jambatan ini berpotensi menjadi rangkaian jalan utama negeri. Kalau betul boleh siap, antara jalan yang paling pendek daripada Cameran Highlands ke Rompin. Makna daripada utara Pahang nak pergi ke selatan tu, kalau ada jambatan Lubuk Paku ni itu antara saya percaya adalah jalan yang paling dekat yang dapat kita buat, insya-Allah. Bukan nak segera tapi makna kalau ada perancangan tu, elok juga di… dijadikan jalan utama dalam negeri kita dan jambatan ni juga saya sebut sekali lagilah penting bukan kerana apa kerana di seberang sungai sebelah sini, Jambatan Lubuk Paku ni, untuk makluman Speaker, jambatan Sungai Pahang. Di seberang sini sebelah Bandar Maran ni, kita kira kerajaan dah melabur banyak. Ada agensi kerajaan, ada lebuh raya ada ECRL jadi sapa nak guna ni. Jadi kita buat jambatan kita harap orang seberang sana boleh datang guna manfaatkan semua apa-apa pelaburan kerajaan di sebelah sini, sebelah Bandar Maran ni.
Dan juga Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang saya nak mohon pihak kerajaan beri perhatian kepada lebih 25 keluarga yang tinggal menetap di satu kawasan di kawasan Bandar Maran tu dikenali sebagai rumah kilang, Kampung Bintang. Mereka ni tinggal atas tanah berstatus tanah kerajaanlah. Sehingga kini belum dapat lagi maklum balas daripada pihak kerajaan mengenai masa depan mereka. Mereka selalu bertanya pada kita minta mohon dapat penjelasanlah sebab mereka pun dah lama duduk situ, dah saya kira dah lebih 20 tahun mereka telah duduk situ.
Kemudian saya nak sentuh juga tentang belanjawan. Tahniahlah pada pihak kerajaan, yang membentangkan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja, Menteri Besar dan berhubung dengan belanjawan tahun 2025 dengan tema ‘Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan’, dengan tekad yang berkaitan… dengan lima tekad yang berkaitan dengan daya saing, berkaitan dengan kemudahan asas dan infra, berkaitan dengan tadbir urus, kelestarian alam, modal insan dan kesejahteraan rakyat. Di sini saya ingin nyatakan kekhuatiran jugalah, tentang er... perbelanjaan nak
belanja tahun depan. Kepada kerajaan kerana dalam kita nak berbelanja tahun depan ni, saya rasa er... ada rasa yang ketiga. Ada cukuplah tiga rasa ye.
Saya rasa kita akan berdepan lagi dengan kenaikan harga barang ya dengan peningkatan kos sara hidup, dan kesulitan-kesulitan lain yang dihadapi oleh rakyat dan saya sangat berharap agar perbelanjaan tahun depan dapat menjurus sedikit kepada meringankan beban kehidupan masyarakat terutamanya golongan miskin ye. Walaupun pihak kerajaan ada memberi bantuan-bantuan jangka pendek, namun dia tidak mencukupi ya dan tidak mengeluarkan mereka dari kehidupan kemiskinan. Jadi, saya cadang tahun depan carilah program-program jangka panjang yang boleh membantu mengeluarkan mereka orang miskin ini daripada kehidupan kemiskinan mereka.
Juga saya harap belanjawan tahun depan juga, akan memberi tumpuan juga kepada pembangunan insan yang disebut dalam belanjawan tu kerana pembangunan insan ni kalau orang Islam ni dia bukan sahaja ada akidah, dia kena ada fikrah juga fikrah kehidupan tu ya, dan seiring dengan tu y kerajaan saya harap dapat beri tumpuanlah kepada aktiviti-aktiviti anak muda yang… yang lebih banyak lagi supaya mereka dapat di er... diatur programnya kepada jalan yang lebih baik. Saya juga amik kesempatan di sini untuk menyokong penuh titah perintah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang bagi mengharamkan vape. Vape ni, kegemaran orang muda ya kerana saya yakin vape ni lebih banyak mudarat daripada daripada faedah ya dia bukan saja membazir dari segi kewangan tapi berpotensi menjadi… merosakkan kesihatan anak-anak muda kita.
Er... dalam berbelanja, perbelanjaan berhemah, keadilan juga adalah satu aspek penting ya khususnya dilihat dalam proses agihan dan nikmat hasil negeri, saya pernah minta peruntukan kepada Pengerusi Pelancongan dan Perpaduan Pahang ya, YB Triang ada ye dulu-dulu. Er... iaitu saya minta apa saya minta sikit peruntukan untuk kita buat promosi Tasik Maran. Saya minta belanja sikit untuk menjemput Kelab Kenu, dari Kuala Lumpur buat demonstrasi er... demonstrasi buat penggambaranlah iaitu bermain Standout Padel Board nama dia boleh berjalan atas air tu. Jadi nak memperkenalkan Tasik Maran tu, kepada orang ramai pada pelancong. Kosnya cuma RM2,800.00 tapi tak dapat. Jadi EXCO tak bagi saya, jadi jangan bimbang, jangan bimbang YB Triang, saya tak marah sikit pun tak marah. Kita memang kawan juga. Sebab saya tak marah bukan apa, saya ada minta yang lebih besar lagi pun tak dapat juga. Ini sikit je. [Ketawa]
Minta laluan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Luit, atas permohonan tadi. Sebenarnya kita dah terima dan dalam minit nanti saya semak semula apa yang ada susulan tindakan susulan saya telah minit. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat EXCO. Nasib baik tasik ada air lagi, takut dah kering tak boleh main dah. Er...tapi alhamdulliah walaupun kita tak dapat peruntukan, kita tetap kawan ya, minum teh bersama-sama dan yang… saya pun tak banyak nak cakaplah, cumanya akhir saya nak sentuh saya dapat satu whatsapp daripada sahabat saya, dia minta saya sebut juga dalam Dewan ni er... minta pihak kerajaan beri perhatian kepada 70 pelajar-pelajar di Jordan tak dapat bantuan, tu je makluman saya
ada kalau dapat mungkin terserah kepada Yang Berhormat EXCOlah nak maklumkan dan daripada 200 lebih pelajar tak silap saya ada 70 orang tu tak ada. Mohon sangat bantuan.
Pelajar di Jordan ni dia belajar bahagian apa? Luit, yang bahagian apa?
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kerajaan, saya tak ada maklumat saya akan jawab secara bertulislah. [Ahli Dewan ketawa].
Dia begini, dia begini... Luit... Luit... duduk dulu.
Duduk dulu.
Dia pelajar yang kita hantar melalui Yayasan Pahang dan juga melalui Majlis Agama Islam Pahang. Mesti mereka mendapat bantuan daripada kerajaan. Seandainya pelajar itu pergi sendiri tidak ada informasi kepada kita dan kita pun tak tahu dia kursus apa, maka sudah tentu dia tak... tak dapat. Saya rasa tak salah er... anak er... YB Panching ke mana ya... di apa... di Jordan. Panching, Jengka, ya... Jengka ya. Dia ambil sendiri daripada tangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang sumbangan tu. Waktu itu saya mengiringi Yang Amat Berhormat menyampaikan sumbangan one-off dan apa sumbangan daripada Yayasan Pahang ataupun Majlis Agama ini kepada pelajar-pelajar di luar negeri mengikut prestasi diaorang.
Seandainya dia berjaya, dia boleh memohon dengan Yayasan Pahang ataupun dengan Majlis Agama dan Majlis Agama ataupun Yayasan Pahang tu tadi akan beri sumbangan salah satulah. Kalau dia dapat dengan Majlis Agama, dia tak dapatlah dengan Yayasan Pahang. Kalau dia dapat Yayasan Pahang tak dapatlah daripada Majlis Ugama dapat dua-dua serupa makan gaji pula. Jadi apa begitu, kalau dia tak berjaya sudah pasti susahlah sikit kita nak pertimbangkan. Mungkin kita cari cara jalan lain pula. Contohnya macam saya sebut tadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar kebetulan pergi ke sana adalah bagi one-off tahun lepas kepada semua pelajar yang berjumpa dan hadir sama dengan er... pertemuan dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Saya rasa tak ada... tak ada masalah untuk kerajaan negeri bantu. Terima kasih, Luit.
Terima kasih Wakil Kerajaan. Saya akan ambil data saya akan faks balik saya whatsapp boleh, pada orang yang whatsapp kepada saya tu. Terima kasih, dan yang terakhirnya...
Dia... dia begini... boleh whatsapp tu saya terima. Tapi manusia ni biasalah. Dia dah dapat er... Gunung Senyum, dia nak Gunung Tahan. Dia kalau boleh mana Gunung Tahan dengan Gunung Senyum tu habis rata baru dia puas hati. Jadi tak boleh gitu, kita bantu mengikut keperluan. Kalau tak berjaya, memang susah sikitlah. Kita kena beri motivasi anak-anak kita ni. Biar dia belajar bersungguh-sungguh. Satu ketika dulu saya pun pernah di Mesir. Rakan-rakan ni sampai berbelas tahun kerajaan beri… bagi… bagi akhirnya tak balik-balik. Jadi sampai bila dia hidup dalam sumbangan. Sedangkan ada anak-anak generasi baru yang nak juga kepada apa sumbangan itu dan dermasiswa atau biasiswa ataupun pinjaman yang disediakan oleh kerajaan negeri. Tak apa, Luit mesej, kita nak tengok siapa budak tu dan kita semak apa status dia supaya kita er... ambil tindakan. Terima kasih, Luit.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kerajaan er... yang terakhir. Untuk saya sebenarnya cerita terbaru ni, er… ada gambar saya dalam media Pahang gambar saya terima pingat, cuma nampak telinga dengan tangan kanan. Pagi ada petang tak ada. Jadi saya cakap, sedih juga ya. Setakat gambar telinga pun tak kan nak buang juga. [Ketawa]
Tak apa YB Luit, bagi gambar tu saya bubuh dalam Facebook saya. [Ahli Dewan ketawa]
Okey, terima kasih. Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua, Terima kasih Wakil Kerajaan, tuan-tuan, puan-puan sekalian. Akhirnya saya er... mohon menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Dato' Seri Diraja. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Luit. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari Kuala Sentul untuk mengambil bahagian. Sila.
Terima kasih er... YB Timbalan Speaker. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Er... pertama sekali saya nak mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana dapat membentangkan
Belanjawan Pahang 2025. Saya juga nak mengambil kesempatan mengucap tahniah kepada sahabat saya daripada Luit yang baru dianugerahkan Dato'. Di Maran ni tinggal sorang lagi YB takde... tak ada Dato' harap tahun depanlah [batuk]. Saya nak mulakan perbahasan saya dengan isu yang saya bawa pada er... mesyuarat yang lepas iaitu berkenaan dengan isu soalan… soalan-soalan yang tidak dijawab di Dewan dalam sistem SSDP, jadi semalam saya dah check sistem SSDP dan alhamdulillah semua, bukan semualah kebanyakan soalan-soalan yang saya adukan semua dah dijawab. Jadi saya nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli Wakil Kerajaanlah, Ahli-ahli Yang Berhormat EXCO. Tak jadilah saya nak bagi markah 'F' untuk soalan-soalan yang tak dijawab itu.
YB Dato' Sri… Timbalan Speaker.
Saya di Kuala Sentul ni special sikit sebab soalan-soalan saya di Dewan ni er... ada bekas YB yang menjawab. Jadi setiap kali soalan saya di Dewan, video saya diambil dan dijawab oleh bekas er... ADUN Kuala Sentul. Gigih dia ambik video tu untuk menjawab soalan yang saya ajukan. Sebab tu saya minta kalau boleh YB-YB EXCO ni jawablah cepat sikit. Sebelum orang tu jawab dulu dan saya nak bawa satu soalan yang saya ajukan kepada er... Dewan dan dijawab oleh bekas ADUN tu, tapi salah fakta. Jadi, er... saya nak bawa perhatian di sini, soalan yang saya tanyakan berkenaan dengan pewartaan Taman Negeri ke-4 bagi negeri Pahang yang telah diluluskan oleh MMK pada 6 September 2023.
Jadi, saya minta er… diperluaskan pewartaan tu untuk masukkan kawasan 5 air terjun yang bertingkat di Kuala Sentul ni iaitu Air Terjun Pelangi, er... Jeram Kawah, Jeram… Air Terjun Tangga, Air Terjun Batu Hampar dan Air Terjun Tebing Tinggi. Ini kawasan yang menarik orang ramai untuk datang ke Kuala Sentul. Saya pun dah maklum kepada YB EXCO Pelancongan untuk mempromosikan kawasan ni, sebab tiap-tiap minggu ada orang datang terutama sekali group hiking dari satu Malaysia ke Kuala Sentul untuk pergi ke kawasan ni. Jadi, er... jawapan yang diberi oleh bekas ADUN, yang dia rasa dia masih lagi Wakil Kerajaan agaknya telah dimasukkan di dalam er... pewartaan ini.
Tapi jawapan yang saya terima adalah pihak Perbadanan Taman Negeri Pahang tidak mempunyai perancangan untuk mewartakan kawasan tersebut di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Pahang, itu jawapannya. Maknanya kawasan 5 air terjun tu tak termasuk dalam pewartaan. Jadi er... jawapan yang diberi oleh luar Dewan ni melalui TikTok ni tak betul, mengelirukan dan er... tidak benarlah, dan er... ini perkara yang tak sepatutnya berlakulah. Jadi saya mohonlah kalau boleh sahabat saya Jenderak ke sebab kawan dia bagitahu sikitlah, kalau tak ada fakta, jangan bercakap, dan saya juga nak ambil kesempatan ini untuk memohon kepada pihak kerajaan untuk masukkan kawasan ni 5 air terjun ni ke dalam er... pewartaan ni supaya kawasan ni dipelihara, khazanah alam sekitar yang ada di Kuala Sentul dan menjadi salah satu tarikan untuk orang datang ke Kuala Sentul dan juga boleh menjana ekonomi kepada penduduk Kuala Sentul apabila orang tiap-tiap minggu datang dan ada homestay yang boleh mereka duduk. Itu yang pertama.
Yang kedua, soal perumahan. Sebab saya ni dibagi tanggungjawab sebagai mengetuai portfolio perumahan kepada Ahli Dewan Perikatan Nasional. Jadi, saya pertama sekali nak mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Besar kerana telah berjaya membina rumah-rumah (RRP) Rumah Pahang. Eh... apa nama rumah… Rumah Rakyat Pahang dan menambah peruntukan daripada RM75,000.00 kepada RM80,000.00, alhamdulillah. Itu cuma rumah RRP tapi kita ada banyak skim-skim perumahan lain yang masih memerlukan perhatian seperti Rumah PR1MA,
Rumah Mampu Milik, Rumah Sederhana Rendah dan beberapa lagi dan yang paling penting sekali sekarang saya telah memfokuskan kerja saya terhadap perumahan ini iaitu Perumahan Generasi Kedua ataupun Rumah Pahang di FELDA-FELDA. Saya telah bercakap mengenai perumahan Generasi Kedua FELDA ini dah hampir dua tahun. Hampir dua tahun. Jadi nampaknya rumah-rumah ini masih tidak selesai, masih bermasalah. Saya rasa YB EXCO Perumahan pun tahu masalah-masalah yang dihadapi.
Nak jelaskan sikit la. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, masalah rumah ini masih dalam pemantauan pihak kerajaan kerana tertakluk kepada perjanjian yang telah ditandatangani yang ada di antaranya perlu disiapkan pada tahun 2026 dan ada antara disiapkan 2027. Lepas tu dalam permasalahan ini kita dapati progress tu ada… progress. Jadi walau macam mana pun kita mesti merujuk kepada proses-proses perundangan kerana ini melibatkan perjanjian.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, sebab itu saya nak bagi input supaya kita sama-sama dapat merealisasikan Rumah Pahang ini kepada generasi FELDA. Sebab tu saya dah 2 tahun saya memperjuangkan perumahan ini.
Cuma pihak kerajaan… minta maaf ya YB.
ADUN KUALA SENTUL – N.25 [B DATO' JASRI BIN JAMALUDIN]
Tidak cukup masa dah ni.
Tak apa kita tambah sikit masa. Tapi cuma Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu supaya masyarakat mempunyai persepsi yang negatif kepada kerajaan negeri kerana kerajaan negeri ini, kita sentiasa berusaha untuk memastikan projek perumahan keutamaan rakyat ini, kita letakkan kepentingan keutamaan kepada kerajaan negeri kerana itu hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita untuk menyediakan perumahan mampu milik kepada semua rakyat. Dan projek PGBF ini adalah sebuah projek yang terbengkalai suatu ketika dulu dan kerajaan negeri Pahang dengan bermurah hati dan menerima cadangan untuk membaik pulih menyambung menyiapkan projek yang bukan dimulakan oleh kerajaan negeri. Jadi, kita telah menandatangani kontrak perjanjian supaya dapat menyiapkan rumah tersebut. Ada di antaranya, sepertimana yang saya kata tadi, 2026 dan 2027. Dan kita sentiasa memantau projek ini supaya dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Itu yang penting kita supaya rakyat tahu bahawa kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan projek terbengkalai yang satu ketika dulu dilaksanakan di bawah yang dinamakan PGBF dan kita namakan sekarang Rumah Pahang, itu yang saya nak jelaskan kepada Dewanlah. Terima kasih.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat EXCO sebab tu saya daripada tahun lepas lagi saya membantu untuk menyelesaikan masalah ni. Pada tahun lepas, saya berbincang dengan Yang Berhormat EXCO yang lepas iaitu arwah Dato' Sri Johari, Al-Fatihah pada beliau. Dan beliau telah memanggil semua kontraktor ini bersama dengan pemaju iaitu KMDI dan berbincang untuk menyelesaikan permasalahan ini, walaupun saya boleh datang, tapi saya tidak datang pada mesyuarat tu, jadi tapi saya tahu la apa… apa perbincangan yang telah dilakukan melalui minit mesyuarat. Jadi perkara-perkara yang dipersetujui pada masa tu tidak diteruskan. Dan untuk kita mengetahui masalah sebenar pada permasalahan ni, kita mesti mencari apa ni root cause, punca… punca masalah.
Sebab itu saya bertemu dengan kontraktor-kontraktor ini yang sampai ke hari ini mengalami masalah tidak mendapat bayaran daripada pemaju er... yang telah dipersetujui semasa mesyuarat pada waktu itu dan saya ada fakta ya tuntutan daripada kontraktor, kontraktor-kontraktor yang menjalankan pembinaan Rumah Pahang ni kepada pemaju sebanyak RM30 juta, RM31,050,000.00 dan RM2.540 juta sebagai performers bon ataupun bon pelaksana yang mana bon pelaksana ni sepatutnya kalau dalam projek, dia mesti gunakan bank draft ataupun bon tapi dalam projek ni… bon ni semuanya digunakan sebagai cash. Jadi ada masalah di situ. Er.. dan saya dapati, Yang Berhormat EXCO, er... saya dapati masalahnya kepada KMDI sebab kontraktor-kontraktor ini telah menjalankan kerja-kerjanya sehingga peratusan yang telah dipersetujui tapi masih tidak mendapat. [Ketawa] Saya…
Dak, boleh sikit? Saya nak tau sikitlah sebelum YB… saya menghargailah apa YB laksanakan itu tetapi Yang Berhormat Tuan di-Pertua, mana-mana projek yang dilaksanakan dalam negeri Pahang sama ada projek kerajaan ataupun perumahan kita melantik kontraktor-kontraktor. Tetapi kadang-kadang ada di antara kontraktor-kontraktor melantik juga subkontraktor-subkontraktor dan ada juga subkontraktor-subkontraktor melantik lagi sub-subkontraktor lagi. Dan kalau macam kitalah. Kalau saya tengok YB ada masalah rumah tangga, saya tak pergi melihat ke check sampai ke dalam rumah tangga YB tu. Maknanya dalam urusan ni kita pihak kerajaan kita nak memastikan cuma ingin memastikan bahawa projek rumah KMDI ni mesti disiapkan.
LPHP mesti berusaha bersungguh-sungguh bagi pihak kerajaan negeri untuk memastikan projek KMDI yang telah dimulakan tu mesti boleh disiapkan mengikut yang telah ditandatangani sebagaimana perjanjian yang telah kita tandatangani bersama dan LPHP akan mengambil tindakan yang sesuai mengikut keadaan. Kalau jika didapati mengingkari perjanjian, LPHP boleh menamatkan kontrak tersebut dan melantik kontraktor lain untuk dia. Tetapi jika ada dakwaan-dakwaan tidak membayar dan pihak-pihak terbabit bolehlah mengemukakan tuntutan kepada syarikat KMDI ataupun mengambil tindakan yang sesuai mengikut lunas undang-undang dan barulah kita tengok kita tak.
Kita tak ada stereotype bila kita tengok orang kita tak suka kita tak boleh terus macam tu tetapi kita mesti buat mengikut lunas undang- undang tertakluk pada apa yang telah termaktub dalam undang-undang kerajaan negeri kita. Kita treat fair and square kepada semua pihaklah. Kita tak boleh terus dengar sikit semua tak betul dah, dengar
orang ni cakap sikit tak betul kita tak betul. Tapi yang penting projek itu mesti berjalan dengan betul dan mengikut proses-proses, prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri. Tindakan pun sama juga untuk menamat ke untuk meneruskan juga tertakluk pada kesesuaian keadaan. Terima kasih.
Panjang sikitlah YB Timbalan Speaker, memang kita tak boleh campur rumah tangga orang YB tapi ni bukan rumah tangga, ini projek yang dijalankan oleh kerajaan untuk rakyat.
Itu bidalan je. Bukanlah saya nak campur rumah tangga YB. Saya tak buat pulak kerja macam tu.
Saya nak menyampaikan input-input yang saya dapat daripada kontraktor-kontraktor dan masyarakat sekitar. Semua masyarakat sekitar kawasan-kawasan ini mengatakan rumah ini terbengkalai. Dan saya dah beberapa kali pergi turun melawat kawasan ini. Bukan sekali dua, tiga, empat kali.
YB, yang sebenarnya, yang sebenarnya YB, memang projek itu terbengkalai. Dan kita kerajaan negeri ini kita berusaha untuk memasti… memulihkan balik. Untuk kita membantu generasi ke-2 yang ingin memiliki rumah itu supaya dapat memiliki rumah. Bukan kita saja-saja suka ambil projek itu kita nak buat ikut suka. Sebenarnya kita nak ambil tu kita ambil dengan risiko bahawa kita nak memulihkan balik imej kerana satu ketika dulu kalau dalam pilihan raya sekali pun disebabkan oleh kerajaan pusat yang melaksanakan program tersebut, memberhentikan program tersebut.
Dalam pilihan raya pun kita mendapat kecaman, kerajaan negeri, sedangkan projek tersebut dilaksanakan oleh kerajaan pusat. Dia berhentikan projek itu dan kita terpaksa sekarang mengambil alih pula, untuk menyelesaikan masalah kemelut ini, daripada rakyat yang duduk di kawasan FELDA-FELDA, yang rumah yang harga RM120,000.00 sahaja yang sudah tentu boleh dimiliki oleh generasi ke-2 FELDA. Itu YB minta maaflah saya bukan nak itu, cuma saya mengalukan cuma jangan… kita masih lagi dalam kontrak dan kita sedang melaksanakannya. Baru dapat permit jualan dan kita melepaskan nama-nama untuk membeli rumah tersebut. Dan ia tertakluk proses-proses yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. Terima kasih.
Terima kasih YB. Betullah memang projek ni terbengkalai daripada dulu daripada FELDA, tapi bila kerajaan negeri dah ambil alih, masih terbengkalai. Dah 3 tahun dah.
Tak, dia… dia… dia tak terbengkalai YB, yang sebenar. Sebenarnya saya…
Boleh saya, saya bagi tahu.
Dato' duduk.
Tidak, kerajaan nak jawab je la dulu tu.
YB duduk dulu.
Saya… sebenarnya dalam proses 3 tahun perjanjian tersebut dan kita memantau ada pergerakan. Dan kita bila ada pergerakan, kita tak boleh nak ambil tindakan undang-undang nak menamatkan kontrak, kerana ada pergerakan itu tak terbengkalai. Jadi kalau betul-betul dah tak boleh laksana esok kita ambil tindakan bersesuaian. Ini maksud saya... ini kita tak boleh cakap masyarakat projek itu terbengkalai, dan kita mengiakannya. YB boleh jumpa, di pejabat boleh jumpa dan kita boleh bincang. Tapi saya tak nak benda ni mendapat persepsi yang negatif kepada kerajaan tak ambil apa-apa tindakan.
Saya tak nak macam tu, saya tak nak, kita mesti memberi pandangan sejelas-jelas kepada rakyat. Jangan kita memberikan persepsi negatif bahawa kerajaan duduk sahaja, sedangkan Lembaga Perumahan ada Lembaga Pengarahnya, berbincang diketuai sendiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita. Itu je, yang diketuai dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Pahang. Dan kita mengambil tindakan yang bersesuaian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat… Yang Berhormat.
Saya.
Saya bagi masa sikit lagi.
Saya, saya nak menyampaikan apa masalah sebenar dan macam mana nak menyelesaikan. Saya nak menolong je ni, bukannya saya nak mencari salah. Saya ni dibayar gaji oleh kerajaan untuk membantu kerajaan, semak dan imbang. Jadi, isu yang ada sekarang ini, di kawasan saya, salah satu perumahan itu, di daerah Maran. Daripada 10 itu, 6 di daerah Maran.
Kalau tak percaya tanya DO. Jadi ini… masalah sebenarnya, kan er... kontraktor-kontraktor dah… dah membuat laporan polis atas elemen-elemen penipuan, dan juga er... surat-surat lawyer pun dah dihantar, saman pun dah dihantar. Er… hari… minggu ini pun ada 1 writ saman lagi dihantar kepada KMDI ini, winding up. Jadi, saya nampak projek ni kalau kita tak ambil tindakan segera memang tak akan siap. Tahun depan ke, 2027 ke. Saya sendiri di… di… dibuat… dibuat police report oleh KMDI. Sebab dia kata saya fitnah. Saya bukan fitnah. Saya cuma menyatakan fakta. Apa yang berlaku di… di kawasan. [Ketawa]
Yang Berhormat, ya kita bila kita, saya appreciate Yang Berhormat kata… kata kita ini apa, kita ambil tindakan segera. Yang sebenarnya LPHP kita, Lembaga Perumahan telah diarahkan supaya mengadakan mesyuarat berkala secara segera tau. Maknanya tiap-tiap sebulan sekali mesti menghantarkan laporan, tentang progress projek tersebut.
Dan dalam masa yang sama kita tahu, ada di media-media, tindakan-tindakan melapor kepada pihak polis, tindakan di mahkamah dan berbagainya dan kita mengambil perhatian. Tetapi, kita pada masa yang sama, kita mesti memastikan bahawa projek itu mesti berjalan dan tindakan diambil mengikut kesesuaian keadaan pada waktu itu. Itu pendirian kerajaan negerilah. Maknanya kita terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Kuala Sentul yang begitu prihatin ya. Rumah KMDI ini di mana 6 tadi? Apa ini Kuala Sentul?
Semua 10 projek. 6 di daerah Maranlah. Ini saya sambung sikit lagi… sikit lagi ya YB? [Ketawa] Kita tenang-tenang, hari itu YB cakap saya tenang, ya.
Saya tak ada masalah. Tak ada, no heart feeling tu.
Cuma saya nak bagitahu sebab bila perkara ini dah melibatkan mahkamah, melibatkan police report, bank pun tak percaya YB pada projek-projek begini. Jadi macam mana pembeli-pembeli nak… nak membeli rumah ini kalau rumah ini tak siap. Dan terbaru, ini… ini yang terbaru YB, er... projek yang dijangka siap seperti yang YB cakap pada 25 ke 26 iaitu Sungai Retang dan Jengka 11, pun dah terhenti sekarang sebab
kontraktor itu sendiri yang memberhentikan dan… jadi cadangan saya, sebagai kalau saya di sebelah YBlah, kita ada akta dan ini jawapan daripada pihak kerajaan sendiri.
Sekiranya terdapat tindakan mahkamah terhadap pemaju, kerajaan negeri berhak mengambil tindakan pembatalan, penamatan perjanjian. Perjanjian yang YB cakap tadilah atau menarik balik kelulusan projek selari dengan perjanjian yang dimeterai melalui klausa 13, kemungkiran oleh pemaju dan klausa 26, penamatan kerana rasuah, aktiviti yang tak sah atau menyalahi undang-undang. LPHP berhak menamatkan perjanjian ini pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis dengan serta-merta kepada pemaju, bagi menamatkan perjanjian ini. Jadi, itu maksud saya. Kalau kita jap sikit je lagi YB nak habis dah.
Terima kasihlah Yang Berhormat. Yang… bukan saja-saja nak celah. Cumanya, tindakan yang… saya ambil perhatian apa Yang Berhormat utarakan itu. Yang sebenarnya dalam Lembaga Hartanah dan Perumahan Pahang ni sebab tu kata dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga ada bersama Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Pegawai Undang-Undang, Pegawai daripada Pejabat Kewangan Negeri dan juga Ahli Lembaga-Lembaga terdiri daripada kalangan profesional.
Jadi setiap daripada permasalahan yang mesyuarat, yang telah kita aturkan Lembaga Perumahan bersama dengan pihak KMDI, kita mendapat segenap segala segi laporan. Dan laporan itu akan dibentangkan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang, Lembaga… kepada Lembaga untuk kita bincang dan mengambil tindakan yang bersesuaian, sama ada yang YB katakan tadi untuk menamat ataupun tidak.
Jadi, kita mengikut pandangan daripada Legal Advisor, Pegawai Undang-Undang Negeri kita supaya tindakan kerajaan ini tepat dan tidak mengambil risiko kemudian disaman dan pelbagai lagi. Supaya kerajaan sentiasa mengikut tatacara, tatakelola dan mengikut lunas-lunas prosedur-prosedur yang telah ditetapkan dan mengambil tindakan yang bersesuaian dan dibentang kepada board, bukan saya sendiri. Saya hanya mencadangkan kepada board dan tindakan boleh diambil setelah disetujui bersama keputusan. Terima kasih. Minta maaflah Dato’ mengganggu.
Saya faham YB, saya faham proses dia. Cuma saya nak bagitahu yang kita terpaksa mengambil tindakan yang segera sebab dah berlarutan 2 tahun.
Dia… dia… tindakan segera ini, bukan hari ini kita cakap dia terus. Tindakan segera ini kita kena melalui beberapa perkara-perkara yang perlu kita lalui untuk mendapatkan maklum balas dan juga bukti-bukti, yang perlu kita kemukakan secara yang betul. Baru tindakan yang kita ambil itu tepat untuk sama ada untuk menamat atau meneruskan projek tersebut. Bukanlah hari ini kita cakap tanpa bukti terus kita terus bentang Lembaga… pada Lembaga dan terus kita tamat. Kita mesti bentangkan dengan bukti-
bukti yang kukuh, supaya tindakan itu bersesuaian dan tepat tak menganiaya mana-mana pihak. Itu pendirian kerajaan negeri. Terima kasih.
Baik. Okey, saya dah menyampaikan apa yang perlu disampaikan. Jadi saya mohonlah pihak kerajaan mengambil tindakan yang… yang sepatutnya, ya, sebab kalau tak ada tindakan, memang perkara ni akan berlarutan sampai bila-bila dan saya…
Dak… saya ni Yang Berhormat, dak… saya… memang… kerajaan akan mengambil tindakan yang sesuai. Kalau kata… kerajaan tak ambil tindakan, tak kenalah. Kalau projek tu bermasalah lagi, tak kerajaan duduk diam atau duduk sahaja tak kena. Mesti kerajaan akan mengambil tindakan. Saya percaya kerajaan di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang sebagai pemimpin kerajaan negeri mesti akan mengambil tindakannya. Saya percaya kerana telah terbukti menguruskan kerajaan negeri dengan baik sekali. Terima kasih Yang Berhormat.
Baik, saya harap pihak kerajaan dapat mengambil tindakan. [Ahli Dewan ketawa]
Ya, baiklah. Baiklah.
Dengan segera [ketawa].
Yang Berhormat, saya rasa… dah sampaikan…
Okey saya, sebenarnya saya…
… pandangan Yang Berhormat.
… nak habiskan dah dua tahun saya bercakap pasal rumah generasi kedua ni. Saya nak pergi ke rumah lain pulak rumah PR1MA. Rumah PR1MA ni pun ada…
Dua tahun ni bila? Start dua tahun dah bercakap ni bila? Yang ni kita perjanjian kita tandatangan ni bila? Yang mula kita mulakan projek ni bila? Dua tahun lepas tu bila YB?
Err… YB, saya ada fakta.
Ya… ya saya ada fakta juga ni.
FELDA serah kepada Kerajaan Negeri Pahang…
Saya pun ada fakta juga. Yang Berhormat pun ada fakta. Saya menghormati. Tetapi bila? Dua tahun lepas tu cakap projek tu tak mula lagi.
YB bagilah peluang saya bercakap. [Ketawa]
Takkan projek tu tak mula lagi dah mula. Jadi sekarang bila kita cakap dah mula dua tahun lepas bercakap, kurang-kurang kita dah… masa tu projek dah jalan. Dah setahun dah berjalan baru mula bercakap. Ni baru dua tahun lepas, baru nak mula projek dah bercakap. Maknanya YB beri satu fakta yang jelas ataupun bincang dengan saya kat pejabatlah.
Baiklah er… Yang Berhormat, saya rasa lebih baik cadangan saya mungkin boleh buat temu janji dengan EXCO Kerajaan bahawa dua-dua pihak menunjukkan fakta-fakta tersebut untuk menyelesaikan masalah ini kerana sekarang dah hampir masa solat. Jadi er… eh sorry…sorry [Ahli Dewan ketawa].
Speaker, sikit je sebab saya tak diberi peluang bercakap ni.
Jadi saya…
Saya… saya di… di…
Tak apa, tak apa saya bagi satu minit lagi untuk Yang Berhormat, sila.
Saya di luar sana disaman, nak disaman. Dibuat police report sebab saya mengutarakan perkara-perkara ini. Saya tak kisah pasal saman tu. Orang kata ‘kalau tak berani dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’. Saya okey.
Memang…
YB…
YB ni memang anak jantan. Maknanya sanggup kena saman lagi. Saya salutelah. Maknanya buktikan bahawa kita ni tak bersalah.
Okey. Saya tadi cakap pasal rumah PR1MA. Saya baru nak cakap pasal rumah PR1MA, sikit je. Er… panjang lagi tadi saya nak cakap pasal STRF jugak. Rumah PR1MA ni, saya sikit je lagi sebab saya nak tanya di Maran ada 11 Projek PR1MA. 1 dah siap, 1 masih dalam pembinaan, 9 lagi tak tau apa jadi. Saya harap YB jawab nantilah. Kalau seluruh Pahang ni saya diberitahu 145 Projek PR1MA. Tak apalah er… penggal depan kita boleh bercakap jugalah. Saya jumpa YB kat pejabat pun tak apa.
Satu lagi STRF. STRF er… YB Pelangai janji hari tu nak bagi taklimat kepada kita semua. Jadi saya menuntut janji tulah sebab bila saya turun ke kawasan, kawasan saya 6 FELDA ni. Semua soalan-soalan yang saya tak boleh nak jawab. Baru ni ada di Jengka 1 er… borang diedarkan tapi masyarakat kat situ tak tau borang untuk apa. Kata untuk STRF tapi taklimat dari Pengurus FELDA pun tak ada. Jadi diorang mempersoalkan.
Satu lagi saya nak cadangkan er… selain daripada bagi lot-lot ni, Yang Amat Berhormat dalam belanjawan telah mencadangkan Pangsapuri Pahang. Saya nak mencadangkan kalau boleh buat di kawasan FELDA sebab kawasan FELDA ni tanah dia er… limited kan? Jadi er… kita nak membina rumah ni bukan sekadar membina rumah. Bukan sekadar apa ni… bricks and mortar. Kita membina keluarga, kita membina masyarakat, kita membina komuniti. Mungkin komuniti ni 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun akan datang apa jadi sekarang? Tapi keputusan kita pada waktu ni. Jadi saya… saya mencadangkan tu lah sempena dengan Pangsapuri Pahang yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat di setiap daerah.
Baik.
Jadi mungkin kawasan tanah lapang tu boleh buat infra… infrastructure lain.
Baiklah Yang Berhormat. Saya mintak...
Tak boleh satu minit lagi?
Dah… dah, sekarang dah ambil masa 30 minit termasuk yang er… Yang Berhormat mencelah. Yang Berhormat kerajaan negeri mencelah 5 minit sahaja tetapi ucapan Yang Berhormat 25 minit. Dah… dah langgar 10 minit. Jadi saya harap…
Panjang sangat tu, bagi orang lain pulak.
Nanti waktu YB… masa penggulungan tu ambil waktu sikit.
Nanti… nanti saya cadangkanlah bila Yang Berhormat minum petang baru bincang dengan Yang Berhormat EXCO.
Baik, baik terima kasih.
Terima kasihlah Ahli… Ahli Yang Berhormat…
Saya mohon mencadang… menyokong belanjawan.
Terima kasih Ahli daripada Kawasan Kuala Sentul. Ahli-ahli Yang Berhormat, di sebelah pagi ini, seramai lima orang Ahli telah pun mengambil bahagian dan persidangan kita akan disambung di sebelah petang. Oleh itu, saya akan menempohkan persidangan di sebelah pagi dan akan disambung semula jam 2.45 petang.
[Persidangan ditempohkan]
[Persidangan disambung semula]
Sambungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024 Dan Usul Anggaran Pembangunan Dan Perbekalan Air 2025Bill
Perkara Ketiga: Sambungan Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024 dan Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2025.
Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli Yang Berhormat sekalian. Kita masih lagi dalam Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul yang telah dikemukakan dan pada petang ini kita akan menyambung Perbahasan Rang Undang-undang dan Usul Perbekalan Air ini. Saya menjemput Ahli Yang Berhormat Lanchang untuk mengambil bahagian, sila.
Assalamualaikum WBT. (Ayat al-Quran).
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan, seterusnya hadirin hadirat yang dikasihi sekalian. Pertamanya, Lanchang mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana telah memberi peluang kepada Lanchang untuk berucap pada petang ini bagi membahaskan Belanjawan 2025.
Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar kerana telah pun membentang Belanjawan Negeri Pahang untuk sesi 2025. Semoga rakyat Pahang akan mendapat manfaat yang sepenuhnya pada tahun hadapan. Lanchang ingin memulakan ucapan dengan beberapa isu berkaitan dengan perbelanjaan yang telah pun diunjurkan dalam pembentangan pada hari Jumaat yang lalu.
Yang pertamanya ialah mengenai sektor pertanian. Yang Berhormat Speaker, saya ingin menyentuh tentang bajet sektor pertanian yang mana kerajaan telah pun menyebut tentang betapa komitednya kerajaan untuk mempertingkatkan makanan bagi menjamin makanan untuk rakyat negeri Pahang khususnya dan dengan itu sektor yang tidak kurang pentingnya adalah pertanian bagi menjamin apa nama makanan ataupun sumber makanan daripada negeri Pahang ini. Peruntukan yang telah pun diberikan pada tahun 2025 adalah sebanyak RM36.78 juta dan jika dibandingkan dengan tahun 2024, peruntukan yang diberikan adalah RM58.93 juta.
Ini bermakna ianya semakin berkurangan sebanyak RM22.15 juta iaitu kira-kira 37% berkurangan. Sepatutnya peruntukan ini bertambah atau paling tidak sama dengan pada tahun 2024 kerana kita tahu bahawa keperluan penambahan sektor makanan dan sektor pertanian untuk mengeluarkan makanan ini penting untuk masa depan rakyat kita di negeri Pahang ini.
Dalam masa yang sama, saya melihat dalam bajet sektor pertanian juga kerana saya telah bangkitkan pada sesi yang lalu pada tahun lepas iaitu mengenai makanan ruji untuk rakyat negeri Pahang iaitu beras. Kita telah pun melihat pada pagi, pagi tadi, ramai di kalangan Ahli-ahli kita Yang Berhormat telah pun menyebut tentang betapa perlunya kita mengadakan beras sendiri untuk negeri Pahang kerana ia menjadi penting buat masa ini dan seluruh negara juga menyebut bahawa kekurangan bahan tersebut yang menyebabkan banyak beras diimport dari luar negara.
Kita mempunyai berbagai-bagai agensi seperti Jabatan Pertanian, IADP dan juga kita juga mempunyai PKPP (Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang) yang kita tubuh khusus untuk menumpukan sektor pertanian di dalam negeri Pahang ini dan di bawah mereka ada berbagai anak syarikat dan syarikat-syarikat ini telah diberi tugas untuk menumpu bidang pertanian tetapi kebanyakan mereka lebih kepada tanaman komoditi tetapi terdapat satu anak syarikat iaitu Agro Sdn Bhd yang mana ditugaskan untuk menumpukan kepada tanaman padi, pengeluaran padi, estet padi dan sebagainya.
Jadi, saya suka mencadangkan bahawa diberi… diperkasakan anak syarikat ini supaya lebih menumpukan kepada sektor penanaman padi kerana selain-lain syarikat telah pun diberi peranan kepada tanaman komoditi yang seperti sawit. Jadi, tidaklah ia menjadi apa nama berlapis-lapis tugasan dan sebagainya. Mungkin pihak PKPP agro dapat berkolaborasi dengan agensi-agensi lain seperti IADP, Jabatan Pertanian dan sebagainya dan juga dengan pesawah-pesawah yang telah sedia ada memajukan kawasan-kawasan baru atau kawasan sendiri bagi menambahkan lagi sumber beras negeri Pahang ni.
Tuan-tuan dan puan-puan, kita sedia maklum bahawa sekarang kita menghadapi cuaca atau iklim ekstrem seluruh dunia. Ada masa bila berlaku hujan, banjir. Ada masa berlaku kemarau sepanjang tahun dan kalau kita lihat di Malaysia ni dulu kita kalau kita tengok banjir, dia akan berlaku di Pantai Timur, Pantai Barat takkan berlaku. Kalau berlaku di utara, di selatan tak berlaku tapi apa yang kita lihat pada hari ini, dalam tempoh ini juga apabila berlaku banjir, hampir keseluruhan Semenanjung Malaysia terlibat dalam banjir ni.
Dan bila berlaku banjir sudah tentulah melibatkan banyak kawasan-kawasan tanaman dan sebagainya akan musnah dan menyebabkan kekurangan itu berlaku di masa ke semasa dan dalam masa yang sama jugak, kalau dunia jugak menghadapinya masalah tersebut, sudah tentulah mengalami kekurangan sumber tersebut menyebabkan mereka juga menahan supaya hasil beras mereka untuk dieksport keluar dan ini berlaku sepertimana yang telah diumumkan oleh Kementerian Pertanian. India juga pernah memberhentikan eksport sekejap untuk ke luar negara dan untuk mencukupkan keperluan mereka dan seperti… sebab itulah saya menekankan bahawa sektor penanam padi itu perlu diperkasakan semula bermula daripada sekarang untuk menghadapi musim-musim yang akan datang.
Dan saya juga selepas ini, mungkin kita soalan untuk apa nama Teruntum? Teruntum belum ada ya, ha baru masuk. Kalau tadi mungkin Panching tanya berapa yang apa keperluan… keperluan beras untuk negeri Pahang? Tetapi akan datang mungkin soalan bentuk yang berbeza. Panching mungkin dah bertanya Teruntum berapakah nilai eksport beras Pahang keluar? Jadi, sekurang-kurangnya hasil untuk negeri Pahang tu bertambahlah.
Tuan-tuan dan… Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin menyebut…
Minta celah, minta celah. Pahang beras pun tak cukup dah macam mana eksport keluar? Kita kena import. Terima kasih ya.
Ya, saya sebut tadi ya ceritanya ialah bermula kita nak memperkasakan tanaman padi, kan? Bahawa kita nak bantu juga ni yang apa EXCO bahagian apa? Bahagian dia tadi? Bahawa selepas pada ini tidak timbul soal tak cukup beras dan sebagainya. Kita ada 1.5 juta lebih rakyat negeri Pahang dan kalau ikut calculationnya, apa… puratanya dewasa memerlukan lebih kurang 8 hingga 10 kilo satu bulan, kan? Kalau kanak-kanak mungkin 4 kilo, 5 kilo. Bayangkan dalam satu bulan kita perlu hampir 10… 10… 10,000 tan. Jadi, saya rasa itulah mengapa perlunya kita memberi tumpuan yang… yang lebih sepertimana kita memberi tumpuan kepada sektor-sektor lain, perindustrian dan sebagainya.
Seterusnya Yang Berhormat Speaker, mengenai… masih lagi mengenai pertanian. Iaitu saya… saya sangat gembira bahawa apabila diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa di peringkat negeri juga kita akan mengadakan MAHA iaitu satu usaha yang baiklah kerana MAHA ini menjadi satu tempat tumpuan usahawan-usahawan kita, pemain-pemain industri pertanian ini akan bertemu dan mereka boleh juga membincangkan perkara-perkara baru yang boleh dimanfaatkan dalam sektor pertanian dan seterusnya kalau boleh kita mengekalkan ekspo ini dari masa ke masa dan saya suka mencadangkan kita boleh buat giliran mengikut zon, Zon Pantai Barat, Timur dan sebagainya kerana ada sebab itulah kita nak kumpulkan usahawan dasar pertanian kita baik tempatan ataupun di luar bagi memenuhi tuntutan makanan yang telah disebutkan apa tadilah dan selain daripada itu ialah tentang TKPM.
Kita tahu bahawa Taman Kekal Pengeluaran Makanan yang diwujudkan oleh kerajaan yang saya rasa di Pahang ni juga banyak. Di Lanchang juga ada satu. Satu projek khusus untuk mengeluarkan makanan untuk negara iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran dan sebagainyalah. Kawasan yang disediakan dengan berbagai infrastruktur seperti jalan, api dan air yang disediakan turut dibantu oleh pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri menyediakan kawasan ataupun lot-lot yang untuk diusahakan dan antara pesertanya ialah daripada syarikat-syarikat dan juga usahawan-usahawan yang mengambil bahagian yang terdiri daripada kawasan seluas 120 hingga 100 ekar.
Didapati banyak lot yang mula saya rasa mula terbiar. Saya ada buat lawatan di TKPM, Lanchang, ada kawasan yang telah lama beroperasi tetapi kelihatan sudah mula terbiar dan saya nak tahu apakah yang menyebabkan benda itu berlaku? Adakah pengusaha ataupun usahawan tadi tidak dapat melaksanakan disebabkan pengurusan mereka sendiri ataupun tanah itu tidak sesuai? Sedangkan kita di peringkat kementerian kita mempunyai jabatan-jabatan yang mana khusus untuk mengetahui status ataupun mengetahui tentang siri tanah. Apakah projek pertanian yang sesuai di kawasan tersebut yang mungkin boleh membantu usahawan ini untuk menentukan jenis tanaman yang mereka boleh tanam?
Yang Berhormat Tuan Speaker, boleh saya mencelah sikit. Lanchang….
Ya sila.
Di sini. Terima kasih banyak. Yang Berhormat Lanchang telah mengatakan usulkan tadi iaitu TKPM Lanchang ada yang terbiar dan saya minta detail sedikit. Nanti bagi saya butiran detail because 120 ekar tu sangat besar sebab ada separuh itu telah berjalan. FELDA pun berjalan. Mungkin bagi sedikit lagi informasi lebih detail kepada saya untuk saya terus ambil tindakan. Terima kasih banyak. Terima kasih banyak YB Speaker.
Ya sama. Terima kasih kepada pihak kerajaan. Yang keduanya tentang TKPM juga. Ada kawasan yang 20 ekar di apa… di... dikhususkan untuk usahawan. Usahawan-usahawan yang barulah. Saya suka mencadangkan ini ini respons daripada yang… yang pernah yang pernah buat apa memulakan projeklah. 20 ekar bagi satu orang usahawan baru terlalu luas. Jadi kita cadangkan untuk permulaan mungkin 5 ekar pun cukup bagi memulakan projek dan setelah berjaya tambah lagi supaya tidak kawasan tidak… tidak terbiarlah. Orang lain orang lain yang boleh menguasai kawasan tersebut. Yang keduanya juga... er... yang ketiganya tentang TKPM juga saya dapati sudah ada peserta yang menanam sawit.
Jadi saya nak tau adakah syarat telah ditukar sebab sawit bukanlah sebahagian daripada termasuk kategori makanan kan, tanaman komoditi. Jadi kalau boleh pihak yang apa... apa EXCO boleh mengenalpastilah adakah betul benda tu? Tapi benda tu memang saya dah pergi tengok. Memang dah ada sawit di dalam. Adakah ditukar syarat dan sebagainyalah? Kemudian, selain daripada TKPM, saya ingin terus kepada Kementerian Kerja Raya khususnya di bawah tadi Yang Berhormat iaitu jalan. Saya ucapkan terima kasih kerana jalan daripada Bandar Lanchang kepada Simpang Bolok ataupun Simpang Lakum telah pun dibaiki dan kaedah yang diguna pakai ialah antara campuran simen dan juga tarlah yang membuatkan jalan itu lebih kukuh dan banyak tempat yang saya tengok di Lanchang Timur daripada Temerloh sampai ke Bera juga menggunakan kaedah yang sama.
Cuma saya nak satu sebutnya ialah di antara Lanchang dengan Simpang Bolok tu terdapat satu pembentung yang sebelum ini telah pun dibaiki. Sudah mula… sudah mula cerun yang mula dan hampir… hampir runtuh. Dan saya bimbang dalam keadaan cuaca yang… yang hujan ni nanti akan berlaku lagi apa nama tragedi jalan apa nama burung unta kedua. Dan kerana jalan tu satu-satunya jalan yang menghubungkan kepada pusat perlancongan apa nama Pusat Santuari Gajah dan juga Pemulihan Harimau. Dan apabila berlakunya tragedi tersebut sudah tentulah memakan masa yang… yang lama untuk baiki. Dalam keadaan dia sudah runtuh teruk kerana di bahagian bawahnya memang di kiri kanan memang paya terlalu dalam. Jadi, saya mohon supaya benda ni disegerakanlah.
Yang Berhormat Speaker,
Selain daripada tu ialah mengenai Lanchang ialah mengenai banjir. Kita memang… kita maklum bahawa banjir adalah merupakan satu musibah sukar yang dijangkakan. Cuaca masa kini yang telah pun menyebabkan hujan yang banyak turun. Hujan yang dengan lebat... hujan yang lebat telah menyebabkan banjir di serata tempat. Dan Lanchang merupakan tempat yang antara berpotensi banjir lagi. Saya telah pun mengalami banjir pada pertengahan Oktober yang lalu. Seramai 1,200 lebih mangsa yang terlibat dan PPS yang dibuka adalah lima, lima tempat.
Maka sehubungan... sehubungan dengan itu jugalah patik ingin menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku yang telah sudi bercemar duli untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir pada tempoh tersebutlah. Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja dan seluruh anggota kakitangan kerajaan yang terlibat pada masa tersebut. Beberapa perkara yang ingin saya cadangkan berhubung dengan banjir ini ialah kita mungkin tidak boleh mengelak apa banjir hujan yang turun tetapi kita boleh mengurangkan risiko.
Antaranya ialah saya mohon pada kerajaan negeri supaya mendesak kerajaan pusat menyegerakan membina pusat pemindahan kekal menggantikan PPS. Yang mana benda ni dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri dulu sendiri yang turun ke Temerloh yang berjanji untuk membina PPK. Apabila berlakunya banjir ni kita menggunakan sekolah. Saya mendapat rungutan oleh guru-guru. Ada satu sekolah tu muatannya cuma dapat 400 je. Banjir ni… banjir yang terbaru ni pergi pada 600.
Yang Berhormat. Mintak gulunglah. Masa dah nak sampai ya.
Sikit lagi. Saya minta lebih sikitlah sebab saya cadang tadi… sebab sebelum… sebelum rehat. Yang keduanya ialah menyelenggara tali air dan sungai-sungai yang sudah mulai cetek. Kemudian meluluskan pula tempat siku-siku yang telah memungkinkan banjir berlaku. Kemudian selain daripada tu juga kita mohon supaya kerajaan apabila melaksanakan pembangunan setempat tidak menggunakan paya. Menimbus satu kawasan paya yang besar kerana ia merupakan kawasan takungan ataupun lembangan semula jadi yang terbina. Satu contoh saya nak sebut ialah di Lanchang, bila kita satu-satu projek perumahan iaitu di Kampung Bongsu tak silap saya Rumah PR1MA. Ada 300 lebih unit sedang dibina.
Apabila projek tu telah dilaksanakan, tambakan berlaku tinggi daripada kampung daripada jalan dan baru-baru ini apabila banjir, satu kawasan banjir baru wujud iaitu Kampung Baru, Kampung Bongsu dan jadi itulah saya kata bila kita buat melaksanakan projek, saya ingat benda-benda begini kena ambil apa ambil penelitian kerana kita akan menimbulkan masalah yang lain. Tapi oleh kerana sudah dibina, saya mohon supaya projek itu tidak terhenti setakat itu tetapi projek hiliran maksudnya bagaimana nak mengalirkan air keluar ke Sungai Semantan dan sebagainya supaya kampung-kampung di keliling tu tidak ditenggelami air.
Seterusnya Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin menyentuh tentang perlombongan. Tahniah kepada kerajaan yang telah pun menubuhkan Pahang Mining Corporation...
Yang Berhormat, last. Last point ya.
Okey. Iaitu kita harapkan supaya setiap satu permohonan perlombongan dilaksanakan seperti kuari dan sebagainya perlulah diteliti dengan sepenuhnya kerana ia melibatkan kepentingan banyak pihak. Satu contoh saya nak sebut yang berlaku baru-baru ini di Lanchang ialah sebuah kuari yang telah di… di… didakwa… didapati oleh pihak kampung mengganggu ketenteraman atau merosakkan harta benda mereka. Iaitu di Kampung Rantau Panjang dan juga Kampung Paya Siput. Lebih 20 rumah telah pun retak. Kalau satu kita mungkin kata rumah tak kukuh tapi lebih pada dua buah rumah yang telah retak ini mengakibatkan mereka merasakan keluarga mereka tak selamat dan sebagainya bagai runtuhan dan sebagainya. Yang uniknya di sekeliling projek kuari ni ialah kampong, kan. Maka timbulah cerita ayam siapa dulu? Ayam dulu? Atau telur dulu? Kalau kuari kata dia dulu kampung baru wujud, kampung kata dia dulu baru kuari wujud. Itu persoalannya dalam perkara ini, saya ingat perlu diberi perhatian supaya di kawasan-kawasan penempatan tidak diberi lesen untuk diadakan kuari. Kerana kalau kata kuari dulu, kenapa diluluskan permohonan penempatan di sebelah kuari? Kalau kuari er... kalau kampung dulu kenapa diluluskan kuari? Itu maksud saya. Saya rasa benda ini perlu diberi perhatian kerana ia melibatkan kerosakan harta benda malah nyawa sekali.
Dan akhirnya saya nak ucapkan er... saya juga nak menyebut bahawa dengan terlaksananya sistem e-Tanah ini sekurang-kurangnya dapat melegakan sebahagian besar daripada rakyat kitalah. Saya dapat menerima banyak aduan apabila penduduk-penduduk datang ke pejabat bahawa permohonan tanah tidak lulus. Ada yang lambat lulus dah 10, 20 tahun dan sebagainya. Jadi dengan harapan apabila e-Tanah ini diwujudkan, pihak… kakitangan kita di pejabat tanah dengan segera dapat menyelesaikan benda ini dan kita boleh tahu siapa yang dah ada tanah dan siapa yang tiada tanah. Jadi, insya-Allah lepas ni makin semakin hari semakin baik dan akhirnya saya orang yang terakhir, saya juga ingin menyebut bahawa sepertimana sahabat yang lain, saya dulu pernah dijanjikan bahawa masalah air di Lanchang akan selesai tahun ini dengan terbinanya LRA Jambu Rias, tapi akhirnya LRA Jambu Rias juga tidak menampung keperluan di Lanchang. Kami menerima bekalan air daripada Lubuk Kawah yang terlalu jauh yang sudah di penghujung menyebabkan tekanan rendah dan ditambah pulak dengan paip-paip pecah dan sebagainya.
Dan minggu lepas… 2 minggu lepas di Kampung Kenangan di belakang balai polis, 10 hari tak ada air akibat paip pecah. Semalam, saya terima whatsapp juga 3 hari tempat yang sama di mana saya sebut jambatan apa nama culvert yang akan runtuh tu. Di situ jugak berlaku pecah. Jadi, kita bimbang dengan pecah jugak mempercepatkan runtuhan la. Jadi saya jugak nak mengajukan bahawa kualiti dan servis spare part ataupun alat ganti sangat perlu… perlu diperhatikan jugalah kerana apa? Bila lepas dibaiki, pecah semula tempat yang sama dibaiki, 3 kali Yang Berhormat Speaker, 3 kali semalam. Dan saya ingat tak mungkin kita punya technician tidak ada kemahiran dan pengalaman.
Jadi, oleh kerana itulah baru beri perhatian dan sebagainya. Dan akhirnya saya mengakhiri ucapan saya ni dengan serangkap pantun.
Ada padi ada beras; Beras import beras tempatan; Memakmurkan rakyat kita punya tugas; Pembentangan bajet saya beri sokongan.
Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh.
Terima Kasih. Yang Berhormat Lanchang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Wakil Kemayan.
Bismillahirrahmanirrahim alhamdulillahi rabbil Alamin. Wassolatu wassalamu ala anbia mursalin wa ala alihi wasahbihi ajmain. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang dihormati Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, sahabat-sahabat Yang Berhormat khususnya tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian. Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang kerana telah berjaya membentangkan bajet ataupun Belanjawan Negeri Pahang pada Jumaat yang lepas dengan merangkumi semua aspek dan bagi saya cukup komprehensif meliputi semua pihak yang berkepentingan dalam negeri Pahang ini.
Dan juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana telah berjaya memperolehi hasil melebihi satu bilion tiga tahun berturut-turut dan jangkaan pada tahun 2025, lebih 5% lebih tinggi daripada tahun 2024 dan saya cukup yakin dengan kewibawaan daripada pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang yang disokong oleh pegawai-pegawai kerajaan yang tahu di mana ingin mendapatkan hasil tersebut. Bagi kita menyediakan bajet ini, mesti kita tahu RM1 bilion tu nak dapat daripada mana. Dan saya yakin dengan perancangan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang pada hari ini. Apa yang nak diperolehi pada tahun hadapan dan apa yang akan diperolehi 10 tahun akan datang.
Dan perancangan ini cukup baik untuk diagihkan kepada rakyat. Kalau kita tengok dalam Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan, banyak inisiatif-inisiatif dari Kerajaan Negeri Pahang yang kerajaan lain tak buat. Mungkin ada pihak yang mengatakan kerajaan yang dipimpin oleh parti beliau yang lebih baik, lebih berwibawa dan sebagainya. Tapi hakikatnya… hakikat yang ada pada hari ni yang Kerajaan Negeri Pahang ni cukup baik tanpa merayu wang ehsan dan sebagainya Kita boleh membentangkan bajet yang cukup baik. Kalau yang lepas kalau kita tengoklah yang lepas ni dia rasa dia cukup baik tapi bajetnya adalah defisit di mana hasil perbelanjaan melebihi hasil yang mereka perolehi, terpaksa pinjam dengan kerajaan persekutuan dan sebagainya. Tapi Kerajaan Negeri Pahang hari ni saya tengok sejak 2018, Kerajaan Negeri Pahang sentiasa membentangkan belanjawan yang surplus.
Maknanya hasil melebihi daripada perbelanjaan dan ini satu yang cukup baik bagi negeri Pahang dan inisiatif-inisiatif yang telah diberikan kepada rakyat pada hari ni kita tengok daripada mula nak kahwin, dapat anak, dapat pergi sekolah, pergi university, sampailah ke warga emas, semua dapat. Tapi tak bolehlah nak bagi kepada keseluruhan negeri Pahang. Tapi bagi mereka yang berkelayakan, saya rasa cukup berterima kasih. Bagi masyarakat di kawasan saya cukup berterima kasih dengan apa yang telah Kerajaan Negeri Pahang berikan. Sekurang-kurangnya lapan buah rumah
setiap DUN… di DUN Kemayan ni saya cukup berterima kasih. Tambah pula dengan rumah daripada masyarakat Orang Asli. Tahun ni terima kasih saya dapat lagi 4 rumah untuk masyarakat Orang Asli. So, total jumlah rumah rakyat RRP di DUN Kemayan ni saya dapat 12 biji. So, terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang, sekurang-kurangnya banyak membantu masyarakat di dalam kawasan saya.
Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana telah menitikberatkan infrastruktur di dalam negeri Pahang ni. Seperti yang telah disebutkan, saya pun terpaksa sebut pasal air kan? Walaupun kita telah dijanjikan menjelang 2026, 90% masalah air ni, insya-Allah kita dapat atasi dan saya cukup yakin dengan pembentangan belanjawan dan juga bajet-bajet yang telah dikeluarkan. Kita boleh mencapai hasrat tersebut. Walau bagaimanapun, saya mengharapkan pengurusan PAIP supaya menyegerakan tindakan perolehan dan sebagainya untuk menyiapkan kerja-kerja yang telah diluluskan. Janganlah tunggu 2 tahun nak melantik perunding ini berlaku. Ini berlaku apabila bajet telah diturunkan. Contohnya, ada satu kerja di Bera, menaik taraf Loji Air Triang, YB Triang tak ada hari ini menaik taraf Loji Air Triang bernilai RM40 juta telah diluluskan pada tahun 2022. Saya mendapat maklumat pada tahun er… pada Januari 2025 baru nak tender. Bayangkan hampir 3 tahun baru boleh nak tender. So, bila projek ini akan take off?
Jadi, saya mohon supaya pihak pengurusan tertinggi PAIP boleh menilai ataupun menyegerakan tindakan-tindakan perolehan bagi kerja-kerja menyelenggara paip-paip di seluruh negeri Pahang. Selain itu juga, saya tertarik dengan apa yang telah disebut oleh YB EXCO Kerajaan Tempatan tadi yang berkaitan dengan penukaran paip. Saya cuma… di kawasan saya ni cuma satu je saya nak mintak tolong. Penukaran paip di loji di tangki air FELDA Tementi yang melibatkan akaun lebih kurang 2,400 akaun yang sampai spare part pun saya dimaklumkan terpaksa buat khas ni sebab dah tak ada dah nak repair bila pecah, nak repair tak ada spare part dah.
Jadi saya rasa pihak pengurusan PAIP perlu memberi tumpuan, membuat kajian yang mana lebih penting nak upgrade loji ataupun nak tukar paip. Sebab bila kita upgrade loji pressure boleh kuat paip pecah tak boleh juga sampai kepada rakyat. Jadi saya mintaklah kepakaran yang ada dalam pengurusan PAIP untuk mengkaji di setiap setiap locality, yang mana lebih menjadi keutamaan yang mana lebih beri impak kepada masyarakat. Kalau melibatkan 2,000 atau 3,000 akaun, saya rasa cukup menyusahkan rakyat. Dan saya cukup yakin yang PAIP boleh menguruskan perkara ini dengan baik.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih juga kerana pihak negeri Pahang, Kerajaan Negeri Pahang menitikberatkan masyarakat FELDA apabila telah dibentangkan RM2 juta ringgit untuk Muafakat FELDA dan ini satu perkara yg cukup baik sebab dalam kemuafakatan inilah kita nak mengetahui masalah-masalah masyarakat FELDA. Kenapa saya perlu bercakap pasal masyarakat FELDA? Bukan sahaja saya ni anak peneroka tapi di kawasan saya dah ada tujuh FELDA dan masalah yang sama daripada dulu sampai sekarang masih belum diselesaikan. Jadi dengan muafa… muafakat, muafakat er… FELDA ini dengan bantuan daripada YB EXCO yang merupakan Pengerusi KAF Malaysia, saya rasa cukup yakin dengan apa yang kita rancang untuk masyarakat FELDA, kita dapat laksanakan dengan baik.
Mungkin perkara yang kita timbulkan tadi masa sesi soalan tadi mungkin tak… bukannya benda baru, tapi benda itu sudah… perkara itu sudah lama dan insya-Allah dan… bila kita lihat dalam pengurusan FELDA hari ini, kalau dulu kita ada wakil daripada Kerajaan Negeri Pahang menjadi Ahli Lembaga Pengarah FELDA. Hari ini, bila kita tengok tak ada… tak ada. Walaupun pengerusi wakil KAF ke tak jadi board,
sebagai EXCO yang menjaga FELDA pun tak jadi board di dalam Lembaga Pengarah FELDA dan saya menyeru supaya Kerajaan Negeri Pahang boleh memohon ataupun meminta supaya Lembaga Pengarah FELDA ni mesti ada di kalangan daripada wakil Kerajaan Negeri Pahang.
YB Kemayan boleh mencelah sikit?
Boleh.
YB boleh mencelah sikit YB. Saya tertarik tadi mengenai KAF ni, saya nak bagi tahu… maklum kepada pihak Dewan bahawanya KAF ni adalah Pertubuhan Kami Anak FELDA dan Kami Anak FELDA ni satu Malaysia. Kita ada Generasi FELDA, selain daripada Majlis Belia FELDA ni sebutan ni KAF… KAF ni apa benda KAF ni? (KAF) Kami Anak FELDA. Terima kasih banyak Yang Berhormat Kemayan.
Terima kasih YB. Selain daripada KAF, Presiden Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia FELDA Malaysia merupakan er… daripada negeri Pahang. Apa salahnya kalau dulu kita lantik Ahli Lembaga Pengarah adalah merupakan Presiden MBFM Malaysia. Kali ini kenapa tiada di kalangan Lembaga Pengarah FELDA untuk melantik wakil belia iaitu Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia yang merupakan Pengerusi MBFM Wilayah Jengka?
Jadi, banyak isu-isu FELDA ni yang ingin saya sentuh cuma satu perkara je mengenai baja. Saya mohon supaya pihak Kerajaan Negeri Pahang boleh er… menggesa pihak pengurusan FELDA untuk membekal baja mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kelapa sawit ni tuan-tuan dan puan-puan, Yang Berhormat sekalian, kalau tak dibaja mana kita nak dapat hasil yang cukup baik. Kalau sepatutnya dibaja 4 pusingan, saya dimaklumkan di kawasan saya ada yang baru 2 pusingan sudah bulan 12 ni. Alasan yang diberikan adalah bekalan baja daripada pihak FELDA tidak sampai.
Jadi, saya rasa pihak Kerajaan Negeri Pahang perlu menggesa pengurusan FELDA supaya menyegerakan bekalan baja kepada peneroka-peneroka untuk tanaman mereka. Supaya janganlah kita bagi alasan tahun depan, oh… bulan ni tak banyak hasil sebab melawas. Memanglah melawas kalau dah tak baja dengan sempurna. Saya yakin Kerajaan Negeri Pahang ada ladang-ladang yang cukup besar. Kalau tak dibaja, memang kita akan jadi masalah. Ini yang berlaku di FELDA. Jadi, saya mohon supaya Kerajaan Negeri Pahang boleh membantu menitikberatkan perkara tersebut.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang dan juga kerajaan persekutuan kerana banyak kemudahan infra terutama jalan yang telah dibaiki di dalam DUN saya, jalan Bera Selatan dan terima kasih juga YB EXCO Kerja Raya. Bila saya bagitahu jalan Bera Selatan putus, tak lama lepas tu selesai
masalah tersebut. Saya ucapkan terima kasih dan tahniahlah dengan usaha yang cukup baik dan juga banyak jalan-jalan negeri, terutama jalan negeri yang bagi saya tiada masalah di tempat saya, kerana apabila aduan dapat diselesaikan dengan baik. Cuma saya mohon, ada satu lagilah jalan negeri daripada Kemayan ke Tembangau dapat diperbaiki, yang lain tu saya dah cukup berpuas hati. Selain daripada itu, saya juga ingin memohon, kita penyelenggaraan jalan satu hal tapi kalau jalan negeri, kita ada YP untuk maintain tepi jalan, bahu jalan. Kalau jalan persekutuan, kita ada Roadcare untuk maintain tapi masalah jalan kampung. Masalah jalan kampung ni, tak ada siapa-siapa yang untuk maintain. Ada setengah perkampungan Orang Asli tu, rumput dia tu dah sampai nak menutup jalan, sebab dia datang naik motor aje. Bila naik motor...
Err… untuk jalan kampung pun kalau jalan tu didaftar di bawah MARRIS, ianya di bawah JKR, untuk makluman ya.
Terima kasih YB. Mungkin jalan ni tidak didaftarkan di bawah MARRIS. Sebab jalan dia jalan kampung luar bandar di bawah PLB yang buat sebelum ini. Jadi masih belum diselenggara, terpaksalah kita cari backhoe untuk sodok tepi jalan tu, selesaikan masalah tersebut.
Err… Yang Berhormat Speaker,
Kalau jalan tu belum daftar boleh mintak didaftarkanlah boleh berhubung dengan Jurutera JKR daerah untuk bantu, pendaftaran ya. Terima kasih.
Terima kasih YB, yang terakhirnya saya ingin mengucapkan tahniah juga pada Kerajaan Negeri Pahang yang sentiasa ingin memperkukuhkan syiar Islam di negeri Pahang ni. Kalau kita tengok bajet dibentangkan sehingga hampir RM200 juta… RM191 juta untuk mengukuhkan syiar Islam di negeri Pahang ini dan tak ada isu sebenarnya negeri Pahang ni, macam mana? Kalau tahfiz tu macam-macam tahfiz dan saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana tahfiz yang dibuat di TABIKA KEMAS ni cukup baik sehingga anak-anak boleh menghafaz 20 hingga 25 surah sehingga dia tamat pengajian. Ini dah cukup baik dan saya rasa dalam pembentangan belanjawan baru ini pun, setiap DUN akan ada satu prasekolah tahfiz.
Saya ucapkan terima kasih dan jangan kita persoalkanlah sebab kita mengucap dua kalimah syahadah yang sama dan kita berkiblatkan yang sama. Jadi kita pun nak syiar Islam di negeri Pahang ni kukuh dan dapat kita perluaskan kepada masyarakat-masyarakat yang lain. Jadi tak perlulah nak kata kalau dia, dia lebih baik, ini lebih baik dan sebagainya dan apa yang kerajaan buat hari ini, bagi saya dah cukup baik sebab saya dapat pendidikan awal pun di Sekolah Agama pun daripada er… sekolah FELDA.
Seterusnya Sekolah Menengah pun Sekolah Agama juga dan saya tengok banyak sebab ada ulasan-ulasan mengatakan yang sekolah SMA ni yang tak berapa, tak dijaga dengan baik. Kalau kita tengok daripada dulu, sebab keluarga kita pun ramai yang sekolah SMA ni, daripada dulu sehingga hari ni banyak perubahan-perubahan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk mempertingkatkan kualiti di Sekolah-sekolah Menengah Agama di dalam negeri Pahang ni.
So, saya pun tak inginlah, er… berucap panjang dan kita mengharapkan apa yang baik, yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang tu kita hebahkan kepada rakyat. Ini, kalau kita tengok, bukan sahaja benda yang baik tu dia tak hebahkan, tapi benda yang tak baik tu, benda yang masih belum selesai mungkin… mungkin persepsi dan sebagainya itu yang dihebahkan. Saya tak nampak lagi yang mengatakan ini, untuk Rumah Rakyat Pahang, untuk orang tua dan sebagainya, ini bagus, untuk rakyat kita tak ada. Kalau kita tengok dekat TikTok ke, FB ke dan sebagainya, benda yang… yang kurang dan masih belum dilaksanakan lagi itu yg dikeluarkan. Tapi kalau benda yang baik yang Kerajaan Negeri Pahang beri pada hari ni, tak ada nak keluarkan.
Saya mohonlah untuk kita menjadi politik matang yang kita gembar-gemburkan pada hari ini. Jadi, kita mohon supaya semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga Pegawai-pegawai Kerajaan untuk boleh menyampaikan, menjadi penyampai kepada rakyat, yang bila ada masalah ini, hah… hari ini kita ada RRP, kita ada bantuan kad kesihatan dan sebagainya. Tak… tak ada duit nak kahwin, ha… ini ada Anggun Suri dan sebagainya. Jadi saya rasa pelbagai yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang pada hari ini, yang bagi saya cukup baik dan ada setengah negeri yang tak mampu nak laksanakan seperti yang Kerajaan Negeri Pahang laksanakan hari ini.
Jadi tak perlulah nak teraju benda yang dah baik ni, jangan nak… jangan nak apa berangan nak teraju benda yang kita dah buat dah baik, sebab cukuplah 2018 bila dimomokkan dengan perkara-perkara begitu. Benda yang baik hari ni kita kenang, benda yang kita buat dulu yang kerajaan dulu buat, hari ni baru kita nak kenang, yang baik. Jadi saya mohon supaya rakan-rakan yang lain ni untuk kita sama-sama membangunkan negeri Pahang ni, memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di negeri Pahang. Saya rasa itu saja daripada saya. Saya mohon maaf atas segala salah silap atau pun terlanjur kata er… Kemayan menyokong. Sekian, assalamualaikum WBT dan terima kasih.
Terima kasih, wakil dari Kemayan. Seterusnya saya menjemput wakil dari Damak.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih YB Speaker kerana memberi peluang kepada saya petang ini untuk sama-sama terlibat dalam perbahasan Belanjawan Negeri Pahang 2025. Seterusnya yang saya hormati Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato' Sri Diraja Wan Rosdy dan juga Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, seterusnya sahabat-sahabat Yang Berhormat sekalian.
Pada mukadimah ucapan saya atau perbahasan saya pada hari ini, izinkan saya memetik firman Allah SWT dalam Surah Hud ayat 85 (Ayat Al-Quran) yang bermaksud, “dan wahai kaumku sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu kurangkan manusia akan benda-benda yang menjadi haknya dan
janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan”. Juga suka saya ingin memetik sabda Nabi Muhammad SAW dalam satu hadis riwayat Imam At-Tirmizi (Ayat Al-Quran), “barang siapa pun bangun di awal pagi dalam keadaan merasakan aman pada dirinya, sihat tubuh badannya dan ia memiliki makanan yakni keperluan asas untuk hari itu maka seolah-olah seluruh dunia ini dikuasainya”.
Saya ingin mengambil kesempatan pada petang yang berbahagia ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang kerana telah berjaya meningkatkan hasil negeri yang melebihi RM1 bilion dalam tiga tahun berturut-turut. Mudah-mudahan usaha yang dilakukan ini yang mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Saya juga ingin mengajak seluruh warga Dewan khususnya Yang Berhormat-Yang Berhormat, sahabat-sahabat saya sekalian agar kita sama- sama menyokong mana-mana usaha kebaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan dan di samping itu kita terus menegur dengan kaedah teguran membina agar sama-sama kita dapat membangunkan negeri Pahang Darul Makmur Ini sesuai dengan firman Allah SWT (Ayat Al-Quran), “dan berilah peringatan kerana sudah pasti peringatan itu akan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman”.
Yang Berhormat Speaker,
Merujuk kepada Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja berkaitan dengan penyelenggaraan jalan dan infrastruktur negeri maka saya berterima kasih. Pertamanya kepada kerajaan persekutuan yang telah meluluskan sejumlah RM645.74 juta bagi tujuan tersebut juga tahniah juga kepada kerajaan negeri yang telah memperuntukkan RM94.6 juta bagi melaksanakan projek-projek infrastruktur termasuk naik taraf jalan. Jadi, pada peringkat awal ini saya ingin bangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan jalan-jalan raya di dalam kawasan Damak secara khusus kerana kebanyakan isu-isu lain telah disentuh oleh sahabat-sahabat saya.
Yang pertama sekali ialah jalan Jerantut, bandar Jerantut ke kampung Lata Kasah yang mana lebih kurang sepanjang 7 km dan jalan ini telah dinaik taraf pada 27 Disember 2017 dan alhamdulillah siap pada 25 Mei 2023. Namun apa yang ingin saya bangkitkan ialah walaupun baru setahun disiapkan, keadaan jalan ini telah mengalami banyak kerosakan berlubang, mendap, beralun-alun dan kerosakan ini sampai ke dalam Bandar Jerantut. Jadi menurut pemerhatian saya jalan ini menjadi laluan utama lori-lori berkapasiti tinggi khususnya daripada lombong bijih yang ada di situ, kuari dan juga lori-lori sawit. Oleh itu, saya berharap Pihak Berkuasa Tempatan memantau SOP perjalanan lori-lori. Saya bimbang pertama mungkin jumlah terlalu banyak ataupun yang kedua, kita bimbang muatan lebih yang menyebabkan jalan yang kita tak dapat nikmati dengan sebaiknya ini yang menjadi punca yang boleh menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya. Jadi saya harap pihak kerajaan dapat memantau isu ini.
Seterusnya yang kedua ialah juga berkaitan dengan jalan raya iaitu daripada jalan utama Kampung Batu Balai ke Kampung Sungai Terlang dan seterusnya ke Kampung Sungai Berjuang. Perkara ini pernah saya mohon dan juga saya… saya sebut dalam Sidang DUN ini tapi hingga ke hari ni masih belum lagilah mungkin ada halangan-halangan tertentu untuk membaik pulih jalan tersebut termasuk saya dimaklumkan ialah isu jambatan di Sungai Terlang yang mana sepatutnya dibina dahulu barulah jentera-jentera berat boleh masuk ke Sungai Berjuang. Jadi isunya ialah penduduk di Kampung Sungai Berjuang ni adalah Orang… Orang Asal jadi mereka ni mengadu dah lama sangat dah. Dah 2 penggal jalan mereka memang berkeadaan rosak yang
amat menyedihkanlah. Jadi harapan saya tu agar dapat pihak kerajaan memberikan perhatian.
Seterusnya isu yang sama ialah isu yang berkaitan dengan jalan kampung di jalan Kampung Jelai, Ulu Cheka yang juga baru disiap tetapi disebabkan tidak ada penyelenggaraan macam dibangkitkan oleh Kemayan tadi yang menyebabkan jalan yang dua hala dah jadi satu hala dah rumput semak dah naik tepi jalan dan saya lihat pihak penduduk pun mungkin tak ada usaha untuk membersihkannya. Jadi bimbang waktu malam penduduk-penduduk akan menggunakan jalan ini dan boleh juga kita bimbang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Jadi saya harap pihak kerajaan juga dapat meneliti apa yang saya bangkitkan ni.
Berkaitan dengan jalan ialah yang terakhirnya saya ingin bangkitkan isu jalan Kampung Baru ke Kampung Ulu Teh yang juga hingga ke hari ini banyak kerosakan yang berlaku berlubang dan seumpamanya dan saya dimaklumkan pihak JPKK pun telah memohon naik taraf jalan ini namun demikian masih lagi belum dinaik taraf dan sedangkan jalan ini walaupun jalan kampung tetapi banyak kebun-kebun di dalam kawasan ini dan juga kawasan-kawasan yang menjadi pusat rekreasi seperti Wong Gan Teng Campsite, Mokcik’s Rich Village Resort dan Durian Fresh Nursery Farm. Jadi banyak tempat yang masyarakat boleh datang ke tempat ini tapi disebabkan jalan yang tidak memuaskan jadi boleh membantutkan hasrat mereka untuk datang ke tempat ini dan berkaitan jalan ini saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YB EXCO dan juga pihak JKR dan termasuk JKR Jerantut yang mana hingga ke hari ini banyak yang jalan-jalan persekutuan, jalan negeri dan juga jalan kampung-kampung yang telah dinaik taraf dan dibaik pulih. Saya rakamkan ucapan terima kasih.
Seterusnya merujuk kepada belanjawan juga saya ingin menarik perhatian Ia berkaitan dengan isu perkhidmatan air seperti mana dibangkitkan oleh rakan-rakan saya jadi saya straight forward pada isu terus. Yang pertama ialah isu bekalan air di Kampung Paya Rajin di Jerantut alhamdulillah ada Kampung Paya Rajin dan penduduknya memang rajin betul, alhamdulillah. Jadi isu bekalan air di sini ialah yang yang melibatkan jalan Paya Rajin 10 yang mana terdapat 14 buah rumah dan mereka maklumkan bahawa jalan mereka ini tidak ada paip utama jadi paip utama, paip besar itu ada jauh daripada jalan ini jadi menyebabkan mereka susah untuk menyambung bekalan air ke rumah mereka. Saya dimaklumkan bahawa penduduk telah dua kali membuat permohonan untuk untuk masukkan paip air utama ini dan hingga kini masih lagi belum ada respons. Jadi diharap dapat perhatian daripada pihak kerajaan.
Yang keduanya isu air ini sekali lagi saya bangkitkan isu air di Kampung Sempadan dalam Sidang DUN yang lepas pun saya pernah bangkitkan jadi di Kampung Sempadan ni ada lebih kurang 115 keluarga dan hingga hari ini masih belum mendapat lagi bekalan air paip ini dan 100% bergantung kepada sumber air kesihatan ataupun air bukit jadi apa yang ingin saya bangkitkan ialah kita telah dimaklumkan bahawa peruntukan yang besar telah diperuntukkan oleh kerajaan pusat untuk menaik taraf LRA Batu Balai jadi saya harap pihak kerajaan boleh memaklumkan kepada kami status naiktaraf LRA Batu Balai ni. Bila projek ni akan dimulakan dan bila siap? Kerana kalau siap projek ini insya-Allah akan menjadi satu rahmat kepada penduduk Mukim Ulu Cheka. Ia bermula daripada Kampung Sempadan ke Batu Balai, Kampung Damak, Kampung Bukit Batu, Kampung Ulu Cheka, Kampung Perlok, Kampung Som dan Kampung Baru. Jadi cukup ramai yang akan dapat rahmat daripada projek ini. Jika dapat disiapkan, insya-Allah.
Jadi seterusnya saya juga, berkaitan dengan air ini juga saya ingin tambah sedikit kerana ada sahabat-sahabat yang meminta saya untuk ketengahkan dalam sidang
DUN ini, ialah ia berkenaan dengan bekalan air di di kawasan bandar Jerantut sendiri yang mana kita lihat terlalu banyak pembinaan rumah rumah baru, taman-taman baru, rumah kedai dan juga pusat-pusat perniagaan di bandar Jerantut ini. Jadi, oleh itu, kita dapat aduan tekanan air semakin rendah. Ia bukan sahaja melibatkan di bandar Jerantut tetapi sampai di kawasan kampung-kampung yang sekitar sehinggalah ke kampung saya sendiri, Kampung Temin, Jerantut, Pahang. Jadi kampung ni Kampung Pak Mertua EXCO juga ni. Saya sebenarnya berjiran dengan dia, kawan baik dia sebenarnya.
Jadi tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Harapan saya, pihak kerajaan boleh memberikan sedikit pandangan dan juga cadangan. Apakah perancangan yang boleh dilakukan kerana kita bimbang hari ini tekanan air semakin rendah dan akan datang kita bimbang terputus bekalan air. Jadi mungkin ada perancangan yang yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan.
YB Speaker,
Seterusnya saya ingin membangkitkan satu aduan iaitu isu kenaikan harga kelapa biji. Jadi, beberapa orang pengusaha santan di daerah Jerantut ni datang ke pejabat saya dan membuat aduan bahawa pembekal kelapa telah menaikkan harga kelapa biji kepada harga RM2.80 sen sebiji berbanding harga kawalan yang ditetapkan oleh kementerian hanya RM1.90 sen sebiji. Kenaikan sebanyak hampir 90 sen sebiji ini tercetus pada bulan Ogos yang lalu dan telah dipercayai dimanipulasi oleh kartel pembekal dengan memasukkan terma upah untuk setiap biji jualan kelapa kepada peruncit dan pengusaha santan. Jadi, kenaikan ini telah menjejaskan pengusaha santan ni. Jadi saya harap YB EXCO jangan jawab lagi. Jawab masa penggulungan jelah.
Takdelah.
Macam gaya nak bangun dah tu. Kenaikan ini telah menjejaskan pengusaha santan segar dan mereka telah… memaksa mereka menaikkan sekilo sampai RM16.00. RM16.00 sekilo santan ni yang juga memberikan…
Damak, dia… apa namanya? Dia masukkan harga upah ya? Upah memanjat ke, upah mengupas?
Memanjat ataupun mengupas tu saya pun tidak dimaklumkan, nanti saya akan whatsapp kepada YBlah bila insya-Allah saya akan dapatkan penjelasan jawapan bertulis, Insya-Allah [ketawa] yang mana sudah pasti dia akan beri kesan langsung kepada pengguna. Oleh itu, saya ingin… saya berharap pihak kerajaan boleh memantau isu ini dan boleh mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Seterusnya…
Boleh celah sikit? Terima kasih Damak telah membangkitkan isu kelapa. Er… yang tadi Damak bangkitkan er… santan sebenarnya santan pekat, kan? RM16.00 betul, kan? Boleh tak saya mohon tau berapa biji kelapa boleh buat 1 kilo santan pekat? Adakah YB Damak tau ni? Boleh tahu tak? Siapa tahu?
Err… insya-Allah nanti saya bagi jawapan bertulis jugak. [Ahli Dewan ketawa]
Okey, terima kasih Damak. Sebenarnya Damak ada bagi tahu saya isu ni dan saya tengah siasat. Okey, sebenarnya kelapa memang tak mencukupi bulan Ogos sampai bulan ini, kemungkinan okey. Lepas ni kita akan selesai isu ni sebab sebelum ni kelapa dijual 1 biji RM2.50 okey dan sekarang dinaikkan sampai bukan RM2.80 eh 3… RM3.50 1 biji sebab kena import dari Indonesia. Kita Malaysia tak cukup, dan saya tanya kenapa tak import dari Thailand, Thailand pun tak cukup. Dia pun kena import dari Indonesia. Itu sebab untuk sementara 4 bulan ni kita memang kena naik RM16.00. Bukan dia hanya di Damak ya, seluruh Pahang bukan… kemungkinan seluruh Malaysia. Untuk makluman Damak, untuk santan pekat 1 kilo mungkin perlu 4 biji. Kiralah kalau RM3.50 tu, kalau 4 biji tu RM14.00. So, dia untung RM2.00 sahaja. Faham-fahamlah, rakyat nak hidup tu cari rezeki. Terima kasih Damak.
Terima kasih YB EXCO, saya teruskan perkara yang ingin saya bangkitkan...
Boleh saya bangun mencelah sikit Damak. Sementara YB EXCO tadi dah jawab, minta sedikit pencerahan. Mungkin masa menggulung kot. Kalau sebab kita terpaksa import kelapa daripada luar, sebelum-sebelum ni kita import jugak daripada luar dan tidak berlaku, tapi kenapa start bulan Ogos tu baru kita terasa kenaikannya? Saya rasa bekalan kelapa memang kita terpaksa import daripada luar sebelum-sebelum ni, tapi tidak berlaku kenaikan sebegitu. Kenapa baru-baru ni pula naik? Terima kasih. Kalau menggulung pun okey, kita tak nak ganggu Damak punya masa.
Tak apa. Sekejap aje. Sebelum ni memang kita tidak cukup, sikit saje okey, tapi sekarang cukup terlalu banyak… tak cukup terlalu banyak. Itu sebab kita terpaksa import banyak, sebelum ini cukup. Kadang-kadang sikit saja kita import, tapi sekarang kena import. Mesti kena import banyak lepas perayaan tu.
YB Speaker, saya ingin bertanya berapa minit lagi masa untuk saya?
Sebenarnya, dah habis. Jadi saya minta gulung satu minit.
Terima kasih. Er… bukan tadi Speaker apa… EXCO jawab tadi dah 5 minit ambil masa saya? [Ahli Dewan ketawa]. Seterusnya, saya ingin membangkitkan isu yang berkaitan… berkaitan dengan binatang liar. Baru-baru ni di Kampung Som di kampung… di kampung… Kampung Sempadan berlaku satu peristiwa yang kita anggap luar biasalah. Di mana pada 15 Oktober baru-baru ni sekumpulan kera ya menceroboh rumah. Biasanya kera ni dia ambil makanan tau tapi kali ni dia merosakkan harta benda ya saya pergi ziarah rumah yang terlibat ni. Dia terbalikkan almari, dia rosakkan tilam, dia pecahkan televisyen dan warga penduduk ni memaklum pada saya, kerugian tu sampai mencecah RM10,000.00. Jadi, ini satu benda yang patut diberi perhatianlah kerana kita bimbang kera-kera ini akan bermaharajalela di bandar Jerantut pula nanti.
Jadi seterusnya isu ini juga saya bangkitkan ialah isu gajah. Baru-baru ni dalam beberapa bulan yang baru ni, gajah juga telah menceroboh ke kawasan kebun dan juga rumah penduduk khususnya di kawasan Ulu Teh dan juga Kampung Som dan yang terbaru ialah di Kampung Baru. Jadi, saya dimaklumkan isunya ialah pertama berpunca daripada sistem pagar elektrik gajah yang mana saya telah melawat kawasan ni. Ada ketikanya terbuka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dia tak tutup pagar ni. Jadi gajah ni boleh cross kawasan ni dan juga berpunca daripada projek penebangan balak di kawasan Hutan Simpan Som, yang mana saya dimaklumkan kontraktor masih belum lagi membaiki pagar, sistem pagar elektrik gajah ini sehingga kini.
Jadi alhamdulillah hari ini saya dapat maklumat bahawa gajah tersebut telah ditangkap. Gajah ni gajah jantan dewasa dan telah ditangkap oleh 8 orang daripada Unit Tindakan… Unit Tangkapan Gajah daripada Perhilitan Jerantut. Jadi, kita rakamkan ucapan tahniah, terima kasih. Namun demikian, kalau pagar ni masih belum dibaiki, bimbang nanti kita hantar ke sebelah sana akan balik semula ke sebelah sini, dan hari ni dia… dia merosakkan luar rumah. Saya bimbang dia akan masuk dalam rumah pula.
Jadi seterusnya, YB Speaker minta maaf bagi sikit lagi masa ialah saya ingin mencadangkan berkaitan dengan penghasilan modal insan yang berkualiti dan kecemerlangan yang dibentangkan oleh Dato’ Sri Diraja. Saya ingin mencadangkan di Jerantut ni sebagai salah satu daerah yang terkehadapan dari sudut pencapaian akademik sekolah-sekolah. Jadi, saya cadangkan kepada kerajaan negeri dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Pahang mengusahakan agar diwujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan juga institusi pengajian tinggi atau universiti di daerah Jerantut ini dan saya juga mencadangkan yang sekarang ni hanya ada dua sahaja kelas aliran Agama (KAA) di daerah Jerantut ini yang berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Saujana dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat
Penyelidikan Pertanian Tun Razak. Jadi, saya harap ditambahkan jumlah ini ya, bagi manfaat anak-anak kita.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih ya kepada Kerajaan Negeri, kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang dan juga kepada EXCO agamalah. Saya rakamkan ucapan terima kasih kerana di Jerantut, alhamdulillah, satu projek pembinaan Masjid Tebing Tinggi telah berjalan dengan progress yang amat baik dan 2 buah masjid telah disiapkan iaitu Masjid Kampung Som dan Masjid Ulu Cheka. Harapan kita agar masjid ini terus menjadi pusat untuk memupuk perpaduan dan juga meningkatkan kefahaman Islam di kalangan masyarakat kita. Justeru itu, di Dewan mulia ini saya ingin bertanya ia berkenaan dengan permohonan Masjid Baru Kampung Lata Kasah dan Masjid Baru Kampung Damak yang sudah kita pihak jabatan agama dan penduduk telah mengangkat permohonan ini dan saya ingin mohon responslah sejauh mana permohonan diluluskan dan terutamanya Masjid Kampung Damak yang sentiasa berhadapan dengan masalah banjir sekiranya berlaku musim tengkujuh. Seterusnya akhir sekali, last, 2 kali akhir, saya ingin merakamkan dalam Dewan mulia ni ucapan tahniah...
Dia... Damak ni, kalau kita buat masjid ganti yang tang mana nak bubuh? Tapak dia? Kampung Batu?
Di Damak?
Masjid Damak tadi nak digantikan.
Ya, ya.
Tapak cadangan. Kalau ke dalam sikit Kampung Batu?
Kampung Batu tu dia dah jauh sikit dah. Jadi mengikut pandangan penduduk, di lokasi masjid yang sedia ada ni memang dah strategik cuma mungkin konsep tu dia buat seperti Masjid Simpang Tebing tinggi, masjid tu tinggi atau Masjid Kampung Ketam yang mana selamat daripada banjir, insya-Allah. Terima kasih.
Dan akhir sekali, saya ingin rakamkan ucapan tahniah kepada Majlis Daerah Jerantut kerana mendapat 2 anugerah pada tahun ini. Di awal tahun mendapat anugerah
Bandar Paling Bahagia sempena sambutan Hari Kebangsaan, Hari Kebahagian Dunia 2024 dan yang terbaru Anugerah Sistem Penarafan Bintang 2024 dengan kedudukan Ke-3 Peringkat Kebangsaan [Ahli Dewan menepuk meja]. Jadi mudah-mudahan usaha pihak terutamanya saya rakamkan tahniah kepada Dato' DO kita yang barulah Yang Hormat Dato' Sharuddin Jali dan juga bekas DO Jerantut ni, Yang Hormat Dato' Khairun Nissa Aris. Memang saya sebut sokmo nama dia dalam sidang DUN ni kerana usaha-usaha mereka itu yang mengharumkan nama Jerantut. Jadi...
DO Maran ni ramai betul orang sebut dia ya? [Ahli Dewan ketawa].
Saya rasa itu sahaja ucapan saya, jazakumullah khairan. Saya, Damak menyokong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih wakil dari Damak. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Dilantik YB Tuan Mohd Fadzli bin Mohd Ramly. Dipersilakan.
Terima kasih Tuan Speaker, Ketua Jabatan, Ahli Dewan sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani buat semua.
Pertama, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan untuk saya mulakan perbahasan usul Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang beberapa hari yang lepas.
Tuan Speaker,
Saya ingin mulakan ucapan saya, perbahasan saya pada petang ini dengan memetik rangkuman syarahan daripada Almarhum Dr Yusuf Al Qardawi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 9 Disember tahun 2009 yang menceritakan bahawa Nabi SAW telah mendirikan 2 institusi ketika sampai di Madinah. Pertama, masjid dan kedua, pasar. Masjid membawa fokus soal ibadah, keagamaan dan pentadbiran manakala pasar membawa maksud rezeki dan membangunkan ekonomi keluarga, masyarakat dan negara.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Inilah antara pasak yang saya percaya menjadi cita-cita Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar, di samping kita menyedari bahawa pada ketika ini kita berdepan dengan cabaran yang jelas seperti cabaran geopolitik yang dibincang dan dibahaskan sedikit sebanyak dalam perbahasan di Dewan pada hari ini. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Dewan yang mulia ini yang telah meluluskan pindaan Perkara 18 Bahagian Kedua Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang bagi membolehkan ADUN Lantikan Dilantik di Dewan yang mulia ini.
Ahli-ahli Berhormat yang dikasihi sekalian,
Ahli Dewan secara lantikan ini adalah perkara biasa di seluruh negara... di seluruh dunia. Di United Kingdom, wakil rakyat lantikan ini dipanggil sebagai Peers. Di negara-negara Scandinavian seperti Denmark, di negerinya seperti Rigsdag mempunyai Dewan Undangan Negeri yang tersendiri yang dipanggil sebagai Landstinget. Di sini juga terdapat Ahli Dewan Yang Dilantik. Dato' Sri Speaker juga baru balik dari Tasmania baru-baru ini iaitu sebuah negara yang mengamalkan lantikan wakil dalam Dewan di peringkat negeri.
Malah di sana, Dato'... Tuan Speaker terdapat apa yang disebut sebagai Lower and Upper House yang mana konsepnya seperti Dewan Rakyat dan Dewan Senat seperti di negara kita. Mungkin selepas ini kita boleh mengorak langkah mencadangkan DUN Pahang akan ada 2 sistem ini yang dipanggil dalam sistem sebagai bicameral system.
Ahli-ahli Dewan yang dikasihi sekalian,
Di Pahang pelantikan ADUN ini sekadar mengulangi apa yang berlaku di Sabah yang telah melantik ADUN Lantikan daripada beberapa parti politik. 2 dari UMNO, 3 dari Perikatan Nasional yang terdiri dari SAPP, Bersatu dan Gagasan serta seorang daripada PAS. Di DUN Terengganu, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kuala Terengganu, Puan Zuraida Mohd Noor dilantik sebagai ADUN Lantikan di Terengganu. Semuanya orang politik takkanlah di DUN Pahang ni orang politik tak boleh. Insya-Allah, saya yang dilantik dalam Dewan ini akan buktikan peranan terbaik untuk membantu negeri dan akan bercakap tidak hanya mewakili kelompok politik semata-mata tetapi juga segmen rakyat yang tidak diwakili seperti kelompok undang-undang sama ada sivil dan syariah, masyarakat, Orang Asli mahupun pesawah dan nelayan.
Tuan Speaker yang dikasihi sekalian,
Saya amat tertarik dengan peruntukan sebanyak RM36.78 juta untuk tujuan pertanian bagi menjamin dengan izin, sustainability keterjaminan bekalan makanan untuk rakyat Pahang. Ringkasnya, Kerajaan Negeri Pahang mempunyai pelan bekalan untuk rakyatnya. Saya ingin menarik perhatian Dewan bahawa di Pahang ada 2 kawasan jelapang padi negara iaitu di Pekan dan di Rompin. Sering kali masalah yang dibangkitkan bahawa terdapat pesawah yang telah sekian lama menanam padi tetapi tidak mendapat bantuan kerajaan berbentuk subsidi benih, baja, racun dan jualan padi. Alasannya kerana mereka ini tidak mempunyai geran hak milik atau sekurang-kurangnya mereka mempunyai Lesen Pendudukan Sementara (Temporary Occupation License). Isu ini kerap dibangkitkan dalam Dewan ini termasuk oleh rakan saya dari Tioman. Keadaan seperti ini setahu saya sehingga kini masih berlaku seperti di Kampung Jawa bersebelahan dengan rumah saya pada hari ini.
Tuan Speaker,
Saya nak mencadangkan kepada ini saya nak merayu kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar supaya kita memberikan pesawah-pesawah ini yang sekian lama menanam padi ini satu apa yang disebut sebagai TOL ataupun satu kebenaran secara temporary licence yang boleh diterima oleh pihak kementerian dan dengan lesen ini pesawah akan kembali menikmati subsidi mereka sebelum ini dan saya telah mengadakan beberapa pertemuan dengan pihak IADA dan saya ada juga bertanya kepada pihak pentadbir tanah, DO dan mereka mengulangi perkara dan masalah ini kepada saya. Pagi tadi saya ada berhubung dengan pegawai menteri dan
sekiranya kerajaan negeri bersedia untuk memberikan lesen secara temporary ini kepada pesawah-pesawah, insya-Allah, saya bersedia untuk menjadi penghubung dengan pihak menteri yang juga Presiden Parti Amanah Negara, parti yang mewakili... yang saya wakili.
Yang kedua Dato' Tuan Speaker,
Saya nak mengulangi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Sri Menteri Besar kerana memperuntukkan hampir sebanyak RM196.6 juta dalam Belanjawan 2025 untuk memperkasakan syiar Islam khususnya undang-undang syariah di negeri ini ketimbang tahun 2024 iaitu sebanyak RM147,283,712.00
Tuan Speaker,
Alhamdulillah di negeri Pahang pada hari ini, perundangan syariah boleh berbangga antaranya apabila Kompleks Mahkamah Syariah Pahang berdiri megah di atas bangunan sendiri yang diberi nama Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah Negeri Pahang di Kuantan. Inilah mercu tanda sebahagian kejayaan menambah baik dan memberi nafas baru kepada sistem keadilan Islam di negeri Pahang.
Ahli-ahli Dewan yang saya kasihi sekalian,
Saya mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan agar Mahkamah Syariah di Pahang dapat dipertingkatkan ke satu peringkat tambahan lagi yang dinamakan sebagai Mahkamah Utama Syariah. Di Pahang telah ada Mahkamah Rayuan, telah ada Mahkamah Tinggi, telah ada Mahkamah Rendah dan setakat ini hanya di Perak, Sabah, Kedah dan minggu lepas Negeri Sembilan sahaja yang mempunyai Mahkamah Utama Syariah ini. Kelantan dan Terengganu pun tak ada lagi Mahkamah Utama Syariah ini. Seterusnya saya ingin memohon perhatian pihak kerajaan negeri agar meneliti dan mengkaji beberapa enakmen dan undang-undang syariah untuk ditambah baik. Kebanyakan undang-undang ini sudah lama tidak dipinda.
Ahli-ahli Dewan yang saya kasihi sekalian,
Enakmen keterangan seperti contoh, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah tahun 2005, perbicaraan dalam talian sebagai contoh, perlu kita perkenalkan. Yang kedua, Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah. Cara kita nak serahkan saman, seorang isteri yang memfailkan fasakh nak serahkan saman kepada suami secara kebiasaannya mesti menyerahkan secara serahan by hand, kendiri ataupun secara penyampaian ganti… tampal di media dan sebagainya di papan kenyataan mahkamah.
Tetapi pada hari ini saya melihat bahawa terdapat keperluan untuk saman ini kita serahkan secara AR berdaftar seperti saman sivil melalui e-mel ataupun aplikasi whatsapp yang perlu kita perkenalkan. Dan begitu juga Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Tahun 2002. Jenayah Syariah di media sosial perlu kita nilai dari segi bidang kuasanya, bentuk pemantauan, siasatan, tangkapan kepada pelaku. Semua ini adalah merupakan kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan kepada kerajaan negeri.
Tuan Speaker,
Saya bersyukur sebagai pengamal undang-undang syariah di Pahang mempunyai seorang Ketua Negeri seperti Seri Paduka Baginda Sultan Pahang yang sangat mengambil berat undang-undang syariah ini. Sebagai contoh, saya nak ulang kembali pada tahun 2017 lalu Kebawah Duli Tuanku ketika itu mencadangkan Jemaah
Pengampunan Pahang mengguna pakai kaedah Diyat iaitu pengampunan kepada keluarga mangsa atau dengan bayaran pampasan mengikut Undang-Undang Islam sebagai alternatif kepada banduan yang berhadapan dengan hukuman mati kerana membunuh.
Saya masih ingat lagi Sidang Dewan sekalian ketika saya mengendalikan satu kes mencabar pembuangan 3 orang pelajar di sekolah di sebuah sekolah di Negeri Sembilan. Saya ingat salah sorang dari pelajar tu bernama Meor Atiqulrahman kerana pakai serban. Pakai serban dibuang daripada sekolah dan saya mencabar kes tersebut di mahkamah sehingga ke Mahkamah Persekutuan.
Hakim ketika itu menyatakan apa disebut, Islam adalah agama bagi persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan damai. Islam duduk di atas, berjalan dahulu, terletak di tempat dan medannya dan suaranya lantang kedengaran. Islam ibarat pokok jati, tinggi, teguh dan terang. Jika bukan sedemikian Islam, bukanlah agama bagi persekutuan.
Tuan Speaker,
Dapatan hakim ini telah menunjukkan dengan jelas bahawa kedudukan Islam amat kukuh dalam Perlembagaan negara kita. Kedudukan Islam ini tidak akan tergugat sama sekali. Dan saya nak sebut kepada Dewan ini. Kes ini telah menjadi rujukan di hampir semua universiti-universiti di Malaysia pada hari ini dan menjadi rujukan dalam sistem pelaksanaan Undang-Undang Islam dalam negara kita.
Saya juga mengikuti dengan teliti setiap usaha kerajaan untuk memartabatkan Islam dan Perundangan Syariah ini. Insya-Allah di belakang saya, bersama-sama dengan saya adalah peguam… Persatuan Peguam Syarie Negeri Pahang yang kami berikrar akan teguh berdiri di belakang kerajaan negeri untuk memartabatkan undang-undang syariah tanpa kompromi.
Ahli-ahli Dewan yang dikasihi sekalian,
Jangan dengar suara-suara sumbang yang mengatakan kononnya undang-undang syariah di Pahang ini telah diganggu dan tidak boleh terlaksana oleh kerajaan pada hari ini. Halangan undang-undang syariah kononnya datang daripada parti-parti politik. Saya nak sebut kepada Dewan ini bahawa semua enakmen-enakmen syariah yang telah diluluskan adalah diluluskan di Dewan Yang Mulia ini yang mana pada ketika itu terdapat ADUN daripada DAP sejak sekian lama. Saya juga sedih… merakamkan rasa sedih yang amat sangat apabila mula masuk ke Dewan ini apabila ada seorang Ahli Dewan yang tanpa segan silu memanggil saya dengan murtad. Ini boleh disahkan oleh rakan ADUN lantikan YB Haris dan saya rasa Yang Berhormat Lepar pun dengar.
Saya ingin mencelah YB Speaker, saya sahkan. Terima kasih.
Ya.
Bagi mereka, perbezaan parti politik ini bererti keluar daripada Islam. Jengka nak… nak… nak… nak tambah?
Terima kasih kepada... boleh ya. Terima kasih kepada orang baru dalam Dewan. Dia ni anak buah saya dulu ni. Ada ucapan serius, ada ucapan bergurau. Oleh kerana saya kenal dia ni lama, murtad bukan maksud keluar daripada Islam, murtad bermaksud keluar daripada parti PAS tapi dia faham lain. Takde arahlah nak buat macam mana. Sekian.
Okey baik. Ini hujah daripada Jengka. Ni saya nak bagi hujah agama sikit. Saya nak sebut pada Dewan, saya baca satu kitab, seorang ulama bahasa ataupun dalam istilah agama disebut sebagai ulama' lughah. Nama dia Aḥmad Ibn Fāris. Aḥmad Ibn Fāris ni dia mengkaji… dia menulis satu kitab yang bernama Mu'jam Maqayis Al-Lughah.
Ni saya baca kitab ni. Apa disebut (bacaan dalam Bahasa Arab). Jengka bukan panggil saya (bacaan dalam Bahasa Arab), Jengka panggil saya murtad dan perkataan murtad bukan boleh buat main-main Yang Berhormat. Dan saya nak sebut dari segi istilah dia ulama dalam kitab Al-Mughni Al-Muhtaj iaitu seorang ulama daripada Mazhab Syafie menyebut dengan jelas, perkataan murtad itu memutuskan Islam dengan niat dan ucapan kufur dengan perkataan sama ada perkataan yang mengejek, ingkar atau dengan akidahnya.
Hal ini Yang Berhormat, bersandarkan kepada satu hadis Nabi SAW (bacaan dalam Bahasa Arab), “mana-mana orang yang mengatakan kepada saudaranya wahai kafir, maka kembalilah kafir itu ke atas salah seorang daripadanya”. Jangan buat main-main tuan-tuan. Jangan buat main-main soal perkataan murtad ni dalam Dewan yang mulia ini. Perkataan murtad saya nak sebut kepada Ahli Dewan semua bukan perkataan yang boleh kita buat main, bergurau dan sebagainya. Ini persoalan akidah, Jengka. Duduk… duduk… saya tak bagi dah.
Mencelah sikit...
Duduk… duduk… saya tak bagi… saya tak bagi laluan. Cukup dah tadi dah sebut dah buat main-main je. Baik.
Speaker,
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar dan kerajaan negeri di atas keprihatinan terhadap pembangunan masyarakat
Orang Asli. Sejumlah RM4.23 juta diperuntukkan dalam Belanjawan 2025 ini sebagai usaha membantu golongan ini.
Tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan masyarakat Orang Asli banyak dilaksanakan dalam Kerajaan Negeri Pahang ini. Namun, masyarakat Orang Asli ini dibelenggu dengan isu pemilikan tanah sejak sekian lama. Walaupun kerajaan negeri telah mewartakan pada 2019 sahaja, sebanyak 7,153.6 hektar sebagai tanah rizab Orang Asli dan 8,571.36 hektar lagi sedang dalam proses er... pewartaan.
Baru-baru ini saya mewakili penduduk dalam tanah rancangan kelompok di Muadzam Shah, kawasan Yang Berhormat Muadzam. Masyarakat Orang Asli telah mendiami tanah bergeran milik penduduk. Kemudian penduduk RTK ini telah memfailkan saman kepada Orang Asli ni mintak Orang Asli ni keluar daripada tanah tersebut.
Kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuantan. Mahkamah Tinggi membuat keputusan mengeluarkan arahan supaya Orang Asli ni keluar daripada tanah tersebut. Sebagai peguam, saya gembira memenangkan anak guam saya tetapi sebagai pemimpin, saya sedih apa yang akan berlaku kepada masyarakat Orang Asli ini. Dengan perintah mahkamah ini ke mana mereka akan pergi? Apa masa depan mereka?
Saya ambil kesempatan ini untuk bertanya kepada kerajaan negeri. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk menambah kawasan rizab Orang Asli yang boleh dianggap sebagai tanah adat di bawah Akta Orang Asli 1954, di mana Akta Rizab Orang Asli ini tergolong sebagai Tanah Rizab Persekutuan di bawah Perkara 85(5)(a)(b) Perlembagaan Persekutuan.
Kedua, saya ingin mencadangkan… saya ingin mendapatkan penjelasan sama ada kerajaan negeri bercadang untuk memberi milik tanah-tanah Orang Asli secara pembangunan di bawah Akta Tanah Kawasan Penempatan Berkelompok 1960 bagi melibatkan tanah rancangan penyusunan semula.
Dan yang ketiga, adakah kerajaan negeri bersedia untuk memberi memberi milikan secara individu. Beri geran, bagi tapak-tapak rumah milik mereka.
Dato' Sri Speaker, banyak lagi masa Tuan Speaker?
Minta gulung.
Dia tengah syok ni. Baik, Tuan Speaker. Akhirnya… akhirnya saya nak sebut begini. Keputusan pilihan raya yang ke-15 telah membuka satu peluang baru kepada rakyat Malaysia untuk melihat kematangan ahli-ahli politik untuk memikirkan kepentingan dan keutamaan negara melebihi daripada kepentingan individu.
Jika tidak, mana mungkin Pakatan-Pakatan Harapan dan Barisan Nasional boleh bersatu.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian,
Justeru, pada hari ini saya ingin menumpukan kepada usaha memperkasakan DUN Pahang supaya keseluruhan Ahli-ahli Dewan yang dipilih dan dilantik pada masa akan datang dipandang tinggi oleh rakyat dan diberikan perhatian sebagai penggubal dasar dan Sidang… sidang Dewan tidak dianggap sebagai tempat sindiran-sindiran politik, apatah lagi perbalahan dan jerit suara yang memalukan. Mengambil kesempatan ini, saya ingin mencadangkan sekiranya belum ada sepertimana di peringkat Parlimen. Saya nak mencadangkan sekiranya belum ada, sekiranya dah ada, alhamdulillah, supaya kita wujudkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas di Dewan Negeri Pahang ini seperti di Parlimen dan Dewan Negeri di negeri lain seperti di Selangor supaya setiap Ahli Dewan sama ada pembangkang ataupun kerajaan dapat dilibatkan dengan jabatan kerajaan sebagai agensi pelaksana. Jawatankuasa ini dapat berperanan dengan lebih efektif dan menjimatkan masa persidangan Dewan.
Sebagai penutup, saya ingin menumpukan membawa perhatian semua Ahli Dewan untuk kita menjadikan Dewan ini sebagai rumah kedua kita. Supaya kita boleh duduk kita boleh berbincang, kita boleh berbahas tentang hala tuju dan dasar negeri kita dan kerangka negeri kita ini dan tidak hanya semata-mata kita menumpukan kepada masalah parit dan longkang sahaja. Terima kasih Dato'… Tuan Speaker saya mohon menyokong.
Terima kasih Ahli Yang Dilantik. Seterusnya saya sebelum... sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat, saya ingin mengalu-alukan kedatangan beberapa kumpulan iaitu tetamu dari DUN Kemayan, tetamu dari DUN Panching dan juga wakil dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Sera. Selamat datang ke Dewan Negeri Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja]. Seterusnya saya menjemput Ahli… wakil daripada Pulau Manis, dipersilakan.
(Bacaan dalam Bahasa Arab). Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker dan semua Ahli Yang Berhormat kerana memberi peluang kepada Pulau Manis berucap pada hari ini. Pertama sekali saya mewakili rakyat Pulau Manis ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kami kepada seluruh kakitangan kerajaan dan agensi-agensi di dalam kerajaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan seluruh permasalahan di dalam kawasan DUN Pulau Manis ini dapat diatasi dengan efisien.
Yang Berhormat Speaker,
Ucapan tahniah saya mengucapkan kepada pihak kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah membentang bajet yang boleh dikira dianggap sebagai prihatin rakyat dan tahniah juga diucapkan kerana telah berjaya mendapat kutipan hasil melebihi RM1 bilion, hattrick tiga tahun berturut-turut dan kita semua yakin jumlah hasil ini akan diturunkan kepada rakyat melalui inisiatif-inisiatif... inisiatif yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Besar pada Jumaat yang lalu.
Yang Berhormat Speaker,
Saya selaku barisan Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional teguh berpendirian iaitu menjadi pembangkang yang konstruktif. Menyokong perkara yang baik dan akan memberi pandangan dan buah fikiran untuk sama-sama memajukan negeri Pahang yang tercinta ini.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan kepada kerajaan negeri kerana didalam pembentangan bajet ada tersenarai dan diberi perhatian berkenaan perkembangan industri halal. Firman Allah Ta'ala di dalam Quran yang berbunyi (Ayat Al-Quran), “maksudnya wahai sekalian manusia, makanlah daripada apa-apa sahaja berada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi kamu”, surah Al-Baqarah Ayat 168.
Ucapan tahniah saya adalah kerana kerajaan berjaya menggalas kewajipan dengan memandang serius isu berkenaan industri halal. Industri halal ini sekiranya kerajaan memandang serius ianya dapat meningkatkan ekonomi kerajaan, kerajaan negeri dan juga para peniaga kerana kesedaran memilih produk halal sudah menjadi keutamaan di kalangan pengguna. Selari dengan hasrat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam mempertimbangkan kewajipan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat... syarikat makanan. Meskipun ada individu tertentu yang mengatakan mewajibkan pensijilan halal ini akan membebankan kepada peniaga dan memalukan negara. Ini adalah kenyataan yang sangat dangkal dan tidak patut keluar daripada mulut rakyat Malaysia. Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Pahang atas usaha yang sangat baik ini.
Yang Berhormat Speaker,
Saya juga ingin menyentuh berkenaan perkara di dalam Tekad Kedua, Pembangunan Bandar Yang Terancang. Pahang sebagai… sebagai negeri yang sedang membangun sudah pasti apabila bergelar sedang membangun, ianya tidak dapat dipisahkan dengan aktiviti pembinaan sama ada perumahan, bangunan, pejabat dan sebagainya. Akan tetapi isu yang cuba dibangkitkan di sini adalah penempatan sedia ada berisiko ditenggelami air apabila tambakan yang tinggi dibuat oleh pemaju yang ingin menjalankan projek perumahan yang baru. Tujuan pemaju menambak... menambak tanah yang tinggi adalah untuk mengelak bencana banjir berlaku di perumahan yang ingin dibina. Akan tetapi tindakan itu akan menyebabkan perumahan atau penempatan sedia ada akan menghadapi musibah.
Hal ini perlu diperhalusi oleh pihak yang terlibat sebelum kebenaran membina diberikan kepada pihak pemaju agar implikasi buruk tidak berlaku pada masa akan datang dan secara langsung dapat mengelakkan kerugian yang amat besar. Saya juga ingin menyentuh berkenaan pengukuhan syiar Islam. Alhamdulillah, tahniah kepada kerajaan dan EXCO Agama kerana terdirinya 690 buah masjid di sekitar negeri Pahang dan insya-Allah ini… terima kasih. Indera Sempurna pun, dalam Pulau Manis pun ada sebiji masjid yang akan dirikan, alhamdulillah.
Akan tetapi seperti yang diucapkan oleh Yang Amat Amat Berhormat Menteri Besar pada Jumaat yang lalu syiar Islam bukan sekadar simbol, ianya adalah manifestasi keimanan kita kepada Allah SWT. Seperti yang kita semua maklum, tidak ada satu agama pun yang menggalakkan atau menghalalkan penganutnya untuk berjudi dan implikasi judi ini juga sangat-sangat buruk sehingga boleh memecah-belahkan institusi kekeluargaan. Oleh itu, saya sangat-sangat yakin bahawa pihak kerajaan berhasrat
untuk memberhentikan pengeluaran lesen judi di negeri… negeri yang kita cintai ini agar keberkatan kita peroleh dari Ar-Razzaq dan Ar-Rahman. Sama-sama kita berdoa agar hal ini dapat dilaksanakan, insya-Allah.
Yang Berhormat Speaker,
Sejujurnya pada peribadi saya, bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sangat baik dan saya sangat optimis bahawa bajet pada kali ini ianya bersifat inklusif. Tidak ada diskriminasi dalam menentukan isu. Ianya semua dianggap penting dan harus diletakkan keutamaan dengan harapan apabila ianya bersifat inklusif tidak ada lagi ungkapan tidak ada peruntukan yang menjadi benteng jawapan kepada rakyat kerana sebelum ini ada beberapa laporan dibuat dan diberi alasan tiada peruntukan sedangkan masalah yang dilaporkan sangat penting untuk diselesaikan.
Seterusnya sedikit berkenaan isu jambatan... jambatan bailey atau dipanggil Jambatan Burung Unta. Mungkin pihak Wakil Kerajaan boleh jawab masa penggulungan nanti. Tahniah di atas… tahniah dan terima kasih di atas kepada Wakil Kerajaan, EXCO Kerja Raya yang memegang… di atas maklum balas yang diberikan melalui aplikasi TikTok. Saya difahamkan oleh Wakil Kerajaan bahawa projek jambatan tersebut akan bermula pada 2 Disember 2024 melalui akaun TikTok beliau. Akan tetapi saya menerima laporan semalam masih belum ada kerja-kerja pembinaan dilakukan. Sekali lagi, ianya akan menimbulkan tanda tanya dari pengguna yang sentiasa menggunakan laluan tersebut. Saya mohon respons dari YB EXCO dan YB EXCO boleh respons pada sesi penggulungan nanti, insya-Allah.
Yang Berhormat Speaker,
Sangat tidak patut sekiranya saya mengakhiri perbahasan saya tanpa menyentuh isu setempat di tempat saya. Isu persediaan menghadapi Monsun Timur Laut, ada beberapa tempat di kalangan… di kawasan DN Pulau Manis masih tidak diselenggara hingga ke hari ini. Contohnya, di Taman Tas Jaya, perumahan di belakang SK Fakeh Abdul Samad, tempat yang sering ditimpa musibah banjir. SK Fakeh Abdul Samad juga antara pusat pemindahan sementara bagi mangsa-mangsa banjir yang biasa dihuni oleh penduduk Taman Tas Jaya apabila kediaman mereka dinaiki air.
Akan tetapi kawasan itu sudah hamper… sudah memasuki tahun kedua tidak diselenggara oleh mana-mana pihak yang dipertanggungjawabkan. Hal ini menjadi kegusaran penduduk setempat apabila parit dan saliran air tidak diselenggara seperti yang sepatutnya... sepatutnya dilakukan. Tambahan pula, sekarang kita sedang berhadapan dengan Monsun Timur Laut. Seterusnya isu anjing liar yang mengganggu penduduk Seri Damai, Jaya Gading dan Indera Sempurna. Isu ini pernah saya bangkitkan pada sidang yang lepas, akan tetapi belum ada tindakan yang sepatutnya dilakukan. Isu ini perlu dipandang serius oleh pihak Majlis dan Perhilitan memandangkan sudah ada penduduk yang menunggang motosikal mengalami kemalangan disebabkan anjing liar ini mengganggu pengguna-pengguna jalan raya. Tidak perlulah sehingga berlakunya kemalangan jiwa barulah kita hendak mengambil tindakan yang lebih drastik.
Saya juga ingin menyentuh berkenaan kegiatan pengambilan pasir sungai di sekitar Kampung Pulau Rusa, Kampung Teluk dan juga sepanjang Sungai Pahang. Mohon pihak berkuasa mengeluarkan satu Standard Operating Procedure (SOP), dengan izin memandangkan lori-lori yang mengangkut pasir ini menyebabkan berlakunya kerosakan jalan dan implikasinya menyusahkan penduduk dan juga pengguna jalan raya yang lain. Sekiranya hal ini dapat diatasi, bukan sahaja dapat meredakan
kerungsingan di kalangan penduduk malah pihak kerajaan juga dapat melakukan penjimatan dari segi membaik pulih jalan yang sering rosak yang diakibatkan oleh kegiatan pengambilan pasir ini.
Saya juga ingin menyentuh isu air, alhamdulillah er... kebelakangan ini terima kasih saya ucapkan kepada PAIP kerana bertindak er... agak responsif. Laporan er... tindakan diambil er... dengan cepat sejurus er... laporan diambil dalam masa yang singkat selepas laporan dibuat berkenaan kebocoran paip dapat diselenggarakan. Pernah... pernah kita buat laporan hari ini, esok dah... dah diselenggara oleh pihak PAIP, tahniah diucapkan pada pihak PAIP.
Walaupun begitu, perkara ini akan terus berlarutan sehingga sistem paip tidak diselenggara secara menyeluruh, sebab pernah terjadi saya lapor… pihak pusat khidmat melaporkan kebocoran di awal jalan, bila pihak PAIP datang selenggara di hujung ni dan dia akan berjangkit di dua berhampiran dengan tempat yang diselenggara itu. Lepas tu bila di... er... selenggara tempat yang kedua tu, timbul tempat yang ketiga yang berhampiran juga. Benda ni akan berlarutan dan akan mengakibatkan kerugian, akhirnya jalan raya tu rosak terus. Jadi mohon pihak er... PAIP dapat er... dengan bajet yang diberi... yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat menyelesaikan isu air di sekitar er... kawasan Pulau Manis insya-Allah. Harapannya dapat diselesaikan dengan er... bajet yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Akhir kata, dari saya tahniah sekali lagi kepada kerajaan di atas bajet yang dibentangkan. Dan harapan saya semoga pemakluman berkenaan insentif-insentif ini dapat disebar serata pelosok negeri Pahang. Macam ada sahabat daripada Kemayan tadi kata kita tidak memaklumkan apa-apa er... inisiatif.... insentif-insentif yang daripada kerajaan. Macam mana kita nak maklum RRP tak diberikan pada pembangkang. Kita nak maklumkan pun tak tahu. Suruh minta RRP nak minta dengan siapa pun kita tak tahu kan. Jadi er... kita akan maklum sekiranya kita tahu, kita boleh maklum pada rakyat dan kita pun niat kita hanya membantu rakyat tidak ada...
Speaker, sebab dia sebut Kemayan tadi.
Sila.
Dia inisiatif ini banyak eh tapi tak akan satu pun kita tak boleh hebahkan kepada rakyat selain daripada benda-benda lain. Dari segi bantuan untuk apa er.... kad kesihatan dan sebagainya, bantuan budak sekolah dan sebagainya. Dan banyak juga bantuan-bantuan di kawasan pembangkang untuk er... terutama untuk bantuan... er... Bantuan Prihatin Pahang ini. Terima kasih.
Dah dia sebut RRP saya sebutlah RRP. Kalau sebut banyak, lagipun benda yang nak disebut...
Bukan masalah RRP... er...
Dah dah habis dah, biar saya habiskan...
Yang Berhormat... Yang Berhormat...
Duduk dulu Pulau Manis. Duduk dulu, silakan duduk.
Pulau Manis, inisiatif dalam Kerajaan Negeri Pahang ini banyak dan semua dibentangkan dalam belanjawan tahun lepas pun dibentangkan tahun ini pun dibentangkan dan saya rasa tak ada jadi isu pun untuk er... menjadi alasan kepada Pulau Manis untuk maklumkan kepada rakyat di Pulau Manis. Jadi saya rasa benda itu bukan jadi isu macam mana dan sebagainya, kita pun boleh rujuk pejabat daerah dan sebagainya dan juga bahan-bahan yang telah diedarkan dalam Dewan ini. Saya rasa itu sahaja er... YB Speaker.
Err... Yang Berhormat Speaker,
Apa yang kita tahu, kita boleh maklumkan kad kesihatan kita maklum dan ada rakyat kita mohon. Bila sebut tadi RRP saya sebutlah RRP jadi RRP kita tidak mampu nak bantu nak hala ke mana. Kalau kita diberi er.... kuota untuk setiap ADUN boleh kita salurkan benda tu kan? Contoh duit zakat, kita tahu ada zakat boleh mohon macam-macam kita tolong memudahkan cara untuk permohonan zakat. Kad kesihatan ada kita tolong memudahkan permohonan kad-kad kesihatan tu jadi dia timbulkan RRP tadi saya sebutlah RRP...
Satu je last.
Ya, sila.
Lepas ni saya nak tengoklah posting er... daripada Pulau Manis ni menceritakan kebaikan-kebaikan Kerajaan Negeri Pahang telah salurkan kepada rakyat negeri Pahang. Itu je saya nak tengok nanti.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mencelah sikit ya.
Sila.
Maksud yang dimaksudkan, saya faham apa yang dimaksudkan oleh YB Pulau Manis tadi ialah libat urus ADUN-ADUN Pembangkang berkenaan dengan apa-apa inisiatif yang diterangkan oleh… yang dibentangkan oleh pihak kerajaan. Maksudnya pendetailan bagaimana, dekat mana. Macam contoh, saya ambil contoh di Sungai Lembing er... RM1.5 juta bantuan perumahan untuk Orang Asli di baik pulih rumah Orang Asli pada bajet yang tahun nilah bajet yang dibentang tahun lepas. Jadi saya melihat di Sungai Lembing khususnya perkampungan Orang Asli di Sungai Mas dan Bukit Bakong, banyak rumah-rumah yang sepatutnya dan layak untuk dibaik pulih tetapi kita tak tahu bagaimana saluran untuk er... apa ini... mereka ni mendapatkan bantuan tersebut ataupun belanjawan tersebut.
Mungkin disebabkan faktor er... individu yang bertanggungjawab itu kurang proaktif ataupun tidak cakna. Yang bertanggungjawab tersebut tidak cakna dengan bantuan-bantuan kerajaan ini menyebabkan mereka yang sepatutnya rakyat yang dapat layak tapi tidak dapat. Bagus betul dah yang kerajaan buat tu bentang belanjawan bajet untuk rakyat tu betul dah tetapi saluran itu untuk kita Wakil Rakyat macam yang disebut tadi oleh YB Kuala Sentul er… berkenaan STRF tolong libatkan kita bagi kita dapat maklumat yang detail. Itu yang kita yang dimaksudkan yang disebut. Okey sekian, terima kasih.
Okey Yang Berhormat Speaker, boleh masukkan ucapan sahabat saya sebahagian daripada ucapan saya. Jadi er... saya teruskan sedikit nak landing dah tadi, saja cuit Kemayan dia bangun alhamdulillahlah ada respons. Okey, jadi insya-Allah Kemayan boleh followlah page saya lepas ini kalau ada saya share dan kalau boleh hantar whatappslah kalau ada infografik apa-apa yang mudah boleh kita share eh. Jadi er... akhir kata saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.
Selesai membaja panas terik; Pergi mandi tepi perigi; Dah peroleh RM1 bilion hatrik; Takkan peruntukan tak nak hulur lagi.
Wallahualam YB Speaker, Pulau Manis mohon menyokong.
Terima kasih Wakil Pulau Manis. Seterusnya, saya menjemput wakil dari Padang Tengku, dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. (bacaan dalam Bahasa Arab). Terima kasih.
YB Speaker,
Saya minta maaf kali ini suara saya memang ada gangguan sikit. Pertama sekali, terima kasih kepada YB Speaker yang membenarkan saya untuk sama-sama terlibat dalam perbahasan ini. Saya pertamanya nak mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga EXCO termasuk pegawai-pegawai kerajaan yang berupaya dan menyiapkan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2025 ini di atas tema ‘Prestasi Dipertingkatkan dan Kemakmuran Dipertahankan". Ia adalah satu er... bajet yang cukup baik yang meyakinkan dan insya-Allah akan memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat tak kira tua, muda, miskin, kaya er... tak kira agama dan juga warna-warna politik. Dan ini sesuatu yang cukup membanggakan dan juga saya nak ucapkan penghargaan dan tahniah setinggi-tinggi juga atas pencapaian er... yang amat memberangsangkan. Umpamanya sebagaimana semua kita tahu kutipan hasil negeri yang telah melebihi RM1 bilion secara hatrik juga penerimaan er... Sijil Ketua Audit Negara yang menunjukkan bahawa kita ni apa ni... dengan pendapatan tanpa teguran terhadap penyata kewangan tahun 2023 dan juga pertumbuhan ekonomi negeri Pahang pada tahun 2023 yang melebihi pencapaian peringkat nasional, juga kemasukan pelaburan.
Pelaburan sama ada pelaburan tempatan dan domestik yang mencapai angka sebanyak RM16.1 bilion. Ini menunjukkan bukti dan petunjuk bahawa kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita ini adalah telah berada dalam landasan yang tepat dan juga betul... tepat untuk Pahang lahir sebagai sebuah negara yang maju dan berjaya, insya-Allah dan juga membuktikan bahawa kerajaan kita adalah kerajaan yang cekap, bersih, amanah dan berintegriti. Maka sewajarnyalah kerajaan yang sedia ada ini akan diteruskan, diberikan kepercayaan terus untuk menerajui negeri Pahang dan tidak ada lagi alasan untuk menyatakan bahawa perlunya kita menukar kerajaan kerana takut-takut nanti sebagaimana ibarat ada menyatakan:
Ibarat mendengar guruh di langit; Air di tempayan dicurahkan; Yang dikejar tak dapat; Yang dikendong berciciran;
Dalam semak ada duri; Ayam kuning buat sarang; Orang tamak selalu rugi; Seperti anjing dengan bayang bayang.
YB Speaker,
Saya nak menyentuh isu sebagaimana rakan daripada Lanchang tadi dan juga YB Lantikan nombor 4 yang menyebut tentang isu keterjaminan makanan yang menjadi tajuk yang sangat paling awal disebut oleh di dalam belanjawan ini. Pahang sebenarnya bukan setakat mampu untuk mengadakan atau mengeluarkan makanan untuk negeri tetapi sebenarnya mampu untuk menjadi pengeluar kepada makanan negara.
Potensi cukup besar bagi negeri Pahang untuk kita lahir sebagai gedung makanan negara dan menepati dasar sekuriti makanan negara sebagaimana yang diperjuangkan oleh kerajaan kita hari ini. Status Pahang kini sebagai pengeluar daging lembu yang terbesar, punyai dusun-dusun buah-buahan yang kedua terbesar, punyai apa nama... kita menjadi pengeluar sayur, buah-buahan dan bunga yang terbesar di negara, juga pengeluar halia yang terbaik di negara.
Ini semua merupakan satu petunjuk. Kita boleh berjaya dengan syarat dokongan yang kuat terus diberikan oleh kerajaan negeri dan juga agensi-agensi kepada sektor ini, pemilihan projek yang betul, kemahiran dan kepakaran pegawai-pegawai yang berintegriti, para petani, penternak, nelayan yang terdidik dan mengamalkan kaedah pertanian moden. Dan tidak mustahil bahawa satu hari nanti Pahang akan menjadi kuasa baru sektor pertanian. Dato'... oh maaflah, belum Dato' lagi. Insya-Allah lepas ni Dato'lah.
Yang di-Pertua ataupun Speaker,
Saya melihat penekanan utama yang perlu kita berikan ialah pada tanaman ruji. Kalau ada di sini beraslah. Tadi banyak cerita pasal beras ini. Kita kena sambutlah cabaran menteri... menteri apa nama? Keterjaminan makanan kita? Menteri pertanian kita yang mencabar atau meletakkan sasaran Pahang ini sebagai salah sebuah negeri pengeluar makanan dan saya tertarik dengan sebab Pahang ini punyai potensi-potensi besar.
Pertama, potensi yang besar ialah tanah terbiar. Kita banyak tanah terbiar. Tak percaya pergi ke Padang Tengku, pergi ke Lipis, hutan saja. Tapi hutan tu ada orang punya. Ini menunjukkan bahawa di situ banyak tanah terbiar. Punyai sungai-sungai yang panjang yang apa nama... banyak. Tengok bila musim banjir, macam-macam sungai yang timbul. Maknanya ada alur-alur, ada sungai-sungai di situ yang mempunyai potensi yang besar untuk kita bangunkan. Kita punyai lombong, kolam, tasik yang banyak yang semuanya ini merupakan masalah yang kita kena tukar menjadi peluang kepada negeri Pahang untuk kita majukan.
Saya nak balik pada cadangan yang disebutkan Pahang sebagai jelapang padi. Baru-baru ni Kerajaan Pahang telah menyebut atau memperkenalkan apa yang disebut sebagai Projek Sawah Berskala Besar ataupun Smart SBB yang saya kira program ini perlu diperluaskan, bukan setakat kita ada di Rompin, kita ada di Pekan tetapi harus diperluaskan ke seluruh negeri. Saya sebagai anak... anak penanam padi sebab dalam buku, ada dalam buku pulak, dalam sijil... sijil kelahiran saya itu tulis kerja bapa saya ialah penanam padi. Dah memang ya pun tapi sekarang ini dah tak ada dah. Tapi
saya amat mengharapkan bahawa ia diperluaskan dan sangat berhasrat bahawa projek ini juga akan sampai ke Lipis dan peranan IADA mesti diperluaskan untuk pergi dan turun mencari jelapang-jelapang padi yang baru dan yang berpotensi untuk kita bangunkan.
Begitu juga peranan yang perlu dimainkan oleh GLC dan juga syarikat-syarikat kerajaan yang harus juga menggemblengkan usaha dan tenaga ke arah kita menampung bagi mengusahakan kawasan-kawasan yang baru. Saya lihat satu lagi potensi mungkin yang boleh ditengokkan selain daripada padi sawah ini adalah padi bukit. Walaupun kita tahu bahawa padi bukit ini mungkin tidak popular di tempat kita tetapi di sebelah... di sebelah Lipis ini kita ada pengusaha-pengusaha padi bukit yang boleh kita majukan usaha-usaha mereka. Tanah-tanah yang tak sesuai mungkin macam di sebelah Padang Tengku ini, tanah-tanah paya yang banyak, dia dah tak sesuai untuk ditanam dengan padi dah sebab mungkin sistem saliran dan sebagainya bermasalah. Maka tanah-tanah yang tidak sesuai ini, maka kita bolehlah menanam dengan tanaman-tanaman ruji yang lain seperti jagung, ubi kayu, keledek, pisang... mungkin sekoi boleh juga di kita fikirkan untuk ditanam di tanah-tanah ini supaya semua tanah yang ada yang terbiar ini dapat kita majukan semula.
Jadi di Padang Tengku umpamanya kita punyai banyak juga tasik, lombong-lombong tinggal ini pasti banyak dan saya kira ini juga boleh kita majukan sebagai kita mengusahakan apa yang kita sebut sebagai industri ternak air ataupun apa er... ekotourism er... ecoculture. Hari ini memang susah nak sebut, mulut cakap pun saya ingat nada lain ni saya cakap dia. Biasanya saya cakap bukan macam ini, ada masalah sikit tuan-tuan dan puan-puan. Itu satu perkara.
Yang keduanya, FELDA. Satu ketika dulu FELDA ini Dato' EXCO, telah menyatakan komitmennya untuk menjayakan Dasar Sekuriti Makanan ini menjelang tahun 2021 hingga 2025. Jadi apa yang saya nak dapatkan apa nama jawapan sikit tentang apa yang tertanya, jadi pertanyaan pada saya. Saya nak tanya apakah impak projek-projek yang berimpak tinggi yang telah dibangunkan di 115 rancangan-rancangan FELDA yang ada di seluruh Pahang ini? Selain daripada itu, saya sedar ramai anak-anak muda FELDA kita ini yang berkecimpung dalam bidang penternakan ini, ayam terutama lembu, kambing, ikan air tawar pun ada. Saya kira FELDA perlu menjadi peneraju utama dengan kita mengenal pasti beberapa FELDA yang bersesuaian untuk menjadi ladang, membuka ladang perintis, industri ladang perintis, industri ruminan seperti lembu berbaka tinggi, berbaka baik dan besar seperti lembu sado ataupun lembu wagyu. Tu wagyu ya. Juga mungkin bidang perikanan boleh menjadi keutamaan di tanah-tanah di FELDA ini. Sebab di FELDA juga banyak... banyak kolam.
Di tempat saya ada FELDA Chegar Perah, ada 40 buah kolam di kawasan itu yang tak diusahakan. Ini boleh diusahakan dengan ternakan ikan air tawar dan mungkin udang juga. Jadi, saya percaya FELDA boleh melaksanakan tanggungjawab ini dengan syarat kita sediakan modal-modal kepada pengusaha-pengusaha yang berminat. Berikan perkhidmatan nasihat dan latihan atau kalau perlu dan mungkin perlu dan wajib kita berikan latihan-latihan kepada mereka sama ada dalam negeri termasuk juga ke luar negara. Ini saya yakin kalau kita boleh buat macam ini, insya-Allah kita tidak er... tidak sangsi bahawa satu ketika nanti negeri Pahang akan menjadi gedung bagi makanan negara.
Err… Dato’ Sri… Tuan Speaker,
Saya juga nak menyentuh tentang pembangunan sukan dan juga anak muda. Saya nak ucapkan tahniah kepada anak-anak muda di Benta kerana telah akan mendapat sebuah kompleks sukan bernilai RM3 juta dan ini satu berita gembira sebab di Lipis ni memang… memang tak ada langsung pusat-pusat kegiatan belia, pusat sukan dan sebagainya daripada DUN Benta baru ini, baru nak dapat… Cheka pun tak ada, Padang Tengku jauh sekali dan termasuk Jelai tak ada belaka.
Hari tu saya ada sentuh dalam Dewan ini er… tentang pembinaan kompleks kegiatan belia di Lipis yang bernilai RM25 juta dan pada ketika itu komitmen telah diberikan oleh EXCO Belia dan Sukan untuk er… melihat rapat tentang perkara ini. Tapi saya tak dapat perkembangan apakah yang berlaku sebenarnya. Daripada apa yang saya semak dengan Jabatan Tanah… Pejabat Tanah, sebenarnya tak ada permohonan pun yang dibuat oleh Kementerian Belia untuk er… memohon tapak tu walaupun kita telah sediakan satu tapak di… di Kampung Tempoyang. Dia setakat orang panggil kita cop je… dia buat apa ini.... istilah dia tu… pemetaan yang… yang… yang apa dibuat oleh mereka.
Jadi saya nak pastikanlah… dia buat penandaan sahaja. Jadi saya nak minta EXCO Belia tolong tengok tentang perkara ni dan satu lagi pada 7 haribulan Julai tahun 2023, Pegawai Belia dan Sukan Negeri Pahang dengan Pegawai Sukan… Belia Sukan Lipis telah melakukan lawatan tapak untuk melihat usaha untuk menaik taraf gelanggang futsal Felda Kechau 1 sebagai gelanggang berbumbung. Tapi sampai sekarang pun kita tak tahu juga apa jawapan dan apa kedudukannya. Nak minta EXCO tolong tengok. Satu lagi yang saya nak cadangkan YB Speaker ialah…
Yang Berhormat, minta gulunglah, point banyak lagi? Minta gulung.
Adalah masa 2, 3 kut.
Boleh percepatkan, sila.
Tak tahulah suara ni tak boleh cepat hari ni [ketawa]. Saya nak sebutkan tentang tapak tanah… tapak rumah golongan muda… golongan muda. Anak muda di negeri Pahang ataupun anak muda di Padang Tengku sebenarnya memang mengalu-alukan er… pelancaran projek pangsapuri khas yang dicadangkan dibuat di setiap DUN. Tapi kita melihat bahawa mungkin ada usaha yang perlu kita buat itu er… kita perlu mewujudkan atau saya nak mencadangkan diwujudkan Skim Khas… Skim Tanah Rakyat Anak Muda untuk tapak rumah dengan kadar premium yang boleh dimiliki oleh anak-anak muda. Sekarang ni kadar premium tapak rumah ni mahal ya… mahal sampai puluh ribu, RM9,000.00, RM8,000.00 yang tak mampu dibayar oleh anak-anak muda. Jadi kalau kita bagi tanah pun, kita ada Skim STR yang kita bagi kepada anak-anak muda ni, anak muda ni tak dapat menyambut. Justeru itu, kita nak mintak
premium tu direndahkan sebab pertanian memang… memang agak rendah. Tapi pertanian kalau kita bagi pun dalam kawasan yang sama dia tak boleh dapat kepada lebih ramai… ramai penerima. Justeru itu, saya nak cadangkan premium ini khas ini diwujudkan di kalangan anak muda.
Saya nak mintak er… satu isu lagi yang saya nak… nak berkaitan isu yang berkaitan dengan mengukuh syiar Islam iaitu sekolah SMAN. Sekolah SMAN sebenarnya isu sekolah… sekolah SMAN ni saya dah banyak kali sebut dah sejak 2013, saya mula jadi ADUN. Isu ni pun saya dah sebutkan iaitu tentang… tentang apa nama ni… tentang perjawatan kekurangan… kekurangan guru-guru ni. Tapi saya nak ucapkan tahniah sebenarnya. Saya tanya dengan pengetua baru-baru ni sebab baru-baru ni ada viral cerita ni. Saya tanya macam mana apa kedudukan perjawatan di Padang Tengku? Dia kata Padang Tengku masalah banyak dah selesai, banyak dah selesai. Dan bila saya check tuan-tuan bahawanya sekarang ni dengan melalui skim yang diwujudkan iaitu Contract of Service (COS) seramai 97 orang yang telah dilantikkan… dilantik secara… secara kontrak ini sejak pada September 2021 yang lalu, maka dapat dikurangkan dengan banyak… banyaknya. Kalau dulu, guru ASPA yang dibayar oleh ASPA ada 56, ada 180 orang, sekarang hanya tinggal sebanyak 56 orang sahaja. Di Padang Tengku dah tinggal 4 orang daripada 16 orang.
Maknanya ada… apa nama ni peningkatan yang cukup banyak yang tercicir ni… yang tercicir macam Padang Tengku 4 orang, 4 orang tadi mereka memang tak cukup kelayakan untuk dilantik sebagai… sebagai… sebagai guru-guru lantikan. Dan baru-baru ni pada bulan November telah pun er… JPA telah… JPA Pahang telah memanggil lagi guru-guru untuk diserapkan ke 21 jawatan tetap yang akan dilantik dalam tempoh terdekat ini. Maknanya kita nampak bahawa usaha-usaha ke arah untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan guru-guru di sekolah agama ini memang berlangsung dengan baik.
Saya juga nak ucapkan terima kasih er… tentang usaha yang telah diberikan atas permintaan Padang Tengku terhadap infra-infra kemudahan-kemudahan sekolah di sekolah-sekolah agama…Padang Teng… di sekolah-sekolah agama kerajaan negeri. Di Padang Tengku kita banyak… banyak dapat bumbung dibaiki kita dapat dewan baru, insya-Allah bangunan, akademi yang baru RM9 juta akan ditender dah ditender pun telah ditender untuk dibuat waktu terdekat ini, bumbung asrama. Cumanya, kita nak mintak sikit lagi, pagarlah. Pagar sekolah tu banyak yang dah roboh. Banyak yang dah pecah. Jadi banyak penyeludupan…
Yang Berhormat…
…pelajar-pelajar berlaku.
Yang Berhormat, saya rasa cukuplah.
Inilah last sekali. Bolehlah last sekali ya.
Err…
Last… last sekali. Ini penting sangat.
Satu minit.
Pasal rumah.
Satu minit. Saya akan… lepas satu minit, sekarang.
Okey, Speaker saya nak sebut tentang masjidlah. Padang Tengku tahun lepas kita dapat 3 buah masjid dan dah siap pun satu masjid di Tempoyang. Sekarang ni dalam… dalam proses penambahbaikan dan kita nak mintak sekarang kita ada… ada 3 lagi masjid yang perlu kita bina iaitu Masjid Kampung Long, Masjid FELDA Sungai Temau, Masjid Kampung Chegar Perah dan juga masjid Kampung Berchang. Tetapi kita risau ataupun kita nak tengok nak kaji balik semula. Minta kaji semula tentang dasar baru yang dibuat ni iaitu dasarnya ialah ada pembahagian yang perlu dibuat dari segi peruntukan iaitu kerajaan persekutuan 75%, kerajaan negeri 20%, kariah kena cari 5% dan banyak apa nama ni kampung-kampung tak dapat nak cari 5% peratus ni.
Kalau RM6 juta, dia perlukan RM300,000.00 apa kampung-kampung yang orang yang agak ada pendapatan yang baik, mungkin tak ada masalah, Kampung Relung senang tak ada masalah. Saya dengar dah dikumpulkan ada lebih pada RM200,000.00 tapi kampung-kampung yang memang terdiri sebagai kampung-kampung PPRT di FELDA Sungai Temau umpamanya. Mereka dah awal-awal surrender tak dapat nak cari apa nama… 5… 5% ini. Justeru itu, saya nak mintak rundingan dibuat dengan kerajaan pusat untuk mengurangkan kadar ini atau menghapuskan balik kadar-kadar yang disediakan ini. Ataupun kalau tak boleh juga hapus ini, saya nak mintak 3… 5% ini diserap oleh apa nama ni kerajaan negeri…
Ya, okey.
… bagi menampung keadaan ataupun…
Yang Berhormat…Yang Berhormat…
Itulah di antara isu yang saya nak sebutkan dan akhirnya saya nak tutup ini dengan… dengan pantunlah ya.
Negeri Pahang aman sentosa; Kaya dengan tumbuh-tumbuhan; Jika ada tersalah bicara; Jari disusun mohon keampunan.
Kalau ada sumur di ladang;
Boleh saya menumpang mandi;
Belanjawan negeri MB mencadang; Padang Tengku menyokong sesungguh hati.
Terima kasih. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih wakil Padang Tengku. Seterusnya, saya menjemput wakil dari Kuala Semantan untuk mengambil bahagian. Dipersilakan.
(Ayat al-Quran). Assalammualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillah (ayat al-Quran). Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi ruang untuk Kuala Semantan membahaskan ucapan Belanjawan pada sidang kali ini. Syukur kepada Allah SWT dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri kerana telah mencatatkan kutipan hasil melebihi RM1 bilion untuk kali yang ketiga pada kali ini. Saya ingin memulakan ucapan saya pada petang ini dengan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada pegawai-pegawai kerajaan di daerah Temerloh yang diketuai oleh Dato’ DO yang telah memastikan bahawa daerah Temerloh… bandar Temerloh yang menjadi sebahagian daripada Kuala Semantan sentiasa dalam keadaan terbaik.
Khusus saya nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang di-Pertua Majlis yang baru sahaja bersara dan kelmarin beliau dianugerahkan dengan anugerah er… Dato’ oleh Kebawah Duli Paduka Baginda dan saya difahamkan beliau pula telah dilantik er… tahniah juga kerana telah dilantik ke jawatan CEO Majlis Pembangunan Pahang Utara Plus er… apa lebih kurang Pahang Barat Plus… begitulah lebih kurang dan beliau dan juga seluruh anggota kerja di Temerloh ini telah memastikan bahawa
bandar Temerloh sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan menjadi tarikan ramai. Kalau tengok mutakhir ini di bawah kepimpinan beliau selaku Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Temerloh, bandar Temerloh terlahir sebagai sebuah bandar yang menjadi tarikan hatta musim tengkujuh ini pun menarik lagi. Orang pakat pergi tengok air banjir, habis jammed seluruh bandar Temerloh nak menuju ke Esplanade sebab nak tengok keadaan tengkujuh banjir di bandar Temerloh jadi itulah, alhamdulillah. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka-mereka yang telah begitu tinggi komitmennya tanpa mengira waktu memastikan bandar Temerloh… daerah Temerloh ini sentiasa dalam keadaan terbaik.
Seterusnya Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menyentuh tekad yang pertama pengukuhan daya saing dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif secara mampan dalam belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Daripada belanjawan yang dibentangkan ternyata hasil negeri sebahagian besarnya masih bergantung kepada hasil cukai dan pendapatan daripada hasil tradisi berkaitan dengan tanah, pembalakan hutan dan perlombongan. Hasil tradisi begini bukanlah hasil yang mampan, sukar untuk berkembang dan menambah lagi hasil pendapatan negeri pada masa-masa hadapan kecuali dengan menaikkan cukai dan bayaran-bayaran berkaitan seperti cukai tanah untuk menambah hasil dan ini pasti memberi kesan kepada rakyat.
Kerajaan negeri perlu meningkatkan usaha untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negeri dengan meneroka sektor-sektor baru yang berpotensi. Sebagai contoh sektor teknologi dan inovasi boleh menjadi salah satu sumber pendapatan baru yang boleh diterokai oleh kerajaan negeri. Selain itu, tumpuan kepada bidang pelancongan yang mempunyai potensi besar dengan keluasan negeri Pahang dan kepelbagaian flora dan fauna boleh menjana pendapatan yang besar kepada kerajaan negeri. Dengan peruntukan RM7.07 juta kepada Tourism Pahang dan RM7 juta bagi promosi pelancongan, kesungguhan kerajaan negeri dalam meningkatkan sektor pelancongan masih boleh dipertingkatkan bagi menarik lebih ramai pelancong untuk menjadikan negeri Pahang sebagai destinasi pelancongan dan berbelanja di sini dengan tinggal lebih lama di negeri Pahang di berbagai lokasi menarik bagi meningkatkan hasil pelancongan kepada negeri Pahang.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Semalam dua orang sahabat saya iaitu Mentakab dan juga ADUN Lantikan daripada Temerloh ada menyentuh tentang sektor pelancongan di Temerloh. Saya bersetuju dengan ADUN Lantikan supaya pihak kerajaan negeri giat menarik pelabur untuk membina hotel 4 bintang dan 5 bintang di Temerloh bagi membolehkan pelancong tinggal lebih lama dan berbelanja di Temerloh khususnya di Kuala Semantan dengan berbagai tarikan pelancongan yang sedia ada seperti Sungai Pahang, Pekan Sehari terpanjang di dunia selain deretan kedai patin tempoyak di serata Kuala Semantan. Isu berkaitan tempat penginapan yang cukup dan berkualiti seperti hotel empat dan lima bintang ini dapat dirasai bila berlakunya acara-acara besar di Temerloh. Sebagai contoh, semasa kami mengadakan Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini di Temerloh er… di Kerdau berdekatan dengan Temerloh begitu sukar untuk sebahagian daripada perwakilan dan pemerhati yang datang dari seluruh negara nak mendapatkan penempatan yang sesuai.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Seterusnya lagi berkaitan dengan pengukuhan daya saing dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif serta mampan ini ingin juga saya bertanya apakah benar ada pengusaha-
pengusaha yang mengusahakan tanaman pengeluaran makanan di Taman-Taman Kekal Pengeluaran Makanan seperti di Lanchang yang tadinya disentuh oleh sahabat saya daripada Lanchang. Ramai yang menarik diri dan gagal dalam usaha mereka. Antaranya saya difahamkan disebabkan oleh bayaran cukai dan pajakan yang dikenakan kepada mereka. Mereka terpaksa membayar cukai kepada Pejabat Tanah Daerah dan dalam masa yang sama membayar pajakan kepada PSK selaku pemilik tanah secara tahunan selain kos-kos seperti bayaran kerja ukur dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pemajakan tanah dikenakan kepada mereka. Jika benar adalah diharapkan pihak kerajaan dapat berbuat sesuatu bagi memastikan para pengusaha terbabit terus berdaya saing untuk memajukan kawasan tanaman mereka.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Saya juga ingin bertanya apakah benar terdapat kilang-kilang dan perusahaan yang menutup dan menghentikan operasi mereka di negeri Pahang ini disebabkan oleh cukai yang tinggi dikenakan oleh pihak berkuasa yang menyebabkan mereka tidak lagi berdaya saing untuk terus beroperasi di negeri Pahang ini? Jika benar, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk mengelakkan perkara ini daripada terus menular?
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Masih mengenai tekad pertama, pengukuhan daya saing dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif serta mampan saya ingin menarik perhatian kepada suatu perkara yang saya pernah sebut dalam Dewan ini sebelum-sebelum ini dalam ucapan saya iaitulah berkenaan dengan sebuah syarikat kerajaan negeri yang dinamakan sebagai Koridor Utiliti Pahang (KUP). Saya rasa saya pernah sebut benda ini dua kali dalam Sidang yang lepas tetapi tak ada respons daripada pihak kerajaan negeri. KUP ini adalah sebuah syarikat yang bertanggungjawab mengenai penyeliaan utiliti bawah tanah dan pemetaan utiliti bawah tanah dan proses kerja pembinaan berkaitan dengan utiliti bawah tanah oleh pihak-pihak berkepentingan seperti pemaju perumahan, kontraktor dan agensi-agensi yang terlibat dengan utiliti bawah tanah seperti TNB, Telekom, PAIP, Alam Flora dan lain-lain yang mengenakan deposit dan bayaran yang tinggi berkaitan dengan proses kerja pemetaan utiliti bawah tanah ini sedangkan KUP ini hanya berperanan sebagai orang tengah di antara penyedia perkhidmatan iaitulah syarikat-syarikat jurukur tanah berlesen dan pihak-pihak yang berkepentingan seperti yang saya sebutkan tadi.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Apa yang saya ingin bangkitkan adalah keberkesanan peranan KUP ini dalam memastikan kerja-kerja pengorekan yang melibatkan utiliti bawah tanah dapat dilaksanakan dengan efisien bagi mengelakkan kerosakan kepada utiliti dan seterusnya mendatangkan masalah kepada mereka-mereka yang berkepentingan dan orang ramai dan jika berlaku peningkatan kos kepada penyedia utiliti.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Saya mengulas isu ini kerana peranan KUP ini sebenarnya adalah hampir sama dengan satu bahagian di Jabatan Ukur dan Pemetaan iaitu Bahagian Pemetaan Utiliti, boleh check perkara ni. Saya suka menyarankan supaya pihak kerajaan negeri bekerjasama dengan agensi di bawah kerajaan persekutuan ini dalam mengawal selia pemetaan utiliti bawah tanah ini bagi menjimatkan kos berkaitan kerja-kerja pemetaan utiliti ini yang perlu dibayar oleh pihak-pihak terlibat kepada KUP yang akhirnya semua
kos ini akan dialihkan kepada pengguna. Contohnya, jika pemaju perumahan mereka akan memasukkan kos terlibat sebagai sebahagian daripada harga jualan rumah yang dijual kepada pembeli. Saya mohon perkara ini mendapat ulasan daripada pihak EXCO kerana saya telah pun membangkitkan perkara ini dua kali sebelum daripada ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Seterusnya saya ingin menyentuh tekad yang kedua dalam belanjawan yang dibentangkan iaitu ketersediaan kemudahan asas dan infrastruktur. Ini tak larilah daripada menyebut soal bekalan air. Walaupun dah disebut oleh ramai sahabat-sahabat kita di sini, tapi saya juga nak sentuh jugalah sedikit sebanyak, insya-Allah.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Sekarang ini kita berada dalam musim tengkujuh dan masalah yang banyak timbul adalah berkaitan dengan jalan yang berlubang dan berlopak akibat takungan air di atas jalan dan tampalan yang tidak berkualiti menyebabkan keadaan ini acap kali berulang kali di tempat yang sama. Permukaan jalan tar adalah sensitif dengan takungan air dan ini adalah berpunca daripada permukaan jalan yang tidak rata dan sistem perparitan yang tidak sempurna atau diselenggara dengan baik.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Meneliti prestasi perbelanjaan pembangunan RMK-12. Ini terdapat dalam Laporan Audit, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang khusus bekalan air. Peruntukan yang diluluskan untuk RMK-12 ini adalah sejumlah RM175.3 juta berbanding dengan perbelanjaan sebenar hanya sebanyak RM67.56 juta sahaja. Apakah ini ada kaitan dengan kelemahan pihak PAIP dalam merancang dan melaksanakan pengurusan perbekalan air bersih di negeri Pahang ini? Peruntukan yang diluluskan adalah besar tetapi perbelanjaannya hanya 38% sahaja daripada yang diperuntukkan. Semalam telah pun banyak disentuh oleh rakan-rakan berkenaan dengan masalah-masalah yang terdapat dalam pengurusan perbekalan air di negeri Pahang ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Dalam hal ini, saya ingin menyentuh khusus masalah paip lama yang bocor yang banyak berlaku di seluruh negeri dan pastilah begitu banyak aduan ini juga sampai kepada ADUN-ADUN setempat. Tempoh yang lama diambil oleh pihak PAIP apabila ada laporan berkaitan dengan paip bocor terutama yang tidak berkaitan langsung dengan gangguan bekalan air. Paip bocor tapi tidak mengganggu bekalan, yang ini biasanya PAIP sangat susah untuk datang membaiki. Dan ini menjadi penyebab kepada kadar kehilangan air terawat, apa non revenue water yang disebut yang sangat tinggi. Kebocoran paip ini juga menjadi antara penyebab kepada berlakunya kerosakan permukaan jalan kerana kekerapan paip yang pecah menyebabkan berlaku lubang-lubang jalan, pothole, dengan izin.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Secara khusus saya pernah membangkitkan masalah jalan berlubang dan berlekuk yang berulang kali walaupun ditampalkan, ia akan kembali rosak dan berlubang. Di Laluan C119 dari bandar Temerloh melalui Kampung Bangau ke Simpang Lubuk Kawah di jalan utama Temerloh-Jerantut.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Perkara ini diadukan juga di mesyuarat daerah. Penjelasan pihak PAIP adalah kedudukan paip lama yang kedalamannya tidak mengikut spesifikasi ditetapkan. Maka selepas setiap kali kebocoran, tampalan yang tidak dapat dibuat dengan sempurna mengikut spesifikasi disebabkan oleh kedudukan paip yang cetek daripada permukaan jalan. Keduanya, kontraktor yang dilantik PAIP tidak mempunyai kompetensi seperti kontraktor jalan. Syarikat konsesi di bawah penyeliaan JKR dan saya difahamkan ada perundingan antara pihak PAIP dan JKR untuk menyelaraskan kerja-kerja pembaikan jalan akibat paip bocor ini bagi membolehkan kualiti tampalan yang lebih baik selepas tiap kali pembaikan paip bocor.
Sering kali berlaku bila dirujuk kepada pihak JKR, jawapannya adalah pembaikan tidak boleh dibuat dengan baik dan sempurna kerana masih ada paip bocor di kawasan tampalan yang dibuat dan meletakkan masalah kepada PAIP. Bila dirujuk pula kepada PAIP, dikatakan mereka sudah melakukan pembaikan kepada paip yang bocor tersebut. Ini masalah yang sering kali berlaku. Kalau di tempat saya, saya rujuk kepada PAIP... PAIP kata dia dah repair yang bocor.
Yang Berhormat, Yang Berhormat minta gulung.
Gulung. Eh sikit lagi, ya. Macam mana orang lain sikit-sikit, saya pun minta sikitlah [ketawa].
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Dari itu sangatlah wajar satu penyelarasan dibuat antara pihak PAIP dan JKR dalam isu ini. Sementelah lagi PAIP telah menaikkan tarif air dan sudah tentu mempunyai dana yang lebih banyak untuk menyelesaikan isu paip bocor di bawah jalan ini. Memastikan permukaan jalan yang lebih rata tanpa gangguan daripada paip bocor.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Khusus juga di kawasan yang saya sebutkan di laluan C119 ini, er... dari bandar Temerloh melalui Kampung Bangau ke Simpang Lubuk Kawah di jalan utama Temerloh-Jerantut ini adalah wajar sekiranya pihak PAIP menyegerakan penukaran paip lama di jajaran ini dan melakukan penjajaran semula bersesuaian dengan kelebaran jalan semasa dan ini akan menyelesaikan masalah ini secara sekali gus. Yang Berhormat Tuan Speaker,
Saya juga percaya jika ini dapat dilaksanakan, ia juga dapat meningkatkan pendapatan PAIP dalam jangka masa yang panjang kerana dapat mengatasi sebahagian daripada masalah NRW yang tinggi di kawasan ini. Walau bagaimanapun, meneliti angka-angka yang disebut dalam ucapan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar daripada RM91.9 juta yang diperuntukkan tidak kelihatan angka-angka khusus yang diperuntukkan untuk Projek Infrastruktur Air di daerah Temerloh. Tak ada. Daerah Temerloh tak nampak biar pun Temerloh adalah antara daerah yang banyak mengalami masalah bekalan air bersih ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Di jajaran jalan yang sama ini juga saya nak mengadu sikit. Terdapat kampung-kampung yang penduduknya tinggal di sungai di... di pinggiran Sungai Pahang. Antaranya Kampung Bangau dan Kampung Lubuk Kawah. Di sini ada masalah runtuhan cerun di tebing Sungai Pahang yang mengancam beberapa buah rumah penduduk dan juga pengusaha ikan sangkar di sini. Mohon pihak berkuasa berkaitan, JPS mengambil perhatian terhadap perkara ini pulak dalam musim-musim tengkujuh, banjir ni memang risiko besar kepada mereka.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Selingan sikitlah saya nak sebut juga berkaitan dengan jambatan baharu ni terima kasihlah kepada kerajaan persekutuan dan negeri yang telah meluluskan jambatan baharu... er...
Yang Berhormat...
Sikit lagi nak sebut sikit pasal jambatan ni sebab dia penting.
Percepatkan, sila.
Walaupun dia apa namanya dah sepatutnya siap, tapi dia tak siap. Saya difahamkan dah kena denda lewat pun RM18,000.00 sehari. Sekarang dah masuk bulan pertama dah nak masuk bulan kedua.
Cuma masalah dia saya tengok projek ni macam tak ada perancangan. Pengurusannya sangat lemah. Contohnya, sekarang ni tiba-tiba ditutup pulak jambatan baharu yang dah siap tu, sedangkan jambatan lama yang berlekuk tu dibuka. Sepatutnya repair dulu jambatan yang lekuk tu barulah repair semula jambatan baharu yang dikatakan apa namanya ada masalah keselamatan yang perlu dilalui tersebut. Okey, itu saya nak sebut. Dan saya nak mencelah jugalah nak menyelit Dato' Sri EXCO dia jeling je ke saya pasal Masjid Kampung Tebal yang berkaitan dengan jambatan ni. Dah... dah sebut dah sebelum ni tapi mudah-mudahan ada cahayanya kalau-kalau dah ada peruntukan. Jambatan dah siap. Bila pula masjid kita boleh dimulakan pembinaannya. Sebab masjid tu betul-betul duduk di bawah kepala jambatan.
Lepas tu sikit lagi sebab saya nak juga menyapa ataupun menyentuh apa yang disentuh oleh sahabat saya daripada Padang Tengku tadi. Dia sebut tentang guru-guru di SMAN. Memanglah alhamdulillah mutakhir ini banyak penambahbaikan-penambaikan yang telah dibuat terhadap penjawatan guru SMAN ini. Cuma saya nak sebut satu je. Saya rasa yang dikenen tadi tu apa yang tular dalam media sosial
beberapa... beberapa minggu lepas tentang ceramah saya yang menyebut tentang guru-guru di SMAN ni.
Saya sebut tentang perjawatan. Alhamdulillah, perjawatan ni memang dah bertambah baik dengan COS dan sebagainya. Tapi masih terdapat guru-guru daripada MUIP, ASPA, Yayasan Pahang, bahkan guru daripada pihak PIBG. Jadi yang kita minta adalah perjawatan tetap. COS adalah satu penyelesaian sementara yang baik, sangat baik, terima kasih. Tetapi apa yang saya cuba utarakan adalah pewujudan jawatan tetap melalui SPA. Sebabnya SMAN ini adalah satu anak kerajaan negeri yang dah lama wujud. Jadi sepatutnya kerajaan negeri boleh berbincang dengan SPA untuk menambah jumlah yang lebih banyak kepada perjawatan-perjawatan tetap kepada mereka yang layak di sekolah-sekolah SMAN ini.
Untuk itu, saya akan akhiri ucapan saya walaupun banyak lagi sebenarnya. Buat akhirnya sama samalah kita berdoa apa-apa yang baik yang dicadangkan dan dirancang melalui belanjawan kali ini dipermudahkan oleh Allah SWT untuk dilaksanakan bagi manfaat seluruh rakyat negeri Pahang. Tuan Speaker, dengan ini Kuala Semantan mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih wakil Kuala Semantan. Seterusnya saya menjemput wakil dari Chini. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana memberikan keizinan untuk saya menyampaikan perbahasan pada petang ini berkenaan Belanjawan 2025 Negeri Pahang Darul Makmur. Pertamanya, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya memberikan kita keizinan untuk kita sama-sama berada di Dewan Yang Mulia ini bagi Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Ke-15 pada kali ini. Pepatah orang tua-tua, ‘sebelum ke muara, moleklah mudik dahulu’. Sebelum saya meneruskan bicara, izinkan saya berpantun dahulu.
Kiri jalan kanan pun jalan; Sama tengah pokok mengkudu; Prestasi dipertingkat kemakmuran dipertahan; Belanjawan Negeri Pahang memang padu.
Slow eh, petang.
Kalau pergi ke kampung Salong; bawa bersama jala dan pukat; Bulat air kerana pembentung; Maju Negeri membawa berkat.
Yang Berhormat Speaker,
Di sidang Dewan Yang Mulia ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-ketua jabatan dan seluruh warga pentadbiran kerajaan yang
telah bertungkus-lumus memastikan hasil kerajaan negeri mencipta hatrik dengan hasil melebihi RM1 bilion untuk tiga tahun berturut-turut. Alhamdulillah.
Selain itu, kejayaan demi kejayaan dari segi peningkatan… peningkatan KDNK menarik pelaburan di negeri Pahang serta yang terbaru adalah menerima Sijil Ketua Audit Negara dengan pendapat tanpa teguran terhadap Penyata Kewangan Negeri Pahang bagi tahun 2023. Ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan negeri dalam usaha mencari dana bagi memajukan negeri Pahang seterusnya dipulangkan kepada rakyat. Seperti kata pepatah, ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’.
5 tekad Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang pada kali ini dilihat sangat signifikan dan efisien dalam semua sudut bagi kesejahteraan serta kemakmuran rakyat negeri Pahang. Selain itu, saya melahirkan rasa kagum dengan semangat juang Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang. Walaupun saat diuji dengan masalah kesihatan, namun masih bersemangat menguruskan pentadbiran kerajaan negeri dengan jayanya.
Yang Berhormat Speaker,
Dalam meneruskan inisiatif bantuan kepada rakyat. Saya tertarik antara ditambah baik adalah memberi tumpuan untuk menyantuni anak-anak Pahang di perantauan. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri Pahang, cakna dan prihatin bukan sekadar kepada rakyat di dalam negeri tetapi kepada generasi baru di perantauan dan juga mahasiswa.
Cabaran masa kini dengan peredaran zaman digitalisasi… digitalisasi di mana masyarakat hari ini hanya menggunakan telefon bimbit sebagai platform pembelian secara online meliputi pelbagai barangan yang menawarkan harga lebih murah berbanding membeli barang di kedai secara bersemuka. Namun, antara kesan buruk pembelian secara alam maya ini, wujudnya penipuan atau scammer, dengan izin yang mengambil kesempatan menyebabkan ramai yang mengalami kerugian.
Bagi tekad pertama dalam belanjawan iaitu pengukuhan daya saing dan pertumbuhan yang inklusif serta mampan dilihat banyak melibatkan usahawan-usahawan dengan dana bagi memastikan mereka terus mampu bersaing di samping meningkatkan hasil jualan mengikut peredaran zaman. Selain itu juga, perancangan kerajaan negeri menganjurkan Festival Digital Pahang atau Pahang Teknologi Revolusi Expo dilihat mampu memberikan keyakinan kepada usahawan tempatan dengan diharapkan mendapat penglibatan secara ramai usahawan di negeri Pahang ini.
Bagi tekad kedua iaitu kesediaan kemudahan asas dan infrastruktur ini, saya amat menyokong usaha dalam meningkatkan perkhidmatan bekalan air dan amat berharap pihak PAIP dapat menyiapkan projek-projek yang dirancang mengikut jadual bagi kesejahteraan rakyat di samping sentiasa ada pelan tindakan segera sekiranya terputus bekalan air secara berterusan. Saya juga mengharapkan pihak JAKOA membantu menyelesaikan isu keperluan air di Kampung Patah Jelutung yang sekian lama perlukan bekalan air bersih dan juga Kampung Tasik Mentiga yang menghadapi terputus bekalan air yang lama.
Di samping itu, dari segi penyelenggaraan jalan, adalah diharapkan juga ada peruntukan kecemasan bagi jalan-jalan yang rosak terutama selepas musim hujan ini. Bagi dan bagi kempen Ops! Selamat Bersepadu Negeri Pahang serta Program Keselamatan Jalan Raya 2025, saya berpendapat ianya amat baik dalam memberi pelajaran dan kesedaran kepada pengguna jalan raya.
Yang Berhormat Speaker,
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rombongan ADUN-ADUN Perikatan Nasional yang datang ke DUN Chini bagi mengadakan pelbagai program. Ini menunjukkan bahawa Yang Berhormat-Yang Berhormat ada peruntukan untuk menganjurkan program di kawasan saya. Jika jemput saya rasmi program lagi baik. Mungkin saya boleh sumbang jugak peruntukan program tersebut.
Yang Berhormat Speaker,
Saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini dengan satu perumpamaan, ‘lembu punya angkara, YB terima kecaman’. Ini perumpamaan yang melanda saya ketika ini di mana masalah lembu berkeliaran masih belum ada jalan penyelesaian dan ianya menjadi perbualan hangat terutama di media sosial. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan FELDA dan juga Jabatan Veterinar yang telah berusaha mengambil tindakan sewajarnya sebelum ini. Namun, perkara ini tiada penyelesaian secara wajar dan ianya masih berlarutan.
Pada bulan November baru-baru ini, terdapat dua kemalangan maut yang melibatkan kematian di kawasan jalan utama ke FELDA Chini dan juga beberapa kemalangan lagi melibatkan kenderaan di jalan yang sama di mana antara yang meninggal dunia adalah seorang pelajar yang sepatutnya menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Apa yang saya lihat antara punca permasalahan ini adalah kelalaian penternak yang masih membiarkan ternakan berkeliaran di kawasan jalan utama.
Yang Berhormat Speaker,
Saya amat menekankan kepada pihak pengurusan FELDA lebih menitikberatkan serta bersikap proaktif kerana ia melibatkan penternak di kawasan FELDA. Dengan dapat kawal selia data terperinci penternak penternak di setiap rancangan FELDA. Selain itu, saya mencadangkan agar mewajibkan penternak-penternak di setiap rancangan FELDA ini mendaftarkan kesemua ternakan mereka dengan pihak veterinar. Menambah baik langkah keselamatan dengan membuat pagar kawat ataupun pagar elektrik di kawasan ladang peneroka berhampiran jalan raya dan papan tanda amaran di kawasan sering berlaku kemalangan ini.
Saya juga merayu dan mengharapkan pihak veterinar menekankan agar diwajibkan kepada penternak bagi meletakkan tagging pada lembu supaya pemilik lembu lebih bertanggungjawab dan lembu-lembu yang tidak berdaftar boleh dikategorikan sebagai lembu tidak bertuan. Diharap juga kepada pihak veterinar agar operasi tangkapan di kawasan tumpuan kemalangan dijalankan secara berterusan. Dan akhir sekali, saya juga berharap pihak kerajaan negeri agar dapat menubuhkan taskforce, dengan izin secara bersepadu bagi menyelesaikan masalah kritikal ini kerana isu ini melibatkan nyawa masyarakat FELDA dan juga pengguna jalan raya.
[Berdehem] Mencelah sikit. Saya sangat setuju tentang isu binatang-binatang ternakan berkeliaran ni. Tapi dalam satu apa dia... program kluster pertanian. Kluster pertanian kita… Bantuan Prihatin Pahang ni dia bagi juga kepada penternak-penternak lembu binatang yang terbiar ni. Saya ingat kena kaji baliklah supaya jangan
bagilah sumbangan Bantuan Prihatin Pahang ini kepada kepada penternak-penternak yang memang tak jaga binatang-binatang ternakan dia. Setuju ke tidak?
Err… kita dari segi Jabatan Veterinar ni membangunkan penternakan tapi kerana sikap penternak, segelintir penternak 3, 4 ni menyebabkan kesan ataupun kepada semua penternak-penternak yang menternak ternakan ni. Tapi boleh dikajilah oleh pihak kerajaan. Sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, semoga kita dapat menilai segala usaha kerajaan negeri dari segi prestasi, bukan persepsi yang dimainkan untuk semata-mata untuk meraih sokongan. Belanjawan bukan untuk mencacat cela. Belanjawan kali ini segar dan mesra. Jangan pula dicari buruknya. Lihat ke depan ke mana akhirnya. Akhir kata Chini menyokong Belanjawan Negeri Pahang 2025. Sekian wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih wakil dari Chini. Seterusnya saya menjemput wakil dari Panching, dipersilakan.
Assalamualaikum WBT. Bismillahhirrahmanirrahim. Yang Berhormat Speaker, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Yang Berhormat seterusnya hadirin hadirat yang berada dalam Dewan pada petang ini. Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan. Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana beri peluang kepada saya untuk bersama sama membahas Bajet Negeri Pahang bagi tahun 2025. Dan saya juga mengucapkan tahniah pada kerajaan negeri di atas kejayaan mendapatkan hasil melebihi RM1 bilion tiga tahun berturut-turut.
Jadi semoga rezeki yang diperolehi ini... semoga rezeki yang diperolehi mengundang berkat daripada Allah SWT kerana sebagaimana yang kita maklum, rezeki yang berkat adalah rezeki yang bertambahnya kebaikan (bacaan dalam Bahasa Arab) bertambahnya amal, bertambahnya ibadat. Allah Ta'ala berfirman dalam Quran Al-Karim, (bacaan dalam Bahasa Arab). Saya suka menyentuh dua perkara berkenaan dengan bajet ni. Yang pertama, tahniah pada kerajaan negeri kerana memperuntukkan satu peruntukan yang besar kepada Jabatan Agama Islam Negeri Pahang iaitu sebanyak RM196.06 juta, naik RM33.53 juta dan kita dapat lihat bagaimana kesungguhan kerajaan negeri antaranya membangunkan masjid-masjid melalui peruntukan bajet yang diberi. Jadi, apa yang saya boleh cadangkan ialah di samping bajet-bajet yang ada digunakan untuk membangunkan masjid, saya juga suka mencadangkan supaya diadakan juga kempen-kempen solat berjemaah kerana di antara masalah ketika mana selesai membina masjid yang indah ni ialah kurangnya ahli jemaah. Jadi mungkin pihak kerajaan boleh mencadangkan atau memperuntukkan sebilangan bajet untuk masjid-masjid mewujudkan contohnya karnival masjid ataupun hari keluarga masjid.
Ataupun contohnya anugerah masjid yang paling imarah. Anugerah masjid yang paling ramai jemaah. Peratus, contohnya peratus kehadiran masjid berdasarkan
bilangan jumlah penduduk, contohnya. Juga mungkin boleh juga diadakan hubung jalin masjid dengan pusat-pusat pendidikan, sekolah, kolej untuk melahirkan lebih ramai anak-anak muda yang didedahkan lebih awal sebagai imam, bilal, siak, jawatankuasa masjid dan sebagainya. Memang telah ada masjid yang mewujudkan Kelab Belia Masjid, Kelab Remaja Masjid. Tetapi mereka ini kekurangan dana dan bajet. Ia akan menyebabkan tidak semua masjid dapat menganjurkan program yang sebegini baik.
Saya juga melihat bajet yang besar ni yang disediakan oleh kerajaan dalam Jabatan Agama Islam Pahang mungkin juga boleh dijadikan sebahagian daripada usaha untuk masa depan anak-anak pelajar kita di SMAN iaitu meneroka destinasi penyelidikan yang lebih banyak selain daripada yang sedia ada. Dan kalau kita lihat yang sedia ada ini, biasanya para pelajar SMAN akan pergi ke Mesir, pergi ke Morocco, pergi ke Jordan. Dan sebagaimana kita tahu yang perbelanjaan yang murah sikit di Mesirlah. Anak saya pun ada di Mesir. Tetapi kalau di Jordan dia kos yang agak tinggi dan tak semua anak-anak kita mampu untuk belajar di Jordan. Begitu juga di Mesir. Jadi mungkin ada destinasi-destinasi yang lain yang diiktiraf dan baik untuk masa depan anak kita. Contohnya di Turki, di Tunisia dan di negara-negara lain.
Tuan Speaker,
Saya juga ingin menyentuh tentang bajet besar juga daripada kerajaan negeri yang diperuntukkan untuk pertanian dan juga penternakan. Tahniah pada kerajaan negeri kerana memperuntukkan RM36.78 juta untuk pertanian dan RM24.4 juta untuk penternakan. Kita negeri Pahang adalah merupakan negeri yang memiliki saiz tanah yang luas iaitu 35,965 km persegi. Di antara negeri yang terluas di semenanjung. Kalau kita perhatikan dalam dunia ini, ada satu negeri yang keluasannya lebih sikit daripada keluasan negeri Pahang iaitu Belanda. Contohnyalah, Belanda ini memiliki keluasan hanya 41,543 km persegi, tetapi Belanda berjaya menjadi negara kedua terbesar pengimport, hasil pertanian dan juga penternakan. Dan kalau kita lihat, Belanda memperuntukkan 28% daripada tanah mereka untuk hasil pertanian sebagai security food terhadap negara mereka.
Pada petang ini saya suka mencadangkan kepada pihak kerajaan, beberapa cadangan. Yang pertama, untuk memantapkan lagi sektor pertanian dan penternakan. Yang pertamanya, kerajaan memberi… memberikan insentif sebagai galakan kepada petani-petani untuk menggunakan teknologi moden seperti IOT dan juga Green House yang telah pun ada ini, contohnya akuaponik, hidroponik dan sebagainya.
Saya tertarik dengan satu kejayaan anak muda di Seremban, Negeri Sembilan kalau tak silap saya, ada didedahkan dalam er... rancangan televisyen bagaimana seorang usahawan yang menggunakan teknologi internet of things atau dipanggil internet untuk kebendaan. Di mana dia mengawal pengurusan kebun iaitu penternakan ikan talapia dan juga kebun er... kebunnya dengan menggunakan er... kawalan daripada jauh, ya IOT, kawalan daripada jauh. Sama ada untuk memberi makan kepada ikan, siraman kepada pokok-pokoknya. Semua hanya menggunakan remote daripada jauh walaupun beribu-ribu kilometer kita masih lagi boleh er... menguruskan pertaniannya dengan… dengan baik.
Jadi, cadangan saya supaya diberikan galakan untuk anak-anak muda terutamanya yang kita lihat kurang terlibat dalam sektor pertanian dan juga penternakan dan biasa anak-anak muda ini yang lebih cenderung kepada teknologi berbanding dengan orang lama-lama. Dengan adanya galakan insentif daripada kerajaan boleh memberi
galakan kepada anak-anak muda untuk terlibat dalam sektor pertanian dan juga penternakan.
Yang keduanya, saya juga mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk menyediakan insentif bagi tanaman-tanaman terpilih yang utama sebagai food security contohnya, er... padi, jagung sebagai mungkin sebagai makanan untuk makanan haiwan dan sebagainya. Dengan insentif tanaman terpilih ni, serba sedikit dapat menyemarakkan lagi er... keinginan petani-petani untuk terlibat dalam tanaman-tanaman yang terpilih untuk er... sebagai jaminan makanan kita. Er... kalau kita lihat hari ini er... kebanyakannya lebih kepada Musang King, sawit contohnya er... yang kita lihat lebih kepada semata-mata keuntungan tetapi untuk keter… keterjaminan makanan, kita perlukan sokongan daripada pihak kerajaan.
Yang ketiganya, saya suka juga mencadangkan kepada kerajaan untuk er... menyediakan geran khas er... kepada geran khas kerjasama dengan pihak-pihak universiti untuk manfaat kerajaan negeri seperti kajian penghasilan benih. Benih baka yang baik serta penggunaan alatan teknologi er... sebagai inovasi pertanian untuk menyemarakkan lagi sektor pertanian dan juga penternakan.
Yang keempatnya, kerajaan juga digesa untuk mewujudkan kerjasama dengan syarikat-syarikat teknologi. Mereka ini merupakan pemain-pemain teknologi yang kita boleh manfaatkan untuk kepentingan, kebaikan petani-petani dan juga penternak.
Dan yang kelimanya, diharapkan pihak kerajaan juga dapat menyediakan rangkaian pengangkutan yang baik. Sebab sebahagian besar daripada er... tanah-tanah yang dibangun, di… yang ditanam atau diwujudkan industri sektor pertanian ini adalah tanah-tanah yang jauh daripada jalan utama. So, dia perlukan kepada penyediaan jalan yang baik daripada pihak kerajaan.
Pada kesempatan yang ada juga suka untuk saya sentuh beberapa perkara er... berkenaan isu tempatan. Yang pertamanya er... sebelum tu saya nak nak tanya jugak pihak kerajaan berkenaan dengan Laporan Audit Prestasi Perbelanjaan Pembangunan RMK-12 iaitu err... Perbelanjaan Pegawai Kewangan Pembekalan Negeri Pahang Bekalan Air err... kalau kita lihat bajet yang diperuntukkan adalah RM175.3 juta tapi yang digunakan hanya RM67.56 juta sahaja. Jadi, er... kalau tengok pada yang JKR, Mahkamah Syariah dan sebagainya guna habis. Tapi kenapa yang ini, err... tidak sampai separuh digunakan err... untuk err... bekalan air.
Err… Yang dis... YB Speaker,
Kerajaan juga peruntukkan er... RM91.97 juta untuk er... masalah air dalam negara kita… dalam negeri kita. Saya suka untuk membangkitkan isu tempat-tempat yang menghadapi masalah air yang agak lama. Melebihi sehari, dua hari, tiga hari. Kita sedar masalah ini datang daripada paip yang reput dan tekanan air yang tinggi. Er... cuma pihak PAIP perlu ada backup air yang cukup bagi penduduk yang terjejas. Saya ambil contoh kalau di DUN saya, PAKR Kampung Panching er... setengah-setengah lorong tu hingga 2 hari, 3 hari terputus bekalan air. Ada juga yang air tu ada pada waktu malam. Yang ini okey lagi boleh tadah air lagi ada. Tapi ada yg tidak ada bekalan air melebihi 2 hari saya kira pihak PAIP kena sediakan bekalan air yg cukup untuk kegunaan er... penduduk.
Yang keduanya, suka saya sebutkan di sini tentang jalan-jalan rosak yang er... jalan-jalan rosak setelah PAIP membaiki paip-paip bocor di jalan utama. Masalahnya ialah er... jalan yang rosak ni ataupun er... jalan yang rosak setelah dibaiki PAIP mengambil
masa yang terlalu lama untuk dibaiki. Er... saya ingat ada satu… di tempat saya di Pasir Kemudi ke di Atong, berbulan-bulan untuk dibaiki, diletakkan crusher-run dan dibiarkan, er... kemudian hanya diletak kon sahaja dan setelah dilanggar, dilalui oleh lori dan kereta akhirnya meninggalkan lekuk yang sangat bahaya terutamanya kepada penunggang-penunggang er... motosikal terutamanya pada waktu malam. Saya harap pihak PAIP er... kalau dulu mungkin PAIP yang repair, kemudian JKR yang turap. Kalau tak silap saya sekarang ni dia tak macam tu dah. Kalau sekarang ni kalau PAIP yang repair, rosakkan jalan, PAIP yang kena betulkan. Macam tu ke… ni YB EXCO?
Ya, betul.
Jadi, bahayanya dan memang telah pun berlaku kemalangan yang melibatkan penunggang-penunggang motosikal terutamanya kerana pada waktu malam, dalam jarak yang dekat, mereka tidak boleh er... untuk er... lari daripada lopak atau lubang yang besar. Jadi, saya ingat lepas ni, kalau boleh ada SOP masa tu, selepas report, selepas baiki berapa lama. Kalau boleh jangan dalam tempoh masa yang lama, dan selepas dibaiki mesti dipantau. Contohnya selepas dibaiki, kita lihat er... jalan dibaiki tadi tidak berkualiti, masih lagi lekuk dan sangat bahaya kepada penunggang-penunggang motosikal terutamanya.
Yang keduanya, saya nak sentuh tentang GPS. Hari ini kita di apa diberitakan akan berlaku lagi er... kedatangan er... belum reda lagi kedatangan angin monsun yang membawa hujan yang boleh menyebabkan banjir. Cuma dukacita saya maklumkan tahun ini, er... monsoon drain, parit-parit yang ada yang menjadi parit-parit utama er... yang mengalirkan air daripada kawasan perumahan, parit-parit utama tidak diselenggara sehingga er... bulan 12 ini. Dan baru-baru ini er... saya menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda di atas keprihatinan baginda turun padang er... baru ni di Kampung Chendering dan baginda menitahkan supaya parit tu dicuci dengan segera dan alhamdulillah hari ini parit tu dicuci. Cumanya parit dicuci tadi satu parit tetapi parit yang… yang mengalirkan air ke tempat lain tu masih lagi belum dicuci dengan sebaik-baiknya.
So, perkara ni boleh menyebabkan banjir dan menyebabkan kerugian kepada masyarakat kita sedangkan, perkara ni merupakan perkara rutin setiap tahun er... dan tidak sepatutnya ada alasan tidak… tiada bajet er... daripada pihak berkuasa kerana dia merupakan perkara yang mesti dicuci setiap tahun kerana dia mengaki… meng… meng… mengakibatkan bencana dan juga er... bencana kepada penduduk-penduduk yang boleh er... kehilangan harta benda dan sebagainya. Saya ambil contoh...
Yang Berhormat… Yang Berhormat, masa dah tepat… dah sampai.
Er... yang kedua berkenaan dengan… 2 minit, ya. Yang kedua, berkenaan dengan PAKR Bukit Rangin Damai yang saya pernah bangkit dalam mesyuarat JKTD sebelum pada ini yang mula dibina pada 2016 er... dan taman tu siap pada 2018, tetapi perumahan PAKR ini terbengkalai sehingga hari ini. Saya harap ada pihak yang bertanggungjawab kerana rumah tu dah hampir siap. Cuma mungkin ada per… per... konflik di antara jabatan sehingga akhirnya tidak dibuat er... tidak diberikan hak milik kepada penduduk. Jadi kalau ikutkan anggaran lot tu ada 128 lot banyak... er... rugi dalam keadaan masyarakat hari ini memerlukan rumah, tak mampu nak beli rumah yang mahal. Tiba-tiba ada projek PAKR terbengkalai dan tak dibangunkan er... dan saya sebut rumah ni masih lagi baru. Kalau dulu di PAKR Pandan dah lama, rosak dah dia punya sistem kumbahan dia. Tapi ni baru lagi 2016, 2018 mula diduduki taman… er... taman tu, tetapi rumah PAKR tak siap. Ha… ini dia, jadi saya harap kalau boleh er... EXCO yang terbabit boleh turun padang tengok untuk er... supaya rumah yang dah siap ni dapat diserahkan kepada mereka yang sepatutnya.
Tuan Speaker,
Er... saya juga suka untuk er... mencari…
Tuan Speaker.
Sila.
Terima kasih er... daripada Panching kerana membangkitkan rumah PAKR Bukit Rangin Damai… Bukit Rangin Damai dan ini mendapat perhatian daripada kerajaan negeri dan kita sedang evaluate beberapa proposal untuk memastikan projek itu dapat dibaiki dan dilaksanakan untuk memberikan kepada yang er... membeli rumah-rumah tersebut di masa akan datang.
Okey. Terima kasih EXCO. Er… Speaker er... saya juga suka mencadangkan supaya er... Speaker dapat juga untuk melihat pertanyaan-pertanyaan lisan pada waktu belah pagi kerana saya lihat er... soalan-soalan ni banyak daripada pihak kerajaan. 10 soalan, 3 daripada er... pihak pembangkang 7 daripada pihak kerajaan. Kalau hari pertama 5 daripada er... pihak… 5 soalan, 1 hanya daripada pihak pembangkang. Er... kita ini… ini ruang yang kita ada untuk bangkit soalan. Kalau pihak kerajaan dia boleh berhubung dengan EXCO, mungkin ada mesyuarat bersama. So, lebih mudah sebenarnya untuk bertanya soalan dan jadi kalau boleh, kalau boleh, kalau pun tak… kalau boleh bagi sama rata pun okey, 5... 5 contohnya supaya dapat lebih banyak soalan yang dapat kita utarakan di sini. Yang terakhirnya YB Speaker…
Mohon laluan... mohon laluan. Er... YB Speaker, saya ingin satu penjelasan daripada pihak Speaker er... berkenaan dengan pertanyaan lisan. Kebiasaannya selepas daripada habis sesi pertanyaan lisan, Ahli-ahli Dewan akan dibekalkan dengan jawapan yang apa tu dijawab oleh EXCO. Kebiasaannya bila sesi selepas daripada rehat, kita akan terima jawapan di atas meja. Bila saya melihat bermula pada hari Jumaat yang lalu sehingga pada hari ini, tidak ada sebarang jawapan-jawapan bertulis yang dibacakan oleh EXCO kerana bagi saya perkara itu penting sebagai panduan dan juga rujukan.
Err... kalau hari ini er... 10 soalan. Soalan 1, soalan 3 dan soalan 10. Walaupun ditanya oleh Ahli Dewan yang lain, tetapi ketiga-tiganya itu mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku di tempat saya yang saya boleh jadikan sebagai rujukan. Jadi, saya mohon pertimbangan daripada pihak Dewan untuk boleh membekalkan jawapan-jawapan bertulis itu walaupun mungkin EXCO jawab tu tidak sebagaimana yang ditulis. Mungkin ada penambahan. Tapi sekurang-kurangnya jawapan daripada… bagi jabatan-jabatan itu boleh jadikan panduan dan rujukan kepada kami Ahli Dewan. Mohon perhatian, terima kasih.
Untuk makluman er... Yang Berhormat Tahan. Er... saya akan semak dengan Pegawai-pegawai er... Dewan. Tapi saya janji di sini dalam Dewan tu nanti besok pagi lepas sesi soal jawab… jawapan akan letak di atas meja Yang Berhormat.
Er... Speaker bermula yang... bermula Jumaat ya, Speaker ya.
Ya… ya.
Bermula Jumaat.
Okey, saya akan maklum kepada pegawai. Ya, untuk maklumat juga Yang Berhormat Panching, er... saya rasa dia tiada masalah berkenaan dengan kita sebagai Wakil Rakyat berhubung dengan EXCO-EXCO berkenaan. Saya juga yakin kepada EXCO-EXCO Kerajaan, mereka sanggup menerima pandangan, aduan melalui tak kira whatsapp ataupun phone. Jadi saya rasa tidak timbul masalah er... bahawa tidak dapat hubungi dengan pegawai ataupun EXCO Kerajaan. Sila… sila er... gulung Yang Berhormat.
Okay, er... saya juga er... untuk penggulungan Tuan Speaker saya kalau boleh saya nak, saya tadi rasa apa... terkejut juga tadi dengan YB Lantikan tadi bangkit isu yang dia dengan YB Jengkalah tadi. Cuma saya nak kalau, boleh saya tanya er... ni boleh tak nak tanya er... YB Lantikan. Er... YB rasa yang dia sebut tadi tu yang sana sebutnya gurauan ke er... tak?
Yang Berhormat… Yang Berhormat duduk... duduk... duduk. Semua duduk. Di dalam perbahasan hanya boleh er... soal jawab di antara Wakil Rakyat dengan Wakil Kerajaan. Jika nak cakap di antara Wakil Rakyat, antara Wakil Rakyat boleh… boleh apa tu er... cakap ataupun boleh er... tukar pandangan di luar Dewan. Er... masa lepas ni kita ada sesi minum boleh tukar pandangan di luar Dewan.
Terima kasih Speaker. Cuma begini, Speaker saya ada perkara yang kalau kita rasa itu gurauan dan orang takkan sebut melainkan dia rasa kita ni kawan dia.
Tak er... Speaker. Kalau Yang Berhormat boleh dibenarkan untuk bercakap tentang saya... saya tak boleh…
Yang Berhormat.
Tak fair macam tu.
Flow saya ya. Bagi saya cakap. Kalau boleh nanti saya bagi.
Yang Berhormat… Yang Berhormat… sila duduk… sila duduk. Oleh kerana sepatutnya sekarang bukan flow Yang Berhormat kerana masa dah tamat. Saya... saya dah bagi ruang kepada Yang Berhormat untuk buat gulungan di dalam soalan ataupun er... apa tu er bangkitkan isu kawasan. Jadi saya mintak gulung, Wakil Rakyat Panching.
Okey, saya nak gulung dah ni, YB Speaker. Cuma saya nak sebut tadi er... ada perkara yang er... mungkin tak semua er... yang sahabat kita anggap itu gurauan. Saya ambil contoh, saya ambil contohnya...
Err... Speaker saya rasa dia ulang benda yang sama Speaker.
Kejap Speaker.
Okey, saya buat keputusan bahawa Panching duduk, Panching duduk. Saya dah beri peluang kepada Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Yang Mulia ni kita saling hormat-menghormati. Saya dah dua kali, tiga kali memberi peringatan. Saya tidak menggunakan perkataan tegur kerana saya rasa di dalam Dewan ini semua sahabat. Saya tak perlu menggunakan perkataan yang keras sangat. Jadi saya haraplah Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, sila mematuhi peraturan Dewan dan saya sekarang membuat keputusan supaya memberhentikan perbahasan Wakil Rakyat Panching.
Seterusnya, saya akan menjemput Ahli Yang Dilantik Yang Berhormat Tuan Haris bin Salleh untuk meneruskan perbahasan beliau.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Pahang 1st, salam Jerantut Bahagia. Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya untuk membuat pembetulan. Nama saya, Harris Salleh bin Hamzah. Salleh adalah nama saya. Hamzah adalah ayah saya, YB Speaker. Kebanyakan memang ada kekeliruan di situ. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan dan juga Agensi di dalam Dewan Yang Mulia ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan di atas kepercayaan telah diberikan kepada saya dan juga kepada 4 orang sahabat saya untuk berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri yang dilantik dan lantikan ini merupakan satu amanah besar kepada kami dan juga merupakan hasrat kerajaan negeri untuk kami menyumbang idea er... jasa bakti dan juga agenda pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat dan memperluaskan perkhidmatan kerajaan negeri kepada rakyat negeri Pahang khususnya.
Yang Berhormat Timbalan Speaker.
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah juga kepada Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Diraja Menteri Besar. Kerajaan Negeri Pahang telah mencatat… mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa dengan merekodkan kutipan hasil melebihi RM1 bilion untuk 3 tahun berturut-turut. Kejayaan ini merupakan satu tanda aras penting untuk membuktikan kecekapan pentadbiran
dan pengurusan ekonomi negeri. Kita juga berbangga apabila memperolehi sijil daripada Ketua Audit Negara dengan mendapat… dengan pendapat tanpa teguran terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pahang berakhir 31 Disember 2023.
Ini menunjukkan kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar amat produktif dan cemerlang dalam mengurus ekonomi negeri Pahang. Saya juga ingin merakamkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan Kerajaan Negeri Pahang 2025 yang bertemakan, ‘Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan’, yang telah dibentangkan pada hari Jumaat yang lalu dengan memperincikan lima tekad utama dan saya percaya akan memenuhi keperluan dan kehendak rakyat secara holistik. 5 tekad yang disebut ini melambangkan komitmen kerajaan untuk memacu negeri ke arah pembangunan yang eksklusif dan mampan.
Yang Berhormat Timbalan Speaker,
Kerajaan negeri terus komited dalam menyediakan infrastruktur moden terutamanya di kawasan luar bandar untuk menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyat. kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM91.97 juta bagi tahun 2025 untuk meningkatkan perkhidmatan bekalan air di negeri Pahang. Projek ini merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu… isu bekalan air dengan sasaran kerajaan negeri iaitu 90% masalah air akan selesai menjelang 2026. Bukan itu sahaja, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM235,000.00 kepada Badan Kawal Selia Air bagi penyelenggaraan dan baik pulih sistem pemantauan kualiti air di atas talian bagi daerah Cameron Highlands, Raub, Lipis dan Jerantut.
Saya juga memuji usaha kerajaan negeri dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar dengan mempastikan dasar pembangunan yang mesra alam diteruskan. Selaras dengan keperluan masa kini, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah peruntukan untuk penyediaan 3 rancangan tempatan daerah yang melibatkan daerah Rompin, Lipis dan Raub.
Rancangan tebatan banjir juga adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk merangka perancangan bagi mengurangkan risiko banjir yang sering melanda. Perancangan tebatan banjir adalah penting bagi daerah Jerantut khususnya sebuah daerah yang dikelilingi oleh jajaran sungai-sungai seterusnya membentuk Sungai Pahang yang sering berisiko terjadinya banjir. Oleh yang demikian, peruntukan yang diperuntukkan ini menjadi bukti bahawa Kerajaan Negeri Pahang sangat prihatin dengan permasalahan rakyat dan juga sentiasa mendengar keluhan dan rintihan daripada rakyat.
Yang Berhormat Timbalan Speaker,
Dalam kesempatan ini, saya juga merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang atas beberapa inisiatif yang amat bermakna untuk rakyat khususnya di Jerantut. Kampung Batu Balak telah dijadikan Kampung Angkat Madani. Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang kerana mengangkat Kampung Batu Balak dalam DUN Tahan, sebuah kampung di pedalaman Jerantut sebagai Kampung Angkat Madani sekali gus membawa limpahan rahmat kepada penduduk di sana. Sebanyak RM2.3 juta telah diperuntukkan di Kampung Batu Balak dengan pembinaan surau, menaik taraf jalan, pembinaan tube well dan handrailing bagi kemudahan penduduk setempat. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato' Pegawai Daerah Jerantut, Dato' Sharudin bin Jali kerana sangat komited dalam melaksanakan projek-projek di
Kampung Batu Balak ini. Terima kasih Dato'. Seterusnya Program Sejati Madani di daerah Jerantut.
Yang Berhormat Timbalan Speaker,
Program Sejati Madani merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan yang bertujuan untuk memperkasa komuniti di peringkat akar umbi melalui pelbagai program ekonomi dan social. Di Jerantut khususnya, program ini dijalankan dengan kerjasama agensi seperti Pusat Sebaran Maklumat Nasional ataupun NADI. Fokus utama pada bidang seperti pertanian, pelancongan, kitar semula dan aktiviti ekonomi kecil seperti kraftangan dan kesihatan herba. Dalam rancangan Program Sejahtera Komuniti Madani, sebanyak 102 permohonan telah didaftarkan di Jerantut.
30 permohonan telah diluluskan, 52 permohonan disokong dalam system, 11 ditolak kerana tidak lengkap dan selebihnya masih dalam semakan. Inisiatif ini memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi khususnya kepada golongan muda. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang juga baru-baru ini telah mengumumkan Pahang telah menerima kelulusan peruntukan daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM124.820 juta untuk projek naik aras Jalan Jerantut-Kuala Lipis dari Seksyen 42.00 sehingga Seksyen 48.00 dan dari Seksyen 55.00 hingga Seksyen 57.00. Ini adalah langkah strategik yang akan memberi impak positif kepada pergerakan dan ekonomi penduduk setempat sepanjang jajaran jalan tersebut. Selain daripada mengurangkan masalah kecelakaan jalan raya yang sering berlaku di kawasan tersebut.
Yang Berhormat Timbalan Speaker,
Saya juga ingin membangkitkan perkara berkaitan Skim Tanah Rakyat (STR). Di Jerantut misalnya, Skim Tanah Rakyat ini sedang giat dilaksanakan bagi membantu generasi baru memiliki tanah untuk kediaman dan juga untuk tapak pertanian. Bagi STR di kawasan FELDA di daerah Jerantut, sebanyak 1,477 peserta STR kawasan FELDA telah diluluskan. Peserta dari 7 kawasan DUN Pulau Tawar iaitu FELDA Jengka 24, FELDA Lepar Utara 3, FELDA Kota Gelanggi 1, FELDA Kota Gelanggi 2, FELDA Kota Gelanggi 4, FELDA Sungai Tekam dan FELDA Sungai Tekam Utara. Bagi projek-projek STR ini di kawasan selain daripada FELDA, saya difahamkan pihak pejabat tanah sedang bergiat… sedang giat berusaha untuk mempastikan skim ini dapat diuruskan dengan sesegera mungkin. Antara cadangan yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan negeri, perlu diwujudkan satu unit khas STR yang tidak mengguna pakai tenaga kerja pejabat tanah sedia ada seperti mana Flying Squad oleh PTG suatu ketika dahulu, bagi membantu mempercepatkan urusan permohonan STR.
Yang Berhormat Timbalan Speaker,
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua pihak dan juga khususnya kepada pihak Pejabat Tanah dan Daerah di seluruh negeri Pahang dalam memberi perhatian kepada proses pengeluaran suratan hak milik untuk peneroka FELDA. Setakat ini, saya difahamkan sejumlah 40,800 daripada 43,126 peneroka FELDA di seluruh negeri Pahang yang telah menerima suratan hak milik. Baki peneroka yang belum menerima suratan hak milik akan turut diberi selepas beberapa perkara teknikal yang perlu diselesaikan. Di Parlimen Jerantut khususnya, seramai 5,458 orang peneroka telah menerima hak… suratan hak milik dan hanya 25 orang yang belum menerima.
Yang Berhormat Timbalan Speaker,
Sebagai penutup, saya ingin menyatakan sokongan penuh kepada belanjawan Kerajaan Negeri Pahang 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Diraja Menteri Besar Pahang. Belanjawan ini bukan sahaja mencerminkan visi kerajaan untuk membawa negeri ke mercu kejayaan tetapi juga mempastikan tiada golongan yang tercicir dalam arus pembangunan. Saya yakin dan percaya dengan kepemimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang cekap dan berwawasan negeri Pahang akan terus maju dan makmur.
Semoga segala perancangan yang telah digariskan dalam bajet ini dapat dilaksanakan dengan jaya demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat. Untuk akhirnya, saya juga ingin merangkapkan sebuah pantun. Nak jawab Chini punya pantun.
Bulan Ogos akad nikah; Bulan September angkat sumpah; Saya menyokong belanjawan berfaedah; Maslahah rakyat kita permudah.
Sekian, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih ADUN Lantikan. Untuk maklumat semua, untuk jawapan tambahan tentang isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Tahan tadi, saya telah pun dimaklumkan oleh Pegawai Dewan bahawa kita tidak letakkan soalan dan jawapan kerana ada di kalangan YB EXCO masih di peringkat mengemas kini maklumat sebab ada di antara jawapan sedia ada masih menggunakan maklumat lama dan perlu diupdate. Sekiranya diedar pada masa sidang, kemungkinan maklumat atau jawapan yang dikemukakan tidak tepat dan menggunakan data lama. Jadi, jawapan yang dibentangkan ataupun dijawab oleh Yang Berhormat EXCO dalam Dewan adalah lebih terkini. Jadi, kita akan letakkan soalan di atas meja Yang Berhormat.
Walau bagaimanapun, soalan-soalan yang telah pun diupdate akan kita masuk ke dalam system… sistem SSDP dan sistem jawapan yang masuk ke sistem SSDP itu adalah yang terkini. Jadi saya mohon Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh semak ke sistem SSDP selepas apa itu, er... Sidang Dewan.
Boleh celah sikit, Speaker?
Sila.
Err... betul dalam SSDP tapi SSDP itu kita hanya boleh akses soalan kita sahaja. Kita tak boleh akses soalan daripada Ahli-ahli yang lain. Jadi kalau jawapan daripada
EXCO yang tidak berkaitan dengan soalan kita, kita tak tahu. Itu, itu permasalahan. Terima kasih.
Okey baik, saya akan semak dengan Yang Berhormat Speaker dan juga pegawai Setiausaha Dewan. Jadi ini saya ambil maklum. Baiklah, saya juga ingin mendedikasikan serangkap pantun kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum saya menempohkan mesyuarat.
Sidang Dewan di Pahang Gemilang; Membahas hal negeri dengan cermat; Pahang makmur maju berkembang; Rakyat sejahtera hidup berkat.
[Ahli Dewan menepuk meja]
Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan kita akan disambung pada hari esok, Rabu 4 Disember 2024 bermula jam 9.30 pagi.
[Persidangan ditempohkan]